BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, June 9, 2016

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR (JILID 2)


PRK: PAS tubuh Jawatankuasa Post Mortem

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41709-prk-pas-tubuh-jawatankuasa-post-mortem


KOTA BHARU: PAS Pusat tubuh Jawatankuasa Post Mortem bagi mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lepas.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Abdullah akan menyiapkan laporan sehingga akhir Ogos depan.

Katanya, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca-punca kekalahan PAS di kedua-dua kawasan PRK terbabit.

“Berdasar kepada pemerhatian awal PAS tidak kurang sokongan walaupun gagal memenangi PRK berkenaan.

“Ini kerana undi teras PAS masih kekal. Sebaliknya penyokong PKR dan DAP berpaling arah di mana ada yang menyokong calon BN atau PAN,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 penarik beca di sini.

Beliau juga berkata post mortem itu juga akan menilai pengendalian perjalanan pilihan raya secara terperinci.

Pada PRK tersebut PAS gagal mencabar kekuatan Umno yang mempertahankan kerusi tersebut sejak sekian lama.

Di Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi mengatasi calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dan PAN Dr Ahmad Tarmizi Ramli.

Di Sungai Besar pula Budiman Mohd Zohdi mendapat majoriti 9,191 undi. PAS diwakili Dr Rani Osman, PAN pula Azhar Abdul Shukur.

Takiyuddin juga menyambut baik tindakan PAS Kelantan tidak mahu memberi laluan kepada PAN untuk bertanding di beberapa kerusi pilihannya.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan PAS Pusat untuk menentukannya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 27/6/2016

Sumber HD - 27-6-2016




Pasca PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41628-pasca-prk-kuala-kangsar-dan-sungai-besar


Back to the drawing board!

Insya Allah, semua pengajaran (lessons-learnt) dan pengalaman serta input oleh semua pihak akan dianalisis dengan teliti.

Kita akan terus berusaha untuk mendidik rakyat dengan pendekatan yang lebih segar dan berkesan agar perubahan ke arah kebaikan dan ketelusan dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya dan dunia umumnya.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas, pendukung dan penyokong yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangkan PAS.

Terima kasih juga kepada rakyat yang masih menyokong PAS. Yakinlah yang kami istiqamah dan tidak pernah khianat terhadap prinsip perjuangan Islam dan amanah rakyat.

Allah menangguhkan kemenangan untuk kita bermuhasabah dan terus berusaha yang terbaik.

Yang paling penting, kita tidak pernah kalah selagi kita meletakkan Allah dan Islam sebagai asas prinsip perjuangan kita. Yang muflis di dunia dan akhirat adalah orang yang khianat dan bercita-cita memerintah dengan panduan nafsu dan berteraskan kepada pemikiran yang rasis dan perkauman.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.
Khairil Nizam Khirudin Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016







Ahli keluarga kemalangan terima sumbangan Skimpas

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41623-ahli-keluarga-kemalangan-terima-sumbangan-skimpas

PADA pagi ini pihak lajnah telah menyerahkan satu sumbangan wang Skim Kifalah Ahli-ahli PAS Skimpas kepada keluarga Allahyarham Ust Abdullah Wahab, Yang Dipertua PAS kawasan Titiwangsa.

Penyerahan wang  telah dibuat oleh pihak lajnah kepada isteri Allahyarham, Noraini Mohd Yusof di kediaman mereka semasa kami berkunjung ziarah.

Dalam kesempatan ini, suka saya mengingatkan agar setiap pimpinan di pelbagai peringkat memberi perhatian untuk mencarumkan ahli-ahli jawatankuasa di bawah mereka dan para petugas PAS dengan Skimpas.

Kemalangan-kemalangan yang menimpa para petugas parti sewaktu musim pilihan raya kecil baru-baru ini menjadi manifestasi betapa pentingnya perlindungan diberikan kepada para petugas bagi kepentingan mereka dan keluarga.

Alhamdulillah, Skimpas telah kami inisiatifkan bagi melindungi kejadian yang tidak diingini yang boleh saja menimpa sesiapa dari kalangan ahli-ahli dan juga para petugas parti.

Suka juga saya menyeru kepada para dermawan untuk terus bersama kami memperkasa para petugas parti melalui sumbangan kepada Tabung murabitun kendalian lajnah.

Tabung murabitun Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS pusat telah diwujudkan bagi membantu para petugas atau murabitun parti yang memerlukan pada sesuatu masa. Ini adalah usaha kami bagi memastikan kebajikan para murabitun kita dilindungi dan dipelihara.

Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Tabung Murabitun di Maybank Bhd, bernombor 562209628786.

Sila maklumkan kepada kami melalui nombor +60193802935,  , pengendali unit murabitun lajnah bagi tujuan rekod dan kemaskini.

DR ROSNI ADAM
Pengerusi,
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan,
Parti Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016

Setinggi-tinggi penghargaan buat para petugas, pengundi

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41621-setinggi-tinggi-penghargaan-buat-para-petugas-pengundi

Warga DMPM mengucapkan alhamdulillah syukur selesai sudah PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan selamatnya.

Jutaan terima kasih jua yang tidak terhingga kami ucapkan kepada seluruh pimpinan, petugas, penyokong, penyumbang, pengundi yang bertungkus lumus mahu melihat kemenangan PAS di kedua-dua Parlimen ini. Kepada Allah jualah kami serahkan sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat untuk dikurniakan-Nya.

Begitu juga kepada kedua-dua calon kita beserta ahli keluarganya, kami juga mengucapkan syabas di atas segala kesanggupan, pengorbanan dan kerjasama yang telah diberikan. Moga semuanya diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan.

Mungkin kita merasa tidak gembira dengan keputusan zahir PRK ini, namun kita tetap meyakini firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: "Boleh jadi kamu bencikan sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".

Oleh itu marilah kita terus berusaha, berjuang dan berjihad dengan sebenar-sebenarnya. Kita terus memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dengan sebaik-sebaiknya. Insya Allah akan tiba masanya kita akan berjaya di dunia dan akhirat. - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016



Isu RUU dimanipulasi untuk takutkan pengundi Cina - Tuan Ibrahim

Posted on Sunday, June 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30606


SUNGAI BESAR, Sabtu – PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, namun menegaskan keputusan berkenaan menunjukkan parti itu mendapat sokongan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata undi yang diperoleh calon PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu menunjukkan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan kempen memburuk-burukkan parti itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang memenangi dua kerusi berkenaan, beliau berkata, sokongan rakyat menunjukkan PAS mampu menghapuskan segala persepsi buruk yang mengatakan parti itu ketinggalan dan mempunyai masa depan yang suram.

Pada PRK Parlimen Sungai Besar, calon PAS, Dr Abdul Rani Osman memperoleh 6,902 undi, berbanding calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang memperoleh 16,800 undi.

Calon PAS di Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad mendapat 5,684 undi, manakala calon BN yang menang kerusi berkenaan memperoleh 12,653 undi.

“Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang dibawa oleh PAS di Parlimen juga gagal menjadi tarikan di kalangan pengundi Cina,” katanya dalam ucapan kepada penyokong parti itu, malam tadi.

Tuan Ibrahim berkata, berdasarkan laporan awal kebanyakan pengundi telah meralih kembali kepada BN, bukan PAN yang disokong DAP.

“Ini menunjukkan isu mengenai rang undang-undang persendirian itu telah dimanipulasi untuk menakutkan pengundi Cina,” katanya.

Sumber TKO - 19-6-2016

Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan Kepada Seluruh Petugas PAS Di PRK Kuala Kangsar Dan Sungai Besar 2016

\Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Saya memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana PAS masih dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti politik Islam dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan PAS merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh jentera petugas PAS dari seluruh negara yang telah bekerja keras di sepanjang tempoh kempen PRK baru-baru ini. Komitmen sangat tinggi yang ditunjukkan oleh petugas benar-benar menjadikan Ramadhan kali ini sebagai medan tarbiah yang sangat bermakna apatah lagi sebahagian besar petugas baru sahaja pulang dari bertugas di PRN Sarawak yang baru berlalu.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, idea dan sumbangan lain dalam membantu PAS sepanjang PRK ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan oleh semua petugas dan penyumbang akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan diganjarkan syurga sebagaimana janji Allah SWT.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ  (١٠) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Surah As Soff: 10 & 11)

Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras untuk mempastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan tenang, terutama SPR dan pihak keselamatan.

Akhir sekali saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab penting sebagai pengundi dalam PRK kali ini dengan memilih parti pilihan masing. Kepada para pengundi yang telah memilih PAS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana terus memberikan kepercayaan kepada PAS.

“BERISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
14 Ramdhan 1437H / 19 Jun 2016M

Sumber BO - 19-6-2016











Jangan nafi peranan PAS kalau hendak ke Putrajaya

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41610-jangan-nafi-peranan-pas-kalau-hendak-ke-putrajaya

Adat perlawanan ada kalah, ada menang. PAS menerima dua keputusan secara terbuka dan akan melakukan muhasabah.

Apabila berlaku pertandingan tiga penjuru, maka inilah natijahnya. PAS tidak boleh disalahkan. Ini adalah kerusi tradisi PAS.

Walaupun PAS difitnah seolah-olah PAS bersama BN, PAS dapat wang 1MDB, padahal PAS siang malam berjuang untuk melawan bagi menggantikan Umno.

Hujah ini berjaya untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS sahaja. Akhirnya yang kenyang ialah BN.

Hanya PAS yang mampu bersaing dengan Umno untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada pembangkang. Perlu diingat teras politik di Malaysia ialah Melayu. Majoriti kerusi ialah orang Melayu.

Jika perkara ini tidak dirobohkan, maka selagi itulah pembangkang hanya boleh menyimpan angan-angan.

Oleh itu, tidak ada untung bermusuh dengan PAS. Hormatlah prinsip masing-masing. Jangan paksa PAS dan ceroboh wilayah kedaulatan PAS.

PAS berjuang mengambil pendekatan demokrasi sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia. Jangan menafikan peranan PAS kalau hendak ke Putrajaya.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Ramadhan 1437/ 19 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016


PAS tak boleh bersendirian dalam PRU14 - Iskandar

Posted on Sunday, June 19 @ 06:34:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30592


Susulan keputusan pilihan raya kecil hari ini, Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan.
Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.

Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.
BN menang dengan majoriti jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumber TKO - 19-6-2016





Kemenangan sebenar di hari akhirat - Dr Rani
Posted on Sunday, June 19 @ 06:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30591


Menerima kekalahannya, calon PAS Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman berkata kemenangan sebenar hanya akan dikecapi di akhirat kelak.

“Dalam Al-Quran pun diceritakan bagaimana sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci, tapi mereka menang di akhirat,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.


Ditemui di markas PAS Simpang Lima, beliau berkata tidak berapa-apa walaupun kecundang kali ini.

“Sebab dalam Islam kita diajar, kemenangan sebenarnya adalah di akhirat,” katanya.

Beliau mengakui sukar berdepan BN dalam mana-mana pilihan raya kecil kerana terpaksa berdepan dengan semua jentera kerajaan pusat.

“Mereka akan guna semua jentera dan wang ringgit. Walaupun kempen sama juga. Jadi memang susah kita nak menang,” katanya.

Rani berkata beliau menerima keputusan kali ini kerana telah melakukan yang terbaik.



Sumber TKO - 19-6-2016








Dengan al-Quran kita berpuasa, dengan al-Quran kita mengundi

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41596-dengan-al-quran-kita-berpuasa-dengan-al-quran-kita-mengundi

KHUSUS buat pengundi beragama Islam, hari ini Allah pilih kalian untuk menjalankan satu lagi kewajipan. Kalian akan bergerak ke pusat pengundian. Kalian akan dibiarkan seorang diri, melakukan keputusan untuk masa depan agama dan negara. Tiada sesiapa yang melihat, tiada sesiapa yang tahu melainkan Allah dan malaikat-Nya.

Sedarlah ia bukan sekadar menconteng kertas semata-mata, bukan jua sesuatu yang bersifat duniawi sahaja, tetapi ia berkait dengan perintah tuhan kepada hamba-Nya yang beriman. Ia kewajipan yang akan disoal hari akhirat kelak.

Saya pasti kalian sedang berpuasa ketika ini. Kerana kalian tahu puasa itu wajib. Tapi bagaimana kalian tahu ianya wajib? Kerana ulama yang menyatakan sedemikian setelah mereka meneliti nas al-Quran dan Hadis. Ayat menyatakan wajib berpuasa adalah:

"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
[Al-Baqarah:183]

Kalau ia bukan dari al-Quran atau Hadis, maka tidaklah wajib kalian berpuasa. Kerana Islam ini paksinya dua ini sahaja. Tiada siapa boleh katakan ini wajib itu haram, tanpa bersandar kepada kedua paksi ini.

Walaubagaimanapun, al-Quran tidak hanya menyatakan kewajipan berpuasa, sebaliknya banyak lagi kewajipan yang lain yang perlu ditunaikan. Berkenaan pengundian, Allah turut nyatakan dalam al-Quran yang sama:

"إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada yang selayakanya."
[Al-Nisa:58]

Dalam ayat ini tuhan perintah supaya diberikan amanah kepada mereka yang selayaknya. Amanah yang dimaksudkan bukan amanah dari manusia, tetapi amanah dari Allah. Amanah Allah kepada pemimpin telah dinyatakan sendiri oleh-Nya, juga dari al-Quran yang sama:

"الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka;
1.mendirikan sembahyang,
2. memberi zakat, dan
3. mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar."
[Al-Hajj:41]

Pemimpin yang layak dimaksudkan oleh ayat adalah mereka yang melakukan tiga perkara;
1. solat,
2. zakat dan
3. amar maaruf mahi mungkar.

Hakikatnya, kewajipan tidak terhad kepada tiga itu sahaja, tetapi ia adalah simbolik kepada tiga peranan utama pemimpin iaitu mengambil berat soal:
1. ibadat,
2. ekonomi dan
3. segala ajaran yang terkandung dalam agama Islam.

Justeru hari ini, pilihlah pemimpin yang menjalankan amanah Allah ini. Jangan sekadar pilih mereka yang mampu berikan kesenangan kepada kita, tetapi pilih mereka yang mampu selamatkan kita dari murka Allah. Kerana kesenangan jua datang dari Allah.

Kalau pilih pemimpin kaya raya sekalipun, hebat manapun idea ekonominya, baik manapun perilakunya, tetapi jika tidak mencukupi tiga ciri di atas maka tetap tak akan mengundang redha Allah. Jika Allah tidak meredhai, masakan dia akan berikan kesenangan.

Sejarah sudah lama membuktikan, jika selama ini kita pernah mengundi mereka yang kita yakini dapat beri kita kesenangan, apakah benar kita hidup senang sekarang? Apakah kita tidak menghadapi tekanan hidup sekarang? Apakah kita tidak berhadapan krisis kewangan sekarang? Apakah negara sudah maju sekarang?

Apa yang nyata, paras kemiskinan semakin tinggi. Gaji sebesar 1500 pun dikategori miskin tegar. Negara semakin ketinggalan ke belakang. Nyata kesenangan bukan dari manusia yang kita pilih, tapi ia mutlak dari kehendak Allah.

Pilihlah mereka yang dapat mencari perkenan Allah sehingga Dia sudi memberi rahmatNya kepada negara kita. Pilihlah mereka yang mencari berkat dari Allah, bukan yang berlagak seperti tuhan memiliki segala kesenangan. Pilihlah mereka yang benar-benar jelas memperjuangkan agama Allah, yang mahu meninggikan syariah Allah kerana mereka adalah kekasih tuhan. Firman-Nya lagi:

"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela."
[Al-Maidah:54]

Jika Allah kasihkan mereka, nescaya Dia pasti akan kurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita seandai kekasih-Nya itu kita pilih sebagai pemimpin. Berimanlah dengan firman Allah:

"وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْض

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, turun dari langit dan keluar dari bumi."
[Al-Aaraf:96]

Inilah intisari al-Quran yang perlu kita hayati di samping kewajipan puasa yang juga dari sumber sama. Semoga Ramadhan ini memberikan kita ketaqwaan yang tinggi untuk mengikut segala perintah-Nya, dan meninggalkan segala suruhanNya dari kitab ini. Semoga Ramadhan ini memberi kita lebih keyakinan kepada Allah melebihi kepercayaan kita kepada manusia.

Dengan al-Quran kita berpuasa, dengan al-Quran jualah kita mengundi insya-Allah. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016








Tahniah, PAS telah menang sampaikan risalah

HARAKAHDAILY | .


Allah berfirman:

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan satu lagi yang kamu cintai iaitu bantuan daripada Allah dan pembukaan yang hampir dan berilah berita gembira kepada orang-orang beriman." (Surah al-Saf ayat 13)

Alhamdulillah misi perjuangan PAS telah berjaya disampaikan dalam 2 PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kemenangan BN bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah memenangi kerusi itu sebelumnya.

Menegur kemungkaran dan salah urus tadbir BN kekal menjadi amanah dakwah PAS kepada umat dan rakyat Malaysia. Menegaskan pendekatan berpolitik secara matang dan sejahtera perlu diperkasakan lagi untuk PRU ke-14. Para pejuang Islam tidak pernah kalah dalam perjuangan mereka.

Ahli-ahli PAS perlu terus yakin bahawa dengan membawa prinsip perjuangan Islam yang tegas pengaruh PAS akan terus bertahan dan bertambah. Jangan bimbang! Pengaruh tidak akan hilang kerana menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik kerana pengaruh Islam akan sentiasa berkembang.

Terima kasih kepada para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang terus bersama dengan PAS. Juga tahniah kepada semua para petugas.

Ternyata menerusi keputusan 2 PRK bahawa kekuatan PAS secara bersendiri jauh melebihi pengaruh masing-masing DAP atau PKR secara bersendiri.

Parti-parti pembangkang yang menumpang kekuatan PAS sebelum ini dalam menghadapi BN perlu menginsafi diri bahawa mereka tidak akan ke mana tanpa PAS.

Misi PH untuk menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS dalam 2 PRK telah berjaya.

Kekuatan sebenar Pakatan Harapan boleh dinilai menerusi 2 PRK ini. Maka usahlah terpedaya dengan fatamorgana di padang pasir.

Dr Khairuddin Takiri
Madinah 17.35 malam / 10.35 malam waktu Malaysia - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016
















PRK: Bukti PAS tidak lumpuh seperti didakwa

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41605-prk-bukti-pas-tidak-lumpuh-seperti-didakwa

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana PRK kali ini membuktikan bahawa PAS tidak lumpuh seperti yang didakwa oleh pihak lawan kita.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh para petugas PAS yang telah bertungkus lumus membantu PAS dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sesungguhnya jika dikira dari sudut undi, PAS belum pernah menang di kedua-dua kawasan parlimen tersebut. Namun PAS sentiasa menang dari sudut pengorbanan ahli yang tidak pernah mendapat upah walau satu sen pun, malahan mereka sanggup pula membelanjakan wang ringgit yang banyak demi mencari redha Allah, demi mencari sebuah kemenangan yang hakiki di akhirat kelak.

Kini PAS telah memasuki era lebih mencabar. PRK kali ini memberi satu isyarat bahawa kita akan berhadapan dengan saingan sangat mencabar dari gabungan DAP, PKR, PAN dan gabungan yang lebih besar dari parti-parti komponen BN.

Pemuda PAS bermula dari sekarang perlu terus membuat persiapan rapi dan jitu untuk menghadapi PRU akan datang. Pemuda PAS perlu bersegera merangka dan melaksana pelbagai kaedah dan strategi mantap dan ampuh bagi meraih semaksimum mungkin undi dalam PRU akan datang.

Insya Allah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus jentera PAS. Kecewa tidak pernah ada dalam diari pejuang PAS, Bangkit dan terus bekerja. Teruskan istiqamah hingga kemenangan.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT

Akmal Kamarudin
Ketua Pemuda PAS Perak
Kuala Kangsar - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016

Pas puas hati perjalanan PRK Sungai Besar

Posted on Saturday, June 18 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30585



SUNGAI BESAR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar yang berlangsung hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, menerusi pemerhatian yang dijalankan oleh pihaknya, perjalanan PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar berlangsung dengan harmoni tanpa sebarang kata-kata provokasi daripada setiap parti yang bertanding.

"Dengan keadaan cuaca yang baik hari ini, para pengundi perlu mengambil kesempatan untuk keluar mengundi awal agar semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Sungai Limau.

Seramai 42,365 pengundi dijangka bakal mengundi pada PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar hari ini.

PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang akan ditentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Ab Shukur dai Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan iaitu gabungan parti PKR-DAP-Amanah.

PRK Kawasan Parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kanon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu, Noriah mendapat 18,695 dengan makoriti 399 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang memperoleh 18, 296 undi.

Sumber TKO - 18-6-2016




Keputusan Rasmi/Penuh BN Menang Di Kuala Kangsar Majoriti 6969 dan Di Sungai Besar Majoriti 9191

Posted on Saturday, June 18 @ 22:23:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30583



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Berikut keputusan rasmi:

Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) 54
Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) 5,684
Mastura Mohd Yazid (BN) 12,653
Ahmad Termizi Ramli (PAN) 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Manakala di Sungai Besar Pula
BN (Budiman Mohd Zohdi) - 16,800
PAS (Dr Rani) - 6,902
PAN @ AMANAH (Azhar Abdul Shukur) - 7,609
Majoriti - 9,191

Jika dibanding sebelum ini BN telah meningkat majoriti dengan nilai yang sangat besar disebabkan PAN telah membantu memecah undi pembangkang serta menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada pembangkang yang tamak haloba sepatutnya mereka boleh bertoleransi dengan PAS yang telah bertanding di situ sebelum ini.

Sumber TKO - 18-6-2016




Dalam Perjalanan Pulang Sempat Membantu - Itulah UNIT AMAL
Posted on Saturday, June 18 @ 22:05:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30582



On the way pulang dari kuala kangsar ke kb, jalan sempadan gerik - jeli tiba2 jem, kereta tak bergerak, hampir 10 minit lebih menunggu, kereta dari laluan berlawanan pon takde yg melintas.

Hujan turun mencurah2. Meminta kom kb Mat Jal cuba mendekati lokasi. Mendekat tempat tumbangya pokok, kebetulan xjauh dari lokasi.

Ade beberapa pengguna jalan jalan raya yg membantu untuk mengalihkan pokok yg tumbang setakat termampu, misi paling tidak dapat buka 1 laluan.

Kudrat dengan hanya ade 2 bilah parang, sedikit membantu, tpi dgn dahan yg agak besar dan batang yg memang keras, parang pon melenting. Bergilir2 menetak batang kayu, tiba2 ade hamba Allah datang dengan membawa chainsaw.

Syukur, kerja2 mengalihkan batang kayu berjalan lancar. Hampir setengah jam kerja2 membersihkan pokok tumbang berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya anggota amal yg turut turun membantu, hanya Allah jua mampu membalas jasa kalian.















Sumber TKO - 18-6-2016



Salam Buat seluruh Pejuang-pejuang PAS..
Posted on Saturday, June 18 @ 21:57:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30581


Sebuah motivasi dari Kalam Suci Al Quranul Karim..

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.


ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN..!!!

Sumber TKO - 18-6-2016


Pengundi terima wang tunai di pejabat Umno lepas mengundi
Posted on Saturday, June 18 @ 21:51:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30580


Kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup petang ini.

umno rasuah pengundi

umno rasuah prk

umno rasuah pengundi prk
Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Di pejabat Umno Tanjung Karang itu, beberapa kaunter khas didirikan mengikut saluran mengundi dan pengundi perlu memeriksa jika nama-nama mereka berada dalam senarai sebelum dibayar.

Menurut seorang pengundi, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu.

“Saya bekerja dan tinggal di Shah Alam tetapi alamat saya boleh mengundi di Sekinchan, maka saya dapat RM200,” katanya kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.
“Saya dapat telefon dan mereka suruh saya datang ambil wang,” katanya.

Seorang lagi pengundi wanita yang menghuni di Kuala Selangor tetapi mengundi di Sekinchan berdasarkan alamatnya di Sungai Besar yang tertera di MyKad menerima RM100.
Ditanya sama ada beliau mengundi Umno, beliau menjawab bukan.

“Tak apa, mereka tak tahu pun kita mengundi siapa, hanya perlu tunjukkan jari dakwat kepada mereka dan mendapat telefon daripada mereka semalam,” katanya.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengundi Sungai Besar seperti lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Arif kecewa kerana gagal mendapat sebarang bayaran.
“Saya datang cuba tetapi nama tiada dalam senarai mereka,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk ulasan tetapi setakat ini belum berjaya mendapat sebarang reaksinya. – Malaysiakini

Sumber TKO - 18-6-2016

Ucapan Terima Kasih Dan Perhargaan Dari Dr. Najiha


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua pengundi dan semua yang terlibat membantu PAS di PRK Kuala Kangsar .

Kepada Allah juga diserahkan ganjaran dunia dan akhirat.

Dr. Najihatussalehah Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
Calon PAS PRK Kuala Kangsar

Sumber BO - 18-6-2016




Secara Tak Rasminya BN Menang di Kedua-dua Parlimen

Posted on Saturday, June 18 @ 20:42:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang di kedua-dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Masih ada 11 Petiundi belum di kira.

Kiraan masih diteruskan bagi menentukan siapa nombor dua antara PAS dan PAN yang didokong oleh DAP. Kedudukan masih rapat.

Beberapa pemimpin BN sudah mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Twitter, seperti Datuk Ahmad Maslan dan Khairy Jamaluddin.

Analisis awal juga menunjukkan pengundi Cina telah kembali kepada BN dengan kedudukan kubu DAP (Misalnya Jerlun dengan pengundi Cina 85%) sendiri 52% mengundi BN.

Sumber TKO - 18-6-2016



Semasa Rehat Rayu Undi... Guna sebaiknya
Posted on Saturday, June 18 @ 18:15:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30575


Muslimat Pas di Kuala Kangsar merayu kepada Allah dgn membaca al quran..  Kami bukan sahaja mahu kemenangan di dunia shj malah di akhirat tetap kami buru....

Berbeza dengan UMNO



Tak puasa.. Bersangka baik Musafir kot!!



Tak pasti apa yang dibuat oleh geng PAN. Pasal markaznya tak ramai orang 
Sumber TKO - 18-6-2016




5 petang: 74% undi di Sg Besar, 71% Kuala Kangsar
Posted on Saturday, June 18 @ 18:09:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Sehingga jam 5 petang ini, 74 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehingga jam 5 petang ini, 74 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala 71 peratus keluar mengundi di PRK Kuala Kangsar sehingga jam 4 petang.
Semua 28 pusat mengundi di PRK Sungai Besar dan 23 pusat mengundi di Kuala Kangsar ditutup pada jam 5 petang ini.

Sumber TKO - 18-6-2016

























Puasa, terik mentari tidak lemahkan petugas PAS

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41603-puasa-terik-mentari-tidak-lemahkan-petugas-pas

KUALA KANGSAR: Terik kepanasan mentari yang membakar tubuh petugas tidak pernah melemahkan pendokong PAS untuk berkhidmat dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, demikian menurut Mohd Ameerul Haq Ahmad 30, di Sekolah Perempaun Raja Kelsom di sini.

Beliau berkata, pengorbanan untuk melihat kemenangan diterjemahkan dalam bulan Ramadhan sepertimana yang pernah dilalui Rasulullah SAW bersama para sahabat.

Jelas Ameer, dalam keadaan berpuasa pendokong PAS tidak mengalah memegang poster dan mengibar bendera PAS untuk meraih undi kepada para pengundi.

"Saya terpanggil untuk balik ke kampung kerana merasakan tanggungjawab memberikan satu undi begitu berharga walaupun undi saya rahsia.

"Pilihan raya kali ini sedikit berbeza dari sudut suasana, namun saya melihat keharmonian yang ditunjukkan oleh semua pihak begitu baik.

"Saya harapkan natijah yang baik mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat khususnya buat orang Kuala Kangsar," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016
























Sambutan cukup baik dari pengundi - Dr Rani

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41601-sambutan-cukup-baik-dari-pengundi-dr-rani


SUNGAI BESAR: Calon PAS pada PRK Sungai Besar, Dr Abd Rani Osman yakin dengan penerimaan rakyat terutama para pengundi akan memberi sokongan kepadanya.


Ini, katanya berdasarkan  dua pusat mengundi yang dilawati memperlihatkan sambutan rakyat berbilang kaum cukup baik.

“Alhamdulillah, sambutan cukup baik dari pengundi dan penyokong kepada saya. Mereka menegur mesra saya baik orang Melayu dan Cina yang ditemui.

“Ada orang PAN yang datang untuk bergambar, berselfie dengan saya sebab mereka kenal saya,” ujarnya kepada Harakah.

Beliau ditemui ketika melawat Pusat Mengundi Sekolah Rendah Agama Harmoni di Taman Ria, Sekinchan, pagi tadi.

Pusat mengundi tersebut terletak dalam daerah mengundi Sekinchan Tempatan Selatan yang mempunyai seramai 639 pengundi membabitkan tiga saluran.

Menurutnya, pengundi masyarakat Tionghua yang ditemui tiada masalah besar dengan PAS dan cukup mesra.

Adun Meru itu berharap dan menaruh keyakinan kepada rakyat agar dapat membuat pilihan yang terbaik dalam PRK ini.

Beliau ditemani oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Seramai 42,365 pengundi akan membuang undi pada PRK Parlimen Sungai Besar yang dibuka seawal jam 8.00 pagi dan ditutup 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016
























Semoga Berjaya Doktor – Petugas PAS

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS P067 Dr Najihatussalehah terus bersemangat Pusat Pengundian di saat-saat akhir sebelum menjelang tempoh tamat pengundian pada jam 5 petang tadi.

Beberapa Pusat Pengundian ketika itu masih menanti para pengundi untuk melaksanakan amanah demi masa depan rakyat tempatan.

Seorang petugas muslimat dari Terengganu memeluk Dr Najiha ketika beliau tiba di Pusat Pengundian Menora sambil memberikan kata-kata semangat.

Beliau berkata, kejayaan PAS adalah harapan bersama untuk menjulang Islam.

"Semoga berjaya doktor," ungkapan beliau kepada Dr Najiha.

Walaupun ucapan tersebut ringkas namun ia memberikan satu suntikkan semangat kepada Dr Najiha.

Dr Najiha tidak lekang mengukir senyuman dan menyapa petugas-petugas yang bertungkus lumus berusaha untuk melihatkan kejayaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016

























Sg Besar: Sehingga 1 petang, 53 peratus keluar mengundi

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41600-sg-besar-sehingga-1-petang-53-peratus-keluar-mengundi

SUNGAI BESAR: Sehingga jam 1 petang tadi, 53 peratus pengundi parlimen Sungai Besar telah keluar mengundi seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dijangkakan selebihnya akan keluar mengundi sebelum waktu pengundian tamat pada jam 5 petang nanti.

Sebanyak 30 Unit Peti Undi telah dibuka sebagai pusat buang undi untuk 42,600 pengundi seluruh Sungai Besar.

Dalam pada itu, calon PAS PRK P093, Dr Abdul Rani Osman ditemani Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016



Kecoh, Adun DAP hampir ditumbuk

Posted on Saturday, June 18 @ 13:56:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30572


KUALA KANGSAR - "Apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap!"
Demikian herdik seorang lelaki sambil mencekak leher baju Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam memakai baju warna biru mencekak leher Adun Pasir Pinji dalam satu kekecohan di hadapan sekolah itu.

Lelaki tersebut turut cuba untuk menumbuk Howard sambil beberapa lelaki lain di kawasan sekitar cuba mententeramkan keadaan.

Dalam satu kanyataan, Howard menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu dan beliau tidak boleh menerima sebarang bentuk provokasi seperti itu.

Menurutnya, penyokong lawan melakukan provokasi dengan menjerit 'balik, balik, balik Tongsan' sebaik melihat beliau dan rakan lain berada di situ.

"Apabila ditanya kepada siapa mereka cakap sebegitu, mereka terus melakukan provokasi beramai-ramai sampai menghalang kenderaan daripada melintas jalan.

"Bila diminta supaya jangan biadab, ketua rombongan mereka balas dengan bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya.

"Ini berlaku pada bulan Ramadan yang suci. Saya memang tidak boleh terima (provokasi) ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga kesal dengan tindakan ahli MCA yang melihat sahaja insiden itu namun beliau merasakan itu bukanlah perkara luar biasa.

"Ahli-ahli MCA yang bersama mereka di sana, diam sahaja. Tapi itu bukan luar jangka, biasa sajalah," ujarnya.

Sumber TKO - 18-6-2016























Petugas PAS komited santuni para pengundi

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41599-petugas-pas-komited-santuni-para-pengundi


KUALA KANGSAR: Akhlak petugas PAS memberi kelainan kepada pengundi yang datang ke Pusat Pengundian walaupun berbeza bangsa dan agama.


Suasana pilihanraya Kuala Kangsar sangat lain bahkan pengundi warga emas disantuni dengan baik, demikian menurut Makcik Swee Kim 67 di Sekolah Rendah  Cina, Jerlun.

