BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, November 4, 2014

MEMARTABAT BAHASA MELAYU


Bahasa Oh! Bahasa

(Gambar – Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya)

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Bahasa adalah medium interaksi yang paling penting antara sesama manusia. Biasa kita dengar ungkapan, “bercakaplah dengan bahasa pendengar di hadapan kita.” Maknanya sangat mendalam dan luas tafsirannya.

Bila kita bercakap dengan sekumpulan kanak-kanak, maka bahasa kita adalah bahasa kanak-kanak dengan segala lenggok dan seni seorang kanak-kanak. Bukan dengan gaya seorang pemidato hebat atas pentas ceramah yang menyusun seni bahasa lengkap dengan segala argumen, hujah dan dalil serta sumber rujukan. Bimbang kanak-kanak akan tanya, “Pak Cik dah makan ubat hari ni?”

Kita masuk kampung jumpa penoreh getah, maka topik percakapan kita adalah hal-hal getah dan cerita orang kampung. Tak perlu nak bincang hal Pelaburan Langsung Asing (FDI) atau cerita hal kita pergi konferen dan meeting di England dan Istanbul. Orang kampung dengar sambil terlopong. Belakang kita orang jebeh! Nak berlagak kononnya mari cerita hal dia pergi England kat kita. Kita hari-hari masuk ‘in gelam’ cari kayu gelam buat para tanam sayur pun tak menyohor.

Jumpa pesawah atas batas bendang, maka topik kita adalah hal padi. Hal benih padi, siput gondang emas, tikus, racun padi, mesin padi, taliair dan macam macam lagi. Tak kan kita nak bercakap hal topik 1MDB dan DOJ dalam baruh padi. Lagi pening kalau kita nak cerita berkaitan hasil kajian Pricewater House Coopers terhadap prestasi ekonomi Negara. Nanti orang kampung kata, “setakat water dalam taliair kami tahu, Pricewater House tu menatang ape??” Perkataan menatang bukan kasar bagi orang Terengganu. Ia mengambarkan kemesraan dan hubungan erat antara 2 orang yang bercakap.

Dalam wad di sebuah hospital, seorang doktor muda yang handsome dan bergaya sedang terkial-kial menerangkan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang perlu kepada seorang Pak Cik tua lulusan darjah 2 sekolah Melayu dengan menggunakan segala macam istilah saintifik perubatan. Bangga rasanya doktor muda ini bila boleh menunjukkan kehebatan ilmu perubatannya dengan segala istilah yang pelik-pelik. Akhirnya Pak Cik ini jawab, “Doktor… Pok Cik ada penyakit kencing manis dengan darah tinggi. Tapi bila dengar doktor cerita lagu ni, rasanya Pok Cik boleh kena sakit jantung pulok!”

Bila saya buat latihan praktikal di Hospital Universiti Baghdad, saya berusaha keras untuk menguasai bahasa Arab, bukan setakat bahasa Arab standard tetapi bahasa Arab orang kampung atau bahasa Arab ‘ammi. Kalau tidak macam mana kita nak berinteraksi dengan pesakit? Pesakit kita adalah manusia, bukannya robot atau mesin. Kalau kena pesakit kita orang Arab Baduwi yang mari dari desa, lagi pelik bahasa mereka. Pelik macam mana sekalipun tetap kita perlu belajar dan menguasainya.

Semasa bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia dulu, ada juga kawan sekerja orang asing dari Iraq, Jordan, Palestin, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka. Mereka tak cuba dengan bersungguh untuk belajar bahasa Malaysia. Akhirnya bayangkanlah bagaimana rakyat marhaen orang kampung kita mendapat rawatan dari doktor yang tak boleh nak bercakap dengan mereka dan mereka tak boleh nak bercakap dengan doktor. Ia lebih teruk dari ayam berinteraksi dengan itik!

Sekarang doktor muda anak tempatan yang baru grad dari kuliah perubatan universiti dalam dan luar negara cukup ramai. Malah ramai lagi yang dah agak lama grad tapi belum dipanggil melaporkan diri bertugas.

