| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
 
  
 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi  pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)  walaupun mengaku ada 'disunting' beberapa pihak untuk berbuat demikian.
 
 Katanya, beliau mahu memberi peluang kepada orang lain dan menumpukan perhatiannya kepada kerja-kerja sosial selepas ini.
 
 "Parti lama saya (PKR) pun ada jumpa saya, parti Pas ada pun ada tanya  (berkenaan bertanding) tetapi saya telah buat keputusan untuk tidak  bertanding," kata bekas Menteri Besar Selangor itu kepada Bernama ketika  ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.
 
 Abdul Khalid, 72, berkata setelah lebih 10 tahun menjadi anggota  Parlimen di Bandar Tun Razak, kawasan itu wajar mendapat nafas baharu  daripada pemimpin baharu yang lebih muda dalam usaha menjaga kepentingan  pengundi di situ.
 
 "Jadi saya rasa sudah cukup masa dan ingin  memberi peluang tugas ini kepada mereka yang berminat jadi ahli parlimen  di kawasan tersebut," katanya.
 
 Pada PRU12 Abdul Khalid yang  bertanding di bawah tiket PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN),  Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515.
 
 Beliau kemudian  mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan menang majoriti 11, 832 undi  dalam pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas.
 
 Abdul Khalid yang merupakan ahli korporat terkemuka negara sebelum  menceburi politik pada 2007 dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 kerana  mengingkari keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat  suara memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri  Besar Selangor.
 
 Sumber TKO - 12-2018
 
 
 
 
| 
  
 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serius untuk  mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang  menjadi penyebab utama krisis air di negeri itu, kata Tan Sri Khalid  Ibrahim.
 Bekas menteri besar Selangor itu berkata proses pengambilalihan  berkenaan sepatutnya sudah lama berlaku namun gagal dilaksanakan Azmin.
 
 Sebaliknya, Abdul Khalid berkata Azmin lebih memberi tumpuan untuk  membayar RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya  menyelesaikan isu air di negeri itu.
 
 "Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri.  Kecuaian ini memberi peluang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut  lebih untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.
 
 "Seorang menteri besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi  pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,"  katanya menerusi satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.
 
 Baru-baru ini sejumlah 427 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.
 
 Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), gangguan berpunca  daripada kerja pembaikan terhadap Sistem Mampatan Udara yang pecah di  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.
 
 Azmin yang dipetik Sinar Harian berkata kegagalan mengatasi masalah  tersebut disebabkan loji rawatan air tersebut bukan milik kerajaan  negeri dan dimiliki SPLASH.
 
 Kata Azmin, oleh kerana itu kerja-kerja pemulihan sukar dijalankan dengan segera.
 
 "Semua kerja menyelenggara mesti dilakukan oleh SPLASH dan oleh  kerana kita masih dalam proses mengambil alih SPLASH dan ia masih  berjalan sehingga Julai ini kami tak boleh masuk untuk  menyelenggaranya," kata Azmin.
 
 Sementara itu, Abdul Khalid turut mengulas kenyataan Speaker DUN  Selangor, Hannah Yeoh dalam sebuah portal berita, yang menyalahkan  SPLASH dalam isu gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 500,000  kediaman di lima kawasan di Lembah Klang.
 
 Khalid mengingatkan Hannah bahawa beliau pernah meminta DUN membawa  isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas  Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor  (SELCAT).
 
 
 Bagaimanapun katanya, usulnya itu ditolak mentah-mentah oleh Hannah.
 
 Sumber TKO - 11-3-2018
 
 
 
 
| 
| 
  
 AIDCNews -09/03/18 –Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim membidas ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung kritikannya  terhadap Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash)  sebagai punca krisis air di negeri itu.
 Khalid berkata krisis air di Selangor tidak menjadi seteruk hari ini,  jika Hannah selaku Speaker DUN membenarkan isu Splash dibahaskan  Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan  Ketelusan Selangor (SELCAT).
 
 “Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri  Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan  pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai  Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi  beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya  tidak begitu penting.
 
 “Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang  mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab,”katanya dalam satu kenyataan.
 
 Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Hannah yang menyalahkan  Splash yang disifatkannya telah gagal menyediakan maklumat terkini  status kerja membaik pulih lalu menyebabkan lebih banyak gangguan pada  rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan.
 “Pengurusan tertinggi Splash harus dipertanggungjawabkan dan rakyat Selangor mahu tindakan tegas diambil,” kata Hannah.
 
 Membidas kenyataan itu, Khalid berkata kesilapan Splash juga ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.
 
 Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.
 
 “Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
 
 “Namun nampaknya Dato’ Besar Selangor tidak serius langsung untuk  berbuat demikian. Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar  lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di  Selangor.
 
 “Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri.  Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk  mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.
 
 
 “Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi  pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga  termuntah,”katanya lagi
 
 Sumber HD - 10-3-2018
 
 
 Khalid mahu isu tanah Ijok disiasat lebih dalam
 Posted on Thursday, February 15 @ 23:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38259
 |  
  
 
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menggesa pihak  berkuasa menyiasat dengan lebih terperinci penyerahan semula tanah  kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd. 
 
 
Menurut Bekas menteri besar Selangor itu,  tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas  pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka. 
Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu juga menambah,  penyerahan kembali tanah berkenaan dilihat bukan amalan yang baik atau  'good business sense' dalam mengendalikan aset rakyat Selangor.
 
"Sekarang terdapat persepsi bahawa penyelesaian tersebut dibuat dalam  keadaan mencurigakan, sekali gus mencemar nama baik dan reputasi  kerajaan negeri.
 
"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat dengan lebih mendalam perkara  ini terutamanya mereka yang terlibat dalam penyelesaian tersebut supaya  kebenaran dapat didedahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Semalam Malaysiakini  melaporkan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor memberi penjelasan  berhubung penyerahan semula tanah bernilai RM1.8 bilion itu ketika kesnya belum didengar di Mahkamah Persekutuan.
Status tanah tak ditukar 
Abdul Rahman berkata, tindakan Datuk Seri Azmin Ali itu mengundang  persoalan kerana keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum  ini memihak kepada kerajaan negeri Selangor.
 
Untuk rekod keputusan mahkamah berkenaan dibuat ketika Khalid menjadi menteri besar. 
Tanah di Ijok itu merupakan projek Bandar Alam Perdana melibatkan  projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres terbengkalai sejak  2002.
 
Ekoran itu, kerajaan negeri semasa pentadbiran Khalid merampas tanah  berkenaan disebabkan peneroka menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk  dimajukan dan ribuan pembeli rumah gagal mendapat rumah mereka.
   Walaupun projek tersebut diluluskan kerajaan negeri ketika itu,  status tanah belum ditukar daripada pertanian kepada pembangunan kerana  kegagalan pemaju membayar premium tukar syarat.
 
Kerajaan Selangor kemudian mengambil alih projek di tanah seluas  1,037 ekar itu daripada Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan  membelanjakan RM200 juta untuk membiayai kos pembinaan rumah, pembayaran  pinjaman bank dan menyediakan infrastruktur lain.
 
Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman  kerajaan negeri dan Khalid di mahkamah tinggi untuk mendapat balik  tanah tersebut.
 
Keputusan mahkamah tinggi pada Oktober 2013 memihak kepada kerajaan negeri dan Khalid.
 
Selepas itu, dua syarikat terbabit membawa kes mereka ke mahkamah  rayuan, dan pada Februari 2014 sekali lagi hakim memihak kepada kerajaan  negeri dan Khalid.
 
Kemudian, apabila Azmin menjadi menteri besar Selangor, dua buah syarikat terbabit merayu ke mahkamah persekutuan.
 
Selepas itu, kedua-dua syarikat tersebut dan beberapa syarikat  berkaitan pada September 2015 membuat perjanjian dengan sebuah syarikat  awam untuk menjual 2.1 ekar tanah pada harga RM1.18 bilion dengan syarat  mendapat kelulusan kerajaan Selangor.
 
Selang beberapa bulan selepas itu, sekitar Mei 2016, Azmin memfailkan  satu perjanjian penyelesaian di mahkamah persekutuan bahawa kerajaan  Selangor dan dua buah syarikat itu telah bersetuju untuk membatalkan kes  terbabit.
 
Azmin kemudiannya membuat keputusan menyerahkan semula tanah terbabit kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd.
 
Selangorkini pula melaporkan Azmin membayar pampasan kepada kesemua  980 peneroka dalam bentuk tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah  bernilai RM250,000 seorang. 
Khalid juga mendakwa, semasa saman membabitkan dirinya dan dua  syarikat pemaju berjalan, ada pihak tertentu menawarkan jawatan menteri  besar bagi menyelesaikan kes tersebut.
 
Namun Khalid berkata, beliau tekad mempertahankan keputusannya kerana  menganggap tindakan pemaju berkenaan menyebabkan projek terbengkalai  dan menyusahkan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah.Sumber TKO - 15-2-2018
 
 
 
 Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
 Posted on Monday, February 05 @ 00:45:13 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38099
 |  
  
 PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor  Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan  beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
 “Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB  Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2  billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya di  Facebook.
 
 Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang  berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana  “sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas” untuk pilihan raya umum akan  datang.
 
 “Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip,  idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika  beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” katanya.
 
 Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding  sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu  ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.
 
 Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid,  kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari  Gombak.
 
 Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang  menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR  menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan  Ismail.
 
 Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset  konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi  pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.
 
 Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan  membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya  umum akan datang.
 
