BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, August 27, 2014

MUSIM HAJI KEMBALI LAGI








Jemaah Haji Malaysia Istimewa – Imam Al-Sudais
Posted on Monday, March 26 @ 20:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38823



MAKKAH - Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman Abdul Aziz Al-Sudais meluahkan rasa gembira terhadap Malaysia atas pengurusan Haji yang teratur serta menyifatkan jemaah Malaysia sebagai istimewa.

Jemaah haji Malaysia sangat teratur, menjaga adab dan sentiasa mematuhi peraturan tempat suci, kata Imam Besar itu dalam pertemuan bersama tiga editor kanan Malaysia yang berkunjung ke pejabat beliau di sini.

Sheikh Al-Sudais seterusnya menyampaikan berita gembira bahawa penjaga dua kota suci bersetuju untuk melaksanakan projek terjemahan khutbah Jumaat di Makkah, Madinah dan Padang Arafah (pada Musim Haji) ke dalam Bahasa Melayu.

Menurutnya Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa dalam menjayakan projek itu.

Sheikh Al-Sudais yang juga Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci di Arab Saudi berkata pelaksanaan projek itu dilihat penting untuk manfaat masyarakat Islam dari Asia Tenggara untuk kefahaman mereka.

Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan sambutan baik diberikan Malaysia terhadap imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi semasa lawatan mereka ke Malaysia.

Katanya kerjasama dan semangat perpaduan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dengan pihak Arab Saudi amat penting demi memelihara kesejahteraan ummah di dunia.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata Malaysia menjadi contoh terbaik dalam menonjolkan sikap kesederhanaan dalam mencerminkan Islam yang sebenar.

Sheikh Al-Sudais berkata Arab Saudi dan Malaysia akan berganding tangan dalam memerangi keganasan antarabangsa.

Arab Saudi kini bergelut dengan konflik di Yemen terutama apabila militan Houthi di negara jiran selatannya beberapa kali melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi termasuk ibu negara Riyadh.

Sheikh Al-Sudais juga menjelaskan bahawa projek perluasan Masjidil Haram dan projek pemulihan telaga Zam Zam sudah mencapai peringkat akhir dan boleh dimanfaatkan tidak lama lagi.

Katanya Penjaga Dua Kota Suci sentiasa menjadikan pengalaman Malaysia sebagai teladan dalam usaha mewujudkan perkhidmatan dan sistem yang bermutu kepada seluruh jemaah.

Tinjauan di tapak perluasan Masjidil Haram mendapati sebahagian besar ruang baharu boleh digunakan menjelang Ramadan tahun ini dengan kapasiti tambahan sebanyak 1.6 juta jemaah.

Kawasan tawaf yang baharu pula dijangka boleh menampung kira-kira 10,000 orang pada setiap masa.

Sheikh Al-Sudais menolak dakwaan pihak tertentu yang cuba meragukan tanggungjawab Arab Saudi dalam memelihara kesucian di tanah suci.

Katanya pihak berkenaan cuba menyebar berita palsu bertujuan menafikan segala usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selama ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya peranan media hari ini dalam menyampaikan mesej sebenar berhubung usaha menyebarkan syiar Islam.

Berhubung penyebaran berita palsu, Sheikh Al-Sudais berkata Islam telah memberi panduan menerusi al-Quran dan Sunnah dalam cara-cara menerima sesuatu berita.


Contohnya Surah al-Hujurat ayat 6 antaranya menyebut “Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” – BERNAMA

Sumber TKO - 26-3-2018

Tunggu 40 Minit Atau Tawaf Lebih 5km
Posted on Wednesday, November 15 @ 06:45:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman




PROJEK Rehabilitasi Kawasan Zamzam di Dataran Kaabah, Masjidil Haram yang mula dilaksanakan sejak Oktober lalu, dijangka selesai hujung Mei  depan membabitkan keluasan keseluruhan 2,535 meter persegi.


Perunding Kos Aecom Arabia Ltd Co, Mohd Rus Abbas berkata, ketika ini kerja-kerja pemulihan membabitkan kawasan seluas 679 meter persegi sudah bermula di sebelah kanan dan belakang makam Nabi Ibrahim atau bahagian utara dataran.

“Pemulihan seterusnya dilaksanakan di kawasan selatan dataran yang meliputi keluasan 400 meter persegi. Kerja-kerja pembetung juga akan dilaksanakan menerusi projek itu dan ia meliputi kawasan seluas 1,456 meter persegi,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan itu dijadualkan mengambil masa kira-kira tujuh bulan dan sepanjang tempoh itu sekitar dataran dikawal rapi untuk menjamin keselamatan jemaah, khususnya yang hendak bersolat dan bertawaf berhampiran Baitullah.

Buat masa sekarang, jemaah yang hendak bertawaf di dataran Kaabah perlu menunggu 40 minit dan hanya pintu di pintu King Fahd dibuka untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, pintu lain masih dibuka untuk tujuan bersolat dan jemaah tidak perlu bimbang untuk beribadat.

“Kawalan ketat dilakukan kerana projek pemulihan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak bertawaf di dataran Kaabah perlu menunggu agak lama. Bagaimanapun, jemaah boleh bertawaf di paras lain di dalam masjid jika enggan menunggu,” katanya yang mula bertugas dengan syarikat yang mengendalikan urusan kewangan projek berkenaan yang berpangkalan di Makkah sejak tujuh tahun lalu.

Jemaah boleh tawaf di paras bawah dan masuk melalui pintu King Abdul Aziz tetapi ia memerlukan tenaga kerana keseluruhannya perlu berjalan kira-kira 800 meter untuk setiap pusingan dan berdasarkan kiraan itu, jemaah perlu berjalan 5.6 kilometer bagi melengkapkan tujuh pusingan yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam.

Jemaah juga boleh bertawaf di paras satu iaitu dengan memasuki kawasan ram (iaitu laluan umpama tiub kapal terbang) dan ini juga akan mengambil masa panjang.

Sehubungan itu, jemaah perlu memastikan keadaan kesihatan baik dan kekal bertenaga kerana jarak itu hanya membabitkan pusingan tawaf dan tidak termasuk ibadat saie.

Justeru, jika tidak sanggup untuk berjalan 800 meter untuk setiap pusingan tawaf, jemaah boleh menaiki skuter dan khidmat itu boleh diperoleh di paras Mezanin.

Adalah diharapkan semua kerja-kerja pemulihan itu dapat diselesaikan menjelang Ramadan tahun depan untuk keselesaan jemaah umrah dan kelancaran ibadat pada waktu puncak sepanjang bulan mulia itu nanti.

Sumber TKO - 15-11-2017



Jemaah Haji Nyatakan Kebimbangan Mereka Terhadap Dasar Trump

Jemaah haji Amerika, Kanada dan British yang kini berada di Mekah untuk menunaikan haji tahun ini menyatakan kebimbangan mereka tentang dasar Presiden AS Donald Trump yang dlihat mensasarkan umat Islam.

“Orang ramai jengkel, marah, suram, sedikit bimbang,”

“Tiada siapa yang saya tahu gembira di keadaan semasa atau pentadbiran semasa. Tiada siapa, tidak ada seorang pun di seluruh perhimpunan ini.” kata Yasir Qadhi, seorang ulama Islam yang datang dari Tennessee untuk menunaikan haji kali keempat belas beliau.

Sebagai calon semasa berkempen dahulu, Trump dicadangkan sekatan kepada orang Islam daripada memasuki Amerika Syarikat.

Setelah menang beliau telah memerintahkan larangan sementara bagi penduduk dari beberapa negara-negara Islam, tetapi arahan Trump telah disekat oleh mahkamah yang menegaskan beliau telah memerintah dengan diskriminasi.

Pentadbiran beliau telah menafikan sebarang niat untuk diskriminasi agama dalam melaksanakan larangan perjalanan, berkata ia bertujuan semata-mata sebagai langkah keselamatan negara.

Tetapi retorik tajam mengenai ancaman yang ditimbulkan oleh ‘Islam radikal’, merupakan satu bahagian tumpuan kempen beliau, juga telah menarik tuduhan beliau akan akan mengasingkan lebih daripada tiga juta rakyat Amerika yang mengamalkan Islam secara aman.

Ramai orang Islam AS berkata pendirian beliau telah mencetuskan suasana di mana sesetengah pihak mungkin meletakkan rasa prejudis mereka dan melakukan serangan penganut agama lain tanpa takut di kenakan hukuman.

Sehubungan itu, seorang warga American Wajahat Ali berkata teman-teman telah meminta beliau untuk berdoa bagi Amerika Syarikat semasa Haji, dan jemaah lain yang telah beliau temui menyatakan rasa simpati dan memberi galakan bahawa keadaan AS akan bertambah baik.

Manakala seorang jemaah haji dari Malaysia Abdul Azim Zainul Abideen kata Presiden AS perlu berhenti apa yang disifatkannya sebagai serangan ke atas Islam.

“Kami tidak mempunyai apa-apa perasaan tidak baik dan menentang terhadap mana-mana rakyat Amerika atau mereka yang bukan Islam,” katanya pada hari Jumaat ketika ditemui sewaktu melontar jamrah di Mina.
Kakaknya, Anisa berusia 27 tahun, berkata beliau bimbang dengan laporan media tentang keganasan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat.'

Katanya, mereka dikecam “hanya kerana memakai hijab di jalan-jalan atau hanya kerana mempunyai janggut”.

Arab Saudi, tuan rumah ibadat Haji, menggesa jemaah untuk mengetepikan kebimbangan politik dan menumpukan kepada kerohanian.

Namun begitu, Islamofobia adalah satu topik perbualan hangat yang biasa diperkatalan pada waktu makan dan sementara menunggu dalam barisan panjang untuk berdoa dan menjalankan ritual haji di Mekah. – AJE

Sumber BO - 3-9-2017

Two Million Muslims Gather Near Mecca For Hajj

Around two million Muslims are gathering near Saudi Arabia’s Mecca for the peak day of the annual Hajj pilgrimage.

From dawn until dusk on Thursday, the crowd will visit Mount Arafat to spend the day in supplication and contemplation.

Muslims believe Prophet Muhammad delivered his final sermon on the granite hill more than 1,400 years ago.

“We hope that Allah will forgive our sins, and we hope to have a new start with our God,” Khaled Ahmed, a 47-year-old pilgrim from Egypt, told the Associated Press news agency.

In his sermon, the prophet is believed to have called on his followers to repay their debts, beware of Satan, perform five daily prayers, fast during the month of Ramadan and give to charity.

He also called on those with the means to perform the Hajj once in a lifetime and reminded worshippers of the women’s rights.

No ethnic group or race has superiority over another, except in piety and good action, he is quoted in Islamic texts as saying.

During the Hajj, male pilgrims are required to wear seamless, white terrycloth garments for the entirety of the pilgrimage.
Women wear loose clothing, cover their hair and forgo makeup and nail polish to achieve a state of humility and spiritual purity.
Noura Sulieman, a pilgrim from the Philippines, said she had been to the Hajj several times before and was praying for her family.
“I came here to Arafat to pray for my family, for my daughter, and my son, and all my family, and all the Philippine Muslims, and all Muslims in all countries,” she said. “God willing, Allah will accept our pilgrimage.”
\
As Eid approaches, however, hope faded for residents of Qatar who wanted to perform Hajj following the Gulf diplomatic crisis.
“I want[ed] to go on Hajj but I am not allowed,” Mohammed Shafiq, a resident of Doha from Pakistan, told Al Jazeera.
“The Saudi embassy is closed so how am I supposed to go? … I am an old man [this could be my last chance] and maybe I will die tomorrow,” said Shafiq, who has been working hard to finance his once-in-a-lifetime trip to Mecca.

Hajj is the fifth and final pillar of Islam, and is mandatory for Muslims who are able to perform the pilgrimage. – Al-Jazeera

Sumber BO - 31-8-2017








Lambaian Kaabah: Arafah, Mina kemuncak ibadat haji












DETIK ditunggu 30,200 jemaah haji Malaysia untuk menyertai acara kemuncak haji, Wukuf di Padang Arafah kini bermula. Biarpun wukuf berlangsung esok namun hari ini jemaah sudah bergerak ke Padang Arafah 
Arafah terletak hampir 25 kilometer dari Masjidil Haram. Namun hendak sampai ke sana terpaksa merempuh berjam-jam perjalanan. 
Pengalaman dilalui penulis tahun lepas membuktikan situasi itu. Sebelum bergerak ke Arafah, jemaah perlu bersiap memakai ihram di bilik hotel. 
Jemaah juga perlu membawa pakaian biasa dan sedikit keperluan diri sepanjang lima malam berada di Arafah dan Mina. 
Beg kuning dibekalkan Tabung Haji (TH). Ada juga membawa makanan ringan sebagai bekal. Penulis dan rakan jemaah juga membawa bekalan roti sebagai alas perut. 
Jemaah di Hotel Land Premium dipanggil mengikut tingkat hotel. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di lobi hotel dan lif. 
Gelisah dan resah turut dirasai penulis. Sehinggakan agak kurang berselera ketika menjamah makanan selepas solat Zohor. 
Di hadapan hotel situasi agak kelam kabut. Sejak pagi lagi ketika kembali dari solat Subuh di Masjidil Haram penulis melihat ramai jemaah dari negara lain sudah bergerak ke Arafah. 
Deretan bas boleh dilihat di hadapan hotel di sepanjang laluan ke Masjidil Haram. Kenderaan bersimpang siul di jalan raya. 
Penulis dan rakan-rakan juga dilanda ombak debar. Kita belum pernah merasai apa yang bakal berlaku di Arafah, Muzdalifah dan Mina nanti. 
Ketika kursus haji sebelum berangkat ke Makkah petugas TH sering memberitahu suhu boleh meningkat sehingga 45 Celcius di Arafah. Malah boleh mencecah 50 Celcius. 
Selepas kumpulan jemaah di tingkat penulis dipanggil, kami beratur menaiki lif untuk turun ke lobi hotel. Kesesakan berlaku kerana ramai yang sudah menunggu di situ.
Kami diberi kad yang tertera nombor bas. Malah nombor khemah di Arafah dan Mina juga sudah dibekal awal lagi. Petugas TH memastikan tiada jemaah yang tertinggal di hotel. Mereka yang uzur juga diangkut ke Arafah. 
Tanpa hadir ke Arafah ibadat haji tidak sempurna. Deretan bas masih banyak di kiri kanan jalan di hadapan hotel Land Premium. 
Bas bergerak ke Arafah ketika senja bertandang. Ketika itu kami bertalbiah beramai-ramai. 

Bas dinaiki penulis biarpun ada penghawa dingin namun suhunya kurang dirasai. Ramai yang asyik mengibar-ngibas. Cabaran pertama mulai dirasai. 
Sepanjang perjalanan ke Arafah kelihatan kenderaan sesak di semua arah. Bas kami kadang-kadang melencong ke jalan lain kerana banyak laluan utama ditutup. 
Ketika azan Maghrib berkumandang, kami masih lagi berada dalam bas. Debar untuk merasai suasana Padang Arafah semakin kencang. Ramai yang bimbang takut bas kami tersesat ke tempat lain. Pemandunya orang Arab. 
Padang Arafah
Semasa melewati Arafah sudah kelihatan puluhan ribu khemah-khemah disediakan pihak muasasah. Kebimbangan kami mulai terelai. Akhirnya kelihatan bendera Malaysia. 
Selepas bas berhenti kami turun dan mencari beg kuning. Warna serupa menyebabkan ramai yang tertukar. Nasib baik penulis menulis nama sejak di hotel lagi di kulit beg.
Petugas TH sedia menunggu dan mengarahkan kami bergerak ke khemah mengikut nombor ditetapkan. Khemah di Arafah ditetap mengikut negara. Di seberang jalan pula jemaah dari negara lain. Arafah sekarang bukan lagi macam dahulu kering kontang tanpa pokok. 
Sekarang pokok yang ditanam semakin besar. Khemah besar yang boleh memuatkan 10 orang dipasang di bawah pokok. 
Di dalam khemah dipasang karpet untuk tempat solat, baring dan makan. Luasnya sekadar saiz sejadah. Kami diatur berbaris-baris di situ. Kebetulan ruang tempat penulis ada akar pokok yang agak besar. 
Apapun Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Biarpun ada kipas besar disediakan di setiap khemah, namun suhu begitu membahang. Makanan dibekalkan petugas muasassah ke setiap khemah. 
Ribuan jemaah di situ terpaksa berkongsi satu bangunan tandas dua tingkat. Masalah yang biasa dialami terpaksa menahan hendak buat air kencing. Jauh sekali hendak fikir soal mandi. 
Ketika itu kami masih lagi berihram. Apabila ke tandas terpaksa ditukar sarung tanpa jahit dan mengenakan tuala. Beratur panjang dengan seribu ragam manusia perlu setiap jemaah haji hadapi. Resepinya sabar dan tabah. 
Biarpun begitu Alhamdulillah penulis sempat juga membasah badan. Terpaksa bangun jam 3 pagi ke tandas. Wuduk sepanjang berasa di situ lebih banyak menggunakan spray. 
Solat beramai-ramai dalam khemah. Benarlah sebagaimana firman Allah SWT surah Al-Tabarani yang bermaksud, “Hamba-hambaku, mereka datang kepadaku dengan kusut masai dari segenap penjuru mengharapkan syurgaku”. 
Keesokan harinya selepas tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah bermulalah waktu wukuf. Ia berlanjutan sehingga fajar 10 Zulhijjah. Selepas solat Zohor diadakan khutbah Arafah. Di detik itu mustajab berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah Taala. 
Di khemah kami tidak kelihatan Jabal Rahmah. Entah di posisi mana kedudukannya. Biarpun jemaah negara lain memenuhi sekitar bukit itu, jemaah Malaysia hanya berada di khemah. 

Mabit di Muzdalifah
Selepas dua malam berada di Arafah kami perlu bergerak pula ke Muzdalifah. Selepas solat Maghrib dan Isya kami bersiap. Petugas muasasah dan TH memanggil mengikut khemah untuk menaiki bas pada malam 10 Zulhijjah. 
Apa yang pasti suami isteri perlu menaiki bas bersama. Tidak lama kemudian kami sampai di Muzdalifah kira-kira jam 11 malam. Kawasannya begitu luas, namun berpagar mengikut negara. 
Di situ kami mengutip 70 anak batu dalam samar-samar cahaya lampu. Di jalan utama kelihatan ribuan jemaah haji berjalan kaki ke Mina. 
Kami bermabit di situ sehingga awal pagi. Ada yang terlelap di atas hamparan tikar kerana dua malam tidur tidak menentu. 
Di situ ada ketika bau tahi unta dan kambing kadang-kadang meliwati hidung.
Selepas setengah malam berada mabit di situ, sekali lagi kami menaiki bas ke Mina pula. 
Mina
Sampai di Mina hampir Subuh. Keletihan membuatkan ramai jemaah terlelap.
Khemah agak besar boleh memuatkan sehingga 20 orang. Ruang bagi setiap jemaah lebih luas saiznya berbanding di Arafah. 
Kami berada di Mina pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Selepas solat Subuh sudah ada jemaah haji yang bergerak untuk melontar di Jumrah Kubra. 
Ibadat melontar sekali mengocak debar penulis dan jemaah lain. Untuk sampai ke kompleks Jumrah dari khemah Muassim terpaksa merempuh perjalanan sejauh 3.5 km. 
Kami terpaksa berjalan kaki melalui dua terowong sebelum memasuki tingkat tiga kompleks Jumrah. 
Kami memilih selepas Zohor untuk melontar Jumrah Kubra dengan berihram. Sepanjang perjalanan itu kami bersesak-sesak di celah-celah lautan manusia. 
Rempuhan jemaah yang berlaku sebelum ini terbayang di mata. Ramai yang menjadi mangsa. 
Biarpun ada jemaah lain memilih sebelah petang, namun kami ghairah bagi menyempurnakan ibadat melontar untuk membolehkan tahlul awal. 
Di jamrah kami membaling batu sekuat hati bagi merejam syaitan. Ayunan batu kecil melepasi kepala ribuan jemaah lain. Selepas itu kami bergunting. Ribuan kesyukuran kami panjatkan kerana dapat sempurnakan sebahagian rukun dan wajib haji. 
Kami berulang alik 7 km bagi melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Kubra. Berulang alik setiap hari memerlukan semangat dan stamina tinggi. Ada yang kejang urat betis di tengah jalan. 
Berada di Mina selama empat hari juga perlu kesabaran tinggi. Beratur panjang untuk memasuki tandas sudah menjadi kelaziman. 
Pada pagi 13 Zulhijjah sebelum solat Subuh kami keluar melontar untuk kali terakhir. Solat Subuh di kawasan kompleks Jamrah. 
Selepas kembali ke khemah di muassim jemaah perlu bersiap untuk kembali ke Makkah bagi menyempurnakan ibadat tawaf dan saei. 
Selepas selesai menunaikan tawaf dan saie maka sempurnalah sudah ibadat haji. Selepas itu bermulalah penerbangan pertama pertama sehingga akhir jemaah haji untuk kembali ke tanah air. 
Semoga jemaah haji mendapat haji mabrul. Amin. – HARAKAHDAILY 30/8/2017



















Sumber HD - 30-8-2017 








Lambaian Kaabah: Simpan tenaga menjelang hari Wukuf












KETIKA kira-kira seminggu menjelang hari Wukuf jemaah haji dinasihat lebih banyak berehat. Tidak digalak melakukan aktiviti lasak. Tujuannya untuk menyimpan tenaga sebelum bergerak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji.
Lebih-lebih lagi jemaah haji yang uzur. Mereka tidak digalak solat berjemaah di Masjidil Haram dalam tempoh menjelang hari Wukuf. 
Maklumlah perjalanan ke Masjidil Haram sentiasa sesak dengan lautan manusia. Berselisih bahu atau terpijak selipar bukan perkara asing lagi. 
Tambahan pula kedudukan hotel jemaah Malaysia yang agak jauh. 
Pengalaman dilalui penulis berjalan ke Masjidil Haram dari Hotel Land Premium di Al Misfalah paling cepat pun setengah jam. 
Kalau tidak terpaksa mengorbankan tempoh 40 minit, di tengah-tengah  kesesakan manusia di sepanjang jalan. Hotel tersebut menempatkan maktab 88, 89, 90 dan 91.
Hotel itu terletak kira-kira 900 meter dari Masjidil Haram. Dari Hotel Land Premium ke Masjidil Haram terdapat deretan kedai di kiri kanan jalan. 
Sepanjang perjalanan ke masjid boleh ditemui hotel-hotel yang menempatkan jemaah dari seluruh dunia. Ada dipasang bendera Tunisia, Thailand, Turki, Sudan, Maghribi dan pelbagai lagi negara. 
Namun ramai lagi jemaah haji dari negara-negara lain termasuk China terletak lebih jauh dari Masjidil Haram. 
Sinaran terik matahari dilindungi bangunan tinggi sepanjang laluan tersebut. Hanya ketika melewati dataran burung merpati di Jalan Ibrahim Al-Khalil kami terpaksa berselindung di bawah sejadah atau serban. 
Ketika mendekati dataran Masjidil Haram sekali lagi jemaah terlindung di sebalik bangunan tinggi. Banyak hotel lima dan enam bintang berdekatan masjid. 
Antaranya Intercontinental Dar Al-Tawhid, Makkah Hilton Towers dan Hotel Pullman. Jarak hotel-hotel tersebut paling jauh pun kira-kira 100 meter. 
Penulis temui ramai juga jemaah dari Malaysia menginap di situ. Mereka memberitahu pakej yang perlu dilanggani sekitar RM40,000 seorang. 
Namun, peliknya kita boleh temui ramai juga jemaah haji Melayu dari selatan Thailand menginap di hotel tersebut. 
Pakej mereka pula tidak sampai RM20,000 seorang. Peliknya juga. Sepanjang 40 hari berada di Makkah, penulis dan rakan-rakan dari Land Premium setiap hari berulang alik ke Masjidil Haram. 
Namun tiga hari menjelang Wukuf, kami memilih solat Asar di masjid berdekatan hotel. 
Terdapat tiga masjid yang biasa penulis dan rakan-rakan kunjungi. Satunya dikenali sebagai Masjid China. Di situ terdapat ramai jemaah haji negara terbabit. 
Satu lagi lagi Masjid Pakistan. Masjid China lebih luas dan selesa. Namun setiap kali solat jemaah, penuh dan melimpah ke luar. Saf terpaksa berhimpit-himpit. 
Setiap masjid dilengkapi penghawa dingin. Namun sejuknya kurang terasa ketika jemaah padat. Sebuah lagi masjid agak kecil, setiap kali solat ada karpet dihampar sehingga ke jalan raya. 
Biarpun begitu kebiasaannya solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isyak Masjidil Haram tetap menjadi pilihan kami. 
Pilihan masjid berdekatan untuk solat Asar meredakan sedikit kepenatan berulang alik. 
Surau hotel
Namun surau di Hotel Land Premium juga sentiasa penuh.
Surau tersebut boleh menampung sehingga lebih 1,000 jemaah. Lengkap dengan penghawa dingin terletak di tingkat M, hotel 13 tingkat tersebut. 

Ketika menjelang musim haji, surau terbabit juga padat dengan jemaah. Orang ramai terpaksa bersesak-sesak. 
Namun kelebihannya jemaah haji tidak perlu berjalan jauh. Hanya menggunakan lif boleh sampai ke surau. 
Surau juga dijadikan tempat untuk menyampaikan taklimat dan apa-apa perkembangan yang berlaku di Makkah. 
Di surau hanya kita menemui jemaah haji dari Malaysia sahaja. Ada juga pekerja hotel warga Bangladesh dan Nepal yang solat di situ. 
Bagaimanapun cabaran sebenar ialah solat di hadapan Kaabah. Tahun lepas jemaah haji sudah boleh solat di bangunan baru Masjidil Haram yang hampir siap sepenuhnya. 
Bangunan baharu jauh lebih tinggi berbanding bangunan sedia ada. Setiap tingkat dihubungi dengan escalator. Biarpun bangunan baharu lebih besar, namun solat jemaah di tingkat bawah dan tengah juga sentiasa padat. 
Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Ramai penduduk tempatan datang solat dan tidur di Masjidil Haram. 
Bagi jemaah yang hendak solat di hadapan Kaabah perlu datang lebih awal lagi. Pintu King Fahd, King Abdul Aziz dan King Abdullah akan ditutup setelah jemaah melimpah. 
Laluan menuju ke pintu masjid sering terhalang dengan puluhan ribu manusia di dataran masjid. Ramai memilih solat di situ ketika Maghrib, Isya dan Subuh.
Tidak kurang juga menjadikan lokasi itu sebagai tempat tidur. Begitu juga di aras bawah bangunan lama Masjidil Haram boleh ditemui beg-beg penduduk tempatan. 
Mereka menjadikan ruang solat sebagai tempat bermalam. Boleh ditemui juga di lobi hotel berdekatan masjid, ramai tidur bergelimpangan di situ. Ada juga membawa anak-anak kecil. 
Inilah fenomena yang biasa ditemui di Masjidil Haram. Namun bagi jemaah yang hanya solat di surau hotel, mereka tidak akan temui rencah kehidupan di Masjidil Haram. – HARAKAHDAILY 23/8/2017 



































Sumber HD - 23-8-2017











Lambaian Kaabah: Ulang alik 7 km sehari ke Masjidil Haram














HANYA kira-kira 13 hari lagi jemaah haji akan menyertai wukuf di Padang Arafah. Pada 8 Zulhijjah jemaah haji akan bertolak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji.
Boleh dikatakan sebahagian besar jemaah Malaysia sekarang sudah berada di Makkah. Bagi mereka disenarai penerbangan awal ke Madinah sudah lama berada di Makkah. 
Ada yang lebih sekali menunaikan ibadat umrah. Nostagia setahun berlalu masih tersemat dalam ingatan penulis. Begitu juga rakan-rakan lain yang menunaikan haji ketika itu. 
Antaranya Cikgu Khairul dari Jertih, Dr Zamri (Pulau Pinang) dan Wan Malek (Shah Alam). Masih segar ingatan ketika kami berada di Makkah dan Madinah. 
“Terasa seperti semalam,” ujar Cikgu Khairul. Ketika perjalanan dari Madinah ke Makkah kami singgah di Bir Ali untuk berniat ihram umrah. 
Pakaian ihram bermula di hotel di Madinah lagi. 
Perjalanan ke Makkah mengambil masa hampir lapan jam. Pemandu bas kami orang Indonesia boleh cakap Melayu dan Arab. 
Selepas lebih separuh perjalanan bas kami naiki berhenti untuk membolehkan jemaah menunaikan solat jamak qasar Zohor dan Asar. 
Lokasi itu di tepi lebuh raya hanya ada bangunan masjid, tandas dan restoran. Ia terletak di tengah-tengah padang pasir yang luas mata memandang. 
Ketika kami sampai di situ sudah ramai jemaah haji singgah. Deretan bas boleh dilihat di ruang parkir. Jemaah beratur untuk memasuki tandas dan mengambil wuduk. Agak kekok juga kerana kami berihram. 
Selepas solat kami menaiki bas dan menjamah makanan yang dibekalkan Tabung Haji. Kira-kira sejam bas berhenti di situ. 
Penduduk tempatan juga ada yang menjual tasbih dan buah-buahan. Pancaran matahari terik di atas kepala. Debu pasir berterbangan ketika dilalui kenderaan.
Tahun ini TH menggunakan 180 bas untuk membawa  jemaah haji dari Madinah ke Makkah. Selain itu 116 bas lagi diguna bagi mengangkut jemaah tiba di Jeddah ke Makkah. 
Ketika menghampiri kawasan Makkah bas dilencongkan ke kawasan berpagar yang dikenali sebagai Jumum. Ia terletak kira-kira 20 km dari Kota Makkah. 
Banyak bas berderetan di ruang tersebut. Di situ pelbagai makanan dan minuman diagih ke dalam bas. Makanan itu disedekah penjaga Kota Suci Madinah dan Makkah.
Ketika semakin menghampiran Masjidil Haram kelihatan menara jam dari jauh. Kami berterusan melafazkan talbiah sejak dari Madinah lagi. 
Bas membawa kami ke Hotel Land Premium yang terletak di 8747 Al Hijrah, Al Misfalah, Mecca 24233. Hotel itu terletak kira-kira 900 meter dari Masjidil Haram.
Sebelum dibenarkan turun daripada bas, kami diberi taklimat oleh petugas TH. Wakil Muasassah pula membekalkan gelang plastik yang perlu dipakai di tangan. 
Hotel bertingkat tersebut mempunyai banyak lif, namun sering sesak memandangkan hampir 5,000 ditempat di situ. 
Kami menginap bersama 10 rakan jemaah dalam satu bilik. Deretan katil disusun. Kami berkongsi sebuah bilik air. Ia sudah menjadi perkara biasa sejak lapan hari berada di Madinah. 
Selepas menjamah makanan yang dibekalkan dan solat Maghrib serta Isya kami turun ke lobi untuk menunaikan umrah pertama. Kumpulan kami berjalan beramai-ramai ke Masjidil Haram dengan dipandu seorang petugas warga tempatan. 
Berjalan dengan kumpulan ramai di celah-celah lautan di sepanjang perjalanan membangkit semangat. Lafaz talbiah terus dilaungkan. Ketika itu jemaah lain sudah keluar dari Masjidil Haram selepas menunaikan solat Isya. 
Ketika memasuki Masjidil Haram hati penulis terkedu, sekali lagi dapat melihat Kaabah yang berdiri tegak di hadapan. 
Kali kedua dalam sejarah hidup penulis berdepan Kaabah. Kami tawaf tujuh pusingan sebelum melaksanakan saie dan bercukur. 
Tawaf dan saie di celah-celah ribuan manusia memberi cabaran besar bagi mereka yang agak berusia dan uzur. 
Ada rakan-rakan yang menyempurnakan umrah dan sampai kembali ke hotel jam 12 tengah malam. Tidak kurang juga yang tersesak mencari jalan untuk balik ke hotel. 

Biar pun balik ke hotel jam 1 pagi, namun jam 3.30 pagi perlu bergegas ke Masjid Haram sekali lagi untuk menunaikan solat Subuh.  

Boleh dikatakan sepanjang berada di Makkah kami berjalan kaki lebih 7 km sehari. Pergi ke Masjidil Haram untuk solat Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib serta Isyak. – HARAKAHDAILY 16/8/2017 












Sumber HD - 16-8-2017 

Atur haid ketika haji dan umrah















"DOKTOR, boleh tak saya atur haid saya semasa saya nak kerjakan haji nanti?" soal seorang jemaah haji yang hadir ke klinik bagi dapatkan rawatan ubat darah tinggi beliau. Umurnya baru masuk 40-an. Rezeki beliau kerana dapat tawaran laksanakan haji pada usia yang muda. Kitaran haid beliau masih seperti biasa. Anak paling kecil pun baru 3 tahun. Tetapi saiz badan agak obese dan darah tinggi agak terkawal dengan satu jenis ubat. 
"Kak Hajah dah kira ke kitaran haid? Maksud saya, adakah haid normal akak jatuh pada hari-hari penting ibadah haji?" soalku semula bagi memastikan beliau cukup yakin dengan kiraan hari haid semasa berada di Tanah Suci.
Hari-hari penting ibadah haji adalah 8-13 Zulhijjah. Hari-hari tersebut jemaah haji akan melakukan rukun dan wajib haji bagi melengkapkan ibadah dengan sempurna. Jika jemaah haji didatangi haid tanpa sempat melaksanakan ibadah rukun terutama sekali tawaf, bermakna ibadah haji tidak lengkap. Jemaah haji akan menunggu berada dalam ihram lebih lama sehingga haid berhenti. Terdapat sesetengah jemaah haji, jadual perjalanan balik agak suntuk, justeru jiwa akan menjadi gundah gulana kerana haid masih belum suci. 
Beberapa pilihan boleh diambil oleh jemaah haji wanita yang masih subur ini. Jika dah menopaus tidak perlu risau. 
1) Jika risau haid akan jatuh pada hari-hari penting, sama ada haid sebelumnya tidak teratur atau mengikut kiraan haid beliau tepat jatuh pada hari-hari tersebut, diharuskan mengambil pil hormon bagi menghalang kehadiran haid. Hukum mengambil pil hormon ini dibenarkan oleh syarak. Namun adalah dinasihatkan beliau mengambil pil hormon tersebut minimum 3 bulan sebelum berlepas ke tanah suci. Cara ini penting bagi menyesuaikan diri dengan hormon tambahan yang diberikan. Ini kerana terdapat segelintir wanita tidak sekun (sesuai) dengan pil hormon. Mengakibatkan haid beliau beronar terus. Doktor pun pening untuk uruskan supaya kembali ke sifat haid normal. Jika fenomena ini berlaku, adalah dinasihatkan anda berhenti memakan pil hormon tersebut. Walau bagaimanapun, majoriti di kalangan wanita akan mudah serasi dengan kitaran haid "aturan baru" melalui pil ini. Syarat yang paling utama bagi jemaah yang ambil kaedah ini adalah istiqomah. Maksudnya beliau wajib memakan pil hormon itu tetap pada masa yang sama setiap hari. Jangan sesekali tertinggal pil walau sehari. Boleh berbincang lanjut dengan doktor keluarga anda, apakah jenis pil hormon yang paling sesuai, bila waktu makan dan sebagainya lagi. Setiap individu mungkin berbeza jenisnya. 
2) Jika lupa untuk mendapatkan pil hormon lebih awal (3 bulan dari tarikh ibadah haji), jemaah haji wanita masih boleh mengambil pil hormon. Jenis pil hormon ini diberikan kepada wanita yang biasanya kitaran haid sebelum ini normal. Akan tetapi dos pil hormon ini agak tinggi berbanding dengan jenis yang pertama. Kesan sampingan pengambilan pil hormon seperti mual, muntah, pening sering terjadi. Terdapat juga haid di kalangan mereka akan menjadi tidak menentu. Keadaan ini lagi merumitkan keadaan. Doktor keluarga anda akan berbincang lanjut bagaimana pil hormon jenis ini digunakan. 
3) Saya lebih suka mengambil pilihan ketiga ini, iaitu tidak mengambil apa-apa bahan pil, makjun, suplemen atau seumpamanya bagi tujuan mengatur kitaran haid. Biarkan kitaran haid anda berlaku seperti fitrah seorang wanita. Jemaah haji wanita masih boleh melaksanakan rukun dan wajib haji kecuali tawaf. Sayugia berbincang dengan pihak tabung haji jika haid anda masih lagi tidak kering untuk melewatkan sedikit jadual penerbangan anda. Pihak tabung haji juga menyediakan guru-guru pembimbing bagi menyelesaikan masalah anda sebaiknya. 
Sekian semoga bermanfaat. 
Suhazeli Abdullah
Alor Setar, Kedah
11.8.2017 
Nota kepada doktor
1) Pil jenis pertama adalah Combined Oral Contraceptive Pill. Dimakan setiap hari tanpa ingkar.
2) Jenis kedua adalah pil progesterone diberi 3 kali sehari. Sebaiknya 3 hari sebelum jangkaan haid tiba dan berhenti setelah sekembali ke tanah air. Jika penerbangan sejurus selepas hari-hari tasyrik.
Sumber HD - 11-8-2017 















Lambaian Kaabah: Keluar hotel bahang panas begitu terasa












SEHINGGA sekarang lebih separuh daripada 30,200 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Penerbangan pertama berlepas ke Madinah pada 24 Julai lepas. 
Malah kumpulan pertama jemaah dari Madinah dilaporkan sudah memasuki Makkah 1 Ogos lepas. Jumlah keseluruhan 110 penerbangan ke Arab Saudi musim haji tahun ini. 
Sebanyak 29 penerbangan terus ke Madinah, manakala selebihnya mendarat di Jeddah. Tahun lepas penerbangan membawa penulis dan jemaah tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz kira-kira jam 8 pagi. 
Sebaik turun dari pesawat ramai bergegas mencari tandas. Terutamanya bagi jemaah yang sudah lanjut usia. 
Ketika berada dalam pesawat ramai yang berulang alik ke tandas. Penerbangan mengambil masa sehingga sembilan jam dari KLIA tentunya merimaskan, ramai juga yang lenguh badan. 
Namun semuanya itu hilang seketika setelah jemaah melafaz laabaikallah. Terbayang Kaabah berada di hadapan mata. 
Petugas Tabung Haji yang sedia menunggu mengumpulkan jemaah yang baru tiba di satu sudut terminal. Taklimat sekali lagi disampaikan. 
Jemaah haji perlu melekatkan bar kod di passport masing-masing. Bar kod tersebut akan digunakan ketika membeli sim kad telefon ketika di hotel. 
Kawasan terminal ketibaan bertambah sendat dengan kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia termasuk juga Indonesia. 
Kami beratur panjang melewati kaunter Imigresen Arab Saudi. Pakaian seragamnya berjubah putih lengkap dengan igal dan serban warna merah di kepala. 
Berbeza berbanding suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah. Jemaah haji terpaksa melalui kaunter Imigresen yang lebih lama. 
Pengalaman dilalui penulis ketika menunaikan umrah dua tahun lepas membuktikan hakikat itu. 
Petugas Imigresn di Jeddah keluar masuk kaunter biarpun jemaah umrah beratur panjang. Setiap pelawat yang datang dirakam gambar menggunakan kamera digital. Kemudian perlu diimbas pula ibu jari. 
Alhamdulillah suasana di Madinah situasi begitu berbeza. Betullah kata orang, penduduk Madinah lebih bersopan dan tidak kasar perilaku mereka. 
Selepas melalui kaunter Imigresen jemaah haji terpaksa berjalan agak jauh untuk ke ruang menunggu bas. Bagi yang berusia terpaksa menggunakan kerusi roda. 
Selepas agak lama menunggu barulah bas yang akan membawa jemaah ke hotel tiba. Kami diarah menaiki bas berdasar kepada nombor yang diberi lebih awal. 
Bas menunggu di parkir di bawah pancaran terik matahari. Bahang panas sudah membahang memandangkan waktu hampir waktu Zohor. Pekerja pula sibuk memuatkan beg jemaah haji ke atas bumbung bas. 
Bertimbun beg kelihatan. Kemudian dipasang jaring bagi mengelakkan beg jatuh ketika bas bergerak. Ada jemaah haji yang tertukar bas dan terpaksa turun semula, memandangkan ketika itu ada berpuluh bas. 
Ketika kami sampai berhampiran hotel, orang ramai keluar dari Masjid Nabawi, menunaikan solat Zohor. Kelihatan macam lebah keluar dari sarang. 
Begitu ramai dan sendat sekali semua laluan dari pintu pagar masjid. 
Ketika di hotel kami diagihkan bilik hotel, tempat menginap sepanjang lapan hari di Madinah. Ada bilik yang boleh memuatkan lima, enam dan lapan jemaah. 
Penulis ditempatkan di bilik bersama rakan-rakan dari Kota Bharu, Tumpat,  Ketereh, Bachok dan Besut. Pada detik itu kami berkenalan lebih rapat lagi. 
Bermula Asar kami menjejaki Masjid Nabawi. Menjadi kebiasaan jemaah bergerak secara berkumpulan ke masjid. 
Ketika keluar dari hotel bahang panas petang di Madinah begitu terasa. Wap panas membahang ke muka. Jarak hotel dengan masjid hanya kira-kira 100 meter. 
Bermula hari pertama sehingga saat akhir meninggalkan Madinah, kami berulang-alik ke masjid setiap waktu solat. Kedudukan masjid yang tidak jauh membolehkan jemaah berulang alik tanpa risau. 
Bagaimanapun bagi mereka yang mahu solat di ruang dalam masjid terpaksa datang lebih awal sebelum azan dilaungkan. Lebih-lebih lagi mahu solat di ruang Raudhah dan menziarahi makam Rasulullah SAW. 
Penulis dan rakan ada ketikanya datang ke masjid jam 3 pagi. Ketika itu kita boleh solat di ruang Raudhah. Namun menjelang waktu Subuh hampir jam 5 pagi ruang itu sesak dengan manusia. 
Ramai yang bertolak-tolak hendak masuk. Raudhah dikenali sebagai taman syurga. Sepanjang berada di Madinah juga kami dibawa melawat Masjid Quba', Bukit Uhud, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain yang mempunyai dua mihrab dan pasar kurma. 
Lawatan itu dikendalikan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Islam Madinah. Manakala di sekitar Masjid Nabawi jemaah dibawa melawat makam Rasulullah SAW dan tanah perkuburan Baqi. 
Itulah rutin di Madinah sehingga rombongan kami bertolak ke Makkah bagi menunaikan umrah dan menanti detik wukuf di Padang Arafah. – HARAKAHDAILY 9/8/2017















