BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, November 19, 2014

LAJNAH KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PAS PUSAT - DR RIDHUAN MOHD NOR SESI 2017 - 2019


Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com

Lajnah Kesenian dan Kebudayaan:

Pengerusi: Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC




32 Tahun Tragedi Memali: Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja

OLEH: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Seharian ini alam siber berdecak dengan isu Memali ekoran daripada keganasan yang tercetus di program Tun Mahathir, Nothing to hide di Shah Alam petang 13 Ogos. Soalan berkaitan tragedi Memali dikatakan permulaan detik huru hara dalam program mantan Perdana Menteri yang kini mengetuai blok Pakatan Harapan,sehingga Tun diselamatkan oleh petugas keselamatan.

Tragedi Memali yang telah terpahat selama 32 tahun adalah mercu tanda kezaliman BN di zaman pemerintahan Tun Mahathir, segalanya sangat rahsia seperti membuka kotak pandora yang malu. Generasi muda yang kritis membuncah rasa ingin tahu apakah sebab kematian sebenar empat orang anggota keselamatan yang terlibat dan apakah yang dimaksudkan SOP pihak keselamatan oleh Tun, yang menyebabkan 14 orang rakyat menjadi korban tragedi ini.

Baling sekali lagi melakar sejarah, namun dengan lebih tragis dan merobek jantung hati dengan berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985. 14 penyokong PAS dan empat orang polis terkorban akibat kerakusan dan kesilapan regim BN menanggani peristiwa ini yang mengundang kritikan berpanjangan sepanjang tiga dekad ini. Dekad 1980an adalah dasawarsa kebangkitan Islam yang menyaksikan kerajaan BN melancarkan kempen Penerapan Nilai Islam untuk menghadapi kebangkitan Islam yang sedang bersemarak hangat.

Tokoh utama yang menjadi watak tragedi ini ialah assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali juga sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau adalah pendakwah dan ulama yang pernah mendapat pendidikan di Deoband India, Universiti al Azhar Mesir dan juga Maahad Dakwah di Tripoli Libya. Beliau yang juga pemidato yang handal sehingga pernah dinobatkan sebagai pendakwah terbaik di Wilayah Persekutuan, aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di Lembah Klang Ustaz Ibrahim berkerja dibawah Pusat Islam sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan pulang ke daerah kelahirannya untuk sepenuh masa menyebarkan pencerahan dan ilmu agama untuk masyarakat desa yang dahagakan ilmu.

Ustaz Ibrahim mengasaskan pusat pengajian Islam di kampung Memali Baling, aktif menyampaikan kuliah agama di Utara Semenanjung dan popularitinya dengan pantas mencuat dikalangan
\masyarakat Utara Semenanjung. Beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 di DUN Bayu, namun tewas tipis kepada calon BN. Selain itu pernah menjadi Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, juga Pengerusi ABIM daerah Baling.

Pada tahun 1984 , berlaku tangkapan kepada tokoh-tokoh pimpinan pemuda pas dibawah ISA , antaranya ustaz Abu bakar Chik, ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara. Namun pihak berkuasa gagal menahan Ustaz Ibrahim kerana beliau dikawal rapi oleh penyokong-penyokongnya yang setia.

UMNO kedah semakin gelisah dengan populariti almarhum yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman, sentiasa hadir menyampaikan kuliah dimana sahaja beliau dijemput.

Dalam perhimpunan Agong UMNO pada tahun 1985, sekali lagi wakil UMNO Kedah mendesak KDN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Ibrahim Libya yang dilihat mengancam penguasaan UMNO di Kedah. Pada tahun yang sama berlaku tragedi Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Padang Terap yang membawa pembunuhan terhadap Osman Talib, seorang aktivis PAS Kedah, juga kecederaan parah seorang ahli PAS dari Besut, Haji Ayub Mir. Bahang kebangkitan PAS semakin menyala di negara ini, apatah lagi dengan fenomena Haji Hadi yang sedang melanda .

Dengan desakan berterusan, maka akhirnya pada 19 November 1985 berlakulah tragedi yang memerihkan hati umat Islam negara ini, plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia. Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa. Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini.

Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh. Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat , manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengistiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada.

Peristiwa Memali tetap utuh bersemayam ditangkai hati kita yang cintakan kebenaran. Walaupun terabai di mahkamah dunia namun mahkamah akhirat pasti kezaliman ini disingkap tirainya yang berlapis-lapis. Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ikon perlawanan diantara hak dan batil, juga keteladanan dijalan dakwah yang penuh dengan hamparan mehnah dan ibtila’.

Sosok pendakwah yang mengorbankan kesenangan hidup untuk menjadi lantera dalam kegelapan pekat kejahilan masyarakat desa Baling. ” Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah” frasa kata itu terpacul daripada mulut almarhum sebagai manifestasi menyintai kebenaran dan tidak akan bermanis muka dengan kebatilan.

Semoga kita semua tidak melupakan tragedi berdarah Memali 32 tahun lalu walaupun Pakatan Harapan sedang menggema ratih ke Putrajaya. Pencinta-pencinta keadilan dan kebenaran tetap tidak dapat melupakan tragedi Memali yang sebenarnya menjadi siraman kepada baja perjuangan!

(Penulis ialah Pengerusi Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat

Sumber BO - 14-8-2017





Lajnah Kesenian PAS ziarah Mus di Hospital Ampang

LAJNAH Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat yang diketuai pengerusinya, Dr Riduan Mohamad Nor menziarahi vokalis kumpulan May, Mus di Hospital Ampang, hari ini. 
Rombongan tersebut turut menyampaikan sumbangan kepada Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, dan mendoakan beliau agar sembuh. 
Mus dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3 Julai lalu dan ditempatkan di Zon Kritikal selepas mengalami demam panas.
Beliau dipindahkan ke ICU Hospital Ampang untuk rawatan lanjut pada 5 Julai lalu. 
Berikut coretan Dr Riduan. 
Besarnya hikmah yang terkandung daripada sunnah ar-Rasul SAW supaya kita menziarahi orang sakit. Hari ini menziarahi Mus, vokalis kumpulan MAY, kumpulan rock yang pernah berada di papan carta utama balada rock tanah air di penghujung 80-an dan awal 90-an. 
Mus, yang asalnya mengalami demam panas dan akhirnya koma, kini dirawat di Hospital Ampang melebihi dua minggu. Mus seperti menahan kesakitan semasa proses penularan plasma oleh jururawat, dia akhirnya senyum apabila rombongan LESTARI (Lajnah Kesenian dan Kebudayaan) tiba. 
Zulkifli Wahijan menyuntik semangat untuk Mus terus bersabar dan tabah, sakit adalah kaffarah dan ianya akan mendekatkan kita pada Tuhan. Mus berkongsi cerita, dia tak mampu lagi berdiri buat masa ini, rasa kepeningan dan masih tak stabil untuk berjalan. Berulang kali anak seni ini mengucapkan terima kasih kepada rombongan yang menziarahi dan mendoakan beliau semoga sembuh. 
Zuar XPDC melunakkan lagi ziarah dengan memberitahu Mus, seorang lagi rockers iaitu Mail XPDC yang juga kini dalam proses penyembuhan. Mail dikejarkan ke hospital dan dimasukkan darah apabila mengalami ulser serta gout. Zuar juga memberikan harapan kepada Mus supaya bersabar dengan ujian dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan beliau. - HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017 




Martabatkan Bahasa Melayu di negara ini

KEPUTUSAN Kabinet semalam yang memutuskan bahawa pegawai perubatan latihan siswazah bersama Kementerian Kesihatan mesti lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melegakan semua pihak. 
Ia sekali gus menolak pengumuman awal melonggarkan syarat lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr S. Subramaniam beberapa hari lalu. Keputusan itu juga merungkai segala kemelut yang melingkari dalam negara ini sehingga mengundang perbahasan serta kemarahan beberapa pihak. 
Kita semua merasa hairan bagaimana boleh timbul idea syarat kelonggaran bahasa Melayu dalam SPM sedangkan selama ini syarat ini telah dilaksanakan, tiada masalah yang timbul terhadap rakyat Malaysia. Mengapa sekarang pula ia menjadi polemik seakan-akan ada pihak yang tidak mahu mengambil berat subjek Bahasa Melayu atau mahu meremehkan bahasa ibunda ini. 
Seharusnya, isu Bahasa Melayu tidak perlu dijadikan alat politik sesiapa juga. Pihak tertentu seperti mahu bermain api dengan mencetus isu yang membangkitkan sensitiviti rakyat. Meskipun Bahasa Melayu yang dipertikaikan hanya diperingkat SPM, tetapi jika dilonggarkan untuk lulus menjadikan segelintir rakyat tidak menganggap Bahasa Melayu sebagai penting. 
Akibatnya, bahasa ini semakin dilupakan dan dipinggirkan. Kesannya lebih besar apabila ada rakyat yang mula berasa malu bercakap Bahasa Melayu, meremehkan bahasa ini bahkan sampai ada yang tidak tahu berkomunikasi dengan Bahasa Melayu. 
Apa yang diharapkan adalah ketegasan kerajaan di dalam mendaulatkan Bahasa Melayu di negara ini. Syarat wajib lulus SPM dalam subjek Bahasa Melayu perlu ditingkatkan dengan syarat lulus dengan cemerlang dalam subjek ini. Bahasa Melayu juga mesti menjadi bahasa komunikasi utama melalui sektor kerajaan mahupun swasta. 
DR RIDUAN MOHD NOR
(Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat) – HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD - 6-7-2017 







