BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, April 16, 2017

PAS DAN HALEHWAL KEDAH DARUL AMAN DAN PERLIS (JILID 2)







Amilin adalah aset penting untuk menangkan PAS

SIK: Seluruh amilin PAS merupakan jentera Islam terbaik yang telah membuktikan keikhlasan bekerja dan berkorban walaupun tidak meraih sebarang ganjaran. 
Sebaliknya selalu menghadapi durjana musuh setidak-tidaknya dengan hinaan dan cercaan, namun yakin menuai janji Allah di Akhirat dan mengejar pertemuan dengan-Nya di Syurga. 
Demikian pujian Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria dalam ucapannya pada kemuncak Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Sik di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, di sini semalam. 
Nada sama disuarakan Yang DiPertua PAS Sik, Muhammad Sanusi Md Nor yang memuji ketaatan dan kepatuhan ahli PAS terhadap keputusan parti kerana wala' kepada pimpinan. 
Katanya, sikap itu menyebabkan ahli PAS menerima dengan rela hati pemilihan calon pilihan raya yang diperuntukkan Perlembagaan PAS berada dibawah bidang kuasa PAS Pusat. 
Kerana itulah menurut beliau, jentera PAS terus bekerja pada setiap pilihan raya walaupun calon diumumkan itu bukan pilihan mereka, tidak sepertimana parti-parti lain yang selalu berkemelut soal calon. 
Dalam ceramah itu juga turut dijawab fitnah kononnya PAS akan bergabung dengan Umno pada PRU14 nanti terutama berlegar di media sosial secara sebaran jahat.
"Di setiap kerusi yang Umno bertanding, di situ PAS turut akan meletakkan calon. Malah di Kedah ini juga, PAS akan bertanding semua 36 Dun dan 15 Parlimen. 
"Malah, PAS turut mengumumkan akan bertanding di 130 Parlimen (seluruh negara). Jadi di mana rasionalnya PAS akan bergabung dengan Umno kalau semua kerusi juga PAS tandingi?" soal Razman. - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 


Siapsiagakan seluruh urusan PRU untuk kemenangan

SIK: Pemilihan kepimpinan adalah urusan siyasah syariyyah yang sangat penting dan tertinggi dalam Islam, demikian menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman. 
Perkara itu dinyatakannya ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Sik di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, di sini semalam. 
Katanya, sirah telah menunjukkan tauladan itu sebagaimana kisah perlantikan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq selaku Khalifah sebaik kewafatan Rasulullah S.A.W. 
Jelas beliau, hal tersebut sekali gus menjadi dalil bahawa pemilihan kepimpinan Islam adalah kepentingan utama ke arah kelangsungan Daulah Islamiah. 
Demikian itu tegasnya, gerak kerja pilihan raya untuk membolehkan pemimpin dan daulah Islam dipilih serta ditegakkan, menjadi urusan penting setiap ahli PAS untuk mendukungnya. 
"Pemimpin PAS dan ahli juga perlu meletakkan keutamaan jamaah apabila bertembung dengan program peribadi yang dapat diatur di waktu lain. 
"Jentera pula mesti menyusun dan mengatur sebaik mungkin segala Urusan Pilihan Raya melalui gerak kerja amal jamaie agar dapat menarik sokongan," ujarnya menekankan keutamaan dan kepentingan tugas bagi mencapai tujuan dinyatakan. 
Seruan itu diperkukuhkan lagi dengan pembentangan bertajuk "Peranan Urusan-urusan Pilihan Raya" oleh Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPrN) Kedah, Kapten (B) Zambri Ibrahim. 
Beliau mempertegaskan kesiapsiagaan urusan-urusan pilihan raya PAS adalah sebagaimana pentingnya model, kebijaksanaan dan strategi dari madrasah peperangan yang diajar Rasulullah S.A.W. 
Pentingnya persiapan itu terangnya, kerana pilihan raya pada hari ini juga adalah satu bentuk peperangan yang menentukan tertegak atau runtuh dan musnahnya kefahaman, khususnya Islam. 
"Dewasa ini peperangan bukanlah semata-mata dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan yang boleh membunuhbdan meragut nyawa manusia.'
"Tetapi melalui peperangan idealogi atau kefahaman yang akan merubah pemikiran dan menentukan sokongan kepada mana-mana golongan," jelas beliau.
Manakala Pengarah JPrN Kedah, Ustaz Azizan Hamzah pula menegaskan, untuk memastikan PAS menjadi pilihan rakyat pada PRU14 nanti, ianya berkait rapat dengan kerja politik dan pilihan raya merangkumi strategi, tindakan dan syarat kemenangan.
Di mana menurutnya dalam pembentangan bertajuk "Strategi Kemenangan atau Perancangan Kekalahan" itu, semua pelan tersebut hanya akan berjaya dan membolehkan PAS mencapai kemenangan apabila petugas parti mempunyai sifat utama iaitu wala' dan tsiqah kepada pimpinan. - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 


Paduan pengalaman Assabiqun dan tenaga generasi baharu

ALOR  SETAR: PAS Kawasan Alor Setar telah merasmikan pelancaran Sidang Assabiqun PAS Alor Setar yang dilangsungkan dengan jayanya pada majlis di Dewan Masjid Tuan Haji Hussien, Seberang Pumpong, di sini semalam.
Majlis pelancaran dihadiri kira-kira 200 tetamu ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Pengerusi Sidang Assabiqun Negeri Kedah, Ustaz Nasir Othman.
Dalam ucapannya, beliau yang mesra dengan panggilan "Che Pi" menegaskan kepentingan penubuhan Sidang Assabiqun sebagai organisasi di semua peringkat dalam menggerak dan mendukung agenda PAS.
Terutama katanya, untuk menggabungkan generasi baharu dan muda PAS dengan memiliki semangat dan tenaga untuk bersama golongan Assabiqun yang mempunyai pengalaman.
"Sidang Assabiqun yang mempunyai pengalaman luas adalah lebih mustajab, panduan, nasihat dan tunjuk ajar amatlah diperlukan oleh generasi masa kini," ujarnya penuh semangat.
Yang DiPertua PAS Alor Setar, Ustaz Ahmad Yahaya pula melahirkan harapan agar kesepaduan Assabiqun dan generasi kini dapat mengembalikan tenaga, semangat dan pengalaman bagi menjayakan segala cita-cita PAS.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Sidang Assabiqun Alor Setar, Ismail Sulaiman. - HARAKAHDAILY 17/2/2018




Sumber HD - 17-2-2018






Istiqamah ramai Assabiqun bukti PAS kuat

JERAI: Kehadiran ramai ahli Assabiqun PAS Kawasan Jerai pada pelancaran rasmi Sidang itu sebenarnya menyerlahkan kekuatan teras PAS yang berakar kukuh dan sekian lama dalam Parlimen tersebut.
Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad menyifatkan ia bukti PAS memiliki aset kukuh di mana gandingan 'orang lama' yang istiqamah bersama sokongan semua lapisan dalam parti akan mewujudkan gerakan untuk memacu PAS lebih terkehadapan.
Sekitar 200 ahli Sidang Assabiqun PAS Jerai hadir pada pelancaran yang dilangsungkan di Dewan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Pejabat PAS Jerai, Padang Lumat, di sini semalam.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi pula menyifatkan kehadiran ramai itu menunjukkan Assabiqun PAS Jerai kuat bersemangat dan istiqamah menghadirkan diri ke majlis jamaah.
Pujinya, golongan Assabiqun selaku perintis jalan membina PAS penting dalam menjayakan tuntutan perjuangan parti itu untuk memenangi pilihan raya seterusnya menegakkan pemerintahan dengan dasar Islam.
Menurut beliau, PAS juga tidak akan subur seperti sekarang jika tidak kerana jasa-jasa generasi Assabiqun terdahulu dan kini PAS terus memerlukan mereka sebagai pemangkin dalam parti untuk terus memperteguh perjuangan.
Jelas Dr Fakhruddin, termasuk peranan boleh digerakkan Assabiqun adalah merungkai dakyah musuh PAS yang menggunakan api fitnah menyebar gambaran salah terhadap hakikat perjuangan Islam dibawa PAS.
Semangat sama turut disuarakan Timbalan Pengerusi Sidang Assabiqun PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasir Othman yang merasakan seperti diberi suntikan baharu setelah sekian lama 'bersara' dari memegang jawatan dalam parti.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Che Pi" juga merupakan Pengerusi Sidang Assabiqun PAS Jerai mengakui tanggungjawab Assabiqun untuk terus berada di medan masyarakat memperkenalkan PAS.
Kerana katanya, Assabiqun selaku tonggak asal, akar umbi dan penggiat terdahulu perlu aktif dalam urusan politik menjadi 'sumber' maklumat PAS kepada orang ramai dan penggiat agenda kebajikan dalaman menerusi lawatan ziarah. - HARAKAHDAILY 17/2/2018






Sumber HD - 17-2-2018




Pelancaran Assabiqun Jerai meriah dan penuh sejarah

JERAI: Majlis Pelancaran Assabiqun PAS Kawasan Jerai telah disempurnakan dengan penuh semangat dan harapan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
Pelancaran dalam suasana penuh meriah dan ukhuwah serta sejarah ini telah dilangsungkan di Dewan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Pejabat PAS Jerai, Padang Lumat, di sini semalam.
Pada majlis tersebut, anggota Sidang Assabiqun diraikan dengan jamuan kenduri khas secara layanan bentara, juga berikutan kejayaan pemilikan tanah tapak pejabat dan dewan PAS Jerai.
Kejayaan proses pindah milik kepada pemegang amanah PAS Jerai pada 23 Jun 2016 itu dianggap sangat signifikan dengan usaha dan kerja keras golongan Assabiqun selama ini.
Pelancaran tersebut turut dihadiri Yang DiPertua (YDP) PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad; Timbalan YDP PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat; seluruh Ahli Jawatankuasa dan Dewan-dewan PAS Jerai. - HARAKAHDAILY 17/2/2018
Sumber HD - 17-2-2018 











Jana kekuatan menangkan semula PAS di Sik

SIK: PAS Kawasan Sik akan mengadakan Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Sik yang bakal berlangsung di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, di sini bermula jam 2:30 petang hingga tengah malam esok.
Yang DiPertua PAS Sik, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, himpunan bagi menjana kekuatan jentera itu ke arah kerja lebih gigih untuk memenangkan semula PAS di situ seterusnya menawan negeri Kedah kembali.
Katanya, lonjakan semangat kepada semua jentera PAS Sik dari UPU hingga MTD bermatlamatkan menang P.013 Parlimen Sik dan N.23 Dun Belantik serta N.24 Dun Jeneri pada PRU14 nanti.
Program tersebut akan diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Ustaz Azizan Hamzah dan Setiausahanya, Kapten (B) Zamri Ibrahim.
Manakala sebelah malam taujihat oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Sik, Ustaz Naziron Baharom diikuti kemuncaknya ceramah oleh Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 






Langkah ke depan PAS tinggalkan lawan

JERAI: PAS UPU Pekan Gurun telah melancarkan Bilik Gerakan dirasmikan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat di Pekan Gurun, di sini semalam.
Perasmian tepat jam 12 malam disebalik kemeriahan warna warni dan bunyi tembakan bunga api sempena Tahun Baharu Cina oleh penduduk tempatan.
Turut sama menyemarakkan pelancaran ke arah persediaan PRU14 itu adalah
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Kedah, Mohd Saifuddin Hassan dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Ustaz Subky Sulaiman.
Hadir sama Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kubang Pasu, B K Gumaresan dan Pengarah Pilihan Raya Dun Gurun, Muzaini Azizan.
Ustaz Mohd Azam dalam ucapannya menyentuh mengenai kematangan PAS menawarkan cadangan penyelesaian terhadap masalah-masalah dihadapi rakyat antaranya Dokumen Hijau.
Hal itu jelasnya, mendahului dan meninggalkan parti-parti politik lain di belakang yang masih berkemelut dengan masalah dalaman perebutan kerusi dan jawatan serta hilang keyakinan rakyat.
Lantaran dengki dan cemburu katanya, parti-parti tersebut menjadikan fitnah dan tohmahan terhadap PAS untuk mengalihkan tumpuan massa terhadap parti Islam ini setelah menyaksikan prestasi PAS kian memberangkangkan.
Oleh itu nasihatnya, ahli PAS mestilah tidak terpengaruh dengan dakyah dimainkan lawan sebaliknya menjadi agen parti menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Perkara seumpama turut diakui Gumaresan yang menyeru kaum bukan Islam untuk tidak takut dengan PAS sebaliknya melihat pengalaman pemerintahan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai bukti.
Jelasnya, pemerintahan PAS itu telah menunjukkan kejujuran dan keikhlasan terhadap rakyat tanpa mengira kaum, selain terbukti bersihnya pemimpin PAS apabila tiada seorangpun terseret kepada tuduhan rasuah.
Manakala Saifuddin dan Subky senada menyeru Pemuda menjadi golongan yang paling aktif dan gagah melaksanakan setiap aktiviti di UPU. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 

Warga Tionghua terima kunjungan muhibah PAS Jerai

JERAI: PAS Kawasan Jerai telah mengadakan kunjungan muhibah menyantuni masyarakat Cina di tiga-tiga Dun dalam parlimen itu sejak 12 Februari dan berakhir semalam.
Ziarah diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad diiringi pimpinan PAS Kawasan itu adalah bersempena menjelangnya sambutan perayaan Tahun Baharu Cina esok.
Kunjungan bermula di kependudukan yang ramai masyarakat Tionghua iaitu di Pekan Sungai Limau dalam Dun Sungai Limau, diikuti esoknya bertumpu di Dun Guar Chempedak melibatkan Pekan Yan dan Pekan Guar Chempedak.
Manakala semalam, rombongan PAS Jerai berkunjung dan menyantuni pula warga Tionghua di empat pekan iaitu Bedong, Gurun, Padang Lembu dan Jening.
Mengiringi beliau sepanjang kunjungan muhibah tiga hari itu adalah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, selain turut serta di Dun-dun antaranya Pengarah MTD PAS Gurun, Muzaini Azizan. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018








Tamrin PAS Jerai mantapkan roh menuju PRU14

JERAI: Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Jerai telah mengadakan tamrin untuk memantapkan lagi perjuangan dan ukhuwah dalam kalangan ahli PAS kawasan itu.
Tamrin tersebut melibatkan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Dewan-dewan serta tiga MTD di bawahnya iaitu Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.
Program yang menjadi sebahagian persiapan ruhiyah menjelang PRU14 tidak lama lagi itu telah dilangsungkan di Pejabat PAS Jerai, Padang Lumat, di sini kelmarin.
Yang Dipertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad dalam ucapannya menyeru peranan setiap anggota untuk terus berusaha meyakinkan pengundi memilih calon PAS pada PRU nanti.
Manakala Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya selaku pimpinan jemputan pada tamrin itu menyegarkan peserta dengan taujihat untuk terus memiliki semangat juang tinggi khususnya dalam siyasah Islam PAS.
Hadir sama pada tamrin tersebut adalah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat. - HARAKAHDAILY 14/2/2018














Sumber HD - 14-2-2018









Kesediaan ahli Umno berubah penting untuk Islam

SIK: Umno sudah tidak mampu menjaga Islam di negara ini, bahkan Islam semakin ditekan dan diasak saban hari akibat ketidakmampuan Umno, demikian menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Memetik kes Indira Gandhi sebagai contoh berkaitan, beliau menyifatkan perkara tersebut terjadi berikutan sistem perundangan negara yang tidak meletakkan Islam sebagai asas.
"Akta 164 yang dibawa oleh kerajaan dan telahpun diluluskan oleh Parlimen walaupun semua Ahli Parlimen PAS menentangnya. Manakala Akta 355 penambahbaikan Mahkamah Syariah dipandang sepi oleh kerajaan. 
"Masih relevankah Umno menjaga Islam di bumi Malaysia ini?" soalnya ketika berceramah bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Shaharudin Ibrahim di Kampung Jelutong, Chepir, di sini semalam.
Ustaz Tarmizi menegaskan, hanya PAS sahaja yang benar-benar hendak Islam ditinggikan dan menyeru ahli Umno untuk menyokong PAS pada pilihan raya kali ini.
Jelasnya, kesediaan para ahli Umno untuk berubah itu penting supaya usaha memartabatkan Islam selayaknya sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaaan Negara benar-benar dapat direalisasikan.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana ahli Umno telah ditipu oleh pemimpin mereka mengenai Islam dan pelbagai lagi isu, hanya kerana mahu kuasa dikekalkan dalam kalangan mereka.
Sementara Ustaz Shaharudin Ibrahim dalam ceramahnya melontarkan renungan berkait pertambahan ramai pengundi bukan Islam untuk PRU14 berbanding pengundi Islam kerana kesedaran mereka mengenai kuasa.
"Tahap kesedaran orang Islam mengenai betapa pentingnya untuk mendapatkan kuasa supaya suara Islam di dalam Parlimen digeruni masih di paras rendah. Waima, ada orang Islam sendiri yang tidak peduli mengenai kuasa. 
"Hanya bagi mereka cukup dapat menjalani kehidupan seharian walau siapapun memerintah. Ini merupakan satu pemikiran yang salah dan sangat membimbangkan. 
"Kerana golongan bukan Islam sentiasa bersatu hati dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan mereka mahupun agama Islam tanpa mengira mana-mana parti," terangnya. -HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018 

Sik lancar sekampit beras untuk guru PASTI

SIK: Guru PASTI merupakan antara petugas yang sangat hebat dalam membantu perjuangan Islam di Malaysia ini, demikian menurut kata Yang DiPertua Pas Kawasan Sik, Muhammad Sanusi Md Nor. 
Katanya, pengorbanan guru Pasti sangat besar dalam melahirkan lebih ramai pejuang Islam untuk mengemudi gerakan Islam PAS mentadbir negara mengikut acuan Islam yang sebenar. 
"Mereka guru PASTI sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dalam mendidik anak-anak PASTI walaupun dibayar elaun yang sedikit. Bahkan ada yang secara sukarela mendidik tanpa menuntut apa-apa bayaran," ujarnya. 
Beliau berucap demikian dalam majlis pelancaran Sekampit Beras Untuk Guru anjuran Jabatan PASTI Sik di Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah, Beris Jaya, dekat sini kelmarin. 
Program tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban guru PASTI dengan menyumbangkan sekampit beras kepada mereka. 

Beliau juga menambah guru PASTI bukan sahaja berperanan mendidik, malah merupakan petugas parti yang sangat penting dalam pilihan raya. 
Beliau juga memuji kesabaran para guru PASTI dalam membahagi masa antara tugas guru dan amilin yang sewajar dicontohi oleh petugas-petugas PAS lainnya. 
Turut hadir dalam program tersebut adalah Tuan Guru Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Awang Lanai sebagai tetamu jemputan khas. 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut mengenai kempen tersebut bolehlah menghubungi Pengerusi Jabatan PASTI Sik, Mad Azli Yahya di talian 010 5329665 atau 010 7769665.-HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD - 12-2-2018 











PAS Jerai informasikan penduduk melalui ceramah

JERAI: PAS Kawasan Jerai menerusi MTD Guar Chempedak telah mengadakan majlis ceramah penerangan isu-isu semasa yang dilangsungkan di Pekan Sungai Yan, di sini kelmarin. 
Ceramah yang juga diadakan sempena Simulasi PRU14 oleh PAS Kawasan seluruh negeri Kedah itu telah menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. 
Turut sama menyampaikan ceramah adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Yang Dipertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad. 
Ceramah disampaikan ternyata penuh dengan informasi semasa di mana terlihat oleh sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan yang tidak berganjak mengikuti lontaran diutarakan. 
Penceramah banyak mempertegaskan mengenai matlamat serta hala tuju PAS dan pendekatan dalam PRU14 nanti selain komitmen PAS Kedah bertanding di semua Dun dalam matlamat kembali memerintah. 
Turut disentuh dan menarik perhatian hadirin adalah pengalaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2008 yang berjaya melaksana pelbagai agenda kesejahteraan rakyat.-HARAKAHDAILY 12/2/2018






















Sumber HD - 12-2-2018
























Tokoh Assabiqun Sik disantuni generasi pelapis

SIK: PAS Kawasan Sik telah melakukan ziarah mahabbah menemui tokoh Assabiqun, Abdul Rahman Awang Kechik di Kampung Charok Tenang, di sini hari ini.
Kunjungan ini yang merupakan rutin PAS Sik dilakukan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara generasi awal PAS bersama pelapis dan aktivis kini.
Rombongan diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa PAS Sik, Jamal Hashim serta Sarina Shaari.
Abdul Rahman yang kini berusia 80 tahun merupakan generasi awal dan amilin PAS Sik seangkatan perjuangan dengan Almarhum Sulaiman Ahmad iaitu ayahanda Ustaz Tarmizi dan Almarhum Ahmad Suji.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mad Lazim dalam kalangan penduduk kekal istiqamah bersama perjuangan PAS di mana kegigihannya di zaman lampau menjadi teladan generasi kini.
Turut mengiringi kunjungan rombongan itu adalah Setiausaha Pemuda PAS Sik, Mohd Ailmi Zakarya. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD - 11-2-2018 













MTD Gurun giat ziarah, cakna penduduk

JERAI: MTD Gurun telah mengadakan program ziarah khususnya menyantuni golongan asnaf dalam Dun tersebut yang diadakan hari ini.
Kunjungan tersebut merupakan rutin aktiviti yang dijalankan disamping meneliti perkembangan dan keperluan pihak diziarahi.
Ziarah diketuai Ahli Jawatankuasa MTD Gurun, Muzaini Azizan itu antara ditemuinya pada ziarah tersebut adalah warga emas yang uzur, Ahmad dari Kampung Bongkok, Gurun, di sini.
Pakcik Ahmad yang kelihatan terharu menerima kunjungan itu turut didoakan Muzaini agar diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menempuh dugaan tersebut.
Beliau memaklumkan pihaknya sedang giat mengadakan kunjungan kepada penduduk secara berterusan dan penyumbang boleh menyalurkan pemberian mereka terus ke Markas MTD di Batu 3 Jalan Jeniang. -HARAKAHDAILY  9/2/2018
Sumber HD - 9-2-2018 

PAS mahu jadi pembangkang kuat di Perlis

PAS Perlis komited mempertahankan Dun Sanglang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Malah wakil PAS pernah memasuki parlimen apabila menang di Parlimen Arau pada 1997 dan pada PRU 2008 menguasai Dun Simpang Empat. 
Paling menarik apabila PAS menguasai tiga Dun serentak pada PRU 1999 iaitu di Guar Sanji, Santan dan Sanglang. Apakah kecemerlangan itu akan diulangi lagi pada PRU ke-14 tidak lama lagi? 
Oleh itu bagi mendapat gambaran lebih jelas ikuti temubual wartawan Noor Sara Mashitoh bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perlis, Wan Hassan Ismail yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini. -HARAKAHDAILY 7/2/2018




























Sumber HD - 7-2-2018















Markas baru di Cawangan Taman Sepilai

PADANG SERAI: Kebakaran Markas PAS Cawangan Taman Sepilai, Padang Serai, tiga bulan lalu tidak mematahkan semangat ahli-ahlinya meneruskan gerak kerja pilihan raya.
Adun Merbau Pulas, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, tiga bulan lepas markas yang menjadi pusat aktiviti PAS cawangan itu musnah dijilat api. 
Katanya, kejadian itu memusnahkan perabut dan peralatan pilihan raya cawangan berkenaan.
"Kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat atau sebab-sebab lain kita tidak pasti," katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan semula markas tersebut kelmarin. 
Beliau turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli PAS cawangan terbabit kerana berjaya mendirikan markas yang baru.
Katanya ahli-ahli di cawangan terbabit tidak mengenal putus asa sehingga berjaya mendirikan markas baru untuk digunakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
"Ini juga hasil keprihatinan ahli dan orang ramai yang bersimpati sehingga sebuah markas baru dibina dan dijangka siap tidak lama lagi," ujarnya. -HARAKAHDAILY 7/2/2018






























Sumber HD - 7-2-2018
















Pelancaran Markaz Besar PRU MTD Kuala Ketil, Kedah
Posted on Saturday, February 03 @ 00:00:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38064



Beginilah suasana dan sambutan majlis PELANCARAN MARKAS BESAR PILIHANRAYA MTD (N32) KUALA KETIL, KEDAH.

Majlis dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi malam tadi 1hb Februari 2018 bersamaan hari Khamis jam 9.15 Malam diPusat Tarbiah Islam (PUTIK) Kuala Ketil, Kampung Bukit Pak Kuning, Kedah.








INSYA' ALLAH KEDAH AKAN JATUH KETANGAN PAS PADA PRU KE-14 NANTI.
TENKIU
#UP
Sumber TKO - 3-2-2018

















Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil


















(Teks transkrip penuh dari ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS pada Perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil, 29 Januari 2018 di Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang-Pauh, Arau yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

.....Melainkan tiga perkara yang berterusan pahala dan kebajikannya. Yang pertama sedekah yang kebaikannya berjalan berpanjangan. Yang kedua ilmu yang diambil manfaat. Dan ketiga anak yang soleh yang mendoakan untuknya.
Mudah-mudahan kita mendapat fadhilat kelebihan daripada perkara yang disebut oleh Allah dalam Quran, dan Hadis-hadis tadi. Apalagi majlis kita pada hari ini untuk melancarkan agenda ilmu, perkara ilmu, ilmu agama. Perkara yang pertama ditetapkan oleh Allah S.W.T setelah menjadikan Nabi Adam A.S:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا
Dan Allah mengajar nama-nama semuanya (apa yang tidak diketahui oleh malaikat).
(al-Baqarah: 31)
Allah memilih ayat-ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W ialah:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Hingga ayat-ayat yang berikut.
Bacalah dengan nama tuhan yang telah menjadikan kamu.
(al-Alaq: 1)
Supaya ilmu agama..... juga menjadikan roh dan akalnya dan membina sahsiah, jati diri peribadi manusia dengan ilmu yang diletakkan acuannya oleh Allah S.W.T. Adalah menjadi hikmat yang besar Allah memilih Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W di bumi Makkah yang disebut:
وَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
Lembah yang tidak ada tanaman (tidak ada air).
(Surah Ibrahim: 37)
Yang tak sanggup didiami oleh binatang buas kerana tidak ada air, tidak ada tumbuhan, tidak ada makanan. Mengapa Allah tidak memilih Malaysia, tak pilih Jepun, tak pilih Amerika, tak pilih Eropah, tak pilih negeri-negeri yang subur, yang ada air banyak, yang ada hasil bumi?

Sumber HD- 29-1-2018

Ucapan Perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato' Seri Syeikh Abdul Hadi Awang menyebut:
"Kita menyaksikan di abad yang lalu kejatuhan Komunis, kita menyaksikan di abad ini keruntuhan Amerika kuasa besar dunia. Minggu lepas kerajaan Amerika tak boleh bayar gaji, kenapa? Kongress Amerika tidak meluluskan bajet kerana ahli Parlimen parti lain, Presiden parti lain menyebabkan pegawai kerajaan tak boleh nak terima gaji. Terpaksalah dibuat perbincangan.
"Di sinilah kita PAS, ahli-ahli Parlimen kita, ADUN-ADUN kita tak mengundi dalam bajet. Ada perkara yang kita sokong, ada perkara yang kita tak sokong, bukan bangkang semua. Ini maknanya. 
"Amerika merudum ekonomi dia kerana kerajaan tak boleh nak bayar gaji kalau tak dilulus bajetnya. Polis yang bekerja, tentera yang jaga keselamatan, guru yang mengajar, pejabat yang mengendalikan urusan kehidupan kita. Kalau tak dilulus bajet, tak boleh bayar gaji. Ini fardu kifayah yang mesti kita tunaikan. Ada kita sokong, ada perkara yang kita tak sokong. Ini kena faham. Sebabnya orang mengaji orang putih, dia tak faham apa dia Islam.
"Dunia hari ini dilanda oleh kemusnahan. Sudah tiba masanya kita balik semula kepada Islam. Maka pendidikan Islam sangat penting untuk menyelamatkan kita, menyelamatkan manusia-manusia yang lain. Walaupun kita diri ini adalah untuk benih-benih, anak-anak, anak-anak adalah benih-benih yang mesti dijaga. Kalau kita buat kebun mesti benih yang baik, benih Islam. Mesti buat pagar, jangan bagi tikus masuk. Dijaga dengan baik. Setelah benih itu membesar, maka dipindah ke sana ke sini untuk ditanam, dibuahkan, dihasilkan. Inilah agenda ilmu Islam yang kita kena faham yang ditunjuk oleh Allah S.W.T" 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil pagi tadi di  Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang-Pauh, Arau yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 29/1/2018




































Sumber HD - 29-1-2018


Kempen Hijau Kedah
Posted on Sunday, January 28 @ 23:06:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37963



#UP Terbaik... Abang Radhi Mat Din...

Kredit
Hawk 


Sumber TKO - 28-1-2018



































Perasmian Milad Eidul Ilmu & Dar Sy. Khadijah





















(Teks transkrip penuh dari ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS pada Perasmian Sambutan Milad Ke-9 Eidul Ilmi & Dar Sayyidah Khadijah, 28 Januari 2018 di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung.Abi Padang Machang, Kangar yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
“Kitab al-Quran ini tidak syak lagi memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.”
(al-Baqarah: 2)
Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang meletakkan kita kalangan mereka yang memelihara al-Quranul Karim dan ilmunya. Walaupun Allah S.W.T telah memberi jaminan untuk memelihara kitab-Nya ini:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Kami yang telah menurunkan peringatan (al-Quran ini), dan Kamilah yang memeliharanya.”
(al-Hijr: 9)

Namun kita adalah hamba-hamba Allah yang wajib memelihara kitab Allah ini. Allah memilih kitab al-Quran menjadi mukjizat yang besar kepada Nabi Muhammad S.A.W, mukjizat ilmu, berbeza dengan mukjizat yang diberi kepada Rasul-rasul yang terdahulu. Rasul yang diutuskan untuk seluruh dunia, untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat. Berbeza dengan Rasul sebelumnya untuk kaumnya sahaja dan umatnya sahaja.

Sumber HD - 28-1-2018





















Perasmian Milad Eidul Ilmu & Dar Sy. Khadijah

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato' Seri Syeikh Abdul Hadi Awang menyebut:
"Saya masih ingat dalam tahun 90-an, ketika saya diberi penghormatan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi, melawat pusat percetakan al-Quran untuk menyatakan nikmat yang Allah Ta’ala beri kepada saya. Ketika saya melawat pusat percetakan itu, mudirnya bertanya saya, apa komen saya tentang pusat cetak al-Quran ini 
"Saya melihat bukan sahaja cetak Qurannya, dicetak terjemahannya. Tetapi terjemahannya dimulakan dengan kiri, bukan dengan kanan. Semua terjemahan di masa itu dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa huruf rumi dimulakan dengan kiri, baca Quran dengan kiri. Saya tanya mudir dia, Quran baca ikut kiri ke? Baca ikut kanan. Mesti dicetak daripada kanannya dan hingga ke kirinya. Quran mesti dimuliakan." 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Perasmian Sambutan Milad Ke-9 Eidul Ilmi & Dar Sayyidah Khadijah, pagi tadi di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung.Abi Padang Machang, Kangar yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Sumber HD - 28-1-2018 

Pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah

PADA hari ini Parti Islam se-Malaysia (PAS) negeri Kedah, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Kedah dan beberapa NGO mengambil inisiatif mengadakan majlis taaruf bertujuan mengembangkan blok Gagasan Sejahtera ke negeri Kedah. 
Hasrat penubuhan blok ini adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpatisipasi secara matang dalam menggerakkan demokrasi ke arah lebih sejahtera  sesuai dengan variasi tuntutan yang diperjuangkan. 
Pembentukan Gagasan Sejahtera memperlihatkan koalisi blok yang menggabungkan parti-parti politik tanahair seperti PAS, Parti IKATAN dan Parti BERJASA, NGO misalnya MAPIM, Kongres Rakyat serta lain pertubuhan yang bercita-cita mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera.
Rakyat seharusnya diberikan peluang memilih parti politik yang diyakini dapat memelihara mereka dengan penuh keadilan, kesejahteraan dan harmoni,  seterusnya membangunkan negeri dan negara berteraskan prinsip-prinsip Islam. 
Bagi merialisasikan tujuan ini, maka dimaklumkan satu program pelancaran Blok Gagasan Sejahtera yang akan berlansung pada 25 Februari 2018 bertempat di Kompleks PAS Kedah. Oleh itu, seluruh  rakyat Kedah dijemput hadir ke majlis bersejarah tersebut
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah
DR SAMARUDIN MD REJAB
Timb. Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah
27 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD - 27-1-2018 


PAS Kedah tampil 70 peratus calon baru
Posted on Friday, January 26 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37915



ALOR SETAR: Misi PAS Kedah untuk kembali mentadbir negeri itu dimantapkan dengan cadangan menampil 70 peratus muka baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, muka baru termasuk dalam kalangan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan calon-calon bukan Islam yang akan bertanding menggunakan lambang PAS.

Di samping itu menurutnya, PAS Kedah komited mengekalkan muka-muka lama untuk terus bertanding.

“Calon-calon tersebut akan diletakkan di Dun-Dun mengikut strategi yang telah disusun dan dibincang bersama PAS Pusat.

“Pemimpin yang telah melompat parti atau dilihat kedudukannya goyang tidak berpendirian juga akan digugurkan," katanya di sini.

Baru-baru ini PAS Kedah mengumumkan kesediaan bertanding di semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen pada PRU14.

Dr Ahmad juga berkata, PAS tidak kepupusan ahli-ahli yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon PRU kali ini.

Sumber TKO - 26-1-2018
















































PAS Perlis sedia tanding 15 Dun

KUALA KEDAH: PAS Perlis sedia bertanding di kesemua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tiga parlimen di Perlis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Pesuruhjaya PAS Perlis, Shukri Ramli berkata, calon-calon PAS yang akan bertanding juga sudah dihantar kepada Majlis Syura Ulama. 
Katanya, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan agamawan dan profesional. 
“Sekiranya PAS diberi peluang menerajui Perlis, antara perkara yang akan menjadi perhatian iaitu Agro Tourism, kebajikan rakyat, mewujudkan Mahaad Tahfiz di setiap Dun. 
“Selain itu mengurus tadbir secara telus bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Rakyat Perlis perlu membuat satu anjakan baharu,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah, di Tebengau malam kelmarin. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 


Program Tamrin Akifi Muslimat PAS Kawasan Padang Terap
Posted on Saturday, January 20 @ 09:37:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37828



Program Tamrin Akifi Muslimat PAS Kawasan Padang Terap dimana mencatit sejarah bagaimana ahli PAS syahid pertama dalam menegakkan agama Allah di Malaysia di Padang Terap, kubu kuat UMNO.











Kredit
Lajnah Penerangan PAS Kedah
Sumber TKO - 20-1-2018


Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Caw-Cawangan Jerai
Posted on Friday, January 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37821



Penyerahan 62 borang keahlian baru PAS kepada Tuan Hj Muhammad Sanusi Md Nor Timb Pesuruhajaya PAS Kedah di dlm Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Caw-Caw Jerai

Sumber TKO - 19-1-2018

PRU 14 peluang rakyat Perlis berubah

DESAKAN hidup yang dihadapi rakyat di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi peluang pengundi di Perlis membuat pilihan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, rakyat juga berdepan masalah dalaman yang berlaku di Perlis sekarang. 
Katanya, faktor-faktor tersebut akan menyumbang akan berlaku perubahan kepada suasana politik di negeri tersebut pada PRU 14 nanti. 
“Kenaikan harga barang keperluan harian sekarang cukup mendesak rakyat. 
Begitu juga harga petrol dan diesel yang selalu berubah juga menambah lagi bebanan rakyat,” katanya pada sidang media di Kangar semalam. – HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD - 16-1-2018 



PEMBINAAN ASRAMA WARGA EMAS
Posted on Monday, January 15 @ 14:36:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37747




Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir 08200 Sik, Kedah Darul Aman sekarang ini sedang rancak menyiapkan sebuah asrama khas untuk golongan warga emas.


Sumbangan tuan/puan amatlah diharapkan untuk menampung perbelanjaan pembinaan asrama ini yang dianggarkan berjumlah RM100,000.00.

Saya bagi pihak pentadbiran sekolah ini merayu sumbangan tuan/puan untuk tujuan tersebut.
Sumbangan boleh diamsukkan ke akaun BIMB 020.480.100.28139 atau akaun BSN 02300.2982.7462.882.