Sumber HD - 9-8-2017 

















Urus ubat

"ALHAMDULILLAH, Mak Aji saya sudah luluskan untuk cucuk vaksin haji. Paras darah memuaskan pada masa ni. Saya doakan Mak Aji dipermudahkan segala urusan perjalanan, sihat tubuh badan dan dikurniakan haji mabrur," kata-kata akhirku kepada seorang bakal Duyufurrahman di sesi pemeriksaan kesihatan haji. Saya selesa berbahasakan 'Mak Aji' walaupun beliau masih belum menunaikan haji. Rasa lebih mesra dan santun. Beliau adalah pengidap kencing manis kronik. Bacaan awal semasa bertemu saya amat tidak terkawal. Setelah ubat dioptimakan, akhirnya bacaan paras gula amat menakjubkan. Boleh pula beliau kawal pemakanan dan patuhi ubat-ubatan. Semangat membuak-buak untuk menunaikan haji. 
"Terima kasih doktor. Syukur," sahut beliau ringkas dalam nada sebak. Matanya kelihatan berkaca. 
"Saya akan bekalkan ubat untuk Mak Aji selama 2 bulan." Nasihat ringkas saya. 
Jemaah haji akan berada di tanah suci paling minimum 40 hari, bermakna ubat-ubatan yang akan dibekalkan paling minima pun sebulan setengah. Mengambil beberapa situasi, kebiasaannya jemaah haji akan hadir semula ke klinik 2 minggu sekembalinya dari tanah suci, tempoh 2 bulan amat sesuai ubat dibekalkan. 
Nasihat saya kepada semua jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik, sediakan bekalan ubat secukupnya. Jangan kita mengharapkan ubatan anda disediakan oleh Tabung Haji semasa di sana. Memang benar, Tabung Haji bersama dengan KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan, tetapi kemungkinan ubat-ubatan yang didapati di sana tidak bertepatan dengan jenama ubat yang biasa diambil oleh anda. 
Sebagai duyufurrahman perkara-perkara berikut boleh diambil kecaknaan.
1) Pastikan betul-betul pihak farmasi membekalkan ubat anda secukupnya. Ini kerana sesetengah ahli farmasi hanya akan keluarkan ubat selama satu bulan sahaja. Ini adalah polisi biasa yang telah dikeluarkan bagi pendispensan ubat-ubat penyakit kronik. Bagi para pesakit biasa, tidak menjadi masalah untuk mengambil ubat mereka sebulan sekali. Namun kepada jemaah haji, mereka perlu memberitahu kepada ahli farmasi supaya bekalan diberikan secukupnya. Paling minimum dua bulan. Tunjukkan buku pemeriksaan haji atau apa-apa dokumen yang membuktikan anda sebagai jemaah haji. Atau, boleh sahaja kembali semula ke bilik doktor untuk mereka memaklumkan kepada ahli farmasi situasi anda. 
2) Pastikan juga ubat-ubatan dilabel dengan sempurna bagi mengelakkan kekeliruan. Terdapat jemaah haji yang sudah berumur, sebelum ini hanya mengharapkan anak mereka menguruskan pengambilan ubat. Tanpa mereka sedari dan ketahui jenis ubat dan bila masa untuk dimakan. Kali ini, di tanah suci para jemaah berkenaan harus berdikari. Perlu mengenal ubat yang biasa dimakan. Proses pengenalan ubat ini lebih senang dengan membuat label sesuai. Pihak Tabung Haji menyediakan khidmat kesihatan dan perubatan sepanjang masa. Pegawai yang ditugaskan sepanjang musim haji bersedia untuk membantu memberikan kaunseling kepada anda. Jangan segan silu untuk bertemu mesra dengan mereka. 
3) Senarai pertama yang patut diletakkan dalam bagasi anda adalah ubat-ubatan. Pesakit yang perihatin mengenai kesihatan mereka, sudah pasti ingat jenis ubat, bagaimana cara mengambil dan bila masanya. Bagi memudahkan, beli bekas kedap udara dan dilabelkan khas ubat supaya senang dicapai apabila masanya sampai. Bawa jumlah yang secukupnya mengikut jumlah hari yang anda rancang berada di kampung. Jadikan ubat-ubatan ini sama penting dengan kad pengenalan anda. Wajib dibawa ke mana-mana sahaja. 
4) Pesakit yang menggunakan insulin, ingat betul-betul tatacara membawa ubat insulin dalam perjalanan ke tanah yang barokah itu. Jangan jadikan alasan susah membawa insulin ini kerana teknologi terkini insulin sudah tersedia-kekal dalam pen. Bukannya lagi dalam botol-botol insulin seperti dahulu kala. 
i) Anda boleh membawa pen insulin tersebut tanpa menyimpannya di tempat sejuk. Ia boleh digunakan selama sebulan (30 hari) setelah dimasukkan dalam kelongsong pen insulin. Cuma elakkan ia terdedah secara terus dibawah terik matahari. Selagi berada dalam tas tangan anda, ia selamat digunakan. 
ii) Jika anda merasakan insulin tidak mencukupi, anda perlu membawanya lebih. Satu kelongsong insulin biasanya mempunyai 300 unit. Kira secukupnya jumlah unit dos insulin yang akan digunakan sepanjang berada di Tanah Suci. Jika anda memerlukan cucuk sebanyak 15 unit, 2 kali sehari, bermakna jumlah sehari adalah 30 dos unit. Justeru satu kelongsong akan habis selama sepuluh hari. Andai sekiranya pihak Tabung Haji memaklumkan tempoh anda berada di sana selama 6 minggu, maka 4 atau 5 kelongsong penuh insulin wajib dibawa. Jangan lupa, jarum cucuk juga perlu dibeli lebih. 
iii) Cara membawanya dalam perjalanan juga perlu dengan cermat. Masukkan kelongsong insulin tadi dalam kotak ais yang suhunya sekira-kira 4-8 ⁰C. Kemudian setelah sampai destinasi, alihkan kelongsong insulin tadi ke dalam peti sejuk. Ambil setelah anda memerlukan. Kita memahami sukar untuk mencari kotak ais yang kekal suhu sejuknya sepanjang permusafiran. Paling kurang masukkan juga ke dalam kotak ais tanpa mempedulikan suhu, balut sebaiknya agar tidak mudah terburai. Jangan terlalu rigid dalam isu ini. 
Semoga dengan sedikit nasihat ini membolehkan ibadah anda di tanah suci nanti lebih sempurna
Sumber HD - 6-8-2017



















Lambaian Kaabah: Jemaah haji mengucap panjang

KETIKA menunggu di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak Panji, penulis bertemu dengan rakan-rakan yang juga bakal haji. Ada tua, muda dan remaja. 
Paling berusia lebih 80 tahun. Beliau ke Makkah bersama isteri dan anak lelakinya sebagai peneman. Paling dikagumi, dia memberitahu menunaikan haji kali kedua hasil membanting tenaga di sawah padi. 
Biarpun sudah lanjut usia namun pakcik dari Bachok itu tetap bersemangat. Ketika rombongan haji hendak bertolak ke Padang Arafah, beliau masih gagah. 
Namun ketika melontar tiga jumrah di Mina beliau hilang biar pun pada awalnya bersama anak lelakinya. Si anak puas mencari akhirnya ketika kembali ke khemah ayahnya sudah ada di situ. 
Inilah hikmat yang ditemui ketika menunaikan haji. Lojik akal kadang-kadang tidak menjadi. Doa menjadi senjata mukmin. 
Kita tinggal dahulu cerita aneh yang banyak ditemui di Makkah dan Madinah. Rombongan jemaah disertai penulis berlepas ke KLIA dari Kota Bharu pada jam 12 tengah malam. 
Kemudian sampai di KLIA 40 minit kemudian. Kami ditempatkan di satu ruang di terminal berlepas sebelum bertolak ke Madinah. 
Di situ jemaah haji dikumpulkan daripada tiga stesen. Ada rombongan dari Kuala Terengganu dan Kelana Jaya. 
Jemaah makin bertambah. Tabung Haji menyediakan makanan dan minuman. Ketika itu sekali lagi jemaah haji dapat berkenalan dengan bakal haji lain yang datang dari Terengganu dan Kuala Lumpur. 
Sambil menunggu ada jemaah haji yang sempat melelapkan mata. Keletihan kerana sejak petang sehingga awal pagi menunggu di kompleks haji dan terminal airport.
Di situ juga petugas Haji mengagihkan pasport kepada setiap jemaah. Pasport dicap tanpa melalui kaunter Imigresn seperti lazimnya. Disampaikan juga taklimat apa yang sepatutnya dibuat ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz. 
Kira-kira jam 3 pagi detik yang ditunggu tiba. Jemaah haji dipecah kepada dua barisan untuk memasuki perut pesawat Airbus A380. 
Satu kumpulan jemaah haji menaiki bahagian atas pesawat, manakala satu lagi ditempatkan di tingkat bawah. 
Pertama kali penulis dan rakan-rakan jemaah haji menaiki pesawat yang terbesar di dunia ketika ini. Pesawat itu milik Malaysia Airlines. 
Orang kampung sebut macam rumah besar. Selepas mencari kerusi berdasarkan nombor yang tertera di tiket, jemaah haji dibantu krew Malaysia Airlines untuk mengisi beg di ruang bagasi pesawat. 
Beg warna kuning yang dibekalkan Tabung Haji disusun padat diruang tersebut. Pramugari juga sibuk membantu jemaah haji. 
Pramugari yang bertugas berbeza dengan pesawat komersial lain milik Malaysia Airlines. Mereka bertudung cantik dan tiada aurat terlodeh seperti yang sering diperkatakan sebelum ini. 
Jemaah haji juga sempat menyaksikan demontrasi keselamatan ketika penerbangan. Krew mengajar kaedah menggunakan peralatan disediakan sekiranya berlaku kecemasan. 
Jemaah haji juga memastikan tali pinggang mereka dipasang. Pesawat mulai bergerak perlahan-lahan ke landasan. Enjin pesawat kemudian semakin nyaring. 
Sejurus kemudian pesawat macam rumah itu meluncur ke udara. Penerbangan meninggalkan bumi semenanjung. Jejak laluan pesawat boleh dilihat di skrin di hadapan kerusi. Lengkap dengan data kelajuan dan ketinggian pesawat. 
Ada ketikanya pesawat besar itu bergegar ketika berada di ruang udara Lautan Hindu dan benua India. 
Ramai jemaah haji mengucap panjang. Paling terasa bagi jemaah haji yang berada di bahagian belakang pesawat. - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 





















Vaksin untuk jemaah haji

IBADAH Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya. 
Vaksin/pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin/pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelosok dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal. 
Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji. 
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma. 
Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan. 
Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan. 
Walau bagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrem (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab. 
Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci. 
Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Sumber HD- 16-7-2017 























Merebut kuota haji tambahan musim 1438

M FAQIH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44217-merebut-kuota-haji-tambahan-musim-1438

PENGUMUMAN Kerajaan Arab Saudi mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 orang untuk Musim tahun ini, dirai gembira bakal-bakal haji.

Ini bermakna tambahan 5,670 bakal haji berpeluang menunaikan Rukun Islam kelima itu. Tentunya ramai yang sudah lama menunggu mungkin disenaraikan kali ini.

Setidak-tidaknya bagi yang berusia lebih 70 tahun, amat mengharap nama mereka terpilih. Mereka kini bersama lebih sejuta orang berada dalam senarai menunggu.

Peluang bagi mereka hanya sekitar 0.57 peratus berdasar kepada senarai menunggu tersebut. Namun, setidak-tidak ada harapan yang boleh menggembirakan hati mereka.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun lepas dianggarkan 31.7 juta.

Kalau diambil kira dengan jumlah tersebut sepatutnya seramai 31,700 rakyat dapat menunaikan haji tahun ini.

Biar apa pun tambahan seramai 5,670 sudah cukup melegakan bagi bakal haji melewati usia emas.

Sebelum kerja-kerja pembesaran Masjidilharam, bilangan jemaah haji Malaysia setiap tahun antara 2008 hingga 2010 ialah 26,000 orang.

Manakala orang bagi 2011 dan 2012 seramai 27,900 orang.

Masdilharam mulai diperbesarkan pada 2013 dan siap sepenuhnya awal tahun ini. Berikutan kerja-kerja pembesaran tersebut kuota haji Malaysia menurun kepada 22,230 sejak 2013 sehingga tahun lepas.

Bangunan Masjidilharam yang baharu dibina di sebelah pintu al Fath dan al Quds yang menghampiri Jalan al Umrah.

Bangunan tiga tingkat itu lebih besar berbanding bangunan sedia ada.

Pembesaran Masjidilharam terbaru berlaku pada zaman pemerintahan Raja Abdullah bermula 1429 Hijriah.

Sebelum itu perluasan Masjidilharam  dilakukan pada zaman Raja Fahd pada 1409 Hijriah. Dan projek perluasan Masjidilharam  di era Raja Saud pada 1375 Hijriah.
Pembangunan baru Masjidilharam dirancang boleh memuatkan sehingga 400,000 orang. Garis tengah sehingga ke susur hotel dianggar mencapai tiga juta meter persegi.

Di hujung bangunan baru pula dibina bangunan hospital. Di antara bangunan tempat solat dan hospital terdapat pula dataran yang luas memanjang.

Di bawah dataran itu terdapat ribuan tandas yang dihubungkan dengan tangga dan escalator. Ketika musim haji 1437 sebahagian tandas tersebut sudah mulai digunakan.

Begitu juga dengan ruang solat tiga tingkat di bangunan baharu. Escalator menghubungkan setiap tingkat. Ada juga ruang lif, namun belum lagi digunakan ketika itu.

Bagi warga emas yang menginap di sekitar Misfalah tentunya semput dada untuk sampai ke bangunan baru. Dataran masjid yang luas mata memandangkan.

Penulis dapat merasai solat di bangunan baru masjid ketika musim haji lepas. Ketika menunaikan umrah pada awal 2015, kerja-kerja pembinaan masjid masih lagi rancak.

Kali ini 27,900 bakal jemaah haji Malaysia akan merasai sendiri suasana yang ada di Masjidilharam sekarang. Sekarang kita menjejaki bulan Jamadil Awal.

Hanya kira-kira empat bulan Syawal akan menjengok kita.

Harapan bagi warga emas, kuota tambahan sebanyak 5,670 menjadi milik mereka. Namun mampukah kerajaan mengapaikan impian mereka.

Mungkinkah peluang itu dibiarkan direbut seramai 1,100 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan imam yang mendapat tajaan kerajaan menunaikan haji.

Sedangkan ramai kalangan mereka tidak mendaftar mengikut sistem yang diamalkan di Malaysia. Kos mengerjakan haji mereka ditanggung sepenuhnya Yayasan 1MDB.

Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja JKKK atau penghulu Umno menunaikan rukun Islam kelima. Pada ketika itu seramai 111 jemaah haji dibiayai melalui bajet tersebut.

Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada 2012, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200). Tahun lepas juga seramai 150 imam dan JKKK dari Sarawak dipilih menunaikan haji di bawah pakej yang sama.

Seorang petugas haji pernah memberitahu menjaga jemaah Yayasan 1MDB agak sukar. Ini kerana ramai dalam kalangan mereka tidak mengikuti kursus haji yang dianjurkan Tabung Haji.

Berdasar kepada maklumat itu mungkin lojiklah apabila Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa mereka yang menunaikan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur.

Bukan lagi sekadar wang yang didakwa meragukan, sebaliknya ilmu tidak digalas mereka bersama. - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD- 9-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan Terpedaya Tawaran Pakej Umrah Bawah RM5,000
Posted on Monday, January 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33137



KUCHING: Orang ramai perlu berhati-hati ketika memilih pakej umrah yang ditawarkan di bawah harga RM5,000 bagi mengelak penipuan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mereka perlu memilih syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan sahaja.

"Mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah kurang daripada RM5,000 boleh diragui. Amat malang ramai juga yang terjebak, terperangkap dengan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya berharap selepas ini jemaah khususnya dari Sarawak dan Malaysia amnya akan lebih berhati-hati," katanya.

Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan pejabat TM Tours and Travel Cawangan Kuching di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan TM Tours and Travel, Mohd Ridzwan Abdullah dan Pengurus Besar TM Tours and Travel Sarawak Azmi Shaari.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan baru TM Tours and Travel itu, Fadillah berkata syarikat tersebut diyakini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan menerusi tawaran pakej haji, umrah mahupan ke destinasi lain berdasarkan pengalaman serta rekod yang baik.

Sementara itu Mohd Ridzwan menyatakan komitmen syarikat tersebut untuk membawa pelancong luar ke Sarawak dan pada masa yang sama membawa penduduk negeri ini ke serata dunia menerusi penawaran pelbagai pakej mereka.

"Kami boleh disifatkan sebagai antara pengendali pelancongan muslim yang tersohor dan dikenali ramai kerana turut menyediakan servis percutian, pengangkutan, majlis, pengurusan, inap desa, program persekolahan, percutian musim panas untuk pelancong domestik dan antarabangsa.

"Dengan matlamat mahu menyediakan servis dan produk pengembaraan kami sentiasa menitikberatkan keperluan dan nilai yang bakal diperoleh pelanggan ketika melancong bersama-sama TM Tours and Travel," katanya.

TM Tours and Travel ditubuhkan pada 1991 mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Bangi dan Kota Bahru menawarkan khidmat pelancongan tempatan dan antarabangsa, pembelian tiket penerbangan serta pakej umrah dan haji.
- BERNAMA

Sumber TKO - 9-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saudi Mansuh Kuota Haji, TH Tunggu Makluman Rasmi
Posted on Saturday, January 07 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33121



RIYADH – Kerajaan Arab Saudi hari ini memutuskan untuk menarik balik pengurangan kuota jemaah haji yang dikenakan lima tahun lalu, dan ia bakal dilaksanakan bermula tahun ini.

Pihak berkuasa tertinggi negara tersebut dilaporkan telah meluluskan cadangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad Bin Naif.

Ia sekali gus untuk menguatkuasakan semula kuota haji asal terhadap kedua-dua kelompok jemaah warga tempatan dan asing yang pernah diwujudkan sebelum langkah pengurangan drastik diperkenalkan kerajaan Arab Saudi.

Media tempatan di sini melaporkan, pihak berkuasa berkaitan sudah pun membuat persiapan untuk menerima pertambahan secara besar-besaran jumlah jemaah untuk menunaikan ibadah fardu haji pada musim tahun ini.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan ketika Putera Muhammad menerima menghadap beberapa ketua delegasi haji dari pelbagai negara Arab dan Islam di pejabatnya di Jeddah dekat Makkah, kota suci terbesar umat Islam.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini mengenakan sebanyak 20 peratus pengurangan kuota untuk jemaah dari luar negara manakala lagi 50 peratus pengurangan kuota untuk rakyat tempatan yang berhasrat menunaikan haji.

Tindakan tersebut bertujuan untuk memastikan keselamatan jutaan jemaah ketika projek pembesaran terbesar Masjidil Haram yang hampir siap selain kerja menyiapkan mataf dan beberapa kawasan di sekitar kota Makkah.

Putera Muhammad turut mengarahkan peningkatan kuota haji dilaksanakan secara berperingkat dan ia bakal menyaksikan lima juta mengerjakan haji tahun ini dan dijangka meningkat kepada 30 juta menjelang tahun 2020.


Pada musim haji lalu, hanya dua juta jemaah haji dari seluruh dunia dibenarkan untuk mengerjakan ibadah Rukun Islam yang kelima itu susulan pelaksanaan ketat pengurangan kuota yang diperkenalkan sejak tahun 2013 lalu.



Setahun sebelum kuota diturunkan, jumlah jemaah haji pada tahun 2012 mencecah rekod tertinggi dalam sejarah iaitu 3.2 juta orang dan ia termasuk 1.4 juta jemaah tempatan atau warga asing yang menetap di bumi Arab Saudi.



Jumlah tersebut naik 2,824 peratus berbanding jumlah jemaah haji pada 1920 hanya 59,000 orang, iaitu tahun pertama apabila kerajaan Arab Saudi mula merekodkan pendaftaran bilangan jemaah secara lebih sistematik.



Kuota jemaah mula dilaksanakan pada 2000 hasil inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpusat di Jeddah dengan semua negara berdasarkan nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam di negara berkenaan.



Ini bermakna Indonesia sebagai negara paling ramai umat Islam di dunia boleh menghantar 196,000 jemaah diikuti Pakistan (95,000) dan Mesir (75,000), manakala negara-negara lain pula jauh adalah lebih rendah angkanya.



Singapura contohnya hanya dibenarkan menghantar 680 orang sahaja jemaah haji kerana bilangan penduduk Islam di republik pulau kecil itu amat sedikit, sekali gus ramai jemaah terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama.



Peraturan unik itu namun tidak tertakluk kepada Malaysia hasil hubungan diplomatik erat dengan Arab Saudi dan menikmati nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya iaitu kira-kira 27,900 orang.


DI KUALA LUMPUR dalam pada itu pihak Lembaga Tabung Haji (TH) masih lagi menunggu pengesahan rasmi dari Arab Saudi berhubung isu penarikan semula pengurangan kuota jemaah haji yang dilaksanakan sejak 2013.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH, menyatakan masih belum menerima sebarang pengesahan Kementerian Haji Arab Saudi dan akan memaklumkan kepada semua pihak selepas dimaklumkan.

“Pada 2013, Arab Saudi menurunkan kuota sebanyak 20 peratus bagi semua negara atas faktor kerja pembesaran Masjidil Haram. Kuota Malaysia dikurangkan kepada 22,320 jemaah sejak 2013 hingga 2016,” kata kenyataan itu.

Pengenalan kuota menyebabkan ramai bakal jemaah terpaksa menunggu giliran agak lama malah ada mencecah tempoh 70 tahun sehingga ada juga meninggal dunia tidak sempat mengerjakannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota Kursus Haji 2017
Posted on Saturday, January 07 @ 07:44:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33109

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Kursus Asas Haji (KAH)? KAH adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 17 sesi berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir.

KAH adalah kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.
Jadual Kursus Asas Haji 2017 Seluruh Negeri Muat turun jadual Kursus Asas Haji di masjid-masjid berhampiran anda di link di bawah ini :-

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3. Wilayah Persekutuan Labuan
  4. Selangor
  5. Negeri Sembilan
  6. Melaka
  7. Johor
  8. Perlis
  9. Kedah
  10. Pulau Pinang
  11. Pahang
  12. Perak
  13. Kelantan
  14. Terengganu
  15. Sabah
  16. Sarawak
Kursus-Kursus Lain Buat Bakal Jemaah Haji
Di sini dikongsikan juga informasi kursus-kursus yang perlu diikuti oleh bakal jemaah haji selepas menghadiri Kursus Asas Haji ini.
1. Kursus Intensif Haji Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun.

Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.
2. Kursus Khas Haji Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.
3. Kursus Perdana Haji

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.

Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Semoga informasi berkenaan Jadual Kursus Asas Haji 2017 Seluruh Negeri ini berguna dan boleh dijadikan panduan buat bakal jemaah haji di Malaysia.

Muat turun Modul Nota Kursus Asas Haji di sini:

http://www.tabunghaji.gov.my/modul-kursus-asas-haji


SUMBER : Tabung Haji


Sumber TKO - 7-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raja Salman batal caj visa haji dan umrah, lapor media Arab
Posted on Monday, December 05 @ 21:44:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32727



BANGI, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, dilaporkan mengeluarkan perintah diraja membatalkan caj visa haji dan umrah yang dikenakan sejak awal Oktober lalu.

Anggota Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk dipetik Alborsa News sebagai mengesahkan pembatalan caj berkenaan, lapor Middle East Monitor.

Langkah itu dibuat selepas Penjaga Dua Masjid Suci itu menerima bantahan daripada umat Islam di seluruh dunia, berikutan tindakan mengenakan caj visa sebanyak SR2,000 kepada mereka yang mengerjakan ibadah itu buat kali kedua dan berikutnya.

Bagi jemaah kali pertama, caj visa dibayar sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.

Sebagai tambahan kepada pembatalan itu, kerajaan Arab Saudi dikatakan akan memberi dua visa percuma kepada setiap syarikat berlesen yang menguruskan haji dan umrah.

Bagaimanapun, agensi pengendali haji dan umrah dilaporkan belum menerima notis rasmi mengenai pembatalan itu.


Laporan dakwaan bahawa Arab Saudi membatalkan caj visa itu hanya berlegar di dalam media Arab Saudi. – Agensi

Sumber TKO- 5-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Antara surau hotel dan Masjidil Haram

M FAQIH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/43382-antara-surau-hotel-dan-masjidil-haram

LAMBAIAN Kaabah kembali menemui pembaca selepas menyepi seketika sebelum ini. Bukan merajut atau menarik diri, sebaliknya isu politik yang semakin sendat menyelimuti kerajaan PAS Kelantan.

Sekatan laluan lori balak di pedalaman Gua Musang mempopularkan masyarakat Orang Asal. NGO Restorasi pula muncul mengertak kerajaan negeri menukar pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Tidak kurang juga sekumpulan penduduk menolak projek Kampung Warisan kerana maklumat separuh masak dikumpul di tepi jalan.

Seorang Adun pula mengutip semula segala benda hodoh berkaitan kerajaan negeri ketika menduduki kerusi Exco. Rencah dan isu tersebut membuat penulis terpaksa meredah hutan, kampung dan desa mencari sinar di sebaliknya peristiwa tersebut.

Sepanjang 48 hari berada di Makkah dan Madinah banyak kisah suka dan duka boleh dikongsi bersama pembaca.

Tidak kurang manisnya apabila terpaksa berjalan jauh ke Masjidil Haram setiap hari. Bukan hendak mengungkit, namun inilah realitinya.

Namun menghayun kaki di celah-celah lautan manusia membuatkan kita seperti tidak sedar sudah menjejaki dataran Masjidil Haram.

Manusia seperti arus berada di sekeliling kita. Arus manusia kadang-kadang membuatkan kita tertolak ke tepi dan ke tengah tanpa sengaja.

Ada ketikanya belum pun kaki melangkah, badan sudah terangkat ke hadapan. Inilah yang dinamakan Makkah di musim haji dengan lautan manusia kira-kira 4 juta orang.

“Kalau orang tidak ramai seperti ini tidak pula dinamakan Makkah,” ujar seorang usahawan tani, berasal dari Kadok, Kelantan.

Abdul Rahman antara jemaah haji Malaysia yang tidak kenal penat dan lelah berulang alik ke Masjidil Haram. Biar pun jarak 1 kilometer dari hotel di al-Misfalah ke masjid melalui Jalan Ibrahim Khalil, namun ia sudah menjadi perkara biasa.

Empat kali sehari berulang alik ke masjid sebenarnya tidak ramai jemaah haji Malaysia yang sanggup. Ini bermakna 8 kilometer sehari perlu jemaah haji lalui.

Di Hotel Land Premium ada sebuah surau yang boleh menampung sehingga lebih 1,000 jemaah. Lengkap dengan penghawa dingin terletak di tingkat M, hotel 13 tingkat tersebut.

Ketika menjelang musim haji, surau tersebut sentiasa penuh dengan jemaah. Orang ramai juga terpaksa bersesak-sesak seperti di Masjidil Haram.

Namun berbezanya jemaah haji tidak perlu berjalan jauh. Hanya menggunakan lif boleh sampai ke surau. Cuma terpaksa menunggu agak lama di pintu lif untuk mendapat ruang turun ke surau.

Surau yang agak selesa itu bukan sahaja dipenuhi warga emas, sebaliknya ramai juga kelihatan jemaah haji yang muda. Mereka masih gagah perkasa.

Di Hotel Hilton berhampiran Masjidil Haram, juga ada dewan solat memuatkan ribuan jemaah.

“Saya hairan mengapa orang muda juga memilih untuk solat berjemaah di surau hotel. Sepatutnya mereka solat di Masjid Haram untuk mendapat ganjaran 100,000 pahala.

“Mungkinkah jemaah haji kita tidak sanggup berkorban dengan berjalan 1 kilometer. Lebih-lebih lagi berbumbung pancaran terik matahari untuk sampai ke Masjidil Haram,” ujar Abdul Rahman yang kini meniti usia 65 tahun.

Beliau menghayun langkah selama 25 minit untuk sampai ke masjid.

Berbeza berbanding jemaah haji dari negara lain, biar pun kedudukan hotel mereka lebih jauh namun tidak pernah serik berjalan kaki.

Lebih teruja lagi warga emas jemaah haji dari China, India, Pakistan dan Afrika, mereka mudah ditemui di jalanan.

Wanita Afrika pula menjunjung botol air zamzam di kepala, berjalan di celah-celah lautan manusia.

Mereka seperti tidak menghirau penat dan letih kerana mahu merebut ganjaran 100,000 pahala.

Lagipun belanja untuk datang ke Makkah bukan sedikit. Pengorbanan itu hanya mampu dipikul jemaah yang tidak menghitung erti penat dan lelah. – HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Things You May Not Have Known About The Ka’bah

The Ka’bah is the holiest of all Muslim places in the world. It is located at the center of Al-Masjid al-Haram, in Mecca, Saudi Arabia. Everywhere in the world, Muslims have to face the Ka’bah during prayers, known as facing the Qiblah.

The Ka’bah during renovation, 1996
1. The Ka’bah has been reconstructed several times

Ka’bah has been damaged several times by natural disasters such as flooding and it has also come under attack. Consequently, it has been damaged and rebuilt several times. Most historians claim that the Ka’bah has been reconstructed around 12 times. The most recent renovation took place in 1996 using the latest technology to strengthen it against catastrophes.

Did you know that Prophet Adam, Prophet Ibrahim, Prophet Ismail and Prophet Mohammad (peace be upon them) have all participated in the construction of Ka’bah?.

An old Kiswah covering
2. The Kiswah’s color has changed  

The Kiswah is the black cloth that drapes the Ka’bah. But did you know that it was not always black as commonly thought?

The tradition of covering the Ka’bah with the Kiswah started during the rule of the Jurhum tribe. Later on, Prophet Muhammad (peace be upon him) draped the Ka’bah with a white Yemeni cloth. Red, green and white were some of the colors used by different Caliphs. The Abbasids ultimately decided on the black color to put an end to the frequent color changes of the Kiswah. That’s the only color that has been used ever since.

3. The Ka’bah’s shape has been altered

The Ka’bah was originally d-shaped according to the foundations laid by Prophet Ibrahim. It attained its cubical shape when it was reconstructed by the Quraish before Islam who couldn’t rebuild the entire structure due to lack of funds. The space left out is called Hatim now – marked by a small wall.

4. The Ka’bah used to have more than one door

The original Ka’bah included two doors, one for entering and another for a exiting. It also had a window on one of the walls. Presently, the Ka’bah has only one door and no window although there is an inner door used to gain access to the roof.

5. What is inside the Ka’bah?
The interior of the Ka’bah is supported by three pillars, with lanterns hanging in between them. A small table for perfumes can be found between the pillars. Plaques can be seen hanging on the walls, commemorating the rulers who refurbished it. A green cloth embroidered with the verses of the Quran covers the upper part of the walls. The right wall has a golden door called Bab At-Taubah, which opens to a staircase leading to the roof.

6. The Hajar al-Aswad is broken

The Hajar al-Aswad used to be a single large stone but presently it consists of about eight pieces of varying sizes enclosed in a silver frame. The damage was caused due to numerous unfortunate events including flooding, numerous sieges and theft! The first silver frame was made by Abdullah bin Zubair.
7.
 Al-Sheibi family have always been the custodian of the Ka’bah

Isn’t it amazing that only one family have been the key keepers of the Ka’bah since the pre-Islamic period? They have been the custodians for the last 15 centuries! The key is inherited by the eldest member of the family.

8. The Ka’bah’s cleaning ceremony is held twice a year

The cleaning ceremony is held during Shaaban and Dul-Qaada by the Al-Sheibi family. A special cleaning mixture is prepared from ZamZam water, Taif rosewater and expensive Oud oil. The governor of Mecca invites few dignitaries to participate in the ceremony.


9. The Ka’bah’s doors used to be open for everyone
Initially, the Ka’bah was open for everyone to enter and pray inside. As the number of pilgrims wishing to go inside increased, the Ka’bah could no longer be accessible for all. It is now occasionally opened for special guests.

10. The tawaaf around the Ka’bah never stops
One of the most incredible things about Ka’bah is that the tawaf around the Ka’bah never stops except when congregational prayer is held. Even during the incidents of floods, people did Tawaf whilst swimming.










Sumber BO - 2-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peluru Berpandu Dilancar Ke Arah Mekah
Posted on Saturday, October 29 @ 19:25:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32166



RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.

Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.

Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.

Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah.


Sumbeer TKO - 29-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Masjidil Haram dari masa ke masa

Eramuslim.com | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43030-masjidil-haram-dari-masa-ke-masa

Dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail alihima salam, Masjidil Haram dan kota Makkah Al-Mukaromah terus mengalami perubahan sesuai dengan zaman, termasuk di antaranya perluasan kompleks masjid dan pembangunan Makkah Royal Clock Tower di era Kerajaan Arab Saudi ketika ini.

Lalu bagaimana penampakan Masjidil Haram 1 abad lalu? Berikut dokumentasi untuk anda:

Gambar foto pertama adalah suasana Masjidil Haram di tahun 1889 Masehi. Foto ini diambil pada tarikh 18 Julai.


18th July 1889: Crowds gathered on a pilgrimage at the Kaaba, the birthplace of Mohammed, Makkah. (Photo by Hulton Archive / Getty Images)

Foto kedua diambil pada bulan Mac tahun 1933, satu tahun selepas penubuhan Kerajaan Arab Saudi.

March 1933: The sacred Black Stone situated in the Kaaba (House of God) near the centre of the Great Mosque in Mecca. According to Muslim tradition pilgrims who can gain access to it kiss the stone whilst performing the hajj. (Photo by Central Press / Getty Images)
Gambar ketiga diambil pada tahun 1954, di mana kita boleh menyaksikan gambar berwarna.


Gambar keempat adalah proses perbaikan dan perluasan Masjidil Haram yang dilakukan Kerajaan Arab Saudi sejak berdiri.

Dan gambar kelima adalah foto Ajyad Castle yang dibina oleh Dinasti Uthmaniyyah pada abad kelapan belas untuk melindungi Kaabah.

Perlu diketahui bahawa umat Islam di era kelahiran tahun 90-an ke atas jarang mengetahui tentang Ajyad Castle.

Pada tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi memutuskan menghancurkan Ajyad Castle dan perbukitannya, sebagai sebahagian daripada projek perluasan Masjidil Haram seperti yang kita lihat pada masa ini. (Cnnarabic/Ram)


Sumber HD- 29-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jalan kaki jauh ke pusat Imigresen Jeddah

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42642-jalan-kaki-jauh-ke-pusat-imigresen-jeddah

JEDDAH: Jemaah haji yang dalam perjalanan pulang ke tanah air terpaksa berjalan jauh sebelum dapat cop pasport.

Bermula dari tempat transit sementara selepas turun dari bas jemaah haji terpaksa berjalan kaki ke kompleks Imigresen.

Ramai jemaah haji dalam kalangan warga emas mengeluh panjang apabila terpaksa menarik beg ke tempat yang agak jauh.

Lebih malang pula mereka terpaksa beratur panjang sebelum dapat melepasi pemeriksaan Imigresen Arab Saudi jam 1 pagi tadi.

Kesesakan begitu ketara apabila jemaah haji Malaysia terpaksa berkongsi terminal tempat pemeriksaan barangan dengan jemaah haji dari Afrika.

Hanya satu mesin pengimbas digunakan sehingga menyebabkan jemaah haji terpaksa beratur panjang.

Jemaah haji terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat melepasi kaunter pengimbas.

Jemaah haji diarah membuat empat barisan iaitu dua Malaysia dan dua Afrika sebelum dapat melewati mesin pengimbas.

Biar pun terdapat dua mesin pengimbas namun hanya sebuah yang digunakan.

Malah jemaah haji wanita dilakukan pemeriksaan badan dengan lebih teliti.

Kesesakan terminal menyebabkan jemaah haji menunaikan solat Subuh di celah-celah orang ramai. – HARAKAHDAILY 28/9/2016

Sumber HD - 28-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Peragut cuba dekati jemaah haji wanita

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42622-peragut-cuba-dekati-jemaah-haji-wanita

MAKKAH: Penduduk tempatan di sini menasihatkan jemaah haji lebih berwaspada terhadap beg sangkut yang dibawa.

Ini kerana menurutnya beg tersebut mudah menjadi sasaran mrereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya ketika berlaku kesesakan.

Menurutnya ada pihak mengambil peluang menyelup beg yang disandang terutamanya jemaah wanita ketika berlaku kesesakan dalam perjalanan ke Masjidilharam.

"Tidak sesuai gantung beg di bahagian belakang kerana ia memudahkan orang menyeluk.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab itu memilih tempat yang sesak untuk menyeluk beg yang dibawa wanita," katanya di sini.

Oleh itu beliau menasihatkan beg sangkut diletak di bahagian hadapan ketika berjalan.

Seorang jemaah haji wanita pula mendakwa beliau cuba didekati seorang wanita berpurdah ketika berjalan ke masjid baru baru ini.

Katanya wanita itu dipercayai berkulit gelap cuba mendekatinya ketika suasana sesak.

"Selepas saya perasan tindakan wanita itu saya beredar cepat cepat ke tempat lain.

" Pada awalnya dia cuba ikut namun saya berselindung di celah celah orang ramai," katanya.

Sementara itu difahamkan berlaku kejadian ragut di terowong menuju ke Masjidilharam dari al Misfalah baru baru ini.

Kejadian itu dikatakan melibatkan seorang jemaah haji Malaysia sehingga dikatakan berlaku kehilangan beg dibawa.

Terowong tersebut agak sunyi digunakan jemaah haji Malaysia yang menginap di Hotel Land Premium sebagai laluan singkat ke Masjidilharam. – HARAKAHDAILY 26/9/2016

Sumber HD - 26-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Karpet di Masjilharam dipasang semula

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42609-karpet-di-masjilharam-dipasang-semula

MAKKAH: Jemaah di Masjidilharam boleh menunaikan solat dengan lebih selesa selepas karpet yang digulung sebelum Aidiladha kini dibuka semula.

Awal pagi tadi petugas petugas masjid memunggah dan memasang semula karpet di ruang solat di aras satu masjid.

Ada kalangan mereka memikul memikul dan mengusung karpet ke ruang solat tersebut sebelum Subuh tadi.

Setiap karpet tersebut sepanjang lima meter dihampar semula selepas digulung sebelum Aidiladha.

Kesemua aras ruang solat masjid tersebut setinggi tiga tingkat kecuali bawah tanah dan bumbung dipasang karpet tebal.

Kebanyakan jemaah sebelum ini membawa sejadah bagi mengurangkan hawa sejuk tempat solat.

Marmar lantai masjid agak sejuk memandang penghawa dingin dipasang sepanjang masa.

Malah hawa sejuk penghawa dingin boleh dirasai ketika berada berhampiran pintu di ruang luar masjid.

Kebanyakan bangunan di sini tidak menutup pintu dan membiarkan hawa pendingin keluar.

Sementara itu kelainan yang dapat disaksikan di sini apabila ada bas yang menyediakan perkhidmatan seperti "kereta sapu".

Bas terbabit yang diparkir tidak jauh dari Masjidilharam memasang speaker kecil bagi memaklumkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Bas tersebut menyediakan perkhidmatan ke Jeddah dan Madinah.  Pemandunya menanyakan setiap orang melalui kawasan berhampirannya sama ada hendak ke Jeddah atau Madinah.

Begitu juga pemandu teksi dan kenderaan pelbagai guna (MPV) akan melaungkan perkataan "Madii...nah" atau "Je...ddaah". - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Internet di Masjidilharam berkelajuan tinggi

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42580-internet-di-masjidilharam-berkelajuan-tinggi

MAKKAH: Mungkin agak berbeza dengan negara kita yang kemudahanna internet agak ketinggalan, sedangkan di sini kemudahan 4G disediakan.

Penyedia perkhidmatan telefon mudah alih menyediakan kemudahan pemancaran dijarak yang dekat.

Misalnya di kawasan Masjidilharam kedudukan peralatan pemancaran hanya sekitar 100 meter antara satu sama lain.

Malah ia dibina dengan tiang lebih rendah tanpa menggunakan menara tinggi seperti di Malaysia.

Di sini dua penyedia kemudahan telefon mudah alih popular iaitu Zain dan Mobily.

Masing-masing syarikat itu menawarkan pakej istimewa sempena musim haji sekarang. Misalnya Zain menawarkan 5 GB untuk tempoh 30 hari dengan harga SR80.

Manakala 10 GB pula untuk tempoh 90 hari ditawar dengan harga  SR130.

Kemudahan alat pemancar juga boleh ditemui di mana-mana termasuk di Madinah, Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Biarpun kerajaan Malaysia sudah lama menguar-uarkan mahu menyedia kemudahan tinggi berkelajuan tinggi, namun ia agak ketinggalan berbanding di sini.

Sementara itu rata-rata jemaah haji mengambil kesempatan membeli belah sebelum pulang ke tanah air.

Deretan kedai di kiri kanan jalan menuju ke Masjidilharam sibuk mempromosi harga istimewa.