Kelompok Artis Dan Seniman Dalam Pemugaran Arus Dakwah Negara

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

JIKA Indonesia terpanar dengan kesan “gelombang hijau” akibat penghijrahan artis, seniman dan budayawan papan carta utama seperti Deddy Mizwar, Opick dan puluhan nama besar yang lain, negara kita juga mengalami ombak seni yang sama sekitar lima tahun ini. Kelompok seniman yang mencari jalan hidup bertuhan telah menjadi fenomena besar tanahair sehingga menimbulkan kegusaran pihak berkuasa apabila anak seni ini memilih untuk bersama gerakan Islam.

Nama besar bidang seni seperti Azmil Mustapha, Bob Lokman, Pierre Andre, Abby Abadi, Zuar XPDC, Ali XPDC, Zulkifli M. Osman, Sham kamikaze dan ratusan yang lain seolah membentuk satu gelombang besar yang memercik kesannya pada masyarakat. Mereka hadir dalam majlis forum, talkshow, sembang santai, misi kebajikan, misi dakwah jalanan, juga menghadiri usrah dan memeriahkan panggung dakwah tanah air.

Artis merupakan komponen penting masyarakat Malaysia yang telah dibudayakan dengan budaya hiburan yang menggila, daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas hiburan merupakan santapan penting kehidupan di negara ini. Hiburan dijadikan senjata yang ampuh oleh kerajaan BN untuk meredakan kemarahan dan keresahan rakyat dengan pelbagai penyelewengan, skandal dan salah urus pentadbiran. Rakyat menjadi buta tuli dengan isu kerana disuap dengan aneka hiburan murahan malah artis diangkat menjadi ikon utama negara diberikan tempat yang mulia berbanding golongan cendekiawan negara ini.


Memandangkan artis merupakan kelompok elit dalam strata baru masyarakat, maka menjadi kewajaran kepada gerakan Islam mendekati kelompok ini kerana kesan kepada masyrakat adalah sangat besar. Parti Islam Indonesia PKS (Partai Keadilan Sejahtera) sebagai sebuah contoh gerakan Islam yang telah berjaya memanfaatkan fenomena seni di negara tersebut. Mereka mempunyai halaqah-halaqah yang dipimpin oleh kader-kader dakwah PKS untuk mengadakan konsert-konsert alternatif terutama untuk menyalurkan bakat artis-artis yang telah kembali ke pangkuan hidayah Islam. Kesannya PKS menjadi parti yang dekat dengan golongan anak muda dan remaja, serta dilihat tidak anti sosial dan yang lebih penting mesej kepada masyarakat bahawa Islam tidak menolak hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak.

Para amilin gerakan Islam sangat mengimpikan untuk membentuk artis-artis yang berjiwa Islam untuk sama-sama berada dalam wadah perjuangan PAS, terutama melalui bimbingan majlis-majlis ilmu, kita harus akur bahawa kelompok ini mempunyai peminat masing-masing yang sudah tentu jika dapat ditarik ke dalam perjuangan, akan memberikan kelebihan kepada PAS. Teman-teman kita PKS di Indonesia telah lama berjaya mendekati golongan artis dan memanfaatkan golongan seniman ini untuk kepentingan dakwah bahkan telah berjaya meneroka budaya popular dengan baik seperti menghasilkan filem-filem dakwah, novel-novel Islami, teater dan menganjurkan konsert-konsert alternatif kepada golongan muda di negara itu.


Para amilin gerakan Islam sehingga sekarang menanti filem-filem ‘gaya kita’, menurut kebenaran yang kita perjuangkan seperti mengenai tokoh-tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Hassan Munas (Tok Janggut), wajar rasanya dengan beberapa buah kerajaan negeri yang kita kuasai dapat mengeluarkan bajet untuk menghasilkan filem-filem sejarah besar ini, apatah lagi dengan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu hari ini cuba untuk memencilkan peranan para ulama.

Seingat saya kerajaan Libya yang dipimpin oleh Muammar Ghadaffi telah mengeluarkan puluhan juta dollar US untuk menghasilkan filem sejarah tokoh ulamanya yang tersohor Umar Mukhtar-Lion of the Desert, filem sejarah perjuangan kemerdekaan ini telah ditonton oleh jutaan khalayak di seluruh dunia dan berjaya mengangkat martabat ulama Libya ini yang akhirnya terkulai di tali gantung. Filem ini merakamkan dengan baik sikap patriotisme umat Islam dalam menentang penjajah Itali.

Mendekati seni dan budaya mestilah juga menjadi agenda Jemaah Islam hari ini kerana kelompok ini sangat besar dan berpengaruh kepada masyarakat. Sekurangnya gerakan Islam dilihat tidak memusuhi ruang budaya dan seni kerana ruang ini juga harus diisi dengan pendakwahan terhadap masyarakat.

(Penulis ialah AJK Pas Pusat, Pengerusi Lujnah kesenian dan kebudayaan Pusat)

Sumber BO - 18-6-2017









Melahir insan seni jiwa dakwah

TANGGAL  6 Mei,  sewaktu berdakwah melalui seni di Medan,  Indonesia, saya menerima mesej para sahabat, tahniah dan takziah kerana saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Kesenian  dan Kebudayaan PAS Pusat. 
Bergandingan dengan senior, Dr Riduan Mohammad Nor selaku Pengerusinya. Satu amanah yang berat, namun  bagi saya jalan dakwah semakin terbuka luas, apatah lagi seni ini sebati dalam jiwa. 
Usai Konsert Kesenian Islam bergandingan bersama Ustaz Roslan Md Esa dan Ustaz Najhan Halim,  kami bersiap untuk pulang ke Malaysia dan ketika itulah mesej bertalu talu diterima. 
"Nampaknya UMC boleh terus menyanyi dan berkarya dakwah, telahan seorang sahabat melalui mesej membuka minda dan mencerdas akal untuk  terus bergerak bersama jalan Islam yang dirintis para Ulamak selama ini. 
PAS tidak pernah anti seni atau kebudayaan. Malah PAS kini disertai para artis, budayawan dan yang sewaktu denganya. 
Abang Bob Lokman, Zuar XPDC, dan ramai lagi sudah menyertai platform ini menyusur jalan dakwah yang dibina PAS sekian lama. 
Saya pernah melalui jalan seni walaupun ketika duduk di Lajnah Dakwah PAS Pusat selaku Setiausaha. 
Pernah bergandingan dengan Derry Sulaiman, Mas Opick, Rayhan Kangen Band dan anak-anak Band yang telah ber hijrah. 
Pernah merentas jalanan mencari pemuzik jalanan untuk ditiup roh dakwah kepada mereka kaki Busking. 
Semuanya menuju jalan dakwah kerana istimewanya PAS adalah juga parti yang menitikberatkan dakwah. 
Tiga tonggak PAS iaitu Siasah, Dakwah dan Tarbiyah sebenarnya luas dan boleh dirintis pelbagai kaedah termasuk seni. 
Insya-Allah saya akan berjalan dalan nuansa dakwah melalui seni kali ini. Doakan kami berjalan membantu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Istiqamah menuju kemenangan. – HARAKAHDAILY 6/5/2017
Sumber HD - 6-5-2017 


SESI 2015 - 2017 : 

Pengerusi :  YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan : YBhg.Ust Norazli Musa

Filem Kita Adalah Wajah Kita……..


