BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, November 13, 2014

CABARAN UMMAT ISLAM MASA KINI

Mahkamah arah pendengaran wanita mahu pengisytiharan 'bukan Islam'
Posted on Tuesday, October 11 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31991



Mahkamah Rayuan mengarahkan pendengaran dibuat dalam kes Rosliza Ibrahim yang mahukan pengisytiharan bahawa dia tidak tertakluk bawah undang-undang Islam.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, mahkamah memutuskan kes itu akan diremit semula kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didengar oleh hakim berbeza.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata fakta kes semata-mata tidak boleh menjadi alasan kepada Mahkamah Tinggi untuk menolak kes itu.

Rosliza, 35, mendakwa menjadi anak luar nikah kepada bapa yang beragama Islam dan ibu beragama Buddha.

Dia berkata dibesarkan sebagai seorang Buddha oleh ibunya manakala bapa kandungnya tidak memberi perhatian kepada kebajikannya.

Dia memohon pengisytiharan tidak tertakluk kepada undang-undang syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. 


Sumber TKO - 11-11-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umat Islam harus bersatu bela Aleppo - Qaradhawi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42758-umat-islam-harus-bersatu-bela-aleppo-qaradhawi


Umat Islam di seluruh dunia harus membantu saudara mereka di bandar Aleppo, Syria yang terkepung," ujar Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi kepada Anadolu Agency dalam sebuah wawancara eksklusif.

Syaikh Al-Qaradhawi bercakap kepada Anadolu Agency dalam kunjungannya ke bandar Istanbul Turki, di mana beliau mengambil bahagian dalam sesi ke-26 Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan.

Syaikh Qaradhawi menyeru umat Islam di seluruh dunia merapatkan barisan untuk membela Aleppo dari keganasan rejim Syria dan sekutunya.

"Umat Islam di seluruh dunia tidak dapat dipecah belah. Sebagai Muslim, kita semua harus berkongsi nasib yang sama," tegas beliau.

"Aleppo, yang menderita dan akan terus menderita, adalah masalah paling penting dari zaman kita saat ini," tambah Qaradhawi.

"Aleppo menjadi sasaran dari semua sisi oleh musuh-musuh Islam," tegas Qaradhawi. [Islampos]

Sumber HD - 9-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslim mangsa terbesar keganasan - Ban Ki-moon






HARAKAHDAILY | .


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, sebahagian besar mangsa keganasan pelampau di seluruh dunia adalah umat Muslim.

Ki-moon menegaskan bahawa laporan itu telah disampaikan kepada Majlis Umum PBB pada bulan Januari lalu.

Laporan itu mengandungi cadangan konkrit dan landasan dasar perkongsian global untuk mengalahkan kekerasan ekstremisme yang dilakukan oleh para pengganas.

"Fenomena kekerasan ekstremisme pada pengganas tidak berakar umbi atau terbatas pada agama, wilayah, kebangsaan atau kumpulan etnik sahaja," ujar Ki-monn dipetik Arab News, hari ini.

Ki-moon mengatakan bahawa Persidangan Geneva bertujuan untuk mencegah sikap keganasan melampau ke depan.

Ban juga mengakui bahawa sebahagian besar mangsa dari kekerasan ekstremisme itu adalah umat Islam.

"Kita juga harus mengakui bahawa pada masa ini, sebahagian besar mangsa di seluruh dunia adalah Muslim," tambah Ki-moon.

Kekerasan ekstremisme menimbulkan ancaman langsung terhadap Piagam PBB dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Mereka melemahkan usaha global kolektif untuk memelihara keamanan dan keselamatan, pembangunan berterusan asuh, mempromosikan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan memberikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

Kekerasan ekstremisme jelas merupakan ancaman merentas sempadan yang memerlukan kerja sama internasional. Hal ini guna mengetengahkan pendekatan yang menyeluruh dan seimbang untuk tindakan bersama di peringkat global, serantau dan nasional.

Ki-moon menyatakan harapan bahawa perbincangan bersama akan menjadikan kesatuan keputusan konsensus yang kuat di Majlis pada bulan Jun akan datang. [Islampos]

Sumber HD - 11-4-2016



Gadis dan Wanita, Awas Gambar Anda di Media Sosial..

Posted on Sunday, August 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jika kita suka upload gambar. Mungkin tak terfikir gambar kita boleh dimanipulasi oleh orang untuk mengaibkan kita.

Oleh itu gadis dan wanita... tolong jangan ghairah upload gambar 
Sumber TKO - 2-8-2015

1000 Korban Cuaca Panas Terik

pakistan hor weather1
Lebih 1,000 orang terbunuh sejak lima hari lalu akibat cuaca panas terik membakar di Pakistan, dengan kesan yang paling teruk di ibu negaranya Karachi.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh 10 buah hospital di Karachi, ‘panas terik yang mencekik’ yang diharap akan berkurangan pada hari-hari yang akan datang, telah menyebabkan 815 orang meninggal di bandar, dengan 65 mati orang menghembuskan nafas terakhir pada hari Rabu.

Menurut Ketua Menteri wilayah Sindh, Syed Qaim Ali Shah, lebih 200 orang juga telah terbunuh kerana pitam dan penyakit yang berkaitan dengan cuaca panas di daerah pedalaman di wilayah itu.
Ketua Pembangkang Khursheed Shah bagaimanapun telah mendakwa dalam Parlimen bahawa angka itu adalah lebih tinggi dan lebih daripada 1,200 orang terbunuh di Karachi sahaja sejak 20 Jun lalu.

Lebih 3,000 pesakit pitam (stroke) akibat panas dan ramai yang masih dirawat di beberapa hospital di Karachi, yang telah penuh untuk menampung jumlah pesakit. Rakaman televisyen menunjukkan pesakit yang sedang dirawat di lantai wad kecemasan di hospital Jinnah yang dikendalikan oleh kerajaan.

pakistan hor weather

Ketua perkhidmatan kecemasan hospital, Dr. Seemi Jamali, memberitahu pemberita bahawa pentadbirannya menuntut 100 katil tambahan dari kerajaan wilayah ‘secara kecemasan’, untuk menghadapi peningkatan jumlah pesakit.

Musim panas yang terlampau juga menyebabkan bekalan kuasa elektrik terputus sehingga 12 jam sehari di beberapa bahagian negara itu, muncul untuk menjadi salah satu faktor utama di sebalik jumlah kematian yang lebih tinggi.

Pihak berkuasa air dan kuasa telah menyalahkan kedaan itu berlaku, kerana permintaan semakin meningkat, yang juga telah membawa kepada kekurangan air, terutamanya di kawasan miskin di Karachi di mana stesen pam air tidak boleh beroperasi tanpa elektrik.

Kerajaan Sindh mengumumkan satu lagi cuti umum pada hari Rabu untuk mengurangkan penggunaan kuasa.

Ruang tanah perkuburan di bandar ini sudah terhad setelah dibebani dengan kenaikan mendadak kematian, meninggalkan keluarga bergegas ke tanah-tanah perkuburan lain, mencari ruang untuk mengebumikan keluarga mereka.

“Lebih 300 badan masih berbaring di bilik mayat kami. Kami sedang menunggu waris mereka,” kata seorang jurucakap Yayasan Edhi, sebuah NGO sosial dan kesihatan.

