BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, August 18, 2014

DR RIDUAN MOHAMAD NOR - AJK PAS PUSAT



Laksanakan Pendaftaran Pemilih Automatik Usia 21 Tahun

Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 3.7 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar pengundi supaya mendaftar pengundi disambut dengan cadangan oleh Tan Sri Ramon Navaratnam, Pengarah Insttitut Strategi dan Kepimpinan (ASLI). Beliau mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

2. Asas cadangan beliau amat bernas memandangkan sejumlah besar rakyat yang belum daftar pengundi terdiri dari kalangan belia yang berusia 21 tahun ke atas. Mereka ini yang dimaksudkan oleh PM dan dipujuk untuk daftar sebagai pengundi sesegera mungkin. Bagi golongan kebanyakan khususnya anak-anak muda, tidak ada faktor tekanan yang mendesak untuk mereka tampil ke pejabat Surunjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendaftarkan diri sebagai pemilih. Lebih lagi buat mereka yang tidak peka terhadap politik negara, mendaftar diri sebagai pemilih bukan suatu pilihan untuk mereka lakukan. Bagi mereka, selagi tidak ada paksaan (meskipun wajib) tidak ada sebab untuk mereka bersusah payah menghabiskan masa untuk mendaftarkan diri.

3. Terlebih lagi dengan kekangan dari parti-parti politik yang dahulunya diberikan kebenaran mendaftarkan pengundi. Sekarang, hanya SPR atau beberapa pihak tertentu sahaja diberikan kebenaran membuka kaunter pendaftaran pemilih. Maka, hanya beberapa tempat sahaja kaunter SPR dibuka dan pada waktu yang sangat terbatas.

4. Idea memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas telah lama dicanang oleh parti-parti politik. Bagi PAS sendiri, idea itu bukan baru, ramai pemimpinnya mengemukakan cadangan ini bagi memberi hak kepada kesemua rakyat Malaysia yang telah layak mengundi.

5. Sekaligus idea ini jika dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah anak muda yang tidak daftar mengundi atau sukar daftar mengundi. Tidak timbul nantinya 3.7 juta orang atau lebih selepas ini rakyat Malaysia mengabaikan hak mereka yang utama dalam sebuah negara demokrasi. Paling utama, dengan pelaksanaan sistem ini, akan memudahkan tugas SPR, NGO dan parti politik selain menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga.

6. Meskipun pandangan ini telah diutarakan banyak pihak dan telah lama diangkat ke peringkat nasional, namun tidak pasti mengapa kerajaan masih teragak-agak mahu melaksanakannya.

Sedangkan ramai pihak menyatakan kebaikannya, dari segi rakyat Malaysia mahupun kepada agensi yang terlibat.

7. Justeru, jika benar PM mahu mengajak 3.7 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih, beliau perlu bersikap terbuka dan berlapang dada dengan cadangan ini. Laksanakan idea ini sebelum PRU ke 14 agar kesemua mereka itu layak dan boleh turun mengundi. Maksimumkan kemudahan untuk rakyat menunaikan hak mereka, agar tidak ada alasan buat rakyat untuk tidak turun mengundi dalam PRU 14 nanti.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Sumber HD- 3-8-2017


Jamiat Islami Pakistan bina kekuatan gerakan, bawa jaringan kemasyarakatan

NADWAH Ulama yang berlangsung sempena Ijtima Antarabangsa bersambung pada hari kedua dengan pembentangan pertama daripada wakil Jamiat Islami Pakistan, Hafiz Muhammad Idrees.\ 
Gerakan Islam yang ditubuhkan oleh Maulana Maududi ini pada tahun 1941 telah mengalami pasang surut perjuangan dengan pelbagai hamparan mehnah dan tribulasi. 
Jamiat Islami kini berkembang di lima buah negara Sub Continent, Pakistan mempunyai jumlah keanggotaan paling ramai dan paling tersusun organisasinya berbanding Jamiat Islami Bangladesh, Afghanistan dan lain-lain. Jamiat Islami mempunyai Ittehad ulama yang memayungi ulama daripada pelbagai aliran pemikiran, ini untuk mengelakkan pertembungan yang merugikan ummah dan menjadi bidak papan catur musuh. 
Jamiat Islami sangat bergaya dalam menyusun kaderisasi dakwah di kalangan mahasiswa dan kaum pelajar. Cabang mereka ialah Jamiat Islami Thulaba yang mempunyai ratusan ribu kader yang bakal menjadi pimpinan masa hadapan gerakan. Jamiat bergerak dengan cemerlang di lapangan pendidikan dengan mempunyai sekolah beraliran diniah seperti ribuan madrasah yang mereka miliki dan sistem formal/konvensional. Penulis lebih tiga kali ke Pakistan dan menelusuri denyut nadi kesungguhan aktivis Jamiat Islami dalam bidang pendidikan dan tarbiah nizomi. Contohnya di negeri Punjab sahaja mereka mempunyai 500 sekolah milik jamaah. 
Dalam bidang pengupayaan dan sosialisasi gerakan, Jamiat Islami mempunyai al-Khidmat Foundation yang bergerak di medan operasi dalam dan luar negara. Menurut Hafiz Muhammad, al Khidmat juga membantu peta luka umat Islam di Syria, Rohingya dan lain-lain negara. Misi membantu umat Islam yang diterjang tsunami, ribut taufan, gempa bumi, banjir dan pelbagai kesukaran hidup. Al khidmat dibantu oleh Pasban, iaitu payung yang menggerakkan anak-anak muda Jamiat Islami. Aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan Jamiat Islami menjadi wahana mendekatkan gerakan ini dengan seluruh strata masyarakat. 
Jamiat Islami dalam pendekatan politik juga mempunyai rangkaian pemuafakatan politik yang dikenali sebagai MMA (Muttahida majlis el amal), mereka bergabung dengan beberapa buah parti berorientasikan Islam. Gerakan Islam yang sangat mesra PAS ini mempunyai tokoh-tokoh leluhur kompeten seperti Maulana Maududi, Qazi Husein. 
Walaupun tekanan rejim, kadang menghantar mereka ke jeriji penjara namun gerakan ini tetap mendapat dukungan massa. Seingat penulis, amat sukar Jamiat Islami gagal  menghadirkan diri ke program besar yang dianjurkan oleh PAS, hubungan yang terbina puluhan tahun ini terus subur dan mekar. 
Penulis ialah anggota misi bantuan kemanusian tanpa sempadan
Sumber HD - 22-7-2017 




Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

KEPUTUSAN segera Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mengarahkan semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan siaran lagu popular, Despacito serta-merta adalah tindakan baik bagi maslahat awam di negara ini. 
Lagu berjudul Despacito nyanyian asal Justin Bieber ft Luis Fonsi & Dady Yankee cepat menangkap minat golongan belia dan remaja sehingga mendapat tontonan lebih 2 bilion kali di YouTube. Lagu itu dibantah kerana liriknya yang keterlaluan dan berbaur seksi. 
Satu perkara yang baik adalah, sikap netizen yang amat prihatin dan peka dengan perkembangan semasa khususnya melibatkan anak-anak muda. Golongan yang membantah ini merasa terpanggil untuk tidak melihat semakin banyak keruntuhan akhlak dan moral terhadap generasi muda. Penyumbang utamanya yang dikenalpasti daripada aktiviti hiburan yang melampau yang tidak ada batasan. 
Lagu Despacito mungkin satu daripada banyak lagu yang dibawa masuk ke negara dengan menyelit unsur tidak sihat terhadap perkembangan minda para belia. Mungkin ada lagu lain yang disedari atau tidak, sudah atau belum masuk ke negara ini yang membawa pelbagai mesej lucah, melampau, seksi dan lain-lain yang keterlaluan.
Bagi umat Islam, sememangnya kita menyedari ia adalah jarum halus yang menyucuk tubuh anak-anak muda agar ghairah dengan keseronokan, kekebasan, pergaulan tanpa batasan dan cinta muda-mudi yang mengasyikkan. Bayangkan jika dibiarkan menjadi fenomena dalam industri hiburan negara dan menjadi dendangan atau siulan anak-anak muda. Mungkin keadaannya menjadi lebih rumit untuk ditangani.      

Apa yang membimbangkan, elemen negatif, liar dan merosakkan mudah sangat diterima anak-anak muda, menjadi ikutan dan tontotan ramai. Dikira lebih 2 bilion tontotan seluruh dunia di Youtube, dan rakyat Malaysia tidak kurang yang menontonnya. Lagu seperti ini mudah mendapat tempat di hati peminat hiburan sedangkan lirikinya tidak langsung mengandungi mesej yang baik malah tidak sesuai dengan budaya dan adat resam anak muda. Alangkah baiknya jika sesuatu perkara yang baik dan membangun minda masyarakat khususnya golongan belia pula mendapat tarikan dan ikutan pula sehingga menjadi fenomena luar biasa. 
Apa yang diharapkan adalah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai agensi yang bertanggungjawab memantau siaran media di negara ini cepat memantau pekembangan industri hiburan di negara ini. Jangan hanya menunggu laporan dan rungutan netizen untuk bertindak, sebaliknya apa juga elemen yang cuba dibawa masuk ke negara ini atau cuba dicetuskan oleh rakyat di negara ini mesti ditegah serta merta. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti konsert-konsert hiburan, pesta-pesta hiburan yang melibatkan artis luar negara perlu diperketatkan kelulusan agar hanya mereka yang berimej bersih sahaja layak membuat persembahan. 
Saya mengharapkan pihak netizen sentiasa memberi kerjasama baik dengan menjadi mata, telinga dan lidah rakyat yang kasih dengan pembinaan budaya, adat resam dan masa depan cemerlang buat generasi muda. Semakin banyak pendedahan, kritikan, teguran mahupun pandangan positif bagi mengekang budaya liar semakin baik agar akhlak generasi muda terpelihara. – HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 20-7-2017 






Ijtimak Alami Kali Pertama Dalam Kenangan Kita

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.

Menara masjid Rusila melantunkan laungan suara yang menggema sehingga beberapa kilometer, berdesakan manusia bertali arus mengunjungi perkampungan ijtimak di Rusila Terengganu. Ijtimak antarabangsa perpaduan ummah kali pertama pada tahun 1988 menjadi kenangan manis semua pendokong gerakan Islam , terutama anak-anak muda yang sedang disemangati dengan kebangkitan Islam. Rusila dengan hamparan pantai yang bersih menjadi lokasi perkhemahan yang sangat meriah. Solat berjemaah dilaksanakan dengan saf yang panjang, bermula di mihrab masjid sehinggalah menganjur ke pantai .

Tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa menjadi tetamu PAS yang saat itu datang dari pelbagai negara, antaranya pimpinan Ikhwanul Muslimin seperti Saiful Islam Hasan al Banna, Sheikh Mehdi Akif, Sheikh Rashid Turabi ( kashmir) dan lain-lain tokoh gerakan Islam dari sub continent, Nusantara, Asia Tengah. Menarik juga apabila dua tokoh gerakan Islam dari China dan juga Indonesia apabila pulang ke negara masing-masing telah dipenjarakan.

Tahun 1988 adalah tahun yang sangat dramatik apabila Dewan Pemuda Pas Pusat mengadakan pertemuan makan malam Perpaduan Ummah dengan serpihan UMNO yang akhirnya dikenali sebagai Semangat 46. Pertemuan itu merintis jalan ke arah tahaluf siyasi Pas berama Angkatan Perpaduan Ummah. Pada tahun yang sama satu operasi tangkapan ISA telah berlaku yang dikenali sebagai Operasi Kenari, lebih 30 orang aktivis pemuda Pas daripada Perak dan Kedah telah ditahan tanpa bicara termasuk, ustaz Sidek Noor.

Ijtimak Alami berlangsung dalam keadaan regim umat Islam di seluruh dunia sedang menindas gerakan Islam dan tokoh-tokoh mereka. HAMAS ditekan hebat pada tahun tersebut, apabila gerakan perlawanan itu baru sahaja setahun ditubuhkan oleh Sheikh Ahmad Yasin, Muhamad an Najjar, Sheikh Solah Syahadah dan lain-lain para pejuang. Di Tunisia, parti Islam an Nahdah yang dipimpin oleh Rashid Ghanousi diharamkan oleh regim Habib Bourgiba sehingga tiga ribu anggota terasnya mendekam dalam penjara, manakala Ghanousi mendapat suaka politik di Eropah.

Di Algeria pula, anak-anak muda yang mendapat tarbiah Islam telah menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) pada tahun 1988, antara tokoh-tokoh utama gerakan Islam negara yang digelar tanah sejuta syuhada ini ialah Dr Abasi Madani, IR Abdul Kader Hachani, Sheikh Ali Benhaj . FIS dengan pantas menjadi fenomena dengan dokongan kelompok kelas menengah yang mendapat kesedaran Islam dan anak muda, dua tahun selepas ditubuhkan mereka memenangi 90 peratus kerusi majlis perbandaran di seluruh Algeria.

Ikhwanul Muslimin dalam dekad 80an terus menjadi “beg pukul” regim Mesir yang diketuai oleh Presiden keempat negara itu, Hosni Mubarak. Tangkapan massa pasca pembunuhan Anwar Sadat pada Oktober 1981 masih berbekas pada tahun 1988. Namun ramai tokoh-tokoh Ikhwan yang mendapat suaka politik , juga berkhidmat sebagai akademisi di luar Mesir, antaranya Sheikh Said Ramadhan,

Menjadi satu dosa kepada rakyat negara Asia Barat untuk mengganggotai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, bahkan akan dihukum bunuh seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara Syria. Bahkan negara berkiblatkan sosialisme Arabisme itu telah menumpahkan darah seramai 42 000 orang di Hamah pada tahun 1982. Libya juga dibawah Muammar Ghadafi mengenakan sekatan kepada perkembangan Ikhwan, pemenjaraan adalah lumrah, bahkan di Iraq yang juga bernuansa Baath, pembunuhan dan penyiksaan seperti mesin darah yang sentiasa mengintai para amilin. Sheikh Abdul Aziz al Badri , ilmuan Ikhwan di Iraq antaranya telah dipotong lidah dalam penjara.

Tahun 1988 juga ialah tahun yang sengit di medan peperangan Afghanistan yang dijajah oleh Regim komunis Russia semenjak tahun 1979. Pelbagai kelompok mujahidin berjuang di tanah gersang itu termasuk Hizbul Islami, Ittehad Islami, hizbul mujahidin dan lain-lain lagi. Isu Afghanistan sangat menggugah nurani umat Islam dalam dekad 80an , bahkan gerakan perlawanan di sana mendapat sokongan yang kuat daripada Jamiat Islami Pakistan. Dalam ijtimak yang pertama pada tahun 1988, kehadiran delegasi dari Afghanistan begitu menguja akal para khalayak dan isu kebangkitan Islam menjadi tema besar umat Islam. Antara tokoh-tokoh besar yang hadir daripada Afghanistan ialah Gulbudin Hekmatiyar, Prof . Burhanuddin Rabbani dan pengiring mereka.

Terlalu banyak isu dan tema Umat Islam yang dibincangkan dalam Ijtimak Alami kali pertama, pemidato dan ilmuan Islam yang memukau pesona. Berselingan dengan laungan takbir yang penuh semangat daripada ratusan ribu peserta, program mega ini menyimpulkan ukhuwwah dan menghantar isyarat jelas ke dalam nurani yang paling tersembunyi iaitu “kita semua bersaudara” , wajib bahu membahu membentengi Deenullah ini. Jom kita abnaul harakah beramai-ramai ke Ijtimak

Antarabangsa kali ini di Kota Bharu yang sarat dengan pelbagai program,tokoh-tokoh tersohor, memintal tali ukhuwwah serta menjana kesedaran rakyat Kelantan untuk mempertahankan pemerintahan kerajaan Islam ini.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat

Sumber BO - 19-7-2017








Cadangan hapus sekolah agama, sekolah pondok hina Perlembagaan Persekutuan

1. ISU cadangan untuk menetapkan sistem sekolah satu aliran menjadi topik perbincangan kalangan warga akademik dan pendidik kebelakangan ini. Ia menimbulkan polemik dan perbincangannya menjurus kepada persoalan impak positif dan negatif terhadap perkara tersebut. 
2. Sememangnya sekolah satu aliran memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara, sebagaimana matlamat utama penubuhannya, iaitu untuk mewujudkan perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni. Ia juga mampu membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Lantaran kerana dibimbangi akan wujud perbezaan serta masalah polarisasi kaum dan penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kerana setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan. 
3. Cadangan ini tidak pula menolak bahasa ibunda masing-masing kerana perbezaan budaya, adat, bahasa adalah dinamika yang diterima di negara ini. Ia tidak bertujuan menghapuskan bahasa-bahasa ibunda masing-masing, kerana ia boleh diterapkan dalam sistem persekolahan satu aliran yang akan dilaksanakan kelak. 
4. Namun demikian, tidak wajar buat pihak yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini sehingga membabitkan cadangan untuk menghapuskan sekolah agama dan sekolah pondok. Pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam media beberapa lalu berkaitan isu ini adalah pandangan ekstrem, melampau dan luar dari konteks. 
5. Beliau cuba menyamakan sekolah pondok, sekolah agama, MRSM, sekolah berasrama, sekolah antarabangsa, sekolah mubaligh Kristian dan sekolah vernakular. Ternyata Wan Saiful tidak memahami isu di sebalik polemik yang berbangkit. Beliau gagal memahami aspirasi dan matlamat di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran. 
6. Dalam hal ini, sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz, dan sekolah Arab di negara ini selari dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Beliau perlu memahami bahawa Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan yang merupakan sendi dan kerangka Asas Perlembagaan Negara iaitu Fasal 153. 
7. Jika sekolah agama dan sekolah pondok dihapuskan, maka tidak lagi wujud usaha untuk menghormati Perlembagaan Negara. Sistem pendidikan agama sudah dinafikan untuk diterapkan dalam sistem persekolahan yang menjurus kepada permasalahan yang lebih besar, iaitu penghinaan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara malah menghina Raja-Raja Melayu sebagai penaung bagi hal ehwal agama Islam. 
8. Cadangan sekolah satu aliran boleh dipersetujui kerana banyak keperluan dan faktor yang mendesak, dan boleh juga dibantah kerana beberapa faktor tertentu. Kita meraikan perbezaan pandangan, tetapi jangan menjadikan perbezaan ini sebagai platform untuk mewujudkan jurang yang lebih mendalam. Sepatutnya Wan Saiful fokus kepada isu yang dibangkitkan, dan tidak terbawa-bawa sehingga membantah suatu yang sudah dipersetujui bersama. Meraikan pandangan digalakkan, tetapi jangan mengheret sentimen yang lebih rumit untuk diselesaikan. ‘Sarang tebuan usah dijolok, kerana jika disengat memberi bisa yang sukar disembuh’. 
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 10-7-2017 










Mengenang 3 tahun pemergian Ustaz Abu Bakar Chik

SOSOK ini terus menjadi kenangan kolektif kita semua. Menjadi aktivis semenjak zaman remaja, idealis kampus serta aktivis yang berani mendombrak kezaliman sehingga mendekam dalam tahanan ISA. 
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik adalah kejora di langit malam yang menghiasi rentang perjuangan PAS lebih tiga dekad. Memimpin anak-anak muda, bahkan dengan gaya pemberani serta tegas, beliau singa jalan raya yang memimpin puluhan siri bantahan awam di negara ini. Watak pemberani yang dikacuk dengan sifat dahagakan ilmu pengetahuan, beliau adalah calon Doktorat UNISEL sehinggalah beberapa hari sebelum Ramadhan tiga tahun yang lepas dijemput Ilahi kembali ke negeri abadi. Masa yang pantas bergulir dalam tempoh tiga tahun ini sehingga kita merasakan bahawa beliau baru sahaja meninggalkan kita dengan senyuman khasnya itu. 
Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70-an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu. 
Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988 kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam. 
Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda PAS Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke-13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi. 
Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengah hari usai, Program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah, membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, Ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun. 
Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa Kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulamak PAS Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat. 
Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat, bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak-anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang, menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan. 
Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya, Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90-an, menggelarkannya secara diam "alfatihah", kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan, kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir. - HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD- 6-7-2017 












Menjadi Pemimpin Gerakan Islam Dengan Erti Menggalas Beban Amanah


Pasca muktamar PAS kali ke-63 menyaksikan keseronokan dan kerisauan ahli berbicara tentang kepimpinan PAS, pelbagai ulasan telah dibuat dan dibicarakan secara terbuka tentang kepimpinan, termasuk AJK lantikan. Begitu juga dengan kepimpinan diperingkat Perhubungan PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan, semuanya diartikulasi, dibedah serta diberi markah oleh ahli-ahli jamaah mahupun pencandu politik.

Di zaman siber dengan maklumat di hujung jari ini seperti menyembunyikan anak gajah dalam tudung saji mengkuang, segalanya terdedah dengan hanya beberapa hitungan detik. Dalam PAS, jauh berbeda budaya memilih pemimpin dengan parti-parti politik konvensional yang lain, ingin menonjolkan diri sebagai pemimpin maka sebelum langkah sembah akan terguling disepak ahli dan perwakilan. Ahli-ahli benci dengan budaya melobi dan berkempen serta dilihat bernafsu untuk memegang kuasa. Menjadi pemimpin jamaah Islam ini bermakna menggalang amanah yang cukup berat. Amanah kepimpinan yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan sang Pencipta, maka pimpinan PAS disemua peringkat wajib bercermin dan menilai diri.

Menurut Mustafa Masyhur dalam bukunya ‘Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah’, Kepimpinan dalam jama’ah Islam, natijahnya besar dan amanahnya berat oleh kerana beberapa sebab yang akan kita sebut setengahnya darinya. Menjadi kemestian kepada setiap individu dan pemimpin untuk sama-sama merasakan natijah yang besar serta amanahnya yang berat itu untuk menghasilkan kerjasama dalam memikul bebanan tersebut secara bersama.

Natijah yang besar disebabkan luasnya bidang kerja berserta berbagai cabangnya, kerana Islam adalah agama yang menyeluruh serta sempurna. Islam menyusun semua urusan hidup bagi individu, masyarakat dan negara serta dituntut supaya kita melaksanakannya dalam seluruh bidang hidup kita
Tanggungjawab pemimpin besar dan berat disebabkan beratnya matlamat dan tujuan yang kita berusaha ke arahnya. Allah adalah sebagai matlamat, agama Allah di muka bumi adalah tujuan (dengan mendirikan kerajaan Islam yang sejagat yang diketuai oleh Khalifah). Amanah kepimpinan berat kerana luasnya medan kerja yang terus bertambah sehingga hampir merangkumi seluruh keluasan dunia.

Tanggungjawab pemimpin besar kerana besarnya jumlah bilangan orang yang termasuk ke dalam tanggungjawabnya. Apatah lagi dengan kemasukan mereka yang terus bertambah dalam berbagai peringkat. Begitu juga dengan mereka yang telah sampai kepadanya dakwah dan berhajat kepada penyediaan, serta merta yang tidak sampai kepadanya dakwah hendaklah dilaksanakan supaya dakwah mesti disampaikan kepada mereka.

Amanah kepimpinan berat kerana tanggungjawab pemimpin mengarahkan setiap anggota jama’ah dan memudahkan punca-punca kerja dan hasilnya dalam bidang dakwah untuk mereka. Pemimpin bertanggungjawab mengenai cara pengambilan faedah yang baik dari semua keupayaan tersebut untuk amal Islami.

Amanah kepimpinan berat kerana besarnya natijah yang akan menyusul hasil pencapaian tujuan yang diusahakan oleh jama’ah. Kebaikan yang akan dicapai oleh kerana penetapan agama Allah tersangatlah besar di mana (dengan izin Allah) jangkauan ufuknya akan merangkumi sejagat dan jangkauan masnya akan meliputi genarasi manusia yang akan datang.

Amanah kepimpinan dalam jama’ah begitu berat dan besar oleh kerana banyaknya permasalahan dunia Islam yang mendesak dan saling berkaitan serta setiap permasalahan memerlukan kepada usaha dan jihad, memerlukan sumbangan dan pengorbanan. Tidak mungkin boleh diabaikan mana-mana masalah. Apa sahaja bantuan yang boleh mestilah diberikan iaitu dalam suasana keupayaan kita yang terbatas – kerana kita masih lagi menyeru ke arah kewujudan sebuah negara Islam – dan dalam keadaan harakah terdedah kepada tekanan, pemulauan serta tipu daya.

Amanah kepimpinan dalam jama’ah kita berat kerana orang Islam di medan sedang memerhatikan jama’ah kita sebagai tempat diletakkan cita-cita yang diharapkan untuk menyelamatkan mereka terhadap apa yang dialami dari suasana yang amat buruk, serta apa yang dialami, seperti pencabulan dan pembunuhan. Menjadi kewajipan ke atas jama’ah Islam dalam menyumbangkan segala daya usaha untuk menjadikannya berada di tahap kepercayaan yang diserahkan kepadanya dan dapat menghasilkan cita-cita yang diharapkan itu.

Amanah kepimpinan berat dan besar kerana panjangnya jalan dakwah di samping banyak halangan, banyak tempat kegelinciran serta liku-liku. Keadaan ini menuntut kebijaksanaan pemimpi untuk mengawal barisan dan menyebarkan semangat kesabaran serta membentuk jiwa yang tahan, pemimpin harus mampu membangkit semangat dan keazaman pengikut untuk melepasi halangan-halangan dan mengawal diri dari bahaya-bahaya yang menghalangi, serta juga perkara yang diperlukan untuk tujuan ini, seperti tarbiyyah, penyedaran yang berterusan, kesejahteraan barisan, dan istiqamah dalam fikiran.

Berdasarkan huraian yang dipetik daripada maestro gerakan Ikhwanul Muslimin ini maka semua peringkat pimpinan wajar untuk membetulkan jurus serta tapak langkah sembah. Ini penting agar gerakan Islam ini terpelihara daripada fitnah, berdaya saing untuk melangkah dimedan operasi. PAS dengan nuansa politik dakwah,memerlukan pimpinan yang mendekatkan diri dengan Allah, menyintai masjid, tidak membina jarak dengan pengikut serta mengerah seluruh kudrat untuk perjuangan. Ahli-ahli jamaah diorientasikan oleh kepimpinan, maka kepimpinan yang bertaqwa akan melahirkan denai perjuangan yang menepati manhaj Rabbani. Jom kita bercermin!

(Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat)

Sumber BO - 18-5-2017














Menjadi Pemimpin Bukan Sekadar Bersandar Pada Kualifikasi Kertas! (Siri I)







Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

PAS menjadi tarikan pesona terbesar bagi peminat politik negara ini serta terus menerus menjadi objek perbincangan samada pada sisi putih atau hitam. Ahli-ahli PAS dan masyarakat awam juga seperti tertunjal -tunjal akal untuk mengenali siapakah dan apakah latarbelakang pimpinan PAS. Cukupkah dengan sekadar menggalang gelaran akademik dan status sosial untuk memimpin sebuah pertubuhan massa bernuansa Islam ini?. Adakah mereka mempunyai latarbelakang yang mapan dan piawai untuk mentarjih perjalanan gerakan Islam ini?.

Ustaz Nik Mohamad Abduh, antara tokoh PAS yang popular, bukan sekadar mewarisi watak ayahandanya, namun bekas pelajar Maahad Muhammadi yang pendiam ini juga mewarisi minat ayahandanya. Ulat buku ini pada asalnya meminati bidang Perubatan namun almarhum Tuan Guru mahukan anakandanya menjadi ulama besar dan mewarisi perjuangan Islam. Beliau dihantar belajar ke Deoband dan Mesir.

Nik Abduh, pulang ke Kelantan dan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa dalam tempoh yang panjang dan juga Timbalan Ketua DPP Kelantan. Nik Abduh mengalahkan Dato Ibrahim Ali dalam PRU ke 13 di konstitusi Pasir Mas. Beliau ialah penulis yang prolifik dan juga kontroversi kepada pembenci-pembenci PAS.

Dato Mohd Amar ialah Naib Presiden PAS yang gemar berkain pelekat, mantan Pensyarah Kanan UIA itu yang juga Koordinator Kursus di Janatan Ilmu Wahyu Pusat Matrikulasi UIA. Beliau daripada darah keturunan ulama pejuang iaitu Tok Ayah Kedah, manakala ayahanda, Ustaz Nik Abdullah Nik Arsyad telah mendekam dalam tahanan ISA semasa beliau berumur empat tahun. Meminati politik kerana pergulatan hidup bapanya dalam politik turut diwarisi kepada Nik Amar yang cergas dalam persatuan semenjak zaman sekolah. Di kampus, beliau terlibat dengan PMUKM, juga memimpin Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM. Dato Mohd Amar juga menyertai PALAPES di kampus dan ini banyak membentuk disiplin beliau dalam perjuangan Islam.
Semasa berada di pemukiman ilmu di negara penjajah, beliau aktif dalam Persatuan Masyarakat Melayu Birmingham. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 1995 dan seterusnya melepaskan kerusi Parlimen untuk bertanding di DUN Pachor. Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan sering menjadi “punching bag” pembenci-pembenci PAS.

Dr Azman Ibrahim, anak jati Terengganu ini merupaka mantan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Iraq. Beliau merupakan mantan pegawai pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia dan mantan Pensyarah Pelatih di USM. Dalam parti, beliau pernah memikul amanah sebagai Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu, AJK Perhubungan dan Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu dan Pengarah Jabatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana Terengganu yang bertanggungjawab mengendalikan operasi banjir di Terengganu.

Dr Azman merupakan calon PAS di Dun Jabi dalam PRU 2008 dan 2013. Beliau pernah memimpin NGO i-BANTAH untuk menangani isu kolam udang i-SHARP di Setiu dan sekarang merupakan Pengerusi NGO Media, Kumpulan Aktivis Media Independen. Beliau juga terlibat dalam dunia penulisan dengan menghasilkan 4 buah buku beliau, Travelog di Lembah Sungai Dajlah dan Furat, Solat dan Sains, Air Mata Kassala dan Travelog 2, Epilog Seorang Doktor Gigi Pendakwah dan Ahli Politik, di samping bergiat aktif sebagai pendakwah dan penceramah motivasi. Beliau turut terlibat dalam misi kemanusian peringkat antarabangsa di Mindanao, Sudan dan Sempadan Jordan-Syria.
Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, antara tokoh PAS Kedah yang berjaya yang obses dengan dunia pendidikan Islam. Beliau anak kepada ilmuan Islam di Kedah pernah berkhidmat sebagai Pengetua sekolah Agama Rakyat daripada tahun 2000 sehingga tahun 2015. Di antara individu yang berusaha mewujudkan Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Islam Negeri Kedah (MERSIK) dan diberi amanah sebagai Setiausaha, di samping pernah menjawat jawatan setiausaha di dalam Majlis Pengetua Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah.

Beliau merupakan Setiausaha MTD Tanjung Dawai bagi dua penggal. Pengarah DUN sepenggal, begitu juga Pengarah JPRK Merbok. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Dewan Ulamak Kedah sebelum dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak Kedah. Pernah dilantik pemegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya III sesi 2013-2015 sebelum ke jawatan Pesuruhjaya Negeri Kedah. Beliau juga merupakan Calon PRU13 DUN Tanjung Dawai.

Dr Halimah Ali yang berketurunan Cina merupakan penasihat International Islamic Academy of Life Sciences and Biotechnology. Beliau yang juga mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor juga merupakan pengasas Jejak Ilmuwan Selangor, di samping menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, yang mana perbadanan ini merupakan perbadanan perpustakaan terbaik di seluruh negara. Dr Halimah yang juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan merupakan Chairman Founder Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dan beliau merupakan pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS).

Bekas pimpinan pelajar Universiti di Australia ini merupakan Pengasas Quranik Botanical Garden SRA dan SRI Farabi. Beliau yang meminati kerja-kerja kesukarelawan ini merupakan pengasas Briged Amal Selangor dan Pasukan Bomba Sukarelawan Selat Klang. Dalam NGO, Dr Halimah diamanahkan sebagai Ketua Amalnita Malaysia yang telah banyak keluar negara melakukan misi-misi bantuan kemanusiaan. Beliau yang terkenal sebagai seorang tokoh pimpinan muslimat merupakan Pengasas GeMS iaitu Generasi Idaman Selangor dan jawatankuasa induk menangani gejala sosial Selangor.

Kamaruzaman Mohamad dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan. Beliau merupakan aktivis pelajar kampus di mana pernah mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UPM) selama 3 tahun pada tahun 1994-1997. Anak muda kelahiran Kelantan ini merupakan Timbalan Presiden Persatuan Silat Gayong UPM dan telah mewakili UPM dalam Silat Seni dan Silat Olahraga, dan pernah mendapat tempat kedua dalam Silat Olahraga di Pertandingan antara universiti-universiti Malaysia. Kamaruzaman pernah terlibat dalam bantahan Akta Pengkorporatan Universiti dan juga membantah Kriket Israel pada April 1997.

Mantan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan mantan Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai ini, adalah antara penggerak dalam semua bantahan awam mega seperti BERSIH 1, BERSIH 2 dan BERSIH 3. Begitu juga perhimpunan anti TPPA, perhimpunan membantah DLP, perhimpunan membantah ISA, dan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dan GST. ini juga menyebabkan beliau sentiasa berdepan dengan pihak keselamatan dan beberapa kali telah dilokapakan akibat himpunan bantahan awam di negara ini. Kamaruzaman adalah Pegawai Khas Presiden PAS sejak 2013 dan beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan 2013-2017.

YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato Hj. Hassan merupakan Pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Beliau merupakan Penolong Profesor Undang-undang Ahmad Ibrahim daripada tahun 2002-2008. Anak kepada mantan pimpinan PAS iaitu Ustaz Hassan ini merupakan Penolong Pengarah di Pusat Undang-undang Harun M. Hashim, UIAM semenjak tahun 2004-2008. Beliau juga merupakan Penasihat Syariah, Standard Charted Bank 2005-2008 dan sekarang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Temangan 2008 sehingga kini. Beliau juga dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semenjak tahun 2008 sehingga kini.

Semasa belajar di kampus UIAM, beliau adalah Amir Jamaah dan merupakan Presiden Hizbi United Kingdom dan Eire pada tahun 1999-2001(sebuah persatuan pelajar Islam terkemuka di United Kingdom). Beliau merupakan Pengerusi Forum Malaysia United Kingdom dan Eire 1999-2001 (FMUKE merupakan sebuah persatuan induk yang dianggotai oleh lebih dari 20 buah persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland), juga Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Malaysia Sedunia 2000-2001 (GPIMS – Sebuah gerakan pelajar yang menggabungkan persatuan-persatuan pelajar dari United Kingdom, United States of America, Timur Tengah, Pakistan, India, Indonesia dan Jepun). Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Pusat Strategik PAS dan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerja Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. Beliau juga pernah menjadi AJK Institut Latihan dan Kepimpinan PAS Pusat (ILHAM) dan diamanahkan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah ILHAM.

Berlatarbelakangkan pendidikan beliau dalam undang-undang Syariah, beliau telah dipilih sebagai salah seorang Konsultan Syariah kepada institusi perbankan dan jabatan kerajaan, juga menjadi Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM dan seterusnya memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi II PERKIM Negeri Kelantan. Alumni Kolej Islam Kelang (KIK) ini juga kini dipertanggungjawabkan untuk memikul pelbagai amanah dalam kepimpinan PAS antaranya sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Machang, Ketua Penerangan PAS Kelantan, YDP PAS Kawasan Machang, dan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Kelantan.

Ustaz Misbahul Munir Masduki ialah mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Tokoh PAS Perak ini mantan Naib Ketua Pemuda PAS Perak serta mantan Ketua Pemuda PAS Perak. Pernah menjadi Johan Debat Antara Guru Peringkat Kebangsaan selama dua tahun berturut-turut.

Misbah dianugerahi anugerah guru cemerlang pada tahun 1999 serta menjawat pelbagai jawatan dalam parti semasa masih menjadi penjawat awam. Antaranya Ketua Pemuda Bagan Dato, YDP PAS kawasan Bagan Dato serta pernah tiga kali bertanding di DUN Rungkup. Anak Jawa ini juga aktif dalam gerakerja dakwah dan misi bantuan kemanusiaan, pernah menjadi setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada tahun 2008 apabila PAS bersama rakan politiknya berjaya menawan negeri tersebut.
Dr Shamsuri Mokhtar merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baru merupakan anak kelahiran Besut. Beliau mula mengunjungi kuliah pengajian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Rusila dan Ust Awang Jidin (Tukul Besi) di Batu 6, sejak dari berada di Tingkatan Satu semasa bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh yg berhampiran pada zaman kehangatan ceramah dan kuliah, era tahun 1983 – 1987. Beliau memulakan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik dan Bahan di UKM pada sesi 1989/90 dan menjadi Exco PMUKM Sesi 1990/91 di era Islam Penyelamat Ummah menjadi peneraju PMUKM, di mana beliau menang tanpa bertanding pilihanraya kampus untuk kerusi fakulti.

Beliau pernah menjadi SU Cawangan Changkat Batu Gajah (Perak) sekitar tahun 1994 ketika bekerja di USM Cawangan Tronoh pada masa itu. Beliau seterusnya menyambung pengajian ke Leeds, England pada Oktober 1995 dalam peringkat Masters in Combustion and Energy, dan tamat PhD dalam kajian “High Altitude Aero-engine Ignition and Combustion” di universiti yg sama pada tahun 2001. Kajian PhD itu juga antara lainnya sebahagian dari kajian besar bersama Rolls Royce Plc. yang juga pengeluar enjin kapal terbang terkemuka dunia. Sepanjang berada di UK, Dr Shamsuri pernah menjadi Timbalan Presiden al-Hizbul Islami UK & Eire, dan Ketua Komuniti Melayu Leeds.
Beliau pulang ke tanahair pada tahun 2001, dan kemudiannya bertugas di sebuah IPTA sehingga akhirnya beliau tekad melepaskan jawatan pada tahun 2009 sebagai Professor Madya untuk berkhidmat sepenuh masa sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS. Sepanjang dalam perkhidmatan di universiti, Dr Shamsuri pernah menjadi Pengerusi Jemaah Dekan Aeroangkasa IPTA Malaysia, Penasihat Bidang Aeroangkasa kpd Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi pada tahun 2006-2007. Beliau pernah mengetuai delegasi Kementerian dan IPTA untuk mengadakan perbincangan teknikal di China – Korea – Jepun iaitu dengan China National Space Agency, Korean Space Agency dan Japan Aerospace Exploration Agency.

Beliau juga pernah mewakili negara ke Persidangan Teknikal Teknologi Aeroangkasa anjuran National Aeronautics and Space Administration (NASA) di Washington sekitar 2006. Akhirnya pada awal tahun 2009 beliau melepaskan jawatan akademik di IPTA. Bermula pada tahun 2001 sehingga beberapa tahun kemudiannya, Dr Shamsuri dilantik menjadi Ketua Modul, Ahli Lembaga ILHAM di bawah Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, di samping sebagai salah seorang tenaga Think Tank Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Beliau juga turut diundang memberikan ulasan semasa berlaku tragedi MH370 & MH17, di dalam Astro Awani, TV1, TV Hijrah, TV2 dan Radio IKIM.

Sumber BO - 14-5-2017
















Menganjurkan Wacana Tokoh Tidak Salah Tetapi Menyalahgunakan Nama Tokoh Adalah Menjengkelkan













Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

PAS semenjak keberadaannya di medan siasah, dakwah dan tarbiah telah menganjurkan pelbagai wacana pemikiran tokoh. Saya sendiri semasa menjadi anggota Dewan Pemuda dan jaringan sivil telah terlibat dengan puluhan penganjuran wacana tokoh-tokoh gerakan Islam yang berjasa menyumbang kebaktian kepada ummah.

Antaranya wacana memperingati Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Sheikh Ahmad Yasin, Dato Ustaz Fadhil Mohd Nor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Dato Ustaz Harun Taib, Ustaz Hasan Shukri, Dato Ustaz Abu Bakar Chik dan tokoh-tokoh yang lain.

Kajian tentang pemikiran tokoh serta jasa mereka adalah antara program mencanai intelektual, memberdaya keseriusan dalam membina gerakan serta mewujudkan budaya berfikir dan mengkaji. Jarang sekali program wacana tokoh dikritik malah dibuat laporan Polis seperti mana kes penganjuran wacana tokoh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh PAN minggu ini.

PAN sebagai parti serpihan PAS cuba memancing perhatian masyarakat dengan mengaitkan perjuangan mereka dengan nuansa perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun keluarga tuan guru yang berpayung dibawah Yayasan Ni’matillah telah memprotes usaha memanipulasi nama baik almarhum. Laporan polis juga telah dikemukakan oleh anak almarhum, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz, namun parti yang dibidankan oleh DAP ini tetap berdegil untuk meneruskan wacana.

Anak-anak muda Islamis negara ini wajar mengenal siapakah almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau seorang yang tegas dengan prinsip Islam, tidak menggadaikan prinsip dengan mudah demi kekuasaan. Pada tahun 1981, Dewan Ulama PAS Pusat yang dipimpin oleh almarhum menolak usaha untuk bertahalluf dengan DAP sehingga hampir berlaku perang dingin dengan Presiden PAS saat itu.

Jatuh bangun almarhum tetap bersama perjuangan Islam, beliau pulang daripada pemukiman ilmu di Mesir dengan ijazah Sarjana, namun saat ilmuan lain memilih untuk hidup senang dan bersama pemerintah, beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Hatinya hiba melihat tangkapan borong terhadap ulama dan asatizah yang mendokong PAS di Kelantan dibawah ISA. Almarhum memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen Kelantan Hilir pada tahun 1967, mengalahkan wakil parti Perikatan.


Apabila Muktamar Khas PAS memutuskan harakatul ummah ini menyertai koalisi baru pemuafakatan politik Barisan Nasional pada awal dekad 1970an, almarhum tetap bersama jamaah tercinta ini, walaupun jiwanya perih dengan kekasaran UMNO terhadap PAS melalui tindakan gasar Pemuda tahan lasak UMNO.

Beliau juga teguh bersama jamaah apabila berlaku krisis MB Kelantan pada tahun 1977, walaupun akhirnya tertubuh BERJASA,akibat konflik dalaman PAS. PAS hilang pengkalan kuasanya di Kelantan dalam pilihanraya 1978, almarhum dengan gigih membangunkan kembali kekuatan jamaah dengan menggerakkan jihad pendidikan. Kuliah-kuliah ilmu pagi jumaat di setiap kawasan di tanah serendah sekebun bunga menjadi pemangkin kepada ahli-ahli, menyuntik kembali semangat yang hilang akibat hilang kuasa di Kelantan.

12 tahun kemudian, PAS kembali merengkuh kekuasaan di Kelantan dan beliau memimpin negeri itu dengan motto “membangun bersama Islam”. Pembangunan Kelantan diselaraskan dengan acuan Islam sehingga dicemburui oleh lawan. Kekuatan PAS semakin melebar, daripada kawasan pedalaman sehinggalah kawasan elit di kotaraya, pengaruh PAS mewabak dalam dekad 90an.

Kelantan menqanunkan Enakmen Jenayah Syariah dan beliau tidak pernah menyembunyikan hasrat itu. Kerajaan Kelantan menjadi model kepada gerakan Islam lain, bagaimana upaya membangunkan pemerintahan.

PAN harus sedar diri bahawa kewujudan mereka adalah memecahbelahkan kesatuan amal Islami di tanahair ini. Keberadaan mereka ini adalah sebagai jamaah dhirar yang merosakkan aspirasi ummah, bahkan melengahkan kemenangan Islam. Almarhum Tuan Guru dalam hayatnya sentiasa menekankan peri pentingnya mengukuhkan wadah ummah ini, mencela perbuatan mewujudkan khutlah mahu pun firqah.

Beliau sentiasa mengingatkan para pendokong PAS untuk terus menjayakan cita-cita melihat tertegaknya perundangan Syariah di tanahair ini. PAN seperti kontang idea untuk mengenengahkan tokoh atau ikon untuk mereka kaji. Saya mencadangkan pimpinan PAN mengkaji biografi politik Jeneral Murtopo, tokoh TNI (Tentera Nasional Indonesia), bagaimana makar serta strategi melumpuhkan gerakan Islam Indonesia serta gerakan swadaya Islam. Cukuplah memanipulasi sejarah emas Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat demi politik sempit kamu!

Sumber BO - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Sekolah agama rakyat agen perubahan masyarakat, bukan pemecah belah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Maahad Tahfiz Wal Tarbiah Darul Iman.


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43898-sekolah-agama-rakyat-agen-perubahan-masyarakat-bukan-pemecah-belah

Tanah air ini telah mengalami transformasi pendidikan yang sangat pantas dan rencam semenjak satu abad ini. Pendidikan Islam yang diterima oleh orang  Melayu sebelum daripada zaman kolonial berupaya membuka dimensi berfikir Orang Melayu, sama ada sekolah pondok atau pun sekolah agama rakyat. Kedatangan British pada penghujung abad ke-19 seterusnya menjadikan pendidikan semakin rencam dengan pengenalan sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Sekolah vernakular yang berakar di zaman kolonial akhirnya kekal berlangsung sehingga sekarang sehingga menimbulkan pemisahan kaum dan kelompok serta menebalkan perasaan etnosentrism.

Sekolah agama rakyat pula di zaman penjajah British menjadi benteng pemelihara aqidah dan pusat penentangan terhadap penjajah seperti Maahad Ehya as Sharif. Sekolah agama rakyat bukan sekadar melahirkan pelajar yang celik ilmu deeniyah tetapi celik politik dan mengimbangi kebimbangan akan pupusnya ulama yang menjadi kelompok autoriti dalam strata sosial masyarakat Melayu.

Sekolah agama rakyat adalah komponen sekolah-sekolah diniyyah yang diuruskan oleh orang ramai. Pada mula penubuhannya diinisiatifkan oleh tuan guru atau kiai (lebai) di sesuatu daerah. Ada juga yang diinisiatifkan oleh kelompok individu tertentu sebagai usaha memperjuangkan agama Islam. Sehingga hari ini sekolah-sekolah berkenaan diuruskan oleh yayasan yang ditubuhkan oleh mereka atau diuruskan oleh jawatankuasa tertentu bagi pihak masyarakat atau masih kekal di bawah pimpinan individu atau waris pengasasnya. Dari segi pembiayaan biasanya bergantung kepada sokongan rakyat, bantuan zakat ataupun yuran pelajar yang diambil secara minimum. Sekolah ini berdaftar di bawah pejabat agama negeri dan ada juga yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. (Abu Bakar Chik: 2010)

Sekolah agama rakyat ialah sekolah agama yang tidak mendapat bantuan kerajaan dan ianya didirikan dengan sokongan masyarakat. Masyarakat menubuhkan dengan cara menderma bahkan turut membantu membina bangunan.

PAS semenjak awal lagi menubuhkan sekolah agama rakyat melalui pendukung-pendukungnya di seluruh negara termasuk di sabah terlibat dalam usaha membina sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat di negara ini muncul akibat kesungguhan graduan pendidikan Islam dan juga sokongan masyarakat yang merasakan kepentingan pendidikan Islam anak-anak mereka.

Antara faktor berlakunya kesinambungan untuk menggerakkan instutisi pendidikan Islam seperti sekolah agama rakyat ialah pulangnya pelajar Timur Tengah seperti graduan al-Azhar. Penuntut al-Azhar yang aktif dengan PMRAM diajar tentang berorganisasi dan mereka lebih berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.

Kebangkitan Islam di Mesir yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin juga turut mempengaruhi pemikiran pelajar al-Azhar termasuk cara belajar ‘talaqi’ di Mesir juga menanam kecintaan kepada pendidikan Islam. Mereka ini kemudiannya dikesan ramai terlibat dalam menggerakkan sekolah agama rakyat di negara ini termasuk menggerakkan institusi pendidikan di bawah PAS.

Pada asalnya PAS tidak menubuhkan secara langsung sekolah agama rakyat tetapi ianya ditubuhkan oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana PAS memberikan kebebasan kepada ahlinya untuk mewujudkan sekolah sendiri untuk mengelakkan karenah birokrasi dan memfokuskan kepada aktiviti politik parti berkenaan. Namun selepas kebangkitan semula Islam yang berlaku dalam dekad 70-an dan 80-an, PAS mula menunjukkan kecenderungan untuk menubuhkan sebanyak mungkin sekolah agama rakyat dan menghidupkan kembali sekolah agama rakyat yang tidak bermaya sebelumnya.

SAR yang ditubuhkan oleh PAS tumbuh merata di seluruh negara termasuk di Sabah, ianya mendapat sokongan daripada ahli dan masyarakat. - HARAKAHDAILY 14/1/2017

Sumber HD - 14-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN Sebagai Generasi Kedua Parti Islam?
Posted on Sunday, November 27 @ 21:51:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32618



Saya terpanar membaca kenyataan seorang tokoh PAN yang mendakwa parti itu sebagai generasi kedua parti Islam sebagaimana AKP di Turki, An Nahdah di Tunisia dan PKS di Indonesia. Jauh panggang daripada api untuk membayangkan sejarah gerakan Islam lain dengan kumpulan serpihan yang dirancang dengan konspirasi dan pengkhianatan terhadap kumpulan Islam yang sediada di tanah leluhur ini.

Teman-teman PAN perlu bercermin dengan sejarah yang lurus bahkan untuk anak-anak muda yang baru mengenali dunia amal Islami perlulah menekuni sejarah jatuh bangun gerakan Islam diseluruh dunia. PKS atau Parti Keadilan Sejahtera yang asalnya bermula dengan nama Parti Keadilan muncul selepas ruang demokratik yang terbuka luas pasca Reformasi Mei 1998 di Indonesia. Tanah seberang yang dijarah Belanda selama 350 tahun itu turut menyaksikan bagaimana MASYUMI atau Majlis Syura Muslimin Indonesia ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Dr Mohamad Natsir.

MASYUMI yang menjadi pesaing kuat kepada PNI yang dipimpin oleh Ir Soekarno telah diharamkan oleh regim sehingga menumbuhkan beberapa lagi beberapa seperti gerakan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. Di zaman ORBA pula, hanya satu parti Islam yang dibenarkan bergerak iaitu PPP atau Partai Pembangunan Persatuan. Dengan tumbangnya Soeharto pada Mei 1998, ruang demokratik membuka seluas pintu untuk warga Indonesia berekspresi sebebasnya, termasuk ruang demokratik. Namun kegilaan baru tercetus apabila puluhan parpol bernuansa Islam diwujudkan sehingga lemahkannya kesatuan ummah dan impaknya dapat dirasakan hari ini. Ummah berpecah merebut kek kekuasaan, ironisnya parti pragmatis sekular, bahkan parti berbasis kristian menyatukan kekuatan di negara paling ramai muslim dalam dunia itu. Kekalahan parpol- parpol Islam telah mengheret ummah dalam duka dan kerugian, lihatlah dasar pemerintahan Jokowi, juga Ahok di Jakarta.

AKP lahir melalui sejarah panjang perjuangan Islam di Turki,setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniah yang pernah memayungi 600 tahun lebih bumi umat Islam. Kemunculan harakatul ummah seperti Jamaah an Nur yang diinspirasikan oleh tokoh pencerah Turki, Sheikh Badiuzzaman Said Nursi sentiasa digugat musuh. Berakar daripada gerakerja dakwah Jamaah an Nur melahirkan kemudiannya parti politik bernuansa Islam seperti parti Milli Salamah, seterusnya Refah, Fazilet Party.

Perpecahan Parti Fezilet telah memunculkan dua aliran sekolah pemikiran, AKP dan Saadet yang kini menyaksikan AKP sedang mendahului Saadet yang lebih puritan dan fundamentalis. Demografi negara Turki dengan euforia sekular yang masih kuat memungkinkan persaingan dimenangi oleh AKP berbanding Saadet. Realiti Turki yang serba pragmatis jauh berbeda dengan watan kita, dimana Islam diamalkan dengan lebih membumi dan mendalam.

An Nahdah pula menjadi pencabar regim Habib Bourguiba dalam dekad 1980an di negara yang sangat memusuhi amalan Islam. Rashid Ghanoushi, mantan penyokong aliran Sosialis telah menukar kiblat perjuangannya kepada seruan Islam yang syumul. Sosok hebat ini dengan pantas menyihir perhatian peserta generasi kebangkitan Islam Tunisia dalam dasawarsa 80an, sehingga parti Islam an Nahdah telah diharamkan regim Baath . Lebih tiga ribu pimpinan serta pendokong an Nahdah mendekam dipenjara Tunisia, Ghanoushi mendapat suaka politik di London. Beliau kembali menjadi sebutan warga Tunisia pasca Arab Spring dan pulang kembali ke Tunisia seperti kesatria barisan hadapan.

Sesepuh hebat ini menghidupkan kembali an Nahdah yang diharamkan dalam dekad 80an serta reinkarnasi an Nahdah telah disambut dalam semarak kebangkitan rakyat pasca Arab Spring. An Nahdah dalam reinkarnasi baru ini mewajahkan mereka sebagai "Islamis demokrat", meninggalkan wajah mereka dalam dekad 80an. Seruan pemulihan sosio ekonomi, tatakelola kerajaan yang baik, merapatkan jurang kaya miskin menjadi agenda an Nahdah dalam pusingan kedua ini.

Dimana PAN jika ingin dibandingkan dengan karektor dan sejarah tiga parti Islam tadi. Mereka lahir daripada kekalahan muktamar PAS ke 61 dengan membawa bagasi sejarah, mereka muncul dalam keadaan PAS masih utuh dengan dasar dan prinsip Islam. Dimana kesalahan syarak PAS untuk dirungkaikan intima' dan ketaatan kepada harakatul ummah itu?. Untuk anak-anak muda kail panjang sejengkal yang tersihir dengan fenomena post Islamism, lakukan sedikit kajian dan penelitian kalian. Negara ini sifatnya sangat " fragile" kondisi persaingan kuasa, PAN hanyalah percaturan belakang tabir yang akan hanya menguntungkan musuh-musuh Islam.titik!

Dr Riduan Mohamad Nor 


Sumber TKO - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Mengintai kejerihan umat Islam Syria di perbatasan Jordan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43351-mengintai-kejerihan-umat-islam-syria-di-perbatasan-jordan

KRISIS kemanusiaan pasca Arab Spring semakin memburuk di khemah pelarian Syria di sebelah Jordan terutama dengan kedatangan musim sejuk yang menggigit tulang temulang. Jutaan pengungsi warga syria yang lari daripada konflik berdarah Syria semenjak lima tahun lalu berhadapan dengan situasi yang paling getir apabila musim sejuk menyerkap mereka dengan kekurangan makanan, pakaian, selimut, alat pemanas dan ubatan.

Kemuncak musim sejuk dengan suhu mencecah minus belasan sangat mendera para pengungsi yang tidak pasti bilakah kubangan darah di tanah air mereka akan berhujung. Kemuncak musim sejuk dengan salju putih memenuhi kawasan pengungsian seolah berada di kutub Utara, timbunan salju sehingga beberapa kaki ini juga mengheret duka pelarian. Data kematian akan meningkat setiap hari terutama kanak-kanak, bayi dan warga emas, malah kelaparan luar biasa yang dialami sehingga ada yang terpaksa memakan tikus dan kucing!

Kerajaan Jordan tidak mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk para pelarian kerana jumlah pelarian yang meningkat jutaan orang malah merasakan pengungsian sebagai liabiliti kepada negara kerana meningkatkan kos negara daripada sudut keselamatan dan lain-lain lagi.

Pelarian Syria yang berada di sempadan Turki agak bernasib baik kerana keprihatinan kerajaan Pimpinan Erdogan yang menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelarian. NGO antarabangsa seperti IHH juga menfokuskan dengan baik untuk bantuan pelarian Syria seperti mewujudkan sekolah-sekolah untuk anak pelarian. Regim Bashar pernah melepaskan air empangan ke Antakia kerana berang dengan sikap kerajaan Turki yang dilihat seolah campurtangan dalam soal pengungsi dari Syria.

Saya berpeluang lagi kali ini untuk mengikuti program misi bantuan kemanusiaan pelarian Syria di sempadan Jordan. Bersama tim Muslim Care yang diketuai oleh Presidennya, Haji Zulkifli Wahijan yang membawa sumbangan rakyat Malaysia sempena musim sejuk yang menggigit tulang. Misi kali ini seramai 23 orang, termasuk dua selebriti anak seni iaitu Ali XPDC dan Izo XPDC. Anggota misi telah mengadakan bantuan ke khemah Zulaij dimana keadaan mereka sangat dhaif dan memerlukan perhatian.

Dibantu oleh teman-teman relawan Muslim Care di Jordan, antara program-program yang dilaksanakan ialah seperti membeli-belah pakaian keperluan bersama anak-anak yatim pelarian, majlis serahan bantuan musim sejuk kepada 300 keluarga, menyantuni pelarian  di khemah pelarian Zulail yang tidak mendapat bantuan daripada pihak luar.

Berada di khemah pelarian sangat menginsafkan, dengan suhu belasan darjah celcius dan dijangka suhu diparas minus apabila kemuncak musim sejuk. Khemah pelarian tanpa kemudahan yang lengkap, bahkan mereka bekerja di kebun tanaman rakyat tempatan Jordan semata-mata  untuk mendapatkan bekalan eletrik dan juga air.

Rombongan Muslim Care berjaya memberikan senyuman untuk anak-anak pelarian apabila agihan makanan ringan serta menyantuni mereka dengan bernasyid. Jelas tergambar riak gembira pada guratan wajah pelarian apabila menerima barang keperluan musim sejuk. Setiap tahun apabila musim sejuk menjelang, maka berita kematian seolah menjadi perkara rutin, terutama anak-anak kecil pelarian.

Muslim Care Malaysia menggalang pelbagai misi untuk misi membantu pelarian Syria termasuk yang terlantar dipelbagai negara Eropah serta mempunyai enam buah sekolah pelarian Syria di negara Turki. Semua misi membantu ini mendapat dokongan rakyat Malaysia yang berkongsi kesedihan dan menggalang kebersamaan. Misi membantu pelarian Syria juga dibantu oleh NGO tempatan Jordan yang diketuai oleh Dr Solah Fauzan yang turut mempunyai sekolah pelarian Syria serta jaringan yang baik dengan pelbagai pihak. Cakna dan peduli adalah sikap orang beriman, maka berbahagilah kemakmuran kita dengan muslim yang lain. – HARAKAHDAILY 26/11/2016

(Penulis ialah Pengarah Penerangan Muslim Care Malaysia

Sumber HD - 26-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































31 tahun: Memali tetap dalam relung hati kamu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43257-31-tahun-memali-tetap-dalam-relung-hati-kamu

31 TAHUN TARIKH ITU: MEMALI TETAP DALAM RELUNG HATI KAMI

BALING sebuah daerah yang sarat dengan peristiwa besar negara dan melakar sejarah. Di saat tanah leluhur ini diselimuti perlawanan dengan gerila Bintang Tiga, maka Baling dipilih untuk dijadikan medan perbincangan solusi antara PKM dan pihak Kerajaan pada tahun 1955.

Pada tahun 1974 pula, ekoran daripada harga getah yang merudum, maka Baling menyaksikan kebangkitan rakyat tani yang digalang oleh gerakan mahasiswa Malaysia sehingga menyebabkan ribuan anak-anak kampus ditahan oleh pihak berkuasa dalam lanjutan bantahan di Kuala Lumpur.

Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda dan diketatkan pasca bantahan gerakan mahasiswa paling besar dalam sejarah negara ini. Kejerihan rakyat Baling telah memacu kebangkitan anak muda prihatin negara ini yang menjadi kuasa semak dan imbang yang berkesan.

Baling sekali lagi melakar sejarah, namun dengan lebih tragis dan merobek jantung hati dengan berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985. 14 penyokong PAS dan empat orang polis terkorban akibat kerakusan dan kesilapan rejim BN menangani peristiwa ini yang mengundang kritikan berpanjangan sepanjang tiga dekad ini. Dekad 1980-an adalah dasawarsa kebangkitan Islam yang menyaksikan kerajaan BN melancarkan kempen Penerapan Nilai Islam untuk menghadapi kebangkitan Islam yang sedang bersemarak hangat.

Tokoh utama yang menjadi watak tragedi ini ialah as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali juga sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau adalah pendakwah dan ulama yang pernah mendapat pendidikan di Deoband India, Universiti al-Azhar Mesir dan juga Maahad Dakwah di Tripoli, Libya. Beliau yang juga pemidato yang handal sehingga pernah dinobatkan sebagai pendakwah terbaik di Wilayah Persekutuan, aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di Lembah Klang. Ustaz Ibrahim berkerja dibawah Pusat Islam sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan pulang ke daerah kelahirannya untuk sepenuh masa menyebarkan pencerahan dan ilmu agama untuk masyarakat desa yang dahagakan ilmu.

Ustaz Ibrahim mengasaskan pusat pengajian Islam di Kampung Memali Baling, aktif menyampaikan kuliah agama di Utara Semenanjung dan popularitinya dengan pantas mencuat dalam kalangan masyarakat Utara Semenanjung. Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1978 di Dun Bayu, namun tewas tipis kepada calon BN. Selain itu pernah menjadi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, juga Pengerusi ABIM daerah Baling.

Pada tahun 1984, berlaku tangkapan tokoh-tokoh pimpinan pemuda PAS di bawah ISA, antaranya Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara. Namun pihak berkuasa gagal menahan Ustaz Ibrahim kerana beliau dikawal rapi oleh penyokong-penyokongnya yang setia. Umno kedah semakin gelisah dengan populariti almarhum yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman, sentiasa hadir menyampaikan kuliah di mana sahaja beliau dijemput.

Dalam Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1985, sekali lagi wakil Umno Kedah mendesak KDN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Ibrahim Libya yang dilihat mengancam penguasaan Umno di Kedah. Pada tahun yang sama berlaku tragedi Lubuk Merbau dalam Pilihan Raya kecil Padang Terap yang membawa pembunuhan terhadap Osman Talib, seorang aktivis PAS Kedah, juga kecederaan parah seorang ahli PAS dari Besut, Haji Ayub Mir. Bahang kebangkitan PAS semakin menyala di negara ini, apatah lagi dengan fenomena Haji Abdul Hadi yang sedang melanda.

Dengan desakan berterusan, maka akhirnya pada 19 November 1985 berlakulah tragedi yang memerihkan hati umat Islam negara ini, plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia. Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa.

Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini. Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh. Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz Ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat, manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Junid mengisytiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada.

Peristiwa Memali tetap utuh bersemayam di tangkai hati kita yang cintakan kebenaran. Walaupun terabai di mahkamah dunia namun mahkamah akhirat pasti kezaliman ini disingkap tirainya yang berlapis-lapis. Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ikon perlawanan antara hak dan batil, juga keteladanan di jalan dakwah yang penuh dengan hamparan mehnah dan ibtila'.

Sosok pendakwah yang mengorbankan kesenangan hidup untuk menjadi lantera dalam kegelapan pekat kejahilan masyarakat desa Baling. "Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah" frasa kata itu terpacul daripada mulut almarhum sebagai manifestasi menyintai kebenaran dan tidak akan bermanis muka dengan kebatilan. Semoga kita semua tidak melupakan tragedi berdarah Memali 31 tahun lalu walaupun dalam gema ratib "Putrajaya" kita, mereka menyiram baja perjuangan! - HARAKAHDAILY 19/11/2016

Sumber HD - 19-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tragedi Memali: Monumental kezaliman Mahathir

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43224-tragedi-memali-monumental-kezaliman-mahathir

Minggu ini dalam pesta pora untuk mewirakan Tun Mahathir sebagai ikon perlawanan rakyat menentang rejim, aroma darah Memali kembali menggugat nurani kita. Memali terpahat kekal dalam relung jiwa kerana keadilan tidak diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Dekad 80-an dengan euforia kebangkitan Islam yang sedang menggebu di seluruh belahan peta dunia Islam. Kebangkitan mujahidin Afghanistan, Islamisasi di Sudan dibawah Dr Hasan Turabi dan Jeneral Omar Bashir, perlawanan jihadis di Palestin sehingga memunculkan HAMAS pada tahun 1987, pembantaian Hamah di Syria oleh regim Hafiz Al Asad dan pelbagai peristiwa lain.

Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 adalah kemuncak manifestasi penentangan ahli PAS terhadap ISA. Tokoh penggerak utama penggerak peristiwa ini ialah Ustaz Ibrahim Mahmood atau dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau merupakan bekas pendakwah di Pusat Islam yang bersara dari jawatannya untuk berkhidmat dan memberikan kefahaman Islam kepada penduduk kampungnya (Memali) yang rata-ratanya agak rendah kefahaman dan pengalaman Islam. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Deoband, India, Universiti al-Azhar dan Kolej Dakwah Libya. Beliau merupakan calon PAS Dun Bayu, Kedah tahun 1978 dan 1982, bekas Naib Ketua PAS Kedah dan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Baling. Beliau juga pernah memimpin Abim di Kedah,antaranya sebagai Pengerusi Abim bagi daerah Baling.

Pada 2 September 1984, pihak keselamatan telah berusaha untuk menangkapnya di bawah ISA seperti yang dihadapi oleh pimpinan pemuda PAS yang lain seperti Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad dan lain- lain lagi tetapi gagal kerana usaha tersebut telah dihalang oleh penyokong-penyokongnya. Selepas dari itu, pihak polis memberitahu bahawa Ustaz Ibrahim dikawal ketat oleh penyokongnya dan beberapa usaha pihak polis untuk menangkapnya telah gagal. Usaha kemuncak untuk menangkap beliau di bawah ISA dilakukan pada 19 November 1985.

Menurut Kertas Tahanan 21 Memali, “gerakan tersebut ialah untuk menangkap Ibrahim bin Mahmood dan dua orang lain di bawah AKDN, tiga orang telah dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka serta 32 orang pengikut disyaki terlibat dalam pergerakan jenayah yang terselindung di rumah Ibrahim Mahmood…” Menurut sumber Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, seramai 576 orang anggota polis telah digunakan dalam operasi tersebut. Manakala dari sumber penduduk kampung seramai 3,600 orang anggota polis terlibat.

Operasi penangkapan ini berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati dan perasaan serta menarik perhatian antarabangsa. Ianya telah mengorbankan Ustaz Ibrahim bersama 13 lagi pengikutnya dan 4 anggota polis. Media massa ‘menghighlightkan’ seolah-olah berlaku pertempuran yang dahsyat di antara pihak keselamatan dan pejuang Islam di negara ini. Ada laporan akhbar menyifatkan tragedi ini adalah satu peristiwa yang hampir sama dengan yang berlaku di Talang Sari dan tragedi Tanjung Periuk di Indonesia.

Suasana agak tegang selepas tragedi itu. Seluruh media massa terarah untuk mengkambing-hitamkan PAS dan pimpinannya yang menyebabkan berlakunya peristiwa Memali terutama ‘amanat Haji Abdul Hadi Awang’ yang dikatakan mendominasi pemikiran pengikut PAS. Peribadi Ibrahim telah digambarkan sebagai penjenayah negara dan telah dituduh membawa ajaran sesat. BN dan media massa ternakan mereka terus menyalahkan PAS tanpa diberi ruang untuk membela diri.

Di antara mereka yang terkorban dalam tragedi ini ialah Ibrahim Mahmood, Ahmad bin Hassan, Syafie Dahaman, Abdullah Saman, Radzki@Zakaria Ahmad, Hambali Mohammad Senang, Idris A. Kadir, Mohd Aroff Hasyim, Zamri Mohd Isa, Abdullah Yassin, Mohd Daud Kadir dan Ahmad Ismail.

Manakala anggota polis yang terbunuh ialah Insp. Azmi Hamzah, Sarjan Abd. Rahman Mat Noor, Konstabel Jaafar Sain dan Konstabel Mohd Suli Uthman.

Pihak polis telah menahan seramai 110 orang pengikut Memali (penyokong Ustaz Ibrahim) dalam penjara dan menahan 36 orang di bawah ISA serta ditempatkan di Kem Kemunting, Taiping mulai 22 Januari 1986. Di antara mereka yang ditahan ialah:

1. Razali Abd Kadir
2. Abd. Rahman Salleh
3. Hussain Yahya
4. Osman Salleh
5. Ishak Che Noh
6. Che Mid Che Teh
7. Shaari Ahmad
8. Elias Mahmood
9. Khatib Ibrahim
10. Tajuddin Osman
11. Ahmad Kadir
12. Abd. Hamid Omar
13. Zulkifli Ishak
14. Sobiri Hassan
15. Ramli Salleh
16. Zakaria Jusoh
17. Manas Abdullah
18. Sahimi Hussain
19. Zaman Mahmod
20. Abd. Rahim Awang Boh
21. Ishak Che Him
22. Azmi Jusuh
23. Abd Raof Ismail
24. Abd Rahim Husin
25. Abas Ibrahim
26. Md. Piah Abdullah
27. Ramli Che Mid
28. Abdullah Che Soh
29. Ahmad Ayub
30. Mat Hassan Salim
31. Zakaria Abd. Rahman
32. Jaafar Nayan
33. Mansur Othman
34. Azmi Salim
35. Md Piah Yunus
36. Mahmood Yusuf Husain

Dalam siasatan awal, pihak polis meletakkan mangsa Memali di beberapa buah balai polis yang berasingan manakala di Kemunting, Saudara Yusuf Husin (orang kanan Ustaz Ibrahim) diletakkan berasingan dengan 35 tahanan yang lain.