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor                                                                                                                        
Indusri filem negara ini semakin berwarna warni dengan kehadiran produser lain yang memilih Malaysia sebagai latar cerita, contohnya filem “Kabali” yang berjaya memungut ratusan juta ringgit. Keterujaan ini menyebabkan isu bahasa Melayu dalam bidang perfileman mula dikesampingkan oleh pengarah-pengarah bukan Melayu.                                                                                                                  
1. Industri Perfileman mesti selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang prinsip pertamanya berkaitan teras budaya Melayu di rantau ini sebagai tunggak utama termasuk bahasa.                                          
2. Sebagai meraikan unsur-unsur budaya lain yang juga menjadi jatidiri kaum-kaum bukan Melayu, penggunaan bahasa ibunda mereka dalam babak-babak perbualan antara kaum-kaum bukan Melayu dalam filem tersebut boleh diterima, tetapi bukan menggunakan bahasa asing. Perkara ini adalah semangat dari prinsip kedua Dasar Kebudayaan Kebangsaan.                                                                                
3. Perlu ditekankan juga, Industri Perfileman perlu memberi perhatian terhadap prinsip ketiga iaitu kehidupan beragama masyarakat Malaysia dalam filem-filem mereka, bukannya mengambil cara hidup dan adat resam Barat.                                                                                                                      
Industri perfileman memainkan peranan penting untuk mencorakkan pemikiran rakyat dan generasi muda, sebab itulah kelompok zionis berusaha menawan dunia pembuatan filem Hollywood. Filem bukan sekadar bahan hiburan kosong, disela imej, audio visual itu terselit mesin propaganda yang ingin disampaikan oleh penerbit filem. Negara ini mempunyai dasar yang longgar terhadap penggunaan bahasa rasmi negara dalam filem walaupun secara asasnya kita mempunyai Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Filem tempatan negara ini menggunakan bahasa pasar yang sangat hodoh seperti kebanyakan “filem sampah” yang tersenarai di papan utama industri filem.                                                      
Sewajarnya, elemen penggunaan bahasa jelek, hodoh dan cacamarba perlu dielakkan demi menjamin kelestarian bahasa Melayu, apatah lagi generasi muda yang masih mentah memindahkan pertuturan dalam filem kedalam realiti kehidupan yang sebenar. Jika kita sedar, kebanyakan negara-negara ASEAN mengalihbahasa drama dan filem asing kedalam acuan bahasa mereka sendiri. Ianya mengukuhkan jati diri sesebuah negara dan menyubur semangat patriotik ke dalam jiwa rakyat.                          
Pihak kerajaan melalui FINAS sewajarnya memainkan peranan yang proaktif dalam memantau polisi dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dipatuhi dan mengembangkan nilai tempatan yang munasabah dalam filem berwajah Malaysia. Filem kita adalah cermin ketamadunan kita!                                                                
***Penulis ialah pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat                                                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 18-8-2016                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                         












Prinsip Tuan Guru Abdul Hadi dirungkai

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat sebagai seorang pemimpin gerakan Islam masa kini yang mempunyai pelbagai prinsip pemikiran dan aspirasi.

Beliau bukan sahaja memimpin sebuah parti politik di negara ini tetapi turut memegang jawatan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Presiden PAS sanggup bekerja keras untuk membuktikan prinsip menggalas amanah membelah badai demi mewujudkan 'Perpaduan Ummah Antarabangsa' setelah mencapai kejayaan menyatukan ummah di peringkat negeri-negeri khasnya di Malaysia seluruhnya.

Harakah melalui program Bicara Harakah akan merungkai setiap persoalan yang ditimbulkan di dalam sebuah buku baru Prinsip Haji Hadi "Teguh dan tidak lari dari perjuangan".

Program yang akan diadakan di MyHarakah Bazaar pada 23 Mac 2016 jam 230 hingga 5 petang itu akan membicarakan setiap prinsip dan perjuangan mahupun keputusan yang di bawa Presiden PAS selama ini.

Antara panel yang akan hadir adalah Mohamed Jusoh merupakan penulis buku tersebut. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarang Warta Darul Iman, Pengarang Utusan Zaman / Utusan Melayu.

Turut menjadi panel adalah Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) selaku Pengerusi BYG Publisher & Distributors, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

Manakala Moderator, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016











Jundi: Mahu lahirkan penulis bernuansa Islam

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PENUBUHAN Jaringan Penulis Dakwah Tanahair (JUNDI) adalah bermatlamatkan untuk menghimpunkan anak-anak muda yang mempunyai kecenderungan dan bakat untuk menulis.

Kelompok anak muda ini insya-Allah akan dibantu untuk mengasah bakat dan potensi mereka, bagaiamana mereka perlu berinteraksi dalam dunia penulisan dan penerbitan, dan kita juga mengimpikan kelompok penulis Islami ini berada dalam satu wadah ataupun platform yang  boleh menyegarkan minda mereka dan mewujudkan satu persekitaran sosial atau bi'ah solehah sebagaimana kita lihat berjayanya 'Forum Lingkar Pena' (FLP) di Indonesia yang berjaya melahirkan ribuan penulis muda di bawah naungan Partai Keadilan Sejahtera (PKS).

Jaringan Penulis Dakwah Tanahair juga akan merancang dan mempersiapkan beberapa program untuk melahirkan penulis yang mempunyai kecenderungan dan minat yang berterusan kepada dunia penulisan.

Hari ini kita bimbang dengan lahirnya penulis indie yang menggunakan bahasa-bahasa kasar, lucah dan tidak melambangkan watak ketamadunan bangsa Melayu yang bersalut dengan sendi agama. JUNDI akan memperluaskan keahlian mereka kepada anak-anak muda, pekerja awam, sektor swasta dan dalam kalangan mahasiswa.

Kita akan menyalurkan bakat mereka pada penerbitan dan dunia penulisan yang semakin mencabar pada hari ini, terutama di alam siber dengan kemunculan ribuan manusia yang menulis tanpa batasan dosa dan pahala.

Jaringan Penulis Dakwah Tanahair juga akan sentiasa mengadakan bengkel penulisan, pertemuan penulis dengan tokoh penulisan negara ini, menegarakan jaringan juga dengan persatuan penulis negara ini seperti GAPENA, PENA dan lain-lain, dan juga menganjurkan lawatan ke luar negara bagi menambahkan jaringan penulis-penulis di peringkat Antarabangsa.

JUNDI juga akan mengadakan ziarah dan lawatan bertemu dengan penulis-penulis  tersohor tanah air bagi menambahkan minat dan kecintaan kepada dunia buku dan penerbitan.

Dalam masa terdekat ini, pihak JUNDI akan turun ke seluruh negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di samping mengadakan bengkel penulisan, kita juga akan mencungkil bakat-bakat baru di bidang penulisan.

JUNDI akan membuka penyertaan kepada remaja di peringkat sekolah untuk kita melatih mereka semenjak usia yang masih muda menjadi penulis, dan ini salah satu daripada obligasi sosial JUNDI untuk menjadi sebuah NGO  yang melahirkan generasi muda yang berwatak pemikir, memandangkan negara ini sarat dengan arus hiburan.

Dengan adanya wadah JUNDI ini akan menambahkan lagi NGO Islam yang mengajak kepada perkara-perkara makruf dan mencegah kepada kemungkaran.

Program bersifat wacana, memperingati tokoh juga akan diadakan dari semasa ke semasa, contohnya mengadakan wacana pemikiran As-Syahid Sheikh Hassan Al-Banna, wacana pemikiran As-Syahid Syed Qutb, wacana pemikiran Buya HAMKA, wacana pemikiran Dr Mohamad Nasir, wacana memperingati Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, dan wacana memperingati Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program wacana pemikiran ini bagi menimbulkan penulis-penulis muda yang berfikiran kritis dan analitis. Jaringan Penulis Dakwah Tanahair akan mengadakan program wacana di pelbagai tempat dan kita mensasarkan kepada kelompok kelas menengah Melayu untuk sama-sama memeriahkan dunia buku dan intelektual di negara ini.

Semoga JUNDI menjadi sebuah NGO yang disegani dan mampu menjadi satu elemen semak dan imbang kepada masyarakat kita yang semakin tenat pada hari ini. – HARAKAHDAILY 25/2/2016

Sumber HD - 25-2-2016











PAS lancar Jundi platform penulis dakwah

ABI DAMIA | .


AMPANG: Jaringan Penulis Muda Islam (Jundi) telah dilancarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad semasa program Konvensyen Penulis Dakwah Malaysia di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya dekat sini sebentar tadi.

Jundi akan berfungsi melahirkan lebih ramai penulis muda dalam kalangan aktivis parti dan mahasiswa bagi menyemarakkan dunia penulisan yang semakin berkembang kini.

Berucap semasa melancarkan Jundi, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor melahirkan harapan agar peserta konvensyen mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman dari dua pembentang yang ditampilkan.