Maklumat terkini tuan/puan boleh lawat blog :
http://pondokbandarhilir.blogspot.my/
Page FB : https://www.facebook.com/attaalim93/
Keprihatinan tuan/puan saya dahului dengaan jutaan terima kasih dan Jazakumullah Khairon Jazaa'

HJ ISMAIL BIN HJ MAHMUD, PJK.
PENGETUA
PUSAT PENGAJIAN ISLAM PONDOK BANDAR HILIR
08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 0134884814. "

Sumber TKO - 15-1-2018





























PAN Perlis dipinggir Pakatan Harapan

NAMPAKNYA impian Parti Amanah Negara (PAN) hendak menjadi galang ganti kepada PAS tidak menjadi kenyataan, apabila parti itu terpinggir dalam Pakatan Harapan. 
Paling jelas PAN tidak mendapat sebarang kerusi parlimen di Perlis, sedangkan negeri itu tempat asal Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir. 
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, berdasar kepada perkembangan itu nampaknya PH tidak yakin terhadap PAN Perlis. 
“Kalau yakin tentunya ada kerusi parlimen diagih kepada kepada PAN yang merupakan negeri asal Setiausaha PH,” katanya di sini. 
Pada konvensen PH baru-baru ini PAN langsung tidak mendapat sebarang kerusi parlimen di Perlis. Sedangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi kerusi parlimen Arau dan Padang Besar manakala PKR di Kangar. 
Malah Anuar dalam kenyataannya memberitahu agihan kerusi tersebut mewujudkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi PAN. – HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD - 15-1-2018 


Peserta dari kedah yang mewakili NGO menghadiri Konvensyen Kebangkitan UMMAH
Posted on Saturday, January 13 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37730


Peserta dari kedah yang mewakili NGO menghadiri Konvensyen
1. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah( HESA) - Mohd Aizat Zakaria
2. Jerlun Care - Abd Hadi Omar
3. Pertubuhan Masyarakat Prihatin - Ust Haikal Mutalib

4. Sukarelawan Sejahtera Pokok Sena - Ust Wan Aminuddin
5. NGO Prihatin - Ku Abd Muhyi
6. Pusat Dakwah Mahmudiah - Ust Salim Mahmood
7. NGO Generasi Negeri Kedah - Ust Mohamad Roshidi Mohd Arof
#SejahterabersamaIslam











InsyaAllah PAS memerintah Kedah semula selepas PRU14 nanti

Kredit
Lajnah Penerangan PAS Kedah

Sumber TKO - 13-1-2018
































Assabiqun bantu PAS kembali tadbir Kedah

HASRAT PAS untuk kembali semula mentadbir Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini tambah mantap dengan dokongan padu golongan assabiqun. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kehadiran golongan terbabit amat diperlukan bagi mencapai hasrat tersebut. 
Katanya, PAS Kedah berada dalam keadaan stabil dengan barisan  kepimpinan yang ada sekarang. 
"Sumbangan orang-orang lama amat dihargai dan bagi saya, mereka ibarat ayah yang diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada generasi sekarang. 
“Dan dengan tertubuhnya sayap parti baharu dari kalangan orang-orang lama sedikit sebanyak dapat mendekatkan semula mereka dengan perjuangan parti,” katanya pada majlis Pelancaran Assabiqun Peringkat Negeri Kedah, di Kompleks PAS Kedah di Kuala Kedah semalam. 
Menurutnya juga assabiqun ibarat akar yang kuat dapat menahan pokok daripada tumbang. 
Katanya juga assabiqun sebelum ini melalui jalan sukar merintis perjuangan sehingga PAS berada dalam arus perdana politik negara sekarang. 
Hadir sama Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Subky Abdul Latif dan pimpinan PAS Kedah. – HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD - 13-1-2018 
































Pemuda Kedah hilang ikon dakwah

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kedah kehilangan seorang ikon dakwah apabila ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Sungai Petani, Ustaz Mohd Murthada Mohd Yusof meninggal dunia tengah hari tadi. 
Allahyarham merupakan pengasas dan Mudir Pusat Pengajian Darul Murtadha meninggal dunia jam 12.30 tengahari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. 
Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood al-hafiz berkata, Allahyarham memberi sumbangan yang besar kepada ummah dalam aspek keilmuan, pendidikan, dakwah. 
Katanya, kehilangan tokoh ulama muda tersebut amat dirasai orang ramai khususnya PAS dan Dewan Pemuda PAS Kedah. 
“Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian,” katanya di Alor Setar.
Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk Ustaz Murtadha parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Km 200.9 Lebuhraya Utara Selatan. – HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD- 13-1-2018 

































Padi angin jejas pendapatan pesawah

PENGURANGAN kuota benih padi daripada 82,000 tan kepada 60,000 tan semusim sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli benih padi di pasaran luar bagi mengelakkan sawah terbiar. 
Bagaimanapun benih padi di pasaran luar itu mendatangkan masalah kepada pesawah apabila kurang berisi. 
Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, hasil padi yang dituai sekarang kurang disebabkan masalah padi angin kerana masalah benih dibekalkan tidak mencukupi.
“Keadaan ini berlaku kerana benih padi yang tidak mencukupi dan mahal. Pesawah terpaksa membeli benih padi yang haram untuk memastikan sawah tidak terbiar,” katanya di Kangar semalam. 
Sebelum itu beliau bersama pimpinan PAS Perlis meninjau keadaan padi angin yang kurang mengeluarkan hasil di bendang sehingga menjejaskan pendapatan pesawah. – HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018 



































Plaza Tunku Yakkob terbengkalai di bawah BN

PLAZA Tunku Yakkob terbengkalai selama 30 tahun kerana gagal disiapkan pembinaannya di bawah lima Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bangunan itu seolah-olah rumah hantu dan mencacatkan keindahan Bandaraya Alor Setar. 
Bagaimanapun hanya sepenggal PAS mentadbir Kedah pada 2008 bangunan itu berjaya disiapkan, hasil kecekapan pentadbiran Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak. 
Jamaliah OmarPengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Kedah, Jamaliah Omar berkata, rakyat Kedah harus buka mata terhadap pembangunan yang dilaksanakan di Kedah semasa di bawah pentadbiran PAS. 
Sedangkan katanya ia gagal disiapkan kerajaan BN sebelum itu. Plaza Tunku Yakkob sekarang dikenali Aman Central, sebuah pusat membeli belah baharu yang menjadi tumpuan di Bandar Raya Alor Setar. 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). – HARAKAHDAILY 10/1/2018

Sumber HD - 10-1-2018 



































DAP dominasi kerusi PH PRU 14

DAP dianggap mendominasi Pakatan Harapan dengan nisbah kerusi yang ditandingi apabila diambil kira Sabah dan Sarawak. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, sasaran 35 kerusi parlimen yang bakal ditandingi DAP sebenarnya hanya di Semenanjung sahaja dan belum diambil Malaysia Timur. 
Katanya, pembahagian kerusi PH Ahad lepas sebenarnya tidak dapat memadamkan wajah sebenar parti berkenaan untuk mendominasi politik Malaysia. 
"Kita tidak nafikan DAP mempunyai pengaruh di kedua-dua negeri tersebut. 
"Dalam PRU ke-13 lalu DAP memenangi tujuh kerusi parlimen daripada 37 kerusi yang mereka tandingi," ujar beliau di Alor Setar. 
Konvensyen PH Ahad lepas mengumumkan PPBM bertanding di 52 kerusi, DAP (35), PKR (51) dan PAN (27). – HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD - 9-1-2018 





































30 tahun Kedah gagal dapat wang pampasan

SEHINGGA sekarang kerajaan Kedah gagal mendapatkan wang pampasan kawasan tadahan hujan yang berjumlah RM39 juta setahun daripada kerajaan pusat. 
Ini bermakna dalam tempoh 30 tahun sebanyak RM1.17 bilion belum diperolehi kerajaan negeri.
Bendahari PAS Kedah, Muhammad Sobri Osman berkata, kegagalan kerajaan negeri itu menggambarkan tiada kesungguhan pemimpin kerajaan negeri sekarang. 
“Sepatutnya urusan pembayaran pampasan berkenaan lebih mudah memandangkan kerajaan negeri dan pusat ditadbir parti yang sama,” katanya di Alor Setar. 
Pada 7 Mei 2003 kabinet memutuskan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan di Kedah antaranya di Ulu Muda dan Empangan Pedu melibatkan seluas 1,156 km persegi. 
Muhammad Sobri juga berkata, kawasan tersebut direzabkan kerajaan tanpa sebarang usaha hasil yang seharusnya diganti semula kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 4/1/2017
Sumber HD - 4-1-2018 






































PAS Kedah ingatkan Mahfuz lafaz baiah

AHLI Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar diingatkan jangan lupa baiah yang dilafazkan sebelum ini kerana perkara itu masih mengikatnya. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, PAS Kedah mengingatkan pemimpin terbabit jangan lupa baiah yang dilafazkan ketika dipilih menjadi calon pilihan raya dahulu. 
"Lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah mengisytiharkan diri keluar daripada PAS dengan membawa lari kerusi PAS sama ada Parlimen atau Dun," katanya di sini. 
Semalam Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS pada sidang media yang diadakan di Royale Signature di Alor Setar. 
Mahfuz yang bergelar wakil rakyat setelah menang bertanding atas tiket PAS membawa diri selepas gagal mempertahankan jawatan pada muktamar 2015 di Selangor.
Dr Ahmad Fakhruddin juga berkata, sebagai seorang Islam pemimpin terbabit perlu berpegang teguh kepada janji. 
“Kerbau berpegang kepada tali, manusia berpegang kepada janji. Walau bagaimanapun saya ucapkan selamat berjaya kepada Dato' Mahfuz," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 1/1/2018
Sumber HD - 1-1-2018 






































Kedah belum bayar RM9 juta khairat

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Kedah didakwa berhutang hampir RM9 juta kepada seramai 32,811 waris simati melalui khairat kematian yang dijanjikan kerajaan negeri. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, jumlah tersebut boleh diklafikasikan sebagai hutang kerajaan negeri terhadap waris simati. 
"Polisi ini dibuat kerajaan Kedah sekarang di mana setiap kematian di Kedah akan dibayar khairat sebanyak RM250 tanpa mengira latar belakang. 
“Daripada jumlah kematian di Kedah semenjak 2014 hingga Julai lepas iaitu 40,208 kes kematian hanya sebanyak 7,397 kes yang dibayar khairat kematian,” katanya di sini.  – HARAKAHDAILY 29/12/2017
Sumber HD - 29-12-2017 







































Sebenarnya PAN sertai PPBM di Kubang Pasu

MASILAN Murad yang dilapor ahli PAS Pulau Nyiur didakwa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebenarnya sudah lama menyertai Parti Amanah (PAN). 
Yang Dipertua PAS Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman berkata, program penyerahan borang keahlian tersebut sebenarnya ahli PAN menyertai PPBM dan bukannya penyokong PAS seperti yang dicanangkan. 
"Bagi PAS Kubang Pasu terutama Cawangan Alor Batu propaganda seumpama itu tidak menjejaskan pendirian dan istiqamah ahli-ahli terhadap PAS. 
"Malah ia lebih menaikkan semangat ahli dan pendokong PAS untuk lebih bekerja keras," katanya di sini. 
Pemimpin PPBM Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor mendakwa seramai 97 ahli PAS Cawangan Alor Batu menyertai PPBM baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 25/12/2017


Sumber HD - 25-12-2017

70% kedai tutup selepas kubur beramai-ramai ditemui di Wang Kelian
Posted on Sunday, December 24 @ 15:04:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37422



PETALING JAYA: Wang Kelian di Perlis yang dahulunya menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu, kini ibarat hidup segan mati tak mahu sejak penutupan zon aliran bebas pada 1 April 2015, susulan penemuan kubur beramai-ramai, kata pegawai pelancongan Tourism Malaysia Perlis.

Pelaksanaan zon aliran bebas di sempadan Malaysia-Thailand sejak 1993, memudahkan rakyat kedua-dua negara serta pelancong asing keluar masuk pos imigresen tanpa pasport sejauh 1km di Wang Kelian dan Wang Prachan, Satun setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Sharol Rizal Ahmad berkata, penutupan zon aliran bebas atas faktor keselamatan lebih 2 tahun itu menyebabkan hampir 70% premis di kawasan sempadan 2 negara jiran itu terpaksa ditutup kerana peniaga menanggung kerugian besar akibat tiada pelanggan.

“Sejak kerajaan membekukan kemudahan zon aliran bebas, pengunjung terpaksa menggunakan dokumen perjalanan sah (pasport) untuk membeli-belah di kedua-dua negara dan peraturan ketat juga dikenakan, sekaligus merumitkan pengunjung yang datang.

“Jumlah pelancong dan pengunjung yang pergi ke sana memang terjejas sebab secara tidak langsung aktiviti di sana yang agak rancak sebelum arahan pembekuan, sudah berkurangan,” katanya.


Pembekuan zon aliran bebas dikuatkuasakan susulan penemuan 130 mayat mangsa pemerdagangan manusia pada 2015.

Isu itu kembali menjadi tumpuan media Selasa lalu, susulan laporan New Straits Times (NST) yang mendakwa polis tahu mengenai kubur beramai-ramai di kawasan hutan sempadan Thailand-Malaysia itu seawal Januari 2015, tetapi polis hanya mengumumkan penemuan itu pada 25 Mei tahun sama.


Akhbar itu melalui siasatan 2 tahun turut mendakwa kawasan terbabit dibersihkan sehingga membinasakan pelbagai bukti jenayah, selain pelbagai laporan sengaja dicantas, dan hasil temubual dengan pelbagai sumber mendapati banyak perkara disorokkan dalam siasatan rasmi.

Henti pembekuan zon aliran bebas


Sharol Rizal berharap kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri menarik balik pembekuan zon aliran bebas secepat mungkin bagi menghidupkan kembali keadaan suram di Wang Kelian sejak 2 tahun lalu.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja menguntungkan peniaga setempat, tetapi juga dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sana.

“Kami harap sekiranya pembekuan itu dapat diatasi dengan segera, secara tidak langsung peningkatan pelancong juga akan meningkat dan aktiviti di sekeliling Wang Kelian juga akan berjalan rancak,” katanya.

...
http://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 24-12-2017

Ustaz Azizan pun beli kat sini
Posted on Sunday, December 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37416



Agaknya kalau PAS bertanding dikawasannya dia ni sokong PAS atau tidak??

SETIAP kali raya, Pusat Pakaian dan Jam Timor, di Simpang Empat, Kangkong di Alor Setar pasti akan menjadi tumpuan penduduk Islam mendapatkan barang keperluan mereka.

Mungkin dari pandangan luar kedai, ramai beranggapan kedai berkenaan dimiliki peniaga Melayu.

Tetapi bagi penduduk Simpang Empat, mereka sangat mengenali pemilik kedai berkenaan iaitu seorang lelaki berbangsa Cina yang mesra dipanggil Ah Siang.

Ah Siang atau nama sebenarnya, Loh Fook Siang, 48, berkata, kedainya memang menjadi tumpuan penduduk Melayu di sekitar pekan ini walaupun pada hari biasa.

“Saya jual pelbagai jenis pakaian lelaki termasuk, kemeja, baju Melayu, kain pelikat, songkok dan kelengkapan sekolah.

“Dulu masa mendiang ayah saya ada, dia ada ambil upah buat baju, tapi sekarang bila saya ambil alih sejak 2010, saya cuma ambil upah untuk ubahsuai pakaian saja,” katanya yang turut menawarkan perkhidmatan membaiki jam.

Ah Siang ketika menggunting seluar pelanggan yang ingin diubahsuai. Bekas MB pelanggan tetap

Menurutnya, antara pelanggan yang paling diingatinya hingga saat kini adalah bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan pelanggan setianya sejak 12 tahun lalu.

“Sejak belum jadi menteri besar lagi Ustaz Azizan selalu bawa anak-anak dia mai beli barang sekolah kat sini.

“Kalau untuk diri sendiri selalu dia beli kemeja putih lengan panjang, baju batik dan seluar slack.

“Saya ingat lagi, seluar slack yang dia beli selalu yang berharga RM29.90 saja. Bila saya tanya, dia cakap kat saya, nak buat apa beli mahal-mahal,” katanya yang masih menyimpan gambarnya bersama Allahyarham Azizan.

Hubungan akrab

Ah Siang berkata, memandangkan kedainya sering dikunjungi pelanggan Melayu, secara tidak langsung hubungannya dengan masyarakat Melayu menjadi akrab.

“Saya memang kenal setiap pelanggan saya, ada seorang wanita Melayu yang selalu bawa anak dia mai kedai saya beli barang sekolah, sekarang bila dia dah meninggal, anak dia pula selalu mai sini," katanya.

Ah Siang menunjukkan gambarnya bersama Ustaz Azizan ketika Allahyarham berkunjung ke kedainya suatu masa dahulu.

Sementara itu, seorang pelanggannya, Abdul Halim Muhamad Dan, 65, berkata, hampir 20 tahun dia menjadi pelanggan tetap di kedai Ah Siang sama ada untuk membeli pakaian atau membaiki jam.

“Dulu masa ada mendiang ayah dia, saya selalu mai potong seluar kat sini. La ni (sekarang) saya selalu mai beli kemeja, t-shirt dan seluar kat sini pula.

“Harga pun murah, berbaloi la beli barang kat sini, orang kampung ni bukan nak beli baju mahal-mahal,” katanya.

Bagi Awanis, 23, dia menjadi pelanggan setia kedai ini sejak dari sekolah rendah lagi.

“Kalau nak cari uniform kokurikulum macam pengakap atau puteri Islam, selalu arwah abah bawa mai sini.

“Walaupun kami berlainan bangsa tapi dia sangat ramah dan baik, selalu kalau beli apa-apa mesti dia akan kurangkan harga, walaupun sekadar RM2 atau RM3 tapi sifat murah hatinya tu memang terserlah,” katanya.



Sumber TKO - 24-12-2017










































Invoke perlekeh parti tidak dokong PH

BADAN kajian milik pemimpin PKR, Rafizi Ramli disaran membuat kajian mengenai pengaruh Pakatan Harapan (PH) daripada membuang masa mengkaji parti lain. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kajian dibuat Pusat Inisiatif Dasar Invoke cuba memperlihatkan kelemahan PAS dan parti-parti yang tidak mendokong PH. 
“Invoke tidak perlu risau terhadap kekuatan PAS malah adalah lebih baik mereka membuat kajian pengaruh PH sendiri,” katanya di Alor Setar. 
Invoke dalam kajian terbaru mendakwa sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan PAS merosot. Menurut Rafizi tahap sokongan pengundi kepada PAS jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan 
Dr Ahmad Fakhruddin juga berkata, taktik dilakukan Rafizi hanya sebagai perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada PAS pada PRU ke-14. – HARAKAHDAILY 21/12/2017
Sumber HD - 21-12-2017 












































Kenapa Kerajaan BN Kedah diamkan hasil balak?

Hutan asli semakin hilang. Tiap-tiap kawasan hutan yang dibalak dengan kaedah yang dibenarkan, akan mengambil masa 30 tahun untuk kembali menjadi hutan seperti asalnya. Itupun, kerajaan perlu menanam semula spesis-spesis pokok hutan yang ditebang dengan menyediakan peruntukan khusus kepada Jabatan Perhutanan untuk menyediakan benih dan menjalankan penanaman semula. Sebanyak RM7 juta diperuntukan oleh kerajaan pimpinan PAS untuk menanam semula hutan pada 2009 sahaja. (Utusan Malaysia 19 November 2009).
Walaupun begitu, kerajaan pimpinan PAS ditohmah dengan pelbagai tuduhan berkaitan pembalakan, termasuk mengada-adakan cerita dan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.
Apa terjadi bila kerajaan bertukar tangan kepada Umno-BN?
Sama saja zaman Dato' Seri Mukhriz dengan Dato' Seri Ahmad Bashah. Kedua-dua MB Kedah daripada Umno ini tidak pernah mengumumkan hasil premium dan cukai dari sektor pembalakan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kedah selama mereka berkuasa. Walaupun rakyat dapat melihat sendiri semakin banyak kawasan hutan digondol dan ditebang, lebih rakus dan berleluasa, hasilnya kepada negeri tidak pernah dimaklumkan 
.
Berbeza dengan kerajaan pimpinan PAS pada 2008 hingga 2013 semasa Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang mengumumkan hasil daripada sektor pembalakan setiap tahun untuk rakyat ketahui. 
Sebelum 2008, hasil premium dan cukai kepada kerajaan adalah antara RM7 hingga RM9.8 juta setahun dengan kouta tebangan atau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) adalah 2,340 hektar setahun. 
Pada 2011, CTT Kedah dinaikkan kepada 2,850 hektar setahun. CTT ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara/Majlis Tanah Negara. 
Selepas kerajaan berubah pada PRU-12 2008, dengan kuota tebangan yang sama, kerajaan mengumumkan hasil daripada pembalakan seperti berikut:
Bayaran Premium sahaja
2008 - RM28.14 juta
2009 - RM33.05 juta
2010 - RM48.54 juta
2011 - RM74.92 juta
Hasil hutan termasuk cukai dan bayaran premium
2008 - RM34 juta
2009 - RM38 juta
2010 - RM52 juta
2011 - RM80 juta
2012 - RM63 juta
Apabila hutan asli ditebang untuk dibangunkan ladang hutan, ia hilang selama-lamanya. Fungsi hutan akan diganti oleh hutan gantian, sama ada tanaman getah TLC ataupun tanaman lain seperti Albizia (spesis Petai Belalang). Itulah yang dibuat di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik Kedah selepas Umno-BN kembali berkuasa.... Orang Sik dan rakyat Kedah dapat apa?
Sumber HD -21-12-2017 









































Bashah berbohong isu pembalakan HSBE

AKHBAR 14 Disember 2017 menyiarkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa kelulusan pembalakan dan membangunkan ladang hutan di Hutan Simpan Bukit Enggang (HSBE) adalah keputusan Menteri Besar terdahulu. Beliau menyebutkan nama Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak selain Dato' Seri Mukhriz Mahathir. 

Saya ingin mengingatkan pemimpin Umno Kedah itu bahawa tiada sebarang kelulusan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Bukit Enggang dibuat oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Kedah. 

Pemeriksaan kami dengan sumber-sumber di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mendapati kelulusan membalak keseluruhannya seluas 1,000 hektar, dan pembangunan ladang hutan ganti dengan tanaman getah TLC dan Albizia itu dibuat selepas PRU-13 oleh kerajaan pimpinan Umno-BN. 

Laporan perkembangan kerja pembangunan ladang itu juga menunjukkan projek itu diberikan kepada syarikat Golden Trees Supreme Sdn Bhd pada 17 Disember 2015, sewaktu Kedah dipimpin oleh Mukhriz selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan sebagai Menteri Besar. 

Penggondolan Bukit Enggang dimulakan oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) pada bulan Mac tahun ini, ketika Dato' Seri Ahmad Bashah sedang menjawat jawatan Menteri Besar dan juga Pengerusi MBI, yang diberikan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Bukit Enggang dengan kadar premium hanya RM1,000 sehektar. 

Pemeriksaan kami mendapati hutan asli seluas 1,000 hektar telah ditebang habis, dan pokok spesis Albizia (petai belalang)  sudah mula ditanam. Pegangan MBI dalam projek ini pula hanyalah 20 peratus berbanding pihak swasta sebanyak 80 peratus. Ini pun satu kerugian besar kerajaan dan rakyat Kedah. 

Pihak Menteri Besar Kedah dan MBI jangan berpura-pura tidak tahu dan lepas tangan begitu sahaja dalam kes besar seperti ini, sebaliknya melepaskan beban kesan negatif projek ini kepada pihak lain semata-mata.  

Kedah bukan sahaja kehilangan hutan asli di Bukit Enggang, tetapi turut kehilangan pegangan majoriti dalam projek tersebut selama 30 tahun,  yang boleh disambung lagi 30 tahun.  Kawasan ini akan dibalak lagi dalam tempoh 5 tahun (Albizia) dan 15 tahun (TLC). 

Kenapa MBI hanya memegang share 20 peratus dalam projek seumpama ini juga patut dipersoalkan. Dalam ladang-ladang Felcra yang dibangunkan atas tanah kerajaan, pihak kerajaan negeri diberi pegangan 40 peratus, satu kadar yang lebih munasabah akibat negeri kehilangan hutan. 

Pihak kami tidak hanya menuding jari kepada MBI sebagai pihak yang mengaut untung segera daripada pembalakan 1,000 hektar, dan MBI juga membawa kerosakan alam sekitar yang menjejaskan orang ramai. 

Pihak kerajaan negeri pimpinan Ahmad Bashah juga patut bertanggungjawab apabila melepaskan hutan bermutu tinggi itu pada kadar premium RM1,000 sahaja. Kenapa tidak dibuat tander terbuka untuk kayu-kayu balak tersebut seperti dilaksanakan di Gunung Inas yang diluluskan sebagai ladang hutan ganti pada 2007 oleh kerajaan negeri pada waktu itu? 

Pada 2008, selepas PRU12,  kerajaan dibawah pimpinan Ustaz Azizan mengarahkan kayu-kayu balak sebagai sumber hasil kerajaan milik negeri ditander secara terbuka, dan kerajaan mendapat pendapatan berlipat kali ganda (melebihi RM54 juta) berbanding anggaran pihak pemaju (RM12 juta sahaja).

Kerajaan Umno-BN harus bertanggungjawab terhadap kehilangan hasil negeri antara RM15-16 juta dengan pemberian kawasan balak tanpa tander kepada MBI. Pandangan dan bantahan PAS Kedah berkaitan penggondolan ini telahpun kami kemukakan dalam Memorandum kepada Menteri Besar pada 27 Noverber lalu.

Tidak ada parti lain yang memerintah Kedah dalam tempoh 5 tahun terakhir ini selain Umno-BN walaupun berlaku penggulingan Menteri Besar oleh para pemimpin Umno sendiri. Mana-mana pemimpin dari parti yang sama, malah Exco-exco kerajaan juga masih orang yang sama, tidak wajar melepaskan beban kepada pemimpin yang digulingkan begitu sahaja demi mengelak tanggungjawab dan melepaskan diri. 

Konsep akautabiliti sebuah kerajaan negeri harus dipikul oleh pihak yang menyambung tugas pemimpin digulingkan dengan melaksanakan amanah dengan lebih baik untuk rakyat dan negeri. Jika keadaan tidak bertambah baik, malah saling mencuci tangan antara satu sama lain,  maka penggulingan MB itu tidak membawa sebarang makna. Semuanya sama sahaja. 

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah - HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD - 19-12-2017


Lori Hijau Pentas Bergerak PAS Untuk PRU-14
Posted on Monday, December 18 @ 20:00:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37348



Assalamualaikum semua.LORI HIJAU INI Ingin memohon sumbangan dari rakan-rakan semua bagi menambah baik sebagai pentas penerangan bergerak pas negeri Kedah menuju PRU14..IA memerlukan satu set PA system n box Speaker yg baru bagi mengganti yg lama .serta sebuah generator dan memasang sticker pas menghiasi seluruh badan lori ini.Untuk memenuhi perkara di atas pihak kami sgt lah mengharap supaya rakan Facebook semua dpt memberi sumbangan kewangan melalui akaun BSN 1412529000084610 Ino Abdullah lbh kurang 6k shj diperlu .tlg sebarkan.









Kredit
Haji Sapar 




Sumber TKO - 18-12-2017









































Peristiwa Memali, dekatkan Maziah dengan PAS
















































PERISTIWA Memali yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan 14 nyawa terkorban menjadi titik pemula untuk beliau mula mengenali PAS dengan lebih dekat.

Melihat siaran berita mengenai peristiwa itu di televisyen, beliau yang ketika itu mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM) berasa begitu tersentuh dengan peristiwa berkenaan.

Berpeluang mengikut seorang temannya pulang ke kampung halaman di Sik dan menyertai siri-siri ceramah PAS, beliau akhirnya mendapat gambaran sebenar mengenai tragedi tersebut.

Sumber HD - 17-12-2017

















































Adun bimbang janji projek sekadar umpan PRU

KERAJAAN Perlis diharap tidak menjanjikan projek pembangunan sekadar mahu menagih simpati rakyat pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi. 
Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, banyak perancangan projek besar disebut Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Perlis 2018 Selasa lepas. 
“Saya bimbang apa yang disebut pada ucapan Bajet 2018 hanya sekadar janji untuk menarik simpati rakyat terus mengundi Umno dan Barisan Nasional,” katanya pada persidangan Dun semalam. 
Selasa lepas Datuk Seri Azlan Man berkata, beberapa projek besar akan dilaksana di Perlis termasuk Projek Koridor Maritim Perlis di Kuala Sanglang. 
Mohd Shukri berkata, janji projek pembangunan itu hendaklah dilaksanakan bagi manfaat rakyat dan bukan sekadar janji pilihan raya semata-mata. – HARAKAHDAILY 14/12/2017
Sumber HD -14-12-2017









































Amiruddin tidak dikenali rakyat sebelum PRK

DATUK Amiruddin Hamzah suatu nama yang tidak dikenali ramai sebelum bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Anak Bukit selepas kematian Datuk Fadzil Mohd Noor. 
Namun hasil kerja keras ahli-ahli dan pendokong PAS membolehkan beliau diangkat sebagai wakil rakyat. 
Seorang pemimpin PAS dari Cawangan Permatang Kenang, Maryam Yahaya berkata, ketika itu ahli dan penyokong PAS di Dun Anak Bukit kurang mengenali peribadinya. 
"Walaupun tidak dikenali namun kami tetap walak kepada arahan pimpinan PAS yang mencalonnya bertanding di Anak Bukit. 
"Itu sebab saya kata, memang beliau tidak mengenang budi dan lupa pengorbanan ahli-ahli PAS yang bekerja keras. 
"Kalau dengan PAS yang memperjuangkan Islam beliau boleh angkat kaki begitu sahaja, tidak mustahil dengan parti-parti lain pun mengalami nasib serupa," katanya ketika ditemui di Kuala Kedah. 
Baru-baru ini Adun Anak Bukit yang menang atas tiket PAS sejak beberapa pilihan raya umum lepas mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 
Harun Omar dari Kubang Teduh berkata, PAS pernah berhadapan dengan perkara lebih besar apabila bekas Yang Dipertua Agung, Datuk Mohd Asri Muda menyertai Umno pada awal 1980-an. – HARAKAHDAILY 11/12/2017






















































































































































Sumber HD - 11-12-2017

Biarkan 'Srengenge' terus berbakti kepada masyarakat



















































PEMBALAKAN di Hutan Simpan Bukit Enggang yang melibatkan keluasan 1,000 hektar telah mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap alam sekitar dan menjejaskan urusan seharian penduduk persekitaran.

Penebangan yang dikategori sebagai gondol itu melibatkan kompartmen 12, 13, 14 dan 15 dan menyebabkan semua pokok ditebang habis serta hasil kayu kayannya tidak kira besar mahu pun kecil, diangkut keluar.

Sementara itu bukit bukau telah diteres dan mengakibatkan berlaku rekahan dan runtuhan tebing, sekaligus menimbus alur dan sungai yang menjadi sumber air kepada beberapa buah kampung berhampiran.

Sumber HD- 9-12-2017







































































































PRU14: Muslimat Jerai lancar Skuad Motornita

JERAI: Skuad Motornita untuk membantu melicinkan gerak kerja pilihan raya telah dilancarkan sempena Ijtimak Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Jerai di Dewan Tuan Guru Othman al-Yunusi, di sini kelmarin.
Penyertaan melibatkan 30 anggota Muslimat pelbagai lapisan umur, memberi infak kepada kawasan berkenaan untuk memudahkan pergerakan ke kampung-kampung bagi menyampaikan maklumat dan gerak kerja lainnya.
Selain itu, skuad tersebut juga ditubuhkan untuk membantu membawa para pengundi ke tempat mengundi pada hari pembuangan undi nanti.
Menurut Setiusaha Muslimat PAS Jerai, Zulinda Khamis, penubuhan Skuad Motornita itu mengambil idea dari program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Terengganu awal September lalu.
Katanya, khidmat kumpulan bermotor Ameerah memboncengkan penumpang ke lokasi program membuatkan beliau terpanggil untuk membentuk 
kumpulan yang sama di kawasannya.
Walau bagaimanapun jelas beliau, ahli-ahli Skuad Motornita ini tidak tertakluk kepada golongan muda sahaja, tetapi turut dianggotai oleh Muslimat berusia dengan syarat mempunyai lesen dan cekap menunggang motosikal.
Pelancaran Skuad Motornita itu telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali dan merupakan kumpulan pertama yang dilancarkan di peringkat dewan-dewan di Kedah. - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 





















































Rubber City dijanji BN kini jadi ilusi

PADANG TERAP: Projek Ikonik Rubber City kononnya akan dibangunkan di Padang Terap hanyalah ilusi dan janji manis BN yang tidak tertunai di mana sehingga kini belum menjadi kenyataan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, berkata, walaupun penggal ke lima pemerintahan BN di Kedah hampir berakhir, namun janji-janji yang disebut di dalam Manifesto PRU 13 itu, tidak juga dilaksanakan.
Menurutnya, setiap kali pembentangan bajet, projek Rubber City hanya dijadikan pemanis sebagai jaminan bahawa projek itu akan dilaksanakan, namun dari satu bajet ke satu bajet, ia hanya terlaksana di kertas sahaja dan tidak wujud di alam nyata.
Terang beliau, penduduk Padang Terap khususnya, menagih peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri apabila projek berkenaan dibangunkan, tetapi amat malang, rakyat menanti ibarat menunggu buah tidak gugur.
"Namun dalam masa yang sama kerajaan terus menawarkan janji-janji baharu. Kerana itu rakyat mesti peka dan jangan biarkan dibohongi dengan janji-janji palsu semata-mata untuk kekalkan kuasa politik mereka.
"Rakyat perlu bangun membuat perubahan dan jangan termakan umpan pilihan raya dan akhirnya menanggung sengsara untuk tempoh lima tahun lagi," kata beliau penuh semangat.
Justeru itu ujarnya, dakwaan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kononnya kerajaan terdahulu membawa gerhana kepada rakyat, tetapi hakikat sebenar merekalah membawa pelbagai kesusahan kepada rakyat.
Tambahnya lagi, Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu telah melakukan terbaik kepada rakyat di mana selain dapat menyelesaikan masalah ditinggalkan BN, beliau berjaya melaksanakan pelbagai pembangunan yang gagal dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.
"Mereka(BN) tidak sedar yang sekarang ini banyak benda yang mereka 'menumpang' tuah hasil 'air tangan' Almarhum," bidasnya.
Sumber HD - 29-11-2017 






















































BN dalam gerhana, tumpang cahaya bulan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah seharusnya membuat penilaian rasional melalui fakta-fakta yang jelas sebelum sewenang-wenangnya mendakwa Kedah berada di dalam gerhana sewaktu pemerintahan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
"Terfikir juga, adakah mereka ini tidak tahu sejarah atau sengaja pejamkan mata dari realiti sebenar? Pemimpin Umno-BN jangan mudah lupa bahawa Kerajaan Kedah terdahulu mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara kerana berjaya mengendalikan hasil hutan dengan baik," ujarnya
Tegasnya, pengurusan dan pentadbiran yang ditinggal oleh Almarhum masih dapat dirasai oleh rakyat Kedah sehingga ke hari ini di mana dalam tempoh sepenggal sahaja berjaya meninggalkan legasi pembangunan insan yang cemerlang.
Tetapi kata beliau, ada di antaranya gagal di sambung serta dilaksanakan oleh pemerintahan sekarang.
"Mereka (BN) hanya tumpang untung dengan pembangunan yang ditinggalkan seperti Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil, mewujudkan Mahaad Tahfiz Sains, Hotel Adya di Langkawi.
"Malah, saya minta beliau (MB Kedah) celik mata betul-betul, Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai selama 30 tahun, di zaman pemerintahan siapa ia dapat dibangunkan?" sambung beliau.
Malah katanya, ramai yang memuji sistem pembinaan Hotel Adya, termasuklah Timbalan Menteri Pelancongan kerana ia mengetengahkan konsep hotel berteraskan syariah.
Selai  itu menurutnya, Skim Kafalah sebanyak RM500 yang membantu golongan kurang berkemampuan untuk menguruskan kematian diperkenal dan dilaksanakan semasa pentadbiran Almarhum, namun tidak disambung.
Malah tambahnya, pengenalam Khairat Kematian yang konon perlaksanaannya lebih menyeluruh untuk menggantikan Skim Kafalah, gagal beroperasi dengan baik dan ribuan waris si mati tidak memperolehinya.
"Rakyat bijak menilai siapakah yang gerhana sebenarnya, BN atau Pakatan pimpinan PAS? PAS yakin dengan prestasi serta idea-idea baru, rakyat akan memandatkan PAS pada PRU akan datang sebagai parti yang menerajui kerajaan," kata Dr Ahmad Fakhruddin lagi. - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017









































