BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, November 12, 2014

JALAN TERBUKA KEPADA GOLONGAN LGBT

Jika binatang diberi akal dan boleh berkata kata
Posted on Monday, April 09 @ 12:24:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39034




Bercakap pasal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini teringat penulis bahawa Allah ada menceritakan  dalam Al-Quran yang mulia kisah kaum Luth melalui banyak ayat.



Firman Allah yang maksudanya:
“ maka tatkala datang azab kami. Kami jadikan negeri  kaum Luth itu yang diatas kebawah (kami balikkan) dan kami hujani dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi tubi” (surah Hud ayat 82)

Demikianlah azab yang di kenakan kepada kaum Luth yang melanggar fitrah Allah subhanahu wataala.

Fitrah Allah subhanahu wataala kepada manusia yang ada akal dan boleh berkata kata, perempuan adalah pasangan lelaki dan lelaki pasangan perempuan.

Demikian juga fitrah Allah subhanahu wataala kepada binatang yang tidak akal dan tidak boleh berkata kata.

Barangsiapa yang berpasangan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan itu bukan fitrah namanya.Ia boleh dikenali sebagai songsang.

Jika mereka  masih berpegang dengan indentiti tersebut, maka itu bukanlah hak asasi bagi mereka, kerana ia bukan fitrah manusia.

Sesungguhnya binatang yang tidak ada akal dan tidak boleh berkata kata tetap patuh dengan fitrah yang diberi oleh Allah Subhanahu wataala.

Manusia yang diberi akal dan boleh berkata kata tidak sepatutnya melanggar fitrah tersebut, kerana boleh menilai mana satu yang baik dan mana satu yang jahat.

Binatang tidak pernah melanggar fitrah yang berikan kepadanya. Tiada bintang yang homoseksual  miskipun tiada dosa baginya.

Akan tetapi manusia yang diberi akal melakukan homoseksual merupakan dosa besar dan tergamak melanggar perkara yang sah akan dilaknat dan akan diazab dihari kiamat nanti.
Manusia yang melakukan homoseksual  tarafnya sama dengan manusia yang zalim Sepertimana firman Allah yang maksudnya:

“Yang diberi tanda oleh Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang orang yang zalim” ( surah Hud ayat 82)

Oleh itu Rasulullah SAW bersabda , maksudnya: “ yang paling aku khuatirkan dari kamu adalah perbuatan kaum Luth” (hadis riwayat Ibnu Majah, At Tirmizi dan Hakim)
Rasulullah SAW melaknat  orang yang melakukan perbuatan itu sebagai sabda, maksudnya: “ Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth. Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth. Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth.”

Bukan sahaja setakat melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, malah Rasulullah perintah bunuh mereka itu sepertimana sabda, maksudnya: “  Barangsiapa yang kamu temukan melakukan perbuatan kaum Luth maka bunuhlah pelaku dan sasarannya ( hadis riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ibnu Majah. Dari Ikrimah dan dari Ibnu Abbas)
Ulamak bersepakat bahawa homoseksual termasuk dosa besar yang diharamkan Allah sepertimana firman, maksudnya: “ mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan isteri isteri yang dijadikan oleh Tuhan kamu untuk kamu, bahkan kamu adalah orang orang yang melampaui batas.(surah asy-Syu’ara ayat 165-166)


Lihat apakah kata Allah terhadap kaum  tersebut. Firman yang maksudnya: “Dan kepada Luth kami telah berikan hikmah, dan ilmu dan telah kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk)kota yang mengerjakan perbuatan keji. sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat dan fasik”(surah al anbiya ayat 74)

Sumber TKO - 9-4-2018


Kumpulan Mahasiswa/Alumni USM Pertahan Hak LGBT?
Posted on Thursday, March 22 @ 23:55:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38742



KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media didakwa dikeluarkan sekumpulan pelajar dan alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dikenali sebagai Celebrating Identities membantah penganjuran program tentang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di universiti itu.

Kenyataan media tanpa mendedahkan identiti jurucakap kumpulan itu mendakwa, program “Back to the Fitrah: Menyantuni LGBT Kembali ke Jalan Allah” anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) tersebut berunsurkan homophobik dan transfobik.

“Kami mengutuk pendekatan mahu “membetulkan” LGBT melalui aspek agama. Menggunakan teori-teori yang telah lapuk dan ketinggalan zaman mengenai isu orientasi seksual dan identiti jantina adalah perbuatan diskriminasi.

“Ini juga merupakan bentuk intimidasi dan gangguan yang tidak dapat disangkal berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina yang tidak boleh diterima dan disokong dalam apa jua bentuk,” tegas kenyataan itu hari ini.

Menurut Celebrating Identities, orientasi seksual dan identiti jantina adalah spektrum luas yang merangkumi lebih daripada sekadar cisgenderism dan heteroseksual.

Kata kumpulan itu, LGBT biasanya seperti orang cisgender dan heteroseksual, maka Celebrating Identities percaya kepada hak ahli komuniti LGBT untuk hidup dalam aman dengan jantina dan identiti seksual mereka.

“Langkah-langkah “pembetulan” seperti yang disebutkan bukan sahaja terbukti tidak berkesan, tetapi juga membawa lebih banyak bahaya psikologi kepada mangsa dari langkah-langkah radikal ini,” kata Celebrating Identities.

Celebrating Identities itu mendakwa sedang berusaha mengadakan forum awam tentang LGBT pada April ini bagi menggalakkan perdebatan dan pemahaman yang sihat dalam kalangan pelajar mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender.

“Kami menggesa PMIUSM menghormati kepelbagaian dalam seksualiti dan menamatkan semua bentuk retorik dan aktiviti anti-LGBT.

“Kami sangat menggalakkan pelajar USM dan orang ramai mengecam diskriminasi ke arah LGBT kerana kami mengambil pendirian tegas terhadap sikap tidak bertoleransi sistematik, kebodohan dan ketaksuban,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 22-3-2018



LGBT Semakin Melampau! Lantang Menuntut Hak
Posted on Monday, March 12 @ 22:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38609



BIADAB... Gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan beraninya semakin lantang menuntut pengiktirafan konon atas nama hak asasi.

Semasa Hari Wanita Sedunia pada minggu lalu, golongan LGBT dan Feminisme telah mengadakan seruan menuntut hak di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk memapatkan mesej mahukan diberi hak kepada semua.

Malah, sambutan tersebut dijadikan sebagai kesempatan oleh golongan Feminisme untuk berperanan seolah-olah mereka gigih dalam memperjuangkan hak kaum wanita di Malaysia.

Lebih menyedihkan lagi apabila perhimpunan tersebut turut disertai oleh orang Melayu beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah golongan muda.

Hakikatnya kemunculan golongan LGBT di Malaysia yang dilihat semakin liar dan berpengaruh, boleh membawa kepada ancaman dari aspek agama dan pemerintah.



Mengulas isu itu, Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, perjuangan golongan itu jelas bertentangan dengan nilai agama.

“Mereka mengiktiraf transwomen dan lesbian sebagai satu gender manakala amalam orientasi seks yang bebas perlu diterima masyarakat.

“Semua itu bertentangan dengan nilai agama, budaya dan Perlembagaan. Bahkan, ia juga menyalahi fakta sains dan nilai kesihatan serta kesejahteraan,” katanya kepada akhbar tempatan.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertegas, penerimaan berbentuk gender dan orientasi seks terlarang ini akan memusnahkan struktur kekeluargaan dan seterusnya masyarakat.


Masyarakat seharusnya celik dan mengambil tindakan berkenaan fahaman ini daripada diracuni di minda-minda kebanyakan individu yang mampu merosakkan masyarakat keseluruhannya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Sumber TKO - 12-3-2018


G25 dakwa penguat kuasa agama tingkatkan Islamofobia (Rosak Habis...)
Posted on Monday, December 04 @ 07:38:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37134



Baca sorotan ini yang menunjukkan bahawa kumpulan G25 yang hampir selari dengan Sistem In Islam adalah kumpulan ditubhkan untuk mempertahankan ISLAM LIBERAL dan menjauhi amalan Islam sebenar. Islam liberal sangat bahaya dan makin menular kerana ada parti politik membendung mereka ini.

BERBICARA
mengenai Islamofobia di Malaysia, walaupun situasi ini menjadi fenomena namun rakyat bukan Islam di negara ini sebenarnya tidak mencapai tahap 'ketakutan' terhadap Islam. Ini kerana kita semua sudah hidup berbilang kaum dan aman sejak dahulu.

Bagaimanapun hari ini, terdapat beberapa arahan dan garis panduan yang ditetapkan penguat kuasa agama yang membuatkan individu bukan Islam tidak puas hati dan marah sekaligus meningkatkan Islamofobia dalam kalangan mereka.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, autoriti agama sewajarnya memaparkan teladan yang baik dan bukannya bertindak gila kuasa menjatuhkan hukuman.

