BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, July 18, 2018

AP & PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA PENGGAL KE-14

Ada cadangan naik taraf stadium?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan berkenaan dengan isu Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1965.
“Padang di stadium tersebut mungkin adalah padang yang tertua di Malaysia dan juga tertua di benua Asia. Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk menaik taraf stadium di Kota Bharu.
“Menteri Belia dan Sukan juga pernah menyatakan hasrat untuk melakukan sesuatu kepada stadium tersebut dan mungkin memberi peruntukan untuk membina stadium yang baru bagi negeri Kelantan,” tambahnya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, semalam.
Menurut beliau, dalam butiran 030200 (Emolumen Kakitangan Kontrak), KBS telah menambah peruntukan daripada RM1 juta kepada RM18 juta bagi tahun 2019. Dalam butiran 030600 (Emolumen Kakitangan Kontrak) daripada RM84 juta kepada kosong pada tahun 2019.
“Saya ingin meminta penjelasan terperinci di sebalik perubahan mendadak bagi angka-angka ini. Walaupun kita tahu bahawa kakitangan kontrak yang tidak disambung itu daripada butiran PLKN.

“Saya ingin tahu setakat manakah siasatan yang dijalankan ke atas KBS mengenai skandal rasuah sebelum PRU14 yang melibatkan seorang pegawai kanan KBS. Kita dimaklumkan bahawa gred M54 dan jumlah yang terlibat sebanyak RM100 juta,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/12/2018

Sumber HD - 5-12-2018


Royalti: Akui akan dibayar sebelum berakhir 2018

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Amiruddin Hamzah akhirnya terpaksa mengakui bahawa royalti petroleum kepada Kelantan akan dilangsaikan sebelum tahun 2018 berakhir.

Perkara itu dinyatakannya setelah diasak dengan pertanyaan dari Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS - Rantau Panjang) dan Dato' Che Abdullah Mat Nawi (PAS - Tumpat) pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.
Pun begitu, terdahulu beliau dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan mengenai royalti tersebut apabila berlegar jawapannya disekitar beberapa alasan dan cuba mengelak ketika sesi Menjawab Pertanyaan-pertanyaan.
"Isu royalti tidak berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
"Oleh yang demikian, saya harap semua yang sedang menunggu jawapan ini terus bersabar. Apabila sampai masa dan ketikanya, jawapan itu akan diberikan," ujarnya.
Bahkan ketika Siti Zailah kembali mencelah, Amiruddin dengan pantas cuba menegaskan bahawa perkara tersebut bukan di bawah bidang kementeriannya dan tiada jawapan untuk dijelaskan beliau.
Namun beliau terus dibentak oleh Siti Zailah apabila terus bangkit menempelak penyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini yang disifatkannya sebagai menghina maruah rakyat Kelantan.
Manakala Dato' Che Abdullah yang turut bangun telah mengingatkan Amiruddin mengenai jaminan Perdana Menteri dalam Majlis Kewangan Negara untuk membayar royalti tersebut kepada negeri-negeri terlibat.
"Jadi, apabila sudah ada jaminan daripada Perdana Menteri (PM), patutnya menjadi tanggungjawab Menteri Kewangan menyalurkan bayaran ini. Jadi, kita hendak minta Menteri Kewangan (jawab).
"Apakah halangan hingga ke hari ini, apabila PM telah pun berjanji dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara untuk membayar royalti tetapi tidak dibayar oleh Menteri Kewangan?" soal beliau.
Pertikaian turut dibangkitkan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS - Kuala Nerus) yang menegaskan bayaran royalti dibuat oleh Kementerian Kewangan, tetapi tidak sampai jumlah yang sepatutnya diberikan.
Dato' Amiruddin kemudiannya mengakui tidak menafikan jaminan telah disebut PM dalam Majlis Kewangan Negara dan ianya juga telah disebut dan dijawab dalam soalan Dewan.
"Kita di Kementerian Kewangan akan memastikan bahawa setiap yang telah diputuskan itu akan kita laksanakan dengan kadar ataupun apabila sampai masanya untuk kita membuat pembayaran.
"Ia akan kita pastikan apabila kita mendapat arahan. Kita hanya melaksanakan. Pembayaran yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada apa yang telah diputuskan sebelum ini.
"Kita masih ada sehingga akhir tahun untuk melunasi apa yang perlu dilunaskan," jawabnya sambil terus menerima pertanyaan dari Tumpat dan Kuala Nerus hingga akhirnya mengakui komitmen itu sebelum tahun ini berakhir. - HARAKAHDAILY 1/11/2018

Sumber HD - 1-11-2018

LGBT: Pendirian PM tepat, Kabinet perkukuh






PENDIRIAN YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak perlakuan LGBT daripada diterima di negara ini adalah langkah tepat sesuai dengan ajaran Islam, undang-undang negara, norma masyarakat setempat dan nilai kemanusiaan sejagat.

Seperti gesaan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu supaya semua usaha mempertahankan dan mengiktiraf perlakuan LGBT ditolak, saya juga berharap agar tokoh dan pertubuhan yang memanipulasi prinsip hak asasi manusia untuk tujuan tersebut juga dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukannya.

Sebagai menegaskan pendirian tersebut juga, Perdana Menteri digesa supaya membawanya kepada Kabinet dan mengeluarkan suatu kenyataan rasmi Kerajaan berhubung perkara ini agar usaha mempromosikan perlakuan songsang ini sama ada dalam bentuk pemikiran atau amalan dapat disekat secara menyeluruh.

Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar menolak para pemimpin yang mesra, menyokong dan mendukung agenda LGBT.

Agenda LGBT ini perlu ditentang bagi memelihara jati diri budaya dan sistem kekeluargaan masyarakat di negara ini daripada dirosakkan seperti yang berlaku di negara-negara Barat pada hari ini.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
24 September 2018 | 14 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 24/9/2018

Sumber HD - 24-9-2018

Tun M punca sebenar perpecahan Melayu






MELAYU berpecah-belah ini banyak berlaku zaman Tun. Umno berpecah banyak kali bawah Tun. Mula-mula Tun dengan Tengku Razaleigh Hamzah hingga wujud Semangat 46. Kemudian berseteru dgn DS Anwar hingga lahir PKR. Sekarang dengan Najib pula hingga lahir Bersatu. Jurang kaya dan miskin terlalu melebar di zaman Tun oleh amalan Kronisme dan Nepotisma yang memberi habuan ekonomi kepada segelintir peratus yang kecil dari kalangan elit Melayu yang rapat dengannya dengan alasan 'hak istimewa orang Melayu'. Walhal jumlah besar orang Melayu terpinggir hanya kerana berbeza pegangan politik dengan Umno yang dipimpin Tun.

Kelantan dan Terengganu adalah negeri lebih 90 peratus orang Melayu. Tapi Tun sanggup nafikan hak negeri menguruskan royalti petroleum untuk pembangunan negeri. Anak jati kedua-dua negeri majoriti ini menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa yang menjadi taikun-taikun industri petroleum ini adalah anak-anak kandung Tun Mahathir sendiri dan kroni-kroni elit yang rapat dengan Umno.

Ini disebut ketidak-adilan. Adalah semula jadi jika ketidak-adilan mewujudkan ketidakpuashatian, tuntutan, rasa marah dan dizalimi. Inilah punca sebenar perpecahan orang Melayu.

PAS konsisten membawa mesej Islam. Kami dilabelkan dengan imej yang bukan-bukan sedangkan apa yang dibawa adalah selari dengan apa yang difatwakan dan diterbitkan pihak berautoriti dalam urusan agama.

Ada satu dua insiden terpencil yang tidak selari pendirian umum PAS yang tidak disokong oleh PAS tidak seharusnya dianggap pendirian PAS. Bila berlaku salah faham PAS banyak kali mengajak kepada perbincangan, muzakarah.

Umno zaman Tun yang tidak berani dan mengelak kerana tidak mahu rakyat faham perjuangan PAS. Media dinafikan untuk PAS.

Lihatlah bagaimana sampai sekarang Tun mempersalahkan pegawai agama kononnya tidak mahu bersuara menyalahkan PAS.

Puncanya mudah. Cuma Tun yang merasa PAS salah kerana ia tidak selari kemahuan Tun dan kefahaman agama yang Tun sendiri bukan ahlinya.

Walhal pegawai-pegawai agama, majoriti para ulamak, tahu apa yang PAS suarakan berasaskan landasan yang benar dan selari pemahaman yang betul mengenai agama.

Jika Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah menyeleweng dan salah dalam ilmu agama dan pemahamannya, layakkah beliau diangkat pemimpin peringkat dunia dalam kepimpinan keilmuan Islam? DS TGHH adalah Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia dan satu satunya dari negara bukan Arab yang berada pada kedudukan itu.

Di saat Muktamar PAS di bawah kepimpinan DS TGHH jelas menyeru perpaduan ummah, yang sedang memecah belahkan adalah Tun Mahathir juga yang rela melihat Islam dan Melayu seperti mengemis sokongan DAP dan Liberalis.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
20hb September 2018 - HARAKAHDAILY 20/9/2018

Sumber HD - 21-9-2018

Perjuangan PAS Bukan Kepentingan Kepartian


Oleh: Syed Kamal
KUALA TERENGGANU – Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukanlah semata-mata perjuangan bersifat kepartian, tetapi perjuangan ini telah termaktub di dalam perlembagaan.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara tersebut dinyatakan di dalam Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.
“Ianya jelas bertujuan untuk mengangkat kedudukan Islam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh pemberita mengenai ucapan dasar tersebut sewaktu Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, baru-baru ini (16 September).
Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjadi penghubung kepada usaha-usaha lain bagi mendekati kelompok bukan Islam.
“Presiden telah meletakkan peranan kita di dalam menarik sokongan masyarakat berbilang kaum dengan menegaskan kepentingan memperkasakan DHPP sebagai penghubung.
“Lebih-lebih lagi dengan adanya minat daripada parti-parti yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC yang telah turut hadir ke Muktamar baru-baru ini,” tambah beliau lagi.
Tambahan pula, beliau juga sangat berpuas hati dengan kemeriahan Muktamar kali ini yang dihadiri ribuan penyokong PAS termasuk orang bukan Melayu.
Sumber BO - 20-9-2018

Mati akibat arak: Menanti alasan 'manis' PH


KERAJAAN PH seumpama Kerajaan BN kelihatan masih gagal membendung gejala penagihan arak. Malah lebih teruk kini arak ‘out specification’ dengan kandungan alkohol yang terlalu tinggi mula menular.

Terkini disahkan sekurangnya 15 lelaki disahkan meninggal dunia dan 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak sekitar kawasan Lembah Klang sejak dua hari lalu dan terdiri daripada warga asing dan warga tempatan. Dilaporkan kini masih ada 33 lagi mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh (15 orang), Hospital Kajang (15 orang), Hospital Selayang (seorang), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (seorang) dan Hospital Shah Alam (seorang) kerana mengalami simptom yang sama. Mereka dipercayai meminum tiga jenis arak yang dikenalpasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.

Saya melihat bagaimana Undang-undang yang sedia ada masih tidak berkesan menghalang penyeludupan arak beralkohol tinggi yang bukan sekadar mabuk malah membunuh cepat para peminumnya.

Malaysia yang pernah didedahkan sebelum ini sebagai Negara ranking ke-10 dunia peminum arak. Beberapa tahun lalu didedahkan Malaysia telah berada di ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar dunia dan disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

Jika ditinjau kesannya setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah dengan arak murah semurah RM3 yang juga mengandungi kadar alkohol yang tinggi serta pernah didedah oleh majalah Mastika sekitar tahun 2009 lalu.

Saya juga melihat di saat Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mencanang bebanan ekonomi Negara dan hutang Negara yang berbilion, kerajaan juga perlu menilai tahap kerugian Negara kepada sektor perubatan yang membelanja wang besar untuk merawat penyakit yang sengaja dicari seumpama ketagihan arak ini. Kes kanser peparu, sakit jantung, kanser hati adalah antara perawatan yang berpunca masalah ketagihan arak.

PAS mengajak kesemua kaum dan agama bersatu menentang gejala ketagihan arak malah Islam amat benci kepada kerosakan fizikal dan mental akibat meminum arak. Arak adalah pemusnah nilai ketamadunan dan kewarasan rakyat. Rakyat yang mulia adalah senantiasa menjaga diri, akal dan nyawa masing-masing. Semua agama tidak mahu pasangan atau anak-beranak mereka mati sia-sia melalui gejala penagihan arak yang membazir dan merosakkan sistem sosial Negara.

Saya juga mahu melihat kelantangan Kabinet menyelar gejala ini dan mengambil sebarang tindakan yang paling berkesan untuk membendung jenayah ini. Kabinet kerajaan tidak sepatutnya hanya bingkas mengkritik dan menolak isu sebat cara syariah di Terengganu.

Adakah mereka hanya kerajaan yang hanya skeptikal dan alergik dengan perlakukan bersyariat semata-mata atau benar ikhlas mahu menyelamatkan dan memartabatkan taraf rakyat mereka sendiri.

YB AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Ahli Parlimen Sik / Timbalan YDP PAS Kawasan Sik
19 September 2018 - HARAKAHDAILY 19/9/2018

Sumber HD - 19-9-2018

Tindakan tepat tolak reman pemuda autisme

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8159-tindakan-tepat-tolak-reman-pemuda-autisme

SAYA mengikuti rapat kes seorang pemuda yang mengalami autisme, Ahmad Ziqri Morsidi, 22 yang telah ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan seorang wanita minggu lepas. Hari ini melalui satu surat saya kepada pihak Peguam Negara, saya berpandangan isu tersebut boleh ditangani dengan lebih baik sekiranya pihak polis dan juga mahkamah mempunyai prosedur tersendiri di dalam menangani isu-isu berkaitan autisme dan yang seumpama dengannya.

Menurut fakta kes, Ahmad Ziqri telah dibawa oleh ibunya, Hasnah Abdul Rahman dan beberapa orang adik beradiknya ke sebuah restoran di Jalan USJ 10/1B, Subang Jaya bagi meraikan hari lahirnya ke 22. Ia diikuti dengan insiden di mana Ahmad Ziqri didakwa telah menyentuh dada seorang wanita berusia 24 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis bersama keluarganya.

Sekalipun telah diberikan penjelasan oleh ibu pemuda terbabit, laporan polis tetap dibuat dan Ahmad Ziqri telah ditahan selama satu malam di lokap sebelum dibawa oleh pihak polis bagi mendapatkan reman selama 4 hari bagi tujuan siasatan. Difahamkan bahawa Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menolak permohonan berkenaan ekoran keadaan suspek yang mengalami autisme.

Saya rakamkan tahniah kepada pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang telah membuat keputusan tepat berhubung isu ini. Ia menunjukkan bahawa pihak Mahkamah telah mendengar keterangan semua pihak dan membuat keputusan berasaskan kepada situasi dan keperluan sebenar.

Penahanan suspek berkenaan merupakan satu langkah yang tidak sewajarnya berlaku. Sekalipun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan, namun persoalannya adakah prosedur yang sama terpakai ke atas golongan yang normal turut terpakai kepada individu yang mengalami autisme dan yang seumpama dengannya? Penahanan reman di dalam lokap sekalipun hanya mengambil masa yang tidak lama cukup memberikan kesan yang mendalam kepada golongan seperti ini.

Saya mendesak satu prosedur tersendiri bagi menangai kes-kes seperti ini wajib diwujudkan oleh pihak polis. Dalam isu ini, pihak polis sendiri saya percaya telah bertindak dalam ruang lingkup undang-undang yang sedia ada, namun tidak boleh dinafikan bahawa ia boleh diberikan penambah baikan. Secara khususnya di dalam kes Ahmad Ziqri ini, Peguam Negara tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggugurkan kes dan tidak meneruskan pendakwaan terhadap beliau kerana nyata sekali tahap pemikiran individu yang mengalami autisme tidak boleh diletakkan beban tanggungjawab sebagaimana golongan normal. Saya sekali lagi merakamkan tahniah kepada pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas keputusan yang saya kira cukup tepat itu.

Masyarakat awam di Malaysia masih banyak lagi perlu diberikan kefahaman berhubung kehidupan golongan OKU. Pendidikan sejak awal perlu dipupuk di kalangan anak-anak agar mereka mampu berinteraksi dan memahami golongan yang turut mempunyai hak untuk hidup di dalam negara ini.

Saya mohon Peguam Negara, Tuan Thommy Thomas dapat memainkan peranan untuk mewujudkan standard operasi siasatan tersendiri oleh pihak polis dalam berdepan dengan isu-isu seperti ini seterusnya ditangani sebaik mungkin oleh pihak mahkamah. Pandangan ini telah saya nyatakan melalui surat saya kepada beliau pada hari ini 17 September 2018.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 18/9/2018

Sumber HD - 18-9-2018

 Senator Pembangkang jelaskan alasan tolak mansuh RUU antiberita palsu

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <









Senator BN Khairul Azwan Harun berkata pembangkang menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan kerajaan kerana percaya undang-undang itu perlu diperbaiki dan bukannya dimansuhkan.

"Saya faham bahawa ramai tidak suka dengan undang-undang ini, tapi kita juga perlu sedar bahawa kita hidup di dalam dunia maklumat pantas," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Usul pemansuhan RUU itu ditolak hari ini melalui hasil undi belah bahagi Dewan Negara yang dikuasai oleh BN.

Seramai 28 ahli Dewan menolak pemansuhannya, manakala hanya 21 yang menyokong dan tiga lagi tidak mengundi.

Jelas Khairul, undang-undang berkenaan masih relevan kerana pilihan raya AS sekalipun boleh terjejas disebabkan berita palsu dan penyebaran maklumat palsu.

"Ancaman ini wujud dan saya bimbang landskap politik kita terlalu mentah untuk lebih terpolarisasi kerana berita palsu. Asas demokrasi, debat dan dialog, semuanya bergantung dengan fakta yang diterima ramai. Dan itu yang kita mahu lindungi.

"Kita tidak menolak untuk melambatkan kerja kerajaan, lagi pun, kita juga sebelum ini meluluskan SST.

"Undang-undang antiberita palsu seharusnya melindungi rakyat biasa terhadap kepentingan sama ada dalam dan luar negara yang mahu menjerumus masyarakat negara ini ke dalam konfrantasi berterusan yang tidak produktif," katanya.

Ketika dihubungi kemudian, Khairul berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menjadi mangsa "berita palsu", dengan merujuk penyebaran gambar berita palsu yang seakan-akan berita sebenar.

Mengulas perkara itu, peguam Syahredzan Johan dalam kenyataan di Twitter berkata penolakan pemansuhan RUU berkenaan adalah sengaja untuk malambatkan proses reformasi.

"Bukti bahawa pihak pembangkang akan melambat-lambatkan proses reformasi. Perjalanan untuk melaksanakan janji-janji Pakatan Harapan dalam manifesto tidak semudah lulus di Dewan Rakyat sahaja," katanya, yang juga merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang.

Bulan lalu, Dewan Negara meluluskan SST dan rang undang-undang perbekalan.

Ketika ini, beberapa pihak mempertikai ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rang undang-undang kewangan diluluskan tanpa persetujuan Dewan Negara.

Bagaimanapun, Artikel 68 menggariskan bahawa "rang undang-undang bukan kewangan" masih boleh diluluskan tanpa persetujuan Dewan Negara selepas setahun ia diluluskan Dewan rakyat pada kali pertama

Sumber MR - 12-9-2018

Mansuh RUU Antiberita Tidak Benar ditolak



KUALA LUMPUR: Dewan Negara menolak Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 selepas dibaca kali kedua, hari ini.

Usul itu ditolak setelah dijalankan undi belah bahagian oleh ahli-ahli Dewan Negara.

Keputusan undi belah bahagian itu dumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.dengan 28 ahli Dewan menolak RUU itu dimansuhkan, 21 bersetuju sementara tiga tidak mengundi. - HARAKAHDAILY 12/9/2018

Sumber HD - 12-9-2018

Sebat syarie terbaik cegah perlakuan songsang



PUJIAN patut diberikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang telah berjaya melaksanakan hukuman sebat syarie kepada pesalah musahaqah di hadapan lebih 100 orang awam yang hadir. Ia mencatat satu sejarah baru bagi Negeri Terengganu apabila hukuman ini pertama kalinya dijalankan dan diyakini dapat mencegah kesalahan perlakuan sumbang ini daripada berulang.

2Kecaman oleh Pengerusi SUHAKAM yang menyatakan bahawa hukuman ini adalah penghinaan dan memalukan dua wanita tersebut termasuk ahli keluarga mereka serta melanggar undang-undang antarabangsa menunjukkan SUHAKAM sebenarnya lebih mengutamakan perundangan antarabangsa yang tidak mengikat berbanding undang-undang negara yang sedang berkuatkuasa serta jauh sekali memahami prinsip perundangan Islam dan hikmah pensyariatannya.

Harus ditegaskan bahawa perlakuan LGBT ini adalah mungkar yang perlu dicegah kerana sesungguhnya Allah telah membinasakan kaum Lut akibat amalan songsang ini.

Justeru itu, sewajarnya hukuman sebatan yang menggunakan konsep tarhib (menimbulkan kegerunan terhadap dosa) ini patut disokong kerana hukuman ini bersifat mencegah (al-rad’u wa al-zajru) dan mendidik (al-tahzib). Secara tidak langsung, ia mampu mencegah pelaku daripada mengulangi kesalahan itu dan mendidik orang yang menyaksikannya agar tidak membuat kesalahan yang sama.

Sehubungan dengan itu, hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu ini merupakan jalan terbaik yang tidak sama sekali mengetepikan hak asasi manusia malah dengan cara ini mampu menutup jalan-jalan mufsadah (keburukan). Paling utama, dengannya ini, kita dapat mencegah daripada mengundang kemurkaan Allah sepertimana yang telah ditimpakan kepada kaum Lut.

YB Shaharizukirnain Abdul Kadir
Ahli Parlimen Setiu
5 September 2018 | 24 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018


Kelantan miskin kerana pemimpin macam Tun M



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya gagal menyalahkan diri sendiri sebagai penyebab negeri Kelantan menjadi miskin seperti dakwaannya dalam Kongres Bumiputera, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenyataan Mahathir itu yang menyalahkan kerajaan PAS di Kelantan tidak dapat mentadbir negeri sendiri dengan baik sehingga mengharapkan bantuan kerajaan pusat disebabkan adanya pemimpin seperti Mahathir.

Ulasnya, dakwaan Mahathir itu hanya cubaan menutup segala apa yang telah diperlakukannya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri yang bertanggungjawab memiskinkan Kelantan.