Pembalakan HSBE satu kemusnahan khazanah

PEMBALAKAN di Hutan Simpan Bukit Enggang yang melibatkan keluasan 1,000 hektar telah mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap alam sekitar dan menjejaskan urusan seharian pendudukan persekitaran. 
Penebangan yang dikategori sebagai gondol itu melibatkan kompartmen 12, 13, 14 dan 15 dan menyebabkan semua pokok ditebang habis serta hasil kayu kayannya tidak kira besar mahu pun kecil, diangkut keluar. 
Sementara itu bukit bukau telah diteres dan mengakibatkan berlaku rekahan dan runtuhan tebing, sekaligus menimbus alur dan sungai yang menjadi sumber air kepada beberapa buah kampung berhampiran. 
Kesan terhadap sumber air
Akibat dari tindakan itu sumber air masyarakat dari Bukit Enggang tidak boleh digunakan. Tiga buah empangan yang dibina oleh penduduk kampung, dua daripadanya telah ditembusi tanah sementara satu lagi menanti masa untuk musnah.
Air dicemari dengan selut serta lumpur sehinggakan penduduk kampung terpaksa mencari alternatif lain beralih kepada sumber air perigi. Malah banjir lumpur telah melanda di beberapa buah kampung seperti Kampung Paya Terendam, Durian Burung dan Balong Air mengakibatkan rumah, surau, halaman, kawasan tanaman dan lain-lainnya dipenuhi lumpur.
Sejarah Bukit Enggang
Kisah penebangan rakus Bukit Enggang ini sebenarnya telah dipopularkan oleh sasterawan terkenal, Dato' Shahnon Ahmad dalam novelnya 'Srengenge' pada tahun 1974.
Novel berkenaan mengkisahkan bagaimana penduduk Sik ketika itu menentang cubaan menggondolkan Bukit Enggang yang sememangnya menjadi punca rezeki mereka, malah bukit yang kaya dengan khazanah hutannya amat digilai oleh kapitalis sejak tahun 1970-an lagi. 
Ladang komersil TLC dan Albizia
Sebuah Anak Syarikat (GLC) Kerajaan Negeri Kedah iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan antara yang bertanggungjawab di atas pembalakan perkenaan yang dikatakan penebangan untuk dijadikan ladang komersial Timber Latex Clone (TLC) dan Albizia
TLC dan Albizia merupakan tanaman komersial untuk ditebang, kemudian ditanam lagi serta ditebang berulang-ulang. Ini menyebabkan hutan asli musnah serta semakin pupus akibat ketamakan keuntungan semata-mata. 
Persoalannya kenapa kerajaan membalak untuk tanaman yang lebih rendah kualiti dan fungsinya berbanding hutan asli? TLC dan Albizia tidak berupaya menandingi hutan asli dari segi sumbangannya kepada kehidupan. 
Andainya benar penggondolan Bukit Enggang untuk projek berkenaan kenapa tidak ianya dilaksanakan di kawasan seluas 4,000 ekar di Gunung Inas, yang diluluskan kepada PT Rubber JV Kedah Agro pada tahun 2007 untuk pembangunan Ladang ganti. Sedangkan sehingga kini, kawasan berkenaan dibiarkan tanpa dimanfaatkan.
Penebangan untuk keuntungan
Ladang Hutan Ganti yang memusnahkan hutan asli itu dilihat hanya sekadar alasan untuk menutup tujuan sebenar iaitu mengaut keuntungan segera dari pasaran kayu balak tropika bermutu tinggi.
Tambahan pula penebangan melibatkan Ladang Hutan Ganti tidak termasuk dalam kouta tebangan tahunan bagi setiap negeri yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara dan Dasar-dasar Majlis Perhutanan Negara.
Walau bagaimanapun dasar ketujuh (7) di dalam Dasar-Dasar Perhutanan Negara menggariskan perlaksanaannya untuk menampung kekurangan bekalan kayu dari hutan asli, namun apa yang dibuat oleh MBI ini lebih kepada memusnah sama sekali bekalan kayu asli. 
Bercanggah Dasar Perhutanan Negara
Perbuatan tersebut bercanggah dari garis panduan dasar ke 11 yang ditetapkan di dalam Dasar-dasar Perhutanan Negara iaitu menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan hutan yang dimajukan di kawasan persendirian.
Namun MBI yang merupakan GLC yang menerima modal dan 'keistimewaan' daripada kerajaan telah membangunkan ladang hutan bukan di tanah persendirian tetapi di hutan asli yang dihilangkan selama-lamanya. 
Selain itu mengikut dasar ke lapan (8) aktiviti pembalakan dan membangunkan hutan ganti tidak melibatkan masyarakat setempat secara aktif.
Sementara itu dasar ke enam (6) menggalakkan penyertaan bumiputera secara agresif juga tidak berlaku memandangkan semua pengusaha pembalakan itu adalah dari bukan bumiputra dan berasal dari luar Kedah. 
Kontraktor yang dilantik (Jaentique Sdn Bhd) hanyalah 'Ali Baba' yang menerima bayaran wang lesen sahaja. Sementara itu MBI pula bukannya 'Bumiputra' dalam maksud sebenar jika dirujuk kepada Perlembagaan. 
Peluang pekerjaan dibuka kepada warga asing dengan upah 30 sen untuk setiap pokok yang ditanam tetapi penduduk Bumiputra hanya menerima selut dan lumpur sahaja.
Dasar ke 14 dan 15 juga diabaikan apabila syarikat terlibat telah bertindak memusnahkan flora, fauna, kepentingan orang ramai serta penggunaan air daripada hutan.
Tindakan Jabatan Alam Sekitar
Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar digesa agar menjalankan pemantauan dan pemeriksaan semula proses kelulusan projek dan adakah ia bertepatan dengan kehendak undang-undang serta memenuhi kehendak Preliminary EIA, Detailed EIA dan Mengulas & Memeriksa Laporan Penilaian. 
Jabatan Alam Sekitar diharapkan agar mengambil tindakan segera sekiranya penebangan tersebut jelas berlakunya perlanggaran peraturan agar mana-mana agensi atau syarikat yang mengambil mudah isu-isu alam sekitar tidak sewenang-wenangnya beroperasi semata-mata mengejar keuntungan mudah.
Nasib rakyat
Oleh itu jangan biarkan rakyat, bumi, unggas serta flora dan fauna menangis merintis akibat kerakusan manusia yang hanya mengejar keuntungan dan kekayaan. Walhal dalam masa sama memusnahkan khazanah hutan yang amat bernilai.
Ataukah, nasib penduduk setempat yang terpaksa menanggung risiko berganda akibat pembalakan dan penebangan rakus itu dibiarkan begitu sahaja. 
Tidakkan kerajaan terfikir untuk memberi pampasan kepada 100 keluarga yang baru-baru ini kediaman, kebun tanaman dan lain-lain dilanda banjir lumpur dan mengakibatkan kerugian?
Apakah di sana pemimpin Umno gah mencanangkan kehebatan mereka menerajui kerajaan sedangkan di sini rakyat bergelumang dengan kesusahan dan tangisan?
* Ringkasan oleh Wartawan Harakah, SARINA ISMAIL dari Memorandum Isu Hutan Simpan Bukit Enggang Sik yang diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS Kedah, Jawatankuasa Bertindak dan NGO-NGO
- HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017









































Satu gugur, 21 datang
Posted on Monday, November 27 @ 20:13:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37029



Susulan yb pas di Kedah tinggalkn pas semlm. Pagi pagi ketua pas cwgn Pekan Pulai Baling pm nak jumpa.


Suspen...nak cabut juga kaa
Alhamdulillah rupa rupanya bersemangat nak serah 21 borang ahli baru cwgnnya.

Peringatan buat pemimpin pas.. sapa jua nak lari kami tak mampu menghalang. Kami dibawah tetap setia bersama pas selagi dasar pas tidak berubah iaitu ISLAM

Kredit
Nasir Idris


Sumber TKO - 28-11-2017









































PAS K.Kedah tidak terasa 'kehilangan' Amiruddin

KUALA KEDAH: PAS Kawasan Kuala Kedah tidak merasa 'kehilangan' atas tindakan Adun Anak Bukit, Dato' Ir Amiruddin Hamzah menyertai Parti Bersatu, malah lebih bersemangat untuk memenangi PRU14.
Yang DiPertua PAS Kuala Kedah, Ustaz Omar Saad berkata, pihaknya langsung tidak terkejut dengan pengisytiharan tersebut yang dibuat Adun itu secara rasmi semalam.
Kerana katanya, Amiruddin sebelum ini pun telah menunjukkan sikap berkecuali kepada semua arahan pimpinan atasan PAS, selain menolak perlantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
"Bagi kami di Kuala Kedah secara jujurnya tidak merasa 'kehilangan' di atas tindakan beliau itu. Kerana perjuangan Islam ini adalah untuk mencapai matlamat kepada Allah, bukan kepentingan diri atau individu," ujarnya.
Tegasnya, ahli-ahli dan pemimpin PAS di Kuala Kedah akan meneruskan gerak kerja sepertimana diarahkan parti, bahkan perkara itu menjadi bukti perkara yang telah diyakini mereka sebelum ini sekali gus menaikkan semangat. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD- 27-11-2017 

MISWA dakwah masyarakat dengan seni

ARAU: Malam Inspirasi Seni Wanita (MISWA) anjuran Muslimat Muda bersama Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Muslimat PAS Negeri Perlis telah melabuhkan tirai pertandingan selama empat bulan itu kelmarin.
Seramai sembilan peserta sajak dan pidato serta lima kumpulan nasyid berentap pada pertandingan akhir yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, di sini.
Ketua Muslimat PAS Perlis, Latifah Mat dalam ucapan perasmiannya menyentuh mengenai elemen seni yang turut memberi kesan tarikan dalam mempersembahkan dakwah kepada awam.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan dari kaum wanita itu menyaksikan kumpulan Soutul Mumtaz yang membawa lagi 'Ainul Mardhiah' muncul sebagai johan nasyid.
Manakala acara pidato diungguli Tasneem Nurun Ehsan dari Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN) dan sajak pula dimenangi oleh Nur Alyaa Nabila Ibrahimulkhoiri dari Sekolah Rendah Islam al-Furqan. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD - 27-11-2017 









































Memo PAS Kedah gesa henti pembalakan HSBE

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah didesak agar segera memberhentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik di mana telah menimbulkan masalah alam sekitar yang sangat kritikal.
Gesaan itu disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika selesai menyerahkan memorandum bantahan berkenaan perkara tersebut di perkarangan Wisma Darul Aman, di sini hari ini. 
Maklum beliau, pembalakan yang melibatkan tiga kompartmen iaitu 13, 14 dan 15 seluas 1,000 hektar di hutan simpan berkenaan telah meninggalkan kesan serius terhadap alam sekitar dan penduduk kampung berhampiran.
Jelas beliau, kawasan terbabit telah digondolkan, ditebang habis melibatkan kayu-kayu bernilai, sama ada kecil mahupun besar diambil dan diangkut keluar, selain bukit bukau ditereskan untuk ditanam semula bagi projek Timber Latex Clone (TLC) dan Albizia.
"Namun kesan akibat pembalakan itu telah menyebabkan air sungai tercemar dengan selut dan lumpur. Sedangkan masyarakat kampung di situ bergantung hidup kepada sumber sungai untuk keperluan harian dan sumber rezeki," ujar beliau lagi.
Oleh itu tegasnya, pembalakan yang dikendalikan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) seharusnya mengambil kira kesusahan rakyat dan tidak seharusnya anak syarikat di bawah kerajaan negeri sanggup menzalimi rakyat semata-mata untuk meraih keuntungan. 
Katanya, adalah lebih baik Ladang Hutan Simpan untuk projek TLC itu di pindahkan ke Gunung Inas memandangkan terdapat kawasan seluas 4,000 ekar yang digazetkan untuk tujuan sama pada tahun 2007, tetapi belum lagi dilaksanakan sehingga hari ini. 
Justeru itu, beliau menggesa agar semua lesen dibatalkan dan segera berpindah ke tempat lain untuk mengelakkan implikasi lebih buruk terhadap alam sekitar dan penduduk berhampiran.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman memohon Kerajaan Pusat dan Kementerian Alam Sekitar agar segera membuat pemantauan terhadap kawasan yang telah musnah di samping menyelamatkan kawasan-kawasan belum lagi terlibat.
Beliau mengharapkan agar nasib 100 keluarga di tiga kampung iaitu Kampung Paya Terendam, Kampung Balong Air dan Kampung Durian Burung mendapat perhatian pihak berwajib memandang sungai yang menjadi sumber air kepada mereka telah tercemar dan musnah sama sekali.
"Mereka ini tidak ada sumber air dari SADA. Sungai itulah menjadi sumber air kepada mereka," katanya.
Beliau juga mengharapkan agar kerajaan mempertimbangkan pampasan kepada penduduk yang terlibat memandangkan rumah kediaman dan tanaman mereka rosak dilanda banjir lumpur akibat pembalakan tersebut. 
Satu himpunan munajat dan doa selamat turut akan diadakan di Kongsi V, Jalan Sungai Senam (berhampiran kawasan pembalakan) pada 28 November ini jam 3.00 petang untuk menggesa pihak terbabit agar segera memberhentikan projek yang membawa malapetaka kepada rakyat ini. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD - 27-11-2017 









































PAS Kedah sudah jangka Amiruddin keluar parti

ALOR SETAR: Pengisytiharan Adun Anak Bukit, Dato' Ir Amiruddin Hamzah menyertai Parti Bersatu lewat petang semalam adalah suatu telahan yang telah sedia dijangkakan PAS Kedah, demikian diakui Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Katanya, keputusan yang dibuat oleh Amiruddin memang sudah dijangkakan apabila sebelum ini Adun berkenaan menunjukkan sikap tidak selaras dengan keputusan parti.
Selain itu katanya, beliau juga gagal hadir ke program anjuran PAS terutama Muktamar Tahunan PAS Pusat di Alor Setar baru-baru ini.
"Bagi pihak PAS Kedah, tindakan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap parti. PAS Kedah tetap fokus kepada gerak kerja terutama untuk menghadapi PRU yang semakin hampir.
"Selain itu, PAS akan terus komited mempertahankan kemenangan di Dun Anak Bukit," ujar beliau.
Sehubungan itu terang beliau, ahli-ahli PAS secara umumnya telah menyerahkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan mengenai strategi menghadapi BN kepada kepimpinan PAS di semua peringkat.
Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Fakhruddin mengingatkan Adun Anak Bukit itu berkenaan bai'ah yang dilafazkan atas nama Allah ketika mengisi borang pencalonan mewakili PAS dahulu.
Malah tegasnya, bukan sekali Amiruddin berbai'ah, tetapi beberapa kali sejak beliau dipilih menjadi calon PAS sama ada PRU mahupun PRK. - HARAKAHDAILY 27/11/2017

Sumber HD-21-11-2017









































Peranan PAS dalam jihad pendidikan

ALOR SETAR: PASTI yang dipelopori PAS telah berperanan memberi pendidikan awal menanamkan kefahaman mengubah manusia melalui ilmu pengetahuan sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W memulakan di rumah Arqam Abi Arqam.
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, kesungguhan Baginda membina kefahaman melalui pendidikan itu berpasak dari ayat surah al-Alaq yang merupakan wahyu pertama diturunkan.
"Di waktu itu, kemungkaran dan kejahilan di Kota Makkah berada di kemuncak dengan sejumlah 300 berhala berada di keliling Kaabah. Tetapi Baginda tidak bertindak merobohkan berhala-berhala itu.
"Sebaliknya Baginda menanamkan kefahaman dan pendidikan untuk mengubah manusia melalui ilmu pengetahuan," ujarnya merasmikan Hari Anugerah Keemerlangan PASTI Kedah di Menara Zakat Kedah, di sini kelmarin.
Hinggalah katanya, pada tahun kelapan Hijrah yakni setelah 21 tahun pendidikan Islam dilaksanakan, barulah Baginda bertindak menguasai Kota Makkah dan menghapuskan semua berhala berkenaan.
Tindakan itu jelasnya, bertepatan dengan kefahaman dan kesedaran Islam yang telah mengukuh ditanam ke dalam diri umat Islam ketika itu.
Malah menurutnya, sebagaimana Masjid Nabawi menjadi universiti pertama melahirkan generasi berilmu, seperti itu jugalah PAS berfungsi dalam memberi pendidikan kepada ummah menerusi institusi-institusi pendidikan diwujudkan.
"Oleh itu PAS komited dan bersungguh-sungguh mewujudkan institusi pendidikan bermula dari peringkat PASTI, rendah, menengah dan kolej. PAS bukan sahaja parti politik namun sebuah jemaah Islam yang berusaha menyiapkan generasi berpengetahuan selaras dengan kehendak Islam.
"Malah sepertimana yang disebut oleh Tuan Guru Presiden, PAS sedang menyediakan generasi yang bijaksana, bukannya bijaksini (sambil penunjuk poket bajunya)," kata Ustaz Ahmad. 
Sehubungan itu beliau mengingatkan, Jihad Al-Taklim bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melalui zaman panjang hingga pernah suatu ketika dahulu ada usaha untuk mengharamkan institusi PASTI. 
Selain itu sambungnya lagi, sekolah-seolah agama terpaksa berhadapan dengan penindasan dan ada di antaranya terpaksa ditutup apabila bantuan perkapita kerajaan dihentikan.
Sementara itu Pengarah PASTI Kedah, Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid berkata, pihaknya melangkah setapak lagi menerusi penubuhan Institut Perguruan PASTI dipimpin Ustaz Zulkifli Yusuff.
Menurutnya, institut tersebut bertanggungjawab memberi latihan kepada para guru hingga memperoleh diploma dengan kemahiran pengajaran yang terkini. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD - 27-11-2017 



































































Usaha pujuk PAS bukti lawan makin terdesak

KETIKA bahang PRU14 semakin dirasai, usaha untuk memujuk PAS agar bersetuju mewujudkan pertandingan satu lawan satu semakin giat dijalankan. 
AJK PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terbaru ada pihak di Kedah cuba memujuk Pesuruhjaya PAS negeri agar bersetuju untuk mewujudkan situasi satu lawan satu di negeri itu pada pilihan raya umum nanti. 
“Depa mai jumpa Pesuruhjaya PAS Kedah, supaya PAS Kedah bersetuju di Kedah satu lawan satu. 
“Walhal semua maklum, baik PAS Kedah, PAS Perlis, PAS Perak, semua ni ada satu keputusan mana-mana pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat, negeri akan patuh,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kompleks Pendidikan MADI, Arau sempena program Himpunan Anak Muda Istiqamah Perlis (HAMAS 4.0). 
Beliau menambah, sekiranya pihak berkenaan tetap mahukan pertandingan satu lawan satu, mereka perlu memastikan tiada calon mereka di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS agar PAS dapat bertanding satu lawan satu menentang Umno. 
Katanya lagi, usaha memujuk ini sebenarnya membuktikan betapa pihak berkenaan semakin terdesak untuk cuba memenangi PRU14 yang dilihat semakin sukar tanpa kehadiran PAS dalam pakatan mereka. 
“Tak boleh, dia nampak dia tak boleh pi dah, bila PAS tidak bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, mereka hilang jentera,” ujarnya
Sumber HD- 25-11-2017 





































































LATAS desak henti penggondolan Bukit Enggang

LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat dan PAS Negeri Kedah memandang serius aktiviti pembalakan di kompartmen 13,14 dan 15 Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, seluas 500 hektar. Ia mengancam kelestarian alam sekitar, kehidupan manusia, sumber bekalan air dan mengakibatkan banjir lumpur serta kerosakan ekosistem. 
Pembalakan tersebut dilesenkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan kontraktor projek terbabit adalah Jaentique Sdn Bhd telah dimulai beberapa bulan lalu dan kesannya buruk daripada aktiviti penggondolan Bukit Enggang mula mengancam kehidupan penduduk sekitarnya.
LATAS difahamkan bahawa pembalakan tersebut berselindung di sebalik alasan pembangunan ladang hutan ganti dengan tanaman 'Timber Latex Clone' (TLC) dan pokok Albizia salah satu spesis balak cepat matang yang akan ditebang dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kesudahan kepada penggondolan Bukit Enggang ini adalah aktiviti pembalakan yang lebih kerap dan kehilangan hutan asli selama-lamanya. 
LATAS dan PAS Kedah ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Kedah bahawa terdapat kawasan ladang hutan ganti melibatkan tanaman TLC di Gunung Inas, Baling yang diluluskan oleh kerajaan negeri (BN) pada tahun 2007 kepada PT Rubber Sdn Bhd JV Kedah Agro seluas 5,000 ekar belum dibangunkan sepenuhnya. 
Pada 2008, selepas PRU Ke-12, projek yang asalnya bermatlamatkan pembalakan itu diubah atas arahan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kepada program Ladang Rakyat dan dikelola oleh MBI dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan. 
Seluas 400 ekar getah ditanam pada fasa satu setelah kayu-kayu balak ditender dan dibawa keluar atas kendalian Jabatan Perhutanan. Di mana 400 peserta dipilih untuk menyertai program itu dan akan menerima dividen mereka setiap 3 bulan. 
Kayu-kayu balak yang asalnya dianggarkan bernilai RM12 juta oleh PT Rubber, dicadangkan akan digunakan sebagai modal untuk membangunkan ladang hutan ganti oleh pihak yang mengemukakan permohonan.   
Namun, atas kesedaran kerajaan pada masa itu bahawa dasar ini merugikan rakyat dan negeri, YAB MB telah mengarahkan Jabatan Perhutanan membuat tender terbuka terhadap kayu-kayu balak tersebut dan hasilnya telah mencecah lebih RM54 juta dengan nilai premium antara RM13 ribu hingga RM17 ribu sehektar. 
Namun begitu, selepas kerajaan bertukar tangan pada 2013, program ladang rakyat telah dibatalkan dan sebahagian besar kawasan itu diserahkan kepada sebuah agensi persekutuan. Sehingga kini, dimaklumkan bahawa baki 4,600 ekar kawasan itu belum dibangunkan sepenuhnya. 
Jika benar Kerajaan Negeri Kedah pada waktu ini berhasrat memperluaskan program hutan ganti, mereka sepatutnya menanam TLC dan Albizia di Gunung Inas, sebelum menggondolkan hutan di kawasan lain. 
Berdasarkan situasi ini, tindakan penggondolan Bukit Enggang dilihat lebih bermotifkan pembalakan dan wang segera, daripada matlamat membangunkan program hutan ganti. 
Kerajaan dan rakyat dikhuatiri lebih menanggung kerugian berbanding faedah jangka panjang daripada penggondolan ini, berbanding beberapa individu yang mengaut laba segera daripada aktiviti pembalakan. Apatah lagi, MBI hanya dikenakan premium RM1,000 bagi setiap hektar kayu balak yang ditebang di Bukit Enggang. 
Kerajaan negeri dan rakyat telah menanggung kerugian jutaan ringgit dari sudut hasil premium kepada kantung kerajaan melalui hasil kayu sahaja. Kesan kepada alam sekitar dan kehidupan yang terjejas tentulah lebih besar daripada itu. 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah - HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD- 24-11-2017 







































































Penduduk Pendang sinis janji Umno bina hospital

PENGAKUAN Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ku Abdul Rahman Ku Ismail berhubung pembinaan Hospital Pendang yang akan dimulakan sebaik sahaja tender dibuka pada November ini, mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk sekitar berhampiran. 
Salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran tapak pembinaan, Jalan Sekolah Temenggong, Zawawi Ayub, melahirkan rasa gembira seandainya pengakuan tersebut menjadi kenyataan, memandangkan selama ini Pendang tidak mempunyai hospital daerahnya sendiri. 
"Walau bagaimanapun, saya berharap ia bukanlah janji kosong semata-mata kerana sebelum ini pengakuan yang sama juga dibuat. Namun sehingga hari ni, bukan sahaja hospital, bayang pun tidak nampak," sinis beliau. 
Selain itu, Zawawi turut melahirkan rasa kebimbangan terhadap keselamatan masyarakat setempat berikutan semak samun di kawasan tapak hospital berkenaan.
Menurutnya, tidak mustahil kawasan yang dipenuhi semak samun itu menjadi habitat binatang merbahaya dan berbisa serta boleh mengancam keselamatan penduduk berhampiran. 
Sementara itu, pandangan sama juga diutarakan oleh Jamil Karim dan beliau beranggapan, pengakuan berkenaan hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang PRU akan datang. 

"Pemimpin Umno-BN hanya pandai tabur janji, tapi berapa kali hendak buat janji? Bukan benda baharu tapi sudah lama," komen beliau agak serius. 
Katanya lagi, pengambilan tanah untuk pembinaan Hospital Pendang sudah lama tapi gagal dibangunkan hingga sekarang. 
Tambahnya, bila sahaja hampir berlaku pilihan raya, akan kedengaran janji-janji sebegini, namun tidak membuahkan kenyataan. 
Walau bagaimanapun, beliau mengharapkan agar pengakuan Exco terbabit akan direalisasikan kerana penduduk Pendang sudah hampir kecewa dan ibarat menunggu buah yang tidak gugur.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pendang, Ustaz Saiful Syazwan Shafie beranggapan, penduduk Pendang sudah kecewa dan muak dengan sikap pemimpin Umno-BN yang sering berbuat janji. 
Katanya, setiap tahun semenjak Rancangan Malaysia Ke-9 sampailah ke hari ini, janji itu berulang-ulang malah, ada kalangan penduduk Pendang yang sudah lupa berkenaan pembinaan hospital tersebut. 
"Kita berharap kerajaan mengambil serius atas janji dan tawaran yang diberikan. 
"Pendang merupakan satu-satunya daerah yang belum mempunyai hospital daerahnya sendiri dan kini masyarakat Pendang terpaksa mendapatkan khidmat di Hospital Yan atau Sultanah Bahiyyah, Alor Setar," jelas beliau. 
Sambil menganggap undi penduduk Pendang terhadap BN pada PRU lepas tidak dihargai, beliau mengharapkan agar pada PRU kali ini, rakyat sedar dan bangkit menghukum kerajaan yang tidak mengotakan janji-janji dibuat oleh mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD- 24-11-2017 










































































HAMAS 4.0: 'All in one'

ARAU: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis akan menganjurkan program tahunan Himpunan Anak Muda Istiqamah Perlis (HAMAS 4.0) di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam, di sini mulai esok, 24 hingga 26 November ini. 
Pengarah HAMAS 4.0, Nur Yusairy Mansor berkata, himpunan kali ini akan menglibatkan setiap peringkat usia dengan kepelbagaian program yang bakal diisi menjadikan ia sangat bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat negeri Perlis khususnya. 
Jelas beliau, konsep himpunan kali ini adalah aktiviti santai dan mesra keluarga, di mana ramuan utama ialah pengisian rohani yang akan diserikan dengan kuliah agama. 
Antara penyampainya ialah Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Noor Hamzah; Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan selebriti dakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. 
Antara lain ialah pengisian santai yang dipenuhi dengan Istana Soopa Doopa, Pertandingan Bola Sepak, Santai Selebriti bersama Ustaz Fawwaz Mat Jan dan Radhi Mat Din yang terkenal sebagai otai bola sepak Kedah. 
Pertandingan RC Game-Hot Wheels dan pertandingan mewarna peringkat sekolah rendah dan pra sekolah juga bakal menjadi tarikan terutamanya kepada golongan kanak-kanak. 
Untuk golongan wanita muda pula pastikan tidak ketinggalan mengikuti aktiviti Hijabista dan Solekan Muslimat serta Demo Pembuatan Kek dan Roti. 
Turut menanti golongan pemuda ialah kedatangan Safry Romly iaitu Bekas Pelumba Cub Prix dan cabutan bertuah mega yang menjanjikan hadiah menarik seperti sebuah motorsikal, helmet dan aksesori motosikal.
Sumber HD- 23-11-2017 












































































Anak beranak perlu bantuan rumah

ARAU: Dua keluarga miskin yang telah menerima perintah mahkamah untuk berpindah segera dalam tempoh sebulan memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru di Kampung Batas Liku, di sini.
Abdullah Sani Kamarudin bersama isteri beliau dan juga ibu mertuanya, Sepiah Man terpaksa berpindah kerana tidak lagi dibenarkan tinggal di tanah yang mereka duduki sekarang.
Abdullah hanya bekerja mengambil upah mesin rumput di kampung, manakala isterinya bekerja sebagai pencuci di institut pengajian berdekatan untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya yang masih bersekolah.
Mereka kini terpaksa menumpang berteduh di rumah abangnya berhampiran dengan rumah, di mana abangnya yang juga anak kepada Sepiah, Shukri Said merancang untuk membina asas rumah berkeluasan 30x27 kaki persegi di sebelah rumah beliau kini.
Beliau yang hanya bekerja sebagai pembantu peladang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau memohon bantuan kewangan bagi membeli bahan binaan bagi mendirikan rumah untuk ibu dan adiknya tinggal.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun BSN 209107 29 00017223 2 atas nama Abdullah Sani atau menghubungi Shukri Said di 011-2079 5769. - HARAKAHDAILY 21/11/2017


























































































































































Sumber HD - 21-11-2017














































































PAS Pdg. Besar serah sumbangan untuk Rohingya

PADANG BESAR: PAS Kawasan Padang Besar berjaya mengumpulkan sumbangan kepada Tabung Kemanusian Rohingya sebanyak RM3,000 dalam tempoh sebulan kempennya.
Sumbangan itu telah diserahkan pada Majlis Makan Malam Bersamamu Rohingya di Kompleks Tarbiyah PAS Bukit Kerang (KOMTAR) kelmarin.
Pengarah PASRelief Malaysia, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sehingga kini PASRelief telah 11 kali turun memberi bantuan kepada kaum Rohingya.
Menurutnya, jumlah itu adalah termasuk tujuh kali ke Bangladesh dan bakinya ke Arakan sejak ditubuhkan pada awal tahun 2017.
“Arakan adalah sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Myanmar yang menjadi tempat tinggal bangsa Rohingya.
“Selepas operasi tentera pada 25 Ogos yang lalu, penganut Islam Rohingya yang pada asalnya berjumlah 7 juta orang kini hanya tinggal 400,000 orang sahaja.
“Perkara ini telah berlarutan selama 70 tahun yang lalu,” kata Sanusi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Beliau menceritakan sedikit mengenai sejarah banngsa Rohingya yang mana Arakan adalah sebuah negara Islam sebelum dijajah oleh Burma dan Inggeris.
Jelas beliau lagi, suku kaum yang terbentuk bernama Rohingya adalah hasil dari perkahwinan antara pedagang dari negara Timur seperti Yaman, Rom dan Turki dengan rakyat negara Arakan.
“Myanmar menuduh mereka sebagai pendatang haram, disebabkan itu mereka dihalau pulang ke Bangladesh dan lebih malang mereka telah dibunuh.
“Namun hakikatnya Arakan telah berada di Myanmar lebih awal dari tahun 800 Masihi,” ujar beliau.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Perlis, Ruseli Eizan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Kamis Yub.
Sumber HD - 20-11-2017 
















































































Adun BN tidak profesional dan demokratik

ALOR SETAR: Kenyataan terbuka oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah yang menyebut bahawa rakyat perlu memilih BN andai ingin peruntukan disalur ke setiap Parlimen dilihat menyimpang dari demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia.
Ustaz Ahmad Yahaya (Alor Mengkudu-PAS) melahirkan rasa kesal dengan kenyataan terbuka Dato' Mohd Tajuddin Abdullah (Belantik-BN) yang tidak profesional semasa ucapan penggulungan pada Sidang Dun Bajet Kedah, di sini, kelmarin. 
Jelasnya lagi, penafian hak rakyat sedemikian menunjukkan sikap Adun berkenaan yang mengamalkan diskriminasi dan bukannya demokrasi sebagaimana sering dicanang dibibir mulut pemimpin parti terbabit. 
"Perkara sebeginilah yang terjadi terhadap negeri Kelantan dan Terengganu (sewaktu ditadbir PAS), di mana peruntukan royalti minyak dinafikan untuk kedua-dua negeri tersebut.
"Sedangkan Al-Marhum Tunku Sultan Kedah merupakan seorang sultan yang amat menghormati demokrasi dan hak-hak rakyat," ujar beliau kepada pemberita. 
Sehubungan itu katanya, peruntukan setiap Parlimen sebanyak RM35,000,000 sepanjang tempoh lima tahun (sepenggal) yang tidak diterima oleh Ahli Parlimen Pembangkang 
dilihat satu tindakan tidak adil.
Malah bidasnya, ia membuktikan Kerajaan Kedah yang diterajui Umno-BN ternyata tidak menghormati pilihan rakyat.
Lebih mengecewakan lagi apabila Adun Belantik itu menyarankan agar Ahli Parlimen Pembangkang membuat permohonan andai inginkan peruntukan berkenaan.
"Saranan itu menunjukkan sikap yang tidak profesional sedangkan semua rakyat tidak mengira parti membayar cukai dan lain-lainnya," tempelak beliau lagi. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 



















































































Bajet Kedah 2018 tidak selesai masalah rakyat

ALOR SETAR: Bajet Kedah 2018 merupakan 'Bajet Pilihan Raya', bahkan rakyat masih tertunggu-tunggu lagi hadiah yang akan diberikan kepada mereka menjelang PRU nanti, demikian pandangan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Menganggap ia tidak ubah hanya sekadar menarik sokongan rakyat untuk PRU akan datang, beliau berpandangan pada masa yang sama bajet itu mengenepikan keutamaan serta perkara yang mendatangkan kerugian kepada rakyat.
"Sebagai contoh, pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat adalah baik, namun apakah pemberian berkenaan dapat menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh rakyat?" soal beliau.
Tegasnya lagi, kerajaan seharusnya meningkatkan usaha untuk mengurangkan 'Air Tidak Berhasil' (NRW) yang mencecah 46.7 peratus daripada sumber air bersih.
Selain itu kata beliau, rakyat perlu mengetahui status permohonan sejumlah RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk penambahbaikan infrastruktur penggantian paip asbestos berumur tidak kurang daripada 30 tahun seperti yang dinyatakan oleh exco tahun lalu.
"Pemberian air percuma seolah-olah mahu menutup pelbagai kelemahan dalam pengurusan air yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh rakyat. PAS Kedah mengambil sikap menyokong perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat, namun secara total menolak tindakan yang bakal menyusahkan mereka," bidas Dr Ahmad lagi.
Beliau mempersoalkan rasional keputusan kerajaan berkenaan projek bekalan air luar bandar menerusi peruntukan pinjaman yang menelan belanja hampir RM1 billion untuk menaik taraf beberapa logi air.
Walhal menurut beliau, Kerajaan Persekutuan boleh memperuntukan sejumlah geran kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menaik taraf prasarana pempaipan dan agihan air bersih.
Pertikainya, itu akan membebankan rakyat untuk membayar semula hutang terhadap Kerajaan Persekutuan sedangkan Kerajaan Negeri berpeluang memperolehinya secara peruntukan geran.
Selain itu ujarnya lagi, kerajaan juga dilihat lebih berminat untuk berbelanja besar dengan kadar defisit tinggi apabila menganggarkan sebanyak RM 75.72 juta pada tahun 2018.
Sebaiknya seru beliau, kerajaan berusaha meminimumkan jangkaan kadar hutang kepada Kerajaan Persekutuan dengan pelan-pelan strategik menerusi peningkatan hasil negeri serta hemah berbelanja dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi global.
"Saya berharap pemimpin kerajaan khususnya dari kalangan pemimpin Umno-BN mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf A.S. Bagaimana kisah Nabi Yusuf  mencadangkan rancangan tujuh tahun kepada Raja Mesir yang akhirnya dapat menyelamatkan seluruh rakyat negara itu daripada musibah kemarau serta krisis kebuluran.
"Oleh itu, tidak menjadi kesalahan andainya pihak kerajaan juga menerima pakai cadangan dari pihak pembangkang andainya ia membawa kesejahteraan kepada rakyat," cadang beliau. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD- 16-11-2017 




















































































Waspada sikap beralasan dalam arahan perjuangan

KANGAR: Mereka yang meminta izin pengecualian dengan pelbagai alasan apabila diperintahkan berjuang perlu berwaspada kerana ia menunjukkan masalah iman dan rasa ragu-ragu terhadap perjuangan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yusainee Yahya berkata, memberi alasan sedemikian adalah suatu tabiat negatif yang perlu dihapuskan dari hidup pejuang.
Kerana menurutnya, mereka akhirnya akan mati bersama keraguan itu, sedang alasan tersebut menunjukkan hakikat bahawa manusia tersebut tidak suka atau tidak mahu melakukan seruan yang diperintahkan.
Peringatan tersebut diutarakannya dari ayat 45 surah at-Taubah semasa berucap pada Himpunan Jentera PAS Dun Sena di Markas PAS Titi Midin, di sini kelmarin.
Seru beliau, setiap penggerak Islam perlu meletakkan diri sebagai alat kepada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana Ummu Sulaim yang menyerahkan anak beliau iaitu Saidina Anas R.A untuk menjadi khadam kepada Baginda.
“Merasai keinginan untuk masuk ke Syurga dan takut akan Neraka Allah, akan menyebabkan kita bertambah semangat untuk berjuang.
“Seperti mana kisah Saidina Rabi’ah yang sanggup tidur pada waktu malam di hadapan rumah Baginda semata-mata untuk mempersiapkan keperluan Baginda Nabi S.A.W.
“Apabila ditanya oleh Baginda akan kemahuan beliau, jawab Saidina Rabi'ah beliau hanya ingin menjadi teman Baginda di dalam Syurga,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis.
Program himpunan itu telah bermula dari 11 November lalu dan akan berakhir 23 November nanti yang diadakan di setiap Dun di bawah Kawasan Kangar iaitu Kayang, Indera Kayangan, Sena, Bintong dan Kuala Perlis.
Pada majlis itu, panji PAS turut diserahkan kepada Pengarah Majlis Tindakan Dun, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail sebagai simbolik penyerahan tugas dari pimpinan kepada ahli di setiap peringkat. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 






















































