Menurut media tempatan, sebilangan besar dari orang-orang terbunuh ialah buruh dan pekerja dari sebelah utara, yang tidak dapat menampung dengan peningkatan haba dan kelembapan.

Sumber BO - 26-6-2015









Pemimpin PAS nafi bersama Isis, hanya misi kemanusiaan di Syria
Posted on Wednesday, June 24 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Norazli Musa menafikan terlibat dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) selepas gambar beliau bersama pemuda bersenjata di Timur Tengah tersebar di laman sosial Facebook.

Menurut Norazli yang menang dalam pemilihan semasa muktamar lepas, gambar tersebut diambil ketika memberi sumbangan bersama Muslim Care Malaysia kepada mangsa perang Syria tahun lepas.
Bekas pengurus bolasepak Perak itu berkata, penyebaran gambar berkenaan bertujuan menjatuhkan reputasinya sebagai AJK PAS Pusat dan secara tidak langsung memburukkan imej parti Islam itu dengan mengaitkannya dengan keganasan.


"Ya (ia) untuk mengaibkan saya dan mengaitkan PAS dengan Isis, sedangkan kita tidak ada hubungan. Sekiranya saya ada hubungan dengan Isis, sudah lama saya ditangkap oleh polis,” Norazli memberitahu The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

"Sudah banyak kali saya pergi (ke Syria) atas nama Muslim Care Malaysia yang menghantar bantuan ke orang-orang yang amat memerlukan di Syria.”

Norazli pada muktamar lalu menang bersama-sama kumpulan konservatif yang berjaya menyapu bersih semua kerusi dan menyingkirkan kumpulan progresif.

"Kami di situ pergi ke lapangan terbang yang sudah ditawan oleh rakyat Syria. Jadi bertemulah dengan jaga (pengawal keselamatan) ini. Itu jaga mereka yang pegang senjata, cuma kita mengambil gambar sahaja dengan mereka. Tidak ada kena-mengena dengan Isis dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun, dalam gambar itu, lelaki di sebelah kiri Norazli menunjukkan jari telunjuknya, iaitu signal tangan yang biasa dibuat pengikut Isis sebagai simbol tauhid, di mana tafsiran melampau kumpulan itu menyatakan ia bermaksud penolakan segala bentuk pluralisme.

Menurutnya, gambar tersebut juga sudah diketahui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dan beliau dinasihatkan agar tidak masuk ke Syria lagi.

"CIA ramai dan mereka boleh berbahasa Arab. Jadi dia tidak menggalakkan beri bantuan masuk ke dalam (Syria). Cukup kalau kita pergi ke sempadan Turki itu di pelarian," katanya merujuk kepada badan perisikan Amerika Syarikat itu.

Menurut Norazli (gambar, kanan), beliau sudah lama aktif dalam misi bantuan seperti ke Gaza, Aceh, Lubnan, dan Kashmir.

Menurut Norazli, beliau sudah lali dengan usaha sesetengah pihak yang ingin menjatuhkannya sejurus selepas dilantik, ditambah pula dengan isu terbaharu di mana menurutnya kenyataannya diputarbelitkan.

"Saya dah lali dengan perkara sebegini sebab apabila saya dah dilantik, jadi tekanan itu lagi hebat. Termasuk yang terbaru ini, yang mengatakan siapa keluar PAS kafir. Jadi saya tengok Facebook semua ini saya dah lali dengan tekanan yang mereka berikan kepada saya," katanya.

Menurut Norazli, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit yang menuduhnya melabel kafir mereka yang keluar PAS.

Katanya, beliau akan berjumpa peguam mengambil tindakan undang-undang, dan surat akan dikeluarkan kepada individu terbabit meminta maaf bersertakan sebab.

"Kalau tak nak minta maaf, akan terus saman di mahkamah. Itu prosedurnya," katanya. 

Sumber TKO - 25-6-2015  

Ektremis Agama: Penyelesaiannya

Ditulis oleh Razif Fuad pada . diterbitkan di dalam Bayan Linnas





Mukaddimah

Baru-baru ini dengan lebih tepat lagi, pada 9 April 2015 di Grand Hyatt Hotel Jakarta saya ditaklifkan oleh YADIM untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk  “Ekstremis Agama: Penyelesaiannya”. Dalam muzakarah ulama Malaysia dan Indonesia 2015 di bawah tema Kesepakatan Ummah Malaysia-Indonesia di dalam menangani ekstremisme, pakar dari Malaysia dan juga Indonesia yang menjadi tokoh NGO dan Ulama telah membincangkan pelbagai aspek dan isu berhubung ekstremisme . Dalam muzakarah tersebut, saya mengutip mutiara hikmah dan juga buah fikiran yang amat bernas untuk menjadi muntalaq kepada perbincangan berkenaan dengan tajuk ini. Semoga catatan dalam makalah yang ringkas ini sedikit sebanyak tertujah kepada sebaik-baik penyelesaian dalam isu ini.

Kemunculan kumpulan atau fahaman ekstremis, radikal atau pelampau ini tidak hanya berlaku dari sudut fizikal sahaja iaitu golongan yang hanya mengenal senjata, pemberontakan atau revolusi sebagai solusi kepada masalah tertentu. Di samping itu juga, sikap ekstremisime atau radikalisme ini turut berlaku dalam bentuk kefahaman, kepercayaan dan pegangan.

Namun, kedua-dua elemen, iaitu kefahaman dan tindakan ini boleh berlaku secara berkadar langsung iaitu, tindakan seseorang itu boleh terjadi akibat daripada kesalahfahaman terhadap sesuatu nas atau dalil menyebabkan tindakannya itu sebenarnya bertentangan dengan kehendak nas. Perkara ini dapat kita lihat apabila lahirnya kelompok tertentu yang bertindak tanpa memahami kehendak nas.

Berdasarkan kepada perkara ini, kita dapat melihat dan mengkaji apabila berlaku di zaman Nabi SAW, tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang dari mereka berkata, aku akan solat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata, aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan menikah dengan wanita. Nabi SAW menegur tindakan ketiga-tiga mereka. Sabda Nabi SAW:

أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: Aku solat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku
Riwayat Muslim (1401)

 Berdasarkan kepada hadis ini, maka kita memahami bahawa kesungguhan tanpa kefahaman yang betul juga, tidak mampu untuk membawa kita kepada jalan yang betul.  

Tambahan dari itu juga, akibat daripada ketaksuban dan kefahaman yang terlampau sempit terhadap pegangan atau anutan bagi sesetengah mazhab atau kepercayaan menyebabkan mereka ini, menghukum sesiapa sahaja yang bertentangan atau tidak sependapat dengan mereka.

Gejala suka mengkafirkan, membid’ahkan dan menuduh orang lain sesat, juga akibat daripada terlalu taksub berpegang kepada anutan mereka, tanpa menilai atau cuba memahami kehendak dan hujah yang difahami oleh mereka yang berlainan dengan pegangan mereka. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini akan membincangkan secara khusus berkenaan dengan Ektremis Agama: Penyelesaiannya.