Tekanan dan kritikan telah diberikan kepada pihak kerajaan dalam menangani operasi Memali ini dan penahanan mereka di bawah ISA. Beberapa pemimpin tertinggi PAS berpendapat bahawa, pihak polis sepatutnya mengepung kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan bukannya menyerang dan ada individu yang mendakwa kematian di pihak polis adalah akibat terkena peluru M16, iaitu senjata pihak polis sendiri.

Tekanan yang agak kuat daripada PAS dan rakyat yang prihatin telah memaksa Menteri Dalam Negeri membebaskan tahanan ISA ini. Seramai 36 orang dibebaskan pada hari selasa 3 Jun 1986 iaitu genap empat bulan mereka ‘direhatkan’ di Kem Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.

Memali adalah mercu tanda kezaliman rejim BN terhadap pejuang Islam negara ini. Tirai kezaliman rejim tirani yang akan terus diingati oleh pencinta Islam negara ini. Ianya arca berdiri, perjuangan seorang ulama yang ikhlas dalam perjuangan menentang kezaliman dan kebobrokan BN. Harganya ialah dibunuh tanpa sebab yang hak, namun ianya mencelikkan mata jutaan yang lain, “daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah”. Moga Memali terus dipasak kukuh dalam ingatan kolektif kita semua. - HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD - 16-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua dekad PAS Sarawak memberdaya ruang dakwah dan siasah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



MEGAH berkibar bendera PAS di sekitar Taman Matang Jaya menyambut acara Karnival sempena 20 Tahun PAS Sarawak pada 29 Oktober. Pelbagai acara dirancang panitia sangat meriah, apatah lagi dengan kehadiran Tuan Guru Presiden yang menganggap PAS Sarawak adalah anak angkat beliau. Sebahagian peserta karnival dua dasawarsa ini adalah anak-anak muda dengan guratan wajah bersih. Semenjak pagi hari, lokasi karnival menjadi tumpuan masyarakat dan ahli-ahli PAS daripada seluruh Sarawak, hingar bingar anak-anak kecil yang turut hadir berada dibawah khemah gergasi yang disediakan penganjur.

Gerai-gerai jualan, pelbagai pertandingan diadakan, diselit dengan forum pada sebelah pagi, bersambung dengan acara kesenian Islam oleh kumpulan Shoutul Amal. Pada malamnya, slot ceramah perdana telah menyebabkan tempat duduk sesak dengan audien. Mengimbau kembali bagaimana tanah Kenyalang ini menerima kemunculan PAS pada tahun 1996 dengan bantuan pendokong-pendokong PAS dari tanah Semenanjung seperti Allahyarham Ustaz Mansor Din, Haji Hasan Salleh, Ustaz Mohamad Zain dan lain-lain lagi.

Harakatul Ummah ini terus membina kefahaman masyarakat dengan Islam yang syumul, walaupun kewujudan PAS hanya dipandang sebelah mata pada asalnya oleh BN di Sarawak. Tak terbayang betapa sukarnya gerakerja awal untuk memahamkan masyarakat Sarawak dengan perjuangan Islam, apatah lagi dengan segelintir rakyat yang agak skeptikal dengan parti -parti yang berasal daripada Semenanjung. Sarawak bumi kenyalang dengan beragam etnik dan agama, maka politik negeri ini juga sangat rencam dengan pelbagai warna.

PAS menyertai pilihan raya Sarawak semenjak tahun 2001 dan mula membina pertapakan di negeri populasi muslimnya sekitar 31 peratus. Bermula dengan bertanding di tiga Dun, kini gerakan tertua tanah air ini meletakkan calonnya di 11 kerusi Dun.

Aktivis PAS Sarawak terus membina kekuatan jamaah dengan meluaskan usaha mendekati rakyat dan memperkenalkan Islam yang syumul kepada masyarakat yang rata-rata masih rendah tahap kefahaman Islam.

Antara program tersusun yang digerakkan ialah pembinaan surau-surau, menubuhkan Pasti, sekolah rendah Islam, mewujudkan markas tarbiah dipelbagai tempat. Aktivis PAS antara paling kehadapan melakukan misi dakwah ke pedalaman Sarawak sehingga menimbulkan bantahan gerakan misionari kristian.

PAS beruntung kerana mempunyai ramai kader terlatih di bidang dakwah dan tarbiah sehingga kehadiran mereka di Sarawak disukai masyarakat tempatan. Tokoh-tokoh PAS tempatan memimpin masyarakat dalam program keagamaan, menjadi imam, mengadakan majlis ilmu, menyuburkan program kebajikan untuk masyarakat pedalaman Sarawak dan menjadi pendakwah serba boleh.

PAS Sarawak juga beruntung kerana kepelbagaian latarbelakang kepimpinan mereka. Gabungan profesional, asatizah dan aktivis serta dokongan anak tempatan bersama penghijrah dari Semenanjung.

Bakat serta ilmu yang dimiliki oleh aktivis ini merancakkan pelbagai program dan memancing sokongan masyarakat. Bukan mudah untuk berkubu di bumi kenyalang dengan kerencaman masyarakat serta tapisan maklumat yang ketat di pedalaman. Intimidasi kepada penjawat awam serta kekangan kepada aktivis PAS tidak menyurutkan mereka daripada berjuang.

Usai program sambutan dua dekad PAS Sarawak dengan doa yang disempurnakan oleh Presiden PAS, saya melihat wajah-wajah gembira aktivis PAS Sarawak. Mengunyah dan menghadam ucapan Tuan Guru yang menegaskan bahawa peranan gerakan Islam dalam memperjuangkan syariat Islam dan beristiqomah dengan gerakerja dakwah. Tiada jalan mudah untuk meraih mardhotillah, melainkan dengan kucuran keringat dan sebanjaran gunung kesabaran. Kualiti ini memang dimiliki oleh teman-teman aktivis PAS Sarawak. – HARAKAHDAILY 30/10/2016

Sumber HD - 30-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Sanah helwah sang murabbi

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42891-sanah-helwah-sang-murabbi

Pagi itu, 16 Oktober, dia menjadi tarikan pesona terbesar anak-anak muda peserta Ijtimak Tarbawi 5.0. Guratan wajahnya ceria serta suaranya seperti dekad 1980-an dulu, semangat bersimbah energi muda. Dia bercanda dalam pengisian Tafsir at Tibyan, menghuraikan surah al-Kahfi sehingga tak kering gusi anak muda. Semakin beranjak usia, pengisian Ayah Chik semakin memikat pendengar. Murabbi ini seolah-olah dibius dan tak sedar jasadnya sedang sakit dan masih dalam perhatian doktor. Saya diminta penganjur ijtimak untuk bersedia menjadi pengganti kuliah sekitar 30 minit, untuk memberikan laluan kepada Tuan Guru mengambil ubat dan dipantau doktor.

Beliau tetap meneruskan kuliah, enggan berhenti. Anak-anak muda lain ada semenjak subuh tak berganjak daripada tempat duduk, malah ada yang tak bersarapan pagi kerana ingin paling hampir dengan kedudukan kerusi pengkuliah. Usai kuliah, penganjur membawa Ayah Chik dengan buggy ke bilik tetamu. Saya menemaninya minum, baru terlihat wajahnya sangat penat setelah dua jam lebih menyampaikan kuliah tafsir, "tak ssedar!" katanya lirih. Isterinya melihat daripada dekat, apa yang boleh Tuan Guru makan, semuanya dalam arahan doktor. Datang pula bapa-bapa membawa bayi untuk ditahnik dan beliau langsung tak menolak untuk mentahnik bayi, walaupun beliau sangat kepenatan. Sewaktu berdoa usai kuliah, ada sebak dalam rengkung dan dadanya, airmata bergenang mendoakan anak-anak muda pewaris perjuangan dan beliau kelihatan sangat puas apabila memandang ribuan peserta Ijtimak Tarbawi di bumi Melaka yang sangat kuat dengan pengaruh Umno itu.

Sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, jadual beliau begitu padat menyambangi seluruh belahan dunia Islam. Bermesyuarat, mengisi program, menyantuni peta luka umat Islam serta menjadi tetamu pelbagai gerakan Islam. Sebahagian besar umurnya tercurah di medan dakwah dan perjuangan, walaupun umur semakin meningkat melepasi enam dekad.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran Bandar Marang, Terengganu. Rusila semenjak awal abad 20 adalah pusat pengajian Islam di mana masyarakat Marang datang untuk belajar agama. Keluarga Diraja Terengganu juga datang bersolat di Masjid Rusila sehinggalah tahun 1957.

Ayahnya Tuan Guru Haji Awang merupakan seorang ulama tempatan dan juga pedagang yang hidup sezaman dengan Abdul Rahman Limbong dan pernah belayar ke Indonesia. Pelayaran ke Indonesia itulah akhirnya datuk Tuan Guru, iaitu Haji Abdul Rahman terkesan dengan gerakan Sarekat Islam Indonesia yang gigih menentang penjajah Belanda. Kesannya ialah di Terengganu yang akhirnya menggerakkan penentangan terhadap penjajah Inggeris.

Tuan Guru Haji Hadi merupakan anak kelima daripada sembilan orang adik beradik dan dibesarkan dalam asuhan agama yang kuat daripada ayahnya sendiri. Sebelum mengenali alam persekolahan, bapanya terlebih dahulu memperkenalkannya tentang ilmu. Tuan Guru Haji Hadi memasuki alam persekolahan pada tahun 1955 di Sekolah Kebangsaan Rusila dan mendapat pendidikan Menengah di Sekolah Agama Marang. Beliau seterusnya belajar di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin (SMUZA), sebuah sekolah agama tersohor di negeri Terengganu. Semasa di alam persekolahan, beliau juga telah menunjukkan kecenderungan terhadap politik Islam. Antara isu yang sedang menyelimuti Malaya ialah isu Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.

Bakat dan kecemerlangan akademiknya telah dikesan semenjak beliau di bangku persekolahan lagi di mana beliau ditawarkan dengan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Madinah. Universiti Madinah antara universiti Islam terbaik dunia dan syarat kemasukannya sangat ketat. Antara yang pernah bersama Tuan Guru di Madinah ialah Datuk Husain Awang, Ustaz Datuk Harun Taib. Kerajaan Saudi pada masa itu belum bermusuh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagaimana hari ini. Ramai sarjana serta tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin diberikan tempat untuk mengajar di bumi Ar-Rasul SAW.

Beliau mencicip ilmu di kampus dan juga para Masyaikh di Masjid Nabawi termasuk menganggotai usrah Ikhwanul Muslimin. Naqib beliau ialah Sheikh Said Hawwa, tokoh besar Ikhwanul Muslimin dari Syria. Kepetahannya berbahasa Arab semasa menerang geopolitik Malaysia telah menarik tokoh Ikhwan menerima beliau sebahagian daripada mereka.

Beliau telah melanjutkan pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana (MA) dalam bidang siyasah dan syariah di Universiti al- Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 1976. Beliau mengambil kesempatan belajar di luar negara dengan belajar berkitab dengan sheikh-sheikh terkenal di Madinah dan Mesir sehingga disegani oleh pelajar-pelajar Malaysia di negara tersebut.

Latar belakang Mesir sebagai pusat Ilmu dan juga latar belakang konflik regim dengan Ikhwanul Muslimin juga turut memberikan pengalaman berharga kepada beliau, juga bumi Madinah sebagai pertapakan negara Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW telah menjiwai Abdul Hadi dengan citra perjuangan ‘membentuk pemerintahan Islam sebagai aqidah dan kaedah bernegara’.

Sekembalinya pada tahun 1976 daripada pemukiman ilmu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu. Dan beliau dilantik sebagai Ketua Abim Terengganu. Namun kelincahan beliau telah menenggelamkan fungsi beliau sebagai Pengerusi Abim Terengganu. Beliau pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS yang paling aktif menggerakkan program kaderisasi kepada pelajar dalam dan luar negara. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Pengaruh beliau semakin membesar pada awal dekad 80-an, mengatasi Datuk Asri selaku Yang Dipertua PAS, gaya pidatonya telah memukau dan menyihir hadirin dengan kupasan isu yang diselaraskan dengan ilmu Islam. Tuan Guru Haji Hadi pernah menjadi tenaga pengajar di Institut Berakan Terengganu, yang merupakan pusat pendidikan swasta yang sangat popular di Pantai Timur bahkan menjadi tempat melahirkan kader dakwah serta markas pemuda dan belia di Terengganu. Dan kemudiannya beliau sendiri telah mengasaskan Maahad Darul Quran dengan pemimpin PAS yang lain pada tahun 1985.

PAS melalui ulama muda seperti Tuan Guru Haji Hadi, telah menyusun skema pentarbiahannya kepada ahli-ahli parti. Tuan Guru Haji Hadi bukan sahaja terlibat dengan aktif di pentas politik dalam negara, bahkan juga di pentas antarabangsa. Beliau telah dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada tahun 2014 di mana Dr Yusuf al Qardawi menjadi ketuanya. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada umat Islam di sebelah Asia Tenggara di mana pelbagai isu besar ummat sedang berlangsung.

Tuan Guru Haji Hadi adalah sebutir mutiara yang dilahirkan dari uri gerakan Islam tersohor dunia dan telah menjadi kader dakwah yang pintar, menyesuaikan iklim pentarbiyahan Timur Tengah yang diperoleh beliau dengan iklim dan budaya masyarakat negara ini. Bermula dengan imej ulama muda dengan menggegarkan podium ceramah, memecahkan PAS daripada perjuangan Islam-Melayu kepada PAS yang berdiri megah untuk semua kaum di negara ini. Kini perjuangan PAS dengan kepimpinan ulamak telah melepasi 33 tahun dengan segundang pengalaman yang pelbagai.

Dalam usia yang telah mencapai 69 tahun, beliau terus berkhidmat menjadi khadam Islam yang terus bergerak memberikan pencerahan kepada ummah tanpa lelah. Semasa berlangsung Ijtimak Tarbawi baru-baru ini, beliau kelihatan sebak melihat ke arah khalayak, mendoakan supaya harakatul ummah ini terus membimbing ummah. Selamat ulang tahun kelahiran Tuan Guru, semoga terus sihat membimbing kami dan menjadi lantera kepada perjuangan ini. - HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Institusi pondok bentengi akidah, menggusar Umno

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42470-institusi-pondok-bentengi-akidah-menggusar-umno

INSTITUSI PONDOK YANG BERJASA MEMBENTENGI AKIDAH SERTA MENGGUSARKAN UMNO

Kawasan yang subur dengan tradisi pondok ini pula terbukti menjadi kawasan yang kuat menerima pengaruh PAS. Secara tidak langsung negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi pertapakan kepada PAS dalam meluaskan sokongan massa.

Pimpinan PAS terus memanfaatkan ruang untuk mendekati guru-guru pondok kerana kedudukan guru pondok yang dihormati dalam hirarki masyarakat Melayu. Menguasai guru pondok bermakna PAS akan terus relevan kepada masyarakat, ini adalah kerana justifikasi sosial seseorang guru agama dengan kebenaran. Di Kelantan pada zaman awal penubuhan PAS usaha-usaha terus dibuat untuk mendapatkan dukungan guru-guru pondok.

Dalam jajahan Bachok pula ialah Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Awang Padang, Tuan Guru Haji Muhammad Zain bin Osman dan beberapa orang lagi tokoh ilmuan Islam. Manakala di sebelah Tumpat, Tuan Guru Haji Sulaiman bin Haji Omar, Tuan Guru Haji Yaakob Kelong, Tuan Guru Haji Daud Geting dan lain-lain lagi. Manakala di Jajahan Machang ialah Tuan Guru Haji Razali Ismail di Pulai Chondong dan Tuan Guru Wan Yusuf bin Che Tengah. Di Kuala Krai ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Di Tanah Merah ialah Tuan Guru Haji Nik Daud Bukit Remah. Di Pasir Puteh, Tuan Guru Haji Muhammad di Selising, Tuan Guru Haji Abdul Muttalib Bukit Abal, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal dan lain-lain lagi.

Kejayaan PAS adalah kerana cita-cita politik Islamnya diterima oleh rakyat Kelantan dan Terengganu kerana rakyat kedua-dua negeri ini memandang tinggi tok guru dan guru-guru agama yang menjadi calon-calon parti itu. Pengaruh tok-tok guru ini cukup kuat pada masa itu, iaitu apabila guru-guru pondok ini memberi sokongan kepada PAS, juga rakyat juga mudah terpengaruh dan mencontohinya seperti yang berlaku kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir di Pondok Bunut Payong, Kelantan. Begitu juga dengan kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad Hussien pada tahun 1955.

Pondok telah menjadi sebahagian institusi yang penting dalam Pendidikan Islam di alam Melayu ini termasuk di Indonesia, Thailand, Malaysia. Pondok dan PAS telah begitu sinonim dan dikenal pasti semenjak dekad 1950-an lagi, guru-guru dan pelajar pondok telah mendukung PAS. Pandangan bahawa pondok dan tuan guru pondok telah memberikan lonjakan besar terhadap pengaruh PAS turut dipersetujui oleh tokoh veteran PAS Kelantan, Salahuddin Abdullah (2010):

"Boleh dikatakan majoriti tokoh-tokoh agama di Kelantan menyokong penuh perjuangan PAS. Mereka terdiri daripada para tuan-tuan guru yang memimpin pondok-pondok pengajian agama di seluruh negeri Kelantan dan menggunakan pengaruh mereka untuk kepentingan PAS. Antara mereka ialah Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban, Pasir Mas. Tokoh ini telah memberi sokongan padu kepada PAS dan menyebarkan konsep perjuangan PAS kepada rakan-rakan sejawatnya, tuan-tuan guru yang lain di Pasir Mas. Di Kota Bharu, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payong begitu amat menonjol menyokong PAS meskipun sudah agak berusia. Beliau sering diwakili oleh menantunya, Tuan Guru Haji Husin Rahimi. Di Kubang Kerian, Tuan Guru Haji Ahmad Kenali, Tuan Guru Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar di Pondok Terusan Limbat, Tuan Guru Haji Hasan Ketereh, Tuan Guru Haji Ismail Perol, Tuan Guru Haji Yusuf Padang Kala dan semua tok-tok guru institusi pondok di Kota Bharu ini menjadi penyokong PAS."

Pendidikan Islam termasuk pendidikan pondok mula mendapat nafas baru apabila berlakunya kebangkitan Islam yang bersifat fenomena di seluruh dunia. Serentak dengan kesedaran untuk mengembalikan kesedaran dan kemuliaan Islam, seruan supaya Pendidikan Islam dimartabatkan kembali berlaku serentak dengan permintaan tinggi peserta-peserta kebangkitan Islam untuk mendapatkan ilmu-ilmu Islam. Sekolah-sekolah pondok di negara ini mula bertenaga kembali, bahkan mula menawarkan kemahiran teknikal yang lain seperti asas perniagaan.

Di Kelantan, dengan kemenangan PAS pada tahun 1990, menyaksikan sekolah-sekolah pondok yang sedia ada mengalami penyuburan dan ransangan daripada kerajaan negeri. Antaranya dengan penubuhan Pusat Pembangunan Pondok, bantuan 'one-off', penubuhan pondok moden di Kandis, Bachok. Kelantan selepas tahun 1990 menyaksikan juga penubuhan pondok-pondok baru di seluruh negeri itu. Di samping itu, kerajaan negeri Kelantan juga menyediakan sumbangan kepada pusat-pusat pengajian pondok. Ini dilakukan sebagai mengenangkan jasa yang telah disumbangkan oleh pusat pengajian tersebut dalam mengembangkan agama Islam. Ia juga berperanan memastikan Islam itu sentiasa terpelihara sebagai warisan dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Terengganu juga menyaksikan sekolah-sekolah pondok sebagai tempat PAS berkembang. Antaranya Pondok Alur Keladi, Pondok Tok Jiring, Pondok Kuala Ibai, Pondok Losong dan beberapa buah sekolah pondok yang lain. Kerajaan PAS di Terengganu juga sepanjang pemerintahan singkatnya (1999-2004) telah mengambil usaha untuk membantu pondok-pondok tradisional yang sedia ada di negeri itu. Kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada pelajar pondok seperti bantuan zakat melalui MAIDAM. Beberapa pondok, seperti Pondok Kuala Ibai telah dibantu melalui bantuan "one off" serta bantuan zakat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kini, muncul pula isu pondok sebagai medan membenih fahaman ekstremisme oleh seorang tokoh Umno yang sedang meningkat namanya. Pandangan itu sangat nanar dan tidak berdasarkan kajian, apatah lagi Umno yang semakin ditolak oleh rakyat apatah lagi kelompok rakyat yang memahami ilmu-ilmu Islam.

Umno semenjak kemerdekaan meletak institusi pondok sebagai institusi yang tidak menguntungkan mereka, sehingga pelbagai usaha secara sistematik dilakukan untuk melumpuhkan pondok pengajian agama. Antaranya memperkenalkan SABK, menyekat pelajar pondok melanjutkan pengajian ke Indo Pakistan, juga ke Universiti al Azhar dengan memperkenalkan STAM. Maaf, Umno secara jujurnya tidak menyukai institusi pendidikan Islam yang mencerdikkan rakyat tentang westanchung politik. - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Penulis adalah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat.

Sumber HD - 11-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Sejarah merdeka: Peranan ulama yang disepikan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42287-sejarah-merdeka-peranan-ulama-yang-disepikan

EUFORIA dan keghairahan menyambut kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos semakin membuncah walaupun kibaran bendera oleh rakyat sangat dingin.

Jauh berbeza dengan semangat patriotik rakyat negara lain dalam menyambut tanggal penting kemerdekaan tanah air mereka. Kesilapan paling besar rejim pemerintah ialah tidak meluruskan sejarah perjuangan kemerdekaan.

Hanya kelompok nasionalis kanan yang dibesarkan sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan, dengan menafikan peranan Islamis dan kelompok kiri. Perjuangan kemerdekaan bukan hanya bermula pada tahun 1946, namun jauh lebih awal daripada itu, para ulama tanah leluhur ini telah berkeringat dan bertumpah darah mengusir penjajah.

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlaku        di Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun 1915, juga kebangkitan ulama dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada 1928 yang di pimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.

Kebangkitan Ulama Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulama Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia.

Islam telah telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh dua peristiwa tersebut di Tanah Melayu.

Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa pengerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang kemerdekaan.

Ulama dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader Al-Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan Al-Banna di Mesir, Sheikh Amin Al-Husini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman di Ponegoro (Perang Jawa 1825- 1830) di Indonesia, Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922-1928) di Tanah Melayu.

Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria,

Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan Umno di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah.

Pada awal abad 20 juga telah berkembang gerakan Isla Islamiah telah mencetuskan fenomena bahkan meriuhkan seketika tentang perbahasan agama di Tanah Melayu.

Gerakan yang juga digelar sebagai kaum muda ini, antara lain berpunca daripada pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tenggah yang memperjuangkan citra perjuangan agama yang perlu dimurnikan daripada khurafat dan bidaah, juga kesedaran pan Islamisme bertolak daripada penjajahan yang menimpa umat Islam oleh kuasa Barat pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Gerakan ini telah menyebarkan fahaman mereka melalaui wacana penulisan, pendidikan dan aktiviti berpersatuan.

Sedikit sebanyak, gerakan kaum muda ini telah menginspirasikan kepada orang Melayu untuk berpartipasi dalam gerakan politik perlawanan dan juga menyuburkan dunia pendidikan yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan Hisbul Muslimin pada tahun 1948 di Mahaad Al-Ehya Asyariff Gunung Semanggol.

PAS sebagai mana gerakan Islam lain telah merakamkan nama di langit sejarah merupakan tuntutan beragama yang memerlukan kewujudan tanzim atau organisasi tersusun untuk menegakkan Islam.

Di Mesir tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat- e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu.

Sejarah penubuhan PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad Ar-Ehya asyariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh politik kiri seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama tradisional.

Pertubuhan politik Islam ini telah mensasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam.

Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu menggembeleng sokongan orang Melayu. Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sayyid Qutb: Memperingati maestro jihad abad moden

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42268-sayyid-qutb-memperingati-maestro-jihad-abad-moden

SAYYID Qutb adalah nama besar yang menggugah nurani kita apabila berbicara tentang Ikhwanul Muslimin selain Hassan al-Banna dan tokoh-tokoh yang lain seperti Abdul Qadir Audah, Said Hawwa, Dr Mustapha as-Sibaie, Abdul Aziz al-Badri, Hassan Ismail Hudhaibi dan yang lainnya.

Sayyid Qutb mempunyai sejarah yang tersendiri sebagai tokoh ideologue Ikhwanul Muslimin serta diklasifikasikan sebagai tokoh pemikir yang sukar digalang ganti oleh dunia islam.

Sayyid Qutb telah dilahirkan pada tahun 1906 di Asyut, Mesir dalam lingkungan yang taat beragama, keluarbiasaan bakatnya dapat dikesan semenjak umurnya masih hijau.

Menghafal al-Quran dan menamatkan hafazan semasa berusia sepuluh tahun, bapanya Qutb Ibrahim merupakan pencinta al-Quran dan sangat tegas dalam urusan mendidik anak-anaknya dengan sakhsiah Islam, beliau memberikan perhatian langsung kepada pembelajaran anak-anak terutama Sayyid Qutb.

Keberkesanan sang ayah kepada anaknya pernah dirakamkan oleh Sayyid Qutb dalam sebuah bukunya:

"Wahai ayahku! Kutujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu di depanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan di lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang ke atasmu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu di atas orang lain, kerana engkau takut kepada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walaupun engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di Akhirat. Engkau selalu mengenetepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran di Akhirat. Wajahmu terbayang dalam ingatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan al-Fatihah dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu di negeri akhirat. Dan kami anak-anakmu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus di sana sini kerana kami masih belum menghafalnya dengan sempurna".

Sayyid Qutb merupakan seorang yang genius malahan pernah diungkapkan oleh Abbas Mahmud Aqqad sebagai pelajarnya yang paling cerdas, mempunyai bakat dan kecederungan yang besar dalam bidang sastera dan penulisan.

Karyanya dalam pelbagai genre seperti puisi, sajak, cerita telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan malah sebelum menggabungkan diri beliau dengan Ikhwanul Muslimin, beliau lebih dikenali oleh khalayak Mesir sebagai seorang sasterawan.

Kesyahidan Hasan al-Banna pada 12 Februari 1949 telah menyeruak relung hati Sayyid Qutb untuk mengenali fikrah Ikhwan dan akhirnya beliau menggabungkan diri dalam bahtera Ikhwanul muslimin. Bermula dengan Exco Dakwah sehinggalah menjadi ideologue Ikhwan dengan pelbagai magnum opus yang memercik kesedaran kepada ummah yang sedang lena dibuai khayalan.

Regim Jamal Naser telah memenjarakan Sayyid Qutb dengan pelbagai tuduhan palsu, bahkan mengharamkan Ikhwanul Muslimin yang dilihat pesaing utama regim dalam medan politik Mesir.

Sayyid Qutb mendekam dalam penjara militer dan beliau tidak pernah mengangkat bendera putih dalam perjuangan. Sosok sesepuh dakwah ini terus menuang idea-idea daripada celah jeriji penjara, termasuk tafsir fenomenal "fi Zilalil Quran".

Penghujung bulan Ogos ini, indah sekiranya kita semua, abnaul harakah mengenang kembali getir perjuangan as-syahid, yang mati di tiang gantungan regim Mesir pada 29 Ogos 1966. Perjuangan ini tidak bermula dengan kita, dan bukan diakhiri oleh kita, Sayyid Qutb antara keteladanan dakwah zaman kontemporari ini. – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 24-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


SEMPENA 14 TAHUN PEMERGIAN (JUN 2002-JUN 2016)


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41670-memperingati-almarhum-ustaz-fadzil-noor

"Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditafsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juang para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding. Sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu." (Ustaz Fadzil Noor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’ yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau.

Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini.

Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi. - HARAKAHDAILY 23/6/2016

Sumber HD - 23-6-2016




































Kenangan muktamar zaman olakan jamaah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia menarik tirai mula dengan lebih harmoni. Kali ini dengan gimik tiga tokoh terpenting pemuda memakai pakaian tradisi pahlawan Melayu. Ucapan Tema Ketua DPPM juga sarat dengan arahan dan artikulasi tentang rencah sosiopolitik tanah air. Fikiranku menerawang jauh, mengingat kembali dua tahun lepas, muktamar DPPM di bumi Johor yang bersejarah.

"Mujur anta tak pengsan juga," oceh Datuk Mustafa Ali sambil ketawa kecil menggenggam tangan saya sebelum bermula muktamar penuh PAS Pusat. Mantan Ketua Pemuda ini adalah antara arkitek gagasan kepimpinan ulama pada tahun 1982. Dewan Pemuda di zaman beliau mengambil tindakan berbeza dengan PAS Pusat dengan mengadakan muktamar berasingan di Bukit Mertajam. Muktamar itu adalah Muktamar Pemuda PAS yang melakar sejarah sehingga muktamar penuh PAS Pusat di Dewan Bahasa Dan Pustaka menjadi tegang, dramatik, malah menyebabkan Datuk Asri meletakkan jawatan sebagai Presiden apabila ucapan dasarnya ditolak. Paling kuat menentang Asri ialah anak-anak muda PAS, segelintirnya sangat tersihir dengan peristiwa 'the black friday' di Tehran.

Pemuda PAS pasca peralihan kepimpinan ulama menjadi elemen paling kuat untuk meneguhkan watak PAS sebagai gerakan Islam yang kompetitif. Mereka mengusulkan kewujudan Majlis Syura Ulamak untuk menjadi vanguard jamaah ini, juga menggerakkan dengan agresif gerakan jihad pendidikan yang digalang oleh ahli-ahli PAS sendiri. Anak- anak muda peserta kebangkitan Islam memilih PAS sebagai wadah mereka, apatah lagi dengan sikap vokal pemuda PAS terhadap regim Umno dan BN.

Pemuda PAS membayar harga yang mahal akan sikap vokal mereka terhadap regim apabila ramai kalangan pimpinan pemuda PAS dikurung dibawah ISA. Tangkapan demi tangkapan tak melunturkan istiqomah para pemuda menjadi pembenteng agama, walaupun digambarkan sebagai kelompok radikal dan ultra konservatif oleh media yang ditunggangi regim BN. Maksiat dan kemungkaran ditentang dengan gencar oleh pemuda PAS, suara mereka membela agama dan masyarakat tertindas.

30 tahun pasca perubahan kepimpinan ulama, peralihan kepimpinan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat berjalan dengan lancar, jauh daripada ribut besar. Mudah difahami kerana sayap PAS ini paling bersungguh dalam program tarbiah dan tajnid, maka unsur politiking dapat dikawal dengan berkesan.

"Mengapa muktamar Pemuda PAS menjadi tegang, mengapa kita hilang adab," tanya teman saya, seorang doktor perubatan yang juga aktivis bantuan kemanusiaan.

Saya terkedu dan membelek kembali kenangan selama dua dekad dalam pemuda, ramai yang bertanyakan tentang insiden keluar dewan oleh pemuda PAS semasa acara perasmian muktamar oleh Timbalan Presiden. Perkara sebegini belum pernah terjadi dalam muktamar hatta sebelum era kepimpinan ulama. Saya walaupun sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda, namun tidak berada dalam perasmian muktamar kerana sedikit keuzuran. Mesej masuk bertalu-talu masuk ke ponsel saya bertanyakan siapa dalang dan pemicu acara protes itu, saya tiada jawaban kerana tidak mencium maklumat itu.

Muktamar pemuda  pada malamnya juga bersambung tegang sehingga Pengerusi Tetap sesak nafas dan saya mengambil alih sidang muktamar tersebut. Saya melepaskan pandangan pada ribuan anak muda yang memenuhi Dewan Choon Moi Kota Tinggi, watak "the young angry man" bermuka bersih, mereka bukan anak-anak muda jalanan tak berpendidikan. Seorang perwakilan pemuda dari Terengganu yang meluru di rostrum adalah bekas ADO Daerah Besut, lulusan UIA. Dewan gamat tingkah meningkah, ditambah barisan pemerhati yang turut merencah takbir dan sorakan. Saya menghentikan sidang dengan doa wehdah, kalimah yang akan menyatukan anak muda Islam yang bergabung dalam PAS, mendamaikan muktamirin dengan pengkisahan sejarah PAS.

Banyak muhasabah dan iktibar yang wajib dikutip dalam muktamar Dewan Pemuda kali ini, antaranya pemerkasaan tajnid para amilin. Usaha pembinaan kader-kader baru juga wajib menjadi agenda utama pemuda PAS kerana di luar sana pelbagai NGO menawarkan pelbagai tarikan pesona untuk menarik anak muda menyertai mereka. Pemuda PAS Pusat wajib menggilap figura-figura mereka dalam pelbagai bidang,dalam pengamatan saya exco-exco dalam pemuda Pusat hari ini kurang terserlah. Ini berkemungkinan kerana watak-watak baru, namun perlu digilap kompetensi. Percayalah bahawa saf pimpinan Pemuda Pusat wajib digalang oleh anak muda-anak muda Islam terbaik negara ini.

"Jadilah anak muda yang genius, pemberani, bukan berkain batik, pentaksub ilmu" itu nasihatku buat Pemuda PAS Malaysia, kerana alumni Pemuda PAS telah melakar pelbagai sejarah besar dalam harakatul ummah ini. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 1-6-2016







































































Pendidikan tinggi di bawah Kerajaan Kelantan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

PENDIDIKAN TINGGI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN FASA KEDUA (1990-2004)

Kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut memberikan perhatian kepada pusat pengajian tinggi dan peluang pengajian tinggi kepada anak-anak Kelantan. Di antara institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan ialah Maahad Dakwah Wal Imamah di mana tujuan penubuhan maahad ini adalah bertujuan untuk merancakkan pendidikan tinggi Islam di Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan ialah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Kolej ini terletak di Nilam Puri yang bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan tinggi yang berteraskan ajaran Islam, melahirkan generasi berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan golongan intelektual Islam.

Antara matlamat lain penubuhan kolej ini ialah untuk memberi pendidikan tinggi yang secukupnya kepada rakyat negeri Kelantan.

Penubuhan KIAS adalah lanjutan sejarah daripada penubuhan YPTIK yang telah ditubuhkan pada tahun 1965, di mana institusi ini menjadi Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981.

Pada tahun 1994 kerajaan negeri Kelantan telah menubuhkan Maahad Dakwah Wal Imamah dengan hasrat menggerakkan dan mewujudkan pengajian tinggi Islam di Kelantan.

Maahad Dakwah akhirnya distrukturkan semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam pendidikan tinggi di negara ini.

Pada tanggal 24 ogos 1999 KIAS telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dan mula membina reputasi sebagai pusat pengajian yang menerima pelajar dari dalam dan luar negara.

KIAS telah menyediakan pelbagai bidang pengajian seperti Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Dakwah Wal al Qiadah.

Pada tahun 2002/2003, KIAS telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan kerjasama Universiti al Azhar di Mesir, Jordan, Syria, Morocco. Juga melaksanakan kerjasama dengan Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Antara yang pernah menjadi tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman menjadi tenaga pengajar di institusi tempatan seperti Dr Johari Mat, Dr Muhammad Daud, Dr Bassit Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar KIAS juga berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi lain di dalam dan luar negara. - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Sumber HD - 18-5-2016




































Pendidikan Tinggi Kelantan, 1990-2004






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Pendidikan tinggi di bawah kerajaan negeri Kelantan (Fasa kedua: 1990-2004)

KERAJAAN negeri Kelantan di bawah kepimpinan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut memberikan perhatian kepada pusat pengajian tinggi dan peluang pengajian tinggi kepada anak-anak Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan ialah Maahad Dakwah Wal Imamah di mana tujuan penubuhan Maahad ini adalah bertujuan untuk merancakkan pendidikan tinggi Islam di Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan ialah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Kolej ini terletak di Nilam Puri yang bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan tinggi yang berteraskan ajaran Islam, melahirkan generasi berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan golongan intelektual Islam.

Antara matlamat lain penubuhan kolej ini ialah untuk memberi pendidikan tinggi yang secukupnya kepada rakyat negeri Kelantan. Penubuhan KIAS adalah lanjutan sejarah daripada penubuhan YPTIK yang telah ditubuhkan pada tahun 1965, di mana institusi ini menjadi Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981.

Pada tahun 1994 kerajaan negeri Kelantan telah menubuhkan Maahad Dakwah Wal Imamah dengan hasrat menggerakkan dan mewujudkan pengajian tinggi Islam di Kelantan.

Maahad Dakwah akhirnya distrukturkan semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam pendidikan tinggi di negara ini.

Pada tanggal 24 ogos 1999 KIAS telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dan mula membina reputasi sebagai pusat pengajian yang menerima pelajar dari dalam dan luar negara.

KIAS telah menyediakan pelbagai bidang pengajian seperti Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Dakwah Wal al-Qiadah.

Pada tahun 2002/2003, KIAS telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan kerjasama Universiti al Azhar di Mesir, Jordan, Syria, Morocco. Juga melaksanakan kerjasama dengan Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman menjadi tenaga pensyarah di Universiti tempatan seperti Dr. Johari Mat, Dr. Muhammad Daud, Dr. Bassit Abdul Rahman.

Pelajar-pelajar KIAS juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke institusi lain di dalam dan luar negara. – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD - 9-5-2016

PAS Terengganu dan usaha menyuburkan pendidikan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Islam muncul semula sebagai kuasa global yang berpengaruh dalam politik sepanjang tahun 1970 dan 1980-an. Fasa ini sangat berkesan dan menarik untuk dikaji tentang peranan PAS dalam menggerakkan pendidikan di negara ini. Kebangkitan Islam merupakan gelombang kesedaran untuk  menghayati semula Islam, ianya mucul dalam dekad 70-an dan 80-an dan telah memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan negara ini. Fenomena ini bersifat sejagat dan telah memberikan kesan yang besar kepada pergerakan Islam di seluruh dunia termasuk PAS di Malaysia.

PAS telah berjaya menguasai Terengganu dalam pilihan raya umum pada tahun 1959. Kerajaan PAS Terengganu yang memerintah dengan lebihan kerusi yang kecil tidak dapat memerintah dengan berkesan kerana terlalu banyak halangan serta sabotaj yang berlaku. Namun PAS telah berjaya merancakkan pendidikan Islam seperti menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur tengah. PAS telah dijatuhkan dengan perancangan licik kerajaan Perikatan dan hanya bertahun dua tahun lebih sahaja, maka tempoh yang singkat ini tidak banyak pembaharuan dan sumbangan dalam pendidikan yang telah dapat dilaksanakan.

PAS telah berjaya menawan kembali Terengganu dalam pilihanraya tahun 1999 setelah kehilangan negeri itu pada tahun 1961. PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menterjemahkan aspirasi parti mereka untuk ‘Membangun Bersama Islam’, termasuk di sektor pendidikan. Salah seorang tokoh penting PAS ialah almarhum Dato’ Haji Harun Taib, yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat telah dilantik sebagai Exco Pendidikan. Potfolio ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan PAS untuk menyemarakkan pendidikan Islam sebagaimana yang dicita-citakan oleh parti itu yang juga terkandung di dalam manifesto Pilihanraya mereka. Di antara institusi pendidikan  yang telah ditubuhkan ialah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), KOSTAQ, Kolej Darul Quran Islamiyyah (KUDQI).

Di Terengganu juga yang terkenal kental dengan budaya pengajian Islam dan sekolah pondok telah menyaksikan ramai tokoh-tokoh pondok yang menyertai PAS. PAS mendapat manfaat yang besar daripada kemasukan alim ulama kepada parti tersebut apabila dapat memanfaatkan premis madrasah atau pun pondok sebagai markas mereka. Juga untuk tempat penganjuran program-program parti sama ada program dalaman parti atau program berorientasikan kemasyarakatan. Dengan memenangi hati ulama pondok ini bermakna PAS juga berjaya menarik anak-anak murid mereka di pondok untuk terlibat sama dengan PAS sebagai kader parti, ataupun sekurang-kurangnya menyokong perjuangan parti tersebut. Apatah lagi pelajar-pelajar pondok yang akan keluar di medan masyarakat selepas tamat belajar akan menjadi tokoh masyarakat seperti imam dan lebai kampung.

PAS semenjak awal lagi menubuhkan sekolah agama rakyat melalui pendukung-pendukungnya di seluruh negara termasuk di Sabah terlibat dalam usaha membina sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat di negara ini muncul akibat kesungguhan graduan pendidikan Islam dan juga sokongan masyarakat yang merasakan kepentingan pendidikan Islam anak-anak mereka. Di Terengganu , SAR yang ditubuhkan seperti Madrasah Darul Salam, Kuala Terengganu, Sekolah Agama Bersepadu Zainal Abidin Dungun, Maahad Tahfiz Wal Tarbiah Darul Iman, Terengganu, Maahad Tahfiz Wal Taalim Matlail Badrin Setiu, Madrasah Taqwa Padang Luas Besut, Taman Islam di Kemaman.

PAS di semua peringkat telah berusaha untuk menubuhkan sekolah rendah Islam bagi mengembangkan sistem pendidikan Islam di negara ini dan mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli mereka sendiri. PAS juga telah menubuhkan Majlis Pendidikan PAS bagi menyelaraskan kurikulum dan pemantauan yang berterusan terhadap sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh PAS di semua peringkat atau ahli mereka secara individu. Dewan Ulamak PAS Terengganu telah menyelaraskan sekolah rendah Islam milik PAS Terengganu yang dikenali sebagai ‘DAR’. Setiap PAS kawasan di Terengganu diarahkan untuk membangunkan sekolah rendah Islam di kawasan mereka sebagai kesinambungan kepada pendidikan pra sekolah milik PAS yang telah aktif berfungsi di negeri tersebut.

PAS juga telah mengambil inisiatif untuk membina pendidikan peringkat menengah bagi mewujudkan kitaran pendidikan yang ditaja oleh PAS terutama selepas PAS dipimpin oleh kepimpinan ulama. Sekolah-sekolah menengah Islam yang ditubuhkan oleh PAS ini juga berfungsi untuk mencetak kader-kader parti dan menjadi pangkalan program PAS.

Di Terengganu, Institut Berakan atau Maahad Ikhwan yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Mengadang Akar,  Kuala Terengganu. Maahad ini pada pertengahan dekad 1970an telah menjadi markas kegiatan pelajar Islam di Terengganu, termasuk menjadi pangkalan kepada kegiatan ABIM di Terengganu. Kedudukan institut Berakan terus menjadi markas kaderisasi kepada PAS apabila aktivis ABIM Terengganu menyertai PAS apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS Terengganu pula pada tahun 1985 dengan kesedaran untuk mewujudkan sebuah institusi yang melahirkan pejuang pelapis PAS pada masa akan datang telah menubuhkan Maahad Darul Quran (sekolah menengah). Maahad ini telah ditubuhkan di Masjid Kampung Rusila Terengganu, di mana masjid ini telah terkenal dengan tapak gerakan PAS di Terengganu yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Maahad ini semakin berkembang dengan menerima pelajar-pelajar dari seluruh negara dan juga menerima guru-guru lulusan dalam dan luar negara.

Maahad Darul Quran Rusila telah berjaya menghantar pelajarnya ke universiti-universiti di Yaman, Sudan, Syiria, dan juga kolej Universiti seperti KUDQI, KUSZA. Sehingga kini ramai pelajarnya telah berkhidmat dalam masyarakat sebagai guru agama, pendidik, pendakwah, juga Berjaya memperolehi ijazah doktor falsafah (PHd) dari dalam dan luar negara. - HARAKAHDAILY 17/4/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 17-4-2016




































Gerakan dakwah Malaysia dan institusi pendidikan






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Gerakan dakwah Malaysia dan institusi pendidikan (Siri I)

GERAKAN dakwah di negara ini juga mempunyai peranan dan sumbangan mereka yang tersendiri dalam menggerakkan pendidikan Islam di negara ini.

Berakar dengan sejarah Islam yang menyaksikan Nabi Muhammad SAW membangunkan masyarakat dengan pendidikan dan pencerahan. Semenjak sebelum merdeka, angin kesedaran menuntut kemerdekaan tidak pernah terpisah dengan gerakan pendidikan di negara ini.

Perkembangan Islam di Tanah Melayu juga berkait rapat dengan perkembangan Islam di luar negara apatah lagi di awal abad ke-20, sistem perhubungan dunia semakin pesat berkembang diikuti dengan alat-alat sebaran am seperti akhbar dan majalah.

Umat Islam sebahagian besar mengalami penjajahan kuasa Barat pada abad ke-19 dan di awal abad ke-20, keresahan masyarakat Islam ini telah disambut ghairah oleh segelintir anak-anak muda berpendidikan Timur Tengah dengan membahterai perjuangan mengembalikan semula roh perjuangan kesejagatan Islam atau dikenali sebagai pan-Islamisme.

Di negara ini, telah muncul pada permulaan abad ini orang seperti Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka mahukan kemajuan bagi masyarakat Islam di negara ini.

Pergerakan mereka sebenarnya adalah pancaran dari gerakan yang lebih luas di negara-negara Islam Timur Tengah yang dipelopori oleh Jamaluddin Afghani dan Muhamad Abduh. Mereka berdua ini menganggap Islam sebagai bertentangan dengan imperialisme, dan mahu melihat masyarakat Islam bangkit dan maju atas kekuatannya sendiri berlandaskan pengajarannya.

Mereka juga memandang unsur-unsur kepercayaan tradisional melemahkan semangat umat Islam. Di negara ini, Syed Syeikh dan Syeikh Tahir telah menerbitkan majalah, mengarang buku, membuka sekolah dan terus berbahas menentang apa yang mereka pandang sebagai bidaah dalam masyarakat Melayu.

Mereka digelar sebagai kaum muda. Gerakan kaum muda ini telah meluas bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di rantau Indonesia.

Gerakan ini telah membumbui api semangat orang Melayu negara ini untuk menuntut ilmu dan melakukan reformasi minda untuk berhadapan dengan cabaran dunia moden terutama penjajahan Barat yang merancang dengan halus keterpurukan kaum Bumiputera. Tokoh-tokoh gerakan reformis ini juga banyak menubuhkan sekolah-sekolah madrasah untuk melakukan pencerahan kepada masyarakat.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat arus yang kuat daripada golongan agama untuk menggerakkan kesedaran pendidikan di kalangan orang Islam di negara ini. Fenomena ini terjadi berpunca daripada keterpurukan bangsa Melayu berbanding kaum lain yang lebih berpeluang mendapatkan pendidikan.

Juga kesan daripada semangat nasionalisme yang turut disertai dengan keinginan membina intelektualisme bagi berhadapan dengan penjajah. Terdapat gerakan atau badan yang ditubuhkan untuk mengangkat martabat bangsa melalui medium pendidikan di negara ini.

Antara badan yang ditubuhkan untuk tujuan murni ini ialah LEPIR (Lembaga Pendidikan Rakyat), yang ditubuhkan hasil kesedaran Badan Kebajikan Pelajaran MATA untuk membangunkan pendidikan tinggi orang Melayu.

Hasil daripada lawatan MATA ke seluruh Tanah Melayu, didapati keadaan pendidikan orang Melayu sangat lemah. Ini memang suatu hal yang sangat ketara sekali pada masa itu. Bukan sahaja soal pendidikan tinggi agak asing bagi kebanyakan orang Melayu, tetapi juga soal mendapatkan pelajaran rendah dan menengah masih juga tidak memuaskan di kalangan orang Melayu.

Kongres untuk menubuhkan LEPIR dibuat pada 1-2 September 1947 di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. Kongres ini dihadiri oleh lebih kurang 300 orang termasuk tokoh-tokoh agama yang penting dari Sumatera, iaitu Haji Latif Zaki yang mengajar di Maktab Muhammadiah, Sumatera dan Haji Lubis dari Medan.

Dr. Burhanuddin dan Ishak Haji Muhammad juga turut hadir sebagai menunjukkan kerjasama yang erat antara golongan radikal Melayu dengan golongan berpendidikan Islam. Beberapa resolusi telah dihasilkan daripada perbincangan kongres itu. Antaranya termasuklah:

1.Mengutip derma untuk mendirikan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR).
2.Menerbitkan akhbar dan majalah.
3.Memperbanyakkan sekolah rakyat.
4.Menubuhkan derma pelajaran untuk menghantar pelajar ke luar negara.
5.Menyamatarafkan kurikulum pendidikan dalam negeri dengan di luar negara.
6.Membantah tindakan kerajaan melarang berpolitik di sekolah-sekolah.
7.Meminta kerajaan menghapuskan Bahagian 9 Undang-Undang Islam 1904 Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu kerajaan memberi tauliah kepada mereka yang mengajar agama.

Resolusi daripada kongres ini mencerminkan hasrat dan cita-cita besar LEPIR untuk mengangkat martabat pendidikan Islam dan anak-anak bangsa di Tanah Melayu ini.

Ia juga dimanifestasikan daripada kebencian kelompok agama terhadap penjajah yang secara sedar cuba menganaktikan pendidikan Islam di Tanah Melayu.

Penubuhan LEPIR bertitik-tolak daripada kesedaran orang Melayu untuk membajai kesedaran menuntut ilmu di kalangan orang Melayu, terutama tentang kepentingan pendidikan tinggi di mana orang Melayu agak ketinggalan akibat dasar penjajah British sendiri. – HARAKAHDAILY 21/3/2016

(Penulis adalah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)

Sumber HD - 21-3-2016

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Negara kita telah mengalami transformasi pendidikan semenjak daripada zaman penjajah sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Terdapat banyak faktor-faktor yang telah mendasari perubahan yang berlaku dalam perkembangan pendidikan di negara ini, sama ada faktor dalaman atau luaran. Rakyat Tanah Melayu mula tersentuh dengan pendidikan dan ilmu apabila mereka menganut agama Islam pada abad ke-15. Pendidikan kepada orang Melayu berkisar kepada pendidikan Islam yang diselitkan dengan kemahiran hidup. Pendidikan pondok juga menjadi sebahagian daripada institusi pendidikan orang Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pelajar-pelajar pondok yang mempunyai biaya dan cita-cita tinggi akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Mekah dan India untuk terus menimba ilmu.

Pendidikan orang Melayu semakin merancak dengan kedatangan penjajah British yang memperkenalkan Sekolah Melayu dan Sekolah al-Quran untuk menarik minat orang Melayu menghantar anak ke sekolah. Di sisi lain, sekolah vernakular mula diperkenalkan dengan kehadiran imigran dari luar negara seperti dari China dan India. Sekolah-sekolah Inggeris yang menjadi ruang pertapakan mobiliti sosial berada di bandar-bandar dan jauh daripada masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perdesaan.

Perkembangan pendidikan orang Melayu juga semakin mencabar dengan kemunculan sistem madrasah yang lebih bersistem berbanding sekolah pondok. Kemunculan madrasah juga berkait rapat dengan gerakan reformis Islam yang sedang menjadi fenomena pada awal abad ke-20 di negara ini. Sebelum perang Dunia kedua madrasah telah tumbuh di seluruh Tanah Melayu dan menjadi institusi pendidikan yang popular kepada orang-orang Melayu. Segelintir lepasan madrasah telah menyambung pengajian mereka terutama ke Mesir dan juga Mekah.

Sebelum daripada negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat arus yang kuat daripada golongan agama untuk menggerakkan kesedaran pendidikan di kalangan orang Islam di negara ini. Fenomena ini terjadi berpunca daripada keterpurukan bangsa Melayu berbanding kaum lain yang lebih berpeluang mendapatkan pendidikan. Juga kesan daripada semangat nasionalisme yang turut disertai dengan keinginan membina intelektualisme bagi berhadapan dengan penjajah. Terdapat gerakan atau badan yang ditubuhkan untuk mengangkat martabat bangsa melalui medium pendidikan di negara ini.

Di antara badan yang ditubuhkan untuk tujuan murni ini ialah LEPIR (Lembaga Pendidikan Rakyat), yang ditubuhkan hasil kesedaran Badan Kebajikan Pelajaran MATA untuk membangunkan pendidikan tinggi orang Melayu. Hasil daripada lawatan MATA ke seluruh Tanah Melayu, didapati keadaan pendidikan orang Melayu sangat lemah. Ini memang suatu hal yang sangat ketara sekali pada masa itu. Bukan sahaja soal pendidikan tinggi agak asing bagi kebanyakan orang Melayu, tetapi juga soal mendapatkan pelajaran rendah dan menengah masih juga tidak memuaskan di kalangan orang Melayu.

Selepas merdeka, sistem pendidikan diperhalusi dengan matlamat untuk menyatupadukan kaum di bawah satu bumbung negara. Kerana perpaduan adalah tema utama negara yang secara sistematis telah dipecahkan mengikut aliran kaum oleh penjajah British. Perkembangan pendidikan negara ini juga semakin rancak dan tersusun dengan penubuhan pendidikan tinggi yang akhirnya mengeluarkan kelompok kelas menengah berpendidikan, bermula dengan Universiti Malaya yang dibina pada tahun 1949 di Singapura, dan seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur. Selepas perlaksanaan DEB, institusi pengajian tinggi mula merancak dengan tuntutan untuk menyediakan pendidikan tinggi kepada rakyat dan merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

Gerakan dakwah di negara ini telah turut sama memeriahkan panggung pendidikan negara dan melengkapkan usaha kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang berilmu. Namun satu kesungguhan yang harus dipuji ialah institusi pendidikan yang dijayakan oleh gerakan dakwah ini cuba mengasuh pelajar mereka hidup dalam akhlak Islam serta sebahagian sekolah-sekolah yang ditubuhkan ini ialah untuk menampung pelajar yang tercicir dari sekolah akibat kemiskinan, kegagalan dalam peperiksaan awam  dan sebagainya.

Gerakan dakwah di Malaysia juga terbukti mengambil jalur yang sederhana dalam menggarap perbezaan idea mereka dengan pihak pemerintah. Buktinya ialah sekolah-sekolah yang ditubuhkan ini menggunakan kurikulum dan peperiksaan awam yang diguna pakai di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di negara ini. Ini membuktikan perbedaan jalur politik, perbedaan pandangan dan perbedaan pendekatan bukanlah penghalang kepada gerakan dakwah untuk sama-sama memajukan aspirasi pendidikan negara.

Lulusan daripada institusi pendidikan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan dakwah ini juga akhirnya turut memberi saham kepada negara ini kerana mereka memenuhi pasaran kerja di sektor awam dan juga sektor swasta. Pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangan yang menarik semenjak daripada zaman penjajahan akibat kepelbagaian kaum dan agama yang telah mencorakkan wajah pendidikan.

PAS pasca kepimpinan ulama telah mengambil usaha yang komprehensif untuk merancakkan pendidikan, bermula daripada prasekolah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Usaha tanpa lelah PAS dalam tempoh tiga dekad ini telah menunjukkan hasil, institusi pendidikan tajaan PAS telah menyumbang dalam pendemokrasian pendidikan. Alumni institusi pengajian milik PAS terbukti turut menyumbang kepada kepada pembangunan negara dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. - HARAKAHDAILY 11/3/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah PAS Pusat.

Sumber HD - 11-3-2016




































TG Nik Abdul Aziz: Tokoh penggiat al-Quran negara









































































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Sosok ini berjaya membudayakan al Quran dalam masyarakat, bukan sahaja dengan pengajaran tafsir al Quran, namun berjaya menggalakkan masyarakat Melayu menghafal al Quran. Semenjak pulang dari Asia Barat setelah bermukim ilmu, beliau sangat obses dengan pendidikan Islam. Tak lengah dan tak lelah, terus menceburi bidang pendidikan Islam dan bercita-cita untuk membentuk generasi al Quran di tanahair ini. Sekolah agama Darul Anuar adalah manifestasi keseriusan beliau dalam membangun pendidikan al Quran, juga dengan zuriat beliau yang ditekankan pendidikan al Quran.

Menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, telah membuka ruang yang luas untuk almarhum merealisasikan cita-citanya. Beliau memberikan fokus kepada sekolah-sekolah agama di Kelantan, terutama maahad tahfiz yang akhirnya berkembang menjadi fenomena negara ini. Hasrat beliau agar Kelantan kekal dengan reputasi sebagai 'Serambi Mekah' yang meranum subur dengan ilmu-ilmu pengajian Islam dan al Quran.

Di antara institusi pendidikan Islam yang semakin berkembang di Malaysia khususnya di Kelantan ialah sekolah tahfiz al-Quran. Di negara ini kewujudan tahfiz menjadi fenomena dalam dekad 1990-an akibat kesedaran Islam yang semakin meluas dikalangan kelas menengah Melayu dan juga aktivis pendidikan Islam di negara ini. Kelantan menjadi tapak subur kepada sekolah tahfiz al-Quran sama ada yang ditubuhkan oleh kerajaan ataupun yang ditubuhkan oleh pihak persendirian dengan bantuan daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS.

Kerajaan Kelantan memandang serius keperluan untuk menubuhkan sebuah sekolah tahfiz berasrama penuh di mana kemasukan pelajarnya ditapis dengan syarat yang ketat. Kerajaan Kelantan akhirnya melalui idea Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menubuhkan Maahad Tahfiz Pulai Condong (MTAQ) pada tahun 1992, pelajar-pelajar yang  mendapat sekurang-kurangnya empat ‘A’ dalam UPSR dengan kemampuan membaca al-Quran dengan baik akan diterima belajar di sini. Maahad ini akhirnya menjadi sebutan negara apabila sentiasa muncul cemerlang dalam keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM.

Matlamat penubuhan Maahad Tahfiz Pulai Condong ialah untuk melahirkan generasi yang celik al-Quran secara bersistematik, melahirkan pelajar-pelajar yang berpegang kepada al-Quran dan juga memberi kesedaran betapa pentingnya pendidikan al-Quran bagi mengimbangi tuntutan semasa. Matlamat lain yang ingin dicapai ialah melahirkan ulama hafiz yang mampu memahami isi kandungan al-Quran serta memelihara al-Quran daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Sehingga kini Kelantan mempunyai lebih daripada 100 buah sekolah tahfiz akibat rangsangan dan pemupukan yang berterusan daripada kerajaan negeri. Antara sekolah tahfiz yang telah beroperasi ialah Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat di Repek Pasir Mas, Maahad Tahfiz di Kampung Slow Machang Pasir Mas, Al-Imam International Institute di Kubang Kerian, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Ummu Qura di Kampung Kolam Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains dan banyak lagi yang didirikan di setiap daerah di Kelantan. Maahad Tahfiz Pulai Chondong merupakan sekolah tahfiz paling cemerlang, bukan sahaja dalam peperiksaan awam, tetapi juga kerana menjadi model untuk kurikulum bagi sekolah-sekolah tahfiz di Brunei, Johor, Selangor, Terengganu dan Pahang.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengasaskan juga Maahad Tahfiz Nikmatillah yang terletak di Pulau Melaka dengan matlamat ‘sebuah keluarga seorang hafiz’ bagi rakyat Kelantan. Tahfiz ini mula beroperasi pada tahun 2004 dan menerima pelbagai latar belakang akademik (tidak semestinya cemerlang dalam UPSR). Ini bertujuan supaya ruang yang luas dapat diberikan kepada pelajar yang berminat mendalami pengajian al-Quran.

Almarhum telah meninggalkan kita semua dengan jasa yang besar, menjadi cermin keteladanan yang memantulkan keseimbangan watak siasah, dakwah dan tarbiah. PAS wajar  melanjuti apa yang almarhum tinggalkan, menggerakkan jihad ta'lim sepenuh hati sehingga kefahaman Islam meratai seluruh sektor masyarakat. Menghasilkan para huffaz yang juga sebagai kelompok profesional dan aktivis Islam, bukan sekadar memimpin solat berjemaah tetapi memandu manusia ke arah menegakkan pemerintahan berlandaskan al Quran. - HARAKAHDAILY 2/3/2016

Sumber HD - 2-3-2016
Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat.




































Memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah 3 Mac 1924

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.

Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.

Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam.

Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan.

Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman.

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11. Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis.

Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan faham pan islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain.

Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, Masyumi di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an-Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain. 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah. - HARAKAHDAILY 3/3/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Politik Pusat.

Sumber HD - 3-3-2016




































Hassan Al-Banna: Ikon perlawanan moden

DR RIDUAN MOHAMAD NOR |
.


HASSAN AL BANNA: IKON PERLAWANAN ZAMAN MODEN YANG MENGESANKAN

Tokoh besar tidak dicetak sebagaimana mudahnya kita memasak mee segera berperisa tomyam. Sosok hebat tidak muncul daripada selimut tebal dan tilam yang empuk, juga tidak insan berhati tisu yang jiwanya rapuh. Ikon perjuangan lahir daripada hamparan mehnah dan ibtila', muncul daripada rahim pergulatan yang memeritkan, mendapat dokongan ummah kerana keluarbiasaannya memacu perjuangan. Pakej ini dimiliki oleh Hassan al Banna yang kita ingati setiap tanggal 12 Februari.

Denyut nadi gelombang kebangkitan Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang hangat sering mencuri perhatian di negara ini. Kebangkitan Islam adalah melalui tahapan sejarah yang panjang serta berwarna-warni, seawal pasca Perang Arab Israel 1967. Maka wajar untuk kita menyusuri dengan mendalam sejarah perlawanan bangsa Mesir dan tokoh besar yang telah mewarnai bumi anbiya' ini. Bersesuaian dengan bulan Februari di mana tokoh besar dunia telah mati dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1949, maestro dakwah dan harakah ini telah menyalakan lantera pencerahan kepada umat setelah kejatuhan Khilafah Islam pada Mac 1924.

Tokoh besar pejuangan Islam ini yang telah membina dan mewariskan pemikiran dan perjuangan yang besar sehingga tersebar ke seluruh belahan dunia, Timur mahupun Barat. Hassan al-Banna telah menempatkan dirinya sebagai simbol kebangkitan umat pada zaman moden, sekaligus sebagai pemimpin harakatul dakwah pada abad ke-20. Tidak terhenti setakat itu, Hassan al-Banna mempunyai pakej kepimpinan yang wajar diteladani oleh pewaris dakwah masa kini terutama dalam gelombang serangan pemikiran salibis-imperialis, neo-liberal dan kelompok ekstremis sekular. Ahzab moden seluruhnya telah bersatu untuk memerangi Islam dan umatnya.

Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna semenjak tahun 1928 di Ismailiah Mesir, telah puluhan tahun berdada dengan kezaliman taghut terutama di sebelah Asia Barat. Pembantaian, pemenjaraan, perlecehan, penistaan, pembunuhan yang sadis dan pengusiran adalah hamparan ujian yang terhampar dari Mesir, Iraq, Syria, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Yaman dan sebagainya.

Hassan al-Banna telah menoreh sejarah dunia moden dengan darah yang tumpah berlimpah dan merakamkan namanya di langit sejarah. Rakaman hidupnya direncah dengan hamparan mehnah dan ibtila', yang akhirnya telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Almarhum berkelana ke alam abadi selepas satu konspirasi membunuhnya pada 12 Februari 1949, di mana beliau ditembak dalam keadaan yang cukup terancang oleh agen Farouk. Babak-babak hitam ini sangat menyentuh perasaan dan wajar dikenang oleh para amilin dan abnaul harakah, jalan juang ini tidak terhampar dengan permaidani merah.

Darah yang bergenang tumpah tidak dibenarkan untuk dirawat oleh pihak hospital sehingga pendarahan yang banyak telah menyebabkan Hasan al-Banna kehilangan nafas. Namun catatan takdir yang berlaku, dengan darah yang harum mewangi ini telah menjadi baja kepada sebuah kebangkitan Islam dalam tempoh yang panjang, dan terkini, menyaksikan Mesir dilanda 'sergahan langit'. Rejim Mesir yang mewarisi legasi firaun tersungkur dengan palitan lumpur aib yang terhebat dalam sejarah moden.

Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin telah mewariskan kepada dunia moden akan longgokan karya untuk dikunyah, serta fikrah perjuangan Islam yang dicetuskan telah menjadi teks wajib kepada generasi kebangkitan Islam pada dekad-dekad 1970-an, 1980-an dan sehinggalah hari ini. Cacatlah seorang manusia jika kuping telinganya tidak pernah diterjah dengan idiom Ikhwanul Muslimin dan nama Hassan al-Banna.

Tidak ada penjuru dunia yang tidak tersentuh dengan pemikiran almarhum kerana sejarah perjuangannya telah dipahat dengan seribu keteladanan seperti sabar, amanah, berani bersuara, menyantuni pengikut, kuat beribadah, pengarahan yang jelas, serta semenjak kecil lagi diasuh dalam lingkungan agama yang mengesankan kehidupan peribadinya.

Tulisan ini bukan untuk mengkultuskan Ikhwanul Muslimin. Juga bukan untuk mendewakan Hassan al-Banna. Namun sosok peribadi ini dan Ikhwanul Muslimin mempunyai segudang pengalaman sejarah yang cukup bermakna kepada pemerkasaan perjuangan Islam di abad moden terutamanya di negara kita sendiri semenjak dekad 40-an lagi.

Pengasasan gerakan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada tahun 1948 juga berinspirasikan dan bermodelkan gerakan ini (Khoo Kay Kim, 1994). Seterusnya bersambung dengan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dan diperkasakan lagi dengan kemunculan ABIM (1971). Ia disuburkan lagi dengan gerakan kebangkitan Islam terutamanya di kalangan mahasiswa universiti tempatan dan luar negara pada dekad 1970-an dan 1980-an yang juga mendapat suntikan fikrah daripada maestro dakwah ini serta gerakan fenomenal abad ke-20.

Generasi dan peserta kebangkitan Islam menghadamkan karya tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Mustapha Mashyur, Dr. Mustapha Sibaie, Dr. Karim Zaidan, Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Umar at-Tilmisani, Zainab al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi dan lain-lain lagi tokoh ulung mereka. Kesan pencerahan daripada sumur akal yang jernih, misi dan visi dakwah yang jelas, keikhlasan daripada dasar hati yang paling mendalam untuk melihat kemenangan Islam, maka karya-karya ini merubah ufuk berfikir umat Islam.

Begitu juga dengan petikan nukilan kata daripada Syeikh Hassan Hudhaibi dan asy-Syahid Sayyid Qutb yang memperkatakan tentang almarhum yang lahir daripada kebeningan hati yang merasa begitu terhutang budi kepada jasa dan sumbangan Hasan al-Banna terutamanya dalam meletakkan dinamika tarbiah (kaderisasi) dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Sejarah adalah cermin yang berdiri memantulkan refleksi ajaib sebagai ibrah kepada yang ingin mengambil keteladanan. Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin mempunyai seribu alasan untuk kita jadikan sebagai teladan perjuangan di zaman moden, selain teladan yang wajib kita jejaki iaitu Rasulullah SAW dan generasi al-Quran. Kita wajib berjiwa besar di jalan dakwah ini, apatah lagi di medan politik Islam bernuansa dakwah. Yang gopoh dan gelojoh, akhirnya akan terjun daripada bahtera dakwah, namun bahtera tetap mara membadai arus perjuangan! - HARAKAHDAILY 13/2/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 13-2-2016




































Azan akan mengganti dentingan loceng di Jerman?






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


KRISIS kemanusiaan terbesar abad ini belum nampak tanda akan surut, malah semakin meruncing serta merobek nurani kita. Syria semenjak empat tahun yang lepas menjadi sorotan media setiap detik, bukan sekadar dengan episod serangan dan pembantaian tetapi juga tangisan hiba di khemah-khemah pengungsian yang telah mencecah angka empat juta lebih pelarian.

Bumi Syria yang merupakan sebahagian daripada Syam ialah tanah berkah yang telah melahirkan ribuan ulama dan sang pencerah. Tanah yang juga menempatkan kuburan sahabat dan sahabiah Nabi SAW seperti Bilal Bin Rabah, Saad Bin Ubadah, Khalid al Walid, Ummu Salamah dan ratusan yang lain. Tanah yang menjadi tapak kepada pemerintahan Islam, kerajaan Bani Umaiyyah yang bermula pada tahun 40 hijrah sehinggalah berakhir pada tahun 132 Hijrah.

Kini bumi yang indah dan mendamaikan ini menjadi puing-puing berserakan, padang jarak padang tekukur yang menggerikan. Angka kematian telah mencecah 300,000 orang lebih dan menjangkau kepada masalah hiliran yang lain. Jihadis dunia bergerak ke tanah Syam ini dan berdepan dengan pakatan Ahzab moden yang tak peduli kepada darah yang berkubang.

Pelarian Syria telah berhimpun dengan jumlah yang ramai di sempadan Jordan Syria dan juga sempadan Turki Syria. Mutakhir ini aliran penghijrahan pelarian Syria semakin galak menuju ke arah Benua Eropah yang lebih menjanjikan kehidupan yang lebih baik, di mana dianggarkan lebih sejuta pelarian telah memasuki Benua Eropah.

