BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, August 20, 2014

MUKTAMAR PAS KE-60

Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com






'Sisters In Islam' dan 'Islam Liberal' dalam Muktamar PAS

DR KAMARUL YUSUF | .


BERDASARKAN kepada rekod parti, istilah-istilah “Sisters In Islam” dan “Islam Liberal” pernah muncul sebagai bahan perbincangan di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS pada tahun-tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009.

1. Kali pertama istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 3, 4 dan 5 Jun 2005.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Menyedari bahawa Islam Hadhari yang dikemukakan oleh UMNO adalah satu bentuk agama baru yang mementingkan pembangunan keduniaan semata-mata dan menolak kesyumulan Islam;

Menyedari wujudnya anasir-anasir baru kesan daripada Islam Hadhari seperti pemikiran Islam liberal, penolakan terhadap sistem akhlak Islam, kemunculan gerakan-gerakan anti-Islam seperti Sisters In Islam, Inter-Faith Commission (IFC) dan anti-hadith;

Menyedari tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan NGO yang mencadangkan supaya ditubuhkan IFC yang bertujuan mengubah beberapa perkara yang terkandung dalam syariat Islam;

Menyedari berlakunya campur-tangan oleh pemimpin BN terhadap penguatkuasaan agama sehingga menyebabkan beberapa serbuan oleh Jabatan Agama Islam mendapat reaksi negatif daripada media dan rakyat;

Menyedari bahawa gerakan anti-Islam ini mendapat sokongan daripada keluarga terdekat Perdana Menteri, termasuk penglibatan beberapa orang Menteri UMNO dalam kumpulan 50 NGO dan 236 individu yang menolak penguatkuasaan undang-undang akhlak (moral policing) bagi menangani gejala sosial; dan

Menyedari bahawa umat Islam sedang menghadapi krisis makanan halal ekoran pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 pada 3, 4 dan 5 Jun 2005 bersamaan 25, 26 dan 27 Rabi’ul Akhir 1426 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, mengambil ketetapan:

Mendesak para Mufti dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri mengeluarkan garis panduan dan mengadakan muzakarah dengan pihak-pihak yang menimbulkan perkara-perkara (yang) bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam;

Mendesak Kerajaan BN supaya meningkatkan keupayaan penguatkuasaan agama (moral policing) bagi menangani masalah gejala sosial dan juga makanan halal;

Mendesak Kerajaan BN supaya menolak, bukannya menangguhkan, cadangan penubuhan IFC;

Mendesak Majlis Syura Ulama' PAS supaya lebih aktif menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam, terutama dari aspek mengeluarkan pendirian-pendirian tentang isu-isu berkaitan untuk menjadi panduan ahli-ahli PAS dan umat Islam keseluruhannya;

Mendesak PAS Pusat supaya mengeluarkan satu dokumen rasmi untuk menolak Islam Hadhari sekaligus menggariskan prinsip-prinsip sebenar Hadharah Islamiyyah; dan

Mendesak PAS Pusat supaya menggalakkan ahli-ahli terlibat dalam kegiatan ekonomi, terutama untuk mengeluarkan produk halal bagi mengatasi krisis makanan halal sekarang ini.

2. Kali kedua istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52 di Kompleks PAS Kedah, KM 13 Jalan Alor Star – Sungai Petani, Simpang Empat, Alor Star, Kedah, pada 7, 8 dan 9 Jun 2006.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Menyedari bahawa gejala murtad yang sedang menyerang umat Islam di negara ini;
Menyedari bahawa kumpulan Inter-Faith Commission (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 sedang mengadakan kempen besar-besaran untuk mencabar bidang kuasa mahkamah syariah dan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini;

Menyedari peri bahayanya kumpulan Islam Liberal, kumpulan anti-hadith dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang sedang mengembangkan pengaruh mereka di kalangan umat Islam di negara ini;

Menyesali tindakan beberapa Menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang dan menghina mahkamah syariah dan sistem perundangan Islam;

Menyesali kebiadaban Menteri-Menteri Kabinet bukan Islam yang mempertikai hal-ehwal umat Islam, moral dan sosial awam;

Menyedari bahawa penularan gejala sosial dan kebejatan akhlak di kalangan remaja semakin membimbangkan;

Mengimani bahawa Islam menjamin keadilan dan kesejahteraan dalam segenap urusan kehidupan dan hak manusia;

Meyakini dasar perjuangan parti sebagai panduan dalam berpolitik dan bernegara; dan

Menginsafi PAS adalah benteng umat Islam bagi mempertahan aqidah dan kedaulatan agama Islam di negara ini;

Maka, Muktamar Tahunan PAS yang bersidang di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, KM 13 Jalan Alor Star – Sungai Petani, 06650 Simpang Empat, Alor Star, Kedah Darul Aman, pada 10, 11 dan 12 Jamadil Awal 1427 bersamaan 7, 8 dan 9 Jun 2006 bersetuju dengan sebulat suara menerima usul dari Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan mengambil ketetapan untuk:

Mendesak PAS untuk memimpin gerakan Islam yang utama dalam mempertahan Islam;

Meminta pemimpin-pemimpin NGO, parti-parti politik dan masyarakat Malaysia agar memahami dan menghormati kebebasan beragama dan menghayati prinsip sebenar Artikel 11 Perlembagaan Malaysia;

Menyarankan PAS supaya mengarusperdanakan gerakan dakwah dan memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat, terutamanya bukan Islam, terhadap Islam;

Mencadangkan PAS Pusat agar mengadakan pertemuan dengan Mufti-Mufti dan Majlis Raja-Raja agar mengambil tindakan terhadap mana-mana usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mencabar kedaulatan Islam dan mahkamah syariah di Malaysia;

Mendesak PAS Pusat menzahir dan mempertegaskan prinsip parti kepada lawan ataupun kawan serta memastikan setiap prinsip Islam tidak dikompromikan, apatah lagi dikorbankan, dalam sebarang pakatan politik; dan,

Mendesak agar pihak berkuasa Islam di Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan mewujudkan kumpulan sukarelawan bagi membantu usaha dakwah, tarbiyyah dan penguatkuasaan bagi membendung penularan gejala sosial.

3. Kali ketiga istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 1, 2 dan 3 Jun 2007.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Menyedari betapa umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai kegawatan yang sangat mendesak;

Menyedari bahawa isu-isu murtad yang snagat membimbangkan boleh mencetus suasana tidak aman dalam negara, hubungan antara kaum, krisis perpaduan yang dapat dilihat dari peristiwa seperti munculnya Kumpulan Artikel 11, Kumpulan IFC, desakan Kumpulan Sisters In Islam, pelbagai demonstrasi dan bantahan yang melibatkan isu murtad dan tuntutan bertindih ke atas jenazah orang Islam;

Menyedari bahawa krisis moral di kalangan muda mudi remaja dan dewasa, berlakunya rompak, ragut, samun, pembunuhan, pergaduhan sehingga di sekolah-sekolah menengah berasrama penuh dan lain-lain;

Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 yang bersidang di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 1, 2 dan 3 Jun 2007 bersamaan 15, 16 dan 17 Jamadil Awal 1428 mengambil ketetapan:

Mendesak Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh demi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara.

4. Kali keempat istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 5, 6 dan 7 Jun 2009.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 5, 6 dan 7 Jun 2009 bersetuju mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Sumber HD - 7-10-2014





Muktamar: Comments from the public

Asmad & Sufi Naz | .


Though the 60th PAS Muktamar was held in Johor, it did not escape the attention of those living elsewhere. Below are snippets of comments English Section trainee journalists Asmad and Sufi Naz received on PAS and the Muktamar while they were out canvassing the public on the streets of Kuala Lumpur recently.

Haji Aziz bin Karim,60, had this to say. "PAS through the media, is being given the impression that it is not united, and looks as if it consists of two camps. It looks as if they are not as strong as they were when led by Ustaz Fadzil Noor, Yusuf Rawa. I have been following PAS since I was young, in 1975.
“The party leaders and the members of PAS need to remember why there are in PAS. I want PAS to get to the basics, based on al Quran and the Sunnah," he added.

Haji Karim who fully supports Dato Seri Abdul Hadi Awang’s leadership said he hoped PAS will be united again, and that he is worried should party members not stand united.

Mohd Ali Kanapiah, 35, a businessman, said he was disappointed by the actions of several attendees in during the Muktamar recently.

"There are many ways to show our objection towards leaders. Those in disagreement must find the right channel to show their objection. PAS is an Islamic organization, thus its members must show the right attitudes as Muslims. All our actions are now being judged, including by the non Muslims. If even in small things we cannot do right, what are we going to do when a major challenge hits us?”

He said the party president needs to play a larger role so that any dissatisfaction and misunderstanding among party members could be resolved quickly, and so that the all members would be united as it was previously.

He was of the opinion that love was a way to solve the issues raised. "If we have this in ourselves, I am sure even though we all come from different backgrounds, we would still want to support our teams and members. Having a different opinion it is not a huge matter, most importantly, we support each other."

"All leaders must nurture the value of loving and caring each other. Reminders or reprimands could be done gently and lovingly. If one does not agree with you for example, it does not make him the enemy. Should any issues be raised in PAS, let us all sit together and look for the solution."

Mohammad, 67 years old, when met said if a political party is divided, it is really dangerous. “We cannot have divisions in an organization as it will cause damage. PAS has to be robust and stable united party”.

“Please emulate other political parties that emphasize unity. PAS has its own 'syura' model which I consider good. For me, it is not relevant who you are. Please look at Syria, what is happening there? Everyone must think wisely because divisions would cause the party great loss”.

“Our community’s and party’s strength is unity, right? Without unity, there will be no victory. Even if we are in a small organization, we should still be united. Make it a strong policy. My hope is when PAS said that they are united, they would keep their promise.”

Under the current circumstances, the enemy could easily slip into the party to destroy it. “Any gaps between will be quickly made use of by the enemy because they already waited for such a long time for it. They will create chaos to destroy PAS. I see this as perhaps an American or Jewish method of attacking the Muslims.”

“Please don't just write or talk about unity. Walk the talk and the people can respect you. Don't talk about unity in meetings and when you are out from the meeting room, you simply change your mind. My last word, ensure that unity is an integral part of us all, then we all will be victorious.”

Ahmad, 45 years old, said “if the MCA, DAP and PKR were having a meeting on a non-Muslim related issue, they will sit together at one table to discuss it properly. I do not know why we, the Muslims cannot do the same thing. I really hope that we can follow this kind of attitude”. - ES

Sumber HD - 22-9-2014




Usai muktamar di Batu Pahat, 'jangan ada pahat berbunyi'

MUHAMAD ADIB AZMAN | .




Usai bermuktamar di Johor, Sabtu, cukup cukuplah dengan apa yang berlaku sepanjang kita berkampung, berbahas, berbincang, bersetuju dan berbalah untuk kepentingan Islam.

Kalau ada perwakilan yang tidak puas hati mengapa "usul begini" dan "usul begitu" tidak diutarakan, sepatutnya orang yang menimbulkan polemik ini bertanya kepada dirinya sendiri, "mengapa aku sendiri yang tak usulkan perkara ni dalam muktamar peringkat kawasan dan negeri tempoh hari?". Sikap ini perlu diubah. Walaupun muktamar tahun ini mengambil tempat di Batu Pahat, janganlah terus "ada pahat yang berbunyi" selepas "rumah hampir siap".

Budaya label-melabel mesti terus dihentikan, agar ia selari dengan amanat ucapan dasar dan ucapan penggulungan ayahanda Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, meminta agar kita terus beristiqamah dalam perjuangan, menggunakan media sebagai medium dakwah agar tidak termakan dengan perang siber, tidak khianat dalam bersahabat dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, dan mempunyai pendirian kita yang sendiri iaitu mengambil Islam sebagai "ad-din", bukan sebagai "religion" seperti mana yang dipetik oleh Lord Reid dalam Perlembagaan Persekutuan, seraya memetik firman Allah Taala yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam".

Peranan Tahaaluf Siasi (Persepakatan Politik) telah diulas oleh ayahanda Timbalan Al Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang menyatakan di sana ada 7-8 syarat yang digariskan oleh ulama yang muktabar dalam menjalinkan kerjasama politik menurut Islam.

Satu kertas kerja (atau buku) berjumlah 30 muka surat telah ditunjukkan oleh beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungannya, menjelaskan ijtihad ulama yang menerima dan menolak Tahaaluf Siasi dalam berpolitik. (Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan syarat-syaratnya kerana tumpuan saya terhadap ucapan Tuan Guru agak "diganggu" oleh seorang pemerhati dari Kelantan yang duduk di sebelah saya mengajak berbual).

Selain itu, memetik ucapan penggulungan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Bin Sabu, prestasi dan kompetensi Pas sebagai Parti Islam di Malaysia bakal dan sedang dinilai oleh rakyat amnya kerana dewasa ini contoh menyaksikan Joko Widodo yang merupakan produk aliran Demokrasi-Sosialisme di Indonesia dipilih dan disokong oleh PDI-Perjuangan menjadi Presiden di Republik itu. "Jokowi" yang asalnya tidak berparti, datang dari "third force" telah di"sunting" PDI-Perjuangan kerana dia dinilai dari sudut prestasinya mengemudi Jakarta sebagai gabenornya, melangkaui gabungan Probowo Prabowo Subianto-Hatta Rajasa.

Satu unjuran menarik telah dicadangkan oleh wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam muktamar tahun ini agar pada muktamar akan datang, mereka mahu ditempatkan sebagai "perwakilan" bukan lagi "pemerhati".

Untuk menjayakan cadangan ini, ruang agar DHPP menubuhkan dewan mereka di setiap kawasan agar pengaruh-sokongan-dakwah kepada PAS perlu diwujudkan.

Tuntas, hentikanlah polemik pertembungan "ulama-profesional" dan budaya label-melabel, sedangkan PAS sudah menjangkau usia 60 tahun, satu usia yang sangat panjang dalam arena politik di Malaysia, PAS harus maju bergerak ke hadapan membawa suara dan tumpuan derita rakyat terbanyak seperti yang disuarakan oleh Saudara Mazlan Aliman, pengerusi Lajnah Hal Ehwal Tanah PAS. Saya lahir dari aliran profesional dan saya menyokong kepimpinan ulama.

Terus Beristiqamah!
Penulis ialah pemerhati dari Selangor.

Sumber HD - 22-9-2014




Jangan sampai PAS dituduh retorik - Mazlan

MUHAMMAD FAIZAL | .

BATU PAHAT: PAS digesa agar terus bersama rakyat dalam permasalahan yang mereka hadapi secara jujur sebelum dituduh sebagai retorik.

Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, jika PAS berasa selesa dalam kedudukan sekarang tetapi mengabaikan rakyat yang memerlukan ia merupakan kegagalan.

"Kita sebenarnya gagal dalam perjuangan jika terus mengabaikan rakyat yang memerlukan perhatian kita terutamanya dalam soal kebajikan mereka.

"Jangan sampai kita dituduh retorik hanya sekadar cakap tetapi gagal pada pelaksanaannya," ucap beliau pada sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 tahun dekat sini, semalam.

Mazlan menekankan melalui lajnahnya itu akan terus memperjuangkan isu rakyat terutamanya membabitkan isu tanah rizab Melayu termasuk golongan peneroka dan Orang Asal.

"Pada sesi parlimen akan datang kita melalui Ahli Parlimen Peguam akan membawa usul mengenai tanah rizab Melayu ini kerana sehingga sekarang tidak ada akta untuk menjaga tanah rizab Melayu termasuk kampung warisan.

"Perkara ini telah kita bincang dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz termasuk menyerahkan memorandum tetapi sehingga sekarang tidak apa-apa maklum balas.

"Atas perkara itu kita bawa isu ini ke parlimen untuk penjelasan dari kerajaan tantang akta untuk memelihara tanah rizab Melayu serta Kampung Warisan," ucap beliau pada sesi penggulungan.

Tambahnya, Lanjah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal akan membentuk satu jawatankuasa khas (task force) di peringkat Pakatan Rakyat bagi memperkasakan lagi hak kebajikan rakyat dalam fungsi utama lajnah.

"Jangan kita lupa rakyat mengharapkan Pakatan Rakyat untuk membela mereka, harapan mereka perlu kita penuhi.

"Jika ini kita tidak lakukan, abaikan mereka bagaimana kita ingin memdapat perhatian mereka pada pilihanraya yang akan datang," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 21/9/2014

Sumber HD - 21-9-2014


Perasmian - https://www.youtube.com/watch?v=TEKXwlfPmIY




Abdul Hadi’s no-holds-barred - Horses’ Mouths – Muktamar’s final day special edition

Harakahdaily-TS | .


Abdul Hadi’s no-holds-barred - Horses’ Mouths – Muktamar’s final day special edition


Pakatan Rakyat

PAS is cooperating with our Pakatan partners because we have similar goals like justice for all and promoting racial unity. We are together because of these similar goals.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS President, reminding party members on Pakatan Rakyat


‘Stolen’ state assemblymen

We are not taking this lightly. Didn’t all our assemblymen signed a ‘baiah’ (oath) when they were named as candidates in the general election? What happened to the ‘baiah’?

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS President


Party’s secrets

Don’t reveal (party’s secrets). It is not right. Be loyal to our own leaders, not other party leaders. That is not right.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS President


Forgiveness

Forgive, help each other and take criticism with open heart.

Tuan Guru Haron Din, PAS Shura Council deputy chief


Loyalty to PAS President

There was no intention at all in my heart to topple the president. I wish to say again that what I said to the journalists was on the outcome of the meeting.

Mohamad Sabu, PAS deputy president, on his loyalty to PAS President


Ousting certain leaders

Do not create lies to oust certain leaders. Whoever says the professionals are not needed, they do not understand the dynamics of PAS. Whoever says the Ulama are not needed, they also do not understand the dynamics of PAS. PAS without Ulama is blind, PAS without professional is lame. We need both to strengthen the party.

Mustafa Ali, PAS secretary general, warning certain groups against using the division between the professionals and the clerics in PAS to oust certain leaders


What liberal leaders?

Who are these liberal leaders? Are they Khalid Samad? Dzulkefly Ahmad? Mujahid Yusof Rawa?

Hanipa Maidin? Let’s prepare a stage and call them for debates. We can do this closed-door.

Salahuddin Ayub, PAS vice president


When there is no election…

There’s no fun if there’s no fighting. When there’s no election, we fight among ourselves, as long as within the spirit of brotherhood in congregration. Criticism can be in good faith, every member loves the party, but love the party the right way. If you want to criticise the president, use the right channel to safeguard the congregration.

Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS vice president


Big family

PAS must have a big heart, like a big family, with a lot of children with variety of characters. There are 13 other positions of Menteri Besar and chief minister, (don’t fight) because of one and a Sultan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS vice president


Meet me

Why not just invite me to meet?

Husam Musa, PAS vice president, urging those who have issues with him to meet him personally to resolve conflicts instead of spreading lies


PAS and palace

The Ulama would like to suggest that we should accept any decision made by the Sultan. If he chooses PKR, we will accept. If he chooses PAS, we will accept.

Dr Mahfodz Mohamed, PAS Ulama deputy chief, on Sultan Selangor’s soon-to-be-announced decision on the new Selangor Menteri Besar candidate.

DS TG HAHA - http://www.youtube.com/watch?v=SS5EBbarsBc

Sumber HD - 20-9-2014




Panggil berhujah, jangan tuduh di media - Salahuddin

MUHAMMAD FAIZAL | .


BATU PAHAT: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta semua pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat mana-mana pimpinan memanggil mereka untuk berhujah dan bukannya membuat tuduhan di dalam mana-mana media baru.

Beliau menegaskan melalui forum atau wacana yang diadakan ia dapat memberi peluang kapada individu terbabit untuk menyatakan pendapat mereka.

"Kita dididik dengan kasih sayang di dalam PAS sejak sekian lama, namun apa yang mengecewakan kebelakangan ini melalui media baru ada pihak yang menuduh pimpinan kita dengan pelbagai tuduhan.

"Menuduh sekular, profesional, siapa sekular dan profesional, Khalid Samad, Mat Sabu, Hanipa Maidin atau saya sendiri.

"Kita jangan menuduh tetapi panggil mereka untuk memberi penerangan dan bincang, panggil pendebat yang hebat untuk berdepan dengan mereka dan saya pasti ini medan yang terbaik," ucap beliau pada sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.

Beliau turut menasihati agar Pemuda PAS Malaysia memperkasakan barisan kepimpinan sayap itu dengan hala tuju politik yang jelas dan bukan terus mengkritik bagi persediaan untuk mengambil barisan pimpinan pada masa akan datang.

"Delegasi kepimpinan Pemuda ini kita warisan dari pimpinan yang hebat dan ini sepatutnya kita warisi sehingga sekarang.

"Kita perlu berjiwa besar kerana kita dari PAS, sebuah parti yang menjiwai syariat Islam. Pemuda perlu menjiwainya untuk, jangan timbul isu untuk menjatuhkan kepimpinan kita.

"Kita memiliki pemimpin yang berjiwa besar seperti Presiden PAS dalam memacu hala tuju parti kita untuk terus disegani oleh semua pihak," kata beliau di hadapan perwakilan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Permerkasaan Parti turut menjelaskan beberapa perkara telah dirangkakan dalam usaha memperkasakan parti.

"Empat perkara sahaja yang kita rangkakan dalam Lembaga Permerkasaan Parti sebagai fokus kita antaranya adalah melihat kembali kedudukan Perlembagaan PAS, kita menerokai dan memperkukuh hubungan kita dengan masyarakat luar, NGO dan juga jabatan-jabatan kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

"Kita turut mencadangkan penubuhan Jabatan perhubungan Awam di peringkat parti dan ke empat kita akan mengangkat imej dan penampilan parti melalui pendekatan yang bersikap inovatif," kata beliau.

Jelas beliau, melalui amanah yang diberikan fokus yang pertama dan diberi keutamaan adalah melihat secara keseluruhan tentang Perlembagaan PAS.

"Pada hari pertama PAS ditubuhkan pada tahun 1951 mungkin ahlinya tidak sampai 100 orang tetapi hari ini mengikut catatan Pejabat Agung PAS, ahli PAS telah mencapai satu juta orang.

"Setiap bulan kita mengadakan mesyuarat bulanan hampir dua ribu ahli baru telah kita luluskan, ini bermakna parti kita diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar dan dipersetujui tadi anak bongsu kita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Tanggungjawab saya dan rakan-rakan yang telah diamanahkan oleh kepimpinan supaya perlembagaan kita ini menjadi lebih dinamik tidak beku untuk kita menghadapi perkembangan baru di dalam parti," ucapnya lagi.

Kata beliau lagi, setelah kelulusan diperolehi di peringkat PAS Pusat dalam beberapa pindaan di dalam Perlembagaan PAS, satu Muktamar Khas akan diadakan pada tahun hadapan bagi mendapat persetujuan semua.

Antara beberapa pindaan yang dicadangkan adalah pemilihan jawatankuasa dipinda kepada tiga tahun dari dua tahun, mewujudkan lebih banyak jawatan di dalam parti kerana terdapat ramai golongan ulama muda dan profesional menyertai PAS, menaikkan kepada 25 jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan dari 18 yang ada sekarang serta mewujudkan jawatan-jawatan baru di dalam Dewan Harian. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




'Saya tak kata Jokowi lebih baik dari TG Abdul Hadi'

SALMIYAH HARUN | .

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak pernah menyebut Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) lebih baik daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mohamad yang menyampaikan ucapan pada sesi penggulungan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini sekaligus menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan mereka yang berkata demikian yang dikaitkan dengan beliau wajar mengambil wuduk.

"Tujuan hendak jatuhkan presiden tidak ada langsung, itu bukan niat kita.

"Kalau kita hendak menang kita tonjol prestasi dasar Islam yang kita perkukuhkan," kata beliau.

Mengenai 'serangan' para perwakilan kepadanya, beliau dengan bersahaja menyatakan seronok dengan menganggap perkara itu biasa dalam PAS.

Begitupun, beliau ‘kurang seronok’ dengan tindakan pihak tertentu yang menyimbah cat merah pada poster yang terdapat gambarnya berhampiran tapak muktamar.

“Yang tak seronok gambar saya depa bubuh cat. Ini tak seronoklah. Nanti muslimat marah,” ujarnya berseloroh.

Malah katanya yang turut mengimbau bagaimana beliau mengambil berat kedudukan Presiden PAS yang bertanding di parlimen Marang terus terjamin.

"Saya minta rakan-rakan aturkan program untuk saya turun di Marang waktu itu bagi memenangkan presiden pada PRU13.

"Begitu juga di Temerloh, saya aturkan perjumpaan dengan pengundi Cina yang tidak berapa mahu undi calon kita. Saya tinggalkan Pendang, terus ke Temerloh. Walaupin berbeza pendapat dengan Nasrudin wajib saya untuk menangkan dia," katanya.

Sebelum ini laporan media mendakwa menyanjungi Jokowi ketika mengulas kemenangan Presiden Indonesia itu. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Tn Hj MS - https://www.youtube.com/watch?v=yFuZKEclb2U

Sumber HD - 20-9-2014




Buang yang keruh, kata TG Haron Din

HARAKAHDAILY | .

BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini.

Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang.

"Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang.

"Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini.

Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan.

Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam.

Menurut beliau, walaupun talak tidak digalakkan dalam Islam, tetapi ianya dibolehkan.

Sekalipun suami enggan melafazkan talak, namun syariat membenarkan isteri menuntut fasakh jika suami melanggar syarat tertentu, katanya.

"PAS tak keluar dari Pakatan Rakyat atau PAS dibuang dari Pakatan Rakyat. Kena reserve perkara itu.

"Pimpinan PAS pertimbang semua pandangan," katanya sambil menegaskan keputusan PAS setakat ini akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat seperti ditegaskan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat penilaian kelangsungan tahaluf siyasi dengan mengambil kira kesan baik dan buruk dari masa ke masa. - HARAKAH 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014

Dr MM - http://www.youtube.com/watch?v=GgCSAyZxrU4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ




PAS tidak 'pelahap' jawatan MB Selangor

SALMIYAH HARUN | .


BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak 'pelahap' dengan jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-60 di Parit Raja, petang ini.

Katanya, walaupun PAS memenangi 15 kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang lalu tetapi tidak menuntut jawatan Menteri Besar.

"Walaupun undang-undang tubuh negeri Selangor menyatakan Menteri Besar Selangor mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam," katanya.

Pada PRU13 lalu, DAP juga mendapat 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 kerusi.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah 'membeli' dua Adun merupakan etika dalam tahaluf siyasi.

"Jangan jadi broker dan barua!" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ini kerana, katanya setiap wakil rakyat PAS mengadakan baiah (ikrar setia).

"Mana lebih besar aku janji dengan baiah?" tanya beliau dengan tegas. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Presiden PAS tidak guna kuasa veto buat keputusan

ANIS NAZRI | .

BATU PAHAT: Para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 sekali lagi diingatkan bahawa parti itu memerlukan kepelbagaian latar belakang bagi menjayakan peranan masing-masing.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata sesiapa yang berasakan kepelbagaian latar belakang itu tidak diperlukan parti, mereka merupakan golongan yang tidak memahami dinamika perjuangan PAS.

"Kemunculan kumpulan-kumpulan di dalam PAS mempunyai peranan tersendiri. Siapa yang kata golongan profesional tidak perlu, dia tidak tahu dinamika perjuangan PAS. Siapa yang kata ulama tidak perlu, dia juga tidak faham dinamika perjuangan parti. Begitu juga bagi golongan aktivis," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan, petang ini.

Sebagai contoh, tambah Mustafa, peranan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman sebagai seorang aktivis parti tidak boleh dipertikai, malah Mazlan lebih dikenali di kalangan pihak yang berjuang bersamanya berbanding pimpinan lain.

Dalam pada itu, Mustafa mengingatkan para ahli agar tidak membiarkan kewujudan kumpulan-kumpulan ini menjadi jalan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

"Saya ingin mengingatkan para perwakilan, jangan sampai ada yang ingin menjatuhkan mana-mana pimpinan parti. Setiap pemimpin ada melakukan kesilapan, namun perlu diselesaikan secara baik," tegas beliau.

Mustafa turut menegur sesetengah pihak dalam parti yang meminjam kenyataan pihak luar parti yang mempertikaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Sementara itu, Mustafa turut menjelaskan bahawa presiden tidak menggunakan kuasa veto dalam membuat sesuatu keputusan, melainkan dalam keadaan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Ucapan wakil ulama tadi seolah-olah menggambarkan presiden menggunakan kuasa veto.

Sedangkan tidak berlaku kecuali dalam keadaan tidak sempat mengadakan mesyuarat tetapi keputusan segera perlu diputuskan," jelas beliau lagi. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Tn Hj MA - https://www.youtube.com/watch?v=ypbEHfgE9fQ

Sumber HD - 20-9-2014




Apa salahnya jemput saya untuk bertemu - Husam

HARAKAHDAILY | .


BATU PAHAT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli di semua peringkat PAS agar 'tabyyun' (menyelidik) segala maklumat yang sampai kepada mereka sebelum menerima dan menyebarkannya.

Katanya, konsep tabayyun sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan berhadapan dengan isu-isu besar kerana dikhuatiri maklumat yang tidak tepat itu boleh mengundang perpecahan dalaman parti akibat prasangka salah yang wujud.

Adalah lebih baik katanya, segala persoalan serta kemusykilan diselesaikan secara pertemuan dalam suasana ukhuwah.

"Kita bukan nak berdebat, tetapi kita nak bertaaruf. Apa salahnya PAS Pusat buat pertemuan dengan Ulamak PAS Pahang.

"Ulamak Perak apa salahnya jemput saya untuk bertemu," katanya sewaktu sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Ucapan penggulungan beberapa pimpinan hari ini banyak menjurus kepada isu yang berkait isu hubungan ulama-profesional yang dilihat semakin regang.

Ianya dipanaskan dengan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang bahru yang dilihat menajamkan lagi perselisihan kedua-dua jalur ini.

Mengulas isu tuduh-menuduh terhadap individu dan pemimpin tertentu pula, Husam berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam harus memberi ruang kepada yang dituduh.

Ianya adalah satu konsep dalam mencari keadilan dalam Islam agar segala kuputusan yang dibuat, adil dan tidak menzalimi orang lain.

"Dalam keadaan ini, cuba tuan-tuan letak diri pada orang yang dituduh itu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




'Pemuda tidak terlibat, mungkin abang-abang kita'

MUHAMMAD FAIZAL | .



BATU PAHAT: Kegagalan perwakilan membincangkan soal rakyat serta isu semasa dan lebih tertumpu kepada krisis dalaman parti pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat menarik perhatian Pemuda PAS Malaysia.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat ketika menyampaikan ucapan penggulungan meminta agar semua pihak di dalam PAS memberikan 70 peratus fokus kepada masa depan dan hanya 30 peratus untuk masalah dalaman parti.

"Kita perlu segera menyelesaikan krisis yang kita hadapi sekarang ini, jangan kita leka dengan permasalahan dalaman sehinggakan kita lupa memikirkan masa hadapan.

"Biar pimpinan di atas menyelesaikan apa yang berlaku, kita perlu fokus kepada masalah rakyat serta isu semasa sekarang ini," ucap beliau.

Beliau kesal apabila Pemuda PAS dikaitkan dengan segala permasalahan yang timbul dan menegaskan sayap parti itu tidak pernah terlibat atau menjadi punca kepada konflik yang timbul.

"Sejak dari Langkah Kajang, isu Menteri Besar di Selangor, pendapat yang tidak selari dengan pimpinan termasuk juga tuduhan melabelkan orang tertentu, Pemuda tidak pernah terlibat sebaliknya ia mungkin melibatkan abang-abang kita.

"Tetapi dalam krisis tersebut Pemuda menjadi mangsa, kita sebenarnya ingin menjadi golongan penenang kedua-dua pihak yang sedang berbeza pendapat dan bukannya menjadi punca kepada perbezaan tersebut," sambung beliau lagi.

Jika krisis dalaman itu tidak diselesaikan, beliau yakin muktamar yang akan datang pasti menimbulkan perkara yang tidak dapat dijangkakan.

"Pertembungan dua golongan yang tidak mendapat penjelasan dari kepimpinan mengakibatkan ini berlaku, sebab itu saya mahu ia segera diselesaikan. Kita kembalikan kepada hidup ukhuwah berjemaah," tambah beliau.

Beliau meminta semua pihak untuk tidak menunding jari kepada Pemuda dalam krisis tersebut sebaliknya melihat sedikit pengorbanan yang dilakukan Pemuda melalui Pasti dan juga Jabatan Amal dalam bersama dengan rakyat. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

SK - http://www.youtube.com/watch?v=mhH7j0ImHaw

Sumber HD - 20-9-2014




Tulisan individu tidak gambarkan strategi parti

ANIS NAZRI | .

BATU PAHAT: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berpandangan setiap karya yang dihasilkan seseorang itu adalah hak berkarya mereka dan bukan menggambarkan pandangan PPP serta strategi parti.


Perkara itu dipertegaskan Pengarah Eksekutif PPP, Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai respons terhadap artikel penulisan Pengarah Operasi badan itu, Dr. Zuhdi Marzuki yang menimbulkan kontroversi, sebelum ini.

"Seseorang yang menghasilkan sebarang penulisan merupakan hak untuk mereka berkarya, malah ia tidak menggambarkan pandangan badan itu dan strategi parti," jelas beliau ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60, pagi ini.

Sementara itu, mengulas berkaitan peranan PPP sebagai sebuah badan pemikir parti, Dzulkefly menjelaskan PPP bertindak sebagai satu medium 'check and balance' dalam meneliti isu di dalam negara, selain menampilkan agenda negara berkebajikan.

Bagaimanapun, beliau mengakui berhadapan dengan masalah dana, selain sumber tenaga pemikir yang terhad.

"Kami sedar PPP diharapkan boleh menjadi seperti satu pusat 'survey' seperti UMcedel, Merdeka Centre. Namun, ia memerlukan dana yang bukan sedikit. Untuk tinjauan pilihan raya kecil secara sederhana pun memerlukan paling tidak RM60,000," jelas beliau.

Dalam pada itu, menjawab persoalan yang dibangkitkan perwakilan berhubung hasil dapatan kajian yang dilakukan PPP tentang isu pertukaran menteri besar Selangor, Dzulkefly berkata dapatan itu bukan merupakan dokumen umum yang perlu didedahkan.

Kajian itu, katanya bersifat 'focus group' dan hasilnya telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Isu MB S'gor: Mahfuz mohon maaf jika guris perasaan

HARAKAHDAILY | .

BATU PAHAT: Ketua Penerangan PAS Datuk Mahufuz Omar hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka jika ada di antara tindakan dan kenyataan beliau sebelum ini, khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor mengguris perasaan ahli dan penyokong PAS.

Bercakap pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini, beliau berkata, tindakan itu dibuat atas rasa jiwa besar dan tidak mahu ada salah sangka sesama sendiri.

"Kita perlu berjiwa besar dan saya mintak maaf jika saya salah.

"Saya juga memaafkan mereka yang menghina saya sebelum ini," katanya yang mengakui turut dipalit dengan 'kemelut' yang berlaku ekoran isu perlantikan Menteri Besar Selangor.

Mengulas isu perbezaan pendapat diantara kepimpinan dalam parti, beliau berkata ianya perkara biasa termasuk didalam mesyurat di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Ujar beliau, perbezaan pendapat itu bagaimanapun berlaku dalam suasana ukhuwah dan masih menjaga akhlak berjamaah.

"Apa yang penting rumusan dan keputusan mesyuarat dipertahan dan dilaksanakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sementara itu, mengulas isu-isu yang dibangkitkan, lujnah penerangan ujarnya akan sedaya upaya mengangkat isu-isu besar negara khususnya melalui suara Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat.

Beliau juga menyeru semua ahli untuk membantu dalam menyalurkan input maklumat berkaitan dengan isu-isu penting negara. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Aktiviti silang budaya bukan bermakna iktiraf agama

SALMIYAH HARUN | .

BATU PAHAT: Aktiviti silang budaya yang dianjurkan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dibolehkan selagi tidak bercanggah dengan syarak.


Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam menuntut untuk meraikan pelbagai budaya dan atas dasar PAS menganjurkan sidang budaya ini.

"Antara aktiviti yang kami buat program dialog, makan malam kedamaian dan bertemu serta berdialog dengan ketua-ketua agama," katanya.

Malah katanya melalui aktiviti ini mereka di kalangan kaum Cina dan India dapat memahami pandangan PAS.

"Tetapi tidak bermakna kita mengiktiraf agama mereka cuma menghormati dan memahami budaya mereka," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS kali ke-60 hari ini.

Sehubungan itu katanya, soal prejudis di antara kaum tidak akan timbul sekiranya telah memahami budaya kaum masing-masing.

Menegaskan aktiviti menziarah kematian mereka yang selain beragama Islam, Mujahid berkata ziarah itu tidak lebih atas nama kemanusiaan.

Aktiviti Silang Budaya telah dilaksanakan sejal 2008 dan aktiviti ini meliputi ziarah dan dialog antara kaum.

"PAS pusat mengalu-alukan kawasan dan negeri untuk terlibat dalam aktiviti Silang Budaya. Antara negeri yang terlibat Kedah, Selangor dan Pulau Pinang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Isu Selangor terus mendominasi muktamar

HARIS ZALKAPLI | .




MUKTAMAR ke-60 yang diadakan di Batu Pahat, Johor kali ini terus dikuasai isu-isu Selangor dan kesan politik dari Lembah Klang.

Muktamar kali ini jelas didominasi oleh kesan-kesan dan akibat daripada "Langkah Kajang," yang bermatlamat mengubah kepimpinan negeri Selangor.

Isu ini menyentuh secara langsung tahaluf siyasi, yang diperdebatkan dengan hebat sepanjang muktamar, bermula daripada Dewan Pemuda dan Ulamak.

Kecenderungan menyokong Datuk Seri Wan Azizah bersuara dengan lantang, dan pada petang hari kedua, muktamar digemparkan dengan ucapan wakil Pemuda, Sany Hamzan menuntut sokongan PAS menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya ditawarkan jawatan itu.

Kedua-dua cadangan itu dan reaksi balas dari hadirin yang sebahagian besarnya negatif menjadi tumpuan utama pada hari kedua.

Ucapan wakil Pemuda itu menghangatkan lagi persaingan di muktamar kali ini, yang bermula di muktamar Pemuda pada hari Selasa.

Malah, semasa muktamar Pemuda, reaksi dan tindakan sekumpulan Pemuda menyatakan sikap mereka berhubung sokongan kepada presiden dan kepimpinan ulamak juga dipimpin sebahagian besarnya oleh pemimpin-pemimpin Pemuda dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pemuda Selangor menentukan sebahagin besar sikap dalam kalangan Pemuda PAS, disebabkan kedudukannya yang sentral dekat ibu negara dan menerima kehadiran ramai tokoh Pemuda, dan kedudukan di negeri Selangor yang paling rancak politiknya, terutama melibatkan hubungan dengan parti-parti Pakatan.

Menjelang pelantikan menteri besar Selangor yang dijadualkan Selasa nanti, mereka yang mahu PAS menolak jawatan itu yang dikatakan sebagai mengotakan janji kepada rakan Pakatan Rakyat.

Pandangan ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sejak beberapa minggu sebelum muktamar, menerima reaksi bercampur-campur daripada ahli.

Semakin hampir dengan hari Selangor mendapat menteri besar baharu, muktamar kali ini tidak dapat mengelak daripada menjadi satu medan penting pembuatan keputusan melibatkan hal ini melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tumpuan pada isu Selangor ini malah hingga melarikan fokus kepada negeri Johor, yang antara alasan utama diberikan dalam memilih negeri kubu kuat Umno ini ialah menunjukkan kehadiran PAS sebagai sebahagian persediaan untuk meraih kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Namun, ketika artikel ini ditulis pada malam kedua muktamar, Johor masih sekadar menjadi lokasi muktamar, dan medan tempur utama dikuasai isu Selangor.

Hal ini membuktikan kedudukan penting Selangor dalam mencorakkan hubungan sesama Pakatan, dan memperlihatkan masih banyak usaha yang lebih serius diperlukan untuk PAS memposisikan diri dan lebih dikenali di Johor. – HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Walau dibubar, peguam Luham tetap bantu PAS

HARAKAHDAILY | .



BATU PAHAT: Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat Hanipa Maidin menegaskan, pihaknya bersedia sekiranya lujnah itu dibubarkan ekoran kenyataan mereka yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'mempertikai' Majlis Syura Ulamak PAS.

Bercakap sewaktu sesi penggulungan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini hari ini, beliau berkata, apapun yang berlaku, pihaknya akan terus komited untuk membantu pimpinan dan ahli PAS dalam isu perundangan.

"Ada mintak Luham dibubarkan. Saya tidak ada masalah dan saya sokong.

"Kami tidak perlukan nama. Hatta, kami tetap akan bantu pimpinan dan ahli dalam isu-isu perundangan," tegasnya.

Penegasan itu dibuat sebagai respons kepada soalan dari perwakilan yang mempersoal bidang kuasa Luham yang dilihat seperti telah mengambil kuasa Majlis Syura Ulamak dan ke arah menjadi badan hisbah parti.

Persoalan itu timbul ekoran kontroversi kenyataan mereka sebelum ini terhadap Majlis Syura Ulamak yang berkait dengan penafsiran perlembagaan terhadap bidang kuasa Presiden PAS.

Mengulas lanjut berhubung kenyataan kontroversi itu, Hanipa berkata Luham berbuat demikian atas tanggungjawab sebagai lujnah yang berperanan dalam memberi pandangan berhubung soal perundangan melibatkan parti.

"Kami tidak melampaui dan tidak mengambil kuasa Majlis Syura PAS," katanya sambil mengakui beberapa individu di dalam Luham termasuk beliau sendiri dikecam hebat ekoran kontroversi kenyataan itu.Penjelasan oleh beliau hari ini juga masih mengundang rasa tidak puas hati sesetengah perwakilan dan pemerhati sehingga menuntut Timbalan Pengerusi Tetap menenangkan suasana. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

YB HM - http://www.youtube.com/watch?v=apaFQNWixmk

Sumber HD - 20-9-2014




Isu alam sekitar mampu tarik pengundi

MUHAMMAD FAIZAL | .

BATU PAHAT: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat berpendapat isu alam sekitar turut menjadi peranan utama dalam menarik pengundi untuk menyokong mana-mana parti pada setiap kali pilihan raya.


Pengerusinya, Zulkefli Mohamad Omar memberitahu dalam menarik pengundi, PAS setiap negeri perlu menubuhkan Lajnah Alam Sekitar.

"Kita perlu sedar alam sekitar juga mampu menarik sokongan pengundi kepada kita, sebab isu alam sekitar sebenarnya mempunyai hubung kait terus dengan pengundi," katanya.
Tambahnya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditubuhkan juga kerana isu alam sekitar yang melibatkan penduduk di Broga.

"Isu alam sekitar bukan sahaja membabitkan soal kesihatan tetapi juga membabitkan pembaziran wang rakyat dan ini yang sedang berlaku dalam negara ini terutamanya pembinaan insinerator," ucap beliau pada sesi ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 di sini, pagi ini.

Beliau yang turut meminta agar PAS Sarawak memberi fokus dalam isu alam sekitar bagi persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

"Sarawak mempunyai banyak masalah dalam soal alam sekitar, isu pembalakan, pencemaran air atau pun punca air bersih. Kita perlu kumpul segala maklumat ini untuk persediaan kita mencari jalan penyelesaiannya," katanya.

Tambah beliau, satu perbincangan akan diadakan pada peringkat PAS Pusat bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu alam sekitar.

"Kita kena fikir sekarang untuk mencari jalan penyelesaian, siapa pun memerintah isu sampah mahupun alam sekitar akan dihadapi.

"Jadi PAS perlu bersedia lebih awal untuk penyelesaian masalah ini. Kita akan pastikan pemerintahan PAS yang terbaik dalam isu alam sekitar," ucap beliau lagi. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Pertukaran saf kepimpinan tahun hadapan?

WAN NORDIN WAN YAACOB | .




MEMANG pernah berlaku dalam sejarah, PAS menghadapi zaman kegawatan dan krisis kepimpinan khasnya semasa zaman Datuk Asri Muda menerajui parti. Ketika itu, Asri dan beberapa rakannya meninggalkan PAS untuk terus bersama bahtera Umno.

Kemudian, Datuk Ustaz Nakhaie Ahmad pula meninggalkan PAS dan hingga kini masih terus bersama Umno walaupun terdengar khabar bekas pengasas Harakah serta jilid usrah ini merisik khabar untuk bersama PAS semula khasnya dalam konteks PAS di Kedah.

Semua rencah ini seharusnya menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saf kepimpinan dan penggerak PAS ketika ini, ketika PAS sedang berdepan satu lagi krisis yang parah yang pada bila-bila masa sahaja boleh meranapkan parti.

Tohmahan, fitnah dan persoalan saling tidak meyakini sudah mula menjamah batang tubuh parti yang selama ini berdiri atas 'wehdatul fikh' (kesatuan fikrah). Langsung tidak terdetik di hati mereka yang bercakaran untuk menghumbankan ego dalam diri menginsafi kelemahan dan kesilapan masing-masing bagi merungkai kemelut yang membarah.

Muktamar Tahunan PAS ke-60 di kubu kuat Umno menyaksikan PAS bercakaran sesama sendiri, ulama membedal profesional dan aktivis, sementara aktivis membuka baju ulama untuk kononnya dilihatkan sebagai tidak lagi bersifat ulama.

Doa mendoa menjatuhkan antara satu sama lain mula menjadi ratib insan bernama ahli dan kepimpinan PAS, sementara caci mencaci menjadi budaya, saling tidak menghormati, provokasi bukan lagi tertumpu kepada Umno, propaganda untuk menjatuhkan kawan sendiri.

Penubuhan banyak NGO yang mewakili kedua-dua pihak bertelagah menjadi solusi untuk saling bantai-membantai, atas alasan apa sekalipun mereka tetap istiqamah untuk membantai antara satu sama lain. Teguran pihak yang lebih senior agar perbalahan ini dihentikan tidak menjadi satu 'guide line' untuk mereka menghentikan percakaran.

Malah selepas teguran oleh Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz sekalipun, pihak yang bertelagah masih terus bercakaran. Profesional memukul ulama, ulama memukul profesional. Masing-masing melondehkan kelemahan antara satu sama lain.

Pentas perbahasan menjadi wadah membedal antara satu sama lain, bukan lagi medan muhasabah atau medan mencurah idea menggarabkan usaha memfokuskan lawan. Medan perbahasan menjadi simbol kemegahan untuk bertakbir menghina kawan. Doa tidak lagi untuk kebaikan jamaah, sebaliknya untuk mencurah api kemarahan buat kawan-kawan.

Tidak ada lagi istilah ukhuwwah, tidak ada lagi manfaat tarbiyah dan usrah yang menjadi elemen meneguhkan kefahaman dan menjana jati diri ahli serta kepimpinan di pelbagai peringkat, jauh sekali mahu menyebut dakwah kepada Islam dan bukan Islam kerana rakyat sudah mula pudar keyakinannya terhadap PAS yang sedang berkonflik.

Tidak boleh dikatakan tidak, ledakan panas suhu muktamar tahun ini akan menjadi lebih panas menjelang pemilihan tahun hadapan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61. Pastinya semua pihak yang bertelagah sudah mula berkira-kira mencongak strategi bagi memastikan saf yang mereka akan tampilkan nanti menang dan mendominasi parti.

Tidak mahu tidak maka perubahan di saf kepimpinan utama pastinya akan berlaku, sama ada mencabar dan tercabar, persaingan pemilihan pada tahun hadapan pastinya sengit. Sebaik habis sahaja muktamar kali ini, usaha melobi akan bermula.

Boleh dikatakan pemilihan tahun hadapan pastinya mengubah lanskap kepimpinan tertinggi PAS. Posisi Presiden, timbalan, naib naib pastinya menjadi fokus utama sama ada berlaku perubahan drastik, tidak kurang kemungkinan perubahan di peringkat Majlis Syura Ulamak, sama-sama kita nantikan. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




PAS susun silibus tarbiah untuk ahli

HARAKAHDAILY | .


BATU PAHAT: PAS menyusun silibus tarbiah kepada ahli sejak 1982, kata Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, antara pemimpin yang terlibat menyusun silibus itu ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman, Almarhum Ustaz Hassan Shukri, Almarhum Datuk Ustaz Harun Taib dan Tuan Guu Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, silibus itu ditajdid pada 2005 ketika Tuan Guru Abdul Hadi sebagai mursyid dan beliau selaku setiausaha dengan enam marhalah disusun.

Beliau menyatakan demikian semasa sesi penggulungan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja, dekat sini pagi ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang memberi penjelasan itu sebagai respons kepada ucapan wakil Dewan Muslimat, PAS Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang menyentuh ljanh berkenaan.

Beliau juga berharap agar semua ahli memahami bahawa PAS adalah gerakan Islam, politik dan dan dakwah.

"Ini perlu difahami oleh ahli-ahli kita yang berbeza dengan jamaah lain dan parti lain," ujarnya lagi.
Katanya, jika PAS adalah gerakan politik sahaja ia tidk akan bertahan lama.

"Dengan melalui program tarbiah, jihad, kefahaman kita, kta mampu berada di persada politik sampai 63 tahun," katanya.

Tambah beliau, walaupun PAS adalah gerakan politik tetapi apabila peti undi ditutup, PAS bergerak sebagai gerakan Islam. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Terima usul tubuh Institusi Pemikiran TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: Penubuhan Institusi Pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah antara usul yang diterima tanpa bahas.

Usul-usul lain yang diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros, di sini ialah usul memperkasakan Islam daripada Dewan Ulamak PAS Pusat, Kembalikan Hak Wilayah Laut Negeri, Tolak Akta 750 dan Syarikat Penerbangan MAS daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pemerkasaan DHPP dan Pengukuhan Sokongan Bukan Islam Kepada PAS daripada PAS Kawasan Hulu Langat, usul berkaitan menentang perkauman (asabiah) daripada PAS Kawasan Kelana Jaya dan usul agama (PAS Kawasan Dungun).
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

USUL MEMPERKASAKAN ISLAM

“Sesungguhnya agama (cara hidup yang diredhai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali Imran: Ayat 19)

“Dan sesiapa yang mencari agama (cara hidup) selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran: Ayat 85)
Bertolak daripada ayat-ayat di atas yang selari dengan roh dan inti perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang telah meletakkan dasar perjuangannya ialah Islam dan telah menggariskan matlamatnya dalam Fasal 5 (1) untuk “memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Ayat serta dasar dan matlamat tersebut juga selari dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan “Islam ialah agama bagi persekutuan.”

Maka bertolak atas aqidah, inti perjuangan dan roh inilah, Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

1. Mendesak PAS Pusat mengangkat agenda Islam supaya dilihat dan kelihatan dalam PR secara bijaksana dan berhikmah yang menjadi matlamat utama keharusan bertahaluf siasi.

2. Mendesak PAS Pusat memastikan sebarang sebarang perjanjian, deklarasi, manifesto pilihanraya dan apa-apa juga persefahaman yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat, mesti dan mengambil kira bahawa “Tiada sebarang halangan bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melaksanakan dasar, matlamat parti dan lain-lain, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.”

3. Mendesak Majlis Syura Ulamak PAS menyediakan garis panduan dan batas syarak dalam bertahaluf siyasi sebagai panduan kepada PAS Pusat dan pimpinan parti yang terlibat secara langsung dalam Pakatan Rakyat serta seluruh ahli.

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

USUL PENUBUHAN INSTITUSI PEMIKIRAN TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bukan hanya seorang pemimpin politik semata-mata, beliau juga seorang ulama haraki yang disegani di dalam dan di luar negara. Keberadaanya dalam mana-mana program bertaraf antarabangsa sering mendapat perhatian dunia Islam. Beliau juga sering terlibat dalam memberi pandangan kepada gerakan Islam antarabangsa dalam isu-isu dan konflik umat Islam di serata dunia. Kemampuan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh Tuan Guru diiktiraf oleh para ulama sedunia melalui perlantikan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia oleh Profesor Dr. Syeikh Yusof Al Qardhawi dalam persidangan para ulama sedunia baru-baru ini.

Rakyat Malaysia sewajarnya bangga dengan pengiktirafan Kesatuan Ulama Sedunia ke atas rakyat Malaysia yang bernama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Perlantikan adalah satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap pemikiran, ilmu dan kepimpinannya. Rakyat Malaysia tidak sewajar hanya berbangga dengan pengiktirafan ini, pemikirannya hendaklah diinstitusikan supaya bermanfaat kepada umat Islam di negara ini.

Justeru itu, Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim menyarankan PAS Pusat menubuhkan INSTITUT PEMIKIRAN TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG dan menuntut kerajaan Malaysia memberi kemudahan untuk mewujudkan sebuah institusi yang berperanan mempromosikan idea dan pemikiran Tuan Guru Haji Abdul HAdi Awang sebagaimana pengiktirafan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Qatar kepada Dr Yusuf Al Qardhawi. Jika dalam waktu tertentu tidak diberikan kemudahan ini maka Muktamar menuntut mana mana negari di bawah kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan usul ini.

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

USUL KEMBALIKAN HAK WILAYAH LAUT NEGERI, TOLAK AKTA 750

Akta 750 atau Akta Wilayah Laut 2012 telah diluluskan pada 18 April 2012 untuk bagi memenuhi keperluan UNCLOS (United Nation Law of the Sea) sepatutnya hanya menentukan garis sempadan antarabangsa bagi Malaysia.

Seksyen 3(3) Bagi tujuan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara [Akta 55/56], dan Undang-undang bertulis berkenaan Tanah yang dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan perairan wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai itu tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.
Akta ini secara sengaja telah digunakan merampas pelantar benua/ wilayah laut negeri-negeri dengan menghadkannya hanya kepada 3 batu nautika. Ia bertentangan dengan undang-undang negeri bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan;

1) Ordinan Tanah Sabah dan Ordinan Tanah Sarawak
2) North Borneo (Alteration of Boundries) Order in Council 1954 dan 1958 bagi tujuan Pelantar Benua kedua-dua Negeri ini.
Negeri-negeri di semenanjung seperti Kelantan dan Terangganu ia adalah bertentangan dengan hak negeri yang termaktub di dalam
1) Kanun Tanah Negara yang meletakkan hak tanah di bawah negeri
Akta 750 bertentangan dengan juga Perlembagaan;
1) Artikel 2
"mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.
2) Artikel 76 Perlembagaan
"Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua negeri atau lebih;atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri."
Justeru itu, Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mengambil ketetapan berikut:
⦁ Akta ini hendaklah ditolak oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dalam sidang dun negeri masing-masing,
⦁ Adun-Adun PAS hendaklah membawa isu ini ke dun di negeri yang tidak diperintah, dan
⦁ Ahli-ahli Parlimen PAS hendaklah membawa usul dan isu ini ke parlimen bahawa AKTA ini tidak memenuhi peruntukan Artikel 2 dan 76 Perlembagaan Persekutuan.

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

USUL KEPADA SYARIKAT PENERBANGAN MAS

Kejadian pesawat MH17 yang ditembak di Ukraine dan kehilangan pesawat MH370 memberi pengajaran bermakna kepada kita. Beberapa perubahan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan MAS dan kerajaan Malaysia supaya pesawat dan kru nya sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT. Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mengambil ketetapan menuntut pihak MAS memberi kebenaran kepada peramugari MAS untuk berpakaian menutup aurat sebagaimana telah diamalkan oleh beberapa negara yang lain seperti Brunai Darul Salam.

PAS KAWASAN HULU LANGAT

USUL PEMERKASAAN DHPP & PENGUKUHAN SOKONGAN SOKONGAN BUKAN ISLAM KEPADA PAS

DHPP merupakan sayap yang sangat penting dalam menjayakan tujuan Parti Islam SeMalaysia PAS seperti yang digariskan dalam perlembagaan Fasal 5 (1): “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

DHPP berperanan membawa prinsip dan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Peranan yang dimainkan oleh DHPP telah mendekatkan PAS kepada masyarakat bukan Islam dan meningkatkan undi bukan Islam kepada calon-calon PAS dalam pilihanraya.

Keberkesanan gerakerja DHPP perlu disokong dengan proses peningkatan kefahaman ahli-ahlinya, terhadap asas-asas Islam dan pengetahuan tentang politik Islam yang didokong oleh perjuangan PAS secara berterusan.

Justeru itu, Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim menuntut dan mendesak perkara berikut:
⦁ Lajnah Tarbiyah & Perkaderan, Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menyediakan modul latihan yang komprehensif untuk DHPP, supaya sahabat kita yang menyertai DHPP dapat lebih mengenali perkara-perkara asas agama Islam dan kesyumulan Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
⦁ Modul yang disediakan ini, dilaksanakan secara sistematik di peringkat PAS Kawasan di seluruh negara.
⦁ DHPP membantu Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dalam merangka modul penerangan tentang agama-agama lain dan budaya masyarakat bukan Islam kepada ahli-ahli PAS. Ini dapat membantu proses “Li Taa’rafu” seperti mana yang dianjurkan oleh ALLah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13.

PAS KAWASAN KELANA JAYA

Memandangkan perkauman adalah ditentang oleh Islam seperti yang dirakam di dalam Al Quran, hadis dan diperlihatkan dalam Sunnah.

Memandangkan isu perkauman kini bertambah marak ditiupkan oleh golongan tertentu, atas kepentingan mereka, bukan saja dalam kempen pilihanraya tetapi juga pada setiap masa dan di mana saja. Keadaan ini akan menimpakan akibat buruk kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Memandangkan isu ini juga akan mengakibatkan perselisihan kaum yang tidak terkawal dan melumpuhkan pelbagai institusi masyarakat yang selama ini berjuang untuk menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan diskriminasi:

Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim

⦁ Meminta PAS Pusat mengambil inisiatif memperbaharui komitmen dan gerakan menentang gejala perkauman (asobiyah) secara berkesan.

⦁ Menggerakkan semua langkah, termasuk mengadakan program besar dan kecil di seluruh negara, bagi menerangkan perjuangan PAS selama ini menentang perkauman.

⦁ Menjelaskan kepada rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat bahawa PAS akan terus menentang perkauman dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak pun dalam perjuangan menentang gejala perkauman ini. Juga mempastikan bahawa golongan perkauman dari pihak manapun tidak boleh dianggap mewakili suara dan sikap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

⦁ Menuntut Kerajan Barisan Nasional bertegas menentang perkauman dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penentangan ini dengan tidak mengambil kira kepentingan dan fedah politik mereka.

PAS KAWASAN DUNGUN

USUL AGAMA
Menyedari bahawa masih ada acara sukan yang tidak menghormati waktu Maghrib dan terus bermain tanpa menghiraukan pemain dan penonton yang beragama Islam, maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mendesak kerajaan Malaysia dan penganjur sukan supaya memberhentikan semua acara sukan apabila masuk waktu Maghrib. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014




Usul pemilikan hartanah Johor lulus dengan pindaan

MUHAMMAD FAIZAL | .



BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS Ke 60 hari ini meluluskan usul Pemuda PAS Malaysia berhubung dengan isu pemilikan hartanah di Negeri Johor dengan pindaan.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin ketika membentang usul tersebut melahirkan kerisauan atas kelonggaran Kerajaan Negeri Johor dalam mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing.

Beliau menjelaskan pengurusan tanpa terkawal ini menyebabkan nilai hartanah melambung tinggi sehingga menyukarkan rakyat negara ini memiliki rumah sendiri selain penguasaan warga asing dalam pemilikan rumah.

"Jangan sampai kita menjadi pengemis di negara sendiri, rakyat tidak mampu menjadi pemilik rumah mahupun hartanah.

"Atas sebab itu Pemuda PAS mengusul agar muktamar meluluskan dan menggesa kerajaan menansuhkan segala keistimewaan yang diberikan kepada warga asing termasuk mengawal penjualan kepada mereka.

"Selain itu juga meminta kerajaan mewujudkan data pemilikan hartanah dari kalangan warga asing bagi mengatasi penjajah halus mereka.

"Kita turut meminta kerajaan memansuhkan GST dan juga TPPA agar kita besa dari pengawalan harga serta ia dapat menghindari kenaikan harga hartanah," ucap beliau.

Khairil yang turut meminta agar muktamar meluluskan serta menggesa Menteri Besar Johor meletakkan jawatan atas kegagalan pengawalan pemilikan hartanah yang berlaku di Iskandar Malaysia.

Dalam pada itu wakil Johor mengenai usul tersebut menolak gesaan Pemuda yang ingin mendesak Menteri Besar Johor meletak jawatan tetapi mencadangan dua cadangan tambahan mewujudkan 40 peratus rumah kos rendah di kawasan Iskandar Malaysia yang sehingga ini gagal dilakukan kerajaan negeri.

Selain itu juga, beliau turut meminta kerajaan negeri mengadakan rumah mampun milik di negeri itu bagi memberi peluang kepada golongan tertentu.

Khairil yang bangun untuk untuk membahas cadangan tersebut turut bersetuju dengan cadangan itu dan meminta ia ditambah dalam usul yang asal, kegagalan Menteri Besar melaksanakan cadangan tersebut Pemuda turut menggesa Menteri Besar meletakkan jawatan.

USUL PEMILIKAN HARTANAH

Bersempena Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang berlangsung di negeri Johor Darul Takzim, maka Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan ini mencadangkan satu usul untuk dibahaskan mengenai isu pemilikan hartanah di Malaysia khususnya di negeri Selatan tanah air ini. Pemilikan hartanah yang sebenarnya dimiliki oleh rakyat Malaysia berdasarkan status pasaran hartanah semasa dan projek-projek mega yang dibangunkan khususnya di bandar-bandar utama seluruh negara.
Isi-isi:

1. Contoh isu utama yang ingin dibangkitkan adalah khusus mengenai liputan projek pembinaan bandar Medini yang berkeluasan 902.44 hektar, di Nusajaya, Iskandar Malaysia. Projek pembinaan ini tidak mempunyai apa-apa had limitiasi terhadap pemilikan oleh warga asing sepertimana yang digariskan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu.

2. Antaranya, ia mendapat pengecualian Real Property Gain Tax (RPGT) dan tiada had minimum pembelian hartanah bagi warga asing yang bernilai RM 1 juta ringgit. Malah, setiap syarikat korporat yang diluluskan untuk beroperasi di Medini banyak mendapat beberapa keistimewaan di bawah ‘incentive and support packages’. Contohnya, pengecualian cukai pendapatan bagi setiap pemaju, badan pengurusan, aktiviti pemasaran sehingga tahun 2020.

3. Sementara itu, tren pembinaan kediaman-kediaman mewah terutamanya bagi segmen jenis kondominium di bandar-bandar utama seluruh negara telah menjadikan nilai hartanah sekitarnya berdepan dengan kenaikan yang mendadak. Daripada maklumat yang diperolehi, sebanyak 27,000 unit kediaman mewah telah ditawarkan sehingga 2013 dan dijangka sebanyak 5,204 unit baharu lagi akan ditambah pada tahun 2014.

4. Daripada maklumat yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REI, Dr Daniel Gambero, pemaju-pemaju di Malaysia ghairah membina hartanah kos tinggi yang sebenarnya mampu dimiliki oleh 30% sahaja rakyat Malaysia. Idealnya, nisbah yang sihat bagi pasaran hartanah adalah

20 (hartanah kos tinggi): 60 (hartanah mampu milik). Namun, hakikatnya hartanah yang ditawarkan di pasaran pada hari ini berkos tinggi sehingga menjangkau kira-kira 60% hingga 70%. Persoalannya, siapakah pemilik rumah tersebut?

DESAKAN USUL

Berdasarkan usul yang diutarakan ini, maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil ketetapan dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-60 pada hari ini ingin mendesak supaya;

a) Pihak kerajaan memansuhkan apa-apa keistimewaan terhadap pemilikan hartanah oleh warga asing khususnya di Iskandar Malaysia, Lembah Klang dan bandar-bandar utama seluruh negara supaya tidak berlaku double standard terhadap layanan yang diberikan terhadap rakyat Malaysia. Ia juga melahirkan kebimbangan terhadap penguasaan hartanah yang kemungkinan didominasi oleh warga asing dan akan mengakibatkan penjajahan halus (neo kolonialisme) di negara ini.

b) Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri mesti mengamalkan sikap telus dan akauntabiliti terhadap rakyat dengan mengemukakan data pemilikan hartanah oleh warga asing di negara ini. Ia bagi menggambarkan situasi sebenar pasaran hartanah di negara dan juga bertujuan untuk mengekang spekulasi lambungan harga rumah yang keterlaluan sehingga mengesampingkan keperluan rakyat terutama generasi muda yang telah dilabel sebagai generasi penyewa atas ketidakupayaan memiliki kediamaan di negara sendiri.

Menyedari bahawa tindakan kerajaan membuka ruang kepada warga negara asing untuk memiliki hartanah dalam negara kita menyebabkan anak-anak tempatan hilang kelayakan untuk memiliki hartanah tersebut.

Memahami bahawa akibat pengecualian Wilayah Iskandar di Johor daripada dikenakan had minima harga hartanah yang boleh dimiliki oleh warganegara asing menyebabkan sekitar 80 peratus hartanah di kawasan tersebut dimiliki oleh warganegara asing.

Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mendesak supaya Menteri Besar Johor meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab ke atas hilangnya hartanah bernilai tinggi di negeri ini kepada warga dan negara asing. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Muktamar lulus berkaitan keselamatan negara

ANIS NAZRI|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 hari ini sebulat suara meluluskan usul berkaitan keselamatan negara.

Usul keselamatan negara itu dikemukakan wakil PAS Kawasan Hulu Langat, Zamzuri Hamzani yang disokong PAS Hulu Terengganu.

Selesai mengemukakan usul itu, Timbalan Pengerusi Tetap, Husin Ismail membuka ruang perbahasan kepada para perwakilan, bagaimanapun tiada perwakilan yang bangun untuk berbahas.

Beliau kemudian meminta sokongan daripada para perwakilan untuk menerima usul berkenaan.

Berikut ialah kandungan usul tersebut.

USUL KESELAMATAN NEGARA
Menyedari bahawa terdapat beberapa insiden besar yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menimbulkan kegelisahan rakyat berkenaan tahap keselamatan negara seperti pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu tahun 2013, kehilangan MH370 dan terdedahnya kelemahan kawalan pintu masuk dan ruang udara pada 2014, peningkatan kes-kes penyeludupan pendatang asing melalui laut dan Laporan PBB Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC2013) menyebut Malaysia sebagai negara yang menjadi sasaran utama dan transit pengedaran dadah antarabangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi tujuan mengaudit, menilai, melapor, dan mencadang penambahbaikan yang menyeluruh terhadap sistem kawalan keselamatan sempadan, keselamatan ruang udara, dan kawalan pintu masuk negara dari sebarang ancaman yang tidak diingini. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Muktamar PAS lulus usul mansuh Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 yang berlangsung di Parit Haji Salleh Ros di sini hari ini meluluskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul bersama dari PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan diluluskan secara sebulat suara.

Gesaan pemansuhan akta itu dibuat antara lain kerana ianya bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan sejagat.

Akta yang diwujudkan sejak zaman penjajah itu juga disifatkan sebagi lapuk tidak lagi releven dalam suasana 57 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Akta itu juga menurut usul tersebut, membolehkan seorang rakyat ditahan secara semberono tanpa perlu bukti dan kesan terhadap ucapan atau kenyataan yang dikeluarkan.

"(Melaui akta ini) kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan pandangan dan pendapat sehingga segenap lapisan masyarakat tidak terlepas dari akta hasutan," kata Mujahid ketika membaca ucul tersebut.

Apatah lagi ujar beliau, akta ini bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukumannya pula adalah berat.

Menurut Mujahid lagi, akta ini juga telah menutup perbincangan sihat di kalangan rakyat tentang dasar kerajaan sedangkan dalam Islam, menegur pemimpin yang zalim adalah satu usaha yang mulia.

Desakan ini juga katanya, mengambil pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata akta hasutan tidak releven dan perlu diganti dengan akta baru yang dinamakannya Akta Keharmonian Nasional.

"Maka atas kesedaran itu, PAS Pusat dan Dewan Muslimat mencadangkan meyegerakan pemansuhan akta hasutan.

"Kita juga mendesak agar akta baru yang akan menggantikan akta ini dibuat melalui proses konsultasi awam dan Jawatankuasa Khas Parlimen agar akta yang mengganti itu bukan yang lebih buruk," katanya.

Pada masa sama, PAS turut menyatakan solidariti kepada mangsa dan keluarga yang dikenakan tindakan di bawah akta hasutan tersebut.

Berikut adalah usul penuh.

AJK PAS PUSAT & DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
USUL MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948

1. MENGINSAFI DAN MENSYUKURI bahawa negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 57 tahun yang lalu dari penjajahan Britain dan,

2. Menyedari bahawa AKTA HASUTAN 1948 merupakan undang-undang lapuk yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan bertujuan membenam suara rakyat yang menuntut kemerdekaan di penjajahan British,

3. MENYEDARI bahawa, setelah merdeka selama 57 tahun, AKTA HASUTAN (1948) masih lagi dipakai hari ini sehingga menyebabkan ramai yang menjadi mangsa kepada kegilaan akta ini. Kebebasan bersuara menjadi satu jenayah di negara yang berbangga dengan bahtera merdeka sedangkan mereka terus mewarisi akta lapok yang mendefinisikan hubungan rakyat dan kerajaan seperti hubungan penjajah dan yang dijajah. Sebagaimana AKTA HASUTAN (1948) juga secara substantifnya mempunyai tahap pendakwaan yang rendah kerana ia tidak memerlukan niat untuk menentukan pengertian 'hasutan' begitu juga ia tidak memerlukan bukti kesan sesuatu ucapan atau penulisan kepada suasana huru-hara atau tindakan fizikal.

4. MENYESALI bahawa Kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan memberi pandangan dan pendapat melalui akta ini sehinggakan setiap anggota masyarakat tidak terlepas dari cengkaman AKTA HASUTAN (1948) lantas boleh membawa kepada rasa tidak selesa rakyat bahawa hak bersuara mereka telah dirampas oleh pihak penguasa. Apabila suara golongan akademik dianggap sebagai ancaman dan apabila suara kritikan ahli Parlimen dianggap tidak setia kepada negara dan apabila wartawan yang melaporkan berita dijadikan sasaran maka malapetaka pastinya akan menimpa negara ini.

5. Memahami bahawa pendakwaan ke atas kes-kes Akta Hasutan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Hasutan adalah berat.

6. Menginsafi betapa penguatkuasaan Akta Hasutan telah menutup ruang perbincangan yang sihat ke atas tindakan-tindakan kerajaan Malaysia yang memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia.

7. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat.

8. MEMPERAKUI bahawa kebebasan bersuara dan memberi pandangan mesti dipelihara dan keharmonian nasional mesti menjadi matlamat utama oleh setiap rakyat dan pemimpin negara, satu akta yang relevan diperlukan. Keperluan ini diperkukohkan dengan janji PM Satu Malaysia yang berucap pada 16Sept 2012, bahawa AKTA HASUTAN akan dihapuskan dan digantikan dengan Akta yang lebih konsisten dengan perkembangan semasa negara. Malah PM telah menyebut buat pertama kalinya sebuah Akta yang dinamakan AKTA KEHARMONIAN NASIONAL.

9. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat.

Justeru itu:

1. Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1435 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim menuntut dan mendesak Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa BN untuk menyegerakan pemansuhan AKTA HASUTAN (1948) yang lapok dan tidak relevan lagi dari sudut doktrin dan substantifnya. Sebagaimana Muktamar menuntut supaya akta baru yang akan digantikan mestilah melalui proses konsultasi awam dan melalui Jawatan Khas Parlimen supaya kita tidak menggantikan yang buruk kepada yang lebih buruk atau seumpamanya.

2. Muktamar kali ini juga merakamkan solidariti bersama mangsa AKTA HASUTAN (1948) dan keluarga mereka dan menyatakan sokongan kepada setiap pihak samada individu,gerakan sivil, mahupun parti-parti politik yang menggerakan GERAKAN MANSUHKAN AKTA HASUTAN dan menyeru rakyat menyokong gerakan ini demi memelihara PERPADUAN NASIONAL dan membela KEBEBASAN HAK BERSUARA di bumi Malaysia yang tercinta. Menyedari pelbagai pihak, termasuk wartawan dan ahli akademik, telah didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang menggunakan Akta Hasutan. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Mula-mula angkat ulama, kemudian ulama dipukul

SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Dewan Ulamak PAS Pusat melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sejak akhir-akhir ini.

Wakilnya, Ustaz Mokhtar Senik ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS berkata, ulama terbuka untuk menerima apa-apa teguran daripada sesiapa sahaja tetapi bukan untuk dihina.

"Ini tidak, mula-mula angkat ulama kemudian mereka pukul ulama. Ini sikap apa? Kalau kita dalam PAS tidak mendukung kepimpinan ulama, siapa lagi?

"Ulama dituduh bermacam-macam, kalau senyap mereka kata ulama jumud, kalau ulama bercakap mereka kata ulama tidak sabar, kalau jawab kata ulama melenting, kita hendak betulkan perkara ini," katanya.

Beliau juga menafikan kepimpinan Dewan Ulamak tidak turun padang sedangkan mereka gerlibat dengan beberapa program dan aktiviti antaranya perhimpunan aman Bersih, membantah dasar kerajaan, hadir di mahkamah dan lain-lain.

"Ulama memang turun, turun ke dalam kubur uruskan jenazah, bagitu juga dalam siri demonstrasi ulama juga hadir dan di mahakmah juga kami datang. Semua ulama turun tetapi masih lagi tuduh dan padang rendah pada ulama," ujarnya.

Justeru itu, jelasnya Dewan Ulamak mahu memperbetulkan semula pandangan ahli PAS kepada dewan itu bahawa mereka boleh ditegur tetapi bukan dihina. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Keluar ketika perasmian bukan sikap Pemuda PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .


BATU PAHAT: Pemuda PAS Malaysia hari ini menegaskan tindakan segelintir perwakilan yang keluar dewan sewaktu Timbalan Presiden PAS berucap perasmian muktamar tahunan dewan itu ke-55 bukan sikap Pemuda yang sebenarnya.

Perwakilan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS turut menegaskan jika setiap ahli tidak berpuashati dengan kepimpinan ia perlu mengikut landasan yang sebenarnya.

"Ada perwakilan kata yang keluar dewan itu adalah sikap Pemuda PAS, itu tidak benar sama sekali. Pemuda PAS tidak mempunyai sikap tersebut kita menghormati pemimpin.

"Kita yang pilih pemimpin kenapa kita hendak pertikaikannya, kalau tak berpuashati tahun depan pemilihan jadi kita boleh ambik keputusan untuk tidak memilih pemimpin yang kita tidak sukai," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat petang ini.

Beliau menambah, Pemuda PAS Malaysia juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan bersedia menerima teguran daripada pimpinan tertinggi.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia itu turut mempersoalkan peranan Jawatankuasa Displin serta tindakan yang diambil terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor.

"Kita nak tahu apa peranan Jawatankuasa Disiplin, apa keputusan yang telah diambil, wujud atau tidak.

"Kelewatan membuat keputusan menyebabkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kedua-dua mereka, saya bukannya menyokong tetapi kita ingin tahu peranan jawatankuasa tersebut," ucap beliau.

Beliau turut menyarankan agar PAS Pusat menubuhkan satu Jawatankuasa Krisis Pengurusan bagi menyelesaikan krisis dalam PAS.

Katanya, jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan penyelesaian kepada kekecohan yang berlaku serta memastikan kemelut tersebut tidak akan berulang lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Muktamar sembuhkan wabak cirit-birit mulut

DR AZMAN IBRAHIM | .




SAYA rasa sudah sampai masanya segala polemik, cakap-cakap, pergeseran, kata-mengata, sindir-menyindir, rendah-merendah dan pelbagai lagi dilema yang berkumandang sejak beberapa bulan lalu berkaitan beberapa isu yang melanda parti dan PR di full stop!

Apabila Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS telah menegaskan di dalam Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke-60 bahawa PAS terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat, ianya sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk menyembuhkan wabak penyakit cirit-birit mulut yang sedang hebat menjangkiti pelbagai peringkat dalam parti dari pimpinan di peringkat Pusat sehingga ke cawangan.

Wabak ini sebenarnya telah membawa banyak ketidakselesaan dan menggugat keutuhan dan tautan ukhuwwah dalam berjamaah. Kalau ada pepatah biduk lalu kiambang bertaut, maka saya perkenalkan peribahasa politik baru, ‘Polemik berakhir jemaah diperkukuh’!

Isu Menteri Besar Selangor akan dimuktamadkan oleh Tuanku Sultan pada selasa ini. Sudah berulang kali pihak Istana Selangor menegaskan bahawa Tuanku Sultan mempunyai budi bicara yang mutlak dalam memuktamadkan siapakah dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bakal memasuki pejabat Menteri Besar. Maka untuk apa dipertikaikan lagi?

Pakar undang-undang boleh mengemukakan pelbagai teori undang-undang dan perlembagaan serta merujuk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri, cuma apa yang berlaku tidak semestinya selari dengan pandangan pakar. Maka berhemahlah dalam mengemukakan pandangan.

Terlajak kata, nanti ampun yang perlu dipohon. DAP cukup dengan sekali memohon ampun. Anwar dan PKR terpaksa dua kali memohon ampun. Jangan sampai terpaksa pohon ampun sampai kali ketiga. Ketelitian dalam bertindak dan berkata-kata memang sifat para ulama. Contoh terbaik telah ditampilkan oleh kepimpinan ulama yang menerajui sebuah gerakan Islam bernama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Akhirnya dalam krisis yang kelihatan semakin ke penghujung, umum boleh menilai hikmah dan kebijaksanaan yang dimiliki Tuan Guru Presiden PAS. Ada ketikanya suatu kebenaran memerlukan masa sehingga bertahun untuk dizahirkan. Tetapi dalam isu krisis pertukaran MB Selangor, kebenaran nyata mampu disirnakan dalam tempoh yang singkat.

Tentunya pada setiap apa yang dipertikaikan dan setiap isu yang berlegar serta agenda yang perlu dimuktamadkan, maka perlu ada satu suara akhir yang memberi kata pemutus. Dalam konteks PAS, Presiden telah memberi kata putus. Dalam polemik MB Selangor, Tuanku Sultan akan memberi kata putus. Apabila diputuskan, jangan ada pula yang gatal nak sambung semula. Ibarat rumah siap, simen terus digaul!

Biarlah panasnya suhu Muktamar PAS ke-60 ibarat panasnya air dalam kawah yang memang perlu dipanaskan sehingga menggelegak sebelum beras dimasukkan bagi menghasilkan nasi kawah yang sedap dimakan. Kalau air sejuk bermakna beras akan kekal beras.

Walaupun ketika menyediakan nasi kawah ini, kita berhadapan dengan bahang panas dan asap tetapi akhirnya marilah sama-sama kita menikmati keenakan hidangan ini dengan penuh semangat ukhuwwah.

Boo! Boolah buat masalah!

Sumber HD - 19-9-2014




Henti ulas beza pendapat dengan presiden - TG Haron Din

NAZRI ABDULLAH|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mengarahkan agar sebarang ulasan terhadap isu berkaitan perbezaan pendapat beberapa pimpinan dengan Presiden PAS, dihentikan serta merta.

Bercakap sewaktu menyampaikan taujihat sebelum perbahasan Ucapan Dasar Presiden petang ini, beliau menegaskan isu itu tidak perlu dibangkit lagi dalam perbahasan selepas daripada ini.

Mengakui isu itu menyebabkan keadaan muktamar hari ini menjadi panas, maka ujarnya tidak perlu lagi menambah panas dalam isu tersebut bagi mengelak keadaan lebih buruk.

"Daripada semalam hingga ke hari ini saya rasa menyampaikan mesej muktamirin kepada pemimpin sudahpun sampai.

"Maka saya nak mengarahkan supaya isu itu berenti setakat itu sahaja, orang lain yang akan bercakap isu itu tutup.

"Kalau itu boleh kita patuh, saya rasa keadaan akan tenang balik dan jangan dipanaskan lagi takut jadi semua tidak baik," katanya sambil menambah isu itu sudah dipertegas akan diulas oleh pimpinan pada sesi penggulungan nanti.

Pagi tadi , Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang masuk hari kedua hari ini sedikit panas selepas beberapa perwakilan 'menembak' beberapa pimpinan yang didakwa tidak 'sebulu' dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya dipanaskan lagi dengan insiden perbahasan dalam bentuk doa munajat oleh wakil Wilayah Persekutuan yang turut membidas beberapa individu khususnya yang berkait dengan isu kemelut Menteri Besar Selangor.

Insiden tersebut mengundang rasa tidak selesa dari beberapa perwakilan sehingga salah seorang dari mereka bangun dan mendesak pengerusi tetap menetapkan peraturan perbahasan muktamar.

Pengerusi tetap bagaimanapun berjaya meredakan keadaan sebelum perbahasan disambung semula pada sesi petang ini. - HARAKAHDAILY 19/9/2014


TG Dr HD-http://www.youtube.com/watch?v=a41k_LufRMw

Sumber HD - 19-9-2014




Muktamar yang mabrur

SYAHIR SULAIMAN | .




IAITU mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada berbuat kemungkaran, dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Hajj: 41)

Muktamar dan haji.

Muktamar PAS kali ke-60 berlangsung dalam musim haji.

Jutaan umat Islam mula membanjiri Tanah Haram untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Ibadah haji merupakan manifestasi pengabdian dan pengorbanan hamba kepada Rabbi. Tiadalah yang didambakan oleh para dhuyuf ar-Rahman, selain beroleh ‘haji mabrur’ yang diberkati.

Demikian juga para perwakilan.

Ribuan pencinta keadilan sedang berhimpun di Batu Pahat demi satu tujuan. Muktamar adalah sebaik medan muhasabah dan membuat keputusan. Tiadalah yang diharapkan oleh para ahli dan perwakilan, selain beroleh ‘muktamar mabrur’ yang membawa lebih kebaikan.

Johor dan Turki.

Muktamar PAS 2014 bertandang ke negeri Johor Darul Takzim.

Selain bumi kelahiran Umno pada 1946, Johor adalah pangkalan awal gerakan Sarekat Islam ke Tanah Melayu, dengan penubuhan cawangan di Johor di bawah pimpinan Haji Ibrahim Sidin pada 1920.

Malah, Johor terlebih awal mempunyai hubungan dengan Khilafah Uhmaniyyah di Turki. Ia bermula sejak lawatan Sultan Abu Bakar ke kota Istanbul pada 1866, dan diiktiraf sebagai Sultan Johor pada 1886 dengan memakai gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Kapal perang Attughrul dari Turki pernah berlabuh di Istana Besar Johor pada 1894. Seruan dan doa untuk Raja-Raja telah dibacakan buat pertama kali pada 1895 mengikut amalan Khalifah Uthmaniyyah di Turki, dan menjadi kebiasaan di Malaysia sehingga kini (Jalil, 2011).

Kesan pengaruh Turki ke atas Johor masih kekal hingga ke hari ini, antaranya penukaran bendera Johor oleh Sultan Abu Bakar dengan memakai corak bulan-bintang pada bendera merah Turki yang ditambah lataran biru, cara berpakaian Sultan Johor dan reka bentuk Masjid Sultan Abu Bakar, di samping pelaksanaan undang-undang Islam yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Johor 1895 dan pemakaian kod Majalah Ahkam Johor sejak 1913 (Jalil, 2011).

Siyasah nafas panjang.

Pemilihan Johor sebagai tuan rumah muktamar adalah bertepatan dengan tema ‘Terus Beristiqamah’.

PAS tetap istiqamah membawa misi tarbiah, dakwah dan siyasah di Malaysia. Partisipasi PAS dalam pilihan raya adalah di atas prinsip ‘muwajahah silmiyyah’. Perjuangan pendokong PAS yang istiqamah menatijahkan PAS berpengalaman dalam kerangka demokrasi berparlimen di Malaysia, sama ada di posisi pembangkang, kerajaan negeri, dan kerajaan Persekutuan, juga sama ada dalam gabungan atau bersendirian.

Kelangsungan perjuangan PAS sepanjang 63 tahun ini akan berkekalan sehingga akhir zaman. Walaupun kepimpinan PAS boleh berubah, pendekatan dan strategi PAS boleh diubah, namun dasar PAS tidak akan berubah. Inilah DNA PAS, ajaran Islam dan kepimpinan ulama, yang wajib dipelihara.

Inilah kekuatan PAS, yang dasarnya berakar (usuli), pendekatannya kontemporari (waqi’e) dan perancangannya futuristik (istiqbali). Justeru, demi memastikan siyasah nafas panjang, PAS perlu istiqamah di atas nilai dalaman dan kekal relevan kepada persekitaran (internally-driven, externally-relevant).

Semoga muktamar menatijahkan lebih kebaikan. – HARAKAHDAILY 19/9/2014

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM.

Sumber HD - 19-9-2014




PAS perlu mendominasi isu rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .

BATU PAHAT: Mendominasi isu rakyat perlu menjadi agenda utama PAS dalam mengambil hati rakyat terutama mereka yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Perwakilan Pahang, Andansura Rabu (gambar) menekankan walaupun terdapat banyak isu membabitkan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kemelut dalam krisis Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) namun PAS tetap gagal untuk mengetuai isu tersebut.

"Di mana PAS dalam isu membabitkan rakyat? Tidak cukup sekadar kita menghantar memorandum semata-mata kemudian diam begitu sahaja tanpa mendominasi terus isu tersebut.

"Kita perlu konsisten dan bergerak pantas dalam setiap isu kerana ia dapat memenangi hati rakyat yang memerlukan perhatian," ucap beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Beliau turut menggesa PAS Pusat menilai semula isu-isu rakyat dan mengkaji kesan yang telah dibuat sebelum ini serta menggariskan tindakan untuk bergerak membawa isu tersebut.

"Walaupun mereka merasakan PAS tidak mampu menyelesaikan isu tersebut kerana ia adalah masalah nasional tetapi sekurang-kurangnya mereka melihat PAS berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah itu turut meminta PAS menyelesaikan krisis kedudukan jawatan Menteri Besar di Selangor dengan segera agar ia tidak berterusan.

"Krisis Selangor perlu diselesaikan dengan segera, kita tidak mahu ia berterusan begitu lama.

"Kita mahu bila selesai ia dapat menenangkan kembali keharmonian yang kita ada selama ini, jangan pula pada muktamar tahun depan kita akan berbincang perkara yang sama," sambung beliau. - HARAKAHDAILY, 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS dilancar

ANIS NAZRI | .

BATU PAHAT: Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS (MPPP) yang diterbitkan sekretariat Setiausaha Agung PAS dilancarkan pada muktamar hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Manual tersebut menjadi dokumen rujukan penting bagi setiap ahli PAS, khususnya setiausaha kawasan dan cawangan, dalam mengurus dan mentadbir parti di setiap peringkat.

Ia juga mengandungi kompilasi manual yang dihasilkan tokoh PAS, Almarhum Ustaz Hassan Shukri.

"Ia mengetengahkan konsep-konsep yang lebih kemas, sistematik yang sesuai untuk semua peringkat sama ada ahli mahupun pimpinan parti," kata Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ismail ketika pelancaran tersebut.

Manual tersebut dijual dengan harga RM10.

Turut mengiringi presiden ketika majlis pelancaran ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Penolong Setiausaha Agung I, Datuk Takiyudin Hassan.

Turut mengiringi Penolong Setiausaha Agung II, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Penolong Setiausaha Agung III, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob. - HARAKAHDAILY, 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Perwakilan minta muktamar buat peraturan bahas

SALMIYAH HARUN | .

BATU PAHAT: Sesi perbahasan ucapan dasar oleh perwakilan negeri pagi ini sedikit hangat apabila salah seorang perwakilan meminta Pengerusi Tetap membuat peraturan berbahas.

Ini ekoran rasa tidak puas hati salah seorang perwakilan yang menegur cara perbahasan perwakilan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu Perwakilan Wilayah Persekutuan Dr Azhar Yaakob yang mengambil perbahasan mengajak para perwakilan bermunajat kepada Allah bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi PAS ketika ini.

"Saya mengajak seluruh perwakilan dan pemerhati sama-sama memohon pada Allah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga kita,"katanya yang memulakan perbahasan dengan menadah tangan.

Namun perbahasan perwakilan terbabit ditegur lebih dua kali oleh Pengerusi tetap Datuk Abu Kassim Abdullah kerana melanggar masa yang diperuntukan.

"Sila pendekkan munajat kamu,"katanya berulang kali.

Sebaik sahaja perwakilan Wilayah mengakhiri doa munajatnya, salah seorang perwakilan terus meminta pengerusi tetap membuat peraturan.

"Kita minta Pengerusi Tetap membuat peraturan Muktamar,menggunakan agama dan doa untuk menghentam orang,"katanya.

Bagaimanapun Abu Kassim menjelaskan perkara itu akan dijawab oleh pimpinan ketika waktu penggulungan esok. - HARAKAHDAILY, 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Perbezaan pendapat secara terbuka memalukan

ANIS NAZRI | .

BATU PAHAT: Sebarang perbezaan pendapat di antara para pemimpin bukanlah satu perkara yang salah, namun ia tidak perlu disebut secara terbuka kerana ia merupakan satu perkara yang sangat memalukan.


Perwakilan dari Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata setiap perbezaan perlu diselesaikan secara baik dan berhemah, selain sesuatu insiden itu perlu diadili dengan sebaik-baiknya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada teguran daripada salah seorang perwakilan yang menyentuh tindakan sebilangan perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang keluar ketika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merasmikan muktamar dewan tersebut, Selasa lalu.

Ahmad Fadhli mengingatkan semua pihak agar tidak menghukum sesuatu insiden yang berlaku itu tanpa diadili dengan adil.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal pendaftaran pengundi dalam usaha mendapat kemenangan.

"Jangan sibuk kita mahu mencapai kemenangan, tetapi kita tidak berusaha untuk mencari jalan atau kaedah untuk berjaya," tegas beliau ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, pagi ini.

Sebelum mengakhiri perbahasannya, Ahmad Fadhli merakamkan penghargaan kepada PKR yang mengembalikan kerusi di Dun Pengkalan Kubor kepada PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Wujudkan kesepakatan ulama dan profesional

MUHAMMAD FAIZAL | .




BATU PAHAT: Perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa meminta dua golongan di dalam PAS iaitu profesional dan ulama duduk bersama dalam mencari kesepakatan dalam setiap keputusan.

Jelas beliau, tanpa perbincangan bersama menyebabkan wujud kenyataan berbeza yang mengelirukan banyak pihak.

"Kita dalam PAS ada dua golongan iaitu profesional yang berhujah melalui logik, strategi, analogi dan nombor.

"Manakala golongan Ulamak berhujah berdasarkan ilmu yang dipelajari.

"Adalah lebih baik kedua-dua golongan ini duduk bersama dalam berbincang bagi mencari keputusan yang berkesan," ucap beliau ketika berbahas ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat hari ini.

Namun katanya, setiap perbincangan keputusan akhir perlu dilakukan Majlis Syura Ulamak sebagai keputusan dari semua peringkat parti.

Beliau yakin melalui muafakat antara kedua-dua golongan ini akan menjadikan PAS sebuah parti yang utuh di bawah satu pendirian bersama.

"Kepakaran masing-masing perlu digabungkan, kita saling memerlukan ini yang diperkatakan konsep jemaah di dalam PAS.

"Jika ini dilakukan dan menjadi amalan, PAS akan dihormati serta dipandang hormat oleh semua pihak terutamanya anggota parti," ucap beliau lagi.

Dalam pada itu, Khairil turut meminta agar Majlis Syura Ulamak berbincang serta membuat ketetapan berhubung pendaftaran Pakatan Rakyat bagi menjayakan sistem dua parti.

"Kita daftar Pakatan Rakyat, tetapi jangan tiru Barisan Nasional (BN) yang mana ikatan itu diketuai Umno.

"Kita mahu parti di dalam Pakatan nampak seimbang, tidak ada lebih atau kurang dan ini bertujuan untuk memperlihatkan tiada siapa (parti) yang berkuasa di dalam gabungan Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Sementara itu pandangan sama turut dikongsi wakil PAS Pulau Pinang, Izuri Ibrahim yang berpendapat gabungan kepimpinan ulama dan profesional menjadi adunan penting diperlukan dalam PAS untuk terus memacu parti ini.

"Integrasi pemimpin ulama yang pakar dalam agama dan hukum dan profesional yang pakar dalam pentadbiran amat diperlukan oleh PAS buat masa ini.

"Kedua-dua ini perlu saling tolong menolong bukan saling hina-menghina, saling lemah melemahkan antara satu sama lain," katanya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa PAS perlu menghormati institusi raja dan sultan.

Katanya sikap mulut celupar sehingga menghina isntitusi raja hanya akan merugikan parti untuk kelangsungan perjuangan parti. – HARAKAHDAILY 19/9/2014

Perwakilan PP - 
https://www.youtube.com/watch?v=KX3OnorWC88

Sumber HD - 19-9-2014




PAS bertuah miliki Syeikh Abdul Hadi - Hamas

HARAKAHDAILY | .

BATU PAHAT: PAS dan Malaysia bertuah kerana mempunyai tokoh sehebat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memimpin parti Islam di negara ini dan berperanan penting di peringkat antarabangsa.

Ini kesimpulan yang dapat dibuat hasil pemerhatian terhadap hubungan Abdul Hadi dengan gerakan-gerakan Islam antarabangsa khususnya Hamas di Gaza, Palestin, dan digambarkan oleh Usama Hamdan, ketua biro politik Hamas yang hadir sebagai tetamu di muktamar ke-60 di sini.

"Hamas mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, dan melihat PAS dan Malaysia memainkan peranan yang penting di peringkat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Usama kepada Harakah.

Usama telah beberapa kali bertemu dengan Abdul Hadi termasuk di Malaysia, yang berperanan dalam membantu gerakan Islam di Gaza itu, dan melihat Abdul Hadi sebagai seorang tokoh Islam yang penting di peringkat antarabangsa dan nasional.

Ini dibuktikan apabila Presiden PAS ini dilantik sebagai timbalan ketua Persatuan Ulama Antarabangsa tidak lama dulu, dan telah menjadi tokoh penting dalam membantu mencari penyelesaian krisis dalam dunia Islam seperti di Yaman dan terbaharu di Syria.

Abdul Hadi ialah tokoh bukan dari dunia Arab yang diberikan peranan penting dalam menangani isu-isu kritikal dalam kalangan gerakan Islam dan dunia Arab.

"Hamas menganggap Abdul Hadi sebagai tokoh penting bukan sahaja di peringkat antarabangsa, tetapi juga seorang pemimpin yang sangat diperlukan oleh negaranya sendiri, sebagai seorang pemimpin parti Islam," tegas Usama.

Beliau juga melihat Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dunia Islam yang membolehkannya memainkan peranan membantu perjuangan Palestin, termasuk membantu dalam pembangunan semula Gaza yang baru dilanda perang selama hampir dua bulan.

Usama mewakili Palestin menerima sumbangan daripada PAS bernilai AS$50,000 (RM162,000) yang diserahkan oleh Abdul Hadi semasa upacara perasmian muktamar tahunan semalam.

Kehadiran Usama sebagai tetamu dalam muktamar kali ini meneruskan hubungan baik PAS dengan Hamas dan penegasan kepentingan isu Palestin kepada gerakan Islam PAS. – HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




PAS dihormati kerana integriti, bukan posisi

SALMIYAH HARUN | .




BATU PAHAT: PAS sebuah parti Islam dihormati bukan kerana posisinya tetapi mempunyai moral integriti yang tinggi di dalam Pakatan Rakyat.

Namun, Perwakilan PAS Negeri Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim ketika membahaskan ucapan dasar presiden berkata, moral dan integriti parti mula dipersoalkan kerana struktur organisasi yang bercelaru.

"Kita sudah menyuarakan pendirian dengan istiqamah bertahaluf siyasi. Kita perlu buktikan kita benar-benar yakin dan ikhlas untuk berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita perlu integriti tinggi supaya pengundi yakin dengan kit. Kita bukan sahaja cakap tetapi perlu buktikan dengan perbuatan," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden.

Katanya, PAS perlu buktikan dengan jelas untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sidang Muktamar PAS kali ke-60 untuk hari kedua dimulakan jam 8.30 pagi bagi menyambung semula perbahasan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertema Terus Beristiqamah. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Kita ada peluang pilih pemimpin setiap 2 tahun

ANIS NAZRI | .


BATU PAHAT: Ahli-ahli PAS diingatkan agar menghormati pemimpin parti yang dipilih pada muktamar lalu walaupun mungkin terdapat perbezaan pandangan antara satu sama lain.

Perwakilan dari Selangor, Sallehen Mukhyi berkata setiap perbezaan yang wujud perlu dihadapi dengan hujah yang baik, bukannya dengan kenyataan yang berbentuk penghinaan terhadap mana-mana pemimpin.

Beliau yang memandang serius perkara tersebut mengatakan selagi mana seseorang pemimpin yang dipilih perwakilan, selagi itu ia perlu dihormati sama ada setuju atau tidak.

"Kita perlu hormat pemimpin yang dipilih. Kita ada peluang untuk memilih pemimpin pada muktamar setiap dua tahun. Selagi mana mereka dalam tempoh, kita perlu hormat," tegas beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, petang semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu turut mengingatkan pimpinan parti menggunakan saluran yang betul jika terdapat sebarang perbezaan pendapat di antara satu sama lain.
Mengulas kemelut yang melanda Selangor, Sallehen berkata PAS, khususnya barisan exco PAS negeri itu tetap meneruskan khidmat kepada rakyat selaras dengan arahan pimpinan tertinggi biarpun kerusi menteri besar akan berganti.

"Kita bekerja untuk kukuhkan Pakatan Rakyat. Dengan adanya empat exco, walaupun dapat sindiran daripada rakan-rakan komponen lain, tetapi yang empat inilah menjadi benteng pertahankan PR di Selangor," kata beliau.

Beliau juga berkata kerajaan negeri Selangor boleh melantik exco lain bagi menggantikan exco yang dipecat sebelum ini, bagaimanapun tidak berbuat demikian atas dasar menghormati rakan-rakan lain. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




PAS sumbang USD50,000 kepada Palestin

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: Atas rasa kebersamaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin, PAS semalam mengumumkan sumbangan sejumlah USD50,000 (RM162,199 ) sebagai bantuan kepada saudara Islam di sana.

Sumbangan itu diserahkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Ketua Biro Antarabangsa Hamas Usamah Hamdan yang turut hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang berlangsung di Parit Hj Salleh Ros semalam.

Sebelum ini PAS berjaya mengumpulkan lebih RM1 juta bagi tujuan sama dan telahpun disalurkan kepada negara yang berhadapan serangan Zionis Israel itu.

Tentera regim pada Julai lalu melancarkan serangan agresif terhadap penduduk Gaza melalui udara, laut dan juga darat.

Serangan itu mengakibatkan ribuan penduduk Gaza gugur syahid, puluhan ribu lagi cedera, ratusan kediaman musnah termasuk sekolah dan masjid.

Serangan yang berlangsung lebih 50 hari itu bagaimanapun dihentikan selepas kedua dua pihak iaitu pejuang Palestin dan Israel bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata selepas dua kali dibuat sebelum itu tetapi tidak berjaya. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Sumber HD - 19-9-2014




Rakyat kecewa jika PR pecah

MUHAMMAD FAIZAL | .

BATU PAHAT: Perwakilan Melaka, Yuhaizad Abdullah meminta semua pihak memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menjaga amanah yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.


Beliau yang berucap pada perbahasan ucapan dasar Presiden mengingatkan pimpinan agar memahami golongan yang telah memilih PAS bagi tujuan membela mereka pada masa akan datang.

"Kadang kala kita lupa, PAS sebenarnya merupakan parti minoriti begitu juga PKR dan DAP. Golongan majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah rakyat yang memilih kita.

"Jangan khianati amanah yang mereka berikan, kita perkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat ini," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini petang ini.

Menurut beliau suasana politik negeri di Pantai Barat berbeza dengan negeri-negeri lain yang menuntut Pakatan Rakyat terus memperjuangkan nasib mereka.

Yuhaizad bagaimanapun yakin melalui tahaaluf siyasi ini, PAS akan terus beristiqamah di dalam Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kita jangan lupa mereka, meninggalkan Pakatan Rakyat memusnahkan harapan mereka.

"Kita perlu menjadi pemimpin umat yang membela rakyat untuk kebajikan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau turut menggesa agar setiap ahli PAS menghormati Dewan Ulamak PAS Pusat dan tidak merendahkan kedudukan dewan tertinggi di dalam PAS.

"Dewan Ulamak jangan kita rendah, rendahkan ulamak bermakna kita rendah parti kita sendiri.

"Walaupun wujud pertentangan pendapat, kita perlu saling menghormati mereka yang berada di dalam Dewan Ulamak kerana pengalaman dan ilmu yang mereka miliki,"katanya.

Pada masa sama beliau turut menegur sikap label melabel sesama ahli yang bagi beliau hanya meretakkan lagi hubungan sesama ahli dalam parti.

Sebaiknya ujar beliau, semua pihak saling hormat-menghormati dan menegur secara baik jika terdapat perselisihan.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sdr Yuhaizad Abdullah - 
http://www.youtube.com/watch?v=hXOGiMEQgxA

Sumber HD - 18-9-2014




Ganti Umno tapi ambil perangai Umno

SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Perwakilan Perak menggesa Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat merangka pendekatan baru untuk mentarbiyyah ahli parti itu yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Menurut Noh Ahmad, perkembangan terkini dalam parti itu dilihat mempunyai dua kumpulan pemikiran dan tindakan sehingga disiplin mereka sukar lagi dikawal.

"Adik-adik kita kurang jati diri, dulu bertengkar tapi tidak keluar dewan. Adik-adik kita tengkar tapi keluar dewan. Ini jejaskan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Namun katanya, pihak pucuk pimpinan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini kerana ia akan menjejaskan imej parti dan kepimpinan parti akan dipandang rendah.

"Kita ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.

"Percanggahan pemikiran dan perbezaan pendapat akan merosakkan kita," katanya. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Krisis dan cabaran membersihkan jamaah

NAZRI ABDULLAH|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Setiap cabaran yang terpaksa ditempuhi PAS sebenarnya membersihkan jamaah Islam dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya dari parti.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ahli PAS wajib teguh dan bersabar walaupun terpaksa menghadapi kesulitan perjalanan yang jauh kerana amalan demokrasi yang tidak adil.

"Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini.

"Mereka adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menegaskan bahawa PAS tetap memilih pendekatan muwajahah silmiyah (pendekatan damai) bersama konsep demokrasi walaupun banyak ketempangannya.

PAS katanya sentiasa bersabar sekalipun belum mencapai kejayaan kerana banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.

Namun kata beliau, PAS tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa yang disalah guna untuk mendapat kuasa.

Ia sama ada kerana ingin menang dengan gopoh atau tidak sabar menunggu kemenangan yang dijanjikan Allah, sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu rakyat, membeli dan mengacau mereka. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Penegasan Presiden resahkan musuh PAS

NAZRI ABDULLAH|FOTO WAN ZAHARI | .




BATU PAHAT: Penegasan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang beberapa isu melalui Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 pagi tadi disifatkan berjaya 'membunuh' persepsi negatif terhadap PAS.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, penegasan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selagi syarat persepakatan tidak dilanggar, dan tidak sesekali akan bersama Umno tentu meresahkan beberapa pihak menabur 'api fitnah' itu.

"Penegasan itu sekaligus 'membunuh' segala persepsi dan tohmahan kita akan bersama Umno," katanya.

Mengulas lanjut, Salahudin yang juga Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti berkata, adalah penting bagi ahli diseluruh peringkat memahami bahawa pada tahap ini PAS tidak mungkin meninggalkan Pakatan Rakyat.

Namun begitu ujarnya, seperti yang dipertegas oleh Ustaz Abdul Hadi bahawa PAS akan sentiasa membaiki segala kekurangan dan memposisikan diri dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas tema 'Terus Beristiqamah' pada Ucapan Dasar Presiden kali ini Salahudin berkata, adalah penting bagi ahli untuk terus kekal dalam bahtera ini sama ada pada waktu senang mahupun susah.

"Presiden cuba mengutarakan penegasan tentang keutuhan parti bukan individu. Penting supaya setiap ahli berada dalam bahtera perjuangan walau dalam apa keadaan senang mahupun susah, damai atau kritikal.

"Walaupun ada tak setuju dengan beberapa keputusan atau ucapan kepimpinan, konsep istiqamah itu kekal dan jangan sesekali tinggal perjuangan.

"Ini yang saya faham dari konsep istiqamah itu dengan pengalaman saya sendiri tiga dekat dalam perjuangan ini," katanya.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD -18-9-2014




Istiqamah perlu dizahirkan antara PAS dan PR

SALMIYAH HARUN | .


BATU PAHAT: PAS perlu membuat satu pendirian yang tegas berhubung 'istiqamah' yang dimaksudkan sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Ikram Syed Ibrahim Syed Noh berkata, istiqamah ini bukan sahaja perlu diterjemahkan di peringkat diluar parti tetapi ia perlu dijadikan semangat di dalam parti itu sendiri.

"Di dalam parti, misalnya kita wala untuk taat kepada kepimpinan kita, perkara ini juga perlu diterjemahkan di luar antara PAS dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas ucapan dasar Presiden PAS yang bertemakan Terus Beristiqamah itu, beliau menambah perlu ada kerjasama yang telus supaya Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti yang kuat.

"Saya rasa perlu ada 'good governance' yang baik di antara PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Rakyat pilih 'performance' bukan jenama parti

MOHAMAD SABU | .




RUMPUN Melayu atau Nusantara Melayu, perkembangan politik dan siasahnya adalah kait-mengait. Belanda telah datang ke sebelah Asia Timur, antaranya adalah untuk menguasai ramtau yang kini dinamai Indonesia, dan British pula datang ke sini untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah Singapura manakala Sepanyol pula datang untuk menguasai Filipina.

Penentangan terhadap penjajah ini berterusan semenjak daripada datangnya Portugis ke Melaka pada 1511. Selepas mengalahkan orang Melayu Melaka, Portugis pula ditentang oleh pasukan tentera laut daripada Aceh manakala penentangan daripada rakyat Indonesia termasuklah daripada Sulawesi iaitu kumpulan Bugis yang terus menentang penjajah dari semasa ke semasa.

Tidak kurang juga di Tanah Melayu ini, munculnya pelbagai pergerakan perjuangan untuk menentang penaklukan British terhadap Tanah Melayu. Mereka daripada Datuk Maharajalela, Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Ahmad Boestamam, Abu Bakar Baqir, Shamsiah Faqeh, Rosli Dobi dan ramai lagi yang kalau hendak kita senaraikan para pejuang yang melawan penjajah, terutama penjajah British, dan juga penjajah sebelum itu iaitu Portugis dan juga Belanda.

Lebih hangat dan hebat pertarungan dalam bentuk persenjataan adalah di kepulauan Indonesia. Iaitu penentangan mereka terhadap penaklukan Belanda begitu ketara sekali, sehinggalah Indonesia mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada tahun 1945, dan Malaya pada waktu itu cuba melalui gerakan kebangkitan rakyat mengisytiharkan kemerdekaan pasca tahun 1957 dengan bendera Merah/Putih (Sang Saka) dan juga bersama Perlembagaan Rakyat, tetapi ia digagalkan oleh penjajah British, dengan bertindak keras mengharamkan semua parti-parti politik, gerakan buruh, gerakan-gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yang dibiarkan terus hidup hanyalah Umno.

Perjuangan rakyat ini berterusan sehinggalah pada tahun 1957 iaitu pada 31 Ogos apabila British telah memindahkan kuasa pentadbiran kepada Umno dan Perikatan.

Kemudian pergolakan politik di Indonesia dan Malaysia setelah merdeka ini, di mana kedua-duanya mengamalkan cara demokrasi, walau bagaimanapun di Indonesia lebih ke arah yang disebut 'Demokrasi Terpimpin' manakala di Malaysia ialah 'Demokrasi Ala-British'.

Pergolakan di Indonesia, demokrasinya rosak apabila berlaku tindakan keras terhadap golongan komunis (PKI) yang dilancarkan oleh pihak tentera dan berlaku pembunuhan antara pemerintah dan rakyat, dan antara rakyat dengan rakyat yang menyebabkan ribuan terkorban, iaitu Peristiwa Gestapo yang menyebabkan selepas itu demokrasi di Indonesia dibendung. Di mana pilihan raya tetap ada, tetapi pihak militari menguasai politik hampir sepenuhnya.

Di bumi Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) juga berlaku demikian, iaitu setelah berlaku peristiwa 13 Mei 1969, di mana kebebasan politik, kebebasan bersuara disekat, berbagai-bagai akta telah diperkenalkan termasuklah Akta Hasutan, ISA, sekatan terhadap kebebasan bersuara, Akta Cetak dan sebagainya diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei, di mana negara demokrasi bebas sudah menjadi 'Demokrasi Terpimpin'.

Maka parti pemerintah menguasai dan juga membolot segala-galanya terutama sekali dalam menguasai minda rakyat, tanpa parti yang tidak memerintah diberi peluang untuk menguasai dan menyemarakkan kebebasan kepada rakyat.

Berlaku reformasi di Indonesia, di mana para pelajar dan kesatuan sekerja bangun untuk menuntut kebebasan sehingga runtuhnya rejim militar Suharto dan demokrasi yang agak bebas diperkenalkan semula di bawah pemerintahan baru, iaitu Dr BJ Habibie yang mana Dr Habibi ini mempunyai pengalaman dan hidupnya lama tinggal di Jerman. Beliau membawa kebebasan politik, bersuara, berhimpun dan sebagainya di Indonesia, dan ia diterima oleh rakyat, dan Dr Habibi juga sanggup melepaskan Timor Timur melalui Referendum Rakyat Timor Timur.

Reformasi ini telah membawa satu era baru di Indonesia yang disambung kemudiannya oleh Megawati Sukarnoputri, oleh Gus Dur, kemudian oleh Bambang Susilo Yodhoyono (SBY). Di Indonesia presiden saling bertukar, dan reformasi berjalan terus. Reformasi juga berlaku di Malaysia pada tahun 1998, iaitu berlaku kemudian daripada reformasi di Indonesia.

Apa yang hendak saya sebutkan di sini, selalunya selepas berlakunya peristiwa besar di Indonesia, ia akan berjangkit ke Malaysia. Jikalau dulu ke Semenanjung Tanah Melayu sahaja, tetapi sekarang ke Malaysia.

Berlaku reformasi rakyat, iaitu rakyat bangun menuntut kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan perundangan, walaupun di sudut kejayaan gerakan rakyat di Malaysia agak kurang berjaya, jika dibandingkan dengan kejayaan kebangkitan rakyat yang bangun menuntut kebebasan di Indonesia.

Berlaku lagi sekali 'reform' di Indonesia, di mana rakyat sekarang ini memilih pemimpin berdasarkan kepada 'performance', berdasarkan kebolehan, berdasarkan rekod, bukan lagi dasar retorik parti politik atau pun daripada kekuatan parti semata-mata.

Contohnya yang paling nyata ialah bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), iaitu seorang yang pada mulanya tidak berparti, tetapi membuat persembahan atau prestasi pekerjaan yang begitu baik semasa menjadi Gabenor Solo, Beliau berjaya menyelesaikan masalah rakyat, soal sampah, soal perjalanan dan 'transport', soal banjir, soal pembangunan kecil, menentang rasuah dan penyelewengan. Namanya terjulang begitu cepat, dan kemudian namanya lebih terserlah apabila menjadi Gabenor Jakarta dengan sikap kerajinannya, keperihatinannya kepada rakyat, menyelesaikan masalah-masalah kecil yang bersangkutan dengan kehidupan seharian rakyat, telah menarik perhatian rakyat di Indonesia.

Sehinggalah Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) mempelawa beliau untuk menyertainya dan sekali gus dicalonkan oleh presiden parti iaitu Megawati untuk meletakkan beliau sebagai calon Presiden Republik Indonesia.

Pengumuman ini diperlekehkan oleh orang ramai, terutama daripada parti-parti politik yang “establish”, seperti Golkar, Parti Demokrat pimpinan SBY, Parti PAN pimpinan Amin Rais, Parti PPP Kaabah, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) iaitu parti anak-anak muda dan Parti Bulan Bintang.

Tetapi PDI-P berani mencalonkan orang biasa untuk menjadi calon Presiden Indonesia. Cuma yang lambatnya ialah mencari “partner” Timbalan Presiden, dan akhirnya Yusuf Kalla ialah calon yang sesuai untuk mendampingi dan berganding bahu dengan Jokowi dalam Pemilu di Indonesia pada Julai lalu.

Kita lihat parti yang besar mendukung Jokowi ialah PDI-P dan PKB iaitu parti konservatif yang banyak menguasai pesantren yang dipimpin oleh Gus Dur begitu lama. Selain daripada itu parti-parti kecil seperti Nasdem iaitu parti anak-anak muda, sedangkan lawan Jokowi iaitu Prabowo iaitu menantu Suharto yang kaya raya, yang hebat berpidato bergabung pula dengan Hatta dari Sumatera, juga seorang yang kaya dan seorang usahawan, disokong oleh parti-parti utama seperti Parti Demokrat, PKS (Parti Islam), PPP iaitu Parti Kaabah juga merupakan Parti Islam, Parti Bulan Bintang dan juga parti-parti yang lain. Jikalau dilihat daripada gabungan parti yang menyokong Prabowo sudah tentu Jokowi tidak langsung berpeluang mencapai kemenangan.

Tetapi perkembangan di Indonesia berlainan sama sekali, Jokowi yang disokong oleh NGO, orang-orang perseorangan, orang-orang marhain, belia dan juga pemuda yang tidak berparti yang menggabungkan tenaga mereka yang dipanggil “Kumpulan Sukarelawan” membantu Jokowi untuk menjadi Presiden. Manakala media juga berperanan walaupun kita lihat TV1 (Indonesia) memainkan peranan dan menyokong Prabowo, tetapi TV Metro banyak memberi liputan dan juga memberi sokongan kepada Jokowi.

Di sudut media saya melihatnya agak seimbang, tetapi di sudut ketokohan dan jumlah parti politik yang bersama Prabowo dan juga kedudukan Parti Islam yang bersama Prabowo terutama Parti Islam yang terkenal iaitu PKS dukungan anak-anak muda, Parti Kaabah dan parti Presiden itu sendiri iaitu Parti Demokrat walau ia nampak biasa tetapi kuat, dan juga Parti Bulan Bintang secara logiknya Jokowi tidak akan menang.

Tetapi keputusan pilihan raya didapati Jokowi mendahului dengan lapan juta undi. Rakyat melihat sekarang ialah di sudut “performance”, walaupun Parti Islam tetapi jika pemimpinnya terlibat dengan rasuah lembu, maka ia tidak akan digemari oleh rakyat. Walaupun Parti Islam tetapi jika pemimpinnya terlibat dalam menipu wang tabung haji di Indonesia, maka rakyat juga tidak akan menggemarinya.

Perkembangan ini juga, saya yakin akan berjangkit ke Malaysia. Pada pilihan raya yang akan datang ini di Malaysia, “trend” ini akan berlaku. Nama Parti Islam tidak akan menjamin untuk menjadi jenama yang akan dipilih oleh rakyat dan orang ramai. Begitulah juga parti pemerintah seperti Umno, tidak juga akan menjadi jenama yang akan dipilih oleh rakyat. Di mana rakyat sedang bergerak ke arah memilih “performance” kepada orang yang bertanding dan parti itu akan diletakkan pada tempat yang kedua.

Oleh itu Parti Islam hendaklah mengambil iktibar, mengambil satu perhatian kepada perkembangan yang berlaku di Indonesia itu hampir pasti akan melanda Malaysia.

Parti Islam tidak lagi menjadi jaminan untuk dipilih oleh rakyat berdasarkan parti. Tetapi anggotanya hendaklah menunjukkan “performance” sebaik mungkin terutama di sudut “good governance”, tidak rasuah, menentang penyelewengan, menentang salah guna kuasa, memperjuangkan hak asasi manusia seperti membantah Akta Hasutan yang sedang pihak pemerintah mengganas ketika ini.

Rakyat juga melihat siapa pemimpin yang bangun menentang penyelewengan dan kerosakan alam sekitar dan sebagainya. Pemimpin mana di kalangan rakyat yang bangkit dan bangun ketika ini untuk menentang akta-akta yang zalim ini.

Ini yang akan dilalui oleh rakyat Malaysia dan selalunya sudah berlaku begitu, iaitu apa yang berlaku di Indonesia 10 tahun atau lima tahun kemudian ianya akan berjangkit kepada Malaysia.

Oleh itu Parti Islam mesti memposisikan diri mereka menjelang pada pilihan raya yang akan datang, sebab rakyat sudah mula melihat kepada “performance” bukan slogan sesebuah parti sahaja.

Sumber HD - 18-9-2014




Hadi: PAS members barred from joining militant groups

Harakahdaily-TS | .

PAS does not want and will not allow members involved with any extremist group that acts beyond the fiqh-jihad (jihad jurisprudence) and contrary to Islamic ethics of war, stresses party president 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang today in his opening policy speech at PAS’ 60th Muktamar at Batu Pahat.

“Foreign interference must not be allowed in Muslim nations. Let the Syrian people determine their country’s future without any foreign interference,” advised Abdul Hadi, adding that the same treatment should be given to Egypt and Iraq.

The Marang MP also denounced the Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) militant groups, which is known for their extreme act, saying they acted without understanding fiqh-jihad.
“They fought among themselves to the extent of 3,000 were killed due to own infighting,” he said.

Sumber HD - 18-9-2014




Teguran PAS adalah penegasan kukuhkan PR

SALMIYAH HARUN | .

BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak melihat teguran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu amaran sebaliknya ia adalah penegasan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, penegasan itu sudah tentunya akan membantu hubungan dan kerjasama yang baik dengan Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya hari ini menegaskan akan terus bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat selagi tidak melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui bersama.

"Saya tidak anggap sebagai amaran, ia adalah penegasan Presiden PAS yang menjawab pelbagai persoalan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, ramai yang ternanti-nanti penegasan ini kerana ia membantu dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

"Penegasan ini sudah dijangka kerana ketika ini ada timbul beberapa pertikaian beberapa isu, sepatutnya presiden parti yang harus mengemukakan pandangan dan penyelesaian," katanya.

Turut bersama dalam perasmian Muktamar ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa wakil PKR di peringkat negeri dan cabang.

Muktamar PAS Pusat kali ke-60 yang bermula pada ini dihadiri hampir 5,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, tema yang di pilih pada kali ini adalah Terus Beristiqamah. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Ucapan Dasar Presiden tonjol kematangan PAS

NAZRI ABDULLAH | .




BATU PAHAT: Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini menonjolkan kematangan PAS berhadapan cabaran sama ada dalaman parti, mahupun dipersada politik negara.

Dengan tema "Terus Beristiqamah", Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjawab beberapa tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu khususnya dalam isu yang mencalar wibawa dan kesetiaan PAS kepada rakan pakatan mereka.

Ucapan dasar dengan 78 perenggan, yang sampaikan hampir satu setengah jam itu turut menggagaskan bagaimana pemimpin dan ahli PAS patut bertindak dalam menghadapi situasi politik zaman fitnah yang mencabar ini.

Apa yang boleh difahami, kunci utama bagi menguatkan PAS adalah istiqamah setiap ahlinya dalam mengharungi perjuangan ini dengan tidak mudah meninggalkan bahtera ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ucapan dasar presiden ini memberi pencerahan kepada beberapa persoalan yang melanda parti sebelum ini.

"Presiden mempertegaskan keperluan istiqamah dalam perjuangan, istiqamah atas dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

"Presiden mempertegaskan dengan jelas konsep tahaluf siasi dan PAS istiqamah dalam PR dengan saling kukuh mengukuh sekaligus menolak anggap PAS akan bersama Umno.

"Cumanya kita perlu baiki kelemahan dalam PR dan banyak berunding," katanya.

Bagi AJK PAS Pusat Nasaruddin Hassan pula, ucapan dasar Presiden hari ini mengangkat 'izzah' parti dan anggotanya untuk terus istiqamah menggalas amanah perjuangan dan mendepani cabaran politik semasa.

"Istiqamah adalah satu istilah yang mewajibkan anggotanya sama ada pemimpin atau ahli biasa untuk sabar, tabah, tetap pendirian dan pro aktif melaksanakan objektif perjuangan Islam dan matlamat.

"Ia diluncurkan presiden tepat pada masanya. Secara peribadi saya terasa gementar dan gerun dengan ucapan beliau hari ini. Namun saya semakin semangat untuk terus berjuang dan beristiqamah," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pula menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS hari ini sebagai mantap dan futuristik.

Menurutnya, Presiden PAS telah membuat penegasan yang jelas dalam masa yang sama mengingatkan seluruh ahli agar beristiqamah dengan perjuangan ini.

"Pada saya ianya satu penegasan yang terkehadapan dan futuristik," katanya.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




PAS yakin kekal bersama Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .




BATU PAHAT: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuang hak keadilan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat hari ini.

Beliau memberitahu bahawa setiap parti pasti mempunyai masalah masing-masing dan setiap parti perlu faham serta menyelesaikannya.

"Semua ada masalah sendiri, diri kita pun ada masalah jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan dengan lebih baik.

"Saya yakin PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dalam membawa dasar-dasar yang telah kita persetujui," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, walaupun di dalam Pakatan Rakyat menpunyai syarat yang longgar dan masing-masing boleh menganuti idealogi parti tetapi ia perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

"Masalah hanya kecil, rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat turut hadir dalam Muktamar kita kali ini dan ini menunjukkan kesefahaman kita masih kekal seperti dulu.

"Selagi tidak berlaku perlanggaran syarat terhadap perkara-perkara dasar iaitu kita mendokong prinsip demokrasi, mendokong keadilan untuk semua," sambung beliau.

Hadi ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Selangor membabitkan jawatan Menteri Besar, memberitahu setiap permasalah atau krisis tetap ada jalan keluar untuk menyelesaikannya.

"Sudah tentu ada jalan keluar, kita kena ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya parti politik yang mempunyai kerusi tetapi juga Raja mengikut perlembagaan.

"Terpulang kepada Baginda Sultan Selangor untuk menbuat keputusan," katanya lagi.

Hadi juga turut mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Johor kerana berjaya menganjurkan Muktamar PAS kali ke-60.

"Pada PRU13 kita berjaya menampilkan jumlah wakil rakyat PAS seramai 4 orang dan ini tanda PAS mampu berkembang di Johor.

"Dengan muktamar ini sekurang-kurangnya kita melatih jentera PAS Johor untuk mengendalikannya pada masa akan datang," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

YB DS TG HAHA - 
https://www.youtube.com/watch?v=w_JN7tXkp2c

Sumber HD - 18-9-2014




Mat Sabu, Tuan Ibrahim and Nasrudin give thumbs-up for Hadi’s policy speech

Harakahdaily-TS | .



PAS President Tuan Guru Abdul Hadi Awang’s policy speech themed “Terus Istiqamah” (Be Steadfast) this morning was well-received by the party top leaders.


 His deputy Mohamad Sabu, in a short reply to Harakahdaily, said that he felt that the president's policy speech was "good, solid, energetic and futuristic."

PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man, on the other hand said Abdul Hadi’s reminder to party members to be steadfast in their struggle is timely.

“President has also stressed that political cooperation with Pakatan Rakyat should continue by strengthening the relationship with all parties. He stresses that PAS will remain with Pakatan and rejects accusation that PAS will work with Umno,” the Pahang PAS commissioner commented when asked about his opinion on Abdul Hadi's policy speech.

Meanwhile, PAS Shura council member Nasrudin Hassan said he felt “nervous” and “terrified” by Abdul Hadi’s policy speech.

The Temerloh MP said Abdul Hadi had reminded the PAS members on the importance of adhering to the party principles to overcome the present political reality with guidance from Allah.

“Istiqamah is a word that makes its members, whether leaders or ordinary members to be patient, determined, proactive in implementing the objective of Islamic struggle and goals… Personally, I felt nervous and terrified with Abdul Hadi’s speech today. But, I will lift my spirit to continue to fight and be steadfast,” he added.

Sumber HD - 18-9-2014




PAS mahu sistem pendidikan, Bahasa Melayu diperkasa

ANIS NAZRI | .

BATU PAHAT: PAS istiqamah memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan agama dan negara setelah menyedari hakikat bahawa dasar, sistem dan konsep pendidikan masih gagal melahirkan insan yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, berkata agenda-agenda perjuangan ini akan diteruskan PAS melalui lajnah-lajnah, PAS negeri serta menerusi pembentukan jawatankuasa yang berkaitan.

Menurut Abdul Hadi, kegagalan tersebut kerana pelaksanaan sistem pendidikan mengikut acuan sekularisme yang memisahkan ilmu dari iman dan akhlak, dunia dan akhirat, termasuk pemerkasaan bahasa Melayu di negara ini.

"Mengapa kita tidak mampu memperkasakan bahasa Melayu yang hanya diisytiharkan menjadi bahasa kebangsaan, tapi dipinggirkan pelaksanaannya?" soal beliau di hadapan kira-kira 5000 perwakilan dan pemerhati ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, pagi ini.

Sedangkan, dizaman Islam menjadi kuasa besar dunia, kata Abdul Hadi berbagai bahasa termasuklah bahasa Arab, Turki, Parsi dan Urdu pernah menjadi bahasa rasmi negara berkenaan.

Sehubungan itu, tambah beliau apa yang sepatutnya berlaku ialah bahasa asing ini digunakan untuk mendapat dan memperluaskan ilmu, bukannya dipaksakan ke atas semua rakyat.

Justeru, PAS akan memastikan agenda-agenda pendidikan, hubungan federalisme, pengagihan kekayaan dan sumber negara secara lebih adil, isu royalti petroleum ke negeri-negeri yang berterusan menjadi agenda penting PAS.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




PAS komited bangunkan ekonomi ikut acuan Islam

SALMIYAH HARUN | .

BATU PAHAT: PAS istiqamah untuk membangunkan sebuah sistem ekonomi berteraskan khazanah Islam yang sangat luas sehingga dapat memobilisasi sumber kekayaan negara dengan baik.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kekayaan negara diagihkan dengan menggunakan modal insan yang terlatih dan berakhlak sehingga lahirnya kemakmuran dalam negara dan kesejahteraan rakyat.

Berucap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 pagi ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengulangi bahawa PAS juga istiqamah dalam mendukungi matlamat membangunkan sebuah Negara Berkebajikan yang bakal melahirkan suasana kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat.

"PAS sekaligus komited berusaha membanteras kewujudan jurang kaya miskin yang semakin melebar serta pembolokan kekayaan negara oleh segelintir manusia akibat dari amalan memanipulasi pasaran," katanya dihadapan hampir 5,000 termasuk perwakilan dan pemerhati.

Batal GST

PAS juga mendesak supaya kerajaan membatalkan pelaksanaan GST kerana sistem ekonomi Malaysia dan suasana mikro dan makro ekonomi Malaysia masih tidak bersedia untuk GST.

"Kita mahu sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana berbanding yang sangat kaya," katanya.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Media sosial untuk dakwah, bukan serang sama sendiri

NAZRI ABDULLAH | .

BATU PAHAT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS agar menggunakan media sosial untuk tujuan dakwah memperbetulkan manusia ke jalan yang benar.

Beliau menegaskan, media sosial bukan untuk tujuan menyerang sesama sendiri sehingga menimbulkan perpecahan.

"PAS bukan sahaja diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana yang masuk ke setiap rumah sehingga mewujudkan situasi tidak seimbang di kalangan rakyat.

"Malah serangan dikalangan ahli-ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini hari ini.

Usta Abdul Hadi juga turut mengingatkan agar pimpinan dan ahli PAS agar bertanggungjawab dengan maklumat yang berpunca dari diri mereka sendiri.

Sementara itu, beliau juga mahu organ parti Harakah dan Harakahdaily dikembangkan kandungan dan capaiannya terutama dalam menghadapi fenomena ledakan maklumat perang siber sekarang.

Lebih penting katanya organ parti termasuk radio internet hijau.fm perlu berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan kepada pengundi senyap untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau juga turut mengingatkan agar media parti tidak terpengaruh dengan pendekatan sensasi songsang yang bertujuan melariskan jualan semata-mata tanpa memikirkan hukum-hakam.

- HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Hadi again stresses that PAS will not work with Umno, slams slanderers

Harakahdaily-TS | .



How many times PAS President Tuan Guru Abdul Hadi Awang has to repeat this?


PAS will never work with Umno!

In the on-going Selangor Menteri Besar crisis, PAS and Abdul Hadi have been repeatedly slandered of having intention to join forces with Umno.

While delivering his policy speech in the opening of PAS’ 60th Muktamar at Batu Pahat today, Abdul Hadi again reiterates PAS’ position of not working with Umno.

“I would like to stress that accusations which say PAS wants to join Umno or cooperate with Umno by participating in BN are just slanders created by irresponsible individuals to taint the reputation of Islamic struggle and break us apart,” stressed Abdul Hadi.

As an Islamic congregation that bring blessings to all, the Marang MP said PAS would continue to hold on to its Islamic principal and remain steadfast to protect the unity of its congregation.

“PAS will engage with all parties based on the guidance of the Quran and Sunnah, to mutually assist in the effort to uphold Islam, open dialogue and forum for the future and benefit of Muslims’ future,” Abdul Hadi added.

Sumber HD - 18-9-2014




Muktamar: Takziah kepada keluarga mangsa MH370, MH17

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat, serta para pemerhati yang sudi bersama dalam muktamar kali ini di Parit Salleh Ros, dekat sini pagi ini.

"Muktamar pada kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat hilang MH370 dan MH17 yang dibedil oleh pihak yang sangat tidak bertanggungjawab," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Katanya, seluruh ahli dan kepimpinan PAS melahirkan kesedihan dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan ujian itu.

"Kita juga mendesak pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi negara yang sangat mengejutkan itu," ujarnya yang menyampaikan ucapan dasar selama 1 jam 15 minit. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Pindah lokasi muktamar ada kaitan dengan politik

HARAKAHDAILY | .


BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS ke-60 julung kali diadakan di Johor iaitu di salah sebuah negeri yang dinamakan Anjung Selatan termasuk Melaka dan Negeri Sembilan.

"Pertama kali (muktamar) dalam khemah dan insya Allah sekali lagi kita buat dalam bangunan," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros dekat sini, hari ini.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Panitia muktamar, beliau mengalu-alukan kepada para hadirin dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala kerjasama sokongan pelbagai pihak bagi menjayakan muktamar kali ini.

Sepatutnya, kata beliau muktamar kali ini diadakan di Johor Baharu tetapi suasana tidak mengizinkan.

Biarpun tidak menyatakan sebab perpindahan itu dilakukan tetapi beliau menyatakan ia ada hubung kait dengan politik. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Muktamar: Takziah kepada keluarga mangsa MH370, MH17

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat, serta para pemerhati yang sudi bersama dalam muktamar kali ini di Parit Salleh Ros, dekat sini pagi ini.

"Muktamar pada kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat hilang MH370 dan MH17 yang dibedil oleh pihak yang sangat tidak bertanggungjawab," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Katanya, seluruh ahli dan kepimpinan PAS melahirkan kesedihan dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan ujian itu.

"Kita juga mendesak pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi negara yang sangat mengejutkan itu," ujarnya yang menyampaikan ucapan dasar selama 1 jam 15 minit. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




Jangan rasa diri kuat, boleh sanggah perjuangan

HARAKAHDAILY | .

BATU PAHAT: Sepanjang perjalanan PAS sejak ditubuhkan sehingga kini, denai yang diikuti adalah penuh dengan ujian dan sarat dengan pengalaman.

"Kita bermula daripada sifar, kita pernah menjadi pembangkang paling sedikit jumlahnya, kita pernah menjadi kuat, kita pernah menyertai kerajaan pusat dan kita juga sedang memerintah kerajaan negeri," ujar Preiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang bertemakan 'Terus Beristiqamah' dekat sini, pagi ini.

Jelas beliau, PAS pernah bersendirian dan bertahaaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan.

"Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata," katanya.

Beliau menegaskan, hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita.

"Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak bijak tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita," ujarnya disambut laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.

Sepanjang perjalanan perjuangan ini juga, katanya ada di kalangan ahli yang hidup selesa dengan kegiatan parti yang menggembirakan kerana bersama pengikut yang ramai, dan organisasi jamaah yang baik dan kuat.

Tambahnya, ada pula ahli yang disisihkan di tengah masyarakat paling jahil dan zalim terhadapnya, cawangannya lemah atau tanpa cawangan. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

YB DS TG HAHA - https://www.youtube.com/watch?v=eee6o1Hzqws

Sumber HD - 18-9-2014




PAS bergabung dengan Umno 'api fitnah'

ANIS NAZRI | .



BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno sepertimana tohmahan sebelum ini.

Tohmahan tersebut, kata beliau merupakan api fitnah yang dicetus mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat," tegas beliau di hadapan para perwakilan ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros, dekat sini pagi ini. - HARAKAHDAILY 18/9/2014

YB DS TG HAHA - 
http://www.youtube.com/watch?v=TDptXyrH_yQ&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 18-9-2014




PAS tidak akan bergabung dengan Umno

ANIS NAZRI | .

PARIT RAJA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno sepertimana tohmahan sebelum ini.

Tohmahan tersebut, kata beliau merupakan api fitnah yang dicetus mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat," tegas beliau di hadapan para perwakilan ketika menyampaikan ucapan dasar, pagi ini. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014



Jangan label melabel dalam jamaah

AZIZ MUDA | .




KULAIJAYA: Ahli-ahli PAS diingatkan agar jangan mudah melabelkan sesama ahli dengan label yang tidak baik seperti 'munafik', 'pengkhianat' dan lain-lain label tidak baik seperti yang berlaku sekarang.

Wakil Johor, Mohamed Kassim berkata, melebalkan seseorang ahli PAS sebagai munafik adalah keterlaluan kerana munafik adalah label yang amat berat sehingga orang munafik akan ditempatkan di dasar neraka di akhirat nanti seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Menurut beliau, tidak munasabah sama sekali ahli PAS memiliki sifat munafik seperti yang dilabelkan itu kerana setiap ahli PAS pasti faham dengan peranan mereka untuk berjuang menegakkan Islam dengan penuh kejujuran.

Katanya, bagi mengelakkan salah tanggapan sehingga membawa kepada tindakan melabelkan munafik kepada sesama sendiri, setiap ahli PAS perlu bijak menilai berita yang diterima.

"Takkan dalam PAS ada orang yang hina hingga ke peringkat itu? Jadi jangan terpengaruh dengan laporan akhbar yang tidak bertanggungjawab, kecuali yang disiarkan akhbar Harakah," katanya ketika berucap membahaskan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar dewan itu ke-53 di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini.

Beliau mengingatkan setiap ahli PAS supaya berhati-hati dengan tindakan seperti itu dengan lebih mementingkan kepada tindakan mengeratkan jalinan ukhwah dalam PAS, di samping berhati-hati agar tidak memberi ruang kepada pihak luar mengambi kesempatan untuk menjatuhkan parti Islam itu.

"Setiap ahli PAS perlu patuh atau wala kepada pemimpin terutama Tuan Guru Presiden sendiri. Jika terdapat perkara yang tidak disenangi dengan pemimpin hendaklah dinyatakan mengikut salurannya yang betul secara beradab," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Tuan Ibrahim puji sikap tenang muslimat

SALMIYAH HARUN | .

SKUDAI: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memuji kehebatan Dewan Muslimat yang tidak mudah tergugat dengan isu-isu yang hangat berlaku dalam suasana politik ketika ini.

Bercakap di Muktamar Muslimat kali ke-54 hari ini katanya, Muslimat yang berjiwa besar tidak akan terganggu oleh perkara remeh temeh kerana melihat aganda lebih besar di hadapan.

"Orang yang jiwa besar akan lihat perkara lebih besar. Tahniah Muslimat dengan agenda besar untuk memartabatkan parti," katanya di hadapan kira-kira 1000 perwakilan dan pemerhati.

Tegasnya, musuh politik mencemburi ukhuwah yang dijalinkan PAS dengan Pakatan Rakyat sehingga mereka melaga-lagakan PAS dengan DAP misalnya ketika menghadapi PRU13 lalu.

Bahkan beliau turut menasihati ahli PAS supaya tidak menjadi jurucakap musuh di dalam parti sehingga boleh mengundang suasana menjadi berkecamuk di kalangan ahli.

Tuan Ibrahim juga mengakui Muslimat sebagai pendokong parti yang besar telah menyumbang tenaga mereka dalam setiap pilihan raya umum sehingga dicemburi oleh parti-parti lain.

Justeru, katanya PAS mesti bersedia menjadi 'pohon' yang besar untuk rakyat berteduh di bawahnya.

"Kita mesti bersedia dengan pelbagai golongan yang masuk PAS sama ada bekas Umno dan artis.

Apabila kita dekat dengan hati mereka maka kita akan jadi pelindung kepada mereka dan akhirnya mereka akan turut bantu kita," katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Jaga kebajikan anak muda macam anak sendiri

HAZAYANI ZAKARIA | .


JOHOR BAHRU: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mahu wanita muda dalam parti itu menyumbang idea bagi membantu lidah rasmi parti iaitu akhbar Harakah.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, wanita muda contohnya Ameerah perlu membantu membuat kajian, mencari fakta-fakta, menyediakan kertas kerja yang terkini bagi membantu Harakah dalam menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk tatapan masyarakat.

"Saya memohon generasi muda perlu lebih banyak menuntut ilmu, banyak membaca, gunakan kekuatan ICT untuk membantu muslimat membuat kajian, mencari fakta-fakta, menyediakan kertas-kertas kerja dan yang terkini membantu lidah rasmi PAS iaitu Harakah dalam menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk tatapan masyarakat khususnya menarik golongan muda mendapatkan maklumat yang benar dan adil dari pelbagai sumber," kata beliau kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Muktamar DMPM di Pulai Spring Resort.

Beliau juga berkata, tenaga muda yang berpotensi menjadi pelapis kepada perjuangan PAS seperti Ameerah, Nisa' dan Briged Muslimat harus menjadi anak muda yang matang.

Fitrah anak muda yang bersemangat, cepat dan bersifat lantang perlu dilunakkan dengan menuruti akhlak Rasulullah s.a.w dalam setiap kerja yang kita buat seperti saranan Rasulullah s.a.w bahawa orang yang kuat ialah orang yang menahan nafsu marahnya dan bersabar.

"Alhamdulillah dan penuh syukur kepada Allah S.W.T mengurniakan PAS dan Dewan Muslimat ramai tenaga muda yang berpotensi menjadi pelapis kepada perjuangan.

"Tahniah kepada Nisa’ dengan misi kebajikan, kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Briged Muslimat dengan gerak Kerja keselamatan seperti mengiringi pimpinan dan jentera dalam aktiviti ziarah, Ameerah dengan program seperti Gelombang Epal Hijau dan penganjuran program-program mendekati pengundi muda," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Beliau juga berkata, muslimat juga perlu memastikan kebajikan anak muda seperti menjaga kebajikan anak sendiri.

Katanya, jika muslimat mahu anak-anak lulus dan berjaya dalam pendidikan dan kerjaya, pastikan juga anak-anak muda dalam muslimat didorong dan dijaga kebajikan mereka.

Jika mahu anak-anak bahagia berumahtangga, muslimat juga perlu memastikan anak-anak muda dalam muslimat mengambil perhatian soal mendirikan rumahtangga.

Jika mahu anak muda menawan hati pengundi di luar sana katanya, pastikan anak-anak muda ini dididik seperti mana mereka mendidik anak-anak sendiri.

"Watak anak muda yang mukanya manis, ceria, sopan santun, menghormati orang tua, menyenangkan orang, ringan tulang, dan sentiasa memikirkan keperluan orang lain menjadi penyejuk mata dan hati kepada kekanda bonda dalam Dewan Muslimat serta masyarakat.

"Begitu juga sebaliknya. Kekanda dan bonda di dalam muslimat melayan anak-anak muda seperti adinda dan anakanda kita sendiri," tuturnya penuh keibuan. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Pembangunan keluarga: SIS setuju seruan Muslimat PAS

HAZAYANI ZAKARIA | .

JOHOR BAHARU: Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Siti Zailah Mohd Yusof disifatkan sangat memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk bergerak memajukan diri, keluarga dan juga masyarakat.

Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, ucapan Siti Zailah itu sangat sesuai untuk diaplikasikan untuk menarik golongan wanita menyokong Pakatan Rakyat.

"Beberapa perkara penting telah disampaikan oleh beliau seperti bagaimana kita boleh menarik pengundi wanita kerana 50 peratus penduduk negara ini adalah wanita jadi kalau kita dapat menawan hati wanita kita lebih dekat dengan Putrajaya.

"Saya rasa Dewan Muslimat buat ini adalah contoh yang cukup baik untuk wanita DAP bagaimana kita boleh gabungkan usaha-usaha tenaga wanita supaya kita boleh bantu Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," kata beliau ketika ditemui di Muktamar DMPM Ke-54 di Pulai Spring Resort, dekat sini, hari ini.

Siti Zailah dalam ucaptamanya berkata, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman sangat bersetuju dengan seruan Siti Zailah agar DMPM memberi tumpuan kepada pembangunan institusi keluarga dalam masyarakat.

Beliau berkata, intipati ucapan Siti Zailah menggambarkan Islam yang penuh dengan keadilan dan tidak pernah mendiskriminasi goongan wanita.

"Keluarga itu adalah binaan yang kuat untuk memastikan masyarakat yang bahagia dan sejahtera dan itu salah satu bahasa SIS juga kerana kita selalu sebut keluarga itu adalah kekuatan masyarakat.

"Kehendak kita untuk melahirkan wanita yang tahu haknya dalam Islam sebab Islam tidak pernah mendiskriminasi wanita," katanya yang sangat teruja menerima undangan Muslimat PAS ke muktamar mereka.

Beliau juga berharap SIS dapat bekerjasama dengan DMPM dalam melaksanakan program-program yang memberi nilai tambah kepda golongan wanita.

"Saya harap SIS dapat terus berinteraksi dan bekerjasama dengan muslimat PAS dan undangan hari ini merupakan permulaan gerak kerja bersama dalam menangani isu-isu wanita," katanya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Dewan Ulamak lulus usul disiplin, tahaluf siyasi

HARAKAHDAILY | .


KULAIJAYA: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-53 yang bersidang pada hari ini meluluskan tiga usul iaitu Usul Disiplin, Usul Pemerkasaan Islam Dalam Tahaluf Siyasi dan Usul Menyokong Majlis Syura Ulamak dan Presiden.

Usul Disiplin dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, Usul Pemerkasaan Islam Dalam Tahaluf Siyasi oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Perak dan Usul Menyokong Majlis Syura Ulamak dan Presiden oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.

Usul Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat

Memahami kepentingan institusi syura dalam sebuah gerakan Islam yang telah diformalisasikan sebagai Majlis Syura Ulamak dalam struktur PAS.

Menyedari bahawa Majlis Syura Ulamak hendaklah dianggotai oleh sesesorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam Syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/ dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar.

Menginsafi bahawa kejayaan PAS berada di persada politik pada hari ini adalah berkat keteguhan pegangan kepada prinsip-prinsip perjuangan Islam dengan kawalan dan pemantauan daripada Majlis Syura Ulamak dan para ulamak yang menerajui Jemaah besar ini.

Menyedari bahawa kepimpinan YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden bukan sahaja dalam PAS dan masyarakat Malaysia; bahkan turut mendapat pengiktirafan dan perakuan ulamak-ulamak antarabangsa yang menganggotai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa pimpinan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi untuk melantik Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib kepada kepada beliau dalam kesatuan ulamak sedunia tersebut.

Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-53 yang bersidang pada hari ini, 22 Dzulqaedah 1453 bersamaan dengan 17 September 2014 mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

1. Memberikan sokongan padu kepada Majlis Syura Ulamak dan Presiden dalam mengemudi perjalanan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia dengan mematuhi bersandarkan prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang digariskan dalam sumber-sumber Syariah, Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas yang menjadi hukum tertinggi bagi PAS selaras dengan Fasal 7, Perlembagaan PAS Pindaan (2011).

2. Merakamkan setinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua, Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Usul daripada Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang (sebahagian daripada usul).

Menyedari bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mempunyai disiplin dan mengamalkan adab Islami yang tinggi, maka setiap kesalahan yang menyalahi adab dan disiplin jamaah mesti diambil tindakan tegas agar tidak menjadi barah.

Memandangkan mutakhir ini terdapat di kalangan pimpinan PAS bertindak melangkaui batas akhlak, disiplin dan adab berjemaah dengan melakukan perkara-perkara berikut:

Membuat kenyataan yang menyanggahi kenyataan Presiden parti dengan menganggap kenyataan Presiden bukan mewakili parti tetapi merupakan kenyataan peribadi, sedangkan Presiden merupakan nakhoda bahtera parti dan kenyataannya adalah kenyataan rasmi parti.

Mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulamak yang merupakan badan tertinggi parti.

Mengkritik kenyataan Presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka untuk diambil tindakan.

Ada yang mendahului keputusan parti dan mencabar parti sehingga sanggup dikenakan apa-apa tindakan seperti yang dilakukan oleh dua (2) Ahli Dewan Negeri Selangor iaitu Adun Hulu Kelang dan Morib dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tindakan ini jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya amatlah membahayakan parti kerana ia bercanggah dengan konsep wala’ serta melambatkan kemenangan Islam seperti firman Allah SWT dalam surah al-Maidah: Ayat 55 dan 56 (maksudnya): “Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan tunduk patuh kepada Allah. Sesiapa yang berwala’kan Allah dan RasuluNya dan orang-orang yang berimana, maka sesungguhnya hizbullah itulah akan beroleh kemenangan.”

Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-53 yang bersidang pada hari ini, 22 Dzulqaedah 1435 bersamaan dengan 17 September 2014 mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

Mengambil tindakan tatatertib yang tegas kepada Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Hulu Klang dan Morib yang bertindak dengan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti (serta bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada ketika itu) dan kemudian mencabar parti supaya mengambil tindakan kepada mereka termasuk dipecat.

Mendesak Jawatankuasa Tatatertib menjalankan siasatan atas tindak-tanduk pimpinan-pimpinan yang dengan sengaja menyanggahi dan meremehkan keputusan Majlis Syura Ulamak dan Presiden tersebut.

Memperkasakan Jawatankuasa Tatatertib dengan melantik penjawat-penjawat yang berwibawa dengan sokongan pentadbiran yang bersesuaian bagi membolehkan pengurusan tatatertib PAS seperti dikehendaki oleh Fasal 82, Perlembagaan PAS Pindaan (2011) dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pengurusan pentadbiran ini termasuklah proses pelaporan, penyiasatan, penghakiman dan rayuan bagi memastikan tatatertib ahli-ahli PAS diuruskan sepertimana sepatutnya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Tak timbul Dewan Ulamak mahu Khalid kekal lagi

NAZRI ABDULLAH | .


KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

"Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini.

Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Sedangkan ianya hanya menyebut secara umum dalam konteks kaedah membuat keputusan yang digunapakai oleh Dewan Ulamak khususnya melibatkan pertukaran menteri besar.

"Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam.

"Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Usul tergempar: Sokong Presiden, MSU dan kepimpinan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA TINGGI: Muktamar Pemuda PAS Malaysia hari ini menerima usul tergempar yang dikemukakan perwakilan dari Klang, Abdul Muis Muhamad berhubung sokongan kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU).

‎Abdul Muis dalam ucapannya menegaskan menjadi tanggungjawab kepada seluruh Pemuda PAS untuk menyokong penuh Presiden dan MSU.

"Kita perlu kembali kepada perjuangan asal, iaitu menjadi benteng dan hulubalang kepada Presiden dan MSU.

"Apa yang berlaku sekarang amat dikesali apabila ada pihak dan individu yang melangkaui batasan dengan menentang secara terbuka Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga majlis tertinggi di dalam PAS (MSU)," ucap beliau.

Jelas Abdul Muis lagi, Pemuda perlu membuktikan ketaatan mereka terhadap kepimpinan Presiden dan MSU.

"Kenapa saya kemukakan usul ini kerana dalam situasi sekarang apabila Presiden mengeluarkan kenyataan, akan ada mereka yang mengeluarkan pendapat bertentangan.

"Apa perlu kita mengatakan kebersamaan kita bersama Presiden sedangkan dalam masa yng sama kita keluarkan kenyataan bertentangan dengannya.

"Dalam situasi sekarang Presiden adalah ketua kita, MSU merupakan majlis tertinggi, jadi kita kena bersama-sama dengan kepimpinan dengn prinsip asal Pemuda," katanya.‎

Beliau yang kesal apabila terdapat ahli PAS yang mempertikaikan sesetengah pihak yang dilihat membela Tuan Guru Abdul Hadi terutamanya membabit isu krisis di Selangor.

"Kita perlu konsisten mempertahankan kepimpinan Presiden dan MSU.

"Kita perlu bersama-sama menjadi penghalang kepada mereka yang cuba menyerang Presiden termasuk parti ini.

"Kita kembali kepada asal dan perkukuhkan prinsip yang telah dibina selama ini," sambung beliau.‎

Sementara itu, perwakilan dari Wangsa Maju turut menyokong usul yang dibawa perwakilan Klang, namun ia perlu diubah akan sokongan perlu diberikan kepada keseluruhan barisan kepimpinan PAS Pusat.

Muktamar Pemuda PAS hari ini menerima usul tersebut dengan pindaan

Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ketereh telah mengemukakan usul yang diterima tanpa bahas yang meminta semua pihak dalam Pemuda PAS Malaysia mengusulkan supaya semua pihak dalam Pemuda PAS dipelbagai peringkat memberi sokongan terbuka dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan Tuan Guru Presiden untuk mengemudi bahtera PAS.

Terdapat dua usul tergempar yang dikemukakan pada muktamar petang ini, namun satu daripada usul tersebut ditarik balik. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Perubahan sokongan rakyat Kelantan perkara biasa

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


TURUN naik sokongan rakyat Kelantan terhadap pentadbiran kerajaan PAS negeri adalah perkara biasa yang sudah dilalui setiap pilihan raya umum.

Perwakilan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azarizal Mohd Alawi berkata, sejak pilihan raya umum pada 1990 lagi, PAS negeri itu sudah menikmati kemenangan yang besar.

"Tetapi dalam pilihan raya umum 1995, sokongan kita merudum dan meningkat semula pada 1999.

"Kemudian kita dalam keadaan kritikal selepas 2004 dengan majoriti sebuah kerusi sahaja, sebelum menang besar ketika 2008," jelasnya dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Beliau mendedahkan, kemampuan PAS Kelantan kekal menerajui pentadbiran negeri adalah berdasarkan kepada dua rahsia iaitu tolak ansur pimpinan PAS negeri dan menggunakan pendekatan yang pragmatik.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya, dalam soal pembahagian kerusi, pimpinan negeri berbesar hati memberikan peluang kepada rakan komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri serta Parlimen.

"Contohnya, kerusi Dun Pengkalan Kubor, selepas dua kali pilihan raya umum KeADILan gagal menang, akhirnya dalam pilihan raya kecil kali ini, mereka serahkan semula kepada kita," katanya.

Mengulas pendekatan yang pragmatik pula, beliau mengambil contoh pengharaman wanita untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran setiap peringkat satu masa dahulu.

Menurut beliau, sikap toleransi dan memahami situasi semasa menyebabkan pimpinan negeri mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan masalah kemudian hari.

"Malah, walaupun kita lawan Umno, tetapi ada masanya kita ambil manfaat. Contohnya, Umno bina balai raya, tadika, kita benarkan kerana faedahnya adalah untuk rakyat jelata," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya ahli dan rakyat tidak membuat perbandingan antara kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Ahmad Yakob.

Katanya, sikap rendah diri pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat juga adakalanya menyebabkan beliau kurang dikenali dalam kalangan pegawai kerajaan dan penduduk Kelantan.

"Tetapi beliau bukan calang-calang orangnya. Ada masanya dalam seminggu beliau akan bertugas di pejabat sehingga tengah malam untuk menyiapkan kerjanya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut agar kumpulan ulama, profesional dan aktivis berganding bahu bagi memastikan kerajaan PAS Kelantan kekal diperintah dan meningkat maju. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Jangan sampai ada dua, tiga presiden

NAZRI ABDULLAH | .


KULAIJAYA: Ahli PAS di semua peringkat perlu memberikan hak kepada pimpinan tertinggi parti khususnya Presiden, Majlis Syura dan PAS Pusat, untuk memimpin parti.

Gesaan itu dinyatakan perwakilan Dewan Ulamak dari Kedah, Ustaz Ahmad Yahya ketika membahaskan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

Bagaimanapun Ahmad dalam nada sinis berkata, dalam memberi hak itu jangan pula sampai berlaku seolah-olah wujud dua atau lebih presiden.

"Kita beri hak kepada Presiden, tapi jangan ada dua, tiga presiden. Sukar nanti untuk dia memimpin.

"Kita beri hak kepada pesuruhjaya negeri, tapi jangan ada dua atau tiga pesuruhjaya negeri.

"Saya yakin jika diberi hak kepada pemimpin mereka dapat memimpin dengan baik," katanya di Muktamar Dewan Ulamak PAS ke-53 yang berlangsung di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini.

Terdahulu beliau mengingatkan bahawa ruang demokrasi dalam PAS sentiasa terbuka untuk ahli menyarakan pandangan.

Bagaimanapun ujar Ahmad, ianya perlu digunakan dengan berkahlak dan jangan sampai menghina, memperlekeh pimpinan sehingga menjadi pecah belah.

Apa yang penting ketika ini ujarnya, PAS perlu terus melangkah ke hadapan dengan segala cabaran yang mendatang dan bukan tersekat dengan perbalahan dalaman.

Menurutnya, cabaran paling dekat adalah Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor manakala dan seterusnya Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Kita perlu lihat ke hadapan, bukan lagi sibuk berkelahi dan berbalah," katanya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Hutang: Laporan ekonomi Bank Negara membimbangkan

HARAKAHDAILY | .




KULAIJAYA: Kedudukan ekonomi negara masih lemah dalam beberapa aspek, kata pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Katanya, laporan ekonomi terbitan Bank Negara Malaysia memaparkan beberapa angka yang membimbangkan terutamanya kadar hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah melebihi 25%.

Ini, ujar beliau menunjukkan negara memiliki hutang yang tinggi bagi menampung bajet yang defisit yang sebahagiannya adalah berpunca daripada krisis dalam perbelanjaan sebagaimana dibuktikan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Perkara ini, ujarnya sehingga menarik teguran daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang 'selera' perbelanjaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambahnya, perbelanjaan berleluasa dan tidak konstruktif hakikatnya adalah bersumberkan pinjaman daripada penerbitan bon dan sukuk dan bukanlah lebihan daripada pendapatan negara.

"Apakah kepimpinan Umno hari ini ingin membawa Malayia menjadi Argentina?" tanya beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Mengenai kadar hutang isi rumah kepada KDNK sudah melebihi 87%, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia memiliki kadar hutang yang tinggi.

Menurutnya, sebarang perubahan negatif pemboleh ubah ekonomi akan meninggalkan kesan kepada kemampuan kewangan individu isi rumah.

Katanya lagi, kenaikan inflasi dan dan perubahan menaik kadar asas pinjaman (based lending rate) disebabkan kenaikan kadar pinjaman semalaman (over night placement rate) boleh menyebabkan peningkatan kemungkinan dalam pembayaran ansuran perbankan dan seterusnya boleh menyebabkan kelemahan sistem kewangan negara. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Kementerian pun kena fitnah hingga soalan bocor

AZIZ MUDA | .


KULAIJAYA: Keburukan fitnah kini menjadi semakin berleluasa ekoran perkembangan media maya di negara ini sehingga menyebabkan pelbagai fitnah tercipta dan tersebar dengan cepat menerusi pelabagai saluran terutama dirujuk kepada WhatsApp dan facebook.

"Akibatnya kini semua pihak terkena fitnah. Institusi raja pun kena fitnah, institusi undang-undang pun kena fitnah, Kementerian Pendidikan pun kena fitnah hingga soalan bocor.

"Jika di negara lain, Menteri Pendidikan pasti akan letak jawatan kerana kejadian itu, tetapi ini tak berlaku di negara ini," kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Menurut Dr Haron Din, selain institusi-institusi itu, PAS yang membabitkan Presiden PAS dan ke semua sayapnya termasuk Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat turut terkena fitnah sehingga menyebabkan pelbagai tanggapan buruk berlaku ke atas PAS dan kesemua sayapnya.

Kesemua itu, katanya, menyebabkan cabaran ke atas Dewan Ulamak PAS Pusat semakin ketara yang perlu ditangani dengan baik oleh dewan itu bagi memperbetulkan dan memperbaiki kembali segala kerosakan yang berlaku itu kerana fitnah.

"Kesemua fitnah yang terkena ke atas Dewan Ulamak termasuk ke atas Presiden PAS adalah perkara-perkara yang direkakan sehingga menyebabkan keputusan yang dibuat dipertikaikan. Ini amat perlu difahami oleh setiap ahli PAS," katanya.

Beliau turut menasihatkan kesemua ahli PAS agar tidak lupa menghayati prinsip wala' atau mentaati pemimpin dalam Islam dalam menyelesaikan permasalahan dalaman parti yang berlaku sekarang yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali, kecuali jika pemimpin menyuruh melakukan perkara maksiat. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Zailah cadang setiap ahli langgan Harakah

SALMIYAH HARUN | .

SKUDAI: Mengambil tanggungjawab bersama dalam usaha membantu akhbar lidah rasmi PAS Harakah, Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan agar setiap ahli PAS melanggan akhbar itu untuk individu serta organisasi lain.

Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ahli PAS bukan sahaja melanggan untuk diri sendiri bahkan melanggan untuk organisasi seperti hospital, kedai-kedai makan dan badan bukan kerajaan.

"Atas tanggungjawab bersama Muslimat melancarkan kempen Satu Ahli Satu Harakah dalam muktamar kali ini. Saya menyeru ahli PAS semua peringkat pimpinan dan ahli untuk sama-sama melanggan Harakah bermula hari ini," katannya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Muslimat PAS hari ini.

Beliau secara peribadi, meminta agar generasi muda memperbanyakkan ilmu dengan membaca, selain menggunakan kekuatan ICT untuk membantu muslimat membuat kajian.

"Dengan mencari fakta-fakta, menyediakan kertas-kertas kerja dan yang terkini membantu lidah rasmi PAS iaitu harakah dalam menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk tatapan masyarakat khususnya menarik golongan muda mendapatkan maklumat yang benar dan adil dari pelbagai sumber," katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Muslimat digesa jalinkan ukhuwah, elak seteru

SALMIYAH HARUN | .

SKUDAI: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof menasihati para perwakilan agar menjalinkan jaringan ukhuwah dengan rakan seperjuangan sebagai ikatan kekeluargaan.

Jelasnya, muslimat digesa meninggalkan hal-hal remeh sebagai pencetus kepada perbalahan dan perseteruan, di samping menyuburkan budaya syura, wala’ dan tsiqah dalam kehidupan berorganisasi (berjama’ah).

"Muslimah perlu menghayati sifat dan sikap menghargai pihak lain. Ada juga dalam kalangan kita apabila memerlukan sumbangan kita sanggup berjumpa dengan siapa sahaja.

"Tetapi dalam keadaan lain kadang-kadang kita buat-buat lupa dan seolah-olah tidak mengenali penyumbang tersebut. Perjuangan yang berkat hanya akan zahir jika para Muslimat berjaya memahami dan memenuhi segala hal tersebut," katanya.

Tegasnya, Muslimat PAS yang memiliki akhlak Islam tidak melakukan perkara yang tidak layak bagi seorang pejuang terutama dalam usaha memenangi hati masyarakat.

"Antaranya elakkan bercakap dan bertindak kasar serta kesat; Mencipta sengketa dan meramaikan musuh; Menghina dan mendedahkan keaiban peribadi orang; Sempit dada dan tidak mendengar pandangan orang lain; Mendedah dan menerima maklumat tanpa fakta; Melampau dan keterlaluan dalam tindakan. Islam; mengajar prinsip akhlak dalam perjuangan sekalipun di medan peperangan," katanya.

Selain itu, katanya, Muslimat PAS mesti berani menerima kepelbagaian dalam pemikiran dan sikap wanita serta bersama memimpin atas kepercayaan yang sama demi kebaikan masa depan negara.

Bahkan katanya, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan.

Bagaimanapun, beliau akui kepentingan tarbiyah dalam kalangan muslimat menjadi asas penting dalam jemaah dan proses ini perlu dilakukan secara konsistan dan berhemah sebagai objektif melahirkan ahli yang berkualiti.

"Apabila sesekali kita diuji, sesekali kita dihina, sesekali kita difitnah, sesekali kita ditimpa duka, sesekali amanah perjuangan dan kepimpinan itu terasa begitu berat, meletihkan, menyesakkan maka marilah kita kembali kepada Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Muktamar Pemuda: Lima usul dibahas, dua diterima

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA TINGGI: Sebanyak tujuh usul diterima pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55 pada kali ini yang berlangsung di Dewan Choon Moi.

Daripada tujuh usul tersebut dua darinya diterima tanpa dibahas iaitu usul dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Ketereh yang meminta semua pihak dalam Pemuda PAS dipelbagai peringkat memberi sokongan terbuka dan berdiri dibelakang kepimpinan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu usul daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh turut diterima tanpa bahas yang memberi sokongan dan mandat kepada Majlis Syura Ulama untuk mengkaji dan membuat penilaian semula terhadap Tahlul Siyasi ini sama ada peringkat ini menguntungkan atau merugikan PAS dan Islam.

Sementara itu lima usul akan dibahas membabitkan soal organisasi, antaranya usul daripada Dewan Pemuda PAS Sri Gading yang meminta agar tindakan tegas diambil Jawatankuasa tertib PAS Pusat terhadap pelaku-pelaku displin di dalam PAS.

Exco Pemuda PAS Malaysia turut mengusulkan agar menginstitusi pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaras dengan perlantikan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai pengiktirafan kepada ilmu dan usaha beliau menyelesaikan konflik dunia.

Pemuda PAS Malaysia berpendapat dengan pengiktirafan ini menggesa Kerajaan Malaysia memberi kemudahan untuk menwujudkan sebuah institusi yang mempromisikan idea dan pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi sebagaimana pengiktirafan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Qatar kepada Dr Yusuf al-Qardhawi.

Jelas Pemuda PAS lagi, jika dalam waktu tertentu kerajaan tidak diberikan kemudahan ini, Pemuda mendesak agar mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat melaksanakan kehendak tersebut.

Dalam pada itu di bawah usul politik, Exco Pemuda PAS Malaysia turut mengusulkan tentang pemilikan hartanah yang mengecam tindakan kerajaan membuka ruang kepada warga negara asing untuk memiliki hartanah dalam negara menyebabkan anak-anak tempatan hilang kelayakan untuk memiliki hartanah tersebut.

Tindakan pengecualian Wilayah Iskandar di Johor daripada dikenakan had minima harga hartanah yang boleh dimiliki oleh warganegara asing menyebabkan sekitar 80 peratus hartanah di kawasan tersebut dimiliki oleh warganegara asing.

Pemuda PAS Malaysia mengusulkan supaya Menteri Besar Johor meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab ke atas hilangnya hartanah bernilai tinggi di negeri itu kepada warganegara asing.

Dewan Pemuda PAS Sabah yang turut mengusulkan Akta 750 atau Akta Wilayah Laut yang diluluskan pada 18 Julai 2012, yang mana akta ini telah digunakan secara senjata untuk mengambil hak-hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Sabah mengusulkan supaya Akta ini ditolak oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dalam sidang dun mereka dan mengusulkan ke parlimen bahawa Akta ini tidak memenuhi peruntukan Artikel 2 dan 76 Perlembagaan Persekutuan.

Usul yang terakhir dibawa Exco Pemuda PAS Malaysia dalam usul agama yang menginsafi kejadian pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh dan kehilangan MH370 sebagai pengajaran kepada rakyat negara ini.

Melalui usul tersebut Pemuda PAS mengharapkan kerajaan dan pengurusan MAS memberi kebenaran dan kemestian kepada pramugari MAS untuk berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara lain. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014



Saya sendiri pun dikecam - TG Haron Din

NAZRI ABDULLAH | .




KULAIJAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan fitnah yang berlaku dalam PAS ketika ini.

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini, beliau berkata masalah PAS kini sudah diketahui umum akibat pertikaian terbuka khususnya di media maya.

Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan apabila Majlis Syura, Presiden PAS turut dihina dan diperlekeh.

"Penjual kacang putih pun tahu masalah PAS, penjual cendol pun tahu.

"Syura ulamak dipertikai dan dihina, keputusan syura walaupun sebulat suara masih mereka kecam sampai hari ini diperlekeh secara terang-terangan.

"Saya sendiri dikecam kenapa terima kedatangan PM melawat saya di IJN. itu pun tak boleh," katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam menangani masalah yang berlau, pimpinan dan ulamak mengambilnya dengan berlapang dada, bermuhasabah dan tidak membuat serangan balas.

"Mungkin dalam banyak teguran itu tak keluar dari prinsip "Agama itu nasihat", kata beliau lagi.

Berikut antara petikan ucapan yang disampaikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sempena perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

1- Ada golongan penyokong yang tak faham, atau sengaja nak cari jalan menyusahkan perjuangan. Ini menyebabkan pertolongan Allah akan jadi lambat.
Maka kena garapkan program tarbiah. Mungkin ada terlepas pandang. Kurang mengenali latar belakang sebenar pimpinan, keihklasan perjuangan mereka.

2- Wala (ketaatan) kepada ketua, perkara paling simple sangat.
(Membacakan hadis Nabi-maksud lebih kurang). Dengarlah ketua itu walaupun diambil dari hamba Habashi, kepala macam zabit, rambut kerinting. Itu pun wajib taat.
Kena taat kepada ketua dalam perkara suka atau tidak suka. Dan ini masalah utama yang kita hadapi sekarang ini.

3- Ada kadang-kadang pimpinan boleh buat keputusan seorang diri, tak ada maksiat padanya. Apabila kamu berazam maka berserah kepada Allah.

4- Allah benarkan kita bertahaluf (kerjasama politik) dengan golongan kuffar, pada ketika kita nampak keberuntungan kepada Islam itu jelas. Maka harus dan boleh tahaluf.
Kalau tahaluf dengan kuffar pun boleh, apakah tidak boleh bertahaluf dengan orang islam?
Kalau tahaluf tidak boleh, apakah tidak boleh taaruf (berkenalan)?
Kalau taaruf tidak boleh, apakah tidak boleh taawun (tolong-menolong)?
Begitu banyak lubang-lubang dan ruang untuk kita mencari jalan selesaikan masalah umat lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat negara kita pada hari ini semakin hari semakin lalai.

5-Tahaluf berlaku dengan dipimpin ulamak. Diadakan dengan rukun dan syarat yang mesti dipenuhi.
Selagi syarat dan rukun ini dipenuhi, maka ulamaklah yang menjadi benteng untuk pertahankan tahaluf demi kebaikan Islam dan jamaah bukan demi kebaikan individu.
Kalau syaratnya dilanggar, rukun dirobohkan, ulamak mesti memikirkan balik, memeriksa balik, kalau keadaan perlu diteruskan, teruskan.
Ulamak mesti baiki keadaan. Kalau tidak boleh juga, seperti contoh perkahwinan, walaupun tidak digalakkan talak namun ruang ada. Ini semua tidak terlepas dari pandangan ulamak.

6- Saya nak sebutkan, jangan kamu bersengketa, berpecah belah. (Jika tidak) kamu akan gagal mencapai matlamat perjuangan kamu, Kamu akan hilang 'rih' (kekuatan) kamu.

7- Bersatu teguh dibawah kepimpinan ulamak. Mengajak mereka yang bermasalah dalam PAS dan seluruh ahli bertakwa kepada Allah. Perlu berkorban kepentingan diri dan duniawi demi jamaah. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Muslimat pemudah cara jana ekonomi wanita

SALMIYAH HARUN | .

SKUDAI: Para Muslimat digesa memberi fokus pada isu ekonomi dan memberdayakan kefahaman tentang keadaan ekonomi negara sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Muslimat dapat mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan keluarga, meningkatkan kualiti ekonomi wanita sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Berucap di Muktamar Muslimat yang ke-54 di sini hari ini, Siti Zailah turut menyarankan agar muslimat menggunakan Pusat Khidmat Masyarakat dan Markaz PAS sebagai 'one stop center' sebagai tempat rujukan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai informasi dan bantuan.

"Dengan membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan penekanan terhadap amalan jujur dan amanah ia sebahagian daripada dakwah berkesan kita kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang bertemakan "Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera" di hadapan kira-kira 700 perwakilan dari seluruh negara.

Hasil kajian mendapati masyarakat pada hari ini lebih cakna isu ekonomi berbanding isu politik. Kepekaan kepada isu ekonomi pada tahun 2013 sebanyak 45% manakala kepekaan terhadap isu politik adalah 17%.

Dan pada tahun 2014 kepekaan kepada ekonomi meningkat sebanyak 61% berbeza dengan isu politik menurun kepada 4%.

Justeru katanya, Muslimat PAS harus berperanan sebagai dai'e dan pemudah cara kepada wanita-wanita ini bagi menggalakkan mereka memilih kerjaya sebagai usahawan atau berniaga di rumah yang berkonsepkan 'small office home office” (Soho).

"Perniagaan atas talian (on-line) atau perniagaan secara konvensional boleh dijadikan pilihan. Kita perlu menyakinkan mereka supaya tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan," ujarnya.

Dalam membantu melancarkan lagi pembangunan kerjaya dan ekonomi wanita, jelasnya muslimat disaran bekerjasama dengan program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat contohnya Selangor yang menyediakan Program Mikro Kredit Miskin Bandar Selangor (Mimbar). – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Dewan Ulamak pertegas kekal MB Selangor sedia ada

HARAKAHDAILY | .

KULAIJAYA: "Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu pilihan raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS. HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Muktamar Dewan Ulamak jadi tumpuan

NAZRI ABDULLAH | .


KULAIJAYA: Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-53 yang berlangsung di IOI Palm Villa Golf and Country Resort, di sini antara menjadi tumpuan pagi ini.

Hampir 1,000 perwakilan termasuk pemerhati dan petugas media mula tiba di sini seawal jam 7.30 pagi untuk mengikuti perjalanan muktamar dewan ini pagi ini.

Antara faktor ia menjadi tumpuan adalah kerana suhu politik PAS yang sedang panas khususnya dalam isu terkini membabitkan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Ia ditambah lagi dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang akan menyampaikan ucapan perasmian kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau adalah orang nombor dua dalam Majlis Syura Ulamak iaitu instusi tertinggi dalam hieraki PAS yang juga telibat dalam membuat keputusan berhubung kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Dalam suasana ini, ramai yang menunggu ucapan beliau yang dijangka akan menyentuh soal tanggungjawab Majlis Syura Ulamak dalam memandu perjalan parti.

Beliau juga dijangka menyentuh soal konsep wala’ (ketaatan) kepada arahan pemimpin yang antara sedang menjadi isu dalaman dalam PAS ekoran isu jawatan Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai.

Semalam, Muktamar Dewan Pemuda PAS menjadi tumpuan ekoran beberapa isu berbangkit bermula isu keluar dewan ketika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap, sehingga kepada isu Pengerusi Tetap Kamal Asyaari terpaksa dibawa ke hospital ekoran sesak nafas.
Hari ini, Dewan Ulamak selaku dewan tertinggi di antara ketiga-tiga sayap PAS pula dijangka akan menjadi tumpuan.

Ucaptama bagi Dewan Ulamak PAS hari ini akan disampaikan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Usul tergempar mansuh Akta Hasutan diterima

SALMIYAH HARUN | .

SKUDAI: Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini mengemukakan usul tergempar bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul itu dibentangkan oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Hafizah Ahmad dan diterima sebulat suara oleh para perwakilan.

Hafizah yang membacakan usul tersebut menyifatkan akta itu sudah lapuk sejak ia diperkenalkan ketika zaman British lagi.

Malah katanya, akta itu digunakan sewenang-wenangnya sebagai senjata untuk menutup mulut rakyat yang lantang mengkritik kerajaan.

"Maka muktamar hari ini perlu mengambil ketetapan dan sebulat suara bagi memansuhkan akta ini," katanya.

Membahaskan usul itu, wakil dari Muslimat PAS Pusat iaitu Dr Rosni Adam yang menyarankan perlu ada mekanisma yang berkesan untuk menangani aktiviti hasutan dan fitnah.

"Tidak bermakna mansuhkan akta ini aktiviti hasutan dibenarkan berleluasa, perlu ada mekanisma untuk keharmonian negara," katanya.

Turut berbahas membantah Akta Hasutan ialah perwakilan Sarawak dan wakil Dewan Muslimat. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014



Jangan ambil remeh usaha Sabah keluar Malaysia

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA TINGGI: Pemuda PAS Sabah memandang serius terhadap usaha yang cuba mengeluarkan Sabah daripada Gagasan Malaysia.

Perwakilan Pemuda PAS dari Sabah ketika berbahas ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Malaysia mengingatkan tindakan ini perlu diberikan perhatian yang khusus semua pihak termasuk PAS sendiri.

"Kami di Sabah sekarang berdepan dengan satu gerakan terang-terang yang cuba mengeluarkan Sabah daripada Malaysia.

"Usaha ini amat serius dan perlu diberi perhatian kerana ia bukan lagi diperingkat rancang tetapi sudah sampai ke peringkat antarabangsa," ucap beliau pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali ke-55 di Dewan Choon Moi.

Jelas perwakilan Sabah itu lagi, Pemuda PAS Sabah menentang tindakan tersebut dan akan menghalang usaha mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

"Alasan untuk keluar dari Malaysia ini adalah kerana layanan berat sebelah dari soal pembangunan jika dibandingkan Sabah dengan negeri-negeri lain di semenanjung.

"Kita telah 57 tahun merdeka dan 51 tahun di dalam Malaysia tetapi pembangunan di Sabah jauh ketinggalan, malah menyamai zaman sebelum merdeka," ucap beliau.

Tambah beliau, walaupun Sabah merupakan penyumbang kepada ekonomi negara, namun hasil yang diberikan kepada negeri itu tidak dapat menampung untuk pembangunan Sabah.

"Kerajaan Pusat menganaktirikan Sabah dan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati, berusaha mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

"PAS perlu bertindak bagi memastikan usaha ini gagal, kami tidak mahu Sabah keluar dari negara yang kita cintai," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Ulamak imbau perjuangan Almarhum Ustaz Harun

HARAKAHDAILY | .


KULAIJAYA: "Walau bagaimanapun, Allah SWT sesungguhnya lebih menyayangi beliau dengan menjemput beliau pergi ke rahmat-Nya dengan saya diamanahkan untuk memangku tanggungjawab mengetuai Dewan Ulamak PAS Pusat, dewan tertinggi dalam PAS ini," ujar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada muktamar dewan itu ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Beliau berkata demikian dengan mengimbau Almarhum Tuan Guru Datuk Harun Taib selaku ketua dewan itu yang merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-52 di Shah Alam tahun lepas.

"Kita mendoakan agar segala khidmat bakti yang beliau telah curahkan dalam perjuangan Islam ini menjadi bukti bagi mengutip keredhaan Allah Taala di negeri akhirat kelak.

"Sebagaimana beliau telah melaluinya, maka kita memantapkan azam agar kita juga akan terus mempertegaskan prinsip perjuangan dan seterusnya mati dalam perjuangan Islam yang suci ini," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Muslimat PAS lulus usul batalkan GST

HAZAYANI ZAKARIA | .

SKUDAI: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini sebulat suara menerima usul bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Usul tersebut dibentangkan oleh Pengarah Ameerah Malaysia, Fareedah Samad dan dibahaskan oleh tiga perwakilan dari Selangor, Kedah dan Perlis di muktamar DMPM Ke-54 Di Pulai Spring Resort hari ini.

DMPM mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam perbelanjaan isi rumah mereka apabila AKta GST dilaksanakan.

Mereka juga mendesak kerajaan memberi lebih tumpuan kepada usaha-usaha melonjakkan pendapatan rayat melalui campur tangan terus kerajaan bagi menyeimbangkan kehidupan rakyat yang sedang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Kerajaan juga perlu mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik," katanya.

DMPM kesal kerana sekiranya GST dilaksanakan di Malaysia dalam masa terdekat, 10 juta rakyat Malaysia yang selama ini tidak layak membayar cukai terpaksa menanggung bebanan cukai baru. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014



Muktamar muslimat bermula

SALMIYAH HARUN | .


SKUDAI: Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-54 bermula pada pagi ini dengan kehadiran hampir 1000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Muktamar yang berlangsung jam 8.30 pagi dimulakan dengan perbentangan peringatan Minit Mesyuarat Tahunan Dewan Muslimat kali ke-53.

Pembentangan termasuk laporan tahunan dan laporan kewangan.

Dengan tema "Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera" akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kira-kira jam 11 pagi nanti.

Sebelum itu ucaptama akan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Kemudian diikuti pelancaran Kempen 1 Ahli 1 Harakah dan persembahan montaj khas Solidariti Kemanusiaan serta kutipan derma. – HARAKAHDAILY 17/9.2014

Sumber HD - 17-9-2014




Pemuda: Menuju politik harmoni dengan ilmu, hujah

MUHAMMAD FAIZAL|FOTO WAN ZAHARI | .


KOTA TINGGI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Gagasan Politik Budiman yang disuarakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat seharusnya menjadi topik perbahasan perwakilan bagi mencetus idea kepada suasana politik yang lebih harmoni.

Beliau yang hadir pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55 berkata idea gagasan politik budiman akan dapat membawa suatu fenomena politik yang amat sesuai dengan minat dan cita rasa anak-anak muda Malaysia pada hari ini.

"Idea baru disuarakan Pemuda kali ini, kita perlu tinggalkan politik sempit, tinggalkan politik kotor, tinggalkan politik perkauman.

"Kita menuju kepada suatu politik baru yang harmoni, budiman berasaskan kepada ilmu dan hujah. Inilah yang saya rasa sangat ditunggu oleh anak muda hari ini," katanya yang ditemui di luar dewan muktamar di Dewan Choon Moi di sini.

Beliau turut berpandangan politik budiman ini dapat memimpin masa depan anak-anak muda Malaysia dan ia bukan sahaja dapat memberi nafas baru kepada Pemuda PAS tetapi turut menyumbang kepada suasana politik lebih bertanggungjawab untuk negara pada masa akan datang.

Suhizan dalam ucapan dasar berkata Pemuda PAS merasakan wujud kecenderungan anak muda yang menolak politik kerana meluat dengan sebahagian ahli politik yang tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan termasuk di dalam Pakatan Rakyat.

"Biarpun golongan ini tidak gembira dengan gelagat sesetengah ahli politik, ini bukan bermakna mereka tidak terlibat dalam proses politik.

"Kajian mendapati bahawa anak muda Malaysia semakin terbabit dengan proses politik di negara kita walaupun tidak begitu berminat untuk menyertai satu-satu parti politik.

"Menyedari realiti ini, Pemuda PAS mahu menggagaskan 'Politik Budiman' sebagai pendekatan dan orientasi politik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat dengan konsep berbudi, berakal dan bijaksana," ucap beliau. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014




Nada Pemuda bahas 'keras', pengerusi dikejar ke hospital

WAN NORDIN WAN YAACOB | .




MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia bersambung selepas majlis perasmian yang 'agak sunyi' pada petang tadi. Suasana selepas perasmian sedikit kusam, malah tiada lagi denyut bentak yang biasanya kedengaran memencak alam.

Namun, sebaik bermulanya pembukaan 'gelanggang sebenar' di sebelah malam, Dewan Choon Moi di Kota Tinggi ini bergegar dengan lontaran takbir memencak awan sunyi di kota Umno ini yang selama ini hanya mengaum dengan deruman kereta dan motor sahaja.

Bermula dengan pembukaan bagi pengesahan berhubung Muktamar Pemuda ke-54 yang lalu, suasana senyap menjadi kecoh dengan laungan keinginan perwakilan agar keabsahan pemilihan yang berjalan pada tahun lalu disemak kembali.

Beberapa perwakilan menarik fungi Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal Ashaari dan Timbalannya, Dr Riduan Mohd Noor dalam mengepalai pentas utama.Dalam nada yang agak 'keras' dan 'bentak' beberapa perwakilan mencapai copong suara untuk mengempas ketidakpuasan hati mereka tentang keputusan untuk memulangkan semula soal penyiasatan keabsahan pemilihan lalu kepada pihak atasan.

Namun, Ustaz Kamal Ashaari akhirnya berjaya mengendalikan berantakan awal walaupun beliau terpaksa berdepan dengan situasi cemas kekecohan sementara.Akhirnya Ustaz Kamal dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas menangis ketika menegur sikap beberapa perwakilan yang sedikit mengusik hatinya.

Sebaik perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda dimulakan, perwakilan Johor, Zulhelmi Rohani membentak minda perwakilan agar lembali melihat kepada kewajiban seluruh pemuda PAS untuk melihat tanggungjawab menguruskan isu dengan lebih baik agar ianya mencerap minda rakyat bagi menyokong PAS.

Dalam bingkisan awalnya juga, Zulhelmi sempat menyimpulkan agar setiap kepimpinan kembali melihat peri pentingnya krisis yang sedang melanda PAS ini diuruskan sebaiknya agar tidak lagi berlaku kegoncangan yang boleh meranapkan parti.

"Jangan berbantah-bantah, kita akan kehilangan kekuatan andai kita berpecah belah," pesannya sinikal mengharapkan saf kembali bertaut dengan seluruh ahli meletakkan keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Mengambil peluang berucap, Perwakilan Kedah, Ustaz Ahmad Azam Abdul Samad yang juga Adun Sungai Limau membuka pencak silat dengan memugar semula jiwa pemuda agar kembali mencermin wajah sebenar PAS dalam massa hari ini.

Meletakkan asas bahawa PAS adalah sebuah parti Islam, dan kekal sebagai sebuah parti Islam tanpa bertukar wajah samada adanya pujukan berwajah liberal, sosialis mahupun oriantalis, seluruh ahli PAS harus meletakkan 'Wala' kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai suatu yang besar.

Dalam krisis Selangor, Pemuda Kedah meletakkan asas bahawa keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS harus disokong dan diakui sebagai pemutus, kemudian penjelasan Majlis Shura Ulama (MSU) pula sebagai asas kepada pencerahan dalam isu terbabit.

Kuasa pemutus yang ada pada Presiden PAS itu dilihat oleh Pemuda PAS Kedah sebagai suatu 'otoriti' yang tidak harus dilihat kecil kerana peruntukan jelas dalam perlembagaan PAS mengenai kuasa yang ada pada seorang ketua yang menerajui parti Islam ini.

Pugaran semangat membentak ramai perwakilan untuk bertakbir,walaupun suara Ahmad Azam bernada lembut namun nahunya 'tegas' membedil setiap perkara yang disampaikan dengan bidikan yang mengena kepada semua perwakilan untuk bangkit melaungkan agenda Daulah Islamiyah.

Perbahasan akan disambung esok, memandangkan banyak lagi isu yang belum terbahas maka dijangkakan hening pagi di Kota Tinggi esok bakal bertukar ganas dengan ucapan berapi beberapa perwakilan khususnya yang berbentuk sokongan kepada Presiden PAS.Sama-sama kita nantikan. - HARAKAHDAILY 16/9/2014

Sumber HD - 16-9-2014




Hilang kawan, merugikan kita - Mohamad

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan Pemuda PAS Malaysia agar mengeratkan persahabatan di dalam Pakatan Rakyat dalam mewujudkan suasana politik yang baharu pada masa akan datang.

Beliau yang berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Dewan Choon Moi mengatakan bahawa kegagalan dalam mengawal hubungan persahabatan ini akan mengakibatkan impian untuk politik baru akan lenyap begitu sahaja.

"Kritiklah kami, tegurlah kami tetapi jangan sampai merugikan perjuangan politik yang kita ada.

"Kita sekarang berada dalam Pakatan Rakyat untuk menwujudkan suasana politik yang harmoni, kalau kita gagal, maka apa yang kita capai akan lenyap begitu sahaja.

"Jangan kita rugikan apa yang kita buat selama ini, apabila kita hilang kawan undi kita akan merosot dan apabila kita ada kawan undi kita meningkat, ini yang kita perlu ingat serta perhatikan," ucap beliau di hadapan kira-kira 700 orang perwakilan pemuda.

Mohamad yang turut mengingatkan bahawa Umno cukup bimbang dengan kekuatan PAS, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya ingin meleraikan persahabatan ini dan bukan bersimpati dengan PAS.

"Semua yang berlaku adalah pengajaran untuk kita semua dalam membentuk sebuah parti yang kukuh.

"Rakyat sekarang mula melihat kita bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi atas prestasi dan hubungan yang wujud dalam pakatan itu sendiri.

"Apa pun perbezaan pendapat, kita berbeza dalam sebuah keluarga yang kuat, sekarang kita fokus kepada menjatuhkan Umno dan bukannya untuk menjatuhkan rakan di dalam parti kita sendiri," kata beliau.

Beliau yang turut menyambut baik sambutan Muktamar PAS tahun ini yang pertama kali dibuat di Johor dan dilihat sebagai usaha PAS terutamanya Pakatan Rakyat untuk merampas Johor pada pilihan raya akan datang.

Mohamad turut menyampaikan anugerah Tokoh Pemuda kepada Almarhum Datuk Abu Bakar Chik yang diterima oleh anaknya, Fathi Aziz Abu Bakar.

Anugerah lain yang turut disampaikan antaranya termasuklah Tokoh Perjuang Rakyat kepada Wahida Mohd Salleh bagi insiden Kampung Chubadak, Anugerah Tokoh Anak Muda Prihatin, Anugerah Tokoh Anak Muda Istimewa dan Anugerah Tokoh Perjuang Anak Muda. – HARAKAHDAILY 16/9/2014

KP- SK - http://www.youtube.com/watch?v=QDSWiowItHY&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 16-9-2014




Keluar dewan biasa, bukan protes - Mohamad Sabu

MUHAMMAD FAIZAL | .


KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan keluar dewan adalah perkara biasa dan bukan suatu protes.

"Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas.

"Saya tidak nampak ia sebagai protes," katanya sebagai respons kepada tindakan beberapa perwakilan pemuda yang keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

Beliau yang ketika ditemui di luar dewan muktamar‎ akan mendengar laporan dari Pemuda PAS berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku sebab saya duduk di bahagian hadapan sekali.

"Tetapi dalam keadaan kita mendengar ucapan hangat dari Muktamar Pemuda, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita akan mendengar laporan dari muktamar pemuda atas apa yang berlaku hari ini," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan tindakan tersebut adalah perkara biasa. - HARAKAHDAILY 16/9/2014

Tn Hj MS - http://www.youtube.com/watch?v=VGA3HOL06IY&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 16-9-2014




Muktamar: Salient points from PAS Youth chief

Harakahdaily - TS | .


Below are the salient points taken from PAS Youth chief Suhaizan Kayat in his policy speech at the wing’s 55th Muktamar at Dewan Choon Moi, Kota Tinggi.

6 main thrusts

- PAS Youth to champion people-centric issues consistently, systematically and effectively.

- Strengthen the engagement with Pakatan Rakyat’s component parties, civil societies, Islamic-based NGOs, media, youth and international organisations

- Mobilize coherent agenda to boost Malay youth support for PAS

- Explore more creative and effective methods in preaching Islam

- Strengthen the management of tarbiyah and adopting a more dynamic framework (The word tarbiyah is an Arabic word that when used related to education includes the following ideas: nurture, care, guidance, upbringing, growth, and more. Essentially, the word encompasses all aspects - physical, spiritual, intellectual, emotional, and moral - of raising a child . . . with an emphasis on the idea of upwards and lofty growth)

- Enhance internal management and communication system

On economic pressure on youths

- Suhaizan raised concerns on the 10.3% unemployment rate and staggering statistic of 82.5% of youth below 30 years earning less than RM3,000 a month.

- Salary has increased by a mere 2.3 times over the past three decades (between 1980 and 2012), compared to the sixfold increase in prices for commodities such as housing, cars and basic daily necessities.

- Economic issues are the main concerns for youths, stressed Suhaizan.

- Suhaizan called for more programs on affordable housing, reduction in car prices by doing away with excise duties, abolishment of Goods and Services Tax, fairer and progressive tax system and price control on basic necessities by ending monopoly of big cronies that make profit out of people’s misery.

On national unity and youth

- Fire of racism is fanned to keep UMNO-BN politically alive.

- Suhaizan urged youths to stay away from racial politics as it can destroy this multi-racial and multi-faith country.

On hudud

- Suhaizan pledged that all would be done within the democratic framework and urged others to respect Kelantan’s democratic right to table the motion in parliament.

- Suhaizan stressed that PAS understands "the rules of the game" in the country’s democratic system and as such, the party will accept if the people reject its aspiration to introduce the Islamic criminal laws through the democratic channels.

On Pakatan Rakyat crisis in Selangor

- Citing UMCEDEL survey that stated that Pakatan Rakyat had suffered severe loss of people’s support due to the Selangor Menteri Besar crisis, Suhaizan urged the coalition’s top leadership to take immediate steps to strengthen the cooperation between the component parties in Pakatan Rakyat.

- Suhaizan called PAS Youth to demonstrate maturity and political acumen in handling crises to prevent it from getting worse.

- Suhaizan said while freedom of speech is respected, PAS Youth will not tolerate any views that belittles the integrity of the party.

- PAS Youth will support and uphold any decision made by the party in any crisis.

- Suhaizan also called on PAS Youth to take on the role to reconcile the crisis.

Defend Kelantan

- The support of local Kelantanese to the PAS-led government has dropped below 50% in the 13th general election, claimed Suhaizan.

- Kelantan was saved by outsiders who returned to vote and the popularity of its former menteri besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

- Suhaizan called for a detailed plan to defend Kelantan, address internal differences and people’s demands, to find out the added-value preposition for the Kelantan state government and fulfill the promises made to people during GE13.

- PAS Youth committed to help PAS retains its victory in Kelantan.

Internal crisis management

- PAS Youth is saddened when the party’s Shura Council was debunked and disputed by own members and external parties.

- Suhaizan also expressed disappointment on the speedy leaks of meeting details to media and how internal discussion landed into the hands of media owned by enemies.

- Suhaizan also slammed the abuse of social media, saying it was misused to shoot the party’s own foot.

- Suhaizan expressed confidence that the party could change and the management of party could be strengthened.

- He called for the strengthening of PAS Shura council to guide the party from deviating from its Islamic roots.

- Suhaizan said the party must be aware of the loopholes within the party that can be manipulated by enemies to weaken the party.

- Crisis management within the party must be bolstered.

War Room

- Issues surrounding youths are ‘gifts’ but PAS Youth fails to capitalize due to poor management.

- Therefore, Suhaizan called for the establishment of the wing’s war room in every state.

- Suhaizan also called on PAS Youth to use social media to engage the youths, reminding them of how many dictators in the world had fallen due to the uprising of keyboard warriors.

To attract Malay youths

- Suhaizan proposed PAS Youth to use sports, entertainment, local cultures, volunteerism works and others to attract Malay youths in rural areas, where internet penetration is still low.

Adopting ‘Budiman (Wisdom) Politics’ in Pakatan Rakyat

- Suhaizan wanted this new style of politics to deal with differences between the three component parties.

- It aims to cultivate the ethics of disagreement in managing differences in opinion between parties, politics with high morals and ethics and without slander and invective.

Advice to PAS Youth

- Focus on real issues rather than issues that can disunite the party.

Sumber HD - 16-9-2014




Pemuda PAS ikrar pertahankan Kelantan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA TINGGI: Pemuda PAS Malaysia hari berikrar untuk bersama-sama Pemuda PAS Kelantan mempertahankan kemenangan PAS di Kelantan pada Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang berucap pada Muktamar Pemuda PAs Malaysia kali Ke-55 di Dewan Choon Moi hari ini memberitahu keputusan ini diambil setelah melihat kekalahan perit PAS di Kedah pada pilihan raya yang lalu.

"Hasil post-mortem di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik, akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah.

"Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej yang tidak baik kepada PAS di Kedah malah ia melibatkan di seluruh negara," ucap beliau pada ucapan dasar.

Menurut beliau, impak kemerosotan turut diterima di Kelantan apabila PAS hanya memperoleh sokongan rakyat Kelantan di bawah 50 peratus pada PRU13.

"Kemenangan PAS hanya dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi, ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuas hati dengan pretasi kepimpinan kita.

"Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab, Kelantan akan hilang daripada genggaman kita pada suatu masa nanti.

"Perlu diingatkan juga bahawa rakyat Kelantan terkenal dengan pemikiran politik yang kritikal dan dinamik, malah sejarah telah membuktikan mereka boleh sahaja menolak PAS jika tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan kita," kata beliau dihadapan kira-kira 712 orang perwakilan yang hadir.

Tambah beliau faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pengaruh yang besar dalam membantu kemenangan PAS sebelum ini.

Jelasnya, ada dalam kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayangkan kepimpinan Nik Aziz menyebabkan mereka mengundi PAS.

"Pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihan Raya Umum tanpa faktor Tok Guru dan keadaan ini sangat membimbangkan.

"Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihanraya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat," sambung beliau.

Pada muktamar tersebut selain mempertahankan Kelantan, beliau turut menekankan tujuh perkara semasa yang dianggap penting dalam memajukan Pemuda.

Antara lainnya adalah dalam isu membabitkan Gaza dan Derita Ummah Seluruh Dunia, Tekanan Ekonomi Anak Muda, Anak Muda dan Perpaduan Nasional, Pelaksanaan Syariah melalui Kerangka demokrasi, Krisis dalam Pakatan Rakyat di Selangor, Pengurusan Krisis dalam PAS.

Muktamar Pemuda PAS Malaysia selama dua hari mulai 16 hingga 17 September itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. – HARAKAHDAILY 16/9/2014

Sumber HD - 16-9-2014




Membaca 'kesunyian' perasmian muktamar pemuda

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk.

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya.

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut.

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini.

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan.

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak.

Laungan isu, laungan kata semangat dan pugaran isu untuk menongkah kejahatan Umno-BN langsung tidak bersahut.Suara bentak Suhaizan bagaikan tidak mampu membuka minda perwakilan yang ketika ini mungkin sedang berteka-teki kemana haluan sebenarnya Pemuda PAS selepas ini.

Mungkin sekali kesan isu krisis MB Selangor dengan pendedahan 'jahat' ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung inti pertemuan tertutup Pemuda Pakatan Rakyat akhirnya menjadi asas kepada perwakilan untuk menutup semangat sebenar muktamar.

Di peringkat awal ini, muktamar bagaikan dilanggar garuda, sunyi sepi dan tiada bernyawa, bagaimanapun ramai yang berpandangan di peringkat perbahasan nanti bakal berlaku 'kegoncangan' yang dahsyat termasuk isu-isu membabitkan kepimpinan dua hala.

Sama-sama kita nantikan perbahasan yang akan bermula pada malam ini dan berakhir pada tengahari esok. – HARAKAHDAILY 16/9/2014


Sumber HD - 16-9-2014




Ucapan penuh Ketua Pemuda PAS Malaysia

HARAKAHDAILY | .

UCAPTAMA KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

MUKTAMAR TAHUNAN PEMUDA PAS MALAYSIA KE-55
1435 H / 2014 M

MEMPERKUKUH MUAFAKAT

ASSALAMU’ALAYKUM WA-RAHMATULLAHI WA-BARAKATUH

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap;
Yang Dihormati Timbalan Presiden PAS selaku Perasmi Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55;
Yang Dikasihi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Setiausaha Pemuda PAS Malaysia merangkap Pengarah Panitia Muktamar Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Jawatankuasa Harian Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Malaysia,
Ketua-Ketua Pemuda PAS Negeri, Kawasan serta Ahli Jawatankuasa;
Pimpinan dan rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS,
Pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat,
Pimpinan dan rakan-rakan dari NGO, dif-dif kehormat;
Perwakilan dan Pemerhati, yang dikasihi sekalian.

Saya ucapkan selamat datang ke negeri Johor Darul Takzim dan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, pemerhati dan tetamu yang menghadiri Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55. Selaku anak jati Johor, saya sangat bersyukur dan gembira kerana inilah kali pertama dalam sejarah, kita mengadakan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia di negeri Johor dan saya yakin Insya-Allah muktamar ini akan menyumbang kepada pencapaian politik dan dakwah yang lebih cemerlang kepada PAS Johor khususnya dan PAS Pusat secara amnya.

Saya mengajak semua para perwakilan supaya memanfaatkan muktamar ini sebagai wadah untuk kita berbahas mencari idea bernas sambil bermuhasabah untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang perlu dibaiki agar gerakan kita lebih berkesan dan produktif berbanding masa yang lalu. Marilah kita mengingatkan diri masing-masing dengan sabda Rasulullah SAW:

من استوى يوماه فهو مغبون

Barang siapa yang hari ini (amalannya) sama seperti semalam, ia adalah orang yang rugi. (riwayat al Dailami)

A. TEMA MUKTAMAR
Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ini mengangkat tema Memperkukuh Muafakat sesuai dengan realiti mutakhir yang dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Tema ini juga bersesuaian dengan tuntutan permuafakatan yang jujur dan ampuh dalam mengurus kepercayaan rakyat yang diberikan kepada PAS dan PR. Dengan izin Allah SWT, rakyat Malaysia berani keluar daripada belenggu yang sekian lama menghantui pemikiran sehingga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah Pilihanraya Umum, Umno-BN hilang undi popular di peringkat nasional. Muafakat menuntut persefahaman, kejujuran dan komitmen untuk merealisasikan cita-cita bersama. Rakyat mendambakan sistem dua parti (two party system) yang menjadi mekanisme terbaik untuk melaksanakana proses semak dan imbang yang membawa maslahah kepada rakyat.

Pada masa yang sama permuafakatan dalaman parti juga wajib setiasa disegar dan diperteguh untuk mendepani cabaran mendatang. Posisi PAS sebagai parti arus perdana politik pada hari ini menuntut setiap pendokong parti khususnya di kalangan Pemuda PAS menginsafi bahawa kita sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat dan kita mesti menzahirkan saf yang kukuh dan tindakan yang matang dan bijaksana. Muafakat bukan bermakna kita menolak kepelbagaian pandangan dan citarasa, tetapi perbezaan ini diuruskan dengan bijaksana dan mendukung adab al ikhtilaf supaya kita tidak tersasar daripada matlamat besar di hadapan.

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Marilah kita menghayati Firman Allah SWT: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfal: 46).

Ayat yang saya petik ini merakamkan arahan Ilahi supaya kita mentaati Allah dan Rasul-Nya di mana inilah asas wahdah, kesatuan ummah yang terdiri daripada latarbekang keturunan dan daerah yang rencam. Keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya memberikan kita keyakinan dalam setiap tindak tanduk kita termasuk dalam medan siasah kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi golongan yang beriman secara mutlak kepada Allah dan Rasul-Nya. Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya memberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran dan rintangan kerana motivasi kita bukanlah semata-mata meraih darjat dan pangkat, tetapi menyebar rahmat kepada seisi alam seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Allah SWT juga memberi amaran bahawa pertelingkahan yang tidak berkesudahan adalah penyebab kepada yang kuat menjadi lemah, berpecah dan akhirnya menjadi sejarah. Inilah sunnatullah yang akan berlaku kepada mana-mana kumpulan sekiranya pertempuran dalaman dibiarkan, maka seluruh kumpulan tersebut akan hancur akhirnya. Umpama peribahasa Melayu, “api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Jangan bermain dengan api, kelak terbakar diri sendiri”.

B. MUHASABAH AGENDA DPPM

Sidang muktamar yang dikasihi,

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr: 18)

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah kita merenung kembali perjalanan penuh ranjau yang telah kita tempuhi selama ini, dengan mengukur kekuatan dan kelemahan kita dalam menjayakan 6 Agenda Pemuda PAS Malaysia yang telah ditetapkan di awal sesi ini.

Agenda 1: Mencetus dan Menjuarai Isu Rakyat secara Konsisten, Sistematik dan Berkesan
Sepanjang 10 bulan lepas, kita telah menyusun dan menggerakkan bantahan rakyat terhadap beberapa isu kritikal yang memberikan kesan buruk kepada sebahagian rakyat. Antara tindakan yang telah digerakkan adalah gerakan ‘Suara Orang Kampung’ yang memperjuangkan nasib warga kampung yang dihimpit kejatuhan harga komoditi padi dan getah, ‘Bantah GST’ yang berjaya menghimpunkan jutaan rakyat membantah rejim cukai baru oleh Barisan Nasional, ‘TURUN’ yang berjaya membangkitkan amarah rakyat terhadap kenaikan harga barang, ‘Pertahan Kampung Chubadak’ bagi mempertahankan hak golongan peneroka bandar yang dizalimi, ‘Projek Auto 21’ untuk mendesak proses pendaftaran pengundi secara automatik dan telus, serta beberapa lagi isu nasional dan setempat yang dijuarai. Kita juga dalam rangka untuk mengangkat isu-isu berkaitan nasib golongan kelainan upaya (OKU) supaya kebajikan dan hak-hak mereka terbela. Di sebalik kejayaan menjuarai isu-isu sebegini, perlu diakui bahawa strategi pengurusan isu dan media oleh Pemuda PAS masih perlu diperbaiki bagi memberi natijah maksima dan penyelesaian terhadap perjuangan yang dibawa.

Agenda 2: Memantapkan Hubungan (Engagement) dengan Komponen Pakatan Rakyat, Gerakan Masyarakat Madani, NGO Islam, Media, Anak Muda dan Organisasi Luar Negara
Pemuda PAS mengambil pendekatan inklusif dalam membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Antara tindakan awal adalah mengadakan dialog dengan gerakan masyarakat madani seperti BERSIH 2.0, Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan lain-lain. Pelbagai maklum balas yang jujur diterima daripada rakan-rakan kita tersebut. Seterusnya Pemuda PAS mengorak langkah bersama-sama dengan rakan-rakan AMK dan DAPSY untuk memantapkan Pemuda PR. Alhamdulillah sepanjang tahun pertama penggal ini, kerjasama antara sayap pemuda PR adalah baik. Beberapa mesyuarat Pemuda PR dapat dilangsungkan dan beberapa kenyataan bersama menyentuh isu-isu kritikal dapat diperakui oleh pimpinan Pemuda PR. Pemuda PAS juga berpartisipasi dalam sidang meja bulat anjuran agensi dan jabatan kerajaan berkenaan maslahah nasional seperti perpaduan dan pembikinan dasar belia nasional yang baru. Di peringkat antarabangsa, Pemuda PAS juga menggerakkan usaha menghidupkan AMSEC dalam format baru dan lawatan kerja ke Indonesia telah diadakan dalam menghimpun komitmen teman-teman daripada parti politik dan NGO Islam untuk meluncurkan AMSEC 2.0. Untuk makluman para aktivis Pemuda PAS, sokongan dan maklum balas teman-teman serantau terhadap idea kita untuk mewujudkan platform koordinasi tindakan pemuda Islam serantau sangat menggalakkan. Pemuda PAS juga telah menjalinan hubungan dengan wakil-wakil kedutaan dalam Dialog bersama Kedutaan yang telah diadakan baru-baru ini. Masih terdapat banyak kumpulan anak muda dalam dan luar negara yang belum disantuni oleh Pemuda PAS. Justeru tindakan yang agresif perlu dilaksana untuk melebarkan jaringan tersebut.

Agenda 3: Menggerakkan Agenda Bersepadu untuk Menguasai Sokongan Pengundi Muda Melayu
Pemuda PAS menginsafi bahawa untuk PAS menjadi dominan di Parlimen dan DUN, usaha menarik sokongan pengundi muda Melayu adalah perkara yang sangat mustahak. Sasaran 60% undi anak muda yang diletakkan oleh Pemuda PAS Malaysia pada PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang. Pada PRU yang lepas, hanya satu kerusi Parlimen PAS mencatatkan sokongan melebihi 70% undi anak muda diikuti sebahagian besar kerusi Parlimen yang dimenangi PAS di Kelantan dan Selangor mencatat sokongan melebihi 60% undi anak muda; dan menariknya setiap kerusi parlimen yang dimenangi PAS mencatatkan sokongan undi anak muda melebihi paras 53%. Ini bermakna, bagi beberapa kerusi yang gagal dimenangi oleh calon PAS, Pemuda PAS perlu mensasarkan penguasaan minima 55% undi anak muda untuk membuahkan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di kerusi tersebut. Selain daripada gerakan memperjuangkan nasib pekebun getah dan pesawah, inisiatif ‘Untukmu Sarawak’ yang diterajui oleh Pemuda PAS Sarawak adalah satu inisiatif yang amat baik. Inisiatif ini adalah langkah strategik untuk mendekati rakyat melalui program pembangunan dan kebajikan yang berimpak tinggi. Insha Allah, program-program di bawah jenama Untukmu Sarawak akan diperhebatkan untuk terus memenangi hati rakyat khusunya Melayu dan Bumiputera menjelang Pilihanraya Negeri yang dijangka seawal-awalnya tahun hadapan.

Pemuda PAS Sabah juga telah mengikut langkah Sarawak dengan melancarkan inisiatif Untukmu Sabah. Satu lagi usaha yang digerakkan oleh Pemuda PAS Malaysia untuk mendekati pengundi muda Melayu adalah penubuhan Jabatan Pembangunan Usahawan yang telah berjaya melancarkan produk sulungnya, IMPAK dan penjenamaan semula Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) sebagai vehicle untuk mendekati anak-anak muda Melayu dengan program berkaitan keusahawanan dan pendidikan. Di samping itu, AMAL dan PASTI terus menjadi duta Pemuda PAS dalam memberi khidmat bakti melalui amal kesukarelaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, program menyantuni faqir miskin juga dilaksanakan dan kemuncaknya adalah pada bulan Ramadan yang lepas di mana program menyantuni fakir miskin dilaksanakan ketika bersahur dan menjelang berbuka puasa dilaksanakan di hampir semua negeri. Saya yakin Pemuda PAS juga mampu melahirkan tokoh berimej wira marhaen seperti yang diperlihatkan oleh Gabenor Indonesia yang menang PilPres Indonesia baru-baru ini, Joko Widodo atau Jokowi. Kelemahan kepada agenda ini adalah Pemuda PAS belum ada pendekatan bersepadu khususnya dalam pendidikan politik untuk mendekati pengundi Melayu muda. Pada masa yang sama, program-program yang disusun untuk mendakati anak muda Melayu oleh agensi-agensi Pemuda PAS masih belum menyeluruh hingga sampai ke akar umbi masyarakat di seluruh negara.

Agenda 4: Menerokai Pendekatan Dakwah yang Lebih Kreatif dan Berkesan
Usaha dakwah kepada masyarakat pelbagai kaum adalah fokus kita sebagai Pemuda PAS. Selari dengan keghairahan masyarakat kepada program Islami, Pemuda PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang buah tangan kita untuk terus menyemarak momentum positif yang berlaku dalam masyarakat. Sepanjang 10 bulan yang lepas, ada beberapa kelainan yang ditampilkan dalam program dakwah yang dilaksanakan bukan hanya di peringkat Pusat dan Negeri tetapi lahir daripada kreativiti Pemuda PAS Kawasan. Program seperti Street Dakwah, Usrah Kaki Lima (UK5) dan Ride for Dakwah adalah antara program yang telah dilaksanakan dengan pendekatan yang segar dan berjaya menarik perhatian anak muda biarpun dilaksanakan dalam skala kecil. Saya juga secara peribadi, mencuba pendekatan mengajak pimpinan Pemuda PR untuk sama-sama bersahur, berbuka dan menikati juadah pada malam Aidilfitri untuk menzahirkan keindahan Islam kepada masyarakat umum. Aspek yang perlu diperbaiki adalah berkaitan konsistensi, koordinasi antara agensi Pemuda PAS dan penjenamaan aktiviti dakwah agar program-program ini memberikan impak positif yang mendalam kepada masyarakat khususnya kepada anak muda.

Agenda 5: Memperkukuhkan Pengurusan Tarbiah dan Perkaderan dengan Lebih Dinamik
Agenda tarbiah dan kaderisasi dalam organisasi Pemuda PAS Malaysia merangkumi dua aspek kritikal iaitu aspek pemantapan fikrah dan pembinaan kemahiran semasa (soft skills). Program asasi seperti usrah dan tamrin dilaksanakan sekurang-kurangnya ke peringkat kawasan. Selain itu, Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan liqa bersama Tuan Guru Dato Seri Presiden di Baling, Kedah sebagai platform menyampai dan menyelaras perspektif aktivis Pemuda PAS berkaitan isu-isu mutakhir yang didepani parti. Pemuda PAS Malaysia juga mengatur jaulah tarbawi sepanjang bulan Ramadan al Mubarak sebagai kesempatan terbaik mempertemukan pimpinan Pemuda PAS di peringkat nasional dan penggerak di peringkat negeri dan kawasan sambil menghayati ibadah dalam madrasah Ramadan. Sepanjang setahun yang lepas, siri-siri kursus Amilin berjaya dilaksanakan di seluruh negara yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan berkaitan kemahiran-kemahiran asas sebagai penggerak Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan. Sidang Parlimen Mahasiswa telah dianjurkan untuk mengasah bakat pimpinan mahasiswa dalam berhujah dan membentangkan idea yang bernas dan kritis. Hubungan dengan organisasi mahasiswa dalam dan luar Negara juga dipertingkatkan untuk membina jambatan yang kukuh dengan mereka. Di samping itu, latihan kemahiran pilihanraya juga telah digerakkan ke seluruh negara melalui Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (MANTAP). Namun, ada beberapa aspek yang boleh ditambahbaik dalam agenda tarbiah Pemuda PAS yang saya akan perincikan selanjutnya dalam ucapan ini.

Memperkasa Sistem Pengurusan dan Komunikasi dalam Organisasi
Keberkesanan organisasi besar Pemuda PAS banyak bergantung kepada kualiti pengurusan organisasi dan sistem komunikasi yang baik. Justeru, aspek pengurusan ini diangkat menjadi salah satu agenda Pemuda PAS Malaysia kali ini. Sepanjang tahun yang lepas, pihak sekretariat telah menambahbaik sistem UKJ sebagai bank data ahli dan penyokong Pemuda PAS selain ia menjadi saluran komunikasi dalam organisasi Pemuda PAS. Sistem yang ditambah baik ini dikenali sebagai UKJ 2.0. Pada masa yang sama, penjenamaan semula imej Pemuda PAS juga dilaksanakan dengan pengenalan imej dan logo baru Pemuda PAS akan disempurnakan dalam muktamar kali ini. Usaha ini dianggap penting kerana persembahan visual yang menarik adalah salah satu faktor yang menyumbang minat anak muda gen Y kepada kita selain aspek pengisian (substance) yang sentiasa kita segarkan dan mantapkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, aspek sokongan yang bersifat dalaman seumpama urusan keahlian, permesyuaratan dan perlaporan masih banyak yang perlu diperbaiki.

Sudah pasti, dalam tempoh sepuluh bulan banyak pencapaian yang boleh dibanggakan dan tidak kurang juga banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Pencapaian dan muhasabah tersebut telah direkod dan dibentangkan secara terperinci dalam Laporan Aktiviti Tahunan yang akan dinilai oleh para perwakilan dalam muktamar ini.

Terang bulan angin berlalu,
Cerah dan gelap dirasai bersama,
Sepuluh bulan telah berlalu,
Salah dan Silap dibaiki bersama.

C. ISU-ISU SEMASA DARIPADA PERSPEKTIF PEMUDA PAS
Sidang Muktamar yang dirahmati Allah, Izinkan saya secara ringkas memajukan perspektif Pemuda PAS Malaysia dalam beberapa isu yang dianggap penting kepada kita semua.

1. Gaza dan Derita Ummah Sedunia
Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada HAMAS dan rakyat Palestin khususnya di Gaza yang berjaya dalam peperangan menhadapi Zionis Israel demi mempertahan tanah suci milik rakyat Palestin. Ketika dunia mengira bahawa Israel terlalu ampuh, para pejuang kebebasan (freedom fighters) daripada briged al Qassam dan kumpulan-kumpulan pejuang yang lain memberi pukulan maut kepada tentera Zionis Israel sehinggakan gerombolan Zionis tidak mampu masuk ke kawasan Gaza lebih daripada sepuluh meter. Daripada manakah datangnya kekuatan ini? Inilah nusrah daripada Allah SWT. Kekuatan pejuang Gaza juga kerana sokongan moral yang diterima bukan hanya daripada umat Islam tetapi masyarakat dunia secara umumnya. Daripada Asia hingga ke Amerika Latin, dunia menyaksikan kebangkitan masyarakat sivil menolak kebinatangan Zionis yang membantai Gaza yang terkepung daripada darat, laut dan udara. Biarpun pemimpin dunia khususnya Amerika dan Eropah melontarkan sokongan kepada Zionis Israel, namun jutaan rakyat mereka turun ke jalan raya untuk membantah kekejaman Zionis ke atas manusia dan kemanusiaan di Gaza. Sekali lagi saya mengulangi ikrar yang dilaungkan oleh masyarakat dunia; Zionisme adalah musuh kemanusiaan!

Seperkara yang penting yang dapat dipelajari daripada kekentalan para pejuang Gaza adalah ketegasan dan ketekalan mereka memperjuangkan maruah agama dan tanah air. HAMAS menolak plan awal perjanjian damai tajaan Mesir sebelum ini kerana tidak dimuatkan dalam terma perjanjian tersebut bahawa embargo terhadap Gaza mesti dihentikan. Sudah hampir 10 tahun Gaza secara mutlak menjadi penjara terbuka. Akses ke Gaza melalui jalan laut mahupun udara disekat secara total oleh rejim Zionis. Inilah harga yang sangat mahal dibayar oleh para pejuang kebebasan semata-mata untuk melihat maruah rakyat dan tanah air tercinta dimartabat. Terbaru, regim Zionis Israel dan HAMAS telah bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang dengan Israel bersetuju melonggarkan sekatan di laut dan di darat ke Gaza. Ini bermakna Hamas telah menang dalam pertempuran 51 hari yang menyebabkan lebih 2100 orang rakyat Gaza gugur syahid.

Ketika Pemuda PAS berdiri teguh di belakang perjuangan HAMAS dan pejuang palestin, Pemuda PAS Malaysia pada masa yang sama menolak aliran irhabi iaitu aliran keganasan yang cuba dibawa oleh kumpulan-kumpulan tertentu atas nama Islam seperti ISIL. Pemuda PAS menegaskan bahawa jihad dan irhab adalah dua perkara yang jauh berbeza sebagaimana yang telah dihuraikan oleh pemimpin gerakan Islam sedunia termasuk murabbi kita, Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang. Aliran irhabi inilah menyulitkan keadaan yang sememangnya sudah cukup sulit seperti di Syria dan Iraq. Para pendokong Pemuda PAS seharusnya celik tentang perbezaan ini dan tidak terjebak dalam fitnah yang boleh menggelapkan kemuliaan Islam dan umatnya.

Pemuda PAS Malaysia memandang tinggi kepemimpinan Presiden Turki yang baru, Recep Tayyib Erdogan yang menjadi jurucakap yang lantang dalam menangani permasalahan umat Islam sedunia. Turki muncul sebagai kuasa baru yang berpengaruh dengan kekuatan kepemimpinan dan faktor demografinya yang strategik. Pemuda PAS Malaysia mencadangkan kerajaan Turki menggerakkan sebuah kluster baru yang menggabungkan negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia, Indonesia, Qatar dan Tunisia sebagai pemain baru yang aktif dalam isu-isu global mewakili blok Islam. Kluster ini adalah harapan baru dunia Islam selepas OIC yang langsung tidak dirasai kewujudannya khususnya dalam menangani konflik dan krisis kemanusiaan yang parah yang dihadapi umat Islam sedunia. Pemuda PAS juga meyakini perlantikan Tuan Guru Dato Seri Presiden sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ dan Cendekiawan Islam Antarabangsa yang dipimpin oleh Shaykh Dr Yusuf al Qaradawi, adalah satu pengiktirafan tinggi kepada PAS di peringkat antarabangsa dan kita meyakini bahawa tokoh kesayangan kita mempunyai kemampuan sebagai pemimpin dunia Islam untuk merintis jalan keluar kepada krisis yang dihadapi oleh umat Islam seperti peranan yang dimainkan oleh beliau di Acheh, Yaman dan Syria.

2. Tekanan Ekonomi Anak Muda
Satu realiti yang tidak dapat dinafikan adalah tekanan kos sara hidup merupakan kerisauan utama generasi muda Malaysia. Fakta ini disokong oleh dapatan kajian-kajian lapangan yang dibuat UMCEDEL dan Merdeka Centre sebelum dan selepas PRU13. Isu utama yang membelenggu anak muda antaranya adalah pengangguran, harga rumah yang tidak mampu-milik dan tidak mampu-bayar, harga kereta yang tinggi kerana duti eksais, hutang bank dan kad kredit, serta kos makan minum seharian yang mahal. Secara purata, sekitar 40%-50% gaji yang diterima akan digunakan untuk membayar ansuran kereta dan sewa rumah, 10%-15% untuk minyak dan pengangkutan, 20% untuk makan dan minum, dan selebihnya untuk belanja kecemasan atau sedikit simpanan jika ada.

Tidak sedikit graduan universiti yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Kadar pengangguran di kalangan anak muda sangat tinggi iaitu 10.3%. Statistik ini sangat merunsingkan kerana pengangguran bukan sahaja memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada rakyat tetapi juga kesan sosial yang meruncing. Bagi anak muda yang bernasib baik dan memiliki pekerjaan pula, 82.5% anak muda di bawah umur 30 tahun berpendapatan RM3000 ke bawah. Kajian menunjukkan bahawa purata gaji mula bagi graduan universiti hanya meningkat sebanyak 2.3 kali ganda dalam tempoh 30 tahun (kajian perbandingan antara tahun 1980 dan 2012) berbanding dengan kos sara hidup (harga rumah, kereta dan keperluan harian) yang meningkat sehingga 6 kali ganda. Ketidakseimbangan ini memberikan tekanan hidup yang melampau kepada anak muda terutamanya yang bekerja dan/atau tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.

Isu kos sara hidup ini sangat dekat dengan anak muda, yang sebahagian besarnya tidak cakna-politik kerana isu ini menyentuh periuk nasi mereka. Sebagai penyelesaian kepada isu besar ini, Pemuda PAS berpendapat kerangka ekonomi negara dan rakyat memerlukan satu reformasi yang menyeluruh. Beberapa aspek asasi perlu diberi penekanan dalam masa terdekat oleh pihak kerajaan, peniaga dan rakyat untuk membentuk sebuah sistem ekonomi yang berkebajikan.

Pertamanya, program rumah mampu-milik yang lebih meluas, samada dalam bentuk pembinaan rumah siap, penyediaan rumah sewa atau kemudahan pembiayaan kewangan. Keperluan rumah adalah amat mendesak dalam situasi harga rumah di luar kemampuan anak muda yang sebahagian besar berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Kedua, pengurangan harga kereta secara berperingkat dalam bentuk pengurangan duti eksais, pengecualian cukai atau rebat harga kereta, khususnya bagi menggalakkan penggunanaan kenderaan mesra-alam (green-car), di samping meningkatkan kualiti pengangkutan awam untuk menghubungkan kawasan kediaman dan tempat kerja.

Ketiga, disiplin fiskal di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri dalam mengurus perbelanjaan wang rakyat, dengan mementingkan aspek transparensi dan akauntabiliti bagi mengurangkan jurang defisit yang ditanggung kerajaan, di samping rejim cukai yang adil dan progresif, bukan sistem cukai yang membebankan golongan pertengahan sebagaimana yang digunapakai sekarang atau sistem cukai GST yang akan dilaksanakan pada April 2015, tetapi sistem cukai pendapatan dan keuntungan yang tinggi kepada golongan kaya dan berpatutan pada golongan pertengahan.

Keempat, jaminan kawalan harga barangan keperluan asas, yang dapat dilaksanakan dengan memecahkan elemen monopolli dan manipulasi dalam pasaran, yang melibatkan penguasaan kroni-kroni besar dalam mengaut keuntungan atas kesempitan hidup rakyat, seperti konsesi tol, penjana elektrik bebas, pemilik AP kenderaan, pemilik permit import beras, gula dan tepung, dan seumpamanya.

Ini menuntut kepada pimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat untuk berperanan dalam memberi tekanan ke arah perubahan dasar kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, di samping menggerakkan usaha pembinaan ekonomi anak muda berdikari dalm bentuk peluang perniagaan dan keusahawanan sebagai antara solusi permasalahan besar ini.

3. Anak Muda dan Perpaduan Nasional
Serentak dengan pengisytiharan slogan 1Malaysia, provokasi yang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama juga semakin menjadi-jadi. Utusan Malaysia dan TV3 digunakan secara maksima untuk menyampaikan dakyah bahawa Islam dan Melayu tercabar di bumi bertuah ini. Soalnya, mengapa mantra Melayu tercabar hanya dilaungkan di saat pengaruh politik Umno dan BN semakin lemah? Kalau betulpun Melayu tercabar, siapakah yang menjadi parti pemerintah sejak kemerdekaan Tanah Melayu? Pada masa yang sama, PAS ditohmah oleh UMNO dan sekutunya sebagai sudah mengorbankan prinsip perjuangan Islam. Lebih melucukan, mereka yang bergelar ‘pejuang Melayu’ atau ‘pejuang Islam’ ini juga menyatakan PAS hari ini kononnya sudah menyimpang jauh dari matlamat perjuangan asal dan mendesak agar PAS kembali kepada perjuangan sebenar.

Sejarah menjadi saksi bahawa muafakat rakyat berbilang kaum adalah mimpi ngeri kepada rejim pemerintah. Mari sama-sama kita imbas sejarah permuafakatan PUTERA-AMCJA yang muncul sebagai badan siasah pertama tanahair yang menggabungkan tenaga Melayu dengan bukan Melayu pada tahun 1947 dalam usaha menggerakkan perjuangan menentang penjajah. PUTERA adalah nama singkatan kepada Pusat Tenaga Rakyat yang merupakan gabungan kepada pertubuhan nasionalis kiri yang progresif seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin dan lain-lain pertubuhan. Manakala All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) pula adalah gabungan beberapa pertubuhan kiri dari kalangan bangsa Cina. Namun hayat gabungan ini, terutama pertubuhan-pertubuhan yang bergabung di dalamnya, tidak panjang dan berkubur akibat dari perisytiharan darurat yang dibuat penjajah British pada tahun 1948. Ternyata permuafakatan ini sangat digeruni sehingga sebahagian tokoh pertubuhan-pertubuhan tersebut ditangkap dan dihumban ke dalam penjara penjajah.

Fakta ini memberi tauladan kepada kita bahawa untuk mengimbangi kuasa dan hegemoni politik BN yang sudah kukuh berakar umbi sejak sebelum Merdeka lagi, ianya memerlukan kepada suatu kuasa politik yang juga berasas multi-racial. BN amat menyedari hakikat ini dan sedaya mungkin berusaha untuk memecahkan penentangnya supaya kekal terkurung dalam garis dan jalur bangsa dan ideologi politik masing-masing. Sifirnya selagi BN menjadi wadah tunggal mewakili kaum teras dalam negara ini dan dalam masa yang sama pembangkang masih tidak dapat bersatu, maka selagi itulah BN akan kekal memerintah.

Jadi, jelas kepada kita sentimen agama dan bangsa yang diapi-apikan ini adalah bermotif politik semata-mata demi membolehkan Umno/BN kekal berkuasa. Yang dibimbangi adalah kesan daripada permainan politik yang merbahaya ini bakal memberikan kesan buruk kepada masa depan negara dan boleh meruntuhkan kerukunan hidup rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Atas premis ini, saya mengajak seluruh anak muda samada di dalam atau di luar PAS agar kita tidak terjebak dalam politik sempit begini. Negara ini adalah negara kita dan kita akan mewariskannya kepada anak cucu kita kelak. Jangan biarkan sikap opportunis politik ini memusnahkan masa depan negara kita.

4. Perlaksanaan Syariah melalui Kerangka Demokrasi
Polemik perlaksanaan hukum hudud bagi negeri Kelantan telah sekali lagi menimbulkan debat yang tidak berkesudahan tentang kesesuaian syariat Islam dengan suasana semasa. Sebagai ummat Islam, kita meyakini bahawa Islam adalah suatu cara hidup (way of life) yang merangkumi seluruh tata aspek kehidupan manusia. Pemuda sesugguhnya berpegang kepada Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS yang memperuntukkan bahawa antara tujuan PAS ialah untuk “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”. Atas komitmen ini, Pemuda komited dalam memperjuangkan perubahan Islami di dalam negara ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam konsep Negara Berkebajikan PAS yang menekankan intipati good governance, prinsip ketelusan dan integriti, pembelaan ke atas golongan miskin, minoriti dan tertindas, agihan ekonomi yang lebih adil dan seimbang, pemulihan institusi penting negara, keluhuran Perlembagaan, pemantapan demokrasi, penghormatan terhadap hak asasi manusia dan sebagainya.

Pemuda jua ingin buat kesekian kalinya menegaskan bahawa apa jua agenda yang diperjuangkan PAS adalah dibawa sepenuhnya melalui proses demokrasi berparlimen kerana PAS memilih untuk berjuang di atas landasan demokrasi sejak dari awal penubuhan PAS lagi. PAS tidak akan sekali-kali memaksa agendanya diterima melalui ‘pintu belakang’ tanpa proses konsultasi yang sewajarnya sebagaimana yang dituntut dalam sistem demokrasi. Kita amat memahami rules of game dalam kancah sistem demokrasi di mana seandainya rakyat menolak hasrat kita ini melalui saluran yang demokratik, kita akur dan bersedia menelan hakikat tersebut.

Oleh yang demikian, Pemuda meyeru semua pihak agar menyedari dalam konteks Kelantan, PAS telah lima kali berturut-turut memenangi PRU di Kelantan di atas janji untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Manakala Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 telah di bentang, dibahas dan diluluskan dengan sewajarnya di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Begitu juga cadangan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi ruang perlaksanaannya juga adalah melalui kerangka proses demokrasi yang sewajarnya dihormati oleh semua pihak. Justeru, Pemuda akan meneruskan pendekatan berdialog dengan sesiapa jua dalam rangka memberi kefahaman terhadap undang-undang Islam ini kepada masyarakat.

5. Krisis dalam Pakatan Rakyat di Selangor
Kejayaan memperolehi 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu menunjukkan betapa tinggi penerimaan dan harapan rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat untuk membawa suatu bentuk tatakelola baru ke arah Malaysia yang adil, saksama dan bersih. Namun yang amat mendukacitakan kita, baru setahun selepas PRU, kita berantakan sesama sendiri hingga hampir memusnahkan jalinan hubungan yang telah kita semai sejak bertahun yang lalu dan memesongkan kita dari tanggungjawab sebenar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Di mana janji-janji muluk untuk membawa politik baru di Malaysia?
Kesan buruk akibat dari krisis ini jangan dipandang enteng. Kajiselidik yang dijalankan pada bulan Mei lalu oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat merudum ke paras 35% berbanding dengan tahap sokongan sebanyak 50% yang direkodkan semasa kajiselidik yang sama dibuat sebelum PRU lepas. Justeru Pemuda PAS menyeru kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya mengambil berat perkara ini dan mengambil langkah segera bagi memperkukukan kembali hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dapatan kajiselidik oleh UMCEDEL itu harus dijadikan wake- up call untuk kita memperbaiki organisasi dan kembali merapatkan saf. Jangan menunggu sehingga hasil kajian itu diterjemahkan dalam bentuk penolakan kepada kita dalam PRU ke 14.

Dalam apa jua krisis yang dihadapi, Pemuda PAS harus menunjukkan kematangan dan political acumen (ketajaman politik) untuk mengawal krisis tersebut daripada menjadi lebih parah. Ini bukan bermakna kita cuba menyekat kebebasan menyatakan pandangan. Kita tetap bebas utarakan apa jua sikap dan pandangan kita selaku orang muda yang lantang, kritis dan penuh idea namun ia mesti dilakukan secara tertib demi memperbetulkan keadaan. Bak kata orang tua-tua, ‘biar senget, jangan tertiarap. Biar titik, jangan tumpah”. Pemuda PAS tegas mempertahankan keputusan dan pendirian yang dibuat oleh PAS dalam krisis yang kita hadapi. Kita tidak sekali-kali izinkan mana-mana pihak pun memperlekehkan integriti parti kita. Namun, kita juga berusaha untuk mendamaikan krisis. Sebagai contohnya, ketika krisis Selangor sedang memuncak Pemuda PAS bersama rakan-rakan daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan DAP Socialist Youth (DAPSY) mengambil tanggungjawab mencadangkan pertemuan lapan mata dan kemudianya enam mata antara pimpinan utama PR. Pemuda PAS percaya walau setajam mana pun pertentangan dalaman yang berlaku, masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan jika kita benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan pertentangan tersebut dan bukan berniat untuk menjadikan pertentangan itu sebagai alasan untuk berpecah.

6. Pertahan Kerajaan Kelantan
Kekalahan PAS di Kedah dalam pilihanraya ke-13 adalah suatu pengalaman yang sangat perit kepada kita. Hasil post-mortem parti mengenai prestasi PAS dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik. Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah. Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara. PAS hanya bertahan satu penggal di Kedah seperti juga hanya mampu bertahan satu penggal di Terengganu dalam PRU ke-10. Sedangkan Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam PRU ke-13 sokongan rakyat Kelantan yang tinggal di Kelantan telah merosot bawah 50%. Kemenangan PAS dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi. Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab. Perlu diingatkan juga bahawa rakyat Kelantan terkenal dengan pemikiran politik yang kritikal dan dinamik. Sejarah telah membuktikan mereka boleh sahaja menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi Kerajaan Negeri pimpinan kita. Faktor ketokohan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru maka mereka mengundi PAS. Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan.

Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihanraya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat. Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, insya Allah!

7. Pengurusan Krisis dalam PAS
Agenda memperkasa parti adalah satu kemestian pada waktu ini. PAS Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam PAS tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah. Pemuda PAS sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar. Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri. Lebih malang lagi apabila masalah di rumahtangga jiran, tiba-tiba rumahtangga kita pula yang berantakan. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah.
Walaubagaimana pun kita masih belum terlambat. Saya yakin PAS mampu membuat perubahan dalam memantapkan pengurusan parti. Majlis Syura Ulama perlu diperteguh untuk terus memandu parti agar tidak terbabas daripada landasan syara’. Kita juga perlu sedar bahawa musuh-musuh kita sudah mengenalpasti ‘lubuk’ kita untuk terus dimanipulasi bagi melemahkan parti. Justeru aspek pengurusan krisis (crisis management) dalam parti perlu dimantapkan segera. Saya juga menyeru para pimpinan parti untuk menjadi qudwah dalam menunjukkan disiplin dan adab yang tinggi kepada ahli parti khususnya ketika mengahadapi satu-satu krisis. War Room PAS Pusat yang ditubuhkan perlu di aktifkan. Lembaga Disiplin parti juga dilihat terlalu lesu dan perlu diperteguhkan segera. PAS Pusat perlu lebih serius menguruskan krisis yang sedang berlaku.

D. AGENDA BERTINDAK
Untuk tempoh setahun daripada sekarang, saya mengajak seluruh pimpinan dan pendokong memberikan fokus mengisi 6 agenda bertindak Pemuda PAS Malaysia. Saya sangat yakin bahawa masih banyak yang mampu dilakukan oleh jentera Pemuda PAS di setiap peringkat dalam memastikan keenam-enam agenda bertindak tersebut dilaksanakan secara berkesan

1. Mencetus dan Menjuarai Isu Rakyat secara Konsisten, Sistematik dan Berkesan
Pemuda PAS mesti peka dan cakna terhadap masalah orang muda di sekeliling kita. Kita mesti memahami masalah anak muda dan mengetahui akar umbi masalah. Kehadiran Pemuda PAS hendaklah memberi manfaat kepada mereka. Falsafah orang Jawa menyebut: “Urip iki Urup” Hidup itu nyala. Hidup hendaklah memberi manfaat kepada orang lain sekitar kita

Tahap penggangguran di kalangan anak muda yang berada di atas paras 10%, gaji yang rendah, beban hutang yang tinggi, harga komoditi pertanian seperti getah dan padi yang rendah, kos sara hidup yang terus melambung dan keadaan akan menjadi lebih parah apabila GST akan mula dikuatkuasakan menjadi kerisauan anak muda Malaysia pada hari ini. Ini belum ditambah dengan evergreen issues yang lain seperti gejala sosial, peningkatan kadar jenayah, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain. Tuntasnya, isu-isu anak muda di sekeliling kita begitu banyak. Persoalannya, apakah kita peka dan bingkas menjadi jurucakap rakyat dalam meperjuangkan isu-isu tersebut? Memperjuangkan isu rakyat juga bukan sekadar dengan mengeluarkan kenyataan media atau berdemonstrasi semata-mata sebaliknya aktivis Pemuda PAS seharusnya lebih kreatif dalam mengangkat isu-isu tersebut dan memenangi hati anak muda dengan keprihatinan kita yang genuine.

Kelemahan kita dalam mengurus isu-isu anak muda mesti diatasi. Walaupun kita ‘dihadiahkan’ dengan isu-isu yang sangat baik, sekiranya isu tersebut gagal ditangani dan diurus secara berkesan, maka isu-isu tersebut tidak akan dapat menggugah sang pemerintah sekaligus meringankan keperitan rakyat. Justeru, Saya mengarahkan kepada semua Pemuda PAS Negeri untuk segera menubuhkan bilik tempur (war room) yang dipengerusikan oleh Pengarah Strategi Pemuda PAS Negeri untuk memastikan pengurusan isu dapat dilaksanakan secara berkesan.

Saya juga menyeru pimpinan mahasiswa mengambil kesempatan daripada pindaan AUKU untuk lebih agresif dalam mengangkat permasalahan orang muda ke tengah-tengah masyarakat dengan kekuatan idealisme dan iltizam tegar yang diasuh di menara gading. Ini ditambah dengan lanskap politik negara kita yang telah berubah di mana Umno-BN hilang mandat 2/3 dalam parlimen dan pengaruh gerakan sivil yang semakin melebar dalam masyarakat. Saya menaruh harapan yang besar khususnya kepada gerakan mahasiswa Islam untuk menjadi peserta yang aktif dan trampil dalam arena politik negara kerana inilah potensi yang digeruni oleh pemerintah.

2. Memantapkan Hubungan (Engagement) dengan Komponen Pakatan Rakyat, Gerakan Masyarakat Madani, NGO Islam, Media, Entiti Anak Muda dan Organisasi Luar Negara.
Fokus utama saya dalam setahun yang akan datang adalah memperkukuhkan Pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kombinasi ini benar-benar mantap untuk memikul harapan rakyat. Antara agenda yang akan diusulkan adalah program pendidikan politik, sesi dialog pemuda PR, agenda bersama Pemuda PR, keahlian bersama Pemuda PR dan Konvensyen Pemuda PR. Pemuda PR perlu terlebih dahulu merobohkan tembok perkauman sempit di kalangan para pendokongnya sekiranya mahu melihat terbangunnya Malaysia baru yang terbina atas nilai-nilai persaudaraan yang universal.

Menyedari bahawa isu-isu penindasan dan kemunduran umat Islam di rantau ini seperti isu Rohingya, isu Selatan Thailand, isu kedaifan umat Islam di Kemboja, isu konflik umat Islam selatan Filipina memerlukan pembelaan daripada pemuda Islam maka Pemuda PAS berazam untuk menghidupkan semula AMSEC sebagai platform mengkoordinasikan tindakan Pemuda Islam ASEAN dalam menangani isu-isu umat khusunya di rantau ini. Pengupayaan semula AMSEC 2.0 juga selari dengan inisiatif komuniti ASEAN yang dilakukan di peringkat kerajaan-kerajaan Negara ASEAN. Format keanggotaan AMSEC ini akan ditambah baik di mana penyertaanya bukan hanya di kalangan parti-parti politik Islam, bahkan daripada kalangan NGO atau ORMAS Islam utama di negara-negara ASEAN.

Isu-isu bersama membabitkan Malaysia dengan negara jiran kadangkala menjadi panas sehingga mewujudkan ketegangan diplomatik. Contohnya isu VEP (Vehical Entry Permit) dengan Singapura, isu tuntutan Sabah dengan Filipina, isu pembantu rumah dengan Indonesia, isu keganasan di selatan Thailand dan isu blok minyak di Brunei. Anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan perlu didedahkan dengan isu-isu bersama negara jiran. Maka Pemuda PAS merasakan perlu membina jaringan anak muda enam negara jiran. Pemuda PAS akan menggerakkan Dialog Anak Muda Enam Negara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina dalam masa yang terdekat. Saya mengarahkan Lujnah Antarabangsa segera merealisasikan agenda pengupayaan AMSEC dan Dialog Anak Muda Enam Negara serta melaksanakan inisiatif membina jariangan sosial serta pendidikan dengan negara-negara luar yang berpengaruh.

Engagement melalui media baru adalah salah satu platform yang wajib dimanfaatkan oleh pimpinan dan agensi Pemuda PAS untuk mendekati anak muda. Rata-rata anak muda pada hari ini adalah daripada gen Y atau net-gen. Mereka sangat aktif bersosial melalui platform media sosial. Di Malaysia, pengguna Facebook lebih daripada 13 juta iaitu hampir separuh daripada jumalah rakyat Malaysia dan kumpulan umur terbesar pengguna FB adalah daripada 18-24 tahun. Bahkan hari ini aplikasi-aplikasi seperti whatssapp, wechat dan lain-lain telah mengubah dinamika komunikasi anak-anak muda pada hari ini. Pemuda PAS harus menekuni trend dalam berkomunikasi ini untuk mendampingi anak muda. Kita menginsafi betapa ramai diktator digeruni tumbang di tangan keyboard warriors. Pada masa yang sama, kita harus cermat dan kreatif dalam menyampaikan mesej dan kerana sebarang keterlanjuran dan ke‘poyo’an akan dihukum serta-merta oleh net-gen ini termasuklah ditroll tanpa belas kasihan.

3. Menggerakkan Agenda Bersepadu untuk Menguasai Sokongan Pengundi Muda Melayu
Pemuda PAS mengharapkan kerajaan PR khususnya di Pulau Pinang dan Selangor yang memiliki komposisi masyarakat berbilang kaum, menunjukkan contoh terbaik bahawa nasib Melayu terbela dan dimartabatkan di bawah polisi-polisi yang dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan PR tersebut. Pemuda PAS melihat inilah antara aspek yang masih kurang menonjol dan usaha hendaklah digiatkan khususnya di bawah portfolio pembangunan luar Bandar dan portfolio belia dan sukan. Pemuda PAS berpandangan bahawa dasar afirmatif tetap relevan untuk membantu Melayu, Bumiputera dan bangsa lain yang hidup melarat. Kami menyeru supaya Kerajaan PR meneruskan perlaksanaan dasar afirmatif secara mapan dan berkesan yang benar-benar mampu membela nasib Melayu dan bangsa lain yang terpinggir daripada limpahan kekayaan ekonomi. Kita tidak mahu ada di kalangan warganegara yang tercicir daripada menikmati limpahan kekayaan negara. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, secara sendiri terkuburlah khurafat yang mengatakan bahawa orang Melayu hanya bermartabat sekiranya berada di bawah Umno.

Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa PAS masih belum benar-benar memahami citarasa anak muda Melayu pada hari ini. Walaupun kita berulang kali memperkatakan tentang matlamat untuk memenangi hati dan minda anak muda Melayu, kita masih belum begitu berjaya dalam merealisasikan matlamat tersebut khususnya di kawasan luar Bandar. Sudah tentu ada perkara yang perlu difikirkan semula dalam menyusun strategi untuk menguasai kumpulan sasaran ini. Pemuda PAS mengusulkan kepada Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dengan kerjasama Institut Kajian Polisi (IKP) Pemuda PAS Malaysia menggerakkan siri-siri kajian lapangan selain daripada mengambil manfaat daripada kajian-kajian ilmiah di universiti untuk merumuskan kesimpulan terbaik berkaitan pendekatan yang sesuai untuk mendekati orang Melayu di negara kita.

Pemuda PAS juga harus memperhebatkan usaha pendidikan politik di kawasan luar bandar dengan pendekatan yang sesuai dengan anak muda luar bandar. Pemuda PAS mesti memecahkan pemikiran perkauman melampau di kalangan pemuda Melayu muda yang menjadi salah satu punca kekalahan PAS dalam siri PRU yang lepas. Secara relatifnya, kesedaran politik dan akses terhadap maklumat alternatif masih rendah di kawasan luar bandar. Pada masa yang sama, program seperti wacana atau diskusi politik semasa ‘tidak laku dijual’ di kawasan ini kerana tahap pendidikan masyarakat yang rendah. Seperti peribahasa Melayu, tebu ditanam takkan peria yang tumbuh, saya menyeru seluruh jentera Pemuda PAS supaya berani mencuba pendekatan baru dan kreatif termasuklah menyampaikan pendidikan politik secara tidak formal melalui pendekatan sukan, hiburan, adat resam setempat, kesukarelawan, keraian dan pendekatan-pendekatan lain yang berimpak tinggi. Agensi-agensi Pemuda PAS terutamanya AMAL, DACS, PASTI, Jabatan Pembangunan Usahawan dan Jabatan Pendidikan Politik akan mengepalai usaha ini bersama agensi-agensi yang lain untuk menjayakan agenda ini.

4. Menerokai Pendekatan Dakwah yang Lebih Kreatif dan Berkesan.
Mutakhir ini, kelihatan arus dakwah dalam masyarakat kita semakin kuat. Program televisyen, radio, majalah, novel hingga dakwah jalanan, semuanya mendapat sambutan daripada masyarakat khususnya di kalangan generasi muda. Ini adalah suatu perkembangan yang menggembirakan kita. Pada masa yang sama, Pemuda PAS wajib memainkan peranan dalam terus menyemarakkan minat dan kesedaran masyarakat untuk beragama ini. Saya memuji kreativiti para Pemuda PAS dalam menganjurkan pebagai program dakwah secara kreatif seperti UK5, Street Dakwah, Busking Dakwah, Ride for Dakwah, filem pendek Islami dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kita tidak mahu program bersifat one-off sebaliknya program-program ini mesti disusun secara berterusan dan sentiasa ditambahbaik sehingga menjadi jenama yang kukuh dan diminati oleh masyarakat khususnya di kalangan anak muda.

Salah satu aset Pemuda PAS adalah kita memiliki ramai asatizah dan ulama muda samaada graduan universiti dalam mahupun luar negara. Begitu juga ilmuan yang dilahirkan daripada pondok dan pesantren. Kita juga memiliki barisan ‘protaz’ yang memiliki kefahaman asas Islam yang mantap dan mampu menyampaikan fikrah Islam dengan baik. Mereka sememangnya bergerak dan mengisi pelbagai platform dakwah termasuk dalam media massa utama. Sudah sampai masanya aset ini disusun secara sistematik bagi memastikan mesej yang disampaikan selari dengan manhaj dan pendirian yang murni dan wasati yang dipegang oleh jamaah kita. Tidak mengapa menggelarkan diri sebagai pendakwah bebas selagi mana terikat dengan penyusunan dan fikrah jamaah.

Dakwah kepada non-Muslim adalah salah satu aspek yang masih ketinggalan dalam program dakwah kita. Ia adalah jawapan terbaik untuk meyanggah budaya politik berasaskan sentimen dan prejudis perkauman yang sengaja dimarakkan oleh Umno-BN dengan tujuan mendapatkan keuntungan politik. Penekanan dakwah kepada non-Muslim juga sangat penting disemarakkan di Sabah dan Sarawak untuk meluaskan pangkalan sokongan PAS di negeri-negeri berkenaan. Konsep berdakwah sambil melancong sesuai dipraktikkan di Sabah dan Sarawak oleh para pendakwah muda dari Semenanjung Malaysia ke arah merancakkan lagi usaha penerangan Islam kepada masyarakat berbilang kaum di sana. Saya juga mengingatkan para penceramah dan nuqaba’ supaya cermat dalam menyentuh agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain kerana penghinaan dan cacian terhadap kepercayaan agama lain adalah perkara yang dilarang oleh Islam dan menyebabkan golongan non Muslim semakin jauh daripada Islam.

5. Memperkukuhkan Pengurusan Tarbiah dan Perkaderan dengan Lebih Dinamik.
Sepanjang setahun yang lepas, kita begitu pilu dengan kehilangan sekurang-kurangnya dua tokoh tarbiah yang banyak berjasa iaitu al Marhum Dato Harun Taib dan al Marhum Dato Abu Bakar Chik rahimahumullah. Mereka meninggalkan legasi gemilang dalam mengasuh para qiyadah dan amilin parti yang tidak sedikit jumlah mereka. Saya menyeru Pemuda PAS di setiap peringkat untuk memperhebatkan program tarbiah dengan melibatkan para murabbi kita terutamanya Tuan Guru Presiden PAS sendiri selain turut memberi fokus dalam membina kumpulan pakar tarbiah di kalangan pendokong Pemuda PAS sendiri.
Saidina Umar al Khattab berpesan:
 
ربوا أبناءكم على غير أخلاقكم فإنهم خلقوا لزمان غير زمانكم

“Didiklah anak-anak kamu bukan mengikut cara kamu dididik kerana mereka dilahirkan untuk zaman yang bukannya (sama) dengan zaman kamu”.

Cabaran dan expectation terhadap perkaderan PAS pada hari ini lebih mencabar. Kita menghadapi mad’u daripada gen Y yang terdedah dengan pelbagai maklumat yang menyebabkan mereka mempunyai perspektif tersendiri terhadap sesuatu subjek ataupun isu. Justeru para nuqaba kita di setiap peringkat; sekolah, universiti dan semua lapisan masyarakat harus mempunyai empati dan bijaksana dalam mendekati dan mengasuh anak-anak muda dalam circle tarbiyyah kita.

Tarbiah kita bermatlamatkan untuk melahirkan rijal yang memiliki aqidah yang mantap, fikrah yang cemerlang, akhlak yang murni dan punya kemahuan serta kemampuan yang tinggi untuk berjuang. Saya mengulangi seruan yang disampaikan oleh mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang lepas, al-Fadhil YB Ustaz Nasrudin Hasan al-Tantawi dalam muktamar yang lepas bahawa perlunya silibus tarbiah kita disemak semula untuk memastikan bahawa silibus tersebut dapat disegarkan dengan input-input semasa termasuk ijtihad-ijtihad politik dan taujihad tarbawi yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) dan para murabbi tarbiah PAS. Saya bercita-cita untuk melihat dalam masa terdekat kita mampu menerbitkan silibus tarbiah kita yang mantap dan bersepadu yang menjadi rujukan dalam pentarbiahan di peringkat kawasan, negeri dan pusat dan pada masa yang sama mencakup keperluan tarbiah ahli dan pimpinan.

Pada masa yang sama, saya mahu melihat skima pentarbiahan ahli turut memuatkan elemen soft skills yang sangat diperlukan oleh ahli gerakan Islam pada hari ini khususnya kemahiran berfikir secara strategik dan kritikal. Saya mengharapkan sistem tarbiah kita boleh menghasilkan ahli yang memiliki kemahiran berfikir yang cemerlang, kritis dan analitikal. Dengan asas pemikiran cemerlang ini, saya mengharapkan kita dapat melahirkan generasi pemuda yang berkualiti yang mengusulkan idea yang bernas, merungkai masalah daripada akar permasalahan (root cause), tajam bertabayyun (menyaring) antara fakta dan auta dan mendokong jamaah dengan fikrah yang membina. Saya juga mengarahkan kerjasama antara Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), Jabatan Perkaderan Graduan (JPG) dan JPM untuk melaksanakan Program Parlimen Anak Muda Malaysia sebagai platform mendedahkan Pemuda PAS dengan orientasi pemikiran polisi. Aspek pemikiran polisi masih dianggap lemah dan sekiranya penambahbaikan mampu dilakukan, saya percaya Pemuda PAS mampu menampilkan polisi-polisi yang bernas dan berkebajikan untuk kebaikan anak muda di Malaysia bahkan di dunia.

Seperkara lagi yang saya hasratkan adalah untuk mewujudkan modul dalam latihan kepada qiyadah kita berkaitan dengan apa yang dinamakan sebagai cross-cultural leadership atau kepemimpinan rentas budaya. Guru-guru dalam ilmu kepimpinan pada hari ini melihat bahawa kemahiran ini adalah salah satu aspek kritikal dalam kepemimpinan pada hari ini kerana pemimpin pada hari ini mendepani masyarakat dan khalayak yang multi cultural. Kita sangat perlu memberikan kefahaman kepada qiyadah tentang kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat (intercultural competence). Kefahaman dan kesedaran ini penting dalam kita membentuk pimpinan Pemuda bertaraf nasional bahkan global lantaran lanskap masyarakat kita yang majmuk daripada segi budaya, ideologi dan kepercayaan. Dengan keupayaan dan kemahiran ini, saya penuh yakin bahawa agenda dan strategi dakwah dan politik mampu direalisasikan dengan lebih berkesan.

6. Memperkasa Sistem Pengurusan dan Komunikasi dalam Organisasi.
Untuk menjadi parti yang mantap, pengurusan komunikasi dalam parti harus harus cekap dan berkesan. Banyak masalah yang berlaku kerana komunikasi yang tidak cekap sehingga mesej daripada pimpinan tidak dapat difahami oleh akar umbi dengan baik dan begitu juga respon daripada akar umbi tidak sampai kepada pimpinan secara berkesan. Jurang ini menyebabkan berlakunya salah faham, salah tafsir dan macam-macam lagi kesalahan sehingga mewujudkan konflik dalaman parti yang sepatutnya boleh dielakkan. Peter Drucker dalam menghurai kelemahan pengurusan organisasi menyebutkan, “60% daripada semua masalah pengurusan timbul daripada masalah komunikasi. Majoriti masalah komunikasi ini pula akibat pemimpin kurang mendengar”. Saya mengarahkan jentera pentadbiran Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha dan semua jentera pentadbiran Pemuda PAS Negeri untuk melihat semula medium komunikasi yang digunapakai sekarang untuk menyalurkan maklumat dari atas ke bawah dan bawah ke atas bagi memastikan keberkesanan komunikasi dalam organisasi kita. Saya juga mengharapkan supaya sistem UKJ 2.0 yang telah ditambah baik boleh dioptimakan penggunaannya dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat hingga ke akar umbi.

Salah satu aspek pengurusan yang perlu dimantapkan khususnya di peringkat pusat dan negeri adalah aspek pengurusan bakat (talent management). Parti tidak pernah kekurangan bakat yang berkualiti yang menyertai parti tanpa sebarang tawaran projek atau sogokan wang ringgit. Setiap tahun kita menerima bakat-bakat yang berkualiti khususnya daripada kalangan graduan universiti dalam dan luar negara yang memiliki kepakaran yang pelbagai. Walaubagaimanapun penyerapan bakat-bakat ini ke dalam tanzim tidak dilakukan secara sistematik dan strategik. Hal ini menyebabkan pembaziran bakat berlaku kerana mereka tidak diposisikan secara strategik berdasarkan bakat dan kepakaran yang dimiliki. Saya telah mengarahkan beberapa agensi dan lajnah yang terlibat untuk menyediakan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Pemuda PAS, suatu sistem yang komprehensif untuk mewujudkan bank bakat yang menghimpunkan profil dan keupayaan yang dimiliki oleh aktivis pemuda.

E. GAGASAN POLITIK BUDIMAN
Pemuda PAS sangat menginsafi betapa wujud kecenderungan yang kuat di kalangan sebahagian anak muda Malaysia yang menolak politik kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik yang tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan termasuklah di dalam Pakatan Rakyat. Pemuda PAS juga memahami bahawa generasi muda adalah majoriti rakyat Malaysia. Menurut data yang dikemukakan oleh Welsh dan Chang pada tahun 2012, jumlah penduduk di Malaysia berumur di bawah 30 tahun adalah sebanyak 63%. Sekiranya kita mahu mengambil usia 40 tahun ke bawah sebagai umur maksima belia di negara kita, maka komposisi anak muda di Malaysia semestinya lebih besar. Biarpun golongan ini ‘tidak gembira’ dengan gelagat sesetengah ahli politik, ini bukan bermakna mereka tidak terlibat dalam proses politik. Kajian mendapati bahawa anak muda Malaysia semakin terbabit dengan proses politik di negara kita walaupun tidak begitu berminat untuk menyertai satu-satu parti politik. Kemunculan kumpulan-kumpulan anak muda independent, tanpa hirarki dan tanpa ketua terutamanya dalam siri-siri demonstrasi rakyat wajar diberikan perhatian malah didampingi untuk memahami suara dan hasrat mereka.

Menyedari realiti yang telah disebutkan, Pemuda PAS mahu menggagaskan “Politik Budiman” sebagai pendekatan dan orientasi politik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Menurut Kamus Dewan, budiman ditakrifkan sebagai berbudi, berakal dan bijaksana. Justeru, Gagasan Politik Budiman bertitik tolak daripada asas-asas berikut:
i. Politik berasaskan hujah dan ilmu;
ii. Membudayakan adab al ikhtilaf (ethics of disagreement) dalam mengurus perbezaan pandangan sesama kita;
iii. Berpolitik dengan akhlak dan etika yang tinggi. Jauhi politik fitnah dan caci maki;
iv. Budaya syura sebagai kunci muafakat;
v. Inklusif dalam membina jaringan dalam masyarakat;
vi. Jujur dan berani menyelesaikan konflik; dan
vii. Integriti dan akauntabiliti.

Pada hemat saya, gagasan politik budiman yang merangkumi asas-asas yang dinyatakan di atas adalah satu transformasi kepada budaya politik sedia ada kepada budaya politik yang lebih matang dan membina. Gagasan ini adalah suatu usaha yang serius untuk menarik anak muda Malaysia yang sangat dahagakan perubahan dalam pucuk pimpinan negara untuk meyakini bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik untuk mereka turut sama menyumbang tenaga dan idea untuk melihat perubahan yang sama-sama kita impikan menjadi kenyataan. Transfomasi ini perlu bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama akan mempengaruhi kematangan politik negara secara keseluruhannya.
Insya-Allah Gagasan Politik Budiman akan saya perjelaskan lebih mendalam dalam wacana khusus selepas daripada muktamar ini dan modul Politik Budiman akan diperturunkan kepada kepada Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan.

F. MUHASABAH AKHIR
Saya mengajak para pejuang muda supaya bermuhasabah. Marilah kita jernihkan yang keruh, teguhkan yang rapuh, kuatkan yang lemah, tautkan yang retak, sambungkan yang belah, maniskan yang hambar, gilapkan yang pudar dan rapatkan yang jauh. Di kesempatan ini, saya memetik puisi Sasterawan Negara, Usman Awang yang berjudul Melayu Johor:

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati
Maaf senantiasa bersahut
Tangan dihulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Saya meminta kita menghentikan budaya label melabel, tohmah mentohmah dan hina-menghina. Orang tua-tua kita berpesan, bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. Jamaah dan parti yang kita kasihi boleh hancur sekiranya budaya keji ini tidak dihentikan. Saya juga mengajak sidang muktamar supaya merenung akhlak Saidina Ali (RA) dalam menyantuni golongan yang memeranginya. Jiwa besar dan ketaqwaannya terselah dalam ucapan beliau seperti di bawah:

سئل علي عن أهل الجمل قال : قيل : أمشركون هم ؟ قال : من الشرك فروا ، قيل : أمنافقون هم ؟ قال : إن المنافقين لا يذكرون الله إلا قليلا ؛ قيل : فما هم ؟ قال : إخواننا بغوا علينا

Maksudnya: Saidina Ali ibn Abi Talib (RA) telah ditanya mengenai golongan yang memerangi beliau dalam perang Jamal. Mereka bertanya: Adakah mereka adalah daripada golongan yang syirik? Beliau menjawab: Mereka adalah golongan yang menjauhi daripada perbuatan yang syirik. Beliau ditanya lagi: Adakah mereka adalah daripada golongan yang munafik? Beliau berkata: Sesungguhnya, golongan munafik adalah tidak menyebut (berzikir) nama Allah kecuali sedikit sahaja. Beliau ditanya lagi: Jika demikian, siapakah mereka? Beliau menjawab: Mereka adalah saudara kita yang melakukan pemberontakan ke atas kita.

Saya menyeru kepada semua pendokong Pemuda PAS untuk supaya terus menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kepemudaan yang banyak sama ada dalam sektor dakwah, tarbiah, politik dan kemasyarakatan. Sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita miliki. Jangan kita bazirkan banyak masa kita membincangkan perkara-perkara yang remeh-temeh dan tidak membantu mengukuhkan jamaah yang kita sayangi ini. Marilah sama-sama kita memanfaatkan masa kita dalam organisasi Pemuda PAS untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai untuk menjadikan kita sebagai pejuang rakyat yang cemerlang daripada segi fikrah, peribadi dan kemahiran kepemimpinan. Saya penuh yakin, sekiranya muafakat kita ampuh, kita mampu merealisasikan cita-cita kita untuk menzahirkan Islam sebagai rahmat kepada tanahair yang tercinta, insya-Allah.

PENUTUP
Akhirnya, saya sekali lagi mengharapkan supaya muktamar ini dapat dimanfaat sebagai medan untuk kita berbahas idea-idea yang segar serta bernas untuk memacu Pemuda PAS ke hadapan. Harapan kita bersama supaya muktamar kali ini akan menyemarakkan iltizam dan daya juang para pendokong Pemuda PAS untuk terus memperkemaskan saf dan melipatgandakan bakti kepada masyarakat, negara dan agama. Semoga perjalanan muktamar kita kali ini daripada awal hingga akhirnya dipandu dan diberkati Allah SWT. Siiru ala barakatillah. - HARAKAHDAILY 16/9/2014

Sumber HD - 16-9-2014




Peluang kenal PAS secara lebih rapat - Aminolhuda

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Aminolhuda Hassan bagi berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan Mursyidul Am dan Ahli Majlis Syura, Presiden dan AJK PAS Pusat, semua pimpinan PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat serta rakan-rakan ke Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan berlangsung di Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat mulai 18 hingga 20 September ini.

Beliau yang mewakili PAS negeri berkata, inilah julung-julung kalinya Muktamar PAS Pusat diadakan di Johor.

"Kepada masyarakat umum khususnya di Johor, saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan untuk mengenal PAS secara lebih rapat dengan melihat pameran dan menyertai pelbagai acara menarik dalam Karnival Rakyat yang akan turut diadakan sepanjang tempoh tersebut," tulisnya menerusi facebook PAS negeri, kelmarin.

Mengenai jadual karnival sempena muktamar tersebut, katanya ia akan dimaklumkan kemudian.

"Marilah kita sama-sama menjayakan muktamar PAS pada kali ini. Islam rahmat kepada seluruh alam. PAS untuk semua. Sudi-sudikanlah," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort.

Untuk perasmian bagi Dewan Pemuda akan berlangsung pada petang 16 September, manakala Dewan Muslimat pada sebelah malam hari yang sama. Dewan Ulamak pula akan mula berlangsung pada 17 September. - HARAKAHDAILY 15/9/2014


Sumber HD - 15-9-2014




Insurans perlindungan untuk perwakilan muslimat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya para perwakilan dan urusetia Muktamar Muslimat kali ke-54 yang akan berlangsung pada 16 September ini di Pulai, Johor akan diberi insurans perlindungan diri.


Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat Che Azlina Che Harun berkata, mereka akan dilindungi dengan insurans kemalangan berkelompok khususnya ketika berdepan risiko sepanjang perjalanan pergi dan balik muktamar.

Jelasnya, perlindungan itu disediakan dengan kerjasama daripada Syarikat Takaful Negeri Kelantan.

"Ini sebagai satu sumbangan kebajikan dan penghargaan kepada para perwakilan dan urusetia. Namun, kita minta semua perwakilan memastikan keselamatan mereka dipelihara," katanya.

Bercakap kepada Harakdaily, beliau turut memaklumkan muktamar telah bersedia menerima kehadiran lebih 1,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Muktamar Muslimat yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 17 September jam 11 pagi.

Para tetamu daripada luar negara turut diundang, juga tetamu lain termasuk wanita PKR, DAP dan beberapa badan NGO serta Dewan Himpunan Penyokong PAS. - HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014




Muktamar PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Lokasi Muktamar Tahunan kali ke-60 yang akan diadakan pada 18 hingga 20 September nanti, kekal di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat PAS Johor malam tadi.

Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, persiapan muktamar sedang giat dilakukan sekarang ini dengan menaikkan khemah dan gerai untuk jualan pada muktamar nanti.
"Dalam 100 biji gerai yang dibuka untuk jualan pada hari tersebut dan aktivti meratakan tanah hampir siap, dalam waktu tiga hingga empat hari ini kita sedang persiapkan khemah dan gerai jualan,"katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lokasi muktamar kali ini berlangsung di hadapan Bandar Universiti dan berdekatan dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).
Bagaimanapun, beliau bagi pihak urusetia Muktamar PAS kali ke-60 ini memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku terutama para perwakilan dan pihak media yang telah menempah penginapan di Skudai, Johor Baharu.

Namun, untuk muktamar dewan-dewan masih tidak berubah iaitu Dewan Ulamak kekal di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort.

Untuk perasmian bagi Dewan Pemuda akan berlangsung pada petang 16 September, manakala Dewan Muslimat pada sebelah malam hari yang sama. Dewan Ulamak pula akan mula berlangsung pada 17 September. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014




Muktamar: PAS Johor bincang semula malam ini

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Johor akan mengadakan mesyuarat pada malam ini bagi menentukan status lokasi Muktamar PAS Pusat kali ke-60 yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 September ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha 2 PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Harakahdaily hari ini.

"Malam ini PAS Johor akan adakan mesyuarat, dan mungkin keputusan lokasi muktamar akan diputuskan pada malam ini," katanya.

Muktamar ke-60 pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Sutera Mall Skudai, bagaimanapun sedikit masalah timbul ekoran ada tekanan daripada pihak tertentu, maka tapak muktamar dipindahkan ke Parit Raja Batu Pahat.

Menurut Faizi, tapak baru seluas enam ekar itu merupakan kawasan milik persendirian dan kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan.

Bagaimanapun, difahamkan pihak penganjur dibenarkan semula untuk menggunakan tapak dikawasan Sutera Mall itu selepas beberapa siri perbincangan.

Ekoran itu, PAS Johor akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat malam ini.

Sebelum ini Muktamar PAS Pusat sering diadakan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, pada tahun lepas Muktamar kali ke-59 di adakan di Stadium Malawati Shah Alam, dan sebelum itu pula diadakan di Putik Kelantan.

- HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014




Muktamar PAS ke-60 bertukar lokasi ke Batu Pahat

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang dijadualkan di Sutera Mall, Skudai akan bertukar lokasinya ke Batu Pahat, dalam parlimen Sri Gading.

Penolong Setiausaha Agung 2, Khairul Faizi Ahmad Kamil, perubahan tersebut dilakukan kerana pemilik tanah Sutera Mall itu bertindak memulangkan semula cek bayaran deposit yang telah dibayar sebelum ini.

"Walaupun pada peringkat awalnya, semuanya berjalan lancar sama ada dengan pemilik tanah mahupun pihak polis, saya percaya mereka mendapat tekanan daripada pihak tertentu yang akhirnya memulangkan kembli cek bernilai RM75,000," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, hari ini.

Beliau turut menjelaskan tentang laporan Buletin Utama berkenaan kononnya PAS tidak membayar jumlah yang dikehendaki adalah tidak benar, sebaliknya telah berbuat demikian dengan wang pendahuluan sebanyak RM75,000.

Khairul Faizi yang jelas kesal dengan perubahan tersebut, bagaimanapun memberi jaminan bahawa muktamar tetap akan diadakan di Johor walaupun terpaksa memulakan kerja dari awal.

"Lokasi yang dipilih ini lebih kurang 100 km dari tempat asal. Ia merupakan tanah persendirian ahli PAS seluas enam ekar. Dan hari ini bermula kerja-kerja meratakan tanah untuk membolehkan muktamar diadakan," kata beliau lagi.

Ketika ditanya tekanan tersebut datangnya dari pihak mana, Khairul Faizi berkata ia bermula dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini, tapak asal di Sutera Mall menjadi lokasi utama muktamar PAS, selain Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Manakala, Muktamar Pemuda PAS diadakan di Kota Tinggi dan Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Johor. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

KFAK - http://www.youtube.com/watch?v=O1gaF_0O7Mw

Sumber HD - 2-9-2014




'Kita rayakan kemenangan Hamas pada muktamar'

ANIS NAZRI | .

Berikut ialah temubual wartawan Harakahdaily dengan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

HARAKAHDAILY: Setelah lebih 50 hari peperangan di antara Israel dan Palestin, hari ini Palestin khususnya Hamas telah mencapai kejayaan apabila sebahagian dari perjanjian damai telah dipersetujui Israel. Apa komen Dr berkaitan kemenangan ini?

DR. SYED AZMAN: Pertamanya, Alhamdulillah seluruh pimpinan PAS di bawah pimpinn Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Harakatul Hamas dan juga Harakatul Jihadi yang begitu tabah melalui peperangan sepanjang lebih 50 hari secara berterusan ini.

Kemenangan ini merupakan satu perubahan yang besar kerana walaupun dengan kekurangan senjata, para mujahidin di Palestin tetap mampu bertahan bagi menentang kezaliman Israel, yang akhirnya kita dapat lihat Israel terpaksa mengaku kalah dan juga menerima sebahagian perjanjian damai yang termeterai.

Sudahkah PAS menghubungi wakil Hamas dalam perkembangan terbaru ini?

Kita telah menghubungi saudara Hamas kita di Gaza, juga ketika di Istanbul baru-baru ini pun kita sudah menyatakan penghargaan atas semangat perjuangan mujahidin Gaza menentang Zionis ini.

Insya Allah, kemenangan Gaza ini akan kita rayakan ketika Muktamar Tahunan PAS di Johor nanti, di mana tiga wakil Hamas akan bersama-sama kita pada hari tersebut.

Biarpun rundingan damai itu sudah dicapai, dengan mengenali rejim Zionis yang zalim ini, sejauhmana mereka akan mematuhi perjanjian itu dabn tidak melanggarinya?

Ya, seperti yang kita tahu tentang Zionis ini, sebagaimana peringatan dari Allah SWT sendiri tentang sifat mereka, kejahatan mereka, yang mana tidak mustahil untuk mereka melanggari perjanjian tersebut.

Namun, yang penting dengan termeterainya perjanjian ini telah menunjukkan Israel berhadapan dengan Hamas yang kali ini berperang untuk mempertahankan hak rakyatnya, walaupun terpaksa berhadapan ujian besar dengan mengorbankan ribuan orang awam dan kemusnahan 70 peratus infrastruktur.

Lebih-lebih lagi, ia juga tanda kemenangan besar bagi Hamas kerana satu-satunya Zionis kehilangan tenteranya yang dianggarkan Hamas lebih dari 100 orang. Ia merupakan satu angka yang begitu besar yang tidak dapat dipertahankan Zionis.

Biarpun peperangan ni sudah berakhir, namun usaha untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Israel masih belum berakhir memandangkan konflik ini satu konflik yang berlaku sejak sekian lama. Sejauh mana peranan PAS bagi memastikan usaha membebaskan Palestin dapat dijayakan?

PAS telah mempertegaskan bahawa agenda menyokong Hamas merupakan agenda yang kekal. Ia tidak akan berubah sehingga mendapat kemenangan di bumi Gaza, selain pembebasan Aqsa yang merupakan buminya Israk dan Mikraj.

Justeru, PAS berusaha untuk menyelaraskan secara menyeluruh dengan kuasa negara Islam berkaitan kesedaran dan kepentingan untuk kebersamaan dalam isu Palestin ini.

Pendekatan bersepadu yang kita ambil ini bagi memastikan negara-negara Arab tidak sesekali bersekongkol dengan regim Zionis ini. Memang PAS memainkan peranan untuk memberikan kesedaran tersebut bahawa tiada gunanya bersekongkol dengan Zionis dan sekutunya kerana ia hanya membawa kerugian besar kepada ummah.

Jika kita lihat, kesedaran rakyat juga agak baik dengan peperangan yang terbaru ini dengan kempen-kempen boikot yang diusahakan pihak-pihak yang prihatin dengan nasib rakyat Gaza. Apa nasihat Dr kepada rakyat Malaysia berkaitan hal boikot ini, walaupun peperangan sudah berakhir?

Kita minta rakyat Malaysi yang prihatin ini terus prihatin dan teruskan boikot secara berterusan, bukan bermusim. Kita perlu ingat Zionis telah melakukan jenayah perang yang begitu besar dengan membunuh rmai anak-anak kecil, wanita yang tidak berdosa.

Dalam masa sama, Zionis juga berpuluh tahun telah merampas sebahagian besar tanah di Palestin, yang sebahagian besarnya Gaza yang menjadi penjara terbesar di dunia.

Kenapa penjara terbesar? Kerana Zionis menyekat semua laluan darat, laut, dan juga udara. Yang menyebabkan hak hampir 1.8 bilion rakyat Gaza dinafikan, termasuk keperluan seharian mereka. Bukan sahaja disekat bekalan makanan, minuman, hatta bantuan perubatan pun disekat.

Justeru, saya nasihatkan agar kita semua rakyat Malaysia berterusan melakukan pemboikotan ke atas produk-produk Israel dan sekutunya sebagai satu pengajaran kepada Israel.

Apapun, bantuan rakyat Malaysia ke Gaza ini boleh dibanggakan dan dihargai. Bantuan yang tidak melihat kepada batasan kaum, dan agama demi mengembalikan hak rakyat Gaza dari cengkaman Zionis. - HARAKAHDAILY 27/8/2014

Penduduk Gaza Rai Kemenangan -http://www.youtube.com/watch?v=AF2S4SSWxl8&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 27-8-2014




Muktamar: Tunggu pasang khemah, terima tetamu

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: PAS Johor bersedia menyambut kedatangan para pemimpin, perwakilan, pemerhati dan ahli-ahli parti itu dari seluruh negara bagi menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-60.

Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, berkata sebagai tuan rumah segala persiapan berkaitan muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah diselesaikan hampir 90 peratus.

"Alhamdulillah, boleh dikatakan segala persiapan berkaitan muktamar sudah diselesaikan. Hanya tunggu hari untuk memasang khemah dan menerima tetamu dari seluruh negara sahaja lagi," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menyentuh soal tapak program dan kebenaran pihak berkaitan, Aminolhuda berkata perkara berkaitan itu juga telah diselesaikan dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Biarpun muktamar kali ini merupakan muktamar pertama yang diadakan di negeri bukan pentadbiran Pakatan Rakyat, ia tidak melunturkan semangat urusetia yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program tersebut.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah. Kita sudah siap buku cenderamata, penginapan, penempatan, gerai-gerai, permit dan sebagainya," kata beliau.

Muktamar PAS tahun ini akan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai, 18 hingga 20 September akan datang.

Manakala, muktamar bagi dewan-dewan pula iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza.

Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama, sementara Muktamar Dewan Ulama akan diadakan di sebuah hotel di Kulai.

Bagi Dewan Pemuda pula, muktamarnya akan diadakan di Dewan Chong Moi, Kota Tinggi. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014




Himpunan 'kasih sayang' konsep Muktamar Muslimat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: 'Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera' menjadi tema bagi Muktamar Muslimat PAS Pusat kali ke-57 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 September depan.

Bertempat di Sutera Square Johor Bharu, Muktamar Muslimat kali ini dijangka akan dibanjiri hampir 1,300 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Perasmian Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu pada 16 September, jam 8.30 malam manakala Muktamar Penuh Muslimat pada keesokanya bermula awal pagi hingga 6.30 petang.

Menurut Pengarah Muktamar Muslimat kali ke-57, Che Azlina Che Harun, orang ramai dijemput untuk mengikuti perasmian muktamar dan menjadi pemerhati pada keesokanya.

Pada malam perasmian itu katanya, Dewan Muslimat turut melancarkan kutipan derma untuk Tabung Gaza.

Sokong Harakah

Kemudian diikuti dengan pelancaran 'Satu Ahli Satu Harakah' yang akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

"Ini adalah komitmen daripada muslimat untuk Harakah malah kita sedia maklum ke peringkat kawasan untuk melanggan akhbar parti ini sebagai Smart Synergy dengan Harakah yang banyak membantu parti. Usaha ini sebagai pemula khususnya di kalangan Muslimat," katanya kepada Harakahdaily.

Che Azlina yang juga Setiausaha Muslimat PAS Pusat menegaskan konsep muktamar pada kali ini lebih kepada himpunan 'kasih sayang' bersama-sama untuk bertukar-tukar pendapat dan menambahkan maklumat demi memajukan Muslimat di masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para media yang akan membuat liputan hendaklah berdaftar dengan PAS Pusat bagi mengelakkan sebarang kesukaran yang akan berlaku.

"Muslimat akan menggunakan pas media yang digunakan oleh Muktamar PAS Pusat, kita akan sediakan bilik khas buat media dan akan sedaya upaya memastikan kemudahan internet lancar buat media," katanya.

Bagaimanapun katanya, berkenaan usul masih belum diputuskan lagi memandangkan muktamar di peringkat negeri masih berlangsung, tetapi meminta pihak negeri menghantar usul sebelum 1 September ini.

-HARAKAHDAILY21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014

Kelainan Muktamar PAS ke-60 di Johor

HAZAYANI ZAKARIA | .


Muktamar PAS Kali Ke-60 semakin hampir dan pihak panitia muktamar sedang bertungkus-lumus melakukan persiapan bagi memastikan kelancaran perjalanan muktamar. Bagi mendapatkan maklumat rasmi berkaitan muktamar kali ini, wartawan Harakah menemubual Timbalan Pengarah 2 Muktamar PAS Kali Ke-60, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Pusat baru-baru ini.

HARAKAH: Di mana dan bilakah muktamar PAS tahun ini akan berlangsung?

KHAIRUL FAIZI: Muktamar PAS tahun ini akan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai. Muktamar PAS Pusat berlangsung dari 18 hingga 20 September. Bagi dewan-dewan pula akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza. Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama. Muktamar Dewan Ulama akan diadakan di sebuah hotel di kawasan Kulai dan Dewan Pemuda akan menggunakan sebuah dewan perniagaan Cina di Kota Tinggi. Tempat Muktamar Dewan Pemuda agak jauh sikitlah dari tapak dewan Muktamar PAS Pusat, lebih kurang dalam 40 KM. Muktamar ketiga-tiga dewan akan berlangsung selama dua hari bermula selasa dan akan berakhir hari Rabu dan muktamar PAS Pusat akan bermula pada hari Khamis dan berakhir pada Sabtu.

HARAKAH: Apa kelainan yang akan ditampilkan pada muktamr kali ini?

KHAIRUL FAIZI: Tahun-tahun yang lalu, selain perjalanan muktamar, kita akan fokus kepada ekspo dalam bentuk perniagaan. Tapi kali ini kita nak lebih kepada mempromosikan produk-produk daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita menjemput daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat sendiri untuk hadir mempromosikan produk dari negeri masing-masing. Contohnya dari Kelantan mereka akan bawa produk pelancongan, makanan dan sebagainya. Kita juga bincang dengan Selangor supaya Selangor dapat bawa produk melalui PKNS dan sebagainya supaya mereka boleh bersama-sama mempromosikan produk dari negeri-negeri lain.

Yang keduanya kita nak supaya muktamar kali ini akan memperlihatkan konsep PAS Untuk Semua atau PAS FOR All. Dari segi persembahan, penampilan muktamar kali kita nak supaya PAS dilihat mewakili semua kaum dan agama. Sebelum ini kita banyak kepada acara-acara atau persembahan nasyid ataupun kebudayaan Melayu tetapi kali ini kita nak supaya persembahan ketiga-tiga kaum dapat ditonjolkan dalam muktamar kali ini. Kita akan fokus kepada program di luar daripada waktu muktamar.

Tambahan pula, pemilihan Johor sebagai tuan rumah dalam keadaan Johor masih lagi dalam keadaan bukan sebuah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Kita tidak mampu menggunakan dewan-dewan besar di Johor. Maka kita terpaksa menyewa tanah dan memasang khemah yang besar untuk menerima perwakilan dari seluruh negara. Johor terpaksa berdepan dengan suasana begini. Rasanya ini kali pertama muktamar PAS tidak menggunakan bangunan kekal. Ini mungkin kelainan yang tidak berlaku di muktamar-muktamar sebelum ini. Dalam keadaan Johor yang digambarkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional dan kita bermuktamar dalam keadaan kita tidak menjadi kerajaan, ini satu cabaran yang hebat dan kita cuba supaya muktamar ini ada kelainan.

Di peringkat panitia muktamar dan PAS Negeri Johor, kita sudah usaha untuk menyewa dewan-dewan besar khususnya yang berada di bawah kerajaan negeri seperi stadium dan sebagainya tetapi tidak mendapat kebenaran untuk menggunakannya. Dan kita pun tidak dapat menggunakan kawasan-kawasan yang luas. Tak ada tempat yang sesuai jadi alternatif yang ada sebagai contoh Dewan Pemuda terpaksa mencari sampai ke peringkat terpaksa menyewa dewan besar di Segamat. Segamat lebih kurang 200 KM dari Johor Bharu. Akhirnya dapat jumpa dewan yang agak besar tetapi masih lagi tak mampu nak menampung kedudukan yang selesa. Dewan Muslimat pula terpaksa menggunakan tempat yang sama dengan dengan PAS Pusat, Dewan Ulama dengan kapasiti yang agak kecil maka boleh gunakan sebuah hotel yang agak luas di Kulai tapi itu pun jauh dari Johor Bharu.

PAS Johor nak sahut cabaran PAS Pusat maka kita bersedia mencari tempat yang luas dan menyewa khemah yang besar untuk kegunaan para perwakilan. Setelah dua tiga kali lawatan ke tapak muktamar, setiausaha agung pun dah turun, pengarah muktamar pun dah turun dan masing-masing berpuas hati dengan tempat yang ada. Kita cuba dengan seminima mungkin menggunakan khemah yang selesa dengan kos yang paling rendah.

HARAKAH: Dalam tempoh sebulan lebih menjelang muktamar ini, perkara apa yang sedang diselesaikan oleh pihak panitia muktamar?

KHAIRUL FAIZI: Sekarang ini fokus kita adalah kalau dari segi persiapan muktamar sendiri, kita fokus untuk memantau persiapan-persiapan yang telah kita rancang contohnya dari segi permohonan permit, tempahan untuk dewan dan sebagainya itu sudah selesai. Sekarang kita fokus untuk persiapan-persiapan yang lebih menjurus kepada penerimaan perwakilan dari luar. Dari segi penginapan untuk perwakilan dari luar kita sudah mula mendapatkan pengesahan dari kawasan-kawasan untuk tempahan tempat. Di peringkat panitia sendiri kita perhalusi apa yang telah kita putuskan dari awal, semua sekali dari segi persiapan dewan, tempat dan sebagainya. Persiapan untuk muktamar ini sudah dibuat sejak tiga bulan lepas. Kita buat persiapan awal sebab kita bimbang tak dapat tempat maka kita bersiap dari awal.

Dari segi perwakilan, setakat ini kawasan yang statusnya sah berdaftar dengan ROS, 186. Jadi 186 kawasan ini lebih kurang hampir 1,200 perwakilan yang akan datang dari negeri-negeri dan dari dewan-dewan. Tempat yang kita sediakan itu memang cukup untuk setiap perwakilan dan kita boleh terima termasuk pemerhati yang hadir. Jawatankuasa usul pula, kita akan bentuk dalam mesyuarat pada hari Ahad ini di bawah ketua penerangan cuma kita belum bincang usul-usul yang nak diterima.

HARAKAH: Bagaimana pula dengan jemputan dari luar untuk menghadiri muktamar kali ini?

KHAIRUL FAIZI: Seperti biasa kita memang ada jemputan dari luar cuma kita belum senarai akhirkan siapa yang hadir. Kita lebih memfokuskan kepada jemputan di peringkat dalaman parti. Sebelum ini kita agak tertinggal dari segi jemputan kepada veteran-veteran PAS, tokoh-tokoh PAS ataupun mereka yang telah menyertai PAS dari golongan profesional, artis dan sebagainya, kita tak begitu fokus walaupun mereka datang tapi kita tak dapat menyeluruh. Jadi kita nak fokus kali ini kehadiran ke muktamar untuk kali ke-60 ini kita dapat menjemput ramai tokoh-tokoh PAS yang lama. Mungkin juga kita akan memfokuskan tokoh-tokoh dari Johor. Sebelum ini mungkin orang tak tahu sebab orang tidak melihat Johor sebagai negeri yang dipegang oleh PAS, negeri yang selalu hilang deposit, jadi kita nak fokuskan kepada tokoh-tokoh dari Johor dan kebetulan tahun ini juga sambutan 60 tahun PAS Johor, jadi kita nak tampilkan mereka yang lama berjuang di Johor untuk bersama dalam muktamar.

- HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

No comments:

Post a Comment