Definisi Ekstremis

Golongan ekstremis atau radikal ini, merupakan ancaman yang agak besar khususnya bagi umat Islam. Kemunculan kefahaman atau kumpulan yang lahir akibat dari pengamalan ekstremis ini dapat menjauhkan atau menunjukkan kesalah fahaman masyarakat bukan Islam ataupun mereka yang baru untuk mendekati Islam, akhirnya jauh dari kefahaman yang sebenarnya.

Begitu juga sebahagian ulama’ menyebut dengan perkataan tatarruf. Mengikut definisi tatarruf bermaksud pada zaman kita yang menunjukkan beberapa keadaan samada politik, agama, mazhab dan susur galur keturunan. Begitu juga yang lain boleh membawa kepada tatarruf.[1]

Kumpulan atau kefahaman yang ekstrem ini atau lebih dikenali sebagai golongan yang keterlaluan atau melampau (ghuluw) di dalam memahami atau mengambil sesuatu tindakan.  Oleh itu, ghuluw dalam beragama adalah sikap melampau batas-batas dalam perintah agama. Hal itu dilakukan dengan cara menambah dengan sikap yang berlebihan sehingga mengeluarkannya dari apa yang diinginkan syariah.

Faktor Terjadinya Ektremis

Ekstremis adalah gejala yang melangkaui rasional manusiawi. Ekstremis menggalakkan sesetengah pihak bertindak di luar keserdehanaan manusia. Melihat kepada sejarah, banyak konflik serta peperangan berlaku akibat gejala ekstremis. Antaranya Perang Dunia kedua, Konflik Israel-Palestin serta tragedy penghapusan etnik di Bosnia, Rwanda dan yang membabitkan masyarakat Rohingya.
Ekstremis menjejaskan interaksi sosiopolitik dalam masyarakat majmuk. Kesederhanaan penting untuk memastikan keseimbangan masyarakat majmuk dapat dipenuhi. Sebagai negara yang didiami masyarakat majmuk, Malaysia perlu menampilkan model kesederhanaan yang tersendiri. Tambahan pula Malaysia selalu dirujuk dalam kalangan dunia Islam.

Kita perlu bersikap optimistik ke arah mencapai hasrat ini. Sebagai contoh dalam tragedi pembunuhan tebusan di Sydney serta editorial Charlie Hebdo, masyarakat bukan Islam di Australia dab Perancis turut sama membela rakan senegara mereka beragama Islam daripada tohmahan berunsur Islamophobia.

Antara faktor penyumbang kepada sifat ekstrem adalah:
  • Kedangkalan dalam ilmu agama
  • Suka melabelkan seseorang atau kumpulan dengan kufur, sesat, fasik bidaah, khurafat sedangkan bukan termasuk dalam hal tersebut.
  • Sifat taksub, fanatik yang melampau sama ada
  • Pegangan mazhab
  • Buah fikiran
  • Kefahaman dan isme yang dianuti
  • Menyangka dia sahaja yang betul
  • Tersalah memilih rakan taulan, dan kumpulan yang menjadi ikutannya.
  • Cara pandang yang salah yang menyebabkan banyak membawa kepada sifat ingin menyesatkan, mengkafirkan dan melabelkan dengan pelbagai tohmahan.
  • Mempertajamkan isu khilafiyyah sehingga membawa kepada retaknya hubungan ukhuwwah Islamiyyah. Benarlah firman Allah SWT:
وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ

Maksudnya: “…dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,…”
Syeikh Mustafa al-Maraghi berkata: “Janganlah sesekali timbulnya perselisihan dan pertikaian dalam kalangan kamu, kerana yang demikian itu akan menyebabkan hati menjadi gentar, mengalami kegagalan, dan hilangnya kekuatan sehingga akhirnya kamu senang dikalahkan oleh pihak musuh.”
  • Hati dengan longgokan sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub, takabbur, dan lain-lain. Ini semua adalah racun dan virus yang akan menyebabkan pertelingkahan sehingga membawa sifat ekstrim dalam kehidupan mengikut kepercayaan dan anutan mereka.
  • Sifat tergesa-tegesa untuk mencapai sesuatu.
Dalil Pengharaman Ekstremis

Firman Allah SWT:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ

Maksudnya: Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

(Surah Al-Maidah: 77)

 Al-Maraghi berkata: “Allah SWT melarang ahli kitab yang hidup pada masa Nabi SAW bersikap fanatik buta seperti yang dilakukan oleh nenek moyang sebelum mereka dan bersikap fanatik terhadap tradisi yang menyebabkan mereka ini sesat kerana mereka telah mengikuti larangan hawa nafsu dan meninggalkan ajaran para rasul, para nabi dan orang soleh terdahulu. Mereka ini semua terdiri daripada ahli tauhid, menolak kemusyrikan dan tidak bersikap berlebih-lebihan dalam urusan agama.”

Rasulullah SAW bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِى الدِّيْنِ، فإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ قَبْلِكُمْ بِالْغُلُوِّ فِى الدِّيْنِ

Maksudnya: Awasilah kamu dalam melampau dalam beragama, karena binasanya orang-orang sebelum kamu adalah disebabkan sikap ghuluw mereka dalam beragama.

Riwayat Ibn Hibban (3871)

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا، وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

Maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, dan tidaklah sama sekali seseorang yang tasyaddud dalam beragama melainkan pasti agama itu akan mengalahkannya, oleh sebab itu hendaklah kamu menepatinya dan menghampirinya dan bergembiralah (dengan berita itu). Dan mohon pertolonganlah kamu dengan waktu pagi dan petang dan sedikit daripada waktu malam. (Dan dalam lafaz yang lain pula): Hendaklah kamu bersikap sederhana, hendaklah kamu bersikap sederhana, niscaya kamu akan sampai (kepada tujuan yang selamat).
Riwayat al-Bukhari (39)

 Berdasarkan nas dan hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita supaya kita sentiasa bersikap wasatiyyah dan tidak ghuluw dalam beragama.  

Di samping itu juga, penulis menaqalkan kata al-Hasan al-Basri yang dinyatakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Zhahiratu al-Ghuluw Fi al-Takfir:

العامل على غير علم كالسالك على غير طريق، والعامل على غير علم، ما يفسد أكثر مما يصلح، فاطلبوا العلم طلبا لا يضر بالعبادة، واطلبوا العبادة طلبا لا يضر بالعلم، فإن قوما طلبوا العبادة وتركوا العلم، حتى خرجوا بأسيافهم على أمة محمد ولو طلبوا العلم لم يدلهم على ما فعلوه.

Maksudnya: “Orang yang bekerja tidak atas dasar ilmu, sama dengan orang yang berjalan tidak di atas jalan yang benar. Orang yang bekerja tidak berdasarkan ilmu, akan membuat lebih banyak kerusakan daripada kebaikkan. Oleh sebab itu, hendaklah kalian menuntut ilmu, tanpa meninggalkan ibadah dan mengerjakan ibadah tanpa merugikan ilmu. Ada satu kaum yang tekun beribadah, tetapi meninggalkan ilmu. Oleh kerana itu, mereka bangkit memanggul senjata memerangi ummat Muhammad SAW. Sekiranya mereka menuntut ilmu, maka ilmu itu tidak akan membimbing mereka berbuat apa yang seperti mereka perbuat.”

