BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, November 5, 2014

PTPTN


Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com 



Peminjam PTPTN sedih disenarai hitam kerana tuntut ilmu

SATU tindakan yang sangat wajar jika peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarai hitamkan kerana berjoli tanpa mengambil kira keperluan sebenar serta pendapatan,  kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Bagaimanapun katanya, paling sedih apabila peminjam disenarai hitamkan kerana meminjam untuk menuntut ilmu.
Ini katanya, tanpa meminjam mustahil mereka mampu menjejakkan kaki ke menara gading demi menjadi insan berilmu
"Keluar dengan segulung ijazah, belum tentu mereka mampu untuk memasuki pasaran kerja dan memiliki pendapatan.
"Tetapi apa yang pasti mereka dikejar oleh PTPTN!" katanya kepada Harakahdaily hari ini. 
PTPTN katanya, bukannya berniaga dan hasil dari keuntungan perniagaan digunakan untuk biaya pinjaman dan tambahnya duit yang diberi pinjam itu pun duit rakyat juga. 
"Inilah nasib anak bangsa kita, tidak adakah satu kaedah lain yang lebih manusiawi dalam menyelesaikan isu ini? " soalnya.
Padahal katanya, setiap tahun PTPTN menerima suntikan dana yang banyak dari kerajaan. 
Sebanyak 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu. – HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 

Lebih kurang 2,000,000 Peminjam PTPTN bakal undi PAS pada PRU14
Posted on Friday, March 24 @ 22:05:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34168

"Sehingga hari ini, terdapat 2.6 juta peminjam PTPTN di negara ini seperti yang dilaporkan Sinar Harian.









Kini, majoriti peminjam PTPTN hidup sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman PTPTN dengan interest yang agak tinggi. Peminjam PTPTN juga dibelenggu dengan masalah untuk mendapatkan perkerjaan di negara ini. Walaupun mendapat pekerjaan, rata2 peminjam tidak mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka.

Parti PAS yang telah menawarkan penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma telah mendapat sambutan hangat daripada peminjam PTPTN. Tawaran ini membuatkan mereka menarik nafas lega kerana ada pihak yang sanggup mengangkat beban tanggungan yang dipikul mereka selama ini. Pada PRU14 kelak, majoriti peminjam PTPTN sudah sepakat untuk mengundi PAS. TAKBIR.
 

Sumber TKO - 25-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Facebook Khairy Jamaludin diserang peminjam PTPTN gara-gara rasa tertipu
Posted on Wednesday, August 24 @ 20:14:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31445

"Pada 20 August 2013, KJ telah membuat satu posting di facebook beliau yang bertulis "Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk
menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda." Namun, apa yang mengecewakan peminjam PTPTN, ramai antara yang telah disenaraikan ke dalam CCRIS sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan keratan akhbar dari Berita Harian.
SABTU, 23 APRIL 2016 @ 6:15 PM 1.25 juta peminjam PTPTN tersenarai CCRIS
BUKIT MERTAJAM: Seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/146718

Akibat rasa tertipu, facebook KJ telah diserang oleh peminjam PTPTN sejak semalam. Ini adalah antara komen-komen peminjam PTPTN. Komen-komen ini boleh dilihat di https://www.facebook.com/Khairykj/posts/706794819337122

 


 



Sumber TKO - 24-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







PTPTN: Teliti semula hutang pendidikan tinggi

HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42257-ptptn-teliti-semula-hutang-pendidikan-tinggi

Isu hutang pendidikan tinggi negara (PTPTN) merupakan isu yang sering kali mendapat perhatian rakyat terutamanya golongan muda yang ingin menyambung pelajaran mereka di IPTA dan IPTS.

Status kegagalan para peminjam membayar semula hutang tersebut seharusnya dijadikan isu teras kepada perbincangan mekanisma pembiayaan dalam pendidikan tinggi negara.

Kenyataan Pengerusi PTPTN yang mengakui ketidakmampuan untuk memberikan pinjaman sepenuhnya kepada pelajar disebabkan kekurangan terhadap kadar kutipan balik pinjaman membuktikan mekanisma “hutang” bagi pembiayaan pendidikan tinggi negara memerlukan kepada transformasi yang lebih segar.

Saya berpandangan belenggu kegagalan melangsaikan hutang bukan sahaja melanda pada aspek pinjaman pendidikan, malah juga pada aspek pinjaman-pinjaman yang lain.