"Di saat negeri negeri lain masih alpa menyokong pemerintahan BN, Kelantan menjadi negeri terawal menolak pemerintahan BN yang dipimpin oleh Mahathir melalui Pilihan Raya Umum 1990, dengan kepimpinan Tok Guru.

"Sejak bila Kelantan dikaitkan dengan kemiskinan? Bukankah Kelantan dikaitkan dengan emas ribuan tahun lamanya hingga tercatat dalam pelbagai catatan purba sebagai sebahagian semenanjung emas?

"Bukankah Kelantan mencatatkan kehadiran Ibnu Batuttah dalam kunjungannya kepada kegemilangan pemerintahan Putri Urduja seperti yang dipamerkan dalam Muzium Kuala Krai?

"Bukankah Kelantan, negeri pilihan hijrahnya Sayyid Hussain Jamadil Kubra, moyang kepada wali songo, yang sangat mempengaruhi agama, politik, budaya dan ekonomi rakyat Kelantan, ratusan tahun lamanya?

“Senarai perilaku dan diskriminasinya panjang, tapi jauh lebih panjang derita dan pengorbanan yang ditanggung oleh rakyat Kelantan," katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 3/9/2018

LAPORAN PENUH DALAM HARAKAH CETAK

Sumber HD - 3-9-2018


Pengisian sebenar kemerdekaan di era Malaysia Baharu


SAMBUTAN Hari Kebangsaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun adalah sempena memperingati peristiwa pengisytiharan penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu sendiri.

Sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, bermulalah era penjajahan di Tanah Melayu. Pada 1641, Melaka jatuh ke tangan Belanda dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

Kesan Perjanjian Pangkor 1874 yang mengundang campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri di Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Menerusi Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Siam telah menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British dan British telah memaksa negeri-negeri ini menerima seorang Penasihat British seperti di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima seorang Residen British. Johor juga menerima seorang Konsul British pada 1895 yang kemudiannya ditukar kepada Penasihat Am pada 1914. Terengganu pula menjadi negeri terakhir di Tanah Melayu yang dipaksa menerima Penasihat British pada tahun 1919.

Pada 1948 barulah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggabungkan 9 Negeri-negeri Melayu (Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor) dan 2 penempatan British iaitu Pulau Pinang dan Melaka sekaligus memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan buat pertama kali.

Majlis bersejarah menyambut pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu, perwakilan negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lain serta ribuan rakyat disemarakkan dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Selain Lagu Kebangsaan “Negaraku” buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi, diikuti selepas itu juga dengan seruan azan oleh tokoh agama, Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dengan Islam menjadi Agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 16 September 1963 pula, Malaysia berjaya dibentuk hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum Singapura berpisah daripada Malaysia pada 1965. Sempena pembentukan Malaysia ini, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun.

Setiap rakyat Malaysia tidak sepatutnya melupakan sejarah kemerdekaan negara ini yang merupakan sebuah perjalanan panjang dan payah yang ditempuhi oleh generasi terdahulu melibatkan semua tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial seseorang.

Kesanggupan mereka menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa adalah demi membebaskan tanah air ini daripada penjajahan dan menubuhkan sebuah negara berdaulat yang baru sehingga semuanya saling bersetuju dengan suatu kontrak sosial semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan agama Islam, peranan Raja-raja Melayu, keistimewaan orang-orang Melayu dan penggunaan Bahasa Melayu adalah antara yang telah dipersetujui secara bersama sejak dahulu sebagai teras utama keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara ini yang merupakan pengisian terpenting kemerdekaan negara selain hak dan kepentingan sah kaum dan penganut agama lain turut dijamin sama.

Oleh itu, manifestasi sebenar kemerdekaan ini adalah pada kesungguhan memelihara perkara ini disamping mengibarkan “Jalur Gemilang” dan mengadakan sambutan bagi meningkatkan lagi penghayatan terhadapnya.

Pasca PRU14 lalu kita disebut berada di era Malaysia Baharu setelah Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN sejak merdeka lagi kini diterajui pula oleh Pakatan Harapan (PH). Perubahan teraju Kerajaan ini tidak sepatutnya mengubah atau cuba mengubah teras utama ini sekalipun pada tafsiran dan lebih-lebih lagi pada isinya. Ia adalah asas yang tidak boleh dikesampingkan dalam arus pembangunan dan pemajuan rakyat dan negara ini.

Seterusnya, setelah 61 tahun merdeka, pengertian kemerdekaan itu mesti difahami dengan lebih komprehensif dan objektif. Ia tidak terhad pada aspek fizikal semata-mata, tetapi juga meliputi aspek mentaliti dan spiritual.

Sekalipun pada aspek fizikal kita telah merdeka, namun pada aspek pemikiran dan kerohanian, harus diakui bahawa kita masih dibelenggu penjajahan. Ia sebagaimana disebut oleh Abu A'la al-Maududi, "telah pergi Inggeris berkulit merah tinggal lagi Inggeris berkulit sawo matang".

Cara fikir atau pandangan hidup yang dipandu oleh kepentingan kebendaan dan individualistik telah mewujudkan pengabaian dan penganiayaan terhadap golongan yang lemah dan menjadikan manusia lari daripada tanggungjawabnya yang sebenar.

Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba serta sistem percukaian yang berasaskan kepenggunaan (seperti GST dan SST) yang dicedok daripada model ekonomi Barat sebagai contoh terus menjadikan orang miskin semakin miskin dan orang kaya semakin kaya.

Kejiwaan yang kosong daripada menyedari dan mengingati bahawa manusia dijadikan oleh Tuhan, sentiasa diperhatikan oleh Tuhan, mesti mengikuti peraturan Tuhan dan akan dibalas baik atau buruk oleh Tuhan menyebabkan agenda menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran dianggap tidak penting dan dilihat sebagai pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.

Tidak hairanlah pelaku maksiat dan jenayah moral pula diraikan dan diberi penghormatan serta terbit ungkapan bahawa perlakuan LGBT adalah bukan jenayah dan tidak salah selagi ia dilakukan secara tersembunyi.

Maka, melatalah kerosakan di bumi ini; rasuah, salah guna kuasa, pembunuhan, rompakan, kecurian, seks songsang, rogol, penzinaan dan pelacuran serta keganasan rumah tangga berlaku saban hari seakan-akan menjadi perkara biasa sahaja.

Sedarlah, sesungguhnya kemerdekaan itu dicapai dengan memerdekakan fizikal, pemikiran dan kerohanian serta adat dan budaya daripada belenggu penjajahan Barat. Malah, kemerdekaan hakiki bagi seorang Muslim pula hanya dapat dikecapi apabila kita mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

”Sejahtera Bersama Islam"

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis, 30 Ogos 2018 | 18 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 30/8/2018

Sumber HD - 30-8-2018


Segera cegah impak kejatuhan Ringgit


SEJAK PRU14 lalu, trend nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) terus menunjukkan kejatuhan berbanding Dolar Amerika. Pada masa ini ia berada pada paras RM4.09 berbanding USD1 dan dijangka mencecah RM4.11 pada suku keempat 2018.

Kejatuhan nilai Ringgit ini pasti memberi kesan peningkatan terhadap kos tanggungan Kerajaan terutamanya apabila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah bergantung kepada barangan import.

Kejatuhan nilai Ringgit pada masa Indeks Harga Pengguna (IHP) dan kadar inflasi sedang meningkat juga pasti memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

Pada Julai 2018, IHP meningkat 0.2% berbanding Jun 2018 menjadikannya bagi tempoh Januari hingga Julai 2018 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.4%. Kadar inflasi juga meningkat dari 0.8 pada Jun 2018 kepada 0.9 pada Julai 2019 dan dijangka meningkat lagi kepada 2.5 pada suku keempat 2018.

Ditambah lagi, bermula September ini pengguna juga menerima kesan daripada pelaksanaan SST yang dijangkakan menaikkan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Perubahan rejim percukaian dari GST kepada SST pasti menjadi alasan dan sebab kepada kenaikan harga barang oleh pelbagai lapisan rantaian perbekalan bermula dari pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit.

Tanpa menafikan adanya faktor luar kawalan bagi Kerajaan mengukuhkan nilai Ringgit, namun Kerajaan mesti segera melaksanakan tindakan bagi mencegah kesan kejatuhan nilai Ringgit ini supaya kos tanggungan Kerajaan dapat dikurangkan dan lebih utama rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Justeru, saya menggesa Kerajaan supaya:

(a) Menangguhkan pelaksanaan SST yang dijadualkan berkuatkuasa bermula September ini dan meneroka sumber pendapatan bukan cukai kepenggunaan yang lain.

(b) Menurunkan harga barangan dan perkhidmatan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pengangkutan dan kesihatan.

(c) Meneruskan pemberian tunai seperti BR1M/Bantuan Sara Hidup terutamanya kepada golongan B40 serta nelayan, pesawah dan penoreh getah.

(d) Memastikan reka bentuk dan spesifikasi perolehan bagi projek pembangunan baru mengambilkira dan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang ada di dalam negara terlebih dahulu.

(e) Meneliti semula kos projek yang dilaksanakan dengan mengambil langkah menukar bahan-bahan dan komponen-komponen import kepada produk keluaran tempatan.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu, 29 Ogos 2018 | 17 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 28--8-2018


Mansuh Akta803: Mesej songsang PH

















MALAYSIA antara pengguna media sosial yang terbesar di Asia yang mencatatkan seramai 24 juta pengguna internet dan lebih 51 peratus menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai wadah berkongsi berita dan maklumat menurut laporan Digital News pada Januari 2018
. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak sebanyak 45 peratus, televisyen sebanyak 54 peratus dan radio (15 peratus). Ini menjadi bukti bahawa penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini adalah sangat dominan.

Pada April 2018, kerajaan terdahulu daripada Barisan Nasional (BN) telah membentangkan serta meluluskan suatu akta yang sangat baik, iaitu Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang kita semua sedia maklum; (i) menyediakan hukuman denda kepada sesiapa sahaja yang menularkan suatu bentuk berita tidak benar iaitu tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun, (ii) menetapkan bahawa pemberhentian penularan harus dilakukan, serta (iii) kegagalan melaksanakannya boleh didenda sebanyak RM100,000 dan RM3,000 bagi setiap hari daripada hari disabitkan kesalahan.

Kita menyaksikan, akta ini menerima reaksi yang pelbagai, baik daripada rakyat bawahan, mahupun pemimpin parti-parti politik yang sentiasa dinilai tindak-tanduknya oleh rakyat. PAS bersetuju, manakala Pakatan Harapan (PH) membantah tidak bersetuju atas beberapa alasan yang begitu teknikal. Rakyat pula, ada yang menyokong dan ada pula yang sebaliknya. Pendapat yang menyokong sangat ramai kerana hal ini adalah selari dengan nilai-nilai Islam yang telah diajarkan, serta menepati logik akal fikiran yang sihat; namun yang tidak menyokongnya juga tidak kurang besar jumlahnya. Antara alasan yang dikemukakan adalah; akta ini akan menyekat hak kebebasan bersuara, oleh pengamal media terutamanya. Sebenarnya, pandangan ini adalah kurang tepat kerana Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digubal sebelum ini, menerusi Seksyen 8A juga ada menggariskan kesalahan bagi penyiaran sebarang berita palsu. Namun yang demikian, meskipun adanya di situ sebuah peruntukan undang-undang, ia dilihat gagal untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang semakin menular susulan ledakan teknologi maklumat, yang tumbuhnya seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, bahkan saya percaya, tentu akan tumbuh lebih banyak lagi bila mana akta ini dimansuhkan.

Menyentuh kes-kes yang melibatkan berita tidak benar, khususnya yang melibatkan amalan berpolitik di negara kita; kita dapati kes-kes yang bakal saya kemukan ini bukan sahaja memadai bahkan cukup kuat bagi mendorong dan mendesak rakyat agar turut bersama-sama menyokong akta ini.

Pertama adalah pada 2014 yang lalu, di mana kita telah menyaksikan bagaimana bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa berdepan suasana fitnah ke atasnya demi sebuah matlamat jangka pendek sekumpulan pihak yang dinamakan sebagai Langkah Kajang. Tidak kiralah langkah itu berjaya ataupun tidak berjaya; persoalannya adakah ianya betul. Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP telah mengeluarkan sebuah dokumen kenyataan sebanyak 91 muka surat yang mengandungi tuduhan dan fitnah ke atas beliau berkenaan segala macam salah laku dan rasuah yang mana ia sering diulang-ulang di pentas-pentas ceramah mereka. Setelah menyaman PKR pada Ogos 2014, yang mana ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urus niaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan ke atasnya – sekali gus menjadi orang yang julung kali meminta dirinya disiasat bagi kes rasuah, di Malaysia. Setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan daripada jawatan MB Selangor, Khalid memenangi kes saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR waktu itu membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah. Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

Kes kedua pula adalah kes yang berlaku pada tahun lepas. Lanjutan usul RUU 355 yang sedang hangat dibicarakan, Rafizi dalam debat Parlimen olok-olok anjuran PKR pada 10 April 2017 yang lalu mengeluarkan satu kenyataan bahawa pindaan Rang Undang-undang Mah­kamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang tidak menaikkan gaji Hakim Mahkamah Syariah akan meningkatkan ri­si­ko pengambilan rasuah dan sa­lah guna kuasa dalam kalangan Hakim-hakim Mahkamah tersebut. Beliau berkata, rekod Hakim yang ditangkap dan ditahan kerana ra­suah menunjukkan bahawa rekod Hakim Mahkamah Syariah adalah lebih tinggi berbanding Hakim Mahkamah Sivil. Sedangkan sehingga waktu itu, hanya satu sahaja kes rasuah melibatkan Hakim Syarie yang telah didakwa dan disa­bitkan kesalahan, sekali gus dapatlah dikonklusikan bahawa kenyataan Rafizi adalah merupakan suatu fitnah dan penghinaan kepada Institusi Kehakiman Syariah serta Hakim-hakimnya. Kita melihat, kenyataan ini tidak lain adalah untuk menimbulkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap Institusi Kehakiman Syariah dengan cara merendahkan martabat dan kedudukan Hakim-hakim Syariah yang selama ini dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan orang Islam.

Kes yang terakhir pula, adalah kes saman fitnah RM90 juta terhadap Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kewujudan kes ini juga turut menguatkan lagi hujah saya terhadap kepentingan akta ini. Setelah PAS difitnah bekerjasama dengan menerima sejumlah besar wang daripada Umno melalui beliau, kita akhirnya menyaksikan keputusan mahkamah yang memihak kepada PAS apabila editor Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown diperintahkan supaya membayar sebanyak RM156,197 (£28,900) atas tuduhan tidak berasas tersebut. Tuduhan ini dilihat tidak lain, bermatlamatkan supaya masyarakat menganggap bahawa PAS sememangnya mahu bergabung dengan Umno ketika Pilihan Raya Umum yang lalu. Walaupun sudah terbukti tidak berasas, namun fitnah ini masih lagi dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat di Malaysia.

Tiga kes yang saya bawakan ini memperlihatkan bahawa ketiga-tiganya adalah berpandu kepada sikap matlamat menghalalkan cara, atau cara pandang sebagaimana yang pernah disebut oleh Nicollo Machiavelli, “the ends justify the means”. Akhirnya, ia membunuh nilai-nilai paling asas dalam sebuah masyarakat demi mencapai matlamat jangka pendek dan juga sekadar memenuhi kepentingan peribadi satu pihak sahaja lalu menindas yang lain daripadanya.

Apabila kita berbicara dari sudut pandang Islam, kita sedia maklum, bahawa fitnah adalah dosa yang begitu besar hukuman dan azabnya di sisi Allah. Ini termaktub dalam dalil-dalil yang ada. Al-Quran sebagai kitab mukjizat ilmu adalah suatu petunjuk di sepanjang zaman. Ia memandu setiap insan yang beriman, berakhlak dan bertaqwa. Ia menyedarkan betapa kewajipan kita di hadapan Allah adalah besar dan berat. Ia juga menuntut kita agar menggunakan segala nikmat pancaindera kurniaan Allah dengan betul dan tepat, kerana semuanya nanti akan dihisab di Hari Kiamat.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Isra’ ayat 36:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

"(Terjemahannya) Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta rasa hati (akal fikiran), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya mengenai apa yang dilakukannya.”

Di antara petunjuk al-Quran juga adalah bertabayyun. Ia memberi amaran kepada kita supaya tidak mengambil suatu maklumat yang sampai kepada kita dengan mudah, tanpa mengira benar dan salah. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 6:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

"(Terjemahannya) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayyunlah (selidikilah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Kepada mereka yang sikapnya suka menyebar berita bohong dan fitnah pula, ingatlah bahawa amaran Allah lebih keras dan janji-Nya adalah benar. Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 19:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"(Terjemahannya) Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara), sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Firman Allah lagi dalam Surah al-Buruj ayat 10:

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ

"(Terjemahannya) Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).”

Secara logik akalnya pula, akta ini dilihat sangat baik dalam aspek menjaga keselamatan bukan sahaja di peringkat individu, bahkan politik bernegara. Tidak kira sama ada yang mentadbir adalah Kerajaan BN, PH, atau siapa pun jua. Mana-mana kerajaan akan menanggung akibatnya jika sebaran berita palsu ini masih lagi dianggap mainan dan isu remeh-temeh. Yang lebih menakutkan, jika kita pula yang mengambilnya sebagai strategi dan amalan, semata-mata untuk mencapai menang yang sekejap.

Sirah menunjukkan, Rasulullah S.A.W sendiri bertindak menghancurkan Masjid al-Dhirar yang dibina oleh golongan Munafik untuk menyebarkan berita palsu dan memecah-belah kesatuan umat Islam. Justeru, seharusnya, di saat inilah kerajaan perlu meneladani dan mempamerkan kepada rakyat ‘political will’ yang tinggi bagi membendung amalan buruk ini, yang sayang sekali, apa yang berlaku hari ini adalah yang sebaliknya.

Maka, di bawah tajuk ini juga, saya berasa terpanggil untuk mengemukakan beberapa cadangan lain yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan bagi membendung sedikit sebanyak; mara bahaya, fitnah dan keburukan gejala media sosial yang tidak terkawal hari ini, demi kebaikan semua rakyat; baik Melayu, India mahupun Cina. Baik yang beragama Islam, mahupun yang bukan.

Memastikan wujudnya sebuah undang-undang yang berkesan bagi menyekat penularan berita tidak benar, dalam masa yang sama ia mestilah tidak disalahgunakan atau bersikap bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

Sentiasa menyemak semula dan melakukan pindaan penguatkuasaan supaya akta ini lebih efektif, sekali gus mendidik rakyat supaya lebih berhati-hati dalam setiap maklumat yang disebarkan; bukannya bergerak semula ke belakang.

Menghidupkan kesedaran rakyat bahawa fitnah perlu dibendung. Antara modus operandinya adalah pemerkasaan sistem pendidikan dengan memasukkannya ke dalam mana-mana topik pelajaran dalam silibus pendidikan anak-anak hari ini, seperti Subjek Moral, Subjek Pendidikan Islam ataupun Subjek IT; yang mana dirasakan sesuai. Subjek ini berperanan memberi fokus terhadap isu-isu berkaitan, termasuklah bahaya fitnah dan panduan menggunakan media dengan betul dan wajar. Ini memerlukan peranan dan penggemblengan tenaga daripada pihak Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Komunikasi.

Sekali lagi, saya dengan ini menegaskan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar ini adalah tidak wajar dimansuhkan dan seharusnya disokong walau siapapun jua yang mengusulkannya. Sebaliknya, ia boleh dipinda dari masa ke semasa bagi menambah baik akta sedia ada jika terdapat kekurangan dan sedikit kecacatan. Ingatlah, kita diberi amanah dan rakyat yang besar jumlahnya sedang menilai bagaimana kita boleh sampai kepada suatu keputusan yang sangat dangkal; bercanggahan dengan Hukum Islam serta logik akal seorang manusia yang sihat akal fikirannya.

Hanya pencuri yang takut dengan hukuman mencuri, dan hanya yang menyebarkan berita tidak benar sahaja yang takut dengan hukuman yang kita bincangkan hari ini. Jika tidak mahu dianggap oleh rakyat sebagai penyebar berita tidak benar, maka buktikanlah dan perkasakanlah undang-undang ini sehabis baik, tanpa perlu berlapikkan alasan-alasan teknikal yang maksudnya tidak lain cuma untuk menafikan undang-undang yang lebih tegas ini.

Ya, kita bebas bersuara. Tapi, bukanlah bebas tanpa ada sempadan, pagar dan batas. Kebebasan tanpa batas, sebenarnya ia sendiri adalah suatu bentuk penghambaan, iaitu penghambaan kepada nafsu dan kehendak diri sendiri yang selalu pada akhirnya mendorong manusia ke lembah kehinaan. Kebebasan yang betul, adalah kebebasan yang berpandukan kepada prinsip betul salah, sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah, walaupun ianya, dalam beberapa keadaan sangat berlawanan dengan kehendakl peribadi kita.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 21:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"(Terjemahannya) Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu, Tuhan yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”

Terakhir daripada saya, saya menyeru, marilah kita menggembleng tenaga, mencari jalan untuk terus tunduk patuh kepada perintah Tuhan, bukannya mencari jalan untuk semakin jauh daripada perintah Tuhan.

Firman Allah dalam Surah at-Talaq ayat 2:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

"(Terjemahannya) Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”

Teks perbahasan: RUU Akta Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) pada 16 Ogos 2018, Dewan Rakyat. Perbahasan oleh Ahli Parlimen Sik tidak dapat disampaikan kerana ketiadaan ruang waktu dan luang peraturan Dewan Rakyat.

AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Ahli Parlimen Sik / Timbalan YDP PAS Kawasan Sik - HARAKAHDAILY 17/8/2018

Sumber HD - 17-8-2018


Kenyataan SUHAKAM Keterlaluan.







