BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, August 21, 2014

BERUBAH PENDIRIAN

Akhirnya, mereka lompat parti pun ‘katak’ juga – Ibrahim Ali
Posted on Saturday, September 12 @ 21:21:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyelar tindakan pihak yang melabelkan dirinya satu
ketika dahulu sebagai ‘katak' kerana pada hari ini pihak-pihak yang memberi gelarannya itu
kini melakukan perkara yang sama.

Menurutnya, tuduhan dan penghinaan yang diterima oleh beliau satu ketika dahulu akhirnya 
jatuh ke muka mereka sendiri dan boleh dinamakan sebagai ‘tsunami lompat parti’.
Beliau merujuk kepada pemimpin PAS yang keluar dari parti itu dan menyertai Parti 
Amanah Negara (PAN) menjelaskan, sikap suka melabel pemimpin oleh pemimpin 
pembangkang telah mempengaruhi rakyat dan kini terpulang kepada mereka untuk 
menilai kesetiaan pemimpin yang mereka sanjung itu sekarang.

“Ada pemimpin dan tokoh menunjukkan imej yang bersih atau baik, tetapi sebenarnya 
berniat jahat dan mempunyai rekod buruk,

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar menilai perkara ini, di mana pemimpin 
yang disanjung dan diundi yang menghina saya sekarang?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ibrahim, rakyat seharusnya melihat tindakan pemimpin melompat parti haruslah secara 
adil dan berdasarkan fakta yang tepat, bukan dipengaruhi oleh sesiapa.

“Bertukar parti tidak salah kerana bila kita melihat sejarah semula ramai tokoh dan 
pemimpin politik terdahulu berbuat perkara yang sama,” katanya.

Memberi beberapa contoh, Ibrahim menamakan Datuk Asri Muda yang juga bekas Presiden 
PAS menubuhkan Hamim pada tahun 1983, seterusnya menganggotai Umno sehingga 
beliau meninggal dunia pada tahun 1992.

Tambahnya, begitu juga yang terjadi kepada Kasim Ahmad dari Parti Sosialis Rakyat 
Malaysia (PRSM) yang melompat ke parti UMNO.

Ibrahim yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau bersedia untuk 
menjadi perunding kepada sesiapa yang ingin melompat parti kerana mempunyai pengalaman itu.

Katanya, keputusan lompat parti bukannya sesuka hati sebaliknya ia mungkin dilakukan 
secara sukarela atau mungkin juga menjadi mangsa keadaan.

Berikut adalah senarai pemimpin yang bertukar parti:
DAP

1. Prof Dr. Abdul Aziz Bari (PKR ke DAP)
2. Sheikh Omar Ali (PAS ke DAP)
3. A. Samad Said (Tiada Parti ke DAP)
4. Zulhazmi Shariff (PAS ke DAP)

PKR
1. Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS ke PKR)
2. Tan Sri Muhammad B Muhd Taib (PAS ke PKR)
3. Wan Ji Wan Hussin (PAS ke PKR)
4. Ahmad Syukri Razab (Tiada Parti ke PKR)

PAN
1. Ustaz Ahmad Awang (PAS ke PAN)
2. Hj Mohamad Sabu (PAS ke PAN)
3. Hj Salahuddin Ayub (PAS ke PAN)
4. YB Khalid Samad (PAS ke PAN)
5. YB Mujahid Yusuf Rawa (PAS ke PAN)
6. YB Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS ke PAN)
7. YB Dr. Hatta Bin Ramli (PAS ke PAN)
8. YB Dato Raja Kamarul Bahrin (PAS ke PAN)
9. YB Hanipa Maidin (PAS ke PAN)
10. YB Saari Sungip (PAS ke PAN)
11. YB Hasnul Baharuddin (PAS ke PAN)
12. YB Ir. Hj Nizar Jamaluddin (PAS ke PAN)
13. YB Aminolhuda Hassan (PAS ke PAN)
14. YB Dato’ Pahrolrazi Zawawi (PAS ke PAN)
15. YB Syed Hamid Syed Mohamed (PAS ke PAN)
16. Hj Anuar Tahir (PAS ke PAN)
17. Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS ke PAN)
18. Mazlan Aliman (PAS ke PAN)
19. Mohd Sany Hamzan (PAS ke PAN)
20. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS ke PAN)
21. Suhaizan Kaiat (PAS ke PAN)
22. Hj Asmuni Awi (PAS ke PAN)
23. Hj Adly Zahari (PAS ke PAN)
24. Aiman Athirah Al Jundi (PAS ke PAN)
25. Ir. Izham Hashim (PAS ke PAN)
27. Zulkefly Mohamad Omar (PAS ke PAN)
28. Faiz Fadzil Noor (PAS ke PAN)
29. Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah (PAS ke PAN)
30. Hj Mohd Taufek Abd Ghani (PAS ke PAN)
31. Dr. Ismail Salleh (PAS ke PAN)

PAS
1. Sum Cheok Leng (DAP ke PAS)

Dijangka lompat parti ialah TS Khalid Ibrahim dan Mustafa Kamil

Sumber: Link


Sumber TKO - 12-9-2015


Hanya dua sebab mewajarkan wakil rakyat letak jawatan, kata Khalid Samad

Posted on Wednesday, August 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan tidak akan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu.


Khalid berkata, pendirian berkenaan diambil kerana berpendapat beliau tidak melanggar dua asas penting sehingga mewajarkannya meletakkan jawatan. 
"Jika seseorang perlu letak jawatan hanya atas dua sebab, yang pertama kerana melanggar asas yang dia dipilih oleh wakil rakyat dan kedua kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.
"Jadi hanya dua sebab mengapa Ahli Parlimen atau ADUN perlu letak jawatan," katanya.
Beliau mengulas mengenai desakan baru daripada pihak tertentu yang menggesa pemimpin progesif PAS mengosongkan kerusi sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN jika menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kenyataan ini bercanggah dengan apa yang dikatakan ketikan 3 Adun PR keluar PKR dan DAP di Perak. Khalid mendesak mereka meletakkan jawatan.
Senada dengan Khalid Samad ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang turut menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu sehingga tertubuhnya parti baru nanti.
Katanya, ini ekoran kemenangan yang berpihak kepada beliau semasa pilihan raya umum yang lalu adalah bukan hanya faktor undi ahli PAS sahaja tetapi turut disumbangkan oleh ahli-ahli parti lain.
"Dalam kes Kota Raja itu sendiri, ada yang mengatakan ini kerusi PAS dan orang PAS yang mengundi, ahli PAS di Kota Raja berkemungkinan ada dalam 4,000 orang.
"Tetapi majoriti kita di Kota Raja adalah 29,000 bermakna yang menyokong kita sebahagian besar daripadanya adalah orang kebanyakan," katanya.
Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain supaya mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.
Ahli Parlimen Marang itu berkata tindakan tersebut perlu dilakukan kerana mereka telah berbaiah semasa menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat.
GHB sedia tanding di Pilihan Raya Negeri Sarawak
Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid menegaskan GHB akan menghantar calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Dalam pilihan raya Sarawak yang kena diadakan pada tahun hadapan, kita sudah buat keputusan, kita akan bertanding.
"Sekarang ini kita tidak mahu menetapkan calon dan kerusi sebagainya, tetapi apa yang penting bagi kita ialah membina kekuatan, bila sudah sampai masanya, baru kita tentukan," katanya lagi. - ANtaraPOS

Sumber TKO - 26-8-2015


PAS Kuala Terengganu Masih Memberi Peluang Kepada YBM Dato Raja Baharin

Posted on Tuesday, August 04 @ 07:00:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pas Kawasan Kuala Terengganu masih memberi peluang kepada YBM Dato Raja Baharin MP Pas Kuala Terengganu untuk meminta maaf secara terbuka dan menafikan keterlibatan beliau dengan GHB secara terbuka.

Saya rasa tidak ada apa yang nak dihebohkan. Tiada apa perlu kita bersangka buruk kononnya ada boikot atau apa-apa.

Yang penting jika YBM Dato Raja Baharin, walaupun ada ucapan dan gambar yang perlu ada kenyataan rasmi secara sah bukan sekadar cakap-cakap tidak terima lagi tapi dalam masa yang sama terlibat usaha menarik, membuat kempen dan mem'sabotaj' PAS dilakukan secara senyap.

Kami tunggu kenyataan rasmi YBM Dato Raja Baharin. 


Sumber TKO - 4-8-2015

Akar Umbi, Aktivis Dan Kepimpinan Bangkit Perkukuh Keputusan PAS Kuala Terengganu

IMG-20150804-WA0001
Sejurus selepas Program Liqa’ Fikri yang diadakan semalam, Isnin 3hb. Ogos 2015 bersamaan 18 Syawal 1436 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, satu perbincangan tergempar telah diadakan melibatkan kesemua akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS kawasan yang hadir berhubung tindakan lanjut terhadap YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen PAS, Kuala Terengganu ekoran melanggar arahan dan ketetapan PAS Pusat dengan menjadi Pengerusi GHB.

Kehadiran adalah melibatkan kesemua pimpinan dari peringkat kawasan hingga cawangan cawangan merangkumi Ulama, Pemuda, Muslimat dan Ameerah yang menyaksikan kehadiran luar biasa melebihi 1000 orang sehingga melimpah ke luar Dewan Dato’ Wan Abd Mutallib.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana yg sangat bersemangat telah membuat keputusan menyokong penuh tindakan Pas Kawasan Kuala Terengganu yang telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.

IMG-20150804-WA0005

Akar umbi , aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala Terengganu juga secara tegas menuntut supaya YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Pas dan pengundi di dalam parlimen Kuala Terengganu dan mesti mengisytiharkan diri memutuskan sebarang perkaitan dan hubungan dengan GHB dalam tempoh 14 hari.

Jika sekiranya YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin masih gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala Terengganu sebulat suara menuntut YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dengan serta merta.

Keputusan PAS Kawasan Kuala Terengganu memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen berkenaan hanya boleh dibatalkan jika YBM bertindak mematuhi ketetapan memohon maaf dan memutuskan segala penglibatan dalam GHB.

Akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS menyokong penuh tindakan PAS Kawasan dengan menyifatkan tindakan segera adalah perlu bagi mengelakkan masalah GHB dan ketidakpatuhan kepada arahan pimpinan merebak jika tidak dibendung dengan segera.

PAS Kawasan Kuala Terengganu berpendirian isu GHB dan ketidakpatuhan kepada pimpinan ini boleh merebak kerana tiadanya ketegasan ahli dan kepimpinan yang terlalu memberi ruang berlapang dada dengan tingkah laku subversif yang merosakkan PAS. PAS kawasan Kuala Terengganu sama sekali tidak bertolak ansur dalam prinsip menjunjung disiplin parti sebagai asas kekuatan perjuangan.

Akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS berpuashati dengan segala langkah berhemah oleh kepimpinan Pas Kawasan Kuala Terengganu melalui perbincangan dari hati ke hati yg telah diambil sejak tempoh beberapa bulan terlebih dahulu dalam mengelakkan keadaan ini berlaku sehinggalah keputusan tegas terpaksa diputuskan.

PAS Kawasan Kuala Terengganu akan menghantar laporan lengkap kepada PAS Pusat selaras dengan arahan yg telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh Pejabat Setiausaha Agong PAS berhubung isu GHB bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil oleh PAS Pusat.

Liqa’ Fikri yang diadakan terlebih dahulu telah dihadiri Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah sudi memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu serta menjawab soalan dari peserta-peserta dengan kehadhiran melebihi 1000 orang sehingga mereka terpaksa berdiri melimpah ke luar dewan.

WAN SUKAIRI BIN WAN ABDULLAH
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU
4hb Ogos 2015 bersamaan 19 Syawal 1436

Sumber BO - 4-8-2015




GHB: Pendirian PAS Kuala T'ganu terhadap Raja Baharin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Kuala Terengganu tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah.

Demikian antara kandungan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Mohd Soud Mat Ali, hari ini kepada semua ahli PAS kawasan itu berhubung pendirian PAS kawasan terhadap Raja Kamarul Baharin.

Berikut adalah kandungan surat berkenaan.

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika dihubungi memberitahu mesyuarat tersebut diadakan di markas tarbiah PAS kawasan, Kuala Ibai jam 9.30 malam tadi. - HARAKAHDAILY 2/8/2015

Sumber HD - 2-8-2015

Pendirian PAS Kawasan K. Terengganu Terhadap YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah

Posted on Sunday, August 02 @ 17:18:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Assalamualaikum Wrt Wbt

Kepada Semua Ahli PAS Kawasan Kuala Terengganu

Tuan/puan,

Pendirian PAS Kawasan Kuala Terengganu Terhadap YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu)

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Yang Menjalankan Amanah,

MOHD SOUD @ SAID @ MAT ALI
Setiusaha PAS Kawasan KT
2.8.201

Facebook



Sumber TKO -  2-8-2015



PAS Kuala Terengganu putus hubungan dengan Raja Kamarul Bahrin kerana sertai GHB
Posted on Sunday, August 02 @ 16:21:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Kuala Terengganu hari ini memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (gambar, kanan) yang menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang baru ditubuhkan.

Setiausaha Pas kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud @Said @Mat Ali berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada satu pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan Ibu pejabat PAS Pusat.

"Sebagaimana yang dimaklumi beliau (Raja Kamarul Bahrin) diisytiharkan secara rasmi sebagai pengerusi GHB Terengganu dalam himpunan GHB di Jerteh, Besut pada 31 Julai lalu dan beliau memperakui menerimanya," katanya dalam satu kenyataan.

GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu. Pergerakan itu memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun Yusof. - Bernama

Sumber TKO - 2-8-2015

Belum pun sampai setahun dah letak jawatan?

Posted on Thursday, July 30 @ 13:15:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

MAKLUMAN PERLETAKAN JAWATAN PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017



Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini.

Serentak dengan perletakan jawatan ini, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Ust Mohd Fadhlullah bin Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.

Sekian.

Bertarikh 29 Julai 2015

(1) Mohd Hafiz bin Habil (Ketua Pemuda)
(2) Muhamad Fadzil bin Ahamad (Naib Ketua Pemuda)
(3) Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (Ketua Penerangan)
(4) Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (AJK Pemuda)
(5) Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (AJK Pemuda)

Facebook Saiful Islam


Sumber TKO - 30-7-2015

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud membuat
penafian keluar PAS
Posted on Saturday, July 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud membuat penafian yang beliau sudah meninggalkan PAS hari ini.

Pada 21hb Julai 2015 lalu, heboh diperkatakan bahawa tiga wakil rakyat Pas di Selangor termasuk Dr Siti Mariah Mahmud mengesahkan akan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh GHB pada 14 September ini.


Dua lagi wakil rakyat terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sumber TKO - 25-7-2015


3 Wakil Rakyat PAS Dari Selangor Umum Keluar Parti
Posted on Thursday, July 23 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi PAS di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan PAS telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar PAS bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan PAS tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli PAS lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“PAS kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir­nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin PAS yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.
 
Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menggantikan PAS bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian PAS memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin PAS kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini.

Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.  - SUARA TV


Sumber TKO - 23-7-2015
Hentikan serang menyerang sesama kita

Posted on Wednesday, July 22 @ 11:59:45 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman

Samada kita PAS, PKR, DAP, GHB atau NGO, hentikan serang menyerang sesama kita. Syawal yang disambut dengan bermaaf maafan, kunjung mengunjung eratkan silaturrahim; jangan dirosakkan atas tuturkata dan tindak tanduk kita yang melampau.

Apa medan dan wadah yang digunakan adalah untuk kepentingan rakyat.

Tingkatkan daya intelek dan segarkan idea baru. Pendidikan politik khususnya penduduk luar bandar sangat penting kerana kadar celik politik mereka masih rendah.

Sekadar menuding jari mencari aib dan kesalahan mana mana pihak adalah amalan lapuk. 


Memperlekeh dan merendahkan seseorang, menyebarkan cerita silam dengan tujuan menjatuhkan nama baik individu tertentu adalah tercela. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan gagasan besar bagi menyelamatkan negara dari kerosakan dan kehancuran.


Samada kita berslogan Istiqamah sehingga kemenangan atau membawa Harapan Baru, buktikan dengan iltizam melalui contoh tauladan yang baik. Ini cerminan yang diperhatikan masyarakat.

Moga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah.

Sumber DD - 22-7-2015


Adilkah tuduhan G18 bahawa PAS mengaibkan Islam?
Posted on Thursday, July 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Lokman Ramlee



Besar kemungkinan jika PAS tersisih daripada Pakatan Rakyat dan digantikan parti baru yang ditaja oleh pemimpin-pemimpin serpihan PAS atau G-18, ia tidak akan menjadikan Pakatan berkenaan lebih kukuh.

Ini kerana bukan automatik penyokong PAS akan berpindah kiblat politik mereka dan langsung menyebelahi perjuangan perjuangan G-18. Malah mungkin sebaliknya pula akan berlaku.


Penyokong tegar PAS masih lagi majoriti dari kalangan lebih 1.3 juta ahlinya. Ketaatan mereka pada pimpinan PAS sukar diubah. Malah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba “mengkhianati” perjuangan, mereka ditolak.


Dalilnya ialah keputusan muktamar PAS ke-61 awal bulan ini. Meskipun golongan profesional disanjung kerana memberi nafas baru pada arah tuju PAS, sekilas kumpulan ini dilihat cuba mengancam kedudukan ulama, mereka “ditendang” keluar daripada saf kepimpinan. 


Bayangkan jika G-18 ini menjadi parti politik dan bertanding dalam pilihanraya umum menentang PAS, sudah tentu “kebencian” penyokong tegar PAS akan menyungkurkan mereka.


Majoriti ahli PAS menyokong parti itu kerana percaya pada ulama. Bagi mereka, ulama telah berusaha mengasah bakat politik golongan profesional dalam skim “mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulama”.


Malah ulama juga yang memutuskan bahawa profesional ini diletakkan sebagai calon PAS bertanding di ‘kerusi yang selamat’ demi memastikan kemahiran dan pengetahuan ikhtisas mereka dimanfaatkan sepenuhnya. 
Maka berpeluanglah calon seperti Salahudin Ayub dan Dr Hatta Ramli, mendapat kerusi “selamat” di Kelantan. Jika ulama PAS kolot dan tamak kuasa, tentu semua kerusi mudah akan diisi golongan mereka sahaja. 
Yang menjadi persoalan, jika G-18 menjadi sebuah wadah politik, bolehkah mereka menggamit simpati rakyat yang dikatakan kini sudah muak dengan gelagat Umno dan mahu perubahan kerajaan?
Sudah tentu hajat itu tidak mudah tertunai. Ini kerana yang pasti ‘dendam’ ahli setia PAS terhadap rancangan mereka  menggerakkan kempen memusnahkan PAS melalui strategi memperlekeh ulama, payah padam.
Bukan sukar bagi ahli PAS menguji kesahihan dan keikhlasan golongan “pengkhianat” ini. Setiausaha penaja G-18, Dr Dzulkifley Ahmad mengumumkan minggu lalu bahawa G-18 tidak akan ‘bertelagah dan menjatuhkan PAS’. 
Bagaimanapun tindak tanduk ‘cai” lain dalam G-18 seperti Dr Hatta Ramli dan Khalid Samad, adalah amat bertentangan sama sekali dan ini langsung mencemar darjah keikhlasan mereka berjuang.
Belumpun tertubuh parti politik baru yang didakwa bersifat lebih inklusif untuk rakyat Malaysia, Dr Hatta sudahpun “membelasah dan meremehkan pimpinan PAS” sendiri. 
“Kami (G18) yakin bahawa PAS, maksudnya pemimpinnya, sudah sampai satu tahap di mana pendirian dan gelagat mereka tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sejati. 
“Pada masa tertentu PAS kelihatan ‘mengaibkan’ Islam di mata khalayak, tidak kira pada muslim atau bukan,” kata Hatta kepada sebuah portal pro-pembangkang.
Beliau berkata, isu ini sudah ditegur di kalangan pemimpin parti tetapi ia tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Malah sebaliknya, suara yang bertentangan dan kurang senang pada pimpinan ini dianggap sebagai menentang ulama,” kata bekas Pengarah Pilihanraya PAS itu.
Ahli G18 yang juga Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi contoh bagaimana “sikap tegar” pimpinan PAS meletakkan calon bertanding merebut kerusi Kota Damansara dalam pilihanraya umum lalu, memalukan Islam.
Khalid berkata, kerusi berkenaan diperuntukkan bagi Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim yang menggunakan logo PKR, tetapi PAS telah ‘kacau daun’ dengan meletakkan calonnya. Akibatnya, BN menang di situ.
“Nasir telah menjadi Adun di situ selama lima tahun tetapi tiada rungutan akan kepimpinannya. 

Alasan yang diberi PAS hanyalah kerana beliau mewakili parti berfahaman sosialis,” kata Khalid.
Selain itu, katanya, PAS telah mengaibkan Islam apabila cuba mengganggu majlis yang diadakan khusus untuk orang bukan Islam.
“Bila ada bukan Islam menganjurkan majlis khusus untuk mereka sendiri seperti Oktoberfest, PAS cuba menghalangnya. Ini memalukan kerana PAS tidak hormati hak orang bukan Islam. 
“Tak apalah dihalang jika Oktoberfest diadakan di Makkah, Madinah atau Arab Saudi tapi di sini keadaannya amat berbeza,” katanya.
Beliau berkata, apa PAS patut lakukan ialah memastikan tidak ada orang Islam dijemput menghadiri majlis seperti itu dan ia tidak dianjurkan di kawasan di mana ada ramai orang Islam.
Khalid juga berkata bahawa parti baru yang hendak ditubuhkan itu akan dibuka pada ahli bukan Islam tetapi berkongsi hasrat parti Islam itu menentang rasuah dan menegakkan keadilan. 
“Kehadiran kami bukan mahu bertelagah tetapi mahu mengemukakan imej alternatif sebuah parti politik Islam yang demokratik dan inklusif,” katanya.
Jika demikianlah citarasa parti G18 ini maka apa bezanya ia dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Tidakkah parti keluarga Anwar Ibrahim ini berasa terancam dengan G18 yang beria-ia mahu menolak PAS dari Pakatan Rakyat?
Sayugia diingat bahawa DAP juga mengaku sebuah parti berbilang kaum dan kini sibuk merekrut ahli baru dari keturunan Melayu khususnya. Soalnya, siapakah yang G18 hendak nyahkan dari Pakatan Rakyat – PKR atau DAP?
Benarkah G18 ini perkumpulan pejuang Islam yang demokratik atau gerombolan pemimpin kecewa kerana tidak dipilih dan kini mahu melampias kekecewaan dengan juga memusnahkan partinya sendiri? 
Kini mereka terhegeh-hegeh mahu bertemankan PKR dan DAP tanpa menyedari bahawa mereka akan menjadi “ancaman baru” pada keharmonian dalam Pakatan 2.0.Selamat berjuang dan syok sendiri.  - AntarPOS

Sumber TKO - 2-7-2015


Zulhazmi Syariff Keluar PAS
Posted on Tuesday, June 16 @ 17:05:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Zulhazmi Syariff yang banyak mengkritik PAS dikatakan telah keluar PAS dengan tersebarnya 
surat keluar parinya di FB. Pihak kami tidak dapat pengesahan dari Zulhazmi kerana gagal dihubungi. Dia ini pernah bertanding Ketua Pemuda PAS pada muktamar PAS ke-59 tetapi hanya mendapat 7 undi sahaja.

 

Sumber TKO - 16-6-2015
Mat Taib minta DAP tarik balik kata dua kepada Azmin
Posted on Friday, June 12 @ 12:25:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor YB Tony Pua berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin menasihatkan beliau supaya tidak memberi tekanan kepada YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya memilih antara DAP dengan PAS. Ini kerana kenyataan tesebut tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pimpinan tertinggi PAS dan DAP supaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik yang berlaku sekarang ini. Buat permulaan, saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datok Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Saya juga memohon untuk mencadangkan Ahli Majlis Syura Ulamak  dan pimpinan tertinggi PAS supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Jangan disia-siakan harapan rakyat Malaysia yang telah memberi undi 52% kepada Pakatan Rakyat, khususnya harapan rakyat negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam keadaan Umno BN sedang lemah dengan pelbagai isu yang melanda mereka, Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh alternatif terbaik kepada rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 nanti.


Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
Bekas Menteri Besar Selangor 

Sumber TKO - 12-6-2015


Pemimpin PAS tak perlu letak jawatan, kata Nakhaie
Posted on Friday, June 12 @ 12:54:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Tiada sebab wakil rakyat PAS perlu meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan negeri baik di Pulau Pinang mahu pun Selangor berikutan usul putus hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa debat di muktamar minggu lalu, kata Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.

Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, DAP hanyalah sebuah parti yang bertanggungjawab mentadbir sesebuah negeri yang ditaklukinya namun ia masih di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, begitu juga keadaannya di Selangor.

"Putus hubungan dengan DAP tidak bermakna putus hubungan dalam kerajaan Pakatan. DAP tak faham itu.

"Jadi, boleh kekal dalam kerajaan kerana ia bukan kerajaan DAP tetapi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun DAP menguasai Pulau Pinang tetapi masih dalam Pakatan, tak perlulah letak jawatan dalam kerajaan.

"Kerajaan lain, parti lain.

"Walaupun DAP (tadbir Pulau Pinang) tetapi masih kerajaan Pakatan. Sama juga di Selangor adalah kerajaan Pakatan, jadi tak perlu berhenti (letak jawatan)," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Malah, Nakhaie berkata sejauh mana PAS dan DAP bergaduh serta menyerang satu sama lain sekali pun kedua-dua parti itu masih bersama Pakatan Rakyat.

"Anak sulung dengan anak bongsu bergaduh umpamanya tak akan nak tinggalkan keluarganya. Bergaduh memang gaduh tetapi masih lagi dalam keluarga yang sama.

"Ini Pakatan yang bergaduh itu DAP dan PAS. Putus hubungan PAS dengan DAP tetapi masih ada Pakatan. DAP dengan PAS masih ahli Pakatan serta boleh selesaikan masalah dan bincang di dalam Pakatan bukan di antara DAP dengan PAS," jelas Nakhaie.

Mengulas tindakan DAP yang terus menerus menyalahkan PAS ekoran usul yang dibawa Dewan Ulama parti itu, Nakhaie menjawab:

"Salah menyalah itu perkara biasa dalam politik. Dalam politik ini kalau kita buat benda betul tapi orang kata salah. Persepsi itu kata salah, persepsi itu yang menang. Itu politik. Tengok senario sekarang yang...permainan politik yang banyak orang tak faham," katanya.

Krisis PAS dan DAP semakin meruncing sebaik berakhir muktamar PAS pada minggu lalu yang menyaksikan golongan progresif dalam parti tersingkir, sebaliknya golongan konservatif dan proulama yang mendominasi barisan kepimpinan tertinggi parti.

Serangan terbuka juga dibuat perwakilan terhadap DAP yang dilihat lantang menentang undang-undang hudud yang dibawa parti Islam tersebut.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menggesa kepimpinan baru PAS agar mengarahkan kesemua wakil partinya yang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP melepaskan jawatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga memuji tindakan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang melepaskan jawatannya dalam pentadbiran di Pulau Pinang, sebaik saja muktamar meluluskan usul putus hubungan berkenaan.

Mat Sabu melepaskan jawatannya sebagai pengarah dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Penang International Halal Hub, sebagai 'menepati' keputusan muktamar yang meluluskan usul itu.

Tindakan beliau disusuli oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang meletakkan jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang  dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.  - ANtaraPOS

Sumber TKO - 12-6-2015

Mat Taib belum putus tinggalkan PAS, ambil sikap tunggu dan lihat

Posted on Sunday, June 07 @ 15:44:16 MYT by paktam

OLEH HASBULLAH AWANG CHIKTan Sri Muhammad Muhd Taib masih belum membuat keputusan sama ada untuk meninggalkan PAS atau tidak kerana beliau hendak melihat dulu apa yang bakal terjadi di bawah kepimpinan baharu parti itu yang selepas muktamar lalu dibarisi pemimpin daripada kalangan pro ulama.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, peluang perlu diberikan kepada kepimpinan PAS yang baharu itu bagaimana mahu mencorakkan parti dan bentuk objektif yang ingin diperjuangkan.

“Saya belum ada apa-apa keputusan lagi. Kita beri 'benefit of the doubt' pada kepimpinan yang baharu ini, mereka sudah pun diberi mandat.

"Saya tidak mahu bincang mengenai cara pemilihan ini. Ada macam-macam tentang cara pemilihan ini yang kita dengar," katanya kepada The Malaysian Insider. Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib berkata, perwakilan sudah pun membuat keputusan sebijak-bijaknya dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap masa depan parti itu selepas ini.

Katanya, perwakilan sudah pun membuat keputusan sama ada mahu melihat PAS menerajui negara bersama Pakatan Rakyat (PR) atau terus berdiri sebagai satu entiti politik.

“Inilah keputusan muktamar tahun ini. Masing-masing boleh buat interpretasi mengenai keputusan ini. Saya berharap pimpinan baru dapat memimpin sebaik-baiknya.

“Sama ada mereka terikut-ikut dengan 'chai' atau ini keputusan mereka, mereka bertanggungjawab memilih pemimpin yang dianggap baik.

“Saya tak kecewa, cuma kita tengok natijah selepas ini. Apa hala tuju, apa perjuangan yang mereka nak bawa," katanya.

Bekas naib presiden Umno itu pada hujung bulan lalu memberi amaran PAS bakal dipinggirkan golongan profesional selepas Muktamar Tahunan ke-61 parti itu yang berakhir semalam.

Kenyataan itu dibuatnya selepas mengkritik sesetengah pemimpin PAS yang pakar dalam agama, tetapi menurutnya jahil ilmu ekonomi dan perkembangan semasa negara.

"Kalau selepas ini PAS buang golongan profesional, selepas ini golongan profesional tidak mahu masuk PAS lagi," katanya.

Mat Taib sebelum ini berkata, mereka yang menghafal Al-Quran dan hadis, tetapi tidak dapat memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak layak memimpin negara.

Disebabkan perkara itu, beliau dilaporkan mengaku mula hilang minat dengan PAS.

Bagaimanapun, katanya sebelum ini, beliau akan menunggu sehingga selesai muktamar untuk menilai barisan kepimpinan baru PAS itu.

Namun, pada sebuah forum kemudiannya, Mat Taib menjelaskan beliau bukannya "merajuk" dengan PAS seperti sangkaan sesetengah pihak.

"Bukan saya tidak minat dengan PAS, tetapi tidak minat perangai sesetengah pimpinan PAS," katanya.-TMI

Sumber DD - 7-6-2015

Rancangan Jahat PASMA Jatuhkan Hadi Awang Bocor


https://www.youtube.com/watch?v=y00-2fBmAxQ

Sumber TV14 - 21-9-2014


Mat Taib Mengugut atau Berkempen?
Posted on Monday, May 25 @ 00:37:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diwar-warkan oleh akhbar Pakatan Rakyat mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan PAS atas rasa kecewanya kepada PAS, kerana parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Asas yang disebut oleh Mat Taib " tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini" kemudian dia cuba memainkan sentimen Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam hal ini.

Mat Taib menyebut "Sekarang dah tak minat sangat dah". Maksudnya kepada PASlah. Katanya lagi

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut".

Sebelum saya berhujah tak peduli penyokong bukan Islam saya cuba untuk mengimbau kembali Mat Taib awal kemasukkannya dalam PAS. Mungkin ada kata-katanya dulu boleh kita jadi sandaran untuk kita lihat apakah pemikiran Mat Taib ini.

Mat Taib dikatakan menjadi pengujung masjid tempatnya sebelum dia masuk PAS. Ya macam kita lihat dikampung-kampung masjid biasanya dikunjungi oleh orang tua, orang yang dah pencen apa-apa jawatan dan lebih ramai yang pencen jawatan kerajaan kerana mereka ini ada "duit pencen" tak perlu buat kerja. Mat Taib bagi saya macam pengawai kerajaan yang pencen yang insaf dan mendekati ALlah, tak lebih daripada itu.


Selepas Mat Taib masuk PAS, dia telah dikenali dan bergaul semula dengan masyarakat. PAS telah membawa kembali kehidupan asalnya yang sentiasa bersama masyarakat. Dia tidak lagi terasing.


Selepas dia masuk PAS, dia ke Terengganu pergi ke rumah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya masih ingat komennya dan banyak kali disebut dalam ceramahnya dia sangat segan dan malu dengan kehidupan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang jadi MP semenjak lebih 30 tahun dengan rumah kayu yang sangat daif jika dibandingkan dengan mana-mana kepimpinan di Malaysia.

Malah jika dibandingkan dengan mana-mana kepimpinan PAS sekali pun, saya rasa rumah Ustaz Abdul Hadi adalah paling daif. Saya tak ada gambar rumah Ustaz Ahmad Awang untuk dibandingkan.

Mat Taib dulu duit juta-juta dalam beg. Tapi dia melihat pimpinan PAS sangat berbeza dengan UMNO.

Ok kita balik semula kepada sebab Mat Taib nak cabut daripada PAS.

Saya cuba teliti hujah Mat Taib, mana tahu Mat Taib kata Ustaz Hadi nak buat UG dengan UMNO ke. Nak jawatan penting dalam BN ke? Kita sedar dan Tahu Mat Taib masih ada banyak sumber daripada UMNO. Sudah pasti dia lebih mengetahui daripada Lim Guan Eng.

Tapi Mat Taib tak pernah sebut bahawa Ustaz Abdul Hadi nak berUG dengan UMNO. Yang hairannya kita dengar daripada mulut Lim Guan Eng. Daripada 'bisik-bisikan" kepemimpinan PAS yang tak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS. Tidak daripada Mat Taib. Adakah Mat tak tahu pasal UG ni? Bodoh sangat ke Mat Taib ni?

Saya rasa Mat Taib taklah sebodoh itu. Dia tahu UG ini adalah 'label' (Yang Khalid Samad selalu sebut, PAS suka melabel) untuk merosakkan kepimpinan ulama dalam PAS.

Saya banyak kali memperingati kawan-kawan saya, kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai kita fitnah. Sebab dosa fitnah dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak benar, besar dosanya tak tertanggung kita diakhirat nanti. Jangan kita jadi manusia yang bengkrap di kahirat nanti kerana sikap suka menyebar maklumat palsu.

Kalau dilihat perkataan tak peduli bukan Islam adalah berpusat kepada hudud. Adakah Mat Taib tak setuju dengan hudud? Yang ini saya akan bincang lain kali. Saya tak nampak satu hujah yang besar tapi saya melihat Mat Taib telah dipergunakan atau dia sendiri setuju dipergunakan untuk menjadi bahan kempen kepada golongan terdesak dalam pemilihan PAS kali ini.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 25-5-2015






















Mat Taib nak ucap sayonara kepada PAS
Posted on Saturday, May 23 @ 19:50:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan.

Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana.  

Sumber TKO - 24-5-2015

Saya sedih dengan keputusan Datuk Tamrin

MAZLAN ALIMAN | .



Apabila Datuk Tamrin Tun Ghafar menarik diri atau keluar PAS melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali pada 15 Okt lalu, saya sangat sedih dengan keputusan beliau.

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.

Datuk Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiaah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.

Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol Presiden PAS, Saudara Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Datuk Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau aktif berceramah di seluruh negara. Juga menerbitkan risalah dan pamplet yang berkaitan dengan isu-isu Melayu. Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik.

Namun, kemelut jawatan MB Selangor, masalah dalaman PAS dan PR meresahkan beliau. Beliau kerap luahkan perasaan dan pandangannya pada saya dan rakan-rakan melalui telefon, SMS dan beberapa pertemuan. Saya bersembang panjang dengannya di Restoran Haslam pada 9 Okt lalu. Saya lebih banyak mendengar luahannya. Maklumlah, beliau banyak pengalaman dalam politik. Sebagai sahabat, saya berikan saranan dan nasihat.

Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Okt lalu mengenai isu 2 orang Adun PAS iaitu Hulu Kelang dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Datuk Tamrin meninggalkan PAS.

Sekitar jam 8 pagi ini saya menerima SMS beliau yang berbunyi, ' Salam. Tk atas pandangan dan harapan. Sudah banyak kali saya memberi pandangan dan teguran kepada beberapa pemimpin tapi nampaknya tidak dipedulikan. Akhir-akhir ini beberapa tindakan yang dilakukan amat menghampakan saya; tidak perlulah saya huraikannya. PAS TIDAK SALAH. Persahabatan kita tetap utuh. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. InshaAllah'.

Saya berharap Datuk Mustapha Ali dapat mengambil inisiatif memujuk Datuk Tamrin memikirkan semula keputusannya keluar dari PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS. - HARAKAHDAILY 18/10/2014

* Penulis adalah AJK PAS Pusat

Sumber HD - 18-10-2014























Tahniah dan terima kasih Tamrin

MAJDAN DAGANG | .

DATUK Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar menghantar surat keluar PAS pada 15 Oktober 2014 setelah menyertai parti ini pada tahun 2012. Seperti selalunya, PAS tidak akan memujuk mana-mana tokoh untuk menyertai partinya dan tidak menghalang jika mana-mana ahlinya atau pemimpinnya yang ingin keluar.

Saya tidak begitu kenal dengan Tamrin dan hanya sekali sempat bersamanya ketika kami sama-sama melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub yang baru dilantik menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Subuh pada hari yang sama kami menaiki satu kereta ke Masjid Pulau Melaka dan selepas berjumpa dengan TG Nik Aziz kami kembali ke hotel. Sambil bersarapan kami berbual-bual kosong dan tidak menyentuh pun soal politik semasa. Usai bersarapan kami melakukan kunjungan hormat ke pejabat menteri besar yang baru.

Dengan Almarhum bapanya, Tun Ghafar saya juga hanya sempat sekali membuat wawancara khas untuk dimuatkan dalam sebuah majalah. Ketika itu Tun tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Banyak perkara yang dilontarkan oleh Almarhum Tun Ghafar dan lebih daripada separuh wawancara itu tidak boleh disiarkan kerana banyak perkara “off record”!

Berbalik kepada Tamrin, beliau tidak menyatakan sebab-sebab keluar daripada PAS. Namun tindakannya saya sifatkan lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang lain.

Tamrin keluar daripada Umno apabila berasa parti itu sudah tidak serasi dengan dirinya. Adalah lebih baik dia keluar dan boleh mengkritik Umno secara terbuka sama ada dipentas ceramah mahupun di forum.

Seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang pernah keluar Umno ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

Bukan tidak boleh mengkritik Umno dan pimpinannya ketika masih dalam parti, tetapi mestilah ada adab dan salurannya. Berbeza jika sudah keluar, segala penyelewangan dan salah laku boleh didedah dengan lebih terbuka.

Begitu juga apabila Tamrin berasakan PAS sudah tidak serasi dengan dirinya, maka beliau bertindak keluar PAS.

Tamrin tidak menggunakan forum atau ceramah parti lawan untuk memburuk, menghentam dan mengkritik perjalanan PAS ketika masih ahli parti.

Beliau tidak menubuhkan parti dalam parti untuk memecah-belahkan PAS dari dalam. Tamrin mungkin sudah mengkritik PAS sebelum ini mengikut saluran yang sepatutnya, namun jika sudah tidak serasi, jalan terbaik ialah keluar sahaja.

Bagi saya, beliau keluar Umno demi prinsipnya dan keluar PAS juga demi prinsipnya.

Itu lebih baik daripada menjadi ahli parti yang mengkritik dasar parti, yang masih mengaku ahli tetapi menubuhkan NGO yang kerjanya mengadakan ceramah dan forum mencela parti sendiri kerana enggan mengikuti kehendak parti lain yang dasarnya tidak meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai dasar parti.

Betul, PAS ada kelemahan, sama ada organisasinya mahupun sebahagian pemimpinnya. Tetapi itu bukan tiket untuk meruntuhkannya. Bukan juga tiket supaya tunduk kepada parti lain yang fikrahnya tidak Islam. Ahli partilah yang bertanggungjawab memperkuatkannya, bukan jadi anai-anai yang merosak secara senyap.

Tamrin meninggalkan Umno kerana dikatakan parti itu sudah tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Dia bercerai talak satu dengan Umno dan berkahwin dengan PAS.

Tamrin memasuki PAS tetapi tidak membawa agenda peribadinya seperti sesetengah orang yang memasuki PAS. Ada orang yang diberi peluang jadi ahli dan YB PAS tetapi masih kekal dengan agenda jemaah lama. Wala’ mereka bukan pada PAS tetapi jemaah sebelum ini. Apabila berlaku krisis, baru tahu siapa mereka.

Tamrin masuk PAS tanpa bawa sebakul borang penyokong yang kononnya turut serta. Tamrin masuk dengan membawa dirinya sahaja. Beliau juga tidak masuk dengan membawa jawatan YB atau sebagainya.

PAS pula tidak tawarkan apa-apa jawatan kepadanya. Tetapi Tamrin tetap berceramah di pentas PAS bagi membantu parti itu dapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya.

Walaupun sudah berada dalam PAS, beliau tentunya tidak ikut proses tarbiah macam sesetengah ahli. Jadi tidak peliklah jika tinggalkan PAS, sedangkan orang yang rangka modul tarbiah pun boleh lompat ke parti lain, apalah sangat mereka yang tidak masuk tarbiah.

Ini bukan salah tarbiah, tapi bergantung kepada orang itu sendiri. Zaman nabi pun ada yang solat belakang nabi dan hari-hari mengadap nabi tetapi boleh berpaling tadah.

Perjuangan Islam bukan mudah, segalanya terpaksa dikorbankan – harta, pangkat, jawatan, masa dan tenaga. Ramai yang gugur di tengah jalan akibatnya.

Ramai yang tidak sanggup berkorban kerananya, tetapi sekurang-kurangnya tidak runtuhkan jemaah. Jangan jadi parasit. Jika zaman nabi pun ada parasit, apalah sangat pada zaman ini.

Allah akan bagi kemenangan apabila sampai masanya. Akibat mahu cepat menang, ramai yang terkeluar daripada landasan perjuangan.

Dalam hal ini, tindakan Tamrin lebih terpuji! Dalam politik, kawan bukan selamanya kawan dan musuh bukan selamanya musuh; musuh kepada musuh adalah kawan kita dan kawan kepada musuh kita adalah musuh!

Apapun tahniah dan terima kasih kepada beliau dan selamat maju jaya. – HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Parti korup, Nakhaie isytihar bukan Umno lagi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad hari ini mengisytiharkan bukan lagi ahli Umno.

Beliau yang sebelum ini sering menjadi rujukan Umno khususnya berdepan PAS dalam isu-isu berkait agama, membuat kenyataan mengejutkan itu di Facebooknya.

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Kenyataan itu muncul dua hari selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Najib Najib yang disifatkannya sebagai lemah.

- HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014

No comments:

Post a Comment