Jabatan Insolvensi Malaysia mengeluarkan laporan pada 2015 menunjukkan seramai 24,953 orang berusia 35 tahun ke bawah telah diisyhtiharkan muflis.

Maka, tidak mustahil puluhan ribu yang lain berada dalam keadaan yang tidak menentu bagi melunaskan hutang mereka. Statistik ini perlu mendapat respons yang proaktif daripada pihak kerajaan dan PTPTN.

Kerajaan seharusnya meneliti semula mekanisma hutang dalam pembiayaan tinggi negara. Di sebalik tekanan yang diberikan pihak kerajaan supaya para peminjam membayar balik pinjaman, langkah yang wajar ketika ini juga adalah melihat kepada aspek yang lebih efektif dalam membiayai pendidikan tinggi negara iaitu menerusi sistem wakaf seperti yang menjadi amalan di beberapa institusi pengajian awam dalam dan luar negara.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                          
Batalkan Penyenaraian Peminjam PTPTN Ke Dalam CCRIS Dan Hapuskan Interest PTPTN
Posted on Wednesday, August 17 @ 19:12:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31376
Satu petisyen untuk mendesak pengerusi PTPTN, Dato Shamsul Anuar Nasarah, membatalkan penyenaraian peminjam PTPTN ke dalam CCRIS dan menhapuskan interest PTPTN telah pun dilancarkan bagi mengumpulkan tandatangan sebagai tanda sokongan.

Untuk tandatangan petisyen ini, bolehlah klik di bawah ini.
https://www.change.org/p/batalkan-penyenaraian-peminjam-ptptn-ke-dalam-ccris-dan-hapuskan-interest-ptptn
 Kempen ini telah dibuat oleh seorang peminjam PTPTN. Berikut adalah info tentang beliau.
                                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 17-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kena bayar RM17,500 lump sump untuk tukar kepada Ujrah 1% PTPTN
Posted on Tuesday, August 09 @ 11:17:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31300
Ramai peminjam PTPTN yang tidak tahu bahawa PTPTN telah membuat syarat baru untuk menukar kos pentadbiran sedia ada iaitu 3% kepada ujrah 1%. Bermula 1 Julai 2015, peminjam mesti membayar separuh daripada jumlah pinjaman untuk dapatkan kadar interest yang lebih rendah iaitu ujrah 1%.

Seperti kes di bawah ini, jumlah hutang siswazah tersebut adalah lebih kurang RM35,000. Untuk mendapatkan ujrah ujrah 1%, siswazah berkenaan terpaksa membayar sejumlah RM17,500 secara lump sum kepada PTPTN.

Majoriti ramai orang yang menyuruh peminjam PTPTN supaya dapatkan ujrah kerana kadar faedahnya yang lebih rendah berbanding kos pentadbiran. Tetapi ramai orang yang tidak sedar betapa sukarnya untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar PTPTN sebagai syarat untuk mendapatkan ujrah 1%.

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/penawaran-pertukaran-ujrah
                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 9-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                

Interest yang dikenakan PTPTN hampir RM5,000
Posted on Wednesday, May 04 @ 06:54:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Penyata PTPTN ini telah mengejutkan ramai pihak hari ini. Peminjam yang pada mulanya hanya meminjam RM29,094.14 pada tahun 2009 terpaksa membayar RM34,664.14 pada tahun ini. Ini disebabkan oleh tindakan PTPTN yang mengenakan interest sebanyak RM65 sebulan.






Sumber TKO - 4-5-2016













Bela nasib 1.25 juta peminjam PTPTN dalam CCRIS

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius terhadap nasib 1.25 juta orang peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) seperti yang diumumkan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Semestinya majoriti daripada 1.25 juta orang ini adalah terdiri daripada golongan generasi muda lepasan universiti awam dan swasta.

Berpandukan syarat yang ditetapkan, kesemua peminjam PTPTN perlu mula membayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian dan jumlah bayaran perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Persoalannya, inilah dilema besar yang dihadapi anak muda. Tidak ramai graduan yang mendapat kerja seawal tempoh tersebut dan jumlah pendapatan bulanan yang diterima masih belum cukup untuk menampung kos sara hidup.

Merujuk kepada indeks pengangguran negara, ia meningkat daripada 3.1% pada Januari 2015 kepada 3.4% pada Januari 2016.