Pelarian menggunakan pintu Turki untuk mencari peluang kehidupan di Eropah. Antara negara yang menjadi pilihan mereka ialah Greece, Hungary, Republik Chech, Astria, Jerman, Belanda dan lain-lain lagi. Mengapa Eropah? Itu yang menghantui penulis, apatah lagi dengan jumlah selimut dalam amaun yang besar masih tersangkut di lapangan terbang Amman akibat karenah birokrasi pihak kerajaan Jordan.

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dalam misi bantuan Muslim Care ialah misi membantu pelarian Syria musim sejuk di Eropah. Tak mudah denai laluan mereka yang bersabung nyawa, melawan kesejukan dan gelombang lautan.

Antaranya mereka akhirnya menggunakan laluan laut berhijrah ke Greece, Hungary, Austria, Jerman, Belanda, Perancis dan juga negara-negara lain. Negara Jerman menjadi negara terbesar menampung kedatangan pelarian Syria.

Ratusan ribu akhirnya pelarian Syria telah datang ke Jerman yang merupakan Negara Eropah Timur yang pernah mengadakan pemuafakatan dengan kerajaan Uthmaniah pada satu ketika dahulu. Semasa di Jerman, saya dan anggota-anggota Muslim Care telah mengadakan usahasama dengan Pusat Islam An-Nour di Hamburg.

Relawan Muslim Care mengagih-agihkan makanan kepada pelarian yang berada di shelter atau tempat perlindungan di Hamburg. Kami melihat sendiri bagaimana aktifnya relawan-relawan Jerman ini, mereka telah menunggu pelarian di stesen keretapi Hamburg dan setelah itu membawa pelarian-pelarian ini ke shelter atau tempat perlindungan.

Pelarian yang masih kepenatan dan kebingungan ini akan diberikan makanan, pakaian dan perlindungan. Akhirnya selepas daripada beberapa tempoh tertentu, pelarian-pelarian ini juga diberikan peluang pekerjaan, sebagai buruh-buruh kasar bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Saya yakin dan percaya sekitar 20 tahun akan datang, negara Jerman akan menjadi bumi yang subur kepada dakwah Islam di Eropah, bahkan akan melonjakkan dengan drastik populasi muslim di negara yang pernah melakar sejarah terhadap pembantaian Yahudi dalam era Perang Dunia Kedua.

Jerman kini juga mempunyai 5 hingga 6 juta penduduk Muslim, juga dengan latar sejarah migrasi pasca Perang Dunia Kedua.  kesan daripada kebanjiran rakyat Turki selepas daripada perang dunia kedua di Jerman, akibat Jerman kehilangan ramai anak-anak muda akibat bencana peperangan.

Migran Turki ini berkhidmat di sektor-sektor perkilangan yang sememangnya subur di Jerman.  Hari ini generasi kedua mereka telah menjadi generasi yang berpendidikan bahkan telah banyak menubuhkan NGO-NGO Muslim membantu misi kemanusiaan di seluruh dunia seperti NGO Hasana.

NGO Hasana, sebagai contoh telah menyantuni lebih 100 buah negara dalam musim raya korban, mereka menyembelih lembu korban diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah pelarian Syria. Mereka aktif dalam gerak kerja dakwah, begitu juga dengan puluhan NGO muslim yang lain yang secara umum ditubuhkan oleh generasi kedua migran dari Turki.

Jerman bukan sahaja hebat dengan pencapaian industri automobil dan kerancakan heavy metal band yang menaufan buana ini dalam dekad 80-an tetapi sangat berjiwa besar membuka setiap pintu negaranya kepada pelarian Syria, pada saat negara umat Islam agak malu-malu kucing untuk membantu.

Banyak yang akan berubah di negara legasi Hitler itu, semoga laungan azan akan mengganti dentingan loceng gereja, "Wind of Change" kata senandung Klaus Maine, vokalis Scorpions. – HARAKAHDAILY 7/2/2016

(Penulis ialah Pengarah Penerangan Muslim Care Malaysia)

Sumber HD - 7-2-2016

25 tahun Unit Amal, belahan jiwa kami

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PEJAM celik dengan masa yang bergulir pantas, kini Unit Amal mendakap umurnya yang ke-25 tahun. Badan beruniform ini tak pernah lelah menabur bakti di medan operasi masyarakat sehingga mengharumkan nama PAS, sebagai entiti yang tegak diatas fondasi siasah, dakwah dan tarbiah.

Jika anda memulakan langkah dalam jemaah bersama Dewan Pemuda, maka Unit Amal adalah segmen yang wajib disertai. Dalam organisasi ini, kita akan diajar bekerja dan mentaati arahan serta disiplin berjemaah. Aku juga memulakan langkah pertama dalam harakatul ummah ini melalui penglibatan dalam Unit Amal. Unit Amal Lembah Pantai, semuanya bermula di sini. Cinta dan pengorbanan.

Aku menoleh kiri dan kanan pada anak-anak muda yang berdesakan mengiringi Tuan Guru Haji Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Marang. Sosok ini seperti tarikan magnet kepada orang ramai terutama anak muda yang berfikrah Islam.

Senario ini pada tahun 1992, saat aku masih menyandang gelaran mahasiswa Universiti Malaya, masa terluang mengikuti Unit Amal Lembah Pantai yang dipimpin oleh Haji Uzir Ahmad. Seorang kontraktor landskap lulusan UiTM berjanggut panjang. Haji Uzir berasal dari Perak dan menjadi jemaah tetap Masjid Ar-Rahman.

Tidak ramai anak-anak kampus Universiti Malaya yang terlibat dengan Unit Amal kerana gerakan pelajar lebih mempunyai tarikan pesona berbanding gerakan kepermudaan di Kawasan Lembah Pantai.

Pada masa itu, Unit Amal masih lagi begitu baru di medan masyarakat, walaupun Pemuda PAS mempunyai gerakan kepanduan mereka sendiri semenjak era dekad 1960-an dan 1970-an.

Aku teringat Almarhum Ustaz Hasan Shukri yang menceritakan bagaimana gerakan pemuda Syuhada di zamannya yang mengadakan mukhaiyam, aktiviti berkawad, juga aktiviti seni silat. Apatah lagi pemuda Umno yang terkenal dengan pemuda tahan lasak, mengganggu aktiviti yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan Pemuda PAS ini dibuktikan dengan gambar-gambar kawad dan perbarisan setiap kali majlis besar yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan berteraskan khidmat kebajikan dan sukarela bagi gerakan Islam, bukanlah sesuatu yang baru atau hanya muncul di negara ini.

Gerakan fenomenal dunia seperti Ikhwanul Muslimin, jauh lebih awal mempunyai sayap kepanduan Syabab Ikhwan (Abdul Muiz: 2001). Begitu juga Jamiat Islami di belahan sub kontinen, mempunyai gerakan kepanduan yang berkhidmat untuk membantu masyarakat dan juga sayap gerakan yang penting.

Di Indonesia pula, Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia), mempunyai gerakan kepanduan yang menghimpunkan ramai anak muda, sehinggalah wadah politik Islam ini diharamkan oleh Soekarno, akhirnya memaksa sebahagian aktivis mengangkat senjata.

Unit Amal mengorak langkah menjuarai bidang kebajikan, membantu program PAS di semua peringkat, menghimpunkan anak muda yang cenderung dalam bidang kepanduan (pengakap), menarik anak muda kepada fikrah perjuangan Islam bahkan terlibat dengan misi-misi bantuan di seluruh dunia.

Bukan sedikit ujian melanda badan sukarela ini, termasuk cuba mengaitkan mereka dengan tujuan ketenteraan, namun Unit Amal membuktikan mereka hadir di tengah masyarakat untuk berbakti dan berbudi.

Apabila negara dilanda musibah banjir, mereka 'beruniform merah' ini berada di barisan hadapan, jauh lebih awal daripada agensi kerajaan sendiri.

Kelompok relawan berbaju merah ini berjaya memecahkan tembok kaca PAS dengan masyarakat, mengikis imej parti eksklusif pak lebai dan agamawan. Unit Amal dengan pelbagai kepakaran dan latar belakang keanggotaan, daripada buruh sehinggalah ahli akademik, usahawan, profesional muda.

Kepelbagaian latar belakang ini merencahkan Unit Amal menjadi pasukan yang kuat, disegani malah dihormati oleh pihak polis sendiri. Aku secara peribadi menemui pegawai-pegawai kanan polis dan mereka memuji Unit Amal berkerja tanpa mengharapkan habuan duniawi, berpanas terik serta bermandi hujan.

Mereka berkerja tanpa upah, mampu diarah, berdisiplin tinggi, menjaga reputasi sebagai barisan hadapan jemaah Islam, berembun dan berpanasan untuk program PAS dan masyarakat.

Negara ini tidak mampu berbohong tentang asas dan kepakaran Unit Amal, mereka mengawal peserta-peserta bantahan awam daripada bertindak liar, menjaga keselamatan peserta dan juga mendisiplinkan para demonstran.

Unit Amal membantu pihak keselamatan, bomba dan penyelamat jika berlaku kes kemalangan, hilang di hutan atau sungai, bencana kebakaran besar, malah turut menjadi aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah Islam. Unit ini dikenali sebagai kadet amal serta dilatih daripada awal untuk menjadi aktivis yang berorientasikan khidmat masyarakat.

Unit Amal tidak mudah digertak, aku teringatkan pada tahun 2002 apabila berlangsung Jambori Amal Peringkat Kebangsaan di Taman Templer, sekitar tapak jambori dikepung oleh FRU. Pada masa itu isu milintasi sangat mencuat, antaranya kes serangan WTC dan al-Maunah. Pihak kerajaan BN mengambil kesempatan untuk menyulitkan pergerakan anggota amal dalam berprogram.

Aku menjadi Pengarah Jambori tersebut, program berlangsung dengan berjaya walaupun digertak untuk ditahan semua peserta Jambori Amal oleh pihak polis. Lebih seribu peserta berhimpun termasuk Amal Nisa'. Ustaz Kapten (B) Jamsari Marsom adalah Pengarah Amal Malaysia dan beliau adalah pesara pegawai tentera yang hebat. Termasuk pernah terlibat bersama PBB dalam misi pengaman ke Bosnia Herzagovena. Beliau berhujah dengan OCPD tentang jambori dan kandungan jambori dengan hujah-hujah keselamatan.

Kepada pembenci-pembenci Unit Amal, abaikan mimpi kamu untuk melenyapkan Unit Amal bersama denyut nafas kami, seluruh ahli-ahli Parti Islam.

Mereka tidak menagih upah dan tanda jasa di atas khidmat bakti mereka, moto gerakan kepanduan PAS ini, "Di mana ada kesusahan, di situlah adanya kami". Mereka akan berdiri tegap dalam majlis-majlis rasmi PAS, siap untuk diperiksa perbarisan oleh pimpinan utama PAS.

Tidak kurang anggota amal yang meninggal dunia saat sedang melakukan misi bantuan. Seorang anggota amal, Abang Mad yang sangat baik denganku, meninggal dunia ketika membantu mendirikan rumah mangsa banjir Kuala Krai. Beliau suka berkhidmat termasuk membantu kerja siak di Surau Muttaqun USJ 12, Selangor.

Seorang veteran amal yang juga bekas anggota komando tentera Malaysia, iaitu Abang Rahim dari Perak antara anggota Amal yang popular. Beliau jarang gagal untuk bertugas dan pernah terlibat mencari orang hilang. Beliau cekap seumpama belut, bahkan dengan tubuh tegap seperti berusia 20-an walaupun Abang Rahim Komando telah mencecah 60 tahun.

Selama tempoh 25 tahun ini, Amal telah melalui pelbagai pahit getir, asam manis perjuangan dan tak lekang ditohmah para pembencinya. Aku merasa beruntung menjadi sebahagian daripada anggota Amal, mengenali teman-teman aktivis Amal yang tekun dan istiqomah seperti Cikgu Husein Ismail, Pak Jamu, Kapten Jamsari, Cikgu Li Terengganu, arwah Zainuddin Kubur Maras, arwah Abdul Aziz Marang (meninggal 17 Januari 2016) dan ribuan yang lain. Selamat menuai bakti untuk dekad-dekad seterusnya, Amal Malaysia. – HARAKAHDAILY 19/1/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat)

Sumber HD - 19-1-2016




































Perkembangan Pendidikan tinggi di Kelantan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


KELANTAN di bawah pimpinan PAS juga telah menganjak ke hadapan dengan menubuhkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri pada tahun 1965. Pusat pengajian tinggi Islam ini diletakkan dalam sebuah kampus yang pada asalnya ialah Istana Sultan Kelantan yang dinamakan Istana Nilam Puri. Ia terletak 10 kilometer dari Kota Bharu. Pada tahun 1969, nama institusi pendidikan tinggi ini diganti namanya dengan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Halim Mohd Diah,1989 ).

Sewaktu pertama kali yayasan ini didirikan, ia hanya memiliki satu fakulti sahaja, iaitu Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Kuliah As-Syariah Wal Qanun). Kemudian pada bulan Oktober 1966 dibuka pula Maahad Dakwah Wal Imamah (Maktab Dakwah dan Kepimpinan).

Tujuan maktab ini ditubuhkan ialah untuk mendidik kader-kader dalam bidang dakwah dan kepimpinan masyarakat Islam. Di samping itu juga ia merupakan sekolah persediaan untuk memasuki fakulti. Kemudiannya Maahad ini ditutup dan diganti dengan al-Qismu At-Taujihi (bahagian persediaan) yang berfungsi sebagai sekolah persediaan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri.

Pada tahun 1971 dibuka pula Bahagian Pendidikan (Qismu Tarbiah). Tujuannya ialah, untuk melatih para bakal guru yang berkebolehan dan layak dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Kemudian pada tahun 1974, dibuka pula sebuah fakulti baru, iaitu Fakulti Usuluddin dan Kemasyarakatan.

Yayasan ini berjalan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam dengan taraf sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah ia digabungkan ke dalam Universiti Malaya.

Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut memberikan perhatian kepada pusat pengajian tinggi dan peluang pengajian tinggi kepada anak-anak Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan ialah Maahad Dakwah Wal Imamah di mana tujuan penubuhan maahad ini adalah bertujuan untuk merancakkan pendidikan tinggi Islam di Kelantan.

Antara institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Kelantan ialah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Kolej ini terletak di Nilam Puri yang bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan tinggi yang berteraskan ajaran Islam, melahirkan generasi berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan golongan intelektual Islam. Antara matlamat lain penubuhan kolej ini ialah untuk memberi pendidikan tinggi yang secukupnya kepada rakyat negeri Kelantan.

Penubuhan KIAS adalah lanjutan sejarah daripada penubuhan YPTIK yang telah ditubuhkan pada tahun 1965, di mana institusi ini menjadi Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan Maahad Dakwah Wal Imamah dengan hasrat menggerakkan dan mewujudkan pengajian tinggi Islam di Kelantan.

Maahad Dakwah akhirnya distrukturkan semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam pendidikan tinggi di negara ini.

Pada tanggal 24 ogos 1999, KIAS telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dan mula membina reputasi sebagai pusat pengajian yang menerima pelajar dari dalam dan luar negara.

KIAS telah menyediakan pelbagai bidang pengajian seperti Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Dakwah wal al-Qiadah. Pada tahun 2002/2003, KIAS telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan kerjasama Universiti al-Azhar di Mesir, Jordan, Syria, dan Morocco.

Juga melaksanakan kerjasama dengan Kolej Universiti Insaniah Kedah. Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman menjadi tenaga pensyarah di universiti tempatan seperti Dr. Johari Mat, Dr. Muhammad Daud, dan Dr. Bassit Abdul Rahman. Pelajar-pelajar KIAS juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke institusi lain di dalam dan luar negara. – HARAKAHDAILY 15/1/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat

Sumber HD - 15-1-2016




































Pasti: Mendepani cabaran dan mengurus perubahan

DR RIDUAN MOHD NOR | .


Pasti: Mendepani Cabaran dan Mengurus Perubahan (Siri 2)

PAS sebagai sebuah harakatul ummah yang merespon perkembangan semasa pendidikan tidak sunyi daripada menghadapi cabaran. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) cuba dijenamakan dengan baik, terutama dengan persaingan dengan institusi pendidikan pra sekolah yang lain serta cabaran daripada regim penguasa.

Ustaz Abu Bakar Chik, sebagai ketua Dewan Pemuda PAS Pusat memberikan penumpuan besar terhadap perkembangan Pasti kerana reputasi Pasti akan juga mengheret nama baik atau buruk Dewan Pemuda.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengenengahkan Pasti kepada masyarakat terutama ahli-ahli PAS. Pada 23 September 1989 Dewan Pemuda mengeluarkan arahan supaya kempen digerakkan ke seluruh negara.

Pada 14 Januari 1990, Pasti menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Pasti dan pertandingan ini dimenangi oleh Raja Abdul Aziz Raja Azlan dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Logo rasmi Pasti tersebut mula digunapakai secara rasmi semenjak 21 Julai 1991. Bagi mengukuhkan lagi organisasi PASTI, mulai 16 Januari 1993, semua Pasti diarahkan supaya berdaftar dengan Pasti Pusat bagi mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu prasekolah didaftarkan dengan kerajaan, dan Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengesahkan struktur baru organisasi penyelarasan Pasti semua peringkat pada 26 Januari 1994.

Menjelang bulan September 1999 Ketua Pengarah Pasti Pusat telah mengarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan menubuhkan Pasti baru di kawasan masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan bengkel penyelarasan Pasti di peringkat pusat pada 10 Disember 1989 diikuti oleh penyelarasan secara rasmi mulai 14 Januari 1991.

Kemudian, satu Konvensyen Pendidikan Prasekolah telah diadakan di Kota Bharu pada 15-16 November 1991 untuk membentuk landasan pergerakan Pasti, diikuti oleh Bengkel Kurikulum dan Latihan Perguruan Pasti di Terengganu pada 9 September 1992 serta Bengkel Kurikulum dan Pembinaan Modul Pasti di Selangor pada 25-27 Oktober 1992.

Selain penysunan kurikulum dan pengurusan pada Januari 1994, Pasti telah merancang untuk mewujudkan penyelarasan organisasi dan pentadbiran, kurikulum, latihan, buku teks, hari persekolahan, pakaian seragam dan keperluan elaun guru dan sebagainya.

Pada 12 Ogos 1995, pihak pengurusan Pasti telah mengadakan satu taklimat khas penggunaan buku Pasti kepada semua pengurus untuk penyelarasan semula buku teks Pasti.

Pasti semakin berkembang dengan baik terutama di negeri Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah. Ia juga berkait rapat dengan kesungguhan petugas Pasti yang merupakan kelompok kelas menengah Melayu, keluaran uuniversiti dalam dan luar negara.

Selangor kini menjadi negeri mempunyai paling banyak bilangan Pasti, ini kerana tahap pendidikan ibu bapa yang lebih baik (Selangor negeri maju) mereka memilih anak-anak untuk mendapat pendidikan Islam dan Pasti disinonimkan dengan pendidikan Islam untuk anak-anak.

Di Kelantan pula, Pasti berkembang dengan pesat kerana PAS mempunyai cawangan yang banyak di Kelantan dan cawangan pula memainkan peranan untuk memajukan Pasti di negeri tersebut.

Kejayaan Pasti diterima oleh masyarakat Melayu juga berkaitan dengan komitmen para guru yang gigih mengajar walaupun dengan elaun yang relatif kecil. Usaha untuk memperkasakan bidang keguruan juga dilihat sebagai strategi penting untuk terus meningkatkan perkhidmatan Pasti kepada masyarakat.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan pihak Pasti untuk mewujudkan sebuah badan khas perguruan Pasti yang akhirnya telah mencetuskan pula kepada Majlis Guru Pasti pada 17 Julai 1994.

Pihak Pasti juga telah memberikan latihan keguruan kepada guru-guru Pasti bagi memperkayakan ilmu dan membina kemahiran mengajar, antara kursus yang diselaraskan oleh Pasti pusat ialah kursus asas perguruan Pasti, kursus persijilan perguruan Pasti dan kursus perguruan Dalam Perkhidmatan Pasti telah diadakan.

Guru-guru Pasti menerima latihan dalaman menerusi sektor latihan iaitu peringkat sijil, bengkel, seminar dan latihan luaran seperti mengikuti Diploma Pendidikan awal kanak-kanak anjuran Universiti Utara Malaysia.

Pada 30 November sehingga 1 Disember 1996, Majlis Konvokesyen Guru Pasti telah diadakan kali pertama di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar Kuala Lumpur. Manakala mulai tahun 2000, Kursus Guru Pakar Pasti mula diperkenalkan bagi terus memantapkan elemen keguruan dalam pendidikan Pasti.

Pasti juga menggalakkan penyertaan ibu bapa dan penjaga dalam merancakkan lagi program pengoperasian pendidikan prasekolah di mana setiap Pasti telah digalakkan untuk ditubuhkan Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) mulai tahun 2002.

Pasti juga telah menyatukan masyarakat yang pelbagai latar belakang sosio-politik, sosio-ekonomi, anak-anak penyokong Umno juga belajar di Pasti termasuk lain-lain kaum bukan Melayu seperti kaum India, Cina, Kadazan dan Siam.

Kewujudan Pasti menjadi nukleus kepada kesedaran dan sokongan terhadap PAS dan terus mendapat sokongan masyarakat. Pasti terus berkembang walaupun mendapat halangan yang kuat daripada Akta Pendidikan 1995 (Akta 550), ini dibuktikan dengan jumlah bilangan kelas Pasti di seluruh negara terus meningkat.

Contohnya pada tahun 1994 kewujudan PASTI sebanyak 744 cawangan, meningkat kepada 855 cawangan pada tahun 1996 dan sehingga tahun 2004 pelajar Pasti di seluruh negara ialah seramai 55,480 orang.

Pasti telah dikenalpasti sebagai sebuah institusi pendidikan prasekolah yang telah mengangkat nama PAS sebagai sebuah parti politik yang berjaya menyediakan khidmat pendidikan kepada masyarakat.

Inilah juga faktor mengapa Pasti menjadi institusi pendidikan PAS yang paling banyak menghadapi cabaran dan kekangan, antaranya seperti tekanan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri, polis dan juga kementerian pendidikan. – HARAKAHDAILY 28/12/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)

Sumber HD 28-12-2015




































Pasti: Tiga dekad yang berjasa buat ummah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Pasti: Tiga Dekad Yang Berjasa Buat Ummah (Siri 1)
TAHUN 2015 melabuhkan tirainya yang sarat dengan peristiwa, suka duka coret kehidupan  yang memancing cebikan buat rakyat jembel negara ini. Rakyat negara ini terpaksa berhemat dalam kehidupan yang nilai wang yang semakin merudum dan kuasa beli yang merosot.

Mereka juga terpaksa memilih institusi pendidikan untuk anak-anak yang berkualiti namun kosnya rendah. Antara pendidikan prasekolah yang mencuat namanya di tanahair ini ialah Pasti, menjadi fenomenal serta membanggakan para pendokong perjuangan Islam.

Dalam perhimpunan Agung Umno, nama Pasti disebut kecemerlangan dan Tadika Kemas diminta mencontohi Pasti yang melahirkan pelajar berkualiti serta seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ratusan ribu alumni Pasti kini berkhidmat membangunkan negara ini termasuk para profesional aras tinggi seperti Shahir Sulaiman, Siti Fatimah Ismail dan lain-lain lagi.

Dengan perkembangan pantas landskap politik, ekonomi dan sosial negara ini selepas kemerdekaan. Pendidikan prasekolah telah dibangunkan dengan pesat sama ada oleh pihak kerajaan, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja setempat, badan-badan Islam seperti Perkim, persatuan gereja-gereja kristian, pertubuhan politik dan juga NGO-NGO Islam.

Berlakunya kebangkitan Islam di negara ini dalam dasawarsa 70-an dan 80-an telah turut menyemarakkan perkembangan pendidikan prasekolah, permintaan rakyat terhadap institusi pendidikan prasekolah Islam telah meningkat dengan berlakunya kesedaran Islam dalam keadaan peserta kebangkitan Islam tidak berpuas hati dengan prasekolah konvensional yang sedia ada di negara ini.

Riak untuk menubuhkan pusat prasekolah yang berorientasikan Islam semakin hebat pada penghujung dekad 70-an, terutama apabila kelompok kelas menengah Melayu semakin membesar terutama yang mempunyai kesedaran Islam. Penubuhan tadika-tadika Islam ini juga mempunyai sejarah yang menarik apabila ia berlaku persefahaman di antara ABIM dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat.

ABIM diamanahkan untuk menggerakkan institusi prasekolah ini yang dikenali sebagai TASKI (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam). Pendokong ABIM pula sebahagian besarnya adalah aktivis PAS sehinggalah Anwar Ibrahim menyertai Umno pada tahun 1982 yang menyebabkan sebahagian besar ahli ABIM yang juga aktivis PAS telah meninggalkan ABIM.

Di Terengganu pada tahun 1985, TASKI telah dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu, manakala di Kelantan pula pusat pendidikan prasekolah yang ditaja oleh Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Kelantan dikenali sebagai Putra Islam.

Menurut Fauzi Zakaria, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan iaitu Mohamad Hussin telah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan siswazah-siswazah Islam, aktivis pelajar Islam dan juga pihak lujnah tarbiah pemuda untuk menggubal sukatan dan skop pengajian prasekolah ini.

Di negeri Kedah pula telah diwujudkan pendidikan prasekolah dibawah kendalian Dewan Pemuda PAS Kedah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam. Dewan Pemuda PAS Kedah yang dipimpin oleh Najib Pahmi Yahaya telah menubuhkan Pasti di setiap kawasan di Kedah yang dikendalikan oleh Pemuda PAS kawasan masing-masing.

Menurut Haji Fauzi Husain, kebangkitan pendidikan pra sekolah Pasti ini berpunca daripada Majlis Ihtifal Pasti bertempat di Bangunan Tepian Gelanggang oleh Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu Permaisuri Sultan Kedah sendiri pada penghujung tahun 1988. Penubuhan Pasti dengan pantas mendapat sambutan di Kedah termasuk pelajar bukan Islam turut dihantar belajar seperti di kawasan Padang Serai dan juga Kodiang, Kedah.  

Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di bawah kendalian Dewan-dewan Pemuda PAS Negeri telah menyebabkan timbulnya usul dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1988 supaya diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Keprihatinan  pemuda PAS ini juga berkait rapat dengan persaingan agenda kaderisasi dengan pertubuhan Islam lain di negara ini dan juga manifestasi kekecewaan Pemuda PAS dengan sistem pendidikan negara yang dilihat gagal melahirkan pelajar yang memahami Islam dengan baik.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang sewaktu itu dipimpin oleh Haji Abu Bakar Chik telah mengambil tindakan susulan daripada usul muktamar Pemuda PAS.

Satu tindakan diambil dalam mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai jabatan pendidikan prasekolah dibentuk diperingkat pusat diketuai oleh Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan pendidikan prasekolah ini.

Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung seminar prasekolah di Masjid Rusila, Terengganu yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Seminar ini adalah rentetan daripada keseriusan Dewan Pemuda PAS untuk merakyatkan pendidikan prasekolah yang berorientasikan Islam di negara ini dengan penglibatan PAS dengan sistematik.

Dua orang tokoh pendidikan PAS telah membentangkan kertas kerja iaitu Harun Taib dan Abdul Halim Arshad.

Dalam sejarah penubuhan PASTI dan perkembangannya, Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai pengarahnya yang pertama pada 18 Mei 1989, manakala Mohd Najib Fahami Yahaya sebagai Timbalan Pengarah PASTI Pusat.

Setiausaha PASTI Pusat yang pertama ialah Ishak Ismail manakala bendaharinya ialah Noh Ahmad. Semua pengarah-Pengarah PASTI negeri telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa PASTI peringkat Pusat. – HARAKAHDAILY 26/12/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)

Sumber HD - 26-12-2015

28 Tahun Perjuangan Hamas

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.



Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan Kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia. Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendokong-pendokong Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah. Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:



1)Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2)HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3)Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden Negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4)Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5)HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6)Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanahair mereka.

7)HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.



HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian Damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk Israel terkorban.

Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADHAH. (Ibnu Ismail: 2004).

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang meransang fenomena ini. Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan Negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.



Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin. Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.

HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim zionis serta mendapat dokongan kuat ummah.

Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 28 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948.

(Penulis merupakan AJK PAS Pusat dan juga AJK Lujnah Politik Pusat

Sumber BO - 14-12-2015

Almarhum Ustaz Ibrahim Libya Ikon Menentang ISA

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 adalah kemuncak manifestasi penentangan ahli PAS terhadap ISA. Tokoh penggerak utama penggerak peristiwa ini ialah Ustaz Ibrahim Mahmood atau dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau merupakan bekas pendakwah di Pusat Islam yang bersara dari jawatannya untuk berkhidmat dan memberikan kefahaman Islam kepada penduduk kampungnya (Memali) yang rata-ratanya agak rendah kefahaman dan pengalaman Islam.
Beliau mendapat pendidikan tinggi di Deoband, India, Universiti al-Azhar dan Kolej Dakwah Libya.
 Beliau merupakan calon PAS DUN Bayu, Kedah tahun 1978 dan 1982, bekas Naib Ketua PAS Kedah dan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Baling.Beliau juga pernah memimpin ABIM di Kedah,antaranya sebagai Pengerusi ABIM bagi daerah Baling.

Pada 2 September 1984, pihak keselamatan telah berusaha untuk menangkapnya di bawah ISA seperti yang dihadapi oleh pimpinan pemuda PAS yang lain seperti Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad dan lain- lain lagi

tetapi gagal kerana usaha tersebut telah dihalang oleh penyokong-penyokongnya. Selepas dari itu, pihak polis memberitahu bahawa Ustaz Ibrahim dikawal ketat oleh penyokongnya dan beberapa usaha pihak polis untuk menangkapnya telah gagal. Usaha kemuncak untuk menangkap beliau di bawah ISA dilakukan pada 19 November 1985.



Menurut Kertas Tahanan 21 Memali, “gerakan tersebut ialah untuk menangkap Ibrahim bin Mahmood dan dua orang lain di bawah AKDN, tiga orang telah dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka serta 32 orang pengikut disyaki terlibat dalam pergerakan jenayah yang terselindung di rumah Ibrahim Mahmood…” Menurut sumber Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, seramai 576 orang anggota polis telah digunakan dalam operasi tersebut. Manakala dari sumber penduduk kampung seramai 3600 orang anggota polis terlibat.

Operasi penangkapan ini berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati dan perasaan serta menarik perhatian antarabangsa. Ianya telah mengorbankan Ustaz Ibrahim bersama 13 lagi pengikutnya dan 4 anggota polis. Media massa ‘menghighlightkan’ seolah-olah berlaku pertempuran yang dasyat di antara pihak keselamatan dan pejuang Islam di negara ini. Ada laporan akhbar menyifatkan tragedi ini adalah satu peristiwa yang hampir sama dengan yang berlaku di Talang Sari dan tragedi Tanjung Periuk di Indonesia.

Suasana agak tegang selepas tragedi itu. Seluruh media massa terarah untuk mengkambing-hitamkan PAS dan pimpinannya yang menyebabkan berlakunya peristiwa Memali terutama ‘amanat Haji Abdul Hadi Awang’ yang dikatakan mendominasi pemikiran pengikut PAS. Peribadi Ibrahim telah digambarkan sebagai penjenayah negara dan telah dituduh membawa ajaran sesat. BN dan media massa ternakan mereka terus menyalahkan PAS tanpa diberi ruang untuk membela diri.

Di antara mereka yang terkorban dalam tragedi ini ialah Ibrahim Mahmood, Ahmad bin Hassan, Syafie Dahaman, Abdullah Saman, Radzki@Zakaria Ahmad, Hambali Mohammad Senang, Idris A. Kadir, Mohd Aroff Hasyim, Zamri Mohd Isa, Abdullah Yassin, Mohd Daud Kadir dan Ahmad Ismail.

Manakala anggota polis yang terbunuh ialah Insp. Azmi Hamzah, Sarjan Abd. Rahman Mat Noor, Konstabel Jaafar Sain dan Konstabel Mohd Suli Uthman.

Pihak polis telah menahan seramai 110 orang pengikut Memali (penyokong Ustaz Ibrahim) dalam penjara dan menahan 36 orang di bawah ISA serta ditempatkan di Kem Kemunting, Taiping mulai 22 Januari 1986. Di antara mereka yang ditahan ialah:

1. Razali Abd Kadir
2. Abd. Rahman Salleh
3. Hussain Yahya
4. Osman Salleh
5. Ishak Che Noh
6. Che Mid Che Teh
7. Shaari Ahmad
8. Elias Mahmood
9. Khatib Ibrahim
10. Tajuddin Osman
11. Ahmad Kadir
12. Abd. Hamid Omar
13. Zulkifli Ishak
14. Sobiri Hassan
15. Ramli Salleh
16. Zakaria Jusoh
17. Manas Abdullah
18. Sahimi Hussain
19. Zaman Mahmod
20. Abd. Rahim Awang Boh
21. Ishak Che Him
22. Azmi Jusuh
23. Abd Raof Ismail
24. Abd Rahim Husin
25. Abas Ibrahim
26. Md. Piah Abdullah
27. Ramli Che Mid
28. Abdullah Che Soh
29. Ahmad Ayub
30. Mat Hassan Salim
31. Zakaria Abd. Rahman
32. Jaafar Nayan
33. Mansur Othman
34. Azmi Salim
35. Md Piah Yunus
36. Mahmood Yusuf Husain

Dalam siasatan awal, pihak polis meletakkan mangsa Memali di beberapa buah balai polis yang berasingan manakala di Kemunting, saudara Yusuf Husin(orang kanan Ustaz Ibrahim) diletakkan berasingan dengan 35 tahanan yang lain.

Tekanan dan kritikan telah diberikan kepada pihak kerajaan dalam menangani operasi Memali ini dan penahanan mereka di bawah ISA. Beberapa pemimpin tertinggi PAS berpendapat bahawa, pihak polis sepatutnya mengepung kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan bukannya menyerang dan ada individu yang mendakwa kematian di pihak polis adalah akibat terkena peluru M16, iaitu senjata pihak polis sendiri.

Tekanan yang agak kuat daripada PAS dan rakyat yang prihatin telah memaksa Menteri Dalam Negeri membebaskan tahanan ISA ini. Seramai 36 orang dibebaskan pada hari selasa 3 Jun 1986 iaitu genap empat bulan mereka ‘direhatkan’ di kem Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.

Memali adalah mercutanda kezaliman regim BN terhadap pejuang Islam negara ini. Tirai kezaliman regim tirani yang akan terus diingati oleh pencinta Islam negara ini. Ianya arca berdiri, perjuangan seorang ulama yang ikhlas dalam perjuangan menentang kezaliman dan kebobrokan BN. Harganya ialah dibunuh tanpa sebab yang hak, namun ianya mencelikkan mata jutaan yang lain, “daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah”. Moga Memali terus dipasak kukuh dalam ingatan kolektif kita semua.

Sumber BO - 25-11-2015

Jamiat-e-Islami Bangladesh Diterjang Badai Ujian


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor



Perjuangan umat Islam di rantau sub-continent atau benua kecil India merupakan jalur sejarah yang panjang di mana umat Islam ke rantau ini pernah memiliki kerajaan Islam seperti empayar Moghul dan kesulitan Delhi. Wilayah ini juga turut memancarkan cahaya kebenaran Islam ke rantau lain melalui usaha perdagangan sehingga rantau Asia Tenggara turut menerima angin sejahtera Islam.

British di rantau berjaya meruntuhkan kerajaan Islam yang menguasai benua kecil India dan telah berlaku perlawanan yang hebat umat Islam terhadap penjajahan British di rantau tersebut. India utara sejak zaman-berzaman juga terkenal dengan dengan reputasinya sebagai pusat pengajian hadith. Antara gerakan Islam yang paling berpengaruh di rantau ini ialah Jamiat Islam.



Jami’at Islami telah ditubuhkan di Labor pada 26 ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran dan sunnah. Maududi telah mengundang seramai 150 orang pencinta Islam untuk bermesyuarat di kediamannya yang terletak berhampiran dengan masjid Mubarak, Islamia Park. Kelompok awal ini terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan moden yang terdiri di kalangan pemikir Muslim dan mewakili pelbagai latar belakang profesion. Majoriti kelompok ini ialah anak muda yang terdiri daripada kalangan yang berumur 20 hingga 40 tahun, serta mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.



Jamiat Islami Bangladesh telah ditubuhkan selepas munculnya negara Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971, berakar daripada pengasasnya di Pakistan pada tahun 1941.

Gerakan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada umat Islam Bangladesh yang juga kuat beragama, kesan daripada bersemaraknya pusat pengajian Islam di kawasan bandar dan juga sub bandar dalam dekad 80-an. Negara ini juga sering terjadi wabak penyakit. Juga terletaknya daerah Tinggi yang merupakan tapak ijtimak jamaah Tabligh terbesar dunia.



Semasa awal mewujudkan Bangladesh, Jamiah Islami diharamkan di sana. Pemimpin Jamiat iaitu Ghulam Azam berhijrah ke UK dan Timur Tengah kerana kerakyatannya di batalkan oleh kerajaan Bangladesh yang dipimpin oleh Mujibur Rahman.

Perbalahan politik berlaku di Bangladesh apabila Ghulam Azam dibenarkan kembali ke Bangladesh tetapi dia tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti politik. Jamiat Islami mula menjadi parti politik di Bangladesh pada tahun 1982 dan mereka memenangi 10 kerusi parlimen dalam Pilihanraya tahun 1986.



Perjalanan Jamiat Islami dalam politik Bangladesh sangat berliku, mereka diasak dengan kebencian awam melalui media perdana dan juga mahkamah, terutama dalam isu perang saudara 1971. Jamiat Islami Bangladesh telah dituduh bersubahat dengan pihak tentera Pakistan dan juga menubuhkan gerakan militia seperti ‘al-badar’. Pada 1 ogos 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah mengharamkan pertubuhan politik Islam terbesar Bangladesh ini dan juga menjatuhkan hukuman kepada pemimpin Jamiat.

abdul kader jamaat

Antara yang telah dijatuhkan hukuman sampai mati ialah Abdul Kader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat Islami. Lebih 40,000 anggota Jamiat Islami telah dipenjarakan di seluruh penjara Bangladesh. Tekanan ini juga telah membawa kepada bantahan awam terutama oleh penyokong muda mereka yang melihat tindakan mahkamah ini lebih bermotifkan politik untuk meredam kebangkitan Jamiat Islami.

ali ahsan jamaat

Regim semakin menggila dengan semangat rakyat menolak kezaliman dan api dendam mereka terhadap Jamiat Islami Bangladesh. Regim juga telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Ustaz Kamaruzaman yang merupakan anggota Dewan Harian Jamiat. Terkini, dunia Islam juga tersentak dengan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada Setiausaha Agong Jamiat Islami, Sheikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid. Jamiat Islami Bangladesh juga sering memberikan komitmen dalam program yang dianjurkan oleh PAS seperti Ijtimak Alami, Muktamar Tahunan dan sebagainya. Tribulasi dan mehnah yang mereka alami akan terus membajai perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam di tanah Moghul itu.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber BO - 24-11-2015

Musim sejuk di khemah pelarian Syria



























































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

KRISIS kemanusiaan pasca Arab Spring semakin memburuk di khemah pelarian Syria di sebelah Jordan terutama dengan kedatangan musim sejuk yang menggigit tulang temulang. Jutaan pengungsi warga syria yang lari daripada konflik berdarah Syria semenjak empat tahun lalu berhadapan dengan situasi yang paling getir apabila musim sejuk menyerkap mereka dengan kekurangan makanan, pakaian, selimut, alat pemanas dan ubatan.

Kemuncak musim sejuk dengan suhu mencecah minus belasan sangat mendera para pengungsi yang tidak pasti bilakah kubangan darah di tanah air mereka akan berhujung. Kemuncak musim sejuk dengan salju putih memenuhi kawasan pengungsian seolah berada di kutub Utara, timbunan salju sehingga beberapa kaki ini juga mengheret duka pelarian. Data kematian akan meningkat setiap hari terutama kanak-kanak, bayi dan warga emas, malah kelaparan luar biasa yang dialami sehingga ada yang terpaksa memakan tikus dan kucing!

Kerajaan Jordan tidak mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk para pelarian kerana jumlah pelarian yang meningkat jutaan orang malah merasakan pengungsian sebagai liabiliti kepada negara kerana meningkatkan kos negara daripada sudut keselamatan dan lain-lain lagi.

Pelarian Syria yang berada di sempadan Turki agak bernasib baik kerana keprihatinan kerajaan Pimpinan Erdogan yang menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelarian. NGO antarabangsa seperti IHH juga menfokuskan dengan baik untuk bantuan pelarian Syria seperti mewujudkan sekolah-sekolah untuk anak pelarian. Regim Bashar pernah melepaskan air empangan ke Antakia kerana berang dengan sikap kerajaan Turki yang dilihat seolah campurtangan dalam soal pengungsi dari Syria.

Penulis berpeluang beberapa kali mengikuti misi bantuan Muslim Care ke sempadan Turki dan juga Jordan yang merupakan jiran Syria. Kali ini rombongan Muslim Care membawa bantuan musim sejuk seperti selimut tebal, pakaian sejuk, makanan dan sebagainya.

Rombongan kali ini diketuai oleh Johari Ismail dan turut disertai oleh relawan daripada pelajar USIM, kakitangan Islam Maybank, Badan Kebajikan Islam Petronas dan selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Aziz M.Osman, Ustaz Syed Abd kader, Fazli UNIC.

Dibantu oleh teman-teman relawan Muslim Care di Jordan, antara program-program yang dilaksanakan ialah seperti membeli-belah pakaian keperluan bersama anak-anak yatim pelarian, majlis serahan bantuan musim sejuk kepada 500 keluarga, program motivasi pelajar, menyantuni pelarian di khemah pelarian Dasina yang tidak mendapat bantuan daripada pihak luar.

Berada di khemah pelarian sangat menginsafkan, dengan suhu belasan darjah celcius dan dijangka suhu diparas minus apabila kemuncak musim sejuk. Khemah pelarian tanpa kemudahan yang lengkap, bahkan mereka bekerja di kebun tanaman rakyat tempatan Jordan semata-mata  untuk mendapatkan bekalan eletrik dan juga air.

Rombongan Muslim Care berjaya memberikan senyuman untuk anak-anak pelarian apabila agihan makanan ringan serta menyantuni mereka dengan bernasyid. Jelas tergambar riak gembira pada guratan wajah pelarian apabila menerima barang keperluan musim sejuk. Setiap tahun apabila musim sejuk menjelang, maka berita kematian seolah menjadi perkara rutin, terutama anak-anak kecil pelarian.

Muslim Care yang kini mempunyai lima buah sekolah pelarian Syria akan terus memberikan komitmen berterusan untuk membantu saudara akidah terutama di musim sejuk yang sangat menggigit tulang. Bantuan rakyat Malaysia sangat besar maknanya kepada mereka, luka dan sakit mereka adalah nestapa kita yang pasti dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil. Jom, kita membantu!  - HARAKAHDAILY 15/11/2015

Sumber HD - 15-11-2015

PAS dan pengaruh pondok

PAS DAN PENGARUH PONDOK

Kehadiran ribuan ulama serta para asatizah ke Ijtimak Pondok yang berlangsung pada 16 Oktober di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan membuktikan bahawa PAS masih merupakan wadah perjuangan yang tak mampu dipisahkan daripada institusi agama tradisional berpengaruh negara ini.

Kawasan yang subur dengan tradisi pondok ini pula terbukti menjadi kawasan yang kuat menerima pengaruh PAS. Secara tidak langsung negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi pertapakan kepada PAS dalam meluaskan sokongan massa.

Pimpinan PAS terus memanfaatkan ruang untuk mendekati guru-guru pondok kerana kedudukan guru pondok yang dihormati dalam hirarki masyarakat Melayu. Menguasai guru pondok bermakna PAS akan terus relevan kepada masyarakat, ini adalah kerana justifikasi sosial seseorang guru agama dengan kebenaran. Di Kelantan pada zaman awal penubuhan PAS usaha-usaha terus dibuat untuk mendapatkan dokongan guru-guru pondok.

Dalam jajahan Bachok pula ialah Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Awang Padang, Tuan Guru Haji Muhammad Zain bin Osman dan beberapa orang lagi tokoh ilmuan Islam. Manakala di sebelah Tumpat, Tuan Guru Haji Sulaiman bin Haji Omar, Tuan Guru Haji Yaakob Kelong, Tuan Guru Haji Daud Geting dan lain-lain lagi. Manakala di Jajahan Machang ialah Tuan Guru Haji Razali Ismail di Pulai Chondong dan Tuan Guru Wan Yusuf bin Che Tengah. Di Kuala Krai ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Di Tanah Merah ialah Tuan Guru Haji Nik Daud Bukit Remah. Di Pasir Puteh, Tuan Guru Haji Muhammad di Selising, Tuan Guru Haji Abdul Muttalib Bukit Abal, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal dan lain-lain lagi.

Kejayaan PAS adalah kerana cita-cita politik Islamnya diterima oleh rakyat Kelantan dan Terengganu kerana rakyat kedua-dua negeri ini memandang tinggi tok guru dan guru-guru agama yang menjadi calon-calon parti itu. Pengaruh tok-tok guru ini cukup kuat pada masa itu, iaitu apabila guru-guru pondok ini memberi sokongan kepada PAS, juga rakyat juga mudah terpengaruh dan mencontohinya seperti yang berlaku kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir di Pondok Bunut Payong, Kelantan. Begitu juga dengan kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad Hussien pada tahun 1955.

Pondok telah menjadi sebahagian institusi yang penting dalam Pendidikan Islam di alam Melayu ini termasuk di Indonesia, Thailand, Malaysia. Pondok dan PAS telah begitu sinonim dan dikenal pasti semenjak dekad 1950-an lagi, guru-guru dan pelajar pondok telah mendokong PAS. Pandangan bahawa pondok dan tuan guru pondok telah memberikan lonjakan besar terhadap pengaruh PAS turut dipersetujui oleh tokoh veteran PAS Kelantan, Salahuddin Abdullah (2010):

"Boleh dikatakan majoriti tokoh-tokoh agama di Kelantan menyokong penuh perjuangan PAS. Mereka terdiri daripada para tuan-tuan guru yang memimpin pondok-pondok pengajian agama di seluruh negeri Kelantan dan menggunakan pengaruh mereka untuk kepentingan PAS. Antara mereka ialah Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban, Pasir Mas. Tokoh ini telah memberi sokongan padu kepada PAS dan menyebarkan konsep perjuangan PAS kepada rakan-rakan sejawatnya, tuan-tuan guru yang lain di Pasir Mas. Di Kota Bharu, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payong begitu amat menonjol menyokong PAS meskipun sudah agak berusia. Beliau sering diwakili oleh menantunya, Tuan Guru Haji Husin Rahimi. Di Kubang Kerian, Tuan Guru Haji Ahmad Kenali, Tuan Guru Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar di Pondok Terusan Limbat, Tuan Guru Haji Hasan Ketereh, Tuan Guru Haji Ismail Perol, Tuan Guru Haji Yusuf Padang Kala dan semua tok-tok guru institusi pondok di Kota Bharu ini menjadi penyokong PAS."

Pendidikan Islam termasuk pendidikan pondok mula mendapat nafas baru apabila berlakunya kebangkitan Islam yang bersifat fenomena di seluruh dunia. Serentak dengan kesedaran untuk mengembalikan kesedaran dan kemuliaan Islam, seruan supaya Pendidikan Islam dimartabatkan kembali berlaku serentak dengan permintaan tinggi peserta-peserta kebangkitan Islam untuk mendapatkan ilmu-ilmu Islam. Sekolah-sekolah pondok di negara ini mula bertenaga kembali, bahkan mula menawarkan kemahiran teknikal yang lain seperti asas perniagaan.

Di Kelantan, dengan kemenangan PAS pada tahun 1990, menyaksikan sekolah-sekolah pondok yang sedia ada mengalami penyuburan dan ransangan daripada kerajaan negeri. Antaranya dengan penubuhan Pusat Pembangunan Pondok, bantuan 'one-off', penubuhan pondok moden di Kandis, Bachok. Kelantan selepas tahun 1990 menyaksikan juga penubuhan pondok-pondok baru di seluruh negeri itu. Di samping itu, kerajaan negeri Kelantan juga menyediakan sumbangan kepada pusat-pusat pengajian pondok. Ini dilakukan sebagai mengenangkan jasa yang telah disumbangkan oleh pusat pengajian tersebut dalam mengembangkan agama Islam. Ia juga berperanan memastikan Islam itu sentiasa terpelihara sebagai warisan dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Terengganu juga menyaksikan sekolah-sekolah pondok sebagai tempat PAS berkembang. Antaranya Pondok Alur Keladi, Pondok Tok Jiring, Pondok Kuala Ibai, Pondok Losong dan beberapa buah sekolah pondok yang lain. Kerajaan PAS di Terengganu juga sepanjang pemerintahan singkatnya (1999-2004) telah mengambil usaha untuk membantu pondok-pondok tradisional yang sedia ada di negeri itu. Kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada pelajar pondok seperti bantuan zakat melalui MAIDAM. Beberapa pondok, seperti Pondok Kuala Ibai telah dibantu melalui bantuan "one off" serta bantuan zakat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan.)

Sumber PP - 22-10-2015

Selamat Ulangtahun Hari Kelahiran Murabbi Ummah

IMG_20151020_003936
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Pagi 17 Oktober yang lalu, segelintir kecil kami AJK PAS Pusat mengelilingi Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang kelihatan penat kerana pulang dari pemusafiran yang jauh. Dia bercerita gembira tentang pertemuannya dengan sesepuh perjuangan Islam yang datang daripada latarbelakang gerakan Islam di Istanbul Turki. Kami pula ghairah menghujaninya dengan pelbagai pertanyaan tentang pelbagai isu antarabangsa umat dan dia menjawabnya dengan tenang namun dalam euforia santai.

Sebagai Naib Kesatuan Ulama Sedunia, jadual beliau begitu padat menyambangi seluruh belahan dunia Islam. Bermesyuarat, mengisi program, menyantuni peta luka umat Islam serta menjadi tetamu pelbagai gerakan Islam. Sebahagian besar umurnya tercurah di medan dakwah dan perjuangan, walaupun umur semakin meningkat melepasi enam dekad.

Tuan Guru Haji Hadi dilahirkan pada 20 oktober 1947 di Kampung Rusila, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran Bandar Marang, Terengganu. Rusila semenjak awal abad 20 adalah pusat pengajian Islam di mana masyarakat Marang datang untuk belajar agama. Keluarga diRaja Terengganu juga datang bersolat di Masjid Rusila sehinggalah tahun 1957.

Ayahnya Tuan Guru Haji Awang merupakan seorang ulama tempatan dan juga pedagang yang hidup sezaman dengan Abdul Rahman Limbong dan pernah belayar ke Indonesia. Pelayaran ke Indonesia itulah akhirnya Datuk Tuan Guru, iaitu Haji Abdul Rahman terkesan dengan gerakan Sarekat Islam Indonesia yang gigih menentang penjajah Belanda. Kesannya ialah di Terengganu yang akhirnya menggerakkan penentangan terhadap penjajah Inggeris.

Tuan Guru Haji Hadi merupakan anak kelima daripada sembilan orang adik beradik dan dibesarkan dalam asuhan agama yang kuat daripada ayahnya sendiri. Sebelum mengenali alam persekolahan, bapanya terlebih dahulu memperkenalkannya tentang ilmu. Tuan Guru Haji Hadi memasuki alam persekolahan pada tahun 1955 di Sekolah Kebangsaan Rusila dan mendapat pendidikan Menengah di Sekolah Agama Marang. Beliau seterusnya belajar di Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUZA), sebuah sekolah agama tersohor di negeri Terengganu. Semasa di alam persekolahan, beliau juga telah menunjukkan kecenderungan terhadap politik Islam. Antara isu yang sedang menyelimuti Malaya ialah isu Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.

Bakat dan kecemerlangan akademiknya telah dikesan semenjak beliau di bangku persekolahan lagi di mana beliau ditawarkan dengan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Madinah. Universiti Madinah antara universiti Islam terbaik dunia dan syarat kemasukannya sangat ketat. Antara yang pernah bersama Tuan Guru di Madinah ialah Dato Husien Awang, Ustaz Dato Harun Taib. Kerajaan Saudi pada masa itu belum bermusuh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagaimana hari ini. Ramai sarjana serta tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin diberikan tempat untuk mengajar di bumi Ar-Rasul SAW.

Beliau mencicip ilmu di kampus dan juga para Masyaikh di Masjid Nabawi termasuk menganggotai usrah Ikhwanul Muslimin. Naqib beliau ialah Sheikh Said Hawwa, tokoh besar Ikhwanul Muslimin dari Syria. Kepetahannya berbahasa Arab semasa menerang geopolitik Malaysia telah menarik tokoh Ikhwan menerima beliau sebahagian daripada mereka.

Beliau telah melanjutkan pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana (MA) dalam bidang siyasah dan syariah di Universiti al- Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 1976. Beliau mengambil kesempatan belajar di luar negara dengan belajar berkitab dengan sheikh-sheikh terkenal di Madinah dan Mesir sehingga disegani oleh pelajar-pelajar Malaysia di negara tersebut.

Latar belakang Mesir sebagai pusat Ilmu dan juga latar belakang konflik regim dengan Ikhwanul Muslimin juga turut memberikan pengalaman berharga kepada beliau, juga bumi Madinah sebagai pertapakan negara Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW telah menjiwai Abdul Hadi dengan citra perjuangan ‘membentuk pemerintahan Islam sebagai aqidah dan kaedah bernegara’.

Sekembalinya pada tahun 1976 daripada pemukiman ilmu, beliau telah dilantik sebagai Ketua pemuda PAS Terengganu. Dan beliau dilantik sebagai Ketua ABIM Terengganu. Namun kelincahan beliau telah menenggelamkan fungsi beliau sebagai pengerusi ABIM Terengganu. Beliau pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS yang paling aktif menggerakkan program kaderisasi kepada pelajar dalam dan luar negara. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Pengaruh beliau semakin membesar pada awal dekad 80an, mengatasi Dato Asri selaku Yang DiPertua PAS, gaya pidatonya telah memukau dan menyihir hadirin dengan kupasan isu yang diselaraskan dengan Ilmu Islam. Tuan Guru Haji Hadi pernah menjadi tenaga pengajar di Institut Berakan Terengganu, yang merupakan pusat pendidikan swasta yang sangat popular di Pantai Timur bahkan menjadi tempat melahirkan kader dakwah serta markas pemuda dan belia di Terengganu. Dan kemudiannya beliau sendiri telah mengasaskan Maahad Darul Quran dengan pemimpin PAS yang lain pada tahun 1985.

PAS melalui ulama muda seperti Tuan Guru Haji Hadi, telah menyusun skema pentarbiahannya kepada ahli-ahli parti. Tuan Guru Haji Hadi bukan sahaja terlibat dengan aktif di pentas Politik dalam negara, bahkan juga di pentas antarabangsa. Beliau telah dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia Islam pada tahun 2014 di mana Dr Yusuf al Qardawi menjadi ketuanya. Perlantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada umat Islam di sebelah Asia Tenggara di mana pelbagai isu besar ummat sedang berlangsung.

Tuan Guru Haji Hadi adalah sebutir mutiara yang dilahirkan dari uri gerakan Islam tersohor dunia dan telah menjadi kader dakwah yang pintar, menyesuaikan iklim pentarbiyahan Timur Tengah yang diperoleh beliau dengan iklim dan budaya masyarakat negara ini. Bermula dengan imej ulama muda dengan menggegarkan podium ceramah, memecahkan PAS daripada perjuangan Islam-Melayu kepada PAS yang berdiri megah untuk semua kaum di negara ini. Kini perjuangan PAS dengan kepimpinan ulamak telah melepasi 33 tahun dengan segundang pengalaman yang pelbagai.

Dalam usia yang telah mencapai 68 tahun, beliau terus berkhidmat menjadi khadam Islam yang terus bergerak memberikan pencerahan kepada ummah tanpa lelah. Semasa berlangsung himpunan FASTAQIM baru-baru ini, beliau kelihatan sebak melihat kearah khalayak, mendoakan supaya harakatul ummah ini terus membimbing ummah. Selamat ulangtahun kelahiran Tuan Guru, semoga terus sihat membimbing kami dan menjadi lantera kepada perjuangan ini.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan Pusat)

Sumber BO - 20-10-2015

Bawa Pulang Semangat Fastaqim Untuk Memperdayakan Gerakan Islam

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Tanah Serendah sekebun bunga, Kelantan menjadi saksimata bagaimana lebih seratus ribu para pendokong PAS berhimpun, memugar kembali semangat serta menggebu aspirasi untuk terus beristiqomah. Mereka datang tanpa diupah, berjejer keringat menempuh pemusafiran yang jauh, namun relung dada mereka menyala api semangat dalam kuntuman ukhuwwah yang mekar bersemi.

Himpunan FASTAQIM menterjemahkan rasa cinta yang mendalam pendokong PAS terhadap jamaah yang mereka cintai walaupun musuh dan pengkhianat sentiasa cuba merobek maruah dan reputasi PAS. Himpunan yang merapatkan pendokong PAS yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosio politik, lantaran gegaran pasca muktamar yang berjaya menelanjangi wajah sebenar sekelompok bekas pimpinan PAS.



PAS dalam beberapa bulan ini telah menghadapi lonjakan pertambahan ahli baru di seluruh belahan negara, paralel dengan gelombang sambutan hebat program-program yang dibuat diperingkat cawangan, kawasan, negeri dan juga pusat. Tabiat tersembunyi pendokong PAS dalam tempoh enam dekad ini ialah apabila PAS diasak dan ditekan maka semangat mereka melantun ke udara. Energi mereka seperti dirasuk untuk terus bekerja bagi mengumpulkan kembali sokongan massa dan membentengi jamaah daripada segenap penjuru.

PAS yang merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British telah merencahkan dengan baik lapangan operasional sektor siasah, dakwah dan tarbiah dalam tempoh enam dekad. Sejarahnya sarat dengan hujaman musuh dan persaingan dengan gerakan dhirar yang cuba memecahkan kesatuan umat Islam.

Lambang PAS pernah diharamkan, ahli-ahli PAS ratusan jumlahnya yang pernah mendekam di khemah ISA, ribuan ahlinya menghadapi penindasan berterusan, puluhan yang mati dibunuh regim tirani. Sejarah ini tidak dihadami oleh anak muda kail panjang sejengkal yang malas membaca, merasakan PAS ini terlalu lemah untuk menguruskan perubahan dan momentum politik negara ini.

Mereka silap, termasuk penganalisa politik separuh masak yang juga pencatur gerakan dhirar yang menyatakan PAS akan lenyap dalam 20 tahun akan datang. Sangat naif dan memalukan artikulasi yang sangat lemah, sedangkan himpunan FASTAQIM menunjukkan kehadiran 70 peratus anak-anak muda yang energetik. Merekalah yang akan mewarisi perjuangan Islam yang menjadi nuansa perjuangan PAS, tanpa kompromi.



Semangat yang dikutip dan lantunan laungan takbir di Kota Bharu wajib diteruskan ke seluruh belahan negara. Pulang dari Himpunan FASTAQIM, maka antara agenda yang wajib digerakkan oleh pendokong PAS ialah memperkasakan program tarbiah dan tajnid. Hidupkan usrah, rehlah, tamrin diperingkat cawangan untuk memperkasakan fikrah ahli dan mempertautkan ukhuwwah. kawasan pula menggerakkan kempen penambahan ahli baru dan menggiatkan ijtimak di peringkat kawasan. Mengatur pelbagai program yang boleh memecahkan tembok kaca diantara PAS dan masyarakat Muslim dan bukan Islam. Gerakkan kempen membeli Harakah yang menjadi lidah rasmi parti dan sebarkan Harakah dilapangan masyarakat.

Pendokong PAS wajib memanfaatkan ruang siber untuk menyebarkan pengaruh PAS kerana medium ini mempunyai jumlah pemain yang besar. Dianggarkan Malaysia mempunyai 15 juta pemilik akaun FB, juga aplikasi media sosial yang lain. Pengaruh media sosial cukup besar merembes pengaruh terutama kelompok kelas menengah berpendidikan dan menjangkaui kawasan luar bandar yang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO BN. Ayuh kita genggam erat tangan untuk menggapai kejayaan, tiada jalan mudah melainkan segunung tad’hiah yang berterusan…maka istiqomah teman-teman semua!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Panitia FASTAQIM 2015)

Sumber BO - 18-10-2015




































Membangun Islam Kemboja dalam dua dekad terakhir

DR RIDUAN MOHD NOR | .


SUNGAI Mekong mengalir lesu dengan sejuta rahsia yang digengam erat, dasarnya adalah kelodak jiwa manusia yang bersengketa. Sungai ini memuarai Bandar Pnomp Penh yang sentiasa sibuk dengan manusia, bertali arus dengan motorsikal buruk yang menampung manusia berjejeran di jalanan, sesak dengan debu-debu jalan yang menyakitkan mata, juga memeritkan halkum.

Kota ini menjadi saksi mata kekejaman rejim Pol Pot menyembelih umat Islam sehingga mencecah jutaan manusia, kegilaan regim komunis ini telah membekaskan perit yang tajam serta api dendam yang sentiasa dibumbui sepanjang hayat kepada mangsa.

Saya dengan mata yang meliar dan dengan hati yang jengkel merasai curiga yang bersarang pada hati, manusia di sini cukup prejudis kepada Muslim. Malik, teman saya, berpesan agar berpenampilan 'biasa-biasa', maksudnya bukan dengan pakaian 'muslim beragama' yang boleh menjebak kami dengan imej 'pengganas' juga bukan dengan gaya bergengsi seperti usahawan kelas kakap yang akan mengundang keberahian penjenayah yang berkemahiran tinggi di negara antara termiskin dunia ini. "Jaga-jaga beg duit dan barang Ustaz" pesan Malik setiap kali, anak muda ini mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi, beliau pernah belajar di Selatan Thai.

Negara ini kadar jenayahnya cukup tinggi seakan Amerika Latin, senjata api masih didagang dengan bebas maka rompakan bersenjata agak lumayan menjadi bahan berita. "Wah, ngeri juga, ala-ala bandar koboi ni..." saya cuba berlucu sendirian, teringat cerita koboi yang merompak bank dalam filem Hollywood.

Malik sentiasa bercerita tentang ketenangan Kemboja atau Kampuchea yang sentiasa dikocak dengan berita jenayah, samun senjata api, rogol, pembunuhan dan korupsi gotong-royong. Tidak pelik kerana papan iklan gergasi di kota kumuh itu sering bersaing dengan iklan jenama arak, diselang dengan iklan rokok yang pelbagai.

Menjadi pemimpin di sini memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pengikut dan pengawal bersenjata. Kota kumuh ini dilatari dengan perempuan jalanan yang menjual 'sekangkang peha' untuk menyuap mulut. Cuma mungkin tidak sehebat kota Bangkok yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan negara. Namun kecenderungannya sama, warga Barat sentiasa memenuhi kota ini dengan beg sandang, berkumpulan dan kelihatan agak comot berdebu.

Kali pertama saya sampai ke negara ini ialah pada tahun 2002, setelah menyimpan keinginan yang lama untuk melihat sendiri kesan pembantaian regim Pol Pat dalam dekad 70-an. Semasa zaman kecil saya di Terengganu, muslim Kemboja berjualan kain kampong ke kampong, termasuk menjual buaian daripada plastik. Mereka sangat rajin membanting tulang empat kerat sehinggalah akhirnya menjadi kaya di 'suvarnabhumi' atau bumi emas ini.

Dalam dekad80-an pula, saat Terengganu digemparkan dengan penemuan emas di Lubuk Mandi, Marang, sebahagian daripada mereka sama-sama melahap rezeki emas di Lubuk Mandi Terengganu, memerah keringat bersimbah air mata. Hasilnya, muncullah komuniti masyarakat Kemboja Muslim yang berjaya di Terengganu, Kelantan dan lain-lain tempat.

Saat orang tempatan leka berlabun di kedai kopi, mereka menyusur lorong ke lorong, rumah ke rumah di taman perumahan kelas menengah dan kos rendah menawarkan pakaian dan pelbagai barangan untuk dibeli. Anak-anak Muslim Kemboja ini tidak sedikit pula yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan meraih sekeping kertas harga diri, contohnya Ustazah Aminah (Ketua Muslimat Hulu Selangor). "No pain no gain", "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya", kata guru saya, bersurah tentang kerajinan.

Ketika tayar pesawat tambang murah mendarat di lapangan terbang antarabangsa Pnomp Penh, hati saya terasa terusik kerana Allah telah memakbulkan doa untuk memijak kembali bumi bersejarah ini yang hampir sembilan tahun saya tak sambangi. Negara ini pernah berperang dengan Siam dalam tempoh yang lama. Malik memeluk saya di pintu keluar lapangan terbang, wajahnya secerah mentari pagi, tanpa ketayap dan jubah lusuh yang lazim dipakai jika berada di Malaysia.

"Ni musim panas ustaz, cuaca berdebu..sebelum ni banjir" cerita Malik tanpa disuruh apabila saya menutup hidung cuba menahan debu-debu jalan yang menerpa wajah di luar bandar baru Pnonh Penh.

Kenderaan sewaan kami berdesut di jalanan hon yang dibingitkan sesuka hati semakin merimaskan namun ia hiburan sang pemandu.

Pelbagai manfaat dapat ditebarkan kepada masyarakat muslim Kemboja dengan program korban perdana ini, di antaranya ialah:

1. Menyemarakkan gerakan dakwah di sana kerana Kemboja memerlukan kepada pemurnian semula kefahaman agama. Mereka dalam tempoh yang panjang hidup dalam dasar pemencilan agama yang dibuat oleh regim komunis. Daging korban selain daripada diagihkan terus pada golongan fakir miskin, juga digunakan untuk majlis merasmikan masjid atau untuk program dakwah.

2. Memberikan masyarakat Muslim Kemboja, sumber protein yang berkesan. Mereka terpuruk dalam lingkaran ganas kemiskinan yang berakar hampir seabad yang lalu. Pemencilan terhadap masyarakat Muslim minoriti kemboja

Daging korban dan lembu yang disembelih telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Golongan susah sangat teruja, kadang-kadang mereka datang beratus kilometer dengan van 'pick up' untuk mengambil daging korban, bahkan mereka datang sehari lebih awal sebelum majlis korban diadakan. Ustaz Fauzi Husain, yang ditugaskan menyembelih daging korban sebelum ini sentiasa bercerita tentang kesungguhan golongan susah ini mendapatkan daging korban.

Mereka melahap senikmatnya daging gulai yang dimasak kepada mereka, saya mempunyai kenangan kolektif yang cukup syahdu apabila melihat orang miskin Kemboja makan. Pinggan mereka tidak tersisa, mereka menghirup mangkuk kuah gulai dengan penuh nikmat, makan dengan penuh ceria.

Teringat juga dalam satu majlis pembahagian beras kepada fakir miskin, beberapa orang kanak-kanak mengutip beras yang tumpah, mereka tidak membiarkan beras tumpah kerana menghargai pemberian dan bersyukur dengan rezeki dari Allah. Berbeza dengan sikap kita di Malaysia yang sentiasa membazir makanan dan berlebihan makan.

Saya yakin sesungguh hati, Islam akan semakin terpancar di Kemboja melalui misi-misi bantuan ini, pelbagai pihak telah tampil menyampaikan bantuan sama ada jangka panjang atau jangka pendek.

Contohnya membina masjid, sekolah-sekolah agama, membantu para asatizah, melaksanakan korban dan akikah perdana, menebarkan al-Quran dan kitab-kitab agama, membina telaga dan pelbagai cara yang ditunjukkan untuk menterjemahkan rasa kebersamaan merentasi sempadan geografi. "Sempadan kita orang beriman ialah sempadan akidah" kata Sayyid Qutb.

Muslim Care selain mengadakan korban di Kemboja, telah menyempurnakan korban perdana di tujuh negara lain. Peta luka ummat ini seperti di Palestin, Syria, Sri Lanka, Vietnam, Indonesia, Poland untuk pelarian Chechen, juga di merata tempat tanah air kita. – HARAKAHDAILY 28/9/2015

Penulis adalah Pengarah Penerangan Muslim Care Malaysia

Sumber HD - 28-9-2015

Belangsukawa buat Hj Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif

Kita akan merindui sosok intelektual awam yang memberikan seumur hidupnya di jalan dakwah, seorang penulis yang tidak jemu menganalisa kekuatan gerakan Islam dalam persaingan politik tanahair. Beliau dilahirkan pada tahun 1950 dan telah meninggalkan pelbagai tulisan akademik yang disiarkan dalam pelbagai penerbitan

Penulis mapan ini yang pernah diasuh dengan euphoria ilmu di University Monash dan Oxford, menganalisa pergolakan politik semasa, membedah kekuatan gerakan Islam dalam persaingan demokrasi, mengartikulasi dasar-dasar kerajaan yang tidak mesra syariat, merespon isu-isu yang merencahi perjalanan politik kontemporari negara ini, juga melumasi perkembangan politik semasa yang sangat mencabar samada kepada BN dan juga Pakatan Rakyat. Tulisan beliau dengan idiom-idiom Sains Politik diluncur dengan kilasan bahasa yang sangat menarik, tidak pelik kerana Wan Abdul Rahman adalah sosok yang diasuh dalam bidang disiplin Sains Politik secara formal dan menggodam marabahaya di samudera politik secara langsung semenjak menjadi penjawat awam lagi.