Panelis antaranya, adalah penulis lebih 50 buah buku perjuangan dan motivasi, Dr Riduan Mohammad Nor yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selain seorang lagi panelis, Wan Nordin Wan Yaacob merupakan Pemangku Ketua Pengarang Harakah yang turut pernah menghasilkan buku secara kolaborasi dengan Dr Riduan iaitu Clash Of Titans, Analisis PRU13 selain Tribute Buat Sang Pencerah.

Menurut Iskandar, bidang penulisan adalah suatu yang sangat-sangat diminati sejak dahulu apabila melihat ayahnya juga terbabit dalam bidang tersebut.

"Saya minat menulis kerana saya juga dari keluarga yang menulis. Cuma saya sekarang ini tidak sempat menulis, yang sempat menulis kenyataan media. Namun jiwa penulisan itu memamg ada dalam diri saya," katanya menceritakan lanjut pengalaman memberi motivasi kepada peserta dalam meneruskan perjuangan melalui mata pena.

Program itu dihadiri lebih 50 peserta yang kebanyakannya dalam kalangan mahasiswa dan aktivis PAS.

Jaringan Jundi ini bakal meneruskan program program berteraskan kaedah menulis rencana, berita dan buku yang akan diadakan pula di peringkat negeri selepas ini.

Jaringan Jundi juga mengalu-alukan sebarang penyertaan dari kalangan mahasiswa dan aktivis yang berminat untuk menjadi penulis.

Mengulas kewujudan Jundi, pengasas pertubuhannya, Dr Riduan berkata, pihaknya akan menganjurkan lagi seminar penulisan bagi mencari bakat-bakat baharu khasnya dalam kalangan mahasiswa.

"Walaupun dunia percetakan kini berdepan kemerosotan, namun ianya bukanlah penghalang untuk kita terus menulis dan berkarya. Menulis ini menajamkan fikiran, mengelak kita daripada nyanyuk,jadi teruskan menulis khasnya bahan bahan dakwah," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016











Caliph Buskers meriahkan Gala Aspirasi Seni Sabtu ini

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Hiburan Islam kini menjadi medium utama untuk berdakwah bahkan ia semakin hari semakin mendapat tempat di semua lapisan masyarakat.

Bahkan semakin ramai artis tempatan yang berhijrah menjadi penggerak utama dalam menjayakan hiburan berbentuk islamik ini.

Misalnya, Program Gala Aspirasi Seni yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa agensi yang lain menampilkan gandingan artis tempatan, personaliti dan pendakwah terkenal di pentas yang sama.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku penceramah jemputan dalam segmen Santai Maghrib.

Tuan Ibrahim akan turut melancarkan bukunya 'Senyumlah 1,2,3,4'  pada malam itu.

Gala Aspirasi Seni yang akan berlangsung pada 20 Februari ini akan menampilkan artis seperti Yana Samsudin, Hafiz Hamidun, Fynn Jamal, Caliph Buskers, Afdlin Shauki, Soutul Amal, Ijam Medicine, Ustazah Norhafizah Musa, IM Muda Fakhrul, Ustaz Halim Hafidz dan ramai lagi.

Program yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor akan menyajikan pelbagai acara yang menarik buat para pengunjung antaranya, pertandingan busking, cabutan bertuah, photo booth , gerai jualan, Soopa doopa dan banyak lagi.

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang untuk mengikuti slot ilmiah seperti Sembang Kopitiam yang bertajuk 'Penggiat Seni Agen Perubahan Ummah dan forum 'Islam mewarnai dunia hiburan' pada hari itu.

Para pegunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pelakon, penyanyi dan personaliti dakwah kesayangan anda. Program yang akan bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 malam akan diselangi dengan persembahan dari artis terkenal tanahair.

Orang ramai juga dipersilakan untuk mengundi anugerah khas kepada selebriti terpilih. Anda adalah juri anugerah ini. – HARAKAHDAILY 18/2/2016

Sumber HD - 18-2-2016











Gala Aspirasi Seni 1.0 melonjakkan hiburan Islami

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

MENGEMUKAKAN kesenian Islam sebagai alternatif kepada masyarakat moden yang telah terbiasa dengan hiburan sensasi, ranggi, bernuansa Barat serta jauh daripada panduan patuh Syariah adalah satu cabaran. Islam datang merengkuh manusia dengan pakej yang lengkap, meliputi dan sesuai dengan fitrah manusia yang seimbang.

Tanpa menolak keinginan manusia untuk berhibur dalam batas-batas sempadan yang diizinkan. Batas dan nuansa inilah yang membezakan artis jahiliah, an-Nadhar bin al-Harith dengan seniman Islami, Hassan bin Tsabit dalam fasa Makkah, juga penghibur arogan Yahudi, Ka'ab bin Asraf versus Abdullah bin Abi Rawahah dalam fasa Madinah yang bersimbah cahaya hidayah.

Islam menolak hiburan yang memuja nafsu serta memicu kehidupan bobrok, melalaikan serta menjauhkan manusia daripada al-Khalik. Fitrah manusia yang ingin berhibur dimanfaatkan dengan baik oleh ilmuwan Islam di sepanjang zaman.

Medium popular ini digunakan untuk membentuk cara fikir, menyuntik kesedaran bahkan memugar semangat perlawanan untuk membentengi agama dan paling penting ialah mengajak manusia untuk hidup bertuhan.

Alam Nusantara di awal kedatangan Islam menjadi saksi sejarah bagaimana kegeniusan ulama menukar bentuk hiburan masyarakat nusantara yang telah mengalami zaman Indianisasi dalam tempoh yang panjang.

Hiburan lisan bersendi mitos khayalan seperti Hikayat Awang Sulong Merah Muda bertukar dengan kisah kepahlawan Islam seperti 'Hikayat Muhammad Ali Hanafiah', 'Hikayat Amir Hamzah' dan sebagainya. Begitu juga di ranah Jawa dengan kegeniusan Wali Songo menukar Epik Mahabrata, Ramayana dengan kisah kepahlawan Islam melalui medium hiburan wayang kulit.

Zaman edan ini menyaksikan bagaimana medium hiburan digunakan untuk menjauhkan umat Islam daripada Tuhan. Protokol Zionist mensasarkan hiburan sebagai senjata ampuh mereka, menguasai buana ini dengan cara hidup hedonis, bohemis dan bertuhan hawa nafsu serakah.

Budaya pop yang menyerang umat dalam dekad 60-an, seterusnya woodstock yang menaufan anak muda, juga akhirnya puluhan genre lain yang membuahkan hidup gembira tanpa batas.

Tak kepalang kerosakan yang terhasil daripada budaya hedonisme akibat seni yang bercanggah dengan Islam. Ummah terlalai dalam anggukan keseronokan tanpa nilai. Maka kumpulan Islam wajib mengetengahkan hiburan alternatif yang jauh mendidik dan mengisi nurani masyarakat yang makin tempang.

Kehadiran program Gala Aspirasi Seni 1.0 adalah antara projek mengarusperdanakan hiburan Islam. Program yang akan berlangsung pada 20 Februari ini akan menampilkan puluhan penghibur Islam tanah air dengan dokongan kuat Pusat Zakat Selangor, kumpulan-kumpulan bercitra Islam, JAIS, usrah anak-anak seni.

GAS 1.0 ini juga menampilkan ramai selebriti dakwah tanah air yang akan berganding bahu dengan penggiat seni Islam tanah air. Gerak sepak mula Shah Alam ini akan menjalar ke seluruh negara kita sebagai usaha dakwah yang komprehensif.

Jom kita memeriahkan GAS 1.0 ini, bawa bersama ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga anda. Kami menjanjikan kelainan dan nafas baru dalam hiburan kontemporari. – HARAKAHDAILY 5/2/2016

(Penulis ialah pendokong kesenian Islam tanahair, pendakwah dan penulis)

Sumber HD - 5-2-2016











PAS 64 tahun: Memperkasa pendidikan dan pembinaan kader

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951 telah mengalami pasang surut perjuangan, serta kepimpinan yang sentiasa berubah. Menarik juga apabila kepimpinan utama PAS akan menuntun cara PAS bekerja termasuk di bidang pendidikan.

Secara radikal, peralihan kepimpinan baru berlaku pada tahun 1982 di dalam Muktamar PAS ke-28 yang berlangsung di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1982. Pertama kali juga dalam sejarahnya, Ucapan Dasar Presiden PAS ditolak oleh perwakilan dengan usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS.

Datuk Asri telah meletakkan jawatan dalam Muktamar tersebut. Muktamar telah melantik kepimpinan ulama yang baru, Haji Yusof Rawa sebagai Pemangku Presiden, Ustaz Fadzil Noor sebagai Timbalan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Dewan Ulama. Kemunculan PAS di bawah era kepimpinan ulama ini telah menarik minat golongan berpendidikan agama khususnya tok-tok guru pondok di merata tempat (Nasaruddin Mohd Isa, 2001).