Oleh : DMS
KUALA LUMPUR – Kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Malaysia yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah Terengganu terhadap hukuman ke atas pelaku lesbian pada 12 Ogos yang lalu adalah keterlaluan.
Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail adalah detik hitam bagi perundangan negara dan Islam khususnya.
“Saya mewakili seluruh rakyat Terengganu yang beragama Islam khususnya berdukacita dengan kenyataan SUHAKAM ini.
“Kami juga bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut SUHAKAM menarik balik kenyataan ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sidang Media Ahli Parlimen PAS di Bangunan Parlimen, semalam Khamis, 16 Ogos.
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setiu itu menempelak kenyataan Tan Sri Razali yang merujuk hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu.
“ia sesuatu memalukan keluarga dan martabat wanita adalah bertentangan dengan agama Islam yang sejak dahulu lagi meninggikan martabat kaum wanita.
“Kenyataan ini amat mendukacitakan kerana ianya keluar dari mulut seorang yang beragama Islam dan merupakan detik hitam bagi kedaulatan undang-umdang negara,” tambahnya.
Justeru, beliau berharap agar kerajaan pusat dan menteri yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu terhadap kenyataan SUHAKAM ini bagi kepentingan agama Islam dan penganutnya.
Terdahulu, pada Ahad 2 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menjatuhkan hukuman 6 sebatan dan denda RM3,300 ke atas sepasang wanita kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun.
Kejadian berlaku pada bulan April yang lalu.
Sumber BO - 17-8-2018
















Berita Tidak Benar Aparatus PH?







RUU bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (AATB) baru sahaja diluluskan. Saya tidak berpeluang berbahas walaupun beberapa kali bangun berdiri kerana masa berbahas sangat singkat berbanding ketika Akta AATB tersebut di bawa ke Dewan Rakyat pada 29 Mac dan 2 April 2018 lalu.
2. Ia menunjukkan betapa kerajaan PH sangat tergesa-gesa dalam mengemukakan sesuatu RUU tanpa memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memberikan pandangan secukupnya. Ia seolah-olah meludah ke langit kerana itulah yang menjadi bahan kritikan mereka terhadap BN ketika menjadi pembangkang dahulu.
3. Saya menjadi wakil tunggal PAS berucap mewakili PAS menyokong AATB pada 2 April 2018 lalu. Sila rujuk
http://drtakiri.blogspot.com/2018/08/teks-ucapan-perbahasan-rang-undang.html?m=1
Untuk itu, pada kali ini PAS menerusi 2 Ahli Parlimen iaitu Kubang Kerian dan Pasir Putih tegas menolak pemansuhan akta tersebut.
4. Mesej yang perlu disampaikan ialah berita palsu adalah jenayah kemanusiaan. Ia jenayah terhadap kehormatan manusia yang menjadi mangsa terhadap berita palsu. Berita palsu adalah satu kezaliman terhadap kehidupan bermasyarakat kerana ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman dan pertelingkahan dalam masyarakat.
5. Bagi saya pemansuhan akta ini menunjukkan PH tidak serius menangani penyebaran berita tidak benar.
6. Secara meritnya, tiada pertikaian besar terhadap Akta tersebut. Hanya pada beberapa aspek teknikaliti sahaja yang dipertikaikan. Ia boleh sahaja dipinda tetapi bukannya dimansuhkan.
7. Jika dirujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat pada 29 Mac 2018 dan 2 April 2018 serta perbahasan di Dewan Rakyat pada hari ini, dua (2) perkara utama yang menyebabkan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang dahulu dan sebagai Kerajaan pada hari ini mempertikaikan Akta Antiberita Tidak Benar adalah kerana :
(i) Kebimbangan Akta ini disalahgunakan oleh Kerajaan terutamanya yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini memandangkan ia dikemukakan di Dewan Rakyat menjelang PRU14.
(ii) Sudah ada akta lain yang dikatakan boleh menangani penularan berita tidak benar.
8. PERTAMA, jika PH mendakwa Kerajaan di bawah terajunya adalah cekap, bertanggungjawab dan telus, sepatutnya PH tiada masalah dengan Akta ini dan bersedia melaksanakannya secara adil bagi melindungi kepentingan semua pihak daripada ancaman bahaya berita tidak benar dengan lebih berkesan. Adakah kerana PH juga tidak percaya mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa? Jika ada peruntukan yang boleh menimbulkan salahguna kuasa, ia boleh sahaja diselesaikan menerusi pindaan dan bukannya pemansuhan.
9. KEDUA, PH mendakwa Akta Antiberita Tidak Benar tidak diperlukan antaranya kerana sudah ada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Perkara ini juga ada dinyatakan pada bahagian huraian RUU yang dikemukakan di Dewan Rakyat pada hari ini. Peliknya, pada masa sama, PM dan beberapa pemimpin PH sebelum ini juga menegaskan akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ini. Ini adalah pendirian dan tindakan yang saling bertentangan.
10. Ini menimbulkan persepsi, PH seolah-olah cuba menghapuskan semua had yang membataskan kebebasan bersuara atau berekspresi atas nama perjuangan hak asasi kononnya. Sedangkan setiap kebebasan perlu diletakkan had supaya ia berada dalam kawalan dan tidak membahayakan pihak lain dalam pelbagai aspek. Perlu dibezakan antara bebas dengan terbabas dan antara kritik dengan mengutuk. Apabila terbabas ia akan menceroboh hak manusia lain. Seseorang bebas bercakap tapi tidak boleh terbabas bercakap sesuatu yang palsu melibatkan orang lain.
11. Saya bimbang tujuan sebenar Akta Antiberita Tidak Benar ini mahu dihapuskan adalah kerana berita tidak benar itu sendiri adalah aparatus PH bagi mendapatkan dan mengekalkan kuasa serta menjatuhkan lawan mereka.
12. PAS sendiri turut menjadi mangsa ini. Antaranya tuduhan menerima RM90 juta menerusi laporan oleh Sarawak Report. Sikap PAS terhadap skandal 1MDB dituduh PAS menyokong rasuah dan salah laku BN. Idea ‘Unity Government’ yang bermaksud perpaduan semua parti tanpa ada pembangkang diputarbelit kononnya agenda penyatuan PAS dan UMNO. Insiden Memali dan Amanat Haji Hadi dimanipulasi naratifnya supaya PAS dilihat pencetus perpecahan, pembawa fahaman ekstremisme dan kafir mengkafir.
13. Malangnya, para pemimpin dan cybertrooper PH dengan sikap rakusnya terus mencipta dan menyebarkan berita tidak benar menerusi pelbagai platform media untuk menyekat pengaruh positif lawan mereka.
14. Sejak menjadi Kerajaan tidak kurang juga PH menipu rakyat. Bermula dengan plot jumlah hutang negara sehinggalah kepada pelbagai janji yang tidak ditunaikan dengan pelbagai alasan; manifesto bukan kitab sucilah, BN punya pasallah, akan kaji dululah dan macam-macam lagi.
15. Pada hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam penggulungan beliau secara terang berbohong menyatakan bahawa PAS menyokong SOSMA. Setelah dibantah dengan keras barulah beliau menarik balik tuduhan. Perdana Menteri, juga pada hari ini melakukan pembohongan apabila mengatakan beliau tidak pernah mengatakan bahawa tempoh Majlis Penasihat Kerajaan hanya 100 hari.
16. Kalau tidak dapat menipu, saya percaya PH pasti senak perut dan tertekan untuk menghadapi amarah rakyat. Sebab itulah saya luahkan kebimbangan bahawa berita tidak benar ini menjadi aparatus utama dan terpenting PH.
17. Suka saya memberi amaran awal kepada rakyat dengan satu pepatah iaitu “siakap senohong, gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri” supaya kita sentiasa berwaspada dengan Kerajaan yang diterajui oleh PH pada hari ini. Saya khuatir, sikap berbohong pada awal menjadi Kerajaan ini akhirnya membarah menjadi curi dan rompak harta rakyat dan negara.
Sekian.
“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber BO - 16-8-2018Jangan batal projek perumahan rakyat




















KUALA LUMPUR: PAS berharap kerajaan baharu tidak membatalkan projek perumahan mampu milik yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini demi merealisasikan hasrat rakyat untuk memiliki rumah kediaman (PRIMA).

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat petang ini, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) menyentuh projek perumahan PRIMA di kawasan parlimennya yang telah dijanjikan pada pertengahan tahun 2017 di Kampung Sungai Bari melibatkan kos RM90 juta untuk sejumlah RM600 buah unit rumah yang dijanjikan siap pada tahun 2019.

Namun, ujarnya sehingga ke hari ini projek tersebut masih belum terlaksana.

Ulasnya, Setiu merupakan daerah di Terengganu yang terbelakang berbanding daerah lain dan memiliki populasi penduduk yang tidak ramai.

"Disebabkan tak banyaknya projek perumahan yang dibina di Setiu dan ada di kalangan pegawai ataupun staf khususnya para guru menetap di luar Setiu dan berulang-alik ke pejabat atau sekolah masing-masing.

"Jadi saya berminat nak tahu tentang masa depan projek PRIMA yang pernah dijanjikan pertengahan tahun 2017 di Kampung Sungai Bari Linggi yang melibatkan kos sebanyak RM90 juta dan sejumlah 600 buah unit yang akan dibina dan dijangka siap pada tahun 2019 tapi sehingga hari ini belum nampak bayang projek ini dilaksanakan.

"Jadi saya harapkan dengan peruntukan bajet sebanyak RM375 juta ini satu bajet yang agak besar, saya harap kerajaan baharu tidak membatalkan projek ini malah teruskan demi merealisasikan hasrat penduduk di kawasan Setiu," katanya.

Isu sama juga dikemukakan oleh Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) di kawasan parlimennya apabila projek perumahan tidak diteruskan disebabkan timbulnya isu syarikat PRIMA tidak bayar membayar tuntutan.

"Jadi soalan yang ingin saya kemukakan iaiah apakah perancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan projek yang telah diluluskan kerana sebahagian telah pun ada pihak pembeli yang telah pun tandatangani untuk membeli daripada syarikat ini.

"Jadi sudah pasti perlu ada tindakan sebaiknya. Janganlah alasan semua projek yang telah dibekukan atas alasan tidak ada duit ataupun kantung negara yang kosong menyebabkan projek-projek yang telah pun diluluskan sebelum ini untuk kepentingan rakyat dibekukan," katanya. – HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018


Kerajaan Mesti Tumpu Memberdaya Sosioekonomi Bumiputera, Melayu





Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan, Pahang dan Terengganu mencatatkan kadar kemiskinan (2014) yang paling tinggi iaitu 0.9%, 0.7% dan 0.6% masing-masing berbanding negeri-negeri lain yang berada pada kadar 0.4% dan ke bawah.
2. Bagi peratus isi rumah berpendapatan kurang daripada RM6,000 sebulan (2014), negeri-negeri ini juga berada pada kedudukan yang paling tinggi iaitu 84.8%, 80.3% dan 77.1% masing-masing; selain Perak (81.1%), Perlis (80.3%) dan Kedah (79.1%).
3. Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah (2016) bagi keenam-enam negeri ini pula berada antara RM3,079 hingga RM4,694 sahaja, lebih rendah daripada pendapatan penengah nasional iaitu RM5,228.
4. Jika dikelaskan mengikut kumpulan isi rumah, ia adalah termasuk dalam kategori 40% pertengahan (M40) dan 40% terendah (B40). Bagi kedua-dua kategori kumpulan isi rumah ini, Bumiputera adalah teramai iaitu 38.0% bagi M40 dan 17.0% bagi B40 berbanding kaum Cina dan India.
5. Berdasarkan data-data yang dinyatakan ini, kesimpulan yang boleh dibuat ialah Bumiputera – atau lebih tepat, Melayu – di negeri-negeri Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) dan utara (Perak, Perlis dan Kedah) adalah golongan yang masih terpinggir pada aspek pembangunan dan kemajuan sosioekonomi terutamanya kumpulan isi rumah B40.
6. Sumber pendapatan kumpulan B40 ini selain daripada gaji atau upah yang hanya menyumbang 70% kepada pendapatan isi rumah, mereka juga bergantung sehingga 20% kepada pindahan tunai seperti zakat, bantuan pendidikan, BR1M dan bantuan tunai yang lain.
7. Sekalipun pendapatan kumpulan B40 naik sebanyak 5.8% setiap tahun sejak 2014, perbelanjaan pula meningkat pada kadar yang lebih cepat iaitu sebanyak 6%, menjadikan kumpulan B40 mempunyai wang yang sedikit untuk berbelanja.
8. Penduduk di negeri-negeri ini juga umumnya bergantung kepada sektor perikanan, penternakan dan perladangan dengan bekerja sebagai nelayan, pengusaha sawah padi, penoreh dan pekebun kecil getah untuk mendapatkan pendapatan bagi menyara kehidupan.
9. Secara puratanya nelayan di Semenanjung Malaysia memperoleh RM2,100 sebulan manakala Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberikan pula hanya RM300 sebulan bagi nelayan zon A dan RM250 sebulan bagi nelayan zon B, C dan C2 kepada pemohon yang layak sahaja.
10. Pengusaha sawah padi pula amat bergantung dengan subsidi bernilai RM800 juta yang disediakan dan elaun RM200 sebulan yang diberikan kerajaan sebelum ini. Sekiranya ia dikurangkan atau ditiadakan, ia sangat menjejaskan golongan ini pada aspek hasil padi dan sumber pendapatan.
11. Penoreh dan pekebun kecil getah pula kini hanya memperoleh 30kg getah sehari bagi kebun seluas kira-kira 1.2 hektar berbanding sekitar 60kg hingga 70kg sehari sebelum ini memandangkan harga purata peringkat ladang getah sekerap di Semenanjung Malaysia berada pada paras RM2.10 sekilogram.
12. Sehingga kini, menteri dari Pakatan Harapan sama sahaja dengan BN sebelum ini turut menolak untuk menetapkan harga lantai bagi getah sebagaimana jawapan bertulis Menteri kepada saya pada 6 Ogos 2018. Sedangkan harga lantai itu bukan sahaja permintaan oleh PAS malah juga Pakatan Harapan ketika mereka menjadi pembangkang dahulu.
13. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 sebulan yang diberikan selama 3 bulan (November hingga Januari) melibatkan 440,000 pekebun getah sangat membantu. Malangnya dalam jawapan bertulis Menteri kepada saya pada 6 Ogos 2018, beliau memaklumkan BMT sedang diteliti semula. Saya bimbang ia tidak akan dilanjutkan.
14. Melihat kepada keadaan sosioekonomi golongan Bumiputera-Melayu di negeri-negeri Pantai Timur dan utara ini, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberikan lebih perhatian kepada golongan ini terutamanya menerusi penelitian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibuat dan semasa kongres masa depan Bumiputera yang mahu dilaksanakan pada September nanti.
15. Sekiranya ia dibiarkan tanpa ditangani secara komprehensif dan kolektif, dikhuatiri ia akan melebarkan lagi jurang sosioekonomi antara kaum di negara ini. Justeru, pengagihan ekonomi yang adil yang mahu dicapai juga seharusnya melihat kepada aspek kaum ini.
”Sejahtera Bersama Islam”
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tarikh : Rabu, 15 Ogos 2018 | 2 Zulhijjah 1439H
Sumber BO - 15-8-2018

Jika Projek ECRL Tidak Diteruskan….






Dalam Buku Harapan muka surat 74 , tiga tahun pertama 50% peruntukan belanja pembangunan kerajaan akan dikhususkan untuk negeri miskin Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perlis.
Setakat Rang Undang2 Penguntukan semula yg sedang dibahaskan sekarang, usah kata 50%, 10% pun belum tentu kerana tajuk tajuk projek dengan peruntukan besar semua di negeri negeri sudah maju terutama di Lembah Kelang.
Pagi tadi Lim Guan Eng , Menteri Kewangan membayangkan projek ECRL mungkin tak diteruskan kerana kos CAPEX yg tinggi dan tak berdaya maju. ECRL kosnya dijangka RM81Billion dan kerajaan sudah bayar lebih RM10Billion down-payment.
Puncanya mudah. Tumpuan segala pelaburan infra, projek utama dan perindustrian di pantai barat menyebab pelabuhan hidup, permintaan kepada perbekalan, perkhidmatan besar, populasi penduduk yg tinggi oleh peluang pekerjaan.
Jika dilaburkan jumlah yg sama untuk projek projek perindustrian yg utama di Pantai Timur, maka saiz pasaran ekonomi menjadi besar. Pelabuhan, keperluan infra lain. Kerajaan kena mulakan dulu. Selebihnya kuasa pasaran akan terbentuk dan mengambil alih membangun dengan sendiri.
Jika benar RM70B ECRL dibatalkan, tolong belanjakan sekurang kurangnya separuh dari itu dalam projek yg merangsang pembangunan perindustrian seperti Projek Kereta Nasional ke tiga
Saya pohon kerajaan bangunkan projek Hub Maritim Nasional di Terengganu, dimana industri Kejuruteraan Pembinaan Kapal, Fabrikasi Struktur Carigali Petroleum dan Senggaraan Kapal dibangunkan dengan suntikan projek khas seperti mana kerajaan telah menganugerahkan projek bernilai RM17 Billion kepada Boustead Naval Dockyard di Lumut, Perak dan tahun lepas berjumlah RM740 juta untuk 3 buah kapal di sebuah limbungan Destini di Kelang.
Cuba namakan apakah satu projek paling besar pernah diperoleh Terengganu setakat ini dari peruntukan persekutuan?
Lebuh Raya Pantai Timur 2 yg bernilai rm5billion itu pun 10 tahun dengan RM1.85Billion duit Terengganu.
Anda tahu berapa nilai Projek RAPID di Tanjung Pengerang Johor? RM105billion. MRT? LRT3? PUTRAJAYA?
Haji Ahmad Amzad Hashim,
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Sumber BO - 15-8-2018




















Pindaan Perlembagaan: Tiada kuasa memaksa



KUALA LUMPUR: Satu pindaan undang-undang pernah dibuat sewaktu Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri ke-4 atas 'act and advise' (tindakan dan nasihat) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada tahun 1993 iaitu melibatkan perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181.

Namun atas semangat pindaan perlembagaan, setiap negeri telah memasukkan perlembagaan yang sama dalam perlembagaan tersebut dan hanya beberapa negeri yang tidak menguatkuasakan undang-undang itu atas tidak mendapat perkenan daripada sultan, antaranya Kelantan dan Kedah.

Justeru itu, Dato' Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini meminta Tun Mahathir menjelaskan sama ada Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat menguatkuasakan perkara tersebut ke setiap negeri-negeri selaras dengan semangat pindaan perlembagaan (spirit of constitution) sebagaimana semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 lalu.

Memberi penjelasan berhubung perkara itu, Mahathir menyedari kerajaan tidak mempunyai kuasa paksaan berbanding negara-negara lain.

Ulasnya, biarpun perlembagaan di negara ini meniru perlembagaan Britain tetapi tidak pernah berlaku Queen dan King di Britain menolak keputusan parlimen atas satu formaliti memberi gambaran jelas bahawa seluruh parlimen mempersetujui.

"Tetapi dalam undang-undang pindaan ini kuasa rakyat ditentukan tidak boleh sesiapa pun menolak kuasa rakyat dalam membentuk undang-undang.

"Kalau di peringkat negeri tidak diluluskan tetapi kalau ada berlaku sesuatu yang melibatkan undang-undang persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong tanda tangan maka undang-undang persekutuan biasanya super sit undang-undang negeri," katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018

Tidak jawab soalan, kata Tuan Ibrahim kepada PM



KUALA LUMPUR: Lain yang ditanya lain yang dijawab, demikian gambaran maklum balas yang diterima oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat pagi ini terhadap soalan tambahan yang dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam soal jawab pada hari ini, beliau meminta penjelasan Perdana Menteri berhubung laporan daripada akhbar Malay Mail yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat operasi harian termasuk peperiksaan berkuatkuasa hari ini.

"Saya minta penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung laporan daripada Malay Mail hari ini yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat harian dan operasi pada setiap hari dan tidak menggunakan bahasa Melayu.

“Dan bermula pada hari ini mereka telah menguatkuasakan satu peperiksaan kepada pegawai tinggi untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian termasuk briefing, taklimat dan operasi," kata Tuan Ibrahim.

Mahathir bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya berkata penggunaan bahasa apa sekalipun adalah penting asalkan pendengarnya memahami apa yang diperkatakan.

"Tuan Yang Dipertua kadang-kadang kita menggunakan bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham, dan terjemahannya itu pun kita tak tahu betul ke tak betul, jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang bahasa apapun yang penting dia faham apa kita kata. Yang dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksa guna bahasa Arab bagi orang yang pandai bahasa Arab," katanya.

Tuan Ibrahim kemudiannya bangkit mendesak jawapan daripada Mahathir dan menekankan persoalan yang dikemukakan beliau menyentuh urusan penting dalam urusan harian PDRM.

"Saya fikir menteri (Perdana Menteri) tidak jawab soalan, saya fikir tolong jawab soalan, ini berhubung PDRM, bukan urusan harian, PDRM guna bahasa Inggeris dalam operasi harian. Saya minta menteri jawab soalan," desaknya, yang kemudiannya Speaker Dewan bertindak alih kepada soalan seterusnya dari Ahli Parlimen Merbok. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018

Adakah Azmin tidak dicadang parti sendiri?



KUALA LUMPUR: Timbul persoalan berhubung pelantikan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah bukan atas cadangan daripada parti sendiri.

Malah dikatakan Azmin menerima tawaran jawatan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa berunding dengan Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ustaz Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, hari ini menimbulkan persoalan tersebut selepas Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan telah diberi peruntukan besar.

"Adakah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah diberi peruntukan yang besar dek kerana timbal balas kepentingan politik pelantikan Menteri Hal Ekonomi yang rupa-rupanya tidak dicadangkan oleh parti sendiri?

"Saya juga ingin menyoal apakah Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak merasa kekok apabila menjawat suatu jawatan yang sebenarnya tidak pun beliau dicadangkan oleh parti sendiri?

"Adakah benar nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak pernah dicadangkan oleh parti sendiri sebagaimana yang dibangkitkan oleh naib presiden Rafizi Ramli?" soalnya.

Ujar Marzuk, rakyat sudah pasti akan menerima kesannya sekiranya konflik dalaman yang berlaku melibatkan jemaah Kabinet menteri dalam PKR sebagai parti kerajaan dalam Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018


Penoreh getah, pekebun kecil sangat teruk




KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan bercadang menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada kira-kira 600,000 pekebun kecil di seluruh negara disifatkan PAS sebagai amaun yang terlalu kecil sedangkan negara dianggarkan memiliki pendapatan negara sejumlah RM200 bilion setahun.

Justeru, Awang Solehudin Hashim (PAS-Pendang) mahu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menilai kembali cadangan tersebut memandangkan pendapatan pekebun kecil getah semakin merosot dengan harga lantai getah berada di paras RM1.80 sehingga RM2 sekilogram.

"Saya nak menyentuh berkenaan dengan penoreh getah pekebun kecil sangat teruk keadaan mereka kerana pendapatan mereka yang merosot harga yang rendah jadi di sini kita tengok jawapan oleh menteri kepada saya pada minggu lepas.