Penulis akademik, pengkaji Sains Sosial dan Intelektual awam ini telah dilahirkan di Selising, Pasir Puteh Kelantan, Serambi Mekah yang berakar dengan tradisi pengajian pondok. Menyusur daripada keluarga yang sangat menitikberatkan soal agama dan diasuh rapi dengan pendidikan al-Quran daripada kedua ibu bapanya. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kamil dan juga di Sultan Ismail College, dua buah sekolah bergengsi di Kelantan yang juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh besar negara. Haji Wan Abdul Rahman telah melanjutkan pendidikan tinggi ke Universiti Monash Australia dan mendapat ijazah kelas Pertama Kepujian dan juga menyambung Ijazah Sarjana (MA) juga di Universiti Monash (juga meraih kelas pertama). Beliau berada di Universiti tersohor dunia, Universiti Oxford selama tiga tahun untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah.

Semasa menimba ilmu dalam euphoria kebangkitan Islam beliau juga seorang pimpinan pelajar yang aktif dalam tahun 70an di luar negara terutama dalam gerakan pelajar Islam yang mendapat simbahan semangat daripada fenomena kebangkitan Islam yang meledak di seluruh belahan dunia. Antara jawatan yang pernah disandang beliau dalam gerakan pelajar ialah Timbalan Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Islam seluruh Australia. Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Islam, Universiti Oxford England. Semasa menuntut di Universiti Oxford beliau diingati kerana berjaya menyatukan barisan pelajar Sunni dan Syiah di Universiti tersebut.

Wan Abdul Rahman yang juga berbakat besar dalam menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau di sekitar Lembah Kelang juga mantan pensyarah, Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kerjaya akademiknya dan juga menghasilkan buku-buku berkaitan kajian politik dan pilihanraya. Beliau semenjak pulang dari luar negara adalah aktivis tegar PAS di Selangor dan peringkat PAS Pusat.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah sebagai AJK Lujnah Penerangan PAS Pusat, Timbalan YDP PAS Hulu Langat, Ketua Urusan Ulamak PAS Hulu Langat, Ketua Urusan Ulamak PAS Serdang, Bakat dan potensi yang beliau miliki terus dimanfaatkan untuk kerja-kerja amal Islami seusai tamat perkhidmatan beliau daripada UKM Bangi. PAS Pusat telah melantik Haji Wan Abdul Rahman sebagai Pengarah, Center For Electoral Reforms Initiatives (CERI), Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, untuk membuat kajian dan penelitian terhadap perjalanan pilihanraya yang disertai oleh PAS.

Memandangkan latarbelakang akademik yang beliau miliki, Haji Wan Abdul Rahman telah dilantik sebagai AJK Penaja Penubuhan Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), sebuah Kolej Universiti milik PAS yang didirikan di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP).

Dr Wan Abdul Rahman walaupun tidak ditabal dengan gelaran kesarjanaan akibat pendirian politik beliau semasa berkhidmat di UKM,namun jasanya dalam bidang ilmu sangat besar. Saya mempunyai kenangan peribadi yang tersendiri dengan almarhum, apabila beliau menjadi penyelia MA saya pada tahun 2002. Meninggalkan seorang balu dan empat cahayamata, sosok tawadhuk ini sentiasa berpuasa sunat, mesra masjid seumur hidupnya, menyintai perjuangan Islam. Beliau semasa terbaring sakit di Hospital, masih lagi menulis untuk kolum akhbar Harakah.

Damailah Ustaz Wan Abdul Rahman, guru kami yang dedikasi, bapa yang penyayang, aktivis yang cekal, murabbi yang disayangi oleh kader-kader dakwah di kampus. Alfatihah!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber PP - 18-9-2015




































Tindakan biadap pijak gambar Ayah Chik

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


BIADAP itulah ungkapan dan bahasa yang harus serta wajib dituturkan kepada peserta Bersih 4.0 yang beraksi memijak gambar Presiden PAS pada aksi hari pertama himpunan yang dianjurkan sekretariat Bersih.

Bersih yang tujuannya asalnya mahu menggasak ketempangan demokrasi negara khasnya pengendalian pilihan raya akhirnya cemar dengan aksi kotor biadap peserta memijak gambar Tuan Guru Sheikh Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) kami.

Sheikh Abdul Hadi adalah pemimpin ummah. Beliau inspirasi ummah khasnya ahli PAS dan sosok tua yang sarat pengalaman politik serta menggerakkan harakahtul ummah ini akhirnya dihina dengan perbuatan biadap.

Tidak ada sedikitpun kecaman atau permohonan maaf oleh pihak terbabit hingga kini.

Apakah ini cerminan sebenar perjuangan demokrasi yang akhirnya digambari dengan aksi buruk kelakuan menjelikkan peserta.

Usah dicabar amarah kami ahli PAS yang sentiasa mendukung dan mengangkat pemimpin ummah ini sebagai pimpinan kami.

Kami memberi amaran agar pihak yang memijak gambar presiden kami segera memohon maaf secara terbuka.

Kami mendesak polis mengambil tindakan menyiasat segera aksi biadap ini sementara penganjur harus mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan tidak bermoral ini.

Kami berdiri bersama Ayah Chik (Presiden PAS) dan tidak sesekali bersetuju dan mengizinkan kelakuan buruk itu dibiar begitu sahaja.

Saya mewakili anak anak tarbiyah PAS, anak anak seni, anak anak muda yang sayangkan ulama mengecam keras aksi jahat itu. Minta maaf secara terbuka dengan segera.

Aksi yang turut dirakam video amatur itu jelas memperlihatkan seorang berketurunan bukan Melayu memijak foto Tuan Guru Presiden PAS.

Tindakan itu sengaja mengheret persepsi dan mencetus kemarahan PAS. Kami tidak pernah berbuat demikian kepada mana mana foto presiden atau pimpinan kaum lain.

Ini suatu sikap yang sengaja mencetus kemarahan dan memperlihatkan sikap tidak hormat mereka kepada pemimpin Islam yang memimpin PAS. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan PAS Pusat dan AJK Lajnah Politik PAS Pusat.

Sumber HD - 1-9-2015

Surat Terbuka Buat Abang Mat Sabu
Posted on Sunday, August 23 @ 12:32:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Oleh Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi ini saat bergegas di kaunter pesawat tambang murah bandara kuala Terengganu, saya berpapasan dengan ikon anak muda dekad 80an yang juga abang saya dalam perjuangan, iaitu haji Mohamad Sabu. Tak terkesan dengan gelombang yang menimpa parti Islam pasca muktamar, Abang Mat tetap dengan senyuman khasnya kepada saya, bercanda dan kami bersarapan bersama di cafe bandara. Abang Mat bersama Hanipa Maidin dan tim GHB semalamnya berceramah di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, manakala saya, Dato Tuan Ibrahim, Dato Nik Amar berceramah di Dataran PGU Jerteh Besut.

Abang Mat meneguk minuman dan menelan beberapa biji pil ubat,bercerita tentang umur dan tahap kesihatan. Beliau masih bebas daripada penyakit yang biasanya dihinggapi insan seangkatan dengannya. Generasi pejuang dekad 80an yang pernah mendekam dalam tahanan ISA seangkatan beliau telah ramai pulang kerahmatullah. Ustaz Abu Bakar Chik, Istaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Stimat Jusuh, Zainuddin Abdullah , Shuhaimi Said dan teman-teman angkatan pemuda dekad 80an telah pulang menemui Tuhan. Abang Mat masih sihat dan sentiasa dengan guratan wajah ceria.

"Enta...takdak penyakit lagi ke ?" Tanyanya jujur dengan tatapan mata berseri
"Belum lagi abang Mat...hihi" jawabku separuh jujur dan tak pasti. Bila disemak status kesihatan ,kelihatan masih sihat tetapi jika kurang tidur akan merasa pening.
"Enta makanlah...sebelum ada apa-apa penyakit mai " katanya berlucu.

Saya tidak sempat menghabiskan sepinggan nasi berlauk ayam dan kopi panas apabila pembesar suara bandara memanggil nama saya untuk menaiki pesawat dengan segera. Menyalami Abang Mat dan teman-teman yang lain saya berlari ke ruang perlepasan. Dalam pesawat, benak akal saya menerawang jauh , mengimbau kisah hidup seorang tokoh yang pernah mencuat namanya dalam pentas anak muda radikal negara ini dekad 80an dan 90an.

Abang Mat alumni ITM, memulakan langkah bersama gerakan pelajar, seterusnya bersama gerakan sosio politik anak muda, ABIM. Awal dekad 80an, beliau aktif berceramah dan vokal menentang regim Mahathir sehingga membayar harga yang mahal iaitu dihumban ke jeriji tahanan politik ISA. Antara rakannya Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Mohamad ditahan tanpa bicara. Beliau berceramah saat manusia ramai masih paranoid dengan PAS dengan tema kembali kepada pemerintahan Islam, menjulang kepimpinan ulama serta mendobrak regim tirani BN.

BN dan UMNO mengganasi aktivis -aktivis PAS tanpa sepicing rasa malu dalam dekad 80an. Berlakunya pembunuhan di Lubuk Merbau Kedah, peristiwa Memali, operasi lalang, operasi kenari dan pelbagai tekanan terhadap amilin PAS. Abang Mat tabah mengharungi euforia "negara polis" tajaan regim BN. Parti melihat potensi yang ada pada abang Mat dan beliau diberikan bertanding di Parlimen Nilam Puri Kelantan pada tahun 1990.

Beliau menang di Parlimen tersebut dan namanya tercatat di papan carta utama pemain politik negara ini. Suaranya dirindui rakyat di podium ceramah, bidasannya vokal di Parlimen, disenangi oleh anak-anak muda termasuk saya yang mencandui ceramahnya semenjak bangku sekolah menengah dan universiti. Abang Mat sentiasa mendengungkan kewajiban memenangkan Islam, memuliakan ulama dan terus istiqomahkan diri bersama PAS diposisi mana pun kita berada.

Saya berada dalam Dewan pemuda dalam tempoh dua dekad dan Abang Mat begitu dekat dengan anak muda, mudah berkira dan senang diurus. Tanpa jawatan diruang legislatif sekali pun, beliau masih aktif bertemu rakyat dan berceramah ke seluruh belahan negara. Watak dan sisi putih yang paling saya sukai daripada Abang Mat ialah beliau tahan bergurau dan tidak kisah dengan ugutan.

"hangpa maki la aku,,,rambut bercacak macam aku ni,,,tahan kena maki" dia menyeringai berlucu. Sikap itu menyebabkan beliau mempunyai ramai teman dan anak buah.

Saya mengimbau kembali fasa dua tahun terakhir ini, saya mengambil sisi kritis terhadap abang Mat. Berhujjah dalam banyak isu yang saya tidak senangi dalam mesyuarat seperti isu Jokowi, Langkah Kajang dan lain-lain lagi. Beliau tetap Mohamad Sabu yang saya kenali dengan rapat belasan tahun yang lalu. Beliau datang makan berselahan saya usai mesyuarat PAS Pusat sambil tetap ceria bergelak tawa. Jiwanya besar sesuai dengan segudang pengalamannya bersama PAS, bersepuh semangat khursani membadai perjuangan.

Dalam ruang terbatas ini , saya menyeru Abang Mat supaya kembali bersama PAS sebagaimana Abang Mat bergulat dalam tempoh panjang 37 tahun berjuang , semenjak zaman mudanya. PAS mempunyai berkahnya tersendiri, berdiri teguh 64 tahun menggeluti medan siasah, dakwah dan tarbiah. Harakatul ummah ini mempunyai ahli-ahli yang ikhlas, yang curang akan menggelunsur jauh.

Abang Mad mesti faham denai sejarah PAS, bagaimana firqah atau kumpulan serpihan PAS semenjak dekad 70an hilang ditelan masa. Kelompok anak muda yang menentang PAS bersama kerajaan campuran awal 70an, Parti BERJASA, HAMIM, ISLAH,AKIN bahkan JATI , semuanya menjadi prasasti sejarah. PAS terus membesar dan merengkuh sokongan ummah, malah terus mara dengan dokongan anak muda berpendidikan.

Kembalilah Abang Mat, ahli-ahli PAS tidak membencimu, hanya tidak terpilih di medan muktamar dan pusingan roda kepimpinan adalah suatu sunnatullah. Kita tidak menjadi hina tanpa jawatan besar, kerana perjuangan Islam memuliakan sesiapa pun yang mendokong. Saya teringatkan sesepuh PAS yang pernah kalah dalam muktamar namun mereka tetap beristiqomah bermandi keringat di medan amal Islami. Almarhum Ustaz Hasan Shukri, Almarhum Ustaz Harun Taib, Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik adalah contoh keteladanan yang kita semua banggai.

Kembalilah Abang Mat, kita boleh berbeda pandangan, namun tidak untuk memecahkan kesatuan ummat. Hiasilah sejarah ini dengan tinta emas kerna harumannya akan dihidu generasi mendatang!

facebook

Sumber TKO -  23-8-2015

LEPIR dan perjuangan pendidikan Islam






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


GERAKAN dakwah di negara ini juga mempunyai sumbangan mereka yang tersendiri dalam menggerakkan pendidikan Islam di negara ini. Berakar dengan sejarah Islam yang menyaksikan Nabi Muhammad SAW membangunkan masyarakat dengan pendidikan dan pencerahan. Semenjak sebelum merdeka, angin kesedaran menuntut kemerdekaan tidak pernah terpisah dengan gerakan pendidikan negara ini.

Perkembangan Islam di Tanah Melayu juga berkait rapat dengan perkembangan Islam di luar negara apatah lagi di awal abad ke-20, sistem perhubungan dunia semakin pesat berkembang diikuti dgn alat-alat sebaran am seperti akhbar dan majalah.

Umat Islam sebahagian besar mengalami penjajahan kuasa Barat pada abad ke-19 dan di awal abad ke-20, keresahan masyarakat Islam ini telah disambut ghairah oleh segelintir anak-anak muda berpendidikan Timur Tengah dengan membahterai perjuangan mengembalikan semula roh perjuangan  kesegajatan Islam atau dikenali sebagai pan-Islamisme.

Di negara ini, telah muncul pada permulaan abad ini orang seperti Syed Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Mereka mahukan kemajuan bagi masyarakat Islam di negara ini.

Pergerakan mereka sebenarnya adalah pancaran daripada gerakan yang lebih luas di negara-negara Islam Timur Tengah yang dipelopori oleh Jamaluddin Afghani dan Muhamad Abduh. Mereka berdua ini menganggap Islam sebagai bertentangan dengan imperialisme, dan mahu melihat masyarakat Islam bangkit dan maju atas kekuatannya sendiri berlandaskan pengajarannya. Mereka juga memandang unsur-unsur kepercayaan tradisional melemahkan semangat umat Islam.

Di negara ini, Syed Sheikh dan Sheikh Tahir telah menerbitkan majalah, mengarang buku, membuka sekolah dan terus berbahas menentang apa yang mereka pandang sebagai bidaah dalam masyarakat Melayu. Mereka digelar sebagai kaum muda. Gerakan kaum muda ini telah meluas bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di rantau Indonesia (Syed Hussin Ali, 2009).

Gerakan ini telah membumbui api semangat orang Melayu negara ini untuk menuntut ilmu dan melakukan reformasi minda untuk berhadapan dengan cabaran dunia moden terutama penjajahan Barat yang merancang dengan halus keterpurukan kaum Bumiputera.

Tokoh-tokoh gerakan reformis ini juga banyak menubuhkan sekolah-sekolah madrasah untuk melakukan pencerahan kepada masyarakat.

Antara kajian tentang pendidikan Islam dan organisasi sosiopolitik sebelum merdeka ialah Nabir Abdullah (1976). Kajian tentang institusi pendidikan tersohor tanah air iaitu Maahad al-Ehya Assharif yang mempunyai kaitan rapat dengan kebangkitan sosiopolitik sebelum kemerdekaan tanah air.

Sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu yang kebanyakannya setakat sanawi dan memerlukan pelajar menyambung pengajian ke luar negeri ini telah mendesak supaya diwujudkan institusi pengajian tinggi Islam di Tanah Melayu.

Di sinilah peranan penting yang telah dimainkan oleh Maahad al-Ehya Asshariff yang menjadi institusi pendidikan Islam paling terkenal selepas 1945 telah memperkenalkan kelas Kismu al-Ali dan Takhasus pada 1939 yang setaraf dengan kolej. Bahkan maahad tersebut juga telah merancang menubuhkan kuliah yang setaraf dengan universiti pada tahun 1941 (Nabir Abdullah,1976).

Pada 24 Mac 1948, Majlis Tertinggi Agama (MATA) telah ditubuhkan dalam satu  persidangan di Gunung  Semanggol yang antara lain bertujuan untuk menggerakkan umat Islam dalam bidang pendidikan melalui Jawatankuasa Badan Kebajikan Pelajaran MATA.

Dalam kongres MATA di Maktab Mahmud pada 1-2 September 1947, MATA telah menubuhkan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) yang bertujuan mengutip wang untuk mendirikan LEPIR, mencetak buku-buku pelajaran, menerbitkan majalah dan akhbar, menubuhkan Derma Pelajaran(biasiswa), menyelaras dan menyamatarafkan kurikulum pendidikan, menghidupkan semula sekolah agama yang mati, membantah sekatan kerajaan ke atas sekolah dalam politik dan mendesak kerajaan untuk menghapuskan peraturan tauliah untuk mengajar.

Tempoh 1947-1948 telah memperlihatkan gerakan aktif LEPIR yang mendapat sokongan lebih 50 buah sekolah agama rakyat yang bernaung di bawahnya sehingga menimbulkan kebimbangan Umno.

Umno telah menubuhkan Derma Pelajaran Tinggi dan mengusahakan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk menyaingi LEPIR. LEPIR kemudian menubuhkan Pusat Pentadbiran sekolah-sekolah Rakyat Malaya dan mengatur penubuhan Universiti Rakyat atau Universiti Hang Tuah pada 1947. Jawatankuasa penaja universiti ini diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Cerdik pandai Islam di negara ini di pertengahan abad ke-20 semakin galak berbincang dan mendesak supaya diadakan sebuah kolej yang setaraf dengan universiti di negara ini memandangkan kesukaran kepada anak-anak Melayu untuk menyambung pelajaran tinggi mereka dalam bidang agama.

Pelajar-pelajar yang pintar dan mempunyai kemahuan belajar terpaksa merantau ke Timur Tengah dan benua kecil India untuk menyambung pelajaran mereka.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat arus yang kuat daripada golongan agama untuk menggerakkan kesedaran pendidikan di kalangan orang Islam di negara ini. Fenomena ini berpunca daripada keterpurukan bangsa Melayu berbanding kaum lain yang lebih berpeluang mendapatkan pendidikan.

Juga kesan daripada semangat nasionalisme yang turut disertai dengan keinginan membina intelektualisme bagi berhadapan dengan penjajah. Terdapat gerakan atau badan yang ditubuhkan untuk mengangkat martabat bangsa melalui medium pendidikan negara ini.

Ramlah Adam (2004) juga telah merakamkan perkembangan sosio politik yang aktif menyuburkan pendidikan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Antara badan yang ditubuhkan untuk tujuan murni ini ialah LEPIR (Lembaga Pendidikan Rakyat), yang ditubuhkan hasil kesedaran Badan Kebajikan Pelajaran MATA untuk.membangunkan pendidikan tinggi orang Melayu.

Hasil lawatan MATA ke seluruh Tanah Melayu, didapati keadaan pendidikan orang Melayu sangat lemah. Ini memang suatu hal yang sangat ketara pada masa itu. Bukan sahaja soal pendidikan tinggi agak asing bagi kebanyakan orang Melayu, tetapi juga soal mendapatkan pelajaran rendah dan menengah masih juga tidak memuaskan di kalangan orang Melayu.

Kongres untuk menubuhkan LEPIR dibuat pada 1-2 September 1947 di Maktab MahmudA Alor Setar, Kedah.

Kongres ini dihadiri oleh lebih kurang 300 orang termasuk tokoh-tokoh agama yang penting dari Sumatera, iaitu Haji Latif Zaki yang mengajar di Maktab Muhammadiah, Sumatera dan Haji Lubis dari Medan. Dr. Burhanuddin dan Ishak Haji Muhammad juga hadir sabagai menunjukkan kerjasama yang erat antara golongan radikal Melayu dengan golongan berpendidikan Islam. Beberapa resolusi telah dihasilkan daripada perbincangan kongres itu.

Antaranya termasuklah:
1. Mengutip derma untuk mendirikan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR).
2. Menerbitkan akhbar dan majalah.
3. Memperbanyakkan sekolah rakyat.
4. Menubuhkan derma pelajaran untuk menghantar pelajar ke luar negara
5. Menyamatarafkan kurikulum pendidikan di dalam negeri dengan di luar negara.
6. Membantah tindakan kerajaan melarang berpolitik di sekolah-sekolah.
7. Meminta kerajaan menghapuskan Bahagian 9 undang-undang Islam 1904 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, iaitu kerajaan memberi tauliah kepada mereka yang mengajar agama.

Resolusi kongres ini mencerminkan hasrat dan cita-cita besar LEPIR untuk mengangkat martabat pendidikan Islam dan anak-anak bangsa di Tanah Melayu ini.

Ia juga dimanifestasikan daripada kebencian kelompok agama terhadap penjajah yang secara sedar cuba mengaktifkan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Penubuhan LEPIR bertitik-tolak daripada kesedaran orang Melayu untuk membajai kesedaran menuntut ilmu di kalangan orang Melayu, terutama tentang kepentingan pendidikan tinggi di mana orang Melayu agak ketinggalan akibat dasar penjajah British sendiri. – HARAKAHDAILY 18/8/2015

Penulis merupakan AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 18-8-2015

64 Tahun PAS Berbakti Di Medan Ilmu

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan institusi pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara itu.

Oleh kerana PAS merupakan sebuah parti yang berpegang kepada dasar Islam, menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan memperjuangkan cita-cita untuk menegakkan Islam, maka konsep Falsafah Pendidikan Islam juga perlu ditinjau dalam memahami usaha-usaha PAS. Kedudukan Islam sebagai dasar perjuangan PAS telah mepengaruhi sepenuhnya pemahaman dan pemlkiran PAS tentang konsep pendidikan yang dipersembahkan kepada rakyat negara ini. Hal ini selaras dengan tujuan PAS yang disebut dalam Fasal 6(2) Perlembagaan PAS ( Pindaan) 2001 yang menegaskan salah satu tujuannya.

Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan institusi pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara itu.



Oleh kerana PAS merupakan sebuah parti yang berpegang kepada dasar Islam, menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan memperjuangkan cita-cita untuk menegakkan Islam, maka konsep Falsafah Pendidikan Islam juga perlu ditinjau dalam memahami usaha-usaha PAS. Kedudukan Islam sebagai dasar perjuangan PAS telah mepengaruhi sepenuhnya pemahaman dan pemlkiran PAS tentang konsep pendidikan yang dipersembahkan kepada rakyat negara ini. Hal ini selaras dengan tujuan PAS yang disebut dalam Fasal 6(2) Perlembagaan PAS ( Pindaan) 2001 yang menegaskan salah satu tujuannya.

PAS telah merangka dan merancakkan pendidikan sebagai wahana untuk mengembangkan pengaruh terhadap masyarakat di luar kelompok parti itu serta obligasi sosialnya dalam usaha memenuhi perlembagaan parti itu sendiri. Ianya juga akibat keperluan parti itu untuk menyediakan pendidikan untuk anak-anak ahli parti kerana sentiasa didesak untuk mewujudkan institusi pendidikan oleh ahli-ahli di semua peringkat.

PAS menganggap menyediakan pendidikan Islam kepada rakyat merupakan tuntutan fardhu kifayah dan sebahagian tuntutan beragama yang mesti dipenuhi, terutama PAS sebagai gerakkan Islam dan juga sebagai pertubuhan siasah di negara ini.

Boleh dibukitkan dengan kajian ini pertambahan institusi pendidikan PAS telah meningkat dan berlaku setiap tahun. Bermula dari pra sekolah sehinggalah peringkat universiti.

Pengkaji mendapati o rganisasi terlibat dalam merangka kurikulum dan memantau institusi pendidikan dalam PAS seperti Majlis Pendidikan, PASTI, Majlis DAR, Musasah Pendidikan, Lujnah Pendidikan dan sebagainya.

PAS telah menyusun dan sentiasa mengambil langkah memperkemaskan usaha-usaha parti tersebut untuk membangunkan institusi pendidikan di bawa seliaanya dan juga merespon isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini.
Dalam kajian ini pengkaji telah melihat usaha-usaha ini yang terusun dan terancang dalam membentuk kitaran pendidikan untuk ahli dan masyarakat luar kerangka konsep dalam kajian mengambil kira dua faktor yang mendorong PAS mengambil tanggungjawab dan inisiatif dalam membangunkan masyarakat melalui sektor pendidikan. Bertolak daripada matlamat pendidikan Islam yang menekankan modal insan itu harus di bangunakan dalm bentuk yang menyeluruh yang dapat memenuhi keperluan dunia dan akhirat.
Untuk merealisasikan misi dan visi yang holistik ini, PAS telah mewujudkan ruang untuk anak-anak ahlinya serta masyarakat untuk menimba ilmu daripada institusi pendidikan yang di wujudkan bermula daripada PASTI sehingalah kepada Kolej Universiti.
PAS menjalankan usahanya secara berterusan untuk membina, mengerak dan menjalankan programnya dalam bidang pendidikan.
PAS cuba meletakan tanggungjawab parti itu dalam bidang pendidikan dan diberikan penegasan dalam setiap kali muktamar tahunan parti tersebut.
Keterlibatan mereka dalam bidang pendidikan dilihat sebagai tuntutan fardhu Kifayah, bagi memenuhui tuntutan agama Islam.
Apatah lagi parti itu merasakan bahawa yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak mengcukupi untuk membentuk masyarakat dan generasi muda yang memahami Islam secara komprehensif.


Sekurangnya melalui institusi pendidikan yang ditawarkan oleh PAS membuka luas pendemokrasian pendidikan di negara kita, yang sangat terbatas sekolah-ssekolah agama.

Lantaran itu PAS mengambil langkah yang sistematik dan berperingkat bagi menyediakan kegiatan pendidikannya bermula dengan pra sekolah, sekolah rendah Islam, sekolah menegah Islam, sehinggalah ke Universiti.

Dengan erti kata lain PAS mengerakkan pendidikan secara formal dan tidak formal, bersijil dan tidak bersijil, PAS juga telah menyediakan satu rantaian pendidikan yang juga memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke satu peringkat yang lain.

Lulusan dari pedidikan PAS yang sebahagiannya mengunakan peperiksaan awam negara ini, ataupun yang tidak mengunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementrian seperti Maahad Darul Quran, Rusila akhirnya turut meyumbang kepada pembangunan negara apabila lepasan pendidikan ini berkhidmat di sektor awam ataup pun swasta.

Maknanya, lulusan dari institusi pendidikan pas turut menyumbang untuk membina negara dan saling melengkapi bagi menampung kekurangan sistem pendidikan negara ini terutama melahirkan ramai pelajar pengajian Islam.

Inilah perubahan dan tranfomasi yang dijalankan oleh PAS dalam menggerakkan sumbangan terhadap pendidikan dalam negara ini, sesuatu yang berharga dalam membina peradaban bangsa.
Dalam usaha PAS paling serius untuk mengerakkan pendidikan maka parti itu telah menubuhkan Majlis Pendidikan PAS, sebuah majlis yang bertindak untuk memantau dan mengelola pendidikan yang bersangkutan dengan PAS.

***Penulis adalah AJK Pas Pusat Dan AJK Lajnah Politik Pas Pusat

Sumber BO - 8-8-2015







































Berapa Banyak Duit Derma 2.6 Billion??
Posted on Tuesday, August 04 @ 06:48:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jika ada orang derma kepada anda 2.6 billon. Anda berhasrat untuk belanja sehari RM5000.00 Agaknya berapa hari anda boleh habiskan duit berkenaan??

Kalau aku?
Aku tak perlu jadi PM lagi?
Sebab sehari RM5000... tak habis makan nasi lemak 10 pinggan baru RM25

Kenapa rakyat selalu dibodohkan?

Kredit:
Ustaz Riduan Mohamad Nor

Sumber TKO - 4-8-2015

Peristiwa Ahzab serlah diri orang munafik

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PERISTIWA perang Ahzab ini kekal dalam ingatan umat Islam dan disuburkan ingatan ini setiap kali kita menyambut Hari Raya. Ini menjadi hujah mengapa peristiwa ini sangat signifikan dalam sejarah Islam. Perang ini juga diletakkan sebagai tajuk surah dalam al-Quran, iaitu surah al-Ahzab yang mana Allah telah menceritakan peristiwa ini daripada ayat 9 hingga ayat 23.

Menurut as-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, ayat 9 hingga ayat 23 surah al-Ahzab ini memulakan penerangannya mengenai peristiwa peperangan Ahzab dengan mengingatkan orang-orang beriman supaya mengenangkan nikmat Allah yang telah menghalau tentera-tentera bersekutu yg berniat untuk menghapuskan mereka, jika tidak kerana pertolongan Allah dan kekuasaan-Nya yang halus.

Justeru, di dalam ayat yang pertama ini al-Quran hanya menerangkan tabiat, permulaan dan penghabisan peristiwa itu dengan ringkas sahaja dengan tujuan untuk menonjolkan nikmat yang besar itu sebelum menceritakannya denan terperinci. Ia mengingatkan mereka dengan nikmat dan meminta mereka, yakni orang mukmin mengingati-Nya di samping bertujuan mengingatkan orang-orang beriman agar menurut perintah Allah  yang meminta mereka mengikuti wahyunya, berserah kepadanya dan tidak mengikut orang-orang kafir dan munafiq. Allah juga yang melindungi orang-orang yang bertugas mengembangkan dakwah dan agamanya daripada pencerobohan orang-orang kafir dan munafiq.

Firman Allah Taa'la bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, Ingatlah nikmat Allah yg dikurniakan kepada kamu ketika kamu diserang oleh tentera-tentera Ahzab, lalu Kami hantarkan kepada mereka ribut yg kencang dan tentera-tentera malaikat yg kamu tidak dapat melihatnya. Dan sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yg kamu lakukan." (Al-Ahzab: 9)

Demikianlah dalam ayat permulaan yang ringkas ini al-Quran menyebut permulaan dan penghabisan peperangan itu, iaitu kedatangan pasukan-pasukan tentera musuh dan bagaimana Allah melepaskan angin ribut dan tentera-tentera yang tidak dapat dilihat oleh orang-orang beriman. Juga berkenaan pertolongan Allah yang ada kaitannya dengan ilmu Allah yang mengetahui keadaan mereka dan melihat perbuatan-perbuatan yang mereka lakukan.

Kemudian selepas peperangan secara umum itu barulah al-Quran memulakan penceritaan yang terperinci.

Firman Allah Taa'la yang bermaksud:

"Iaitu ketika mereka menyerang kamu dari atas dan bawah, dan ketika mata (kamu) memandang liar dan hati (kamu) sebak sehingga ke kerongkong (kerana cemas) dan kamu menaruh berbagai-bagai sangkaan terhadap Allah."(al-Ahzab: 10)

Firman Allah Taa'la yang bermaksud:

"Di sanalah orang-orang Mukminin diuji dan digoncangkan hati mereka dengan goncangan yang kuat."(al-Ahzab: 11)

Firman Allah Taa'la yang bermaksud:

"Dan kenangilah orang-orang munafiqin dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hati mereka berkata: "Tiada yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita melainkan palsu belaka."(al-Ahzab: 12)

Firman Allah Taa'la yang bermaksud:

"Dan kenangilah ketika segolongan dari mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib! Bukan tempatnya bagi kamu berjuang di sini, oleh itu baliklah! Segolongan yang lain dari mereka pula meminta izin hendak balik daripada Nabi sambil berkata: sesungguhnya rumah-rumah kami terdedah kepada serangan-serangan musuh sedangkan sebenarnya rumah-rumah itu tidak terdedah. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri sahaja." (al-Ahzab: 13)

Menurut as Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, itulah gambaran ketakutan dan kesusahan yang menyelubungi kota Madinah. Tiada seorangpun penduduknya yang terselamat daripada ketakutan itu, kerana dikepung segenap sudutnya oleh tentera-tentera musyrikin Quraisy, Ghatfan dan orang-orang Yahudi Bani Quraizah dari hulu dan hilirnya. Rasa cemas dan takut ini tidak berbeza-beza di dalam hati setiap mereka.

Cuma yang berbeza ialah cara mereka menyebut peristiwa itu, sangkaan masing-masing ketika menghadapi kesusahan dan tanggapan terhadap nilai-nilai sebab-sebab dan natijah menghadapi sesuatu peristiwa. Justeru, ujian ini merupakan satu ujian yang sempurna dan halus. Ia dapat membezakan di antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang munafiq dengan perbezaan yang tegas dan tidak diragui.

Pada hari peperangan ini, dapat dilihat situasi orang-orang munafiq meliputi ciri-cirinya, segala emosi dan lintasan fikiran dan segala gerak geri mereka. Semuanya terbentang di hadapan kita seperti yang diceritakan oleh al-Quran. Gambaran kekalutan mereka, ketakutan, kecemasan dan kesusahan yg dipamerkan melalui wajah-wajah dan debaran-debaran di dalam jantung mereka. Ini dijelaskan oleh ayat 10 surah al-Ahzab.

Muhammad Ibn Maslamah menyebutkan - Pada malam kami mengawal parit pertahanan itu sama seperti siang. Panglima-panglima perang tentera kaum Musyrikin bergilir-gilir di antara mereka. Sehari dipimpin oleh Abu Suffian Ibn Harb, hari yang lain oleh Khalid Ibn Walid, kemudiannya oleh Amr Ibn al-'Ash diganti pula oleh Ikrimah bin Abu Jahal, seterusnya diketuai pula oleh Hubairah Abu Wahab dan yang lainnya hingga keadaan menjadi begitu gawat dan turut mencemaskan orang ramai.

Angkatan perang Musyrikin telah melakukan serangan mengejut pada waktu dinihari, lalu Rasulullah SAW menyediakan para sahabatnya berperang hingga ke malam. Rasulullah SAW dan setiap dari tentera Islam tidak dapat meninggalkan tempat masing-masing sehingga beliau sendiri tidak dapat menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Para sahabat mengadu kepada Nabi SAW perihal mereka tidak dapat menunaikan sembahyang. Nabi SAW menjawab mengatakan bahawa Baginda juga tidak sempat menunaikan solat. Sehinggalah Allah mengundurkan tentera-tentera Musyrikin dan kedua-dia pihak pulang ke tempat kediaman masing-masing.

Kemudiannya Usayd Ibnu Hudair mengetuai satu angkatan perang seramai dua ratus orang berkawal di tepi parit pertahanan itu lalu diserang hendap oleh tentera berkuda Musyrikin di bawah pimpinan Khalid Ibn Walid yang sentiasa mencari kelalaian dan kelemahan umat Islam. Mereka pun berperang seketika.

Di dalam situasi inilah bapa saudara Nabi SAW telah terbunuh di tangan Wahsyi melalui lontaran lembingnya. Kesibukan berperang ini telah menyebabkan baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Kaum Musyrikin telah membuat kita begitu sibuk sehingga kita tidak sempat mendirikan solat Asar. Ya Allah! Penuhkan perut dan hati mereka dengan api neraka."

Di samping itu juga, tentera Muslimin juga menghadapi tipu daya kaum munafiqin dan penyebar khabar angin di kota Mekah dan di dalam barisan bala tentera Islam. Di dalam suasana kesusahan dan kecemasan  yang menggoncangkan hati itu, orang-orang munafiqin mendapat peluang mendedahkan rahsia jiwa mereka yang keji tanpa kebimbangan dikecam oleh sesiapapun. Mereka melemahkan semangat orang Islam, menimbulkan keraguan terhadap janji Allah dan sebagainya. Mereka merasa aman bahawa tiada sesiapapun akan menyalahkan apa sahaja yang mereka lakukan.

Golongan munafiqin dan penyebar khabar angin seperti mereka ini memang terdapat di dalam semua kumpulan. Sikap mereka dalam menghadapi keadaan gawat itu adalah sama dengan sikap saudara-saudara mereka tadi.

Mereka adalah contoh golongan manusia yang berulang-ulang di dalam generasi-generasi dan kumpulan manusia di sepanjang zaman. Mereka menghasut penduduk Madinah supaya meninggalkan barisan perjuangan dan pulang ke rumah dengan alasan bahawa  kedudukan mereka bertahan di hadapan parit tidak membawa apa-apa makna.

Ini adalah contoh dakyah mereka untuk meracuni pemikiran umat Islam ketika itu dan jika waktu sekarang pelbagai modus operandi diadakan supaya orang beriman meninggalkan Jamaah Islam dan perjuangan Islam. Mereka melontarkan tuduhan kepada puak Islam dengan tuduhan seperti neo-Khawarij, ekstrem, ahli Bida'ah dan pelbagai gelaran dan tindakan hodoh mereka untuk menjatuhkan reputasi perjuangan Islam pada pandangan masyarakat. – HARAKAHDAILY 23/7/2015

Sumber HD - 23-7-2015




































Sokong Majlis Syura, tahaluf siasi dengan DAP terbatal






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Saya menyokong penuh keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam Isu Hubungan Dengan DAP di mana MSU berpendirian bahawa tahaluf bersama DAP terbatal.

Keputusan ini sangat dinantikan ahli dan penyokong PAS kerana ia rentetan usul yang telah dibawa Dewan Ulamak PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang lalu di Kuala Selangor.

Keputusan ini memerlihatkan ketegasan MSU dan harus disokong oleh semua pihak dalam PAS.

Sejak beberapa bulan lalu, DAP bersikap angkuh dengan menghentam PAS khususnya dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan usul pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah oleh Tuan Guru Presiden PAS ke Parlimen.

Sikap DAP yang sentiasa menyerang Presiden dan PAS serta MSU walaupun sebelum ini diakui Pakatan Rakyat memegang persefahaman bahawa 5 peratus perkara yang berbeza antara parti dalam PR tidak harus dibangkitkan dan harus saling menghormati.

Namun tekanan demi tekanan dikenakan DAP ke atas PAS khasnya menjelang muktamar yang akhirnya menjadikan DAP sendiri mengumumkan pakatan tidak wujud lagi.

Berdasarkan senario ini, bahawa MSU telah mengambil pendirian dan kami menyokong penuh kenyataan MSU pada hari ini.

Kenyataan MSU menyebut bahawa PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Saya menegaskan sekali lagi sokongan padu kepada kenyataan MSU ini.
Allahuakbar. - HARAKAHDAILY 11/7/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 11-7-2015

Perang Ahzab melakar sejarah

DR RIDUAN MOHD NOOR | .


Firman Allah Taala bermaksud: "Mereka itulah yang dilaknat Allah. Barangsiapa yg dilaknat Allah nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperolehi penolong baginya." (An-Nisa': 52)

Firman Allah Taala bermaksud: "Ataukah ada bagi mereka bahagian dari kerajaan (kekuasaan)?. Sungguhpun ada, mereka tidak akan memberikan sedikitpun(kebajikan) kepada manusia." (An-Nisa':53)

Firman Allah Taala bermaksud: "Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yg besar."(an-Nisa':54)

Firman Allah Taala bermaksud: "Maka di antara mereka (orang-orang yg dengki itu), ada orang-orang yang beriman kepadanya, dan di antara mereka ada orang-orang yg menghalangi (manusia) beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahannam yang menyala-nyala apinya." (An-Nisa': 55)

Ahzab moden

Peristiwa ini berlaku kerana kebenciaan dan permusuhan golongan yahudi yang tidak senang dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yang berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yang dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yg terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yang lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa', ayat 51 hingga 55 yg bermaksud:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." (An-Nisa':51)

Tentera Musyrikin begitu berang apabila mereka terhalang oleh parit dan kubu kerana taktik ini tidak pernah digunakan di Semenanjung Arab. Mereka telah melancarkan serangan anak panah bertubi-tubi daripada luar kota Madinah manakala beberapa panglima mereka telah berjaya menyusup masuk di sebelah parit, iaitu Ikrimah bin Abu Jahal dan Amru bin Abdul Wud.

Peristiwa selanjutnya ialah berlaku cabar-mencabar di antara pahlawan Musyrikin tersebut dan para sahabat. Saidina Ali KWJ telah bertarung (Al-Mubarazah) dengan Amru bin Abdul Wud yang disaksikan oleh sahabat-sahabat yg lain. Saidina Ali memang terkenal dengan seorang anak muda pemberani yang sangat dikasihi oleh Nabi SAW, apatah lagi beliau mendapat tarbiyah secara langsung daripada Baginda Nabi SAW.

Dalam peristiwa perang Badar, beliau telah terpilih mewakili tentera Islam untuk bertarung dengan wakil-wakil pihak Musyrikin seperti; Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah dan Al-Walid bin Utbah. Manakala dalam peristiwa di medan Uhud, dia telah berjaya menyelamatkan bendera Islam apabila Mus'ab bin Umair r.a gugur syahid.

Saidina Ali telah berjaya membunuh Amru menyebabkan Ikrimah bin Abu Jahal melarikan diri dan kegembiraan sahabat-sahabat dimanifestasikan melaui laungan takbir mereka. Dalam peristiwa perang Ahzab yg berlaku di musim sejuk ini dan kekurangan makanan, orang-orang Yahudi Bani Quraizah telah melakukan pengkhianatan yg mana mereka sepatutnya sama-sama mempunyai tanggungjawab kolektif mempertahankan bumi Madinah daripada serangan luar sepertimana yang disepakati bersama dalam Sahifah Madinah.

Kelompok Yahudi ini melakukan pengkhianatan kerana dihasut oleh Huyai bin Aktab iaitu pemimpin Yahudi Bani an-Nadhir.

Pertembungan semakin sengit yang menyaksikan 6 orang sahabat telah gugur sebagai syuhada', manakala Musyrikin kehilangan 10 orang tentera mereka. Dalam pertempuran ini, sahabat kanan yang sangat Nabi SAW kasihi juga merupakan pemimpin kaum Ansar, iaitu Sa'ad bin Mua'dz telah cedera parah terkena panah pihak musuh.

Allah SWT Yang Maha Perkasa lagi Maha Pembalas dendam telah membantu para pejuangnya yang ikhlas dalam peristiwa perang Ahzab iaitu dengan memberikan beberapa bentuk pertolongan, antaranya sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran, surah al-Ahzab ayat 9 bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu ketika kamu diserang oleh tentera-tentera Ahzab, lalu Kami hantarkan kepada mereka ribut yg kencang dan tentera-tentera (malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu lakukan."

Orang Yahudi yang dipimpin oleh Salam bin Abi Al-Haqiq ini telah berjaya menyakinkan Abu Suffian tentang buah kemenangan yang akan mereka kecapi jika permuafakatan kuffar ini berjaya dilaksanakan. Beberapa kabilah Arab yang masih kufur telah berjaya disatukan dalam satu barisan, seperti kabilah Bani Ghatfan, kabilah Bani Murrah dan lain-lain lagi. Jumlah kekuatan mereka ialah seramai 10,000 orang dan mereka dipimpin oleh Abu Suffian yang sebelum ini telah berjaya mengalahkan tentera Islam dalam peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijrah.

Nabi SAW telah mendapat maklumat tentang permuafakatan golongan kuffar ini lantas telah mengadakan mesyuarat di Madinah dengan sahabat-sahabat yang lain bagi menghadapi peristiwa perang besar ini. Dalam mesyuarat itu, Nabi SAW tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh seorang sahabat yang berbangsa Parsi, iaitu Salman yang mencadangkan supaya parit digali di keliling kota Madinah. Ini bagi menghalang serangan tentera berkuda yang ramai di pihak musuh.

Rasulullah SAW telah mengatur persiapan dan pertahanan tentera Islam dengan membahagikan sahabat-sahabat kepada beberapa kumpulan iaitu setiap sepuluh orang menggali 40 hasta. Dalam operasi ini, Nabi  SAW bertungkus-lumus dengan sahabat-sahabat yang lain menggali parit dan merangsang semangat sahabat-sahabat yang lain dengan ganjaran pahala jihad.

Dalam operasi ini juga, Allah SWT memperlihatkan beberapa mukjizat yg dikurniakan kepada Nabi SAW, seperti mampu memecahkan batu yang sangat pejal yang tidak mampu dipecahkan sahabat-sahabat yang lain. Usaha membina parit ini diteruskan dengan bersungguh-sungguh kerana mengejar masa, bimbang takut musuh tiba sebelum parit disiapkan tetapi dengan keikhlasan dan kesungguhan para Mujahidin, maka parit tersebut berjaya disiapkan sebelum kedatangan 10,000 bala tentera musuh.

Dalam pertembungan yang bersejarah ini, dirakamkan bahawa tentera Islam hanyalah sekitar 3,000 orang sahaja dan mereka tidak mendapat kerjasama daripada orang-orang Munafik yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai serta berlaku pengkhianatan daripada orang Yahudi Bani Quraizah.

Dalam menghadapi kedatangan jumlah musuh yg ramai ini, para sahabat memperlihatkan tahap moral dan keimanan yang begitu tinggi, sepertimana Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 22, bermaksud: "Apabila orang-orang yang beriman itu melihat tentera Ahzab, maka berkatalah mereka, inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya kepada kita dan benarlah Allah dan RasulNya dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan kesejahteraan." - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 4-7-2015




































Minyak naik: Kerajaan dera rakyat sebelum Aidilfitri






































WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno BN disifatkan mendera rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut 1 Syawal dengan hadiah kenaikan harga minyak berkuatkuasa 1 Julai (hari ini).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor berkata, kenaikan pada kali ini selepas kenaikan beberapa  bulan lalu adalah satu siri penderaan melampau oleh kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Bercakap kepada Harakah 30 Jun lalu, beliau berkata PAS kesal dengan keputusan kenaikan ini kerana rakyat sebenarnya sudah terlalu terbeban dengan himpitan kos hidup selepas 1 April dengan pelaksanaan GST.

"Kos hidup meningkat sedangkan kerajaan langsung tidak memberi apa apa bantuan khususnya kepada kakitangan awam. Bantuan raya RM500 hanya apa sangat yang boleh dibuat khasnya kepada mereka yang ramai anak.

"Selepas beri RM500 bantuan kakitangan awam beraya, kerajaan kutip semula dengan kenaikan harga minyak. Satu tangan memberi satu lagi tangan ambik semula," kata beliau lagi.

Sambil menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terlalu boros dengan pembaziran dan projek yang gagal, Dr Riduan berkata kini semua kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dibebankan kepada rakyat dengan kenaikan harga minyak, GST dan pelbagai kenaikan caj perkhidmatan lain.

"Bayangkan sedang rakyat khasnya umat Islam berpuasa, tidak lama lagi sambut Aidilfitri tiba tiba kerajaan naikkan harga minyak. Terbantutlah kegembiraan rakyat mahu sambut Syawal," katanya lagi.

Pada 30 Jun kerajaan mengumumkan kenaikan harga Ron 95 dan Ron 97.

Kenaikan itu menjadikan harga minyak pilihan rakyat iaitu Ron 95 yang sebelum ini pada harga RM2.05 kini RM2.15.

Kenaikan ini mendapat kritikan umum dimedia sosial termasuk kecaman oleh Ketua Penerangan PAS yang baharu, Ustaz Nasruddin Hassan di twitter nya pada malam Rabu. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015

Perang Tabuk

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Perang Tabuk terjadinya kerana pemerintah Rom, Hiraqla tidak senang hati dengan kekalahan mereka dalam perang Mu'tah pada 8H. Mereka juga merasa terancam setelah melihat peristiwa Fath Makkah. Kemenangan Islam ke atas pusat menyembah agama berhala telah menyebabkan kelancaran gerak kerja dakwah di semenanjug Tanah Arab. pada tahun ke 9H itu, Hiraqla mendapat maklumat bahawa orang-orang Islam sedang menderita kelaparan kerana kemarau yang dahsyat.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengerahkan 40,000 orang tentera yang lengkap bersenjata untuk memerangi orang-orang Islam.

Nabi SAW yang mendapat maklumat tentang persiapan tentera Kuffar Rom tersebut segera mengerahkan Muslimin agar mempertahankan Islam dan menginfkkan harta mereka untuk berdepan dengan kuasa dunia sejak 70 M lagi dan telah berjaya menawan Baitul Maqdis itu. Sahabat-sahabat berlumba-lumba menginfakkan harta mereka untuk memancing saham akhirat. Saidina Usman telah mendermakan 100 ekor kuda, 900 ekor unta dan nilai wang yang tinggi. Saidina Umar membelanjakan separuh daripada harta benda beliau. Manakala Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh harta benda yang beliau ada. Abdul Rahman bin Auf telah memberikan sumbangan 100 uqiah Ashim bin Adi Menyumbang sebanyak 70 puluh karung buah kurma, manakala golongan muslimat juga tidak mahu kentinggalan dengan memberikan barang-barang perhiasan mereka untuk perbelanjaan perang Tabuk yang sangat penting ini. Ada sahabat-sahabat yang mengalir air mata kerana tidak mempunyai harta untuk disumbangkan kepada tentera Islam yang akan berangkat ke medan tempur.

Dalam semarak gendang perang ini, golongan munafik pimpinan 'Abdullah bin Ubay bin Salul dan Abu 'Amir al-Rahib mula membuat onar mereka. Golongan ini yang menurut Imam Ibn Kathir muncul pada tahun 2 Hijrah iaitu dalam perang Badar terkenal dengan peranan "gunting dalam lipatan" dalam sejarah Islam. Mereka telah mensabotaj persiapan perang Badar, perang Uhud, bersifat culas dalam mempertahankan kota Madinah dalam perang Ahzab, menabur fitnah terhadap Aisyah Ra dalam peristiwa Hadth al-Ifk, membina masjid Dhirar untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam serta menjadi markas mereka dan tempat pengintipan kerajaan Rom.

Tentera Islam seramai 30,000 akhirnya berangkat ke Tabuk. 10,000 di kalangan mereka menaiki kuda 15,000 orang menaiki unta dan selebihnya berjalan kaki. Mereka telah mengharungi kepayahan dibakar terik matahari sehingga Nabi SAW menggelarkan angkatan perang ini Jaisy al-Usrah (tentera kesukaran). Mereka bukan sahaja mengharungi kepanasan tetapi kekurangan makanan seta minuman sehingga ada sahabat yang telah mengorbankan unta tunggangannya untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada badan unta.

Semasa perang ini, urusan keluarga Nabi SAW diuruskan oleh bin Abi Talib dan urusan pentadbiran oleh Muhammad bin Musalmah. Orang munafik telah mengejek Sayyiduna 'Ali kerana diberi tugas itu dan dikecualikan daripada menyertai perang yang sukar itu.

Sebelum tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom telah berundur kerana mendapat khabar angin bahawa tentera Islam datang dengan jumlah berlipat kali ganda daripada yang hadir diperang Mu'tah. Nabi SAW mengambil sikap tidak mengejar musuh, tetapi tinggal di Tabuk selama 20 hari dan menyebarkan dakwah kepada kabilah-kabilah Arab kafir di situ. Baginda juga telah mengadakan perjanjian dengan ketua-ketua kabilah yang berada disekitar Tabuk.

Kemudian Baginda berangkat pulang dan apabila tiba di Dhu Awan iaitu kira-kira 1 jam perjalanan dari Madinah, wakil orang-orang munafik merayu agar Baginda merasmikan masjid mereka (masjid Dhirar) yang telah siap sebelum keberangkatan ke Tabuk lagi. Ajakan mereka supaya Nabi solat sebelum operasi Tabuk telah ditolak oleh Baginda dengan janji akan datang selepas perang Tabuk. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

Sumber HD - 26-6-2015




































Ramadan dan pembukaan kota Makkah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
PERISTIWA Fath Makkah adalah satu sejarah besar umat Islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 8H. Peristiwa ini telah membuka mata kuasa besar seperti Rom bahawa telah muncul satu kuasa baru di Semenanjung Tanah Arab. Ini terbukti apabila selepas Fath Makkah berlaku peperangan terhadap Rom dalam perang Mu'tah (tahun 8H) dan perang Tabuk (tahun 9H)

Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bhuti menerangkan bahawa Fath Makkah berlaku apabila Musyrikin Makkah melangar perjanjian Hudaibiyah yang telah dimeterai dalam tahun 6H diantara Suhil bin Amru mewakili Musyrikin Makkah dan Nabi SAW mewakili kerajaan Islam Madinah.

Perjanjian ini mengesahkan bahawa mana-mana kabilah boleh bersekutu sama ada dengan kerajaan Islam Madinah atau kerajaan Makkah. Dua kabilah iaitu Bani Khuzaah telah memilih untuk bersekutu dengan kerajaan Madinah dan Banu Bakar bersekutu dengan kafir Makkah.

Pada tahun 8H, Banu Bakar telah menyerang Bani Khuzaah dengan mendapat sokongan daripada pihak Makkah. 20 orang Bani Khuzaah telah terbunuh. 40 orang daripada Bani Khuzaah telah menemui Nabi SAW di Madinah untuk melaporkan apa yang berlaku kepada mereka. Nabi SAW melihat ini kesempatan yang baik untuk mengajar sikap angkuh Musyrikin Makkah.

Baginda mengatur persiapan perang dengan sahabat-sahabat bersemangat tinggi lantaran menyedari bahawa janji kemenangan Allah seakan makin tiba dan mereka baru sahaja memenangi perang Khaibar pada tahun 7H menewaskan tentera Yahudi dan pada tahun  itu juga, dua tokoh Musyrikin Makkah iaitu Khalid bin Al-Walid dan 'Amru bin Al-'As telah beriman dengan kebenaran Islam. Firman Allah Taala:

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata." (Surah al-Fath: Ayat 1)

Setelah segala persiapan telah dilakukan, Nabi SAW bersama-sama 10,000 orang sahabat menuju ke Makkah dengan diam. Pada peringkat awalnya, kehadiran mereka ke Makkah tidak berjaya dihidu oleh kafir Makkah, tetapi mereka menjangkakan serangan kerana usaha perundingan Abu Sufyan tidak berjaya mengendurkan cita-cita orang Islam. pada malam sebelum Fath Makkah, Nabi SAW memerintahkan sahabat  menyalakan obor api yang banyak ditapak perkhemahan orang Islam dan taktik ini berjaya dan menakutkan Musyrikin Makkah.

Peristiwa ini telah menyebabkan Abu Sufyan yang selama ini memainkan peranan utama mengarak panji penentangan terhadap Islam telah memeluk Islam. Pengislaman ini menyebabkan penyertaan berbondong-bondong pengikutnya ke dalam Islam dan peristiwa ini dirakamkan oleh Allah SWT didalam al-Qur'an FirmanNya:

Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai  Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah secara berbondong-bondong."  (Surah Al-Nasr: Ayat 1-2)

Nabi SAW telah mengeluarkan arahan kepada tentera Islam supaya jangan menumpahkan darah kecuali jika mereka diperangi dan 6 orang lelaki dan 4 orang wanita diperintahkan dibunuh jika ditemui mereka ini.

Baginda menuju ke arah Ka'bah dan dengan menggunakan kayu, Baginda menghancurkan berhala-berhala sembahan Musyrikin Makkah al-Lata , al-Hubbal, al-Manat dan al-Uzza tersembam menyembah bumi. Maka berakhirnya penyaksian bumi Makkah kepada segala kebejatan akhlak dan pusat memerangi Islam.

Nabi SAW akhirnya memanggil Uthman bin Talhah untuk diberi amanah memegang kunci Ka'bah dan memerintahkan Sayyiduna Bilal bin Rabah naik kebumbung Ka'bah untuk melaungkan azan membesar Allah. Peristiwa ini cukup meruntun perasaan orang Makkah yang pernah mengenali siapa Bilal, yang suatu masa dahulu diperlakukan seperti binatang oleh mereka untuk mencabut akidah Islam daripada Bilal dengan diketuai oleh tuannya, 'Umayyah bin Khalaf. Akhirnya Bilal dibeli oleh Abu Bakar RA dan dimerdekakan.

Pada hari itu Nabi SAW telah membaca kepada khalayak yang hadir akan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu berasal dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudia kami jadikan beberapa keturunan dan puak-puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Surah al-Hujurat: Ayat 13)    
                                    
Selepas daripada itu maka berbondong-bondonglah orang Makkah turut serta untuk berbai'ah kepada Nabi SAW, berjanji untuk taat setia hanya kepada Allah dan Rasul-Nya. – HARAKAHDAILY 19/6/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat

Sumber HD - 19-6-2015

Ramadhan bulan jihad

DR RIDUAN MOHAMMAD NOR | .


PEPERANGAN Badar yang digelar oleh Allah SWT sebagai 'Yaum al-Furqan (hari perbezaan antara haq dan batil) adalah peperangan pertama dalam Islam. Ia menjadi mercu tanda kepada pertembungan antara iman dan kufur yang menyaksikan pengorbanan Nabi SAW dan para sahabat dalam memperkasakan agama Allah. Peristiwa ini telah berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H, tahun pertama disyariatkan ibadah puasa Ramadhan.

Pada asalnya, peristiwa ini adalah gerakan memintas rombongan dagang Abu Sufyan bin Harb yang balik berniaga dari negeri Syam dengan barangan bernilai 50,000 dinar emas yang dibawa oleh 1,000 unta dan dikawal oleh 40 pengawal. Gerakan ini dilakukan untuk mengajar Musyrikin Makkah setelah mereka angkuh merampas harta benda sahabat yang berhijrah ke Madinah seperti Shuhaib al- Rumi, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain.

Nabi Muhammad SAW sendiri memimpin tentera Islam seramai 313 orang beserta dua ekor kuda perang dan 70 ekor unta. Sahabat-sahabat bergilir-bergilir menunggang unta termasuk Nabi sendiri begilir dengan Saidina Ali KWJ.

Sebelum berangkat, Nabi Muhammad SAW telah melantik seorang sahabat yang buta iaitu Abdullah bin Ummi Makthum menjadi imam solat mengantikan tempat Baginda. Beliau antara muqri (pengajar al-Qur'an) awal diutuskan ke Madinah selain daripada Mus'ab bin Umair.

Berita pergerakan tentera Islam telah dihidu oleh rombongan Abu Sufyan, lantas dia mengupah seorang Badwi untuk bersegera memberitahu pemimpin Makkah agar menghulurkan bantuan segera sebaik sahaja mendengar khabar itu, Abu Jahal diterjah api kemarahan lalu mempersiapkan tentera Musyrikin seramai 1,000 orang yang mana perbelanjaannya dibiayai oleh tokoh-tokoh korporat Makkah.

Dalam masa yang sama Abu Sufyan berjaya mencari jalan keluar daripada dipintas oleh Nabi SAW. Baginda mendapat maklumat bahawa tentera Musyrikin telah mara dan perkembangan ini tidak boleh dibiarkan kerana jika orang Islam berundur untuk mengelak perang, sudah tentu akan menjatuhkan integriti Islam dan dijadikan modal oleh Abu Jahal untuk menjaja kehebatan Musyrikin.

Nabi Muhammad SAW segera bermesyuarat dengan para sahabt bagi mendengar pandangan mereka sama ada untuk berperang atau berundur ke Madinah. Akhirnya Baginda mendapat jaminan komitmen yang jitu daripada pemimpi  Ansar, Saad bin Muaz.

"Demi sesungguhnya kami beriman kepadamu, kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datangkan kepada kami benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami bersedia mendengar dan taat kepadamu. Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki."

Dengan ikrar para sahabat, Baginda telah menyusun strategi perang. Baginda telah membentuk dua pasukan pengintip yang ditugaskan untuk mencari maklumat logistik musuh. Antara yang terlibat ialah Ali, Sa'ad bin Abi Waqqas dan al-Zubair bin al- Awwam. Strategi lain, Nabi SAW telah menguasai mata air yang paling hampir dengan musuh dan semua mata air lain dimusnahkan bagi mengelakan musuh mendapat bekalan air.

Sahabat-sahabat turut membina tempat perlindungan untuk Nabi SAW dengan cadangan Saad bin Muaz, seorang pemimpin dalam kalangan kaum Ansar.

Pada malam peperangan itu, Allah telah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam agar mereka dapat berehat bagi meneruskan pertempuran pada esok hari. Firman Allah:

Maksudnya, "(Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu pemberian (aman) dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika itu) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu ganguan syaitan, dan juga menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perang).” - (Surah Al-Anfaal: ayat 11)

Menjelang berlaku peperangan, Nabi Muhammad SAW telah menadah tangan bermunajaat kepada Allah agar  tentera Islam diberi pertolongan. – HARAKAHDAILY 16/6/2015

- Penulis adalah AJK PAS Pusat dan aktivis kemanusiaan tanpa sempadan.

Sumber HD - 16-6-2015

Misi Rohingya; ‘Password’ Kita Adalah ‘Assalamu’alaikum’

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Telah menjadi perbualan umum dan dokumentasi rasmi bahawa Aceh sebuah negeri yang dijadikan tuhan, kaya dengan hasil alamnya tetapi dikuras oleh kerajaan pusat tanpa membangunkan kembali Aceh seimbang dengan pulangan yang diperolehi Jakarta. Suasana dan realiti ini telah menjauhkan kepercayaan masyarakat Aceh terhadap Jakarta sehingga akhirnya telah melahirkan pertembungan berdarah di Aceh.

Kemerdekaan Indonesia yang dicapai pada tanggal 17 ogos 1945 dengan janji soekarno yang berjaya menyakinkan tokoh-tokoh Aceh untuk bergabung dalam negara kesatuan Indonesia, antara lain menjanjikan pelaksanaan syariat Islam dan pembangunan Aceh. Ternyata janji ini tidak ditepati dan masyarakat Aceh mulai berprasangka terhadap kerajaan pusat terutama apabila ramai orang dari luar Aceh ditempatkan di pejabat-pejabat kerajaan di Aceh.

Tengku Daud Beureuh telah mengisytiharkan negara Islam Indonesia (NII) pada bulan September 1953 yang mengakibat krisis yang hebat sehingga pada 1957. Perlawanan ini berakhir dengan sekali lagi Aceh dipujuk dengan janji-janji manis iaitu boleh membangunkan sendiri autoriti agama dan pendidikan. Namun janji ini tetap tidak menjadi kenyataan.

IMG-20150611-WA0002

Aceh dilantari dengan kemiskinan yang menyayat hati sedangkan buminya terkandung dengan emas hitam (mungkin berkat doa ulama silam). Semasa zaman regim Soeharto sebuah syarikat geragasi minyak Amerika iaitu Exxon Mobil telah di bawa masuk untuk membangunkan sector carigali minyak di arun, Lhokseumawe dengan kerjasama PERTAMINA. Aceh hanya menikmati hanya satu peratus daripada hasil minyak ini, bangsa Aceh hanya berputih mata melihat emas hitam diangkut keluar dari Aceh dan ini telah menambah pandangan serong terhadap Jakarta.

Gerakan Aceh merdeka telah diisytiharkan pada tahun 1976 dan telah menyebabkan Aceh medan pertempuran di antara ABRI (kini TNT) dengan GAM. Tidak sedikit darah yang tumpah di kedua-dua belah pihak ataupun kes-kes penculikan dan jenayah seksual yang berlaku. Semua ini memahat sejarah hitam bagi Indonesia terutama apabila operasi militer yang dilaksanakan secara agresif seperti operasi jaring merah swjak tahun 1989 sehingga 1998.Operasi ini telah menyebabkan Aceh digelar Daerah Operasi Militer’ ( DOM).

Acheh mencuat kembali namanya apabila berlaku tsunami pada 26 Disember 2004 ,dimana 161 000 nyawa telah terkorban. Penulis menjadi saksimata bagaimana kesedihan warga Acheh pasca tsunami apabila terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan. Acheh dibangunkan kembali daripada puing-puing runtuhan termasuk kesedaran Islam yang pernah memuliakan sejarah moyang mereka.

Pasca reformasi 1998 pula memberikan Acheh ruang yang besar untuk mewajahkan kembali mereka sebagai negeri “serambi Mekah”. Mutakhir ini nama Acheh mula menggema ke seluruh belahan dunia apabila warga Acheh membantu menyelamatkan pelarian Rohingya yang terapung di Laut Andaman.

Nelayan Acheh Utara yang mencari rezeki di laut Andaman adalah wira yang tak didendang, mereka terserempak dengan manusia hanyut yang kelaparan. Manusia hanyut dengan wajah kusam serta terpampang kejerihan. Bot yang sendat seperti bergoncang dengan laungan memberi salam. Ada kanak-kanak yang menangis kelaparan, ada lelaki tua yang keuzuran, juga wanita sedang merayu.



Manusia hanyut itu telah berbulan menggodam nasib di laut Andaman, terusir dari tanah Arakan yang mereka diami daripada satu generasi ke satu generasi.

Penulis mengikuti misi kemanusiaan membantu pengungsi Rohingya bersama Muslim care, AFMY, IMBnet minggu ini, melihat dan menyantuni mereka daripada dekat. Tim seramai 17 orang dengan pelbagai kepakaran turun ke penempatan pengungsi kuala Langsa Acheh Utara. Hati terasa sebak melihat kegembiraan pelarian ini makan walaupun hanya nasi berlaukkan telur rebus. Kanak-kanak Rohingya seakan mendapat kegembiraan daripada kotak pandora.

Puluhan NGO menyantuni pelarian ini termasuk dari United Kingdom. Penulis berkesempatan menemubual petugas UNHCR, beliau melahirkan kebimbangan nasib pelarian ini selepas tempoh tiga bulan kerana isu kemanusiaan hanya hangat seketika. Kebanyakan negara dalam dunia tidak mahu menerima pelarian politik atau pelarian ekonomi.

“Apa pun kita membantu mereka atas alasan manusiawi…apatah lagi dengan akidah yang mereka anuti…password kita ialah lafaz assalamualaikum…maka itu titik tolak mengapa kewajipan itu wajib dipikul”tegas Pak Ardi, petugas UNHCR.

***Penulis adalah AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan Muslim Care yang mengikuti misi Bantuan ke Acheh.

Sumber BO - 11-6-2015


Pemuda PAS lantik exco tambahan profesional tahap tinggi
Posted on Tuesday, June 09 @ 10:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Ketuanya yang baru ustaz Nik Mohamad Abduh ialah lulusan Al Azhar dan Deoband. MP Pasir Mas ini juga mantan pelajar terbaik di maahad, juga penulis buku yang piawai.

Ustaz Khalil Abdul Hadi, timbalan Ketua mendapat pendidikan tinggi di Yaman dan juga MA dari United Kingdom. Khalil dibina konpetensinya semenjak zaman remajanya dan anak muda ini juga calon Doktorat universiti luar negara.

Naib ketua pula Ir Khairil Nizam seorang jurutera yang mesra anak muda lulusan UTP. Ustaz Fadli Shaari mantan pensyarah KIAS adalah lulusan al Azhar yang juga bekas Setiausaha Akhbar almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ustaz Afnan Hamimi pula adalah lulusan al Azhar dan juga MA daripada universiti tempatan.

Seorang tokoh ekonomi muda, Shahir Sulaiman juga dipilih perwakilan. Bekas pelajar terbaik UIA ini menjadi pakar rujuk ekonomi dalam PAS, juga calon Doktorat.

Ustaz Zawawi Hassan lulusan al Azhar, juga Adun Semanggol Perak juga dipilih perwakilan. Nurul Islam Mohamed seorang jurutera lulusan UIA yang juga mempunyai MA Sains Politik daripada UM.

Adun Sungai limau, Ustaz Azam Samad adalah lulusan al Azhar antara muka baru barisan pemuda Pusat. Ir Mokhtar Suhaili tokoh muda, lulusan kejuruteraan daripada UIA manakala Izwan Halim lulusan UPM seorang wartawan. Izwan juga mendapat pendidikan tinggi dari Indonesia.

Ustaz Syed Qader al Jofree tokoh tarbiah pemuda mempunyai MA daripada Mesir juga selebriti TV.

Ustaz Hishamuddin Karim mantan Presiden PMRAM Mesir adalah juga Adun Tepoh. Beliau melepaskan jawatan sebagai pegawai agama Petronas untuk menjadi murabithun. Hafeez Sabri lulusan UM seorang arkitek pembinaan remaja yang tersohor dan juga seorang penulis yang sedang meningkat naik. Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi anak mantan Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Abdul Halim Arshad adalah lulusan al Azhar.