PAS melalui ulama muda yang progresif telah menyusun skema dan program pentarbiahannya kepada ahli-ahli parti. Program pendidikan kepada ahli ini telah menjadi begitu rancak pada dekad 1980-an untuk membina pemikiran politik ahli PAS supaya diselaraskan dengan matlamat parti tersebut.

Program pendidikan untuk ahli seperti usrah, tamrin, daurah, ijtimak dan sebagainya lagi program perkaderan dakwah, telah mewarnai parti tersebut apatah lagi dengan kebangkitan Islam yang berlaku di negara ini dan seluruh dunia. Aktivis muda PAS pula ghairah untuk menubuhkan rangkaian pendidikan dan telah memulakannya dengan penubuhan prasekolah yang dinamakan TASKI.

Peranan seorang ulama bukan terbatas kepada peranan keagamaannya sahaja seperti menjadi imam sembahyang tetapi juga menyangkut peranan kemasyarakatan (social roles). Penglihatan semaksimum mungkin golongan ulama dalam aktiviti masyarakat akan menyumbang pulangan politik yang baik bagi pengembangan dan seterusnya kemenangan PAS.

Golongan ulama yang perlu digerakkan sebagai satu tenaga politik terangkum, secara tersirat dalam perlembagaan PAS fasal 40(5)(a) yang menyebut: menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga yang berterusan.

Fasa ini mencerminkan pemahaman PAS yang matang dan visionary dalam erti kata PAS benar-benar memahami hakikat tidak boleh berlaku pemisahan di antara politik dan agama kerana Islam merupakan satu entiti yang syumul (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif: 2001).

Kepimpinan ulama yang menjadi tonggak baru kepimpinan PAS telah juga membawa budaya baru terhadap gerakan Islam tersebut selepas tahun 1982. Seluruh kepimpinan PAS bersaing dan berusaha untuk menubuhkan sekolah dan pusat pengajian, sama ada di kawasan atau di bawah seliaan dewan-dewan. Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS antara organisasi PAS yang paling ke hadapan menubuhkan pusat pengajian selepas berlaku peralihan kepimpinan ulama pada tahun 1982.

PAS telah mengalami transformasi kepimpinan pada awal dekad 1980-an, akhirnya telah menjenamakan semula parti mereka sebagai gerakan Islam yang menolak secara total fahaman kebangsaan dan ideologi manusia yang lain. Dengan erti kata lain PAS ingin bergerak dalam kerangka 'fundamentalis Islam' (Chandra Muzaffar: 1987).

PAS dalam dasawarsa ini cuba bangkit kembali dalam pentas politik negara ini setelah mengalami kemerosotan dalam Pilihan Raya Umum 1978 dan 1982. PAS telah berusaha membina ahli-ahli yang mempunyai kefahaman yang jelas terhadap perjuangan Islam maka program pendidikan telah digerakkan semaksimum mungkin.

PAS selepas dipimpin oleh kepimpinan ulama dikesan memberikan penumpuan kepada bidang pendidikan dan pemerkasaan dalaman parti dengan tujuan menghasilkan ahli-ahli yang faham kepada perjuangan Islam, bukan menjadi penyokong semata-mata, PAS telah menggerakkan program kaderisasi dengan lebih giat terhadap ahli-ahlinya di seluruh negara. PAS juga telah mula membangunkan pusat pendidikan bermula dengan prasekolah, sekolah rendah Islam dan juga membangunkan sekolah agama rakyat dengan lebih teratur.

Antara keseriusan PAS dalam membangun dan menyelia institusi pendidikan di bawah parti ialah dengan menubuhkan Majlis Pendidikan PAS, Majlis Muassasah, termasuk mengadakan Lujnah Pendidikan sebagai portfolio dalam struktur pengurusan parti di peringkat pusat dan negeri.

Lujnah Tarbiah PAS juga dikesan memainkan peranan penting dalam menggerakkan semangat untuk menuntut ilmu kepada pendokong PAS. Kesungguhan ini boleh dikesan selepas era kebangkitan Islam yang melanda dunia Islam dan negara ini dan juga bertitik tolak daripada kepimpinan ulama yang mengambil alih parti juga berkait rapat dengan suntikan 'darah muda' dalam organisasi PAS.

PAS selepas dipimpin oleh kepimpinan ulama juga menunjukkan orientasi perjuangan yang lebih bersifat antarabangsa dan menunjukkan penegasan kepada gagasan Islam yang syumul. Ini juga berkait rapat juga dengan kesan pengaruh Ikhwanul Muslimin yang telah meresapi kepimpinan PAS yang mendapat pendidikan di dalam dan luar negara.

Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan al-Banna telah berjaya membangunkan sistem pendidikan mereka sehingga menjadi sebuah pertubuhan agama cuma politik yang berkesan di Asia Barat (Riduan Mohamad Nor, 2004).

Seluruh gerakan Islam di luar negara mempunyai orientasi yang sama, iaitu menggerak dan membangunkan pendidikan Islam. Ini terbukti seperti yang dilakukan oleh Jamiat Islami di negara Asia Selatan, Parti an-Nahdhah di Tunisia, gerakan an-Nur di Turki, Refah di Turki, Font Islamic Salvation (FIS) di Algeria dan parti-parti Islam di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 2/11/2015

(Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan)

Sumber HD - 2-11-2015


Fenomena Penjelasan Batas-Batas Iman Dan Kufur Bukan ‘Takfiri’

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Apabila PAS dipimpin oleh ulama haraki maka pengajian yang berteraskan ilmu akidah menjadi salah satu paten dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh PAS, juga institusi seperti masjid dan surau. Pengajian akidah akan membenihkan ahli yang faham akan konsisten dengan perjuangan Islam. Namun ada sisi lain yang terserlah apabila pengajian akidah menggerakkan kesedaran secara besar-besaran tentang politik berteraskan akidah terutama yang membatalkan syahadah.

Pada tahun-tahun 80an pula kesan pengajian ini ialah isu takfir di dalam masyarakat terutama di negeri-negeri yang mempunyai pengaruh PAS yang kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Fenomena ini juga dikesan pernah berlaku di Mesir pada tahun 70an sehingga menimbulkan jamaah Takfir Wal Hijrah yang dipimpin oleh Mustafa Shukri. Menurut Dato Asri (1993), PAS sendiri tidak pernah mengambil sebarang ketetapan atau keputusan mana-mana mesyuarat pun, baik di peringkat cawangan. Badan yang berhak untuk memutuskan dalam hal ini ialah Dewan Ulama, sedangkan Dewan Ulama tidak pernah membuat keputusan sama ada dengan bertulis atau dengan lisan.

Isu ini juga telah digunakan sebagai senjata politik UMNO untuk memencilkan PAS daripada masyarakat umum. UMNO mempunyai niat terselindung untuk menuduh PAS menyebarkan fahaman ini dan di sisi lain gerakan Islam dituduh sebagai gerakan neo-Khawarij, inilah juga yang terjadi di Libya, Algeria, Mesir, Yaman dan sebagainya. Khawarij adalah firqah akidah, pelabelan ini akan memencilkan sesuatu kelompok daripada masyarakat yang lain.

Di tanahair kita, isu perpecahan akibat takfir dikesan pada tahun 1960an apabila isu politik diganding dengan isu akidah tetapi ia tidaklah separah dekad 1989an, kerana UMNO mempolitikkan isu dengan semaksima mungkin bagi mewajahhitamkan PAS. Isu politik dan akidah agak serius apabila terbitnya kitab “Beberapa Mutiara yang Bagus Lagi Indah” karangan Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili di Mekah. Beliau adalah tokoh ulama yang mengajar di Masjidil Haram yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS di Mekah.

Menurut seorang tokoh agama UMNO iaitu Dato’ Nakhaie Haji Ahmad (2002), apabila berlakunya kesedaran di negara ini sekitar tahun 70an di mana golongan terpelajar mendapat percikannya, fahaman-fahaman takfir ini mendapat ilham baru daripada karangan al-Maududi dan Sayyid Qutb.

Meskipun karangan mereka lebih banyak menjelaskan tentang persoalan prinsip mengenai pemerintahan tetapi penerapan prinsip itu di dalam menjelaskan isu-isu politik, menimbulkan banyak salah faham sehingga mengakibatkan berlakunya kegiatan takfir. Pandangan Nakhaie ini juga dikongsi bersama oleh intelektual proksi UMNO di menara gading dengan nada dan lirik yang sama.

