BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, August 19, 2014

DR MOHD ZUHDI MARZUKI - PENGARAH EKSEKUTIF PUSAT PENYELIDIKAN PAS PUSAT








SESI 2015 - 2017-2019 :

Pengerusi : Dato’ Seri Presiden PAS

Pengarah : YBhg. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan  : YBhg. Zaharudin Mohammad

Sumber PP - 6-5-2017

PAS Adalah Faktor Kestabilan Politik Malaysia 2013-2018


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang yang telah berjaya mengemudi parti dengan membuat keputusan-keputusan yang bijaksana untuk menjamin kestabilan politik Malaysia, sekaligus mengekalkan negara dalam kesejahteraan dan keharmonian.

Sepanjang pemerhatian PPP dalam tempoh penggal parlimen 2013 hingga 2018, PAS telah lulus dengan cemerlang memainkan peranan sebagai pencatur utama politik Malaysia.

Selepas sahaja PRU ke-13, PAS telah didesak untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama BN yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, atas nama Konsensus Nasional. Presiden PAS telah dikepung oleh bekas-bekas pimpinan PAS (yang sekarang menyertai PH) untuk menyetujui cadangan Anwar tersebut.

Bagaimanapun Presiden PAS telah mendengar cadangan itu dengan berhati-hati, dan lebih cenderung supaya PR kekal sebagai pembangkang sebagaimana dimandatkan oleh rakyat.

Ketika berlaku kemelut politik Selangor, kartel-kartel dalam PKR berusaha untuk menghumban Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan MB, meskipun beliaulah faktor kemenangan besar PR Selangor sebelum ini. Presiden PAS dalam menghadapi kemelut ini telah bertegas untuk mengekalkan Khalid, atas asas beliau telah berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang, cekap dan telus. Pendirian beliau juga tegas menyebutkan, dalam kemelut ini kepentingan rakyat Selangor perlu diutamakan bukan kehendak parti.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan perang dengan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden PAS juga telah mengambil keputusan bijak dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kerakusan ahli politik. PAS telah diasak untuk bersetuju melakukan undi tidak percaya bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah.

Presiden PAS dilihat telah mengambil kira semua aspek terutama kebajikan rakyat yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi ketika itu, lalu menolak usul Mahathir tersebut.

Perkara yang sama dipertimbangkan PAS, apabila anak Dr Mahathir pula menghadapi undi tidak percaya yang digerakkan oleh ADUN-ADUN BN Negeri Kedah. PAS pada ketika itu telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan cara menurunkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, atas asas seseorang Ketua Kerajaan yang telah diberi mandat untuk memerintah perlu menghabiskan amanahnya. PAS juga berpendirian seseorang Ketua Kerajaan yang diberi mandat secara pilihanraya perlu ditukar secara pilihanraya juga.

Kemelut yang sama juga berlaku di Terengganu, apabila bekas Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said menggerakkan usaha menjatuhkan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,. melalui undi tidak percaya di DUN. Pada ketika itu, sekiranya PAS bersetuju kerajaan pimpinan Razif akan tumbang.

Bagaimanapun, Presiden PAS telah mengarahkan ADUN-ADUN PAS tidak menyokong jika usaha melakukan undi tak percaya itu diteruskan. Pendirian PAS itu telah menyebabkan Razif terus memerintah walaupun dengan majoriti sangat tipis.

Setelah negara kita melalui kesemua kemelut politik ini, dan sekarang tiba masa untuk mereka memberi mandat semula kepada mana-mana gabungan parti, rakyat negara ini pasti boleh melihat kematangan PAS dalam berpolitik.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS telah menyelamatkan negara dari kemelut politik yang berpanjangan yang akan menggugat kestabilan politik dan seterusnya akan menyusahkan rakyat. PPP sekali lagi mengucapkan setinggi tahniah kepada Dato Seri Abdul Hadi yang menjadi faktor penting kestabilan tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
6 April 2018

Sumber BO - 6-4-2018


Apabila fitnah jadi modal pelaris berita

MEDIA mempunyai peranan yang penting kerana ia merupakan medium penyebaran maklumat yang mampu membentuk pemikiran masyarakat. Ia boleh jadi positif dan boleh juga jadi negatif. Ia boleh memutihkan yang kotor dan boleh menghitamkan yang suci.
Saban hari, PAS senantiasa diserang daripada segenap sudut dan penjuru. Antara yang galak menyiar cereka fitnah dan berita spin terhadap PAS ialah portal berita web yang pro Pakatan Harapan (PH). Lihatlah teknik pemberitaan di portal web Malaysiakini, The Malaysian Insight, The Malaymail Online dan Free Malaysia Today. 
Hampir sama sahaja, semua portal utama ini sememangnya menjadikan PAS sebagai sasaran utama mereka. Kenyataan Tuan Guru Presiden PAS memang dinantikan oleh mereka kerana ia boleh diputar sesedap rasa agar persepsi negatif terhadap PAS terpasak di minda pembaca awam.
Di samping itu, institusi yang berkait dengan Islam seperti JAKIM, Mufti, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri turut menjadi mangsa sasaran serangan mereka yang berideologikan liberal dan anti proses Islamisasi.
Oleh sebab PAS tidak bersama PH, media pro PH menjadikan PAS sebagai musuh yang sebaris dengan Umno-BN. Oh, mungkin tuan empunya portal media pro PH ini sudah berkursus dan mendapat latihan daripada pemilik Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3 yang sememangnya terbukti berkepakaran dalam membuat berita memburukkan pembangkang dan menaikkan imej Kerajaan BN.
Terbaru, pada Ahad lepas Tuan Guru Presiden PAS mengadakan sesi dialog terbuka dengan NGO India di Pulau Pinang. Beliau turut mengulas mengenai idea Kerajaan Teknokrat iaitu mereka yang bukan Ahli Parlimen tapi pakar boleh menjadi Menteri Kabinet. Tuan Guru turut menyebut berkenaan konsep Islam yang membahagikan kementerian, kepada dua iaitu wazaratul tanfiz dan wazaratul tafwid.
Namun, media The Malaysian Insight (TMI) sengaja memutar-belit apa yang Tuan Guru Presiden PAS sebut dengan menyiarkan berita yang bertajuk "Muslims to draft policies, non-Muslims to implement them, under PAS rule" dan "Bolehkah PAS tadbir Malaysia ikut garis kaum dan agama?".
Rentetan daripada berita spin itu, Lim Guan Eng pun bersuara membantah dengan menuduh PAS mahu menjadikan orang Islam sebagai tauke manakala orang bukan Islam sebagai kuli. Ustaz Wan Ji PKR yang merupakan budak suruhan Guan Eng pula menuduh idea PAS itu bermodelkan pemerintahan Taliban. Apa jua skrip yang Tetuan DAP sebut, itulah yang akan dipertahankan oleh khadamnya yang berbayar.
TMI meneruskan agenda jahat tersebut dengan menyiarkan pula 
berita bertajuk; "Lawmakers denounce Hadi’s ‘dangerous’ two-cabinet plan for Malaysia", "Hadi’s two-tier cabinet unrealistic, restricts non-Muslims, say analysts" dan "Hadi’s two-cabinet idea unIslamic and discriminatory, observers say".
Lihat, modus operandi perancangan mereka. Buat berita spin dan palsu, kemudian minta pemimpin PH dan penganalisis pro PH respon untuk menambah perisa menyerang PAS.
Pada awal pagi ini, lidah rasmi PAS portal web Harakahdaily menyiarkan berita yang bertajuk "Bukan Dua Kabinet" bagi memperjelaskan apa yang sebenarnya diucapkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.
Walaupun sudah diperjelaskan dengan sedemikian rupa, portal TMI ini dengan angkuhnya enggan mengaku kesilapan. Mereka terbitkan pula berita yang bertajuk "Salah Petik atau Suara Hati Hadi". Sungguh biadab TMI ini. Siapakah gerangan editor TMI yang sering menerbitkan berita tetapi merahsiakan nama wartawan yang menulisnya. Bukankah itu pengecut dan tidak bertanggungjawab namanya.?
Berita palsu TMI ini turut ditegur oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim yang menyiarkan kenyataan media bertajuk "Berita 2 kabinet ialah berita palsu yang perlu ditolak". Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin juga menerbitkan kenyataan media yang bertajuk "Hayati Maksud Sebenar Cadangan Kerajaan Teknokrat".
Pada zaman perang media moden ini, betapa pentingnya kita semua menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum terlalu cepat mempercayai dan menyebarnya. Kita usahlah terikut rentak musuh dan terjerat dengan perangkap mereka. 
Jangan begitu cepat membuat kesimpulan dengan hanya sekadar membaca tajuk berita sahaja tanpa membaca isi keseluruhannya. Dalam keadaan sekarang, usahlah kita bermimpi untuk melihat berita yang betul dan memuji PAS disiarkan oleh portal Malaysiakini, The Malaysian Insight, The Malaymail Online dan Free Malaysia Today. 
Kitalah yang sepatutnya berperanan di segenap lapangan untuk memperjelaskan apa yang kabur dan menerangkan apa yang benar apabila sesuatu fitnah tersebar.
Catatan oleh:
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
06 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 6/2/2018


Sumber HD - 6-2-2018




Bakal graduan dipelawa program latihan praktikal

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) dengan berbesar hati mempelawa mahasiswa/graduan yang berminat untuk menyertai Program Latihan Praktikal PPP.
Program ini akan berlangsung selama tiga bulan iaitu Oktober, November dan Disember 2017 ini.
PPP menetapkan antara syarat yang ingin menyertai program ini ialah mahasiswa tahun akhir atau graduan yang baharu sahaja menamatkan pengajian; berakhlak baik dan menutup aurat; dan boleh bekerja di bawah pengawasan minimum. 
Para peserta program akan berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman melaluigerak kerja pilihan raya umum, sesi bersama dengan pimpinan PAS dan Ahli Parlimen PAS, menghadiri sidang Parlimen dan banyak lagi.
Kepada yang berminat, sila hantarkan resume anda melalui; 
Emel: _ppp@pas.org.my
FB Page: http://www.facebook.com/PasResearchCentre
Tarikh tutup program ini ialah pada Jumaat, 13 Oktober 2017. – HARAKAHDAILY 10/10/2017 



PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) dengan berbesar hati mempelawa mahasiswa/graduan yang berminat untuk menyertai Program Latihan Praktikal PPP.

Program ini akan berlangsung selama tiga bulan iaitu Oktober, November dan Disember 2017 ini.

PPP menetapkan antara syarat yang ingin menyertai program ini ialah mahasiswa tahun akhir atau graduan yang baharu sahaja menamatkan pengajian; berakhlak baik dan menutup aurat; dan boleh bekerja di bawah pengawasan minimum.

Para peserta program akan berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman melaluigerak kerja pilihan raya umum, sesi bersama dengan pimpinan PAS dan Ahli Parlimen PAS, menghadiri sidang Parlimen dan banyak lagi.

Kepada yang berminat, sila hantarkan resume anda melalui;





Emel: _ppp@pas.org.my
FB Page: http://www.facebook.com/PasResearchCentre
Tarikh tutup program ini ialah pada Jumaat, 13 Oktober 2017. – HARAKAHDAILY 10/10/2017










Sumber HD - 10-10-2017



Sokongan PAN dijangka tinggal 0.5 peratus










PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Parti Amanah Negara (PAN) akan kehilangan sebahagian sokongannya disebabkan pendirian mereka yang 'flip flop' terhadap desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat Tragedi Memali. 
Berdasarkan dapatan Institut Darul Ehsan (IDE) seperti yang didedahkan oleh Prof Dr Mohd Nor Nawawi sebelum ini, sokongan semasa kepada PAN adalah di tahap 1%. Oleh sebab itu, dengan pendirian mereka yang celaru terhadap RCI Memali, sokongan terhadap PAN dijangka merudum kepada 0.5% selepas ini. 
Sebahagian ahli PAN terdiri dari bekas ahli-ahli PAS yang bersifat 'Umnofobia', dan salah satu sebabnya mereka bersifat sedemikian adalah disebabkan Tragedi Memali. Sememangnya Tragedi Memali merupakan sesuatu yang cukup terkesan kepada hati para pendukung PAS ketika itu, justeru ia amat sukar dipadamkan. 
Bagaimanapun, sikap pimpinan utama PAN dan pemudanya yang memperkekehkan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan RCI Memali, akan menyebabkan ahli-ahli mereka dari kalangan bekas-bekas pendukung PAS mula berfikir tentang kesahihan halatuju parti tersebut. 
Penulisan terbaru oleh Dr Kamarul Zaman Yusof dari UUM, yang mempertikaikan konsistensi para pimpinan PAN dalam menyuarakan pendirian mereka tentang Tragedi Memali, dilihat menjadi 'wake up call' kepada para pimpinan PAN. 
Mereka baru tersedar pendirian mereka mula menjadi bahan jenaka pelbagai pihak. Dulu mereka bermatian membela kematian Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya, sekarang mereka bertungkus lumus pertahankan Ketua Regim yang berkuasa semasa berlaku pembunuhan tersebut. Sekarang mereka mula untuk 'patah balik' bila menyedari tembelang mereka telah dipecahkan oleh Dr Kamarul. 
PPP yakin dengan pendirian flip flop pimpinan PAN dalam isu RCI Memali ini akan membuka mata ahli-ahli mereka yang tiada kepentingan diri, untuk kembali semula kepada PAS. Mereka sekali lagi telah melihat perjuangan PAN yang didakwa diwarisi dari generasi PAS yang awal, hanyalah cakap-cakap kosong. Seperti yang pernah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, semakin ramai ahli-ahli PAN yang mula kembali kepada PAS. 
Oleh sebab itu, jangkaan PPP, sokongan semasa kepada PAN akan jatuh dari 1% kepada 0.5%, bukanlah sesuatu yang mustahil terutama selepas pendirian flip flop mereka dalam isu RCI Memali. 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
23 Ogos 2017 / 1 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 23/8/2017
Sumber HD- 23-8-2017 








MP Pokok Sena dicabar berdebat tentang halatuju PAS

MUTAKHIR ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar, semakin galak menjadi jurucakap PAN dan DAP dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan PAS. Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada 'masih sayang kepada PAS' sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang PAS. Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti. 
PPP juga mendapat maklumat beliau tidak lagi menghadiri program-program penerangan dan penjelasan tentang halatuju dan pendirian parti, sebaliknya terus menerus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebenarnya telahpun dijawab di dalam program-program yang dianjurkan oleh parti. Sikap yang ditunjukkan oleh MP Pokok Sena kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik. 
Sehubungan dengan itu, saya selaku Pengarah PPP mencabar beliau berdebat tentang isu-isu yang berkaitan halatuju dan pendirian PAS hari ini, untuk memberi ruang kepada beliau berhujah bahawa keputusan pucuk pimpinan PAS adalah tersasar seperti yang beliau sering nyatakan. Disebabkan isu-isu berkaitan halatuju dan pendirian parti ini banyak berkaitan dengan hal ehwal dalaman parti, debat yang dianjurkan hanya terbuka kepada pimpinan dan ahli PAS. PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya. 
Selain daripada PPP, saya juga mengalu-alukan sekiranya agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menganjurkan debat tersebut, sekiranya Dato Mahfuz lebih selesa dengannya. Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Dato Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti. PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Dato Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab. 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
12 Julai 2017 / 18 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 12/7/2017
Sumber HD - 12-7-2017 









PAS Kehilangan Seorang Professional Paling Berkaliber

Selepas Muktamar PAS ke 61 tahun 2015, segelintir golongan professional telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti serpihan. Vakum yang wujud tersebut secara pantas telah terisi oleh golongan professional PAS yang sebelum ini berperanan tanpa publisiti.

Merekalah sebelum ini yang menjadi enjin penggerak PAS bermula di peringkat cawangan sehinggalah membantu pemimpin di peringkat yang paling tinggi seperti Presiden dan Mursyidul Am.

Salah seorang daripada professional PAS yang kurang didendang sebelum Muktamar PAS 2015 ialah Prof Dr Mohamad Khazani Abdullah. Beliau adalah seorang professional yang cemerlang, memperolehi gelaran professor ketika usia masih muda dan pernah dianugerahkan anugerah berprestij sebagai ‘Saintis Muda Negara’. Di dalam PAS beliau cukup iltizam dan gemar berkerja tanpa publisiti, justeru tidak ramai pimpinan pertengahan dan ahli akar umbi mengenalinya.

Selepas PAS dimomokkan kehilangan golongan professional ekoran segelintir mereka yang keluar dari PAS, Dr Khazani tampil untuk menggembeling tenaga golongan professional PAS mengisi kelompongan tersebut. Beliau sering mengulangi hasratnya untuk membawa PAS maju, tetapi beliau sendiri tidak mahu diamanahkan jawatan-jawatan penting parti. Sehinggalah apabila diyakinkan pentingnya beliau berperanan seumpama ‘Pengarah Strategi’ parti, barulah beliau menerimanya.
Selepas Muktamar PAS 2015, Dr Khazani lah individu terpenting bertanggungjawab melakar halatuju PAS. Beliaulah penggerak utama kepada penggubalan roadmap politik PAS, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), transformasi imej PAS dan yang sedang di peringkat akhir pembikinan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Sejak itu barulah pimpinan pertengahan dan ahli akar umbi PAS mula mengenali beliau, seorang professional yang sangat berkaliber.

Mereka yang pernah mengikuti pembentangan dan penyampaian Dr Khazani pasti terpegun dengan analisis beliau tentang sesuatu perkara yang cukup meyakinkan. Beliau seorang yang professional yang berfikiran positif, optimis, tegas dan berprinsip. Apabila menghadapi sesuatu masalah, beliau mampu menyelesaikannya secara yang analitik, tersusun dan realistik. Keperibadian beliau sememangnya melayakkannya memikul amanah sebagai Pengarah Institut Strategi PAS (ISP).

Saya mula mengenali Dr Khazani lebih 20 tahun yang lalu, bermula dengan perkenalan biasa sehingga menjadi sangat rapat sejak dua tahun yang lalu. Beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia, hampir setiap minggu kami akan berbincang dan kadang-kadang bertemu lebih dari sekali dalam seminggu. Pertemuan kami selalu diakhiri dengan makan bersama. Pejabat syarikat beliau seperti sudah menjadi pejabat kedua saya selain daripada Pejabat Agung PAS.

Kebelakangan ini memang saya lihat, kesihatannya sedikit merosot. Dalam pertemuan terakhir saya dengan beliau minggu yang lalu, mukanya kelihatan pucat sedikit dan mengadu sukar mengangkat lengannya kerana terasa sakit. Bagaimana beliau terus gagah untuk memenuhi jemputan organisasi parti di seluruh negara, dari Perlis sehingga ke Sabah. Sehinggalah hari beliau kembali menemui penciptanya, ada beberapa jemputan yang sudah diaturkan oleh organisasi parti.

Pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 bersamaan 23 Sha’ban 1438, ketika saya sedang bersiap ke utara tanahair, saya mendapat berita beliau telah tiada. Sejak dari malam tadi, saya telah mendapat khabar bersumberkan dari warisnya, tentang kedudukan kesihatan yang sangat kritikal. Hari ini beliau telah meninggalkan PAS, ahli-ahlinya dan seluruh rakyat dengan anjakan paradigma politik, dari politik kebencian (hatred politics) dan ultra-politiking kepada amalan politik matang dan sejahtera seperti yang dituntut oleh Islam.

Dr Khazani telah meninggalkan legasi yang tersendiri dalam PAS. Beliau sememangnya seorang professional PAS yang boleh dianggap ‘legend’. Saya akan terus merindui saat kami berbincang dan makan bersama. Sukar untuk saya lupakan, beliau sering mengeja nama saya sebagai ‘Zuhudi’ walaupun dia tahu ejaan yang sebenarnya ‘Zuhdi’. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Khazani, moga-moga beliau mendapat pahala syuhada seperti yang dijanjikan oleh Baginda saw.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
20 Mei 2017
23 Sha’ban 1438

Sumber BO - 21-5-2017

Selepas Buku 'Becoming Hannah', Pas Dedahkan Pula Buku Tulisan Ian Buchanan Yang Nama Hannah Yeoh Dan Lim Guan Eng Diperkatakan Di Dalamnya Untuk Kristiankan
Posted on Wednesday, May 17 @ 01:43:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34963



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi.

Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup. Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar.

Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015. Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”. Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain. Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks. Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.


Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.
Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism. PPP juga mengambil perhatian bahawa penulis pernah membentang kajiannya berkaitan dengan gerakan Kristianisasi melampau ini dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pegarah Pusat Penyelidikan PAS
16 Mei 2017
20 Sha`ban 1438
Sumber TKO - 17-5-2017

Akuan Berkanun Rafizi Semakin Menyemarakkan Sokongan Pengundi Islam Kepada Pas
Posted on Saturday, April 15 @ 23:30:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34548



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkeyakinan, Akuan Berkanun (SD) yang dibuat oleh Saudara Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, terhadap PAS sejurus selepas pembentangan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, bukan sahaja tidak menjejaskan PAS malah menambahkan lagi sokongan pengundi Islam kepada PAS. Pemerhatian awal PPP menunjukkan keyakinan pengundi-pengundi Islam kepada PAS sebenarnya semakin bertambah berbanding dengan sebelumnya.

Pendedahan yang dibuat oleh YB Pandan ini dilihat bertujuan untuk mengalih perhatian pengundi-pengundi Islam terhadap kejayaan PAS membawa RUU Persendirian tersebut di parlimen.

Konspirasi Rafizi untuk mengalih perhatian ramai cuba dilakukan sejurus selepas usul itu dibentangkan oleh Presiden PAS, tetapi terencat apabila perbahasan usul tersebut ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat. Kemudian Rafizi dilihat cuba menggunakan saluran lain iaitu dengan membuat SD.

Usaha Rafizi menuduh PAS terlibat dengan penerimaan dana dari 1MDB ini adalah bertujuan untuk menenggelamkan kepentingan memperkasakan perundangan dan mahkamah syariah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Beliau telah melakukan cubaan awal dengan memanipulasikan dapatan kajian INVOKE yang cuba menyimpulkan masyarakat Islam tidak memerlukan usaha meminda Akta 355 ini. Kesimpulan beliau tidak berasas, apabila beberapa kajian termasuk oleh PEW International mendapati 86% masyarakat Islam menyokong usaha seumpama ini.

Setelah usaha memanipulasikan dapatan kajian tersebut dilihat hambar oleh pengundi-pengundi Islam, Rafizi berusaha pula untuk mengalih fokus pengundi-pengundi Islam dengan menuduh PAS menerima dana SRC dari akaun Perdana Menteri. Konspirasi beliau semakin menemui jalan buntu apabila pihak yang dituduh tidak mempunyai kaitan langsung dengan PAS, malah beliau sendiri menafikan ada menerima dana seperti yang dituduh. Penafian keras beliau sehingga mahu mengambil tindakan undang-undang sekaligus membersihkan PAS.

Tuduhan seumpama ini terhadap PAS telah dimulakan lebih awal oleh Tun Dr Mahathir, Sarawak Report dan Dato Husam Musa. Ia kemudian disambut oleh Rafizi dengan mendedahkan lebih lanjut sumbernya dan pihak yang terlibat dengan penerimaan dana itu. Apabila pendedahan Rafizi ini semakin dilihat 'mengarut', pengundi-pengundi Islam turut meyakini tuduhan seumpamanya sebelum itu juga adalah fitnah. Kegagalan Rafizi membuat 'finishing' setelah jalan ceritanya direka oleh beberapa pihak sebelumnya, menyebabkan imej PAS semakin menjulang.

Dengan kejayaan PAS membawa RUU Persendirian meminda Akta 355 di Parlimen, diikuti kegagalan Rafizi dan pihak-pihak tertentu sebelumnya untuk memalitkan PAS dengan skandal 1MDB, PAS kini semakin mendapat sokongan pengundi-pengundi Islam. PPP berkeyakinan, dengan episod-episod kebelakangan ini berkaitan RUU355 dan fitnah PAS menerima 'dedak' 1MDB, PAS semakin mendapat sokongan padu pengundi-pengundi Islam sekaligus akan menjayakan hasrat umat Islam di Malaysia melakukan Tsunami Politik dalam PRU akan datang.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Kaherah, Mesir
15 April 2017
Sumber TKO - 15-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Opera di belakang tabir DAP, Gerakan dan MCA?

SEMINGGU dua ini, DAP, Gerakan dan MCA mengulangi lagi episod drama cabar-mencabar sesama mereka menjelang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) persendirian meminda Akta 355 oleh ahli parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Seperti biasa DAP memulakannnya dengan mencabar menteri MCA dan GERAKAN meletak jawatan, manakala pihak MCA pula mencabar DAP menyingkirkan PAS dari Kerajaan Negeri Selangor. 
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat drama kali ini boleh menjadi jawapan, benarkah selama ini DAP, Gerakan dan MCA bermain opera di belakang tabir? 
Sebelum ini, orang ramai sering memperkatakan bahawa ketiga-tiga parti ini hanya bergaduh di depan khalayak, tetapi mereka di belakang sebenarnya mengatur agenda tertentu untuk kepentingan sempit parti mereka. Golongan yang dominan untuk mengatur agenda-agenda ini bukan pimpinan politik ketiga-tiga parti ini, tetapi pihak ketiga iaitu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs). Ketiga-tiga parti ini dikatakan sebagai pelaksana termasuklah berperanan sebagai golongan pendesak dan golongan yang didesak. Demikianlah yang selalu diperkatakan oleh orang ramai, tentang hubungan sebenar DAP, Gerakan dan MCA. 
PPP telah melakukan kajian sorotan sejarah terhadap hubungan ketiga-tiga parti ini berdasarkan beberapa isu lama seperti isu Universiti Merdeka, isu Operasi Lalang, isu tuntutan Suqiu, isu UEC dan lain-lain, dan mendapati ada asas mengapa orang ramai bertanggapan sedemikian. 
Yang paling terkini, ketiga-tiga parti saling cabar mencabar menunjukkan siapa yang paling anti Syariah Islam, manakala NGO tertentu pula langsung tiada toleransi terhadap usaha umat Islam untuk memperolehi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah. PPP melihat episod drama seperti ini memperkukuhkan lagi hipotesis umum, bahawa ada opera yang berlaku di sebalik tabir. 
Sekiranya tanggapan ramai ini tepat, konspirasi ketiga-tiga parti politik ini dan NGO yang terlibat sebenarnya boleh menjejaskan integrasi nasional. Tindakan mana-mana pihak berkonspirasi untuk menghalang umat Islam di negara ini untuk memenuhi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah, hanya akan memburukkan hubungan harmoni sesama rakyat Malaysia. 
Malah lebih dari itu, seperti mana yang telah ditulis oleh seorang ahli akademik, Dr Iskandar Tan Abdullah, konspirasi seperti ini akan menjana TSUNAMI ISLAM untuk memastikan pihak yang anti Syariah Islam akan tersungkur dalam PRU ke-14 akan datang. PPP berkeyakinan Tsunami Pengundi Cina dalam PRU ke-13 akan diganti dengan Tsunami Pengundi Islam selepas ini. 
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
10 Mac 2017
11 Jamadilakhir 1438 – HARAKAHDAILY 10/3/2017
Sumber HD - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Pas tak bimbang andaian hilang kerusi di Selangor
Posted on Tuesday, March 07 @ 10:49:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33893



SHAH ALAM – Pas hari ini menegaskan tidak bimbang dengan andaian yang parti itu bakal kehilangan hingga 10 kerusi pada PRU akan datang.

Tidak bimbang dengan dakwaan tersebut, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya sudah merangka strategi tersendiri yang membolehkan Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga PRU akan datang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk strategi dan jumlah kerusi yang bakal ditumpukan Pas pada PRU nanti.


“Kami sudah ada strategi kami sendiri untuk memenangi PRU depan. Apa yang penting adalah bagaimana kita (Pas) akan kekal dalam kerajaan Selangor selepas PRU nanti,” katanya kepada Sinar Online.

Kedudukan Pas Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.

Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.

Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.

Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus. Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan daripada pengundi Cina, adalah sukar bagi Pas untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar ini.

Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi Pas dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.

Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, Pas kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14.
Sumber TKO - 7-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















RUU Pindaan Akta 355 ke arah pembasmian industri dosa

KEBELAKANGAN ini, sejak kempen untuk memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah digiatkan, terdapat parti politik Muslim, NGO Islam dan tokoh ilmuwan yang bersikap sinis, malah menentang usaha yang dijalankan. Argumen yang mereka kemukakan hampir sama, antaranya perkara itu bukanlah keutamaan pada masa kini. Mereka mengemukakan pelbagai isu khilaf dan teknikal termasuklah awlawiyyat, maqasid dan seumpamanya. Terdapat juga yang melaungkan slogan 'Rahmat Kepada Sekelian Alam', 'Negara Rahmah' dan lain-lain untuk membelakangkan kempen ini. Sedikit sebanyak tindakan mereka menjadi perisai bagi golongan penentang. 
Sebenarnya sesuatu yang amat menarik, golongan yang menggunakan argumen dan jargon ini boleh jadi tidak menyedari, pemikiran mereka tentang Syariah adalah begitu sempit malah begitu menebal pengaruh sekularnya. Mereka hanya melihat Undang-undang Syariah ini dari kacamata individu pesalah tidak dari skop yang lebih luas iaitu kepentingan sebuah masyarakat dan negara. Lebih dari itu, mereka memisah-misahkan aspek Undang-undang Syariah ini dengan aspek lain seperti pendidikan, ekonomi dan industri, sedang kesemuanya amat berkait rapat. Mereke kemudian mendabik dada, merekalah yang faham Falsafah Tasyri, Keadilan Syariah, Rahmat Islam dan lain-lain. 
Artikel ringkas ini, cuba membuka kotak pemikiran golongan ini untuk melihat usaha memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah dari kacamata yang lebih luas, sekaligus menjawab beberapa argumen dan jargon yang mereka kemukakan. Dalam konteks ini, penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada isu Industri Dosa atau Sin Industries, dan bagaimana Pindaan Akta 355 ini boleh berperanan besar. Dengan melihat satu aspek ini sahaja, kita boleh melihat bahawa Pindaan Akta 355 ini sebenarnya menjadi keutamaan sekarang, boleh mencapai maksud pensyariatan, menuju keadilan dan lain-lain lagi. Secara langsung ia adalah rahmat atau rahmah kepada semua. 
Kemusnahan Disebabkan Industri Dosa 
Dalam dunia perindustrian hari ini, pemain-pemain industri akan memanipulasikan segala aspek yang berkaitan keperluan dan kehendak manusia, demi keuntungan mereka. Satu perkara yang sedang dimanipulasikan oleh mereka dan banyak mendapat tentangan terutama dari golongan sosialis ialah aspek kebajikan. Bagaimanapun, ramai yang tidak memyedari ada satu aspek lain yang juga sedang dimanipulasikan oleh pemain-pemain industri ini, iaitu aspek keseronokan yang di dalam Islam ia berkait rapat dengan nafsu syahwat. Aspek ini telah dijadikan satu komoditi untuk diperdagangkan sehingga pemain-pemain industri ini untung berlipat ganda, dan ia dikenali sebagai Industri Dosa. 
Kemunculan kegiatan perniagaan dosa seperti ini bukan satu perkara baru, tetapi kewujudannya dalam bentuk perindustrian boleh dikatakan masih baru dan sedang berkembang. Industri Dosa ini meliputi industri tobacco (secara tidak langsung berkaitan dadah), alkohol, perjudian, seks dan lain-lain. Di kebanyakan negara sekarang, Industri Dosa ini sudah dilesenkan sehingga rakyat sesebuah negara boleh melanggani produk Industri ini dengan melakukan pembayaran. Kerajaan pula telah menjadikan industri ini sebagai satu sumber pendapatan bagi menjana kekayaan negara, sebagaimana sektor-sektor perindustrian yang lain.
Bagaimanapun kebelakangan ini sudah banyak kajian dijalankan oleh para ilmuwan, tentang kesan industri ini terhadap sesebuah masyarakat, malah yang lebih penting terhadap ekonomi sesebuah negara. Para ahli ekonomi mulai menyedari bahawa kesan keburukan yang ditimbulkan oleh industri ini seperti peningkatan kadar jenayah, kemusnahan struktur sosial, penyebaran wabak penyakit, korupsi dan lain-lain lagi, lebih buruk dan membebankan daripada manfaat ekonomi yang diperolehi. Disebabkan negara-negara itu telah terjerumus jauh dengan industri ini, usaha untuk berpusing balik sangat sukar. Apa yang boleh dibuat, hanyalah mengurangkan kesan negatifnya daripada menjadi kian teruk. 
Jaringan Industri Dosa ini di peringkat global akan menimbulkan lebih kebimbangan bagi mereka yang menelaahnya. Kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam Industri Dosa ini saling berkait rapat dan sokong menyokong antara satu sama lain. Dengan pengertian lain, tobacco, alkohol, seks dan dadah mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain, sehingga bila jaringan global industri ini terbentuk, ia menjadi satu ancaman keselamatan yang besar. Daripada Industri Dosa ini mempunyai lesen, ia boleh menyebabkan kepada berlakunya kegiatan buruk lebih besar seperti Pemerdagangan Manusia (Human Trafficking) dan Perdagangan Dadah (Drug Trafficking). 
Kedua-dua Pemerdagangan Manusia dan Perdagangan Dadah akan membawa pula kepada Pasaran Gelap Senjata Api (Fire Arm Black Market) yang akan menyebabkan bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah, malah di sesetengah negara seperti di Amerika Tengah, ia turut mengancam kedaulatan negara. Sejarah Perdagangan Candu semasa era penjajahan di beberapa Wilayah China menjadi petunjuk tentang kesan akhir industri ini yang boleh berulang semula. Oleh sebab itu, sebelum Industri Dosa ini berakar umbi sehingga menjadi lebih parah, langkah-langkah untuk mencegahnya perlu diambil, bukan menggalakkannya yang akhirnya akan membina jaringan sehingga ke peringkat global. 
Industri Dosa Di Malaysia 
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Industri Dosa di Malaysia, ia sebenarnya telah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan. Terdapat kegiatan-kegiatan industri ini yang berlesen dan terdapat pula yang tidak berlesen. Disebabkan majoriti (sekitar 62%) rakyat negara ini adalah Muslim, sudah tentu mereka menjadi antara sasaran utama pemasaran. Malah tidak keterlaluan dikatakan, memang masyarakat Muslim lah antara yang ramai terlibat menjadi pelanggan industri ini. Beberapa kawasan di bandar-bandar utama telah menjadi terkenal dengan industri ini, sama ada berlesen atau tidak berlesen. Kawasan-kawasan gelap ini turut terkenal sebagai sarang penjenayah. 
Tidak dapat dinafikan Industri Dosa di negara ini terutama yang tidak berlesen seperti kegiatan seks dan perjudian, telah membiakkan kegiatan gangsterisme yang sudah mula menular ke sekolah-sekolah untuk menjadi rekrut-rekrut pelapis. Kegiatan gangsterisme ini pula membiakkan perdagangan gelap senjata api di Malaysia. Kumpulan-kumpulan seperti ini diperlukan untuk melindungi kegiatan Industri Dosa termasuk yang melibatkan Pemerdagangan Manusia dan Perdagangan Dadah. Sebagaimana biasa, kewujudan kumpulan ini turut dikaitkan dengan penyeludupan, rasuah, duit perlindungan, dana politik haram dan lain-lain. Jika tidak dicegah ia boleh meruntuhkan negara. 
Negara kita akan lebih cepat kemusnahannya jika Industri Dosa ini berjaya mempengaruhi golongan politik, sehinga mereka boleh mewujudkan dasar-dasar tertentu yang melindungi kegiatan industri ini, selain daripada sogokan kepada golongan politik tertentu. Dalam dunia akademik, sudah ada ilmuwan yang memperkenalkan istilah Politik Dosa (The Politics of Sin) untuk menunjukkan barah yang lebih kronik apabila pemain-pemain industri ini berjaya mendominasikan golongan politik. Situasi ini sudah berlaku di beberapa negara sehingga diwujudkan undang-undang untuk memberi lesen kepada kegiatan ini termasuklah penggunaan dadah. 
Sekiranya perkembangan Industri Dosa ini tidak dicegah dan pemain-pemain utama industri ini dibiarkan untuk mempengaruhi golongan politik, tidak mustahil Malaysia turut terjebak dengan kemusnahan disebabkan industri ini. Malaysia sudah mula menjadi perhatian dunia apabila masalah Pemerdagangan Manusia telah dibangkitkan oleh pihak-pihak berkuasa negara lain. Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia masih belum 'menemui cahaya di hujung terowong'. Sekarang ini, kes-kes pembunuhan senjata api sudah semakin menjadi-jadi. Kesemua ini dibiakkan oleh kegiatan-kegiatan tidak bermoral di dalam Industri Dosa yang tidak disedari oleh banyak pihak.
Peranan Akta 355 Untuk Membasmi Industri Dosa 
Perkembangan Industri Dosa di Malaysia sememangnya sukar dikawal disebabkan pelbagai faktor, antara yang utama ialah demografi penduduk Malaysia yang majmuk. Kemajmukan ini menyebabkan ada kegiatan-kegiatan tertentu dilesenkan seperti perjudian dan ada kegiatan-kegiatan tertentu 'dibiarkan bebas' meskipun tidak berlesen atau lesen disalahguna seperti pelacuran. Kegiatan-kegiatan ini telah mengayakan pemain-pemain industri, contohnya syarikat perjudian berlesen mengaut keuntungan bebilion Ringgit setiap tahun, sementara kaki-kaki judi terus merempat dan keluarga mereka tidak bercukupan dari segi makanan dan tempat tinggal. 
Sekiranya tindakan tegas diambil untuk membekukan lesen-lesen Industri Dosa ini, akan timbul bantahan dari pimpinan-pimpinan bukan Islam termasuk ada yang berlatarbelakangkan agama. Jika industri ini dibiarkan pula, ia akan merosakkan ekonomi dan sosial masyarakat termasuk yang turut terkesan ialah kelompok masyarakat Islam sebagai golongan majoriti, sedangkan kegiatan-kegiatan ini haram bagi mereka. Masyarakat Islam digesa menghormati hak masyarakat bukan Islam meskipun kesan buruknya lebih banyak terkena kepada mereka. Oleh sebab itu, apakah penyelesaian kepada dilema ini? Apakah mahu dibiarkan sahaja kerosakan ini berpanjangan? 
Salah satu penyelesaian yang sesuai ialah menggunakan kuasa pengguna yang ada pada umat Islam, iaitu umat Islam memboikot atau berhenti dari menggunakan produk-produk Industri Dosa ini. Bagaimanapun, ini tidak semudah yang disangka kerana ia berkaitan dengan nafsu syahwat yang amat sukar dibendung. Industri Dosa ini boleh dibendung antaranya dengan menguatkuasakan penyelesaian Syariah, kerana hampir keseluruhan kegiatan-kegiatan industri ini berkaitan rapat dengan kesalahan Jenayah Syariah. Hukuman Jenayah Syariah yang bersifat mendidik dan mengekang, merupakan satu khabar buruk kepada pemain-pemain Industri Dosa dan 'Tuan-tuan Politik' yang melindungi mereka. 
Pemerkasaan Undang-undang dan Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355 ini sememangnya membimbangkan pemain-pemain utama Industri Dosa. Mereka akan kehilangan kelompok pelanggan-pelanggan terbesar iaitu dari kalangan Masyarakat Islam. Sekiranya golongan kaki botol, tahi judi, pelaku maksiat, penzina dan seumpamanya dapat dipupuskan dalam kalangan umat Islam, Industri Dosa ini boleh dibasmi di Malaysia. Kesannya, keluarga umat Islam lebih kukuh, masyarakatnya lebih sihat dan ekonomi ummah lebih berkat. Oleh sebab itu, pindaan Akta 355 ini sememangnya satu keperluan mendesak jika dilihat dalam konteks Industri Dosa yang sedang berkembang biak. 
Kesimpulan 
Berdasarkan teropong khusus kepada isu Industri Dosa ini, penulis sebenarnya hairan mengapa parti politik Muslim, NGO Islam dan tokoh ilmuwan memandang sinis dan remeh terhadap usaha besar-besaran umat Islam untuk membasmi Industri Dosa ini? Parti politik Muslim itu perlu sedar, Islam ini adalah rahmat kepada sekelian alam, tetapi bukan rahmat kepada Industri Dosa. NGO Islam juga perlu sedar kita tidak boleh membina Malaysia yang rahmah dengan Industri Dosa. Manakala ilmuwan Islam yang bercakap tentang maqasid dinasihatkan jangan terjebak untuk memperjuangkan maqasid pemain-pemain utama Industri Dosa ini. Ayuh kita bersatu memperkasa dan memartabatkan Syariah. 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Sumber HD- 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




















Berhentilah jaja nama, fitnah Almarhum TGNA




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44412-berhentilah-jaja-nama-fitnah-almarhum-tgna

Berhentilah Menjaja Nama dan Memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Hanya kerana hendak mencari dalih dan alasan menolak pindaan Akta 355, PAN sanggup memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kononnya, Almarhum telah menolak pindaan Akta 355 ini pada tahun 1984.
Fitnah ini mula disebar menjelang persidangan Parlimen pada Oktober tahun lepas lagi. Ia dikarang oleh si Peguam Zul 7 Undi yang berada dalam DAP sekarang.

Kemudian, ia diulang sebar oleh sekalian juak PAN demi mempertahan pendirian mereka menentang RUU 355.

2. Saya sudah pun menyemak handsard dan membacanya dengan teliti. Mereka telah memutar belit (spin) sebahagian ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bertarikh 11 Oktober 1984.
Almarhum Tuan Guru bukannya menolak pindaan Akta 355 tersebut, sebenarnya Almarhum tidak bersetuju dengan sebahagian ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Yusof Nor ketika membentangkan pindaan tersebut.

Timbalan Menteri itu berkata "Di Malaysia pada masa sekarang kes-kes kesalahan jenayah di kalangan anggota masyarakat Malaysia amnya dan orang-orang Islam khasnya semakin bertambah walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku."

3. Ucapan inilah yang tidak disetujui oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana Almarhum berpandangan kaedah menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah sebahagian tuntutan agama Islam.

Ini petikan daripada handsard;

"Tuan Yang di-Pertua,
saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku.

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama.

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi."

4. Apabila dibaca keseluruhan teks ucapan Almarhum Tuan Guru, tidak terjumpa pula ayat yang mengatakan Almarhum menentang pindaan Akta 355.

Bahkan, seawal tahun 1984 lagi, Almarhum dengan berani menerangkan berkenaan Hudud, Qisos, dan Takzir dalam dewan Parlimen.

Ini cerita 33 tahun dulu, jelas ia bukti perjuangan PAS tetap konsisten sejak dulu sehingga sekarang dalam usaha mengangkat syariat Allah. Yang hanya berbeza ialah pendekatan dan langkah yang diambil secara berperingkat.

PAS terus berusaha dalam keadaan pihak lain hanya tahu memperlekeh, mengecam dan memperli perjuangan ini.

5. Di penghujung ucapan Almarhum Tuan Guru ada menyebut,

"Tuan Yang di-Pertua,
akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja."

6. Jadi, pesanan dan seruan kepada penyebar fitnah ini,bertaubatlah dan berhentilah membuat kerja dosa ini, apatah lagi mengguna nama tokoh yang sudah tidak ada di muka bumi ini untuk menjawab tuduhan ini.

Apabila PAS sebut berkenaan Hudud, mereka kata belum sesuai, tidak kondusif, kejam, konservatif, diktator agama, pak lebai, walaun, Taliban dan bermacam lagi.
Ketika mana PAS sebut berkenaan pindaan Akta 355 bagi memperkasa Mahkamah Syariah, mereka sebut ini bukan Hudud, ini ciptaan Presiden PAS maka ia boleh ditentang, tidak kafir, dan tidak munafik jika menentangnya..

8. Lain kali, berterus terang sahaja pendirian kamu.
Usahlah mencipta 1001 dalih dan alasan bagi menentang perjuangan memartabatkan agama Islam.

Kalau ada yang berkata, PAS mempolitikkan hal ini.
Jawab saya mudah sahaja, dah sememangnya PAS sebuah parti politik dan dasar PAS ialah Islam maka sewajibnya PAS memperjuangkannya melalui jalan siasah.

Takkan mahu PAS memperjuangkan ideologi sekularisme, nasionalisme, liberalisme pula..?

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
24 Februari 2017

Sumber HD- 24-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















PAN yang akan berpecah, bukan PAS

DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44381-pan-yang-akan-berpecah-bukan-pas

Saya dimaklumkan tentang kenyataan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, di dalam Malaysiakini bahawa 'PAS akan berpecah beberapa bulan lagi'. Saya menegaskan PAS hari ini berada dalam situasi yang paling solid. Malah boleh saya sebutkan sepanjang saya terlibat dengan PAS sebagai pimpinan Pemuda PAS hampir 20 tahun lalu sehingga hari ini sebagai AJK PAS Pusat, situasi hari ini adalah yang paling utuh berbanding dengan era lalu. Ia disebabkan kesemua pimpinan dan ahli PAS benar-benar memahami dasar dan matlamat parti, iaitu mendaulatkan keadilan Islam bagi menggantikan sistem yang zalim.

Selain daripada itu, PAS menjadi utuh disebabkan golongan yang bermasalah sudah keluar dari PAS menyertai PAN dan PKR. Golongan yang bermasalah ini sebenarnya tidak memahami dan menghayati dasar dan matlamat Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebaliknya mereka hanya bermatlamat untuk menjatuhkan Umno. Bagi mereka sesiapa sahaja boleh mendominasikan pemerintahan negara terutama DAP untuk menggantikan Umno, sedang menurut Islam kezaliman yang paling besar ialah syirik dan kafir.

Saya melihat kenyataan Salahuddin ini cuba untuk mengalihkan perhatian umum terhadap perpecahan yang semakin ketara di dalam PAN. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN, iaitu kumpulan Haji Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada IKRAM (sebuah NGO Islam). Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN akan membuat pemilihan pimpinan-pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui Muktamar atau Mesyuarat Agung.

Berbeza dengan PAS, ia akan melangsungkan Muktamar yang melibatkan pemilihan pimpinan baru pada bulan April ini. Mesyuarat Agung di peringkat cawangan dan kawasan sedang berlangsung. Dilaporkan kesemua Mesyuarat Agung yang telah dilangsungkan, berada dalam keadaan yang sangat harmoni dan dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang cukup tinggi. Keharmonian dan suasana persaudaraan inilah yang menyebabkan PAS berjaya menghantar ratusan ribu ahli menyertai Himpunan 355 (H355) yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam Sabtu lepas.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Sumber HD - 23-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Siapakah yang dikafirkan oleh PAS?

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44308-siapakah-yang-dikafirkan-oleh-pas

HAIRAN lagi pelik apabila Dr MAZA berterusan mendendangkan kisah lama "Amanat Haji Hadi" sebagai dalihnya dalam menyatakan pendirian mengenai pindaan Akta 355.

Dalam artikel terbarunya di FB kelmarin, Dr MAZA menyebut mengenai PAS mengkafirkan pihak yang berbeza dengannya. Benarkah tuduhan itu?

Budaya Takfiri itu sememangnya salah tetapi, budaya menuduh orang lain mengkafirkan dirinya juga adalah salah.

Sungguh berat tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh seorang Mufti terhadap PAS.

Melemparkan tuduhan sememangnya mudah, datangkanlah bukti atas tuduhan itu barulah orang awam boleh menilai kesahihannya.

Sepanjang keterlibatan saya dengan PAS semenjak di alam universiti sehinggalah sekarang, tidak ada langsung kami dididik dan ditarbiah untuk "mengkafirkan" mereka yang tidak bersetuju dengan PAS.

Dalam siri Usrah, Liqa Fikri, Tamrin, Mesyuarat sehinggalah ke Muktamar Tahunan PAS, tidak ada pula saya dengar ucapan pimpinan "mengkafirkan" orang lain yang berbeza dengan PAS.

Dalam artikel Dr MAZA yang bertajuk "RUU 355: Pro dan Kontra", dia menyebut bahawa usul pindaan Akta 355 itu telah dimainkan secara politik oleh PAS.

"Parti politik berkenaan juga selama ini memperkatakan isu hudud sejak sekian lama terutama menjelang pilihanraya. Hasil dari isu hudud yang pernah dimainkan sejak dahulu pelbagai peristiwa permusuhan antara umat Islam telah berlaku.

Berlakunya kafir-mengkafir sejak sekian lama, dua imam, bercerai suami-isteri, enggan makan sembelihan sesama muslim, memutuskan silaturrahim antara keluarga dan tumpah darah sesama umat."

Isu ini amat berkait rapat dengan "Amanat Haji Hadi" pada tahun 1981. Ianya adalah modal yang digunakan Umno sejak sekian lama bagi menyatakan mereka menjadi mangsa yang telah dikafirkan oleh PAS.

Modal ini sudah tidak lagi digunapakai oleh Umno namun, setelah 36 tahun, Dr MAZA pula yang menggunakan modal lapuk ini bagi menyerang PAS.

Tuan Guru Presiden PAS ada menulis sebuah buku setebal 74 muka surat yang bertajuk "Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta" bagi memperjelaskan isu takfiri ini. Ia sudah diterbitkan 2 kali iaitu pada tahun 2002 dan edisi kemaskini pada tahun 2013.

Antara yang disebut di dalam buku itu ialah;
a) PAS adalah parti Islam yang berjuang untuk menyelamatkan aqidah umat Islam, maka berkewajipanlah ia menyatakan batas-batas Iman dan kufur secara ilmu, dengan adab-adab berdakwah yang diwajibkan kepada ahlinya di seluruh negara.

b) PAS tetap beristiqamah dalam perkara ini tanpa menuduh sesiapa secara khusus, samada individu atau golongan tertentu. Sepatutnya semua pihak termasuk Umno berterima kasih dalam perkara ini kerana PAS telah mencetuskan kesedaran aqidah terhadap semua pihak termasuk Umno yang jahil dalam perkara ini.

c) Tindakan keterlaluan oleh segelintir pelampau PAS dalam perkara yang menyebabkan mereka disingkirkan daripada PAS atau mereka melarikan daripada PAS. Yang anehnya ada dikalangan mereka yang keras dalam menghukum orang lain kafir kini menyertai Umno, menjilat semula ludah mereka sendiri dengan tidak bersopan, dan menjadikan mereka sebagai barang buangan yang dikitar semula untuk menjadi alat. Adakah mereka sebelum ini sengaja diletakkan di dalam PAS untuk tujuan provokasi. Alhamdulillah, PAS telah dibersihkan daripada anasir tidak sihat ini.

Tanpa menafikan, dulu sememangnya wujud segelintir di dalam PAS yang bertindak ekstrem dan melampau terhadap Umno. Namun, seperti yang telah diperjelaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS, kelompok pelampau ini sudah pun tersingkir daripada PAS. Bahkan, mereka inilah yang dulunya begitu keras dengan Umno, telah keluar daripada PAS dan masuk ke dalam Umno.

Jelas,tindakan pelampau ini bukanlah pendirian PAS.

Kebiasaannya dalam mana-mana organisasi pun, akan ada segelintir yang bertindak melampau itu atas kapasiti peribadinya dan tidaklah mewakili pendirian sebenar organisasi tersebut.

Harapnya Dr MAZA berhentilah memutar dan mengitar semula modal lama ini bagi menyerang PAS melainkan dia boleh mendatangkan bukti masih berlaku dalam PAS sekarang sepertimana yang didakwanya iaitu budaya mengkafirkan orang lain, solat dua imam, bercerai suami-isteri, enggan makan sembelihan sesama muslim, memutuskan silaturrahim antara keluarga dan tumpah darah sesama umat.

Semoga Dr MAZA tidak mengikut rentak pemimpin PAN yang sering menjaja dalam road show ceramah di sana-sini, kononnya mereka yang menubuhkan PAN ini telah dikafirkan oleh PAS.

Kasihan sungguh, sanggup berpura-pura menjadi mangsa atas pertuduhan yang direkayasa oleh mereka sendiri.

SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS – HARAKAHDAILY 17/2/2017

Sumber HD - 17-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemikiran Presiden PAS Mendahului ‘Deklarasi Moscow

Dalam ilmu politik antarabangsa, kaedah rundingan, diplomasi, perjanjian adalah antara instrumen penting dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku. Bukan mudah untuk menyatukan pihak yang bertelagah apatah lagi membawa mereka duduk semeja berbincang dan menghasilkan resolusi persepakatan bersama.

Konflik di Syria sudah berlarutan sehingga enam tahun lamanya telah mengorbankan ratusan ribu nyawa, jutaan manusia menjadi pelarian, kemusnahan tempat tinggal dan segala infrastruktur awam. Siapa kesemua mangsa ini.?

Mereka adalah ummat Islam yang menjadi mangsa pertempuran yang dikatakan perang sektarian Sunni vs Syiah, atau juga perang proksi antara Blok Amerika vs Rusia.

Kaedah revolusi iaitu mengangkat senjata bagi menentang pemerintah yang zalim adalah kaedah yang begitu berisiko kerana ia akan melibatkan orang awam menjadi mangsa korban. Si rejim yang zalim akan menggunakan segala jentera kerajaan bagi mempertahankan kuasanya manakala si penentang pula berusaha memerangi kerajaan dengan sehabis daya agar matlamat menumbangkan rejim berjaya.


Tatkala di alam maya kita ribut berkenaan berita Tuan Guru Presiden PAS hadir ke persidangan di Iran, pada 20 Disember telah terhasilnya Deklarasi Moscow.

Eh, bagaimana pula Turki yang sejak sekian lama terlibat dalam membantu usaha menjatuhkan Presiden Basyar Assad boleh berubah pendirian bloknya.?

Inilah yang dinamakan ilmu geopolitik antarabangsa yang bukanlah mudah difahami seperti status Facebook dan sebaran mesej Whatsapp.

Dalam rundingan di Moscow itu, ia melibatkan 3 buah negara iaitu Turki, Iran dan Rusia. Ini bagaikan tamparan yang hebat kepada Amerika Syarikat yang tidak pun dijemput menyertai perbincangan tersebut. Umum mengetahui, Rusia (Soviet Union) adalah musuh ketat Amerika Syarikat semenjak berakhirnya Perang Dunia Kedua yang diikuti dengan Perang Dingin (Cold War) antara Blok Timur dengan Blok Barat.

Kedua-dua blok ini sentiasa saling bersaing bagi memperluaskan hegemony (dominasi) dan supremacy (penguasaan) masing-masing dalam apa jua konflik yang berlaku.

Selain Amerika dan Rusia, 3 lagi negara yang mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB ialah United Kingdom, China dan Perancis. Negara kuasa veto ini mempunyai kuasa besar bagi menyokong, menolak mahupun berkecuali dalam sebarang resolusi yang dihasilkan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Sebagai contoh terbaru, Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Presiden Obama membuat kejutan di penghujung pemerintahannya dengan mengambil pendirian “Berkecuali” sehingga membolehkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengecam pembinaan penempatan haram Israel berjaya diluluskan dengan sokongan 4 lagi negara kuasa veto, dan 10 negara ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Malaysia yang bersama dengan New Zealand, Senegal dan Venezuela adalah negara yang mengusulkan draf resolusi tersebut.

Sebelum pada itu, pada 19 Disember 2016 Majlis Keselamatan PBB juga telah sebulat suara meluluskan resolusi Aleppo iaitu khusus bagi misi kemanusiaan dan menghantar pasukan pemantau PBB ke Aleppo.Situasi menjadi kian meruncing apabila rejim Basyar Assad berjaya menawan kembali Aleppo, bandar terbesar di Syria daripada penguasaan kumpulan penentang.

Turki merupakan negara jiran kepada Syria. Negara tersebut telah memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa pelarian yang datang melalui sempadannya. Semestinya, apa jua langkah yang diambil Turki turut memberikan impak dalam penyelesaian konflik ini. Sejak akhir-akhir ini khususnya pasca cubaan rampasan kuasa di Turki, Presiden Erdogan mula menukar rentak dengan cuba berbaik dengan Blok Rusia dan agak menjauhi Amerika Syarikat.


Dalam Deklarasi Moscow yang ditandatangani oleh Menteri Luar Turki, Iran dan Rusia, mereka bersepakat dalam 8 perkara utama. Antaranya;

a) menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum,agama, dan semazhab.

b) Ketenteraan (perang) bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria

c) kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan

d) kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak Kerajaan dan kumpulan Penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama.

e) mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya.

f) berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.

g) mengambil perhatian terhadap tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat yang berkaitan di Astana.

h) menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata.

Persepakatan di atas adalah antara Turki, Iran dan Rusia. Tidak ada lagi ke yang mahu bertanya dan mempertikai mengapa Turki, negara majoriti Sunni boleh duduk berunding semeja dengan Iran, negara majoriti Syiah.?

Inilah dinamakan dunia politik, tidak sefahaman bukannya bermakna tidak boleh berunding langsung, tidak boleh bersalam dan tidak boleh duduk semeja.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkepakaran dalam geopolitik antarabangsa, berpengalaman luas terlibat dalam pelbagai usaha rundingan damai di peringkat antarabangsa.

Cuma, kita yang tidak tahu rekod tersebut kerana beliau insan yang merendah diri dan tidak mengejar populariti.

Jikalau kita tidak berkepakaran seperti orang yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian, usahlah kita sekadar menjadi pakar pengkritik di FB sahaja.

Tunjukkan keberanian dengan masuk ke alam dunia politik sebenar kerana manakan sama orang yang berada di lapangan dengan orang yang berada di tepian.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
27 Disember 2016

Sumber TKO - 27-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Politik baru yang telah usang

MOHD ZUHDI MARSUKI | .

SETELAH berlalu empat kali Pilihan Raya Umum (PRU) sejak PRU ke-10 pada tahun 1999, ramai politikus dan ilmuwan mula berwacana tentang teori kemunculan politik baru di Malaysia. Wacana tentang politik baru ini bermula dengan debat-debat politik dan forum-forum ilmiah, kemudian disusuli dengan rencana-rencana akademik oleh para politikus dan ilmuwan.

Beberapa nama besar dalam arena politik dan subjek Sains Politik terlibat menonjolkan teori tentang kemunculan politik baru ini seperti Mohd Yusof Kasim, Francis Loh Kok Wah, Johan Saravanamuttu, Marzuki Mohamad, Saifuddin Abdullah, Azly Rahman dan lain-lain. Meskipun mempunyai sedikit kepelbagaian pandangan tentang teori itu, kesemua mereka kelihatan sepakat tentang kewujudan sebenar politik baru tersebut.

Kemunculan politik baru di Malaysia dikatakan bermula sejurus selepas berlakunya Gerakan Reformasi 1998 yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, menurut Mohd Yusof Kasim, faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemunculan politik baru ini ialah kesan daripada pengaruh modenisasi dan globalisasi terhadap masyarakat Malaysia yang berlaku lebih awal.

Dampak kedua-dua faktor ini menyebabkan berlakunya keputusan yang mengejutkan pada PRU ke-10 tahun 1999, bila mana nilai sejagat seperti keadilan, ketelusan dan kepentingan umum menjadi penentu, bukan lagi isu perkauman, kewilayahan dan pengkelasan masyarakat. Penekanan kepada nilai sejagat dan penolakan kepada perkauman yang sempit dikatakan menjadi identiti baru kepada politik Malaysia.

Pandangan ini turut dikongsi oleh Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu dalam buku yang disunting mereka “New Politics in Malaysia”. Mereka melihat kemunculan politik baru ini ditunjukkan oleh kewujudan budaya berpolitik baru sejak awal 1990-an, yang kemudiannya disusuli oleh perubahan institusi politik dan penyertaan masyarakat sivil.

Faktor utama yang mencorakkan kemunculan budaya politik baru ini ialah perubahan pembangunan yang pesat atau developmentalism sehingga menjadikan masyarakat Malaysia lebih celik sebagai pengundi dan pengguna. Mereka lebih mengutamakan kelestarian pembangunan dan kestabilan politik menjamin kelestarian tersebut. Perubahan ini juga menjadi titik akhir kepada politik lama yang diwarnai oleh faktor kaum dan perbekalan prasarana asas.

Teori tentang kemunculan politik baru ini mulai goyah apabila Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam PRU ke-11 tahun 2004. Sebelum daripada itu telah berlaku beberapa situasi anti-tesis kepada teori kemunculan politik baru ini iaitu penarikan diri DAP dari Barisan Alternatif (BA), kemunculan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan PAS dan pemberontakan kumpulan al-Maunah.

Senario politik Malaysia juga turut terkesan dengan peristiwa pengeboman World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001 yang kemudiannya membawa kepada Perang Teluk Kedua. Melihat kepada situasi yang berlaku sebelum PRU ke-11 ini, Francis Loh dalam Aliran Monthly menyatakan kemunculan politik baru di Malaysia ini masih dihambat dan disaingi oleh budaya politik lama.

Bagaimanapun, keputusan PRU ke-12 tahun 2008 seperti menjadi satu keputusan bahawa politik baru telah menang mengatasi politik lama di Malaysia. Dalam mengulas perkara ini, Marzuki Mohamad dalam sebuah artikelnya bertajuk “Menyelami Makna Politik Baru”, telah cuba memperkukuhkan teori ini dengan membuat unjuran perkembangan politik baru tersebut sejak awal 1990-an.

Beliau berusaha untuk membuktikan fenomena pengundian merentasi kaum telah wujud di Malaysia khususnya selepas keputusan PRU ke-12. Kewujudan dua gabungan politik utama yang merentasi kaum juga menjadi satu petunjuk tentang kemunculan politik baru tersebut. Namun begitu, beliau tidak meyakini faktor kaum dan lain-lain elemen politik lama akan lenyap begitu sahaja dalam politik Malaysia.

Wacana tentang teori kemunculan politik baru ini disegarkan lagi oleh Saifuddin Abdullah dalam bukunya “Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia”. Ketika beliau menulis buku ini, beliau adalah seorang ahli parlimen BN dan berada dalam Kerajaan Malaysia. Teori politik baru yang dikemukakan oleh beliau lebih ke hadapan dengan memberikan apakah idealism dan identiti politik yang perlu dicapai sebagai melengkapkan perubahan daripada politik lama kepada politik baru.

Beliau menekankan pencapaian kematangan demokrasi melalui politik berasaskan ilmu, urus tadbir berintegriti, keterlibatan semua pihak dalam membuat keputusan dan lain-lain. Idealisme dan identiti yang cuba diketengahkan sememangnya unggul, tetapi situasi sebenar yang berlaku dalam politik Malaysia sebenarnya masih jauh.

Realiti sebenar yang berlaku dalam politik Malaysia cuba digambarkan oleh Azly Rahman dalam bukunya “Controlled Chaos: Essays on Malaysia’s New Politics Beyond Mahathirism and the Multimedia Super Corridor”. Beliau telah membangkitkan beberapa isu yang menghambat kemunculan politik baru di Malaysia seperti isu Hudud, penginstitusian Islam, dasar-dasar moral dan lain-lain.

Isu-isu yang dibangkitkan ini selain daripada melibatkan parti-parti politik, turut melibatkan golongan masyarakat sivil yang semakin memainkan peranan besar dalam politik Malaysia sebagaimana disebut oleh Meredith L. Weiss dalam artikelnya “Edging Toward New Politics in Malaysia”. Persoalan yang pasti timbul di sini, adakah politik baru yang cuba diketengahkan ialah politik yang mencabut susur-galur sejarah dan akar-umbi budaya yang membentuk negara Malaysia?

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan agama telah menjadi contoh sebuah negara yang harmoni dan damai. Kestabilan politik yang wujud di negara ini telah menjadikan ekonomi kita terus makmur dan membangun. Masyarakat yang majmuk pula terus hidup aman dan berjatidiri.

Dengan tidak menafikan berlaku kebejatan dalam berpolitik, kepincangan dalam pengurusan ekonomi dan juga kemerosotan dalam kehidupan bermoral, kestabilan tetap menjadi keutamaan yang tidak boleh ditukar ganti. Politik baru yang didambakan oleh masyarakat Malaysia bukanlah politik yang akan mencetuskan ketidakstabilan, seterusnya menghuru-harakan kehidupan masyarakat dan menjerumuskan negara dalam kancah persengketaan.

