BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, November 16, 2014

SPRM

Shafie keluar hospital, dibawa ke lokap SPRM
Posted on Sunday, October 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36078



Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Mohd Shafie Apdal dibenarkan keluar dari hospital dan kini berada di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu untuk menyambung tahanan remannya.


Perkara ini disahkan oleh salah seorang penasihatnya dan Setiausaha Agung WARISAN Loretto Padua Jr.

Loretto berkata presiden WARISAN itu akan memberi kerjasama dalam siasatan meskipun masih dalam rawatan.

“Dia sihat dan masih dalam rawatan.. Dia akan membantu siasatan,” kata Loretto.
Loretto juga mengesahkan Shafie telah dibawa ke rumahnya di Kota Kinabalu untuk tujuan siasatan oleh SPRM petang tadi.

Tiada rampasan dilakukan ketika digeledah, kata Loretto kepada Malaysiakini.

SPRM memperoleh tahanan reman empat hari ke atas Shafie semalam. Shafie ditahan pukul 9 malam pada Khamis lalu, empat jam selepas dia secara suka rela tampir untuk disoal siasat di ibu pejabat agensi itu di Kota Kinabalu.

Shafie tiba semalam di kompleks mahkamah Kota Kinabalu dengan kenderaan ambulans selepas dimasukkan dalam wad semalaman di Hospital Queen Elizabeth II ekoran tekanan darah tinggi.

Terdahulu, SPRM juga menahan dua adik Shafie dan beberapa pemimpin WARISAN dalam siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan RM1.5 bilion dana pembangunan luar bandar yang diperuntukkan untuk negeri Sabah.

Jumlah RM1.5 bilion itu didakwa merupakan sebahagian daripada RM7.5 bilion dana yang dilaporkan diperuntukkan untuk projek pembangunan kawasan pedalaman Sabah untuk tempoh enam tahun.

SPRM menyiasat 60 syarikat yang diberikan projek untuk bekalan air, elektrik, dan jalan raya untuk membantu penduduk di pedalaman negeri itu.

Shafie memegang portfolio kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2009 hingga 2015. Shafie menafikan penglibatannya dalam skandal itu.


Sumber TKO - 22-10-2017


Pegawai khas Shafie Apdal pula direman
Posted on Sunday, October 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36077



Dua pegawai khas Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Mohd Shafie Apdal direman.

Kedua-dua mereka ditahan Khamis lalu sebelum dikenakan tahanan reman lima hari yang akan berakhir pada Selasa depan.


Kedua-dua mereka yang masing-masing merupakan setiausaha peribadi dan setiausaha media Shafie direman di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman itu.

Penahanan reman mereka selepas SPRM memperoleh empat hari tahanan reman ke atas Shafie Khamis lalu.

Shafie ditahan pukul 9 malam pada Khamis lalu, empat jam selepas dia tampil sukarela di ibu pejabat agensi itu di Kota Kinabalu untuk disiasat.

Shafie tiba di kompleks mahkamah Kota Kinabalu 20 Okt dengan menaiki ambulans selepas dimasukkan wad semalaman di Hospital Queen Elizabeth II bagi rawatan tekanan darah tingginya.

Sebelum ini, SPRM turut menahan dua adik Shafie dan beberapapemimpin WARISAN dalam siasaran dakwaan penyalahgunaan dana RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah.

Jumlah RM1.5 bilion itu didakwa merupakan sebahagian daripada kesemua dana RM7.5 bilion yang diperuntukkan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah untuk tempoh enam tahun.

SPRM turut menyiasat 60 syarikat yang diberikan projek penyediaan bekalan air, elektrik, dan jalan raya untuk penduduk luar bandar di Sabah.

Shafie memegang portfolio kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2009 sehingga 2015. Sehingga kini, Shafie menafikan terlibat dalam skandal itu.

Sumber TKO - 22-10-2017


Shafie direman 4 hari pada hari lahir
Posted on Friday, October 20 @ 18:43:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36054


Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal terpaksa menghabiskan masa pada hari lahirnya yang ke-60 hari ini di bawah tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Agensi antirasuah itu hari ini mendapat kebenaran mahkamah menahan Shafie selama empat hari.

Perintah itu dikeluarkan majistret Cindy Mc Juce Balitus, lapor FMT.

Shafie yang pernah digelar "kereta kebal Umno" kerana kegigihannya membawa parti itu ke Sabah ditahan SPRM kira-kira jam 9 malam tadi.

Beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu untuk diambil keterangan mengenai siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion yang pernah dikendalikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

Semasa dalam kerajaan Shafie pernah berkhidmat sebagai menteri di kementerian berkenaan.

Sebelum itu beliau yang sebelum ini dipilih anggota Umno untuk menjadi naib presiden mereka, tiba di bangunan mahkamah di Kota Kinabalu menaiki ambulans.

Jurutera juga direman

Shafie dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II malam tadi untuk rawatan selepas tekanan darahnya tinggi.


Kedatangan Shafie disambut kira-kira 500 penyokong yang menunggu di luar kawasan mahkamah berkenaan.

Dilaporkan tiga kek dibawa ke dalam mahkamah untuk meraikan sambutan kelahiran beliau.
Pagi tadi Malaysiakini melaporkan Shafie dibawa ke hospital selepas pegawai SPRM mengalah dengan tuntutan peguam beliau.

Memetik kenyataan Naib Presiden WARISAN, Junz Wong, portal ini melaporkan SPRM bertegas mahu menahan Shafie di lokap polis Kepayan.

Terdahulu SPRM menahan dua adik Shafie serta sejumlah pemimpin WARISAN.

WARISAN ialah parti yang ditubuhkan Shafie selepas beliau digantung keahliannya dalam Umno kerana mempertikaikan status Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.
Sementara itu, Bernama melaporkan majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan Mohd Shafie, 60, sehingga 23 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Sementara itu, seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat, Amarjit Singh, turut direman selama enam hari bermula hari ini.

Amarjit, 47, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam berhubung penyelewengan dana berkenaan.

Dengan penahanan Shafie yang juga anggota parlimen Semporna dan jurutera berkenaan, jumlah individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan isu dana di Sabah kini berjumlah 11 orang.

Dua daripada 11 individu berkenaan ialah adik kepada Mohd Shafie iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal.

Daripada jumlah itu, lapan daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sumber TKO - 20-10-2017


Selepas Ditahan SPRM, Shafie Dimasukkan Ke Hospital Ekoran Darah Tinggi
Posted on Friday, October 20 @ 15:21:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36047



SHAH ALAM: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dimasukkan ke hospital ekoran tekanan darah tinggi selepas disoal siasat suruhanjaya berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden WARISAN, Junz Wong.

ADUN Likas itu yang dipetik Malaysiakini berkata, Shafie dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II sekitar jam 11.00 malam.

Ujarnya, SPRM cuba untuk menahan Shafie di lokap ibu pejabat polis Kepayan, namun ia dibantah beliau dan penyokong Ahli Parlimen Semporna itu.

SPRM dijangka memohon perintah tahanan reman ke atasnya petang ini bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Shafie yang juga bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ditahan SPRM sekitar jam 9.00 malam tadi bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah.

Beliau ditahan selepas dipanggil ke pejabat SPRM Sabah, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terhadap kes penyelewengan terbabit petang semalam.

Keterangan Shafie diperlukan kerana penyelewengan dalam agihan projek luar bandar di Sabah itu, dikesan berlaku di antara tahun 2009 hingga 2015, ketika beliau mengetuai KKLW.

Sebelum ini, dua adik Shafie, Hamid dan Yusof, turut ditahan reman oleh SPRM berhubung siasatan yang sama. 

- Antarapos

Sumber TKO -20-10-2017


SPRM panggil Shafie Apdal untuk soal siasat
Posted on Thursday, October 19 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36025




SHAH ALAM: Shafie Apdal dipanggil untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan yang sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur di Sabah antara 2009 hingga 2015.


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu yang kini berada di Kuala Lumpur dijadual tiba di Kota Kinabalu petang ini sebelum menghadirkan diri ke pejabat SPRM Sabah, lapor portal The Malaysian Insight.
Sumber portal itu memberitahu Shafie sudah dipanggil dan akan disambut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu oleh ahli-ahli Warisan.
Dua adik Shafie, Hamid dan Yusof, sebelum ini ditahan reman oleh SPRM berhubung siasatan yang sama. Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman yang bebas daripada tahanan reman minggu lalu, adalah juga anak saudara Shafie. 
Shafie sebelum ini  menyifatkan siasatan SPRM berhubung isu itu sebagai "pendakwaan terpilih" dan bermotifkan politik.
"Saya tahu SPRM dipergunakan sebagai alat oleh kerajaan," katanya. 
Shafie turut meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan cara siasatan tu dijalankan yang mana katanya SPRM hanya mendapatkan rakan-rakannya dan saudara maranya dalam siasatan mereka.
Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata siasatan mereka "di luar politik", dan menyatakan ia hanya mengenai dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 
"Lihat siapa yang kami tahan. Kami tidak hanya tahan ahli Warisan, tapi juga ahli Umno. Siasatan kami berdasarkan bukti dan bukan parti politik. Ini di luar politik," katanya. 
Siasatan berkenaan melibatkan 350 projek luar bandar membabitkan bekalan air an elektrik, dan juga jalan.
Suruhanjaya itu sudah menyoal siasat 45 individu berhubung siasatan mereka. 

Sumber TKO - 19-10-2017


Seorang lagi adik Shafie Apdal ditahan SPRM
Posted on Wednesday, October 18 @ 06:51:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35989




Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Beliau yang juga ketua Umno Silam ditahan agensi antirasuah itu di pejabat mereka kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Utusan Online.


Penahanan Mohammad Yusof itu menjadi lebih menarik perhatian ramai kerana beliau ialah adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.
Sebelum ini Shafie ialah naib presiden Umno yang kemudian meninggalkan parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Pernah digelar sebagai "kereta kebal Umno" oleh Najib sendiri Shafie kemudian menubuhkan WARISAN dan bergerak sebagai pembangkang di Sabah.

Pada 10 Okt lalu seorang lagi adik beliau Hamid Apdal turut ditahan SPRM, diikuti menantunya pada lima hari kemudian.

Penahanan itu dikatakan berkait dengan siasatan SPRM terhadap salah guna dana pembangunan untuk Sabah yang bernilai sekurang-kurangnya RM1.5 bilion.

Setakat ini SPRM sudah menyoal siasat lebih 45 orang berhubung isu berkenaan.
Shafie digugurkan daripada kabinet pada 2015 kerana mempertikaikan cara Najib menguruskan skandal 1MDB dan meninggalkan Umno pada 2016.

Utusan Online melaporkan penahanan Mohammad Yusof dibuat bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2008 hingga 2015.

Shafie pula berkhidmat sebagai Menteri KKLW antara April 2009 hingga 29 Julai 2015.

SumberTKO - 18-10-2017\


IGP sahkan polis siasat aduan hubungan sulit pegawai SPRM
Posted on Tuesday, October 17 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35983


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung laporan yang mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.


Portal Berita Harian Online, memetiknya sebagai berkata, aduan itu disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

"Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.

"Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya," katanya yang dipetik portal itu.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, minggu lalu mendedahkan satu laporan difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.

Ia juga memetik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai berkata, kes dirujuk kepada Bukit Aman.

Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.
Seksyen 498 Kanun Keseksaan menyebut adalah satu kesalahan kerana “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks.”

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, akhbar Berita Harian hari ini memetik ketua cabang propaganda kerajaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi yang menamakan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai individu yang tidak dinamakan dalam satu artikel dan video itu.
Mohd Puad yang juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dipetik sebagai berkata, fitnah itu disebarkan dengan harapan pihak SPRM akan takut untuk bertindak meneruskan siasatan.

"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan.

"Semua itu bertujuan untuk mengugut Zulkifli Ahmad dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu,” katanya.

Sumber TKO - 17-10-2017


Seleweng RM1.5 bilion: ‘Datuk’ dipanggil beri keterangan
Posted on Sunday, October 15 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35928



KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini memanggil seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut sumber, ahli perniagaan berkenaan dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya 7 syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain 7 syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakannya dengan membayar “involvement fee” sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

“Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad, iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon,” menurut sumber berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut dipanggil untuk diambil keterangan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber TKO - 16-10-2017


Menantu Hamid Apdal pula ditangkap SPRM
Posted on Sunday, October 15 @ 07:54:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35909



KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan berusia 33 tahun individu kelapan ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan negeri Sabah.

Sumber SPRM berkata, suspek yang merupakan menantu Hamid Apdal ditangkap di pejabat SPRM di sini pada pukul 5.15 petang tadi.

"Hari ini kami menangkap menantu Hamid untuk membantu siasatan kes yang sedang dijalankan," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Hamid, 52, yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merupakan suspek ketujuh ditangkap SPRM pada Selasa lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE

Sumber TKO - 15-10-2017

SPRM geledah rumah, tahan adik Shafie Apdal
Posted on Wednesday, October 11 @ 06:38:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35812


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.


Sumber memberitahu Malaysiakini, Hamid ditahan pada pukul 9.30 malam, selepas tiga jam sesi soal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Hamid hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10 pagi tadi, selepas badan itu gagal menemuinya ketika pergi ke rumahnya semalam.

Malaysiakini difahamkan Hamid diambil dari rumahnya di Putatan oleh lima pegawai SPRM pada pukul 3.30 petang.

Mereka mencari bahan bukti bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana bagi projek pembangunan luar bandar di negeri itu.

Mereka berada di sana sehingga pukul 6 petang, sebelum membawa Hamid ke pejabat SPRM semula.

Menurut The Star Online, sekurang-kurangnya dua anggota Dewan Undangan Negeri dan seorang senator dijangka akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Semalam, seorang senator dari parti komponen BN dibebaskan selepas memberi kenyataan berhubung isu itu, kata laporan itu.

Pagi tadi, dua pemuda pemimpin Umno Sabah dan ketua pemuda WARISAN direman lima hari.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda WARISAN Mohd Azis Jamman ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, semalam.

Manakala Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim pula ditahan di pejabat SPRM di Tawau.

Jamawi kini adalah pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Namun, difahamkan yang penahanan itu berkaitan dakwaan kesalahan yang dilakukan ketika dia menjadi pembantu kepada Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal ketika Shafie menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mohd Azis merupakan Ketua Pemuda Umno Semporna sebelum keluar parti dan menyertai WARISAN.

Tempoh reman Naib Presiden WARISAN Peter Anthony yang ditahan Khamis lalu turut dilanjutkan selama tiga hari.

Dakwaan penyelewengan dana itu dikatakan bagi projek pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Shafie daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.

Sumber TKO - 11-10-2017













Four Arrested In MACC Crackdown On Illegal Logging

KUALA TERENGGANU: Four individuals have been detained by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to assist in investigations related to illegal logging activities between May and August this year.

The MACC obtained a remand order against them for five days until Sept 16 at the Sessions Court here today.

The four include three operators of logging companies and a lorry driver.

The four men are suspected of bribing officers from the State Forestry Department as inducement for their release after they were caught operating without licences and for failing to comply with existing laws.

The first suspect, 62, who was the manager of a logging company, is accused of offering RM1,000 to a State Forestry Department enforcement officer as an inducement not to take further action against him for possessing timber without paying taxes.

He is accused of committing the offence on May 23 this year at about 8.40pm.
His case is being investigated under Section 17 (b) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009.

The second suspect, 40, a manager of another company, had allegedly offered a RM500 bribe to an enforcement officer as an inducement not to take action against him for failing to provide a pass to move logs out of a concession and for possessing logs of various species without paying taxes.

The alleged offence was committed on July 6 at 3.45pm and the case is being investigated under the same Act.

The third suspect, 29, a lorry driver with a logging company, was detained on July 6 at 3.45pm.

During the arrest, the suspect attempted to bribe an enforcement officer as inducement not to act against him for failing to produce a pass to move logs out of a concession and for possession of logs with unpaid taxes.

The fourth suspect , 35, also a manager of a logging company, had allegedly offered a RM500 bribe to an enforcement officer as an inducement not to take action against him for possessing various timber species with unpaid taxes on Aug 28 at about 4.15pm.- NST

Sumber BO - 14-9-2017















Phee’s Accounts With RM2mil Frozen For A Few Months

GEORGE TOWN – It will be a few more months before state exco member Phee Boon Poh can access his bank accounts again.

A source in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said the commission could freeze the four personal accounts for a few months.

“We have a set time. Maybe two to three months and after that, the accounts will be released,” he said yesterday.

Phee’s bank accounts, containing about RM2mil, were frozen before the weekend pending MACC investigations into an illegal carbon filter-processing factory in Sungai Lembu.

The source denied that the bank accounts of the factory owner or founders were frozen.

He said investigations were still going on and officers were still taking statements from relevant parties.
He said the MACC had not taken the statements of Chief Minister Lim Guan Eng and Penanti assemblywoman Dr Norlela Ariffin, adding that Dr Norlela was still hospitalised.

Norlela had made several complaints about the factory, claiming the plumes of smoke it emitted had been the source of misery and health problems for villagers.

“We have conducted several raids on Phee’s houses in Butterworth, his office in Komtar, his service centre in Sungai Puyu and the Seberang Prai Municipal Council (MPSP) office in Bandar Perda,” he said.
On Aug 11, Phee, 66, who is the State Welfare, Caring Society and Environment Committee chairman and Sungai Puyu assemblyman, was arrested. Factory owner Edmond Gan Eu Lee, 37, and his father Gan Buck Hee, 70, who started the factory about 30 years ago, were also detained.

They were released on Aug 14 after the Penang High Court set aside their remand orders.

Judicial Commissioner Datuk Abdul Wahab Mohamed ruled that the five-day remand issued on Aug 12 contravened Section 117 of the Criminal Procedure Code.

The MACC, however, intends to appeal the decision.

Phee is being investigated under Section 23 of the MACC Act 2009 for allegedly writing two letters to MPSP, urging it not to take action against the illegal factory.

Akaun Bank Boon Poh Dibeku

GEORGE TOWN – Empat akaun bank milik exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibekukan berhubung siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akaun peribadi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri ini berjumlah kira-kira RM2 juta dibekukan.

“Kita masih siasat,” katanya pada Ahad, sambil menambah bahawa pegawai SPRM masih merekodkan keterangan dari[ada pihak berkaitan.

Dilaporkan SPRM menjalankan beberapa serbuan di dua kediaman Boon Poh di Butterworth, pejabatnya di Komtar dan pusat khidmat beliau di Sungai Puyu.

Boon Poh, pemilik kilang, Edmond Gan Eu Lee dan bapanya, Gan Buck Hee ditahan SPRM pada 11 Ogos lalu.

Kesemua mereka dibebaskan pada 14 Ogos lepas selepas perintah reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi.

SPRM akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman tersebut. thestar

Sumber BO - 21-8-2017

















Belum ada keputusan beku aset Isa Samad - SPRM













SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membuat keputusan untuk membekukan aset bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atau sebaliknya. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Azam Bakri berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan dibuat. 
“Sehingga kini pihak kami masih membuat penyiasatan sejak laporan berkaitan Isa Samad diterima lebih sebulan lalu,” katanya kepada media mengulas berkaitan penahanan Isa petang semalam. 
Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedah lebih lanjut mengenai kes tersebut buat masa ini. 
“Saya perlu dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pegawai penyiasat yang menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan lanjut,” katanya.
Beliau turut memberitahu siasatan dibuat berkaitan maklumat orang ramai dan laporan berkaitan FGV dan pembelian hotel. 
Sebelum itu beliau hadir pada program Ikrar Bebas Rasuah pemimpin kerajaan Kelantan. 
Turut menandatangani ikrar itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan anggota-anggota Exco. 
Program itu diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. - HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD - 16-8-2017 



















MACC Arrests Penang Exco

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested Penang state executive councillor Phee Boon Poh over an issue regarding a factory in Bukit Mertajam.
According to RSN Rayer, who accompanied him, Phee was arrested after he gave his statement to the MACC at its state headquarters here.

“What we know was that he came here as a witness to have his statement recorded but later we were told that there was instructions from Putrajaya to detain him,” he told reporters outside MACC after two hours inside with Phee.

He said the MACC will be taking Phee to the courthouse tomorrow for a remand order.
“A lineup of lawyers will be present for the remand tomorrow,” he said.

Rayer said he believed the arrest was in relation to a factory in Bukit Mertajam.

He confirmed that MACC visited Phee’s office this morning and took some documents.

“They asked him to come in regarding the documents and letter he had signed,” he said.
Phee came to the MACC office along Jalan Sultan Ahmad Shah at about 2.30pm today.
Earlier today, MACC officers raided his office at 11.30am.

They questioned Phee for more than an hour before leaving with some documents at about 12.50pm.

It is believed the MACC was investigating an issue regarding a factory in Bukit Mertajam that was believed to have flouted environmental regulations.

The agency along with the Department of Environment (DOE) and Immigration Department raided the factory yesterday.

The MACC also raided the Seberang Perai Municipal Council yesterday. – themalaymailonline

Sumber BO - 11-8-2017





















Report Civil Servants Living Beyond Their Means

The Malaysian Anti-Corruption Commission has urged people who knew of civil servants living beyond their means to report the matter to the commission immediately.

MACC deputy chief commissioner (operations) Datuk Mohd Azam Baki said civil servants who lived a life of luxury usually held specific posts in the government and would most likely be involved in abuse of power and corruption.

“The MACC will determine how they are able to lead a life of luxury beyond their income and find out whether they had acquired their wealth through legal means,” he said on the ‘Ruang Bicara’ talk show over Bernama News Channel.

He said the MACC was monitoring officers holding senior positions, including their acquisition of property.

Mohd Azam said action could also be taken against retired civil servants if it was established that they had resorted to abuse of power when they were in service.

“We are investigating the case of a retired senior government officer who had approved a project for a company while in service.

“The MACC’s intelligence team is monitoring corruption among senior civil servants,” he said.
Mohd Azam said that 280 agencies had signed the Corruption-Free Pledge.

“There has been good response to the signing of the pledge. Among states, only Kelantan and Selangor have yet to sign the pledge, but they will do so soon,” he said. – Bernama

Sumber BO - 9-8-2017























MACC To Open New Investigation Paper On Felda

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will open a new investigation paper on the Federal Land Development Authority (Felda), according to its chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad.

He said the move followed a new lead in an issue involving Felda received by the commission recently.