"(Menyatakan) sekiranya harga lantai diletakkan RM3 paling kurang kerajaan terpaksa memperuntukkan RM1 bilion peruntukan tambahan. Jadi saya melihat peruntukan 1 bilion untuk 600,000 pekebun kecil sejumlah yang kecil kerana pendapatan negara setahun lebih kurang 200 bilion lebih.

"Ini perlu kita lihat supaya mereka dapat pendapatan dan hasil yang lebih untuk mereka berbelanja untuk 'rotation economic' seluruh negara.

"Ini cadangan kita kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana pihak berkuasa RISDA ini di bawah hal ehwal ekonomi jadi mohon sangat-sangat menteri ekonomi supaya kita lihat sikit kepada penoreh getah ini kerana mereka juga penyumbang besar kepada ekonomi negara," kata Awang dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang turut membangkitkan masalah bekalan air di negeri Kedah akibat masalah paip yang sudah uzur.

"Negeri Kedah ini sentiasa menghadapi masalah bekalan air bukan kerana tak ada air tapi masalah piping yang dibina pada tahun 1970 dulu sudah peringkat penuaan yang mana tersumbat dan NRWnya sehingga 45 peratus tidak dapat diatasi.

"Ini juga saya cadangkan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli supaya melihat balik penukaran piping yang dah lama ini," katanya pada perbahasan usul anggaran perbelanjaan pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2018.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) pula meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menjelaskan status kuota eksport kayu getah sama ada masih kekal 100,000 meter bersepadu setahun atau telah disekat.

Ujarnya, eksport kayu getah juga merupakan sumber pendapatan penoreh getah juga. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HDb - 14-8-2018

Timbalan menteri membisu isu Dr Ilyani

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7764-timbalan-menteri-membisu-isu-dr-ilyani


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye tidak memberikan sebarang respon terhadap khabar angin berkaitan tindakan tatatertib terhadap Dr Ilyani berhubung surat terbuka kepada Marina Mahathir.
Persoalan tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim ketika sesi jawab lisan.
Beliau bagaimanapun menjawab persoalan adakah LGBT dikategorikan sebagai gangguan mental.
"Berkenaan dengan LGBT ini memang bukan semuanya berkenaan dengan sakit mental.
“Ada sebahagian besar daripada LGBT adalah penyakit organik, penyakit dari segi hormon atau pun penyakit dalam otak di mana memang dari kajian MRI ke sebagainya boleh menunjukkan bahawa ada sesuatu dalam fizikal dalam otak yang menyebabkan mereka bertindak laku sedemikian," kata beliau.
Tambahnya, ia merupakan suatu keganjilan berbanding orang biasa.

"Jadi dia bukan satu penyakit tetapi satu ‘aberration’ daripada yang biasa kita nampak," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 13/8/2018

Sumber HD - 13-8-2018


























Mahkamah syariah: PAS tunggu janji menteri


























KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa perlu serius untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ahli Parlimen Parit Buntar itu perlu mengotakan cadangan tersebut tanpa menghiraukan tekanan dalam Pakatan Harapan (PH).

"Kita minta menteri serius melaksanakan kata-katanya hendak memperkasakan Mahkamah Syariah, janganlah pula terus tunduk apabila wujud tekanan dari pihak-pihak lain.

"Menteri kata mereka hendak buat lebih baik daripada RUU 355, kita minta supaya dia bawa secepat mungkin cadangan dari PH untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Kita tunggu janji itu," katanya di sini.

Di parlimen minggu lepas Dr Mujahid memberitahu parlimen kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memperkasa mahkamah syariah.

Menurutnya usul yang dibawa wakil PAS sebelum ini tidak sesuai bagi kerangka mahkamah syariah dan tidak holistik. - HARAKAHDAILY 13/8/2018

Sumber HD - 13-8-2018

Kerajaan PH Tidak Memperjuangkan Kedudukan Orang Melayu?







Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Umat Islam kena bersatu. Jika kita berpecah, kita tak ke mana walau 65% rakyat negara ini orang Islam.
Pilihanraya PBT yg akan bermula dengan Kuala Lumpur akan bakal menyaksikan bilangan pemilih diibukota, ibu negara Malaysia yg bilangan bukan Islam lebih ramai memilih sendiri siapa mereka mahu untuk uruskan Kuala Lumpur.
Isu penyusunan semula masyarakat antara tumpuan utama Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan 1970 yg mengenalpasti punca ketegangan kaum yang mencetuskan Peristiwa 13 May 1969 adalah ketidakseimbangan antara kaum yang wujud dalam pelbagai faktor misalnya pegangan ekonomi, kependudukan bandar dan luar bandar.
Ia masih gagal hari ini dan telah diganti dengan pelbagai dasar affirmatif lain setelah itu.
Kerajaan PH dilihat agak berat mulut untuk memperjuangkan dasar affirmatif yg membantu memperbaiki kedudukan orang melayu, Islam sebaliknya bersikap longgar dalam isu teras seperti bahasa, dasar pendidikan, kedudukan agama, kuota bumiputera.
Bandaraya bandaraya utama di negara ini didiami majoritinya bukan melayu. Ia menjadi kubu kuat parti seperti DAP yg semua sudah maklum sikapnya terhadap kedudukan Islam dan Melayu.
Pilihanraya umum ke 14 yg lalu menyaksikan antara lain kedudukan susunan Ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping, Perak sepenuhnya dikuasai bukan Islam.
Pilihanraya PBT bermula di Kuala Lumpur bakal melahirkan Datuk Bandar bukan Melayu, ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping.
Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia yang selama ini menjadi dasar kerajaan menumpukan segala urusan pentadbiran dan pengurusan pelbagai sektor di Kuala Lumpur.
Petroleum yg dikeluarkan hasilnya dari perut bumi Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, kesemuanya negeri negeri Melayu dan bumiputera yang pada kedudukan negeri termiskin dalam Malaysia, akan tetapi Kerajaan yang tetapkan dasar, soal pentadbiran dan pengurusannya di Kuala Lumpur.
Ibupejabat PETRONAS di Kuala Lumpur. Tender, Persidangan, Perundingan Pelaburan, Exhibition yang utama. Maka semua entiti berkaitan Industri Petroleum , rangkaian pembekal peralatan, bahan, perkhidmatan, juruperunding, semua buka ibupejabat sekitar Kuala Lumpur, mendaftar syarikat disana dan membayar cukai korporat, cukai pendapatan individu jutawan jutawan taikun industri petroleum, semua dibayar ke akaun hasil di Kuala Lumpur.
Ianya dasar kerajaan. Maka itulah bilangan jutaan rakyat berhijrah dari Terengganu dan Kelantan, Sabah, Sarawak mencari kerja di Kuala Lumpur sehingga semua orang merungut masalah kesesakan di Kuala Lumpur.
Atas faktor kesesakan dari dasar kerajaan inilah pula, kerajaan memutuskan pelaburan beratus billion ringgit Malaysia lagi dalam pelbagai projek mega di Kuala Lumpur dan sekitarnya untuk menangani masalah sistem pengangkutan, MRT, LRT dan pelbagai lagi.
Beratus Billion nilai projek wang rakyat ditumpukan di Kuala Lumpur! Kaya raya towkey towkey di Kuala Lumpur.
Punca. Dasar Kerajaan pusatkan di Kuala Lumpur.
Begitu juga pentadbiran hasil pertanian. Getah, Sawit…
Pilihanraya PBT adalah ketidak adilan kepada rakyat luar bandar yg mengizinkan sumber asli bumi mereka diurustadbir diibu kota sehingga mengkayakan orang bandar sahaja dengan jurang peruntukan pembangunan yang terlalu melampau jauh beza di negeri penyumbang.
***Haji Ahmad Amzad Hashim ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Sumber BO -9-8-2018

RM27 juta wang rakyat selenggara Equanimity?

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7717-rm27-juta-wang-rakyat-selenggara-equanimity


DALAM satu kenyataan, Peguam Jeremy Joseph yang bersama Pasukan Jabatan Peguam Negara yang melakukan pemeriksaan ke atas Kapal Mewah Equanimity mengumumkan kerajaan akan menanggung semua kos penyelenggaraan kapal mewah itu dalam proses siasatan yang dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan.
Beliau menyatakan anggaran kos adalah sekitar RM3 juta sebulan, atau RM27 juta utk sembilan bulan.
Ini adalah suatu yang pelik, adakah kerajaan tidak menyiasat langsung dulu pemilikan kapal sebelum menerimanya? Atau sekurang-kurangnya menyelesai sebahagian besar siasatan pemilikan sebelum diterima?
Saya tertanya-tanya ketika Indonesia menyita kapal ini pada March 2018 adakah Kerajaan Indonesia menanggung kos selenggaraan seperti diumumkan sebelum diserahkan kepada Malaysia pada awal bulan Ogos ini iaitulah 4 bulan lalu? Itu kira-kira berjumlah RM12 juta jika menurut anggaran RM3 juta sebulan pasukan Peguam Negara.
Jika benar, adakah kos ditanggung Kerajaan Indonesia akan dibilkan pula dari Kerajaan Malaysia nanti?
Adakah kerajaan perlu teruskan kapal itu beroperasi, dihidupkan enjinnya, aircond serta lampu-lampunya terpasang dan diteruskan gaji kakitangan kapal berkenaan sepanjang tempoh rampasan?
Mengapa tidak diangkat naik saja guna syncrolift, travelift di mana-mana shipyard? Letakkan atau parking dulu di atas daratan jika kosnya tinggi jika berada di dalam air.
Jika kerajaan berhasrat mahu menjualnya nanti, tidakkah boleh dijual secara 'as it is', seperti mana keadaannya seperti mana amalan biasa kerajaan menjual aset-aset lain yang pernah dirampas sebelum ini.
Atau adakah kerana ia aset mewah, maka kerana itu perlu diberi layanan VIP juga oleh kerajaan?

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
9 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 9/8/2018

Sumber HD - 9-8-2018




























Minta segera atasi masalah muara cetek




























http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7722-minta-segera-atasi-masalah-muara-cetek

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu segera menyelesaikan masalah dihadapi para nelayan dan penternak akuakultur serta masyarakat setempat yang hidup mendiami berhampiran kuala Pantai Tujuh, Tumpat.


Dato' Che Abdullah Mat Nawi (PAS - Tumpat) berkata, masalah muka kuala Pantai Tujuh yang cetek telah menyebabkan kehidupan komuniti di situ terjejas terutama kaum nelayan.

Sedangkan menurut beliau, kebanyakan mereka sememangnya bergantung dan menyara hidup daripada hasil laut, namun keadaan yang berlaku menyukarkan mereka untuk keluar ke laut.

Malah ujar beliau, kecetekan tersebut juga menjejaskan aktiviti akuakultur yang melibatkan hasil besar kepada penternak serta menjejakan pengeluaran negeri dan negara.

"Jadi saya mohon kerajaan menyegerakan perancangan yang sedia dirancang dan diluluskan demi kebaikan rakyat," ujarnya di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Beliau terdahulu mengemukakan soalan lisan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berhubung masalah tersebut yang antara pengakuan Menteri adalah diakui berpunca dari aktiviti pembangunan.

Secara khusus dijelaskan bahawa masalah muka kuala Sungai Tujuh telah mendapat kelulusan bagi projek pembinaan struktur dan mendalamkan muaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - HARAKAHDAILY 9/8/2018

Sumber HD - 9-8-2018

PH flip flop isu pakaian pramugari MAS






























KUALA LUMPUR: Jawapan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan berhubung kod etika pakaian pramugari MAS mengulangi sikap BN yang sebelum ini juga tidak pernah mahu melaksanakannya.

Ini berikutan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Kamarudin Jaffar tidak menepati soalan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) secara tepat apabila disoal mengenai kesesuaian pakaian pramungari MAS sesuai dengan imej Malaysia yang agama rasminya Islam.

Kamarudin dalam jawapan memberi penjelasan secara umum hak mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari yang menepati syariah sedangkan objektif soalan Marzuk adalah menyentuh kod etika MAS secara tepat mengikut syariah Islam.

Kata Kamarudin, syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam selagi mematuhi kriteria iaitu mampu menjalankan tugas semasa pengungsian kecemasan dan hak komersil syarikat penerbangan menentukan kod etika adalah bersesuaian dengan imej korporat masing-masing selari dengan identiti Malaysia hospitaliti.

"Yang diamalkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) iaitu pakaian seragam baju kebaya yang dipakai oleh pramugari adalah mencerminkan budaya Malaysia yang menonjolkan layanan mesra kepada para pengguna penerbangan.

"Dalam hubungan ini, kementerian pengangkutan tiada sebarang halangan langsung bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari yang menepati syariah Islam selagi mana ia mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh CCAM," katanya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan itu, Marzuk bagaimanapun membidas jawapan Kamarudin dengan menekankan MAS yang berada di bawah kawalan kerajaan perlu menetapkan kod etika yang menepati syariah.

Beliau meminta timbalan menteri tersebut mengulas aspek menepati syariah yang diamalkan MAS sepatutnya lebih maju setapak dalam setiap urusan SOP yang dilaksanakan oleh kabin kru pramugari dan pramugara termasuk tugasan menghidangkan arak bagi yang beragama Islam.

"Saya rasa menteri tidak menjawab soalan saya secara tepat, soalan saya ialah berkaitan dengan Malaysia Airlines Sistem (MAS), MAS ini di bawah kawalan kerajaan sepatutnya kena ada satu dress code yang menepati syariah atau syariah compliance, dan soalan tambahan saya dalam aspek menepati syariah ini sepatutnya ia maju setapak lagi dalam seluruh SOP yang dilaksanakan oleh kabin kru.

"Kita pernah bangkitkan di dewan ini dan menjadi isu yang berlanjutan dan hingga kini tidak diselesaikan sampai hari ini. Sahabat-sahabat yang bersama kita dulu, antaranya Shah Alam, Sepang yang ada duk main telefon. Mereka ini antara yang berjuang bersama untuk bukan sahaja aspek pemakaian yang patuh syariah bahkan juga SOP lain yang berkaitan terutama berkaitan dengan hidangan arak.

"Ini menjadi hak dan kebebasan yang sepatutnya hak diberi kepada kabin kru yang beragama Islam untuk tidak menghidangkan arak. Ini belum kita bercakap soal caj yang kita bayar untuk penerbangan antarabangsa yang diambil dari situ untuk dihidang arak secara percuma," kata Marzuk dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini. – HARAKAHDAILY 8/8/2018

Sumber HD - 8-8-2018

Negara tidak perlukan GST dan SST

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7709-negara-tidak-perlukan-gst-dan-sst


SAMA ada GST atau SST, sifatnya sama sahaja pada sudut implikasi terhadap pengguna akhir iaitu perlu menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli atau dilanggan.

Islam telah menggariskan kaedah yang lebih adil berkenaan pengambilan harta daripada orang lain supaya tidak mengambilnya tanpa hak dan menyerahkannya pula kepada yang tidak berhak.

3. Zakat adalah model terbaik berkenaan perkara ini; bukan sahaja merupakan ibadah bagi umat Islam, bahkan merupakan kaedah pengagihan kekayaan yang saksama dalam kalangan manusia.

Mereka yang dikurniakan Allah dengan lebihan pendapatan diwajibkan mengeluarkan sebahagian harta yang dimiliki kepada golongan yang tidak berkemampuan bagi mencukupkan keperluan asasnya. Mereka yang memberi dan menerima kedua-duanya diberkati Allah.

Sistem percukaian yang mahu dilaksanakan sepatutnya merujuk kaedah ini sebagai dasar yang penting.

Betapa Islam sangat teliti dan berhati-hati tentang permasalahan mengambil harta daripada orang lain, keharusan memungut cukai tidak dibiarkan bebas; sebaliknya diikat dengan syarat-syarat tertentu.

Cukai selain daripada cukai terhadap hasil dan pendapatan hanya wajar dikenakan kepada golongan kaya, pada waktu bertempoh, untuk memenuhi keperluan mendesak yang berkaitan maslahah umum pentadbiran negara dalam keadaan pendapatan negara pula tidak mencukupi.

Pada masa sama Kerajaan tetap berkewajipan mengikhtiarkan sumber pendapatan lain dan mestilah tidak boros berbelanja serta mengelak berlaku ketirisan.

Berbeza dengan struktur ekonomi moden, cukai dijadikan penyumbang utama kepada pendapatan negara.

Jika dibelek khazanah ilmu Islam, selain zakat, adanya cukai seperti kharaj, jizyah dan 'usyur yang menepati syarat-syarat ini, dikutip untuk mencukupkan perbelanjaan negara bagi memenuhi dan menjaga maslahah rakyat.

Persoalannya, GST dan SST yang mahu dimansuhkan atau dilaksanakan ini sebenarnya untuk kepentingan siapa? Kerajaan, korporat atau rakyat?

Jika benar demi rakyat, tidak sepatutnya cukai diganti dengan cukai kerana ia tetap menjadikan rakyat sebagai penanggung beban.

Kerajaan sepatutnya lebih kreatif dan inovatif melakukan 'ijtihad' meneroka pelbagai sumber bagi menambah pendapatan negara; bukannya mengambil jalan mudah dan singkat dengan mengenakan cukai kepenggunaan kepada rakyat.

Bahkan, sebenarnya negara bukannya tidak mempunyai cukup pendapatan, tetapi kerana kelemahan dalam mengurus pendapatan dan perbelanjaan menyebabkan berlaku ketidakcukupan.

Justeru, adalah lebih utama Kerajaan menumpukan usaha kepada perkara-perkara berikut terlebih dahulu tanpa perlu tergesa-gesa melaksanakan cukai kepenggunaan:

pertama, membasmi ketirisan perbelanjaan yang dilaporkan mencecah sehingga 30% daripada dana Kerajaan.

kedua, meningkatkan kecekapan sistem percukaian sedia ada terutamanya menyelesaikan isu mengelak pembayaran cukai. Contohnya, pada 2015 sahaja, seramai 791,239 pembayar cukai pendapatan individu dan 65,545 pembayar cukai pendapatan syarikat tidak menjelaskan cukai pendapatan kepada LHDN melibatkan pembayaran berjumlah RM8.2 bilion.

ketiga, menangani aktiviti penyeludupan yang menyebabkan kerugian. Sebelum ini ada dilaporkan Kerajaan kerugian RM4 bilion dalam bentuk hasil cukai tidak berbayar akibat sindiket rokok seludup, RM540 juta setahun akibat aktiviti penyeludupan minyak masak dan RM200 juta sebulan akibat penyeludupan wang ke sebuah negara jiran.

PAS bukannya anti cukai atau menafikan kepentingan cukai. Cumanya, terlalu jelas bahawa GST 'merompak' terang-terangan dan SST pula 'mencuri' diam-diam duit rakyat. Oleh itu, PAS menolak kedua-dua cukai kepenggunaan ini.

Saya telah berulang kali menegaskan dan menjelaskan berkenaan cadangan cukai alternatif terhadap pemilikan harta orang kaya yang patuh syariah dan adil untuk semua berasaskan model zakat iaitu cukai atas simpanan korporat dan cukai atas pegangan saham sepertimana dikemukakan oleh PAS menerusi Dokumen Hijau.

Simpanan korporat dianggarkan sekitar RM500 bilion. Ia boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan sebanyak RM12.5 bilion sekiranya diambil dengan kadar 2.5% apabila cukup tempoh setahun.

Begitu juga pegangan saham di Bursa Malaysia yang data terakhir menunjukkan bernilai sekitar RM1.9 trilion. Ia berupaya menyumbang sebanyak RM47.5 bilion jika dikenakan cukai dengan kadar 2.5% setahun.

Sebanyak RM60 bilion telah gagal dimanfaatkan untuk kantung Kerajaan kerana kekayaan mereka ini tidak dikenakan cukai. Malangnya, Kerajaan mengenepikan penyelesaian Islam ini dan masih teraba-raba dengan penyelesaian cukai manusia yang tidak pernah adil.

Jika tiga (3) langkah ini dilaksanakan dan cukai patuh syariah ini diperkenalkan, negara tidak memerlukan pun sama ada GST atau SST. Barulah rakyat pun tidak terbeban.

“Sejahtera Bersama Islam”

Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
8 Ogos 2018 | 26 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 8/8/2018

Sumber HD - 8-8-2018

RUU 355: Mujahid mengelirukan dewan



KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato' Mujahid Yusof Rawa secara jelas mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355).































Dato' Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini bangkit mengusulkan perkara di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) iaitu kenyataan ahli yang mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis dan ahli berkenaan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Menjelaskan kekeliruan tersebut, Takiyuddin merujuk jawapan Mujahid terhadap celahannya semasa sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja pada 6 Ogos lalu.

Beliau memetik Mujahid dalam sesi penggulungan menyatakan sewaktu menjadi pembangkang beliau sendiri telah mengemukakan rang undang-undang peribadi berkaitan isu memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik.

Tegas Takiyuddin, mengikut maklumat yang beliau perolehi dan melihat sendiri dokumen berkenaan, Mujahid sebenarnya telah mengemukakan Usul Persendirian pada Februari 2017 di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) dan ia sama sekali bukan Rang Undang-undang ahli persendirian. Kedua-dua perkara ini adalah amat berbeza sama sekali.

"Usul hanya dengan surat, manakala Rang Undang-undang melalui bill sebagaimana yang dikemukakan oleh Marang (Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) pada tahun lepas. Itu dua perkara berbeza. Untuk tidak mengelirukan dewan ini, maka saya rasa terpaksa membangkitkan isu ini, pada mulanya saya bercadang nak berjumpa dengan beliau (Mujahid) tetapi beliau tidak ada di sini.

"Namun demikian, untuk berlaku adil kepada menteri (Mujahid), lagipun menteri dan timbalannya tak ada dalam Dewan masa ini, kalau menteri mendengar usul saya ini dan jika dia nak perbetulkan balik saya boleh terima, tetapi kalau beliau tidak mahu menarik balik dan perbetulkan perkara ini, saya ada bukti. Saya akan mengusulkan supaya beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," tegas Takiyuddin.

Timbalan Speaker Dewan, Nga Kor Ming berkata bagi berlaku adil kepada Mujahid yang tidak ada dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini, beliau meminta Takiyuddin memberi peluang kepada Mujahid untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Saya beri peluang," kata Takiyuddin. – HARAKAHDAILY 8/8/2018

Sumber HD - 8-8-2018

Tuntutan Cukai Input GST wajib dikembalikan











http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7711-tuntutan-cukai-input-gst-wajib-dikembalikan


SAYA bangun mencelah ucapan Datuk Haji Ahmad Maslan (BN - Pontian) pagi tadi ketika beliau berucap membahaskan RUU Cukai Perkhidmatan. Saya bangkitkan berhubung cukai input GST yang sepatutnya dikembalikan kepada para peniaga, yang dikatakan berjumlah RM9-10 billion (Menteri Kewangan di dalam ucapannya petang ini menyatakan jumlahnya ialah RM17 billion).

Isunya ialah, sepatutnya para peniaga ini mendapat semula wang hasil tuntutan cukai GST yang dibayar oleh mereka seperti yang dijanjikan oleh kerajaan lalu sewaktu GST mula diperkenalkan. Jika diikutkan janji pada masa itu ialah 'dalam masa 14 hari'.

Hari ini, ada tuntutan dua tahun lepas masih belum diperolehi menyebabkan aliran modal para peniaga terganggu. Soalan saya ialah, kenapakah ia berlaku?

Jawapan YB Pontian ialah, terdapatnya beberapa isu yang perlu dikaji oleh Jabatan Kastam sebelum mengembalikan wang tersebut. Sama ada jawapan ini boleh diterima atau tidak, ia boleh dibahaskan di ruang yang lain.

Soalnya pada hari ini, wang itu perlu dikembalikan kepada rakyat. PAS daripada dulu lagi menolak pelaksanaan GST tidak memikul beban yang terpaksa dipikul oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah menyokong pelaksanaan GST.

Walau apapun yang berlaku, tuntutan ini wajib dikembalikan kepada rakyat.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas

8 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 8/8/2018

Sumber HD - 8-8-2018

Rayer MP Jelutong banyak kali buat kerja bodoh ganggu perbahasan

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

































Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berang apabila RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) berulang kali mengganggu beliau di Dewan Rakyat dengan soalan mengenai isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan kapal layar Equanimity.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, Khairy menegaskan bahawa GST adalah sistem yang lebih cekap daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Rayer kemudian mencelah dan bertanya: “Kalau efisien, isteri YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) ada bayar GST untuk semua barang-barang yang dibawa masuk.... (bernilai) RM60 juta.”

Najib ketika soalan diajukan tidak berada di Dewan Rakyat. Rayer dipercayai merujuk kepada barangan kemas yang dihantar oleh seorang tukang emas Lubnan kepada Rosmah untuk dipertimbangkan untuk dibeli.

Khairy kemudian terus membidas Rayer dan mendakwa pemimpin DAP itu cuba untuk meletakkan namanya setaraf dengan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong dari 1978 hingga 1999.

"Jelutong sahabat saya tetapi sejak jadi ahli parlimen, dia sangat desperate nak jadi seperti Karpal Singh, ahli Parlimen Jelutong dulu.

“My friend, I have the honour being in this Dewan with Karpal Singh and you are no where near,” katanya.

Rayer membalas dengan menjawap bahawa tidak sesiapa yang dapat menyaingi Karpal Singh dan mencadangkan supaya Khairy menjawab soalannya jika beliau adalah "seorang lelaki".

“Seperti tuduhan kamu, perkara ini mestilah didakwa di mahkamah terlebih dahulu sebelum kamu membuat andaian,” kata Khairy sebagai Rayer.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian campur tangan dan menggesa Khairy untuk meneruskan ucapannya.

Khairy berhujah bahawa sistem GST membolehkan kerajaan untuk melihat keseluruhan rantaian bekalan.

"Ini kerana mereka perlu mengisytiharkan kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Rayer sekali lagi mencelah, kali ini bertanya jika GST telah dibayar untuk pembelian kapal layar mewah Equanimity, yang dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho dengan menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Khairy akhirnya mula hilang sabarnya dan membidas Rayer.

"Betul, betulkah? Jika ini kualiti perbahasan kamu, baik baliklah, duduk,” katanya.

Dalam perbahasannya, Khairy menggesa kerajaan supaya memperbaiki kelemahan dalam sistem GST dan bukan memasuhkannya.

Beliau berkata mungkin termasuk penambahbaikan mekanisme pembayaran balik, mengurangkan kadar dan memperluaskan senarai pengecualian.


MR : Macam mana PH nak bentuk kerajaan yang berwibawa kalau MP mereka masih kebudakan membuat pertanyaan mengganggu isu dibahaskan dengan trolling daripada isu sebenar ....

Sumber MR - 7-8-2018

Kerjasama: PAS desak PH buat kenyataan dengan IRI






































KUALA LUMPUR: PAS mendesak Pakatan Harapan membuat kenyataan bersama dengan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) iaitu sebuah badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat berhubung kerjasama dengan parti pembangkang di negara ini sejak tahun 2002.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata biarpun telah ada penafian dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa DAP tidak mempunyai sebarang hubungan kerjasama dengan badan pemikir Amerika Syarikat itu namun satu pengakuan telah dibuat oleh Presiden IRI, daniel Twinning dalam forum anjuran Centre For Strategis & International Studies baru-baru ini.
"Walaupun hari ini Setiausaha agung DAP menafikan kata mereka ada hubungan dengan IRI dengan alasan dia (DAP) tidak pro repbulikan kerana dia tidak suka kepada Trump.
"Tapi satu pengakuan telah dibuat oleh pihak IRI itu menunjukkan bahawa perkara ini memang berlaku dan sekarang ini pihak pembangkang (sekarang kerajaan) khususnya Pakatan Harapan perlu membuat penjelasan yang jelas kepada rakyat menafikan perkara ini kalau betul mereka tidak ada hubungan.
"Mereka perlu buat satu pernyataan mengatakan bahawa IRI itu telah berbohong dan bersedia untuk berdepan dengan IRI kalau boleh dia buat kenyataan bersama dengan IRI itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu kepada Harakah di lobi Parlimen hari ini. – HARAKAHDAILY 7/8/2018

LANJUT DI HARAKAH CETAK EDISI JUMAAT INI

Sumber HD - 7-8-2018



































IRI: PAS desak wujudkan akta dana politik

KUALA LUMPUR: Siasatan menyeluruh perlu dibuat terhadap pendedahan agensi International Republican Institute (IRI) yang membantu parti politik pembangkang sejak 15 tahun lalu sehingga berjaya menubuhkan kerajaan baharu, hari ini.


Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah IRI, Daniel Twining dalam satu forum bertajuk "Supporting Democracy in Challenging Times" yang diadakan di Washington pada 17 Julai lalu adalah satu dakwaan berat melibatkan kerjasama politik dengan campur tangan kuasa asing yang berisiko menjejaskan kedaulatan dan keamanan negara.

Di dalam forum tersebut, Daniel turut mendedahkan badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat itu turut memberikan sejumlah dana selain membantu dari sudut strategi dan pandangan.

Justeru itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas kerajaan didesak mewujudkan akta dana politik yang pernah dikemukakan oleh Gagasan Sejahtera sebelum ini dari pilihan raya lagi.

"PAS mendesak kerajaan mewujudkan akta dana politik dan politik wang yang telah kita kemukakan sebelum ini, supaya semua perbelanjaan dan sumber-sumber wang parti politik di Malaysia dapat diketahui oleh rakyat secara telus, tidak ada sesuatu yang tersembunyi. Dan kita bimbang pihak luar dari negara kita yang mempunyai kepentingan tertentu menyalurkan kewangan mereka kepada parti politik di Malaysia mencapai hasrat mereka sendiri.

"Hingga setakat ini kita tidak ada satu akta yang mengawal sumber-sumber luar yang membantu parti politik, jadi sekali lagi dengan isu ini PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan segera mewujudkan akta tersebut dan draf mengenai akta ini sebenarnya telah ada di pihak Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

"Kita harapkan akta ini akan membersihkan negara kita khususnya daripada campur tangan pihak asing," katanya pada sidang media khas ahli parlimen PAS di sini tengah hari tadi. – HARAKAHDAILY 7/8/2018

Sumber HD - 7-8-2018

Yakin dengan pendekatan politik matang menteri



ALHAMDULILLAH, hari ini saya menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan bersama semua Exco Belia dan Sukan Negeri-negeri.

Saya sangat gembira dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh YB Menteri apabila berulang kali beliau menyatakan akan memastikan pembangunan sukan dan projek-projek berkaitan tidak akan diabaikan serta tetap dilaksanakan di negeri-negeri pembangkang seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Selain itu juga YB Menteri berjanji akan segera melakukan lawatan ke negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan kementeriannya di antara kerajaan pusat dan negeri.

Saya telah membangkitkan lima perkara kepada YB Menteri dalam mesyuarat tersebut, antaranya ialah isu peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Cycling Team (TSG) seperti yang telah dijanjikan oleh menteri terdahulu.

Ia adalah berdasarkan kejayaan cemerlang atlet Terengganu dan juga kecemerlangan sukan berbasikal di mata dunia yang dicapai oleh TSG.

Selain itu, saya juga menyuarakan isu berkaitan pembinaan veledrom berbasikal di Dungun, pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Kompleks Sukan Mini di Jabi, Setiu dan Pusat Rekreasi Air di Pulau Duyong.

Semua projek ini telah pun sebahagiannya diletakkan batu asas pembinaan dan telah diumumkan sendiri oleh menteri terdahulu, juga oleh kementerian dan diluluskan dalam perancangan projek RMK10.

Insya Allah, dengan pendekatan politik yang matang yang ditunjukkan oleh YB Menteri, saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan.

Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu
Selasa, 7 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 7/8/2018

Sumber HD - 7-8-2018

PAS bangkit isu guru KAFA ke jawatan tetap






































KUALA LUMPUR: Status kontrak guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) ke penjawatan tetap akan dikaji kerajaan dan kursus kemahiran turut dipertimbangkan bagi meningkatkan kemahiran guru KAFA.

Penyataan ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian), dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini.

"Saya ingin tanya sebagaimana kita tahu guru-guru KAFA adalah diambil secara kontrak ada kalangan mereka yang bertugas selama 20 tahun ada yang sampai 25 tahun dalam tempoh yang lama dan mereka tetap bertetap berstatus kontrak, jadi apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengambil mereka sebagai guru tetap melalui latihan perguruan semasa musim cuti," tanya Tuan Ibrahim.

Menurut Fuziah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membuat kaijan menaik taraf status tersebut selaras dengan menaikkan status ke tahap gred skim jawatan.

"Selaras dengan itu menaikkan status mereka ke tahap yang ada gred skim jawatan. Kita juga sedang meneliti bagaimana negeri-negeri boleh bantu dengan memberi 'matching geran' sebab negeri-negeri ada yang membantu memberi elauan tambahan seperti Selangor memberi elaun tambahan sebanyak RM700 kepada guru KAFA ini sehingga take home mereka itu mencapai RM1,717.

"Ada negeri-negeri berbeza-beza elaun tambahan yang diberikan oleh negeri-negeri, mungkin ini juga satu cara di mana ada matching geran yang diberikan oleh negeri supaya ada peningkatan pendapatan bagi guru-guru KAFA," katanya.

Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan turut meminta kerajaan menyemak semula gaji guru KAFA di Sabah yang menerima kurang daripada RM900.

Fuziah berkata, elaun diberikan kepada guru KAFA tidak pernah kurang daripada RM900 dan jika berlaku kekurangan beliau meminta perkara tersebut dilaporkan.

"Saya nak maklumkan kepada Papar bahawa elaun RM900 itu tidak akan diberi kurang jadi kalau ada kurang itu sila laporkan supaya kita boleh buat penyiasatan kenapa berlaku kekurangan kerana kita salurkan peruntukan melalui pelbagai agensi sebelum disalurkan kepada guru bukan terus kepada JAKIM, jadi kita akan siasat," katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2018

Sumber HD - 6-8-2018

Sambut baik etika pemakaian patuh syariah

SAYA menaruh harapan yang tinggi terhadap ucapan penggulungan Yang Berhormat Datuk Dr Mujahid bin Yusuf, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang ini di Dewan Rakyat di mana antara lain beliau telah memberikan jaminan bahawa JAKIM sedang di dalam proses memperkenalkan etika berpakaian wanita muslimah yang perlu dipatuhi oeh pihak swasta (pekerja dan majikan) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Saya percaya, pihak menteri dalam mengutarakan isu ini merujuk kepada kontorversi pemakaian pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang telah menimbulkan konflik minggu lepas. Pihak PAS melalui ahli-ahli parlimennya telah membangkitkan isu ini apabila jawapan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan tidak menyatakan dengan jelas apakah sikap kerajaan terhadap larangan bertudung yang dikenakan MAS ke atas pramugari.

Jika merujuk kepada jawapan Dr Mujahid hari ini di Dewan Rakyat, etika yang akan diperkenalkan oleh JAKIM ini memberikan jaminan tidak akan berlakunya diskriminasi terhadap wanita muslimah seperti yang sedang berlaku ke atas muslimah yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS.

Sebagai rakyat yang ingin melihat tiada diskriminasi ke atas wanita muslimah, kita menyambut baik dan menunggu dengan penuh harapan. Hujung tahun ini berakhir pada 31 Disember 2018.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
6 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 6/8/2018

Sumber HD - 6-8-2018

Akta 355: PAS minta jaminan Mujahid


KUALA LUMPUR: Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Islam Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung pengukuhan Indeks Syariah Malaysia (ISM) sama ada pindaan Akta 355 akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau kekal seperti hari ini.

Mengulas pandangan berbeza kerajaan hari ini, Mujahid mengulas maksud syariah adalah melampaui skop yang luas bukan hanya tertakluk kepada aspek Mahkamah Syariah semata-mata dengan menekankan tiga teras utama gagasan yang dibawa kerajaan hari ini.

Pertama pengharmonian antara undang-undang syariah dan sivil yang mana ulas Mujahid bila berbicara tentang mahkamah syariah akan berlaku perkara yang berkonflik dan perkara tersebut perlu diharmonikan.

Kedua, melibatkan kompetensi hakim dan pendakwa syarie yang hingga hari ini belum mencapai tahap yang sesuai dan perlu banyak peningkatan.

Teras ketiga pula, Mujahid menekankan aspek tadbir urus dan prasarana Mahkamah Syariah juga penting bagi menampung satu peningkatan hukuman drastik.

Dato' Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang menjadi kepada penyokong usul Akta 355 bangkit mencelah mengingatkan Mujahid bersama rakan-rakan parlimennya pernah menjadi pembangkang sering menekankan bahawa pindaan Akta 355 bukan tanggungjawab ahli parlimen mengusulkan tetapi di pihak kerajaan.

"Jadi saya nak dapatkan jaminan daripada YB sebagai kerajaan, adakah YB berhasrat untuk teruskan meneliti pemerkasaan akta ini. Yang keduanya, kalau kita perhatikan tadi YB sebut bahawa bukan hanya Akta 355 sahaja yang perlu dipinda dan diperkasakan dan sebagainya sebalik ada aspek-aspek lain, saya amat bersetuju dalam perkara itu.

"Tapi saya kira YB boleh bersetuju dengan saya bahawa pindaan kepada Akta 355 ini juga adalah satu yang perlu ke arah kita perkasakan institusi Mahkamah Syariah yang mana mahkamah ini dijamin atau diletak di bawah perlembagaan jadual ke-9 senarai dua yang tidak melibatkan orang bukan Islam, tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam dan tidak dilaksanakan kepada bukan Islam," tegas Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS.

Dalam sesi penggulungan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong petang ini, Mujahid menjawab celahan Takiyuddin dengan memberi jaminan bahawa kerajaan akan menerapkan isu pemerkasaan Mahkamah Syariah secara lebih holistik.

"Yang disebut oleh Kota Bharu dikatakan kerajaan perlu ambil waktu itu ialah sewaktu berada di sebelah sana sebab kami menganggap bahawa isu RUU 355 ini jika dikendalikan dengan lebih teratur sebab kita ada jawatankuasa road map yang telah ditubuhkan antara kerajaan negeri Kelantan dengan pusat waktu itu di bawah BN.

"Saya kira landasan itu sudah jelas menunjukkan bagaimana kita harus tangani isu ini, tetapi tiba-tiba muncul Rang Undang-undang persendirian yang lari daripada road map yang telah kita bincang dulu. Sebab itu kami merasakan elok kalau betul serius perkara ini hendak dilaksanakan maka hendaklah diserahkan kepada kerajaan untuk dibuat lebih tertib dan teratur.

"Dan sekarang kami telah jadi kerajaan dengan sokongan rakyat, maka kami akan cuba terapkan dan kami lebih melihat isu pemerkasaan Mahkamah Syariah ini dengan cara yang lebih holistik, insha Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2018

Sumber HD - 6-8-2018

Tuntut Kerajaan Perjelas Isu Batu Putih

Semakan penghakiman terhadap kes Batu Puteh telah mula digerakkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada Februari 2017 selepas menerima cadangan daripada Sultan Johor pada 2014.
Semakan tersebut adalah sah dalam tempoh 10 tahun selepas keputusan penghakiman pada 2008 berdasarkan Artikel 61 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Walau bagaimanapun, Kerajaan baharu pasca PRU14 membuat keputusan menggugurkan semakan semula kes tersebut dengan alasan Tan Sri Mohamaed Apandi Ali yang merupakan ejen mewakili Malaysia telah diarahkan bercuti dan pada masa sama tindakan segera perlu dibuat bagi menentukan hala tuju kes tersebut.

Keputusan itu juga dikatakan mengambil kira pandangan dan nasihat yang diberikan oleh peguam-peguam antarabangsa dan tempatan termasuk melibatkan kepentingan lain negara termasuk kos prosiding.

Penjelasan yang diberikan oleh Kerajaan tersebut adalah tidak konkrit kerana wujud banyak soalan lain yang masih perlu diberikan penjelasan oleh Kerajaan.

Antaranya ialah:

i) apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap penemuan fakta baharu pada 4 Ogos 2016 oleh Dato’ Abu Bakar As-Sidek bin Dato’ Mohamed Sidek dan Dato’ Firoz Hussein bin Ahmad Jamaludin.

ii) mengapa tindakan menarik balik semakan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melalui konsultasi bersama bekas Peguam Negara. Malah, kita juga sedia maklum bahawa pendirian bekas Tan Sri Apandi Ali untuk mengemukakan semakan semula adalah berdasarkan konsultasi bersama pakar undang-undang antarabangsa iaitu Sir Daniel Bethlehem dan Prof. Brian Plant.

iii) apakah kandungan pandangan bertulis kolektif yang telah diberikan oleh peguam-peguam antarabangsa yang telah dilantik sehingga menyebabkan Kerajaan mengambil keputusan tersebut.
iv) apakah rundingan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia – Singapura (MSJTC) pada tahun 2009 yang ditugaskan untuk melaksanakan penghakiman ICJ tersebut?

v) apakah Kerajaan akan merangka suatu persempadanan maritim yang jelas terhadap pertindihan wilayah perairan Batu Tengah dan Tubir Selatan yang menjadi milik Malaysia dengan Batu Puteh yang dimiliki pihak Singapura.

Kehilangan Pulau Batu Putih yang menjadi lubuk emas untuk para nelayan Malaysia menangkap ikan suatu ketika dahulu adalah suatu hal yang amat dikesali. Jawapan-jawapan kepada persoalan ini
adalah penting kerana kita mahu memastikan peristiwa kehilangan Pulau Batu Puteh akibat kecuaian Kerajaan tidak berulang lagi.

Walaupun kita menghormati keputusan ICJ yang mengikat, Kerajaan tidak boleh memandang remeh terhadap wilayah-wilayah milik Malaysia kerana pihak luar sentiasa bersedia untuk mengambil kesempatan atas kealpaan ini.

Oleh yang demikian, demi terus menjaga kedaulatan negara pada masa hadapan, Kerajaan dituntut menjelaskan kepada rakyat maklumat tepat berhubung penarikan semakan semula kes Pulau Batu Putih ini.

AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
31 Julai 2018 | 18 Zulkaedah 1439

Sumber BO - 3-7-2018








































Bentuk sahsiah politik Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR: Pembinaan negara kontemporari yang memenuhi aspirasi seluruh rakyat mestilah bermula dengan arena politik kenegaraan berusaha memajukan agama, negara dan bangsa, demikian seru Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik). 
Menurutnya, kebijaksanaan berpolitik secara matang amat dituntut dan sebarang perbezaan politik antara masyarakat mesti ditangani agar tidak membawa kepada perpecahan atau boleh meruntuhkan asas keharmonian. 
“Pertama, pengisian dalam negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain juga dibenarkan diamal di mana-mana di negara ini dengan penuh aman. 
“Kedua, mari kita terus berusaha menjadi negara baik yang senantiasa meletakkan akauntabiliti dan kebertanggungjawaban itu sebagai suatu perkara perlu dilaksanakan oleh semua pihak. 
“Ketiga, mari kita membina keamanan dalam negara ini dengan meletakkan keharmonian dan kesaksamaan seluruh masyarakat itu sebagai tanggungjawab kita bersama dan keempat iaitulah kemakmuran dari segi ekonomi,” hurainya semasa membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam. 
Untuk itu seru beliau, tugas sebagai ahli politik mestilah meletakkan kejujuran dan amanah sebagai neraca kebolehpercayaan masyarakat terhadap Ahli Parlimen dan sama sekali jangan lagi berbohong di atas pentas politik. 
Henti fitnah, janji palsu
Peringat beliau, jangan lagi menjadikan fitnah itu sebagai ‘makanan’ sepertimana ketika kempen PRU14 lalu apabila banyak suara ahli-ahli politik bercakap dalam keadaan tidak mengetahui hakikat yang diberi maklum kepada rakyat. 
“Sehinggalah sebahagian rakyat mempercayai tuduhan-tuduhan dan fitnah sepertimana juga PAS menerima fitnah besar menerima wang daripada pihak tertentu sebanyak RM90 juta. Mari kita buang sikap yang disebut kriteria politikus yang populis. Iaitu berjanji di luar kemampuan. 
“Memasarkan janji manifesto yang seindah bulan dan bintang. Sedangkan ia tidak mampu dilaksanakan. Tidak mengapa tidak menunaikan janji asal beroleh sokongan yang melimpah ruah. Politikus yang populis ini (juga) lebih tertumpu kepada hebahan isu-isu hangat untuk menjentik emosi rakyat tanpa menyediakan pelan penyelesaian yang konstruktif. 
“Islam tidak menghargai sikap dan watak yang suka menabur janji. Namun Islam menekankan sikap menunaikan janji sepertimana yang disebut oleh Allah S.W.T dalam al-Quran,” peringat beliau. 
Beliau turut menzahirkan sokongan kepada segala usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya untuk mempertingkatkan pemahaman syariah dan Islam di kalangan penduduk khususnya umat Islam di negara ini. 
Jaga asas negara
Jelas beliau, Indeks Syariah Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini perlu diperluas dan dilaksanakan selain menyokong penuh Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang telah diumumkan penubuhannya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. 
Beliau juga mengemukakan cadangan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dinaiktaraf menjadi Suruhanjaya Kemajuan Islam sebagai suatu badan besar untuk mengurus hal ehwal umat Islam di negara ini. 
Menyentuh hal berkaitan pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diuar-uar akan dilaksanakan pada tahun ini, beliau menasihati pihak kerajaan agar penuh teliti dan tidak tergopoh-gapah. 
“Lihatlah pandangan dikemukakan oleh pakar-pakar bahasa termasuk Prof Dr Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi yang mereka menyatakan kerajaan perlu menilai pelaksanaan ini dalam konteks sebuah negara yang berbilang kaum. 
“Sudah pastilah melibatkan Perlembagaan Negara kita. Jangan kita menjadikan pelaksanaan UEC ini menggembirakan satu kelompok masyarakat, tetapi mengecewakan dan memilukan dan membangkit kemarahan 10 kelompok majoriti masyarakat yang lain,” nasihat beliau. - HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 31-7-2018 


















































































Penganggur ramai, tanah terbiar banyak

KUALA LUMPUR: Kewujudan tanah-tanah pertanian terabai dan ketika sama ramainya belia negara menganggur khusus dalam kalangan mahasiswa adalah situasi kontradik yang memerlukan mekanisme penyelesaian daripada kerajaan. 
Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik) berkata, keadaan tanah sedemikian akan menyebabkan satu tempoh masa pula digunakan bagi membaiki keadaan itu dan punca belia tidak berminat menceburi usahawan tani perlu dikenalpasti dan ditangani. 
“Ketika ini sudah mencecah 3.4 peratus iaitu lebih kurang 516,000 yang menganggur. Ada satu program di bawah Kementerian Pertanian sebelum ini MyAgrosis Usahawan. Adakah impak program ini kepada usaha kita bagi belia-belia ini menceburi bidang pertanian? 
“Ataupun adakah program ini hanya sekadar program untuk mengisi masa yang terluang di pihak belia-belia yang menganggur?” ujarnya mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam. 
Beliau juga mengutarakan mengenai luasnya tanah-tanah pertanian yang terbiar dan ditukar status hingga keadaan tersebut dilihatnya boleh mempengaruhi secara kritikan terhadap jaminan makanan negara (food security). 
Sehubungan itu katanya, memerlukan kepada kewujudan polisi atau undang-undang lebih baik ke arah memastikan pengurusan berkaitan tanah dapat menangani keadaan yang sedemikian. - HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 31-7-2018 










































SST: Bakal cetuskan kenaikan harga

SETIAP kali cukai kepenggunaan seperti cukai GST atau SST diperkenalkan, ia tidak akan dapat mengelak dari berlaku gelombang kesan rantaian kenaikan harga barang sebagai respon dari setiap sektor perkhidmatan dan perbekalan yang dilanda keresahan risiko kos tambahan yang ditanggung masing-maing di setiap tahap.