Sekiranya politik baru yang muncul itu dengan mengorbankan kestabilan, maka politik itu sebenarnya kembali kepada zaman 1940-an, 1950-an dan 1960-an. Ia tidak selayaknya dinamakan politik baru tetapi lebih sesuai dinamakan politik usang. Politik baru yang didambakan ialah wajah segar politik Malaysia yang menjamin kestabilan seterusnya mewujudkan keharmonian, ketelusan dan keadilan. Politik seperti ini perlu dicari, bukannya ia muncul secara tidak disedari.

Politik ini mestilah berjatidiri Malaysia, bukannya diimport dari dunia Barat yang asing. Dengan penegasan yang lebih jelas, politik baru di Malaysia adalah pengukuhan dan penyegaran kepada susur-galur sejarah dan akar-umbi budaya yang telah membentuk Malaysia dan masyarakatnya. – HARAKAHDAILY 15/12/2016

Sumber HD -15-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Islamic Framework for Annual Budget

Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Director of PAS Research Centre | .

While most of Malaysians’ eyes are recently focusing on the 2017 Budget tabled by Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak on October 21, 2016, it is the right time to attract their attention to consider an alternative to the conventional fiscal policy. The alternative fiscal policy in this sense is surely formulated from Islamic perspective. Actually, the practice of Islamic Fiscal Policy began as early as the Prophet (pbuh) period by the implementation of Zakat System. According to the Muslim historians, the implementation of Zakat System has commenced two years after the migration of the Prophet to Madinah. In the other words, revisiting Zakat System is an important step to explore further the Islamic framework of fiscal policy.

Indeed, Zakat System is not only one of the five pillars in Islamic teachings, but also it is the main framework for every Islamic economic policy and activity. Accordingly, one of the main objectives of Islamic Economics is to maintain a just pattern of income and wealth distribution in society, hence it surely needs a reliable instrument. Allah the Almighty said in surah al-Harsh, verse 7:

What Allah gave as booty (Fai') to His Messenger (Muhammad SAW) from the people of the townships, it is for Allah, His Messenger (Muhammad SAW), the kindred (of Messenger Muhammad SAW), the orphans, the poor, and the wayfarer, in order that it may not become a fortune used by the rich among you. And whatsoever the Messenger (Muhammad SAW) gives you, take it, and whatsoever he forbids you, abstain (from it), and fear Allah. Verily, Allah is Severe in punishment.

This verse clearly indicates the above objective, that is, to ensure the wealth may not circulate only between the rich among us. In order to achieve this objective, Allah the Almighty obligates Zakat to those people whose properties exceed certain threshold (nisab), and the properties will be distributed fairly to needy groups.

Basically, in the conventional fiscal policy, it works through the government budget and usually through expenditures, taxes and subsidies at the national or federal level. Sometimes public debt is also taken into consideration. Whereas, in Islamic Fiscal Policy, Zakat System is highlighted to be the main framework for public revenues and public expenditures. According to Zakat System, the public revenues are collected from the groups that are instructed by the Quran and the Prophet Tradition (Hadith), so as the public expenditures are distributed to the groups that are specified by the two main sources. Therefore, Zakat collection and Zakat distribution become the main pillar of Islamic Fiscal Policy, and the other types of revenues and expenditures are inspired by this system. 

Besides Zakat System, the government can generate revenues from other sources including taxes, voluntary donations and so on, which should be complied with Shari`ah. Regarding the distribution of the non-Zakat revenues, the government have to distribute them in accordance with Shari’ah, especially when the revenues and the distribution will inevitably involve the right of non-Muslim citizens. Prior to the collection of Zakat and non-Zakat revenues, the Government in the first place needs to manage the income from public properties as well as natural resources, to be allocated in the budget for the purpose of benefitting people. The management of public properties and natural resources should always comply with the right of people especially the needy groups to be benefited by the nation wealth.  

In Islamic Economics, the main role of a government is to take care of their people, not to run businesses that will cause unfair competition with business players. Consequently, the general objective of Islamic Fiscal Policy is to achieve public interest and social justice. In more detail, the objective of Islamic Fiscal Policy suggested by Fazlur Rahman Faridi, is to achieve:

•Justice and equity
•Provision of socioeconomic needs of the community or socioeconomic welfare
•Enhancement of the community’s economic resources or economic growth
•Improvement in the cultural milieu of the society

By looking at the Islamic perspective of fiscal pillars and also its objectives, it is now easily to understand the Islamic framework for annual budget. Indeed, the actual role of government in this sense, is to manage the public properties and funds wisely, not to compete with the people in business and trading.

Sumber HD-- 28-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























PAS terbitkan Dokumen Hijau Siri Pertama

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42633-pas-terbitkan-dokumen-hijau-siri-pertama

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menerbitkan Dokumen Hijau Siri Pertama dalam tempoh masa yang terdekat. Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema "Gagasan PAS dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara".

Di dalam siri pertama ini, beberapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

Berdasarkan kepada Bajet 2016 yang sedang dilaksanakan sehingga akhir tahun ini, tiga masalah utama yang membebankan rakyat telah dikenalpasti, iaitu GST, Penurunan Nilai Ringgit dan Kenaikan Kos Sara Hidup.

Dengan memfokuskan kepada ketiga masalah tersebut, Dokumen Hijau Siri Pertama ini antara lain telah mengemukakan dua jenis cukai yang tidak membebankan rakyat sebagai alternatif kepada GST dan Skim Mampu Memiliki Rumah.

Sebahagian daripada langkah-langkah ini telah diutarakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS semasa membahaskan Bajet 2016 pada hujung tahun lalu. Manakala Skim Mampu Memiliki Rumah yang berbeza dari Skim Rumah Mampu Milik, telahpun dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk dipertimbangkan perlaksanaannya baru-baru ini.

Dokumen Hijau mencadangkan skim ini disebabkan kos perumahan adalah perkara utama yang mengurangkan pendapatan boleh berbelanja rakyat.

PAS akan terus menerbitkan siri-siri Dokumen Hijau ini dari semasa ke semasa supaya permasalahan yang sedang membebankan rakyat dapat di atasi. Dokumen Hijau ini juga akan dicadangkan kepada pihak kerajaan untuk mereka mengambil langkah-langkah yang perlu demi kebaikan negara dan rakyat.

Penerbitan Dokumen Hijau ini juga merupakan salah satu pendekatan PAS dalam mengajak rakyat melakukan anjakan ke arah berpolitik secara matang dan sejahtera.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
25 Zulhijjah 1437 / 27 September 2016 - HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Blok politik ketiga ke arah kesejahteraan negara

HARAKAHDAILY | .


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat kewujudan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS bersama parti-parti politik lain, NGO-NGO dan tokoh-tokoh perseorangan, akan lebih menyuburkan demokrasi dan memperkukuhkan sistem semak imbang dalam pentadbiran negara.

Dengan wujudnya blok politik ketiga tersebut, ia akan lebih membawa ketelusan seterusnya kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

Sistem dua parti atau dalam konteks Malaysia, sistem dua blok politik, terbukti tidak menyokong sebuah pentadbiran yang telus dan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat.

Blok politik BN yang menerajui Kerajaan Persekutuan telah menggunakan majoriti kerusi yang mereka perolehi di parlimen untuk meluluskan apa sahaja perundangan dan peruntukan yang mereka mahu walaupun ditentang oleh rakyat.

Demikian juga blok politik yang diketuai DAP yang mengetuai kerajaan Pulau Pinang, mereka juga menggunakan majoriti kerusi di Dun untuk meluluskan apa sahaja perundangan dan peraturan yang mereka mahu walaupun dibantah segelintir Adun mereka sendiri dan NGO-NGO yang melihat ia tidak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat.

Dengan perkataan lain, sistem dua blok politik akan menyebabkan mana-mana parti yang ada lebih 50% kerusi boleh bertindak sesuka hati meluluskan perundangan dan peraturan yang merugikan.

Sebaliknya, dengan adanya blok politik ketiga, kemungkinan sesebuah blok politik memperolehi lebih 50% kerusi di parlimen atau Dun selepas PRU menjadi lebih tipis.

Apabila sesebuah blok politik tidak memperolehi lebih 50% kerusi, mereka memerlukan sokongan blok politik lain untuk membentuk kerajaan.

Sesebuah kerajaan yang terdiri dari dua blok politik, menyebabkan ia tidak boleh meluluskan sesuatu perundangan dan peraturan sesuka hati.

Situasi pelbagai parti atau blok politik seperti ini semakin popular di negara-negara membangun dan terbukti mampu menjadikan sesebuah kerajaan lebih telus dan bersih.

Sebagai contohnya di Indonesia, dengan wujudnya pelbagai parti dan blok politik yang membentuk kerajaan, maka pentadbirannya lebih mengutamakan rakyat.

Prestasi negara Indonesia dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa semakin baik meskipun masih berada di belakang Malaysia.

PPP yakin kewujudan blok politik ketiga menggembirakan rakyat kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk mencorakkan kerajaan yang lebih memihak kepada mereka.

Sebaliknya kewujudan blok politik ketiga tidak menggembirakan blok-blok politik yang sedia ada kerana peluang mereka untuk memperolehi lebih 50% kerusi di parlimen dan Dun, sekaligus peluang untuk membentuk kerajaan dengan blok sendiri semakin sukar dicapai.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
14 Mac 2016 / 5 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 14/3/2016

Sumber HD - 14-3-2016
































Dokumen Hijau: Ke arah politik matang dan sejahtera

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: PAS mengadakan Muzakarah Dokumen Hijau bagi membincangkan berkaitan asas syariat dalam komentar Bajet 2016 dan realiti, masalah dan penyelesaian bajet itu.

Muzakarah itu anjuran bersama Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Lajnah Ekonomi PAS Pusat.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan muzakarah dengan motto 'Ke arah politik matang dan sejahtera' itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diadakan di Dewan Sultan Lumu Muzium Alam Shah, hari ini.

Pembentang dan pengulas terdiri daripada Raja Datuk Idris Raja Kamarudin, Zaharudin Mohamad dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Insya Allah, dalam masa terdekat Dokumen Hijau sebagai solusi kepada isu-isu ekonomi negara dari pihak PAS akan dikemukakan kepada awam setelah muzakarah yang dianggotai oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, AJK PAS Pusat dan AJK Dewan-Dewan PAS di peringkat pusat mempersetujui Dokumen Hijau ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Sumber HD - 19-12-2015

































Sekutu pemuafakatan PAS adalah rakyat

DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .


Selepas Muktamar PAS pada bulan Jun yang lepas, Presiden PAS telah membawa PAS untuk menerokai peta jajaran yang baru, iaitu membuat pemuafakatan langsung dengan rakyat seterusnya membentuk blok sekutu baru.

Pembentukan blok sekutu baru ini digagaskan bersama-sama dengan ratusan kumpulan masyarakat madani (NGOs) dan tokoh-tokoh perseorangan bermula dengan penganjuran Kongres Rakyat Peringkat Nasional.

Melalui muafakat ini, PAS telah berhubung langsung dengan rakyat dan tidak lagi berperantarakan parti-parti politik.

Blok sekutu yang baru ini tidak pro Barisan Nasional (BN) dan tidak pro Pakatan Harapan (PH), sebaliknya pro rakyat.

Dengan pengertian lain, pendirian dan tindakan yang diambil dalam menangani sesuatu isu adalah untuk memenuhi hasrat dan kepentingan rakyat, bukan untuk millage politik sesebuah parti politik atau tokoh politik tertentu.

Oleh sebab itu, kebelakangan ini boleh diperhatikan ada pendirian dan tindakan PAS dilihat memihak kepada kerajaan dan terdapat pula yang bertentangan dengan kehendak kerajaan.

PAS sebelum ini menolak perancangan sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan melalui cara yang tidak lazim bagi sesebuah negara yang mengamalkan pilihan raya, disebabkan kaedah ini akan menjerumuskan negara kepada ketidakstabilan yang berpanjangan.

Kemudian PAS mengambil sikap berkecuali dalam pengundian meluluskan Bajet 2016, disebabkan ada manfaat dalam bajet tersebut yang boleh diperolehi rakyat. Manakala bagi mengatasi perkara yang membebankan rakyat dalam Bajet 2016, PAS telah mengemukakan cadangan balas yang realistik.

PAS berkongsi kebimbangan yang mendalam bersama-sama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan terhadap hasrat kerajaan menyertai TPPA.

Apabila kerajaan mulai bersedia untuk menandatangani perjanjian itu awal tahun hadapan, PAS bersama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan akan membuat bantahan secara besar-besaran.

PAS bersama-sama dengan rakyat meyakini, TPPA adalah satu bentuk 'penjahan baru' dan sekaligus perjanjian ini akan merugikan negara dan rakyat.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat perubahan pendekatan yang diterokai oleh Presiden PAS ini sebagai satu lambang kematangan politik dan satu anjakan baru ke arah mentaliti politik kelas pertama.

Yang terkini, kesediaan Presiden PAS untuk berada dalam forum yang sama bersama-sama dengan Perdana Menteri, bercakap tentang perpaduan ummah dalam Multaqa Serantau Alumni al-Azhar, merupakan satu lagi petunjuk politik matang yang meletakkan kepentingan ummah dan rakyat Malaysia khususnya sebagai keutamaan.

PPP melihat keterujaan Perdana Menteri terhadap perubahan pendirian dan tindakan PAS mutakhir ini, sebagai satu signal yang baik menunjukkan PAS adalah pengamal politik berhemah.

Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PPP meyakini PAS akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan.

PAS akan membantah sekiranya keputusan kerajaan merugikan negara dan rakyat, dan sebagai altefnatif PAS akan mengemukakan cadangan Islamik.

Demikian juga, PAS akan menyokong keputusan kerajaan sekiranya membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Seterusnya, PPP meyakini rakyat akan semakin mantap untuk terus bersama PAS dengan penerokaan baru ini.

Rakyat selepas ini akan lebih memahami, bahawa PAS bukanlah sekutu BN dan PAS bukan juga sekutu PH, sebaliknya sekutu yang  bermuafakat secara langsung dengan PAS adalah rakyat.

Kongres Rakyat yang telah digagaskan bersama sejak penganjurannya di peringkat nasional September lalu kini sedang bergerak ke seluruh pelosok negara.

Kongres Rakyat peringkat negeri Kedah baru berlalu, kini Kongres Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang akan menyusul. - HARAKAHDAILY 9/12/2015

Penulis ialah Pengarah PPP.

Sumber HD - 9-12-2015

UG Atau ISIS, Mana Satu Peluru PAN?

Mutakhir ini, pimpinan Parti Amanah Negara (PAN) mulai menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan ISIS atau terrorisme. Yang terkini, kenyataan Presiden PAN sendiri seperti yang dilaporkan dalam The Malaysianinsider, antara sebab PAN ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh ISIS. Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu UMNO atau BN atas nama Kerajaan Perpaduan (UG), yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa PAN ditubuhkan.

Melihat kepada tuduhan-tuduhan tersebut, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat dengan jelas berlakunya 'paradox' antara tuduhan ISIS dan tuduhan UG. Sesebuah kumpulan yang terpengaruh dengan ISIS, sifat mereka begitu melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran dengan mereka. Dalam berhadapan dengan pemerintah seperti ini, ISIS akan mengangkat senjata untuk memcapai matlamat mereka, dan tiada langsung jalan perdamaian.

Pada masa yang sama PAS dituduh pula mahukan kepada UG, iaitu membentuk kerajaan perpaduan bagi membetulkan sistem dan budaya politik tempang dalam negara ini. Ramai pemimpin dan penyokong PAN menuduh PAS mahu berkerjasama dengan UMNO dan BN, sehingga mereka keluar dan menubuhkan parti baru. Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

Berdasarkan 'paradox' kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan PAN lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS. Kepimpinan PAN dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka, dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro Syiah, pro Tanzim Alami dan pro Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

1 Disember 2015
19 Safar 1437

Sumber PP - 1-12-2015

Kerakusan DAP Untuk 'Menawan' Malaysia Makin Terselah

Mutakhir ini pimpinan DAP makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa individu Melayu yang menyertai DAP. Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama. Selain daripada itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco-exco PAS. Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH.

Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui PR, iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam. Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama DEB dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan.

Hari ini, DAP terus dilihat oleh masyarakat Melayu-Islam mengamalkan pendekatan tersebut dengan menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam, mengobarkan sentimen anti Melayu dan lain-lain. PPP melihat strategi ini adalah untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam. Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka. PPP yakin bukan sahaja pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini.

PPP menasihatkan DAP menerima realiti tentang akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia. Kesemua elemen itu telah menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik dalam negara ini. Kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina, justeru  PPP berkeyakinan rakyat akan menolak DAP dalam pilihanraya umum akan datang.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

2 November 2015
20 Muharram 1437

Sumber PP - 2-11-2015

Isu Tol: PAS Bersedia Menggalas Mandat

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyarankan kepada mana-mana parti politik dan pimpinan politik mempunyai rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam mengemukakan cadangan-cadangan ke arah mengatasi kemelut yang dihadapi oleh rakyat. Cadangan-cadangan yang dikemukakan hendaklah holistik, iaitu mengambil kira semua aspek golongan-golongan berkepentingan dan realistik, iaitu mengambil kira semua kedudukan berkaitan status negara pada hari ini. Sebagai sebuah parti yang bersedia menggalas mandat menerajui negara, PAS ingin menjadi sebuah parti yang bertanggungjawab kepada semua rakyat dan negara dengan memberikan penyelesaian yang holistik dan realistik sehingga memuaskan hati semua pihak.
Di samping itu, kewujudan sesebuah parti politik dalam negara ini bukan semata-mata untuk mendapatkan teraju pemerintahan negara, tetapi yang juga penting parti-parti politik harus terlibat dalam memberikan pendidikan politik kepada rakyat. Salah satu aspek pendidikan politik yang terpenting ialah memandu rakyat supaya mereka boleh membuat keputusan politik yang betul dan menarik rakyat untuk bersama-sama terlibat membuat dasar. Sesebuah parti politik dan seseorang pemimpin politik dalam mengemukakan sesuatu cadangan bagi menghadapi sesuatu masalah, perlu mengemukakan kesemua pilihan-pilihan kepada rakyat dan berunding bersama-sama mereka untuk membuat keputusan yang tepat. Adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab mengemukakan sesuatu cadangan yang separa masak, kemudian menggula-gulakan rakyat supaya mudah termakan dengan janji manis tersebut.

Dua hari yang lalu, PPP telah memberi maklumbalas kepada cadangan separa masak Pakatan Harapan (PH), yang berhasrat menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang 1, dengan membebankan pembayar-pembayar cukai jalan lain yang jarang atau tidak pernah menggunakan lebuhraya tersebut. Cadangan untuk menggunakan dana dari kutipan cukai jalan sekitar RM 2.3 billion setahun untuk menyelengggara Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang 1, adalah satu cadangan yang sambi lewa dan culas. Dana dari kutipan cukai jalan yang sekarang hanya digunakan untuk menyelenggara jalanraya-jalanraya tidak bertol yang anggaran panjangnya 100,000 km di seluruh negara, sudah pasti tidak mencukupi sekiranya selepas ini digunakan pula untuk menyelenggara Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Kos untuk menyelenggara Lebuhraya Utara Selatan yang panjangnya hampir 960 km adalah begitu tinggi ditambah lagi dengan kos menyelenggara Jambatan Pulau Pinang. Dianggarkan sebanyak RM 1 billion diperlukan untuk lebuhraya ini bagi menyelenggara, membiayai operasi dan lain-lain urusan berkaitan setiap. Sekiranya kos ini dipindahkan bebannya kepada pembayar-pembayar cukai jalan, sudah pasti kutipan cukai jalan berjumlah RM 2.3 billion setahun yang sebelum ini digunakan hanya untuk 100,000 km jalanraya-jalanraya tidak bertol, tidak lagi mencukupi menampung penyelengggaran tersebut. Cadangan ini bukan sahaja tidak adil kepada pembayar-pembayar cukai yang jarang atau langsung tidak menggunakan lebuhraya tersebut, bahkan berkemungkinan menyebabkan cukai jalan selepas ini terpaksa dinaikkan.

Selain daripada itu, perlu dipertimbangkan bahawa syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang ini, 49% kepentingannya dimiliki oleh KWSP yang mewakili 13 juta orang pencarum. Dalam membina dan menyelenggara lebuhraya di bawah kendaliannya, syarikat konsesi ini menanggung hutang sekitar RM 11 billion, dengan pengertian lain KWSP dan pencarum-pencarumnya juga terbeban dengan liabiliti tersebut. Sekiranya cadangan simplistik menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAP baru-baru ini diambil, daripada mana dana diperolehi untuk melepaskan liabiliti ini? Atau selepas ini KWSP dan pencarum-pencarumnya akan terpaksa menanggung hutang tanpa memperolehi pendapatan sepatutnya dari pelaburan mereka?

Cadangan yang dikemukakan oleh PH melalui Setiausaha Agung DAP ini turut menimbulkan tanda tanya, bagaimana pula tol-tol lebuhraya yang lain. Mengapa hanya Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang dihapuskan, sedangkan tol-tol di sekitar Lembah Kelang yang lebih membebankan penduduk kota yang menggunakannya sehari-hari tiada pula cadangan penghapusan. Lebuhraya Utara Selatan selalunya digunakan oleh mereka yang memandu dari satu bandar ke satu bandar yang lain dengan kekerapan bagi seseorang yang amat rendah. Manakala tol-tol yang berada di sekitar Lembah Kelang terpaksa dilalui oleh jutaan orang penduduk kota setiap hari untuk pergi ke tempat kerja. Mengapa tol-tol ini tidak disentuh? Malah lebih menarik untuk ditanya, kenapa kerajaan negeri dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP sendiri, merancang untuk membina tiga lagi lebuhraya seumpamanya di Pulau Pinang, kalau dia benar-benar berhasrat menghapus tol di Malaysia.

PPP melihat hasrat rakyat untuk menghapuskan tol tidak boleh dilakukan hanya dengan mengemukakan cadangan-cadangan simplistik untuk meraih populariti. Bagi menangani isu ini, rakyat perlu didedahkan dengan kesemua pilihan-pilihan yang ada, analisa kos manfaat, dampak negatif yang kemungkinan timbul dan lain-lain lagi aspek berkaitannya, kemudian proses rundingan berterusan bersama rakyat dan pihak berkepentingan perlu dilakukan sehinggalah hasrat menghapuskan tol tercapai. Proses seperti inilah yang sedang diterokai oleh PAS, IKATAN dan hampir 200 NGO dalam KONGRES RAKYAT dalam mengatasi sesuatu masalah rakyat dan negara termasuklah isu tol. PPP akan mengemukakan kesemua pilihan-pilihan (opsyen) berkaitan isu tol ini kepada rakyat melalui KONGRES RAKYAT dalam tempoh masa terdekat, sehingga satu hari nanti hasrat rakyat menghapuskan Tol tercapai.

Dr Mohd Zuhdi Marsuki     
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
23 Oktober 2015
10 Muharram 1437

Sumber PP - 23-10-2015

Penghapusan tol hanya langkah populis Pakatan Harapan 

PENGHAPUSAN TOL HANYA LANGKAH POPULIS PAKATAN HARAPAN

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hasrat Pakatan Harapan (PH) seperti yang diumumkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, mahu menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya PH memerintah negara sebagai langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat. Langkah itu bukan sahaja dilihat populis, tetapi tidak realistik, apabila sumber alternatif yang dicadangkan untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan.

Cadangan PH itu dilihat sebagai populis kerana kerajaan Pulau Pinang yang diisytiharkan baru-baru ini sebagai kerajaan PH, sehingga hari ini tidak mampu untuk menghapuskan tol atau mengurangkan kadar tol yang ada di negeri tersebut. Walaupun PH boleh memberi alasan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa terhadap konsesi lebuhraya, jika mereka benar-benar ingin meringankan beban rakyat Pulau Pinang banyak ikhtiar yang boleh diambil, sebagai contoh mengeluarkan sejumlah peruntukan tertentu dalam bajet tahunan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol setiap hari untuk pergi bekerja.

Cadangan supaya sumber alternatif untuk menyelenggara lebuhraya diambil dari cukai jalan bukan sahaja tidak realistik, tetapi juga tidak adil kepada rakyat khususnya golongan bawahan yang tidak atau jarang menggunakan lebuhraya. Ada tiga negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai lebuhraya, tetapi mereka perlu membayar cukai jalan yang kemudiannya digunakan untuk menyelenggara lebuhraya. Dengan kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi, sekiranya hasil daripada cukai jalan tidak mencukupi, adakah ini bermaksud kadar cukai jalan nanti perlu dinaikkan.

Selain daripada itu, lebuhraya-lebuhraya di Malaysia semakin kerap digunakan oleh warga asing yang membawa kenderaan peribadi mereka memasuki negara ini. Sekiranya langkah menghapuskan tol diambil oleh PH nanti, adakah ia bermaksud warga asing boleh menggunakan kemudahan kelas pertama negara ini dengan percuma, sedangkan rakyat bawahan yang tidak pernah menggunakan kemudahan ini terpaksa membiayai penyelenggaraannya melalui cukai jalan yang dikenakan ke atas mereka.

PPP melihat hasrat menghapuskan tol ini bukan langkah yang terbaik, kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada pembayar cukai jalan yang tidak menggunakannya malah akan menyebabkan pekerja-pekerja berkaitan lebuhraya boleh diberhentikan kerja secara beramai-ramai. Pendekatan PAS dalam isu kutipan tol ini bukan dibuat secara semborono, sebaliknya kita akan berunding dengan rakyat akar umbi melalui platform KONGRES RAKYAT agar penyelesaian menang-menang dapat dicapai. Diyakini KONGRES RAKYAT akan memperhalusi perkara ini dan akan mengeluarkan polisi alternatif berkaitan dengannya bila tiba masanya kelak.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
21 Oktober 2015
8 Muharram 1437

Sumber PP - 21-10-2015

Ini Jawapan PAS Kenapa Hadi Tidak Serang Najib!

Posted on Saturday, August 08 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

“Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif  Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

“Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc
Sumber TKO - 8-8-2015









































Jangan “ditelan babi” dalam pakatan – Dr Zuhdi
Posted on Tuesday, July 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SERDANG : PAS perlu kembali kepada usaha menegakkan Islam yang dipimpin oleh ulama, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata, apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya individu yang menjadi pemimpin boleh menyesatkan orang lain.

“Atas sebab itulah, dalam konteks kita berhadapan dengan politik malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf. Perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Masjlis Syura,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul yang bertajuk Gerakan Islam Pasca Arab Spring semasa Multaqa Ulamak Se-Malaysia kedua di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata, antara tahaluf siyasi yang dijalankan oleh parti itu ialah bersama parti DAP dan PKR dengan golongan yang lahir pada 1970-an tahu mengenai kedua-duanya secara ideologi dan perjuangan.

“Dalam PKR ini ada kumpulan Islam, ada bekas-bekas UMNO, ada pejuang hak asasi manusia.

“Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini ada proksi hubungan dengan ngo (pertubuhan bukan kerajaan), antara ngonya seperti Sister In Islam, Comango,” katanya.

Dalam pada itu, Zuhdi menggambarkan tahaluf siyasi yang dipilih PAS merupakan sebuah jalan yang penuh rimba.

Katanya dalam hutan rimba tersebut ada buah buahan, manisan, makanan, tetapi ada juga ‘haiwan’ merbahaya seperti harimau dan babi.

“Maka kita hendaklah ikut orang yang membawa kita dalam hutan rimba… yang membawa kita ke dalam hutan rimba ini dibekalkan dengan kompas, yang telah ditunjukkan oleh ulama, Majlis Ulama.

“Dia juga membawa lampu suluh yang telah dibekal oleh ulama… dia ialah presiden kita,” katanya.

Beliau memberi peringatan, penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya ‘tidak ditelan babi’.
Sumber TKO - 14-7-2015

Parti baharu mendukung gagasan muslim progresif?

DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .


PARTI baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif seperti yang disebut dalam buku "Progressive Muslim: On Justice, Gender and Pluralism" susunan Omid Safi.

Malah mereka sendiri berbangga menggelar diri mereka sebagai kumpulan progresif, sekaligus memperakui hakikat itu. Gagasan pemikiran Muslim Progresif ini sebenarnya selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

Selain itu, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990-an.

Mohamad Sabu sering menggunakan istilah Islam Ala Amerika ini dalam ceramah-ceramah beliau dahulu, bagi menggambarkan Islamisasi yang dirintis oleh Anwar Ibrahim semasa beliau dalam Umno ketika itu sebagai bukan agenda Islam yang sebenar.

Berkaitan Islam Ala Amerika ini, ada sebuah buku yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam". Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun acuan yang bakal dibawa oleh parti baru ini mungkin tidak sejelik gagasan Islam Ala Amerika, ia tetap akan menimbulkan kontroversi yang berpanjang dalam masyarakat Islam di negara ini.

Jelas sekali, parti baharu yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri. Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Sumber HD - 14-7-2015

Bolehkah ‘Negara Berpendapatan Tinggi’, pendapatan rakyatnya rendah?

DR DZULKEFLY AHMAD | .


Rancangan Malaysia Ke-11 baru dibentang. Penulis bersedia mengakui memang nampak hebat.

Namun setelah meneliti tidak banyak yang berbeza. Bahkan laras bahasa dan terminologinya pun tidak banyak yang baru, semacam tepu.

Tetapi yang pasti angka-angka sasaran sangat agresif dan terlalu optimis atau ‘bullish’.

Betul, ini pacuan lapse terakhir untuk menerjah tahun keramat 2020. Namun biar munasabah.
Penulis seperti biasa akan menulis secara selektif untuk diketengahkan beberapa isu. Ruang terhad.

Sedikit ingatan, Bank Dunia mengiktiraf Malaysia antara negara terkaya di segi sumber per kapita rakyatnya. Jangan terlalu asyik mahu peraga angka-angka dalam target RMK11. Cuba kita perhatikan dahulu pencapaian RMK10.

Sesungguhnya, para ekonomi menganggap sejarah pembangunan diakui sebagai satu yag berciri ‘relative underperformance’ atau ‘prestasi rendah secara relative atau perbandingan’. Ya kita mendahului jiran atau ‘peers’ seperti Indonesia, Thailand atau Filipina. Sebaliknya, kita tidak mampu bermegah kalau dibanding dengan Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Mengapa?

Contohnya, pada tahun 1970 rakyat Korea Selatan punyai “Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapiat (GNI per capita) sebanyak US$270, ketika rakyat kita adalah sebanyak US$470 (mengikut data World Bank Atlas Method). Pada tahun 1980, mereka sudah menghampiri US$1,810 berbanding kita US$1,820.

Tiga dekad kemudian, pada 2011, Korea Selatan terus memecut PNK per kapita rakyatnya cecah US$20,870 sementara Malaysia terus terhambat dalam penomena “Perangkap Pendapatan Sederhana” (Middle Income Trap) dengan hanya mampu mencapai US$8,420 hampir sepertiga mereka.

Nah, mengapa berlaku gejala “perangkap pendapatan sederhana”? Saya juga enggan untuk menggunakan istilah “Negara Maju”. Kedua-dua isu ‘perangkap sederhana dan negara maju berhajatkan wacana yang lain.

Untuk ingatan semua, kita juga adalah sebuah negara yang amat mewah dengan perancangan dan dasar. Ini tidak perlu saya ulangi. Tulisan ini hanya menumpu tentang ‘negara berpendapatan tinggi’.

Izinkan saya ingatkan Perdana Menteri apa yang telah diakuinya sendiri dalam ucapannya di Dewan Rakyat. Nah, saya mahu mengulangi dalam angka dan bukan peratus.

Masih terdapat 1,772,000 penduduk yang belum mendapat bekalan air bersih, ii. 672,000 masih tidak mendapat bekalan elektrik iii 168,000 penduduk yang masih dalam kategori ‘miskin’ yang kemudian disifatkan oleh Menteri Kewangan sebagai ‘standard hidupnya sangat rendah.

Di samping itu, setelah hampir 3 dekad tamat DEB, pegangan ekuiti Bumiputera masih ditahap 23.5%, gagal capai sasaran 30%.