 Sumber TKO - 5-2-2018
 
 
 
 
 
 
 
 
  
PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal. 
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong  Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan  sikap beliau kepada PAS. 
"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama  menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling  berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini  dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
 
Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh  sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.
 
Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
  Khalid  hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai  PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan  Sri Muhammad Muhammad Taib.
  Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh  korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid -  menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.
 
Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran  perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014.
 
Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sokong Umno lawan PAS 
Menjelang himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus, pemimpin PAS mendakwa  akan ada kejutan diumumkan pada program itu membabitkan penyertaan  tokoh terkenal ke dalam parti.
 
Ketika cakap-cakap semakin kencang, Khalid memang membuat kemunculan  di Fastaqim 2.0 namun menegaskan beliau kekal sebagai anggota parlimen  bebas.
  Ketika di Konvensyen Umno Selangor semalam, Khalid menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor  bagi menghadapi kerajaan negeri yang dibentuk bersama oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara serta wakil PAS. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily , setakat petang ini turut menyiarkan penjelasan dibuat Khalid mengenai kehadirannya di majlis Umno semalam.
 
Kata Khalid pendiriannya itu dibuat untuk memperjuangkan agenda utama memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.
 
Ahmad Zahid pula memberitahu pemberita tiada keperluan mana-mana  pihak mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid serta  bekas menteri besar lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya parti  itu.
 
Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk  menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati  pendirian berkenaan. 
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, keadaan politik semasa meletakkan PAS akan menentang Umno dalam pilihan raya akan datang.
 
"Justeru, (jika Khalid) menyokong Umno bermakna (beliau) menentang PAS," katanya ringkas. 
Sumber TKO - 4-12-2017
 
 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas.
 
 Bagaimanapun  jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, beliau bersedia untuk  bekerjasama dengan UMNO dan Pas demi perpaduan serta kepentingan rakyat  Selangor.
 
 "Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Selangor) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas  Menteri Besar Selangor) bersedia untuk bekerjasama serta melakukan yang  terbaik untuk rakyat Selangor.
 
 "Saya akan menggunakan pengalaman  dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor untuk mereka memilih parti  yang layak serta terbaik untuk meneraju Selangor.
 
 
 "Untuk pengetahuan saya masih lagi Bebas saya rasa ada baiknya saya  masih lagi Ahli Parlimen Bebas agar rakyat Selangor tidak khuatir dengan  tujuan saya. Malah bukan masanya untuk saya masuk UMNO," katanya  sekaligus menjawab teka-teki kehadirannya pada Konvensyen UMNO Selangor  2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
 
 Ditanya sama ada kerjasama ini juga merupakan perancangan beliau untuk  bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Khalid sekali lagi  mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan  raya umum akan datang.
 
 Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, beliau  datang ke konvensyen tersebut untuk sama-sama berterima kasih atas  kerjasama sepanjang saya menjadi menteri besar.
 
 "Rakan di Pas  juga saya akan tolong dan beri kerjasama kerana mereka juga banyak  membantu saya ketika melaksanakan tugas menteri besar.
 
 "Selain daripada itu, kerjasama ini untuk perpaduan ummah dan bukan untuk mendapatkan kerusia pada PRU14," katanya.
 
 Kehadiran Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan  Klang ke Konvensyen UMNO Selangor itu menjadi tanda tanya sama ada  beliau telah menyertai parti keramat Melayu tersebut.
 
 Turut  kelihatan Khalid duduk di atas pentas sebaris dengan kepemimpinan kanan  UMNO Pusat dan Selangor.
 
 
Sumber TKO - 4-12-207                                                                      
Belum ada kenyataan Khalid sokong Umno
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata belum ada kenyataan rasmi daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong Umno.  
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung kemunculan Khalid pada Konvensyen Umno Selangor 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra 2 Disember lalu.  
"Belum ada kenyataan rasmi daripada beliau yang menyokong Umno, setahu saya, beliau hanya hadir. Kita berpegang kepada konsep taawun di mana yang mana ada masalah kita tolong. Sebagai contoh, masalah banjir yang berlaku kita bantu, tetapi dalam soal rasuah dan gst kita menentang," jelasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/11/2017  
Laporan penuh menyusul dalam harakah cetak bilangan 2304 
Sumber HD- 4-12-2017  Khalid mahu tiga bekas MB ikut beliau, bukan sebaliknya
 Posted on Sunday, October 15 @ 21:50:50 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35925
 |  
  
 
Bukanlah sangat bekas menteri besar (MB)  Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengikut jejak langkah bekas-bekas  MB dalam Barisan Nasional. 
 
 
Sebaliknya, beliau mahu ketiga-tiga mereka -  Tan Sri Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad  Muhammad Taib - untuk berganding bahu dengan beliau berjuang untuk  kesejahteraan rakyat.
 "Kita bukan hanya berpolitik hanya politik, kita berpolitik kerana pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
 
 "Apa yang saya cakap yang paling penting, bukan dekat mana saya  berdiri. Katalah, komponen Umno menyokong saya supaya penyusunan semula  industri air (di Selangor) dipercepatkan, saya setuju. Saya cakap  baguslah, kita sama-sama kerja lah.
 
 "Saya takut perjuangan kita ni, terhad kepada parti, bukan.  Perjuangan kita tu melebihi parti," kata beliau kepada pemberita selepas  hadir majlis mengumpul dana bagi PAS di Shah Alam hari ini.
 
 Beliau memaklumkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan  beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang, samada  kerusi DUN atau parlimen.
 
 Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menjelaskan kemudian bahawa  apa yang dimaksudkan Khalid bukanlah beliau mahu menyertai tiga orang  bekas MB Selangor, tetapi beliau mengajak mereka untuk menyertai  perjuangannya untuk rakyat.
 
 Khalid yang duduk bersebelahan Sallehin, bersetuju dengan penjelasan itu sambil berkata 'ya'.
 Sumber TKO - 16-10-2017
 
 
 
 SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi memutuskan tujuh bekas staf Menteri  Besar Diperbadankan (MBI) di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak  perlu memulangkan RM2.7 juta diterima pada 2014.
 Menurut laporan media, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam  keputusannya itu pada Jumaat mendapati bahawa bayaran pampasan tersebut  dibuat mengikut peraturan berdasarkan kepada Enakmen MBI 1994.
 
 Sehubungan itu, pihak mahkamah di sini menolak tuntutan MBI yang  difailkan pada 11 Mei 2015 lalu, sekali gus menjadi tamparan buruk  kepada imej Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali  sendiri.
 
 Dalam kes itu, plantif membuat tuntutan terhadap tujuh defendan iaitu  Faekah Hussin, Rohani Talib, Arfa’eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd. Talib,  Rahimah Kamarudin, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan  Ismail.
 
 
 
Bagaimanapun saman terhadap seorang lagi bekas kakitangan MBI yang  menerima pampasan masih belum lagi diteruskan berikutan sedang mendapat  kebenaran daripada mahkamah di bawah Akta Kebankrapan 1967. 
 Kesemua mereka menerima pampasan tersebut sebagai ganti rugi apabila  kontrak mereka tiba-tiba ditamatkan selepas Abdul Khalid dipaksa meletak  jawatan sebagai Menteri Besar pada September 2014 oleh pihak PKR.
 
 Sementara itu Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI  dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah membuktikan segala  dakwaan Kerajaan Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali bermotif politik.
 
 “Tuduhan sebegini mencemarkan reputasi dan menjejaskan  kerjaya kami. Justeru, kami dengan ini mendesak pentadbiran kerajaan  Selangor memohon maaf kerana sanggup membazir duit rakyat untuk kos di  mahkamah.
 
 
 “Tutuntan ini malah dibuat semata-mata disebabkan politik balas dendam,”  kata Faekah merujuk pemecatan Abdul Khalid sebagai ahli PKR hanya  kerana enggan melepaskan jawatan menteri besar. –  Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 Sumber TKO - 1-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 BANGI, 8 Muharram 1438H, Ahad – Bekas  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan  menyokong cadangan Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Akta  355) yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di  Parlimen.
 
 Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tiada salah untuk menyokong cadangan pindaan Akta 355 bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah di Malaysia dan menyifatkan ia sebagai undang-undang yang tidak berat sebelah.
 
 "Saya menyokong. Saya fikir konsep Syariah adalah berdasarkan keadilan.
 
 "Orang yang tidak percaya bahawa hudud baik untuk dilaksanakan walaupun akta itu tiada kaitan dengan hudud. Ia adil untuk orang Islam dan bukan Islam," katanya kepada pemberita, hari ini.
 
 Usul persendirian yang dibawa oleh Hadi itu adalah bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang sedia dibahaskan di Dewan Rakyat pada bulan ini.
 
 Mengulas lanjut Khalid berkata, pindaan yang dicadangkan itu tidak akan membahayakan orang bukan Islam dan jika ada yang tidak bersetuju, ia boleh diselesaikan secara baik.
 
 "Saya tidak fikir undang-undang itu melanggar hak orang bukan Islam. Ia akan mewujudkan keadilan. Jika undang-undang tidak adil, kita perlu bekerjasama memastikan ia adil," katanya.
 
 Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
 
 Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.
 
 Sumber TKO - 9-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Bekas Setiausaha Agung PKR Dedah DAP Punca PAS Berpecah, Bentuk PAN
 Posted on Tuesday, September 13 @ 22:48:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31652
 
 
 
 |  KUALA LUMPUR: Perpecahan parti PAS kepada dua bahagian  sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN) merupakan agenda DAP  memastikan serpihan parti Islam itu mengikut prinsip perjuangan parti  DAP yang tidak pernah dipersetujui PAS.
 Bekas Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sewaktu  pembentukan Pakatan Rakyat, DAP dan PAS mempunyai prinsip berbeza lantas  memaksa DAP memecahbelahkan PAS sebagai jalan keluar kepada masalah  tersebut.
 