“I have instructed for a new investigation paper to be opened and we will issue a press statement on the matter very soon,” he told a media conference after attending the Anti Corruption Revolution Movement (GERAH) programme at the Kuala Lumpur Hospital here today.

Dzulkifli, however, said that the investigations into the alleged corruption and abuse of power at Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) were still ongoing.

The FGV management crisis reached its peak when its group president and chief executive officer (CEO) Datuk Zakaria Arshad and the group chief financial officer Ahmad Tifli Mohd Talha, together with two other senior members of the management team, were suspended and given leave of absence on June 6 pending a probe of certain deals under Delima Oil Products Sdn Bhd, which is a subsidiary of FGV.

On June 7, the government appointed former Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala to oversee the decision and to recommend a way forward for FGV.

On June 20, FGV announced the resignation of its chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, while the government in a separate statement announced the appointment of Tan Sri Sulaiman Mahbob as acting FGV chairman with immediate effect.

In another development, Dzulkifli said only the governments of Penang, Selangor and Kelantan had yet to take the pledge and sign the Corruption-Free Pledge (IBR) introduced by the commission early this year.

He said the signing of the IBR would show a commitment and concern of the states to ensure that their administration was free from corruption and abuse of power.

“We don’t want people to simply talk about how people should say no to bribery and ask the MACC to take action. The state governments should also play their roles and show their commitment to fight corruption and abuse of power,” he said.

On the GERAH programme, Dzulkifli said the programme, which commenced three months ago, had brought about positive impact as there was an increase in the number of reports received by the commission from members of the public. — Bernama

Sumber BO - 10-7-2017


Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
Posted on Wednesday, June 07 @ 08:12:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35310



Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendaftar peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

SPRM dalam kenyataannya menyatakan mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.

"Kesemua suspek disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

"Anggota-anggota koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu, yang didaftarkan di bawah naungan ahli-ahli lembaga berkenaan," kata SPRM.

Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan lokasi, masa dan umur kesemua suspek yang ditahan.

Menurut SPRM kesemua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.
"Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila anggota koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada anggota berkenaan.

"Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan," menurut kenyataan SPRM itu.

SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap enam individu itu hari ini.

Semasa dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.
- Bernama

Sumber TKO - 7-6-2017



Bekas pengarah JKR Labuan didakwa terima rasuah
Posted on Monday, June 05 @ 15:36:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35281



Bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ismail Che Ros, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menerima suapan bernilai hampir RM8,000, pada Ogos 2015.

Ismail, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Atas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima barang berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, bernilai RM2,880.90, pada 5 hingga 7 Ogos 2015 daripada Teoh Hon Chun, seorang kontraktor pembinaan jalan.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada kontraktor itu pada 6 Ogos 2015 walaupun mengetahui syarikat milik Teoh mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 0448, Sutera Harbour Resort, antara 5 dan 7 Ogos, 2015.

Bagi setiap pertuduhan, Ismail didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozana Abdul Hadi manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Shah.
Terdahulu, Rozana menawarkan wang jaminan RM20,000 bagi pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada pihak mahkamah.

Namun Zahir memohon jaminan ditetapkan pada RM10,000 kerana anak guamnya, yang kini bertugas di Melaka, masih mempunyai tanggungan seorang anak serta terpaksa menanggung perbelanjaan ke Kota Kinabalu untuk sebutan semula kes.

Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-Bernama

Sumber TKO - 5-6-2017

SPRM rampas tunai RM800,000 dari rumah anggota polis
Posted on Thursday, May 18 @ 13:42:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34992



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang koperal di Melaka.

Anggota polis berusia 52 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Melaka merupakan individu ke-10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan rampasan dan tangkapan itu.

Hari ini, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman selama 7 hari sehingga 24 Mei ini terhadap individu tersebut bagi membantu siasatan kes selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.


Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber TKO - 18-5-2017

SPRM tahan reman dua OCPD Melaka
Posted on Wednesday, May 17 @ 21:37:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34975



Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua ketua polis daerah (OCPD) dan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dari kontinjen negeri (IPK) Melaka.

Perintah reman enam hari itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas membenarkan permohonan SPRM.

Mereka yang ditahan itu adalah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan Ketua Polis Daerah Jasin Sakri Yusoff.

Masing-masing berusia antara 46 hingga 54 tahun, dan direman bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star melaporkan, seorang lagi pegawai polis, yang berpangkat inspektor, turut ditahan dalam serbuan awal pagi ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes tersebut.

Terdahulu mahkamah sama pagi tadi mengeluarkan perintah reman bagi kes sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Susulan penahanan itu, SPRM menemui wang tunai berjumlah lebih RM186,000 dan wang dalam akaun lebih RM459,000 milik semua suspek.

Wang tunai berkenaan ditemui di rumah beberapa suspek dan dipercayai berpunca daripada tauke-tauke judi haram.

Difahamkan, pegawai polis terbabit meminta wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di sekitar Melaka, malah turut memaksa pengusaha berkenaan membayar wang perlindungan kepada mereka.

Sementara suspek orang awam bertindak sebagai orang tengah bagi melicinkan proses pengutipan wang rasuah yang dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut.

Sumber TKO - 17-5-2017


SPRM tahan pengurus TNB disyaki terima BMW sebagai rasuah
Posted on Thursday, May 11 @ 09:08:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34882




 Dua individu termasuk seorang pengurus projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender pembekalan barangan pengubahsuaian pejabat TNB di sekitar Kuala Lumpur.




Tempoh reman berkuat kuasa semalam hingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas mahkamah mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .



Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua suspek lelaki dan perempuan masing-masing berumur 55 dan 51 tahun itu ditahan oleh pasukan penguat kuasa SPRM di sebuah lokasi di Lembah Klang pada awal pagi semalam.



Katanya, selaku pengurus projek, lelaki tersebut dikatakan telah bertindak mengagihkan tender projek kepada kontraktor lain sedangkan ia sepatutnya diagihkan kepada syarikat-syarikat panel di bawah TNB.



Sebagai habuan di atas pemberian tender berkenaan, lelaki itu dikatakan telah menerima sebuah kereta BMW 5 Series dari suspek, iaitu seorang wanita yang juga pemilik syarikat pengubahsuaian terbabit.



Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut dipercayai berlaku pada 2014 di beberapa pejabat TNB di Kuala Lumpur, kata jurucakap tersebut.



- Bernama



Sumber TKO - 11-5-2017

Kes seleweng Zakat P Pinang: SPRM tahan 1 kontraktor wanita
Posted on Wednesday, May 10 @ 18:17:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34874



GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lagi kontraktor bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan pecah amanah membabitkan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, kontraktor wanita berusia 42 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, kira-kira 8 malam Selasa.

“Wanita itu kini direman 6 hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pihaknya percaya lebih ramai lagi, terutama kontraktor yang menjalankan projek dengan ZPP akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa pihak, terutamanya pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ZPP bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan saya percaya penahanan mereka akan dapat membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan pecah amanah itu,” katanya.

Semalam, SPRM menahan 11 individu termasuk pegawai kanan ZPP berusia 50 tahun serta 3 pegawai agensi itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan bagi projek pembangunan masyarakat sejak 3 tahun lalu.


Turut ditahan 7 kontaktor berusia 41 hingga 52 tahun dan mereka semua direman seminggu sehingga 15 Mei ini.

Sumber TKO - 10-5-2017



Empat pegawai tertinggi agensi zakat ditahan reman
Posted on Wednesday, May 10 @ 09:26:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34862



GEORGETOWN - Empat pegawai tertinggi agensi zakat negeri ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Selain mereka, tujuh kontraktor turut direman selepas ditahan sepasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat dan kediaman mereka tengahari tadi.

Kesemua mereka yang diiringi pegawai SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Georgetown dengan berpakaian lokap SPRM kira-kira jam 3 petang tadi.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid memerintahkan kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 15 Mei ini.

Sumber TKO - 10-5-2017

'Kalau pemimpin korup menang PRU, kami akan bertindak selepas itu' - SPRM
Posted on Saturday, May 06 @ 09:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34811




Oleh Suhaimi Sulaiman
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin yang korup akan diheret ke muka pengadilan walau pun menang Pilihan Raya Umum ke-14.


Justeru itu, para pengundi dinasihat supaya bijak menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar bersih serta bebas daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa. “Saya tidak mendapat apa-apa arahan daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik,” kata 


Dzulkifli ketika pertemuan bersama-sama ketua-ketua pengarang organisasi media tempatan dalam Kaukus Khas Media Anti Rasuah, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak selepas pilihan raya kerana SPRM perlu kekal sebagai sebuah agensi yang melindungi kepentingan rakyat.

“Bila Parlimen dibubarkan nanti, saya akan mengeluarkan kenyataan yang keras.

“Ini kerana ahli politik perlu terus bersih dan ada yang dapat kuasa kemudian jadi korup,” tegas Dzukifli.

Pada masa sama, beliau menegaskan SPRM telah memulakan siasatan kes melibatkan ahli-ahli politik termasuk kes berprofil tinggi.

Namun tegasnya, SPRM tidak akan bertindak sehingga selesainya proses demokrasi PRU14.


 “Siasatan telah pun dimulakan, tetapi kami tidak mahu diheret dalam kancah politik kerana setiap kes pasti akan jadi modal pilihan raya,” ujarnya.-Astro Awani

Sumber TKO - 6-5-2017


SPRM sita ‘Disneyland’ Adam Rosly, pendakwaan esok
Posted on Friday, April 21 @ 06:44:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34630



Pemimpin Pemuda PKR, Datuk Adam Rosly yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kekayaan luar biasa beliau, dijangka dituduh di mahkamah esok.

Maklumat terbaru, SPRM juga menyebut suruhanjaya itu turut menyita rumahnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.

Adam yang adalah Ketua Pemuda PKR Ampang, dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Seksyen 32 (8) (c) adalah berkenaan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan manakala Seksyen 89 adalah berhubung memalsukan sesuatu dokumen.

Kedua-dua kesalahan membawa denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Azam Baki mengesahkan perkara itu tetapi tidak mengulas lanjut.

Adam ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.

Sumber TKO - 21-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari
Posted on Friday, April 14 @ 15:33:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34517



PUTRAJAYA - Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung dakwaan pengubahan wang haram. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.

Ini juga bagi membolehkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Adam, 28, yang tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke mahkamah tersebut.

Beliau yang tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM turut disambut lesu oleh sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul awal di perkarangan kompleks Istana Kehakiman sejak pukul 9 pagi.

Kekayaan luar biasa Adam yang juga pegawai khas Ahli Parlimen PKR Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin didedah Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Sumber TKO - 14-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































Suspek Keempat ‘Bookie’ Atur Perlawanan Ditahan













Pihak berkuasa Malaysia menahan seorang suspek keempat yang disyakki dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak mengatur perlawanan yang disyaki, selepas tiga pemain lain ditahan sebelumnya.

Pemain berusia 49 tahun itu ditahan oleh agensi anti-rasuah selepas pemain pertahanan Argentina, penjaga gol dan pemain tengah untuk kelab Persatuan Bola Sepak India Malaysia MISC- Malaysia Indian Football Association (MIFA).

Tangkapan pemain dibuat selepas pasukan itu kalah enam daripada sembilan perlawanan terakhir mereka, termasuk kalah teruk dengan gol, 7-1 dan 6-3.

“Suspek dihadapkan ke mahkamah hari ini dan telah ditahan reman selama enam hari untuk siasatan,” kata seorang pegawai penyiasatan, yang enggan namanya disiarkan.

Bola sepak Malaysia telah berhadapan dengan amalan mengatur perlawanan selama ini, dan sindiket pertaruhan tempatan yang juga telah aktif di luar negara.

Dalam salah satu kes yang paling besar, skandal pada tahun 1994, menyaksikan 21 pemain dan jurulatih dipecat dan 58 pemain digantung.

Pada tahun 1999, empat lelaki dikaitkan dengan sindiket pertaruhan yang berpangkalan di Malaysia telah dipenjara selama tiga tahun kerana merancang untuk mensabotaj lampu limpah menjelang perlawanan Charlton menentang Liverpool pada tahun itu sebagai sebahagian daripada plot mengatur perlawanan.

Pada tahun 2012, Persatuan Bola Sepak Malaysia menggantung 18 pemain belia dan diharamkan menjadi jurulatih seumur hidup kerana mengatur perlawanan.

Pada tahun berikutnya, sebuah kelab Malaysia menggantung semua jurulatih dan pegawai selepas rentetan kekalahan berat yang mencurigakan.

Sumber BO - 8-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Five Terengganu Government Officials Charged By MACC For Fraft













Five individuals including a former director of the department of forestry in Terengganu were charged today for various forms of corruption and bribery offences involving environmental issues in four states.

In Kuala Terengganu, the former Forestry director Datuk Azmi Nordin was charged with three counts of accepting a bribe of RM60,000 from March to August 2013.

The 58 year old who is currently working as a director for the Forestry department’s headquarters had pleaded not guilty to all charges brought against him before Judge Mohamad Haldar Abdul Aziz.

He was charged under Section 165 of the Penal Code which states that a public servant obtaining any valuable thing, without consideration, from the person concerned in any proceeding or business transacted by such public servant carries a jail sentence and a fine if found guilty.

In Kuantan, an official from the Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan) was also charged today with making false claims amounting to RM23,400 in November 2013.

The 44 year old male, Abu Zahrim Ismail, also pleaded not guilty after the charge was read out in accordance with Section 18 of the MACC Act 2009.

Sumber BO - 5-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kes Seleweng Dana Selangor: SPRM Serbu Pejabat Teresa
Posted on Saturday, April 01 @ 07:28:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34282



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh di Kuchai Lama di sini hari ini.

Pembantu kepada ahli parlimen pembangkang tersebut, Edmund Teoh turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan, lapor portal propembangkang Malaysiakini yang dipetik oleh MalayMail Online.

Siasatan tersebut dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dimasukkan terus ke dalam akaun Teresa untuk diagihkan kepada penerima yang layak oleh kerajaan Selangor.

Skim berkenaan adalah seumpama dana khairat kematian kononnya sebagai menghargai jasa warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka.

Ia adalah pemberian percuma daripada pihak kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan kepada kelompok warga emas dan Orang Kelainan Upaya setelah mereka disahkan sebagai meninggal dunia.

Penama yang berdaftar boleh menuntut bayaran dari Pusat Khidmat DUN di tempat mana mereka didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Namun portal Free Malaysia Today sebaliknya melaporkan pejabat Teresa diserbu SPRM, dipercayai susulan dakwaan salah guna dana daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) milik kerajaan negeri.

Serbuan tersebut disahkan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, yang memberitahu portal itu bahawa ia bertujuan konon untuk menakutkan ramai pemimpin Pakatan Harapan di Selangor.

Dalih beliau lagi, ini disebabkan semua dokumen asal berkaitan dengan Yawas, sekarang dipercayai berada di pejabat tanah dan daerah manakala pejabat Teresa hanya menyimpan salinan akaun sebagai rujukan.

Langkah SPRM itu susulan dakwaan pemimpin sebuah badan bukan kerajaan, Datuk Seri Jamal Md. Yunos baru-baru ini mendakwa dana daripada SMUE dan Yawas diselewengkan oleh pembangkang.


Beliau kemudian membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam dengan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan termasuk penyata bank untuk proses siasatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 1-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM sudah kenal pasti ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’
Posted on Monday, March 27 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34219



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung pendedahan Sultan Johor mengenai individu cuba merasuah baginda bagi mendapatkan darjah kebesaran “Tan Sri”.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu sudah memperoleh maklumat berkaitan daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan mengenal pasti individu terlibat.

“Dalam menjunjung titah baginda, SPRM akan memastikan siasatan telus dijalankan berkenaan perkara ini dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

SPRM berkata, mereka amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta komitmen berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah serta salah guna kuasa di negara ini dan secara amnya Johor.

Hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan itu.


Sabtu lepas, Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebook rasmi baginda bertitah mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada ketua setiausaha negara bagi mendapatkan gelaran “Tan Sri” daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber TKO - 27-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM Tahan 10 Pegawai Imigresen Sarawak
Posted on Wednesday, March 15 @ 21:44:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34037




BANGI, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 10 pegawai Jabatan Imigresen Sarawak kerana disyaki menerima rasuah untuk melindungi pendatang tanpa izin (PATI) di negeri itu. 



Kesemua pegawai terbabit termasuk enam wanita ditahan dalam satu operasi khas yang dilancarkan oleh ibu pejabat SPRM, hari ini.



Memetik laporan portal New Straits Times, mereka ditahan di empat lokasi berasingan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sarawak, pejabat jabatan itu di Pending dan Serian serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.



Mereka yang ditahan berumur antara 33 dan 53 tahun itu dijangka direman esok bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.



Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan mengenai penahanan 10 pegawai terbabit.



Sumber TKO - 15-3-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM ambil langkah drastik di Johor
Posted on Sunday, March 05 @ 17:39:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33859



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membayangkan akan ada perkembangan menarik di Johor dalam tempoh sehari dua ini.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias, berkata langkah itu diambil demi kepentingan masyarakat dan komitmen badan itu membebaskan negeri berkenaan daripada rasuah.

Kata Azmi, tindakan itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk istana dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut bertitah meminta bersihkan Johor daripada rasuah.

"Saya terharu dengan titah Tuanku Sultan Johor itu sehingga mahu menitiskan air mata dengan komitmen yang ditunjukkan baginda serta kepimpinan negeri yang mahu Johor bebas dari rasuah," katanya dipeti BH Online hari ini.

Azmi berkata demikian pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Majlis Perbandaran Kluang hari ini.

Enam lelaki termasuk seorang anak exco Johor ditahan SPRM pada 24 Februari lalu bagi disoal siasat berhubung kes penyelewengan harta tanah di negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek ditahan di beberapa lokasi dalam operasi serentak mulai jam 8.30 pagi.

Suspek terbabit berusia antara 25 hingga 50 tahun.

Ekoran penahanan itu Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, mula bercuti pada 1 Mac lalu sehingga tarikh yang belum ditetapkan.

The Star melaporkan SPRM menyoal siasat Abd Latif selama empat jam sehari sebelum itu.
The New Straits Times pula yang memetik seorang sumber melaporkan Sultan Ibrahim "murka" dengan kejadian itu dan menitahkan exco terbabit menghadap baginda semalam.
Azmi bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai langkah drastik dinyatakannya apabila ditemui media selepas majlis berkenaan.

"Itu nanti dulu. Saya tidak boleh ulas lanjut, kena tunggu dulu," katanya.

Sumber TKO- 5-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SPRM tahan tiga lagi anggota tentera
Posted on Saturday, February 25 @ 17:44:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33715



SHAH ALAM - Susulan penahanan dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat leftenan kolonel dan staf sarjan kelmarin, SPRM telah menahan tiga lagi anggota tentera yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sama semalam.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 33 hingga 43 tahun itu ditahan antara jam 4.30 petang dan 6.50 petang di Ibu Pejabat SPRM Kuantan ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Ketiga-tiga suspek merupakan penyelia di kem berasingan iaitu di Kota Bharu, Kuantan dan Kluang.

Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan perintah reman selama enam hari terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber siasatan mendapati terdapat penglibatan orang tengah dalam proses kelulusan tender penyelengaraan yang bernilai kurang daripada RM50,000 di kem-kem tentera di beberapa negeri termasuk, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Katanya lagi, modus operandi mereka yang terlibat adalah dengan mendaftarkan beberapa syarikat kontraktor kelas F yang mempunyai lesen sah melalui permohonan tender.

“Kemudiannya pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam proses mengkaji dokumen permohonan dan inden kerja akan meluluskan syarikat-syarikat tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, sebanyak lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran akan diberikan kepada syarikat pemilik lesen yang telah digunakan untuk mendapatkan projek-projek tersebut.

Wang selebihnya akan diberikan kepada orang tengah yang dilantik secara tidak sah untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan tersebut.

Pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam meluluskan inden kerja tersebut disyaki telah menerima wang rasuah antara RM3,000 dan RM RM4,000 bagi setiap projek yang diluluskan.

Tambah sumber itu lagi, disebabkan perbuatan itu Kementerian Pertahanan mendapati kerja-kerja penyelengaraan yang dilalukan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan.

“Setiap kali timbul masalah dan menerima aduan daripada pegawai-pegawai yang bertugas di kem-kem tersebut, kerajaan perlu meluluskan satu jumlah wang yang besar untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan,” tambahnya.

Sumber juga berkata, daripada maklumat yang telah dikumpul SPRM mendapati perbuatan salah guna kuasa itu bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai bertugas di zon-zon terbabit tetapi juga pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan sendiri.

“Selepas SPRM melancarkan operasi ini, ramai kontraktor yang sah telah tampil untuk memberikan keterangan untuk membantu siasatan,” ujarnya lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut secara mendalam serta meneliti setiap dokumen berhubung projek-projek penyelengaraan yang telah diluluskan sebelum ini.


  Beliau juga berkata, SPRM telah menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut khususnya pegawai-pegawai yang menggunakan kemudahan yang disediakan di kem-kem tersebut.

Sumber TKO - 25-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM tangkap pengurus besar agensi kerajaan
Posted on Thursday, February 16 @ 09:23:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33623



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan memberikan lebih 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 62 tahun itu ditahan di pejabatnya pada  11 pagi hari ini.    "Kedua-dua syarikat milik isterinya itu masing-masing ditubuhkan pada 2010 dan 2015.

"Suspek didapati menyalahgunakan kedudukannya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar di agensi kerajaan berkenaan dari tahun 2014 hingga tahun lepas sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar pada September 2016," katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber itu berkata suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam proses perolehan pembekalan sebut harga berdasarkan tatacara perolehan yang ditetapkan oleh agensi tersebut manakala pegawai yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran kepada syarikat milik isterinya.

"SPRM telah menggeledah pejabat dan rumah pengurus besar berkenaan serta syarikat isterinya yang terletak di Kuala Lumpur.

"Kami juga merampas beberapa dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian kerja-kerja kepada syarikat isteri suspek untuk tujuan siasatan," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu. - Bernama

Sumber TKO - 16-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas YDP, Dua Kontraktor Direman Tujuh Hari
Posted on Tuesday, February 14 @ 12:42:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33592


RASAH: Tiga lelaki termasuk seorang bekas Yang Dipertua (YDP) sebuah majlis perbandaran ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah di sini sebentar tadi.
Permohonan reman itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas (Reman), Nor Aida Norhamdan.