Latar belakang akademik dan penglibatan dalam gerakan sosiopolitik exco dan pimpinan pemuda sangat cemerlang dan piawai. Menjadi tradisi Dewan Pemuda Pusat melantik exco-exco tambahan daripada kalangan profesional tahap tinggi. Ini akan melengkapkan pakej Dewan Pemuda sebagai organ paling penting dalam harakatul ummah ini. - HARAKAHDAILY 
Sumber TKO - 9-6-2015

PAS dan penegasan identiti Islam dan Melayu

Posted on Monday, June 08 @ 15:21:57 MYT by paktam

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR DASAR perjuangan PAS ialah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British dan menegakan sebuah pemerintahan Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis.

Maka untuk mencapai matlamat itu, PAS telah bekerjasama dengan parti-parti yang lain di persekutuan Tanah Melayu untuk mendesak British hak pemerintahan sendiri dan merdeka. PAS telah menghantar tiga orang wakil iaitu Mohad Asri Hj Muda, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussien dan Ustaz Uthman Abdullah.


Dalam persidangan itu, PAS mempertahankan pendirian politiknya iaitu Persekutuan Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu.


oleh kerana itu, PAS membawa usul bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kedudukan orang Melayu sebagai pemilik negeri ini yang asal dan sah tidak harus dilupakan.

PAS telah meminta supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara secepat mungkin se - bagai penganti bahasa Inggeris.

PAS juga mendesak supaya agama Islam diletakkan di tempat yang penting di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti. PAS juga tidak menyokong cadangan Umno- MCA untuk menjadikan prinsip Jus Soli sebagai syarat kelayakan mengundi bagi orang-orang asing.

Bagi PAS, orang-orang asing tidak mempunyai hak untuk mengundi kerana mereka bukan rakyat negara itu. PAS juga menolak cadangan perikatan Umno-MCA yang mahukan suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sungguhpun berbeza pendapat berhubung dengan corak kemerdekaan Tanah Melayu yang bakal merdeka, PAS tidak mengkhianati atau menghalang usahausha parti perikatan parti tersebut sehubung dengan tuntutan kemerdekaan Prof Dr Zulkifli Muhammad, Timbalan Yang Dipertua Agung, pernah menegaskan bahawa: “Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajah asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam diwajibkan oleh Tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak sekeyakinan dengannya. Jadi nyatalah bahawa memperjuangkan kemerdekaan itu adalah kewajipan bagi umat Islam, dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan .”

Musuh PAS beberapa dekad selepas merdeka telah memfitnah PAS sebagai parti penghalang kemerdekaan, sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan dan dilahirkan oleh British. 

Sejarah pula menyaksikan ulamalah yang mengucur kernigat dalam memperjuangkan kemerdekaan.
PAS memberikan sokongan sepenuhnya terhadap rombongan Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua Umno, ke London pada bulan September 1953 untuk.menyerahkan memorandum yang disusun oleh Jawatankuasa Persidangan Kebangsaan kepada kerajaan British bagi menuntut diadakan segera pilihan Raya di peringkat Persekutuan. Hasil desakan bersepadu daripada parti-parti politik itu, British bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Persekutuan pada tahun 1955.

Pada bulan Ogos dan Oktober 1953, PAS menyertai persidangan kebangsaan tajaan perikatan Umno- MCA bagi membahaskan cadangan untuk mendesak kerajaan British mengadakan Pilihan Raya Persekutuan 1954, iaitu sebagai langkah awal ke arah pemerintahan sendiri. Maknanya PAS melakukan apa sahaja bagi memastikan jalan kemerdekaan dapat diraih, pilihan raya yang pertama sangat penting bagi menyediakan rakyat Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya didaftarkan dengan Pandaftar Persatuan sebagai Pan- Malayan Islamic Party (PMIP) atau PAS (dua minggu) sebelum 31 Mei 1955 iaitu hari penamaan calon pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung pada 27 Julai 1955. Nama Persatuan Islam Se-Malaya kemudiannya ditukar dalam persidangan pada 25-27 Di-sember 1971, ia ditukar sekali lagi menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kekal hingga ke hari ini.

Sumber DD - 8-6-2015

Pemimpin Baharu PAS Lebai Kampungan?

Oleh:Dr Riduan Mohammad Nor

Muktamar PAS Pusat tahun ini paling meriah dan memicu pelbagai sketsa politik dalam sejarah jatuh bangun PAS. Pemilihan kepimpinan juga menyorot perhatian media sehingga menenggelamkan isu rakyat yang sedang mengikat perut kejerihan.

Muktamar juga telah memilih barisan kepimpinan baru , juga dijadikan “beg pukul” bahawa PAS kini diwakili jalur konservatif, berwajah kampungan yang akan mengundurkan gerakan Islam ini 30 tahun kebelakang. Siapa dan apakah latarbelakang pimpinan baru PAS?

Dr Fadli Hassan bekas pensyarah UIAM lahir daripada rahim tarbiah PAS semenjak remaja dan mendapat doktorat daripada Universiti Birmingham United Kingdom dalam bidang undang-undang Perlembagaan. Dr Khairuddin attakiri pula bekas pensyarah UKM yang mendapat ijazah MA daripada Universiti Jordan serta mempunyai doktorat daripada UKM.

Dr Zuhdi Marzuki mantan Timbalan Presiden GAMIS, tokoh muda radikal di zaman kampus yang menjadi dalang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau pelajar pintar yang diasuh semenjak remaja sebagai pimpinan PAS. Mendapat doktorat daripada Universiti of Wales UK.

Dr Nik Zawawi Nik Salleh bekas pensyarah KIAS, mempunyai MA daripada kampus Jordan juga PhD daripada UKM. Haji Razman Zakaria, bekas Pengarah Kastam mempunyai MA dalam bidang pentadbiran Awam daripada UM. Haji Mohamad Nor Mohd mantan Pegawai Perancang bandar UDA yang bergraduan daripada UKM. Beliau tokoh masyarakat di Kuala Lumpur semenjak zaman pemudanya.

Ustaz Solihin Muhyi, mantan Exco kerajaan Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa dizaman mudanya. Bergraduan daripada UKM, seterusnya ke kampus Jordan dan UM. Ustaz Dato’ Nasaruddin Daud mencicip ilmu di Universiti al Azhar merupakan Exco Kerajaan Kelantan. Tokoh agama ini juga adalah pemimpin pemuda dizamannya.

Sanusi Mohamad Nor bergraduan daripada USM merupakan mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Ustaz Norazli Musa, tokoh NGO misi bantuan tanpa sempadan yang menyantuni pelbagai peta luka umat Islam. Beliau bergraduan daripada Universiti Abu Bakar Pakistan, seterusnya di universiti Islam Indonesia.

Dr Ali Akhbar berdarah Pakistan, bergraduan daripada Universiti Malaya ,kampus premier tanahair kita. Beliau berdoktorat daripada UKM. Ustaz Abdullah Hussein ADUN dari Johor,tanah tembuni UMNO ditanam. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti al Azhar dan mendapat reputasi sebagai tokoh pendidikan di Johor.

Dr Rusni Adam pengamal perubatan pergigian muslimah bergraduan daripada Universiti Malaya.

Anak jati Melaka ini mantan aktivitis pelajar dizaman kampus seterusnya terjun aktif bersama Dewan Muslimat. Ustaz Nasruddin Hassan Ahli Parlimen Temerloh yang berprofil tinggi dalam gerakerja jamaah. Beliau bermukim ilmu di bumi Syria dan Mesir, juga penulis prolifik di alam siber.

Ustaz Mokhtar Senik mendapat pendidikan tinggi di Universiti Pakistan dan juga di Makkah. Haji Mazlan Aliman tokoh aktivis rakyat yang disegani. Beliau berjaya menjuarai isu-isu FELDA dengan cemerlang. Ustaz Zaharuddin Mohamad adalah calon doktorat Universiti Dundee Scotland. Tokoh muda ini adalah pakar perbankan Islam negara ini yang juga pakar rujuk ekonomi Islam.

Naib-Naib Presiden pula mempunyai latarbelakang pendidikan yang piawai serta penglibatan sosiopolitik yang mapan semenjak remaja. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM, calon doktorat universiti tempatan dan johan Pidato kebangsaan semasa belajar di KIK. Beliau memimpin pelajar di UKM dizaman kampus.

Dato Nik Amar Nik Abdullah,bekas Ketua Pelajar Maahad Muhammadi kelantan. Anak tokoh Pas ,Ustaz Nik Abdullah Arshad,beliau mempunyai M(Phil) daripada Universiti Birmingham UK. Nik Amar adalah mantan pensyarah UIAM.

Dato Iskandar Samad adalah alumni MCKK serta belajar dalam bidang senibina daripada Universiti Humberside UK. Exco kerajaan Selangor ini terasuh cermat dengan sistem tajnid PAS.

Timbalan Presiden pula adalah mantan pensyarah kanan UITM. Beliau mendapat MA Dakwah daripada UKM, sebelum menyambung ijazah PhD dipanggil bertanding di DUN Jengka. Dato Tuan Ibrahim menjadi ADUN Jengka pada tahun 1999 sehingga 2004.

Ayah Chik Tuan Guru Presiden ialah ilmuan yang diiktiraf dunia Islam yang telah mengarang hampir 100 buah buku.Naib Ketua Kesatuan ulama Dunia ini memperolehi kesarjanaan daripada Asia Barat, Madinah dan Mesir. Dr Shamsuri Mokhtar setiausaha politik Presiden ialah pakar aero angkasa Malaysia mendapat doktorat daripada Universiti Leeds UK.

Bersikap adillah teman,jangan menghukum tanpa mengenali potensi dan kompetensi qiadah baru kita. Berikan ruang untuk mereka buktikan keupayaan memacu harakatul ummah untuk sesi ini. Bercerminlah!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, pendakwah dan Perunding Motivasi)

Sumber BO - 6-6-2015

Mengimbau sejarah perjuangan PAS (siri 5)






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Dasar perjuangan PAS ialah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British dan menegakan sebuah pemerintahan Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis. Maka untuk mencapai matlamat itu, PAS telah berkerjasama dengan parti-parti yang lain di persekutuan Tanah Melayu untuk mendesak British hak pemerintahan sendiri dan merdeka. PAS telah menghantar tiga orang wakil iaitu Mohad Asri Hj. Muda, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussien dan Ustaz Uthman Abdullah.

Dalam persidangan itu, PAS mempertahankan pendirian politiknya iaitu Persekutuan Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. oleh kerana itu, PAS membawa usul bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kedudukan orang Melayu sebagai pemilik negeri ini yang asal dan sah tidak harus dilupakan. PAS telah meminta supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara secepat mungkin sebagai penganti bahasa Inggeris. PAS juga mendesak supaya agama Islam diletakkan di tempat yang penting di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti. PAS juga tidak menyokong cadangan UMNO-MCA untuk menjadikan prinsip Jus Soli sebagai syarat kelayakan mengundi bagi orang-orang asing. Bagi PAS, orang-orang asing tidak mempunyai hak untuk mengundi kerana mereka bukan rakyat negara itu. PAS juga menolak cadangan perikatan UMNO-MCA yang mahukan suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sungguhpun berbeza pendapat berhubung dengan corak kemerdekaan Tanah Melayu yang bakal merdeka, PAS tidak mengkhianati atau menghalang usaha-usha parti perikatan parti tersebut sehubung dengan tuntutan kemerdekaan Prof. Dr. Zulkifli Muhamma, Timbalan Yang Dipertua Agung, pernah menegaskan bahawa:

"Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajah asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak sekeyakinan dengannya. Jadi nyatalah bahawa memperjuangkan kemerdekaan itu adalah kewajipan bagi umat Islam, dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."

Musuh PAS beberapa dekad selepas merdeka telah memfitnah PAS sebagai parti penghalang kemerdekaan, sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan dan dilahirkan oleh British. Sejarah pula menyaksikan ulamalah yang mengucur kernigat dalam memperjuangkan kemerdekaan.

PAS memberikan sokongan sepenuhnya terhadap rombongan Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua UMNO, ke London pada bulan September 1953 untuk.menyerahkan memorandum yang disusun oleh Jawatankuasa Persidangan Kebangsaan kepada kerajaan British bagi menuntut diadakan segera pilihan Raya di peringkat Persekutuan. Hasil desakan bersepadu daripada parti-parti politik itu, British bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Persekutuan pada tahun 1955.

Pada bulan Ogos dan Oktober 1953, PAS menyertai persidangan kebangsaan tajaan perikatan UMNO-MCA bagi membahaskan cadangan untuk mendesak kerajaan British mengadakan Pilihan Raya Persekutuan 1954, iaitu sebagai langkah awal ke arah pemerintahan sendiri. Maknanya PAS melakukan apa sahaja bagi memastikan jalan kemerdekaan dapat diraih, pilihan raya yang pertama sangat penting bagi menyediakan rakyat Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya didaftarkan dengan Pandaftar Persatuan sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) atau PAS (dua minggu) sebelum 31 Mei 1955 iaitu hari penamaan calon pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung pada 27 Julai 1955. Nama Persatuan Islam Se-Malaya kemudiannya ditukar dalam persidangan pada 25-27 Disember 1971, ia ditukar sekali lagi menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kekal hingga ke hari ini. - HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Mengimbau Sejarah Perjuangan PAS (Siri 4)

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Dalam persidangan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tarikh 4 January 1953, parti itu telah menggariskan matlamat utama perjuanganny iaitu menegekkan sebuah negara yang merdeka berlandaskan ajaran Islam serta matlamat-matlamat lain seperti berikut.

1.Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya

2.Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah-faedah kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi.

3. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan segala tanggungjawab yang berkaitan dengan Agama Islam.

4. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS sebagai mewakili umat Islam Melayu kepada alam Islamiyyah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya sama ada dalam perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya.

5. Berkhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam.



PAS di awal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama.Tuan-tuan guru pondok sememangny menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hirarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang menyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan awal PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan

PAS semenjak di tubuhkan bergerak di atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagaan PAS kemudiannya:

PAS diawal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama. Tuan-tuan guru pondok sememangnya menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hirarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang meyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan
PAS semenjak ditubuhkan bergerak di atas landasan

dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul. Dengan berkembangnya, PAS sebagai wadah perhimpunan orang Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagan PAS kemudiannya:
Fasa 6 – Perlembagaan PAS menyebut:

1. Menyeru umat kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikan sebagai panduan berpolitik dan bernergara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3.Memupuk dan memperkukuh ukhuwah Islamiah dan meyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

pimpinanpas_lama

4. Mengajak dan mengalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperluaskan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan berkerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan, dan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa Al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh umat rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan kehormanian antara kaum di negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa bersatu dan badan-badanI lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menhapuskan segala macam kezalimam, kepalsuan, perhamban, dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa- apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

PAS telah bergerak di atas kerangka dan matlamat untuk menyeru manusia kepada Islam dan parti ini mempunyai segudang pengalaman berhadapan dengan ujian di sepanjang jalan dakwah yang terhampar dengan mehnah. PAS juga semenjak penubuhannya di era kolonial telah berjuang untuk kemerdekaan tanahair.

***Penulis adalah AJK Pas Pusat.

Sumber BO - 1-6-2015




































Siri 3: Penubuhan PAS

DR RIDUAN MOHD NOOR | .


PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 telah menjadi pesaing baru kepada Umno selepas ketiadaan Hizbul Muslimin, terdapat beberapa faktor mengapa parti ini di tubuhkan.

Di antaranya ialah kerana tuntutan beragama itu sendiri yang mewajibkan perjuangan Islam digerakan secara kolektif dan tersusun rapi. Faktor berikutnya ialah kerana keinginan pucuk pemimpin Umno untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung.

Umno menyedari bahawa alim ulama mempunyai pengaruh yang besar di kalangan orang Melayu yang beragama Islam manakala di kalangan pemimpin Umno pula berlaku keretakan di antara golongan yang menyokong Dato' Onn bin Jaafar dan golongan menentangnya.

Keretakan yang berlaku dalam Umno ini turut mengheret pergeseran di kalangan ulama dalam Umno walaupun dalam skala yang kecil. Ada yang secara terang menyokong Dato' Onn. Senario inilah menyebabkan ada di antara tokoh-tokoh ulama yang  mula berfikir bahawa golongan ulama patut memilih jalan sendiri dalam menentukan masa depan ummah dan agama di tanahairnya sendiri.

Dalam suasana inilah menjadi latar belakang kepada persidangan alim ulama yang ketiga di Butterworth yang telah melahirkan PAS yang kemudiannya menjadi pesaing utama kepada Umno untuk lebih separuh abad.

Walaupun terdapat kecenderungan di kalangan ulama yang hadir untuk memisahkan diri daripada anggapan bahawa kegiatan alim ulama daripada menjadi satelit Umno, tetapi pengaruh Umno kepada persidangan itu tidak dapat dielakkan. Ini kerana tenaga-tenaga penting persidangan adalah 'orang kuat' Umno seperti Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki malah tempat persidangan itu berlangsung adalah tempat di mana aktiviti-altiviti Umno dijalankan.

Persidangan ini agak berbeza dengan persidangan ulama sebelumnya apabila turut terbuka kepada badan-badan Islam yang lain seperti Lembaga Pentadbiran Masjid-Masjid seperti Jamaah Masjid Telaga Ayer Butterworth, wakil Mahaad Al-Ehya As-Shariff dan Persatuan Ehya As-Shariff. Persidangan itu telah bersetuju dengan suara majoriti untuk meletakkan nama Persatuan Islam Se-Malaya sebagai nama bagi badan siasah yang hendak ditubuhkan itu atau ringkasannya PAS.(Baharuddin Latif 1994)

Selain membincangkan soal nama pertubuhan, perwakilan juga turut membahaskan rangka perlembagaan persatuan baru itu. Pada malam perwakilan telah memilih pemegang-pemegang jawatan.

Terdapat beberapa nama yang dicadangkan untuk jawatan Presiden parti tetapi, ramai yang telah menarik diri kecuali Tuan Haji Ahmad Fuad dan Sheikh Abdullah Fahim. Pemilihan Presiden telah dibuat dengan undian yang memberikan kelebihan kepada Haji Ahmad Fuad. Jawatan lain seperti Timbalan Presiden dijawat oleh Haji Mohamad Ghazali Abdullah, Naib Presiden oleh Haji Husain Che Dol, Faqeh Mohd Nor dan Abdul Rahman Jamaluddin.

Manakala Setiausaha Agung PAS yang pertama ialah Haji Ahmad Maliki dan jawatan Bendahari disandang oleh Haji Ahmad Tuan Husain. Senarai ahli-ahli jawatankuasa yang lain ialah Haji Yahya Junid dari Kedah, Haji Osman Talib dari Negeri Sembilan,Haji Mohamad Nor dari Kuala Lumpur, Haji Zabidi Ali daripada Pulau Pinang, Haji Abdul Wahab dari Kuala Lumpur, Haji As'iya dari Perak, Mohd Majzub dari Negeri Sembilan dan Haji Ahmad Badawi dari Seberang Perai. Parti ini juga telah memilih ucapan salam sebagai cogan kata parti yang melambangakan ikatan Islamiyyah di kalangan ahli-ahlinya. (Baharuddin Latif, 1994)

Kewujudan PAS telah menyediakan satu ruang kepada ahli-ahli Hizbul Muslimin untuk berpartisipasi dengannya, apatah lagi terdapat ramai daripada kalangan bekas pemimpin Hizbul Muslimin turut serta menganggotai parti tersebut seperti Khaidir Khatib, Othman Hamzah dan Baharuddin Latiff, Mohd Asri dan yang lain-lain. PAS dengan mudah menghimpunkan kekuatan di kalangan guru dan pelajar agama kerana jaringan yang telah terbina sebelumnya oleh MATA, LEPIR dan Hizbul Muslimin.

Juga jaringan pelajar dan guru-guru agama di sebelah Pantai Barat Semenanjung. Kejelasan perjuangan PAS menyebabkan inilah titik pesona terbesar mengapa agamawan memilih wadah ini sebagai bahtera mereka.

PAS semenjak awal lagi tumbuh dan berkembang di persekitaran sekolah agama, bahkan kerana pendukungnya adalah tokoh-tokoh pendidikan Islam, bahkan Pejabat Agung PAS yang pertama ialah Madrasah, Seberang Perai.

Ulama dan golongan agama di Tanah Melayu adalah inti sokongan utama kepada PAS, lantaran sistem nilai orang Melayu sejak zaman-berzaman meletakkan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi.

Dalam rakaman sejarah awalnya PAS telah berkembang pesat di negeri Perak terutama di sebelah Perak Utara dan juga di Seberang Perai, Pulau Pinang, iaitu kawasan yang mempunyai rangkaian pusat-pusat pengajian Islam seperti madrasah dan sekolah pondok. Manakala, selepas itu PAS mula dikembangkan di Kelantan oleh Amaluddin Darus yang mula menubuhkan PAS cawangan Pasir Mas  (Amaluddin Darus:1976).

Seterusnya PAS mula berkembang subur di negeri itu dengan hasil kerja gigih Amaluddin yang berkempen menyebarkan pengaruh PAS. PAS akhirnya mendapat sokongan daripada kalangan guru-guru pondok yang mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat negeri itu dan seterusnya dengan pantas berkembang dalam sendi masyarakat Kelantan. - HARAKAHDAILY 29/5/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 29-5-2015




































Menelusuri sejarah PAS (bahagian 1)

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Ulama memimpin tindakan: Sebuah cerminan sejarah 


Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlakudi Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun1915, juga kebangkitan ulama dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada1928 yang di pimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.

Kebangkitan Ulama Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulama Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia.

Islam telah telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh dua peristiwa tersebut di Tanah Melayu.

Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa pengerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Ulama dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader Al Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan Al Banna di Mesir, Sheikh Amin Al Husini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman di Ponegoro (Perang Jawa 1825- 1830) di Indonesia, Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922-1928) di Tanah Melayu.

Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria,

Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan Umno di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah.

Pada awal abad 20 juga telah berkembang gerakan Isla Islamiah telah mencetuskan fenomena bahkan meriuhkan seketika tentang perbahasan agama di Tanah Melayu.

Gerakan yang juga digelar sebagai kaum muda ini, antara lain berpunca daripada pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tenggah yang memperjuangkan citra perjuangan agama yang perlu dimurnikan daripada khurafat dan bidaah, juga kesedaran pan Islamisme bertolak daripada penjajahan yang menimpa umat Islam oleh kuasa Barat pada abad ke 19 dan abad ke-20.

Gerakan ini telah menyebarkan fahaman mereka melalaui wacana penulisan, pendidkan dan aktiviti berpersatuan.

Sedikit sebanyak, gerakan kaum muda ini telah menginspirsikan kepada orang Melayu untuk berpartipasi dalam gerakan politik perlawanan dan juga menyuburkan dunia pendidikan yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan Hisbul Muslimin pada tahun 1948 di Mahaad Al- Ehya Asyariff Gunung Semanggol.

PAS sebagai mana gerakan Islam lain telah merakamkan nama di langit sejarah merupakan tuntutan beragama yang memerlukan kewujudan tanzim atau organisasi tersusun untuk menegakkan Islam.

Di Mesir tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan Al- Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat- e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu.

Sejarah penubuhan PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad Ar-Ehya asyariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik kiri seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama- agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama.

Pertubuhan politik Islam ini telah mengsasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam.

Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu menggembleng sokongan orang Melayu. Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat. - HARAKAHDAILY 27/5/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.


Sumber HD - 27-5-2015





































Dr Mursi dan tugu arca kezaliman rejim kudeta

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Ardhul Kinanah tak pernah gagal menyaksikan kezaliman demi kezaliman terhadap pejuang Islam, hembusan angin Sahara sekali lagi membawa khabar duka bumi Mesir.

Komplot rejim kudeta dengan tangan ghaib zionis telah memberangus harkat manusiawi tanpa sepicing rasa malu mereka kepada dunia bertamadun yang menyaksikan sistem keadilan Mesir tak ubah kandang kanggaru. Dr Mursi, Dr Muhamad Badie', Sheikh Mehdi Akif dan seratus orang yang lain bakal dikenakan hukuman gantung dengan pendakwaan dan tuduhan palsu yang memualkan pencinta keadilan.

Jerkahlah sekuatnya kepada rejim tolol Fatah as-Sisi, namun mereka tetap tak peduli, seolah-olah tuli dan tanpa nurani serta memperalatkan kelompok agamawan rasmi untuk menjustifikasikan kezaliman mereka.

Isu Mesir yang berdarah, berkubang air mata, pembantaian sekaligus merupakan menifestasi Ahzab moden yang menunjukkan wajahnya yang hodoh dan pongah. Gejolak isu Mesir rasanya begitu hampir dengan nurani umat Islam di negara ini, paling kurang dalam tempoh semenjak satu abad yang lampau.

Pengaruh Mesir begitu membumi dan mempunyai keunikannya yang tersendiri terhadap rakyat negara ini, apatah lagi dengan sebahagian cendekiawan Islam ini mencicip ilmu di kota seribu menara itu.

Gelombang kebangkitan rakyat Mesir turut menyentuh perkembangan politik rakyat negara ini lebih seabad lampau, seawal abad ke-20, Mesir begitu sekali dekat dengan rakyat negara ini. Pelajar-pelajar Melayu yang pintar meraih ilmu di dada bumi ambia' ini. Kepulangan mereka telah melakarkan landskap sosio politik bernuansa islami.

Semenjak sebelum merdeka simbahan semangat pan islamism yang digalang tokoh-tokoh pemikir seperti Syeikh Mohd Abduh, Syeikh Jamaluddin Al-Afghani. Syeikh Rashid Ridha turut menyentak perasaan orang Melayu yang terlalai dengan penjajahan barat, sekaligus mundur terpuruk segalanya.

Mesir juga menjadi tempat bermuara ilmu pelajar-pelajar Malaysia dan sebahagiannya muncul sebagai tokoh -tokoh agama di negara ini. Mereka mencetak sejarah watan, Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Dr Zulkifli Mohamad, Datuk Yusof Zaki Yaakob dan ribuan tokoh cemerlang yang lain.

Mesir bukan sekadar diingati kerana firaun dan piramidnya, haman dan kebejatannya tetapi kerana getirnya Hassan Al-Banna berjuang mencerdaskan umat Islam.

Pembantaian dan kejerihan yang dialami oleh Ikhwanul Muslimin semenjak penubuhannya pada tahun 1928 di Ismailiah, Mesir.

Gerakan islam kontemporari ini terus menjadi model kepada gerakan Islam yang lain, malah perkembangannya sentiasa diintai dan dirasakan kehadiran. Ikhwanul Muslimin telah menyumbang kepada peradaban dunia islam abad moden dengan ratusan pemikir dan ideologinya terus mengalirkan kristal-kristal indah pemikiran dan kitab-kitab islami pelbagai tajuk.

Maka tidak pelik apabila berlakunya revolusi 2011, rakyat negara ini turut sama berkongsi kepedihan melihat kezaliman yang ditimpakan terhadap rakyat Mesir. Revolusi telah mengubah lanskap politik negara yang puluhan tahun secara sistematik memperbodohkan rakyat dan mengekang hak demokratik.

Perubahan politik baru Mesir juga telah memungkinkan Ikhwanul Muslimin menyerlahkan tampang mereka yang sebenarnya. FJP dan Dr Mursi akhirnya membawa aspirasi baru rakyat dan Mesir dalam tempoh dua tahun ini sentiasa menjadi tajuk utama berita antarabangsa.

Tanggal 3 Julai 2013 menyaksikan episod hitam yang mencacatkan sejarah Mesir. Rampasan kuasa tentera yang terancang rapi itu akhirnya mengheret tragedi kemanusiaan yang paling ngeri apabila enam ribu lebih telah gugur sebagai syuhada manakala puluhan ribu yang lain mendekam dalam penjara militer. Mesir terpancing dalam nafas dan gelora hitam, awan hitam menyerkup kemanusiaan dengan dengusan ngeri.

Tragedi ini juga telah menyingkap wajah sebenar kemunafikan rejim negara Teluk yang turut bersekongkol untuk memadamkan Ikhwanul Muslimin daripada peta umat Islam. Israel yang menjadi dalang untuk turut berpesta pora sehingga Gaza turut dihempap duka lagi dengan penutupan semula Rafah.

Hari ini dunia terpanar dengan hukuman gantung terhadap 100 orang lebih pimpinan dan aktivis Ikhwanul Muslimin.

Mesir seolah-olah memekakkan telinga dengan bantahan awam yang berlaku di pelbagai negara umat Islam, juga sikap diam membisu Amerika 'polis antarabangsa; sangat menjengkelkan.

Hanya negara Turki yang berani menjerkah sistem keadilan Mesir dan juga kebobrokan rejim kudeta. Kerajaan Malaysia juga seolah-olah membiarkan kezaliman tetap menyerkap tanah Mesir.

Siapa lagi yang akan membela kebenaran ini wahai orang beriman? Diam adalah jenayah terbesar dalam bongkah jasad manusia. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat.

Sumber HD - 26-5-2015




































Dr Zulkifli Muhammad lantera perjuangan






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Tokoh besar PAS ini dilahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, negeri yang menyaksikan ramai tokoh-tokoh PAS dilahirkan. Dr Zulkifli lahir dalam keluarga yang paling mengambil berat pendidikan anak-anak, beliau mengambil pendidikan awal di kampungnya.

Kecerdasan serta bakat yang membumbui tokoh ini terserlah semenjak kecil lagi. Beliau pernah menghadiri peperiksaan khas bagi mengambil pelajar peringkat tinggi Mahaad Al-Ehya As-Shariff dan beliau satu-satunya calon yang lulus dalam ujian tersebut. Kecerdasan beliau menarik minat guru-guru di Mahaad Al-Ehya As-Shariff, Zulkifli tertonjol sebagai mutiara di kalangan pelajar.

Minatnya terhadap politik terserlah sejak remaja, beliau anti penjajah dan meminati tokoh-tokoh perjuangan anti penjajah dalam dan luar negara. Anak muda ini berbakat dalam bidang penulisan dan dunia kesusasteraan malah turut menghasilkan beberapa karya.

Beliau mendapat pendidkan tinggi Mesir dan dilantik sebagai kepimpinan pelajar yang mempunyai jaringan di antara pelajar Tanah Melayu dan pelajar Indonesia.

Saat belajar inilah beliau dan rakan-rakanya yang lain mengunjungi markas Ikhwanul Muslimin di Kaherah, menjadi kader muda dakwah dan dialirkan energi perjuangan Islam yang sistematik.

Namum semasa di Mesir, Zulkifli sentiasa menghadapi gangguan kesihatan yang amat mengganggu masa belajar. Beliau sentiasa sakit perut, pinggang dan kesihatan yang semakin memburuk ini memaksa beliau pulang ke tanah air.

Permata orang Melayu pada dekad 50-an ini ditawarkan jawatan sebagai Mufti Negeri Perak tetapi ditolak olehnya kerana tidak mahu terikat, bimbang akan menyekat. Beliau bercita-cita mewakafkan diri untuk perjuangan Islam, apatah lagi dengan kemunduran berfikir umat Islam yang sesat oleh fahaman sekular Barat.

Dalam dekad 60-an, beliau adalah fenomena dalam dunia politik dan dakwah. Dr Zulkifli pernah bertanding di kawasan Parlimen Klang pada pilihan raya pada tahun 1955 tetapi tewas. Bintangnya tetap menyinar terutama selepas menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1956.

Beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Bachok pada tahun 1959 dan mengekalkan kemenangan pada tahun 1964, pidato beliau sentiasa menjadikan medan himpunan yang menyihir puluhan ribu umat manusia, ada yang sanggup mengayuh basikal puluhan batu semata-mata ingin mendengar hujah bernas daripada sumur akal yang cerdas ini.

Dr Zulkifli dilihat sebagai intelektual awam yang berkesan disegani oleh kawan dan lawan, idea-idea yang segar membaca unjuran masa depan termasuk mengesyorkan keahlian bukan Islam Dalam PAS.

Manusia tersihir dengan tokoh muda yang mempuyai orasi yang memukau, sarat dengan fakta yang diselit dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis junjungan Nabi SAW. Dekad 60-an menyaksikan ramai bayi yang lahir diabadikan dengan nama beliau, dengan harapan menjadi hebat dan berkarisma seperti tokoh-tokoh Islam ini.

Beliau merupakan pemimpin yang paling awal menggagaskan persoalan negara Islam di dalam PAS secara akademik dan berdokumen dengan menghasilkan beberapa buah karyanya. Antaranya masyarakat dan Syariat, Peganggan Hidup Umat Islam dan Practicalbility of Islam As a socio- political system. Tulisan-tulisan ilmiah karya beliau juga berserakan dalam pelbagai  majalah dan akhbar.

Intipati ucapan beliau juga sentiasa berlegar kepada membina kekuatan PAS sebagai gerakan Islam, persoalan membina peribadi Muslim dalam kalangan pendukung PAS serta mewujudkan pemerkasaan tarbiah sebagai akar tunjang gerakan Islam.

Sebahagian ahli PAS yang lain lebih selesa joka PAS dipimpin oleh Dr Zulkifli Muhammad, seorang tokoh muda PAS yang sangat karisamatik dan semasa belajar di Mesir beliau telah mendapat tarbiah secara langsung daripada Hassan Al-Banna dan Sayyid Qut. Kekaguman beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa Ikhwanul Muslimin telah menyeret  beliau untuk menyertai PAS pada awal  1950-an.

Beliau adalah di antara tokoh penting yang telah menjadi idealoque kepada pengikut PAS yang telah berusaha keras memastikan eleman tarbiah mengukuhkan wadah PAS. Beliau menterjemahkan akhlak yang mulia yang terpancar daripada diri beliau yang merendah diri, sebagai tokoh tarbiah beliaulah yang sering dipangil untuk mengisi program pembinaan yang dianjurkan oleh PAS. - HARAKAHDAILY 22/5/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 22-5-2015

Dr Burhanuddin tokoh PAS yang cemerlang






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Beliau dilahirkan di Cangkak Tualang, Perak pada 29 ogos 1911. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Behrang Ulu dan  kemudian di Bakap sehingga Darjah 3. Beliau terdiri daripada kalangan yang mempunyai latar belakang agama yang mapan. Beliau dan adiknya Abdul Halim dihantar belajar ke Sumatera Barat pada tahun 1924. Indonesia di awal abad 20, lebih menonjol berbanding Tanah Melayu dalam pendidkan Islam dan juga pergulatan menentang penjajah.

Di sana beliau mencium pengaruh pemikiran Sarekat Islam, sesebuah pergerakan fenomenal berbasis Islam yang dipimpin oleh Omar Said Chokroaminoto. Sekembalinya ke tanah air, beliau masuk belajar ke pondok pisang, Jitra untuk mendalami kitab-kitab tradisional yang menjadi teras pengajian di pondok. Pendidikan sekolah pondok sangat subur di Tanah Melayu terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ternyata acuan dalam kaedah belajar di situ tidak menyelerakan beliau yang agak kritis dan sukakan cabaran intelektual. Sistem pendidkan menumpukan hafazan dan tidak mencabar pemikiran pelajar.

Bapa Burhanuddin telah memindahkan beliau ke Madrasah Al-Masyur Al-Islamiyyah di Pulau Pinang, sebuah sekolah agama tersohor bagi negeri utara. Beliau telah menamatkan Tingkatan Menegah Atas (Thanawi) pada 1934. Di atas kedermawan seorang usahawan dari Pulau Pinang beliau telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di India, sebuah negara yang pernah menjadi tempat penting pertapakan ilmu Islam terutama bidang hadis. Senario politik di India yang begitu  subur dengan tuntutan rakyat untuk menuntut kemerdekaan telah menyubur dan membajai semangat anti- kolonial yang telah berkembang biak di dalam diri beliau.

Bermukim ilmu di India telah membuka ruang seluas mungkin kepada Dr Burhanuddin untuk memahami tabiat perjuangan dan sikap penjajah Barat. Di sana beliau berpeluang mengenal lebih rapat akal  budi pejuang-pejuang anti-kolonial seperti Ghandi dan Nehru.

Dr Burhanuddin merupakan anak Melayu yang pertama mempelajari disipilin ilmu Homeopathi dan beliau telah memperolehi gelaran Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam Aligharh, India dalam jurusan metafizik dan falsafah. Sebelum pulang ke tanah Melayu, beliau sempat menziarahi beberapa negara Arab termasuk bumi Palestin. Kembara ilmu semakin memantapkan pengalaman beliau untuk menjadi tokoh perjuangan kemudiannya.

Sekembalinya beliau ke tanahair, beliau telah menjawat jawatan guru bahasa Arab di sekolah Arab al-Juned, Singapura. Dalam masa yang sama beliau memainkan peranan menubuhkan akhbar ' Taman Bahagia' pada tahun 1937 untuk meluahkan rasa mual dan jijik beliau kepada sikap penjajah dan beliau cuba mengempur semangat dan pemikiran orang Melayu supaya menginsafi nasib mereka sebagai bangsa yang tertindas di watan sendiri.

Akhbar sebagai wahana pencerahan politik ini hanya bertahan untuk sekali keluaran sahaja (diharamkan di British) dan beliau telah membayar harga yang mahal, terpaksa menjenguk ke penjara British Dr. Burhanuddin telah memberi rancangan kepada penubuhan parti Islam yang pertama di Malaya iaitu Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada Mac 1948. Dasar dan slogannya ialah "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, ciptakan masyarakat bedasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu darul Islam".

Sejarah tanah air menyaksikan ketokohan, kesegaran idealisme dengan stamina perjuangan yang gencar sehingga beliau telah memberi mandat untuk memimpin beberapa wadah popular gerakan politik tanah air. Pada 30 November hingga 3 Disember 1945, Dr. Burhanuddin telah dilantik sebagai yang Dipertua Agung PKMM, menggantikan Mokhtaruddin Lasso seorang yang mempunyai identiti yang samar juga free thinker (anggota komunis) yang menghilangkan diri.

Pengaruh Dr. Burhanuddin kepada orang Melayu begitu sekali mengesankan, menyebabkan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) berjaya merebut hati rakyat dan ini amat mengusarkan British. Parti ini merupakan pertubuhan pertama yang melaungkan slogan 'merdeka' di Tanah Melayu dan mempunyai sayap penopangnya seperti API (Angkatan Pemuda Insaf) dan AWAS (Angkatan Weanita Sedar). Jalur politik perlawanan menyebabkan PKMM meraih sokongan daripada orang melayu yang inginkan kemerdekaan.

Beliau juga telah menganjurkan persidangan Ekonomi- Ugama Se-Malaya pada 22-24 Mac 1947. Perhimpunan ini telah menghimpunkan rakan-rakannya di Maahad Al-Ehya As-Shariff. Persidangan ini telah mengorak langkah kepada pertubuhan PEPERMAS (Pusat Perekonomian Malaya Se-Malaya) dan MATA (Majlis Islam Tertinggi Se-Malaya). Dr. Burhanuddin telah menyertai PAS (Parti Islam Se Tanah Melayu) pada 14 Disember 1956 dan dilantik menjadi Yang Dipertua Agung PAS dalam Muktamar PAS ke-5.

Wibawa sebagai pemimpin ummah telah menyebabkan kemenangan PAS yang cermerlang di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 1959. Beliau dalam Pilihan Raya itu telah diberi mandat oleh warga Parlimen Besut untuk menjadi jurubicara mereka di Parlimen Malaya. Tidak syak lagi kemasukan Dr. Burhanuddin ke dalam PAS telah meledakkan perubahan yang besar. Sebelum ini PAS telah dimomokkan oleh rakyat dan pemerhati politik, "PAS laksana ular, ekor bergerak tetapi kepalanya tidur".

Era kepimpinan yang paling berkesan dan paling menonjol dalam PAS ialah semasa PAS dipimpin oleh dua tokoh besar alam Melayu iaitu Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli Muhammad, kepimpinan mereka telah berjaya melonjakkan PAS ke persada arus utama politik negara ini. Pandangan mereka menjadi buruan akhbar apatah lagi kerana inteligensia Melayu tidak ramai terlibat dengan politik Tanah Melayu secara langsung.

Dr. Burhanuddin adalah mentor kepada politik kiri Tanah Melayu yang telah mendekam beberapa kali di penjara British. Akhbar 'Melayu Raya' sentiasa memberikan beliau publisiti yang lumayan sebagai pemimpin rakyat yang tidak gentar berhadapan dengan gertakan British pada tahun 1950 beliau adalah tokoh utama dalam peristiwa Natrah di Singapura sehingga beliau dipenjarakan. Beliau dibebaskan kemudiannya akibat desakan rakyat, juga kebijakan rejim British untuk meredakan kemarahan orang Melayu.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy mula dilantik dalam muktamar PAS pada 25 Disember 1956 yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dalam program muktamar yang hangat, Beliau telah berjaya menewaskan calon lain iaitu Dr. Zulkifli Muhammad untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang ketiga. Sungguhpun Zulkifli Muhammad telah mendapat pencalonan yang banyak daripada kawasan-kawasan. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 19-5-2015

Pengiktirafan Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Kesan daripada kepimpinan ulama telah memunculkan ledakan budaya tarbiah harakiah di dalam PAS pada era 80-an dan 90-an, termasuk juga ialah meningkatnya peranan Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan di semua peringkat organisasi PAS.

Program pembinaan dan pemantapan fikrah perjuangan ini menjadi penting dan rancak apabila lulusan pelajar dalam dan luar negara berbodong-bodong menyertai PAS dalam dekad ini dan golongan ini telah memanafaatkan pengalaman mereka menerima proses tarbiah harakiah di kampus ke dalam PAS pula.

PAS melalui ulama muda telah menyusun skema pentarbiahannya kepada ahli-ahli parti.

Program pendidikan kepada ahli ini telah menjadi begitu rancak pada dekad 80-an untuk membina pemikiran politik ahli PAS supaya diselaraskan dengan matlamat perjuangan parti tersebut. Program pendidikan untuk ahli seperti usrah, tamrin, daurah, dan ijtimak telah mewarnai parti tersebut apatah lagi dengan kebangkitan  Islam yang berlaku di negara dan seluruh dunia.

Kerancakan program tarbiah begitu dirasai apabila berkembangnya kemuculan markas-markas dan pusat tarbiah di seluruh negara serta kehadiran tenaga nuqaba' yang semakin bertambah terutama dari Pusat Pusat Pengajian di Timur Tengah.

Setiausaha Agung PAS, iaitu Ustaz Hassan Shukri telah mengeluarkan arahan supaya setiap cawangan dan kawasan PAS mempunyai markas tarbiah, menghidupkan budaya ilmu serta sebagai pusat penting PAS membina jaringan dengan masyarakat.

Lajnah Tarbiah PAS Pusat dalam usaha untuk menggerakkan program tarbiah secara tersusun telah mengadakan Seminar Tarbiah pada tahun 1982. Dalam seminar itu Lajnah Tarbiah telah memperkenalkan sukatan tarbiah secara berkala meliputi usrah, tamrin, mukhayyam,liqa' fikri dan ijtimak dengan melibatkan semua peringkat ahli dan kepimpinan parti bermula dari peringkat cawangan, kawasan, perhubungan dan pusat.

Pada setiap tahap telah disediakan silibus atau sukatan tarbiah tertentu. Tarbiah harakiah ini telah tersusun oleh tiga tahap (marhalah) iaitu ta' arif (pengenalan), takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan). Inilah kali pertama di dalam pembinaan organisasi tarbiah PAS mempunyai satu skema tarbawi yang tersusun.

Teks-teks usrah telah diwujudkan sama ada yang ditulis oleh pemimpin PAS sendiri seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Haji Harun Taib, Ustaz Yahya Othman, Dr Daeng Sansui Daeng Mariok atau oleh tokoh-tokoh gerakkan Ikhwan. Contohnya Fiqh Al-Sunnah (Sayyed Sabiq), Al-Akidah Al-Islamiah (Hassan Al-Banna), Fiqh Sirah (Said Ramadan Al-Buti dan Al- Ghazali), Usul Al- Dakwah (Dr. Abdul Karim Zaidan), Al-Adalah Al- Ijtima'iah (Sayyid Qutb), peraturan dan arahan (Hassan Al-Banna), Amal Islami dan Jundullah (Said Hawwa) serta sejumlah karya-karya lain yang dijadikan teks dan rujukan dalam pelaksanaan tarbiah itu.

Budaya tarbiah telah meledak menjadi fenomena yang subur, menghangatkan intelektual, mewujudkan persaingan ilmu yang sihat di semua peringkat PAS, ulama muda, kepimpinan Dewan Pemuda galak menganjurkan pelbagai bentuk program tajnid. Presiden PAS yang menerajui kepimpinan ulama iaitu Haji Yusof Rawa telah memberikan perhatian yang istimewa kepada persoalan tarbiah dan kaderisasi dakwah seperti yang diungkap dalam ucapan muktamar pada tahun 1984.

"Melihat kepada keperluan harakah kita.Kerana orang-orang yang kita kehendaki itu tidak akan muncul dengan sendiriya tanpa latihan dan pendidikan yang dirancang secara teliti dan dilaksanakan dengan penuh kegigihan. Oleh itu semua angota parti kita, mulai pada hari ini, hendaklah menjadi orang yang mentarbiah atau ditarbiahkan. Saluran-saluran tarbiah yang diwujudkan hendaklah dijadikan sebagai petugas-petugas  perjuangan yang setia dan gigih".

PAS semenjak dekad 50-an, 60-an dan 70-an telah berusaha dengan gigih untuk mencetak para amilin serta mentarbiah ahli-ahlinya. Tokoh jurubina seperti Dr Zulkifli Mohamad, Ustaz Jais Anwar, Ustaz Omar Shukri Embong, Ustaz amaluddin Darus, Ustaz khaidir Khatib, Ustaz Hasan Shukri adalah tokoh-tokoh tarbawi  yang berjasa besar. Kepimpinan ulama terus melangsungkan gerakerja tarbawi dengan munazomah serta berkesan, malah gerak kerja tarbiah membezakan PAS dengan parti konvesional yang lain.

Seperti ungkap Ustaz Idris Ahmad, "sesibuk mana dan sehebat mana pun para abnaul harakah,tiada istilah untuk membebaskan diri daripada menerima tarbiah dan bersiap untuk ditarbiah". PAS kental berdada dengan regim tirani selama puluhan tahun kerana dipasak dengan khursani tarbiah, tanpa tarbiah gerenti rebah! - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 15-5-2015




































2 dekad ILHAM menabur bakti memperkasa tarbiah PAS






































DR RIDUAN MOHD NOOR | .



Satu usaha yang paling serius dilakukan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat dalam membina kefahaman ahli kepada perjuangan Islam ialah dengan menubuhkan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ILHAM pada tahun 1994. Tenaga nuqaba' PAS mestilah dicetak dengan bersistem dan melengkapi piawaian sebagai tenaga teras dalam jamaah.
Matlamat utama menubuhkan ILHAM ialah untuk menyediakan kepada masyarakat khususnya ahli-ahli PAS satu program berupa persiapan yang mantap dan sesuai dengan persiapan menghadapi cabaran perjuangan Islam di Malaysia.

Bagi mempersiapkan ILHAM sebagai institusi pengkaderan parti, ia telah dimantapkan dengan struktur organisasinya yang dianggotai oleh gabungan barisan PAS, para ulama dan golongan profesional.

PAS tidak pernah memencilkan profesional dan kelompok lain jika mereka mempunyai keupayaan dalam memberikan sumbangan yang berkesan dalam jemaah.

Semasa peringkat awal dilaksanakan, ILHAM yang berpusat di markas Tarbiah Taman Melewar menawarkan pengajian diploma Tasawwur Islam (DTI), Kursus Pengurusan dan Organisasi (ILPO) dan Kursus Kefahaman dan Visi (ILKV).

Hasil daripada kesungguhan Lajnah Tarbiah dan pimpinan PAS di era kepimpinan ulama, kini ILHAM telah mengembangkan cawangannya ke seluruh negara dan mampu menawarkan pelbagai kursus kepada ahli-ahli PAS seperti Diploma Tasawwur Islam, Kursus kefahaman dan misi, Kursus Pengurusan Dan Organisasi, Sijil Bahasa Arab dan kursus-kursus intensif yang diadakan dari semasa ke semasa. Penubuhan ILHAM dilihat sebagai satu keseriusan PAS untuk melahirkan para nuqaba' yang akan membina jaring tarbiah di dalam PAS.

Sehingga Kini ILHAM telah berjaya mengeluarkan ribuan graduannya dan memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.

Tidak dinafikan perkembangan  ILHAM tidak serancak yang diimpikan oleh pimpinan PAS namum institusi ini hanya boleh mencapai tahap yang membanggakan jika mempunyai dukungan dua hala, pusat dan akar umbi parti.

Pimpinan PAS di era kepimpinan ulama sentiasa memastikan 'al-fahmu' adalah elemen yang penting dalam membina kesiapsiagaan PAS dalam berdepan dengan cabaran, menekankan soal membina kefahaman dan tarbiah untuk ahli-ahli sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Fadzil Noor dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS kali ke-42:
"Di sini suka saya mengulangi seruan kepada semua pendukung PAS supaya mempertingkatkan program tarbiah kerana tarbiah adalah nadi kepada PAS sebagai jamaah Islam. Tarbiah yang dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dan tamrin serta pengisian ilmu, tetapi juga bersedia membentuk diri sebagai petugas Muslim yang mampu memperlihatkan wataknya sebagai 'role model' yang ceria kepada masyarakat.bukan sahaja dari segi syakhsiyyah, ilmu, disiplin, malah ketrampilan sebagai mujahid".

Menurut Ustaz Fadzil Mohd Noor, penubuhan ILHAM adalah untuk memenuhi tuntutan ini dengan menginstitusikan ilmu untuk meningkatkan keupayaan dan kemantapan ahli kerana menjadi pendokong gerakan Islam bukan sahaja perlu memiliki semangat juang yang tinggi, tetapi juga kemantapan tarbiah dan ilmu yang meliputi semua bidang. Dengan itu program- program tarbiah hendaklah menjadi agenda pertama dalam jamaah.

Misi PAS juga ialah memperkasakan tahap kepimpinan, bagi Ustaz Fadzil Mohd Noor, PAS mestilah memainkan peranan yang serius dalam mengintelektualkan ulama dan mengulamakan intelektual.

ILHAM lebih dua dekad menabur bakti melahirkan kelompok nuqaba' dalam PAS dengan sistem pembelajaran formal.

Bakti ini tak mampu dipadamkan daripada sejarah, walaupun jamaah mengalami pasang surut prestasi. Pada 9 Mei yang lalu lebih 300 orang lebih pelajar ILHAM menerima diploma mereka dalam majlis konvokesyen di KUIZM Taman Melewar.

PAS yang telah menjangkau lebih enam dekad umurnya, semakin tersusun membina kader-kader yang kompeten dan akan merancakkan program amal tarbawi di persada perjuangan. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 13-5-2015

PAS dan peningkatan gerak kerja dakwah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Di antara pengaruh yang agak ketara di dalam PAS dalam era kepimpinan ulama ialah peningkatan kepada kerja-kerja dakwah yang sebelum ini kurang rancak ketika PAS di bawah aliran pemimpin terdahulu yang kurang terserlah walaupun ia secara jelas memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

Dakwah menjadi idiom yang penting di era kepimpinan ulama dan juga sebagai refleksi kepada kebangkitan Islam.

Ahli PAS didedahkan daripada semasa ke semasa dengan pemikiran dan kerja dakwah, bahkan jaringan sivil PAS juga rancak memainakan peranan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Peranan jentera dengan dakwah mula dikesan secara jelas dalam perlembagaan PAS bertarikh 30 November 1962. Apabila peruntukan dalam Bab Tiganya mencatatkan usaha meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Muslim dan memberi penerangan kepada non Muslim tentang Islam.

Seterusnya peruntukan mengenai dakwah mula muncul secara jelas dalam perlembagaan parti yang pertama sekali ialah untuk menyeru manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasul-Nya menerusi dakwah dalam bentuk perkataan, tulisan dan perbuatan.

Peruntukan seperti ini dikekalkan sehingga kini, sepertimana yang dinyatakan dalam perlembagaan parti bertarikh Januari 1994.

Kedua-dua peruntukan dakwah dalam perlembagaan di atas menggambarkan bahawa dakwah menjadi satu kaedah perlaksanaan dalam usahanya mencapai matlamat menegakan sebuah masyarakat dan negara yang berlandaskan Islam.

Dalam pengertian lain, dakwah dijadikan sebagai mekanisme atau motor dalam mencapai cita-cita politik parti ini.

Kehadiran kalimah dakwah dalam perlembagaan PAS yang  mungkin juga sebagai tidak balas kepada kebangkitan dakwah ketika itu secara langsung meletakkan PAS dalam arus perjuangan dakwah semasa.

Perkembangan ini menjelaskan kepada umum bahawa PAS bukan sahaja sebuah parti politik pemburu undi atau mengkhayalkan rakyat dengan ucapan retorik tetapi juga sebagai sebuah gerakan Islam yang mempunyai sumbangannya yang tersendiri terhadap pemerkasaan dakwah.

Hubungan ini dijelaskan oleh Ustaz Fadzil Noor yang menyatakan bahawa PAS adalah gerakan unik yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia bukan parti atau gerakan dakwah dalam erti yang sempit bahkan saling meliputi kedua-duanya.

PAS bergiat dalam erti politik untuk kejayaan dakwah dan melaksanakan dakwah untuk menguatkan politik.

Beliau menambah bahawa hakikat pelaksanaan politik dakwah ini telah telah dibuktikan oleh Negara Islam Madinah di man menerusi lindungan Politik Islam, program-program dakwah dan kebajikan dijalankan dengan berkesan untuk kesejahteraan seluruh penduduk meliputi muslim serta non Muslim.

Usaha pendakwah dibuat pelbagai peringkat parti, termasuk gerakan mencegah kemaksiatan.

PAS sentiasa di hadapan dalam membantah program maksiat yang berlaku di negara ini sama ada menghantar memorandum mahupun berdemonstrasi.

PAS terutama melalui Dewan Pemuda telah menggerakkan dakwah kepada masyarakat bukan Islam  di negara ini, antara yang ditubuhkan ialah PPI (Pusat Penerangan Islam).

PAS mengambil inisiatif ini kerana Islam dimomokkan dan diwajahkan sebagai tidak bertoleransi jika diberi amanah memimpin.

Media massa juga tidak membantu rakyat bukan Islam untuk membantu memahami Islam serta dengan propaganda buruk BN terhadap PAS juga turut merosakkan citra islam yang murni.

Perubahan suasana politik semasa khususnya dalam pimpinan Haji Yusof Rawa mendesak kepimpinannya secara menjalin hubungan dengan yang bukan Islam.

Bersesuaian dengan ispirasi pemikiran itu, tertubuhnya CCC atai Chinese Consultative Council pada tahun 1983/84 untuk merengkuh sokongan dan membuka hati orang-orang Cina kepada   memahami konsep perjuangan PAS. PAS dengan orang Cina sebelum kepimpinanan ulama mempunyai jurang yang sangat luas dan penunh prejudis akibat mesin propaganda BN.

Banyak sekali siri-siri pertemuan yang berlangsung sehingga Umno menggelar PAS sebagai parti yang mengkhianati perjuangan Melayu. PAS juga telah berjaya memunculkan beberapa nama pendakwah Islam  daripada kalangan bukan Melayu seperti Kamal Koh.

Kamal Koh turut dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamal Liang, Riduan Daniel Ong (juga Exco DPPP)dan lain-lain. Kelompok ini terus aktif menjambatankan PAS dengan bukan Islam.

PAS merasakan bahawa partinya perlu mendampingkan diri dengan masyarakat bukan Islam kerana gambaran yang diberikan oleh musuh politiknya terhadap pemerintahan Islam telah menjarakkan mereka dengan PAS.

PAS dalam tempoh 64 tahun di medan perjuangan ini telah menggerakkan usaha dakwah secara terancang samada di dalam kerajaan atau di luar kerajaan.

Usaha gerakan Islam ini memaut nurani manusia untuk hidup bertuhan telah dilaksanakan melalui lisan, tulisan, fardy dan jamaie. PAS tidak berselindung dan apologetik untuk menegaskan bahawa Islam adalah manhaj kehidupan, yang memandu jalan ke akhirat.

PAS juga melalui jaringan sivilnya terus konsisten melakukan misi-misi dakwah ke ceruk hutan Semenanjung, juga merentasi belahan Borneo untuk mengajak manusia hidup bertuhan. Gerakan Islam ini berpolitik dalam jalur dakwah dan juga berdakwah dalam jalur politik. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah




































Tangisan pilu Muslim Rohingya, siapa peduli

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Langit merah jingga menebar cahaya keperakan di gigi Pantai Burma yang bersebelahan dengan negara Bangladesh. Kelihatan pihak aparat keamanan Bangladesh mengawal ketat sempadan negara kerana bimbang ribuan pelarian muslim Arakan akan membolosi sempadan negara mereka. Tiada sebersit rasa kemanusiaan di hamparan relung hati tentera Bangladesh ini walaupun pelarian Arakan sebangsa dan seakidah dengan mereka, malah mereka juga tidak segan melepaskan tembakan kepada pengungsi Arakan yang kelaparan.

Muslim Arakan tak ubah seperti muslim Palestin yang hilang peta dan tanah, cuma berbeda dengan nasib ummat Palestin yang sentiasa dilimpah cahaya lensa, kesengsaraan Palestin menggema keseluruh belahan dunia. Bantahan awam sentiasa menjerkah rejim zionis dan "uncle Sam" , samada oleh NGO Islam atau bukan Islam. Bulan Mei pula, sambutan Nakbah Palestine terus menyubur kepedulian terhadap kejerihan Palestine. Arakan adalah Gaza di Asia yang berselimut kesakitan dan menebar aroma kematian.

Muslim Arakan hidup di tanah Burma sejak abad ketujuh dan pernah bernaung di bawah kerajaan Islam Moghul India, dengan identiti mereka sendiri.

Kerajaan Moghul mengamalkan pemerintahan yang adil untuk semua agama dan etnik. Ini menyebabkan Islam berkembang dan memaut nurani manusia kepada agama fitrah. Kejatuhan Empayar Islam Moghul di tangan empayar Pax Britannica , maka dengan perlahan-lahan nasib umat Islam di Burma memburuk.

Muslim dimusuhi sehingga terjadi pergeseran agama secara sistematik, sejak awal abad 20 nasib muslim Rohingya mula terumbang ambing.

Kumpulan Buddha adalah kelompok yang kuat menentang imperialisme Barat seperti Persatuan Buddha Burma, Persatuan Pemuda Buddha Burma dan sebagainya. Selepas Barat meninggalkan Burma, nasib muslim semakin parah, mereka dianggap orang asing, apatah lagi dengan perbedaan agama dan etnik.

Muslim Rohingya berkulit agak gelap kerana mereka berketurunan Benggali serta merupakan penganut Islam yang taat. Mereka dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan, memiliki perniagaan, memiliki senjata, bahkan hak sebagai manusia itu sendiri. Jutaan muslim Rohingya akhirnya cuba melarikan diri daripada Arakan, kerana mereka dibunuh, dibakar dan dirogol.

Ratusan ribu mengungsi di Coox Bazaar, Bangladesh dalam keadaan terpuruk dan sangat dhaif. Nasib mereka semakin buruk apabila rejim sekular Bangladesh menutup pintu sempadan. Misi bantuan kepada muslim Rohingya juga dihalang dan mengalami sekatan melampau. Antara NGO Malaysia yang aktif membantu muslim Rohingya ialah MAPIM, Muslim Care, Yayasan Amal, namun tak semudah membantu muslim di peta luka ummat yang lain seperti Gaza, Syria, Pakistan, Cambodia.

PBB dan OIC kurang mencaknai isu ini bahkan negara Asean sendiri seolah memekakkan telinga.

Konsep ZOPFAN (Zone of peace, freedom,and neautrality) seolah membunuh kepedulian ummah. Darah yang tumpah seolah darah kerbau yang tidak mempunyai nilai harga. Bahkan Malaysia tetap menghantar kontijen ke Sukan Sea di Burma sebelum ini tanpa merasa bersalah.

Pelarian Rohingya juga menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang sangat dahsyat. Mereka dilayan seperti hamba, bahkan terkini kuburan massa dijumpai di sempadan Malaysia Thai.

Isu muslim Rohingya memerlukan komitmen seluruh umat Islam dan penguasa umat, tindakan bersepadu wajar diambil dengan segera terhadap rejim Burma. Pihak berkuasa Thailand juga wajib menyiasat sehingga ke akar umbi dalam isu pembunuhan di sempadan negara itu. Atas nama akidah yang satu, ayuh kita bangkit membantu dan bersuara. Rohingya, kami peduli!

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan Pusat.

Sumber HD - 8-5-2015

Muktamar PAS dan keunikan memilih pimpinan

Posted on Thursday, May 07 @ 13:36:01 MYT by paktam

Oleh RIDUAN MOHAMAD NOR 


PAS semenjak ditubuhkan oleh ulama dan agamawan pada tahun 1951, gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sambutan masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

Oleh kerana PAS meletakkan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan, golongan ulamalah yang paling akrab, terkedepan dalam menerangkan dasar dan matlamat perjuangan PAS kepada masyarakat.


Namun di sana juga ada pembicara yang dapat menerangkan fikrah perjuangan PAS dengan baik daripada kalangan aktivis dan profesional, tetapi secara umumnya, golongan ulama lebih terkedepan dalam mengisi program dalam masyarakat. Kelibat mereka sentiasa muncul dalam programprogram hari kebesaran Islam dan jaringan mereka dengan masyarakat agak rapat kerana kebolehan menyampaikan kuliah, berkhutbah, membaca doa selamat, mentahnik bayi, menyempurnakan jenazah, bertahlil dan sebagainya.


Tanpa paksaan masyarakat terutama ahli PAS meletakkan mereka pada tahap yang mulia sesuai dengan ilmu, partisipasi dan kebolehan yang ada pada mereka. Di peringkat cawangan dan kawasan, para asatizah ini lebih tertonjol berbanding kelompok profesional mahupun aktivis. Namun ini bukanlah faktor mutlak, jika perhatikan  apa yang berlaku di peringkat akar umbi PAS semenjak pengenalan kepimpinan ulama sehinggalah sekarang, peluang yang agak seimbang untuk semua kelompok.

Mengikut pengamatan saya dalam dua dekad ini sebagai aktivis PAS, latar belakang pengajian Islam dalam (ulama), profesional mahupun aktivis bukanlah menjadi isu dalam menerajui kepimpinan PAS di semua peringkat. Di peringkat PAS Pusat juga berlaku trend yang sama, walaupun media BN sentiasa melagakan isu pertembungan ulama-profesional terutama menjelang pemilihan muktamar, namun perwakilan begitu bijak dalam menentukan komposisi jawatan kuasa pusat.

Pada sesi lepas dua daripada naib presiden daripada latar belakang aktivis , hanya seorang daripada latar belakang pengajian Islam. Dalam jawatan kuasa PAS pusat pula tiga kelompok ini diundi dengan seimbang oleh perwakilan.

Presiden PAS juga bijak menyeimbangkan komposisi pimpinan PAS, telah menjadi kebiasaan untuk AJK lantikan selepas pemilihan, kalangan yang dilantik adalah daripada latar belakang pemikir, profesional dan aktivis parti.

Kaedah yang sama juga digunakan dalam pemilihan calon pilihanraya, kabinet bayangan PAS di peringkat Dun dan Parlimen diseimbangkan daripada pelbagai latarbelakang pendidikan.

Ahli-ahli PAS sudah terlalu matang dalam membuat penilaian, jangan perlekehkan kewibawaan dan tahap intelektual ahli-ahli PAS. Mereka akan memilih kepimpinan yang mampu membuat kerja, 
membangunkan organisasi dan yang tidak membina jarak di antara pemimpin dengan pengikut. 

Paling penting ahliahli mula menapis pimpinan daripada kilang tajnid PAS untuk memastikan manhaj perjuangan gerakan Islam ini terpelihara.

Juga pimpinan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam kerangka adab berjemaah.

Menarik dan berwarna warni dalam penentuan pimpinan diperingkat akar umbi kali ini Ada calon yang dipertua PAS kawasan yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam yang meyakinkan, tetapi kerana dilihat kurang berfungsi maka perwakilan memilih kalangan aktivis ataupun profesional sebagai yang dipertua PAS kawasan. Begitulah sebaliknya. Dengan sejuta lebih ahli , PAS mempunyai tenaga dan sumber manusia yang lumayan bakat, minat dan kebolehan.

Semenjak dekad 1980-an, begitulah trend yang ada dalam PAS. Namun saya tidak menafikan di kawasan “Malaybelt,” ahli-ahli PAS lebih gemar mengangkat para asatizah sebagai pimpinan PAS kawasan dan cawangan. Ini mungkin berpunca daripada kelebihan ilmu agama dan euphoria desa yang lebih mesra dengan program berorientasikan KBSM (kenduri, bersalin, sakit dan mati).

Pasca muktamar juga menarik, menjadi amalan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat selepas muktamar, apabila barisan exco yang dilantik oleh perwakilan terdiri ramai kalangan penceramah dan kelompok ustaz, maka exco lantikan akan dipilih daripada kalangan profesional, pemikir muda dan aktivis tegar bagi menyeimbangkan organisasi dengan kepakaran dan tenaga yang seimbang.

Dekad 1980-an juga yang menyaksikan transformasi kepimpinan. Dalam Dewan Pemuda Pusat juga ramai kalangan profesional membarisi pimpinan PAS, nama-nama tersohor seperti Dr Ir Mustapha Kamal Shahrom, Dr Wan Nik Wan Yussof, Ir Mustapha Kader, Sheikh Abu Bakar dan lain-lain lagi tokoh profesional.

PAS terus bergerak memacu ummah dan pastinya pimpinan yang kompeten serta menjiwai nuansa perjuangan diperlukan untuk membarisi saf pimpinan.

Ulama, aktivis dan profesional yang melalui proses tajnid adalah aset utama jamaah. Jauhi intriq dan polemik kerana ia tidak membantu melahirkan pimpinan yang hebat.

>> Dr Riduan Mohamad Nor ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lajnah Politik PAS Pusat.

Sumber DD - 7-5-2015

PAS Sabah: Menerjang badai perjuan






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


TANAH Borneo dengan hamparan tanah tinggi terbentang luas, desiran angin bawah bayu menghantar khabar gembira bahawa perjuangan Islam semakin mendapat sambutan hangat. Geografinya yang luas dan demografinya yang rencam bukanlah satu alasan untuk para amilin negeri bawah bayu ini untuk terus mengobar panji jihad dan kemuliaan Islam.

Sabah pernah berada di bawah Kesultanan Sulu dan juga hegemoni Barat, seterusnya Jepun selama tiga tahun lapan bulan. Sabah lumayan dengan pelbagai etnik dan juga kaum migrasi, ini semua mewajahkan watak Sabah yang dinamik dengan budaya persaingan.

Bermula dengan zaman almarhum Ustaz Yusuf Rawa, PAS mula menebarkan sayap pengaruhnya di ranah Sabah.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada tahun 1986, rombongan PAS daripada Pusat telah tiba di Sabah dan pimpinan dibahagikan kepada beberapa kawasan untuk memperkenalkan PAS.

Namun apabila diadakan pertemuan, ramai khalayak ialah sahabat-sahabat dari Semenanjung terutama kalangan penjawat awam.

Penjawat awam daripada bumi Semenanjung seterusnya menjadi tonggak utama menyebarkan fikràh perjuangan. PAS kawasan-kawasan mula ditubuhkan, serentak dengan itu pada awal dekad 90-an mula ditubuhkan pendidikan prasekolah Pasti. Sistem kaderisasi juga berjalan dengan rancak untuk mencetak para amilin dan pendakwah.

Sabah juga menjadi tempat buangan kepada penjawat awam, namun ia menjadi "boomerang" akhirnya kepada BN. Para guru terutamanya menjadi kelompok paling aktif menggerakkan harakatul ummah ini di Sabah.

Perjuangan PAS semakin mendapat sambutan kerana sikapnya yang konsisten dengan dasar dan prinsip Islam. Anak tempatan Sabah akhirnya mula mengambil ruang kepimpinan PAS Kawasan-kawasan sehingga peringkat negeri dan ini menandakan kejayaan program tajnid (kaderisasi) yang dibuat dalam tempoh dua dekad.

Anak-anak tempatan Sabah terutamanya kelompok kelas menengah kini paling ramai mengisi kepimpinan PAS Sabah di semua peringkat.

PAS Sabah semakin bergaya dengan pelebaran dakwah dan tarbiah, masjid dan surau semakin aktif terutama kawasan bandar dan subbandar. Pusat pengajian Islam mula ditubuhkan dibeberapa tempat di Sabah, seterusnya mengewap cahaya Islam ditengah kejahilan masyarakat.

Muktamar, Makan Malam, Konvensyen PAS Sabah

Ratusan pimpinan dan aktivis PAS Sabah dengan guratan wajah ceria berhimpun di Kota Kinabalu dengan program selama tiga hari yang disusun padat.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi merasmikan serentak Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat Sabah di Dewan Konvensyen Hotel Tang Dynasty. Para peserta begitu teruja mendengar kupasan yang sarat fakta ucapan perasmian daripada Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia.

Ternyata PAS Sabah beranjak matang dalam tempoh tiga dasawarsa ini, pemerkasaan dan pemberdayaan gerakan Islam kelihatan menjadi sebuah entiti yang gagah.

Apatah lagi Sabah dengan gerakan kristianisasi yang sangat mapan, kehadiran PAS dengan wajah harakatul dakwah sedikit sebanyak memberikan harapan buat ummah. Kehadiran luar jangkaan pada semua program yang telah diatur selama tiga hari begitu memberangsangkan.

PAS Sabah juga tidak nyilu mencetak anak-anak muda untuk mewarisi perjuangan Islam yang panjang ini, seterusnya mewujudkan euforia Islam di tanah Borneo. Tiada yang mustahil, jika ditumpahkan seluruh komitmen ke arah itu dan teman-teman aktivis Sabah mempunyai sumber kekuatan itu. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber HD - 5-5-2015




































PAS dan lonjakan gerakan pendidikan

DR RIDUAN MOHD NOOR | .


Kepimpinan ulama juga telah membawa bersama satu budaya menghargai pendidikan, melonjakkan kepekaan ahli untuk menghantar anak ke pusat pendidikan Islam. PAS mula mengorak langkah untuk menubuhkan sebanyak mungkin institusi pengajian di bawah seliaan parti. Kepimpinan ulama PAS telah menubuhkan majlis pendidikan PAS bagi merancak, menyelia dan memayungi sekolah-sekolah yang ditubuhkan di bawah PAS dan juga oleh aktivis PAS dekad 1980an dan juga merupakan fasa kebangkitan Islam juga menyaksikan institusi pendidikan semakin galak tumbuh, bermula dengan pusat pendidikan pra sekolah dan juga sekolah rendah. Sebahagian pula merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh ahli ABIM yang menjadi penyokong PAS. Kelompok ini telah mengeluarkan institusi mereka daripada penyeliaan ABIM selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada tahun 1982, contohnya Taski ABIM akhirnya menjadi PASTI. DPP Pusat telah mengambil inisiatif untuk menyelaras pendidikan Islam pra sekolah di bawah DPPP yang akhirnya dikenali sebagai PASTI. Kini PASTI telah menjadi jenama yang paling popular dalam arena pendidikan pra sekolah di negara ini termasuk mendapat sambutan hangat daripada masyarakat bukan Islam.

Selain Dewan Pemuda PAS, anggota-anggota Dewan Ulama PAS juga dikesan paling aktif menubuhkan pusat pendidikan Islam seperti sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, madrasah atau sekolah agama rakyat, maahad tahfiz, sekolah pondok, pusat belajar al-Quran dan sebagainya. PAS semenjak ditubuhkan mempunyai pertalian yang rapat dengan institusi pendidikan Islam di negara ini, parti itu juga telah dilahirkan di serambi sekolah agama dan juga latar belakang kepimpinannya terdiri daripada aktivis pendidikan. Seawal keberadaan PAS mempunyai agendanya yang tersendiri apabila menggerakkan bidang pendidikan tetapi ia secara langsung juga membantu proses melahirkan rakyat yang berilmu dan membantu kerajaan dalam menjayakan agenda pendidikan negara. Tokoh awal PAS semenjak daripada awal parti itu telah mensasarkan keutamaan PAS untuk membangunkan pendidikan, seperti yang diungkapkan oleh Haji Baharuddin Latif.

"Langkah pertama yang mesti diselenggarakan untuk memajukan kaum muslimin di Tanah Melayu kita ialah dengan mengembang dan memajukan usaha-usaha pendidikan dan pelajaran secara seluas-luas dan sebesar-besarnya. Pengetahuan ialah asas kemajuan. Langkah ini bercabang dua, untuk orang-orang dewasa dan untuk kanak-kanak serta pemuda-pemudi. Tetapi yang lebih penting dalam usaha membangunkan pendidikan itu dijalankan dengan semangat dan kesedaran akan cita-cita yang dituju dalam mengadakan pendidikan itu. Tegasnya usaha pendidikan yang dijalankan itu hendaklah mempunyai satu ideologi atau cita-cita, ke mana dan apa yang hendak dihasilkan dengan pendidikan itu. Masanya telah sampai bagi tiap perguruan Islam di tanahair kita ini mempunyai suatu ideologi pendidikan yang tegas dan nyata. Ideologi itu tidak lain ialaj untuk mengeluarkan pelajar-pelajar, orang-orang atau pemuda-pemudi dalam segenap gerak geri hidupnya, baik dalam hidup perseorangan, dalam masyarakat dan dalam negaranya."

PAS semenjak awal lagi terlibat menubuhkan sekolah agama rakyat melalui pendukung-pendukungnya di seluruh negara termasuk di Sabah. Aktivis-aktivis PAS terlibat dalam usaha membina sekolah agama rakyat, menggerakkannya dan memayungi sekolah-sekolah tersebut walaupun dengan seribu halangan daripada pihak kerajaan seperti penarikan bantuan per kapita dan sebagainya. Sekolah agama rakyat di negara ini muncul akibat kesungguhan graduan pendidikan Islam dan juga sokongan masyarakat yang merasakan kepentingan pendidikan Islam anak-anak mereka.

Pada asalnya PAS tidak menubuhkan secara langsung sekolah agama rakyat tetapi ianya ditubuhkan oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana PAS memberikan kebebasan kepada ahlinya untuk mewujudkan sekolah sendiri untuk mengelakkan karenah birokrasi dan memfokuskan kepada aktiviti politik parti berkenaan. Namun selepas kebangkitan semula Islam yang berlaku dalam dekad 70an dan 80an, PAS mula mebunjukkan kecenderungan untuk menubuhkan sebanyak mungkin sekolah agama rakyat.

Pendukung PAS di bawah kepimpinan ulama menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara
PAS bukan sahaja di bawah kepimpinan ulama berjaya menubuhkan pendidikan prasekolah, jaringan sekolah rendah dan menengah Islam tetapi telah berjaya menubuhkan kolej universiti  Antara yang terawal ditubuhkan ialah INTIS (Institusi Teknologi Ibnu Sina). Penubuhan kolej Universiti yang terletak di Seri Gombak ini adalah diinisiatif oleh sebuah badan koperasi yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Koperasi Siswazah Berhad (KOSIS). KOSIS telah ditubuhkan pada tahun 1994 semasa Dewan Pemuda PAS dipimpin oleh Haji Abu Bakar Chik, bertujuan untuk menghimpun dan menyatukan siswazah penyokong PAS, lulusan dalam dan luar negeri. Koperasi ini mendapat sambutan yang hangat di awal penubuhannya dan mendapat publisiti yang baik daripada jaringan PAS. KOSIS telah meluaskan perniagaan termasuk telah berjaya menubuhkan sebuah kolej yang menawarkan pengajian di peringkat diploma. Lulusan INTIS sebahagiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti al Azhar Mesir.

Di antara kolej pengajian tinggi yang telah berjaya ditubuhkan oleh PAS ialah Kolej Universiti Darul Quran yang terletak di Kampung Kubang Lembek. Kolej ini telah diasaskan oleh Dato' Harun Taib dan diletakkan di bawah Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu. Dato' Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu (1999-2004). Selain KUDQI, PAS Kedah juga telah menubuhkan Kolej Islam Darul Ulum. Kolej Islam ini adalah cetusan idea Datuk Fadzil Noor, Presiden PAS yang juga menyandang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah. Penubuhan kolej ini adalah bertujuan untuk melahirkan ulama amilin yang mampu memimpin masyarakat ke arah pengamalan Islam yang menyeluruh. Menurut Fauze Husain, Datuk Fadzil Noor terinspirasi dengan Markas Pusat Jamaat-e-Islami Pakistan yang terletak di Mansoorah, di mana terdiri daripada kompleks pendidikan yang lengkap, termasuk rumah tetamu dan rumah pimpinan utama Jamaat-e-Islami.

Kolej Universiti yang terkini ditubuhkan oleh PAS melalui Majlis Pendidikannya ialah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang terletak di Taman Melewar. KUIZM direalisasikan oleh kepimpinan ulama PAS dengan dokongan para profesional yang cintakan Islam, bertujuan untuk melahirkan graduan yang memahami Islam dan bersedia untuk terjun di medan dakwah.

Kepimpinan ulama PAS sentiasa merangsang dan memupuk kesedaran ilmu kepada ahli PAS dan seterusnya menggerakkan tarbiah nizomi yang menjadikan gerakan Islam ini mempunyai kekuatan jaringan massa, pendokong yang berterusan, mampu mempertahankan akidah perjuangan dan disegani oleh musuh dan kawan. Di seluruh negara, institusi pendidikan PAS terus menabur bakti kepada masyarakat seawal pendidikan prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi m ilik parti tersebut. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 30-4-2015




































PAS dan keunikan memilih pemimpin

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PAS semenjak ditubuhkan oleh ulama dan agamawan pada tahun 1951,gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sambutan masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Oleh kerana PAS meletakkan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai sumber rujukan, golongan ulamalah yang paling akrab, terkedepan dalam menerangkan dasar dan matlamat perjuangan PAS kepada masyarakat.

Namun di sana juga ada pembicara yang dapat menerangkan fikrah perjuangan PAS dengan baik daripada kalangan aktivis dan profesional, tetapi secara umumnya, golongan ulama lebih terkedepan dalam mengisi program dalam masyarakat. Kelibat mereka sentiasa muncul dalam program-program hari kebesaran Islam dan jaringan mereka dengan masyarakat agak rapat kerana kebolehan menyampaikan kuliah, berkhutbah, membaca doa selamat, mentahnik bayi, menyempurnakan jenazah, bertahlil dan sebagainya.

Tanpa paksaan masyarakat terutama ahli PAS meletakkan mereka pada tahap yang mulia sesuai dengan ilmu, partisipasi dan kebolehan yang ada pada mereka. Di peringkat cawangan dan kawasan, para asatizah ini lebih tertonjol berbanding kelompok profesional mahupun aktivis.

Namun ini bukanlah faktor mutlak, jika perhatikan apa yang berlaku di peringkat akar umbi PAS semenjak pengenalan kepimpinan ulama sehinggalah sekarang, peluang yang agak seimbang untuk semua kelompok.

Mengikut pengamatan saya dalam dua dekad ini sebagai aktivis PAS, latar belakang pengajian Islam dalam (ulama), profesional mahupun aktivis bukanlah menjadi isu dalam menerajui kepimpinan PAS di semua peringkat.

Di peringkat PAS Pusat juga berlaku trend yang sama, walaupun media BN sentiasa melagakan isu pertembungan ulama-profesional terutama menjelang pemilihan muktamar, namun perwakilan begitu bijak dalam menentukan komposisi jawatan kuasa Pusat.

Pada sesi lepas dua daripada Naib Presiden daripada latar belakang aktivis, hanya seorang daripada latar belakang pengajian Islam. Dalam jawatan kuasa PAS Pusat pula tiga kelompok ini diundi dengan seimbang oleh perwakilan.

Presiden PAS juga bijak menyeimbangkan komposisi pimpinan PAS, telah menjadi kebiasaan  untuk AJK lantikan selepas pemilihan, kalangan yang dilantik adalah daripada latar belakang pemikir, profesional dan aktivis parti. Kaedah yang sama juga digunakan dalam pemilihan calon pilihan raya, kabinet bayangan PAS di peringkat Dun dan Parlimen diseimbangkan daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Ahli-ahli PAS sudah terlalu matang dalam membuat penilaian, jangan perlekehkan kewibawaan dan tahap intelektual ahli-ahli PAS. Mereka akan memilih kepimpinan yang mampu membuat kerja, membangunkan organisasi dan yang tidak membina jarak di antara pemimpin dengan pengikut. Paling penting ahli-ahli mula menapis pimpinan daripada kilang tajnid PAS untuk memastikan manhaj perjuangan gerakan Islam ini terpelihara. Juga pimpinan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam kerangka adab berjemaah.

Menarik dan berwarna warni dalam penentuan pimpinan diperingkat akar umbi kali ini ada calon Yang Dipertua PAS kawasan yang berlatar-belakangkan pendidikan Islam yang meyakinkan, tetapi kerana dilihat kurang berfungsi maka perwakilan memilih kalangan aktivis ataupun profesional sebagai Yang Dipertua PAS kawasan. Begitulah sebaliknya. Dengan sejuta lebih ahli, PAS mempunyai tenaga dan sumber manusia yang lumayan bakat, minat dan kebolehan.

Semenjak dekad 80-an, begitulah trend yang ada dalam PAS. Namun saya tidak menafikan di kawasan 'Malay-belt', ahli-ahli PAS lebih gemar mengangkat para asatizah sebagai pimpinan PAS kawasan dan cawangan. Ini mungkin berpunca daripada kelebihan ilmu agama dan euphoria desa yang lebih mesra dengan program berorientasikan KBSM (kenduri, bersalin, sakit dan mati).

Pasca muktamar juga menarik, menjadi amalan  dalam Dewan Pemuda PAS Pusat selepas muktamar, apabila barisan exco yang dilantik oleh perwakilan terdiri ramai kalangan penceramah dan kelompok ustaz, maka exco lantikan akan dipilih daripada kalangan profesional, pemikir muda dan aktivis tegar bagi menyeimbangkan organisasi dengan kepakaran dan tenaga yang seimbang.

Dekad 80-an juga yang menyaksikan transformasi kepimpinan. Dalam Dewan Pemuda Pusat juga ramai kalangan profesional membarisi pimpinan PAS, nama-nama tersohor seperti Dr. Ir. Mustapha Kamal Shahrom, Dr Wan Nik Wan Yusuf, Ir. Mustapha Kader, Sheikh Abu Bakar dan lain-lain lagi tokoh profesional.

PAS terus bergerak memacu ummah dan pastinya pimpinan yang kompeten serta menjiwai nuansa perjuangan diperlukan untuk membarisi saf pimpinan. Ulama, aktivis dan profesional yang melalui proses tajnid adalah aset utama jamaah. Jauhi intriq dan polemik kerana ianya tidak membantu melahirkan pimpinan yang hebat. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat.

Sumber HD - 27-4-2015




































64 tahun PAS: Pimpinan dan orientasi perjuangan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PAS telah merentasi jalan juang yang panjang selama enam dekad semenjak ia ditubuhkan di tanah leluhur ini. Gerakan Islam ini berada dekat dengan hamparan relung hati umat Islam yang sayangkan agamanya dan ingin melihat Islam tertegak dengan sempurna mungkin.

Jemaah ini tidak akan mati terkejang nafas selagi mana bergerak di atas dasar, matlamat dan rujukannya. Dalam tempoh yang panjang ini, PAS dilambung dengan jutaan ujian, bersilih ganti dan bertindan -tindih, namun ia masih merengkuh sokongan dan dokongan umat Islam.

Di manakah rahsia kebugaran PAS sehingga mampu bertahan gagah mendepani segunung ujian yang datang, sedangkan puluhan parti dan gerakan politik lain telah ditalkinkan tanpa batu nisan? Rahsia kekuatan PAS adalah terletak di tangan ulama yang merencahi perjalanan panjang ini dengan batu tanda perjalanan yang benar.

PAS tidak tersasar kerana pemanduannya memahami arah jalan, peraturan, permainan dan kemampuan membaca unjuran masa depan. PAS tanpa lelah memimpin ummah dengan keberkatan ulama, kecerdasan profesional dan kerja keras para aktivis parti di semua peringkat.

Gerakan Islam tertua di negara ini yang mewarisi kejerihan Hizbul Muslimin ini terus berdada dengan kezaliman regim BN dan PAS terus memugar kekuatan dengan berteraskan tarbiah dan dakwah.

Penubuhan PAS bermula di Pulau Pinang, dengan pantas mewangi berkembang ke negeri Pantai Timur sehinggalah beberapa kali berkuasa di peringkat negeri. PAS dengan citra perjuangan Islamnya telah berjaya menarik para agamawan dan para santri untuk mendokong parti tersebut.

Laungan dan pekikan takbir membesarkan Allah mengingatkan hati pendokong PAS untuk tabah mengharungi badai samudera yang menghempas, pemenjaraan, penistaan, intimidasi, pembantaian dan pengucilan yang menyelimuti anggota jamaah di sepanjang keberadaannya dalam pentas siasah dan dakwah ini.

PAS memusar arus magnetnya dari sekolah agama, madrasah dan pondok. Jajaran sekolah agama rakyat dalam dekad 1950-an dan 1960-an telah banyak tertumpu di negeri seperti Perak Utara, Kedah, Seberang Perai (Pulau Pinang), Kelantan dan Terengganu, maka tidak pelik jika negeri-negeri ini terpercik dengan pantas pengaruh PAS.

Dengan berlakunya kebangkitan Islam di seluruh dunia dalam dekad 70-an dan 80-an, PAS tidak terkecuali mendapat simbahan pengaruh kebangkitan Islam sehingga berlaku transformasi kepimpinan yang dikenali sebagai kepimpinan ulama dalam parti tersebut.

Era kepimpinan ulama telah menyaksikan keseriusan PAS dalam menangani pelbagai isu, memecah kepompong nasionalisme Melayu sebagai bertindak balas kepada dasar-dasar kerajaan yang tidak mesra syariah dan juga giat menubuhkan institusi pendidikan di bawah PAS sendiri.

Selama enam dekad ini juga telah menyaksikan PAS telah dipimpin oleh tokoh-tokoh pimpinan yang telah mencorakkan PAS dengan wajahnya yang tersendiri. Bermula dengan Ustaz Ahmad Fuad, berganti dengan Dr. Abbas Alias dan bersambung dengan cemerlang di bawah Dr. Burhanuddin al-Helmy yang bergandingan dengan tokoh 'ideologue' PAS, Dr. Zulkifli Muhammad.

Era cemerlang ini pudar seketika dengan kembalinya Dr. Zulkifli ke rahmatullah dan Dr Burhanuddin diserkap di bawah ISA dengan tuduhan ingin menubuhkan kerajaan buangan. PAS dalam keadaan separuh terkejut akhirnya diwariskan kepimpinan kepada Datuk Asri.

Era Datuk Asri dengan beberapa kontroversi akibat demokrasi terpimpin ala Asri dan juga kemasukan PAS dalam kerajaan campuran BN.

PAS di bawah kepimpinan ulama bermula dengan Haji Yusof Rawa, arus deras bawah dan olakan permukaan telah membawa pelbagai perubahan kepada PAS dalam dekad kemuncak kebangkitan Islam. Jemaah ini dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor dan melakukan beberapa tindakan strategik seperti gagasan APU dan PAS memetik buah manis dengan kejayaan menawan kembali Kelantan pada tahun 1990.

Seterusnya menawan kembali Terengganu pada tahun 1999 dengan kehangatan gelombang Reformasi 1998 akibat penyingkiran Anwar Ibrahim.

Kepimpinan ulama telah membuktikan gerakan Islam mampu mempersada perjuangan walau dihambat dengan sejuta ujian. PAS dipilih oleh rakyat kerana mereka melihat contoh yang hidup di Kelantan, 20 tahun pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz tanpa rasuah dan berjaya menterjemah aspirasi Islam serta membumikan syariah secara berhikmah.

PAS juga menjadi pilihan kepada peserta kebangkitan Islam kerana wadah ini menawarkan kepada mereka ruang untuk pendidikan seumur hidup, kepimpinan ulama yang tidak jemu menabur bakti di ladang ilmu dan pencerahan.

Kini harakatul ummah ini dengan usia 64 tahun, tertegak dengan tiga sendi  laras iaitu siasah, dakwah dan tarbiah terus dipacu dengan jaya oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia.

Jemaah Islam ini juga beroperasi di medan massa dengan sinergi ulama, profesional dan aktivis, akan terus  menjadi payung buat rakyat negara ini. – HARAKAHDAILY 21/4/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber HD - 21-4-2015




































Rejim Bangladesh semakin haus darah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


LAUNGAN takbir dan esakan pilu mengiringi kesyahidan Ustaz Kamaruzzaman, tokoh kanan Jamiat Islami Bangladesh yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh rejim Bangladesh. Assyahid menjadi tokoh kanan ketiga dibunuh selepas Maulana Abdul Qader Mullah dan Sheikh Mutiur Rahman. Ramai lagi yang kini sedang menunggu giliran untuk menuju ke tiang gantungan regim sekular di sub continent itu.

Jamiat Islami Bangladesh telah ditubuhkan selepas munculnya negara Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971, berakar daripada pengasasannya di Pakistan pada tahun 1941. Gerakan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada umat Islam Bangaladesh yang juga kuat beragama, kesan daripada bersemaraknya pusat pengajian Islam di kawasan bandar dan juga  sub bandar dalam dekad 80-an dan 1990-an. Negara ini juga sering terjadi wabak bencana seperti taufan, banjir besar, kebuluran, serta wabak penyakit. Juga terletaknya daerah Tonggi yang merupakan tapak ijtimak Jamaah Tabligh terbesar di dunia.

Semasa awal kewujudan Bangladesh, Jamiat Islami diharamkan di sana. Pemimpin Jamiat iaitu Ghulam Azam berhijrah ke UK dan Timur Tengah kerana kerakyatannya telah dibatalkan oleh kerajaan Bangladesh yang dipimpin oleh Mujibur Rahman.

Perbalahan politik berlaku di Bangladesh apabila Ghulam Azam dibenarkan kembali ke Bangladesh tetapi dia tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti politik. Jamiat Islami mula menjadi parti politik di Bangladesh pada tahun 1982 dan mereka memenangi 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya tahun 1986.

Perjalanan Jamiat Islami dalam politik Bangladesh sangat berliku, mereka diasak dengan kebencian awam melalui media perdana dan juga mahkamah, terutama dalam isu perang saudara 1971. Jamiat Islami Bangladesh telah dituduh bersubahat dengan pihak tentera Pakistan dan juga menubuhkan gerakan militia seperti 'al-Badar'. Pada 1 Ogos 2013, mahkamah agung Bangladesh telah mengharamkan pertubuhan politik Islam terbesar Bangladesh ini dan juga menjatuhkan hukuman kepada pemimpin Jamiat.

Antara yang telah dihukum gantung sampai mati ialah Abdul Kader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat Islami. Lebih 40 ribu anggota Jamiat Islami telah dipenjarakan di seluruh penjara Bangladesh. Tekanan ini juga telah membawa kepada bantahan awam terutama di bandar-bandar besar Bangladesh terutama oleh penyokong muda mereka yang melihat tindakan mahkmah ini lebih bermotifkan politik untuk meredam kebangkitan Jamiat Islami.

Selama hampir tujuh dekad berada di persada politik dan dakwah di Bangladesh serta beberapa negara Indo-Pak, Jamiat Islami semakin kuat dan berkembang walaupun dihadang oleh rejim dan kelompok munafik. Pada awal keberadaannya di Bangladesh, Jamiat Islami agak lemah prestasinya dalam pilihan raya yang disertainya kerana pimpinan Jamiat Islami lebih menekankan soal kualiti dan ahli yang bersahsiah tinggi namun pengaruh dakwahnya berkembang pesat dan diakui sangat menyumbang kepada negara. Dalam penglibatan berpilihan raya, Jamiat kurang didekati oleh rakyat jembel serta massa malah lebih mendapat sokongan daripada golongan intelek dan kelas menengah.

Keadaan ini mula berubah apabila Jamiat mula mengadakan pendekatan strategik dengan mengadakan permuafakatan politik dengan pelbagai kumpulan Islam yang lain. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam peratusan kemenangan di Parlimen seluruh Bangladesh. Peningkatan sokongan ini juga berkait rapat dengan pelbagai NGO-nya yang turun menyantuni masyarakat.

Antara NGO jaringan Jamiat yang berkesan ialah Masjid Mission, gerakan swadaya yang tak lelah menghidupkan jihad ta'lim dan membantu masyarakat miskin di negara miskin itu. Walaupun bersaing pengaruh dengan Jamaah Tabligh di medan dakwah serta mempunyai reputasi yang baik di sektor perbankan Islam, Jamiat Islami sangat digeruni regim. Pelbagai usaha dibuat untuk menyekat kemaraan mereka di sektor politik termasuk menyekat dana luar negara untuk kegiatan kebajikan seperti majlis korban eid Adha.

Regim muflis idea untuk berdepan dengan harakah Islam bernuansa khairiyah ini, apatah lagi dengan sosok-sosok cemerlang Jamiat Islami yang didokong kelas menengah berpendidikan Bangladesh. Maka jalan pintas bagi regim ialah tiang gantungan dan penjara pengap serta mahkamah kangaroo buat amilin Jamiat Islami. Bangladesh di belakang regim tirani Mesir dalam menumpahkan darah para syuhada! – HARAKAHDAILY 15/4/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Dakwah Pusat)

Sumber HD - 15-4-2015


Jamaat-e- Islami : Membadai Arus Perjuangan


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Ijtimak Alami kali ketiga turut dihadiri oleh pimpinan Jamaat-e-Islami (Jami’at), gerakan Islam yang telah lapan dekad berjuang dimedan operasi dakwah dan siasah.Perjuangan umat Islam di rantau sub-continent merupakan jalur sejarah yang panjang di mana umat Islam seperti empayar Moghol dan kesultanan Delhi. Wilayah ini juga turut memancarkan cahaya kebenaran Islam ke rantau lain melalui usaha perdagangan sehingga rantau Asia Tenggara turut menerima angin sejahtera Islam.

Jami’at Islami telah ditubuhkan di Lahore pada 26 Ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran dan Sunnah. Maududi telah mengundang seramai 150 orang pecinta Islam untuk bermesyuarat di kediamannya yang terletak berhampiran dengan Masjid Mubarak, Islamia Park. Kelompok awal ini terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan moden yang terdiri dari kalangan pemikir Muslim dan mewakili pelbagai latar belakang profesi.



Jamiat Islami bukanlah merupakan parti politik atau pertubuhan agama dalam erti kata lain, atau cuma badan kebajikan tetapi ia adalah satu gerakan aqidah atau Harakah Islamiyyah yang bermatlamatkan Iqamah ad-Din dan mencari keredaan Allah di akhirat kelak. Penegakan agama yang dimaksudkan ialah Islam secara keseluruhannya, sama ada dari segi ibadah membawa kepada ekonomi, sosial, politik, dan lain-lain. Oleh itu, mukmin hendaklah mencurahkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada mereka untuk menegakkan Islam keseluruhannya. Persoalan peribadi Muslim hendaklah diselesaikan secara Jamiat. Tanpa wujudnya individu-individu yang mahu berkhidmat dan menyumbangkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada diri masing-masing, hasrat untuk mencapai cita-cita Islam adalah mustahil (M.Kamil Abdul Majid:1990)

Memandangkan gerakan ini semakin berkembang, maka pimpinan Jami’at Islami memutuskan untuk membina sebuah ibu pejabat parti bagi melincinkan perjuangan. Pembinaan pejabat ini yang melindungi mini kompleks, hospital, kolej, universiti, sekolah tahfiz, masjid, perpustakan, kedai buku, rumah tetamu dan perumahan staff telah dimulakan pada tahun 1972 di Mansoorah, Lahore.

Gerakan ini semakin berkembang termasuk mendapat derma daripada ahli-ahlinya yang bekerja di luar negara. Ahli-ahli gerakan ini sangat aktif mengumpulkan kulit-kulit binatang korban untuk dijual dan hasil jualan disumbangkan kepada Jamiat Islami.

Cerakan ini sangat responsif terhadap isu-isu dalam negara dan luar negara dan sangat digeruni oleh regim Pakistan, ahli-ahlinya sangat peka kepada isu yang menyentuh nurani ummat seperti isu perobohan Masjid Babri di India, isu `satanic verses’ , isu Palestin dan kekejaman Yahudi Amerika terhadap ummat Islam malah turut menghantar ahli-ahlinya ke medan tempur Afghanistan dan Kashmir. Demonstrasi yang diadakan daripada masa ke semasa bagi menjuarai isu yang menyentuh kepentingan ummah biasanya dihadiri oleh ratusan ribu aktivis.

Cerakan pemuda Islamnya digelar sebagai PASBAN cukup dikenali ramai di Pakistan, biasanya mengawal majlis-majlis dan memastikan keselamatan program. Jamiat juga turut menaungi beberapa NGO tersohor di Pakistan seperti al-Khidmat Foundation, Pakistan Islamic Medical Asociation (PIMA), TRUST Foundation.



Jami’at turut menjaring masyarakat dengan rangkaian sistem persekolahannya yang melebar di seluruh negara, contohnya di Punjab sahaja Jami’at Islami mempunyai 500 buah sekolah. Cerakan ini juga mempunyai rangkaian hospital dan klinik Islam, termasuk pusat-pusat khidmat sosial yang bertebaran di seluruh negara.

Selama hampir lapan dekad berada di persada politik dan dakwah di Pakistan serta beberapa negara Indo-Pak, Jami’at Islami semakin kuat dan berkembang walaupun dihadang oleh regim dan kelompok munafik. Jami’at Islami agak lemah prestasinya dalam pilihanraya yang disertainya kerana Maududi lebih menekankan soal kualiti dan ahli yang bersakhsiah tinggi namun pengaruh dakwahnya berkembang pesat dan diakui sangat menyumbang kepada negara. Dalam penglibatan berpilihanraya, Jami’at kurang didekati oleh rakyat jembel serta massa malah lebih mendapat sokongan daripada golongan intelek dan kelas menengah.

Kini Jamiat Islami berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran, di Bangladesh mereka ditekan dengan hebat termasuk dalam penjara negara itu kini mendekam 40 000 aktivis Jamiat. Ada yang telah syahid di tali gantung seperti Maulana Abdul Qader Mulla, Mutiur Rahman. Begitu juga Jamiat Islami di Sri Langka, dimana populasi muslim sangat rendah dan mereka diwajahkan oleh media tempatan sebagai ekstremis dan barbarik. Di ijtimak Alami ini kita akan berkongsi cerita suka duka gerakan mereka. Jom!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat ,Pengarah Promosi Ijtimak Alami kali ketiga)

Sumber BO - 14-4-2015




































Hukuman gantung: Sejarah hitam di bumi Mesir

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


TANAH Sahara itu dengan sejarah pergulatan hak dan batil seolah mengulangi bagasi sejarah para thaghut yang menindas. Tanah anbiya yang juga merakamkan ikon kebejatan yang dipapar al-Quran seperti Firaun, Qarun, Haman seolah tak peduli pada dunia yang memerhatikan sketsa jelik para penzalim.

Ribuan aktivis Ikhwan sedang mendekam di penjara, manakala tokoh-tokoh besar gerakan fenomena ini akan berhadapan dengan hukuman mati dengan alasan palsu yang direkayasa regim kudeta. Dr Muhamad Badie', Mursyidul Am berada dalam senarai teratas untuk sang algojo melepaskan gear pelepas tiang gantungan.

Tanah Arab yang sekian lama menyaksikan kekejaman regim terhadap gerakan Islam, akhirnya menyaksikan drama politik yang sekali gus mengubah landskap politik Timur Tengah. Bermula dengan kebangkitan Tunisia yang akhirnya menggelosorkan presiden negara, dengan pantas berjangkit ke Libya, Mesir, Syria, Yaman, Bahrain, negara-negara Afrika dan negara Arab yang lain.

Mesir yang sekian lama ditekan Tirani, akhirnya bingkas dengan gelombang anak muda. Bermula dengan ribuan di Tahrir, akhirnya lapan juta rakyat mengasak regim Husni Mubarak sehingga Mesir menjadi fokus utama lensa dunia. Ruang demokratik yang terbuka luas pasca Arab Spring terus dimanfaatkan oleh Ikhwanul Muslimin, FJP (Freedom and Justice Party) telah ditubuhkan untuk berada di medan persaingan kuasa, begitu juga parti-parti lain juga ditubuhkan oleh pelbagai jalur ideologi.

Kelompok salafi telah menubuhkan Hizbul An-Nur, walaupun sebelum itu kelompok ini tidak cenderung untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi. Dr Mohamed Morsi yang memimpin FJP akhirnya telah berjaya meraih dokongan massa walaupun mendapat tentangan sengit daripada parti-parti yang lain.

Mesir memasuki pusingan kedua demokrasi apabila mengadakan pilihan raya presiden negara itu dan sekali lagi memberikan kejutan kepada dunia apabila Dr. Mohamed Morsi terpilih sebagai Presiden kelima Republik rakyat Mesir.

Banyak pembaharuan mula digerakkan oleh Dr.Morsi dengan bantuan Ikhwanul Muslimin, antaranya ialah membuka laluan Rafah untuk pembangunan kembali Gaza akibat serangan Israel dan juga pengucilan dunia.

Morsi juga menjadi jurucakap Islam yang lantang apabila mendesak Iran supaya menarik balik sokongan Regim Bashar, juga menyeru dunia supaya membuka mata terhadap pembunuhan muslim di Myanmar. Pelbagai polisi awam yang menguntungkan Islam telah dibuat termasuk kempen kebersihan, meningkatkan rasa percaya rakyat Mesir terhadap sejarah negara mereka sendiri.

Ikhwanul Muslimin dan Dr. Morsi terus menjadi igauan buruk kepada musuh-musuh Islam, permuafakatan penentang Dr. Morsi yang bekerjasama dengan musuh luar negara akhirnya menggerakkan gerakan kebencian terhadap pemerintahan Dr. Morsi.

Kerajaan Dr. Morsi telah dijatuhkan oleh tentera Mesir dalam satu perancangan sistematik oleh musuh-musuh Ikhwan pada 3 Julai 2013. Ikhwan Muslimin telah mengadakan bantahan awam di Dataran Rabaah dan akhirnya tragedi kemanusiaan telah meletus pada 14 Ogos 2013 apabila hampir enam ribu penyokong Dr. Morsi telah terbunuh.

Ribuan pimpinan dan anggota Ikhwan akhirnya memdekam di penjara seluruh Mesir, mereka juga tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Bahkan Ikhwan diharamkan serta Mesir kembali berada dalam zaman Firaun Moden yang tak mengenal ampun terhadap Ikhwan Muslimin dan erti kemanusiaan itu sendiri.

Denai sejarah itu bersimbah dengan darah syuhada dan juga basah dengan air mata mereka yang tertindas. Ikhwanul Muslimin terus mengungguli carta utama mehnah di era kontemporari. Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Dr Abdul Qader Audah, Kamal Saniri, Yusuf Talaat, Abdul Fatah Ismail memahat tinta emas dalam zaman edan ini. Gelombang kezaliman  pasca kudeta seakan dahagakan darah para syuhada dan seolah dunia membisu melihat pesta pora kubangan darah ini.

Bangkitlah teman-teman semua, caknalah dengan darah yang tumpah dan kejerihan saudara akidah kita di ardhul kinanah. Bersuaralah, kerana diam adalah jenayah kemanusiaan yang paling sadis. – HARAKAHDAILY 13/4/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber HD - 13-4-2015

Hukuman Bunuh Kepada Pemimpin Ikhwan Arca Kezaliman Junta Mesir



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Tanah Sahara itu dengan sejarah pergulatan hak dan batil seolah mengulangi bagasi sejarah para thaghut yang menindas. Tanah ambiya ‘ yang juga merakamkan ikon kebejatan yang dipapar al Quran seperti Firaun, Qarun, Haman seolah tak peduli pada dunia yang memerhatikan sketsa jelik para penzalim.

Ribuan para aktivis Ikhwan sedang mendekam di penjara, manakala tokoh-tokoh besar gerakan fenomena ini akan berhadapan dengan hukuman mati dengan alasan palsu yang direkayasa regim kudeta. Dr Muhamad Badie’ , Mursyidul Am berada dalam senarai teratas untuk sang algojo melepaskan gear pelepas tiang gantungan.

Tanah Arab yang sekian lama menyaksikan kekejaman regim terhadap gerakan Islam, akhirnya menyaksikan drama politik yang sekali gus mengubah lanskap politik Timur Tengah. Bermula dengan kebangkitan Tunisia yang akhirnya menggelosorkan Presiden negara, dengan pantas berjangkit ke Libya, Mesir, Syria, Yaman, Bahrain, negara-negara Afrika dan negara Arab yang lain. Mesir yang sekian lama ditekan Tirani, akhirnya bingkas dengan gelombang anak muda. Bermula dengan ribuan di Tahrir, akhirnya lapan juta rakyat mengasak regim Husni Mubarak sehingga Mesir menjadi fokus utama lensa dunia. Ruang demokratik yang terbuka luas pasca Arab Spraing terus dimanfaatkan oleh Ikhwanul Muslimin, FJP (Freedom and Justice Party) telah ditubuhkan untuk berada di medan persaingan kuasa, begitu juga parti-parti lain juga ditubuhkan oleh pelbagai jalur ideologi.

Kelompok salafi telah menubuhkan Hizbul An-Nur, walaupun sebelum itu kelompok ini tidak cenderung untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi. Dr Mohamed Morsi yang memimpin FJP akhirnya telah berjaya meraih dokonga massa walaupun mendapat tentangan sengit daripada parti-parti yang lain. Mesir memasuki pusingan kedua demokrasi apabila mengadakan pilihan raya presiden negara itu dan sekali lagi memberikan kejutan kepada dunia apabila Dr. Mohamed Morsi terpilih sebagai Presiden kelima Republik rakyat Mesir.

Banyak pembaharuan mula digerakkan oleh Dr.Morsi dengan bantuan Ikhwanul Muslimin, antaranya ialah membuka laluan Rafah untuk pembangunan kembali Gaza akibat serangan Israel dan juga pengucilan dunia. Morsi juga menjadi jurucakap Islam yang lantang apabila mendesak Iran supaya menarik balik sokongan Regim Bashar, juga menyeru dunia supaya membuka mata terhadap pembunuhan muslim di Myanmar. Pelbagai polisi awam yang menguntungkan Islam telah dibuat termasuk kempen kebersihan, meningkatkan rasa percaya rakyat Mesir terhadap sejarah negara mereka sendiri.

Ikhwanul Muslimin dan Dr. Morsi terus menjadi igauan buruk kepada musuh-musuh Islam, permuafakatan penentang Dr. Morsi yang bekerjasama dengan musuh luar negara akhirnya menggerakkan gerakan kebencian terhadap pemerintahan Dr. Morsi. Kerajaan Dr. Morsi telah dijatuhkan oleh tentera Mesir dalam satu perancangan sistematik oleh musuh-musuh Ikhwan pada 3 Julai 2013. Ikhwan Muslimin telah mengadakan bantahan awam di Dataran Rabaah dan akhirnya tragedi kemanusiaan telah meletus pada 14 Ogos 2013 apabila hampir enam ribu penyokong Dr.Morsi telah terbunuh.

Ribuan pimpinan dan anggota Ikhwan akhirnya memdekam di penjara-penjara seluruh Mesir, mereka juga tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Bahkan Ikhwan diharamkan serta Mesir kembali berada dalam zaman Firaun Moden yang tak mengenal ampun terhadap Ikhwan Muslimin dan erti kemanusiaan itu sendiri.

Denai sejarah itu bersimbah dengan darah syuhada dan juga basah dengan airmata mereka yang tertindas. Ikhwanul Muslimin terus mengungguli parta carta utama mehnah di era kontemporari.

Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Dr Abdul Qader Audah, kamal Saniri, Yusuf Talaat, Abdul Fatah Ismail memahat tinta emas dalam zaman edan ini. Gelombang kezaliman pasca kudeta seakan dahagakan darah para syuhada dan seolah dunia membisu melihat pesta pora kubangan darah ini.

Bangkitlah teman-teman semua, caknalah dengan darah yang tumpah dan kejerihan saudara aqidah kita di ardhul kinanah. Bersuaralah, kerana diam adalah jenayah kemanusiaan yang paling sadis.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber BO - 13-4-2015




































Ulama dalam penentangan cukai British di Terengganu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


CAMPUR tangan British di Tanah Melayu, bukan sahaja merendam Syariat Islam tetapi turut memperkenalkan cukai-cukai yang zalim kepada rakyat tempatan. Terengganu antara negeri yang menyaksikan kebangkitan rakyat jembel menentang kezaliman kuasa British dengan dimotori oleh ulama tempatan seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Tuan Guru Haji Omar Siam dan lain-lain lagi.

Kemangkatan ulama besar Terengganu,Tokku Paloh pada 1917 dan raja paling warak serta alim iaitu Sultan Zainal Abidin III pada 1918 telah membuka ruang kepada kemasukan pengaruh British di Terengganu pada 1919. Semenjak itu British mulai campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Terengganu termasuk urusan tanah dan percukaian sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Rakyat Terengganu sebagaimana catatan Abdullah Munsyi agak kuat beragama dan terikat dengan ajaran para ulama. Antara kes yang membangkitkan kemarahan rakyat ialah peristiwa Hulu Terengganu pada 1921, beberapa penduduk Terengganu telah disaman oleh kerajaan kerana dituduh menceroboh tanah kerajaan. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, murid kesayangan Tokku Paloh yang dikatakan alim serta mempunyai karomah itu telah mengetuai rakyat Terengganu menentang dasar-dasar British yang menindas termasuk menaikkan cukai yang membebankan rakyat.

Gerakan menentang British ini juga dengan pantas mencuri perhatian rakyat tani, apatah lagi dengan dokongan ulama tempatan yang lain. Beberapa ulama lain turut menyertai Haji Abdul Rahman seperti Haji Musa Minangkabau, Haji Abdullah Kampung Dusun, Lebai Hassan Pasir Nering dan juga Syed Saqaf, anak Tokku Paloh. Ulama Terengganu telah menggerakkan kebangkitan rakyat dengan menimbulkan persoalan hukum syarak dan hukum kafir, dan mendakwa sesiapa yang bekerjasama dengan British sebagai menggadaikan akidah.

Ulama yang menduduki hierarki sosial yang tinggi dalam masyarakat Terengganu juga telah membangkitkan soal melantik semula Sultan Mohammad sebagai Sultan Terengganu . Kegelisahan sosial ini mengheret sekali isu politik istana Terengganu. Mereka mendakwa jika Sultan Muhammad memerintah, orang kafir (British) tidak dapat menguasai Terengganu.

Ketegangan keselamatan dan kegelisahan sosial kerana isu pencerobohan tanah terus berlaku sehinggalah pada 22 April 1928 di kawasan Hulu Terengganu. Antara yang memicu kebangkitan rakyat ialah kes sekumpulan petani dari Tersat dan Dungun berkumpul untuk melancarkan perang sabil dengan slogan, "jika orang putih (British) datang ke Ulu, mereka akan melancarkan perang sabil".

British telah meredakan kemarahan rakyat, antaranya dengan menggunakan istana Terengganu. Keberangkatan Sultan Sulaiman ke Hulu Terengganu pada 4 Mei 1928 berjaya meredakan keadaan rakyat yang gelisah terhadap dasar kerajaan. Pada 19 Mei 1928, sekali lagi rakyat Hulu berkumpul di rumah Lebai Hassan di Kuala Por seramai 400 orang, 200 orang lagi berkumpul di rumah Encik Ismail, bahkan bersiap dengan senjata. Perang menentang British tak mampu dielakkan lagi, Menjelang 21 Mei 1928, bangunan kerajaan di Kuala Berang telah jatuh ke tangan gerakan kebangkitan rakyat.

British bertindakbalas terhadap penentang-penentang mereka di Hulu Terengganu, Dalam satu serangan polis, 11 orang telah gugur syahid. Gelora penentangan akhirnya menjadi surut dengan tindak balas penjajah , termasuk pemenjaraan dan buang negeri.

Kebangkitan ini melakar sejarah Terengganu dan dalam gerakan kebangkitan di Terengganu ialah tertonjol peranan ulama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Haji Musa Minangkabau dan Syed Saqaf di samping tokoh agama tempatan seperti Lebai Hassan, Imam Taib Ahmad Pasir Nering dan Lebai Abdul Rahman dalam menggerakkan kebangkitan umat Islam.

Ulama tempatan telah merangsang kesedaran sosio politik rakyat dengan ditanam erti jihad dan perang sabil menjadi sentimen yang penting dalam kebangkitan warga tani . Terserlah juga hubungan simbiosis keislaman sejagat apabila terkibarnya bendera "Stambul" (Istanbul) dalam kebangkitan yang menunjukkan wujudnya sentimen Pan-Islamisme yang menggambarkan bahawa ulama di Terengganu mahukan sistem khilafah diteruskan.

Kerajaan British yang menunggangi pihak aristokrat Terengganu menganggap pengibaran "bendera merah" tersebut sebagai pengisytiharan perang. Apatah lagi dengan sejarah sengit perang empayar Pax Britanica terhadap khilafah Uthmaniah, termasuk di Palestine pada tahun 1917. – HARAKAHDAILY 10/4/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengarah Promosi HINDAR)

Sumber HD - 10-4-2015

Tok Janggut: Ikon menentang penzalim

Posted on Tuesday, April 07 @ 12:25:07 MYT by paktam

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

TUAN Guru Haji Hasan Munas atau Tok Janggut kembali mencuat namanya apabila rakyat watan ini digegar bahana kezaliman GST. Ulama pejuang ini bukan semata-mata berjuang kerana menentang cukai penjajah, namun jauh mendalam ialah kerana semangat jihad yang sumbunya dinyalakan oleh kefahaman Islam.

Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam istana Jeram. Beliau adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya ke Mekah dan dikatakan berguru dengan Sheikh Ahmad al-Fathani.



Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khilafah Othmaniyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah kuffar. Kepulangan beliau ke Kelantan pada 1909, iaitu hampir serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Sheikh Ahmad. Seperti mana Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato' Laksamana, Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran kerajaan Jeram.

Britain telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka beroleh kemenangan. "Haji dan lebai" juga mesti berdoa untuk Britain dan tindakan akan diambil jika arahan tidak dipatuhi. Arahan aneh ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam masa yang sama Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau simpati kepada kerajaan Othmaniyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Othmaniyah mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah akan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan gagasan khalifah yang pernah dibuat oleh Sheikh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di bawah kerajaan Othmaniyah.

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Sheikhul Islam Othmaniyah atas alasan kerajaan Othmaniyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk Kelantan dengan cepat. British bertindak balas melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan British dengan kerajaan Othmaniyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan rakyat Kelantan, dan faktor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran Encik Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan hanya menyegerakan penentangan sahaja.

Bagi menyahut seruan jihad Othmaniyah itu, pada 29 April 1915, Tok Janggut bersama pengikutnya telah berpakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh. Serentak dengan itu, Encik Latiff bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok Janggut, tetapi gagal. Sebaliknya Sarjan Che Wan terbunuh. Encik Latiff gagal mendapat bantuan daripada Kweng (Penghulu) Gaal dan Kok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa Encik Latiff berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku Besar Jeram diangkat sebagai Raja, manakala Tok Janggut menjadi Perdana Menteri.

Pada 3 Mei 1915, 239 tentera British dari Singapura bertolak ke Kelantan dan tiba pada 5 Mei dan mengarahkan kapal HMS Calmus berkawal di Kuala Semerak kerana dibimbangi Tok Janggut mendapat bantuan kerajaan Othmaniyah atau Jerman. 50 askar berkawal di Tanah Merah dan Gunong, dan pada 8 Mei 1915 askar British mula bergerak ke Pasir Puteh, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram bersama pengikutnya menolak penyerahan dan mengisytiharkan jihad dan perang sabil ke atas British.

Pada 24 Mei 1915, British telah menggeledah rumah Khatib Abu Bakar kerana dipercayai menjadi tempat perlindungan Tok Janggut. Khatib Abu Bakar menjadi syahid pertama dalam gerakan jihad ini. Kemudian askar British dan penyokong Tok Janggut bertempur di Kampung Dalam Pupoh, dekat Jeram. Dalam pertempuran ini, Tok Janggut atau namanya Tuan Guru Haji Hasan Munas bersama Tok Abbas dan Tok Hussein telah syahid. Engku Besar Jeram berjaya melarikan diri ke Reman, manakala 14 lagi pengikut Tok Janggut telah diburu oleh polis. Jenazah Tok Janggut diarak ke Kota Bharu, manakala rumah beberapa pengikut Tok Janggut dibakar.

Panjang rakaman sejarah sosok ulama  pejuang ini, menentang kezaliman penjajah melalui sistem cukai yang menindas rakyat jembel. Beliau ulama di medan operasi masyarakat yang cakna ummah bukan ulama yang hanya bersimpuh di mihrab. Moga akan lahir semula sosok seperti ini dalam menentang kezaliman kerana ummah dahagakan pimpinan yang terjun ke medan merasai kejerihan dan kepayahan. Aku tanya apa khabar para asatizah sekalian?

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber DD - 7-4-2015        

Harapan Besar Ummat Islam Untuk Perjuangan Palestin



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Ijtimak Alami kali ketiga telah melabuhkan tirai dengan jayanya, para peserta dan delegasi luar negara pulang dengan segunung keazaman untuk memperkukuhkan wadah Islam dan penyatuan ummat. Isu Palestin yang diangkat menjadi tema besar ijtimak dan PAS diharapkan untuk mengepalai masyarakat antarabangsa untuk membebaskan tanah suci umat Islam itu sebagaimana yang ditegaskan oleh wakil HAMAS, Dr Khalid Khoudomi.

Screenshot (954)

Menelusuri sejarah bumi jihad ini adalah suatu pengkisahan konflik yang panjang di mana wilayah ini menjadi rebutan penganut agama samawi kerana memilikinya adalah memiliki pengaruh ke atas dunia sebagaimana hujjah sultan Salahuddin al-Ayubi. Dalam sejarahnya Rom pernah menakluki wilayah ini pada tahun 70 Masihi dan akhirnya menjadi kuasa besar dunia sehingga Zaman Saidina Umar al-Khattab. Di zaman Saidina Umar pula palestin telah berjaya ditawan daripada kuasa kristisn oleh panglima islam, Khalid bin al-Walid.

Secara geografisnya palestin ialah wilayah di kawasan timur tengah yang merupakan salah satu tempat bersejarah di dunia. Dalam al-Quran, Palestin disebut sebagai Baitulmuqaddis atau Tanah Suci. Negara ini merupakan tempat suci agama Yahudi, Kristian, dan Islam. Maka ia menjadi pusat persengketaan pelbagai bangsa selama ribuan tahun.pada akhir 1800 muncul gerakan Zionisme yang bertujuan menjadikan palestin negara merdeka bagi bangsa yahudi. Dengan bantuan kuasa kuffar Barat yang telah mengusahakan Balfour Treaty pada tahun 1927, warga yahudi menubuhkan negara Israel (1948) di wilayah Palestin.

Palestin dan seluruh negara Arab menentangnya terutama daripada gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Imam Hassan al-Banna yang telah menghantar satu batalion pejuangnya untuk mempertahankan palestin. Namun Ikhwan akhirnya dikhianati regim Mesir sehingga puluhan ribu ahlinya mendekam dalam penjara.



Kejatuhan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ke tangan Israel dalam perang Arab-Israel (1967) menyebabkan perselisihan Arab-Israel dan masalah Palestin terus berlarutan sehingga kini.

Pada 29 November 1947, PBB membahagikan Palestin menjadi negara Arab dan negara yahudi.

Sementara itu, Baitulmuqaddis berada di bawah pengawasan antarabangsa. Keputusan PBB itu diterima oleh bangsa Yahudi, tetapi ditolak oleh bangsa Arab. Akibatnya perang Arab-Israel pun meletus.setelah Britain mengundurkan diri dari Palestin (1948), Yahudi mengisytiharkan Negara Israel dengan ibu kotanya Baitulmuqaddis. Bangsa arab palestin dibantu oleh bangsa arab lain menyerang Israel. Genjatan senjata yang diusahakan oleh PBB terjadi pada 1948 dan 1949 tanpa menandatangani perjanjian damai.

Perlu juga diingat bahawa dalam tempoh gawat ini dua orang tokoh penentang penubuhan negara haram Israel telah mati dibunuh iaitu Hassan al-Banna dan Syeikh Amin al-Husaini. Pembunuhan mereka adalah komplot yang dirancang bagi meletakkan jalan selesa bagi pengekalan negara haram Israel. Juga, jangan dilupakan jasa besar tokoh PAS sendiri, iaitu Dr Burhanuddin al Helmi yang telah dipenjarakan dua kali dalam isu tanah Palestin iaitu pada tahun 1935 dan 1937 oleh British.



Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan menentang Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampubmemahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia. Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada islam,berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Syeikh Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendokong-pendokong Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau di dalam bahasa arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah. Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar islam menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Perjuangan untuk membebaskan setiap inci bumi Palestin adalah tugas wajib setiap mukmin. Seperti ujar Dr Khalid, PAS mempunyai sumbangan besar kearah itu terutama memberikan kesedaran kepada umat Islam dan juga setia membantu Gaza yang terpuruk melalui pelbagai wahana. Ijtimak yang menghimpunkan wakil daripada 41 buah negara kali ini membuat penegasan bahawa perjuangan membebaskan al Quds bukan sahaja milik bangsa Arab namun setiap yang memiliki syahadatain. Gerakan Islam wajib meletakkan agenda besar ini dalam nuansa perjuangan mereka dan PAS wajib menjadi pemicunya diperingkat global.

(Penulis ialah AJK Pas Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat

Sumber BO - 25-3-2015

Jamaat Islami; Membadai Arus Perjuangan


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Ijtimak Alami kali ketiga turut dihadiri oleh pimpinan Jamiat Islami, gerakan Islam yang telah lapan dekad berjuang dimedan operasi dakwah dan siasah. Perjuangan umat Islam di rantau sub-continent merupakan jalur sejarah yang panjang di mana umat Islam seperti empayar Moghol dan kesultanan Delhi. Wilayah ini juga turut memancarkan cahaya kebenaran Islam ke rantau lain melalui usaha perdagangan sehingga rantau Asia Tenggara turut menerima angin sejahtera Islam.

Jami’at Islami telah ditubuhkan di Lahore pada 26 Ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran dan Sunnah. Maududi telah mengundang seramai 150 orang pecinta Islam untuk bermesyuarat di kediamannya yang terletak berhampiran dengan Masjid Mubarak, Islamia Park. Kelompok awal ini terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan moden yang terdiri dari kalangan pemikir Muslim dan mewakili pelbagai latar belakang profesi.



Jamiat Islami bukanlah merupakan parti politik atau pertubuhan agama dalam erti kata lain, atau cuma badan kebajikan tetapi ia adalah satu gerakan aqidah atau Harakah Islamiyyah yang bermatlamatkan Iqamah ad-Din dan mencari keredaan Allah di akhirat kelak. Penegakan agama yang dimaksudkan ialah Islam secara keseluruhannya, sama ada dari segi ibadah membawa kepada ekonomi, sosial, politik, dan lain-lain. Oleh itu, mukmin hendaklah mencurahkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada mereka untuk menegakkan Islam keseluruhannya. Persoalan peribadi Muslim hendaklah diselesaikan secara Jamiat. Tanpa wujudnya individu-individu yang mahu berkhidmat dan menyumbangkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada diri masing-masing, hasrat untuk mencapai cita-cita Islam adalah mustahil (M.Kamil Abdul Majid:1990)

Memandangkan gerakan ini semakin berkembang, maka pimpinan Jami’at Islami memutuskan untuk membina sebuah ibu pejabat parti bagi melincinkan perjuangan. Pembinaan pejabat ini yang melindungi mini kompleks, hospital, kolej, universiti, sekolah tahfiz, masjid, perpustakan, kedai buku, rumah tetamu dan perumahan staff telah dimulakan pada tahun 1972 di Mansoorah, Lahore.

Gerakan ini semakin berkembang termasuk mendapat derma daripada ahli-ahlinya yang bekerja di luar negara. Ahli-ahli gerakan ini sangat aktif mengumpulkan kulit-kulit binatang korban untuk dijual dan hasil jualan disumbangkan kepada Jamiat Islami.

Cerakan ini sangat responsif terhadap isu-isu dalam negara dan luar negara dan sangat digeruni oleh regim Pakistan, ahli-ahlinya sangat peka kepada isu yang menyentuh nurani ummat seperti isu perobohan Masjid Babri di India, isu `satanic verses’ , isu Palestin dan kekejaman Yahudi Amerika terhadap ummat Islam malah turut menghantar ahli-ahlinya ke medan tempur Afghanistan dan Kashmir. Demonstrasi yang diadakan daripada masa ke semasa bagi menjuarai isu yang menyentuh kepentingan ummah biasanya dihadiri oleh ratusan ribu aktivis.


Cerakan pemuda Islamnya digelar sebagai PASBAN cukup dikenali ramai di Pakistan, biasanya mengawal majlis-majlis dan memastikan keselamatan program. Jamiat juga turut menaungi beberapa NGO tersohor di Pakistan seperti al-Khidmat Foundation, Pakistan Islamic Medical Asociation (PIMA), TRUST Foundation.

Jami’at turut menjaring masyarakat dengan rangkaian sistem persekolahannya yang melebar di seluruh negara, contohnya di Punjab sahaja Jami’at Islami mempunyai 500 buah sekolah. Cerakan ini juga mempunyai rangkaian hospital dan klinik Islam, termasuk pusat-pusat khidmat sosial yang bertebaran di seluruh negara.

Selama hampir lapan dekad berada di persada politik dan dakwah di Pakistan serta beberapa negara Indo-Pak, Jami’at Islami semakin kuat dan berkembang walaupun dihadang oleh regim dan kelompok munafik. Jami’at Islami agak lemah prestasinya dalam pilihanraya yang disertainya kerana Maududi lebih menekankan soal kualiti dan ahli yang bersakhsiah tinggi namun pengaruh dakwahnya berkembang pesat dan diakui sangat menyumbang kepada negara. Dalam penglibatan berpilihanraya, Jami’at kurang didekati oleh rakyat jembel serta massa malah lebih mendapat sokongan daripada golongan intelek dan kelas menengah.

Kini Jamiat Islami berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran, di Bangladesh mereka ditekan dengan hebat termasuk dalam penjara negara itu kini mendekam 40 ooo aktivis Jamiat. Ada yang telah syahid di tali gantung seperti Maulana Abdul Qader Mulla, Mutiur Rahman. Begitu juga Jamiat Islami di Sri Langka, dimana populasi muslim sangat rendah dan mereka diwajahkan oleh media tempatan sebagai ekstremis dan barbarik. Di ijtimak Alami ini kita akan berkongsi cerita suka duka gerakan mereka. Jom!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengarah Promosi Ijtimak Alami kali ketiga)


Sumber BO  - 18-3-2015




































Hamas bukan pengganas, mereka wira umat

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .




Keputusan Mahkamah Mesir meletakkan Hamas, sebuah gerakan Islam sebagai pengganas adalah sebuah arca ketololan dan selari 
dengan nafsu regim zionis Israel beserta sekutunya Amerika. Siapakah Hamas, sehingga namanya mencuat dan menjadi tarikan sihir untuk semua media antarabangsa?

Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan menentang Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu menggerunkan Israel yang hanya memahami bahasa bom dan senapang. Saatnya sudah tiba untuk mereka kembali kepada perjuangan Islam yang seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Sebelum munculnya Hamas, kelompok Islam bergerak dalam pertubuhan Mujtama' Islam, manakala gerakan PLO sedang menjadi fenomena kepada anak-anak muda yang berjuang menentang Israel.
Apabila puluhan tahun gerakan berbasis sosialis ini gagal, ulamak dan aktivis dakwah merasakan bahawa sudah tiba masanya gerakan Islam yang syumul di bentuk untuk memicu kebangkitan di bumi Palestin.

Umat Islam wajib dikembalikan kepada nuansa perjuangan yang berteraskan Islam, berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, pada bulan Disember 1987 Syeikh Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan pergerakan kebangkitan Islam (Hamas) atau dalam bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin.dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam menentang penjajahan Yahudi dan Palestin. Syeikh Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Dalam bulan Disember 2004, Hamas telah menyertai sistem politik apabila menyertai pilihan raya perbandaran Palestin. Kemunculan Hamas sebagai wadah politik yang mengambil peluang daripada sistem demokrasi adalah sesuatu yang menarik kerana Hamas sebelum ini dikenali sebagai gerakan bersenjata yang telah di senarai hitam oleh Amerika Syarikat.

Hamas sebelumnya turut membariskan calon-calonnya di universiti-universiti tempatan dan kesannya telah menyebabkan Hamas cukup berpengaruh pada masyarakat kampus dan masyarakat kelas menengah.

Hamas juga turut mengedarkan manifesto politiknya ke arah kerajaan yang bersih di mana menggalakkan rakyat mengamalkan ajaran Islam, menjauhi arak, wanita menutup aurat, kepimpinan bebas rasuah dan pendidikan.

Pilihan raya umum dalam Januari 2006 telah mengejutkan dunia, Amerika dan sekutunya terus terkesima kerana Hamas tidak dilihat berpotensi untuk meraih sokongan awam sebelum ini kerana konflik berdarah Palestin dan juga kucuran dana Amerika kepada pihak pesaing Hamas.

Pilihan raya ini menyaksikan Hamas menang 76 daripada 172 kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala parti pemerintah sebelumnya Fatah hanya menang 43 kerusi dan 13 kerusi lagi dimenangi oleh parti-parti berskala kecil dan calon-calon bebas.

Kemenangan Hamas mencetuskan rasa kurang senang kuasa-kuasa Barat yang menjadi orang tengah kepada pelan damai Asia-Barat. Antara kempen utama Hamas ialah isu mengenai kegagalan Fatah dalam rundingan damai, rasuah yang diselubungi oleh pihak berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Fatah dan kejayaan Hamas mengundurkan tentera Israel daripada Gaza. Hamas juga telah menjanjikan kepada rakyat sikap untuk terus menentang Israel dan mengembalikan hak mereka yang dirampas.

Hamas telah berjaya membentuk kerajaan dimana Ismail Haniyyeh menjadi Perdana Menteri. Tekanan kepada kerajaan ini semakin meningkat , termasuk sekatan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan, tekanan daripada negara jirannya Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak.

Kemuncaknya Gaza diserang pada 27 Disember 2008 sehingga menyebabkan kemusnahan dan kematian yang besar,Operasi Cast Lead juga menyaksikan Hamas melakukan perlawanan yang hebat.

Nama gerakan Islam menjadi sebutan apabila mereka berjaya menjadikan Israel sebagai kambing yang ketakutan.

Walaupun Gaza dikucilkan oleh masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara Arab yang menjadi pak turut Amerika, Hamas terus berdada dengan izzah menentang negara haram Yahudi.

Briged al-Qassam, sayap tentera mereka terus menjadi bualan anak muda Islam dan dibanggai insan yang beriman. Obligasi mereka ialah untuk mendapatkan kembali al Quds, setiap inci tanah Palestine yang dijarah Zionis.

Hamas walaupun dengan sejuta halangan, mehnah dan tribulasi terus menghantar isyarat kepada dunia Islam, sama ada kita semua peduli atau tidak, mereka tetap akan berjuang untuk mengembalikan bumi yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Dalam perang 51 hari tahun 2014, Israel mengaku kalah dan mengangkat bendera putih. Roket Hamas telah berjaya menghujani Tel Aviv, Haifa, Ben Gurion, Ashkeloon, Ashdod dan bandar-bandar yang lain.

Gerakan Islam ini akan terus menjadi wira ummah, mereka akan kekal di relung hati kita yang paling dalam, menjadi belahan jiwa kita dengan kucuran kasih sayang dan doa kita semua. Sesiapa yang memusuhi mereka maka akan turut dimusuhi kita semua! - HARAKAHDAILY 8/3/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, juga aktivis bantuan Gaza.

Sumber HD - 8-3-2015


ISIS, IS MEROSAKKAN CITRA ISLAM 


JURUTERBANG JORDAN DIBAKAR HIDUP IS


Sumber HD - 4-3-2015

Algeria Selepas Dua Dekad Rampas Kuasa Tentera



Algeria merupakan sebuah negara yang terletak di utara Afrika yang telah melalui susur galur sejarah yang panjang. Negara ini pada asalnya di bawah naungan Khilafah Islam Turki, namun ia telah ditakluki oleh kuasa Perancis pada tahun 1830. Pendudukan Perancis telah disambut dengan gerakan jihad yang dipimpin oleh ulama' besar Algeria yang bernama Syeikh Abdul Qadir al-Jazair. 

Perjuangan umat Islam ini telah mengorbankan sejuta orang syuhada sehingga Algeria dijoloki sebagai negara sejuta syuhada. Malangnya walaupun golongan Islam berjuang menentang penjajah yang memungkinkan kemerdekaannya pada tahun 1962. Kelompok sekular telah memegang tampuk kekuasaan negara.

Algeria menjadi sebuah negara sekular dan dipimpin oleh Ahmad Benbela daripada parti FLN (Front Liberation National). Peranan Islam telah disempitkan hanya kepada persoalan solat dan puasa sahaja. Ahmad Benbela telah digulingkan oleh Menteri Pertahanannya pada tahun 1965 iaitu Kolonel Hawari. Usaha pendakwahan terhadap masyarakat terus digerakkan oleh tokoh-tokoh dakwah dan juga para masyaikh yang masih bergiat melalui Persatuan Ulama Algeria.

Angin kebangkitan Islam itu telah bermula secara perlahan-lahan di Algeria sekitar tahun 1978. Ia bermula dengan kumpulan-kumpulan usrah di beberapa masjid, khususnya di pusat-pusat bandar seperti Algeis, Wahran (Oran), Sidi Bel Abbes, Laghout dan sebagainya. Dalam masjid yakni terlepas daripada kawalan Menteri Hal Ehwal agama, seluruh perbincangan bukan lagi tertumpu kepada soal-soal solat, puasa dan seumpamanya malah perbincangan terus menjangkau isu-isu seperti cara untuk hidup dalam sebuah negara Islam, kegiatan ekonomi dan kepincangannya serta lain-lain masalah yang mencengkam Algeria apabila peranan Islam dipinggirkan.

FIS merupakan gerakan Islam yang ditubuhkan hasil manifestasi kebangkitan Islam di Afrika Utara yang dilatari oleh keterpurukan ekonomi Algeria serta kemunduran sosial. Anak-anak muda yang berpendidikan, golongan kelas menengah, golongan Jihadis yang pernah berjuang di Afghanistan telah menganggotai gerakan ini. Kampus-kampus universiti di Algeria menjadi tapak semaian kader-kader FIS, juga kerana faktor masjid-masjid yang tidak dikawal oleh kerajaan telah memainkan peranan untuk mengajak masyarakat kembali menghayati ajaran Islam yang syumul. FIS menjadi pilihan bagi menterjemahkan citra dan nuansa politik Islam.

FIS cukup diminati oleh anak-anak muda di mana kelas masyarakat paling ramai di negara ini ialah kelompok di bawah umur 40 tahun kerana ramai orang tua telah meninggal dunia dalam pemberontakan menentang penjajah Perancis dalam dekad 50-an dan 60-an. Anak muda terkesan dengan gerakan kebangkitan Islam yang sedang menjadi fenomena sejagat dan mereka mencari identiti diri setelah fahaman sosialis mulai suram daya tarikannya.

Golongan dakwah telah mengambil kesempatan dengan keterbukaan ini dan menubuhkan FIS dengan matlamat untuk menegakkan kerajaan Islam di Algeria dan mereka percaya kemunduran serta krisis yang dialami adalah kerana pemerintah yang tidak melaksanakan syariat Islam. Dalam pilihanraya tempatan, dalam bulan Jun 1990 calon-calon FIS telah menang dengan cemerlang dan menampilkan perkhidmatan yang meyakinkan rakyat terhadap Islam dan politik Islam yang terasing jauh daripada rasuah. Kesannya dalam pilihanraya peringkat kebangsaan pusingan pertama pada 26 Disember 1991 rakyat memberikan sokongan yang besar kepada FIS.

FIS dalam pilihanraya pusingan pertama ini telah memperoleh 167 kerusi atau 81 peratus undi popular, jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya yang lain. Laungan takbir telah memenuhi ruang angkasa Algeria menyambut kemenangan ini dan Barat terutama Perancis mula memasang konspirasi terhadap bekas tanah jajahannya ini.

Pemimpin-pemimpin utama FIS telah mendekam di kem-kem tahanan politik yang panas di gurun padang pasir. Malah secara biadap tentera telah menyamar sebagai aktivis Islam dengan memakai janggut palsu melepaskan tembakan terhadap orang awam supaya menimbulkan rasa benci dan marah rakyat terhadap gerakan Islam.

Presiden Boudiaf telah mengambil kuasa pada 4 Februari 1992 juga mempunyai kecenderungan untuk menghancurkan kekuatan FIS di mana pada 9 Februari 1992 gerakan Islam ini telah diharamkan. Pejabat pusatnya telah ditutup oleh pihak tentera menyebabkan berlakunya rusuhan dan pertempuran bersenjata yang menyebabkan kematian di pihak pejuang Islam dan tentera. Masjid-masjid serta himpunan berunsur agama dikawal dengan ketat, akhirnya menatijahkan suasana yang tegang diantara regim dan rakyat yang cintakan Islam.