Semalam saya jumpa dengan seorang Profesor, ketua satu Jabatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM kubang Kerian. Beliau memaklumkan bahawa graduan perubatan yang baru grad dari USM, hanya dalam 40 peratus lebih sahaja yang telah dipanggil melaporkan diri. Bermakna dengan limpahan graduan baru bidang perubatan, kita tidak lagi bergantung kepada tenaga asing untuk mengisi jawatan Pegawai Perubatan U41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak sepatutnya timbul isu kelulusan Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

Saya tak pasti apa status kelulusan Bahasa Malaysia Menteri Kesihatan Malaysia masa periksa SPM dulu. Menarik juga kalau dia boleh bagi tahu. Bukan apa, cuma saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa cadangan untuk mengecualikan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia bagi perlantikan Pegawai Perubatan Kontrak Grad U41 tak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet, tetapi dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bimbang juga saya kalau Menteri Kesihatan pun tak lulus Bahasa Malaysia SPM. Kalau lulus cemerlang, kira ok lah

Sumber BO - 5-7-2017


Pertahankan kedaulatan Bahasa Melayu

ZAITOON IBRAHIM | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43133-pertahankan-kedaulatan-bahasa-melayu

KUALA LUMPUR: “Saya tetap terus mempertahankan bahasa Melayu,” demikian tegas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Majlis Pelancaran Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Auditorium PNM, semalam.

Beliau memberitahu cabaran mendaulatkan bahasa Melayu yang dihadapi hari ini bukan mudah dengan mengambil contoh usaha mempertahankan tulisan Jawi.

Katanya, persoalan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu perlu dibuat secara serius kerana kesannya nanti akan dirasai oleh generasi muda sendiri yang turut tersentuh hati dengan nasib bahasa Melayu hingga menitiskan airmata ketika merasmikan seminar tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah PNM, Nafisah Ahmad memberitahu, terdapat 4,862 naskhah manuskrip tulisan tangan yang tersimpan di PNM sebagai bukti keintelektualan bangsa Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Tambahnya lagi, kebanyakan manuskrip Melayu ditulis dalam bahasa Melayu, terdapat juga dalam bahasa Arab dan Sanskrit.

Seminar selama dua hari itu adalah untuk membincangkan penemuan terkini mengenai asal usul bangsa Melayu melalui penyelidikan Mitikondrial DNA oleh Dr Stephen Oppenheimer, pensyarah dari Universiti Oxford dan bukti intelektual Melayu melalui manuskrip Melayu.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Datuk Ab Ghafar A Tambi, Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga Profesor Kesusasteraan Bandingan dan Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar dan Ahli Lembaga Penasihat PNM, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh. - HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD - 8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa orang Bangla, Myanmar, Nepal cepat kuasai bahasa Melayu, Cina tidak
Posted on Monday, August 22 @ 15:56:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31439



BANGI, Isnin – Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoal kejiwaan rakyat negara ini yang tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai Bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan negara.
Sebaliknya beliau berkata, rakyat negara lain yang menetap di Malaysia pula boleh menguasai dengan cepat Bahasa Melayu.
“Peliknya, kenapa Bangla, Myanmar dan Nepal boleh menguasai BM dengan cepat, rakyat kita begitu sukar?,” soalnya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini Ismaweb melaporkan Pakar Bahasa, Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong melahirkan rasa kesal apabila terdapat rakyat Malaysia khususnya di kalangan belia Cina yang masih tidak fasih berbahasa Melayu.
“Kita dapat lihat pada hari ini orang bukan Melayu, belia Cina misalnya yang tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan itu bahasa negara.
“Jadi bagi saya, malang sekalilah, (mereka adalah) warganegara, tapi tak tahu bahasa negara, jadi saya selalu bercakap isunya di mana erti kerakyatan? Ini sesuatu yang malang,” katanya.
Menyentuh isu yang sama Ridhuan Tee berkata, hakikatnya selama ini kerajaan amat bertolak ansur apabila telah memudahkan subjek Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
“BM di SJKC lebih mudah berbanding dengan BM di SK. Jika subjek BM diseragamkan mengikut kurikulum SK, sudah tentu lebih banyak kelas peralihan terpaksa diwujudkan kerana ramai yang akan mendapat markah rendah atau gagal.
“Jika mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajari BM, sudah tentu bilangan yang mendapat straight A akan mengatasi Sekolah Berasrama Penuh. BM adalah subjek killer kepada prestasi SJKC,” katanya.