Bekas YDP berusia 63 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Seremban semalam selepas dipercayai terlibat dalam salah guna kuasa sejak memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.


SPRM turut menahan lima kontraktor di negeri ini yang disyaki pernah bercuti bersama lelaki tersebut di luar negara pada September 2015. - UM

Sumber TKO - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



SPRM Kenal Pasti Penjawat Awam Ditaja Main Golf
Posted on Sunday, February 12 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33569



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.  


Tanpa mendedahkan sebarang nama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata badan antirasuah itu sedang menjalankan siasatan dan proses mengumpul bukti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

"Mereka ini (penjawat awam) dipercayai masih berdegil dan tidak memandang serius amaran yang dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini supaya berhenti bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan," katanya kepada Bernama.

SPRM, katanya, tidak menghalang penjawat awam bermain golf namun ia menjadi isu apabila mereka ditaja pihak seperti kontraktor dan pembekal serta melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Sambil berkata tiada lagi amaran akan diberikan SPRM kepada individu berkenaan, beliau menegaskan: "Sudah tiba masanya untuk mereka lebih berwaspada dengan perbuatan sendiri".

Azam berkata SPRM memandang serius perkara itu, malah telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu sebelum ini kerana didapati sering ke luar negara untuk bermain golf dengan orang berkepentingan.

"Apa yang pasti tindakan tegas menanti mereka yang degil dan mungkin berfikir nama mereka tidak terdapat dalam senarai SPRM," katanya.

Menurutnya, individu-individu terbabit bukan sahaja ditaja kos perjalanan malah perbelanjaan untuk membeli-belah.

SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dalam siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa yang turut membabitkan bermain golf di luar negara. -Bernama

Sumber TKO - 12-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SPRM Siasat Kekayaan Luar Biasa Ketua AMK Ampang
Posted on Saturday, February 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33550



PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mula merakamkan keterangan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly.

Ia dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimiliki pemimpin muda PKR tersebut sehingga pernah menjadi tular apabila dibongkarkan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tahun lalu.

Adam, 28, yang menjadi tumpuan ekoran dakwaan tersebut tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 8.15 pagi dengan menaiki kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire.

Beliau juga dilihat membawa beberapa dokumen ketika memasuki bangunan tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas melalui empat jam proses temu bual, Adam berkata pelbagai soalan dikemukakan termasuk berkenaan sumber pendapatannya.

“Saya bukannya disoal siasat, pegawai SPRM hanya menemu bual, bertanyakan mengenai sumber pendapatan dan saya ucapkan terima kasih kerana mereka menjalankan tugas dengan profesional,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, satu laporan terhadap SPRM telah dibuat Ketua UMNO Ampang Datuk Ismail Kijo. – BERNAMA

Sumber TKO - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM Selangor Rampas 4 Lot Tanah, Kereta Pengarah
Posted on Friday, February 10 @ 07:50:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33536



SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyita empat lot tanah, sebuah kenderaan mewah serta barangan kemas dan jam mewah milik pengarah agensi kerajaan yang ditahan  pada Rabu.


Menurut sumber, badan pencegahan rasuah itu juga membekukan akaun bank dan pelaburan milik pengarah serta anak-anaknya dengan jumlah simpanan keseluruhan RM850,000.

Pada masa sama, SPRM Selangor mengenal pasti enam buah rumah bernilai RM3.3 juta yang terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan untuk disita, katanya.

Mengenai lot tanah yang disita, sumber itu berkata tiga lot terletak diKedah dan satu lagi di Selangor dengan nilainya masih dalam proses anggaran.

"Selain sebuah Toyota Alphard, SPRM Selangor turut merampas dua utas jam tangan berjenama Orient dan Chopard, seutas gelang emas, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas dalam operasi yang dijalankan di kediaman dan pejabat suspek serta beberapa lokasi lain hari ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

Beliau juga berkata pihaknya sedang menyiasat dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti harta-harta lain milik suspek yang mungkin diperoleh melalui rasuah.

Pengarah berumur 54 tahun itu yang ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, Selangor tengah hari semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dia disiasat kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada beberapa kontraktor berkepentingan.

Isterinya yang berusia 36 tahun yang turut ditahan pad Rabu bagaimanapun dibebaskan hari ini selepas keterangannya direkodkan.

Selain itu, SPRM turut menahan dua pemilik syarikat yang dipercayai telah menerima kontrak daripada pengarah tersebut, masing-masing di Alor Setar dan Shah Alam, dan kedua-dua mereka juga direman tujuh hari bagi membantu siasatan. -Bernama

Sumber TKO - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Empat Pegawai Kanan Felda Ditahan Skandal ‘Stutgeon’ Oleh SPRM

Kami mengalukan perkembangan terbaharu penangkapan empat individu berkaitan kes skandal ikan Stutgeon susulan pendedahan yang kami buat sejak 2 tahun lalu. Akhir tahun 2016, laporan Ketua Audit Negara telah mengesahkan berlaku penyelewengan projek ‘ Felda Carviartive Blue Drem Part ‘ di Kuala Tahan Pahang.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.

Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.


FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

“Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB,” kata Ketua Audit Negara.

Perkembangaan siasatan kes ini kami harap bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai tetapi perlu menyeluruh kepada Pengerusi Felda ketika itu.

Alasan projek ini diluar pengetahuan Lembaga Pengarah boleh dipertikaikan kerana ketika kami turun membantah projek ini pihak pengurusan Felda telah memanggil ketua-ketua Peneroka negeri Pahang dan wartawan untuk memberi penjelasan lanjut projek ini ketika bantahan berlaku.

Kami berharap SPRM meneruskan siasatan ini sehingga mereka yang terbabit dibawa kemuka pengadilan dan kerugian duit Felda ini dapat dikembalikan .

Sekian,

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
24 Januari 2017

Sumber BO - 24-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPRM Tahan Timbalan Pengarah Urusan Iris Corp
Posted on Friday, January 20 @ 20:29:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33256



KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Urusan Iris Corporation Bhd, Datuk Hamdan Mohd Hassan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah melibatkan projek e-pasport Republik Guinea.
Syarikat itu mengumumkan penahanan itu pada Jumaat kerana penyalahgunaan kuasa dan pembabitan dalam kegiatan rasuah dalam projek berkenaan untuk kerajaan republik itu.
Iris Corp menandatangani kontrak 15 tahun dengan kerajaan berkenaan untuk melaksanakan kemudahan e-pasport di negara itu.

Di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat, SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama enam hari terhadap suspek untuk membantu siasatan.

"Sehingga siasatan selesai, Iris Corp ingin mengumumkan semua kuasa eksekutif Hamdan digantung dan tugas serta tanggungjawabnya sebagai pemangku CEO syarikat akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Operasi, Choong Choo Hock.

"Tahanan reman ke atas Hamdan tidak mempunyai sebarang implikasi terhadap kesahihan kontrak antara Iris dan kerajaan Republik Guinea atau kepada projek e-pasport itu," katanya.

Iris juga memberitahu, penahanan reman Hamdan juga tidak memberi kesan terhadap pendapatan dan aset syarikat.


Syarikat berkenaan juga sedia memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang proses siasatan kes itu.

Sumber TKO - 20-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Penolong jurutera kanan ditahan SPRM
Posted on Thursday, January 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33227



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong jurutera kanan awam yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan meminta rasuah di kediamannya di Kampung Sungai Daun di Sik, Kedah.

Sumber berkata, suspek berusia 56 tahun itu ditahan pada jam 11.30 pagi selepas dipercayai melakukan kesalahan terbabit membabitkan projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik.

Menurut sumber lagi, SPRM  juga merakamkan percakapan seramai 12 individu termasuk isteri suspek, dua juruteknik, kakitangan jabatan berkenaan dan tujuh orang kontraktor.

"Suspek dipercayai melakukan kesalahan terbabit sejak 2012 dan siasatan kini tertumpu kepada beberapa kontraktor kroni dan mengenal pasti jumlah sebenar wang suapan yang diterimanya sejak memegang jawatan itu empat tahun lalu.

"Sekiranya kontraktor terbabit tidak mahu membayar wang rasuah, suspek akan menyenaraihitamkan mereka. Suspek akan meminta rasuah menerusi aplikasi WhatApps dari syarikat yang dilantik menerusi permohonan sebut harga," katanya.

Sumber berkata, pembayaran rasuah kepada suspek akan diberi secara tunai dan dilakukan sama ada di rumah, pejabat atau di dalam kenderaan milik suspek.

"Siasatan awal mendapati suspek sudah menganugerahkan sebanyak 28 projek kepada tujuh kontraktor yang ada kepentingan bernilai RM650,000.

"SPRM juga dikatakan telah menyita fail yang ada kaitan dengan projek kerja naik taraf jalan di daerah Sik pada 2016," katanya.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek dijangka akan direman di Mahkamah Alor Setar, esok.

SumberTKO - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 bulan SPRM intip KSU KKLW Datuk Mohd Arif
Posted on Friday, January 06 @ 12:24:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33100



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengintip Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman selama tiga bulan sebelum bertindak menahannya.

SPRM berjaya menemukan jongkong emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing di rumahnya yang terletak di USJ3, Subang Jaya, selama 12 jam.

Bar emas dan mata wang Australia dan Euro yang dirampas dianggarkan bernilai RM3 juta.
Manakala beg tangan berjenama yang ditemukan adalah dari jenama seperti Chanel, Hermes, Dior, Louis Vuitton dan Gucci.

Harga untuk beberapa beg ini terdiri daripada RM7,000 kepada RM100,000 setiap satu.
Ketika dihubungi The Star, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Mohd Arif, 59, dan anak lelaki berusia 29 tahun di rumah mereka 8 pagi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat kerana penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM dikatakan menyiasat sama ada semua lawatan Arif ke luar negara dan perbelanjaan lain dibiaya oleh “individu tertentu”.

Menurut sumber, Mohd Arif baru sahaja pulang dari lawatan golf ke Amerika Syarikat.

“Lebih suspek akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan,” kata Azam.

Difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat 38 akaun simpanan dan semasa dan sekurang-kurangnya tiga peti simpanan di beberapa bank yang berkaitan dengan kes itu.
Siasatan ini juga meliputi beberapa bidang tanah.

Mohd Arif telah dilantik ke jawatan kementerian pada 16 Oktober, 2015. Beliau juga adalah ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung di kementerian lain dan merupakan Timbalan Pegawai Kewangan Setiausaha Agung dan negeri.

Beliau menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1981 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan adalah graduan Universiti Malaya.

Beliau bersama dua anaknya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.


Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Jan.

Sumber TKO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahri nafi SPRM hubunginya
Posted on Friday, January 06 @ 07:02:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33099



Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.

Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan media yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.

Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya, memetik laporan Sinar Online.

Dua hari yang lalu, SPRM mendakwa Bahri tidak menyatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International seperti yang dilaporkan.

“Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut,” menurut kenyataan media SPRM itu.

Terdahulu, Bahri mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.

Bercakap kepada Malaysiakini, Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.

Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".

Ditanya apakah maksud kenyataan itu, Bahri menjelaskan, undang-undang labah-labah hanya memerangkap pesalah kecil, manakala pelaku yang lebih besar terlepas daripada tindakan.
"Terlalu banyak wang yag hilang. Saya tak patut berkhidmat dalam undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Sumber TKO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencetak E-mel Facebook 4 SPRM Tahan KSU, Rampas Wang Tunai & Jongkong Emas RM3 Juta
Posted on Wednesday, January 04 @ 19:50:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33087



PETALING JAYA: Dua individu termasuk ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa.

Operasi bermula awal pagi Rabu itu juga merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan bergelar Datuk itu ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi Rabu.

"KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai  menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

"Seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, petang Rabu.
Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berada di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sumber TKO - 4-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



SPRM nafi kes SRC punca Bahri bersara awal
Posted on Wednesday, January 04 @ 06:37:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33078



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain bersara awal kerana kekecewaan berhubung kes siasatan SRC International (SRC).

Dalam satu kenyataan rasmi petang ini, SPRM menyatakan Bahri memohon persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri 6 bulan lalu.

“SPRM sudah menghubungi beliau dan Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.

“Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang 6 bulan sebelum tarikh persaraan,” katanya.

Bagaimanapun, awal hari ini, Bahri semasa dihubungi FMT mengakui punca utama beliau memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah.


Bahri memberi kenyataannya menerusi aplikasi Whatsapp kepada FMT.

Bahri berkata, beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Sumber TKO - 4-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol
Posted on Tuesday, January 03 @ 19:38:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33074



SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.
Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Sumber TKO - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SPRM tahan pengarah GLC, temui aset lebih RM10j
Posted on Friday, November 11 @ 11:33:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32328



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dan menerima sejumlah wang suapan.

Pasukan siasatan menahan suspek yang berusia 56 tahun di kediamannya di Seremban lebih kurang jam 9.35 pagi.

Sumber memberitahu, suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2010 juga disyaki telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengan perbuatannya.

Pegawai tersebut juga dipercayai telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarkan mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, SPRM masih menyiasat jumlah wang suapan yang telah diperolehi oleh suspek tersebut setakat ini,” ujar beliau.

SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua buah kereta jenis Audi TT,

Toyota Hilux dan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya itu.
SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah lebih kurang RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah.
Pembekuan ini bertujuan untuk pasukan siasatan menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM dan Penggubahan Wang Haram.

Suspek yang mempunyai tiga orang anak itu memiliki sembilan buah rumah yang mana dia dipercayai telah membeli kesemua rumah itu dengan pembayaran tunai.

Sumber berkata, kesemua rumah itu dibeli di Putrajaya (3), pusat bandar Kuala Lumpur (1),

Cyberjaya (1)dan Negeri Sembilan (4) bernilai lebih kurang RM8 juta.

Suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya bagi permohonan reman esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat terhadap mereka yang memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa mereka.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dipercayai telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Semalam, ketika mengulas berhubung kes ini kepada media Azam berkata, ia merupakan satu perkara yang bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara.

Sumber TKO - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasuah Ops Water: 14 Pegawai Bebas Reman
Posted on Thursday, October 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32153



KOTA KINABALU: Seramai 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan pada Rabu.
Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kesemua individu terbabit dibebaskan dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota, kata sumber itu pada Rabu.

"Selain itu, seorang jurutera bahagian dan dua juruteknik dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu manakala seorang jurutera yang dibebaskan Mahkamah Majistret Tawau," kata sumber itu.

Mereka adalah antara suspek yang ditahan SPRM dalam 'Ops Water' Fasa II pada 19 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 4 Oktober lepas, SPRM melancarkan 'Ops Water' Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.


SPRM melancarkan 'Ops Water' Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan itu hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu. - BERNAMA

Sumber TKO - 27-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bekas pegawai kanan Jabatan Air Sabah pula ditahan
Posted on Friday, October 14 @ 19:42:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32027



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi suspek untuk membantu siasatan berhubung kes Ops Water melibatkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Suspek berusia 62 tahun itu merupakan bekas pegawai kanan JANS yang bersara tahun lalu.
Selepas bersara, suspek dilantik sebagai penasihat salah satu agensi kerajaan negeri yang dipegangnya sehingga kini.

Suspek yang berkhidmat selama 11 tahun bersama JANS itu ditahan di pejabatnya, semalam.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek juga menerima sejumlah wang daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan di JANS.

Menurutnya, SPRM merampas dua buah kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser dan tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini.

Suspek direman selama enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Sabah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung siasatan kes ini tampil membantu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

Dalam pada itu, setakat ini SPRM merakam percakapan lebih kurang 78 saksi berhubung kes terbabit.

SPRM juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, pengarah dan timbalan pengarah agensi berkenaan ditahan berikutan memiliki wang tunai dan aset bernilai lebih RM110 juta dipercayai hasil daripada pembabitan mereka dalam projek air Sabah bernilai RM3.3 bilion melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri.

Sumber TKO - 14-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ops Water: Saksi Pulangkan RM1 Juta Semasa Beri Keterangan
Posted on Wednesday, October 12 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31996



PETALING JAYA: Mengejutkan apabila wang rasuah kira-kira RM1 juta dipulangkan beberapa saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna dana projek infrastruktur di Sabah.
Sumber memberitahu, tiga saksi telah memulangkan wang berkenaan semasa keterangan diambil dalam siasatan membabitkan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

"SPRM hari ini telah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes ‘Ops Water’.

“Kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun menurut sumber, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

“SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk diambil keterangan berhubung siasatan ini,” jelas sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, perintah reman terhadap Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

Manakala tempoh reman Timbalannya, Teo Chee Kong dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Perintah reman untuk adik Teo dan akauntannya pula turut dilanjutkan Isnin depan.

Kesemua suspek ditahan pada Selasa minggu lalu selepas sejumlah wang bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari Ag Tahir dan Teo.

Ag Tahir dan Teo disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Sumber TKO - 12-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



127 Geran Tanah Dirampas Dianggar Bernilai RM30 Juta - SPRM
Posted on Tuesday, October 11 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31984



KUALA LUMPUR: Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.

"SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua-dua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di tiga buah negara yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

"Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut," menurut sumber berkenaan, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan 'ops water'.

Menurutnya mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan anggota keluarga timbalan pengarah itu, pekerja beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.

Sumber berkenaan juga menyebut bahawa SPRM dijangka memohon untuk menyambung reman kesemua suspek yang tempoh reman mereka tamat esok.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.

Ia juga adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.
- BERNAMA

Sumber TKO - 11-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan Buat Tuduhan Biar SPRM Siasat - Shafie Apdal
Posted on Sunday, October 09 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31960



PETALING JAYA: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedia membantu siasatan berhubung kes salah guna dana projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan projek berkenaan disalurkan menerusi kementerian di bawahnya sebelum ini kerana tidak mahu menganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya lebih daripada bersedia untuk memberi kerjasama dan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun Shafie menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengaitkan projek berkenaan dengan kementerian di bawahnya sebelum ini adalah tidak wajar berikutan siasatan SPRM masih berjalan.

“Adalah sesuatu yang lucu dan membingungkan apabila pihak berkuasa negeri dalam keadaan tergesa-gesa membuat pengakuan bahawa mereka tidak bersalah dan meletakkan kesalahan itu ke atas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa siasatan SPRM masih berjalan.

“Membuat kenyataan seumpama itu secara terbuka menunjukkan pihak berkuasa negeri tidak menghormati mahupun yakin terhadap proses siasatan SPRM,” katanya.

Pada Jumaat, Pairin berkata, sejumlah RM3.3 bilion projek persekutuan adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diterajuinya.

Selasa lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah itu sebuah agensi kerajaan di Sabah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 billion sejak 2010.

Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu sehingga 2015, selepas digugurkan dari Kabinet.

Pairin berkata, peruntukan bagi projek itu disalurkan terus kepada Jabatan Air Sabah sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Pada Rabu lalu, dilaporkan jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan itu meningkat kepada RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.


Selain wang tunai dan kereta mewah, barang kemas dan jam mewah serta geran tanah, turut dirampas adalah 94 beg tangan pelbagai jenama milik isteri kepada salah seorang suspek bernilai kira-kira RM500,000.

Sumber TKO - 9-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MP Umno mahu SPRM 'cekup' menteri persekutuan Berkenaan Kes Rasuah 3.3
Posted on Sunday, October 09 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31959



Ahli Parlimen Umno dari Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meluaskan siasatan dengan melibatkan kementerian persekutuan dan menteri dalam kes rasuah membabitkan projek infrastruktur air bernilai RM3.3 bilion.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada tangkapan SPRM ke atas dua pegawai tinggi kerajaan di Jabatan Air Sabah yang menyelia projek dan mengumpul dana RM114.5 juta dalam bentuk tunai dan aset yang telah dirampas.

Sumber SPRM yang tidak dinamakan mendakwa 60 peratus daripada pembiayaan RM3.3 bilion itu telah disalurkan.

"Salah guna kuasa ini berlaku pada tahun 2010 dan adalah wajar untuk SPRM juga menyiasat menteri serta para pegawai kanan kementerian persekutuan yang terlibat," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga mengetuai Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, beliau tidak berbabit dalam projek berkenaan.

Beliau mendakwa dana RM3.3 bilion itu adalah pembiayaan Persekutuan yang disalurkan terus daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya tanpa melalui beliau.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkhidmat sebagai menteri di kementerian terbabit dalam tempoh 2009 hingga 2015 dan kemudian digantikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas perselisihan faham dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Raime yang merupakan Ahli Parlimen Tenom berkata, tidak mungkin kedua-dua penjawat awam dapat mengumpul dana dalam jumlah wang yang besar tanpa pengetahuan kementerian Persekutuan.

Sumber TKO - 9-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SPRM temui RM750,000 lagi dalam peti simpanan isteri suspek
Posted on Friday, October 07 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31931


KOTA KINABALU, 5 Muharram 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui lagi RM750,000 wang tunai selepas membuka tiga peti simpanan bank milik isteri seorang daripada suspek yang ditahan di Sabah baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, sebentar tadi.

Selain wang tunai, sejumlah barangan kemas turut ditemui dalam peti terbabit di dua bank di Kota Kinabalu, namun nilainya belum dapat ditaksirkan.

Sebelum ini, SPRM merampas RM2.5 juta wang tunai dalam sebuah peti besi milik timbalan pengarah.

Kelmarin, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Mereka didakwa menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak 2010.

Kedua-dua mereka masing-masing berusia 51 dan 54 tahun direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu petang semalam.

Sumber TKO - 7-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pecah amanah: Dua 'bos' Bank Rakyat tidak mengaku salah
Posted on Wednesday, September 07 @ 12:49:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31584


KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dan Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini masing-masing atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana berjumlah hampir RM15 juta, enam bulan lalu.

Mustafha dan Abdul Aziz  bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mardhiah Hasbullah.

Berdasarkan pertuduhan Mustafha, 48, didakwa pecah amanah ke atas Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat, No 33 Jalan Travers 11 Mac 2016.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Abdul Aziz, 65, pula didakwa bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan tersebut pada tarikh dan tempat yang sama.

Dakwaan ke atas Abdul Aziz dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Kesekaan (akta 574) dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud bertindak bagi pihak pendakwaan manakala Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Mustafha dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakli Abdul Aziz.