Antara produk yang menjadi pilihan ramai iaitu jubah, sejadah, tasbih, beg dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun kerancakkan urusniaga agak berkurangan berbanding sebelum ini memandang sudah ramai jemaah pulang ke negara masing-masing. – HARAKAHDAILY 22/9/2016

Sumber HD - 22-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji nikmati aiskrim rai hari kelahiran

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42574-jemaah-haji-nikmati-aiskrim-rai-hari-kelahiran

MAKKAH: Biarpun berada di negara asing namun ada jemaah haji dirai rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya.

Abdul Rahman Ab Ghafar dari Kadok, Kelantan hari genap usianya ke-66.

Beliau diraikan rakan-rakan sebilik di tingkat 11 Hotel Land Premium di Al Misfalah.

Apa yang menarik Abdul Rahman dan rakan-rakan menikmati keenakan aiskrim Makkah.

Abdul Rahman yang mempunyai 12 anak datang ke sini bersama isterinya, seorang usahawan tani, tidak menyangka diraikan rakan-rakan sebilik.

Antaranya pensyarah, guru, bekas kakitangan awam dan pencen tentera yang meraikan Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata beliau terharu diraikan rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya.

"Biar pun sekadar aiskrim namun ia mempunyai makna yang cukup besar bagi saya," katanya.

Sementara itu bilangan jemaah haji yang bertolak pulang ke tanah air semakin meningkat.

Penerbangan pulang awal di Maktab 88, 89 dan 90 di Hotel Land Premium bermula Sabtu lepas.

Jemaah haji dibawa ke lapangan terbang di Jeddah pada sebelah petang sehari sebelum berlepas.

Mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat keesokan harinya.

Malah semalam difahamkan ada jemaah haji yang sudah bertolak ke Jeddah dengan bas dibawa pulang semula ke hotel kerana masalah tertentu di lapangan terbang Jeddah. - HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Hujan basahi jemaah haji di Makkah

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42549-hujan-basahi-jemaah-haji-di-makkah

MAKKAH: Jemaah haji terpaksa meredah titisan hujan yang membasahi bumi Makkah selepas solat Isyak malam tadi.

Biarpun tidak lebat namun dataran Masjidilharam dan jalan basah. Jubin di dataran agak licin sehingga ada hampir terjatuh.

Ketika solat Isyak, kedengaran dentuman guruh di langit. Imam juga membaca surah pendek bagi memendekkan solat.

Sedangkan kebiasaannya bacaan imam panjang pada setiap solat di Masjidilharam.

Sebelum Maghrib jemaah haji yang datang ke masjid berdepan ribut pasir. Debu yang dibawa angin menyebabkan penglihatan agak terhad.

Menara jam di Safwa tidak kelihatan dari tempat jauh sebagaimana biasa.

Biarpun berdepan dengan ribut pasir namun ia tidak menghalang orang ramai bertali arus ke masjid.

Sudah menjadi fenomena biasa di sini setiap kali menjelang waktu solat boleh dilihat deretan orang ramai di jalan raya.

Namun kesesakan agak berkurangan sekarang memandangkan sebahagian jemaah haji pulang ke negara mereka. Deretan bas membawa jemaah haji ke Jeddah boleh dilihat di sana sini.

Sejak penulis berada di sini 21 Ogos lepas sudah tiga kali hujan agak lebat turun di Makkah.

Malah kejadian ribut pasir juga agak kerap berlaku pada sebelah petang. – HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Masjidilharam dibasahi hujan malam tadi

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42522-masjidilharam-dibasahi-hujan-malam-tadi

MAKKAH: Sekali lagi malam tadi hujan turun membasahi bumi yang terletak al-Haram, tumpuan umst Islam dari seluruh dunia.

Hujan turun agak lebat ketika solat Maghrib di Madjidilharam. Ketika itu solat rakaat kedua. Sebaik salam hujan kembali reda.

Malah imam memendekkan bacaan pada rakaat kedua memandang ribuan jemaah solat di tempat terbuka, di dataran al-Haram dan dataran Kaabah.

Makmun yang solat di bangunan baharu juga terkena tempias memandangkan bumbung masjid terbuka.

Di dataran masjid kelihatan lopak air yang bertakung. Malah ramai yang mengambil kesempatan merakam gambar fenomena hujan yang jarang berlaku di Arab Saudi.

Ketika musim haji 1437 hijrah sehingga sekarang dua kali hujan turun di bumi Makkah Mukarammah.

Sebelum ini hujan turun agak lebat, selepas berlaku kejadian ribut. Ribut menerbangkan debu sehingga menyukarkan  mata memandang.

Malam kelmarin beberapa titisan hujan jatuh ke badan jemaah ketika solat Maghrib.

Bagaimanapun malam tadi tiada tanda- tanda mahu hujan. Namun ketika solatn tiba-tiba hujan turun secara mengejut ketika solat.

Sementara itu Masjidilharam semakin lengang apabila semakin ramai jemaah haji pulang ke negara masing-masing.

Ruang solat di bangunan baharu lenggang ketika solat Maghrib. Sedangkan sebelum itu setiap ruang masjid penuh sesak.

Begitu juga jalan utama ke masjid al-Haram lenggang, tidak lagi sesak. Orang yang solat di dataran masjid juga tidak ramai. – HARAKAHDAILY 17/9/2016

Sumber HD - 17-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Hanya 7 km, tambang teksi cecah SR1,000

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42492-hanya-7-km-tambang-teksi-cecah-sr1-000

MAKKAH: Selepas jemaah haji berada lima hari, empat malam di Arafah, Muzdalifah dan Mina kini mereka kembali semula ke Makkah.

Mina yang terletaknya tiga jamrah, sebagai tempat melontar hanya digunakan beberapa hari dalam setahun.

Kira-kira empat juta umat Islam dari seluruh dunia berkampung di Mina dalam keadaan bersesak sesak.

Setiap jemaah haji hanya diberi ruang yang memuatkan sejadah untuk tidur, solat dan makan.

Paling terakam indah dalam kenangan apabila terpaksa menunggu di setiap pintu tandas. Biarpun sekadar membuang air kecil terpaksa beratur lama.

Deretan khemah boleh dilihat seperti lautan di sekeliling tempat perkhemahan jemaah haji di Mina.

Mina yang terletak kira-kira 7 km dari Makkah semalam menjadi tuah kepada pemilik teksi apabila mengenakan tambang sehingga SR1,000 kepada jemaah haji yang nafal awal.

Seorang jemaah haji dari Shah Alam memberitahu banyak teksi mengenakan tambang sehingga SR1,000 bagi jemaah haji yang mahu kembali ke Makkah dari Mina.

"Banyak teksi mengenakan kadar tambang itu dengan alasan mereka sudah 2 hari menunggu di situ," katanya di sini.

Mina yang menjadi wajib kepada setiap jemaah haji untuk mabit tiga malam kini kembali sunyi. Hanya tinggal pekerja membersih kawasan itu.

Jemaah haji yang tiba di hotel penginapan di Makkah perlu menyelesaikan dua lagi rukun haji iaitu tawaf dan saie.

Apabila selesai saie bermakna tamatlah 13 larangan ihram bagi setiap jemaah haji. -  HARAKAHDAILY 15/9/2016

Sumber HD - 18-9-20116

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Sebahagian jemaah haji kembali ke Makkah

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42484-sebahagian-jemaah-haji-kembali-ke-makkah

MINA: Hari ini sebahagian jemaah haji Malaysia yang datang dengan penerbangan awal melakukan nafar awal sebelum kembali ke Makkah.

Mereka perlu berniat untuk tidak lagi kembali ke Mina untuk membolehkan tidak melakukan melontar jamrah 13 Zulhijjah.

Selepas melakukan acara melontar pagi tadi sebahagian mereka sudah bertolak ke Makkah.

Jemaah haji terbabit datang ke sini dengan penerbangan awal iaitu KT 4 dan KT 10.

Bagaimanapun ada juga yang datang dengan penerbangan lain termasuk KT 18 turut melakukan nafar awal. Bagaimanapun mereka tidak disediakan bas.

Begitu juga jemaah haji dari negara lain antaranya Indonesia sudah bertolak ke Makkah sebaik selesai menunaikan solat Subuh.

Manakala perarakan jemaah haji ke jamrah pagi ini lebih sesak berbanding pagi semalam.

Tempat permulaan ke jamrah bagi jemaah haji Asia Tenggara begitu sesak sehingga sejauh 300 meter.

Pergerakan begitu perlahan sehingga ribuan jemaah haji terpaksa bersesak-sesak sebelum memasuki terowong.

Mereka berjalan seperti merayap. Keadaan tambah sesak dengan kehadiran rombongan jemaah haji dari Khazarstan dan negara-negara lain.

Manakala sebahagian maktab di tempat penginapan jemaah haji Malaysia tengah hari semakin lengang.

Mina tempat bersejarah yang mencatat peristiwa Nabi Ismail diarah disembelih bapanya sendiri Nabi Ibrahim, kemudian diganti Allah SWT dengan kibasy.

Mina juga tempat bersejarah di mana tentera bergajah diketuai Abrahah hancur akibat digugurkan batu dari neraka oleh burung Ababil.

Pada awalnya tentera Abrahah berhasrat untuk meruntuhkan Kaabah. - HARAKAHDAILY 14/9/2016

Sumber HD - 14-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kesesakan begitu ketara di kawasan jamrah

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42480-kesesakan-begitu-ketara-di-kawasan-jamrah

MINA: Semalam menyaksikan kawasan jamrah, tempat melontar penuh sesak dengan kehadiran jutaan jemaah haji.

Bermula di terowong tempat pusingan pertama bagi jemaah haji Malaysia menuju ke jamrah, kesesakan mulai terasa.

D situ jemaah haji  Malaysia bertembung dengan jemaah Indonesia  yang menginap di maktab bersebelahan.

Bermula dari situ kesesakan memanjang sejauh lebih 2 km sehingga sampai ke kompleks jamrah.

Biar pun kesesakan begitu ketara namun aliran pergerakan jemaah haji berjalan lancar. Deretan lautan manusia boleh dilihat dari tempat jauh.

Ia boleh dikatakan sebagai perarakan umat manusia paling besar dalam sejarah ketamadunan dunia.

Berbekalkan satu kalimah syahadah perarakan jemaah haji berjalan di tengah-tengah arus manusia berjalan menuju tiga jamrah.

Paling besar jemaah haji dari Indonesia yang menggunakan terowong di tingkat 3.

Kumpulan-kumpulan kecil jemaah haji Indonesia yang membawa pelbagai jenis bendera wilayah dan travel mewarnai perarakan jutaan manusia itu.

Biarpun kesesakan berlaku di jalan dan terowong di aras tiga ke tempat melontar, namun ia berjalan lancar.

Malah di tiga-tiga jamrah dikawal ketat anngota pasukan keselamatan bagi memastikan acara melontar berjalan lancar.

Berbanding petang kelmarin, kesesakan di jalan dan tempat melontar hari ini begitu ketara sekali.

Ramai jemaah haji mahu mengambil kesempatan melontar berdekatan dengan jamrah bagi mengelak batu tersasar keluar.

Kita boleh melihat ribuan jemaah haji mengangkat tangan bagi melakukan balingan silih berganti.

Selepas melontar jemaah haji tidak dibenarkan  berada lama di situ.  Anggota polis akan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Perarakan hari ini diiringi dengan takbir Hari Raya Korban yang dilaungkan setiap jemaah haji. Jemaah haji Indonesia menggunakan healer bagi melaungkan takbir.

Kini tinggal sekali kali lagi acara melontar yang perlu dilakukan setiap jemaah haji. Hari ini 12 Zulhijjah.

Setiiap jemaah haji terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 4 km untuk menyempurnakan ibadat melontar. - HARAKAHDAILY 14/9/2016

Sumber HD - 14-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 jemaah haji Malaysia tak dapat laksana wukuf
Posted on Tuesday, September 13 @ 12:28:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31643



MAKKAH - ARAB SAUDI. Lima jemaah haji Malaysia tidak dapat melaksanakan ibadat wukuf pada Ahad lepas iaitu syarat wajib bagi menunaikan haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia berikutan kesemua mereka mengalami masalah kesihatan yang serius.

"Kesemua mereka berusia antara 39 dan 87 tahun terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita yang kini sedang menerima rawatan rapi di hospital Arab Saudi.

"Mereka mengalami masalah pernafasan dan pendarahan otak dan berdasarkan tahap kesihatan yang serius, mereka tidak dibenarkan dibawa ke padang Arafah (untuk wukuf)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata, TH memberi jaminan kesemua pesakit itu diberikan keutamaan untuk mengerjakan ibadat haji sekali lagi pada masa hadapan.

"Sekiranya kesihatan mereka pulih TH memberi jaminan mereka ini akan diberi keutamaan untuk mengerjakan haji sekali lagi," katanya.

Jamil Khir berkata, bagaimanapun jumlah jemaah haji yang tidak dapat melaksanakan wukuf itu adalah berkurangan daripada tahun sebelum ini.

Katanya ia berikutan tahap kesedaran tinggi para jemaah haji dalam menjaga kesihatan sejak dari tanah air lagi.

Menurutnya jumlah kematian jemaah haji negara yang direkodkan sehingga hari ini adalah 10 orang.
Daripada jumlah itu tujuh kematian itu berlaku di sini, dua ketika di Madinah manakala seorang ketika di tanah air.

Jamil Khir berkata, kematian terbaru adalah semalam membabitkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mabit di Muzdalifah.

Ketika ini kira-kira hampir dua juta umat Islam seluruh dunia sedang melakukan lontaran di tiga Jamrat di Mina iaitu Sugra, Wusta dan Kubra.


  Semua lontaran itu dilakukan selepas para jemaah bermabit di Mina dan lontaran akan berakhir selepas hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. - Bernama

Sumber TKO - 13-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kawasan melontar dikawal ketat

ASLANI M | .





http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42479-kawasan-melontar-dikawal-ketat

MINA (MAKKAH): Lebih 23,000 rakyat Malaysia menyertai jutaan umat Islam dari seluruh dunia melakukan ibadat melontar hari ini.

Tempoh masa melontar yang bermula separuh malam 10 Zulhijjah berakhir separuh malam  11 Zulhijah.

Bagaimanapun jemaah haji Malaysia sukar untuk melontar lebih awal memandangkan lewat sampai dari Mudzalifah.

Selepas meninggalkan Arafah Maghrib petang semalam jemaah haji perlu bermabit di Mudzalifah separuh malam.

Biarpun Muzdalifah terletak hanya kira-kira 7 km dari Padang Arafah namun perjalanan perlahan memandang kesesakan lalu llintas yang begitu ketara.

Bas yang memuat jemaah haji dari seluruh dunia sendat di atas jalan raya sehingga bunyi hon tidak putus kedengaran.

Selepas bermabit hampir 6 jam di Muzdalifah jemaah haji diangkut pula ke Mina. Dan sehari  sebelum itu bermalam di Arafah.

Di Muzdalifah setiap jemaah haji mengutip 70 anak batu dan selepas itu berehat di kawasan lapang untuk menunggu tempoh masa separuh malam.

Kita boleh menyaksikan jutaan manusia bermabit di Muzdalifah. Ada juga yang berjalan dari Muzdalifah ke Mina memandangkan kedudukannya hanya sejauh 8 km.

Deretan manusia boleh dilihat di kiri kanan jalan. Malah helikopter berlegar di udara sejak hari wukuf.

Pasukan keselamatan mengawal ketat kawasan melontar bagi memastikan pergerakan jemaah haji lancar.

Di Mina terdapat banyak maktab yang dihuni jemaah haji Malaysia, ia terletak 3.5 km dari Jumrah.

Bagaimanapun sehingga kini tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti tahun lepas, di mana rempuhan jemaah haji menyebabkan berlaku korban nyawa.

Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijah untuk melontar ketiga-tiga jamrah sebelum pulang ke Makkah bagi menyempurnakan rukun haji. - HARAKAHDAILY 13/5/2016

Sumber HD - 13-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Masjidilharam makin lengang sejak Maghrib

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42469-masjidilharam-makin-lengang-sejak-maghrib

MAKKAH: Kota Makkah kini semakin sunyi setelah jemaah haji mulai bergerak ke Padang Arafah mulai petang semalam.

Malah Masjidilharam juga lengang sejak Maghrib semalam. Tiada lagi kesesakan di dataran masjid seperti yang sering berlaku sebelum ini.

Jemaah haji Malaysia kalangan warga emas juga dibawa ke Padang Arafah kemarin bagi mengelakkan kesesakan yang semakin ketara.

Malam semalam kelihatan deretan bas di al-Misfalah sehingga ke dataran berhampiran Masjidilharam.

Paling ramai dalam kalangan jemaah dari Bangladesh, Turki dan negara-negara lain. Jemaah haji berkumpul di kiri dan kanan jalan menunggu bas.

Manakala jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel Land Premium pula akan bertolak ke Arafah petang semalam.

Biarpun lokasi Padang Arafah tidak jauh dari Makkah namun perjalanan mengambil masa berjam-jam kerana kesesakan begitu ketara.

Jemaah haji bermalam di Arafah untuk menunggu Zohor pada 9 Zulhijjah bagi memenuhi rukun haji.

Di tanah air umat Islam pula sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Haji.

Ibadat korban menjadi tuntutan kepada umat Islam pada sambutan Aidiladha.

Sementara itu di Arafah umat Islam bersesak-sesak dalam khemah yang disediakan pihak muasasah.

Jemaah Haji Asia Tenggara ditempatkan di satu lokasi yang terdiri daripada pelbagai negara.

Ramai berkongsi pengalaman pertama tidur dalam khemah yang dihuni jutaan manusia. Mereka juga perlu beratur panjang untuk ke bilik air. - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Sumber HD - 11-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji China boleh baca Bahasa Melayu

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42459-jemaah-haji-china-boleh-baca-bahasa-melayu

MAKKAH: Ketika melayari web Malaysia di Masjid an Nur di al Misfalah seorang jemaah haji dari China turut berminat membaca berita Bahasa Melayu.

Ahmad, 60-an dari Sinchuan China mengeja setiap patah perkataan berita tersebut.

Perkataan dieja didapati betul dan beliau tersenyum kepada penulis.

Biarpun sukar berkomunikasi lanjut namun jemaah haji terbabit sedikit sebanyak boleh membaca bahasa Melayu.

Masjid An Nur kini menjadi tumpuan jemaah haji dari China yang datang dari pelbagai wilayah.

Mirip wajah mereka hampir serupa, lelaki berusia berjanggut panjang seperti orang Arab. Begitu juga perempuan memakai tudung rekabentuk sama.

Tudung agak singkat hanya kelihatan sekadar menutup rambut sahaja.

Hampir 95 peratus makmun yang datang di masjid berkenaan ialah jemaah haji dari China.

Malah setiap selepas solat Asar turut diadakan tazkirah yang diterjemahkan dalam bahasa  China.

Ahnad memberitahu jemaah haji dari China datang dari pelbagai wilayah termasuk Beijing, Sinchuan, Yunan dan wilayah sempadan dengan Rusia.

Kelihatan juga jemaah haji yang datang dari Tibet yang terletaknya Gunung Everest.

Jemaah haji China berjalan agak cepat tanpa mengira jantina. Tubuh mereka juga agak tegak biar pun tinggi sama dengan orang Melayu. - HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih Sejuta Jamaah Haji Dibekalkan ‘Gelang Pembantu GPS’

Lebih sejuta umat Islam dari seluruh dunia telah tiba di Mekah menjelang kemuncak ibadah haji tahunan, menjadi tunjang kepada agama Islam yang mengesahkan amalan Nabi Muhammad SAW sejak dari lebih daripada 1,400 tahun yang lalu.

Bakal-bakal haji dari lebih daripada 150 buah negara mula berkumpul pada hari Jumaat di masjid al-Haram dan bersedia melengkapkan ibadah haji dalam lima hari terakhir yang bermula pada Sabtu 10 September.

Perjalanan spiritual bertujuan membawa diri setiap jamaah agar mereka lebih dekat kepada Allah, dengan keseluruhan bakal haji tahun ini dijangka akan dihadiri oleh lebih daripada 1.5 juta orang.


Bagi menangani masalah keselamatan, hampir seribu kamera pengawasan baru telah dipasang di sekitar Masjidil Haram Mekah, yang akan memantau orang ramai, dan ibadah melontar Jamarat yang akan lebih dikawal ketat berbanding tahun-tahun sebelumnya .

Juga buat kali pertama, jamaah akan diberikan gelang elektronik menyimpan maklumat peribadi dan perubatan yang akan membantu pihak berkuasa menyediakan penjagaan dan mengenal pasti diri mereka.

Gelang tersebut kalis air dan dihubungkan dengan GPS serta peranti juga akan mengarahkan para jamaah mengikut pengaturan masa solat dan bimbingan bantuan berbilang bahasa akan membantu jemaah mengharungi pelbagai ritual.

Haji tahun lalu telah mencatatkan tragedi kematian akibat rempuhan yang mengorbankan lebih daripada 750 orang.

Kejadian tidak diingini mungkin menjadi ancaman apabila hubungan semakin meruncing dan ketegangan antara Riyadh dan Tehran, kerana ramai jemaah haji terbunuh tahu lalu adalah ialah Iran.

Hubungan antara kedua-dua negara meleset pada awal tahun ini apabila mereka gagal mencapai perjanjian pada perkiraan bagi rakyat Iran menghadiri haji tahun ini.

Sumber BO - 9-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji Malaysia mudah dijangkiti selesema

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42448-jemaah-haji-malaysia-mudah-dijangkiti-selesema

MAKKAH: Deman selesema dan batuk menjadi kelaziman dihidapi setiap jemaah haji terutamanya dari Asia Tenggara.

Sedangkan sebelum berangkat ke Makkah setiap jemaah haji perlu menjalani suntikan vaksin dan  tambahan.

Biarpun membuat persediaan awal namun setiap jemaah haji masih lagi menghadapi selesema dan batuk.

Malah ada dalam kalangan jemaah haji menghadapi selesema sehingga dua atau tiga kali.

Ada juga sudah tiga kali datang ke Klinik Malaysia yang terdapat di setiap maktab, tempat penginapan jemaah haji.

Klinik di setiap maktab boleh dikatakan sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah haji.  Ada juga acap kali datang mendapat rawatan.

Di Hotel Land Premium tempat penginapan jemaah haji di al-Misfalah juga terdapat klinik Malaysia. Terdapat doktor, pembantu perubatan, jururawat dan pegawai farmasi.

Klinik tersebut terletak di tingkat M hotel berkenaan sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah haji setiap hari.

Antara punca jemaah haji mudah dihidapi selesema kerana cuaca agak panas, debu dan kesesakan manusia di Masjidilharam.

Selain itu cuaca panas di luar dan sejuk di Masjidilharam serta hotel tempat penginapan memudahkan dihingapi selesema.

Seorang penjawat awam dari Terengganu berkata boleh dikatakan setiap jemaah haji Malaysia mudah terkena selesema.

Katanya beliau turut mendapat rawatan di klinik akibat terkena selesema dan batuk.

"Dengan adanya Klinik Malaysia memudahkan jemaah haji mendapat rawatan secara percuma. Lagi pun harga ubat di farmasi di sini agak mahal," ujarnya.

Ada juga jemaah haji yang terpaksa dimasukkan air kerana batuk berterusan dan kekurangan air dalam tubuh.

Doktor juga menasihatkan jemaah haji minum banyak air setiap hari, sekurang-kurangnya lapan botol mineral. – HARAKAHDAILY 8/9/2016

Sumber HD - 8-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Maafkan segala salah dan silap diri ini - Mufti Wilayah

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42449-maafkan-segala-salah-dan-silap-diri-ini-mufti-wilayah


Berikut ialah tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman facebook beliau, semalam.

TAUBAT DAN ISTIGHFAR: MAAFKAN KAMI

Dalam melayari bahtera kehidupan, sifat sebagai manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

Maksudnya: “Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat.” [Riwayat Ibn Majah (4251)]

Taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama' adalah perasaan kesal dan insaf atas dosa yang dilakukan lantas memohon keampunan Allah dan berazam tidak mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.

Sebaik-baik manusia ialah yang sentiasa kembali kepada Tuhan dengan bertaubat dan beristighfar. Menitiskan air mata keinsafan dan memohon keampunan-Nya dengan sepenuh hati, segenap jiwa dan raga. Yakinlah firman Allah SWT:

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah al-Nisa’: 110]

Kesilapan dan kesalahan hendaklah diikuti dengan istighfar dan pada ayat yang lain hendaklah sentiasa mengingati-Nya serta tidak berterusan melakukan kesalahan tersebut. Benarlah firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). [Surah Ali Imran: 135]

Pada petang yang mulia ini, InshaAllah kami akan berangkat menuju ke Mekah al-Mukarramah sebagai salah seorang Duyuf al-Rahman (tetamu al-Rahman) pada musim haji kali ini. Dengan menginsafi diri yang banyak kekurangan dan juga kesilapan serta dosa, kami mengambil kesempatan di sini memohon kemaafan dari semua pihak yang mengenali diri ini terutamanya yang berinteraksi dan berurusan dengan kami secara langsung atau tidak. Maafkan kami yang penuh dengn kelemahan dan kekurangan ini.

Kami tutup risalah yang ringkas ini dengan sama-sama untuk bertaubat dan beristighfar serta zikrullah lebih-lebih lagi pada hari-hari kemuncak waktu haji ini yang disebut 10 awal Zulhijjah.

Marilah sama-sama kita lafazkan:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan bertaubat kepada-Nya.”

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah engkau Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu, dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan, aku sedari nikmat-Mu kepada-ku, dan ku sedari akan dosa-dosa-ku, ampuni aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.”

Maafkan segala salah dan silap diri ini.

Akhukum fillah

SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan,
5 Zulhijjah 1437 bersamaan dengan 7 September 2016

Sumber HD - 7-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji tunggu detik Hari Wukuf

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42437-jemaah-haji-tunggu-detik-hari-wukuf

MAKKAH: Hanya tiga hari lagi jutaan jemaah haji termasuk dari Malaysia akan bertolak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan Hari Wukuf.

Rukun ibadat haji tersebut mesti dilalui setiap jemaah haji. Ia mesti dilalui walaupun sesaat sekalipun selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah.

Waktu wukuf bermula ketika itu sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Jemaah haji akan bermalam di Arafah dan pagi 10 Zulhijjah jemaah haji sebelum berangkat ke Muzdalifah dan bermabit sehingga setengah malam sambil mengutip 70 anak batu.

Selepas masuk setengah malam bertolak pula ke Mina. Di Mina jemaah haji dibawa melontar di Jumrah Kubra mengikut KT masing-masing.

Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah bagi melontar tiga jumrah.  Pada 10 Zulhijjah  selepas melontar di Jumrah Kubra jemaah haji sudah boleh tahalul awal setelah bergunting.

Petugas Tabung Haji pada taklimat malam tadi memberitahu jemaah haji akan dibawa ke Arafah bermula pagi Sabtu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Katanya jemaah haji hendaklah membawa keperluan pakaian untuk tempoh lima hari.

"Jemaah haji akan diarah ke lobi hotel mengikut tingkat yang mereka menginap bagi mengelakkan kesesakan di lif dan lobi hotel.

"Bas pula akan memuat sehingga 70 jemaah dalam perjalanan untuk membolehkan sampai pada waktu ditetapkan," katanya.

Beliau juga menasihatkan lebih banyak berehat sekarang bagi mengumpul tenaga untuk ke Arafah. – HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji peluang solat di bangunan baharu

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42420-jemaah-haji-peluang-solat-di-bangunan-baharu

MAKKAH: Jemaah haji yang bertandang ke sini sekarang agak beruntung apabila dapat solat di bangunan Masjidilharam yang baharu.

Bangunan baharu yang terletak bersebelahan masjid sedia ada kelihatan lebih besar.

Dilengkapi ruang solat setinggi tiga tingkat, yang mengasingkan ruang solat untuk lelaki dan wanita.

Kerja-kerja pembesaran Masjidilharam yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas kini dianggarkan lebih 80 peratus siap.

Bangunan baharu dibina lebih tinggi turut dikekalkan senibina seperti masjid lama. Hiasan dalaman juga lebih cantik.

Ruang solat tingkat bawah lebih luas dan tinggi. Lantai tempat solat juga dibina bertingkat di mana ruang hadapan berhampiran Kaabah lebih rendah berbanding bahagian belakang.

Turut dilengkapi dataran yang luas di bahagian belakang dan di situ juga terdapat kompleks tandas bawah tanah.

Di hujung dataran yang menghampiri bukit dilihat bangunan seperti pejabat, sedang dalam pembinaan. Sebahagian besarnya sudah siap.

Begitu juga tempat tawaf di bahagian atas (aras tiga) di bangunan lama sudah boleh digunakan.

Kerja-kerja pembesaran masjid yang dipelopori syarikat Ben Laden agak terjejas selepas berlaku tragedi tren tumbang yang mengorbankan ramai jemaah haji tahun lepas.

Syarikat yang sama juga difahamkan terbabit dengan pembesaran Masjid Nabawi di Madinah. Projek tersebut juga tergendala selepas tragedi tahun lepas.

Seorang pekerja kontrak dari Indonesia yang bekerja di tapak projek berkenaan memberitahu kerja-kerja pembesaran Masjid Nabawi juga tergendala selepas tragedi kren tumbang.

Kini kerja-kerja pembesaran Masjidilharam masih diteruskan biar pun kelihatan agak perlahan.

Kren statik yang didirikan berhampiran bangunan juga sudah banyak diturunkan. Sedangkan sebelum kelihatan berpuluh kren pengangkut bahan binaan.

Dengan siapnya bangunan baharu jemaah haji tidak perlu lagi bersesak sesak di ruang solat sedia ada.

Mereka mempunyai pilihan untuk solat di bangunan baharu, kini sebahagian besar sudah boleh digunakan.

Seorang jemaah dari Kelantan Mat Saaud (Gambar kanan) berkata dengan siapnya bangunan baharu jemaah haji dapat solat dengan selesa.

"Sebelum ini kalau datang lewat kita terpaksa solat di dataran kerana semua pintu masjid sudah ditutup.

"Namun selepas bangunan baharu mula digunakan orang ramai masih berpeluang solat dalam masjid," katanya. – HARAKAHDAILY 6/9/2016









Sumber HD - 6-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Arafah menanti jutaan jemaah haji

ASLANI M | .






http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42386-arafah-menanti-jutaan-jemaah-haji

MAKKAH: Hanya seminggu lagi jemaah haji akan bergerak ke Arafah bagi memulakan ibadat haji.

Petang Sabtu kira-kira 23,000 jemaah Malaysia bersama jutaan lagi dari seluruh dunia akan menjejaki bumi Arafah.

Jemaah haji Malaysia yang sekarang menginap di tujuh maktab di sekitar Kota Makkah akan bergerak berperingkat-peringkat ke Arafah bagi menyempurnakan ibadat wukuf.

Difahamkan jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Arafah selepas solat Asar mengikut maktab masing-masing.

Jemaah haji akan memakai ihram dan berniat haji di hotel, di tempat penginapan mereka sekarang sebelum bertolak ke Arafah.

Keistimewaan wukuf di Arafah turut dimanfaat kerajaan Kelantan apabila turut menganjurkan Hari Wukuf pada 9 Zulhijjah sejak 20 tahun lepas.

Bagaimanapun mulai tahun ini kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa sempena Hari Wukuf.

Sempena wukuf perkhidmatan kewangan Tabung Haji di maktab dihentikan sementara bermula 7 hingga 16 September.

Ini kerana petugas Tabung Haji turut berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Manakala taklimat mengenai masaie diadakan Tabung Haji di setiap maktab mengikut KT masing-masing.

Sementara itu perkhidmatan teksi ke Masjidilharam terpaksa melalui laluan lebih jauh kerana kesemua jalan ditutup.

Berikutan itu tambang teksi untuk ke Jarannah, tempat berniat ihram meningkat daripada SR50 kepada SR70.

Banyak sekatan jalan diadakan dan kenderaan awam dilencongkan ke laluan lain.

Kehadiran jemaah haji semakin ketara di mana ada dalam kalangan mereka tidur di masjid. Beg-beg pakaian boleh dilihat di tempat solat di Masjidilharam.

Hampir setiap tiang masjid ada beg jemaah haji tempatan dipercayai dijadikan tempat bermalam. – HARAKAHDAILY 3/9/2016

Sumber HD - 3-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Persiapan menjelang Hari Wukuf

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42374-persiapan-menjelang-hari-wukuf

MAKKAH: Hanya sembilan hari lagi menjelang Hari Wukuf,  sebagai bermulanya ibadat yang ditunggu jutaan jemaah haji.

Bermula di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah jemaah haji membuat persiapan untuk hadir sebagai menyempurnakan rukun haji.

Kemudian jemaah haji bergerak ke Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah bagi mengutip anak batu.

Pada hari yang sama jemaah haji akan ke Mina bagi melontar Jumrah Qubra sebelum mendapat tahalul awal.

Di Arafah dan Mina persiapan bagi menyambut jemaah haji sedang rancak dijalankan.

Kerja-kerja memasang khemah sedang dijalankan. Deretan khemah yang memutih kelihatan dari jauh.

Semalam rombongan terakhir jemaah haji Malaysia dibawa melawat Padang Arafah, Mina dan tempat-tempat bersejarah lain di Makkah.

Dalam perkembangan berkaitan pemerintah Arab Saudi melarang menggunakan gas cecair di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Ketua Komite Tinggi Haji Pangeran Muhammad bin Nayif bin Abdul Aziz Alu Sa'ud mengeluar arahan tersebut termasuk dalam bangunan dan khemah.

Sementara itu rombongan jemaah haji dari seluruh dunia semakin ramai tiba di sini.

Bas-bas dan kenderaan membawa jemaah haji boleh dilihat di semua jalan-jalan utama. Hotel dan tempat penginapan hampir penuh. - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Penjaga Masjid Suci Makkah agih makanan percuma

ASLANI M | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42355-penjaga-masjid-suci-makkah-agih-makanan-percuma

MAKKAH: Sejak beberapa hari lepas jemaah haji berpeluang mendapat makanan percuma yang disumbang pemerintah Arab Saudi.

Sebuah treler dan dua lori kecil memuatkan makanan yang diisi dalam kotak, sedia menanti orang ramai di bawah jalan bertingkat di Al-Misfalah.


Orang ramai terpaksa beratur panjang sebelum mendapat bungkusan makanan tersebut. Sebuah lorong kecil disediakan bagi memudahkan agihan makanan dilakukan.

Pengagihan makanan dilakukan daripada pagi sehingga petang dikendali petugas dilantik.

Suasananya agak hiruk pikuk di mana petugas mengarahkan mereka yang beratur sahaja diberi bungkusan makanan terbabit.

Bungkusan makanan berkenaan disediakan Saudi catering termasuk nasi Arab, snek, kek, biskut, air minuman dan air kotak.

Makanan tersebut dihadiahkan pemerintah Arab Saudi yang menjaga dua masjid suci iaitu Masjid Nabawi dan Masjidilharam.

Selain diagih di laluan ke Masjidilharam, bungkusan makanan juga diagih di Jalan Hijrah yang menghubungkan Madinah dan Makkah.

Menurut Harian Makkah, sebanyak sejuta bungkusan disediakan pada musim haji tahun ini.

Ketua program berkenaan Faiz Thalib Ahmadi berkata sebanyak 120 badan dalam Lembaga Sosial Madinah terlibat dalam program tersebut.

"Sebanyak 20,000 bungkusan makanan diagih pada setiap hari," katanya seperti dilapor tabloid Makkah yang berbahasa Indonesia.

Seorang jemaah haji dari Malaysia Mat Saud Awang, 62,  (Gambar) berkata program pengagihan makanan percuma tersebut sebagai hadiah kepada tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia.

"Biarpun terpaksa beratur panjang namun makanan yang diberi memberi makna besar, lebih-lebih lagi daripada pemerintah sendiri," ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/9/2016




Sumber HD - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji solat hajat, baca yasin sempena merdeka

ASLANI M | .






http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42344-jemaah-haji-solat-hajat-baca-yasin-sempena-merdeka

MAKKAH: Solat hajat dan bacaan Yassin diadakan jemaah haji Malaysia di sini malam tadi sempena hari kemerdekaan negara.

Solat hajat diadakan di kesemua  maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-59 diadakan di seluruh tanah air hari ini.

Biarpun sibuk dan kepenatan berulang alik ke Masjidilharam setiap hari namun kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah tidak dilupakan.

Lebih sejuta jemaah haji dari seluruh dunia sedang membuat persiapan menyambut kehadiran hari wukuf.

Selama 11 hari lagi jutaan jemaah haji akan bergerak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji.

Sementara itu sebahagian jemaah Malaysia menyertai acara ziarah yang dikendalikan muasasah Maktab 89 Hotel Land Premium.

Mereka dibawa melawat Gua Thur, Padang Arafah dan Mina bagi mengenali lebih dekat tempat ibadat haji tersebut. – HARAKAHDAILY 31/8/2016

Sumber HD - 31-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Masjid di sekitar Makkah sentiasa penuh

ASLANI M | .






http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42333-masjid-di-sekitar-makkah-sentiasa-penuh

MAKKAH: Bumi kelahiran para anbia ternyata masih berkat dengan amalan agama. Ini dibuktikan setiap masjid di kota ini penuh sesak.

Selain Masjidilharam terdapat masjid-masjid kecil di sekitar kota suci ini.

Di sekitar Al-Misfalah yang terletak kira-kira 1 km terdapat tiga masjid di kawasan berdekatan.

Masjid tersebut yang lebih dikenali sebagai Pakistan juga sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah.

Terletak kira-kira 100 meter dari Hotel Land Premium, tempat penginapan jemaah haji Malaysia, turut menjadi tumpuan setiap kali waktu solat.

Solat Zohor hari ini di masjid terbabit melimpah dengan kehadiran jemaah sehingga ada yang terpaksa solat di tempat letak selipar.

Sebahagian jemaah adalah bakal haji dari India, Pakistan, negara-negara Afrika dan Malaysia.

Masjid terbabit juga dijadikan tempat solat Jumaat. Tidak jauh dari situ turut terdapat dua lagi masjid.

Biarpun kekuatan dan penyatuan Islam atas satu fikrah kelihatan begitu gah namun aspek kebersihan agak ketinggalan.

Ini dapat dilihat pembungkus makanan dan tin boleh dilihat  di mana sahaja terutama kawasan kedai di sekitar al-Haram.

Bagaimanapun pihak kerajaan menempatkan ramai petugas bahagian kebersihan untuk mengutip kembali sampah yang dibuang.

Sementara itu dalam perkembangan lain tambang teksi ke Masjidilharam sebelum ini hanya SR10 telah meningkat kepada SR15.

Biarpun jarak hanya 850 meter namun kadar tambang meningkat mulai hari ini.

Keadaan itu kemungkinan jalan ke Masjidilharam banyak yang ditutup pihak keselamatan mulai hari ini berikutan peningkatan jemaah haji. – HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Bumi Makkah sejuk seketika dibasahi hujan

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42311-bumi-makkah-sejuk-seketika-dibasahi-hujan

MAKKAH: Petang semalam bumi kota suci Makkah sejuk seketika akibat dicurah hujan yang agak lebat.

Sebelum itu kedengaran dentuman guruh dua kali di langit dan diikuti kehadiran awan hitam.

Sebaik selesai solat Asar kira-kira jam 5.15 petang hujan turun dengan agak lebat.

Sebelum hujan turun angin agak kencang bertiup, namun lebih perlahan berbanding petang kelmarin.

Hujan yang mencurah-curah dianggap rahmat bagi penduduk tempatan kerana ia sesuatu yang jarang berlaku.

Hujan menyebabkan air bertakung di jalan berlopak.  Malah aliran air juga deras di kawasan agak berbukit.

Sebahagian jemaah haji yang sedang bertawaf juga basah kuyup. Ada juga berpayung sambil mengelilingi Kaabah.

Titisan air juga jelas kelihatan mengalir jatuh dari corong emas yang terletak di penjuru kaabah.

Sebaik sahaja hujan reda petugas kebersihan Masjidilharam sibuk membersih kawasan dataran yang comot akibat selut melekat di selipar orang ramai.

Mereka terpaksa bekerja keras memandang dataran tersebut digunakan sebagai tempat solat.

Dengan bantuan jentera pencuci kerja-kerja membersihkan kawasan dataran dapat disiapkan menjelang solat Maghrib.

Hujan yang agak lebat juga menyebabkan jalan berselut sehingga pergerakan orang ramai ke masjidilharam menjadi perlahan.

Awan mendung di langit sekitar Kaabah kelihatan sejak minggu lepas. Orang ramai dapat melihat dengan jelas seperti tanda-tanda hendak hujan.

Sementara itu dalam perkembangan lain lebih ramai lagi jemaah haji dari seluruh dunia tiba di sini.

Deretan bas boleh dilihat memanjang di semua jalan  sehingga menghampiri Dataran Masjidilharam.

Ketibaan jemaah haji tanpa mengira masa dari awal pagi sehingga tengah malam. – HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji berdepan kejadian ribut

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42298-jemaah-haji-berdepan-kejadian-ribut

MAKKAH: Jemaah haji yang berjalan ke Masjidilharam petang semalam berdepan pengalaman menakutkan apabila berdepan kejadian ribut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang memperlihatkan debu berterbangan di udara.

Keadaan itu seperti jerebu di Malaysia yang menyebabkan penglihatan agak terhad. Bangunan-bangunan tinggi sukar dilihat dari jarak jauh.

Begitu juga Masjidilharam sukar dilihat dari jarak jauh. Kedengaran juga bunyi zink yang digerak angin.

Pembungkus plastik pula berterbangan di udara setinggi bangunan tiga tingkat.

Agak mengejutkan apabila beberapa titisan hujan jatuh ke jalan raya. Ia dapat dirasai orang ramai yang berjalan ke masjid. Tiga titis air hujan juga jatuh ke badan penulis.