Adun K. Ketil persoal isu perumahan

ALOR SETAR: Status sebenar perumahan di Charuk Nau, Baling perlu diperjelaskan kerajaan negeri ekoran wujud pertikaian berkaitan pemilikan, harga dan sewaan.
Gesaan itu disuarakan Md Zuki Yusuf (Kuala Ketil-PAS) dalam ucapan perbahasan Bajet Kedah 2018 di Sidang Dun Kedah, di sini semalam.
Menurutnya, perumahan tersebut didirikan 17 tahun lalu untuk rakyat miskin tidak mempunyai rumah serta tinggal di tepi sungai yang sering dilanda banjir.
Bagaimanapun katanya, Bahagian Perumahan Wisma Darul Aman telah melakukan kerja menyukat dan mengukur yang difahamkan untuk memberi geran atau hak milik kepada penduduk.
"Saya juga mendapat maklumat, notis pemakluman telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Baling untuk pemberian hak milik kepada penyewa asal.
"Namun apa yang memusykilkan pihak saya, rumah 80 unit yang dibina atas Tanah Rizab Melayu itu tidak dibenarkan diwarisi, disewa dan bertukar tangan.
"Tetapi sehingga kini, syarat-syarat demikian tidak dipatuhi, malah ada setengahnya telah dijual dan disewakan kepada bukan Melayu," pertikai beliau.
Tegasnya lagi, ada laporan diterima, penyewa asal telah dihalau dan dinafikan untuk mendapat hak milik, selain berlaku percanggahan berkaitan harga asal yang dijanjikan.
Jelasnya, dahulu asalnya penduduk dijanjikan dengan harga RM20,000 melalui bayar ansuran sebanyak RM90 sebulan, namun agak mengelirukan apabila harga tertera di surat adalah RM25,000.
Oleh itu pinta Md Zuki, kerajaan perlu memberi keterangan berhubung insiden melibatkan penyewaan oleh bukan Melayu, serta kedudukan penyewa asal yang telah dihalau selain kedudukan rumah dijual tanpa pengetahuan pihak berkenaan.
"Saya juga ingin penjelasan, adakah Tuan Pegawai Daerah ada kuasa untuk mengeluarkan notis geran atau hak milik dan apakah peranan Bahagian Perumahan di Wisma Darul Aman dalam isu ini?" soal beliau. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 

Dibidas tidak beri ruang dapat penjelasan

ALOR SETAR: Dato' Dr Leong Yong Kong (Gurun- BN) ditegur apabila tidak memberi ruang kepada Adun pembangkang untuk mendapatkan penjelasan ketika ucapan penggulungan beliau.
Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah dipertikaikan tindakannya oleh Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul(Tokai-PAS) yang merujuk kepada peruntukan undang-undang buku peraturan mesyuarat.
Taulan bangun menegur sikap exco berkenaan yang tidak memberi laluan kepada Adun Kota Darul Aman untuk mendapatkan penjelasan.
"Alasan tidak cukup masa tidak wujud kerana Exco mempunyai masa yang selesa untuk membuat ucapan penggulungan.
"Tidakkah setiap Exco yang berucap dimestikan memberi penjelasan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Adun-adun?" bantah Adun Tokai itu melahirkan rasa tidak puas hati. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 

























































































Mahu imam galak kariah imarahkan masjid

ALOR SETAR: Institusi masjid di bawah kelolaan imam kariah diharap lebih memberi penumpuan kepada program-program pembinaan insan, demikian saran Wan Romani Wan Salim(Bukit Pinang-PAS).
"Perkara demikian sepatutnya lebih diberi penumpuan memandangkan masalah sosial terutama dari kalangan anak-anak muda semakin berleluasa," katanya pada Sidang Dun Kedah, di sini semalam.
Menurutnya, pengumuman kenaikan elaun imam dari RM900 ke RM1,200 bukanlah suatu yang besar, sedangkan usaha memakmurkan masjid serta menarik minat ahli kariah berjinak-jinak dengan masjid seharusnya diberi perhatian.
Sungguhpun begitu, beliau tidak menafikan kenaikan elaun itu merupakan satu pengikhtirafan kepada para imam dan pengurusan masjid, namun peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka harus juga diberi penekanan. 
"Kita tidak mahu kejadian cucu hantar tok (nenek) ke masjid, tapi cucu tidak naik ke masjid bersama-sama tok. Kalau boleh kita nak cucu datang bersama-sama tok berjemaah di masjid," ujar beliau.
Sementara itu, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat (Sungai Limau-PAS) menggesa agar bantuan perkapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Mahaad Tahfiz yang telah 
diberhentikan dahulu dapat dilaksanakan semula. 
Kata beliau, sering kali kekurangan pasarana dan kelengkapan di sekolah-sekolah berkenaan dijadikan topik utama apatah lagi apabila berlaku kebakaran atau lainnya.
Namun kerajaan tidak menyedari, penafian hak perkapita terbabit menjadikan pasarana dan lain-lain yang berkenaan tidak dapat dinaik taraf dan sekolah-sekolah itu terpaksa beroperasi dalam serba kekurangan. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 



























































































Hospital Pendang diulang janji lagi

ALOR SETAR: Hospital Pendang yang terbengkalai hampir 11 tahun, diumum akan mula dibuka tender pembinaannya pada November 2017 ini.
Demikian pengakuan Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak-BN) dalam Sidang Dun Bajet Kedah 2018, di Wisma Darul Aman, di sini semalam.
Walau bagaimanapun, pengakuan berkenaan masih menimbulkan keraguan terutama dari Adun-adun Pembangkang memandangkan dokumen berkenaan pembinaannya telah banyak kali dibuka.
Selain itu kos asal RM200,000,000 untuk 120 katil telah dinaikkan ke RM222,700,000 untuk menambah enam lagi katil menjadikannya 126 katil.
Penduduk Pendang katanya, boleh menggunakan perkhidmatan Hospital Pendang dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pembinaan dan dijangkakan siap pada tahun 2021. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 



























































































Mangsa kebakaran K. Perlis dibantu Muslimat

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) melalui Skuad Prihatin telah mengadakan ziarah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, di sini hari ini.
Kunjungan diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNPs, Jaliah Mohd Zahir bersama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DMPNPs itu menyampaikan sumbangan kepada mangsa terlibat.
Antara mangsa ialah AJK Muslimat Dun Kuala Perlis, Norsiah Long di mana rumah kedainya turut dijilat api dengan kerugian barang niaga yang musnah sama sekali dianggarkan bernilai sekitar RM20,000.
Pun begitu, beliau tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang memusnahkan 15 rumah termasuk kedainya, serta sebuah bot nelayan pada 11 November baru-baru ini.
Kebakaran bagaimanapun dapat dikawal dalam masa sejam oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama tiga jentera dari Simpang Empat, Kuala Perlis dan Kangar itu.
Orang ramai yang bersimpati dan berhasrat menyumbang boleh dibuat menerusi akaun Bank Muamalat 0901-0017574-72-8 atas nama Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis atau hubungi Bendahari DMPNPs, Haton Osman di talian 017-431 8803 - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD- 14-11-2017 






























































































Hasrat belanja berhemah hanya pemanis bajet

ALOR SETAR: Kerajaan negeri disaran merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan belanja berhemah dan jimat cermat sepertimana yang disebut di dalam Bajet Kedah 2018.
Perkara berkenaan disentuh oleh Ustaz Ahmad Yahaya (Alor Mengkudu-PAS) memandangkan realiti kepada perlaksanaan tersebut dilihat seolah-olah sekadar janji manis terhadap rakyat. 
"Cita-cita kerajaan negeri hendak mewujudkan belanja berhemah dan berjimat cermat tidak berlaku. Sebagai contoh, projek pembinaan jalan baru Lencongan Timur dari persimpangan Alor Mengkudu ke persimpangan Jalan Tun Razak. 
"(Ia) dilihat seperti 'projek sakit' di mana peruntukan asalnya berjumlah RM89,894,788.18 meningkat sehingga RM176,459,046.00 apabila projek berkenaan tidak siap mengikut jadual asal," ujar beliau.
Tambahnya lagi, kegagalan projek berkenaan siap mengikut jadual berpunca dari kelemahan kontraktor di mana akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung risiko tambahan peruntukan.
Sehubungan itu, insiden berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana projek yang menelan belanja sebegitu besar diserahkan kepada kontraktor yang tidak mampu mengikuti syarat dikehendaki.
Selain itu, beliau turut menyentuh berkenaan Taman Perumahan di Tajar melibatkan 100 unit rumah untuk dijadikan kuaters guru, namun tidak dimanfaatkan sehingga sekarang.
"Walaupun itu Bajet Pusat, namun ia berada di dalam negeri Kedah. 100 unit rumah itu tidak diduduki dan sekarang rosak begitu sahaja di mana jelas memperlihatkan pembaziran yang nyata di depan mata," bidas beliau.
Justeru itu kata beliau, andai keadaan sebegitu terus diamalkan, tidak mungkin perbelanjaan berhemah dan jimat cermat dapat dilaksanakan. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD- 14-11-2017 































































































Tidak wajar patung keagamaan dijadikan hiasan terbuka

ALOR SETAR: Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas-PAS), menuntut janji Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Badrul Hisham Hashim (Kuala Nerang-BN) untuk mengubah patung-patung berunsur keagamaan yang terdapat di Taman MBI DesaKu, Padang Meha, Padang Serai.
Tegas beliau, janji yang dijamin oleh Exco Pihak Berkuasa Tempatan pada Sidang Dun terdahulu itu bahawa semua patung berkenaan akan diubah selewat-lewatnya pada 30 September 2017 masih belum tertunai. 
"Saya dua kali pergi ke sana untuk memantau kedudukan dan kali terakhir saya ke sana pada 9 November lalu, tapi patung-patung itu masih terdapat di situ," ujar beliau.
Katanya, pembinaan taman tema yang berunsur keagamaan sepatutnya tidak berlaku di kawasan perumahan di mana majoriti penduduknya adalah orang Islam.
Walaupun dikatakan taman perumahan itu milik persendirian, namun kerajaan berhak untuk memastikan perkara yang boleh menggugat ketidaktenteraman atau sensiviti umat Islam tidak berlaku lebih-lebih di tempat awam sedemikian.
Siti Ashah menegaskan lagi, binaan seumpama itu tidak dihalang andainya dibina di kawasan majoriti bukan Islam seperti di kampung-kampung orang Siam atau sebagainya.
"Sebagai contoh di Kelantan, kerajaan yang diterajui PAS tidak menghalang pembinaan patung-patung sembahan agama lain. Namun pembinaan itu di tempat-tempat yang sesuai iaitu di kawasan atau kampung orang bukan Islam.
"Pihak PBT, pejabat Mufti dan lain-lain yang berwajib perlu memantau dan melihat akan hal ini dengan lebih serius," sambungnya. 
Lebih mendukacitakan, taman tema berkenaan menjadi tempat tumpuan orang ramai membawa keluarga dan anak-anak bersiar-siar di samping mengabadikan kenangan bergambar beramai-ramai.
Situasi berkenaan jelasnya, meninggalkan kesan kurang baik terhadap kanak-kanak terutama yang beragama Islam kerana ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan agama itu sendiri.
"Oleh itu, saya berharap perkara ini dipandang serius dan jangan hanya menganggap ia sebagai destinasi pelancongan.
"Di samping itu, janji yang pernah disebut di dalam dewan yang mulia ini, mesti dikota dan ditunaikan," tegas beliau lagi. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 

































































































Akujanji PRU13 tidak tertunai, kini janji lagi

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri wajib tunaikan Akujanji BN PRU13 lalu daripada terus menabur janji-janji baharu, demikian gesaan Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang-PAS) sewaktu memberi pandangan berkenaan Bajet Kedah 2018. 
Beliau menegaskan, enam projek besar yang pernah dijanjikan sebelum ini satu pun tidak ditunaikan walaupun tempoh lima tahun hampir berlalu.
Begitu juga bidasnya, projek ikonik Rubber City yang diuar-uarkan sebelum ini dapat memberi 30,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah, tetapi dalam bajet terbaru terdapat penurunan hanya 15,000 pekerjaan sahaja.
Sungguhpun begitu katanya, ia dilihat masih gagal dilaksanakan walaupun menabur janji berulang kali dilakukan.
"Nampak bajet kali ini macam hebat, tetapi tradisi sejak tahun 2014 hingga 2017 semua perbelanjaan defisit.
"Apabila perlaksanaan, belanja akan melebihi dari yang disebut di dalam bajet," tempelak beliau.
Justeru itu, beliau amat terkilan kerana kebajikan rakyat tidak disebut secara terperinci, malah janji-janji dahulu masih juga tidak tertunai.
Beliau merujuk kursus perkahwinan percuma, kit ibu bersalin, projek pelancongan Sungai Kedah dan lain-lain yang masih belum dilaksanakan. 
Selain itu sentuhnya, keputusan kerajaan negeri membuka semula kaunter bayaran air SADA di Pejabat Pos telah menimbulkan keraguan. 
Beliau mempersoalkan kerana disasarkan kepada hanya seribu pemilik akaun sedangkan SADA mempunyai 549,000 pengguna yang mendaftar.
"Kalau sebut nak mudahkan rakyat membayar di Pejabat Pos, kenapa tidak kepada semua pemilik akaun?
"Saya berharap tindakan ini tidak mempunyai rancangan yang tersirat disebaliknya," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 



































































































Bajet Kedah macam 'pain killer' sahaja

ALOR SETAR: Bajet Kedah 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Bakar Bata- BN) pada Sidang Dun Penggal Kelima diibarat
Bajet 'Pain-Killer' seperti Panadol yang menghilangkan kesakitan hanya kadar waktu sementara sahaja.
Demikian dipetik dari kenyataan Ustaz Ahmad Yahaya (Alor Mengkudu-PAS) ketika ditemui pada hari kedua sidang berkenaan, semalam.
Beliau juga mendakwa, bajet berkenaan berulang mengikut 'trend' Bajet Pusat, selain lebih bergantung kepada pinjaman yang tidak mengubah nasib rakyat, bahkan ia hanha menggula-gulakan rakyat. 
"Sebagai contoh, bajet tahun lepas (2017), banyak perkara disebut dan dijanjikan namun tidak dilaksana.
"KeT (Kedah E-Tutor) yang peruntukan sebanyak RM18 juta namun perlaksanaannya hanya melibatkan kelompok kecil dan tidak mencapai matlamat diuar-uarkan.
"Begitu juga dengan Khairat Kematian yang diumumkan diperolehi oleh semua lapisan masyarakat, namun perlaksanaannya amat terhad disamping kerajaan masih berhutang
sebanyak RM8 juta kepada waris si mati sepanjang tempoh 2014 hingga Oktober 2017," ujar beliau.
Beliau juga menyebut berkenaan Tuisyen Barakah yang hanya disasarkan kepada 80 pelajar setiap Dun dan jelas sekali tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sekarang. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 





































































































Mahu KUIN segera capai taraf universiti

ALOR SETAR: Kerajaan negeri diharapkan dapat giatkan usaha untuk mendapat jumlah 20 peratus pelajar luar negara bagi memenuhi syarat kelulusan pengikhtirafan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai universiti penuh.
Demikian antara saranan Ustaz Mohd Azam Abd Samat (Sungai Limau-PAS), ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sidang Dun Kedah hari ini.
Katanya lagi, dengan kadar jumlah pelajar KUIN sekarang bukanlah perkara sukar bagi pihak kerajaan untuk mencapai target berkenaan, apatah lagi sejak kebelakangan ini kemasukan pelajar ke kolej berkenaan agak menurun.
"Perkara ini berbeza jika dibandingkan pada tahun 2010 hingga 2012 menunjukkan jumlah kemasukan pelajar yang memberangsangkan.
"Pada tahun 2010, KUIN menerima kemasukan pelajar mencecah sehingga 2,600 orang, diikuti pada 2,200 orang pada tahun 2011, dan pada 2012 seramai 1,700 orang.
"Ini berbeza dengan pencapaian sekarang yang hanya mencatatkan kemasukan paling tinggi seramai 1,538 orang pada tahun 2015," ujar beliau.
Sementara itu utaranya, walaupun pihak kerajaan mengumumkan empat dari lima syarat telah dipenuhi, hakikat tidak boleh dinafikan dan perlu diakur ialah KUIN mempunyai kampusnya sendiri.
Perkara tersebut telah direalisasikan oleh pemerintahan terdahulu di bawah pentadbiran Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Katanya lagi, walaupun beliau menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran serta cubaan pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat murni itu, namun rakyat Kedah boleh berbangga dengan kejayaan berkenaan.
Kolej terbabit dijangkakan akan bertukar nama ke Universiti Islam Sultan Abdul Halim Muazzam Shah atau singkatannya UNISHAMS apabila memenuhi syarat-syarat untuk menjadikannya sebagai universiti penuh. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 







































































































Kebajikan tanpa batasan dan sempadan

ALOR SETAR: Kesungguhan sukarelawan dan petugas PAS dari luar membantu melancarkan Ops Cuci Banjir Pulau Pinang membuktikan parti itu mendepani kebajikan dan masalah rakyat tanpa mengira batasan dan sempadan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, semangat berkenaan juga tidak ketinggalan ditunjukkan petugas dari PAS Kedah yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.
Maklumnya, operasi bantuan kemanusian itu telah dimulakan beberapa hari selepas banjir melanda negeri tersebut  yang melibatkan keluasan hampir 85 peratus.
"Petugas Khidmat Malaysia PAS Kedah memberi tumpuan bantuan dan pembersihan di Tasik Gelugor dan Permatang Pauh.
"Kira-kira 200 petugas dari PAS kawasan-kawasan seluruh Kedah hadir bertugas untuk satu-satu masa," ujar beliau.
Terangnya lagi, antara bantuan yang diberi tumpuan adalah khidmat pemindahan mangsa banjir, persediaan transit, penyediaan makanan dan khidmat cuci selepas air bah surut.
Sehubungan itu ujar Dr Ahmad Fakhruddin, musibah banjir kali ini telah meninggalkan suka duka serta pengalaman antara dua buah negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang.
Ujarnya, ukhuwah masyarakat dan mangsa banjir bersama petugas PAS terjalin erat dan meninggalkan kesan mendalam di antara mereka.
"Walaupun beberapa daerah di Kedah, turut dilanda banjir terutama di Kuala Muda yang agak teruk, namun khidmat bantuan kepada Pulau Pinang dapat disempurna dengan jayanya," sambungnya lagi.
Justeru itu, PAS Kedah mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua sukarelawan yang bertungkus-lumus menginfakkan tenaga dan menganggap semua yang terlibat itu merupakan duta kebajikan PAS terhadap masyarakat. - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD - 13-11-2017 










































































































Sidang Dun Kedah: PAS rakam takziah

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Sidang Dun Kedah yang ke-13 bermula hari ini sehingga 16 November. 
Sidang Dun kali ini mencatatkan kehadiran penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 
Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya mewakili PAS merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah. 
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang 11 September lalu.












Sumber HD- 12-11-2017











































































































Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk
Posted on Saturday, November 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36628



PENDANG, 11 Nov ― Kira-kira 12 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung petang semalam.


Kejadian kira-kira 6 petang itu telah menyebabkan kebanyakan bumbung rumah terbabit tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat disusuli hujan lebat selama 10 minit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Ali Ahmad Shukri Omar berkata rumah yang rosak itu membabitkan enam rumah di Kampung Alor Ali manakala selebihnya di kampung bersebelahan iaitu Kampung Rambai.

Beliau berkata sebelum menghampiri kampung berkenaan pusaran angin itu menarik air di dalam bendang ke atas sebelum bergerak membadai perkampungan itu.

“Buat masa ini, saya jadikan rumah saya sebagai penempatan sementara bagi menempatkan kesemua mangsa sebelum tindakan lanjut daripada pihak berwajib,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Seorang mangsa Che Haminah Awang,  67, yang juga ibu tunggal berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak dia menetap di kampung itu lebih 50 tahun lepas.

Katanya angin kuat yang datang itu dengan begitu pantas hingga menyebabkan bumbung rumahnya tercabut sebelum diterbangkan ke rumah jiran berhampiran.

“Angin sangat kuat sehingga saya dan dua orang cucu terpaksa lari menyelamatkan diri keluar dari rumah bagi mengelak dihempap kayu bumbung,” katanya.

Che Haminah berkata berikutan kejadian itu dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kelengkapan rumah seperti televisyen, almari baju, mesin basuh dan peralatan elektrik rosak.

Seorang lagi mangsa Norlijam Sari Hussin,  40, berkata ketika kejadian dia bersama beberapa jiran yang datang berkunjung ke rumahnya pada waktu itu terpaksa berlindung di dalam rumahnya itu dan hanya mampu melaungkan azan dalam keadaan cemas bagi meredakan keadaan itu.

“Kami tidak pernah alami perasaan sebegini sebelum ini di mana angin itu kelihatan ‘ganas’ sehingga menggegarkan rumah dan mencabut bumbung rumah dengan sekelip mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang Sarjan Fairol Azhar Mohd Arshad berkata lapan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 6.30 petang.

“Kami membantu mengalihkan perabot dan peralatan rumah penduduk. Syukur tiada penduduk yang tercedera dalam kejadian tersebut,” katanya. ― Bernama

Sumber TKO - 11-11-2017














































































































Ziarah Asnaf PAS Arau

ARAU: PAS Dun Sanglang telah mengadakan ziarah asnaf di sekitar Kampung Padang Keria, Sanglang, di sini semalam.
Pada ziarah tersebut, rombongan sempat mengunjungi dua penerima sumbangan iaiatu Hasliza Kasim dan Nyan Musa.
Hasliza merupakan suri rumah yang sedang menjaga ayahnya terlantar sakit, manakala Nyan Musa adalah warga emas dan tinggal bersama anaknya di mana mengalami sakit tulang belakang.
Sumbangan yang diberikan adalah berupa hamper dan beras yang mana mengetuai rombongan itu ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau, Najwa Othman. - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 
















































































































PAS Perlis tidak terkecuali bantu P. Pinang


KEPALA BATAS: Menyahut seruan dari Naib Presiden PAS yang juga Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dato’ Iskandar Abdul Samad, PAS Perlis juga turun memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama petugas PAS Perlis telah turun ke Bilik Gerakan Induk Operasi Banjir, Markas PAS Pongsu Seribu kelmarin.
Pengarah Khidmat Malaysia Cawangan Perlis, Azahari Osman turut hadir bersama rombongan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan harian.
Mohd Shukri yang dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda.
Beliau berkata, bencana kemanusiaan merupakan satu musibah yang boleh menimpa di mana dan kepada sesiapa sahaja.
Beliau menasihatkan supaya seluruh jentera PAS dapat mengenepikan segala sentimen dan memberi tumpuan untuk membantu mangsa banjir.
PAS Perlis khasnya telah mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia dan petugas Jabatan Amal untuk turun ke tempat kejadian atau pun memberi bantuan dari sudut kewangan. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 












































































































PAS Kedah gerak misi bantu banjir P. Pinang

KEPALA BATAS: PAS Kedah komited mengarahkan petugasnya dari seluruh negeri itu turun membantu PAS Pulau Pinang dalam Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir khususnya di Seberang Perai Selatan.
Gerakan bantuan kemanusian itu diarahkan melalui PAS Kawasan-kawasan untuk melapor diri di Bilik Gerakan Induk di Markas PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini.
Antara bantuan yang diberi keutamaan ialah edaran makanan tengahari kepada mangsa-mangsa banjir terus ke rumah mereka.
Walaupun air banjir belum surut sepenuhnya dan ada di sesetengah tempat parasnya masih di tahap agak tinggi, namun para petugas tetap menjalankan kewajipan menemui mangsa banjir untuk agihan makanan.
Selain itu, operasi mencuci dan membersih premis-premis awam yang dilanda banjir seperti masjid, surau, taman-taman asuhan dan serta kediaman turut diadakan.
Pembersihan juga meliputi kerja memotong pokok-pokok tumbang dan membersihkan sampah sarap di tepi jalan yang hanyut dibawa air.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah antara yang turut bergelumang di lapangan. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 

PAS rai kejayaan pemegang PhD Fizik termuda

SUNGAI PETANI: Kejayaan Naja Nadiera Omar, 24, memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Phd) ketika di usia muda bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarganya, malah turut dikongsi PAS Kedah.
Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Alor Setar iaitu sekolah milik penuh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah selama dua tahun iaitu di tahun empat dan lima.
Kecemerlangan beliau dalam bidang pelajaran menonjol sejak di sekolah rendah lagi selain turut mengikuti kelas tahfiz Al-Quran semasa di SRIDU dahulu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali bersama jawatankuasanya telah meluangkan masa berkunjung ke rumah Nadiera di Taman Sejati, Sungai Petani.
Kunjungan itu bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang berjaya menempa kejayaan di usia muda, tetapi juga kepada ibu bapanya atas didika  sehingga memperoleh kejayaan sedemikian.
Naja Nadiera menjadi pemegang PhD termuda dalam bidang Fizik sempena Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru-baru ini.
Beliau sebelum ini memperolehi keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di universiti sama dan di tawarkan mengikuti Program PhD Fast Track USM dalam bidang pengkhususan BioFizik.
Ayahnya pernah memegang jawatan sebagai Bendahari PAS Kawasan Sungai Petani pada penggal lalu. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 












































































































MTD Spg. Empat anjur Kursus Pengurusan Jenazah

Pengendali Kursus Jenazah, Ustaz Ailyas Abdul Rahman berkata, penduduk kampung mesti didedahkan mengenai ilmu fardhu kifayah khususnya berkaitan pengurusan jenazah yang sepatutnya diketahui oleh semua umat Islam.
Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedeahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan jenazah yang betul dan mengikis unsur bidaah dan khurafat.
“Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mengajukan soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan hal-hal yang berkaitan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengarah MTD Simpang Empat.
Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Negeri Perlis, Ruseli Eizan telah hadir untuk merasmikan program tersebut di mana sijil penyertaan dan kertas kerja pengurusan jenazah turut diberikan kepada peserta sebagai cenderahati. - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 












































































































Latihan memanah tawaran PASTI Smart Aulad

Walaupun baharu diperkenalkan pada tahun ini, latihan memanah itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang mahu anak mereka terdedah dengan sukan sunnah tersebut. 
Pengenalan kelas tersebut sememangnya membuahkan hasil apabila 85 pelajar dari PSA telah mengambil bahagian pada pertandingan memanah di D' Futsal Batu Dua, di sini kelmarin.
Pertandingan tersebut bertujuan memupuk keyakinan, fokus serta persaingan sihat anak-anak PASTI di mana hadiah telah disampaikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar, Dr Saifizi Saidon.
PASTI seluruh negeri Perlis masih membuka pendaftaran untuk sesi kemasukan 2018 dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi 019-455 5246 (Padang Besar), 013-404 4570 (Kangar) dan 019-560 6077 (Arau). - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 












































































































Ziarah Medik khidmat PAS kepada warga emas

Dikendalikan oleh pasukan petugas perubatan Dewan Pemuda PAS Kangar, mereka berziarah dari rumah ke rumah warga emas mengadakan pemeriksaan percuma dan sumbangan ubatan sekadarnya. 
Antara rutin pemeriksaan kesihatan dilakukan pasukan itu adalah tekanan darah, kandungan gula, jantung dan lain-lain mengikut keadaan warga emas yang dikunjungi.
Diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Wan Hassan Ismail bersama pasukan itu semalam mengadakan khidmat di sekitar Kampung Guar Syed Alwi dan Taman Jali, di sini semalam. 
Pada kunjungan itu mereka turut berkesempatan menziarah dan memeriksa mantan Bendahari Dun Indera Kayangan, Talib Omar yang mengalami masalah kesihatan dan pendengaran. 
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Kangar, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, ziarah bersama pasukan doktor itu juga telah dapat memasyarakatkan PAS. 
Terangnya, perkhidmatan diberikan kepada semua tanpa mengira latar belakang politik dan usaha itu menjadi sebahagian rutin PAS Kawasan tersebut. - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD- 6-11-2017 


Fokus P.Pinang, Jangan Lupa Kedah: 2,721 mangsa banjir Kedah di 38 pusat pemindahan
Posted on Monday, November 06 @ 10:40:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36483



ALOR SETAR, 6 Nov — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan setakat pukul 8 malam ini di Kedah meningkat kepada 2,721 orang berbanding 1,906 orang yang direkodkan 6 petang tadi.


Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa  daripada 730 keluarga ditempatkan di 38 pusat pemindahan  di Kuala Muda, Yan, Kulim, Bandar Baharu dan Baling.

Di Kuala Muda, 17 pusat pemindahan dibuka iaitu  di surau Kampung Bongkok menempatkan 60 mangsa, Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (lapan), Dewan Steang Wam Kowang (23), surau  Kampung Padang Tok Sora (72),  Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19),  Dewan Taman Bedong Jaya (80), surau Taman Malinja (50),  Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Gedong (33), Dewan Kampung Segantang Garam (38), Kampung Kilang Makau (40), surau Kampung Haji Ngah (8), surau Kampung Jawa (26), Dewan Kampung Baru (25), Dewan Kampung Bujang  (86), Dewan Kampung Sungai Pial (165), Surau Kampung Jilid 4/5 (70), dan Surau Kampung Lebai Ali (298).
Di Yan, empat pusat pemindahan dibuka iaitu Tadika Kemas Kampung Perigi  (18), surau  Kampung Teroi Bukit (89), surau Kampung Lubok Boi (69) dan surau Kampung Kepala Bukit (66).

Di Kulim pula 14 pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Masjid Al-Muqtadin (147), Dewan Taman Saga (40), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (164), Surau Al-Haq (30), Surau Taman Kancil (112), Dewan KEDA Naga (62) dan  Dewan Masjid Sungai Limau dengan 35 mangsa,  SK Permatang Tok Dik (51), SK Sungai Seluang (87), Tadika Kemas Padang Limau (199), Surau Al-Ikhlas Karangan (91), SK Sungai Karangan (14), Surau Al-Husna (26) dan Masjid Selarong Panjang (28).

Sementara itu, satu pusat pemindahan dibuka masing-masing di Bandar Baharu iaitu Dewan Sungai Batu yang menempatkan 25 mangsa dan di Baling di Masjid Kuala Bakong (104). — Bernama



Sumber TKO - 6-11-2017












































































































Nasi Lemak Fastaqim kesempatan dekati masyarakat

KANGAR: Mengambil hikmah dari sunnah amalan bersedekah yang dapat mengerat hubungan sesama Muslim, PAS Kawasan Kangar telah mengadakan edaran nasi lemak percuma di Dun Sena, semalam.
Pengarah MTD Sena, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail berkata, menerusi program itu PAS dapat menyantuni dan mendekati masyarakat selain menggiatkam kempen memperkenalkan PAS.
Program itu juga katanya, menggalakkan ahli untuk bersedekah terutama pada hari Jumaat dan dibuka juga untuk mereka yang mahu berbuat demikian.
Maklum beliau, program julung kali dijalankan itu memberi orang ramai nasi lemak yang dinamakan sebagai 'Nasi Lemak Fastaqim' dan akan diedarkan di lokasi berbeza setiap pagi Jumaat.
Pemberian seperti itu juga dilihat memberi peluang kepada mereka yang berada mengeratkan rasa kasih dengan sumbangan kecil termampu dihulurkan ramai pihak. - HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD - 4-11-20117 












































































































Kongsi rasa kehilangan Ustaz Salleh Adam

KANGAR: Rasa kehilangan atas pemergian Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis, Ustaz Salleh Adam oleh kaum keluarganya turut dikongsi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar.
Sehubungan itu, ziarah mengunjungi isteri almarhum, Azizah Lebai Yahaya telah diadakan di kediamannya di Kampung Sempering, di sini semalam.
Rombongan tersebut diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Kangar, Haton Osman bersama Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS Kawasan.
Dalam kunjungan tersebut mereka turut menyampaikan sumbangan kepada Azizah disamping turut mendengar taujihat sedta pesanan perjuangan darinya.
Pada kesempatan itu, rombongan Muslimat PAS Kangar turut menziarahi isteri bekas calon Dun Sena, Ustaz Othman Abdullah. - HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD - 4-11-2017












































































































PAS Perlis pergiat munajat

KANGAR: Ketika pihak lain berhempas pulas memfitnah PAS, tradisi mengadakan munajat terus diadakan bagi memohon kemenangan Islam.
Program munajat ini diadakan di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, semalam.
Ia dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perlis, Ulama PAS Kawasan Kangar dan juga MTD Bintong. 
Kuliah Haraki turut disampaikan oleh Ustaz Abu Munqis As-Syafie yang telah menjadi agenda lazim setiap minggu di situ.
Bacaan tahlil dan doa khas sebagai mengingati Mantan Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kangar, Ustaz Salleh Adam turut diadakan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Baharudin Ahmad dan Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Kangar, Ustaz Idris Yaakob antara pimpinan yang hadir semalam. - HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD - 3-11-2017 












































































































Banjir lumpur RTB akibat pertembungan orang politik

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man perlu memberi penjelasan segera berhubung status Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lencongan Barat yang kini kelihatan seperti tertangguh.
Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazman Che Ibrahim berkata, projek yang difahamkan sepatutnya siap pada Jun 2016 itu dilihat seakan terhenti kerja-kerja pelaksanaannya.
Menurut beliau yang merupakan Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar, tinjauannya bersama Pemuda PAS Perlis mendapati tiada pekerja, malah jentera-jentera berat juga tersadai tanpa operasi. 
"Masalah besar sedang dihadapi adalah keadaan tersebut telah menimbulkan implikasi negatif terhadap penduduk terutama di Kampung Tebing Tinggi, Bintong. Mereka ditimpa banjir sebanyak 12 kali sepanjang tahun ini dan merasa trauma setiap kali hujan turun. 
"Akibatnya juga, penduduk menanggung kerosakan kediaman, harta benda, tanaman pertanian dan haiwan ternakan. Ini menyebabkan kerugian dan bebanan kos yang tinggi mencecah jutaan ringgit terpaksa dialami penduduk. 
"Sedangkan rata-rata mereka bekerja sendiri dengan pendapatan yang kecil. Lebih malang, tiada pihak terlibat sama ada dari kontraktor atau agensi kerajaan tampil untuk menawarkan bantuan," kesalinya. 
Lebih mengecewakan ujar beliau, pihak yang hadir pula seakan ‘menyalahkan’ Tuhan, di mana asalah yang menimpa penduduk semata-mata dianggap sebagai bencana alam yakni oleh hujan lebat. 
Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah terjadi sedemikian teruk sebelum pelaksanaan projek tersebut yang seharusnya dibina bagi menyelesaikan masalah banjir, tetapi kini berlaku sebaliknya. 
Malah maklumnya, banjir lumpur turut mengenai kediaman yang sebelum ini tidak pernah mengalaminya, selaim kediaman penduduk juga mengalami keretakan dan runtuhan binaan. 
"Berpunca dari gegaran kuat penanaman cerucuk dari sebahagian projek tersebut. Paling malang lagi, pengabaian terhadap penduduk di situ kerana dikatakan wujud pertembungan politik oleh pihak tertentu. 
"Kami nasihatkan, jangan kerana gajah sama gajah berlawan, pelanduk menjadi mangsa," katanya difahamkan merujuk kumpulan Menteri Besar dan mantan Menteri Besar. 
Projek dari Timah Tasoh ke Kuala Perlis sejauh 22 kilometer itu dilaporkan telah menggunakan kos sebanyak RM560 juta, termasuk pembinaan terowong yang menebuk Banjaran Nakwan membelanjakan RM56 juta. 
Tambah Nazman, kesangsian timbul terhadap kewajaran pembinaan terowong sepanjang 756 meter itu kerana aliran air boleh sahaja dilencongkan ke sungai sedia ada. 
Kritiknya, selain terpaksa memecahkan fizikal bukit yang memakan kos besar, ianya juga dilihat sebagai punca kelewatan. 
Pun begitu kata beliau, perancangan yang tentunya mempunyai alasan tersendiri oleh pihak kerajaan itu, tetap tidak harus memangsakan penduduk. 
"Insiden lain juga turut berlaku apabila projek tersebut telah menyebabkan kematian oleh keadaan tergendalanya projek. Anggota polis, Mohd Farijannaim Abdullah meninggal dunia apabila terjatuh di kawasan pembinaan ketika menunggang melaluinya.
"Beliau meninggalkan balu dan dua anak yang masih kecil. Sehubungan itu kami menggesa pihak terbabit segera mengambil perhatian setidak-tidaknya terhadap penduduk yang telah menjadi mangsa keadaan. 
"Bantuan, peruntukan, insuran dan segala perkara yang boleh menolong meringankan beban penduduk harus segera dihulurkan," pintanya. 
Beliau juga menyeru agar hentikan 'politiking' yang menyebabkan pihak tidak sewajarnya dari terus termangsa. 
Selain itu gesanya, Kerajaan Negeri Perlis juga perlu lebih bertanggungjawab memantau perkembangan projek agar dijalankan menurut prosedur standard yang sepatutnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2017










Sumber HD - 2-11-2017 












































































































MB Kedah heret KFA dalam agenda politik?