Laporan dari Jabatan Statistik Malaysia melaporkan bahawa kini terdapat 14.6 Juta tenaga kerja dalam negara dengan 501,000 lagi masih tiada pekerjaan.

Jumlah ini agak besar berbanding Januari 2015 di mana terdapat 14.4 juta tenaga kerja dengan 450,000 yang tidak bekerja.

Pada ketika ramai yang masih mengganggur, siri pembuangan pekerja juga turut bertambah dengan drastik apabila kelembapan ekonomi berlaku menyebabkan banyak syarikat menyelaraskan semula operasi bagi menyelesaikan masalah kewangan.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pada Oktober 2015 turut mendedahkan maklumat bahawa terdapat lebih 200,000 siswazah yang sudah dua tahun bergraduasi masih belum berkerja.

Apabila 1.25 juta orang peminjam ini tersenarai dalam CCRIS, pastinya mereka akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman seperti termasuk pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan dan lain-lain. Bukankah ini suatu bentuk penganiayaan kepada anak muda?

DPPM tidaklah bermaksud mahu menggalakkan orang yang berhutang tidak  membayar pinjaman mereka, tetapi mengharapkan pihak Kerajaan bertimbang rasa dan lebih bijaksana dalam menyelesaikan isu ini.

Langkah menyenaraikan peminjam PTPTN dalam CCRIS ini sepatutnya hanya dikenakan kepada mereka yang benar-benar sudah mampu tetapi sengaja tidak mahu membayar pinjamaan tersebut.

Usahlah dipukul rata menyamakan kesemua peminjam sebagai kategori yang tegar dan sengaja enggan membayar sedangkan ramai anak muda ini masih belum stabil kewangan mereka.

Islam telah menetapkan apabila kita berhutang ia wajib dibayar, bahkan apabila berlakunya kematian, antara urusan yang perlu diutamakan ialah menyelesaikan hutang.

Dalam ayat 282, Surah al-Baqarah dinyatakan dengan panjang lebar berkenaan hutang mengikut syariat Islam. Antara adab yang perlu dipatuhi ialah hutang mesti direkodkan secara bertulis dan bersaksi, pemberi hutang tidak mengambil untung ke atas orang yang berhutang, berhutang dengan niat untuk membayar kembali, dan tidak berhutang melainkan keadaan terpaksa.

Justeru, DPPM menyeru Kerajaan agar menilai kembali tindakan menyenaraikan 1.25 juta orang peminjam PTPTN dalam CCRIS ini.

Nasib dan masa hadapan generasi muda terpelajar ini sepatutnya dibela dan dibantu, bukannya ditambah kesengsaraan mereka.

Ruang rundingan dan syarat kelonggaran perlu dipertimbangkan agar para peminjam ini tidak terus selamanya hidup dalam belenggu hutang dan kesusahan.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
27 April 2016 | 19 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016
















PPPTN akan jelaskan potong gaji penjawat awam Isnin ini

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Satu sidang media khas dijangka diadakan Isnin ini oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk menjelaskan berkenaan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi bayaran balik hutang pembiayaan PTPTN.

Bagaimanapun Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN akan membuat penjelasan tersebut setelah meneliti semua dasar, atau jika perlu satu kenyataan akhbar mengenainya akan dikeluarkan oleh pihak PTPTN.

"Kami (PTPTN) akan mengadakan sidang media mengenai ini pada Isnin depan atau saya akan bagi kenyataan media kalau tak sempat PC (sidang media), kerana ada beberapa dasar yang perlu diteliti," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Selasa lepas, Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan akan menarik balik kebenaran terhadap agensi itu untuk membuat pemotongan gaji penjawat awam, sekiranya mereka masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya Datuk Azih Muda juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan agensi itu serta menganggapnya sebagai tidak wajar kerana ia hanya akan membebankan kedudukan kewangan penjawat awam yang terbeban dengan kos sara hidup.

"Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN," katanya.

Dalam pada itu, Azih turut mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam telah dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan 100 peratus bagi pembayaran balik hutang tersebut.

"Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong RM100 sebulan hingga 10 tahun ke, ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya," katanya. - Bernama

Sumber HD - 26-12-2015

PTPTN Bukan Along?