Ribut yang berlaku kira-kira 15 minit menyebabkan peniaga membawa masuk ke dalam kedai barangan yang digantung di luar bangunan.

Ribut yang melanda juga memedihkan mata mereka yang berada di luar bangunan.

Ekoran kejadian yang berlaku itu menyebabkan pengurusan Tabung Haji yang berpusat Hotel Land Premium di Jalan Al Hijrah melarang jemaah haji keluar ke masjid.

Malah ada jemaah haji yang sudah berada di jalan raya kembali semula ke maktab bagi mengelakkan mata menjadi pedih.

Biarpun berdepan kejadian ribut namun ramai jemaah haji tetap meneruskan perjalanan ke masjid. - HARAKAHDAILY 28/8/2016         

Sumber HD - 28-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42294-jemaah-haji-sedar-hilang-wang-selepas-bahu-dipeluk

MAKKAH: Kehadiran jutaan manusia di sini memberi peluang pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang.

Kesesakan manusia sehingga terpaksa berhimpit-himpit dalam perjalanan ke masjid, mendedahkan jemaah haji terhadap sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kesesakan begitu ketara berlaku di sekitar Safwan dan Clock Tower serta dataran burung merpati apabila jemaah bertembung dari arah Al Misfalah dan jalan di sekitarnya.

Keadaan tambah sesak apabila banyak pihak berniaga di atas jalan sehingga mengganggu kelancaran perjalanan.

Tidak kurang juga ada pihak meminta sedekah daripada orang ramai.

Ada antara mereka terutamanya budak-budak dipercayai kaum kulit hitam berlakon seperti tangan kudung.

Mereka hanya menampakkan siku dan menyembunyikan tangan di dalam lengan baju.

Budak-budak terbabit menyanyikan lagu Adis Ababa dan Ali Baba sambil menagih simpati orang ramai.

Namun mereka cukup marah apabila ada pihak memegang tangannya yang disembunyikan di sebalik lengan baju.

Di tengah-tengah kekalutan itu semalam ada jemaah haji dari Malaysia difahamkan diragut pihak tidak bertanggungjawab.

Jemaah haji wanita tersebut difahamkan dalam perjalanan ke masjid didekati wanita berkulit hitam.

Menurut sumber selepas dipeluk di bahu beliau baru menyedari kehilangan wang yang disimpan dalam beg sangkut.

Katanya, wanita terbabit yang tinggal di Hotel Land Premium kehilangan SR600 yang disimpan dalam beg terbabit. - HARAKAHDAILY 27/8/2016

Sumber HD - 27-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jumaat di Makkah seumpama solat Raya Haji

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42291-jumaat-di-makkah-seumpama-solat-raya-haji


MAKKAH: Jumaat di Makkah dan Madinah akhir Zulkaedah sekarang dilihat seumpama Hari Raya Haji.

Lautan manusia memenuhi setiap ruang Masjidilharam. Jam 9 pagi orang ramai sudah menyerbu masuk ke dalam masjid.

Kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia memperlihatkan setiap jalan menuju ke masjid penuh dengan arus manusia.

Penduduk tempatan yang tinggal di luar kota Makkah juga sejak petang semalam sudah berada di kawasan masjid.

Masjidilharam yang masih dalam proses pembesaran tidak dapat menampung kehadiran jutaan manusia.

Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang datang lewat terpaksa menunaikan solat di kawasan dataran masjid.

Khutbah Jumaat yang disampaikan imam juga menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi imam sebak ketika berkhutbah.

Suasana tambah sendat lagi ketika selesai solat Jumaat. Manusia berbondong-bondong keluar sehingga menyebabkan setiap ruang menjadi sendat.

Ada ketikanya pergerakan manusia terhenti kerana tidak dapat menampung jutaan manusia.

Lautan manusia boleh dilihat di setiap jalan. Arus pergerakan manusia boleh dilihat sayup mata memandang. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Ada jemaah haji tidur di kaki lima bangunan

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42286-ada-jemaah-haji-tidur-di-kaki-lima-bangunan

MAKKAH: Kota suci ini turut menjadi tumpuan mereka yang "bergeladangan" apabila menjadikan kaki lima gedung perniagaan sebagai tempat untuk bermalam.

Ramai yang mengambil kesempatan tidur beralaskan beg dan tikar di kaki lima pusat membeli belah.

Malah tidak kurang juga yang tidur di ruang solat Masjidilharam. Fenomena itu boleh dilihat pada waktu malam sehingga menjelang Subuh.

Ribuan yang mengambil kesempatan itu sehingga agak menyukarkan orang yang datang awal untuk solat sunat di Madjidilharam.

Mereka hanya bangkit selepas azan pertama dilaungkan muazin sejam sebelum menjelang waktu Subuh.

Situasi itu boleh juga dilihat di Dataran Masjidilharam di mana ramai mengambil kesempatan melelapkan mata sehingga menjelang solat Subuh.

Tabiat tidur di Masjidilharam juga berlaku sebaik seusai solat waktu. Namun apa yang agak pelik sebaik bangkit mereka terus menunaikan solat.

Malah petugas masjid juga terpaksa mengejutkan setengah daripada mereka apabila menjadikan karpet sebagai alas kepala.

Difahamkan mereka yang tidur menumpang di kaki lima, jemaah haji tempatan dan negara berdekatan yang tidak mampu menyewakan bilik hotel. – HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kesesakan di Masjidilharam makin ketara

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42278-kesesakan-di-masjidilharam-makin-ketara

MAKKAH: Ibadat umrah dan haji bukan sahaja perlukan ilmu dan pengetahuan, namun keupayaan fizikal juga amat penting.

Setiap hari setiap jemaah perlu berulang alik ke Masjidilharam sekurang-kurangnya 8 km.

Jarak itu belum lagi diambil kira ibadat tawaf dan saie yang perlu disempurnakan lebih 4 km.

Bagaimanapun bagi yang ada kemampuan mereka boleh memilih menginap di hotel berhampiran Masjidilharam. Kosnya boleh mencecah ratusan ribu RM.

Selain terpaksa berjalan kaki jarak yang jauh, setiap jemaah haji diuji dengan kesesakan yang luar biasa.

Setiap kali menjelang waktu solat Dataran Masjidilharam begitu sendat. Kita boleh melihat deretan manusia memenuhi segenap ruang di jalan raya dan dataran.

Kesesakan memanjang sehingga ke pintu utama Madjidilharam. Dataran bukan sahaja menjadi tempat solat, sebaliknya ramai berbaring dan tidur di waktu malam.

Seorang pesara kerajaan dari Kota Bharu, Mohamad berkata pada peringkat awal agak rimas berdepan dengan suasana kesesakan di Masjidilharam dan Madinah, namun sekarang sudah biasa.

Katanya kita boleh menemui pelbagai bangsa dan warna kulit yang datang dari seluruh dunia.

"Sebelum ini kita jarang kita menemui orang Cina yang beragama Islam, namun di sini bilangan mereka begitu ramai.

"Kita kagum biar pun sudah berusia namun masih gagah berjalan malah lebih laju daripada kita," katanya.

Malam tadi mereka yang menunaikan umrah berdepan kesesakan agak teruk ketika tawaf dan saie.

Keadaan tambah sesak apabila petugas kebersihan masjid melakukan kerja-kerja mencuci lantai di kawasan Kaabah.

Seorang jemaah umrah dari Besut berkata sikap orang ramai yang berhenti berdoa berhampiran Hajaratul Aswab menyebabkan kesesakan ketika tawaf begitu ketara.

Menurutnya keadaan menjadi agak kelam kabut apabila jemaah dari Indonesia bergerak dalam kumpulan yang besar sehingga menghimpit orang lain.

"Sikap jemaah yang tawaf dan saie sambil membaca buku juga menghalang orang lain untuk bergerak lebih cepat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Penempatan orang Patani di pinggir Makkah

ASLANI M | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42265-penempatan-orang-patani-di-pinggir-makkah

MAKKAH: Jangan terkejut jika anda menemui agak ramai penduduk tempatan di sini boleh bercakap dialek Kelantan.

Rupa-rupanya terdapat beberapa penempatan yang didiami orang Melayu yang berasal dari Patani, Thailand.

Antaranya kawasan penempatan berbukit tidak jauh dari Hotel Land Premium dan kubur Mala'.

Mereka termasuk Abdullah Ismail berasal dari Patani, berhijrah ke sini sejak 14 tahun lepas.

Katanya ketika awal datang ke sini beliau bekerja dengan orang Arab bagi menampung kehidupan keluarga.

Bagaimanapun beliau sekarang mengusahakan perniagaan sendiri.

Beliau turut mengambil upah badal haji dengan mengenakan bayaran sebanyak SR1,300 dan korban kambing sebanyak SR350 seekor sempena Aidiladha.

"Saya lakukan sendiri ibadat korban di Mina. Jemaah yang menyertai korban boleh melihat sembelihan yang dilakukan," katanya di sini.

Berpuluh tahun lepas ramai ulama dari Kelantan dan Patani berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Antaranya Tok Kenali yang lebih 10 tahun menuntut ilmu agama di Makkah termasuk berguru ulama terkenal Patani, Sheikh Daud Patani.

Seorang pelajar berasal dari Tanah Merah Kelantan pula memberitahu beliau dan empat lagi rakan menuntut secara talaqi di sini.

Beliau datang ke Makkah pada 2004 tinggal bersama rakan di sebuah penempatan.

"Pada musim haji saya berkhidmat dengan badan yang mengurus haji termasuk Tabung Haji.

"Saya juga berkhidmat sambilan dengan sebuah travel umrah milik seorang Datuk dari Kelantan," katanya.

Seorang lagi rakyat Thailand yang sudah lama bermastautin di sini memberitahu ramai orang Patani sudah mampu membeli rumah sendiri di Makkah.

Selain orang Patani, penduduk yang berasal dari Indonesia juga ramai tinggal di Makkah dan Madinah.

Ramai juga dalam kalangan mereka berkhidmat sebagai pemandu bas dan petugas kebersihan di Masjidilharam. – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Masjidilharam terima tetamu seluruh dunia

ASLANI M | .






http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42252-masjidilharam-terima-tetamu-seluruh-dunia

MAKKAH: Menyaksikan ribuan manusia berbodong-bodong keluar dari segenap jalan jam 4 pagi begitu mengujakan.

Muslim dari seluruh dunia dengan pelbagai rupa dan warna kulit berjalan laju ke Masjidilharam.

Tidak kurang juga yang sudah berusia gagah melangkah ke masjid. Mereka antaranya dari India, Pakistan, Kazastan dan pelbagai lagi negara.

Jemaah haji dari Malaysia agak bernasib baik di mana hotel penginapan mereka kurang 1 km dari Dataran Masidilharam.

Sedangkan jemaah haji dari Pakistan, India, Thailand dan banyak lagi negara lain tinggal di hotel lebih 1 km.

Petang semalam rombongan jemaah haji penerbangan KT 18 sampai di Makkah selepas bertolak dari Madinah jam 10 pagi.

Mereka ditempatkan di Hotel Land Premier yang terletak berhadapan balai bomba dan pejabat pos.

Hotel tersebut terletak kira-kira 850 meter dari Dataran Madjidilharam.

Selepas solat Isyak rombongan seramai hampir 500 jemaah dibawa melakukan umrah dengan melakukan tawaf dan saie.

Ada kalangan jemaah terutamanya yang agak berusia selesai menyempurnakan rukun umrah jam 2 pagi.

Seorang warga emas dari Tumpat Mohamad, 72 berkata beliau dan isteri selesai menyempurnakan umrah kira-kira jam 2 pagi.

"Pak cik tidak boleh tawaf macam orang lain kerana keuzuran. Itu pun alhamdulillah dapat juga menyempurnakan tawaf dan saie.

"Selepas saie pak cik tidak jumpa hendak cari jalan ke hotel, jadi terpaksa pula meminta bantuan seorang pemuda menunjukkan jalan ke hotel," katanya. – HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Wanita Patani jual cincin permata di Madinah

ASLANI M | .




 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42232-wanita-patani-jual-cincin-permata-di-madinah                                                                                                                                                                                                                                                                                                               MADINAH: Menjelang musim haji merupakan detik yang ditunggu peniaga di sini bagi melariskan barangan jualan mereka.

Malah peniaga tempatan juga menghafal banyak perkataan dalam bahasa Melayu. Paling mudah disebut mereka 'murah-murah, Malaysia Boleh dan jangan marah.

Selain peniaga tempatan dalam kalangan penduduk keturunan Arab, ramai juga kaum Badawi terutamanya perempuan berniaga secara kecil-kecilan.

Mereka menjual pelbagai jenis kain, pakaian dan alatan ibadat lain. Tidak perlu memiliki gudang perniagaan sendiri, sebaliknya menghampar tikar atau menggunakan gerai beroda.

Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain terutamanya selepas setiap waktu solat fardu. Namun ketika melayan pelanggan, mata mereka sering menjeling ke arah anggota polis.

Ada ketika belum sempat pelanggan membayar, peniaga terbabit tiba-tiba membungkus barangan jualan setelah melihat kelibat anggota polis.

Di tengah-tengah kelompok golongan peniaga terbabit, kita juga boleh temui peniaga perempuan yang bertutur dialek Kelantan.

Mereka menjual barangan kemas untuk wanita, cincin dan batu permata di lorong masuk ke lobi hotel dan kaki lima kedai.

"Kami berasal dari Patani, Thailand dan sudah tinggal di sini," ujar peniaga terbabit ketika ditemui di kaki lima hotel.

Ada cincin lelaki yang dijual dengan harga SR20 dan cincin wanita SR5 sebentuk.

Malah kedai di bawah hotel yang menjual barangan kemas sering menjadi tumpuan jemaah haji wanita dari India, Pakistan dan Indonesia.

Kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia seumpama musim durian runtuh kepada peniaga di Madinah.

Harga makanan pula agak terasa iaitu setiap potong kek dijual dengan SR1. Begitu juga roti tempayan dengan kuah ayam SR12.

Sementara itu kerja-kerja membersih Masjid Nabawi dilakukan siang dan malam. Jam 2 pagi petugas sudah berpadu tenaga melakukan kerja-kerja membersih.

Sebahagian besar pekerja terbabit berasal dari Bangladesh dan Pakistan. – HARAKAHDAILY 21/8/2016

Sumber HD - 21-8-2016

----------------------------------------------------------

Masjid Nabawi makin sesak dengan jemaah

ASLANI M | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42221-masjid-nabawi-makin-sesak-dengan-jemaah                                                                                                                                                                                                                                                                                                          MADINAH: Masjid Nabawi hari ini penuh sesak dengan kehadiran jutaan manusia dari seluruh dunia.

Kelazimannya masjid ke tiga tempat suci di dunia itu, melimpah ke luar, kecuali ruang solat muslimat.

Hari ini jam 11 pagi masjid sudah sendat dengan manusia. Biar pun masjid sudah melimpah namun orang ramai masih bertali arus memasuki ruang  dewan solat.

Bagaimanapun sebahagian yang memasuki masjid terpaksa keluar semula kerana tiada ruang lagi.

Orang ramai terpaksa menunaikan solat di ruang bahagian luar masjid, dataran masjid penuh sesak. lebih-lebih lagi wanita pun menunaikan datang solat Jumaat.

Kehadiran orang ramai ada kaitan musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 19/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 19-8-2016                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------         


























Peniaga di Madinah enggan terima RM

ASLANI M | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42215-peniaga-di-madinah-enggan-terima-rm                                                                                                                                                                                                                                                                                                                MADINAH: Sebelum ini peniaga di sini sedia menerima RM ketika membeli barangan di kedai mereka, namun sekarang tidak lagi.

Restoran di Hotel Al-Haram juga enggan menerima RM yang dihulur jemaah haji ketika membeli kuih.

Ketika ini RM menjunam teruk berbanding awal tahun lepas. Ketika itu RM lebih tinggi berbanding SR (Saudi Riyal).

Malangnya sekarang kalau ditukar RM1,000 kita hanya mendapat sekitar SR900.

Malah kelmarin ketika penulis menukar RM900 di sebuah pusat pengurup wang hanya mendapat SR828.

Begitu juga minggu lepas di Kota Bharu Kelantan, ketika penulis menukar RM1,000 pengurup wang meminta ditambah RM8 lagi untuk mengenapkan SR900.

Situasi yang berlaku itu bertentangan dengan laporan media yang cuba menggambarkan ekonomi Malaysia semakin pulih.

Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara amat terasa kemerosotan RM berbanding
mata wang di negara asing.

Biar pun peniaga tempatan di sini sering menyebut Malaysia Boleh, namun hakikat kelembapan ekonomi negara kita tidak boleh dinafikan lagi.

Sementara itu jemaah haji dari Malaysia tinggal di beberapa hotel di sekitar Masjid Nabawi termasuk al-Haram, Saha dan Anwar.

Paling ramai jemaah haji Malaysia di tempatkan di Hotel al-Haram dan Anwar.

Kesesakan dirasai di Hotel al-Haram ketika waktu makan. Biar pun terdapat 8 lif, namun ia tidak menampung bilangan jemaah haji ketika waktu makan dan selepas solat.

Kesesakan berlaku di hadapan pintu lif. Malah ramai jemaah haji yang ditempatkan di tingkat 1 hingga 3 menggunakan tangga kecemasan. – HARAKAHDAILY 19/8/2016                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 19-8-2016                                                                                                                         ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


























Warga emas pun berselfi di Masjid Nabawi

ASLANI M | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42200-warga-emas-pun-berselfi-di-masjid-nabawi                                                                                                                                                                                                                                                                                                                MADINAH: Mungkinkah kerana pengaruh media sosial membolehkan kita menyaksikan fenomena jemaah berselfi di mana sahaja ruang di Masjid Nabawi.

Tidak kira usia, kecil, besar, tua dan muda mengambil ruang berselfi di mana sahaja di sekitar masjid tersebut.

Namun agak mengejutkan apabila jemaah kalangan warga emas turut berselfi menggunakan telefon pintar masing-masing.

Boleh dikatakan hampir semua jemaah haji tanpa mengira usia memiliki telefon pintar. Paling menarik perhatian apabila ramai yang merakam gambar dalam masjid ketika dilimpahi jutaan manusia.

Pagi tadi sebelum solat Subuh kelihatan seorang warga emas dari India merakam video pergerakan orang ramai dalam masjid.

Usia yang agak lanjut tidak menghalang warga emas itu berdiri di celah-celah saf bagi merakam gambar.

Pentaksub selfi paling teruja merakam wajah mereka di celah-celah lautan manusia yang berbondong-bondong keluar masjid seusai solat waktu.

Telefon pintar jenama Samsung paling banyak nampak di tangan jemaah haji dari seluruh dunia.

Rombongan jemaah haji dari Kelantan dan negeri lain tiba lagi pagi semalam dengan KT21. Penerbangan dari Kota Bharu akan diteruskan pada 26 hingga 28 Ogos ini.

Penerbangan akhir dari Malaysia dijangka berakhir pada minggu pertama September hadapan. – HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 18-8-2016                                                                                                                         ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


























Muslim Thailand lebih mudah tunai haji

ASLANI M | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42179-muslim-thailand-lebih-mudah-tunai-haji                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     MADINAH: Penduduk Muslim Thailand agak bernasib baik, tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji.

Sedangkan rakyat Malaysia terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun bagi membolehkan menunaikan haji.

Seorang jemaah haji dari Yala memberitahu penduduk Muslim Thailand tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan haji seperti rakyat Malaysia untuk menunaikan haji.

Katanya penduduk yang mendaftar tahun ini pun boleh menunaikan haji.

"Saya hanya daftar tahun lepas untuk menunaikan ibadat haji. Namun tidak menunaikan haji lagi kerana belum cukup wang.

"Hanya tahun ini saya dan isteri datang menunaikan ibadat haji," kata Mohamad yang mengusahakan perniagaan tom yam di Pulau Pinang.

Beliau ditemui di Masjid Nabawi hari ini.

Menurutnya tahun ini jemaah haji dari Thailand seramai 8,000 orang.

Katanya Thailand sepatutnya mendapat kuota 10,000 orang, namun kerajaan negara itu memulangkan 2,000.

Beliau berkata kuota itu diberi kepada negara lain termasuk Indonesia dan Malaysia memandangkan mempunyai bilangan penduduk Muslim lebih ramai.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan jemaah haji penerbangan KT 18 hingga 21 dibawa melawat makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi dan tanah perkuburan Baqi. – HARAKAHDAILY 16/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD  - 16-8-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah awal dari serata dunia mula banjiri Madinah

ASLANI M | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42157-jemaah-awal-dari-serata-dunia-mula-banjiri-madinah                                                                                                                                                                                                                                                                                              MADINAH: Kota Raya Madinah kini mulai sibuk menerima tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia sebagai persediaan awal menghadapi ibadat haji yang akan bermula 8 zulhijah ini.

Lapangan terbang diraja Madinah mulai sibuk dengan kedatangan pesawat yang semakin bertali arus.

Pagi kelmarin peawat dari Malaysia membawa hampir 500 jemaah mendarat dengan pesawat KT18, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut membawa jemaah dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur mendarat di lapangan terbang Madinah jam 8.30 pagi.

Selepas menunggu hampir 4 jam di lapangan terbang, jemaah kemudian dibawa ke hotel di sekitar Masjid Nabawi.

Sebelum itu ketika dalam perjalanan ke Madinah pesawat agak bergegar ketika melewati Lautan Hindi.

Malah keadaan yang serupa juga dialami jemaah haji yang datang lebih awal ke Arab Saudi.

Ketika melalui kawasan Masjid Nabawi, orang ramai memenuhi masjid sehingga keadaan kelihatan begitu sendat. – HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 15-8-2016                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                     
Kenytaan rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi
Posted on Tuesday, July 05 @ 10:25:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang yang ingin bergerak menuju ke kawasan Masjid melalui kawasan tanah lapang tempat letak kereta.


Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya Dr Muhammad bin Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.

Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua Tanah Haram dan semua negara kaum muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij ISIS.

Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan:

Sumber TKO - 5-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 dilapor maut akibat letupan di luar Masjid Nabawi

Posted on Tuesday, July 05 @ 06:17:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah











http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30900

MADINAH: Dua orang dilaporkan terbunuh dalam satu letupan di luar Masjid Nabawi di bandar raya ini, malam tadi.

Menurut laporan Al Jazeera, gambar dalam media sosial menunjukkan kepulan asap daripada satu kebakaran di luar masjid berkenaan.

Punca letupan itu belum dapat dipastikan segera. Ada beberapa laporan beranggapan ia satu insiden pengebom bunuh diri manakala yang lain menyebut berlaku letupan gas.

Sementara itu, dalam satu laporan berasingan, AP menyebut satu letupan berlaku di bandar raya suci itu apabila dua pengebom bunuh diri bertindak menyerang di dua bandar raya berbeza tanpa membunuh sesiapa.

Laman web Sabq melaporkan imej menunjukkan ada kebakaran di luar salah satu bangunan yang bertentangan dengan Masjid Nabawi. Setakat ini, belum jelas sama ada sesiapa terbunuh atau pun cedera, menurut laporan itu. - Agensi

Sumber TKO - 5-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masjidil Haram Sesak Pada Malam Kemuncak Ramadan

Posted on Sunday, July 03 @ 20:26:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30876


MAKKAH: Lebih tiga juta umat Islam membanjiri Masjidil Haram pada malam 27 Ramadan yang disifatkan sebagai  kemuncak ibadat di Tanah Suci pada bulan mulia ini.
Hampir setiap ceruk dan sudut di laluan masuk Masjidil Haram dipenuhi jemaah tempatan dan luar negara.

Semua merebut peluang untuk mengikuti solat terawih dan qiamulail pada Jumaat malam. Imam Sheikh Abdul Rahman Sudais dan Bandar Balila mengimamkan qiamulail dan diakhiri dengan doa qunut yang menusuk hati.

Sebahagian besar jemaah yang berhimpun dan menghidupkan  10 malam terakhir di Tanah Suci Makkah adalah dari negara Arab, Mesir, Maghribi, Turki, Pakistan, India, Sudan dan Nigeria.


Pada malam 27 Ramadan juga ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan ibadat umrah, bersedekah dan melakukan pelbagai amalan sepanjang hari terutama selepas solat Jumaat.

Sesudah solat Asar, ramai yang mula bersedekah di kaki lima hotel dan berhampiran kawasan masjid.

Usai solat Maghrib, kawasan di dataran Kaabah dipenuhi umat Islam yang menunaikan tawaf umrah dan sunat.

Aras dua kawasan tawaf di dalam masjid turut dipenuhi jemaah bertawaf. Begitu juga suasana di bukit Safa dan Marwah yang dibanjiri jemaah untuk menyempurnakan ibadat umrah.

Secara kebetulan malam 27 Ramadan pada Jumaat sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau di sekitar laluan menuju ke masjid.

Masjidil Haram mula menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.

Malah, kawasan luar masjid , kaki lima hotel , lobi hotel dan semua tempat beli belah turut menjadi ruang solat berjemaah .




Sumber TKO - 3-7-2016



--------------------------------------------------------------------------------
18 cedera rempuhan di Mekah

Posted on Sunday, July 03 @ 06:27:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30865



RIYADH: Seramai 18 orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, pada malam Jumaat di Mekah, lapor akhbar Al-Riyadh.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika umat Islam berkumpul beramai-ramai bagi mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

Akhbar itu melaporkan semua mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian, memetik kenyataan seorang pegawai kesihatan.

Sebelum ini, satu kejadian rempuhan di Mina pada 24 September tahun lalu mengakibatkan ratusan jemaah haji meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, pihak keselamatan Arab Saudi mengetatkan lagi langkah keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bermula pada musim haji tahun ini, para jemaah dari Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dibekalkan gelang tangan keselamatan elektronik dengan kod bar bagi memudahkan pengecaman identiti.



Sumber TKO - 3-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Awas air zam-zam palsu dijual di Mekah

HARAKAHDAILY | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41712-awas-air-zam-zam-palsu-dijual-di-mekah

Pihak kerajaan Mekah memberi amaran kepada para jemaah umrah mahupun warga untuk tidak membeli air zam-zam yang banyak dijual di pinggiran jalan-jalan semasa bulan suci Ramadhan kerana tidak sesuai dengan standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Saudi.

Peringatan itu disampaikan pihak berkuasa kerajaan Mekah setelah pada minggu lalu berjaya merampas 5 tan air zam-zam yang dijual di jalan-jalan oleh para pedagang nakal seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

"Kami akan mengambil tindakan lanjut terhadap kegiatan penjualan air zam-zam illegal ini kerana tidak mempunyai permit jualan dan kesihatan," ujar Datuk Bandar daerah pasaran di kota Mekah, Mamdouh bin Mohammed Iraki.

Mamdouh menyeru para jemaah dan warga untuk terus mengambil air zam-zam dari kompleks Masjidil Haram dan tidak membeli air zam-zam yang dijual di pinggir jalan. (Eramuslim)

Sumber HD - 27-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Saudi rasmi tempat tawaf baru awal Ramadhan

HARAKAHDAILY | .

Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci, semalam mengumumkan akan merasmikan tempat tawaf baru pada awal bulan suci Ramadhan yang dijangka dapat menampung kira-kira 107,000 jamaah.

Dalam keterangan Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci di akaun twitter rasminya menyatakan tempat tawaf baru akan mampu menampung 107,000 jamaah dan digunakan 30,000 jamaah tawaf setiap jam.

Tidak hanya perluasan, Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci juga telah menyiapkan 21,000 karpet baru khusus di Masjidil Haram sahaja untuk menyambut tetamu Allah yang akan menunaikan ibadah umrah pada bulan suci Ramadhan. (Eramuslim)

Sumber HD - 29-5-2016

Masjidil Haram Sediakan Tempat Cas Telefon Bimbit Untuk Jemaah

Posted on Saturday, May 14 @ 07:34:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SEIRING dengan kemahuan semasa, Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi kini mempunyai tempat khas untuk pengguna mengecas telefon bimbit mereka.

Menurut laman tempatan Saudi Gazeette, khidmat cas telefon bimbit telah dilancarkan oleh Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan jumlah sebenar tempat mengecas telefon bimbit berkenaan.

Difahamkan, soket-soket khas bagi mengecas telefon itu disediakan di kawasan utama jemaah berada di merata Masjidil Haram.

Setiap pengecas boleh menampung sebanyak lapan telefon bimbit dalam satu masa dan hanya dibenarkan mengecas selama lima minit apabila masjid itu sesak.

Sementara itu, pihak Masjidil Haram tidak akan mengambil tanggungjawab sekiranya ada telefon bimbit yang hilang atau rosak.

Oleh itu, para jemaah yang mengunakan khidmat pengecas itu dinasihati berada berhampiran telefon bimbit masing-masing.

Pada Oktober tahun lalu,  Presiden Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mengumumkan pelaksanan khidmat mengecas telefon bimbit baru itu.


Kebenaran ini bagi memudahkan para jemaah yang dijangka memuncak semasa musim bulan Ramadan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-5-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Mekah sedia gabung dalam 10 bandar terbaik dunia

HARAKAHDAILY | .


SETIAUSAHA Perancangan Strategik dan Pemantauan Mekah, Adel Saleh Feeda berkata, kerajaan Saudi mempunyai visi untuk menjadikan Mekah sebagai salah satu bandar terbaik daripada 10 bandar terbaik di dunia.

Dilapor Anadolu Agency, semalam visi kota Mekah menjadi salah satu bandar terbaik dunia dapat dibuktikan dengan adanya perkhidmatan bandar yang mempunyai kualiti standard hidup tinggi.

Feeda mengatakan bahawa pemerintahannya mempunyai 37 projek di Mekah, melalui pelbagai perubahan dari strategik, misi, nilai-nilai sampai tujuan.

Dalam sebuah wawancara dengan media tempatan, Feeda mulai memantau prestasi semua pegawai dan pekerja melalui kad prestasi dengan sistem cap jari. Sistem itu dijangka akan menjamin profesionalisme pegawai.

Feeda menambah, kerajaan Saudi mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan kejayaan 50 orang pegawai yang telah berkhidmat Makkah Municipality, termasuk beberapa setiausaha.

Peranan jabatannya adalah untuk membuat rancangan strategik dalam mewujudkan tujuan kota Mekah sebagai bandar terbaik dunia.

"Kami membuat pelbagai rancangan strategik untuk pembangunan Mekah menjadi slah satu bandar terbaik dunia. Kami juga menyelaras dengan kepala jabatan lain untuk memenuhi tujuan tersebut," ujar Feeda. [Islampos]

Sumber HD -  20-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terkini Di dalam Masjidil Haram

Posted on Saturday, April 09 @ 13:18:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Kerja membuka semula Mataf bertingkat dn Pemasangan Payung Gergasi. Kawasan Tawaf agak padat sedikit...moga jemaah yg pergi bulan April/ Mei...byk bersabar..





Sumber TKO - 9-4-2016


Mataf Keliling Kaabah Diruntuh 1 April

Posted on Wednesday, March 30 @ 19:13:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Mataf, binaan berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah, yang digunakan oleh jemaah haji dan umrah ketika menunaikan tawaf di Masjidil Haram akan diruntuhkan secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Pengurus Tapak Binaan Premier Composite Technologies, Hairul Nizam Baharuddin, berkata kerja-kerja meruntuhkan mataf akan mengambil tempoh 29 hari dan dijadualkan mataf tidak lagi digunakan menjelang Ramadan.

Beliau yang bertindak sebagai jurutera pembinaan mataf dan projek perluasan Masjidil Haram berkata, kerja-kerja meruntuhkan mataf itu bagaimanapun tidak menjejaskan jemaah untuk mengerjakan tawaf.

Katanya, jemaah boleh mengerjakan tawaf seperti biasa tetapi dinasihatkan tidak menghampiri zon larangan sepanjang tempoh komponen mataf dibuka bagi tujuan keselamatan dan sebagai usaha mengelakkan kejadian tidak diingin.


“Ruang untuk menunaikan solat dan bertawaf menjadi sedikit terhad dan boleh menimbulkan kesesakan tetapi pastikan jemaah mematuhi arahan laluan ke ruang perkarangan Kaabah dengan bantuan sekuriti dan mutawif,” katanya.

Mataf dibina untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram dan lebih khusus untuk jemaah berkerusi roda, berusia dan mereka yang berkeluarga. Ia mula dibuka kepada jemaah seminggu sebelum Ramadan pada 2013 untuk memudahkan mereka tawaf dan solat.

Mataf mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan sering menjadi tumpuan jemaah untuk bertawaf selepas Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Seluruh binaan mataf yang menggunakan teknologi bahan komposit kukuh dari simen dan batu bata tidak lagi digunakan menjelang Ramadan pada Jun ini kerana arahan meruntuhkannya sudahpun diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hairul Nizam, berikutan kerja-kerja meruntuhkan mataf, kesesakan dan kesukaran untuk bertawaf dan bersolat dijangka dihadapi jemaah kerana projek perluasan serta naik taraf Masjidil Haram belum siap sepenuhnya.

Kawasan tawaf akan hanya tertumpu di perkarangan Kaabah dan ini boleh menjejaskan kelancaran ketika tawaf, terutama pada Ramadan dan musim haji tahun ini.

Sumber TKO - 30-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Semoga urusan pencarian anak saya dipermudah

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan menjejaki rakyat Malaysia, Nor Azimah Ibrahim yang dilaporkan hilang di Madinah, pada 19 Dis lepas.

Bapa mangsa Ibrahim Abdul Rahman, 54, yang masih berada di Madinah memberitahu Bernama antara pihak tampil membantu adalah pelajar, pengiring (mutawif) Malaysia serta guru-guru agama yang mengajar di Masjid an-Nabawi.

"Saya berdoa kepada Allah semoga urusan pencarian anak saya (Nor Azimah) dipermudah dan berharap dia ditemui selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ibrahim berkata beliau dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana mempunyai urusan keluarga, dan kembali ke Arab Saudi sekiranya Nor Azimah ditemui.

Mangsa bersama bapa dan ibunya Zamhani Zakaria, 52, berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas, dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.

Pada hari kejadian, mangsa yang berasal dari Selangor dan merupakan seorang ibu tunggal, berada dalam keadaan tidak sihat serta tidak mengikuti ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilaporkan hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi. - Bernama

Sumber HD - 5-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Arab Saudi belum tetap tarikh bayaran pampasan

BERNAMA | .


BALING: Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa yang cedera dan waris jemaah haji yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 Sept lepas.
  
Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, proses tersebut dijangka memakan masa yang lama memandangkan jumlah mangsa yang terlibat adalah banyak dan daripada pelbagai negara.
  
"Jadi kita minta waris mangsa yang terlibat untuk bersabar sedikit, mungkin dalam Januari ini saya akan beri kenyataan penuh berkaitan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman telah memerintah pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.  
  
Terdahulu, Abdul Azeez melancarkan program Khatan Perdana anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, melibatkan lebih 1,000 kanak kanak berusia 7 hingga 15 tahun.
  
Sebanyak 22 doktor dan seorang mudim kampung terbabit dalam program khatan itu yang dilakukan secara percuma.
  
Mudim tersebut Mohd Rizal Abd Ghani, 40, dari Kampung Pantai Cicar Kuala Ketil, di sini berkata khidmat mudim kampung masih lagi diterima masyarakat terutama musim cuti persekolahan.
  
"Setiap tahun musim cuti sekolah, saya dan keluarga yang boleh melakukan khatan mampu melakukan khatan lebih seribu kanak kanak setiap tahun di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak," katanya.
  
Berpengalaman mengkhatankan kanak kanak sejak beliau berusia 16 tahun hingga kini, Mohd Rizal yakin masyarakat akan terus mengunakan khidmat mudim kampung walaupun trend terkini yang menggunakan khidmat doktor.
  
"Saya masih mengamalkan bacaan surah Al-Quran di telinga kanak kanak yang hendak dikhatankan dan mengunakan daun pisang untuk membalut luka dan mengunakan bahan ubatan tradisional warisan keluarga mudim untuk menyembuhkan luka," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 14-12-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemaah haji yang ditemui selepas hilang selamat pulang



















































































































































































































































BERNAMA | .

SEPANG: Jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, yang ditemui selepas dilaporkan hilang semasa kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah bulan lepas, selamat tiba di tanah air pagi ini.
  
Kepulangannya pada 7.45 pagi dengan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH8243 disambut dengan linangan air mata oleh anggota keluarga yang sabar menunggu selepas dua kali penerbangannya ditunda berikutan kematian isterinya Embon Ibrahim, 64, di Makkah pada Sabtu lepas.
  
Abdul Muluk, 71, yang kelihatan sihat, tersenyum lebar ketika bersalaman dengan anak cucunya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  
Suasana bagaimanapun bertukar sayu apabila seluruh anggota keluarganya menitiskan air mata ketika pihak Tabung Haji (TH) tiba dengan troli berisi bagasi isterinya.
  
Ketika ditemui pemberita, dia menyatakan kegembiraannya dapat kembali ke tanah air walaupun terkilan isteri tercinta tidak dapat pulang bersama.
  
Diminta menceritakan kembali saat kehilangannya ketika kejadian kren tumbang, Abdul Muluk yang dikatakan seorang pelupa, menyatakan tidak dapat mengingati mengapa dia mengikuti kumpulan jemaah Thailand untuk makan dan minum bersama tanpa menyedari kehilangannya menimbulkan kebimbangan banyak pihak.
  
"Kita biasalah seronok orang ajak makan dan minum sebab mereka tengok saya seorang. Selepas itu ada orang kita (Malaysia) bawa saya kembali ke tempat penginapan jemaah Malaysia," katanya.
  
"Ketika di Makkah jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dan kami hanya berjumpa sekali sekala. Tetapi saya bersyukur isteri saya dapat selesaikan urusan haji," kata Abdul Muluk.
  
Isterinya, Embon, yang menghidap radang paru-paru meninggal dunia pada 10 malam Sabtu (5 petang waktu Makkah) selepas menerima rawatan kira-kira empat minggu di sebuah hospital yang diuruskan TH di Makkah.
  
Pasangan berkenaan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 30 Sept lalu tetapi dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan akibat keadaan Embon yang tidak sihat dan kemudian dijadual pulang pada 12 Okt.
  
Susulan itu, kepulangan Abdul Muluk ditangguhkan lagi kepada hari ini bagi menyelesaikan segala urusan pengebumian isterinya.
  
Sementara itu anak ketiganya, Faridatul, 39, berkata dia gembira saat melihat kelibat bapanya di balai ketibaan KLIA, namun perasaan itu bertukar sedih selepas melihat bagasi tertera nama ibunya yang telah bersemadi di Tanah Suci.
  
"Saya terkilan sebab tidak dapat bercakap dengan emak sebelum dia meninggal dunia. Kali terakhir dapat berhubung tiga minggu sebelum emak meninggal dunia iaitu beberapa hari selepas abah ditemui selamat," katanya.
  
Menurut menantunya, Azrin Aripin, 40, ibu mertuanya mengadu batuknya tidak sembuh dan kedengaran agak lemah ketika kali terakhir dihubungi.
  
"Emak memang ada batuk tetapi kami tidak sangka boleh melarat. Rakan sebiliknya memberitahu kami, emak sering sakit tetapi dia mahu juga laksanakan haji dan apabila keadaannya semakin teruk mereka panggil pihak TH," katanya.
  
Azrin berkata seluruh anggota keluarganya bagaimanapun bersyukur ibunya sempat melaksanakan segala rukun haji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak TH atas segala bantuan yang dihulurkan. - BERNAMA

Sumber HD - 15-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TH tidak cadang hadkan umur jemaah elak mati di Makkah

BERNAMA | .


GEORGE TOWN: Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
  
Beliau berkata pihaknya akan mengikut sistem sedia ada dan mana-mana jemaah, tidak mengira umur, yang berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh TH layak untuk mengerjakan ibadah haji.  
  
"Kalau awak tanya saya semua orang nak (mengerjakan ibadah haji) umur-umur itu, sebab masa itu dia mampu pun. Bila tiba masa cukup duit umur mereka dah 60 tahun, mana boleh kita tak benarkan.
  
"Tabung Haji akan buat yang terbaik dalam konteks kesihatan. Kita ada pasukan perubatan yang baik yang akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga semua jemaah kita daripada sudut kesihatan. Selain daripada itu kita berserahlah kepada Allah. Ada yang umur 50 tahun, 45 tahun meninggal dunia juga," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ismail Abdul Salam yang meninggal dunia di Makkah, di kediamannya di Bukit Gedung di sini, hari ini.
  
Allahyarham Mohd Ismail, 66, yang menunaikan haji bersama isterinya Fatimah Beevi Mohamed Sultan, 60, meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia) di Hospital King Faizal Makkah, pada 5 Okt lepas. Fatimah Beevi dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat ini.
  
Abdul Azeez berkata sebanyak 33 kematian melibatkan jemaah haji Malaysia untuk musim haji ini dengan tujuh kematian disebabkan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, insiden rempuhan di Mina (satu kematian) dan 25 kematian disebabkan sakit biasa.
  
Katanya kematian disebabkan sakit biasa itu membabitkan jemaah yang telah berusia.
  
"Jika diikutkan tahun-tahun yang lalu (jumlah kematian jemaah haji) lebih kurang sama. Lazimnya kematian berlaku selepas hari wukuf, selepas selesai melontar, selesaikan tawaf haji, disebabkan virus dan sebagainya," jelas beliau.
  
Beliau berkata penerbangan terakhir jemaah haji ke tanah air pada 28 Okt ini.
  
Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohd Ismail, Siti Aminah, 24, berkata ini merupakan ibadah haji pertama Allahyarham dan ayahnya turut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berangkat ke tanah suci.
  
"Kali terakhir bercakap dengan Allahyarham pada Hari Raya Aidiladha. Kami terima dan redha dengan ketentuan Allah. Sedih memanglah sedih, semua orang kalau boleh nak cium mak ayah dia...tapi tidak mengapalah. Saya doa yang terbaik untuk bapa," katanya. - Bernama

Sumber HD - 7-10-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video perkahwinan pengubat rindu isteri

BERNAMA | .

ALOR SETAR: Video perkahwinan yang dihasilkan oleh Allahyarham Zulkifly Samad, 50, yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina baru-baru ini menjadi pengubat rindu buat isterinya, Suriahanim Abd Hamid.

Suriahanim, 40, berkata beliau akan memainkan video klip itu setiap kali teringatkan Allahyarham suaminya yang maut dalam insiden pada 24 Sept lepas.

Eksekutif Kanan Akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu berkata video memaparkan koleksi gambar perkahwinan mereka disimpan dalam telefon bimbitnya bagi memudahkannya menonton setiap kali teringatkan suami.

"Video itu menjadi pengubat kerinduan saya terhadapnya. Itu adalah kenangan sepanjang hidup kami bersama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) Allahyarham Zulkifly bersama-sama lebih 700 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, di Mina.

Suriahanim berkata sebelum kejadian dia dan arwah suaminya sempat bermaaf-maafan sebelum bertolak ke Mina dan Zulkifly tidak meninggalkan sebarang pesanan terakhir kepadanya.

Beliau berkata akan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu mengenai insiden itu kepada anak lelaki tunggal mereka, Hasan Zakiy, 3, hasil perkahwinan mereka sejak tiga tahun lepas.

"Kalau nak beritahu sekarang mungkin dia (Hasan) tidak mengerti mengenai kejadian yang menimpa ayahnya. Bila dia faham baru saya akan cerita kepadanya," katanya.

Katanya anak lelakinya itu sering melihat gambar arwah ayahnya menerusi telefon bimbit ibu saudaranya sepanjang mereka berada di Makkah.

Dia berkata akan ke Tanah Suci Makkah tahun hadapan bagi mengerjakan umrah seperti yang dirancang oleh arwah suaminya sebelum ini dan akan menziarahi pusara Zulkifly. - BERNAMA

Sumber HD - 6-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Melawat Bandar 100,000 Khemah di Mina

Posted on Thursday, October 01 @ 14:18:39 MYT by paktam

Mina adalah sebuah bandar kecil yang terletak di dalam lembah yang rendah di wilayah Makkh, di barat Arab Saudi, kira-kira 8 km ke timur kota suci Mekah. Meliputi kawasan seluas 20 km persegi lembah, khemah meliputi setiap kawasan lapang - sejauh mata memandang, tersusun, baris demi baris. Ia adalah khemah untuk para jemaah haji bermalam dalam tempoh 5 hari setiap musim haji. Pada hari-hari lain disepanjang tahun, Mina hampir ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti.

Terdapat lebih daripada 100,000 khemah berhawa dingin di Mina menyediakan tempat tinggal sementara kepada 3 juta jemaah haji. Khemah-khemah berukuran 8 meter x 8 meter dan dibina daripada gentian kaca yang disalut dengan Teflon untuk memastikan rintangan yang tinggi kepada api.

Pada asalnya jemaah membawa khemah mereka sendiri yang akan didirikan di dataran rata Mina. Selepas haji berakhir, khemah akan dibongkar, segala-galanya dibungkus dan dibawa balik.

Kemudian sekitar tahun 1990-an, kerajaan Saudi mengambil inisiatif memasang khemah tetap bagi meringankan jemaah daripada beban perlu membawa peralatan perkhemahan sendiri. Tetapi selepas kebakaran besar yang melanda bandar khemah ini yang membunuh hampir 350 jemaah pada tahun 1997, 'bandar kalis api' sementara telah dibina.


Khemah-khemah dibahagikan kepada beberapa kem, setiap satu mempunyai dinding sendiri, dan disambungkan ke kem-kem lain dengan laluan. Setiap kem dilengkapi dengan dapur, bilik mandi dan kemudahan wuduk. Setiap khemah berkod warna mengikut negara dan nombor, dan semua jemaah sepatutnya mempunyai lencana dengan warna dan bilangan mereka di atasnya.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, bandar ini mengalami perubahan besar-besaran dengan pelaburan kerajaan berbilion-bilion riyal ke dalam banyak projek infrastruktur bagi meringankan ritual fizikal yang memenatkan pada setiap tahun. Rangkaian keselamatan kebakaran yang komprehensif yang terdiri daripada material sensitif haba air pemercik dikaitkan dengan sistem penggera telah dilaksanakan untuk mengelakkan tragedi 1997 daripada berulang.









sumber: amusingplanet

Sumber DD - 1-10-2015      

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Berdoalah wahai para hujjaj


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



1. Mereka yang diberi kemudahan oleh Allah untuk mengerjakan ibadah Haji adalah orang yang sangat bertuah. Antaranya kerana mereka berpeluang untuk berdoa kepada Allah subhanahu wa taala pada waktu, tempat dan situasi serta keadaan yang terbaik untuk berdoa.

2. Pertamanya mereka berada pada waktu yang sangat baik dan afdhal untuk berdoa iaitu waktu wukuf di Arafah sebagaimana Hadis riwayat Tirmizi, Nabi saw bersabda;

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: "Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah".

3. Keduanya, mereka di tempat yang paling afdhal untuk berdoa iaitu di dalam Masjid Haram, di dalam Hijir Ismail yang merupakan sebahagian Kaabah, di belakang Maqam Ibrahim, di tempat Tawaf, di Safa dan Marwah dan antara Safa dan Marwah ketika Saei, di Arafah, di Masy'aril Haram, di Jamrah Sughra, Wusta dan Aqabah selepas melontar.

4. Ketiganya, mereka berada di situasi terbaik untuk berdoa iaitu ketika sedang beribadah. Mereka berada dalam keadaan ihram Haji, keadaan berwukuf, keadaan bermalam di Mina, keadaan tawaf dan dalam keadaan saei. Mereka juga boleh berdoa sebagai seorang musafir yang dimustajab doanya.

5. Mereka boleh membanyakkan solat untuk berdoa ketika sujud di Masjidil Haram dan seluruh kawasan Haram Makkah. Nabi saw bersabda:

{ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ }  .
"Keadaan terdekat seorang hamba dengan Rabbnya ialah di saat dia sujud. Justeru, banyakkanlah berdoa" [Hadis riwayat Muslim]

Nabi juga bersabda:

{صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ المَسْجِدَ الحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِي المَسْجِدِ الحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ}.
"Satu solat di Masjidku lebih afdhal berbanding 1000 solat di tempat lain kecuali Masjid Haram. Solat di Masjid Haram lebih afdhal berbanding 100,000 solat di tempat lain."  [Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah].

6. Ramai yang minum air zamzam kerana kehausan semata-mata akibat kepanasan. Sedangkan zam zam boleh diminum dengan pelbagai niat dan tujuan.

Nabi saw bersabda:

" مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ ، فَإِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ مُسْتَعِيذًا عَاذَكَ اللَّهُ ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ لِيَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ "
"Air zamzam adalah berdasarkan tujuan apa ia diminum. Sekiranya kamu minum bertujuan memohon kesembuhan pasti Allah sembuhkan. Sekiranya kamu minum memohon perlindungan pasti Allah lindungkan. Sekiranya kamu minum untuk menghilangkan kehausan pasti Allah hilangkan"

وَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ إِذَا شَرِبَ مَاءَ زَمْزَمَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا وَاسِعًا ، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ " .

Ibnu Abbas radiyallahu anhu apabila minum zamzam berdoa; Ya Allah aku mohon ilmu yang bermanfaat, rezki yang lapang dan kesembuhan daripada segala penyakit".
[Hadis Sahih riwayat Hakim].

Tidak sedikit yang hadir ke Mekah dalam keadaan menderita pelbagai penyakit kronik seperti kanser. Mohonlah doa kepada Allah agar disembuhkan dengan berkat minum air zamzam.

Imam Nawawi menyebut dalam kitab Tahzib al-Asma', maksud Hadis ialah sesiapa yang minum untuk hajat tertentu ia pasti mendapatnya. Ia telah dicuba oleh para Ulamak dan Solihun untuk pelbagai hajat dunia dan akhirat lalu mereka memperolehinya dengan izin Allah.

Antara pedoman minum zam zam sebagaimana dihurai oleh para Ulamak antara mereka Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj ialah berkata;

Ya Allah! Sesungguhnya Nabi-Mu bersabda bahawa Air Zamzam berdasarkan tujuan ia diminum. Sesungguhnya aku minum zam zam ini dengan tujuan sekian sekian. Bismillah....lalu diteguk beberapa teguk.

Dilakukan seumpama itu sebanyak 3 kali. Itulah antara pedoman oleh Ulamak ketika minum zam zam.

[Boleh juga rujuk perincian adab minum zamzam dalam Ensiklopedia Islam keluaran Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi Arabia - http://www.al-islam.com/Page.aspx?pageid=695&BookID=510&PID=9467&SubjectID=19760 ]

Sebahagian ulamak pula berpandangan boleh berdoa selepas selesai minum air zam zam.

7. Doa adalah ibadah. Hal ini kerana  seseorang yang berdoa adalah seorang yang mengakui hakikat dia adalah hamba dan Allah adalah Tuhan yang mampu menunaikan hajat dan keperluannya. Itulah sebenar-benar ibadah atau perhambaan diri kepada Allah. Nabi saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
"Doa adalah ibadah"
[ Hadis Sahih riwayat Tirmizi ]

8. Amat rugilah sesiapa yang telah berpeluang untuk menunaikan haji tapi gagal untuk memanfaatkannya untuk benar-benar berdoa kepada Allah.

Sekian.

Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Isnin 14 Zulhijjah 1436 H / 28 September 2015
Jam 4.20 ptg Masjidil Haram.

# boleh rujuk 4 siri sebelumnya dengan melayari www.drtakiri.blogspot.com.

Sumber HD - 28-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tragedi Mina: Syahid Atau Persoalan Sikap?

Posted on Monday, September 28 @ 15:00:00 MYT by JackSparrow



Oleh: Nabieh Rahmat

Saya membayangkan jika ratusan ribu jemaah yang sedang melontar jamrah itu adalah bangsa Jepun. Adakah akan terjadi tragedi? Ataukah semuanya akan beratur dengan baik sambil menunggu giliran masing-masing untuk melaksanakan rukun haji tersebut?

Sudah ribuan orang meninggal dunia di Mina sejak 20 tahun yang lalu, kebanyakannya kerana berasak-asakan, tolak-menolak, dan bergaduh ketika sedang beribadah, termasuk kali ini yang telah menyebabkan kehilangan nyawa sedikitnya 700 orang.

Mari kita lihat tragedi-tragedi yang serupa dalam beberapa tahun terakhir :

Tahun 2006 - Lebih dari 360 jemaah meninggal akibat dipijak-pijak ketika sedang menjalankan ritual melontar jamrah di Mina, yang terletak sekitar lima kilometer dari Makkah.
Tahun 2004 - Sebanyak 244 jamaah meninggal dunia ketika para jemaah berasak-asak di Mina. Ratusan orang lainnya cedera dalam insiden di hari terakhir rukun haji tersebut.

Tahun 2001 - Akibat tolak-menolak di Mina menyebabkan 35 jemaah haji meninggal setelah terjatuh dan terpijak-pijak. Insiden tersebut terjadi di hari terakhir musim haji tahun itu.
Tahun 1994 - Sebanyak 270 orang meninggal dunia akibat terpijak-pijak ketika ritual melontar jamrah di Mina.

Julai 1990 - Sebanyak 1 426 orang jemaah haji terkorban dalam tragedi terowong Mina. Jemaah berebut-rebut, terjatuh dan terpijak-pijak ketika berada dalam terowong yang menghubungkan Makkah ke Mina dan Arafah.

Setelah sekian banyak tragedi yang terjadi, masihkah kita akan ‘mengejar keutamaan meninggal dunia di Mekah', walaupun sebenarnya banyak yang berpunca daripada tidak disiplin dan menzalimi para jemaah yang lain? Ataukah kita masih ingin mengejar keutamaan waktu-waktu tertentu walaupun ‘perlu' menyakiti para jemaah yang lain seperti tolak-menolak demi mencium Hajarul Aswad?

Bukankah Nabi SAW melarang bahkan untuk sekadar melangkah bahu jemaah yang datang lebih awal ketika solat Jumaat?

Lalu syahidkah mereka yang terkorban itu? Ia adalah urusan Allah SWT semata-mata, kerana Dia lah Sang Pemilik nyawa insan. Tetapi tidak berdisiplin dan tidak bersabar bahkan ketika sedang beribadat ada uatu yang perlu direnungkan dan dijadikan muhasabah.

Tahniah kepada pihak Tabung Haji kerana menjaga dan mengawal para jemaah dari Malaysia dengan sangat baik.

Sumber DD - 28-9-2015



























Ayatullah Iran: Kematian di Mina bukan isu kecil
Posted on Monday, September 28 @ 18:49:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tekanan kepada pentadbiran Arab Saudi susulan insiden rempuhan di Mekah dalam ibadat haji terus datang daripada Iran.

Ia kali ini datang daripada pemerintah tertinggi negara itu sendiri Ayatollah Ali Khamenei ketika Riyadh menuduh Tehran mempolitikkan bencana itu.

Dalam insiden itu lebih 700 jemaah haji terkorban, terburuk dalam tempoh 25 tahun. Jemaah daripada Iran antara yang teramai terkorban.

“Di sebalik menyalahkan itu ini, Saudi patut terima tanggungjawab dan meminta maaf kepada umat Islam dan anggota keluarga mangsa,” kata Khamenei dalam laman webnya, seperti dilaporkan Al Jazeera.

“Dunia Islam ada banyak soalan. Kemarian lebih daripada 1,000 orang bukan isu kecil. Negara-negara Islam patut tumpukan pada isu ini,” kata Khamenei.

Pihak berkuasa Iran mendakwa jumlah kematian lebih daripada seribu orang.

Khamenei (gambar) mengarahkan mayat warganegara Iran terkorban dikebumikan di tapak perkuburan orang-orang yang syahid.

Anggota parlimen Iran menyalahkan “salah urus dan ketidakmampuan” Arab Saudi.

Penunjuk perasaan berhimpun di kedutaan Arab  di Tehran sambil melaungkan “hancur Amerika Syarikat dan Arab Saudi”.

Seorang jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah (24 September) lepas setelah dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Seramai 717 jemaah haji terkorban setakat ini dalam kejadian rempuhan itu yang berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.

Sumber Malaysiakini

Sumber TKO - 28-9-20

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Suami sangat berhajat melontar pada waktu duha'

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi).

Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang.

"Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju.

"Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut Sunnah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 Sept) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina," katanya di sini.

Suriahanim berkata dia meminta suaminya pulang ke khemah Malaysia dahulu untuk berehat sebelum melaksanakan ibadat melontar, namun suaminya bertegas untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada waktu duha.

"Saya mendapat maklumat berkenaan insiden rempuhan di Mina itu pada kira-kira 1.30 tengah hari (kejadian pada 11.30 am) dan saya mula menelefon suami, tapi tak berjawab," katanya.

Suriahanim berkata beliau membuat laporan pada 11 malam hari kejadian kepada TH selepas suaminya masih tidak pulang ke khemah mereka.

TH kemudiannya melancarkan usaha mencari di sekitar kawasan Kompleks Jamrah (kawasan melontar) dan Mina tetapi gagal, sebelum tindakan terakhir dengan mencari di rumah mayat Muassiem di Mina.

"Terlalu berat ujian untuk saya dalam mengerjakan haji ini, arwah seorang suami yang sangat baik, tak pernah tinggikan suara, selepas hari terakhir di Mina (selepas selesai semua ibadat melontar semalam), saya balik ke Makkah dan di Masjidil Haram, saya solat taubat dan bersolat hajat.

"Selepas sahaja selesai solat hajat pada kira-kira 1.30 petang (27 Sept), Tabung Haji hubungi saya untuk membawa saya bagi proses pengecaman," katanya yang memiliki seorang anak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan bersama arwah suaminya itu.

Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara'ik di Makkah pada 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina, malam tadi.

Lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku pada 11.30 pagi pada 24 Sept lepas di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata TH hanya mula dibenarkan untuk membuat pemeriksaan terhadap jenazah yang terkorban dalam insiden rempuhan itu bermula semalam (27 Sept).

"Jenazah dikebumikan berkapankan kain ihram yang dipakainya, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa," katanya. - Bernama

Sumber HD - 28-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TH mengesahkan seorang Jemaah Haji Malaysia meninggal dalam rempuhan Mina
Posted on Monday, September 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Makkah, 27 September 2015. Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan seorang jemaah haji di bawah kelelolaan Tabung Haji meninggal dunia di dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah yang lalu selepas dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Jemaah haji yang terlibat adalah Zulkifly Samad berumur 50 tahun beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang Selangor yang berasal dari Johor. Pihak Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang telibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.

Pihak Tabung Haji telah membuat semakan dan pengumuman melalui siaraya di khemah jemaah pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari kejadian. Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan Jemaah.

Pada sebelah malam jam 11.00 Suria Hanim Bt Abdul Hamid, isteri Zulkifly Samad telah membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke khemah. Dalam laporan tersebut, isterinya mengakui bahawa suaminya tidak bersama dengan Jemaah Tabung Haji dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasullulah ke Mina.

Menurut Suria Hanim panggilan terakhir telah dibuat kepada suami beliau adalah pada jam 7.15 pagi, 10 Zulhijjah. Dalam perbualan telefon tersebut, suami Suria Hanim memaklumkan beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah haji negara lain dari Muzdalifah.

Setelah menerima aduan tersebut para petugas haji memulakan usaha mencari jemaah tersebut di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina yang diketegorikan tersasar.

Pada hari ini jam 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji telah membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim di mana pasukan perubatan telah menemui satu jenazah rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam keadaan yang sempurna.

Pasukan perubatan Tabung Haji telah mengesahkan jenazah tersebut melalui identifikasi yang ada pada jenazah tersebut. Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan Jenazah tersebut adalah Zulkifly Samad.

Pihak Tabung Haji amat berdukacita dengan insiden yang tersebut. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan para syuhada..

YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 



Sumber TKO - 28-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Renungan Dari Bumi Suci (IV)

Ibadah Haji Menggamit Renungan Terhadap Siri-Siri Ujian Allah Terhadap Ibrahim Alaihissalam

1. Ibadah Haji adalah sunnah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dengan perintah Allah selepas membina kembali Kaabah yang telah runtuh sejak zaman Nuh alaihissalam.

2. Ibadah Haji mengajak para jemaah Haji khususnya dan umat Islam umumnya untuk menghayati sejarah hidup Ibrahim alaihissalam yang dipenuhi dengan ujian dalam bentuk perintah dan pengalaman kehidupan namun ianya dapat disempurnakan dengan baik oleh Ibrahim. Allah berfirman;

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ

“Dan ingatlah ketika mana Ibrahim diuji oleh Rabbnya dengan beberapa kalimah (perintah) lalu dia menyempurnakannya. Allah berfirman; Sesungguhnya Aku jadikan kamu bagi manusia sebagai pimpinan ikutan”
{Surah al-Baqarah ayat 124}



3. Ulamak memberikan beberapa tafsiran bagi maksud “kalimah”. Antaranya menurut Ibnu Abbas ia bermaksud syariat Islam. Kata sebahagian Ulamak ia bermaksud perintah dan larangan. Kata yang lain pula ia merujuk kepada risalah kerasulan. Menurut Imam Qurtubi tafsiran-tafsiran tersebut tidak jauh maksudnya.

4. Ujian Ibrahim alaihissalam bermula dengan kehidupan membesar dalam masyarakat yang syirik kepada Allah dengan menjadikan patung-patung sebagai sembahan.

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً ۖ إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (74)

“Dan ingatlah tatkala mana Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar; adakah kamu menjadikan patung-patung berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya saya melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata”.
{Surah al-An’am ayat 74}

5. Setelah dilantik menjadi Nabi baginda berhadapan dengan raja yang kufur dan zalim sehingga akhirnya baginda dibakar dengan api. Allah menyelamatkan Ibrahim alaihissalam sebagaimana firman-Nya.

قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ . قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَخْسَرِينَ

“Mereka berkata; bakarlah Ibrahim dan bantulah tuhan-tuhan kamu sekiranya kamu lakukan. Kami berfirman; wahai api, jadilah kamu sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim. Mereka mahu kenakan terhadap Ibrahim satu kejahatan lalu Kami jadikan mereka di kalangan orang yang paling rugi”
{Surah al-Anbiya ayat 68-70}



6. Ibrahim berhijrah meninggalkan bumi kelahiran di Iraq ke bumi Palestin dengan perintah Allah. Kemudian baginda ke bumi Mesir berikutnya kembali menetap di Palestin. Hijrah meninggalkan kampung halaman adalah ujian kejiwaan yang besar.

{وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ}

“Dan berkata Ibrahim; sesungguhnya saya berhijrah kepada Rabb saya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana”.
{Surah al-Ankabut ayat 26}

7. Ibrahim alaihissalam diuji dengan isteri cantik bernama Sarah yang cuba diganggu oleh Raja Mesir yang jahat sehingga baginda berhelah dalam bicara untuk menyelamatkan isteri baginda sebagaimana hadis Sahih Bukhari yang panjang menceritakannya. Dengan izin Allah Sarah terselamat daripada gangguan Raja tersebut lalu Sarah dikurniakan Hajar sebagai khadam untuk berkhidmat kepada Sarah.

8. Seterusnya Ibrahim alaihissalam diuji dengan tidak mendapat anak sehingga usia yang sangat tua. Tidakkah kehidupan berkeluarga tanpa anak merupakan satu ujian perasaan? Namun doanya yang dipanjatkan tanpa putus akhirnya dikabulkan oleh Allah. Baginda dikurniakan dua anak, Ismail dan Ishak pada usia tua daripada dua isteri. Allah berfirman menceritakan kesyukuran Ibrahim:

“الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء”

“Segala pujian kesyukuran adalah milik Allah yang mengurniakan bagiku dalam keadaan tua Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Rabbku benar-benar Maha mendengar doa”.
{Surah Ibrahim ayat 39)

Menurut Ibnu Abbas, sebagaimana dinukilkan oleh Imam Qurtubi, Ismail dilahirkan ketika Ibrahim berusia 99 tahun manakala Ishak dilahirkan ketika baginda berusia 112 tahun.



9. Setelah mendapat anak menerusi isteri kedua seterusnya isteri pertama pada usia tua, Ibrahim alaihissalam diuji lagi dengan ujian perpisahan dengan salah seorang anak yang disayangi beserta isteri baginda. Baginda diarahkan untuk membawa anaknya Ismail beserta isterinya Hajar untuk ditinggalkan bersendirian jauh di bumi Mekah yang gersang tanpa tanaman, tanpa sumber air dan tidak berpenghuni ketika itu. Bagaimana mereka mahu hidup tanpa sebarang sumber makanan? Namun keyakinannya ialah ianya adalah perintah Allah. Maka ia dilaksanakan dengan jayanya.

Ibrahim bertawakkal kepada Allah dengan doa ;

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ

“Wahai Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriatku di satu lembah yang tiada tanaman di sisi Rumah-Mu yang diberi kehormatan”.
{ Surah Ibrahim ayat 37}

10. Dengan kehendak Allah bumi Mekah berkembang menjadi kampung berkat sumber air zamzam yang dikurniakan oleh Allah kepada Hajar dan Ismail.

11. Apabila anak bernama Ismail yang tinggal berjauhan itu membesar, Ibrahim di arah dengan perintah baru pula iaitu menyembelih anak tersebut. Ujian itu pun berjaya dilalui dengan jaya.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

“Maka tatkala Ismail menjangkau (usia) boleh berusaha beserta Ibrahim, Ibrahim berkata; wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku bermimpi menyembelih kamu maka lihatlah apa pandanganmu. Ismail berkata; wahai bapa kesayanganku. Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu. Kamu akan dapati diriku sekiranya diizinkan Allah tergolong di kalangan orang-orang yang sabar”.
{ Surah al-Sooffat ayat 102 }



12. Seterusnya Ibrahim diarah bersama Ismail membina kembali Kaabah di tapak asal yang telah runtuh sekian lama. Perintah itu juga dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sebaik dibina Ibrahim berdoa kepada Allah dengan beberapa siri doa yang dirakamkan oleh al-Quran.

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan tapak-tapak binaan Baitullah (Kaabah) beserta Ismail sambil berdoa; Wahai Rabb kami, terimalah daripada kami. Sesungguhnya Kamulah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”
{Surah al-Baqarah ayat 127}

13. Berikutnya Ibrahim alaihissalam diarahkan pula membuat perisytiharan kepada orang ramai untuk mereka datang mengerjakan ibadah Haji di Mekah.

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27)

“Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh”
{Surah al-Haj ayat 27}

Allah memberi tunjuk ajar kepada Ibrahim segala aturcara ibadah Haji bermula dengan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar di Jamrah, bermalam di Mina, tawaf di Kaabah dan saei di Masjidil Haram.

14. Perisytiharan Haji oleh Ibrahim alaihissalam disambut oleh manusia dengan kehendak dan izin Allah. Sehingga kini manusia tidak putus datang menghidupkan Makkah dengan ibadah Haji malah juga untuk mengerjakan umrah.



15. Semuanya memberi pahala yang berpanjangan kepada Ibrahim sebagai nabi yang memulakan sunnah amalan ibadah ini.

16. Benarlah janji Allah untuk Ibrahim setelah kejayaannya melalui pelbagai ujian Allah;

قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ

“Allah berfirman; Sesungguhnya Aku jadikan kamu bagi manusia sebagai pimpinan ikutan”
{Surah al-Baqarah ayat 124}

Ujian ketaatan, kesabaran dan ibadah Ibrahim menjadi ikutan bagi manusia. Ikutan ini menjadikan Ibrahim memperolehi pahala yabg berpanjangan berasaskan kaedah hadis “sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik maka dia mendapat pahala tersebut dan pahala orang-orang yang mengikutinya”. (Hadis Sahih Muslim)

17. Berbahagialah Ibrahim alaihissalam yang berjaya menunaikan segala ujian Allah dengan sempurna. Sejauh mana pula kejayaan kita melalui ujian-ujian kehidupan bagi mendapat redha Allah?

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahad 13 Zulhijjah 1436 H / 27 September 2015. Jam 9 pg Makkah al-Mukarramah

Sumber BO - 27-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























11 badal haji untuk jemaah Malaysia yang meninggal




























MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Tabung Haji (TH) melaksanakan 11 badal haji bagi Musim Haji 1436H untuk jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum hari Wukuf pada 23 Sept lepas.
  
Daripada 11 badal haji itu, tujuh adalah untuk jemaah yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas.
  
Tujuh jemaah berkenaan ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor;  Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah.
  
Pengurus Operasi Bimbingan TH Tengku Aziz Raja Abdullah berkata empat lagi badal haji melibatkan jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum hari wukuf.
  
“Sebanyak 16 kematian melibatkan jemaah haji Malaysia untuk musim haji ini dengan 11 daripadanya kita laksanakan badal haji sementara empat lagi akan dilaksanakan untuk musim haji depan. Seorang lagi jemaah pernah menunaikan haji (badal haji tidak perlu dilakukan untuk jemaah yang pernah menunaikan haji)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
  
Badal haji merupakan perkhidmatan tambahan TH untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau menghidapi penyakit yang tidak mungkin sembuh.
  
TH melakukan badal haji tahun ini untuk empat jemaah yang meninggal dunia pada hari Wukuf dan belum menyelesaikan beberapa rukun dan wajib haji seperti melontar, tawaf dan saie.
  
Empat jemaah lagi, yang badal hajinya akan dilakukan TH pada musim haji depan, meninggal dunia akibat sakit jantung atau sesak nafas, sebelum menjelangnya hari Wukuf.
  
Tengku Aziz juga berkata hari ini, lebih 22,000 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan ibadat haji masing-masing selepas menyempurnakan semua rukun dan wajib haji. - Bernama

Sumber HD - 27-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Krisis, waktu Allah memanggil kita

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


PADA setiap waktu dan saat, takdir Allah SWT pastinya akan mengatasi tadbir manusia. Manusia hanya mampu berusaha dalam kadar yang amat terbatas, sedang Allah mentadbir dengan takdirnya yang serba sempurna.

Manusia hanya mampu berusaha dengan kadar kemampuan yang diizinkan Allah. Sedangkan Allah menentukan apa sahaja tanpa perlu perkenan dari mana-mana atau dari sesiapa. Itulah hakikat yang perlu disedari oleh setiap insan bergelar muslim.

Lihat saja apa yang berlaku sepanjang musim haji 1436H ini. Bermula tragedi runtuhan kren pada 11 September, diikuti kebakaran hotel Sakaf Al-Barakah pada 17 September dan terakhir tragedi di Mina 24 September, tidak siapa yang menduga dan menyangka terjadinya setiap musibah bencana.

Di sinilah kita berhadapan dengan persimpangan antara kejadian sebenar dan hakikat takdir. Dalam banyak keadaan, sebagai manusia yang serba lemah, sukar untuk kita memahami bahasa komunikasi dari Allah SWT.

Namun bila direnung dan dihayati, itulah kasih sayang Allah kepada manusia sebagai hambaNya. Janji Allah dalam kitabNya telah memberi banyak perisyaratan dan peringatan. Pada setiap masa dan ketika manusia itu akan diuji.

Ujian itulah kayu pengukur tahap keimanan manusia. Lebih dari itu, ujian itulah bahasa Tuhan untuk memanggil kita agar hampir kepadaNya.

Dalam setiap waktu dan ketika, kasih sayang Allah itu sentiasa melebihi kemurkaannya. Pemurahnya Allah sentiasa mengatasi apa yang direzekikan kepada manusia. PengampunanNya sentiasa mengatasi keceluparan kita yang mungkin saja bermaksiat terhadapNya.

Terkadang amat sukar untuk kita mengerti isyarat dan tanda kasih sayang Allah kepada kita selaku hambaNya. Boleh saja terlintas di fikiran, “apakah dosa para jemaah haji itu hingga ditimpakan musibah sedemikian rupa?”

Namun, itulah sunnahNya mengangkat darjat hamba yang dikasihi dalam kehidupan duniawi demi kehidupan akhirat yang abadi. Apa yang perlu hanyalah mendidik sikap kita agar redha dengan ketentuanNya.

Berkata itu mudah. Namun mengotakan apa yang dikata teramat sukar dan memedihkan. Tiada jalan lain selain merapatkan diri kita kepadaNya agar diberi hidayah dan kekuatan untuk faham apa yang ditakdirkan.

Bagaimana Allah mentakdirkan tragedi sebagai ujian di kota suci Mekah, begitulah kuasa Allah mentakdirkan kocakan yang berlaku dalam gerakan politik Islam di negara ini.

Mungkin saja kita terfikir, apakah isyarat hinggakan Allah menentukan perpecahan yang begitu terhiris dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mutakhir ini? Kenapa pendukung Islam diuji sedemikian hingga terpecah dua, tiga atau sebegitu rupa?

Tidak lain tidak bukan, di situlah Allah mengisyaratkan kepada kita, ujian Allah itu pasti tiba. Apakah kita ini sekadar pandai berkata-kata namun tewas bila ujian menimpa? Apakah benar Islam diperjuangkan atau Islam yang kita pergunakan untuk kepentingan duniawi semata-mata?

Dengan karenah politik yang sifatnya dinamik, kebijaksanaan para pendukung Islam sekali lagi diuji. Pada waktu inilah beberapa persoalan wajar diberi perhatian dan pertimbangan.

Pertamanya sudah sediakah kita menjadikan kitab al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai rujukan? Islam telahpun cukup ramuan dan petunjuk untuk dirujuk dalam setiap krisis dan percanggahan. Apakah telah kita berbuat demikian? Bersama-sama menginsafi diri, kembali kepada Allah dan perbetulkan setiap kekhilafan.

Keduanya dengan politik yang sifatnya serba dinamik, apakah kita telah cukup bersedia mendepani pelbagai situasi dalam sistem demokrasi yang semua kita tahu kelemahan yang ada? Bagaimana misalnya kekeruhan hingga menyebabkan perpecahan ini ingin dijelaskan kepada sekian ramai rakyat yang akan mengundi kelak?

Jangan disalahkan rakyat bila mereka terus terkeliru “Islam yang mana satu untuk diikut”. Kenapa berlaku Islam itu di parti sini dan Islam di parti sana?

Dalam mendepani situasi inilah saya berpandangan tidak salah untuk disiapkan minda kita dengan pertimbangan berikut. Politik yang dinamik memungkinkan segalanya. Perpecahan hari ini boleh jadi penyebab kesatuan yang lebih utuh pada masa hadapan.

Justeru, tidak wajar sama sekali untuk setiap dari pendukung Islam saling mengeluarkan kata tohmah atau cacian yang sewenang-wenang kepada pendukung Islam lain tanpa diasaskan kepada ilmu. Teruslah berkritik dan memberi pandangan kritis asal saja dalam batasan dan kewarasan hujah. Tunjukkan Islam itu rahmat dan perbezaan itu suatu kebaikan.

Destinasi kita hanya satu iaitu menuju redha Allah SWT. Jangan kerana perselisihan ini memusnahkan sama sekali ukhuwah yang terbina selama ini.

Apalah yang ingin digusarkan dengan pertikaian yang terlalu kecil ini jika dibandingkan dengan huru-haranya qiamat nanti? Sedialah untuk berlapang dada moga sinar dapat dilihat di celah-celah kabus yang mengaburi pandangan.

Jadikanlah kesempatan yang ada untuk kita mengadu dan merintih kepada Allah SWT. Merayulah kepadaNya agar disatukan hati-hati pendukung Islam demi mendukung cita-cita yang satu.

Rintihlah kepadaNya agar diberi petunjuk dan kekuatan agar kita mampu menguasai politik negara demi Islam yang diyakini. Sedarlah bahawa saat ini Allah sedang memanggil kita. - HARAKAHDAILY 26/9/2015

Sumber HD - 26-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Tiada jemaah M'sia terbabit kebakaran khemah di Mina

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Satu kebakaran yang dilaporkan berlaku pada Jumaat di khemah penempatan jemaah haji di Mina tidak membabitkan jemaah Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata dalam kejadian pada petang Jumaat itu, ia berlaku di perkhemahan jemaah haji dari Mesir dan dipercayai berpunca daripada sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

'"Tiada jemaah haji Malaysia terlibat. Semua anggota keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu risau kerana mereka semua berada dalam keadaan baik,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Menurut berita dalam laman web Mesir, Al-Youm al-Sabea, satu khemah milik jemaah haji Mesir terbakar semasa mengerjakan ibadah haji pada Jumaat.

Laporan itu menyebut lapan jentera bomba dan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian, dan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu tidak lama kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan juga tahap kemusnahan di dalam kejadian itu setakat ini. - Bernama

Sumber HD - 26-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Renungan Dari Bumi Suci (III)

Oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Bumi Mina Mencatat Sejarah Titik Mula Perkembangan Dakwah Nabi Ke Yathrib
Para jamaah Haji bermula malam ini bermalam selama 3 malam di Mina. Ia sebahagian wajib Haji. Mereka dikehendaki bermalam melebihi tempoh separuh malam sekitar 5 jam setengah.

Diikuti dengan melontar 7 biji batu di setiap 3 jamrah keesokkannya selepas zohor.

2. Mina mempunyai sejarah menarik perkembangan dakwah Islam di zaman Nabi saw yang wajar dihayati oleh jamaah Haji yang sedang bermalam. Ia menjadi titik tolak untuk Islam berkembang di Yathrib, seterusnya Hijrah baginda yang membawa kepada pembentukan negara Islam Madinah.

3. Sejarahnya bermula selepas baginda kembali semula ke Mekah dari berdakwah di bumi Taif. Baginda saw mula menumpukan dakwah kepada jamaah haji yang bermalam di Mina bermula tahun ke 11 baginda menjadi Nabi. Baginda mengambil kesempatan kehadiran orang-orang Arab yang saban tahun mengerjakan haji berdasarkan agama Nabi Ibrahim.

4. Baginda masuk ke khemah-khemah mereka dan meminta izin untuk berbicara tentang Islam diiringi oleh Abu Bakar dan Ali. Akhirnya Allah membuka hati 6 orang pemuda Khazraj dari Yathrib untuk beriman dengan baginda saw. Ia menjadi titik mula perkembangan Islam di bumi Yathrib. Mereka kembali ke Yathrib dan mengambil tanggungjawab dakwah di Yahtrib. Kesannya ramai orang Yathrib terbuka hati menerima Islam.



5. Selanjutnya pada musim haji seterusnya (tahun ke 12 baginda menjadi Nabi) mereka hadir seramai 12 orang bertemu dengan baginda saw ketika bermalam di kawasan Mina juga. 10 orang daripada suku Khazraj termasuk 5 orang daripada 6 orang yang Islam pada tahun sebelumnya dan 2 daripada suku Aus.

6. Di saat itulah tercatat sejarah Baiah pertama dilakukan oleh baginda saw dengan mereka seramai 12 orang yang dikenali sebagai Baiah Aqabah kerana di menterai di kawasan Jamrah Aqabah.

7. Isi kandungan Baiah sebagaimana diriwayatkan oleh sahabat Nabi Ubadah bin Somit radiyallahu anhu bahawa Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih riwayat Bukhari:

” بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا ، وَلا تَسْرِقُوا ، وَلا تَزْنُوا ، وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ ، وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ ، وَلا تَعْصُونِي فِي مَعْرُوفٍ
“Hendaklah kamu berbaiah denganku untuk tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh anak-anak kamu, jangan mendatangkan berita palsu yang kamu reka di kalangan kamu dan jangan menderhakaiku dalam perkara ma’ruf.”
Baginda menegaskan lagi kebaikan menepati Baiah dan akibat melanggar Baiah;

فَمَنْ وَفَّى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا ، فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثَمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عنه ، وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ ” .

“Maka sesiapa yang menunaikan Baiah di kalangan kamu maka ganjarannya ditunaikan oleh Allah. Sesiapa yang melakukan sesuatu daripadanya (melanggar Baiah) lalu dia dihukum di dunia maka ia merupakan kaffarah bagi dirinya. Sesiapa yang melakukannya kemudian ditutup oleh Allah maka ia terpulanglah kepada Allah. Sekiranya Dia mahu Dia maafkan dan sekiranya Dia mahu Dia menghukumnya.”

Kata Ubadah “lalu kami berbaiah dengan baginda”

8. Baiah ini menjadi dalil keharusan bahkan sunnah berbaiah dengan pemimpin untuk melakukan perkara yang baik atau meninggalkan perkara haram.

9. Syirik, mencuri, zina, membunuh dan mereka-reka cerita bohong adalah haram dilakukan meskipun tanpa Baiah. Namun, Baiah menjadi akujanji yang mengikat diri mereka untuk tidak melakukannya. Sesiapa yang melanggar Baiah dan akujanji di samping berdosa kerana melakukan perkara-perkara haram tersebut, turut berdosa kerana melanggar Baiah. Kerana itu ia diberi amaran oleh Nabi saw kebarangkalian ia dihukum oleh Allah di dunia.



10. Baiah ini digelar kemudiannya sebagai Baiah Wanita kerana isi kandungan Baiah adalah sama seperti Baiah yang dibuat oleh Nabi saw dengan para wanita pada tahun ke 8 Hijrah ketika baginda membuka Kota Mekah. Ia disebut oleh Allah dalam surah Mumtahanah ayat 12.

11. Selepas Baiah ini mereka kembali semula ke Yathrib dengan iringan seorang Sahabat Mekah bernama Mus’ab bin Umair. Kerja dakwah diteruskan di Yathrib.

12. Kesannya, setahun kemudian (tahun ke 13 baginda menjadi Nabi) 70 orang lebih daripada Yathrib turun pada musim haji dan bertemu dengan baginda saw ketika bermalam di Mina.
13. Ketika inilah dimenterai satu lagi Baiah bersama Nabi saw, juga di kawasan Aqabah. Ia dikenali sebagai Baiah Aqabah II.

14. Ubadah bin Somit radiyallahu anhu yang hadir ketika Baiah pertama meriwayatkan bahawa;

بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ ، فِي الْيُسْرِ وَالْعُسْرِ ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ ، وَ أَلَّا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ ، وَأَنْ نَقُولَ أَوْ نَقُومَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا لَا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ .

Kami berbaiah dengan Nabi saw untuk mendengar dan taat ketika senang dan sukar, ketika cergas dan keterpaksaan, untuk kami tidak mempertikai arahan bagi yang berhak dan agar kami berkata atau menegakkan kebenaran di mana sahaja kami berada dalam keadaan kami tidak takut demi agama Allah kepada celaan orang yang mencela”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

15. Baiah ini menjadi asas kepada Baiah ketaatan yang diberikan kepada pemimpin. Nabi saw selepas daripada Baiah ini mengarahkan para sahabat untuk berhijrah ke Yathrib. Tidak lama kemudian baginda sendiri berhijrah lalu memerintah bumi Yathrib sebagai seorang pemimpin bagi sebuah negara. Baiah Aqabah ke dua menjadi asas kepada Baiah ketaatan terhadap Nabi sebagai seorang pemimpin.

Kesimpulan;

Demikianlah bumi Mina menjadi saksi peristiwa bersejarah perkembangan dakwah Islam.

[Jumaat 11 Zulhijjah 1436 H / 25 September 2015.Dicatat Jam 2.20 pg waktu Makkah ketika bermalam di Mina.]

Sumber BO - 26-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat Perjuangan: "Pejuang Islam Mengharapkan Redha Allah"

Nasihat Perjuangan:
1. Akhiran ini kedapatan mereka yang penampilannya agamanya dilihat baik turut terikut-ikut mempermain dan mempersenda ungkapan "mendapat redha Allah" dalam konteks bicara tentang kemenangan perjuangan politik.