Sifat dan Tanda Pelampau

Dalam buku al-Tatarruf...Khubzun ‘Alami menyebut beberapa sifat yang nyata bagi golongan pelampau. Antaranya:
  • Cepat bertindak balas.
  • Bergopoh-gapah
  • Cepatnya emosi
  • Kebiasaannya cepat mempercayai apa yang didengar
  • Mudah berpuas hati dan mengikut apa yang disuruh.
Perkataan tatarruf, taasub dan ghuluw hampir mempunyai maksud dan makna yang sama pada kebanyakan fahaman manusia. Tetapi yang lebih hampir kepada benar ialah bahawa taasub dan ghuluw adalah hasil cabangan daripada pohon tatarruf. Begitu juga kefakiran dan penindasan merupakan sumber yang memberi air kepada pohon kayu tatarruf yang hasilnya selepas itu membawa kepada ekstrem.

Penyelesaiannya

Perpaduan kaum adalah elemen penting untuk membasmi gejala ekstremis di negara ini. Ekstremis berkembang akibat daripada tanggapan negatif terhadap kaum serta agama yang berbeza. Rakyat mempunyai kekuatan untuk menafikan tanggapan ini. Fenomena kemajmukan antara kaum di negara ini perlu dimanfaatkan sebagai kekuatan untuk mencorak masa hadapan peradaban manusia.

Tambahan daripada itu juga, agama Islam itu sendiri mengajar umatnya untuk mengkaji dan menelaah secara mendalam segala bentuk pendapat, ijtihad dan pandangan seseorang yang berkhilaf dengan pendapat kita. Perkara sebegini dapat mengelakkan kita daripada sifat taksub dan memegang sesuatu kepercayaan berlandaskan nas dan dalil yang betul. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah al-Zumar: 18)
 Antara cadangan penyelesaiannya:
  • Untuk mencari kebenaran dalam sesuatu hukum, pendapat dan ijtihad maka wajiblah kepada kita untuk merujuk dan kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Dengan bersandarkan kepada kedua-dua sumber ini, kita dapat menetukan hukum dan pendapat yang benar. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

      Maksudnya: Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah Al-Nisa’: 59)
  • Sebagai individu atau perseorangan, Islam menuntut umatnya untuk mendalami, menelaah dan mengkaji sebanyak mungkin cabang ilmu terutamanya ilmu agama. Perkara ini seharusnya menjadi agenda utama bagi kaum Muslimin kerana inilah jalan yang terbaik untuk memahami sesuatu perkara bersesuaian dengan maksud nas dan juga mewujudkan sifat saling bertolak ansur dan berfikiran terbuka. Nabi SAW memberikan saranan dengan sabda Baginda:
لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Maksudnya: ”Tidak boleh berhasad dengki kecuali dalam dua perkara: Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah dan ia membelanjakannya secara benar, kedua orang yang diberi Allah al-hikmah dan dia berperilaku sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain
Riwayat Bukhari (73)
  • Pembinaan keluarga yang meletakkan pembangunan insani bagi setiap ahli keluarganya merupakan salah satu agenda daripada tuntutan Islam. Pendedahan dan penjelasan terhadap ilmu agama khususnya adalah tanggungjawab yang utama bagi ketua keluarga. Berikutan dengan perkara ini Allah SWT merakamkan kisah Luqman al-Hakim:
لَوْ أَرَدْنَا أَن نَّتَّخِذَ لَهْوًا لَّاتَّخَذْنَاهُ مِن لَّدُنَّا إِن كُنَّا فَاعِلِينَ

Maksudnya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(Surah Luqman: 17)
  • Pembentukan masyarakat dan keadaan sekeliling juga turut menjadi elemen utama dalam mengurangi atau mengelakkan wujudkan kelompok atau fahaman ekstremisme ini. Pembentukan sesebuah masyarakat madani seperti yang dibina oleh Nabi SAW adalah contoh yang terbaik menjadi panduan dan pedoman untuk kita.
Langkah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar adalah tindakan dan langkah untuk mewujudkan titik pertemuan dan persaudaraan yang baik. Penindasan kaum yang kuat terhadap yang lemah, perhambaan bagi kaum wanita, eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin dan peperangan antara kaum menjadi lentur dan bertukar kepada pembentukkan saudara dan penyemaian kasih sayang. Inilah agenda utama yang di firmankan oleh Allah SWT;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat: 13)

Di samping itu, sikap toleransi terhadap agama seperti Kristian, Hindu dan Buddha juga adalah jalan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalafahaman dan terwujudnya sebahagian kelompok yang begitu radikal dalam mempertahankan kepercayaan setiap agama tanpa memahami dahulu pandangan dan tuntutan agama masing-masing.

Kewujudan ruang dialog dan sikap saling membantu dapat mengelakkan jurang perbezaan dan kesalahfahaman terhadap kepercayaan masing-masing. Hubungan antara manusia tidak hanya pada hubungan darah daging, sesama agama, tetapi hubungan sebagai nilai kemanusiaan juga merupakan tali penghubung kepada pembentukan masyarakat. Inilah saranan Allah SWT:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

(Surah Al-Imran: 64)
Suasana dan keadaan sekeliling yang bersifat ekstremis adalah punca utama kepada kewujudan budaya ekstremis dalam pegangan atau kepercayaan. Justeru, perlu diwujudkan ruang untuk berdialog dan sikap saling tolong-menolong adalah jalan yang baik untuk membina tali perhubungan.
  • Kewujudan golongan ekstremis atau kumpulan radikal ini, juga terlahir daripada sikap sesetengah pemerintah atau ketua yang mengabaikan atau berlakunya penindasan yang teruk bagi kumpulan atau golongan minoriti. Sikap ketidak adilan, penindasan dan pengabaian hak adalah antara punca lahirnya kumpulan ini.
Sesungguhnya, keadilan dan hubungan antara rakyat dan pemerintah merupakan agenda yang sepatutnya di ambil oleh ketua dengan mewujudkan ruang dan penerapan sikap yang adil dalam pembinaan masyarakat yang harmoni. Allah SWT menyatakan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa
(Surah al-Maidah: 8)

Inilah prinsip utama yang seharusnya menjadi agenda sesebuah pemimpin bagi melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni. Nabi SAW sendiri memberi ingatan bahawa salah satu manusia yang dapat bernaung di bawaha bayangan ‘arasy pada hari kiamat adalah pemimpin yang adil.