Oleh: Dr Azman Ibrahim

Isu jumlah potongan yang tinggi dari gaji bulanan penjawat awam oleh PTPTN mengamit saya untuk memberikan pandangan walaupun saya tak termasuk dalam senarai peminjam PTPTN tetapi aspek kebajikan adalah bidang tanggungjawab saya di dalam parti.

Mengikut kenyataan CUEPACS, ada penjawat awam yang gajinya hanya berbaki RM19 setelah PTPTN memotong gaji mereka pada kadar maksimum. Samada ini adalah kes terpencil atau ramai lagi yang senasib, saya berpendapat tindakan ini adalah satu kezaliman sekalipun PTPTN ingin memungut kembali pinjaman yang mereka keluarkan.

Kita memahami wujudnya kategori penghutang tegar yang langsung tidak menjelaskan pinjaman mereka. Mengikut kenyataan Pengerusi PTPTN, jumlah dana yang diperlukan untuk membiayai kira-kira 400,000 pelajar yang sedang menuntut ialah kira-kira RM4 bilion setahun. Sehingga tahun 2014 terdapat kira-kira 178 ribu penghutang tegar dari kira-kira 2.1 juta orang peminjam. Perlu diperincikan di mana penghutang tegar itu sekarang? Apakah mereka berjaya mendapat pekerjaan atau menjadi penganggur terhormat selepas pengajian? Kalau mereka memang sudah mempunyai pekerjaan, tentunya mereka tak boleh lari dari membayar balik pinjaman. Inilah peraturan dengan kerajaan yang sedia ada. Kecuali apabila kerajaan bertukar, saya yakin polisi akan berbeza.

Falsafah PTPTN adalah untuk menyediakan dana bantuan pinjaman kepada pelajar di negara ini yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. Diawal penubuhannya pada tahun 1997, kerajaan telah menyediakan geran dari dana awam berjumlah RM55 bilion. Setiap tahun ada diperuntukan dari Bajet Kerajaan untuk PTPTN. Memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato Seri Ir Dr Zaini Ujang, RM10 bilion lagi peruntukan disediakan kerajaan di bawah Bajet 2016 bagi memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Kalau berpandukan kepada kenyataan Pengerusi PTPTN, sejumlah RM4 bilion diperlukan setahun untuk memberikan pinjaman kepada semua pelajar samada yang berada di IPTA dan IPTS, bermakna kalau kerajaan nak bagi biasiswa, itulah dia anggaran jumlah yang diperlukan setahun. Kalau biasiswa nak diberikan kepada pelajar-pelajar IPTA sahaja, tentu jumlahnya akan jauh berkurangan.



Tetapi hakikatnya sekarang ini kerajaan memperuntukan bajet tahunan sehingga RM10 bilion setahun kepada PTPTN yang sebenarnya dah jauh melebihi dari keperluan pelajar!

Dalam masa yang sama walaupun telah mendapat dana dengan jumlah yang agak besar dari kerajaan, PTPTN juga meminjam dari institusi kewangan dengan jaminan kerajaan dan perlu membayar balik faedah pinjaman tersebut. Bayaran balik faedah inilah yang menuntut jumlah peruntukan yang besar. Kenapa setelah PTPTN mendapat peruntukan dari kerajaan, tetapi masih mencari beban dengan meminjam dari institusi kewangan?

Saya bentangkan beberapa fakta ringkas ini untuk kita berlaku adil kepada semua pihak antara peminjam dan pemberi pinjaman. Saya tertarik dengan ungkapan PTPTN bukan along, PTPTN nak tolong!

Kalau tanya pandangan saya, tentunya saya berpendapat bahawa paling kurang, pelajar-pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi awam layak diberikan biasiswa dan bukannya pinjaman. Kalau suatu ketika dulu ketika negara belum lagi canggih dengan pelbagai kecanggihan, pelajar-pelajar boleh dapat biasiswa. Bila negara semakin canggih, pelajar-pelajar yang habis pengajian dengan peluang kerja yang masih samar-samar, di atas bahu mereka telah terbeban hutang berjumlah puluhan ribu ringgit. Jumlah RM4 bilion yang diperlukan setahun untuk memberikan biasiswa, apakah ia suatu angka yang besar demi pendidikan anak bangsa? Banyak lagi pembaziran yang berlaku telah menghabiskan berbilion-bilion ringgit.

PTPTN nak pungut balik hutang mereka, dalam masa yang sama PTPTN perlu sedar siapa mereka.

Mereka bukannya bertungkus-lumus cari duit sendiri untuk nak bagi kepada pelajar. Duit yang mereka salurkan kepada pelajar-pelajar adalah dari dana awam. Mereka dah tegaskan bahawa mereka bukan along tapi kalau dipotongnya gaji penjawat awam sehingga berbaki hanya RM19, itu dah lebih teruk dari along! Nak makan apa dengan RM19?

Selamat membayar balik pinjaman PTPTN wahai para peminjam sekelian. Kalau tahu dan sedar bagaimana polisi PTPTN telah menindas dan menekan para peminjam, anda sepatutnya tahu apa tindakan yang perlu dibuat. Tak perlu mengeluh dan merintih. Kuasa undi ada di tangan anda!

*Penulis ialah Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.


Sumber BO - 23-12-2015



Mahasiswa dan "mahapenghutang"?

Posted on Friday, August 28 @ 13:14:56 MYT by paklang

Oleh Arif Atan

Polisi BN melaksanakan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat menyumbang kepada tekanan kewangan kepada generasi muda. Dulu lebih tepat lagi sebelum 1 November 1997, generasi ibu ayah atau abang kakak mereka yang belajar di universiti memperoleh BIASISWA apa lagi Bumiputera yang digariskan haknya untuk menerima biasiswa seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.


Namun, PTPTN yang dikatakan bagi menjamin survival bisnes IPTS swasta elit kroni pemerintah menjadikan mahasiswa sebagai "mahapenghutang" sebaik mereka bergelar graduan! Padahal, mereka yang melangkah ke dunia sebenar selepas 3, 4 tahun di universiti ini akan terjebak dalam pelbagai bentuk hutang lantaran pinjaman bagi keperluan kereta, peribadi lazimnya bagi tujuan berkahwin serta kediaman dengan harga rumah selesa pada masa ini yang semakin menggila melebihi RM300,000!

Lebih parah, mulai Januari 2015, mereka yang gagal melunaskan hutang PTPTN akan disenaraihitamkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Nampak, punyalah gila putaran penindasan rejim kepada mahasiswa ketika kerajaan menyalak perlunya rakyat "Sehati Sejiwa"!

Akibatnya pada masa ini dilaporkan seramai 579 belia berusia bawah 25 tahun diisytihar muflis manakala 163,007 penjawat awam yang tidak konsisten menyelesaikan hutang PTPTN akan dibuat potongan gaji mulai September ini.

Masih ada lagi anak muda apa lagi bergelar "pelajar universiti" mahu memperlekeh 17 mahasiswa yang disumbat dua malam di Lokap Jinjang itu tanpa menerima sesen pun "derma" daripada RM2.6 bilion? Siapa sebenarnya merdeka ni?

‪#‎PendidikanPercumaHakRakyat‬
‪#‎TurunBersih4‬
‪#‎UndurNajib‬
‪#‎TangkapNajib

Sumber DD -28-8-2015

Kempen #ptptipu jadi viral di internet dedahkan interest PTPTN
Posted on Tuesday, August 11 @ 12:41:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Bermula hari ini, sudah terdapat beberapa peminjam PTPTN yang telah memuatnaik penyata PTPTN masing-masing di internet dengan hashtag #ptptipu untuk dedahkan interest PTPTN kepada umum. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membuktikan kezaliman PTPTN yang mengenakan interest yang terlalu tinggi kepada graduan. Berikut adalah antara penyata-penyata PTPTN tersebut.

 










Sumber TKO - 11-8-2015




















Blacklist CCRIS - PTPTN langgar resolusi meja bulat PTPTN
Posted on Monday, August 10 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Kantoi. Itu sahaja yang boleh disimpulkan. Kenyataan ini bukan dibuat oleh pihak pembangkang tetapi sebaliknya oleh pihak kerajaan sendiri. Kenyataan ini disebarkan oleh blogger-blogger pro kerajaan. Tentunya pendedahan ini akan membuatkan ramai peminjam PTPTN akan mempersoalkan kenyataan kerajaan sebelum ini.
Sebelum ini kerajaan membantah cadangan perlaksanaan CCRIS tetapi membuat pusingan 360 darjah selepas satu tahun.



Kabinet tolak cadangan PTPTN senarai peminjam bawah CCRIS

Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 15:58 MYT



130,000 peminjam ingkar PTPTN disenarai hitam Selasa ini

Published: 13 June 2015 11:47 AM




Baca kenyataan oleh pihak kerajaan di sini. 




 
                                                                                                                                                            Sumber TKO - 10-8-2015











Hapuskan PTPTN, bukan potong gaji penjawat awam

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional untuk memotong gaji 163,007 orang penjawat awam bagi membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan membawa implikasi negatif jangka panjang.

Pengarah Strategi Akmal Nasir Angkatan Muda Keadilan (AMK), percaya tindakan memotong gaji penjawat awam adalah selaras dengan saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang memberi desakan hebat agar tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN.

Katanya,  Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno lebih cenderung menghukum penjawat awam mahupun orang muda.

"Beliau gagal melihat masalah ini dari sudut yang luas iaitu bayaran balik pinjaman PTPTN tidak memuaskan adalah disebabkan ketempangan sistem itu sendiri.

"Beliau sepatutnya meneliti mengapa rakyat dipaksa membuat hutang bagi melanjutkan pelajaran dan mengapa terdapat elemen membuat keuntungan dalam pendidikan tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

AMK berpendapat bahawa setiap rakyat berhak menerima pendidikan percuma, mengikut pengiraan yang dibuat pada tahun 2013, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi menghapuskan PTPTN hanyalah RM24 bilion.

Tambahnya, jumlah ini hanyalah separuh jika dibandingkan dengan hutang 1MDB yang dianggarkan lebih daripada RM42 bilion yang mana sehingga kini masih gagal dijawab oleh Barisan Nasional.

"Ini jelas terbukti sikap pilih kasih apabila kerajaan memilih untuk menghukum peminjam PTPTN tanpa kompromi sedangkan begitu banyak ketirisan wang rakyat yang lain dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Tegasnya, tekanan ekonomi rakyat kini memuncak sejak pelaksanaan GST selain harga minyak yang naik setiap bulan dan ura-ura kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya utama memburukkan lagi tekanan kos sara hidup rakyat biasa.

 "Adakah gaji yang diterima penjawat awam memadai untuk menanggung semua ini dan kini berdepan dengan potongan gaji?

"Jika Khairy dengan lantang menggelarkan peminjam yang tidak membayar PTPTN sebagai mengkhianati perjanjian, beranikah beliau menuntut agar gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipotong sehingga hutang 1MDB dijelaskan terlebih dahulu?" soalnya. – HARAKAHDAILY 18/6/2015


Sumber HD - 18-6-2015











Pinjaman: Pelajar ditekan, ahli korporat tidak dikejar

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menghentikan tekanan dan penindasan ke atas mahasiswa dan juga para pensyarah bagi memastikan negara mencapai status negara maju.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata tekanan itu merupakan satu perkara yang menyedihkan apabila amalan yang dilakukan pemerintah seperti pemikiran negara dunia ketiga.

Bercakap pada satu sidang media di parlimen hari ini, Raja Kamarul Bahrin menegaskan tekanan itu bermula dengan kes membabitkan pelajar UPSI, Adam Adli dan pelajar Universiti Malaya, Safwan Anang.

"Insiden awalnya bermula dengan kes membabitkan Adam dan Safwan yang dihukum 12 bulan dan 10 bulan dan kini mereka sedang merayu. Pihak universiti tidak mahu mendengar, tapi mereka ingin memanjangkan pula dan menambah hukuman ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan kerajaan yang 'mengejar' pelajar bagi menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedangkan mereka baharu sahaja menamatkan pengajian.

Katanya, graduan yang baru sahaja bergraduasi terus diberikan tekanan tetapi ahli korporat yang meminjam wang MAS dan skandal NFC tidak dikejar sedemikian rupa, sedangkan mereka jauh lebih mampu untuk membayar hutang tersebut.

Justeru, beliau meminta kerajaan agar memberikan kebebasan berakademik kepada mahasiswa dan pensyarah memandangkan generasi ini merupakan generasi pelapis yang akan membangunkan negara. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

PTPTN: Hanya anak penerima BR1M dapat pinjaman penuh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bermula Sabtu lalu, Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menguatkuasakan syarat baharu iaitu pinjaman penuh hanya diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, dengan syarat baharu itu, bagi keluarga yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000, maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.

"Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dipetik mStar Online.

Menurut laporan itu, pengenalan langkah baru itu menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.

Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini juga dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.

Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014

No comments:

Post a Comment