 2. Mereka terikut-ikut dengan pemikiran bahawa keutamaannya ialah menang kuasa politik dengan mendapat sokongan dan redha manusia. Bagi mereka, jika kita berjuang dalam politik maka apalah ertinya jika manusia tidak memberikan sokongan!!! Tiada langsung ikatan dan kaitan dengan Redha Allah!!!
3. Bagi mereka yang melihat politik sekadar urusan dunia yang terpisah daripada tuntutan agama tentulah memandang remeh matlamat untuk mendapatkan redha Allah.
4. Namun, bagi seorang yang memahami Islam sebagai agama yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan ia tentulah tidak memisahkan perjuangan politik dari matlamat tertinggi untuk mendapat redha Allah yang ganjarannya ialah syurga.

5. Mendapat Redha Allah adalah matlamat kehidupan setiap insan yang soleh yang mahukan syurga. Ia adalah matlamat perjuangan para Nabi.
6. Para Sahabat yang beriman, berhijrah dan berjihad bersama Nabi saw, mereka melakukannya kerana mengharapkan redha Allah.


Maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, merekalah orang yang MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH sedang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha bersifat Rahiim". (Surah al-Baqarah ayat 218)

 7. Allah menegaskan bahawa segala aspek kehidupan Rasulullah hanya mampu dicontohi oleh mereka yang mengharapkan Redha Allah. Allah berfirman:

"Sememangnya bagi kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang MENGHARAP ALLAH dan hari Akhirat dan menyebut serta mengingati Allah dengan banyak". (Surah al-Ahzab ayat 21)

8. Dalam surah al-Kahfi ayat 28 Allah mengarahkan Nabi saw untuk menahan diri bersabar untuk terus bersama kelompok manusia yang sentiasa mengharapkan Redha Allah. Allah berfirman;

"Dan hendaklah kamu sabarkan dirimu berada bersama orang-orang yang sentiasa berdoa kepada Rabb mereka di waktu pagi dan petang dalam keadaan mengharapkan Wajah-Nya (Redha-Nya). Dan janganlah pandangan kedua matamu beralih melepasi mereka dalam keadaan kamu inginkan perhiasan dunia ".

Imam Tabari dalam Tafsir Jaami' al-Bayan mentafsirkan, janganlah kamu mengalih pandangan mata mu meninggalkan golongan beriman untuk bersama golongan bangsawan musyrikin kerana mengharapkan penghormatan dan kebanggaan dengan duduk semajlis bersama mereka.

9. Malah Allah menegaskan lagi kepada Nabi saw agar jangan menurut kehendak golongan yang leka hatinya dan mengikut hawa nafsu;

 "Dan janganlah kamu menurut perintah sesiapa yang Kami lekakan hatinya daripada mengingati Kami dan mengikut hawa nafsunya sedang urusannya adalah sia-sia".

10. Mendapat Redha Allah bermaksud menjadikan segala tindakan dalam kehidupan atau dalam sesebuah perjuangan sentiasa di bawah panduan al-Quran dan Hadis Nabi saw.

11. Mendapat Redha Allah bermaksud tidak meletakkan manusia sebagai tempat harapan dan pergantungan atau matlamat perjuangan. Kehendak manusia juga tidak menjadi perhitungan dalam segala tindakan tetapi perhitungannya ialah tindakan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan juga Rasul-Nya.

12. Kita berjuang dengan segenap tenaga, masa dan harta kita semata-mata untuk mendapat redha Allah.

13. Kita mengajak manusia menyokong perjuangan politik Islam menerusi kaedah dan cara yang diredhai Allah agar mereka bahagia di dunia dan Akhirat.

14. Kita mengajak mereka menyokong perjuangan Islam supaya mereka juga mendapat redha Allah. Kebahagiaan bakal dikecapi mereka di dunia seterusnya di Akhirat.

15. Kita tidak menerima sebarang perjuangan politik yang membawa kepada mengenepikan kehendak dan perintah Allah kerana ia menjauhkan kita daripada redha Allah.

16. Mengharapkan Redha Allah adalah keistimewaan golongan yang berjuang atas nama Islam. Musuh merasai keperitan perjuangan sepertimana yang dirasai oleh para pejuang Islam. Namun, bezanya ialah pejuang Islam mengharapkan Redha Allah, sesuatu yang memang tidak diharapkan oleh orang lain sepertimana firman Allah:
"Dan janganlah kamu lemah (semangat) dalam mendapatkan kaum (yang kufur) tersebut. Sekiranya kamu merasai kesakitan mereka juga merasai kesakitan sebagaimana kamu rasai sedang kamu mengharapkan daripada Allah sesuatu yang mereka tidak harapkan" (Surah al-Nisa ayat 104)



Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan DUPP
Jumaat 11 Zulhijjah 1436 H / 25 September 2015
Jam 3.30 ptg waktu Mekah; Masjid Haram.

Sumber PP - 25-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia perlu desak siasatan telus tragedi di Mina
Posted on Friday, September 25 @ 18:22:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Kerajaan Malaysia perlu mendesak agar siasatan telus dijalankan dengan penubuhan badan 
siasatan bebas yang diwakili oleh semua negara Islam yang pakar dalam pengawalan lalulintas 
serta pengawalan pergerakan manusia.

Tuduhan jemaah tidak berdisiplin tanpa laporan daripada badan penyiasat adalah amat tidak wajar. Pemimpin daripada semua negara perlu menjalani ibadah melontar sama seperti rakyat marhaen, bukannya pergi ke tempat melontar dengan menaiki helikopter atas bas sewa khas yang membawa VVIP terus ke tingkat atas tempat melontar.

24 September 2015

Mina: Menteri Kesihatan Arab Saudi menyalahkan jemaah yang tidak berdisiplin menjadi punca tragedi rempuhan di Mina yang membunuh lebih 700 jemaah.

Khaled al-Faith menegaskan tragedi itu boleh dielakkan jika jemaah haji mematuhi arahan.

“Ramai jemaah bergerak tanpa mengikut waktu ditetapkan pihak berkuasa haji dan sikap itulah yang membawa masalah serta menjadi punca tragedi seperti ini.

“Jika jemaah mengikut arahan ditetapkan, kejadian seperti ini boleh dielakkan.

Sementara itu, Iran menyalahkan Arab Saudi berikutan tragedi itu hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 43 jemaahnya terbunuh manakala 60 lagi cedera.

Ketua jabatan haji Iran, Said Ohadi, berkata tanpa sebab yang tidak diketahui dua laluan ke Jamarah ditutup yang menjadi punca tragedi itu.

“Tragedi hari ini menunjukkan salah pengurusan dan kecuaian terhadap keselamatan jemaah. Tiada penjelasan lain, pegawai Arab Saudi perlu bertanggungjawab,” katanya. - AFP

hmetro
"

Sumber TKO - 25-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Insiden Rempuhan Di Mina; PAS Rakam Ucapan Takziah

PAS merakamkan takziah kepada semua keluarga jemaah haji yang meninggal dunia akibat rempuhan yang berlaku di Mina pada jam 11.30 pagi wakt tempatan semalam, Khamis 24 September.



Menurut Ketua Penerangan Pemud PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata, lebih 700 orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat insiden tersebut manakala angka tepat masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

“Pemuda PAS berharap agar siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak berwajib khususnya kerajaan Arab Saudi memandangkan insiden ini adalah antara yang terburuk melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia setakat ini.



“Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci,”ujarnya dalam satu kenyataan, lewat semalam.

Oleh itu, beliau menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan.

Beliau menggesa, ‘Post mortem’ secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

“Takziah sekali lagi kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dari seluruh dunia. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran yang berpanjangan atas kesabaran terhadap musibah yang dialami ini,”tambah beliau

Sumber BO - 25-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Mati "Husnul Khatimah"
Posted on Friday, September 25 @ 07:23:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Allah berfirman;

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ
Maksudnya: "Di mana kamu berada pasti kamu tetap ditemui oleh kematian meskipun kamu berada dalam bangunan megah kukuh lagi tinggi". Surah al-Nisa ayat 78.


Menurut Ibnu Abbas radiyallahu anhu, apabila ramai yang mati syahid dalam peperangan Uhud orang-orang Munafik yang mengundur diri dari medan Uhud berkata; "jika mereka berada bersama kita mereka tidak akan mati atau terbunuh". Allah Taala lalu menurunkan ayat di atas.

Tentu ramai juga yang akan berkata dalam bentuk ratapan dan keluhan apabila berlaku sesuatu tragedi kematian seperti mana kata-kata Munafikin; jika mereka tidak ke situ tentu tidak berlaku kematian"

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Tinggal lagi ialah persoalan bila, di mana dan bagaimana.
Berbahagialah mereka yang ditakdirkan mati di bumi suci di saat menunaikan ibadah yang mulia seperti Haji.

Nabi saw bersabda;

« إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اِسْتَعْمَلَهُ .، قِيلَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، كَيْفَ يَسْتَعْمِلَهُ ؟ ، قَالَ : يَهْدِيهِ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ » .
Maksudnya: "Apabila Allah mahukan bagi seorang hamba satu kebaikan Allah jadikan dirinya beramal".

Rasulullah saw lalu ditanya, bagaimana Allah jadikan dirinya beramal? Baginda menegaskan: "Allah memberi hidayah kepadanya untuk melakukan amalan soleh sebelum matinya".
Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi.

Dalam riwayat lain oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim yang dinilai Sahih oleh al-Albaani menyebut bahawa Nabi saw bersabda;

« إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا عَسَّلَهُ .؛ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَ مَا عَسَّلُهُ ؟ ، قَالَ : يَفْتَحُ لَهُ عَمَلاً صَالِحًا بَيْنَ يَدَيْ مَوْتِهِ ، حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ مَنْ حَوْلُهُ » .
"Apabila Allah mahukan bagi seorang hamba satu kebaikan Allah kurniakan kemanisan umpama madu untuknya beramal". Mereka bertanya; apa maksudnya? Kata baginda: "Allah membuka untuknya satu amalan soleh di ambang kematiannya hingga orang di kelilingnya meredhainya".

Kemanisan untuk beramal amalan yang baik di hujung usia menjadikan dirinya bahan pujian manusia di samping redha Allah. Itulah juga maksud kinayah daripada perkataan " عسل " yang bermaksud jadikan ia semanis madu kerana madu adalah makanan baik yang disukai manusia.

Allah takdirkan untuk dirinya amalan soleh di ambang kematian agar dosa-dosanya yang lampau diberikan keampunan dan dalam masa yang sama pula beroleh limpahan pahala.

Amat wajar bagi setiap muslim memohon kepada Allah untuk mati dalam keadaan amal soleh moga syurga menjadi milik kita semua. Ia disebut sebagai "husnul khatimah" penutup yang baik.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Khamis 10 Zulhijjah 1436 H / 24 September 2015
Jam 6 ptg waktu Mekah dalam perjalanan untuk bermalam di Mina.

Sumber TKO - 25-9-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir 360,000 jemaah tanpa permit gagal tunai haji


Posted on Friday, September 25 @ 07:50:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MINA: Tindakan menunaikan haji tanpa permit mengakibatkan 358,756 jemaah dihalang memasuki Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah itu musim ini.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi bertindak sedemikian ketika menjalankan sekatan jalan memasuki bandar ini.


Komander bahagian media di Jabatan Keselamatan Awam Kolonel Sami Al-Shuwairekh, berkata, jumlah kenderaan yang dirampas atau diarah berpatah balik kerana membawa jemaah tanpa permit haji mencecah 132,767.


Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam operasi haji di Mina, Sami berkata, pihak berkuasa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap 70 pegawai palsu yang menipu jemaah.


Beliau menambah, sebanyak 1,636 kenderaan ditahan kerana membawa jemaah tanpa permit.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, setakat ini tidak ada kejadian berkait dengan keganasan atau tindakan subversif diterima.



Sumber TKO - 25-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tragedi Mina: Angka Kematian Meningkat Kepada 717 Orang
Posted on Friday, September 25 @ 07:03:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis meningkat kepada 717 orang, kata Pertahanan Awam Arab Saudi.

Sekurang-kurangnya 805 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di Jalan 204 di Mina, di luar Makkah ketika ibadah melontar jamrah.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.


Kira-kira dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Sumber TKO - 25-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pilgrim’s Progress

By : Ibrahim N. Abusharif

It is a Muslim’s sacred duty to live for a few days as a pilgrim, a reasonable requirement for a lifetime. The Pilgrimage or the Hajj is a composite of rites that are essentially reenactments of events of the distant past and, at one point, a grand dress rehearsal for what is to come. Adam, Abraham, Hagar, Ishmael, and Muhammad are the human names most closely associated with this rite, and what’s asked of the pilgrim is simply to emulate these luminaries, for the reason that their deeds, however ordinary they may appear, were connected to a higher realm.

The response to this call remains a marvel, especially in an era in which there is enormous pressure to be devotees of the material world and to succumb to the spiritual sloth this engenders. Despite this, each year millions of people drop everything in order to make the Pilgrimage, which has difficulty and expenses. It’s a ritual that remarkably still matters. One of life’s principal struggles is to pierce the outer form of things and to imbibe the interior meanings. But the struggle is magnified when living in a context in which unexamined information is constantly available and when personal quiet and retreat are becoming odd things to pursue. What follows are brief personal reflections and vignettes loosely connected by the Hajj thread, especially as they pertain to the interior.



VACATION

To call the Hajj experience a “vacation” would put off a lot Muslims, who would consider the label a slight. But what I wanted out of Hajj was precisely a vacation, but in the original sense of vacating my mind of the assumptions we absorb as passive consumers of modernity, and vacating the ephemeral identities we attach importance to. One of the graces of the Pilgrimage to Makkah and its surroundings pertains to a kind of anonymity that strips us down to our indelible identity as creatures of a great Creator. For a number of days, millions of people of all races and status converge for a single purpose. The Pilgrim, by choice, is one face among millions of faces of all hues and textures. In the crowd, I can bump into a CEO, a leader, an academic, or a beggar; there’s no way to really tell the difference. Rank and pomp are divorced of status. Ego is dispossessed of platform. In this condition, the Hajj does its work.



THE “ART OF WAITING”

The movements of the Hajj rites are not very time consuming. Surprisingly, what takes up most of the time are the long stretches within and between the rites that can be easily mistaken as times to “wait”. It’s possible to miss the point of the Pilgrimage if we are not adept in the “art of waiting,” as a sage once said. In fact, what a Pilgrim does during the “wait” will largely inform the success of the journey. Pilgrims do what this place silently expects of them: supplicate to the unseen God, remember Him in the holy precincts. And so they ask for a good life, another chance, forgiveness and mercy for themselves and those they left behind (for the living and the dead), knowledge, success, succor, or for unaffected glimpses of Reality-sifting out the real from the fake. The movements of the Pilgrims are not as choreographed as one would think, even though everyone pretty much goes to the same stations and performs similar acts. What goes on in the mind and in the heart -the inner motions -range. The dress, the motion, the crowds, the “meanwhile,” and the heightened sense of purpose and of the imminence of our ultimate return draw out from the Pilgrim levels of resolve. We wish it can last. The rites are capped off with farewell circuits around the Ka’ba back in Makkah, where it began days before. The Pilgrims then get around to board the buses, and slowly the former identities begin to emerge as we prepare our papers and “ID’s” to board a plane. It’s the daunting challenge of the Pilgrim to give honest reflection to the questions provoked by the ritual, especially when he or she is back home driving a car, mowing the lawn, waving at a neighbor, or simply reading a newspaper.



THE EFFECTS OF REENACTMENTS

We make seven circular walks around the tall cube-shaped Ka’ba, the first man-made building put into the service of reminding people of their servitude to God. Later we walk seven times between two hillocks, the course that Abraham’s wife, Hagar, took in her desperate search for water, only to be guided to the very spot of the great well of Zamzam, which to this day offers drink to thirsty travelers from all corners of the earth. The walk between the two hillock is an essential rite of the Hajj. But as we walk Hagar’s path, we ourselves are not desperate, nor are we out of water. If we tire, we can stop for rest, sip some water, and then resume without the peril that Hagar faced. It’s not like revealed religion to waste people’s time. There must be important value in reenacting Hagar’s walk, however symbolic it may be. We may fairly conclude that the materials and strict rationality of the dunya (the world) are poor ushers in the sacred climb. Instead, we are advised that the invisible realm of sincerity, intention, and symbolism are required accoutrements for the piercing of the materialistic veil. So we make circuits around the Ancient House, walk a path between two hills, and, in Mina (a few kilometers away), toss seven pebbles at three pillars that mark the spots where Satan tried to tempt Abraham away from God’s obedience. These are rites of worship filled with symbolism meant to quicken our spiritual selves.



MT. MERCY

The heart of the Hajj, its proving ground and day, is at Mt. Arafat. On its plains, slopes, and peak, millions of people (can’t help but repeat that number) gather from dawn to sunset for supplication and remembrance. The scene is almost supernatural. The importance of the Hereafter is stressed nearly on every page of the Quran and countless statements of the Prophet. Firm belief in the Hereafter is expected of us in the here and now. Yet nothing in our normal everyday lives compares to the spectacle of all of humanity standing before God for ultimate judgment. The Arafat experience offers something for our imaginations, a glimpse of the inevitable. It helps us to map additional meaning to the words we read in the Quran -helps us to tease out greater sense from the descriptions the Book reveals. There is a glow and ease associated with Arafat, which abruptly alters at sunset when the throngs of humanity board buses, SUV’s, and sandals and head for Muzdalifa, an extensive plain that looks like a large parking lot of gravel and stones. There we wait until dawn before we head to Mina, Tent City, where the population (comparable to Chicago) will cram together in an area the size of a large mall. As citizens of Mina for a few days, we are shown the full range of human character and fallibilities. Each day of our stay at Mina we take small stones and toss them at large pillars that represent Satan’s guile -small stones doing mighty work.



IN MADINA

People of all races, headdress, and determination converge in Madina to visit the Arabian Prophet, which is not a formal part of the Hajj. These folks are driven to Madina by their love of the Prophet, which they imbibed through the curious method of education. But you sense nothing rote in their visit nor in their emotions. And since when can an emotion be passed down and kept strong enough to drive people to make the journey to the Prophet’s tomb? Love cannot be taught, as they say. And this is true. But when one learns more of the life of the Messenger, love seems to be the crest of the education, where all facts and roads naturally lead. This is the Prophet’s grace. Yes, Makkah is a majestic city. If you knew nothing and merely opened up your heart and stood on its hallowed ground, you’d sense that this is a sacred center, alive in more than one realm. It is kingly. You feel you’re in the presence of the August, the Wise. Madina, though, is a light. It is friendly. You come with your flaws and feel welcomed nonetheless. Your humanity is accepted. Just come with a willingness to climb. Greet the host of the house, convey your regards and prayers of peace, and he will respond. Walk up to him, and he will know. Sit anywhere and reflect or read or thumb your beads or raise your hand in sure supplication or simply relax -it’s all accepted. It’s all good. The guests do not feel self-conscious. You are what you are.



CONCLUDING REMARKS

We each have a body, a fact we’re constantly reminded of, and a body does have needs, organic and sensual, which we cater to day and night. But to submit to the curriculum of fundamentalist secularists that “body” defines humanity is a dereliction that revealed religion has always warned of. We are created from the clay of the earth but are also infused with a soul that has no material correlate in this world. Religion has recognized this duality, not as a glitch in our creation, but as a trial. Somewhere in the teachings of all the great ones (including Abraham, Moses, Jesus, and Muhammad), there’s an un-asterisked point: in negotiating the material and spiritual selves, one brushes up against salvation. The choice, they have stressed, comes down to the question: what aspect of our humanity do we devote ourselves to? For the Muslim, the nurturing of the soul is paramount and is guided by what we offhandedly call in pamphlets the “five pillars of Islam,”
essential rites of worship that have been passed down through the sound line of prophecy. These pillars start to lose their meaning when we forget a baseline understanding of religion: Islam insists that each of us is born into this world with a pure condition, a state of grace, in fact. While humans may be feeble, sometimes foolish, belligerent, and forgetful, our center was made uncorrupt. This is equally true for men and women. The rites of worship and the way of life they engender are meant to bring us closer to our original state because it is not confused about God nor indifferent to our role in His world.

***Ibrahim N. Abusharif is a Chicago-area editor and writer. He’s currently working on a concise vocabulary reference to the Quran. He may be reached at fromclay1@yahoo.com. Source: IslamiCity

Sumber BO - 24-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Tragedi Mina: Tiada Jemaah Malaysia Terlibat
Posted on Thursday, September 24 @ 20:15:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media tergempar di Makkah pada Khamis.

Beliau berkata, ia berdasarkan maklumat yang dikumpul mendapati masa dan lokasi kejadian bukan seperti yang ditetapkan Tabung Haji (TH).

Katanya lagi, setakat ini juga, proses pengiraan jemaah Malaysia yang sedang dilakukan untuk mengesan kedudukan semua terlibat.


"Jadual melontar jemaah Malaysia dijadualkan dan ditetapkan pada pukul 5.30 petang dan 8 malam secara berperingkat. Kejadian ini berlaku pada waktu puncak (waktu Dhuha).

"Buat masa ini, tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. Namun Tabung Haji akan membuat semakan secara terperinci di semua perkhemahan jemaah haji muassasah dan juga jemaah haji pakej.

"Kita doakan... insyaAllah tiada kejadian buruk berlaku terhadap jemaah haji Malaysia dan jika semuanya berdisiplin serta mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji, insyaAllah tidak akan timbul sebarang masalah kejadian selepas Asar," katanya.

Setakat ini, kira-kira 310 jemaah maut dan 631 lagi cedera ketika bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar kota suci Makkah.

Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Asyraf berkata, pasukan peronda TH sedang berada di Kompleks Jamrah bagi memantau situasi semasa dan memastikan pergerakan jemaah Malaysia.

"Bagi memastikan kejadian ini tidak berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kita menempatkan lapan pos yang mana petugas dan peronda TH ditempatkan untuk memastikan tiada jemaah Malaysia yang melontar di luar kawasan," katanya.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.

Ketika ini kira-kira dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Sebelum ini, dua tragedi berlaku di Makkah, iaitu kren tumbang di Masjidil Haram dan insiden kebakaran di tingkat lapan Hotel Al Azizyiah juga di Tanah Suci.

Kejadian kren tumbang mengorbankan tujuh jemaah Malaysia, manakala 10 yang lain cedera.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran hotel itu tidak membabitkan jemaah Malaysia. - Mstar

Sumber TKO -24-9-2015



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


310 Maut Dalam Rempuhan Jemaah Haji Di Mina
Posted on Thursday, September 24 @ 20:13:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MINA: Sekurang-kurangnya 310 orang maut dalam insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis, kata pertahanan awam Arab Saudi.

Laporan turut mengatakan kira-kira 631 orang cedera dalam insiden di Jalan 204 di Mina, di luar Makkah ketika jutaan jemaah sedang mengerjakan haji.

Jalan 204 merupakan salah satu daripada dua laluan utama dari khemah di Mina menghala ke Jamrah, di mana jemaah akan melontar batu di tiga jamrah sebagai simbolik menghalau syaitan.

Media Arab Saudi, Saudi Gazette melaporkan seramai 4,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan ke lokasi kejadian membabitkan lebih 220 ambulans.


Pasukan perkhidmatan awam mengarahkan jemaah ke laluan alternatif.

Kali terakhir insiden rempuhan berlaku pada 2006 apabila kira-kira 360 jemaah terbunuh ketika ramai berpusu-pusu melontar di jamrah.

Pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren tumbang di Masjidil Haram.

Sumber Link

Sumber TKO - 24-9-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lebih Tiga Juta Jemaah Haji Mula Bergerak Ke Arafah
Posted on Wednesday, September 23 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



MAKKAH: Lebih tiga juga umat Islam dunia termasuk lebih 22,000 jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Arafah pagi Selasa bersama 8 Zulhijah yang juga dikenali sebagai hari Tarwiyah.

Sejak 12 hari lalu iaitu kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September yang mengorbankan lebih 100 nyawa termasuk tujuh jemaah Malaysia, ibadah haji diteruskan seperti biasa.

Sebahagian besar jemaah haji mula meninggalkan Tanah Suci Makkah selepas solat Subuh sama ada berkenderaan atau berjalan kaki kira-kira 22 kilometer .

Bagi jemaah haji Malaysia, mereka bergerak berperingkat-peringkat mengikut kumpulan penerbangan haji dengan menaiki bas.


Bas-bas mula bergerak mengikut enam jadual waktu berlepas iaitu pada pukul 1 pm (6 pm waktu Malaysia), 3 petang dan 5 petang, 6 petang, 8 malam dan 10 malam waktu Arab Saudi.



Semua jemaah haji akan berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf pada Rabu. Di Arafah, jemaah haji Malaysia ditempatkan di lebih 2,000 khemah, di tapak yang sama seperti musim haji lepas.

Berwukuf di padang Arafah adalah kemuncak ibadat haji dan menjadi rukun haji yang perlu disempurnakan. Tempoh berwukuf dalam ibadat haji bermula apabila tergelincirnya matahari (masuknya waktu zohor) pada 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar subuh pada 10 Zulhijjah.

Selepas berwukuf semua jemaah akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit dan mengutip anak batu. Jemaah haji seterusnya berangkat ke Mina untuk bermalam dan  melontar ketiga-tiga jamrah mulai 10 Zulhijah pada Aidiladha dan hari-hari Tasyrik .


Suasana di sekitar Masjidil Haram semakin lenggang apabila jemaah mula beredar ke Arafah.

Sementara itu Bernama melaporkan, Pengarah Operasi (Bimbingan) Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah berkata jemaah haji akan berada di Arafah sehingga 9 Zulhijjah sebelum bergerak ke Muzdalifah pada malamnya (9 Zulhijjah).

"Jemaah haji wajib bermabit (berada seketika atau bermalam) di Muzdalifah mulai pukul 11.40 pm sehingga terbitnya waktu fajar pada 10 Zulhijjah. Pada 10,11 dan 12 Zulhijjah, jemaah akan berada di Mina untuk ibadat melontar," katanya.

Tengku Aziz berkata setiap jemaah haji juga boleh merujuk kepada pembimbing ibadat TH sekiranya mereka menghadapi sebarang kemusykilan berkaitan pelaksanaan ibadat berkenaan.

"Setiap jemaah perlulah menumpukan sepenuhnya kepada pelaksanaan ibadat bagi memperoleh haji mabrur," katanya.

Sumber Link

Sumber TKO - 23-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Renungan Dari Bumi Suci

Oleh : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 27;

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27)

Maksudnya; “Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh”

Allah Taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji. Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus.
Berjalan kaki menunjukkan kesungguhan. Meskipun tiada kenderaan mereka sanggup berjalan kaki walaupun ke tempat yang jauh demi menunaikan Haji.

Unta yang kurus ditafsirkan dengan dua keadaan. Sama ada kerana ketiadaan unta yang gemuk namun kerana keinginan membuak-buak untuk hadir ke Mekah maka mereka sanggup menunggang unta yang kurus.



Atau dengan maksud jauhnya perjalanan hinggakan unta yang gemuk asalnya menjadi kurus.

Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya bagaimanakah suaraku akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah menyeru dan Kami yang menyampaikannya.

Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintah-Nya. Jaminan selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin?

Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Ibrahim alaihissalam bersambung ke zaman Nabi kita Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus.

Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air melainkan Zamzam. Ibadah Haji menjadi sebab berkembangnya pelancongan ibadah. Terbentuknya pasar dan transit barangan antara Yaman di selatan dan Syam di utara di zaman silam.

Sehingga kini ia memberi sumber rezki kepada jutaan manusia yang berniaga dan menguruskan pelbagai perkara melibatkan ibadah haji.

Ibrahim alihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia.

Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah.

Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Sumber BO - 23-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hayati Kelebihan Hari Arafah

Oleh : Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Hari Arafah yang jatuh pada hari ke sembilan Zulhijjah merupakan hari yang mulia yang diberikan kelebihan oleh Allah. Antaranya;

1. Ia adalah hari di mana para jemaah haji berwukuf di Arafah bagi melunaskan salah satu rukun Haji. Tanpa berwukuf haji mereka tidak sah sebagaimana Hadis Sahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah bahawa Nabi saw bersabda bermaksud “Haji itu Arafah”.

2. Ia adalah hari terbaik untuk berdoa sebagaimana Hadis riwayat Tirmizi, Nabi saw bersabda;

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:

Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan
olehku dan para Nabi sebelumku ialah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada Ilaah (Tuhan yang diberikan pengabdian) melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya. Hanya Dia memiliki sebenar-benar kerajaan dan hanya Dia memiliki sebenar-benar pujian syukur dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa).

Kelebihan berdoa pada hari tersebut bukan hanya khusus untuk jemaah Haji yang sememangnya wajar menjadikannya sebagai amalan utama ketika sedang berwukuf tetapi juga umum kepada seluruh umat Islam.

Imam Ahmad menukilkan bahawa 2 sahabat Nabi saw iaitu Ibnu Abbas dan Amru bin Huraith antara yang memulakan majlis berhimpun dan berdoa pada hari Arafah di masjid di Basrah.

3. Hari Arafah disunatkan berpuasa bagi selain para jemaah Haji sebagaimana Hadis dengan Isnad yang Sahih riwayat Abu Dawud:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ ” .
“Bahawa Rasulullah saw berpuasa pada sembilan Zulhijjah, Hari Asyura’ (10 Muharram) dan 3 hari daripada setiap bulan iaitu isnin pertama dan dua khamis”

4. Hari Arafah termasuk salah satu hari dalam 4 bulan Haram yang diberikan kehormatan oleh Allah iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. (Rujuk surah Taubah ayat 39).

5. Hari Arafah termasuk salah satu hari dalam bulan-bulan Haji iaitu bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. (Rujuk surah al-Baqarah ayat 139.)

6. Hari Arafah termasuk dalam salah satu hari-hari yang dimaklumi (ma’luumat – معلومات ) sepertimana disebut oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 28.

Ata’ melaporkan daripada Ibnu Abbas, hari-hari yang dimaklumi ialah Hari Arafah, Hari Raya Korban dan 3 hari Tasyrik.

***Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / AJK PAS Pusat yang kini berada di Arafah.

Sumber BO - 23-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Renungan Dari Bumi Suci (Siri1)

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 27;

Maksudnya; "Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan 
ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan 
menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh"

Allah Taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji. 
Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang 
unta yang kurus.

Berjalan kaki menunjukkan kesungguhan. Meskipun tiada kenderaan mereka sanggup berjalan 
kaki walaupun ke tempat yang jauh demi menunaikan Haji.

Unta yang kurus ditafsirkan dengan dua keadaan. Sama ada kerana ketiadaan unta yang 
gemuk namun kerana keinginan membuak-buak untuk hadir ke Mekah maka mereka 
sanggup menunggang unta yang kurus.

Atau dengan maksud jauhnya perjalanan hinggakan unta yang gemuk asalnya menjadi kurus.

Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya 
bagaimanakah suaraku akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah 
menyeru dan Kami yang menyampaikannya.

Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintah-Nya. Jaminan 
selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin?

Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Ibrahim alaihissalam bersambung ke zaman 
Nabi kita Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus.

Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik 
melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air 
melainkan Zamzam. Ibadah Haji menjadi sebab berkembangnya pelancongan ibadah. 
Terbentuknya pasar dan transit barangan antara Yaman di selatan dan Syam di utara di zaman 
silam.

Sehingga kini ia memberi sumber rezki kepada jutaan manusia yang berniaga dan 
menguruskan pelbagai perkara melibatkan ibadah haji.

Ibrahim alihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran 
manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia.

Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah 
melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah.

Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia 
menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa 
yang dikehendaki-Nya.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
8 Zulhijjah 1436 H / 22 September 2015 jam 11.30 pg waktu Mekah

Sumber PP - 22-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Dua lagi jenazah mangsa kren dikebumikan di Makkah




























BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Jenazah dua lagi jemaah Malaysia yang telah disahkan turut terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, selamat dikebumikan di Makkah.
  
Jenazah Shahidan Saad, 52, dan Abdul Habib Lahman, 68, yang telah disahkan oleh waris mereka semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada' pada 7.45 malam (waktu tempatan).
  
Pengebumian jenazah kedua-dua jemaah yang berasal dari Kedah itu; Shahidan dari Kodiang dan Abdul Habib dari Sik, dihadiri isteri serta waris  masing-masing.
  
Turut berada di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada' untuk pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Tan Sri Hashim Meon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.
  
Proses pengecaman dua jemaah berkenaan dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina.
  
Abang Shahidan, iaitu Sobri serta adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di Makkah pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA.
  
Asyraf Wajdi dalam sidang media berhubung perkara itu di Makkah semalam berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan pada usaha mempercepat proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara.
  
Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah (Kelantan); Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai (Kelantan); Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku (Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
  
Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.
  
Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - BERNAMA

Sumber HD - 22-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 jemaah Malaysia yang hilang disahkan terkorban

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Dua jemaah Malaysia yang hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, disahkan turut terkorban, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Proses pengecaman jenazah dua jemaah berkenaan - Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah, dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina.

"Pada 10 malam tadi, waktu Arab Saudi (3 pagi tadi waktu Malaysia), pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan kepada Tabung Haji berkenaan penemuan dua lagi mayat tragedi kren berkenaan.

"Pihak perubatan TH telah bergegas ke rumah mayat Muaissem untuk membuat pengecaman dan pengesahan awal, sebelum membawa waris jemaah berkenaan untuk pengesahan," katanya kepada pemberita di sini.

Makluman lengkap berkenaan tempat dan waktu penemuan mayat belum dimaklumkan pihak berkuasa Arab Saudi, katanya.

"Jenazah telah disahkan oleh waris dan disokong oleh identifikasi yang masih ada pada jenazah khususnya gelang, lencana dan barangan peribadi mangsa," katanya.

Waris Shahidan iaitu abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di sini pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA dengan jenazah yang terdapat di rumah mayat Muaissem.

Dr Asyraf Wajdi berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan kepada usaha mempercepatkan proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku dan Zainun Taha, 69, berasal dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lepas itu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren berkenaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - Bernama

Sumber HD - 21-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kren tumbang: BinLaden Group digantung

Posted on Thursday, September 17 @ 14:07:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JEDDAH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas syarikat pembinaan BinLaden Group, susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.

Media tempatan melaporkan, sekatan itu termasuk memberhentikan operasi dan digantung daripada mengambil projek-projek pembinaan baharu.

Kakitangan syarikat milik keluarga pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden itu turut dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara sehingga siasatan selesai dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat terbabit.

Sekatan berkenaan dikeluarkan selepas pihak berkuasa melakukan siasatan awal terhadap tragedi yang meragut 111 nyawa itu, minggu lalu.

Sebelum ini, siasatan awal menolak motif jenayah, sebaliknya mendapati angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.

BinLaden Group adalah syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut yang telah bekerja selama empat tahun dalam projek pembesaran Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah. - Saudi Press Agency


Sumber TKO - 17-9-2015 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Tragedi Makkah: Anak dan bapa sama-sama merindui

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Maziatunazna Bidin @ Ibrahim, isteri kepada Shahidan Saad yang suaminya hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lalu menceritakan perihal anak tunggal mereka di kampung yang sering menelefon bertanyakan mengenai bapanya.

Beliau berkata anak mereka Muhammad Afiq Amzar, 3 tahun, begitu rindu untuk mendengar suara bapanya.

"Tapi saya hanya mampu beritahu dia yang ayah pi Allahhuakbar (bapa pergi bersolat)," kata surirumah kepada pembantu makmal Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah ini.

Anak mereka ditinggalkan di bawah jagaan abang kepada Shahidan di Kodiang.

Maziatunazna yang reda dengan apa juga ketentuan ilahi terhadap suaminya berkata kali terakhir beliau bertemu dengan suaminya ialah pada Jumaat lepas di Maktab 89 di bangunan Abraj Al-Janadriah selepas suaminya pulang dari mengerjakan solat Jumaat.

"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram. Tapi dia kemudiannya tak balik-balik," katanya.

Pasangan tersebut tiba di Madinah menerusi penerbangan KT7 pada 17 Ogos sebelum bertolak ke Makkah pada 26 Ogos.

Shahidan dan rakan sebiliknya Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah gagal dikesan sehingga kini.

Seorang lagi rakan sebilik Shahidan, Mohd Zainol Ramli, 54, turut menceritakan tentang kerinduan Shahidan terhadap anaknya.

"Dia (Shahidan) tidur agak lewat pada hari sebelum kejadian. Bila ditanya dia kata dia teringatkan anaknya. Dia berkahwin lebih 22 tahun baru dapat anak," kata Mohd Zainol.

Beliau berkata pada hari kejadian beliau tidak bersama dua rakan sebiliknya itu untuk ke masjid kerana telah berjanji untuk ke masjid bersama isterinya.

"Pak Long (panggilan untuk Abdul Habib) adalah rakan sekampung saya di Sik. Kami datang dengan penerbangan yang sama (KT7) pada 17 Sept. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan dalam satu bilik di Abraj Al-Janadriah.

"Kami (termasuk Shahidan) jadi rapat sejak di Madinah lagi. Kami sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kini berada di sini bagi memastikan usaha mencari dua jemaah yang hilang itu berjalan lancar.

Mereka turut mengadakan perjumpaan dengan Maziatunazna dan waris kepada jemaah Malaysia yang terkorban dan tercedera.

Sementara itu lima jemaah Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu selamat dikebumikan selepas solat subuh di Syara'ik semalam (Selasa). - Bernama

Sumber HD - 16-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 jenazah jemaah Malaysia dikebumi di Tanah Haram




























BERNAMA | .


MAKKAH: Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lepas, selamat dikebumi selepas solat subuh, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata semua jenazah yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat subuh tadi.

"Semua jenazah dikebumikan di syara'ik di Tanah Haram ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sebelum ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Beliau berkata pihak Tabung Haji menerusi kerjasama dengan Muassasah Asia Tenggara masih berusaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang dalam tragedi kren tumbang itu.

Jamil Khir berkata pihak TH juga masih dalam proses membuat pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem dalam usaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia terbabit.

Bagaimanapun usaha mencari mereka di tempat-tempat lain seperti di sekitar Masjidil Haram, hotel dan hospital di sekitar Makkah, masih diteruskan.

Dua jemaah haji yang masih hilang dalam kejadian yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

Jamil Khir bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Arab Saudi semalam dalam tugasannya untuk memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang berjalan lancar, selain memberikan sokongan moral kepada jemaah haji lain.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Zainol Rahim Zainuddin.

Sementara itu, isteri kepada Shahidan, Maziatunazwa Bindi@Ibrahim, 46, berkata kali terakhir mereka bertemu ialah pada Jumaat lepas di maktab 89, di bangunan Abraj Al-Janadriah, selepas suaminya pulang dari mengerjakan solat Jumaat.

"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram...saya reda dengan apa jua ketentuan Illahi," kata surirumah kepada pembantu makmal itu.

Sementara itu, rakan sebilik kepada Shahidan dan Abdul Habib iaitu Mohd Zainol Ramli, 54, berkata pada hari kejadian beliau tidak bersama mereka untuk ke masjid kerana berjanji pergi ke Masjidil Haram bersama isterinya.

"Pak Long (panggilan kepada Abdul Habib) juga rakan sekampung saya di Sik, Kedah, kami datang dengan penerbangan sama KT7 pada 17 Sept lepas. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan satu bilik di Abraj Al-Janadriah ini.

"Kami jadi rapat sejak berada di sini, sejak dari Madinah lagi. Kami (Mohd Zainol, Shahidan dan Pak Long) sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya. - Bernama

Sumber HD - 15-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tabung Haji wajar urus kunjungan keluarga mangsa

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


KUALA LUMPUR: PAS merakamkan takziah dan simpati atas kejadian lima jemaah haji Malaysia menjadi mangsa korban kren tumbang yang berlaku pada 11 September lalu di Masjidil Haram.

Pihak Tabung Haji memaklumkan kelima-lima mereka telah dikenalpasti dan dimaklumkan kepada waris mangsa kejadian tersebut.

"Saya mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat di mana ini adalah satu ujian daripada Allah dan anggaplah juga ini adalah satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah swt. kepada keluarga mangsa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika ditemui pada sidang media Himpunan 60K di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau juga berharap agar pihak Tabung Haji dapat menguruskan isu ini dengan sebaiknya tambahan pula dilaporkan masih ada lagi beberapa jemaah haji Malaysia yang masih belum ditemui.

"Tapi kalau boleh ada laporan yang bersifat rasmi daripada pihak kerajaan untuk kita tahu punca sebenar yang berlaku," ujarnya.

Tambah beliau yang inginkan pihak Tabung Haji juga dapat menguruskan pemergian atau kunjungan ahli keluarga mangsa ke tanah suci sebagai tanda penghormatan terakhir.

Kata beliau lagi, insiden menyayat hati ini memerlukan penjelasan dan maklumat yang benar serta tepat dari pihak pengurusan Tabung Haji memandangkan ada lagi beberapa rombongan jemaah haji yang akan pergi menunaikan haji.

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor menggesa pihak Kerajaan Arab Saudi membayar pampasan kepada pihak keluarga mangsa yang terbabit.

Katanya, meskipun menganggap itu satu takdir, namun disebabkan kecuaian yang berlaku kerajaan Arab Saudi harus bertanggungjawab.

"Bagaimana SOP untuk kawasan itu, keselamatannya kerana ketika itu adalah dengan keadaan mereka telah tahu bahawa jemaah Haji akan datang ke kawasan itu, walaupun sedang dalam proses pembinaan, namun SOP keselamatan itu harus diutamakan," kata beliau yang juga aktivis tanpa sempadan Muslim Care.

Selain itu Kerajaan Malaysia diminta cakna kepada urusan kesemua jemaah haji yang terbabit dan melihat soal kebajikan keluarga mangsa.

Tabung Haji selaku pihak yang menguruskan jemaah haji selain menimba keuntungan melalui wang pendeposit harus menjalankan amanah untuk membantu keluarga mangsa, kata beliau.

Kejadian yang berlaku pada hari yang penuh kemuliaan itu mendapat simpati dari seluruh dunia terutamanya netizen-netizen dari laman sosial.

Disahkan mangsa yang terkorban ialah Rusiah Suar, 56, dari Perak, Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan, Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan dan Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.

Dua lagi jemaah yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Makkah dan Peristiwa Jumaat 11 Sept 2015

HARAKAHDAILY | .


Catatan dari Makkah oleh Ustaz Mohd Nasir Zakaria

Ia adalah pengalaman peribadi yang tidak terlupakan ketika fokus ibadah mula tertumpu ke Masjidil Haram di ambang Zulhijjah. Seperti kebiasaan pada hari Jumaat, Masjidil Haram penuh sesak sejak pagi. Pagi yang cerah dan ceria dan panas sudah mula di penghujung. Kira-kira 40 darjah celcius berbanding 44 darjah celcius pada dua minggu yang lepas.

Saya berada di tingkat tiga masjid. Jam 5:10 petang, selepas solat Asar,  saya dan isteri tidak balik ke penginapan. Suasana panas dan perjalanan ke Hotel Abraj Janadriyah yang merupakan pusat operasi Tabung Haji  kurang lebih 20 minit. Tunggulah Isyak.

Cuaca yang cerah menganjak berubah. Angin panas mengandungi pasir berterbangan mula menerpa. Ya, segenap arah. Pasir memenuhi ruang solat. Ia persis ribut pasir beberapa hari sebelum itu. Ia pengalaman kedua saya ribut pasir di Masjidil Haram. Saya kejutkan seorang rakan Xin Jiang di sebelah saya sambil menunjuk ke arah tempat tawaf.

Saya terus bangun menerpa ke penghadang di hadapan mengadap tempat tawaf. Kelihatan kawasan tawaf kelabu dengan angin pasir. Sudah berbalam. Angin semakin ganas. Plastik dan kertas mula berterbangan di udara. Suasana mula panik. Namun, aktiviti tawaf berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Saya rakam situasi itu.

Perubahan mendadak berlaku. Langit mula gelap. Angin lebih ganas disertai hujan lebat. Saya dapati pusingan tawaf bergerak sangat pantas. Tidak pernah sepantas itu. Sangat menakjubkan.

Orang ramai mula berdoa. Saya cuba turut serta sambil merakam. Tetiba, saya lihat di sebelah kiri saya, kren patah dari belakang menghentam konkrit  tingkat paling atas masjidil Haram yang masih di dalam pembinaan. Bunyi sangat kuat dan menggegarkan kawasan masjid. Terlalu kuat hentaman itu. Besi kren berkecai dan serpihannya melayang ke udara.

Para jemaah mula menjerit. Saya berlari ke bahagian belakang mencari Isteri. Ia sangat pantas dan kelam-kabut. Panik. Pucat masing-masing. Jeritan disulami laungan bersipongang. Masing-masing berlarian tanpa arah. Mencari kawan atau pasangan.

Saya dan isteri ke arah kiri. Ke arah pintu keluar melalui tempat Sa'ie. Ternampak seperti sorang tuan sedang tidur. Isteri minta saya kejutkan. Belum sempat apa-apa,  kelihatan seorang rakyat Malaysia, seorang anak muda yang saya kenali mengerang kesakitan. Sambil di pangku isterinya. Beliau menunjukkan ke arah kaki yang benjol.

Barulah ketika itu kelihatan gelimpangan jenazah. Sekira lima atau enam. Darah merah berpecikan di ruang solat. Agak ramai yang cedera.

Pihak berkuasa Masjidil Haram mula mengawal suasana. Memberi arahan agar bergerak ke ruang Saie atau ke ruang lebih dalam masjid. Saya dan isteri bergerak ke dalam. Pintu keluar dari ruang solat di tutup. Kami terperangkap.

Di ruang tawaf pada jemaah menyerbu keluar. Kami yang berada di ruang atas tawaf menyaksikan pintu tawaf yang di tutup dengan kepingan penghadang plastik tebal mula robek. Ditendang dan dipecahkan. Jemaah dari ruang tawaf bertolak-tolakan panik. Kasihan ibu-ibu yang uzur dan berkerusi roda.

Jemaah yang berjaya melepasi hadangan kelihatan amat lemah. Ada yang cedera. Ada yang meraung memanggil-manggil seseorang. Yang berdoa, membaca al-Quran dan menangis bercampur baur. Ada yang tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa mengambil gambar dan merakam suasana ruang tawaf paling bawah. Mayat bergelimpangan kata mereka.

Jemaah yang cedera mula dipindahkan ke hospital. Mayat mula diangkat. Bunyi siren polis serta ambulans bersahutan memecah suasana.

Azan Maghrib dikumandangkan. Cukup sayu dan menginsafkan. Azan yang sedih. Bergenang airmata mendengar azan itu.

Imam membaca surah yang ringkas, Az-Zalzalah. Surah berkaitan suasana kiamat. Sedih dan mengesankan. Suasana kiamat itu lebih hebat.

Kami solat dalam dengan air hujan yang memenuhi ruang solat dan airmata. Kami dikuarantin sehingga Isyak. Selesai solat. Kami terus diarahkan keluar.

Mengharungi ruang solat yang digenangi darah dan percikan anggota badan. Allahuakbar. Pengalaman ini menakjubkan.

Sampai di ruang saei masih ramai yang sedang menangis. Saya kira sorang perempuan India berumur lingkungan pertengahan 50-an menangis dan meraung. Tak sampai hati melihatnya. Di pertengahan ruang saei kelihatan melalui cermin, puluhan buah ambulan berderetan. Kereta polis juga begitu banyak.

Kami sampai di luar masjid, suasana tunggang langgang. Tiang-tiang lampu patah. Penghadang kawasan pembinaan terbalik. Ribut itu cukup hebat rupanya. Jangkaan saya kematian dalam 20 orang. Rupanya lebih ramai. Mencapai angka ratus. Belum dikira ratusan yang cedera. Saya kira bukan semuanya akibat ditimpa serpihan besi. Ramai yang mungkin terpijak dalam suasana gawat dan panik.

Semoga diri ini mengambil pengajaran ujian Allah ini. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Penulis adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap.

Sumber HD - 15-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kelantan bantu keluarga mangsa kren tumbang

SALMAH MAT HUSAIN | .


PASIR PUTEH: Mangsa kren tumbang di Masjidil Haram menerima sumbangan daripada kerajaaan negeri yang disampaikan anggota Exco, Mumtaz Md Nawi.
Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Kebajikan mengunjungi keluarga Allahyarham Munah Jusoh di Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam.

Selain itu keluarga Ustaz Mat Deris Mohd Noor, 62, di Bachok yang cedera akibat kejadian tersebut juga menerima bantuan serupa.

Anak Allahyarham Munah, Che Wil Che Muda, 41 melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan kerajaan negeri termasuk berusaha menghantar seorang wakil dari setiap keluarga mangsa yang terlibat ke Makkah.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji kerana menguruskan jenazah ibunya di sana.

“Saya cukup terharu kepada semua pihak yang membantu ibu bapa kami di sana dan memberi sokongan pada kami di sini,” katanya di sini.

Menurutnya juga ayahnya Che Muda Che Tahir, 76 akan meneruskan ibadat haji walaupun ibunya meninggal dunia.

Sekiranya berpeluang beliau juga akan ke Makkah menunaikan ibadat haji bersama ayah memandangkan perbelanjaannya akan diurus kerajaan negeri.

Hari ini beliau turut menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada seorang usahawan Gan Leong Piow. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kelantan taja keluarga mangsa kren ke Makkah

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Berita gembira bagi keluarga nahas kren di Masjidil Haram Jumaat lepas, apabila mereka berpeluang menemui ahli keluarga yang sedang mengerjakan ibadat haji di sana.

Kerajaan Kelantan akan menaja seorang daripada keluarga terdekat mangsa untuk membolehkan mereka menemui saudaranya di Makkah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, sekiranya isteri yang meninggal akibat tragedi kren terbalik, namun suaminya selamat, maka anak boleh bersama ayah mereka di sana.

“Sekiranya kemalangan menimpa suami, isterinya dicadangkan ke Makkah dan begitulah sebaliknya.

“Tujuannya untuk memberi semangat, nasihat, dorongan atau seumpamanya selepas terpaksa melalui saat-saat duka ekoran kejadian itu,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Bagaimanapun kata beliau kos keseluruhan belum lagi dapat dipastikan kerana ia masih lagi di peringkat awal.

Menurutnya semua perbelanjaan termasuk penerbangan, pengangkutan dan penginapan akan ditanggung kerajaan negeri setelah mereka memperolehi visa.

Beliau juga berkata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turut berangkat ke Makkah hari ini dijangka menemui keluarga mangsa terlibat di sana.

Pada tragedi Jumaat lepas lima jemaah Malaysia disahkan terkorban di mana tiga daripadanya berasal Kelantan iaitu Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai dan Munah Jusoh, 73, Cherang Ruku;

Dua lagi mangsa iaitu Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor. Manakala dua lagi mangsa masih hilang. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Takziah pada keluarga tragedi kren tumbang di Makkah

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Allah SWT mengingatkan kepada kita semua dengan firman-Nya menerusi Al-Quran:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali-Imran: ayat 185)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah khusus kepada para keluarga mangsa tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada hari Jumaat baru-baru ini.

Kita semua dikejutkan dengan tragedi menyayat hati ini, setelah mana pihak Tabung Haji mengesahkan serta melaporkan adanya warga Malaysia yang terlibat dalam tragedi nahas tersebut.

Allah SWT mengingatkan lagi kepada kita semua dengan firman-Nya:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: ayat 156)

Semoga seluruh keluarga mangsa tragedi dikurniakan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Marilah bersama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat buat semua jemaah haji yang terlibat.

Al-Fatihah.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
01 Zulhijjah 1436H / 15 September 2015M

Sumber HD - 15-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Tragedi Masjidil Haram: Zainun mangsa kelima disahkan terkorban
Posted on Tuesday, September 15 @ 06:19:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEPANG: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.

Demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah, di sini, sebentar tadi.


Pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang ditemui setakat ini seramai enam orang, yang mana lima daripadanya meninggal dunia manakala seorang jemaah haji ditemui selamat. 


Terdahulu seramai empat jemaah Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.


Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah.


Jamil juga berkata kesemua jemaah Malaysia yang meninggal dunia dalam tragedi itu akan dikebumikan di Makkah.

- AntaraPOS



Sumber TKO - 15-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kren tumbang: Keluarga terima sumbangan RM40,000
Posted on Monday, September 14 @ 22:53:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PASIR PUTEH - Setiap keluarga jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lepas, akan menerima sebanyak RM40,000 dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak RM20,000 disumbangkan oleh Tabung Haji (TH) dan RM20,000 lagi sumbangan insurans hayat Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

"Sumbangan itu akan disampaikan dalam temp oh terdekat kepada semua waris (mangsa) oleh pegawai TH di rumah mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada keluarga jemaah haji yang terkorban Munah Jusoh, 74, di Kampung Bukit Kecik, Cherang Ruku di sini, hari ini.

Sumbangan itu diterima oleh anak Munah, Che Will Che Muda, 41, bagi pihak keluarganya yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman. 

Asyraf Wajdi berkata, TH yang beroperasi di Makkah sedang mengesan dua lagi jemaah yang dilaporkan hilang iaitu Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

Beliau berharap anggota keluarga jemaah yang terkorban bersabar dan bersyukur kerana mangsa meninggal di kawasan yang paling suci bagi Islam dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan para syuhadah.

Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rusiah Suar, 56, yang berasal dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.

Sementara itu, Che Will ketika ditemui pada majlis itu berkata, beliau akan menyerahkan wang sumbangan kepada bapanya Che Muda Che Tahir, 76, sekembalinya ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji. 

Beliau berkata, mulai malam ini pihaknya akan mengadakan majlis tahlil selama seminggu bagi kesejahteraan roh ibunya Munah.     -- BERNAMA 



Sumber TKO - 14-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban
Posted on Monday, September 14 @ 22:39:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



NILAI: Seorang lagi jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang sebelum ini dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu disahkan meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Isnin berkata, jenazah kelima dikenal pasti sebagai Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Jenazah Zainun dikenal pasti oleh warisnya.

Ia menjadikan seramai lima jemaah haji yang disahkan terkorban setakat ini.


Dua jemaah lagi masih hilang manakala seorang lagi jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak ditemui selamat.

Empat lagi jemaah yang disahkan meninggal dunia ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).

Dua lagi yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah).

Sumber Link

Sumber TKO - 14-9-2015


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Selangor rakam dukacita insiden di Masjidil Haram

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor merakamkan perasaan dukacita atas insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada hari Jumaat, 11 September lalu.

Insiden tersebut dilaporkan terjadi akibat kren yang tumbang berhampiran pintu As-Salam dan runtuhan bangunan menimpa Bangunan Sa’ie berdekatan dengan mataf.

"PAS Selangor mewakili ahli-ahli dan pimpinan PAS negeri merakamkan rasa amat berdukacita dan bersimpati, serta mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga jemaah haji yang terlibat.

"Semoga ahli keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Kita juga mendoakan agar diberikan kesembuhan kepada jemaah yang tercedera," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Katanya, PAS negeri juga merakamkan setinggi penghargaan kepada para petugas, pasukan perubatan, pasukan kebajikan dan peronda serta pasukan mencari dan menyelamat Tabung Haji yang telah bertungkus lumus memberi bantuan dan rawatan kepada para jemaah haji. - HARAKAHDAILY 14/9/2015

Sumber HD - 14-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Tragedi di Makkah: Kelantan rakam takziah

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kemalangan kren di Masjidilharam dua hari lalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, turut melahirkan rasa dukacita di atas kejadian yang tidak diduga itu sehingga meragut empat nyawa jemaah haji Malaysia, tiga daripadanya berasal Kelantan.

Katanya beliau mendoakan semoga kesemua mangsa diberikan ganjaran syurga yang kekal abadi.

“Keluarga pula hendaklah bersabar dengan ujian yang berat itu. Semalam pihak Tabung Haji melaporkan seramai empat lagi jemaah haji Malaysia terkorban dalam nahas kren tumbang di Masjidil Haram Jumaat lalu.

“Tiga daripada jemaah haji tersebut ialah rakyat Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Ustaz Ahmad berkata pada hakikatnya Allah Taala memberi kemuliaan kepada mereka kerana meninggal dunia di Tanah Suci yang sangat diberkati dan dalam keadaan mengerjakan ibadat haji.

Beliau juga yakin Tabung Haji bersungguh-sungguh menangani masalah dihadapi jemaah haji di sana dengan sebaik mungkin.

“Di kesempatan ini saya turut memohon kemaafan daripada semua kerana saya dan isteri juga akan mengerjakan ibadat haji dan akan berangkat ke sana petang ini.

“Doakan kesejahteraan dan kesihatan saya serta seluruh jemaah haji Malaysia sepanjang berada di sana, mudah-mudahan Allah mengurniakan haji yang mabrur dan diredhainya,” tambahnya.

Empat jemaah haji dari Kelantan yang terkorban dalam nahas tersebut iaitu Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.

Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun media melaporkan tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, Kodiang, Kedah dan Zainun Taha, 69, Ampang, Selangor. – HARAKAHDAILY 14/9/2015

Sumber HD - 14-9-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemaah haji Malaysia kelima terkorban dikenal pasti

BERNAMA | .


SEPANG: Seorang lagi jemaah haji Malaysia yang dikenal pasti sebagai Zainun Taha, 69, disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Beliau berkata jenazah Zainun yang berasal dari Ampang, Selangor itu dikenal pasti melalui pengecaman oleh anggota keluarganya di rumah mayat Hospital Muassim, berdekatan Mina.
  
"Setakat ini lima jemaah haji Malaysia terkorban dalam kejadian itu, seorang telah ditemui selamat dan dua lagi masih hilang," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini, sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi.
  
Beliau bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke sana bagi memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang berjalan lancar selain memastikan perhatian khusus diberikan kepada jemaah haji yang tercedera serta sokongan moral kepada jemaah haji yang lain.
  
Semalam, beliau mengumumkan empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dengan jenazah pertama dikenal pasti ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.

Tiga lagi mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
   
Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji (TH) telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.
  
Dua jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.
  
Jamil Khir berkata kesemua jenazah mangsa akan disembahyang dan dikebumikan di Makkah seperti kelaziman bagi jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji.
  
"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Ma'ala, Makkah yang khusus untuk jemaah haji yang meninggal dunia di sana.
  
"Ini adalah kemuliaan bagi mereka kerana disembahyangkan di Masjidil Haram oleh seluruh jemaah haji dan tentunya ganjaran bagi mereka yang berihram begitu tinggi darjatnya di sisi Allah," kata Jamil Khir.
  
Beliau berkata semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
  
Mengenai 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dalam tragedi itu, Jamil Khir berkata mereka telah disahkan mampu mengerjakan wuquf yang jatuh pada 23 Sept ini (9 Zulhijjah). - Bernama

Sumber HD - 14-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























4 jemaah M'sia telah dikenal pasti terkorban
Posted on Monday, September 14 @ 07:10:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas, menjadikan empat mayat jemaah negara ini telah dikenalpasti.

Manakala seorang lagi ditemui selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.

Dengan pengesahan terbaharu itu menjadikan empat mayat jemaah haji Malaysia telah dikenal pasti. Mayat pertama dikenal pasti awal malam ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.

Semasa sidang media lewat malam tadi, Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji juga telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.

Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).

Jamil Khir berkata ketiga-tiga jenazah itu dikenal pasti pada 6 petang (waktu Arab Saudi) melalui paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat.

"Ketiga-tiga jenazah telah dikenal pasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci," katanya.

Mengenai Abdul Muluk, katanya jemaah haji itu terselamat dalam insiden berkenaan dan dilaporkan tersasar ke kediaman jemaah haji Thailand pada hari kejadian serta beliau dalam keadaan sihat.

"Beliau yang dikatakan seorang yang mudah lupa dihantar ke pejabat agensi pengurusan haji tempatan (Andalusia) oleh pihak Muasassah Thailand sebelum dibawa ke Ibu Pejabat TH di Mekah," katanya.

Katanya semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk
bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Beliau berkata Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.

Tabung Haji akan terus berusaha sedaya-upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin, kata Jamil Khir.
- Bernama

Sumber TKO - 14-9-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban




























BERNAMA | .


PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak adalah mangsa pertama yang dikenal pasti terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengesahan itu dibuat oleh pasukan Lembaga Tabung Haji yang berada di sana.

"Pasukan Tabung Haji dibenar buat pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang media di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Rusiah antara lapan jemaah Haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.

Tujuh lagi jemaah yang gagal dikesan sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Abdul Muluk Ishak, 71, (Pantai Remis, Perak).

Dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram itu, lebih 100 jemaah haji terkorban, manakala beratus lagi cedera termasuk 10 jemaah haji Malaysia.

Jamil Khir berkata pada hari ini merupakan kali pertama pasukan Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.

"Pasukan perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada pukul 10.30 pagi (waktu Arab Saudi) atau 3.30 petang waktu tempatan.

Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu," katanya.

Katanya, jenazah dikenal pasti oleh pihak TH melalui proses pengecaman wajah tetapi tidak mengetahui lokasi arwah menemui ajal.

Jamil Khir berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Makkah.

Beliau berkata pihak TH telah menghubungi keluarga waris yang diwakili oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk memaklumkan berita sedih itu.

"Kami amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

Jamil Khir juga mengucapkan takziah bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kepada semua anggota keluarga Allahyarham Rusiah.

Katanya beliau juga akan bertolak ke Makkah esok untuk meninjau keadaan jemaah haji di sana.

Mengenai perkembangan 10 jemaah haji tercedera, katanya, kesemua mereka dijangka akan dapat menunaikan ibadat haji pada 22 Sept ini.

Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata lima daripada 10 jemaah Malaysia yang cedera itu telah dibenarkan pulang ke maktab penginapan masing-masing.

"Jemaah yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, Rusiah Baba, Ahmad Muzafar Mamat@Adam, Mohd Sharif Meon dan Noordin Wahab," katanya.

Beliau berkata lima lagi masih dirawat, seorang masih ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz, seorang menerima rawatan di Hospital Raja Faizal, seorang di Hospital An Nur dan dua orang di Pusat Rawatan Tabung Haji. - Bernama

Sumber HD - 13-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemaah hilang: Anak hubungi ibu dijawab lelaki Arab

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Usaha seorang anak menghubungi telefon bimbit ibunya, seorang daripada jemaah haji Malaysia yang belum dapat dikesan susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, telah dijawab seorang lelaki Arab.

Perkara itu diceritakan Noor Farehah Abu Bakar, 35, mengenai usaha berterusan yang dilakukan beliau dan tiga beradiknya yang lain untuk menghubungi ibunya, Zainun Taha, 69, antara lapan jemaah haji Malaysia yang hilang berikutan kejadian petang Jumaat di Masjidil Haram.

"Malangnya kami tidak dapat berkomunikasi kerana tidak tahu berbahasa Arab dan lelaki itu tidak faham Bahasa Inggeris," katanya mengenai panggilan yang dibuat pada 10.30 malam tadi, ketika ditemui di kediaman ibunya di Bukit Antarabangsa di sini Ahad.

Beliau berkata ibunya sebelum ini sangat peka dengan panggilan telefon yang diterima dan jarang tidak menjawab panggilan daripada anak-anak.

"Paling tidak, ibu pasti akan menelefon kami semula," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail untuk memberi perkembangan terkini mengenai usaha pencarian kumpulan jemaah yang hilang itu.

Noor Farehah berkata beliau dan anggota keluarganya akan terus berdoa supaya ibu mereka bersama jemaah lain yang hilang ditemui secepat mungkin, dan reda dengan apa juga ketentuan.

Menurutnya, Zainun berlepas ke Tanah Suci pada 9 Sept bersama ibu saudara mereka, Faridah Mansor, 63, yang patah pergelangan kaki kiri dalam insiden yang dikaitkan dengan cuaca buruk itu.

Kejadian kren tumbang itu mengakibatkan 107 maut manakala 238 yang lain cedera termasuk 10 jemaah dari Malaysia. - Bernama

Sumber HD - 13-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Usaha cari jemaah Malaysia yang hilang masih diteruskan

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Usaha mencari jemaah haji Malaysia yang hilang selepas kejadian kren tumbang Jumaat lepas masih diteruskan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata petugas Tabung Haji (TH) meneruskan usaha mereka mencari dan mengesan jemaah terbabit di kawasan sekitar Masjidil Haram dan pusat rawatan di sekitar Makkah.

"Usaha mengesan dan mengira bilangan jemaah haji juga dijalankan 10 malam tadi di semua maktab-maktab TH di Makkah.

"Operasi ini melibatkan petugas-petugas TH dan kerjasama Sahabat TH yang membuat pengiraan jemaah dari bilik ke bilik yang bertujuan untuk memastikan tiada lagi kehilangan baru. Sehingga 12.00 tengah malam waktu Arab Saudi (5 pagi waktu Malaysia), lapan jemaah haji Malaysia yang hilang masih belum dapat dikesan," katanya di sini, hari ini.

Jemaah yang masih gagal dikesan ialah Abdul Habib Lahman, 68 (berasal dari Sik, Kedah), Shahidan Saad, 52 (Kodiang, Kedah), Zainun Taha, 69 (Ampang, Selangor), Rohana Ismail, 54 (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73 (Cherang Ruku, Kelantan), Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 ( Tanah Merah, Kelantan), Abdul Muluk Ishak, 71 (Pantai Remis, Perak) dan Rusiah Suar, 56 (Sungkai, Perak).

Dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu, 10 jemaah Malaysia turut tercedera.

Syed Saleh berkata lima daripada mereka yang cedera itu telah dibenarkan pulang ke maktab penginapan masing-masing.

"Jemaah yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, Rusiah Baba, Ahmad Muzafar Mamat@Adam, Mohd Sharif Meon dan Noordin Wahab," katanya.

Lima lagi masih dirawat: "Seorang jemaah Haji masih ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz, seorang menerima rawatan di Hospital Raja Faizal, seorang di Hospital An Nur dan dua orang di Pusat Rawatan Tabung Haji.

"Semua jemaah yang dirawat itu dalam keadaan stabil. Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus," katanya.

Anggota keluarga dan waris jemaah haji boleh menghubungi talian Pusat Panggilan TH 24 Jam di 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat terkini. - Bernama

Sumber HD - 13-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa




























MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa dengan jumlah jemaah haji dilihat semakin ramai memenuhi kota Suci Makkah bagi melakukan ibadat tawaf dan saie, menjelang 10 hari lagi untuk berwukuf di Arafah yang dijangka 22 Sept ini.
  
Wukuf merupakan rukun utama dalam ibadat haji.
  
Kawasan saie, tempat berlakunya tragedi kren tumbang yang mengorbankan lebih 100 jemaah semalam, dibuka seperti biasa untuk jemaah menunaikan ibadat saie iaitu berlari-lari anak pergi balik dari bukit Safa ke bukit Marwah.
  
Tinjauan Bernama mendapati umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka untuk melakukan umrah dan bersolat waktu seperti biasa di Masjidil Haram, yang giat dalam proses pembesaran.
  
Seramai 279 jemaah Malaysia yang baru tiba menerusi KT52 dari Kuala Lumpur di Jeddah semalam, turut menunaikan umrah hari ini.
  
Menurut kenyataan Tabung Haji, setakat ini jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah ialah sebanyak 18,109 orang. - Bernama

Sumber HD - 12-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tujuh Rakyat Malaysia Terlibat Kemalangan Di Masjid al-Haram

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada sebelum ini.



2. Dimaklumkan bahawa, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat ribut pasir dan hujan lebat. Buat masa ini sejumlah tujuh (7) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan enam (6) yang lain cedara ringan.

Pasukan kebajikan dan perubatan Tabung Haji telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

3. Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian. Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital King Faisal, Mekah manakala enam (6) orang yang cedera dibawa ke Pusat Rawatan Tabung Haji di Abraj Janadiriyah untuk rawatan lanjut. Pasukan perubatan Tabung Haji juga telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.



4. Maklumat terkini yang diterima tentang mangsa kejadian telah meningkat kepada seramai 65 orang terkorban manakala 80 orang cedera. Malawakil dalam usaha untuk mendapatkan maklumat penuh jemaah haji Malaysia yang terlibat di dalam kejadian ini.

Malawakil akan terus memantau perkembangan bersama-sama Bilik Operasi Tabung Haji di Abraj Janadiriyah dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang kejadian ini.
Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
MOHAMMAD ALI SELAMAT
KONSUL JENERAL
MALAWAKIL JEDDAH

Sumber BO - 12-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kren tumbang: 6 jemaah haji Malaysia belum dapat dikesan

BERNAMA | .


PETALING JAYA: Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki.

"Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan," katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana Jaya di sini Sabtu.

TH, katanya, sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah - dua lelaki dan empat wanita - berkenaan.

"Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti...menurut andaian dan pengalaman kita mungkin mereka ada dalam masjid, beriktikaf dan sebagainya atau ada yang lewat balik ke maktab masing-masing," jelasnya.

Laporan awal menyebut enam rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang Jumaat (10 malam di Malaysia). Menurut laporan terkini, 107 orang maut dan 238 cedera dalam kejadian itu.

Jemaah haji Malaysia yang cedera ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.

Yang lain ialah Mat Deris Mohd Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.

Jamil Khir berkata kesemua waris mangsa yang cedera dan yang masih belum dikesan telah dihubungi pihak TH semalam.

"Segala bantuan yang diperlukan oleh mangsa akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia melalui TH," katanya.

Beliau berkata 15 pakar perubatan dan kumpulan petugas TH di Tanah Suci akan membantu jemaah yang terlibat dalam insiden itu sehingga mereka boleh menyempurnakan ibadah berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 12-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Jemaah Malaysia cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram
Posted on Saturday, September 12 @ 08:30:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini, sekurang-kurangnya 87 mangsa terkorban, manakala 184 lagi cedera dalam kejadian pada petang Jumaat, ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (10 malam Jumaat waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik, sebagai pengesahan selanjutnya untuk memastikan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata, kejadian itu berlaku selepas solat Asar, setelah umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

“Semua pasukan TH yang terdiri daripada pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram, bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata, pihak TH sebelum ini turut menasihatkan jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan, sekiranya hujan atau ribut pasir melanda.

Hujan lebat itu dilaporkan yang keempat berlaku dalam tempoh sebulan dan ia dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur menerusi talian 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam pada itu, Reuters memetik Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi, Jeneral Suleiman al-Amr yang memberitahu televisyen al-Ikhbariya, semua mangsa korban dan cedera telah dibawa ke hospital.

Beliau menambah, angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok tumbang dan menjejaskan kren-kren pembinaan di kawasan terbabit.

Ramai umat Islam dari seluruh dunia mula tiba di Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Raja Salman Abdulaziz sebelum ini melancarkan lima projek pembesaran Masjidil Haram, termasuk projek pembesaran kawasan tawaf.

Apabila siap sepenuhnya, Masjidil Haram mampu menampung sehingga 2.2 juta jemaah, dengan 78 laluan masuk mengeliling masjid berkenaan.

Sehubungan itu, sekitar masjid berkenaan dikelilingi sejumlah kren pembinaan dan kerajaan Arab Saudi juga bertindak mengurangkan kuota jemaah haji, pada tahun lalu, demi faktor keselamatan.


Sumber: link



Sumber HD - 12-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kren Jatuh Di Masjidil Haram Mekah 12.9.2015
Posted on Saturday, September 12 @ 08:24:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Pihak berkuasa Arab Saudi setakat 3.15 pagi waktu Malaysia mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 87 jemaah telah meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang yang mengakibatkan sebuah kren tumbang.
Dalam kejadian itu, enam jemaah Malaysia turut disahkan cedera.
Jumlah rasmi dan muktamad kematian dan kecederaan masih belum dikeluarkan.
Masjidil Haram kini sedang dalam proses pembesaran sehingga mencecah 4.3 juta kaki persegi bagi membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa.Melalui laporan yang baru diterima, sebuah kren telah runtuh menghempap bangunan yang mana merupakan kawasan tawaf...
Kren tersebut dari lokasi pembinaan di kawasan Mekah..dikhabarkan mangsa kebanyakan dari Pakistan dan Afrika..
Melaui laporan tak rasmi seorang mangsa dari Malaysia telah tercedera..laporan dari kenalan saya yang kini berada di Mekah..sebanyak lingkungan 20 buah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian..
ARAB NEWS melaporkan lebih dari 87 orang jemaah meninggal dunia..bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jemaah Malaysia terlibat...
Berikut adalah beberapa keping gambar dan video di lokasi kejadian..sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal...
Al-Fatihah untuk mangsa...syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya...

Sidang Media akan dibuat dalam bila-bila masa saja lagi...


Sumber TKO - 12-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah Malaysia kongsi detik pilu tragedi di Masjidil Haram

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 Sept), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 Sept ini.

Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

"Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, " katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.

"Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.

Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.

Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.

"Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.

Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia.

"Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - Bernama

Sumber HD - 12-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 jemaah Malaysia cedera kren runtuh di Masjidil Haram

BERNAMA | .


MAKKAH: Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - Bernama

Sumber HD - 12-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























87 terkorban nahas kren runtuh di Masjidil Haram

Posted on Saturday, September 12 @ 07:43:32 MYT by paktam

Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di Mkkah.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabitdalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umatIslam selesai mengerjakan solat berkenaan.

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - Bernama


Sumber DD - 12-9-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

16,944 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Sebanyak 16,944 jemaah haji Malaysia kini telah pun berada di Tanah Suci Makkah, menjelang 11 hari lagi hari wukuf yang dijangka pada 22 Sept (9 Zulhijjah).
  
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jumlah itu merupakan 76 peratus daripada keseluruhan 22,320 jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1436H ini.
  
"Semua jemaah Malaysia kini berada di Makkah, berbaki 13 lagi penerbangan (yang akan tiba dari tanah air), dan penerbangan  terakhir dijadualkan tiba di Jeddah pada 16 Sept ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata semua perkhidmatan TH di Makkah juga beroperasi sepenuhnya dan tumpuan kini lebih menjurus kepada persiapan untuk operasi masyair (pergerakan jemaah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina).
  
Syed Saleh berkata dua siri penerangan akan diadakan untuk jemaah haji iaitu berkaitan pelaksanaan ibadat haji dan taklimat berkenaan operasi masyair.
  
"Mereka (jemaah haji) akan diberikan taklimat berkenaan ibadat haji dan operasi masyair, jemaah haji akan berada selama enam hari lima malam di Arafah, Muzdalifah dan Mina, mereka perlu memantapkan lagi pengetahuan berkenaan ibadat haji, selain menjaga kesihatan, mereka akan berada di sana bermula 8 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah," katanya.
  
Beliau turut menasihati jemaah haji supaya menjaga kesihatan berikutan cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius di Makkah.
  
"Cuaca di Makkah kini melebihi 40 darjah Celsius, selain berlaku hujan dan ribut pasir. Jemaah haji dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
  
"Petugas-petugas TH juga (unit peronda) bertugas di sekitar Masjidil Haram, dan di laluan antara maktab (penginapan) ke  masjid. Mereka akan menasihatkan jemaah supaya kekal di maktab atau di masjid apabila berlaku hujan atau ribut pasir, yang setakat ini (ribut pasir) berlaku sekali (Selasa lepas)," katanya.
  
Sementara itu Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Ahmad Faudzi Yusoff meminta jemaah haji menekankan aspek penjagaan kesihatan sebagai persiapan untuk melaksanakan ibadat haji semasa hari wukuf nanti.
  
"Kebanyakan jemaah haji yang mendapatkan rawatan di hospital, klinik dan pusat rawatan TH adalah berkaitan masalah penafasan dan batuk, jemaah perlulah kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air," katanya. - Bernama

Sumber HD - 11-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Umat Islam Uganda Dinafikan Visa Perjalanan Haji

Tiga Ratus Lima Puluh (350) orang umat Islam Uganda umat Islam telah dinafikan visa untuk perjalanan menunaikan haji ke Mekah dan Madinah di Arab Saudi pada setiap tahun.

Menurut akhbar harian Monitor Harian, hari Rabu lalu adalah tarikh akhir untuk berlepas bagi menunaikan fardhu haji menurut satu laporan Business Times Antarabangsa.

“Kami telah berjaya mendapatkan visa untuk 400 jemaah, tetapi yang kita lakukan semua apa yang ada dalam kemampuan kita untuk mendapatkan visa,



“bagi [yang] lain 350 warga Uganda tetapi bimbang gagal untuk menjelang tarikh akhir,”kata Sheikh Ahmada Lubega, ahli di Uganda Biro Haji Persatuan, memberitahu akhbar Uganda Selasa. “Ia adalah benar-benar masa yang sangat keras untuk kita.”

Kedutaan Arab Saudi di Kampala juga menafikan visa kepada 40 warga asing yang tinggal di Uganda yang ingin membuat haji.

Kata Lubega, pegawai kedutaan berkata semua pendatang yang tinggal di negara Afrika Timur perlu memohon visa melalui negara-negara asal mereka, walaupun ramai rakyat asing yang mempunyai permit kerja yang membolehkan mereka untuk bergerak bebas sebagai rakyat Uganda.

Kementerian hal ehwal luar Uganda juga telah mengesahkan keputusan untuk menolak visa itu.

“Satu kedutaan mempunyai hak untuk membenarkan atau menolak kemasukan seseorang ke dalam negara mereka. Ia adalah terpulang kepada budi bicara pegawai imigresen, “kata jurucakap Kementerian Sam Omara memberitahu akhbar Uganda pada Selasa.

Sumber BO - 10-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila niat tunai haji akan muncul dugaan

MOHD SABRI SAID | .


KEPALA BATAS:  Yang Dipertua Majls Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP),  Datuk Saleh Man mengingatkan jemaah yang mahu menunaikan ibadah haji ke Mekah supaya tanamkan budaya sabar kerana pelbagai dugaan dan cabaran akan ditempuhi.

Lazimnya, mereka yang berazam dan mendapat giliran ke tanah suci terdedah dengan dugaan dan rintangan dari mula mendaftar sehinggalah selesai mendapat status haji.

"Apabila niat saja nak kerjakan ibadah haji akan muncul berbagai dugaan dan rintangan. Maklumlah di sana nanti kita akan bertembung dengan berbagai budaya, ragam jemaah dan seumpamanya," ujar beliau sewaktu berucap pada majlis Perjumpaan Calon Haji Musim 1436H di bawah kelolaan MAINPP dan Yayasan Al Bukhary di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas semalam.

Sikap jemaah haji kita sambungnya, tidak kasar, berhemah dan tertib ketika melaksanakan tanggungjawab haji berbanding negara lain.

Tabung Haji (TH) melalui Muasasah tegasnya, menguruskan perjalanan para jemaah di sana malahan berjaya memupuk pekerti sewaktu menjalankan ibadah haji.

Datuk Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir menyeru mana-mana individu Islam yang mempunyai lebihan kewangan bolehlah menaja mana-mana individu yang tidak berkemampuan. – HARAKAHDAILY 4/9/2015

Sumber HD - 4-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Mufti: Hukum tawaf guna alat luncur harus

Posted on Wednesday, September 02 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan, hukum menggunakan alat luncur mini-segway ketika tawaf adalah harus.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata, berdasarkan beberapa nas yang meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah tawaf dengan menunggang unta, hukum menggunakan alat tersebut ketika mengerjakan salah satu daripada rukun haji ialah harus.

Namun, beliau menerangkan, alat tersebut boleh digunakan sekiranya ia bertujuan untuk membimbing, mengikuti dan mempelajari kepada orang ramai atau kerana uzur atau sakit.

Dalam laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli turut memberi penerangan mengenai pendapat beberapa ulama yang membincangkan tentang penggunaan kenderaan ketika tawaf.
"Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus," kata Zulkifli.

Bagaimanapun, menurutnya, walaupun hukumnya harus, namun terdapat beberapa kriteria yang perlu difahami dan diraikan iaitu:

• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riak, ‘ujub (bongkak) dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semalam, sebuah video seorang jemaah haji menggunakan hoverboard untuk bertawaf menjadi viral di laman sosial.

Video selama 19 saat itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian ihram tawaf di Masjidilharam dengan menggunakan hoverborad.

Tindakan lelaki tersebut menarik perhatian memandangkan kebiasaannya tawaf dibuat dengan berjalan mengelilingi kaabah.

Tindakan lelaki itu juga juga menimbulkan perdebatan orang ramai di laman sosial.


https://www.youtube.com/watch?v=W5lSbI6JNyE&feature=player_embedded


Sumber TKO - 2-9-2015


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gangguan emosi: Kaunseling kepada jemaah haji

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MAKKAH: Selain bimbingan ibadat, Tabung Haji (TH) turut menyediakan khidmat kaunseling kepada jemaah haji Malaysia bagi memantapkan ketahanan emosi mereka akibat berdepan dengan pelbagai rupa cabaran persekitaran di Tanah Suci.
  
Pengurus Pusat Kaunseling TH di Makkah, Sharifah Rahanah Wan Drahman berkata, kebanyakan kes emosi berkaitan penyesuaian diri dalam kalangan pasangan suami isteri, berikutan mereka tidak lagi tinggal bersama.
  
Masing-masing sebaliknya terpaksa berkongsi bilik dengan jemaah haji hanya dari sesama kaum.
  
Dalam persekitaran sedemikian, difahamkan Tabung Haji mengambil tindakan cukup berhemah memberi kemudahan kepada pasangan suami isteri yang ingin 'tinggal bersendirian seketika'.
  
Sharifah Rahanah berkata, "Kegagalan mengawal emosi menyebabkan jemaah mengalami masalah kemurungan dan kesedihan, sehingga mereka hilang minat untuk meneruskan rutin harian seperti pergi ke masjid, hilang selera makan dan sukar tidur".
  
Dalam taklimat kepada pemberita hari ini, beliau berkata terdapat juga kes gangguan emosi yang dilaporkan oleh rakan sebilik selepas mendapati jemaah tersebut berkelakuan pelik.
  
"Kaunselor akan membantu dengan cara bersemuka dengan jemaah terbabit dan proses itu akan dilakukan secara berulang sehingga emosi jemaah terbabit kembali stabil.
  
"Insya-Allah, apa jua masalah dapat diselesaikan," katanya.
  
Sharifah Rahanah berkata pihaknya turut mengadakan sesi taklimat dan program ziarah ke bilik bagi mengenalpasti masalah berkaitan emosi jemaah haji.
  
Katanya, gangguan emosi mungkin juga akibat kegagalan menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan baharu di Tanah Suci.
  
Gangguan emosi lain ialah kemurungan akibat kerinduan kepada keluarga di tanah air, masalah menyesuaikan diri dengan rakan sebilik di Tanah Suci, masalah peribadi yang terbawa-bawa ke Tanah suci yang akhirnya menjejaskan penumpuan untuk melaksanakan ibadat.
  
Menerusi program taklimat dan ziarah misalnya, pusat berkenaan yang mempunyai empat kaunselor mendekati jemaah haji dalam kelompok-kelompok kecil bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka.
  
"Selain itu, jemaah haji juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor secara bersemuka dengan mengunjungi pusat berkenaan atau menghubungi pusat berkenaan menerusi talian 012-5706600," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas ?
Posted on Monday, August 31 @ 08:15:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.



Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.



“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.



Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.



Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.



Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.



Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.



Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.



Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.



Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.



Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.



Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.



Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.



Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.



Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

SUMBER ASAL 


Sumber TKO - 31-8-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih 4,000 jemaah haji Malaysia kini di Madinah




























MOHD SHUKRI ISHAK | .


MADINAH: Lebih 4,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Madinah dan secara keseluruhannya, mereka dilaporkan dalam keadaan baik, kata Pengarah Operasi Madinah, Operasi Haji 1436H Mohd Zawawi Bostam.
  
Beliau berkata sebanyak 4,446 jemaah haji kini berada di Madinah dan ditempatkan di tiga buah hotel iaitu Hotel MovenPick, Hotel Al-Saha dan Al-Haram, sejak penerbangan pertama KT1 pada 16 Ogos lepas.
  