Sumber TKO - 7-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi, Pengarah Urusan Bank Didakwa Hari Ini
Posted on Wednesday, September 07 @ 10:19:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31581


KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri dan Pengarah Urusan bank sama bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.

- Bernama

Sumber TKO - 7-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu 'Pendrive' Selesai, Tiada Unsur Rasuah - SPRM
Posted on Monday, September 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31565


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah selesai meneliti dokumen di dalam 'pendrive' yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada 2 September lalu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan pihaknya mendapati tiada sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009, sekaligus menolak dakwaan sebelum ini bahawa berlaku penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Hasil penelitian terhadap isi kandungan ‘pendrive’ yang diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 2 September lalu, didapati tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009,” demikian katanya dalam kenyataan tersebut.

Katanya, SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada FAM dalam tempoh terdekat ini bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan.

Dalam pada itu katanya, SPRM juga bersedia untuk bekerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak dalam hal berkaitan bagi membincangkan isu yang timbul sekiranya melibatkan unsur rasuah.

Sebelum ini, Khairy menerima 'pendrive' itu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat teknikal dalam FAM.

Selepas meneliti dokumen dianggarkan 279 muka surat berkenaan, Khairy menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara tersebut, selain menyarankan agar SPRM mendedahkan dokumen berkenaan kepada umum selepas selesai siasatan.

Sementara, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) pada Sabtu terlebih dahulu menegaskan bahawa isi kandungan 'pendrive' yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti rasuah yang berlaku dalam FAM.

Sebaliknya, menurut TMJ, isi kandungan 'pendrive' itu adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco yang tidak memainkan peranan untuk menjalankan tugas dengan betul.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam 'pendrive' yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.

"Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan) untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga,” demikian menurut TMJ dalam kenyataan tersebut.


- mD

Sumber TKO - 5-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' ditahan SPRM
Posted on Monday, August 29 @ 18:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31491



KUALA LUMPUR - Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.
"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya kepada Bernama.

Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu. 
Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.


  SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos. - Bernama

Sumber TKO - 29-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Lagi 30 pegawai DBKL disiasat kes rasuah kondo
Posted on Friday, August 26 @ 14:38:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31459


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 30 lagi kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran penahanan seorang pengarah jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Mereka, lapor The New Straits Times, dipercayai bersekongkol dengan seorang Datuk Seri yang sedang disiasat SPRM dengan menyalahgunakan kedudukan mereka dalam DBKL.

Memetik kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki, laporan itu mendakwa suspek - terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan - memaksa pemaju perumahan memberikan unit kondominium percuma kepada mereka sebagai balasan meluluskan sesuatu projek.

Kediaman yang diperoleh tanpa bayaran itu kemudian dijual pada harga lebih tinggi.

"Siasatan kami mendapati tidak kurang daripada 30 pegawai DBKL memperoleh unit kondominium melalui rasuah tanpa membuat sebarang bayaran pendahuluan.

"Modus operandi mereka agak canggih. Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jual beli tanpa membuat sebarang transaksi kewangan dan kediaman itu kemudian dijual pada harga pasaran sebaik saja projek itu disiapkan," katanya dipetik NST hari ini.

Akhbar itu melaporkan amalan rasuah berkenaan mungkin antara yang terbesar pernah melibatkan sebuah PBT di negara ini.

Berani minta habuan sendiri

Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan SPRM menahan tiga penjawat awam termasuk seorang berpangkat Datuk Seri seorang lagi bergelar Datuk atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Susulan penahanan tersebut, SPRM memberitahu akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.

Ekoran siasatan dibuat pihak berkuasa Datuk Seri terbabit di­percayai memiliki 31 unit kondominium mewah di ibu kota bernilai lebih RM15.5 juta.

Suspek kini berada dalam tahanan reman sehingga 27 Ogos.

Memetik sumber Utusan Malaysia melaporkan unit itu kononnya dibeli daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan DBKL.

Setiap unit kondominium itu pada asalnya berharga antara RM200,000 hingga RM300,000 dan ia dijual semula pada harga kira-kira RM500,000 setiap satu.

NST melaporkan Azam memberitahu suspek bergelar Datuk Seri itu adalah punca utama berlakunya amalan rasuah berleluasa.

Malah kata Azam ada pegawai terbabit begitu berani untuk menghubungi pemaju perumahan untuk menuntut diberikan unit kondominium seperti ketuanya walaupun syarikat terbabit tidak ada kaitan dengan mereka.

"Sesetengah suspek tidak berurusan secara langsung dengan pemaju tetapi selepas tahu bos mereka mendapat sesuatu, mereka juga mahukan habuan sendiri.

"Ia berlaku kerana pegawai atasan mereka adalah sebahagian daripada rangkaian berkenaan," katanya dipetik NST.

Azam juga berkata pemaju perumahan yang terlibat dalam amaran berkenaan tidak terkecuali daripada siasatan SPRM.


"Kami sedang mengenal pasti pembabitan setiap mereka," katanya yang memberitahu ada sekurang-kurangnya tiga pemaju terlibat.

Sumber TKO - 26-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Datuk Seri' miliki 31 unit kondominium mewah
Posted on Wednesday, August 24 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31450



Seorang Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-ba­ru ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa, di­percayai memiliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta.

Kesemua unit kondominium yang terletak di ibu negara itu dikatakan telah ‘dibeli’ daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapor Utusan Malaysia.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, siasatan SPRM mendapati suspek telah ‘membeli’ kesemua unit kondominium tersebut yang harga asalnya RM200,000 sehingga RM300,000 tanpa membuat bayaran pendahuluan menggunakan nama sendiri dan orang terdekat.

“Suspek ini dipercayai telah menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa membuat sebarang pembayaran pendahuluan.

“Apabila rumah siap, suspek dipercayai akan menjual semula setiap rumah pada harga semasa dengan anggaran RM500,000 setiap satu dan mendapat untung atas angin,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Menurut sumber itu, siasatan juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi pegawai dan kakitangan DBKL terlibat melakukan perkara yang sama bagi mendapat keuntungan mudah.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kita masih lagi mencari orang kanan suspek terbabit bagi membantu siasatan,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam baki ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan perkara berkenaan.

Terdahulu SPRM menahan tiga penjawat awam - dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.

Ia melibatkan wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta.

Selain itu, turut disita beberapa aset lain termasuk kondominium mewah, banglo serta kenderaan mahal berjenama seperti Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai diperoleh daripada hasil rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM juga turut menjumpai wang tunai bernilai RM400,000 termasuk dalam bentuk mata wang asing serta beberapa utas jam tangan mewah.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber TKO - 24-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13 Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Rasuah Tiga Penjawat Awam, Enam Lagi Dicari
Posted on Saturday, August 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31404
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 individu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes  rasuah melibatkan tiga penjawat awam termasuk 'Datuk Seri' dan 'Datuk' yang ditahan pada Isnin lepas.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua mereka yang berada  di ibu kota, Kelantan dan Melaka sebelum ini dicari pihak SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.
"Mereka ini berjaya dikesan dan telah bekerjasama kepada SPRM untuk membantu siasatan.
"Mereka antara 19 orang yang dikehendaki untuk membantu siasatan kes ini.
Enam orang lagi masih dicari yang kini berada di Kuala Lumpur, Kelantan dan Melaka dan kita yakin dapat mengesan mereka beberapa hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada terdapat di antara 13 individu itu berkhidmat di tempat sama dengan tiga individu yang ditahan itu.
Isnin lalu, tiga penjawat awam berumur lingkungan 50-an itu ditahan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Mereka bertiga masing-masing berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ditahan di lokasi di ibu negara, Melaka dan Kelantan.
Mereka ditahan dalam operasi serentak kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang hari yang sama.
Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang.
Turut disita beberapa unit kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain itu, wang bernilai lebih kurang RM400,000, termasuk mata wang asing, serta 

Sumberr TKO - 20-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 














































































































Melahirkan wira anti rasuah dalam kalangan belia

SYAHIR SULAIMAN | .

                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42170-melahirkan-wira-anti-rasuah-dalam-kalangan-belia                                                                                                                                                                                                                                                                                                              “Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka, Nabi Syuaib. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah)” (Hud: 114)

Krisis integriti dalam kalangan belia

Pada April 2016, SPRM melaporkan sebanyak 55 peratus atau 1,045 daripada 1,902 pesalah rasuah di Malaysia sejak 2013 merupakan mereka yang berusia bawah 40 tahun.

Menurut SPRM, antara faktor situasi yang membimbangkan ini berlaku adalah kerana pemikiran golongan muda bahawa memberi rasuah adalah jalan mudah untuk tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Manakala Presiden Transparensi Internasional Malaysia berpandangan, golongan belia di negara ini berhadapan dengan krisis integriti yang semakin kritikal, didorong oleh kecenderungan untuk hidup mewah dan budaya kebendaan yang tinggi dalam kalangan pegawai dan eksekutif muda dalam sektor kerajaan dan swasta.

Justeru, pelbagai program pendidikan kini diperluaskan bagi membetulkan kefahaman terhadap tentang rasuah dan pencegahannya di kalangan generasi muda, antaranya Belia Berintegriti, Youth For Integrity (YFI), Wira Anti Rasuah (WAR) dan Resolusi Gombak.

Persoalannya, sejauh mana program kesedaran awam di peringkat awal ini dapat membawa kepada penyelesaian krisis integriti dalam negara yang memerlukan tindakan secara efektif dan kolektif.

Pengajaran keruntuhan integriti kaum Madyan

Di dalam Surah Hud ayat 84 hingga 88, Allah s.w.t. merakamkan pesanan Nabi Syuaib a.s. terhadap kaumnya tentang hubung kait nilai hidup beragama dan krisis integriti yang boleh meruntuhkan sesebuah tamadun bangsa.

Madyan merupakan sebuah kota yang rancak dengan aktiviti ekonomi. Terletak di tengah laluan dagangan Syam dan Hijaz, ia menjadikan penduduk Madyan dilimpahi keuntungan dan kemewahan. Namun, mereka telah melampaui batas dengan melanggar perintah agama dan menindas dalam aktiviti ekonomi, sehingga Madyan digelar sebagai ‘syurga’ bagi penipuan, pemerasan, penindasan, dan ekploitasi.

Antara intisari penting dalam penghayatan amalan ekonomi adalah mencari keberkatan yang diperolehi daripada sumber pendapatan yang halal. Nabi Shu’aib a.s. berkata (maksudnya): “Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu”. (Hud: 86).

Inilah asas integriti moral yang perlu ada dalam kehidupan, jiwa yang memadai dengan yang halal dan tidak mengambil harta orang lain tanpa haknya, seterusnya membuahkan keberkatan dalam negara. Selain itu, kisah penduduk Madyan menunjukkan kepentingan iman dalam membangunkan tamadun. Hanya iman yang dapat melahirkan sebuah generasi yang mempunyai integriti yang tinggi – adil dalam membuat keputusan, jujur dalam bermuamalat, malu untuk melakukan kesalahan, dan takut akan hukuman Tuhan.

Justeru, untuk menangani krisis integriti yang kritikal ini, yang diperlukan bukan sekadar kempen kesedaran, kursus etika perniagaan dan pelbagai seminar, tetapi suatu perubahan berteraskan keimanan dan nilai agama yang mampu membangkitkan rasa gerun kepada Tuhan dan keinginan untuk merebut keberkatan-Nya.

Inilah formula untuk melahirkan lebih ramai Wira-Anti-Rasuah di kalangan generasi muda dalam negara, yang terkandung di dalam nasihat-nasihat Nabi Syuaib sebagai asas kepada urustadbir (good governance) yang baik dalam negara. - HARAKAHDAILY 16/8/2016
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.                                                                                                                                                                    
Sumber HD - 16-8-2016                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                  















































































































SPRM mesti tegas dan tiada pendakwaan selektif

HARAKAHDAILY | .

                                               http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42166-sprm-mesti-tegas-dan-tiada-pendakwaan-selektif                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru untuk menentang rasuah. Kami mengharapkan ketegasan ini konsisten, berani, bebas dan tiada pendakwaan selektif. Tawaran yang dikemukakan oleh KP SPRM juga boleh diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara supaya lebih banyak skandal rasuah dapat diselesaikan setiap tahun.

Kita juga mahu supaya SPRM komited mensasarkan penyelesaian kes rasuah melebihi 95% setiap tahun. Ia harus menjadi indikator baru kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Selain itu, SPRM juga berhadapan tugas berat untuk memulihkan semula kredibiliti SPRM. Siasatan SPRM terhadap SRC International, derma RM2.6 bilion dan secara tidak langsung terhadap kes 1MDB telah menjejaskan reputasinya sebagai badan bebas kerana ia seolah-olah dibayangi intervensi politik yang keterlaluan.

Jika diamati ucapan mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar dalam Majlis Paluan Berundur 2015 dan ucapan terbaru Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dalam Majlis Paluan Berundur 2016 seolah-olah memberikan mesej dan signal penting terhadap kewibawaan SPRM yang cuba diganggu gugat oleh pihak tertentu. Tambahan pula, rombakan besar-besaran SPRM menimbulkan persepsi-persepsi baru.

Ini yang menjadi kebimbangan kita. Intervensi politik, pendakwaan terpilih, dan tahap ketelusan siasatan masih belum menghilangkan keraguan rakyat terhadap SPRM. Disebabkan itu, agenda membanteras rasuah yang melibatkan kes berprofil tinggi masih belum mencapai tahap yang memuaskan.    

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
12 Zulkaedah 1437 | 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Pesuruhjaya SPRM baharu pernah jadi pendakwa kes Khir Toyo
Posted on Saturday, July 30 @ 19:10:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31196



KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Ahmad yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu mulai 1 Ogos ini, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram.

Dzulkifli, 48, memulakan kerjayanya sebagai timbalan pendakwa raya (TPR) di Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sejak 7 Jun 1993 hingga Februari 2002.
Beliau yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang juga terlibat dalam kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, serta kes tipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa, kemudian dilantik sebagai TPR Unit Terkelas dari Mac 2002 hingga Februari 2003.
Dzulkifli yang berkahwin dengan Datin Bitizela Mohd Bidin dan mempunyai dua anak seterusnya dilantik sebagai ketua Unit Jenayah Perdagangan, dari 1 November 2010 hinga 14 Januari 2015.
Pada 15 Januari 2015 sehingga 11 Ogos 2015, beliau dilantik sebagai pengarah Pengurusan Kes-kes Jenayah, dan pada 12 Ogos 2015 sehingga kini, beliau memegang jawatan pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.
Beliau yang mempunyai Diploma Syariah dan Amalan Guaman dari universiti sama banyak mengendalikan kes berprofil tinggi, antaranya kes tipu dan pecah amanah melibatkan Lembaga Tabung Haji berjumlah RM200 juta dan kes seorang doktor wanita didakwa terhadap lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram lebih RM41 juta.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.
Dzulkifli, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang akan ditempatkan sebagai pakar perunding integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan pelantikan Dzulkifli.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Politikus, hakim ingatlah akhirat -Mohd Shukri Abdull
Posted on Saturday, July 30 @ 07:55:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31188

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TyO5cOlDGCo                                                            
Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.
Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.
“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.
“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.
"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.
Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.
Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.
Dipindah ke JPM
Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.
Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.
Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".
Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.
Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.
Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.
Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.
Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.
Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.
Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.

Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                          
Tiga pegawai SPRM Bersara Serentak
Posted on Friday, July 29 @ 19:06:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31186

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.


Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.
Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.                                                                      
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan kemudiannya mengumumkan pelantikan Mustafar sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru berkuatkuasa 1 Ogos.                                                                      
Mustafar akan menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Pada masa yang sama, Ali turut mengesahkan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad, seorang pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, sebagai pengganti Abu Kassim.                                        
Abu Kassim, sementara itu, akan menawarkan kepakaran beliau sebagai perunding kepada fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara.                                                                                      
Majlis perpisahan hari ini dihadiri oleh lebih 1,000 pegawai dan kakitangan SPRM dari seluruh negara.
Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Mohd Jamidan Abdullah menyifatkan ketiga-tiga mereka sebagai "pahlawan" yang telah membawa agenda transformasi dalam suruhanjaya itu.                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                                         ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------          
Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu
Posted on Friday, July 29 @ 19:02:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31185

Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.                                                                                       
Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.                                          
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), katanya dalam satu kenyataan hari ini.                                                
Pada 23 Jun lepas, Ali mengumumkan Abu Kassim, 55, tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini, seperti dipohonnya.

Katanya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Ali hari ini turut mengumumkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur ditempatkan sebagai KSU Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 5 Ogos ini (2016) bagi menggantikan Datuk
Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Zaini pula akan ditempatkan sebagai KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mulai 5 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Loo Took Gee yang bersara pada tarikh tersebut, katanya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya ditempatkan sebagai KSU kementerian itu menggantikan Noorul Ainur, katanya.

Ali turut mengumumkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini (2016) bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Bernama
                                                                                                                                                           Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                            
Kenyataan Media Rasmi SPRM
Posted on Wednesday, June 29 @ 20:30:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30805



ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
29 JUN 2016

PULAU PINANG

Sumber TKO - 29-6-2016



Abu Kassim Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM 1 Ogos

Posted on Thursday, June 23 @ 14:26:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30683


PUTRAJAYA: Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ali berkata Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020.

Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya.

Beliau berkata dalam tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.

Kerajaan juga mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim atas pelantikan sebagai anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, katanya.

"Beliau (Abu Kassim) juga akan menyumbang pengalaman dan kepakarannya sebagai perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya.

Ali berkata di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.
 - Bernama

Sumber TKO - 23-6-2016



Selepas S Manickavasagam, Seorang Lagi Orang Kuat Azmin Bakal Dicekup SPRM ?

Posted on Friday, June 17 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30539

Selepas S Manickavasagam, seorang lagi orang kuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Captain M, individu yang dimaksudkan itu ialah Zuraidah Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat.

Pendedahan lengkap Captain M adalah seperti berikut :
[#BERITA PANAS] SELEPAS MANIKAVASAGAM, AYAM TAMBATAN AZMIN ALI ZURAIDA KAMARUDDIN MP AMPANG PULA BAKAL DISIASAT SPRM?

S. Manikavasagam mantan Ahli Parlimen Kapar ayam tambatan PKR untuk menjatuhkan Bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah ditangkap SPRM semalam (15 Jun 2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30 ribu dari seorang Kontraktor sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta. Manikavasagam kini Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Selepas pendedahan Rafizi mengenai rasuah dan juga upah perempuan di Negeri Selangor nampaknya satu persatu orang-orang Azmin bakal terdedah.

Menurut sumber Zuraidah Kamaruddin orang harapan dan amat rapat dengan Azmin Ali MB turut disiasat dan diintai lama oleh SPRM. Zuraida dikatakan proksi Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada PBT untuk kos bawah RM 3 juta. Zuraida bukan sahaja menguasai projek PBT MPAJ tetapi seluruh negeri Selangor.

Di Ampang kroni Zuraidah dan Azmin Ali dalam projek MPAJ bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek.

Kisah kekayaan Zuraida turut pernah kecoh satu ketika dalam blog dan media sosial mengenai kekayaannya yang dianggap luar biasa selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah mercedes S350 hasil kroninya di Selangor.

Menurut Tian Chua Naib Presiden PKR, Zuraida memiliki kekayaan luar biasa selepas menguasai projek Kerajaan Negeri bawah RM3 juta. Atas arahan dan kuasa MB Selangor itu semua dalam tangan mereka sekarang.

“Saya dan lain-lain pejuang reformasi awal dalam PKR. Kami sanggup berpanas, bergolek atas jalan dan ditangkap dalam demonstrasi. Apa kami dapat? Zuraida mak lampir tu juga yang Azmin Ali beri kekayaan” katanya.

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

Dengan tertangkapnya S. Manikavasagam oleh SPRM apakah Zuraida bakal menerima nasib sama? Azmin Ali MB Selangor pasti akan menyelamatkan dirinya dari dikaitkan dengan pemimpin PKR yang terlibat rasuah ini.



- AIDC

Sumber TKO - 17-6-2016


Bekas ahli Parlimen Selangor ditahan SPRM

Posted on Friday, June 17 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30538


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ahli Parlimen di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah petang semalam.

Sumber SPRM berkata, lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber itu, bekas wakil rakyat berkenaan dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat terbabit mendapat tender membaik pulih kemudahan awam.

“Penahanan itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya,” kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan bekas wakil rakyat itu di sekitar Shah Alam.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu,” katanya.

Bekas ahli Parlimen itu dibebaskan SPRM kira-kira jam 3 petang tadi, selepas selesai memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan.
BERNAMA

Sumber HD - 17-6-2016



Peguam Negara Arah SPRM Lengkapkan Siasatan Kes Banglo Guan Eng

Posted on Monday, June 06 @ 17:32:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM pada 26 Mei lalu, pihaknya mengambil keputusan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu disiasat sebelum ia diselesaikan.

"Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan supaya SPRM boleh menjalankan siasatan lanjut.

"Kami juga telah mengarahkan bahawa kertas siasatan dipulangkan kembali dalam masa secepat mungkin," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Mstar

Sumber TKO - 6-6-2016



Pegawai SPRM Hadir Di Rumah Guan Eng Ambil Keterangan

Posted on Monday, May 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.

Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh ketika dihubungi Bernama berkata Lim telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi Ahad.

“Lim telah hadir ke SPRM 10 pagi tadi untuk membantu siasatan dan selepas keterangan diambil, pasukan SPRM telah mengikut Lim ke rumahnya untuk sambung siasatan,” katanya.

Ramkarpal berkata Lim tidak akan memberi sebarangan kenyataan selagi siasatan masih berjalan.
Turut kelihatan berada dalam kediaman Lim ialah peguam R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo.

Pada 6 Mei lepas, Lim dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. – BERNAMA

Sumber TKO - 23-5-2016




Mustafar: Jangan politikkan pertemuan saya dan Lim

Posted on Wednesday, April 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali memohon isu beliau bergambar dengan ketua menteri Pulau Pinang tidak dipolitikkan.

Lim Guan Eng, yang juga anggota parlimen Bagan itu sedang disiasat oleh agensi tersebut dalam isu dakwaan skandal Taman Manggis dan pembelian banglo bawah harga pasaran.

Mustafar berkata sesi bergambar bersama Lim hanya memenuhi tuntutan program yang dijadualkan lebih awal sebelum siasatan itu, lapor BNBBC.