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan kejadian isu tiket Final TM Piala Malaysia yang dilihat berkepentingan politik oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan peminat setia Hijau Kuning menjadi mangsa. Umum mengetahui bagaimana kesetiaan penyokong Helang Merah dalam memberi sokongan kepada pasukan Kedah. Mereka sanggup datang dari jauh, beratur panjang, berpanas hujan, berlapar dahaga, berhimpit-himpit dan menghabiskan duit yang banyak demi memberi pengorbanan, sokongan dan menunjukkan kesetiaan mereka terhadap pasukan Kedah.
Namun begitu, pengorbanan mereka seolah-olah tidak dihargai apabila Presiden FAM menyebut dalam satu kenyataan media bahawa sehingga 6,000 tiket telah ditempah oleh orang-orang tertentu di dalam Kedah FA. Begitu juga Kedah FA pernah mengeluarkan kenyataan kuota tiket disediakan hanya untuk 200 permit bas sahaja. Tetapi selepas kenyataan media terbaru daripada Kedah FA hari ini menyebut sebanyak 17,600 tiket diberikan kepada 400 permit bas. Kenapa penambahan mendadak kepada permit bas berlaku? ini mengecewakan penyokong setia Hijau Kuning
Kami berharap MB Kedah selaku Presiden KFA perlu bertanggungjawab dalam isu ini demi memberi keadilan kepada rakyat marhaen. Peminat tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dalam memberi sokongan mereka kepada pasukan Kedah. 
Hentikanlah saluran mudah untuk orang politik atau individu-individu tertentu mendapatkan tiket dengan mudah tanpa perlu bersusah payah seperti penyokong setia Hijau Kuning. Bersihkan korupsi jika wujud dalam isu tiket ini demi kepentingan peribadi dan politik dengan tujuan meraih sokongan undi.
Sekiranya wujud kami berharap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur sahaja dan bagi peluang kepada orang-orang yang layak dan mengutamakan penyokong serta dapat menjaga persatuan tersebut dengan tulus. Kami juga menegaskan bahawa sukan sekiranya dicampuraduk dengan kepentingan politik, maka yang mangsanya adalah rakyat. Ambillah semangat kebangkitan pasukan Hijau Kuning demi mengharumkan nama negeri dengan perpaduan dan memahami antara satu sama lain.
ABDUL HADI OMAR
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
2 November 2017 | 13 Safar 1439
Sumber HD - 2-11-2017












































































































Hapus tol tak ringan beban penduduk


KUBANG PASU: Pemansuhan bayaran Tol Bukit Kayu Hitam diumumkan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2018 dilihat kurang memberi manfaat kepada penduduk setempat, sebaliknya hanya menguntungkan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan berulang alik ke sempadan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman berkata pengumuman itu lebih memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka yang hendak ke Thailand, selain para peniaga sama ada dari Malaysia atau negara jiran itu.
"Kebanyakan orang ramai yang tidak mempunyai urusan ke sempadan, tidak menggunakan tol itu sebagai laluan rutin dan sememangnya ia jarang digunakan oleh masyarakat tempatan," ujarnya.
Ustaz Zulhazmi berpandangan, adalah lebih baik kerajaan memansuhkan Tol Jitra yang menjadi laluan utama masyarakat seandainya benar-benar ikhlas membantu meringankan bebanan rakyat.
Katanya, Tol Jitra merupakan laluan rutin kepada mereka yang berulang di Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Jitra.
Malah, ia juga menjadi pilihan kepada sebahagian penduduk Perlis menggunakan tol tersebut setiap hari menuju ke arah Selatan dan Alor Setar.
"Selain itu Tol Jitra juga menjadi laluan kepada kebanyakan mereka berulang alik ke tempat kerja. Jadi saya berharap, ikhlaslah kalau nak tolong rakyat dan buatlah sesuatu perlaksanaan yang menguntungkan rakyat bukan hanya gula-gula PRU," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 1/11/2017

Sumber HD - 1-11-2017












































































































RM600 tidak atas masalah pesawah


ALOR SETAR: Pemberian 'one-off' sebanyak RM600 kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri pada Bajet 2018 tidak memadai dengan bebanan golongan tersebut di mana terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan kos.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menggesa agar kerajaan melihat keperluan berkaitan perlaksanaan kerja pertanian oleh golongan pesawah.
"Bukan kita menghalang atau tidak setuju para pesawah menerima insentif tersebut, tetapi kerajaan jangan hanya menilai keperluan mereka dengan pemberian seumpama itu.
"Adalah lebih besar, kerajaan memikir dan membantu meringankan bebanan mereka dengan hal-hal berkaitan yang dilihat menimbulkan keresahan pesawah," ujarnya.
Terang beliau lagi, kerajaan perlu proaktif menanggani isu pesawah secara holistik merangkumi hal pemutuan padi, kenaikan, serta ketidaktentuan harga benih padi, harga baja dan racun.
Malah katanya, kos-kos peralatan dan perkhidmatan pengurusan padi, serta perluasan pemberian subsidi kepada pesawah perlu diambil kira.
Tambah beliau, kerajaan harus peka memandangkan para pesawah merupakan agen pengeluar dan penyumbang makanan di Malaysia, namun kebajikan mereka sering terabai.
"Pendapatan mereka semakin mengecil apabila dibebankan kenaikan pelbagai kos. Dalam masa yang sama mereka juga terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup dan kenaikan harga barang keperluan yang semakin melambung.
"Keringat mereka umpama "orang lain dapat isi, mereka(pesawah) hanya dapat kuah"," tegas Dr Ahmad Fakhruddin lagi.
Justeru itu maklum beliau, PAS Kedah tetap konsisten memperjuangkan hak golongan masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi pertanian seperti penoreh getah, petani, pesawah dan nelayan agar mendapat pembelaan sewajarnya. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber hD - 1-11-2017












































































































Muslimat periksa tahap kesediaan jentera

KANGAR: Keselarasan dan kesepaduan gerak kerja pilihan raya antara semua entiti PAS penting dalam mewujudkan kekuatan sebagai jentera yang berkesan.
Sehubungan itu, Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan lawatan kerja memeriksa tahap persiapan jenteranya di Perlis.
Pertemuan diketuai Pengarahnya, Noraini Hussain bersama Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis itu berlangsung di Kompleks PAS Perlis, di sini semalam.
Menurut Noraini, lawatan itu adalah rutin pemantauan pihaknya dalam memastikan penyelarasan gerak kerja HalWa di peringkat Negeri, Parlimen dan Dun.
Sempena lawatan itu juga, mereka turut berkesempatan bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin serta Ketua Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 

Dua himpunan buktikan masa depan PAS cerah
Posted on Monday, October 30 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36305


PAS mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai generasi pelapis mantap yang merupakan rahsia umum kekuatan parti itu, kata ketua penerangannya, Nasrudin Hassan.


Keyakinannya itu berdasarkan keupayaan parti itu dua himpunan besar baru-baru ini yang melepasi angka sasaran kehadiran.

“Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Okt jam 2.30 petang di Kuala Kangsar, Perak dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut, Kedah.

“Inilah gelombang hijau atau lebih tepat Gelombang Islam yang terhasil dari Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu, kini sudah melanda seluruh negara.

“Bermula di Perak, Kedah dan Insya-allah bakal merebak ke negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily.

Menurut Nasrudin, sejak 1951 hingga kini, PAS boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.

Katanya, anak-anak muda menepati 80 peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“PAS terus mara dengan yakin dan gagah untuk terus teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya. Biar menempuh 1001 ujian.

“Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun temperature perjuangan Islam tidak pernah rendah,” katanya.

Beliau berkata, PAS terus didekati oleh semua lapisan kerana memperjuangkan agama.

“Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan PAS terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua,” katanya.

Nasrudin meletakkan jumlah kehadiran di Kuala Kangsar pada angka lima ribu orang manakala 12 ribu di Kota Sarang Semut.

Sumber TKO - 30-10-2017












































































































Tiga janji Pas kepada orang Kedah
Posted on Monday, October 30 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36292



KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah mengumumkan tiga tawaran yang terkandung dalam manifesto Pas Kedah untuk negeri ini menjelang PRU14.


Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, antara tawaran akan dilaksanakan seandainya rakyat  memberi mandat kepada parti itu, pihaknya bersedia untuk meneruskan semula program Kem Pembangunan Insan.

"Program itu terbahagi kepada tiga peringkat usia iaitu Kem Anak Soleh melibatkan anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun, Kem Bina Insan melibatkan kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun dan Kem Bina Sahsiah kepada remaja berusia lebih 17 tahun.

"Kita melihat bahawa modal insan sumber menggerakan tanah air ini mestilah berpaksikan kepada individu-individu  taat kepada ALLAH SWT, individu yang menjaga sahsiah dan akhlak  dan berilmu.

"Dengan ilmu dan akhlak dimiliki setiap anak-anak dari Kedah maka Insya ALLAH, Kedah akan mencapai ketamaduan yang baik jika rakyatnya bersikap dan berakhlak mulia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Terbesar Jentera Pilihanraya Pas Kedah (H12K) di Kompleks Pas Pusat, di sini, malam tadi.

Ahmad Fakhruddin berkata, Pas Kedah juga ingin menawarkan sekampit beras bawah program sekampit sejahtera kepada mereka yang berkelayakan dari seluruh Kedah.

"Program ini diinisiatifkan berdasarkan hasil pengalaman Pas Kedah mengurus program sekampit beras untuk penoreh getah dari seluruh Kedah khususnya tertumpu di kawasan Sik, Baling dan Padang Terap, ketika mereka  berhadapan dengan situasi harga getah menjunam pada dua tahun lalu.

"Hasil pengalaman tersebut, Pas negeri ingin menawarkan pada PRU akan datang ini, sekampit sejahtera buat bagi mereka yang berkelayakan," katanya.

Seterusnya, Ahmad Fakhruddin berkata, tawaran ketiga adalah meneruskan semula Skim Kafala yang diperkenalkan pada waktu pentadbiran  Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, pada penggal yang lalu.

"Ketika pentadbiran Ustaz Azizan mengagihkan bantuan bernilai RM500 kepada keluarga jenazah di bawah Skim Kafala.

"Insya-ALLAH, jika diizinkan ALLAH SWT dan mandat diberikan rakyat, kita cuba menawarkan kenaikkan pada skim berkenaan dari RM500 kepada RM750," katanya.

Menurutnya, tujuan untuk mendapatkan mandat rakyat untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat seluruhnya, kesejahteraan rakyat dijadikan satu fokus pada PRU akan datang.

Katanya, pada masa sama, Pas Kedah akan diumumkan Skim Pembangunan Negeri Darul Aman.

"Kita cuma boleh sampaikan tawaran-tawaran kepada rakyat tanpa ada apa-apa makna, melainkan kita (Pas) menang dalam PRU akan datang ini.

"Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh ahli Pas Kedah serta Pas Pusat, marilah kita bekerja bersungguh-sungguh dengan niat mengangkat agama ALLAH S.W.T," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kenyataan Pas bersedia untuk bertanding di 36 keruso Dun dan 15 kawasan Parlimen di seluruh Kedah, bukan sekadar syok sendiri.

Katanya, Pas Kedah telah membuat analisa lihat satu per satu dun dan parlimen.

"Maklumat yang kita perolehi adalah dalam PRU akan datang, Pas mahu mampu menewaskan BN dengan syarat seluruh ahli Pas dari peringkat akar umbi perlu bekerja bersungguh-sungguh berjumpa penduduk dari rumah ke rumah.'
"Ketuk pintu dari rumah ke rumah, janganlah melihat kepada warna bendera mereka, jumpa dan nyatakan hasrat parti," katanya.

Justeru, Ahmad Fakhruddin mengajak seluruh ahli partinya untuk memperbetulkan niat, berdisplin, konsisten dalam mengurus organisasi parti dan memahami pendirian Pas.

"Dengan demikian, kita tidak akan ada perasaan ragu-ragu dan was-was terhadap parti dan akhirnya bersabar dalam melaksanakan tuntutan dan amanah diberi oleh pihak pimpinan parti," katanya.

Sumber TKO - 30-10-2017












































































































Pembalakan punca banjir di Ulu Mahang

KULIM BANDAR BARU: Kerajaan negeri digesa agar mengawal dan memantau aktiviti pembalakan di Gunung Inas berikutan kesan dari pembalakan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur di Kampung Ulu Mahang, Karangan, pada 28 Oktober lalu.
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baru, Ustaz Mohd Khairi Mohd Salleh berkata, aktiviti pembalakan yang dilihat seolah-olah tidak dipantau itu telah memberi kesan kepada kampung berkenaan, walaupun sebelum ini tidak pernah dilanda banjir kilat kerana kawasannya agak tinggi. 
"Akibat aktiviti pembalakan gondol(cuci mangkuk) itu mengakibatkan air lumpur dari kawasan pembalakan mengalir laju tanpa halangan ke sungai dan seterusnya memasuki kawasan kampung berdekatan apabila berlaku hujan lebat," ujar beliau. 
Jelasnya, kesan berkenaan menjadi bertambah ketara kerana aktiviti kuari pasir di Sungai Karangan menjadikan sungai terbabit semakin cetek. 
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri perlu mengkaji semula syarat perlesenan agar perkara seumpama itu tidak berlaku dan tidak hanya memikirkan keuntungan sehingga membawa padah serta kemudaratan kepada penduduk. 
Banjir lumpur itu juga dikatakan melimpah ke kawasan sawah padi berdekatan dan mengakibatkan dipenuhi dengan lumpur merah. 
"Penduduk sudah pun meminta agar aktiviti pembalakan dan kuari pasir itu diberhentikan dan mendapat sokongan dari CAP, SAM dan pensyarah UTM, Prof.Maketab Mohamad, namun ia diteruskan juga sehingga hasilnya penduduk kampung yang menimpa musibah. 
"Malah, lebih dikesali, tak kira pokok besar atau kecil semuanya ditebang," luah beliau lagi. 
Justeru itu katanya, dakwaan kononnya "BN Menang Kedah Senang" sememangnya langsung tidak menjadi realiti kepada rakyat bawahan terutama masyarakat kampung.
Sebaliknya ujar beliau, mereka terpaksa menanggung kesan akibat kerakusan sesetengah pihak yang mengutamakan keuntungan semata-mata. 
Sementara itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baru, Ustaz Abd Rahman Abd Razak, turun padang meninjau keadaan tujuh buah rumah yang dilanda banjir lumpur berkenaan, semalam. 
Di samping menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan, Jabatan Amal Kawasan terbabit juga membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat.-HARAKAHDAILY 30/10/2017
Sumber HD- 30-10-2017 


















































































































































Gema baiah tegakkan Islam di Kedah


KUALA KEDAH: Baiah ikrar dilafazkan 15,000 anggota Jentera Pilihan Raya PAS Kedah untuk mendokong syariat Islam, beristiqamah serta bekerja bersungguh-sungguh menggapai kemenangan Islam.
Taat setia itu diungkapkan penuh semangat pada Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Malam penuh bersejarah itu menyaksikan kehadiran luar jangka melebihi sasaran di mana hampir 80 peratus terdiri dari golongan muda.
Sebelum itu program dimulakan dengan pemeriksaan pembarisan oleh 36 kontinjen mewakili setiap Dun dalam negeri Kedah. 
Pemeriksaan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man diiringi Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
Para peserta juga diberi suntikan taujihat perjuangan yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Fakhruddin sendiri.
Memontem ditunjukkan oleh Jentera Pilihan Raya PAS Kedah itu menjadikan himpunan berkenaan antara terbaik berbanding himpunan lain yang pernah berlangsung di negeri itu.
Selain itu, pada malam keramat tersebut juga tiga tokoh utama di Kedah mengisytiharkan penyertaan bersama PAS. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD- 29-10-2017 




















































































































































Tiga tokoh isytihar sertai PAS


KUALA KEDAH: Tiga tokoh mengisytiharkan penyertaan bersama PAS sempena Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Mereka ialah mantan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Badarudin Ahmad; mantan Pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom dan mantan Penolong Pengarah JAKIM, Mahadir Mohd Noor.
Mahadir Mohd Noor ketika sempat ditemui Harakah mengatakan, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS) yang dilaksanakan oleh PAS sekarang menjadikan beliau tertarik untuk menyertai parti itu selain beberapa perkara yang dilihat tidak ada pada parti lain.
"Ikhlas saya katakan, ahli-ahli dan pemimpin PAS ini ikhlas dan penat lelah mereka tidak mengharapkan bayaran atau ganjaran," ujar beliau.
Selain itu, beliau yang sejak dahulu sudah agak cenderung kepada PAS, melahirkan rasa muak dan jelak dengan sandiwara pemimpin Umno-BN.
Kebanyakannya mereka katanya, hanya berlakon di hadapan rakyat dan juga rakus serta banyak melakukan penyelewengan di dalam pentadbiran.
Beliau juga berkeyakinan PAS akan beroleh kemenangan maksimum memandangkan gelombang momentum rakyat sekarang berpihak kepada PAS termasuk sokongan hebat dari golongan muda.
"Saya juga menyokong penuh PAS bertanding sendirian kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan mampu menarik sokongan rakyat," tambahnya lagi.
Mengulas berkenaan kewujudan PH baginya, parti berkenaan tidak mendapat sokongan ramai memandangkan ia sebuah parti yang dipimpin oleh bekas pemimpin parti tertentu.
Sudah tentu ujarnya, corak kepimpinan mereka lebih kurang sama dengan Umno yang dilihat lebih kepada bertelagah merebut 'panggu' (kepentingan) masing-masing.
Beliau menerima sijil keahlian PAS dari Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan yang disertai sekitar 15,000 ahli PAS itu.
Walau bagaimanapun, dua orang tokoh lagi tidak dapat bersama kerana mempunyai tugasan penting luar kawasan. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD- 29-10-2017 

JELAS 3.0 tambah semangat Muslimat Perlis

KANGAR: Kesiapsiagaan Muslimat sebagai salah satu sayap PAS dalam gerak kerja PRU14 terus diperkuatkan dengan sesi penerangan melalui Program Jelajah Saidatina Khadijah Siri 3.0 (JELAS 3.0) yang diadakan di Kompleks PAS Perlis, di sini hari ini.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Perlis, Norhasmayati Che Me berkata, JELAS 3.0 menjadi salah satu mekanisme untuk menyampaikan maklumat yang selaras di semua peringkat.
JELAS 3.0 adalah program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama LPHM Negeri-Negeri sejak dari dua tahun yang lalu.
Pada program tersebut, peserta didedahkan dengan sesi penerangan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli dan turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017 


Pengundi tak kisah Mahfuz tak bertanding di Pokok Sena
Posted on Friday, October 27 @ 12:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36211&mode=thread&order=0&thold=0



POKOK SENA: Selepas PAS Kedah mengesahkan Datuk Mahfuz Omar tidak ada dalam senarai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, rata-rata pengundi di sini menyatakan tidak kisah beliau tidak dicalonkan lagi.

Ia selepas Mahfuz, yang mewakili kawasan itu sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon BN pada 2004, dilihat semakin rapat dengan Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.
Mohd Razali Murad "OK" sekiranya PAS tidak mencalonkan Mahfuz.
Mohd Razali Murad “OK” sekiranya PAS tidak mencalonkan Mahfuz.

Mohd Razali Murad, 57, menyatakan dia “OK” sekiranya PAS tidak mencalonkan Mahfuz untuk bertanding pada PRU14 akan datang.

“Selama dia pegang (jawatan ahli Parlimen Pokok Sena) saya tak nampak apa dia buat. Cuma dijemput ke kenduri, datang, itu sahaja. Kalau buat aktiviti, saya dah lama tak dengar.

“Tengok cara dia, macam tak ada wakil rakyat. Apa dia buat pun kita tak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada 21 Oktober lalu mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PRU14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena. Beliau berkata Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding dan PAS Kedah mahu meletakkan calon lain di situ.

Razali yang juga merupakan seorang pesara berkata, beliau kecewa dengan Mahfuz kerana selepas beliau menghilangkan diri selepas memperoleh jawatan itu.

“Ada jawatan terus hilang. Kita pun rasa kecewa dengan dia,” katanya.
Mohd Yusof Abdul Taib menyatakan dia tidak kisah sekiranya Mahfuz tidak dicalonkan.
Mohd Yusof Abdul Taib menyatakan dia tidak kisah sekiranya Mahfuz tidak dicalonkan.

Seorang lagi pengundi, Mohd Yusof Abdul Taib, 54, juga tidak kisah Mahfuz tidak dicalonkan untuk bertanding di kawasan Pokok Sena pada PRU14 akan datang.

Yusof, seorang penyokong PAS, turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap Mahfuz yang lebih ke arah Pakatan Harapan.

“Kecewa… pasal kita pangkah dia dulu kan,” katanya.
Mohd Shaari Mohd Fauzi menyatakan dia "tidak berapa suka" dengan cara Mahfuz.
Mohd Shaari Mohd Fauzi menyatakan dia “tidak berapa suka” dengan cara Mahfuz.

Dia yang meniaga di Pokok Sena selama 20 tahun berkata “jarang nampak” Mahfuz melawat kawasan.

Pengundi, Mohd Shaari Mohd Fauzi, 51, pula “tidak berapa suka” dengan cara Mahfuz di Pokok Sena.

“Dari segi masyarakat dia kurang ambil perhatian. Cuma yang dia hadir ketika ada majlis kenduri orang panggil dia hadir.

“Dari segi program-program memang tak ada yang dia buat untuk masyarakat. Dia ikut tempat-tempat BN kuat tak ada lah program dia buat,” katanya.

Mahfuz yang hadir pada konvensyen Amanah, parti pecahan PAS, yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini, berkata beliau tidak kisah digugurkan daripada senarai calon.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS Kedah kerana tidak mencalonkan saya sebagai calon,” kata Mahfuz mengulas keputusan partinya.

“Walaupun mereka mencalonkan, saya tidak akan menerima pencalonan kerana saya akan dilihat sebagai mengkhianati rakyat.”


Bekas ketua Pemuda PAS yang merupakan antara pemimpin paling lantang parti Islam itu bagaimanapun masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun dilaporkan PAS Kedah.

Sumber TKO - 27-10-2017


























































































































































Timbalan Ketua DUP Perlis kembali ke rahmatillah



TIMBALAN Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Soleh Adam kembali ke rahmatillah pada jam 2.15 pagi tadi. 
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Yussaine Yahya menerusi tulisan di laman web PAS Negeri Perlis. 
Menurutnya, jenazah Almarhum disolatkan di Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN), Kampung Abi Padang Machang, Kangar dan dikebumikan di tanah perkuburan Kompleks MATIN. - HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD- 27-10-2017 





























































































































































PAS Perlis kehilangan tokoh ulama

KANGAR: Telah kembali ke rahmatullah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis yang juga Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Allahyarham Ustaz Salleh Adam pada pagi Jumaat 27 Oktober hari ini.
Almarhum pergi meninggal seorang isteri, Azizah Lebai Yahya dan 11 orang anak setelah disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di Hospital Tuanku Fauziah, di sini.
Ustaz Salleh berasal dari Kubur Panjang, Pendang Kedah dan telah bermastautin serta berkhidmat dengan PAS Perlis sejak dari muda lagi.
Jenazah Almarhum telah disolatkan di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (Matin), Kampung Abi Padang Machang, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Matin.
Turut hadir di majlis pengebumian ialah Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusainee Yahya dan Ketua Urusan Ulama PAS Perlis Ustaz Idris Yaakob. - HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 





























































































































































Himpunan 12,000 jentera PAS Kedah

SEMUA petugas dan jentera pilihan raya seluruh Kedah termasuk dewan ulama, pemuda dan muslimat dijangka akan berkampung di Kompleks PAS Kedah pada 28 Oktober ini untuk menjayakan Program Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah.
Program yang akan dimulakan pada pukul 6 petang itu akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti solat hajat dan munajat perdana yang akan dikendalikan oleh Dewan Ulama PAS Kedah. 
Sebelum itu seawal 6.00 petang, konvoi motosikal di bawah selian Dewan Pemuda PAS Kedah akan tiba di perkarangan kompleks berkenaan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. 
Acara kemuncak pada malam itu akan menyaksikan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Pengarah Pilihanraya PAS Kedah, Ustaz Azizan Hamzah manakala tetamu kehormat pada malam itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man akan dibawa untuk pemeriksaan pembarisan Kontijen 36 MTD seluruh Kedah. 
Seperkara yang istimewa pada malam berkenaan iaitu akan diadakan cabutan bertuah iaitu hadiah utamanya merupakan pakej umrah tajaan Zuhud Holiday Sdn Bhd, 10 baucer Umrah bernilai RM500, kepingan emas tajaan GSG Gold, 5 hand free car kit dari Hijau.FM serta hadiah-hadiah bernilai yang lain. 
Antara yang akan berucap pada malam bersejarah itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Kedah. 
Sementara itu Gimik Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kedah dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD - 26-10-2017 












































































































PAS Paya Besar anjur Jualan Amal Prihatin Rakyat


PAYA BESAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar telah melelong pakaian-pakaian berjenama dan berkualiti pada program Jualan Amal Prihatin Rakyat di Taman Tas, di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Fazli Mohd Noor berkata, jualan amal ini dianjurkan oleh Lajnah Ekonomi Pemuda dengan kerjasama Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Paya Besar (LAKEB PB).
Program ini maklumnya, sebagai usaha bagi mengisi dana Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR) yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
Tambahnya, setakat ini lebih 1,000 orang menerima bantuan tersebut yang diagihkan setiap dua bulan sekali di mana para penerima bantuan terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang memerlukan. 
Program dianjurkan itu juga menyediakan kaunter daftar pemilih dan air minuman percuma buat semua pengunjung yang hadir.
Menurutnya lagi, ramai boleh mendaftar untuk menerima bantuan ini dengan menghubungi 'hotline' TPR ditalian 016-2640448.
Orang ramai juga boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar melalui akaun Maybank 556226404572. - HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017 












































































































H12K PAS Kedah ke arah menangi PRU14


ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah mengukuhkan persiapan untuk memenangi PRU14 dengan mengadakan Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini bermula petang Sabtu, 28 Oktober depan.
Himpunan besar itu mengambil keimanan dari hadis Rasulullah S.A.W dari Ibni Abbas R.A mengenai bilangan kekuatan bahawa sama sekali tidak akan dikalahkan 12,000 anggota oleh golongan yang sedikit.
Dengan reputasi sebagai negeri yang mempunyai ahli dan Cawangan PAS terbanyak, angka tersebut diyakini dapat dicapai untuk menyemarakkan motivasi seluruh jentera menjelang PRU14 tidak lama lagi.
Malah, selaku pemain utama politik di Kedah, PAS yakin telah bersedia untuk memikul semula tanggungjawab dan mandat rakyat untuk mengemudi pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.
Himpunan mega yang bakal menjadi saksi komitmen dan paduan tenaga ahli PAS seluruh negeri ini akan diisi dengan majlis solat hajat, doa, munajat, amanat, baiah dan derma jihad.
Pimpinan utama yang menyuntik semangat juang pada himpunan tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD- 22-10-2017



Raja Muda Perlis kecewa Islam ditonjol negatif
Posted on Thursday, October 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36018


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyatakan rasa kecewa kerana ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.


Baginda turut melahirkan rasa bimbang apabila segelintir masyarakat mengambil mudah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu isu berkaitan Islam tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Menyampaikan syarahan umum kepada pegawai dan pelajar Daffodil International University di Dhaka, Tuanku Syed Faizuddin bertitah Islam merupakan agama yang cintakan keharmonian.
Hadir sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berada di Bangladesh sejak Ahad lepas bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelarian.

Terdahulu baginda bersama delegasi meninjau kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar serta menyampaikan bantuan kepada mereka.
- Bernama

Sumber TKO - 19-10-2017












































































































Himpunan Kleptokrasi tidak bermaya


ALOR SETAR: Jumlah kehadiran dalam himpunan yang dianjurkan oleh parti politik secara tidak langsung  mencerminkan kekuatan organisasi, jentera mobilisasi serta komitmen ahli sesebuah parti berkenaan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata demikian ketika mengulas himpunan Kleptokrasi anjuran sebuah parti politik baru-baru ini yang didapati tidak mencapai sasaran.
"Tidak perlu membandingkan himpunan berkenaan dengan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, baru-baru ini kerana kehadiran peserta dari Kedah pun mencapai 15,000 dari 200,000 yang hadir," ujarnya.
Menurutnya, pengamal politik tempatan juga menyifatkan himpunan Kleptrorasi berkenaan mencerminkan tahap sokongan dan komitmen ahli-ahli politik dalam koalisi Pakatan Harapan berkedudukan kabur.
Bahkan jelasnya lagi, kandungan ucapan para pemimpin Pakatan Harapan dalam himpunan berkenaan lebih kepada pernyataan emosi, tidak fokus dan longlai untuk memperlihatkan kesungguhan parti berkenaan membina negara sejahtera.
Sehubungan itu, Dr Ahmad tidak menolak pandangan penganalisa politik tempatan mahu pun antarabangsa yang akan mengambil kira aktiviti politik parti sebagai kayu pengukur tahap kekuatan sesebuah parti itu, lebih-lebih lagi menjelang PRU14 nanti.
Justeru itu tambah beliau, adalah amat perlu setiap parti politik sentiasa membuat kajian untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap subjek yang diperjuangkan.
Kata beliau lagi, PAS lebih memberi tumpuan untuk mencapai halatuju politiknya yang berpaksikan Islam sebagai pemangkin kesejahteraan ummah.
"Kita akan terus konsisten dengan pendekatan kesejahteraan ummah menerusi pengenalan Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) 2051 yang jelas membawa kebaikan kepada semua," tambahnya. - HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD - 17-10-2017 












































































































Muslimat Muda PAS Perlis anjur MISWA







KANGAR: Muslimat Muda PAS Negeri Perlis akan menganjurkan Malam Inspirasi Seni Wanita (MISWA)  di Komplek PAS Perlis, di sini pada 25 November depan.
Pengarah MISWA, Nuha Che Man berkata, program tersebut bertujuan mengenengahkan suara wanita muda supaya lebih ke hadapan bagi menyemarakkan usaha dakwah.
“Program ini adalah lanjutan dari Pidato Piala Ameerah yang dianjurkan pada 15 April tahun lepas.
“Cuma pada kali ini, penyertaan akan dibuka lebih meluas bukan saja untuk pertandingan pidato, malah sajak dan nasyid juga turut dipertandingkan,” jelas beliau.
Menurut Nuha, MISWA mensasarkan penyertaan wanita muda yang berumur 18 hingga 40 tahun merentasi agama dan budaya.
Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan, Dalila Azhari selaku penganjur bersama pula berharap agar program itu dapat menjadi platform kepada wanita muda untuk menjalankan dakwah dengan lebih berkeyakinan dan berkesan.
Beliau juga mengharapkan agar wanita muda tidak ketinggalan dalam sebarang bidang, temasuk kesenian dan aktiviti sosial yang tidak lari dari kerangka agama, budaya dan akhlak.
Menurut beliau lagi, kupon infaq dan makan malam juga disediakan bagi mereka yang ingin menyumbang dengan terus menghubungi Bendahari MISWA, Noor Sara Mashitoh di talian 0187920162. - HARAKAHDAILY 13/10/2017
Sumber  HD - 13-10-2017












































































































PAS Kedah bantu mangsa banjir

ALOR SETAR: Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di negeri ini, PAS Negeri Kedah menggerakkan bantuan yang dihulurkan langsung ke kediaman dan pusat-pusat pemindahan.





















































































































Pengerusi Lajnah Bencana dan Kecemasan PAS Kedah, Dato' Dr Mohd Hayati Othman berkata, bagaimanapun penumpuan diberikan kepada mangsa yang tidak berpindah ke penempatan banjir.
Menurutnya, petugas meranduk air dari rumah ke rumah menyampaikan sumbangan makanan, biskut, roti, air minuman dan lain-lain bagi keperluan asas mangsa.

Terangnya, walaupun banjir kali ini tidak seteruk pernah berlaku pada masa-masa lalu, namun PAS tetap mengambil kira kesusahan serta musibah yang melanda rakyat dan berusaha membantu semampunya untuk meringankan bebanan.

Sehubungan itu jelasnya, petugas PAS termasuk pemimpin PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat dan Jabatan Amal bertungkus lumus tanpa mengira waktu untuk memastikan mangsa-mangsa banjir dibantu.

"Ada kawasan yang menyediakan nasi dan lauk untuk dihantar ke rumah mangsa banjir yang sukar keluar masuk kerana jalan ke rumah mereka ditenggelami air, seperti di Anak Bukit dan Alor Setar.
"Sumbangan bahan mentah seperti beras, sardin, gula, kopi dan lain-lain juga dihantar ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir.

"Sementara itu di tempat yang airnya sudah surut  petugas PAS terutama dari kalangan Pemuda dan Jabatan Amal telah memulakan operasi mencuci," ujarnya yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Secara umumnya beliau berpuas hati kerana misi bantuan mangsa banjir PAS Kedah berjalan lancar di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua petugas parti yang bertungkus lumus membantu tanpa mengira masa dan waktu selain turut menyumbang wang ringgit untuk menjayakannya.

Berikutan hujan lebat beberapa hari sebelumnya dan berlakunya air pasang besar, beberapa kawasan termasuklah Pendang, Kuala Kedah, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Merbok dilanda banjir dan mengakibatkan setengahnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir. - HARAKAHDAILY 28/9/2017


Sumber HD - 28-9-2017













































Yakin menangi Kedah walaupun bersendiri

ALOR SETAR: Terbukti dalam lipatan sejarah, PAS  tidak pernah kehilangan kerusi di Dun Kedah sejak tahun 1969, cuma berbeza jumlah kerusi yang dimenangi antara penggal ke penggal.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi membidas pandangan musuh politik PAS yang mempertikaikan keupayaan parti itu untuk memenangi mana-mana Dun mahu pun Parlimen secara sendirian.

"PAS sudah bertapak di Kedah selama 65 tahun dan Cawangan pertamanya di Bukit Besar ditubuhkan pada tahun 1952. Pertambahan Cawangan PAS berterusan sehinggalah pada April 1976, tertubuh pula Badan Perhubungan PAS Kedah," terang beliau.

Berikutan itu terangnya, kekuatan PAS sehingga kini dipayungi komitmen ahli yang sentiasa berusaha memperbanyakkan cawangan dan keahlian, disamping memperteguhkan kefahaman menerusi program tarbiyah dan lain-lain.

Selain itu menurut beliau, penglibatan golongan muda yang secara tidak langsung dapat berganding bahu bersama tenaga lama yang berpengalaman membuatkan PAS lebih kental mengharungi gelombang politik negara.

"PAS tidak jemu berhadapan dengan Umno setiap kali pilihan raya walaupun pernah bersama pada pilihan raya pada tahun 1978 lalu.

"Kelainan prinsip perjuangan antara PAS dan Umno menjadi pemisah yang nyata dan PAS komited untuk menumbangkan Umno-BN dan meletakkan Islam sebagai dasar sejajar dengan prinsip PAS, " jelasnya lagi.

Sehubungan itu, tegas Dr Fakhruddin, PAS Kedah bertekad untuk meyakinkan rakyat bahawa pihaknya bersedia memikul tanggungjawab menggantikan kepimpinan Umno-BN yang menerajui Kedah sekarang ini. 

Ujarnya, PAS Kedah juga memiliki rekod dari kejayaan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam melaksanakan amanah rakyat pada penggal lalu. - HARAKAHDAILY 23/9/2017
Sumber HD - 23-9-2017










































Projek tebatan banjir gagal?

KANGAR: Projek Tebatan Banjir Lencongan Barat Perlis bernilai RM560 juta dilihat menjadi punca kepada kejadian banjir kilat di daerah ini walaupun pembinaannya bertujuan untuk menangani permasalahan tersebut











































Dalam tahun ini sahaja, empat kali banjir terjadi, manakala tahun lalu direkodkan banjir berlaku sebanyak enam kali menyebabkan penduduk menanggung kerosakan harta benda terutama melibatkan Kampung Tebing Tinggi, Bintong di sini.

Malah, sebahagian rumah penduduk di kampung itu mengalami masalah keretakan yang agak serius dipercayai berpunca dari kerja-kerja 'pilling' kuat dilaksanakan oleh pihak kontraktor projek tebatan tersebut.

Simpati terhadap penduduk yang menjadi mangsa banjir, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Bintong telah mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di  Kampung Tebing Tinggi, semalam.

Ziarah dipimpin Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar, Dr Saifizi Saidon dan Pengarah MTD Bintong itu adalah sebagai keprihatinan dan kebajikan terhadap mangsa banjir di mana sumbangan berupa keperluan harian dapur dan kewangan diberikan.

Turut serta pada ziarah itu adalah Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, Amirul Jufri Md Saman dan beberapa pimpinan Unit Peti Undi (UPU) di situ.

Mewakili penduduk Kampung Tebing Tinggi, Pemuda PAS Kangar dan MTD Bintong meminta Kerajaan Negeri Perlis melalui Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man agar segera menangani masalah tersebut mengikut terma dan syarat kontrak. - HARAKAHDAILY 17/9/2017

Sumber HD - 17-9-2017


e-HARAKAH














































































































Usah tuding jari semberono pada maahad tahfiz

ALOR SETAR: Badan Perhubungan PAS Kedah, Dewan-Dewan Negeri serta seluruh pemimpin dan ahli PAS semua peringkat negeri ini merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris para pelajar Maahad Tahfiz Ittifaqiah, Keramat, yang terkorban syahid akibat kebakaran pada 14 September lalu.















































































































Menurut Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, kejadian tragis yang mengorbankan lebih 20 mangsa itu perlu dibuat siasatan terperinci untuk mengetahui punca tragedi berkenaan berlaku.

"Tidak perlu menuding jari semborono mengungkit kelemahan pengurusan madrasah, sepatutnya Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa negeri mengambil peranan membantu meningkatkan mutu keselamatan sekolah-sekolah seumpama itu," kata beliau.

Lebih dikesali beliau, terdapat pihak tertentu 'menangguk di air keruh' memperlekeh institusi pendidikan tahfiz, pondok-pondok mahu pun sekolah agama rakyat, sedangkan mereka terlupa institusi pendidikan berkenaan beroperasi tanpa bantuan kerajaan, namun masih utuh dengan sumbangan orang ramai yang cintakan kepada pendidikan Islam.