Sumber TKO - 22-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Bahasa Melayu dan Kita

Posted on Friday, November 27 @ 14:40:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


"

Ancaman terhadap Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ancaman ini bukan bermakna ancaman dari bahasa-bahasa lain, tetapi kekurangan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Jadi masalah ini berpunca dari dalam diri kita sebenarnya. Bahasa lain tidak salah. Cuma layanan kita terhadap bahasa lain itu kadang-kadang menganaktirikan Bahasa Melayu sendiri. Sekali lagi, puncanya adalah dari diri kita sendiri.

Saya bersetuju dengan kata-kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkata penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia diibaratkan “melukut di tepi gantang”, iaitu sesuatu yang tidak dihargai sangat oleh kerana masyarakat kini tidak lagi menghiraukan kepentingan menguasai bahasa ini dengan baik. Beliau sendiri amat fasih berbahasa Melayu.



Isu ‘scissor salad’ yang heboh diperkatakan sekarang. Seolah-olah sesuatu isu yang sangat besar. Kesalahan tersebut tidak patut berlaku. Tetapi kita ini memperbesarkan perkara ini seolah-olah dunia nak kiamat. Dijadikan isu, kadang-kadang ditokok tambah cerita, tak pasal-pasal buat dosa percuma. Kecoh. Sebab apa? Sebab salah eja Bahasa Inggeris.



Bayangkan jika kesalahan tersebut membabitkan Bahasa Melayu, saya rasa orang akan pandang sepi je, pandang sebelah mata, ataupun tak kisah pun. Kalau ada pun tegur diam-diam. Tak heboh gempar macam ‘scissor salad’ tu. Itulah orang kita.



Kita merasakan diri kita berpendidikan, sangat dihormati dan punyai tarikan apabila berbicara dalam Bahasa Inggeris. Apabila kita bercakap dalam Bahasa Melayu, kita dianggap sebagai tidak berpendidikan dan kurang daya tarikan, mundur, kurang maju.


Kita secara tidak sedar telah meremehkan kedudukan, nilai dan fungsi Bahasa Melayu malah lebih menjulang bahasa-bahasa luar yang dianggap lebih mengikut arus pemodenan. Kita dah tak hormat bahasa kebangsaan kita. Kita memperlekehkan bahasa kita. Kita tak rasa malu pun jika salah berbahasa Melayu. Tetapi jika bahasa lain, kita malu, segan, sangat-sangat khuatir dengan kesalahan. Takut dikutuk dan dikata orang.

Tak kira dari mana pun kita, asal usul kita, kalau kita memegang status warganegara Malaysia, kita perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana penguasaan Bahasa Melayu yang tulen dan baik menggambarkan nilai jati diri kita sebagai warganegara Malaysia.

“Kita tidak lupa Bahasa Melayu, tetapi kita perlu mahir berbahasa Inggeris”

“Kita tidak akan meminggirkan Bahasa Melayu, tetapi kita tahu kepentingan Bahasa Inggeris”

“Kita akan pastikan Bahasa Melayu tidak terabai”

Itulah antara kata-kata pembuat dasar, atau penganjur, ataupun kata-kata sakti bagi menyokong apa yang telah mereka lakukan. Ungkapan-ungkapan ini tidak salah. Namun, adakah mereka memantau? Adakah mereka memastikan perlaksanaan seperti apa yang dikata? Apa yang saya tengok, kata tapi tak kota. DBP seolah-olah harimau hilang taring. Pejuang bahasa dah letih dah nak memperjuangkan. Mereka makin berumur. Mana sokongan lain? Takkan nak harapkan DBP sahaja. Mana sokongan pihak swasta? Ada generasi pelapis tampil? Mungkin ada, tapi sokongan terhadap mereka macam mana?