“Janganlah dipolitikkan. SPRM mencegah rasuah, itulah kerja kami.

“Program ini telah diaturkan sudah lama dahulu sebelum isu siasatan ketua memteri itu berbangkit,” beliau dipetik sebagai berkata.

Mustafar dilaporkan berkata beliau hadir mewakili ketua pesuruhjaya SPRM.

Katanya lagi, hadir sama di Majlis Ikrar Integriti Corporat (CIP) itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Holdings Berhad (PBAHB) dan pengarah SPRM Pulau Pinang.

Menurut Mustafar kehadiran Guan Eng pada majlis berkenaan adalah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PBAHB.

Beliau memberi jaminan kehadirannya di majlis bersama dengan Lim tidak akan mengganggu sebarang bentuk siasatan.

Mustafar dan Lim dirakamkan pada majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Sumber TKO - 20-4-2016


SPRM Serbu Pejabat Penang Development Corporation

Posted on Wednesday, April 06 @ 19:49:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat Penang Development
Corporation (PDC) untuk mengambil beberapa dokumen, lapor China Press.

Menurut Lee Kah Choon, Pengarah InvestPenang dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng ia merupakan prosedur biasa dalam siasatan SPRM.

“Difahamkan serbuan SPRM ke atas PDC dilakukan setelah pendedahan dibuat di media sosial
mengenai penglibatan Magnificent Emblem Sdn Bhd, syarikat milik Ms Phang Li Koon dalam
cadangan projek pembinaan perkampungan pekerja warga asing oleh PDC di Juru.

“Ini adalah bukti hubungan langsung Ms Phang penjual banglo dan Lim Guan Eng sebagai pembeli
banglo di bawah harga pasaran. Lim Guan Eng adalah Pengerusi PDC selain Ketua Menteri,” ulas
Azizi Safar.

Kenapa Guan Eng Beri Projek Kepada Miss P ?
Semalam, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan turut mendedahkan Phang mempunyai kepentingan secara langsung dengan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melalui syarikatnya, Magnificent Emblem Sdn Bhd.

“Kalau tiada urusan perniagaan (antara Phang) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, macam mana (syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd) boleh buat permohonan untuk pembinaan asrama pekerja asing dengan PDC iaitu Penang Development Corporation, “soal Huan.

Tambah Huan hubungan di antara syarikat milik Phang itu dengan PDC membuktikan pengakuan bersumpah yang dibuat pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn sebelum ini yang mendakwa ‘tiada apa-apa kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri’ boleh diragui kebenarannya. - Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 6-4-2016


SPRM sahkan terima aduan terhadap LGE

Posted on Friday, March 18 @ 21:30:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, SPRM berkata pihaknya telah merakam keterangan pengadu berhubung isu itu.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

“Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian,” menurut kenyataan itu.

Isu pembelian rumah ini berbangkit selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen baru-baru ini melahirkan rasa khuatir pembelian rumah itu berkait dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah.
Hari ini, FMT memuatnaik kenyataan penuh Lim Guan Eng yang menafikan sebarang salahlaku di pihaknya.

Guan Eng mendedahkan bahawa beliau membeli rumah dua tingkat di Jalan Pinhorn, pada 28 Julai 2015 daripada seorang individu, dan bukan pemaju swasta. Pembelian dibuat dengan pinjaman bank RM2.1 juta, dan RM700,000 tunai.

Guan Eng turut menafikan kaitan antara pembelian rumah dan penjualan tanah Taman Manggis. Katanya, penuduh sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin terpaksa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada beliau sebanyak dua kali di dalam kamar mahkamah selepas disaman kerana memfitnah.

Shaikh bagaimanapun menafikan pernah menarik balik kenyataan behubung isu Taman Manggis.
“Saya langsung tidak menarik balik perkara-perkara penyelewengan yang telah saya bangkitkan dahulu terhadap proses tender, penilaian tanah, penilaian tender, perolehan tender, penglibatan pihak berkepentingan dalam Skandal Taman Manggis,” jawab Shaikh.

Sumber TKO - 18-3-2016


Pengarah Operasi Khas SPRM sangkal tulisan Raja Petra

Posted on Tuesday, February 02 @ 18:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.

"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.

"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah, yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.

Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.

"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.

Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM, di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan negara.

Sumber TKO - 2-2-2016

Novel Pantai Kasih: PENA minta SPRM 'masuk'

Posted on Sunday, January 31 @ 22:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu







































































































































Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta menyiasat sama ada pemilihan naskhah Pantai Kasih sebagai bahan pembelajaran di sekolah dibuat mengikut prosedur sepatutnya.

Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA) Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata dia dimaklumkan bahawa naskhah karya Azmah Nordin itu pada asalnya tidak tersenarai untuk dinilai panel pemilih.

Justeru, katanya, kemunculan judul itu di peringkat kemudian menyebabkan wujud tanda tanya.
“SPRM perlu menjalankan siasatan bagi membersihkan kalau ada penyelewengan,” katanya kepada Malaysiakini di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini.

Sumber TKO - 31-1-2016

Mengapa SPRM tidak umum penderma RM2.6b?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Perakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan sudah bertemu dengan penderma yang memasukkan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut? soal Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Soalnya juga, mengapa begitu sukar untuk SPRM dan Najib Tun Razak untuk memberitahu umum nama dan negara asal penderma RM2.6 bilion itu.

Bahkan katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam penjelasan di Parlimen dalam tempoh tiga minit tidak menyebut nama penderma RM2.6 bilion tersebut.

"Jadi dari mana rakyat boleh dapat tahu dan bila rakyat nak diberitahu?

"Persoalan pokok di sini bukan sekadar nama penderma tetapi isu besarnya ialah penerima dan jumlah wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadi penerima iaitu  Perdana Menteri Malaysia," soal beliau lagi.

Katanya, jika wang tersebut untuk Umno atau negara kenapa dimasukan ke dalam akaun peribadi dan perkara ini  mesti diperjelaskan oleh SPRM yang melakukan siasatan.

"Persoalan pokok juga ialah ke mana wang tersebut diguna dan dibelanjakan oleh PM Najib selepas dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau? Berapa jumlah yang belanjakan dan berapa baki wang tersebut? Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan bank mana baki tersebut berada? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan," ujar Mahfuz.

Justeru katanya, SPRM juga wajar memberi jawapan kepada siasatan iaitu apakah motif derma tersebut disalurkan ke akaun peribadi Najib sebaliknya bukan sekadar memberi kesimpulan kepada rakyat bahawa SPRM sudah bertemu dengan penderma tersebut.

"Janganlah pada waktu rakyat mula simpati, hormati dan percayai, SPRM pula bertindak untuk melindungi. SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya. – HARAKAHDAILY 8/12/2015

Sumber HD - 8-12-2015









































































































































Tidak perlu letak SPRM di bawah EAIC

Posted on Sunday, December 06 @ 15:00:25 MYT by paktam

Oleh Shafiq Irwan Roslan

Panas. Amat panas. Syor Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) baru-baru ini ternyata "menghangatkan" suasana politik dan juga bidang perundangan negara.

Disifatkan sebagai "tidak kena" pada masa, dan "kurang bijak", cadangan pindaan Akta EAIC bagi memasukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai agensi penguatkuasa tambahan di bawah penyeliaan EAIC, ternyata menggusarkan pengamal undang-undang.


Bahkan cadangan pindaan akta yang diluluskan pada 2009 itu agar EAIC menjadi rujukan semua kes salah laku penguatkuasaan yang gagal menyempurnakan siasatannya, menimbulkan pelbagai andaian yang negatif.
Apakah EAIC ingin mengambil alih tugas SPRM? SPRM sendiri ada sebuah Jawatankuasa Aduan, juga badan bebas SPRM.

Kenapa perlu diwujudkan undang-undang yang pasti bertindan sedangkan selama ini krisis dan isu tatasusila dalam kalangan penguatkuasa ditangani sebaiknya oleh Jawatankuasa Aduan SPRM? Atau langkah baharu ini akan mewujudkan selapis lagi birokrasi dalam arena perundangan negara?

Sehubungan itu, wajarlah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menzahirkan rasa was-was pihaknya dan kebimbangan terhadap perkembangan ini.

Sebagai badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, syor EAIC ini dilihat sebagai mewujudkan kaedah kawal selia yang ekstrem sedangkan tindakan tersebut sebenarnya tidak perlu.

"Yang penting dan diperlukan Malaysia ialah keberkesanan agensi-agensi penguatkuasaan di negara ini untuk tidak membentuk lebih banyak entiti kerajaan, sebaliknya meningkatkan keupayaan dalaman mereka," katanya.

Malah Tunku Aziz beranggapan tindakan ini tidak perlu diteruskan kerana langkah pindaan Akta EAIC 2009 ini akan memansuhkan peruntukan yang mengecualikan SPRM daripada bertanggungjawab kepada EAIC.

Jika pandangan EAIC diambil kira dikhuatiri ia akan menjejaskan keyakinan orang ramai ke atas kerajaan.

Kita khuatir akan ada pihak yang akan mengaitkan isu ini dengan politik. Ini kerana kerajaan pada 2008 memberi jaminan mewujudkan agensi pencegahan rasuah yang bebas dengan mekanisme kawalan selia sendiri.

Model sedia ada sudah cukup menggambarkan SPRM sebagai sebuah institusi yang bebas dengan dipantau lima badan bebas.

Kerajaan wajar menolak syor EAIC. Model semasa SPRM perlu dikekalkan selaras dengan tujuan pembentukannya 7 tahun lalu.

Justeru, jika tidak ingin iklim politik negara terus dilanda badai dan akhirnya mewujudkan krisis kepercayaan, padamkan segera cadangan EAIC.

Ini bukan masa yang sesuai. EAIC boleh membawa agensi lain. Bukannya SPRM.
Saya juga setuju dengan ketegasan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, sebuah lagi panel bebas yang memantau SPRM.

Oleh kerana kedua-dua EAIC dan SPRM mempunyai tujuan dan fungsi yang berbeza, maka syor meletakkan SPRM di bawah EAIC adalah tidak perlu.

"Justeru, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah berpendapat tidak perlu meletakkan SPRM di bawah seliaan EAIC," kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang, dipetik oleh The Malaysian Insider semalam.

Jelas beliau, SPRM "adalah sebuah suruhanjaya bebas, yang betul-betul  bebas dan tidak terikat kepada mana-mana agensi lain".

Jelas Abu Zahar, mengikut Akta SPRM 2009, SPRM kini dipantau 5 badan bebas termasuk Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Akta EAIC 2009 yang diwartakan selepas Akta SPRM 2009 digubal dengan jelas didapati Akta EAIC hendaklah terpakai bagi agensi penguatkuasaan yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dalam Jadual.

Seksyen 1(5) (Akta EAIC) menyatakan “walau apa pun subseksyen (4), Akta ini tidak terpakai bagi SPRM".

Jangan hadkan kelebihan yang ada pada SPRM demi kepentingan semua. Jika tidak, orang ramai akan salah faham terhadap kerajaan yang berhasrat menjadikan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas dan  berwibawa.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tidak-perlu-letak-sprm-di-bawah-eaic-shafiq-irwan-roslan#sthash.CpzSb5mt.dpuf

Sumber DD - 6-12-2015        

Dana RM2.6b: SPRM sudah ambil keterangan Najib

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.
  
SPRM dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu berlangsung selama dua setengah jam dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.
  
"SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
  
Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.
  
Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.
  
Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
  
SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
  
Sementara itu menurut jurucakap SPRM, pertemuan itu diadakan di pejabat Perdana Menteri pada jam 10 pagi. - Bernama

Sumber HD - 5-12-2015




SPRM Tetapkan Tarikh Ambil Keterangan PM
Posted on Friday, December 04 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.

"Ia bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion," menurut kenyataan SPRM.

SPRM juga memberitahu pihaknya akan memaklumkan perkembangan perkara itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, dilaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed ke Menara Parlimen untuk menemui Perdana Menteri berhubung perkara sama.


Pada 12 November lepas, Abu Kassim berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Ketika itu beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM.
SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Mstar

Sumber TKO - 4-12-2015


SPRM rakam kenyataan Jho Low, Suboh Ahad lepas

Posted on Wednesday, December 02 @ 08:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kenyataan itu dirakamkan pegawai SPRM, sambil menambah beliau belum membaca kenyataan dibuat Jho Low dan Suboh.


Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Mengenai hasrat SPRM merakamkan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu, Shukri berkata SPRM masih menunggu Najib untuk memberi respons terhadap perkara itu.

"Saya berharap perdana menteri akan memberi respons secepat mungkin tetapi semuanya terserah kepada beliau memandangkan beliau agak sibuk pada masa ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pada 12 November lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemubual Najib mengenai isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari sama berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahunya beliau perlu memberi kenyataan kepada SPRM berhubung isu berkaitan dana politik supaya siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Bernama

Sumber TKO - 2-12-2015


Dana RM2.6 Bilion Belum Sah Derma Atau Rasuah

Posted on Monday, October 19 @ 11:29:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu.
Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan.
"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.
"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini.
Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.
"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.
"Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.
Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.
Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.
"Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya.
"Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya.
Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial.
"Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.
"Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang. Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya.
Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan.
"Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid.
"Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata:"Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid.
"Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya.
Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.

SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan  - Mstar
Sumber TKO - 19-10-2015

SPRM dedahkan siasat individu paling berkuasa di Malaysia

Posted on Tuesday, October 13 @ 13:23:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.

Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.

"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.

"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.

"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.

Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.

"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya.

Sumber TKO - 13-10-2015

Ikhlaskah tindak tanduk TI dan Amnesty?

Posted on Sunday, September 06 @ 13:42:02 MYT by paklang

Oleh Herma N Hamid

Tanpa maklumat jelas berkenaan hal ehwal dalaman Malaysia, beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing mengambil peluang berucap di sebuah persidangan antarabangsa di Putrajaya berakhir Jumaat lalu untuk memperkecil-kecilkan negara kita.
Walaupun terdiri daripada bijak pandai, tindakan mereka adalah sebaliknya apabila membuta tuli mengkritik negara dalam mengendalikan soal rasuah dan menguruskan kebebasan hak asasi.


Keberkesanan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang antaranya menyaksikan peningkatan ketara dalam kadar sabitan daripada hanya 54% pada 2009 kepada 78% pada tahun lalu, diketepikan.


Lagak mereka bagaikan mahu jalan cerita filem box office Tamil, Sivaji The Boss berlaku di negara ini tetapi alam realiti bukan semudah itu. Tindakan undang-undang bukan boleh hanya melalui persepsi kerana yang menyiasat dan disiasat juga ada hak masing-masing. Ini prinsip universal.

Kecualilah dalam kes Amerika Syarikat (AS) yang sesuka hati menakluki Iraq dan Afghanistan hanya berdasarkan apa yang mereka percaya.

Malangnya pemimpin-pemimpin NGO tersebut yang disokong golongan seangkatan mereka di sini bercakap dengan tidak berlandaskan fakta sekali gus menampakkan kecetekan pengetahuan mereka terhadap apa yang berlaku di Malaysia.

Satu contoh bagaimana Setiausaha Agung Amnesty International Sahil Shetty dengan semberono bercakap terdapat akhbar dan portal ditutup berikutan perhimpunan haram Bersih 4.

Walaupun terlibat dalam pelbagai organisasi antarabangsa, namun beliau juga tidak terlepas daripada membuat dakwaan tidak berasas setaraf pelayar Facebook yang sekadar mencari tumpuan.

Apatah lagi beliau mengaitkan ketakutan kerajaan kerana bimbang berlaku Arab Spring di Malaysia. Hakikatnya apakah Bersih 4 mendapat sokongan semua lapisan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

Penyokong Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini pun menjauhkan diri dengan siri perhimpunan terbaharu ini, maka terjadilah acara yang menyaksikan dominasi satu kaum dan satu parti. Sedangkan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya adalah orang Melayu dan Islam yang menjadi teras politik.

Lagi pula soal kebebasan bersuara dan berhimpun terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan cuma ia harus dilakukan mengikut peraturan. Dalam hal Bersih 4, pihak berkuasa memberi jaminan kelulusan akan diberikan jika dilakukan di stadium waima stadium terbesar di negara ini iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Begitu juga dengan pemimpin Transparency International (TI). Bercakap macam pihak berkuasa khususnya SPRM berpeluk tubuh dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan pemimpin TI termasuk Pengerusinya, Jose Ugaz memberi tekanan kepada negara tuan rumah ketika majlis perasmian sememangnya nampak canggung kerana dari satu sisi, seolah-olah mahu mengajar sedangkan siasatan dan tindakan dalam isu 1MDB belum berakhir.

Melindungi

Malah membangkitkan nama beberapa negara yang dibayangi pelbagai masalah agak menjengkelkan sedangkan Malaysia berada pada landasan tepat menuju negara maju yang mana pencapaian itu tidak akan mampu diraih jika negara dilingkari rasuah dan penyelewengan.

Salah satu contoh skandal yang dibangkitkan adalah berhubung Petrobras. Namun jika dilihat kepada Petronas, konglomerat itu diakui sebagai syarikat petroleum bertaraf dunia dan menjadi contoh kepada pelbagai negara kerana diurus dengan penuh integriti.

Begitu juga transformasi kepada SPRM yang menjadi model kepada banyak negara membangun lain dan ramai pegawai mereka dihantar menjalani latihan di negara ini.

Peliknya, apa yang berlaku di negara-negara penceramah dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 itu terutama TI dan Amnesty International sebenarnya yang patut dibangkitkan dengan lebih lantang seperti negara asal pemimpin TI dan Amnesty International. Lagipun IACC adalah persidangan antarabangsa, bukan persidangan membincangkan isu di negara ini semata-mata.

Maka, tak perlulah hendak tunjuk hidung tinggi, malah Malaysia jauh lebih ikhlas membantu Dunia Ketiga mengukuhkan integriti urus tadbir termasuk dalam hal berkaitan pengubahan wang haram. Sedangkan sesetengah negara maju sendiri seperti tidak mahu terlibat kerana melindungi kepentingan mereka. Namun hal-hal seperti ini jarang dibangkitkan TI. Yang mereka lebih bersorak adalah bila melihat pemimpin negara sasaran itu tumbang.

Justeru, timbul tanda tanya perjuangan mereka menentang rasuah sebenarnya tidak ikhlas tetapi didorong motif untuk mencatur politik. Kalau di negara ini memang berlaku kerana sesetengah pihak hanya lantang apabila melibatkan parti pemerintah tetapi senyap membisu jika penyelewengan melibatkan sebelah satu pihak lagi.

Pemilihan PKR, PAS dan DAP dibayangi pelbagai dakwaan, pemerintahan mereka juga tidak terkecuali terpalit dengan skandal. Namun ada yang menutup mata dan marah pula jika tindakan diambil. Ini memperlihatkan perjuangan mereka menentang rasuah mempunyai nawaitu lain sekali gus merencatkan usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan integriti di negara ini.

Jadi, perjuangan membanteras rasuah memerlukan mereka yang benar-benar komited tanpa memilih warna politik. Biar pun banyak yang telah dilakukan di Malaysia sejak merdeka daripada penubuhan Badan Pencegah Rasuah, Biro Siasatan Negara hinggalah SPRM, kita memang masih belum sempurna tetapi bezanya, kita sentiasa mahukan penambahbaikan dan kita melakukannya. – utusan.com.my

Sumber DD - 6-9-2015


Bekas pendakwa SPRM 'hilang'
Posted on Sunday, September 06 @ 10:51:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Satu laporan polis dibuat terhadap kehilangan seorang timbalan pendakwa raya yang pernah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Jinjang semalam.

Timbalan pendakwa raya itu dikenali sebagai Kevin Morais.

Seorang jurucakap SPRM pula memaklumkan Malaysiakini, Morais sudah kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara "lebih setahun lalu".

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta untuk pergi bekerja pada pagi Jumaat, lapor The Rakyat Post reported.

Beliau menaiki kenderaan disediakan untuk pegawai kerajaan, menggunakan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sumber TKO - 6-9-2015


Hala tuju jelas hapus rasuah

Posted on Saturday, September 05 @ 10:05:44 MYT by tokdalang

Oleh HERMAN HAMID 

Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya

DALAM lingkungan negara membangun, Malaysia diakui masyarakat antarabangsa se­bagai negara yang mempunyai komitmen tinggi dalam melakukan pembaharuan bagi memerangi rasuah.

Selaras dengan tuntutan semasa, institusi yang dipertanggungjawabkan diperkasakan bermula penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1967 sehinggalah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 - satu transformasi yang amat dialu-alukan setiap lapisan masyarakat.

Biar pun tidak mungkin mencapai tahap kesempurnaan mutlak, namun inisiatif ini adalah satu pencapaian penting apatah lagi dalam usaha Malaysia menuju sebuah negara maju menjelang 2020 yang memerlukan satu persekitaran urus tadbir yang penuh berintegriti.

Lihat kepada negara mundur atau dalam istilah sekarang negara gagal, salah satu sebab utama adalah kerana faktor rasuah yang melingkari segenap sistem pentadbiran termasuk sektor swasta.
Sebab itu, bagi Dr. Chandra Muzaffar, pengalaman Malaysia mewujudkan pelbagai institusi dalam membanteras rasuah sejak 1967 adalah sesuatu yang harus dikongsikan dan dipelajari negara membangun lain.

“Selain SPRM, kita juga mengambil pelbagai langkah bagi memantapkan integriti, sama ada awam dan korporat di samping menubuhkan mahkamah khas rasuah.

“Bagi saya, proses membentuk institusi berkesan ini sangat pen­ting dan inilah pengalaman terbaik Malaysia untuk dikongsikan dengan negara lain,” kata Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) itu.

Dan sempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu di Putrajaya, Timor Leste antara negara yang berminat menimba pengalaman negara.


Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ACC) Timor Leste, Javier Guterez berkata, model SPRM adalah satu bentuk institusi terbaik terutama di rantau ini yang jelas memperlihatkan kesungguhan Malaysia membanteras rasuah.

“Aspek pencegahan yang meliputi pengukuhan integriti dalam sektor awam dan swasta adalah perkara yang kami cukup berminat apatah lagi antara Malaysia dan Timor Leste mempunyai persamaan dari sudut budaya dan norma rak­yat,” jelasnya.

Namun Guterez mengakui, se­perti mana kebanyakan negara, keazaman politik secara total masih menjadi satu cabaran terbesar dalam menuju negara yang tole­ransi sifar kepada rasuah.