"Tidak seharusnya kritikan pedas tidak berhemah itu dilemparkan disaat para waris mangsa sedang bersedih.Sekurang-kurangnya, simpan sedikit rasa simpati kepada mereka yang ditimpa ujian itu, kalau pun anti sangat dengan pendidikan Islam," ujar Dr Ahmad lagi.

Beliau turut mengimbau peristiwa sama yang pernah berlaku di Madrasah At-Taufiqiah Al-Halimiah, Padang Lumat, 27 tahun lalu.

Katanya, walaupun kebakaran itu melibatkan nyawa yang terkorban, namun sekolah terbabit tetap beroperasi dan mendapat sambutan dari masyarakat hingga kini. - HARAKAHDAILY 16/9/2017

Sumber HD - 16-9-2017















































































































































































Siti Kasim: Muslimat PAS Perlis lapor polis

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis turut membuat laporan polis terhadap status Facebook oleh Siti Kasim dan David Orok yang telah menghina Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.


















































































































































































Laporan polis itu telah dibuat oleh Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Latifah Mat yang diiringi beberapa exconya di Ibu Pejabat Polis Kangar, di sini semalam.
Tegas Latifah, tindakan Siti Kasim dan David Orok jelas bermaksud jahat dan bertujuan mengelirukan sejarah umat Islam.

"Kenyataan mereka berdua harus diambil tindakan kerana ia bersifat melampau dan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Status Facebook mereka jelas secara sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai ibadah korban," ujarnya.

Perkembangan isu ini menyaksikan seluruh pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Negeri-negeri telah mengadakan laporan polis agar tindakan undang-undang diambil kepada dua individu tersebut.

Sumber HD - 16-9-2017















































































































































































PAS Kedah lapor polis kebiadaban Siti Kasim

ALOR SETAR: Keceluparan serta kebiadapan Siti Kasim dan David Orok secara terang-terangan telah mempersenda Islam, Nabi-nabi dan cuba mengaburi kebenaran yang termaktub di dalam Al-Quran Nur-Karim, sehubungan itu satu laporan polis dibuat bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini. 




















































































































































































Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood mengharapkan, susulan tindakan laporan polis itu satu siasatan berasaskan prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas dua individu berkenaan dapat disegerakan di samping tindakan yang wajar perlu diambil. 
"Kami berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera agar perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang," tegas beliau. 
Sementara Ketua Muslimat PAS Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali menyifatkan tulisan Siti Kasim yang disokong oleh David Orok itu amat biadap yang bukan sahaja boleh menyesatkan orang lain, malah berpotensi mencetuskan ketegangan dan rasa permusuhan antara agama. 
 Kebiadapan beliau disokong David Orok itu mengatakan ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam menjelang Eidul Adha sekadar mewarisi perbuatan dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tanpa mengetahui maksud tujuannya. 
Siti Kasim menyifatkan pelaksanaannya sebagai membuta tuli dan penyembelihan korban itu satu perbuatan yang tidak bermoral terhadap haiwan dan alam sekitar. - HARAKAHDAILY 15/9/2017

Sumber HD - 15-9-2017























































































































































































MB Kelantan beri penghormatan terakhir

MENTERI Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob turut hadir pada Istiadat penghormatan terakhir di Istana Anak Bukit tengah hari tadi.
Jenazah Almarhum Sultan Kedah disembahyangkan pada jam 10.30 pagi tadi di Istana Anak Bukit. Sementara itu penghormatan terakhir terhadap jenazah Almarhum akan bermula pada jam 11 pagi.

Jenazah akan diarak melalui jalan-jalan utama di sekitar Alor Setar sebelum dibawa ke Makam DiRaja, Jalan Langgar untuk disemadikan di Makam DiRaja, Jalan Langgar pada kira-kira jam 2.30 petang. 
Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula semalam sehingga 17 September sebagai menghormati kemangkatan baginda. 
Sepanjang tempoh berkenaan sebarang perayaan, hiburan dan majlis keraian dibatalkan.
Almarhum mangkat pada usia 90 tahun. Baginda diputerakan di Istana Anak Bukit pada 28 November 1927. 
Sepanjang hayat baginda, Almarhum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada September 1970 dan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011. – HARAKAHDAILY 12/9/2017 















Sumber HD - 12-9-2017 
























































































































































































Kemangkatan Tuanku Abdul Halim: PAS Kedah sembah takziah

PESURUHJAYA dan seluruh jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah, merakamkan sembah takziah kepada Ke Bawah DYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun serta seluruh kerabat DiRaja Kedah Darul Aman di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, ketika dihubungi menyifatkan hari ini (11 September) merupakan detik kesedihan bagi seluruh rakyat jelata Negeri Kedah yang kehilangan Payung Negeri yang amat disayangi.
"Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada semua di atas kemangkatan tersebut. 
"Bagi PAS Kedah, pemergian baginda merupakan kehilangan besar terhadap rakyat dan negeri, yang sekian lama bernaung di bawah keadilan dan kesaksamaan pemerintahan baginda. 
"Begitulah juga besarnya jasa baginda terhadap perkembangan Islam, perpaduan rakyat serta pembangunan di negeri ini," kata beliau dengan nada sedih.
Seperkara yang tidak dapat dilupakan, kata beliau akan jasa baginda dalam mempertahankan demokrasi dengan menghormati semua kerajaan yang dinaikkan dengan mandat rakyat. Sentuhan kebijaksanaan baginda dapat dirasai sewaktu PAS dan Pakatan Rakyat diberi peluang sepenggal mentadbir kerajaan. 
"Kami juga tidak akan lupakan tindakan baginda yang sanggup mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada Memali suatu ketika dahulu. 
"Semua kenangan indah perihal tertibnya baginda menyantuni rakyat sepanjang pemerintahan hanya wajar dicatatkan dengan tinta emas," sambungnya lagi. 
Sehubungan itu jasa-jasa baginda tetap menjadi kenangan dan terpahat kukuh di ingatan seluruh rakyat. Almarhum di hati rakyat dianggap sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat".
Justeru itu, semoga Allah SWT menempatkan roh Almarhum Tunku Abdul Halim bersama golongan yang dirahmati lagi diredhaiNya. - HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 


























































































































































































Sembang santai dekati masyarakat setempat

SEMBANG Santai program anjuran Lajnah Penerangan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal (LPHM DMPKNT) dengan kerjasama Surau Nurul Hakim Sg Bakau yang berlangsung semalam (10 September) meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 ptg dimeriahkan dengan berbagai-bagai acara yang menarik antaranya pertandingan memasak gulai telur, peraduan mewarna untuk kanak-kanak,  persembahan nasyid dari pelajar Pasti,  Qasidah,  gerai-gerai jualan dan bermacam lagi.  Kaunter SPR juga dibuka untuk semakan daftar pemilih. Dan yang paling menarik aiskrim percuma diberikan kepada pengunjung yang hadir. 

Ahli panel jemputan Sembang Santai,  Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali, Adun Merbau Pulau juga selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah dan Ir Ahmad Rafaei Datuk Ir A Rashid, Timbalan ketua Pemuda PAS Pulau Pinang membicarakan tentang ibrah Qurban dan pengertian sebuah pengorbanan. 

Turut hadir Datuk Dr Khairuddin At-Takiri, Bendahari Dewan Ulama' PAS Pusat diiringi YDP PAS Kawasan Nibong Tebal Muhammad Ahmad. 
Pengarah program juga Ketua Penerangan DMPKNT, Nor Hazleana Baiduri, berkata objektif program ini bertujuan selain berkongsi ilmu tentang Ibrah Qurban, adalah untuk mendekati masyarakat setempat, saling kenal-mengenal di samping mengeratkan lagi silaturahim. Sebagai salah satu usaha menghadapi PRU14 nanti. 
Malah pengerusi Surau Nurul Hakim, Sg Bakau, En Faizal Hussain dan ahli jawatankuasanya begitu berbesar hati dengan mengadakan kenduri rakyat bagi meraikan majlis tersebut. Menurut beliau semua program boleh dijalankan asal tidak melanggar syariat. Hanya dengan Islam sahaja dapat menyatukan ummah. Beliau juga membacakan firman Allah SWT: 
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
 Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]
Program ini berjaya dan mencapai sasaran seperti yang diharapkan dengan sokongan yang positif dari penduduk setempat. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD - 11-9-2017 




























































































































































































Muslimat Kangar santuni veteran

Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar telah mengadakan program Ziarah Veteran, bertujuan menyantuni golongan tersebut yang tinggal dalam Parlimen Kangar.
Program yang bermula sejak 8 September itu bertujuan mendekati golongan tersebut di samping memberi sumbangan sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan mereka.
Sumbangan berupa barangan keperluan harian dapur turut diberikan sempena ziarah itu sebagai buah tangan dalam mengikat kemesraan yang wujud antara mereka. 
Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar, Norhasmayati Che Me, program sebegitu menjadi platform kepada DMPKK mendapatkan data-data yang diperlukan berkenaan golongan tersebut selain mengenal pasti keperluan-keperluan mereka untuk tujuan bantuan. 
"Misalnya, menerusi ziarah yang diadakan, kita mendapat maklumat, terdapat di kalangan mereka yang diziarahi itu uzur sakit dan memerlukan rujukan ke hospital atau miskin dan perlu dibantu dengan sumbangan tambahan sewajarnya," ujarnya. 
Antara individu yang diziarahi termasuklah bekas Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Kangar iaitu Azizah Mehat yang juga balu kepada bekas Ketua Cawangan Abi Alor Kabung, Abd Aziz Ismail. 
Kedua-duanya semasa muda, merupakan aktivis yang sangat aktif menyumbangkan diri kepada kerja-kerja perjuangan PAS. 
Turut diziarahi ialah Ahli Jawatankuasa DMPKK, Maria Abu Hasan yang baru sahaja kehilangan ayahanda beliau.
Sumber HD - 11-9-2017






























































































































































































PAS, Pasti anjur aktiviti dekati masyarakat

MAJLIS Tindakan Dun (MTD) Kubang Rotan menganjur sukaneka dan majlis ramah mesra bagi mengeratkan hubungan pengurusan Pasti bersama ibu bapa pelajar.
Ketua Halwa MTD terbabit, Rosemidya Yahaya berkata, program itu melibatkan tiga Pasti iaitu Al-Ajwad, Taman Sri Putra dan Pasti Batu 6, dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa pelajar. 
Katanya, program itu diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara waris tiga Pasti berkenaan dan mendekatkan PAS bersama masyarakat setempat. 
"Melalui acara yang diadakan sekurang-kurangnya dapat mengeratkan silaturahim dan mendekatkan PAS dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di padang awam, Taman Sri Putra Kuala Kedah semalam. 
Perasmiannya disempurnakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Siti Ashah Ghazali. 
Hadir sama Ketua Muslimat PAS Kuala Kedah, Ustazah Fauziah Abdullah dan ahli jawatankuasa PAS kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD - 11-9-2017 
































































































































































































Kukuhkan persiapan untuk kembali memerintah











MENYAHUT kesediaan PAS Kedah ke arah kembali mentadbir kerajaan negeri, dengan ini diisytiharkan bahawa kami sayap Pemuda PAS telah bersiap di semua 36 Dun dan 15 Parlimen seluruh negeri ini bagi menghadapi PRU14. Selain sebagai jentera kerja, para Pemuda juga antara ramai yang tersenarai sebagai calon, sekali gus membayangkan kalangan Pemuda akan membarisi teraju pemerintahan. 
Berdasarkan kesedaran yang berlaku, kami yakin rakyat negeri Kedah sedang menanti untuk memberikan semula mandat kepada PAS, di mana keberanian untuk berubah itu telah pun ditunjukkan pada PRU12 tahun 2008 terdahulu. Pencapaian sepenggal pentadbiran PAS dalam memacu negeri Jelapang Padi ini dapat dinilai banding dengan pemerintahan Umno-BN selama 53 tahun sebelumnya. 

Paling penting, pastinya rakyat mendapat pengalaman berguna sepanjang lebih empat tahun BN mengambil alih tampuk Kerajaan Negeri Kedah sejak PRU13 tahun 2013 lalu. Ternyata sepanjang tempoh ini, undi rakyat telah dipersiakan dengan porak peranda politik yang dilakukan para pemimpin BN Kedah. Sesama mereka sibuk berebut jawatan hingga berlaku pertukaran Menteri Besar dan penyingkiran. 
Natijahnya, Kedah kosong dari pencapaian memberangsangkan dalam banyak segi. Hanya gah dengan tindakan kosmetik dan jangka pendek yang dilihat lebih bermotif meraih sokongan. Malah, segala janji ditabur dalam Manifesto BN PRU13, tidak juga tertunai hingga kini. Begitu juga Enam Projek Ikonik yang pernah dikemukakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, seakan kekal menjadi mimpi. 
Kalangan pemimpin Umno-BN yang sedang mengisi kerusi pentadbiran kerajaan negeri ketika ini pula, ternyata tandus wawasan untuk memacu masa depan Kedah. Sudahlah begitu, ada antara mereka merupakan pemimpin yang korup dan terkait dengan skandal penyelewengan lampau. Sudah tentu, tanggungjawab pemerintahan tidak sewajarnya diserahkan kepada mereka yang curang dan tiada integriti. 

Rakyat selaku pengundi juga perlu waspada agar tidak terpedaya untuk bereksperimen memberi undi kepada parti-parti Pakatan Harapan (PH). Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menunjukkan taring sebenarnya, serta bukti dominasi DAP ke atas PH. Ia membenarkan sama sekali kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa undi PH bererti memberi undi kepada DAP. 
Kit Siang telah menggesa supaya PH tidak mensia-siakan potensi di Kedah dengan meletakkan parti yang tidak berpeluang menang tanpa menyebut parti dimaksudkannya. Beliau juga menamakan empat Dun iaitu Ayer Hangat, Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Jitra sebagai kubu kuat BN yang perlu dimenangi PH. Serta Kit Siang mahu kerusi Dun Gurun dan Kulim diberikan kepada DAP. 
Malah, beliau menekankan PH harus menunjukkan perpaduan lebih kukuh dan mantap. Semua katanya itu jika dirangkumkan, dapat difahami betapa ia berupa terma ‘perintah atau arahan’. Kit Siang telah membayangkan antara PAN, PPBM dan PKR; terdapat parti yang tidak berpeluang bertanding di Kedah. Ketika sama, beliau menyimpangkan fokus palsu dengan ‘Misi Mustahil’ di empat Dun tersebut. 
Pada semua strategi diatur itu, beliau meletakkan jaminan menambah sekurang-kurangnya dua kerusi bagi DAP, sekali gus menjadi langkah melebarkan pengaruh di negeri ini. Inilah liciknya DAP yang tentunya juga akan menggunakan seluruh kekayaan dimiliki parti itu untuk memastikan rakan PH dipengaruhi mereka. Rakyat negeri Kedah perlu hindari diri agar tidak terjebak ke kancah dicaturkan ini. 
Mendirikan semula ‘Kedah Sejahtera’, kami akan mengangkat gagasan untuk memberdayakan Kedah menjadi Hub Pendidikan Islam dan Pembangunan Insan, serta Hub Halal di rantau ini. Ia akan ditampilkan sebagai satu bentuk sumbangan penting Kedah kepada negara. Signifikan kepada gagasan ini adalah atas kompetensi, wibawa serta pengalaman dimiliki oleh rata-rata Pemuda PAS Kedah. 
Malah, ketiga-tiga perkara ini adalah asas kepada sektor lain yang sentiasa berkembang sama ada pengurusan, pembangunan, ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya. Kerana kami melihat, Kedah mempunyai akar sejarah, prasarana yang banyak serta tenaga ramai dan berkemampuan untuk menjana Pendidikan Islam dan Pembangunan Insan ke satu mercu terunggul bagi rantau ini. 
Kami mahu kelak ianya akan mengenalkan Kedah dengan julukan ‘Serambi Al-Azhar’ di mana seluruh institusi berkaitan yang ada dalam negeri ini akan disatu dan disepadukan; dari pengasuhan bayi hingga pengajian tertinggi. Begitu juga Pembangunan Insan, mensasarkan Kedah khususnya dan negara amnya kepada pengurangan sebanyak mungkin penjara sedia ada. 
Bermakna, menjadi tempat terpenting dalam pemulihan masalah-masalah sosial yang teruk melanda dewasa ini. Manakala sumber utama bagi Hub Halal, akan didukung oleh pelbagai aktiviti berkaitannya daripada daya berdikari para penduduk negeri ini dengan bantuan aktif agensi-agensi kerajaan. Ia bukan sahaja mewujudkan pasaran murah, tetapi juga pendapatan buat kebanyakan penduduk. 
Dengan segala sumber dimiliki, di samping faktor lain; antaranya laluan kereta api, serta berjiran dengan Pulau Pinang yang ada pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa, hub halal sememangnya berpotensi di Kedah. Ditambah pula dekat dengan Thailand yang terkehadapan dalam sektor pertanian. Hanya perlu diperkasakan lagi dengan latihan kemahiran dan inovasi kepada mereka yang terlibat. 
Hasrat dalam mengutarakan gagasan ini akan kami bawa sebagai satu suara dari kalangan wakil Pemuda yang berada dalam kepimpinan kerajaan, seterusnya didukung pelaksanaannya juga oleh Pemuda. Kami kini bersedia memikulnya dan menyeru rakyat negeri Kedah untuk bersama agar impian ini tercapai dan legasi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dihebatkan lagi. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita” 
USTAZ SALIM MAHMOOD
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
9 September 2017 | 18 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 9/9/2017                      
Sumber HD- 9-9-2017 



































































































































































































Darul Aman: PAS sedia ambil alih

PAS telah bersetuju menerima sistem demokrasi berparlimen menerusi pilihan raya sebagai salah satu uslubud-da’wah berdasarkan manhaj al-Qur‘an dan Sunnah yang menjadi dasar perjalanan parti sejak tahun 1951 hingga kini. Sehubungan itu, bagi mendepani PRU14, kami Pemuda PAS telah meletakkan objektif untuk menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus undi orang muda di setiap Dun dan Parlimen yang ditandingi oleh PAS. 
Kami akan memikul tugas untuk menggerakkan anak-anak muda di setiap Dun dan Parlimen bagi melakukan perubahan kepada negara mengikut tema ke arah mendaulatkan Islam dalam kerangka Perlembagaan sedia ada. Maka sebagai sayap kanan parti, insya-Allah kami sedang menggerakkan seluruh jentera Pemuda bagi menghadapi PRU14 yang akan tiba pada bila-bila masa; tidak tahun ini, pastinya tahun hadapan. 
Demi sesungguhnya, kita kini sedang menanti untuk memuktamadkan percaturan politik murahan mereka yang menentang Islam. Medan PRU14 ini pastinya cukup hebat sehinggakan ada yang menjangkakan pertembungan dua kelompok besar iaitu satu kelompok mahu memartabatkan Islam, dan sekelompok lagi tidak mahu Islam dimartabatkan. Inilah lanskap politik sedang berada di hadapan rakyat dan penentuannya sangat dekat. 
Ingin ditegaskan, bahawa kami berdiri teguh sepenuhnya di belakang saf pimpinan bagi melaksanakan agenda mempersadakan Islam sebagai Agama Negara dengan pendekatan ‘Matang dan Sejahtera’ yang diambil oleh PAS sekarang ini. Melaksanakan "ta‘awun ‘ala al-birr wa al-taqwa" dan tidak "ta‘awun ‘ala al-ismi wal-‘udwaan", adalah pendekatan terbaik yang mengikut manhaj al-Qur‘an dan al-Sunnah. 
Kami mengambil ‘queue’ daripada barisan kepimpinan ulama untuk meniupkan semboyan ke medan tempur. Sehingga kini arah tuju PAS dalam PRU14 adalah berdiri sendiri bersama dengan parti-parti politik dan NGOs dalam wadah sebagai Blok Politik Ketiga bernama ‘Gagasan Sejahtera’. Blok ini akan berhadapan Blok Pertama; Umno dengan Barisan Nasional (BN) dan Blok Kedua; DAP serta sekutu Pakatan Harapan (PH). 
Jangan menganggap ketidakupayaan PAS memerintah seluruh negara sejak 1955 hingga kini menerusi sistem pilihan raya sebagai tanda kami di landasan yang silap. Sebaliknya kami yakin dan akan terus istiqamah di jalan ini. Demi sesungguhnya, kami berjuang dengan ingatan bahawa Allah SWT tidak bertanya mengenai hasil dakwah diperolehi, tetapi kami akan dipersoalkan perkara yang diusahakan sepanjang usia diberikan. 
Kami yakini, Kedah akan dapat kembali diperintah sebagaimana PAS pernah mendapatnya pada PRU12 dahulu. PAS di Kedah telah bertapak kukuh dengan pengalamannya, serta teruji dengan sejarah perjuangan yang menyemarakkan kebangkitan. Peristiwa Memali, Lubuk Merbau dan rampasan tanah Muassasah Darul Ulum serta tokoh-tokoh pernah dilahirkannya, mengenalkan semangat dan roh yang membara di negeri ini. 
Kami dapati, sahabat Pemuda PAS Kedah sedang cukup bersedia menempuh mehnah PRU14 di semua 36 Dun dan 15 Parlimen seluruh negeri ini dalam keadaan jentera yang cukup baik. Malah, mereka bersedia untuk menurunkan BN yang sarat dengan bebanan dan masalah untuk tidak terus diteraju kuasa. Bahkan, kemampuan Pemuda PAS Kedah tentunya mengatasi PH yang masih tidak sepakat dan celaru, serta rela ditentu nasib oleh DAP. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia                      
9 September 2017 | 18 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 9/9/2017
Sumber  HD - 9-9-2017 





































































































































































































Janji bina hospital 10 tahun berlalu

SEJAK 2006 Umno dan Barisan Nasional (BN) berjanji membina hospital di Pendang namun sehingga sekarang bayang pun tidak nampak.
Dan sekarang menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 sekali lagi janji tersebut ditabur. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang, Dr Rahimah Sahit berkata, janji tersebut lebih sebagai retorik politik Umno bagi menarik simpati rakyat. 
Sedangkan katanya, rakyat Pendang disogok janji membina hospital sejak  10 tahun lepas, namun belum kelihatan sehingga sekarang. 
"Rakyat Pendang sudah lama menunggu janji pemimpin Umno. Sekarang tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya projek berkenaan belum nampak lagi,” katanya ditemui di Pendang. - HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017 







































































































































































































Muslimat PAS Kedah selar kebiadapan Siti Kassim

DEWAN Muslimat PAS Kedah menyelar keceluparan dan kebiadapan peguam Siti Kassim yang dianggap menghina Nabi dan Rasul dengan memberi gambaran Nabi yang bersifat maksum sebagai pembohong.
Ketuanya, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, kenyataan itu bukan sahaja mempamerkan kebodohan serta kejahilan dirinya sendiri malah membawa kepada kerosakan aqidah sebagai seorang Islam. 
"Sirah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan cerita rekaan, malah ia dirakamkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran. 
"Kalau peguam terbabit tidak mahu mempercayai Al-Quran, itu dia punya pasal tapi jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain," katanya di Alor Setar. 
Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial hari ini mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukannya dari Tuhan sebaliknya bisikan syaitan. 
Malah beliau juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya dari Al-Quran. - HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017 









































































































































































































Jangan berhenti, teruskan bantu Rohingya

PAS Kedah mula membuat kutipan dan menghulurkan sumbangan kecemasan untuk membantu saudara seagama  yang dizalimi di Arakan, Myanmar.
Melalui PAS kawasan-kawasan seluruh negeri ini, sumbangan untuk membantu Muslim Rohingya dikumpulkan dan disampaikan kepada Pusat Bantuan Dan Kemanusiaan PAS (PASRelief). 
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga AJK PAS Pusat akan mengetuai misi kemanusiaan ke perbatasan Myanmar dan Bangladesh pada 10 hingga 14 September ini. 
Sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan untuk melaksanakan beberapa program kecemasan yang sangat diperlukan pada ketika ini seperti penyediaan khemah, bekalan makanan dan ubatan dan telaga tiub sebagai sumber air minuman. 
Berikutan kekejaman terkini regim Myanmar kepada Muslim Rohingya yang bermula 25 Ogos lalu, jumlah pelarian baru yang melarikan diri ke sempadan Bangladesh untuk menyelamatkan nyawa dijangka mencecah 400,000 orang. 
Sebahagian besar daripada angka itu sudahpun memasuki negara jiran dan tinggal di tepi-tepi jalan,  kawasan hutan belukar dan kawasan terbuka tanpa sebarang makanan, minuman dan tempat berlindung. Maklumat ini disampaikan oleh rakan-rakan NGO dan agensi bantuan di sana kepada PASRelief yang telah beberapa kali melakukan misi kemanusiaan di kem-kem pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh dan Arakan. 
Malam tadi, PASRelief menerima sumbangan wang tunai daripada PAS Kawasan Jerai (RM3,200), Padang Terap (RM1,000), Sik (RM1,000) dan Pendang (RM1,000). Turut menyumbang adalah PAS Cawangan Kg Memali sebanyak RM252.00 
Bagi PAS Kawasan Jerlun, Pokok Sena, Sg Petani,  Kubang Pasu dan Merbok, sumbangan mereka telah disampaikan terus ke TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA PASRelief Nombor akaun 5640 7061 1352 - Maybank) . Jumlah keseluruhan derma daripada PAS Kedah setakat ini khusus untuk membantu Muslim Rohingya adalah RM15,891.00. 
Sumbangan terus ke akaun tersebut juga sedang diterima daripada para penyumbang seluruh negara. Misi kemanusiaan PASRelief akan diteruskan dari masa ke semasa. – HARAKAHDAILY 5/9/2017 





















Sumber HD - 5-9-2017 











































































































































































































Siasat, Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa


TRAGEDI Memali memalit kisah duka buat Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang ini. Peristiwa sedih itu memangsakan ayahandanya, Allahyarham Ustaz Mat Piah Yunus yang juga saksi mata kekejaman ketika itu. Wartawan NAZIRAH NASRUN sempat merakam kemas luahan rasa Ustaz Yusni semasa pertemuan di Pejabat Harakah 23 Ogos lalu. Ikuti titipan khas anak mangsa Memali ini megungkap kisah benar 32 tahun lalu.











































































































































































































Harakah: Sebagai anak kepada salah seorang mangsa tragedi Memali, boleh anda imbas semula detik bagaimana tercetusnya insiden berdarah itu? (bold)

Ustaz Yusni: Terima kasih kepada Harakah kerana menjemput saya untuk menjelaskan secara terperinci ataupun membongkar isu tragedi pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali, Baling Kedah. Tragedi berdarah 19 November 1985 berlaku hampir 32 tahun yang lalu. Sekarang ini sudah 31 tahun lebih peristiwa tersebut berlaku, kebenarannya masih ditutup oleh pihak kerajaan. Hikmah Allah SWT dengan program Nothing To Hide 2.0 yang melibatkan Tun Mahathir di Shah Alam beberapa hari yang lepas, apabila ada soalan yang diajukan berkaitan dengan tragedi Memali- respon daripada Tun Mahathir yang mengatakan bahawa itu adalah Standard Operation Procedure (SOP) pihak polis ketika bertindak jelas merupakan satu jawapan yang tidak bertanggungjawab.


This section of the article is only available for our subscribers. Please click here to subscribe to a subscription plan to view this part of the article.

Sumber HD - 30-8-2017

PAS Ziarah Mangsa Memali
























































































































































































































BALING - Kira-kira 83 orang mangsa tragedi Memali yang terdiri dari balu-balu para syuhada, bekas tahanan serta ahli keluarga mangsa hadir dalam satu perjumpaan

bersama PAS Pusat, negeri dan Lajnah Undang-undang PAS Pusat (LUHAM), baru-baru ini.

Sempena perjumpaan berkenaan, satu jawatankuasa Khas Tragedi Memali yang dipengerusikan oleh Dato' Yusof Husin, ditubuhkan untuk menguruskan desakan penubuhan
Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI)Tragedi Memali serta lain-lain urusan berkaitan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, ketika ditemui Harakah memaklumkan, beliau diarahkan oleh PAS Kedah untuk menjayakan proses penubuhan RCI berkenaan.

"Kita memilih Dato' Yusof Husin sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu disebabkan beliau merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dengan kejadian Memali ini selain sebagai bekas tahanan ISA dan Ahli Dewan Negara.


This section of the article is only available for our subscribers. Please click here to subscribe to a subscription plan to view this part of the article.


Sumber HD - 30-8-2017














































































































































































































Memali: Pihak Kerajaan Wajar Akui Kesilapan



























































































































































































































KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat menegaskan, membangkitkan isu 'amanat' Tuan Guru Abdul Hadi dengan mengaitkannya dengan tragedi Memali adalah tidak wajar kerana sudah mengalih perhatian daripada isu sebenar yang berlaku.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tragedi Memali sepatutnya dilihat secara objektif dan memberi tumpuan serta pembelaan kepada mereka yang menjadi mangsa dan ahli keluarga mereka.

Menurutnya, jika ada tindakan-tindakan tertentu pihak kerajaan semasa tragedi itu yang jelas melakukan kesilapan, ia harus diakui dan tidak perlu disembunyikan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan dan bukan melarikan isu kepada 'amanat' Tuan Guru Abdul Hadi.


This section of the article is only available for our subscribers. Please click here to subscribe to a subscription plan to view this part of the article.


Sumber HD - 30-8-2017
















































































































































































































Memali Angkara Siapa?



















TRAGEDI Memali 32 tahun lalu bukan disebabkan oleh Amanat Haji Hadi seperti yang fitnah ke atas PAS. Sebaliknya ianya berlaku akibat fitnah yang dimainkan terutama sekali Umno Kawasan Baling dan Umno Peringkat Negeri Kedah. Sehingga dalam Perhimpunan Agung Umno, bagaimana perwakilan Kedah bangkit menyatakan bahawa satu tindakan mesti diambil segera untuk mengekang pengaruh Ustaz Ibrahim Libya. Justeru, PAS mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan bagi menyiasat sepenuhnya insiden ini.

Dapatkan berita penuh di Harakah Edisi 2275 dipasaran sekarang! Hubungi :
Ezani Yahya 012-9726897
Zulkafri Osman 016-3764420
Sumber HD - 28-8-2017 


















































































































































































































RCI Memali: Kebenaran pasti tersuluh, kebatilan akan hilang



















ISU Peristiwa Memali kembali menjadi polemik yang menghangatkan iklim politik negara sejak akhir-akhir ini. Tragedi yang berlaku lebih 30 tahun dahulu telah menjadi memori hitam dalam negara ini, menjadi episod luka buat umat Islam di negara ini. Tragedi menggemparkan itu telah mengorbankan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang pengikut beliau. 
Bagi PAS, tragedi hitam itu menjadi titik penting bahawa perjuangan PAS bertunjangkan Islam tidak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran getir sepanjang sejarah perjuangannya. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah membayar harga perjuangan ini dengan kesyahidan beliau. Beliau menjadi mangsa kerakusan manusia yang tamak dan gila dalam mempertahankan kuasa. 
Ketika isu Memali diangkat semula ke tengah masyarakat, sesetengah pihak menganggap ia isu politik yang sengaja dibesar-besarkan menjelang musim Pilihan raya Umum ke-14. Cadangan PAS untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi Memali dianggap sebagai mempolitikkan keadaan. Ramai menganggap PAS mahu melunas dendam lama yang terpendam.  Ada pula yang menganggap ia memberi kredit kepada Umno-BN. Pihak pembangkang menganggap isu ini sekadar untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
PAS sejak dahulu tetap istiqamah dalam isu Memali. Sejak awal kejadian itu, PAS tidak pernah menarik balik perjuangan mendapatkan keadilan untuk mangsa tragedi ini. 
Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu Memali bukan hari ini dilontarkan, tetapi telah dicadangkan oleh Presiden PAS ketika itu, Tuan Haji Yusof Rawa pada 22 November 1985. PAS Pusat juga telah membuat keputusan rasmi dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Disember 1985. 
Kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya seramai 13 orang diakui oleh kesemua pemimpin tertinggi PAS termasuk Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Datuk Fadzil Mohd Nor, dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bahkan para pemimpin PAN (Parti Amanah Negara) juga dahulunya lantang memperjuangkan isu Memali. Mengapa pula apabila PAS membangkitkan perkara ini sekarang, mereka pula menganggap PAS yang mempolemikkan keadaan? Siapa yang tidak konsisten dalam kenyataan, prinsip dan tindakan? Apakah para pemimpin PAN sudah berubah sikap dan tidak mengakui kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya pula? 
Isu Memali adalah tragedi kemanusiaan yang melibatkan darah dan nyawa. Lebih 30 tahun mangsa termasuk keluarga mereka memendam rasa dan menanggung penderitaan berat. Mereka juga telah dinafikan keadilan serta hak sewajarnya. Lebih malang lagi, sejak kejadian itu, mereka dituduh dengan pelbagai tuduhan liar dan dianggap sebagai penderhaka. 
Penubuhan RCI menjawab persoalan mengapa isu ini terjadi, bagaimana ia berlaku dan siapa yang mengarahkan pembunuhan ini. Ketika ramai anggota polis yang terlibat menyatakan kekesalan serta dipaksa untuk bertindak, ia menimbulkan persoalan lebih besar, siapa yang mengarahkan mereka dan mengapa mereka sampai dibunuh. 
Menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ‘Amanat Haji Hadi’ sebagai punca tercetusnya isu Memali adalah suatu usaha jahat pihak tertentu. Mereka seakan mahu memandang rendah tahap keilmuan As Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.  Hakikatnya, As-Syahid bukan orang jahil untuk bergantung taklid kepada "Amanat". Dia mengaji Islam sejak dari kecil dan telah merantau menuntut ilmu dalam dan luar negara. Jika benar mereka menuduh  amanat itu sebagai punca, pastilah isu Memali berlaku di Terengganu, bukan di Kedah. 
Namun begitu, Presiden PAS berbesar hati untuk disiasat oleh RCI yang bakal dibentuk nanti. Jika Presiden PAS yang dituduh juga sanggup tampil membantu siasatan, mengapa pula pihak tertentu menikus dengan cuba mengalihkan isu? Sepatutnya biarlah jawatankuasa siasatan menjalankan tugasnya dengan kesemua pihak dapat dipanggil memberi keterangan supaya kebenaran dapat disingkap sejelasnya. 
Penubuhan RCI isu Memali tidak memberi kredit kepada mana-mana pihak kerana yang paling utama, keadilan telah tertegak. Lagipun, rakyat akan menilai siapakah dalang sebenar kejadian tersebut. Ia juga menjadi penanda aras bahawa pihak manakah yang benar-benar memperjuangkan keadilan dan golongan manakah yang melakukan kezaliman atau hanya mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu. 
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 27-8-2017 




















































































































































































































Keperluan penubuhan RCI peristiwa Memali



















PENYATAAN berubah-ubah, tidak konsisten, saling mendakwa dan mempertikai melibatkan pelbagai pihak termasuk yang ada kaitan langsung dengan peristiwa Memali, sememangnya mengukuhkan lagi tuntutan dan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Tragedi kritikal seperti ini tidak harus dibiar menjadi polemik dan dibahas secara sewenang-wenangnya kerana ia melibatkan aspek yang berada dalam ruang lingkup salah guna kuasa dan jenayah di satu pihak, serta tuduhan, kerugian dan kehilangan nyawa serta segala kesan negatif berkaitan di pihak lainnya. 
Demikian itu, perkara benar dan betul yang mesti dibuat adalah memberikan keadilan dengan sebenarnya menerusi satu siasatan berkecuali, telus dan berintegriti tinggi. Ia dapat dimandatkan serta diserahkan kepada RCI yang dihasratkan ini dan tidak harus dibayangkan dengan pertikaian negatif atau merasa dimangsakan. Sedangkan inilah peluang dan medannya setiap pihak terlibat untuk menjelaskan atau menafikan. Sekiranya tidak, ianya akan terus diperkatakan sepanjang zaman yang mendatangkan pelbagai perasaan dan mungkin gugatan berkaitan. 
Tiba-tiba sahaja Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang senada menyatakan bahawa tiada keperluan untuk penubuhan RCI hanya kerana didakwa bahawa segalanya telah dihuraikan oleh kerajaan, serta memadai dengan Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada waktu itu. Walhal, mereka adalah antara pihak berkepentingan dalam perkara ini di mana ketika itu masing-masing merupakan Menteri Penerangan dan Ketua Polis Negara. Mereka sendiri menzahirkan sikap negatif di mana ia sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya terhadap wujudnya perkara terselindung yang perlu diserlahkan secara telus. 
Jika penubuhan RCI ini dilakukan, ada kemungkinan siasatan RCI ini boleh membongkar hakikat yang sebenarnya berlaku dan tentunya boleh menyebabkan pihak yang terlibat seperti terjejas. Pastinya awam memiliki harapan agar suara dilontarkan Tan Sri Rais dan Tun Hanif tidak mempunyai motif untuk melindungi pihak tertentu atau menutup suatu kebenaran yang amat penting dijelaskan dengan seterang-terangnya. Malah, ia juga penting terhadap reputasi pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menimbulkan pelbagai perkara berbangkit ke atas isu itu antaranya berkaitan arahan tindakan. 
Lantaran itulah, sokongan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penubuhan RCI akan melanjutkan kajian berkenaannya, amat perlu disokong. Kerana sebagaimana perkara diutarakannya, itu jugalah sedang dipersoal oleh masyarakat hari ini terhadap kewajaran tindakan kerajaan kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 penyokong beliau sebagai terlalu keras dan tidak berpatutan, sedangkan mereka hanyalah sekadar penduduk kampung, bukan pengganas. 
Penubuhan RCI ini juga adalah harapan kepada hasrat menuju politik yang lebih matang dan sejahtera bagi negara ini sebagaimana digagaskan PAS. Kerana seperti selalunya, kita melihat terdapatnya pihak yang seperti menangguk di air keruh apabila menjadikannya kesempatan untuk melunaskan dendam kepada sasaran politik mereka. Ini sebagaimana dapat disaksikan pada keghairahan pimpinan DAP dan PAN yang menghentam Presiden PAS dan mengaitkan isu secara tidak relevan dengan ucapan dilabelkan mereka sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Malah, semata-mata juga bersandar kepada letusan yang dibuat oleh Tan Sri Rahim Noor, sedangkan beliau ketika tragedi 1985 itu hanyalah Ketua Polis Selangor. 
Begitu juga pertikaian Tan Sri Dr Rais bahawa penubuhan RCI seharusnya bergantung kepada kewujudan bukti baharu atau perkara yang masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa Memali. Maka buku tulisan Officer in Charge of Police District (OCPD) Baling waktu peristiwa Memali itu berlaku iaitu Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, bertajuk “Memali: A Policeman Remembers” terbitan 2011 wajar dijadikan bukti itu. 
Terdapat sekurang-kurangnya tiga tempat dalam buku itu menyatakan tidak bersetuju dengan cubaan pihak polis untuk menahan Ibrahim Libya di Memali. 
Pada muka surat 37, Tunku Muszaffar Shah menulis: “Going after a respected politician and revered religious leader in his own village had been foolhardy. The man travelled regularly to give speeches, sometimes all the way to neighbouring states. We could have arrested him on one of those trips.” 
Pada muka surat 74, Tunku Muszaffar Shah menulis: “Ibrahim Mahmood was not a criminal nor was he a communist terrorist who was wanted ‘Dead or Alive’. He was only a politician (a militant, may be). He was a well-respected Tok Guru among his community. The use of excessive force was not the right thing to do.” 
Pada muka surat 77, Tunku Muszaffar Shah menulis: “The decision to arrest Ibrahim Mahmood in his stronghold was not a wise move. He was a respected religious teacher in his kampong and also a prominent political figure in his community. It would have been more appropriate for the Special Branch to arrest him when he was on his way to give political talks in Selama Kedah/Perak or at locations in Penang.” 
Tentunya perkara ini menarik untuk diberi perhatian apabila OCPD Baling yang terlibat dalam operasi penahanan Ibrahim Libya sendiri mempertikaikan keputusan itu. 
Pertanyaan yang seharusnya dijawab ialah siapa yang memberi arahan? Kami menyanjung keberanian bekas OCPD Baling membuat catatan ini yang membersihkan nama Ibrahim Libya dari tuduhan kerajaan dan beberapa pihak lain kononnya beliau adalah seorang penjenayah atau pengganas. Pendedahan bekas OCPD Baling ini adalah salah satu bukti baharu yang mewajarkan penubuhan RCI ini kerana banyak persoalan masih tidak dirungkai sehingga kini. 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 Zulhijjah 1438 | 26 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 26/8/2017
Sumber HD-26-8-2017 






















































































































































































































Teruskan RCI Demi Keadilan Mangsa – Presiden PAS

Oleh : KAM

MARANG – PAS mahukan siasatan diteruskan melali Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi mencari keadilan kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban dalam peristiwa hitam di Memali.
Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Guru Abdul Hadi berkata PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI itu sebagai ‘respon’ kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, katanya setiap tahun PAS sentiasa mengadakan majlis memperingati peristiwa Memali yang berlaku sejak 32 tahun lalu.