Saya bagi satu lagi contoh: Osman Baku lawan Oh My English!

Siapa pernah tonton Osman Baku? Siapa pernah tonton Oh My English!?

Anda lihat sendiri pelakon-pelakon dalam kedua-dua siri ini. Siapa para pelakonnya? Berapakah bilangan penaja untuk siri-siri ini? Lihat kekuatan promosi siri-siri ini? Siapa paling hebat promosinya? Kedudukan yang mana lebih tinggi dari segi bilangan penonton?

Saya rasa anda boleh agak jawapannya.

Begitulah nasib Bahasa Melayu sekarang. Ia sebuah bahasa yang lemah. Sebab kita yang melemahkannya. Kita tak menyokongnya, kita tak meletakkannya di tempat yang sepatutnya. Dalam perlembagaan dah terang-terang dinyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Tapi perlaksanaannya cukup lemah. Sebab kebanyakan dari kita tak cintakan bahasa Melayu itu sendiri.

Saya ulang.

Bahasa Melayu sekarang berada dalam keadaan sangat lemah. Bayangkan sekarang sebagai bahasa rasmi pun ia sudah lemah – disebabkan kita sendiri. Apatah lagi diletak sama paras dengan bahasa lain, sudah tentu tak lama lagi ia akan rebah – disebabkan kita sendiri juga. Akhirnya akan jadi bahasa kedua pertuturan. Seperti mana di tempat saya belajar sekarang, Ireland.

Di Ireland, bahasa asal mereka iaitu bahasa Irish atau Gaelic telah jatuh ke tempat kedua bahasa pertuturan setelah pengaruh bahasa Inggeris yang kuat di negara mereka. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja di Ireland kita boleh lihat Bahasa Gaelic digunakan sebagai bahasa pertama pertuturan. Namun di kebanyakan kawasan, Bahasa Inggeris menjadi pilihan utama.

Bahasa Gaelic di Ireland masih bahasa rasmi negara tersebut bersama-sama dengan bahasa Inggeris. Namun, kebanyakan generasi muda sekarang di sini tidak tahu berbahasa Gaelic. Generasi-generasi yang lebih lama boleh berbahasa Gaelic. Saya juga ada belajar sedikit bahasa tersebut dengan mereka. Saya ada ramai kawan Irish kat sini, dan apabila saya bertanya perkara berkenaan bahasa ini, mereka menyatakan bahasa Gaelic ini tidak terlalu diperlukan dan tidak penting berbanding bahasa Inggeris. Pada mereka (generasi muda) di sini, bahasa Gaelic lebih kepadi bahasa tradisi sahaja.

Bahasa tradisi? Satu istilah yang menarik.

Adakah Bahasa Melayu bakal menerima nasib yang sama?
Sumber TKO - 27-11-2015

Bahasa Melayu jangan jadi macam Bahasa Hawaii

PROFESOR ABDULLAH HASSAN | .


PEMIMPIN kita sering membuat kenyataan bahawa bahasa Melayu sudah mantap. Oleh itu ia tidak perlu digunakan dalam pendidikan, dan ia tidak diketepikan.

Kita tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada Bahasa Melayu akibat tindakan ini. Mari kita lihat sebuah kes. Lihat bagaimana bahasa Hawaii pupus, dan sekaligus bagaimana bangsa Hawaii luput dan kehilangan maruah.

Pada tahun 1820 Raja Kamehameha I menerima guru Inggeris masuk ke pulaunya. Dia didesak oleh peniaga-peniaga asing berbahasa Inggeris supaya mendirikan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Dia mengalah. Raja Kamehameha II meneruskan dasar itu.