Arab Spring yang melanda Afrika Utara dan juga Timur Tengah pada penghujung tahun 2010 dan awal 2011 tidak menjadikan Algeria turut bergolak seperti mana negara-negara yang lain. Parti An-Nahdah di Tunisia contohnya, dihidupkan kembali tetapi tidak terjadi kepada FIS. Simbahan kebangkitan Islam seolah agak perlahan, namun akhirnya lima buah parti berorientasikan dakwah dan islah telah ditubuhkan, antaranya HAMAS ( Parti muwwajahah silmy)yang ditubuhkan oleh Sheikh Mahfuz Nahnah, Parti an Nahdah Algeria dan lain-lain lagi.

Pengkaji Asia Barat dan gerakan Islam memberikan pandangan bahawa pembunuhan hampir 200,000 jiwa di Algeria selepas peristiwa kudeta 1992 telah memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam negara itu. Pemenjaraan kepada tokoh-tokoh FIS serta pelumpuhan secara sistematik terhadap FIS telah menyebabkan organisasi itu hampir lumpuh.

Kerajaan tentera Algeria telah mengawal masjid, sekolah-sekolah agama dan kampus yang selama ini menjadi tempat pembenihan kepada FIS. Tokoh besar seperti Abdul Kader Hachani telah dibunuh secara kejam dan ini menyebabkan organisasi FIS dapat disurutkan kekuatannya oleh pemerintah. Terkini , Dr Abasi Madani mendapat suaka politik di Qatar, manakala Sheikh Ali Benhaj dikenakan sekatan terhad. Beliau hanya mengajar disebuah masjid yang berhampiran kediamannya dan berulang alik ke balai polis jika ada sedikit kenyataannya yang mengugat regim.

Kerajaan Algeria terkini juga sedang membina masjid terbesar di benua Afrika dimana masjid itu mampu menampung seramai 200 000 jemaah. Usaha ini dilihat untuk mengendurkan pertembungan dan asakan oposisi. Termasuk juga membenarkan 13 stesyen tv milik oposisi untuk berfungsi, manakala kegiatan pendidikan tinggi Islam juga semakin tumbuh dan meranum seperti  Universiti Amir Abdul Qader yang terletak di Constantin. Yakinlah , diatas kejerihan dan kepayahan yang pernah gerakan Islam lalui selama ini, cahaya Islam akan bangkit bersinar kembali di negara sejuta syuhada itu.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat , baru pulang daripada misi ke Algeria)

Sumber PP - 27-2-2015

ALGERIA SELEPAS DUA DEKAD RAMPASAN KUASA TENTERA - DR RIDUAN


SATU DEMONTRASI MEMBANTAH KETIDAKADILAN PEMERINTAHAN TENTERA


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34083-algeria-selepas-dua-dekad-rampasan-kuasa-tentera


Sumber HD - 27-2-2015


TRIBUT BUAT SANG PENCERAH - TIMBALAN KETUA LAJNAH KEBAJIKAN PP



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33863-tribut-buat-sang-pencerah

Sumber HD - 14-2-2015


MEMPERINGATI IMAM ASY SYAHID HASSAN AL BANNA - AJK PP


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33843-memperingati-imam-asy-syahid-hasan-al-banna

Sumber HD - 13-2-2015


MENDOBRAK FAHAMAN PLURALISME AGAMA - DR RIDUAN


DR RIDUAN MOHD NOR - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33727-mendobrak-fahaman-pluralisme-agama

Sumber HD - 9-2-2015


DATUK ASRI MUDA MELURUSKAN SEJARAH SOSOK BESAR PAS - DR RIDWAN


ALMARHUM TS DATO' ASRI HJ MUDA - MANTAN YDP / PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33642-datuk-asri-muda-meluruskan-sejarah-sosok-besar-pas

Sumber HD - 4-2-2015


FITNAH : RIDUAN MINTA TUTUP FACEBOOK PALSU  - DR RIDWAN


DR RIDWAN MOHD NOR - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33582-fitnah-riduan-minta-tutup-facebook-palsu

Sumber HD - 31-1-2015

Artis berhijrah dan manfaat buat gerakan Islam

Posted on Saturday, January 24 @ 10:48:36 MYT by paktam

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR
JIKA Indonesia terpanar dengan kesan "gelombang hijau" akibat penghijrahan artis, seniman dan budayawan papan carta utama seperti Deddy Mizwar, Opick dan puluhan nama besar yang lain, negara kita juga mengalami ombak seni yang sama sekitar lima tahun ini. Kelompok seniman yang mencari jalan hidup bertuhan telah menjadi fenomena besar tanahair sehingga menimbulkan kegusaran pihak berkuasa apabila anak seni ini memilih untuk bersama gerakan Islam.

Nama besar bidang seni seperti Azmil Mustapha, Bob Lokman, Pierre Andre, Abby Abadi, Zuar XPDC, Ali XPDC, Zulkifli M. Osman, Sham kamikaze dan ratusan yang lain seolah membentuk satu gelombang besar yang memercik kesannya pada masyarakat. Mereka hadir dalam majlis forum, talkshow, sembang santai, misi kebajikan, misi dakwah jalanan, juga menghadiri usrah dan memeriahkan panggung dakwah tanah air.

Artis merupakan komponen penting masyarakat Malaysia yang telah dibudayakan dengan budaya hiburan yang menggila, daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas hiburan merupakan santapan penting kehidupan di negara ini. Hiburan dijadikan senjata yang ampuh oleh kerajaan BN untuk meredakan kemarahan dan keresahan rakyat dengan pelbagai penyelewengan, skandal dan salah urus pentadbiran. Rakyat menjadi buta tuli dengan isu kerana disuap dengan aneka hiburan murahan malah artis diangkat menjadi ikon utama negara diberikan tempat yang mulia berbanding golongan cendekiawan negara ini.

Memandangkan artis merupakan kelompok elit dalam strata baru masyarakat, maka menjadi kewajaran kepada gerakan Islam mendekati kelompok ini kerana kesan kepada masyrakat adalah sangat besar. Parti Islam Indonesia PKS (Partai Keadilan Sejahtera) sebagai sebuah contoh gerakan Islam yang telah berjaya memanfaatkan fenomena seni di negara tersebut. Mereka mempunyai halaqah-halaqah yang dipimpin oleh kader-kader dakwah PKS untuk mengadakan konsert-konsert alternatif terutama untuk menyalurkan bakat artis-artis yang telah kembali ke pangkuan hidayah Islam. Kesannya PKS menjadi parti yang dekat dengan golongan anak muda dan remaja, serta dilihat tidak anti sosial dan yang lebih penting mesej kepada masyarakat bahawa Islam tidak menolak hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak.

Para amilin gerakan Islam sangat mengimpikan untuk membentuk artis-artis yang berjiwa Islam untuk sama-sama berada dalam wadah perjuangan PAS, terutama melalui bimbingan majlis-majlis ilmu, kita harus akur bahawa kelompok ini mempunyai peminat masing-masing yang sudah tentu jika dapat ditarik ke dalam perjuangan, akan memberikan kelebihan kepada PAS. Teman-teman kita PKS di Indonesia telah lama berjaya mendekati golongan artis dan memanfaatkan golongan seniman ini untuk kepentingan dakwah bahkan telah berjaya meneroka budaya popular dengan baik seperti menghasilkan filem-filem dakwah, novel-novel Islami, teater dan menganjurkan konsert-konsert alternatif kepada golongan muda di negara itu.

Para amilin gerakan Islam sehingga sekarang menanti filem-filem 'gaya kita', menurut kebenaran yang kita perjuangkan seperti mengenai tokoh-tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Hassan Munas (Tok Janggut), wajar rasanya dengan beberapa buah kerajaan negeri yang kita kuasai dapat mengeluarkan bajet untuk menghasilkan filem-filem sejarah besar ini, apatah lagi dengan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu hari ini cuba untuk memencilkan peranan para ulama.

Seingat saya kerajaan Libya yang dipimpin oleh Muammar Ghadaffi telah mengeluarkan puluhan juta dollar US untuk menghasilkan filem sejarah tokoh ulamanya yang tersohor Umar Mukhtar-Lion of the Desert, filem sejarah perjuangan kemerdekaan ini telah ditonton oleh jutaan khalayak di seluruh dunia dan berjaya mengangkat martabat ulama Libya ini yang akhirnya terkulai di tali gantung. Filem ini merakamkan dengan baik sikap patriotisme umat Islam dalam menentang penjajah Itali.

Mendekati seni dan budaya mestilah juga menjadi agenda Jemaah Islam hari ini kerana kelompok ini sangat besar dan berpengaruh kepada masyarakat. Sekurangnya gerakan Islam dilihat tidak memusuhi ruang budaya dan seni kerana ruang ini juga harus diisi dengan pendakwahan terhadap masyarakat.

Kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat juga wajib dilihat mesra anak seni yang berhijrah, menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai, juga mengeluarkan bajet untuk seni dan hiburan alternatif berkembang bagi menggantikan hiburan bersadur "sensate culture" yang dibajai oleh regim BN selama ini. Ramai juga kalangan anak seni yang berhijrah ini akhirnya kembali ke dalam industri dan menanggalkan pakaian hijrah mereka, ini berkemungkinan dengan faktor desakan ekonomi dan juga kegagalan gerakan Islam, malah kerajaan PR untuk menyediakan ruang untuk mereka.

Rasanya belum terlambat untuk gerakan Islam , kerajaan negeri milik PR memanfaatkan kelompok seniman ini untuk jangka panjang perjuangan, meluaskan dimensi hiburan bernuansa Islami sekaligus mampu mengekang kebejatan moral masyarakat yang semakin merudum.
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Sumber HD - 24-1-2015


K-POP : BUDAYA KOREA DAN PROTOKOL ZIONIS - DR RIDUAN



DR RIDUAN MOHD NOR - AJK PAS PUSAT

Sumber HD - 15-1-2015


MUSLIM CARE BEKERJASAMA DALAM MISI BANTUANHARAKAH - DR RIDUAN



MUSLIM CARE - HARAKAH


Sumber HD - 13-1-2015

RASULULLAH DIHINA DI ZAMAN MODEN TIADA PENGHUJUNG:


Sumber HD - 12-1-2015

BANJIR, CATATAN TAKDIR DAN PENGURUSAN BENCANA:


DR RIDUAN MOHD NOOR - AJK PAS PUSAT


Sumber HD - 9-1-2015

2014 yang suram di bawah 1Malaysia Najib

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

TAHUN 2014 akan meninggalkan kita dengan seribu satu warna kehidupan yang mencengkam rakyat negara ini. Rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, jaminan keselamatan yang nihil, kenipisan kuasa beli dan nilai ringgit yang merudum paling teruk sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Berhadapan dengan kebangkitan rakyat dan persaingan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pasca PRU12, BN telah melancarkan kempen Satu Malaysia. Kempen ini cuba dipasarkan kepada rakyat dengan begitu agresif dan bersepadu melalui seluruh jaringan kerajaan yang ada.

Perunding imej Yahudi, APCO Worldwide, dikenalpasti sebagai pemacu utama kempen ini, sebagai sebuah agen perunding bertaraf dunia yang bergengsi yang turut menjadi penasihat di beberapa buah negara Dunia Ketiga yang sarat dengan masalah seperti Indonesia dan Kazashtan. BN walaupun diasak kuat dengan isu pembayaran 77 juta setahun kepada APCO namun Najib mengambil sikap mendiamkan diri, membisu seribu bahasa.

Sebelum ini juga, BN telah berselingkuh dengan Yahudi, contohnya menggunakan khidmat perunding imej Satchy and Satchy pada tahun 80-an, mengundang pasukan kriket Israel ke negara ini pada tahun 1997, bantahan tegas daripada umat Islam tidak menjerakan BN, pada tahun 2002 sekali lagi pasukan ping pong Israel pula dijemput.

APCO Worldwide sebagai perunding imej telah menjambatankan hubungan Najib dengan Barack Obama. Kembalinya Najib bertemu sesepuh 'Uncle Sam' di Rumah Putih maka Malaysia telah menghentikan eksport gasoline ke negara Iran yang merupakan musuh ketat negara 'polis antarabangsa'. Najib mengambil sikap mesra dan bersahabat dengan Amerika dan sanggup melukakan hati umat Islam yang dijeruk dengan penistaan dan pembantaian Amerika.

Sebelum ini gagasan 'Islam Hadhari' tenggelam dengan hilangnya Pak Lah daripada persada politik nasional, bahkan gagasan sesat ini menjadi liabiliti kepada Umno dan BN terutama di negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang agak kuat pengaruh agama. Gagasan Islam Hadhari menjadi ocehan, dipersenda dan diketawakan oleh rakyat, hatta Dr Mahathir sendiri pun tidak bersahabat dengan gagasan Islam Hadhari. Ratusan juta melepuh hangus untuk menindoktrinkan gagasan ini terutama melalui JASA dan agensi penerangan kerajaan, terutama kepada penjawat awam di seluruh negara. Islam Hadhari semakin menyempurnakan kenazakan BN sebagai parti pemerintah lebih separuh abad kemerdekaan negara.

Najib mengambilalih pemerintahan negara ini dengan imej dan reputasi yang tercalar dengan segudang 'historical burden' sepanjang keberadaan beliau di pentas politik Malaysia. Mac 2008, tsunami politik telah membadai negara ini, pertama kali dalam sejarahnya BN hilang undi dua pertiga. Kaum Cina dan India dipersalahkan kerana tidak mengenang budi. BN dan Umno dipinggirkan oleh pengundi muda dan kelompok kelas menengah. Nyayian perkauman mula didendangkan dengan paluan gendang yang songsang, hegemoni BN mula berantakan dan menunjukkan tempang yang hodoh di segenap sisi.

Najib dan sebahagian anggota kabinet beliau mempunyai masalah imej yang serius, dosa dan noda menjadi penghias seri serambi kuasa negara ini. Rasuah gotong-royong, salah urus pentadbiran, ketirisan, kelesuan intelektual, berselingkuh adalah imej kepimpinan negara hari ini, tidak ada air mutlak yang dapat menyiram noda ini.

Kesannya beberapa negara berani memeras ugut kepimpinan negara ini termasuk Singapura dan Perancis, regim tersepit. Maka, undang-undang 'draconian', aparat keamanan, kekangan media serta jeriji penjara adalah benteng terakhir mereka. BN tidak pernah belajar untuk menghormati hak dan suara rakyat, walaupun PRU12 , PRU13 kelompok kelas menengah tidak menyebelahi mereka.

Gagasan 1Malaysia juga akan di ingati akhirnya oleh rakyat Malaysia sebagai prasasti kehancuran BN dan Umno menjelang tahun 2015. Gagasan 1Malaysia berlangsung dengan latar belakang Malaysia yang sedang sarat dengan pelbagai masalah. Kadar jenayah sedang menggebu, meratah jati diri umat Melayu. Kadar jenayah sedang melonjak naik menampakkan ketidakberkesanan undang-undang manusia dan hilangnya keberkatan langit.

Hari ini setiap 17.5 minit negara melahirkan seorang anak luar nikah, zina dan pembuangan bayi menjadi fenomena negara, hiburan melampau dan budaya popular menjadi pemicu utama gejala ini. 'Sensate culture' terus menyelimuti generasi muda, manakala golongan tua di kampung terus diperlekehkan intelektual. Rakyat dicandukan dengan hiburan supaya mereka terlalai dengan kebejatan dan kebobrokan regim pemerintah.

Datanglah segunung isu yang merugikan rakyat dan negara sekalipun, generasi yang dibius dengan hiburan tidak akan peduli. Pertandingan realiti TV seperti 'One in Million', Akademi Fantasia, Mentor, Rentak Juara, Bintang Kecil, dan puluhan anugerah industri muzik adalah gambaran sendatnya negara ini dengan dunia hiburan popular. Terkinu kajian (Nielsen 2010), negara Malaysia menduduki tangga ke-10 daripada 52 negara yang dikaji, rakyatnya paling kuat berhibur.

BN yang semakin suram pesona mencar pelbagai jalan untuk merengkuh kembali sokongan namun tarian mereka semakin hilang rentak. Isu perkauman dipercikkan serta dibungkus dengan jenama 'ketuanan Melayu' untuk meletakkan orang Melayu sebagai pengkalan kuasa paling utama (Umno dalam beberapa PRK mendakwa masih mendapat sokongan orang Melayu). Beberapa isu perkauman dan agama telah mengamabil tempat selepas PRU12.

Di Pulau Pinang sahaja, beberapa kali himpunan perkauman telah diadakan, namun masyarakat tidak terjerat dengan mainan politik kotor Umno. Keterujaan membakar api perkauman dan rekayasa aneh Umno dalam menayang koreografi politik perkauman semakin menjauhkan mereka dengan masyarakat bukan Melayu di negara ini.

Umno dan BN setelah lebih separuh abad memegang tampuk kekuasaan seumpama seorang tua yang menderita pelbagai penyakit kronik, sarat dengan masalah dalaman yang menjauhkan mereka daripada kelompok kelas menengah dan anak muda generasi digital hari ini. Umno tidak berkeseorangan, sebahagian parti yang berkuasa di dunia ini dan disinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan mula menggelonsor daripada takhta, LDP di Jepun, FLN di Algeria, GOLKAR di Indonesia, Parti Kongres di India adalah angkatan Umno yang sedang tenat, berhempas pulas dengan usia senja, dengan berselirat wayar penyambung hayat.

Kekuasaan bagi kelompok 'machiavelli' adalah sebuah idiom yang dikaitkan dengan memunggah harta negara untuk memenuhi kantung peribadi. Hukum karma akan menjerat penzalim, "Tuhan tahu tapi menunggu" kata Tolstoy, kekuasaan akan sentiasa bergulir sebagai ujian kepada manusia. – HARAKAHDAILY 15/12/2014

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik PAS Pusat)

Jom ke Liqa Fikri PAS Pusat: Tarbiah memacu perjuangan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .





































PAS terus mendepani perjuangan setelah 63 tahun beroperasi di medan ummah, antara motor yang menggerakkan harakatul ummah ini ialah sektor tarbiah. Tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengislamkan jasad, akhlak, roh dan intelektual. Ia juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak mulia yang memungkinkan para amilin jamaah itu hidup di dunia ini dalam setuntas mungkin mendasari syariat dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti.


PAS ialah gerakan Islam yang mengutamakan sektor amal tarbawi, maka tarbiyah Islamiyah itu dilaksanakan berasaskan kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah:

1. Bahawa tarbiyah islamiyah itu adalah suatu perkara wajib lantaran ia merupakan wilayah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila baginda menerima wahyu daripada Allah SWT semenjak marhalah makiyyah.

Perkara ini diterangkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya, maksudnya:

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikamah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah kesesatan yang nyata."

Justeru, Islam mewajibkan tarbiyah ke atas lelaki dan perempuan, apatah lagi abnaul harakah. Tanpa tarbiah, maka jemaah ini akan melakukan penyelewengan dan kemalangan fikrah yang akan memicu perbalahan, intriq dan polemik tidak berkesudahan.

2. Tarbiyah Islamiyah itu berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah SWT iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan itu semata-mata kerana kepatuhan kepada Allah SWT. Tarbiah melahirkan para amilin yang kompeten, seimbang, menyebar kepedulian beragama, menjadi nukleus perjuangan dan tahan uji. Maka amilin wajib ikhlaskan diri untuk ditarbiah dan mentarbiah ahli yang lain.

3. Bahawa tarbiyah Islamiyah itu seumur hidup dalam perjuangan, dengan makna ruang masa program tajnid dan tarbiah tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara berkekalan bermula daripada kandungan yang belum dilahirkan sampailah ke alam dewasa dan berpindah ke alam baqa'. Tidak ada seorang pun yang berbangga tentang piawaian tarbiah dirinya.

Tiada amilin dan abnaul harakah yang boleh merasakan bahawa dia adalah seorang yang paling alim, paling haraki, serba tahu dan bijak. Al-Quran menegaskan bahawa setiap seorang yang alim itu sudah pasti ada orang lain yang lebih alim daripadanya. Selain itu, Allah SWT juga memperingatkan kita bahawa ilmu yang dicampakkan kepada hamba-hamba-Nya adalah terlalu kerdil. Oleh itu, Islam menganjurkan agar pentarbiyahan dilakukan secara berkekalan, munazomah dan bersumber wahyu.

Menginsafi penting program amal tarbawi yang berterusan, maka Lajnah Tarbiah PAS Pusat akan mengadakan program liqa fikri untuk para pendokong jemaah ini berterusan menerima sentuhan tarbiah daripada murabbi jemaah. Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 Dis 2014/Sabtu
Tempat: Dewan Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.Selangor
Masa: 8.30 pg - 2.00 ptg
Yuran: RM15.00

Peserta Yang Terlibat :

1. Ahli Majlis Syura Ulamak
2. AJK PAS PUSAT
3. AJK Dewan Ulamak PAS PUSAT
4. AJK Dewan Pemuda PAS PUSAT
5. AJK Dewan Muslimat PAS PUSAT
6.AJK Lajnah Tarbiyah PAS PUSAT
7.AJK Harian Dewan Ulamak / Muslimat / Pemuda Negeri
8.Ahli Parlimen
9.Ahli Dewan Negera
10.Ahli Dewan Undangan Negeri
11.AJK Badan Perhubungan Negeri

Semoga harakatul ummah sentiasa bergerak seiring dan seimbang antara sektor siasah, dakwah dan tarbiah bagi merengkuh sokongan massa dan sebagai wahana pemerkasaan jamaah tercinta ini. Mengabaikan sektor amal tarbawi bermakna kita membunuh secara perlahan harakah ini yang dibina oleh leluhur kita berpaksikan al-Quran, hadith, ijmak dan qias. Jom kita turun ke liqa' fikri kali ini. – HARAKAHDAILY 12/12/2014

Jom anak muda, kita serbu Ijtimak Tarbawi 4.0

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .






































Ijtimak Tarbawi 2014: Kaderisasi dakwah dan program persiapan fikrah

GERAKAN Islam ini semakin membesar dan menerima kehadiran penyokong yang pelbagai latar belakang, konsistensinya di medan dakwah, tarbiah dan dakwah telah teruji dalam tempoh yang panjang, 63 tahun di negara ini.

Usai program mega Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar, jangan lupa pula program besar tahunan Dewan Pemuda Malaysia, 5 Disember sehingga 7 Disember ini, yang berlangsung program terbesar Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ijtimak tarbawi 2014 di Yayasan An-Nahdhah Pulau Pinang. Program ini merupakan kesinambungan program besar Dewan Pemuda PAS iaitu Ijtimak Tarbawi di Rusila, Taman Melewar, seterusnya Pagoh, Johor.

Dewan Pemuda PAS semenjak dekad 60-an telah ratusan kali mengadakan ijtimak tarbawi dalam kerangka mencetak kader-kader dakwah. Semasa dipimpin oleh Ustaz Hasan Shukri, seorang anak tarbiah Ikhwanul Muslimin program ini dinamakan SPEM. DPPP bergerak ke setiap negeri untuk mempersiapkan fikrah pemuda terutama tonggak lima rukun yang digagaskan oleh gerakan Islam fenomenal itu. Pemuda PAS yang diasak dengan program tarbiah telah berjaya menghadapi serangan tak beradab pemuda tahan lasak Umno yang dikenali sebagai pemuda tahan lasak.


Dalam dekad kebangkitan Islam pula, selepas peralihan kepimpinan ulama, pelbagai ijtimak tarbawi diadakan dengan menggunakan pelbagai jenis tema seperti ijtimak mustad’afin, ijtimak penerangan dan sebagainya, namun yang paling berskala besar ialah ijtimak alami yang menghimpunkan tokoh-tokoh besar gerakan Islam antarabangsa, termasuk daripada gerakan Jamiat Islami, Ikhwanul Muslimin dan juga gerakan Islam yang lainnya.

Yayasan an-Nahdhah dan kawasan sekitarnya akan menjadi ‘hotel’ yang akan menampung ribuan peserta ijtimak melepaskan lelah bersimpuh dan menadah kitab daripada murabbi Presiden. Gerai-gerai jualan yang pelbagai akan menyempurnakan himpunan ini, termasuk gerai pameran yang akan diuruskan oleh pelbagai unit dalam jamaah, NGO Muslim Care, peniaga pelbagai barangan dan lain-lain lagi.

Ijtimak Tarbawi 2014 Dewan Pemuda PAS akan berlangsung dengan euphoria santai namun sarat dengan mutiara ilmu yang akan disampaikan oleh pembentang kertas kerja, pengkuliah, juga panelis forum yang terdiri daripada kalangan pimpinan PAS Pusat dan tokoh jemputan daripada Majlis Syura Ulama.

Dengan jangkaan sepuluh ribu peserta yang hadir memenuhi dalam dan luar kompleks an Nahdah, program ini dijangka memberikan kesan yang mendalam untuk memerkasakan kembali program tajnid, mencetak kader-kader dakwah dan merimbunkan kembali program amal tarbawi di dalam gerakan Islam tertua dan terbesar di negara ini.

PAS walaupun disibukkan dengan medan siasah namun tidak melupakan kewajipan asasinya untuk membenihkan kefahaman terhadap ahli-ahlinya yang kini menjangkau sejuta orang dan dua juta penyokong.

Rahsia kekuatan PAS dapat bertahan dalam tempoh enam dekad ini ialah kerana kejayaan mentarbiah ahlinya, berdada dengan kezaliman pemerintah. Tanpa tarbiah, maka PAS telah lama berkubur di negara ini seperti puluhan gerakan lain yang hanya berada dirakaman sejarah negara.

Tadah kitab tafsir dengan Ayah Chik

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah semenjak tahun 70-an lagi. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Dasawarsa 70-an dan 80-an adalah zaman subur merendang dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan.

Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan beliau, bahkan merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau yang tak pernah lelah memberi mutiara ilmu buat anak muda dan masyarakat.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah alur atau ke pulau terbiar, Ayah Chik tetap hadir biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Presiden PAS dan Naib Ketua Ulama Sedunia, namun program tarbiah adalah keutamaan sejak dekad 70-an sehingga jamaah ini sepentas dengan Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali kehebatan Presiden PAS, namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan meyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun.

Pemuda Islam yang akan menggalas beban perjuangan PAS di masa hadapan, bukan anak-anak kecil yang disuap makan oleh ibunya. Islam tak akan menang di tangan sang pengecut dan pemuda yang manja, tiga hari bukanlah tiga bulan di tengah Sahara atau di hamparan ais di kutub Utara. Jom anak muda, kita serbu Ijtimak Tarbawi 2014. - HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014

Retreat dakwah: Mengenali Kekuatan para amilin

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

DAKWAH merupakan idiom yang menggegarkan sukma kita para Mukmin kerana inilah jalan juang yang ditempuh oleh para Ambiya' wal Mursalin. Dakwah sepanjang zaman telah mengharungi jalan panjang perjuangan, merentasi hamparan bongkah benua, merenangi gelombang lautan terhampar luas, dan menembusi tembok kekuasaan. Dalam rakaman langit Sirah, perjuangan dakwah Nabi SAW di kota Mekah telah berjaya menembusi bongkah dan karang jahiliah Arab Mekah berjalan secara rahsia selama tiga tahun. Baginda SAW telah memilih unsur-unsur terpilih dalam kalangan peserta pertama generasi dakwah. Seruan merayap dari telinga ke telinga, dan akhirnya menyatu di lubuk hati. Generasi al-Quran telah dipasak dengan keupayaan terbaik dalam menyampaikan dakwah.

Tahapan pertama ini memerlukan kesiapsiagaan yang tinggi dan berstrategi, bukan digarap sambil lewa.

Nabi dan para sahabat memilih untuk berhimpun di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk menyalur ilmu dan tenaga dalam berdakwah. Dalam tempoh ini juga pemantapan akidah serta jalinan ukhuwwah fillah dipasak dengan bersungguh-sungguh kerana dakwah memerlukan bahtera yang kuat, papan lantainya mestilah kukuh, dan akan berada dengan serkupan kezaliman serta penistaan golongan musyrikin.

Samudera perjuangan akan bergelombang dengan deru angin yang paling ganas. Maka pemerkasaan tarbiah adalah sangat penting sebagai bekalan di jalan dakwah yang terhampar dengan ribuan ranjau ujian. Ribut petir akan sambar-menyambar. Deruman angin akan melibas kiri dan kanan. Mereka yang tanpa persiapan jiwa akan berguguran di jalan dan medan yang mencabar ini. Inilah dakwah yang meletakkan pendukungnya mestilah berketerampilan dan tahan uji.

Dakwah semakin mencabar dengan tegaknya pemerintahan Islam di Madinah, malah dipicu dengan lebih rencam dalam suasana politik perang dan damai sehinggalah dalam peristiwa haji widak telah mencecah 130,000 umat Islam yang hadir berhimpun. Dakwah memerlukan komitmen, sinergi, kesinambungan dan kajian unjuran yang komprehensif, maka Lujnah Dakwah PAS Pusat telah mengadakan pemukiman khas (retreat) di Tasik Kenyir Terengganu pada 29 dan 30 November baru-baru ini.

Sesi ini Lujnah Dakwah dipisahkan daripada Lujnah Penerangan, maka satu pencerakinan tugas wajar dilakukan memandangkan skop dakwah terlalu rencam. Menarik jika dilihat latar belakang penggerak lujnah ini yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang telah bergerak di medan dakwah, kebajikan dan pendidikan. Pemukiman ini sekali gus rehlah keluarga besar lujnah telah berjaya menghimpunkan hampir 80 orang peserta yakni keluarga penggerak lujnah jika terlibat untuk memeriahkan pelbagai acara termasuk acara fizikal, pengisian kerohanian, santai keluarga dan sebagainya.

Lujnah dakwah merangka plan dan gerak kerja dakwah yang meliputi dakwah terhadap masyarakat dalam menghadapi cabaran era pos-Islamisme dengan mengadakan pelbagai forum ilmu, wacana, diskusi, nadwah. Ustaz Nasrudin Hasan mengepalai tim pertama dalam menjadikan PAS peka dengan cabaran kontemporari dan mewajahkan PAS sebagai wadah pembenteng akidah. Tim kedua lujnah menfokuskan kepada dakwah kepada masyarakat Sabah dan Sarawak, memobilisasi pelbagai jaringan sivil untuk menebar peduli dakwah termasuk kaum etnik Borneo. Ustaz Zulfikar Mizan akan mengemudi cabaran dakwah di Borneo termasuk Haji Husein Ismail yang telah terbabit aktif di kawasan pedalaman Borneo.

Pemerkasaan dakwah kepada non muslim pula digerakkan oleh Ustazah Nuridah Salleh, yakni sektor ini juga akan memikirkan wadah transit untuk para mualaf dan gerakan merapati bukan Islam dengan lebih sistematik. Lujnah dakwah juga memberikan perhatian besar kepada aspek penulisan dan penerbitan buku -buku bernuansa dakwah. Juga lujnah melalui unit penerbitan akan mengadalan kem kejurulatihan penulisan untuk merekrut kader-kader penulis dakwah.

Retreat selama dua hari ini berjalan dengan lancar malah diserikan dengan pembentangan oleh tokoh korporat dan kejurulatihan industri negara iaitu Haji Razali Muhsin. Antara pengkuliah jemputan ialah Ustaz Norazli Musa yang juga AJK Ulama dan juga penggerak beberapa, NGO dakwah dan kebajikan. Ahli keluarga besar lujnah juga sempat meracik ukhuwwah antara satu sama lain, juga tim gerak khas lujnah yang terdiri aktivis pemuda pelbagai peringkat.

Menurut Datuk Tuan Ibrahim, ahli-ahli keluarga yang hadir paling kurang dapat menjiwai betapa lujnah dakwah adalah lujnah yang paling besar tanggungjawab dalam gerakan Islam, maka semoga mereka berempati dengan suami atau isteri yang terlibat di medan dakwah ini. Begitu juga anak-anak kecil yang turut serta, tangis tawa mereka adalah pelengkap kepada retreat lujnah dakwah yang menuntut kerahan idea para peserta. Insya-Allah, kami tidak akan berhenti berdakwah walau terhampar titian mehnah dan ibtilak di sepanjang denai dakwah ini. – HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014

Hijrah artis bersama PAS, apa Mashitah perlu fahami

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .








































PAS kini telah berusia 63 tahun mempersadai perjuangan di medan dakwah, siasah dan tarbiah negara ini.

Harakatul ummah ini dengan kepelbagaian ahli terus menabur bakti di medan operasi masyarakat sehingga reputasinya dalam pelbagai sektor telah menjadi tarikan pesona untuk pelbagai pihak menyertai PAS termasuk para artis, selebriti, anak seni dan budayawan.

PAS sentiasa dicemburui terutama pesaingnya, Umno, perhimpunan agung tahunan mereka adalah medan untuk membelasah PAS yang sentiasa dipandang jelek. Kali ini tidak cukup meremehkan PAS, para selebriti yang berhijrah juga menjadi medan meluahkan kebencian oleh pemimpin UMNO.

Datuk Mashitah Ibrahim yang menyebut kewujudan ustaz dan ustazah ekspres, iaitu merujuk para artis, bahkan rockers yang menyertai PAS terus dijulang sebagai agamawan. Cukup meleset dan berniat jahat tuduhan itu kepada insan yang mencari jalan pulang berfitrah.

Saya merasa wajar Mashitah dan UMNO difahamkan mengapa para anak seni memilih PAS sebagai wadah mereka mencari jalan untuk hidup bertuhan setelah tersesat dalam belantara industri seni yang tidak patuh Syariah negara ini.

Para anak seni ini dahagakan ilmu-ilmu agama, ingin mendalami pelbagai disiplin ilmu Islam, hidup dalam lingkungan sosial yang mesra syariah dan PAS menyediakan apa yang mereka dahagakan.
Usrah anak seni yang berhijrah sering diadakan daripada masa ke semasa, antara yang pernah menjadi tenaga pengisi liqa'tarbawi mereka ialah Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasruddin Hasan, Ustaz Syed Qader al-Jofree dan lain-lain pimpinan PAS.

Teringat saya pengkisahan anak seni yang berhijrah yang kini paling aktif berdakwah dan membuat kerja kebajikan, Zuar XPDC bekas pemain bass terkenal kumpulan ala Metallica Malaysia.

Dalam mencari jawaban beragama setelah tersedar dalam lamunan hidup, beliau hampir diajak menyertai ajaran Qadiani, ajaran sesat Ayah Pin, ajaran sesat syiah, namun akibat berjinak melalui kuliah ilmu akhirnya beliau mengenali PAS melalui para asatizah.

Zuar sentiasa menghadiri usrah dan majlis ilmu, mendekati pembelajaran di masjid-masjid serta mula berusaha menghafal al-Quran.

PAS pula memanfaatkan bakat dan kebolehan yang dipunyai oleh anak seni ini untuk menarik anak muda berjinak dengan cara hidup Islam.

Beliau juga aktivis sebuah NGO kebajikan tersohor negara ini yang terlibat dalam banyak misi kebajikan dan dakwah.


Seorang anak seni yang bertekad meredah samudera perjuangan bersama PAS ialah Abby Abadi, pelakon dan juga penyanyi berkumpulan dekad 90-an.

Abby mengakui bahawa PAS telah menyekolahkan beliau untuk memahami tasawwur Islam, mengenal hukum hakam dan memberikan rasa bahagia bila hidup beragama.

Anak seni ini sentiasa hadir dalam majlis ilmu di sekitar Lembah Kelang dan juga sentiasa dihargai pengalaman hidup apabila hadir di pentas-pentas ceramah, forum, talkshow anjuran PAS.

Tiada pula ahli PAS yang 'mengustazahkan' beliau, kerana tema perkongsian program beliau seputar isu mengapa masyarakat perlu berhijrah dan PAS adalah wadah terbaik untuk pengislahan diri.

Bob Lokman atau Mohd Hakim bin Lokman bin Ahmad bin Yusuf al-Kenali pula paling nekad berhijrah bersama harakah Islam ini. Beliau paling teruk digodam media UMNO dan dibunuh karektor kerana nuansa perjuangannya bersama PAS. Beliau cicit Tok Kenali, namun perjalanan hidupnya berwarna warni seperti pelangi.

Bob Lokman terselit di tengah fenomena rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta lirik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama dipersada seni tanah air.

Bob tersungkur di tengah kegemerlapan namanya, dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan tindih menerpa, meluluhlantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Bob Lokman disapa hidayah Tuhan dan dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau.

Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan.

PAS adalah pilihan Bob, beliau anak saudara almarhum Ustaz Mawardi Ahmad yang juga Adun Lundang Kelantan. Latar belakang keturunan dan latar belakang pengajian Islam yang Bob miliki sangat membantu beliau aktif membantu PAS, terutama menarik anak muda bersama parti Islam tertua ini.

Terlalu ramai artis dan anak seni yang berhijrah dan akhirnya memilih PAS , namun ruang ini sangat terbatas untuk ditumpahkan segala pengalaman hidup mereka.

Cukuplah, untuk Mashitah dan pimpinan UMNO memahami bahawa Harakatul ummah ini sentiasa membuka pintu dan ruang untuk pengislahan insan. Ribuan para asatizah dan penyokong ulama yang sentiasa menggerakkan majlis ilmu dan bersedia mendampingi insan yang ingin kembali mencari jalan hidup fitrah.

UMNO bukan pilihan membaiki diri, apatah lagi dengan kebobrokan nilai yang sedia ada. Rakyat disajikan dengan bius hiburan popular dan kemaksiatan yang merencahi program menarik anak muda untuk menyokong parti Melayu di hujung kuasa itu.

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat.

Sumber HD - 28-11-2014

Perhimpunan Agung Umno di hujung kuasa

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

KETAKUTAN hilang kuasa dan euforia paranoid sedang menggema hangat di PWTC, seolah tanah leluhur ini sedang diperintah bangsa asing. Ironisnya negara ini diperintah oleh Umno, parti yang lahir pada 11 Mei 1946 dan mempunyai jajaran Perdana Menteri berkeahlian Umno.

Tema bangsa Melayu akan hilang daripada peta kuasa, hilang segalanya sedang disenandungkan dengan sajian melankolik oleh pemimpin-pemimpin Umno dan para perwakilan yang sedang bersidang. Termuntah segalanya melalui pantun, pepatah petitih, seloka bahkan terjahan semangat akan kebimbangan hilang kuasa ini.

PRU13 yang lalu telah menghantar isyarat yang jelas bahawa parti Melayu yang bersalut KKN ini semakin berada dihujung tampuk kekuasaan dan ternyata Umno berkuku di kawasan pedalaman yang tidak akses kepada maklumat dan ilmu yang benar.

Talian hayat Umno dan BN ini juga bergantung dengan Sabah Sarawak, malah ternyata jelas Umno ditolak oleh kelas menengah Melayu negara ini. Cuba kita bandingkan prestasi Umno BN dalam PRU12 dan juga dalam PRU13, maka rakyat dapat menghidu ketakutan Umno ini.

Kedudukan ahli Parlimen juga berlaku perubahan berbeda dengan PRU12 dimana BN mempunyai 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 82 kerusi Parlimen. Kali ini menyaksikan dalam PRU13, BN hanya memperolehi 133 kerusi Parlimen. Kali ini Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi Parlimen. Keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah sebanyak 222 kerusi.

Di peringkat negeri-negeri juga BN mengalami kemerosotan yang sangat drastik, dalam PRU12 yang lepas, BN mempunyai 344 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala Pakatan Rakyat mempunyai 161 kerusi Dun.

Lonjakan kali ini sangat menarik untuk dibedah apabila PRU13 ini, BN mempunyai 275 kerusi Dun dengan makna BN kehilangan sebanyal 71 kerusi Dun. Pakatan Rakyat yang menyaksikan permuafakatan politik PAS, PKR dan DAP telah memperolehi 230 kerusi Dun. Jumlah keseluruhan kerusi Dun ialah sebanyak 505 kerusi.

Pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan pertama kali undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat, jika dalam PRU12, BN telah memperolehi 4.0 Juta pengundi, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 3.7 Juta undi popular. Dalam PRU13 ini suasana sangat berbeza. BN 5.2 juta, Pakatan Rakyat 5.5 juta (Pakatan Rakyat lebih popular).

Dalam PRU ini juga menyaksikan peningkatan jumlah keluar mengundi yang paling ramai dalam sejarah pilihan raya. Jumlah peratusan ini mengalahkan negara maju dan sangat disangsikan malah dikaitkan dengan undian berganda.

Koordinasi antara JPN dan parti berkuasa telah menjayakan operasi undian berganda. Banjiran warga asing yang mengundi juga menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang cukup luarbiasa kepada negara sedang membangun seperti Malaysia.

Peratus keluar mengundi dalam PRU12 ialah seramai 8.0 Juta (76%). Manakala dalam PRU13 pula seramai 10.4 Juta atau 80 peratus yang keluar mengundi.

Peratusan sangat tidak logik dengan kadar pertambahan penduduk dan juga tahap pendidikan penduduk, semakin pedalaman, semakin tinggi kadar keluar mengundi.

Sangat ironis sekali, terutama apabila kadar keluar mengundi saluran 1 yang sangat tinggi.

Pengundian berganda adalah salah satu senjata BN untuk menang dengan cara yang sangat kotor.

Ianya dikesan mula digunakan dalam 3 pilihan raya terakhir ini, bersinergi beberapa jabatan kerajaan dengam modus operandi yang sangat licik.

Dalam isu undi popular, sejarah menyaksikan BN tidak berjaya menawan hati rakyat seluruhnya.

Kalau berdasarkan undi popular Pakatan Rakyat mengatasi BN dalam PRU13.

BN cuba menyembunyikan kerja jahat persempadanan pilihan raya yang pernah mereka buat iaitu dibanyakkan kerusi Parlimen di kawasan Sabah, Sarawak dan juga kawasan pengundi bukan Melayu yang ramai, manakala kawasan pengundi Melayu yang ramai tidak dipecahkan kawasan Parlimen.

BN memperoleh 5.2 juta undi popular sedang Pakatan Rakyat memenangi 5.5 Juta undi popular.

Bererti Pakatan Rakyat memungut lebih kurang 300,000 undi berbanding BN.

Tetapi oleh kerana kerusi Parlimen tidak seimbang dari segi bilangan pemilih, contoh, umpamanya ada kawasan Parlimen yang jumlah pemilihnya lebih kurang 10,000 atau 25,000 (banyak di Sarawak) sedang di Selangor beberapa kerusi Parlimen mencecah lebih 100,000, begitu juga kawasan majoriti Melayu seperti di Baling, Sik, Hulu Terengganu, Kemaman kadar pengundinya sangat tinggi.

Jadi jika sesebuah parti memenangi satu kerusi bilangan pemilihnya melebihi 100,000 orang dan parti yang lain memenangi di empat kerusi di Sarawak masing-masing satu kerusi bilangan pemilihnya 25,000. Dengan jumlah pemilih yang sama Pakatan Rakyat hanya menang satu kerusi sedang parti BN menang 4 kerusi.

Politik Communal sangat menghantui negara kita sejak zaman berzaman. Umno sendiri tegak atas dasar perkauman Melayu.

Kempen PRU13, sarat dengan kempen perkauman malah secara terbuka dengan penggunaan media massa arus perdana yang meracun pemikiran kaum Melayu agar terus menyokong Umno untuk mengelakkan Melayu hilang kuasa.

Usai PRU terus diserombongkan seolah adalah ahli Parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu.

Melayu ditakutkan hilang kuasa dan didendangkan bahawa DAP menguasai Parlimen. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Logik ini gagal untuk difahami oleh masyarakat Melayu luar bandar yang malas membaca dan dibius hiburan.

Perhimpunan Agung Umno terus meniup bara perkauman, sedang mereka meneriak "hidup Melayu", ekuiti bangsa Melayu makin mengecil dan tanah orang Melayu semakin hilang disambar cukong yang sedang berselingkuh dengan penjerit hidup Melayu.

Nilai akhlak Melayu makin punah dibaham kejahilan sistematik dan juga akibat pembiusan hiburan skala besar tajaan kerajaan. Umno tak perlu menyalahkan orang lain dengan terpuruknya bangsa Melayu dan juga semua bentuk perlecehan terhadap Islam kerana kuasa telah dan sedang digenggaman tangan mereka! - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat.

Sumber HD - 27-11-2014

Mengimbau 29 tahun tragedi Memali

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

BALING sebuah daerah yang sarat dengan peristiwa besar negara dan melakar sejarah. Di saat tanah leluhur ini diselimuti perlawanan dengan gerila Bintang Tiga, maka Baling dipilih untuk dijadikan medan perbincangan solusi antara PKM dan pihak Kerajaan pada tahun 1955.

Pada tahun 1974 pula, ekoran daripada harga getah yang merudum, maka Baling menyaksikan kebangkitan rakyat tani yang digalang oleh gerakan mahasiswa Malaysia sehingga menyebabkan ribuan anak-anak kampus ditahan oleh pihak berkuasa dalam lanjutan bantahan di kuala Lumpur.

Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda dan diketatkan pasca bantahan gerakan mahasiswa paling besar dalam sejarah negara ini. Kejerihan rakyat Baling telah memacu kebangkitan anak muda prihatin negara ini yang menjadi kuasa semak dan imbang yang berkesan.

Baling sekali lagi melakar sejarah, namun dengan lebih tragis dan merobek jantung hati dengan berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985. 14 penyokong PAS dan empat orang polis terkorban akibat kerakusan dan kesilapan regim BN menanggani peristiwa ini yang mengundang kritikan berpanjangan sepanjang tiga dekad ini. Dekad 1980-an adalah dasawarsa kebangkitan Islam yang menyaksikan kerajaan BN melancarkan kempen Penerapan Nilai Islam untuk menghadapi kebangkitan Islam yang sedang bersemarak hangat.

Tokoh utama yang menjadi watak tragedi ini ialah as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali juga sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau adalah pendakwah dan ulama yang pernah mendapat pendidikan di Deoband India, Universiti al-Azhar Mesir dan juga Maahad Dakwah di Tripoli Libya. Beliau yang juga pemidato yang handal sehingga pernah dinobatkan sebagai pendakwah terbaik di Wilayah Persekutuan, aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di Lembah Klang. Ustaz Ibrahim berkerja dibawah Pusat Islam sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan pulang ke daerah kelahirannya untuk sepenuh masa menyebarkan pencerahan dan ilmu agama untuk masyarakat desa yang dahagakan ilmu.

Ustaz Ibrahim mengasaskan pusat pengajian Islam di kampung Memali Baling, aktif menyampaikan kuliah agama di Utara Semenanjung dan popularitinya dengan pantas mencuat dalam kalangan masyarakat Utara Semenanjung. Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1978 di DUN Bayu, namun tewas tipis kepada calon BN. Selain itu pernah menjadi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, juga Pengerusi ABIM daerah Baling.

Pada tahun 1984, berlaku tangkapan tokoh-tokoh pimpinan pemuda PAS di bawah ISA , antaranya Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara. Namun pihak berkuasa gagal menahan Ustaz Ibrahim kerana beliau dikawal rapi oleh penyokong-penyokongnya yang setia. Umno kedah semakin gelisah dengan populariti almarhum yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman, sentiasa hadir menyampaikan kuliah di mana sahaja beliau dijemput.

Dalam perhimpunan Agong Umno pada tahun 1985, sekali lagi wakil Umno Kedah mendesak KDN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Ibrahim Libya yang dilihat mengancam penguasaan Umno di Kedah. Pada tahun yang sama berlaku tragedi Lubuk Merbau dalam Pilihan Raya kecil Padang Terap yang membawa pembunuhan terhadap Osman Talib, seorang aktivis PAS Kedah, juga kecederaan parah seorang ahli PAS dari Besut, Haji Ayub Mir. Bahang kebangkitan PAS semakin menyala di negara ini, apatah lagi dengan fenomena Haji Hadi yang sedang melanda .

Dengan desakan berterusan, maka akhirnya pada 19 November 1985 berlakulah tragedi yang memerihkan hati umat Islam negara ini, plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia. Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa.

Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini. Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh. Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz Ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat, manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengisytiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada.

Peristiwa Memali tetap utuh bersemayam ditangkai hati kita yang cintakan kebenaran. Walaupun terabai di mahkamah dunia namun mahkamah akhirat pasti kezaliman ini disingkap tirainya yang berlapis-lapis. Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ikon perlawanan antara hak dan batil, juga keteladanan dijalan dakwah yang penuh dengan hamparan mehnah dan ibtila'.

Sosok pendakwah yang mengorbankan kesenangan hidup untuk menjadi lantera dalam kegelapan pekat kejahilan masyarakat desa Baling. "Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah" frasa kata itu terpacul daripada mulut almarhum sebagai manifestasi menyintai kebenaran dan tidak akan bermanis muka dengan kebatilan. Semoga kita semua tidak melupakan Tragedi berdarah Memali 29 tahun lalu walaupun dalam gema ratib "Putrajaya" kita, mereka menyiram baja perjuangan! – HARAKAHDAILY 19/11/2014

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Sumber HD - 19-11-2014

Membedah pemikiran kelompok Islam Liberal

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .






































TERJAHAN kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut ummat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi. Isu ini makin menjadi hangat dengan polemik SIS dan juga Majlis Fatwa dan juga pihak berkuasa agama yang lain.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitulah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran".

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad - seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa Hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

"Tidak ada paksaan dalam agama".

(Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara Aqidah dan Iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang soheh iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya".

(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas)

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

"Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik". (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud "Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka" dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

4. Mempertikai syari'at Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syari'at Islam adalah ciptaan ulama dan fuqahak. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam Syari'at yang Qat'ie. Antara hukum-hakam Syari'at yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah;

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita

b. Keharusan poligami bagi lelaki.

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad

e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah

f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan Fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentamg agama.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan. – HARAKAHDAILY 7/11/2014

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

Sumber HD - 7-11-2014

Mendobrak kesesatan Islam liberal






































DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
Aliran Liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.


Sebagaimana Ideologi Liberal atau Liberalisme di Barat yang terbina di atas kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu terhadap agama, maka begitu juga dengan fahaman Islam Liberal. Fahaman Islam Liberal berakar pada kebebasan akal tanpa batasan ditambah pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam.

Bagi pendukung fahaman Islam Liberal, tidak ada di dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh dikritik atau dipertikai. Sepertimana Muktazilah, golongan Islam meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar Muktazilah moden atau Neo-Muktazilah.

Bagi mereka, penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada yang dapat dikategorikan sebagai Qat'iyyat atau Musallamat iaitu ajaran-ajaran agama mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu (yakni diterima atas dasar iman dan keyakinan kepada Allah dan Rasul) sebagaimana yang menjadi pegangan umat Islam selama ini.

Semua ajaran dalam agama bagi mereka adalah Dzanniyat (tidak pasti) dan Muhtamalat (mengandungi pelbagai kemungkinan). Oleh demikian, ia tertakluk kepada penerimaan akal dan rasional.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula hukum-hakam Syari'at dan Fiqh.

Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi Ijmak ulama termasuklah tafsiran dari Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama-ulama mujtahid.

Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi' (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas Syarak secara qat'ie (putus). Jika terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Menurut Syeikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah penyelesaian; jawapan kepada pendakyah-pendakyah free thinker), golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda tersendiri yang menjadi matlamat mereka, iaitu;

1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya dari masyarakat iaitu memisahkan agama dari pendidikan, menjauhkan Syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan di atas dasar riba.

2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan roh, wahyu dan alam ghaib dan dari segala ikatan dengan akhlak, aqidah dan keimanan kepada Allah.

3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan ilhad (ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.

Golongan Islam Liberal mempunyai kecenderungan yang kuat untuk menghidupkan kembali pemikiran Muktazilah yang menurut mereka mewakili kumpulan Islam Rasional dalam sejarah peradaban Islam. Kerana itu, tokoh-tokoh Islam Liberal di Timur Tengah seperti Ahmad Amin, Thaha Husain dan sebagainya amat menyanjung Muktazilah dan memusuhi golongan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah khususnya Asya'irah yang dituduh jumud, beku dan anti-rasional. Ahmad Amin pernah menulis; "Kaum Muslimin lemah dan mundur kerana mereka tidak menggunakan cara berfikir Muktazilah.....". (Lihat; al-Muamarat 'Ala al-Islam, oleh Anuar al-Jundi, hlm 19).

Tidak terkecuali dari kecenderungan sedemikian tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia dan Malaysia. Sebagai contohnya, Kassim Ahmad dalam bukunya "Hadis; Jawapan kepada Pengkritik", telah menegaskan; "Untuk mengetahui di mana umat Islam telah tersilap bila mereka mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus mengesan langkah-langkah kita kembali ke dalam sejarah. Sebelum kaum teologi Assy'ariyyah menang mengatasi kaum rasional Muktazilah dalam abad-abad kesepuluh, kesebelas dan kedua belas, aliran saintifik dan rasional kuat dalam sains Islam, yang sememangnya telah menyebabkan terbina sains dan tamadun saintifik Islam yang agung. Di antara masalah-masalah yang hangat diperdebatkan di kalangan mereka ialah kebebasan dan tanggungjawab manusia di atas perbuatannya dan keadilan dan keesaan Ilahi. Dalam perbahasan ini, kaum Muktazilah mewakili aliran saintifik dan rasional. Malangnya, keadaan di Timur pada masa itu tidak memihak kepada mereka, berbeza dengan keadaan di Barat. Kaum Muktazilah tewas. Peristiwa bersejarah ini memberi laluan kepada kaum Assy'ariyyah berkuasa di seluruh Timur".(Halaman 80)

Aliran Islam Liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam hari ini. Nama mereka mungkin berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama tertentu, akan tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui Syariat dan hukum-hakam agama, berprasangka buruk terhadap ulama dan mentafsir agama dan al-Quran melalui akal secara bebas.

Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh Islam Liberal, terdapat satu kesamaan antara mereka semua iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan yang salah.

Manakala di rantau Asia Pasifik pula, negara Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dalam dunia telah menerima serangan yang sangat hebat daripada jalur pemikiran liberal dan pluralisme teologi. Negara ini semenjak zaman penjajahan kuasa Belanda telah diterjah dengan pelbagai serangan pemikiran malah kini menjadi markas rantau Asia Pasifik bagi gerakan Kristianisasi.

Menurut Adian Husaini (2002), di Indonesia untuk menyebar dan menyemarakkan fahaman ini tokoh Islam Liberal yang terdiri daripada kalangan tempatan atau luar negara sentiasa dimunculkan di dalam wacana berkaitan dengan fahaman ini.

Kelompok ini menerima dana yang besar daripada pendana luar negara seperti Asia Foundation, dan sebagainya. Mereka aktif dalam pelbagai wacana awam dan kelihatan berprestij dengan program yang diadakan di hotel, saluran radio tv dan pelbagai medium yang lain.

Di Malaysia kelompok Islam liberal mewujudkan jaringan tersendiri, antaranya forum Islam liberal (FIL) yang secara konsisten menebarkan fahaman sesat ini.

Penulis teringat pertemuan dengan almarhum Ustaz Hussein Umar, ketua Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia pada awal 2005 di Jakarta yang mengingatkan penulis dan anak muda Islam untuk mengawasi penularan Islam Liberal di Malaysia. Almarhum mengingatkan tentang NGO yang bernama SIS yang gencar menyebarkan fahaman sesat ini, malah dengan kunjungan -kunjungan tokoh Islam liberal Malaysia yang kerap ke Utan Kayu Jakarta iaitu markas besar JIL.

Hari ini ingatan Ustaz Husein Umar menjadi realiti apabila arus Islam Liberal dan pluralisme agama makin mendapat tempat dihati umat Islam yang jahil dan lingkungan sosial yang semakin jauh daripada Islam. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS.

Sumber HD - 5-11-2014

IS: Sertai PAS untuk berjihad

DR RIDUAN MOHD NOR | .

Isu Kumpulan Militan Islam (IS) di Syria dan Iraq sehari dua ini menjadi fokus penting dalam media arus perdana dalam dan luar negara, seolah-olah ada perancangan jahat untuk meletakkan Islam di kandang orang salah.

Pemimpin negara pula terus menghangatkan isu ini, lebih lagi kerana ada pembabitan rakyat Malaysia dalam IS serta berjuang di Syria, malah berjuang dengan pelbagai kumpulan jihad di sana. Kelihatan secara licik untuk mengaitkan PAS dengan kumpulan jihadist ini untuk tujuan politik regim negara ini, sekaligus menghambat pengaruh PAS daripada bukan Islam.

PAS secara tegasnya memberi pendirian bahawa tidak terlibat dengan gerakan IS, tidak bersetuju dengan kaedah IS serta melarang keras ahli-ahlinya menyertai IS. IS tidak diikitraf sebagai kumpulan jihad yang betul sebagai kenyataan Majlis Kesatuan Ulama Islam Sedunia, juga Majlis Haiah Ulama Syria, bahkan oleh imam Masjidil Haram yang tersohor, Sheikh Dr Abdul Rahmaan Sudais.

PAS konsisten dengan pendekatan muwajahah silmiyyah atau pendekatan perjuangan secara aman di negara ini, usaha memenangkan PAS yang membawa nuansa Islam terus digerakkan dengan sabar, sistematik untuk menebarkan pengaruh supaya masyarakat memilih Islam sebagai manhaj kehidupan.

Seharusnya masyarakat faham erti jihad dan perjuangan sebenar. Jihad dan perjuangan Islam amat luas pengertiannya. Berdakwah kepada masyarakat yang jahil adalah jihad, berjuang menegakkan syariat Islam dalam ruang konteks demokrasi melalui pilihan raya melalui parti politik adalah jihad, bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim juga adalah jihad, belajar ilmu pengetahuan dan menyampaikan ilmu juga adalah jihad. Kesemua ini ganjarannya syahid jika diizinkan Allah.

Islam membela ummah yang tertindas, konflik Syria telah menyaksikan antara pasukan bersenjata menghalakan senjata diantara satu sama lain dan ini pernah dibimbangi oleh ar Rasul SAW. Dengan latarbelakang yang sangat rencam, tidak mudah untuk membuat analisa tentang apa yang sedang melanda Syria.

Jalur FSA , mahu pun ISIS atau kelompok mujahidin yang lain, konflik berdarah untuk melunsurkan regim Bashar kelihatan semakin menumpahkan darah sesama Islam , bahkan dalam kelompok para pejuang. Campurtangan asing dengan agenda tertentu apatah lagi dengan kedudukan geopolitik Syria yang sangat penting di Asia Barat.

PAS konsisten dengan manhaj Islam yang diajar oleh ar rasul SAW, mengajak manusia dengan penh hikmah, memanfaatkan ruang demokratik yang ada untuk membentuk euforia Islam seterusnya memerintah dengan keadilan Islam., Islam adalah agama perdamaian, bukan kekerasan. Jika berperang pun, penuh dengan etika dan disiplin pperangan.

Islam agama lemah lembut, toleransi, keamanan, sejahtera, dan selamat. Islam menentang keras keganasan apatah lagi dilakukan terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita, warga emas serta rumah ibadat agama lain. Justeru tidak boleh diterima pendekatan membunuh orang awam, tawanan, wartawan, merogol para wanita, memaksa bukan Islam mengucap syahadah serta memperhambakan manusia.

Persepsi yang cuba ditanam mengenai IS tidak lain adalah gambaran negatif yang cuba dipotretkan ke atas pejuang dan perjuangan Islam. Malah cubaan jahat media musuh bahawa PAS menyokong kelompok ini adalah tidak benar.

Media musuh mahu Islam dilihat sebagai ganas, kejam, jahat, tidak peri kemanusiaan, kasar, dan usaha menyuntik jarum Islamophobia ke dalam masyarakat sebagaimana tragedi yang berlaku pada 11 September 2001 yang lalu.

Hasrat musuh Islam adalah menjarakkan masyarakat bukan Islam daripada Islam, serta membina suatu halangan dakwah bagi Islam kepada masyarakat bukan beragama Islam.

PAS seupaya mungkin cuba merobohkan tembok kaca ini dengan terus berdakwah, bahkan melakukan pemuafakatan politik dengan bukan Islam.

Untuk anak muda yang semangat bergelora, PAS adalah wadah untuk kamu mengenali Islam dan beramal dengannya. Harakatul ummah ni menyediakan program untuk kamu menterjemaahkan gejolak iwa cintakaan Islam.

Pelbagai platform disediakan seperti Amal, DACS, ARC, Nisa, Ameerah, pelbagai program mengasah potensi generasi anak muda. Kerajaan juga sewajibnya mesra program dan wadah Islam , antara langkah yang boleh dibuat adalah menyediakan alternatif buat umat Islam memberi sumbangan mereka untuk agama dan negara.

Pertubuhan Islam seperti NGO yang berdaftar perlu diperbanyakkan lagi atau digalakkan penyertaannya. Selain itu, PAS adalah jawapan terbaik bagi mereka yang mencari pahala untuk berjihad, berdakwah dan berkorban untuk Islam.

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah.

Sumber HD - 17-10-2014

Vietnam: Menunggu datangnya dai'e

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .






































JAUH lagi ke kampong orang Islam imam?” Tanya saya kepada Imam Abdul Azim yang bertindak sebagai pemandu rombongan kami dalam misi korban ke Vietnam. Saya membetulkan tempat duduk, tulang belakang disengat rasa lenguh dengan bas kecil yang tersedak-sedak membelah aspal yang berdebu dan deretan panjang kenderaan bertali arus. Resah dan rimas apabila terperangkap dalam kesesakan sebegitu, sebahagian anggota rombongan mengambil peluang untuk melelapkan mata. Semenjak pesawat terbang terbang rendah lagi sehingga menampakkan hamparan bumi Saigon yang rata, dengan jajaran Bandar yang semakin melebar berbanding sepuluh tahun lepas.


“Boleh mati sakit jantung jika melihat cara orang Vietnam bawa kenderaan,” seorang teman memecah hening. Motosikal merajai jalan-jalanraya negara yang sedang membangun itu pasca konflik perang yang panjang. Topi keledar mereka dengan beragam fesyen, jauh daripada spesifikasi keselamatan yang piawai.

“Semua benda dari buah-buahan sehingga batang tiang letrik pun nak diangkut dengan motor” sambung teman yang lain. Saya hanya menatap kosong pemandangan di kiri kanan yang tak terhenti deretan kedai yang sangat panjang. Ditambah dengan jambatan demi jambatan menghubungi antara daratan yang terpisah dengan jaluran sungai yang berselirat. Bumi Indochina ini kelihatan begitu basah dengan jajaran sungai, juga teratai yang terapung. Indah tak terperi.

Hati saya digaru keterujaan untuk menyingkap bumi bersejarah legasi Ho Chin Minh, sosok komunis yang sederhana itu. Sejak kecil Vietnam dipasak dalam benak saya dengan seribu konotasi negatif, bermula dengan filem-filem Hollywood yang memaparkan ‘super hero’ Amerika seperti filem Rambo, juga aksi lasak penangan Chuck Norris, juga genre perang seperti Platoon, Nam (tour of Duty) dan sebagainya.

“Rasanya tentera Amerika yang lari terkencing di bumi yang asing ini…,” getus saya setelah akhirnya beberapa kali menyusuri Vietnam yang masih malu membuka rahsia kemenangan mereka.

Filem-filem Hong Kong pula juga berjasa dalam memburukkan wajah Vietnam kepada dunia terutama penjenayah berdarah dingin Hong kong akan dipaparkan sebagai imigran miskin dari Vietnam. Vietnam adalah ‘Wilayah Gelap’ yang digambarkan dengan manusia pengotor yang makan apa sahaja binatang yang merayap diatas muka bumi. Juga gadis-gadis berkulit kuning berbusana nipis yang membuka peha, menjual maruah diri untuk mencari sesuap nasi.

“Jackie Chan dalam siri filem polis Hong Kong juga tidak pernah bertoleransi dalam mewajahkan manusia Vietnam - hodoh, berhati kering, sanggup membunuh untuk tukaran wang yang rendah - begitu buruk dan sanggup melakukan apa sahaja,” desis saya, teringatkan puluhan filem negara kapitalis Asia itu yang memburukkan Vietnam dan warganya.

Wajah-wajah buruk dan hodoh tentera Vietcong seperti ‘tin biskut’ adalah gambaran tipikal tentera komunis yang diburu oleh Amerika. Saya dan generasi seumur dipasak kukuh tentang kezaliman Vietcong, dibangku sekolah rendah tentera Vietcong adalah musuh yang berjaya dicipta oleh Amerika untuk kami benci. Kami anak-anak kampong yang naïf bersorak sorai keriangan melihat aksi sadis tentera Amerika membunuh bangsa Vietnam yang dipaparkan di filem Hollywood. Gambaran hitam Vietnam juga terselit dengan ingatan tentang orang ‘hanyut’ diperairan Terengganu pada tahun 70-an dan awal tahun 80-an sehingga Pulau Bidong di Terengganu menampung puluhan ribu pelarian di bawah bendera PBB.

Perjalanan kami seolah tak berhujung. Saya terhantuk-hantuk dengan bas kami yang tersedak di tengah jalanan kembali bertanya Abdul Azim. “Jauh lagi ke?.” Sebahagian kami tertidur, antara lena dan jaga, dimamah kepenatan dengan jalan sesak di Saigon. Saigon yang bernafas dalam debu ini baru sahaja bangkit dari keterpurukan, mula diterima sebagai anggota ASEAN tetapi FDInya telah memintas Malaysia yang mewabak dengan penyakit korupsi yang semakin parah. Rasuah adalah Penyakit paling dibenci oleh pelabur asing dan peniaga.

“Dalam tiga jam lebih,” jawab Abdul Azim yang pernah membantu kami sebelum ini dalam menjayakan misi korban dipeta luka umat Islam. Dia Imam yang berasal dari Wilayah Chou Duc, berhijrah ke Bandar dan menjadi imam di Masjid An Nur HCM.

Negara Vietnam juga pernah merakamkan nama di langit sejarah kerana pernah menyaksikan anak watan menentang penjajah Amerika dalam dekad 60-an sehinggalah pertengahan dekad 70-an. Episod berdarah ini disorot dengan lensa kamera di seluruh dunia sehingga menimbulkan fenomena bantahan anak-anak muda di pelbagai belahan dunia terutama di negara Eropah, Australia dan juga Asia. Anak-anak muda berambut panjang, berseluar ketat dan diselimuti kejutan rock ‘woodstock’ telah memprotes perang Vietnam ini.

Perang Vietnam telah memunculkan irama rock sebagai genre music protes anak-anak muda, banyak kumpulan rock yang muncul mengekspreasikan bantahan melalui lirik dan lagu mereka. Genre dan fesyen rock telah bertebaran sehangat bantahan terhadap perang Vietnam.

Gerakan anti perang ini juga akhirnya menjadi fenomena anak-anak muda kampus dalam dekad 60-an sehinggalah pertengahan dekad 70-an yang akhirnya Amerika terpaksa mengalah kepada bantahan dunia dan meredakan kegelisahan rakyatnya sendiri yang marah dengan angka kematian tenteranya yang sentiasa meningkat. Beg mayat bewarna hitam yang semakin banyak dikirim ke amerika semakin meningkatkan bantahan.

Perjalanan ke kampong Muslim itu mengambil jarak masa yang lama berbanding anggaran awal kami, iaitu selama tiga jam setelah menempuh kesesakan lalu lintas Saigon atau dikenali sebagai Ho Chin Minh City yang mempunyai kepadatan penduduk seramai Sembilan juta jiwa. Kenderaan terutama motosikal berdesakan di jalan raya berdebu dan pemanduan yang boleh menyebabkan kita boleh mengalami kegagalan jantung. Hampir 70 peratus penduduk menggunakan motosikal berbanding kenderaan lain.

“Boleh kaya kita kalau datang buka kedai motosikal disini….,” kata Saiful yang masih bujang cuba berlucu. Deruman motor dengan asap yang mengepul ke udara adalah warna-warni kehidupan dikota yang kumuh ini. Juga melambangkan kemiskinan dan kemelaratan.

“Tapi tak boleh kasi ansuran, mahu hilang terus,” jawab yang lain. Ketawa meledak seketika, Saigon juga menyakitkan mata dengan pendawaian letrik yang huru hara.

“Wah, TNB kat sini kena kerja siang dan malam,” kami melirik ke arah manusia beruniform yang sedang melakukan kerja berhampiran pencawang eletrik yang agak tidak terurus. Dengan hujan yang tidak menentu saya menjangkakan letrik akan sentiasa meragam di sudut-sudut terpencil bandar ini. Mungkin juga kerana Saigon adalah Bandar tua yang telah berusia ratusan tahun sejak penjajahan Siam, Peranchis, Jepun, bahkan berlarutan dengan pecahnya perang IndoChina yang meluluh apa yang telah dibina. Di kawasan Bandar baru, keadaan agak moden seperti juga ibu kota negara kita, terutama dengan syarikat konglomerat yang membina bangunan mereka sendiri di sini terutama dari Amerika Syarikat.