Jelasnya, beliau terharu dengan sikap penyokong dan petugas PAS yang sentiasa mesra biarpun berbeza bangsa.

"Saya ucapkan terima kasih kepada PAS kerana hormati warga emas seperti saya", ujar beliau tersenyum. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016




















































Kami doakan PAS menang, untuk Islam

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41598-kami-doakan-pas-menang-untuk-islam


KUALA KANGSAR: Ketibaan Dr Najiha di setiap Pusat Pengundian mendapat sokongan hebat dengan laungan takbir dan kibaran bendera PAS.


Tergambar harapan pendokong PAS untuk melihat kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar demi membela rakyat.

Dr Najiha mengambil peluang bersua dengan beberapa penyokong PAS sambil bersalaman.

"Kami doakan PAS menang, untuk Islam," laungan salah seorang penyokong dengan penuh semangat serta kibaran bendera Hijau Putih. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016



























Berikanlah kesabaran apa keputusan diterima nanti

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41597-berikanlah-kesabaran-apa-keputusan-diterima-nanti

Ya Allah kami serahkan usaha kami kepada-Mu. Ya Allah berikanlah kemenangan kepada Dr Najihah dan Dr Rani di dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bukakanlah pintu hati para pengundi untuk memilih mereka berdua agar bertambah lagi suara untuk menegakkan kalimah agama-Mu di negara ini.

 Ya Allah kami hamba-Mu yang kerdil hanya membulatkan tekad dan azam demi agama-Mu.

Berikanlah kesabaran dan ketabahan kepada dua sahabat kami atas apa keputusan yang diterima nanti.

Ustaz Idris Ahmad
13 Ramadhan 1437/ 18 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016

Dr Najiha tinjau pusat pengundian

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41594-dr-najiha-tinjau-pusat-pengundian

KUALA KANGSAR: Seawal 8 pagi, calon PAS P067 Dr Najihatussalehah Ahmad telah meninjau perjalanan proses pengundian di beberapa lokasi.

Sepanjang tinjauan beliau, respon dari pengundi amat positif bahkan berpeluang menyantuni warga emas yang turut keluar mengundi.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam menerima kedatangan beliau sangat baik.

Dr Najiha akan meninjau ke seluruh Pusat Pengundian dalam Parlimen Kuala Kangsar sebelum berakhir masa membuang undi pada jam 5 petang ini. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD -18-6-2016


























Jumlah keluar mengundi mampu pengaruhi keputusan

NUR HASMIRA MOHAMAD Foto SAIDAH HAIRAN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41593-jumlah-keluar-mengundi-mampu-pengaruhi-keputusan

SUNGAI BESAR: Pengerusi Pilihan Raya  PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan calon PAS Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, P093, Dr Abdul Rani Osman sebagai seorang calon yang digemari ramai.

Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau yang turut mengikuti rombongan Dr Rani di beberapa Unit Peti Undi Sungai Besar, beliau mendapati penyokong-penyokong PAN dan Umno-BN menyambut kehadiran  Dr Rani dengan cukup mesra.

"Saya melihat biasanya keadaan mengundi, penyokong bertindak di luar jangkauan, tapi kali ini suasana pilihan raya cukup aman dan harmoni antara ketiga-tiga parti yang bertanding," katanya yang mengikuti rombongan Dr Rani ke lokasi kelima UPU, Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sungai Besar.

Ujarnya lagi, kemenangan PAS juga bergantung kepada jumlah yang keluar mengundi.

"Kalau pengundi keluar tak ramai, itu mungkin beri kesan juga, bergantung kepada keadaan." – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016


























Penyokong PAN bertakbir sambut kunjungan Dr Rani

NUR HASMIRA DAN SUFI NAZ | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41592-penyokong-pan-bertakbir-sambut-kunjungan-dr-rani


SUNGAI BESAR: Para penyokong PAN menyambut kunjungan calon PAS pada PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman dengan laungan takbir di lokasi Unit Peti Undi Parit 4, Sungai Besar.


Sosok tubuh genit ini ternyata berjaya menambat hampir keseluruhan penyokong yang berbeza fahaman politik.

Setiap lokasi Unit Peti Undi yang dilawati beliau pasti ramai yang ingin "berselfie" bersamanya.

Turut tidak ketinggalan berbuat demikian ialah penyokong Barisan Nasional dan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

Antara pemimpin PAS yang menemani beliau ialah Pengarah Pilihan Raya PAS , Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat yang juga Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi, Timbalan Pemuda PAS, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016


























Benarkah BN kempen sehingga awal pagi?

SAIDAH HAIRAN | .


SUNGAI BESAR: BN masih menjalankan kempen pilihan raya yang sepatutnya telah tamat pada 
jam 12 tengah malam.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Sungai Besar, Izulkifli Ibrahim lokasi kempen di Command Centre, Pasir Panjang.

Beliau yang mahu pulang ke rumah mendapati khemah di Command Centre masih ramai pengundi yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Katanya, SPR telah menetapkan kempen terakhir jam 12 tengah malam tetapi di lokasi Command 

Centre masih ramai pengundi selepas waktu yang ditetapkan.

"Ini ternyata melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR," tegasnya.

Beliau menghubungi Inspektor Kamarul melaporkan kejadian tersebut.

Bagaimana pun katanya, Inspektor tersebut mendakwa; "tak ada ceramah kot......”

Beliau berharap siasatan perlu dijalankan terhadap BN jika benar melanggar peraturan yang ditetapkan SPR. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016


















Dr Rani harap pengundi muda keluar mengundi

NUR HASMIRA MOHAMAD|FOTO WAN ZAHARI | .





http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41590-dr-rani-harap-pengundi-muda-keluar-mengundi


SUNGAI BESAR: Seawal jam 8 pagi, calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman hadir menyantuni pengundi-pengundi di unit peti undi, Sekolah Kebangsaan Simpang Lima.


Hasil pemantauan Harakah ketika itu mendapati masih belum kelihatan pengundi-pengundi muda ke pusat undian.

Menurut Dr Rani, beliau berharap anak-anak muda akan keluar mengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

"Insya Allah mereka akan hadir, masa masih panjang," ujarnya.

Beliau seterusnya bergerak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekinchan.
Laungan takbir menyambut ketibaan beliau, 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan.

Suasana yang penuh dengan warna-warni diikuti semangat yang menjulang menyemarakkan lagi hari pengundian.

Beliau ditemani Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bergegas pula ke lokasi seterusnya.

PRK Sungai Besar hari ini telah berlangsung dan trafik Sungai Besar mulai sibuk.

Hari ini merupakan hari pengundian PRK P.093 Parlimen Sungai Besar yang akan menentukan siapakah wakil rakyat. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016

Proses mengundi PRK Kuala Kangsar, Sg Besar bermula

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41589-proses-mengundi-prk-k-kangsar-sg-besar-bermula


KUALA LUMPUR: Proses mengundi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermula jam 8.00 pagi ini.


Kawasan Parlimen Kuala Kangsar terdapat  23 pusat daerah mengundi melibatkan 69 saluran sementara Sungai Besar pula 28 pusat mengundi dengan 90 saluran.

Seramai 32,949 pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Kangsar manakala Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,365 pemilih berdaftar.

Bagi PRK Kuala Kangsar, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Sumber HD - 18-6-2016



Dr Najiha sudah berada di Pusat mengundi Sekolah Keb Talang, Kuala Kangsar.

Posted on Saturday, June 18 @ 08:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30569



Seawal jam 7:50 calon PAS, Dr Najiha sudah berada di Pusat mengundi Sekolah Keb Talang, Kuala Kangsar. Pusat mengundi yang pertama pagi ini di lawati calon PAS.



Kredit
Naraza Muda

Sumber TKO - 18-6-2016



































Dr Rani akan jadi wakil rakyat untuk semua - Kadir

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41588-dr-rani-akan-jadi-wakil-rakyat-untuk-semua-kadir


SUNGAI BESAR: "Saya yakin dan mendoakan semoga YB Dr Rani menang dalam PRK kali ini. Saya penuh yakin yang beliau akan menjadi wakil rakyat untuk semua," kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir


Beliau menyatakan demikian ketika majlis ramah mesra media di sebuah hotel, petang semalam.

"Dia (Dr Rani) ni duduk dalam parti mana pun boleh buat kerja," kata beliau lagi.

Di samping itu, beliau komited mengikut calon PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selain itu, beliau juga memuji pendekatan PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang bergerak untuk menyelesaikan isu rakyat berbanding terlalu banyak 'politiking'.

"Kerajaan (pusat) terlalu fokus akan masalah dalaman sehingga lupa akan masalah rakyat yang besar, kalau pilih BN maka tiada apa penambahbaikan pun, sudah tidak dibudayakan dalam Umno budaya bersuara," tegas beliau lagi.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar rakyat Sungai Besar untuk mengundi calon PAS. Dr Rani Osman supaya suara PAS dapat ditambah di Parlimen demi membawa isu rakyat dan penyelesaiannya.

Sumber HD - 17-6-2016




































PRK: Seruan Apek, berani kerana benar

PAS PERAK | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41587-prk-seruan-apek-berani-kerana-benar

"Kita tampilkan ...." laungan suaranya disambut gembira oleh sekalian hadirin yamg datang.

"Awi, Awi, Awi!" girang hadirin kian rancak dengan laungan nama artis yang sentiasa menjadi perhatian anak muda.

"Awi, salam dari rumahnya..." Demikian Saiful Apek melenyapkan tanda tanya sekalian hadirin apakah kejutan yang dibawanya.

"Insya Allah Awi akan bersama kita tak berapa lama lagi". Demikian Saiful Apek memberitahu sekalian anak muda yang hadir dalam siri kempen PAS di Talang Hulu, Kuala Kangsar sejurus sebelum berbuka.

Program yang turut dihadiri Zuar Ekspedisi itu adalah antara sentuhan akhir PAS dalam usaha menawan kawasan Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Program di bawah jejambat petang akhir kempen ini turut disertai Naib Presiden PAS dan Ketua Pemuda, Ustaz Idris Ahmad dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Cukup teruja saya bila Apek menyebut betapa untuk berubah perlulah berani. Apa nak ditakutkan pada kebenaran? Kita (artis) berani untuk berubah kerana kebenaran. Cukup bersemangat Apek dengan penegasannya yang disambut dengan laungan takbir oleh seluruh anak muda yang hadir.

Janji anak muda Kuala Kangsr kepada Dr Najihah yang hadir seketika hanyalah berusaha memastikan agar kemenangan berpihak kepada Dr Najihah sebagai calon PAS.

Moga nyalaan ikrar anak muda Kuala Kangsar tersebut mampu menerangi setiap jiwa pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi memangkah calon-calon PAS dalam kedua-dua PRK esok.

Sumber HD - 17-6-2016



Menjelang Pengundian Esok; Pemuda PAS Diminta Berjaga-jaga



KUALA KANGSAR – Para pemuda PAS dminta melakukan rondaan ke seluruh kawasan daerah mengundi dan diminta berjaga-jaga sepanjang malam menjelang hari pembuagan undi esok.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Perak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, para pemuda juga diminta mengawasi semua poster dan syiar PAS supaya tidak diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“saya harap semua pemuda dapat melakukan rondaan pada malam ini di seluruh peti undi papaya dapat berjaga-jaga dan memastikan,

“semua bendera dan poster-poster calon kita dapat dipelihara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar anjuran Unit Peti Undi (UPU) Bekor ketika mengiringi calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad yang melawat peti undi tersebut.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Kontinjen Negeri

Pembantu Terengganu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Dr. Alias Razak dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang.

Sementara itu, seorang lagi TPJ Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyeru agar seluruh jentera dan para petugas PAS, bermunajat dan berdoa agar para pengundi Kuala Kangsar diberikan petunjuk oleh Allah dan hanya melhat ‘bulan penuh’ semasa membuang undi.

“kita harap semua petugas bermunajat memohon doa daripada Allah dan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh almarhum Tok Guru Nuk Aziz supaya bila mengundi hanya nampak simbol bulan sahaja,”katanya.

Sumber BO - 17-6-2016


Seruan Saiful ‘Apek; Berani Kerana Benar

Okeh : Dr Riduan MohdNoor

http://www.buletinonline.net/v7/index.php/seruan-shaiful-apek-berani-kerana-benar/

“Kita tampilkan …………'” laungan suaranya disambut gembira oleh sekalian hadirin yamg datang.
“Awi, Awi, Awi!,” irang hadirin kian rancak dengan laungan nama artis yang sentiasa menjadi perhatian anak muda.

“Awi, salam dari rumahnya…….,”demikian Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih kenali sebagai ‘Apek’ melenyapkan tanda tanya sekalian hadirin apakah kejutan yang dibawanya.

“In shaa Allah Awi akan bersama kita tak berapa lama lagi”. Demikian Saiful Apek memberitahu sekalian anak muda yang hadir dalam siri kempen Parti Islam Se-Malaysia PAS di Talang Hulu, Kuala Kangsar sejurus sebelum berbuka.

Program yang turut dihadiri Zuar Ekspedisi itu adalah antara sentuhan akhir PAS dalam usaha menawan kawasan Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil PRK ini. Program di bawah jejambat petang akhir kempen ini turut disertai Baib Presiden YB Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.


Cukup teruja saya bila Apek menyebut betapa untuk berubah perlulah berani. Apa nak ditakutkan pada kebenaran? Kita (artis) berani untuk berubah kerana kebenaran. Cukup bersemangat Apek dengan penegasannya yang disambut dengan laungan takbir oleh seluruh anak muda yang hadir.

Janji anak muda Kuala Kangsr kepada Dr. Najihah yang hadir seketika hanyalah berusaha memastikan agar kemenangan berpihak kepada Dr Najihah sebagai calon PAS.

Moga nyalaan ikrar anak muda Kuala Kangsar tersebut mampu menerangi setiap jiwa pengyndi Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi memangkah calon-calon PAS dalam kedua-dua PRK esok.

Sumber BO - 17-6-2016



Risalah PAS Dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar



Esok 18 jun 2016 bersamaan 13 Ramadhan 1437 H merupakan hari pengundian bagi dua pilihanraya kecil Parlimen Sg. Besar dan Kuala Kangsar.

2. Selama hampir 2 minggu ahli dan jentera PAS dari seluruh negara berlumba-lumba atas nama jihad politik dan dakwah menyumbang segala keringat tenaga, harta dan masa yang mereka ada berkempen membawa risalah politik dan dakwah Islam demi meraih ganjaran daripada Allah.

3. Penyertaan PAS dalam mana-mana pilihanraya mempunyai misi yang sangat jelas iaitu membawa dua risalah;
Pertama:
Risalah Politik Islam yang diungkapkan sebagai “menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama”.

Kedua:
Risalah Dakwah Islam dengan memperkenalkan Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam serta membawa risalah keadilan dan kesejahteraan Islam untuk seluruh rakyat muslim dan bukan muslim.
4. Politik yang PAS bawa adalah Politik Nasihat sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-A’raf ayat 62 dan 68 menerusi ungkapan Nabi Nuh alaihissalam

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (62)

“Saya sampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb saya dan saya meNASIHATI untuk kebaikan kamu dan saya tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu”

Juga ungkapan Nabi Hud alaihissalam

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ (68

“Saya sampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb saya dan saya bagi kamu semua merupakan PENASIHAT yang jujur lagi amanah”

5. Politik yang PAS dokong adalah Politik Amar Ma’ruf Nahi Mungkar menyuruh manusia melakukan perkara baik di saat kebaikan ditinggalkan dan melarang kemungkaran apabila kemungkaran mula terserlah sebagaimana sabda Nabi saw:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ إِمَامٍ جَائِرٍ

“Sebaik-baik Jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang pemimpin yang zalim”
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
6. Politik yang PAS bawa adalah Politik Damai bagi menyatukan seluruh masyarakat Malaysia atas perjuangan menegakkan keadilan dan menolak kemungkaran;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

“Dan bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan taqwa dan janganlah bekerjasama atas dasar dosa dan pencerobohan..”

(surah al-Ma’idah ayat 2)

7. Pendekatan yang PAS ambil adalah secara berhikmah dengan tegas pada tempat yang memerlukan ketegasan dan berlunak pada tempat yang memerlukan kelunakan sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Musa dan Harun alaihimassalam berhadapan dengan Fir’aun:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun kerana sesungguhnya dia telah melampau batas. Lalu sebutlah kepada mereka berdua kata-kata yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau dia menjadi takut (kepada Allah).”
(Surah Taha ayat 43-44)

8. Nasihat semasa yang PAS sentiasa peringatkan adalah:

1. Bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi akibat pengurusan kewangan negara yang tidak menepati saranan Islam iaitu boros ketika mewah untuk tempoh yang panjang puluhan tahun khususnya selepas krisis ekonomi 1997, sedang al-Quran mengajar bahawa hamba-hamba Allah ialah :

وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا (67)

“Dan mereka yang apabila berbelanja tidak boros dan tidak pula kedekut dan adalah perbelanjaan itu pertengahan antara keduanya” (surah al-Furqan ayat 67)

2. Kerajaan Persekutuan berhutang dengan amaun yang besar rm630 bilion (rm630,000,000,000) akibat tunggakan hutang yang semakin meningkat daripada rm90 bilion sejak 1998. Ia berpunca daripada prinsip pegangan yang salah bahawa negara tidak ada masalah untuk berhutang bagi menyuntik kemajuan bagi negara. Sedang al-Quran menyatakan :

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ

“hendaklah berbelanja orang berkemampuan berdasarkan kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezkinya maka berbelanjalah mengikut kadar yang diberikan oleh Allah”
(surah al-Talak ayat 7)
3. Bahawa kerajaan persekutuan telah berhutang dengan cara yang diMURKAI oleh Allah sehingga kehilangan BARAKAH iaitu secara RIBA sehingga terpaksa membayar amaun pengurusan hutang termasuk bunga Riba setiap tahun melebihi rm20 bilion. Sedang Allah menyatakan:

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ

“Maka sekiranya mereka tidak melakukan (perintah meninggalkan riba) maka isytiharkanlah perang daripada Allah dan Rasul-Nya”

(surah al-Baqarah ayat 279)
4. Bahawa kegagalan 1MDB berpunca daripada prinsip yang salah iaitu berhutang secara RIBA bagi mendapatkan modal perniagaan sehinggakan syarikat yang hanya bermodal rm1 juta mencipta hutang RIBA melebihi rm42,000 juta.

5. Bahawa Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) adalah cara yang salah dalam mendapatkan sumber kewangan negara kerana ia dikenakan kepada semua golongan kaya dan miskin lalu menyebabkan pula inflasi kenaikan harga barang. Sedang ruang dan cara yang lebih barakah bagi mendapatkan hasil negara diketepikan seperti cukai simpanan korporat dan orang yang berkemampuan serta cukai keuntungan jual beli saham oleh golongan korporat dan orang yang berada.

SERUAN
Justeru, PAS dengan penuh rendah diri mengajak seluruh rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar daripada pelbagai parti bersama dengan PAS dalam menegaskan prinsip-prinsip tersebut.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber BO - 17-6-2016


Semoga Kemenangan Milik PAS di Kuala Kangsar dan Sg Besar


Posted on Friday, June 17 @ 20:13:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30555



Semoga Kemenangan Milik PAS di Kuala Kangsar dan Sg Besar esok,aaminn ya rabbal'alamin. Bersama Saiful Apek dan gengnya.













Kredit
Sh Zain 


Sumber TKO - 17-6-2016









































PRK: Mengundilah dengan jiwa yang merdeka

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41586-prk-mengundilah-dengan-jiwa-yang-merdeka

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu para pengundi wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam proses demokrasi bagi memilih untuk mengundi PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, esok demi kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

Abdul Hadi dalam kenyataannya, mengingatkan para pengundi di kedua-dua kawasan tersebut agar mengundi tanpa rasa takut dengan jiwa yang merdeka.

"Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua.

"Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan,"katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan gembira di atas kesempatan dapat bersua dan mengunjungi penduduk di kedua-dua parlimen sepanjang tempoh berkempen dari 5 hingga17 Jun 2016.

"Saya faham bahawa tuan puan berdepan dengan berbagai kempen sepanjang tempoh PRK ini berjalan. Kadangkala suasana begini boleh menyebabkan kira keliru dan tertekan, apatah lagi dengan media massa dan media baru saban masa mengasak tuan puan dengan berbagai maklumat.

"Walau apa pun suasananya, pilihan adalah terletak di tangan tuan puan para pengundi sekalian bagi mewakili keseluruhan penduduk berbagai usia dan latar belakang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Justeru katanya, apa yang pasti ialah suara rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan. – HARAKAHDAILY 17/6/2016

Sumber HD - 17-6-2016













































Petugas diseru teguhkan ribat menuju kemenangan


IZWAN ABDUL HALIM | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41585-petugas-diseru-teguhkan-ribat-menuju-kemenangan

KUALA KANGSAR: Para petugas khususnya Pemuda PAS diminta untuk memperteguhkan ribat menjelang detik-detik akhir PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, para petugas PAS seluruh negara telah menunjukkan tadhiyyah tertinggi dalam dua PRK tersebut.

"Wajib kepada kita istiqamah hingga diisytiharkan menang atau kita tetap teguh melangsungkan perjuangan hingga kemenangan yang dijanjikan Allah. Oleh itu jangan kita leka di saat akhir.

"Kukuhkan roh keyakinan kita pada Allah, teruskan munajat, buat pemantauan gerakan musuh dan perkemas posisi kerja kita hingga pengumuman keputusan malam esok," seru beliau.

Pujinya, para petugas PAS telah mengharung tempoh PRK ini dengan disiplin, tawakal, semangat juang dan budaya kerja terbaik.

Oleh itu katanya, kewaspadaan di hari terakhir kempen dan sepanjang hari pengundian mesti ditingkatkan dari cerobohan dan strategi musuh yang mungkin memesongkan tumpuan.

Tegas beliau, musuh tentunya akan meningkatkan lagi serangan dan tekanan bagi menggagalkan cita-cita perjuangan Islam yang didokong PAS.

"Insya-Allah, dengan keikhlasan para petugas, Allah catatkan ia sebagai pahala jihad di sisi-Nya. Beruntung tuan-tuan, puan-puan terpilih berada di medan ini dalam bulan Ramadan.Berhadapan pula jentera dan rancangan sekutu Ahzab.

"Mereka telah isytihar untuk bersuka ria meraikan kemenangan menewaskan kita, termasuk dengan pesta arak, sama sebagaimana ungkapan Abu Jahal menghadapi Perang Badar.

"Tapi kita PAS bawa mesej pada PRK ini sama sebagaimana doa Rasulullah (pada Perang Badar). ‘Ya Allah, jika kalah pasukan ini, tidak akan ada lagi manusia menyembah-Mu’. Kita juga panjatkan doa, ‘Ya Allah, jika kalah pasukan ini, akan terjejas usaha mengangkat syariat-Mu’," ujarnya.

Menurutnya, kemenangan PAS pada dua PRK ini akan menjamin dua undi tambahan untuk menyokong pindaan RUU Akta 355 Mahkamah Syariah.

Oleh itu, kemenangan pada PRK ini sangat penting dan para petugas PAS telahpun menyumbang bakti ke arah itu. – HARAKAHDAILY 17/6/2016

Sumber HD - 17-6-2016


Tan Sri Khalid Menyeru Rakyat Mengundi PAS


http://www.buletinonline.net/v7/index.php/tan-sri-khalid-menyeru-rakyat-mengundi-pas/

SUNGAI BESAR – Pada hari Sabtu 18hb Jun, esok adalah hari yang menjadi tanggungjawab kepada semua mereka-mereka yang tersenarai dalam senarai pengundi-pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk membuang undi.

Mentan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru mereka agar mengundi calon-calon PAS yang bertanding.

“Saya bagi pihak rakan-rakan dari PAS, terutama Dr. Rani, calon yang saya anggap sesuai untuk menjaga kawasan Sungai Besar.

“Jadi saya harap mendapat sokongan dan beliau sudah memberi sumbangan lebih daripada 6 tahun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri yang sentiasa peka tentang keharmonian dan kejayaan rakyat di Negeri Selangor.

“Jadi saya tidak ada halangan untuk memperkenalkan dan meminta pengundi-pengundi Sg. Besar memilih beliau,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas bersama calon PAS, menemui para pengunjung dan penjual Bazaar Ramadan di pasar Sekincan.

Sehubunga itu, walaupun beliau tidak terlibat dengan kempen di Kuala Kangsar, beliau menyokonh calon PAS Dr. Najiha dan menyifatkan ia adalah pilihan terbaik bagi bagi penduduk Kuala Kangsar.

“Di Kuala Kangsar saya tidak terlibat, walau bagaimanapun, saya rasa pemilihan di Kuala Kangsar oleh PAS, seorang doktor, dan bersama saya juga Dr. Halimah,

“yang juga seorang doktor juga yang telah menunjukkan satu karier atau satu profesion yang sangat senang dengan rakyat.

Jadi kalau kita dapat memilih, seorang doktor bukan saja dia boleh mengubat rakyat tapi menolong mencari jalan pembangunan di Kuala Kangsar.

“Walaubagaimanapun saya percaya pemilihan yang dibuat oleh pihak PAS adalah pemilihan yang betul supaya mereka-mereka yang dipilih adalah yang dapat menunaikan tanggungjawab mereka.,”jelasnya


Sumber BO - 17-7-2016

Gerak Kerja Yang Kemas Dan Tersusun


http://www.buletinonline.net/v7/index.php/gerak-kerja-yang-kemas-dan-tersusun/

Walaupun ada dakwaan yang mengatakan bahawa struktur organisasi PAS Perak terjejas teruk berikutan dakwaan sebahagian ahlinya keluar namun keadaan membuktikan sebaliknya.

Menolak tohmahan sesetengan pihak itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, PRK kali ini telah menyaksikan gerak kerja yang tersusun, membuktikan yang dakwaan terjejas itu jauh tersasar.
“Setakat ini saya tidak nampak satu halangan yang memberikan satu impak besar terhadap apa yang berlaku.

Walhal dan saya melihat tindakan mereka sendiri apabila memberikan, maaf saya cakap, satu tindakan menikam belakang kita.


“Dan kita juga peringkat PAS Kawasan Kuala Kangsar membuat satu tindakan yang lebih drastik juga dengan mencadangkan satu pembekuan segala ikatan itu, sebenarnya telah memberikan satu lagi impak yang besar kepada PAS.

“Menunjukkan PAS sangat ‘sustain’ ataupun berpegang dengan prinsip setiakawan kita sehinggakan kita sendiri dikhianati oleh rakan kita, bukan kita yang mengkhianati mereka,” tegas beliau.
Beliau ditemui di Markas Induk PRK Kuala Kangsar di Bukit Chandan sebelum mesyuarat harian jawatankuasa PRK Kuala Kangsar.

Bagi beliau lagi, rakyat boleh menilai sendiri akan kejadian yang berlaku dan yakin bahawa PAS telah meninggalkan kesan positif yang cukup besar di mata rakyat atas pegangan dan prinsip yang sekarang sudah ternyata kebenarannya.

Tinjauan yang dijalankan menyaksikan hampir keseluruhan gerak kerja PAN didominasikan oleh ahli-ahli DAP, sekaligus menyaksikan sebenarnya merekalah yang terjejas teruk dengan ketiadaan ahli-ahli PAS yang dikenali sangat komited dengan kerja-kerja parti.

Akhirnya, sebagai Pengurus Kempen Calon Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar menyeru para pengundi agar memberikan kepercayaan kepada calon PAS pada 18 Jun nanti kerana PAS terbukti sebagai sebuah parti yang boleh dipercayai.

“Rakyat, pengundi boleh melihat, sebenarnya inilah parti ataupun gerakan yang sewajarnya dipilih kerana setia dengan kawannya, setia dengan prinsipnya dan tidak mengorbankan prinsip demi untuk mendapatkan kuasa semata-mata,” ujar beliau.

Sumber BO - 17-6-2016




PAS cabar calon BN, AMANAH nyata pendirian RUU Perkasakan Mahkamah Syariah

Posted on Friday, June 17 @ 14:25:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30548

PAS mencabar calon BN dan AMANAH di Kuala Kangsar supaya menyatakan pendirian mereka mengenai pindaan yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Kuala Kangsar malam tadi berkata calon BN, Mastura Mohd Yazid dan calon AMANAH, Ahmad Termizi Ramli perlu mengumumkan pendirian mereka sekarang.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355, dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan kuasa mahkamah syariah, tetapi akan juga menghapuskan halangan persekutuan untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Calon PAS dalam PRK Kuala Kangsar, Najihatussalehah Ahmad semalam mengisytiharkan beliau akan mengundi RUU itu di Parlimen sekiranya dia menang.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata, para pengundi perlu tahu apakah pendirian Mastura dan Ahmad Termizi mengenai RUU itu, sambil menambah bahawa 'pengundi sedang menunggu jawapan mereka'.

Beliau mendakwa bahawa penyelidikan oleh PAS menunjukkan 83 peratus responden Melayu bersetuju dengan RUU itu.

Sekiranya calon BN dan AMANAH itu gagal untuk meyakinkan pengundi, katanya, maka pengundi perlu mengundi calon PAS.

Tuan Ibrahim mengulangi dakwaan parti itu bahawa RUU tersebut tiada kena mengena dengan kaum Cina kerana ia melibatkan undang-undang Islam.

Najihatussalehah semalam berkata sebagai seorang Muslim, dia mempunyai kewajipan untuk menyokong usaha untuk mengukuhkan mahkamah syariah.

RUU Hadi mengenai Akta 355 itu dibentangkan di Parlimen pada 26 Mei, hari terakhir persidangan, setelah dilangkau dalam dua persidangan sebelumnya.

Menteri Umno Azalina Othman Said mengejutkan Dewan dengan mengemukakan usul untuk mempercepatkan giliran RUU itu, dengan mendakwa beliau diarah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk berbuat demikian.

Ekoran bantahan yang tercetus selepas itu, PAS dan Hadi berulang kali memberitahu rakyat bahawa RUU itu tidak ada kena mengena dengan pelaksanaan hudud.

RUU itu, jika diluluskan di Parlimen, akan membolehkan Kelantan melaksanakan hudud sebahagiannya apabila mahkamah syariah kemudiannya akan dibenarkan untuk mengenakan semua hukuman hudud kecuali hukuman mati.

Pada masa ini, kuasa-kuasa mahkamah syariah terhad kepada menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Para pengkritik mendakwa langkah mempercepatkan pembentangan usul itu di parlimen adalah satu strategi bagi pilihan raya kecil di Sungai Bear dan Kuala Kangsar.

Sumber TKO - 17-6-2016


Wahid Senario Saran Sokong Calon Kepimpinan Ulama (Video)

Posted on Friday, June 17 @ 13:13:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30547



PETALING JAYA: Kurang sehari Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS menggiatkan kempen dengan menggunakan tarikan personaliti TV.

Klip video memaparkan pelawak terkemuka Abdul Wahid Mohd atau Wahid Senario dimuat naik di laman sosial Facebook, di mana beliau menyeru pengundi memilih kepimpinan ulama.
“Pilih pemimpin berakhlak yang boleh memimpin kita.

“Pilihlah parti yang istiqamah memperjuangkan Islam. Nak selamat dunia, akhirat… ulamalah yang memimpin kita,” katanya.

Antara yang berkongsi video terbabit adalah Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan esok berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Mei lalu.

Di Kuala Kangsar, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Manakala di Sungai Besar, calon PAS Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur dari Amanah.


Video Link: https://www.facebook.com/video.php?v=10206645347639309

Sumber TKO - 17-6-2016









































Kemenangan PAS di K Kangsar, Sg Besar mampu julang Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41584-kemenangan-pas-di-k-kangsar-sg-besar-mampu-julang-islam

PAS sejak sebelum merdeka telah memposisikan dirinya dalam setiap pilihan raya dalam negara ini. Ijtihad para ulamak PAS yang sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1951 dengan mengharuskan penyertaan dalam lapangan politik dan demokrasi termasuk berdakwah menerusi penyertaan dalam pilihan raya adalah sesuai dengan pendekatan "muwajahah silmiah" yang sememangnya anjuran Islam menepati perjuangan yang ditunjukki oleh Baginda Nabi s.a.w.

PAS telah menyertai pilihan raya sebanyak 13 kali dan pernah berkali-kali mengalami kekalahan dan beberapa kali memperolehi kemenangan termasuk pilihan raya kecil. Penyertaan PAS dalam mana-mana pilihan raya walaupun kekalahan yang dihadapi oleh PAS di padang yang tidak sama rata dan serba kekurangan, langsung tidak pernah terlintas dalam benak fikiran PAS untuk berputus asa dan kecewa. Penyertaan PAS dalam pilihan raya menurut perspektif PAS adalah merupakan tanggungjawab jamaie dan haraki sebagai salah satu usaha daripada pelbagai usaha yang ada bagi menyampaikan risalah dan mesej Islam kepada masyarakat di negara ini. Pendirian dan sikap inilah tiada pada kumpulan dan parti lain dan tiada sama mereka dengan PAS. Kejayaan PAS juga dilihat selain menang dalam pilihan raya, PAS juga merasakan kejayaan itu apabila PAS dapat menyatakan dan menyuarakan ajaran Islam dan menunjukkan akhlak berpolitik cara Islam.