Selain dari itu adalah menjadi lumrah peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga lebih dari sepatutnya atas apa jua alasan termasuk perubahan dasar cukai.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK dilihat mempunyai banyak kelemahan dalam menguatkuasakan kawalan harga barangan dan perkhidmatan pengguna seperti mana ketika GST mula diperkenalkan.

Saya pernah ingat ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengakui bahawa sistem GST sebenarnya bagus, cekap dan menjadi pilihan di kebanyakan negara maju, namun dalam keadaan rakyat berdepan kos sara hidup yang tinggi, ianya tidak sesuai dilaksanakan ketika itu.

Kritikan terhadap GST termasuk juga kadar 6 peratus yang agak tinggi berbanding kadar GST semasa mula diperkenalkan di negara lain.

Jika kita menerima dan mengakui sistem GST ini lebih telus dan cekap dalam mengutip cukai, seperti jawapan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di dalam jawapan di Parlimen minggu pertama sidang Parlimen, cuma oleh kerana kerajaan merasakan sistem SST lebih menguntungkan rakyat disebabkan ia kurang cekap menyebabkan lebih ramai peniaga terlepas dari bayar cukai, maka saya merasa ini perlu dipersoal, Adakah kerajaan merasakan, GST ini perlu dimansuhkan sementara sahaja untuk beberapa tahun ini sementara kos sara hidup akan dapat diturunkan, supaya keadaan akan lebih sesuai untuk melaksanakan GST, atau memang GST ini tidak akan dilaksanakan selamanya iaitu tidak akan kembali diperkenalkan di masa akan datang setelah SST kembali diperkenalkan dan dilaksanakan?

Kerajaan dijangka memperkenalkan kembali SST pada bulan September ini dan memansuhkan GST.

Seperti saya katakan, setiap kali diperkenalkan sistem percukaian yang baru, maka pasaran akan memberikan reaksi kenaikan harga barang. Memang pasaran sentiasa begitu sifatnya.

Jika betullah ada niat di pihak kerajaan pada masa hadapan akan kembali memperkenalkan dan melaksanakan semula GST, rasanya tidak perlu diperkenalkan sistem SST yang diperbaharui.

Lebih baik diteruskan mengenakan GST cuma pada kadar yang lebih rendah dari 6 peratus yang dikenakan sebelum ini dan tambahkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST khususnya yang banyak digunakan kumpulan berpendapatan rendah.

Ini lebih meminimakan impak kenaikan harga barang berbanding pengenalan cukai kepenggunaan baharu atau diperbaharui.

PAS memang tidak bersetuju dengan sebarang jenis cukai kepenggunaan yang mencukai rakyat atas apa yang mereka beli dan dapatkan perkhidmatan seperti GST dan SST.

Keperluan asasi rakyat yang digunakan setiap hari oleh orang kebanyakan hendaknya janganlah dicukai hingga membebankan kos sara hidup harian rakyat.

Sudah tiba masa melihat cukai jenis lain yang tidak menyentuh soal kepenggunaan dan lebih menyasarkan golongan T20 atau M40 sahaja bukannya B40.

PAS mencadangkan agar alternatif cukai yang lebih melibatkan golongan berkemampuan dilihat misalnya Cukai Simpanan Tetap, Cukai Saham, Cukai Warisan dan seumpamanya.

Individu dan syarikat yang banyak menyimpan wang, memiliki keupayaan berjual beli saham dan mereka yang mewarisi harta pusaka dalam jumlah yang besar bukanlah golongan miskin susah. Mereka adalah golongan berada dan berkemampuan.

Sudah pasti dalam memperkenalkan cukai sebegini PAS juga tidak menjangkakan pelaksanaan secara mendadak dan gopoh. Ia mungkin mengambil masa dan memerlukan kajian teliti, dirundingkan serta diseminarkan di kalangan tenaga pakar. Pelaksanaannya memerlukan perincian dan program pendidikan dan penerangan dalam tempoh masa yang munasabah. Mungkin memakan tempoh 10 tahun seperti mana diambil sebelum memperkenalkan GST dahulu.

Jika kerajaan meniadakan kedua-dua cukai, GST dan SST serentak, hasil kerajaan akan berkurangan bernilai RM40-50 billion setahun yang bukan kecil implikasinya kepada belanjawan negara. Jumlah ini agak.

Kita boleh katakan jika kita boleh kawal rasuah, pembaziran maka kita tidak perlukan RM50 billion itu.

Masalahnya ialah untuk membersihkan negara dari gejala rasuah, budaya pembaziran dan pemborosan itu tidak akan berlaku dalam satu hari. Ianya akan memakan masa yang panjang dan memerlukan usaha beterusan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu. - HARAKAHDAILY 29/7/2018




















































































Sumber HD - 29-7-2018

Bangkitkan isu tanpa menjejaskan negara

KUALA LUMPUR: Demokrasi berparlimen dan kebebasan bersuara tidak harus digunakan untuk membangkitkan isu secara melepaskan geram hingga boleh menghakis kepercayaan pihak luar terhadap negara.

Teguran tersebut dinyatakan oleh Dato’ Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (PAS – Pasir Puteh) ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.

Menurut beliau, apabila menjadi Ahli Parlimen dan berada di dalam Sidang Dewan, perlu bersikap lebih terbuka dan efisyen terutama membangkitkan isu-isu hingga membantutkan keyakinan pelabur.

Katanya juga, perkara tersebut juga penting terhadap keyakinan rakyat terutama melibatkan janji sepertimana manifesto yang perlu bersikap telus tanpa berdolak-dalih lagi, kecuali terpaksa ditangguh kerana adanya halangan.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia masih belum terlambat membina kembali moralnya di persada antarabangsa dengan memiliki autoriti sendiri menangani isu-isu seperti Rohingya, Palestin dan lain-lainnya. - HARAKAHDAILY 28/7/2018
Sumber HD - 28-7-2018 












































K’jaan PH sensasikan skandal tanpa siasat?

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menangani skandal berkaitan penyelewengan atau salah urus tadbir secara realiti dan berfakta, bukan dengan mainan tuduhan mengaibkan, tegur Awang Hashim (PAS – Pendang) di Parlimen, di sini.

Tegasnya, segala tuduhan berkaitan memerlukan ketelusan yang mesti disiasat, didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan, bukan sekadar berlegar di portal, surat khabar dan dibawa ke luar negara, dibiar menyebar ke pemikiran rakyat menimbulkan persepsi.

Beliau membangkitkan kemusykilan terhadap isu 1MDB yang terus diputar belit dan dimanipulasikan pihak tertentu ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat, kelmarin.

Menurutnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanggan bon terbitan 1MDB sebanyak RM200 juta, manakala Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) RM900 juta yang merupakan wang rakyat.

Pinta Awang, semua pinjaman tersebut perlu diperincikan khususnya oleh pihak Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan hutang, perbelanjaan dan pembiayaan projek yang dibangunkan oleh 1MDB.

“Saya sebut masalah KWSP dan KWAP ini adalah duit simpanan rakyat. Jadi perlu didedahkan, kerana kita nak melihat pinjaman ini untuk apa, projek apa, dan juga penjadualan balik pinjaman-pinjaman ini. Kerana KWSP dan KWAP ini wang rakyat.

“Sekarang kita kita tak tahu status 1MDB sama ada dibekukan ataupun boleh digerakkan aktiviti perniagaannya? Kalau ada aktiviti perniagaan, maka penjadualan pembayaran balik wang rakyat yang dipinjamkan.

“Tetapi kalau sekiranya tindakan diambil untuk membekukan siapakah yang akan membayar balik hutang-hutang wang rakyat ini? Sekarang semua maklumat ini ada kepada pihak kerajaan. Mana lagi berbillion-billion yang diuar-uarkan sebelum ini sebelum PRU ke 14?

“Kalau ada (bukti) silakan. Kita akan sokong kerana ini wang rakyat, salah urus tadbir yang menyebabkan negara kerugian rakyat terpaksa membayar hutang-hutang ini. Kita nak bukti sekarang,” aju beliau.

Selain isu 1MDB katanya, Kerajaan PH yang melaungkan keadilan dan reformasi juga perlu menyiasat isu BMF, Perwaja, Memali dan skandal lain diangkat demi keadilan sebenar dapat diterjemahkan. - HARAKAHDAILY 28/7/2018
Sumber HD - 28-7-2018 













































SST langkah ke belakang, penuh kelemahan

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan disifatkan sebagai langkah ke belakang, demikian bidas Awang Hashim (PAS – Pendang).

Malah tempelaknya, tindakan itu juga tergesa-gesa dan tanpa mengadakan langkah penerangan atau konsultasi sebagaimana dibuat pihak Kastam DiRaja Malaysia sebelum melaksana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dahulu.

Menurutnya, SST terdedah kepada manipulasi harga, selain peniaga tidak mengisytihar jumlah pendapatan sebenar dan kelemahan seperti penentuan harga pindahan, ‘ekonomi hitam’ dan percukaian berganda.

“Mengapa kerajaan masih mahu bergantung kepada cukai kepenggunaan sedangkan lebih banyak ruang dan peluang dalam masa menerokai cukai selainnya? Di dalam Dokumen Hijau PAS, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang kita sudah pelan membuat, merancang sehingga tahun 2051.

“PAS telah mencadangkan supaya dilaksanakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham. Yang mana kita dapati ‘rolling transaction’ yang berlaku dalam pasaran saham ‘monthly and annually’ RM1.5 sehingga RM1.8 trillion.

“Jadi kalau kami cukai (daripada jumlah tersebut) mengikut kaedah Islam 2.5 peratus, kita akan mendapat lebih kurang RM50 billion setahun. Ini pusingan yang dimain oleh orang-orang kaya. Inilah yang kita cadangkan iaitu Cukai Korporat dan juga cukai di pasaran saham,” utara beliau. - HARAKAHDAILY 28/7/2018
Sumber HD - 28-7-2018 




























































































Aset tidak siap siaga, perairan negara terancam

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan dan penguatkuasaan di perairan Terengganu menuntut kerajaan menyediakan aset yang siap siaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dari berlaku, demikian gesa Ahmad Amzad Hashim (PAS – Kuala Terengganu).

Jelasnya, keperluan itu bukan sahaja untuk menghadapi pencerobohan oleh nelayan asing, tetapi juga ancaman keselamatan yang boleh wujud terhadap pelantar petroleum dan warga kerjanya dari pencerobohan anasir seperti militan.

“(Bahkan juga), jika berlaku konflik antara negara-negara yang melibatkan Malaysia,” ujarnya mengajukan persiapan strategik itu ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.

Tegas beliau, isu tersebut bukan kecil dan jangan sekali-kali dipandang tidak begitu penting di mana petunjuknya dapat dilihat pada harga hasil perikanan yang mahal di Terengganu kerana hasil tangkapan nelayan berkurangan.

Sedangkan menurutnya, perairan Terengganu kaya dengan jenis hasil laut bernilai tinggi, tetapi pencerobohan nelayan asing khususnya daripada Vietnam dengan segala kelengkapan pukat yang diharamkan negara ini berlaku setiap hari.

“Isu nelayan Vietnam bukan setakat di perairan, malah ada yang telah mendarat di darat masuk ke dalam Bandaraya Kuala Terengganu dan sebagainya tanpa sebarang dokumen kemasukan yang sah. Ini juga berkait isu keselamatan aktiviti cari gali dan pengeluaran petroleum dari perairan Terengganu.

“Malaysia memperoleh pendapatan dan jumlah besar daripada hasil petroleum. Wang petroleum yang menjana pertumbuhan dan pembangunan pelbagai projek mega di dalam negara kita. Persoalannya, bagaimana kita menjaga keselamatan pelantar-pelantar cari gali minyak yang merupakan kilang duit kita?” soalnya.

Maklum Amzad, perairan Terengganu dan Kelantan menempatkan lebih 180 pelantar minyak dan gas di mana 60 peratus daripadanya mempunyai jarak terdekat dengan Kuala Terengganu yang menempatkan pelabuhan dan pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Jelasnya, Kuala Terengganu kini menjadi hub logistik kapal sokongan dan industri petroleum yang semakin diminati, malah kawasan sekitar pelantar minyak sebagai habitat ikan paling kaya itu menarik kemasukan nelayan Vietnam.

Utaranya lagi, beliau melihat aset APMM berada dalam keadaan menyedihkan dan tidak siap siaga untuk melaksanakan fungsi dengan sepatutnya, sekali gus kekurangan itu menjadi penghalang anggota melaksanakan tugas biarpun memiliki semangat dan disiplin yang tinggi.

“Kapal-kapal yang buruk, sudah lama dan tidak sesuai untuk melaksanakan tugas secara efektif. Saya dulu pernah menjadi Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia tahun 1999 hingga 2004. Ketika APMM mula ditubuhkan, kapal-kapal sebahagian besarnya merupakan yang lama dan diserahkan oleh TLDM dan PDRM, sebahagiannya berada dalam keadaan uzur.

“APMM bila mahu tangkap kapal nelayan, tapi tak tahu mahu diletak di mana. Tak cukup kemudahan. Ini adalah satu masalah besar yang saya minta supaya kerajaan memberi tumpuan. Sebab negara kita banyak bergantung kepada kekayaan daripada sumber laut.

“Ini aset kita, kita sama perlu sama-sama perlu pertahankan aset kita, kita ambil duit daripada sana, tapi kita tak jaga,” bidasnya namun berjanji akan memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan hal berkaitan. - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 27-7-2018 















































Jangan jadi punca tidak yakin, keliru

KUALA LUMPUR: Pemimpin kerajaan diingat agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat atau mengemukakan tafsiran bersifat apologetik hingga menimbulkan masalah hilangnya keyakinan dan kekeliruan di pihak lain.

Ahmad Amzad Hashim (PAS – Kuala Terengganu) berkata, kenyataan pemimpin kerajaan sentiasa dipandang serius oleh semua pihak termasuk ketelusan memberikan maklumat benar dan tepat berkaitan kewangan.

“Menyebabkan ketidakyakinan pelabur dan pelbagai pihak kepada negara. Khususnya sehingga membantut kerancakan pasaran modal di Bursa (Saham Malaysia) yang mana kita mengharapkan para pelabur kembali di bawah pentadbiran baru merancakkan dagangan dan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi kita,” ujarnya.

Pemimpin kerajaan juga tegur beliau, mestilah tidak menambahkan lagi kekeliruan masyarakat terhadap agama Islam kerana telah sedia dikelirukan, hanya semata-mata kerana ingin menjaga hati pihak tertentu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu itu, kerajaan sewajarnya memperkukuhkan institusi agama dan mempertahankan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Cukup banyak masalah yang menimpa negara akibat syariat agama tidak diendahkan,” utara beliau ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Nasihatnya, ajaran agama dan nilai-nilai murni mestilah tidak diabaikan serta memelihara dari ancaman fahaman radikal dengan menentang sebarang kegiatan yang bersifat ekstremisma.

Amzad juga tegas menyatakan semua unsur pluralisma agama, liberalisma, LGBT dan pelbagai permasalahan seumpamanya perlulah dibendung dan ditangani dari terus membarah dalam masyarakat.

“Negeri Saba’ yang dikisahkan begitu makmur, namun dek kerana keingkaran mereka, Allah timpakan bala bencana dengan banjir sehingga menenggelamkan seluruh semua sekali. Begitu juga kisah Kaum Tsamud, kisah Kaum ‘Ad, kaum Nabi Luth.

“Semua ini seharusnya menjadi panduan kepada kita di dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan,” ujarnya memetik kisah al-Quran dari ayat 15 hingga 17 surah Saba’ itu. 
Beliau turut menzahirkan kehairanannya terhadap masalah kebanjiran tenaga pekerja asing yang merupakan imigran haram dianggarkan berjumlah 6.7 juta, namun hanya 2.1 juta atau 31.3 peratus mempunyai permit.

Beliau mempersoalkan sama ada undang-undang dan hukuman berkaitan yang ada ketika ini belum mencukupi untuk mengekang hal sedemikian dari terus berlaku. - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Sumber HD - 26-7-2018 

Pastikan pengambilan tanah tanpa jejas hak

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan urusan pengambilan tanah untuk pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilakukan menurut undang-undang dan menjamin segala hak pihak yang terbabit.

Gesa Ahmad Amzad Hashim (PAS – Kuala Terengganu), terutama menyegerakan proses pembayaran pampasan tanah milik rakyat dan penggantian semula Tanah Rizab Melayu yang diambil bagi laluan projek mega tersebut.

Tegas beliau, pembayaran mestilah dengan kadar yang mencukupi mengikut tebus rugi sepadan dan nilai pasaran semasa, supaya tidak berlaku bantahan ketidakpuasan hati hingga boleh merencatkan projek akibat penangguhan terlalu lama.

Hujahnya, jaminan itu selaras Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak terhadap pemilikan yang juga bermaksud pelucutan harta, selain menuntut kerajaan tidak mengulangi kezaliman di mana akhirnya mengganggu kelancaran projek itu sendiri.

“Saya minta Kementerian berkenaan tolong ambil perhatian, kasihanilah penduduk yang berkenaan. Lagi pula jika ada pengambilan terhadap tanah Orang Asal dalam projek ini, pampasan yang diberikan mestilah berbentuk tanah, wilayah dan sumber-sumber yang sama kualiti, keluasan dan pampasan kewangan atau tebus rugi yang bersesuaian.

“Kita tidak mahu projek yang asalnya adalah bertujuan untuk memberi manfaat rakyat, akhirnya telah menyebabkan kerajaan menafikan pula hak Orang Asli untuk hidup menurut tradisi mereka,” ujarnya membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Puji Amzad, projek ECRL mampu merangsang pertumbuhan ekonomi bagi negeri Pantai Timur di mana jajaran laluannya bakal mewujud dan meningkatkan kepesatan bandar-bandar sekitarnya dan pertambahan peluang pekerjaan kepada tenaga tempatan anak

Namun bertegas menggesa kerajaan memastikan pengambilan tanah yang banyak melibatkan perkampungan Melayu dan Tanah Rizab Melayu termasuk Hutan Simpan Kekal diberi jaminan sewajarnya. - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Sumber HD - 26-7-2018
















































Jelas segera status biasiswa MyBrain15

BERDASARKAN kepada perancangan kerajaan 
yang lepas, sebanyak RM90 juta diperuntukkan 
kepada 10, 600 pelajar Sarjana dan Doktor 
Falsafah untuk MyBrain15 pada tahun ini. Pada 
masa ini, terdapat sejumlah pelajar yang telah 
memohon dan melalui proses temu duga pada 
awal tahun ini masih menanti keputusan yang dijanjikan akan diumumkan beberapa bulan 
sebelum semester baru bermula. 