“Keazaman politik menyaksikan ACC ditubuhkan di Timor Leste empat tahun lalu tetapi pada masa sama persoalan turut timbul sejauh mana pemimpin politik dapat menjauhkan diri daripada melakukan campur tangan,” katanya.

Kebimbangan yang disuarakan delegasi Timor Leste itu sememangnya melingkari bukan sahaja dalam konteks negara membangun malah di negara maju sekali pun.

Hakikat ini diakui pegawai kanan Suruhanjaya Hak Asasi dan Antirasuah Korea Selatan, Kwak Jin-Young. Walaupun mencapai taraf hidup yang tinggi tetapi rakyat negara itu tetap mempunyai persepsi sendiri.

Namun yang penting seperti mana penubuhan SPRM sendiri, adalah sejauh mana pimpinan kerajaan responsif kepada tuntutan semasa masyarakat sivil ke arah memperkukuhkan institusi terlibat.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan jelas peka kepada kehendak rakyat terbanyak maka terbaru kerajaan mengumumkan akan mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan tersendiri untuk SPRM di samping memperluaskan skop dan peranan Jabatan Audit Negara.

Justeru, pihak asing tidak perlu untuk menjadi lebih sudu daripada kuah - merujuk ucapan Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz ketika majlis perasmian IACC Ke-16 Rabu lalu.

Biarlah episod bekas Naib Presi­den Amerika Syarikat (AS), Al-Gore yang datang ke ibu negara pada 1998 membuat ucapan dengan niat mengajar tuan rumah iaitu Malaysia tidak diulangi.

Jadilah tetamu yang menepati norma budaya tempatan selain memahami sesuatu isu itu secara menyeluruh menggambarkan reputasi beliau sendiri yang tidak harus disamakan dengan tukang komen dalam Facebook.

Sudah tentunya seperti kata pe­patah, kota Rom sendiri tidak dibina dalam masa sehari.

Biarlah apa jua ujian yang datang itu ibarat angin dalam sebuah pelayaran. Diambil secara positif kerana tanpanya tidak mungkin sebuah kapal mampu menuju destinasi.

Kita bukan negara seperti yang Ugaz sebut dalam ucapan beliau antaranya Guatemala, Honduras, Cameroon, Angola, Brazil, Equatorial Guinea, dan Tunisia.

Malaysia mempunyai hala tuju jelas malah menghapuskan ra­suah adalah salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Sumber DD - 5-9-2015



















































































































































SPRM enggan ulas bila akan panggil Najib berhubung dana RM2.6 bilion
Posted on Saturday, September 05 @ 09:46:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas lanjut berhubung bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil pihak berkuasa membanteras rasuah tersebut berkenaan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita.

"Tak perlulah, saya sudah sebut semalam siasatan masih berjalan," katanya.

Beberapa tokoh pembanteras rasuah yang hadir dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam dilihat turut menyentuh isu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Mengulas berhubung perkara itu, Mustafar berkata, itu adalah pandangan dan pendapat mereka.
"Itu pendapat mereka dan kebimbangan mereka, mungkin mereka tiada fakta.

"Betul, ada rasuah di mana-mana sahaja di dunia termasuk Malaysia, tapi kami serius untuk membanterasnya," kata Mustafar.
Sumber TKO - 5-9-2015


SPRM Buru Dua Pengarah SRC International Dan Jho Low
Posted on Saturday, August 22 @ 22:13:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ahli perniagaan, Taek Jho Low dan dua pengarah SRC International agar tampil segera bagi membantu siasatan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ketiga-tiga mereka ialah Low Taek Jho yang turut dikenali sebagai "Jho Low"; Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin.

"Ketiga-tiga mereka dikehendaki menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000345 atau 03-88900754.

"Mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi pegawai penyiasat kes atau mana-mana pejabat suruhanjaya itu.

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my
Sumber TKO - 22-8-2015

SPRM: KSN, KPPA wajar mohon maaf secara terbuka

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengalu-alukan keputusan yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) memulangkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali menjalankan tugas seperti sedia kala.

"Pada saya, tidak sewajarnya mereka ditukar kerana tiada kesalahan pun yang telah dilakukan mereka berdua. Apa yang mereka lakukan ialah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun, katanya persoalan yang perlu diperjelaskan oleh KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ialah mengapa selepas pertukaran pegawai tersebut pada 7 Ogos 2015 dan setelah berlaku kekecohan seluruh negara atas isu itu, baru dipanggil mereka untuk memberi penjelasan.

Menurutnya, mengapa tidak dipanggil pegawai tersebut selepas daripada beberapa insiden yang berlaku apabila SPRM diserang oleh PDRM yang menjadi punca kepada pertukaran secara bebal terhadap pegawai tersebut.

Justeru, ujarnya KSN dan KPPA wajar memohon maaf secara terbuka melalui media kepada pegawai tersebut kerana mereka dan keluarga serta keseluruhan kakitangan SPRM telah dimalukan sebegitu rupa, sekaligus mengalami penderaan mental dan emosi.

Tambahnya, KSN dan KPPA telah gagal menjalankan tugas secara profesional untuk melindungi pegawai yang beramanah dan berjiwa Malaysia seperti Datuk Bahari Mohammad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob.

"Saya menuntut kepada KSN dan KPPA jika mereka bermaruah sewajarnya mereka melepaskan jawatan yang disandang," katanya.

Baginya, negara tidak memerlukan pegawai seperti mereka yang hanya menjadi hang setia kepada Perdana Menteri bukannya kepada rakyat dan negara. - HARAKAHDAILY 11/8/2015

Sumber HD - 11-8-2015























































































































































Pertukaran dua pegawai SPRM ke JPM dibatalkan























































































































































BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
  
Ali mengumumkan dalam kenyataan hari ini bahawa dua pegawai itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob - kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa hari ini.
  
Ali berkata beliau dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah berjumpa dengan dua pegawai SPRM yang terlibat dalam perpindahan itu.
  
Katanya kedua-dua pegawai tersebut telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.
  
"Susulan dengan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa hari ini," katanya.
  
Jumaat lepas, kedua-dua pegawai itu dilaporkan ditukarkan ke JPM  dan diarah melaporkan diri pada hari ini. - Bernama

Sumber HD - 10-8-2015

Tubuh segera Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan supaya menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkasakan serta memelihara integritinya sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab terhadap segala gejala rasuah dalam negara ini.

PAS menyatakan komitmen untuk menyokong penuh apabila kerajaan membawa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM ini.

Menurut Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan perkara ini telah lama dinyatakan oleh PAS melalui penegasan Presiden PAS yang akan mengarahkan semua Ahli Parlimen parti itu menyokong pindaan ini apabila dibawa ke Parlimen nanti.

PAS juga, katanya menyokong cadangan ini melalui wakil PAS dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

"PAS berpandangan suruhanjaya ini wajar disegerakan kerana melalui penubuhan suruhanjaya perkhidmatan yang khusus ini, SPRM boleh melantik pegawai-pegawai mengikut kepakaran yang diperlukan, umpamanya dari graduan lulusan kimia, ICT, forensik dan pelbagai bidang kepakaran dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

"SPRM memerlukan tenaga kerja profesional dan berkepakaran tinggi dalam pelbagai bidang bagi menangani pola jenayah rasuah yang semakin rumit dan merentasi sempadan antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, penubuhan suruhanjaya ini juga akan memberi lebih kuasa kepada SPRM untuk menguruskan peranan dan tanggungjawab mereka tanpa campur tangan mana-mana pihak dan ini akan menjadikan SPRM benar-benar bebas dan telus, sekali gus menangkis persepsi rakyat terhadap SPRM sendiri.

Beliau berkata, secara umumnya apabila suruhanjaya ini diwujudkan nanti ia akan bertanggungjawab bagi mengurusan pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan pegawai SPRM, termasuklah mengambil tindakan terhadap para pegawainya yang tidak jujur dan tidak berintegriti melalui suatu tribunal khas.

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM juga bukanlah suatu perkara asing kerana di negara ini selain daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), telah wujud pelbagai suruhanjaya perkhidmatan khusus umpamanya Majlis Angkatan Tentera (Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Perkara 138, Perlembagaan Persekutuan), Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Perkara 141A, Perlembagaan Persekutuan).

Di peringkat negeri-negeri di Malaysia juga wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri umpamanya di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor.

Justeru katanya, cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM pula tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan mana-mana pihak kerana selain daripada terikat dengan segala peruntukan perundangan, SPRM sendiri dipantau oleh lima badan bebas, malah merupakan satu-satunya suruhanjaya atau agensi di Malaysia yang dipantau oleh badan bebas, dengan keanggotaan lebih dari 40 orang.

Selari dengan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM juga, PAS turut menggesa supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan wajar dinaikkan tarafnya setanding dengan jawatan-jawatan penting negara seperti Peguam Negara dan Ketua Audit Negara.

"Ini adalah penting bagi menjamin ketelusan dan kebebasan SPRM dan fungsi-fungsinya. Dengan kaedah perlantikan sebegini diharapkan peranan  Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dipengaruhi atau ‘tidak kelihatan dipengaruhi’ oleh mana-mana parti politik yang memegang tampuk pemerintahan negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 9/8/2015

Sumber HD - 9-8-2015

Jangan ganggu siasatan SPRM - Akhbar Satar
Posted on Sunday, August 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan serta mengganggu-gugat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion.

Menurut Akhbar, langkah itu bagi memastikan semua pegawai serta anggota penyiasat SPRM kekal sebagai sebuah entiti bebas dan telus.

"Adakah kerajaan serius dalam usaha menangani gejala rasuah?" soal Akhbar.

Beliau mengulas perkembangan susulan pertukaran Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin yang sedang menjalankan siasatan ke atas syarikat SRC International serta Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ke Jabatan Perdana Menteri.

Akhbar berkata pertukaran pegawai SPRM tersebut telah mengganggu-gugat proses siasatan.

"Perlu ada iltizam politik yang kuat dan konsisten daripada semua pihak untuk membenarkan SPRM menyiasat; proses mengumpul bukti dan menyelesaikan kes tanpa ada rasa takut.

"Sama ada mendakwa atau tidak mengenai sesuatu kes, keputusan mutlak akhirnya terletak di tangan Peguam Negara berdasarkan prinsip pengasingan kuasa," ujar Akhbar.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin senada menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap pertukaran dua pegawai kanan SPRM berkenaan.

Menurut mereka, pertukaran itu disifatkan tidak wajar kerana bakal menjejaskan siasatan serta ia berlaku selepas mesyuarat Kabinet.  - Astro 

Sumber TKO - 9-8-2015

Panel SPRM Tuntut Dua Pegawai Dikembalikan
Posted on Sunday, August 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menuntut agar Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaafar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya yang merupakan salah satu panel memantau perjalanan SPRM terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat.

Menurutnya, pertukaran tersebut pasti akan meningkatkan ketegangan seperti yang berlaku ketika ini.

"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.


"PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat, Bahri dan Rohaizad dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Johan berkata, panel itu menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.

Panel itu turut memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya.

"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," kata Johan. - Mstar

Sumber TKO - 9-8-2015




Bila Khairy akan letak jawatan demi SPRM?

Posted on Sunday, August 09 @ 11:10:53 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Tun Musa Hitam dan Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan daripada jemaah menteri kerana prinsip.Bilakah Khairy Jamaluddin yang kononnya menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meletak jawatan menteri untuk membelanya?

Kerana jemaah menteri beroperasi sebagai pasukan dengan tanggungjawab bersama, maka menteri mempunyai kewajipan untuk meletak jawatan apabila mereka tidak bersetuju dengan dasar atau pendirian asas pemerintah.


Dalam istilah demokrasi berparlimen, ahli-ahli Parlimen parti pemerintah dan parti pembangkang utama dibahagi kepada 2 jenis: ahli bangku depan (frontbenchers) dan ahli bangku belakang (backbenchers), dinamakan demikian atas tempat duduk mereka dalam Dewan Parlimen.

Ahli bangku depan merangkumi kesemua ahli yang menyertai eksekutif sebagai menteri dan timbalan menteri (dan dahulunya di Malaysia, setiausaha Parlimen).

Mereka mesti menyokong pendirian pemerintah dan, kalau ada pengundian dalam Parlimen, segala rang undang-undang dan usul yang dikemukakan pemerintah, kecuali dilepaskan kewajipan ini secara nyata.

Maka undi-undi bangku depan digelar “undi atas senarai gaji (eksekutif)” (payroll vote).

Fungsi Parlimen terjejas apabila terlalu ramai daripada ahli Parlimen menerima gaji eksekutif dan berwajib menjadi pak turut perdana menteri.

Ahli bangku belakang parti pemerintah disalahterjemahkan di Malaysia sebagai “penyokong kerajaan”.

Mereka bebas mengkritik pemerintah dalam Parlimen.

Meraka malah boleh membuang undi menolak rang undang-undang dan usul yang dikemukakan pemerintah.

Apabila ini berlaku (namanya "backbench revolt" atau pemberontakan bangku belakang), maka mereka boleh dipecat daripada parti (ungkapan teknikalnya “have their whip removed” atau dilepaskan daripada kuasa Ketua Whip).

Ini bermakna mereka tetap kekalkan keahlian Parlimen tetapi tidak boleh lagi bertanding di bawah tiket parti dalam pilihan raya akan datang.

Apabila “pemberontak bangku belakang” terlalu ramai, maka parti pemerintah mungkin terpaksa tunduk kerana pemecatan ahli-ahli ini akan kurangkan majoritinya dalam Parlimen.

Bersama-sama dengan ahli pembangkang, ahli “bangku belakang” parti pemerintah yang menjamin eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen.

Maka, untuk demokrasi berparlimen berfungsi dengan sihat di antara Parlimen, kita sebenarnya perlukan 2 kemungkinan: pertama, ahli bangku belakang parti pemerintah sanggup memberontak; kedua, ahli bangku depan (menteri dan timbalan) sanggup meletak jawatan untuk duduk di bangku belakang.

Satu contoh klasik peletakan jawatan oleh menteri di dunia Komanwel ialah peletakan jawatan Menteri Luar United Kingdom (UK) Robin Cook berikutan bantahan beliau terhadap keputusan Jemaah Menteri Tony Blair untuk membawa UK masuk ke Perang Iraq.
Teladan begini juga pernah wujud dalam sejarah Malaysia.

Pada 1986, Musa meletak jawatannya sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak bersehaluan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2008, Zaid meletak jawatan sebagai menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal undang-undang untuk membantah penahanan tiga orang awam – ahli Parlimen Teresa Kok, aktivis Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng – di bawah Akta Keselamatan Dalaman.

Dalam sebuah negara yang tidak ada budaya untuk menteri meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kegagalan dan kesilapan kementeriannya, peletakan jawatan Musa dan Zaid mempunyai makna yang tinggi sekali.

Musa dan Zaid mengingatkan kita, jawatan menteri bukanlah segala-galanya dalam kerjaya politik dan boleh ditinggalkan kerana prinsip.

Musa dan Zaid bagaikan langit daripada bumi apabila dibandingkan dengan Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Dengan Nur Jazlan sebagai ketuanya, keempat-empat bekas ahli bangku belakang Barisan Nasional (BN) adalah ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), jawatankuasa yang paling berkuasa dalam Parlimen Malaysia.

Kalau di negara lain, PAC dipengerusi oleh ahli pembangkang dan mempunyai bilangan anggota jawatankuasa yang agak seimbang daripada keanggotaan parti untuk memaksimakan semakan dan imbangan kepada kuasa eksekutif.

Di UK sebagai contoh, PAC diketuai oleh seorang ahli Parti Buruh (pembangkang) dan cuma lapan daripada kesemua 15 orang ahli dari Parti Konservatif (pemerintah).

Di Malaysia, lapan daripada kesemua 13 ahli PAC termasuk pengerusinya adalah daripada BN.

Ini bermakna keberkesanan PAC sebenarnya amat bergantung kepada ketinggian hemah ahli bangku belakang BN – apakah mereka dapat meletakkan kepentingan orang awam di atas kepentingan parti kerana mereka tidak berada di atas “senarai gaji (eksekutif)”?

Malang sekali, rombakan Kabinet pada penghujung Julai ini menunjukkan jawatan menteri malah timbalan menteri cukup untuk 4 orang ahli parlimen ini untuk meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai PAC.

Penerimaan perlantikan Eksekutif oleh kumpulan “Mantan PAC 4” ini cuma mungkin ada 2 taksiran.

Taksiran pertama, mereka yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang tidak bersalah laku dalam kes 1MDB maka mereka dengan bangganya ingin menyertai pasukan Eksekutif beliau.
Taksiran kedua, jawatan menteri dan timbalan menteri adalah jauh penting daripada hutang 1MDB RM 42,000,000,000 yang disiasati oleh mereka.

(Jika RM 42,000,000,000 disimpan dalam sebuah akaun bank, dan setiap hari dikeluarkan RM 5000 (had pengeluaran wang ATM), maka wang itu hanya boleh diambil keluar selepas 23,013 tahun 8 bulan 15 hari.)

Kalau ahli bangku belakang BN begitu tidak boleh diharapkan, apakah kualiti ahli bangku depan BN?

Nyata sekali, sungguhpun sama-sama dari negeri Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah Musa. Daripada meletak jawatan kuasa dengan bermaruah, Muhyiddin tunggu sampai dipecat daripada Kabinet.

Tidak hairanlah Musa yang turut meletak jawatan sebagai timbalan presiden Umno dipujuk oleh rombongan Majlis Tertinggi Umno untuk kekalkan jawatan partinya manakala Muhyiddin sekarang dimalukan dengan desakan untuk meletak jawatan timbalan presiden.

Begitu juga dengan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kononnya tidak setuju dengan Najib atas isu 1MDB tetapi tetap memeluk jawatan menteri sampailah saat dipecat.

Maka, siapa dalam Kabinet Najib yang mungkin ada prinsip untuk meletak jawatan kuasa kerana 1MDB?

Nama yang semulajadi harus muncul ialah Idris Jala dan Paul Low. Satu dilantik untuk menambahbaikkan pentadbiran dan satu lagi untuk memupuk integriti.

Apakah cara 1MDB dikendalikan itu selari dengan nilai dan prinsip mereka?

Sememangnya kedua-dua daripada mereka adalah pada senarai gaji yang berlainan – sebagai senator yang tidak ada beban menghadapi pengundi. Apakah hati nurani mereka menjadi beban dalam mimpi?

Mungkin calon yang paling berpotensi untuk mengikut jejak megah Musa dan Zaid ialah Khairy Jamaluddin.

Dua hari yang lalu, Khairy menyeru SPRM untuk menyoal bosnya Najib sumber dermaan misteri RM 2,600,000,000.

Kini setelah 2 orang pegawai kanan SPRM yang menyiasat 1MDB dipindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Khairy membuat kenyataan “intimidasi terhadap SPRM perlu diberhentikan semula”.

Ini kenyataan yang berbunyi cukup berani tetapi keberanian itu “jasa baik mulut” (lip service) kalau tidak diikuti dengan tindakan.

Baru-baru ini Najib sendiri mengaku beliau menghargai kesetiaan dan bukan sekadar kecerdikan.
Apakah Khairy dikekalkan sebagai menteri dalam rombakan kabinet kerana kecerdikan atau kesetiaannya?

Jawapannya mungkin berada dalam soalan ini:

Apakah Khairy akan letak jawatan menteri jika dua pegawai kanan SPRM itu tidak dipindah kembali daripada JPM?

Sumber DD - 9-8-2015


Polis tangguh siasatan kes kebocoran maklumat babitkan SPRM
Posted on Sunday, August 09 @ 08:04:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.

"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya mengarahkan supaya kita tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya pada sidang akhbar di George Town, semalam.

Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)".

Mengulas lanjut mengenai kes siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dan rampasan fail-fail serta komputer agensi itu, Khalid berkata polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.

Khalid berkata polis tidak sekali-kali berniat untuk mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.

"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan, kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.

"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.

"Pertuduhan ini bukan dilakukan oleh satu institusi tetapi oleh individu-individu yang kami cari yang kami perlu siasat...saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.

Khalid berkata apa yang dilakukan oleh polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan sebarang rampasan barang-barang bagi membantu siasatan merupakan asas dalam siasatan polis.

Terdahulu ketika berucap pada Malam Mesra Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2015 di sini, Khalid berkata SPRM bukanlah musuh polis dan adalah menjadi tanggungjawab polis memberi sokongan terhadap tugas-tugas agensi pencegahan rasuah itu.

"Kita semua tahu dalam satu minggu ini berlaku sedikit kemelut antara PDRM dan SPRM, kami tidak sekali-kali ingin mengganggu apa juga tugas-tugas yang dilaksanakan lain-lain agensi," katanya.

Beliau berkata tindakan yang diambil polis terhadap pengarah dan 2 pegawai kanan SPRM adalah kerana perlu mencari punca bagaimana salinan pertuduhan boleh dimuat naik dalam portal Sarawak Report.

"Kami juga memanggil saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial dalam melaksanakan siasatan. Tindakan yang kami ambil adalah atas arahan yang diberi oleh peguam negara. Kami mula tangkap 3 orang, rampas dokumen dan kemudian membebaskan mereka.

"Semua yang kami rampas kami kembalikan selepas kami selesai meneliti dokumen itu. Fokus kami cuma kepada kebocoran maklumat dalam Sarawak Report dan juga kebocoran maklumat perbankan. Kami anggap ini satu perbuatan yang amat serius kerana boleh mengancam kestabilan negara," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata Bukit Aman meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

"Kita memang keluarkan waran tangkap ke atas beliau dan juga meminta bantuan Interpol untuk disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki di bawah 'red notice'," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 9-8-2015

Pemindahan pegawai SPRM tidak sah dan langgar perlembagaan

Posted on Saturday, August 08 @ 15:25:55 MYT by paktam

Oleh Surendran

Pada 7 Ogos, dua pegawai kanan SPRM, Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob, dipindah tanpa makluman awal ke Jabatan Perdana Menteri.

Pemindahan mengejut ini kelihatan seperti tindakan disiplin atau satu hukuman, kerana kedua-kedua pegawai kanan ini kelihatan menyanggah tindakan polis terhadap beberapa pegawai SPRM berkaitan skandal 1MDB.

Pemindahan ini tidak adil, dilakukan sewenang-wenangnya dan tidak sah di sisi undang-undang.

Penjawat awam tidak boleh dipindah sebagai satu tindakan disiplin, kecuali suatu siasatan dijalankan dan pegawai tersebut diberi peluang yang munasabah untuk didengar hujahnya. Ini jelas dari undang-undang berkaitan pekerjaan, termasuk Fasal 135 Perlembagaan Persekutuan.

Ketiadaan siasatan dan pemindahan secara mengejut membawa maksud wujudnya niat jahat di sebalik tindakan ini.

Selain hak di sisi undang-undang yang ada bagi kedua-dua pegawai tersebut, pemindahan ini menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap kebebasan dan integriti institusi SPRM.

Kami menggesa kedua-dua pegawai kanan ini dikembalikan ke jawatan-jawatan asal mereka di SPRM sebelum mereka dipindahkan semalam. –

*  N Surendran adalah aktivis masyarakat. ahli parlimen Padang Serai anggota biro politik Keadilan.

Sumber DD - 8-8-2015






























































































































































Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya
Posted on Friday, August 07 @ 22:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).


 Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.



“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.



"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.



Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).



Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.



Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.



Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Sumber TKO - 7-8-2015
Bos operasi khas SPRM dikeluarkan serta-merta
Posted on Friday, August 07 @ 22:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.


Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).



Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.



“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.



Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.



Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.



Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.



“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.



Bahri mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.



Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.



Setakat laporan ini ditulis, masih tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung pertukaran itu.



Lambaian perpisahan Bahri



Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu.



Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan

tidak bercakap dengan orang ramai.



Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu.



Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu.



Sumber TKO - 7-8-2015

Pegawai terima kunjungan pembangkang pun terkeluar
Posted on Friday, August 07 @ 22:23:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu. 

Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu.


Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).



Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.



Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.



Rohaizad enggan mengulas ketika berjalan keluar daripada bangunan SPRM di Putrajaya.




Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada media yang berada di situ.



Sumber berkata perpindahan keluar itu menggunakan alasan masalah disiplin.



Selain Rohaizad, pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.



Pegawai yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu juga dipindahkan ke JPM.



Setakat laporan ini ditulis, masih tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung pertukaran itu.



Sumber TKO - 7-8-2015



Bos SPRM cuti atas sebab kesihatan

Posted on Friday, August 07 @ 22:19:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed kini bercuti atas sebab kesihatan. 



su itu telah dilaporkan di beberapa blog, tetapi satu sumber mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa ia adalah benar.



Abu Kassim, 55, dikatakan mengalami masalah kesihatan itu dan akan menjalani satu pembedahan yang berisiko.



Spekulasi telah bertiup kencang mengenai ketiadaannya ketika pihak polis menyiasat beberapa pegawai SPRM yang berkaitan dengan siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.



Spekulasi berhubung ketiadaannya muncul ketika polis menyoal siasat, menyerbu pejabat, menahan dan mereman anggota mereka atas dakwaan kebocoran maklumat.



SPRM, yang turut menyiasat penyaluran RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib, SRC International, menganggap tindakan itu mengganggu tugas mereka.



Timbalan Abu Kassim, Datuk Mohd Shukri Abdull (gambar) juga sedang mengikuti satu kursus di luar negara.



Wartawan veteran, Datuk Aharuddin Atan, yang mengendalikan blog Rocky Bru, adalah antara mereka yang menulis tentang keadaan kesihatan Abu Kassim.
Sumber TKO - 7-8-2015

Pindah pegawai SPRM langkah terdesak selamatkan PM

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan langkah menukarkan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri serta merta hari ini merupakan satu langkah terdesak untuk menyelamatkan Perdana Menteri dari dakwaan salah laku.

Ini ekoran pegawai tersebut dilihat lantang menentang campurtangan pihak polis yang memberikan tekanan terhadap siasatan SPRM dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sekalipun diakui bahawa pertukaran pegawai boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, namun pertukaran yang berlaku di akhir minggu pertama bulan seperti ini dan secara serta merta pula adalah merupakan satu perkara yang jarang berlaku di dalam amalan perkhidmatan awam. Tidak dapat dinafikan lagi, ia bakal menyuburkan persepsi bahawa ada 'sesuatu' sedang disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Ini ditambah pula dengan pertukaran Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik SPRM juga serta merta ke Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan lagi dakwaan bahawa SPRM sedang cuba ditransformasi menjadi badan pak turut kepada kehendak pemerintah tertinggi negara. Datuk Rohaizad merupakan individu yang telah menerima kunjungan pimpinan pembangkang kelmarin di Putrajaya.

DPPM melahirkan kekesalan di atas pertukaran ini yang jelas merupakan permainan licik Umno Barisan Nasional untuk melindungi maklumat sebenar siasatan SPRM ke atas 1MDB. DPPM sentiasa bersama rakyat berdiri dan bersolidariti seiring dengan ketelusan dan kejujuran agensi-agensi kerajaan.

Dalam hal ini, DPPM menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada SPRM untuk terus menyiasat kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan dana rakyat seperti yang dikaitkan dengan 1MDB.

DPPM mendesak agar kerajaan sama sekali tidak menggunakan kuasa eksekutif untuk campur tangan di dalam siasatan ini. Adalah tidak mustahil campur tangan dan tekanan yang berterusan ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat secara besar-besaran menuntut keadilan seterusnya menunjukkan pintu keluar bagi Umno Barisan Nasional dari Putrajaya.

Sekian.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Bertarikh: 7 Ogos 2015

Sumber HD - 7-8-2015


Pemuda Pas sokong siasatan SPRM
Posted on Friday, August 07 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Pemuda Pas Pusat dan Kelantan semalam menyerahkan memorandum sokongan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu penyiasatan terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Norazariza Mohd Alawi  bersama 10 ahli lain menyerahkan memorandum mengandungi lima perkara itu kepada Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban di Lundang, di sini pada jam 3.30 petang.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Fadhli Shaari berkata, penyerahan memorandum itu adalah sebagai sokongan moral kepada SPRM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab menyiasat kes berprofil tinggi seperti yang berlaku ketika ini.

“Kami sentiasa menyokong semua pihak yang berusaha untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Kami yakin seluruh masyarakat awam bersama-sama dengan SPRM dalam isu besar ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam memorandum bersama, Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Kelantan mengharapkan semua pihak menghormati proses siasatan sedang dijalankan SPRM serta tidak memberikan sebarang tekanan yang boleh menimbulkan persepsi tidak baik.

Dalam masa sama Pemuda Pas turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan  menyiasat dan menangkap beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan dana berkenaan.

Selain itu, barisan Pemuda Pas juga turut yakin gangguan berterusan tidak akan mengganggu gugut keikhlasan  pegawai SPRM dalam melaksanakan amanah.
Memorandum terbabit juga diserahkan merupakan sokongan untuk SPRM bagi  terus menjalankan siasatan tanpa kebimbangan terhadap mana-mana pihak  di samping rakyat sedang membuat penilaian terhadap kesungguhan agensi kerajaan dalam melaksanakan- SInar Harian

Sumber TKO - 7-8-2015


Pemuda Pas hantar memorandum sokong SPRM
Posted on Friday, August 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor  hari ini menyerahkan memorandum sokongan ‎terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor  dalam isu siasatan ke atas dana SRC International Sdn, Bhd.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, simbolik kepada penyerahan memorandum itu adalah bagi menunjukkan sokongan bersama Pas dengan SPRM.


"Kita minta,supaya pegawai-pegawai  dalam  SPRM agar   terus istiqamah untuk menjalankan siasatan bagi mencari kebenaran.


" Insya-ALLAH  kebenaran pasti akan bertemu kita harapkan pihak parti,masyarakat   dapat memberikan sokongan yang baik kepada SPRM dan saya nasihatkan rakan media supaya dapat bantu untuk menyebarkan berita yang tepat sedikit sebanyak memudahkan SPRM menjalankan siasatan," katanya kepada media di Ibu Pejabat SPRM Selangor pagi ini.


Sementara itu menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Selangor Azman Noha berkata, pihak SPRM menyambut baik sokongan yang diberikan oleh Pas dan masyarakat keseluruhan.


"Alhamdulillah dapat  sokongan yang diberikan Pemuda Pas dan akan menguatkan lagi azam kami untuk teruskan siasatan.


" Terima kasih banyak-banyak kepada Pemuda Pas yang datang menyatakan sokongan mereka kepada kami terutama menghadapi saat-saat  yang agak mencabar ini," katanya. - SInar Harian



Sumber TKO - 7-8-2015

Seperti pejuang anti rasuah Indonesia, SPRM juga sedang diserang

Posted on Friday, August 07 @ 13:08:37 MYT by paktam

Oleh Alyaa AlhadjriPada bulan Januari lepas, tindakan yang diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) menahan timbalan pengerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Bambang Widjojanto mencetuskan kemarahan meluas di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.

Orang awam telah menunjukan sokongan kepada badan anti rasuah dan hashtag #SaveKPK dilaporkan mengungguli topik hangat di Twitter bukan sahaja di Indonedia tetapi di seluruh dunia pada jam 2.30 petang 23 Januari

Walaupun popularitinya memuncak, presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo tidak terlepas daripada dikecam oleh rakyat yang mendesak dia menghentikan cubaan-cubaan untuk melemahkan KPK- institusi yang dihormati dengan rekod kerja yang sangat baik selain bertanggungjawab memastikan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas Ketua  Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia Akil Mochtar.

Ini ialah tambahan kepada kejayaan KPK dalam menyingkirkan menteri, gabenor, hakim dan ramai lagi pegawai tinggi kerajaan atas tuduhan rasuah.

Pada ketika itu, penahanan Bambang ialah permulaan kepada cubaan untuk ‘melumpuhkan’ KPK, kerana Bareskrim meneruskan siasatan kepada Ketua Pesuruhjaya KPK (tidak-aktif) Abraham Samad, selain timbalannya, Zulkarnain dan Adnan Pandu Praja.

Laporan berita juga menyebut yang terdapat ‘serangan’ serupa kepada penyokong KPK, termasuklah kepada bekas Kepala Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan Yunus Husein dan bekas Wakil Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Denny Indrayana.

Pemerhati menyifatkan tindakan menyabitkan kesalahan jenayah kepada KPK kini menjadi lebih buruk dibandingkan dengan zaman President Susilo Bambang Yudhoyono kerana Jokowi masih bergelut untuk meraih kelebihan politik yang lebih banyak- dengan gabungan pemerintahannya hanya mengawal lebih kurang 40 peratus kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat.

Kelemahan Jokowi untuk menangani campur tangan politik yang seterusnya mencetuskan siasatan polis telah menyebabkan dia kehilangan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada pentadbirannya.

Selain daripada dakwaan serangan oleh polis, aktivis anti rasuah juga mengatakan bahawa cadangan pindaan kepada Hukum No. 30/2002 yang mengawalselia KPK sebagai satu lagi cubaan untuk melemahkan badan anti-rasuah itu- menarik kembali sebahagian kuasa siasatannya, termasuk keizinan penggunaan alat perisikan kepada orang yang disyaki melakukan rasuah.

Ketika KPK berdepan dengan penilaian semula undang-undang yang boleh melemahkan kuasanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula telah lama meminta kuasa yang lebih untuk menghapuskan rasuah.

Antara lain, SPRM telah meminta kuasa untuk mengambil dan memecat kakitangannya, selain daripada mengawal selia pembiayaan politik- dua isu yang berpotensi memberi kesan kepada hasil siasatan SRC International- sebuah syarikat yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang cabang-kerajaan 1Malaysia Development Berhad.

Dalam kes terbaru di Indonesia, laman berita dalam talian Tempo.com pada 3 Ogos memetik Ketua Pesuruhjaya Bareskrim General Budi Waseso sebagai berkata dua aktivis Indonesian Corrruption Watch (ICW)- Adnan Topan Husodo dan Emerson Yuntho- kemungkinan besar akan disiasat atas dakwaan jenayah memfitnah pakar undang-undang Romli Atmasasmita.

Kes dua orang aktivis ICW itu dikaitkan dengan kenyataan mereka mempersoalkan kewibawaan Romli sebagai pengerusi jawatankuasa bebas yang dibentuk untuk melantik Pesuruhjaya KPK yang baru, untuk mengantikan pesuruhjaya kini yang dibawah siasatan polis.


Pada hari yang sama, laman berita dalam talian Malaysiakini memetik pengarah operasi khas SPRM Bahri Mohamad Zin yang menimbulkan kemungkinan wujudnya “tangan tersembunyi” di sebalik penahanan individu yang terlibat dalam siasatan yang masih berlangsung ke atas SRC International oleh polis.

Bezanya pesuruhjaya KPK dilantik oleh jawatankuasa bebas, sementara jawatan dalam SPRM ditentukan oleh kuasa di Jabatan Perdana Menteri.

Bahri pada awalnya disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman selama tiga jam di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

“ DPP kami (Ahmad Sazilee Abdul Khairi) telah ditahan pada jam 1 pagi (pada hari Sabtu),” katanya seraya menambah, yang tindakan itu membuatkan dia tertanya-tanya.

“Saya fikir pihak polis tidak akan melakukan kerja gila ini sekiranya tiada arahan untuk mereka berbuat demikian,” dia dilaporkan mendakwa.

Selain daripada Ahmad Sazilee, polis juga telah menahan bekas penasihat SPRM Rasphal Singh dan pegawai daripada Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dilakukan ke atas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Ketiga-tiga mereka telah dibebaskan.

Dalam apa juga situasi, tidak seperti di Indonesia, sokongan orang awam kepada SPRM seolah-olah tidak wujud.

Begitu sekali sampai mereka hanya terpaksa berharap dengan pertolongan tuhan, apabila aktiviti solat hajat beramai-ramai akan diadakan di ibupejabat SPRM di Putrajaya pada 4 Ogos.

Pada dasarnya, situasi merisaukan yang berlaku di Malaysia kini sangat jelas mempunyai ‘kaitan’ dengan mereka yang mempunyai kedudukan  dalam parti politik dan institusi demokratik yang sepatutnya bertindak menjadi pengawal kepada kuasa pemerintah yang wujud.

Sekiranya wujud kesumbangan dalam rangkaian pentadbiran ia sepatutnya diganti tanpa memberi kesan kepada rangkaian pentabiran yang lain, dan rakyat, pengawalselia dan pihak penguatkuasaan tidak sepatutnya diperlekehkan oleh pihak yang memegang kuasa.

Komen dan cadangan kepada penulis boleh dihantar kepada alyaa@hckmedia.com

Sumber DD - 7-8-2015


































































































































































PAS Bimbang Campurtangan Pihak Berkuasa Menghalang SPRM

IMG-20150806-WA0122
KUALA TERENGGANU – “Pemuda PAS akan berada di belakang mana-mana pihak yang sentiasa mencari kebenaran dan membanteras salah guna kuasa,” ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, ketika ditemui di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Negeri Terengganu pada petang Khamis, 6 Ogos.

Muhammad Khalil yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga menegaskan bahawa asas penting bagi sebuah negara demokrasi adalah pemisahan kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman itu sendiri. Sebarang campur tangan bidang kuasa akan menyebabkan proses demokrasi tercalar.

“Kita amat bimbang dengan perkembangan terkini isu 1MDB di mana pihak SPRM yang tugas mereka membanteras rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah dihalang dari menjalankan tugas mereka sebaiknya ”

IMG-20150806-WA0125

“Campur tangan yang berlaku menggunakan pihak polis untuk menangkap dan menghalang tugas pihak yang telah diberi amanah begitu serius dan mencalarkan proses demokrasi di negara ini,” tegas beliau lagi.

Menurut Khalil, pihak berkuasa yang bertindak menghalang tugas SPRM adalah suatu tindakan undur ke belakang dan tidak memberi kebaikan kepada negara ini.

“Kita patut menyokong segala usaha murni SPRM yang berjuang untuk menegakkan kebenaran. Pemuda PAS begitu komited menyokong mana-mana pihak yang berjuang untuk kebenaran, ” ujar Khalil.

Dalam pada itu, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri terawal menyerahkan memorandum sokongan kepada pihak SPRM. Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan pemuda seluruh negara untuk turun memberi sokongan kepada SPRM di negeri masing-masing.

Sebagai rekod, Muhammad Khalil turun padang menyerahkan Memorandum Sokongan kepada pihak SPRM bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan beberapa exco pemuda negeri pada petang Khamis.

Sumber BO - 7-8-2015

SPRM: Mencegah kemungkaran dalam negara

MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


ALLAH SWT berfirman dalam Surah At Taubah 71,

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"..Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."

عن حذيفة بن اليمان أن النبي صلى الله عليه وسلم قال "والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا من عنده ثم لتدعنه فلا يستجيب لكم " ورواه الترمذي وابن ماجه من حديث عمرو بن أبي عمرو به وقال الترمذي
Hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah ibn al Yaman r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda,

"...dan demi diriku dibawah kekuasaan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar atau (sekiranya kamu tidak melakukannya) nescaya dibimbangi Allah SWT akan menghantarkan azab ke atas kamu dari sisinya, kemudian kalau kamu berdoa kepada-Nya (agar dilepaskan azab itu), maka Allah tidak akan memakbulkan doa kamu..."

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menurut Akta SPRM 2009 adalah satu badan yang diwujudkan dengan tujuan yang murni dan mulia. Iaitu untuk membenteras gejala rasuah yang merosakkan bangsa dan negara.

SPRM yang mula berfungsi sebagai sebuah badan khas daripada penggubalan sebuah akta selepas pindaan Akta Pencegah Rasuah 1997 dinaiktaraf menjadi institusi yang mampu bertindak dan bergerak untuk memastikan ketelusan dan intergriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta mahupun komuniti masyarakat.

SPRM masih lagi dianggap belum bebas sepenuhnya sebagaimana yang dituntut oleh rakyat kerana ia masih lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sekalipun selepas pindaan akta, namun sekiranya kuasa yang keupayaan yang ada pada SPRM dapat digunakan sebaik mungkin serta tiada unsur campur tangan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, gejala rasuah yang merebak dalam negara kita mampu ditangani dengan sistematik dan berkesan oleh SPRM.

SPRM berkali-kali tercabar kemampuan dan keupayaannya semenjak daripada ia sebagai sebuah jabatan kemudiannya ditukar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 13 Mei 1982 dan kali terakhirnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dilihat bukan sekadar memiliki kemampuan tetapi benar-benar bertindak ke atas laporan-laporan yang dibuat terutamanya melibatkan penjawat awam dan pemimpin negara dan masyarakat.

Kes-kes sama ada kecil mahupun besar dan khasnya berprofil tinggi yang pernah dan sedang ditangani oleh SPRM hendaklah diambil tindakan sewajarnya yang seringkali kedengaran disebut daripada pihak SPRM akan disiasat dan sedang disiasat. Tetapi malangnya setelah disiasat, namun tiada kesudahannya. Seolah-olah menampakkan bahawa kes-kes berkenaan telah dipendamkan dan ditutup begitu sahaja yang mengundang keraguan daripada kalangan masyarakat akan ketelusan dan kemampuan SPRM.

Kes-kes seperti MIKA Holding, Perwaja, PKFZ, Kapal Selam Scorpene, Altantunya dan dan lain-lainnya sepatutnya ada kesudahannya dengan tindakan daripada SPRM sama ada  dakwaan di mahkamah dengan mengheret para penjenayah rasuah ini ke muka pengadilan ataupun sekurang-kurangnya penjelasan yang lojik dan waras bagi merungkai kekusutan, tetapi amat malang sekali kes-kes yang melibatkan isu nasional negara dan rakyat bakal telah dibungkus begitu sahaja.

Yang terbaru kes 1MDB yang dikatakan melibatkan wang sejumlah 2.6 billion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Najib Razak yang disiasat oleh pihak SPRM.

Dengan kes 1MDB ini, setelah desakan daripada pelbagai pihak terrutamanya sebahagian pemimpin kerajaan sendiri dan juga rakyat, SPRM dilihat menongkah usaha untuk membuktikan kepada masyarakat dalam negara ini bahawasanya mereka sebenarnya tidak sepatutnya diragui kemampuan dan keupayaan terutamanya melibatkan orang nombor 1 dalam negara ini iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Pihak SPRM mengambil tindakan terbaik dengan menyiasat kes ini bagi mencari jawapan sebenar melibatkan intergriti Perdana Menteri Malaysia dan maruah negara yang sedang terpalit dengan isu 1MDB.

Isu ini sekali lagi seolah-olah mimpi ngeri kepada SPRM yang terpaksa berdepan dengan pihak tertinggi dalam negara. Sudah tentulah SPRM yang anggotanya dipilih dari kalangan mereka yang berintergiriti dan terbaik di antara pegawai-pegawai kerajaan dalam negara ini mesti membuktikan kemampuan mereka tanpa sedikitpun keraguan untuk bertindak sewajarnya menurut rangka undang-undang dalam negara ini.

Namun, usaha murni SPRM dalam menangani kes berprofil tinggi ini menampakkan ada cubaan untuk digagalkan. Penglibatan pihak PDRM melakukan siasatan terhadap para pegawai SPRM di tengah-tengah usaha penyiasatan ini sedikit membantutkan perjalanan proses penyiasatan SPRM dalam kes 1MDB dan akaun peribadi perdana menteri.

Walaupun pihak PDRM cuba menafikan campurtangannya dalam siasatan kes 1MDB oleh SPRM kononnya berkait soal pembocoran maklumat rahsia kerjaan, namun secara kewajarannya apakah keperluan siasatan dilakukan terhadap para pegawai SPRM yang masih rancak melakukan siasatan kes 1MDB ini.?

Seharusnya semua pihak wajib memberikan ruang dan peluang kepada pihak SPRM dan para pegawainya melakukan tugas tanpa rasa " fear and favour " serta mesti dilihat bebas tanpa sebarang gangguan dalam siasatan mereka. Lebih-lebih lagi siasatan PDRM terhadap pihak SPRM itu dibuat dalam kerancakan usaha SPRM menyelesaikan kemelut isu 1MDB  dan kaitannya dengan perdana menteri.

Laporan akhbar semalam memetik bahawa Tan Sri Johan Jaaffar selaku Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan oleh SPRM yang sepatutnya dapat menjalankan tugasnya sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Respon dan tindakbalas daripada pihak SPRM terhadap usaha siasatan PDRM terhadap mereka menimbulkan satu polemik baru.

Apakah sekarang ini terdapat pertembungan bidangkuasa antara pihak SPRM dan PDRM?