Bukan bermakna PAS tidak mahukan kemenangan, kemenangan dalam pilihanraya  samada dalam PRU atau PRK bagi PAS adalah merupakan salah satu jalan untuk PAS menegakkan Islam dalam negara ini selain method lain seperti dakwah fardiyyah dan juga dalam dakwah bidang ilmu serta pendidikan.

Namun, PAS sememangnya memanfaatkan semaksima mungkin kemenangan yang diperolehi PAS dalam pilihan raya untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup bermasyarakat dan bernegara.

Oleh sebab itu, PAS sebenarnya mendambakan kemenangan dalam pilihan raya dan istiqamah memperjuangkan Islam menerusi pilihan raya dan mengharapkan sokongan masyarakat dan pengundi untuk memberi undi dan sokongan kepada PAS di atas faktor-faktor berikut:

1. PAS SATU-SATUNYA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM

Mesej Islam yang dibawa oleh PAS adalah berbeza dengan perjuangan parti yang lain yang hanya menjadikan Islam sebagai aspek kecil dalam urusan kehidupan. Fahaman sekularisme dan Liberalisne serta Pragmatisme yang dianuti dan mendasari semangat perjuangan sebahagian orang Islam seperti dalam parti Umno dan PAN, menjadikan PAS hanyalah satu parti sahaja yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Islam yang difahami menerusi ajaran sekular dan Islam yang ditundukkan dengan paksi akal semata-mata atau Islam Liberal memangsakan Islam sebagai ajaran yang tidak berfungsi untuk menyelamatkan manusia

PAS yang memperjuangkan Islam memahami daripada firman Al Quran "Islam sebagai Ad Deen" iaitu Sistem Kehidupan yang menyeluruh dan lengkap untuk mentadbir manusia seluruhnya samada Muslim mahupun yang bukan Muslim. Slogan yang dibawa oleh PAS iaitu "jikalau jaga bangsa, bangsa selamat tetapi belum tentu Islam selamat. Jikalau jaga Islam, bangsa selamat dan Islam selamat", ialah satu mesej ringkas untuk menyeru masyarakat multi racial dalam negara ini khas masyarakat Melayu Islam untuk sama-sama dengan PAS membawa mesej ini.

Parti PAN yang bertunjangkan liberalisme Islam bukan menjadikan mereka sebuah parti Islam. Jamaah dan parti Islam menyakini Islam adalah satu ajaran yang lengkap dan sempurna. Jamaah Islam sebenar adalah bertunjangkan wahyu dan dalil yang jelas serta ijtihad para ulama berlandaskan kefahaman daripada wahyu dan petunjuk ilmu dan bukannya nafsu dan juga matlamat duniawi semata-mata. PAS tidak berselindung di sebalik hujjah akal untuk menafikan dan mengenepikan nas al Quran yang jelas dan muktamad. PAN sering kali menggunakan hujjah "Maqasid" untuk merasionalkan tindakan mereka menolak perlaksanaan hukum Al Quran adalah merupakan satu kedangkalan ilmu Islam sebenar.

2. PAS KONSISTEN MEMPERJUANGKAN ISLAM

PAS sejak dari bertahun-tahun tidak pernah lari daripada dasar perjuangannya iaitu untuk memartabatkan Islam dan nilai-nilainya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara menuju keredhoan Allah s.w.t.

PAS kosisten sama ada ketika sebagai pembangkang mahupun ketika berada dalam Kerajaan Campuran Perikatan selepas peristiwa 13 Mei 1963 dan sehingga kini memperjuangkan Islam dan berusaha dalam setiap gerak kerjanya ke arah matlamat tersebut. Walaupun PAS mengalami silih berganti kepimpinan, namun dasar perjuangannya tetap istiqamah dan konsisten.

PAS apabila mendapat peluang berada dalam Kerajaan Campuran Perikatan, PAS menjadi faktor paling kuat kepada pembaharuan sistem pentadbiran negara dan kerajaan ke arah Islam melalui usaha-usaha Islamisasi seperti pemakaian patuh Syariah di kalangan kakitangan kerajaan dan hospital, menjadikan majlis dan upacara kerajaan patuh Syariah, rancangan televisyen berunsurkan Islam dan juga tekanan daripada perjuangan PAS menyebabkan kerajaan terpaksa akur dengan konsep Islam sehingga wujudnya Universiti Islam dan juga Bank Islam serta lain-lain walaupun hanya dalam bentuk juzuk atau sebahagian sahaja.

PAS juga konsisten sepanjang perjuangannya iaitu bagi memartabatkan hukum Syariah yang bertepatan dengan ajaran Al Quran dan Sunnah. Tatkala PAS memperolehi kemenangan di Kelantan pada tahun 1990 dan Terengganu pada tahun 1999, PAS telah menyatakan hasrat untuk merealisasikan usaha 'mengenakmenkan' Kanun Jenayah Syariah sebagai salah satu daripada tuntutan konsep bernegara dalam politik Islam. Walaupun sehingga kini usaha tersebut belum berjaya sepenuhnya, hakikatnya ia menggambarkan bahawa PAS amat konsisten dengan perjuangannya.

Terbaru, iaitu melalui sidang Parlimen Dewan Rakyat PAS menerusi Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya mengorak langkah dalam proses memartabatkan Syariah Islam dengan pembentangan cadangan Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah 1965 yang sudah ketinggalan zaman dan lapuk agar Sistem Kehakiman Syariah di Malaysia yang terkebelakang dalam arus sistem kehakiman di negara ini dapat diperkemaskan dan diorientasikan Sistem Perundangan Islam yang sebenar. Inilah sumbangan PAS dan konsistennya dalam arena politik di negara ini.

3. WAKIL PAS DI PARLIMEN MAMPU MEMBAWA ISLAM DI PERSADA

PAS yang kini diwakili seramai 13 orang ahli Parlimen cukup memberikan satu impak yang mantap bagi menjadi orang tengah antara umat Islam khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya menyuarakan hak dan pandangan dalam sistem negara berperlembagaan di negara ini.

Ahli Parlimen PAS tatkala mewakili PAS dan juga rakyat di Dewan Rakyat berpeluang untuk menyatakan prinsip-prinsip Islam lebih efektif dan diyakini mampu dalam menangani pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial apabila dibangkitkan di Parlimen. Sebagai contoh, dalam isu GST, PAS antara yang menyuarakan bantahan terawal terhadap perlaksanaan GST kepada rakyat yang mana ia bukan sekadar membebankan rakyat dari sudut ekonomi, tetapi bantahan dan pandangan PAS lebih daripada itu. PAS membantah GST kerana ia zalim dan juga bercanggah dengan prinsip asas agama Islam yang lengkap dan syumul di samping PAS mengemukakan cadangan alternatif berlandaskan Islam menggantikan GST. Inilah cara PAS  yang diwakili ahli parlimennya yang membawa mesej Islam berdakwah di Parlimen.

Ahli Parlimen PAS juga mampu mempertahankan dan memperjuangkan isu masyarakat yang multi racial di negara di Dewan Rakyat kerana ianya adalah ajaran Islam yang bersifat "Membawa Kesejahteraan Kepada Ummat Manusia" bukan hanya kepada yang MUSLIM bahkan juga kepada BUKAN MUSLIM.

Isu-isu berkaitan dengan agama Islam dan hak ummat Islam juga mampu dipertahankan oleh Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat. Hak Umat Islam untuk mempraktikkan ajaran Islam yang lengkap dan syumul akan diperjuangkan oleh ahli parlimen PAS seperti usaha untuk mengangkat martabat RUU Mahkamah Syariah agar lebih memberikan penyelesaian berkesan kepada masyarakat Islam.

Kemenangan PAS yang mampu menambahkan bilangan ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat adalah satu kelebihan kepada PAS untuk lagi bekerja mewakili ummat Islam dalam negara ini untuk memartabatkan Islam dan sistemnya yang syumul.

4. WAKIL PAS SEBAGAI AHLI PARLIMEN DAN AHLI UNDANGAN NEGERI TERKENAL DENGAN BERSIH DARIPADA KORUPSI

PAS sepanjang keberadaan di persada politik tanah air selama ini telah mencatatkan rekod bahawa wakil rakyat PAS dan calon PAS adalah mereka yang bersih daripada korupsi dan jujur dalam menjalani tugas sebagai wakil rakyat.

Tidak pernah seorang wakil rakyat PAS pernah disabitkan kesalahan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Wakil Rakyat PAS terkenal dengan kualiti kepimpinan dan integriti yang telah melepasi pelbagai tapisan dalam sistem pengurusan PAS itu sendiri iaitu Majlis Syura Ulamak dan juga Kepimpinan PAS pelbagai peringkat.

Mereka yang dipilih oleh menjadi calon PAS dalam mana-mana pilihan raya adalah mereka yang telah dipastikan memiliki akhlak mulia, menjaga batas agama Islam, jauhi daripada dosa besar dan tidak dikenali sebagai melazimi dosa kecil dan tiada rekod buruk dalam undang-undang samada perundangan Syariah ataupun Konvensional. Inilah menjadikan wakil atau calon PAS adalah sebagai calon terbaik yang ditawarkan oleh PAS untuk mewakili rakyat dan pengundi bagi menyuarakan hak mereka.

Calon PAS senantiasa dipantau oleh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat dari peringkat cawangan, kawasan, negeri, pusat sehinggalah ke Majlis Syura Ulamak yang akan mempastikan agar wakil PAS dan calonnya adalah layak dan yang paling penting diredhoi oleh Allah azza wa jalla.

Maka, dengan sebab hujah-hujah yang dinyatakan di atas, PAS adalah merupakan pilihan terbaik para pengundi khasnya dan juga masyarakat negara ini amnya untuk memilih wakil atau calon PAS di Parlimen P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar pada 18 Jun 2016 nanti.

Gunakanlah kertas undi dan suara undi kalian untuk menyatakan bantahan dan juga sebagai "Silent Protest" terhadap kepincangan kepimpinan negara ini. Yakinlah bahawa suara kalian juga adalah amat penting kepada perjuangan Islam dan usaha memartabatkannya di negara ini.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
17 Jun 2016 / 12 Ramadhan 1437 - HARAKAHDAILY 17/6/2016

Sumber HD - 17-6-2016


27 Tahun Tanah Felcra Jadi Umpan Pilihan Raya!


KUALA KANGSAR – Mereka terus menunggu janji-janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), namun sehingga mereka meninggal pun, hak milik bagi tanah yang diusahakan oleh Felcra, tidak juga diperolehi.

Seorang warga emas, Nawawi Haji Mohd Amin, 72, (Gambar kanan) melahirkan rasa kesalnya kerana selama 27 tahun parti pemerintah terus menerus menjadikan tanah tersebut sebagai ‘umpan untuk memancing undi’.

“jadi…….cerita tanah itu hliang begitu sahaja, tapi sakarang ni (saya) sengar dia nak buka bailk, tapi tak tahulah mecamana ia akan diagih-agihkan,”ujarnya tetika ditemui di Kampung Menora,dekat sini.

Kata beliau, tanah tersebut ditanam dengan getah pada mulanya, kemudian diganti dengan tanaman kelapa sawit.

“dia (kerajaan) ceritanya adalah untuk beri kepada rakyat………tetapi tak beri lagi (dan orang ramai terus) mengharap menjadi (umpan) untuk memangkah (mengundi) mereka,
“(sampai) ramai yang dah mati dah………”jelasnya.

Menurutnnya, Umno dan BN telah menjadikan tanah mukim ‘Kampung Buaya’ tersebut menjadi ‘modal politik’ sejak dari zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi ahli parlimen Kuala Kangsar.

Katanya, sendiri pernah ke pejabat Umno untuk mengisi borang ‘kononnya’ permohonan bagi tanah terbabit.

“saya pernah pergi temuduga………di pejabat Umno, disitulah dia buka boran (permohonan) tu,”kata beliau lagi.

Sumber BO - 17-6-2016



Kenyataan Akhbar Calon PAS P067 Kuala Kangsar Menyokong Pindaan Ruu 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah

Saya, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon PAS bagi PRK P067 Kuala Kangsar, dengan ini mengisytiharkan sekiranya saya diberi amanah oleh pengundi Kuala Kangsar mewakili mereka di parlimen, saya akan mengundi untuk menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Sokongan saya diasaskan kepada kewajipan saya sebagai seorang muslimah, di samping menunaikan hasrat lebih 83% pengundi Melayu Kuala Kangsar yang mahukan pemerkasaan dilakukan terhadap pelaksanaan syariah di Malaysia.

Sebagai seorang muslimah, saya berkewajipan untuk menyokong usaha untuk memperkasakan perlaksanaan syariah di Malaysia selaras dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Saya juga menjunjung Titah Perintah Duli Yang Mulia Yang Dipertuan Agung, yang telah bertitah semasa Majlis Pembukaan Penggal Parlimen ke-3, supaya usaha berterusan dilakukan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Pindaan RUU 355 seperti yang diusahakan melalui Private Members Bill oleh Presiden PAS adalah salah satu langkah ke arah pemerkasaan tersebut.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh satu firma penyelidikan bebas, Strategic Research Centre (SRC), yang diadakan di Kuala Kangsar sebelum penamaan calon yang lalu, mendapati bahawa 83.7% responden Melayu di Kuala Kangsar menyokong usaha untuk memperkasakan perlaksanaan syariah di Malaysia. Saya percaya, saya berkongsi cita-cita yang sama dengan sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu di parlimen ini yang mahukan umat Islam di negara ini diberi hak untuk mengamalkan dan melaksanakan tuntutan syariah Islam yang sempurna.

Pindaan RUU 355, adalah salah satu usaha untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah di Malaysia supaya setanding dengan Mahkamah Sivil dan seterusnya memberi kuasa lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman yang terletak di bawah bidang kuasa mahkamah ini. Usaha ini juga adalah untuk mengembalikan hak umat Islam untuk beramal dengan tuntutan agama mereka termasuklah hak untuk tertakluk kepada undang-undang syariah, sekaligus menepati peruntukan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam Sebagai Agama Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, para pengundi pelbagai kaum di Kuala Kangsar termasuklah calon-calon parti lawan yang bertanding, memberi sokongan terhadap pindaan RUU 355 yang akan diperbahaskan di Parlimen nanti. Sokongan anda semua sebenarnya menyokong dan mengembalikan hak umat Islam di Malaysia untuk beramal sepenuhnya dengan agama mereka. Saya percaya, jika kita saling memahami dan memberikan hak masing-masing, perpaduan masyarakat Malaysia menjadi lebih kukuh dan stabil.

Dr Najihatussalehah Ahmad
Calon PAS PO67 Kuala Kangsar
16 Jun 2016


Sumber BO - 17-6-2016











































PAN dah nak kalah, tiba-tiba suruh PAS tarik diri

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41583-pan-dah-nak-kalah-tiba-tiba-suruh-pas-tarik-diri

KUALA KANGSAR: Tindakan Presiden PAN, Mohamad Sabu, meminta calon PAS PRK P.093 Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman, menarik diri dari bertanding dan menyertai PAN menggambarkan parti itu cukup bermasalah.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dari seruan itu dapat disimpulkan PAN waktu ini terlalu terdesak hingga sanggup bertindak di luar pertimbangan akal yang waras.

"Seruan supaya Dr Rani menarik diri mula ditimbulkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Jadi bila Mohamad menyokongnya, ia memperkukuhkan persepsi orang ramai bahawa PAN adalah pak turut, pak angguk dan kuda tunggangan kepada DAP.

"Pada masa sama, seruan ini membuktikan DAP dan PAN bukan parti berprinsip, baik prinsip demokratik pada DAP mahupun prinsip Islamik pada PAN. Kerana mencuri calon parti lawan bagi mencerahkan kemenangan calon parti sendiri jelas bukan tindakan demokratik dan Islamik.

"Mohamad Sabu sendiri sebelum ini sering meuar-uarkan konon PAN akan menang bukan saja di Sungai Besar tetapi juga di Kuala Kangsar. Bila sekarang beliau meminta calon PAS menarik diri tidak lain tidak bukan ia adalah pengakuan terbuka PAN sudah yakin akan kalah," katanya.

Dr Kamarul Zaman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik Mohamad Sabu menyokong seruan Lim Kit Siang supaya Dr Abdul Rani menarik diri dari bertanding dalam PRK Sungai Besar dan menyertai PAN kerana kononnya tidak mendapat sokongan pengundi.

Jelas beliau, jika Mohamad Sabu sudah yakin calon PAN akan kalah, beliau sepatutnya mengarahkan calon PAN menarik diri kerana beliau Presiden PAN, bukannya cuba campur dalam urusan PAS yang tiada kena-mengena dengannya.

"Kita pun pelik dengan PAN ini, bila nama parti ada istilah amanah sepatutnya kenalah mengajak orang lain untuk berpegang dengan amanah, bukan untuk mengkhianati amanah, termasuk amanah sebagai calon pilihan raya.

"Jika prinsip semudah inipun tidak boleh difahami dan diamalkan oleh pimpinan tertinggi PAN, maka mungkin lebih elok jika istilah amanah tidak lagi digunakan di dalam nama parti ini.

"Jika betul DAP dan PAN adalah parti yang demokratik dan Islamik, mereka sepatutnya bersikap matang dan terus berlawan secara ‘anak jantan’ tanpa mencetuskan provokasi tidak sihat begini," katanya.

Dr Kamarul Zaman berharap PAS dapat bertegas dengan kedua-duanya parti itu dalam soal ini kerana calon PAS adalah Ahli Dewan Negeri Selangor di mana tindakan tidak beretika DAP dan PAN itu merupakan satu cubaan mencuri Adun.

"Kita pening memikirkan logik di sebalik tindakan Mohamad Sabu ini. Jika betul calon PAS tidak mendapat sokongan pengundi apa untungnya beliau cuba ditarik ke dalam PAN, mungkin memang sudah nanar agaknya," kata lagi. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016









































Anak muda punyai kuasa undi desak kerajaan



KUALA KANGSAR: PRK Kuala Kangsar merupakan kesempatan terbaik untuk rakyat khususnya anak muda membuat desakan ke atas kerajaan memerintah.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, PRK ini merupakan kesempatan terbaik untuk anak muda mengajukan tuntutan mereka.

Kerana menurutnya, PRK ini adalah yang terakhir bagi penggal parlimen kali ini sebelum PRU14.

"Jadi ini detik emas. Anak muda mesti kritikal menggesa kerajaan menunaikan hak-hak dan kepentingan anak muda khususnya dan masa depan negeri Perak serta negara Malaysia.

"Lihat sahaja, telah jadi 'tabiat' Kerajaan BN membawa segala projek, janji-janji manis dan menunaikan permintaan bila adanya pilihan raya.

"Kita tidak mahu kerajaan hanya bertindak hanya untuk kepentingan undi. Tetapi kita terpaksa jadikan PRK ini untuk mendesak kerajaan," ujarnya.

Terang Hafez, desakan itu hanya akan difahami kerajaan dengan menyokong dan mengundi hingga memenangkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Jelasnya, BN telah mewakili Parlimen Kuala Kangsar sejak dahulu, tetapi tidak banyak membuat perubahan yang ketara.

Katanya, sekiranya tidak wujud istana di sini sudah tentu Kuala Kangsar akan diabaikan sepertimana dapat dilihat kepada kawasan-kawasan pinggirnya.

Menurut beliau, terdapat jurang ketara dapat dilihat pada aspek frasarana dan kemudahan asas di kawasan sekitar di mana pembangunan berlaku amat perlahan.

Malah bentangnya, isu Jambatan Manong, kemudahan dan tenaga pakar di Hospital Kuala Kangsar dan nasib penoreh getah di parlimen ini menjadi bukti pengabaian kerajaan.

"Itu indikator untuk dinilai anak muda. Tapi kita perlu lihat kepentingan-kepentingan anak muda yang mula digugat sekarang. Antaranya beban kos melanjutkan pengajian tinggi.

"Sekarang ini peluang ke luar negara makin mengecil. Biasiswa juga semakin berkurang. Perbelanjaan harian semasa belajar pula tinggi.

"Terbaru, kegagalan membayar dengan baik hutang pinjaman PTPTN berdepan disenaraihitam untuk keluar negara. Nak pergi umrah pun terbantut," ujarnya mewakili keluhan anak muda.

Menurut beliau, anak muda juga berdepan kesukaran untuk mendapat pinjaman memulakan kerjaya dan hidup selepas tamat pengajian.

Katanya, kerajaan gagal menyediakan intensif yang mesra anak muda seperti pembiayaan perkahwinan, membeli kenderaan dan rumah.

Jelas beliau, skim yang ditawarkan sebenarnya bukan sahaja agak membebankan, tetapi ramai gagal memenuhi syarat.

Apatah lagi katanya, peluang pekerjaan pada hari ini menyebabkan ramai anak muda terpaksa bekerja disektor yang tidak memberi upah gaji memuaskan atau setara kelulusan.

"Jadi protes anak muda mesti secara intelek dan bijaksana. Kita angkat calon PAS untuk memberi tekanan berterusan pada kerajaan. Sudah pasti menjelang PRU14, kerajaan terpaksa lebih peka kepada kepentingan anak muda dan rakyat.

"Kita juga mahu kerajaan hari ini menyelesaikan banyak skandal dan penyelewengan yang merugi dan menjejaskan negara. Ini kuasa undi yang mesti kita manfaatkan," serunya memberi semangat. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016



#PRKSungaiBesar : PAS Bawa Suara Rakyat Sungai Besar Ke Parlimen - Ust Khalil















https://www.youtube.com/watch?v=aOIRFsrOzEE

Sumber ETV - 16-6-2016





































Kenapa PAS terpaksa balas serangan PAN?

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41581-kenapa-pas-terpaksa-balas-serangan-pan


KUALA KANGSAR: Tindakan kumpulan kempen diketuai Presiden PAN, Mohamad Sabu sengaja berceramah di hadapan Markas PAS membuktikan parti itu mensasarkan PAS sebagai lawan utamanya.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, PAN hadir bertanding semata-mata menyekat peluang kemenangan PAS.

"Setelah mereka gagal menguasai PAS yang diatur perancangan sulitnya lebih 30 tahun, mereka tubuh wadah baharu PAN yang sememangnya untuk saingi PAS.

"Tetapi PAS membuat lonjakan kekuatannya walaupun bersendiri. Maka PAN bila tak dapat saingi PAS, dia bertindak gagalkan atau halang usaha PAS.

"Apa motif ceramah depan Markas PAS Sayong Lembah petang semalam yang ada hanya petugas? Sepatutnya menemui pengundi, itu semua untuk provokasi, tetapi gagal," bidas beliau yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia.

Sebab itu katanya, wajar sekali PAN distatuskan sebagai 'pengacau' dan wujud hanya semata-mata atas kekecewaan serta dendam kesumat.

Malah terang beliau, hala tuju parti itu juga kabur, selain menjadi proksi kepada DAP hingga tergamak bersekongkol mempertikai dan mempermainkan usaha PAS memartabatkan Islam.

Mereka itu ujarnya, hanya membawa modal kononnya PAS akan bergabung dengan Umno, sedangkan PAS gigih merampas dua kerusi BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kerana itulah jelasnya, PAS terpaksa membalas serangan PAN disebabkan parti tersebut terlebih dahulu mensasarkan serangannya kepada PAS.

Sedangkan BN berlawan dengan PAS melalui saingan kempen dan tarikan undi tanpa pelanggaran peraturan pilihan raya.

Menurut Akmal, kehebatan dan kekuatan mereka yang disebut-sebut selama ini hanyalah gilapan rekaan dan 'mitos'.

"Ingat, mereka memegang jawatan-jawatan strategik dahulunya. Mereka susun atur orang mereka dan kuasai permainan media. Mereka juga ada pasukan doktrin dan 'psywar' iaitu Hawaii 5-O.

"Jika betul mereka hebat dan kuat, kenapa PAS tidak boleh menang pilihan raya yang disertai? Pemilihan muktamar lepas pun mereka gagal untuk menang.

"Mereka menggambarkan orang lain di dalam PAS terutamanya golongan ulama sebagai tua, tidak tahu buat kerja dan tanpa strategi," imbas beliau.

Namun jelasnya, hakikat sebenar dapat dibuktikan sejak dari muktamar lalu apabila PAS bangkit lebih perkasa walaupun secara bersendiri.

Perkara itu ujar beliau, dapat dilihat dengan pertambahan ahli dan Cawangan PAS, persaingan memberangsangkan di PRN Sarawak dan kini memberi tentangan hebat kepada BN di dua PRK.

"Mereka gagal untuk hancurkan dan sekat PAS. Jadi sekarang mereka hiburkan hati sendiri dengan membuat kacau. Pengundi mesti tolak golongan tak tentu arah ini," seru beliau. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016


Perubahan Positif


KUALA KANGSAR – Pasukan paembantu kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dari Kuala Terengganu membuat gesaan agresif kepada pengundi Kampung Menora agar melakukan perubahan.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara tersebut adalah untuk kebaikan masa depan penduduk di situ.

“sekarang ini kita agresif mengajak penduduk atau pengundi di kampung ini untuk menggunakan peluang keemasan (PRK) ini untuk melakukan perubahan untuk kepentingan mereka sendiri,

“bukan kepentingan sesiapa…………dengan mmberikan undi kepada pembangkang (PAS),”jelasnya ketika ditemui.

Kata beliau, dengan tindakan itu akan ‘mencelikkan mata’ kerajaan atau pemerintah.

Beliau berkata, selagi mana kerajaan menganggap sesuatu kawasan itu kekal sebagai kawasan ‘peyokong’, maka pembangunan tidak dilaksanakan dengan baik.

“kerajaan tidak akan melakukakan pembangunan yang memberi kesan sekiranya (mereka) menganggap sesuatu kawasan itu adalah ‘anak emasnya’

“itu telah pun berlaku di mana-mana tempat bukan sahaja di negeri Perak tetapi dimana-mana sahaja terdapat tempat yang kuat pembangkang,”tegasnya.

Beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana, berdasarkan maklum balas para perayu undi yang bertugas dari rumah ke rumah, ia memberikan kesan yang positif.

Sumber BO - 16-6-2016




























































Kajian tunjuk PAS ada harapan menang dua PRK

Posted on Thursday, June 16 @ 15:03:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Jika mementum protes dikalangan pengundi Melayu kekal sehingga hari peengundi PAS mempunyai harapan untuk menang tipis mengikut kajian dalam yang dibuat  oleh kajian Institut Darul Ehsan (IDE)

Dengan kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki dua hari sahaja lagi, PAS hari ini berkata parti itu yakin akan menawan kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan pasukannya dan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan semalam.

Katanya, berdasarkan dapatan yang diperolehi, PAS masih mempunyai peluang untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan rasa tidak puas hati yang tinggi di kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sekiranya rasa tidak berpuashati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai undi protes di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi.

"Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu," katanya pada kenyataan media hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kajian PPP Perak, sebanyak 59 peratus tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 89 peratus tidak berpuashati dengan langkah kerajaan mengatasi kenaikan harga barang.

Manakala hanya 38.7 peratus berpuas hati dengan Najib Razak, katanya.

Di Sungai Besar, katanya, kajian IDE menunjukkan 47.4 peratus responden tidak berpuashati dengan Najib dan akan mendorong mereka untuk tidak mengundi BN kali ini.

Bagaimanapun dapatan kajian tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi.

"Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan (swing) pengundi Cina kembali kepada BN," katanya.

Piihan Raya Kecil Sungai Besar 18 Jun ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH, manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan seorang calon bebas.


Kerusi tersebut kosong berikutan kematian dua penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Sumber TKO - 16-6-2016
































































PAS ada peluang menang di Kuala Kangsar, Sungai Besar
































































HARAKAHDAILY | .


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) meletakkan harapan untuk PAS menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Peluang untuk PAS menang adalah berdasarkan kepada rasa ketidakpuasan hati yang tinggi di kalangan pengundi terutama pengundi-pengundi Melayu.

Cabaran yang ada kepada jentera pilihan raya PAS dalam dua hari terakhir ini adalah mendorong pengundi untuk menterjemahkan rasa ketidakpuasan hati mereka dalam bentuk undi protes di atas kertas undi.

Di Kuala Kangsar, pasukan penyelidikan PAS Perak telah menjalankan satu kajian persepsi politik sebelum hari penamaan calon, termasuk tentang tahap kepuasanhati pengundi kepada kerajaan.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan tahap ketidakpuasanhati terhadap pelaksanaan GST adalah tinggi, iaitu 59% dan hanya 22.3% bersetuju. Demikian juga 83.5% responden di Kuala Kangsar tidak berpuas hati dengan langkah-langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos hidup.

Selain daripada dapatan itu, sesuatu yang agak menarik dalam kajian ini, mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berada di bawah paras 50% iaitu 44.2%. Lebih menarik lagi, peratusan responden Melayu di Kuala Kangsar yang berpuas hati dengan Perdana Menteri adalah lebih rendah iaitu hanya 38.7%. Dapatan di Kuala Kangsar ini menunjukkan sudah ada faktor menolak yang tinggi terhadap Barisan Nasional (BN) dalam PRK kali ini.

Manakala di Sungai Besar, seperti yang didedahkan dalam kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) semalam, rasa ketidakpuasanhati juga adalah tinggi terutama di kalangan golongan muda antara 21 hingga 40 tahun.

IDE melaporkan semalam, 47.4% responden di Sungai Besar tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri yang mendorong mereka tidak mengundi BN. Dilaporkan juga 44.7% tidak bersetuju dengan pendekatan BR1M dalam mengatasi kenaikan kos hidup, justeru mereka menolak BN.

Pasukan penyelidikan PAS Selangor juga telah menjalankan kajian persepsi pengundi sebaik sahaja selepas penamaan calon lalu. Kajian yang dilakukan itu, secara langsung untuk menentukan parti mana yang akan diundi oleh pengundi dalam PRK kelak.

Bagaimanapun, dapatan kajian tersebut menunjukkan, ketidakpuasanhati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi. Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan (swing) pengundi Cina kembali kepada BN.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian di atas, PPP berkeyakinan PAS mempunyai harapan untuk menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan rasa ketidakpuasan hati kepada kerajaan dan Perdana Menteri adalah tinggi terutama di kalangan kaum Melayu.

Sekiranya, rasa tidak berpuas hati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai undi protes di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi. Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
16 Jun 2016 / 11 Ramadan 1437 - HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016

Kempen PAS sederhana wajar diteladani – Ikatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Negeri Selangor menyifatkan konsep kesederhanaan yang diamalkan PAS pada kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar selaras dengan ajaran Islam.

Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman berkata apa yang ditunjukkan PAS itu menunjukan budaya politik matang dan displin yang tinggi dan perlu diamalkan parti-parti lain.

"Konsep kempen sedemikian yang kita mahukan, displin serta budaya kempen yang bersih.

"Ini pasti dapat menambat hati pengundi, konsep kempen secara hasutan akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang tidak menolak dengan penglibatan Parti Amanah Negara (PAN) pada PRK kali ini sedikit sebanyak telah mengurangan peratusan pengundi bukan Melayu.

"PAS alan berusaha untuk mendapatkan sokonagn dari kaum bukan Melayu di kawasan-kawasan yang dikenalpasti.

"Kita yakin perkara ini dapat di atasi dengan baik, dengan berbaki kempen hanya tiga hari sokongan pengundi bukan Melayu akan terus meningkat," tambah beliau.

Katanya lagi, ketiga-tiga jentera parti yang bertanding akan bekerja keras untuk memastikan calon mereka menang pada PRK kali ini.

"Walaupun pelbagai cara untuk kita tarik sokongan, proses kempen perlu berjalan dengan aman dan tiada isu yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

"Kita perlu saling menghormati serta mengamalkan prinsip demokrasi yang bersih," sambung beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis yang telah menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan adil.

Mohamad Badri yang sebelum itu turut hadir pada program berbuka puasa anjuran bersama Ikatan dan PAS di Sungai Besar semalam melihat calon PAS Dr Rani Othman merupakan calon yang mesra serta berjiwa rakyat dan mampu membawa suara rakyat di parlimen nanti

Pengalaman yang beliau ada di Dun Meru merupakan sandaran kepada pentadbiran beliau jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar nanti. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016

Kalimah benar namun bila diucapkan bertujuan batil

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .



Sering kali dalam hidup politik ini, politikus sering mencari peluang menyalahkan kata-kata yang benar. Lebih malang, ramai dari kalangan yang ikhlas tertipu dan dihiasi dengan rantaian hiasan untuk menipu penipuan dan kesalahan yang dilakukan.

Dulu, kita mendengar politik budiman. Ungkapan yang sedap dan menawan, tetapi penggunaaannya untuk menutup langkah-langkah sumbang yang mengkhianati mesyuarat dan kepimpinan yang beriman.

Sememangnya, umat hari ini jauh berbeza dari umat generasi didikan Nabi SAW. Umat yang dijanjikan redha Allah dan kemenangan darinya. Namun pertembungan yang berlaku di zaman awal boleh jadi panduan kita hari ini. Ketika peperangan Siffin, tentera Saidina Muawiyah hampir tewas kepada pasukan Saidina Ali. Maka, telah mencadangkan Amr bin Al-As untuk mengangkat Quran yang dilumuri darah Saidina Uthman dan melaung untuk merujuk kepada Quran. Maka sebahagian pasukan Saidina Ali pun kendur dan merayu kepada Saidina Ali untuk berhenti. Lantas ketika inilah kata kata saidina Ali terungkap:

كلمة الحق يريدبها الباطل

"Kalimah yang benar, namun yang diinginkan dengannya adalah bathil (muslihat)."

Kata-kata Saidina Ali menggambarkan seorang yang amat cerdas dan faham suasana sebenar pertembungan. Namun, oleh kerana yang bertempur sesama yang beriman, beliau menghormati suara permintaan dari pasukannya. Namun kesan dari itu, bila gagal peristiwa tahkim, muncul kelompok pemberontak dari kem Saidina Ali yang dikenali sebagai khawarij.

Di zaman mutakhir yang berbeza suasana iman, pastinya kesan yang lebih buruk dan dahsyat. Kata-kata benar diguna politikus licik menjaga kepentingan diri, akhirnya yang ikhlas tetapi naif mula berpecah sesama sendiri dan timbul krisis yang tak sepatutnya.

Maka, aku ingin berpesan, fahami politik slogan dan pengggunaan yang benar, bukan membiarkan diri mudah ditipu dengan slogan oleh politikus licik yang sentiasa ambil kesempatan.

Gagasan Budaya Politik Matang Sejahtera adalah pendekatan masakini yang dibawa oleh PAS. Gaya politik dengan slogan yang menarik. Namun pendekatan ini berdasarkan syariat bukan sekadar ucapan slogan dan ruang-ruang escapisme dalam berpolitik.

Matang dengan mendahului syariat dan syurah musyawarah. Sejahtera dengan keyakinan pendekatan adalah berdasarkan iman yang mengimani panduan sirah Nabi adalah terbaik dalam menyusun strategi perjuangan.

Bukan politik matang bila mendahului akhlak berjemaah, kemudian menyalut politik matang sejahtera untuk berlepas tangan. Bukan politik matang sekiranya orang jemaah dihina, tetapi mengagung matang apabila bersama pengkhianat perjuangan. Ini bukan matang, ini kebodohan dan pembodohan yang nyata.

Politik matang sejahtera, politik hujah yang benar. Bukan politik sentimen dan mengeksploitasi perasaan pengikut yang menyimpan siqah dan wala tanpa prejudis. Tidak semua kebatilan akan dapat disembunyikan. Allah akan membongkar gerak kerja politikus oppurtunis dengan mereka yang beriman yang masih cerdas dengan ilham daripada Allah.

Pesan yang akhir. Beringatlah politikus yang sentiasa hidup dengan lakonan. - HARAKAHDAILY 16/6/2016

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor.

Sumber HD - 16-6-2016



PAS Memang benarkan Rani hadir program Azmin

Posted on Thursday, June 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR: PAS sudah mengadakan perbincangan dengan Dr Abdul Rani Osman sebelum membenarkan calonnya di PRK Sungai Besar itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Rani tidak akan dikenakan sebarang tindakan memandangkan beliau sekadar menghadiri majlis Menteri Besar Selangor, bukannya Pakatan Harapan (PH).

“Ini sebahagian daripada budaya politik matang dan sejahtera. Oleh kerana yang hadir tu menteri besar saya lihat tidak ada masalah.

“Dia sebagai ADUN bersama-sama untuk meraikan, ini satu politik baru yang dibawakan oleh PAS,” katanya dalam sidang media di Markas PAS Simpang Lima, hari ini.

Semalam, Azmin menemukan Rani dan calon PH, Azhar Abdul Shukur dalam satu majlis berbuka puasa dan di majlis itu Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan sokongan kepada Azhar dan mendoakan Rani semoga berjaya.

Rani dalam ucapannya menjelaskan dirinya menerima pelawaan Azmin ke majlis itu atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.


Sementara itu, Iskandar berkata dakwaan kononnya sebahagian anggota Dewan Ulama PAS mengecam kehadiran Rani di majlis tersebut dan meminta pengundi PAS berpaling tadah dengan menyokong calon BN adalah tidak benar sama sekali.

“Ini merupakan tindakan terdesak oleh mereka yang mengeksploitasi isu ini,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Amanah akan mengheret enam ahlinya yang menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi ke majlis tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir mengesahkan enam individu yang diketuai bekas Timbalan Ketua Penaja Amanah Sungai Besar, Mohd Sapigni Tulus adalah ahli parti.

“Ini (lompat parti) berlaku dalam setiap pilihan raya. Bagaimanapun mereka telah melanggar undang-undang parti dengan mengumumkan sokongan kepada lawan kita.

“Kami tidak akan marah jika mereka beritahu mahu tukar parti. Kami akan alu-alukan langkah itu. Malah kami akan ucapkan terima kasih atas sumbangan mereka kepada parti,” katanya dalam satu sidang media di pejabat Amanah Sungai Besar hari ini.

Semalam, enam pemimpin Amanah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti kerana mencalonkan Azhar yang disifatkan calon payung terjun kerana bukan anak tempatan dan menetap di Pahang.

Sapigni mendakwa mewakili 31 ahli Amanah lain yang tidak berpuas hati dengan tindakan parti tidak mengendahkan permintaan mereka memilih calon lain yang lebih berkebolehan.

Namun, Anuar menegaskan Azhar adalah anak tempatan, anak kepada seorang bekas ADUN, dan juga Ketua Amanah Bahagian Sungai Besar.

Jelasnya, faktor beliau hidup, bekerja dan berkahwin dengan wanita dari Temerloh bukanlah satu isu.

Sumber TKO - 16-6-2016



Ayah calon AMANAH (Orang Kuat UMNO) minta Potong kepala PAS
Posted on Thursday, June 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pemimpin veteran Umno Shukur Siraj gembira bahawa anaknya yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Azhar akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dan mahukan beliau berdepan dengan PAS.

“Saya suka dia bertanding, (dia boleh) potong kepala PAS,” kata Shukur secara berseloroh sambil berbual dengan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lelaki berusi 81 tahun itu yang terlantar katil kelihatan lebih bertenaga berbanding lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu.

Dalam perbualan dengan Wan Azizah, Shukur berkata PAS tidak memahami bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa sokongan DAP atau PKR.

“PAS ini, dia harapkan DAP dengan PKR (sahaja). Kalau DAP dan PKR tak sokong dia, dia habis (tetapi) dia tak faham,” katanya.

Beliau juga menyifatkan perkembangan politik hari ini sebagai "celaru".

Shukur turut mengucapkan terima kasih kepada Wan Azizah kerana menyokong anaknya dalam kempen itu.

Azhar sebelum ini berkata, bapanya menyokong penuh keputusan untuk bertanding walaupun masih menjadi ahli Umno.

Ketika kemuncak kerjaya politiknya, Shukur pernah menjadi ahli parlimen Tanjong Karang selama sepenggal dan ADUN Sungai Burung selama dua penggal.

Sumber TKO - 15-6-2016


Politik Tidak Matang

Posted on Thursday, June 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Kenapa pilih politik tidak matang. B ertanding secara sihat kenapa perlu khianat bendera lawan. Tidak yakin dengan keupayaan sendiri ke?





Kredit
Sekut Mayat 

Sumber TKO - 16-6-2016

Wawancara Ringkas Perjalanan PRK Bersama Pesuruhjaya (PJ) PAS Perak Tuan Haji Razman


S: Saya ingin meminta komen Haji berkenaan dengan perjalanan keseluruhan PRK sehingga sekarang yang sudahpun memasuki gelombang yang keempat?
PJ: Assalamualaikum wbt. Pada pandangan keseluruhan PRK kali ini, berjalan agak tenang, tiada suatu perkara provokasi, perkara yang melampau yang melebihi daripada luar jangka. Dan pertembungan kali ini dilihat tiga penjuru, seimbang. Cuma dari segi kempen, ataupun persepsi masyarakat terhadap Parti Amanah Negara (PAN) khususnya, adalah didominasi oleh DAP. Keseluruhan jentera-jentera di seluruh di UPU, tidak ada yang dari PAN ini, Dan daripada segi gerak kempen Umno-BN, kita lihat kali ini mereka secara senyap menyeludup, kita tidak tahu, mungkin strategi mereka macam di Sarawak atau strategi seperti PRU dulu, mereka terus kepada pengundi-pengundi. Dan saya lihat mereka membuat kepungan kepada pengundi-pengundi mereka dengan tawaran yang dibuat oleh Umno-BN. Dan paling kita lihat kali ini, Umno tidak menonjol Najib, tidak meletakkan gambar-gambar Najib yang kita lihat bahawa Najib ini ialah satu liabiliti kepada Umno itu sendiri.
Dan kita juga mengharap kali ini pengundi-pengundi, kalau dia mengundi BN, bererti mereka memberi kekuatan kepada Najib dan rejim BN ini. Dan penindasan kepada rakyat, penyalahgunaan khazanah negara, makin bertambah kuat. Daripada segi jentera PAS, kita lihat, pada keseluruhannya berjalan dengan baik, sebab kita mempunyai negeri-negeri dan kawasan-kawasan pembantu. Sekarang ini sudah hampir seratus peratus daripada pengundi-pengundi dan rumah-rumah telahpun kita temui. Dan respon daripada pengundi menunjukkan yang mereka akan kekal dengan parti mereka sendiri. Kita meneruskan usaha-usaha kita. Dia ada kawasan hardcore mereka sendiri daripada Umno dan PAS, tetapi tiada kawasan hardcore bagi PAN.
IMG-20160615-WA0026Isu fitnah yang dimainkan oleh PAN bahawa kita nak berbaik dengan Umno dan inilah satu tohmahan yang dibuat secara berterusan. Waima apa juga perkataan yang kita keluar, sebagaimana ceramah yang baru lepas, Tuan Guru presiden mengatakan bahawa, kita nak menang, kita mesti mendapatkan undi daripada orang Umno. Sebab sekarang jika kita mengekalkan undi kita, undi PAS di PRU dahulu, dan kita tak dapat undi orang Umno, kita tak menang. Maka itu yang kita nak undi orang Umno. Tapi tajuk yang dibuat itu, seolah-olah kita nakkan Umno. Ini yang dia spin dalam yang dibuat dalam kempen baik Umno sendiri dan juga PAN.
S: Berkenaan dakwaan yang mengatakan PAS Perak ini lumpuh dengan penarikan diri beramai-ramai ahlinya dengan menyertai PAN, adakah benar dakwaan itu dengan realiti gerak kerja yang berlangsung sekarang?
PJ: Dakwaan itu amat meleset sekali sebab kita tahu pimpinan-pimpinan PAN ini sendiri adalah mereka yang telah disingkirkan pada awal permulaan pemilihan di peringkat cawangan ataupun kawasan. Contoh Dato’ Seri Nizar, dia kalah pertandingan YDP kawasan Kampar. Bererti, pimpinan kita di Kampar itu dah kukuh sebelum mereka ini keluar. Begitu juga dengan setiausaha PAN ini sendiri iaitu Dr Khairuddin, dia kalah pertandingan sebagai YDP di Tambun. Jadi kepimpinan PAS Kawasan Tambun itu kita kukuh daripada asal. Dan pengerusinya Asmuni. Asmuni ni dia tidak ada memegang sebarang grass root. Cuma di pegang dalam jentera pilihanraya. Dan kita akui bahawa jentera pilihanraya sahaja dan beberapa orang rakan karib mereka yang keluar bersama-sama. Purata yang kita lihat di perak ini, tidak ada satupun kawasan yang lumpuh, dan kita lihat dalam satu-satu kawasan itu tak lebih 10 orang yang mereka bergerak.
Jadi untuk jentera keseluruhan di Kuala Kangsar ini, adalah dua tiga orang yang kita lihat, tetapi mereka bermain di alam maya. Mereka juara di alam maya, jadi seolah-olah mereka ni ramai. Jadi pada keseluruhannya, tidak memberikan apa-apa kesan. Saya melawat hampir keseluruhan UPU dan tidak ada sebarang jentera tempatanpun yang membuka pos (untuk PAN). Yang kita lihat seluruh Malaysia mungkin dia buka pos juga, ada dua tiga orang tu yang dia ada.
S: Apa komen Haji berkenaan kenyataan sinis Dato’ Mahfuz Omar yang menyuruh PAS mengambil peluang bergabung dengn Umno sedang dia tidak menghulurkan bantuan ketika ahli-ahli lain bertungkus lumus memenangkan calon PAS.
PJ: Itu pandangan peribadi, dan dia tidak ada dalam kepimpinan lagi, jadi kita tak boleh ambil kira. Sebab kita tahu bahawa parti ini walaupun presiden sendiri, dia tidak boleh buat keputusan sendiri. Itu yang kita katakan, dia boleh melontarkan tetapi semua keputusan dibuat oleh syura, oleh mesyuarat. Jadi tambah pula dalam parti, walaupun timbalan presiden atau naib presiden, boleh melontarkan saja, tetapi keputusan dibuat oleh parti. Tambah-tambah Mahfuz Omar tidak ada langsung dalam struktur parti. Jadi kita menganggap itu pandangan orang luarlah. Tak memberi kesan langsung kepada parti.
Sumber BO - 16-6-2016

Dr. Najiha Rawat Kanak-Kanak Orang Asal Diserang ‘Sawan’



KUALA KANGSAR – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad sempat menghulurkan khidmatnya membantu merawat seorang anak ‘orang asal’ yang diserang penyakit sawan.
Kejadian berlaku sebaik beliau selesai berucap memperkenalkan dirinya kepada komuniti suku ‘Temiar’ itu.
Kanak-kanak perempuan tersebut tiba-tiba rebah, dalam keadaan ‘mulutnya’ berbuih.
Dr. Najiha pantas menghampiri seraya bertanya, “mana keluarga budak ini?”
Kemudian beliau mengurut dan menepuk-nepuk belakang kanak-kanak tersebut, sehingga ia sedar dan pulih seperti sedia kala.
Sebelum itu, Dr. Najiha dalam ucapannya, mengajak masyarakat orang asal khususnya kepada para pengundi di Kampung Bukit Cermin agar mengundi PAS.
Ini penting, katanya dengan mengundi calon PAS kemenangan itu dapat menyemarakkan lagi Islam yang lebih baik.
Menurutnya, tarikh 18 Jun ini adalah hari penting mengundi dan masyarakat orang asal diminta memilih calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Saya Dr Najihatussaleha Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Perak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya merupakan calon pilihan raya (PRK) dan hari Sabtu ini kita mengundi.
“Saya doakan semua penduduk-penduduk di Kampung Bukit Cermin ini dapat keluar mengundi pada 18 Jun ini dan sama-samalah memberi sokongan kepada Dr Najihah iaitu saya sendirilah untuk kita semarakkan lagi Islam di Kampung Bukit Cermin ini bagi Parlimen Kuala Kangsar.
“Saya datang sini dan ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi kedatangan kami daripada PAS.
“Insya’Allah, saya berjanji PAS ini akan bawa anak-anak semua dan dan adik-adik semua ke arah Islam yang lebih baik, supaya kita faham kenapa kita menganut Islam. Apa itu Islam dan apa maksud kita mengaku beriman kepada Allah SWT,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya ketika berkempen di perkampungan orang asal (Asli) di Kampung Bukit Cermin, Unit Peti Undi (UPU) Bendang Kering dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandan, petang tadi.
Sempena bulan Ramadan, kata Dr Najihatussaleha pahala amal ibadat dan bersedekah akan dilipat gandakan oleh Allah SWT.
“Sekarang ini, kita di bulan Ramadan dan kalau kita sedekah, pahala kita berganda-ganda.
“Kalau anak-anak semua, kakak-kakak semua melakukan ibadat kepada Allah, solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan akan dapat pahala dan dapat masuk Syurga Allah SWT.
“Insya’Allah, selepas ini kita (PAS) akan datang lagi dalam program-program lain dan kita akan bawa perkara-perkara yang lebih baik lagi kepada penduduk di Kampung Bukit Cermin di Parlimen Kuala Kangsar.
“Insya’Allah, pada petang ini saya akan berbuka puasa bersama dengan penduduk-penduduk di Kampung Bukit Cermin ini,” jelasnya.
Ketika calon PAS itu sedang berkempen tiba-tiba berlaku satu kejadian seorang penduduk orang asal mengidap penyakit sawan dan Dr Najihatussaleha segera merawatnya.
Hadir sama mengiringinya berkempen Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali dan beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak.
Sumber BO - 16-6-2016



Lagi Hutan Kuala Kangsar ‘Dinodai’

KUALA KANGSAR – Selepas Hutan Simpan Rambai Tujuh yang terletak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandang dikesan terlibat dengan pembalakan ‘haram’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, satu lagi kawasan tadahan yang melibatkan Hutan Simpan Bubu di Dun Manong juga telah ‘dinodainya’.

Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati Hutan Simpan Kekal Bubu itu terletak di kompartmen 29 seluas 131.0 hektar yang ditanam sejak tahun 1971 dan 1972 dengan pokok hutan jenis meranti dan keruing.

Beberapa orang penduduk yang ditemui mengesahkan berlakunya pembalakan tersebut sejak beberapa tahun lalu tetapi meragui dibuat secara sah atau ‘haram’.

Ini kerana, kata mereka hasil hutan yang bernilai puluhan juta setiap tahun itu dikhuatiri hilang begitu sahaja.

Encik Mohd Radzi Mat Sidek, 55, menggesa agar kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih beramanah menjaga harta rakyat.

Kata beliau, kawasan hutan simpan yang mempunyai khazanah hasil bernilai jutaan ringgit itu tidak sepatutnya dicerobohi tanpa pengawasan pihak berkuasa.

“Saya tidak buat tuduhan melulu tetapi penduduk di kawasan (Manong) ini hingga ke Ulu Kenas, Lempor, Ara Panjang, Ketior dan lain-lain tahu pembalakan berlaku di situ.

“Kami (penduduk) bimbang dan khuatir jika itu (pembalakan) dibuat secara haram hingga menyebabkan rakyat dan kerajaan (Perak) hilang hasil negeri puluhan juta setahun.

“Kawasan (hutan) ini tidak sepatutnya dicerobohi oleh pembalakan kerana itu kawasan tadahan yang menjadi sumber air kepada penduduk dan rakyat,” ujarnya.

Namun, katanya aktiviti mengeluarkan kayu balak tersebut telah terhenti seketika sejak hampir dua bulan lalu.

Menurutnya, aktiviti pembalakan itu dilakukan oleh pihak terbabit hanya beberapa bulan dalam setahun sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka (pembalak) ini pandai, dibuat beberapa bulan dan berhenti. Kemudian buat lagi beberapa bulan, bila orang bising…senyap (berhenti) sekejap.

“Ini (berhenti) baru dua bulan. Dia buat dua tiga bulan…dikeluar balak itu, dia diam. Lima enam bulan selepas itu dia (pembalak) datang balik dan berterusan sejak beberapa tahun lalu,” jelasnya.

Katanya, pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Perhutanan Negeri, agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat seperti tidak nampak apa yang berlaku itu.

Seorang penduduk di Kampung Cheh, Mohd Zaki Ahmad mahukan kerajaan negeri lebih tegas dalam menjaga dan menguruskan khazanah rakyat.

Beliau turut mengakui tahu mengenai isu pembalakan di Hutan Simpan Bubu yang terletak di Dun Manong tetapi meragui status ‘halalnya’.

“Jika berlaku pembalakan secara haram, kita (rakyat) minta kerajaan lebih tegas mendakwa pihak yang menceroboh khazanah hutan simpan itu.

“Jika kerajaan tidak tahu berlaku pembalakan itu, maknanya Umno-BN yang diberi mandat oleh rakyat telah gagal dalam menjaga amanah negeri.

“Pada pilihan raya (PRK) P067 18 Jun ini, rakyat (pengundi) di Dun Bukit Chandan dan Dun Manong tidak wajar lagi mengundi calon BN. Ini tanda protes rakyat kepada kerajaan,” jelasnya.
Bahkan, katanya lebih malang lagi kawasan pembalakan tersebut difahamkan dilakukan oleh pihak luar dan bukan orang tempatan.

Menurutnya, akibat dari aktiviti pembalakan secara tidak betul itu akan berlaku hakisan bukit, banjir serta pencemaran sumber air bersih penduduk.

Sehari sebelum ini (14 Jun lalu), Skuad Buletinonline memaparkan isu yang sama berlaku di Hutan Simpan Rambai Tujuh dalam Dun Bukit Chandan yang juga diwakili Adun BN.

Malah, aktiviti pembalakan juga sedang rancak berlaku di kawasan Hutan Simpan Kledang Sayong dan mengikut papan tanda yang ditemui di kawasan itu lesen pembalakan dikeluarkan pada 1 Mac 2016 dan tamat pada 30 September 2016 ini.

Namun begitu, aktiviti pembalakan tersebut dipercayai telah dihentikan seketika kerana PRK Kuala Kangsar.

Sumber BO - 15-6-2016

Pecutan Terakhir, PAS Kekal Atas Landasan

KUALA KANGSAR – PAS cukup yakin dengan kekuatan dan kesungguhan ahlinya dalam melaksanakan gerak kerja sehingga kini dalam usaha mereka merampas semula kerusi Parlimen Kuala Kangsar daripada Umno pada Ahad 18 Jun ini.

Demikian keyakinan yang diluahkan oleh Pengarah Kempen dan Penerangan PRK Kuala Kangsar Ustaz Misbahul Munir Masduki, ketika diminta memberikan pandangan beliau terhadap perjalanan gerak kerja PAS ketika ini.

Beliau menjelaskan, pada awalnya ada sedikit kekeliruan yang berlaku, namun hal itu dapat diatasi dengan segera sekaligus dapat kembali bersaing dan merancakkan kembali kerja-kerja PRK.

Ketika ini kata beliau lagi, sekarang ini ialah gelombang keempat iaitu gelombang terakhir dan tumpuan dilebihkan bagi memenangi hati pengundi target, yang telah dikenalpasti bagi memenangi PRK ini.

“Persiapan di Kuala Kangsar sekarang ini pada gelombang yang keempat iaitu gelombang yang terakhir, dimana dalam pecutan yang terakhir ini, ia fokus kepada pengundi-pengundi sasaran, pengundi-pengundi target.

Dan alhamdulilah gerak kerja kita telah berjalan dengan lancar, kerjasama dari negeri-negeri pembantu dan juga kawasan-kawasan pembantu, cukup baik di setiap UPU.

Walaupun kita ada sedikit masalah diperingkat awal, menyesuaikan mungkin suasana, situasi orang kampung, tapi Alhamdulillah, cukup baik dan dalam pemantauan yang saya buat, kerjasama cukup baik, gerak kerjapun cekap,” terang beliau.

Beliau ditemui ketika selesai majlis berbuka puasa penduduk kampung di UPU Senggang bersama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Dun Bukit Chandan, kelolaan PAS Kawasan Kemaman.

Hadir sama ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid dan Adun Chukai Kemaman, Terengganu Haji Hanafiah Mat.

Tambah Ustaz Misbahul lagi, tinjauan secara rawak yang dilakukan menunjukkan sokongan rakyat terhadap kempen yang dijalankan, cukup baik dengan menonjolkan isu-isu semasa termasuk isu RUU 355, ramai yang ingin tahu dan berpuashati dengan penjelasannya.

Malah ujar beliau lagi, ramai dikalangan orang cina yang ditemui, tidak menolak PAS secara total, walaupun pelbagai cara digunakan oleh musuh PAS bagi menjauhkan pengundi bukan Islam daripada PAS.

Ditanya berkenaan pendekatan Politik Matang dan Sejahtera, beliau menjelaskan ianya sudah lama diamalkan oleh PAS, tetapi baharu sekarang ini, ia ditekankan sebagai asas berkempen dimana PAS memujuk ahli Umno dan tidak mencari titik perbalahan.

Jelas beliau lagi, dengan memahami bahawa semua pengundi ialah sasaran PAS, termasuk ahli-ahli Umno, maka tidak perlu menimbulkan isu yang menjauhkan mereka dengan PAS kerana apa yang perlu ialah menerang kepada mereka kerana PAS mahukan undi mereka.

Menceritakan pengalaman beliau, beliau pernah menemui seorang bekas Setiausaha Umno Bahagian yang mempunyai keluarga yang besar secara terang mengatakan dia tetap Umno, tetapi benci dengan keadaan budaya politik Umno sekarang.

Beliau yakin golongan seperti inilah yang mudah dipujuk bagi menyokong PAS seterusnya mengajak untuk bersama dengan PAS.

Mengulas isu yang sama, Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss turut memuji perjalanan kempen yang diuruskan oleh petugas-petugas PAS yang bagi beliau, sangat lancar, bagus dan tersusun.

Lebih mengembirakan beliau ialah sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap kempen-kempen bagi menonjolkan calon adalah yang terbaik setakat ini berasaskan komen-komen daripada media dan juga pengundi-pengundi.

Ditambah dengan penekanan Budaya Politk Matang dan Sejahtera dalam kempen kali ini, ianya menepati kehendak dan disenangi pengundi dengan sajian akhlak yang baik dan ilmu daripada petugas-petugas PAS.

“Komen daripada media, komen daripada pengundi-pengundi bukan melayu, pengundi melayu sendiri, mereka amat selesa dengan calon yang kita ketengahkan dan dengan budaya kempen yang kita laksanakan ini, menepati apa yang ditekan oleh Presiden.

Iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera, yang kita tidak memberikan satu kaedah-kaedah yang tidak baik, menekankan tentang akhlak, menekankan tentang ilmu, meruapakan satu strategi kempen yang sangat disenangi oleh kawan dan lawan.

Dan inilah juga yang saya katakan, pilihanraya bukan hanya sekadar untuk memilih pemimpin, tetapi untuk mendidik masyarakat dan juga rakyat itu sendiri,” ujar beliau yang juga bertindak sebagai Pengurus Kempen bagi Dr Najihatussalihah.

Sumber BO - 15-6-2016



Kami Bangga dan Teruja Dengan Calon Pilihan Majlis Syura PAS... Takbir!


Posted on Wednesday, June 15 @ 20:22:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nB4MRuaAFlg

Majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali di Sungai Besar semalam turut disertai oleh calon Parti Islam SeMalaysia PAS Dr Abdul Rani Osman.

Sebelum majlis berbuka Dr Rani kelihatan bersalaman dengan rakan dari parti AMANAH dan sempat bergurau dengan Adun Sekichan Ng Suee Lim yang memintanya untuk manarik diri daripada bertanding. Adun Sekichan Ng Suee Lim pernah menghina beliaukerana masuk campur masalah pasar di Sekichan tapi Dr Rani seorang yang hebat.

Pada Muktamar baru-baru ini Presiden PAS dalam Ucapan dasarnya memperkenalkan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS) dan Dr Rani telah menterjehmahkan BPMS ini dalam Pilihan Raya kali ini dan ini sangat hebat mengikut pandangan rata-rata ahli PAS.

Bukan mudah untuk kamu seorang diri nak masuk dalam gelanggang musuh kalau tidak punya hati yang tabah, jiwa yang kental, kata rata-rata ahli PAS. Memang Dr Rani adalah calon terbaik.

Presiden PAS semasa hendak mengumumkan siapa calon Sungai Besar berkata Majlis Syura menerima 6 nama dan keenam-enam semuanya layak dan hebat. Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyebut lagi bahawa akhirnya Majlis Syura memutuskan Dr Rani sebagai calon kerana dia terhebat dikalangan 6 yang hebat, seleroh ABdul Hadi.

Ada orang kata Dr Rani adalah HARUMANIS, ya macam Mahfuz. Sebenarnya silap Mahfuz adalah duri dalam daging tapi Dr Rani mempunyai pandangan mungkin ada persamaan dengan puak-puak PAN tetapi dia adalah orang yang memahami agama dan perjuangan Islam.

PAS boleh menerima pandangan berbeza kerana itu sunatullah, yang PAS tak boleh terima ialah mereka yang jadi pengkhianat yang berebut untuk mendapat jawatan dalam parti tetapi apabila tak boleh jawatan atau kalah pemilihan terus menjadi musuh kepada Parti.

Dr Rani diperlukan oleh PAS supaya wujud kepelbagaian dan pendapat dalam PAS, kerana perbezaan pandangan membuatkan PAS lebih maju. Tidak betul jika orang mengatakan PAS hanya dikuasai oleh satu pandangan atau puak.

Kita tolak Puak PAN bukan kerana perbezaan pandangan tapi kerana mereka adalah pengkhianat kepada gerakan Islam. Mereka menyeleweng daripada perjalanan sunahtullah gerakan Islam apabila mereka memilih jalan yang salah tidak mengikut syariat yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. 

Sumber TKO - 15-6-2016




Ni Cara Nak Jatuh dan Tumbangkan BN @ UMNO bukan Tarik Ahli PAS
Posted on Wednesday, June 15 @ 17:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Selesai sesi Sidang Media untuk PRK P.093 Sg Besar bersama calon, YB Dato Iskandar, YB Zaidy, YB Haslin dan Ust Fadzlin YDP PAS Sg Besar.

Juga penyerahan borang keahlian PAS oleh Ketua Pemuda Umno Cawangan Seri Muara, Sg Dorani Sg Besar dan rakan-rakan.

Kredit
Roslan Sms


Sumber TKO - 15-6-2016













































































Strategi DR Rani Hadir Majlis PAN Membuatkan Lim Kit SIang Puji Dr Rani
Posted on Wednesday, June 15 @ 15:09:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pada Muktamar baru-baru ini Presiden PAS dalam Ucapan dasarnya memperkenalkan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS) yang mana menolak politik sempit perkauman, maki, fitnah dll. Atas dasar ini Dr Rani telah hadi dalam majlis berbuka Pakatan Harapan. Apa yang terjadi disebalik itu ialah....

Lim Kit Siang dalam ceramahnya pada malam tersebut telah menyebut bahawa Dr Rani adalah individu yang baik dan perpontesi tinggi dan mempelawa Dr Rani untuk masuk PAN atau DAP (tidak pula di sebut PKR)

Tindakan Dr Rani telah memberikan kelebihan kepada dirinya sebagai calon.





Mamang inilah suatu era politik yang hebat jarang boleh dilakukan oleh calon untuk masuk ke kubur musuh.

Tahniah Dr Rani anda memang layak jadi MP Sungai Besar

Sumber TKO - 15-6-2016













































































Luka Umno di Kuala Kangsar berdarah lagi

ASLANI M | .


HANYA dua hari lagi penentu parti-parti Melayu yang bertarung di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua parti berakar sejak sebelum merdeka dan sebuah lagi belum mencapai usia setahun jagung.

Kalau kayu ukur pengalaman diambil kira, parti baharu seperti awal-awal lagi berada di luar radar perlawanan. Regu sebenar di pentas kelihatan PAS dan BN. PAN baharu dan staminanya belum lasak.

Di saat DAP bermati-matian menjulang PAN bagi mengukuh cengkaman di Sungai Besar, tiba-tiba Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali pula mendoakan untuk Dr Rani Osman.

Biarpun kata orang Terengganu ‘berat nanang’ namun Menteri Besar Selangor itu sudah lama mengenali calon PAS.

Adun Meru tersebut menjadi rakan Azmin di Dun Selangor sejak 2008. Berbeza dengan Ustaz Azhar Ab Shukur, biar pun anak tempatan namun khabarnya bermestautin di Temerloh.

Malah dakwaan itu bukan lagi was-was. PAN Sungai Besar sendiri mendakwa calon itu menetap di Pahang.

“PAN meletakkan calon yang kami sifatkan ‘Touch N Go’ kerana tak bermestautin di sini dan bukan dikira anak tempatan kerana menetap di Pahang,” kata bekas Timbalan Ketua penaja PAN Sungai Besar, Mohd Sapigni Tulus.

Lebih ngilu lagi apabila Sapigni dan PAN Sungai Besar menolak Azhar. Dakwa mereka calon PAN memiliki ciri-ciri bongkak, angkuh dan sombong.

“Sejak merampas kepimpinan PAN Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut disingkirkan,” katanya seperti dilapor media.

Berikutan itu 32 ahli penaja PAN Sungai Besar menolak Azhar. Isyarat itu begitu mengaibkan ketika PAN mengharap hayatnya bersisa lagi.

Penduduk tempatan memberitahu kempen PAN hanya digerak DAP. Tanpa DAP maka tiada PAN di PRK Sungai Besar.

DAP menahkodakan semua gerak kempen. Sehinggakan kemunculan iklan yang bersifat perkauman tidak disedari PAN. Ketua Penerangan PAN Abdul Khalid Samad mengakui papan iklan itu tidak disedari pihaknya.

Papan iklan kempen bermesej perkauman dipasang bagi menempelak BN dan PAS di Sekinchan. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengakui papan iklan tersebut didirikan parti terbabit.

Di saat PAN mengharap ihsan pengundi Melayu tiba-tiba Adun DAP Sekinchan, Ng Sue Lim dikatakan merancang meraikan kemenangan PAN dengan minum arak.

Biar pun mesej itu disampaikan kepada orang bukan Islam, namun pengundi Melayu menguasai 67 peratus majoriti di Sungai Besar.

Ketika calon Pakatan semakin hilang harapan, sebuah akhbar pula mencongak BN bakal juara di Sungai Besar. Diberinya score majoriti 1,200 undi.

Namun bagi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Wan Nik Wan Yussof isu harga padi dan getah boleh diterjemahkan petani Cina dan Melayu bagi menolak calon BN.

Begitu juga isu jeti pendaratan ikan di Sekichan dikenakan bayaran boleh mencacat imej kerajaan Selangor. Ia juga mungkin diterjemahkan PRK kali ini.

Bayaran dikenakan membebankan nelayan. Ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan. Ini kerana Azmin dan PKR tanpa berselindung menyokong calon PAN.

“Di tengah-tengah kemelut PAN dan BN, peluang PAS makin terbuka. Ditambah pula jasa dan khidmat Dr Rani di Meru disenangi rakyat,” katanya.

Kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamad, calon itu diangkat PAS Sungai Besar sebelum dipersetujui Majlis Syura Ulamak.

Umno bergolak di Kuala Kangsar

Kalau di Sungai Besar pemberontakan berlaku membabitkan PAN, di Kuala Kangsar isu serupa mengocak rumah tangga Umno.

Seperti kata bekas Ketua Umno Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari beliau tak merajuk cuma terkilan.

Dilaporkan media dia terkilan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang bersikap dingin terhadapnya.

Ujarnya, ketika majlis bacaan tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad beliau diminta beredar oleh keluarga Mastura.

“Saya terkejut sebab Datin Mastura jadi calon,” katanya dipetik sebuah media.

Tanpa berselindung pernah berlaku pertembungan dengan Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika pemilihan Ketua Umno Kuala Kangsar.

Protes serupa juga didengari di sayap Wanita dan Pemuda Umno serta bahagian. Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail pernah mengugut mahu bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau kecewa tindakan BN menurunkan isteri arawah. Datin Mastura berasal dari Negeri Sembilan.

“Saya amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak,” ujarnya.

Retak rumah tangga Umno di Kuala Kangsar tidak mampu disembunyikan lagi. Nasib menimpa Umno Kuala Kangar mengulangi apa yang menimpa PAN di Sungai Besar.

Biar pun tidak dilapor meluas media perdana, namun dendam segenap sayap Umno tidak berakhir di situ. Biar pun ditutup mulut dengan projek dan wang ringgit, namun luka lama akan muncul lagi Sabtu ini.

Janji jambatan Manong bernilai RM43.5 juta seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu mengubat hati yang kecewa. Janji projek jambatan sentiasa muncul di musim pilihan raya.

Janji jambatan disebut Tan Sri Rafidah Aziz sejak berpuluh tahun lalu.

PAN pula tampil dengan lima agenda di Kuala Kangsar. Calonnya Dr Ahmad Termizi Ramli ketika mengumumkan manifesto Suara Wakil Kuale mendesak kerajaan membina plaza tol.

Seperti dilapor sebuah akhbar plaza tol untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Manong serta merancakkan pembangunan. Agak aneh bunyinya.

Belum pun Dr Termizi pergi jauh, adiknya Dzorif Ramli yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar berada di pentas yang berbeza.

Sekarang pilihan akhir buat pengundi iaitu Dr Najihatussalehan Ahmad. Dr Kak Jiha menawarkan 10 agenda demi kesejahteraan rakyat Kuala Kangsar.

Kalau di Sungai Besar peluang PAS makin melebar, di Kuala Kangsar pula PAS tambah dekat di hati pengundi.

“Penguasaan jentera kempen PAS di bulan Ramadan semakin meninggalkan Umno dan PAN di belakang,” ujar Dr Wan Nik. - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016



















































































Bekas ketua pemuda Umno sertai PAS di Sungai Besar

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


SUNGAI BESAR: Bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Muara Sungai Limau, Sungai Besar hari ini telah menyerahkan  borang penyertaan keahlian PAS semasa sesi sidang media bersama calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

Rosli Senin, 49, ketika ditemui media berkata, beliau adalah antara ahli Umno yang sudah lama menyokong PAS cuma tidak ingin menonjolkan diri.

"Di bulan yang baik ini, pada hari ini saya memilih bulan Ramadhan untuk berubah iaitu masuk PAS," ujarnya.

Katanya, penyertaan beliau untuk masuk PAS tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya telah lama terpikat dengan perjuangan yang dibawakan PAS selama ini iaitu dasar Islam yang sebenar.

"Sebenarnya keyakinan kita terhadap perjuangan PAS ini sudah lama cuma dalam kalangan para sahabat semua tidak mahu menonjolkan diri sangat.

"Apa yang berlaku pada pilihan raya sebelum ini pun, kebanyakan pemuda Umno ada yang menyokong PAS kerana ada Islam yang sebenar pada PAS," ujarnya lagi.

Beliau yang sudah 24 tahun bersama parti korup Umno BN menjelaskan kemasukannya ke dalam PAS tidak dibayar oleh mana-mana pihak, sebaliknya keinginan yang tinggi terhadap perjuangan PAS yang memaksa beliau meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi semasa bersama Umno.

Ujarnya, beliau tidak berasa kesal dengan pilihan yang telah dilakukan kerana padanya Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berasa kesal bahkan setiap masa ia memerlukan ketakwaan.

"Perkara yang lepas itu kita boleh ubah dan perbaiki dan saya akui  setakat ini ramai lagi pemuda Umno, yang ingin mengikuti. Semuanya atas kehendak Allah," katanya lagi.

Selain beliau, tiga lagi pemuda Umno turut hadir pada hari ini untuk menyerahkan borang penyertaan keahlian Umno yang telah diterima oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Iskandar Samad, disaksikan oleh calon PAS PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman, Yang Dipertua PAS Sungai Besar, Ustaz Mohd Haslin Hassan serta beberapa lagi ahli jawatankuasa PAS Sungai Besar. - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016



















































































Dr Rani hadir majlis berbuka rai Menteri Besar

NAZIRAH NASRUN | .


SUNGAI BESAR: Ditanya tentang tindakan berkaitan insiden kehadiran calon PAS ke majlis iftar Pakatan Harapan semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan bahawa tiada sebarang tindakan diambil terhadap Dr Abdul Rani Osman.

Beliau berharap agar orang ramai tidak percaya kepada berita yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp semalam mengatakan kononnya Dewan Ulamak PAS telah mengecam tindakan tersebut.

"Oleh kerana yang hadir itu adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, saya melihat bahawa tidak ada masalah berlaku. Dr Abdul Rani hadir sebagai calon dan juga Adun Meru; sama-sama untuk meraikan Menteri Besar.

"Ini adalah satu politik baharu yang dibawa oleh PAS. Kita telah berbincang sebelum itu dan berasakan bahawa calon kita patut pergi," ujar Iskandar ketika sesi sidang media di Markaz PAS Induk Simpang 5, Sungai Besar hari ini.

Ini adalah sebahagian daripada politik matang dan sejahtera yang di bawa oleh PAS, katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa jika dilihat semula semalam, Menteri Besar telah hadir tanpa memakai baju parti.

"Azmin berbaju putih dan berkain pelikat hijau semalam," kata Iskandar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi terutamanya para penyokong PAS supaya tetap mengundi PAS, bukan Barisan Nasional.

"Hal ini kerana saya melihat bahawa ini adalah tindakan terdesak mereka yang terpaksa mengeksploitasi isu ini, mungkin kerana mereka tiada isu lagi untuk diputarbelitkan," seru beliau. - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

Dewan Ulamak nafi perkara tersebut - Dr Rani

NAZIRAH NASRUN | .


SUNGAI BESAR: "Saya pergi ke makan malam itu atas jemputan beberapa pimpinan PKR sendiri. Apa salahnya kalau saya ke situ?

"Ini kerana majlis tersebut adalah untuk menyantuni calon. Saya tidak pula disuruh keluar malah disambut dengan baik. Ucapan di majlis tersebut juga cukup baik dan turut mendoakan kejayaan saya dan sebagainya.

"Saya pergi sebagai Adun Meru, jikalau ada spekulasi mengatakan saya hendak masuk Amanah, saya minta maaflah. Saya tidak akan masuk kerana saya akan istiqamah terus dalam PAS," ujar calon PAS pada PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan spekulasi tersebut disebarkan untuk memancing undi dalam PRK Sungai Besar kelak.

Ini kerana menurutnya, kehadiran beliau kelihatan tidak disenangi oleh pihak PAN yang turut berada di majlis tersebut.

"Namun saya tetap bersikap profesional, duduk semeja dan berbual dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah biarpun ada pihak yang tidak menyenangi kehadiran saya di situ lalu segera beredar.

"Saya tiada masalah dengan sesiapa namun jika bertanding, kita betul-betul bertanding. Semasa pengundian awal, saya sempat bertegur sapa dengan calon BN Budiman Mohd Zohdi. Islam mengajar kita politik matang tetapi kalau sampai pilihan raya, kita lawan tetap lawan.

"Ada juga spekukasi mengatakan Dewan Ulamak PAS menghentam saya, itu semua tidak betul. Alhamdulillah Dewan Ulamak dengan serta-merta menafikan perkara tersebut.

"Hari ini pulak dikatakan Lim Kit Siang ajak saya masuk Amanah. Saya sendiri tertanya-tanya, kenapa pula hendak ajak saya masuk? Benda-benda ini semua pelik. Pada saya tidak, saya terus dengan PAS dan akan berjuang sehingga akhir hayat saya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016













































































Kemenangan Dr Rani tambah undi sokong RUU355

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


SUNGAI BESAR: Memilih Dr Abdul Rani Osman sebagai wakil rakyat Parlimen Sungai Besar akan memberi pertambahan undi sokongan pembangkang terhadap usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang selama ini diperjuangkan oleh PAS.

Menurut penulis veteran Harakah, Subky Abdul Latif, bilangan anggota parlimen yang menyokong RUU355 tidak seramai yang membantah RUU355 untuk diluluskan sebagai usul yang layak dibentangkan di parlimen.

"Kalau setakat ini, bilangan orang yang mengaku tidak mahu menyokong RUU 355 itu kita tahu ramai, tapi kalau kita dapat Dr Rani sebagai anggota parlimen, masa RUU 355 itu dibentang dan diluluskan nanti maka bertambah lagi satu undi untuk RUU 355 untuk memperkasa mahkamah syariah," ujarnya kepada Harakah di Markas Induk PAS Simpang Lima, Sungai Besar hari ini.

Katanya lagi, Dr Rani telah melakukan khidmat yang baik dan cemerlang sepanjang beliau menjadi wakil rakyat untuk penduduk Meru.

"Jika sekiranya beliau menjadi wakil rakyat Parlimen Sungai Besar, maka peranan yang dimainkan sepertimana beliau sebagai Dewan Undangan Negeri Meru akan tetap menyuarakan kepentingan-kepentingan bukan sahaja untuk partinya bahkan untuk kepentingan orang ramai tanpa segan dan silu," katanya.

Tambah penulis berpengalaman dalam bidang politik itu lagi, rakyat Sungai Besar bertuah jika memilih Dr Rani sebagai wakil rakyat mereka kerana banyak perkara yang telah disampaikan beliau dalam kerajaan negeri. Beliau turut membantu membawa perubahan kepada rakyat Sungai Besar dan membantu ke arah melahirkan politik demokrasi yang sebenar di negara ini.

"Oleh itu, kalau dia menjadi wakil rakyat di Sungai Besar seperti yang saya pernah kata beliau tidak pernah meminta sebarang upah daripada rakyat atas apa yang telah dia sumbangkan pada rakyat. Bahkan dia juga tidak pernah meminta upah dari partinya iaitu PAS."

"Insya-Allah dengan keupayaan dia, upah itu datangnya daripada Allah. Allah akan memberi upah kepada dia sekiranya dia istiqamah dalam PAS."

Ujarnya, beliau yakin dengan perubahan yang akan dibawa oleh Dr Rani kepada rakyat Sungai Besar sekiranya rakyat Sungai Besar memangkah Dr Abdul Rani Osman sebagai wakil rakyat mereka pada 18 Jun nanti. – HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

Dr Najihatussalehah ‘Singgah Sahur’ Santuni Warga Hospital

KUALA KANGSAR – Calon PAS P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussaleha Ahmad membuat kejutan Singgah Sahur di Hospital Kuala Kangsar seawal jam 4.00 pagi.

Beliau menyantuni warga hospital berkenaan terdiri dari para doktor, kakitangan pegawai perubatan, jururawat, pengawal keselamatan serta waris pesakit yang menunggu di wad.

Tinjauan mendapati sebahagian dari mereka yang dikunjungi oleh Dr Najihatussaleha itu teruja dengan kehadirannya bersama para petugas PAS.

Selepas itu, calon PAS dan petugas jentera kempennya bersahur beramai-ramai di sebuah rumah seorang pengundi di Kampung Talang Changkat.

Dr Najihatussaleha berkata program singgah sahur dibuat di setiap Unit Peti Undi (UPU) yang terdapat dalam kawasan P067 Kuala Kangsar ini.

“Alhamdulillah, pagi ini kita dapat jayakan satu program Singgah Sahur di Hospital Kuala Kangsar.

“Kita bertemu mesra dengan warga hospital termasuk doktor yang bertugas, kakitangan pegawai perubatan, jururawat, pengawal keselamatan dan waris pesakit.

“Kita (PAS) buat di setiap UPU yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan sambutannya sangat baik, kita diterima,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai program Singgah Sahur di rumah seorang pengundi di Kampung Talang Changkat, di sini, hari ini.

Menurutnya, kunjungan singgah sahur itu bertemu dengan para petugas warga hospital berkenaan yang berkhidmat tanpa jemu meski pun di bulan Ramadan.

Katanya, pilihan hospital sebagai sasaran pertama program singgah sahur kerana boleh bertemu dengan doktor bertugas, kakitangan pegawai perubatan, jururawat serta pewaris pesakit.

Aktiviti kempen program tersebut berakhir pada jam 5.10 pagi sebelum ke Masjid Riduaniah untuk menunaikan solah subuh berjamaah.

Sumber BO - 15-6-2016













































































PRK: Ambillah peluang undi PAS, tolak Umno BN














































































HARAKAHDAILY | .


Kata 1MDB dah bayar semua hutang?

Pada April yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Presiden 1MDB berkata 1MDB telah melangsaikan semua hutangnya. Arul juga berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya.

Semalam, media melaporkan bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbankan menghadapi tuntutan timbang tara (RFA)  yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih USD6.5 bilion (RM26 bilion).

Tindakan IPIC menunjukkan rundingan antara ia dengan 1MDB telah menemui jalan buntu.

Dari manakah duit yang bakal dikorek oleh Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM26 bilion sekiranya IPIC berjaya dalam tuntutannya sedangkan lebihan tunai 1MDB hanya ada di sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang?

Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?

Kepada para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ambillah peluang pilihan raya kecil ini untuk menghantar isyarat yang jelas dengan menolak Umno BN secara total dan undilah PAS, yang menjadi musuh politik tradisi Umno di lebih seratus kerusi (Dun dan parlimen) di Semenanjung untuk berdekad lamanya.

Pertembungan PAS dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
15 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016













































































Lawan terdesak, habis modal kempen

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Penyebaran surat layang dan risalah memburukkan calon PAS, serta tindakan mengganggu Muslimat PAS menjalankan kempen, jelas menunjukkan lawan terdesak menghadapi kemaraan PAS.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, tindakan pihak tertentu melakukan penyebaran berkenaan bererti mereka telah kehabisan modal kempen.

Malah, tindakan Pemuda BN mengganggu kempen Muslimat PAS adalah tidak demokratik dan masih terperuk dengan amalan politik kuno.

"Mereka terbantut, bankrap idea dan putus asa untuk melonjakkan kempen. Tak cukup dengan memperalatkan jentera kerajaan dan umpan janji-janji manis.

"Beri projek 'mi segera', serah pula bantuan 'durian runtuh' dan macam-macam rasuah politik untuk beli undi. Akhirnya kembali kepada politik fitnah dan samseng," bidasnya yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia.

Menurutnya, pihak berkenaan jelas tiada isu untuk menjejaskan reputasi PAS, apatah lagi memalitkan PAS dengan sebarang skandal.

Akhirnya kata beliau, status calon anak tempatan diulang-ulang untuk disensasi dan dikontroversikan, sedangkan dalam konteks PRK dan strategi kempen yang matang, perkara tersebut bukanlah isu.

Sebaliknya ujar Ustaz Akmal, mensasarkan serangan kepada peribadi individu calon menunjukkan moral lawan berada pada tahap rendah.

"Mereka telah hilang keyakinan untuk menang, tercabar dengan peningkatan sokongan kepada PAS. Tidak berbangkit isu anak tempatan. Calon PAS, Dr Najiha anak jati Perak.

"Beliau dilahirkan, dibesarkan serta memberi khidmat profesionalnya di Perak. Beliau adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Perak. Seluruh Muslimat dan Kawasan berada bawah tanggung jawabnya.

"Maknanya hati dan bakti Dr Najiha bersama seluruh Perak. Dia beri kesanggupan dan perjuangannya untuk seluruh Perak termasuk Kuala Kangsar," jelasnya lagi.

Dr Najiha juga katanya, memberi perhatian tinggi kepada isu-isu tempatan yang berlaku di Kuala Kangsar antaranya Jambatan Manong, Hospital Kuala Kangsar, masalah aliran trafik dan perkhidmatan bas.

Malah, calon PAS itu menurutnya, turut prihatin terhadap masalah harga rendah getah sekerap, pengangguran graduan dan anak muda, rumah kos rendah dan keperluan naik taraf  Pasar Besar. – HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

Peruntukan IPG 2016 ditukar kepada Dana Khas Penoreh?

HARAKAHDAILY | .


ADAKAH bantuan khas kepada penoreh getah berjumlah RM194 juta yang diumumkan oleh PM sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar telah menggunakan peruntukan RM200 juta yang diluluskan dalam Bajet 2016 untuk program Insentif Pengeluaran Getah (IPG)?

Jika ia bukan daripada peruntukan IPG, Perdana Menteri wajib menjelaskan dari mana datangnya wang dana khas itu?

Jika ia adalah dari dana IPG, bagaimana pula kedudukan tuntutan IPG yang belum dibayar kepada penoreh sejak dikemukakan  oleh puluhan ribu penoreh getah kepada Lembaga Getah Malaysia selaku agensi pembayar sejak Januari 2016?

Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) tidak berhasrat menghalang penoreh menerima bantuan daripada kerajaan, kerana itu adalah hak mereka dan kewajipan sebuah kerajaan, tetapi Barisan Nasional wajar dihentikan daripada menyalahgunakan dana awam negara ini untuk membeli undi. Lebih-lebih lagi, dana awam ini sudah ditentukan kaedah perbelanjaannya.

Kami percaya setiap sen yang  diluluskan untuk dibelanjakan dalam bajet negara 2016, perlu melalui tatacara proses dan prosedur kewangan, dan setiap perbelanjaan mesti selari dengan matlamat peruntukan itu diluluskan.

Setiap peruntukan kewangan negara pula dikawal oleh kakitangan awam selaku pegawai pengawal yang diikat oleh undang-undang (legal bind) untuk menjamin perbelanjaan dilakukan menurut prosedur yang betul.

Sewaktu peruntukan IPG diluluskan oleh Parlimen dalam Bajet 2016, ia jelas menyatakan bahawa peruntukan RM200 juta ini akan digunakan untuk mengaktifkan IPG apabila harga komoditi getah (sekerap) jatuh dibawah RM2.20 sekilogram.

IPG kemudian diaktifkan sebaik sahaja tahun kewangan 2016 bermula pada Januari dan harga sekerap berada di bawah paras RM2.20 sejak Disember 2015 lagi.

Adalah diingatkan bahawa sejak tuntutan IPG dibuat pada Januari 2016 dengan pelbagai prosedur yang terpaksa dipenuhi oleh penoreh, belum ada penoreh yang menerima bayaran sampai sekarang.

Jika dana khas boleh diumumkan oleh PM hanya kerana pilihan raya kecil dan dibuat bayaran kepada penoreh semudah itu, mengapa pula IPG yang diluluskan sejak pembentangan Bajet pada Oktober 2015 tidak dapat dilunaskan. Apakah halangan yang kerajaan hadapi?

LATAS menyeru para penoreh getah dan orang ramai yang terbabit sebagai pengundi dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak memberi undi kepada BN kerana rasa terhutang budi akibat dana khas itu. Mengundi BN bererti bersetuju dengan amalan rasuah dan salahguna dana awam.

Sebaliknya, mengundi calon PAS akan membebaskan kita semua daripada bersekongkol dengan amalan rasuah, dan dapat memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat bersatu menolak tabiat buruk itu. Amalan rasuah dan salahguna dana awam oleh BN boleh dihentikan. Mulakan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS
PAS Pusat.
15 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

Wanita Umno Ganas…!!!


KUALA KANGSAR – Hampir terjadi pergaduhan ketika kempen rumah ke rumah yang dijalankan oleh kumpulan perayu undi dari PAS apabila mereka secara tiba-tiba dikepung oleh kumpulan wanita Umno dengan bantuan beberapa pemuda Umno.

Namun peristiwa mencemaskan yang berlaku di Kampung Padang Changkat yang terletak bersebelahan Istana Bukit Chandan baru-baru ini, berjaya dihalang hasil kebijaksanaan kumpulan pengiring keselamatan perayu undi PAS.

Belasan orang Umno bersama beberapa lelaki bermotosikal kelihatan di dalam gambar, cuba menimbulkan provokasi bagi menghalang kerja-kerja merayu undi dijalankan di kampung mereka.

Lebih malang, menurut petugas PAS dari kampung berhampiran, ini bukan kali pertama halangan dan ugutan seperti itu dilakukan, pernah terjadi ketika PRU dahulu dan yang paling mengejutkan, halangan ini diketuai oleh golongan wanita dan bukannya lelaki.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, menceritakan mereka memasuki kampung itu dengan kumpulan kecil perayu dengan tiga buah kereta bagi menghadiri majlis tahlil kepada salah seorang penduduk di situ.

Menyedari risiko dihalau oleh kumpulan penghalang, maka pasukan perayu telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk termasuk risiko dipukul, dan diarahkan agar tidak membalas provokasi jika ada.

Beliau yang tidak mahu dikenali, menjelaskan bahawa mereka tidak menyedari yang Umno juga kebetulannya turut mengadakan program bagi kempen PRK ini dan bagi mengelakkan pertembungan, mereka bergerak ke arah lain untuk berkempen.

Namun, kehadiran mereka disedari juga oleh Umno dan mereka terus mencari bagi menghalau kumpulan perayu undi yang juga terdiri majoritinya daripada muslimat-muslimat PAS.

Ketika itu keadaan menjadi agak tegang, namun dengan kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh petugas-petugas PAS, maka mereka bersetuju untuk keluar sekaligus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Tiap-tiap kali PRU, memang, kalau muslimat pergi sahaja, memang kena halau.

“Jadi kitapun atur strategi nak masuk dalam kampung tu dulu, jadi saya bawak dua kereta masuk pergi ke rumah si mati tu.

“Jadi kita jumpa dia punya balu dia, dan mintak izin buat tahlillah, jadi dia setujulah.

“Dalam tu, saya suruh ketua kumpulan tu, tu pergi ke merayu undi dari dalamlah, jadi dia sampai ke tengah kampung.

“Kemudian saya ambil lagi satu kumpulan, bawa ikut jalan tengah masuk kampung.

“Saya tak tahu yang diapun ada program (ceramah) dalam (kampung) tu,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, jika kumpulan itu masuk dengan jumlah yang besar, pasti mereka akan disekat awal-awal lagi.

Manakala Puan Zaharah Mohammad Robi, yang terlibat dengan insiden dikepung dan dihalau itu menyifatkan ia sebagai pengalaman yang harus dihadapi oleh pejuang-pejuang yang membawa mesej Islam.

Tambah beliau lagi, inilah kali pertama beliau mengalami peristiwa yang agak menggetarkan itu tetapi beliau bersyukur kerana berjaya mengawal keadaan dari menjadi lebih buruk dan sekaligus menaikkan lagi semangat beliau untuk berkempen melawan Umno.

Beliau kesal dengan cara dia dan kumpulannya dihalau dengan melaung-laungkan yang perayu undi PAS sebagai pengganggu kepada keamanan kampung mereka, sedangkan mereka hanya mahu mempromosikan parti.

Zaharah juga menyeru kepada semua perayu undi agar jangan gentar dengan cara ugutan-ugutan sebegini kerana jika dizahirkan perasaan takut, maka mereka akan memberikan lebih tekanan kepada petugas.

Jelas dan terbukti, politik kelas bawahan dan kekampungan masih menjadi ‘trade mark’ bagi Umno walaupun dunia sudah melewati alaf baru melebihi 15 tahun.

Sumber BO - 15-6-2016



Jutaan Ringgit Pembalakan; ‘Orang Kuala’ Tak Dapat Apa

KUALA KANGSAR – Enam tahun pembalakan selama tiga musim dianggarkan memberi laba jutaan ringgit keuntungan kepada orang luar, namun penduduk tempatan hanya menjadi penonton.

Seorang orang warga Kampung Senggang, kira-kira 24 kilometer dari Bandar Diraja disini berkata, apa yang beliau lihat adalah beberapa syarikat dari luar, melaksanakan kerja-kerja pembalakan itu.

“di (kawasan) hutan simpan Rambai Tujuh, kawasan tadahan air juga mereka keluarkan balak…….dah enam tahun dah lepas tu (dalam masa itu) dah tiga kali dia orang keluarkan,
“(yang datang membalak) dari Ipoh bukan dari Kuala Kangsar, orang Kampung Senggang taka da dapat apa……….syarikat yang dapat juga tak tahu siapa dia,”ujar Yahya Putih.

Bekas Sarjan Mejar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) uitu berkata, pembakan juga dilakukan di kawasan Hutan Simpan ‘Rambai 7’, satu satu kawasan tadahan air di persekitaran itu.

Sehubungan itu, tinjauan juga mendapati, pembalakan ‘sedang rancak’ dilakukan kawasan hutan simpan Kledang Sayong.

Menurut papan tanda yang ditemui di kawasan tersebut, lesen pembalakan dikeluarkan pada 1 Mac 2016 dan akan tanat pada 30 September 2016.

Namun begitu, aktiviti membalak dipercayai dihentikan kerana musim pilihan raya kecil P067 Kuala Kangsar.

Sumber BO - 14-6-2016




Memang PAS nak baik dengan UMNO, kata Hadi

Posted on Tuesday, June 14 @ 19:47:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=yKxHYPBPT3Q


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu memang berbaik dengan UMNO, kerana mahu undi dari penyokong UMNO kepada PAS. Ini kerana, kata Hadi, dasar PAS adalah berbaik-baik dalam perkara yang baik dan menentang dalam perkara yang tidak baik.

Rakyat malaysia ni tak faham agaknya maksud lawan yg buruk je, mentaliti masih di tahap 'sama ada kau atau aku', 'you vs them'. Apa saja yg baik perlu disokong, apa saja yg buruk perlu dilawan

Sumber TKO - 14-6-2016


Saya sudah maafkan Tun Mahathir - Abdul Hadi
Posted on Tuesday, June 14 @ 19:08:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi‎ berkata, walaupun Pas sering dituduh dengan pelbagai ‎gelaran, namun ‎sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau perlu berbuat demikian.

"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini telah lama dendam dengan Pas  sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

"Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

"Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

"Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang," katanya ketika ceramahnya di Dataran Ketior Manong, Kuala Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abdul Hadi juga berkata, tindakan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah)  tidak akan menjejaskan Pas  di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Abdul Hadi berkata, beliau percaya parti Islam itu mampu membuat kejutan untuk memenangi PRK di kawasan itu.

"Saya tidak bimbang. Kita lihat Pilihan Raya Kecil (Kuala Kangsar) jadi penentu," katanya ringkas kepada pemberita.

Mahathir sebelum ini merayu kepada pengundi di Kuala Langsar supaya memberikan undi mereka kepada calon Amanah, Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru dimana Dr Najihatussalehah Ahmad calon Pas akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei
lepas. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini. - SH 
Sumber TKO - 14-6-2016

Menang Dua PRK Tambahan Dua Undi Untuk Menyokong RUU 355

KUALA KANGSAR – Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kepada pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar memanfaatkan sebaiknya peluang untuk mendapatkan kebaikan dan ganjaran pahala dari Allah dengan memberikan undi kepada parti Islam dalam Pilihanraya Kecil pada 18 Jun nanti.

“Jika PAS menang, ianya kemenangan yang sangat penting menjelang sidang parlimen bulan Oktober nanti. Menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermakna akan bertambah 2 lagi undi bagi menyokong RUU 355.

“Bayangkan betapa besarnya pahala bagi pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana dapat membantu usaha menegakkan kebaikan dan menutup pintu kejahatan.” Ujar Dato Tuan Ibrahim ketika memberikan taujihat kepada jentera petugas PAS di Markas Pilihanraya Bendang Kering malam tadi.

Ketika berucap selepas menunaikan solat tarawih berjamaah, beliau juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan dan tahniah kepada tenaga petugas yang datang dari Terengganu, Grik dan petugas tempatan Bendang Kering.

“Bendang Kering adalah kawasan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Cabaran berkempen di kawasan kubu kuat Umno adalah lebih besar. Lebih besar cabaran, lebih besar pahala yang dijanjikan oleh Allah. Apatah lagi pilihanraya kecil ini jatuh di bulan Ramadhan,”ujarnya

Peti Undi Bendang Kering dipertanggungjawabkan kepada PAS Kawasan Setiu dan Marang dengan diperkuatkan bersama tenaga petugas bantu dari PAS Kawasan Grik.

Beliau menambah, mungkin orang melihat PAS sekarang bersendirian dan tak ada kawan, namun beliau yakin, PAS akan nmendapat pertolongan Allah.

“Tetapi kita ada Allah. Allah pastinya tidak akan meninggalkan orang mukmin yang berjuang bagi meninggikan agamanya bersendirian dalam keadaan susah.” Tambah Dato’ Tuan Ibrahim lagi.

Oleh itu, beliau menegaskan kepada semua jentera PAS supaya jangan sekali-kali merasa dukacita dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima.

“Jangan sedih kalau kita tak menang, tapi sedihlah kalau ketika Islam sangat memerlukan kita, kita tak dapat memberi sumbangan. Sedihlah kalau ketika orang lain bertungkus lumus berjuang, kita boleh bersenang-lenang di rumah bersama anak dan isteri.”katanya

Sumber BO - 14-6-2016



Santai Bersama Dr Rani: “Amal Pesanan Tok Guru, Solat Dua Rakaat Jika Ada Masalah Rakyat”

Posted on Tuesday, June 14 @ 15:56:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah







































































































PAS telah memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Othman sebagai wakilnya untuk menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Dilahirkan di Pelabuhan Klang pada 1958, bapa kepada lima orang anak ini  mempunyai kliniknya sendiri di kawasannya, Meru, Klang.

Ikuti temubual santai mStar Online bersama Dr Rani.


Perasaan YB ketika dapat tahu dipilih sebagai calon?

Masa dipanggil oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk pergi ke pejabat PAS Pusat dia kata nak bagi saya hadiah. Saya ingatkan hadiah betullah sebab dia baru balik dari China. Rupa-rupanya dia bagitau saya telah dipilih jadi calon. Saya masa tu dah hilang suara, mereka bagi makan pun saya dah tak berselera. Saya terkejut.


Apakah reaksi YB seterusnya?

Saya rayu, boleh tak saya buat solat Istikharah, mereka kata ‘no way’ sebab mereka kata sayalah calonnya. Saya terima, dalam Islam memang begitu. Islam ajar kita kalau keputusan jemaah maka kita ikut jemaah.


Bila YB dapat tahu tentang perkara ini?

Lebih kurang 10 jam sebelum perisytiharan calon. Tak sampai sehari. Saya minta Tuhan tolonglah saya.


Tidak seperti dua calon lain, YB tiada kelebihan sebagai calon tempatan. Sejauh mana YB faham tentang kehidupan masyarakat di Sungai Besar?

Kalau nak diikutkan saya boleh cakap macam tu kepada YB Lim Guan Eng, dia pun bukan dari P.Pinang. Banyak lagilah, Lim Kit Siang, Mat Sabu pun kenapa dia pergi Kelantan. Sallehuddin Ayub, dia pun macam tu juga, dia orang Johor boleh pula pergi ke Kelantan. Itu bukan masalahnya.

Masalahnya sekarang Parlimen dan Adun, lain. Parlimen ni anda kena bawa isu-isu nasional, yang isu-isu setempat ni Adun yang mainkan peranan.


Selepas beberapa minggu mengenali Sungai Besar, apa yang YB boleh katakan?

Yang saya nampak banyak masalah tak diambil perhatian oleh kementerian tertentu, macam ia tak pernah disuarakan. Di Parlimen ada benda yang tak berani disuarakan. Saya dapati mereka di sini sangat peramah, mereka hidup berkomuniti cukup bahagia. Cina, majoriti dengan orang Melayu tak ada masalah.

Itu yang kita beritahu dari awal bahawa kita takkan menyerang, kita menerang. Setakat ni saya puji polis sebab mereka bantu, mana-mana ceramah mereka jaga.


Hobi/minat YB?

Dulu main bola. Dulu saya dikenali sebagai ‘Raja Bola’, main untuk sekolah Pelabuhan Klang. Saya juga memang minat baca buku. Sebab itu saya di sekolah dulu walaupun majoriti Cina, dalam kelas saya cuma enam orang Melayu saya pelajar terbaik dan kemudian masa di Mesir saya tak tahu bahasa Arab tapi Alhamdulillah boleh lulus dengan baik. Sekarang minat saya membacalah!


Bagaimana dengan Euro 2016 ni?

Oleh kerana kesibukan ni, saya tak ikutlah.


Makanan kegemaran YB?

Benda-benda yang tak pedas. Memang dari dulu lagi tak makan pedas. Untuk kempen ni saya banyakkan makan kurma dan air putih…kalau ada air hijau boleh juga (gurau).


Makanan kegemaran untuk sahur dan berbuka?

Sama juga, tak pedas. Kadang-kadang saya makan bakso, sikit saja. Berbuka pun makan sikit saja. Kita kena ikut sunah Nabi Muhammad SAW, tinggalkan makanan sebelum kenyang.


YB seorang yang...

Berjiwa rakyat, saya calon bersama rakyat.


Bagaimana tidur YB sepanjang tempoh berkempen? YB penat tak?

Saya selalu tidur dalam pukul 1 pagi, pukul 4 saya dah bangun. Orang nampak ‘kesian’, tapi orang rumah saya tahulah, dah biasa dah.


Ada apa-apa perubahan pada diri YB gara-gara aktif berkempen? Turun berat badan?

Ada, memang turunlah. Selera makan kurang,  macam-macam tanggungjawab.


Kalau ada masalah dalam kerja YB buat apa?

Saya selalu ingat pesan arwah Tuan Guru Nik Aziz. Dia kata kalau ada masalah rakyat, jangan percaya pada manusia. Saya bangun tengah malam solat dua rakaat. Kalau ada dua masalah, 15 jalan penyelesaian Allah bagi, InsyaAllah.


Politik Malaysia...

Bergantung kepada politik jenis apa yang dibawa. Ada parti dekat pilihan raya dia bagi macam-macam, kadang-kadang janji tak buat pun, samalah di Sabah dan Sarawak. Tapi kita dalam PAS disebabkan sudah dilatih dengan Islam, bila masuk sahaja pilihan raya ni, kemenangan itu bukan yang penting. Sebab tu lagu PAS (menyanyi) ’kalah menang bukan alasannya’, bukan itu. Kita akan ditanya di akhirat.


Pembangkang di Malaysia...

PAS selama ini kita pembangkang pun, kita nak sampaikan dakwah Islam ni bukan sahaja kepada orang Cina, India sahaja tetapi juga kepada semua orang Melayu untuk balik kepada Islam.


Perubahan pertama yang akan YB buat jika menang PRK Sungai Besar?

Saya doktor perubatan. Yang pertama sekali biarlah ada klinik bergerak untuk kes-kes pesakit terlantar. Kesian, tak ada orang yang nak lawat mereka rumah ke rumah. - Mstar 
Sumber TKO - 14-6-2016

Mana janji BN PRK Teluk Intan dulu?

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS PRK P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan pengundi agar tidak terpedaya dengan janji-janji ditabur BN.

Beliau mengajak para pengundi mengingati janji-janji yang telah dinyatakan BN pada PRK Teluk Intan dahulu, namun hingga hari ini tidak ditunaikan.

Antaranya ujar beliau, janji untuk membina universiti yang masih tidak kelihatan batu asas pecah tanah mahupun tapak.

Begitu juga katanya, janji untuk menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan zon wifi percuma juga tidak tertunai lagi.

Paling mengecewakan sebagaimana diluah penduduk India di Teluk Intan, adalah janji untuk membina Sekolah Menengah Tamil.

Kesali Dr Najiha, janji tersebut terus meletakkan anak-anak kaum India berdepan saingan sukar dalam pembelajaran di peringkat menengah.

"Anak-anak kaum India ini mereka belajar subjek dalam bahasa ibunda mereka Bahasa Tamil. Bila tidak ada Sekolah Menengah Tamil, mereka terpaksa masuk ke sekolah kebangsaan biasa.

"Mereka sudah biasa faham dengan bahasa ibunda dalam subjek tertentu. Jadi sukar bila mereka tiada Sekolah Menengah Tamil.

"Mereka berdepan pembelajaran Sains dan Matematik misalnya yang diajar dalam Bahasa Inggeris," prihatinnya.

Beliau mengimbas perkara-perkara itu ketika ceramah kelompok di Kampung Ketior, di sini semalam.

Tambahnya lagi, turut gagal ditunaikan BN adalah janji menyediakan rumah mampu milik yang sangat memberi kesan pada anak muda khususnya.

Terang beliau, harga rumah di Kuala Kangsar juga terlalu mahal berbanding Taiping misalnya menyebabkan generasi baharu tidak mampu membelinya.

Beliau juga menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pembinaan Jambatan Manong yang telah diisytiharkan peruntukan RM43.5 juta oleh Perdana Menteri.

Tegasnya, kerajaan mesti menunaikan janji tersebut yang telah berkali-kali PRU lalu menjadi gula-gula kepada pengundi. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016



































































































Kit Siang lebih pandai Islam dari Abdul Hadi?

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa penentangan DAP terhadap usaha PAS memperundang Kanun Jenayah Syariah dan menaik taraf Akta Mahkamah Syariah adalah kerana khuatir para pengikutnya tertarik kepada Islam.

Beliau dengan tenang mengemukakan hujah serta fakta sejarah, cabaran dan tatacara berkaitan kedua perundangan tersebut secara kronologi dalam ceramahnya di Kampung Ketior, di sini semalam.

“Inilah yang menyebabkan ada kalangan bukan Islam, saya tahu, khususnya kalangan Kristianisasi yang ada di belakang DAP, mereka takut kalau Syariat Islam dilaksanakan, pengikut-pengikut mereka masuk Islam. Kita tak paksa mereka masuk Islam. Ini hak kita, itu hal mereka.

“Mereka akan saksikan keadilan Mahkamah Islam, keadilan Undang-Undang Islam, ini sebenarnya. Tetapi mereka bermain kata-kata, bermain ucapan. Hukum Islam mengikut apa yang saya terangkan tadi, terpulang kepada saudara-saudara nak belajar agama dengan saya ke, nak belajar agama dengan Lim Kit Siang? Terserah kepada saudara.

“Ini yang saya terang ini mengikut ilmu Islam. Tetapi Lim Kit Siang kata saya tak reti Islam. Saudara fikir sendirilah. Tun Mahathir pun kata, saya tak reti Islam juga. Saya mengaji bab Islam, Tun Mahathir dia mengaji bab perubatan, bukan saya nak hina dia.

“Tetapi malangnya dia tak baca hal-hal Islam ini, dia tak baca. Kita maafkan dia kerana dia tak baca. Sepatutnya dia bacalah. Kalau tak baca ini jadi bahaya. Kalau kita orang Islam tak baca Islam, nanti umur 90 tahun tak baligh lagi,” katanya dalam ceramah sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar itu.

Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menerang susur galur perbezaan perjuangan antara PAS dan Umno serta usaha PAS menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun berdepan gugatan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu.

Oleh itu, beliau menyeru agar memilih calon PAS pada PRK ini iaitu akan berpegang kepada dasar untuk bersama dalam perkara baik dan menentang perkara munkar.

Sebaliknya jika memilih Umno ujar beliau, parti itu bersikap menyokong perkara baik dan yang tidak baik, manakala PAN bersikap membangkang semua perkara sama ada baik atau tidak baik kerana parti itu mengikut DAP.

Oleh sebab itulah katanya, PAS berbaik dengan semua sama ada Umno mahupun DAP kerana mahu menarik undi ahli-ahli parti itu tetapi menentang mereka dalam perkara salah. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016



































































































Suasana kempen terkawal – Ketua Polis Selangor

NAZIRAH NASRUN | .


SUNGAI BESAR: Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 201 orang telah membuang undi dalam proses pengundian awal yang sedang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, dua saluran melibatkan DUN Sungai Panjang dan DUN Sekinchan.

Jumlah pengundi berdaftar adalah 286 orang terdiri daripada pegawai dan anggota-anggota polis; daripada jumlah tersebut yang masih berkhidmat di daerah ini adalah seramai 183 orang.

“Proses pengundian berjalan lancar daripada jam 8.00 pagi tadi dan kita buka sehingga jam 5 petang. Oleh hal yang demikian, kita harap mereka yang masih belum membuang undi akan hadir sebelum jam 5.00 petang ini untuk melaksanakan tanggungjawab secepat mungkin,” ujar Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dalam satu sidang media di sini tadi.

Beliau turut mengesahkan bahawa sejak hari penamaan calon yang juga dalam tempoh berkempen sehingga ke hari ini, keadaan keselamatan adalah terkawal. Tidak ada sebarang insiden besar yang boleh mengugat keselamatan awam dilaporkan meskipun terdapat 17 laporan polis telah diterima setakat ini.

“Kita mengharapkan kesemua pihak yakni parti-parti yang terlibat dalam PRK ini dapat meneruskan dengan cara yang telah dilakukan sepanjang tempoh berkempen sejak 5 Jun lalu, mengekalkan keamanan sehinggalah hari pembuangan undi seterusnya pada 18 Jun nanti.

“Kita lihat ini sebagai satu yang sihat, sedikit sebanyak telah memperlihatkan kematangan politik parti-parti bertanding dan juga para penyokong yang terlibat dalam PRK pada kali ini. Itulah yang diharapkan supaya suasana kekal aman dan kita memberi jaminan sekali lagi kepada para pengundi supaya tidak berasa bimbang atau gusar tentang aspek keselamatan,” tegas beliau lagi. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD- 14-6-2016



Dr Rani gesa henti kempen berbentuk fitnah

Posted on Tuesday, June 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abd Rani Osman menyeru semua parti yang bertanding supaya menghentikan kempen yang berbentuk fitnah. 

Beliau akan terus memberi penerangan terbaik kepada penduduk walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada parti PAS. 


"Ini adalah sebahagian dari puluhan risalah-risalah yang dicetak lebih dari 15,552 keping untuk diedarkan dari rumah ke rumah tanpa mengira bangsa dan agama di Sungai Besar untuk perjelaskan kepada rakyat tentang pelbagai isu. Insya Allah banyak lagi yang akan menyusul. 

"Janganlah taburkan fitnah yang PAS hanya menyerang pihak PAN sahaja dan diam terhadap Umno," ujar beliau dipetik laman web merahkuning.com.

Turut kesal dengan cara kempen fitnah itu adalah seorang blogger, Timmy Say yang memuji sikap PAS yang menggunakan pendekatan menerang tanpa menimbulkan kontroversi dalam siri kempen PRK di Sungai Besar. 

"Ini sikap yang baik. Menerang, menjelas dan bukan buat provokasi. Fokus pada isu. Teruskan politik sebegini. Tolak mereka yang menyemai kebencian," ujar beliau yang senang dengan pendekatan PAS.

Dr Rani berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN) pada PRK Sungai Besar.

Sumber TKO - 14-6-2016


Ambil Kesempatan Ziarah

Dalam kesibukan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man masih sempat meluangkan masa menziarahi seorang bekas Ketua Cawangan PAS Bendang Kering.

Cikgu Jamaluddin Mohd Nor yang menghidapi stroke semenjak 2003 dan keluarganya merasa sangat gembira atas lawatan Timbalan Presiden itu.

Cikgu Jamaluddin yang masih istiqamah bersama PAS, turut memberikan bantuan kepada kontijen Terengganu yang ditugaskan di Unit Peti Undi Bendang Kering dengan segala kekuatan yang beliau mampu.

Menurut beliau, ketika beliau terkena stroke, beliau tidak mendapat sebarang keistimewaan malah sebaliknya, beliau ditugaskan mengajar ke Pengkalan Hulu, kira-kira dua jam dari Kuala Kangsar.
Namun beliau tetap bertugas dan tidak merasa dendam kerana sudah memahami asam garam menyokong PAS.

Beliau yang sekarang berkerusi roda, sentiasa tersenyum apabila bercakap dengan Dato’ Tuan Ibrahim dan tetamu lain, menyerlahkan keceriaan beliau dengan lawatan itu, walaupun uzur.

Dato Tuan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanya khabar dan bercerita dengan Cikgu Jamaluddin dan membacakan sedikit doa sebelum mengundur diri bagi program ceramah yang telah diatur.

Sumber BO - 14-6-2016

Jika PAS menang tambah 2 undi sokong RUU 355

DR AZMAN IBRAHIM | .

















































































































KUALA KANGSAR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kepada pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar memanfaatkan sebaiknya peluang untuk mendapatkan kebaikan dan ganjaran pahala daripada Allah dengan memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.

"Jika PAS menang, ianya kemenangan yang sangat penting menjelang sidang parlimen bulan Oktober nanti. Menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermakna akan bertambah 2 lagi undi bagi menyokong RUU 355.

"Bayangkan betapa besarnya pahala bagi pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana dapat membantu usaha menegakkan kebaikan dan menutup pintu kejahatan," ujar beliau ketika memberikan taujihat kepada jentera petugas PAS di Markas Pilihan raya Bendang Kering, malam tadi.

Ketika berucap selepas menunaikan solat tarawih berjamaah, beliau juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan dan tahniah kepada tenaga petugas yang datang dari Terengganu, Grik dan petugas tempatan Bendang Kering.

"Bendang Kering adalah kawasan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Cabaran berkempen di kawasan kubu kuat Umno adalah lebih besar. Lebih besar cabaran, lebih besar pahala yang dijanjikan oleh Allah. Apatah lagi pilihan raya kecil ini jatuh di bulan Ramadhan.

Untuk makluman, Peti Undi Bendang Kering dipertanggungjawabkan kepada PAS Kawasan Setiu dan Marang dengan diperkuatkan bersama tenaga petugas bantuan dari PAS Kawasan Grik.

"Mungkin orang melihat PAS sekarang bersendirian. PAS tak ada kawan. Tetapi kita ada Allah. Allah pastinya tidak akan meninggalkan orang mukmin yang berjuang bagi meninggikan agamanya bersendirian dalam keadaan susah," tambah beliau lagi.

Beliau juga memberikan perangsang dan semangat kepada semua jentera supaya jangan sekali-kali merasa dukacita dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima.

"Jangan sedih kalau kita tak menang, tapi sedihlah kalau ketika Islam sangat memerlukan kita, kita tak dapat memberi sumbangan. Sedihlah kalau ketika orang lain bertungkus lumus berjuang, kita boleh bersenang-lenang di rumah bersama anak dan isteri," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016


Undi awal, 68 peratus sudah mengundi







































































































      NUR HASMIRA MOHAMAD | .


SUNGAI BESAR: Sehingga jam 10 pagi tadi, 68 peratus daripada pengundi awal telah keluar mengundi, demikian kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Ujarnya, para pengundi yang terdiri dari kalangan anggota polis bersama pasangan masing-masing telah keluar untuk membuang undi sejak jam 8 pagi lagi.

"Untuk makluman, terdapat 286 pengundi yang terlibat dalam pengundian awal bersama pasangan sahaja di Sungai Besar," katanya pada sidang media, bertempat di balai Polis Sabak Bernam pagi tadi.

Jelasnya, jumlah pengundi dari Dun Sekinchan hanya tinggal seorang sahaja lagi daripada 21 orang yang masih belum datang untuk membuang undi.

"Kita harap beliau dapat datang membuang undi sebelum tamat waktu pengundian."

Waktu mengundi dijadualkan akan tamat pada jam 2 petang bagi kawasan Dun Sekinchan manakala jam 5 petang bagi Dun Sungai Panjang.

Katanya, peti undi akan disimpan di lokap Balai Polis Sekinchan manakala keputusan undian pada Pilihan Raya Kecil P.093 Sungai Besar akan diumumkan pada 18 Jun ini iaitu setelah tamat pengundian bagi pengundi awam.

Beliau bagaimanapun berharap baki pengundi akan turun dan hadir menunaikan amanah mereka sebagai pengundi Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016



PRK: Pengundian awal berjalan lancar







































































































      NUR HASMIRA MOHAMAD | .


SUNGAI BESAR: Seramai lapan anggota polis dari Kem Komandan IPK Selangor ditugaskan untuk mengawal pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil P.093 Sungai Besar.

Menurut angota polis bertugas, Jogindan Singh berkata beliau bersama tujuh lagi anggota ditugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang proses undian awal yang bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 5 petang.

"Keadaan setakat ini terkawal, dan pagi-pagi lagi sudah ramai anggota polis yang datang membuang undi," katanya.

Sejumlah 286 anggota keselamatan terdiri daripada anggota polis dari dua Dun Sekinchan dan Dun Sungai Panjang telah diamanahkan untuk membuang undi bagi menentukan calon wakil rakyat Parlimen Sungai Besar.

Proses pengundian masih berjalan. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016



PRK: Pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

 NAZIRAH NASRUN | .


SUNGAI BESAR: Pada jam 8 pagi anggota keselamatan terdiri daripada anggota polis dari Dun Sekinchan dan Sungai Panjang telah berbaris panjang di pusat pembuangan undi bertempat di Balai Polis Daerah Sabak Bernam  bagi sesi pengundian awal P093 Sungai Besar.

Jumlah pengundi dari daerah Sungai Panjang adalah seramai 265 orang manakala Sekinchan 21 orang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 286 orang pengundi.

Dr Abdul Rani Osman yang hadir lebih awal kelihatan begitu ceria menyapa para pengundi. Ada di antara mereka yang mengambil kesempatan tersebut untuk bersalaman dan berbual pendek dengan beliau.

Suasana terkawal dengan kawalan polis dari tempat semakan daftar pemilih SPR sehingga ke bahagian pembuangan undi.

Setakat jam 8.47 pagi seramai 20 anggota polis dari daerah Sekinchan telah mengundi manakala 55 orang dari Dun Sungai Panjang. Proses pengundian masih diteruskan sehingga jam 5 petang. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016



Kalau biar BN menang PRK maknanya Rakyat Setuju dengan Tindakan BN


Posted on Tuesday, June 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


SUNGAI LIMAU - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar perlu ditolak demi kepentingan rakyat di seluruh negara.

Pengarah PRK Pas Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya pengundi memberi kemenangan besar kepada BN, maka parti berkenaan akan menganggap seolah-olah rakyat telah memaafkan segala kesalahan mereka sebelum ini.

"PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami bimbang BN akan menganggap isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad(1MDB), RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dapat diterima rakyat," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Leman, hari ini.

Oleh sebab demikian, Iskandar berkata, pelaksanaan GST yang membebankan rakyat bukan sahaja akan diteruskan namun kadarnya juga boleh dinaikkan selepas ini.

Beliau berkata, dengan kadar 6 peratus GST pada masa kini, BN akan menganggap rakyat memberi sokongan padu dan menerima pelaksanaan cukai berkenaan.

"Di negara-negara lain seperti Indonesia dan Vietnam, pelaksanaan GST disana telah mencapai 10 peratus manakala Filipina pula sebanyak 12 peratus.

"Petani-petani akan terbeban tambahan pula racun juga turut kena bayar GST," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan bahawa sekiranya pengundi tidak memberi isyarat keras kepada BN, ia akan memberi malapetaka bukan sahaja untuk penduduk Sungai Besar dan Kuala Kangsar malah turut melibatkan rakyat di seluruh negara.

Tambah beliau, ramai pemimpin-pemimpin Pas telah merengkok dalam tahanan malah turut terkorban dalam usaha bagi mempertahankan kebenaran.

"Kami (Pas) tegaskan sekali bahawa kemenangan BN adalah malapetaka bagi rakyat dan jangan korbankan masa depan kita,"katanya.

Sumber TKO - 14-6-2016



Lambang PAN Langgar Peraturan; PAS Rujuk SPR


KUALA KANGSAR – Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar Tuan Hazmi mengesahkan logo Parti Amanah Nasional (Amanah) telah melanggar peraturan setelah merujuk kepada borang 8.

Peguam Mohamed Zamri Ibrahim berkata beliau telah datang menemui pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanyakan berkenaan logo tersebut.

“Kalau kita lihat logo parti amanah negara warna latar belakang ialah oren, logonya warna putih, jadi pagi tadi semak dalam laman web SPR, kalau kita tengok web spr loga parti amanah negara latar belakangnya putih dan yang bersegi warna oren jadi bendera tu dah terbalik,

“jadi saya telah menyemak dalam tata etika piliharaya dan tidak ada dinyatakan boleh diubah logo parti yang bertanding kepada ikut suka hati.

“Tapi saya ingat dalam PRU 13 sejak parlimen dibubarkan calon bebas lambang kuda, jika ikut spr kaki empat ke bawah, tapi calon bebas buat kaki dua keatas,”ujarnya.

Beliau berkata demikian di Pejabat Daerah di sini semalam selepas merujuk perkara tersebut kepada SPR.

Katanya, dalam kes pada PRU 13 itu, SPR minta turunkan dan atas sebab itu, beliau bersama wakil calon PAS Ali Juhari Ahmad, telah berjumpa dengan penolong pegawai pengurus piliharaya.

“Jadi pegawai pengurus piliharaya telah merujuk kepada borang 8. Borang 8 ialah berkenan logo yang akan dicetak pada kertas undi.

“Jadi dlm borang 8 tersebut memang hitam putih, jadi pihak SPR mencadangkan PAS membuat aduan secara rasmi kerana sebelum ini kita tidak pasti,”jelas Mohamed Zamri.

Justeru itu, PAS telah membuat buat aduan rasmi mengenai salahnya lambang parti amanah negara tersebut.


Sumber BO - 14-6-2016

Sanggupkah MCA dan Gerakan Sokong RUU?

KUALA KANGSAR – PAS menyifatkan kenyataan yang menuduh kemenangan parti itu pada kedua-dua pilihan raya kecil akan membantu BN menghampiri majoriti 2/3 di parlimen adalah tidak benar sama sekali.

Bahkan Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia ‘kontradik’ (bertentangan) dengan realiti politik Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kenyataan itu sebenarnya adalah cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi menjelang hari pembuangan undi pada Ahad ini.

“Saya tengok ini sengaja untuk menakut-nakutkan pengundi sahaja.

“Dan saya fikir kalau realitinya, kalau betul apa yang digambarkan, mestilah jentera Umno akan membantu PAS, untuk menunjukkan itu, atau apatah lagi MCA, GERAKAN.

“Tetapi mereka lawan PAS, mereka menentang PAS dan kita tengok bagaimana MCA, MIC dan parti GERAKAN, memang terus terang melancarkan serangan kepada PAS kerana RUU itu,”jelasnya.

Tegasnya, jika benar PAS membantu BN untuk menghampiri 2/3, maka seluruh komponen BN pasti akan menyokong pindaan RUU yang akan dibawa pada sidang parlimen akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat tarawikh bersama petugas PAS di Bendang Kering semalam.

Sebaliknya kata beliau, MCA, GERAKAN dan MIC serta komponen-komponen BN yang lain, konsisten dalam menentang usul bagi pindaan RUU semenjak dari mula lagi.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, serangan isu yang berterusan berkenaan PAS akan bergabung dengan BN sebenarnya adalah isu yang ditimbulkan sejak dahulu, oleh pihak yang ingin memecahkan PAS.

Katannya, ia hanyalah bagi menutup kekalahan mereka di dalam muktamar yang lalu kerana telah berulang kali PAS menegaskan tidak akan bergabung sebaliknya istiqamah melawan BN.
Sejak mula ditubuhkan lagi, PAS telah menentang BN dan tiada gunanya mereka cuba memutarbelitkan fakta dengan pembohongan.

Dengan itu beliau berkata, PAS tidak akan meninggalkan prinsip Islam hanya kerana mahu ke Putrajaya.  “Menang ni memang semua orang nak menang, tetapi ke mana nak bawa kemenangan ini?

“Negara mesti ‘clear’, jelas, dasar apa yang kita nak bawa, jadi PAS, kita sebut bahawa kita nak kembali kepada Islam, sebab sifat Islam itu sendiri, Islam itu sebagai rahmat, Islam itu sebagai payung, bagi menaungi masyarakat muslim atau non muslim,”jelas beliau.

Oleh itu tambah beliau lagi, ahli PAS perlu yakin dengan perjuangan ini, dan jika ditakdirkan PAS menang, PAS tidak akan bergabung dengan BN.

Sumber BO - 14-6-2016







































































































































































































































































































PAS lawat pusat media PRK Kuala Kangsar

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: Pimpinan PAS telah mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK P.067 Kuala Kangsar di EZ Inn Hotel, di sini petang tadi.

Kunjungan itu diketuai Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dengan disertai Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Pada lawatan ramah mesra itu, mereka ditaklimatkan secara ringkas mengenai fungsi dan peranan Pusat Media tersebut.

Pusat Media tersebut terbuka sebagai 'pusat operasi setempat' bagi media cetak, maya dan penyiaran dengan kemudahan yang selesa dan semasa.

Ia juga menjadi tempat rujukan kepada media berkenaan jadual dan aktiviti parti-parti bertanding.

Pusat Media itu turut menyediakan jamuan berbuka, moreh dan sahur untuk para pengamal medianyang bertugas sepanjang PRK.

Ia mula beroperasi sejak hari penamaan calon 5 Jun lalu hingga selesai PRK pada 18 Jun nanti.

Turut hadir sama ialah Setiausaha PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan dan veteran PAS, Subky Latiff. – HARAKAHDAILY 13/6/2016



Sumber HD - 13-6-2016
Sokongan Dr M terhadap AMANAH tidak jejas PAS

Posted on Monday, June 13 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SIMPANG LIMA: Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan kepada AMANAH tidak akan menjejaskan PAS.

Pengarah PRK Sungai Besar Datuk Iskandar Abdul Samad berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, pengundi UMNO juga tidak menyokong Mahathir.

“Maklum balas pengundi UMNO yang kami terima ialah mereka juga akan tolak Mahathir.

“Bermakna ini tidak memberi kesan pada kempen PAS,” katanya pada sidang media di Markas PAS, Simpang Lima, hari ini.


Beliau berkata, PAS menentang Mahathir sejak beliau masih memegang jawatan sebagai perdana menteri.

“Masa Mahathir jadi perdana menteri, kita lawan dia. Dia bukan perdana menteri pun kita lawan lagi,” katanya.

Naib presiden PAS itu berkata PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dilihat sebagai referendum untuk kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Semua orang akan lihat sebagai referendum. Pilihan raya ini amat penting, semua bersetuju dengan referendum.

“UMNO juga bekerja keras sebab mereka tahu ini adalah referendum. Bukan saja dibawa Mahathir, tetapi orang UMNO juga faham,” katanya.

Sumber TKO - 13-6-2016


BN menang 4 parlimen tapi gagal selesai masalah rakyat




































































































HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi parlimen Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu yang kebanyakan penduduknya daripada golongan petani dan nelayan, namun BN masih gagal untuk menangani masalah yang dihadapi oleh golongan itu.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib menyeru penduduk Sungai Besar melakukan perubahan dengan memilih calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada pilihan raya kecil parlimen tersebut 18 Jun ini.

Menurutnya, nasib nelayan dan petani sepatutnya sudah lama terbela kerana semua parlimen tersebut dimenangi BN.

"Noh Omar sendiri pernah menjadi Menteri Pertanian. Sepatutnya isu petani dan nelayan telah lama selesai sewaktu beliau jadi menteri.

"Tak kan kita nak harapkan keempat-empat ahli parlimen BN? Dia hanya ikut pak menterinya saja. Dia ikut Perdana Menteri dia," kata beliau dalam ceramah isu semasa pada kempen PRK Sungai Besar.

Adun Taman Templer itu turut memuji keperibadian Dr Rani dan sikap bertanggungjawabnya dalam menyelesaikan masalah kawasan yang diwakili.

"Kami 13 ahli dewan undangan negeri daripada PAS hormat kepada Dr Rani kerana dialah ahli yang prestasi sentiasa cemerlang dalam dewan dan juga kawasan diwakili beliau.

"Dalam dewan dia akan cakap apa sahaja, bawa isu rakyat. Kalau tidak tuan-tuan, siapa yang akan bawa masalah petani dan nelayan ke peringkat parlimen?" tanya beliau dipetik laman web merahkuning.com.

Sumber HD - 13-6-2016

PRK: Limpahan projek untungkan rakyat

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Rasuah politik menerusi pemberian material, janji manis peruntukan dan projek 'mi segera' terus menjadi rutin kempen BN sebagai umpan menarik undi setiap kali pilihan raya.

Begitu juga penggunaan jentera kerajaan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang dikerah bagi meraih sokongan kepada BN.

Perkara sama juga sedang giat berlaku di PRK P.067 Kuala Kangsar menyaksikan BN terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kerusi tradisinya.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri terpaksa turun mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada penoreh getah.

Pemberian secara 'one off' itu melibatkan peruntukan sebanyak RM194 juta yang akan dibayar menerusi RISDA kepada para penoreh di Kuala Kangsar.

Najib juga meluluskan serta-merta RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong yang akan menghubungkan Kampung Seberang Manong dan Pekan Manong.

Pembinaan jambatan itu telah menjadi janji BN sejak beberapa PRU lalu, namun hingga kini tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada ketika ini lebih 2,000 penduduk di situ terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 50 kilometer atau menyeberang dengan bot sebagai alternatif.

Tinjauan di seluruh parlimen ini mendapati banyak jalan utama dan jalan kampung yang telah diturap tar sejak diisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Kangsar awal Mei lalu.

Malah, pada ketika ini masih didapati banyak jentera berat pembuat jalan masih melakukan kerja-kerja penurapan.

Selain itu juga, beberapa infrastruktur awam, termasuk kediaman, kedai-kedai dan masjid sedang dibaiki atau diselenggara kontraktor berkaitan.

Malah, kelihatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri turun mengadakan pelbagai program dan penyerahan intensif kepada penduduk.

Para pengundi diseru bersikap bijak dengan mengambil peluang dari pelbagai lambakan pemberian tersebut dan mengajukan permintaan, tetapi mengundi calon PAS yang akan membawa suara mereka secara konsisten ke Parlimen. – HARAKAHDAILY 13/2016

Sumber HD - 13-6-2016





































































































Taktik Penyamun Ali Baba di Kuale (Kangsar)

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Banyak rumah di Kuala Kangsar didapati telah tampal di pintu-pintu rumah atau peti surat dengan pelekat kecil berwarna biru bergambar logo BN serta UMNO tertulis ‘KELUARGAKU PENGUNDI BN’.

Walau jelas dari pelekat ini menunjukkan tuan rumah sekeluarga adalah pengundi BN, kami pasukan kempen PAS di Bendang Kering Kuala Kangsar tetap singgah untuk menyantuni mereka sekeluarga.
Anehnya rombongan kami disambut dengan mesra walau jelas dari pakaian yang dipakai, kami memang orang PAS!

Eh! Bagus dan matang sungguh orang Kuale berpolitik. Bisik hati saya.

Bila kita dijemput masuk ke rumah, tuan rumah kata, “yang tampal sticker ni sama dengan kerja Sarjan penyamun Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba. Kerja dia pergi letak tanda X di rumah yang menjadi sasaran. Tapi belum tentu 40 penyamun buleh samun. Sampai jamban pun dia letak tanda X!”

Hahaha… rupanya sindiran P. Ramlee dalam filem Ali Baba masih relevan sepanjang zaman. Bezanya Sarjan Penyamun Ibrahim Pendek datang dengan kapur untuk letak tanda X, yang moden ini datang dengan pelekat.

Mereka datang bagi salam kalau tuan rumah ada lalu dilekatkan sticker biru di peti surat atau pintu rumah. Jika tak ada tuan, sticker dilekatkan tanpa salam.

Haha… secara magic, satu keluarga terus jadi pengundi BN! Hebat kan! Seterusnya mereka akan claim elaun sebab mereka dah buat kerja.

Pengundi sekarang ramai yang bijak macam Marjina dalam cerita Ali Baba. Nasib tak baik penyamun akan masuk dalam tempayang dan di siram air panas!

Sumber BO - 13-6-2016

Dr Rani gesa henti kempen berbentuk fitnah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abd Rani Osman menyeru semua parti yang bertanding supaya menghentikan kempen yang berbentuk fitnah.

Beliau akan terus memberi penerangan terbaik kepada penduduk walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada parti PAS.

"Ini adalah sebahagian dari puluhan risalah-risalah yang dicetak lebih dari 15,552 keping untuk diedarkan dari rumah ke rumah tanpa mengira bangsa dan agama di Sungai Besar untuk perjelaskan kepada rakyat tentang pelbagai isu. Insya Allah banyak lagi yang akan menyusul.

"Janganlah taburkan fitnah yang PAS hanya menyerang pihak PAN sahaja dan diam terhadap Umno," ujar beliau dipetik laman web merahkuning.com.

Turut kesal dengan cara kempen fitnah itu adalah seorang blogger, Timmy Say yang memuji sikap PAS yang menggunakan pendekatan menerang tanpa menimbulkan kontroversi dalam siri kempen PRK di Sungai Besar.

"Ini sikap yang baik. Menerang, menjelas dan bukan buat provokasi. Fokus pada isu. Teruskan politik sebegini. Tolak mereka yang menyemai kebencian," ujar beliau yang senang dengan pendekatan PAS.

Dr Rani berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN) pada PRK Sungai Besar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sumber HD - 13-6-2016




































































































Tuduh PAS gabung Umno hujah budak-budak

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Fitnah kononnya PAS bergabung dengan Umno yang dijaja dari pertemuan pemimpin kedua parti itu ternyata tuduhan bersifat kebudak-budakan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS terbuka mendekati dan didekati semua pihak tanpa mengira status mereka.

"Kita dekati semua orang tak kira siapa. Dia bukan Islam, malah DAP pun dulu, yang tidak sembahyang, yang rempit. Baik dengan Umno bukan mesti kita bersama Umno. Keanakan sangat hujah tu.

"Kita pun tak mahu dengan Umno. Sebab tu kita lawan Umno. Kita nak ganti Umno. Umno ni bawa legasi beban yang amat berat. Semua yang teruk-teruk kait dengan Umno.

"Dulu kalau jahat orang kata komunis. Terbakar bangunan - komunis (buat), runtuh jambatan - komunis. Semua kait komunis. Sekarang semua (masalah) kait Umno," ujarnya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Bukit Chandan.

Menurutnya, politik Gen-Y dan politik millenium hari ini mesti menampilkan hujah lawan hujah dengan mengemukakan data dan fakta serta realiti.

Beliau juga menyanggah serangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dikatakannya tidak mahu berbaik dengan PAS.

Jelasnya, sepanjang sejarah, Mahathir dengan PAS umpama malam dengan siang yang tidak mungkin bertemu kerana pemimpin nostalgia itu sentiasa berdendam dengan PAS.

Mahathir sendiri katanya, mewujudkan pelbagai 'tagline' menentang PAS seperti 'Hudud PAS', sedangkan bila dicabar gagal mengemukakan 'Hudud Umno'.

Malah, dakwaan PAS 'makan dedak' sebenarnya dilakukan Mahathir sendiri yang mengajar orang lain makan dedak.

"Senang saya kata begini, hanya orang jahat sahaja tahu kejahatan orang lain. Terpulang pada dia mahu sokong siapa, itu hak demokrasi. Tapi peliklah dalam sejarah pertarungan apabila pembangkang serang pembangkang.

"Kita PAS tidak menyerang. Kita hanya jawab bila kita diserang. Tapi dia berdendam dengan PAS kerana PAS tidak bersama dia dalam Deklarasi Rakyat.

"Tak sokong bukan bermakna kita bersama PM Najib. PAS bukan nak turunkan individu, tapi PAS nak ubah seluruh sistem. Mahathir juga tak layak cakap soal 'reform'. Zaman dialah merosakkan banyak sistem," bidasnya.

Menurut Ustaz Idris, pelbagai kegagalan zaman pentadbiran Mahathir antaranya dasar pendidikan, penswastaan, kehakiman dan sebagainya.

Tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Mahathir tanpa kuasa itu bukanlah lawan kepada PAS kerana PAS hanya berlawan pihak yang ada kuasa. – HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016


“Harga Sekilo RM2.20………Ke Mana Kami Mahu Mengadu,”Rintih Penoreh Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Kehidupan penoreh getah di Kampung Senggang dekat sini terus dihimpit dengan kos sara hidup yang melampau, apabila harga komoditi itu terus merudum.

Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata golongan penoreh tertekan dengan kenaikan harga keperluan yang sebahagiannya tidak mampu lagi dibeli secukupnya oleh petani itu.

Fatimah Mohammad, 45, (gambar kanan) berkata, walaupun mempunyai kebun getah seluas lapan ekar, kehidupan beliau sekeluarga hanya umpama ‘kais pagi pagi’.

“kalau tak menoreh kami sekeluaga nak makan apa? Tapi monereh puu takcukup untuuk menampung perbelanjaan……….kepada siapa kami nak mengadu?,”ujarnya sayu.

Menurutnya, harga getah masa kini hanyalah RM2.20 sekilogram, dan jumlah hasil susu getah yang ditoreh sebanyak, kira-kira tiga atau empat pokok.

“Seekar kira-kira ada 218 batang pokok…………dapatlah sebulan lebih kurang 200 kilo……….dalam sebuka hanya boleh 15 hari sahaja menoreh.”

”sekarang musim kering……susu getah tak berapa ada, kalau sebulan menoreh……….dapatlah lebih kurang RM440.00,”katanya dan menambah, mana mungkin cukup untuk menyara anak-anaknya seramai lima orang.

Luahan hati beliau dikongsi oleh seorang penoreh lain, Abdullah Abd Rahman, 64, dari kampung yang sama.

“Pelik tapi benar, harga tayar sentiasa naik tetapi harga getah terus turun, bila wakil rakyat ‘meninggal dunia’ dan ada pilihan raya kecil, barulah dapat bantuan,

“itu pun terlalu sedikit, tak ke mana (tak cukup),”jelasnya mengulas bantuan ‘baucer’ sebanyak RM500 yang diberikan oleh RISDA sebagai mana diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, semalam.

Mantan Menteri Penerangan Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika berkempen diatas pentas PAS di Sungai Besar minggu lalu, mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang membelanjakan lebih RM100 bilion untuk membangunkan sistem pengangkutan di Kuala Lumpur.

Sebaliknya tidak ada sedikit pun diagihkan untuk memmbeli hasil getah para petani supaya dikadikan ‘stok penimbal’ bagi menstabilkan harga.

“nak korek (pengangkutan) bawah tanah antara Kajang, Kuala Lumpur dan Sungai Buluh nak belanja RM160 bilion, kita nak kerajaan beri RM5 bilion sudahlah,

“untuk beli getah-getah pekebun kecil kita………….nak buat stok penimbal yang besar supaya harga getah boleh naik……….kasihan kepada mereka (penoreh getah) berjuta orang penoreh ………harga getah merudum jatuh,

“bukannya sebulan dua……sudah bertahun!!!,”tegas beliau.

Sumber BO - 13-6-2016


Orang Cina cakap "Insyallah" akan undi saya - Dr Rani

Posted on Monday, June 13 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=84Ao4Yn1oFc

Calon PAS untuk PRK Sg Besar, Abdul Rani Osman yakin pengundi masyarakat Tionghoa tetap akan mengundi PAS melihat pada sepanjang kempen yang dijalankan setakat ini.

Kredit
KiniTV

Sumber TKO - 13-6-2016



Juara MotoGP Dunia Sertai Anak Muda PAS

Posted on Sunday, June 12 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA KANGSAR: Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan “Keon” hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.

Pelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.



Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.


Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.



Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.



Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.


Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.



Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.

Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.



Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.



Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS.
Sumber TKO - 12-6-2016

Tingkat hospital K Kangsar, janji di Pendang belum tunai






































































































      HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Janji kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar yang muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar, maka ia segera mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang tahun 2002 lalu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pada PRK Pendang, BN telah berjanji untuk mewujudkan sebuah Hospital Daerah Pendang dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tapak yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

"Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN pada PRK Pendang 14 tahun lalu itu, belum menjadi kenyataan," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH DI PRK KUALA KANGSAR

PAS Kedah mengucapkan tahniah terhadap pengumuman oleh kerajaan Persekutuan mahu memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar. Ia merupakan keprihatinan tinggi kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat. Bagaimanapun oleh kerana janji tersebut muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar, maka ia segera mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang tahun 2002 lalu. Pada PRK tersebut, BN telah berjanji untuk mewujudkan sebuah Hospital Daerah Pendang dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tapak yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam perasmian Sidang Dun Kedah, pernah menegur Kerajaan Persekutuan kerana melambat-lambatkan pembinaan hospital Pendang yang dijanjikan itu. Tahun lalu Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk dibina mengikut Bajet 2016.

Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN pada PRK Pendang 14 tahun lalu itu, belum menjadi kenyataan. Maka ada baiknya jika rakyat negeri ini, khususnya pengundi Kuala kangsar berfikir panjang sebelum mempercayai akan janji politik BN yang sering dimungkiri.

Dengan berlaku PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, boleh pula dengan serta merta kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada penoreh RM500 seorang dengan dana RM194 juta, sedangkan sejak tiga tahun lalu para penoreh puas menuntut pembelaan dari kerajaan ekoran kejatuhan harga getah, tetapi rayuan masyarakat penoreh tidak dipedulikan.

Jika benar dana khas itu untuk bantu penoreh, kerajaan patut menggunakannya sebagai penambah nilai harga sekerap, daripada RM2.00/kg menjadi RM3.00/kg. Seluruh penoreh di negara ini boleh menerima manfaat segera dan merasai kelegaan dengan kenaikan itu. Ia lebih adil dan saksama, yang menoreh dan menjual sekerap akan menerima manfaatnya.

Purata pengeluaran getah sebulan di Malaysia ialah 72,000 tan ataupun 72 juta kilogram. Jika harga setiap sekilogram ditokok RM1, kerajaan hanya berbelanja RM72 juta sebulan. Peruntukan khas RM194 juta itu mampu bertahan kira-kira 3 bulan. Bayaran boleh saja dibuat kepada pengilang, bergantung kepada jumlah getah yang dibeli dari pekebun dan peraih. Pemberian one-off RM500 seorang takkan bertahan lebih sebulan dengan kos kehidupan sekarang.

Kerajaan pimpinan BN jangan lupa bahawa tuntutan dana Insentif Pengeluaran Getah (IPG- yang diumumkan dalam belanjawan 2016), sejak Januari sampai sekarang, satu sen pun belum dibayar kepada penoreh. Mantan Timbalan Menteri Kementerian terbabit (MPIC) telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 5 April 2016 bahawa RM12 juta telah dikeluarkan daripada dana IPG untuk dibayar kepada penoreh. Ke mana pergi dana itu, bila pula penoreh akan menerimanya?

Lebih malang lagi janji bantuan terhadap masyarakat penoreh, disudahi dengan permintaan oleh Perdana Menteri supaya BN dipilih oleh pengundi dalam PRK ini. Tidakkah ia terang-terangan satu bentuk rasuah? Soalnya, sampai bila rakyat terus mahu diperbodohkan?

DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
12 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 12/6/2016

Sumber HD - 12-6-2016



Banner dan Poster PAS Dikhianati

Posted on Sunday, June 12 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Banner kontijen Pas kwsn Dungun d simpang masuk Seberang Manong di toreh, dipotong. Bendera Pas di bakar. Terbaru Banting gambar calon pulok d tampal mukanya... Jin mana yg buat tak tahulah. Pilihanraya mcm zmn 70an pulok. Smoga Allah bg petunjuk buat mrk.











Kredit
Saiful Bahri
Sumber TKO - 12-6-2016

Jambatan Manong; Janji Basi BN

KUALA KANGSAR – Pengundi Kuala Kangsar khususnya 10, 000 orang penduduk Manong benar-benar perlu menghantar isyarat protes kepada Barisan Nasional (BN) dengan menolak parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini.

Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad PAS menyifatkan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk membina jambatan Manong hanyalah janii-janji manis menjelang pilihan raya.

“apa yang merungsingkan kita adalah rakyat terus dibuai dengan janji-janji manis……akhirnya rakyat juga yang menanggung penderitaan,

“dah banyak kali (berjanji) dan setiap kali kita lihat nyawa ribuan penduduk yang terdiri dari warga emas, ibu bapa dan kanak-kanak yang berulang alik meggunakan khidmat bot untuk menyeberang sungai, menjadi pertaruhan (janji) politik (BN),”tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama calon PAS Dr.Najihatussalehah Ahmad di markas besar piihan raya PAS Kuala Kangsar.

Turut sama adalah Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Zakaria.

Pada 6 Oktober, 2013, dipetik dari laman Majlis Ahli Parlimen Malaysia, bekas wakil rakyat BN Allahyarham Wan Khair-il sudah membuat janji yang serupa.

Beliau berkata mahu meletakkan usaha keras membela nasib lebih 10,000 penduduk di kawasan Manong yang memerlukan sebuah jambatan bagi menyeberangi Sungai Perak.

“jambatan itu telah lama diperjuangkan tetapi masih belum tertunai, bagaimanapun saya difahamkan projek itu sudah dimasukkan dalam pelan pembangunan dan dijadikan projek keutamaan,”katanya.

Menurut Allahyarham Wan Khair-il, dengan adanya jambatan yang dianggar bernilai RM60 juta tersebut penduduk akan mudah berurusan dengan pihak-pihak jabatan kerajaan.

“Ianya juga akan mempercepatkan usaha pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan bomba untuk memberi bantuan kecemasan bila diperlukan kerana sekarang pihak tersebut terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk berada di kawasan tersebut.”ujar beliau.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat menyifatkan janji Najib mahu membina jambatan itu dengan kos RM47.3 juta sebagai sebuah ‘janji basi Perdana Menteri’.

Katanya, BN pernah berjanji dalam pilihan raya kecil Kuala Besut tahun 2013 untuk membina ‘Gerbang Pelancongan’, tetapi sehingga kini, tidak ditunaikan.



"ia hanya satu pilihanraya……..seperti janji di Kuala Besut untuk bina ‘Gerbang Palancongan’ RM250 juta……tapi sampai sekarang tak ada apa-apa,”ujar Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu itu.

Beliau yang sedang mengetuai kontinjen PAS Terengganu dalam PRK Kuala Kangsar berkata, BN juga pernah berjanji untuk mengujudkan sebuah pekan kecil di kampung Menora.

“semak Utusan Malaysia tahun 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman berkata, kawasan terbabit dikenal pasti sebagai berdaya maju untuk dibangunkan sebuah pekan kecil,

“tapi saya tak nampak mana-mana pekan di Kampung Menora,”jelasnya

Sumber BO - 12-6-2016

Mengapa PAS lawan isu 1MDB dan GST?





































































































PAS SELANGOR | .


Soalan: Apa kaitan isu 1MDB dan GST?

Jawapan: 1MDB diwujudkan selepas BN hilang kerajaan Selangor, lubuk kewangan mereka selama ini. 1MDB beroperasi menggunakan duit hutang yang didapati dengan jaminan kerajaan dan juga aset-aset kerajaan seperti tanah di Tun Razak Exchange dan Lapangan Terbang Sungai Besi.

1MDB menanggung hutang mencecah RM50 billion dan kebetulan kerajaan pula mengesyorkan GST dilaksanakan. Pada masa yang sama, tiba-tiba akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai RM2.6 bilion yang dikatakan derma dari saudagar Arab. Apakah semua ini kebetulan?

Soalan: Mengapa PAS bantah 1MDB dan GST?

Jawapan: Rakyat sudah membayar pelbagai jenis cukai (cukai pendapatan, cukai tanah, cukai kenderaan, cukai eksais duti) dan sebagainya.

Soalan: Kesan kelahiran GST?

Jawapan: Kelahiran GST jelas menunujukkan pemimpin negara tidak mentadbir negara berlandaskan tuntutan Islam kerana mereka sanggup mengutip cukai daripada bayi, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang terlantar di hospital, orang miskin, orang susah, orang gaji tidak cukup dan sebagainya untuk mencari dana bagi menutup malah meneruskan penyelewengan mereka. Tiada siapa yang boleh terlepas bayar GST, dari lahir hingga mati.

Soalan: Apa yang dirasai rakyat kerana isu 1MDB dan GST?

Jawapan: Berapa harga nasi campur dengan seketul ayam tambah lauk sayur hari ini? GST puncanya.

Apakah yang dapat dibeli dengan RM50, (di mana RM3 ialah GST)? GST puncanya.

Apakah kadar tukaran RM kepada duit Riyal, Singapura, dan Thai dibandingkan dengan 2-3 tahun yang lalu, 1MDB puncanya.

GST dan 1MDB punca siapa? Umno BN! Dan itulah sebab PAS melawan Umno!

Sumber HD - 11-6-2016



































































































Rasuah: Kadir bimbang cara Umno urus tadbir negara

HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata semua kerajaan akan bertukar tangan selepas 30 tahun.

Namun ajaibnya, kata beliau di Malaysia apabila kerajaan masih tidak bertukar walaupun sudah 60 tahun merdeka.

Beliau melahirkan kebimbangan kerana rasuah yang sudah membarah dalam negara daripada pihak atasan hingga bawahan sudah rosak teruk.

Bekas Menteri Kabinet itu yang kecewa dengan cara Umno mengurus tadbir negara memberitahu jika integriti diamalkan pasti tidak ada rakyat miskin dan Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai purata pendapatan perkapita yang tinggi.

Beliau yang hadir pada Muktamar Tahunan PAS di Kota Bharu awal bulan ini turut memuji PAS kerana sangat terbuka menerima komen dan kritikan daripada semua pihak.

"Saya masuk dalam Muktamar Agung PAS dan saya melihat semua orang bebas bercakap dan beri pandangan.

“Perkara tersebut tidak berlaku dalam Umno pada hari ini, jika bercakap 'lebih kurang' maka tunggu sahajalah akibatnya,” tambah beliau pada sesi ceramah kempen PAS PRK Sungai Besar.

PAS, katanya merupakan parti tunjang yang Islam dan Melayu.

"Siapa nak jadi kerajaan, mesti ada sokongan salah satu daripada parti tunjang ini," ujarnya.

Calon PAS yang bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Sumber HD - 11-6-2016

Don’t Tell Us To Call You Amanah…….

wan hasrina
SUNGAI BESAR: PAS is dead set in calling its splinter party, Parti Amanah Negara with its acronym ‘PAN’ rather than ‘Amanah’.

Selangor PAS women chief Wan Hasrina Wan Hassan said there is nothing ‘amanah’ (trustworthy) about the party, whose leaders were once part of  PAS.

“Why should we call them ‘Amanah’? They betrayed our trust and struggle by forming a new party,” she told a ceramah near Pasir Panjang here, Friday night.

She said the leaders “took away” the seats they contested and won on PAS tickets last General Election.

“They should vacant the seats they contested under PAS tickets and re-contest the seats under PAN and see if they get the support from the people,” said Wan Hasrina.

She said the seats that were “stolen” include Shah Alam, Sepang, Kota Raja, Hulu Klang and Morib.
“Don’t tell us to call you Amanah when you were the ones betrayed the party,” she said.

Perak Amanah chief Asmuni Awi had reportedly threatened the media with a ban if they refer the party as ‘PAN’.

He said it was “unprofessional” for them to do so as the name ‘Amanah’ has been acknowledged by the Registrar of Societies and using ‘PAN’ would confuse the public.

PAS leaders have been referring to its splinter party as PAN.- thestaronline

Sumber BO - 11-6-2016

ADUN Rantau Abang Bawa Petugas Cedera Ke Hospital

Oleh : NM

KUALA KANGSAR – Seorang petugas PAS cedera, terkena parang dan menyebabkan tiga jari tangan kirinya hampir putus, ketika beliau menebang buluh untuk kegunaan kempen pilihan raya kecil Kuala Kangsar yang sedag rancak sekarang.

Mohd Afdillah 32, dari Kampung Seberang Manong terpaksa menahan sakit selama hampir 45 minit sebelum mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kuala Kangsar.

Beliau di kejarkan ke rumah sakit bukan dengan ambulan, tetapi dengan kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Terengganu.

YB Cikgu Alias Harun, bertugas mengetuai kontigen Dungun dan sudah berada di Kampung Seberang Manong sejak 4hb Jun yang lalu.
IMG-20160611-WA0040
“Hari ini hari akhir kami bertugas di sini dan mangsa adalah ketua Unit Peti Undi di Seberang Manong. Sejak dari awal kempen kami di sini,

“Afdillah adalah satu-satunya rujukan kepada kami mengenai apa jua berkait kampung ini,”ujarnya ketika ditemui di unit kecemasan Hospital.

Menurut Cikgu Alias, ketika kejadian mangsa bersama tiga rakan lain yang bergerak paling awal setelah keputusan dibuat untuk menambah bilangan bendera di sekitar kawasan kampung.

“Saya difahamkan mangsa belum sempat menyudahkan tebangan buluh tiba-tiba ada serangga berbisa menyerang mangsa dan secara tidak senggaja mangsa terlibas tangannya sendiri.

“Bila saya diberitahu oleh rakan mangsa mengenai kejadian, saya bergegas memberi rawatan apa yang patut untuk mengelak kehilangan darah akibat luka pada jari mangsa,”ujar beliau
Beliau juga memberitahu,pihak Hospital memaklumkan, mangsa perlu dirujuk ke Hospital Taping untuk rawatan lanjut.

Calon PAS, Dr. Najihatulssalehah sempat menziarahi mangsa di unit kecemasan setelah dimaklumkan kejadian menimpa mangsa semasa berkempen di Pasar Tani Daerah.

Beliau berbual dan bertanya khabar Afdillah sebelum beredar, selepas mangsa dibawa ke Hospital Taiping.

Sumber BO - 11-6-2016

Mengapa PAS lawan Umno?






































































































PAS SELANGOR | .


Soalan: Fikirkan mengapa negara dalam keadaan yang teruk walaupun majoriti pemimpinnya ialah orang Islam?

Jawapan: Sebab ramai pemimpin negara beragama Islam hari ini tidak meletakkan ajaran Islam sebagai asas di dalam politik dan membuat sebarang keputusan bagi pihak rakyat. Nafsu, tamak kuasa dan dan duit menjadi faktor terbesar di dalam hidup mereka dan bukannya agama.

Jadi apa yang PAS cuba lakukan?

PAS sedang cuba membawa orang Islam kembali ke ajaran Islam. Jika orang Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam, dosa dan pahala, banyak perkara dalam negara boleh dihindarkan. Orang Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan takut pada Allah, sesungguhnya tidak akan melakukan perkara-perkara jahat.

Apa pendekatan PAS lawan Umno?

Waktu pilihan raya, lawan Umno di PRK dan PRU

Waktu tiada pilihan raya PAS mengambil pendekatan berdakwah, menerang dan juga membantah apabila perlu seperti GST, 1MDB, TPPA, kenaikan kos sara hidup, penyelewengan dan salah guna kuasa.

PAS menerima sepenuhnya konsep demokrasi dan menolak cara berpolitik yang menyemai kebencian antara kaum dan agama sebagai senjata politik.

Apa matlamat PAS?

Yang penting bagi PAS ialah asalkan rakyat dijaga, tidak dikambinghitamkan dalam permainan politik serta agama Islam terbela dan kebebasan beragama penganut lain terjaga. PAS juga mahu memastikan orang Islam dan bukan Islam boleh hidup dalam keadaan harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Siapa yang boleh tumbangkan Umno?

Jawapan: PAS adalah musuh politik Umno terbesar di Semenanjung. PAS bertembung dengan Umno 63 kerusi di PRU13 untuk mengalahkan Umno, rakyat perlu memberi sokongan kepada PAS. PAS menjaga semua rakyat berlandaskan Islam, Umno pula hanya menjaga poketnya sendiri.

Sumber HD - 11-6-2016



Bahan kempen PAS PRK Kuala Kangsar disabotaj






































































































      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Terdapat pihak tertentu sengaja mensabotaj bahan-bahan kempen calon PAS pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan menampal pelekat PAN.

Perbuatan yang didapati berlaku kepada bahan-bahan kempen dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke bandar Kuala Kangsar itu dipercayai bermotif provokasi.

Tinjauan petugas PAS mendapati, gambar Dr Najiha pada bunting telah ditutup dengan pelekat oren berlogo parti itu selain di atas bendera PAS.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin, perkara seperti itu telah menjadi rutin mehnah dan cabaran yang ditempuh setiap kali pilihan raya.

Jelasnya, petugas PAS tidak mudah terpengaruh dengan provokasi tidak matang seperti itu.

"PAS sejak dahulu menjalankan kempen matang dalam kerangka akhlak Islam dengan tidak menjadikan peribadi sebagai sasaran serangan.

"Malah, PAS jauh sekali berkempen dengan kaedah politik Marchievelli iaitu 'matlamat menghalalkan cara' yang dijalankan pihak tertentu dengan manipulasi, provokasi mahupun fitnah.

"Kita telah arah petugas buang stiker tersebut dan jika terdapat lagi kita akan bawa ke aduan Pemantau SPR," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/6/2016

Sumber HD - 11-6-2016

Kaum Tionghua masih ada hati dengan PAS






































































































      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Di sebalik pelbagai tohmahan dan manipulasi, hakikatnya masih ada masyarakat kaum Tionghua yang menyokong perjuangan PAS.

Dari pertemuan bersemuka secara individu yang dijalankan hampir seminggu kempen mendapati kebanyakan pengundi kaum Tionghua ternyata berdepan kerencaman maklumat.

Namun, kebanyakan mereka mengakui bahawa PAS prihatin, mesra dan bersungguh dalam memberi khidmat serta mengurus hal ehwal rakyat, selain dilihat lebih telus.

Malah, ramai menyedari parti-parti lain hadir hanya berkepentingan untuk meraih undi tanpa menjalin hubungan berterusan.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa seakan dipergunakan, tetapi diabai dan didiskriminasikan dengan sentimen perkauman serta dimomokkan pelbagai cerita tidak benar.

Kehadiran dan penerangan daripada para petugas PAS banyak mengejutkan mereka mengenai fakta sebenar dan mencerahkan situasi.

"Kita sudah lama mahu perubahan. Tapi selama ini kita pun tidak tahu ini cerita (segala fitnah ke atas PAS). Kita pun susah mahu tunjuk kita sokong PAS.

"Tapi 'you' orang jangan risau, undi kita orang tak tau. Kita bagi sama PAS, tuhan tahu kita undi sama 'you'," terang seorang pengundi kaum Tionghua yang enggan nama disiarkan.

Kebanyakan mereka juga meminta agar pertemuan bersemuka dari pintu ke pintu dijalankan sekerap mungkin dalam menerangkan isu-isu.

Laporan petugas PAS juga mendapati pihak-pihak lawan yang menemui pengundi kaum Tionghua banyak menyebarkan adu domba keterlaluan.

Sementara itu calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad terus menggiatkan kempen termasuk menemui pengundi-pengundi kaum Tionghua.

Kebolehan beliau berbahasa Cina dilihat menjadi kelebihan yang menarik interaksi dan keterujaan mereka terhadap doktor perubatan itu.

Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) pada PRK Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY 11/6/2016

Sumber HD - 11-6-2016



Kita ‘master run’, bukan menyerang - Dr Rani






































































































      HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: “Kita merupakan ‘master run’ dan kita bukan menyerang,” kata calon PAS PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

Beliau juga memberitahu akan masuk ke setiap tempat untuk berkempen dengan membawa budaya politik matang dan sejahtera kepada penduduk Sungai Besar.

Terbaru, PAS telah menyediakan hampir 10,000 risalah yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Cina yang menerangkan tentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah 355.

“PAS telah menyediakan hampir 10,000 risalah penerangan berkaitan RUU untuk diedarkan.

“RUU tiada kena mengena dengan orang bukan Islam dan hanya membincangkan tentang mahkamah syariah, tiada berkaitan tentang hudud,” katanya pada sesi ceramah bersama masyarakat.

Aktiviti kempen PRK yang memasuki tempoh seminggu selepas penamaan calon pada 6 Jun lalu terus giat dilakukan oleh seluruh jentera PAS.

“Walaupun PAS menang di pilihan raya kecil P.093 Sungai Besar, BN tetap akan memerintah negara. Namun, kita (PAS) telah memiliki suara yang lebih untuk memprotes,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru.

Sumber HD - 11-6-2016



Rakan sepengajian bantu kempen Dr Najiha






































































































      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Kempen calon PAS PRK Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad mendapat tambahan kekuatan dengan kehadiran rakan-rakan sepengajian beliau dari Alumni Universiti Malaya (UM) yang akan membantu untuk memenangkannya.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, akan menumpukan usaha menemui seramai mungkin Alumni UM serta golongan akademik dan profesional bagi memastikan undi kepada Dr Najiha.

Menurut wakil anggota kumpulan tersebut, keterlibatan mereka untuk menyokong, memberi semangat dan memenangkan calon PAS itu adalah bagi memastikan wujud keseimbangan suara di Dewan Rakyat mewakili suara Islam dan Melayu.

Harapan disandarkan mereka kepada wakil PAS atas kredibiliti, integriti dan profesi bagi menterjemah dan menjamin banyak perkara yang berkaitan dengan kepentingan negara.

Dari perhatian diberikan mereka, pengabaian dan kecurangan yang berlaku dalam pentadbiran negara ditunjangi Umno-BN telah menggugat hak rakyat dan institusi penting termasuk keharmonian kaum dan agama.

Oleh itu, usaha mereka untuk mendorong kecenderungan undi kepada Dr Najiha dan memenangkannya akan menjadi sebahagian peranan mengukuhkan kembali suara PAS di Parlimen yang sebelum ini berkurang ekoran beberapa Ahli Parlimen berpaling tadah.

Mereka juga berharap PAS akan mencapai kemenangan di Sungai Besar yang menampilkan Dr Abdul Rani Osman, sekaligus menambahkan dua suara PAS dan mengurangkan dua suara BN.

Dr Najiha merupakan graduan dalam bidang perubatan dan pembedahan dari Universiti Malaya dan kini merupakan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian di Parit, Perak serta aktif dalam PAS.

Selain merupakan Ketua Muslimat PAS Negeri Perak, beliau juga merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat selain terlibat dalam banyak NGO.

Kempen beliau turut mendapat sokongan dari kumpulan pasukan peguam dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) yang memberi khidmat percuma kepada penduduk di sini.

Kehadiran Alumni UM itu telah diraikan Dr Najiha dan suami serta Adun Chukai, Hanafiah Mat dalam satu majlis iftar yang turut disertai Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di Kampung Senggang, di sini semalam.

Sumber HD - 11-6-2016



Juara MotoGP sertai Santai Anak Muda






































































































































      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan “Keon” hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.

Pelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.

Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.

Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.

Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.

Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.

Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.

Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.

Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS. - HARAKAHDAILY 11/6/2016

Sumber HD - 11-6-2016



Contohi 3 keberanian juara Moto3 Khairul Idham






































































































      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria menyeru para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar khususnya anak muda, agar mencontohi tiga keberanian sebagaimana yang ditunjukkan Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi.

Menurutnya, pelumba remaja berusia 17 tahun yang popular dengan panggilan “Keon” itu telah menunjukkan bakat dan keberaniannya disalur kepada jalan betul hingga menjadi pelumba profesional serta melakar kejayaan di peringkat dunia.

Katanya, sifat anak muda mesti berani menghadapi persaingan massa dan mencabar diri, tetapi secara benar dan sihat tanpa terjebak dengan anasir dan gejala merosakkan.

Beliau juga memuji Khairul Idham mempertahankan jati diri dan maruah agama apabila mengelak dari meraikan kemenangannya dengan pancutan arak yang menjadi kebiasaan upacara itu di podium pertandingan.

“Ini keberanian luar biasa. Pelumba bila menang dia rai dengan pancut arak. Tapi Khairul Idham lebih utamakan agama dia, pertahan larangan Islam. Ini antara hasil dia dapat dari didikan dan pengajian di Pasti, ajar patuh tuntutan agama.

“Macam tu juga kita dalam kehidupan, kita wajib laksana syariat Allah, pertahan syariat Allah,” ujarnya pada Santai Anak Muda Bersama Khairul Idham Pawi di Dataran Menora, di sini semalam.

Razman turut memuji keterbukaan dan kesediaan anak muda itu hadir ke program anjuran PAS walaupun telah mencipta nama dan sejarah di persada dunia dengan menjadi warga Malaysia pertama menjuarai pertandingan tersebut.

Menurutnya, ramai mereka yang mempunyai kedudukan atau meraih kejayaan tertentu mengelak diri untuk bersama PAS kerana khuatir dilabel sebagai pembangkang serta disekat untuk kelangsungan tertentu.

Oleh itu beliau menyeru khususnya para pengundi agar keberanian anak muda itu diteladani dan dijadikan penguat tekad untuk bersama PAS sebagai petunjuk kematangan dan hak yang diperuntukkan dalam demokrasi.

Anak watan Perak berasal dari Kampung Gajah yang mewakili Honda Asia Team itu melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan di atas trek basah dengan memenangi kejohanan tersebut dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu. - HARAKAHDAILY 11/6/2016

Sumber HD - 11-6-2016


DAP Sombong Tak Boleh Tegur, Bila Kuat Mereka Angkuh

Posted on Saturday, June 11 @ 11:26:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SEKINCHAN - Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertanding.

Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.

“Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

“Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan.

Menurutnya, calon Pas PRK Sungai Besar itu sepatutnya berada di Meru dan menyelesaikan masalah penduduk di sana.

“Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.

“Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini,” katanya.

Kelmarin, Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Sumber TKO - 11-6-2016

Ribuan Jemaah Menyembahyangkan Jenazah Dua Beranak

Oleh : NM

HULU LANGAT – Hampir semua jemaah solat jumaat di Masjid Batu 10 Cheras, mengambil bahagian sembahyangkan jenazah dua beranak yang terlibat dengan kemalangan langgar lari ketika melintas jalan untuk ke surau di Sungai Besar.

Arwah, Shariff Mohd Din bersama anak lelaki beliau, Mohd Riduan Mohd Shariff meninggal dunia akibat cedera parah akibat rempuhan kuat. Mangsa yang bertugas sebagai petugas kempen di PRK Sungai Besar.

Allahyarham merupakan aktivis PAS Kawasan Hulu Langat yang sangat aktif & banyak menyumbang untuk masyarakat dan menjawat beberapa jawatan penting Pas Kawasan. Beliau juga merupakan Nazir Masjid Kampung Batu 10 Jalan Cheras.

Sejurus selesai solat Jumaat, orang ramai bersesak-sesak selepas iman memaklumkan solat jenazah ke atas kedua jenazah ini.

Selepas itu jenazah di bawa dengan dua buah kenderaan jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 10 Cheras yang terletak beberapa kilometer dari Masjid sambil diiringi Unit Amal.

Kedua-dua jenazah ini selamat disemadikan jam 3 petang dan turut dihadiri rakan arwah. Suasana di tempat pengebumian menjadi sayu bila imam mendoakan agar arwah diampunkan dosa-dosanya di dalam bahasa melayu. Sebahagian orang ramai yang hadir tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat beberapa kali dilihat menyapu air mata. Kelihatan juga Pesuruhjaya Pas Wilayah, Haji Mohd Nor dan beberapa pemimpin Pas lain.

Sumber BO - 10-6-2016



Dulu Salam Laga Pipi, Kini Salam Sipi-sipi

Posted on Friday, June 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Jika dahulu apabila kepimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertemu, tradisi bersalam berpelukan dan berlaga pipi tiga kali menjadi amalan gerakan Islam tersebut, namun situasi kini telah jauh berubah apabila bekas pemimpin PAS Perak bersalam dengan jarak sedepa sekadar sipi-sipi dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak yang kini Ketua Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang dilihat berbisik mengajak bekas Menteri Besar PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menyantuni Abdul Hadi di khemas penyokong PAS di perkarangan Dewan Jubli Perak.



“Hendakkah dia terima kita?” jawab Nizar separa berjenaka dan kedua-duanya dilihat pergi mendapatkan Abdul Hadi.



Jurugambar MySuara yang kebetulan melihat aksi spontan sempat mengambil gambar pertemuan dramatik tersebut.



Sumber TKO - 10-6-2016


Nizar Mohon Maaf Kepada Mastura
Posted on Friday, June 10 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KUALA KANGSAR- Setelah dikecam pelbagai pihak, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memohon maaf berhubung isu ceramahnya di Lembah Sayong di sini, Selasa lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu, bagaimanapun, tetap menyalahkan media yang didakwa menyalahtafsir ucapannya.

“Dalam muqadimah ceramah tersebut, saya telah meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekah kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Saya juga dengan panjang lebar telah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman kepada seisi keluarga.

“Namun, laporan media keesokkannya telah sengaja membuat telahan dan tohmahan dan andaian yang salah dan jauh terbabas dari niat dan maksud sebenar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, berkata permohonan maaf itu adalah tidak bersyarat dan ia merupakan tanda keluruhan hati beliau yang bersimpati atas ketentuan Allah.

“Sebagai seorang suami dan bapa saya juga dapat merasai dan menjiwai serta merasakan kesedihan yang teramat sangat yang ditanggung oleh seisi keluarga,” katanya.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah umum Amanah itu dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

PKK itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada Allahyarham Wan Mohd Khair-il, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Amanah) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary – BERNAMA
Sumber TKO - 10-6-2016

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Doakan Kemenangan Calon PAS

SUNGAI BESAR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan mantan Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir berharap penngundi di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil, mengundi calon PAS.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu berkata, ia satu kesempatan kepada rakyat untuk menghantar mesej kemarahan rakyat.

“Jadi, saya benar-benar berdoa dan berharap supaya rakyat dapat pilih Dr. Rani jadi ahli parlimen dekat sini dan jugak Dr. Najihah jadi wakil rakyat kita di Kuala Kangsar.

“Ini akan menghantar satu mesej yang cukup jelas kepada kerajaan bahawa rakyat marah, rakyat luarbandar marah, rakyat melayu marah, rakyat Islam marah, depa nak kerajaan balik ke pangkal jalan,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kempen pilihan raya kecil Sungai Besar di sini pada Rabu.

Katanya, rakyat marah kerana segala-gala harga barangan mendadak dengan tinggi, yang menyusahkan hidup rakyat.

“harga barang naik, segala-gala benda naik gila-gila tak terfikir, dalam sekelip mata saja tak berapa tahun, harga rumah dari RM100 ribu menjadi RM400 ribu,

“segala-galanya mahal, harga ikan naik, harga daging naik,semua naik, sayur naik semua naik, naik merata-rata. Saya sendiri tak faham macamana boleh naik begitu mendadak teruk”kata beliau kesal.
Menurutnya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melencong dan tersesat dari perjuangan pemimpin terdahulu, yang menjaga amanah dan kekayaan negara.

“rakyat sekarang hidup cukup-cukup tertekan hidup dia ni, tapi siapa nak membela dia? Kerajaan nak membela dia? Dok sibuk dengan masalah dia, berbagai-bagai masalah dia,

“Siapa nak fikir sungguh-sungguh mengenai harga getah yang dah merudum bukan lima, enam bulan, (tetapi) dah dekat 2 tahun lebih dah,

“Harga padi macamana nak tanam lima kali musim dalam dua tahun, macamana nak meningkatkan produktiviti, macamana nak lari daripada segala along-along ni,

“Semua benda-benda masalah marhaen ni, tiada siapa memikirkannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan kita rakyat dah beri amanah dekat dia,”ujar beliau panjang lebar.

Oleh itu beliau benar-benar berharap calon-calon PAS menang dalam dua pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.

“saya doakan sangat-sangat supaya calon-calon PAS dapat kemenangan untuk menjalankan tugas dengan bertanggungjawab penuh amanah untuk bangsa, agama, negara,

“Tak siapa jatuh kalau orang PAS menang sebab dengan dasar Politik Matang dan Sejahtera ini, ianya akan membawa kebaikan kepada bangsa, agama, negara dan sebagai,”tambahnya.


Sumber BO - 10-6-2016

Dakwaan Pas beri Amanah laluan sukar tidak benar


Posted on Friday, June 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SIMPANG LIMA - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa parti Islam itu menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bagi memberi laluan sukar kepada Parti Amanah Negara (Amanah) adalah tidak benar.

Menurut Rani, sebelum penubuhan Amanah lagi, Pas sememangnya telah mempunyai hasrat dan matlamat bagi menjatuhkan kepimpinan Umno serta BN.

"Perkara ini (matlamat) bukan hanya sekarang dinyatakan tapi sudah banyak kali ia disebut oleh pimpinan parti sejak tradisi dulu lagi di mana kita (Pas) nak jatuhkan Umno dan BN," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau, hari ini.

Selain daripada itu, Rani turut mempersoalkan penglibatan Amanah yang turut meletakkan calon mereka bagi bertanding dalam PRK kali ini.

Menurut Adun Meru itu, sekiranya Amanah turut berhasrat ingin menjatuhkan Umno dan BN, mereka tidak seharusnya campur tangan dengan turut sama meletakkan calon bagi bertanding dalam PRK Sungai Besar.

"Amanah saya tak tahu apa tujuan dia. Kalau betul dia nak jatuhkan Umno dan BN, kenapa dia nak campur masuk PRK ini juga,"katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PRK Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad turut memaklumkan bahawa Pas sememangnya serius untuk bertanding memandangkan seramai empat orang petugas parti berkenaan telah meninggal dunia sepanjang tempoh PRK ini.

Beliau berkata, insiden yang berlaku tersebut jelas membuktikan bahawa Pas sememangnya ingin menang dan menewaskan Umno serta BN.

"Jadi ini bermakna adalah tidak adil dan tidak sopan untuk sesiapa mengatakan bahawa Pas menyertai PRK ini sekadar suka-suka kerana telah ada petugas kita yang terkorban,"katanya.

PRK Sungai Besar kali ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara BN, Pas serta Amanah bagi merubut kerusi Parlimen Sungai Besar. - SH
Sumber TKO - 10-6-2016



Rani azam turun seminggu sekali jika menang PRK

Posted on Friday, June 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR – Calon Pas Kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman beriltizam turun padang sekali seminggu sekiranya dipilih pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 18 Jun ini.

Abdul Rani berkata, beliau fokus dan tetap komited untuk memperjuangkan nasib rakyat khususnya golongan petani dan nelayan di kawasan itu meskipun memikul tugas sebagai Adun Meru.

“Walaupun saya dikatakan bukan orang tempatan, tapi saya cuba datang sekali seminggu..bukan dua bulan sekali untuk mengetahui masalah rakyat dan seterusnya membawa suara-suara mereka ini pada Sidang Parlimen,” katanya pada Sidang Media di Markas Pas Simpang Lima, di sini, sebentar tadi.

Jelas beliau, sekiranya Pas menang, beliau juga merancang untuk membuka Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Sungai Besar bagi memudahkan orang ramai berurusan di pejabat berkenaan.

“Kita serius (tubuhkan PKM Parlimen Sungai Besar) dan kita juga rancang untuk memanggil wakil dari kaum Cina di Sekinchan untuk menjadi salah seorang petugas di sini sebab wakil ini nanti tahu apa yang berlaku di Sekinchan dan begitu juga seorang wakil dari Dun Sungai Panjang,” katanya.

Selain itu, Abdul Rani memberitahu, jika Pas diberi peluang, beliau berusaha untuk memperjuangkan hak pendidikan kepada rakyat menerusi bantuan pendidikan yang menyeluruh tanpa mengira fahaman politik dan sempadan perkauman.

“Saya juga akan memainkan peranan untuk menegur, mengkritik urus tadbir yang songsang dan pada masa sama turut memberi cadangan-cadangan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul,” katanya.

Beliau turut menegaskan akan menentang sekeras-kerasnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Sumber TKO - 10-6-2016



Sharif Din Pertugas PAS PRK Kuala Selangor Meninggal Dunia Kemalangan

Posted on Friday, June 10 @ 16:29:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pagi tadi, dua beranak petugas Pas dari Hulu Langat yang bertugas di Sungai Besar dilanggar kereta sehingga meinggal dunia. Sharif Din bersama anaknya yang dikenali sebagai Wan sahaja meninggal di tempat kejadian apabila mereka berdua dilanggar oleh kereta yang dipandu laju ketika melintas jalan untuk menunaikan solat subuh.

Kejadian berlaku di Markas Pas Hulu Langat yang terletak di Parit 8, Sungai Leman Darat, Sungai Besar.

Arwah dan anaknya dilaporkan melambung apabila dilanggar kereta yang sangat laju dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham Sharif adalah setiausaha jentera pilihan raya Pas kawasan Hulu Langat yang bertugas di situ.

##

Innalillahi wainna ilaihi rajiun...moga Allah mengampuni dan merahmati sahabatku Shariff Mohd Din dan anaknya Ridhuan yg meninggal dunia di Sungai Besar subuh tadi akibat kemalangan langgar lari... Alfatihah






Sumber TKO - 10-6-2016

Papan tanda dedah wajah sebenar PAN





































































































IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Propaganda fitnah dimainkan PAN pada kempen PRK Kuala Kangsar menunjukkan identiti diri, sikap politik dan hala tuju sebenar parti baharu itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkara itu dilakukan dengan menaikkan papan iklan besar (billboard) secara terang-terangan.

"Tanpa berselindung lagi, tanpa rasa malu. Cara kempen sama juga digerakkan DAP pada kempen PRN Sarawak baru-baru ini. PAN kononnya tidak tahu menahu.

"Tetapi di media sosial ramai anggota mereka sebar bahan sama dari 'billboard itu. Malah, DAP mengakui mereka yang naikkan. 'Billboard' sama dinaikkan di Sungai Besar.

"Apa maknanya? Bukti penyataan selama ini bahawa PAN itu khadam DAP, adalah benar," ujarnya.

Beliau tidak terkejut dengan propaganda fitnah tersebut kerana itulah juga sikap politik yang mereka cetuskan semasa di dalam PAS dahulu.

Jelasnya, rekayasa mereka itulah membantut dan membalikkan fitnah terhadap pembawaan Islam oleh PAS, sekali gus mencalar reputasi PAS.

"Dahulu mereka menguasai. Buat pelbagai kaedah. Ada masa serang melulu lawan politik. Tetapi ada waktu lain mereka pukul diri sendiri untuk timbulkan simpati kononnya lawan memukul.

"Mereka sebenarnya tidak ada dasar berpolitik yang jelas. Agama pun boleh dimanipulasikan mereka. Bayangkan permainan politik sebegini dilakukan terhadap rakyat. Apa kesannya?

"Syukur mereka tiada lagi dalam PAS. Sebelum ini, pendekatan politik matang dan sejahtera yang dibawa kepimpinan ulama PAS telah dirosak dan dihalang mereka," dedah beliau lagi.

Tambah Akmal, rakyat perlu menyedari bahawa hala tuju PAN hanya semata-mata kuasa dan tidak ada matlamat terhadap keharmonian rakyat.

Bahkan jelas, dari kempen dilakukan parti itu boleh mencetuskan rasa tidak senang serta ketegangan terhadap pelbagai pihak.

Oleh itu, beliau menyeru pengundi agar menolak parti tersebut. - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016

Pemuda PAS Perak puji sikap terbuka penduduk K Kangsar





































































































IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak., Hafez Sabri memuji keterbukaan dan ramah mesra yang ditunjukkan penduduk Kuala Kangsar.

Beliau berasa bangga memperkenalkan sifat warga Bandar Diaja itu kepada para petugas PAS yang datang dari seluruh pelosok tanah air sempena PRK P.067 Kuala Kangsar.

"Penduduk Kuala Kangsar telah mewarisi tamadun dan sejarah yang ada di sini termasuk budaya dalam berhubungan atau bermasyarakat.

"Mereka menjadi duta memperkenalkan segala keunikan dan kemasyhuran Bandar Diraja. Kemesraan mereka membanggakan kami warga Perak," ujarnya.

Menurut beliau, dalam pelbagai warna politik yang ada juga, penduduk Kuala Kangsar telah menunjukkan keterbukaan dan kematangan demokrasi.

Jelasnya, perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang untuk bermuamalah serta memenuhi hajat antara satu sama lain.

Katanya, keharmonian seperti itulah yang mesti dipupuk dan dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

"Jadi saya berharap, pengalaman bersama penduduk di sini akan menjadi pengalaman manis yang menjadi buah mulut di mana-mana," ujarnya.

Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) pada PRK Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong kerana penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016

Kempen: Jangan korbankan keharmonian penduduk






































































































      HARAKAHDAILY | .


PAS menggesa kepada parti-parti politik yang bertanding pada PRK Sungai Besar agar berusaha mengekalkan keharmonian dalam kalangan penduduk tempatan.

Pilihan raya akan berakhir pada 18 Jun ini dan PAS berharap selepas pilihan raya hubungan akrab di kalangan anggota masyarakat akan terus kekal.

Pilihan raya tidak seharusnya mengorbankan keharmonian masyarakat.

Maka di atas semangat tersebut PAS menolak sebarang budaya politik melampau atau ekstrem.

PAS juga menolak politik perkauman yang sempit.

Serangan berbentuk perkauman hendaklah dielakkan.

Serangan peribadi juga perlu dijauhkan sama sekali.

Kempen hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan bukan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Spekulasi berdasarkan andaian-andaian atau persepsi semata-semata adalah bukan budaya politik yang profesional.

Tambahan pula kita berada pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sensitiviti agama dan kaum mesti dijaga agar tidak mencetuskan sebarang ketegangan.

Selain dari itu, cara hidup dan tradisi penduduk tempatan tidak seharusnya diganggu tetapi difahami.

Semoga PRK Sungai Besar akan menjadi yang bersih dan telus seperti mana pilihan raya di negara-negara maju.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengarah PRK Sungai Besar / Naib Presiden PAS
10 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016


Jika PAN mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout

Posted on Friday, June 10 @ 12:32:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




DAP bersungguh-sungguh dalam Pilihanraya kecil kali ini kerana ini seolah-olah mereka yang bertanding. Semua pimpinan DAP turun dan bekerja kuat lebih berbanding semasa Pakatan Rakyat dulu.

Mereka sanggup pakai baju oren setiap masa. Itu suatu yang sangat luar biasa. Bagi mereka yang berfikir mendalam pasti tahu apa sebenarnya DAP nak daripada parti PAN @ AMANAH ini.

Jocelyn Tan dalam kolumnya di The Star pada hari Khamis, 9 Jun 2016 adala menulis berkeanaan dengan kenyataan Ng Sue Lim. Menurutnya dalam satu ceramah, Ng menyatakan "Jika AMANAH mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout" 




Dulu kita pernah dengar cerita yang didedahkan oleh Fathi Aris bahawa Malaysiakini meraikan kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu dengan berpesta arak. Pelikkan Malaysiakini satu portal yang menentang kerajaan dan pro-pembangkang boleh merayakan kerjayaan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tidak alain mereka ingin membunuh karier Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Jadi tak hairan kalau Malaysiakini hari-hari menyerang PAS dengan pelbagai berita yang dimanipulasikan.

Kenapa DAP nak undi PAN @ AMANAH lebih daripada PAS. Mereka bukan nak memang pun!! Mereka hanya nak lenyapkan PAS.

PAN @ AMANAH hanya kuda tunggangan sahaja. PAN @ AMANAH akan jadi parti yang diperkudakan untuk mendapat sokongan Melayu dan Islam.

Semoga Allah berikan kesedaran kepada ahli PAN @ AMANAH terutamanya puak IKRAM yang makin tersasar daripada perjuangan Islam sebenar.




Sumber TKO - 10-6-2016




Itu kah politik Islam?
Posted on Friday, June 10 @ 12:21:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum,,

Nampaknya provokasi sudah diterbalikkan.kalau dulu dulu yang buat provokasi pada setiap pilihanraya ialah Umno/BN tetapi sekarang yang rancak berprovokasi di pilihanraya ialah sebuah parti Islam progresif yang bertemankan parti bukan Islam yang anti Islam. PAN kalau ditambah perkataan gang akan jadi PANgang atau ada juga yang mengelarkan parti itu dengan gelaran PANda atau PANdap, sesuai dengan perangai babinya sejak parti itu mula ditubuh lagi.

Suka menyondol seperti babi tak kira tempat dan waktu dan cukup benar dengan hadis nabi yang menyebut akhir zaman ramai manusia akan bertukar jadi beruk dan babi.Kita sudah lihat perangai beruk ketika presiden PANgang berselfie dengan amoi dan kita sedang menyaksikan perangai menyondol PANgang semakin menjadi jadi, seolah mereka dah hilang jati diri dan enggan melihat dan mendengar sekeliling, yang mahu mereka lakukan sekarang ialah menyondol seperti babi bertepatan dengan huraian ulamak mengenai hadis tersebut.

Kita bukan nak burukkan PANgang, tetapi dalam PRK yang sedang berlangsung sekarang, Umno/BN sudah menyatakan kempen mereka kali ini akan mengambil kira bulan Ramadan, mereka sudah tidak mahu melakukan provokasi yang  boleh mencemari kehormatan bulan Ramadan, justeru walaupun BN masih lagi menyelewang dengan masih menggunakan TV untuk berkempen tetapi kempen kempen mereka sudah tidak ada unsur provokasi seperti kebiasaannya termasuk ketika zaman Mahathir jadi PM dulu.Tetapi agak mengejutkan peranan provokasi kini diambil alih oleh PANGang dengan disokong oleh rakan baik mereka DAPig.Peliknya lagi PANgang kata mereka parti Islam, Islam yang cukup ghairah menggunakan provokasi untuk menjatuhkan musuh mereka PAS yang mereka dakwa tidak Islam.Tetapi yang mereka dakwa tidak Islam itulah yang sudah berjaya memperkenalkan politik matang yang turut sama diakui oleh Umno/BN akan kebaikannya.

Perangai babi PANgang tidak mengiktiraf politk matang ini malah mereka terus menyondol macam babi dengan sondolan yang menjadi bahan  provokasi mereka. PAS bersengkongkol dengan BN, undi PAS sama dengan undi Umno, PAS turut terlibat dengan rasuah bersama Umno dan seumpamanya lagi.PANgang juga sudah hilang rasa peri kemanusiaan apabila mengubah wajah TGHH kepada badut, satu budaya yang dipelupuri oleh cybertroopers Umno satu ketika dulu, kini PANgang tiru sebiji macam mereka.

Apa lagi nak dikata! Apakah provokasi ini adalah politik Islam? atau politik matang yang sebenarnya dianjurkan Islam? jangan ikut perangai babi dalam menilai dan menjawabnya!!!!!!!!


Sumbere TKO - 10-6-2016

Sebelum ini hina PAS berpakaian Pahlawan, Sekarang Mengaku Keturunan Pahlawan pulak!
Posted on Friday, June 10 @ 08:26:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Sebelum ini beberapa orang pimpinan parti PAN @ AMANAH menghina PAS berpakaian seperti pahlawan pada muktamar PAS baru-baru ini. Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa mengatakan PAS mabuk.

Ada yang mengelarkan PAS pendekar Mustor.

Hari ini dalam kempen di Kuala Selangor, Calaon PAN @ AMANAH mengeluar risalah yang mengatakan dia adalah keturunan pahlawan. Siap dalam gambar tersebut meletakkan gambar keturunannya bertanjak.

Kan siapa pula mabuk?

Mana mahu taruh muka Khalid dan Mujahid??




Sumber TKO - 10-6-2016


Jika Menang, Calon PAN Berjanji Akan Pulang Ke Sungai Besar Dua Bulan Sekali
Posted on Friday, June 10 @ 08:20:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Jika menang sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar, calon dari Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Syukur berjanji akan balik melawat kawasan sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

“Saya berjanji di hadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, paling kurang saya akan bersama tuan-tuan dan puan-puan dua bulan sekali.

“Kalau saya seronok, sebulan sekali, katanya dalam ceramah di Balai Raya, Kampung Penerangan, Sekinchan.



Janji Azhar itu dibidas Mahadzir Osman yang bertanya di manakah tempat sebenar calon PAN Sungai Besar itu menetap.

“Di manakah rumah sebenar calon PAN ini? Di Sungai Burung, Tanjong Karang atau tinggal di Mentakab, Pahang?

“Ini kerana jika dirujuk kepada tempat mengundi, Azhar ini mengundi di lokaliti Kampung Berhala, Mentakab, Pahang.

“Paling menarik lihatlah bagaimana reaksi Ng Sue Lim, ADUN (DAP) Sekinchan dalam video ini. Dia seolah puas dengan janji “balik dua bulan sekali”. Ng Sue Lim cekak pinggang. Bermakna selama dua bulan itu Ng Sue Lim lah yang akan jadi YB,”ulasnya.
azhar1

Menurutnya, berbeza dengan calon BN, YB Budiman adalah seorang calon yang menetap dan mengundi di Sungai Besar.

“Inilah akibat jika pilih ‪pengundi‬ luar (Azhar) sebagai calon yang tidak mengundi di Sungai Besar,”ulasnya lagi.


Blog khairulryezal mendedahkan ceramah calon PAN itu hanya dihadiri oleh tujuh orang sahaja.
“Ceramah yang diadakan malam semalam hanya mampu untuk menghadirkan 7 orang penonton. Itupun tidak dapat dipastikan sama ada mereka itu pengundi di Sungai Besar atau tidak.

“Ceramah semalam mampu mencatatkan rekod dunia di Guiness. Tambahan lagi, disebabkan bilangan penonton yang begitu sedikit, ceramah terpaksa dipendekkan menjadi 15 minit sahaja,”dedahnya.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DF0hDQFL8lQ


Sumber TKO - 10-6-2016

PAS gesa kerajaan naikkan harga padi, subsidi




































































































HARAKAHDAILY | .


PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkatan pendapatan hasil jualan padi.

Dengan harga padi semasa RM1,200 bagi 1 tan, kenaikan subsidi buat pertama kali sebanyak hanya RM52.00 sejak 25 tahun dan pemotongan dinaikkan 20% menyebabkan hasil pendapatan bersih petani masih kurang dari RM1,000 sebulan.

Justeru, PAS mendesak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkuasa penuh menetapkan harga belian padi dan potongan kualiti padi mempertimbangkan cadangan PAS seperti berikut:

- Kadar harga padi dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,300 ke RM1,350
- Kadar subsidi dinaikkan dari RM300 kepada RM500
- Kadar potongan kualiti padi diturunkan dari 20% kepada 17% ke 15%

Kadar baru yang dicadangkan oleh PAS ini membolehkan petani memperoleh sekurang-kurangnya RM1,500 ke RM1,600 sebulan.

PAS menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan secara serius cadangan ini, dan PAS akan terus memperjuangkan suara dan keluhan petani ini ke Parlimen.

YB DR ABD RANI OSMAN
Calon Parlimen P.093 Sungai Besar - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016

'Perhitungan mereka silap, insya Allah kita ada Allah





































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Pentingnya bekalan taqwa untuk pejuang agama Allah SWT kerana bilangan kita kecil, wang kita sedikit berbanding dengan apa yang dimiliki oleh musuh," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya jika taqwa hilang daripada kita di manakah bantuan Allah akan diperolehi.

"Insya Allah dengan bekalan taqwa ia menjadi penyubur untuk kita terus bangkit melawan kebatilan dan menegak kebenaran," katanya menerusi laman facebook.

Ini, tambahnya kerana perjuangan Islam akan ditentang daripada berbagai sudut.

Menurutnya, mereka menggunakan berbagai proksi dan wadah, namun marlamat mereka satu iaitu untuk tidak membiarkan Islam tumbuh segar di negara ini.

"Perhitungan mereka silap, tindakan mereka akan terserlah wajah mereka selama ini. Insya Allah kita ada Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016



































































































Kemalangan ragut 2 nyawa petugas PRK Sungai Besar

HARAKAHDAILY | .


Pagi ini seluruh jentera pilihan raya dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dua petugas jentera PAS Hulu Langat iaitu Allayarham Sharif Din dan anaknya Wan yang dalam perjalanan ke surau bagi menunaikan solat Subuh.

Sesungguhnya Ramadhan kali ini banyak memberikan pengajaran buat seluruh jentera Dewan Pemuda PAS Selangor dan seluruh anak muda yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pilihan raya Kecil P.093 Sungai Besar.

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Surah Al Imran: 169)

Allahyarham dan anaknya adalah petugas jentera pilihan raya PAS Hulu Langat yang dalam perjalanan ke surau bagi menunaikan solat Subuh.

Sumber maklumat mengatakan bahawa sebuah kereta dalam keadaan laju telah merempuh kedua-dua mangsa dan melambung lalu tidak sedarkan diri.

Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga syahid yang dicari menjadi kegembiraan di alam akhirat kelak.

Ustaz Hanafi Zulkafli
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016

Cerita Tanah Airku Dari Kuala Kangsar…..


Oleh : Zakaria Dagang

Dalam kawasan pilihan raya Parlimen Kuala Kangsar dan Dun Bukit Chandan, terdapat sebuah lokaliti iaitu Hulu Bekor yang merupakan perkampungan Orang Asal.

Jumlah penduduknya lebih kurang 1,000 orang dan pengundi berdaftar hampir 200 orang. Tidak ada seorang pun yang beragama Islam di penempatan itu. Rata-ratanya beragama Kristian, selain agama asal nenek moyang mereka.

Pada hari Ahad baru-baru ini, pihak PAS merancang untuk mengadakan gotong-royong membaiki gelanggang sepak takraw di kampung itu.

Sayangnya, program itu terpaksa dibatalkan kerana Umno telah mengadakan program lebih awal yang menyebabkan penduduk di situ mabuk seharian.

Itulah cara dan pendekatan yang dibuat oleh Umno yang menguasai kerajaan hari ini. Seolah-olah tidak ada usaha daripada mereka untuk mengislamkan Orang Asal itu, sehingga Kristian boleh masuk dan bertapak di kampung itu.

Mereka juga sanggup menyediakan minuman keras kepada penduduk di situ untuk menarik sokongan kepada parti mereka.

Inilah Malaysia, tanah airku……..

Sumber BO -9-6-2016



PRK Sg Besar: Dr Rani selar 'politik tidak matang' DAP

Posted on Thursday, June 09 @ 20:40:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman menyelar sikap politik tidak matang bekas sekutunya, DAP berhubung tindakan menaikkan papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, semalam.

Katanya DAP tidak sepatutnya menaikkan papan iklan yang bertulis perkataan fitnah dan perkauman itu kerana ia akan mengundang kemarahan sesetengah pihak dan menjejaskan keharmonian semasa berkempen.

"Cara berkempen sebegitu tidak diperlukan di sini, sesiapa yang menaikkan papan iklan itu perlu bertanggungjawab penuh dan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai papan iklan berkenaan yang dipasang semalam.

Tambah Dr Rani, dalam kempen PRK ini, PAS tidak akan menyerang secara peribadi ataupun menabur fitnah terhadap pemimpin parti lawan, sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha memberi penerangan terhadap isu-isu rakyat.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengaku pihaknya yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan itu.

Papan iklan itu telah diturunkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan satu laporan polis mengenainya telah dibuat.

Sementara itu, SPR dalam kenyataannya semalam berkata tindakan memasang bahan kempen yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pengundian PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun.
- Bernama

Sumber TKO - 9-6-2016



Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi
Posted on Thursday, June 09 @ 20:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya. - SH

Sumber TKO - 9-6-2016

Aktivis PAS Perak maut kemalangan





































































































IZWAN ABDUL HALIM | .




KUALA KANGSAR: PAS Perak kehilangan seorang aktivis, Mohamad Khairi Md Daud yang maut dalam kemalangan di Lawin, Lenggong hari ini.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong dalam perjalanan dari rumahnya di Gerik ke Kuala Kangsar bagi mengikuti Kursus PACA PRK P.067.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri merakamkan takziah kepada keluarga arwah dan menyifatkan Khairi aktivis yang sangat gigih.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria bergegas ke tempat kejadian dan mengatur urusan untuk pengebumian. – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016

PAS Buat Laporan ‘Billboard’ Menghina

SUNGAI BESAR – PAS Kawasan Sungai Besar telah mengarahkan jenteranya menbuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkait ‘billboard fitnah’

Yang Dipertuanya, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin menegaskan, ‘papan tanda besar’ itu adalah sabotaj untuk memburuk-burukkan PAS.

Menurutnya, telah berlaku pergaduhan antara kaum Cina di kalangan penyokong DAP dan Barisan Nasional (BN).

“Peristiwa petang tadi pun saya tidak mendapat maklumat yang jelas tetapi oleh kerana melihat billboard tadi adalah sabotaj untuk memburuk-burukkan PAS itu sendiri, yang mana PAS dianggap akan bergabung dengan BN,

“Kita akan buat laporan kepada SPR dan polis, billboard ini satu penghinaan dan tuduhan ini yang tidak sepatutnya,”jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui selepas ceramah kempen PRK Sungai Besar di Terminal Rakyat Sungai Panjang, semalam 8 Jun.

Pemidato khas yang hadir dan menyampaikan ucapan ialah Presiden IKATAN, Tan Sri Abd Kadir Sheikh Kadir.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Fadzin yakin, calon PAS Dr. Abdul Rani Othman akan mendapat sokongan semua pihak, termasuk dari kaum Tionghua.

“kita masih berkeyakinan bahawa orang Cina, (masih menyokong) tidak semua Cina tidak sukakan PAS. Ada antara mereka yang rasa dukacita bila berlakunya peristiwa ini.

“Cuma kita masih berkeyakinan lagi tidak semua cina tidak suka kepada PAS,”kata beliau

Sumber BO - 9-6-2016

Isu papan tanda: PAS yakin pengundi sudah matang




































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tindakan DAP menaikkan papan iklan provokasi terhadap PAS bukan sahaja tidak berakhlak tetapi perbuatan itu telah membawa kepada fitnah dan berbaur perkauman, demikian menurut Pengarah Kempen PAS PRK Sunga Besar, Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Bahkan katanya, tindakan itu menggambarkan betapa mereka amat terdesak dan sanggup berkempen tanpa mengikuti tata cara yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam isu ini, beliau melihat seolah-olah Parti Amanah Negara (PAN) begitu mudah tunduk dengan tindakan DAP dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

"Ia juga membuktikan kecelaruan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, ada yang mengiya dan ada yang menafikan tindakan menaikkan papan iklan tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Gombak Setia yakin dan percaya pengundi di Sungai Besar sudah matang dan tahu bahawa PAS bukan seperti yang dituduh di papan iklan tersebut.

"Kita lihat pengundi agak terkejut dan tidak sangka Pakatan Harapan menggunakan kempen tidak bermoral seperti ini untuk meraih undi. Tindakan ini akan membantu meningkatkan sokongan kepada PAS,"katanya.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pihak pimpinan untuk mengambil tindakan sewajar terhadap kempen berbaur fitnah seperti itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengakui pihaknya yang menaikkan papan iklan provokasi terhadap PAS di Sekinchan.

Papan iklan tersebut mempunyai logo PAN dan menggunakan warna rasmi parti iaitu jingga, bagaimanapun PAN turut menafikan mereka bertanggungjawab terhadap papan iklan tersebut. – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016

No comments:

Post a Comment