Untuk pengetahun pembaca, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, akui hampir 40% perancangan RMK-10 gagal dilaksana. Siapa dan wilayah mana yang tercicir dan terpinggir akibat itu? Malang.
Saya hadiri sebuah Seminar oleh PEMIKIR minggu lalu. Pakar ekonomi dan teknokrat ulung Prof Tan Sri Kamal Saleh membuat pembentangan kertas kerjanya berkenaan RMK-11.

Dalam memacu matlamat multidimensi 2016-2020 dalam RMK-11 ini, dua tunggak penting asas perhitungan atau premisnya ialah:

Pertumbuhan KDNK (Benar) (Real GDP) sebanyak 5-6% setahun. Dan
Pendapatan Negara Kasar –PNK per kapita (GNI per capita) mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020.

Premis ini mengandaikan kesan limpahan atau ‘trickle-down economics’ berlaku, 5-6% pertumbuhan, adalah syarat bagi membolehkan sasaran pendapatan per kapita. Maka seandainya pertumbuhan tidak cecah 5-6% setahun dalam RMK-11, cita-cita untuk rakyat nikmati pendapatan PNK per kapita sebanyak (mudahnya US$15,000) atau RM54,690 tersasar, tidak kesampaian.

Dalam pada itu, saya setuju dengan kritikan seorang ahli akademik Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, bahwa RMK-11 silap membuat sebutan angka US$15,000 ini dalam ‘angka nominal’ dan bukan ‘angka sebenar’ atau riil (real term). Dengan kata lain, angka tersebut adalah silap, kerana ‘angka sebenar’ mengambil kira faktor inflasi.

Sebagai contoh, kalau pertumbuhan adalah 6% dan inflasi adalah 5%, maka angka pertumbuhan sebenar adalah 1%. Kalau pertumbuhan adalah 5% dan kadar inflasi adalah 6%, maka pertumbuhan sebenar adalah negatif 1 atau -1 atau ekonomi menguncup.

Ketika Model Ekonomi Baru dibentangkan pada tahun 2010, angka GNI per capita atau PNK per kapita sebanyak US$15,000 setahun disebut pada ‘angka sebenar atau real term’. Ketika itu, ‘angka nominal-semasa’ (tidak mengambil kira inflasinya) adalah US$17, 725 setahun atau US$16,500 pada kadar pertukaran hari ini (harga semasa) setelah nilai ringgit jatuh.

Pentingnya, mencapai angka US$15,000 pada sebutan nominal (bukan angka sebenar) ini tidak lagi bermakna mencapai ‘berpendapatan tinggi’! Ada yang lebih pentingkan persoalan jurang atau kesejengan (inequality/disparity).

Pelik mengapa pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pilih lakukan sedemikian. EPU terdiri dari teknokrat yang kompeten. Silap atau diarah?

Satu lagi, kalau kadar pertumbuhan purata 5-6% setahun dalam ‘angka sebenar’ pun tidak juga kesampaian. Congakan matematik memerlukan pertumbuhan ke paras 6.5% secara ‘angka sebenar’ untuk RMK-11 nanti. Sebabnya kerana RMK-10 tidak mencapai sasaran pertumbuhan 6% tetapi hanya 5.3%. Maka perlu dilakukan satu pacuan untuk atasi ‘defisit’ pertumbuhan.

Kembali kepada isu bersabitan cita-cita untuk melonjak purata pendapatan isi rumah kumpulan berpendapatan rendah B40 akan digandakan kepada RM5,270 menjelang 2020 .

Berkebetulan, berdasarkan Bank Dunia, kategori B40 adalah kelompok ‘Miskin Relatif’ atau “Relative Poverty”. Golongan B40 yang berjumlah kira-kira 2.7juta isi-rumah dengan pendapatan purata sebanyak RM2537 (bezakan purata, bukan penengah atau ‘median’ yang lebih rendah).

Professor Tan Sri Kamal Saleh, pakar ekonomi dan teknokrat ulung negara, berpandangan bahawa untuk melonjakkan purata pendapatan B40 ini adalah terlalu optimis dan sukar mengandaikan segala faktor-faktor global dan serantau akan berjalan dengan baik.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang rancak seperti 8% untuk hamper sedekad adalah antara 1988 antara 1998. Malaysia mengalami industrialisasi yang rancak pada era tersebut, tetapi melalui era ‘premature deindustrialisation’ atau tidak ‘matang’ seterusnya.

Sumbangan KDNK atau GDP yang terdiri dari gaji dan bonuses-overtimes pekerja adalah pada paras 26 ke 32% di Malaysia ini, berbanding 46% di Korea, 55% di Canada dan lebih tinggi di negara maju yang lain. Ini bermakna pulangan hasil keuntungan kerja kepada buruh di negara ini rendah.

Singapura telah mencapai 47% pada tahun 1997 lagi. Pekerja dan buruh di negara ini sememang telah mengalami ‘wage suppression’ atau ‘tekanan kenaikan gaji’ untuk sekian lamanya. Pastinya faktor pekerja asing yang sejumlah dikata 6 juta memainkan peranan, sementara kerajaan tidak mesra persatuan sekerja juga berpengaruh.

Hanya 1.7 juta sahaja dari 12.4 juta pasaran buruh yang layak membayar cukai pendapatan. Fakta dari KWSP membuktikan 78.6% pencarumnya mempunyai gaji RM3000 atau lebih rendah dari paras itu. Pendeknya, produktiviti yang dijana di negara ini, tidak dapat diagihkan dan dikongsi kembali kepada golongan pekerja di negara ini. Pelbagai faktor lagi perlu dihalusi untuk menggapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

Tegasnya, mampukah negara ini menjadi sebuah ‘Negara Berpendapatan Tinggi’, sementara ‘Rakyatnya Berpendapatan Rendah’? - HARAKAHDAILY 31/5/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 31-5-2015

Berita Pelik Seorang Lagi bela Presiden PAS
Posted on Saturday, May 30 @ 17:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM - Rakan dalam PR digesa berhenti menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana keadaan itu hanya memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi hari ini semakin panas apabila krisis yang berlaku bukan sahaja melibatkan rakan dalam PR, tetapi juga barisan kepimpinan dalam Pas sendiri.

“Perselisihan pendapat dalam keluarga Pas menarik perhatian ramai pihak. Krisis seumpama ini pernah berlaku dalam sejarah jatuh bangun parti Islam.

“Situasi ini semakin panas apabila Pas berdepan muktamar yang menyaksikan pemilihan yang sengit. Pas mengiktiraf dan menyanjung keprihatinan semua pihak khasnya rakan PR, namun serang menyerang yang telah dibuat hanya akan melemahkan parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut bimbang apabila ramai pemimpin bercakap, kenyataan itu akan diputar belit pihak tertentu.

“Justeru, Pas memohon supaya semua pihak, khasnya rakan-rakan PR, supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan kritikan atau melafazkan serangan terhadap sesiapa pun di kalangan pimpinan kami, khususnya Presiden Pas, bagi membantu menjernihkan suasana dalam parti sekaligus membendung keretakan dalam muafakat politik PR,” katanya.

Menurutnya, agenda untuk menyingkir mana-mana pihak atau golongan, seperti terpapar dalam media adalah bertujuan bagi merungkaikan kekuatan gandingan kepimpinan Ulama-Profesional-Aktivis, yang telah menjadi teras kekuatan parti Islam Pas sejak sekian lama

Tambah beliau, muktamar kali ini adalah medan terpenting dalam menentukan hala tuju serta memastikan Pas terus mantap dan diterima rakyat.

Selain itu, muktamar kali ini juga peluang untuk mempersiapkan diri bagi menumbangkan kepimpinan negara hari ini.

Sumber TKO - 30-5-2015


DAP Cuba Singkir Pemimpin Pas yang berani kata 'no'

Posted on Wednesday, May 27 @ 16:23:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung pada minggu hadapan akan memberi peluang kepada DAP untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan Pas yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada parti tersebut.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara tersebut bukan suatu yang luar biasa memandangkan DAP sebelum ini telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya lagi, Muktamar Pas yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP.

“Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai Pas. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan Pas yang tegas.

“Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era kepimpinan ulama,  Abdul Hadi telah dicabar,” bidasnya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sikap segelintir pemimpin Pas yang mula menyanggah Abdul Hadi seolah membuka peluang bagi DAP untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan Pas lain.

“… Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi Pas yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat PR, malah pernah satu ketika 'membakul sampahkan' keputusan Presiden Pas yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili PAS dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos tahun lalu.

“Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka,” katanya lagi.

 Justeru, beliau menyeru supaya kesemua ahli dan pimpinan dalam Pas supaya tidak mudah tunduk terhadap kehendak DAP.

 “Sikap sesetengah pimpinan Pas yang merelakan urusan dalaman Pas dan mahukan parti ini menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP adalah satu tindakan bacul dan khianat.

 “Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, Pas akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di negara ini,” katanya. - Sinar 


Sumber TKO - 27-5-2015














































1MDB ‘Frankenstein’ yang bakal musnahkan Najib
Posted on Monday, May 18 @ 11:00:46 MYT by paktam

Oleh Dzulkefly Ahmad

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (laporan 12 Mei 2015 Astro Awani) mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.Namun keputusan itu ditarik balik.


Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, ‘badan pelaburan berdaulat kedua’ atau ‘second sovereign wealth fund’ (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.


Bagi memulakan cerita, “Wang Royalti” nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun. Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam “dana politik” milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.

Maka terbentuklah ‘Terengganu Investment Authority’ atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan ‘wang ehsan’. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!

Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana “berdaulat” yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.
Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.

Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti “Persekutuan”. Putrajaya lantas membuat “pelawaan”. Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.

Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya (13 Mei), beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak membodek bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.

Salah kerana tidak tahu sejarah tadbir-urus entiti penting milik negeri, TIA. Salah juga kerana membodek bos dalam isu yang boss ternyata sudah membuat komitmen sendiri satu ketika dahulu!
Ahmad Razif lantas menyatakan tidak wujud cadangan untuk menjadikan hasil minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran untuk pinjaman 1MDB.

Tidak dinafikan, beliau ada mengakui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah bersetuju untuk menjadi TIA sebagai satu badan pelaburan kerajaan negeri. Modal berbayarnya adalah RM1 juta yang dibayar oleh pihak kerajaan negeri.

MMKN kemudiannya memutuskan kerajaan negeri tidak bersedia untuk terus bersama dalam TIA kerana tidak mahu mengambil risiko yang agak besar, meskipun TIA dikatakan sudah mula membuat keuntungan. Kerajaan dibayar balik modal berbayar RM1 juta. Benar tetapi tidak lengkap.
Bagi mengelak dakwa-dakwi, saya petik secara verbatim laporan akhbar The Star, 22 Julai, 2009, bagi membawa balik ingatan semua pihak apa sebenarnya pengkisahan semua ini.

KUALA LUMPUR: The Terengganu Investment Authority (TIA) is being expanded to a federal entity called 1Malaysia Development Bhd (1MDB) with the aim of investing billions of ringgit in energy, real estate and hospitality sectors in the country, according to a statement from the Prime Minister’s office.

It was earlier proposed that the TIA would raise RM11bil for investments, of which RM5 billion were to be government-guaranteed bonds while RM6bil were bonds to be collateralised by oil royalty payments to the state of Terengganu.

The King, who is also the Sultan of Terengganu, has consented to the arrangement. The new entity will be wholly-owned by Ministry of Finance Inc and will report directly to the Prime Minister. The Cabinet has also given its approval in principle.

The statement said more details would be released in the coming weeks.

Maka apa yang dinyatakan oleh mantan menteri besar Ahmad Said adalah benar dan benar belaka.
Saya memuji kefahaman Ahmad Said tentang risiko yang bakal diambil beliau dengan kaedah ‘securitisation of future income’ daripada hasil minyak dan gas Terengganu sekiranya dipersetujui beliau!

Ahmad Razif boleh gigit jari kekesalan sebab membuat kenyataan dengan tidak menyemak Penasihat Undang-Undang Negeri gamaknya atau sekadar memang hendak ‘memperbodohkan’ Ahmad Said. Sekarang ini, rakyat Terengganu boleh menilai kembali siapa lebih cerdik atau sebaliknya!

Persoalan seterusnya “Bila entiti atau creature (binatang) TIA menjadi 1MDB? Maka saya petik laporan tersebut sekali lagi, dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib sendiri, yang akhirnya melantik dirinya Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB:

“To advance further and make this investment work, the Government has decided for TIA to be expanded into a federal-based sovereign wealth fund to be known as 1Malaysia Development Bhd for its benefits to be felt across Malaysia,’’ Najib said in the statement.

Maka, entiti TIA yang dulunya hanya beroperasi dan berpusat di Terengganu akan bertukar wajah menjadi 1MDB yang beroperasi untuk ‘kepentingan dan kemaslahatan’ seluruh rakyat Malaysia!

Memetik lagi: By becoming a sovereign wealth fund, 1MDB will have Malaysia as its priority instead of just one state, according to a source.

Apakah yang menjadi cita-cita 1MDB dan bagaimanakah strategi pelaburan 1MDB?

Memetik lagI: “1MDB is to drive sustainable, long-term economic development for Malaysia by forging strategic global partnerships and promoting foreign direct investment (FDI) for Malaysia to further enhance the multiplier effects for the Malaysian economy.”

Maka begitu mengikut cita-cita 1MDB. Namun setelah 6 tahun penubuhan (2009) dan pengoperasiannya, apakah yang dapat dibanggakan oleh 1MDB dan oleh PM Najib? Timbunan hutang ke paras RM42bilion! Aset RM 50 bilion, gagal menjana aliran tunai positif.

Sebahagian besarnya hutangnya, dijamin kerajaan. Kini jelas 1MDB pastinya gagal melunaskan hutangnya. Pensenaraian atau IPO aset tenaga yang kononya menjana RM10 bilion, tinggal cita-cita.
Hampir tiada apa yang boleh membanggakan sesiapa pun di negara ini! Penulis menitipkani beberapa makalah termasuklah yang mutakhir “1MDB: Rompakan Terdahsyat Kurun ini!

Sejak laporan yang dibuat oleh sebuah badan ‘whistleblower’ iaitu ‘Sarawak Report’ bersekali dengan ‘London Sunday Times’, bulan Februari tahun ini, 1MDB semacam dalam kedudukan ‘terminal’ pesakit barah. Sangat tenat.

‘Financial Engineering’ oleh seorang yang jutawan muda Low Taik Jho atau ‘Jho Low’ yang mungkin dalam satu ‘grandiose’ dirinya seorang ‘financial wizard’ terus-terusan gagal dalam semua eksperimennya.

Yang nyata dan yang menjadi mangsa pertamanya ialah penaja dan pembikinnya yakni tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri Datuk Seri Najib Razak!

Beliau bakal tumbang kerana 1MDB dan kerana Jho Low. Tidak ada jalan untuk menyelamatkan beliau lagi. Bagaimana dan cara mana, hanya Allah yang lebh tahu.

Tetapi atas kemungkaran ekonomi dan kewangan ini, mungkin tiada maaf bagi semua yang bersubahat dengan Jho Low dan mampukah Najib membersihkan dirinya? Usah cerita tentang kekayaan dan kemewahan.

Meskipun sudah dua kali seluruh pimpinan Majlis Tertinggi Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara bersatu dan berpadu untuk menyelamatkan presiden mereka, nampaknya takdir akan mendahului tadbir!

Amarah rakyat sudah memuncak dengan angkara kepincangan dan pengkhianatan oleh segelintir pemimpin Lembaga Tabung Haji, khususnya Pengerusi LTH dan beberapa penjawat tertingginya yakni Pengarah Urusan (MD) dan Timbalan Urusan (TMD).

Terpalitnya LTH adalah kerana tindakan yang dalam persepsi umum sebagai ‘Menyelamatkan atau ‘bailout’ 1MDB seperti badan pelaburan ‘Government Investment Corporations’ (GICs) kerana semacam ada yang ‘mengarah’ dana-dana seperti KWAP, KWSP dan lain-lain lagi.

Terkini ialah kontroversi yang tercetus kerana sebuah konsortium 6 bank internasional, yang diketuai oleh Deutsche Bank, mahu mengambil tindakan mempercepatkan tuntutan bayaran balik melibatkan AS$975 juta (RM3.6 bilion) yang dipinjamkan kepada 1MDB.

Tindakan itu dibuat oleh Deutsche Bank kerana status cagaran yang digunakan oleh 1MDB ternyata dipertikaikan  dan tidak dapat dipertahankan (baca: palsu).

Cagaran 1MDB adalah asetnya (AS$1.103 bilion) dalam akaun Swiss private Bank, BSI Singapura yang melibatkan anak syarikatnya, Brazen Sky. Perkara ini didedahkan mutakhir ini tentang kenyataan palsu dari CEO Brazen Sky mengikut pihak berkuasa Singapura.

Isunya sangat kompleks untuk penulis rakamkan di sini kerana melibatkan beberapa langkah-langkah kewangan korporat seperti isu ‘put option’ dan sebagainya.


Yang penting dan perlu disebut ialah kedudukan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Apakah beliau menyediakan pinjaman itu kepada 1MDB ketika beliau masih berkerja dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), salah sebuah 6 internasional bank yang memberikan pinjaman kepada 1MDB?

Paling tidak isunya, ditakuti wujud ‘konflik kepentingan’ dan kepentingan 1MDB mungkin terjejas. Sangat kusut dan culas.

Ikuti seterusnya expose-pendedahan 1MDB yang dibongkar hampir setiap hari… Allahualam.

Sumber DD - 18-5-2015 

Rancangan Malaysia ke-11 dan ‘Najibnomics’ serasi?

DR DZULKEFLY AHMAD | .


Sesi Dewan Rakyat pada 18 Mei ini bakal menyaksikan perbahasan tentang satu dokumen penting, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Satu masa dahulu, dokumen pembangunan 5-tahun sekali ini, sangat ditunggu-tunggu, sama seperti Bajet setiap tahun.

Kini, ia telah semacam hilang tarikan dan ‘glamour’nya. Sebabnya, mungkin jelas setelah pembaca meneliti penulisan ini.

RMK-10 (2011-2015), akan menutup tirainya pada Mei 2015 tahun ini dan akan disusuli RMK-11 sehingga ke tahun 2016-2020. Tahun 2020 ialah Tahun Keramat yang sepatutnya mengeluarkan Malaysia dari liga ‘negara membangun’ kepada ‘negara maju, berpendapatan tinggi’.

Mantera Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi, lebih acap didengari daripada difahami umum. Di satu segi, rumit untuk menyalahkan hanya rakyat. Sebabnya? Semacam wujud satu jurang atau ‘disconnect’ di antara bicara pemimpin negara dengan kehidupan titik-bengit rakyat.

Sebagai contoh, dapatan dari Bancian Pendapatan Isirumah dan Kemudahan Asas (Household Income and Basic Amenities –HISBA) tentang isi-rumah. Apabila purata isirumah sebulan pada 2012 adalah RM5000 diumumkan, angka atau statistik itu sangat tidak releven atau ‘tidak touching’.

Secara lebih terperinci, mengikut dapatan statistik HISBA, 40% isi-rumah ketika itu berpendapatan RM1,847 sebulan, sementara 40%  kelas ‘menengah’ (middle) mendapat RM4,573 dan 20% teratas mendapatkan pendapatan RM12,159.

Jelasnya cakap-cakap tentang ‘gaji purata’ telah mencecah RM5,000 adalah ‘terpisah dari realiti hidup’ rakyat termasuk kelas ‘menengah’ tadi. Dengan RM4,573 sebulan pun, masih kekurangan RM417! Maka apa makna ‘pendapatan purata’?

Mungkin lebih releven dan tepat lagi adalalah konsep “pendapatan median”. Tetapi itu mungkin hanya akademik. Isunya pendapatan rakyat yang tidak meningkat sejajar dengan kenaikan kos kehidupan atau inflasi. Yang perlu diangkat adalah ‘pendapatan boleh berbelanja-disposable income’. Bukan angka-angka yang tidak bererti.

Nah, bagaimana pula golongan yang sewajar dan sepatutnya memahami dokumen perancangan ini yakni Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang?

Apakah mereka benar-benar faham? Maaf, penulis sedikit sangsi.

Satu contoh. Sejak Najib mengemudi negara satu istilah dan konsep baru yang dikemukakan beliau dalam RMK ialah “Rolling Plan”. Tanyalah kepada Ahli-ahli Parlimen.

Banyak negara membangun telah gagal dalam melaksanaknya seperti Mexico dan India. Dikatakan ia lebih sesuai buat negara membangun seperti Jepun dan Poland.

‘Rolling Plan’ (RP) atau ‘Perancangan Bergulung’ (ha3) secara mudahnya dapat penulis simpulkan sebagai mempunyai 3 unsur, i. bajet tahunan, ii. Pelan 3 hingga 5 tahun –RMK dan iii. ‘Perancangan Perspektif’ (seperti Outline Perspective Plan-OPP) sesebuah kerajaan yang mungkin memakan masa 10 atau lebih. Untuk ingatan OPP-3 Malaysia telah tamat pun pada 2010.

Ringkasnya, RP ini ‘fleksible’ dan tidak tertakluk ‘kekangan’ (constraints) perancangan 5 tahun sahaja. Sebaliknya, target, unjuran (projections) dan peruntukan (allocation) boleh sahaja berubah-berubah, mengikut perkembangan serta perubahan suasana dan ‘iklim’ ekonomi negara. Kajian atau review RP juga tidak ‘fixed’ bahkan tidak ada ‘kajian separuh penggal’ atau ‘mid-term review’.

Selain itu, mengapa RMK-11 gagal memikat hati rakyat, khasnya mutakhir ini?

Paling jelas kerana ruang media telah diisi bahkan sarat dengan berita kecurangan tata-kelola kewangan dan kemungkaran ekonomi. Terkini bersabitan ‘dana berdaulat kedua negara’ yakni 1MDB. Masih banyak yang belum terbongkar dan perihal pengggunaan dana Tabung Haji untuk ‘bailout’ atau selamatkan 1MDB.

Tidak siapa pun nampaknya ambil pusing sangat tentang RMK-10 telah berjaya atau tidak.

Mengingatkan, RMK-10 dibentang pada Jun 2010 hampir 3 bulan selepas dokumen baru bernama Model Ekonomi Baru (MEB atau NEM) diperdengar di Parlimen oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.

Beberapa ‘teras utama’ dan ‘langkah strategik’ diperkenalkan bagi meneruskan matlamat visi 2020 . Sementara itu pula NEM berteraskan ‘pembangunan inklusif’ disamping menekankan ‘kelestarian’ atau ‘sustainability’ dan ‘pendapatan tinggi’.

Tidak dapat dinafikan semacam tidak wujud keserasian atau ‘coherency’ dalam ‘pemikiran atau thinking’ yang melatari kedua-dua dokumen ini. Tidak pelik kalau akhirnya, NEM semacam dilupakan, sementara RMK-10 tidak juga menjadi ‘kompas’ memacu pembangunan negara. Malang sekali!

Dalam pada itu, negara terus diperkenalkan dengan satu pola pemikiran ekonomi yang diberi jolokan ‘Najibnomics’.

Itu yang menonjol sehingga sebuah kumpulan alumni dari Harvard Business School dalam tahun 2009 berminat membuat kajian tentang pemikiran Najib. Ini termasuk langkah-langkah liberalisasinya, komitmen kepada Afta dan kini TPPA. Juga akan dikaji pelbagai program GTP, ETP dan pelbagai kaedah NKRA, NKEA, SRI dan segala akronim  baru ‘Najibnomics’ ini. Tampak Najibnomics punya dua sisi; satu yang resmi dan yang tertonjol akibat perbuatan dan tata-kelola jelek.

Namun, yang penting bagi rakyat adalah samada negara ini lebih baik dari era-era kepimpinan yang lalu atau sebaliknya? Benar, pelbagai perkara baru. Tetapi apakah natijahnya?

Secara adil yang tampak jelas adalah penambahan hutang negara akibat pertumbuhan yang dipacu ‘consumption’ dan ‘berbelanja besar’ kerajaan (G-factor). Yang juga ketara adalah pelbagai skandal tadbir-urus kewangan dan kenaikan kos sara hidup yang membeban rakyat akibat Cukai baru GST dan penurunan nilai ringgit.

Ya, dulu perancangan RMK adalah milik utama Economic Planning Unit, EPU. Tetapi kini Najibnomics perkenal pelbagai badan seperti Pemandu,  Talent Corp, Teraju dan Ukas (Public-Private Partnership Unit), sekaligus menyudutkan peranan EPU. Peruntukan mereka besar dan lumayan. Kerjanya belum pasti lebih efisien dan berkesan.

Najibnomics juga cenderung menggunakan kaedah ‘out-sourcing’ dan penglibatan ‘cosultants’ luar yang dibayar mewah menjadi trend serentak mengkesampingkan ‘local talents’ atau kepakaran tempatan. Kronisme dan pembolotan kekayaan semakin mengganas.

Yang dipertikaikan ialah bagaimana segala akronim baru ini mampu menjana “Negara Berpendapatan Tinggi” dan lebih mustahak menggapai “Pertumbuhan Inklusif” bagi menangani Kesenjangan Pendapatan dan Kekayaan atau “Income and Wealth Disparity” yang semakin meluas di negara ini.

Sehingga kini, penulis tidak nampak penyelesaian konkrit gejala kesenjangan atau ‘Inequality’ ini. Ia adalah ‘buzzword’ atau kalimat ajaib serta tumpuan masalah ekonomi dalam dunia kewangan mutakhir ini.

Ia menyinggung perkara dan matlamat paling asas bagi sebuah kerajaan yakni ‘Memakmurkan Negara dan Merakyatkan Kekayaan’ untuk mencapai cita-cita ‘Pembangunan Adil’ atau ‘A Socially Just Development’!

Cukup sekadar ini dahulu sedikit perkongsian untuk pencerahan bagi mereka yang sudi.

Semoga RMK-11 depani cabaran-cabaran ini… - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 17-5-2015
















































Fitch Ratings atau Rating Rakyat, Zeti-Najib Patut Takuti?

DR DZULKEFLY AHMAD | .


1. Saya menarik perhatian pembaca kepada komentar Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mempersoalkan asas kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan ke atas Malaysia yang dibuat pada sesi pleno di Persidangan Invest Malaysia 2015 semalam.

2 Zeti membandingkan negara serantau lain dan mendakwa Malaysia sekurang-kurangnya setanding, malah mungkin lebih baik di segi prospek pertumbuhan dan prestasi serta ‘fundamentals’nya.

3. Persidangan dua hari yang bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia dan CIMB Group untuk kali ke-11 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.

4. Membaca dari teks ucap utama Najib juga Menteri Kewangan lazimnya memberi anda satu gambaran ekonomi dan kewangan negara ini sangat baik dan dalam unjuran mencapai negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020 atau lebih awal.

5. Kalau sudah baik dan sihat semuaya, mengapa badan badan penarafan seperti Fitch Ratings dan juga para ‘analysts’ termasuk kami pembangkang, perlu sibuk dan membuat ramalan dan  telahan yang negatif ?

6. Sebelum itu, apa benda ‘penarafan’ yang mereka hebohkan sangat tu? Sedikit kuliah pencerahan Kewangan 101. Apa kepentingannya? Tidak susah sangat nak faham, bukanlah ‘rocket science’.

7. Ringkasnya, ‘penarafan kredit’ atau ‘credit rating’ adalah penilaian ke atas kemampuan penghutang membayar semula hutang. Credit rating dijalankan ke atas negara (penarafan kredit sovereign) dan juga syarikat, yang menerbitkan sekuriti hutang seperti bon dan sukuk (bon Islam)

8. Contoh agensi ialah Standard & Poor's, Moody's dan Fitch Ratings termasuk sebuah syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa yang bernama Rating Agency Malaysia (RAM).

9. Credit rating memberi markah atau penarafan contohnya dengan markah AAA, AA+, BBB+, B- dan seterusnya. Semakin rendah credit rating semakin berisiko tinggi untuk pelabur melabur (membeli dan berisiko tinggi untuk default atau tidak membayar hutang (bon).

10. Selain daripada itu credit rating agency juga meramal atau memberi pandangan mereka tentang keadaan risiko hutang sesebuah negara samada positif, negatif atau stabil.

11. Nah, di sinilah yang dipertikaikan Gabenor BNM itu. Sementara Moody’s memberi penarafan positif, Standard and Poor (S&P) mengesahkan penarafan stabil untuk Malaysia. Fitch Ratings pula meletakkan penarafan Malaysia sebagai negatif.

12. Untuk pengetahuan pembaca, penarafan Malaysia kini berada pada A-/A3. Ancaman untuk diturunkan satu ‘notch’ atau ‘tangga’ oleh Fitch Ratings bermakna meletakkan Malaysia pada kedudukan BBB+/Baa1.

13. Apakah makna semua ini? Secara impaknya, kalau berlaku penurunan atau ‘downgrade’ credit rating, kesannya antara lain, terhadap nilai matawang ringgit Malaysia, pasaran bursa saham dan juga nilai pasaran bon serta pastinya kos pinjaman.

14. Boleh juga berlaku penjualan saham dan bon oleh pelabur luar (sell-off in both equities and bonds) secara knee-jerk atau mendadak kerana mereka cemas dan takut tentang keupayaan kewangan negara.

15. Kesan-kesan awal sudah mula dirasai semenjak Fitch menurunkan kredit Malaysia sebagai negatif Julai tahun lalu dan semakin ketara semasa nilai ringgit terus susut tambahan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

16. Sebagai contoh khusus, CIMB melaporkan bahawa kos satu instrument insuran 5 tahun, untuk risiko pinjaman tak berbayar, yang bernama CDS atau “Credit Default Swap” telah mengalami kenaikan kos sebanyak 122 basis point atau 1.22%.

17. Namun Najib dan Zeti tahu rakyat sebenarnya tak faham pun apa yang dipertikaikan tentang pernarafan dan kesan terhadap kewangan negara!

18. Ya, yang mudah difahami rakyat hari ini ialah kewangan negara tidak diurus dengan baik sehinggakan kerajaan secara wajib, memungut cukai (GST) dari  semua rakyat. Tidak mengambil kira umur, pendapatan dan kekayaan, warga emas atau bayi, status pekerjaan–pesara atau bekerja penuh masa atau kerja sendiri atau kerja kampong; mengambil upah petik kelapa sawit atau buah kelapa, golongan asnaf atau jutawan atau biliowan, OKU atau yang sihat walafiat.

19. Yang ini rakyat faham dan kini MARAH!.

20. DS Najib dan TS Zeti wajar di amaran sekali lagi, rakyat hari ini meletakkan seluruh kepincangan mentadbir-urus kewangan negara dipersalahkan kepada kepimpinan Umno-BN yang kini di bawah kepimpinan PM DS Najib.

21. Untuk Tan Sri Zeti, jawab persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini yakni tentang aliran keluar dana secara haram sebanyak RM1.2 trillion sejak 2002, seperti yang didedahkan oleh Global Financial Investment (GFI), yang langsung tidak diambil apa-apa tindakan oleh BNM!

22. Untuk Najib pula selaku yang berdegil untuk kekal sebagai Menteri Kewangan, walau pun jelas ketidakupayaannya di segi itu dan lebih jelas lagi ketidakupayaannya di segi lain, mengapakah 1-MDB tidak dipaksa datang untuk menghadiri Invest Malaysia Forum kali ini?

23. Kehadiran 1-MDB yang diwakili oleh CEOnya atau ‘Penasihat Istimewa’nya, Low Taik Jho atau Jho Low pastinya mampu ‘memulihkan’ sindrom ‘Trust-Deficit’ (Hilang Kepercayaan) yang sedang melanda negara malang ini. Pengerusi CIMB, Dato Nazir Razak, selaku penganjur bersama, secara sinis menyebutkan alangkah baik kalau ‘elephant in the room’ di negara ini, maksudnya 1-MDB berani hadir sendiri dan membuat penjelasan.

24. Akhir kalam, untuk Tan Sri Zeti dan PM DS Najib, tidak perlulah terlalu gusar dengan ancaman Fitch ratings untuk menurunkan atau ‘downgrade sovereign rating’ Malaysia. Sesungguhnya, kita sendiri telah ‘mendowngradekan’ negara ini dengan tata-kelola dan tadbir-urus kewangan negara apabila hilang rasa kebertanggunjawaban dan ketelusan yang hakiki, lantas boros, tiris dan bolot kekayaan oleh segelitir super-kaya. Jangan asyik nak ‘showcase’ atau ‘diperagakan’ fundamentals yang baik sahaja.