"Muslim harus toleransi, ikut saja sunnah Nabi, jangan gila kuasa. Kita Melayu tetapi taksub nak ikut orang Arab, semua Arab buat bagus. Sepatutnya kita bawa budaya Islam Nusantara bukannya agungkan Arab, tradisi dan etika hidup kita tidak sama," katanya kepada Sinar Harian.

Noor Farida yang juga bekas Duta Malaysia ke Belanda menegaskan terdapat beberapa insiden dalam negara yang mencetuskan ketegangan agama akibat tindakan autoriti agama yang tidak sensitif.

"Saya akui memang wujud prejudis dalam kalangan orang bukan Islam tetapi tidak semua, fokus kritikan kita cuma kepada pihak penguat kuasa agama yang dilihat tidak adil kepada orang bukan Islam.

"Mereka (penguat kuasa) agama berlagak nak tunjuk kuasa. Cuma tahu nak jatuhkan hukum, apabila kita bersuara mereka gelar kita liberal, pluralist," ujarnya.

Noor Farida memaklumkan beliau seorang Muslim yang praktikal, solat lima kali sehari dan juga percaya kepada ALLAH dan Rasul.

"Kita (G25) tidak persoalkan akidah, Rukun Islam dan Rukun Iman.Saya seorang Muslim praktikal, saya percaya kepada ALLAH, saya juga solat lima kali sehari, tidak benar mereka menuduh saya liberal," tegasnya.

Berbahas mengenai amalan agama di Malaysia, beliau membangkitkan beberapa situasi yang pernah mencetuskan suasana kurang senang dalam kalangan orang bukan Islam susulan tindakan penguat kuasa agama.

"Contohnya pada Disember 2005, kekecohan berlaku apabila mayat pendaki Gunung Everest, Koperal M Moorthy yang menjadi rebutan antara keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Jawi mendakwa Moorthy memeluk Islam sejak Mac dengan menggunakan nama Mohammad bin Abdullah, sedangkan keluarganya tetap mengatakan dia masih beragama Hindu.

"Selain itu, pada Jun 2014, majlis perkahwinan sepasang pengantin beragama Hindu di Petaling Jaya diserbu beberapa pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki seorang wanita melangsungkan perkahwinan mengikut agama Hindu sedangkan dia mempunyai nama Islam," dedahnya.

Tambah beliau lagi, tindakan itu dilihat mendatangkan impak negatif kepada imej Islam sedangkan Islam ialah agama sempurna.

"Rasulullah SAW sering menghadiri majlis perkahwinan individu bukan Islam, mengusung jenazah mereka, melawat ketika mereka sakit dan meraikan mereka.

Sewaktu rombongan kaum Nasrani menziarahinya, Rasulullah membentangkan tudungnya agar mereka duduk suatu teladan yang indah bagaimana Baginda memperlakukan orang-orang bukan Islam dengan budi bicara yang halus.

"Berbeza dengan protes di Taman Medan, Petaling Jaya yang mendesak menurunkan salib dipasang pada premis berkenaan selepas menerima bantahan penduduk tempatan kerana didakwa memesongkan akidah mereka.

"Sikap seperti ini membuatkan orang bukan Islam marah dan kurang menghormati agama kita," katanya.

Seorang lagi jurucakap G25, Tan Sri Sheriff Kassim berpendapat, tidak betul kelompok Melayu liberal mencemar maruah Islam.

“Tetapi kelompok Melayu ekstremislah yang membawa idea mengarut yang memalukan kita semua. Setiap komen G25 yang membantah kelakuan ekstremis dibuat atas prinsip di bawah perlembagaan Rukun Negara.

“Kelompok G25 berjuang bagi mencapai wassatiyah (the middle way) dan good governance bukan untuk memberi sokongan kaum bukan Melayu atau orang asing,” katanya.
Umat Islam sendiri jadi faktor Islamofobia

Sebagai negara majmuk dan kaya dengan budaya, Malaysia sudah pasti tidak terlepas daripada isu melibatkan kaum dan agama namun keharmonian tetap menjadi keutamaan.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Malaysia dilanda pelbagai ‘fobia’ disebabkan prasangka terhadap nilai, budaya dan kepercayaan lain daripada kita .

Katanya, jurang antara kaum, budaya dan agama semakin ketara apabila ada politikus mengeksploitasikan kesangsian, ketidaksenangan dan ketidakselesaan sensitiviti untuk kepentingan mereka sendiri.

Ti Lian Ker

“Islamofobia wujud bukan saja dalam kalangan bukan Islam tetapi daripada umat Islam sendiri yang risau tentang eksploitasi agama Islam secara keterlaluan atau apabila interprestasi agama diberitahu secara ‘sempit’ dan ‘literal’. Ia menimbulkan kebimbangan kepada mereka yang ingin menegakkan ajaran agama Islam yang tulen dan sebenarnya.

“Malangnya golongan ini yang tidak mahu Islam diperalatkan pula dilabel liberal, songsang atau kafir walaupun padahalnya mereka berpendirian sederhana,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, Islamofobia juga adalah reaksi dan kebimbangan masyarakat bukan Islam apabila ada golongan tertentu yang ingin memperkenalkan perlaksanaan undang-undang yang selama ini dianggap sekular dengan undang-undang atas nama Islam.

Sumber TKO - 4-12-2017


Kempen LGBT Shell: Jangan henti boikot
Posted on Friday, October 13 @ 10:45:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35848



Syarikat minyak gergasi, Shell tidak sepatutnya memberi peluang dengan cara mengadakan kempen menyokong orientasi seksual berbeza golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT).

Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustazah Nur Fatin Halil berkata, Shell perlu memberi bantuan sokongan dari sudut memahami konsep fitrah yang sebenar daripada meraikan kecenderungan golongan LGBT itu.


"Tindakan Shell yang menyokong LGBT adalah satu tindakan yang salah. Cara untuk sokong orientasi seksual yang berbeza ini sepatutnya dengan cara menyedarkan kesilapan mereka yang cenderung kepada fitrah berlawanan daripada asal," katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Semalam, Ismaweb.net melaporkan mengenai kempen mingguan Shell meraikan dan mempromosi kumpulan LGBT sehingga menerima kecaman daripada kebanyakan netizen di media sosial.

Malah, menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.

Syarikat berkenaan turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network' sebagai ruang sokongan untuk golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka untuk bekerja.

Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama telah ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Belanda, Kanada, India dan terbaru pada 2015 di Afrika Selatan.

Mengulas lanjut Ustazah Fatin berkata, rakyat Malaysia khususnya pengguna Shell perlu tegas menunjukkan bantahan terhadap kempen syarikat itu dengan memboikot produknya.

"Dengan cara itu, Shell mungkin akan peka dengan suara majoriti rakyat Malaysia yang menentang kempen itu dan juga golongan LGBT.

"Kita punya banyak inisiatif lain, dan tak perlu bimbang untuk tunjukkan konsisten sokongan kita terhadap boikot ini. Walaupun ia usaha kecil namun memberi impak besar supaya Shell tahu kita tidak sokong mereka dan LGBT," katanya.

Sumber TKO - 13-10-2017



Boikot Shell kerana sokong LGBT
Posted on Friday, October 13 @ 10:43:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35847&mode=thread&order=0&thold=0



Laman Facebook milik syarikat minyak gergasi, Shell diserang oleh pengguna media sosial yang membantah kempen syarikat berkenaan mempromosi sokongan terhadap kumpulan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT).

Kurang 24 jam laman Facebook syarikat berkenaan menukar logonya dengan berlatarbelakangkan bendera pelangi LGBT, lebih 400 perkongsian dan ratusan netizen meninggalkan komen mereka.


Kempen itu menyebabkan rata-rata netizen kesal dan marah dengan Shell, sekali gus menggesa penggunanya berhenti daripada membeli minyak dan produk syarikat terbabit.
"I won't buying Shell anymore," tulis Amy Ames.

"No more Shell products for me," tulis Gerald Murray.

Sementara Farid Hamidi Ramli menggesa orang ramai khususnya pelanggan tetap Shell supaya memboikot syarikat berkenaan.

"Saya fikir Shell adalah syarikat yang berpelajaran. Mereka patut fikir sebaiknya mengenai perkara ini," katanya.

"OMG. Banning this company from my car. If you want to support anything critical like this at least dont make it public. And now face the consequences of you idiotic following," tulis Jay Howard.

Menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.
"Di Shell kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang, begitu juga dengan perniagaan.

"Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang. Atas sebab ity, kami berbangga menyokong kakitangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kami, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina," kata Shell.

Syarikat berkenaan turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network' sebagai ruang sokongan untuk golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka untuk bekerja.

Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama telah ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Belanda, Kanada, India dan terbaru pada 2015 di Afrika Selatan.

Sumber TKO - 13-10-2017

Badan Pendokong LGBT Hantar Surat Kepada Agong Gesa Lepaskan Anwar
Posted on Monday, June 26 @ 07:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35555



Badan antarabangsa pendokong LGBT (Lesbian, Gay, Biskesual dan Transgender), Human Rights Foundation (HRF) yang berpangkalan di New York telah mengemukakan surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

“Anwar Ibrahim dirompak kebebasannya dan hak politiknya kerana popularitinya sebagai pemimpin pembangkang,” kata Thor Halvorssen, presiden HRF dalam satu kenyataan semalam.

“Sekiranya dia (Anwar) diberi perbicaraan yang adil, Ibrahim akan dibebaskan dari tuduhan liwat palsu ini.

“Kami dengan hormat menghormati Baginda Tuanku untuk melakukan perkara yang betul dan menyatukannya dengan keluarganya secepat mungkin, “tambahnya lagi.

HRF adalah sebuah organisasi yang mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia secara global, dengan tumpuan kepada masyarakat tertutup.

“Ambil tindakan ! Gesa Yang di-Pertuan Agong untuk melepaskan Anwar Ibrahim,” arahan HRF kepada pendokong-pendokong organisasi mereka.

Pada 7 Disember tahun lalu, HRF melakukan pembelaan yang sama terhadap Anwar apabila menggesa Mahkamah Persekutuan membebaskan Ketua Umum PKR itu.

“Kesalahan jenayah Anwar adalah hasil sarkas politik yang bertujuan untuk menghalangnya dari kedudukan politiknya, merosakkan reputasinya secara kekal, dan menghilangkan suara pembangkang,” kata Thor Halvorssen.

HRF merupakan penganjur tahanun Oslo Freedom Forum yang mengiktiraf golongan pejuang hak asasi manusia termasuk pejuang LGBT dari seluruh dunia.

Anwar dan anaknya Nurul Izzah merupakan wakil dari Malaysia yang dijemput menghadiri persidangan Oslo Freedom Forum pada tahun 2010 dan 2015.

Sumber TKO - 26-6-2017

Penganjur: Kenapa kami anjur 'big gay iftar'
Posted on Thursday, June 15 @ 17:43:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35447



Berdepan kritikan keras, penganjur acara buka puasa 'Big Gay Iftar' memperjelaskan acara kontroversi yang dikatakan dianjurkan minggu lalu di Bangsar, Kuala Lumpur.

Numan Afifi, presiden Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) – mengakui beliau sendiri diajukan banyak pertanyaan berkaitan acara itu.

Semuanya, kata beliau, gara-gara tersebar rencana oleh sebuah “portal picisan” yang melaporkannya.

Menulis di Facebook, Numan menjelaskan ia dianjurkan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog “supaya kasih sayang dapat disebarkan”.

Acara itu juga, katanya, untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016.

“Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua.

“Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!” katanya.
Menurun Numan, lebih seratus orang hadir ke acara itu untuk menikmati pelbagai juadah Malaysia di samping kurma yang diimport daripada Timur Tengah.

“Kepelbagaian makanan yang Malaysia nikmati adalah cerminan kepada kepelbagaian kita semua sebagai manusia.

"Walaupun rasa yang berbeza, tetapi semuanya tetap diraikan oleh kita semua.
“Bagi pihak rakan-rakan penggerak Campaign for Equality and Human Rights Initiative, kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan kalian.” katanya.

Kebanyakan peserta acara itu dikatakan terdiri daripada aktivis hak-hak LGBT.

Turut diadakan forum berkaitan tragedi Orlando yang melibatkan Pengurus Program Sisters in Islam Suri Kempe, Nisha Ayub daripada Justice for Sisters dan pengasas Transmen of Malaysia founder Dorian Wilde.

Filem berkaitan sejarah LGTB bertajuk Pride turut ditayangkan dalam acara itu.

Acara itu mengundang banyak reaksi orang ramai yang berang dengan tindakan itu. Ada antara mereka menghamburkan gelaran buruk dan makian kepada pergerakan LGBT seperti murtad dan Dajjal.


Bantahan turut dilaporkan diterima daripada tokoh agama dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sumber TKO - 15-6-2017


Selepas berbuka puasa boleh liwat ke? Ini kena tanya ulama parti AMANAH (PAN)
Posted on Tuesday, June 13 @ 19:39:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35420



Kita sebelum ini dikecohkan oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) apabila mereka mahu mengadakan perarakan untuk memberikan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.

Perarakan ini batal kerana masyarakat menolak LGBT, lagi pun perarakan itu diadakan bulan puasa (Ramadan). Tak lama kemudian, mereka menukar strategik mereka mengadakan program berbuka puasa (IFTAR). Mungkin dia orang dapat idea daripada kerancakan puak AMANAH (PAN) dan DAP membuat majlis IFTAR di masjid dan surau.


Menurut laporan portal Menara,my Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.

Mengikut maklumat  program buka puasa (IFTAR GAY) ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar. Numan Afifi turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.


Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.


Lebai pening dengan mereka ini. Sekarang ini mereka sudah berani mendedahkan diri dan mengajur perkara yang sangat bertentang dengan agama seolah-olah untuk mempermainkan amalan agama.

Bayangkan geng lesbian, gay, biseksual dan transgender ni berpuasa dan mereka membuat IFTAR GAY! Jika orang Islam tidak dibenarkan bersetubuh semasa berpuasa dan selepas iftar mereka boleh melakukannya, apakah puak gay ini boleh liwat selepas iftar?

Mana ulama parti AMANAH (PAN) tolong lebai berikan pencerahan. DAP bos kamu tu dah buat hal lagi dengan agama Islam.


Kumpulan liberalisme agama menjadi makin melampau dan "naik toncang" kerana ada parti politik seperti AMANAH (PAN) yang menyokong mereka atas dasar kebebasan agama.

Malah ada pimpinan parti AMANAH (PAN) dengan jelas menyokong kumpulan LGBT dan Sister In Islam atas dasar untuk merais undi mereka.

Umat Islam menjadi keliru, resah dan kecewa kerana sikap sesetengah pimpinan Islam yang MENJUAL AGAMA sendiri atas sedikit kepentingan duniawi.

Ingatlah kisah Nabi Lut a.s. jika Allah menurunkan bala, bala ini tidak mengenai sesiapa semuanya akan dibinasakan. Oleh itu masyarakat Islam kena bendung penularan pegerakan LGBT dan juga mana-mana parti yang menyokong mereka demi menyelamatkan umat ini ditimpa bala.

Kenaikan harga barang, kemudaratan, berluasanya penyakit berjangkit, tiada pekerjaan juga merupakan bala kecil yang kian menimpa masyarakat Islam kerana mereka kini menjauhi agama mereka sendiri.

Apatah lagi ada parti-parti politik mendakwa partinya Islam tetapi mengkhianati perjuangan Islam. Ada juga gerakan Islam bersubahat sama dengan parti politik berkenaan atas tujuan tertentu.


IKRAM yang berada dalam AMANAH (PAN)  kini "mati pucuk" dalam isu ini, betul tak Dr Maszlee Malik?


Sumber TKO - 13-6-2017



Mereka Makin Berani Kerana Ada Parti Politik Sokong Mereka: Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?
Posted on Tuesday, June 13 @ 16:43:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35415



JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.

Acara tersebut terpaksa dibatalkan susulan bantahan orang ramai dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.

Kali ini, satu lagi program yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBT iaitu majlis berbuka puasa membabitkan golongan gay dikatakan terbesar di Malaysia.

Sebuah blog, Menara.my melaporkan, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.


Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar.

Numan yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempen, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Program tersebut turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.
Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?
Sementara itu, menerusi Twitter Pelangi Campaign, badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan hari memperingati pengamal LBGT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.

Pada posting yang bertarikh 10 Jun itu, Pelangi Campaign turut memuat naik gambar sekitar aktiviti mereka yang dinamakan sebagai “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity’ termasuk mengadakan forum dan tayangan filem.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada program tersebut adalah majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT atau hanya program memperingati mangsa korban di Orlando, Amerika Syarikat. –MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-6-2017


Mana Suara mereka dalam isu Umat Islam dan Acaman Kristian Evangelis?
Posted on Sunday, June 11 @ 18:15:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35393



Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling mudah serta dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.


Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Zainah membuat kenyataan tersebut dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu yang menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia.


Kemudian kita diberita luaskan oleh kenyataan Profesor Dr Siti Musdah MuliaTidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.


Siti Kasim semua orang kenal ada buat kenyataan baharu, rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

Lebai hairan tak ada pula ulasan-ulasan daripada ulama yang selalu keluar akhbar dan media dengan isu-isu lain tapi tidak dengan isu-isu ini? Kenapa?

Kita dipolimikkan semula dengan isu wanita tidak perlu bersunat oleh seorang Mufti. Sedangkan bersunat bagi wanita (memotong labia minora) tidak wajib dan perkara ini telah lama dibahaskan. Kenapa tidak diserangnya golongan yang membawa ancaman fahaman Islam kepada generasi muda? Tapi cepat bertindak mencari kelemahan jika ada rakan seperjuangan ingin mendaulatkan Islam.

Ada cerdik pandai universiti (golongan PHD) lebih gemar untuk mencabar debat dalam isu-isu politik seperti RUU 355 kononnya tak menepati Islam tetapi sunyi sepi dalam isu-isu yang mengacam umat Islam kini. Golongan ini sanggup menyediakan video, live youtube bagi membantah kelemahan rakan seperjuangan tetapi sangat pasif dalam isu-isu melibatkan ancaman kefahaman Islam oleh golongan liberal.

Ada pula orang agama yang lebih gemar soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh antara satu sama lain sedangkan ketika ini umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan kedudukan Islam di negara kita. Umat Islam negara kita diancam kristianisasi tapi golongan agama ini leka berbalah soal khilaf.

Ada ulama (dulu ketua persatuan ulama) yang lebih risau dia tidak boleh berkuliah atau berceramah di masjid daripada masalah-masalah umat Islam seperti ancaman fahaman yang dibawa oleh Sister In Islam. kumpulan LGBT,  Gerakan Kristian Evangelis. Ulama ini tidak mahu menegur mereka ini kerana demi mendapat undi untuk menuju PUTRAJAYA. Putrajaya lebih utama daripada yang lain.


Sangat malang kalau ulama sekadar dijadikan 'maskot' untuk sesuatu tujuan. Lagi malang kalau yang dijadikan maskot tak sedar dirinya dipergunakan. Hilang kemulian dirinya, malah didunia ini dia tersisih dengan masyarakat yang mahukan agama.

Lebai Hassan Omar




Sumber TKO - 11-6-2017



Siti Kasim Mahu Kerajaan Benteras Golongan Ulama Demi LGBT
Posted on Sunday, June 11 @ 16:50:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35392



Rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

Siti Kasim mendakwa bahawa golongan pondan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diberkas kerana terdapat peruntukan dalam perundangan Syariah yang membenarkan pihak berkuasa untuk menangkap golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita.


Siti Kasim menambah, "Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral."

Aktivis Orang Asli itu membayangkan masa depan negara ini bakal menjadi seperti Indonesia, di mana pihak penguatkuasa di negara tersebut begitu aktif dalam usaha membanteras golongan LGBT.

"Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras agamawan yang ekstremis yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian."

Siti Kasim sebelum ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi berhubung isu LGBT dan Orang Asli malahan turut menentang sekerasnya pindaan RUU355 selain pernah mendakwa kewujudan Tuhan dirasai dari getaran dari dalam diri seseorang. - Sozcyili.

Sumber TKO - 11-6-2017

Muslimah Boleh Kahwin Kafir – Prof Siti Musdah Mulia
Posted on Sunday, June 11 @ 16:43:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35391



Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.

Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat - ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain. Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak."

Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi. Beliau berkata, "Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri.

Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?" "Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga.

Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana," katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, "Itu bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama.

Ikut sahaja nurani kamu, serius." Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin'.

"Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin' - rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?" tegas beliau.

.........
https://www.menara.my/

Sumber TKO - 11-6-2017
















Isu LGBT; Sokongan Padu Kepada KKM

Saya cukup hairan dengan segelintir manusia yang bermati-matian mempertahankan budaya homoseks. Ringkasnya golongan tersebut dinamakan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Sehingga ada di kalangan mereka mengecam kempen video yang dibuat oleh KKM bagi mengurangkan budaya songsang ini dalam masyarakat.

Lebih menghairankan lagi saya, apabila terdapat juga orang yang mengaku muslim menyokong budaya negatif ini. Walaupun ianya bukan isu haram dari pelbagai agama dunia semata-mata tetapi ianya juga boleh merobek sosial, budaya dan keturunan manusia.

Adakah pengamal LGBT dan penyokong mereka sedar bahawa gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al.? Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks.

Mungkin mereka juga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV. Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. Tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. Fakta dengan jelas mendapati pesakit HIV dikalangan homoseks naik mencanak dari 0.6% (2015) ke 46% (2016). Adakah angka-angka yang dicerap oleh pihak yang bertanggungjawab ini tidak merungsingkan kita?

Tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan kempen pertandingan video kreatif Kebangsaan bermula 1 Jun lalu hingga 31 Ogos yang bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’ itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada remaja mengenai gaya hidup sihat.

Atas kesedaran moral dan tanggungjawab memuncak inilah kempen seumpama ini perlu diteruskan. Matlamatnya murni, agar golongan remaja tidak terjebak dalam budaya songsang tersebut.

Kepada pengamal LGBT, kami tidak akan menganaktirikan anda dalam terus mendapat nikmat perkhidmatan kesihatan. Atas dasar, etika dan prinsip kedoktoran yang kami pegang, “First do no harm” (Primum non nocere), sesekali kehadiran anda ke premis kami akan terus dilayan tanpa prejudis.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik kesihatan Ketengah Jaya

Sumber BO - 6-6-2017


















Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji
Posted on Saturday, June 03 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35240



Putrajaya: Islam tidak mendiskriminasi golongan LGBT dan umat Islam bebas berkahwin dengan golongan kafir tanpa perlu untuk memeluk agama Islam terlebih dahulu, dakwa Irshad Manji.

Beliau sendiri telah pun mengahwini pasangan lesbiannya, Laura Albano pada tahun lepas. Dakwa beliau, "Tentu Dia (Tuhan) tahu apa yang Dia cipta sewaktu Dia mencipta seseorang seperti saya.

Adakah Tuhan melakukan kesalahan?" Beliau menyoal, "Quran mendakwa bahawa semua ciptaan Tuhan adalah ‘cemerlang' dan tiada apa yang diciptakanNya sebagai ‘sia-sia'. Sekiranya Sang Pencipta tidak berhajat untuk menciptakan saya, seorang lesbian, jadi mengapa Dia tidak ciptakan orang lain dan bukannya saya?"

Beliau mendakwa ijtihadnya yang menggalakkan umat Islam untuk berkahwin dengan pasangan kafir tanpa perlu menukar agamanya terlebih dahulu mampu untuk menghalang golongan pemuda dan pemudi Islam keluar daripada Islam kerana cinta. Beliau berkata, "Begitu jelas generasi baru umat Islam amat mendahagakan idea-idea sebegini dan dengan interpretasi dan ijtihad saya berkenaan Islam, saya dapat menghentikan golongan muda dari kalangan umat Islam daripada keluar daripada Islam."

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya lagi.

Beliau juga menuduh bahawa al-Quran adalah tidak sempurna dan mempunyai cacat-cela, dan majoriti umat Islam melakukan suatu kesalahan besar dengan mendakwa bahawa hanya agama Islam adalah jalan sebenar bagi semua manusia.

"Sesiapa yang percaya Islam hanyalah satu-satunya jalan kebenaran bagi umat manusia, pada pandangan saya adalah tidak berlandaskan al-Quran, kerana Quran menggesa kita agar bersikap merendah diri dalam menafsirkan al-Quran."

Dasar pemikiran beliau yang jelas bertentangan dengan pegangan sahih agama Islam telah memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan buku-buku penulisan beliau. Pengharaman buku beliau yang berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta' telah membangkitkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak termasuklah Datuk Zaid Ibrahim yang kini merupakan ahli DAP dan Sarajun Hoda Abdul Hassan, bekas Timbalan Pengerusi perhimpunan haram anti-kerajaan Bersih 2.0.



.....
https://www.menara.my/saya-lesbian-beriman-irshad-manji/

Sumber TKO - 3-6-2017



















Pemuda PAS bimbang kenyataan Pelangi Campaign isu LGBT

1. DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan Pelangi Campaign berhubung langkah Taylor’s University yang membatalkan Kempen LGBT “Courage in the face of adversity”. Kempen tersebut sepatutnya berlangsung pada 6-8 Jun 2017 di Taylor’s University Subang Jaya telah dibatalkan ekoran protes beberapa pihak yang menganggap kempen tersebut tidak sesuai diadakan di negara ini apatah lagi di dalam suasana umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadhan. 
2. Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelangi Campaign bertajuk, “PELANGI CAMPAIGN REGRETS THE CANCELLATION OF TAYLOR’S PRIDE WEEK” bertarikh 18 Mei 2017 itu turut menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bersikap lebih terbuka dan mencontohi pendekatan yang dibuat Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang meraikan kepelbagaian gender dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim di bulan Ramadhan. Untuk rekod, Presiden Penaja kepada Pelangi Campaign ialah saudara Numan Afifi yang juga merupakan Setiausaha Organisasi DAPSY Subang. 
3. DPPM ingin mengingatkan kepada Pelangi Campaign bahawa kebebasan hak asasi manusia ada hadnya di dalam Islam. Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan wajib meletakkan sistem nilai Islam sebagai keutamaan apatah lagi apabila bertembung dengan isu transgender yang jelas mempunyai kaedah tersendiri di dalam Islam untuk menanganinya. 
4. Menganjurkan program seperti Kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang antara acaranya ialah Perarakan LGBT sekaligus menyemarakkan budaya ini di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi pintu kepada penyuburan homoseksual di negara ini. 
5. DPPM turut berpandangan golongan keliru gender tidak boleh diketepikan bahkan wajib disantuni dengan usaha-usaha pemulihan dan bukannya menyemarakkan hak untuk berada di dalam kekeliruan gender. Kehidupan manusia wajib berteraskan kepada dua jenis jantina sahaja ialah lelaki dan wanita dan tidak selain daripada itu. Sekalipun Islam mengiktiraf wujudnya golongan khunsa, namun ia wajib untuk memilih mana-mana jantina selepas dibuktikan dengan kecenderungan dan ujian klinikal. Pengiktirafan ini sekaligus tidak bermakna Islam mengiktiraf amalan gay dan lesbian yang jelas sekali haram. 
6. DPPM turut mempersoalkan adakah parti DAP turut sama merestui LGBT memandangkan keterlibatan setiausaha organisasi DAPSY Subang di dalam gerakan Pelangi Campaign ini? Jika benar, apakah pula pandangan rakan-rakan DAP di dalam Pakatan Harapan? 
7. Persoalan untuk rakyat Malaysia khususnya umat Islam pula, bolehkah Pakatan Harapan diharapkan untuk memperkasakan Islam dan menjaga kesuciannya di dalam suasana seperti hari ini? 
"Mara Menuju Cita"
"Sejahtera Bersama Islam" 
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
24 Mei 2017 | 27 Sya'ban 1438 - HARAKAHDAILY 24/5/2017
Sumberr HD - 24-5-2017 

Kesan gejala lesbian, gay, biseksual dan transeksual

MUTAKHIR ini, seringkali kita dengar tentang isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang melanda negara kita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa bukan sahaja dalam negara malahan di luar negara juga. Perkara ini semakin membimbangkan terutamanya buat masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam. 
Gejala dan kegiatan ini bertentangan dengan sistem kehidupan normal seseorang manusia, akan tetapi mengapak ia telah menjadi suatu perkara yang biasa di dunia amnya dan Malaysia khasnya? 
Berikutan telah diuar-uarkan kelulusan penukaran gender terhadap lelaki atau perempuan di negara ini, gejala LGBT semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda ibarat mengantuk disorongkan bantal. Tindakan golongan ini bukan sahaja memperlekeh kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah boleh menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama. 
Antara garis panduan bagi mengenali golongan lesbian dan gay, simptom gay adalah lelaki yang mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (memakai baju v-neck, sleeveless), suka memakai baju yang ketat mengikut tubuh dengan warna yang terang, lebih cenderung minat kepada lelaki dan suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan. 
Manakala simptom lesbian pula merujuk kepada wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain, menjaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya, lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita dan juga tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki. 
Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula sekitar tahun 1980-an sehingga ke hari ini. Gejala dan kegiatan LGBT semakin meningkat terutama dalam golongan belia dan remaja di peringkat sekolah mahupun IPTA khususnya.
Oleh itu semua pihak harus bertungkus lumus dan berganding bahu bagi membanteras gejala ini daripada terus berleluasa. Antaranya ialah penguatkuasaan daripada pihak berkuasa dengan meningkatkan pembanterasan tempat-tempat golongan ini berkumpul dan membiak. 
Ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengambil tahu simptom gay atau lesbian bagi mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke dalam gejala LGBT ini. 
Selain itu, disarankan agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengedarkan artikel, buku mahupun garis panduan untuk mengenali golongan ini supaya semua pihak dapat memainkan peranan bagi mengelakkan kegiatan semakin menunjukkan peningkatan. Hadis dari Abu Hurairah (r.a) berkata; 
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. 
Dalam kisah Nabi Luth juga ada mengisahkan, baginda mengatakan kepada kaumnya:
Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. 
LGBT jelas menunjukkan kesan dan pengaruh yang sangat negatif terhadap golongan belia di negara kita. Justeru perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak agar golongan ini tidak terus memperlekeh maruah negara kita. 
Ia mesti dicegah melalui pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai penggerak kemajuan negara, golongan belia perlu meletakkan diri mereka sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun yang unggul. 
Sekiranya golongan ini dibiarkan hanyut, apakah akan lahir golongan yang akan melakukan perubahan kearah generasi cemerlang dan negara terbilang yang akan menaikkan martabat bangsa dan negara di tahap yang tertinggi. Maka setiap pihak haruslah berganding bahu untuk mencari inisiatif mengatasi gejala LGBT. – 
HARAKAHDAILY 20/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 21-5-2017 

Homoseksual Fitrah Binatang? Dr Suhazeli Menjawab Zurairi AR
Posted on Tuesday, April 11 @ 07:16:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34442



Saya tertarik dengan pemikiran seorang wartawan akhbar bernama Zurairi AR yang menyokong aktiviti homoseksual. Ulasan tulisan beliau dimuatkan dalam satu portal berbahasa melayu Menara.my.[1] Beliau dengan berani menempelak masyarakat Melayu yang memandang jijik para pelaku homoseksual. Tambahnya lagi perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia' dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Lantas diberi beberapa contoh binatang yang secara fitrah semulajadi mereka berkelakuan homoseks seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo.


Saya cukup kasihan dengan beliau yang mempunyai pandangan serong sehingga sanggup menjatuhkan martabat fitrah semulajadi yang dijanjikan oleh Tuhan. Bukankah manusia ini adalah sebaik-baik kejadian atas mukabumi ini?

Kenapa beliau sanggup meletakkan taraf manusia serendah binatang? Alam haiwan tidak diberi akal yang hebat seperti manusia. Haiwan juga mempunyai nafsu berbeza dengan manusia - nafsu kebinatangan.

Takkanlah hal perbezaan yang sedemikian pun sukar diambil pemikiran oleh Sdr Zurairi AR? Saya amat gerun dengan cadangan beliau agar anak-anak kita dididik supaya dapat meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal. Sementelah sistem pendidikan negara yang menekankan isu moral dan syakhsiah tidak songsang dewasa kini pun, pelbagai gejala sosial timbul.

Apatah lagi jika kita ingin mengikut nasihat songsang perlakuan sumbang homoseks? Mungkin beliau tidak membaca bahawa kegiatan homoseksual lebih mendatangkan mudarat besar dari sudut sosial dan kesihatan.

Gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al. Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.[2]

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks.[3] Mungkin beliau juga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV.[3] Polar jangkitan HIV di kalangan pengamal homoseks amat membimbangkan.

Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks.


Saya mencadangkan beliau menarik balik artikel tersebut supaya tidak mengeruhkan lagi pemikiran rakyat.

Dr. Suhazeli Bin Abdullah
pembaca Menara.my


Sumber TKO - 11-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 























Homoseksual fitrah binatang?









SAYA tertarik dengan pemikiran seorang wartawan akhbar bernama Zurairi AR yang menyokong aktiviti homoseksual. Ulasan tulisan beliau dimuatkan dalam satu portal berbahasa melayu Menara.my. Beliau dengan berani menempelak masyarakat Melayu yang memandang jijik para pelaku homoseksual. Tambahnya lagi perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Lantas diberi beberapa contoh binatang yang secara fitrah semulajadi mereka berkelakuan homoseks seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo. 
Saya cukup kesian dengan beliau yang mempunyai pandangan serong sehingga sanggup menjatuhkan martabat fitrah semulajadi yang dijanjikan oleh Tuhan. 
Bukankah manusia ini adalah sebaik-baik kejadian atas mukabumi ini? Kenapa beliau sanggup meletakkan taraf manusia serendah binatang? 
Alam haiwan tidak diberi akal yang hebat seperti manusia. Haiwan juga mempunyai nafsu berbeza dengan manusia - nafsu kebinatangan. Takkan lah hal perbezaan yang sedemikian pun sukar diambil pemikiran oleh Sdr Zurairi AR? 
Saya amat gerun dengan cadangan beliau agar anak-anak kita dididik supaya dapat meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal. 
Sementelah sistem pendidikan negara yang menekankan isu moral dan syakhsiah tidak songsang dewasa kini pun, pelbagai gejala sosial timbul. Apatah lagi jika kita ingin mengikut nasihat songsang perlakuan sumbang homoseks? 
Mungkin beliau tidak membaca bahawa kegiatan homoseksual lebih mendatangkan mudarat besar dari sudut sosial dan kesihatan. Gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al. Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks. 
Mungkin beliau jga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV.[3] Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. 
Saya mencadangkan beliau menarik balik artikel tersebut supaya tidak mengeruhkan lagi pemikiran rakyat. – HARAKAHDAILY 5/4/2017
Sumber HD - 5-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Mansuh hukuman khalwat: G25 galak perbuatan zina
Posted on Monday, December 19 @ 10:20:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32899



BANGI, 18 Rabiulawal 1438H, Ahad – Cadangan dan saranan kumpulan yang kononnya dianggotai oleh individu Melayu profesional – G25 berhubung pindaan undang-undang berkaitan khalwat dan memansuhkan hukumannya, dianggap sebagai menggalakkan perbuatan zina di Malaysia.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, individu yang menggalakkan kepada perbuatan jenayah dalam Islam seharusnya ditangkap dan dihukum.


"Apabila mereka menentang undang-undang khalwat yang berkesan mencegah perbuatan zina daripada berlaku dengan mudah, maka itu bermakna mereka menggalakkan zina," katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu semalam, yang mempersoalkan jenayah khalwat di Malaysia selepas anggota polis dan seorang lagi cedera, ekoran dua sebuan yang dilakukan, baru-baru ini.

Ia berikutan awal bulan ini, seorang anggota polis terbunuh ketika cuba melarikan diri daripada serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan memanjat keluar melalui tingkat empat sebuah apartment, manakala dalam serbuan berasingan, seorang lagi cedera parah apabila terjun dari sebuah bangunan.

Jurucakap G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, kes kematian akibat kemalangan dan kecederaan ini sepatutnya meningkatkan perhatian orang ramai, sama ada kesalahan seperti khalwat itu perlu terus menjadi satu jenayah, memandangkan pelaksanaannya di bawah undang-undang syariah sering membawa malu kepada sistem keadilan negara.

Membidas kenyataan itu, Ustaz Mohd Hazizi berkata, kes kematian melibatkan kejadian melarikan diri daripada pihak berkuasa bukan hanya berlaku ketika penguatkuasaan undang-undang khalwat sahaja, bahkan turut merangkumi undang-undang lain.

"Undang-undang tetap undang-undang, tidak perlu dimansuhkan atas kelemahan pihak penguatkuasa. Kalau pihak penguatkuasa memilih bulu, maka perbetulkan pihak penguatkuasa, bukan mansuh undang-undang.

"G25 adalah golongan yang tidak kisah anak dan cucu mereka berkhalwat dengan isteri atau suami orang. Bertaubatlah. Saranan G25 boleh menggalakkan keruntuhan rumahtangga yang lebih dahsyat," katanya. - ISMAWEB

Sumber TKO - 19-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kumpulan Pro-LGBT Buat Anugerah Perlekehkan Mufti Perak
Posted on Tuesday, August 30 @ 18:57:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31500



Kumpulan pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) memperlekehkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan memberi anugerah ‘menghina intelektual’

Bagaimanapun, Harussani yang diberikan anugerah dinamakan ‘Anugerah Aiyoh Wat Lah!’ tidak hadir semasa majlis itu diadakan di Petaling Jaya semalam, sebaliknya ‘anugerah’ itu disampaikan sesama ahli kumpulan mereka, di antara Datuk Noor Farida Ariffin, jurucakap kumpulan G25 dengan salah seorang ahli kumpulan LGBT.

Anugerah ‘menghina intelektual’ dibuat berdasarkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual) dan transfobik (antitransgender).

Majlis Anugerah itu dianjurkan salah satu tulang belakang BERSIH, Joint Action Group on Gender Equality (JAG) bersama kumpulan mahasiswa di universiti swasta Gender Equality Initiative (GEI).

Sumber TKO - 30-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LGBT Sokong #Tangkap MO1, Mahu Hak Diiktiraf
Posted on Monday, August 29 @ 00:40:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31489



KUALA LUMPUR - Di samping hitam putih yang menjadi warna rasmi perhimpunan haram #Tangkap MO1, juga kelihatan bendera pelangi melambangkan perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikibar megah.
Ia sekali gus menggambarkan kumpulan yang mengamalkan amalan dikutuk oleh Allah SWT ketika era Nabi Luth dan dilaknat Nabi Muhammad SAW turut menyokong perjuangan penganjur #Tangkap MO1 menentang kerajaan Malaysia yang diketahui anti-LGBT.

Perkara itu turut dilaporkan portal berita propembangkang dengan memaparkan cerita beberapa peserta yang bangga dapat mengibarkan bendera kemegahan golongan LGBT tersebut sewaktu berarak di pusat bandar raya memberi sokongan kepada kempen #Tangkap MO1.

Seorang wanita dikenali sebagai Ng Xiang Yi yang memegang bendera itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menyokong himpunan tanpa permit pihak berkuasa itu tetapi pada masa sama berharap agar isu kesamarataan gender juga dapat diberi perhatian oleh penganjur.

“Kita harap lebih ramai orang bersuara (dalam isu gender),” katanya yang secara tidak langsung memberi gambaran demonstrasi haram itu perlu memasukkan sekali agenda perjuangan terkutuk LGBT jika berhasrat menganjurkan perhimpunan sama sekali lagi pada masa depan.

Kumpulan LGBT pernah muncul memeriahkan demonstrasi jalanan Bersih 4.0 tahun lalu selain peserta gerakan murtad dan Muslim Liberal Pluralisme sehingga dikecam umat Islam kerana dianggap mahu menjadikan Malaysia mengiktiraf hak asasi songsang Barat.

Dalam pada itu di sebalik kehadiran lebih 500 anggota polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka demi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur, masih juga berlaku kekecohan tetapi lucunya melibatkan peserta terlibat sendiri.– Mynewshub.cc/HAA



Sumber TKO - 29-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haiwan Pun Dapat Membezakan Jantan dan Betina……….

Syarikat pakaian sukan multinasional Nike telah membatalkan kontrak dengan peninju ‘megastar’ Filipina Manny Pacquiao atas kenyataan beliau yang dibuat dalam beberapa hari lalu.
Pacquiao mengatakan bahawa gay adalah ‘lebih teruk daripada haiwan’.

Dalam satu kenyataan yang diperolehi oleh media Amerika Syarikat pada Rabu, syarikat itu berkata, “Kami mencari komen Manny Pacquiao hina. Nike kuat menentang sebarang bentuk diskriminasi dan mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong dan berdiri untuk hak-hak masyarakat LGBT.”

manny_pacquiao

Pacquiao dihormati di Filipina kerana memenangi kejuaraan tinju dunia dalam lapan kelas berat badan yang berbeza dalam kerjaya 20 tahun beliau, ditamatkan kontras secara tiba-tiba selepas temubual 30 saat pada minggu ini dengan televisyen tempatan mengenai perkahwinan sejenis.

Beliau menentang hubungan luar tabie itu.

“Ia adalah diketahui ramai. Adakah kamu melihat haiwan mengawan (dengan) jantina yang sama? Haiwan adalah lebih baik, mereka boleh membezakan antara lelaki dan wanita (jantan dan betina),” Pacquiao memberitahu TV5 pada Isnin.

“Sekarang jika lelaki mengawan dengan lelaki dan wanita dengan wanita, maka mereka adalah lebih teruk daripada haiwan,” katanya.

Pacquiao kemudian meminta maaf atas kenyataan beliau dalam video yang diterbitkan pada suapan Twitter beliau pada Selasa.

Sumber BO - 18-2-2016

Islam Liberal, Islam Progresif, Sosialis proksi Amerika terbongkar dengan lawatan Obama

Posted on Wednesday, December 09 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Proksi Amerika di Malaysia Akhirnya Diketahui

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.

Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.

SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.

Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.

Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.

Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.

Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.
Dan macam-macam lagi.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.

Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.


Bahasa lebih tepat, mereka juga adalah proksi Amerika Syarikat seperti UMNO, Barisan Nasional dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

Sumber LINK

Sumber TKO - 9-12-2015


Lembu yang dikatakan bodoh, Singa yang dikatakan ganas dan jahat pun tolak seks sama jantina
Posted on Thursday, November 26 @ 14:26:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KECUALI beberapa orang yang kurang siuman, rasanya rata-rata orang kita – tanpa mengira kaum dan agama – tidak bersetuju seks sama sejenis. Islam menentang, agama-agama lain pun tidak menyokong amalan ini.

Waimma haiwan pun tidak pernah melakukan amalan ini. Sebodoh-bodoh lembu, dan segarang-garang singa pun tidak sanggup berasmara sesama jantina.

Perihal ada negara lain mengiktiraf LGBT, konon atas alasan hak asasi, itu dia orang punya fasal. Tetapi mereka tidak boleh mencampuri dan cuba mempengaruhi suara berdaulat kita supaya menyokong amalan seks songsang itu.

Hatta sekiranya yang cuba masuk campur itu adalah pemimpin negara paling berkuasa di planet bumi, termasuk Presiden Barack Obama.

Tetapi jangan sekali-sekali beliau mencadangkan supaya kita menghormati hak kumpulan seks sejenis. Beliau mungkin orang paling berkuasa dan ditakuti seluruh dunia. Namun beliau tidak boleh memaksa orang mengikut telunjuknya dalam hal seks songsang.

Malang sekali Sabtu lalu ketika berada di KL, Presiden Amerika Syarikat itu dilaporkan berkata, negara patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender sebagai hak asasi.

Katanya, seperti yang dilaporkan media, polisi kerajaan mengenai perkahwinan juga perlu adil kepada semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Nampak sangat Obama tidak prihatin terhadap sensitiviti orang kita. Atau, boleh jadi beliau faham tetapi sengaja hendak menguji dan mencabar kesabaran kita. Sikap kurang ajar dan keangkuhan inilah menyebabkan kemarahan sesetengah orang kita.

Tidak ramai yang berani menegur sikap biadab seperti itu. Kerajaan tidak berkata apa-apa, agaknya bagi mereka kenyataan pemimpin No.1 dunia tidak ada kesan negatif.

Boleh jadi juga kita rasa amat terhutang budi kepada negara Epal Besar itu. Atau mungkin kita ingin terus meminta budi dari AS. Jadi apa yang dikatakan oleh pemimpinnya kita tidak berani membidas.

Hatta sekian banyak NGO yang selama ini mengaku pejuang bangsa dan penegak agama pun membisu seribu bahasa terhadap celopar dan loklak Sang Presiden. Tidak ada yang mengangkat bendera, tidak ada yang berarak di Dataran Merdeka.

Maka saya tabik spring dan angkat topi kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang berani dan tegas menyatakan bantahan terhadap presiden besar yang selalu digambarkan sebagai polis dunia itu.

Presiden NGO berkenaan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membidas tindakan pemimpin dan tetamu asing itu dan menyifatkan kenyataan berkenaan kurang sopan. Beliau menuntut Obama menarik balik kenyataan tersebut.

Dalam surat kepada Joseph Y. Yun, Duta Besar AS di KL, Zainul menegaskan negara ini konsisten menolak LGBT. Kata beliau: “Kami mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung AS yang membenarkan perkahwinan sejenis. Namun, keputusan itu tidak boleh terpakai untuk negara berdaulat lain seperti Malaysia yang mendukung nilai-nilai moral teras yang berbeza.”

PPMM mahu Obama meminta maaf kepada Malaysia. Kalau Obama jenis insan prihatin dan tahu mengambil hati kawan, beliau mungkin menarik balik kenyataan tersebut.

Kalau beliau ada sifat rendah diri dan sedar akan keterlanjuran itu, mungkin beliau – melalui pejabat kedutaan – akan mengeluarkan pernyataan maaf kepada rakyat Malaysia. Harap-harap sehari dua ini beliau memohon maaf.

Tetapi rasanya beliau bukan jenis manusia yang sedia memohon maaf, walaupun atas kesalahan dan keterlanjuran yang lebih besar. Almaklumlah, baginya kita terlalu kerdil, maka kitalah yang perlu selalu melutut kepadanya!

Lagi pun Obama bukan pemimpin AS pertama yang berlaku biadab ketika berada di negara kita. Tentu semua masih ingat satu ketika dulu Naib Presiden AS, Al Gore, datang ke KL untuk satu acara rasmi kerajaan.

Pada satu majlis beliau terang-terang mengangkat tangan sambil memekik ‘reformasi!’ pada hal ketika itu seluruh negara sedang bergelut menentang reformasi.

Al Gore secara sedar menghina kedaulatan kita, terus meninggalkan majlis, dan sampai sekarang tidak pernah memohon maaf. Dia tidak kisah pun sensitiviti majoriti rakyat. Itulah gaya orang besar. Angkuh.

Lebih sedekad lalu Al Gore datang menghina kita dengan jeritan reformasi. Beberapa hari lalu Obama datang mempertahankan LGBT. Dan, kita seperti tidak bergigi! - SH

Sumber TKO - 26-11-2015




Obama datang Malaysia untuk kata hormati LGBT?
Posted on Tuesday, November 24 @ 13:09:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

"Assalamualaikum,,

Inilah hakikatnya, Preseiden Amerika sedar Umno sebagai pemerintah tidak membenarkan LGBT diiktiraf oleh undang undang dan tidak diizinkan mempunyai kehidupan mereka sendiri.Setidak tidaknya Islam masih bernafas dengan tindakan Umno ini tetapi Obama hadir untuk menyampaikan mesej agar kerajaan mengubah dasar terhadap LGBT, dasar yang sudah dipersetujui oleh DAP dan semacam diikuti oleh PKR  cuma sehingga kini DAP dan PKR bukan pemerintah, pemerintahnya tetap Umno yang  menolak LGBT.Ancaman bagaimanapun sedang hadir disekeliling kita, lantas apa tindakan kita, umat Islam?

Kita kena akui bahawa sejak bersama PR lagi, DAP dan PKR setuju dengan LGBT.Kita umat Islam seharusnya sedar dengan bahaya munculnya satu komoniti baru dalam negara yang bertenggek atas nama LGBT sekiranya undang undang meluluskan kehadiran LGBT.Kita juga harus faham bahawa PH yang diujudkan sekarang tidak menjadikan agenda perjuangannya untuk menentang LGBT sebalik ianya setuju dengan Obama.


Lantaran itu menjadi tugas setiap umat Islam memastikan LGBT tidak muncul dalam negara kita dengan cara yang jelas, ia itu, tolak PH dan perjuangannya.Selebihnya, setiap seorang dari kita haruslah "tepuk dada, tanya iman"

Sumber TKO - 24-11-2015































Legalisasi perkahwinan sejenis: Tewasnya sebuah norma kemanusiaan

Posted on Friday, July 03 @ 16:32:20 MYT by paktam

Oleh Mohd Zakir Ali Mohd Taib

Baru-baru ini hangat dengan perdebatan "perkahwinan sejenis" selepas pihak Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat bertindak mengiktiraf perjuangan golongan terbabit.

Situasi yang berlaku di negara Uncle Sam itu agak signifikan ekoran kedudukan pengaruhnya di pentas global jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Sebelumnya, tanpa kebanyakan dari masyarakat kita sedari, hal sedemikian juga turut berlaku di beberapa negara yang mana wujud segolongan pihak yang aktif mempromosikan perkahwinan sejenis itu agar mendapat keabsahan dari sudut undang-undang negara masing-masing. 


Antaranya adalah negara tempat kakak saya menuntut ilmu iaitu Ireland. Saya berminat untuk berkomentar mengenai Ireland kerana ianya lebih dekat dengan saya memandangkan banyak khabar semasa yang saya dengar dari kakak saya yang belajar di sana.

Pada Mei lalu, Ireland mengadakan referendum samaada untuk mengiktiraf atau menolak perkahwinan sesama jenis. Lebih 60% rakyatnya mengundi "Ya", sekaligus menyaksikan negara itu bakal mengiktiraf sebuah perkahwinan yang bertentangan dengan fitrah dan normal manusia majoritinya. 

Kemenangan disifatkan monumental ini turut memperlihatkan dominasi mutlak pihak yang pro "same sex marriage" apabila lebih 70% penduduk bandar dan lebih 50% penduduk luar bandar turut mengundi "Ya".

Meskipun majoriti masyarakat Ireland menganuti agama Kristian berfahaman Katolik yang terkenal keras menolak hubungan sesama jantina, namun ianya gagal memberi impak kepada kebanyakan golongan muda. Ireland menurut sejarahnya pernah melarang perkahwinan sejenis dan dianggap sebagai kesalahan jenayah sehingga 1993.

Dogma tersebut hari demi hari berubah apabila negara itu diresapi dengan pandangan-pandangan cara hidup sekular dan liberal termasuk dalam kalangan parti-parti politik disana. Disitu petanda kekalahan pihak gereja kepada gerakan-gerakan politik dan NGO hak asasi manusia didalam mencipta pengaruh terutama dikalangan anak muda yang menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan "perkahwinan sejenis" dalam referendum terbabit.

Begitu juga hal yang berlaku dengan Amerika Syarikat. Satu ketika Amerika pernah dilihat hampir mustahil untuk menghalalkan homoseksual ekoran kuatnya pegangan konservatif. Sekitar tahun 50-an, di bawah Presiden David Eisenhower, pegawai kerajaan yang didapati mengamalkan homoseksual akan dipecat, menggambarkan begitu konservatifnya pegangan masyarakat Amerika satu ketika dahulu.

Namun, segala-galanya berubah apabila pola fikir cara sekular dan liberal mula menebal ke dalam minda masyarakat mereka. Lebih-lebih lagi, selepas wujudnya pandangan dalam ilmu psikologi, kecenderungan seks sesama jantina itu adalah merupakan salah satu penyakit mental. Maka,
bermulalah gerakan-gerakan yang memperjuangkan hak-hak komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual).

Menurut para pengkaji, gerakan-gerakan ini pada awalnya mula membina pengaruh dengan meniru cara gerakan bawah tanah seperti komunis. Kemudian mereka bergerak dengan agak radikal menerusi kumpulan "Gay is Good" yang mengheret kepada terjadinya beberapa peristiwa seperti tragedi Stonewall, yang mengorbankan aktivis gay akibat kekerasan pihak polis.

Semenjak itu, kumpulan-kumpulan ini mendapat simpati sebilangan masyarakat sekaligus menjadikan mereka semakin berani berkempen menggunakan berbagai media sehingga mampu meraih sokongan lebih ramai pihak. Hasilnya, seperti apa yang berlaku baru-baru ini apabila akhirnya perkahwinan sejenis berjaya dilegalisasikan.

Kemenangan mereka ini saya sifatkan sebagai kekalahan kepada nilai norma kemanusiaan. 

Kekalahan cara hidup normal manakala kemenangan kepada cara hidup tidak normal. Hal ini ekoran perkahwinan sesama jantina ini berlawanan dengan sifat fitrah majoriti manusia.

Selain mereka hanyalah minoriti, apa yang lebih menghairankan majoriti manusia yang berlawanan dengan sifat mereka itu boleh bersetuju pula? Kemudian timbul pula tanggapan "mental disorder" kepada golongan sebegini.

Seandainya, ia benar-benar sebuah penyakit maka bagaimanakah kaedah rawatannya? Apakah dengan mengiktiraf kehendak nafsu mereka maka itu satu kaedah penyembuhan ke atas "sakit" yang dialami mereka? Manakala mereka yang cenderung kepada seks sesama jantina lebih rela dianggap "orang gila" asalkan kehendak hawa nafsu mereka dipenuhi? Bukankah gelaran "orang gila" itu satu penghinaan?

Di samping itu, di manakah rasionalnya untuk perkahwinan golongan ini mendapat pengiktirafan seandainya ia tidak memenuhi sifat berumahtangga itu sendiri iaitu untuk mendapatkan zuriat? Dan bukankah ia boleh dianggap sebagai sebuah penafian kepada hak kelahiran bayi (child's birthright)?
Memandangkan tiada bukti perubatan, perkahwinan sejenis mampu mendatangkan zuriat. Tidakkah kehidupan manusia satu hari nanti bakal tidak seimbang? Justeru itu, pakar perubatan dan psikologi perlu merungkai dengan lebih terperinci permasalahan yang dialami mereka ini.

Saya berasa simpati kepada golongan yang mempunyai kecenderungan seks sesama jantina ini. Saya rasa mereka memerlukan bimbingan dan rawatan sekiranya mereka benar-benar pesakit mental.

Dalam konteks Malaysia pula, gerakan-gerakan Islam tidak seharusnya memandang remeh situasi yang berlaku di Amerika dan Ireland itu. Apatahlagi, pelajar Malaysia yang menuntut di Dublin satu ketika pernah dikaitkan dengan kontroversi perkahwinan sejenis.

Justeru, sebagai Muslim yang bercita-cita untuk melihat nilai-nilai Islam dimartabatkan maka kita harus bersedia untuk mendepani cabaran pemikiran baru ini. Walaupun setakat ini tiada lagi negara Islam yang membenarkan perkahwinan sejenis, namun kita perlu lebih berhati-hati kerana isu LGBT ini kelihatan sudah mula berjinak-jinak untuk diketengahkan dalam negara kita.

Suka untuk saya memetik kata-kata salah seorang pejuang gay yang ternama di Ireland iaitu Senator David Norris, kata beliau "this is a big placard from the people of Ireland to the rest of the world saying this is the way forward".

Kata-kata beliau ini boleh kita anggap sebagai peringatan terhadap masyarakat dunia termasuk Malaysia. Untuk mengelak daripada isu ini menjadi mainstream dalam negara kita, maka kita perlu segera menyaingi kumpulan yang memperjuangkan perkahwinan sejenis ini.

Kita perlu mendekati golongan yang cenderung kepada seks sesama jantina ini dengan memahami fitrah mereka, menyantuni mereka, membantu mereka serta membimbing mereka dengan nilai-nilai agama. Sebarkan salam kepada mereka serta berikan harapan, semangat dan dorongan untuk mereka agar berubah. Pertontonkan akhlak Islam yang menjunjung nilai-nilai murni didalam dakwah, bukannya malah memerli, merendah-rendahkan dan memulau mereka.

Dengan menjadikan bekas-bekas LGBT yang sudah bertaubat sebagai ikon dan contoh dilihat sebagai strategi terbaik untuk berdakwah kepada mereka yang masih bergelumang dengannya.

Sentuhan dakwah mereka yang pernah mempunyai pengalaman bergelumang dengan LGBT mungkin akan lebih memberi kesan kepada golongan ini.

Itupun jika kita sungguh-sungguh mahukan kemenangan dipihak kita!

Sumber DD - 3-7-2015 

N Sembilan akan rayu isu lelaki berpakaian wanita

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua perkara itu ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Nov lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.

"Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.

"Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad.

Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka difailkan sebelum 6 Dis ini.

"Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya.

Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Sumber HD - 29-11-2014






































JFS tentang usaha pulihkan golongan mak nyah

BALQIS JAMALUDIN | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan tetap meneruskan usaha untuk mengembalikan golongan mak nyah kepada fitrah asal mereka menerusi Program Mukhayyam walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM Zakuan Sawai berkata Program Mukhayyam secara tidak langsung berjaya menginsafkan peserta malah ada dalam kalangan mak nyah ingin kembali ke pangkal jalan.

"Ada mak nyah yang telah menukar jantina melalui pembedahan dan telah insaf datang meminta bimbingan secara berterusan dari JAKIM," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jelas beliau, Program Mukhayyam ini tidak menjanjikan golongan mak nyah untuk kembali menjadi lelaki sejati secara mendadak, namun JAKIM berusaha mencegah mereka daripada melakukan maksiat.

Beliau berkata demikian sebagai menangkis kenyataan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Justice for Sisters' (JFS) dan segelintir golongan mak nyah dalam laporan sebuah portal berita online berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain mendakwa Program Mukhayyam mempunyai agenda tersembunyi dan 'berbahaya'.

Menurut Zakuan, JFS yang hanya terdiri daripada 13 ahli jawatankuasa dan kebanyakan bukan Islam tidak memahami usaha murni JAKIM itu.

Katanya, anggota JFS yang kebanyakan merupakan golongan profesional seperti doktor dan peguam turut mempengaruhi golongan mak nyah supaya tidak kembali ke pangkal jalan.

JFS turut mendakwa, selain tidak mewajibkan solat berjemaah dalam jadual program, para peserta juga dipaksa memakai pakaian lelaki ketika mendirikan solat.

Menjelas lanjut perkara berkenaan, Zakuan berkata pihaknya tidak memaksa peserta untuk bersolat secara jemaah sebaliknya mereka melakukannya secara rela hati dan memilih imam dalam kalangan mereka serta dengan sendirinya memakai pakaian lelaki ketika solat.

"Kami amat terharu dengan perkara yang dilakukan peserta ini, mujur mereka tidak memakai telekung, bayangkan jika suatu hari nanti, ada lelaki memakai telekung dan bersembahyang bersama jemaah perempuan," katanya.

"Malahan kebanyakan peserta yang mengikuti program ini berasa tidak selesa dengan kehadiran aktivis berkenaan kerana selalu menghasut mereka.

"Selain itu, para peserta juga memberi sokongan dan kata semangat kepada kami (JAKIM) untuk menghadapi karenah mereka (aktivis transgender)," katanya sekali gus menangkis tohmahan yang dilemparkan aktivis transgender terhadap program murni berkenaan.

Dalam pada itu, Zakuan menyeru aktivis transgender seperti JFS untuk tampil berbincang secara baik dengan JAKIM bagi merungkai permasalahan ini.

Program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam ini telah dimulakan pada awal 2011 dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri yang sehingga kini berjaya menarik sebanyak 500 peserta.

Selain pengisian program keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri, Program Mukhayyam juga memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti lasak seperti 'flying fox', sukan bola sepak dan sepak takraw. - BERNAMA

Sumber HD - 25-11-2014






























Alasan penghakiman buka jalan perkahwinan sejenis

ZALINA MAIZAN NGAH | .


KUALA LUMPUR: Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

"Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

"Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

"Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat," kata Hakim Mohd Hishamudin. - Bernama

Sumber HD - 12-11-2014

No comments:

Post a Comment