Menurutnya, siasatan RCI itu perlu dilakukan bagi mencari keadilan kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

“Itu (RCI) respon dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Dato’ Seri Ahmad Zahid) yang buat kenyataan, kita (PAS) respon kenyataan dia.

“Saya lebih penting mencari keadilan kerana mangsa itu terbunuh. (Allahyarham) Ustaz Ibrahim (Libya) dan rakan-rakannya yang kita anggap sebagai Syahid, teraniaya, dizalimi. Polis juga terbunuh dan kita faham, polis juga dipaksa,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dikediamannya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaat, di Masjid Rusila, Marang, pada 25 Ogos.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, jika kumpulan itu didakwa terlibat dengan ajaran salah adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Agama dan bukan pihak Polis.

Menurutnya, banyak kenyataan-kenyataan dan tulisan pihak terbabit punca kejadian itu dikaitkan dengan orang politik.

“Sepatutnya, bila (tuduhan) berkait dengan ajaran salah itu (bidang kuasa) Pejabat Agama, bukan polis.

“Dan ada buku yang ditulis oleh OCPD Baling dan banyak lagi di kalangan polis buat kenyataan selepas itu, menandakan bahawa mereka (bertindak) telah dipaksa oleh kalangan (orang) politik.
“Dengan sebab itu, kita tidak menyalahkan di kalangan polis, kita tidak menyalahkan di kalangan orang-orang yang dipaksa itu. Kita harap Allah Ta’ala cucuri rahmat kepada mereka (mangsa) semua,” jelasnya kepada wakil media.

Menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendakwa polis bertindak selepas diserang orang pengikut Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya, Dato’ Seri Abdul Hadi mahukan Dr Mahathir disiasat.
“Itu kenyataan Tun Dr Mahathir, perlu disiasat oleh polis sendiri. (mereka) Yang masih hidup ada lagi. Semua kena siasat ekoran-ekoran dia, sebab berlakunya peristiwa itu.

“Setahu kita, mereka (orang) itu tidak ada senjata, yang ada senjatanya polis. Senjata kampung saja.
“Kita (PAS) difahamkan, jika komunis pun dan ucapan (Almarhum) Tuan Guru Dato’ Nik Aziz di Parlimen, ketika berlaku peristiwa Memali itu disiar balik (semula) dan mengikut prosedur polis, Komunis pun dia (polis) kepung dahulu.

“Suruh serah (diri), sekat makanan dahulu sehingga dia (suspek) lapar. Apatah lagi ini orang awam. Dia ada prosedur dan cara (peraturan) dia.

“Dari segi Islam pula, jika dianggap kumpulan yang bercanggah dengan kerajaan dari segi Islam, kerajaan kena hantar wakil. Apa yang bercanggah itu, kena dengar hujah dia, itu peraturan dia. Bukan terus pergi serang begitu, sebab itu saya kata kena siasat secar terperinci,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memberi komitmen dan bersedia untuk bekerjasama dalam siasatan tersebut.

Isu tragedi berdarah di Memali yang berlaku 32 tahun lalu itu kembali hangat apabila dikaitkan peristiwa itu ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menterinya.

Sementara itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berpendapat RCI Memali tidak perlu bagi menyiasat semula tragedi yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Sumber BO - 25-8-2017
























































































































































































































Peristiwa Memali: Akibat menghina Islam














FIRMAN Allah: 
وَلَئِن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ ٦٥ التوبة
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah At-Taubah: 65) 
Al-Quran mendedahkan adanya kalangan manusia yang menjadikan Allah S.W.T, ayat-ayat dan para Rasul-Nya sebagai bahan gurauan sama ada bertujuan menghina atau bergurau untuk berjenaka. Islam mengharamkan perbuatan ini kerana boleh merosakkan iman seseorang sekiranya berdegil dan angkuh, melainkan kerana kejahilannya. 
Ramai kalangan rakyat masih tidak lupa apabila hukum Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi bahan gelak ketawa pada satu masa dahulu, seperti kata-kata kalau hukum jenayah Islam dilaksanakan menyebabkan ramai orang yang cacat anggota, Rasulullah S.A.W tidak mencukur janggut kerana di zamannya tidak ada pisau pencukur yang berjenama seperti hari ini dan menutup aurat hanyalah adat orang arab yang kuat nafsu di padang pasir. 

Ada yang lebih ekstrem sehingga menolak hadis secara total, walaupun ianya merupakan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam beramal dengan Al-Quran yang dinaskan di dalam kitab suci itu. Bahagian Agama Islam Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan buku bertajuk “Mustika Hadis” dan terkandung satu bab daripadanya menghuraikan perkara tersebut. 
Hanya kalangan agamawan yang membaca dan mengkaji, serta mempertahankannya memahami perkara tersebut walaupun dikeluarkan oleh JPM dan Kata Pengantar daripada Almarhum Tun Abdul Razak. Adapun yang tidak berminat tanpa peduli, tetapi bercakap juga berkenaan Islam, maka berlakulah salah laku terhadap agama Islam yang mulia. 
Ustaz Ibrahim Mahmod adalah lulusan pengajian tinggi jurusan agama dan pernah bertugas di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, bukan seorang yang jahil. Beliau tokoh agama yang tidak bersedia menjadi syaitan bisu apabila mendengar dan membaca kenyataan menghina dan bersenda gurau terhadap Islam yang tidak harus bagi ulama mendiamkan diri. 
Mengikut ilmu Maqasid Syariah, salah laku terhadap agama lebih besar daripada salah laku kewangan, kerana Islam meletakkan senarai kewajipan menjaga agama adalah yang pertama, seterusnya adalah menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan yang terakhir menjaga harta. Semuanya disebut Dharuriyyat, yakni keperluan hidup bagi manusia.
Apabila berlaku pertelingkahan dalam urusan agama, tugasnya bukan anggota polis. Sepatutnya pasukan agamawan yang dihantar berhujah mencari kebenaran, bukannya polis. Ini berpandukan firman Allah; 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء. 
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan ulama) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah An-Nisa’: 59)

Sebenarnya, penjelasan kitab Mustika Hadis secara ekstrem, tanpa membezakan di antara yang jahil dan keadaan masyarakat yang jauh daripada pendidikan Islam, maka pimpinan PAS pada masa itu menugaskan saya menyediakan kajian bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” bagi menangani ahli PAS supaya tidak terperangkap dalam isu kafir mengkafir dengan mudah, disebabkan banyaknya kenyataan menghina hukum Islam oleh penganut Islam sendiri. 
Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin negara pada masa itu. Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina. 
Peristiwa yang menyebabkan berlakunya kematian dan tuduhan jenayah atau ajaran sesat, perlu disiasat secara adil dan bebas demi mencari kebenaran bukannya menegakkan kebatilan dan melibatkan semua pihak yang masih hidup. 
Perkara agama Islam pula berada di bawah konsep Raja Berperlembagaan, maka sangat wajar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) supaya siasatan yang bebas dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis. 
PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Zulhijjah 1438 / 25 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 25/8/2017
Sumber HD - 25-8-2017 


























































































































































































































Memali: RCI demi keadilan, bukan politik













PRESIDEN PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sanggup memberi kerjasama pada bila-bila masa sahaja apabila dipanggil bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mungkin ditubuhkan bagi menyiasat tragedi berdarah Memali. 
Bercakap kepada media beliau berkata, dalam kejadian Memali 1985 banyak perkara yang tersirat dan tersembunyi yang tidak diketahui umum dan perlu didedahkan di dalam RCI itu nanti. 
"Bersetuju RCI di tubuhkan. Banyak tersirat rakyat akan tahu mereka yang hidup masa itu pun tahu ramai yang jadi mangsa, anggota polis pun jadi mangsa. Kerana penyelesaian tidak betul sebab itu perlu tubuh RCI," katanya selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila hari ini. 
Berhubung 'Amanat Haji Hadi' kononya menjadi salah satu punca tercetusnya peristiwa Memali, Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Musa Hitam waktu itu tidak pula mengenakan apa-apa pertuduhan dari segi agama dan undang-undang terhadap beliau. 
"Buku saya tulis pada tahun 2002 dan dicetak sebanyak 3 kali, dan waktu itu saya difahamkan Musa Hitam sebagai Menteri tidak mengambil tindakan. Saya anggap lebih kepada perjuangan politik nak siasat balik pun tak apa," katanya. 
Jelasnya, penubuhan RCI bukan kerana kepentingan politik sebaliknya demi mencari keadilan kepada mangsa dan keluarga mangsa terbunuh termasuklah polis itu sendiri.
"Banyak lagi polis buat kenyataan selepas itu bermakna mereka dipaksa kerana politik, kita tidak menyalahkan orang-orang yang dipaksa itu," katanya. 
Justeru katanya, kerajaan kena menghantar wakil dan mendengah hujah-hujah mereka serta menyiasat secara terperinci sebab-sebab berlaku kejadian itu, di dalam RCI nanti.
Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin. 
Susulan itu, pemimpin kanan PAS itu mengulangi desakan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyemak semula peristiwa 32 tahun lalu itu dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan untuk berbuat demikian sekiranya ada permintaan. 
Dua bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bagaimanapun mempersoalkan kewajaran membuka semula siasatan yang sudah selesai. – HARAKAHDAILY 25/8/2017
Sumber HD - 25-8-2017 




























































































































































































































Memali: Saya cabar Salahuddin Ayub sepentas



















1. Saya hairan dengan sikap Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara dalam isu Memali, mungkin beliau sudah lupa atau buat-buat lupa sehingga sanggup menjilat ludah rakan seperjuangannya sendiri. 
2. Sebagai manusia sekurang-kurangnya, kamu timbang rasalah perasaan kami, hati kami sebagai anak-anak dan waris mangsa Memali yang kamu sendiri pernah bela dulu, kamu sendiri pernah dengar dan berkongsi apa yang kami rasa. Kamu dengar luahan hati kami apa yang ramai orang lain tidak dengar dan tidak tahu hingga kamu mengaku bersimpati pada kami tapi kini, apa yang kamu suarakan telah teramat melukakan hati kami. 
3. Kalau pun bertukar parti, ideologi, jangan sampai 'hanyut' gadai maruah diri, prinsip, jadi penjilat ludah dan sanggup berbohong apa yang sudah diketahui umum, sanggup menafikan kata-kata yang terbit dari mulut sendiri suatu ketika dahulu, di mana harga diri kamu sebagai seorang pemimpin? 
4. Peristiwa Memali bukan hanya disebut dan diulang sekarang ini sahaja, bahkan setiap tahun diadakan majlis memperingati syuhada Memali, bukan hanya di Memali, Baling kekadang dibuat di luar dari Kedah. 
5. Di antara tokoh utama yang berceramah berkaitan Memali adalah Mat Sabu, Mahfuz Omar, begitu juga Salahuddin Ayub yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu. 
6. Dalam satu ceramah Mat Sabu di Memali sekitar tahun 2015, Mat Sabu menyebut bahawa "Peristiwa Memali kita sebut dan kita ulang kerana ia satu peristiwa yang paling pahit dalam sejarah selepas merdeka". 
7. Tambah Mat Sabu lagi "Seperti juga di peringkat antarabangsa, peristiwa Holocaust, terus disebut sampai ke hari ini, kejadian yang berlaku di mana penduduk-penduduk yahudi dizalimi oleh Hitler dan rakan-rakannya pada waktu itu daripada pemerintahan Nazi, oleh kerana peristiwa itu adalah peristiwa tidak berperikemanusiaan, ia disebut terus, walaupun ada usaha melarang jangan lagi disebut peristiwa itu". 
8. Kemudian Mat Sabu menambah "Begitu juga peristiwa sebelum merdeka, pembunuhan penoreh getah di Batang Kali Selangor oleh polis British, dituntut dan disebut sehinggalah kerajaan British waktu itu akui dan membayar pampasan kepada keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Maka begitu juga peristiwa Memali, kita menyebut dan kita ulang hampir setiap tahun". 
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=rMkyJaGd044

9. Jadi, kenapa Salahuddin Ayub tiba-tiba bagaikan baru keluar dari gua dan meroyan lalu menyatakan "PAS POLITIKAN ISU MEMALI"? 
10. Sekali lagi saya ulangi, Isu Memali kini bukan PAS yang mula timbulkan, TETAPI ianya dicetuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir sendiri ketika memberikan jawapan yang tidak bertanggungjawab dalam program Nothing To Hide di Shah Alam baru-baru ini. Patut Salahuddin Ayub kecam Tun M! 
11. Secara jelas, Isu Memali pernah dibawa dan dibentang dengan tegas di parlimen oleh ketua pembangkang satu ketika dahulu iaitu Almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor, dalam masa yang sama bangun mencelah oleh Mahfuz Omar membacakan beberapa laporan dakwaan terhadap kes Memali yang mana arahan pembunuhan ke atas Ustaz Ibrahim dan pengikutnya adalah daripada Tun M sendiri yang ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ini disebut dalam parlimen! 
12. Mahfuz Omar sendiri seolah mencadangkan kepada ketua pembangkang supaya Tun M diseret ke mahkamah untuk didakwa atau sekurang-kurangnya satu public inquiry atau suruhanjaya penyiasat dilakukan secara terbuka. 
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=erliYBXspDY 
13. Malah kertas putih fakta Memali di parlimen satu pembohongan dan palsu, dan dinafikan oleh semua balu syuhada dan mangsa terlibat, sebagaimana kata Abang Mat Sabu "Kertas putih dah jadi kertas hitam". Mat Sabu juga pernah sebut dengan lantang bahawa "Tangan Mahathir berlumuran darah Memali" adakah kini kamu menjilatnya kering? 
14. Jadi, jika Salahuddin Ayub bertanggungjawab dengan kenyataannya, saya bersedia untuk sepentas dengan beliau dalam isu Memali ini, Salahuddin boleh pilih mana-mana kawasan di Kedah, atau lebih afdhal di Baling yang mana Memali terletak di kawasan Baling. 
15. Saya juga menyokong gesaan PAS supaya Suruhanjaya Diraja @ RCI bagi menyiasat peristiwa berdarah yang berlaku 32 tahun lalu dan bawa mereka yang bersalah dan terlibat ke muka pengadilan. Inilah yang diperjuangkan sejak sekian lama dulu, bukan isu baru timbul! 
Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985
22/8/2017, 3:10 pm                   


























































































































































































































































































































































































































































Sumber HD - 23-8-2017






























































































































































































































Himpunan 1K petugas muslimat PAS Perlis











JABATAN Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis bakal menganjurkan Himpunan Jentera Muslimat PAS Negeri Perlis 1K. 
Himpunan itu dijangka akan berlangsung pada 26 Ogos 2017 bertempat di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam. 
Objektif utama himpunan adalah bagi mengumpulkan seramai mungkin petugas pilihan raya muslimat seluruh negeri. 
Pelbagai acara bakal diadakan sepanjang berlangsungnya himpunan, antaranya sesi taujihat bersama Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Noraini Husain, pelancaran tabung dana pilihan raya serta pelancaran pakaian rasmi keluaran Jabatan Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis khusus buat jentera pilihan raya muslimat. 
Menurut pengarah program, Husna Hashim, selain daripada mencapai sasaran mengumpulkan petugas-petugas pilihan raya untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14, himpunan itu juga bertujuan memotivasikan para petugas muslimat agar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja. 
Justeru ujar beliau, pihaknya berharap agar semua jentera muslimat di Negeri Perlis dapat memberikan sokongan bagi menjayakan himpunan kali ini.
Sumber HD- 22-8-2017 




























































































































































































































RCI bukan agen siasatan kaki lima












PAS cadang tubuh RCI untuk isu Memali. Belum apa-apa lagi, kenapa ada pihak yang melatah? RCI belum tubuh, pelbagai andaian telah dibuat. Suruhanjaya Siasatan Diraja ini bukan agen siasatan kaki lima yang membuat keputusan dan pendedahan sebelum siasat. Isu Memali bukan gosip dalam Melodi. 
PAS sedia beri kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Siasatan Diraja apabila dibentuk kelak. 
Justeru itu, PAS tekan soal telus dan adil tahap tinggi dengan mendesak pasukan penyiasat yang bebas dan berintegriti tinggi. Bukan gengster jadi penyiasat. 
Kalaupun mahu pertahankan "tuan", agak-agaklah. Jangan takut berdepan dengan kebenaran lantaran kebenaran pasti akan tegak. Hanya lambat atau cepat.
Sumber HD - 22-8-2017 


































































































































































































































RCI Memali: Rahim Noor lebih baik diam














SIAPA Rahim Noor hendak membuat tuduhan awal berlakunya tragedi Memali kerana amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mendakwa TG Haji Abdul Hadi terlibat kerana As-Syahid Ibrahim Libya terpengaruh dengan amanat tersebut. 
Saya hendak ingatkan Rahim Noor, Ustaz Ibrahim Libya bukan orang jahil dalam agama, beliau kelulusan tinggi. Pernah belajar di India dan Libya. Beliau pernah bertugas di Pusat Islam, kemudian letak jawatan untuk berkhidmat dengan orang kampung. Yang pastinya Ustaz Ibrahim Libya orang yang berakhlak dan alim dalam agama. Dia tidak pernah bertindak pukul orang sehingga cedera parah seperti yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Saya hendak tanya pula Rahim Noor yang pukul Datuk Seri Anwar pula terpengaruh dengan amanat siapa? Etika kepolisan tidak berkelakuan seperti ini. 
Sepatutnya beliau kena jaga keamanan dan keselamatan balai dan orang kena tuduh daripada perbuatan samseng daripada mana-mana pihak. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Lebih baik Rahim Noor diam daripada bercakap soal Memali dan membuat tuduhan yang melulu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi. 
Rekod perkhidmatannya yang jijik tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.  Yang pastinya Rahim tidak layak kalau hendak dilantik  salah seorang anggota RCI. Anggota RCI mestilah orang yang memiliki syakhsiah dan jati diri yang baik dan ada rekod yang baik. 
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
29 Zulkaedah 1438 / 22 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 22/8/2017
Sumber HD - 22-8-2017 




































































































































































































































Pengadilan Terhadap Tragedi Memali, Bukan ‘Sampingan’

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Isu Memali amat perlu dan mendesak berikutan sikap enteng pihak-pihak tertentu yang cuba menutup dan mengabaikannya sekadar dengan ucapan mereka.

Apatah lagi bukan sahaja mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian itu masih hidup, malah kejadian itu juga sentiasa ‘hidup’ dengan ia terus diperkatakan di pelbagai ruang, wacana dan persidangan.

Maka, ini masa paling sesuai untuk isu tersebut dibicarakan secara adil dengan memberi dan mengambil hak terhadap setiap yang terlibat. Sebelum ini ruang lingkup keadilan mungkin dicengkam dan dibayangi oleh kuasa para pelaku yang telah menindas. Sedang para mangsa pula dianiaya dengan segala unsur sekatan dan halangan dari memperoleh pembelaan sewajarnya.

Jadi inilah masanya kebenaran disingkap dengan pihak yang terbukti bersalah dikenakan hukuman menurut undang-undang. Manakala mereka yang dizalimi dibebaskan derita sengsara ditanggung selama ini dengan diganti atau dipulangkan haknya. Kami memberi amaran jangan ada sesiapa cuba meremehkan tuntutan untuk peristiwa berdarah 1985 ini diutamakan pengadilannya.

Terutama para pimpinan PAN yang dilihat berlagak menjadi hakim dan umpama menyapu isu ini ke bawah karpet. Mereka pula beriya-ia mengklasifikasikan tragedi itu sebagai sejarah lama, permainan yang diungkit-ungkit, bermotif pilihan raya dan bukan isu besar. Mereka mengajak awam melupakan dan mengenepikannya. Ini bentuk campur tangan politik yang tidak bertanggungjawab.

Ini juga contoh pemimpin yang merosakkan nilai ketamadunan manusia apabila peristiwa berunsur jenayah dan punya implikasi undang-undang mahu dipinggirkan sahaja. Ia bukan ketidaksengajaan atau kemalangan, tetapi perancangan dan tindakan mengerah penguatkuasaan hingga berlaku pembunuhan korban nyawa. Sedang pelaku utamanya terus bersikap sombong dan keluarga mangsa masih meratapi.

Sepatutnya PAN yang dilihat menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati beliau untuk membersihkan dirinya jika mereka yakin beliau tidak bersalah. Malang sekali, mereka bukan sahaja tidak bersungguh untuk mengajukan kepada penyelesaian, bahkan mahu melupuskannya. Kerana kini mereka berselingkuh dengan kepentingan politik bersama Mahathir yang dahulu mereka paling kuat menentangnya.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber BO - 21-8-2017






































































































































































































































Tragedi Memali bukan senjata PAS hadapi PRU












PAS tidak berhasrat menjadikan peristiwa Memali sebagai isu politik apa lagi untuk memancing undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. 
Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peristiwa itu amat berat dan perlu diselesaikan. 
“PAS langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dalam isu tersebut.
"Ini bukan soal menarik undi kerana isu tersebut memang sejak dahulu diperjuangkan PAS," katanya selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-19 di sini, semalam. 
Sebelum ini Timbalan Presiden Amanah (PAN) Salahuddin Ayub dilapor berkata, PAS sengaja menimbulkan kembali peristiwa Memali semata-mata untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU 14. 
Peristiwa Memali yang menyaksikan 18 terbunuh kembali hangat susulan kekecohan yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor. 
Peserta tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD - 21-8-2017 









































































































































































































































Tragedi Memali: Usulkan pengadilan, bukan kesampingkan

PENUBUHAN Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Isu Memali amat perlu dan mendesak berikutan sikap enteng pihak-pihak tertentu yang cuba menutup dan mengabaikannya sekadar dengan ucapan mereka. Apatah lagi bukan sahaja mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian itu masih hidup, malah kejadian itu juga sentiasa ‘hidup’ dengan ia terus diperkatakan di pelbagai ruang, wacana dan persidangan. 
Maka, ini masa paling sesuai untuk isu tersebut dibicarakan secara adil dengan memberi dan mengambil hak terhadap setiap yang terlibat. Sebelum ini ruang lingkup keadilan mungkin dicengkam dan dibayangi oleh kuasa para pelaku yang telah menindas. Sedang para mangsa pula dianiaya dengan segala unsur sekatan dan halangan dari memperoleh pembelaan sewajarnya. 
Jadi inilah masanya kebenaran disingkap dengan pihak yang terbukti bersalah dikenakan hukuman menurut undang-undang. Manakala mereka yang dizalimi dibebaskan derita sengsara ditanggung selama ini dengan diganti atau dipulangkan haknya. Kami memberi amaran jangan ada sesiapa cuba meremehkan tuntutan untuk peristiwa berdarah 1985 ini diutamakan pengadilannya. 
Terutama para pimpinan PAN yang dilihat berlagak menjadi hakim dan umpama menyapu isu ini ke bawah karpet. Mereka pula beriya-ia mengklasifikasikan tragedi itu sebagai sejarah lama, permainan yang diungkit-ungkit, bermotif pilihan raya dan bukan isu besar. Mereka mengajak awam melupakan dan mengenepikannya. Ini bentuk campur tangan politik yang tidak bertanggungjawab. 
Ini juga contoh pemimpin yang merosakkan nilai ketamadunan manusia apabila peristiwa berunsur jenayah dan punya implikasi undang-undang mahu dipinggirkan sahaja. Ia bukan ketidaksengajaan atau kemalangan, tetapi perancangan dan tindakan mengerah penguatkuasaan hingga berlaku pembunuhan korban nyawa. Sedang pelaku utamanya terus bersikap sombong dan keluarga mangsa masih meratapi. 
Sepatutnya PAN yang dilihat menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati beliau untuk membersihkan dirinya jika mereka yakin beliau tidak bersalah. Malang sekali, mereka bukan sahaja tidak bersungguh untuk mengajukan kepada penyelesaian, bahkan mahu melupuskannya. Kerana kini mereka berselingkuh dengan kepentingan politik bersama Mahathir yang dahulu mereka paling kuat menentangnya. 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
21 Ogos 2017 | 28 Zulkaedah 1438 – HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD-21-8-2017 









































































































































































































































Sudah sampai masa peristiwa Memali dibongkar



















PAS Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah Memali dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku. 
"Kami mengharapkan satu siasatan terperinci untuk mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan menghadapkannya mereka yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. 
RCI MEMALI: PAS SELANGOR MENGGESA PENUBUHANNYA DISEGERAKAN 
PAS Selangor menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa berdarah Memali disegerakan. RCI ini penting bagi membongkar siapakah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Almarhum Ustaz Ibrahim Libya beserta beberapa orang penduduk tempatan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Peristiwa Memali ini berlaku semasa era pemerintahan Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Tun Mahathir Mohamad. 
PAS Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku. 
Kami mengharapkan satu siasatan terperinci untuk mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan menghadapkannya mereka yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya.
Dalam masa yang sama, PAS Selangor meminta Kerajaan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka dan memberikan sejumlah pampasan kepada waris mangsa yang telah mengalami trauma, fitnah dan tekanan hidup akibat peristiwa ini. 
PAS Selangor juga melahirkan rasa kecewa dan dukacita atas sikap lepas tangan pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa ini dan juga beberapa bekas pimpinan PAS yang seolah-olah kini telah menjadi perisai kepada pemimpin negara yang dikaitkan dengan peristiwa ini walaupun sebelum ini merekalah yang menjadi jurucakap mempertahankan rakyat Memali. 
Sekarang terserlahlah sikap talam dua muka mereka yang berselindung atas nama menegakkan keadilan untuk rakyat dan dalam masa yang bersekongkol dengan pimpinan yang terkenal menzalimi rakyat dalam sejarah pemerintahannya. 
Sejahtera Bersama Islam
YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor - HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD- 21-8-2017 











































































































































































































































Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Memali

KUALA TERENGGANU – PAS berharap supaya penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Tragedi Memali ini disegerakan supaya keadilan dikembalikan semula kepada mangsa dan juga keluarga mangsa yang teraniaya.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kes Pembunuhan Memali bukanlah bersifat peribadi.
Katanya, saranan itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat PAS Pusat dan berkebetulan berlaku suatu ‘tragedi’ dalam program ‘Nothing To Hide’ anjuran Pakatan Rakyat.

“Kita memang mencadangkan supaya dibuka semula kertas siasatan kes Tragedi Memali dan mengesyorkan satu Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini,

“Suruhanjaya Bebas yang dilantik dibawah Yang DiPertuan Agong yang mewakili seluruh kepentingan rakyat termasuk bekas-bekas ketua hakim, pegawai-pegawai kerajaan, agensi-agensi yang kita fikir layak,

“untuk mengetuai jawatankuasa yang bebas daripada sebarang penglibatan mereka dalam isu Memali,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah Isu 1MDB dan Sidang DUN, di Flat Hiliran pada Jumaat 18 Ogos, disini.

Menurutnya, kerajaan perlu segera mewujudkan penubuhan suruhanjaya siasatan kerana isu ini telah berlalu begitu lama, kira-kira 32 tahun yang lalu.

“Bagi PAS ini bukan soal nak ‘attack’ Tun Mahathir atau mana-mana individu. Cadangan untuk siasat ini kerana prinsip kita nak menegakkan keadilan. Dan diatas prinsip keadilan ini maka kita perlu berlapang dada.

“Kalau kita rasa terlibat sama, tak perlu nak bantah sebab kita nak menegakkan prinsip keadilan bukan nak tohmah mana-mana individu. Itu pendekatan budaya Politik Matang dan Sejahtera yang kita bawa,” jelas beliau.

Justeru, PAS mengharapkan agar disegerakan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas ini dan sebagaimana yang disarankan Presiden PAS agar semua yang terlibat mesti meminta maaf dan mengakui kesilapan serta balik pada prinsip syarak.

“Prinsip syarak ni adil dan perlu diberi balasan yang setimpal ataupun dibayar, kalau mengikut hukum syarak, dibayar ‘diyat’ atau minta maaf tapi diperingkat ini,

“saya fikir perlu mengakui kalau kita buat kesilapan dan saya pernah sebut kepada Dato Mukhriz supaya oleh kerana Tun (Mahathir) sebut dia tak terlibat dalam isu ini,

“Kalau (betul) dia tidak terlibat, dia perlu pergi jumpa orang Memali dan minta maaf. Jadi siapa yang terlibat masing-masing buat tuduhan. Dia (Mahathir) kata Tun Musa Hitam ….. Tun Musa Hitam kata Mahathir … Dan bagi PAS, Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan,” tegas Ustaz Tuan.

Oleh yang demikian, PAS berharap supaya penubuhan ini disegerakan dan keadilan mesti dikembalikan semula kepada mangsa dan juga keluarga mangsa Tragedi Memali

Sumber BO - 19-8-2017














































































































































































































































Memali: Bukan soal nak ‘attack’ Mahathir











PAS berharap supaya penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Tragedi Memali disegerakan supaya keadilan dikembalikan semula kepada mangsa dan juga keluarga mangsa yang teraniaya. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes pembunuhan di Kampung Memali itu bukanlah bersifat peribadi. 
Katanya, saranan itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat PAS Pusat dan berkebetulan berlaku suatu ‘tragedi’ dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’, lapor Buletin Online 
“Kita memang mencadangkan supaya dibuka semula kertas siasatan kes Tragedi Memali dan mengesyorkan satu Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini. 
“Suruhanjaya Bebas yang dilantik di bawah Yang di-Pertuan Agong yang mewakili seluruh kepentingan rakyat termasuk bekas-bekas ketua hakim, pegawai-pegawai kerajaan, agensi-agensi yang kita fikir layak untuk mengetuai jawatankuasa yang bebas daripada sebarang penglibatan mereka dalam isu Memali,” ujarnya selepas menyampaikan ceramah Isu 1MDB dan Sidang Dun di Flat Hiliran, Kuala Terengganu, malam tadi. 
Menurutnya, kerajaan perlu segera mewujudkan penubuhan suruhanjaya siasatan kerana isu itu telah berlalu begitu lama, kira-kira 32 tahun yang lalu. 
“Bagi PAS ini bukan soal nak ‘attack’ Tun Mahathir atau mana-mana individu. Cadangan untuk siasat ini kerana prinsip kita nak menegakkan keadilan. Dan di atas prinsip keadilan ini, maka kita perlu berlapang dada. 
“Kalau kita rasa terlibat sama, tak perlu nak bantah sebab kita nak menegakkan prinsip keadilan, bukan nak tohmah mana-mana individu. Itu pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang kita bawa,” jelas beliau. 
Justeru, PAS mengharapkan agar disegerakan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas itu dan sebagaimana yang disarankan Presiden PAS agar semua yang terlibat mesti meminta maaf dan mengakui kesilapan serta balik kepada prinsip syarak. 
“Prinsip syarak ni adil dan perlu diberi balasan yang setimpal ataupun dibayar, kalau mengikut hukum syarak, dibayar diyat atau minta maaf tapi di peringkat ini, saya fikir perlu mengakui kalau kita buat kesilapan dan saya pernah sebut kepada Datuk Mukhriz supaya oleh kerana Tun (Mahathir) sebut dia tak terlibat dalam isu ini. 
“Kalau dia tidak terlibat, dia perlu pergi jumpa orang Memali dan minta maaf. Jadi siapa yang terlibat masing-masing buat tuduhan. Dia (Mahathir) kata Tun Musa Hitam, Tun Musa Hitam kata Mahathir, dan bagi PAS, Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan,” tegas beliau. 
Video
Sumber HD - 19-8-2017 































































































































































































































































































































































































































































































PAS Suggested Dr M Visit Kampung Memali

KITA BHARU – PAS claimed today that it had met with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) several times to propose that PPBM chairman Tun Dr Mahathir Mohamad visit Kampung Memali in Baling, Kedah, to eliminate any prejudice and anger of the villagers over the Memali incident.

Its secretary-general, Datuk Takiyuddin Hassan, said that after the matter was raised with PPBM deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir to be conveyed to his father, there was no response from Dr Mahathir.

“There was no reaction from Dr Mahathir until it was raised again by several individuals at the Nothing to Hide 2.0 forum in Shah Alam, Selangor, recently (last Sunday),” he said to reporters here.
Takiyuddin, who is the MP for Kota Bharu, said the fracas at the forum could have been averted and many issues could be resolved if Dr Mahathir had made the visit to Kampung Memali.

“Although it is an old case, it is bound to crop up now and again until it is resolved,” he said.