Apakah juga sekarang terdapat wujudnya blok antara beberapa jabatan tertentu dalam kerajaan Malaysia?

Adakah mungkin ada pihak dalam kerajaan sendiri yang menyokong Tan Sri Muhyiddin?

Apakah sekarang ini sudah tidak ada lagi keserasian dalam tugasan antara pegawai dan jabatan dalam kerajaan?

Beberapa tindakan dan kenyataan pihak SPRM mungkin menjawab persoalan di atas. Antaranya kenyataan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin bahawa "...polis bertindak atas arahan ‘dalang-dalang’."

Begitu juga majlis solat hajat yang dianjurkan oleh Pihak SPRM baru-baru ini yang bertujuan untuk diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk membenteras rasuah dalam negara.

Oleh itu, PAS menyeru semua pihak agar memberikan peluang kepada SPRM untuk menyiasat dan bertindak mengikut lunas undang-undang dalam usaha membenteras rasuah yang meruncing dalam negara. Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2014 mencatatkan Malaysia di kedudukan 50 dalam dunia dan ini memalukan negara bahkan kemungkinan besar indeks bacaan ini akan menunjukkan negara semakin tercorot.

PAS juga melihat bahawa sudah tiba masanya SPRM mesti berani kerana benar dan proaktif dalam menjalankan tugas yang murni yang bertepatan dengan tugas seorang Muslim Mukmin iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah mungkar.

Pastinya tugas ini adalah fardu kifayah dan tanggungjawab kiranya diabaikan maka negara dan rakyat dalam negara Malaysia yang tercinta ini bakal mengundang kemurkaan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 7/8/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak Pas Selangor / AJK Lajnah Penerangan Pas Pusat

Sumber HD - 7-8-2015





































































































































































Pemuda PAS Doa Agar Warga SPRM Diberi Kekuatan Cegah Kemungkaran

11825001_465527723621147_5677465643422535116_n
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengucapkan tahniah kepada warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diatas ketegasan dan ketelusan yang ditunjukkan ketika melaksanakan penyiasatan dan menunjukkan komitmen yang tinggi.

Timbalan Ketuanya Ustaz Hishamuddin Abd Karim, menyatakan sokongan terhadap sikap tegas dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pihak SPRM dalam menangani kes rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini terutama bagi kes berprofil tinggi mutakhir ini.

“DPPNT merasa terpanggil bagi menyatakan sokongan demi memastikan kes yang menghantui rakyat Malaysia hari ini dapat diselesaikan dengan baik dan mendesak pihak-pihak lain supaya tidak mengganggu usaha baik yang dilakukan oleh SPRM ini.

“Ini berikutan terdapat campur tangan ‘pihak lain’ yang dilihat cuba menggagalkan usaha yang sedang dilakukan SPRM dengan tangkapan terhadap pegawai yang terbabit,”ujarnya dalam satu kenyataan

Sehubungan itu, DPPNT percaya sokongan seluruh rakyat Malaysia ketika ini sedang bersama SPRM bagi melihat negara ini benar-benar bebas dari rasuah dan memastikan negara ini dapat terus dibangunkan dengan penuh sikap tanggungjawab dan integriti.

DPPNT turut mendoakan semua warga SPRM terus diberi kekuatan dalam meneruskan agenda membanteras jenayah salah laku rasuah di negara ini.

“Kepada Allah jualah kita kembali dan kepadaNya jualah kita mengadu serta bertawakkal Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maul wa ni’mannasir,”tambah ADUN Tepoh itu.

Sumber BO - 7-8-2015

PAS sokong SPRM mendepani konspirasi politik

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS terus memberi sokongan padu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat skandal kewangan yang berlaku.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, SPRM perlu tegas dalam melakukan siasatan walaupun terpaksa berdepan dengan penahanan pegawai penyiasatan yang luar biasa dan tekanan politik yang keterlaluan.

"SPRM sebelum ini menegaskan bahawa agensi tersebut hanya memberi fokus terhadap SRC International Sdn Bhd yang melibatkan dana sebanyak RM4 bilion dan sumbangan 'derma' berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"PAS memandang serius kenyataan Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain beberapa hari lalu yang mendakwa terdapat dalang yang mengarahkan pihak polis menahan pegawai-pegawai SPRM yang dikatakan berpunca daripada kebocoran dokumen siasatan," katanya.

Menurut beliau, SPRM adalah anggota Pasukan Petugas Khas dan seolah-olah akan menerima korban politik sepertimana yang berlaku ke atas Muhyiddin dan Abdul Gani beberapa hari lalu.

Katanya lagi, PAS berharap agar semua pegawai SPRM yang terlibat agar teguh berdepan dengan konspirasi politik ini.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) kelmarin, penahanan pegawai SPRM telah menjejaskan siasatan kes yang sedang dijalankan terhadap SRC International Sdn Bhd.

"Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat berkenaan telah mendepositkan sejumlah RM 42 juta (daripada 'derma' RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri," tambah beliau lagi.

Ahli Parlimen Temerloh itu turut berkata, SRC International Sdn Bhd pada asalnya adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemudian diserahmilik kepada Kementerian Kewangan di mana Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Ini bermakna beliau mempunyai konflik kepentingan dalam kes ini, sepertimana yang kita maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula adalah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Menterinya juga sekarang menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah Muhyiddin digugurkan kerana lantang mengkritik 1MDB," katanya lagi.

Nasruddin turut kesal apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini akan memulakan prosiding siasatan PAC pada 4 Ogos ditangguhkan berikutan bekas Pengerusi PAC dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

"PAC dijangkakan akan memanggil presiden syarikat 1MDB termasuk taikun bisnes Jho Low, namun ditangguhkan kerana rombakan kabinet.

"Ini semua secara langsung melibatkan integriti dan kredibiliti Perdana Menteri, skandal ini memberi kesan terhadap struktur pentadbiran kerajaan dan ia juga boleh dianggap sebagai faktor utama yang melemahkan kedudukan nilai Ringgit Malaysia pada hari ini. Ia menghakis sentimen keyakinan para pelabur terhadap ekonomi di negara ini," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 6/8/2015

Sumber HD - 6-8-2015

Tangkapan pegawai jejas siasatan SRC, kata SPRM
Posted on Thursday, August 06 @ 10:02:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tangkapan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pihak polis telah menjejaskan siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Ini selepas dua penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International, ditangkap polis malam tadi selepas menghadirkan diri di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Sebanyak RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, berasal dari SRC International.

Sama ada tangkapan tersebut menjejaskan kes yang disiasat oleh SPRM itu, Mustafar (gambar) dalam satu kenyataan lewat malam tadi berkata tindakan polis itu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran proses siasatan kerana peralatan pegawai itu, seperti komputer riba, dirampas.

Menurutnya, pejabat dan rumah kedua-dua pegawai SPRM itu juga turut digeledah.

Salah seorang daripadanya, kata Mustafar, adalah pegawai penyiasat kes SRC International.

Beberapa pegawai penyiasat SPRM disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin telah bersumpah untuk mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, adalah menjadi satu kesalahan untuk menghalang siasatan SPRM.

Sumber TKO - 6-8-2015
SPRM akan panggil Najib berhubung derma RM2.6 bilion
Posted on Thursday, August 06 @ 08:36:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata agensi itu hari ini. 


SPRM berkata pihaknya sudah mengenalpasti identiti pihak yang memberi wang itu dan mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah itu akan tetapi  tidak boleh mendedahkan identitinya.



Pada Isnin, SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib sebagai sumbangan derma, bukan daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"SPRM mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga mengesahkan sumbangan derma tersebut.

"Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

"Perbincangan juga diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan. 

"Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan Najib akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata badan anti-rasuah itu dalam satu kenyataan petang ini.

Ia berkata, SPRM mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.

"Dalam dokumen itu ada dijelaskan sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," katanya.

The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menerbitkan satu artikel yang memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum ke-13.

1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana awam untuk kepentingan peribadi.

Walaupun mengancam untuk menyaman WSJ atas dakwaan itu, Najib tidak pernah secara langsung menafikan wang itu ada dalam akaun beliau .

Pada Isnin, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB.


Sumber TKO - 6-8-2015


3 lagi pegawai SPRM disoal polis kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB

Posted on Thursday, August 06 @ 08:34:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol











































































































































































Tiga lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disoal pihak polis hari ini berhubung kes kebocoran maklumat dalam siasatan kerajaan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Ini membawa kepada 9 jumlah pegawai SPRM yang disoalsiasat setakat ini.

Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai disoal selama lebih 3 jam dan ketika ini masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Dua pegawai lain masih sedang disoal.

Sumber TKO - 6-8-2015


Usaha memperbodoh rakyat secara terang-terangan

Posted on Wednesday, August 05 @ 10:37:01 MYT by paktam

Oleh Amidi Abd Manan

Kenyataan Rasmi SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 berkaitan siasatan kemasukan wang berjumlah RM 2.6 bilLion ke akaun milik Perdana Menteri adalah dirujuk. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku antara pertubuhan yang mewakili umat Islam di Malaysia berasa terhina dengan kenyataan tersebut.


Ia jelas sebagai usaha memperbodoh rakyat secara terang-terangan. Kenyataan seperti ini adalah satu kenyataan yang mengkhianati rakyat Malaysia. Khianat terhadap kepercayaan rakyat yang mengamanahkan tugas untuk terus menjaga integriti dan kredibiliti institusi kerajaan.

Semua rakyat tahu jumlah yang sebegitu besar adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku dalam dunia hari ini. Tambahan pula menerima derma sebegitu besar secara tersembunyi adalah satu perbuatan yang boleh mengundang fitnah yang besar.

Pelbagai soalan yang membeliti tubuh badan Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi semakin busuk dengan kenyataan seperti ini.

Persoalannya; Siapakah penderma?, Ke mana dibelanjakan?, Apakah tujuan sumbangan?, Adakah ia melibatkan sebarang perjanjian? terus menghitamkan imej beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan ini juga jelas menjustifikasikan agar Dato' Seri Najib Tun Razak bercuti bagi meredakan sebarang kekalutan berkaitan skandal yang membeliti beliau.

 Menegakkan Kebenaran & Keadilan

Amidi Abd Manan, Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber DD - 5-8-2015

SPRM solat hajat mohon petunjuk banteras rasuah

BERNAMA | .



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan solat hajat perdana 'Untukmu SPRM' di seluruh negara bagi memohon badan itu dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
  
Solat hajat di surau ibu pejabat SPRM di sini diadakan selepas solat Zohor yang diimamkan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.
  
Zakaria berkata solat hajat itu diadakan bagi memohon supaya badan itu dikurniakan petunjuk serta takdir yang terbaik dalam membanteras rasuah.
  
"Kita minta supaya Allah SWT bantu kita apa yang kita tidak tahu di masa akan datang. Kita juga memanjatkan doa supaya SPRM, semua pegawai serta keluarga mereka diberi kebaikan oleh Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas solat hajat itu.
  
Selepas solat, Zakaria membacakan doa mathurat yang dipenuhi dengan kata-kata membesarkan Allah, merendahkan hati serta meminta agar warganya dijauhi dari tergolong dalam kalangan mereka yang memberi dan menerima rasuah.
  
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki. - BERNAMA

Sumber HD - 4-8-2015

“Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM
Posted on Tuesday, August 04 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal cara layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.

Katanya, pihak polis tidak akan menahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada jam 1 pagi melainkan ada pihak yang mengarahkan berbuat demikian.

“Saya kesal perkara ini berlaku, kami disiasat sepenuhnya hari siang dan malam. Tiba-tiba DPP kami diambil pada jam 1 pagi dan ia amat menghairan saya mengapa boleh berlaku sedemikian.

“Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.

Beliau mengaku disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam berkata, kenyataannya diambil untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengenai artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

Bahri berkata, beliau yakin bahawa SPRM tidak terlibat dalam menghasilkan semula semula kertas pertuduhan itu.

“Saya yakin dengan sepenuh hati, bukan dari kami, mungkin satu bendanya adalah ‘reproduce’ semula,” katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.  - FMT

Sumber TKO - 4-8-2015

Pengarah SPRM bayangkan mungkin ada 'tangan tersembunyi'
Posted on Tuesday, August 04 @ 05:55:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejap kepada wartawan yang hadir.

Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu. - MK
Sumber TKO - 4-8-2015


Dulu curi lembu, sekarang BN curi komputer-PMSP
Posted on Tuesday, July 28 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal projek 1BestariNet yang dianugerahkan kepada YTL Communication Sdn Bhd.

Sejak projek bernilai RM663 juta diberikan kepada anak syarikatnya, YTL Power International Bhd pada tahun 2011, kadar penggunaan 1BestariNet dikatakan masih rendah, di bawah lima peratus.
Berikutan peratusan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan membangkitkan persoalan kehilangan dana yang diperuntukan.

“Wang yang sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan aduan kepada pihak SPRM di Putrajaya pada Selasa.

Difahamkan, nilai projek itu berkenaan mengatasi projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang berjumlah hanya RM250 juta.

Jelasnya lagi, beliau tidak mahu isu projek komputer ini menjadi isu utama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Kalau dulu, isu ‘BN curi lembu’ dijadikan modal untuk tujuan propaganda, tetapi kita tidak mahu isu ‘BN curi komputer’ pula dijadikan modal pada PRU akan datang,” katanya lagi. - FMT

Sumber TKO - 28-7-2015

PAS sokong pindaan perlembagaan perkasa SPRM

KUALA LUMPUR: PAS akan memberi sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi penggubalan undang-undang bagi memperkasakan suruhanjaya tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian tersebut ketika berucap pada makan malam bersama SPRM di bangunan Parlimen, malam tadi.

Beliau berkata, seramai 21 orang ahli parlimen PAS akan memberi sokongan penuh bagi memudahkan pindaan itu mendapat sokongan majoriti dua pertiga dewan.

"Saya jamin seramai 21 orang Ahli Parlimen kita akan memberi sokongan jika ia dibentangkan di parlimen nanti.

"Kita ingin melihat agar SPRM ini menjadi satu badan bebas dan diperkasakan bagi membanteras gejala rasuah yang semakin berleluasa yang jelas dosa serta merosakkan negara," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya dan 'membuka pintu' kepada SPRM untuk menyiasat jenayah rasuah termasuk dalam kalangan anggota parti itu sendiri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sokongan yang diberikan PAS ini amat penting bagi meningkatkan kewibawaan dan kebebasan SPRM.

"Saya berterima kasih dengan pendirian dan janji yang diberikan Presiden PAS tentang sokongan 21 Ahli Parlimen PAS dalam menyokong pindaan ini nanti.

"Dengan sokongan ini akan membolehkan SPRM membanteras rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa dengan lebih berkesan serta bebas tanpa dipengaruhi mana- mana pihak," ucap beliau yang turut hadir pada pertemuan tersebut.

Menurut beliau lagi, peruntukan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM bertujuan membolehkan badan itu melantik dan memecat pegawainya secara bebas tanpa melalui proses biasa yang dilalui penjawat awam iaitu menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, pindaan itu akan memperuntukkan ketua pesuruhjaya dilantik secara bebas melalui perlembagaan dan persetujuan Majlis Raja-Raja," sambung beliau lagi.


Pindaan itu akan melibatkan dua perkara utama iaitu menambah peruntukan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM dan pelantikan ketua pesuruhjaya badan bebas itu. - HARAKAHDAILY 4/1/2015


Sumber PP - 1-4-2015




















































































































































































SPRM tangkap ketua pegawai eksekutif anak syarikat Felda

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac lalu.

"Beliau masih dalam tahanan direman sehingga 10 Mac 2015," jelas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dalam satu kenyataan yang merujuk kepada laporan media baru-baru ini.

Menurutnya, SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan pada 26 Februari 2015.

Katanya, dia ditahan reman sehingga 5 Mac 2015 dan disambung reman selama empat hari sebelum dibebaskan pada 7 Mac 2015.

Jelas beliau lagi, kedua-dua mereka yang berusia 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat Felda berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta.

"Setakat ini seramai 23 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009. Siasatan masih berterusan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Sumber HD - 9-3-2015

SPRM : WAKIL PAS AKAN SOKONG PINDAAN - TAKIYUDDIN


YB DATO' TAKIYUDDIN HASSAN - PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PAS / AP KOTA BHARU

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34001-sprm-wakil-pas-akan-sokong-pindaan

Sumber HD - 23-2-2015























































































































































































Pemberian bonus Felcra, Bapa lapor ke SPRM

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dALAM kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.

Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama untuk meneliti semua laporan-laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.

Sebelum ini, PAC yang diketuai Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam laporan PAC menyatakan pemberian bonus kepada ahli lembaga pengarah Felcra dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Bonus tersebut diluluskan Felcra untuk diberikan kepada lembaga pengarah Felcra, termasuk tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pertaanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Felcra, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Halimah Siddique. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD - 8-12-2014
























































































































































































TN Hj Razman Zakaria (Pengerusi BAPA) -  

https://www.youtube.com/watch?v=261iLK9sCEg&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Adun PR lapor SPRM mangsa banjir belum dapat bantuan

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




KUANTAN: Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Parlimen Indera Mahkota hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kegagalan melunaskan janji bantuan banjir tahun lalu.

Adun Beserah, Andansura Rabu dalam sidang medianya berkata, laporan tersebut adalah susulan kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin yang menyatakan kekesalan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan yang dijanjikan.

“Pagi ini saya bersama Adun Semambu, Lee Chean Chung menghantar laporan dan memohon SPRM menyiasat kenapa sudah menjangkau setahun terdapat ramai mangsa banjir tahun lalu yang belum menerima bantuan dijanjikan.

“Kami juga menggesa disiasat ke manakah melencongnya wang yang dijanjikan kerana terdapat dua bantuan sepatutnya. Pertama mangsa sepatutnya menerima sebanyak RM750 dari Kerajaan Negeri Pahang dan kedua RM1,000 dari pihak UAE,” katanya.

Andan berkata, selain itu kerajaan negeri juga berjanji memberi peti ais dan televisyen kepada mangsa banjir namun ada mangsa yang dapat dan ramai yang belum menerimanya.

Awal Disember tahun lalu kira-kira 30,000 mangsa banjir di Kuantan terpaksa berpindah dalam malapetaka paling buruk di daerah ini.

Kelmarin Tengku Abdullah dalam satu sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan banjir negeri Pahang di Kuantan, telah membidas tindakan pihak yang tidak menunaikan janji kepada mangsa banjir di Pahang walaupun kejadian banjir besar itu telah setahun berlalu, di mana 4,000 mangsa mendakwa belum menerima sumbangan yang dijanjikan.

Baginda turut meminta penjelasan segera daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis taklimat berkenaan.

Sementara itu Andan berkata, beliau turut meminta mangsa-mangsa banjir tahun lalu dalam Dun Beserah yang belum menerima bantuan dijanjikan agar segera membuat laporan SPRM agar siasatan dapat dipercepatkan.

Pada 24 Disember 2013, Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed al Nahyan mengarahkan supaya AS$10 juta (RM32.5 juta) diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Pahang.

Sementara, pada 27 Jun lalu dilaporkan bantuan kepada mangsa banjir itu mula disalurkan kepada penerima terlibat.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan itu, seramai 100 orang menjadi penerima pertama yang merupakan simbolik kepada bermulanya proses penyaluran bantuan berkenaan. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014


























































































































































































Tahap rasuah: NOW anggap M'sia ketinggalan 10 tahun

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa, kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Oleh yang demikian, katanya dalam satu kenyataan NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam sidang media mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac) yang menyebut bahawa tahap rasuah di setiap negara tidak boleh diukur adalah tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

Alasan yang diberikan oleh beliau: pengukuran tahap rasuah adalah subjektif dan sehingga kini tiada mekanisme untuk mengukur tahap rasuah di setiap negara. Ini menimbulkan persoalan bagaimana SPRM merangka gerak kerja anti-rasuah selama ini sedangkan perkara asas seperti pengukuran tahap rasuah yang sistematik masih gagal dilaksanakan.

Maka tidak hairanlah persepsi sinis rakyat yang percaya bahawa kegiatan rasuah masih berleluasa di Malaysia dan bagaimana rakyat hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah. Ini jelas dinyatakan melalui Laporan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) 2013 oleh Transparency International yang menyenaraikan Malaysia di tangga ke-53, ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36) dan Brunei (38).

Selain daripada ukuran persepsi masyarakat terhadap rasuah, National Oversight and Whistleblowers (NOW) ingin menarik perhatian SPRM bahawa usaha mengukur tahap rasuah secara bersepadu di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan sejak tahun 2001 oleh Global Integrity, sebuah badan NGO antarabangsa di mana Laporan Global Integrity Report telah diterbitkan sejak tahun 2004.

Setakat ini, Laporan Global Integrity Report telah merangkumi 35 negara yang mana usaha ini turut dibiayai oleh United Nation Development Program. Walaupun Global Integrity masih belum membuat kajian terhadap tahap rasuah di Malaysia, SPRM seharusnya tidak menunggu dan sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menggunapakai mekanisme tersebut untuk mengukur tahap rasuah negara.

Sebagai contoh, laporan tersebut menggunapakai prinsip menilai kewujudan, keberkesanan, dan akses rakyat kepada mekanisme anti-rasuah. Melalui kaedah ini, SPRM seharusnya mampu menilai isu seperti ketelusan dalam proses tender kerajaan, kebebasan media, keperluan pendedahan aset dan undang-undang terhadap mereka yang berkepentingan.

Berikut adalah petikan daripada keadah Laporan Global Integrity:

An Integrity Indicators scorecard assesses the existence, effectiveness, and citizen access to key governance and anti-corruption mechanisms through more than 300 actionable indicators. It examines issues such as transparency of the public procurement process, media freedom, asset disclosure requirements, and conflicts of interest regulations.

Kegagalan SPRM untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa. Oleh yang demikian, NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus. - HARAKAHDAILY 3/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014

23 kontraktor projek rumah nelayan ditahan SPRM

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu hari ini menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka.

Pengarahnya Zainal Adam dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini berkata kesemua individu tersebut merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka.

Mereka yang ditahan dalam Ops Ombak itu berumur lingkungan 30-50 tahun telah dibawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12.00 tengah hari untuk membantu siasatan.

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun esok untuk pertuduhan kes.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

Sumber HD - 16-11-2014

No comments:

Post a Comment