Sebenar-benarnya rakyat yang celik juga tahu apa masalahnya….

Meminjam kata-kata Shakespeare di hujung penulisan ini, dengan izin…isunya ialah ‘To Be or Not To Be – That’s The Question’. (Nak Buat atau Tak Nak – itu Persoalannya!) - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 25-4-2015

PAS bakal mengundang kegagalannya?

Posted on Thursday, April 16 @ 12:46:33 MYT by paktam

Oleh Dzulkefly Ahmad
Penulis berpandangan PAS kini berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya. Sekali pandang, pernyataan ini semacam mudah disanggah pemerhati politik.

Benar, PAS merekodkan prestasi pilihan raya terbaiknya pada Pilihan Raya Umum ke 10 (PRU 10) pada tahun 1999. PAS menang 43% (27 daripada 63) kerusi Parlimen yang ditandinginya sekaligus presidennya diangkat sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia.h 193.

 PAS memerintah dua negeri, Kelantan dan Terengganu. Jumlah kerusi Parlimen ketika itu iala

Juga benar, PAS tidak dapat mengatasi prestasi terbaiknya ini dalam kedua-dua PRU ke-12 (2008) dan ke-13 (2013) yang lepas.

 Pada PRU ke-12, PAS menang 34% kerusi Parlimen yang ditandingi (menang 23 daripada 67 kerusi) dan mengalami penurunan ke paras 28% (menang 21 daripada 73) pada 2013. PAS menawan Kedah pada PRU-12 namun hilang negeri tersebut pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi Parlimen terkini ialah 222.

Kalau begitu, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada sisi terkuat dewasa ini?

Kekuatan sesebuah parti politik tentunya perlu diukur dari pelbagai sisi dan dimensi. Lebih sukar atau juga tersasar kalau mengukur kekuatan politik hanya dengan jumlah kerusi di Parlimen. Tambahan kalau kemenangan itu disebabkan faktor situasi luaran.

Kekuatan PAS pada PRU 10 tidak syak lagi disebabkan “tsunami Melayu” yang menolak Umno-

Barisan Nasional (UBN) akibat kezaliman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS meraih laba politik paling besar dalam PRU 1999, dan tidak langsung mendapat sokongan kaum bukan-Melayu.

Malangnya, kekuatan tersebut tidak dapat lama bertahan. Ya, sebaik sahaja mula sesi parlimen ke-10 (1999-2004), PAS mula hilang arah cerita atau "lost the plot". Bahkan ada pimpinan yang mula menyebut PAS menang kerana orang Melayu mahukan PAS perjuangkan Negara Islam. PAS, malangnya juga mudah lupa.

“Memorandum Rakyat”, sebuah  peninggalan legasi Al-Marhum Datuk Fadzil Noor sebagai respons cabaran Dr Mahathir, segera mengalami pertukaran kepada judul “Dokumen Negara Islam”.

Pesanan Al-Marhum kepada penulis dan rakan-rakan think-tank parti lain, supaya memorandum tersebut ditajukkan sebagai “Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi”, hilang dalam hiruk-pikuk polemik tentang dokumen yang perlu dibentangkan kepada rakyat ketika itu. Penulis dan think-tank parti lain terpaksa akur.

Barisan Alternatif (BA) terus berkeberentakan sehingga menyaksikan DAP keluar gabungan pada September 2001. Gabungan BA, baru berumur 2 tahun. PKR (dulunya PKN) terus renggang daripada PAS, masing-masing membawa haluan perjuangan sendiri, meskipun BA wujud pada nama, lambang dan cogan kata, tetapi tidak lagi pada gerak kerja.

Akibatnya, daripada kepimpinan PAS yang "terlupa" menguruskan "kekuatan baharunya", mereka dihukum dan dipukul teruk dalam PRU ke-11 pada 2004.

Dari 27 kerusi, PAS hanya tinggal 6 kerusi Parlimen. PAS kecundang untuk pertahan pentadbiranya di Terengganu dan hampir-hampir kehilangan Kelantan.

Ketika Jawatankuasa Post-Mortem PAS Pusat PRU ke-11 (2004) membentangkan dapatan mereka, pelbagai faktor luaran (penipuan dan media) dan dalaman (jentera) dikenal pasti sebagai penyumbang utama terhadap kekalahan PAS dalam pilihan raya tersebut.

Namun faktor kekalahan paling dominan yang sangat mustahak dan signifikan yang wajar diulangi di sini ialah pelancaran “Dokumen Negara Islam”. PAS membentangkan dokumen tersebut akan tetapi dikenal pasti dalam post-mortem, “gagal mengurus penerangan dan pencerahan kepada semua segmen pengundi”.

Pelbagai persepsi negatif dan tanggapan buruk pelbagai segmen rakyat serta pengundi menjadikan PAS sasaran jahat media lawan.

PAS gagal menangkis tohmahan serta serangan seterunya. Kekuatan dan mandat baharunya musnah dan kembali kepada kedudukan lama atau sokongan "tegar dan asal". Lawan politik tersenyum berbisa, taktik berjaya, gabungan BA punah dan PAS lalu tersungkur. Begitulah lebih kurang naratif atau kisahnya.

Sebaliknya, kekuatan PAS dalam PRU ke-12 dan seterusnya PRU ke-13 adalah hasil pelebaran tapak sokongan baharu.

PAS membina kekuatan itu secara sedar dan terancang. Ia bukan disebabkan PAS "menumpang tui" nasib malang Anwar serta mendapat laba undi protes seperti PRU ke-10.

Tegasnya, PAS membina asas kekuatan baharu dengan cara meruntuhkan prejudis serta tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Juga golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberi kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon PAS.

Bagi menjayakan pelebaran dan pengukuhan tapak sokongan baharu, PAS melalui satu anjakan besar di segi mesej politiknya.

Daripada menawarkan konsep “Negara Islam” yang telah disalahertikan pelbagai pihak, PAS secara tegas membuat ijtihad beraninya, dalam menampilkan tawaran “Negara Berkebajikan” berserta dengan slogan “PAS Untuk Semua” atau “PAS For All” dalam Manifesto PRU ke-12. PAS mengulangi tema dan tawaran sama dalam PRU ke-13, kali itu bersama koalisi baharunya, Pakatan Rakyat (PR).

Perubahan besar ini berkebetulan diistilahkan Profesor Tariq Ramadan, pemikir kontemporari Islam, sebagai satu eksperimen di seluruh dunia Islam, yang diberi jolokan sebagai "anjakan generasi" atau "generational shift". PAS dan gerakan Islam memasuki era baharu dalam  pengalaman "political Islam" di persada persaingan demokrasi atau "democratic contestation".

Meringkaskan cerita, PAS terus menggarap isu besar dalam negara dengan pedekatan inklusif dan menyerlahkan erti dan makna slogan seperti “PAS For All”.

Makna prinsip Islam sebagai “rahmat untuk semua” atau “mercy unto all”, lebih dirasai daripada sekadar diulangi secara laungan retorik.

PAS terus menangani isu krtikal yang menajamkan pertentangan etnik dan membakar pertembungan agama. Isu kalimah “Allah” termasuk pelbagai polemik kaum yang diungkap dengan kepentingan agama secara sempit, ditangani PAS secara konsisten dan berlandaskan syariat yang mensejahterakan dan mendamaikan.

Samada bersama rakan PR dalam “Dasar-Dasar Bersama” atau pun bersendirian, PAS berjaya menyerlahkan erti dan penghayatan Islam sebagai sistem hidup untuk memberikan jaminan 

“Keadilan Untuk Semua” atau “Justice for All”.

Di samping itu, PAS tegas dalam membentaras polisi yang bersifat perkauman dan yang memangsakan dan meminggirkan sesetengah rakyat, terutama golongan miskin dan berpendapaan rendah. Begitu juga ketegasan PAS menentang rasuah, salah guna kuasa, pembaziran serta pembolotan kekayaan negara oleh segelintir penguasa politik bersama kroni mereka.

Mengambil keseluruhan kemajuan inilah, penulis menyatakan bahawa PAS sedang menduduki posisi politik yang paling kuat dan mantap. Tidak keterlaluan kalau penulis terus menyongsong bahawa PAS berada dalam satu unjuran (trajectory) menempah kejayaan yang lebih baik, tentunya bersama rakan-rakan tahalufnya.

Berdasarkan unjuran yang modest, PAS adalah dalam keluk menambah 13 kerusi (berjumlah 34 kerusi) seandainya PR terus bergandingan secara mantap dan serasi dalam PRU ke-14 akan datang. Unjuran ini adalah sangat munasabah, dengan izin Allah.

Namun, meringkaskan pergolakannya mutakhir ini, kesemua kejayaan PAS yang tertera di atas bakal terencat atau mengalami setback yang mengecewakan.

Permasalahan parti ini, samada yang bersifat keberentakan dalaman mahu pun yang bersabit dengan masalah hubungan di antara rakan komponen PR, mengakibatkan pemerhati politik khuatir dan cemas.

Lebih gusar lagi adalah pendukung dan aktivis parti di akar umbinya, yang secara langsung bakal menanggung kesan serta akibat konflik tersebut, khasnya di negeri pantai barat: Selangor, Kuala Lumpur, Perak serta Melaka-Negeri Sembilan-Johor.

Sebagai contoh, cadangan untuk bersedia bertanding bersendirian atau keluar daripada PR atau menyuruh sesetengah ahli dan kepimpinan keluar parti, adalah tidak harus dilayani atau disokong.
Pimpinan yang matang dan tidak gelojoh serta "ekstrem" tahu akan erti "mengurus ikhtilaf" atau perbezaan dan kepelbagaian dalam sebuah organisasi dan koalisi yang semakin kompleks.

Sementara dalam mengurus isu hudud pula, seteru tradisi PAS sedang menggoda dengan pelbagai cara. Musuh tetap musuh, meskipun tampak "ikhlas".


Sayugia dingatkan tuntutan Allah supaya kita hazar (berwaspada) dan pesanan Nabi bagi mengelak dipatuk dua kali dari lubang yang sama. Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Fadzil Noor acap mengingatkan kita.

Seandainya PAS terus terjerumus akibat kehilangan "jalan cerita" atau "losing the plot" sekali lagi, maka kita bakal mengulangi nasib yang sama seperti pengalaman PRU ke-11 (2004).

PAS dikhuatiri akan kehilangan sokongan baharunya di kalangan Melayu-Islam di bandar dan pinggir bandar, dan tentunya tidak dapat bertahan mengekalkan kepercayaan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

Seterunya sangat mahukan natijah ini bagi menggagalkan PAS dan menghancurkan PR. Minta Allah jauhkan!

Setiap kali PAS merasakan parti dan jenteranya "kuat", Allah mengajar kita dengan keputusan yang menginsafkan kita. Di samping pengalaman 2004, pengalaman PRU ke-7 (1986) juga menyedarkan kita. PAS hanya tinggal kerusi tunggalnya, Pengkalan Chepa, di Parlimen dalam pilihan raya yang menyaksikan PAS meletakkan seramai 98 calon, paling tinggi dalam sejarahnya (jumlah kerusi Parlimen 177).

Apakah kepimpinan PAS di peringkat pusat serta di peringkat akar-umbi, khasnya di ambang Muktamar ke-61 ini, akan mengizinkan PAS mengundang nasib buruk ini sekali lagi?

Mampukah PAS kini mengelak kesilapan lamanya?

Berjayakah PAS mengawal suara emosi (‘atifi) supaya jangan mengatasi suara ilmu, kekuatan informasi dan panduan pengalaman (tajribah)?

Penulis akan terus berkongsi pengamatannya dalam artikel seterusnya yang berjudul “Selamatkan PAS”.

Sumber DD - 16-4-2015























































Saya tidak tahu atas akta apa kami dipanggil

MUHAMMAD FAISAL | .


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad sedia beri kerjasama kepada pihak polis berhubung himpunan 28 Mac lalu.

Beliau yang hadir bersama-sama Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Fakhrurazi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi apabila dipanggil pihak polis berikutan penglibatannya pada himpunan Demo Bantah GST.

"Kami tidak tahu apa yang pihak polis mahu, kita terlibat dalam perhimpunan mempertahan hak rakyat.

"Saya juga tidak tahu atas akta apa kami dipanggil, namun kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis," katanya pada sidang media di hadapan IPD Dang Wangi.

Beliau yang turut mempertikaikan tangkapan-tangkapan yang dibuat pihak polis sebelum ini terutamanya melibatkan pihak pembangkang.

"Saya kurang memahami di sebalik tangkapan yang telah dibuat, adakah ia untuk mengalihkan perhatian rakyat.

"Pihak polis sepatutnya beri fokus kepada isu jenayah yang semakin meningkat, himpunan membawa suara rakyat terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/4/2015

Sumber HD - 16-4-2015

Siapa menang; regu Dr Mahathir-Ku Li atau Najib-Umnonya?

Posted on Tuesday, April 07 @ 13:15:40 MYT by paktam

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad 


Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang bersara sejak Oktober 2003, masih berbisa. Menghimbau rentetan sejarah politik negara, hanya Tun Razak saja yang tidak digugat beliau.

Benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menyelamatkan beliau dalam pertarungan sengit pemilihan parti pada 1987. Benar, Najib yang juga ketua Pemuda Umno ketika itu, menukar sokongan dari lawan atau pesaing Dr Mahathir sekali gus menyelamatkan beliau dengan kemenangan tipis. Pesaingnya ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Umum masih ingat, Umno berpecah akibat pertarungan bersejarah itu.

Gelagat orang politik adalah persis dikatakan Henry Kissinger; ‘America has no permanent friends or enemies, only interest’. Nah, meskipun penulis kurang senang dengan ‘maxim’ atau kaedah politik ini, namun itulah ‘hakikatnya’ dalam politik; ‘musuh mahupun kawan bukan untuk selama-lamanya, yang kekal adalah kepentingan’.


Dr Mahathir yang mempertingkatkan serangan di Facebooknya mutakhir ini diramal berpotensi menumbangkan Najib. Beregu dengan Ku Li, seluruh warga Umno, khas ‘warlords’nya, tidak lagi boleh buat pekak kepada asakan kedua-dua tokoh veteran parti Melayu terbesar di negara ini.

Prestasi Najib dikatakan Dr Mahathir lebih teruk daripada perdana menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdulah Ahmad Badawi (Pak Lah). Ingatan umum masih segar Dr Mahathir dan Najib menyingkir Pak Lah kerana kononnya, kepimpinannya lemah. Sekarang kalimat jelik itu ‘boomerang’ kepadanya.

Meskipun 160 daripada 193 ketua bahagian Umno menyokong Najib pada 8 Mac lalu (di Pusat Dagangan Dunia Putra) dan semalam ketua BNBBC juga menyatakan sedemikian terhadap Najib, umum sedar isu yang dilontar Dr Mahathir sukar untuk ditangkis atau dipertahankan.

Mungkin Umno belum mahu untuk menukar presidennya atau sebab seperti didakwa Dr Mahathir, mereka setia secara 'buta tuli' kepada pemimpin. Pun begitu, yang jelasnya kini, Najib tidak lagi boleh bertahan dengan berbisu seribu bahasa.

Pelbagai isu dibangkitkan Dr Mahathir sejak serangan terhadap Najib mula dilancarkan termasuk kemewahan dan kekayaan luar biasa anak tiri perdana menteri itu serentak mempertikaikan kekayaan keluarga Najib sendiri. Laporan dibuat majalah The New York Times (8 Februari, 2015) menggemparkan umum.

Tidak perlu mengulang siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000 (RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.

Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas termasuk cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times itu juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.

Namun yang bakal mengundang bala dan musibah besar terhadap karier politik Najib ialah ulangan asakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan pembabitan 2 anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang disabit kesalahan membunuh, oleh mahkamah. Sirul terkini mendakwa beliau melakukan perbuatan itu mengikut arahan.

Menghimbau ingatan, pelbagai soalan masih tidak terjawab bersabit penggunaan C4, Deepak, PI Bala dan mengapa DSP Musa Safri, orang atasan Sirul dan bekas pembantu (ADC) Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, tidak dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

Dr Mahathir tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah pembunuhan ini. Kenyataan Dr Mahathir berhubung Sirul pernah berkerja sebagai pengawal peribadinya dan tidak pernah pula membunuh sesiapa ketika itu, adalah pelik. Apa yang mahu dimaksudkan Dr Mahathir terdedah kepada pentafsiran. Tegasnya buat Dr Mahathir, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Isu kedua kembali bersabit tuduhan penyelewengan urus niaga 1MDB melibatkan berbilion ringgit oleh Jho Low, rakan Najib dan Rosmah. Tuduhan ini tidak lagi boleh lagi dijawab Najib dengan mendakwa semua itu hanya pembohongan atau Deloitte menjalankan 'pengauditan forensik’ terhadap 1MDB. Penulis ini tidak pula ingat tentang audit forensik itu, tetapi 160 ketua bahagian Umno percaya termasuk ketua BNBBC penjelasan Najib.

Lebih khusus, di samping perpindahan AS$700 juta (RM2.5bilion) yang jelasnya kesalahan pecah amanah (CBT) ke akaun Swiss Bank milik Low Taek Jho atau Jho Low. Banyak lagi isu yang berserabut dalam urus niaga 1MDB termasuk pembelian 1MDB oleh syarikat Tun Taib Mahmud, iaitu Utama Banking Berhad (UBG) yang penuh kontroversi. Pembelian melibatkan dana RM1.4 bilion itu menggunakan dana milik 1MDB sebanyak RM850 juta.

1MDB menjadi lambang kebobrokan tadbir urus kewangan era Najibnomics yang dulu dibanggakan. Kebetulan sebuah Harvard Business School pada 2009 bersedia membuat ‘case study’ tentang reformasi ekonomi yang dianjurkan Najib.

Mungkinkah Umno belum bersedia mengundurkan presiden mereka kerana takut karam bersamanya? Mampukah Najib dan ketua bahagian bersama BNBBC bertahan pukulan atau ‘onslaught’ regu Dr Mahathir - Ku Li kali ini? Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ku Li sendiri atau tokoh baru bakal menjelma? Bersediakah rakyat menerima atau ada formula lain sedang dirundingkan beberapa pihak?

Sama-sama kita saksikan pergolakan episod seterusnya

Sumber DD - 7-4-2015

NEGARA ALAMI KEGAGALAN KEPIMPINAN YANG KRONIK - AK PAS PUSAT


YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK - PMM


Negara alami kegagalan kepimpinan yang kronik

Posted on Sunday, April 05 @ 16:06:42 MYT by paktam

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD

PERNAH saya buat ramalan dalam penulisan bertarikh Nov 2014 lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat dari skandal 1MDB.Dengan serangan yang sangat dahsyat yang dilancarkan oleh Tun Mahathir dalam media Facebooknya semalam, telahan saya itu semakin tampak nak menjadi kenyataan.
Tun yang sudah menjadi mantan PM sejak Oktober 2003, masih punya pengaruh berbisa dalam apa jua singgungannya akan perihal politik negara. Itu hakikat yang sukar ditolak kawan dan lawan.


Pertama, Tun mahukan siasatan tentang dakwaan Sirul bahawa beliau yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah, membunuh wanita mongolia, Altantuya, yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam, adalah dibuat di bawah arahan.

Tun tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah. Sebagai pengawal peribadi DS Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang beri arahan tersebut. Tun menyebutkan amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Dalam hal 1MDB Tun menegaskan bahawa tuduhan penyelewangan dalam urus niaga berbilion ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini kata Tun, tidak dijawab selain daripada berkata ia adalah pembohongan.

Tun telah membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang urusniaga 1MDB termasuk perihal bayaran US$700 juta yang dibayar kepada PetroSaudi dan kesahihan wujudnya aset syarikat itu sebenarnya.

Juga turut dipertikaikan adalah kekayaan Jho Low serta hubung kaitnya dengan kemewahan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang juga terlibat dalam ratusan juta ringgit urus niaga termasuk penerbitan filem, 'Wolf of the Wall Street' dan perolehan apartmen mewah di New York dan Hollywood dan lain-lain.

Tegasnya Tun mendakwa bahawa rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak lagi percaya kepada Najib dan BN akan kalah dalam PRU ke14 akan datang.

Dengan serangan paling tajam dan ganas ini, maka wibawa dan integriti Najib adalah sangat tercalar. Najib berdepan dengan ujian yang bukan kepalang kali ini.

Mungkin Umno belum mahu untuk menukar Presidennya, sebab dakwa Tun M, mereka setia secara 'buta tuli' kepada pemimpin.

Namun sebenarnya umum tahu bahawa Umno tidak mahu 'rock the boat' sehingga Kapal Titanik kemegahan mereka berserta nakhoda dan anak-anak kapal seluruhnya akan turut karam bersama.

Apakah kita sedang menyaksikan satu episod terakhir sejarah politik Umno yang bakal menghuru-harakan bukan saja parti politik Melayu terbesar di dunia itu, bahkan berpotensi mencetuskan krisis kepimpinan negara sehingga boleh diiktiraf sebagai menjadi satu 'Failed Leadership', (Kepimpinan Gagal) sekaligus membahayakan negara -kalau pun belum boleh disebutkan sebagai sebuah 'Failed State' lagi.

Apakah tindakan rakyat, yang berkebetulan juga sedang berdepan pelbagai tekanan hidup akibat tadbir-urus yang sangat culas serta boros dan kemelut yang menekan kesejahteraan dan kedamaian mereka?

Apakah masanya telah sampai untuk kita tekan 'The Reset Button' untuk negara ini- setelah Tun M dan YBM Tengku Razaleigh sendiri sudah menekan 'The Panic Button' untuk membuat kejutan dan meniup semboyan kepada ahli Umno, bahkan kepada rakyat seluruhnya?

Sama-sama kita fikirkan! Allah Selamatkan Negara Tercinta ini! –

         
Sumber DD - 5-4-2015


GST : MENTERI GUNA HUJAH IKUT KEPERLUANNYA - DR DZUL


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34613-gst-menteri-guna-hujah-ikut-keperluannya

Sumber HD - 30-3-2015


DR DZULKEFLY DITUMBUK SELEPAS BALIK DARI SOLAT SUBUH - SUHAIZAN



DR DZULKEFLY AHMAD - AJK PAS PUSAT / CEO PPP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34175-dr-dzulkefly-ditumbuk-selepas-balik-dari-solat-subuh

Sumber HD - 5-3-2015


BOM JANGKA 1MDB : KATA DUA BUAT PM NAJIB - DR DZULKEFLI


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34072-bom-jangka-1mdb-kata-dua-buat-pm-najib

Sumber HD - 26-2-2015


TG NIK AZIZ DALAM PENTAS DAN JALUR PERJUANGAN POLITICAL ISLAM - DR DZUL


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MANTAN AL MURSYIDUL AM

http://www.harakahdaily.net/index.php/dr-dzul/33915-tg-nik-aziz-dalam-pentas-dan-jalur-perjuangan-political-islam

Sumber HD - 17-2-2015

































































Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya?

DR DZULKEFLY AHMAD | .


PENULISAN ini adalah cubaan menziarahi kembali Perhimpunan Agung Umno (PAU) serta membaca politik Umno; khasnya tentang kepemimpinan Presiden dan Timbalannya, dalam cita-cita untuk mengemudi seterusnya perjuangan yang semakin getir seumpama sedang melalui lautan penuh gelora.

Ucapan yang kurang enak serta menghampiri ‘lucah’ seperti ‘membakar coli’ dan ‘minyak pelincir’ kurang sangat nilai ilmiahnya termasuk juga cakap-cakap macam ‘ustaz dan ustazah ekspres’ yang tebal dengan prejudis tidak wajar dilanjutkan. Cakap terbuang namanya.

Kalau boleh saya cadangkan kepada warga besar Umno kedua-dua pimpinan Wanita Umno ini wajar ditolak segera oleh Umno kalau Umno nak ‘survive’. Akan tetapi kalau mereka dikekalkan bahkan diangkat lebih tinggi lagi, bagus sangat untuk pembangkang di negara ini. Itu semua saya tak mahu campur. Ikut ‘pandai’ Umnolah.

Walau macam mana pun gegak-gempita ucapan perwakilan lain, di mana-mana perhimpunan parti politik di muka bumi ini, hanya ucapan orang nombor satu dan dua sahaja yang wajar diberikan tumpuan. Yang lain itu sekadar menambah rempah ratus, sesudu dua ajinamoto sahaja. Dengan kekangan ruang, maaf tidak wajar saya melanjutkan untuk memberi laluan kepada yang lain, walaupun ada dikatakan menarik.

Saya tumpukan dulu ucapan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sejak bermain peranan ‘second-fiddle’, peribadi ini memang diakui umum tidak pernah menyerlah.

Berucap atau tidak, tidak sangat jadi pertikaian ahli apatah lagi pihak awam atau media. Jarang-jarang mungkin kadang-kadang sangat yang menyerlah dan selalunya tidak dipeduli. Lazimnya hambar.

Tidak begitu dalam PAU yang baru ini. Berkebetulan saya berada di hadapan set TV ketika itu. Saya tonton dan dengari seluruh ucapan beliau. Bukan sahaja punya ‘wow faktornya’ tapi sangat berlainan dan berbisa.

Lebih penting bagi saya selaku penganalisis politik yang memimpin sebuah think-tank parti adalah untuk membaca semuanya dengan beberapa lapis bacaan. Saya mahu lanjutkan naratif dan pengamatan ini.

Tentangan Terbuka



Menyimpang sedikit, tentangan terhadap Presiden Umno bukan lagi satu rahsia. Ia telah menjadi satu ‘open-secret’ atau rahsia terbuka. Wujud ketidakselesaan terhadap dasar serta kecenderungan kepemimpinan Presiden parti.

Penentangan terhadap dasar-dasar ‘liberalisasi’ ekonomi dan kewangannya telah lama dinyatakan oleh ‘warlords’ parti yang sangat tebal doktrin ‘Kemelayuan’nya. Kesemua dasar ‘liberalisasi’ ini ditanggapi kelompok ini sebagai menggugat kepentingan Melayu.

Pun begitu ‘warlords’ beserta sebahagian besar ahli parti menyatakan tidak persetujuan mereka apabila Presiden Umno menamatkan undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Kanun Darurat peninggalan penjajah British.

Nah, apakah ini ‘backdrop’ politik yang melatari ucapan Timbalan Presiden Umno ini? Pastinya kalau perhitungan tentang janji Presiden mereka untuk memansuhkan satu lagi akta peninggalan penjajah yang sangat besar manfaat dan kegunaan untuk parti pemerintah di negara ini yakni Akta Hasutan 1948.

Perhatikan kembali ucapan Muhyiddin dan kita tekuni ma’ani atau maksud-maksud yang sarat dalam bait-bait ucapan beliau tempoh hari.

Mungkin ada beberapa perkara yang wajar saya tonjolkan tentang ucapan beliau yang sangat besar maknanya. Sayugia diingat ucapan ini dibuat Muhyiddin pada perasmian Perhimpunan Wanita dan Pemuda.

Saya memerhatikan kritikan beliau tentang ekonomi khususnya kesenjangan atau jurang antara kaya-miskin dan antara kaum Melayu-Bumiputera dan Bukan Bumiputera adalah sangat bertepatan. Sandaran statistiknya sangat tepat dan relevan. Beberapa contoh boleh saya ulangi di sini.

“Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676.”

“Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan.” (point 13)

“Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka.”

“Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera. Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran.”

Kesemua ini akhirnya saya perhatikan tersimpul dan terangkum maksudnya dalam ayat ini:

“Saya ingin mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju”.

“Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi.

"Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan.”

Nah... pada pengamatan saya Najib di'checkmated' oleh Muhyiddin. Hampir sahaja Muhyiddin mahu isytiharkan bahawa bosnya telah gagal. Dalam politik “timing” atau “kejituan waktu” adalah segala-galanya dalam perlaksanaan strategi.

Punyalah banyak program-program GTP, ETP, NKRA dan NKEA dengan segala KPI dan SRInya, tetiba sahaja Muhyuddin secara lantang dan di hadapan semua perwakilan Wanita dan Pemuda,mengisytiharkan bahawa beliau mahukan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu!

Dengan kata lain, Najib telah gagal kerana kemiskinan masih wujud di kalangan Melayu-Bumiputera dan gejala jurang kaya-miskin terus melebar di antara kaum.

Program Liberalisasi Najib sekaligus diimplikasikan sebagai punca kegagalan dasar-dasar ekonomi Najib. Aneh analisis ini! Hanya yang naïf politik yang membacanya dengan selapis sahaja.

Menekan Najib

Seolah-olah tidak cukup lagi untuk ‘menekan’ Najib, Muhyiddin beralih kepada isu yang lebih membakar yakni Akta Hasutan yang telah pun dijanjikan Najib kepada rakyat dalam dua pernyataan beliau untuk memansuhnya.

Dunia dah ketahuan dan sebuah interview dengan BBC pada Julai 2013, Najib telah menyebut akan memansuhkan Akta Hasutan ini. Lebih awal lagi pada 12 Julai 2012, Najib menyebut di hadapan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

Apakah kenyataan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohammad bahawa Melayu akan menjadi seumpama “Red-Indians” di Amerika satu kebetulan atau semua telah diorchestrated dan ‘stage-managed’? Hanya Allah yang lebih Mengetahui!

Muhyiddin membuat saranan yang tajam dan tegas, memintas Najib dalam hal polemik ini.

"Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan.

"Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan.

"Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

"Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing."

Berdepan dengan asakan Muhyiddin pastinya merimaskan Najib. Beliau sememang tidak punya banyak opsyen kecuali untuk tunduk dan akur kepada orang nombor duanya yang kelihatan lebih mantap dan bersedia kali ini.

Nah, apa lagi keupayaan Najib untuk membuat sikap yang tegas serta pendirian yang tidak berganjak dalam hal Akta Hasutan ini? Akhirnya beliau terpaksa mengakui setelah mendengar kehendak seluruh ahli Umno, maka beliau mengambil sikap untuk mendengar pandangan ahli.

Paling jelas dan tuntas ‘serangan’ Muhyidin terhadap Najib adalah dalam isu pemilihan parti. Saya ungkapkan kembali secara verbatim.

"Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini."

Pada awalnya Muhyiddin bercakap tentang masa yang semakin suntuk untuk Umno berubah, diberi setahun sahaja lagi. Kemudian beliau mahu pemilihan tahun depannya tetap dijalankan! Apakah mesej semua ini?

Tegas beliau, "If change does not happen, we have to engineer the change" (Jika perubahan tidak juga berlaku, kita yang kena ubahkan).

Cakap-cakap yang Muhyiddin hendak bersara pasti ‘spin’ yang dibuat oleh satu pihak yang mahukan beliau digantikan. Oleh siapa ya?

Bagaimana pula dari pihak Presiden Umno itu sendiri dalam menangani serangan yang bertali arus dari segenap sudut ini.

Kini Tun Mahathir sudah mulakan tembakan beliau tentang kegagalan PAU menangani isu 1-MDB, TPPA dan jurang-kaya miskin.

Mampukah Najib bertahan?

Muhyiddin Tidak Lagi Berselindung

Setelah dibutirkan penampilan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyuddin Yasin yang agak mantap, saya akan berkongsi pengamatan saya tentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Saya hanya minta diizinkan berterus terang dan tidak perlu sangat menyantuni diplomasi dalam berkarya. Takut-takut tak kesampaian maksud sebenar nanti.

Sukar untuk dinafikan bahawa Najib pastinya gugup dan tersentak mendengar ucapan Muhyiddin yang luar biasa petahnya. Lebih mengganggu kestabilan emosinya adalah terjahan beberapa isu yang difahaminya sebagai memintas, mengepung bahkan mengikat beliau.

Garis ucapan Najib wajarnya berbeza supaya tidak dilihat terperangkap dalam kerangka dan kotak pemikiran Muhyiddin khasnya dalam isu-isu seperti agenda tuntutan pemilihan parti yang beliau desak supaya langsungkan juga dan tidak ditangguhkan.

Lafaznya jelas... "kita perlu merekayasa perubahan... ‘If change doesn’t happen, we have to engineer the change’... jarang-jarang sangat dia berbahasa penjajah... kalau perubahan tidak berlaku kita yang perlu mengubahnya. Tegas beliau lagi, "justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti pernah dilakukan sebelum ini."