Misi Korban

Saya dan teman-teman 12 orang ditemani dengan kotak-kotak yang berisi dengan bantuan peralatan ibadah dan kitab jawi. Misi kami adalah untuk melaksanakan ibadah korban di perkampungan muslim di negara republik Sosialis yang tidak mesra umat Islam itu. Diskriminasi tersembunyi dalam ruang bongkah yang dalam, seperti semut di batuan hitam.

Lembu-lembu korban untuk disembelih terpaksa diimpot dari negara kemboja yang berjiran dengannya kerana bekalan lembu tempatan tidak mencukupi. Penganjur program korban pula terpaksa berhadapan dengan soal siasat pihak berkuasa. Kesan mendadak pula, harga lembu juga turut mendadak naik di Kemboja kerana permintaan yang sangat tinggi dari negara jirannya, Vietnam.

Vietnam yang pernah dijajah oleh Peranchis juga menyaksikan penularan pengaruh kristian sehingga mengasak ke perkampungan muslim.

“Orang Vietnam secara umumnya tidak kuat berpegang kepada agama, ini kemungkinan kerana sejarah pemerintahan komunis,” ujar seorang teman. Pemerintahan komunis tidak mesra agama dan orang Islam selalunya menjadi mangsa seperti yang berlaku di Cambodia, China, Rusia, Yugoslavia.

“Inilah masa paling baik kepada pendakwah untuk memasarkan Islam kepada orang Vietnam, berbanding dengan 10 tahun lepas, hari ini bertambah baik untuk orang luar masuk ke Vietnam,” tingkah yang lain. Keterujaan itu meruap urat nadi darah, kerana pendakwah akan berterusan meraih pahala diakhirat setelah berlumas di dunia ini.

Saya mengangguk setuju, wilayah yang suatu masa dahulu berakar dengan komunis kini agak terbuka untuk Islam seperti negara Kesatuan Russia, China, Cambodia. Peluang ini harus dimanfaatkan dengan pantas sebagaimana gerakan kristian yang sentiasa mengintai peluang. Dengan dana yang besar mereka sentiasa dihadapan merengkuh pengaruh.

Melayu Cham Di Vietnam Yang Masih Utuh Dengan Budaya Melayu

“Eh..mereka faham cakap Melayu,” seorang peserta korban teruja melihat orang Cham memahami pertuturan rombongan dari Malaysia. Juga mereka menggunakan tulisan jawi di madrasah-madrasah seluruh Vietnam.

“Banyak istilah mereka guna, sama dengan istilah kita,” sampuk yang lain pula dengan muka teruja. Orang Melayu Cham di negara ini sebagaimana juga orang Melayu di Kemboja agak terpuruk berbanding kaum lain namun kehidupan mereka masih dilingkari dengan adat Melayu dan agama Islam yang masih menebal. Ramai kalangan anak-anak orang Melayu Cham yang dihantar belajar Islam di Malaysia dan juga Pattani, antaranya Ustaz Shafie yang belajar di Kelantan dan masih bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan. Afrika Selatan pula akhir-akhir ini mula disebut sebagai destinasi popular pelajar agama terutama ilmu-ilmu dakwah, juga mengasah bakat berbahasa Arab dan juga Inggeris sebagai wahana yang penting dalam berdakwah.

Di bumi Vietnam mereka tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Antara yang biasa membantu ialah NGO dari Negara Arab dan Turki. NGO Turki baru sahaja pandai menyantuni umat Islam Vietnam, tahun lepas ada NGO Turki yang menyembelih 700 ekor lembu korban, kesannya harga lembu tahun ini mula meningkat sedikit dengan permainan manipulasi ‘kapitalis kecil’. Bangsa Turki mempunyai keharuman sejarah mereka yang tersendiri, moyang mereka lebih 600 tahun menjadi adijagat dunia. Di Saigon sendiri hampir dihuni oleh 5000 orang muslim namun syiar Islam tidak begitu terasa. Saya mengimpikan sebuah masjid besar yang berpusat seperti pusat Islam yang menjadi pengkalan dakwah di tengah Negara republik ini, paling kurang seperti Pusat Islam Kowloon di Kota Hong Kong yang pernah saya lawati.

Pagi hari kedua kami di perkampungan muslim kami mengagihkan barang bantuan dan juga mengorbankan lembu disembelih. Kami dijemput untuk makan dirumah salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Jamuan nasi dengan hidangan daging masak sup ‘ala vietnam’ itu tetap menyelerakan walaupun ringkas.

“tambah lagi, jangan malu, makan biar kenyang...,” pelawa mereka ramah, kami makan di serambi masjid Kampung Tay Ninh yang kelihatan agak bersih. Kampung itu menjadi pusat penyembelihan dan dagingnya akan diagihkan ke perkampungan muslim di sekitar. Kami bergilir-gilir menyembelih korban dengan bertakbir beramai-ramai mengiringi upacara penyembelihan, juga sibuk merakamkan foto untuk tatapan peserta korban dari Malaysia.

Vietnam adalah ladang dakwah yang subur, secara jangka panjangnya, umat Islam memerlukan ramai pendakwah dan ulama tempatan. Ia hanya boleh dimunculkan dengan wujudnya banyak madrasah-madrasah, sekolah tahfiz, bahkan Universiti Islam yang akan melahirkan generasi yang celik agama. Ibadah korban hanyalah pencetus awal untuk masyarakat di sini merasakan mahalnya harga sebuah ukhuwwah, juga merasakan jatidiri muslim mereka serta dipedulikan oleh muslim antarabangsa yang lain.

(Penulis ialah Exco Muslim Care Malaysia, aktivis tanpa sempadan)

Sumber HD - 9-10-2014

Minyak naik: Kebajikan rakyat semakin terabai

DR RIDUAN MOHD NOR | .






































KENAIKAN harga minyak petrol RON95 dan Diesel sebanyak RM0.20 seperti yang diumumkan malam tadi benar-benar mencetuskan suasana panik rakyat Malaysia. Hampir semua stesen minyak penuh dengan rakyat berusaha 'menikmati' minyak petrol pada harga semasa sebelum dinaikkan mulai jam 12.01 malam manakala rakyat yang tidak menahu terus terpinga-pinga melihat kebanjiran dan trafik sesak terutama di stesen minyak. Kenaikan ini menjadikan harga baharu petrol RON95 sebanyak RM2.30 manakala diesel pula menjadi RM2.20.

Kerajaan berjaya menjayakan misi merahsiakan kenaikan ini dengan menutupnya melalui pelbagai isu termasuk para propagandis mewujudkan pelbagai isu dalaman peringkat parti politik sehingga melupakan isu utama yang membelenggu rakyat. Akhirnya, setelah kenaikan ini rakyat terpinga-pinga manakala pemimpin politik pembangkang tidak sempat menyusun strategi membantah kenaikan ini di peringkat awal.

Yang mengecewakan adalah semenjak dahulu rakyat tidak pernah menikmati harga istimewa petrol di bumi pengeluar minyak ini. Jika hendak dibuat perbandingan bahawa harga petrol Malaysia lebih murah di Asia Tenggara berbanding negara yang tidak menghasilkan minyak, ia adalah perbandingan yang tidak rasional, adil dan munasabah. Rakyat semakin cerdik dan tahu membezakan negara mana yang sepatutnya Malaysia dibandingkan. Isunya mengapa rakyat Malaysia sendiri tidak merasakan harga petrol yang murah sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak utama di dunia. Apakah ia suatu aspek kebajikan yang dinafikan buat rakyat oleh kerajaan, sedangkan minyak adalah keperluan asas buat rakyat, dan melaluinya juga pelbagai harga barangan lain turut bergantung.

Yang menyedihkan, kerajaan tidak bersedia menanggung subsidi untuk rakyat berjumlah RM0.20 sen sedangkan manfaatnya untuk rakyat keseluruhannya. Sepatutnya subsidi untuk rakyat ditambah untuk membantu rakyat, bukan mengurangkannya. Barulah kerajaan dianggap menjaga kebajikan rakyat.

Dalam keadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hampir pasti akan dilaksanakan mulai Mei 2015, kenaikan harga minyak tahun ini sedia menambah derita rakyat. Maknanya, malang buat rakyat akan berganda-ganda dengan harga barangan keperluan akan meningkat berkali ganda dari sekarang dan menambah perbelanjaan rakyat dari kemampuan mereka.

Golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang akan terjejas teruk dengan kenaikan ini dan pastinya ramai akan lebih sengsara dengan kesan yang begitu merata. Kemiskinan bandar, keciciran pendidikan, miskin tegar, pergolakan rumah tangga, perbezaan jurang masyarakat antara golongan kaya dan miskin dengan golongan kaya terus melebar dengan peratus golongan miskin akan semakin bertambah. Ia belum ditambah dengan masalah jenayah yang akan meningkat naik selaras dengan 'kesempitan' hidup rakyat yang menimpa-nimpa.

Nisbah pendapatan minimum untuk dikategorikan sebagai pendapatan rendah, sederhana dan tinggi akan berubah manakala golongan layak menerima zakat akan perlu terus dikaji dan dinilai mengikut keadaan semasa. Pastinya jumlahnya akan bertambah dengan potensi kelayakan mendapat zakat pada kebanyakan orang. Pendapatan empat angka dengan tawaran gaji untuk kakitangan kerajaan pada gaji asas bukan lagi suatu kelegaan buat penjawat awam melainkan ianya adalah tapak untuk 'hidup' manakala mereka terpaksa berfikir panjang untuk kerja-kerja sampingan lain. Pendapatan lima angka juga sudah mendatangkan keresahan buat golongan pendapatan seserhana jika mahu diukur dengan kuasa beli yang mereka mampu.

Insentif Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukanlah langkah penyesaian masalah buat rakyat melainkan sekadar 'gula-gula' untuk menutup mulut rakyat. BR1M hanya penyelesaian sebulan tetapi poket rakyat tetap kosong untuk diisi 11 bulan lainnya. Insentif lain seperti bantuan persekolahan, subsidi harga rumah, serta insentif percuakaian tidak lebih sekadar mengubat luka luaran sedangkan luka dalaman yang lebih parah tidak mampu diubati.

Apa yang dibimbangkan keresahan rakyat diungkapkan melalui protes, himpunan aman, demonstrasi serta bantahan besar-besaran. Kerajaan jangan pula menyalahkan rakyat jika berlaku protes kerana kerajaan tidak pernah mendengar keperitan dan keluhan rakyat selama ini. – HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014

Seusai muktamar menangi Dun Pengkalan Kubor

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .






































MUKTAMAR Tahunan PAS kali ke-60 berakhir dengan jayanya di bumi Johor, tanah ditanam uri Umno pada 11 Mei 1946, penghujung Semenanjung yang berkubu kuat parti berbasis Melayu.

Demografi politiknya juga berbeza dengan negeri Pantai Timur, berbudaya Melayu yang tebal serta dengan jajaran perdesaan Felda yang kedua terbanyak selepas Pahang. Berjiran dengan Singapura dengan erti kata limpahan serangan budaya turut menempiaskan kebusukannya untuk anak muda. Pandang sisi yang lain pula negeri ini mempunyai pendidikan Islam untuk kanak-kanak melalui sekolah agama Johor.

Pulang dari Johor, maka pimpinan, perwakilan serta seluruh ahli mempunyai tugas besar untuk mereka laksanakan, memberdayakan pengaruh PAS keserata pelosok tanahair, menyedarkan rakyat tentang kebobrokan regim BN dan seterusnya digusur mereka dalam PRU14.

Rakyat terbanyak sedang memerhatikan kocakan pada bahtera PAS, ianya memberikan persepsi janggal serta dibimbangi PAS ditolak masyarakat umum negara ini yang sangat bergantung dengan akses maklumat daripada media perdana dan media sosial yang lain.

Lihat bagaimana saat PAS dicium perbedaan pandangan akibat krisis Menteri Besar Selangor, kerajaan BN menebar jala Akta Hasutan untuk mematikan suara-suara penentang. Saat beraduk di gelombang isu kritikan Luham terhadap Majlis Syura Ulamak, negara ini membuka pahanya untuk tentera Amerika Syarikat melakukan latihan ketenteraan.

Saya teringat latihan "GoldCobra" , iaitu tentera Thailand dan Amerika Syarikat yang akhirnya tercetus pembantaian terhadap umat Islam di Selatan Thailand. Sangat memualkan, anak-anak kita di bangku sekolah rendah terpaksa mengulang beberapa subjek UPSR akibat kebocoran. Di bawah regim korup ini, bukan sahaja bangunan runtuh berantakan tetapi peperiksaan awam juga hilang kerahsiaan.

Rakyat jembel meraung kejerihan dengan kos sara hidup yang meningkat, nilai wang ditangan mereka semakin mengecil sehingga 75 peratus anak-anak muda langsung tidak mampu menabung. Rakyat dijerut dengan pelbagai hutang yang membebankan, anak muda dengan PTPTN, pengenalan cukai GST yang makin membelit leher rakyat.

BN seolah-olah pekak dan tuli terhadap derita rakyat, PAS adalah harapan rakyat untuk menjadi jurubicara mereka. Mana mungkin PAS mampu berperanan baik sebagai suara semak dan imbang terhadap regim BN jika intriq dan polemik melingkari mereka.

Tanahair ini juga sarat dengan masalah jenayah, paralel dengan masyarakat yang tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat, kemiskinan yang melata, penggangguran, serta jurang sosio ekonomi yang semakin melebar di kalangan rakyat.

Kes rompakan, penculikan, pemerdagangan manusia, rogol, buang zuriat, bunuh diri, penagihan najis dadah dan pelbagai kefasadan yang lain membuncah adalah manifestasi kegagalan regim BN apabila menolak petunjuk Ilahi.

Ayuh teman-teman, PAS selama 63 tahun berdada dengan regim tirani tanpa lelah, sepanjang denai perjalanan ini ada yang dibunuh, mendekam dipenjara, kehilangan pekerjaan, difitnah serta dikucilkan.

Pengalaman ini tidak dimiliki oleh partai lain, maka PAS harus menfokuskan kepada gerak kerja menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Bahtera ini semakin besar dengan sejuta keahlian, maka perbedaan pandangan tida mampu dielakkan.

Saya meminjam kalam Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, "kita boleh berbeda pandangan kerana berbeda pandangan akan menyihatkan akal namun mestilah jangan terkeluar daripada kerangka ukhuwwah dan akhlak berjemaah".

Rapikan saf, genggam tangan, padukan kekuatan, kita bina bahtera ini dan tugasan pertama kita pasca muktamar ini ialah merampas N01 Pengkalan Kubor di bumi serambi Mekah, tanah serendah sekebun bunga.

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lajnah Politik Pusat.

Sumber HD -21-9-2014




































Muktamar medan membedah organisasi

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



Simbahan cahaya keperakan di pagi yang indah perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 di Batu Pahat, Johor seperti menghantar isyarat, Parti Islam yang berusia 63 tahun ini akan menjadikan Johor sebagai pangkalan politiknya selain Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ribuan para perwakilan dan juga pemerhati membanjiri perkampungan muktamar di Parit Raja dengan semangat yang menggebu untuk melihat daripada dekat perjalanan acara tahunan yang paling penting kepada harakatul ummah ini.

Muktamar adalah medan ukhuwwah yang mengikat tali hubungan antara pimpinan dan ahli, berbezalah pandangan namun ukhuwwah jangan dileraikan kerana prasyarat kemenangan Islam ialah ukhuwwahfillah. Robohnya ikatan ini akan menghantar gerakan Islam ke jurang berantakan yang akan menyirnakan kekuatan.

PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951, bukan tidak pernah menyaksikan gelombang besar krisis namun bahtera besar yang seangkatan dengan Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami tetap istiqamah menerjang badai mehnah. Serpihan PAS seperti Hamim, Berjasa, kumpulan Islah ditelan zaman, namun PAS tetap membesar dengan izzah serta menjadi pesaing utama kepada regim Umno dan BN.

PAS dengan keahlian yang pelbagai, juga dengan jalur berfikir yang rencam maka perbedaan pandangan bukanlah satu perkara yang pelik. Ditambah dengan fenomena media sosial yang membuka ruang kritikan, ruang argumen seluas mungkin maka PAS menjadi subjek popular yang dibincangkan sama ada positif atau pun negatif. Fenomena ini juga melanda Ikhwanul Muslimin, PKS, AKP dan juga gerakan siasah Islam yang lain.

PAS selain menjadi subjek popular warga siber, juga tetap menjadi mandraguna stesen TV, radio dan media cetak, ini menunjukkan keberadaan PAS di tanah leluhur ini sangat signifikan.

Muktamar PAS dizaman siber ini walaupun jauh berbeda dengan puluhan tahun yang lampau, namun aspirasinya tetap sama iaitu membedah organisasi dalam tempoh penggal setahun.

Muktamar bukanlah medan untuk mengampu pemimpin seperti Perhimpunan Agung Umno, juga bukan medan membaling kerusi seperti yang terjadi kepada parti konvensional yang lain.

Gerakan Islam ini walau cuba ditanam benih musuh untuk meluluhlantak akhlak pendukungnya, namun dalam sejarahnya muktamar PAS masih terkawal.

Paling dramatik dalam medan tahunan ini ialah pada tahun 1982, apabila para perwakilan telah menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Presiden) PAS. Penolakan ucapan dasar ini membawa kepada perletakan jawatan Datuk Asri dan pimpinan PAS yang lain.

Muktamar PAS bukan sahaja medium Presiden untuk mentarjih perjalanan harakatul ummah ini melalui ucapan dasar Presiden, juga perwakilan akan menilai keupayaan pimpinan pusat yang telah mereka lantik.

Bedah organisasi melalui laporan muktamar, sejauh mana lajnah-lajnah berperanan yang melambangkan kompetensi seseorang pimpinan pusat mengurus amanah. Muktamar adalah tempat paling ideal untuk melontar idea dan berpencak hujjah, bukannya medium FB serta media sosial yang lain. Maka manfaatkan masa berharga selama tiga hari ini di bumi Johor, pimpinan wajib berlapang dada dan mendepangkan telinga, mendengar suara akar umbi.

Ayuh, abnaul harakah sekalian, genggamlah tangan berpadu tenaga, berderapan kita melangkah gagah dijalan juang ini. Muktamar adalah medan menguatkan gerakan Islam ini, bukan medan melebarkan jurang ukhuwwah. Terus beristiqamah sehingga panji kemenangan kita julang sama ada dunia dan akhirat!

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lajnah Politik Pusat.

Sumber HD - 19-9-2014

Mesir tidak membantu operasi bantuan Gaza

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .








































Mesir menjadi negeri yang masyhur sejak zaman berzaman, buminya menjadi saksi sejak pertembungan iman dan kufur, pertarungan Nabi Allah Musa a.s. dengan firaun yaang mendakwa diri sebagai tuhan. Ardul kinanah ini juga sekaligus menjadi jelapang makanan bagi benua Arab dengan Nil sebagai anugerah tuhan sang pencipta.

Di zaman Saidina Umar al-Khattab, Mesir telah berjaya ditawan oleh panglima Islam Amru al Ash lantas berjaya mengubah akidah penduduknya. Keadilan pemerintahan Islam menjadi pemangkin kepada kejayaan dakwah sehingga Mesir menjadi sebutan sebagai tempat keilmuan Islam dan juga tapak kerajaan Islam yang hebat seperti kerajaan Ayubiah.

Salahuddin Al-Ayubi berjaya menawan kembali bumi Palestin dengan menggerakkan tenteranya dari Mesir, pertembungan yang hebat dan menyimbah dengan darah syuhada ini akhirnya telah berjaya mengembalikan kiblat pertama umat Islam yang dijajah oleh salibiah selama 91 tahun.

Tidak pelik bila kuasa salibiah moden seperti Amerika sangat memerlukan Mesir bagi memastikan Israel dapat bernafas dengan aman, Jimmy Carter, Presiden Amerika yang berada di belakang Perjanjian Camp David. Di zaman Jamal Nasser pula, Mesir sangat akrab dengan negara Rusia sehingga mengambil pendekatan memusuhi gerakan Ikhwanul Muslimin dengan begitu keras sekali.

Sadat di zaman awalnya , pasca Perang Ramadhan 1973 cuba mengambil hati aktivis Islam, bahkan membebaskan ahli-ahli gerakan Islam daripada penjara yang pengap namun akhirnya kembali berkonfrontasi dengan gerakan Islam. Ini terjadi apabila Gerakan Islam menentang Perjanjian Camp David yang akan mengkhianati bumi Palestin.

Pada tahun 1981 pula menyaksikan tangkapan besar-besaran terhadap anggota Ikhwanul Muslimin sebelum dan selepas pembunuhan Anwar Sadat. Anwar Sadat mati dibunuh kerana menandatangani Perjanjian Camp David yang mengiktiraf negara haram Israel, tembakan rambang Lt. Khalid Islambouli di hadapan pentas utama telah menyebabkan Anwar rebah ke lantai, menggeletak dan hilang nyawa, seorang Menteri yang lainnya juga turut terbunuh, manakala puluhan yang lain cedera. Peristiwa ini telah memeranjatkan dunia dan disabitkan kerana dosa Mesir kepada Palestin.

Naiknya Hosni Mubarak sebagai Presiden ke empat Mesir semakin menjarakkan negara itu dengan isu Palestin, terutama dengan sikap pro Amerika Mubarak. Sikap Mesir sangat tidak membantu malah menyusahkan umat Islam di Gaza, ketika Gaza dikekang, masyarakat Gaza terpaksa menggali terowong untuk mendapatkan barang-barang keperluan utama.

Sikap ini semakin ketara dalam pembantaian terhadap Gaza dalam Operasi Cast Lead pada penghujung tahun 2008, Mesir menyulitkan bantuan kemanusiaan.

Mesir membenarkan ruang udaranya untuk digunakan semahunya oleh Israel membedil Gaza yang rawan, juga menutup sesempit mungkin pintu bantuan di Rafah. Pelbagai usaha dibuat oleh dunia untuk memaksa Mesir membuka pintu Rafah, namun ketololan negara Firaun ini sangat ketara.

Di zaman Mubarak tercetus peristiwa tragedi Marvi Marmara yang menelan korbaan 9 orang aktivis IHH dari Turki, juga sekatan terhadap misi Viva Palestine yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Britain, Geoge Galloway.

Zaman Mursi yang cemerlang

Kejatuhan Mubarak pada revolusi damai 2011 telah membuka ruang untuk masyarakat dunia membantu Gaza, di mana laungan takbir bergema di seluruh Gaza menyaksikan tumbangnya regim tirani proksi Amerika itu.

Harapan rakyat Gaza dan masyarakat dunia mula merimbun terhadap Dr Mursi daripada Ikhwanul Muslimin untuk membantu pembangunan semula Gaza. Pintu Rafah dibuka seluas mungkin dan NGO-NGO antarabangsa mula mendatangi bumi sejuta luka ini. Masjid, sekolah, perpustakaan, universiti, rumah awam, dan pelbagai prasaranamula dibangunkan kembali.

Gaza diserang lagi dengan rakus pada 14 November 2012, Mursi tanpa lengah telah mengarahkan Dr Hisham Qandil untuk memasuki Gaza pada hari pertama serangan, sekaligus membawa bersama 50 tan ubat-ubatan. Pintu Rafah terus dibuka untuk membawa mangsa peperangan Gaza ke Hospital al-Arish di wilayah Mesir.

Mursi terpaksa membayar harga yang mahal akibat dukungannya terhadap Gaza apabila regim Zionis mengatur langkah untuk menjatuhkannya dengan cara yang tidak demokratik.

Bermula dengan inisiatif yang dibuat oleh Mossad, dipicu oleh politikus perempuannya Lippi Zipni pertemuan diatur di Tebing Barat dengan kelompok tamarrud Mesir, maka siri-siri bantahan awam diadakan di Medan Tahrir sehingga Tentera merampas kuasa pada 3 Julai 2013.

Tak sampai 24 jam, Pintu Rafah telah ditutup oleh regim kudeta. Paling sadis ialah hampir seribu terowong di sempadan Rafah telah dimusnahkan oleh regim kudeta mesra Israel ini. Bantuan kemanusiaan oleh NGO antarabangsa telah diganggu serta salurannya telah disempitkan, terutama tekanan kepada NGO Mesir yang menjadi penghubung dengan NGO-NGO antarabangsa.

Derita Gaza bertindan tindih, serangan terkini yang meranapkan lebih 10 ribu bangunan, mengorbankan lebih dua ribu jiwa, kemusnahan besar Gaza bak diserang garuda. Bantuan antarabangsa terjejas dengan sikap Mesir dan tidak menunjukkan sikap bersahabat Mesir terhadap nasib Gaza.

Maka munasabah dalam syarat gencatan senjata kali ini, Hamas menuntut lapangan terbang Arafat dibuka semula untuk akses misi antarabangsa menjadi mudah, selamat dan terhindar daripada karenah birokrasi regim Mesir.

Penulis ialah Exco Muslim Care dan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan.

Sumber HD - 11-9-2014




































Majlis Syura Ulamak bak kejora di langit malam

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
Perjalanan panjang harakatul ummah ini sangat berwarna warni, menerjang badai di samudera medan amal Islami yang luasnya tak bertepi, bersulam mehnah dan tribulasi. Dalam bahtera besar gerakan Islam PAS ini, Majlis Syura Ulamak merupakan pancang perjuangan, badan terpenting, malah membezakan PAS dengan parti-parti serta NGO-NGO yang lain.

Kini, badan penting ini menerima terjahan dan kritikan daripada luar dan dalam PAS, seputar isu perlantikan MB Selangor yang dramatik. Media sosial digunakan semaksimum mungkin untuk mengikis wibawa badan yang tercetus daripada usul Dewan Pemuda PAS Pusat dalam muktamar PAS pada 22 Oktober 1982, seiring dengan transformasi yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Semarak kebangkitan Islam telah menjelmakan konsep kepimpinan ulama, PAS dengan agresif mewajahkan wataknya yang tertegak diatas tunjang dakwah, tarbiah dan siasah. Penubuhan Majlis Syura Ulamak adalah cetusan bagaimana PAS berinteraksi dengan transformasi kepimpinan itu. Badan yang menghimpunkan ulama berwibawa mentarjih halatuju dan perjalanan parti Islam tertua di negara ini, penyambung legasi Hizbul Muslimin yang diharamkan pada tahun 1948.

Peranannya jelas, iaitu Majlis Syura Ulamak berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS di mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan PAS yang hendak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan ini dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasai serta memelihara dasar supaya dasar dan ketetapan serta kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Berdasarkan kepada skala tugas yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS, maka jelaslah penubuhan Majlis Syura Ulamak adalah ke arah mengukuhkan lagi kedudukan ulamak di dalam gerakan Islam ini dan meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya. Peranan mereka bukan sahaja menyatu tenaga dan fikiran sesama ulamak tetapi juga terfokus dan terarah kepada persoalan-persoalan yang menyentuh dasar dan perjalanan parti ini. Segala gerak kerja PAS yang hendak dilakukan mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Syura Ulamak. Dengan wujudnya badan ini, mampu mengatasi stail kepimpinan berorientasikan individu yang pernah berlaku dalam PAS dalam dekad 70-an.

Bagi mengesahkan kepimpinan ulamak di peringkat PAS Pusat maka pindaan Perlembagaan PAS dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS Pusat yang ke-29 pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulamak. Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik (Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987:4-9) dan Ustaz Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai al-Mursyidul Am PAS pertama pada Nov 1987. Uniknya beliau juga Presiden PAS saat itu.

Majlis Syura Ulamak berfungsi sebagai badan yang memantau dan mengawal agar perjuangan parti terus selari dengan syariat Islam, tidak bercanggah dengan syarak, dengan erti kata lain, PAS terpandu dengan pedoman Islam. Ustaz Haji Yusof Rawa menegaskan penubuhan Majlis Syura Ulama ini adalah untuk mengembalikan peranan ulamak sebagai pemimpin ummah dan segala dasar, segala keputusan parti akan sentiasa berpaut kepada ajaran Islam dan tidak akan keluar daripada panduan dan bimbingan mereka (Yusof Rawa, 1987:18)

Penubuhan Majlis Syura Ulamak tidak lagi mahu melihat PAS membuat satu keputusan yang dikuasai oleh individu atau puak tertentu dalam parti. Kedudukan ulama PAS yang sebelum ini agak dikesampingkan, akhirnya telah mula memainkan peranan penting dalam pembentukan perjalanan parti, segala dasar yang hendak dijalankan mesti terlebih dahulu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak. Tanpa persetujuan daripada Majlis Syura Ulamak sesuatu perkara tidak boleh dilakukan. Ini merupakan asas perubahan yang begitu drastik sehingga tidak ada lagi mereka yang boleh mempermainkan dasar dan prinsip PAS.

Dalam sejarahnya ramai tokoh sarjana Islam menganggotai majlis ini seperti Prof. Dr Abdul Aziz Hanafi, Prof Dr Rashid Dail, Prof Dr Salleh Ahmad, Dr Sabri Salamon, Prof Madya Dr Johari Mat, Prof Dr Kamaruzaman Yusuf, Almarhum Ustaz Hasan Shukri, Almarhum Ustaz Yahya Othman, almarhum Datuk Harun Taib dan ratusan nama sarjana Islam dalam tempoh tiga dekad ini.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Mursyidul Am yang kedua dan dibantu oleh Prof. Datuk Dr Harun Din. Abnaul harakah wajib berterima kasih atas keberadaan majlis ini dalam parti Islam kerana mereka adalah vanguard atau pengawal yang meluruskan perjalanan parti Islam ini, bak kejora di langit malam.

Penulis ialah AJK PAS Pusat, juga AJK Lajnah Politik Pusat.

Sumber HD - 9-9-2014

Peranan anak muda meruntuh tirani

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

"Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!" ujar seorang tokoh mahasiswa aliran kiri pada tahun 1960-an.

Ya, ungkapan ini ada kebenarannya yang tersendiri apabila kita menyemak lipatan sejarah mengenai episod perubahan politikdan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman-berzaman. Rasulullah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahilliah serta sanggup berdada dan menyinsing lengan dengan penguasa yang zalim.

Madrasah Rasulullah SAW telah melahirkan ramai pemuda dakwah seperti Mus'ab bin Umair, Talhah bin Ubaidullah, Zubir al-Awwam, Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, serta Arqam bin Abi Arqam. Mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat yang kental oleh baginda Rasulullah SAW.

Kampus universiti ataupun apa sahaja institusi pendidikan adalah wadah paling ideal untuk mencanai pemikiran anak muda, mengasuh mereka menjadi pemimpin dan menuang idea-idea besar dalam minda mereka, yang mendidih dengan semangat untuk mengubah masyarakat. Julat umur awal 20-an adalah takat umur yang sedang mengisar dengan pantas ilmu dan maklumat.

Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman dan idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubahan. Di zaman imperialisme Barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah di seluruh belahan dunia. Jose Rizal yang mengungkapkan idealismenya lewat karyanya Noli Me Tangere (1887) dan El Filibusterismo (1891) adalah ikon perjuangan menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan beliau secara tragis. Seterusnya huk balahap dan gerakan katipunan terus menggempur penjajah malah gerakan mahasiswa di Filipina terus bernyawa di zaman Marcos sehingga regim Marcos berantakan lewat demonstrasi anak-anak kampus di jalan raya-jalan raya di Manila.

Medan kampus juga adalah ruang terbaik untuk menebar kepedulian dan menyemai benih idealisme. Sheikh Muhamad Abduh mengembangkan idea-idea Pan Islamisme dengan dilatari oleh Universiti al-Azhar sehingga beliau dipecat dari universiti Islam paling berprestij itu akibat kekuatan idea Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Mesir Barat.

Hassan al-Banna (1906-1949) juga adalah seorang anak muda ketika menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1928 sehingga gerakan ini menjadi sangat fenomenal pada abad ke-20. Almarhum yang merupakan lulusan Darul Ulum telah memindahkan markas operasi Ikhwanul Muslimin ke Kaherah pada tahun 1933 kerana mempertimbangkan penyebaran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada pelajar-pelajar al-Azhar yang datang dari segenap penjuru dan belahan dunia. Ternyata eksperimen ini membuahkan hasil apabila pelajar-pelajar yang mendapat fikrah Ikhwan telah menyebarkan idea-idea perjuangan Ikhwan ke negara asal masing-masing.

Kampus al-Azhar yang mulia akhirnya membawa pulang fikrah Ikhwan ke pelbagai negara; Sheikh Muhammad Mahmud Sawwaf ke Iraq, Dr. Mustapha Bugha ke Syria, Dr. Zulkifli ke Tanah Melayu dan sebagainya. Dari kampus negara masing-masing pula fikrah itu tersebar luas, ia adalah ajakan untuk kembali mendaulatkan Islam sebagai sistem kehidupan.

Di jalan sutera yang sentiasa bergolak, anak-anak kampus turut melakarkan sejarahnya yang gemilang. Di negara China, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao, Chen Tu Shiu adalah penggerak kepada Peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme sehingga tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Ironinya doktrin komunisme yang menafikan fitrah akhirnya memunculkan wajah-wajah hodoh, maka anak-anak kampus juga bangkit menolak penguasa tirani dengan kemuncaknya berlaku tragedi berdarah Tianmen 1990. Sistem kuku besi komunisme juga diterjah anak kampus pemberani, sehingga ada yang maut digilis kereta kebal tentera. Simpati rakyat mencurah-curah terhadap perjuangan anak kampus yang ikhlas untuk nusa. China moden berubah kerana darah dan keringat mahasiswa yang tumpah di jalan raya.

Sejarah juga telah mencatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia telah digerakkan oleh anak-anak muda kampus yang telah diindoktrinkan dengan fahaman komunisme, Tzar Nicholas dan kelas Borgouis akhirnya menggelongsor dari sangkar merak kayangannya. Tenaga anak muda telah melakar lanskap baru wajah negara adijagat komunis itu. Anak kampus meriuhkan tema kebebasan di Moscow sehingga merebak dengan pantas di negara beruang merah itu sehingga negara itu semakin dijengah ekonomi pasaran bebas.

Negara paling ramai Muslim di peta dunia tidak berkecuali dalam melihat aksi anak muda memprotes regim dan menebar kepedulian. Indonesia yang sarat penduduk itu, anak-anak kampusnya telah melatari perjuangan menentang imperialis Belanda sama ada yang berpendidikan Islam ataupun sekular. Raden Anjeng Kartini dengan gerakan sosialnya sangat muda ketika meninggal dunia, Omar Said Chokroaminoto pula anak muda intelektual yang mengasaskan Sarekat Islam yang dianggotai oleh ribuan anak-anak muda, sebuah gerakan tersohor di negara kepulauan itu pada awal abad ke-20 sehinggalah diresapi oleh unsur komunis (Sarekat Islam Merah) yang membaham struktur parti Islam itu dengan tindakan keras daripad penjajah Belanda.

Sarekat Islam telah memberikan saham yang besar kepada bangsa Indonesia, bahkan dilihat gerakan Islam yang lebih awal ditubuhkan berbanding Ikhwanul Muslimin. Dalam sejarahnya, kader-kader Sarekat Islam banyak mengerakkan organisasi Islam lain setelah berantakan dipukul penjajah Belanda.

Anak kampus adalah hero kebangkitan rakyat Indonesia. Soekarno adalah pemimpin mahasiswa dinamis yang dikeluarkan dari Kolej Teknologi Bandung. Pidatonya yang memukau telah membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang dan berkorban di bawah panji 'sang saka merah putih'. Juga anak muda seperti Bung Tomo dengan pidato seperti halilintar yang membakar semangat yang dingin.

Dr. Natsir antara anak kampus yang paling menonjol dalam perjuangan aliran Islam, bahkan nama cendekia Islam ini setaraf tokoh-tokoh pentas antarabangsa. Dr. Natsir pernah memimpin perang Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Beliau juga berperanan membangkitkan peranan angkatan muda dalam Majlis Syura Muslimin (MASHYUMI) yang meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda untuk menentang penjajah dan menegakkan syariat Islam di Indonesia.

Langit sejarah Indonesia terus dipahat dengan citra anak muda yang rusuh dan berani menyanggah. Pada tahun 1965 ketika Soekarno digulingkan oleh Jeneral Suharto, anak muda kampuslah yang menggerakkan kesedaran politik rakyat sehingga kebobrokan pemerintahan regim Suharto berjaya digulingkan.

Sekali lagi anak-anak kampus daripada jalur ideologi yang pelbagai telah merentap kekuasaan Suharto pada era reformasi 1998 (kumpulan daripada aliran sosialis seperti FORKOT dan KAMMI daripada aliran dakwah). Sehingga kini kampus-kampus universiti di Indonesia terus memunculkan kesedaran kepada rakyat tentang hak-hak mereka, bersama denyut nadi rakyat dalam pelbagai isu. Indonesia sentiasa hangat dengan anak-anak pemberani dalam menyuarakan pelbagai isu.

Dunia yang sentiasa berputar ini memerlukan anak-anak muda yang menjulang kebenaran, berani menentang kezaliman regim, pentaksub ilmu dan bahan bacaan serta mengikat diri dengan perjuangan Islam. Sejarah negara ini juga sarat dengan perjuangan gigih anak muda, sehingga ramai mereka dihumban ke dalam tahanan ISA dalam dekad 70an dan 80an. Regim berusaha mematikan idealime dan nurani anak muda dengan membius budaya hiburan melampau dan mewujudkan pelbagai kekangan supaya anak muda negara ini menjadi tak peduli dan tersangkar dalam undang-undang drakonian.

*Penulis ialah AJK PAS Pusat, penulis dan pendakwah

Sumber HD - 7-9-2014




































Aku, Unit Amal dan kepanduan jamaah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


AKU menoleh kiri dan kanan pada anak-anak muda yang berdesakan mengiringi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang.

Senario ini pada tahun 1992, saat aku masih menyandang gelaran mahasiswa UM, masa terluang mengikuti Unit Amal Lembah Pantai yang dipimpin oleh Haji Uzir Ahmad. Tak ramai anak-anak kampus UM yang terlibat dengan Unit Amal kerana gerakan pelajar Islam lebih mempunyai tarikan pesona berbanding gerakan kepemudaan di kawasan Lembah Pantai.

Pada masa itu Unit Amal masih lagi begitu baru di medan masyarakat, walaupun Pemuda PAS mempunyai gerakan kepanduan mereka sendiri semenjak era dekad 1960-an dan 1970-an.

Aku teringat almarhum Ustaz Hasan Shukri yang menceritakan bagaimana gerakan pemuda Syuhada di zamannya yang mengadakan mukhaiyam, aktiviti berkawad, juga aktiviti seni silat. Apatah lagi pemuda Umno yang terkenal dengan pemuda tahan lasak,mengganggu aktiviti yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan Pemuda PAS ini dibuktikan dengan gambar-gambar kawad dan perbarisan setiap kali majlis besar yang diadakan oleh PAS.

Kewujudan gerakan kepanduan berteraskan khidmat kebajikan dan sukarela bagi gerakan Islam, bukanlah sesuatu yang baru atau hanya muncul di negara ini.

Gerakan feomenal dunia seperti Ikhwanul Muslimin, jauh lebih awal mempunyai sayap kepanduan Syabab Ikhwan (Abdul Muiz: 2001). Begitu juga Jamiat Islami di belahan sub continent, mempunyai gerakan kepanduan yang berkhidmat untuk membantu masyarakat dan juga sebagai sayap gerakan yang penting.

Di Indonesia pula, Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia), mempunyai gerakan kepanduan tersendiri yang menghimpunkan ramai anak muda, sehinggalah wadah politik Islam ini diharamkan oleh Soekarno.

Unit Amal terus mengorak langkah menjuarai bidang kebajikan, membantu program-program PAS disemua peringkat, menghimpunkan anak muda yang cenderung dalam bidang kepanduan (pengakap), menarik anak muda kepada fikrah perjugan Islam bahkan terlibat dengan misi-misi bantuan di seluruh dunia.

Tak sedikit ujian yang melanda badan sukarela ini, termasuk cuba mengaitkan mereka dengan tujuan ketenteraan, namun Unit Amal membuktikan mereka hadir di tengah masyarakat untuk berbakti dan berbudi.

Apabila negara di landa musibah banjir, mereka "beruniform merah" ini berada di barisan hadapan, jauh lebih awal daripada agensi kerajaan sendiri.

Kelompok relawan berbaju merah ini berjaya memecahkan tembok kaca PAS dengan masyarakat, mengikis imej parti eklusif pak lebai dan agamawan.

Unit Amal dengan pelbagai kepakaran dan latar belakang keanggotaan, daripada buruh sehinggalah ahli akademik, usahawan, profesional muda.

Mereka bekerja tanpa upah, mampu diarah, berdisiplin tinggi, menjaga reputasi sebagai barisan hadapan jamaah Islam, berembun dan berpanasan untuk program PAS dan masyarakat.

Negara ini tak mampu berbohong tentang jasa dan kepakaran Unit Amal, mereka mengawal peserta-peserta bantahan awam daripada bertindak liar, menjaga keselamatan peserta dan juga mendisiplinkan para demonstran.

Unit Amal membantu pihak keselamatan, bomba dan penyelamat jika berlaku kes kemalangan, hilang di hutan atau sungai, bencana kebakaran besar, malah turut menjadi aktiviti ko kurikulum di sekolah-sekolah Islam.

Unit Amal tak mudah digertak, aku teringatkan pada tahun 2002 apabila berlangsung Jambori Amal Peringkat Kebangsaan di Taman Templer, sekitar tapak jambori dikepung oleh FRU.

Aku menjadi Pengarah Jambori tersebut, program berlangsung dengan berjaya walaupun digertak untuk ditahan semua peserta Jambori Amal.

Kepada Zahid Hamidi, abaikan mimpi kamu untuk melenyapkan Unit Amal, kerana hadirnya Unit Amal bersama denyut nafas kami, seluruh ahli-ahli Parti Islam.

Mereka tidak menagih upah dan tanda jasa diatas khidmat bakti mereka, motto gerakan kepanduan PAS ini, "di mana ada kesusahan, di situlah adanya kami".

Tugas kamu Zahid dan pihak keselamatan negara ialah membanteras jenayah dan mewujudkan suasana kondusif untuk rakyat, mewujudkan Malaysia yang aman. Biarkan Unit Amal terus berbakti kepada watan dan tanah leluhur ini! - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan juga mantan Penaung Unit Amal Wilayah Persekutuan 1999-2006.




Sumber HD - 2-9-2014

Membangunkan kembali Gaza yang luluh

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Pembantaian kejam Israel terhadap bumi Gaza telah menyebabkan kerosakan yang besar, dengan curahan bom sebanyak 17,000 tan membawa kepada kesan yang tak tergambar dek akal. Lebih dua ribu meragut jiwa rakyat Gaza dan lebih 10,000 bangunan hancur tak tersisa, termasuk kediaman, premis awam, masjid. Perang ini juga menyaksikan sebanyak 52 protokol Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sewenangnya olehregim Israel termasuk menggunakan senjata yang diharamkan oleh PBB seperti bom fosforus putih yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan fizikal yang dasyat tetapi juga memberikan kesan kanser pada jangkamasa panjang selepas peperangan.

Perang yang menyaksikan perlawanan sengit ini juga menyaksikan kerosakan dipihak Israel , sehingga menyebabkan bandar Askeelon dan Ashdod menjadi lumpuh sama sekali. Haifa dan Tel Aviv juga dihujani roket al Qassam dan tentera mujahidin yang lain, manakala lapangan Terbang Ben Gurion lumpuh tanpa pesawat awam antarabangsa. Lebih 200 tentera elit Israel dibaham peluru al Qassam malah tentera Israel menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa apabila ratusan audio visual rakaman peperangan disebarkan oleh unit saraf al Qassam. Tentera Israel atau IDF tak mampu memijak tanah Gaza dan berlawan secara anak jantan , mereka hanya mampu menyerang dari jarak jauh serta menjustifikasi serangan terhadap orang awam Gaza sebagai "colateral damage".

HAMAS yang telah melalui tempoh matang perjuangan memberikan persetujuan untuk gencatan senjata jika tuntutan-tuntutan besar jangkapanjang hak Gaza dipersetujui oleh regim Israel. Serangan balas al Qassam, sayap tentera HAMAS akhirnya memaksa regim haram itu menerima syarat-syarat daripada pihak HAMAS, antaranya pembukaan kembali Lapangan terbang Yaser Arafat, hak di perairan sejauh 12 kilometer dan pelbagai syarat lain.

Peperangan yang dimulakan oleh regim Zionis ini dalam bulan Ramadhan, bulan jihad yang merakamkan kemenangan demi kemenangan yang Allah anugerahkan kepada umat Islam disepanjang zaman. Bulan kemenangan yang menyaksikan bendera tauhid menang di medan Badar al Kubra, operasi Tabuk, pembukaan Kota Makkah, perang Hittin, perang Ain Jalut, pembukaan Sepanyol oleh panglima Islam Toriq Bin Ziad, perang Ramadhan 1973 dan banyak lagi pertembungan yang dimenangi oleh pejuang Islam. Hamas semenjak daripada awal peperangan telah memukul Israel dengan pedih. Pada hari ketiga peperangan ini, Israel telah meminta pertolongan beberapa buah negara Arab untuk memujuk HAMAS untuk melakukan gencatan senjata, namun strategi ambil nafas Yahudi ini memang mudah dibaca.

Operasi bersepadu membangunkan kembali Gaza

Gaza yang berpanoramakan puing-puing berserakan wajib dibangunkan kembali oleh masyarakat antarabangsa, selain mendesak Mesir untuk memberikan kerjasama bagi memudahkan bantuan kemanusiaan. Mesir semenjak 4 Julai 2013 telah menutup sempadan Rafah dan memusnahkan terowong -terowong yang menjadi talian hayat kepada penduduk Gaza. Gaza dikucilkan sepenuhnya oleh negara Arab yang sebahagian besarnya mesra Amerika Syarikat yang menyenaraikan HAMAS sebagai kumpulan pengganas.

Dalam cahaya kelam bantuan terhadap Gaza, Turki agak konsisten menunjukkan sikap bersahabat dengan Gaza dengan beberapa faktor di belakangnya. Pertama dengan latar sejarah Khilafah Uthmaniah Turki yang ratusan tahun memayungi tanah Palestin sehinggalah tentera Uthmaniah yang dikalahkan oleh tentera British pada tahun 1917. Yang kedua dengan orientasi kepimpinan Islam Turki dibawah Racheed Toyyib Erdogan yang prihatin dan menjadi pembantu yang berkesan terhadap umat Islam Gaza. Rakyat Turki secara amnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membantu umat Islam tertindas di wilayah lain, terutama Gaza.

Wakil Muslim Care Malaysia dalam sidang ini ialah Hj Zakaria Latif, Hj Zul Wahijan, Dr Riduan Mohd Nor, Ustaz Dasuki Rani, Ustaz Azli Musa, Ustaz Mohd Ibrahim dan Ustaz Halim Din. Pertemuan skala besar ini penting bagi menyelaraskan bantuan antarabangsa serta membina jaringan sinergi antara NGO yang mempunyai pelbagai kepakaran. Luka Gaza adalah duka kita semua tanpa mengira sempadan geografi, agama dan etnik, kerana Gaza adalah tragedi kemanusiaan paling sadis dalam milinea baru ini. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

Penulis adalah Exco Muslim Care dan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan.

Sumber HD - 1-9-2014








































































































































Sayyid Qutb: Memperingati maestro jihad abad moden

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Sayyid Qutb adalah nama besar yang menggugah nurani kita apabila berbicara tentang Ikhwanul Muslimin selain Hassan al-Banna dan tokoh-tokoh yang lain seperti Abdul Qadir Audah, Said Hawwa, Dr Mustapha as-Sibaie, Abdul Aziz al-Badri, Hassan Ismail Hudhaibi dan yang lainnya. Sayyid Qutb mempunyai sejarah yang tersendiri sebagai tokoh ideologue Ikhwanul Muslimin serta diklasifikasikan sebagai tokoh pemikir yang sukar digalang ganti oleh dunia islam.

Sayyid Qutb telah dilahirkan pada tahun 1906 di Asyut, Mesir dalam lingkungan yang taat beragama, keluarbiasaan bakatnya dapat dikesan semenjak umurnya masih hijau. Menghafal al-Quran dan menamatkan hafazan semasa berusia sepuluh tahun, bapanya Qutb Ibrahim merupakan pencinta al-Quran dan sangat tegas dalam urusan mendidik anak-anaknya dengan sakhsiah Islam, beliau memberikan perhatian langsung kepada pembelajaran anak-anak terutama Sayyid Qutb. Keberkesanan sang ayah kepada anaknya pernah dirakamkan oleh Sayyid Qutb dalam sebuah bukunya:

"Wahai ayahku! Kutujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu di depanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan di lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang ke atasmu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu di atas orang lain, kerana engkau takut kepada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walaupun engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di Akhirat. Engkau selalu mengenetepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran di Akhirat. Wajahmu terbayang dalam ingatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan al-Fatihah dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu di negeri akhirat. Dan kami anak-anakmu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus di sana sini kerana kami masih belum menghafalnya dengan sempurna".

Sayyid Qutb merupakan seorang yang genius malahan pernah diungkapkan oleh Abbas Mahmud Aqqad sebagai pelajarnya yang paling cerdas, mempuyai bakat dan kecederungan yang besar dalam bidang sastera dan penulisan.

Karyanya dalam pelbagai genre seperti puisi, sajak, cerita telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan malah sebelum menggabungkan diri beliau dengan Ikhwanul Muslimin, beliau lebih dikenali oleh khalayak Mesir sebagai seorang sasterawan.

Kesyahidan Hasan al Banna pada 12 Februari 1949 telah menyeruak relung hati Sayyid Qutb untuk mengenali fikrah Ikhwan dan akhirnya beliau menggabungkan diri dalam bahtera Ikhwanul muslimin. Bermula dengan Exco Dakwah sehinggalah menjadi ideologue Ikhwan dengan pelbagai magnum opus yang memercik kesedaran kepada ummah yang sedang lena dibuai khayalan.

Regim Jamal Naser telah memenjarakan Sayyid Qutb dengan pelbagai tuduhan palsu, bahkan mengharamkan Ikhwanul Muslimin yang dilihat pesaing utama regim dalam medan politik Mesir.

Sayyid Qutb mendekam dalam penjara militer dan beliau tidak pernah mengangkat bendera putih dalam perjuangan. Sosok sesepuh dakwah ini terus menuang idea-idea daripada celah jeriji penjara, termasuk tafsir fenomenal "fi Zilalil Quran".

Penghujung bulan Ogos ini, indah sekiranya kita semua, abnaul harakah mengenang kembali getir perjuangan as-syahid, yang mati di tiang gantungan regim Mesir pada 29 Ogos 1966. Perjuangan ini tidak bermula dengan kita, dan bukan diakhiri oleh kita, Sayyid Qutb antara keteladanan dakwah zaman kontemporari ini.

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 29-8-2014

SHEIKH ABDUL HADI AWANG: SOSOK NEGARAWAN YANG DIIKTIRAF DUNIA ISLAM

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Saat belahan negara Arab sedang dibadai fenomena Arab Spring, pandangan beliau dipinta oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam di Timur Tengah. Bagaimana harus untuk gerakan Islam memanfaatkan ruang untuk berpencak dipentas demokrasi persaingan kuasa, mengurangkan intriq antara pesaing dan juga memicu perubahan dalam ruang demokratik yang dibenarkan. Ikhwanul Muslimin akhirnya menubuhkan sayap politiknya , FJP serta berjaya mengadakan pemuafakatan politik dengan parti-parti yang lain. Nasihat Sheikh Abdul Hadi umpama ketulan-ketulan emas pengalaman yang sangat bernilai kerana PAS yang dipimpin oleh beliau telah memasuki dekad ke tujuh bertarung di medan persaingan kuasa.

Tokoh sesepuh perjuangan ini telah mengharungi samudera panjang perjuangan sehingga mendapat pengiktirafan dunia, beliau berkejar ke Kabul Afghanistan pada tahun 1989, sebaik sahaja Russia angkat kaki daripada bumi kontang bergunung ganang Afghanistan. Mujahidin yang pelbagai jalur itu disaran untuk menguruskan perbedaan dengan baik kerana Afghanistan memasuki fasa untuk dibina kembali negara bertunjangkan Syariat Islam.

Beliau juga hadir ke Baghdad pada tahun 1990 untuk bertemu Saddam Husain dan menyampaikan nuansa dan aspirasi gerakan Islam dunia tentang sikap dan peranan Iraq dalam konflik Timur Tengah yang mengheret Perang Teluk. Sheikh Abdul Hadi juga menjadi mediator dalam menguruskan konflik di Acheh, sehingga Gerakan Acheh Merdeka bersetuju untuk memilih jalan damai. Begitu juga konflik di Yaman dan beberapa negara Umat Islam yang lain, jasa beliau terserlah sebagai tokoh pendamai dan juga menelurkan idea-idea yang baik untuk umat Islam

Apabila berlaku transformasi kepimpinan PAS pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai pemangku Naib Yang Di Pertua PAS Pusat. Era kepimpinan ulama ini terus menyaksikan PAS disuburi dengan program amal tarbawi, harakatul ummah ini terus merimbunkan jihad pendidikan dengan menubuhkan banyak institusi pendidikan bermula dengan pendidikan pra sekolah PASTI, sekolah-sekolah Islam. Tuan Guru bersama teman-temannya telah menubuhkan maahad Darul Quran Rusila Terengganu pada tahun 1985, sebuah sekolah kaderisasi terbesar PAS.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (dipanggil Sheikh Abdul Hadi di luar negara) dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampong Rusila, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran Bandar Marang, Terengganu yang mana ayahnya Tan Guru Haji Awang merupakan seorang ulama' tempatan dan aktivis politik yang dikenali ramai di Terengganu. Beliau merupakan anak ke lima dari sembilan orang adik beradik dan dibesarkan di dalam asuhan agama yang kuat daripada ayahnya sendiri. Haji Abdul Hadi mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1955 di Sekolah Kebangsaan Rusila dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Agama Marang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUZA).

Bakat dan kecemerlangan akademiknya telah dikesan semenjak beliau di bangku persekolahan lagi di mana kemudiannya beliau dtawarkan dengaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Unversiti Islam Madinah. Haji Abdul Hadi telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang Siasah Syariah di Universiti Al Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 1976. Rakan-rakan pelajar Malaysia yang sezaman dengan beliau telah mengesahkan minat mendalam Abdul Hadi kepada ilmu dan budaya membaca. Beliau kembali ke tanahair dan terus terlibat dengan aktif dalam bidang pembinaan kader-kader dakwah dan juga pengkuliahan, kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti negara ini dengan pantas menyambut ulama muda ini sebagai ikon kebangkitan Islam Malaysia. Sheikh Abdul Hadi menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan juga Pengerusi ABIM Terengganu, sebuah gerakan sosio politik anak muda yang ditubuhkan pada tahun 1971.

DI PERSADA LEGISLATIF

Sheikh Abdul Hadi Awang, memenangi Parlimen Marang pada tahun 1990, seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 apabila PAS berjaya menawan kembali Terengganu. Terengganu dengan sejarah pendidikan Islam yang gemilang dalam abad 19 dan awal abad 20 , disambung kembali legasi itu oleh kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh anak didik almarhum Sheikh Said Hawwa dan Prof. Dr Muhammad al Wakeel.

KOMITMEN ANTARABANGSA

Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga telah dipilih menjadi ahli Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran, Iran. Beliau menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmudin Erbakan, bekas Perdana Mentteri Turki pada tahun 1990 untuk berbincang dengan Setiausaha Agung PBB Butros Butros Ghali dalam usaha menyelesaikan krisis Teluk. Beliau juga pernah bersama pemimpin gerakan Islam yang lain dijemput oleh Saddam Hussein ke Baghdad semasa krisis Teluk berlaku. Saddam ingin memperoleh sokongan umat Islam dalam krisis Teluk yang dicampuri oleh Amerika.

Pada tahun1994, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul, Turki. Beliau juga sentiasa di undang untuk menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan oleh Parti Islam Pakistan (Jamiat Islami) dan juga gerakan Islam di Indonesia seperti Parti Keadilan Sejahtera, Partai Bulan Bintang, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan sebagainya.

Beliau pernah menyampaikan ucapan-ucapan di Seminar Mukamar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam Dalam Menghadapi Masalah Bosnia Herzegovina di Tehran pada tahun 1995. Bosnia ialah negara di Balkan yang menyaksikan penyembelihan dan pembantaian umat Islam beramai-ramai oleh etnik Serbia, ratusan ribu telah menjadi korban keganasan militia Serbia. Perang 'salib' zaman moden ini mmengundang rasa simpati yang besar kepada umat Islam Bosnia yang dalam rakaman sejarahnya pernah bernaung di bawah Khalifah Uthmaniah Turki selama beberapa dekad.

Tuan Guru juga pernah mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-Pertubuhan Islam Sedunia Ke 5 di Istanbul pada tahun 1996. Turki menjadi tuan rumah sidang tersebut dalam suasana kebangkitan Islam mula menyimbah negara yang pernah menyimbah negara yang pernah menjadi matahati umat Islam itu sehinggalah tumbangnya khilafah pada tahun 1924.

Tuan Guru dari masa ke semasa di undang ke luar negara untuk menghadiri pelbagai persidangan, seminar, ijtimak gerakan Islam di luar negara. Wajahnya juga pernah muncul di kaca TV seperti stesen TV 'al Manar', 'al Jazeera',dan sebagainya, mengupas pelbagai isu dan topik mengenai Islam dan dunia Islam.

Sumber HD - 28-8-2014








































































































































Ulamak dan gerakan Islam dalam perjuangan kemerdekaan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

"Sejarah ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral. Siapa pun tak mampu memadam sejarah ulamak dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini.

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim ulamak walaupun sejarah ini cuba di padamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat Islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulamak dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulamak tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Di tanah air kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulamak membentengi akidah umat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulamak kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada umat Islam bagi berdepan dengan "ghazwatul fikri" penjajah barat. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) (kanan) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, ulamak tersohor Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemulian Syariat Islam.


Haji Abdul Rahman Limbong (kiri) atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakan agama Terengganu ini. Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana sepatutnya diambil tindakan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Mekah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.

Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempat-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya. Dalam pengajaran ini, antara teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seperti Siyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis. Dan sebagaimana gurunya Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman juga merupakan tokoh pendukung tariqat Naqshabandiyah. (Abdul Rahman HajiAbdullah, 1994)

Pada dekad 1920-an pula berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islam yang syumul.

Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang progresif ini. Perjuangan menuntut kemerdekaan juga bertambah rancak dengan kepulangan Dr Burhanurddin al-Helmi daripada pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentang imperialisme.

Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Gerakan ini ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan darul Islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian kerat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan:

"The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed. There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent. In the present relatively lethargic state of UMNO, it may well draw away of the younger and more progressive minds. Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority."



PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulamak dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah. Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin Al Helmy (kiri), Khatijah Sidek (pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya. Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab akidah seperti yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Zulkifli Mohamad:

"Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-Nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya daripada ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih daripada itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."

PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam. Ramai tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini. – HARAKAHDAILY 18/8/2014

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Sumber HD - 18-8-2014

DR ZUHDI, PERMATA MEMERCIK SINAR.

Oleh:Dr Riduan Mohamad Nor.

Aku menyandar dibahu temanku Nordin Sakke saat anak muda pemimpin pelajar itu memuntahkan idea-idea dengan luncuran kata-kata yang cerdas. Kuliah maghrib di surau Kolej Pertama UM adalah rutin setiap malam dimana tokoh-tokoh pelajar daripada PMIUM, PMAIUM dijemput menyampaikan tazkirah. Aku ditahun pertama, manakala Zuhdi ditahun kedu...a pengajian, anak muda yang kelihatan serius ini adalah anak kelahiran Behrang Perak, sekampung dengan almarhum Ahmad Boestaman, tokoh pejuang kemerdekaan.

Bermula dengan kuliah-kuliah Zuhdi yang cuba mengajak warga kampus untuk menghayati cara hidup Islam, aku mula tertarik untuk mengenali Timbalan Presiden PMIUM ini. Bermula dengan kepelikan yang luarbiasa bagaimana pelajar Fakulti Sains ini boleh mengupas tasawwur Islam dengan begitu baik, menghafal al Quran dan dihormati oleh pelajar-pelajar Pengajian Islam. Dia menjadi titik pesona bila berhimpun dalam khalayak anak-anak muda kampus dan juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden GAMIS, sebuah ormas mahasiswa Islam peringkat nasional.

Zuhdi adalah ulat buku tegar, sentiasa mendampingi ulama-ulama yang aktif berkuliah , menceduk ilmu diluar disiplin ilmu Sains dan ini akhirnya menghantar beliau menjadi tokoh ilmuan sehingga meraih kedoktoran dalam bidang Falsafah Sains Islam. Bahkan sekaligus mengusai bahasa Arab dan menghafal lebih separuh kandungan al Quran saat bermukim ilmu di bumi England. Aku masih terbayang sifat tegas Zuhdi semasa memimpin pelajar di kampus, beliau dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya, apabila menjadi perancang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau menghantar kertas isyarat berhenti berucap kepada TNC UM ketika tokoh itu merasmikan ucapan perasmian Muktamar PMIUM, sehingga TNC segera duduk tanpa menghabiskan ucapan. Zuhdi tegas kepada sesiapa pun , masa wajib ditepati hatta oleh sosok besar kampus sendiri.

Aku semakin kagum kepada anak muda pemberani ini, di asrama Pantai Puri UM pula aku tinggal sekolej dengan beliau , juga isteri beliau , Sri yang terlibat sebagai pimpinan Siswi kolej Pantai Puri. Usai bergraduat , Zuhdi menjadi Pegawai di ILHAM yang berpusat di Markas Tarbiah Taman Melewar. Bekerja dengan Jamaah Islam sepenuh masa dengan gaji dibawah tahap kemiskinan bukanlah pilihan ribuan anak muda terpelajar. Zuhdi tega dengan kemiskinan saat rakan lain memacu laju kereta import, beliau menghirup mee segera dengan penuh nikmat saat rakan lain makan dengan selesa.
Beliau disamping mengendalikan pengurusan ILHAM Pusat, terus menyambung belajar diperingkat Sarjana, juga dilantik sebagai Exco DPPP di zaman Dato Mahfuz Omar menjadi ketua Pemuda. Di alam kerjaya juga, beliau terus menjadi pemain utama DPPP, merasai jerih payah membangunkan jamaah Islam tercinta ini. Zuhdi adalah antara yang terawal terlibat dengan NGO bantuan tanpa sempadan, iaitu Muslim Care, aku bersamanya, saat Acheh di badai tsunami sehingga menewaskan 161 000 manusia. Kami bertugas di Meulaboh Acheh dan Muslim Care terus menabur bakti dan dikenali sehingga hari ini.

Aku turut menziarahinya saat beliau bermukim di UK, beliau menggerakkan pelajar-pelajar Islam disana walaupun begitu sibuk dengan desertasi kedoktoran. Aku tak malu untuk mengaku bahawa beliau juga antara inspirator untuk aku terus belajar, Zuhdi menunjukkan bahawa akal manusia tidak pernah lelah untuk menerima pelbagai bentuk disiplin ilmu, bersinergi antara ilmu Diniah dan ilmu konvensional. Apabila beliau pulang ke tanahair terus dilantik sebagai Pengarah Institut Polisi Studi DPPP, sehinggalah jawatannya kini Pengarah Operasi PPP.

Khidmat Zuhdi kepada jemaah Islam ini tak terbilang, membuat kajian lapangan,menganalisa senario politik, membaca unjuran strategik , memberikan pencerahan kepada ahli-ahli tentang pelbagai isu, menggerakkan budaya intelektual dalam gerakan Islam. Beliau pendebat yang baik, berkolaborasi antara pemikiran kritis dan analitis, pernah berdebat dengan pelbagai kumpulan sivil seperti SIS, Isma, Hizbut Tahrir, dan sebagainya, termasuk adu hujjah dengan UMNO. Aku mencadangkan supaya pihak yang meremehkan tahap intelektual Zuhdi untuk memanggil beliau ke program wacana ilmu, debat , syarahan dan sebagainya.

Maaf teman, aku mengenali Zuhdi selama 25 tahun sebagai rakan baik yang hidupnya gemar membaca buku dan menghafal al Quran. Hari ini beliau menjadi "kambing hitam" media siber dan media perdana kerana "pengkhianatan tangan" insan yang khianat, juga ketololan figura PKR untuk mengalih isu MB selangor. Maaf sekali lagi teman, aku tak mampu berpeluk tubuh melihat Zuhdi dibunuh karektor dengan begitu kejam dan aku tahu sikap degil beliau bila berumah di tepi pantai. Percayalah, permata tetap permata walau diletak dalam loji kumbahan, permata tetap bersinar walau tak disuluh gelita.

Sumber HD - 30-7-2014                                                                                                                                                                                                                                                                                                   



































Dr Burhanuddin al-Helmy: Reformis pemberani

HARAKAHDAILY | .


PAS telah menunjukkan perubahan yang besar apabila dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Beliau mendapat pendidikan tinggi di India, terlibat dengan politik menentang Imperialisme semenjak belajar di India. Pernah ditahan di Palestin beberapa bulan oleh British akibat penentangan kepada Perjanjian Balfour, dan sekali lagi ditahan pada tahun 1937 kerana menerbitkan Majalah 'Taman Bahagia' yang mengkritik Perjanjian Balfour yang merupakan dokumen asas penyediaan tapak kepada entiti haram Israel.

Pada tahun 1950 beliau ditahan dalam isu Natrah (John Funston, 1976). Beliau seorang yang berpendidikan Islam dan mendapat pendedahan politik yang luas semenjak menuntut di India lagi. Walau bagaimanapun, PAS di bawah Dr. Burhanuddin begitu lantang menyuarakan soal kebangsaan Melayu berbanding perjuangan Islam yang syumul. Ini berkemungkinan akibat suasana politik Tanah Melayu pada saat itu yang menunjukkan kaum imigran semakin menuntut hak mereka dalam keadaan orang Melayu yang terpuruk dalam semua sektor.

Dr. Burhanuddin al-Helmy mula dilantik dalam Muktamar PAS pada 25 Disember 1956 yang telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya menewaskan calon lain iaitu Dr. Zulkifli Muhammad untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang ketiga. Sungguhpun Dr. Zulkifli Muhammad telah mendapat pencalonan yang banyak daripada kawasan-kawasan. Perpecahan undi perwakilan itu membayangkan bahawa Dr. Burhanuddin tidak disokong sepenuhnya untuk menjawat jawatan nombor satu dalam PAS kerana ada ahli-ahli PAS yang bimbang dengan latar belakang politik Dr. Burhanuddin sebelum ini akan mensasarkan PAS daripada fikrah perjuangan Islam yang sebenar.

Sebab itulah juga dalam ucapan penangguhan, perwakilan telah memberikan peringatan yang tegas kepada Dr. Burhanuddin untuk menjaga PAS supaya tidak tergelincir daripada landasan perjuangan.

Sebahagian ahli PAS pada asalnya lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Dr. Zulkifli Muhammad, seorang tokoh muda PAS yang sangat karismatik, dan semasa belajar di Mesir beliau telah mendapat tarbiah secara langsung daripada Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb.

Kekaguman beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa Ikhwanul Muslimin telah menyeret beliau untuk menyertai PAS pada awal tahun 1950-an. Beliau adalah antara tokoh penting yang telah menjadi 'ideologue' kepada pengikut PAS yang telah berusaha keras memastikan elemen tarbiah mengukuhkan wadah PAS. Zulkifli Muhammad adalah tokoh yang bertanggungjawab memahamkan konsep perjuangan PAS untuk menegakkan cita-cita politik Islam sebagai ibadah sesuai dengan matlamat penciptaan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Dr. Burhanuddin mendapat pendidikan di dalam dan di luar negara merupakan seorang pemimpin yang sangat mengutamakan pendidikan sebagai agen transformasi masyarakat. Sekembalinya dari negara benua kecil India dan Arab, beliau telah berkhidmat sebagai pendidik di Madrasah al-Juned di Singapura. Beliau sebagai pendidik juga mengasaskan bidang penerbitan secara kecil-kecilan seperti menerbitkan Majalah 'Taman Bahagia'.

Dr. Burhanuddin juga bersama-sama dengan ulama lain telah mengasaskan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat. Beliau yang sering melawat sekolah-sekolah agama di Tanah Melayu melihat kedaifan pendidikan orang Melayu. Pada 1-2 September 1947, LEPIR telah ditubuhkan di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah.

Seramai 300 orang aktivis pendidikan telah hadir dalam persidangan ini untuk berbincang tentang hala tuju pendidikan umat Melayu di negara ini. Beberapa resolusi telah diputuskan dalam perhimpunan LEPIR ini seperti mengutip derma untuk mendirikan Lembaga Pendidikan Rakyat, menerbitkan akhbar dan majalah, memperbanyak sekolah agama rakyat, menubuhkan derma pelajaran untuk menghantar pelajar ke luar negara, menyamatarafkan kurikulum pendidikan di dalam dan di luar negara. - HARAKAHDAILY 31/1/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat.

Sumber HD - 31-1-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment