BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 1, 2018

YB DR AZMAN IBRAHIM - AJK PAS PUSAT / EXCO NEGERI TERENGGANU (J 3)



Kukuhkan kerajaan, perkasakan parti



PAS pulangkan tanah rakyat dirampas BN

BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu diterajui PAS sedang dalam proses memulangkan tanah-tanah rakyat yang dirampas Kerajaan Umno dan BN sepanjang 2004 hingga 2017.
Hal tersebut juga sebagai menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan akan beri semula tanah RTB yang dinafikan hak selepas berubah kerajaan pada tahun 2004.
“Kalau sekiranya tanah RTB itu masih belum diusik, maknanya tiada bagi pada sesiapa ataupun kerajaan belum ambil untuk projek pembangunan perhimpun balik Lesen Menduduki Sementara  (LMS).
“Sekiranya LMS hilang kita akan cari semula senarai nama peserta RTB itu untuk dipulangkan semula dan hak ini tegas dasar kerajaan negeri.
“Di Jabi ada beberapa RTB dahulu tak disambung LMS tanah tok kosek (sentuh) lagi. Di antara Jabi ada RTB namanya Belimbing Api. Hak ni tok kosek lagi dan boleh bagi semula kepada tuannya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog bersama Rakyat dan Makan Pulut bersama Exco Pertanian Terengganu di Dewan Orang Ramai Felda Tenang, di sini kelmarin.
Terang beliau, kerajaan akan cari tanah ganti kepada peserta sekiranya tanah RTB yang pernah dibahagikan dahulu diambil oleh kerajaan untuk sebarang projek pembangunan.
“Tanah ganti dengan makna kita buka RTB baru dan peserta dimasukkan sebagai salah seorang peserta RTB dan nak jadi peserta RTB syaratnya tak ketat.
“Hendaklah rakyat Terengganu dan sekiranya dia kelahiran luar Terengganu dia mesti dapatkan pengesahan pemastautin.
“Yang berumur 21 tahun ke atas dan suami ataupun isteri tak pernah dapat tanah anugerah. Tanah anugerah bermaknanya sudah mendapat tanah RTB, rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat,” katanya. 
Menurutnya, kuasa untuk meluluskan berada dalam kerajaan baharu sekarang dan hak yang sepatutnya rakyat perlu akan diberi kerajaan.
Juga katanya, Pejabat Tanah akan membuat siasatan dari segi teknikal semua sekali dan akan diperincikan tanpa mengira latar belakang politik.
“Ayah saya nasihat ke saya tanah hak orang teroka kita kena bagi ke dia bukan cerita PAS bukan cerita Umno hak rakyat mesti diberi.
“Hak mesti dikembalikan keadilan maknanya kita beri pada seseorang apa yang dia berhak bukan mana beri sama keadilan bukan sama.
“Kita sorang anok jate (lelaki) ada sorang anok tino (perempuan), adil bukan beli tudung ke dua-dua. Adil anok jate kena beli songkok, anok tino kena beli tudung, ni baru panggil adil.
"Kalau kita beli tudung dua-dua kira panggil tak adil. Adil kita beri kepada siapa yang berhak dan inilah makna keadilan yang sebenar,” jelasnya. -HARAKAHDAILY 21/7/2018























Sumber HD - 21-7-2018 



Hanya tiga kilang padi di T'ganu, 40 di Kedah

KETIDAKSAMARATAAN pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat memang sangat ketara. 
Lori padi yang menunggu nak buang padi di Kilang Bernas Bukit Kenak Besut terpaksa beratur sampai sehari semalam menunggu giliran. Kita di Terengganu hanya ada 3 kilang padi yang beroperasi sedangkan di Kedah ada 40 kilang padi. 
Jumlah kilang padi di seluruh negara sebenarnya mencukupi, tapi taburannya tak mengikut keperluan. Akibatnya di Kedah kilang tak cukup padi nak diproses sementara di Terengganu padi tak cukup kilang. 
Padi di Terengganu terpaksa dihantar dengan lori ke Kedah dalam jumlah yang banyak untuk diproses. Naik bukit turun bukit Jalan Raya Timur Barat baru sampai ke Kedah. Kemudian orang Terengganu terpaksa pula beli beras dari Kedah. Sekali lagi beras terpaksa naik bukit turun bukit untuk mari ke Terengganu. Main pergi mari yang memerlukan kos tinggi untuk pengangkutan. Inilah antara punca kenapa harga beras mahal. 
YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 20/7/2018
Sumber HD - 20-7-2018 




Hormati kerasmian, namun tidak menjurangkan

PROTOKOL sesuatu majlis perlu dihormati walaupun kita lebih suka biasa-biasa saja. Terutama bila kita adalah tetamu utama majlis tersebut. 
Kita suka datang awal malah biasanya kita antara yang terawal. Tapi ada masa protokol menetapkan kita perlu datang pada waktu yang ditentukan. Tak awal dan tak lewat. Terlebih awal atau terlebih lewat akan mengganggu susun atur atur cara. Kalau ikut kita, lebih baik kita tunggu sambut orang dari orang tunggu sambut kita.
Begitu juga di meja makan. Bukanlah kita gemar dan bangga duduk makan di meja VIP. Baik kita beratur ambil makanan bersama orang ramai. Makan ala kadar seadanya. Tapi ada majlis yang telah diletakkan nama pada meja tempat duduk. Maka duduklah kita di situ. Kalau di meja VIP yang tak diletakkan nama, biasa saya ajak pemandu duduk sekali makan bersama. Tak ada beza antara kita. 
Saya yakin pimpinan Kerajaan Terengganu yang ada sekarang semua biasa-biasa saja. Ahli Exco disediakan sebuah kenderaan rasmi bersama pemandu. Buat masa sekarang semua Exco kita guna kereta peninggalan kerajaan sesi lepas. Kereta Perdana Honda berusia sekitar 5 tahun. Alhamdulillah, ianya memudahkan pergerakkan untuk melaksanakan tugasan seharian. 
Kerana ada kawan-kawan berbisik tanya hal penggunaan kereta Exco, mohon maaf saya maklum sikit. Kereta rasmi Exco ialah untuk kegunaan pada bila-bila masa dan ke mana sahaja serta untuk apa-apa tujuan sekalipun. Mudah dinyatakan, kereta Exco ialah untuk kegunaan peribadi Exco yang boleh dipandu oleh beliau sendiri, isteri atau pemandu. Tiada istilah penggunaan untuk tugasan rasmi kerana semua penggunaan kereta tersebut dikira rasmi.
Ramai dah rakyat Jabi yang kita ajak naik kereta ini. Nak pergi masjid, kedai kopi, masuk kampung, pergi program parti, urusan keluarga, pergi pejabat atau apa sahaja, semuanya dibolehkan. Soal kita nak guna atau tidak, itu perkara kedua. Peraturan membenarkan. Walaupun saya lebih suka naik motor saja masuk kampung. 
YB DR AZMAN IBRAHIM  
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 1/7/2018
Sumber HD - 1-7-2018 

No comments:

Post a Comment