Oleh itu sikap ekstremisme dan radikalisme dapat dibendung sekiranya landasan kepada pembentukan masyarakat yang harmoni itu jelas dan sikap keadilan dan keterbukaan menjadi nilai utama bagi sesebuah kepemimpinan.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam menangani isu yang besar ini, sikap bersederhana dan wasatiyyah amat perlu difahami sebaik mungkin. Ilmu yang disulami dengan hikmah serta kefahaman yang benar boleh mengelakkan berlakunya sifat ekstremis. Pujangga pernah menyatakan: “Ibu kepada segala kebaikan adalah tiga perkara: Hikmah, maruah diri, dan keberanian. Kesemuanya mempunyai sifat pertengahan samada kearah melampau atau begitu cuai yang akhirnya menatijahkan kehinaan. Justeru, bersederhana perlu menjadi pakaian Muslim yang ditambah dengan keadilan sudah barang pasti menjadikan masyarakat, ummah dan negara dalam keadaan kestabilan yang tinggi.[2]

Antara perkara yang mungkin dapat menyekat kefahaman ekstremis ialah membetulkan cara berfikir dalam Islam serta memahami hakikat keadilan dan wasatiyyah. Tambahan pula, bila adanya satu sistem syura di kalangan masyarakat, sudah barang pasti membawa kebaikan bersama. Dasar wasatiy bagi ummat yang wasatiy sangat sesuai diterapkan di bumi Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya. Justeru, amat wajar untuk sama-sama dari segenap lapisan masyarakat berusaha dengan penuh konsisten dalam menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan berterusan dalam kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih meluas meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti ekonomi. Marilah sama-sama kita berlapang dada dan saling meraikan antara satu sama lain dengan membuang sikap dan sifat keras hati dan tidak mungkin menerima pendapat orang lain kerana merugikan diri sendiri dan tidak berkembangnya dakwah Islamiyyah. Saya tutup kenyataan ini dengan firman Allah SWT

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
(Surah Ali Imran: 159)

Syeikh Mustafa al-Maraghi berkata: “Sekiranya kamu hai Muhammad bersikap kasar lagi jumud dalam menjalani perhubungan dengan mereka nescaya mereka akan lari darimu dan mereka tidak selesa lagi tinggal bersamamu.”

Penutup

Sejarah Rasulullah SAW di Kota Mekah dan Madinah juga cukup untuk menjadi bukti bahawa keputusan tentang jihad hanya berada di bawah kuasa pemimpin dan tidak harus untuk menjerumuskan orang Islam ke dalam bahaya yang akibatnya tidak diingini. 

Oleh yang demikian, jihad perlu diberi pengertian yang sebenar di samping melihat awlawiyyat-nya dan hendaklah mengikut situasi dan perkembangan masa kini kerana sifat Islam sesuai sepanjang zaman, temapt dan masa. Begitu juga jihad mempunyai pembahagiannya yang banyak yang perlu udiberi perhatian yang khusus oleh pemerintah, para ulama, ibu bapa dan juga amsyarakat.

Mufakkir Islami Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Jaddid Hayatak antara lain menyatakan: “Sungguh sayang, banyak orang yang menzalimi hakikat keimanan kepada Allah dan hari Kiamat. Menurut mereka, keimanan menghalang seseorang untuk mendapatkan kehidupan yang sebenarnya sebagaimana bayangan bumi yang menghalangi sinar bulan sehingga terjadinya gerhana. Bagi mereka, keimanan merosak kehidupan sehingga terjadinya mereka terlempar ke dalam jurang keterasingan. Lebih jauh, keimanan dianggap telah menarik penderitaan, kesempitan, kesukaran, dan kesedihan dalam kehidupan. Pemahaman seperti ini tentu sahaja sangat keliru dan menyalahi hakikat agama. Rasulullah SAW tidak pernah mengajarkan bahawa keimanan akan merosak kehidupan. Justeru, baginda berdoa:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻟِﻰ ﺩِﻳﻨِﻰَ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﻫُﻮَ ﻋِﺼْﻤَﺔُ ﺃَﻣْﺮِﻯ ﻭَﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻟِﻰ ﺩُﻧْﻴَﺎﻯَ ﺍﻟَّﺘِﻰ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻣَﻌَﺎﺷِﻰ ﻭَﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻟِﻰ ﺁﺧِﺮَﺗِﻰ ﺍﻟَّﺘِﻰ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻣَﻌَﺎﺩِﻯ ﻭَﺍﺟْﻌَﻞِ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓَ ﺯِﻳَﺎﺩَﺓً ﻟِﻰ ﻓِﻰ ﻛُﻞِّ ﺧَﻴْﺮٍ ﻭَﺍﺟْﻌَﻞِ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕَ ﺭَﺍﺣَﺔً ﻟِﻰ ﻣِﻦْ ﻛُﻞِّ ﺷَﺮٍّ

Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku, perbaiklah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaiklah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini sebagai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikkan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasankudari segala keburukan”.

Menagapa mereka menganggap keimanan membawa kepada kepedihan dan penderitaan dan kecemasan? Mengapa mereka menganggap penderitaan kesedihan merupakan perantara utama untuk meraih redha Allah?

Marilah kita tinggalkan sikap keterlaluan dan ketaksuban terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan fikiran dan tindakan kita menyalahi kehendak dan maksud sebenar tuntutan agama.
Kita memohon kepada Allah SWT berkenaan memerangi jalan pada segenap generasi muda, ulama dan sekalian kaum Muslimin agar menjauhkan kita dari segenap pemikiran yang keterlaluan dan sikap ketaksuban yang terlampau serta kecenderungan hati kita kepada kesesatan daripada jalan yang benar.

Akhir kalam, semoga Allah SWT menerangi hati dan membuka jalan kepada kita untuk terus mendalami ilmu agama dan sesekali tidak meletakkan kita bersama golongan yang sesat dan mereka yang dimurkai.

Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
25 Mei 2015 bersamaan 6 Syaaban 1436H
_________________________________

Sumber WMWP / HD - 25-5-2015



MARILAH SAMA-SAMA KITA HORMATI ULAMA - MUFTI WP


S.S. DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI - MUFTI WILAYAH PPERSEKUTUAN


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35650-marilah-sama-sama-kita-hormati-ulama-mufti-wp

Sumber HD - 27-5-2015


ISIS : JANGAN TERSALAH FAHAM KONSEP JIHAD - ML4S


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34414-isis-jangan-tersalah-faham-konsep-jihad

Sumber HD - 18-3-2015


LAGI KEJADIAN MUSLIM MATI DITEMBAK DI AMERIKA - CAIR-DFW



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34208-lagi-kejadian-muslim-mati-ditembak-di-amerika

Sumber HD - 7-3-2015


TAKSUB JAHIL PUNCA PENGARUH FAHAMAN EKSTREMIS - MUFTI WP


SS DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34081-taksub-jahil-punca-pengaruh-fahaman-ekstremis

Sumber HD - 27-2-2015


ISIS : SEMBELIH KENJI GOTO, MASJID DIJEPUN TERANCAM - JAPAN TIMES


UMMAT ISLAM JEPUN BERDOA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34055-isis-sembelih-kenji-goto-masjid-di-jepun-terancam

Sumber HD - 24-2-2015


MILITAN : PPENGASAS MADRASAH NAFI DAKWAAN NEW YORK TIMES - MOHD ZAINON ARIFFIN


MADRASAH NURUL HIDAYAH, KUALA KETIL, KEDAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34051-militan-pengasas-madrasah-nafi-dakwaan-new-york-times

Sumber HD - 25-2-2015


GUNA MEDIA UNTUK LAWAN PROPAGANDA EKSTREMIS - WAN MOHAMAD WASIF WAN MOHAMAD


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34045-guna-media-untuk-lawan-propaganda-ekstremis

Sumber HD - 25-2-2015


DO NOT FORGET NIGERIA WHILE STANDING UP FOR CHARLIE
Sumber Asal - http://www.harunyahya.com/

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33623-do-not-forget-nigeria-while-standing-up-for-charlie

Sumber HD - 2-2-2015


JAKIM BOLEH SAMAN ERIC PAULSEN KERANA MEMFITNAH - PEGUAM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33441-jakim-boleh-saman-eric-paulsen-kerana-memfitnah

Sumber HD - 24-1-2015





















MP Kuwait desak muslimat pakai tudung kepala

EHSAN ABDEL MAGEED | .
KUWAIT: Beberapa ahli parlimen (MP) Kuwait bertindak mendesak pihak berkuasa agar memperkenalkan satu peraturan baru untuk mewajibkan golongan muslimat negara itu supaya bertudung kepala, ia berikutan terdapat dua ahli parlimen wanitanya masih lagi tidak bertudung kepala seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Perlembaan negara itu.


Ahli Parlimen, Dr Jam’an al-Harbash berkata, pihak berkuasa perlu segera menguat-kuasakan peraturan itu kerana ia adalah wajib di sisi undang-undang negara dan agama. Ia berikutan desakan Majlis Fatwa Kuwait yang bersidang 24 November lalu yang mewajibkan seluruh muslimat di Kuwait memakai tudung kepala.

Sementara seorang lagi Ahli Parlimen, Faisal al-Muslim menyebut, bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab menyegerakan penguat-kuasaan pemakaian tudung kepala ke atas seluruh muslimat di Kuwait bagi membuktikaan kerajaan bersedia melaksanakan keputusan sidang parlimen yang meluluskan peraturan baru itu.

Walau bagaimanapun, keputusan itu disangkal oleh ahli-ahli parlimen Liberal yang menganggap fatwa berkenaan tidak relevan malah perlu merujuk kepada peraturan asal yang tidak menyebut wajib, malah pemakaian tudung kepala sebagai satu pakaian pilihan ke atas semua wanita negara itu.

Sementara seorang ahli parlimen wanita Kuwait yang ditemui, Rola Dashty telah mengemukakan bantahan 27 November lalu dengan menyatakan bahawa peraturan itu perlu dirombak semula, ini termasuk peraturan baru juga perlu diperkenalkan kepada calon-calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya terlebih dahulu memakai tudung kepala sesuai dengan tuntutan Syariat Islam dan kehidupan berpolitik. - Asharqalawsat

Sumber HD - 22-12-2014






















Qaradhawi hairan UAE senarai Ulama Sedunia pengganas

HARAKAHDAILY | .

KESATUAN Ulama Sedunia dengan ketuanya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.

"Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.

Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Senarai ini juga merangkumi pelbagai agensi kemanusiaan, bantuan dan persatuan komuniti Muslim yang ada di dunia Arab dan Barat. [Fq/islampos/reuters]

Sumber HD - 18-11-2014


























Dekati SIS elak keliru peraturan agama - Khairiah

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Senator Khairiah Mohamad mahu golongan agamawan mendekati Sisters In Islam (SIS) bagi menjelaskan peraturan sebenar menutup aurat dalam Islam.

“Perlu dijelaskan aurat menurut agama Islam. Jangan tinggalkan mereka. Jika tidak kita seolah-olah mundur semula ke belakang semula tanpa mengambil sebarang inisiatif mendekati mereka.

“Dari sudut aurat mereka difahamkan masih berpegang tidak wajib wanita menutup aurat kerana mendakwa tidak ada nas yang mewajibkannya sedangkan ia adalah peraturan dalam Islam. Perkara-perkara sebegini perlu dijelaskan kepada mereka.

“Selagi dibiarkan mereka berfahaman sedemikian ia tidak menyelesai masalah. Pertemuan perlu dibuat untuk menjelaskan kepada mereka,” katanya di sini.

SIS sebelum ini mempertikai tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjalankan operasi gempur aurat di premis-premis perniagaan.

NGO berkenaan mendakwa wanita Muslim bebas membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertudung atau tidak. Mereka membawa maksud surah al-Baqarah: 2:256 yang bererti “tidak harus ada paksaan dalam agama”.

MPKB BRI menjalankan 'Operasi Gempur Aurat' bagi memastikan peniaga di Kota Bharu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi orang Islam.

Sejak operasi itu diadakan September lepas sebanyak 34 kompaun dikeluarkan kepada premis perniagaan yang engkar.

Khairiah berkata, cara kefahaman SIS mengenai agama boleh mengelirukan orang ramai sehingga timbul desakan supaya NGO itu diharamkan.

Katanya juga ada segelintir kakitangan kerajaan negeri kalangan wanita Muslim belum menutup aurat sepenuhnya sebagaimana mengikut garis panduan Islam.

“Masih ada yang berpakaian sendat biar pun bertudung. Amat malang apabila masih ada kalangan kakitangan wanita Muslim tidak menghayati dasar Membangun Bersama Islam.

“Tidak semestinya pakai tudung bulat atau labuh tetapi sekurang-kurangnya tutup bahagian dada.

“Begitu bersolek usahlah mengenakan warna-warna yang tebal. Sepatutnya kita menjadi contoh kepada orang lain,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Cabaran ummah masa kini - Dr Tareq Al-Suwaidan

HARAKAHDAILY | .




KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Innovation, DR TAREQ AL SUWAIDAN baru-baru ini menemui Pengarah Urusan Harakah, DR ROSLI YAAKOP bagi bertukar-tukar fikiran dalam pelbagai topik. Dr Tareq yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam bidang latihan pengurusan dan perancangan strategik, ceramah motivasi dan penampilan di program-program televisyen telah berkongsi pandangan-pandangan beliau berkaitan cabaran-cabaran yang dihadapi umat Islam masa kini.


Harakah: Bolehkah anda menerangkan serba sedikit berkaitan latar belakang anda dan penglibatan anda bersama Ikhwan?

Tareq: Penglibatan saya bersama Ikhwanul Muslimin (Kuwait) bermula semenjak 1969, iaitu lebih kurang 45 tahun lepas. Penglibatan saya bagaimanapun tidak hanya terhad di Kuwait. Tugasan-tugasan saya telah membawa saya ke merata dunia. Saya juga pernah berada dalam barisan pimpinan Ikhwan di Amerika Syarikat dan saya memberikan latihan kepada pemimpin-pemimpin Ikhwan di serata dunia bermula di Maghribi sehinggalah ke Malaysia.

Saya juga menggalas tugasan penting untuk melatih pemimpin-pemimpin gerakan Islam untuk masa hadapan sama ada di dalam Ikhwan ataupun bagi pergerakan-pergerakan lain. Kami telah mengadakan pelbagai latihan-latihan kepimpinan dan kami telah melatih sekitar 60,000 pemimpin-pemimpin muda.


Harakah: Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi umat Islam masa kini?

Tareq: Cabaran-cabaran tersebut boleh kita ringkaskan kepada lima perkara. Ini termasuklah keperluan bagi umat Islam untuk mengubah sikap mereka sama ada dalam urusan kekeluargaan dan sebagainya.

Kita juga perlu untuk mengubah sikap kita ketika melakukan urusniaga dan ketika berurusan dengan pihak bukan Islam. Ini juga termasuk perkara penting seperti menjaga kebersihan.

Kedua kita perlu menjadi lebih cekap dan meningkatkan produktiviti. Kebanyakan dari syarikat-syarikat dan organisasi kita tidak cekap dan mempunyai produktiviti yang rendah. Kita juga mengalami kemunduran kerana kita tidak menggunakan sumber-sumber kita bagi mengadakan penyelidikan saintifik. Tampaknya umat Islam hanya menyumbang sebanyak 0.1 peratus ke atas penyelidikan sains (sedunia).

Kita juga mundur dalam bidang pengurusan, pendidikan dan bidang-bidang lain. Kita juga menghadapi cabaran besar untuk memahami agama kita. Kefahaman kita tidak bersesuaian dengan zaman sekarang dan kita menghadapi cabaran yang besar dengan ideologi yang tidak moden dan terkini. Ini berlaku kerana kita menjadi terlalu taksub.

Cabaran yang terakhir adalah cabaran yang dihadapi para pemimpin kita. Ini bukan sahaja terhad kepada pemimpin di bidang politik tetapi juga di bidang-bidang lain. Ramai yang bercakap tentang keburukan para pemimpin kuku besi tetapi mereka sendiri bertindak sebagai pemimpin kuku besi dalam organisasi-organisasi mereka sendiri.
Juga secara keseluruhannya umat Islam tidak mempunyai satu sistem umum untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin baru. Jadi penghasilan pemimpin-pemimpin baru berlaku secara tidak sengaja tanpa sebarang pelan tersusun. Kita juga tidak mempunyai sukatan pelajaran bagi melahirkan pemimpin-pemimpin baru.


Harakah: Bagaimana pula dengan rintangan-rintangan yang terpaksa dihadapi umat Islam untuk bangkit semula?

Tareq: Isu yang paling penting terutama di negara-negara Arab adalah kewujudan pemimpin-pemimpin kuku besi. Pemimpin diktator begini telah menyebabkan kita menjadi mundur. Mereka mencuri duit yang sepatutnya menjadi milik rakyat. Mereka
tidak menghormati sistem demokrasi.

Kita menyaksikan kewujudan "Arab Spring" yang merupakan satu percubaan untuk menggulingkan pemimpin-pemimpin diktator ini. Pada awalnya ia berjaya tetapi kini kita melihat anasir-anasir anti-revolusi yang mahu melihat perkembangan ini terbantut. Mereka kini telah berjaya mematahkan "Arab Spring" di Mesir dan begitu juga di Libya dan Yaman.

Di Tunisia, pergerakan Islam di sana mengambil pendekatan yang lebih anjal dan anasir-anasir anti-revolusi kini terpaksa berundur. Walaupun pergerakan Islam di Tunisia mendapat undi majoriti di parlimen, mereka mengambil keputusan untuk
berundur dan tidak bertanding untuk merebut jawatan Presiden bagi menenangkan suasana di sana. Kini Tunisia berada dalam keadaan aman dan Perlembagaan baru juga telah diluluskan.

Isu kedua yang menjadi rintangan kepada umat Islam adalah gejala rasuah. Ini melibatkan tindakan mencuri harta rakyat dan membuat penipuan serta mengambil rasuah.

Di Turki sahaja mereka telah berjaya menyelamatkan RM60 bilion dengan usaha-usaha mengurangkan rasuah. Bagaimanapun kejadian-kejadian rasuah tetap berlaku. Sekiranya kita bercakap tentang keseluruhan dunia umat Islam maka jumlah ini tentunya menjadi beratus ribu juta. Cuba kita bayangkan kesannya sekiranya wang ini disalurkan ke bidang pendidikan dan penyelidikan saintifik.

Masalah ketiga kita adalah kefahaman kita tentang dunia zaman moden. Di antaranya isu tentang hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Sebagai contoh sesetengah cerdik pandai tidak menerima kerjasama dengan parti-parti bukan Islam walaupun perkara sebaliknya telah berlaku secara jelas dalam sejarah Nabi Muhammad sendiri.

Juga kini pihak ulamak telah bersetuju bahawa wanita boleh menjadi ketua dalam pergerakan Islam ataupun dalam mana-mana negara Islam. Selain daripada itu adalah tentang keperluan untuk mancapai kesatuan ummah.

Sebagai contohnya kini kita berusaha untuk mewujudkan persekutuan negara-negara Islam yang mempunyai dasar-dasar sama dalam empat bidang iaitu dasar-dasar asing, ketenteraan, kewangan dan keperluan untuk tidak memerlukan visa bagi pergi dari satu negara ke negara yang lain tanpa perlu memansuhkan sempadan sedia ada.

Negara-negara di Eropah telah berjaya mencapai matlamat ini walaupun mereka mempunyai bahasa, agama dan sistem politik yang berbeza. Oleh itu perkara ini sepatutnya lebih mudah dicapai bagi negara-negara Islam.

Rintangan keempat yang terpaksa dihadapi oleh negara-negara umat Islam adalah campur tangan pihak Barat. Malaysia, tidak seperti negara lain telah berjaya menangkis campurtangan ini, setakat ini.

Rintangan yang terakhir adalah kewujudan negara Zionis Israel. Keadaan di Palestin begitu melemahkan ummah dan menyebabkan berlakunya ketegangan. Perjuangan yang berterusan di sana bagi menentang penaklukan Israel adalah satu cabaran terbesar umat Islam dalam usaha kita untuk kembali bangkit.



Harakah: Dunia kelihatan mengalami pergeseran yang hebat dan umat Islam kelihatannya sentiasa menjadi mangsa terutama di Timur Tengah dan juga di tempat-tempat lain. Apakah asas penyebab konflik ini?

Tareq: Kita pernah menjadi peradaban yang paling maju. Kita menerajui dunia selama 1,000 tahun semenjak bermulanya Islam dan sehingga tahun 998H apabila tentera Uthmaniah mengepung Vienna.

Kita amat berkuasa ketika itu dan hampir-hampir menakluki Eropah. Tetapi ketika itu tumpuan kita adalah berbentuk ketenteraan semata-mata dan kita tidak memberi tumpuan terhadap usaha untuk mengembangkan agama, menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan memastikan tertegaknya keadilan.

Apabila satu-satu peradaban diketuai pihak tentera maka tiada perkembangan berlaku dalam peradaban tersebut. Malang sekali selepas itu kemajuan ketenteraan kita juga menjadi mundur sehinggalah jatuhnya sistem khalifah dan negara-negara umat Islam berpecah dan ditakluki kuasa-kuasa Barat.

Penaklukan ini mendatangkan musibah dan masalah kepada umat Islam. Ia menjadi bertambah buruk lagi apabila ketika diberikan kemerdekaan, negara-negara umat Islam sebenarnya tidak benar-benar merdeka. Pemimpin-pemimpin boneka dilantik dan ini menyebabkan kemunduran berterusan.

Saya juga berpendapat, kuasa-kuasa besar seperti pihak Inggeris juga mempunyai dasar yang jelas untuk memastikan bahawa mereka meninggalkan masalah-masalah besar di negara-negara bekas jajahan mereka sama ada di negara itu sendiri ataupun di sempadannya.

Konflik yang wujud akan terus melemahkan negara tersebut dan oleh itu negara-negara terbabit akan terus-menerus bergantung kepada kuasa-kuasa Barat. Kita masih lagi berada di era tersebut walaupun kita telah merdeka.

Oleh itu bagi menjawab persoalan tersebut, umat Islam berada dalam keadaan sekarang kerana kita telah menjadi mundur selama 400 tahun dan kita telah membuat kesilapan dengan terlalu memberi tumpuan ke atas bidang ketenteraan dalam jangka masa yang panjang dan tidak memberikan tumpuan sewajarnya ke atas bidang sains dan teknologi.


Harakah: Apakah pandangan anda terhadap IS?

Tareq: IS adalah satu kumpulan pengganas. Mereka membunuh rakyat awam dan mereka tidak menentang pihak Zionis Israel. Kebanyakan orang tidak memahami latarbelakang mereka dan beranggapan bahawa sokongan mereka terhadap ISIS adalah sokongan untuk mewujudkan kembali sistem khalifah Islam. Tetapi kita mesti mengambil pendirian jelas bahawa ISIS adalah kumpulan pengganas dan kita mesti menentang kumpulan ini.


Harakah: Apakah pandangan anda tentang teori wujudnya pertembungan peradaban di antara umat Islam dan pihak Barat?

Tareq: Saya tidak berasa wujudnya pertembungan peradaban. Kefahaman tersebut adalah salah. Bagi saya pertembungan tersebut boleh sahaja digantikan dengan kerjasama antara peradaban.

Umat Islam sebenarnya maju dalam beberapa perkara seperti nilai dan etika dan peradaban Barat pula maju dalam bidang-bidang sains dan teknologi. Kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk mendatangkan manfaat bagi manusia seluruhnya. Ini tentunya akan mendatangkan kebaikan kepada umat manusia dan pertukaran maklumat ini tentunya akan mendatangkan manfaat bagi kedua-dua pihak.

Satu-satunya pertembungan yang akan berlaku adalah antara umat Islam menentang pihak penjajah Zionis, yang perlu kita lihat sebagai berasingan dari pihak Yahudi. Secara peribadinya saya sendiri tidak melihat sebarang makna bagi kita untuk
bekerjasama dengan pihak Zionis yang zalim, agresif dan gemar menindas. Mereka menggunakan agama mereka untuk menindas. Sebaliknya orang Yahudi pula mampu hidup secara aman di negara-negara umat Islam.

Buku-buku orang Yahudi telah mencatatkan secara jelas bahawa kegemilangan orang Yahudi berlaku ketika Islam memerintah Sepanyol. Mereka dilantik menjadi doktor bagi pihak sultan-sultan. Mereka juga dilantik menjadi menteri-menteri dan dihormati.

Tetapi apabila mereka menjajah Palestin mereka menjadi amat menindas, agresif dan bersikap berat sebelah dan mengambil pendekatan untuk terus merampas harta rakyat Palestin. Mereka juga bertindak menghalang bantuan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin.

Kezaliman yang berlaku menyebabkan kita tidak sepatutnya untuk tidak bertolak ansur dengan peradaban yang sedemikian. Satu-satu cara untuk berhadapan dengan cabaran ini adalah untuk terus menghapuskannya.

Tentunya kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan menggunakan tentera-tentera fanatik seperti IS. Kita perlu menjadi maju dalam semua bidang untuk menjadikan peradaban kita dihormati.


Harakah: Pihak barat tampaknya gemar untuk menuduh pihak Islam sebagai pengganas. Apakah kelebihan yang akan mereka perolehi dengan berbuat demikian?

Tareq: Mereka tidak memperolehi apa-apa dan saya tidak beranggapan mereka mempunyai objektif sedemikian. Satu kajian mendalam mengenai Islam di Kuwait mendapati 90 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak mengetahui tentang Islam dan kebanyakan maklumat yang mereka dapati adalah melalui berita-berita media yang gemar membuat liputan berkaitan perkara-perkara sensasi seperti kegiatan pengganas.

Itulah di antara sebab mengapa umat Islam dikaitkan dengan pengganas. Sebanyak 8 peratus pula mendapat pengetahuan mereka melalui buku-buku dan kursus-kursus universiti yang diajar oleh orang bukan Islam. Hanya dua peratus sahaja mendapat maklumat melalui orang Islam dan tidak kesemua maklumat itu adalah betul.
Berbanding mengambil pendekatan menyalahkan pihak Barat yang mengaitkan Islam dengan keganasan, kita sepatutnya berusaha keras untuk mewujudkan saluran media yang menjelaskan tentang Islam.

Ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan pihak kerajaan. Jadi berbanding menyalahkan mereka kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencari jalan penyelesaian.


Harakah: Akhir sekali, apakah pandangan anda tentang PAS?

Tareq: Saya tidak mencampuri urusan dalaman (mana-mana pihak) dan saya juga tidak mempunyai maklumat-maklumat khas yang berkaitan. Tetapi bagi mana-mana organisasi ataupun parti politik, untuk berjaya mereka perlu mempunyai sifat-sifat tertentu.
Pertama ia mesti mempunyai ideologi yang moden dan terkini. Juga seharusnya wujud perbezaan yang jelas bagi prinsip-prinsip yang tidak bertukar dan apa yang boleh berubah mengikut peredaran masa.

Sekiranya perubahan tidak boleh dilakukan maka ideologi tersebut akan mengalami masalah besar.

Kedua, organisasi tersebut mesti mempunyai pelan strategik untuk 20 tahun yang akan datang.

Juga (ketiga) mesti adanya pelan peralihan kepimpinan yang jelas bagi menggantikan pemimpin-pemimpin sedia ada. Ini tidak semestinya khas untuk PAS sahaja tetapi juga kepada mana-mana organisasi.

Keempat, organisasi tersebut perlu mempunyai sistem yang anjal. Sekiranya sistem parti tersebut tidak anjal maka organisasi tersebut akan sukar berjaya. Juga perlu wujudnya sistem untuk menambahkan ahli-ahli organisasi seawal usia tadika.

Sesebuah organisasi juga perlu mempunyai latihan yang agresif bagi pemimpin-pemimpin dan juga untuk ahli-ahlinya kerana sumber manusia adalah tidak ternilai.

Ini memerlukan pendidikan dan latihan, dan juga perancangan strategik, kreativiti dan kebolehan membuat keputusan.

Penumpuan juga tidak seharusnya diberikan kepada tarbiah semata-mata kerana dengan itu anda tidak akan berjaya menghasilkan pemimpin-pemimpin yang mahir dalam bidang politik, ketenteraan ataupun kewangan.

Organisasi tersebut juga perlu untuk menjadi celik Teknologi Maklumat bagi membolehkan pemimpin-pemimpinnya berkomunikasi secara terus dengan ahli-ahli.

Ahli-ahli juga perlu diberi keterangan tentang proses membuat keputusan melalui media. Perlu juga wujudnya pemasaran idea. Sekiranya anda masih lagi memasarkan idea anda secara tradisi melalui khutbah dan ceramah-ceramah, maka organisasi anda adalah mundur.

Sesebuah organisasi juga perlu memberikan khidmat perkhidmatan kepada ahli-ahli dan penyokongnya.

Terakhir sekali adalah kreativiti. Daya kreativiti boleh diukur dengan memastikan adanya satu projek besar untuk tahun itu yang berbentuk kreatif. Ini adalah satu soalan yang perlu untuk dibangkitkan setiap tahun. - HARAKAHDAILY, 13/11/2014






Dr Rosli dan team English Section Harakah mewawancara Dr Tareq Al Suwaidan di hotel penginapan beliau di Kuala Lumpur.

Sumber HD - 13-11-2014

No comments:

Post a Comment