BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 3, 2018

PAS DAN HALEHWAL KELANTAN SERAMBI MEKAH (JILID 12)

Lapangan terbang Sultan Ismail Petra kedua sibuk







KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan kerajaan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan.
Beliau mengemukakan soalan itu semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bertindak sebagai sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan merupakan lapangan terbang domestik kedua paling sibuk selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
“Lapangan terbang ini mengendalikan 171 operasi penerbangan seminggu. Buat masa ini kerajaan hanya fokus kepada pembangunan KLIA aeropolis yang dikenal pasti sebagai salah satu teras strategik dalam pelan perniagaan Malaysia Airport Holding Berhad,” ujar beliau.
Dalam soalan asal, beliau meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Apakah Kerajaan bersetuju bahawa Kerajaan sebelum ini telah mendiskriminasikan Kelantan dalam soal pembangunan infra seperti yang berlaku kepada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Marzuk turut mengemukakan soalan tambahan dengan mempersoalkan selain daripada KLIA yang disebut, di manakah lapangan terbang yang berada dalam rancangan pihak kementerian untuk dijadikan sebagai lapangan terbang aeropolis.
“Saya juga mohon penjelasan daripada pihak kementerian bagaimana dengan status pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di kawasan parlimen yang saya wakili,” tambah beliau.
Menjawab soalan tersebut, Kamarudin berkata bagi lapangan terbang selain KLIA, mereka akan mempelajari daripada kejayaan atau sebaliknya di KLIA terlebih dahulu.
Bagi lapangan terbang di Pengkalan Chepa, kawasan tersebut tidak mempunyai keluasan yang mencukupi untuk pembesaran. – HARAKAHDAILY 5/12/2018

Sumber HD - 5-12-2018

ICERD: Kelantan cuti peristiwa 9 Dis










SEMPENA dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.
InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.
YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

Sumber HD - 5-12-2018

Kelantan kekal had umur kahwin






KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan mengekalkan had umur perkahwinan bagi lelaki 18 tahun manakala perempuan 16 tahun.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas satu Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur: Penilaian dan Pendekatan Holistik di Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini.
"Hasil dari persidangan ini dibentangkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri menerima rumusan ini supaya dikekalkan had umur ini.
"Sekiranya perkahwinan dilakukan di bawah umur ini, dia mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa dan mahkamah akan mengeluarkan surat selepas bertemu pengantin termasuk keluarganya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Amar menambah, keputusan itu dilakukan dengan menilai suasana golongan belia dalam masyarakat pada hari ini yang semakin terdedah kepada teknologi maklumat.
Tujuan utama kata beliau, bagi mengelakan berlaku perbuatan zina, malah dalam Islam sendiri mengalakan perkahwinan sekiranya persediaan dilakukan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 5/12/2018
Sumber HD - 5-12-2018

Persidangan bentang 90 kertas kerja














KOTA BHARU: Sebanyak 90 kertas kerja berkaitan pendidikan Islam akan dibentang pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam pada 4 dan 5 November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi negeri, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program tersebut merupakan agenda tahunan dianjurkan di Kelantan.
"Ini merupakan amalan setiap tahun kerajaan negeri. Tahun ini merupakan kali keenam. Persidangan diselang-selikan setiap tahun antara peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya di sini.
Menurutnya juga pihak penganjur menjemput tujuh pakar pendidikan bagi membentangkan isu-isu yang berkaitan pendidikan Islam pada persidangan tersebut.
Seminar dua hari itu akan diadakan di Hotel Grandriver View dan dijangka dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Menurut beliau juga usaha persidangan tersebut diadakan bagi mengambil manfaat tenaga pakar tempatan dan antarabangsa untuk dilaksanakan dalam sektor pendidikan Islam di Kelantan. - HARAKAHDAILY 1/11/2018

Sumber HD - 1-11-2018





Kelantan komited jaga kelestarian hutan


KERAJAAN Negeri Kelantan sentiasa memberi komitmen dan perhatian bagi menjaga kelestarian hutan dan alam sekitar dalam Negeri Kelantan. Di bawah Seksyen 10 (1)(e) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985, Hutan Tadahan Air (HTA) merupakan salah satu daripada kelas fungsi bagi Hutan Simpan Kekal (HSK) di bawah kelas Hutan Perlindungan. Maka, sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan seluas 35 898 hektar sebagai Hutan Tadahan Air iaitu meliputi 5.85 peratus daripada 613 275 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal.

Hari ini Kerajaan Negeri memperkasakan komitmen ini dengan meluluskan pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air baharu meliputi kawasan seluas 92 697 hektar yang melibatkan 70 kompatmen dalam 11 kawasan jajahan hutan dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan. Ini menjadikan keseluruhan Hutan Tadahan Air yang diwartakan adalah seluas 128 595 hektar iaitu 20.97 peratus daripada keseluruhan Hutan Simpan Kekal.

Hutan Tadahan Air ini adalah sangat penting kepada alam sekitar yang mana ia berfungsi sebagai:-

●     Bagi melindungi kawasan Hutan Simpan Kekal yang mempunyai ciri-ciri kawasan tadahan bagi tujuan menjamin sumber air secara berkekalan.

●     Bertindak sebagai kawasan konservasi kepelbagaian biologi hutan.

●     Sebagai kawasan penyelidikan dan pembelajaran dalam aspek pemeliharaan dan perlindungan kawasan Hutan Simpan Kekal untuk tadahan air.

●     Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat umum mengenai peranan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dalam pemeliharaan dan perlindungan kawasan tadahan air.

Langkah pewartaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri ini adalah bagi memastikan hutan dalam Negeri Kelantan sentiasa terpelihara bagi mencapai kelestarian alam sekitar untuk kesejahteraan dunia sejagat serta memenuhi tanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

YAB USTAZ DATO' AHMAD YAKOB
(Dato' Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan - HARAKAHDAILY 27/9/2018

Sumber HD - 27-9-2018

‘Airport’ Kota Bharu tampung 2 juta penumpang


TUMPAT: Projek pembesaran Lapangan Terbang Ismail Petra di Kota Baharu sudah lama diuar-uarkan kerajaan persekutuan, namun sehingga sekarang belum menjadi kenyataan.

Malah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Abdul Aziz Kaprawi memberitahu projek itu membabitkan anggaran kos RM172 juta, dipohon untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Lapangan terbang terbabit yang masih bertaraf domestik antara paling sibuk di negara ini, menampung lebih 1.6 juta penumpang setahun.

Bagaimanapun di bawah kerajaan baharu sekarang, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata, kerajaan Persekutuan melulus peruntukan RM500 juta untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut.

Katanya, kemudahan yang ada sekarang tidak mampu menampung keperluan semasa.

“Tahun ini dianggarkan lebih 2 juta penumpang menggunakan lapangan terbang itu. Proses tender akan mula dibuka pada 2020.

“Bila siap nanti, lapangan terbang ini mampu menampung kapasiti penumpang sehingga 4 juta orang,” ujarnya selepas majlis pecah tanah pembesaran Stesen Keretapi Tumpat dan Depot di sini hari ini. - HARAKAHDAILY 27/9/2018

Sumber HD - 27-9-2018

Lebih luas hutan simpan diwarta kawasan tadahan


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mewartakan 92,697 hektar (228,961 ekar) hutan simpan di seluruh negeri itu sebagai kawasan tadahan air baharu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jumlah itu sebagai tambahan kepada kawasan sedia ada yang diwarta pada 2008 membabitkan keluasan 35,898 hektar (88,668 ekar).

Katanya dengan penambahan kawasan baharu itu menjadikan keluasan keseluruhan seluas 128,595 hektar (317,629 ekar).

“Jumlah berkenaan meliputi 20.97 peratus daripada keseluruhan hutan simpan kekal yang ada di negeri ini,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Menurutnya juga penambahan kawasan tadahan itu selaras dengan Seksyen 10(1)(e) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang memberi kuasa kepada negeri.

Katanya, ia bertujuan untuk menyediakan seluas mungkin kawasan tadahan air di sesebuah negeri.

“Dua kawasan membabitkan Orang Asli iaitu Pos Dakoh dan Belatim di Gua Musang antara yang diwartakan sebagai tadahan air.

“Ini sekali gus menjadikan kawasan tersebut bebas daripada aktiviti pembalakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/9/2018












Sumber HD - 26-9-2018

Orang Asli: Pusat setuju tindakan Kelantan



KOTA BHARU: Kerajaan Pusat bersetuju dengan tindakan yang diambil Kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah oleh Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, R. Sivarasa berkata, dengan menjadikan beberapa kes mahkamah terdahulu sebagai garis panduan amat wajar diambil kira.

Menurutnya, begitu juga langkah diambil kerajaan negeri berhubung proses pewartaan tanah rizab masyarakat itu yang dibuat secara berperingkat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Pertemuan sejam itu diadakan di bilik pejabat timbalan menteri besar itu di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri melancarkan proses pewartaan itu yang kini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan.

"Secara dasarnya, pendirian Pusat mengenai isu tanah Orang Asli ini sama dengan dasar kerajaan negeri.

“Kita bersetuju supaya kes ini diselesaikan mengikut panduan daripada kes-kes mahkamah terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Amar, mengucapkan terima kasih di atas kesudian timbalan menteri itu mengunjunginya.

Katanya, diharap kunjungan itu akan memberi kebaikan yang lebih baik untuk rakyat. - HARAKAHDAILY 24/9/2018

Sumber HD - 24-9-2018

Tumpu belajar, jauhi tempat berisiko



KOTA BHARU: Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) diingatkan memberi tumpuan kepada pelajaran sepanjang berada di luar negara termasuk Timur Tengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan pada masa yang sama mengingatkan pelajar tidak mengunjungi tempat yang berisiko bahaya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seorang pelajar Yayasan Islam Kelantan yang meninggal dunia Ahad lalu setelah lemas di Sungai Nil, Qanatir, Mesir.

Anak Kelahiran Pasir Putih, Muhammad Arif Aiman Mohd. Husaida, 21, dilaporkan lemas ketika memancing bersama-sama rakannya.

Mohamed Fadzli menambah, untuk meluangkan waktu yang ada digalakkan, bagaimanapun jauhi tempat-tempat bahaya.

“Jaga diri sendiri sewaktu berada jauh di perantauan,” ujarnya hari ini.

Sebaik sahaja dimaklumkan perkara tersebut, Fadzli bersama Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Yakob bergegas ke Mesir.

Abdullah mengimami solat jenazah di masjid yang berdekatan dengan Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu Sabi' Kaherah.

Turut menyempurnakan solat jenazah rakan-rakan pelajar anak Kelantan di sana.

Sehari berikutnya Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi mengunjungi keluarga berkenaan di Kampung Cherang Ruku, Semerak Pasir Putih.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa allahyarham, Nor Tek Ab Wahab, 45, dan Mohd Husaida Mat Shahih, 52. (foto atas) – HARAKAHDAILY 20/9/2018

Sumber HD - 221-9-2018

'Sifat dia suka melawan orang’



KOTA BHARU: PAS menyifatkan tindakan Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Dato' Seri Anifah Aman keluar Umno bukan perkara baru selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu.

Malah Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah percaya langkah tersebut sebagai permulaan yang akan diikuti oleh lebih ramai ahli serta pimpinan tertinggi Umno lain.

Beliau berkata, situasi itu disebabkan mereka hidup dalam kemewahan selepas 60 tahun pemerintahan BN di negara ini serta kurang pengalaman sebagai pembangkang.

"Ini mungkin proses kesudahan Umno, saya rasa bukan Dato' Pa dengan Dato' Anifah sahaja, saya percaya ramai lagi yang akan mengikut mereka selepas ini.

"Sebab mereka ini sudah biasa hidup senang jadi kerajaan, dia tiada pengalaman jadi pembangkang, bila jadi pembangkang ini sudah perit sebagaimana dirasai PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan beliau di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati di sini pagi tadi.

Mohd Amar turut menafikan tindakan pimpinan tertinggi Umno itu berpunca daripada Muktamar PAS di Terengganu baru-baru ini.

"Kami tiada apa-apa hubungan lagi antara PAS dan Umno, cuma baru duduk sekali, minum air sekali, mengorat pun belum, bertunang jauh sekali.

"Jadi apa yang menjadi masalahnya, tidak tahu ke mana lagi," soal beliau kepada pemberita sekali gus menjawab tuduhan musuh parti bahawa PAS sudah bergabung dengan Umno.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang mendakwa PAS merupakan dalang perpecahan orang Melayu, jawab beliau, PAS mempunyai sejarah yang panjang bersama Perdana Menteri ketujuh itu sudah mengenali siapa serta tindak tanduk beliau dalam arena politik.

"Tun Dr. Mahathir ini sifat dia suka melawan orang, bermula zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman pun dia lawan sampai keluar Umno, naik pentas PAS lawan Tunku.

"Zaman Pak Lah dan Najib pun begitu juga, semua orang dia lawan, itu perangai dia, kita hendak kata macam mana," katanya sambil menegaskan PAS terbuka kepada semua pihak. - HARAKAHDAILY 21/9/2018

Sumber HD - 21-9-2018


Bina badan patuh syariah 13 Okt



KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah pada 13 Oktober depan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, 'Cabaran Mr Awang Selamat 2018' yang diadakan buat kali ketiga itu menerima lebih 50 penyertaan.

Beliau berkata, penyertaan ini bukan sahaja dari Kelantan malah dari Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Selepas pada ini, kita akan menggerakkan publisiti kepada aktiviti ini secara agresif, tidak agresif pun kita sudah dapat melebihi 50 penyertaan, kita akan gerakan lagi.

"Kita turut menawarkan penyertaan kepada mana-mana pertubuhan serta agensi kerajaan, kita dapat maklumat Persatuan Bina Badan Malaysia bakal menyertai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini selepas mengadakan pertemuan bersama pengiat sukan berkenaan di negeri ini.

Turut hadir Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), Ustaz Nasruddin Muhaidin dan Yang Dipertua Persatuan Awang Selamat Anak Kelantan (Pasak), Azaizuree Ahmad. – HARAKAHDAILY 19/9/2018

Sumber HD - 19-9-2018

Kelantan sedia realisasi pendaratan minyak



BACHOK: Kerajaan negeri pernah melakukan persediaan bagi memastikan minyak mentah dapat disalurkan ke pantai Kelantan sejauh 150 kilometer melalui paip dasar laut.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob baru-baru ini dilaporkan mengumumkan komitmen kerajaan negeri bagi memastikan pendaratan minyak dapat direalisasikan.

Usaha itu diterjemahkan apabila kerajaan negeri sejak 1990-an menyediakan kawasan seluas 2,000 ekar di Pantai Senok, Bachok dekat sini dalam Dun Tawang sebagai pusat pendaratan minyak dan gas.

Malah bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga turut menyediakan satu kawasan untuk menempatkan semula penduduk yang terlibat dengan projek tersebut.

"Kerajaan negeri ketika itu sudah melakukan perancangan serta pelan serba serbi bagi memastikan projek pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok ini dapat dilaksanakan.

"Saya sudah tengok perancangan ini dalam sebuah dokumen di Pejabat Tanah dan Pengawa, termasuk perancangan untuk pengambilan tanah," kata Penghulu Kampung Senok, Yusoff Mohamood, 66.

Beliau antara individu yang dapat melihat sendiri hasrat kerajaan negeri ditadbir PAS, bersungguh untuk memajukan kawasan terbabit selepas telaga minyak ditemui. – HARAKAHDAILY 18/9/2018

Sumber HD - 18-9-2018

Penerbangan sulung Surat Thani-Kota Bharu



KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Air mengadakan laluan baharu terus dari Kota Bharu ke Surat Thani, Thailand dua kali seminggu bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman penerbangan antarabangsa itu diadakan pada hari Isnin dan Selasa.

“Semoga laluan baharu tersebut akan terus merancakkan sektor pelancongan antara Kelantan dan Thailand,” katanya selepas menyambut ketibaan pelancong dari Surat Thani di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

Seramai 50 pelancong kebanyakannya warga negara Eropah serta Amerika Latin menyertai penerbangan sulung ATR 72 Malindo Air antara kedua-dua laluan.

Hadir sama menyambut ketibaan pelancong, Pengurus Malaysia Airports Sdn Bhd Kelantan, Abdul Halim Othman; Pengurus Stesyen Malindo Air, Mohd Nazri Abdullah dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Penerangan Pelancongan Negeri, Mohd Sabilly Mohd Ramli. – HARAKAHDAILY 17/9/2018

Sumber HD - 17-9-2018

Sejak 1990-an sedia pusat pendaratan gas



KOTA BHARU: Sumber kekayaan bumi Kelantan dialih ke tempat lain ketika era 1.0 pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gas di perairan Kelantan didaratkan ke Songkhla kemudian disalur semula ke Gurun, Kedah. Sedangkan kerajaan negeri sejak 1990-an menyediakan kawasan seluas 2,000 ekar di Pantai Senok, Bachok sebagai pusat pendaratan gas.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri sudah menyediakan kawasan pendaratan petroleum di Bachok, namun ia tidak diusahakan pihak terbabit.

Oleh itu beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan menimbang semula pendaratan minyak dan gas asli di lokasi terbabit.

“Rakyat Kelantan dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan sudah tentu akan mendapat manfaatnya sekiranya projek itu dilaksanakan.

“Pada masa yang sama industri hiliran akan tumbuh dengan pesat,” katanya

ketika menyampaikan Amanat Khas sempena Tahun 1440 Hijriah, di Dewan Utama Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Dato' Abdullah Ya'kub dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nazran Muhammad. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Sumber HD - 13-9-2018

Rapatkan saf elak pihak gugat akidah ummah



KOTA BHARU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha membangunkan Kelantan berasas acuan Islam serta seimbang antara pembangunan duniawi dan ukhrawi.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembangunan negeri itu dipacu berdasarkan ‘Merakyat Membangun Bersama Islam’.

“Alhamdulillah, masyarakat Kelantan sentiasa menyokong dan mendokong dasar yang dibawa tersebut. Semoga Allah memberkati segala usaha bagi memartabatkan Islam di muka bumi ini,” katanya pada perutusan Tahun Baru Hijriah 1440.

Sambutan Hijrahtul Rasul peringkat negeri diadakan di Masjid Ismaili Pasir Pekan malam tadi dirasmikan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dato’ Mohd Nassurudin Daud, anggota-anggota Exco dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh.

Ustaz Ahmad juga berkata, sempena tahun baharu hendaklah kita berganding bahu, bersatu-padu, merapatkan saf dan mengeratkan kesatuan.

Katanya, kesatuan itu dapat membendung usaha pihak tertentu untuk menggugat akidah ummah, meruntuh moral, memecah keharmonian dan keamanan negara. – HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018

Adun Tawang dianugerah Tokoh Hijratul Rasul



KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato' Hassan Mohamood, 63 dianugerah sebagai Tokoh Hijratul Rasul peringkat negeri 1440.

Pemilihan Adun Tawang itu mengambil kira sumbangannya memartabatkan pelaksanaan syariat Islam di Kelantan.

Antara sumbangannya menyediakan kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di setiap jajahan ketika berkhidmat sebagai Exco. Beliau juga antara pencetus kewujudan Skuad Amru bagi membantu Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda bidang Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad Saud, Riyadh itu juga pernah dilantik Pegawai Agama Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi.

Tokoh Saudara Baru pula dianugerah kepada Pandak Busu, 78 yang merupakan Orang Asli suku kaum Temiar dari Pos Tuel, Gua Musang. Beliau menganut Islam pada 17 Julai 1997.

Beliau merupakan antara individu pertama yang memeluk agama Islam, bahkan seluruh pos berkenaan kini 100 peratus menerima Islam di bawah kepimpinannya sebagai Tok Batin.

Manakala pemilik syarikat pemaju perumahan Md Rashid Mohamad, 64 dianugerah sebagai Tokoh Usahawan Daei 1440 Hijriah.

Beliau merupakan Pengarah Urusan Pingat Harmoni Sdn Bhd, dilahirkan pada 30 Disember 1954 di Kampung Pulau Raja Tumpat.

Beliau menginfakan sebahagian hartanya terhadap perkembangan Islam khususnya di Tumpat.

Antara jasanya membina Masjid Nurul Hidayah di Mukim Gerong serta mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid serta tanah perkuburan Islam.

Mereka menerima anugerah disampaikan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra sempena sambutan Hijratul Rasul 1440 Hijriah di Masjid Ismaili malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob; anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Nassuruddin Daud dan kepimpinan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018

Tidak boleh guna akal ulas perundangan Islam



KOTA BHARU: Sikap pemimpin tertentu kecoh terhadap pelaksanaan perundangan Islam dianggap mewarisi penentangan yang berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam.

Bekas pensyarah Dato’ Dr Johari Mat berkata, sikap penentangan seperti itu bukan perkara pelik kerana ia berlaku ketika awal perkembangan Islam lagi.

Katanya mereka geger juga kerana tidak pernah mendengar mengenai hukuman dalam Islam sebelum ini.

“Sedangkan perundangan Islam sudah lama ada cuma kita yang tidak tahu,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, hukuman sebat dijalankan Mahkamah Tinggi Syariah di Terengganu terhadap pesalah lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dalam Islam.

Baru-baru ini dua pasangan lesbian di Terengganu dijatuhi hukuman sebat berdasar Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), di tempat terbuka di mahkamah.

Dr Johari yang juga Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru berkata, manusia tidak boleh menggunakan akal sendiri terhadap perundangan syariah. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018


Ribut: Kelantan sumbang RM50,000 kepada T’ganu



BEBERAPA daerah di Negeri Terengganu telah dilanda ribut besar dua hari lalu dan menyebabkan banyak kerosakan. Saya mewakili Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan mangsa ribut tersebut.

Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan. Apa yang kita miliki semuanya adalah anugerah dan pinjaman daripada Allah SWT.

Saya difahamkan lebih 1,800 buah rumah dan lebih 30 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kelantan berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menampung sedikit sebanyak bebanan mangsa ribut berkenaan.

Salam hormat.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
24 Zulhijjah 1439H/5 September 2018 – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018


Hukuman pesalah syariah di masjid



KOTA BHARU: Hasrat rakyat Kelantan untuk menyaksikan pelaksanaan sistem perundangan Islam di tempat awam akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah diwartakan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peraturan itu sudah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 2017 kini sedang dalam proses untuk diwartakan.

Menurutnya, beberapa lokasi tumpuan telah dicadangkan bagi melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai antaranya ialah dewan tertutup, masjid serta di kawasan stadium.

"Baru ini kita pinda enakmen ini dalam Dun pada 2017 tetapi sehingga kini masih dalam perhatian untuk diwartakan sahaja, ia sudah diluluskan dalam Dun.

"Apabila ia diwartakan kelak, ini akan membolehkan kita melaksanakan hukuman merotan di khalayak ramai itu sahaja," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah di sini pagi tadi. – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018


3 rakyat Kelantan guna kapcai ke Makkah



KOTA BHARU: Rakyat Kelantan bakal mencatat satu lagi rekod apabila menggunakan kapcai berkuasa 135 menunaikan umrah.

Tiga sahabat terbabit akan mengikuti perjalanan sejauh 14,000 kilometer selama dua bulan.

Mereka akan merentasi lapan negara termasuk Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi melibatkan kos sebanyak RM40,000 setiap seorang.

Ketua kumpulannya, Diami Yusoff, 58, berkata, beliau bersama dua rakannya

menerima sokongan padu pelbagai pihak termasuk kalangan peminat sukan bermotor.

Kata beliau mereka bakal berhadapan cabaran getir di India kerana cuaca melampau dan laluan bersalji.

“Setakat ini sebahagian urusan visa sudah selesai dan kami sekarang menumpukan aspek kecergasan dan kesihatan diri,” katanya pada sidang media di Pejabat Tourism Malaysia di sini semalam.

Dua lagi yang terbabit dengan misi kembara umrah tersebut iaitu Mohd Zalani Zulkifli, 64 dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40,

Diami juga berkata, Kelantan Bike Week 2018 akan diadakan pada 15 September ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV bagi menampung dana pengembaraan mereka.

Program itu mendapat kerjasama Tourism Malaysia dan Urusetia Belia dan Sukan negeri. - HARAKADAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018


Kelantan miskin, rakyat pandai: Tun M separuh benar



SAYA bersetuju dengan sebahagian kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini. Menurut beliau (seperti yang dilaporkan oleh portal online Malaysiakini), Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, dan ini disebabkan Kerajaan Negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Setuju saya itu berdasarkan kepada pengakuan beliau bahawa rakyat Kelantan pandai. Pandai rakyat Kelantan itu telah dibuktikan dalam masa tempoh 28 tahun bermula tahun 1990 di mana rakyat Kelantan secara total menolak Barisan Nasional pada tahun tersebut pada ketika Perdana Menteri pada masa itu ialah Perdana Menteri yang sama pada hari ini. Termasuk tahun 1990, sebanyak tiga kali Pilihan Raya Umum rakyat Kelantan telah menolak Tun Dr Mahathir sehinggalah beliau berundur pada tahun 2003. Di dalam Pilihan Raya Umum terkini pada Mei yang lepas juga, rakyat Kelantan (dan Terengganu) sekali lagi membuktikan kepandaiannya dengan tidak memberikan satu kerusi pun kepada Pakatan Harapan yang telah menobatkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Justeru, sangat benar kata-kata Tun Mahathir bahawa rakyat Kelantan pandai bahkan bagi saya, sangat pandai.

Adapun berhubung dakwaan beliau bahawa Kelantan miskin sehingga memerlukan bantuan Kerajaan Pusat, suka untuk saya merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 27 Oktober 2017 di bawah tajuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018. Di dalam Lampiran E iaitu di bawah tajuk Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016, Kelantan dinyatakan telah menerima sejumlah RM397,989,333.00. Jika dibandingkan dengan Negeri Selangor, negeri tersebut telah menerima sebanyak RM761,803,058.00 di bawah peruntukan Perbendaharaan Negara untuk tahun 2016.

Tidaklah dinafikan kelayakan Selangor menerima peruntukan yang lebih banyak kerana jumlah pemberian tersebut berasaskan kepada keperluan tersendiri termasuklah bilangan penduduk. Namun, jika dinyatakan bahawa Kelantan negeri miskin sehingga terpaksa dihulurkan bantuan, maka sukalah dinyatakan bahawa tidak ada satu pun negeri di Malaysia yang tidak menerima peruntukan di bawah Perbendaharaan Negara.

Jika ditinjau kepada senarai berkenaan, dapat dilihat bahawa Negeri Johor menerima sebanyak RM802,219,813.00, Kedah (RM373,288,565.00), Pahang (RM391,115,129.00), Sabah (RM1,086,260,027.00) dan Sarawak (RM1,159,277,479.00). 

Jika boleh saya ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, sejak bilakah Kelantan menjadi miskin sehingga terpaksa menerima bantuan Pusat itu? Jika dikatakan miskinnya Kelantan sejak tahun 1990 kerana ditadbir oleh PAS, maka saya kira bekas pemimpin-pemimpin PAS yang berada dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini perlu berbisik sepatah ke telinga Tun kerana tohmahannya itu sekali gus memburukkan pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz selama 23 tahun di Kelantan. Wallahualam jika bekas-bekas pemimpin PAS dalam Pakatan Harapan hari ini turut setuju bahawa pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah menyebabkan Kelantan jatuh miskin.

Atau mungkinkah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir itu ialah Kelantan tiba-tiba menjadi miskin selepas ditadbir oleh YAB Dato Bentara Kanan Menteri Besar sekarang? Ia lebih lagi ajaib kerana kemiskinan berlaku secara tiba-tiba hanya kerana pertukaran Menteri Besar pada tahun 2013.

Satu lagi, saya kira kenyataan Tun Dr Mahathir ini sekali gus telah menjawab kenyataan anaknya sendiri Datuk Seri Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah. Pada 1 Julai 2018, Mukhriz dilaporkan telah mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mencari kaedah baharu untuk mengagihkan hasil kutipan cukai negara secara saksama kepada semua negeri terutamanya negeri yang berpendapatan rendah. Menurutnya, “Kedah ini negeri tercorot dari segi hasil pendapatan dan kita tiada minyak atau gas jadi tak dapat royalti. Sebab itu, saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan boleh agihkan dengan saksama hasil kutipan cukai untuk manfaat bersama terutamanya kepada negeri berpendapatan rendah seperti Kedah.” 

Kenyataan tersebut diulangi pula di dalam sidang Parlimen baru-baru ini. Jadi, hari ini bapanya iaitu Tun Dr Mahathir telah memberikan petunjuk secara tidak langsung agar Kedah boleh berikhtiar mencari sendiri sumber pendapatan tanpa bergantung kepada Kerajaan Pusat kerana Kedah dipimpin oleh parti yang cerdik. Jangan jadi seperti Kelantan.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
1 September 2018 - HARAKAHDAILY 1/9/2018

Sumber HD - 2-9-2018

Pengikut syiah ditahan akan didakwa




KOTA BHARU: Penularan fahaman syiah dapat dihalang di mana kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi mengekang penyebarannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan yang didapati bertentangan dengan agama akan ditahan tanpa mengambilkira latar belakang parti politik.

"Nak kata serius sangat itu tidaklah cuma kita kena bendung dari awal, tetapi penyiasatan tetap dilakukan dan mereka yang ditahan akan didakwa.

"Sebelum ini kita hanya mendengar gerakan penganut syiah tetapi selagi kita tidak boleh buktikan, kita tidak boleh mengambil tindakan," katanya

selepas merasmikan Seminar Bahaya Islam Liberal di Kelantan Trade Center (KTC) di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Shahidani Abdul Aziz, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Dato' Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato' Dr Johari Mat.

Baru-baru ini seramai 50 pengikut syiah ditahan di Jalan Sri Cemerlang bersama naskhah buku yang berkaitan dengan mazhab terbabit.

Ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dilapor hadir pada sebuah markas syiah di selatan Thailand. – HARAKAHDAILY 2/9/2018

Sumber HD - 2-9-2018

Akibat ‘blockade’ 120 Orang Asli hilang kerja



GUA MUSANG: Seramai 120 ketua keluarga Orang Asli di pedalaman Gua Musang kehilangan pekerjaan sejak sekumpulan suku kaum Temiar mengadakan sekatan (blockade) laluan.

Sebelum ini mereka bekerja dengan syarikat pembalakan dan ladang yang terdapat tidak jauh daripada penempatan Orang Asli.

Pengerusi Badan Perhubungan Persatuan Orang Asli Se-Malaysia Cawangan Kelantan, Ajom Alang berkata, akibat ketiadaan pekerjaan sejak sekatan laluan dibuat sekumpulan Orang Asli penduduk terbabit berdepan masalah kewangan.

Katanya, mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap lagi bagi menyara kehidupan keluarga akibat tindakan segelintir masyarakat Orang Asli yang didalang pihak dari luar.

“Sekatan laluan yang dibuat sejak akhir 2016 banyak menyusahkan penduduk Orang Asli. Syarikat pembalakan dan ladang terpaksa menghentikan pekerja kerana mereka tidak boleh beroperasi.

“Jadi masyarakat Orang Asli terpaksa kembali kepada pekerjaan tradisional bagi menyara kehidupan keluarga.

“Sedangkan sebelum ini mereka boleh bekerja dengan syarikat pembalakan dan ladang yang terdapat tidak jauh daripada penempatan penduduk terbabit,” katanya ketika ditemui di Kuala Betis, semalam.

Pada Isnin lepas Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh sekatan laluan pembalakan di Cawas, Kuala Wok dan Kaleg dengan dibantu pasukan keselamatan.

Difahamkan tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984. Tahun lepas juga diambil tindakan serupa apabila kumpulan yang membuat sekatan enggan membuka laluan.

Aceng Along dari Pos Bihai berkata, sebelum ini masyarakat Orang Asli di pedalaman sukar untuk keluar membeli keperluan harian di Kuala Betis.

“Setiap kali melalui sekatan dibina kumpulan Orang Asli terbabit saya terpaksa merayu meminta dibuka sekatan.

“Kumpulan Orang Asli itu yang didalang Jaringan hanya membenarkan motosikal sahaja melintasi. Kalau kenderaan empat roda mereka tidak benarkan,” ujarnya.

Katanya juga beliau sudah acap kali menasihatkan kumpulan Orang Asli terbabit kerana tindakan mereka menyusahkan orang ramai.

Namun kata beliau mereka sebahagian besar anak-anak muda tidak tahu apa sebenar yang diperjuangkan dan sekadar terpengaruh pihak luar yang mahu menentang kerajaan negeri.

Menurutnya juga penduduk Orang Asli di pedalaman begitu gembira apabila Jabatan Perhutanan meroboh sekatan tersebut minggu lepas. - HARAKAHDAILY 2/9/2018

Sumber HD - 2-9-22018


Gerakan pemikiran songsang makin berani


FIRMAN Allah Taala:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَن يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu ketika kaum Musyrikin yang memusuhi kamu menghulurkan tangan untuk menyerang kamu, lalu Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Maidah: 11)

Tahun ini merupakan genap 61 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan. Nikmat kemerdekaan ini merupakan satu anugerah yang besar dan berharga buat kita semua yang wajib disyukuri dan dijaga. Segala anasir dan perbuatan yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan keamanan negara hendaklah dibendung dengan tegas.

Erti kemerdekaan seharusnya difahami dengan lebih meluas iaitu bukan sahaja memerdekakan tanah air daripada penjajahan fizikal, tetapi melibatkan penjajahan minda dan pemikiran. Terdapat pelbagai gerakan pemikiran yang songsang dan menyalahi norma kemanusiaan yang semakin berani untuk menyebarluaskan fahaman mereka. Perkara ini harus dibendung bagi mempertahankan keharmonian dalam negara Malaysia yang tercinta.

Islam sebagai agama Persekutuan seharusnya dihormati sepenuhnya. Saya mengharapkan, segala usaha bagi memartabatkan agama Islam dan memperkasakan pelaksanaan hukum syariah disokong dan didokong sepenuhnya sebagai memenuhi hak agama Islam sebagai agama Persekutuan tanpa dinafikan hak agama lain untuk diamalkan secara aman.

Saya juga ingin menyeru rakyat Kelantan secara khusus supaya mengambil semangat kemerdekaan ini untuk dijadikan pemangkin bagi berusaha memerdekakan diri daripada sikap buruk dan perbuatan yang menyalahi ajaran agama dan undang-undang. Semoga Negeri Kelantan dirahmati dan diberkati serta berjaya menjadi sebuah negeri yang sejahtera dengan tertegaknya ajaran dan syiar Islam.

‘Sayangi Malaysiaku’ yang menjadi tema bagi Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini wajar dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua bangsa, agama dan etnik yang wujud dengan saling menghormati dan berganding bahu demi membangunkan negara dan masyarakat.

Selamat Hari Kebangsaan 2018.

Allahuakbar.

‘Merakyatkan Membangun Bersama Islam’
‘Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan’

YAB USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
(DATO’ BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN - HARAKAHDAILY 31/8/2018

Sumber HD - 31-8-2018


Penjajahan bentuk baru makin menular



PASIR MAS: Ketika usia Malaysia kini mencecah 61 tahun, namun negara berhadapan penjajahan dalam bentuk baru dan halus sehingga mampu menghakis pegangan umat Islam.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penularan fahaman serta gerakan yang bertentangan dengan Islam semakin berleluasa.

Menurutnya, suasana itu bertambah buruk apabila media baru dalam era globalisasi tanpa sempadan menyebabkan penyebaran ideologi itu semakin mudah.

"Menjadi kerisauan kepada kita sekarang, penjajahan datang dalam bentuk yang baru dan halus melalui media baru yang sangat mudah sebar.

"Oleh itu kita perlu berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup dan bernegara supaya kuasa penjajah tidak mudah bertapak," katanya pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri di Mini Stadium Pasir Mas hari ini.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato' Abdulla Ya'kub, Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan tempur tanpa senjata dan nyanyian sempena kemerdekaan. - HARAKAHDAILY 31/8/2018

Sumber HD - 331-8-2018


1 Sept harga barangan meningkat semula



TUMPAT: Dua hari lagi rakyat negara ini akan menerima bebanan baru apabila muncul semula cukai terselindung, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuatkuasakan bermula 1 September ini.

Kerajaan mengumumkan sebanyak 793 barangan dicukaikan 5 peratus dan 5,612 barangan pula dicukaikan pada kadar 10 peratus.

Manakala sebanyak 25 kategori perkhidmatan dicukaikan pada kadar 6 peratus.

Seorang usahawan sektor binaan menjangka harga barangan keperluan akan meningkat mulai 1 September ini dan mungkin melebihi pada era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Hujahnya semasa tiga bulan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan pada Jun hingga Ogos tidak juga berlaku penurunan harga.

“Harga barangan tetap kekal seperti era GST. Cuma yang berbeza ketika pembelian tiada lagi dicatat cukai 6 peratus pada resit barangan yang dibeli.

“Sedangkan harga barangan tidak banyak berubah. Sepatutnya apabila cukai tiada bermakna harga barangan akan turun,” katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan gagal untuk memaksa peniaga menurunkan harga seperti era sebelum GST kerana kelemahan aspek penguatkuasaan.

Kata beliau kerajaan sukar untuk bertindak terhadap peniaga kerana sistem kapitalis dan pasaran bebas yang diamalkan di negara ini.

Malah katanya, kerajaan juga mempunyai hubungan rapat dengan pemain industri yang menguasai ekonomi negara ini.

“Ia berbeza dengan sistem komunis di mana kerajaan boleh bertindak terhadap peniaga yang enggan menurut peraturan,” katanya.

Oleh itu beliau menjangka apabila harga barangan sekarang kekal seperti era GST, maka ia meningkat setelah SST dikuatkuasakan. - HARAKAHDAILY 30/8/2018

Sumber HD - 30-8-2018


Tingkat hasil, kebersihan jadi fokus utama



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama dalam aspek pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pertama meningkatkan ekonomi negeri melalui sumber hasil bumi.

Kedua meningkatkan tahap kebersihan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

"Ketiga menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan di seluruh negara dan Kelantan tidak terkecuali.

“Masalah gejala sosial menjadi isu nasional yang berlaku di mana-mana sekarang,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Himpunan Penghulu Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) petang semalam.

Lebih 800 penghulu yang mewakili penghulu mukim dan penghulu tanpa mukim hadir pada program itu.

Ustaz Ahmad juga berharap semua portfolio Exco memberi tumpuan kepada tiga fokus berkenaan pada penggal ke-14 sekarang. - HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018


Perutusan MB Kelantan sempena Aidiladha 1439H



RASULULLAH SAW ada bersabda :

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِن الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya : Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (laksana ibadat korban). Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu, hendaklah kamu (melaksanakan ibadah korban) dengan mengikhlaskan diri. (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Aidiladha sentiasa mengingatkan kita kepada kisah sebuah pengorbanan agung iaitu kisah Nabi Ibrahim A.S bersama puteranya Ismail A.S. Apabila Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Ismail, mereka terus menjunjung perintah Allah SWT dengan penuh ketaatan dan pengorbanan.

Mengambil ibrah daripada pengorbanan agung ini, kita sebagai umat Islam harus melaksanakan pengorbanan demi agama Islam yang tercinta ini. Kebelakangan ini, kita mendengar banyak suara yang cuba untuk menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat juga tuntutan-tuntutan yang songsang dan melawan norma kemanusiaan.

Apabila ajaran Islam dan usaha dakwah tidak diambil berat, maka inilah kecelaruan yang berlaku dalam masyarakat kita. Sewajarnya kita sebagai umat Islam berusaha untuk memartabatkan Islam bermula dengan diri kita, keluarga dan masyarakat seterusnya negara yang kita cintai ini.Segala usaha dakwah dan pelaksanaan undang-undang syariah hendaklah disokong dan didokong sepenuhnya. Alhamdulillah, Kelantan sebagai sebuah negeri yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam sentiasa komited untuk memastikan Islam dapat didaulatkan.

Sempena Aidiladha ini juga, kita mendoakan saudara-saudara kita para jemaah haji di tanah suci dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur. Bagi yang melaksanakan ibadah korban, sama-samalah kita mengikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah yang mulia ini. Semoga segala pengorbanan dan ibadah kita diterima di sisi Allah.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Maaf zahir batin daripada saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri, semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengampuni seluruh dosa kita sempena hari 9 Zulhijjah.

Merakyat Membangun Bersama Islam

‘Kelantan Melangkah Ke Hadapan’
‘Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan’

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
9 Zulhijjah 1439H/21 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018

Kaedah baru bayar Skim Takaful Kifalah



PASIR MAS: Skim Takaful Kifalah Warga Emas (khairat kematian) yang diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak Februari 2007 kini ditambah baik lagi.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Hanifa Ahmad berkata, bermula akhir April lalu kaedah baucer digunakan berbanding pemberian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

Katanya, kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu menggunakan cek di mana keluarga warga emas yang meninggal dunia perlu menunggu agak lama sebelum wang itu dimasukkan dalam akaun penerima.

“Berlainan baucer mereka terus menerima tunai RM1,000 dari pihak perbankan selepas RM500 diberi pada hari kematian,” katanya selepas menyerah boucer Skim Takaful Kifalah Warga Emas kepada 28 penerima di Pejabat Adun Pengkalan Pasir semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan berkata, kaedah baru itu bagi mempercepatkan penyerahan wang khairat kematian kepada keluarga warg emas yang meninggal dunia. - HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018


Pembangkang di Kelantan diberi peruntukan

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7848-pembangkang-di-kelantan-diberi-peruntukan


KOTA BHARU: Peranan pembangkang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin setelah berlaku perubahan kerajaan di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato' Abdullah Ya'kob berkata, pembangkang di Kelantan seperti kehilangan bapa kerana mereka tiada lagi peruntukan selepas kerajaan bertukar tangan.
Oleh itu katanya kerajaan Kelantan bercadang memberi sedikit peruntukan kepada pembangkang.
“Hasrat itu masih lagi dalam perbincangan yang merupakan keistimewaan yang kita akan berikan kepada pembangkang," katanya pada taklimat kepada rombongan Speaker Dun Terengganu, Yahaya Ali di Kota Darulnaim hari ini.
Seramai 25 pegawai dan kakitangan Pejabat Dun Terengganu mengadakan lawatan kerja ke Kelantan selama dua hari.
Rombongan tersebut turut dibawa melawat sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun). Hadir sama Timbalan Speaker, Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Yahaya pula berkata, peranan pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) di Terengganu juga perlu diperkasakan. - HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018
































Komitmen Kerajaan Kelantan laksana manifesto


































DALAM tempoh hampir 100 hari selepas PRU14, Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan beberapa janji dalam manifesto yang lalu. Antaranya ialah bagi merancakkan lagi sektor pelancongan, Kerajaan Negeri telah berjaya menyediakan beca bermotor sebanyak 10 buah dan sebuah bas untuk para pelancong melawat tempat bersejarah dalam Bandar Kota Bharu.

Kerajaan Negeri juga telah mengaktifkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dengan melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangannya bagi menjayakan sektor pertanian negeri. Antara projek yang sudah dijalankan adalah Projek Pertanian Rock Melon bagi menghasilkan jus Rock Melon yang mana jenis buah ini adalah yang terbaik di negara kita.

Program Perternakan Lembu Pedaging juga diberi fokus dengan menghasilkan daging lembu yang dijenamakan sebagai Naimbif. Di samping itu, sektor penanaman padi dan durian kunyit telah berjaya dan sedang dikembangkan dengan lebih pesat.

Bagi penggal ini, Kerajaan Negeri membuat ketetapan supaya apa sahaja program utama Kerajaan Negeri hendaklah dilaksanakan secara bersepadu berasaskan kepada 3 fokus utama untuk dicapai iaitu:-

(a)     Bagi menambah peluang pekerjaan melalui aktiviti ekonomi industri hiliran berasaskan sumber asli serta meningkatkan lagi sektor perkhidmatan dan pertanian.

(b)     Bagi menjayakan Program Kebersihan, Keceriaan Bandar dan Penghijauan.

(c)     Bagi menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat.

Walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak meletakkan tempoh tertentu untuk menunaikan janji manifesto, namun usaha ke arah pelaksanaan janji telah dilaksanakan dengan sebaiknya bagi meneruskan khidmat terbaik demi kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan

4 Zulhijjah 1439H/16 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 16/8/2018

Sumber HD - 16-8-2018

Manifesto PH sekadar janji tanpa kajian




KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) dianggap tidak membuat kajian sebelum membentang tawaran dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga ia gagal dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, manifesto berkenaan dirangka oleh jawatankuasa khas yang disifatkan tidak berpengalaman.

“Ini kerana mereka gagal memenuhi manifesto yang ditawarkan kepada rakyat dalam tempoh 100 hari seperti dijanjikan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Mohd Amar berkata, antara yang gagal dilaksanakan dalam tempoh 100 hari iaitu penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan harga petrol.

Menurutnya tiga janji tersebut antara yang ditunggu rakyat sehingga sekarang.

“Jawatankuasa manifesto PH hanya merangka janji tanpa kajian dan maklumat yang jelas.

“Bukan mudah merangka manifesto dan tidak senang untuk melaksanakan janji kerana dalam kerajaan ada prosedur dan peraturan yang perlu diambil kira,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

Kelantan laksana manifesto PRU14



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berjaya melaksanakan beberapa janji dalam manifesto dalam tempoh 100 hari selepas Pilihan Raya  Umum ke-14 (PRU14).

Antaranya merancakkan lagi sektor pelancongan dengan menyediakan beca bermotor sebanyak 10 buah dan sebuah bas membawa pelancong melawat tempat bersejarah di sekitar bandar Kota Bharu.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri juga mengaktifkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi merancakkan lagi pembangunan sektor pertanian.

Katanya, perbadanan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu kakitangannya bagi melaksanakan pelbagai program.

“Antara projek yang sudah dijalankan iaitu Projek Pertanian Rock Melon bagi menghasilkan jus rock melon. Buah-buahan itu merupakan jenis buah yang terbaik di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya juga program perternakan lembu pedaging juga diberi fokus dengan menghasilkan daging lembu yang dijenamakan sebagai Naimbif.

Di samping itu, sektor penanaman padi dan durian kunyit berjaya dan sedang dikembangkan dengan lebih pesat. - HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

Orang Asli: Parti politik campur tangan





































KOTA BHARU: Sehingga sekarang kerajaan negeri belum lagi menerima maklum balas serta cadangan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mewartakan kawasan Orang Asli untuk bercucuk tanam.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, tanah tersebut terletak di jajahan Jeli dan Gua Musang.

Katanya, kerajaan negeri akan mewartakan tanah terbabit termasuk kawasan bercucuk tanam supaya tidak diganggu program pembangunan.

“Kelantan hanya akan mewartakan tanah berdasarkan pelan yang dikemukakan Jakoa dan bukannya melayan tuntutan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya juga ada beberapa masalah teknikal sehingga ia agak lambat untuk digazetkan.

"Jadi apabila selesai isu teknikal kita akan gazetkan seperti mana yang dicadangkan Jakoa. Cuma masalah ini agak kelam kabut apabila ada parti politik campur tangan," katanya. - HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018


Mesyuarat Exco bincang Pengerusi MSN



KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan terlebih dahulu tawaran pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan pada mesyuarat Exco.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub terlebih dahulu.

Katanya, ia perlu dibincang bersama-sama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kemudian ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Exco. Bila sudah ada keputusan, baru kita maklumkan kepada pihak kementerian,” katanya di sini.

Semalam Wan Roslan menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.

Baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan menamakan anggota Exco kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi MSN Kelantan yang sebelum ini diterajui pemimpin Umno. - HARAKAHDAILY 13/8/2018

sumber HD - 13-8-2018

Perlu kerjasama pusat bangun ekonomi rakyat




KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) diharap terus membantu Kelantan bagi membangun ekonomi untuk manfaat rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus berkata, pihaknya berharap kerajaan PH memberikan kerjasama serupa seperti kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, kerajaan BN sebelum ini menyalurkan peruntukan membina pelbagai projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

Antaranya Medan Ikan Bakar (MIB), Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPCC) di Pengkalan Chepa dan Pasar Baru Berek 12.

“Cadangan projek dan permohonan peruntukan dibuat kepada Kementerian Kewangan. Kerajaan negeri menyediakan tanah dan peruntukan pula melalui Kerajaan Persekutuan,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra CEO Kumpulan PKINK bersama media dan serahan sumbangan sosial korporat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud. - HARAKAHDAILY 13/8/2018

Sumber HD - 13-8-2018

Umno bolot Pengerusi MSN sejak 1990






































http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7721-umno-bolot-pengerusi-msn-sejak-1990


KOTA BHARU: Sejak 1990 sehingga Mei lepas Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) dilantik dalam kalangan pemimpin Umno di Kelantan.
Sedangkan di negeri-negeri lain dilantik anggota Exco yang mempengerusikan portfolio sukan sebagai wakili Menteri Besar.
Bagaimanapun sejak rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum lepas, jawatan itu mahu dikembalikan kepada wakil kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah baru kerajaan Pakatan Harapan dapat merungkai banyak masalah berbangkit sebelum ini.
Katanya, sebelum ini wakil kerajaan negeri tidak ada saluran untuk bertemu atlet termasuk yang mewakili negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA).
“Begitu pembangunan program-program sukan, kerajaan negeri dipinggirkan. Biar pun begitu kerajaan negeri tetap menghargai setiap atlet yang berjaya mengharum nama Kelantan,” katanya di sini.
Malam tadi beliau diundang merasmikan program Kemudi’s Biggest Loser di sebuah hotel di sini.
Baru-baru ini Wan Roslan menghadiri mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 9/8/2018
Sumber HD - 9-8-2018

Parkir RM1.50 sehari di Bandar Tasik Raja


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7725-parkir-rm1-50-sehari-di-bandar-tasik-raja



PASIR MAS: Kerajaan banyak bertolak ansur terhadap tuntutan peniaga yang berniaga di pasar baru bagi memastikan mereka dapat menjalankan perniagaan lebih selesa.

Begitu juga tuntutan peniaga di Pasar Tasik Raja untuk berniaga lebih selesa juga diberi perhatian.

Malah difahamkan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi menyediakan pendawaian elektrik baru untuk memudahkan peniaga.

Adun Apam Putra, Abdul Rasul Muhamed berkata, masalah bumbung bocor juga sudah diatasi dan masalah berbangkit lain diselesaikan dari semasa ke semasa.

Begitu juga katanya, masalah bayaran parkir di Bandar Baru Tasek Raja dikenakan pada kadar yang dianggap berpatutan.

“Bagi mereka yang datang ke bandar baru itu kurang dalam tempoh 15 minit tidak dikenakan sebarang bayaran parkir.

“Bayaran hanya dikenakan RM1 selepas lebih 15 minit sehingga tempoh sejam. Dan selepas tempoh 1 jam sehingga pasar ditutup hanya dikenakan RM1.50,” katanya di sini.

Semalam sekumpulan peniaga dengan didalangi parti politik tertentu mengadakan demontrasi membantah MDPM mengenakan parkir berpalang dengan dakwaan  menjejaskan perniagaan mereka.

Abdul Rasul juga berkata, peniaga pula diberi peluang membayar parkir secara bulanan dengan kadar RM30 sebulan bagi membolehkan mereka meletak kenderaan seharian di ruang parkir.

Ahli Majlis MDPM, Zamankhari Muhammad bekata, kadar baru parkir dikuatkuasa selepas mengambil kira runggutan orang ramai sebelum ini.  – HARAKAHDAILY 9/8/2018

Sumber HD - 9-8-2018

‘Sekarang tak penat lagi kayuh beca’




KOTA BHARU: “Sebelum pasang motor kita kena kayuh beca ni, semakin berat bebanan yang kita bawa, lagi banyak tenaga yang digunakan untuk mengayuh.
“Bagaimanapun sejak dipasangkan motor, alhamdulillah ia begitu ringan dan mudah,” ujarnya Ismail Dollah, 70.
Pengayuh beca warga emas itu meneruskan kerjaya itu sejak berusia belasan tahun lagi. Sekarang katanya tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh.
Beliau begitu gembira kerana becanya dipilih sebagai percubaan menggunakan motor yang dihadiahkan kerajaan negeri.
“Orang tua kata dah lepas satu bebanan apabila dapat hadiah motor ni, tak penat sangat dah bawa orang.
“Tinggal lagi kena rajin cari pelanggan sajalah,” ujarnya yang tinggal di Ketereh.
Kerajaan negeri memasang 10 beca dengan motor khas sebagai percubaan bagi meningkatkan perkhidmatan beca di bandar Kota Bharu. Ternyata percubaan itu membuahkan hasilnya.
Beca bermotor dirintis Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd. - HARAKAHDAILY 7/8/2018

(Ikuti rencana khas mengenainya di Harakah cetak edisi Jumaat ini)

Sumber HD - 7-8-2018










































Usahawan Kelantan dilantik AJK Pedagang Asean


KOTA BHARU: Tokoh Hijrahtul Rasul Kelantan 2008 (Usahawan), Aishah Mahmood, 70 dilantik sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pedagang Asean.

Pelantikan itu berkuatkuasa Mei lepas. Ia dimaklumkan mengenainya oleh Presiden Persatuan Pedagang ASEAN, Dato’ Mohamad Izat Emir.

Aishah berkata, Izat membawa surat berkenaan ke rumahnya sebagai bukti pelantikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur di atas pelantikan itu kerana ia membuktikan kita diperlukan untuk membantu golongan usahawan maju ke hadapan,” katanya di sini.

Aishah sebelum ini pernah memimpin Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia. Beliau juga seorang pengusaha kapal laut dalam terkenal di Kelantan. - HARAKAHDAILY 7/8/2018

Sumber HD - 7-8-2018









































Penyokong PH mulai luah rasa sesal

KOTA BHARU: Mengambil luahan netizen di media sosial sekarang dapat digambarkan ramai yang meluahkan perasaan sesal membantu Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. 
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau percaya sebilangan besar pengundi meluahkan perasaan menyesal. 
Katanya, perkembangan yang berlaku di bawah kerajaan PH sekarang agak membimbangkan berkaitan isu ketuanan Melayu dan Islam. 
“Contohnya pelantikan jawatan penting dalam bidang kehakiman. Bekas-bekas pemimpin PAS yang kini bersama PH pun mungkin tidak suka apa yang berlaku itu ketika mereka masih pembangkang. 
“Namun sekarang berbeza jauh, mereka sudah berpihak. Jadi terpaksalah mereka mencari seribu alasan bagi menghalalkan segala tindak tanduk kerajaan PH,” katanya di sini. 
Begitu juga kata beliau media baharu proPH terpaksa membandingkan 
mana lebih baik seorang bukan Islam yang jujur, telus dan integriti berbanding dengan orang Islam tidak jujur dilantik jawatan penting negara. 
“Mengapa hendak banding dengan orang Islam yang rasuah dan tiada integriti. Sedangkan masih ramai orang Islam yang ada integriti,” ujarnya yang juga anggota parlimen Tumpat. - HARAKAHDAILY 3/8/2018
Sumber HD - 3-8-2018 

PH usah ‘gilap’ agenda kerajaan BN

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melaksanakan agenda Malaysia baharu dan bukannya ‘menggilap’ agenda peninggalan Barisan Nasional (BN). 
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya kerajaan PH menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menguruskan peruntukan yang disalurkan pusat, tindakan itu mengulangi kerajaan dahulu. 
“Kalau kita buat perkara yang sama, apa maknanya kerajaan baharu. Tapi saya yakin kerajaan PH akan membuat pertimbangannya sendiri berhubung cadangan itu,” ujarnya di sini semalam. 
Baru-baru ini Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa dilapor berkata pihanya mencadang kerajaan pusat mewujudkan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri yang akan dipengerusikannya bagi mengendalikan peruntukan persekutuan di Kelantan. 
Menurutnya jawatankuasa itu dianggotai 10 ahli iaitu dua orang dari setiap parti komponen serta diwakili wanita dan pemuda. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya kerajaan PH mengulangi kesilapan dibuat kerajaan BN, idea Malaysia baharu tidak kesampaian. – HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 3-8-3028 











































Hanya Orang Asli PH tuntut tanah adat

GUA MUSANG: Impian sekumpulan Orang Asli mahu menuntut tanah adat di Kelantan tidak kesampaian apabila Pakatan Harapan (PH) gagal misi merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Sedangkan pada akhir Februari lepas seramai 230 Orang Asli dilapor menyertai DAP di Kampung Parik, Kuala Betis. 
Malah buat pertama kali dalam sejarah DAP, parti itu meletakkan calon Orang Asli bertanding di Dun Galas pada PRU lepas. 
Nasir Dollah sebagai calon PH merupakan aktivis Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) dan Timbalan pengerusi Jaringan Orang Asli Kelantan (Jaringan). 
Jaringan sejak akhir 2016 mendesak kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat. Dan impian itu diharap menjadi kenyataan sekiranya PH berjaya mentadbir Kelantan. 
Mereka mahu merubah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang secara jelas menyebut Pihak Berkuasa Negeri boleh mewarta mana-mana kawasan yang diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli. 
Bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, hanya ada istilah Tanah Rizab Orang Asli sahaja di Kelantan dan bukan tanah adat.
Katanya, kumpulan Jaringan mahu memperjuangkan tanah adat yang tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang di Kelantan. 
“Sebab itulah itu kumpulan Orang Asli terbabit mengharapkan PH menang di Kelantan pada PRU lepas bagi membolehkan diubah akta tersebut,” katanya. 
Penghulu Orang Asli di Kuala Betis, Jumat Abak berkata, kumpulan Jaringan begitu kecewa kerana perjuangan menuntut tanat adat tidak mendapat sokongan majoriti masyarakat Orang Asli. 
Katanya, kekecewaan itu menyebabkan mereka melakukan sekali lagi sekatan laluan di Pos Tohoi bagi mendapat perhatian kerajaan.
“Tidakan mereka hanya sekadar gimik bagi mendapat simpati sehingga timbalan seorang menteri dan pemimpin PH datang ke blockade di Kaleg dan Cawas hari ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber  HD - 2-8-2018 
























































































Anak Kelantan bakal ‘tawan’ Burj Khalifa

KOTA BHARU: Jaguh marathon negara, Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Mohd Nasir berhasrat membawa imej Kelantan dan Malaysia ke peringkat dunia. 
Katanya, bendera Kelantan akan dibawa bersama bendera World Peace di menara yang bakal beliau jejaki. 
"Impian saya dalam menyatakan suara keamanan ini bukan hanya untuk peringkat Malaysia, sebaliknya peringkat dunia. 
"Saya datang untuk menyatakan pada 25 Ogos ini kita akan adakan majlis pelancaran di KL Tower di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi hormat anggota Exco, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di Kota Darulnaim semalam. 
Sebelum ini Suwaibah yang berasal dari Tanah Merah berjaya mencipta 10 Malaysian Book of Record. Beliau juga baru menamatkan misi pendakian di Menara Avala, Belgrade. 
Beliau juga bakal menawan menara pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa pada bulan hadapan. - HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018 













































Pertahan pendirian Kelantan tolak UEC

BACHOK: Rakyat Kelantan menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina sebagai tepat. 
Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. 
Katanya, pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu langkah yang tepat bagi memastikan rakyat mengikuti dasar pendidikan negara sahaja. 
"Pendirian berani itu saya sangat setuju, malah dasar UEC tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. 
"Memang tidak salah orang Melayu, Cina, India dan lain-lain menuntut hak mereka, tetapi tuntutan ini mestilah tidak bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara kita," katanya. 
Baru-baru ini Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan kerajaan Kelantan yang tidak mengiktiraf UEC bagi mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. 
Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor memberitahu kerajaan akan mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Muhamad Zainudin Abdullah juga sependapatan dengan Mohd Napi sambil menegaskan kerajaan sebelum ini pun pernah menolak pelaksanaan UEC dalam sistem pendidikan negara. – HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 31-7-2018 

Guru dihalang masuk ke SK Tohoi

GUA MUSANG: Sikap tolak ansur kerajaan seperti tidak dihiraukan sekumpulan masyarakat Orang Asli apabila meneruskan sekatan laluan ke Pos Tohoi. 
Penghulu Jumak Abak dari Kuala Betis berkata, guru-guru yang menggunakan laluan itu untuk ke Sekolah Kebangsaan Tohoi juga disekat. 
Katanya, kumpulan guru guru yang datang hendak bertugas di sekolah itu 
terpaksa berpatah balik ke Gua Musang. 
“Begitu juga penduduk Orang Asli dari perkampungan di Pos Tohoi pun dihalang dan tidak dibenarkan keluar atau masuk melalui jalan yang dibina syarikat pembalakan. 
“Perbuatan kumpulan Jaringan banyak menyusahkan orang ramai. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak tegas kerana tindak tanduk kumpulan itu menyusahkan orang lain,” katanya di sini. 
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah memberitahu kerajaan negeri banyak bertolak ansur dengan masyarakat Orang Asli. 
Sekatan laluan lori balak dilakukan kumpulan Jaringan sejak akhir 2016 dengan didalangi pihak tertentu. 
Malah pada tahun lepas sekumpulan ditahan polis kerana terbabit dengan sekatan laluan tersebut. - HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 31-7-2018 















































Syariah adalah KPI laksana agenda PAS

SHAH ALAM: Syariah merupakan Petunjuk Prestasi (KPI) kepada setiap perkara yang akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya diberi peluang mentadbir Malaysia, demikian tegas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Nyata beliau, Kelantan antara rekod hidup atau model yang menampilkan modul PAS dalam mentadbir secara ‘good governance’ di mana kerangka dan roh Islam diusaha untuk dilaksana semaksimum mungkin dalam gelanggang demokrasi.

Beliau mengemukakan contoh antaranya keterbukaan melaksanakan hiburan dan sukan yang tidak dihalang, namun diadakan dengan meletakkan garis panduan selaras enakmen berkaitan yang digubal bagi negeri itu.

“(Antaranya) Nak buat pertandingan bina badan. Saya kata tak ada masalah, boleh. Tapi kena patuh kepada syarat-syarat yang diletakkan. Apa dia? Di antara kalau kita tahu ‘body builder’ ini ia buka semua tubuhnya kecuali ‘di situ’ sahaja. Jadi, kami letakkan syarat.

“Walaupun perkara ini khilaf di kalangan para ulamak, tetapi paling tidak dalam suasana masyarakat pada hari ini, mereka tidak selesa dengan perkara tersebut. Maka oleh yang demikian, dengan mengambil kira pelbagai pandangan fuqaha, saya mengatakan boleh nak buat.

“Tetapi tutup di antara pusat ke lutut. Paling tidak lutut, pusat kena tutup supaya keluar daripada sebarang khilaf yang utama,” ujarnya pada Wacana Sinar Harian Ke-66 membicarakan tajuk “Islam Di Era PH” di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini kelmarin dahulu.

Tambah beliau, pertandingan bina badan di negeri itu dikenali dengan panggilan Mr Awang Selamat di mana biarpun menutup aurat dan memakai tanjak di kepala, namun berjaya menjadi tarikan termasuk dari luar Kelantan.

Begitu juga terangnya, sukan gusti Muay Thai dilaksana dengan mengambil kaedah darurat paling ringan (akhafud dharurain) pada maslahah syarak, dengan diadakan tanpa unsur perjudian, tarian simbolik tertentu, wanita dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan sukan itu.

Keterbukaan juga jelasnya diberi kepada hiburan oleh masyarakat bukan Islam untuk melaksanakan aktiviti di tempat mereka secara tertutup tetapi bebas tanpa sekatan selagi ianya tidak membabitkan orang Islam.

“Mak Yong dan wayang kulit telah diharamkan di Kelantan, betul. Tetapi wayang kulit telah pun dibenarkan (semula) dengan syarat pertunjukannya itu tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi akidah. Dulu kalau ada wayang kulit, tak dapat tidak kena ada watak dewa-dewanya.

“Sekarang ini alangkah kita kata ketinggalannya kalau tidak benarkan wayang kulit sedangkan orang boleh tengok dalam youtube, internet dan sebagainya. Jadi kita benarkan wayang kulit atas dasar ia nafas budaya, tetapi hendaklah tidak bercanggah dengan akidah dari sudut ‘contents’ dan ‘substance’-nya.

“Begitu juga dengan Mak Yong. Mak Yong dulu kita pernah haramkan. Sekarang kita benarkan penggiat-penggiat budaya untuk membuat persembahan Mak Yong, tetapi datangkan dengan kertas kerjanya terlebih dahulu. Kita tengok dan kita nilai insyaAllah.

“Di Johor, kita yakin kalau PAS diberikan peluang untuk mentadbir Johor, kuda kepang ini kita boleh benarkan. Tetapi syaratnya hendaklah mengandungi ‘substance’ yang tidak menyalahi akidah. Dan di sana kita boleh bincang. PAS sentiasa terbuka dengan perbincangan tidak ada masalah,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyatakan, segala pelaksanaan oleh PAS itu adalah hakikat kepada model kehidupan sebenar atas pendirian bahawa sebagai Parti Islam PAS bertanggungjawab membawa Islam syumul. - HARAKAHDAILY 30/7/2018
Sumber HD - 30-8-2018 
































































































Atlet Kelantan sertai taekwondo dunia

KOTA BHARU: Tiga atlet teakwondo anak Kelantan akan mewakili Malaysia ke International Taekwon-Do Federation (ITF) di Buenos Aires, Argentina. 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 sebagai menghargai kejayaan atlet terbabit mewakili negara. 
Katanya, tiga wakil dari Kelantan menyertai sembilan peserta kontingen Malaysia ke temasya itu yang akan berlangsung pada 31 Julai hingga 6 Ogos ini. 
"Kita bagi sumbangan dan mengucap tahniah atas kejayaan mereka mewakili Malaysia ke peringkat dunia, bukan senang hendak mewakili negara. 
"Sumbangan tersebut sebagai duit poket kepada mereka sepanjang berada di sana," katanya di sini. - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 27-7-2018 

















































PRK Sg Kandis: Guna panduan digaris agama

KOTA BHARU: Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dicadang membuat pertimbangan sewajarnya dengan panduan yang digariskan dalam Islam. 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, hal itu perlu diambilkira apabila berlaku dua pertembungan antara Umno dan PKR. 
Beliau turut menafikan PAS mahu bekerjasama dengan Umno pada PRK berkenaan, sebaliknya menegaskan dasar Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja perlu dipertahankan. 
"Kita memang tidak mahu kerjasama dengan mana-mana parti, tetapi dasar Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja dalam pertembungan ini, ia memberi kebaikan atau pun tidak. 
"Bagi saya ia merupakan satu kajian yang dibuat bagi melihat suasana landskap politik bagi masa hadapan, bagi ahli PAS terserah kepada budibicara masing-masing," katanya selepas kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati hari ini. - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 27-7-2018 

Prejudis: SMPC dibantu, Mybrain ditangguh

KOTA BHARU: Tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mahu menangguh program Mybrain, sebaliknya memberi bantuan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai tindakan prejudis. 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah kewangan yang dihadapi kerajaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan sebarang program pendidikan. 
Menurut beliau, kerajaan perlu serius bagi memastikan perkembangan institusi pendidikan di negara ini terus berkembang dan manfaat dinikmati rakyat. 
"Program pendidikan tidak sepatutnya ditangguhkan, walaupun dalam macam mana kritikal sekalipun kerajaan mesti cuba cari dana untuk memastikan bahawa projek Mybrain dapat diteruskan. 
"Kita harap dapat dipertimbangkan semula Menteri Pendidikan berhubung perkara itu," katanya selepas majlis makan laksa sambil menderma di Surau An-Nur Taman Banggu Jati di sini. 
Turut hadir Adun Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai Khas Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Mohamad Omar Daud. - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 27-7-2018 



















































'Kami minta lima peratus sahaja'

KOTA BHARU: "Kalau dikira 20 peratus memang lambat, tetapi kami minta lima peratus sahaja. Itu sahaja asas tuntutan kita, 20 peratus itu kita tidak tuntut, kalau hendak bayar baguslah. 
"Saya cuma bimbang, kerajaan menggunakan alasan ini untuk tidak bayar royalti sahaja, guna itu guna ini akhirnya tidak bayar," kata Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah. 
Oleh itu beliau meminta kerajaan persekutuan supaya tidak berdolak dalik dalam isu pemberian wang royalti kepada negeri pengeluar minyak. 
Kata beliau di sini semalam, kerajaan negeri hanya menuntut lima peratus daripada hasil royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. 
Beliau berkata perjanjian dalam akta itu tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan sekiranya kerajaan persekutuan ikhlas menunaikan hak rakyat. 
Kelmarin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali dilapor berkata, hasrat kerajaan memberi royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak tidak dapat dilaksanakan segera. - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Sumber HD - 26-7-2018 








































































































Kelantan catat belanjawan lebihan 2018

KOTA BHARU: Selepas Selangor, Johor dan Pulau Pinang, Kelantan merupakan salah satu negeri yang mencatatkan belanjawan lebihan (surplus) pada tahun 2018.Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjaan 2018 dalam keadaan defisit, namun pendapatan meningkat pada akhir 2017.  
Menurut beliau, peningkatkan tersebut berpunca daripada hasil pungutan bayaran premium tanah daripada jabatan dan agensi kerajaan persekutuan. 
"Pada akhir 2017 kita mencatatkan bajet surplus dan bagi mengekalkan suasana ini kita merancang pelbagai langkah untuk diteruskan pada tahun akan datang. 
"Antaranya meningkatkan keupayaan punggutan hasil kerajaan melalui pihak berkuasa tanah dengan menyediakan insentif kepada semua Pejabat Tanah dan Jajahan," katanya menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat) pada persidangan Dun hari ini. - HARAKAHDAILY 24/7/2018
Sumber HD - 24-7-2018 





















































Penstrukturan semula skim guru Yik

KOTA BHARU: Penstrukturan semula skim perkhidmatan guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) dilaksanakan secara berperingkat bermula April lepas. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, seramai 354 guru terlibat dalam proses itu. 
Menurutnya, mereka merupakan guru gantian atau sandaran yang diserap kepada status guru berelaun yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.7 juta setahun. 
"Selepas ini lantikan guru baru akan terus dilakukan kepada jawatan guru berelaun iaitu seramai 80 tahun ini akan dilantik bagi mengisi kekosongan. 
"Usaha ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.9 juta setahun," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) pada persidangan Dun hari ini. 
Pada manifesto Pilihan Raya Umum lalu PAS mengumumkan untuk menaiktaraf guru-guru sekolah Yik dari lima kepada dua kategori skim perkhidmatan. - HARAKAHDAILY 24/7/2018
Sumber HD - 24-7-2018 

Kerajaan PH diminta laksana projek di Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta meneruskan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini di Kelantan. 
Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah antaranya projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra. 
Selain itu, projek Central Spine Road (CSR), Lebuh Raya Pantai Timur dan cadangan pembinaan Jambatan Kampung Cina ke Palekbang. 
“Perkara ini perlu sebagai usaha untuk mengeratkan lagi perhubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.\ 
“Pada masa yang sama ia untuk kepentingan rakyat di Kelantan,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim hari ini. 
Baginda bertitah di bawah kerajaan baru diyakini banyak lagi perubahan akan dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 233-7-2018 























































Ramasamy: Pemuda PAS Kelantan lapor polis

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta polis melakukan siasatan menyeluruh terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy. 
Siasatan itu amat perlu kerana Ramasamy didakwa menyokong pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka. 
Serentak itu, Pemuda PAS negeri telah membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap timbalan ketua menteri itu atas pelbagai isu yang membabitkan dirinya sejak akhir-akhir ini. 
Laporan berkenaan dibuat timbalan ketuanya, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam. 
Pada masa yang sama, jelas Azariza gambar yang ditularkan di media sosial baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan. 
“Antaranya gambar pertemuannya dengan Vaiko (Setiausaha Parti MDMK) India yang dimuat naik di facebook beliau pada 14 Julai lalu,” ujarnya. 
Menurutnya, ia adalah sebahagian dari perkara yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana dibimbangi menjejaskan kestabilan negara. – HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 
















































































































LGBT: Bawa mereka ke pangkal jalan

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu bimbang berkenaan isu lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) yang hangat diperkatakan sekarang. 
Sehubungan itu, usaha membawa mereka yang terlibat ke pangkal jalan perlu dibuat agar tidak terus tersasar. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata ini kerana gejala tersebut akan memudaratkan masyarakat. 
Menurutnya lagi, bukan itu sahaja gejala berkenaan salah dari segi agama dan undang-undang negara. 
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini. 
Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang minta golongan LGBT tidak didisriminasi di tempat kerja. 
Pada masa yang sama Mujahid menerusi kenyataannya turut berkata golongan itu tidak boleh diketepikan dari keadilan dalam negara ini. 
Amar seterusnya berkata, memandangkan isu berkenaan bersifat antarabangsa dan negara ini tidak terkecuali, perkara itu perlu diberi perhatian segera. – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Sumber HD - 18-7-2018 

























































Gua Musang bukan lagi kubu Umno

KOTA BHARU: Umno dan Barisan Nasional (BN) Gua Musang tidak mampu lagi mendabik dada dengan menganggap kawasan parlimen itu sebagai kubu tradisional mereka. 
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas PAS hampir berjaya menawan kubu Umno terbabit, di mana hanya kekurangan 461 undi di Dun Nenggiri. 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAS berjaya mengurangkan banyak majoriti BN di Gua Musang. 
Katanya, Dun Nenggiri calon PAS, Mohd Saufi Abdul Razak hanya kalah dengan majoriti kecil kepada Abdul Aziz Yusof. 
“Ini satu kejayaan besar selepas Umno begitu lama berkubu di situ di bawah pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya di sini. 
Calon PAS, Ustaz Abdullah Husain hanya kekurangan 3,913 undi bagi merampas kerusi parlimen Gua Musang daripada Tengku Razaleigh yang dipertahan sejak sebelum 1990.
Sebelum ini kerusi Dun Nenggiri dan Paloh ditanding PKR sebagai mewakili Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif. 
Oleh itu kata Che Abdullah yang juga anggota parlimen Tumpat, PAS perlu bekerja lebih kuat lagi untuk menghadapi PRU akan datang. 
Pada PRU 2008 PAS pernah menguasai Dun Galas melalui Chek Hashim Sulaima. Pada PRU 1990 dan 1995 PAS bergabung dengan Semangat 46 menguasai sepenuhnya parlimen Gua Musang. - HARAKAHDAILY 17/7/2018
Sumber HD - 17-7-2018 

























































Penjagaan aurat pekerja diberi markah

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengambil kira penjagaan aurat bagi mendapat Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan. 
Yang Dipertuanya, Ahmad Robert Abdul Rahim berkata, selain itu faktor kebersihan dan pengendalian makanan serta persekitaran premis turut diambil kira. 
Menurutnya, sebanyak 239 diperiksa pada awal bulan ini dan mendapati 22 premis mendapat gred A sebagai sangat bersih, 107 gred B (bersih) dan 110 gred C (kurang bersih). 
"Syarat utama yang dinilai mendapat gred A ialah dari sudut penyediaan, pengendalian makanan, persekitaran premis dalam keadaan bersih dan penjagaan aurat pekerja. 
"Kita bercadang untuk membuat senarai premis makanan yang mendapat gred A untuk dihebahkan sebagai satu langkah promosi kepada penduduk," katanya 
selepas menyertai operasi bersepadu MPKB-BRI dan Pejabat Kesihatan Daerah di premis makanan di sini hari ini. 
Turut hadir Setiausaha MPKB-BRI, Hazmi Abdul Hamid dan Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Daerah Kota Bharu, Mat Ghahit Mohamed. - HARAKAHDAILY 17/7/2018
Sumber HD - 18-7-2018 

Rancang wang royalti sejak zaman Tok Guru


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan wang royalti minyak untuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat. 
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmab Yakob berkata, dana itu akan digunakan mengikut perancangan yang dibuat kerajaan negeri. 
"Sebagaimana perancangan dibuat sejak zaman almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga kerajaan negeri hari ini. 
"Kita telah ada beberapa perancangan sekiranya wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri," katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan ahli-ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan di Kota Darulnaim semalam. 
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad. 
Baru-baru ini Naib Presiden PAN, Husam Musa dilapor meminta kerajaan negeri menyenaraikan program yang akan diadakan setelah menerima royalti. – HARAKAHDAILY 17/7/2018
Sumber HD - 17-7-2018 




























































Wisma Tok Guru: Rayuan Husam Musa ditolak

ALHAMDULILLAH, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Injuksi Husam Musa terhadap Mohd Yasin (Setiausaha Kerja PAS Kelantan). 
Husam merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 16.11.2017 yang menolak permohonan Injuksi tersebut dengan kos sebanyak RM7,000. 
Permohonan Injuksi ini dipohon Husam untuk menghalang Defendan atau PAS Kelantan dari memasuki atau menggunakan Wisma Tok Guru (Wisma Oren) selepas hartanah tersebut dibeli dan berpindah milik kepada Defendan. 
Rayuan Husam pada hari ini ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan dengan kos sebanyak RM10,000. 
YA Hakim Nalinni Pathmanathan yang mengetuai Panel 3 Hakim memutuskan, antara lainnya, bahawa Mahkamah Tinggi membuat dapatan yang betul bahawa tuntutan Perayu atau Plaintif tidak mempunyai isu untuk dibicarakan (no issues to be tried). Panel juga memutuskan bahawa sandaran tuntutan atas doktrin equity ke atas fizikal bangunan tersebut adalah tidak terpakai dalam kes ini. Dalam apa keadaan sekali pun, doktrin equity hanya terpakai terhadap pemilik dahulu dan tidak boleh dipanjangkan kepada pemilik baru (Mohd Yassin). 
Husam diwakili sekumpulan lebih 10 Peguam yang diketuai oleh Tan Sri Gopal Sri Ram (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan), manakala Mohd Yasin diwakili 11 Peguam yang diketuai oleh Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara). 
Bagi pihak Luham Pusat, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dato’ Takiyudin Hassan SUA, Luham Kelantan yang diketuai Nik Bahrum dan Aznam Mohamed dan keseluruhan pasukan Peguam Luham Kelantan atas keringat dan kerja keras pasukan. 
Sekadar mencatat nota, 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Palace Of Justice, Putrajaya
6.7.2018
LUHAM Pusat - HARAKAHDAILY 6/7/2018







































































































































Sumber HD - 6-7-2018





























































Kempen Kelantanku Bersih

Ikuti temuramah bersama ketua aktivis/Pengarah Kempen KelantanKu Bersih, Dr Muhd Al-Aarifin Ismail. 
Dari mana tercetusnya kempen Kelantanku Bersih? 
Cetusan idea ni timbul apabila kita melihat di sana perlunya usaha bersepadu untuk mewujudkan negeri yang bersih. Rakyat Kelantan sering kaitkan dengan masyarakat yang pengotor. Walaupun kesahihan kenyataan ini masih boleh diperdebatkan, namun realiti tentang tahap kebersihan di tempat-tempat tumpuan ramai di Kelantan adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan. Menyedari hakikat ini, saya dan rakan-rakan dalam Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina Malaysia (PAPISMA Malaysia) berbincang untuk cuba menyelesaikan masalah ini. Daripada situ timbulnya idea untuk kita mengadakan kempen Kelantanku Bersih.

Siapakah sebenarnya Kelantanku Bersih ni? 
Kempen Kelantanku Bersih ni dicetuskan oleh sekumpulan golongan profesional perubatan dan kesihatan daripada NGO PAPISMA Malaysia, sebuah NGO yang dianggotai oleh kakitangan-kakitangan kerajaan dan swasta dalam bidang perubatan dan kesihatan termasuk doktor-doktor pakar, pegawai-pegawai perubatan, jururawat, pakar pemakanan, dan lain-lain lagi. 

Gerakan Kempen KelantanKu Bersih ini bernaung di bawah kerajaan negeri dengan sokongan daripada rakyat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama serta aliran politik. Setelah gerakan ini semakin diterima ramai, maka penyertaan dibuka kepada semua pihak yang ingin bersama dalam mencapai impian menjadikan Kelantan sebuah negeri bersih. Sehingga kini, tersapat ramai pihak, khususnya NGO-NGO, universiti-universiti, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya menyatakan sokongan kepada gerakan ini, dengan pelbagai kempen dan gotong royong telah masuk siri ke-5.

Bilakah mulanya kempen ini? 
Kempen ni bermula pada awal pertengah Mei 2018. Tatkala pilihan raya umum baru sahaja tamat. Waktu itu bahan-bahan kempen pilihan raya termasuk bahan-bahan bercetak masih berselerak jalan-jalan raya. Di situlah bermulanya kempen ini.

Sejauh mana keterlibatan/sokongan dari kerajaan kelantan 
Kempen ini digerakkan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Hussin. Ianya digerakkan dengan sokongan padu daripada rakyat Kelantan yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaha kebersihan. Mesyuarat atau perbincangan penyelarasan telah diadakan beberapa kali termasuk dengan kehadiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan. Kita boleh simpulkan, suatu hubungan dan sokongan yang padu.

Apa target yang nak dicapai dan apa harapan kepada pembaca?

Untuk makluman semua, pihak Jawatankuasa Kebersihan Negeri Kelantan telah menggariskan bahawa, Kempen Kelantanku Bersih akan dilaksanakan selama 3 tahun (minimum). Kempen ini dibahagikan kepada 3 fasa di mana setiap fasa, mempunyai objektif serta aktiviti-aktivitinya yang tersendiri. 
Fasa pertama merujuk kepada Fasa Pendidikan (Jun 2018 - Jun 2019). Fokus utama pada fasa ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang amalan kebersihan. 
Fasa kedua (Jun 2019 - Jun 2020) pula merujuk kepada Fasa Penguatkuasaan. Pada fasa ini, pihak kerajaan melalui PBT-PBT dengan kerjasama daripada masyarakat akan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah-pesalah yang melibatkan kebersihan. 
Fasa ketiga merujuk kepada Fasa Pemerkasaan (Jun 2020 - 2021). Dalam fasa ini, pihak kerajaan serta seluruh rakyat Kelantan akan berganding bahu dalam pelbagai aspek bagi memastikan negeri Kelantan benar-benar menjadi sebuah negeri yang bersih. 
Pembahagian fasa ini bukan bermaksud turutan pelaksanaan, bahkan ia lebih kepada strategi agar gerak kerja lebih tersusun. Penguatkuasaan undang-undang misalnya, akan dikuatkuasakan sepanjang masa sebagaimana biasa. Begitu juga dengan pendidikan dan sebagainya. Penerangan lanjut berkenaan dengan program-program di bawah setiap fasa kempen akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi (FB page) kempen. 
Mewakili pihak sekretariat kempen, saya ingin mengajak seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agama, serta fahaman politik untuk sama-sama terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti di bawah kempen ini. Sama-sama kita realisasikan impian kita semua untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri bersih. – HARAKAHDAILY 5/7/2018














































































































































Sumber HD -  5-7-2018






























































Kelantan lancar beca bermotor

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila memiliki beca bermotor sebagai tarikan baru industri pelancongan di negeri ini. 
Sebanyak 10 beca bermotor dipasang sebagai percubaan yang diusahakan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd. 
Hari ini Menteri Besar mencuba beca versi baru tersebut ketika menghadiri Majlis Hari Raya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). 
Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab Rahman menaiki beca bermotor dari Kompleks Kota Darulnaim ke bangunan PMBK sebagai gimik pra-pelancaran. 
Kerajaan negeri juga tahun ini memberi bantuan sara hidup kepada penarik beca sebanyak RM1,200 setahun bagi membantu golongan terbabit. - HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 
































































Seks songsang, pelacuran isu lebih besar

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal kerana isu perkahwinan di bawah umur menjadi tular di seluruh negara. 
Katanya, isu itu tidak wajar disensasikan kerana tidak dibincangkan secara teliti sehingga menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat. 
Tambahnya, sewajarnya isu LGBT, pelacuran, gejala sosial lain yang perlu ditangani kerana ia penyakit yang amat bahaya jika melanda masyarakat. 
“Kahwin pada usia muda adalah perkara biasa. Kalau kawan-kawan saya dulu khususnya yang tidak bersekolah umur 15 hingga 16 tahun sudah kahwin. 
“Ianya sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan malah agama juga tidak salah,” katanya. 
Pada masa yang sama, Amar berkata perkahwinan itu berlaku di luar Kelantan iaitu di Thailand. 
Untuk itu katanya, kerajaan negeri sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) bagi menjalankan siasatan lanjut. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darul Naim di sini hari ini. 
Mengulas lanjut, Mohamad Amar berkata, isu lebih besar yang patut disensasikan adalah tentang budaya seks songsang yang semakin menjadi-jadi di negara ini. 
“Isu kahwin bawah umur adalah terpencil sedangkan isu zina, seks songsang seperti gay dan lesbian lebih besar impaknya pada negara. 
“Tidak sepatutnya kita overreact dalam isu ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 

Tarif elektrik naik tambah beban rakyat

KENAIKAN tarif elektrik yang berlaku, tanpa dapat diatasi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sangat mendukacitakan. Padahal 'Kurangkan Beban Rakyat' adalah antara janji utama PH. 
Telah hampir 100 hari Malaysia di bawah PH, namun rakyat masih belum benar-benar merasai penurunan harga barangan sekalipun GST sifar diumumkan. Lebih mencemaskan adalah kegagalan kerajaan dalam menurunkan harga minyak, dan terbaru kenaikan tarif elektrik sektor komersial. Dan ini juga tidak dibantu oleh dakwaan mengelirukan daripada Menteri Pertanian bahawa harga barangan turun 30-50 peratus.
Adakah beban rakyat dapat dikurangkan? Jangkaan banyak pihak kenaikan tarif elektrik ini akan menaikkan harga barangan secara keseluruhan. 
Saya berpandangan rakyat keseluruhan lebih benar-benar menikmati tanda harga barangan yang murah dan turun harganya, berbanding seronok melihat berita-berita propaganda politik dalam media. Malangnya ia masih belum benar-benar berlaku bagi 'Malaysia Baharu'. 
Persoalan saya apakah jaminan dan mekanisme kerajaan dalam menangani kemungkinan kenaikan harga barang, lanjutan dari kenaikan tarif elektrik bagi sektor komersial. Saya menanti jawapan daripada kerajaan, terutama Menteri KPDNKK yang baru mengangkat sumpah semalam. 
AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
3 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 3/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018 


































































Kelantan miliki kelebihan transparansi, integriti

KOTA BHARU: Biarpun Kelantan dianggap ketinggalan dalam bidang pembangunan berbanding negeri-negeri lain, namun mempunyai kelebihan aspek transparansi dan integriti. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri n, Dr Izani Husin berkata, kejayaan dalam dua aspek tersebut membolehkan kerajaan Kelantan mendapat anugerah di peringkat persekutuan. 
Katanya, kejayaan itu hasil dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi amalan tadbir urus sejak 1990 sehingga sekarang. 
“Dasar yang diamalkan itu membolehkan kita melaksanakan tadbir urus dengan baik dan diiktiraf kerajaan persekutuan,” katanya di sini. 
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menerima markah 99 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016. 
Dr Izani juga berkata, kerajaan negeri pada penggal ini berusaha meningkatkan aspek kebersihan dengan melaksanakan pelbagai program termasuk kempen Kelantanku Bersih. 
Kata beliau kempen itu diadakan di beberapa jajahan bermula Ramadan lepas dan mendapat sambutan penduduk tempatan. 
Menurutnya juga program meningkatkan kebersihan menjadi lebih mudah apabila kerajaan baharu di Putrajaya memberi komitmen membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
– HARAKAHDAILY 3/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018 

No comments:

Post a Comment