 “Jadi nampaknya sekarang untuk selesaikan perkara ini, pihak DAP cuba  memecahkan PAS dgn cara membahagi dua, satu kumpulan yang dipanggil PAN  dan juga PAS.
 
 "Jadi perpecahan ini akan berterusan kerana PAS tidak terima mereka  yang mungkir janji, Bai’ah adalah satu janji dunia dan akhirat, jadi  agak susah nak dilupakan,” katanya
 Ujarnya, PAS bercita-cita untuk mentadbir negara mengikut prinsip syariah Islam tetapi ditentang oleh DAP.
 
 “Jadi kalau nak diubah memang susah,” kata bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.
 Pada awal pembentukan Pakatan Rakyat kata Khalid, DAP dan PAS sukar  untuk duduk semeja memaksa PKR bertindak sebagai orang tengah dengan  mengadakan dua mesyuarat berbeza untuk mencapai kata sepakat antara  ketiga-tiga parti.
 
 Tambahnya, situasi yang berpanjangan sehingga kini menjadikan usaha  untuk menyatupadukan semua parti pembangkang menentang Barisan Nasional  (BN) semakin sukar.
 
 “Satu perkara dan pengalaman yang jelas semasa saya menjadi  setiausaha agung Keadilan (PKR), pada tahun 2007 bulan Disember, kita  masa tu memikirkan tentang PRU (Pilihan Raya Umum) 2008. Jadi saya kena  gabungkan PAS, PKR dan DAP.
 
 “Pada bulan Disember 2007, untuk buat perbincangan antara DAP dgn  PAS, saya terpaksa ada dua meeting (mesyuarat), apabila saya jumpa PAS  mereka nak duduk sama dia, bila saya jumpa DAP mereka nak duduk sama  dia, jadi saya jadi orang tengah, mereka tidak mahu duduk semeja, minum  teh pun tak mahu, itu 2008.
 
 “Itu sebab walaupun kita minta tolong ada pertandingan satu lawan  satu, tapi pengalaman saya hanya apabila kita menang pada 2008 baru lah  mereka nak duduk bersama, jadi maknanya ia bukan mudah,”  ujarnya lagi.
 
 - Malaysian Digest
 
 Sumber TKO - 13-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 Projek pembinaan Taman Tugu yang dicadangkan di tengah Kuala Lumpur  dengan kos RM650 juta itu terlalu tinggi dan tidak munasabah, kata Tan  Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
 Kata ahli parlimen Bandar Tun Razak itu, kerajaan wajar mendapatkan  khidmat pihak yang benar-benar arif dan profesional bagi membangunkan  projek berkenaan, selain mengadakan perbincangan terbuka dengan semua  pihak berkepentingan.
 
 Abdul Khalid yang pernah mengetuai syarikat perladangan gergasi dunia  Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad berkata pengalaman pahit akibat  ketirisan, pembaziran dan salah guna dana awam wajib dijadikan teladan.
 
 "Kesilapan lalu tidak patut dibenarkan berulang sekiranya kita serius  mahu meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat," katanya  melalui kemas kini status Facebook hari ini.
 
  Pada 4 September lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan pelancaran projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 26.7 hektar (66 ekar) di sekitar Tugu Negara. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2020. 
 Daripada RM650 juta kos pembinaannya, RM500 juta disediakan oleh agensi kerajaan, Khazanah Nasional.
 
 Kata Najib "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.
 
 Najib juga menyamakan kewujudan Hyde Park di London dan Central Park di New York City dengan kewujudan Taman Tugu.
 
 Bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan kewajaran projek berkenaan.
 
 Tak semahal mana
 
 Selain kosnya dianggap terlalu besar dan tidak wajar kerana pada masa sama peruntukan untuk sektor lebih penting dipotong, tokoh agamawan juga memberitahu Malaysiakini, ia adalah suatu bentuk pembaziran.
 
 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula membangkitkan kemungkinan projek berkenaan digunakan BN sebagai wadah mengumpul dana menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
 
 Abdul Khalid yang pernah menjadi menteri besar Selangor berkata  beliau banya menerima pertanyaan mengenai pembinaan Taman Tugu  berkenaan.
 
 Katanya, walaupun ia mempunyai nilai positif dari pelbagai sudut,  amat wajar orang ramai mempersoalkan keberkesanan dan ketelusan  perbelanjaan RM650 juta itu.
 
 Untuk mendapat gambaran lebih jelas, katanya, beliau menghubungi  rakan lamanya yagn berpengalaman luas - selama 30 tahun - dalam  pembukaan serta pengurusan ladang di Guthrie.
 
 Rakan lama Abdul Khalid itu dinamakan sebagai Datuk Ali Ahmad.
 
 Menurut Ali, kata Abdul Khalid, anggaran kos tertinggi untuk  kerja-kerja pembersihan dan perataan tanah, penanaman dan penjagaan  pokok kelapa sawit (dari tunas hingga penuaian) adalah kira-kira RM21  juta setiap 1,000 hektar, atau hanya RM21,000 bagi setiap hektar.
 
 "Justeru, sekiranya sedikit ekstrapolasi dilakukan, dianggarkan kos  keseluruhan pembinaan taman hutan hujan sepatutnya tidaklah semahal  mana, lebih-lebih lagi apabila kos tanah langsung tidak wujud, diberi  "percuma" oleh kerajaan pusat," katanya.
 
 Justeru katanya tidaklah menghairankan jika ramai orang musykil  dengan metodologi penilaian yang diguna pakai oleh Khazanah Nasional dan  Perbendaharaan Negara serta Unit Perancangan Ekonomi sehingga  mewajarkan nilai yang begitu tinggi.
 
 Sumber TKO - 9-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Alhamdulillah.
 
 Kebenaran akhirnya terbukti. Selepas dakwaan 91 muka surat oleh  Saifuddin Nasution terbukti satu fitnah besar daripada kem PKR. Hari  ini, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini TSKI mencapai satu kemenangan  lagi apabila kes samannya terhadap sumber rasmi untuk memfitnah beliau  iaitu The Malaysian Insider berakhir dengan kebenaran di pihak TSKI.
 
 Defendan (CEO dan Editor Malaysian Insider) akhirnya memohon maaf.
 
 Tidak dapat di nafikan apabila tindakan Almarhum TGNA dan TGHH dalam  membela dan mempertahankan TSKI dari fitnah ini adalah satu tindakan  yang tepat dan berintegriti.
 
 Berbeza sama sekali dengan pendirian Raja  Surat (Husam) dan Mat Sabu yang secara jelas menyerang TSKI meskipun  dirnya di fitnah pimpinan PKR.
 
 Sumber TKO - 20-6-2016
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41629-media-perlu-jaga-harga-diri-elak-jadi-agen-ahli-politik
 PADA
  bulan Ramadhan yang barakhah ini, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap portal The Malaysian Insider (TMI) berakhir hari ini setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara baik. 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan Perhakiman Persetujuan dimana pihak TMI yang diwakili oleh defendan pertama dan kedua, Jahabar Sadiq dan Amin Iskandar telah memohon maaf kerana menerbitkan dua artikel yang bersifat fitnah sehingga mencemarkan reputasi baik saya. 
 
Mereka turut mengakui bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan tidak berasas serta fitnah jahat tersebut pada masa akan datang.
 
Notis mengenai Penghakiman tersebut jua telah dikeluarkan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Edge Insider Sdn Bhd, Ho Kay Tat dan Tong Kooi Ong bahawa perintah pelaksanaan penghakiman boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka mengingkari akujanji yang terdapat dalam Penghakiman tersebut.
 
Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini. Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.
 
Permohonan maaf oleh para defendan sekaligus telah membuktikan bahawa segala tuduhan salahlaku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya dari jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
Adalah besar harapan saya agar perkara sebegini tidak berlaku ke atas sebarang pemimpin atau individu kerana ternyata perbuatan fitnah demi menjatuhkan seorang pemimpin secara terancang adalah amat jijik dan tiada tempat dalam sistem demokrasi Malaysia.
 
Institusi dan pengamal media, terutama mereka yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangan keadilan dan kebenaran, sepatutnya memastikan berita-berita yang mereka terbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan, Jagalah harga diri dan elakkan terpengaruh dengan agenda politik jahat oleh kumpulan politikus yang tiada maruah serta hanya mementingkan kuasa.
 
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu menyokong dan memberi semangat agar saya terus berkhidmat untuk rakyat dan negara. Walaupun saya dijatuhkan dengan cara jahat, saya menerimanya dengan lapang dada kerana saya masih mengekalkan prinsip dan jatidiri.
TAN SRI KHALID IBRAHIM 
20 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 20/6/2016 Sumber HD - 20-6-2016
 
 DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap
 
 Posted on Thursday, May 19 @ 18:06:09 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
 
 PETALING JAYA: DAP mengakui pentadbiran Selangor di bawah mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap.
 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lau Weng San berkata,  di bawah Khalid, setiap jawapan yang diajukan oleh wakil rakyat akan  dibalas dengan cepat dan lengkap.
 
 Beliau berkata, pentadbiran Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali  lembap (perlahan) jika dibandingkan Khalid dari segi mendapat maklum  balas hal ehwal pentadbiran negeri.
 