Kerajaan BN tidak bertindak dengan hujah tetapi menggunakan ISA untuk berhadapan dengan pimpinan PAS dalam isu ini. Gejala takfir di Besut, isu ini cuba dibendung oleh kerajaan dengan menangkap pemimpin PAS Besut seperti Ustaz Mohammad@Stimat Jusoh dan Ustaz Abdul Latif Mohamad di bawah Enakmen Kediaman Terhad Seksyen 2 (Abdul Latif juga telah meninggalkan PAS semasa krisis Besut dan kini menyertai PAS kembali). Ustaz Abdul Latif dalam pertemuan peribadi dengan penulis pada tahun 1994 menegaskan beliau hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur kepada masyarakat bukan mengkafir pengikut UMNO. Beliau mengajar secara berkitab dan tidak ada ulama UMNO yang berani menyanggah dengan hujah apa yang disebut dengan nas al-Quran dan al-Hadis junjungan.

Tuduh-menuduh antara PAS-UMNO, siapa yang mencetuskan fenomena takfir hampir menyeret keduanya ke meja debat terbuka, untuk rakyat menilai isu ini dengan terbuka. Pimpinan PAS telah bersedia dengan apa tajuk sekalipun. Sebelum debat ini dijadualkan berlangsung ada wakil NGO dan tokoh umat Islam meminta supaya debat itu tidak diadakan, sebaliknya berunding. Antaranya Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim (UIA), wakil ABIM dan sebagainya.

Debat bertajuk “PAS mengkafirkan UMNO” yang dicadangkan pada 11 November 1984 telah disensasikan dan menjadi buah mulut rakyat negara ini. Namun sebelum berlangsung ianya dibatalkan dengan campur tangan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Pihak PAS berpandangan pembatalan debat ini satu bukti yang ampuh UMNO takut berhadapan dengan PAS dalam isu ini yang dimanipulasi dengan gaya paling hodoh oleh jentera UMNO untuk masyarakat membenci PAS.

Menurut Tuan Guru Haji Hadi Awang, isu takfir yang dimainkan oleh UMNO terhadap PAS semakin reda, masyarakat mula menghargai menghargai ikrar syahadah mereka yang tidak boleh dipermainkan sesuka hati kerana syahadah boleh terbatal samada dengan iktikad, lisan atau perbuatan. Ucapan menghina Islam dan syariatnya semakin sirna apabila masyarakat difahamkan dengan ilmu akidah.

Penulis merasa agak bersimpati dengan ocehan Presiden PAN yang menyebut bahawa gerakan Islam membudayakan politik takfiri, seolah-seolah beliau tidak pernah melalui zaman getir PAS diserang UMNO. PAS tetap istiqomah memberikan ilmu akidah kepada rakyat kerana ini adalah sebahagian obligasi teras sebuah partai Islam. Membimbing rakyat mengenali Islam dan syariatNya, juga menjadi vanguard kepada ummah dan membentenginya daripada terjahan aqidah yang sesat.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat)

Sumber BO - 25-10-2015


Seni dan Dakwah; Bicara Bersama ‘Ejam Medicine’

Sebut sahaja Kumpulan Medicine, akan terbayang zaman kegemilangan mereka pada zaman 90an. Kumpulan yang diketuai oleh penyanyi utamanya, Saudara Ejam.



Kumpulan Medicine berasal dari Negeri Sembilan dan ditubuhkan dalam tahun 1985. Anggotanya terdiri daripada Norhizam Haji Shair atau Ijam (vokalis), Rohaizar Ramli atau Ija (gitar utama), Mohd Suhaimi Ibrahim @ Mi (gitar kedua), Raihan Ramli atau Han (bass) dan Johari Harun/Joe (drum).

Kumpulan Medicine diperkenalkan ke dunia rakaman oleh Nasir P Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.



Setelah lama menyepi dari industri muzik tanah air, Ejam Medicine kini tampil ke persada tanah air dengan giat terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Lagu-lagunya yang masih menjadi siulan rakyat Malaysia terutamnya golongan muda, faktor ini menjadi suatu daya penarik kepada orang ramai.

Dewan Pemuda PAS WP, melalui Jabatan Amal mengorak langkah pantas, dengan membawa Ejam Medicine dalam suatu program bicara bersama Ejam Medicine. Program ini dilihat mampu untuk membawa golongan muda untuk mendekati PAS seterusnya, menarik anak muda bersama dengan PAS.

“Program Bicara Bersama Ejam Medicine ini bagi menunjukkan PAS menghargai bakat seni. PAS sangat inklusif, dimana semua rakyat dari pelbagai sektor diraikan dan dialu-alukan penglibatan dan sumbangan mereka untuk islam” menurut Saudara Rashidi Abdul Razak, Pengarah Jabatan Amal DPPWP.

Program Bersama Ejam Medicine akan dianjurkan pada 23 Oktober 2015, pada hari Jumaat, jam 9.30 malam, bertempat di Darul Amal, No.21, Jalan Pria, Taman Maluri, KL.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sumber BO - 22-10-2015











Zurinah Hassan diumum Sasterawan Negara ke-13

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Penulis dan penyair wanita tanah air Datuk Dr Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz, pada Selasa diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-13.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkannya berkata tokoh kelahiran Bakar Bata, Kedah itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria antaranya sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima.

Pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, katanya dalam sidang media di sini.

Penganugerahan itu melayakkan Zurinah menerima wang tunai sebanyak RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Zurinah juga layak menerima kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.

Mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 65, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour", 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 serta Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 serta Hadiah Sastera Perdana sejak 1971 hingga 2003.

Sebelum ini, sasterawan ulung Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenal dengan nama pena Baha Zain dipilih sebagai Sasterawan Negara ke-12. - Bernama

Sumber HD - 13-10-2015











GAS 1.0: Bincang isu industri seni negara

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tautan Rahmat akan menganjurkan Gala Aspirasi Seni (GAS 1.0) pada 24 Oktober ini bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya di Serdang bermula jam 8.00 pagi.

Menurut Pengarah Program, Fauziah Bidin, GAS 1.0 adalah wadah kepada penggiat seni membincang dan melumatkan hala tuju seni berdasarkan kaca mata Islam.

"Program ini adalah julung kali diadakan dengan Tautan Rahmat yang dikepalai Presiden, Ustaz Mohammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Cina (UMC) melihat keperluan membincang dan melumatkan satu garis panduan kepada hiburan, kesenian yang dilihat sudah jauh terjajah dek doktrinasi hiburan melampau.

"Bagi kami jawatankuasa pelaksana, ini satu kaedah baharu bagaimana seni diaspirasikan dalam konteks yang jauh lebih terarah dengan kaca mata Islam sebagai penunjuk arah, mengembalikan kekuatan bahawa seni boleh menjadi medium membentuk masyarakat kepada sayangkan Islam," kata beliau kepada Harakah semalam.

Menurut beliau, program ini akan membariskan penggiat seni tanah air dan gabungan selebriti pendakwah yang akan menjadi 'pandu arah' kepada perbincangan mereka yang duduk dalam industri seni, samada filem (lakonan) mahupun muzik.

Program yang bakal menampilkan seorang pembikin filem terkenal tanah air itu juga akan dikuatkan lagi dengan kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Syed Kadir Al-Jofree, seorang pelakon, penerbit filem, bekas pemain gitar kumpulan XPDC, Zuar, persembahan oleh penyajak terkemuka, Pyan Habib serta gesekan biola Sani )Kopratasa) selain persembahan artis nasyid Soutul Amal.

Ditanya siapa pengarah, pelakon dan artis terkenal itu, Fauziah berkata pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat dan ia satu kejutan kepada semua pihak.

Beliau mengharapkan orang ramai hadir ke program ini melihat kelainan yang akan ditampilkan dalam penganjurannya.

Sementara itu, Presiden Tautan Rahmat, Ustaz Mohamad Ibrahim pula merayu orang ramai menyumbangkan derma kepada Tautan Rahmat bagi menjayakan program yang bersifat percuma kemasukannya kepada semua lapisan masyarakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan dan penajaan sebarang bentuk hadiah kepada jawatankuasa pelaksana. Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Pertubuhan Tautan Rahmat Malaysia di akaun Maybank - 562188310780.HARAKAHDAILY 2/10/2015.

Sumber HD - 2-10-2015


Kemenangan Rafiuddin Adalah Kejayaan Pemuda PAS Terengganu

SETIU – Pihak Lajnah Dakwah, Kesenian, dan Kebudayaan PAS Kawasan Setiu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mohd Rafiuddin Abd Razak yang memenangi acara kejohanan motosikal lasak (Motocross).

Ketuanya Lajnah tersebut, Zulbahri bin Abd Rahman berkata Rafiuddin yang mewakili Kelab Pemanduan Alternatif (Alternative Riding Club-ARC) negeri Terengganu, meraih tempat kedua.

“Beliau menang sebagai naib johan dalam perlumbaan Fim Asia Motocross Championship 2015, yang berlangsung di Kuala Terengganu.

“Mohd Rafiuddin Abd Razak yang berasal dari Kampung Bukit Nenasi Batu Rakit itu juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pemuda PAS DUN Batu Rakit,”ujar Zulbahri.

Beliau menyifatkan kejayaan Rafiuddin sebagai kejayaan anak muda yang telah melonjakkan nama ARC serta pemuda PAS Terengganu di mata Asia.

“Kami berbangga dengan kejayaan yang diraih ini. Semoga terus beristiqamah hingga kemenangan!,”tambah Zulbahri

Sumber BO - 16-8-2015











Maaf, jika bercakap banyak saya akan batuk

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


SOSOK tubuh itu seperti menahan kesakitan, suaranya bergetar sayu mengucapkan terima kasih berulang kali kepada kami. Penyakit buah pinggang, keracunan pada jantung telah menyedut tubuh sasa yang pernah menjadi ikon anak-anak muda ranggi dekad 80-an dan 90-an.

Yazid Search yang juga dengan gelaran sang gendang telah sebati dengan kumpulan rock Search yang telah 33 tahun mempersada dunia seni.

Kumpulan Rock dari Johor itu pernah menjadi fenomena tanahair dengan lagu Kejora, Meniti Titian Usang, Musafir, Rozzana, Isabella, Fantasia Bulan Madu dan puluhan lagu yang lain. Yazid anak pesara tentera, sejak beberapa tahun ini mengalami tahap kesihatan yang semakin memburuk. Beliau berulang ke hospital untuk dialisis dan mendapatkan rawatan.

Yazid juga menampung kehidupan dengan berniaga tauhu bakar, untuk menampung kos perubatan. Menurut beliau, Ramadhan ini beliau 'berkampung' di Hospital Kuala Lumpur dan merasa terhibur dengan ziarah teman-teman.

"Semoga saya bertambah kuat, juga semakin sembuh. Terima kasih ustaz atas doa semua. Saya merasa kuat dengan kehadiran anda," katanya dengan nada suara yang lemah.

"Maaf, jika bercakap banyak saya akan batuk," sambungnya lirih sambil menunjukkan tempat pembedahan. Kaki Yazid kelihatan sembab, beliau kelihatan agak sukar bergerak.

Ustaz Norazli Toliban membacakan doa syifa' dengan turut diaminkan oleh teman-teman lain, termasuk pihak media yang turut hadir. Lujnah Seni turut menyampaikan sumbangan untuk Yazid, begitu juga dengan Ustazah Nuridah Salleh, Ir Mokhtar Suhaili. Pengarah filem, Adam Hamid yang juga AJK Seni dan budaya PAS turut hadir, juga Datuk Aziz Bakar mewakili kelompok industri seni.
Lujnah Seni dan budaya PAS menggalang tanggungjawab untuk merakyatkan gerakan Islam dalam dimensi inklusif, menyentuh setiap lantai capaian masyarakat. Ratusan anak seni, budayawan, karyawan akan kami jaringkan dan bersinergi untuk memacu PAS meroboh stigma sosial bahawa gerakan Islam ini akan meruntuhkan seni negara dengan perjuangan bernuansa Talibanisasi.

Ramai penyokong PAS dalam industri seni, seperti ungkap Bob Lokman - "bukan semua artis dan anak seni mempunyai kekuatan untuk mengisytiharkan mereka menyokong gerakan Islam".

Namun ramai yang sanggup membantu PAS secara tidak langsung. Mereka juga ingin bersama membina negara ini supaya lebih nyaman dan bertunjang petunjuk rabbani. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Kebudayaan Dan Kesenian PAS Pusat

Sumber HD - 8-7-2015


Menyantuni Anak Seni

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Sosok tubuh itu seperti menahan kesakitan, suaranya bergetar sayu mengucapkan terimakasih berulang kali kepada kami.

Penyakit buah pinggang, keracunan pada jantung telah menyedut tubuh sasa yang pernah menjadi ikon anak-anak muda ranggi dekad 80an dan 90an. Yazid Search yang juga dengan gelaran sang gendang telah sebati dengan kumpulan rock Search yang telah 33 tahun mempersada dunia seni.

Kumpulan Rock dari Johor itu pernah menjadi fenomena tanahair dengan lagu ‘ kejora’, meniti titian usang, musafir, Rozzana, Isabella, Fantasia bulan madu dan puluhan lagu yang lain. Yazid anak pesara tentera, sejak beberapa tahun ini mengalami tahap kesihatan yang semakin memburuk. Beliau berulang ke hospital untuk dialisis dan mendapatkan rawatan.



Yazid juga menampung kehidupan dengan berniaga tauhu bakar , untuk menampung kos perubatan. Menurut beliau, ramadhan ini beliau ‘berkampung’ di hospital Kuala Lumpur dan merasa terhibur dengan ziarah teman-teman.” Semoga saya bertambah kuat, juga semakin sembuh…terimakasih ustaz atas doa semua. Saya merasa kuat dengan kehadiran anda”katanya dengan nada suara yang lemah.

“Maaf,jika bercakap banyak………saya akan batuk,”sambungnya lirih sambil menunjukkan tempat pembedahan.

Kaki Yazid kelihatan sembab , beliau kelihatan agak sukar bergerak. Ustaz Norazli Toliban membacakan doa syifa’ dengan turut diaminkan oleh teman-teman lain, termasuk pihak media yang turut hadir.

Lujnah Seni turut menyampaikan sumbangan untuk Yazid, begitu juga dengan Ustazah Nuridah Salleh, Ir Mokhtar Suhaili. Pengarah filem, Adam Hamid yang juga AJK Seni dan budaya PAS turut hadir , juga Dato Aziz Bakar mewakili kelompok industri seni.

Lujnah Seni dan budaya PAS menggalang tanggungjawab untuk merakyatkan gerakan Islam dalam dimensi inklusif, menyentuh setiap lantai capaian masyarakat. Ratusan anak seni, budayawan, karyawan akan kami jaringkan dan bersinergi untuk memacu PAS meroboh stigma sosial bahawa gerakan Islam ini akan meruntuhkan seni negara dengan perjuangan bernuansa Talibanisasi.

Ramai penyokong PAS dalam industri seni, seperti ungkap Bob Lokman “bukan semua artis dan anak seni mempunyai kekuatan untuk mengistiharkan mereka menyokong gerakan Islam”.

Namun ramai yang sanggup membantu PAS secara tidak langsung. Mereka juga ingin bersama membina negara ini supaya lebih nyaman dan bertunjang petunjuk rabbani.

***Penulis adalah Pengerusi Lajnah Kebudayaan Dan Kesenian Pas Pusat-


Sumber BO - 8-7-2015











Seeloknya Mashitah sepentas dengan artis berhijrah

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: ‎Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak kesal dan kecewa dengan keengganan Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil meminta maaf secara terbuka sebaliknya hanya berdolak dalik.

Katanya, Mashitah sepatutnya berlapang dada dengan teguran yang diberikan terhadap ucapan pada Persidangan Wanita Umno sebelum ini.

"Tak salah untuk beliau memohon maaf secara terbuka kepada golongan artis yang berhijrah ke dalam PAS dan ingin mendekati golongan alim ulama, beliau tidak perlu takut atau malu.

"Untuk tidak memanjangkan isu ini, seeloknya Mashitah duduk sepentas dengan golongan artis yang berhijrah ini dalam membincangkan dan berkongsi pendapat supaya rakyat mendapat penjelasan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Leman turut berpendapat, penjelasan Mashitah kelmarin adalah untuk menyelamatkan diri serta karier politiknya di hadapan rakyat.

Mashitah pada Persidangan Wanita Umno dengan lantang mengkritik fenomena ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ ini.

Namun pada kenyataan berasingan kelmarin, beliau menjelaskan ia tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014











Kenapa Mashitah kritik artis masuk PAS, bukan Umno?

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Abby Abadi meminta Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim agar tidak menjual agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dan bersama dengan PAS.

Katanya, ucapan Mashitah pada Persidangan Wanita Umno minggu lalu amat jelas mengkritik artis-artis yang berhijrah termasuk ustaz yang berdakwah menggunakan kaedah hiburan.

"Rasanya beliau perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat penafian, jelas apa yang beliau ucapkan pada persidangan Umno yang lalu.