Pada tahun 1848, Raja Kamehameha III (Gambar atas)memutuskan supaya Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Golongan bawahan rakyat yang menjadi majoriti mahu mempertahankan bahasa Hawaii. Tetapi mereka kalah kepada golongan elit yang terdiri daripada orang Hawaii berbahasa Inggeris dan kaum haole (kacukan). Mereka ini tidak ramai.

Alasan mereka adalah, supaya bahasa Inggeris diajar kepada seluruh negara, dan ini sekaligus membuka sumber ilmu yang luas kepada mereka (Bingham, 1848:44). Samalah dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Seorang ahli sejarah, Reinicke (1969:70-71) melaporkan, pada tahun 1848 ada 624 sekolah berbahasa Hawaii dengan murid seramai 19,644 orang. Pada masa itu hanya ada 7 sekolah Inggeris swasta dengan murid seramai 200 orang.

Pada tahun 1893 semasa Ratu Liliuokalani digulingkan oleh peniaga dan pengusaha ladang Amerika yang berbahasa Inggeris, hanya tinggal 28 sekolah Hawaii dengan 552 murid. Sekolah Inggeris Kerajaan meningkat menjadi 140 buah dengan murid seramai 10,160 orang. Pada 1902 semua sekolah berbahasa Hawaii pupus.

Hilanglah bahasa Hawaii daripada buminya sendiri. Apabila bahasanya pupus, bangsanya juga hilang maruah. Bangsa Hawaii tidak wujud lagi. Mereka hanya menjadi bangsa serpihan kepada bangsa Amerika.

Setiap bahasa mempunyai ekologi sendiri, iaitu penuturnya, fungsinya, persekitarannya, dan lain-lain. Apabila fungsi menyampaikan sains dan teknologi digugurkan, kita mengusik ekologinya, kemusnahannya akan mengikut.

Bahasa juga mengubah memori dan pemikiran bangsa. Dalam masyarakat bertukar bahasa itu, ratunya pun digugurkan. – HARAKAHDAILY 23/11/2015

Sumber HD - 23-11-2015



Rais minta Sarawak kaji Inggeris jadi perantaraan rasmi

Posted on Tuesday, November 24 @ 07:29:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kerajaan Sarawak diminta mempertimbang kembali keputusan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan negeri, demi perpaduan negara.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim berkata langkah kerajaan Sarawak itu dilihat boleh menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Bukankah ini disintergrasi ataupun mencetuskan keadaan kita akan berpecah. Jadi dari segi kenegaraan saya sangat musykil pendirian kerajaan negeri (Sarawak) sekiranya nak diteruskan perkara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Album Simfoni Daerah Kelantan yang turut dihadiri Pengarah Penyiaran Kelantan Zulkipli Salleh di Jabatan Penyiaran Kelantan di Kota Baharu, hari ini.

Rais mengulas isu penggunaan Bahasa Inggeris, selain Bahasa Malaysia, sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan Negeri Sarawak seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata perkara itu seharusnya dibahaskan oleh sebuah konsensus dengan teliti sebelum diumumkan oleh Adenan kerana ia turut melibatkan Perlembagaan Malaysia.

"Dalam keadaan negara sekarang mencari jalan lebih utuh dan lebih kuat, (takkanlah) kita nak lari dan tinggalkan perkara ini yang akan menyebabkan kita jatuh kepada perangkap yang nanti kita tidak boleh keluar daripadanya.

"Malaysia tidak akan kuat dengan langkah ini (menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi di Sarawak)," katanya.
- Bernama

Sumber TKO - 24-11-2015



Bahasa Melayu : Terpinggir atau sengaja dipinggir?

Posted on Monday, September 21 @ 09:22:05 MYT by paktam

Oleh Arif Atan

Terpinggir atau sengaja dipinggir? Atau mahu tukar perhatian rakyat terhadap banyak isu salah guna kuasa gila sang penguasa? Malaysia sudah lebih 58 tahun merdeka, perkara asas berkaitan pembinaan negara bangsa pun belum selesai. Lagi mahu sembang, KLCC pun boleh tumbang.

Guru Bahasa Melayu pun bahasa Melayunya di Facebook caca-marba. Menteri berucap galak menyalak cakap bahasa bercampur Inggeris.

Sekolah jenis kebangsaan diperbanyak dan dana ditambah setiap kali musim pilihanraya. Universiti pun habis ilmu diajar, ditulis, disebar dalam bahasa Inggeris.

Modal kebolehpasaran dijaja buat menghalalkan keimanan terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa syurga kapitalis. Penulisan jurnal akademik dalam bahasa Inggeris menjadi syarat. Penterjemahan ke dalam bahasa Melayu melukut di tepi gantang dengan alasan bahasa Melayu tak cukup sifat dan tepat.

Filem Malaysia pun ada anugerah terbaik untuk bukan berbahasa Melayu. Filem berbahasa Melayu pula memperbodohkan bahasa Melayu tambah kalau yang tema samseng gila bercakap dalam loghat Cina.

"Kebimbangan-kebimbangan" palsu hakikatnya bersalut jiwa hamba konon bahasa Inggeris begitu penting kuat bergendang macam esok nak kiamat termasuk dalam berita muka depan ini - "tidak abaikan kepentingan bahasa Inggeris".

Macamlah kalau kita mahu mengangkasakan bahasa Melayu kita mahu tolak bahasa Inggeris?! Lagi kau mahu sembang, bahasa Melayu "masih dipinggir"? Sudahlah. Baik kau nyanyi lagu Sekadar di Pinggiran oleh Fransisca Peter!

Sumber DD - 21-9-3025













PAS dan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu

DR RIDUAN MOHD NOOR | .


PAS telah menyertai pilihan raya umum kali pertama yang diadakan pada 27 Julai 1955 di mana PAS telah meletakkan 11 calonnya untuk bertanding. PAS dalam pilihan raya ini sebagai sebuah parti politik telah mengemukakan manifestonya kepada rakyat dalam tawaran pelajaran dan pendidikan PAS telah menawarkan:

1. Mengambil langkah supaya setiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuaian dengan kemajuan.

2. Pelajaran agama Islam hendaklah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam.

3. Berikhtiar sepaya pemerintahan dapat mengadakan sekolah-sekolah dewasa dengan beberapa segera, terutama pada bahagian pertukangan dan ekonomi.

4. Berikhtiar dan berusaha supaya sekolah-sekolah melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah negara dengan memperluaskan dan meninggikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara.

5. Berikhtiar mengambil perhatian yang berat terhadap perkembangan pendidikan akhlak bagi meninggikan mutu dasar pelajaran.

PAS juga semenjak dekad 1960-an telah merespon isu-isu pendidikan di negara ini. Tokoh-tokoh PAS dalam parlimen telah bersuara dalam menangani  isu-isu pendidikan di negara ini.

Pimpinan PAS juga telah membahaskan isu-isu berkaitan dengan pendidikan dan bahasa dalam parlimen Malaysia semenjak awal 60-an lagi.

Antaranya perbahasan Datuk Mohd Asri dalam Parlimen: "Saya suka memberi sedikit pandangan di sini iaitu saya rasa dalam ikhtiar hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang hidup dan terpakai dalam segenap lapangan dalam negeri ini, tidaklah cukup dengan menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah sahaja, sebab sekolah rendah itu nanti bersambung kepada sekolah menengah dan akhirnya bersambung ke peringkat tinggi atau universiti. Jadi  sebaik-baiknya pihak Kementerian Pelajaran mula mencuba dan mulai berfikir dari sekarang untuk membuat rancangan supaya Bahasa Melayu  dapat dijadikan bahasa pengantar di sekolah tinggi. Kita akan dapat melihat dalam tempoh sebelum sampai pilihan raya sekali lagi, bahawa semua persekolahan mulai dari sekolah rendah hingga setinggi-tingginya dalam negeri ini telah mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar".

Wakil-wakil rakyat PAS termasuk Dr Burhanuddin, ketika belum ditahan di bawah ISA, begitu aktif membincangkan persoalan dasar pelajaran. Dr Burhanuddin mahukan kerajaan tegas dalam melaksanakan dasar pelajaran ini. Beliau amat risau dengan dasar yang masih membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris kerana tanpa usaha yang gigih Bahasa Kebangsaan tidak mungkin digunakan di sekolah-sekolah tinggi dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang.

Dr Burhanuddin al-Helmy sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dan pejuang bangsa Melayu yang sentiasa melihat kepentingan Bahasa Melayu sebagai maruah bangsa. Beliau mampu menjangkakan apa yang akan berlaku jika usaha bersungguh tidak dibuat untuk mengangkat harkat Bahasa Melayu. Pemikiran Dr Burhanuddin jauh menjangkau ke hadapan. Sehingga tahun 1967 misalnya, jelas Bahasa Melayu masih belum menjadi bahasa rasmi sepenuhnya.

Maka dengan sebab itu PAS menuntut lagi sekali, dan berpegang kuat pada tuntutannya, bahawa bahasa tunggal dan rasmi Tanah Melayu ini ialah bahasa Melayu. Ini hendaklah disebut, bahawa Bahasa Melayu itu, hendaklah dijadikan bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan yang tunggal dalam negeri ini dari sekarang juga.

Dengan adanya Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bermakna bahasa lain tidaklah ada satu kesempatan, atau kebolehan,atau kelapangan yang meletakkan mereka itu untuk dijadikan bahasa rasmi dalam pemerintahan negeri ini dan hendaklah ditegaskan, supaya jangan ada sesudah perlembagaan ini dibuat, rasa tidak puas hati di kalangan orang lain, mencuba hendak menimbulkan  bahasa masing-masing seperti Bahasa India dan Bahasa Cina, hendak digunakan sebagai bahasa rasmi pula di Tanah Melayu ini. Ini hendaklah disebut oleh suruhanjaya perlembagaan Reid.

Setiap kali muktamar PAS berlangsung maka isu-isu tentang pendidikan sentiasa diperbahas oleh perwakilan parti tersebut, selain disorot dalam ucapan dasar Yang Dipertua (Presiden).

Contohnya, isu Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara telah ditimbulkan lagi oleh perwakilan PAS dalam mesyurat agung tahunan PAS kali ke-9 pada 12 dan 13 Februari 1961. Dalam mesyuarat agung ini usul yang diterima adalah: Bahawa Majlis Mesyuarat Agung yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu supaya menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa  pengantar di semua sekolah menengah mulai pada awal tahun 1961. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Kesenian Dan Kebudayaan PAS Pusat.

Sumber HD - 12-8-2015














Martabat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kemajuan bahasa bukan sahaja pilihan daripada percambahan dan tumbuh suburnya istilah yang diguna pakai akan tetapi lebih daripada peranan dan matlamat bahasa Melayu itu sendiri boleh meningkatkan ketamadunan dan peradaban bangsanya sehingga mampu melahirkan generasi penerus yang mempunyai daya intelektual tinggi, pemikir, pembentuk sahsiah, pembudayaan dan jati diri murni, lapor laman web Pelita Brunei semalam.


Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah Mohd. Hassan menggariskan demikian pada Majlis Syarahan Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABIM) Ke-7 di Dewan Sarmayuda, DBP, Berakas, Bandar Seri Begawan.

Beliau juga menyeru agar bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa praktis pengantarabangsaan, bahasa komunikasi dan bahasa intelektual yang mampu melahirkan citra pembudayaan kepada penutur dan pengamalnya.

Pemartabatan bahasa Melayu perlu dijaga agar ia dikenali dan bersifat fungsional hingga ke peringkat antarabangsa.

Pada majlis itu, syarahan bertema 'Meningkatkan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Pembuka Pemikiran Cendekia Halangan, Peluang dan Strategi ' telah disampaikan oleh Pengarah Sekretariat Rangkaian Kajian Borneo (Borneo Studies Network - BSN), Dr. Yabit Alas.

Sumber HD - 4-11-2014

No comments:

Post a Comment