 “Dulu zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, jawapan yang diberikan secara lengkap.
 
 “Jadi kita harap kerajaan negeri hari ini boleh kemukakan jawapan  sama secara spesifik dan tidak terlalu lembap,” katanya seperti  dilaporkan Sinar Harian.
 
 Weng San menyuarakan tidak puas hati terhadap pentadbiran Azmin apabila menunggu lebih sebulan untuk mendapat jawapan.
 
 Dia bertanyakan mengenai gaji, elaun khas, keraian, bonus dan  ganjaran untuk kakitangan atasan di syarikat berkaitan kerajaan negeri  (GLC) di Selangor.
 
 Dia berkata, surat diterima pada 3 April lalu memaklumkan pertanyaan  itu tidak boleh didedahkan kerana tertakluk mengikut Akta Perlindungan  Maklumat Peribadi 2010 (Akta 709).
 
 ADUN Kinrara, Ng Sze Han berkata, Azmin juga gagal memberikan jawapan  berkaitan soalan jumlah bayaran gaji Pemerbadanan Menteri Besar  Selangor (MBI).
 
 
 “Jawapan diterima menyebut gaji dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu,” katanya.
 
 Sumber TKO - 19-5-2016
 
 
 
 
 
| Khalid nasihat Kit Siang hentikan politik sempit 
 Posted on Friday, March 18 @ 10:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
 
 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  menasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berhenti  berfikiran politik sempit.
 
 Khalid (Bandar Tun Razak-Bebas) membuat teguran itu susulan kenyataan Kit Siang  yang menggambarkan Malaysia sebagai negara yang gagal dan "Banana Republic".
 
 Katanya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam ucapan perasmian di Parlimen minggu lalu telah mengingatkan kepada semua agar bekerjasama antara satu sama lain demi negara dan mereka sepatutnya berhenti mempolitikkan setiap isu.
 
 "Saya mahu menyatakan kepada beberapa Ahli Parlimen bahawa terdapat kenyataan yang dibuat tidak selaras dengan ucapan YDPA.
 
 "Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berkata Malaysia menuju ke arah negara yang gagal.
 
 Perkataan ini boleh menjejaskan negara kita kerana ia menunjukkan bahawa mata wang negara kita seolah tidak mempunyai nilai.
 
 "Kriteria mengatakan kita sebuah negara gagal bererti negara telah hilang kawalan menguruskan negara atau tidak berupaya menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak nampak mana-mana yang disebut itu berlaku masa ini," katanya di Parlimen hari ini.
 
 Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahmad Fauzi Zahari mencelah dan meminta Khalid untuk menyatakan pendirian sama ada pembangkang telah membohongi orang ramai dalam keadaan semasa negara.
 
 "Saya mengikut nasihat YDPA dan enggan mempolitikkan sebarang isu. Saya berkongsi pengamatan saya dan saya biarkan orang ramai untuk menilainya," jawab bekas Menteri Besar Selangor selama enam tahun itu.-
 
 Sumber TKO - 17-3-2016
 
 Tiada Rasional Munasabah Untuk Menaikkan Taraf Air
 
 Posted on Thursday, November 12 @ 22:59:06 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 
 Kenyataan Dato’ Menteri Besar Selangor semalam tentang kepastian bahawa  tarif air bakal naik sebaik sahaja proses penyusunan semula selesai  sepenuhnya nyata bercanggah dengan semangat dan hasrat asal  pengambilalihan industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Negeri daripada  syarikat konsesi.
 Di samping persoalan mengenai nama syarikat yang dilantik sebagai  penilai bebas bagi nilai pampasan ekuiti kepada SPLASH dan caj  konsultansi yang perlu dbayar oleh Kerajaan Negeri, saya amat terkejut  dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama  ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri  air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air  yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan.
 
 Mengikut  perancangan awal, kenaikan tarif hanya akan dipertimbangkan selepas tiga  hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya  distruktur semula sepenuhnya manakala sebarang kenaikan dijamin tidak  akan melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.
 
 Saya yakin  banyak lagi usaha yang perlu dan boleh dilakukan sebelum langkah  drastik menambah beban rakyat akibat lonjakan kos sara hidup dengan  menaikkan tarif air sebaik sahaja proses pengambilalihan selesai.  Sebagai contoh, Kerajaan Negeri boleh mengelakkan pembaziran dan  ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan yang tidak  perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis (multi-level contracts) dan  menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.
 
 Tambahan  pula, sebagai pemilik mutlak, Kerajaan Negeri tidak perlu lagi mematuhi  terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi atau mengikut  kaedah operasi lama yang dipraktikan oleh syarikat konsesi. Sebaliknya,  ia mempunyai kuasa menetapkan kaedah "pricing" dan "costing" yang baharu  di setiap peringkat operasi sebagai salah satu strategi kawalan kos  keseluruhan; sekaligus mengurangkan malah menghapuskan keperluan  menaikkan tarif.
 
 Oleh kerana industri perkhidmatan air kini milik  rakyat Selangor, amat wajar kerajaan negeri faham secara mendalam  segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air  terutama aspek perbelanjaan. Dari situ, satu formula lestari boleh  digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang.
 
 Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa  agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi  antara lain, memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan  di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan  menaikkan tarif seperti yang didakwa. Meskipun kewajaran bagi kenaikan  tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri  Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang  isu-isu yang terlibat.
 
 Sebagai peringatan kepada pemimpin  Pakatan Harapan (PH), terdiri daripada PKR, DAP dan PAN terutama PKR dan  DAP yang jarang melepaskan peluang menggasak dan menghentam Barisan  Nasional tetapi diam seribu bahasa berhadapan kepincangan dan kebobrokan  di rumah sendiri di Selangor dan Pulau Pinang, tibalah masanya untuk  hentikan sikap hipokrit dan berdolak-dalih. Diberi peluang dengan  kawalan dan kuasa penuh sekarang, Kerajaan Negeri harus buktikan  keupayaan mengurus industri perkhidmatan air lebih baik daripada era  Barisan Nasional di samping mengotakan semua tawaran dalam Manifesto  Pilihanraya Umum ke-13.
 
 Ingin juga saya nasihatkan para  pemimpin dari PH dan PAS bahawa "perjuangan "reformasi" yang dilaungkan  selama ini bukan hanya untuk mencari salah dan kelemahan Barisan  Nasional tetapi juga sebagai panggilan bermuhasabah untuk memperbaiki  diri sendiri jika mahu terus membina dan memperteguh keyakinan rakyat  bahawa mereka mampu membentuk kerajaan yang lebih baik.
 
 
 TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
 ADUN PELABUHAN KLANG
 
 Sumber TKO - 12-11-2015
 
 Azmin Menteri Besar yang gagal – Khalid Ibrahim
 
 Posted on Sunday, October 11 @ 14:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
 
 PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap Mohamed Azmin Ali  sebagai Menteri Besar yang gagal kerana menggunakan strategi politik  murahan.
 Beliau berkata, walaupun lebih setahun menjadi Menteri Besar, Azmin gagal membuang taktik menagih simpati lapuk.
 
 “Peluang yang diberikan rakyat untuk membuktikan beliau seorang  negarawan berjiwa besar setelah diangkat menjadi Menteri Besar  dipersiakan kerana jelas beliau masih tidak cuba bermuhasabah dan  mengambil tanggungjawab atas kegagalan melaksanakan prinsip urus tadbir  yang baik dalam pentadbiran negeri.
 
 “Sebaliknya, beliau terus sewenang-wenangnya mempersalahkan orang lain tanpa mengakui kelemahan diri atau memperbaiki keadaan.
 
 “Sekiranya orang luar atau bukan anggota dikatakan tiada hak  mencampuri urusan dalaman PKR, wajarkah atau adilkah PKR dan parti  pembangkang lain diberi ruang menegur, membidas atau membantah apa  sahaja yang dilakukan atau disuarakan oleh parti komponen Barisan  Nasional?,” katanya kepada FMT.
 
 Beliau memberi respons itu selepas Azmin menasihatkan Khalid tidak  mencampuri urusan dalaman PKR kerana beliau bukan lagi ahli PKR.
 
 Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin  berkata, Khalid hanya memberi respons itu selepas ditanya oleh media.
 
 Katanya, wajar bagi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menjawab  tentang krisis dalaman PKR kerana beliau dipecat secara jahat bagi  membolehkan kerusi Menteri Besar dikosongkan.
 “Jawapan Azmin menyerlahkan kegagalan pembangkang mencapai kata sepakat berhubung pembentukan Pakatan Harapan.
 
 ‘Azmin nampaknya mahir dalam memainkan peranan dan bermuka-muka.  Azmin akur dengan telunjuk DAP dan Parti Amanah Negara tetapi masa yang  sama berbaik-baik dengan Pas semata-mata mahu mengekalkan jawatan  Menteri Besar,” katanya.  - FMT
 
 
 Sumber TKO - 11-10-2015
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 DUNGUN:  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan PKR memecat keanggotaannya dari parti itu.
 
"Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR," ujarnya kepada media ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS.
 
Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 oleh Presiden PAS, Datuk Seri TUan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi. 
Pada pertengahan Ogos tahun lalu, Khalid menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.
 
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau merasakan berlaku ketidakadilan dikeluarkan daripada PKR.
 
Sehubungan itu, beliau meminta ROS untuk memberikan pandangan dan keputusan berhubung perkara itu.
 