"Jumlah berkenaan tidak termasuk dua lagi kumpulan yang akan tiba hari ini menerusi penerbangan KT14 dari Alor Star (279 jemaah) yang dijangka tiba 4.15 petang (9.14 malam waktu Malaysia) dan KT15 dari Johor Baharu (279 jemaah) yang dijangka tiba 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia (21 Ogos)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Mohd Zawawi berkata penerbangan akhir yang membawa jemaah terus ke Madinah dijadualkan pada 30 Ogos dan dijangka tiba pada 1.15 pagi waktu tempatan.
  
Beliau berkata semua jemaah haji juga dilaporkan dalam keadaan baik: "Alhamdullilah, semuanya dalam keadaan baik, cuma ada yang hadapi sedikit masalah kesihatan kecil seperti batuk dan kulit kering berikutan cuaca panas antara 34 dan 46 darjah Celcius. Mereka terbabit telah dirujuk kepada petugas perubatan".

Beliau berkata jemaah haji yang berada di tanah suci juga telah mengikuti program-program yang disusun atur oleh pihak TH seperti menziarahi Masjid Nabawi, melakukan ziarah di tempat-tempat bersejarah di Madinah serta mengikuti program-program ceramah ibadat dan kaunseling.
  
Jemaah haji Malaysia dijadual ke Makkah secara berperingkat mulai 24 Ogos ini dengan menaiki bas dengan kumpulan terakhir dijadualkan pada 7 Sept.
  
"TH akan menggunakan bas bagi membawa jemaah haji ke Makkah menerusi jadual yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi," katanya.
  
Beliau berkata keseluruhan 11,088 bakal jemaah haji akan berada di Madinah menerusi 32 penerbangan. Sebanyak 32 lagi penerbangan dijadualkan terus ke Jeddah.
  
Kuota haji Malaysia tahun ini ialah sebanyak 22,320 orang yang akan dibawa menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines. - Bernama

Sumber HD - 20-8-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MOHD SHUKRI ISHAK | .


MADINAH: Kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini pada 8.35 pagi waktu tempatan (1.35 tengah hari waktu Malaysia).

Mereka akan ditempatkan di Hotel Movenpick, satu daripada tiga hotel yang menempatkan jemaah haji Malaysia di Madinah.

Dua lagi hotel untuk penginapan jemaah haji ialah Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha.

Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5.30 pagi ini (waktu Malaysia) dengan pesawat SV5701 milik Saudi Arabian Airlines.

Sebanyak 11,088 bakal jemaah haji menerusi 32 penerbangan dijadualkan tiba secara berperingkat di Madinah.

Mereka kemudiannya dijadualkan menaiki bas ke Makkah bermula 24 Ogos ini dengan kumpulan terakhir ke Makkah ialah pada 7 Sept.

Jumlah jemaah haji Malaysia tahun ini ialah seramai 22,320 jemaah yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines.

Sebanyak 32 penerbangan lagi dijadualkan tiba di Jeddah. - Bernama

Sumber HD - 16-8-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Rahsia haji yang terabai



Oleh Dr. Abu Anas Madani
Memahami rahsia dan hikmah ibadat haji adalah merupakan manfaat yang besar dan sangat tinggi nilainya. Allah swt telah mendahulukan sebutan menyaksikan manfaat bagi orang yang mengerjakan haji sebelum menyebut nama Allah swt sebagaimana dalam firman Nya:

لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan Nya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Haj: Ayat 28)

Apabila manusia jahil atau tidak mengetahui hikmah rahsia satu amalan yang besar ia akan menyebabkan amalan itu dipandang kecil kerana mereka akan menunaikan tanpa roh dan melakukan tidak mengikut kehendak Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Maka apabila manusia meninggalkannya tiadalah mereka mendapat faedah dari ibadat tersebut kecuali sangat sedikit.

Kesan daripada itu, sebahagian besar dari jemaah haji yang balik dari menunaikan haji hanya membawa riwayat-riwayat cerita sahaja tetapi tidak membawa kesan dari haji yang dilaksanakan. Contohnya dalam penjagaan solat, menutup aurat, meninggalkan riba dan rasuah dan lain-lain pelanggaran arahan Syarak.

Bagi penduduk Mekah pula, sebahagian mereka menganggap jemaah haji yang datang hanyalah rezeki semata-mata daripada Allah dan dengan itu menyebabkan sebahagian penduduk Mekah merasakan jemaah haji yang datang ini tidak perlu diberi layanan istimewa menjadi tetamu Allah. Maka bumi yang berkat ini menjadi seakan-akan bumi perniagaan semata tanpa roh ibadat haji yang sebenar.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Sumber HD - 15-10-2014

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Penerbangan MAS bawa pulang jemaah haji hari ini

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) membawa pulang jemaah haji Malaysia daripada Tanah Suci tiba awal hari ini.

Penerbangan MH8201, membawa 279 jemaah haji, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 4.05 pagi, kata MAS dalam kenyataan dan menurutnya penerbangan itu berlepas dari Jeddah pada 2 petang (waktu Arab Saudi) semalam.

Semua jemaah berkenaan diwajibkan menjalani pemeriksaan seperti disyaratkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran merentas sempadan virus Ebola yang telah menjangkiti dan meragut nyawa penduduk di barat Afrika.

"Kementerian telah mewujudkan kaunter-kaunter kesihatan di pintu ketibaan untuk memastikan semua jemaah dan kru MAS diperiksa," menurut kenyataan itu.

Bagi haji musim ini, MAS mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah dari tujuh bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (14 penerbangan), Pulau Pinang (enam), Johor (enam), Kuala Terengganu (lima), Alor Setar (lima), Kuching (dua) dan Kota Kinabalu (satu), antara 27 Ogos dan 27 Sept.

Sebanyak 28 penerbangan mendarat di Jeddah dan 11 di Madinah.

Kenyataan itu turut memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya sebagai berkata MAS dan Lembaga Tabung Haji mengalu-alukan kepulangan semua jemaah dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji mereka.

"Dalam Islam, mengerjakan haji merupakan peluang dan rahmat daripada Allah SWT.

"MAS, bersama-sama dengan Lembaga Tabung Haji, komited untuk memberikan layanan komprehensif dan selesa di lapangan terbang dan semasa dalam pesawat kepada jemaah. Kami berharap perkhidmatan yang kami berikan kepada jemaah menjadi pengalaman indah kepada mereka," kata Ahmad Jauhari.

Sejumlah 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji musim ini. - Bernama

Sumber HD - 11-10-2014

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak gendong ayah sepanjang tunai ibadat haji

http://idahsalam.blogspot.com | .

Mengharukan, anak gendong ayahnya sepanjang menunaikan ibadat haji

Bakti besar kepada orangtua ditunjukkan oleh Mohammad Rasheed, lelaki dari India yang kini berusia 50 tahunan. Rasheed menggendong ayahandanya yang berusia 80 tahun sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci.
"Sebenarnya saya boleh mendorongnya dengan menggunakan kerusi roda tetapi tidak ada yang lebih selesa dan enak saya atau orangtua rasakan selain bahu saya," kata Rasheed kepada harian lokal Al Watan, dikutip merdeka.com, Khamis (9/10).

Sepanjang ibadah haji, Rasheed terus menerus menggendong ayahandanya. "Saya berjanji tidak akan membiarkan kaki ayahanda menyentuh tanah dalam menjalankan rukun-rukun haji seperti tawaf (keliling Kabah), sa'i (berjalan bolak balik antara bukit Shofa dan Marwah) atau melempar jumrah," ujar Rasheed.

Rasheed adalah anak tunggal dari ayah yang selalu digendongnya di Tanah Suci, sementara ibunda Rasheed sudah meninggal dunia. Rasheed mengaku kecintaannya kepada ayahanda makin mendalam seiring kepergian ibunda menghadap Yang Maha Kuasa.

Cerita mengharukan kembali disampaikan Rasheed bahawa ayahandanya juga selalu menggendongnya di masa muda. "Ini masanya saya membalas kasih sayang ayahanda yang selalu ditumpahkan kepada saya," kata Rasheed.

Rasheed mengaku, ayahnya selalu bicara kepadanya tentang harapan dan keinginan naik haji. Tetapi kondisi kewangannya selalu tidak memungkinkan. Dia mengaku, boleh memenuhi harapan ayahandanya selalu menghantui setiap saat. "Seringkali dalam mimpi, saya melihat ayahanda menunaikan ibadah haji dan saya menggendongnya," kata Rasheed.

Dengan segala tekad yang dimiliki, Rasheed memutuskan untuk memberangkatkan ayahandanya naik haji, tak peduli berapapun biayanya. Rasheed berjuang hingga akhirnya dapat membiayai ayahanda naik haji.

"Saat ayahanda berusia 80 tahun, saya putuskan untuk memberangkatkan dia naik haji, tak peduli berapapun biayanya," ujar Rasheed.
sumber:merdeka.com

Sumber HD - 10-10-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Jemaah haji Malaysia di Mina 'melontar syaitan'

HAFIZAH KAMARUDDIN | .
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira tujuh kilometer dari sini, untuk mengerjakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra, setelah tiba di Mina awal pagi Sabtu selepas bermabit di Muzdalifah.

Mereka yang tiba secara berperingkat dari Muzdalifah, telah memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijah iaitu pada Sabtu mulai selepas terbit fajar, yang bersamaan dengan hari raya Aidiladha di sini.

Jemaah haji akan terus berada di sini hingga 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau dikenali sebagai hari Tasyriq (Ahad, Isnin dan Selasa) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah.

Waktu melontar di setiap jamrah dengan tujuh biji batu kecil bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun terdapat kira-kira 2.1 juta jemaah haji berada di Tanah Suci kali ini, pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Arafah, dan kemudiannya ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina berjalan dengan lancar.

"Saya amat sukacita kerana pergerakan jemaah haji Malaysia dari Muzdalifah ke Mina telah membuat satu rekod kerana telah berjaya sampai lebih awal daripada jangkaan yang dibuat, " katanya dalam wawacara secara langsung dengan RTM untuk program Salam Baitullah pada Sabtu.

Syed Saleh berkata pihaknya membuat jangkaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di Mina pada 4.15 pagi Sabtu (9.15 pagi waktu Malaysia), tetapi semua jemaah berjaya dibawa ke Mina pada pukul 3.45 pagi (8.45 pagi waktu Malaysia) iaitu setengah jam lebih awal.

"Ini memandangkan tahun ini merupakan Haji Akbar kerana hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi yang mendapat mengawal pergerakan kenderaan keluar dan masuk Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan baik, serta berjaya mengawal kemasukan jemaah haji yang tidak mempunyai permit bagi memastikan pergerakan jemaah haji yang rasmi lancar," katanya.

Menyentuh ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah, Syed Saleh berkata Tabung Haji menggalakkan jemaah haji Malaysia membuat lontaran selepas Isyak kerana cuaca lebih sejuk.

Katanya mereka akan dibawa secara berkumpulan mengikut pergerakan maktab atau KT (nombor pesawat kapalterbang sewa khas Tabung Haji) masing-masing.

Syed Saleh berkata jemaah haji Malaysia akan melontar di Tingkat Tiga yang dikhususkan untuk jemaah haji dari Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.

Beliau berkata perjalanan dari khemah jemaah haji Malaysia ke Jamrah yang jaraknya kira-kira tiga kilometer akan memakan masa sejam untuk perjalanan pergi dan balik.

Katanya sementara menunggu waktu untuk pergi melontar, pihak Tabung Haji mengadakan beberapa program bimbingan ibadah, termasuk persiapan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam di Makkah, yang akan dilakukan selepas ibadah melontar selesai.

Jambatan jamrah terdiri daripada beberapa tingkat di Mina membabitkan kos SR4.2 bilion yang dibuka pada musim haji tahun lepas, boleh memuatkan sehingga 500,000 jemaah haji setiap jam.

Bagaimanapun, buat masa ini hanya boleh memuatkan 300,000 jemaah haji pada setiap jam, dan telah mempercepatkan proses 'melontar syaitan' itu. - Bernama

Sumber HD - 6-10-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah

HAFIZAH KAMARUDDIN | .

ARAFAH: Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf, yang merupakan rukun dan kemuncak ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha sedang dijalankan untuk membawa mereka ke Arafah walaupun untuk seketika.

Waktu wukuf bermula dari bermula dengan tergelincirnya matahari iaitu masuknya waktu zohor Jumaat dan berakhir sebelum terbitnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Subuh Sabtu.

Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji Malaysia, termasuk yang dirawat di dua pusat rawatan Tabung Haji iaitu Pusat Rawatan Syisyah dan Pusat Rawatan Azizah telah pun dibawa ke Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Makkah secara berperingkat-peringkat sejak pukul 10.15 pagi hingga jam 10.30 malam Khamis.

Tahun ini 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji dan sehingga kini lima jemaah haji telah meninggal dunia di Tanah Suci.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan lawatan selama sejam ke khemah-khemah jemaah haji di sini pagi Jumaat.

Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji berada dalam keadaan yang baik dan sedang siap bersedia untuk masuknya waktu wukuf yang hanya beberapa jam lagi. Malah cuaca yang cerah memudahkan jemaah haji membuat persiapan.

Menyentuh mengenai khutbah Arafahnya hari ini, beliau berkata ianya akan menyentuh mengenai keberkatan haji tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu semua hari.

Selain itu, haji terakhir Nabi Muhammad sebelum beliau wafat adalah juga jatuh pada hari Jumaat dengan meninggalkan pesanan dan amanat yang penting untuk umat Islam praktikkan terutama mengenai penjagaan terhadap keluarga.

Jamil Khir semasa bertemu dengan jemaah haji Malaysia turut mengucapkan selamat menjalankan ibadah wukuf dan diberkati dengan haji mabrur kepada mereka.

Jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit, selepas Maghrib. - Bernama
Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf.

Sumber HD - 3-10-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Terkilan tiada di sisi sewaktu isteri hembus nafas terakhir

HAFIZAH KAMARUDDIN | .
MAKKAH: Suami Allahyarhamah Che Yah Jaafar, 62, Osman Darus, 67, terkilan kerana tidak dapat berada di sisi isteri sewaktu menghembus nafas terakhir di Hospital An Noor, di sini pada 24 Sept lepas.

Osman berkata sebaik tiba di hospital, beliau dimaklumkan isterinya telah meninggal dunia pada 9.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Beliau berkata isterinya yang tiba di Tanah Suci dengan keadaan yang sihat dan cergas, tiba-tiba demam dan selesema serta dimasukkan ke wad Unit Rawatan dan Kecemasan (ICU) Hospital Arab Saudi pada 21 Sept.

Sejak itu, saya hanya dapat melihat isteri melalui tingkap kaca kerana pihak hospital tidak benarkan masuk ke bilik tersebut, katanya kepada media Malaysia selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di maktab penginapan jemaah Malaysia di Hotel Land Premium di sini, Rabu.

Pada majlis itu, Jamil Khir mengumumkan Tabung Haji (TH) akan melaksanakan badal haji atau upah haji untuk 25 warga Malaysia termasuk enam bakal jemaah haji yang meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan ibadah haji, termasuk Che Yah.

Yang lain ialah Nastain Ahmad, 48, dari Sabah yang maut dalam kemalangan sebelum berlepas ke tanah suci, Maznah Mat Dali (51 tahun) penghidap kanser hati dari Sekilau, Omar Mahmud (58) dari Johor Bahru, Ab Khalim Md Yusof (59) dari Shah Alam dan Rossnah Abu Hassan (52) dari Kedah yang meninggal di tanah Suci.

Osman yang bersyukur atas usaha TH melaksanakan badal haji untuk isterinya, tidak menyangka isterinya akan meninggal dunia ketika berada di tanah suci.

"Tak sangka langsung yang isteri saya akan pergi (buat selama-lamanya)...semua kerja dia buat, termasuk menguruskan kedai," kata bapa kepada seorang anak itu.

Sementara itu, suami Allahyarhamah Maznah, Efendi Osman, 55, berkata isterinya itu amat berhajat untuk mengerjakan haji.

"Bila datang ke sini dia sihat, cuma dua minggu lepas hatinya dijangkiti kuman dan doktor kata ada jangkitan pada paru-parunya," katanya.

"Setelah dimasukkan ke hospital sejak 25 Sept lalu, semalam dia menghembuskan nafas terakhir. Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan selepas solat Asar," kata Efendi yang berasal dari Sekilau, Pahang.

Beliau berkata anak-anaknya di tanah air telah dimaklumkan dan mereka reda dengan pemergian ibu mereka.

"Insya-Allah, saya ada kekuatan menghadapinya," katanya kepada petugas media.

Sementara itu, Said Isa, 72, suami Allahyarhamah Rossnah yang meninggal dunia kerana sakit jantung pada 23 Sept lepas berkata beliau reda dengan kematian isterinya itu.

Menurut beliau, isterinya tidak mempunyai sebarang penyakit dan bersyukur atas usaha TH melaksanakan badal haji untuk isterinya. - Bernama

Sumber HD -  2-10-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puasa Hari Arafah dan Aidil Adha di Malaysia

AHMAD MOUHYIDEEN HASYIM | .

Rakyat Islam Malaysia perlu berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435H walaupun hari Wukuf di Arab Saudi adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Begitu juga Hari Raya Aidil Adha perlu disambut di Malaysia pada hari Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H walaupun hari raya tersebut disambut di Arab Saudi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014.

Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara.

Selain daripada itu, maksud puasa sunat Hari Arafah pula ialah pada tarikh 9 Zulhijjah, bukannya semata-mata kerana ibadat Wukuf di Arafah. Jika dilihat kepada takrifan yang diberikan oleh Ulamak di dalam kitab feqah dan syarahan hadis Rasulullah s.a.w. tentang Hari Arafah maka mereka mengatakan Hari Arafah itu ialah pada 9 Zulhijjah sebagaimana yang terdapat dalam kitab 'Al-Kamus Al-Fiqhi', 'Mu'jam Lughah Al-Fuqaha', 'Al-Mughni libni Qudamah' dan lain-lain lagi. Bahkan terdapat di sana riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada 9 Zulhijjah. Ia tidak merujuk semata-mata kepada ibadat Wukuf di Arafah. Riwayat tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan An-Nasaie serta telah disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.

Hujjah yang menyatakan bahawa zaman sekarang mempunyai teknologi yang canggih tidak sepatutnya membawa kepada perbezaan tarikh di antara negara-negara Islam adalah tidak dapat diterima. Ini kerana secanggih mana sekali pun teknologi yang ada, ia tidak boleh mengubah tempat atau waktu terbit matahari dan bulan yang berbeza mengikut negara dan sekali gus tidak boleh mengubah perbezaan hari dan waktu.

Perbezaan menunaikan ibadat puasa sunat Hari Arafah dan menyambut hari Raya Aidil Adha di setiap negara tidak bermakna umat Islam dilihat berpecah. Kedatangan Islam bukan untuk menyatukan semua perkara bahkan ia meraikan perbezaan dalam perkara cabang agama. Perkara yang tidak boleh berlakunya perbezaan ialah dalam perkara prinsip dan usul.

Umat Islam mesti bersatu dan tidak boleh berbeza pandangan dalam pensyariatan Hari Raya Aidil Adha dan puasa sunat Hari Arafah kerana ia adalah perkara prinsip dan usul. Walau bagaimanapun, hari dan waktu untuk menunaikan ibadat tersebut yang berbeza mengikut tempat atau waktu terbit matahari dan bulan adalah merupakan cabang agama yang mesti diraikan.

Perbezaan ini menyerlahkan keindahan Islam kerana ia bersifat anjal dalam perkara cabang dan tegas dalam perkara prinsip. Ia adalah sesuai di setiap tempat dan zaman.

Penulis ialah Pengarah Operasi, Majlis Penyelidikan & Tafaqquh, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sumber HD - 30-9-2014

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Penjelasan Jakim: Puasa sunat hari Arafah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, timbul isu tentang kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia dan pelaksanaan puasa sunat sempena hari Arafah. Persoalan ini timbul kerana perbezaan hari dan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi.

Perbezaan ini menimbulkan sedikit kekeliruan hari bilakah umat Islam boleh berpuasa sunat. Bagi menjawab kekeliruan itu Jakim telah mengeluarkan suatu kenyataan media melalui ketua pengarahnya, Datuk Haji Othman Mustapha.


KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1435H

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.

1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.

2. Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…”

3. Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud: “Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda; ‘Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya’.”

“Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya).’

4. Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla’ (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama) tertentu yang bermaksud, “Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat, kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami…’.”

5. Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.

6. Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014. Komuniti Islam di negara
yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama. Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.

7. Matla’ negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.

8. Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’ negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;

“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.

9. Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahan matla’ hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka. Kenyataan rasmi negara Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama matla’ dengannya seperti negara MABIMS. Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai
keputusan cerapan hilal di Malaysia.

10. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:

“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…

11. Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini, maka
ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.

12. Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat. Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama
Arab Saudi.

13. Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:

“Menolak Cadangan Penentuan Aidiladha Berdasarkan Hari Wukuf Dan Mengekalkan Kaedah Penetapan Aidiladha Di Malaysia Adalah Berdasarkan Kepada Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Berasaskan Sistem Imkanul Rukyah Kerana Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Lebih Sesuai Diamalkan Di Negara Ini.

14. Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014. - HARAKAH 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemaah haji Malaysia wukuf di Arafah Jumaat ini

HAFIZAH KAMARUDDIN | .


MAKKAH: Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan berwukuf di Arafah, Jumaat ini, yang merupakan kemuncak ibadah haji, walaupun ada yang terpaksa dibawa dengan ambulans.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setakat ini keadaan kesihatan jemaah haji amat menggalakkan dengan hanya empat orang yang masih berada di Hospital Arab Saudi berbanding lapan orang dua hari lepas.

Malah jumlah jemaah haji yang menerima rawatan di klinik dan hospital Tabung Haji pada musim haji kali ini amat berkurangan berbanding musim haji sebelum ini, katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Rehab Al Janadiriyyah atau maktab 91 di sini Isnin.

Beliau, yang diiringi Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengarah Urusan TH Tan Sri Ismee Ismail turut menunaikan solat Zuhur bersama jemaah haji di maktab itu selain melawat pusat kewangan dan klinik Tabung Haji di maktab tersebut.

Jamil Khir juga turut beramah mesra dengan jemaah haji serta dengan pasukan sahabat Tabung Haji yang merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada jemaah haji yang turut membantu petugas TH dalam memberi bantuan kepada jemaah haji.

Jamil Khir berkata TH akan memastikan kesemua jemaah haji dapat berada di Arafah kerana ia merupakan Rukun Haji yang utama dan,"Haji itu adalah wukuf di Arafah."

Wukuf di Arafah yang bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika, sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan, bermula daripada gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke-9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke-10 Zulhijah.

Beliau juga berkata TH turut mengadakan khemah perubatan bagi merawat jemaah haji yang sakit bagi memastikan mereka dapat turut berwukuf.

Selain itu, persiapan operasi Masyair (di Arafah, Muzdalifah dan Mina) telah siap sepenuhnya bagi menerima kedatangan jemaah haji Malaysia yang akan mula bergerak secara berperingkat mulai 11 pagi Khamis ini, katanya

Beliau berkata TH juga akan turut menjalankan korban kambing dan unta yang diterima oleh TH daripada jemaah haji Malaysia untuk dikorbankan di Mina sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Sabtu di Arab Saudi.

Sementara itu, Pengarah Operasi Kewangan TH Anisuati Yahaya berkata pihaknya telah menerima bayaran untuk menguruskan korban bagi lebih 13,300 ekor kambing dan 130 ekor unta sehingga tarikh tutup permohonan untuk mengadakan korban pada Ahad lepas. - Bernama

Sumber HD - 29-9-2014

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Kumpulan jemaah haji terakhir ke Tanah Suci hari ini

BERNAMA | .
PETALING JAYA: Kumpulan terakhir seramai 279 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini menerusi penerbangan KT64.

Mereka yang bertolak dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.30 tengah hari dan dijangka tiba pada 8.30 malam waktu tempatan.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam penerbangan itu berkata dengan penerbangan terakhir itu, jumlah jemaah haji yang berada di tanah suci adalah sebanyak 22,320 iaitu 100 peratus kuota jemaah haji negara bagi tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata TH akan melaksanakan Haji Badal untuk menyempurnakan ibadah haji bagi empat jemaah Malaysia yang meninggal dunia di tanah suci baru-baru ini.

"Pihak Lembaga Tabung Haji akan melaksanakan Haji Badal empat jemaah yang meninggal dan memastikan waris seperti isteri, suami atau anak jemaah dapat meneruskan ibadah haji mereka dengan sempurna," katanya kepada pemberita.

Dua jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.

Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung. Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini ialah empat orang.

Abdul Azeez berkata setakat ini semua jemaah yang berada di Tanah Suci juga dilaporkan tidak dijangkiti sebarang virus penyakit berjangkit.

"Pasukan perubatan kita yang telah berada di sana juga akan menjalankan tugas sebaiknya bagi memastikan kesihatan jemaah Malaysia dalam keadaan baik untuk melakukan ibadah Haji.

"Kita juga akan memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin dan minta waris serta rakyat Malaysia mendoakan agar semua jemaah dapat menunaikan haji dengan sempurna," katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bermula pada 27 Ogos lepas melibatkan 450 jemaah dan penerbangan balik yang pertama dijangka pada 10 Okt ini. - Bernama

Sumber HD - 27-9-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebanyakan jemaah haji sakit akibat jangkitan paru-paru

HAFIZAH KAMARUDDIN | .

MAKKAH: Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dengan ramai daripada mereka berusia antara 50 dan 70 tahun.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff bagaimanapun berkata, tiada jemaah yang dijangkiti penyakit berjangkit dan tahap kesihatan rata-rata jemaah haji berada dalam keadaan baik.

Klinik dan pusat rawatan TH di Tanah Suci, sehingga kini telah merawat sebanyak 5,000 jemaah sebagai pesakit luar dan 80 lagi telah dimasukkan ke pusat rawatan, katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata semua jemah haji telah dinasihat supaya mendapatkan rawatan di 10 buah klinik, termasuk dua di Madinah, sekiranya demam agar rawatan dapat diberikan segera.

Beliau berkata jika didapati jemaah haji memerlukan rawatan selanjutnya mereka akan dihantar ke empat pusat rawatan TH, termasuk satu di Madinah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar-pakar perubatan Malaysia.

"Jika dapati pesakit masih memerlukan perkhidmatan rawatan lebih canggih, mereka akan dirujuk ke hospital Arab Saudi, seperti pembedahan dan sebagainya," katanya.

Dr Saiful Azlan berkata TH telah menyediakan empat pusat rawatan iaitu Hospital Aziziah, Pusat Rawatan Shisya dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriyyah di Makkah serta Pusat Rawatan Dar Siba di Madinah, selain 10 klinik di setiap pusat penginapan termasuk di dua di Madinah.

Buat pertama kali juga, Tabung Haji (TH) pada tahun ini menyediakan perkhidmatan pergigian untuk jemaah haji memandangkan kos rawatan pergigian di tanah suci sangat mahal, katanya.

Klinik pergigian itu dikendalikan seorang doktor pakar pergigian yang ditempatkan di Pusat Rawatan Shisya di sini. Ia diwujudkan berikutan permintaan jemaah haji sebelum ini, katanya.

Dr Saiful Azlan berkata dari segi perkhidmatan kesihatan lain, pihaknya telah menjadikan Pusat Rawatan Shisya sebagai hospital khas untuk kes jangkitan paru-paru, komplikasi kencing manis dan ortopedik untuk kes-kes patah tulang dan sebagainya.

Sementara Hospital Aziziah pula, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan kardiovaskular, psikiatrik dan gastroenteritis manakala Pusat Rawatan di Abraj Al-Janadiriyyah dijadikan wad am serta tempat menyaring pesakit untuk rujukan ke Pusat Rawatan Shisya atau ke Hospital Aziziah, tambahnya.

Beliau berkata, tahun ini pusat rawatan TH mempunyai sebanyak 250 petugas termasuk 50 doktor dan doktor pakar, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru x-ray, fisoterapi dan pegawai farmasi.

Beliau berkata TH juga mewujudkan pelbagai unit pusat rawatan yang diketuai pakar-pakar perubatan dari Malaysia termasuk kemudahan bilik X-ray, makmal serta 15 buah ambulans, termasuk dua di Madinah.

Beliau berkata setiap tahun, Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membuat pemeriksaan terhadap kelengkapan di pusat perubatan TH termasuk di Madinah.

Mereka akan memeriksa dari segi peralatan hospital, jumlah petugas serta ubat-ubatan yang dibawa bagi memastikan pusat rawatan perkhidmatan kesihatan TH mempunyai kelengkapan mencukupi bagi mengendalikan jemaah haji Malaysia di sini.

"Hanya selepas mendapat kelulusan dan permit dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi, baru pusat perubatan TH dapat beroperasi.

"Sehingga hari ini, kita tidak mempunyai masalah dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan pasukan kita merupakan pasukan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata TH menempatkan dua pembimbing ibadah lelaki dan perempuan di setiap pusat rawatan bagi membantu jemaah haji yang menerima rawatan.

Di Pusat Rawatan Shisya, pembimbing ibadah Zanariah Buang, yang merupakan guru agama di Sekolah Sukan Negeri Johor Tun Hussein Onn, Kluang, Johor berkata antara tanggugjawab mereka adalah untuk membimbing para pesakit dalam ibadah haji, terutama mereka yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan berihram.

"Kami juga akan mengiringi pesakit semasa wukuf, bagi memastikan mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan sebaik-baiknya," katanya yang turut tinggal di pusat rawatan itu sepanjang operasi haji ini.

Rakan sejawatannya Mohd Nizar Ismail, guru agama Sekolah Menengh Kebangsaan Bakai, Kuala Ketil, Kedah, yang pertama kali menjadi pembimbing ibadah TH berkata mereka bukan sahaja turut memberi penerangan mengenai ibadah haji, tetapi turut sentiasa menenangkan perasaan para jemaah yang sakit dengan doa-doa dan sebagainya.

Bagi pesakit Che Yah Sulaiman, 69, dari Taiping, Perak yang datang berseorangan untuk mengerjakan haji berasa bertuah kerana beliau yang menghadapi masalah pernafasan dijaga dengan baik oleh para petugas di pusat rawatan berkenaan.

Sementara Ismail Abu Samad, 65, yang juga mengalami masalah pernafasan berkata petugas pusat rawatan itu memberinya layanan yang cukup baik.

"Pada saya perkhidmatan di sini, sama seperti perkhidmatan hospital Malaysia," katanya yang berasal dari Muar, Johor.

Sardon Ibrahim, 61, dari Batu Pahat, Johor, pula yang datang berseorangan berkata layanan yang diterimanya amat memuaskan dan beliau yang menghidap kencing manis kini, mendapatkan rawatan di pusat itu, akibat terjatuh ketika di Madinah dan mengalami retak tulang kaki. - Bernama

Sumber HD - 21-9-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Hadiah paling bermakna selepas bersara jadi tetamu Allah

HAFIZAH KAMARUDDIN | .


MAKKAH: Bagi Abu Bakar Mohd Yusoff, hadiah paling bermakna selepas bersara dua tahun lepas ialah menerima khabar gembira menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Abu Bakar, 59, bersama isteri Kalsom Ibrahim, 56, dua anak perempuan - anak sulung Khairunnisa, 27, dan anak kedua, I'ffah, 26, gembira kerana dapat bersama-sama keluarga mengerjakan haji pada tahun ini.

Kalsom, pesara pembantu tadbir Jabatan Agama Islam Melaka berkata ketika suaminya bekerja di Jabatan Kerja Raya mereka tidak pernah merasai pengalaman bercuti bersama keluarga tetapi sebaik suaminya bersara, mereka enam beranak memilih mengerjakan umrah pada tahun lepas.

"Seminggu sebelum mengerjakan umrah pada 30 Dis tahun lepas, kami mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kami bersyukur kerana ikut giliran sepatutnya pada 2017," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun beliau terkilan kerana terpaksa meninggalkan dua lagi anaknya, iaitu anak tunggal lelaki berusia 25 dan anak bongsu berusia 20 tahun kerana tidak mendaftar sekali kedua-dua anaknya untuk haji pada masa itu.

Namun Kalsom tetap bersyukur kerana Khairunnisa, penolong tadbir Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu dan I'ffah, juru ukur bahan syarikat swasta, dapat mengerjakan haji kerana sejak kecil anaknya mengimpikan untuk menjejak kaki di Tanah Suci apabila melihat nenek mereka mengerjakan haji pada 1996.

"Saya telah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak secara potongan gaji sejak mereka di tadika lagi," katanya.

Sementara itu, Hanif Mohd Nosruddin, 23, yang mengiringi ibunya Solhah Mat Sarin, 52, jururawat yang bertugas di Hospital Teluk Intan melahirkan rasa bertuah kerana pada usia muda dijemput sebagai tetamu Allah.

Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik, Hanif yang kematian bapanya sejak berusia tujuh tahun, merasakan generasi muda perlu menjadikan ibadah haji sebagai prioriti yang perlu dilakukan ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dan kekuatan.

Lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pengangkutan dan kini bekerja sebagai penyelia khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta itu, melahirkan rasa seronok dapat beribadah di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Hanif yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Nornazatul Shima Halili, 23, pada Julai lepas menganggap tahun ini tahun yang amat bertuah baginya.

"Saya amat berharap dapat kembali lagi menjadi tetamu Allah dengan membawa isteri dan adik-beradik perempuan saya," katanya.

Bagi Tokimin Karso, 68, dari Sepang, Selangor berkata hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan airmatanya terus mengalir dengan deras apabila pertama kali terpandang Kaabah yang selama ini dilihatnya melalui kaca televisyen.

"Sebaik melihat Kaabah, pak cik terus menitiskan airmata semasa mengerjakan tawaf dan saie awal pagi semalam," katanya.

Warga emas itu yang ditemani isteri Siti Rahmah Musdi bersyukur kerana dapat mengerjakan haji tahun ini memandangkan giliran mereka sepatutnya pada 2016 selepas mendaftar pada 2006.

Tokimin amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak menjejak kaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di Petaling Jaya pada 27 Ogos sehingga melakukan ibadah umrah.

Malah, ibadah tawaf dan saie pagi semalam, turut berjalan lancar dengan Mutawif, atau orang yang membawa tawaf di Masjidil Haram, telah membawa mereka mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dan bersaie dari Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan teratur serta turut membaca doa untuk mereka ikuti, katanya.

"Pak cik bersyukur di bawah pimpinan mutawif Masjidilharam dapat bersolat di belakang Makam Nabi Ibrahim berhadapan pintu Kaabah," katanya yang mempunyai penyakit lelah dan gout.

Kesemua 412 jemaah haji kumpulan pertama yang tiba dari Madinah pada Khamis malam, melakukan umrah pada pagi Jumaat dengan dibawa berjalan dari maktab penginapan mereka di Abraj Al Janadiriyyah kira-kira 750 meter oleh petugas Muassasah Asia Tenggara ke Masjidilharam.

Sementara itu, jemaah haji kumpulan kedua (KT2) sebanyak 254 orang dari Madinah tiba di Makkah pada 2 petang Jumaat (7 malam waktu Malaysia), dan KT3 sebanyak 266 jemaah tiba pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

KT4 pula dengan 433 jemaah haji tiba pada 7.50 malam waktu tempatan (12.50 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah adalah 1,365 orang.

Tiga lagi kapal terbang iaitu KT20, KT21 dan KT22 yang membawa 1,000 penumpang tiba di Madinah pada Jumaat.

KT20 yang membawa 450 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.34 pagi Jumaat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia).

Sementara K21 yang membawa 279 penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1.20 tengah hari Jumaat, tiba 4.50 petang waktu tempatan (8.50 malam waktu Malaysia) dan KT22 yang membawa 271 penumpang berlepas dari KLIA pada 4.50 petang tiba di Madinah pada 8.35 malam waktu tempatan (12.35 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci, iaitu di Makkah dan Madinah, adalah seramai 7,010 orang. - Bernama

Sumber HD - 6-9-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik

HAFIZAH KAMARUDDIN | .
MADINAH: Kesemua 4,424 jemaah haji yang berada di Madinah sehingga Sabtu berada di dalam keadaan yang baik, dan telah mengikuti segala program ziarah yang dikendalikan Tabung Haji.

Pengarah Operasi Madinah Mohd Zakaria Bostam berkata hanya sedikit sahaja yang mengalami masalah batuk dan sakit biasa.

Zakaria, yang juga Naib Konsul Jeneral Tabung Haji di Jeddah, berkata para jemaah perlu memastikan mereka sentiasa memakai topeng muka jika berada di luar berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering serta berhabuk.

Ini bagi menggelakkan mereka daripada menghadapi masalah pernafasan, katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-57 di sini Sabtu malam.

Beliau berkata jemaah haji juga perlu berpakaian sesuai dan minum air yang banyak memandangkan cuaca di sini kini purata 46 darjah Celsius di sebelah siang dan malam 42 darjah Celsius.

Beliau berkata kumpulan pertama jemaah haji, iaitu yang tiba pada Rabu lepas akan bergerak ke Makkah, Khamis ini untuk ibadah haji.

Sementara itu, sebanyak dua penerbangan akan tiba Ahad iaitu KT (kapal terbang) Tabung Haji ke-14 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.20 pagi waktu Malaysia yang akan tiba jam 2.50 petang waktu tempatan (7.50 malam waktu Malaysia).

Penerbangan itu membawa 279 penumpang.

Sementara itu, KT 15 pula akan berlepas jam 6.36 petang waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Putera Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada pukul 10.15 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) dengan membawa 276 penumpang. - Bernama

Sumber HD - 31-8-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan pertama jemaah haji M'sia tiba di Madinah

BERNAMA | .

MADINAH: Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia bagi musim 1435 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Rabu.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di Maktab Zon di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick disambut Pengerusi Muassassah Adila, Sheikh Dr Ahmad Yusof Hawala serta Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abdul Razak.

Muassassah Adila ialah badan yang mengendalikan jemaah haji di Madinah.

Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi Alauddin Mohd Nor dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Musim 1435 Hijrah Nurrinanuwat Shamsuddin.

Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Mereka dijadual tiba dengan 39 penerbangan bermula Rabu.

Sementara itu, seramai 279 jemaah haji kumpulan kedua yang berlepas dari KLIA pada 9.05 pagi waktu Malaysia tiba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini pada 12.45 tengah hari tadi.

Mereka turut ditempatkan di Maktab Zon Dua di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.

Kumpulan ketiga 279 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di sini pada 5.50 petang waktu tempatan dan mereka akan turut ditempatkan di hotel sama.

Sementara itu, Sheikh Dr Ahmad Yusof mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji mabrur.

Di KUALA LUMPUR, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH) Anis Zuhani berkata seramai 1,008 jemaah yang terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah berlepas ke Madinah hari ini.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia menaiki penerbangan mengikut kumpulan ditetapkan itu pada 5.30 pagi, 9.05 pagi dan 2.05 petang di KLIA.

Penerbangan terakhir yang akan berlepas ke Madinah adalah pada 27 September ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata MAS akan mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, yang berlepas dari tujuh lapangan terbang Malaysia iaitu KLIA (14 penerbangan flights), Pulau Pinang dan Johor Baharu (masing-masing enam penerbangan), Kuala Terengganu dan Alor Setar (masing-masing lima penerbangan), Kuching (dua penerbangan) dan Kota Kinabalu (satu penerbangan) dari 27 Ogos hingga 27 Sept.

"Daripada 39 penerbangan itu, MAS akan mengendalikan 22 penerbangan terus ke Madinah dan 17 penerbangan terus ke Jeddah. Semua penerbangan haji menggunakan dua pesawat B777-200 dengan kapasiti 282 tempat duduk," katanya di sini.

Ahmad Jauhari berkata fasa kedua operasi tanah suci itu akan bermula dari 10 Okt hingga 7 Nov.

Turut menyertai jemaah haji Malaysia tahun ini ialah 50 kakitangan MAS dan pasangan masing-masing.

Kumpulan itu akan berlepas dari KLIA ke Jeddah pada 13 Sept ini.

Ahmad Jauhari berkata MAS dan TH komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan selesa buat para jemaah.

"MAS juga menggerakkan sepasukan kakitangan yang berdedikasi untuk mengurus dan mengendalikan penerbangan haji memandangkan operasi ini memerlukan kawal selia yang unik dan amat mementingkan masa.

"Kami terus komited untuk berkhidmat dan meningkatkan reputasi Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan haji yang terbaik dan dipandang tinggi oleh dunia Islam," katanya.

- BERNAMA

Sumber HD - 28-8-2014

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































1.3 juta jemaah haji bakal banjiri Arab saudi

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Arab Saudi dijangkakan bakal menerima 1.3 juta jemaah dari seluruh dunia pada tahun ini dengan negara Asia Selantan akan menghantar jemaah terbesar iaitu 410,000 orang dan diikuti negara Arab seramai 250,000 orang.

Kenyataan yang dipetik Arab News memberitahu Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan, kira-kira 228,000 jemaah adalah terdiri dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Manakala Turki dan Eropah menghantar 190,000 orang dikuti 170,000 dari negara Afrika bukan Arab serta 63,000 dari Iran.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Arab Saudi, Saad Al-Qurashi memberitahu kira-kira 150,00 jemaah tempatan termasuk ekspatriat akan turut sama menunaikan haji.

Dalam pada itu, menurut satu kajian yang dikeluarkan semalam mengganggarkan Kerajaan Arab Saudi bakal memperolehi pendapatan berjumlah RM26.88 bilion (AS8.5 bilion) hasil dari ibadat haji pada tahun ini.

Dewan Perniagaan Mekah memberitahu, hasil pendapatan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tahun lepas.

Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini dijadualkan 27 Ogos, manakala penerbangan akhir 27 September, sebanyak 64 penerbangan dijadualkan musim ini bagi membawa 22,320 jemaah haji.

- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014

No comments:

Post a Comment