BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, August 5, 2014

NEGERI PAKATAN HARAPAN PULAU PINANG

ADUN PKR disekat sebab tak buat kerja, kata Lim
Posted on Thursday, November 30 @ 17:36:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37080



Langkah menyekat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng daripada menguruskan pendaftaran bagi bantuan kewangan untuk mangsa banjir kawasan DUN itu bukan disebabkan sikapnya yang berbeza pandangan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


Lim berkata, tindakan itu berdasarkan prestasinya yang lemah sebagai ADUN ketika dua kali banjir melanda negeri itu, iaitu pada 15 September dan 4-5 November.

Katanya, ADUN PKR lain juga mempersoalkan pelbagai dasar kerajaan negeri tetapi mereka tidak dikenakan larangan tersebut.

"Saya melawat kawasan di DUN beliau yang menerima kesan teruk akibat banjir dan ada penentangan yang hebat terhadap wakil rakyat Kebun Bunga" katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

"Penduduk sangat tidak berpuas hati dan malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ADUN, pada masa sama memuji dan mengucapkan terima kasih kepada ADUN Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey kerana membantu mereka.

"Malah mereka lebih cenderung untuk mengundi Yap. Jelas mereka adalah penyokong kami, jadi bagaimana kami boleh mengabaikan mereka?" soal Lim.

Yap ditugaskan untuk mendaftarkan mangsa banjir di Kebun Bunga bagi menggantikan Cheah.

Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta mengulas kenyataan Cheah dalam wawancara bersama Malaysiakini, bahawa beliau bukan "pencetus masalah dan suka berkelahi" tetapi lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada isu besar di negeri itu.

Dalam wawancara itu, Cheah berkata kelemahan dasar kerajaan negeri dalam soal pembangunan di lereng bukit serta tanah runtuh pada 21 Oktober lalu di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa.

Cheah adalah salah seorang lima ADUN PKR yang berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa Umno di DUN Pulau Pinang pada November 2015, untuk menghentikan semua projek penambakan tanah di negeri itu.

Kepimpinan PKR negeri diketuai bekas timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman sepatutnya bertemu Lim dalam soal sekatan terhadap Cheah itu, tetapi sehingga hari ini tiada tarikh yang diputuskan.

Sementara itu, Lim membangkitkan rakaman video lawatannya di Ladang Hong Seng, Kebun Bunga, baru-baru ini yang menunjukkan beberapa penduduk menegur Cheah kerana menurut mereka tidak mengambil berat terhadap kesusahan mereka.

Dalam sesi bertemu penduduk selama dua jam itu, Lim berkata soal sama ada wakil rakyat memenuhi harapan pengundi atau tidak bukanlah perkara utama.

"Apa yang lebih penting adalah mereka memberi maklum balas jika ada kelemahan, dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan," katanya.

Turut mengiringi Lim dan Yap dalam lawatan itu adalah ahli majlis pihak berkuasa tempatan Syerleena Abdul Rashid dan Chris Lee, dan beberapa ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Sumber TKO - 39-11-2017


Pulau Pinang Bakal Iktiraf LGBT, Akses Jawatan Awam Termasuk Polis?
Posted on Wednesday, November 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36739



GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu surat rasmi mengenai keputusan hasil kajian hak-hak transgender telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam untuk dijadikan sebagai satu dokumen rasmi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga mendakwa bahawa Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender.

“Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.”

Menurut The Malay Mail Online, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.”

Tambahnya lagi, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

Dakwa Teh lagi, keputusan penemuan ini juga perlu diterima secara rasmi oleh badan perundangan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan. “Ia boleh dijadikan sebagai satu rekod mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan transgender.”


Pada tahun 2014, satu Jawatankuasa Trangender Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan DAP –
menara.my

Sumber TKO - 15-11-2017

131 cerun runtuh di Pulau Pinang sejak 15 September
Posted on Tuesday, November 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36712



GEORGE TOWN: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini sejak 15 September hingga 4 November lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 46 kejadian cerun runtuh berlaku dalam kejadian bencana alam 15 September lepas, manakala 85 kejadian cerun runtuh pada 4 November di sepanjang rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jalan-jalan yang terkesan iaitu Jalan Persekutuan Paya Terubong, Jalan Tanjung Tokong-Batu Ferringhi-Teluk Bahang-Balik Pulau, Jalan Tun Sardon dan Jalan Jeep, Bukit Bendera,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata, buat masa ini, Jalan Tun Sardon masih ditutup kepada lalu lintas untuk kerja pembersihan tanah dan pembaikan.

Jalan itu akan dibuka kepada trafik mulai 5 petang esok, manakala Jalan Paya Terubong sudah dibuka pada 7 November lepas.

“Di samping itu, Jalan Jeep di Bukit Bendera yang ditutup sejak 5 November boleh dilalui pada 10 November. Bagaimanapun, kerja pembersihan masih berjalan di tapak,” katanya.

Mengenai perkembangan pasca banjir, Lim berkata, pihaknya masih memberi tumpuan kepada kawasan di Seberang Perai Utara memandangkan limpahan air sungai dari Sungai Jarak dan Sungai Kulim merupakan salah satu punca air bah membanjiri kawasan berhampiran.

Beliau berkata, JKR memberi keutamaan untuk mengawal trafik dengan meletakkan papan tanda, selain turut menjalankan kerja pembersihan runtuhan, pokok tumbang dan pembaikan kecil.

Lim berkata: “Berita gembira buat negeri Pulau Pinang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kelulusan peruntukan Bajet 2018 untuk pembesaran LTAPP (Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang). Terima kasih diucapkan atas keprihatinan kerajaan persekutuan.”


Persidangan bersambung esok.

Sumber  TKO - 14-11-2017

Pulau Pinang Bakal Peneraju Iktiraf Mak Nyah
Posted on Monday, November 13 @ 10:15:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36679


 GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu surat rasmi mengenai keputusan hasil kajian hak-hak transgender telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam untuk dijadikan sebagai satu dokumen rasmi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga mendakwa bahawa Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender.

“Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.” Menurut The Malay Mail Online, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.”

'Tambahnya lagi, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

Dakwa Teh lagi, keputusan penemuan ini juga perlu diterima secara rasmi oleh badan perundangan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan. “Ia boleh dijadikan sebagai satu rekod mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan transgender.” Pada tahun 2014, satu Jawatankuasa Trangender Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan DAP.


Note: Makin hari makin terhakis Islam dinegara kita. Makin tersebar fahaman liberal. - AO 


Sumber TKO - 13-11-2017



Pengarah surau: Kami bantu semua ciptaan Allah, termasuk anjing
Posted on Wednesday, November 08 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36540



PETALING JAYA: Sebuah surau di Pulau Pinang yang dipuji masyarakat kerana memberi perlindungan kepada 70 orang bukan Islam apabila banjir melanda kawasan mereka berkata surau itu tidak akan menutup pintu kepada mereka yang perlukan bantuan, termasuk anjing.

Pengarah Surau Sekolah Free School, George Town, Zakaria Malik hari ini berkata pihak pengurusan surau tidak akan mengusir sesiapa termasuk anjing kerana semua makhluk ciptaan Tuhan.

“Bukan setakat manusia tapi anjing pun kami selamatkan dan dibiarkan di perkarangan surau sehingga air surut kerana anjing pun ciptaan Allah,” katanya di Facebook.

Dalam kenyataan itu, Zakaria menyuarakan penghargaan kepada ahli jawatankuasa surau dan penduduk Taman Free School yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

“Saya amat berbangga mempunyai ahli jawatankuasa dan penduduk yang memberi bantuan di masa yang amat genting, bilal dan anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa di waktu yang sangat genting, antara jam 3.00 pagi hingga 5.00 pagi, bergelut dengan air yang deras menggunakan bot tanpa enjin.

“Kalaulah di waktu itu ada orang ambil gambar, barulah orang-orang yang beri komen negatif akan faham keadaan sebenar kenapa orang-orang yang diselamatkan ditempatkan di surau.
“Ada yang terpaksa membuka baju disebabkan kesejukan melampau,” katanya.

Beliau berkata surau mereka sudi menawarkan perlindungan kepada mangsa banjir kerana semua ciptaan Tuhan.

“Dalam bergelut dengan keadaan air yang deras, kami lakukan apa yang terdaya dengan niat manusia itu semua sama ciptaan Allah. Mana tahu Allah akan bagi hidayah pada orang yang di bantu.”

Zakaria turut berterima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam usaha menyelamat.

“Terima kasih juga kepada semua pihak dan jabatan yang datang memberi bantuan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tentera yang sehingga hari ini memberi bantuan pembersihan dan juga memberi bantuan peralatan dan makanan kepada penduduk yang terjejas.

“Terima kasih juga kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Exco Jagdeep Singh Deo atas kehadiran ke tempat kami.”

Sumber TKO - 8-11-2017


Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang
Posted on Tuesday, November 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36516



GEORGE TOWN: Sejumlah 6,293 mangsa banjir di Pulau Pinang masih ditempatkan di 4 daerah di negeri itu setakat pukul 6.00 petang tadi, meningkat berbanding 5,478 orang pada tengah hari.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata mangsa banjir itu membabitkan 1,602 keluarga yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan di Pulau Pinang.

“Sehingga pukul 6.00 petang ini, sejumlah 3,955 mangsa banjir di Seberang Perai Utara (SPU) masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan, meningkat berbanding 2,922 tengah hari tadi berikutan air semakin naik di beberapa kawasan seperti Air Melintas Besar, Sungai Dua dan Merbau Kudung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa jalan di kawasan SPU juga ditutup kepada lalu lintas kerana air naik antara 0.2 meter hingga 0.7 meter antaranya Jalan Bertam Indah, Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Sungai Dua, Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Jalan Matahari Naik, Jalan Padang Tonsun dan Jalan Ara Kuda.

Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula mencatat 2,115 mangsa di 21 pusat penempatan dan 53 orang di Seberang Perai Selatan serta 32 orang di Timur Laut, masing-masing di sebuah pusat pemindahan.

Beliau berkata pusat pemindahan di daerah Barat Daya ditutup petang ini.

Ketika ini cuaca di bahagian seberang dan pulau mendung serta hujan renyai di beberapa kawasan.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan 1 meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini meragut 7 nyawa.

Sumber TKO - 7-11-2017

Guan Eng, Zahid berpelukan kemudian beringan lawat kawasan bencana banjir
Posted on Monday, November 06 @ 17:31:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36493




Selaras dengan amarannya supaya tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri hari ini meninjau kawasan bencana.


Ahmad Zahid mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dekat Butterworth, pagi tadi.


Beliau disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim .

Ahmad Zahid dan Lim yang berlainan fahaman politik itu kemudian saling berpelukan, sejurus timbalan perdana menteri turun dari helikopter.

Mereka seterusnya, bergegas ke beberapa kawasan bencana yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah Pulau Pinang.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri dan berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai bencana negara kemudian melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Guar Perahu di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang menempatkan seramai 365 mangsa banjir.

Beliau berkesempatan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di situ sambil bertanyakan sama ada kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan mencukupi.


Ahmad Zahid kemudian melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Padang Menora di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah di kawasan Parlimen Kepala Batas.



Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.
Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa.


Note: Lim Guan Eng tak apa berpeluk dengan UMNO/BN. Yang tak boleh dan haram hanya Abdul Hadi. Ini pemikiran parti Islam baru AMANAH (PAN) - AO 


Sumber TKO - 6-11-2017

Nyawa Lebih Penting
Posted on Monday, November 06 @ 17:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36496



“SAYA tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan,” kata bilal surau Taman Free School, Georgetown mengulas mengenai foto yang viral selepas sekumpulan lelaki dan perempuan cina yang menumpang di surau terbabit.

Sapno Tukijo, 50, berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di surau terbabit yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70 orang yang juga penduduk kampung sekitar Lengkuk P Ramlee yang terjejas kerana banjir awal pagi, semalam.

Malah ia sendiri cuba menyelamatkan penduduk yang ketika itu mahu menumpang di tokong berhampiran kampung mereka.




"Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.


"Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau," katanya.

Menurutnya, pada mulanya semua mangsa segan kerana menghormati surau namun saya terpaksa menjelaskan kepada mereka berhubung situasi yang dialami ketika itu.

"Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.


"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju," katanya.

Sumber TKO - 6-11-2017


Korban banjir di P Pinang meningkat kepada 7 orang
Posted on Monday, November 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36475



Dua lagi mangsa disahkan maut dalam bencana banjir besar di Pulau Pinang menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kepada seramai tujuh orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa terbaru ialah seorang wanita, Tan Ah Peoe, 45, yang ditemui lemas di rumahnya di Jalan Mata Kucing, Air Itam, petang tadi.

Manakala mangsa ketujuh pula ditemui orang awam tersangkut bersama timbunan sampah di kaunter penjualan tiket Stadium Bandaraya kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

"Mangsa ketujuh dijumpai dalam keadaan tidak berbaju serta tanpa sebarang pengenalan diri dan mayat kedua-dua mangsa kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sementara itu Bernama melaporkan hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini menyebabkan Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir selain turut menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan fenomena air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kematian empat warga emas yang lemas dalam kejadian banjir dan seorang warga Bangladesh yang maut dihempap pokok manakala rakan senegaranya dipercayai masih hilang.

Setakat pukul 6 petang, seramai 3,365 mangsa banjir di Pulau Pinang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di lima daerah di negeri ini dan daerah Seberang Perai Utara (SPU) disifatkan sebagai kawasan paling teruk terjejas akibat banjir.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,974 orang di 25 pusat pemindahan di daerah berkenaan manakala SPU (829 orang), Seberang Perai Selatan (25), Barat Daya (290) dan Timur Laut melibatkan 247 mangsa.
Kejadian banjir itu turut mengakibatkan sebuah feri di Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth mengalami sedikit kerosakan akibat dipukul ombak setinggi tiga meter di kawasan itu sehingga melanggar bahagian W6 dermaga air dalam.

Bagaimanapun, feri tersebut dijangka beroperasi keesokan hari.
Lalu lintas di beberapa kawasan turut mengalami kesesakan antaranya George Town, Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong disebabkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan hanya satu jalan sahaja dibuka untuk kenderaan.

Kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang akibat angin kencang sedang giat dijalankan dan polis turut mengawal lalu lintas bagi mengelak kesesakan.

Selain itu, Rapid Penang turut menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata 13 laluan bas di bahagian pulau dihentikan membabitkan kawasan Kebun Bunga, Teluk Bahang, Komtar, Pengkalan Weld, Tanjung Bungah, Bukit Bendera, Paya Terubong dan Balik Pulau dan satu laluan di bahagian Seberang Perai iaitu laluan bas Bukit Mertajam-Taman Pelangi turut diberhentikan operasi.

'Tidak bercadang isytihar darurat'

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana keadaan terkini masih terkawal.

Beliau berkata darurat hanya akan diisytihar oleh kerajaan negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.

Terdahulu, Lim ketika mengadakan lawatan ke kawasan terjejas awal pagi ini meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

"Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang. Pulau Pinang minta bantuan daripada ATM. Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana Menteri, terima kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi dan beliau berjanji akan menghantar pasukan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan pada petang semalam bagi negeri Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sebelum ditingkatkan ke peringkat merah ekoran hujan semakin lebat menjelang tengah malam.
Bagaimanapun, tahap amaran hujan lebat itu telah diturunkan kembali kepada kategori jingga mulai hari ini berikutan kawasan tekanan udara rendah dikesan semakin lemah.

Sumber TKO - 6-11-2017 


Tak perlu isytihar darurat, masih terkawal - Guan Eng
Posted on Monday, November 06 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36473



GEORGETOWN: Setakat ini tiada keperluan untuk kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan darurat di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

Sebaliknya menurut Guan Eng jika keadaan semakin memburuk, keputusan itu hanya akan dibuat selepas berunding dengan kerajaan Persekutuan.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyemak prosedur operasi standard (SOP) menangani bencana negeri sedia ada supaya penyelarasan lebih berkesan dapat dilakukan.
"Tidak perlu untuk kerajaan negeri mengisytiharkan darurat bencana kerana keadaan pada masa ini adalah terkawal selepas wujudnya kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan.
"Darurat hanya akan diisytiharkan oleh kerajaan negeri selepas berunding dan mendapat nasihat kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hujan lebat berterusan lebih 17 jam sejak 12 tengah hari semalam, memburukkan keadaan banjir yang melanda kebanyakan kawasan di negeri ini.
Air yang naik mendadak turut melumpuhkan sebahagian besar kawasan di Georgetown dan Seberang Perai termasuk menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa di negeri ini.
Sementara itu, Guan Eng berkata, purata taburan hujan dan tempias taufan Demrey adalah punca utama banjir di kebanyakan kawasan di negeri ini.
"Bencana ini disebabkan kelebatan hujan di beberapa tempat, mencecah sehingga 372 milimiter (mm), selain Pulau Pinang mengalami tempias taufan Damrey yang melanda Vietnam.
"Malah, Jabatan Kaji Cuaca turut mengeluarkan amaran hujan pada paras merah, iaitu hujan yang amat lebat bagi Pulau Pinang dan Kedah," katanya.

  -na-

Sumber TKO - 6-11-2017



Banjir terburuk dalam sejarah
Posted on Monday, November 06 @ 04:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36468



GEORGE TOWN, 5 Nov — Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat lebih 15 jam bermula 2 petang semalam dan disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah.


Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini, kerajaan negeri melaporkan negeri ini menghadapi 119 kali banjir kilat sejak 2013 hingga 15 Okt tahun ini dengan 21 kali pada tahun ini.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini menyebabkan Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir selain turut menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan fenomena air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kematian empat warga emas yang lemas dalam kejadian banjir dan seorang warga Bangladesh yang maut dihempap pokok manakala rakan senegaranya dipercayai masih hilang.

Setakat pukul 6 petang, seramai 3,365 mangsa banjir di Pulau Pinang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di lima daerah di negeri ini dan daerah Seberang Perai Utara (SPU) disifatkan sebagai kawasan paling teruk terjejas akibat banjir.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,974 orang di 25 pusat pemindahan di daerah berkenaan manakala SPU (829 orang), Seberang Perai Selatan (25), Barat Daya (290) dan Timur Laut melibatkan 247 mangsa.
Kejadian banjir itu turut mengakibatkan sebuah feri di Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth mengalami sedikit kerosakan akibat dipukul ombak setinggi tiga meter di kawasan itu sehingga melanggar bahagian W6 dermaga air dalam.

Bagaimanapun, feri tersebut dijangka beroperasi keesokan hari.

Lalu lintas di beberapa kawasan turut mengalami kesesakan antaranya George Town, Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong disebabkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan hanya satu jalan sahaja dibuka untuk kenderaan.

Kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang akibat angin kencang sedang giat dijalankan dan polis turut mengawal lalu lintas bagi mengelak kesesakan.

Selain itu, Rapid Penang turut menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata 13 laluan bas di bahagian pulau dihentikan membabitkan kawasan Kebun Bunga, Teluk Bahang, Komtar, Pengkalan Weld, Tanjung Bungah, Bukit Bendera, Paya Terubong dan Balik Pulau dan satu laluan di bahagian Seberang Perai iaitu laluan bas Bukit Mertajam-Taman Pelangi turut diberhentikan operasi.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana keadaan terkini masih terkawal.

Beliau berkata darurat hanya akan diisytihar oleh kerajaan negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.

Terdahulu, Lim ketika mengadakan lawatan ke kawasan terjejas awal pagi ini meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang. Pulau Pinang minta bantuan daripada ATM. Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana Menteri, terima kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi dan beliau berjanji akan menghantar pasukan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan pada petang semalam bagi negeri Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sebelum ditingkatkan ke peringkat merah ekoran hujan semakin lebat menjelang tengah malam.

Bagaimanapun, tahap amaran hujan lebat itu telah diturunkan kembali kepada kategori jingga mulai hari ini berikutan kawasan tekanan udara rendah dikesan semakin lemah. —  Bernama

Sumber TKO - 6-11-2017



Tanah Runtuh Di Tapak Pembinaan
Posted on Sunday, November 05 @ 19:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36463



GEORGETOWN: Enam banglo tiga tingkat bernilai jutaan ringgit yang masih dalam pembinaan rosak selepas jalan di Persiaran Tanjung Bungah 3 di sini runtuh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga banglo rosak teruk apabila bahagian hadapan rumah termasuk tempat letak kenderaan runtuh.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kondominium Surin, Jesmond Ng, mendengar dentuman kuat sebelum melihat rekahan berlaku pada tembok penahan berdekatan jalan ke tapak pembinaan berkenaan.

"Kami risau sekiranya runtuhan lebih besar berlaku dan menjejaskan perumahan yang dihuni hampir 1,000 penduduk.

"Kawasan lereng bukit berhampiran laluan masuk ke Kondominium Surin juga begitu hampir dengan kawasan runtuhan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana banglo berkenaan masih kosong dan difahamkan dalam proses mendapatkan sijil layak menduduki.

Seluruh kawasan berkenaan terpaksa ditutup dengan kanvas untuk menghalang orang ramai masuk bagi mengelak kejadian tidak diingini.

- Berita Harian

Sumber TKO - 5-11-2017















Air Mata Guan Eng Buat Banjir Lebih Buruk?

Oleh : Naraza Muda

Kami semua sangat terharu dengan bencana yang sedang melanda Pulau Pinang. Kesusahan ini sudah lama kami lalui terutama negeri pantai timur.

Sebelum ini tidak pernah Ketua Menteri sedar keangkuhan seorang pemimpin tidak kemana. Bahkan akan membawa kesusahan kepada rakyatnya.

Kelantan negeri yang terkenal dengan banjir di Pantai Timur semenanjung, tetapi rakyat kelantan sedar banjir ini anugerah alam. Bila musim tengkujuh tiba mereka bersiap sedia. Cuma taburan hujan luar biasa menyurah di kedua daerah ini beberapa tahun lalu.
Tiada pula Menteri Besar mereka angkuh dan mendabik dada. Bila musibah datang mereka hadapi dan berusaha. Sehabis daya mereka berusaha, mereka berserah kepada Allah. Tok Guru mengajar mereka hadapi ujian Allah ini dengan hati tenang.

Bila banjir besar melanda Kuala Krai dan Gua Musang, Lim Guang Eng datang melalui lubang dinding yang dipecahkan. Guang Eng hina pemimpin dan rakyat kelantan dengan perbagai kata nista penuh keangkuhan.https://youtu.be/YdUeJGFynoE

Bila Umat Islam bantah Pesta Arak Malaysia, Guan Eng cabar dengan megah dan keangukuhan agar pesta Arak Terbesar dibuat di Pulau Pinang tanpa ada perasaan bersalah akan mungkar kepada tuhan sekian Alam.
Bila tanah runtuh melanda Pulau Pinang hingga menyebabkan kehilangan 11 nyawa perkerja, Guan Eng kata ini sikit punya hal masalah kemalangan tempat projek sahaja.
Bila banjir melanda mencecah 120 kali di Pulau Pinang dia mula mengelabah tapi masih angkuh dan sombong. Bila hujan sejam sahaja akan ada pekan atau taman digelani air.

Hujan datang dengan lewat diluar jangkaan, semalam Guan Eng tidak tidur, dia merintih merayu dengan linangan air mata dan muka bersebek-sebek. Merayu bantuan dari pihak kerajaan dan tentera.
Baru dia tahu kesombongan dan keangkuhan dia sudah tidak bertahta lagi bila bala Allah datang. Keadaan sangat luar biasa dari kebiasaan. Saya tidak berminat hendak upas lagi apa yang dia kata masa banjir besar Kelatan. ( boleh tengok link diatas )
Betul kata orang ramai ‘ DAP Menang, Rakyat Berenang’. DAP Darul timbus, DAP lautan Arak Malaysia’ dan bermacam lagi kata nakal dari netizen media sosial.
Yang menjadi mangsa ialah rakyat tanpa mengira agama, bangsa mereka. Bala angkara keangkuhan Pemimpin DAP ini , rakyat yang kena hadapi. Besarnya kesan pemimpin yang mungkar dan angkuh. Itu belum diambil kita penghinaan demi penghinaan terhadap Islam dan Ulama’
Semoga kita semua membantu rakyat Pulau Pinang, tenaga, wang ringgit dan perbagai cara apa pun, paling tidak kita menajat kepada Allah agar kesusahan rakyat Pulau Pinang ini diringankan dan banjir yang sedang melanda diredakan tanpa kita pedulikan kepada Ketua Menteri yang sombong dan angkuh ini.

Kau Lim Guan Eng menangis pun (rujuk video berdurasi beberapa saat) bukan boleh menyelesaikan masalah rakyat ini. Bahkan air mata mu akan menambah kedalaman air banjir. Jadi insaf dan berdoalah kepada Tuhan kamu yang kamu anuti dan kami akan berdoa kepada Allah tuhan sekalian Alam.

Sumber BO - 5-11-2017

















Dua warga emas ditemui lemas di P. Pinang

DUA warga emas ditemui lemas di dalam rumah di dua lokasi berasingan di Kampung Masjid dan Jalan P Ramlee yang dilanda banjir, hari ini. 
Komander Operasi Kanan Zon 1 negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mangsa pertama, wanita 80-an ditemui pada 6.30 pagi di rumah orang tua-tua di Jalan P Ramlee. 
Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumah sebelum dibawa keluar untuk pemeriksaan lanjut. 
Katanya, mangsa kedua pula lelaki lingkungan 70-an ditemui terapung di dalam rumah di Kampung Masjid, Jalan Perak pada 8.30 pagi. 
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia selepas diperiksa pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP). 
"Mayat kedua mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian yang sebenar," katanya ketika ditemui di Georgetown, hari ini. – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 

Pulau Pinang, Seberang Perai Sekali Lagi Banjir Kilat!
Posted on Sunday, November 05 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36444



GEORGE TOWN - Tidak sampai sebulan, beberapa kawasan di negeri ini sekali lagi dilanda banjir kilat untuk kali kelima dalam tempoh lima bulan berikutan hujan lebat turun sejak awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 kawasan di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai ketika ini dilaporkan telah dinaiki air dengan puluhan rumah penduduk di kawasan rendah terjejas.

Katanya, antara kawasan terlibat ialah di Bukit Tengah, Seberang Jaya, Sungai Pinang, Relau, Sungai Nibong, Balik Pulau, Teluk Bahang, Paya Terubong dan Bayan Lepas hingga menyebabkan banyak aktiviti penduduk terganggu.

Manakala sekitar bandar raya George Town pula antara kawasan terjejas ialah Jalan Masjid Negeri, Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi, Lebuh Carnavon, Lebuh Muntri, Lorong Kinta, Jalan Anson, Lebuh Kimverly dan Lebuh McNair.

Catatan stesen Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan hujan turun dari jam 2 petang hingga 6 petang sebanyak 115mm di Sungai Pinang, 127mm di Air Itam, 98mm di Sungai Dondang sementara tempat-tempat lain 70mm.

Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang besar di kawasan tepi laut sekali gus menyebabkan air di beberapa batang sungai melimpah ke tebing.

“Bagaimanapun buat masa ini, belum ada pusat pemindahan dibuka tetapi kita tetap sedang berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan buruk pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada amaran tahap jingga ini dijangka berterusan sehingga pagi Ahad dan kemungkinan besar menjejaskan semua empat negeri di wilayah utara semenanjung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Note: Tak ada geng Husam dan PAN nak terjah macam di Kelantan cari punca kenapa selalu ada baanjir kilat. Atau DAP rakan kita maka DAP buat semuanya betul. Lebai buat semuanya salah dan bodoh??? - AO 


Sumber TKO - 5-11-2017


Saifuddin Nasution Ganti Salleh YDP MAIPP ?
Posted on Thursday, November 02 @ 18:26:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36368



Penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dijangkakan bakal dilantik sebagai Yang Dipertua baharu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan Datuk Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir, lapor Malaysiakini yang mendapat sumber daripada kerajaan negeri.


“Menurut sumber lagi, lantikan itu kini bagaimanapun masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saifuddin kini berkhidmat sebagai penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Ketika Salleh mengangkat sumpah jawatan itu, PAS masih bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

“Salleh juga dilihat sebagai wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri yang masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun kedua-dua parti itu telah pun menjadi seteru,”lapor portal itu.
Salleh ketika dihubungi berkata beliau setakat ini tidak menerima apa-apa maklumat berhubung perkara itu.
Namun, katanya lagi, tempoh jawatannya di MAIPP akan tamat hujung tahun ini dan mengakui sudah memegang jawatan itu untuk satu tempoh yang lama.

“Sama ada kontrak saya disambung atau tidak, terpulang kepada kerajaan negeri,” katanya

Sumber TIKO - 2-11-2017

Kenapa Guan Eng Makan Malam Bersama Pemaju Selepas Tragedi ?
Posted on Thursday, October 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36185



KUALA LUMPUR – Kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng keluar makan bersama pemaju yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah?

Itu persoalan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai merujuk kepada gambar yang tersebar di media sosial itu dimana Guan Eng kelihatan makan bersama pemaju berkenaan pada sebelah malam selepas melawat tapak tragedi pada 21 Oktober lalu.

“Saya syak sesuatu kerana dia makan bersama pemaju. Saya hairan sebab kerajaan Pulau Pinang kata mereka senarai hitamkan kontraktor, kenapa tak senarai hitamkan pemaju? Apa kaitkan pemaju dengan kerajaan negeri saya tak faham.

“Mereka sepatutnya batalkan semua projek bukan hanya di Tanjung Bungah. Ini kerana kita tak tahu berapa banyak projek yang mereka tak patuhi, berisiko tinggi dan berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban di masa akan datang,” tegas Dominic dalam sidang medianya hari ini.

Beliau juga mencabar kerajaan negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju dan menutup semua projek yang dijalankan pemaju berkenaan di negeri itu.

Dalam masa sama, Dominic meminta Kementerian Sumber Asli dan Sekitar mendedahkan senarai projek-rojek yang tidak diluluskan kementerian namun masih diteruskan kerajaan negeri.
Ini ekoran kenyataan kementerian sebelum ini yang mendedahkan projek itu tidak mendapat kelulusan namun kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP tetap memberi lampu hijau kepada projek berkenaan.

“Kita tak tahu berapa banyak lagi projek yang diteruskan walaupun tidak mendapat sokongan kementerian. Kita suspek banyak lagi projek yang tidak diluluskan tetapi diluluskan kerajaan negeri.

“Kita minta kerajaan untuk senaraikan projek yang tidak diluluskan untuk kita buat semakan adakah masih diteruskan,” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Majlis Perbandaran Pulau Pinang terus berdegil meski sudah dinasihatkan untuk tidak meneruskan projek di Tanjung Bungah itu dan tertanya-tanya mungkin ada agenda tersembunyi – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 26-10-2017


Jawab menjawab isu tanah runtuh makin panas
Posted on Wednesday, October 25 @ 18:49:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36157


Perang mulut antara NGO Penang Forum dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkaitan insiden tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa bersambung lagi hari ini.

Ramasamy dalam kenyataannya berkata Penang Forum patut menunggu sehingga dapatan siasatan berkaitan tragedi di Tanjung Bungah itu diperoleh sebelum menuntut perubahan kerajaan negeri.

“Bukan anggota Penang Forum tidak boleh minta perubahan politik, tetapi sekurang-kurangnya biarlah laporan suruhanjaya diumumkan dulu,” katanya.

New Straits Times melaporkan anggota jawatankuasa pemandu Penang Forum Lim Mah Hui sebagai berkata anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) patut berundur jika tidak kisah untuk hadir ke sesi dialog berkaitan tragedi itu.

Harian berbahasa Inggeris itu juga memuatkan petikan sama di permulaan tulisan yang berbunyi “Ingat, pilihan raya sudah dekat”, yang memetik penduduk dan aktivis alam sekitar.

Ramasamy sebaliknya berkata dialog tidak boleh diadakan pada masa ini dan Penang Forum patut pertimbang membentuk parti politik dan bekerjasama dengan BN jika mahukan perubahan kerajaan.

Sumber TKO - 25-10-2017


Tanah runtuh: 3 disahkan maut, 10 masih tertimbus
Posted on Saturday, October 21 @ 15:37:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36061


GEORGE TOWN: Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus di dalam runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini. 


Dua daripada mayat itu ditemui di bahagian luar runtuhan itu dan berjaya dikeluarkan manakala pihak penyelamat masih berusaha mengeluarkan 1 lagi mayat yang telah ditemui.


Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Dua mayat warga Indonesia ditemui pada pukul 10 pagi,” kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun belum dipastikan.

Setakat pukul 2 petang ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh, kata Saadon.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 3 zon pada keluasan 15 meter persegi dan pihaknya menjangkakan operasai mencari dan menyelamat akan mengambil masa memandangkan kesemua mangsa dipercayai tertimbus agak dalam dengan tanah liat dan kemungkinan berlaku runtuhan lain.

“Kecerunan kawasan tanah runtuh 35 meter dan keadaan itu agak menyukarkan kerja-kerja menggali tanah…ada setengah tempat dianggap tak selamat,” katanya.

Saadon berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang tertimbus itu menjalankan kerja di bahagian bawah tanah (basement) bangunan yang sedang dibina itu.

“Yang runtuh adalah bahagian basemen…mereka baru buat bahagian basemen,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata pihak MBPP telah mengeluarkan arahan henti kerja bagi projek itu.


“Kami tunggu laporan daripada jurutera untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya di lokasi kejadian.


Sumber TKO - 21-10-2017


Majlis agama Pulau Pinang akan siasat Shahul Hamid
Posted on Thursday, October 19 @ 19:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36029



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim berkata tindakan akan diambil terhadap para pendakwah atas kenyataan mereka yang 'tidak dimahukan dan disampaikan dengan cara yang kurang elok', termasuklah yang menyentuh sensitiviti masyarakat lain.

Abdul Malik berkata pendakwah yang dimaksudkan, Shahul Hamid Seeni Muhammad dengan kilp video berkaitan isu pendandan rambut, persekolahan dan ucapan salam di antara masyarakat menjadi tular baru-baru ini, akan disiasat di bawah undang-undang agama negeri.

"Pendakwah sedemikian yang melanggar undang-undang akan disiasat di bawah Seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Islam Pulau Pinang 1996, jadual ke tiga belas.Tindakan boleh diambil terhadap beliau oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang," Abdul Malik memberitahu wartawan hari ini.

"Undang-undang berkaitan dengan pengajaran dan penyebaran agama Islam sangat jelas, kesemua pendakwah perlu patuh dengan syarat-syarat yang dikenakan, termasuklah larangan daripada menyentuh sensitiviti budaya, kaum dan agama masyarakat setempat, yang boleh menimbulkan ketegangan di antara kaum," tambah Abdul Malik dalam sidang akhbar.

Abdul Malik (gambar kanan) berkata majlis agama Islam negeri sedang menyemak rekod-rekod bagi melihat jika Shahul Hamid telah diberi tauliah untuk berceramah atau mengajar Islam di Pulau Pinang.

Beliau menambah untuk mengajar atau berceramah mengenai Islam, seseorang guru atau pendakwah itu perlu untuk mendapatkan tauliah kelulusan daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Salah ucap 'selamat hari lahir'

Majlis itu akan memproses permohonan di bawah jawatankuasa yang dipengrusikan mufti negeri.

"Jika seseorang pendakwah itu tidak menepati syarat-syarat yang dikenakan oleh majlis, kami boleh memulakan prosiding untuk mendakwanya di mahkamah," kata Abdul Malik.

Beliau merujuk kepada klip video Shahul Hamid pada 2015 yang tular yang menyebut amaran kepada wanita Muslim agar tidak mengunjungi salon rambut bukan Muslim.

Dalam video itu, Shahul Hamid mengingatkan wanita Muslim tidak membenarkan pendandan rambut bukan Islam daripada menyentuh rambut mereka.

Beliau juga ditampilkan dalam sebuah video lain pada 2015 yang menyatakan adalah salah bagi orang Islam mengucapkan 'selamat hari lahir'.

Menurut Shahul Hamid juga adalah haram bagi ibu bapa Muslim menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Pada Julai 2014,  Shahul Hamid pernah memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India, selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.

Shahul Hamid pernah menjadi finalis rancangan televisyen Pencetus Ummah pada 2014, sebuah program realiti Islamik terbitan Astro yang mencari bakat penceramah lelaki Muslim.

Sumber TKO - 19-10-2017

Gendang Cina masa solat: Kariah nasihat jangan ulang
Posted on Friday, October 13 @ 17:31:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35855


Tindakan matang dan pantas masyarakat setempat di Sungai Pinang berjaya mengelakkan konflik antara kaum atau agama tercetus di situ.


Ia berpunca daripada insiden sekumpulan orang Cina berarak dengan pukulan gendang ketika jemaah Masjid Maqbul sedang mengerjakan sembahyang Isyak pada 11 Okt lalu.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan penduduk Islam setempat dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar.

Semakan internet pula menunjukkan kumpulan berkenaan bukan berarak, sebaliknya memukul gendang dengan kuat di depan masjid terbabit dan berada di situ untuk beberapa ketika.

Bagaimanapun menurut portal ismaweb tindakan pantas anggota jawatankuasa masjid berkenaan mengadakan perbincangan dengan kumpulan terbabit kemudian berjaya meredakan keadaan.
Isu itu kemudian dilaporkan selesai secara baik.

Rakaman ringkas pertemuan itu juga dikongsi beberapa individu melalui media sosial sejak semalam.
Elak kata biadab

Dalam pertemuan berkenaan Pengerusi Kariah Masjid Maqbul yang hanya dikenali sebagai Haji Elias menjelaskan keadaan yang terjadi pada malam sebelumnya tidak wajar.

Dia juga menasihati kumpulan terbabit atau mana-mana pihak supaya mengelak daripada mengganggu agama serta kaum lain.

“Masyarakat Sungai Pinang ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

"Saya menasihati supaya perkara ini tidak berulang lagi dan setiap kaum perlu menghormati agama masing-masing agar tidak terjadi pergaduhan.

“Kita tak mahu kata (apa yang berlaku itu) biadab... (cuma) kita kata tersilap.

"Apabila tersilap, kita jangan buat ganggu-gugat lagi di masa-masa akan datang,” katanya kepada dua lelaki dipercayai keturunan Cina yang duduk bersama sekumpulan penduduk setempat.
Untuk rekod insiden gangguan ke atas jemaah masjid pernah mencetuskan ketegangan dan pergaduhan di Pulau Pinang pada Mac 1998.

Ketika itu sebuah kuil didakwa sering membunyikan loceng ketika penduduk di Kampung Rawa mengerjakan sembahyang Maghrib.

Kedudukan kuil dan masjid berkenaan secara kebetulan dipisahkan oleh jarak kurang daripada 50 meter.

Ketegangan itu mendorong polis bertindak membuat tangkapan dan rampasan, termasuk membabitkan orang dari luar Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Datuk Abdul Hamid Mustapha menyatakan polis merampas 28 molotov koktail dan kira-kira 30 bilah parang serta senjata tajam di beberapa kawasan berhampiran tempat kejadian.

Ketegangan mengendur dan keadaan terkawal selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri - segera bertemu dengan pihak yang terbabit dan mendamaikan mereka.

Sumber TKO - 13-10-2017



Ada Orang Kata DAP Bantu Sekolah Agama di Pulau Pinang Lebih Baik Daripada UMNO. Mari kini lihat
Posted on Friday, October 13 @ 17:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35853



Sebenarnya DAP dan UMNO sama sahaja, kedua-duanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Malang parti yang kononnya Islam tapi jadi kuda tunggangan DAP.

Kredit:
Muhamad Lan 


Sumber TKO - 13-10-2017






























Kerajaan DAP nak halalkan perniagaan haram?











AMAT pelik dan luar biasa apabila membaca kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dipetik FMT bahawa tindakan Exconya dalam isu Kilang Penapis Karbon di Bukit Mertajam adalah semata-mata melaksanakan polisi Kerajaan Negeri untuk menghalalkan perniagaan haram yang ditubuhkan sebelum 2008. 
Wajarkan polisi itu terus diangkat Kerajaan Negeri? lebih-lebih lagi Adun Penanti sendiri pernah melaporkan pencemaran asap kepada penduduk di sekitarnya termasuk insiden kemalangan yang berlaku di Kilang berkenaan semenjak Febuari 2015 lagi. 
Apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri untuk melindungi Kesihatan dan Keselamatan penduduk setempat terhadap Kilang yang dilaporkan telah beroperasi semenjak 10 tahun yang lalu? 
Adakah kerana polisi berkenaan, wajarkah penduduk setempat dipaksa menanggung kesan pencemaran dari Kilang tersebut sehingga Kilang tersebut 'dihalalkan'? wajarkah pekerja di Kilang berkenaan terus terdedah juga dengan potensi kemalangan?
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) ingin melahirkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada Adun Penanti kerana berjaya meletakkan kepentingan Rakyat dan Pekerja jauh lebih tinggi dari kepentingan politik kepartian, walaupun terhadap rakannya sendiri dari kalangan pemimpin Kerajaan negeri apabila melibatkan Kesihatan dan Keselamatan Rakyat. 
LATAS juga ingin melahirkan sokongan padu kepada SPRM dan berharap kesemua individu yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan. 
Kami terkilan juga kerana kesemua Kilang Haram tidak sepatutnya diberi peluang untuk beroperasi, lebih-lebih lagi dalam jangkamasa yang lama. Haram tetap Haram dan sewajarnya tindakan pertama yang sepatutnya diambil oleh pihak berwajib ialah menghentikan operasi kesemua Kilang Haram terlebih dahulu. Hanya selepas mereka memenuhi kesemua syarat yang telah ditetapkan pihak berwajib, barulah kebenaran operasi dikeluarkan. 
Insya-Allah, LATAS bersama-sama NGO Pantai dan NGO Rakan Alam akan menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan MPSP supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi keselamatan penduduk dan pekerja. – HARAKAHDAILY 13/8/2017 
(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pulau Pinang (LATAS)











Sumber HD - 13-8-2017 
































Tanah runtuh: Penduduk gesa kerajaan P.Pinang ambil tindakan

PENDUDUK Paya Terubong menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang menyemak atau mendefinisikan semula apa itu ‘projek khas’ dalam garis panduan 2009 dalam usaha untuk melarang sebarang pembangunan pada masa hadapan di atas tanah bukit kecuali untuk kemudahan awam yang penting, sementara menunggu semakan semula Pelan Struktur baharu. 
Pelan Struktur Pulau Pinang 2020 yang diwartakan pada 2007 dan menyatakan bahawa pengecualian larangan pembangunan tanah bukit hanyalah untuk ‘projek khas’ tetapi ia tidak menjelaskan apakah ‘projek khas’ itu. Definisi dan garis panduan bagi ‘projek khas’ itu diluluskan oleh kerajaan sekarang pada 2009. 
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh 13 persatuan penduduk, mereka meminta kerajaan negeri memastikan larangan sebarang pembangunan pada masa hadapan di atas tanah bukit kecuali untuk kemudahan awam yang penting
Menurut salah wakil  Persatuan Penduduk Tanjung Bungah Meenakshi Raman  menggesa pihak berkuasa Persekutuan dan Negeri yang berkaitan serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang supaya mengambil tindakan segera yang sewajarnya untuk memastikan bahawa tiada lagi berlakunya kejadian tanah runtuh dan menstabilkan cerun bukit. 
"Sebarang projek pembangunan di kawasan yang mungkin menyumbang kepada kejadian tanah runtuh mestilah disiasat dengan segera dan dipantau dengan tindakan diambil untuk mencegah berlakunya sebarang kejadian dan tragedi yang tidak diingini.     
    
"Kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini boleh menjadi satu amaran kepada kita yang tidak boleh diabaikan berhubung masalah yang berkaitan dengan kestabilan tanah dan cerun bukit di kawasan itu. Ini terutama sekali apabila dijangkakan hujan lebat dalam beberapa hari akan datang," katanya kepada Harakahdaily. 
Wakil penduduk daripada beberapa kawasan perumahan di Pulau Pinang, menyuarakan kebimbangan berhubung kejadian tanah runtuh di kawasan cerun bukit berdekatan Lebuh Rambai 13, di Paya Terubong, Pulau Pinang yang berlaku pada pagi Jumaat, 14 Julai 2017. 
Tanah runtuh itu berlaku ekoran hujan lebat yang turun pada pagi Jumaat. Agak bernasib baik kali ini kerana tidak berlaku sebarang kematian. 
Katanya, kejadian tanah runtuh di Paya Terubong sekali lagi mendedahkan akan bahaya membenarkan pembangunan dilakukan di kawasan lereng bukit dan bukit yang merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif,  terutama sekali apabila ramai penduduk tinggal di kaki bukit di kawasan projek yang dicadangkan sepertimana dalam kes di Paya Terubong dan Sungai Ara. 
"Memandangkan beberapa tragedi yang berlaku sebelum ini seperti kejadian tumbangnya Highland Towers dan tanah runtuh di Cameron Highlands, kerajaan perlu lebih berhati-hati untuk tidak membenarkan projek pembangunan di kawasan alam sekitar yang sensitif seperti kawasan tanah bukit yang melebihi 250 kaki di atas paras laut dan dengan kecerunan melebihi 25 darjah," ujarnya. 
Tambahnya, pembangunan di kawasan tanah bukit yang sensitif dengan lebih 250 kaki sepatutnya tidak dibenarkan, memandangkan ia mendedahkan kesan alam sekitar dan sosial yang serius bagi penduduk di kawasan berdekatan seperti hakisan tanah, tanah runtuh, ketidakstabilan tanah dan kesan negatif daripada kerja-kerja meletup batu dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 



































DAP suburkan ‘lubuk maksiat’ di Pulau Pinang

PERCAMBAHAN premis perjudian dan arak telah menjadi sebahagian pemandangan utama di Pulau Pinang. Ia berkembang subur di bawah Kerajaan DAP hingga diumpamakan ‘bagai cendawan selepas hujan’. Malah, kewujudan premis berkenaan didapati seiring dengan pembangunan yang semakin rancak di seluruh negeri itu. 
Judi dan arak jugalah punca pertembungan panas antara PAS dengan DAP hingga membawa kepada pemecatan wakil PAS, Iszuree Ibrahim selaku Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Malah, berentetan hingga mengundang banyak tindakan angkuh DAP dalam Pakatan Rakyat yang berakhir putusnya hubungan bersama PAS. 
Walaupun pernah disuarakan PAS bahawa percambahan kegiatan tersebut berpunca dari tunjang kapitalisme yang menjadi dasar dan pendekatan pemerintahan DAP, namun ia pantas ditepis Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau sebaliknya membidas PAS supaya belajar memahami mengenai pentadbiran dan bidang kuasa negeri. 
Guan Eng juga menyatakan bahawa lesen berkaitan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat dan hanya polis boleh mengambil tindakan penguatkuasaan. Beliau seakan cuba melepaskan diri dan membodohkan umum dengan reaksi seperti itu, sedangkan isu pertambahan tersebut langsung tidak dinafikannya. 
Guan Eng sebenarnya bukan sahaja dilihat menyembunyikan fakta mengenai lesen premis yang berada dalam kuasa pihaknya, bahkan jelas sekali telah berbohong. Beliau seakan membayangkan bahawa isu judi dan arak di Pulau Pinang bukan disebabkan olehnya. Walhal, pihak beliau telah menjawab soalan berkaitan pada Sidang Dun Pulau Pinang. 
Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dun Ketiga Belas yang bersidang pada 19 Mei 2014, Ahli Exco, Chow Kon Yeow telah menjawab bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan lesen premis setelah pemohon mendapat lesen dari Kementerian Kewangan. 
Malah, dalam sidang yang lain, Kon Yeow pernah menjawab soalan bagi pihak Guan Eng bahawa terdapat 130 kasino siber tidak berlesen yang dikenalpasti. Turut dinyatakan adalah tindakan terhadap premis Pusat Hiburan Awam antaranya: 
i. Mengeluarkan tawaran kompaun dan mengambil tindakan rampasan;
ii.Mengeluarkan surat amaran kepada pemilik lesen untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT; 
iii. Membatalkan lesen premis dan lesen hiburan jika pemilik lesen masih gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan; 
iv.Menjalankan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi berkaitan sekiranya melibatkan aktiviti perjudian dan kesalahan di bawah bidangkuasa jabatan berkenaan;
v.Menyita premis setelah didapati bersalah oleh Mahkamah.
 
Jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai kuasa atas premis yang membawa maksud boleh mengadakan sebarang pemberian atau sekatan lesen, selain tindakan penguatkuasaan bersama pasukan polis. Malangnya, enakmen yang digubal tidak dijadikan kawalan, sebaliknya ‘kesempatan’. 
Enakmen berkaitan yang diwartakan telah digunakan untuk membanyakkan lagi premis judi dan arak serta pusat maksiat berkaitan. Ini tidak termasuk yang menjalankan aktiviti tanpa lesen yang berselindung disebalik perniagaan tertentu. Malah, berdasarkan ‘tabiat’ yang boleh difahami, tempat seperti ini juga menyembunyikan banyak kegiatan haram lain. 
Amat dicurigai di tempat-tempat ini bersarangnya pelacuran, dadah, gangsterisme serta pelbagai jenayah. Malah, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melontarkan kenyataan yang mengundang skeptikal bahawa beliau bimbang tauke judi membiayai parti politik di negeri itu.Parti manakah yang kebarangkalian dilihat hampir dengan durjana disebut Zahid itu? 
Namun, pemerhatian yang dilakukan mendapati, susulan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu ini pada 10 Jun dan diikuti arahan Zahid untuk polis memerangi kegiatan tersebut, tiba-tiba semua premis tidak berlesen membekukan kegiatan mereka di seluruh negeri itu. Siapakah ‘Abang Besar’ yang berpengaruh mengadakan kawalan serentak atas semua itu? – HARAKAHDAILY 3/7/2017
Sumber HD - 3-7-2017 



Kos Kajian Terowong Dasar Laut Kanada RM325 Ribu, Pulau Pinang RM20 Juta
Posted on Thursday, June 29 @ 11:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35602



Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang menghubungkan tanah besar ke bahagian pulau menelan lebih hampir 61 kali ganda lebih mahal daripada projek hampir sama di Kanada.

Memetik pengakuan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar bagi projek terowong negeri berharga RM305 juta.

Bagi kos kajian kebolehlaksanaan, RM31.269 diperuntukkan bagi kajian pembinaan tiga jalan raya utama untuk ke terowong berkenaan dan RM20 juta lagi bagi kajian untuk membina terowong berkenaan.

"Menjadikan jumlah kajian kebolehlaksanaan RM51.269 juta iaitu 0.93 peratus daripada kos pembinaan," kata Hock Seng.

Walaubagaimanapun, jumlah berkenaan adalah 61 kali ganda lebih tinggi berbanding projek sama yang lebih panjang di Kanada.



Cadangan laluan terowong Quebec City-Lévis sepanjang 7.8 km

Kos kajian projek terowong dasar laut menghubungkan Quebec City-Lévis di Kanda sepanjang 7.8 kilometer hanya menelan kos RM325,000 berbanding RM20 juta untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk laluan dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau sepanjang 7.2 kilometer.
Memetik laporan CBC News, projek di Kanada yang menelan belanja RM13 bilion itu dijangka siap menjelang 2030 dan kos penyelenggaraan bagi 100 tahun kemudian dianggarkan bernilai RM7.5 bilion.

Kos berkenaan diumumkan oleh jurutera awam dilantik oleh Kemeterian Pengangkutan Quebec, Profesor Bruno Massicotte, setelah menyiapkan laporan berkenaan dalam tempoh kurang setahun.
Sementara konsortium Zenith-BUCG Sdn Bhd yang dilantik kerajaan Pulau Pinang untuk menyiapkan laporan berekenaan masih belum menghantar kajian lengkap kepada Kementerian Kerja Raya sungguhpun sudah masuk tahun kedua kajiannya.

Dilaporkan juga, kerajaan negeri teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng juga sudah meluluskan RM135 juta bayaran pendahuluan kepada konsortium berkenaan dengan menyerahkan beberapa bidang tanah kerajaan negeri kepada syarikat berkenaan.

- mD



Sumber TKO - 29-6-2017


Peruntukan tiga Adun PKR dibeku kerajaan DAP?
Posted on Saturday, June 17 @ 23:06:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35484



GEORGETOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini mendakwa tiga lagi Adun dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal menghadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri.

Naib pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, peruntukan bagi Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon, Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP setelah mereka gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lepas.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengguna kaedah lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi kerajaan negeri dan bukannya dengan membeku peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan berkenaan.

"Saya ingin menggesa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya tidak membekukan peruntukan wakil-wakil rakyat PKR... peruntukan ini demi kebajikan dan kebaikan rakyat setiap kawasan berkenaan. Peruntukan ini adalah bagi Dun setiap kawasan, ia tidak boleh berdasarkan piawaian beliau sendiri untuk memberi peruntukan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Mei lepas, Adun PKR bagi kawasan Penanti, Dr Norlela Ariffin mendakwa peruntukan kawasannya dibekukan kerajaan negeri kerana gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Tong Keong berkata, tindakan kerajaan negeri dilihat seolah-olah ingin membalas dendam terhadap wakil rakyat PKR yang tidak menyokong tindakan kerajaan negeri mengenai isu tambak tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Tong Keong dan Kah Peng pernah dipecat kerajaan Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri tahun lepas apabila mereka bertindak berkecuali semasa mengundi usul
penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan Dun Pulau Pinang.
Usaha mendapatkan pengesahan ketiga-tiga Adun PKR itu gagal kerana mereka yang dihubungi tidak mahu mengulas mengenai isu pembekuan peruntukan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon ketika dihubungi Bernama berkata, isu itu selesai selepas enam Adun termasuk yang bukan dari PKR telah membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.

"Enam wakil rakyat tidak hadir ke istiadat mengangkat sumpah pada April lepas dan mereka telah memberikan sebab tidak hadir. Maka, isu itu dianggap selesai," katanya.

Rashid yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata, kerajaan negeri kini dalam proses meluluskan peruntukan yang sepatutnya diterima kesemua Adun berkenaan. - Bernama

Sumber TKO - 18-6-2017


Pegang 19 Jawatan, Guan Eng Terdedah Amalan Rasuah, – Dr Tan
Posted on Wednesday, June 07 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35329



AIDCNews– 06/06/17 – Ketua Menteri Lim Guan Eng sedang meniti ke arah pintu rasuah apabila memegang 19 jawatan penting di negeri itu secara serentak kata Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong

“Lim Guan Eng memegang 19 jawatan penting, kuasa mutlak yang cenderung untuk disalahgunakan

“Ia menjadi ahli politik yang paling sibuk di Pulau Pinang, ia membingungkan bahawa bagaimana Lim Guan Eng boleh memegang banyak peranan pada satu masa, memegang jawatan Pengerusi dalam badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, kesediaan Guan Eng memegang 19 jawatan penting itu bercanggah dengan polisi yang dicanang oleh beliau sendiri iaitu CAT (Competency, Accountability and Transparency).
“Ini bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bercanggah dengan prinsip-prinsip CAT berkaitan dengan nilai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan di mana kerajaan negeri pimpinan DAP mendakwa akan diamalkan.

“Di mana kredibiliti seseorang jika dia memegang semua jawatan yang mempunyai hubungan rapat dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri ? Dan bagaimana pula dengan prinsip perkongsian kuasa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri?

“Menjadi Ketua Menteri negeri dan (dalam masa sama memegang) pengerusi pelbagai agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan akan membawa keputusan yang dibuat lemah, dan juga terdedah untuk rasuah dan salah guna kuasa.”

Tambahnya, walaupun terdapat exco-exco dilantik dalam kerajaan negeri seperti Chow Kon Yeow (kerajaan tempatan), Phee Boon Poh (Kebajikan), Law Heng Kiang (Pelancongan) dan Jagdeep Singh (Perumahan), namun mereka hanya watak-watak tambahan sahaja, kerana kuasa mutlak masih terletak di tangan Guan Eng.

“Sekarang Lim Guan Eng secara perlahan-lahan meniti di jalan yang tiada penghujungnya mengenai rasuah, politik geng, permainan kuasa dan rundingan tertutup jualan hartanah dan sebagainya. Semua ini berlaku disebabkan oleh salah urus dalam pentadbiran di Pulau Pinang.

“Monopoli kuasa yang dimiliki Lim Guan Eng bukan sahaja menunjukkan kepimpinan diktator, tetapi juga pengurusan yang lemah dari segi modal insan kerajaan negeri.”

Sumber TKO - 7-6-2017

P.Pinang Jual Tanah Rakyat Bukan Urus Tadbir Sihat
Posted on Sunday, June 04 @ 17:23:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35262



LANGKAH kerajaan Pulau Pinang menjual pelbagai aset rakyat sebagai menampung lonjakan perbelanjaan operasi pentadbiran negeri itu sebenarnya bukan tadbir urus sihat.

Berikut kenyataan media Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri itu sehingga menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang:

Kami menghargai reaksi YAB Lim Guan Eng terhadap kenyataan kami sebelum ini yang mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang secara berterusan menaikkan kos operasi kerajaan negeri sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Kos operasi bagi tahun 2017 ialah 500 peratus daripada apa yang dibelanjakan pada 2008.
YAB Guan Eng turut mengakui perbelanjaan pentadbiran serta kos operasi yang tinggi adalah satu keperluan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan.

Kita turut maklum, bagi tempoh yang sama, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan hanya meningkat 35 peratus berbanding 500 peratus di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, YAB Guan Eng tidak menjawab bagaimana Kerajaan Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

Adakah ia dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan operasi tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik bagi jangka masa panjang?

Adakah kerana sekarang ini tiada lagi tanah kerajaan negeri yang bernilai untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow baru-baru ini?

Kami juga inginkan pengesahan dari YAB Guan Eng sama ada apa yang dinyatakan YB Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.

Jika ia benar, bagaimana Kerajaan Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion itu? Adakah ia dari pinjaman daripada Bank EXIM atau dari bank lain?


Sumber TKO - 4-6-2017



Apakah P Pinang jual tanah tampung belanja, tanya BN
Posted on Saturday, June 03 @ 19:12:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35233



Kami menghargai reaksi dari Lim Guan Eng terhadap kenyataan sebelum ini yang mengesahkan kerajaan negeri Pulau Pinang secara berterusan menaikkan kos operasi kerajaan negeri sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Kos operasi bagi tahun 2017 ialah 500 peratus daripada apa yang dibelanjakan pada 2008.
Guan Eng turut mengakui perbelanjaan pentadbiran serta kos operasi yang tinggi adalah satu keperluan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan.

Kita juga turut maklum, bagi tempoh yang sama, perbelanjaan kerajaan Persekutuan hanya meningkat 35 peratus berbanding 500 peratus di Pulau Pinang.

Guan Eng tak jawab

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menjawab bagaimana kerajaan Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

Adakah ia dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda?

Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan operasi tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik bagi jangka masa panjang?

Adakah kerana sekarang ini tiada lagi tanah kerajaan negeri yang bernilai untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini?

Kami juga inginkan pengesahan dari Guan Eng sama ada apa yang dinyatakan Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.

Jika ia benar, bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion itu? Adakah ia dari pinjaman daripada Bank EXIM atau dari bank lain?

Sumber TKO - 3-6-2017


CAP Bimbang Banyak Tanah Awam Pulau Pinang Kena Jual
Posted on Friday, May 26 @ 20:26:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35113



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang semakin banyak tanah awam di Pulau Pinang dipindahkan kepada pihak swasta oleh kerajaan Pulau Pinang secara tidak telus dan tanpa pengetahuan orang ramai.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, terbaru tanah kerajaan Pulau Pinang seluas 6.4 hektar milik Ketua Menteri Diperbadankan di Peel Avenue dijual dengan harga RM156 juta kepada pihak swasta.

“Ia dijual dengan pajakan selama 99 tahun untuk pembinaan projek ‘Medical City’ bernilai RM2 bilion oleh sebuah hospital swasta,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed tidak berpuas hati dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya rundingan yang ditandatangani tahun lalu itu dirahsiakan kerajaan negeri kerana “menghormati untuk tidak mendedahkan perjanjian”

Katanya, CAP kesal kerana butiran projek itu tidak diumumkan lebih awal supaya orang ramai di Pulau Pinang boleh memberi maklum balas.

Menurut beliau, perkara itu tidak selaras dengan prinsip urus tadbir kerajaan yang baik dan telus yang sering dicanang kerajaan Pulau Pinang.

Beliau turut menyatakan kebimbangan ‘Medical City’ yang dicadangkan itu akan menjejaskan persekitaran dan lalu lintas di situ.

“Kami juga bimbang dengan barisan pokok di sepanjang jalan Peel Avenue dan bimbang mengenai sebarang kemungkinan ia akan dipindahkan atau mungkin ditebang,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

SumberTKO - 26-5-2017



Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang
Posted on Tuesday, May 16 @ 19:31:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34959



PULAU PINANG, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Sebuah parti baharu Pinang akan ditubuhkan dalam usaha memberikan saingan kepada kerajaan DAP di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) nanti.

Sumber yang dipetik akhbar tempatan berkata, parti itu didaftarkan dengan nama Parti Ikatan Perpaduan (PIP) dalam masa terdekat dengan menumpukan fokusnya di Pulau Pinang.

"Alhamdulillah proses pendaftaran parti di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kini berjalan lancar.

"InshaAllah parti ini mampu membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang kelak," kata sumber.

Menurut sumber, parti baharu yang mesra BN ini juga mendakwa telah mendapat sokongan daripada beberapa ‘orang kuat DAP' untuk bersama berjuang dalam parti ini apabila ia ditubuhkan secara rasmi kelak.

"Ada beberapa ‘orang kuat DAP'yang menyatakan untuk bersama kita nanti," dakwanya.

Beliau turut mendakwa rakyat negeri itu mula beralih arah ketika ditanya momentum rakyat di Pulau Pinang kini,

"Suasana amat memberangsangkan kerana kita guna guarana bersama rakyat," katanya lagi

Sumber TKO - 16-5-2017


Di bawah Pemerintahan DAP , Pulau Pinang Menjadi Negeri Syurga Arak
Posted on Sunday, May 14 @ 18:17:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34933



PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut mendapati bahawa terdapat percambahan kedai arak di kawasan Little India, Pulau Pinang. Kami percaya kedai arak tidak seharusnya dibenarkan dibuka di kawasan yang terdapat rumah dan pejabat.

Kami telah menerima banyak aduan mengenai kedai arak yang meletakkan meja di sepanjang jalan untuk pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Meja ini diletakkan jauh melebihi jarak premis kedai mereka dan menceroboh ruang kawasan jiran mereka (perniagaan lain yang telah ditutup pada hari itu).


Penduduk, pemilik perniagaan dan pekerja pejabat di kawasan Little India menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan suasana waktu gembira yang bermula di kawasan terbuka selepas waktu bekerja itu. Tingkah laku yang sukar dikawal yang dipamerkan oleh pengunjung kedai arak ini menjadikan kawasan itu tidak selamat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di situ.

Bukan hanya di kawasan Little India sahaja tetapi ia juga turut berlaku di sepanjang Lebuh Chulia di mana banyak kedai jenis "bistro" yang mengiklankan diskaun untuk bir dan menjual pelbagai arak jenis lain. Idea kedai ini dibuka adalah dengan niat untuk memenuhi keperluan orang asing yang datang ke sini untuk bercuti terutama sekali pekerja asing. Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa kesejahteraan mental dan fizikal penduduk tempatan adalah lebih penting dan perlu diberikan keutamaan.

Kita juga perlu ingat bahawa kedai arak ini dibuka di kawasan yang berdekatan dengan Lebuh Harmoni yang terdiri daripada Gereja St. George, Kuil Kuan Imm, Kuil Sri Mahamariamman dan Masjid Kapitan Keling. Ini semua adalah tempat beribadat dan mereka yang berada di kawasan sekelilingnya seharusnya bertingkah laku dengan hormat dan sopan, bukannya mabuk dan bertingkah laku tidak sopan.

Lesen untuk mengusahakan kedai arak dikeluarkan oleh Jabatan Kastam. Tidakkah mereka memeriksa terlebih dahulu di mana kedai itu akan dibuka sebelum mengeluarkan lesen untuk menjual arak?

Di sesetengah negara Barat, di mana pengambilan alkohol adalah perkara biasa dalam budaya mereka, penduduk tidak dibenarkan membuka bekas (tin, botol atau gelas) minuman alkohol di ruang terbuka atau kenderaan. Tetapi di Malaysia nampaknya semua boleh. Oleh itu, kedai arak tempatan kita boleh beroperasi dan meletakkan meja di sepanjang laluan pejalan kaki tanpa halangan.

Walaupun majlis tempatan tidak mengeluarkan lesen untuk kedai arak, tidakkah mereka boleh melakukan sesuatu terhadap mereka yang meletakkan meja yang menghalang pejalan kaki dan laluan kaki lima itu?

Semua perkara dipertimbangkan, CAP menggesa kedai arak yang beroperasi di kawasan Little India hendaklah ditutup demi untuk kesejahteraan penduduk dan pekerja di kawasan itu. Kami tidak mahu insiden seperti "rusuhan Little India 2013" di Singapura, di mana ramai daripada perusuh itu adalah mereka yang mabuk akibat pengambilan alkohol itu berulang semula di Little India kita.


SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
....
http://www.1media.my

Sumber TKO - 14-5-2017

















































Percambahan kedai arak di Little India, Pulau Pinang


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut mendapati bahawa terdapat percambahan kedai arak di kawasan Little India, Pulau Pinang. Kami percaya kedai arak tidak seharusnya dibenarkan dibuka di kawasan yang terdapat rumah dan pejabat.

Kami telah menerima banyak aduan mengenai kedai arak yang meletakkan meja di sepanjang jalan untuk pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Meja ini diletakkan jauh melebihi jarak premis kedai mereka dan menceroboh ruang kawasan jiran mereka (perniagaan lain yang telah ditutup pada hari itu).

Penduduk, pemilik perniagaan dan pekerja pejabat di kawasan Little India menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan suasana waktu gembira yang bermula di kawasan terbuka selepas waktu bekerja itu. Tingkah laku yang sukar dikawal yang dipamerkan oleh pengunjung kedai arak ini menjadikan kawasan itu tidak selamat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di situ.

Bukan hanya di kawasan Little India sahaja tetapi ia juga turut berlaku di sepanjang Lebuh Chulia di mana banyak kedai jenis “bistro” yang mengiklankan diskaun untuk bir dan menjual pelbagai arak jenis lain. Idea kedai ini dibuka adalah dengan niat untuk memenuhi keperluan orang asing yang datang ke sini untuk bercuti terutama sekali pekerja asing. Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa kesejahteraan mental dan fizikal penduduk tempatan adalah lebih penting dan perlu diberikan keutamaan.

Kita juga perlu ingat bahawa kedai arak ini dibuka di kawasan yang berdekatan dengan Lebuh Harmoni yang terdiri daripada Gereja St. George, Kuil Kuan Imm, Kuil Sri Mahamariamman dan Masjid Kapitan Keling. Ini semua adalah tempat beribadat dan mereka yang berada di kawasan sekelilingnya seharusnya bertingkah laku dengan hormat dan sopan, bukannya mabuk dan bertingkah laku tidak sopan.

Lesen untuk mengusahakan kedai arak dikeluarkan oleh Jabatan Kastam. Tidakkah mereka memeriksa terlebih dahulu di mana kedai itu akan dibuka sebelum mengeluarkan lesen untuk menjual arak?

Di sesetengah negara Barat, di mana pengambilan alkohol adalah perkara biasa dalam budaya mereka, penduduk tidak dibenarkan membuka bekas (tin, botol atau gelas) minuman alkohol di ruang terbuka atau kenderaan. Tetapi di Malaysia nampaknya semua boleh. Oleh itu, kedai arak tempatan kita boleh beroperasi dan meletakkan meja di sepanjang laluan pejalan kaki tanpa halangan.

Walaupun majlis tempatan tidak mengeluarkan lesen untuk kedai arak, tidakkah mereka boleh melakukan sesuatu terhadap mereka yang meletakkan meja yang menghalang pejalan kaki dan laluan kaki lima itu? 
Semua perkara dipertimbangkan, CAP menggesa kedai arak yang beroperasi di kawasan Little India hendaklah ditutup demi untuk kesejahteraan penduduk dan pekerja di kawasan itu. Kami tidak mahu insiden seperti “rusuhan Little India 2013” di Singapura, di mana ramai daripada perusuh itu adalah mereka yang mabuk akibat pengambilan alkohol itu berulang semula di Little India kita.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
Sumber HD - 5-5-017 


Perbandingan Data Bantuan Sekolah Islam & Bukan Islam Di Pulau Pinang Didedah
Posted on Friday, April 28 @ 21:05:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34722


AIDCNews – 27/04/17 –Perbandingan data bantuan untuk sekolah Islam dan bukan Islam di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial hari ini.

Menurut pendedahan itu, sekolah bukan Islam (Cina) dan mubaligh mendapat bantuan yang paling besar iaitu sekitar RM328,000 untuk satu buah, berbanding dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam yang berjumlah RM40,500.

Malah, bantuan untuk sekolah bukan Islam (Tamil) yang berjumlah RM289,000 untuk satu buah jauh lebih besar dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam.

“Hangpa nampak tak betapa DAP amat benci pada Islam sehinggakan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz teramat sedikit jika nak dibandingkan dengan sekolah agama lain.

“Tak cukup dengan kezaliman di atas. ADUN yang beragama Islam ini juga telah meminta pili bomba untuk 4 Sekolah Agama Rakyat. TAPI DITOLAK. Adakah nyawa umat Islam tiada harga di Pulau Pinang?,” dedah aalam.aabidullah dalam Facebooknya hari ini.

Guan Eng Dicabar Keluarkan Data Sebenar Bantuan Kepada Pembangunan Bukan Islam


Sumber TKO - 28-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rangka Manusia Berusia 5,000 Tahun Ditemukan Di Pulau Pinang
Posted on Wednesday, April 26 @ 09:38:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34683



KEPALA BATAS: Penemuan rangka manusia prasejarah di Pusat Arkeologi Guar Kepah di sini amat penting bagi mendapatkan bukti kehidupan zaman Neolitik yang dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 tahun.

Malah rangka manusia itu yang ditanam di bawah bukit kerang bersama beberapa peralatan se­perti tembikar dan alat batu adalah yang pertama seumpamanya ditemukan di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ar­keologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin berkata, rangka itu dipercayai milik seorang wa­nita berdasarkan bentuk giginya, namun ia hanya boleh disahkan selepas dikaji lebih mendalam di USM.

Menurutnya, rangka itu dijangka dikeluarkan dalam masa se­minggu lagi sebelum kajian lebih mendalam dibuat bagi mengenal pasti jantina, umur, genetik dan sebab kematiannya.

“Penemuan rangka ini amat is­ti­­mewa kerana ia menjadi bukti masyarakat Neolitik yang mendia­mi kawasan ini lebih 5,000 tahun dan menjadikan bukit kerang sebagai tapak pengebumian.

“Selain itu, mayat yang ditanam bersama tembikar dan alat batu serta pelbagai spesies kerang yang hanya boleh ditemukan di kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rangka manusia dari pinggul hingga kepala itu ditemukan oleh pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Galeri Warisan Arkeo­logi Guar Kepah pada 17 April lalu.

Setakat ini, sebanyak 37 rangka manusia ditemukan di tapak eks­kavasi arkeologi pertama di Malaysia yang telah dijalankan oleh Sir G. W. Earl sejak tahun 1860 itu.

Kesemua rangka itu kini di­tem­patkan di Leiden, Belanda dan dipercayai akan dibawa pulang untuk dipamerkan di galeri itu pada Oktober ini.

Tambah Mokhtar, pihaknya turut menemukan tulang rusa dan babi di kawasan itu yang dipercayai menjadi hasil buruan manusia pada zaman itu biarpun laut menjadi mata pencarian mereka.

Jelasnya, penempatan awal di Guar Kepah juga mungkin berkaitan dengan Tamadun Sungai Batu di Kedah yang dipercayai bermula pada 2,600 tahun dahulu.

“Penemuan rangka di kedala­man­ 70 sentimeter dari permukaan tanah ini akan membawa banyak pen­dedahan mengenai ketamadu­nan awal di sini.

“Sejak memulakan kerja-kerja ekskavasi di sini pada 2010, hanya sebahagian kawasan bukit kerang yang masih tinggal selepas dua kawasan lain musnah akibat kerja-kerja pembinaan jalan raya,” ujar­nya.

Sumber TKO - 26-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Islam Bukan Agama Keamanan – ADUN Batu Uban
Posted on Tuesday, March 14 @ 06:56:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34005



DAKWAAN seorang wakil rakyat dari parti pembangkang yang menggambarkan ‘Islam bukan agama keamanan’ ternyata memakan diri apabila kenyataan tidak berasas itu dipersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di Twitter, Khalid meminta individu berkenaan, Raveentharan Subramaniam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Uban agar tampil untuk menjelaskan apakah maksud dan tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi agama itu.





“Panggil penama di bawah dan minta dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Islam was never a religion of PEACE’,” tulisnya.


Gerun dengan kenyataan Khalid, ADUN Batu Uban itu dengan segera memadam status berkenaan dan segera menggeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.


Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menuduh dan menyinggung sahabat-sahabat Islamnya namun sebagai mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik, berhubung kenyataan “pengkritik saya adalah pengganas” yang diutarakan Zakir menerusi artikel yang dikeluarkan Malaymail Online.



Terdahulu, Raveentharan mengeluarkan satu kenyataan dalam berbahasa Inggeris berbunyi “Firstly Islam was never a religion of PEACE” kira-kira dua jam yang lalu.
Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai di mana Raveentharan dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi agama dan bersifat memecah belahkan keharmonian penduduk di Malaysia.

Malah, segelintir pemerhati politik turut melabelkan ia sebagai kenyataan dari ‘puak’ Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk meneruskan agenda dalam menghasut rakyat.

- mynewshub.cc












Sumber TKO - 14-3-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surat Exco Pulau Pinang Campur Tangan Proses Fatwa Tersebar
Posted on Friday, February 10 @ 23:08:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33548



Sepucuk surat daripada Datuk Malik Abdul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang kepada Sahibul Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Negeri tersebar di media sosial hari ini.

Surat bertarikh 26 Mei 2010 menyatakan Malik selaku EXCO agama melahirkan rasa kesal terhadap Mufti Negeri Pulau Pinang yang mewartakan ajaran Tok Husin Janggut dan kalimah-kalimah suci yang dilarang terhadap bukan Islam diwartakan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihaknya.
surat
surat1

Sumber - AIDCNews

Sumber TKO - 10-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi Usaha Membela DAP Dalam Kes Campur Tangan DAP Dalam Majlis Fatwa Pulau Pinang
Posted on Thursday, February 09 @ 19:54:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33527



Seorang anggota Jawtaankuasa Fatwa Pulau Pinang berkata, memang wujud campur tangan kerajaan negeri dalam proses mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri itu.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Datuk Md Salleh Ahmad, campur tangan didakwa itu bukanlah daripada ketua menteri sebaliknya exco agama Pulau Pinang.

Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Datuk Abdul Malik Kassim mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan pada 2010.

"Walau bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa fatwa pada 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah diwartakan, dikekalkan sebagai fatwa," katanya dalam kenyataan semalam.

Isu campur tangan kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang menjadi panas selepas ketua pemuda PAS negeri itu, Afnan Hamimi Taib Azamudden, membangkitkannya baru-baru ini.
Kata Afnan, campur tangan itu juga menyebabkan khidmat mufti terdahulu, Datuk Hassan Ahmad, tidak disambung selepas 2014.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Abdul Malik dan juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Rentetan daripada kejadian itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memberi tempoh 48 jam kepada dua akhbar arus perdana - Berita Harian dan New Straits Times - yang menyiarkan kenyataan Afnan Hamimi supaya menarik balik laporan mengenai isu itu dan membuat permohonan maaf terbuka.

Kegagalan berbuat demikian, kata Lim, akan mendorong pihaknya menimbangkan langkah selanjutnya ke atas akhbar terbabit.

Mengakui menyokong penuh kenyataan Afnan Hamimi yang juga bekas anggota majlis fatwa berkenaan, Md Salleh berkata, beliau "dukacita" terhadap Abdul Malik kerana campur tangan dalam hal fatwa negeri.

Kata Md Salleh, ada juga beberapa fatwa yang sepatutnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh ditangguh oleh exco agama.

Perkara ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.

"Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa exco agama dalam hal pemfatwaan lebih besar daripada kuasa jawatankuasa fatwa negeri.

"Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan.

"Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan semalam dan turut disebarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) - yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia - melalui WhatsApp pagi tadi.

Sumber TKO - 9-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengar Jawapan Pemakan Dedak DAP Pula Pasal Campur Tangan DAP Dalam Majlis Fatwa
Posted on Thursday, February 09 @ 19:52:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33526



Exco Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim hari ini menegaskan, tidak ada campur tangan dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Sebaliknya Abdul Malik berkata, apa yang berlaku hanyalah keinginan kerajaan supaya mufti yang mempengerusikan majlis fatwa membincangkan keputusan mereak dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

"Selaku exco hal ehwal Islam, saya tidak pernah mengarahkan untuk menukar keputusan mereka (jawatankuasa fatwa) sebaliknya saya memohon kepada mufti yang mempengerusikan jawatankuasa fatwa untuk membincang semula keputusan itu dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

"Sekali lagi saya tegaskan, kerajaan negeri tidak campur tangan dalam isu memfatwakan kalimah Allah, apatah lagi mengarahkan jawatankuasa fatwa mengubah fatwa itu mengikut pendirian kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan PAS Pulau Pinang.

Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Abdul Malik mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Kejadian itu, katanya, berlaku pada 2010.

Justeru, Md Salleh berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan seolah-olah kuasa exco agama dalam hal penfatwaan lebih besar daripada jawatankuasa fatwa Pulau Pinang.

Md Salleh yang juga adik kepada bekas mufti terdahulu - Datuk Hassan Ahmad - menggesa agar campur tangan itu segera dihentikan dan semua fatwa hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu melalui mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Abdul Malik berkata, pihaknya cuma berharap jawatankuasa fatwa dapat mendengar dan menilai semula keputusan mereka dengan mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri.

Kata Abdul Malik memang menjadi amalan jawatankuasa fatwa untuk menjemput mana-mana pihak yang berbeza pandangan dengan mereka untuk bermuzakarah.

Hasil perbincangan semula itu, katanya, jawatankuasa fatwa mengekalkan keputusan fatwa yang diwartakan pada 29 April 2010 dan kerajaan negeri menghormati serta menerima keputusan tanpa sebarang masalah berbangkit.

"Memohon untuk membincangkan semula keputusan fatwa bukan bermakna ada campur tangan dalam pemfatwaan," katanya.

Sumber TKO - 9-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Political Interference Claimed Supported By Penang Fatwa Committee












A Penang Fatwa Committee member today agreed with the state chapter of PAS that there was political interference in the issuance of fatwas or religious edicts here.

Datuk Md Salleh Ahmad said he fully supported PAS Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden in the latter’s allegations of political interference in the committee’s affairs.

“I am still a committee member and I fully support the former committee member, Ustaz Afnan Hamimi’s claims that there was political intervention from the state government in the fatwa process,” he said in a statement he issued today.

When contacted, Md Salleh confirmed that there was alleged meddling by the state government in the fatwa process.

He claimed that state exco Datuk Abdul Malik Abul Kassim had in 2010 instructed the Penang Fatwa Committee to review its decision in gazetting 40 words banned to non-Muslims — including “Allah” — so as to be consistent with the state government’s stand on the issue.

The non-Muslim use of “Allah”, Arabic for God, had been the subject of a civil suit filed by the Catholic Church against the Home Ministry. The judiciary later sided with the government’s decision to restrict the term to Muslims.

“I am very disappointed with the state religious affairs exco for his meddling in the fatwa process,” Md Salleh said.

“However, the fatwa committee stood firm in the Kalimah Allah fatwa that was gazetted and it has remained a fatwa.”

The fatwa on the 40 words that non-Muslims are not allowed to use were passed and gazetted under Section 48(3) and (4) of the Penang Islamic Religious Administration Enactment 2004.

The 40 words, gazetted in 2010, are “Solat”, “Surau”, “Masjid”, “Allah”, “Firman Allah”, “Ulama”, “Hadith”, “Ibadah”, “Kaabah”, “Qadhi’”, “Illahi”, “Wahyu”, “Mubaligh”, “Syariah”, “Qiblat”, “Haji”, “Mufti”, “Rasul”, “Iman”, “Dakwah”, “Wali”, “Fatwa”, “Imam”, “Nabi”, “Sheikh”, “Khutbah”, “Tabligh”, “Akhirat”, “Azan”, “Al Quran”, “As Sunnah”, “Auliya’”, “Karamah”, “Syahadah”, “Baitullah”, “Musolla”, “Zakat Fitrah”, “Hajjah”, “Taqwa” and “Soleh”.

Md Salleh further claimed that other fatwas were put on hold by the state religious affairs exco, and urged his committee to discuss the alleged interference.

He also appealed for all political meddling to cease immediately, insisting that the edicts be presented directly to the Yang di-Pertuan Agong and bypassing the state exco.

“I am disappointed with this action; it is as if the state religious exco has more authority in the fatwa process is than the fatwa committee,” he said.

Md Salleh then urged Muslims to defend the state fatwa committee in the matter.

In an immediate response, Penang Mufti Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor said he did not recall the discussions by the committee regarding the “Allah” controversy, but said the fatwa on the matter remained valid.

“As long it is not minuted, then any views presented in the meeting are just opinion and individual interpretation that do not change any fatwa decisions,” he said.

On Md Salleh’s claims that some fatwas were delayed, Wan Salim said the state religious exco was likely waiting for appropriate times to announce these, but denied that he blocked them from being gazetted.
While saying he also felt that edicts should be presented directly to the Yang di-Pertuan Agong for approval, Wan Salim said he was sympathetic to the realities of the state official.

“But as a politician, the state religious exco must have his own reasons in choosing an appropriate time to gazette certain issues especially in the social political context of Penang,” he explained.

In the past week, Afnan has issued statements calling on the state government to stop political interference in the fatwa committee.

He also questioned the reasons behind the non-renewal of former mufti Datuk Seri Hassan Ahmad’s contract.

Wan Salim replaced Hassan as mufti in 2014.-themalaymailonline.
News before;

Guan Eng Interfered In Appointment Of Penang Mufti

Sumber BO - 9-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Fatwa : Pengakuan Bekas Mufti Sahkan Wujud Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang
Posted on Wednesday, February 08 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33511



Pengakuan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad yang berkata bahawa beliau pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong mengesahkan dakwaan PAS adalah benar.

“Jelas lagi sahih campur tangan DAP -PKR dalam hal ehwal hukum hakam agama Islam secara tidak langsung menghina Islam dan Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang,”kata Iszuree Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.
pas1
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan tujuan beliau membangkitkan isu itu untuk meminta amalan yang tidak sihat dihentikan daripada terus dipraktikkan kerajaan negeri.

“Isu ini dibangkitkan supaya dihentikan campur tangan politik terhadap keputusan-keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

“Bekas mufti Dato’ Seri Hassan juga telah tampil mengakui pernah membantah campur tangan politik ini seperti yang dilaporkan FMT,”katanya dalam Facebook hari ini.

Menurutnya, isu ini dapat diselesaikan secara mudah, sekurang-kurang melalui dua tindakan yang perlu dilakukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

“Batalkan prosedur yang mengarahkan semua keputusan fatwa perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada mesyt Exco Kerajaan Negeri (MMK) sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong.

Berikan hak sepenuhnya kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri sebagai badan bebas yang berautoriti dalam hal ehwal hukum Islam mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004.

” ‘Lepaskan’ fatwa-fatwa yang masih tersangkut (seperti yang tercatat dalam Minit Mesyuarat Fatwa bil 3/2015 & bil 4/2015) untuk diangkat kepada Yang Dipertuan Agong bagi proses selanjutnya termasuk digazetkan (jika belum gazet),”katanya.

Afnan Hamimi turut memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Datuk Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam dalam kerajaan negeri walaupun mereka berdua memfitnahnya.

“Dato’ Malik juga ada nyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu panjangkan polemik mengenai isu campur tangan ini. Maka eloklah disegerakan pelaksanaan 2 cadangan penyelesaian seperti di atas.

“Akhirnya, atas sifat sebagai seorang muslim dan prinsip Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang PAS kemukakan, saya berbesar hati memaafkan Lim Guan Eng dan Dato’ Malik yang tersilap menuduh saya memfitnah (walaupun sepatutnya Lim Guan Eng dan Dato’ Malik yang mohon maaf kepada saya).

“Terima kasih Lim Guan Eng kerana membersihkan nama saya,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang memberi tempoh 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk menarik balik laporan mereka serta memohon maaf berhubung laporan berkaitan pelantikan mufti.

Laporan itu memetik Afnan Hamimi yang mendakwa kerajaan negeri campur tangan dalam pelantikan Datuk Hassan Ahmad sebagai mufti negeri itu.

Lim menafikan terbabit dalam hal pelantikan itu dan memberitahu, pihak yang mencadangkan nama untuk jawatan berkenaan ialah Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam.

Katanya, cadangan nama itu dipersetujui pemimpin PKR yang juga bekas anggota parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim.

“Saya beri masa 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk meminta maaf secara terbuka kepada saya dan menarik balik laporan palsu tersebut,” katanya pada sidang media di George Town.

Ditanya mengapa beliau tidak menyaman Afnan Hamimi yang membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab: “Mengapa membuang masa?” - AIDCNews

Sumber TKO -  8-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































Campur tangan: Penjelasan AJK Fatwa Pulau Pinang

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44205-campur-tangan-penjelasan-ajk-fatwa-pulau-pinang

PENJELASAN DATO' MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN

Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi,  bahawa wujudnya campur tangan politik daripada kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan.

Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

DATO' MD SALLEH HAJI AHMAD
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
8 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD - 8-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan DAP-PKR campuri proses fatwa
Posted on Tuesday, January 31 @ 00:17:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33402



GEORGE TOWN: PAS hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang mencampuri proses penfatwaan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Yang di-Pertuan Agong.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof berkata kerajaan DAP-PKR mengarahkan semua fatwa perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum diluluskan sebagai fatwa.

Mengikut undang-undang negeri, jawatankuasa boleh mengeluarkan fatwa yang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk diperkenankan, sebelum diwartakan sebagai fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.

Fauzi berkata campur tangan kerajaan DAP-PKR bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen yang menyatakan semua fatwa yang dikeluarkan di Pulau Pinang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk dipertimbangkan.

Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja, seperti Pulau Pinang.

“PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada Exco Hal Ehwal Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

“Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa perlu dimaklumkan kepada MMKN yang dipengerusikan ketua menteri terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Agong.


“Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMKN yang dipengerusikan ketua menteri lebih berkuasa daripada jawatankuasa fatwa negeri dalam hal ehwal hukum orang Islam.

“Ini secara tidak langsung meletakkan fungsi mufti dan Agong lebih rendah daripada sepatutnya mengikut enakmen,” kata Fauzi pada sidang media di markas tarbiah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas hari ini.

Fauzi mendakwa terdapat fatwa yang ditangguhkan kerajaan Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah ‘dibekukan’ oleh kerajaan negeri dan tidak dipersembahkan kepada Agong, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR,” katanya.

Pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Hafnan Hamimi Taib Azamudden berkata MMKN menangguhkan banyak fatwa.

Antaranya fatwa melarang orang Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, katanya.

“Fatwa ini ditangguh dan dibekukan. Dalam pertemuan jawatankuasa fatwa dengan Malik, beliau ditanya soalan ini. Dia (Malik) kata kerajaan negeri berhak menangguhkan mana-mana fatwa berdasarkan situasi politik dan suasana di Pulau Pinang.

“Jawatankuasa fatwa institusi yang tinggi di Pulau Pinang, jadi apabila fatwa yang dibuat secara bersama dalam kalangan anggotanya, dan ditangguhkan oleh kerajaan negeri, khususnya DAP dan PKR, (maka) mereka merendahkan institusi itu.
“Agong kena perkenan fatwa,” katanya.

Sumber HD - 31-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guan Eng Lantik Saifuddin (SU PKR) Sebagai Penasihat Strategik
Posted on Thursday, January 05 @ 14:11:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33091



PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Datuk Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategik beliau pada Selasa.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook, Setiausaha Agung DAP mengumumkan pelantikan Saifuddin bersama 10 lagi ahli majlis tempatan.

Pelantikan Saifuddin disaksikan oleh Guan Eng yang ditemani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, ahli exco dan pegawai kerajaan negeri.


Guan Eng turut menyiarkan beberapa gambar Saifuddin yang merupakan Setiausaha Agung PKR, mengangkat sumpah pada majlis pelantikan itu – Mstar

Sumber TKO - 5-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































CAP gesa kerajaan negeri teliti mutu bina jalan raya

HARAKAHDAILY | .



PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya meneliti semula mutu pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya memandangkan banyak jalan yang berlubang dan permukaannya yang tidak rata.

"Keadaan ini mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya," ujarnya Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, dalam tinjauan yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini, pihaknya mendapati antara jalan utama yang rosak termasuklah sepanjang laluan Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Bayan Lepas, Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Batu Feringghi, Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Lorong Hutton.

Tambahnya, dengan peningkatan 120% kenderaan bermotor, terutama sekali kereta persendirian di atas jalan raya Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun lepas, adalah amat kritikal sekali untuk jalan itu diselenggarakan dengan baik.

Katanya lagi, kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina, mengekalkan dan menyelenggara jalan perlu dipertanggungjawabkan bagi sebarang kerja jalan yang buruk yang mengakibatkan jalan berlubang dan permukaan jalan yang tidak rata.

Beliau berkata, berulangnya keadaan permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang hanya menunjukkan bahawa kerja yang dilakukan adalah amat buruk sekali.

Menurutnya lagi, perlu dilaksanakan agar prosedur operasi standard mereka untuk menjalankan pemeriksaan mingguan ke atas semua jalan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mencontohi negara jiran, Singapura dalam memastikan jalan mereka dalam keadaan terbaik, ujarnya.

Katanya, keadaan jalan yang rosak amat berbahaya kepada pengguna jalan raya dan terutama sekali jika Pulau Pinang menjadi tumpuan kepada kemasukan pelancong yang ramai terutama ketika musim cuti atau perayaan.

"Langkah untuk membaik pulih dengan segera perlu diambil untuk memastikan jalan raya kita tidak mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya," kata beliau.

Tambahan pula, ujar beliau permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang boleh menyebabkan kerosakan kepada alat pergantungan dan penyerap kejutan kenderaan. - HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD -30-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































Pengorekan pasir Tanjung Bungah perlu penilaian EIA

S.M. MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43534-pengorekan-pasir-tanjung-bungah-perlu-penilaian-eia

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan segera memberikan arahan menghentikan kerja-kerja pengorekan dan pelombongan pasir di muara-muara Sungai Kelian dan Sungai Kechil di Tanjung Bungah di Pulau Pinang.

Kami berkongsi kebimbangan penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan yang tinggal di pinggir pantai berhampiran kawasan-kawasan tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita hari ini. Aktiviti-aktiviti ini telah memusnahkan pantai berpasir dan persisiran pantai di kawasan ini.

Pengambilan pasir dari kawasan yang berpopulasi tinggi di Pulau Pinang, yang telah memusnahkan persekitaran pantai di sini, untuk memperindahkan pantai di kawasan hotel di bahagian lain Pualu Pinang adalah seperti “merompak Peter untuk membayar Paul".

Ia tidak beretika, tidak bermoral dan haruslah dikutuk kuat.

Selain gesaan untuk menghentikan serta-merta kerja-kerja pengorekan pasir dan perlombongan di Tanjung Bungah, kami juga membuat tuntutan berikut kepada pihak berkuasa:

1. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera menghentikan sebarang kerja-kerja pengorekan pasir dan perlombongan pasir di sepanjang pantai dan laut di Pulau Pinang sehingga diberitahu kelak.

2. Kerajaan Negeri dan JPS perlu mendedahkan apa rancangan atau tindakan lain untuk pengorekan  dan perlombongan pasir di negeri Pulau Pinang dan membenarkan penelitian awam dan ulasan terhadap rancangan-rancangan atau tindakan tersebut.

3. Sehingga itu, semua pengorekan pasir dan aktiviti perlombongan pasir di Pulau Pinang mesti dihentikan.

4. Kerajaan Negeri juga perlu mendedahkan sama ada Laporan Kesan Penilaian Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah dilakukan bagi aktiviti pengorekan dan perlombongan pasir di Tanjung Bungah dan apa hasil kajian tersebut.

5. Pasir yang dikorek dan dilombong dari pantai-pantai di Tanjung Bungah harus diletakkan semula supaya keadaan asal alam sekitar di sini dapat dipulihkan.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden CAP dan SAM – HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dun Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi
Posted on Friday, November 25 @ 12:21:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32575&mode=thread&order=0&thold=0



GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

"Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," katanya pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Sidang Dun yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan. - Bernama



Sumber TKO - 25-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wanita berang ‘rumah mampu milik’ jadi rumah inap desa
Posted on Tuesday, November 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32520



GEORGE TOWN: Seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menemui Jagdeep dan bertindak menyerahkan satu dokumen berhubung kebimbangannya kepada wakilnya, Fakhurrazi Ibnu Omar.

“Saya sudah mengadu kepada hampir setiap orang – Biro Aduan Awam, majlis perbandaran, Jagdeep, semua orang. Tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil.

“Saya sedih untuk mereka yang memohon rumah mampu milik apabila kita ada orang yang menyewa rumah mereka RM200 sehari. Ada yang tinggal lebih 2 bulan.

“Saya juga bimbang dengan keselamatan saya kerana orang asing berulang-alik di sepanjang koridor setiap hari, dengan ada yang mengotorkannya juga.

“Ada yang biadap kerana mereka menghempas pintu dan membuat bising,” kata wanita kelainan upaya itu kepada wartawan di luar bangunan DUN hari ini.

Di Pulau Pinang, pemilik rumah mampu milik tidak dibenarkan menjual atau menyewa rumah mereka selama 10 tahun. Pemilik juga perlu mendiami rumah terbabit.

Pangsapuri Soh masih baharu dengan penduduk berpindah ke sana kira-kira setahun lalu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan yang menemani Soh berkata, penguat kuasa perlu mengadakan rondaan bagi memastikan pemilik tinggal dalam rumah mampu milik mereka.
“Kita ada hampir 20,000 pemohon rumah mampu milik dalam senarai menunggu. Ini amat tidak adil kepada mereka,” kata Huan.

Soh berkata, beliau sudah mengadu kepada Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama pangsapuri terbabit.

“Mereka tahu mengenai masalah itu. Tetapi mereka belum menyelesaikan masalah itu. Saya sudah tinggal di sini 19 bulan. Saya sudah e-mel kepada Jagdeep, tetapi beliau tidak balas.

“Pada Februari tahun ini, selepas saya mendapat bantuan MCA, pejabat Jagdeep membalas e-mel saya. Menurut e-mel itu, mereka akan ambil tindakan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa yang berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, Parti Cinta Malaysia mendedahkan blok pangsapuri Soh itu turut didiami orang kaya,s selain banyak unit disewakan melalui laman web hartanah secara dalam talian.

FMT masih menunggu maklum balas Jagdeep berhubung masalah Soh.

Sumber TKO - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salleh Man Tak Boleh Nyata Komitmennya terhadap PAS?
Posted on Tuesday, November 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32518



GEORGETOWN - Status keahlian parti Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man terus dipersoal sama ada beliau masih bersama Pas ataupun telah berhijrah ke parti lain.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) apabila melihat hubungan Mohd Salleh dengan kerajaan negeri Pakatan Harapan begitu akrab.

Menurutnya, tindakan Mohd Salleh itu  bertentangan dengan pendirian Pas Pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

"Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir (Mohd Salleh) perjelas kedudukan beliau, sama ada masih dengan Pas atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya ketika mencelas sesi perbahasan Bajet Pulau Pinang 2017 di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) ketika membahaskan ucapan Bajet Pulau Pinang 2017 mempersoal sama ada kerajaan negeri akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan Pas.

Mohd Salleh ketika bangun menjawab soalan berkenaan tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada masih bersama Pas atau sudah menyertai Amanah.

Namun beliau hanya menegaskan konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan ditetapkan Pas Pusat dan  bukan Kerajaan Pulau Pinang.

Sumber TKO- 22-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pulau Jerejak bukan lagi milik Pulau Pinang
Posted on Wednesday, November 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32399



GEORGETOWN - Pulau Pinang hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak apabila negeri ini, melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menjual 49 peratus miliknya kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan Pulau Jerejak sebagai taman negeri lapan tahun lepas, rakyat Pulau Pinang tidak akan hilang keseluruhan pulau itu kepada sebuah syarikat swasta.

"Pada 2013, kerajaan negeri pimpinan DAP, melalui PDC, membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties dan menurut sumber PDC, sekiranya perjanjian itu terlaksana, kerajaan negeri berpotensi meraih keuntungan RM220 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Teng, kerajaan negeri tidak meluluskan usaha sama berkenaan pada 2013 dan sebaliknya menjual 49 peratus saham pulau itu tahun ini pada harga RM156 juta.

Projek pembangunan semula Pulau Jerejak sepatutnya dilaksanakan secara usaha sama antara Q Island Development dan UDA Holdings, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 10 November, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga pengerusi PDC, menggesa Gerakan mendapatkan penjelasan daripada UDA memandangkan syarikat itu terletak di bawah kerajaan persekutuan.

Teng bagaimanapun berkata UDA tidak melaporkan perjanjian berkenaan kepada BN dan perjanjian mengenai syarikat itu hanya dibentangkan di Parlimen.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah kerajaan negeri memberi penjelasan penuh tentang perjanjian berkenaan," katanya.

UDA Holdings, dalam satu kenyataan pada 8 November, mengesahkan mengadakan usaha sama dengan Q Island Development mengenai projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Jumlah kos tidak ditentukan.

Menurut UDA, pelan pembangunan semula pulau itu telah diluluskan kerajaan negeri. Empat hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km akan dibina di pulau itu bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. - Bernama

Sumber HD - 16-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nenek' dan veteran melacur untuk hidup dan dadah
Posted on Thursday, November 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32312



GEORGETOWN - Mereka layak digelar nenek namun disebabkan ketagihan dadah, beberapa warga emas sanggup menjual tubuh mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli bahan terlarang itu.

Difahamkan, mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak RM20 dan tambahan RM5 untuk bayaran sewa bilik hotel demi mendapatkan wang kerana ketagihan dadah jenis heroin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, aktiviti tidak bermoral itu dikesan dilakukan di Jalan Perlis di sini selepas serbuan dibuat sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL)  dua hari lalu.

Menurutnya, serbuan dibuat selepas polis menerima maklumat dan hasil risikan yang dibuat.
"Mereka berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun yang menyediakan perkhidmatan seks demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Mereka didapati menerima sesiapa sahaja pelanggan yang ingin melampiaskan nafsu demi wang kerana ketagihan dadah.

"Pelacur ini menjadikan bilik kecil dalam sebuah premis untuk menjalankan aktiviti mereka. Bilik kecil terbabit hanya dilengkapi tilam berbau hapak serta hancing.

"Pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks mereka perlu membayar wang tambahan sebanyak RM5 untuk harga bilik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mior Faridalathrash berkata, difahamkan, bilik berkenaan disewa mereka dengan harga RM100 sebulan daripada pemilik premis.

"Hasil pengakuan mereka, pelacur-pelacur terbabit mengaku mereka mampu memperoleh RM100 untuk satu malam.

Mereka turut mendakwa kebanyakan pelanggan terdiri daripada lelaki warga asing seperti Nepal dan Bangladesh.

"Operasi dijalankan bermula jam 10 malam hasil maklumat orang ramai dan juga risikan polis.

Seramai 27 individu terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke IPDTL untuk menjalani ujian air kencing.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara berterusan bagi membanteras gejala dadah dan pelacuran di bandar ini.

Sumber TKO - 10-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ekonomi P.Pinang Merundum Dikala DAP Memerintah
Posted on Tuesday, October 18 @ 06:52:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32073


Oleh: Lim Sian See

Lim Guan Eng membuat kenyataan akhbar pada Sabtu mengatakan bahawa Barisan Nasional menjadi punca kegagalan ekonomi Pulau Pinang dan ekonomi negeri yang paling teruk pada tahun 2007.

Itulah sebabnya DAP perlu “menyelamatkan Pulau Pinang” dan mengubahnya dan oleh kerana itulah kadar pertumbuhan KDNK negeri menjadi lebih baik pada 2014 dan 2015.
Adakah ia benar?


Tidak. Menurut perangkaan Institut Pulau Pinang yang dikawal DAP dalam laporan 19 Julai 2016 berjudul “Penang’s economy: GDP Growth Rates and 2016 Projection” oleh CEO/ Ketua Ekonomi mereka Dr Lim Kim-Hwa, dan COO mereka Tim Niklas Schoepp , ini adalah kesimpulan yang dibuat:

1. Pulau Pinang telah mencatatkan prestasi rendah berbanding keseluruhan ekonomi Malaysia bagi tempoh 2008 sehingga 2015.

Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 4.06% manakala Malaysia mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 4.65% dalam tempoh ini.

2. Pada tahun 2006 dan 2007, di bawah BN Pulau Pinang, Pulau Pinang mengatasi pertumbuhan Malaysia dan purata pertumbuhan sebanyak 8.55% bagi kedua-dua tahun ini – mengatasi Malaysia dengan 2.60%.

Sejak dua tahun lepas iaitu 2014 dan 2015 yang mana Lim Guan Eng berkata adalah bukti bahawa DAP telah menyelamatkan Pulau Pinang, pertumbuhan purata adalah sebanyak 6.8% dan mengatasi Malaysia sebanyak 1.3%.

3. Institut Pulau Pinang juga mengenalpasti sebab mengapa ekonomi Pulau Pinang mengatasi Malaysia pada tahun 2014 dan 2015 adalah kerana ringgit telah susut secara mendadak berbanding dolar AS sejak 2014 – oleh itu dengan ekonomi berorientasikan eksport, Pulau Pinang akan mendapat manfaat lebih daripada Malaysia.

Berdasarkan laporan terkini Institut Pulau Pinang dan kenyataan akhbar Lim Guan Eng sebelum ini, kita boleh membuat kesimpulan berikut:


























1. Lim Guan Eng berbohong bahawa BN Pulau Pinang telah gagal pada 2006 hingga 2007 dan beliau terpaksa menyelamatkan Pulau Pinang. Malah BN Pulau Pinang mengatasi Malaysia bagi kedua-dua tahun itu dan juga mengatasi DAP dalam masa dua tahun lalu – walaupun Pulau Pinang mendapat rangsangan daripada susut nilai ringgit yang mendadak yang tidak menguntungkan BN Pulau Pinang dari 2006 hingga 2007.

2. Ekonomi Pulau Pinang mencatatkan prestasi rendah berbanding ekonomi Malaysia untuk seluruh tempoh 2008 sehingga 2015 dan telah ketinggalan di belakang.

3. Lim Guan Eng hanya mampu untuk menganjak kepada pertumbuhan yang lebih baik pada 2014 dan 2015 kerana ringgit mengalami susut nilai – sebab yang sama DAP gunakan untuk menghentam Kerajaan Persekutuan.

4. Daripada 15 negeri dan wilayah, pada asas KDNK per kapita, Pulau Pinang sama ada berprestasi yang paling teruk (berdasarkan angka rasmi Jabatan Perangkaan) atau berprestasi ke-3 paling teruk (berdasarkan data Lim Guan Eng dan Institut Pulau Pinang).

Adakah Lim Guan Eng kini bersetuju dengan angka Institut Pulau Pinang (yang beliau gunakan dua hari lepas) atau beliau akan mengeluarkan amaran lain kepada Institut Pulau Pinang agar tidak mengkritik orang yang membantunya?

5. Lim Guan Eng terus menggunakan pembohongan dan propaganda untuk memuji dirinya dan DAP dan mengabaikan realiti kegagalannya dan DAP.

Sumber: Penanginstitute.org

Sumber TKO - 18-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OKU Ini Dihalau Dari Parking OKU Oleh Kakitangan Kerajaan Penang
Posted on Sunday, September 18 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31712



Saya, DrMohamad Muzammil Mohamad Noor, daripada USM. Seorang OKU berkerusi roda berdaftar dgn #JKM, PPINANG. Pagi tadi semasa saya pergi sp arena #sparena di seberang jaya untuk menghadiri sambutan hari malaysia dan meraikan para kontijen hari kebangsaan anjuran #SUKpulaupinang #sukpenang,

saya berparkir di parkir oku kerana saya pemandu oku dan kereta diisytiharkan kereta oku tetapi saya diarahkan oleh kakitangan #setiausahakerajaanpulaupinang dan #polisbantuan mengalihkan kereta saya ke petak parkir lain kerana petak parkir #oku telah dikhaskan kepada kenderaan orang kenamaan/vvip kerajaan negeri/tetamu khas dan TYT.

Bagi saya adakah ini adil utk org oku seperti saya? Apa gunanya diadakan parkir oku di situ jika tidak diperuntukkan kpd kami yg oku?

Penang Kini
Penang Kinis
Penang Kia
Pulau Pinang
Mej Yaacob Md Saad

Apa kata senator oku negara, YB Bathmavathi Krishnan Bathmavathi Krishnan? Boleh buat surat bantahan/komen kpd kerajaan pulau pinang?



Sumber TKO - 18-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Takut Umat Islam Bangkit, Beruang Hina Islam ‘Ghaib’
Posted on Friday, September 02 @ 07:13:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31526



GEORGE TOWN - Tidak sampai 24 jam kisah patung beruang biadap ‘hina' Rasulullah SAW dicetuskan netizen khasnya di Pulau Pinang sehingga menjadi viral, ia tiba-tiba ghaib pada 
lewat Rabu.
Paling misteri, kehilangan patung haiwan liar kontroversi yang berwarna emas itu hanya
disedari ketika sekumpulan pemberita menyerbu ke lokasi pameran patung tersebut di Padang
Kota Lama di sini.

Patung tersebut berjaya dialihkan sebelum kedatangan wartawan untuk menyaksikan sendiri
ukiran binaan haiwan berkenaan.


Walaupun patung beruang berkenaan sudah dipindahkan, namun gambar tulisan memaparkan
hadis masyhur Nabi Muhammad SAW yang diukir pada bahagian punggung haiwan itu sudah
tersebar luas selepas dikongsi ribuan pengguna media sosial menerusi akaun Facebook.

Sumber TKO - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepotong Hadis Ditulis Di Belakang Patung Di Pulau
Pinang

Posted on Friday, September 02 @ 07:10:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31525



Terdapat sepotong hadis di belakang patung di Padang Kota Pulau Pinang, lapor Mamu Parpu.
“Kenapa ada ayat Quran (hadis nabi) di PUNGGUNG beruang yang diletakkan di Padang Kota.
Sudah tahu umat Islam akan tersentap berkali kali anda menguji kesabaran kami..,”lapornya.





“Inilah masaalahnya jika kerajaan negeri di bawah parti cauvinis rasis DAP yang tidak sensitif
dengan agama Islam.

“Terdapat sepotong hadis tertulis pada belakang patung pada pertunjukan sempena menyambut
Hari Kemerdekaan di Pulau Pinang.

“Ini adalah satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam!,” katanya

Sumber TKO - 2-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Bapa Adun DAP Minta 'Wang Untuk Rumah Kos
Rendah' Tersebar

Posted on Tuesday, August 30 @ 06:53:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31495


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31495


GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang daripada DAP, 
Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah 
yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.

Siew Khim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak 

semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai 
rumah kos rendah.

"Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar pengetahuan saya dan 

saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak 
mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya 
dalam sidang akhbar di sini Isnin.

Siew Khim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang 

bertindak sebagai penasihat undang-undang, Adun Padang Lalang Chong Eng dan Anggota 
Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Siew Khim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, mendedahkan bapanya Lim Kiat Seong,

68, adalah seorang pesara dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan itu dan 
tidak berbuat sesuatu yang salah bagi pihaknya.

"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan di kawasan saya berhubung amalan rasuah 

seperti yang didakwa untuk mendapatkan unit-unit rumah kos rendah dan saya nasihatkan semua
 mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu
mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan," katanya.



 
                                                









                                 Lim Siew Khim

Sebelum itu, naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video
yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah
kerajaan negeri.

Oh berkata kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa
Lim dilihat bersama seorang orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang
dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah itu.

"Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan
namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim
nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu
namun tidak bercakap," katanya.

Oh berkata kerajaan negeri terutamanya pengerusi jawatankuasa perumahan, perlu tampil ke
depan dan nyatakan di khalayak ramai sama ada terdapat kaedah bagi permohonan segera untuk
unit-unit rumah kos rendah.

"Kami berharap pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo akan
menjelaskan perkara berhubung amalan rasuah dalam mendapatkan sebuah rumah kos rendah,"
katanya

Sementara itu The Star melaporkan bahawa Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow juga
mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah bapa Siew Khim.

Enggan mengulas lanjut, Kon Yeow berkata apa yang didengarinya adalah bapa Sie Khim telah mengambil wang daripada beberapa 'pelanggan', tetapi mengembalikannya selepas gagal
mendapatkan rumah kos rendah untuk mereka.

Kon Yeow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Simpang
Ampat di sini pada Isnin.

Sumber TKO - 30-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Atasi segera masalah banjir di Kuala Jalan 

Baru P Pinang

S.M.MOHAMED IDRIS | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42236-atasi-segera-masalah-banjir-
di-kuala-jalan-baru-p-pinang

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang
kerap berlaku di Kuala Jalan Baru, Balik Pulau di sini.

Kejadian itu berlaku berpunca daripada keadaan sistem saliran di kawasan berkenaan gagal
berfungsi dengan berkesan menyebabkan air dari sungai serta parit di sini melimpah ketika
hujan dan membanjiri kawasan tersebut.

Selain beberapa buah rumah dilanda masalah ini, tanaman dan kebun sayur yang diusahakan
oleh penduduk tempatan juga turut rosak.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati keadaan sungai yang ditumbuhi rumput tebal dan
dicemari dengan sampah sarap serta sistem saliran yang cetek akibat mendapan menjadi punca
banjir sering berlaku kawasan ini.

Selain itu keadaan ban yang rendah menyebabkan air sungai di sini mudah melimpah dan
menerjah masuk ke perkampungan dan kawasan pertanian penduduk. Selain Kuala Jalan Baru,
masalah ini turut menjejaskan Kampung Sungai Rusa dan Kampung Permatang Pasir.

CAP berharap pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap masalah ini dan mengambil
tindakan sewajarnya bagi menangani punca kejadian tersebut. “Kami kesal walau pun masalah
itu sudah lama berlaku namun ia masih berlarutan hingga sekarang”.

CAP meminta supaya parit dan sungai di kawasan ini dibersihkan dan diperdalamkan agar air
dapat mengalir lancar ketika hujan. Manakala kedudukan ban yang rendah perlu dibina lebih
tinggi bagi mengelak berlakunya limpahan air ke kawasan perkampungan dan pertanian
berhampiran.

CAP bimbang jika keadaan dan punca kejadian ini dibiarkan ancaman banjir yang lebih buruk
akan melanda kawasan tersebut pada masa akan datang. Lebih kemusnahan harta benda
penduduk akan berlaku dan kerugian lebih besar akan dialami mereka.

Justeru CAP mencadangkan agar kerajaan negeri,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JPS
membuat kajian terperinci dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir
di sini dan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lim Guan Eng Boleh Pecat Saya Jika Mahu - Dr Lim Mah             Hui
Posted on Thursday, August 18 @ 07:52:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31383

GEORGE TOWN: Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui tidak kisah jika                    beliau dipecat Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada jawatannya kerana menyuarakan                               pandangan, terutama berkaitan zon warisan.
Pada sidang akhbar Penang Forum di sini Rabu, anggota majlis dilanda kontroversi itu berkata                   beliau sedar, kedudukannya dalam kerajaan negeri dipertikaikan apabila beliau menghantar                       sepucuk surat kepada Unesco mengenai bahaya yang dihadapi zon warisan berhubung                                pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
advertisement

"Saya bukan hendak bermain politik dan saya berpegang teguh dengan prinsip saya...Saya tahu                   saya berdepan dengan risiko akan hilang jawatan kerana menyuarakan pendapat saya dan ketua                   menteri boleh memecat saya jika beliau mahu," katanya.

Mah Hui, yang turut menganggotai Penang Institute, mendakwa ketua eksekutif kumpulan                           pemikir negeri, merangkap Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, mendakwa                         beliau mempunyai agenda tersembunyi apabila terus menyerang kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya di sini sebagai anggota majlis untuk menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang dan                   walaupun dipanggil dengan nama yang bersifat menghina, saya percaya kebenaran akan terserlah             jua suatu hari nanti," katanya.

Mah Hui menjadi sasaran serangan selepas beliau menghantar sepucuk surat bagi pihak Penang              Forum kepada ibu pejabat Unesco di Paris pada 23 Jun untuk memohon penilaian kesan dibuat               terhadap pelaksanaan PTMP.

Ada pihak mendakwa beliau tidak mengikut saluran sewajarnya seperti George Town World                       Heritage Incorporated (GTWHI) dan Jabatan Warisan Negara untuk menyuarakan kebimbangan              kumpulan sivil itu.

Penang Forum menjelaskan bahawa mereka tidak perlu memaklumkan kepada GTWHI atau                       jabatan itu tentang surat berkenaan kerana laman sesawang GTWHI menyebut bahawa setiap                     warga yang prihatin boleh menulis secara terus kepada ibu pejabat Unesco sekiranya berpendapat             kawasan warisan menghadapi ancaman.

Sebelum ini, GTWHI, melalui Pengurus Besarnya Dr Ang Ming Chee, menyuarakan                             kekesalannya kerana Penang Forum tidak menunjukkan sikap hormat apabila tidak                                    menyampaikan surat berkenaan  kepadanya. 
                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 18-8-2016                                                                                                                                 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                




























































































PRN P. Pinang: DAP dan PAN sepakat, PKR bagaimana?

SYED AHMAD FADHLI | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41977-prn-p-pinang-dap-dan-pan-sepakat-pkr-bagaimana                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       PILIHAN Raya Negeri Pulau Pinang yang dicadangkan DAP sudah pun dipersetujui oleh PAN, ia diumumkan oleh Lim Guan Eng malam tadi. Lawak pula rasanya, keputusan PAN tetapi ia diumum oleh DAP.

Hanya PKR sahaja yang belum memberi kata putus.

Dijangkakan pada malam ini mereka mengadakan Mesyuarat Khas PKR bagi membuat ketetapan. Setakat ini, kelihatannya PKR masih belum mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan Pilihan Raya ini dalam situasi yang jauh berbeza berbanding PRU-13 yang lalu.

PAS sepertimana telah diumum oleh Tuan Guru Presiden PAS tetap akan bertanding sekiranya PRN mengejut ini benar-benar diadakan.

DAP sudah begitu yakin untuk mempertahankan 19 kerusi yang disandang kini, sedangkan PKR dijangka berdepan laluan getir untuk mengekalkan 10 kerusinya kerana mood pengundi Melayu masih tidak jelas ke arah mana sokongannya apatah lagi jika berlaku perlawanan 3 penjuru.

Kita pun tidak jelas apa matlamat hendak diadakan PRN Pulau Pinang ini.? Mungkin DAP berminat mengulangi sejarah Langkah Kajang ciptaan PKR dahulu. Hanya kerana perebutan kuasa, rakyat pula menjadi mangsa yang dilibatkan.

Adakah dengan diadakan PRN ini nanti, Lim Guan Eng akan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah?

Sejak bila pula pilihan raya yang sepatutnya menjadi medan untuk rakyat memilih pemimpin bertukar menjadi mahkamah untuk menyucikan pemimpin yang terpalit dengan skandal salahguna kuasa?

Oh, terlupa pula. Inikan Demokrasi acuan ala DAP yang tidak boleh dipertikai apatah lagi dikritik.

Inilah antara dugaan besar yang dihadapi PAS ketika berada dalam Pakatan Rakyat dahulu, bahkan ketika PAS bersendiri sekarang pun DAP tetap galak menyerang PAS kerana tidak rela menjadi khadamnya. – HARAKAHDAILY 26/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 26-7-2016                                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                     






























































































Buletin Mutiara didakwa sebar doktrin                   canggah Islam

IZWAN ABDUL HALIM Foto ZAIN AZRAI ABD GHANI | .


                                                                                                                                                                             http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41951-buletin-mutiara-didakwa-sebar-doktrin-canggah-islam                                                                                                                                     KEPALA BATAS: PAS Negeri Pulau Pinang menggesa agar tindakan diambil terhadap artikel bercanggah dengan Islam yang disiarkan menerusi Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri                       Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, akhbar rasmi kerajaan         negeri itu telah disalahgunakan untuk menyebar doktrin politik DAP.

"Sepatutnya sebagai akhbar rasmi, ia menyiarkan aktiviti kerajaan. Sebaliknya menyiarkan                artikel bercanggah Islam dan mempromosikan Islam Liberal dan seumpamanya, terutama                            memuatkan tulisan dari Penang Institute.

"Jabatan Mufti perlu melihat serius perkara ini yang menimbulkan prejudis terhadap Islam.                           Tambahan pula akhbar ini disebar edar ke seluruh masjid-masjid dalam negeri ini.

"Sedangkan di masjid kita mengajar perkara yang membatalkan akidah, yang rosakkan Islam. Ini                 tidak wajar, ini macam hina Islam. Artikel-artikel dari Penang Institute ini kita lihat tidak sensitif                 pada umat Islam.

"Kalau tulis di akhbar Roket (milik DAP) lainlah, ini akhbar rasmi. Belanja duit rakyat tapi salah              guna untuk doktrin DAP dan pemikiran bercanggah Islam," tempelaknya.

Beliau membangkitkan hal itu pada idang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri               Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri, Pongsu Seribu di sini sebentar tadi.

Merujuk edisi terbaru buletin itu, beliau menyanggah tulisan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera,                 Zairil Khir Johari mengenai RUU Akta 355.

Bidasnya, tulisan Zairil yang juga Ketua Eksekutif Penang Institute itu adalah sama sekali tidak                   benar.

"Beliau telah menulis perkara yang tidak sepatutnya diucapkan sebagai orang Islam. Sebagai                        Ahli Parlimen jika beliau tidak puas hati (mengenai usul pindaan Akta 355) beliau boleh                             berbahas di Sidang Parlimen. Guna hujah-hujahnya di Parlimen," gesa Fauzi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata,             pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali memanggil Zairil meminta            penjelasan.

Bagaimanapun katanya, Zairil tidak pernah datang dan sewajarnya jika Ahli Parlimen itu berani mempertahankan hujahnya secara akademik, beliau pasti datang.
"Malangnya beliau tidak pernah hadir untuk mempertahankan tulisannya," kesali Afnan yang                        juga anggota jawatankuasa tersebut. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

































































































Banjir kilat P.Pinang: Apa punca &   penyelesaian

SHAHARIZUKIRNAIN ABD. KADIR | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41894-  banjir-kilat-p-pinang-apa-punca-penyelesaian                                                                                                                                                                                                                                                                                              KITA pernah dikejutkan dengan insiden yang sama di P.Pinang tahun lalu di Batu Maung, Bayan Lepas, Paya Terubong, Teluk               Kumbar, Permatang Damar Laut  serta jalan perbandaran di GeorgeTown.

Rakan Alam ingin melahirkan rasa kecewa atas insiden sama yang berlaku semalam walaupun Kerajaan Negeri telah memaklumkan adanya pelan perancangan untuk mengatasi masalah ini semenjak Oktober 2014 lagi.

Memetik beberapa kenyataan penduduk yang ditemubual, insiden banjir kilat kali ini dilihat agak luar biasa daripada sebelumnya memandangkan air meningkat agak mendadak serta deras alirannya sehingga menenggelamkan 10 buah kenderaan, gerai makanan, dan kediaman.

Malah Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang juga dilimpahi air khususnya di dewan ketibaan serta bulatan menuju ke lokasi itu.

Kenyataan beberapa mangsa yang terperangkap di dalam kesesakan ke tempat kerja juga mendapati lokasi kesesakan yang paling teruk seolah-olah berpunca daripada beberapa projek pembinaan yang berhampiran.

Kita ingin mendesak Kerajaan Negeri khususnya untuk mengambil tindakan drastik untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan penduduk, pengguna jalan raya, peniaga malah penumpang kapal terbang yang terjejas akibat bencana alam ini dapat dilindungi dan dijaga.

Bantuan makanan, minuman, tempat kediaman sementara, pengangkutan alternatif malah pampasan kewangan perlu juga dipertimbangkan Kerajaan Negeri khususnya buat seluruh mangsa yang terlibat.

Rakan Alam juga ingin mendesak siasatan menyeluruh punca banjir serta laporan terbuka kepada seluruh pihak yang berkepentingan khususnya kepada mangsa yang terlibat.

Memandangkan kesan banjir kilat dilihat semakin teruk dari tahun ke tahun, Rakan Alam ingin melahirkan rasa khuatir dan bimbang terhadap kesan jangka pendek dan jangka panjang dari projek Penang Transportation Master Plan (PTMP) bernilai lebih RM27 Billion yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat sehingga tahun 2030, lebih-lebih lagi jika projek itu tidak diurus tadbir atau diselia dengan baik oleh kontraktor yang terlibat.

Malah ancaman daripada penerokaan bukit yang tidak terkawal seperti yang pernah dilaporkan baru-baru ini di Titi Kerawang, Batu Feringgi dan Sungai Ara juga boleh menyumbang kepada masalah banjir kilat ini.

Bukankah tiga cerun bukit di Sungai Ara itu terletak lebih kurang 5KM sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

Mudah-mudahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat melaksanakan ‘Sutainability Development’ atau Pembangunan Mampan dalam setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di Negeri itu termasuk mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kebajikan Rakyat di Pulau Pinang.

Rakyat tidak harus dibebani lagi dengan kerosakan dan kesusahan yang bakal timbul daripada ancaman banjir kilat ini lebih-lebih lagi dalam suasana yang penuh mencabar dari cabaran ekonomi serta kos sara hidup tinggi yang terpaksa dilalui Rakyat pada hari ini. – HARAKAHDAILY 19/7/2016
(Penulis adalah Pengerusi Rakan Alam Malaysia. Rakan Alam Malaysia atau Persatuan Kebajikan Alam Sekitar Malaysia adalah pertubuhan berdaftar dengan ROS. Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi beliau di 0132403792)                                                                                                                        Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                                  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Semua Makanan Harga RM1
Posted on Thursday, July 14 @ 16:29:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31012


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
GEORGE TOWN: Sejak tersebarnya kisah makanan yang dijual pada harga RM1 di media              sosial, beratus bungkus makanan di gerai Ok Boss di sini laris dalam tempoh tiga jam.
Pemilik gerai trersebut, 'Tarzan' atau nama sebenarnya Lim Chin Aun, 29, berkata, peniagaan yang mula beroperasi sejak 8 Julai di rumah keluarganya di Lorong Sungai Dua menunjukkan perkembangan         yang baik setakat ini.
"Hari ini, kami mula berniaga pada pukul 6 pagi dan semua makanan habis dijual pada pukul 9.                           
"Saya benar-benar gembira kerana konsep ini telah diterima dengan baik," katanya pada Rabu.
"Pada masa ini, kami menyediakan 300 bungkus nasi lemak klasik, 150 bungkus nasi lemak              kimchi, 200 bungkus bihun goreng tomyam dan 200 pek sandwic sardin dan telur mayonis setiap           hari. Semuanya pada harga RM1 setiap satu."


Gerai itu juga menyediakan set telur separuh masak dan roti bakar, agar-agar sebagai pencuci                     mulut dan minuman seperti Milo, kopi dan minuman ringan pada harga yang sama.

Chin Aun, yang juga memiliki sebuah studio tarian dan bekerja sebagai jurujual kereta berkata, dia dan adiknya Chin Khang, 26, yang berkerja sebagai akauntan mendapat idea ini beberapa bulan lalu.

"Ekonomi sekarang tidak baik dan harga makanan semakin meningkat. Kami mahu melawan                          trend itu dan menunjukkan bahawa kita boleh menyediakan makanan yang lazat pada harga                         berpatutan.

"Ia juga merupakan cara untuk kami membantu pelajar dan mereka yang keluar bekerja pada                         awal pagi untuk mengisi perut dengan sarapan yang baik dan harga berpatutan.

"Saya dan adik bangun seawal jam 2.30 pagi untuk menyediakan makanan tetapi saya gembira                   dan puas hati apabila menerima sambutan yang baik. Pengorbanan itu amat berbaloi," katanya.


Chin Aun berkata beliau bergilir-gilir dengan Chin Khang untuk mengendalikan gerai kerana                   kedua-duanya berkerja sepenuh masa manakala bapa mereka, Ewe Huat, 59, akan membantu             mengikut kelapangan masanya.

"Kami berharap untuk memperbanyakkan menu dan jenis makanan untuk pelanggan.

"Kami juga mempunyai pelanggan yang membeli secara pukal kerana makanan ini dijual dalam           paket kecil yang mudah untuk diedarkan," katanya.

Beliau berkata mereka juga menerima pesanan awal daripada pelanggan.
Siswazah Universiti Sains Malaysia, Jackson Yew berkata makanan RM1 mengingatkannya                 ketika zaman kanak-kanak apabila makanan di kantin sekolahnya dijual pada harga sama.
Gerai Ok Boss dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang.
                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 14-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lim Guan Eng memberi amaran jangan menggigit &
menyalak kpd Penang Institute


Posted on Friday, July 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah










http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30941

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada 
Institut Pulau Pinang supaya tidak mencemarkan imej kerajaan negeri yang membiayai badan 
pemikir negeri itu.

Beliau berkata, ahli institut itu "perlu ingat anda bekerja untuk institut yang dibiayai kerajaan 

negeri".

"Jangan lupa anda adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan anda
tidak wajar dilihat sebagai mencemar imej kerajaan negeri.

"Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam perkara prinsip asas sedemikian kerana kami
membiayai anda."

Video ucapan ketua menteri yang dibuat pada pelancaran awal bangunan pejabat baru Institut
Pulau Pinang pada 28 Jun lalu itu dimuat naik ke YouTube.

Guan Eng yang menghadapi dua tuduhan rasuah berkata, beliau mahu badan pemikir itu
meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan baik sambil menaikkan imejnya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata: "Saya faham bila anda kata seseorang itu tidak sepatutnya
menggigit tangan orang yang memberinya makan. Tetapi saya kira anda harus berinya peluang
untuk menyalak (bersuara) sedikit," katanya.

Kenyataan beliau menggunakan istilah ‘menggigit' dan ‘menyalak' dilihat sesetengah pihak
sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.

Tetapi, Guan Eng sebagaimana dilaporkan portal berita menafikannya dan berkata penggunaan
istilah ‘anjing' tidak bermaksud menghina mereka.

Beliau berkata, dunia Barat menganggap anjing sebagai makhluk yang disayangi tetapi keadaan
sebaliknya di negara Timur.

Institut Pulau Pinang adalah badan pemikir dasar awam berhubung soal sosio-ekonomi dan alam
sekitar kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1997.
- BERNAMA

Sumber TKO - 8-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

Posted on Sunday, July 03 @ 13:47:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30870


Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko 'hilang dari peta' berikutan 
diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu 
di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, 

Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca,cKampung 
Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, 
Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, 

Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, 
Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk 
Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains 

Malaysia (USM) Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata kebanyakan kampung 
terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah jugacmenyumbang kepada 

faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak 
milik mereka.

"Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya 

pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan 
lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

"Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai 

Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana 
sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

"Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak 

ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini," katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada 'kehilangan' kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan 

turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan 

kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

"Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di 

daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka 
kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang 
akan lenyap," katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam 

tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk 
memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung 

tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung 
berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi 

itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak 
terhakis.

"Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori 

dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional. Takrif kampung 
tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh 
dianggap sebagai kampung tradisional.

"Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung 

tradisional," katanya. 
-Bernama

Sumber TKO - 3-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gerakan pertikai kos kajian terowong P. Pinang


Posted on Friday, June 24 @ 07:46:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar







GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Gerakan mempertikaikan ketaksamaan kos projek 

terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga jalan berkembar, seperti yang dilaporkan di laman 

sesawang sebuah syarikat China yang dilantik untuk membina terowong itu. 



Pemanku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang berkata makalah di laman sesawang China
Railway Construction Corp (CRCC) menyatakan kos reka bentuk dan kebolehlaksanaan
ditetapkan pada RM87.8 juta (USD22 juta) berbanding RM305 juta yang diumum kerajaan Pulau
Pinang.



“Pengunjung yang baca laman sesawang CRCC mungkin terkeliru kerana angka RM305 juta 

oleh kerajaan negeri dan RM90 juta yang diumum oleh CRCC tersangat berbeza.



“Berita ini dilaporkan di laman rasmi CRCC, sepertimana kerajaan negeri menyiarkan berita dan 

dan maklumat melalui platform rasmi kerajaan negeri – Buletin Mutiara,” kata Jason Loo dalam 

satu sidang media hari ini.



Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan kos kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut 

George Town-Butterworth dan tiga jalan berkembar sebanyak RM305 juta. Kajian 

kebolehlahsanaan terowong itu sahaja sebanyak RM20 juta.



Terowong akan dibina oleh Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd, dan CRCC yang mempunyai 

pengalaman luas membina terowong merupakan rakan usahasama projek ini.



“Sekiranya kos kebolehlaksanaan dilaporkan di laman sesawang CRCC sebanyak RM90 juta, 

kemana perginya baki RM205 juta?



“Jika kerajaan negeri mempertikaikan kandungan laporan oleh CRCC di laman rasmi mereka, 

maka rakyat Penang perlu menilai kebenaran semua berita yang dilaporkan dalam Buletin 

Mutiara,” kata Jason.



Sementara itu, Pengerusi CZBUCG Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menyangkal kenyataan Jason 

sebagai tidak betul.



“Mereka bersandarkan kepada laporan 2013 oleh Pengerusi CRCC.



“Beliau berbahasa Mandarin dan pastnya disalah petik. Itu sahaja sumber mereka. Saya telah 

hubungi CRCC dan mereka tidak diminta untuk memberi penjelasan.



“Bahkan kontrak CRCC untuk kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terhad kepada rekabentuk

terperinci.



“Kita akan ambil tindakan undang-undang kerana ia berniat jahat,” katanya ketika dihubungi 

FMT.



Sumber TKO - 24-6-2016




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pertembungan terbesar DAP-PKR di Pulau Pinang

Posted on Friday, May 13 @ 06:21:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang pernah mencetuskan kontroversi kerana 

dilihat menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut 
kini mula ditekan untuk mengubah pendirian mereka.
Wakil-wakil rakyat PKR yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul oleh Umno
mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang pada November yang lalu ialah
Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubuk),
Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T Jayabalan (Batu Uban).

Difahamkan bahawa ketegangan berada di tahap tertinggi semasa mesyuarat pra-majlis antara Lim
dengan 30 ADUN Pakatan Harapan di pejabat Komtar tingkat 28 ketika membincangkan isu
kontroversi tersebut.

Sumber mendakwa, lima ADUN PKR itu diberi kata dua sama ada patuh dengan kehendak
kerajaan negeri atau dilabel sebagai bertanggung jawab atas pepecahan Pakatan Harapan di Pulau
Pinang.

Mereka juga berisiko dinyahkan daripada menjadi sebahagian kerajaan negeri Pulau Pinang, kata
sumber itu.

“Ini merupakan pertembungan paling besar antara DAP dengan PKR di Pulau Pinang, semuanya
atas meja,” menurutnya mengenai apa yang berlaku dalam mseyuarat selama dua jam tersebut.

Namun, wujud petanda yang kuat untuk kelima-lima ADUN PKR itu untuk tidak berganjak dari
pendirian mereka.

Mereka sebelum ini mendakwa memilih untuk berkecuali menentang usul Umno itu kerana "
mengikut suara hati" ekoran melibatkan isu alam sekitar yang rumit.

Ketika ditanya, Norlela berkata, selepas mesyuarat pra-majlis dengan Lim itu, beliau masih tetap
dengan keputusan menuruti kehendak pucuk pimpinan PKR dalam isu tersebut.

“Kami akan buat yang terbaik untuk rakyat negeri Pulau Pinang,” Norlela memberitahu
Malaysiakini.

Khai Loon pula menambah, partinya belum membuat sebarang keputusan tetapi akan
dimaklumkan mengenai butiran kesan penambakan laut di negeri berkenaan.


“Walaupun parti mungkin mempunyai keputusannya, kami sebagai wakil rakyat yang dipilih juga
harus menyatakan pendirian,” kata Khai Loon lagi.

Sumber TKO - 13-5-2016















































































































Nelayan P. Pinang terancam sisa pepejal 

Pulau Burung

HARAKAHDAILY | .


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau
Pinang (PIFWA) memandang serius tentang paras kolam takungan air leachate yang semakin
kritikal di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal, Pulau Burung, Nibong Tebal.

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,  Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam
Sekitar Negeri Pulau Pinang (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  serta Jabatan Perhutanan
Negeri Pulau Pinang perlu segera menyiasat perkara ini kerana air larut lesapan dari tapak
pelupusan sampah lazimnya mengandungi ammonia, logam berat, bahan-bahan organik dan bahan
pencemar lain yang berbahaya.

Jika situasi tersebut berlarutan, bukan sahaja kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di sini iaitu
Hutan Simpan Byram terbabit diancam kemusnahan malah punca pendapatan nelayan akan turut
terjejas, kesan daripada pencemaran badan air di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM bersama Rousli Ibrahim (ahli dan bekas Setiausaha PIFWA) ke
lokasi didapati bahawa leachate dalam kolam  takungan tersebut  penuh dan sama paras dengan
tebing ban. Disebabkan terlalu penuh maka ia melimpah dan mengalir ke kawasan hutan bakau
dan parit JPS berdekatan. Secara tidak langsung limpahan tersebut turut mengalir ke.laut.

Selain berbuih, leachate tersebut juga kelihatan berwarna hitam dan berbau busuk. Kami tidak
menolak kemungkinan  bahawa limpahan tersebut berpunca dari hujan lebat yang berlaku
baru-baru ini.

SAM memandang serius perkara ini kerana sebahagian besar pokok bakau di kawasan Hutan
Simpan Kekal berkenaan kelihatan mati berkemungkinan besar kerana leachate tersebut.

SAM khuatir jika masalah ini tidak ditangani dengan segera maka impak terhadap alam sekitar
akan bertambah kronik.  Kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan MPSP juga dilihat
gagal dalam menjaga dan merawat leachate mengikut piawaian yang ditetapkan. Seterusnya ini menimbulkan keberkesanan penguatkuasaan dan pemantauan agensi-agensi bertanggungjawab.

Sehubungan itu, SAM menggesa agar Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam
Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
mengambil tindakan segera bagi menangani dan menyelesaikan masalah ini.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016


ADUN PKR dan DAP Pulau Pinang Kecam Kelemahan Pentadbiran Guan Eng

Posted on Monday, April 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sistem pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang lemah adalah punca 

bantuan kepada golongan miskin tidak dapat disampaikan.

Demikian disuarakan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan yang 

kecewa apabila usul mereka terhadap pembangunan rohani rakyat negeri itu asyik ditolak.

ADUN Penanti dari PKR, Dr Norela Ariffin mendedahkan usulnya di DUN telah ditolak secara 

mengejut sebanyak 13 kali sejak tahun 2013.

“Saya tidak tahu kenapa usul saya ditolak tetapi ia tidak akan membuatkan saya berhenti untuk 

bersuara demi orang ramai yang menghadapi banjir kilat dan masalah gangguan elektrik di 
kawasan luar bandar.

“Peruntukkan yang diberikan bagi kawasan saya terlalu kecil untuk saya suarakan masalah ini. 

Saya perlu memperbetulkan masalah ini dengan membawa usul berkaitan namun ia ditolak,” 
katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.

Sementara itu, ADUN Berapit dar DAP, Lydia Ong Kok Fooi juga kesal apabila tidak diberikan 

penglibatan penuh sebagai salah seorang penggubal undang-undang di Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau telah bekerja siang dan malam selama lapan tahun dan isu-isu yang 

 diketengah seperti kesesakan lalu lintas dan perancangan yang kurang baik kerajaan tempatan 
tidak pernah diberi perhatian.

“Saya telah menyuarakan rungutan orang ramai di kawasan DUN saya tetapi amat menyedihkan 

apabila tiada apa yang telah dilakukan,” ujarnya.  

Sumber TKO - 25-4-2016














































































































Nelayan terbabit wajar dibayar pampasan

HARAKAHDAILY | .


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak
berkuasa berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah
pencemaran laut yang turut mengancam sumber pendapatan 600 nelayan pantai di Teluk Bahang
ketika ini.

Masalah yang serius berlaku sejak tiga bulan yang lalu itu telah menyebabkan nelayan terbabit
tidak turun ke laut kerana ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama mereka semakin
pupus.

Sebelum masalah ini berlaku, nelayan di sini memperolehi pendapatan sebanyak RM200.00 sehari
tetapi sekarang hanya mendapat antara RM30.00 hingga RM40.00 sahaja sehari.

Oleh sebab tidak berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi dan bimbang pukat mereka rosak
diancam pencemaran yang berlaku, nelayan yang terlibat membuat keputusan untuk tidak akan
turun ke laut selagi pihak kerajaan tidak menyelesaikan masalah ini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati kemungkinan kejadian tersebut berpunca dari
pembuangan sisa kumbahan ke dalam Sungai Batu Ferringhi dan mengalir ke laut menyebabkan
perairan Teluk Bahang tercemar dengan serius.

Air Sungai Batu Ferringhi bukan saja berwarna hitam pekat dan berminyak tetapi juga berkelodak
serta berbau busuk.

Ikan berkualiti tinggi seperti bawal dan senangin juga semakin berkurangan. Selain itu beberapa
jenis ikan seperti gelama, tengkerong, kerapu dan jenahak banyak yang mati akibat kejadian itu.
Pukat nelayan-nelayan di sini juga mengalami kerosakan kerana diancam sisa lumpur akibat
pencemaran tersebut.

CAP turut menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini.
Siasatan dan kajian secara menyeluruh yang melibatkan kerja-kerja pengorekan muara sungai dan
kesan akibat projek penambakan laut dan pembangunan di tanah tinggi di kawasan ini juga perlu
dilakukan oleh pihak berkenaan.

CAP bimbang jika punca berlakunya masalah pencemaran ini tidak ditangani dengan berkesan
alam sekitar dan kehidupan nelayan-nelayan di Teluk Bahang akan terancam dengan lebih teruk
lagi pada masa akan datang.

CAP kesal walau pun masalah ini telah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh
pihak yang tertanggungjawab bagi mengatasinya. CAP meminta pihak berkenaan membayar
pampasan kepada nelayan yang terputus mata pencarian akibat kejadian pencemaran ini.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Sumber HD - 18-4-2016



GPMS P. Pinang kutuk Ramasamy gelar Dr Zakir Naik
'syaitan'


Posted on Monday, April 11 @ 21:01:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGE TOWN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk 

sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P.Ramasamy 
menggelar pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang Azdy Mohd Arshad berkata sebagai seorang timbalan 

ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih 
berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial 
Facebook.

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya 

dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak 
langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut 
agama lain ke atas agama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain 

melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.

Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu latar 

belakang Zakir sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas, katanya.
"Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri 
ceramah yang bakal disampaikan anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di 
Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.

"Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat 

emosional terhadap Dr Zakir Naik dan Islam," katanya.

Sumber TKO - 11-4-2016


















































































































Kilang Kicap 100 Tahun Penuh Najis Kucing, Tikus
Di Lantai


Posted on Friday, April 08 @ 21:08:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGE TOWN - Sebuah kilang kicap tempatan terkenal yang berusia 100 tahun diarahkan 
menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut 
spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah
Teong ketika ditemui pemberita berkata, pada mulanya kilang itu hanya diserbu bagi pemeriksaan
operasi pelepasan asap.

Ia berikutan pihak berkuasa tempatan itu banyak menerima aduan mengenai pencemaran udara
daripada penduduk yang menetap di sekitar kawasan kilang berhubung perkara tersebut sejak
akhir-akhir ini.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat
aduan kerana tidak tahan lagi dengan bau kuat asap kayu yang sering dilepaskan dari serombong
kilang berkenaan.

“Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang
tebal setiap hari bermula dai jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami
masalah pernafasan teruk.

“Oleh demikian, kita bersama-sama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan
Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam
kilang berkenaan.

“Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi
ditetapkan. Justeru, kita mengeluarkan kompaun RM100 kerana tidak menyediakan peralatan
sesuai untuk melepaskan asap.

“Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menambah baik cara
pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar,” katanya selepas pemeriksaan
di kilang kicap berkenaan.

kicap1
Gambar hiasan
Kilang Kicap Thin Seng itu menyambut ulang tahun ke-100 pada 2012 lalu dengan proses
pembuatan kicap dibina sendiri oleh moyang pemiliknya yang juga pencipta sebenar resipi utama
kicap secara tradisional.

Perniagaan sos kicap tradisional Cina itu meliputi kawasan kilang seluas 14,021 kaki persegi dan
ia sudah beroperasi sejak 1912 dengan kini dikendalikan pula oleh generasi keempat pemiliknya,
Yee Saik Choon.

Kicap tradisional keluarga ini pernah terletak di Kampung Malabar di sini ketika awal
pembukaannya pada 1900 sehingga ia pernah dieksport ke Indonesia serta diedarkan ke Sabah dan
Sarawak menggunakan kapal laut.

Produk kicap berkenaan dihantar dalam jumlah yang banyak dan diletakkan dalam tong saiz besar,
bukannya diisi dalam botol seperti sekarang namun kini hanya dipasarkan ke kedai-kedai makan
selain juga kedai bar

Paling memeranjatkan mereka, selain kesalahan berkenaan asap, kilang tersebut juga didapati
gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan untuk pemprosesan produk makanan
berada dalam keadaan bersih.


“Setelah diperiksa dengan teliti oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati keadaan
kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada mengandungi
najis kucing dan tikus.

“Selain itu, kita juga menjumpai beberapa ekor lipas selain najis tikus, najis lipas dan najis kucing
di lantai bangunan di mana proses penghasilan kicap ini sering dijalankan pihak kilang sendiri,”
ujar Ah Teong.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian operasi
sementara bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih dan akan membuat pemeriksaan
susulan selama dua minggu.

Tindakan penutupan kilang berusia satu abad tersebut, jelas Ah Teong adalah bagi memastikan
pemiliknya mematuhi arahan seperti yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 8-4-1016

Hutan dan bukit di Pulau Pinang terus diteroka

SM MOHAMED IDRIS | .


Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat kegiatan penerokaan di atas bukit dekat Titi Kerawang dengan segera.

Dalam tinjauan yang dibuat hari ini kami terkejut dengan keadaan bukit yang digondol itu dan merasa hairan bagaimana ia boleh berlaku dan apakah tujuan ia digondolkan.

Masalah serupa juga berlaku di lereng bukit berhadapan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Batu Ferringhi di mana sebuah jentera sedang membuat kerja tanah yang melibatkan penolakan pokok di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu kami juga meminta Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah Daerah berkenaan turut melakukan siasatan di dua kawasan terbabit bagi memastikan kedudukan sebenar status tanah, tujuan kegiatan ini dan sama ada ia mendapat kelulusan dari pihak kerajaan atau sebaliknya.

Kami mendapati kesan penebangan di kawasan tersebut baru dilakukan dan tidak ada papan tanda atau notis pemberitahuan tentang apakah projek yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Kami merasa bimbang dengan aktiviti ini kerana ia mengancam alam sekitar, menjejaskan kawasan tadahan air, boleh menyebabkan berlakunya hakisan, banjir di hilir dan pencemaran laut yang melibatkan kawasan pantai Batu Feringghi.

Kami berharap Kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera menghentikan aktiviti berkenaan sekiranya tidak mengikut undang-undang serta peraturan.

Pihak berkuasa berkenaan juga perlu meningkatkan pemantauan di seluruh negeri Pulau Pinang untuk mengesan kegiatan penerokaan hutan dan pembangunan tanpa kebenaran dari awal lagi.

Hasil siasatan tentang aktiviti-aktiviti ini perlu diumumkan segera agar orang ramai tidak tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku seperti mana persoalan yang diajukan kepada kami ketika tinjauan dibuat di kawasan terbabit.

Tidak ada maknanya kerajaan negeri dan tempatan menanam ribuan pokok di seluruh negeri, tetapi sebaliknya ribuan pokok lagi ditebang sewenang-wenangnya. - HARAKAHDAILY 1/3/2016

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) & Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sumber HD - 1-3-2016



Persidangan Anjuran Freemason Di Pulau Pinang Dihentikan Serta-Merta

Posted on Friday, February 26 @ 08:04:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini.

Persidangan anjuran sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikaitkan dengan Yahudi, dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu bermula semalam dan sepatutnya berakhir esok (26 Februari).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mewakili NGO terlibat, berkata tindakan pertubuhan berkenaan mengadakan persidangan di Malaysia dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan kami masuk ke dalam hotel itu dan melihat sendiri sama ada persidangan itu diteruskan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu bagi membantah persidangan berkenaan. Beliau bersama tiga wakil NGO kemudian memasuki hotel itu dengan diiringi polis.

Perhimpunan selama sejam itu bersurai selepas polis mengarahkan mereka meninggalkan perkarangan hotel berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom yang turut menyertai perhimpunan bantahan itu, berkata beliau difahamkan seramai 600 peserta dari 21 negara menghadiri persidangan itu.

"Dewan dalam hotel itu yang dijadikan tempat persidangan, kosong ketika kami masuk melihatnya dan kami Gerakan Merah sekali lagi memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya tidak menganjurkan program atau persidangan seumpama itu pada masa hadapan.

"Selain itu, kami juga akan memantau persidangan itu sehingga esok untuk melihat sama ada mereka akan meneruskan atau sebaliknya," kata beliau.
- AstroAwani

Sumber TKO - 26-2-2016



LGE Beri Amaran: PKR Pulau Pinang perlu ikut keputusan negeri

Posted on Monday, February 22 @ 19:29:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya tahu keputusan dibuat kerajaan negeri perlu diikuti ahli parti pemerintah atau gabungan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini, susulan penyingkiran 2 wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Lim berkata, Pulau Pinang tidak mahu situasi sama berlaku di Selangor seperti bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang tidak melaksanakan keputusan dibuat partinya.

Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau percaya Azmin bagaimanapun memegang prinsip sama iaitu sebaik saja satu keputusan dibuat secara bersama, mereka perlu mematuhinya.
"Bila Khalid tidak melaksanakan keputusan dibuat parti, PKR perlu membuangnya. DAP menghormati keputusan PKR.

"Saya percaya Azmin menegakkan prinsip itu. Saya harap beliau boleh faham," kata Lim pada sidang media ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Lim diminta mengulas kenyataan Azmin, PKR tidak gembira dengan penyingkiran 2 wakilnya di Pulau Pinang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen daripada Penang Hill Corporation dan Invest Penang and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat kepada syarikat pelaburan kerajaan negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Azmin berkata, PKR menghantar surat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu.
Dua Adun berkenaan ialah antara 5 Adun yang dilarang mengundi terhadap usul dibawa Barisan Nasional berhubung pengambilan tanah ketika persidangan Dewan Undangan Negeri pada November lalu.

Lim berkata kerajaan negeri belum menerima surat itu.

Katanya, Azmin mungkin tidak tahu secara keseluruhan apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Beliau juga "sedikit terkejut" apabila Azmin membangkitkan perkara itu secara umum di media kerana selama ini isu dalam gabungan Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup.

Lim berkata menjadi tradisi untuk semua parti dalam gabungan itu tidak masuk campur dengan hal ehwal negeri yang ditadbir.

"Kita ada persefahaman yang dihormati.

"Pernah anda lihat saya komen mengenai perkara berkaitan negeri yang ditadbir parti Pakatan lain? Saya hanya cakap mengenai Kelantan selepas PAS berundur daripada pakatan.‎

"Dalam majlis eksekutif kerajaan negeri, parti ada exco mereka masing-masing untuk membincangkan isu," katanya dan menambah Azmin juga boleh membangkitkan perkara itu ketika mereka bertemu di Majlis Raja-raja, minggu lalu.

Mengenai sama ada beliau akan pertimbangan rayuan Cheah dan Ong, Lim mengesahkan exco PKR ada membuat rayuan bagi pihak kedua-dua Adun itu tetapi beliau mahu melihat penjelasan terhadap tindakan mereka.

"Saya difahamkan parti mereka mahu mereka bertemu saya tapi belum berbuat demikian.

"Kita tidak boleh beroperasi dengan cara ini. Kita tidak boleh mempunyai sistem di mana setuju dalam mesyuarat tapi buat keputusan lain di luar.
"Itu tikam belakang," katanya. - TMI

Sumber TKO - 22-2-2016





Guan Eng tamatkan khidmat dua Adun PKR

Posted on Saturday, February 20 @ 18:45:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut  pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.

Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.

“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi,” katanya.

Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.

Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai perkara itu.

Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.
"Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.

"Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat," katanya.

Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam.

Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumber TKO - 20-2-2016




Kolumnis Sinchew Yit Poh Kritik Keras Pemerintahan DAP Pulau Pinang

Posted on Friday, February 19 @ 16:26:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



17/2/16 –Kolumnis akhbar berbahasa Cina, Ang Tong Kai yang sebelum ini pro pembangkang telah menukar pendirian mengkritik keras pemerintahan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, lapor Tan Khai Beng.

Menurutnya, Ang adalah kolumnis Sinchew Yit Poh yang berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kritikan kolumnis Sinchew Yit Poh itu berpandukan ucapan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad lalu yang berkata ” … hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang..”

Kenyataan Guan Eng itu diperluas kolumnis itu dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkaitan dengan penjualan tanah, penggondolan bukit, projek tambakan laut dan pembunuhan anjing terbiar dan sebagainya.

“Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut.”

“Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit.”

“Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi “mayat yang hidup”, kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500, ” kata kolumnis Sinchew Yit Poh yang diterjemahkan penangkini.com.

Secara menyindir, kolumnis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, maka kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta untuk masyarakat OKU. AIDCNews

Sumber TKO - 19-2-2016

Fakta Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Posted on Tuesday, January 19 @ 13:23:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Oleh Edwin MichaelSistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?

Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun. Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.

Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia. Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis

Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?

Misteri Disebalik Tender Terbuka?


Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.

SM Mohamed Idris vs Lim Guan Eng

NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip ‘semak dan imbang’ dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan. Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.

SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.

Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.

Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.

Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat? Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.

Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.

Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP

Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini.

Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.

Sumber TKO - 19-1-2016




Pulau Pinang berusaha jadi negeri berkebajikan pertama Malaysia 

Posted on Monday, December 21 @ 15:26:14 MYT by paktam

Oleh Lim Guan Eng

Pakatan Harapan Pulau Pinang yang memerintah sejak 2008 adalah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) dalam melaksanakan urus tadbir dan memikul amanah rakyat.

Ianya terbukti dengan pengiktirafan yang diberikan Transparency International sebagai kerajaan negeri pertama di Malaysia yang mengamalkan sistem tender terbuka.


Dalam tempoh 8 tahun ini, Pakatan Harapan berupaya membela secara saksama dan memberikan keadilan kepada semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.


Negeri mampu menjalankan pelbagai program sosial dan kebajikan melalui pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan dan inklusif.

Urus tadbir negeri yang bersih, boleh dilihat dengan:

a) Pakatan Harapan menikmati lebihan belanjawan setiap tahun yang kini terkumpul sebanyak RM503 juta dalam tempoh 7 tahun pemerintahan (2008-2014) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah kerajaan negeri terdahulu. Jelas sekali 7 tahun Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang lebih berkesan daripada 50 tahun sebelum ini;
b) Pakatan Harapan berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 90% sedangkan kebanyakan negara mengalami beban hutang kerajaan yang meningkat 100% termasuk Kerajaan Persekutuan Malaysia;

c) Kadar pengangguran di Pulau Pinang dapat dikurangkan kepada 1.7%; dan
d) Pakatan Harapan dapat mengurangkan jurang ketidaksaksamaan pendapatan di antara golongan kaya dan miskin dengan Gini Coefficient yang sekadar 0.37 pada 2012 berbanding dengan 0.42 pada 2009, iaitu penurunan yang paling besar dalam tempoh 3 tahun ini di Malaysia.

Kami berhasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berkebajikan yang tidak bankrap!
Pulau Pinang pada setiap tahun memberikan sumbangan penghargaan RM100 kepada golongan warga emas; Orang Kurang Upaya (OKU); ibu tunggal dan suri rumah (ibu emas).

Dalam pada itu, bagi meringankan beban ibu bapa, Pulau Pinang turut memberikan bayaran secara one-off RM100 kepada pelajar tahun 1 dan 4 dan tingkatan 1 dan 4 di bawah Skim Pelajar Emas; RM200  (one-off) melalui Program Anak Emas serta RM1,000 (one-off) kepada mahasiswa.
Bagi meringankan beban waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dalam pengurusan jenazah, Pulau Pinang memberikan bantuan secara one-off RM1,000.

Jumlah perbelanjaan yang  dibelanjakan bagi Program Emas dari 2009 hingga  20 November 2015 adalah sebanyak RM176.06 juta. Pecahan perbelanjaan adalah seperti jadual bawah.
Pulau Pinang memperkenalkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi memastikan setiap keluarga menerima sekurang-kurangnya RM790 sebulan.

Keluarga yang berpendapatan kurang daripada jumlah RM790, Pulau Pinang akan "tambah nilai" (top-up) sehingga genap RM790.

Contohnya, sekiranya sebuah keluarga menerima RM600 sebulan, Pulau Pinang akan memberikan "tambah nilai" RM190 setiap bulan.

Peruntukan Kepada pegawai masjid, guru KAFA, hufaz dan guru agama tahfiz/pondok/TADIS. Sejak 2009 hingga 20 November 2015, Pulau Pinang membelanjakan sebanyak RM28.16 juta seperti jadual di bawah.

Amat jelas sekali, Pulau Pinang boleh mencatatkan lebihan belanjawan tanpa perlu mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mengamalkan pentadbiran bersih.
Negeri tidak bankrap sungguhpun tidak ada GST.

Sememangnya terbukti  urus tadbir bersih, cekap dan baik Kerajaan Negeri Pakatan Harapan membolehkan rakyat Pulau Pinang menikmati faedah dividen anti-rasuah secara bersama.

Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan negeri berkebajikan pertama di Malaysia.

* Lim Guang Eng ialah ketua menteri Pulau Pinang.


Sumber TKO - 21-12-2015
























































































































Tambak laut: CAP sangkal dakwaan Adun Batu Maung


























































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa projek tambak laut yang bakal dilaksanakan di Permatang Damar Laut disambut baik oleh komuniti nelayan pantai di kawasan tersebut.

"Mengulas kenyataan Adun tersebut, yang dilaporkan media, CAP ingin menjelaskan bahawa komuniti nelayan yang kami temui telah menimbulkan kebimbangan mereka terhadap projek yang dicadangkan, ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Tambahan daripada itu, katanya laporan media menyatakan bahawa nelayan dari 14 unit nelayan telah mengadakan protes pada Ahad lalu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas projek penambakan yang dicadangkan.

Beliau berkata, beberapa kawasan nelayan yang terlibat dengan projek tambak laut sebelum ini telah menempuh berbagai-bagai masalah.

Contohnya, ujar beliau nelayan di kawasan Tanjong Tokong dan Sungai Gelugor telah merosot hasil tangkapan mereka kesan dari projek penambakan laut.

Menruutnya lagi, nelayan-nelayan di kawasan berkenaan bukan saja terpaksa pergi jauh ke laut bagi mendapatkan hasil tangkapan yang mencukupi, malah mengambil masa yang lama serta modal yang banyak terpaksa dikorbankan bagi tujuan tersebut.

Tambahnya, tinjauan CAP mendapati pelaksanaan projek itu bukan saja menyebabkan zon tangkapan nelayan pantai menjadi sempit, malah masalah pencemaran laut dan mendapan lumpur juga turut dihadapi mereka.

Kata beliau, selain ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan di situ berkurangan, pembiakan siput serta kerang juga akan terjejas dan mengalami kepupusan.

Beliau berkata, sejak 10 tahun yang lalu banyak rungutan dan aduan oleh nelayan-nelayan pantai di negeri itu tentang kemerosotan hasil tangkapan yang dihadapi mereka berpunca dari berbagai ancaman yang berlaku di kawasan tangkapan mereka.

"Masalah ini berpunca dari kegiatan penambakan laut, pemusnahan hutan paya bakau, pencemaran dari kilang dan kolam ternakan udang serta sisa lumpur dari tapak projek pembangunan," ujarnya.

Di Permatang Damar Laut, kata beliau CAP telah menerima aduan tentang pencemaran sisa lumpur yang berlaku dan dihadapi oleh nelayan-nelayan di sini tidak diberi perhatian serius dan gagal diambil tindakan berkesan oleh kerajaan negeri.

"Akibatnya ikan yang ditangkap, lumpur yang terperangkap dalam jaring mereka," katanya lagi.

Justeru, katanya CAP menggesa kerajaan Pulau Pinang menimbangkan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan sebelum merancang sesuatu projek pembangunan.

"Kami memetik Maunier: Dalam mengejar kemajuan... jangan biarkan sesiapa menderita dengan langkah terlalu drastik, atau  membayar harga yang terlalu tinggi kerana pergolakan dan kemusnahan, untuk inovasi anda," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/12/2015

Sumber HD - 17-12-2015

Tambak laut: Ambil iktibar kejadian 1990-an

MOHD SABRI SAID | .


BAYAN BARU: Kerajaan Negeri Pulau Pinang patut ambil aktibar kesan tambakan laut di sepanjang pantai Jelutong pertengahan tahun 1990-an dulu kerana telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan di situ kata, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Sekitar PAS Neger Pulau Pinang, saudara Iszuree Ibrahim.

Beliau ketika diminta mengulas cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan menambak pantai dari Batu Maung ke Gertak Sanggul berkata, Kerajaan Negeri wajar memikirkan nasib yang bakal menimpa nelayan pantai daripada mengutamakan projek pembangunan.

Sekarang ini nelayan pantai yang terdiri daripada nelayan Melayu hanya mengharapkan persisiran pantai Batu Maung, Sungai Batu dan Gertak Sanggul untuk mencari rezeki kerana kawasan lain sudah berlaku tambakan laut sejak dari pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Sekarang ini nelayan pantai terus tersepit antara pembangunan yang dilaksanakan. Mereka hanya aktif di bahagian selatan Pulau Pinang berbanding dulu di serata pantai," terangnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang berpendapat, nelayan persisiran pantai terus mengalami nasib yang malang kerana kesan penambakan tersebut menjahanamkan eko-pembiakan spesies ikan dalam masa yang panjang.

Justeru, sambungnya, bagi menyelamatkan keadaan nelayan persisiran pantai khususnya, lebih baik Kerajaan Negeri yang menjadi harapan rakyat membatalkan hasrat berkenaan.

"Lajnah Alam Sekitar PAS Negeri menyokong bantahan yang dibangkitkan oleh para nelayan baru-baru ini kerana penghidupan mereka akan lebih terancam ekoran tindakan penambakan laut kelak," jelasnya.

Sebelum ini, puluhan nelayan pantai berkumpul secara aman di Pengkalan Nelayan Sungai Batu untuk menunjukan bantahan serta mendesak Kerajaan Negeri membatalkan cadangan penambakan laut yang dijadualkan beberapa bulan lagi. – HARAKAHDAILY 16/12/2015

Sumber HD - 16-12-2015


Demo nelayan - k'jaan PP akan jelaskan projek penambakan, kata ADUN

Posted on Tuesday, December 15 @ 22:55:17 MYT by Reformis

Oleh Susan Loone, MKini
Respon masyarakat nelayan di Permatang Damar Laut, di selatan pulau Pulau Pinang, terhadap projek penambakan di kawasan itu adalah positif, kata ADUN PKR Batu Maung, Abdul Malik Kassim.

Selain itu, katanya, kerja penambakan di pulau itu 'bukanlah perkara baru' kepada masyarakat nelayan kerana mereka telah mengalami aktiviti tersebut sejak berdekad lalu.


Abdul Malik yang juga ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Beliau memberi contoh kerja penambakan di Jelutong, apabila Lebuhraya Tun Lim Chong Eu dibina dan di Tanjung Tokong di mana aktiviti itu sedang dijalankan.

Abdul Malik berkata, beliau telah bertemu dengan dua pertiga (120) daripada nelayan yang terjejas dengan projek penambakan di kawasan pilihanraya beliau, untuk mendengar masalah mereka dan menjelaskan perkara itu kepada mereka.

Proses perundingan, katanya, telah bermula dengan pihak nelayan - pertama oleh kerajaan negeri termasuk ADUN dan kemudian oleh syarikat konsesi, SRS Consortium (rakan penyampaian projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang).

Respon mereka, kata Malek, adalah positif selepas pihak menjelaskan mengenai projek itu kepada masyarakat berkenaan, terutama apabila mereka mendengar bahawa akan ada peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan mereka.

Malek berkata pihaknya akan memastikan hak-hak mereka dilindungi, termasuk melindungi mereka daripada penempatan semula dan kehilangan mata pencarian.

Beliau mengulas laporan dalam media mengenai protes terhadap projek penambakan oleh 1,500 nelayan dari Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.

Peserta bantahan itu mendesak kerajaan Pulau Pinang mengkaji semula projek penambakan yang dicadangkan, dengan berkata ia akan memberi kesan kepada kehidupan mereka serta kehidupan marin di kawasan itu.

Sehubungan itu, Malik berkata, maklumat yang diperolehi mendapati hanya 200 hingga 300 daripada peserta protes itu adalah nelayan dan tidak 1,500 seperti yang didakwa oleh media.

Katanya, mereka menandatangani petisyen itu dan membawa sepanduk menentang penambakan tetapi Malik berkata ia sesuatu yang natural dan biasa bagi mereka lakukan.

Tetapi, katanya, apabila mereka mendengar penerangan dan penjelasan pihaknya, mereka akan tahu bahawa ia akan memberi manfaat kepada mereka kerana Pelan Induk Pengangkutan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada mereka tetapi juga generasi mereka yang akan datang.

Malik berkata apabila SRS menjalankan penilaian terperinci kesan alam sekitar, kebimbangan nelayan berkenaan akan didengar dan dipertimbangkan.

Masyarakat nelayan menganggap projek itu sebagai 'positif', katanya, kerana terdapat aktiviti ekonomi seperti teksi air dalam Pelan Induk Pengangkutan di mana mereka boleh mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada.

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang adalah satu usaha oleh kerajaan Pulau Pinang bernilai RM27 bilion untuk menangani masalah besar lalulintas dan pengangkutan di pulau itu.

Sumber DD - 15-12-2015



Pulau Pinang Fatwa Haram Hisap Vape, Shisha

Posted on Saturday, December 05 @ 07:43:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGE TOWN – Rokok elektronik yang mengandungi nikrotin atau e-cigarette selain peranti asap tanpa nikrotin atau vape difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang.

Keputusan itu dimaklumkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang menegaskan bahawa pengharaman dibuat berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah.

“Kita haramkan vape mengikut pandangan ajaran Islam, di samping ia juga dibimbangi boleh menjejaskan tahap kesihatan individu yang menghisap dengan menggunakan peranti tersebut.

“Pengharaman ini juga dibuat kerana ia menyebabkan berlaku banyak kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
E-Rokok, Vapor
Portal berita BNBBC melaporkan, majlis fatwa negeri tersebut turut mengharamkan shisha, atau juga disebut hookah iaitu sejenis rokok tradisi masyarakat Arab yang dihisap dengan batang paip.

Tindakan secara mengejut itu menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri kedua di Malaysia selepas jirannya, Kedah yang telah mengeluarkan fatwa pengharaman vape dan shisha pada 23 November lalu.

Ini diikuti langkah kerajaan Johor pada awal bulan ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan langsung sebarang aktiviti perniagaan vape secara rasmi mulai 1 Januari tahun depan.

Larangan dititahkan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu bakal menyebabkan peniaga dihukum mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Bahagian Pelesenan.

Setakat ini penggunaan rokok elektronik itu sudah lama diharamkan di Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles, Singapura dan Turki. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 5-12-2015
































































































































Rakyat Penanti nanti pembangunan dari DAP































































































































NUR ADILA ABDUL WAHAB | .


BUKIT MERTAJAM: Rakyat Penanti di dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh begitu lama menantikan pembangunan.
  
Sehinggakan pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, wakil rakyatnya melahirkan perasaan sedih yang amat sangat kerana luahan dan persoalan yang dibangkitkannya mengenai pembangunan penduduk Penanti diabaikan begitu sahaja.
  
Katanya kawasan Dewan Undangan Negeri yang beliau wakili itu merupakan kawasan luar bandar yang terpinggir daripada pembangunan arus perdana di Pulau Pinang yang sedang pesat dibangunkan dengan projek-projek besar.
  
Apa yang boleh dibangunkan di Penanti?
  
Bagi Pengerusi Nelayan Kampung Terus, Baharuddin Abdullah, kampung itu berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan sungai.
  
"Di Sungai Terus boleh dibina rumah bot untuk pelancong. Sungai ini juga dipenuhi dengan udang galah, ikan patin, kelip-kelip dan burung yang boleh dinikmati pelancong.
  
"Penanti belum diteroka kepada dunia. Ikan-ikannya masih belum tercemar dan segar. Sungai Terus boleh dikomersialkan. Ia boleh digunakan untuk membawa pelancong menyelusuri sungai hingga ke muara Taman Skatepark Ampang Jajar, di Butterworth," katanya.
  
Baharuddin berkata di Penanti pelancong berpeluang menikmati keindahan landskap yang dipenuhi dengan sawah padi dan bukit bukau yang menghijau.
  
Beliau berkata kerajaan negeri memang memberi peruntukan, tetapi hanya bertumpu kepada menaik taraf dan penambahbaikan longkang dan sistem tebatan banjir.
  
"Peruntukan lebih besar perlu untuk aktiviti pelancongan di Penanti termasuk menaik taraf jeti bagi menampung bot nelayan di samping bagi membina rumah bot," katanya.
  
Sementara itu Pegawai Seranta ADUN Penanti, Norly Masitah Mohamed Noor berkata kerajaan negeri lebih memberi perhatian kepada bahagian pulau di negeri ini berbanding kawasan tanah besar dalam membangunkan projek pelancongan yang lebih mendatangkan hasil lumayan kepada kerajaan negeri.
  
"Kami faham di bahagian pulau banyak kawasan warisan dunia. Tapi kerajaan negeri perlu ingat bahawa ada pelancong yang lebih suka tengok alam semula jadi.

Mereka suka melihat sawah padi, sungai. Ini semua masih boleh didapati di Penanti," katanya.
  
Beliau berkata apa yang dibangkitkan wakil rakyat Penanti pada persidangan Dewan Undangan Negeri menggambarkan situasi yang dihadapi penduduk Penanti yang seolah-olah diabaikan penantian mereka. - BERNAMA

Sumber HD - 2-12-2015

Teroka tuntut P Pinang dedah maklumat tambak laut

DR. AZRUL ZABIDI | .


TINDAKAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus melabelkan lima Adun daripada PKR sebagai sebagai “memihak kepada Umno” memperlihatkan sikap sebenar DAP yang mengamalkan demokrasi terpilih.

Kekecohan ini berpunca apabila kesemua Adun tersebut memilih untuk tidak berpihak berhubung isu tebus guna tanah seluas 2,600 hektar di muara Sungai Pinang yang diusulkan Adun Pulau Betong daripada BN.

Yang lebih menggelikan hati adalah Adun Tanjung Bungah daripada DAP telah menyokong usul tersebut secara langsung.

Ini telah mengundang kemarahan Ketua Menteri, walhal sebelum ini DAP sendiri telah mengambil sikap berbeza terhadap beberapa ahli Parlimen PAS yang mengingkari ‘whip’ parti berhubung undi untuk meluluskan bajet kerajaan Pusat 2016 di Dewan Rakyat.

Sikap ini jelas menunjukan sikap DAP yang mengamalkan demokrasi mengikut selera mereka dan bukannya demokrasi tulen biarpun dikatakan berideologi sosial demokrat.

Ini tidaklah menghairan kerana sebelum ini pun kerajaan negeri telah memecat bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Saudara Iszuree Ibrahim hanya kerana berbeza pandangan berhubung persoalan projek perumahan dan tanah di negeri ini.

Hal sedemikian mencerminkan sikap talam dua muka DAP berhubung isu kebebasan bersuara yang menjadi tunjang utama demokrasi.

Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng juga telah melaga-lagakan pula para pimpinan PKR negeri Pulau Pinang, kononnya ada usaha menggulingkan Timbalan Ketua Menteri dari PKR iaitu Datuk Abdul Rashid Hasnon oleh pimpinan PKR lain, walhal isu tersebut dinafikan oleh PKR sendiri.

Tindakan Lim Guan Eng ini sebenarnya adalah untuk mengalihkan perhatian media dan masyarakat daripada persoalan utama yang dibangkitkan iaitu soal pembangunan mampan khasnya dalam isu penambakan laut.

Isu tersebut telah banyak kali dibangkitkan oleh beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS).

Justeru kali ini Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar Pulau Pinang (TEROKA) ingin mengambil peranan untuk menggesa kerajaan negeri supaya mendedahkan tujuan dan maklumat terperinci berkenaan projek-projek penambakan laut yang sedang berlaku di negeri ini.