"Saya sedang tunggu keputusan itu. Untuk itu saya kena kena jaga tatacara untuk kepentingan politik. Saya akan tunggu dulu," ujar yang juga Adun Pelabuhan Klang.
 
Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya hadir pada majlis perasmian Harap 3.2 itu.
 
"Saya sangat berbesar hati bahawa PAS sudi terima pandangan dan perhatian saya. Saya rasa perjuangan PAS dapat diteruskan dengan mereka yang berminat dengan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/9/2015 Sumber HD - 19-9-2015
 
| 
 Kes Mahkamah TSKI dan Keanehan Politik Malaysia
 |  |  
 
| 
Posted on Tuesday, August 25 @ 12:16:25 MYT by paktam
Oleh Khalid Samad
 
 Baru-baru ini kes saman TSKI terhadap Saifuddin  Nasution dan PKR hendak dibicarakan.
 
 DSAI disapina sebagai salah seorang  saksi pembelaan. Apabila DSAI tiba dia telah berjaya memujuk kedua-dua  pihak untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan saling bermaafan. Melalui  itu, ianya diharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik, isu  berhubungnya tutup, selesai dan kedua-dua pihak boleh memberikan tumpuan  kepada masalah semasa, bukan masalah yang telah berlalu.
 
 
 Namun, ini Malaysia, di mana segala kemungkinan boleh berlaku. Tindakan bermaaf-maafan yang seharusnya bermakna ‘seri-seri’, diperlihatkan sebagai kemenangan besar bagi pihak TSKI. Seterusnya diketengahkan pula dakwaan betapa ‘ketepatan’ pendirian TGHH terbukti semasa krisis MB berlaku dahulu.
 
 Oleh itu matlamat bermaafan itu tidak tercapai, malahan menjadi lagi parah apabila ianya dijaja dan dipolitikkan sebagai isu untuk kepentingan pihak berkenaan. Inilah dunia politik Malaysia, di mana bermaafan boleh dijadikan peluru perbalahan!
 
 LATAR BELAKANG CADANGAN BERMAAFAN
 
 Ada yang bertanya, jika Saifuddin dan PKR merasakan diri mereka benar, maka mengapa DSAI kemukakan cadangan bermaafan? Jawapannya mudah bagi yang ingin memahami.
 
 Pertama, DSAI melihat isunya sudah tidak lagi releven. Ini adalah kerana laporan yang menjadi perbalahan telah disiapkan Saifuddin sebagai asas untuk menukarkan TSKI sebagai MB Selangor. Pada ketika ini, TSKI tidak lagi MB Selangor! Maka apa relevennya untuk ianya dibahaskan kembali?
 
 Kedua, segala masalah yang didedahkan dalam laporan berkenaan telah dan sedang ditangani kabinet baru. Samada isu Eco-World, Langat II, Kiddex, Penstrukturan Industri Air Selangor dan sebagainya, kesemuanya samada telah atau sedang diuruskan mengikut apa yang dipersetujui parti. Yang tinggal hanya isu peribadi TSKI berhubung hutangnya dengan BIMB yang telah diselesaikan di luar mahkamah. Itu tidak merupakan isu releven bagi PKR, lebih-lebih lagi apabila TSKI sudah bukan lagi MB atau ahli PKR.
 
 Ketiga, perbicaraan ini akan mendedahkan perjalanan dalaman parti PKR dan kelemahan semua pihak pada umum. Ianya akan juga mengambil masa yang lama dan menyibukkan ramai. Sedangkan bagi PKR, matlamat yang utama sudah pun tercapai. Apa yang diinginkan adalah tumpuan kepada isu semasa yang banyak dan mencabar.
 
 Keempat, laporan yang disediakan Saifuddin sebagai SUA PKR hanya menjelaskan persoalan yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tindakan TSKI sebagai MB Selangor.
 
 Ianya tidak dijadikan penghakiman muktamad yang semestinya memerlukan proses siasatan dan pendakwaan untuk dimuktamadkan. Pada ketika beberapa isu telah ditimbulkan, TSKI tidak memberi jawapan yang dianggap memuaskan parti dan oleh itu mewajarkan ianya disenaraikan sebagai persoalan yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap TSKI. Ianya dilihat sebagai proses biasa untuk menjelaskan sebab ingin TSKI ditukar dan bukan untk ‘menghukumnya’.
 
 DS NAJIB DAN RM 2.6 BILLION
 
 Mungkin ianya boleh dibandingkan dengan kes DS Najib di mana duit RM 2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadinya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kelayakan DS Najib terus menjadi Perdana Menteri. Namun tidak ada sesiapa yang boleh mengatakan secara muktamad bahawa DS Najib adalah seorang “perompak dan perasuah”.
 
 Adalah benar bahawa ketidak mampuan DS Najib memberi jawapan yang memuaskan menambahkan lagi keraguan semua. Akan tetapi, siasatan perlu dilakukan untuk memutuskan persoalan tersebut secara muktamad. Pada masa sama, tidak boleh dinafikan bahawa atas kegagalan menjawab dengan jelas, wujud keraguan munasabah yang mewajarkan DS Najib ditukar sebagai PM.
 
 TINDAKAN BERMAAFAN
 
 Maka akhirnya dipersetujui untuk semua yang terlibat agar saling bermaafan. Oleh kerana laporan itu menjadi isu perbalahan maka pihak Saifuddin dan PKR menyebut dalam kenyataan maaf bahawa mereka kesal laporan tersebut difahami sebagai bukti TSKI seorang yang korup, zalim, tidak amanah dan sebagainya secara sah dan terbukti. Sebenarnya bukan itu dakwaan laporan tersebut. Laporan itu hanya mendedahkan keraguan munasabah terhadap kelayakan TSKI.
 
 Oleh itu dipohon maaf atas kefahaman (atau ketidakfahaman) yang timbul dan berjanji tidak akan mengulangi lagi isu-isu berkenaan. Sudah pasti ianya tidak akan diulangi kerana tujuan laporan itu disediakan tidak lagi releven.
 
 Sefaham saya, permohonan maaf ini tidak merupakan ‘pengakuan memfitnah’ TSKI. Ianya juga tidak merupakan penarikan balik segala keraguan terhadap tindakan TSKI yang telah timbul. Laporan itu tetap releven untuk tujuan ianya dibuat pada ketika itu. Kekesalan dan maaf dinyatakan terhadap pentafsiran ke atas laporan tersebut di mana TSKI dianggap bersalah secara muktamad.
 
 TSKI juga meminta maaf kepada Saifuddin dan ahli PKR. Tetapi ianya dikatakan ‘bermaafan sempena bulan Syawal’ sahaja. Ini kali pertama bagi saya, maaf bulan Syawal dimasukkan sebagai penghakiman mahkamah. Tetapi itulah hujjahnya.
 
 Sepatutnya selepas bermaafan, semua meredakan suasana dengan menyatakan, “isu ini sudah selesai dan kami telah bermaafan. Segala tuduhan telah tidak lagi timbul dan tidak lagi releven, samada untuk disiasat selanjutnya atau diulangi”. Dengan itu matlamat di bermaafan tercapai. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
 
 DIKAITKAN PENDIRIAN TGHH MENYOKONG TSKI
 
 Untuk menambahkan lagi rencah perisa kepada isu ini maka ada dari kalangan ahli PAS menyatakan bahawa ‘kemenangan TSKI’ adalah bukti “kebenaran dan ketepatan” pendirian TGHH dalam isu krisis MB Selangor tempoh hari. Berdasarkan segala yang telah dinyatakan di atas, saya hairan bagaiman kesimpulan itu tercapai.
 
 Tidakkah segala keraguaan terhadap tindakan TSKI telah dikemukakan kepadanya secara jelas dan nyata untuk dijawabnya? Tidakkah pada ketika itu TSKI mempunyai segala yang diperlunya untuk memungkinkan dia menjawab segala persoalan yang ditimbulkan? Dan sekiranya ianya tidak dijawab dengan jelas dan nyata, maka tidakkah wujud keraguaan munasabah terhadap kemampuan dirinya diteruskan sebagai MB Selangor? Kalau jawapan semua di atas adalah benar, maka mengapakah tindakan TGHH dilihat sebagai betul dan tepat?
 
 Seperti kes DS Najib, kesangsian munasabah mewajarkan DS Najib diganti sepertimana TSKI juga pada ketika itu.
 
 KESAN SIKAP DAN TINDAKAN PAS DAN TGHH: KERAJAAN SELANGOR PAS/UMNO
 
 Sebenarnya, sikap TGHH telah menjadi salah satu faktor PR berpecah. Sekiranya PAS bersama meminta TSKI meletak jawatan sebagai MB, isu ini tidak akan timbul. Tiada laporan yang perlu disediakan dan tiada perbalahan yang akan terhasil. Sebaliknya sokongan PAS terhadap TSKI menyebabkan ini semua berlaku dan akhirnya yang dikehendaki tetap terlepas! TSKI tetap diturunkan sebagai MB. Maka di mana ‘ketepatan’ tindakan PAS?
 
 PAS mempertahankan TSKI habis-habisan sehingga sanggup bersekongkol dengan UMNO demi mempertahankannya. TSKI mendakwa mempunyai sokongan majoriti yang terdiri dari 15 ADUN PAS, 12 ADUN UMNO, ‘beberapa ADUN PKR yang akan muncul’ dan diri TSKI sendiri. Dalam tempoh kerajaan Selangor PAS/UMNO ini, telah berlaku pemecatan kesemua exco-exco PKR dan DAP. Pada ketika itu kerajaan gabungan PAS & UMNO telah berkuasa di Selangor walaupun untuk hanya beberapa hari!
 
 Kerajaan Selangor PAS/UMNO di bawah kepimpinan TSKI telah hanya dijatuhkan apabila tiada ADUN PKR muncul untuk bersama TSKI dan dua ADUN PAS menarik diri dari menyokong TSKI. Berakhirnya kerajaan Selangor PAS/UMNO melalui tindakan dua ADUN PAS ini telah menyebabkan TGHH begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata “Barua dan Broker” di muktamar PAS 2014. Kemarahan yang begitu memuncak bagi saya, hanya menzahirkan tiadanya alergi atau alahan TGHH terhadap pembentukan kerajaan bersama UMNO di Selangor.
 
 Ada yang mengatakan PAS terpaksa menyokong TSKI pada ketika itu kalau tidak “Sultan akan melantik UMNO/BN sebagai kerajaan di Selangor”! Maka untuk menghalang ini dari berlaku, PAS terpaksa memintasnya dengan segera. Alasan ini jelas terbukti satu pembohongan kerana apabila dua ADUN PAS menarik sokongan mereka terhadap TSKI, tiada pula Sultan melakukan seperti yang didakwa. Saya khuatir nama Sultan sering disalah-gunakan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan supaya mengikut kehendak orang tertentu. Saya yakin Sultan Selangor menghormati perlembagaan Negeri dan tidak akan melanggarinya sepertimana yang telah cuba dilakukan oleh beberapa pihak.
 
 ALASAN SYARII UNTUK MENUKAR TSKI
 
 Ada yang bertanya, apa alasan syarii untuk menukar TSKI? Saya ingin tanya kembali apa alasan syarii memecat kesemua exco PKR dan DAP? Tidakkah mereka dipecat sekadar kerana tidak menyokong TSKI dan oleh itu tidak akan mengikut arahannya? Sekiranya itu merupakan alasan dan dianggap memadai, maka tidakkah ianya alasan sama yang digunakan PKR untuk menukar TSKI, iaitu dia tidak mendengar dan mematuhi arahan partinya?
 
 Begitu juga boleh ditanya, apa alasan syarii menukar Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? Apa alasan syarii PAS ingin menukar Dato Nasir sebagai MB Kelantan pada zaman PAS bersama BN pada tahun 70an? Dan beratus lagi kes yang sama yang boleh dipersoalkan sedemikian rupa.
 
 Hanya beberapa bulan sebelum itu, MB Terengganu, Ahmad Said, telah ditukar UMNO/BN tanpa masalah atau alasan syarii yang diminta ADUN Terengganu. Kelicinan proses penukaran MB Terengganu sepatutnya menjadi iktibar bagi PAS.
 
 Hakikatnya tiada ‘alasan syarii’ yang diperlukan kerana MB adalah jawatan yang dilantik. Dia dipilih untuk dilantik atas sebab tertentu. Dan apabila yang melantik ingin menukarnya, atas sebab yang lain, maka itu adalah hak mereka. Dalam kes TSKI, PKR dan DAP ingin beliau ditukarkan. Sebahagian pimpinan PAS Selangor juga inginkan beliau ditukar. Pada asalnya majoriti dari pimpinan PAS Selangor, tetapi kemudiannya, selepas mengetahui pendirian TGHH, tinggal kurang dari separuh.
 
 KESIMPULAN
 
 Saya sebenarnya sudah tidak berminat untuk menulis panjang lebar mengenai persoalan ini.
 
 Bagi yang ingin menegakkan benang basah, mereka akan terus melakukannya walau apa sekalipun yang dinyatakan. Hanya kesimpulan saya begini;
 
 Sekiranya PAS menganggap PKR sebagai parti pemfitnah dan melakukan kezaliman, maka mengapakah PAS terus bersama PKR? Putuskan sahaja hubungan dengan PKR sepertimana PAS telah putuskan hubungannya dengan DAP. Baru PAS akan dilihat sebagai parti yang tegas dan berprinsip, tidak bersekongkol dengan parti ‘kaki-fitnah’ dan zalim. Tindakan ini juga adalah bersesuaian dan selari dengan usul Multaqa Ulama pertama pada 2013.
 
 Ia akan memudahkan semua pihak dan melaluinya akan jelas pada semua siapa kawan dan siapa lawan. Yang sering menjadi masalah adalah apabila yang dianggap kawan bertindak sebagai lawan. Soal pilihan raya dan pendekatan satu lawan satu boleh diuruskan kembali pada tahun PRU. Tetapi sekarang biar semua menzahirkan warna sebenar untuk rakyat melihatnya.
 
 Khususnya PAS. Ini adalah kerana PAS perlu menjelaskan samada ingin bersama PKR & DAP, bersendirian atau bersama UMNO/BN.
 
 WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
 
 Sumber DD - 25-8-2015
 |  
 Khalid persoal tujuan Azmin tubuhkan DEIG yang bebas audit
 Posted on Wednesday, August 19 @ 09:10:34 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
  
 SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempersoalkan kewajaran  kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah  Menteri Besar Incorporated (MBI).
 
 
Bekas Menteri Besar itu mendakwa, Darul Ehsan Investment Group (DEIG)  akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam  hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit. 
 
"Sebelum ini MBI ditadbirkan sebelum 2008 di bawah Kumpulan Darul  Ehsan Berhad KDEB, bukan KDEB yang di atas MBI... Sebelum ini tidak ada  pengurusan yang jelas tentang urus tadbir MBI, oleh sebab itu saya  betulkan semula supaya MBI menjadi entiti khas terus kepada kerajaan dan  terus dalam Dewan maknanya tidak lagi 'intermediary' (perantara).  
 
"Dengan cara ada entiti ini (DEIG) saya percaya kontrak yang berlaku  di bawah ini akan tidak dapat dipantau oleh DUN secara terus... Itu  pengalaman saya dapat," ujarnya ketika mengajukan soalan kepada Azmin  sejurus menerangkan penubuhan DEIG.  
 
Khalid menambah penubuhan DEIG menyerupai syarikat pelaburan 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) yang juga menggunakan perantara, sekaligus  operasinya tidak dapat dipantau. 
 
Selain Khalid, turut mempertikai DEIG ketika sidang dewan tadi adalah  Yeo Bee Yin dan Lau Weng San daripada DAP dan Sulaiman Razak daripada  Barisan Nasional (BN). 
 
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tetap mempertahankan tindakan  mewujudkan DEIG kemudiannya menyindir Khalid dengan mengaitkan masalah  urustadbir MBI ketika ADUN Pelabuhan Klang itu memimpin kerajaan negeri  
 
Azmin mengambil contoh bayaran pampasan RM2.7 juta kepada pegawai-pegawai Khalid sejurus selepas kontrak mereka ditamatkan. 
 
"Jika benar MBI diambil alih oleh satu kedudukan yang tidak jelas di  bawah KDEB dan letakkan entiti baru dinamakan MBI, bunyi sedap tapi dari  segi pelaksanaan? Bagaimana pegawai MBI dibayar pampasan tanpa  kelulusan," soal Azmin. 
 
Berang dengan alasan Azmin, Khalid bingkas bangun dan menegaskan isu  pampasan tersebut tidak boleh dibawa ke dalam dewan memandangkan ia  masih dalam kes mahkamah. 
 
Kedua-dua ADUN berkenaan saling berbalas kenyataan mempertahankan  diri, sebelum Speaker DUN Hannah Yeoh meminta Khalid dan Azmin duduk dan  kembali memberi perhatian kepada isu DEIG. 
 
Untuk rekod, DEIG merupakan hasil rasionalisasi semula aset dan  perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri  Selangor dan berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan  amanah Kerajaan Negeri.  
 
Sejak beberapa bulan lalu, MBI telah melaksanakan penstrukturan semula  aset-aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi  perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable  value creation). 
 
Sementara itu, Khalid yang ditemui pemberita di Lobi DUN Selangor  sekali lagi menjelaskan ketidakwajaran DEIG ditubuhkan supaya tidak ada  kekeliruan yang timbul. 
 
"Pasal puas hati atau tidak perkara lain, itu biasa dalam usaha kita  mencari jalan untuk menentukan kepentingan rakyat diutamakan... Tidak  menjadi masalah untuk mempertikaikan, pada saya patut diperbahaskan  lagi. Itu lah tanggungjawab ahli-ahli dewan," tegasnya.  
 Sumber : AntaraPOS
 Sumber TKO - 19-8-2015
 
 
| 
 Khalid Desak Azmin Perjelas Kos Penstrukturan Semula Air
 Posted on Wednesday, August 19 @ 06:55:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didesak menjelaskan  dengan terperinci kos pengambilalihan berhubung proses penstrukturan  semula industri air di negeri itu yang dibimbangi memberi kesan kenaikan  tarif air pada masa akan datang.
 
 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) berkata penjelasan  itu sangat penting kerana dibimbangi akan berlaku peningkatan kos bagi  pengambilalihan syarikat konsesi yang akan memberi kesan terhadap harga  air seterusnya membebankan rakyat Selangor.
 
 "Penjelasan yang dibuat Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) semalam  hanyalah kos sebanyak RM2 bilion tetapi dia tidak tegaskan tentang baki  kos pengambilalihan sebanyak RM7.65 bilion itu.
 
 "Jika kerajaan negeri tidak dapat menjelaskan kepada rakyat pecahan kos  RM9.65 bilion (tawaran asal dibuat kerajaan negeri berhubung  pengambialihan) dan berlaku pula peningkatan kos, maknanya ia akan beri  kesan pada harga air akan datang," katanya kepada pemberita ketika  ditemui di lobi DUN di sini Selasa.
 Semalam, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika menjawab  pertanyaan lisan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang)  berkaitan industri air di Selangor berkata rakyat Selangor  berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang  setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu  dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.
 
 Dalam penjelasan lanjut, Mohamed Azmin berkata kenaikan tarif itu  mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos  pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd  (Air Selangor).
 
 "Perjanjian yang akan dimuktamadkan pasti mempunyai kos proses  penstrukturan dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti, namun  kerajaan negeri tidak akan bebankan rakyat. Dalam usaha mengurangkan 35  peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia  memerlukan kos yang besar bagi menangani perkara tersebut," katanya.
 
 Sementara itu, Abdul Khalid yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut  mencadangkan supaya proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan  Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Berhad (PNB) dilakukan  sekarang bagi memastikan perkhidmatan air untuk rakyat Selangor dapat  dijalankan dengan baik.
 
 "Kita tidak mahu terdapat keadaan yang mana pekerja tertunggu-tunggu dan  tidak mendapat arahan tepat dalam memberi perkhidmatan air yang terbaik  kepada rakyat," katanya.
 
 Mengenai kenyataan Mohamed Azmin bahawa kerajaan negeri akan meneliti  semula program pemberian air percuma kepada rakyat, Abdul Khalid  berkata: "Sebab itu Mohamed Azmin kena jelaskan jika kita dapat beli  (ambilalih industri air Selangor) dengan RM9.65 bilion selain dapat  atasi masalah pengurusan (syarikat konsesi) yang ada sekarang dan  kurangkan NRW sudah tentu masalah kenaikan harga air tidak timbul".
 Sumber TKO - 19-8-2015
 
 Sama Artikel Tapi Tajuk Lain-lain
 Posted on Monday, August 17 @ 21:22:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 Malaysiakinipun nak jadi UTUSAN juga dalam menyapaikan maklumat berkenaan atau berkaitan dengan PAS. sama2 minta maaf? pkr minta maaf sebab mengfitnah... khlid minta maaf hari raya jika ada mengguris hati... agak2 ler
 
 Kredit:
 
 
 
Sumber TKO - 17-8-2015 
| Sisi keji PKR terdedah dalam kes saman Khalid Ibrahim
 Posted on Monday, August 17 @ 20:03:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 
 Alhamdulillah kes saman mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat  keahliannya tahun kerana dituduh tidak amanah dapat diselesaikan dengan  rukun.
 
 
Khalid bersetuju menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agung PKR,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan juga PKR dan membatalkan saman yang  dikemukakannya terhadap parti itu. 
 
 
 
Yang menang ialah Khalid. Beliau boleh sahaja memilih meneruskan saman  itu. Namun bagi beliau bukan menang perbicaraan dan memungut pampasan   daripada PKR yang dihajatinya. Lebih penting baginya ialah membersihkan  diri daripada fitnah PKR itu. 
 
 
 
Kini PKR sudah mengaku bahawa apa yang dipertuduhkan terhadap Khalid  adalah tidak benar dan akur dalam mahkamah tidak akan mengulangi cercaan  terhadap Khalid. 
 
 
 
Tindakan itu PKR ambil hanya kerana mahu menurunkan Khalid dari kerusi  Menteri Besar dan menggantikannya dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan  Azizah Wan Ismail. 
 
 
 
Sebaliknya, Khalid pula mengheret PKR ke mahkamah bukan kerana mahu  berpaut pada tampuk kuasa kerajaan Selangor tetapi mahu melangsaikan  komitmen yang dibuatnya untuk terus membangunkan Selangor. 
 
 
 
Namun belum terlambat untuk beliau meneruskan azamnya itu kerana sikap  berlapang dadanya menerima permohonan maaf PKR itu kini membuka peluang  untuk beliau meneruskan perjuangan untuk rakyat. 
 
 
 
"Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan  diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan  Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya  telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut. 
 
 
 
"Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di  dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi  akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut. 
 
 
 
"Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR  lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya  ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh  untuk melakukan usaha ini," ujarnya di laman Facebooknya. 
 
 
 
Bertajuk 'Langkah Kajang, Langkah Kecundang', Khalid dalam kenyataan  itu menyifatkan strategi politik yang disusun PKR semata-mata mahu  menyingkirkan beliau akhirnya menyebabkan kepincangan hubungan di dalam  Pakatan Rakyat (PR). 
 
 
 
Lantas sikap tidak adil dan tidak jujur parti KEADILAN yang menggunakan  fitnah sebagai pencapai maksud politiknya kini semakin jelas diteropong  rakyat. 
 
 
 
PKR sanggup bersikap curang dengan membuat tuduhan dalam 91 mukasurat  untuk menjatuhkan menteri besar yang sebelum itu ditimang-timang sebagai  pemimpin contoh terbaik bagi parti itu sendiri. 
 
 
 
Kecurangan itu dilakukan selaras cita-cita Ketua Umum PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim mengukuhkan empayar politiknya dengan bertegas mahu  meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai menteri besar. 
 
 
 
Pada mulanya apabila rencana politik Langkah Kajang ini dimaklumkan  padanya bahawa ADUN ketika itu, Lee Chin Cheh akan meletakkan jawatan  dan diganti oleh Anwar, Khalid bersetuju melaksanakannya. 
 
 
 
Malah beliau sendiri turut hadir dalam sidang media mengumumkan Anwar  sebagai ganti Lee dan beliau juga tiada halangan melepaskan jawatan  Menteri Besarnya untuk diisi oleh Anwar. 
 
 
 
Khalid ketika itu insaf akan tujuan Langkah Kajang itu demi kebaikan  PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau juga percaya sebagai Menteri Besar Anwar  mampu memimpin pakatan pembangkang menawan Putrajaya. 
 
Bagaimanapun apabila Anwar hilang kelayakan bertanding dalam  pilihanraya kecil Kajang, Khalid keberatan mengosongkan  jawatannya. Ini  kerana beliau yakin Azizah tidak mempunyai keupayaan dan kaliber  seperti Anwar. 
 
Keengganan beliau memenuhi hasrat Anwar itu dibalas dengan penghebahan   PKR akan beberapa tuduhan yang cuba membuktikan sikap tidak amanahnya.  Lantas Khalid dipecat dari PKR. 
 
Anwar dan PKR kemudian berkeras mahu Azizah mengisi kerusi Khalid. Di  peringkat itu, isu menteri besar bukan lagi menjadi masalah PKR tetapi  melingkar menjadi kekusutan politik membabitkan rakan kongsinya,  termasuk PAS. 
 
PAS dengan tegas mengatakan tidak bersetuju dengan kemahuan PKR. Ia   bingkas mengisytiharkan keluhuran peribadi Khalid dan keberkesannya  sebagai menteri besar Selangor. 
 
Ketegaran PKR itu turut menjejaskan kepentingan politik PAS pula. Dua  ADUNnya – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin -- bertindak melompat  memberi sokongan pada PKR. 
 
Rentetan itu semakin lebarlah ‘retak yang menanti belah’ dalam Pakatan  Rakyat. DAP yang memang tidak selesa dengan PAS menyambar kesempatan  menyokong PKR dan mencatur gerakan mengenyahkan PAS dari Pakatan Rakyat. 
 
 "Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya  menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi  politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam  pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik  retorik dan hipokrit. 
 
"Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan  'grassroots' dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya  – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut  terpalit dan diaibkan," terangnya lagi. 
 
Bukan itu sahaja, strategi politik ini juga akhirnya memberi kesan  kepada kepentingan rakyat, khasnya dalam isu penstrukturan semula air di  Selangor. 
 
"Tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan 'rentier' yang hanya  mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju  pentadbiran negeri yang masih kabur," kata Khalid menghuraikan  kepedihan politik yang dialaminya. 
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat lalu merekodkan Penghakiman  Persetujuan melalui kes Saman Fitnah yang difailkan Khalid terhadap  Saifuddin dan PKR. 
 
Saman itu berhubung edaran fitnah yang mengaitkan mengapa Khalid perlu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor. 
 
Sayugia diingat bahawa ini bukanlah pertama kali PKR mengamalkan politik fahaman Machiavelli – matlamat menghalalkan cara. 
 
Sebelum ini Naib Presiden PKR, Tian Chua juga pernah memohon maaf  kerana membuat tuduhan bahawa serangan bersenjata kaum Sulu ke atas  Sabah adalah sandiwara permainan Umno. 
 
Demi menang politik, PKR ‘berhati kering’ dan sanggup mengorbankan  serta memfitnah sesiapa sahaja termasuk tokoh-tokohnya sendiri seperti  tindakannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.   - ANtaraPOS 
 
Sumber TKO - 17-8-2015 
 Akhirnya PKR Melalui Saifuddin Nasution Mohon Maaf Secara Terbuka Keatas Khalid Ibrahim Kerana Memfitnah
 Posted on Sunday, August 16 @ 23:38:05 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
  
 SHAH ALAM  - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar  Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang  memfitnah beliau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.
 
 Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
 
 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.
 
 Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.
 
 “Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
 
 “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
 “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.
 
 Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.
 
 Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
 
 Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.
 
 Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.
 
 Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli  Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.
 
 Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi  diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.
 
 Turut hadir, keluarga  Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang,  bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr  Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.
 
 Sekarang dimana maruah dan integriti parti terutamanya Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli dalam isu ini .. mereka berdua inilah arkitek utama dalam menjalankan gerak kerja mau menjatuhkan Tan Sri Khalid dalam cara jahat, jijik, tidak beretika, tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak langsung.
 
 Cara Tan Sri Khalid Ibrahim diadili oleh parti saling tak tumpah apa yang dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri pada tahun 1998 dahulu ... dipecat dalam keadaan sepantas kilat .. dihebahkan dengan kisah-kisah kesalahan direka cipta dengan 91 muka pertuduhan sama seperti 50 dalil mengapa Anwar Tidak Layak Jadi PM ... dijaja cerita dengan membuat roadshow jelajah satu Selangor... akhirnya???? terpaksa melutut mohon maaf jua walaupun sebelum ini ada suara-suara cabar mencabar agar dibawa kemuka pengadilan jika pertuduhan ini tipu dan fitnah dan sanggup berdepan untuk didedahkan secara terbuka.
 
 Perlu akui betapa episod ini sudah pasti akan menghakiskan sedikit sebanyak kepercayaan rakyat terutamanya warga Selangor kepada PKR dalam keadaan sekongan semakin menipis .. sudah pasti akan berbunyi diakar umbi betapa PKR mengamalkan politik Machiavelli matlamat menghalalkan cara asalkan dapat kuasa.
 
 Politik mendabik dada sembang kencang sudah seperti sinonim dengan PKR kini .... sedih dan pilu bila semangat dan roh demi keadilan, kebebasan dan kebenaran sudah semakin jauh dari tubuh PKR dewasa ini.
 
 Sumber Link
 
 Sumber TKO - 16-8-2015
 
 
| Kenyataan Media TSKI: Terserlah Sudah Hikmah Pendirian Tuan Guru Hj Hadi
 Posted on Sunday, August 16 @ 20:01:57 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  penjualcendol
 |  
 
 
 
KENYATAAN MEDIA 
 
16 OGOS 2015 
 
LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG 
 
 
 
Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik. 
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya. 
 
 
 
Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut. 
 
 
 
Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut. 
 
 
 
Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain. 
 
 
 
Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan. 
 
 
 
Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat. 
 
 
 
Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit. 
 
 
 
Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan. 
 
 
 
Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur. 
 
 
 
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini. 
 
 
 
Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan. 
 
 
 
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini. 
 
 
 
Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam. 
 
 
 
Sekian Terima Kasih 
 
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM 
 
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK & 
ADUN PELABUHAN KLANG 
 Sumber TKO - 16-8-2015
 Penjelasan saling maaf memaafkan
 |  |  
 
| 
Posted on Sunday, August 16 @ 15:34:14 MYT by paktam
Oleh Saifuddin Nasution Ismail
 
 Kenyataan penjelasan saya mengenai kenyataan Edmund Bon, peguam Tan Sri Khalid:
 
 1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.
 
 2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.
 
 
 
3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf,  saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.
 4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan  perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke  mahkamah.
 
 5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim,  beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai  tanpa perbicaraan.
 
 6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim  dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan  meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri  Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan  "win-win".
 
 7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid,  Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa  perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama  memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian  itu.
 
 8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon  maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah  bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas  dan mahu terus mengheret perkara ini.
 
 9) Jika ia satu ucapan maaf  raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka  tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh  Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.
 
 10)  Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan  satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri  Khalid.
 
 11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam  kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan  dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan  rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan  Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sti Khalid itu adalah satu ucapan maaf  sempena hari raya adalah tidak jujur.
 
 13) Saya berharap agar  penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar  belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya  dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.
 
 Terima kasih.
 SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
 
 
Sumber DD - 16-8-2015 |  Langkah Kajang, Langkah Kecundang
 
 
 |  |  
| 
Posted on Sunday, August 16 @ 15:30:32 MYT by paktam
Oleh Khalid Ibrahim
 
 Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha  Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah  kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.
 
 Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana  Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah  menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan  mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan  fitnah terhadap saya.
 
 
 Mereka mengakui bahawa laporan tersebut  telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu  dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti  muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang  disebut.
 
 
 
Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa  penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta  memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut. 
 Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta  Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini  untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan  beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.
 
 Sama seperti kes  Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil  pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan  jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya  penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar  dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.
 
 Saya akui, kes yang  terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan  pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan  berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan  selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak  dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh  fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi  pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.
 
 Langkah Kajang  telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan  jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral  ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti  komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.
 
 Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan  “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya  – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut  terpalit dan diaibkan.
 
 Permainan politik yang begitu dasyat ini  hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah  diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan  lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada  golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah  masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.
 
 Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh  rakyat, saya mahu berusaha  untuk mewujudkan satu suasana politik yang  menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan  kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang  dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini  boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.
 
 Terima  kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan  Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang  telah diberikan,
 Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan  terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu  memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut  Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.
 
 Saya sedar ramai yang  agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima  pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan  terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam  bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.
 
 Sekian Terima kasih.
 
 TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
 AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
 ADUN PELABUHAN KLANG
 
 Sumber DD - 16-8-2014
 |  
| 
 Rafizi Tak Faham Maksud Semangat Minta Maaf Syawal demi bulan baik
 Posted on Friday, August 14 @ 22:04:40 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 Kes saman bekas menteri besar Selangor Tan Sri  Khalid Ibrahim terhadap pengarah pilihan raya PKR Saifuddin Nasution  selesai melalui penyelesaian luar mahkamah.
 
 Bagaimanapun terdapat kekeliruan berhubung permohonan maaf.
 
 PKR mendakwa penyelesaian itu dibuat setelah kedua-dua pihak saling memohon maaf.
 
 Peguam Khalid, Edmund Bon pula berkata permohonan maaf Saifuddin tidak  bersyarat manakala permohonan Khalid pula dibuat atas semangat Syawal,  bulan orang Islam bermaaf-maafan.
 
 Selepas penyelesaian di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Setiausaha Agung PKR  Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan mendakwa penyelesaian dicapai  seperti berikut:
 
 (1) Khalid menarik balik saman.
 (2) Saifuddin dan PKR memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
 (3) Khalid memohon maaf kepada Saifuddin dan PKR.
 
 Bon berkata kenyataan itu tidak tepat.
 
 “Penghakiman persetujuan (consent judgment) tidak sama dengan menarik balik saman.
 
 “Keduanya, Saifuddin jelas meminta maaf tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman Khalid.
 
 “Ini termasuk isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor,” katanya.
 
 Beliau juga berkata Saifuddin berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan mengulangi lagi.
 
 
 
 “Khalid kemudian terima maaf itu dengan niat baik dan ambil peluang –  kerana ini bulan Syawal – untuk mohon maaf jika dia mengguris perasaan  sesiapa, termasuk Saifuddin dan anggota PKR,” kata Bon kepada Malaysiakini.
 
 Bon berkata ini kali pertama PKR membuat permohonan maaf di mahkamah. Penyelesaian itu dibuat selepas perbincangan dua jam.
 
 Saifuddin diwakili oleh William Leong yang juga anggota parlimen Selayang.
 
 Kenyataan penerimaan maaf oleh plaintif itu turun dimuat naik di Internet dan diulang tweet oleh Bon.
 
 Ia berbunyi:
 
 "Saya Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, menerima mohon maaf ini  daripada defendan-defendan iaitu Saifuddin Nasution Ismail dan Parti  Keadilan Rakyat.
 
 Dalam semangat bulan Syawal ini, saya juga mengambil kesempatan itu  untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya menyinggung perasaan  mana-mana pihak termasuk Saifuddin Nasution bin Ismail dan ahli-ahli  yang lain.”
 Sumber TKO - 14-8-2015
 Saifuddin Nasution mohon maaf kepada Khalid Ibrahim
 Posted on Friday, August 14 @ 19:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 
 Kes saman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu menteri besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas setiausaha agung PKR itu memohon maaf kepada Khalid di Mahkamah Tinggi.
 
 Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.
 
 Khalid diwakili peguam Edmund Bon manakala Saifuddin diwakili peguam Wiliam Leong.
 Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.
 
 Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah hari ini.
 
 Pada 18 Ogos tahun lepas, Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor', bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.
 
 Selain menuntut ganti rugi, Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Khalid). - Bernama
 
 .....
 Sekarang terbukti tindakan Presiden PAS membela Tan Sri Khalid Ibrahim adalah tindakan yang betul dan tepat. Selama ini pelbagai  tuduhan jahat dan palsu seperti perjanjian air langat2, selesai  pinjaman dengan Bank Islam, perjanjian lebuhraya KIDEX dll adalah agenda nak turunkan TSKI kerana nak rompak duit rakyat Selangor untuk kepentingan tertentu.
 
 Sumber TKO - 14-8-2015
 
 
| 
 Saman TS Khalid Ibrahim kepada Saifudin Diselesaikan Diluar Mahkamah
 Posted on Friday, August 14 @ 13:19:42 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
 
 Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.
 
 Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.
 
 Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid  selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua  pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes  itu.
 
 Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.
 
 Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu  berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar  Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
 
 Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada  jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut  politik panjang.
 
 ....
 
 Ramai pemerhati merasai hairan kerana sebelum ini TSKI dikatakan tidak mahu selesai diluar mahkamah. Tapi ini melibatkan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang maka akhirnya atas dasar ini TSKI mengalah.
 Sumber TKO - 14-8-2015
 
 Anwar saksi kes saman Khalid kepada Saifuddin
 Posted on Thursday, August 13 @ 00:26:56 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 | 
No comments:
Post a Comment