Juga tegas dan tajam adalah tuntutan Muhyiddin supaya dirangka Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka. Bukankah segala GTP, ETP, NKRA dan NKEA serta segala KPIsnya di bawah Pemandu itu kebanggaan Najib. Pendeknya NAJIBNOMICS lah! Sederap kata-kata Muhyiddin, tampak Najib semacam terkulai. Di mana jawab balas Najib sama ada dalam ucapan dasarnya mahupun penggulungannya?

Di mana penjelasan Najib yang menerangkan bahawa kita tidak perlu semua itu kerana kita telah ada segala Program Transformasi Ekonomi (ETP) mahupun Transformasi Kerajaan (GTP)?

Tegasnya beliau seakan-akan mengaku kalah dan bersalah. Sebab Muhyiddin tampilkan statistik dan tulisan-tulisan terkini. Bukan sahaja menyebut buku-buku Joseph Stiglitz dan Piketty tetapi membawa statistik dan ‘evidence’ terkini dengan penulisan Dr Mohammad Khalid (The Colour of Inequality) dan Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy.

Mesej Menjadi Lantang

Kalau Najib tak faham lagi biarlah saya tambah semangkuk dua untuk betul-betul pastikan gol disumbat kemas-kemas. Mesej ini telah menjadi lebih lantang dengan peluncuran Laporan MHDR atau Malaysia Human Development Report Bangsa-Bangsa Bersatu. Secara lebih khususnya betul Perikatan-BN telah menurunkan Kadar Kemiskinan dari 49% isi-rumah (household) pada tahun 1970 ke serendah 1.7% pada 2010.

Sementara kadar kemiskinan telah berjaya ditangani yang menjadi pertikaian kesemua pakar-pakar ekonomi mutakhir ini adalah persoalan Jurang atau Kesenjangan kaya-miskin bukan sahaja disegi pendapatan (income) tetapi jauh lebih parah, sama ada dalam sesuatu kaum mahupun antara kaum ialah jurang kekayaan (wealth) diukur dari segi aset. Ini bicaranya Muhyuddin!

DEB berjaya mensasarkan penurunan kadar kemiskinan tetapi jurang dan kesenjangan masih lagi berleluasa dan program Najib dan sebelumnya, pendeknya gagal! Itu mesej Muhyiddin!

Meneliti ucapan dan penggulungan Najib langsung tidak terjawab! Pada saya KO atau ‘Knock-Out’ Najib! Dengan kata lain, apa jaminan kalau Najib diberi lanjutan kepimpinan dalam Umno-BN bahawa beliau akan memperbaiki prestasinya. Muhyiddin dan warlords Umno telah pun mengisyaratkan tidak persetujuan program Najib melalui Pemandu!

Muhyuddin secara tegasnya mahukan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum dan menuntut Dasar Ekonomi Nasional yang baru.

Nah, meneliti kembali ucapan Presiden Umno tempoh hari, saya masih tercari-cari kata-kata ibunya, yang mega dan bersifat ‘visionary’. Maaf, tegasnya tak ada.

Najib sememangnya tahu bahawa beberapa warlords termasuk dua Tun telah bersuara -- Mahathir dan Daim. Kritikan mereka sebelum PAU adalah sangat keras dan tajam. Isunya ialah 1MDB yang kepada Mahathir dan Daim adalah ‘debacle’ atau mala petaka menunggu meletup. Tun Mahathir dan Daim telah ‘mengherdik’ Najib dengan pelbagai cacian yang sangat pedas. Mereka mengharapkan akan ada perwakilan atau juga pimpinan yang mengangkat isu-isu ini termasuk TPPA yang beliau bangkitkan.

Najib sebaliknya lebih sibuk menghitung popularitinya yang mesti sentiasa diukur nisbah orang nombor duanya. Dilihat dan ditanggapi lemah oleh perwakilan bakal membawa bencana dan padah untuk kesinambungan kepimpinannya. Maka itu lebih besar manfaatnya dari cuba mengetengahkan isu 1MDB atau pun TPPA, mentelahan kedua-dua ini, Muhyiddin secara mudahnya boleh lepas tangan.

Bahkan dia boleh sahaja meletakkan seluruh punca masalah kepada Najib selaku bos nombor satu. 1MDB ialah Najib dan Rosmah, mengikut persepsi umum, khasnya kerana keterlibatan Jho Low, anak muda jutawan yang kaya-raya serta kaitannya dengan 1MDB. Meskipun tidak seorang pun tahu apa pegangan saham Jho Low dalam 1MDB.

Tidak ada retorik baru atau ‘slogan baru’ yang baru kecuali “Solidariti Melayu dan Bumiputera” yang dilafazkan bersekali dan senada dengan “Solidariti Umno”. Nak dibawa ke mana retorika ini Najib?

Sangat janggal seperti picisan yang amat asing dan tersasar. Dalam suasana landskap politik negara melalui peredaran dan berangkat meninggalkan segala yang bersifat ‘feudal’ dan ‘kuno’ dengan Politik Baru yang serba ‘terangkum dan inklusif’, Najib tiba-tiba sahaja mengungkapkan wacana dan ‘discourse’ bahasa yang sangat ‘aloof’ atau ‘terpisah’ dalam alam khayalan Umno lama dan pastinya bukan Umno Gen-Y, Umno Khairy, Umno Saifuddin, Umno Ashraf Wajdi dan Umno Puteri!

Maka ketika Najib cuba membawa perihal ‘Peremajaan Umno’ dengan ungkapan istilah JIL Umno, pastinya rekaan Wajdi dan Fathul Bari (tekaan penulis), pertaliannya menjadikan Umno dipersepsi semakin eksklusif oleh umum. Tambahan dengan orientasi yang mahukan pemerkasaan Akta Hasutan, Umno jelasnya tidak dapat tidak dilihat sebagai bergerak kebelakang dengan penuh paradoks dalam era pencerahan politik dan pendemokrasian.

Umno sudah menjadi parti ‘ekstrem kanan’ atau ‘far right’ di segi spektrum ideologi yang difahami bahasa Sains Politik. Tambahan Najib dan Umno kini yang sangat selesa dan melazimi NGO Melayu-Islam yang ditanggapi umum sebagai ‘ekstrem kanan’ dengan pegangan doktrin ‘Melayu-Islamist’ supremacist.

Di mana yang hendak dikatakan peremajaan Umno. Yang dimaksud ‘remaja dan peremajaan’ adalah diukur bukan sahaja usia mereka tetapi dengan nilai, aspirasi dan cita-cita golongan muda. Bolehkah kita bayangkan seangkatan anak muda berusia di bawah 30 tahun contohnya, tetapi mempunyai ‘worldview’ yang feudal, aristokratik, rasis dan fasis dan sangat ekstrem seperti Taliban di segi pegangan agama dan pembawaan kehidupan.

Di situ paradoksnya kalau bercakap tentang 'peremajaan' tetapi tidak diberikan 'pencerahan' yang diperlukan bagi membolehkan potensi mereka dikembangkan dan menjadi anasir yang menyatukan umat dan bangsa-negara.

Di sini letak kegagalan 'peremajaan Umno' yang sangat ‘superficial’ dan tertumpu hanya kepada peralihan generasi untuk 'jawatan' atau dengan kata ‘kuasa, pengaruh dan kemewahan’ tetapi tidak berangkat meninggalkan segala kebobrokan serta tradisi dan ‘baggage’ Umno yang usang dan mengaibkan.

Rakyat tidak berhajatkan JIL Umno yang berperangai macam Umno lama yang didakwa umum ‘membolotkan kekayaan dan memperkaya suku-sakat’.

Apakah saya merekayasa kesemua ini? Pastinya tidak!

Tun Mahathir sendiri membuat sebutan bahawa beliau kecewa PAU tidak membahaskan perkara-perkara yang bersabitan 1MDB, TPPA dan gejala kewujudan kaya-miskin! Apa perlu mengangkat isu-isu negara dan nasional ini, kalau pun tidak perlulah diulangi menyebutkan kegelojohan dan kerakusan penguasa pilitik Umno-BN tentang perihal NFC dan PKFZ?

Sebab menyebut dan mengangkatnya isu-isu ini akan menginsafkan ‘JIL Umno’ akan kepincangan tadbir-urus dan tuntutan pentadbiran yang bersih, telus dan bertanggungjawab. Untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, bukan sahaja sokongan orang Umno diperlukan, bahkan Umno mesti menyatakan bahawa mereka telah sedar dan berani mengaku kesalahan dan kesilapan lampau dan mahu berubah.

Pastinya kepercayaan rakyat yang telah tertipu kesekian lamanya ini, tidak boleh dipulihkan dengan hanya laungan slogan "Hidup Melayu" atau pengenalan kalimat-kalimat besar seperti Solidariti, Peremajaan dan JIL Umno wahai Presiden Umno!

Mentelahan pendedahan Laporan Transparency International Malaysia (M-TI) baru-baru ini yang menyenaraikan ‘Orang dan Parti Politik’ yang paling korup berbanding kelompok kerjaya yang lain termasuk Polis dan Kastam.

Kemudiannya disusuli pula oleh Tun Mahathir beberapa hari berikutnya dengan menyebutkan "parti politik kebelakangan ini semakin korup".

"Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik guna kedudukan kumpul kekayaan peribadi."

Siapa Yang Tumbang Selepas Perhimpunan Agung Umno?

Kelincahan gelagat dan pidato Presiden dan Timbalannya dalam PAU sukar untuk dinafikan, baik oleh kawan atau lawan. Cara ucapan umum atau ‘public speaking’ kedua-dua pemimpin Umno ini semacam mereka itu ‘finalis’ dalam ‘pertandingan’ untuk merebut siapa juara pemidato dalam Umno.

Sesekali terasa mual dan jelek pulak bila berlebih-lebihan atau ’over’ kata anak muda. Itu pandangan peribadi saya. Membaca dari dalam media sosial pula (Fb dan blog) semacam mengesahkan hakikat tersebut dan setiap ’kumpulan’ cuba mengangkat ‘bosnya’ serentak memperlekeh ‘pesaing’nya.

Kedua-dua pemimpin Umno ini tersilap dalam menanggapi apa yang dihajati dan diharapkan oleh seluruh rakyat di negara ini. Ya, rakyatlah yang bertanggungjawab menentukan sama ada Umno-BN terus memerintah atau di jadikan pembangkang di peringkat Persekutuan nanti.

Jelasnya kedua-dua mereka telah tersasar kerana hanya bermain dalam gelanggang Umno pada PAU itu, khususnya di penggulungan. Inilah apa yang dikatakan, dengan izin, ‘Playing to the gallery’.

Malangnya kalau pun semua ahli dan perwakilan dalam PAU, memberi ‘standing ovation’, bertepuk-sorak dan bertempek meneriak ‘Hidup Melayu’ sekuat-kuatnya, akan tetapi kalau rakyat dan pengundi diluar ‘gallery-gelanggang’ itu, menolak Umno-BN, maka kedua-dua pemimpin ini berserta seluruh pimpinan parti dan barisannya akan bakal tersungkur dan tumbang!

Justeru, saya mahu mengulas secara lebih substantif menghuraikan kenapa dan bagaimana mereka telah gagal mengekploitasi semaksimanya tumpuan seluruh rakyat terhadap PAU tempoh hari. Najib ada menyebut akan perihal itu, tetapi beliau sendiri lebih pentingkan ‘style’ dan gaya.

Jelasnya yang paling kecewa adalah Tun Mahathir sendiri. Umum mengetahui Tun adalah negarawan yang tidak pentingkan ‘style’ dan ‘bahasa yang berbunga-bunga’. Najib sejak dulu semacam nak menandingi ketua pembangkang dan kini dengan Timbalannya pun tampak macam dah kalah.

Pun begitu, Tun menyelar PAU sejurus selepas tirai PAU dilabuhkan. Berkebetulan Tun telah membangkitkan isu 1-MDB sebelum berlangsung PAU dengan sangat konsisten.

Amat mengecewakan Tun adalah kerana bukan sahaja kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu sengaja tidak menyinggung perihal 1MDB, isu itu tidak juga dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan yang berucap.

Turut menjadikan Tun berang kerana dalam banyak-banyak ucapan perwakilan tidak ada juga yang menyentuh isu TPPA dan paling mustahak adalah isu jurang kaya-miskin. Bagi Tun, sebagai parti pemerintah gamaknya, tidak membicarakan dan mendebatkan hal-hal ini, jelas membuktikan Umno tidak menghayati denyut nadi rakyat dan peka tentang apa yang menjadi topik perbualan rakyat teramai. Jelasnya bukan macam topik orang-orang Umno dan kuncu-kuncunya yakni hal kontrak dan kontrak.

PAU mempamerkan Umno yang sedang gusar dan dalam serba ketakutan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. PRU ke-14 itu masih jauh tetapi Umno dikejar dan dihambat dengan igauan yang sampai ke paras ‘paranoia’ dan ‘neurosis’.

Tidak mustahil seluruh pimpinan tertinggi Umno, perwakilan serta ahli-akar umbi parti mahukan Akta Hasutan dikekalkan malah diperkasakan justeru kerana menayangkan bahawa legasi peninggalan penjajah yang telah menghadiahkan mereka kuasa satu hari dulu, akan menyelamatkan mereka dari serangan pembangkang termasuk pimpinan NGO dan terkini sekumpulan 25 “Elit Melayu”. Hanya Pak lah yang berani menegur akan perkara tersebut.

Dalam serba keserabutan fikiran inilah terserlah fenomena ‘neurosis dan paranoia’ pimpinan Umno. Dengan kekangan ruang, saya hanya mampu memilih satu isu besar sahaja dahulu.

Najib dan Muhyiddin memilih untuk meyakinkan rakyat bahawa Umnolah pejuang Islam dan konsisten dalam mendukunginya. Saya petik untuk tatapan saudara kembali apa yang disebut Timbalan Presidennya.

"Saya pernah berkata bahawa jika kita menganggap Malaysia ini di bawah pimpinan Umno, berada di atas landasan perjuangan, mengikut syariat Islam dan hukum syarak dan ada orang kata sebaliknya pula, bagaimana kita hendak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan bahawa negara Malaysia ini, hala tuju yang dibawa oleh Umno dari dulu sampai sekarang ini adalah berpandu kepada tuntutan Islam yang sebenarnya, maka lahirlah cadangan supaya kita buat satu Indeks Syariah.

"Indeks syariah ini akan membuat penilaian sejauh mana negara ini bawah Umno menjaga agama kita, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga harta benda. Lima tuntutan maqasid syariah."

Sangat tidak sopan buat Muhyiddin yang secara semberono menyebutkan bahawa Umno telah melandaskan perjuangan parti Melayu terbesar itu di atas landasan Islam dan secara tiba-tiba mengisytiharkan juga bahawa 'liberalisme' telah menjadi musuh Umno nombor satu dan bukan lagi PAS.

Saya akan hanya mengulas dari satu sisi sahaja. Ditakdirkan sejurus PAU tamat, sebuah badan antarabangsa ‘Transparency International–Malaysia (TI-M) mendedahkan dapatan berikut mengikut ‘Malaysian Corruption Barometer’ (MCB) 2014 dari kajian di kalangan 2,032 responden.

Kelompok paling korup ialah parti politik (45%), diikuti oleh pasukan polis (42%) dikuti dan pegawai kakitangan dan penjawat awam (31%).

Umno yang telah memerintah negara ini untuk lebih 5 dekad lamanya dan diketahui sebagai parti politik paling korup sehingga pernah memecat pimpinan tertinggi parti kerana rasuah dan amalan politik wang dan akibat itu sarat seluruh jentera pemerintahan dengan rasuah, tiba-tiba mandakwa bahawa mereka telah berlandaskan semua amalan mereka di atas pentadbiran Islam?

Umno yang masih punya menteri-menteri, menteri-menteri besar yang sama ada telah sabit kesalahan mahupun dalam proses perbicaraan kerana amalan rasuah dan pecah amanah dalam kes-kes sperti KPFZ dan NFC, bersedia membuat dakwaan bahawa segala-galanya mereka telah lakukan atas nama Islam dan dalam penghayatan Islam?

Penguasa politik Umno serta kuncu-kuncu dan kroni yang telah membolot kekayaan negara dengan segala cara batil dan amalan kronisme yang menghampiri rasuah dan jenayah, tidak termasuk lagi hal hal pembaziran bersedia untuk mendakwa bahawa mereka telah melakukan semua itu dengan komplian dengan muamalat kewangan Islam?

Hanya instrumennya sahaja ‘syariah-komplian’, sama ada dalam PKFZ, NFC dan MITP dan lain-lain, tetapi penipuan, amalan direct-nego dengan harga yang sangat ‘bolated’, curang dan culas adalah segala muamalat yang bertentangan dengan Syariat Islam! Sila perhatikan ayat Allah SWT:

"Dan Janganlah kamu makan (atau mengambil) hak dan harta(orang lain) di antara kamu dengan cara yang salah..." (Al-Baqarah: 188)

Baru-baru ini kita diumumkan akan kewujudan 20 bilionair dan 30,054 jutawan. Alhamdulillah! Syabas! Kalau rezeki itu dari usaha gigih, cekal, kreativiti mereka tidak sesiapa yang harus cemburu. Mereka menjadi ikon dan ikutan golongan yang belum berjaya. Namun kalau di kalanagn mereka ini terdapat golongan dari kalangan orang politik dan kuncu-kuncunya, rakyat mahukan supaya mereka berani isytihar bagaimana kekayaan mereka itu mereka jana.

Mereka sendiri seharusnya sedar dan insaf kerana rezeki akan disuapkan ke mulut isteri dan anak-anak mereka dan menjadi darah daging zuriat sehingga ke anak cucu.

Nah, seandainya cara perolehan kekayaan ini adalah secara batil yakni rasuah dan segala cara yang salah, rakyat minta mereka segera bertaubat kerana rakyat sesungguhnya tidak redha wang dan dana rakyat dicuri dan rompak oleh golongan yang sepatutnya menjaga Amanah Rakyat! Mereka wajar pulangkan wang rakyat ini!

Sesungguhnya saya sedang dalam proses mendengar keluhan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat GLC yang sedang diasak dan diperas ugut oleh seorang menteri yang mahu diberikan sejumlah wang sebanyak RM50 juta bagi memudahkan syarikat beliau meneruskan perolehan yang dikeluarkan oleh kementeriannya. Beliau tidak akan lakukan!

Dikatakan bahawa wang tersebut adalah untuk diberikan kepada 5 bahagian. Senang-senang menjadi menjadi multi-millionaire dengan satu transaksi kontrak! Dan amalan ini dakwa beliau adalah lumrah. Lumrah di kalangan orang politik dan orang birokrat dan pegawa tadbir! Beliau menyebutkan tidak akan ‘tunduk’ namun kawan-kawan beliau dalam kedudukan yang sama tidak boleh beliau jamin.

Nah, ini tidak termasuk pelbagai cerita menteri yang meminta 5-10% bayaran upfront kepada syarikat-syarikat yang diberikan kontrak. Biasa sahaja itu. Saya terpaksa percaya kerana yang mencerita adalah pihak yang memberi dan mereka dikatakan terpaksa memberi kalau tidak tak dapat kontrak! Mereka pun dua kali lima juga.

Makanya wahai pimpinan Umno, anda janganlah bermudah untuk mendakwa bahawa Islam telah menjadi landasan perjuangan Umno! Jangan jadikan persepsi orang Islam dan bukan Islam tersalah tanggap tentang Islam itu kerana amalan buruk dan kebobrokan kamu.

Mutakhir ini menjadi lebih buruk kerana pegangan ekstremisme agama secara sempit yang diadunkan dengan doktrin ketuanan Melayu. Semua ini mahu dipaksa sebagai mendukungi Islam sementara Islam itu pada sifat hakikinya adalah penuh rahmat dan adil untuk semua... Alahai Umno! – HARAKAHDAILY 18/12/2014

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Dr Dzul Mengulas Harga Minyak - 
https://www.youtube.com/watch?v=mnoty-RYljY

Sumber HD - 18-12-2014

































































PAS desak Najib bertindak pertahan nilai ringgit

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

"Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah. Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit," tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbuat sesuatu bagi memastikan nilai mata wang dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukanlah satu petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion.

Dzulkefly menegaskan keadaan itu bertambah rumit dengan hutang kerajaan yang terus membengkak, di samping pelbagai keberantakan sosio-politik di garis etnik dan agama muktahir ini.

"Ketika orang ramai gembira dengan penurunan harga minyak mentah dunia itu, ia berbeza dengan Malaysia yang disifatkan sebagai negara pengeksport minyak, yang sudah tentunya akan memberi kesan rantaian ke atas hasil negara," kata beliau.

Sekalipun RON95 dan RON97 telah diturunkan, katanya rakyat tidak teruja dengan keadaan itu kerana harga diesel dinaikkan 3 sen ekoran kejatuhan minyak mentah dunia ke paras $68 se tong.

"Ramai sangsi bagaimana kira-kira dibuat tentang harga runcit, di mana pada penurunan minyak mentah 40 peratus sejak September lalu, dari $115 kepada $70, penurunan hanya pada takuk 1.7 peratus sahaja. Apakah dan bagaimanakah apungan terkawal dilakukan kerajaan?" soal beliau.

Jelas Dzulkefly, harga runcit ditentukan oleh Mean of Platt Singapore (MOPS) yang memasukkan kos operasi sebanyak 9.54 sen, 5 sen keuntungan syarikat minyak, 12.19 sen keuntungan stesyen minyak dan 5 sen Alpha yang berperanan sebagai penimbal, yang kesemuanya berjumlah 31.77 sen.

Tambah Dzulkefly, jika dilihat kepada mekanisme MOPS ini, kerajaan dilihat memberi jaminan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan stesyen-stesyen minyak, bagaimanapun tidak memberi jaminan kepada rakyat.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia disarankan agar mewujudkan aras tanda tersendiri yang menandingi MOPS seperti Brunei dan Saudi.

Sudah sampai masanya, kata beliau Malaysia yang berkeupayaan untuk menapis sendiri minyak memikirkan tanda aras tersendiri bagi mengelak ketidaktelusan tentang hitungan MOPS itu sendiri.

"Kita telah lama menggunakan MOPS, sedangkan keupayaan negara menapis minyak dan gas sudah melebihi 30 tahun, dengan stesyen penapisan di Port Dickson, Melaka, dan Terengganu," tegas beliau.

Ekoran itu, beliau turut mencadangkan kerajaan untuk menetapkan harga siling bagi minyak, bersesuaian dengan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga, tambah Dzulkefly diminta memberi keizinan kepada syarikat-syarikat minyak yang beroperasi hingga ke rantaian runcit supaya boleh bersaing antara satu sama lain.

"Pengusaha stesyen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain. Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara penguasaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna," kata beliau.

Malah, Dzulkefly berkata langkah tersebut dilihat tidak menyalahi undang-undang dan boleh diamalkan di negara ini. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014

Pelik, Adun BN tolak RM200 ribu

DR DZULKEFLY AHMAD | .

SAYA rakamkan ucapan Syabas kepada YAB MB Selangor yang membentangkan Belanjawaan Negeri yang punya matlamat yang jelas dan tidak sekadar populis, bertanggungjawab dan pruden.

1. Mengimbangi daripada anggaran bajet 2015 berjumlah RM2.422 bilion sebnyak RM1.288 bilion atau 53.19 peratus peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1.134 atau 46.81 peratus adalah satu pendekatan yang pruden bagi memacu kerancakan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Jelasnya ia lebih baik daripada bajet 2014 yg menggunakan 66.2 peratus daripada anggaran bajet untuk mengurus dan 33.8 peratus untuk pembangunan.

Kerajaan Persekutuan sebaliknya, sejak PM Najib, telah menggunakan hampir 80 peratus daripada bajet untuk peruntukan pengurusan yang membengkak. Hampir semua peruntukan pembangunan (20 peratus) adalah defisit yang dibiayai melalui pinjaman.

2. Syabas MB yg berani membentang 'Bajet Defisit' yang agak besar RM2.442 bilion, tetapi telah berazam untuk tidak membentang bajet tambahan kecuali kedudukan luar dugaan seperti mala petaka. Tuntutan adalah atas MB untuk mempunyai disiplin fiskal yang tinggi dan pihak Birokrat untuk memungut hasil cukai dan hasil bukan cukai dengan berkesan dan tanpa tiris.

3. Sementara itu saya perhatikan RM277.3 juta diperuntukan bagi program Merakyat Ekonomi Selangor supaya rakyat terus mengecapi kekayaan negeri Selangor dan RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.

4. Antara strategi belanjawaan, "membesarkan lapisan kelas menengah" adalah menarik, strategik dan penting.

Mengikut laporan UNDP-Malaysia yang baru dibentang semalam, kelompok kelas menengah di Malaysia mengalami kebekuan atau 'stagnation' pada jumlah sekitar 20 peratus rakyat berbanding negara yang telah maju seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura pada sekitar 50-55 peratus.

Selangor negeri terkaya dan termaju, wajar mempunyai kelas 'menengah atas' yang lebih lebar dengan kerancakan pelaburan dan kegiatan ekonomi bernilai tambah lebih tinggi dan golongan berpendapatan rendah memasuki kelompok 'menengah rendah' dengan pelbagai program HIJRAH untuk meningkat pendapatan.

5. Menyentuh tentang penolakan Adun BN peruntukan RM200 ribu. Beliau mengingatkan semua Adun sama ada daripada Pakatan mahupun BN bahawa peruntukan adalah untuk Rakyat.

Pelik apabila Adun BN tolak dan dengan hujah 'kita lebih banyak duit' mengikut kata YB Zein Isma. -"Boleh tahu duit individu pemimpin Umno ke atau duit Umno?

Boleh isytihar banyak mana dan dari mana datangnya?

Memang negara mengalami banyak kebocoran tapi tidak tahu duit pergi kemana? SPRM kena buat 'Money Trail' yang punya aset dan kekayaan yang 'melampaui' pendapatan dan perniagaan mereka. – HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014






































































1MDB: Saya ramalkan Najib tumbang kerananya

DR DZULKEFLY AHMAD | .


SAYA ramalkan PM DS Najib Tun Razak bakal tumbang akibat 1MDB!


Namun sukar hendak diramal waktunya secara persis. Lebih selamat kalau saya katakan selewat-lewatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan seawal-awalnya pada Perhimpunan Agung Umno akan datang.

Sengaja saya ambil ‘liberty’ atau ‘kebebasan’ untuk membuat congakan ini secara ‘intuitif’. Ia pendekatan ‘shock therapy’ bagi rakyat yang masih lena. Akan tetapi ia punya jalan pikiran atau hujahnya, bukan intuitif atau tembak begitu sahaja.

Saudara boleh sahaja tidak bersetuju. Bagi yang percaya ‘nujum’ saya ini, rumit buat saya. Saya bakal dituntut untuk ‘tunaikan’ semacam ‘janji’ ini, walaupun saya tidak pernah berjanji. Sekadar ramalan.

Saya lebih senangi kelompok ketiga yang tunggu dan lihat. Mungkin sahaja kelompok ini akan berubah sikap setelah membaca penghujahan nanti.

Paling penting PM Najib sendiri mungkin terkesan. Nah, dengan itu mungkin sahaja beliau mahu menyelamat dirinya. Maka ramalan Najib akan tumbang ini, adalah penyebab penyelamatnya. Satu paradoks juga. Itu pun kalau dia segera bertindak. Mari kita mulakan. Penulisan ringkas ini hanya kemaskini naratif yang panjang dan berliku-liku.

Serangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan mutakhir ini atas 1-MDB telah dilipatgandakan. Di samping Ketua Pembangkang, terkedepan ialah YB Petaling Jaya Utara dan kini dibantu YB Pandan, MP penggal pertama. Penulis sendiri tidak lagi dapat bersuara menyokong kawan-kawannya, sekadar menulis dalam media cetak dan portal. Najib gusar juga.

Sebaliknya, Najib boleh persetankan pelbagai kritikan tajam blogger popular pro-Umno. Akan tetapi, ketika dua tokoh Tun, juga mantan Menteri Kewangan, turut bersuara perihal 1MDB, maka ia bakal mengundang amarah rakyat bukan kepalang dan isyarat ‘mala petaka’ buat Najib.

Tambahan, setelah beberapa siri penulisan sebuah ‘Bisnes dan Pelaburan’ terkemuka di tanah air iaitu ‘The Edge’, maka Najib Tun Razak terus sengkak dan terjerut juga sudahnya.

Dengan rentetan ini meramalkan ‘karier politik’ bakal berakhir, tidak memerlukan seorang ‘pundit politik’. Pun begitu, ada yang kata saya keterlaluan.

1-MDB adalah sebuah ‘dana kekayaan negara’ atau ‘sovereign wealth fund’ kedua selepas Khazanah Nasional Berhad. Kedua-dua dimilikki 100% oleh Kementerian Kewangan. Misi korporat kedua-dua adalah ‘rakan strategik kerajaan bagi membantu menjana ekonomi berpendaatan tinggi, mapan dan inklusif’. Persamaan dua dana ini terhenti di situ.

Dari segi tadbir-urus kewangan dan prestasinya ia sangat berbeza. 1MDB adalah sangat ‘opaque’ dan ‘tidak telus’, berbeza dengan Khazanah. Penulis pernah bertanya kepada pihak Khazanah mengapa berbeza sekali tadbir-urus kedua dana ini? ‘No komen’ kata mereka. Pelik tapi benar.

Sejak penubuhan penuh kontroversi dengan cubaan kaitan dana Wang Ihsan Terengganu (TIA), IMDB tidak putus-putus mengundang kontroversi pada setiap pinjaman, pelaburan dan perolehan.

Nah, dengan tidak mengulangi apa yang pernah juga saya tulis (rujuk ‘1MDB: Rakyat tuntut ketelusan pengurusan dana rakyat’ - Harakahdaily dan ‘All 1MDB has to show is mountain of debt? - Malaysiakini) pertikaian kali ini tertumpu sekitar isu ‘Surat Sokongan’ sekali gus meletakkan risiko kepada kewangan negara.

Sedikit kemas kini, 1-MDB sebenarnya sudah empat tahun menanggung kerugian kalau tidak kerana ‘penilaian semula aset’ yang memberi ‘keuntungan atas kertas’ (paper profits). Dengan tidak ada ‘revaluation’ dana pemegang-saham atau ‘shareholders funds’ pada hakikatnya ialah negatif RM4.7 bilion.

Kerana hutang terlalu besar buat tahun kewangan 2014, 1-MDB gagal menunjukkan keuntungan walaupun kaedah ‘penilaian semula aset’ dibuat juga. ‘Revaluation’ aset dibuat sehingga ke paras RM896.8 bilion, tetap 1-MDB untuk tahun kewangan 2014 (FY2014) menanggung kerugian sebanyak RM665.36 bilion!

Masalah besar dengan ‘keuntungan atas kertas’ atau ‘paper profits’ dengan revaluation ini ialah ia tidak menghasilkan ‘cash-flow’ atau ‘pendapatan’. Penganalisis menghitung bahawa kadar pulangan pelaburannya masih tidak mencukupi untuk membayar kos pinjamannya.

Anggaran kos pinjaman (kadar faedah) 1-MDB bukan serendah 3.8% kalau setaraf dengan MGS (Sekuriti Kerajaan Malaysia), tetapi lebih tinggi antara 5.73% ke 7.61% tergantung kepada apa yang telah dilakukan secara ‘kreatif’ oleh penasihat kewangan 1-MDB. Ini parah buat 1-MDB! Mengapa terlalu jauh bezanya?

Nah, dalam kemelut mutakhir ini, PM Najib hanya bersedia mengakui bahawa kerajaannya hanya menjamin pinjaman sukuk oleh 1-MDB bagi jumlah RM5.8 bilion (USD 1.75 bilion) ketika hutangnya berjumlah RM36.25 bilion. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan di Parlimen baru-baru ini.

Pertikaian menjadi lebih sengit ketika Najib dan disokong oleh Ahmad Maslan pada November 6 lalu di Parlimen, menafikan bahawa kerajaan tidak menjamin pinjaman selain RM5.8 bilion tadi.

YB PJ Utara bersama YB Pandan seperti didakwa oleh Tun M dan kini telah juga didedahkan oleh majalah The Edge, mempertikaikan akan penafian yang dibuat oleh Pentadbiran Najib.

Jelasnya dari Surat Sokongan (Letter of Support) bertarikh 14 Mac 2013, yang dikeluarkan untuk 1-MDB sebagai penerbit (issuer), meskipun ia bukan satu Surat Jaminan, tetapi tertera secara jelas dalam para 3(b)..seandainya 1-MDB gagal untuk membayar atas apa jua sebab… maka kerajaan Malaysia akan masuk (step-in) untuk menyuntik (inject) sejumlah dana (the necessary capital) bagi melunaskan tanggungjawab penerbit (issuer) yakni 1-MDB kepada mereka yang memberi Hutang (Debt) tersebut.

Tegasnya, kalau pun Surat Jaminan (Guarantee Letter) tidak diberikan kepada 1-MDB dalam pinjaman kali ini yakni USD3bilion atau RM9.6 bilion oleh kerajaan Najib, jelasnya Surat Sokongan membawa implikasi yang sama.

Seandainya 1-MDB gagal membayar ansuran hutang mereka, maka kerajaan Persekutuan akan terpaksa campur-tangan serta menyuntik dana untuk mereka membayar hutang terebut. Ini pastinya adalah satu proses ‘Bailout’ atau ‘Menyelamat’ 1-MDB. Hutang 1-MDB bakal menelan berbilion ringgit wang rakyat!

Ya, terlalu banyak yang menjadi tanda-tanya akan perihal urus-tadbir 1MDB ini termasuk bayaran yuran terlalu mahal kepada pihak Goldman Sachs dan pelaburan berisiko tinggi di Cayman Island yang kini mula di’repratriate’ atau dikembalikan meskipun didakwa 1-MDB membuat keuntungan. Bagaimana panel pelaburan boleh mengizinkan dananya dibuat dalam portfolio seperti ini masih menjadi satu tandatnya!

Sementara rakyat diperah dan dibeban bagi membantu mengatasi defisit fiskal dan hutang kerajaan, Najib mengizinkan pelaburan 1-MDB dengan berbillion ringgit di luar negara secara culas atau ‘reckless’. Bukan sahaja itu, ia mengundang risiko hutang tak berbayar atau ‘corporate debt default’ ke paras mencetuskan ‘Tipping Point’ ke atas kewangan Kerajaan Persekutuan.

Seandainya Najib gagal bertindak maka beliau bakal dihukum rakyat dalam PRU ke-14. Lebih malang dan menggusarkan lagi buat Najib, war-lords dan mantan-mantan Tun dalam Umno sendiri akan mengambil langkah ‘intervensi’ menyelamatkan parti mereka.

Dari segi itu, nasib Najib akan sama seperti ‘boss’ yang disingkirkannya. – HARAKAHDAILY 18/11/2014

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidika PAS.

Sumber HD - 18-11-2014








































































Pluralisme agama: Mencari Pencerahan?

DR DZULKEFLY AHMAD | .

POLEMIK ‘pluralisme agama’ kembali mengambil ruang utama diskusi awam. Kali ini pastinya lebih sengit dan ganas. Sebabnya? Kali ini sebuah NGO, Sisters in Islam (SIS) telah mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Lebih menarik kerana sekumpulan ahli Parlimen PAS masuk gelanggang wacana ini seawal mulanya. Ahli-ahli yang berhormat PAS ini tegas mengingatkan MAIS supaya jangan drastik membuat ‘fatwa’ khasnya yang menghukum orang persendirian atau organisasi sebagai ‘sesat dan menyeleweng’ daripada agama Islam. Umum tidak memahami dan masih kebingungan apa itu pluralisme agama.

Justeru kerana istilah dan konsep pluralisme agama ini rumit, ilmiah dan tidak mudah untuk ditanggapi golongan awam, maka ia sangat memerlukan penelitian dan pencerahan. (Sengaja tidak saya tambah perbahasan fahaman liberalisme dalam penulisan kali ini).

Sangat malang kalau ia disilap faham. Lebih malang lagi kalau ia secara mudah-mudah digunakan sebagai satu senjata atau bogeyman untuk menjatuhkan lawan dengan menghukum mereka sebagai pengamal atau memiliki unsur-unsur fahaman pluralisme agama.

Tidak perlu penulis bariskan mereka yang turut jadi mangsa serangan ini. Penulis juga salah seorang mangsa kegiatan ini. Amat pelik kerana serangan datang dari dalam partinya sendiri.

Untuk ingatan umum, bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam kerana dikatakan menyebarkan fahaman pluralisme agama, malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak terlepas daripada kritikan kerana menghadiri acara rasmi di kuil Buddha di Kelantan.

Melengkapkan contoh, sebuah forum ilmuwan Islam sedikit waktu dahulu, mengingatkan semua pemimpin Muslim, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya tidak menghadiri majlis perayaan agama lain, dengan alasan ia menjejaskan Akidah.

Jom cuba kita fahami perkara yang 'fundamental' dahulu. Saya akan cuba memudahkan wacana ini.

Pertikaian semantik

Benar, pluralisme agama bukanlah satu istilah yang hanya bermaksud ‘kepelbagaian agama’ atau disebut sebagai religious pluralism. Konsep ini tidak hanya sekadar meraikan wujudnya pelbagai agama dalam laluan sejarah pengalaman tamadun manusia. Pertikaian bukan hanya bersifat semantik.

Meneliti perkembangan fahaman ini, kita akan menemui hakikat bahawa pluralisme agama adalah sebuah ‘isme’, sebuah ‘‘ideologi’ dan sebuah falsafah yang mendalam dan mempunyai pelbagai doktrin, epistemologi dan ‘naratif’ tersendiri serta implikasi kefahaman ke atas ‘penganutnya’.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah ‘isme’ atau ideologi yang punya asas falsafahnya, pluralisme agama telah tampil dalam sejarah persis satu ‘agama baru’ dan mempunyai ‘prophet’ atau ‘ahli-ahli falsafah’ mereka seperti Ernst Troeltsch (1865-19230), Arnold Toynbee (1889-1975), Wilfred Carnwell Smith (1916-2000). Antara ahli falsafah kontemporarinya ialah Prof John Harwood Hick yang baru meninggal (1922-2012).

Secara mudah dan tegasnya, mengikut fahaman mereka ‘semua agama adalah sama, sekali gus menafikan hak dan tuntutan setiap agama akan kebenaran hakiki agama mereka, sehingga meletakkan semua agama sifatnya nisbi (relatif), tidak sempurna, terbatas dan merupakan satu sisi pandang terhadap Kebenaran Agung.

(All religions are equal, simultaneously denouncing and undermining the claim to absolute truth of all religions on the world stage. It has 'relativised' all truth claims and has equated all religions to be essentially and relatively the same limited, partial and incomplete, one way of looking at something.)

Lantas pluralisme agama mengisytiharkan ‘persamaan agama’ dan ‘semua agama sebagai jalan-jalan kepada kemuncak yang sama. (All the paths lead to the summit – John Hick).

Inilah doktrin utama yang ‘fundamental’ serta ‘cardinal’ dalam fahaman pluralisme agama. Nah, di sini letak tunggak pemikiran ‘persamaan agama’ John Hick yang mengiktiraf bahawa dakwaan semua agama ada sama.

Sesungguhnya, ‘persamaan agama’ lantas ‘pluralisme agama’ pada hakikatnya dan mengikut pandangan ahli agama adalah falsafah yang sebenar-benarnya ‘merosakkan dan mendobrak agama itu sendiri’!

Di saat ini, saya tampilkan penegasan kedudukan Islam dan implikasinya dalam isu yang dipolemikkan ini.

Sesungguhnya Islam bukan sahaja mengisytiharkan penerimaan akan kewujudan pelbagai agama tetapi ‘mengiktiraf dan meraikan’ ‘perbezaan agama’ tanpa ‘mengurangkan’ dan menafikan hak mereka kepada dakwaan eksklusif mereka meskipun bertentangan dengan ajaran dan prinsip Islam.

(Islam recognises 'religious plurality' and accords respect for all religions as 'fully others' without reduction, relativisation and deconstruction.)

Toleransi Islam

Pengiktirafan ‘perbezaan agama’ itu lantas menampilkan sikap ‘tasamuh’ (toleransi) Islam serta bersedia mengizinkan penganut agama lain tertakluk kepada hukum dan prinsip undang-undang agama mereka.

(Islam acknowledges the 'plurality' of religion and allows the adherents of all religions the plurality of laws to govern their lives within the aegis of their religious belief and precepts.)

Sesungguhnya Islam mengiktiraf ‘religious plurality’ dan bukan ‘religious pluralism’ sebagai satu ‘sunnahtullah’ dalam kejadian seluruh mahkluk Allah SWT. Secara umum hakikat itu termaktub dan tersimpul dalam firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus pada setiap umat seorang rasul dengan perintah: Sembahlah Allah dan jauhilah taghut (yang selain dari Allah). Maka di kalangan mereka ada yang diberi hidayah dan ada yang berhak ditimpa kesesatan… (Al-Nahl:36).
Sekali lagi pengiktirafan ‘pluraliti agama’ ini tersirat secara lebih tegas dalam firman Allah dalam Surah Al-Maidah: 48.

Ayat ini sangat jelas maksudnya dan tidak perlu ditafsirkan lagi.
“Sekiranya Allah menghendaki nescaya Dia jadikan kamu satu (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.”

Lebih jelas lagi adalah pengisytiharan yang Allah SWT abadikan dalam surah Al-Kaafirun (109:6).

Penegasan itu dinyatakan melalui ayat “lakum diinukum waliyadiin (untuk kamu agamamu dan untuk kami agama kami”.

Bukan terima agama lain

Pengisytiharan perbezaan agama sangat jelas terpapar dalam ayat ini bagi memperkukuhkan fahaman “religious plurality” yang ‘bukan dan tidak’ bermaksud menerima pula segala kepercayaan agama lain. Ini sangat penting!

Bagi umat Islam, pastinya keyakinan dan iktikad kita bahawa Islam adalah agama yang benar di sisi Allah seperti ditegaskan:

“Sesungguhnya, agama cara hidup di sisi ialah Islam.” (Ali Imran:19).

Namun umat Islam wajar diingatkan bahawa begitu juga keyakinan dari sisi pandang penganut agama lain sama ada yang bersifat agama samawi (langit) atau pun bukan Samawi.

Dari sisi pandang mereka, agama merekalah yang benar dan betul. Masakan mereka akan menganut agama tersebut kalau mereka percaya bahawa Islamlah agama yang paling benar.

Mengungkap apa yang disebut oleh Thomas Lee (MYSinchew.com) bahawa setiap penganut agama Kristian menyakini dan mendakwa agama mereka sebagai penyelamat manusia dan tidak ada penyelamat lain selain melalui al-Masih Isa, seperti ditegaskan dalam Bible:

“Lord Jesus Christ is the 'the way, the truth, and the life' and "no one comes to the Father (God) except through me (Jesus).” (John 14:6).

Dalam menggarap pertikaian ‘puraliti agama atau kepelbagaian perbezaan agama’, Islam tidak pula merumuskan dan mendamaikan perbezaan ini dengan menyamakan semua tuntutan kebenaran agama.

Penegasannya adalah untuk mengizinkan semua agama membuat dakwaan dan tuntutan mereka masing-masing dan tidak perlu dinisbah, dikurangkan atau dirungkaikan (deconstruction) kerana tidak diizinkan menyamakan agama sama sekali.

Maka bertolak dan bertitik punca dari pemahaman konsep ini, wacana di ruang umum tidak lagi wajar berkisar tentang agama siapa atau yang mana yang lebih ‘superior’ dan penganut agama mana dan siapa yang akan ke syurga dan siapa pula yang disumbat ke neraka.

Isu teologi yang sangat emotif itu wajar dikekang dan dihadkan dalam ruang iktikad dan keyakinan serta pencerahan penganut masing-masing.

Akidah terbit dari kerelaan

Meneruskan debat antara agama ke garis teologi yang mendalam itu pasti akan mencetuskan satu pertentangan dan perang besar. Ia pasti akan bersifat ‘kalah-menang’ atau ‘zero-sum’, dan pastinya agresif, dan ‘destruktif’.

Sebaliknya dialog dan wacana yang wajar adalah berganjak kepada satu garis dan paradigma yang lebih bersifat konstruktif dan positif dalam menentukan sumbangan agama masing-masing dalam membangunkan kemuliaan kehidupan, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Itulah wacana dan agenda yang harus menjadi tawaran yang dipelopori oleh pendukung “political Islam”.

Advokasi inilah yang mesti digarap dengan pendekatan yang persuasive, inklusif, ‘prudent-bijak’ serta ditala dalam ‘konteks’ demografi serta kerencaman realiti politik negara masing-masing.

Demi keharmonian perhubungan antara agama maka wacana ‘pluraliti agama’ memperkukuhkan sendi-sendi pembinaan kembali negara. Sekali gus ia memaknakan erti kedamaian perhubungan antara agama dan peranan agama secara positif dan langsung dalam kehidupan serta tata-kelola bermasyarakat dan bernegara.

Tentunya ia mampu menangkis sifat pegangan sempit serta melampau. Ia memaparkan sifat “wasatiyyah” atau kesederhanaan yang sebenarnya dalam Islam.

Kembali kepada tajuk asal kita, maka adalah sangat wajar bagi pihak MAIS dan badan-badan seumpamanya, dalam pendekatan dan semangat dakwah Islamiah untuk mewujudkan keterlibatan dengan mana-mana badan yang dikesani atau didakwa telah ‘menyimpang’ dari anutan Islam yang sebenarnya.

Cara dialog atau hiwar dan wacana adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan isu-isu pemikiran dan keyakinan agar benar-benar pemurnian pegangan akidah umat dapat diperkukuhkan.

Bukankah anutan akidah dan amalan Islam itu mesti terbit dari kerelaan dan keredaan dan bukan paksaan dan tekanan?

DR DZULKEFLY AHMAD, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 10-11-2014











































































The 10th Khazanah Megatrend Forum and Budget 2015 – A Disconnect?

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS Research Centre | .


Granted, as someone who helms an Opposition party think-tank, I was indeed privileged to be invited to attend the 10th Khazanah Megatrend Forum (KMF) last month. I have no qualms to admit that the two-day engagement was indeed intellectually enriching.

Permit me to quickly revisit pertinent observations from the many very distinguished speakers. Admittedly, I can only be selective. Speeches, forum and events traversed the usual realms of economics and finance, evidently depicting Khazanah’s leadership grasp of what it takes to propel the nation further.

That novel characteristic alone has entitled this year’s KMF to be relatively unique i.e., away from obsession with economic growth numbers to defining the challenges of the nation going forward.
Simply put though, it was a gathering of thought leaders and experts to address the critical malaise of the nation i.e. of why Malaysia is stuck in the middle-income trap and what does it take to transition her to a high-income economy and by logical extension, a ’truly developed nation’.

For the record again, our history of socio-economic development is arguably one of relative underperformance. While we edged our regional peers like Thailand and Indonesia, we have been out-performed by South Korea, Taiwan, Singapore and Hong Kong.

Going back to basic economics, it has long been observed that the productive capacity of an economy is capped by the availability of inputs i.e. labour and capital, given a set of technological conditions.
The maximum potential level of production or the productive efficiency frontier of an economy is graphically represented by the ‘Production Possibility Frontier’ (PPF) or the Production Proficiency Capacity (PPC).

It was with this backdrop that its theme of “Scaling the Efficiency Frontier: Institutions, Innovation and Inclusion” was indisputably most apt.

In their respective ways all the keynote speakers namely HRH Sultan Nazrin Shah, Professor Ha-Joon Chang and Tan Sri Andrew Sheng and others provided compelling arguments for the need for Malaysia to affect a productivity challenge, moving beyond the “miracle” of input growth.

To develop a different trajectory of growth, Ha-Joon singly provided new insights of what it takes to do things differently. To paraphrase Ha Joon, we are not to rely only on our comparative advantage as it will impede our productivity growth and stifle our further innovative endeavours.

Significantly too, Ha-Joon stressed on the need to embrace the downside of innovation. This is done by instituting legal provisions to provide for a second chance for entrepreneurs in the face of liquidation and other risks of doing new things and getting into unchartered markets.

Other speakers also alluded to the critical need for government to incentivise these risk-taking efforts in an eco-system that would allow for innovation by ‘serial entrepreneurs’, who invariably exhibit ‘dysfunctional personalities’.

Companies are reminded to be more robust enough to diversify in the face of the eventuality and trade-offs of Schumpeter’s creative destruction in the innovative economy. That must surely be worth pursuing, though arguably always easier said than done.

Be that as it may, let us now turn our attention to the recently tabled Budget 2015. It doesn’t take any more reminders that the budget proposals haven’t allowed much fiscal space for the Finance Minister to manoeuvre his way.

This piece however, is not about to comment any further about his arduous task of balancing fiscal prudence with the rakyat’s needs. There have been ample critical comments both from detractors and supporters alike.

But being the last building block in the five-year development blueprint, it is expected to provide an allocation for the creation of the desired structural changes as envisaged by the 10MP. It is from this perspective that this writing is keen to query further.

Simply put, has Budget 2015 laid down the strategic initiatives for the transition to the next Eleventh Malaysia Plan (11MP)? Has the Budget sufficiently addressed the structural issues of getting the nation out of the ‘Middle-Income Trap’?

The premier must take heed that no amount of huge spending of capital in infrastructural projects would take us out of this middle-income rut. A slew of big-ticket infrastructural projects have been lined up as relentlessly as before in this budget.

To cite, seven highways and rail projects are to be built in 2015 at a cost of RM48.2 billion, including the 56 km MRT2 Line from Selayang to Putrajaya at RM23 billion.

Surely this will provide good macroeconomic (input) boost to growth and with it, the attendant debt build-up. We are not against it per se but the issue is always about the ‘opportunity cost’. What should be our priority and what needs doing first, as imperatives to propel the nation into a higher income economy?

What is it that we couldn’t do else, when Najib has committed RM711 million for Permata? For R&D&C, the Finance Minister could only cough up a meagre RM 1.3 billion for the Ministry of Science and Technology and Innovation.

To highlight further, another RM10 million will be allocated for the Business Accelerator Programme under SME. To enhance use of new technology, automation and innovation in the development of SMEs, RM80 million is allocated for a Soft Loan Scheme for Automation and Modernisation of SMEs under Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

To further promote industry, a Digital Content Industry Fund will be set up under industry regulator the Malaysian Communications and Multimedia Commission, with an allocation of RM100 million. All this amounting to a mere RM 190 million (let us be generous, RM200 million!), to encourage national innovativeness, against RM75billion (for the combined MRT2 and Pan-Borneo Highway) for infrastructure, which will only lead to more lining of the pockets of crony companies! The “innovativeness budget” is not even one-seventh of the Permata genius-production initiative.

On a serious note, if the above is not serious enough, we should ask whether upgrading roads,
schools, hospitals and providing critical utilities and infrastructure, particularly in Sabah and Sarawak costing even as much as RM27 billion be an imperative, as opposed to the Pan-Borneo Highway which will also cost RM27 billion?

For the record, of the big ideas of the 10MP, when first launched, wasn’t unleashing productivity-led growth and innovation among the central themes? For all that we now come to know at the end of the 10MP, productivity levels have remained flat. Besides, the economy continues to be anaemic on talent and skilled labour availability amply depicted by the total factor productivity (TFP), which evidently suggests a weakening dynamism in key sectors of the economy.

A recent report from The Asia Foundation (TAF) conceded that while Malaysia has effected some positive policy innovation in recent years, the stated reform measures have only been on addressing the symptoms of the ‘middle-class trap’, rather than the underlying causes of the country’s economic ‘incompetitiveness’.

Worse, according to TAF, one of the sore points is that Malaysia’s economic progress had not been accompanied by reforms of the country’s political institutions. The insufficient checks and balances continue to dog the country’s economy, thus leading to increasing concentration of power within the executive branch and persistence in rent-seeking behaviour, patronage politics, opaque governance practices and pervasive corruption. Is it any wonder then that Malaysia is perceived as among the world’s worst countries on integrity?

Yes, Malaysia’s economy has no option but to transition from an input-led growth model towards one driven by innovation and productivity.

But to be on the trajectory of a high-income and inclusive economy and a truly ‘developed nation’ where growth benefits all, Malaysia must embrace a sea-change in its social, institutional and economic systems and a ‘revolution in the mind-sets’ of all stakeholder, firstly the ‘leadership’ and collectively ‘the rakyat’!

From that perspective, the Budget 2015 is a far cry from realizing the imperative of ‘Scaling the Efficiency Frontier’ where a commitment for Change and Reform must be effected through the ‘3Is’of Institutions, Innovation and Inclusion as mooted by Khazanah.

In this sense, there is a clear disconnect between the 10th KMF and Budget 2015.- ES

This article first appeared in The Edge dated 24th October 2014.

Sumber HD - 31-10-2014 














































































Bajet 2015 sekadar 'melepas batuk di tangga'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdaa Menteri semalam, tidak lebih sekadar mahu melepas batuk ditangga.

Beliau berpendapat, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menggunakan Bajet 2015 secara baik bagi mendidik rakyat tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kini berdepan dengan risiko untuk diturunkan Penarafan Negara atau Sovereign Rating oleh Badan Penarafan Antarabangsa.

"Puncanya ialah hutang kerajaan pusat terkini RM586 bilion. 16 tahun defisit fiskal dan jaminan pinjaman oleh kerajaan ke atas GLC atau 'contingent liabilities' ke paras RM157 bilion.

"Pada awal nampak macam sudah insaf tetapi jelas bahawa langkah konsolidasi fiskal hanya 'melepas batuk ditangga' ketika perbelanjaan mewah diperuntukkan semacam tidak berdepan apa-apa masalah," katanya.

Menurut Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat, belanja mewah itu termasuk peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri iaitu RM19 bilion, Pan Borneo Highway yang sudah masuk enam kali disebut dalam bajet, projek-projek infrastruktur, pelbagai insentif-insentif cukai dan sebagainya.

"Perkara yang baik tetap baik, tapi sengaja berbelanja besar kerana takut hilang adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Dzulkifli juga melahirkan kebimbangan, apakah Bajet 2015 ini akan mengalami nasib yang sama dengan yang lain dari segi ketirisan dan kebocoran yang akhirnya akan menggagalkan pencapaian program-program yang baik.

Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat turut membentangkan belanjawan alternatif sebagai penyemak imbang agar wujud persaingan sihat. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014





























































































































































Bajet 2015: Surat terbuka buat Menteri Kewangan

DR DZULKEFLY AHMAD | .

BUAT Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Di ambang Bajet 2015, izinkan saya membuat hanya satu teguran sahaja dan akan susuli dengan yang lain kemudian. Insya-Allah.

Memang ia tidak akan dapat merubah apa-apa seperti yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Bekalan Perbelanjaan 2015.

Surat Terbuka ini bertujuan sekadar mengingatkan YB Menteri Kewangan dalam rangka nasihat serta semak-imbang sekaligus seperti dianjurkan lisan Rasul Allah SAW... “Bahawa Agama itu Nasihat...”

Ini Bajet ke-enam YB sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009.

Ia bajet terakhir menutup tirai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula pada tahun 2011 dan tamat tahun 2015.

YB tidak perlu dingatkan bajet adalah alat fiskal utama sesebuah kerajaan demokrasi yang mengatur susun perbelanjaan dari sumber pendapatan.

Bajet juga membuat anggaran tentang tahap pertumbuhan yang ingin dicapai buat tahun tertentu, sekaligus menangani tahap inflasi dan pengagguran (unemployment).

Itu aspek makroekonominya.

Pujian boleh diberikan kepada YB tentang tahap pengangguran yang rendah di negara kita ini.Terkini 2.4%.

Sayugia saya ingatkan sejak 2009, YB tidak berjaya mencapai tahap ‘lulus’ dalam ‘KPI’ yakni ‘6% pertumbuhan ekonomi’ yang YB sendiri sasarkan.

Ya YB gagal, dan hanya capai 4.5% hingga 5% sahaja secara purata.

Sebab itu saya memahami YB sangat seronok kerana mencapai 6.2% pada suku pertama dan 6.4% pada suku kedia tahun ini (2014).

Saya juga faham mengapa YB suruh penerangan Umno dibuat seluruh negara tentang ‘kejayaan’ tersebut.

Yakinlah YB, rakyat tidak akan marah dan memaki hamun YB jika tidak kesampaian angka yang ingin dicapai.

Seandainya YB berjaya capai melebihi 6% pertumbuhan pun, rakyat juga tidak memahami erti dan mungkin tidak pun dapat merasakan kesan baiknya kepada kehidupan mereka.

Nah, ketahuilah YB sesungguhnya angka-angka makroekonomi ini tidak punya erti bagi rakyat teramai kecuali segelintir yang benar-benar celik ekonomi.

Namun YB, seandainya saya dedahkan kepada mereka dan ‘menghasut’ mereka YB-lah Menteri Kewangan yang bukan sahaja ‘gagal’ mencapai markah lulus bahkan sebaliknya adalah Menteri Kewangan yang sangat culas, cuai bahkan ‘curang’ dalam tadbir-urus kewangan awam negara yang diamanahkan rakyat, maka kesannya adalah berat kepada YB!

Saya minta dalam Surat Terbuka ini, supaya YB berhenti membelanjakan sumber pendapatan negara dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai dan terkadangkali tidak telus dan bertanggungjawab!

Mengikut rekodnya, YBlah Menteri Kewangan yang ‘tidak pernah gagal’ memohon “Perbekalan Tambahan” atau mudahnya ‘Bajet Tambahan’ setiap tahun sejak 2009.

Saya boleh memahami keperluan YB untuk memohon bajet tambahan tahun 2009 sebab kemelut atau krisis ekonomi.

Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ atau ‘fiscal stimulus’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasarkan teori Keynesian.

Ya betul, tetapi YB ‘kesedapan’ dan ‘ketagih’ memohon paling tidak dua kali setahun sehingga kini, hampir-hampir RM20 bilion setiap tahun.

Hentikan tabi’at buruk ini…stop the overspending!

Lebih buruk lagi, perbelanjaan sebenarnya dibuat dahulu dan permohonan dibuat kemudian sekaligus menjadikan Parlimen satu ‘Rubber Stamp’! Bahkan paling tidak sopan, kerajaan UBN sengaja mengunjurkan ‘pendapatan yang rendah’ (revenue) supaya ‘defisit bajet’ - nisbah pendapatan rendah.

Apabila pungutan cukai lebih baik daripada ramalan, YB dan Kabinet memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan ‘defisit fiskal’- nisbah KDNK-yang lebih tinggi sebab ‘pengutan cukai lebih baiknya’ kononnya.

Trik lama ini YB dan PM Umno-BN dahulu lama guna.

Tetapi YBlah yang paling ‘cemerlang’ dan ‘licik’ dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!

Akibat dari tabi’at ini, kerajaan Persekutuan melepasi ‘had hutang’ yang tidak diizinkan dua akta yang digubal parlimen dalam kerajaan BN sendiri.

YB sedia makulm Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Dana Kerajaan (1983) tidak mengiznkan kerajaan Pusat meminjam lebih dari 55% dari KDNK.

Pada April 2014 buat julung kalinya, kerajaan Persekutuan melepasi had statutori ini.

Apakah YB tidak sedar atau buat-buat tidak sedar atau memang tidak kisah?! Kalau tidak mahu kisah atau patuh kita batalkan sahaja Akta-akta tersebut!

Ini jelasnya satu kecurangan! Ya, mungkin tidak ada siapa yang boleh menghukum YB, namun YB sewajarnya tahu sendiri akibat tabiat culas inilah yang meletakkan ‘Penguatkuasaan GST April tahun 2015’ menjadi satu ‘Wajib’! Sebabnya?

Ya, sebabnya wajar jelas kepada rakyat kini. Bahasa ekonomi canggihnya YB, negara kini memerlukan agenda “Konsolidasi Fiskal’. Dengan kata lain, justeru kerana; i. Hutang yang melepasi 55% KDNK (meskipun bukan hutang luar) dan ii. Defisit Fiskal atau ‘Berbelanja lebih dari Pendapatan’ untuk 16 tahun berturut-turut, maka kerajaan diancam Agensi-agensi Penarafan (Rating Agencies) untuk menurunkan ‘Penarafan Kredit’ (Credit Rating) sekaligus akan menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan yang tidak menarik dan kos pinjaman yang dibuat yang tinggi.

Kini YB terpaksa melakukan dua perkara ‘Wajib’ untuk menyelamatkan kedudukan kewangan negara. Rakyat juga mesti kami fahamkan akan hakikat perkara ini.

Atas nama ‘Konsolidasi Fiskal’ juga maka YB sanggup untuk “Mendahulukan Rakyat’ untuk berkorban dan dikorban menyelamatkan kedua-dua kedudukan ‘Hutang dan Defist Fiskal’ yang disebutkan tadi.

Rakyat diminta berkorban untuk melaksanakan lagi polisi YB yang diberi nama canggihnya ‘Rasionalisasi Subsidi’ dan keduanya pengenalan dan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST! ‘Rasionalisasi Subsidi’ bermaksud mudahnya ‘aku tak boleh tanggung kau lagi’.

GST juga membawa padah kepada rakyat. Senarai warta barangan masih tidak YB gazettkan sehingga kini... petrol masuk ke dalam kategori 6% GST?

YB sedia maklum kesan dan akibat dari penarikan pelbagai subsidi, khasnya bahan bakar terutama petrol dan diesel. Sangat berat hempitan dan derita kepada rakyat akibat kesan berantai sebab bahan-bahan ini meningkatkan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan!

Akhir kalam, YB boleh menyeronokkan hati rakyat dengan penambahan bayaran BRIM dan pelbagai lagi. Ketahuilah bukan ‘handout’ atau pemberian-pemberian itu yang rakyat nanti-natikan!

Tetapi yang dimahukan dan dihajati rayat adalah segala sumber khazanah dan aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh keamanahan dan kebertanggungjawaban.

Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran bermula dari atas sehingga ke bawah.

Barulah benar-benar akan diturunkan Allah keberkatan dan kesejahteraan dan kemakmuran yang hakiki. Semoga memberi sedikit peringatan dan pencerahan kepada YAB. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 8-10-2014

Diskusi Bicara Budget 2015 - 
http://www.youtube.com/watch?v=PcA0h-cSOv0

Wawancara

Tentang transformasi PAS, dan kelompangannya

_DSC1959
Tampak ada kerinduan kepada sosok penggerak perubahan Almarhum Ustaz Fadzil Noor ketika Dr Dzulkefly Ahmad menuturkan nama beliau. Setiap kali nama Fadzil Noor disebut, mata Dr Dzul nampak berkaca, dan ada senyum yang tersorok di bibirnya.

Dr Dzulkifli Ahmad bertanding buat kali pertama 1999, setelah menyertai PAS setahun sebelumnya, iaitu sewaktu gerakan Reformasi sedang rancak. Beliau tidak isi borang Parti Keadilan kerana katanya memang pemikirannya Islamis.

“Ketika itu sosok transformasional PAS adalah Fadzil Noor. Arwahlah sumber ketokohan, dengan pemikiran yang baik dan progresif. Saya dan kawan-kawan tertarik.”

Ketika itu PAS baru mahu bertukar katanya. “Kami waktu itu golongan profesional, termasuklah si Hasan Ali dan yang lain-lain, mahu membuat perubahan besar dalam PAS.”

“Kita mahu mengarusperdanakan PAS, Hasan Ali pun datang dengan pelbagai idea; tak mahu PAS jadi parti tok lebai dan parti orang kampung. Itu yang diminta oleh Ustaz Fadzil,” ujar Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu.

Pencetus penglibatan Dr Dzul serta lebih penting lagi kemenangan besar PAS pada pilihanraya umum tahun 1999 memang gerakan rakyat pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menurut beliau itulah yang PAS kerap lupa.

_DSC2046

Menurut Dr Dzul, PAS kerap lupa bahawa kemenangan pada tahun 1999 adalah hasil daripada peristiwa pemecatan, serta penolakan orang Melayu terhadap politik Umno dan kebobrokannya.

“Sebab itu ketika PAS silap menanggapi sebab kemenangan 1999, ada yang mengatakan bahawa umat Melayu Islam sudah bersedia menjadikan negara ini negara Islam. Itulah pembacaan paling salah terhadap situasi tersebut.”

“Dan kita pada pilihanraya 2004 telah diberikan satu pengajaran supaya bijak, teliti, dan cermat membaca politik negara,” ujarnya.

PAS pasca 1999

Selepas pilihanraya 1999, PAS diangkat mengetuai blok pembangkang setelah memenangi 27 kerusi. PAS juga dilihat sebagai parti yang berupaya menyaingi Umno. Namun amat malang sekali apabila pemikiran politik arus perdana tidak ‘masuk’ dengan kedudukan PAS di pentas utama.

Setelah sekian lama tersekat kiprahnya di negeri lingkaran Melayu, keupayaan dan sumbangan PAS membina Barisan Alternatif adalah pengalaman PAS yang sangat besar.

“Namun ia tidak berkekalan kerana dari sudut ideologi, PAS tidak mengalami satu perubahan minda dan worldview,” kata beliau.

Menurutnya, PAS sendiri mungkin terkejut dengan keupayaan memenangi kerusi sebanyak itu. Dan apabila hilang tokoh transformasi Fadzil Noor, segera PAS kembali beberapa langkah ke belakang apabila perubahan besar yang meletakkan PAS dalam politik arus perdana itu mengalami gendala dari sudut doktrin dan perubahan fikrahnya.

Sejurus selepas itu, PAS menampilkan Dokumen Negara Islam walaupun, menurut Dr Dzul, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mahukan PAS menampilkan dokumen yang berbeza, iaitu sebuah memorandum rakyat bertemakan pemerintahan dalam politik alaf ke-21 yang berteraskan Islam.

“Memang benar mereka menolak politik kezaliman dan kebobrokan (pada tahun 1990). Tetapi untuk mendakap dan menerima seluruhnya politik Islam secara PAS itu bukan sesuatu yang semestinya.”
_DSC2052“Alangkah baik sekiranya PAS mengambil langkah-langkah yang lebih cermat seperti yang dicadangkan oleh Ustaz Fadzil Noor.”

Namun bagi beliau politik ini sangat kompleks, ia tidak semudah membaca sains politik di dewan kuliah.

“Politik itu perlu dilalui dan didepani dengan pelbagai situasi dan gendala serta perhitungan.”

Ketika PAS mengalami kekalahan dalam PRU tahun 2004 satu post-mortem secara lebih besar dilakukan, dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, manakala Dr Dzul setiausahanya.

Menurut beliau, post mortem itu sangat baik, bermaklumat dan menginsafkan. Post mortem tersebut menjelaskan bahawa antara punca besar kekalahan 2004 ialah pelancaran Dokumen Negara Islam “yang dilancar tetapi tidak diurus pencerahan dan penerangannya.”

Akibat daripada situasi tersebut sebahagian besar daripada pengundi, khususnya yang bukan-Islam dan bukan-Melayu merasakan PAS sudah kembali kepada asal dan mahu menekankan Islam ke atas semua. Kononnya juga PAS mahu menjadikan negara ini negara Islam, maka yang bukan-Islam jadi rakyat kelas kedua dan menjadi kafir dzimmi.

“Inilah akibat daripada tidak mengurus penerangan itu dalam jangkamasa antara 2002 sehingga 2004. Walaupun dengan konflik dan perbalahan waktu itu menenggelamkan isu negara Islam, tetapi orang ramai telah melekatkan dalam kepala mereka bahawa PAS ini kalau diberikan kuasa akan menubuhkan negara Islam dan bukan negara demokrasi berprinsip Islam.”

Hal itulah yang menjadi ketakutan, sehinggalah tahun 2008 apabila PAS dengan beraninya membuat transformasi kali kedua yang, menurut Dr Dzul, “kali ini dibuat secara sedar.”

Transformasi sedar PAS kali kedua

“Transformasi pertama pada tahun 1999 itu dibuat secara kurang sedar. Ia hanya wujud dalam peribadi diri tokoh arwah presiden itu sahaja yang membawa perubahan-perubahan itu.”

Dalam pergerakan sosial, kerap kali gagasan tercetus dahulu, baru datang pergerakannya. Namun ada kalanya terbalik. Contohnya sewaktu Revolusi Industri, ideolog yang membawa faham liberalisme bercakap tentang posisi individualisme dan hak memiliki harta itu semua datang sebagai justifikasi kepada revolusi tersebut.

Manakala Marx pula datang membawa pencerahan yang jelas mengapa kapitalisme itu mesti dirombak dan diperangi kerana manusia seandainya diberikan hak dan kebebasan individu akan mengumpul segala kuasa dan wang ringgit untuk menindas yang lain.

“Di sini Marx sebagai ideolognya menurunkan idealismenya itu sebelum berlaku revolusi.”

“Justeru apa yang saya maksudkan sekarang ini ialah perubahan perlu didahului idea dan penjelasan tentang apa yang sebenarnya yang perlu ditampilkan oleh gerakan Islam dan Islam politikal.”

Beliau mengira bahawa perbezaan Ikhwanul Muslimin dan Rashid Ghannouchi adalah sangat ketara dan perlu diambil perhatian oleh PAS.

“Ghannouchi, ketika mengambil suaka politik di UK, menulis dan memperturunkan pemikirannya tentang demokrat Islam dan sebagainya, dan berlaku pencerahan tentang bagaimana Islam yang politikal akan berperanan dalam perjuangan seterusnya.”

“Sebaliknya kita lihat Ikhwan di Mesir sekadar membawa idea-idea Al-Banna yang lama; yang tidak ada pencerahan atau perubahan besar dari sudut menggarap demokrasi dan cabarannya.”

Inilah dia yang beliau kira satu kelompangan. Namun PAS berbeza dengan gerakan Islam yang lain kerana diletakkan dalam satu negara yang sifatnya sangat plural.

“Kemajmukan itu adalah cabaran yang berbeza jika dibanding dengan Morsi, Ghannouchi, PKS di Indonesia dan juga yang lainnya.”

“Di sini, pemikir-pemikir gerakan Islam perlu menurunkan, antara lain, cara-cara untuk memahamkan Islam dalam bentuk ‘PAS for All’.”

Baginya slogan “PAS for all” itu sangat memerlukan pengisian; dan baginya juga penterjemahan itu ada dalam tahalluf siyasi bersama DAP dan PKR.

“Langkah tahalluf itu bukan sahaja satu kemudahan politik tetapi juga jalan untuk menterjemahkan ‘PAS for All’.”

“Kalau PAS mampu untuk bersama dalam satu muafakat politik bersama DAP yang punya ideologi yang berbeza dan PKR yang juga tidak mempunyai ideologi yang sama, bermakna ia sudah pun mampu berhubung dengan pemain-pemain politik yang satu hari nanti akan mampu mengambil alih negara.”

_DSC1959

Namun dalam keadaan sekarang ketika kelihatan seolah-olah ada pihak dalam PAS yang tidak selesa dengan “PAS for All” dan tahalluf-nya. Dr Dzul mengharapkan supaya berlaku dalam PAS sendiri satu proses kesedaran dan keinsafan untuk memahami apa itu Islam yang politikal, dalam konteks cabaran, perjuangan, dan tuntutan, termasuk tuntutan tahalluf sebuah pakatan politik.

“Mesti ada satu tinjauan semula ilmu dan ditafsirkan ke dalam konteks perjuangan hari ini. Kalau tidak, banyak halangan-halangan dan hujah ‘tidak boleh’ dari segi akomodasi politik dalam tahalluf.”

“Ini yang sedang berlaku sekarang ini apabila begitu mudah orang mengatakan ‘kalau tahalluf siyasi tidak menguntungkan PAS, kita akan keluar.’ Persoalannya, apa maksud ‘menguntungkan’, apa yang bercanggah, apa yang bertembungan dengan prinsip dan apa pula prinsip yang bertembung.”

Baginya, semua ini tidak melalui satu diskursus ideologi yang memerlukan gandingan ulama dan pemikir serta ilmuan Islam.

“Saya kira Ghannouchi sangat ke depan dalam hal ini, dan PAS memerlukan itu. Inilah dia lompangnya.”

“Kita tidak boleh menangani cabaran perjuangan hari ini dengan kembali kepada fikrah 60-an dan 70-an. Perlu ada ijtihad-ijtihad baru.” – Roketkini.com

Sumber RK - 31-8-2014













































































MAS dalam program ‘bellyup' dan 'bailout' raksasa

DR DZULKEFLY AHMAD | .

Akhirnya apa yang diwawarkan sedkit waktu dahulu tentang MAS akan berlaku ..satu proses pemikiliknegaraan atau 'Renationalisation' sebelum dilakukan 'Penstrukturan Semula' dalam satu execise “Penyelamatan” atau “Bailout” yang raksasa.

Pemilik utamanya Khazanah Nasional Berhad yang memegang 69% sahamnya, tekad membuat 'Tawaran Awam' di Bursa bagi membeli selebihnya saham MAS yakni 31% itu dengan harga tawaran 27 sen sesaham berjumlah RM1.4 bilion. Harga pasaran kini, dengan nilai asset semasa, dikatakan dalam anggaran 25 sen satu saham.

Dengan itu Khazanah bersedia membawa MAS keluar Bursa dan kembali sebagai entiti yang dimiliknegerakan.

Tawaran ini adalah dianggap baik bagi pelabur jangka pendek yang sempat membeli sahamnya selepas tragedi MH370 pada harga 15 sen. Bagi ‘stakeholders’ atau pelabur ‘jangka panjang’ mereka mengalami kerugian besar pastinya.

Harga saham MAS pernah mencecah RM8 sesaham sebelum penswastaan 20 tahun yg lalu. Gurauannya, anda perlu 7 saham MAS untuk membayar secawan nescafe tarik.

Setelah dinyahsenarai MAS (nyahsenarai), Khazanah berdepan dengan tuntutan kos operasi yang tinggi. Khazanah pastinya perlu menyuntik dana baru untuk meneruskan khidmat MAS sebelum langkah 'penstrukturan' dapat dijayakan.

Seperkara lagi adalah tentang kos pinjaman. MAS tidak akan lagi dapat meminjam dengan penarafan Khazanah.Peningkatan kos akan dipindahkan kepada pelanggan.Sekaligus akan mengurangkan daya saing MAS.

Pastinya juga Khazanah memerlukan 'rakan baru' bukan sahaja utk membayar hutang MAS berjumlah RM10 bilion kpd bank-bank tempatan dan RM2.5bilion dlm bentuk sukuk kpd KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Disamping itu MAS telah menjalankan tiga kali suntikan dana samada dari ‘stakeholders’ utamanya yang Khazanah atau menerbitkan ‘right issue’ sekaligus mengurangkan ‘earning per share’ setiap pemegang saham MAS ini. Sejumlah RM7.25 bilion dijana dalam 7 tahun lalu, dalam pelbagai langkah penjanaan dana ini, terakhir pada Mei tahun lalu (RM3.25 bilion).

Siapa bakal jadi rakan strategik MAS masih tinggal tandatanya. Tidak mudah mencari rakan yang benar-benar memilikki kekuatan sinergi; keupayaan dana, kepakaran teknikal dan strategi bisnes serta pengalaman dan cakupan pengaruh yang luas dan berkesan.Ini adalah antara faktor kritikal kejayaan bagi program pemulihan MAS yang pernah menggondol pelbagai anugerah dan pingat kecemerlangan pekhidmatan antarabangsa.

Yang pastinya pihak kreditor yang menagih hutang berdepan hakikat mereka akan diminta mengambil "hair-cut" atau diskaun. Mereka juga mungkin terpaksa menerima bayaran hutang dalam bentuk pertukaran saham atau ‘debt-equity swap’.

Umum telah mengetahui akan kerugian MAS diantara 2011 dan 2013 sebanyak RM5 bilion dan RM443 bilion pada suku pertama tahun 2014 ini dan para analyst hanya memberikan 6 bulan untuk beroperasi dengan jumlah tunai semasa yang ada. Lebih mudah, mengikut telahan para ‘analysts’, seperti pernah juga saya tuliskan, supaya MAS dizinkan ‘belly-up’ atau mudahnya, ‘dibankrapkan’ bagi memulakan satu era baru. Mungkin ia pelik bunyinya, namun langkah tersebut bukanlah satu yang anih dalam dunia korporat.

MAS dan bersih sebagai satu ‘clean solution’ dan kesemua ‘kontrak dan komitmen lama’ yang tempang dan berat sebelah akan berakhir. MAS akan bebas dari menanggung ‘baggages’ atau ‘legasi buruk dan beban lama’.

MAS mesti dibankrap dahulu sebelum dibawa keluar Bursa. ii mengekalkan ketelusan penjualan aset dan sebagainya. Kemudian MAS bermula seolah-olah sebagai entiti bisnes baru dan mengorak langkah baru, meneruskan legasi baiknya namun terhindar dari memikul biawak-biawak dalam amalan ‘kronime and nepotisme’ yang merosakkan sistem penerbangan negara yang penah dibanggai semua rakyat!

Tragedi MH370 dan terkini MH17 yang berlaku senggang 4 bulan tidak pernah berlaku dalam sejarah avionik moden di dunia.Dampak kewangannya bukan kepalang. Memulih keyakinan dan sentimen pelanggan tentunya memakan tahun.

Sedikit pengamatan penulis, untuk terus survive dan menjadi satu entiti bisnes yang punya daya saing, MAS perlu mengambil perhitungan dan tindakan berikut:

Menjalankan satu review yg komprehensif dan mendalam bagi menangani aspek-aspek polisi, dasar dan strategi perniagaan dan struktur organisasi. Lebih khusus lagi:

A. Mengatasi permasalahan pengurusan yg tidak cekap dan berkesan di segi ‘Menajamkan Akumen Strategi Bisnes bagi menangani cabaran persaingan sengit perkhidmatan ‘routes’ serta kawalan kewangan dan pelaburan-perolehan supaya produktif dan berpulangan tinggi.

B. Menghentikan campurtangan politik yang menyiksa pengurusan..’Political Interference’ yg menganggu kelancaran pengurusan di segi pengambilan, perlantikan dan kenaikan pangkat serta khususnya di segi pemberian kontrak servis dan perbekalan yang 'berat sebelah' serta membebankan kewangan dan mengungtungkan kroni.

C.Mengimbangi peranan dan tekanan kesatuan sekerja yg ditanggapi terlalu kuat dan tidak membantu pencapaian prestasi dan keefisienan sistem pengurusan. Peranan mereka mesti diolah dan ditala bagi memperkukuhkan MAS dan tidak sebaliknya.

* Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Sumber HD - 19-8-2014









































































Penggabungan bank untungkan siapa?

DR DZULKEFLY AHMAD | .




CADANGAN penggabungan bank sekali lagi mengambil pentas utama dalam sektor kewangan negara mutakhir ini.

Saya ditanya pihak media apakah ia punya hubungan dengan persiapan mendepani cabaran era persaingan yang lebih sengit setelah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Setelah saya ditanya media dan mungkin sahaja boleh 'diputar’ atau ‘spin’ oleh pihak media bagi menyokong atau membantah sesuatu maksud, lebih baik saya terus menulis sahaja artikel berhubung tajuk ini.

Menubuhkan sebuah bank bersifat mega dan mempunyai aset yang lebih besar, logiknya akan memberi keupayaan untuk lebih mampu bersaing. Begitulah agaknya tanggapan umum. Kalau diberitahu oleh pihak kerajaan akan keperluannya begitu, akan pasti diangguk dan diterima sahaja oleh rakyat.

Untuk peringatan umum, kali terakhir ‘penggabungan bank’ berlaku secara besar-besaran adalah pada era Tun Dr Mahathir Mohamad setelah kegawatan kewangan 1997. Malaysia yang ada 58 institusi kewangan dan perbankan diarah bergabung menjadi enam ‘anchor bank'.

Tidak ramai yang ingat bahawa ‘konflik kepentingan’ antara Tun M dan Tun Daim Zainudin, setelah menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipecat sebagai Menteri Kewangan, berakhir dengan menyaksikan jumlah 'anchor bank' menjadi 10 buah. Tun Daim yang berebut dengan Mokhzani Mahathir untuk mengambil alih ‘control’ salah satu ‘anchor bank' tersebut.

TRADISI SONGSANG

Peristiwa ini juga merakamkan sejarah yang menyaksikan Tun M melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan dan sehingga kini tradisi ‘songsang’ ini diteruskan secara ‘komplian’ oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Razak.

Penguasaan terhadap Kementerian Kewangan sekali gus memberikan Presiden Umno kawalan ke atas sektor kewangan negara yang sebahagian besarnya adalah dalam pemilikan kerajaan melalui syarikat-syarikat kaitan kerajaan (GLC) mengikut dapatan Dr Terrence Gomez, seorang profesor ‘Political Economy’ di Universiti Malaya.

Untuk ingatan umum, semasa Krisis Kewangan Asia 1999, bebanan hutang tak berbayar (NPL) seumpama ditanggung Sime Bank (nama asal UMBC) dan Bank Bumiputra, yang 'dikontrol' oleh kerajaan, mencecah RM21 bilion daripada sejumlah RM28 bilion seluruh NPL dalam negara.

Bank Bumiputra digabung dengan Bank of Commerce menjadi sebahagian daripada CIMB Holding Group. Sementara itu, Sime Bank digabungkan dengan RHB Bank yang umum mengetahui dimilikki oleh Tan Sri Rashid Hussain. Ketika Rashid Hussain ‘bermasalah’ dengan pimpinan Umno, kepentingan RHB diambil oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud melalui penggabungan dengan Bank Utama dan dana KWSP memiliki pegangan saham majoriti.

SKANDAL UMBC

RHB itu sendiri adalah hasil penggabungan antara Kwong Yip Bank yang dibeli daripada Malayan Banking dan Bank D&C yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Kewangan HS Lee dan dimiliki oleh anaknya Alex Lee, seorang pimpinan kanan Parti Gerakan, yang juga rapat dengan Tun M dan Daim.

Meneliti sejarah CIMB dan RHB secara lebih khusus akan menyerlahkan dakwaan tentang bagaimana sektor kewangan ini sememang menjadi perebutan dan dikawal rapi oleh kepentingan penguasa politik dan elit bisnes.

Umno pada 1975 mengambil alih sebuah bank berpangkalan di Sarawak iaitu Bank Bian Chiang dan dijenamakan kembali sebagai Bank of Commerce, yang sepatutnya bergabung dengan UMBC (United Malayan Banking Corporation) milik Daim pada 1985 tetapi gagal dilaksanakan. Peristiwa yang diberi jolokan “UMBC Scandal” berakhir dengan saham Daim dalam UMBC dijual kepada Pernas.

UMBC kemudiannya berada di bawah 'kontrol' Datuk Keramat Holding dan koperasi Umno, KUB. UMBC mengalami pelbagai masalah tadbir-urus dan skandal pinjaman, sehingga beralih kawalan di bawah Sime Darby, sebuah GLC awam. UMBC mengalami penjenamaan semula dengan nama Sime Bank yang kemudiannya bergabung dengan RHB.

Pada 10 Julai lalu, pasaran kewangan kembali sibuk dengan berita bahawa penggabungan antara CIMB Group Holding, RHB Capital, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) sedang dalam proses pembikinan. Ia sekali gus akan menampilkan sebuah institusi kewangan Islam terbesar di Asia Tenggara.

Ia akan membentuk sebuah bank mega dengan aset sejumlah RM613.7 bilion, mengatasi bank utama dan terbesar di Malaysia, iaitu Maybank Bhd yang memiliki aset sebanyak RM578 bilion.

TUJUAN PENGGABUNGAN

Nah, apakah tujuan penggabungan buat kali ini? Ramai yang ingin tahu. Apakah cakap tentang perlaksanaan TPPA puncanya?

Yang jelasnya daripada sedikit pengkisahan dan naratif penggabungan perbankan di atas, ia adalah lebih tepat lagi untuk konsolidasi kuasa dan 'kontrol-kawalan' pihak keajaan dan elit bisnes. Maka dalam pusingan kali ini pun, penulis cenderung untuk membuat telahan bahawa ia juga bermatlamat sedemikian.

Siapa yang mendapat keuntungan segera daripada proses penggabungan ini tidak perlu dipertikaikan kerana umum sudah sangat faham dan tahu bank mana yang kerap diberikan tugasan melaksanakan kegiatan M&A atau penggabungan dan pembelian seperti ini.

Tidak ada penganalisis kewangan pun yang diperhatikan penulis secara jelas menyokong penggabungan bank menjadi sebuah ‘mega bank’ sebagai langkah yang bijak dan wajar dalam mendepani cabaran TPPA.

Sebaliknya proses pergabungan yang dizinkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dilunaskan dalam 90 hari itu, dilihat sebagai berpotensi mencetuskan pelbagai masalah kompleks dalam proses integrasi atau penggabungan serta menampilkan pelbagai risiko dan cabaran.

Kekhuatiran ini dilahirkan oleh sebuah agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings. Isu-isu yang dibangkit Fitch Rating adalah sangat munasabah bersabitan proses integrasi yang kompleks di antara CIMB dan RHB yang dirumitkan lagi dengan kmasukan MBSB yang bukan sebuah bank. Juga Fitch Ratings menelah kemungkinan akan melemahkan ‘capital buffer’ bagi CIMB kalau tidak dibantu dengan suntikan ekuiti baru yang mencukupi.

PEKERJA MENJADI MANGSA

Tidak kurang juga ada pihak-pihak yang akan menjadi mangsa dan dimangsakan seumpama pekerja-pekerja dan pemilik saham minoriti, seperti biasa.

Maka tidak hairanlah, cadangan penggabungan CIMB Group Holding, RHB Capital, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) ini telah ditentang oleh beberapa pihak. Masing-masing punya sebab untuk menolak penggabungan.

Putrajaya berdepan kritikan terhadap cadangan penggabungan ini apabila kesatuan perbankan nasional, pemimpin Umno sendiri dan kerajaan Abu Dhabi membantah pembentukan bank terbesar negara itu.

Abu Dhabi (melalui Aabar Investment PJS) pemilik 21.4% saham RHB, mahu memastikan mereka mendapat harga bayaran saham terbaik. Mereka turut mengugut Putrajaya untuk menarik balik pelaburan berbilion ringgit bagi projek Rapid Petronas di Pengerang. Isunya adalah harga saham.

Sementara Abu Dhabi khuatir tentang kepentingan mereka tidak diambil kira dalam proses penggabungan ini, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Bank Negara kerana tidak dibawa berunding bersama.

Secara lebih khusus mereka mahu pastikan nasib pekerja-pekerja bank terjamin selepas penggabungan. Penggabungan pusingan pertama meninggalkan pekerja sebagai mangsa ‘collateral damage’ dalam ‘perang korporat’ merebut kuasa dan 'kontrol'.

NEPOTISME

Pemimpin Umno membantah kerana mereka akan dituduh mengamalkan nepotisme dan kronisme kerana CIMB diterajui adik kepada PM Najib iaitu Dato' Seri Nazir Razak.

Kalau benar mewujudkan sebuah Mega Bank Islam adalah penting maka mengapa tidak diberikan kepada Maybank, bank milik negara, yang juga mahu membeli RHB sedikit waktu dahulu? Jelas persepsi tentang amalan kronisme Putrajaya sekali lagi berbangkit.

Ketiga-tiga institusi ini mempunyai satu persamaan yakni dimiliki oleh KWSP, yang berkebetulan di bawah penguasaan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Tidak dapat tidak ‘masalah persepsi’ tentang amalan kronisme sukar untuk dinafikan ketika Najib memilih Nazir melalui CIMB dan tidak pula Maybank untuk melaksanakan mewujudkan Mega Bank Islam ini.

Benar Nazir akan diganti Dato' Zafrul Abdul Aziz, selaku CEO baru CIMB namun Nazir disamping akan mengambil alih Pengerusi Lembaga akan juga menjadi Pengerusi sebuah ‘Jawatankuasa Eksekutif’ yang bakal ditubuhkan CIMB yang berperanan dalam penentuan polisi dan urusan strategik pelaburan.

Maka persoalan yag perlu dijawab Najib dan pentadbirannya di Putrajaya adalah, apakah penggabungan ini mencetuskan ‘iklim’ dan menyuntik semangat dan keyakinan ‘pelabur’ terhadap sektor kewangan dan perbankan negara?

MEGA BANK

Penguasaan elit politik yang bersekongkol dengan elit bisnes adalah satu sindrom dan amalan yang sangat dibenci pelabur kerana acapkali meletakkan akhirnya mereka tidak bersaing di atas ‘padang sama-rata’. Ini akan bakal meneruskan kegiatan ’rent-seeking’, kronisme dan nepotisme dalam pelbagai kegiataan tadbir-urus yang dilhat dan dipandu oleh kepentingan ‘parokial’ pihak tertentu serta ‘greed’ atau tamak sekali gus merosakkan pasaran kewangan.

Sememangya betul penggabungan ini akan menjadi entiti ini keempat terbesar di segi 'aset' selepas DBS Group milik Singapura, Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) dan United Overseas Bank.

Sememangnya ia akan membenarkan entiti ‘Mega Bank’ ini melakukan ’leveraging'nya pada skala yang lebih besar di rantau ini dan mengizinkan pinjaman serantau atau ‘regional lending’ dan ‘pembiayaan perniagaan rentas sempadan’ atau ‘cross-border trade financing’ dapat dijalankan.

Juga kumpulan yang bergabung ini pastinya akan mempunyai yang terbesar dari segi keuntungan (profit), pinjaman (loan) dan jumlah pendeposit. Mereka juga akan dapat membuka lebih banyak lagi cawangan di Singapura apabila mendapat status ‘Qualifying Full Bank' (QFB).

Maybank yang kini memiliki 22 cawangan di Singapura sementara CIMB, selama kini gagal mendapat status QFB dan hanya ada dua cawangan di Singapura, Pusat Kewangan paling rancak di rantau ini. Sementara RHB punya tujuh cawangan. Ini yang diidam-idamkan CIMB bukan sangat kerana TPPA dan persaingan yang bakal dihadapi nanti.

BESAR BUKAN SEGALANYA

Namun seperkara juga yang perlu diingatkan bahawa pengalaman krisis 'sub-prima' di Amerika Syarikat membuktikan bahawa ‘besar bukan segala-galanya’. Pengalaman keruntuhan institusi kewangan membuktikan dakwaan ini. Lehmann Brothers, Bear Stearns dan Merill Lynch, AIG, Fannie Mae dan Freddie Mac adalah contoh-contohnya.

Kerajaan Amerika terpaksa memperkenalkan konsep ‘Too Big To Fail’ bagi menjustifikasikan ‘bantuan untuk menyelamatkan’ atau ‘bailout’ kerajaan Amerika ke atas gergasi-gergasi besar ini yang ditanggapi sebagai terlalu penting untuk negara, untuk mengelakkan mereka ini ‘gulung tikar’ bahkan sebaliknya mesti dibantu dan diselamatkan.

Dengan kata lain, sementara penggabungan membentuk bank mega itu ada kemunasabahannya, namun tetap faktor tadbir-urus korporat institusi kewangan atau perbankan dengan amalan terbaik atau ‘best practice’, telus dan mengamalkan keamanahan serta kebertanggungjawapan itu adalah jauh lebih penting dan penentu kritikal dalam meningkatkan prestasi dan daya-saing sesebuah entiti bisnes.

Masa akan menentukan siapa pihak yang mengaut keuntungan lumayan daripada penggabungan ini.- HARAKAHDAILY, 12/8/2014
______________________

Sumber HD - 12-8-2014

Of OPR and BNM’s fiduciary responsibility













































































Dr Dzulkefly Ahmad, PAS Research Centre | .


At the point of writing this piece, the Monetary Policy Committee (MPC) of Bank Negara Malaysia (BNM) has yet to decide on the Overnight Policy Rate (OPR). Speculation is rife that the benchmark Interest Rate (is the OPR) is bound to be raised.

For clarity, the OPR is the interest rate set by the Central Bank of a country and in our case the BNM. It is the interest rate at which a bank lends to another bank. While the government determines it Fiscal Policy through changing its policy on Subsidy and Taxation, Monetary Policy could be effected by changing the OPR.

Changes in the OPR, in turn, trigger a chain of events that affect the base lending rate (BLR), short-term interest rates, fixed deposit rate, foreign exchange rates, long-term interest rates, the amount of money (money supply) and credit.

Banks determine the rest of these rates when the OPR is decided by the BNM as to make their offerings competitive, hence the idea of a benchmark. If the OPR is increased, banks will pass on the cost in the form of a higher base lending rate (BLR) to the consumers.

Monetary policy is one of the ways that a government attempts to control the economy. If the money supply grows too fast, the rate of inflation will increase; if the growth of the money supply is slowed too much, then economic growth may also slow.

At a macro-level, this will eventually affect the employment rate and prices of goods and services. The BLR is usually adjusted at the time in correlation to the adjustments of the OPR which is determined by the BNM. Currently the OPR stands at 3%.

The decision to raise or not to raise the OPR is strictly a judgment call by the government of the day. Numerous considerations have to be taken simultaneously and the objective of raising the OPR has to be judiciously determined.

While it is admittedly a fact that the BNM, being amongst the most conservative central banks in the world and only witnessed 10 rate adjustments made in the last 10 years, the speculation of a raise, however, has caused quite an anxiety and conflicting views amongst investment bankers. The last time the BNM raised the OPR was in May 2011.

Contrarian views of an imminent hike are held by Kenanga Investment Bank Berhad and M&A Securities, both albeit with different reasoning. While most analysts opined that the OPR would most likely be raised, they differ only on the quantum. The forecast of 25 to 50 basis points was bandied around, which would see the OPR raising between 3.25 to 3.50%.

By now readers should already be able to grasp the idea why raising the OPR at this juncture would be bad for the consumers and the rakyat.

While the argument that the OPR hasn’t been raised for a long time and that it is now due as to strengthen the Ringgit and counter the inflationary pressures might sound valid, the MPC must also take into consideration the unintended consequences.

Arguably, OPR is always a double-edged sword, much as it differentially affects the Exporters and Importers. This piece is going to side-step that polemical discussion.

Firstly, the argument that BNM has to raise OPR to tackle inflation based on the scenario that growth is too strong is quite flawed. Despite GDP growth to be close to 6% in the first half, it expects to average around 5.2% in the second half and a full-year at 5.5%. Increasing the OPR may in fact weaken further the economy that is already slowing down.

Similarly raising OPR to tackle the consequences of cheap cost of funding, i.e., over-gearing or borrowing may not be necessary. Measures to address concern about assets imbalances in the system could be effected by reducing the loan-to-value ratio and the debt-to-income ratio.

Using the Monetary Policy of raising OPR to tackle inflationary pressure that is not caused by a “Demand-Pull” inflation seems to be misplaced.

Many wouldn’t disagree that the CPI that has touched 3.4% in the last quarter is a direct consequence of the various ‘Rationalisation of Subsidies’ and the concomitant hike of tariff in utility namely electricity and toll plus the hike in both fuel price and sugar.

Inflation is without doubt the direct consequence of the government’s fiscal policies to reduce fiscal deficit and the subsidy bill. Raising OPR to address ‘Cost-Push’ inflation is again misdirected and ill-advised.
So would it be right and appropriate for the MPC to raise the OPR?

On the back of rising cost of living which seems unbearable to the lower-middle income group coupled with a real income that has almost stagnated, would it be fair to further burden the rakyat?

Quoting a financial comparison portal iMoney.my, a mere 0.5% increase in BLR will result in a 14% increase in total interest paid over the loan tenure if one has a floating rate home loan.

A Maybank IB Research report (in March 13, 2014), quoted that a 50bps (basis points) increase in the mortgage rate could lead to a 6.8% jump in monthly instalments based on a lending rate (BLR) minus 2.4% for a 35-year loan.

Granted that impending scenario, this writer would like to cite the grim picture of bankruptcy as highlighted by the former RAM Holdings chief economist Dr Yeah Kim Leng sometime ago (with the figures up from 53 people a day in 2012).

He cited that the number of bankrupts in Malaysia is expected to rise following the recent price hikes in electricity tariffs and other household goods, as well as the removal of sugar and fuel subsidies.

One wonders if the MPC push for revision of the OPR to 50 basis points is done, the prospect of bankruptcy and especially of the ‘vulnerable ones’ who understand little of fiduciary discipline is frightening to say of the least. Which way would the MPC decide?

I rest my case.

Sumber HD - 14-7-2014 

No comments:

Post a Comment