"Saya cuma ingin tahu kenapa artis yang berhijrah bersama PAS sahaja dikritik kenapa pula mereka yang bersama Umno tidak dipersoalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Abby Abadi turut mempersoalkan pendirian Mashitah yang berkata tentang kelayakan seseorang dalam menyebarkan agama Allah.

"Bagi saya untuk mengingatkan seseorang itu tentang Islam ia tidak perlu ada gelaran, tak bolehkah orang yang selama ini buat salah mengingatkan orang lain agar tidak melakukan dosa, sudah tentu boleh sebab itu dari pengalamannya sendiri.

Menurut beliau lagi, kenyataan Mashitah sebelum ini terlalu banyak yang mengelirukan rakyat khususnya umat Islam yang perlu diambil perhatian.

"Jangan ingat bila duduk di dalam Umno atau kerajaan kita boleh mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak diri sendiri, perlu bijak berfikir jangan menjadikan diri kita ini 'bodoh' tanpa kita sedar.

"Mashitah yang dulu selalu bercakap tentang agama, bersopan santun telah hilang apabila sekarang lebih mementingkan jawatan serta kedudukan," tambahnya lagi.

Mashitah semalam menjelaskan beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ dalam kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak. - HARAKAHDAILY 3/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014

Jawab tuduhan Dr Mashitah 'ustaz / ustazah' express :
AA - https://www.youtube.com/watch?v=JpA7EIzTNfU





















Artis masuk PAS bukan mahu jadi ustaz - Leman

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim menjelaskan golongan artis menyertai PAS bukan kerana untuk menjadi ustaz atau ustazah sebaliknya ingin mendekati golongan ulama mendekati ajaran Islam.

Beliau ketika program CHit Chat anjuran MyHarakah Bazaar berkata, penglibatan golongan artis dalam PAS adalah kerana ini turut sama untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

"Walaupun artis ini bukan golongan ustaz atau ustazah tetapi ia mampu menarik orang ramai untuk mendekati dan mendengar apa yang kita sampaikan, ini merupakan satu dakwah.

"Apabila kita tidak daya untuk menbawa dakwah berat kita boleh bawa dakwah yang ringan, jadi usah dikecam apabila ada golongan artis yang berhijrah yang turut sama menyebarkan ilmu," katanya di pada sambutan ulang tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berucap pada Persidangan Wanita Umno yang lalu meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mashitah, kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas langsung, perlu ditarbiyah semula.

"Kita sebelum ini bersetuju dengan beliau iaitu ketika belum menyertai Umno, tetapi sekarang tidak lagi kerana ia lari daripada konsep dakwah yang sebenar.

"Untuk berdakwah tidak semestinya seseorang itu mempunyai bergulung-gulung ijazah tetapi dengan sepotong ayat al-Quran pun sudah dikiran berdakwah," katanya.

Beliau yang meminta agar semua pihak memberi galakan kepada golongan artis yang telah meninggalkan dunia hiburan serta mendekati Islam dan bukannya menghentam tanpa asas yang kukuh. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

LRL https://www.youtube.com/watch?v=8AJgz4EnGTA

Sumber HD - 2-12-2014











Apakah Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?

AHMAD DANIAL | .


MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah.

Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)

Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.

"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.

"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani.

Mahani berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapan dalam program ceramah dan forum asalkan tidak mengelirukan orang ramai.

Menurutnya, mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan.

"Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal?" soal Mahani.

Beliau berkata Mashitah mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik.

Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Sumber HD - 28-11-2014

PAS lancar Anjung Budaya esok

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat akan melancarkan Anjung Budaya pada 20 November, esok di MyHarakah Bazaar.


Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam ketika dihubungi berkata penyediaan Anjung Budaya ini sebagai usaha atau inisiatif PAS dalam menghargai golongan seni dalam negara ini.

"Sebelum ini PAS tidak menyediakan tempat untuk golongan karyawan mengetengahkan bakat mereka, dengan pelancaran Anjung Budaya ini ada ruang untuk mereka berkarya.

"Dalam pada itu kita telah mempunyai perancangan khusus yang mana program di Anjung Budaya akan diadakan setiap hari Ahad minggu kedua setiap bulan," katanya.

Menurut beliau lagi, dengan perancangan dan tempat yang telah disediakan ini secara tidak langsung PAS dapat mendekati golongan-golongan seni.

"Kita telah menyediakan perancangan selama setahun, kita akan menjemput artis, penyanyi, pelakon mahupun penyair hadir membuat persembahan mereka.

"Kita bukan menolak seni tetapi kita menghargai mereka-mereka yang terlibat dalam industri ini, termasuk juga mereka yang pandai melukis turut kita jemput," sambung beliau.

Sementara itu, pelancaran Anjung Budaya akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada jam 2.30 petang esok.

Selain pelancaran, Harakah turut mengadakan pogram bual bicara bagi membincangkan topik "PAS Peduli Seni".

Antara yang dijemput menjadi panel termasuk Wan Aishah Wan Ariffin, Abby Abadi, Ito Blues Gang dan Dr Muhaimin sendiri.

Manakala moderatornya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor.

Program itu juga akan diserikan dengan persembahan Busking oleh Zuar XPDC. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Zuar(XDC) - https://www.youtube.com/watch?v=2uCPg8ejz1w&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 19-11-2014











Aku dan Tok Guru


Gambar ini kuambil sewaktu mengiringi Tok Guru ke London sewaktu aku tinggal di Swansea. Dia ajak jalan-jalan cari kedai joran. Aku pun terkedu. Manalah nak cari kedai joran di pinggir kota London ini! Akupun tak minat memancing atau mencari ikan. Hanya makan ikan ok. Kami tidak jumpa kedai joran tapi kami jumpa kedai traveler. Aku ikut masuk kedai itu. Dibelek-beleknya beberapa barang di situ termasuk khemah camping, baju dan sebagainya. Tok Guru tak beli. Akupun ngekor keluar.

Seingat aku, tiga atau empat kali aku bertemu Tok Guru sewaktu di UK. Dua tiga kali di London dan sekali di Bristol. Semasa di Bristol, beliau datang dengan Hanifa Maidin yang menguruskan saman Tok Guru pada salah sebuah akhbar UK. Aku lebih senang bersembang dengan Hanifa Maidin daripada Tok Guru. Bercakap dengan Tok Guru tidak boleh merapu macam aku bercakap dengan Hanifa.

Aku mula mengenali namanya pertengahan tahun 1980an. Tok Guru datang ke Kg. Gajah. Aku pergi dengan bapa ke pekan kecil itu. Ramai orang yang datang. Aku tengok Tok Sidang Taib pun datang. Dia kata nak dengar ceramah Tok Guru. Aku tidak ingat apa yang disentuh dalam ceramahnya. Tetapi kehadiran yang ramai telah menunjukkan bahawa pidatonya menarik perhatian umum.

Setelah di UM, aku mulai mengenali lebih lagi. Beberapa program pertemuan antara mahasiswa dengan Tok Guru memberikan kesempatan untuk kami menerima taujihadnya. Ceramahnya memang selalu dinanti-nantikan. Kami selalu juga pergi ke Masjid Rusila terutama untuk mendengar khubahnya, Kaset-kaset ceramah beliau yang dijual oleh penerbit Gedung Gua sentiasa laku. Masa itu, Gedung Gua ada kedai di kawasan Chow Kit Road. Di situlah kami dapatkan buku, kaset dan poster Tok Guru.

Aku kekok kalau di sampingnya. Tok Guru hanya akan jawab jika kita bertanya. Dan Tok Guru akan cakap terus terang dan tidak panjang lebar. Aku pernah interview untuk kajian PhD aku dengan Tok Guru sewaktu di Parlimen. Banyak hal yang dikongsikan. Aku jarang duduk semeja atau sibuk menghampirinya. Ini kerana banyak masa aku berdiam daripada bersembang.

Kini, setiap bulan aku akan bermesyuarat dengannya. Selain daripada berjumpa dalam beberapa program, mesyuarat bulanan adalah kesempatan terbaik untuk aku meningkatkan hubungan antara aku dengan Tok Guru. Kesempatan inilah yang menjadikan aku lebih jujur dalam menyatakan sesuatu meski untuk menongkah fikirannya.

Tok Guru memang seorang ulama dan pemimpin yang disegani bukan sahaja di negara bahkan di dunia. Perjuangan dan pengorbanannya tiada siapa yang boleh menafikan. Namun, itu bukanlah bermakna Tok Guru tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Adalah satu kesilapan besar jika membiarkan kesilapan itu terus membesar tanpa dihalang atau dicegah. Selain daripada memerlukan kejujuran dalam menongkah fikirannya, kita sebenarnya memerlukan budi dan bahasa yang menyenangkan.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 12-11-2014

No comments:

Post a Comment