Jika diumumkan di saat akhir, ini hanya akan menyusahkan pelajar yang menanti dengan 
harapan untuk mendaftarkan pengajian di Universiti sekitar bulan Ogos dan September yang 
akan datang.  
Kebanyakan daripada pelajar-pelajar ini terpaksa menggunakan wang sendiri dan mencari 
alternatif  
lain untuk membayar yuran pengajian untuk membiayai pengajian akibat kebanyakan 
pinjaman dan biasiswa tidak lagi ditawarkan terutamanya kepada pelajar Sains Sosial. 
YB Dr Maszlee Malik ketika diajukan mengenai status MyBrain15 dalam program Bicara 
Khas  
Bersama Menteri anjuran RTM memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa tangguhkan 
bantuan sehingga keadaan ekonomi pulih. Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi 
daripada  
Kementerian untuk memaklumkan pemohon yang telah ditemuduga berkenaan keputusan ini. 
Bantuan kerajaan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ini tidak sepatutnya dilihat 
sebagai suatu pembaziran bahkan patut menjadi keutamaan kerajaan. Di dalam Pelan Induk 
Terengganu  
Sejahtera (PITAS) 2030 turut meletakkan prinsip ‘Insan Berkualiti Aset Terpenting Negeri’. 
Mencontohi tindakan Kerajaan Terengganu ini, meningkatkan bilangan rakyat berkelulusan 
tinggi adalah penting dalam membekalkan modal insan yang kompeten dan mencukupi 
kepada negara pada masa hadapan. 
Oleh itu, sekalipun negara benar-benar menanggung banyak hutang, ianya bukan alasan 
untuk kerajaan  
tidak mahu melaksanakan manifesto mereka untuk menambah peluang biasiswa dan pinjaman 
pelajaran terutamanya untuk membantu anak-anak muda dari keluarga B40 dan M40. 
Tambahan pula,  
syarat-syarat permohonan bagi MyBrain15 yang lebih rumit berbanding sebelum ini 
sebenarnya  
telah pun membantu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengecilkan bantuan kepada 
penerima yang benar-benar memerlukan. 
Sementara Kerajaan PH mencari alternatif dan mekanisma yang lebih sesuai untuk 
meningkatkan  jumlah biasiswa pendidikan, MyBrain15 tidak boleh diberhentikan dengan begitu sahaja tanpa 
penjelasan kepada rakyat yang menanti. Justeru, kerajaan dituntut untuk memberi penjelasan 
segera kepada rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup yang tidak berubah pasca 
pertukaran kerajaan berkenaan dengan status bantuan supaya mereka boleh fokus 
mendapatkan ilmu dan mencapai impian.  
Sejahtera Bersama Islam” 
YB USTAZ CHE ALIAS HAMID
Parlimen Kemaman (P.040)
26 JULAI 2018 - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Sumber HD - 26-7-2018


















































Tutup IPG KB: Sikap Kerajaan dikesali

HARI ini (25 Julai 2018) saya telah menerima jawapan bertulis daripada Menteri Pendidikan untuk soalan saya yang meminta kerajaan menyatakan sikap terkini kerajaan terhadap Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sebelum ini telah diumumkan bahawa 9 buah IPG di seluruh Negara akan ditukar fungsi kepada institut lain. Melalui jawapan bertulis Menteri Pendidikan hari ini, dapat dibaca bagaimana sikap kerajaan yang terus bertegas dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Mei 2017 yang bersetuju agar penukaran fungsi 9 IPG kepada institut TVET diteruskan. 
Saya percaya jawapan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan pada hari ini sangat mengecewakan warga pendidik khususnya di Kelantan. Semalam (24 Julai 2018), di dalam Ucapan Perbahasan Titah DiRaja saya telah menyentuh berhubung penutupan IPG Kota Bharu ini yang saya sifatkan sangat tidak sepatutnya berlaku. Sejak semalam sehingga hari ini, Ahli-ahli Parlimen di dalam Ucapan Perbahasan Titah tidak henti-henti menyentuh berhubung penutupan IPG di kawasan masing-masing yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan keputusan ini baik dari Pakatan Harapan (PH) mahupun dari blok Pembangkang. 
Khusus untuk IPG Kota Bharu, perlulah dinyatakan bahawa Kelantan mempunyai lebih 32 000 orang guru dalam perkhidmatan yang mana dari tahun 2011 hingga 2018, seramai 20 904 orang guru-guru ini dilatih, diberi kursus peningkatan profesionalisme seperti Kursus KBAT, MBM MBI, Linus, Penyelidikan dan sebagainya oleh IPG Kota Bharu. Jika fungsi IPG Kota Bharu ditukar, ke manakah guru-guru ini akan dihantar untuk menjalani kursus? Berapakah kos untuk guru-guru ini berkursus di IPG lain di luar Kelantan. 
Begitu juga dengan bantuan kepakaran kepada sekolah-sekolah orang asli di Kelantan. Dari tahun 2010 hingga 2018 lebih daripada 114 program bersama sekolah orang asli dikendalikan oleh IPG Kota Bharu. 
Tidakkah wajar untuk Kerajaan Malaysia mempertimbangkan satu-satunya IPG di Kelantan ini terus beroperasi? Jika diteruskan hasrat untuk menutup IPG Kota Bharu ini, Kelantan akan menjadi salah satu daripada dua negeri (termasuk Perlis) yang tidak mempunyai IPG di bumi mereka! 
Sepatutnya Kerajaan PH membuka amalan baru. Menteri Pendidikan sepatutnya melihat isu ini dengan lebih peka. Saya tidak tahu, masihkah pentadbiran baru negara ini masih dibelenggu oleh prejudis dan dendam sebagaimana pentadbiran sebelum PRU14? 
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
25 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 25/7/2018

























































































































Sumber HD - 25-7-2018






































































































GST atau SST, rakyat tetap mangsa

SAYA ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan atas komitmen untuk memansuhkan GST yang diawali dengan menjadikan cukai itu berkadar sifar. Ia selari dengan tuntutan PAS sejak awal cukai itu diperkenalkan pada 2015 lagi. 
Namun, tindakan seterusnya untuk menggantikan cukai itu dengan memperkenalkan semula SST adalah tindakan terkebelakang dan memperlihatkan Kerajaan ketandusan idea kerana hanya tahu bergantung kepada cukai kepenggunaan bagi menambah hasil pendapatan negara. 
Kedua-dua cukai kepenggunaan ini; GST dan SST sekalipun berbeza pada aspek teori dan mekanismenya, ia tetap sama pada aspek menjadikan pengguna sebagai penanggung beban. Ia juga akhirnya tetap menjadi alasan untuk menaikkan harga barangan oleh para peniaga. 
Sedangkan masih terdapat alternatif lain bagi mengelakkan rakyat dikenakan cukai ini sesuai dengan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang sedia tinggi dan semakin meningkat pada masa ini. 
Cukai yang mahu dilaksanakan menggantikan GST sepatutnya berdasarkan model zakat dalam Islam. Justeru itu, PAS telah mencadangkan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham berasaskan model zakat. 
Cukai yang berasaskan model zakat ini adalah cukai berasaskan lebihan pendapatan dan bertujuan memastikan sumber atau hasil kekayaan diagih secara adil dan saksama terutamanya kepada golongan yang memerlukan. Berbeza sekali dengan cukai kepenggunaan yang menjadikan pengguna tanpa mengambilkira tahap kemampuan mereka sebagai penanggung beban. 
Kedua-dua cukai yang dicadangkan PAS ini sekalipun kadarnya lebih rendah iaitu hanya 2.5% sahaja, ia diunjurkan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding GST dan SST. 
Sekali lagi saya tegaskan, dalam menjadikan cukai sebagai sumber pendapatan negara, cukai pendapatan juga perlu diformulasi semula berasaskan model zakat agar tiada yang dapat berhelah mengelakkan diri dari cukai. Duti import perlu diperkasakan sistemnya. SST dan GST hanya menjadi beban kepada rakyat marhaen. Lebih utama yang perlu dipastikan ialah pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak lagi berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup di era Malaysia Baharu ini. 
Jika BN dijatuhkan akibat isu GST dan peningkatan kos sara hidup, tidak mustahil PH juga mungkin akan ditumbangkan oleh rakyat disebabkan isu SST dan kos sara hidup ini.
”Sejahtera Bersama Islam” 
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu, 25 Julai 2018 | 12 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 




















































Guru murung, IPG ditukar fungsi

KUALA LUMPUR: Masalah dihadapi oleh para guru dan isu berkaitan institut perguruan telah dibangkitkan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PAS –Pasir Mas) semasa membahas Titah Di Raja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam. 
Menurut beliau, banyak rungutan diterima daripada para guru yang berduka lara kerana bertugas jauh daripada pasangan dan keluarga hingga berlaku beberapa kes kematian antara dikenalpasti berpunca daripada kemurungan.

“Walaupun isu ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi kes-kes seperti ini sangat-sangat membimbangkan kita. Saya ada 245 data lengkap kes duka lara ini termasuklah kes anak sakit kronik sampai meninggal, tetapi tidak dapat bertukar.

Kes cikgu sendiri, guru sendiri sakit kronik, kemurungan yang teruk, terpaksa PJJ ‘Perkahwinan Jarak Jauh’ ada 26 kes. Isu yang berlaku ialah apabila ada guru-guru yang telah bertugas 10 tahun, 11 tahun, jauh daripada pasangan masing-masing belum dapat bertukar.

“Minta tukar tak dapat balik bertukar bersama-sama dekat dengan keluarga. Tetapi yang menyedihkan ada guru-guru, ada yang baru masuk mengajar, tetapi sudah dapat peluang untuk bertugas berdekatan dengan keluarga.

“Di sana adanya dakwaan ‘kabel-kabel’ tertentu (politik) digunakan untuk menyumbang kepada isu-isu seperti ini,” jelas beliau.

Secara sinikal, beliau menyatakan keyakinan bahawa Menteri Pendidikan pasti sensitif dan prihatin dengan isu tersebut sebagaimana perlepasan yang diberikan kepada kasut putih bertukar kepada kasut hitam.

Beliau berharap pihak Menteri Pendidikan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan mengadakan dialog dan mengubah sistem pertukaran guru yang ada supaya lebih adil dan samarata.

Ucapan beliau turut dicelah oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik) yang membangkitkan mengenai kebajikan guru antaranya isu kuarters guru banyak terbengkalai sedangkan para guru terpaksa memotong elaun berkaitan. 

Sementara itu, Fadhli turut membangkitkan isu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu, Kelantan di mana dikatakannya antara sembilan IPG ditukar fungsi

“Bagi kami di Kelantan, IPG ini merupakan kampus yang paling tua di Malaysia, dan ditubuhkan sejak tahun 1952. Dan di Kelantan hanya ada satu kampus sahaja, di Kuala Lumpur masih ada tiga, di Pulau Pinang masih ada dua.

“Jadi kita berpandangan bahawa IPG di Kota Bharu mohon supaya pihak kerajaan dapat memberikan keprihatinan tidak ditutup sebagai memberikan peluang kepada guru-guru untuk mendapat pendidikan, untuk mendapat kursus yang sewajarnya.

“Dan tidak ada rasional IPG ditukar kepada Kolej Vokasional kerana Kolej-kolej Vokasional yang masih ada pun masih belum lagi mencukupi pelajar mereka,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 

ECRL: Kandungan tempatan, peluang pekerjaan

HARI ini dalam soalan tambahan saya kepada Menteri Tenaga Manusia berkenaan dasar pengambilan pekerja tempatan saya telah menyoal secara spesifik mengenai projek mega ECRL yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan akan diteruskan. 
Saya seperti dalam ceramah saya sebelum pilihan raya lagi sudah pun berpandangan bahawa projek rel ini perlu untuk meransang pembangunan Pantai Timur yang masih ketinggalan jauh taraf infrastruktur asas jaringan pengangkutan berbanding Pantai Barat. Yang kita persoal adalah mengenai kos projek yang akan akhirnya ditanggung rakyat, peluang pekerjaan dan peluang penglibatan dalam perbekalan dan perkhidmatan dalam projek ini. 
Saya tidak seperti Rafizi Ramli yang pernah mengumumkan projek rel keretapi di Pantai Timur sebagai membazir atas alasan tidak 'viable'. 
Dalam ruang soalan saya, saya telah bertanya dasar kerajaan dalam memastikan rakyat tempatan mendapat bahagian yang besar dalam peluang pekerjaan. 
Saya turut meminta supaya kerajaan mempertimbangkan penglibatan industri tempatan dalam perbekalan dan perkhidmatan. 
Secara khususnya ini peluang terbaik untuk melibatkan industri besi tempatan seperti Perwaja dilibatkan sama dalam projek ECRL, mungkin melalui pemindahan teknologi. Ini sudah tentu membuka peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat. Saya difahamkan projek rel melibatkan kuantiti besi yang besar. 
Cukup-cukuplah amalan lalu mengeksport bijih besi mentah ke China di Terengganu seperti amalan Kerajaan BN Terengganu yang lalu. 
Untuk skala projek bernilai RM81 billion seperti diumum oleh Menteri Kewangan, tidakkah sudah memadai merundingkan pemindahan teknologi? Menghidupkan kembali industri besi yang sudah sedia ada kemudahannya. 
Isu peratus kandungan tempatan 'local content' perlu dipertegaskan dalam projek ECRL. Seperti juga peratus penglibatan pekerja tempatan dalam pelbagai sektor berkait projek ini. 
Saya berterima kasih atas penjelasan Menteri bahawa kerajaan akan merundingkan kembali terma perjanjian ECRL ini yang akan memasukkan elemen jaminan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan peratus kandungan tempatan dalam perbekalan bahan. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
24 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 24/7/2018
Sumber HD - 24-7-2018 






















































Pelabuhan Tumpat: Menteri jalan mengundur

JAWAPAN balas Kementerian Pengangkutan mengenai soalan jawab lisan Parlimen yang membangkitkan isu pembangunan sebuah pelabuhan di Tumpat bukan seperti yang diharapkan. Dalam jawapan bertulis bertarikh 19 Julai yang lalu, kerajaan menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk membangunkan sebuah pelabuhan di sana selepas melaksanakan kajian dengan beberapa pihak. 
Suka untuk saya jelaskan bahawa janji untuk membangunkan sebuah pelabuhan di Tumpat ini bukan baharu, malah telah berlaku sejak 1969. Malah, pihak Kementerian sendiri telah meluluskan lesen dan kelulusan pembinaan pelabuhan tersebut sejak 1995, namun sehingga kini projek tersebut masih terabai. 
Sepatutnya Kerajaan mengkaji kelemahan yang berlaku yang menyebabkan projek tersebut terbengkalai, bukannya mengundur ke belakang untuk menentukan sama ada ia relevan untuk membina sebuah pelabuhan atau tidak. Pendirian yang dikemukakan pihak Kementerian untuk tidak membangunkan pelabuhan di Tumpat sewajarnya diperhalusi semula. 
Saya akan cuba sedaya upaya membawa suara rakyat Tumpat supaya pembangunan pelabuhan ini dapat direalisasikan bersama demi kemudahan rakyat di sana. 
Sekian. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
YB DATO' HAJI CHE ABDULLAH MAT NAWI,
Ahli Parlimen Tumpat.
24 Julai 2018 bersamaan 11 Zulkaedah 1439H. - HARAKAHDAILY 24/7/2018
Sumber HD - 24-7-2018 














































































































Kerajaan, semua MP wajib pertahan Islam

KERAJAAN dan semua ahli parlimen sama ada Islam atau bukan Islam berkewajipan untuk mempertahankan Islam. 
Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sesuai dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. 
Sebagai ahli badan legistatif, ahli-ahli parlimen sepatutnya lebih memahami tuntutan daripada peruntukan ini. 
Tambah pula, Tanah Melayu telah mempunyai peruntukan jelas mengenai kedudukan Islam sebagai agama negeri sejak dari sebelum merdeka. Perkara VII Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Fasal 51 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 lebih awal meletakkan Islam sebagai agama negeri. 
Menunjukkan, agama Islam itu begitu sebati sekali dalam adunan budaya dan amalan dalam negara ini sejak dahulu lagi sehingga diperundangkan dalam Perlembagaan. 
Justeru, adalah tidak wajar sekali jika berlaku dalam pentadbiran dan tindakan para pemimpin di negara ini yang bercanggah dengan kehendak dan ajaran agama Islam. 
Kerajaan juga mesti memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk "menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam itu" seperti yang dijelaskan oleh para ulama Islam dalam disiplin ilmu ketatanegaraan dan politik Islam. Apabila Islam ditegakkan maka agama-agama lain akan terpelihara untuk diamalkan secara aman dan damai kerana antara prinsip Islam ialah tiada paksaan dalam beragama. 
Salah satu kewajipan ini ialah memelihara agama Islam (hifz ad-din) itu sendiri pada dua aspek; (i) memastikan Islam itu kekal dan dilaksanakan serta diperkasakan, dan (ii) melindungi Islam daripada perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan atau kemusnahannya. 
Malangnya mutakhir ini, suara-suara sumbang yang memburukkan imej institusi dan undang-undang Syariah; mahu agar umat Islam dibebaskan daripada ikatan undang-undang kawalan moral yang berasaskan agama, menuntut supaya semua agama diletakkan sama rata (transcendental unity of religion) dan menggesa supaya kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini dihapuskan seolah-olah tidak diberikan perhatian dan tidak dipandang berat oleh Kerajaan. 
Tindakan ancaman terhadap Islam ini adalah sangat merbahaya kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 
Oleh yang demikian, saya amat berharap agar Kerajaan dan semua ahli parlimen lebih bertanggungjawab untuk memelihara Islam di negara ini. 
Perkara ini telah saya tegaskan di Dewan Rakyat menerusi Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang saya sampaikan pada hari ini dan hari semalam. 
”Sejahtera Bersama Islam” 
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa, 24 Jul 2018 | 11 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 24/7/2018
Sumber HD - 24-7-2018 
























































PAS paling merasa konsep federalisme dicabul

KUALA LUMPUR: PAS mengharapkan kerajaan pusat menghormati pilihan kerajaan negeri dengan mengembalikan semula konsep federalisme yang selama ini telah dicabul oleh kerajaan persekutuan. 
Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia berbincang bersama kerana parti itu berpengalaman paling lama dalam pemerintahan kerajaan negeri.
"Kita boleh bincang bersama mereka. Kami PAS yang paling berpengalaman memerintah kerajaan negeri yang paling merasa betapa konsep federalisme ini dicabul dengan begitu. 
"Kita mengharapkan supaya kerajaan pusat menghormati pilihan kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang semasa menjawab celahan Ahli Parlimen Mersing, Dato' Dr Abd Latiff Ahmad ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. 
Tegas beliau, sekiranya kerajaan mahukan perubahan yang betul-betul positif digesa mengambil kira akan pendirian kerajaan negeri yang mahu konsep federalisme dikembalikan semula. 
"Jangan mengulangi amalan-amalan di zaman penjajahan dahulu yang saya sebut negeri Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang terpinggir mengikut cara yang diadakan di zaman penjajah dulu dikekalkan, hendaklah diubah," katanya. 
Jelasnya, hal ini kerana negeri-negeri tersebut memiliki hasil bumi yang banyak dan dihuni oleh rakyatnya yang terdiri daripada majoriti bumiputera masih terpinggir dengan kekurangan pelbagai kemudahan asas. – HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 23-7-2018 

Malaysia mampu tangani cabaran ekonomi semasa  

KUALA LUMPUR: Malaysia berkeupayaan menghadapi cabaran ekonomi global masa kini, dengan kedudukan geografi negara yang kukuh, sumber bumi dipunyai serta tenaga manusia dimiliki, namun tetap perlu melakukan pembaharuan dan mengutamakan kepentingan rakyat, demikian dinyatakan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Marang).

Berucap membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi, beliau berkata, persaingan di arena antarabangsa yang mencetuskan perang ekonomi di kalangan kuasa besar khususnya China dan Amerika menuntut Malaysia mempunyai jati diri agar tidak tertimpa tempias perang tersebut.

“Hasil bumi yang melimpah ruah dan tenaga manusia yang berkepakaran dan bertenaga, sekiranya diolah dengan baik, kita dapat memperkasakan diri dan negeri kita di tengah-tengah percaturan antarabangsa. Langkah Pandang Ke Timur yang dilaksanakan dahulu dalam aspek ekonomi perlu dilakukan pembaharuan terkini.

“Khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau di kalangan negara jiran dan negara sahabat. Kerjasama Negara Islam dan Negara NAM dahulu perlu ditingkatkan. Memilih pendekatan kerjasama dengan negara setaraf kita atau negara mundur adalah lebih baik daripada berlumba dengan negara besar yang rakus tidak bersimpati dengan kita.

“Namun hubungan dengan semua negara tidak diputuskan bersama kebijaksanaan kita. Tidak terikat sangat rapat dengan negara tersebut dan sangat bergantung dengan agensi yang dimonopoli oleh mereka seperti tabung kewangan antarabangsa IMF dan mata wang tunggal seperti US Dollar yang sangat diragui kebenaran dan kekukuhannya,” ujar beliau.

Nyata beliau, keadaan geografi  dan sumber semulajadi dipunyai negara perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, manakala kerjasama negara serantau dan sahabat yang tersebut perlu diadakan tanpa mendedahkan diri kepada pangkalan digunakan oleh negara besar berkepentingan di pihak mereka sahaja.

Lebih malang menurut Presiden PAS itu, sekiranya Malaysia mendedahkan diri menjadi medan peperangan di kalangan negara besar seperti yang pernah berlaku di abad lalu.

Pantai Timur, Sabah dan Sarawak

Melanjut perbahasan, beliau menyeru penyelesaian kedudukan Bumiputera yang masih kebelakang ditingkatkan lagi tanpa berlaku zalim terhadap pihak lain dengan menghidupkan semangat kerjasama dan bertolong menolong dalam masyarakat majmuk bersifat madani.

“Bukan semangat perlumbaan perkauman dan penindasan yang boleh mencetuskan ketegangan. Kedudukan negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga Malaysia Timur Sarawak dan Sabah (di mana) daerah ini hanya diperah hasil buminya yang kaya dalam keadaan rakyatnya majoriti Bumiputera masih terpinggir.

“Dengan kemudahan asas yang diabaikan seperti pelabuhan, dan kawasan industri, bahkan lebuhraya yang lebih dipesatkan di Pantai Barat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang juga menghala ke Timur bukan sahaja ke arah Barat. Bukan sahaja hubungan dagang kita dengan Eropah, termasuk dengan China dan Jepun. Di sini menunjukkan ada kedudukan Malaysia Timur dan Pantai Timur,” utara beliau.

Tangani beban rakyat

Beliau turut membawakan isu kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi luar kawalan dengan mengingatkan supaya perkara tersebut ditangani selaras manifesto semua parti baik Kerajaan mahupun Pembangkang menawarkan perkara tersebut pada PRU14 lalu.

Namun katanya, bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST yang laksana mencubit dengan tangan kanan, kemudian dicubit pula dengan tangan kiri di mana sakitnya sama atau lebih sakit lagi, sebaliknya memerlukan penyelesaian secara holistik, melibatkan penggunaan barangan dan tenaga Malaysia sendiri secara bijak dan insaf.

“Sama ada menangani disebabkan kuasa beli yang tidak kukuh, atau mata wang yang tidak stabil, atau barangan yang tidak seimbang dan saksama, hendaklah ditangani dengan penuh tanggungjawab. Bukan sekadar hanya percukaian yang meringankan bebanan kerajaan, bukannya bebanan rakyat.

“Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, khususnya muamalah riba, menipu dan rasuah, yang diisytiharkan perang oleh Allah. Namun kini dianggap pula menjadi rukun dan syarat ekonomi moden. Walaupun sudah ada langkah kepada Muamalah Islam seperti perbankan Islam dan sebagainya, tetapi masih teragak-agak ke arah menghapuskan riba yang dikira dosa besar itu. 
"Istilah berkat hanya dalam ekonomi Islam yang tidak ada dalam semua teori ekonomi," ujar beliau membacakan surah al-'Araf ayat 96 menyentuh perkara tersebut. - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 23-7-2018 


























































Beri perhatian pembangunan insan

KUALA LUMPUR: Pembangunan insan hendaklah melalui ilmu dan pendidikan yang memenuhi sifat fitrah naluri atau semulajadi bercirikan jasad, roh, akal, berkonsep kedirian dan bermasyarakat madani, demikian menurut Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Marang). 
Katanya, negara mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangun insan mengikut acuan fitrahnya, selain kelemahan undang-undang mencegah kemungkaran.

“Allah mencipta manusia dengan fitrah yang berbeza, dengan makhluk yang lain. Dan diletakkan di tempat yang berbeza di kalangan sesama manusia sendiri. Berbagai bangsa, budaya dan hasil bumi, serta kemahiran, kepakaran, dan sumber masing-masing.

“Petunjuk Allah melalui al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah Muhammad S.A.W, telah berjaya mendidik manusia awal Islam daripada masyarakat Arab buta huruf dan liar sifat jahiliyahnya.

“Bersama Islam, berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk, yang besar dan membetulkan tamadun jahiliyah yang tidak bermoral walaupun maju dari segi kebendaannya, dan kerajaan yang bertaraf kuasa besar,” ujarnya membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini sebentar tadi.

Jelas beliau, insan yang dibentuk oleh Islam berjaya menurunkan kuasa besar di zamannya dan mencipta semula tamadun Hadharah Islamiyah tanpa meninggalkan manfaat warisan ilmu dunia daripada seluruh pelusuk Timur dan Barat; Parsi, Rom, China, India, Mesir dan lain-lain.

Peranan Bahasa Kebangsaan

Malah terangnya, Islam telah menterjemahkan ilmu ke dalam Bahasa Arab yang dirasmikan di masa itu tanpa menghapuskan bahasa kaum masing-masing di mana hal itu menjadi tanda kebesaran Allah S.W.T sebagaimana dinyatakan pada ayat 22 surah ar-Rum.

Pun begitu katanya, umat Islam yang meneroka kemajuan sains dan teknologi dengan memajukan ilmu hasil daripada berbagai negara dan bangsa, ketinggalan pada akhirnya dengan sebab kelekaan-kelekaan menghayati Islam dan mengembangkan ilmu.

“Barat yang mencetuskan Revolusi Industri hasil terjemahan Tamadun Islam ke dalam bahasa Barat, namun mereka meninggalkan aspek rohani, dan moral yang mengawal akal dan jasadnya sehingga tanpa roh. Kini kita sedang menyaksikan kemunduran, merudum Tamadun Barat yang maju itu.

“Menjadikan manusia tidak bermoral sehingga mencipta senjata pemusnah, menjadikannya lebih ganas daripada binatang dan hilang moralnya, menghilangkan akal yang mulia dengan gejala arak dahulunya dan kini dadah berbagai jenis.

“Kita menyaksikan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, China, dan lain-lain mengilmukan rakyat dengan Bahasa Kebangsaan masing-masing dan pengetahuan bahasa asing sekadar keperluan menterjemahkannya, bukan mengilmukan rakyat seberapa banyak dengan bahasa asing itu.

“Maka tanggungjawab kita menjadi Bahasa Kebangsaan kita sendiri adalah cara paling betul dalam memperkasakan ilmu dan pendidikan kita. Cara meninggalkan Bahasa Kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan mengurus rakyat telah menemui kegagalan yang berulang,” peringat beliau.

Masalah sosial dan rasuah

Tanggungjawab seterusnya ujar beliau, adalah menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga dengan pendidikan dan pelajaran, serta media bermoral, selain undang-undang berkesan dan mendidik, bukan sekadar menghukum sahaja.

Katanya, media tanpa sempadan menjadi wabak baru yang tidak terkawal lagi menyerang seluruh pelusuk dunia, kini menjadi ancaman terhadap negara dan antarabangsa, sehingga pengetahuan bahasa asing bukan lagi untuk menimba ilmu positif, tetapi membuka ruang lebih besar menjadi aspek negatif.

“Maka perlu adanya kawalan terhadap perkara ini demi menyelamatkan negara dan rakyat dengan peraturan kawalan dan undang-undang bertindak yang berkesan. Kita menyaksikan hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah gagal mengatasi gejala pengedarannya. Walaupun hukuman itu lebih keras daripada Hukum Qisas dan Hukum Hudud Islam yang dipertikai dan diragukan oleh banyak pihak.

“Dan juga undang-undang mencegah gejala rasuah tidak mampu menghalang siapa sahaja yang berkuasa melakukannya dengan berbagai-bagai helah. Kini sudah tiba masanya diberi ruang untuk memperkenalkan Undang-undang Syariat Islam, dibincangkan secara ilmu, dan diberi kuasa kepada negeri menjadi percubaan menunaikan kewajipan kepada Allah dan rakyat,” seru beliau. - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 23-7-2018 



























































Malaysia diharap depani tuduhan Barat terhadap Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat memberi ruang yang adil dalam menghadapi tuduhan terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamophobia di negara Barat, khususnya Amerika dan Eropah, ujar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Betapa Islam dikaitkan dengan keganasan walaupun kini ternyata negara Barat itu terlibat dalam mewujudkan kumpulan ISIS yang dikaitkan terhadap Islam. Merekalah menjadi pembekal utama senjata dan memberi tempat kepada kumpulan itu.

“(Mereka juga) memberi lesen kepada negara haram Israel memiliki apa sahaja senjata pemusnah dan bertindak sewenang-wenang terhadap rakyat Palestin yang dihalau daripada rumah kediaman. Dan rompakan bukan sahaja harta, bahkan tanah air mereka juga dirampas.

Tegas beliau, fitnah terhadap Islam itu tidak menepati ajaran Islam yang mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh agama, umat dan negaranya biarpun diceroboh dan dijajah sebagaimana petunjuk Allah pada ayat 190 surah al-Baqarah.

Terang beliau, Islam mengharamkan pembunuhan terhadap rakyat awam, bukan sahaja orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak, termasuklah paderi dan sami di rumah-rumah ibadat mereka.

Tetapi kini kesalinya, ternyata betapa Barat terlibat dalam krisis yang berlaku di serata dunia di sebalik penjajahan semula dan kepentingan ekonomi, termasuk perniagaan senjata secara gelap dan nyata.

“Kita juga melihat berbagai agama dalam masyarakat Islam boleh dibanding, boleh dibanding dalam keadaan aman termasuk di negara kita. Bandingkan dengan masyarakat Islam di negara yang lain, Rohingya dan lain-lain lagi, apa yang dilakukan terhadap orang Islam?

“Dalam hal ini kita perlu berfikir panjang dan menunaikan tindakan yang penting bukan sahaja mempertahankan Islam, bahkan Islam mempertahankan manusia itu sendiri,” ujar beliau.

Katanya, PAS terus beristiqamah dengan petunjuk Allah dalam hubungan dengan semua pihak berpandukan firman Allah Taala pada ayat 2 surah al-Maidah. - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 233-7-2018 





























































Kerajaan mesti benarkan RUU355 dipinda

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah ketika ini berjalan tidak menepati kehendak syarak sebagaimana dalil ditentukan al-Quran atau Hadis Nabi S.A.W yang menjadi tanggungjawab umat Islam membetulkannya. 
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS - Kubang Kerian) berharap, Kerajaan PH menunaikan janji bahawa RUU355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) adalah tanggungjawab kerajaan membawanya ke Parlimen. 
Jelasnya, undang-undang tersebut perlu diperbetulkan menurut tuntutan syarak dan ianya bukanlah pelaksanaan Hudud sebagaimana digambar dan dikelirukan oleh sebahagian media. 
"Contoh, tuduhan ke atas penzina tanpa bukti. Allah menetapkan menerusi Quran hukuman 80 sebatan syarak, bukan enam kali. Hari ini Mahkamah Syariah hanya ada bidang kuasa enam kali. Enam kali tidak ada dalil. 
"Tidak ada satu dalil hadis atau al-Quran yang menjadi sandaran kepada pelaksanaan undang-undang tersebut," ujarnya membahas ucapan Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. 
Terdahulu jelas beliau, Muslim di negara ini turut menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab agamanya seperti kewajipan menutup aurat kerana sekatan pihak agensi mereka berkerja. 
Beliau memberi contoh perkara tersebut berlaku sebagaimana di syarikat penerbangan selain juga terdapat kes di mana syarikat-syarikat swasta menghalang pekerjanya untuk menunaikan Solat Jumaat. 
"Kerana itu kita menuntut supaya umat Islam sebagaimana agama-agama lain bebas mengamalkan kehendak dan peraturan agama mereka dan ini mesti diberi keutamaan khususnya oleh Kerajaan PH," serunya. -HARAKAHDAILY 20/7/2018
Sumber HD -20-7-2018





























































Fitnah RM90 juta: Tidak wujud kaedah transaksi

KUALA LUMPUR: Tidak terdapat sebarang kaedah transaksi kewangan berlaku bagi membuktikan tuduhan kononnya pihak PAS menerima RM90 juta daripada pihak Umno.
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, sekiranya perkara tersebut wujud, pasti terdapat transaksi melibatkan pemindahan antara bank atau akaun pemberi dan penerima.
Bahkan, jika berlaku secara tunai pula terangnya, jumlah RM90 juta akan memerlukan satu lori trailer untuk melaksanakannya dengan diiringi pihak keselamatan.
"(Cara) Kedua dengan kaedah cek, ia mempunyai nombor akaun, nombor cek, tarikh dan penerima pembayaran. Boleh tahu kepada siapa dan masuk ke dalam akaun siapa.
"Ketiga, melalui 'Telegraphic Transfer' (TT) juga memerlukan akaun pihak pemberi dan penerima. Di mana transaksi ini dipanggil 'knock off number test code' antara Pengurus Bank kedua-dua akaun.
"Barulah setelah itu boleh dikreditkan masuk ke dalam akaun wang tersebut," jelas beliau yang berpengalaman puluhan tahun sebagai Pegawai Kewangan di sebuah bank.
Menerusi kaedah keempat yakni internet pula terang Awang, transaksi tidak boleh berlaku melebihi USD10,000 serta mesti diketahui Bank Negara yang memantau.
Perkara sama juga dikemukakan beliau sebagai soalan semasa mencelah ucapan membahas Titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Kubang Krian pada sesi tersebut hari ini. -HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 






























































1MDB: Tony Pua tiada maklumat kaitkan PAS

KUALA LUMPUR: "Saya tidak ada maklumat," demikian kata Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menjawab celahan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyoal sama ada PAS menerima dana 1MDB. 
"Adakah Damansara bersetuju bahawa PAS tidak pernah menerima dana 1MDB?" soal Ustaz Fadhli. 
Tony bagaimanapun meminta supaya menteri bertanggungjawab menjawab pertanyaan tersebut. 
Ahli Parlimen itu dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat petang tadi juga menyentuh jumlah dana 1MDB yang diterima oleh parti komponen BN. 
Namun beliau sendiri tidak dapat memberi jawapan terhadap tuduhan bahawa PAS menerima dana sejumlah RM90 juta daripada 1MDB. 
Dalam isu yang sama, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) turut mencelah meminta penjelasan daripada Tony berhubung janji kerajaan Pakatan Harapan terhadap komitmen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1MDB. 
"Sehingga kini kita tidak mendapat penjelasan daripada kerajaan sejauh mana hasrat itu dapat diwujudkan dalam suasana pelbagai pendedahan telah dibuat tetapi RCI masih belum diwujudkan," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS. 
Tony bagaimanapun menjawab spesifik penubuhan RCI diserahkan kepada menteri untuk menjawab dan menjelaskan hingga setakat ini dua jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat skandal 1MDB. - HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD = 19-7-2018 































































Tinjauan awal kualiti perbahasan Dewan Rakyat

SPEAKER - Tuan Yang Dipertua diyakini mempunyai kelayakan dan arif dalam bidang undang-undang, namun dilihat masih belum mendapat rentak untuk 'menguasai' dan mengharmonikan dewan. 
Pengendalian sidang perlu dijalankan secara profesional tetapi tidak terlalu formal, dan elemen humor boleh diselitkan untuk menceriakan suasana. 
Menteri - YB Menteri dilihat masih belum menguasai dasar dan isu di peringkat kementerian. Jawapan yang diberikan bersifat umum dan adakalanya tidak menjawab soalan. 
YB Menteri perlu mengelak daripada menggunakan ungkapan sinis dan nada egois, yang boleh membangkitkan emosi pihak pembangkang. Paling penting, menteri perlu bersedia dan menyiapkan kajian secepat mungkin, khuatir rakyat akan menggelar kalian sebagai Menteri Kajian, bukannya Menteri Pendidikan. 
Pembangkang - Kebanyakan YB Umno mempunyai pengalaman sebagai mantan menteri, memberikan kelebihan untuk bertanya soalan secara spesifik kepada pihak menteri. Namun kredibiliti Umno/BN tercalar dengan skandal rasuah dan salah laku ketika menjadi Kerajaan dahulu, menyukarkan mereka untuk menegur dan memberi cadangan kepada Kerajaan. 
YB PAS pula dilihat sebagai 'watak pengimbang' ketika perbahasan menjadi hangat, dan sudah mula mendapat rentak untuk mencelah dan bersuara. PAS mempunyai kelebihan untuk menegur Kerajaan kerana tiada liabiliti seperti Umno/BN, serta perlu sentiasa memberikan cadangan solusi terhadap permasalahan rakyat dan negara. 
Semoga Parlimen menjadi model untuk kematangan politik dan demokrasi yang lebih subur dalam negara. 
Syahir Sulaiman
Lobi Parlimen, 19 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 

































































Kaji UEC: Menteri Pendidikan 'U-Turn'?

MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melihat Menteri Pendidikan terpaksa akur dan mengubah sikap serta pendiriannya (U-Turn) berkaitan pengiktirafan UEC apabila terpaksa menerima tekanan daripada himpunan bantahan rakyat yang dicadangkan pada 28 Julai nanti, semasa beliau menjawab soalan seorang peserta Majlis Wacana Pendidikan Malaysia Baru hari ini di studio Sinar Harian. 
Pendirian beliau bahawa UEC akan dikaji dan tidak terburu-buru untuk diiktiraf masih tidak cukup untuk meyakinkan gerakan himpunan bantahan daripada rakyat berhenti untuk berhimpun. 
MAPPIM dan UMMAH dengan tegas menyatakan bahawa Menteri Pendidikan mesti tegas menolak sepenuhnya untuk tidak mengiktiraf UEC pada masa sekarang dan juga sampai bila-bila pada masa akan datang kerana UEC bercanggah dengan Sistem Pendidikan Negara. 
MAPPIM dan UMMAH juga memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang tertentu supaya jangan cuba memaksa kerajaan dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengiktiraf UEC dalam kerangka Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan menggunakan tekanan politik dan juga dengan mempolitikkan Sistem Pendidikan Negara. 
MAPPIM dan UMMAH mempertegaskan bahawa kami akan menjadi benteng rakyat bagi mempertahankan Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan juga sebagai bahasa pengantar utama kepada Pendidikan Negara. 
Sehingga hari ini himpunan bantahan rakyat kepada Menteri Pendidikan berkaitan pengiktirafan UEC akan tetap diteruskan sehingga dapat mempastikan bahawa UEC akan terus ditolak sepenuhnya daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. 
MAPPIM dan UMMAH juga memberi amaran kepada NGO Pendidikan yang tertentu supaya jangan mempolitikkan isu UEC atas nama keadilan pendidikan serta menggunakan tekanan politik dalam kerajaan dengan memaksa sistem pendidikan sekolah Cina dan UEC ke dalam Sistem Pendidikan Negara. 
MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 

































































Sajian daging RM2000 sekilo dewan rakyat menjadi isu

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/sajian-daging-rm2000-sekilo-dewan.html


































































Pada malam Selasa, tersebar sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu Wagyu yang didakwa sebagai hidangan semasa jamuan tengah hari di Parlimen menjadi tular di Twitter.

Sajian berkenaan mendapat perhatian kerana harganya yang dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B.

Dakwaan sajian mewah ketika majlis perasmian Dewan Rakyat hanyalah salah faham, malah nilai hidangan berasaskan daging itu juga tidak mencecah harga RM2,000 sekilogram seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed menjelaskan hal itu dalam kenyataan kepada mStar Online.

Hidangan tersebut sebenarnya tidak ditempah pengurusan Parlimen, maklum Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed dalam kenyataan kepada mStar Online.

Menurut beliau, hidangan itu merupakan menu tambahan yang disediakan pihak penyaji makanan bagi meraikan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

"Untuk makluman, Parlimen tidak pernah berbelanja mewah bagi tujuan tersebut. Perbelanjaan adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

"Sebagai maklumat tambahan, kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu.

"Namun Parlimen hanya meluluskan kadar RM50 untuk seorang bagi tujuan tersebut yang mana jumlah keseluruhan RM400 untuk kos hidangan meja utama seramai lapan tetamu," katanya, petik mStar Online.

Bukan sajian untuk semua jemputan

Tengku Nasaruddin dipetik berkata menu tersebut juga hanya disediakan di meja makan utama untuk lapan tetamu dan bukan disajikan kepada semua jemputan.

"Adalah menjadi keutamaan dan amalan pentadbiran Parlimen untuk memastikan bahawa tatacara perolehan sentiasa dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi dalam semua perolehan yang dilaksanakan," katanya yang kesal dengan penyebaran isu sajian mewah itu kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat.

"Sehubungan itu, Parlimen berharap isu ini tidak berpanjangan demi menjaga imej dan identiti Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara," katanya lagi.


MR : Open tander atau tidak ni?....

Sumber MR - 19-7-20


































































Berapa kos mulakan caruman KWSP isteri

KUALA LUMPUR: Timbul beberapa persoalan berhubung cadangan pelaksanaan Caruman Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk isteri kedua dan ketiga yang mungkin tidak memperoleh manfaat dan nilai tambah terhadap pendapatan semasa isi rumah untuk surirumah. 
Membangkitkan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) menimbulkan persoalan tersebut selepas mendengar penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta kementerian berkenaan menjelaskan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri dan wanita. 
"Ada yang mungkin tercicir diceraikan dan sebagainya. Perkara ini memerlukan perhatian semua pihak. Adakah kerajaan ingin mencadangkan sebagai tambahan daripada peruntukan itu untuk diberikan elaun bersifat semasa kepada isteri-isteri sebagai satu penghormatan terhadap isteri-isteri diberikan elaun bulanan yang nak diberikan bersifat akan datang masa pencen? 
"Isu yang kita tekankan sekarang adalah isu sekarang. Adakah kerajaan bersedia memberikan elaun RM50 sebulan untuk isteri-isteri, dan juga saya ingin tahu berapakah kos yang diperlukan jika projek ini dimulakan nanti?" soal beliau semasa sesi soal jawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dato' Seri Dr Wan Azizaah Dr Wan Ismail menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan perihal tersebut adalah tanggungjawab suami. 
"Itu adalah tanggungjawab suami, kenapa kerajaan nak bagi nafkah tambahan pula?" katanya. 
Dalam soalan asal, Mohd Khairuddin meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita. – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Sumber HD - 18-7-2018 

'Gengster': Dewan Rakyat gamat macam pasar malam

KUALA LUMPUR: Suasana persidangan parlimen hari ini gamat seperti pasar malam apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, KS Ramkarpal Singh mencelah ketika sesi perbahasan usul titah diraja membangkitkan satu insiden beberapa tahun lalu membabitkan Ketua Pemuda Umno yang dakwanya lagak pemuda Umno itu tidak bertamadun seperti gengster menyerang Karpal Singh (mendiang). 
Beberapa Ahli Parlimen BN kemudiannya bangkit meminta KS Ramkarpal menarik balik kenyataan tersebut dengan mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang menggariskan adalah menjadi kesalahan bagi ahli Dewan Rakyat yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis. 
Berikutan itu berlaku kepada pertikaman lidah antara ahli parlimen pembangkang (BN) dan kerajaan PH apabila masing-masing bertegas enggan beralah menyebabkan sidang terganggu selama hampir sejam. 
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Mohd Rashid Hasnon kemudiannya mengarahkan agar ditarik balik penggunaan perkataan tersebut namun KS Ramkarpal enggan berbuat demikian malah mempertahankan tindakannya dan sanggup dikenakan apa-apa tindakan daripada speaker. 
Mengulas situasi itu, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) berkata, keenggangan ahli parlimen PH itu menarik semula perkataan 'gengster'yang digunakannya dalam ucapan hari ini adalah tindakan tidak patuh kepada ruling speaker. 
"Satu perkara yang sangat memalukan dan ianya yang paling besar ialah mencabar kredibiliti dan kewibawaan speaker seolah-olah speaker ini boleh dipermainkan.
"Dengan ruling arahan yang dibuat oleh speaker boleh je untuk dipatuhi atau tidak dipatuhi, ini satu mesej yang sangat salah dan sangat tidak beretika bagi seorang ahli parlimen terutamanya ahli parlimen yang mewakili kerajaan," katanya kepada Harakahdaily
Ujarnya lagi, ada kalangan ahli parlimen PAS bangkit untuk mempertahankan speaker dan beliau antaranya bangkit bertindak seperti itu. 
Bagaimanapun beliau kecewa apabila ahli parlimen PAS tidak sempat bercakap untuk memberi hujah. 
"Pada hemat saya, speaker anggap kita ini bangun untuk membangkang dia padahal kita dengan penuh hormat kita ingin menjaga kemuliaan kerusi speaker supaya speaker tidak boleh dipermainkan dengan sewenang-wenangnya dengan mengingkari arahan daripada speaker. 
"Sepatutnya speaker menggunakan peruntukan-peruntukan dewan yang lain apabila ada ahli engkar pada ruling speaker untuk apa-apa tindakan termasuk menghalau keluar ataupun menggantung mana-mana ahli yang engkar kepada ruling kepada speaker," katanya. 
Sidang kemudiannya dihentikan pada jam satu oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memberi laluan waktu rehat dan diteruskan semula jam 2.00 petang tadi. HARAKAHDAILY 18/7/2018
Sumber HD - 18-7-2018 

No comments:

Post a Comment