Umum telah maklum bahawa selain muara Sungai Pinang terdapat beberapa lagi kawasan yang sedang dalam proses penambakan laut termasuk di Permatang Damar Laut yang didiami lebih 300 keluarga nelayan persisir pantai.

Malah sebelum itu, kawasan seperti Tanjong Tokong dan Sungai Gelugor telah pun siap ditambak yang akhirnya telah menjejaskan pendapatan dan kelangsungan hidup kaum nelayan termasuk mengancam alam sekitar serta hidupan laut.

Malangnya, teguran oleh wakil-wakil masyarakat madani (civil society) tersebut langsung tidak dihiraukan sehinggalah kesemua Adun tersebut mencetuskan ‘kontroversi’ di dalam dewan undangan negeri baru-baru ini.

Maka tidak hairanlah, kerajaan negeri dilihat cuba dengan segera memadamkan isu ini daripada perhatian masyarakat kerana jika tidak ia bakal menjadi perhatian berterusan.

Ini belum lagi soal pelan pembinaan terowong dasar laut yang turut dibantah oleh banyak kumpulan NGO dan waki masyarakat yang bimbang dengan kesan alam sekitar yang berterusan menghantui negeri ini.

Adakah selepas ini para wakil rakyat yang bertanggungjawab dan setia dengan kebenaran merentas parti sama ada daripada PAS, DAP, PKR atau BN perlu sekali lagi menggunakan kata hati (conscience) mereka untuk menentang sebarang pelan pembangunan tidak mampan oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat?

Atau adakah sekali lagi kerajaan negeri akan cuba menggelapkan isu-isu tersebut daripada perhatian awam dengan permainan politik laga-melaga dan cemuh-mencemuh?

Atau lebih daripada itu, mungkinkah Ketua Menteri akan langsung mengamalkan ‘autrokrasi’ untuk memastikan kesemua Adun Pakatan Harapan sentiasa memihak kepada beliau biarpun secara demokrasinya backbenchers bebas menilai dan membuat keputusan di dalam dewan? – HARAKAHDAILY 1/12/2015

Penulis ialah Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar Pulau Pinang (TEROKA)

Sumber HD - 1-12-2015



ADUN PKR menangis dalam Sidang DUN P. Pinang

Posted on Thursday, November 19 @ 19:30:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya.

Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong

Sumber TKO - 19-11-2015

































































































































Kerajaan Pakatan Harapan P. Pinang berbohong

MOHD YUSNI MAT PIAH | .


BADAN Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP) akan tetap berfungsi seperti sediakala menyumbang khidmat bakti kepada rakyat sepertimana PAS berfungsi sebelum berjaya menawan Pulau Pinang daripada Kerajaan Umno-BN.

Walaupun 300 JKKK daripada kalangan ahli PAS kononnya dipecat, tetapi secara ikhlasnya, kami tidak terkilan atau jatuh lemah dengan tindakan zalim Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap PAS.

Tindakan itu susulan pemberhentian bantuan kewangan secara tiba-tiba kepada SRIA dan SRIBU selepas pengumuman penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri. Bahkan sebelumnya ada Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli PAS dipecat atau diberhentikan.

Seteruk-teruk PAS dizalimi Kerajaan Umno-BN ketika ditendang keluar dari Kerajaan Campuran 1973-74, PAS tetap berupaya bangkit semula membina kekuatan sehingga keahlian PAS mencecah hampir 1.4 juta orang pada hari ini di seluruh negara.

Begitu juga kepada PAS di Pulau Pinang, sikap zalim DAP dan Kerajaan Negeri tidak akan sedikitpun melemahkan PAS, malah PAS akan lebih komited bekerja untuk rakyat di negeri ini kerana Allah Taala.

Walau bagaimanapun, BPPPP berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berbohong kepada rakyat berkenaan kononnya 300 JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat di sepanjang bulan Oktober baru-baru ini. Sedangkan, ramai dari kalangan mereka yang tidak menerima surat pemecatan dari Kerajaan Negeri.

Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak Kerajaan Negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP? Di setengah tempat, semua JKKK itu adalah ahli-ahli PAS sama ada Pengerusi, Setiausaha juga seluruh Ahli Jawatankuasanya. Andaikata Kerajaan Negeri tiada rekod terperinci, maka saya bersedia mendedahkannya nanti.

Untuk makluman, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal sejak penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Bukan sahaja dari kalangan Pengerusi dan Setiausaha JKKK sahaja, tetapi dari kalangan semua peringkat jawatankuasa di semua kawasan yang terlibat.

Kenyataan TKM1 baru-baru ini bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN tidak relevan lagi kepada BPPPP.

Mewakili BPPPP, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lebih telus, lebih berintegriti dalam urusan tadbir mereka.

Kenyataan yang tidak benar seperti itu khususnya dari TKM1 menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 19/11/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang

Sumber HD - 19-11-2015



DAP Pecat Semua Ahli PAS Daripada JKKK Pulau Pinang

Posted on Wednesday, November 18 @ 20:14:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan sudah pun berjaya memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, laporan kononnya sekumpulan ahli PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas meletak jawatan seperti didakwa adalah palsu kerana mereka sebaliknya telah habis dipecat sebelum ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pembuangan semua ahli parti Islam tersebut daripada menganggotai JKKK sama ada kekosongan mereka akan diisi wakil Parti Amanah Negara (PAN) yang pro-DAP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Rashid Hasnor berkata, pemecatan drastik berkenaan meliputi semua ahli Pas sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Ini menimbulkan tanda tanya kemungkinan besar ahli PAS di daerah Timur Laut dan Barat Daya di bahagian pulau telah khianat kepada parti itu dengan menyertai PAN atau berpaling tadah menjadi ahli PKR atau DAP.

Kerajaan negeri ujar Mohd. Rashid, bagaimanapun dijangka membuat semakan teliti sama ada ahli-ahli PAS ini benar-benar menyokong gabungan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan atau adalah sebaliknya.

Mereka yang didapati masih lagi tegar menyokong PAS kemudian telah diberi surat pemecatan seperti yang berlaku di Kepala Batas, katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Sebelum ini Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Bukhori Ghazali mengumumkan semua ahli PAS menarik diri daripada memegang jawatan JKKK dalam kawasan Parlimen tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa sebab, antaranya PAS bukan lagi dalam kepimpinan kerajaan Pulau Pinang selepas Guan Eng mengumumkan pentadbiran negeri tersebut sebagai Kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi DAP, mereka dilihat seolah-olah mahu menjatuhkan maruah PAS sehabis-habisnya apabila tampil membuat kenyataan terbuka bahawa kumpulan JKKK PAS ini sebenarnya dipecat dan bukannnya meletakkan jawatan.

Mereka langsung enggan memberi ‘muka’ kepada PAS yang pernah bekerjasama erat dengan DAP sehingga berjaya menumbangkan pemerintahan BN Pulau Pinang sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu.

Mungkin DAP sudah lupa jasa PAS bahawa ketika PRU pada 2013, semua calon DAP pergi ke pusat penamaan calon dengan dua surat watikah – satu yang ditandatangani oleh DAP dan satu lagi ditandatangani oleh PAS.

Ini kerana DAP sendiri tidak pasti sama ada surat watikah DAP sebagai sah memandangkan ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, yang tidak dilantik secara sah dalam pemilihan parti yang diisytiharkan dibatalkan.

Untuk rekod, pada Disember 2012, pemilihan jawatan dalam DAP telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana melibatkan kehadiran ratusan perwakilan pengundi haram.

Maka pada April 2013, sebulan sebelum PRU ke-13, DAP telah diberitahu oleh RoS untuk memperbetulkan semula masalah tersebut dengan mengadakan kembali Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan parti sekali lagi.

Namun jasa PAS ini tidak membawa sebarang makna kepada DAP. ‘Hati kering’ DAP langsung tidak memberi sebarang ruang simpati kepada PAS. Dalam hal ini PAS sepatutnya dapat menilai hati budi DAP yang sebenarnya.

Berbalik kepada JKKK di Pulau Pinang, menurut kerajaan DAP, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.

Hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur, manakala kekosongan jawatan mereka itu akan segera digantikan dengan mana-mana ahli PAN di Pulau Pinang.

Ini sebenarnya memang merupakan langkah terbaik apatah lagi PAS tidak lagi berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan. Namun sekali imbas rakyat masih lagi menilai PAS sebagai pihak yang memang ‘gila’ tamakkan kuasa.

Lihatlah apa berlaku di Selangor apabila wakil PAS enggan melepaskan kedudukan dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan lebih lawak, menganggap Pakatan Rakyat yang sudah berkubur itu sebagai masih wujud!

Adakah mereka menunggu untuk dipecat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang? Adakah masih belum cukup PAS dimalukan oleh DAP sebelum ini? Berundurlah sementara masih lagi ada sedikit maruah yang boleh dibawa.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 18-11-2015



































































































































Adun PKR persoal Bajet Pulau Pinang, gagal beri peruntukan kawasan perkampungan
Posted on Monday, November 16 @ 20:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Norlela Ariffin hari ini mempersoalkan Bajet 2016 kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.

Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 6 November lepas, sebanyak RM31.93 juta diperuntukkan untuk produk pelancongan di kawasan George Town dan bahagian pulau negeri ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini.

"Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan di negeri ini namun dalam Bajet 2016 langsung tidak memberi peruntukan untuk program inap desa khususnya di kawasan kampung.

"Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya.

Norlela berkata kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata kerajaan negeri harus memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.

Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.

Jahara berkata masalah banjir di Penanti berlaku sejak sekian lama dan masih gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini. - Bernama

Sumber TKO - 16-11-2015

CAP gesa Guan Eng umum projek di Pmtg Damar Laut

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan kepada penduduk negeri ini khususnya golongan nelayan di kawasan Permatang Damar Laut apakah tujuan kerja-kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut dilakukan oleh sebuah syarikat di kawasan berkenaan.

"CAP kesal walaupun perkara ini telah CAP kemukakan kepada pihak jabatan, agensi serta Exco kerajaan negeri untuk mengetahui apakah tujuan projek tambak laut yang akan dilaksanakan di kawasan itu nanti, pihak berkenaan langsung tidak tahu tentang projek berkenaan malah ada yang tidak memberi jawapan terhadap soalan-soalan yang CAP kemukakan kepada mereka," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris.

Katanya, pihak-pihak berkenaan ialah Pejabat Tanah Daerah Barat Daya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang, Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow dan Exco Alam Sekitar Phee Boon Poh.

"Justeru kami meminta Lim Guan Eng selaku Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah Pulau Pinang memberitahu apakah tujuan kerja-kerja mengukur dan menggali dasar laut dilakukan di kawasan Permatang Damar Laut di sini termasuk bukit dan hutan di Pantai Indah di tempat itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Oktober lalu CAP telah membuat tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati kerja-kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja syarikat yang terlibat.

Malah, kata beliau kalangan nelayan dan penduduk tempatan yang ditemui juga tidak mengetahui apakah tujuan sebenar kerja-kerja tersebut dilakukan.

Berikutan dengan itu, ujarnya Lim Guan Eng yang juga Exco Penerangan perlu memberi penjelasan secara terperinci kepada rakyat negeri ini apakah jenis projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan itu dan kesannya kepada penduduk setempat.

Katanya, CAP bimbang dan percaya jika projek tambak laut dilaksanakan di kawasan berkenaan ia akan menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan pantai yang bergantung hidup kepada sumber laut di kawasan tersebut.

Justeru, beliau menegaskan CAP membantah keras jika projek tambak laut hendak dilaksanakan di siti dan menggesa projek itu dibatalkan segera. - HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015







































































































































Adun Pas P. Pinang tetap sokong Guan Eng

Posted on Monday, November 02 @ 21:17:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari ini.

GEORGETOWN - Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man menyatakan sokongan terbuka dan berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Adun Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.

Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama PR.

"Oleh itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat  di Dun Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri  Pulau Pinang di bawah kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan 'Penang Pas rep 'wont' support state gov'.

Menurutnya, beliau tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan dari akhbar berkenaan untuk mendapatkan kenyataan itu.

"Saya menyifatkan laporan akhbar bertarikh 31 Oktober itu bersifat fitnah semata-mata. Justeru, saya meminta akhbar itu untuk menarik  balik kenyataan tersebut dengan segera," katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media itu, Mohd Salleh terus mengelak dari menjawab sebarang pertanyaan dari wakil media dengan alasan kesuntukan masa bagi menghadiri mesyuarat dan urusan lain.

Sebaliknya, beliau meminta mereka merujuk dan mengikut teks yang terdapat dalam kenyataan medianya dengan alasan tiada kenyataan tambahan yang akan diberikan..

Beberapa bulan lalu, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menegaskan setia bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya.

"Saya akan tetap bersama Pas untuk meneruskan perjuangan dalam politik. Setakat ini, saya tidak ada niat untuknya meninggalkan Pas dan menyertai parti lain.

"Tidak terlintas dalam hati untuk keluar Pas dan masuk parti lain. "Saya akan teruskan perjuangan dengan Pas walau apa pun yang terjadi," katanya ketika ditanya media kemungkinan menyertai parti baharu yang akan digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Parti itu kini didaftarkan sebagai Parti Amanah Negara dan dterajui Mohamad Sabu.-sh 
Sumber TKO - 2-11-2015

DAP hipokrit selepas terajui Pulau Pinang?

AZRUL ZABIDI | .


DALAM media rasmi DAP, terdapat siri-siri kritikan pemimpin DAP Johor berhubung kesan aktiviti penambakan laut di negeri itu.

Malah sikap DAP di Selangor contohnya berhubung penggunaan incinerator untuk pelupusan sampah domestik di Kuala Lumpur kelihatan sangat jujur untuk menjaga alam sekitar.

Malah DAP juga sangat vokal di negeri-negeri Utara Semananjung termasuk menjuarai isu-isu alam sekitar di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Namun semuanya kelihatan berbeza apabila kuasa sudah berada di tangan.

Sikap DAP jelas hipokrit apabila menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang selepas 2008.

Mereka sudah terjebak dengan model pembangunan yang hampir sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini pimpinan BN yang seringkali dikritik.

Pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar sudah tidak lagi menjadi agenda penting tetapi sekadar isu sampingan.

Bukti terkini adalah kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan pembangunan lereng bukit seperti di Balik Pulau dan Jalan Teluk Kumbar dan Jalan Bayan Lepas.

Banjir kilat yang berulang-ulang kali amat menyusahkan penduduk yang terlibat sedangkan para pemaju dan kontraktor pembinaan rakus dengan aktiviti pembangunan mereka termasuk di kawasan sensitif dan berkecerunan tinggi.

Selain isu keselamatan bakal penghuni kediaman di lereng bukit, aspek keselamatan dan kehidupan penduduk asal di sekitar kawasan pembinaan termasuk di kaki bukit atau tanah rendah juga perlu diberi perhatian serius.

Sewajarnya para penduduk yang terlibat diberikan bantuan dan pampasan melalui usaha khusus kerajaan negeri bersama-sama pemaju terlibat.

Selain itu, pihak berwajib juga harus bertanggungjawab menilai semula projek-projek panas dan bermasalah termasuk memberhentikan kerja-kerja pembangunan dengan kuasa administratif yang ada.
Mereka juga harus mengehadkan kelulusan projek-projek baru yang berisiko tinggi terhadap penduduk dan alam sekitar.

Jika tidak, kerajaan negeri akan kelihatan lebih mesra pemaju yang sememangnya hanya berhajatkan kepada keuntungan semata-mata.

Selain pembangunan di lereng bukit, isu penambakan laut juga dilihat semakin menjadi-jadi.

Selepas di beberapa kawasan ditambak seperti di Tajong Tokong dan Sungai Gelugor, kini tiba pula giliran Permatang Damar Laut.

Hal sebegini telah pun banyak kali didedahkan oleh NGO dan kumpulan masyarakat sivil seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dan terkini oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Namun sikap kerajaan negeri pimpinan DAP dilihat tidak mempedulikan kerisauan dan saranan yang telah diberikan sedangkan isu-isu yang diketengahkan jelas telah menjejaskan kehidupan penduduk seperti kaum nelayan termasuk juga ancaman kepada hidupan laut.

Ini belum lagi soal pembinaan terowong dasar laut yang satu ketika dahulu begitu lantang ditentang namun hari ini sudah ada dalam perancangan untuk pembinaan.

Trend pembangunan tidak mampan sebegini yang kelihatan semakin berleluasa telah secara langsung mencerminkan sikap talam dua muka DAP.

Sewajarnya kerajaan negeri Pulau Pinang berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri ini yang saban hari semakin rosak atas nama kemajuan dan keuntungan.

Falsafah ‘people first, profit second’ patut diterjemahkan dengan jelas dan jujur bagi membezakan nilai yang dibawa DAP berbanding kerajaan negeri lain.

Janganlah DAP hanya pandai berbicara soal kelestarian alam sekitar di negeri lain tetapi bungkam membisu di negeri yang sedang diperintah. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Penulis ialah Wakil Green Penang Community

Sumber HD - 21-10-2015









































































































































Pulau Pinang digesa batal projek tambak laut

SM MOHAMED IDRIS | .

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang membatalkan projek tambak laut yang akan dilaksanakan di Permatang Damar Laut dekat Batu Maung di sini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan pantai di kawasan itu.

Dalam tinjauan yang dibuat, selain zon tangkapan nelayan pantai akan menjadi sempit CAP mendapati perkampungan mereka dan hutan di sepanjang Pantai Indah di sini juga akan turut musnah jika projek berkenaan diteruskan.

Ketika ini kerja-kerja mengukur dan menanda kawasan sedang dilakukan oleh pihak pemaju yang terlibat dengan projek berkenaan. CAP kesal kerana penduduk tempatan tidak diberitahu secara rasmi oleh kerajaan negeri ini dan mereka tidak mengetahui tujuan sebenar projek tersebut menyebabkan ramai merasa bimbang memikirkan kehidupan masa depan mereka.

CAP menggesa kerajaan Pulau Pinang mendedahkan kepada umum apakah tujuan sebenar projek tambak laut akan dilaksanakan di kawasan ini. CAP bimbang, jika projek ini dilaksanakan ia bukan saja boleh mengancam aktiviti dan kehidupan nelayan tempatan, tetapi juga boleh menjejaskan alam sekitar di kawasan itu.  Nasib nelayan di Permatang Damar Laut akan sama seperti yang di hadapi oleh nelayan-nelayan di Tanjong Tokong dan Sungai Gelugor jika kawasan tangkapan mereka ditambak untuk projek pembangunan.

Justeru CAP berharap kerajaan negeri ini membatalkan rancangan projek tersebut sebaliknya membantu nelayan di kawasan ini meningkatkan hasil tangkapan mereka dan menyelesaikan masalah ancaman pencemaran sisa lumpur yang sudah lama berlaku dan hingga sekarang ia belum dapat ditangani secara berkesan malah keadaan tersebut kini semakin serius mencemarkan laut di kawasan berkenaan.

CAP kesal terdapat sisa lumpur yang tebal mendap di kawasan pantai di sini dan ramai pengunjung yang datang kecewa dengan kejadian tersebut. Selain laut tercemar dengan serius, masalah ini juga turut menyebabkan sumber perikanan terancam dan hasil tangkapan nelayan merosot lebih 50% sejak ia mula berlaku dua tahun yang lalu.

Para nelayan pantai di sini mendakwa mereka sukar untuk melabuhkan pukat kerana tersangkut pada sisa kayu atau besi menyebabkan ia menjadi rosak. CAP meminta kerajaan Pulau Pinang menyiasat masalah ini dan membantu nelayan terbabit yang sudah sekian lama hidup sengsara akibat kejadian itu. Pampasan sewajarnya perlu diberikan kepada mereka bagi meringankan beban tanggungan sara hidup keluarga masing-masing. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Sumber HD - 20-10-2015

Janganlah biadab, hormatilah penguat kuasa


Posted on Sunday, October 11 @ 10:27:22 MYT by paktam

Oleh ZULKIFLEE BAKAR 

‘HAMBUR kata-kata kesat dan dicampak wang’ - Itulah nasib seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP). Anggota penguat kuasa wanita itu bukannya meminta rasuah atau habuan tetapi hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

Tetapi malangnya di negara kita masih ada yang tidak tahu menghormati anggota penguat kuasa dan bersikap biadab seolah-olah penjawat awam berkenaan tidak mempunyai maruah dan harga diri.


Dua lelaki yang berbuat demikian sepatutnya tidak boleh berasa marah apabila menjadi kecaman orang ramai setelah rakaman video perbuatan mereka menjadi viral. Ini memandangkan apa yang berlaku berkaitan bagaimana orang yang melanggar undang-undang cuba tunjuk samseng dengan memaki hamun anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas. Persoalannya, kenapakah kebiadaban itu berlaku? Kenapakah tidak diselesaikan dengan cara berhemah? Penulis percaya anggota penguat kuasa MBPP bukanlah kumpulan yang tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi cara dua lelaki itu sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja.

Oleh itu, adalah wajar pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan memastikan kedua-dua lelaki berkenaan menerima hukuman yang setimpal. Kalau mereka berasa hebat sangat dan boleh memaki orang sesuka hati, maka sudah tentu mereka mempunyai keberanian untuk membela diri di mahkamah. Kes-kes seum­pama ini tidak boleh dibiarkan kerana melibatkan soal penguatkuasaan undang-undang. Ba­yangkan apa berlaku kepada negara jika ada kelompok yang biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang.

Sebenarnya, ini bukanlah kes pertama anggota penguat kuasa menerima layanan seumpama itu semata-mata melaksanakan tugas mereka. Sudah acap kali ia berlaku, ada kes yang dibawa ke mahkamah dan ada pula yang senyap begitu sahaja.

Namun apa yang berlaku di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran bahawa kita tidak boleh membiarkan kebiadaban terhadap anggota penguat kuasa berterusan. Tidak kira agensi apa pun yang diwakili oleh penguat kuasa tersebut, mereka perlu dibela dan dipertahankan apabila menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang. Majoriti rakyat Malaysia benci de­ngan sikap biadab sesetengah kelompok yang merasakan mereka boleh menentang undang-undang yang dikuatkuasakan. Bagi kes di Pulau Pinang, tahniah kepada pihak polis yang memberi jaminan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Diharapkan selepas ini kita tidak perlu lagi menyaksikan mana-mana anggota penguat kuasa dihina atau dimaki hamun kerana melaksanakan tugas mereka. Dalam masa yang sama kita juga berharap mereka akan tabah menghadapi apa juga dugaan. Usah takut atau gentar kerana penulis yakin majoriti rakyat Malaysia bersama mereka.

Rakyat perlu menghormati anggota penguat kuasa kerana merekalah penegak undang-undang negara ini. Kalau ada penguat kuasa yang tidak berintegriti lapor sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya bertindak biadab.

Perlu diingat apa yang kita nikmati sekarang, boleh hidup dalam aman, mampu menjalankan aktiviti harian dengan bebas adalah disebabkan pengorbanan anggota-anggota penguat kuasa.

Semua agensi penguat kuasa bertanggungjawab memastikan situasi itu termasuklah anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), biarpun mereka hanya menjaga soal meletakkan kenderaan sekalipun, mereka tetap berjasa kepada negara. Oleh itu, hargailah jasa mereka, janganlah biadab seolah-olah anggota penguat kuasa adalah `hamba’ kepada mana-mana pihak. -: utusan.com.my


Sumber DD - 11-10-2015











































































































































Kenyataan Media Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU), Permatang Pauh, P.Pinang.
Posted on Tuesday, October 06 @ 20:06:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



1. Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) melahirkan rasa kekecewaan berhubungan isu bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan Negeri P.Pinang sebagaimana menjadi sebaran (viral) di media sosial dan akhbar. SRIBU juga turut menerima kesan apabila dinafikan bantuan tersebut pada tahun ini.

2. SRIBU yang beroperasi sejak tahun 2005 telah berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dengan nombor pendaftaran JAIPP/Pend/-5-BM-(R) 0033 sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat di negeri Pulau Pinang. SRIBU ditubuhkan atas dasar tanggungjawab untuk menawarkan sistem pendidikan yang seimbang antara aliran agama dan akademik dengan intergrasi silibus Dinniyah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3. SRIBU beroperasi sepenuhnya dengan bergantung kepada yuran pengajian yang rendah dan sumbangan masyarakat. Dengan sumber yang terhad ini, SRIBU amat memerlukan sumbangan dari kerajaan dan pihak SRIBU berpandangan permintaan ini bukanlah suatu yang melampau kerana SRIBU telah menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Pulau Pinang dan juga luar Pulau Pinang.

4. SRIBU menjadi pilihan dan tumpuan masyarakat di Pulau Pinang dari pelbagai latar belakang dan sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Maka penarikan bantuan SAR dari Kerajaan Negeri kepada SRIBU yang diterima sejak tahun 2008 ini adalah suatu yang amat mendukacitakan.

5. SRIBU menyambut baik kenyataan Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Malek Bin Abu Kassim dalam akhbar Sinar Harian pada 3 Oktober 2015 yang lalu bahawa keutamaan bantuan SAR adalah kepada sekolah yang dhaif dan pihak SRIBU menjemput YB Dato' untuk melihat sendiri keadaan SRIBU kerana SRIBU juga mempunyai kekurangan seperti sekolah-sekolah yang menerima bantuan ini. Kenyataan YB Dato' telah melukakan hati pihak pentadbiran SRIBU, para pelajar dan sekelian waris.

6. Pihak SRIBU berharap agar tiada campur tangan politik dalam isu ini yang cuba menganiaya pihak SRIBU, para pelajar dan waris kerana masyarakat yang menyokong dan menghantar anak ke sekolah ini adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik termasuk PKR, PAN, UMNO dan mungkin juga DAP, serta pengundi atas pagar.

Norazman bin Ishak
Pengerusi
Ahli Lembaga Tadbir
Sek.Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU)

Sumber TKO - 6-10-2015

Geran SAR: SRIA kesal kerajaan PP tarik bantuan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang menarik balik bantuan geran Sekolah Agama Rakyat baru-baru ini.

Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansor Muhammad Fauzi Yusof berkata, sekolahnya merupakan SAR yang berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan telah beroperasi sejak tahun 2008.

Kini sekolah terbabit mempunyai murid seramai 215 orang yang majoritinya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, berdasarkan rekod terdahulu, SRIA telah menerima bantuan tersebut daripada kerajaan negeri dan pada tahun ini pihak SRIA telah menerima surat makluman pemberian bantuan tersebut oleh pegawai JAIPP pada 3 September 2015.

Namun katanya surat makluman pemberian bantuan tersebut telah ditarik balik pada hari yang sama oleh JAIPP melalui pegawainya yang hadir ke SRIA untuk mengambil kembali surat berkenaan.

"Kejadian ini telah menggambarkan bahawa terdapat 'tangan ghaib' yang cuba menafikan hak rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak dan waris yang menghantar anak ke sekolah agama rakyat.

"Pihak SRIA percaya bahawa isu ini berlaku adalah disebabkan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan ia merupakan satu kezaliman terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya, pihak SRIA ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa wang yang dimiliki oleh kerajaan adalah milik rakyat dan ia merupakan amanah dari rakyat.

"Sikap ini telah menampakkan kegagalan slogan cekap, akauntabiliti dan telus yang sering diwar-warkan dan rakyat sentiasa memerhati serta sedia menghukum kerajaan yang zalim," katanya.

Kerajaan negeri Pulalu Pinang melalui Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna mengesahkan bantuan SAR itu ditarik balik dengan alasan kerajaan negeri tidak pernah menyediakan bantuan tetap atau ‘geran tetap’ kepada sekolah-sekolah agama rakyat di negeri itu sebaliknya ia diberikan secara bergilir berdasarkan keperluan.

“Ini bukan geran tahunan yang wajib dapat. Ini ialah sumbangan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berkaitan," jelas Exco berkenaan. – HARAKAHDAILY 6/10/2015

Sumber HD - 6-10-2015


Malik Kassim Cuba Sembunyi Sesuatu Isu Pembesar Suara Pulau Pinang ?
Posted on Monday, October 05 @ 09:19:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Yang menimbulkan persoalan pembesar suara di Pulau Pinang ialah :

1. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada bukan Islam? Macam mana tu?


2. Apakah benar hanya 10 aduan sahaja yang diterima JHAEIPP sejak Januari 2012 hingga Mei 2015?

3. Jika merujuk wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_masjid_di_Pulau_Pinang , terdapat 194 masjid di seluruh negeri Pulau Pinang. Jumlah surau pula tentu beratus-ratus.

4. Beratus masjid dan surau berbanding hanya 10 aduan sahaja. Dan jika dalam tempoh 3 tahun itu hanya sedikit itu sahaja aduannya, apakah ia sudah cukup untuk JHAEIPP mengubah kebiasaan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau?

5. Dan apakah 10 aduan itu datang dari 10 kawasan sahaja atau di kawasan yang sama?

6. Jika ya, kenapa beratus-ratus dan majoriti masjid dan surau yang lain dilibatkan di dalam menafikan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau?

7. Dan jika rujuk kepada laporan di atas, kaum Cina yang majoriti di Pulau Pinang pun tiada masaalah dan tidak membuat sebarang aduan, satu pendedahan yang sangat menarik. Dilaporkan bahawa hanya orang Islam sahaja yang membuat aduan!

8. Kata mudah, kaum bukan Islam tiada masaalah tetapi orang Islam yang lebih-lebih, untuk jaga hati pemerintahan DAP.

9. Atau apakah ada info lain yang tidak diberitahu oleh Malik Kassim dan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Lebih baik mereka berterus-terang, daripada terus menerus memperbodohkan rakyat. Semata-mata mahu mengikut arahan dari Lim Guan Eng dan DAP.

Sumber ASSU

Sumber TKO - 5-10-2015



Pulau Pinang is "Singapore in the making"
Posted on Saturday, October 03 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Senang nak faham isu warta haram guna mirkofon dan external speaker di P.Pinang ini. Mufti baru PP ialah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor adalah orang IKRAM-GHB pro DAP. Beliau bekas pensyarah UIA.

Hari tu Mufti ini kata baiah ADUN PAS tidak sah untuk mengiakan tindakan ADUN PAS lompat parti yang direstui oleh DAP iaitu parti AMANAH, Sekarang dia wartakan larangan tidak boleh guna mikrofon dan external speaker di masjid/surau kecuali azan bagi memenuhi kehendak Kolipah Lim Guan Eng.


  Di kawasan majoriti 70% orang Islam tinggal, tak kan tak boleh pasang external speaker, ramai kaum ibu yang tidak dapat ke masjid dan surau utk dengar kuliah kerana mengurus rumah dan keluarga, Dengan adanya externa speaker di masjid/surau boleh juga mereka yang berdekatan dapat ilmu.

Volume speaker boleh dikawal bagi capai radius 300-500 meter kawasan tempat tinggal. Tidak mesti volume speaker diletak ditahap maksimum untuk pecahkan speaker hanya kerana nak capai radius 10 batu....agar orang2 sekular Melayu PP dan DAP dapat dengar ceramah?

Apa perlunya meWARTAKAN larangan ini apabila perbincangan dan kata sepakat boleh dicapai dengan masjid dan surau di PP? Berapalah bilangan masjid/surau yg ada di PP?

Hakikatnya bila orang bukan Islam jadi ketua negeri, dulu Gerakan dan sekarang DAP, mereka sama sahaja, tapi salah seorang lebih teruk dari yang lain. Dulu UMNO bagi kerusi Ketua Menteri PP pada Gerakan walaupun ADUN UMNO majoriti. Berpuluh tahun Gerakan pegang kerusi KM PP. Bila BN kalah, PR menang, PKR bekas UMNO dapat 9 kerusi, DAP dapat 19 kerusi, BN dapat 11 kerusi, PAS dapat 1 kerusi, maka PKR PP terpaksa bagi DAP jadi KM PP. Kalau PKR+BN, KM PP tetap juga bukan Islam kerana tradisinya KM PP mesti bukan Melayu dan bukan Islam. PP is Singapore in the making.

Sumber FB

Sumber TKO - 3-10-2015















































































































































Nik Aziz ketika hidup sokong larangan pembesar suara
Posted on Friday, October 02 @ 19:51:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika hayatnya menyokong larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, Islam tidak suka mengganggu ketenteraman orang lain apatah lagi Pulau Pinang yang mempunyai ramai masyarakat bukan Islam berbanding negeri lain.

Malah, katanya, aduan tidak puas hati mengenai pembesar suara pernah dibuat oleh bukan Islam di negeri itu.

“Di Pulau Pinang ada masyarakat bukan Islam yang ramai, mereka merungut. Maka dari sudut siasah syariah adalah betul kita melarang pihak masjid daripada buat perkara yang tidak disuruh oleh nabi.

“Islam tak suka menganggu masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Selamatkan Al-Aqsa di Masjid Jamek di ibu negara pada Jumaat.

Sehubungan itu, Nik Abduh berkata, Pas tidak mempunyai masalah dengan larangan itu malah menyokongnya.

Sumber Link

Swumber TKO - 2-10-2015

Pembesar suara: P Pinang siasat bocor surat rasmi

BERNAMA | .

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memandang serius kebocoran surat rasmi kerajaan berhubung keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang menjalankan siasatan bagi mencari pihak yang membocorkan surat itu sebelum mengambil tindakan tegas.

"Tindakan pihak yang membocorkan surat itu adalah berniat jahat dan cuba menimbulkan suasana huru-hara. Saya rasa perkara ini bukanlah sesuatu yang besar untuk dibangkitkan. Ini baru satu keputusan dan perlu melalui banyak lagi proses sebelum ia difatwakan," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Pada Rabu, perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Abdul Malik berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa itu telah dimaklumkan kepadanya dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata keputusan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ia diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat perkenan baginda.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor yang turut hadir pada sidang media itu berkata pihaknya sedia mengadakan perbincangan dan dialog dengan semua jawatankuasa qariah masjid berhubung cadangan mengehadkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

"Selain itu orang ramai yang mempunyai cadangan atau penambahbaikan mengenai fatwa berkenaan boleh menghubungi Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk menyalurkan maklumat," katanya.

Dalam perkembangan lain Abdul Malik berkata kerajaan negeri sedang mengumpul nama calon bagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya jawatan itu yang disandang oleh Datuk Mohd Salleh Man akan tamat pada 31 Dis ini dan akan diisi selepas mendapat perkenan baginda.

Pelantikan Yang Dipertua MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri. - Bernama

Sumber HD - 2-10-2015












































































































































Larangan menggunakan pembesar suara di Masjid mungkin tidak tepat!
Posted on Friday, October 02 @ 08:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,,

"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan, setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume sangat kuat," kata mufti Pulau Pinang.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat mufti Pulau Pinang ketika mengumumkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid kecuali untuk azan dan iqamah.Apa yang menarik ialah larangan itu antara lain disebabkan adanya aduan daripada masyarakat Islam yang tidak tahan dengan bunyi bising yang datang dari masjid.Sedikit mengecewakan dengan aduan sebegini dan diambil kira untuk membuat keputusan itu, tetapi  perkembangan terkini di Pulau Pinang mungkin menyebabkan larangan ini boleh menimbulkan kekecohan.

Pulau Pinang seperti dimaklumkan kepada kita semua telah menunjukkan satu fenomena pengimarahan masjid yang agak menonjol.Lapuran menyebut hari ini setiap program kuliah dan ibadat mendapat sambutan yang semakin meningkat.UAI juga sering kali datang ke masjid untuk memberi kuliah dan mengikut ceritanya kehadirannya sehiingga ke luar masjid.Dengan pengimarahan yang meningkat, keperluan menggunakan pembesar suara adalah mesti, jadi kalau pembesar suara tidak dibenarkan sudah tentu keadaan pengunjung yang tidak dapat masuk ke dalam masjid  tidak dapat mengikuti kuliah yang disampaikan.Ini sudah tentu akan membangkitkan kemarahan pengunjung.

Walaupun Mufti mengata segala pertimbangan sudah kira tetapi nampak sangat pertimbangan ini tidak diberikan.Dalam kehadiran yang semakin meningkat di masjid masjid, sepatutnya ada garis panduan yang lebih praktikal dalam penggunaan pembesar suara bukannya melarang terus pembesar suara digunakan di luar masjid.

Sebenarnya suatu yang malang untuk masyarakat Islam setempat merasakan gangguan dari pembesar suara kerana volumenya terlalu kuat.Sepatutnya ianya boleh dirundingkan dengan baik bagi memperkenalkan satu garis panduan penggunaan pembesar suara.

Lagi memburukkan keadaan, masyarakat Islam di Pulau Pinang mungkin akan dihadkan dari sudut meninggikan syiar Islam.Syiar Islam boleh ditinggikan menerusi program pengimarah masjid dan antara perkara yang boleh membantu ialah penggunaan pembesar suara, jadi kalau pembesar suara tidak boleh lagi digunakan mungkin terjadi halangan halangan yang akhirnya syiar yang boleh ditinggikan akan direndahkan semula.

Sumber TKO - 2-10-2015

Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas?

Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas?
KENYATAAN MEDIA

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?

1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

2. Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.

4. Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1 hb Oktober 2015

Sumber PP - 1-10-2015


Pulau Pinang wartakan larangan guna pembesar suara di masjid, selain azan
Posted on Wednesday, September 30 @ 20:56:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamat di Pulau Pinang, akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai serta disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut, mesyuarat bersetuju Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011, mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan, bagi program dan aktiviti masjid serta surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting, antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015, melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian serta syiar Islam, malah selaras nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan, terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini, setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan, setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume sangat kuat," katanya.

Wan Salim berkata, proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa dua hingga tiga bulan, iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu, sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid di seluruh negeri mengenai perkara itu, agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian, isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan berpanjangan," katanya.

Sumber TKO - 1-10-2015

Vaksin anti-rabies habis, stok baharu minggu depan

BERNAMA | .


GEORGE TOWN: Stok bekalan vaksin bagi penyakit anjing gila atau rabies di Pulau Pinang sudah habis dan pesanan baharu dijangka tiba selewat-lewatnya minggu depan, kata Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir.
  
Beliau berkata pesanan bekalan vaksin yang baharu mengambil masa untuk tiba di negeri ini memandangkan ia diimport dari negara luar.
  
"Kita mempunyai stok yang agak terhad. Bagaimanapun, kita telah membuat pesanan, dalam masa terdekat akan sampai tambahan vaksin. Insya-Allah akan cukup. Di Pulau Pinang habis stok semalam. Kita juga ada buat pesanan baharu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Justeru, beliau menasihatkan pemilik anjing untuk sentiasa memastikan anjing peliharaan mereka berada di rumah.
  
Ditanya mengenai penggunaan vaksin oral untuk menangani penyakit itu, Siti Salmiyah berkata suntikan menerusi mulut masih di peringkat kajian.
  
"Tidak ada lagi bukti yang menunjukkan keberkesanan 'oral vaccination' (vaksin oral) ini. Lebih berkesan menggunakan suntikan," katanya.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin yang turut hadir pada sidang media itu berkata sebanyak 41 kes gigitan anjing telah dilaporkan sehingga semalam.
  
Beliau berkata sepanjang operasi wabak rabies yang dijalankan secara bersepadu selama enam hari sejak 16 Sept lepas, sebanyak 342 ekor anjing liar telah ditangkap dan dilupus.
  
"Sebanyak 50 sampel telah diambil untuk ujian diagnosis penyakit rabies di Institut Penyelidikan Veterinari di Ipoh, Perak dengan tumpuan utama kepada kes gigitan pada manusia," katanya.
  
Sebanyak 292 ekor anjing telah menerima suntikan vaksin anti-rabies sehingga semalam, katanya.
  
Dalam pada itu, Dr Afif berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri turut mempergiatkan 116 kempen kesedaran awam di kawasan perumahan, kampung, ladang ternakan, rumah ibadat dan kawasan sempadan negeri sepanjang tempoh berkenaan. - BERNAMA

Sumber HD - 22-9-2015


Kes ketiga digigit anjing liar di Balik Pulau

Posted on Monday, September 21 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN - Seorang warga emas dilaporkan digigit seekor anjing liar yang disahkan menghidap penyakit anjing gila atau rabies menjadikannya kepada tiga kes.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir berkata, warga emas berusia 65 tahun itu kini dipantau jabatan kesihatan negeri bagi memastikan sama ada terkena jangkitan rabies.

Beliau berkata, kes itu berlaku pada 18 September lalu di Balik Pulau. Setakat ini dua kes berlaku di Balik Pulau dan satu di Seberang Perai Utara (SPU).

“Kita berjaya menangkap anjing itu dan menghantar sampel otaknya ke makmal Institut Veterinar Ipoh pada 19 September dan keputusan mendapatinya positif rabies,” katanya kepada media hari ini.

Setakat ini, ketiga-tiga kes melibatkan anjing liar dan tidak melibatkan anjing yang ada pemilik.

“Pemilik dinasihati agar mengurung haiwan mereka supaya tidak terdedah dengan anjing liar.Ia salah satu kaedah paling efektif supaya tidak berlaku pertemuan dengan anjing liar.

“Kita kekurangan vaksin dan sehingga Jumaat lalu hanya mempunyai 27 dos. Sepatutnya stok kedua vaksin dengan 500 dos sampai minggu ini namun sudah diambil oleh negeri lain yang tidak berwabak rabies," katanya.

Bagaimanapun, stok itu dijangka sampai selewat-lewatnya awal bulan hadapan.

Dr Salmiyah berkata, sehingga kini, 283 anjing liar sudah dimusnahkan di negeri ini sejak perintah dikeluarkan Kerajaan Pulau Pinang pada 16 September lalu.

“Jumlah ini dilihat meningkat kerana semakan dengan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT), sebelum ini purata anjing liar yang dimusnahkan ialah 400 ekor sebulan," katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 21-9-2015


Apakah benar PAS Pulau Pinang fitnah Kerajaan DAP berkenaan nasib Kampung Mutiara sejak 2013?
Posted on Sunday, September 06 @ 00:14:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kenyataan balas kepada kenyataan MP Bukit Bendera .

Apakah benar PAS Pulau Pinang fitnah Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah kami turun meninjau dan melakukan kajian ke atas nasib Kampung Mutiara sejak 2013 ?

1) Apa yang berlaku di Kampung Mutiara sebenarnya saya merujuk kepada ketidak sungguhan sikap Kerajaan Negeri mempertahankan Kampung Kampung warisan Melayu seperti yang dijanjikan melalui manifesto PRU 13 lalu, malah mereka masih tidak menunaikan janji melaksanakan manifesto PRU13 yang lalu dibawah tajuk Warisan iaitu Rujuk kepada Manifesto PRU 13 dibawah Tajuk 10 : Kesenian, Kebudayaan & Warisan pada item no. 10.3 " Menetapkan Lingkaran Tanah Warisan Melayu di Kampung Batu Uban dan Tanjung Tokong"

2) Tujuannya agenda ini adalah untuk membuktikan di Pulau Pinang ini bukan sahaja ada warisan kolonial di GeorgeTown yang diagung-agungkan malah di jaga rapi dengan mendapat dana khusus untuk pemuliharaan bangunan warisan kolonial. Manakala warisan orang Melayu khususnya Perkampungan Awal orang melayu yang lebih Awal berada di Pulau Pinang yang asalnya milikan kerajaan Kedah Gagal dipertahankan malah diambil tindakan perobohan tanpa belas kasihan dan dilenyapkan dimana hampir 25 Kampung sedang dan telah lenyap ditelan pembangunan.

3) Mungkin Kampung Mutiara tidak menepati ciri-ciri warisan tetapi asal usul orang Melayu di situ ada kaitan sebahagiannya adalah bekas tentera Kerajaan Negeri Kedah dimasa lampau ketika bertempur dengan Siam mengikut kajian maklumat yang diperolehi oleh Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang malah segala dokumen dan kertas kajian serta kronologi berada dalam simpanan Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang yang cuba diminta oleh Zairil suatu ketika lalu.

4) Dari perbincangan 3 Parti dimana saya turut terlibat mewakili PAS Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 sebelum pilihan Raya ke 13, persetujuan 3 Parti DAP, PKR dan PAS menggariskan janji untuk mewujudkan lingkaran sempadan Kampung Warisan yang mempunyai nilai-nilai sejarah supaya generasi mendatang tahu sejarah sebenar warisan. Warisan tinggalan beberapa generasi lalu sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan juga sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 iaitu sebagai contoh Kampung Batu Uban sejak 1734 sebelum Inggeris ke Pulau Pinang 1786, Kampung Siam sejak 1845 sebidang Tanah yang dianugerahkan oleh Queen Victoria melalui Syarikat India Timur, Kampung Tanjung Tokong adalah settelment Kampung melayu ke dua pada 1786 setelah Kampung Batu Uban .

5) Mengikut manifesto PRU13 yang telah diubah suai dari persetujuan asal iaitu usaha itu perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam mengistiharkan lingkaran sempadan kampung warisan berkenaan oleh Kerajaan Negeri tetapi untuk mencapai usaha ini pula mereka telah ubah suai dan ditujukan kepada Kerajaan Pusat pula untuk mengambil tanggungjawab seolah-olah ia ingin lari dari tanggungjawab Kerajaan Negeri.

6) Malah jika dirujuk kepada Sidang DUN Pulau Pinang pada 28 February 2012 Ketua Menteri LGE berani mengistiharkan KAMPUNG TRADISI TANJONG TOKONG SEBAGAI WARISAN. Walaubagaimanapun pengistiharaan itu sekadar Acuh tak Acuh dalam mencapai aspirasi sebenar warisan Tanjong Tokong dan tidak di aplikasikan malah senyap selepas itu dan tiada usaha bersungguh-sungguh kepada pemeliharaan Kampung warisan tertua di Pulau Pinang.
( Rujukan : http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=648 )

7) Apakah dengan hanya mengistiharkan janji manifesto PRU13 itu dengan menuding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menunaikan janji manifesto dan apakah Kerajaan Pusat akan mengambil usaha menunaikannya janji itu?


Tidakkah ini pelik sekali?

8) Lajnah Tanah PAS Pusat telah menemui Menteri Pelancong dan warisan Dato Seri Nazri Aziz pada April 2014 dalam membincangkan HAL Ehwal isu Tanah warisan di Pulau Pinang dimana saya juga turut serta, Dato Seri menegaskan Hal Ehwal Tanah Adalah kuasa Kerajaan Negeri yang memerintah dan Kerajaan Persekutuan adalah pemudah cara untuk mencapai Matlamat warisan mengikut garis panduan yang termaktub.

9) Sehingga kini usaha kearah mencapai Matlamat manifesto ini tidak kelihatan langsung semata mata umpama muslihat hanya memancing undi orang melayu untuk PRU13.

10) Diatas sikap sedemikian mereka tidak Acuh dalam menunaikan janji manifesto warisan PRU13 diataslah maka saya merujuk sikap mereka ini kepada isu Kampung Mutiara dan dalam pemerhatian saya sikap mereka umpama menabur janji disaat genting sebaik mahkamah menetapkan tarikh tindakan perobohan barulah mereka mula mengambil tindakan berjanji sedemikian seperti yang disebut oleh MP BUKIT BENDERA.

11) Semasa saya dalam pentadbiran Kerajaan Tempatan acapkali saya mendengar hujah mereka bahawa penduduk yang terlibat adalah orang UMNO sedangkan saya menegaskan bukan soal balas dendam kepartian tetapi perlunya SIKAP PERIHATIN KEMANUSIAAN TANPA MENGIRA KAUM, BANGSA DAN PARTI seperti juga mereka yang terlibat di Kampung Siam 2014, Kampung Pekan Teluk Kumbar 2012, walaupun kes berada dalam Mahkamah tetapi Kerajaan Negeri ketika itu menunjukkan sikap PERIHATIN menyediakan Alternatif dan rundingan sejak dari awal lagi masalah penduduk berdepan dengan makamah timbul yang melibatkan Kaum tionghua malah Ketua Menteri Sendiri memanggil penduduk ke KOMTAR untuk berunding dan memberi sokongan kepada mereka. Inilah yang menampakkan perbezaan tindakan bilamana ia melibatkan Kampung Mutiara.

12) PAS Negeri Pulau Pinang sesi 2013-2015 pada bulan July 2014 telah menulis memorandum yang ditulis oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 ketika itu Dato Mujahid Yusof Rawa telah mengariskan Kerajaan Negeri perlu bersungguh sungguh menyelesaikan masalah Kampung Mutiara dan beberapa Kampung lain dari lenyap ditelan pembangunan dan tidak mengambil sikap tunggu dan lihat. Memorandum itu diserahkan kepada LIM Guan Eng ketika Majlis Berbuka Puasa di Restoran D' Pauh Seberang Perai oleh Mat Sabu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang ketika itu agak keberatan menandatangani memo berkenaan. Penyerahan Memorandum itu adalah susulan dari Memorendum yang pertama kertas cadangan solusi penyelesaian keatas semua Kampung yang terlibat dengan pembangunan yang diserahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat saudara Mazlan Aliman pada Mac 2014 kepada Timbalan Ketua Menteri Dato Hj Rashid Hasnon. Penyerahan 2 memorandum berkenaan tidak diambil perhatian langsung oleh Ketua Menteri dan tiada apa apa tindakan kearah penyelesaian secara total.

13) Selain itu saya bersama AJK Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang pada bulan February 2014 (sebaik Mat Sabu ditabalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) mengaturkan lawatan bersama Mat Sabu turun ke Kampung Kampung yang bakal dikenakan Perobohan namun Gagal mengunakan kesempatan itu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang untuk berunding dan mencari penyelesaian dengan adik angkat beliau iaitu LIM GUAN ENG seperti yang termaktub didalam dua (2) memorandum yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

14) Persoalan sekarang adakah tindakan Zairil dan Kerajaan Negeri yang terdesak memberi perhatian kepada penduduk dikala Mahkamah Mengambil tindakan Perobohan pada 24 Ogos 2015 ( Penangguhan tindakan dan diberi tempoh 2 minggu sehingga 7 Sept 2015) lalu menampakkan tindakan "last minute" mereka memberi bantuan dan janji disebabkan tekanan dari pelbagai pihak khususnya PAS kerana ramainya orang melayu disitu yang juga Penyokong kuat UMNO?

Iszuree Ibrahim
Pengerusi Peneroka Bandar
Lajnah Tanah PAS Pusat ,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang


Rujukan :
1) Rujuk kepada manifesto PRU 13 dibawah Tajuk 10 : Kesenian, Kebudayaan & Warisan pada item 10.3

2) USAHA MELESTARIKAN MASA DEPAN WARISAN MELAYU TG TOKONG
- http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=648

3) PAS fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang lagi mengenai Kampung Mutiara Batu Feringgi.
- https://malaysiakini.com/news/311132



Sumber TKO - 6-9-2015


Kampung Melayu Batu Feringghi Bakal Dilenyapkan
Posted on Wednesday, August 26 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.

Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka

Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.

Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam,Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

Sumber TKO - 26-8-2015

Pembangunan Kampung Mutiara Tidak Akan Diluluskan - Guan Eng
Posted on Wednesday, August 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.

"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.

Bagaimanapun hasil campur tangan UMNO dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Lim berkata isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah.  - Mstar 


Sumber TKO - 26-8-2015



























































































































































Polis juga tidak sertai Hari Kebangsaan di P Pinang



























































































































































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.
  
"Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Bagaimanapun, Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'.
  
Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.
  
Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan. - BERNAMA

Sumber HD - 24-8-2015

ATM tidak sertai sambutan Hari Kebangsaan di P Pinang




























































































































































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, ia berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Menurutnya setiap sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan acara peringkat nasional seharusnya disokong oleh setiap lapisan rakyat dan organisasi yang cintakan negara berasaskan tema yang ditetapkan.

"Tema yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Sambutan Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa' perlu disokong dan diamati oleh semua seperti tahun-tahun lepas dan ATM adalah tidak terkecuali," kata kenyataan itu.

ATM berkata ia telah mengambil bahagian dalam setiap sambutan Hari Kebangsaan kerana kesepakatan dan kesepaduan setiap negeri menggunakan tema sambutan yang melambangkan kesepaduan nasional yang turut memanifestasikan penghargaan ke atas sumbangan dan pengorbanan pasukan itu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP sebelum ini dilapor akan menggunakan tema 'Bersih, Cekap dan Amanah' berbanding tema sambutan yang ditetapkan kerajaan persekutuan.

Susulan itu juga Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan agar semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan. - Bernama

Sumber HD - 23-8-2015

Sekolah dilarang terlibat hari kebangsaan negeri P.Pinang

BERNAMA | .


GEORGE TOWN: Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini dilarang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang.
  
Pekeliling mengenai larangan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang semalam.
  
Pengarah Pendidikan negeri Datuk Osman Hussain berkata pihaknya terpaksa mengeluarkan surat itu kerana kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berbeza dengan kerajaan persekutuan.
  
"Tema 'Bersih' yang diguna pakai kerajaan negeri adalah sensitif dan berunsur politik jadi kami terpaksa melarang penglibatan sekolah-sekolah di negeri ini.
  
"Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), kami perlu memohon kebenaran daripada kerajaan persekutuan untuk penglibatan sekolah-sekolah dalam sambutan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Osman berkata sehubungan itu sekolah-sekolah di Pulau Pinang kini dilarang melibatkan diri dalam sambutan itu sehingga mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.
  
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dalam surat Pekeliling kepada semua sekolah di negeri ini semalam mengarahkan semua sekolah tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak Kementerian Pendidikan.
  
Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Jun lepas memilih 'Sehati Sejiwa' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 tahun ini.
  
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy ketika dihubungi berkata tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat Pulau Pinang tahun ini ialah 'Bersih, Cekap dan Amanah'.
  
Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya memberitahu bahawa itu adalah tema yang ditentukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. - BERNAMA

Sumber HD - 21-8-2015

Bencana Sedang Menunggu, Kata Penduduk Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Posted on Monday, August 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kerja-kerja pembangunan dan pemotongan pokok yang berleluasa di lereng-lereng bukit menyebabkan hakisan tanah besar-besaran telah merisaukan penduduk Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah Datuk Renji Sathiah berkata penduduk menentang banyak projek, terutamanya di atas bukit dengan kecerunan 25 darjah ke atas dan 250 kaki di atas paras laut.

Namun, garis panduan Rancangan Struktur Pulau Pinang 2007 menggalakkan projek-projek tersebut.

Ramai penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit mengalami masalah tidur, ketakutan yang paling teruk, termasuk tanah runtuh.

“Bencana sedang menunggu untuk berlaku jika pihak berkuasa tidak memberi perhatian dan langkah-langkah keselamatan tidak dilaksanakan dengan pantas,” kata Renji, lapor the Malay Mail Online

Beliau mendakwa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertanggungjawab meluluskan projek-projek itu bersikap lepas tangan terhadap isu itu.

Renji berkata persatuan penduduk telah menghantar satu memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 21 Julai, meluahkan kekecewaan dan kekecewaan penduduk sejak ketiadaan tindakan kerajaan negeri dan MBPP.

Antara lain kandungan memorandum itu menyebut projek-projek pembangunan ini akan memberi kesan terhadap alam sekitar dan kesan pembangunan yang tidak lestari.

Beliau juga berkata Datuk Bandar Patahiyah Ismail juga gagal untuk bertindak balas dengan rayuan penduduk.

“Ini mengecewakan kami, dan majlis itu seolah-olah menjadi terlalu mesra pemaju daripada sibuk dengan kebimbangan orang ramai,” kata Renji.

Pesara Jalilah Wahidin, 58, berkata keindahan Tanjung Bungah telah dimusnahkan oleh pembangunan besar-besaran.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Tanjung Bungah penuh dengan kehijauan ketika itu.
“Hari-hari ini ia hanya bangunan tinggi di mana-mana. Kami seperti berada di Hong Kong, “katanya.

Annelies Allian, 64, dari Belanda, berkata dia datang ke Pulau Pinang 30 tahun lalu dan kini pembangunan telah semakin meluas.

“Trafik semakin buruk. Nampaknya seolah-olah pihak berkuasa tidak tahu apa yang lakukan. Mereka bukan sahaja memusnahkan alam sekitar tetapi juga kualiti hidup, “katanya.

Sumber TKO - 10-8-2015


Kerajaan DAP Roboh Pula Rumah Hijau Mak Mandin, Butterworth

Posted on Friday, August 07 @ 15:51:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas menghalau peniaga di Armenian Street dan merobohkan gerai di Bagan Dalam semalam, pagi ini kerajaan DAP Pulau Pinang meroboh pula Rumah Hijau Mak Mandin, Butterworth, lapor Penang Kini.

“Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang terus rakus menindas rakyat.

“Melalui pejabat Daerah SPU (Seberang Perai Utara) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mereka merobohkan puluhan kediaman di situ yang kebanyakannya sudah tinggal 30 tahun tanpa pampasan yang berpatutan.

“Rumah yang dijanjikan Lim Guan Eng masih belum dibina! Di mana depa nak tinggal?
“Kegilaan apakah kerajaan DAP ini yang tiada belas kasihan dan menganiaya orang miskin??,”lapornya.












70 Peniaga Rope Walk Lebuh Armenian Diarah Berpindah MBPP

Sumber TKO - 7-8-2015

Mat Sabu & Mujahid Dilantik Semula Jawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ?
Posted on Sunday, August 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Adakah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Pusat, Mohamad Sabu dan Pengerusi GHB Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik semula memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang ?

Pertanyaan ini dilontarkan berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow semalam yang mengumumkan pelantikan semula dua anggota Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.



Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula dua anggota Majlis daripada PAS itu.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis mengikut jejak Mohamad Sabu dan Mujahid berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP.

Namun, Chow tidak mengumumkan pelantikan semula dua orang lagi Ahli Majlis, Omar Hassan (MPSP) dan Yaacob Omar (MPPP) yang dilucutkan jawatan mereka kerana enggan meletak jawatan.

Omar, Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh dan Yaacob, Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong diumumkan pelucutan jawatan oleh Chow pada 18 Jun lalu.

Sebelum itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi telah dipecat serta merta sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkuat kuasa pada 12 Jun.

Pada 6 Jun, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap dalam Muktamar PAS ke-61 mengumumkan perletakan jawatan yang dipegangnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mohamad atau Mat Sabu berkata, jawatan itu adalah Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang serta Ahli Lembaga Halal Hub Pulau Pinang.

Ketika mengumumkan perletakan jawatan itu Mat Sabu masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Empat hari selepas itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid pula mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan negeri.

Jawatan yang dilepaskan Mujahid adalah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab) di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP).

Sumber TKO - 2-8-2015

Lim Guan Eng Buat Pusingan U-Turn Pula - Wakil PAS Pulau Pinang kekal
Posted on Thursday, June 18 @ 16:11:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Wakil tunggal PAS masih kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyifatkan kerajaan itu di bawah perikatan yang dipimpin DAP.

Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man masih sebahagian kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP dan PKR selepas Pakatan Rakyat (PR) diumumkan terkubur.

“Kami mengadakan mesyuarat petang semalam. Ini keputusan yang diterima sebulat suara oleh 30 wakil PR,” katanya kepada pemberita.


Salleh merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang.

Semasa muktamar PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, Salleh tidak hadir kerana sedang mengerjakan ibadah umrah.

“Saya tegaskan beliau (Salleh) sebahagian kerajaan Pulau Pinang. PR tiada lagi. Sekarang ini kerajaan Pulau Pinang. Beliau sebahagian daripada kerajaan negeri,” kata Lim.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kerajaan Pulau Pinang diberikan mandat oleh rakyat yang mengundi DAP, PKR dan PAS yang membentuk PR semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Kerajaan Pulau Pinang meneruskan bantahan terhadap usul yang diluluskan PAS dalam muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP berdasarkan mandat 68% yang diberikan rakyat.

“Kami terikat dan dipandu oleh manifesto PR dalam PRU lalu. Oleh kerana itu kami dipilih. Ia kekal mandat yang memandu kami,” katanya.

Ditanya bagaimana keadaan itu boleh wujud sedangkan DAP dan PAS sudah memutuskan hubungan, Lim berkata: “Kenapa tak tanya dia (Salleh)?”

Lim berkata PR sememangnya tiada lagi walaupun Salleh tidak perlu keluar daripada jawatan yang dipilih parti.

Usul PAS memutuskan hubungan dengan DAP menyebabkan kerajaan negeri mencabar parti Islam itu meletakkan jawatan dalam kepimpinan negeri.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang pertama menyahut seruan itu diikuti ahli Parlimen PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Awal minggu ini, dua daripada empat ahli majlis PAS meletak jawatan.

Pegawai maklumat kepada Lim, Mohd Fadzil Kemi yang juga merupakan setiausaha parti diberikan surat peletakan jawatan pada Jumaat.

Lim ketika ditanya status kira-kira 1,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri, Lim berkata exco akan memberikan kenyataan jika perlu.

Katanya, kerajaan negeri lebih mengutamakan jawatan ahli majlis yang disandang PAS kerana mereka perlu berunding dengan ketua menteri dan exco kerajaan tempatan yang kedua-duanya pemimpin DAP.

“Kami akan mengulas perkara itu apabila tiba masanya tetapi pada masa ini kerajaan negeri beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sumber TKO - 18-6-2015


AHLI MAJLIS P PINANG BATAL PERLANTIKAN 2 WAKIL PAS - EXCO

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35988-ahli-majlis-p-pinang-batal-pelantikan-2-wakil-pas

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35988-ahli-majlis-p-pinang-batal-pelantikan-2-wakil-pas

Sumber HD - 18-6-2015



PBAHB sahkan cek RM2.5 juta palsu

Posted on Saturday, May 02 @ 07:00:54 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN - Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir Jaseni Maidinsa mengesahkan cek yang dikeluarkan oleh PBA Holdings Bhd (PBAHB) berjumlah RM2.5 juta dua hari lalu adalah palsu.

Menurutnya, cek yang ditulis di atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah itu jelas palsu kerana ia bertarikh 29 Mei 2015.


Beliau turut menafikan ada menandatangani sebarang cek berjumlah RM2.5 juta sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, beliau bersama bekas pengurus kewangan PBAHB, Joyce Lee membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tadi.


"Perkara ini serius kerana ia menjejaskan nama baik PBAPP selain mereka menggunakan tandatangan saya,Joyce dan Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng. Lebih mengecewakan, Joyce sudah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Korporat PBAPP pada 1 Mac lalu dan dia tidak ada kuasa untuk menandatangani sebarang cek PBAHB selepas daripada tarikh itu.


"Saya tidak tahu motif pihak yang berbuat demikian. Saya juga tidak mahu komen berunsur politik kerana saya bukan ahli politik. Biar polis sahaja yang menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui media di hadapan IPDTL tadi.


Semalam, cek dikeluarkan PBAHB yang ditulis di atas nama Mohd Yusni dengan jumlah RM2.5 juta menjadi viral di laman sosial termasuk Whatsapp dan Facebook.


Cek yang ditandatangani oleh Jaseni, Joyce dan Guan Eng itu dikatakan dikeluarkan selepas kenyataan pusingan U yang dibuat Mohd Yusni berhubung sokongan Pemuda Pas Pulau Pinang kepada calon PKR untuk PRK Permatang Pauh.




Sumber TKO - 2-5-2015

Cek palsu: Tembakan tak kena sasaran, kata Yusni





































































































































































MOHD SABRI SAID | .


PULAU PINANG: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah menegaskan 'tembakan' pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya ekoran tindakan menyokong keputusan PAS Pusat membantu PKR pada Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tersasar.

Baginya, biarlah mereka melakukan perkara sia-sia kerana beliau sendiri tidak tahu menahu kononnya terdapat sekeping cek bernilai RM2.5 juta yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pihak Berkuasa Air Negeri Pulau Pinang (PPBANPP) atas namanya dua hari lalu.

Selepas beberapa jam Yusni yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri mengeluarkan kenyataan berlapang dada dan akur dengan keputusan PAS Pusat bekerjasama menggerakkan jentera membantu calon PKR, tersebar gambar cek yang tertera nama beliau, nilai wang dan tarikh pengeluaran cek.

"Siapa pun yang menghubungi saya jawapan yang sama saya akan berikan iaitu tanya Trengandaily dari mana mereka dapat sumber tersebut. Saya tak tahu pun," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Mertajam, ketika dihubungi.

Menurutnya, jika diperhatikan namanya pun tersalah ejaan.

Sementara itu pagi tadi, Pengurus Besar PPBANPP, Ir Jaseni Maidin mengesahkan bahawa cek yang dikeluarkan oleh PBA Holding Bhd dua hari sudah adalah palsu.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015

PBAHB lapor polis dakwaan keluarkan cek RM2.5 juta







































































































































BERNAMA | .


GEORGE TOWN: PBA Holdings Bhd (PBAHB) hari ini membuat laporan polis berhubung cek bernilai RM2.5 juta yang didakwa dikeluarkan syarikat itu kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Md Piah.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAHB Jaseni Maidinsa berkata beliau menerima maklumat berkenaan cek itu semalam dan mendapati gambar cek bertarikh 29 Mei 2015 itu tersebar di laman Facebook.

"Terdapat satu gambar cek bernilai RM2.5 juta yang dialamatkan kepada Mohd Yusni bertarikh 29 Mei ini, dan cek itu ditandatangani oleh saya, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Joyce Lee dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sedangkan kami tidak berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dekat sini, hari ini.

Jaseni menegaskan bahawa PBAHB tidak pernah mengeluarkan cek kepada penama berkenaan.

"Saya juga tidak pernah meluluskan sebarang pembayaran atau menurunkan tanda tangan terhadap cek itu," katanya.

Jaseni berkata pemaparan cek palsu itu merupakan satu tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat serta cuba untuk mengelirukan orang ramai dan memburuk-burukkan imej awam PBAHB.

"PBAHB adalah sebuah syarikat awam yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Kami memandang serius perkara ini kerana ia mampu menjejaskan nama baik syarikat. Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat perkara ini," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-5-2015

CAT: P Pinang catat lebihan Belanjawan setiap tahun






































































































































HARAKAHDAILY | .

PULAU PINANG: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas mengucapkan syabas kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri kerana hasil daripada urus tadbir Cekap, Akauntabitli dan Telus (CAT), kerajaan negeri berjaya mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008.

Beliau menyatakan demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-13, di sini hari ini.

"Saya difahamkan melalui lebihan Belanjawan sebanyak RM453 juta sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri melaksanakan program-program bantuan sosial dengan peruntukan sebanyak RM287 juta warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, surirumah, pelajar sekolah rendah dan menengah, bayi yang baru dilahirkan, waris warga emas, waris ibu tunggal dan waris OKU, semua mahasiswa dan mahasiswi universiti awam tempatan, nelayan, pemandu teksi, penarik beca serta bantuan kepada golongan miskin agar pendapatan isi keluarga secara bulanan melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara sebanyak RM790 sebulan," ujar beliau.

Beliau menambah, baki lebihan Belanjawan itu digunakan untuk melaksanakan projek-projek untuk kegunaan awam seperti jalan raya, longkang, dewan orang ramai, rumah mampu milik dan perumahan awam, taman rekreasi, gelanggang futsal dan sukan serta menaiktaraf pasar awam.

Antaranya, kata beliau memperuntukkan RM5 juta bagi menaiktaraf tiga buah pasar awam termasuk Pasar Awam Samagagah di Permatang Pauh.

"Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri juga sedang merancang untuk membangunkan semula 4.5 ekar Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Bandar Seberang Jaya yang akan menelan belanja sebanyak RM12 juta.

"Jumlah yang paling besar untuk menaiktaraf pasar raya dalam sejarah pentadbiran negeri di Malaysia," ujarnya lagi.

Di samping itu, kata beliau RM11 juta dibelanjakan bagi pembinaan SPA atau Seberang Perai Arena di Seberang Jaya yang merupakan dewan paling cantik dibina oleh kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015

PENANG SPREADING : PIG WASTE CAOUSE FOR CONCERN - CAP


SM IDRIS - PRESIDENT OF CAP 

http://www.harakahdaily.net/index.php/article/34746-penang-spreading-pig-waste-cause-for-concern


Sumber HD - 6-4-2015

BUNGKUSAN BABI : KERAJAAN NEGERI PUJI JEMAAH MASJID TELAGA AIR - KM


YAB LIM GUAN ENG - KETUA MENTERI PULAU PINANG


Sumber HD - 7-2-2015

LAGI KEJADIAN LEMPAR DAGING BABI KE PERKARANGAN MASJID - POLIS



MASJID TELAGA AIR BUTTERWORTH PULAU PINANG


Sumber HD - 6-2-2015


PPS : P. PINANG FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN BATAL PERINTAH KDN - PHEE BOON POH


YAB LIM GUAN ENG BERSAMA PASUKAN PERONDA SUKARELA PULAU PINANG

Sumber HD - 27-1-2015


AZAN SUBUH : PEMBOHONG, SENGAJA BUAT FITNAH - PENGERUSI MASJID AT TAQWA TAMAN BROWN


MASJID AT TAQWA TAMAN BROWN

Sumber HD - 23-1-2015

KERAJAAN PULAU PINANG SUMBANGAN RAKYATNYA KE KELANTAN:



YAB LIM GUAN ENG - KETUA MENTERI PULAU PINANG


Sumber HD - 9-1-2015

Kilang bebola ikan diarah tutup di George Town














































































































































































majdan | .

GEORGE TOWN: Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.

"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna. - BERNAMA

Sumber HD - 6-1-2015

Isu perumahan di Pulau Pinang















































































































































































AZRUL ZABIDI | .


Pertelingkahan Pembuat Dasar

1. Perkara pertama yang perlu diakui adalah kepesatan kemajuan negeri Pulau Pinang (dengan pertumbuhan GDP negeri~5% pada 2012 [1] dan FDI~RM3.1b untuk Jan-Mei 2014 [2]) telah mengakibatkan harga hartanah melonjak naik seperti yang dinyatakan ahli Majlis MPPP Saudara Hariszuan [3]

2. Malah menurut REHDA, peningkatan semua kos terlibat yang sebenarnya telah menyebabkan kenaikan harga hartanah

3. Perlaksanaan GST pada 2015 dijangka akan memburukan lagi keadaan.

4. Hariszuan menambah lagi bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mendapat pembiayaan dan dana daripada kerajaan pusat untuk projek perumahan awam dan mampu milik.

5. Justeru itu kerajaan negeri telah mewujudkan dana perumahan negeri berjumlah RM500 juta untuk membina 20,000 rumah mampu milik melalui PDC.

6. Akan tetapi menurut seorang lagi ahli Majlis MPPP Saudara Izuree Ibrahim, kerajaan negeri kelihatan lebih mesra pemaju berbanding mesra rakyat dalam soal perumahan di negeri Pulau Pinang kerana gagal membela nasib penduduk berpendapatan rendah [4]

7. Ini juga telah dijawab oleh seorang lagi ahli Majlis MPPP Saudara A. Kumaresan bahawa selain dana perumahan, kerajaan negeri memperkenalkan beberapa polisi baru yang baik untuk mengawal spekulasi lonjakan harga rumah.

8. Antaranya adalah moratorium penjualan semula selama 5 tahun perumahan mampu milik dan 10 tahun perumahan awam (kos rendah dan sederhana rendah) (Februari 2014)

9. Jualan kepada warga asing juga telah dihadkan kepada harga hartanah bernilai RM1 juta ke atas (Julai 2012) dan RM2 juta (rumah bukan bertingkat) termasuk cadangan levi 3% atas urus niaga terlibat.

10. Kerajaan negeri juga menetapkan rumah mampu milik (di bawah RM400, 000) hanya boleh dibeli oleh individu yang diluluskan kerajaan negeri sahaja.

11. Dalam masa yang sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mendakwa bahawa terdapat kira-kira 30,000 senarai menunggu dalam sistem permohonan perumahan mampu milik di negeri Pulau Pinang [5]

12. Kerajaan negeri dikatakan tidak memberikan kerjasama dalam isu perumahan awam dan mampu milik sehingga menyebabkan kerajaan pusat sekadar membina kurang daripada 100 unit rumah di bawah PPR di Pulai Pinang.

Polisi Menghimpit Pembeli

13. Sebenarnya 2009, kerajaan negeri telah memperkenalkan cas kepada peningkatan nilai tanah (charge for enhancement of land value) daripada 25% kepada 50% di kawasan pulau dan buat pertama kalinya sebanyak 12% di Seberang Perai [6].

14. Polisi ini dilihat sebagai salah satu usaha menambah pendapatan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri termasuk kepada golongan yang berpendapatan rendah.

15. Selain itu kerajaan negeri juga telah menaikkan cas pembangunan untuk perumahan sebanyak 300% iaitu daripada RM5 kepada RM15 per kaki persegi [7]

16. Kesan daripada kenaikan cas-cas tersebut telah secara langsung mengakibatkan pembeli rumah terpaksa menanggung kos tambahan.

17. Contoh analisis oleh seorang penganalisa kanan di PEMANDU ETP Encik Goh Wei Liang [8], jika satu ekar tanah berharga harga RM 1 juta dan nilai tanah meningkat sehingga RM 5 juta akibat perubahan penggunaan tanah untuk perumahan, maka cas 50% kepada peningkatan harga tanah adalah sebanyak RM 2 juta (50% daripada perbezaan harga peningkatan dan harga asal)

18. Jika satu ekar boleh dibina 12 rumah teres, kesan dari polisi 2009 tersebut di atas telah menyebabkan kos tambahan ke atas setiap pembeli satu unit rumah teres sebanyak RM170, 000 sahaja!

19. Maka untuk menyatakan kepesatan ekonomi dan peningkatan kos pembinaan sahaja yang menyebabkan perlonjakan harga rumah adalah tidak tepat kerana polisi kerajaan negeri juga turut sama menambah bebanan pembeli dan meningkatkan kadar inflasi harga rumah yang telah sedia mahal.

Fakta Harga Rumah Di Negeri Pulau Pinang 2014

20. Jika kita bicarakan lebih lanjut, kenaikan cas-cas berkaitan oleh kerajaan negeri telah menjadikan permasalahan perumahan di Pulau Pinang samada perumahan mewah, sederhana mahupun mampu milik di negeri Pulau Pinang lebih membimbangkan daripada senario kes yang dirujuk sebelum ini.

21. Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk suku pertama 2014, harga rumah di Pulau Pinang pada suku pertama mencatatkan inflasi sebanyak 14.8% iaitu yang tertinggi di Malaysia [9]

22. Secara pecahan, kadar inflasi harga rumah mengikut jenis adalah 10.4% (unit rumah teres), 18.6% (unit rumah bertingkat-tingkat), 15.4% (unit rumah berkembar), 23.4% (unit rumah sesebuah) di mana semua mencatatkan antara kadar yang tertinggi berbanding beberapa yang lain

23. Pecahan purata seunit harga rumah mengikut kategori mungkin memberi gambaran lebih jelas iaitu nilai purata RM374,704 untuk unit rumah teres di mana harga mengikut wilayah adalah RM810,665 (di pulau) dan RM221,097 (Seberang Perai)

24. Bagi unit rumah bertingkat-tingkat pula purata harganya adalah RM267,614 sementara unit rumah berkembar adalah sebanyak RM443,767 manakala RM498,353 pula untuk unit rumah sesebuah [10]

Faktor Pendapatan Isi Rumah Bulanan Dalam Perancangan Pelan Perumahan Negeri

25. Justeru dengan fakta yang amat mengusarkan di atas, adakah kerajaan negeri menilai dan merangka pelan perumahan dengan mengambil kira taburan pendapatan isi rumah bulanan warga Pulau Pinang?

26. Atau adakah kerajaan negeri sekadar ‘mendengar’ pandangan REHDA dalam memberi kelulusan kepada sesuatu projek perumahan tanpa mengambil kira peranan stakeholder yang lain termasuk membuka ruang konsultasi awam?

27. Ini kerana Pulau Pinang adalah sebuah negeri unik berbanding negeri maju lain seperti Selangor dengan kepesatan pembangunan yang hebat tetapi memiliki keluasan geografi yang terhad untuk projek seperti perumahan.

28. Mengikut Unit Perancangan Ekonomi (2012), purata pendapatan kasar isi rumah bulanan negeri Pulau Pinang adalah RM5055 [11]

29. Untuk seorang bakal pembeli memiliki rumah mampu milik (di bawah RM400,000), bakal pembeli harus membayar sekurang-kurangnya RM1,250 sebulan (10% deposit, 4.2% kadar faedah, 25 tahun perjanjian).

30. Melalui saringan kerajaan negeri, kemungkinan besar tidak semua mereka yang berpendapatan kasar isi rumah sebanyak RM5,055 sebulan dibenarkan membeli rumah mampu milik tersebut kerana ada golongan lain yang lebih layak dan memerlukan.

31. Ini seperti kenyataan Menteri di JPM Dato Seri Abdul Wahid Omar yang telah diperlekehkan oleh pimpinan politik tertentu [12] dengan menyatakan bahawa pendapatan kasar isi rumah negara sebanyak RM5.900 sebulan itu adalah menipu dan tidak mewakili realiti sebenar pendapatan warga Malaysia (isu perbezaan antara gaji dan pendapatan)

32. Maka dalam kes contoh di Pulau Pinang ini, para pembeli yang sebenar dan lebih memerlukan adalah mereka yang berpendapatan lebih rendah berbanding pendapatan RM5,055 sebulan yang hanya bersifat purata (bergantung kepada jurang julat pendapatan berbanding nilai purata)

33. Majoriti pembeli berkemungkinan besar akan membelanjakan lebih daripada satu pertiga pendapatan isi rumah mereka dan ini sangat membebankan.

34. Secara ringkasnya, adakah pelan perancangan perumahan di negeri Pulau Pinang mengambil kira pendapatan isi rumah golongan 40% terbawah (bottom 40%) yang hanya mewakili kira-kira ~15% daripada agihan pendapatan (income share)*? [13]

*iaitu kira-kira di antara RM 1847 sehingga RM2455 sebulan mengikut strata etnik seperti laporan EPU 2012

35. Atau adakah pelan tersebut lebih mesra pemaju di mana projek perumahan mewah dan “mampu lihat” lebih diutamakan malah mendapat layanan lebih istimewa berbanding projek perumahan untuk rakyat kebanyakan?

36. Ini kerana projek perumahan mewah sudah pasti menjana lebih pendapatan kepada kerajaan negeri melalui charge for enhancement of land value yang lebih tinggi berbanding projek perumahan mampu milik.

Audit Perumahan

37. Adalah satu kewajaran untuk menubuhkan satu jawatankuasa audit perumahan negeri yang bebas dengan kehadiran semua pemain yang terlibat daripada wakil kerajaan negeri, pemaju, profesional hartanah, pemimpin politik, masyarakat dan agama, ahli akademik, NGO dan lain-lain bagi menilai beberapa persoalan berhubung isu perumahan di Pulau Pinang serta untuk bercakap atas kepentingan rakyat dan bukannya pemaju.

38. Pertamanya soal menyemak pelan perancangan projek perumahan yang menjawab keperluan dan kemampuan warga Pulau Pinang khasnya mengikut taburan pendapatan isi rumah bulanan penduduk supaya jenis-jenis rumah yang dibina adalah atas justifikasi yang jelas.

39. Ini untuk mengelakan kebanjiran rumah-rumah mewah yang dibina semata-mata memenuhi nafsu golongan berada sedangkan golongan rakyat bawahan terpaksa menunggu lama dan beratur dalam sistem permohonan sebelum diluluskan sehingga rumah siap dibina.

40. Audit juga perlu dibuat untuk melihat peratusan pemilikan rumah oleh warga asing termasuk bukan warga Pulau Pinang yang tidak bermastautin supaya hanya yang layak dan memerlukan sahaja diberikan keutamaan untuk mendapatkan rumah di negeri ini contohnya perumahan mewah di kawasan pulau.

41. Selain itu,jawatankuasa audit juga perlu menyiasat jumlah pemilik lebih daripada satu unit rumah
khasnya perumahan mewah dan perumahan awam untuk mendapat gambaran sebenar keperluan perumahan negeri.

42. Ini juga supaya tidak berlaku monopoli ke atas pemilikan rumah oleh beberapa kerat golongan mewah dan kaya yang sama sahaja dan juga mengelakan pembinaan perumahan awam "berterusan tanpa henti" hanya semata-mata untuk “menempatkan” pemilik yang sama dan telah berumah.

43. Jawatankuasa tersebut juga patut menyelidik ketelusan dan keadilan dalam penawaran harga unit rumah bumiputera serta kesudahan kepada unit-unit tersebut seandainya tiada pembeli bumiputera yang mampu membeli khasnya projek perumahan mewah.

44. Audit juga perlu untuk menilai kewajaran pampasan dan rumah gantian kepada penduduk di perkampungan yang dipindahkan untuk pembangunan lain khasnya di kawasan bernilai tinggi supaya adil dan tidak double standard seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di mana penduduk berjaya mendapatkan rumah teres sedangkan di sesetengah kawasan lain hanya digantikan dengan rumah flat kos rendah sahaja.

45. Jawatankuasa audit atas keperluan yang ada juga boleh berperanan dalam menilai perancangan tanah untuk projek perumahan seperti isu yang berkaitan dengan tanah wakaf, rizab Melayu, perumahan atas tanah pertanian, perumahan di kawasan penambakan laut dan lereng bukit serta rumah-rumah ibadat yang dibina secara tidak sah di kawasan-kawasan perumahan untuk mengelak masalah berbangkit di kemudian hari.

Kesimpulan

46. Pihak kerajaan negeri telah melakukan banyak initiatif yang baik khasnya sejak 2012 hingga tahun 2014 ini untuk mengawal permasalahan perumahan yang timbul.

47. Namun inisiatif tersebut sebenarnya terpaksa diambil bagi membendung kesan-kesan daripada tindakan kerajaan negeri sendiri pada 2009 yang telah menaikkan cas-cas berkaitan sehingga memburukkan lagi kadar inflasi harga rumah yang sedia tinggi di negeri ini.

48. Akhir sekali, kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus bekerjasama dalam menangani permasalah yang timbul tanpa mengambil kira perbezaan politik dan mengutamakan warga Pulau Pinang khasnya yang berpendapatan rendah dan memerlukan rumah untuk hidup yang lebih berkualiti dan selesa.

Rujukan

[1] http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=530&Itemid=111&lang=en&negeri=Pulau%20Pinang

[2] http://www.theedgemalaysia.com/business-news/302271-penang-draws-rm31b-in-fdis-in-first-5-months.html

[3] http://www.roketkini.com/2014/09/20/samakan-pulau-pinang-dengan-umno-dap-mohon-wakil-pas-semak-fakta/

[4] http://www.malaysiakini.com/news/275088

[5] Akaun Twitter Abdul Rahman Dahlan @mpkotabelud pada 17/09/2014 19:03

[6] http://www.thesundaily.my/node/148985

[7] ibid

[8] Goh Wei Liang , A Piece of Mind http://manifestogwl.blogspot.com/

[9] Jadual Data Indeks Harga Rumah Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Jan-Mac 2014 page 3

[10] ibid pages 4-10

[11] EPU Jadual 2: Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah Purata Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2012, Statistik Siri Masa Pengagihan Pendapatan dan Kemiskinan 1970-2012

[12] http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/rm5900-a-month-income-is-simply-not-true-steven-sim

[13] EPU Jadual 3: Agihan Pendapatan Bagi Kumpulan Isi Rumah 20% Tertinggi, 40% Pertengahan dan 40% Terendah Mengikut Etnik dan Strata, Malaysia, 1970-2012, Statistik Siri Masa Pengagihan Pendapatan dan Kemiskinan 1970-2012

* Penulis adalah mantan Pegawai Penyelidik Polisi Sahabat Alam Malaysia (SAM), dan kini sebagai Felo ASTS AMDI, USM P.Pinang yang sedang menyiapkan pengajian PhD (Polymer Material) di University of Sheffield, United KIngdom.

Sumber HD - 19-12-2014

Tidak masuk akal tukar kepada Persiaran Chin Peng

















































































































































































BERNAMA | .


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

"Perkara ini tidak benar sama sekali," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

"Kami tidak pasti dengan khabar angin berkenaan dan sebab itu Pemuda Umno Pulau Pinang mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana perkara berkenaan telah tersebar dalam aplikasi telefon pintar WhatsApp hari ini," katanya.

Rafizal berkata jika dakwaan itu benar, Pemuda Umno akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara.

"Kami akan bantah sekeras-kerasnya jika perkara itu diteruskan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 2-12-2014

9 cedera nahas bas ekspres dan lori


















































































































































































BERNAMA | .

NIBONG TEBAL: Sembilan orang tercedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 153.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan berhampiran Sungai Bakap di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hasan Wan Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.35 malam apabila bas yang dalam perjalanan dari Kangar menuju Johor Baharu itu dilaporkan terlanggar belakang lori yang membawa tong gas.

Bas yang membawa dua orang pemandu dan 26 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum berlanggar menyebabkannya terbabas dan terbalik.

Beliau berkata yang cedera termasuk seorang pemandu bas berkenaan dan lapan penumpang yang tersepit dalam bas sebelum dikeluarkan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Seorang penumpang yang hanya cedera ringan Anuar, 34, berkata dia sedang tidur apabila dia terdengar bunyi dentuman kuat disusuli bunyi jeritan para penumpang.

"Kami menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu hadapan bas sebelum dibantu pihak bomba. Ada yang tersepit dan berlumuran darah," katanya. - Bernama

Sumber HD - 29-11-2014

Rakyat Pulau Pinang resah pembunuhan bersiri



















































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengumuman bahawa semenjak Januari tahun ini terdapat lebih daripada 46 kes pembunuhan di Pulau Pinang, yang sebahagiannya di dalam keadaan ngeri dan statistik telah menunjukkan bahawa warga asing daripada Myanmar adalah mangsa teramai.

"Insiden ini adalah sangat meresahkan dan membimbangkan rakyat Pulau Pinang," ujar Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Exco kerajaan negeri menggesa pihak Polis Diraja Malaysia agar benar-benar telus di dalam menangani ancaman itu.

Katanya, dikhuatiri peningkatan kes pembunuhan di kalangan warga Myanmar itu adalah bersangkut paut dengan pergolakan kaum yang berlaku di kalangan minoriti Rohingya di negara asal mereka.

"Diharap PDRM dapat mengambil tindakan tegas dengan kerjasama Jabatan Imigresen demi mengelakkan daripada sebarang insiden yang lebih besar berlaku," ujarnya.

Tambahnya, walaupun sebelum ini kerajaan negeri telah menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela untuk membantu pihak keselamatan menjaga keamanan dan mencegah jenayah bersama komuniti, namun Menteri Dalam Negeri lebih rela menggadaikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat untuk tujuan politik apabila beliau mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram.

Ini, ujarnya adalah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional rela untuk menghukum rakyat Pulau Pinang hanya kerana mereka memilih Pakatan Rakyat pada PRU13.

"Saya juga ingin menyeru kepada rakyat Pulau Pinang agar lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan kepada pihak keselamatan untuk langkah pencegahan," katanya lagi.

Beliau percaya setiap dari rakyat Pulau Pinang akan menyokong segala usaha oleh pihak PDRM dan pasukan keselamatan.

Afif sekali lagi menyeru PDRM dan agensi keselamatan lain agar dapat bertindak dengan lebih proaktif dan tegas dalam mengurangkan jenayah dan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang selamat. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014



















































































































































































Alat jimat minyak sehingga 45 peratus

BERNAMA | .

GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus.

Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Prof Madya Dr Soib Taib berkata rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.

"Ia sebuah alat kompak diperbuat daripada bahan aluminium tahan karat dan kegunaannya dapat memperbaiki aliran pengudaraan enjin sekali gus mengoptimumkan kegunaan bahan api sesebuah kenderaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai 'bahan api kapasitor' itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.

Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa, katanya.

"Alat ini turut mengurangkan pembebasan asap dan gas tidak dikehendaki seperti karbon dioksida serta karbon monoksida sekali gus mengurangkan pencemaran udara," katanya.

Dr Soid berkata alat itu sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga tiga tahun.

Beliau berkata prototaip alat itu kini dalam proses penjenamaan dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk itu dengan harga kompetitif. - BERNAMA

Sumber HD - 16-10-2014



















































































































































































Kampung Mutiara: Pengusiran tanpa pampasan tindakan kejam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kampung Mutiara di Batu Ferringhi, Pulau Pinang kini menjadi tumpuan umum berikutan laporan media yang mendedahkan kemelut yang dihadapi kurang lebih 48 buah keluarga di sana yang kini berdepan pengusiran.

Masalah penduduk Kampung Mutiara telah bermula apabila tindakan mahkamah dimulakan oleh tuan tanah berikutan pembelian tanah tersebut pada sekitar tahun 2007.

Kini, mahkamah sudah pun membuat keputusan yang berpihak kepada tuan tanah, dan satu writ pemilikan (writ of possession) telah pun dikeluarkan bagi mengosongkan rumah-rumah tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mengecam tindakan tuan tanah tersebut lebih-lebih lagi penduduk bakal diusir tanpa sebarang pampasan.

Menurut mereka, pelbagai cara sudah dibuat termasuk berunding dengan tuan tanah yang merupakan seorang individu yang menetap di Selangor, namun beliau tetap berkeras meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

"Kami membantah tindakan tuan tanah yang tidak berhati perut. Tindakan beliau untuk mengusir penduduk Kampung Mutiara tanpa sebarang pampasan adalah sesuatu yang bertentangan dengan nilai asas manusiawi, khususnya apabila penduduk sudah menetap di kawasan tersebut selama berdekad-dekad," kenyataan mereka dipetik.

Tiada permohonan merancang

Dalam pada itu, mereka menjelaskan bahawa kes ini berbeza dengan beberapa kes lain di mana kerajaan negeri berjaya membantu penduduk mendapatkan pampasan termasuk dalam kes Kampung Chetty.

Kejayaan ini ekoran hasil usaha rundingan bersama wakil rakyat, kerajaan negeri, penduduk serta pihak pemaju.

Bagaimanapun dalam kes Kampung Mutiara ini, ianya tidak melibatkan pemaju dan Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang permohonan merancang.

"Maka kerajaan negeri tidak mempunyai locus standi untuk mencampur tangan. Dalam erti kata lain, kes ini adalah kes mahkamah antara tuan tanah dan penduduk semata-mata," katanya.

Kerajaan negeri katanya, tidak pernah meluluskan sebarang projek sekiranya pampasan tidak dipersetujui antara pemaju dan penduduk.

Dalam kes ini, Kerajaan Negeri ujarnya tidak dapat mencampur tangan secara langsung kerana tiada penglibatan pemaju.

"Adalah harapan kami agar Mahkamah Rayuan dapat mempersetujui permohonan pihak penduduk untuk penggantungan pelaksanaan hukuman (stay of execution) ke atas writ pemilikan yang dikeluarkan.

"Pada masa yang sama, kami akan terus bekerjasama dengan jentera setempat seperti JKKK untuk memberi bantuan dan nasihat kepada penduduk kampung," ujarnya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Saman Guan Eng terhadap Nasrudin dibatalkan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam telah membatalkan writ saman yang difailkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dengan kos RM500.

Perintah pembatalan tersebut dibuat Penolong Kanan Pendaftar Rashidah Baharom, disebabkan kegagalan peguam Guan Eng untuk mematuhi aturan pliding tentang keabsahan writ saman.

Pihaknya didakwa gagal untuk menandatangani writ saman tersebut yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah.

Peguam Guan Eng juga dilaporkan cuba memberi penjelasan, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan Writ Saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada Guan Eng untuk memfailkan semula.

Guan Eng diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala Nasrudin diwakili oleh peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud.

Setiausaha Agung DAP itu memfaikan saman terhadap Nasrudin ekoran didakwa kerana gagal memohon maaf berhubung satu tulisannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?”, pada 6 Ogos lepas.

Sementara itu, Nasrudin yang dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana telah menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam yang mewakilinya.

- HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014




















































































































































































5 kilang makanan kotor diarah tutup

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan lima kilang makanan di negeri ini ditutup mulai semalam kerana kerana gagal mematuhi peraturan kesihatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata antara kesalahan menjijikkan dikesan dalam operasi itu ialah najis tikus dibiar melekat pada guni tepung dan stok makanan mentah dilonggok di hadapan tandas.

"Premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata premis terlibat ialah kilang kicap, kilang mi, kilang roti, kilang bawang goreng dan kilang kerepek yang beroperasi di sekitar Jelutong, Kepala Batas dan Bukit Mertajam, dekat sini.

Sebanyak 16 premis diperiksa iaitu Daerah Timur Laut (dua), Barat Daya (tiga), Seberang Perai Utara (dua), Seberang Perai Tengah (lima) dan Seberang Perai Selatan (empat).

Ku Nafishah berkata terdapat juga kes pengusaha menggunakan peralatan mengadun dan menggoreng makanan yang berkarat selain dibiar melekit dipercayai tidak dibasuh secara berjadual.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan tiga notis saman berjumlah RM5,000 atas kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 2009 dan akan meneruskan operasi seumpama itu termasuk di kantin-kantin kilang di negeri ini.

Segelintir pengusaha sedar kesalahan mereka namun mengambil mudah perkara seumpama itu dan lebih cenderung mengambil sikap menunggu tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka, katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini. - Bernama

Sumber HD - 10-9-2014

Penjelasan jumlah belanja PPS sejak 2011

HARAKAHDAILY | .

GEORGE TOWN: Serangan politik ganas terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang melalui tuduhan palsu dan penipuan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berterusan tanpa henti dengan dakwaan palsu terbaru berkenaan rasuah dalam peruntukan kerajaan negeri yang diluluskan kepada PPS.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyembunyikan apa-apa dan mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan dakwaan terbaru ini sebagai satu pembohongan," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat untuk mengulangi pengumuman sebelum ini berhubung jumlah yang dibelanjakan untuk PPS sebanyak RM869,820 pada 2011, RM1,363,827 (2012) dan RM1,592,482 (2013).

Jumlah itu, jelasnya bukan RM1.5 bilion yang didakwa oleh Umno pada mulanya, yang kemudian dengan cepat 'ditarik balik' dan berundur apabila dicabar untuk memberikan bukti.

Katanya lagi, jumlah yang dibelanjakan untuk 9,002 anggota sentiasa di bawah kawalan kerana mereka bekerja secara sukarela tanpa gaji dan kerajaan negeri hanya menyediakan pakaian dan walkie-talkie.

Tambahnya, peranan PPS adalah terhad untuk membantu dalam perkara kecemasan dan menyahut seruan pihak polis untuk kerja-kerja komuniti polis bagi memerangi jenayah.

"Tidak ada sebarang masalah dengan pihak polis dalam tempoh 4 tahun lepas," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014




















































































































































































Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

"Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik kerajaan pusat dalam menangani isu pasukan itu.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sumber HD - 6-9-2014

Pulau Pinang sedia khidmat guaman pertahan anggota PPS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyediakan khidmat dan pembiayaan guaman untuk mempertahankan mana-mana anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan secara salah oleh polis.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, khidmat tersebut disediakan kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana menjaga kepentingan orang ramai, lapor Roketkini semalam.

Ini berikutan ancaman Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis akan menangkap ahli-ahli (PPS) sekiranya mereka meneruskan kegiatan mereka.

Dalam laporan Bernama sebelum ini, Khalid mendakwa PPS menyimpang daripada objektif ketika ia ditubuhkan empat tahun lalu untuk berkhidmat kepada masyarakat apabila ia kini bertindak kasar terhadap orang awam dan wartawan.

“Khalid bukan sahaja salah, tetapi berbohong kerana menyatakan bahawa PPS menyimpang daripada objektif asal untuk membantu rakyat dan rondaan untuk melindungi keselamatan awam.

“PPS tidak pernah menyimpang daripada objektif memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Sumber HD - 1-9-2014




















































































































































































PPS: Polis tahan Phee, ambil keterangan Guan Eng

HARAKAHDAILY | .


GEORGE TOWN: Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad.

"Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior Faridalatrash ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayerdi.

Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 31-8-2014

Rumah Guan Eng dibaling 'molotov cocktail'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibaling bom botol molotov cocktail di Jalan Pinhorn, Georgetown pada kejadian jam 11.48 malam tadi, lapor Bernama.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

Bercakap kepada media, katanya kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri itu akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis.

Abdul Rahim berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

Sumber HD - 31-8-2014




















































































































































































Pulau Pinang cadang bina masjid Cina

MOHD SABRI SAID | .
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhajat mewujudkan sebuah Masjid Cina di bandaraya ini untuk mengembangkan syiar Islam selain sebagai pusat komuniti bagi masyarakat Tionghoa beragama Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Buat masa ini ujarnya, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mencadangkan Masjid Papan yang terletak di Jalan Burma dijadikan pusat komuniti sementara untuk menggerakkan aktiviti saudara baru.

"Kami akan membantu NGO (badan bukan kerajaan) menggerakkan semua aktiviti yang dirancang untuk saudara baru.

"Masjid Papan ini merupakan lokasi yang sesuai untuk itu. Biar mereka banyakkan aktiviti dan jika ada kesungguhan, kita cuba cari lokasi lain yang lebih strategik untuk membangunkan sebuah masjid khas yang dinamakan Masjid Cina," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurut Abdul Malik, usaha mewujudkan Masjid Cina di Pulau Pinang pernah diusulkan pendakwah terkenal, Ustaz Husin Yee sekitar tahun 2008 namun hanya difikirkan secara serius setelah MAINPP memulakan pensektoran baru organisasi jawatankuasa masjid.

Di Masjid Papan ujarnya, MAINPP melantik kaum Cina muslim sebagai jawatankuasa masjid dibantu seorang koordinator yang menjadi orang tengah antara masjid dan pejabat Exco.

"Dari sini mereka boleh merangka aktiviti kebudayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan sebagainya. Kebajikan mereka juga terbela apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi bersama," ujarnya.

Berita lanjut di Harakah edisi Jumaat. Dapatkan naskah anda.

Sumber HD - 20-8-2014

5 individu direman tiga hari kes pesta sukan bogel

BERNAMA | .

GEORGE TOWN: Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata rakyat Singapura berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pagi semalam.

"Kelima-lima mereka iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mereka termasuk dua yang disyaki penganjur pesta itu menyerah diri sekitar pukul 10.30 pagi dan 6 petang semalam.

Lai berkata sehingga kini tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 17-8-2014




















































































































































































Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel

BERNAMA | .


BUKIT MERTAJAM: Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta tempatan yang disyaki terlibat dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang kira-kira dua bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fai Hin berkata polis kini mencari alamat terkini empat lagi individu berkenaan bagi membantu kes itu dan percaya dapat berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

"Jika mereka (tujuh peserta tempatan) itu tetap masih enggan menyerah diri untuk bantu siasatan kes berkenaan, polis akan dedahkan alamat terbaharu mereka menerusi media," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Polis Pulau Pinang bersama komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.

Polis telah mengenal pasti kesemua 15 peserta yang disyaki terlibat dalam pesta berkenaan iaitu tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua (Myanmar) dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.

Lai berkata berdasarkan maklumat awal, kebanyakan peserta pesta itu dari Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.

"Paling ramai adalah dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, polis percaya mereka bersembunyi dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata polis juga percaya tujuh perserta tempatan itu tidak berani untuk tampil membantu polis menyelesaikan kes berkenaan kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama

Sumber HD - 14-8-2014




















































































































































































Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

Sumber HD - 6-8-2014




















































































































































































Kantoi...pesta bogel di kawasan diwarta Kerajaan Persekutuan


KANTOI!!!! .. KM PULAU PINANG DEDAHKAN PESTA BOGEL DIADAKAN DI CHALET YANG DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN KHAS UNTUK PEGAWAI KERAJAAN SAHAJA.

Sebelum ini riuh rendah, kecoh, gempak dan gegak gempita satu dunia kononnya Kerajaan Negeri DAP/PR telah memberikan kelulusan Pesta Bogel diadakan di salah sebuah pantai di negeri tersebut.

Video klip dijaja dan diviralkan ... akhirnya tukang jaja terkantoi sebab 1) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah tahu apatah lagi memberikan kebenaran pesta seumpama itu diadakan di negeri bawah pemerintahannya. 2) Tempat dikatakan Pesta Bogel 2014 diadakan ialah di Teluk Kampi Trail . kawasan yang diberitahu oleh KM Pulau Pinang Lim Guan Eng kawasan yang sudah pun diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan yang chaletnya dikhaskan untuk kakitangan awam sahaja .. Persoalan dilontarkan .. Bagaimana dan macam mana orang luar boleh ada akses dan menggunakan chalet tersebut???? 3) Pihak PDRM telah pun memulakan siasatan atas aduan dan permohonan khas dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 6-8-2014

Pesta bogel canggah tatasusila, singgung umat Islam

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kesal dengan penganjuran program 'Penang Nude Sports Game' yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang.

Video Penang Nude Sports Game' yang boleh ditonton dari pautan sebuah laman web dan kini menjadi viral di laman sosial.


Menurut Sertiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden, program itu jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan.

"Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini," katanya.

Pemuda PAS mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 Disember 2014 nanti.

Tegasnya, program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi dan boleh mengundang gejala tidak sihat di kalangan masyarakat.

"Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan dan garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemas kini supaya selari dengan syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Daripada ringkasan video yang disiarkan dan diberi kredit kepada Albert Yam mendakwa seramai 18 orang yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. - HARAKAHDAILY 5/8/2014

Sumber HD - 5-8-2014

Pesta Bogel: K'jaan Negeri maklum kepada polis

HARAKAHDAILY | .

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memaklumkan kepada pihak polis berhubung rakaman video penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran pesta tidak bermoral itu.

Kerajaan negeri kata beliau, tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata pihaknya sudah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan dengan segera.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis juga akan memgesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.

"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya dipetik Hmetro.

- HARAKAHDAILY 5/8/2014

Sumber HD - 5-8-2014

No comments:

Post a Comment