He said PAS had all along proposed to the federal government to conduct an inquest into the tragedy. What has come to be known as the Memali incident was a police operation on Nov 19, 1985, to capture a religious teacher, Ibrahim Mahmud, better known as Ibrahim Libya, in Kampung Memali, Kedah, in the face of resistance that resulted in the deaths of 18 people, four of them policemen. — Bernama

Sumber BO - 19-8-2017

Anak mangsa Memali jawab kritikan netizen














ISU pembunuhan di Memali bukan isu untuk PRU-14 atau untuk mencari perhatian umum tetapi ia adalah isu maruah seorang ulama dan mangsa kezaliman terhadap orang kampung yang tidak berdosa, demikian menurut anak mangsa Memali 1985, Mohamad Zuhdi Mat Piah. 
Beliau sekali lagi mengemaskini status di Facebooknya hari ini berhubung isu Memali bagi menjawab kritikan daripada netizen selepas tulisannya ditularkan tiga hari lalu. 
Zuhdi menjelaskan beliau bukanlah orang yang mula-mula membangkitkan isu Memali sebaliknya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang mencetuskan apabila memberi jawapan yang tidak bertanggunggjawab di dalam Program Nothing To Hide 2.0 baru-baru ini. 
"Jawapan yang menggoncangkan jiwa saya dan kami anak mangsa Memali. Sebab itu saya rasa bertanggungjawab menulis untuk tatapan anak muda yang ingin mengetahui apa yang berlaku 32 tahun yang lalu. 
"Saya anak mangsa, dan ayah adalah mangsa yang terlibat dan menjadi orang yang keluar di pagar rumah Ustaz Ibrahim untuk berunding dengan Datuk Yahya Yob (ketua pegawai operasi Ops Hapus)," katanya. 
Bahkan beliau mengakui di usia setahun sewaktu ayahnya ditembak beliau tidak mengerti apa-apa tetapi melahirkan rasa takut apabila melihat keadaan ayahnya diperlakukan sedemikian. 
"Sudah tentulah semua ini diceritakan oleh mak, ayah dan abang saya yang ada bersama ketika itu, ayah saya juga dipanjangkan umur hidup hampir 16 tahun selepas peristiwa bersejarah itu. 
"Pelikkah? Kalau begitu bagaimana pula dengan guru sejarah yang menceritakan tentang sejarah kemerdekaan, teruknya orang Melayu lawan komunis dan sebagainya. Adakah guru itu sudah wujud zaman itu atau baru berumur setahun? 
"Jika Ya! Macam mana dia boleh bercerita, makan kismis minda ke? Apa susu dia minum sampai jadi genius sangat umur setahun boleh ingat! Sudah tentulah guru tadi mengetahuinya dari mangsa keganasan komunis, dan mendapat maklumat dari orang yang hidup pada zaman tersebut. 
"Jangan pula kita hentam guru tersebut hanya kerana dia belum ada atau baru umur setahun ketika tercetusnya sejarah itu. Kita juga tentu ada kisah waktu kecil yang diceritakan oleh ayah atau ibu dan kita cerita pula kepada kawan-kawan," ujarnya. 
Tegasnya, Tun Mahathir dan Umno adalah orang yang bertanggungjawab di dalam isu ini kerana ketika peristiwa menyayat hati itu berlaku beliau merupakan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. 
Di dalam tulisannya sebelum ini turut menyebut tiga nama pimpinan PAN kerana mereka merupakan antara penceramah utama isu Memali sebelum ini. 
"Mereka sangat mengetahui apa yang terjadi kepada ayah saya dan mangsa yang lain, mereka juga boleh sahkan apa yang saya tulis, walaupun hari ini mereka bertiga sudah bersama Tun M dalam meja Pakatan Harapan yang pengerusinya adalah Tun M sendiri," katanya. 
Jelasnya, peristiwa Memali tidak akan pernah dilupakan, bahkan terus diingati sebagai sejarah hitam kezaliman sang pemerintah yang gilakan kuasa dan apa yang berlaku ini  tidak tertulis dalam buku sejarah negara yang dipelajari oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. – HARAKAHDAILY 18/8/17
Sumber HD -18-8-2017 



















































































































































































































































Memali: Ini kisah kami 32 tahun lalu





































SELEPAS 32 tahun peristiwa Memali 1985 berlaku, kejadian itu menjadi buah mulut dan semakin panas diperkatakan selepas ia dibangkitkan di dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. 
Malahan peristiwa Memali itu menjadi luka yang tidak pernah sembuh bagi umat Islam di negara ini apatah lagi apabila peristiwa itu diperkatakan semula. 
Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Pemuda PAS Kawasan Baling akan mengadakan ceramah Isu Memali yang akan disampaikan oleh anak-anak mangsa Memali pada malam esok 19 Ogos di Tapak Pasar Malam iaitu bersebelahan petronas Parit Panjang (Makam Syuhada Memali). 
Antara anak-anak mangsa yang akan berada di pentas ceramah itu nanti, Mohd Rosli Azmi, Yusni Mat Piah, Mohamad Zuhdi Mat Piah dan Shafirol Rozali. 
Turut bersama di dalam ceramah yang akan bermula jam 9.00 malam itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhamad Sanusi Md Nor, Ketua Pemuda PAS Kedah Salim Mahmood, YDP PAS Kawasan Baling Hassan Saad, dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling  Roshidi Md Arof. 
Orang ramai yang mahu mendengar sendiri luahan anak-anak mangsa Memali, dijemput beramai-ramai di dalam ceramah itu nanti. – HARAKAHDAILY 18/8/2017




































Sumber HD - 18-8-2017 





















































































































































































































































Memali: Pemangsa masih hidup, saksi ramai lagi



















DALAM Peristiwa Memali, orang Kampung Memali adalah mangsa manakala Mahathir dan Kerajaan Umno/BN adalah pemangsa. 
Masih ramai lagi saksi nyata dan mereka yang menjadi mangsa dalam Peristiwa Memali November 1985 yang masih hidup dan boleh menjadi saksi. Pemangsa juga masih hidup dan masih bercakap mempertahankan tindakannya. 
Baik... Kalau keterangan dari mangsa tak dapat dipercayai maka bolehkah kita percaya kepada keterangan daripada pemangsa? Walau naluri kemanusiaan kita lebih cenderung untuk percaya kepada keterangan mangsa, tapi untuk memuaskan hati semua pihak, kita tolak dulu keterangan dari kedua belah pihak. 
Lantas, apakah kita mahu membiarkan Peristiwa Memali kekal tergantung menjadi beban sejarah yang amat berat? Mangsa tidak mendapat keadilan dan nama baik Kerajaan Umno/BN tak dibersihkan. 
Mahathir, pemangsa yang sudah tiada 'gigi' mengeluarkan dakwaan terbaru bahawa orang kampung yang memulakan tindakan menikam mati 4 orang anggota polis sehingga mereka layak diserang dan dibunuh. Ini dakwaan yang sangat serius! 
Mahathir hanya mampu bercakap dan bercakap. Beliau sudah tiada walau secebis kuasa pun yang masih tinggal. Sehingga ke hujung usia, saya yakin tiada kalimah maaf akan diucapkannya atas apa yang pernah beliau lakukan. 
Perlu diingat bahawa tindakan yang diambil oleh Mahathir pada tahun 1985 itu adalah atas kapasitinya sebagai seorang PM merangkap Presiden Umno. Bukan atas sifat tubuh badan Mahathir secara individu. Liabiliti ini dipikul bersama. 
Kerajaan Umno/BN yang masih berkuasa mesti menjadi penegak keadilan. Untuk mangsa dan juga untuk kerajaan. Lantaran itu PAS telah lama menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat peristiwa tragis yang mengorbankan 14 orang rakyat awam Memali dan 4 anggota keselamatan ini sehingga ke akar umbi. 
Jangan ingat bila mangsa peristiwa Memali ramai yang sudah meninggal dunia dan Mahathir juga nanti sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta, maka Buku Tragedi Memali boleh ditutup! 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
16 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 16/8/2017












































































































































































































































































































































































































































































































Sumber HD- 16-8-2017























































































































































































































































MEMALI; Tun Mahathir, Jangan Mudah Lupa!


Mat Sabu, Mahfuz Omar Dan Salahuddin Ayub Boleh Sahkan!
Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah

Dulu kau kata Anwar peliwat dan tidak layak memimpin negara, kini kau boleh bersama² mainkan rakyat jelata, konon itu cerita lama, Anwar pula kata isu kecil sahaja! Walaupun sampai lebam biji mata dan rakyat dibelasah disembur gas pemedih mata, ada yg dipukul dan dipenjara. Ini semua hanya kerana kau takut hilang kuasa.

2. Begitu juga peristiwa Memali, Ustaz Ibrahim seorang ahli PAS yg sangat berpengaruh, kata²nya memikat hati rakyat jelata, beliau berkata benar, berani lawan penyelewengan dan kezaliman, bangkit basmi kemungkaran, beliau tidak takut celaan orang yg mencela, beliau tidak pernah gentar dengan ugutan sang penguasa rejim Tun M ketika itu, UMNO Baling dan Kedah rasa tergugat, sehingga ada dikalangan pemimpin UMNO Kedah mendakwa Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat.

3. Ustaz Ibrahim merupakan lulusan Universiti al-Azhar Mesir, kemudian belajar lagi di India dan Libya. Pernah bertugas sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Beliau letak jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampungnya, rumahnya dijadikan tempat pengajian, orang kampung datang untuk menimba ilmu, tiada sebarang jenayah yg mereka lakukan, jadi tiada sebab untuk tahan atau tangkap beliau.

4. 19/11/1985 Tanganmu berlumuran darah² mangsa Memali, 14 orang dibunuh dengan kejam lagi zalim, walaupun bukan kamu yg tembak atau bunuh mereka (sepertimana kau tidak pegang satu bata pun utk pembangunan negara) tetapi ianya berlaku kerana arahan daripada kamu.

5. Tarikh tersebut, 14 orang isteri menjadi balu, anak² menjadi yatim, keluarga kehilangan ayah, kau bunuh tanpa belas kasihan, 3600 anggota polis lengkap bersenjata menyerang orang kampung bersama seorang ustaz kesayangan mereka.

6. 4 orang anggota polis yg terkorban terkena peluru, dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka? Tidakkah ada dikalangan polis yg mabuk dan melepaskan tembakan rambang? Orang kampung tiada M16, meraka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.

7. Kereta perisai dibawa ke sana, merempuh pagar dengan rakus, melepas gas pemedih mata kepada orang kampung termasuk wanita dan kanak².

8. Apa salah mereka? Terbukti mereka tiada rekod jenayah, mereka tidak bersalah dan tidak pernah dihukum bersalah oleh mana² mahkamah dalam negara. Hanya kerana bimbang kuasa dan pengaruh terhakis, tergamak kau bertindak sedemikian, sungguh kau sangat zalim lagi kejam.

9. Tun M mendakwa mereka adalah penjenayah, pihak atasan polis juga mendakwa mereka adalah komunis. Ternyata ketika risikan komando 69 yg kononnya rumah Ustaz Ibrahim merupakan markaz komunis adalah maklumat palsu yg akhirnya mereka balik dan maklumkan kepada ‘bos’ mereka bahawa bukan markaz komunis tetapi rumah ustaz yg mengajar ilmu agama.

10. Ustaz Ibrahim dan 13 orang yg lain terkorban dengan tembakan dari peluru M16, bergelimpangan dihalaman rumah, didepan mata anak dan isteri, tanpa ada belas kasihan mereka terus disepak terajang dan dihentak dengan laras senapang.

11. Yang masih bernyawa dipukul bagaikan binatang, dicampak dalam trak bertindan² tanpa belas kasihan, dipijak dan dilanyak sepuas yg mahu dan dicampak bagai sampah, sungguh kau macam binatang.

12. Ayah saya (Mat Piah Yunus) ditembak dengan peluru M16, tembakan bertubi² sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya, jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang, beliau dipijak, diherdik kerana tidak ‘mampus’.

13. Ayah hanya tersenyum menunggu syahid yg beliau idam²kan, tetapi kuasa Allah mengatasi segala²nya, beliau tidak mati, beliau diseret dan dihumban dalam trak polis.

14. Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yg parah, Ayah diikat dgn rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan merbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah Ayah, saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu??? Sekali² saya tidak akan katakan ianya ‘isu kecil’.

15. Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, 2 tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yg tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa prikemanusiaan.

16. Begitu juga kanak² dan wanita disiksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yg cedera parah, ada yg cacat kekal sampai hari ini.

17. Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memehon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga² nama yg saya sebutkan boleh bersama² Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri!

18. Kami anak² mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang ‘menikmatinya’. Yang ingin bersamanya dan bersekutu silakan!

19. Ingat! Ketika seketol batu menghalang kemaraan Nabi dan para sahabat untuk berdepan kumpulan ahzab (bersekutu), Nabi pukul batu tersebut, lalu Nabi sebut kepada para sahabat, kuasa besar Rom akan jatuh. Nabi pukul kali yg kedua, Nabi sebut Parsi juga akan jatuh. Islam pasti menang!

20. Kami anak² muda sekali² tidak akan bersama UMNO/BN dan tidak bersama Pakatan Harapan. Kami akan bersama perjuangan Islam yg dipimpin oleh PAS dan kepimpinan ulamak dengan GAGASAN SEJAHTERA, kami yakin Islam pasti menang. Allahu Akbar!
(Mohamad Zuhdi Mat Piah IALAH Anak Mangsa MEMALI 1985

Sumber BO - 16-8-2017


























































































































































































































































Anak mangsa Memali ulas Nothing to Hide 2.0












SALAH seorang anak mangsa Memali 1985 meluahkan perasaan di laman Facebooknya selepas peristiwa itu dibangkitkan semula di dalam program 'Nothing To Hide' Ahad baru-baru ini. 
Menulis di Facebooknya dengan nama Mohamad Zuhdi, beliau melahirkan rasa sedih selepas 32 tahun peristiwa itu berlalu namum bekas Perdana Menteri Tun Mahathir tidak pernah mengaku salah apatah lagi memohon maaf kepada keluarga mangsa. 
Malahan beliau turut menyebut tiga nama pimpinan PAN yang dahulunya bersama-sama mempertahankan kebenaran pejuang-pejuang Memali akhirnya boleh duduk bersama dengan Tun Mahathir. 
"Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memohon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga-tiga nama yang saya sebutkan boleh bersama-sama Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri! Kami anak-anak mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M. 
"Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang 'menikmatinya'," bidasnya. 
Ayahnya Mat Piah Yunus, telah ditembak dengan peluru M16 bertubi-tubi sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya menyebabkan jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang kemudian dipijak namun nyawanya yang masih panjang. 
Kata beliau, Ayahnya hanya tersenyum menunggu syahid yang diidam-idamkan tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak mati sebaliknya diseret kemudian dihumban di dalam trak polis. 
"Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yang parah, ayah diikat dengan rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan berbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah ayah. Saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu? Sekali-kali saya tidak akan katakan ianya 'isu kecil'. 
"Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, dua tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yang tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa perikemanusiaan," ujarnya. 
Peristiwa Memali pada 19 November 1985 telah mencetuskan pertumpahan darah apabila seramai 14 orang terbunuh dengan kejam dan peristiwa sedih itu juga menyaksikan 14 orang isteri menjadi balu, anak-anak menjadi yatim, dan keluarga kehilangan ayah. 
Tragedi Memali berlaku membabitkan 3600 tindakan polis cuba menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud - atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - di kawasan rumahnya di Baling. Pihak polis ketika itu ingin menahan Ibrahim atas dakwaan mengancam keselamatan negara. – HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017 


Umno tetap musuh politik Pas
Posted on Wednesday, July 19 @ 14:29:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35694&mode=thread&order=0&thold=0



YAN - Pas menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Umno dan menyifatkannya satu perkara yang mustahil.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, dari dahulu hingga kini parti itu sentiasa menganggap bahawa Umno adalah musuh politik mereka.

"Sekiranya wujud suara sumbang serta fitnah mengatakan tentang perkara ini, ia sangatlah tidak benar, " katanya ketika berucap di majlis ceramah Pas di Unit Peti Undi (UPU) Tokai, kelmarin.
Beliau berkata, Pas sentiasa berfikiran terbuka dengan apa sahaja fitnah dilemparkan kerana fokus yang ada hanya untuk memperjuangkan dasar Islam. by Datawrkz

"Walau apa pun berlaku, Pas tetap nekad untuk membawa dasar Islam dalam menerajui kepimpinan negara," katanya.

Menurutnya, Pas akan bertanding di seluruh kerusi Dun dan Parlimen sekitar Kedah.

"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berusaha untuk meletakkan calon Pas bagi menewaskan mereka insya-ALLAH," katanya.

Mohd Hayati berkata, semua ahli Pas perlu meneliti semula semua perkara dan harus bergerak aktif dalam melakukan persediaan pilihan raya.

Katanya, Pas akan memperkukuhkan jentera yang ada dan akan berusaha menentang Umno dan parti politik lain.

"Kalau Pas ada hubungan sulit dengan Umno mesti kami tak akan bertanding dengan Umno," katanya.

Mohd Hayati berkata, kepimpinan Pas sekarang mengambil jalan lebih rasional dengan membiarkan sahaja tohmahan dilemparkan.

"Nabi berdakwah menyebarkan agama Islam pun orang menentang, tambah kita yang hanya umat kepada baginda," katanya.


  Beliau berkata, kepimpinan atasan Pas sentiasa memastikan sebarang keputusan diambil adalah relevan dan tidak mengikut emosi.

Sumber TKO - 19-7-2017





























































































































































































































































Memali: Dosa itu sudah kau lupakan?

PADA awal November 2010, Sasterawan Negara, Dato' (Dr) A. Samad Said telah berkunjung ziarah ke Baling mengimbau silam tragedi berdarah Memali yang memasuki tahun ke-25 ketika itu. 
Selain makam syuhada' Memali di Parit Panjang, beliau juga menjejak kaki langsung ke rumah as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Antara penegasan penting beliau ialah mahu sejarah Memali yang dipesongkan pemerintah agar diperbetulkan. 
Pembelaan kepada para korban dan keluarga mereka perlu dikembalikan hak itu dan beliau menuntut agar kertas putih dibentangkan di Parlimen. Ketika itu, antara ungkapan penting Pak Samad adalah "Dosa itu tidak harus dilupakan!" 
Ungkapan itu dibawa pulang Yang DiPertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim (arwah) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Lalu, pada Hari Mengingati Tragedi Berdarah Memali Kali Ke-25 yang diadakan, beliau telah mencetak t-shirt khas.
Pada t-shirt itu tertulis "Memali: Dosa Itu Tidak Harus Dilupakan!" Dalam ceramahnya 'Abang Mat' mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad habis-habisan. 
Malah, Penasihat Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menempelak Mahathir dengan menyatakan bahawa keterangan Mahathir mengenai Memali adalah satu pembohongan. 
Kini kedua-duanya telah memadam isu Memali dari memori entah sama ada lupa atau memaafkan. Lalu menerima Mahathir dengan penuh ramah mesra. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 

































































































































































































































































PAS Kedah sedia tanding semua dun, parlimen

DALAM Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, PAS telah bertanding sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri  (Dun) Kedah, iaitu dengan mengekalkan bilangan kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU ke-12. Manakala jumlah kerusi Parlimen dalam negeri Kedah yang ditandingi PAS pada tahun 2008 dan 2013 pula, adalah 8 kerusi. 
Memandangkan suasana politik hari ini berbeza daripada senario PRU yang lalu kesan daripada pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur serta tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama PAS sehingga muktamar membuat keputusan memutuskan persefahaman politik antara kedua-dua parti berkenaan, maka PAS Kedah bersetuju untuk sedia bertanding di 36 kerusi Dun Kedah dalam PRU ke-14. 
Telah menjadi tradisi PAS untuk meletakkan calon di kerusi majoriti Melayu menentang BN, namun pada PRU ke-14 ini PAS cuba meneroka kerusi majoriti 60 peratus Melayu atau meletakkan calon DHPP di kerusi yang berpotensi. 
Keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS Kedah walau bagaimanapun, tertakluk kepada kehendak PAS Pusat berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera. 
PAS Kedah juga bersedia untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen dalam negeri ini, dan ia juga tertakluk kepada keputusan PAS Pusat. 
PAS Kedah berpendirian bahawa sudah tiba masanya jentera pilihan raya PAS kawasan merintis semula kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi oleh rakan parti politik PAS suatu ketika dahulu supaya persediaan yang dibuat dapat meyakinkan rakyat bahawa PAS lah sebaiknya pilihan mereka. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. – HARAKAHDAILY 16/7/2017
Sumber HD - 16-7-2017 
































































































































































































































































Ziarah sahur santuni anggota bomba, polis

LAJNAH Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia pada dinihari ini bersama sama dengan Jabatan Amal Perlis serta Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis melakukan ziarah sahur di Kangar, Kuala Perlis dan semua balai polis serta bomba di negeri ini. 
Balai Polis Kangar dan IPK Perlis antara lokasi awal yang diziarahi dinihari ini. 
Manakala Balai Bomba Kangar serta Balai Bomba Kuala Perlis menjadi destinasi seterusnya dalam program ramah mesra yang dikenali sebagai Singgah Sahur ini.
Bermula jam 12 malam lagi, makanan sahur dibungkus sebanyak 200 pek sebagai persediaan program yang dimulakan pada jam 3 pagi kemudiannya. Program Singgah Sahur ini mendapat sambutan mesra daripada anggota bomba dan polis di lokasi lokasi yang dilawati. 
Program ini sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan PAS saat ini dalam usaha berterusan melebarkan dakwah serta politik kasih sayang dalam kalangan rakyat khususnya penjawat awam. 
LPPAS juga menyeru sahabat sahabat di semua peringkat untuk sama sama menyantuni para penjawat awam melalui program seumpama yang dilaksanakan di Perlis ini agar rakyat terus merasai kehadiran dan denyut nadi semangat juang Pemuda PAS dalam kehidupan mereka sehari hari. 
LPPAS juga merasa terharu dengan pengorbanan penjawat awam yang berkorban dan bertugas pada waktu malam sebegini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian yang bertugas demi keselesaan dan keselamatan rakyat akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
ziarah sahur 1 

ziarah sahur 2 

ziarah sahur 3
Sumber HD - 18-6-2017 



































































































































































































































































Harumanis: Luaskan pasaran, kawal pengeluaran

1. TINDAKAN lebih proaktif perlu dilaksanakan pihak kerajaan untuk mengelak kejadian lambakan mangga harumanis dari berulang di masa depan. Ia boleh dianggap satu 'tragedi' terhadap ikon negeri Perlis itu. 
2. Kelemahan pasaran dilihat masih menjadi faktor utama penyebab terhadap masalah lambakan ini, justeru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu mencari jalan penyelesaiannya, bukan semata-mata membantu dari aspek penanaman sahaja.  Hakikatnya ramai pekebun dan pengusaha harumanis menjual sendiri hasil tanaman mereka. 
3. Kegagalan memasarkannya dengan baik menyebabkan bekalan harumanis amat sukar diperolehi bagi pasaran di luar Perlis, walhal stok harumanis bagi pasaran dalam negeri adalah terlampau banyak, menyebabkan harganya jatuh teruk dan memberi kesan kepada para pengusaha. 
4. Maka, DPPNPs mendesak agar agensi-agensi berkaitan khususnya Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) agar memainkan peranan dalam menyusun atur  strategi serta kaedah pemasaran harumanis. DPPNPs juga mencadangkan dua kaedah yang boleh dilaksanakan FAMA iaitu melatih para pekebun dan pengusaha dari aspek pemasaran dan menyediakan platform pemasaran buah harumanis di seluruh negara. 
5. Bagi mengawal pengeluaran harumanis pula, DPPNPs mencadangkan agar Jabatan Pertanian mengadakan sistem permit kepada para petani dan pengusaha bertujuan mengawal pengeluaran harumanis, menjaga gred buah dan membendung aktiviti penipuan buah harumanis. 
6. Pada tahun ini, pengeluaran harumanis yang direkodkan adalah sebanyak 2,000 tan. Justeru, jika tidak diurus dengan baik, masalah lambakan buah akan terus berlaku yang memberi kesan ke atas harga. Penurunan harga boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada para pekebun dan pengusaha. 
7. DPPNPs yakin, sekiranya permasalahan ini ditangani dengan baik, pengeluaran buah yang lebih sistematik dan berkualiti dapat dilaksanakan, sekali gus mampu memenuhi pasaran dalam negara mahupun luar negara. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
HAZIQ ASYRAF DUN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
16 Jun 2017 | 21 Ramadan 1438
Sumber HD - 16-6-2017 





































































































































































































































































Al-Quran kunci penyatuan ummah

1. PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai prinsip dalam menentukan hala tuju dan gerak kerja untuk membina masa depan ummah yang sejahtera. 
2. Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan politik dari semasa ke semasa akan ditentukan oleh kepimpinan peringkat tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. 
3. Al-Quran diturunkan kepada sekalian makhluk sebagai panduan untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat kelak, justeru, barangsiapa yang mengambil isi Al-Quran keseluruhannya sebagai panduan, nescaya mereka akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Al-Quran juga sesuai pada setiap masa dan zaman. 
4. Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) merangkumi segala jenis cabang ilmu diatas muka bumi ini meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, budaya, undang-undang dan lain-lain. Maka sebab itulah Islam merupakan cara  hidup yang sesuai kepada semua lapisan masyarakat. 
5. DPPNPs sentiasa positif kepada mana-mana pihak yang mengutamakan kepentingan Islam. DPPNPs bersikap terbuka  kepada mana-mana pihak dalam usaha penyatuan umat dalam menegakkan syariat Allah SWT, seiring dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
6. Bersempena Nuzul Quran tahun ini, DPPNPs mengajak semua pihak samada individu atau kumpulan untuk sama-sama menjaga survival  Isam di negara kita supaya masa depan negara kita sentiasa aman dan makmur di bawah cahaya Islam. 
Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita 
USTAZ MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
12 Jun 2017 | 17 Ramadhan 1438 - HARAKAHDAILY 12/6/2017
Sumber HD - 12-6-2017 

ARC Perlis 'Gempur Dun Indera Kayangan'

ALTERNATIVE Riding Club (ARC) Perlis telah mengadakan program 'Gempur Dun Indera Kayangan' iaitu program penerangan dan edar risalah 'PAS Pilihanku' yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan DPPNPs, bertempat di Bazar Ramadhan Taman Kemajuan, Kangar, semalam. 
Aktiviti yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat terutamanya golongan muda dan para pengunjung serta peniaga bazar. 
Tujuan aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk menyampaikan maklumat yang jelas mengapa rakyat perlu memilih PAS dalam PRU14 akan datang. 
Bendahari DPPNPs, Irzan Asyraf dan Ketua Lajnah Penerangan DPPNPs, Haziq Dun adalah antara pimpinan DPPNPs yang turut serta dalam program berkenaan. 
Menurut Haziq Dun, aktiviti edaran risalah itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja penerangan DPPNPs dalam menghadapi PRU14. 
Tambah beliau, PAS sudah bersedia dan berada dalam kondisi yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja
Sumber HD - 11-6-2017 









































































































































































































































































Ulamak PAS Perlis santuni jemaah Tabligh

BAGI mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara ulamak dan jemaah Tabligh, Dewan Ulamak PAS Perlis (DUPNPs ) telah mengambil inisiatif mengadakan kunjungan ke Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Padang Besar, semalam. 
DUPNPs diwakili Ketua Penerangan DUPNPs, Ustaz Azamhari Mahamood.
Menurut Ustaz Azamhari, program berbentuk ziarah itu amat wajar diadakan kerana menepati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menjadi amalan PAS pada hari ini. 
Ujarnya lagi, meskipun berada dalam jemaah yang berbeza, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan harmoni. 
Pihak Madrasah Miftahul Hidayah pula menyambut baik kunjungan tersebut dan berharap agar hubungan yang terjalin itu akan terus berkekalan demi manfaat ummah dan agama. 
Pada kesempatan itu juga, DUPNPs turut menyampaikan sumbangan kurma pihak madrasah untuk juadah berbuka puasa kepada para pelajar madrasah tersebut.
Sumber HD - 3-6-2017 











































































































































































































































































Isu kegagalan SPR kendali edaran RDPT secara efisien

BADAN Perhubungan PAS Negeri Kedah merasa kesal dengan pengesahan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengarahkan pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun pertama 2017 kepada Pengarah Pilihanraya Negeri untuk disemak oleh parti-parti politik. 
Peruntukan masa selama 14 hari yang ditetapkan SPR tidak memadai dengan menggunapakai kaedah lama pameran dibuat. Walaupun dikatakan terdapat 960 tempat pameran seluruh negara tetapi bukan perkara yang mudah mendapatkan data lengkap bahan yang dipamerkan. 
Terdapat 272,143 pendaftaran baharu dan 80,821 berpindah alamat dalam rang suku tahun keempat 2016 yang dipamerkan pada 7 hingga 20 Feb 2017; manakala pendaftaran baru pemilih bagi suku tahun pertama 2017 berjumlah 242,691 dan 84,214 pemilih berpindah alamat dipamerkan pada 9 hingga 22 Mei 2017. Ini bererti jumlah keseluruhan pendaftaran pemilih baharu bagi dua suku tahun adalah seramai 514,843 orang dan 164,635 pemilih berpindah alamat dipamerkan dalam tahun 2017 ini yang keseluruhannya mencecah 679,469 orang pemilih. 
Petugas pilihan raya PAS Kedah mendapati bahawa terdapat pusat pameran yang hanya mempamerkan sebahagian rang DPT daripada jumlah keseluruhan lokaliti dalam suatu DUN, di samping wujud masalah komunikasi pengendali pusat pameran untuk mendapatkan rang DPT berkenaan. 
Terdapat juga perpindahan pemilih bertukar alamat seperti yang dipamerkan, misalnya DUN Belantik berjumlah 218 orang pemilih. PAS Kedah berpendirian bahawa SPR perlu dilihat telus, adil dan berintegriti dalam mengendalikan pengurusan pendaftaran pemilih; serta pengendali pilihan raya yang mengamalkan prinsip demokrasi yang saksama. 
PAS Kedah juga mengalu-alukan sikap keterbukaan SPR sebagai pemudah cara dengan mengembalikan kemudahan akses untuk mendapatkan data pemilih seperti yang diamalkan kepada parti-parti politik tanah air. 
Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
Sumber HD - 1-6-2017 













































































































































































































































































Sangkal 40 ahli PAS sertai PAN

MERUJUK berita akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Mei 2017 yang menyebut bahawa seramai 40 orang ahli PAS Cawangan Kg Perik Mukim Kurung Hitam telah menyerahkan borang menyertai PAN kepada Dr Hatta Ramli dalam suatu majlis ceramah yang diadakan di situ, PAS Kawasan Padang Terap menegaskan bahawa PAN sanggup menipu rakyat demi meraih sokongan dan menjadi popular. 
Serangan bertalu-talu PAN terhadap PAS mutakhir ini mengambarkan bahawa parti itu tiada halatuju yang jelas dan sangat bertentangan dengan slogan yang sering dilaungkan iaitu Islam rahmat bagi sekalian alam. 
PAN sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyambung nyawa dalam dunia politik apabila menjadikan PAS dan ahli-ahlinya sebagai sasaran serangan mereka. 
Mungkin kerana tidak ada sambutan rakyat, terlalu hampir PRU14 dan terdesak meraih sokongan rakyat dengan keahlian PAN di daerah Padang yang terlalu sedikit, mereka terpaksa bertindak berbohong mengatakan 40 ahli PAS Kg Perik menyertai mereka. 
PAS Kawasan Padang Terap menegaskan tiada ahli-ahli parti seramai 40 orang dari cawangan Kg Perik keluar parti dan menyertai PAN. Kami mencabar pihak PAN mengeluarkan senarai nama 40 orang ahli PAS tersebut kepada umum jika mereka ada sedikit maruah sebagai orang Islam yang tahu soal dosa dan pahala. 
PAS Kawasan Padang Terap terus menjadi pilihan rakyat dengan menjadi satu-satunya parti Islam yang terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat dan agama suci Islam. Isu bandaraya getah yang dijanjikan kepada penduduk Padang Terap oleh BN semenjak PRU yang lepas, isu bekalan air, isu pendapatan dan beban kos sara hidup rakyat, isu kebajikan rakyat antara agenda yang menjadi keutamaan PAS Kawasan Padang Terap sebagai sebuah parti yang tidak hanya bergerak melalui politik, tetapi menjadikan pendidikan, dakwah dan kebajikan sebagai teras agenda perjuangan. 
USTAZ MOHD AZAM ABD AZIZ
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PADANG TERAP
15 Mei 2017
Sumber HD - 15-5-2017 















































































































































































































































































Pemuda Umno perlu berani betulkan kemungkaran politik












USUL memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sepertimana dibentang dan diterima pada Muktamar PAS Kali Ke-63 Ahad lalu adalah urusan PAS dan tidak perlu campur tangan daripada Umno. Ia menunjukkan ketegasan PAS terhadap mana-mana pihak dalam memastikan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan parti ini terus dipelihara mengatasi segala kepentingan; politik kuasa dan kebendaan. 
Pemuda Umno Kedah diingat agar tidak terlalu teruja dan gembira terhadap segala keputusan yang telah diambil oleh PAS kerana PAS sendiri tidak mempunyai ikatan politik dengan Umno. Bahkan Umno itu sendiri tidak jauh bezanya dengan parti tersebut yang belum berani bertegas kepada rakan komponen BN untuk berperanan menegakkan syariat Islam dalam negara ini. 
Bahkan Umno masih menyimpan kebimbangan dan tidak yakin pada diri sendiri untuk melaksanakannya walaupun menerajui pemerintahan. Begitu jua sayap-sayap Umno juga tidak berani menyuarakan perihal kelemahan, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam urus tadbir negara. 
Kami menasihati Pemuda Umno Kedah agar tidak perlu menjadi konsultan politik kepada PAS untuk bertahaluf siyasi dengan mana-mana pihak dan mengambil sebarang langkah politik. PAS tidak hilang punca apatah lagi berjalan di dalam kegelapan akan tetapi kekal berdiri di atas paksi yang teguh untuk mempertahan dan meninggikan agama Allah. 
PAS sentiasa membuka pintu muzakarah bahkan telah lama membukanya kepada mana-mana pihak untuk membincangkan hal-hal berkaitan perlaksanaan Syariat, Pembangunan Negara dan sebagainya atas dasar sebuah parti politik yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dengan menggariskan syarat ia mestilah berteraskan Islam serta kesediaan melakukan islah dan tajdid sebagaimana panduan al-Quran dan as-Sunnah. 
Justeru, Inilah masa terbaik untuk Umno kembali berpegang kepada tali Allah dalam segenap ehwal dan menginsafi serta bertaubat atas segala kesilapan dan dosa lalu dengan mencari serta memohon keampunan Allah. Umno perlu berubah, kerana politik juga tertakluk kepada perhitungan dosa dan pahala di mana akhirnya kita akan kembali kepada Allah jua. 
USTAZ SALIM MAHMOOD
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 4/5/2017
Sumber HD- 4-5-2017 



















































































































































































































































































Ribut: Kenyataan Media PAS Kedah











PIHAK Panitia Muktamar Tahunan PAS ke-63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka. 
Kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki PAS yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian. 
Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Pihak Panitia Muktamar serta PAS Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian. 
Sementara itu, semua aturcara program Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa. 
Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera. 
Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
30 April 2017 - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD - 30-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































































PAS sasar Kedah PRU 14












PAS meletak harapan tinggi untuk kembali berkuasa di Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berdasar keupayaan mentadbir negeri itu pada penggal lepas. 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat mensasarkan Kedah pada PRU ke-14 dengan rekod pentadbiran negeri di bawah PAS sebelum ini tidak tercalar. 
Katanya orang bukan Islam pun selesa di bawah pentadbiran PAS di Kedah. 
“Mereka boleh merasai sendiri pengalaman berada di bawah kerajaan yang ditadbir PAS pada penggal lepas yang banyak membawa perubahan kepada rakyat,” katanya pada kuliah dhuha dan tahlil perdana di Muasasah Darul Ulum Pokok Sena, hari ini. 
Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Mohd Rejab Mohd Akhir dan pemimpin PAS Kedah. 
Orang ramai  memenuhi masjid tersebut bagi mengikuti kuliah disampaikan Ustaz Tuan Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan. 
Kompleks Muasasah Darul Ulum menempatkan sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, kolej Islam dan pusat bahasa. Pembinaannya bermula pada 1986 selepas membeli tanah tersebut daripada penduduk kampung. 
Muasasah tersebut juga menempatkan kubur bekas presiden PAS Datuk Mohd Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak. 
Ustaz Ahmad turut meluang masa melawat tanah perkuburan tersebut seusai kuliah dhuha. 
Ustaz Tuan Ibrahim berkata, rakyat boleh menilai sendiri kejayaan kerajaan negeri yang ditadbir PAS pada penggal lepas. 
“Sebab itulah kita mengadakan muktamar di Kedah kali ini bagi mengembalikan momentum tersebut. Berdasar pengalaman lepas, berikutan muktamar yang diadakan di Kedah memberi kejayaan kepada PAS pada PRU sebelum ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
















































































































































































































































































Rayuan dana siapkan Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar 63


















SEMPENA Muktamar PAS Ke-63 di Kedah, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) akan menganjurkan Majlis Makan Malam untuk menampung perbelanjaan menyiapkan sebahagian Kompleks PAS Kedah sebagai vanue Muktamar. Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut: 
Tarikh: 29 April 2017
Masa : 8:00 malam
Tempat: Kompleks PAS Kedah 
Bersarlah harapan kami agar pihak YB/Dato'/Ustaz dapat membeli atau menaja meja (8 tempat duduk) sempena majlis tersebut untuk membantu BPPNK mengumpulkan dana menyiapkan Kompleks PAS Kedah. 



















1.Platinum -RM10k (Sold Out)
2.Emas - RM3k
3.Perak - RM2k
4.Gangsa - RM1k
5.Kupon - RM50 
Tetamu utama majlis tersebut ialah Ybhg. TG Mursyidul Am, YB Datuk Seri TG Presiden, Ybhg Timbalan Presiden, dan Naib-Naib Presiden.
Tempahan boleh dibuat melalui: 
1.Sanusi - 0125969220
2.Ust Musoddak - 0124827563
3.Ust Rosli - 01110706247
4.Ust Ahmad Yahya - 0194704740
5.Ust Aizat - 0134481030 
BPPNK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan YB/Dato'/Ustaz menjayakan majlis ini. – HARAKAHDAILY 16/4/2017
Sumber HD - 16-4-2017 

1 comment:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete