BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, April 17, 2017

PAS DAN HALEHWAL WILAYAH PERSEKUTUAN (JILID 2)




Siasat, batalkan parti gay terbesar di 

KL




DEWAN Pemuda PAS Wilayah 
Persekutuan (DPPWP) menuntut 
Kementerian Wilayah Persekutuan 
mengambil tindakan tegas untuk 
menyiasat parti gay terbesar yang akan 
dianjurkan selama tiga hari (30 Ogos 
hingga 1 September) di G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Parti Resurrection 2018 adalah program tahunan komuniti gay sejak tahun 2015. 
Program ini dianjurkan oleh Divine Bliss dan telah mendapat liputan 
besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT 
media network) dan The Gay Passport. 
Pihak penganjur juga dikatakan menyalurkan sebahagian keuntungan daripada 
penganjuran parti berkenaan sejak tahun 2015 kepada Yayasan PT, Majlis AIDS 
Malaysia, Rumah Pertiwi, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dan Pertubuhan 
Kebaikan dan Kesihatan Umum Malaysia.
DPPWP mendesak pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak tegas dan 
membatalkan parti ini dengan segera. Jangan mencemarkan maruah rakyat serta 
negara dengan penganjuran parti yang hina ini.
Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
5 Zulhijjah 1439 | 17 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 17/8/2018

Sumber HD - 17=8-2018

Sehelai baju baru amat bermakna

PANDAN: Keseronokan memakai lengkap baju baru pada Aidilfitri jelas terpancar di wajah 41 orang kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
Golongan mewah dan pertengahan tidak timbul masalah untuk memiliki baju berjenama pada setiap kali sambutan Aidilfitri namun bagi mereka berpendapatan rendah ia merupakan hanya impian.
Atas tanggungjawab sosial, Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar A Samad berusaha mewujudkan Projek Baju Raya anjuran Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR).
Menurut beliau, pada peringkat pertama seramai 41 orang kanak-kanak dari keluarga yang memerlukan telah menerima sumbangan RM100 setiap seorang untuk membeli baju raya.
Katanya, kumpulan kedua akan menerima sumbangan yang sama sebelum Aidilfitri.
Iskandar yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan berkata, Projek Baju Baru itu telah dilancarkan pada 30 Mei dan dalam masa empat hari sumbangan orang ramai telah cukup untuk membeli baju raya.
"Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah SWT memberkati anda sekeluarga. Sumbangan masih diterima untuk penyampaian kepada kumpulan kedua sebelum raya.
“Saya percaya sebarang sumbangan perlu disampaikan kepada yang memerlukan dan bukan secara rambang," katanya.
Tambah beliau, ada orang yang sanggup membelanjakan RM100 untuk sekali berbuka puasa di hotel tetapi RM100 juga dapat membelikan baju raya yang akan dipakai oleh seorang kanak-kanak sehingga raya tahun hadapan.

Pemuda WP kekal semangat pasca PRU14

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengadakan Liqa' Fikri Pasca PRU dan Iftar Jamaie di KUIZM, di sini kelmarin.
Program ukhuwah dan penghayatan Ramadan melibatkan seluruh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu juga sebagai pembangkit semangat seusai PRU14.
Taujihat menyegar kembali kekuatan Pemuda selaku sayap PAS telah disampaikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Adun Batu Buruk.
Kata beliau dalam ucapannya, kalah menang dalam pilihan raya merupakan antara sunnatullah perjuangan Islam yang menguji jihad setiap penggerak parti.
Serunya, sebagai hamba yang berjuang di jalan-Nya, perlulah sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan mengadakan muhasabah atas kekurangan dan kelemahan gerak kerja.
"Tujuan kita masuk pilihan raya adalah untuk sebar dakwah secara meluas di seluruh Malaysia dan bukan semata-mata bermatlamat kemenangan.
"Bila PAS bertanding lebih 150 kerusi PRU14 baru ini, bermakna mesej dakwah kita sampaikan kepada rakyat. 
"Dengan undi popular yang banyak diterima PAS, bererti terbukti penerimaan masyarakat semakin kuat," ujar beliau.
Beliau turut mengingatkan Pemuda agar terus konsisten membina kekuatan dengan menambah keahlian dan memperbanyakkan Cawangan yang merupakan antara faktor kemenangan di Pantai Timur.
Beliau juga mengajak seluruh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan untuk optimis terhadap perjuangan di bandar metropolitan itu hingga suatu masa Allah menganugerahkan kemenangan.
Selain berbuka puasa bersama, para Pemuda PAS yang hadir pada majlis itu turut melaksanakan solat Tarawikh dan Witir berjamaah di surau kolej universiti milik PAS itu. -HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018 






Edaran sahur eratkan JAM dan masyarakat

PUTRAJAYA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Putrajaya telah menjalankan edaran sahur yang telah diadakan di pusat pentadbiran negara itu pada awal pagi semalam.
Ziarah diketuai Komandan Amal Putrajaya, Anas Al-Asyura dan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Ustaz Faizal Ibrahim itu menumpukan edaran kepada kakitangan awam beruniform yang bertugas.
Edaran juadah sahur itu telah diserahkan mereka kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Balai Polis Presint 11, Angkatan Pertahanan Awam dan Wad Kecemasan Hospital Putrajaya.
Program tersebut sebagai usaha Amal menyemarakkan Ramadan disamping mengeratkan hubungan kemasyarakatan, juga sanjungan kepada budi dan jasa anggota terbabit atas dedikasi tugas mereka.
Menerusi program sedemikian juga, menjadi platform memperkenalkan Jabatan Amal sebagai satu badan uniform sukarela yang turut siap siaga memberi khidmat kepada masyarakat dan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. -HARAKAHDAILY 20/5/2018





Sumber HD - 20-5-2018

Hanya PAS pilihan untuk kuburkan BN

PAS Batu meneliti keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah dan berharap semua pihak dapat menerimanya dengan penuh hormat dan akur kepada keputusan tersebut. 
PAS Batu juga merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Tian Chua dan PKR/PH atas keputusan itu. 
Pun begitu, misi untuk mengalahkan BN bukanlah berada di jalan buntu, bahkan ia semakin terbentang luas. Saya optimis bahawa PAS boleh mengalahkan BN. 
Tinggal lagi pendirian PKR/PH sama ada mahu menyumbang kepada kekalahan berganda BN atau terus meletakkan BN dalam kedudukan selesa. 
Sekiranya PKR/PH benar-benar ikhlas dan komited mahu mengalahkan BN, satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan memberikan sokongan dan undi kepada PAS pada 9 Mei nanti. 
”Kita Sejahtera Bersama”
”Sejahtera Bersama Islam”
AZHAR YAHYA
Calon P.115 Batu / YDP PAS Kawasan Batu
04 Mei 2018 | 18 Syaaban 1439 – HARAKAHDAILY 4/5/2018
Sumber HD - 4-5-2018 












PAS Wilayah tawar sekolah menengah agama

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menawarkan akan membina sekolah menengah agama di Titiwangsa dan juga mencadangkan agar dibina sekolah menengah agama di setiap satu kawasan parlimen. 
Pesuruhjayanya, Mohammad Noor Mohammad berkata sekarang di Titiwangsa ada enam buah sekolah agama iaitu dua di Keramat, dua di Kampung Pandan dan dua di Kampung Baru. 
“Kalau kita ambil itu panjang satu sekolah kita ada 50 makna kita sudah ada 300 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
“Daripada 14 kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan hanya ada tiga buah sekolah menengah agama, satu di Manjalara Kepong, satu di Permaisuri Bandar Tun Razak, satu lagi di Labuan sedangkan permintaannya begitu tinggi. 
“Jadi sudah tentu kita memerlukan suatu pembinaan sekolah dan kami daripada PAS menawarkan setiap kawasan parlimen yang di Wilayah Persekutuan ini perlu ada sebuah sekolah menengah agama supaya dapat menampung keperluan ibu bapa sedangkan permintaannya begitu tinggi.
“Jadi sudah tentu kita memerlukan suatu pembinaan sekolah, dan kami daripada PAS menawarkan setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan ini perlu ada sebuah sekolah menengah agama supaya dapat menampung keperluan ibu bapa,” ” ujarnya yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa pada sidang akhbar, semalam. – HARAKAHDAILY 3/5/2018
Sumber HD - 3-5-2018 







PAS serius bertanding PRU14 - Ustaz Azhar

KUALA LUMPUR: “PAS serius dalam bertanding pada pilihan raya kali ini,” kata Ustaz Azhar Yahya. 
Beliau yang juga merupakan calon PAS bagi P.115 Parlimen Batu berkata, PAS memohon agar Allah memberikan kemenangan. 
“Kita benar-benar memohon kepada Allah agar Allah memberikan kemenangan yang terbaik, agar kita dapat memimpin bumi ini tuan-tuan dengan membuat kerajaan pada 9 haribulan (Mei) malamnya. 
“Sama ada kerajaan bersendirian ataupun kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan insya Allah PAS akan memimpin bumi ini dengan membawa keadilan langit. Kita dapat lihat bagaimana parti PAS tuan-tuan bukan sehari duduk di Malaysia,“ ujarnya lagi. 
Menurutnya, PAS mempunyai kelemahan dan kekuatan, dengan kekuatan yang ada PAS cuba menawarkan apa yang diberikan oleh Allah. 
“Saya yakin terutama penduduk-penduduk di Kawasan ini tuan-tuan tahu bahawa PAS adalah parti yang memang hendak membawa agama Allah. Kita adalah manusia yang ada kelemahan tetapi ada kekuatan dan kekuatan yang ada kami cuba menawarkan apa yang diberikan oleh Allah,” ujarnya semasa ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Semarak Hijau PAS Kawasan Batu 2018 yang diadakan di Bandar Baru Sentul, semalam. – HARAKAHDAILY 2/5/2018














Sumber HD - 2-5-2018

Undi untuk Malaysia Sejahtera - Calon P.119

TITIWANGSA: Calon PAS P.119 Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad menegaskan bahawa PAS komited membawa masyarakat ke arah kesejahteraan hidup.
Jelas beliau, antara usaha akan dilaksanakan PAS adalah memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan kos sara hidup rakyat.
Juga katanya, mempertingkatkan usaha dan keberkesanan menangani jenayah-jenayah yang berlaku dalam masyarakat dan menggugat ketenteraman awam.
Beliau menerangkan demikian yang menjadi sebahagian manifestonya ketika menemui pengundi sempena Karnival Kesihatan anjuran PAS Zon Kampung Baru di Chow Kit, di sini semalam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, pembawaan PAS adalah dengan menyelesaikan permasalahan berasaskan Islam.
Oleh itu ujarnya, PAS memerlukan pengundi untuk menghantar wakilnya ke Dewan Rakyat yang akan mengenengahkan suara Islam dan melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Maka pengundi serunya, diminta memberi peluang dan mandat kepada PAS supaya hasrat sedemikian dapat direalisasikan menerusi undi rakyat untuk PAS.
Selain pemeriksaan kesihatan percuma, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, dan haji, gubahan tuala serta cabutan bertuah. -HARAKAHDAILY 30/4/2018
















Sumber HD - 30-4-2018


Pindah Kelab Malam Dari Kawasan Majoriti Melayu
Posted on Thursday, April 26 @ 05:30:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39383



KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad menyifatkan pembinaan dan operasi kelab malam mengetepikan sensitiviti masyarakat dalam Parlimen Titiwangsa yang majoritinya Islam.

Beliau yang juga calon Pas di kawasan Parlimen itu berkata, keberadaan kelab malam berkenaan termasuk beberapa yang lain dalam kawasan Parlimen Titiwangsa menimbulkan banyak isu terutamanya kesesakan dan masalah sosial anak muda terutamanya Melayu Islam.


"Dari jam 10 malam ke atas, kita boleh lihat sendiri kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan dan menyusahkan penduduk yang mahu masuk ke kawasan Desa Pandan.

"Lebih menyedihkan terdapat anak muda Islam yang turut menjadikan lokasi itu sebagai tempat berhibur sehingga awal pagi.

"Berdasarkan statistik, sebanyak 71 peratus pengundi di Titiwangsa merupakan orang Melayu. Jadi ia tidak sesuai. Sebaliknya perlu dipindahkan ke luar kawasan iaitu di mana tempat majoriti bukan melayu," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada sidang media sama, beliau menyatakan keyakinan sebanyak 60 peratus untuk memenangi hati pengundi di Parlimen itu.

Selain zon Kampung Pandan, beliau juga akan memberi fokus jaminan pemilikan tanah untuk Kampung Baru dan penyelesaian isu peniaga di Keramat.

-Sinar Harian

Sumber TKO - 26-4-2018










PAS Wilayah kemuka calon PRU14

GOMBAK: Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad mengumumkan calon-calon yang akan bertanding kawasan parlimen pada Pilihan raya Umum ke-14 ini. 
Beliau mengumumkan demikian pada majlis yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini.
Mohamad Noor turut bertanding di Parlimen Titiwangsa. 
Menurutnya, calon-calon yang ditampilkan PAS menerusi Gagasan Sejahtera adalah gabungan golongan agama, profesional dan ahli pendidikan. 
Senarai calon.-
1) P 124: BANDAR TUN RAZAK
DR. HJH ROSNI ADAM
2) P 115: BATU
USTAZ AZHAR YAHYA
3) P 116: WANGSA MAJU
HJ RAZALI TUMIRAN
4) P117: SEGAMBUT
USTAZ MUHAMMAD SOLEH ABDUL RAZAK
5) P 118: SETIAWANGSA
USTAZ UBAID HJ ABDUL AKLA
6) P 121: LEMBAH PANTAI
TN HJ LAR FAUZI ABU BAKAR
7) P 125: PUTRAJAYA
PROF. HJ ZAINAL ABIDIN KIDAM
8) P 166: LABUAN
HJ AHMAD JUNIT AHMAD ALIT
9) P 119: TITIWANGSA
HJ MOHAMMAD NOOR B MOHAMMAD
Sumber HD - 20-4-2018 











PAS Wilayah boleh menang kerusi Parlimen

PAS Wilayah Persekutuan boleh memenangi lapan kerusi yang ditandingi jika pihak lawan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan berpolitik secara bersih, bebas daripada fitnah dan rasuah. 
Lapan Parlimen tersebut ialah Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Titiwangsa, Lembah Pantai, Batu, Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. 
Kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS majoriti Melayu. Bagi Parlimen Batu, Melayu dan bukan Melayu dijangka sama banyak berikutan persempadan semula iaitu pemindahan 7,375 majoriti pengundi Melayu ke Wangsa Maju. 
Pergolakan yang berlaku dalam Umno sehingga tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh mengurangkan undi kepada BN. 
Ramai menjangka pengundi Umno akan menyokong PPBM kerana skandal dalam kerajaan BN seperti isu Felda, 1MDB, RM2.6 bilion yang gagal dijelaskan bagi meyakinkan rakyat, namun tindakan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad bersekutu dengan DAP menyebabkan orang Umno mencari alternatif lain. 
Peluang ini yang perlu diambil kesempatan PAS kerana DAP bukan sahaja tidak suka Melayu malah buli Melayu sebagaimana didakwa Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial (PMSP), Ramesh Rao yang juga bekas ahli DAP. 
Selain itu, isu kos sara hidup bebanan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST, harga minyak tidak menentu, lebih banyak naik daripada turun atau stabil menjadikan BN tidak popular kepada rakyat. 
BN gagal mengemukakan penyelesaian kenaikan harga barang sebaliknya mewujudkan program seperti Kedai 1Malaysia yang gagal kepada sasaran penduduk miskin dan luar bandar. 
Akhirnya ia bukan penyelesaian menyeluruh berbanding dengan tawaran PAS yang mahu menghapuskan GST bagi mengatasi akar dan punca yang menyebabkan berlaku kenaikan harga barang. 
Cukai GST yang memberi pendapatan negara akan diganti dengan cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham. 
Dalam masa sama juga BN mungkin boleh menarik beberapa peratus undi Cina, bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak menjalinkan hubungan dagang dengan China. 
Dasar Najib itu boleh menawan sentimen orang Cina menyebabkan berlaku pengurangan undi Cina kepada Pakatan Harapan dan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PAS. 
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohamad berkata yang penting PAS perlu bekerja kuat memikat orang Umno keluar parti tetapi tidak berminat dengan DAP dalam Pakatan Harapan. 
“Pergolakan dalam Umno dan pertelingkahan dalam Pakatan Harapan kerana masing-masing parti saling berebut hendak bertanding terutama PAN yang tidak mendapat satu kerusi di Wilayah, boleh menyedarkan orang PAS yang lari kepada PAN untuk kembali semula kepada PAS,” ujarnya ketika ditemui di Darul Ummah, di Pandan, Ahad lalu. 
Menurut beliau, sebelum ini PAS menghadapi pilihan raya umum dua penjuru berdepan dengan BN, tetapi kali ini PAS bersaing tiga penjuru, namun ia bukan bermakna tidak memberi kelebihan kepada PAS. 
Tiga penjuru bukan perkara baru kepada PAS kerana PAS melalui calon Md Azmi Lop Yusof pernah menang dalam pertandingan tiga penjuru melawan MCA dan Bebas daripada ahli DAP di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, mempunyai 17 peratus pengundi Cina, pada 1999 dengan majoriti 511. 
Bagaimanapun Wilayah Persekutuan yang mempunyai jurang komposisi kaum agak ketara iaitu Melayu sebanyak 36.62 peratus berbanding Cina 51.42 peratus, ia menjadi satu perjuangan yang sukar untuk meraih populariti undi. 
Manakala masyarakat India sebanyak 10.51 peratus di Wilayah Persekutuan boleh menjadi penyumbang kepada kestabilan jika mahu mengurangkan penguasaan DAP di kota. - HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2018 












Pemuda Putrajaya lapor polis tuduhan palsu Ku Nan

PUTRAJAYA: Pemuda PAS Putrajaya membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tuduhan pengambilan 'pil kuda' dilemparkannya.
Laporan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Zulfikar Abd Kasim di Balai Polis Presint 7, di sini semalam.
Dalam laporan itu, Zulfikar meminta tuduhan tersebut disiasat dibawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta AntiBerita Tidak Benar 2018.
"Tuduhan yang dilemparkan bersifat untuk memburukkan PAS dan pemimpin PAS, dan ianya boleh disalahertikan seolah-olah pemimpin PAS yang membekalkan pil kuda kepada petugas-petugasnya," ujarnya.
Zulfikar juga meminta Tengku Adnan agar memberikan bukti berkenaan tuduhan yang dilemparkan itu.
"Kita harap Datuk Seri Tengku Adnan dapat mengemukakan bukti yang kukuh dan tidak hanya sekadar membawa berita palsu bersifat fitnah dan berniat jahat untuk memburukkan imej PAS," katanya.
Zulfikar menafikan dakwaan Setiausaha Agung Umno itu yang disiarkan oleh portal Malaysiakini pada 14 April 2018. -HARAKAHDAILY 16/4/2018
Sumber HD - 16-4-2018 













PAS Wilayah Persekutuan tanding 9 Parlimen

PUTRAJAYA: Seramai sembilan calon termasuk seorang wanita daripada pelbagai latar belakang mewakili PAS Wilayah Persekutuan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata sembilan calon itu akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai, Segambut dan Batu.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen termasuk Putrajaya dan Labuan.
Senarai akhir calon, katanya telah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak. 
Tambahnya, penamaan sembilan calon itu akan diumumkan pada 19 April ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
"Sembilan calon ini ada muka lama dan ada muka baru serta seimbang dari segi latar belakang yakni profesional dan agamawan," katanya kepada Harakahdaily pada sidang media khas pelancaran manifesto PAS Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.
Ditanya untuk memenangi Segambut, beliau berkata jumlah pengundi Melayu lebih tinggi daripada kaum lain dan sudah tentu sasaran PAS mengutip undian pengundi Islam manakala kaum bukan Islam tidak semua yang mengundi DAP. 
Menerangkan kelebihan manifesto PAS Wilayah Persekutuan, beliau berkata tawaran yang dikemukakan PAS adalah seimbang melibatkan kesemua kaum di Wilayah Persekutuan. 
"Selain daripada agama tawaran PAS dalam manifesto ini juga melibatkan semua kaum, seperti pengangkutan, wanita, pendidikan dan infrastruktur.
"Wilayah Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum jadi tumpuan manifesto ini kepada masyarakat berbilang kaum di semua sektor," katanya.
Bertemakan Malaysia Sejahtera, PAS Wilayah Persekutuan mengemukakan 25 tawaran melibatkan 7 kluster iaitu, agama, pendidikan, perumahan, wanita, ekonomi, sosial dan infrastruktur pengangkutan. – HARAKAHDAILY 15/4/2018


























Sumber HD - 15-4-2018















Malaysia perlukan tsunami politik Islam

BANDAR TUN RAZAK: Tsunami politik berasas perkauman yang pernah berlaku di negara ini terbukti telah gagal memberi penyelesaian terhadap masalah geo-politik Malaysia.
Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr G Balachandran berkata, oleh itu Malaysia memerlukan tsunami politik baharu berpaksikan Islam dan yakin akan berlaku pada PRU14.
"Malaysia mempunyai krisis yang teruk ekoran salah urus tadbir oleh Kerajaan BN serta pendekatan politik kotor dan tidak telus. PAS merupakan parti yang memurnikannya semula.
"Selain dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, pemimpin PAS mempunyai pertimbangan dosa dan pahala," ujar beliau pada sesi Sembang Santai Teh Tarik yang diadakan Restoran Rizkhan, Taman Tenaga, di sini kelmarin.
Jelasnya, politik PAS sedemikian bermakna mempunyai panduan daripada Tuhan yang menjadi faktor kestabilan negara kerana wujudnya 'Kingdom of God'.
Tegasnya, dengan tsunami politik Islam, ia akan menjatuhkan kemungkaran dan membawa keharmonian serta kesejahteraan kepada negara sebagaimana dibuktikan dengan tiadanya pimpinan PAS disiasat tuduhan rasuah.
"Islam mengajar amar makruf nahi munkar. Islam harus memimpin supaya hapuskan kemungkaran. Ia satu-satunya agama merangkumi 'way of life'.
"Bagi yang tidak kenali Islam, anggap ia agama semata. Tetapi hakikatnya Islam sangat cantik dan indah merangkumi seluruh aspek kehidupan," terangnya. -HARAKAHDAILY 9/4/2018
Sumber HD - 9-4-2018 















PAS yakin menang di Setiawangsa

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa yakin memiliki peluang cerah memenangi kerusi parlimen tersebut walaupun dijangka bakal berlaku pertandingan sekurangnya tiga penjuru di situ. 
Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan berkata, konsisten PAS kepada dasar Islam dan penyelesaian dalam isu-isu kesejahteraan rakyat telah meningkatkan sokongan. 
"Banyak faktor penentu sokongan (yang membawa kemenangan) antaranya komposisi kaum, kedudukan kawasan, parti-parti dan calon bertanding, isu-isu setempat, strategi kempen dan lain-lain. 
"Tidak ada kerajaan lebih baik melainkan PAS yang cakna dan bersungguh-sungguh selesaikan masalah rakyat," ujar beliau ketika merasmikan Markas Induk PAS Setiawangsa, semalam. 
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan melancarkan markas utama sebagai pusat pengumpulan tenaga kerja Petugas PAS dan aktiviti PRU14 itu di perkarangan Blok B8, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini. 
Pada majlis yang turut diadakan doa selamat dan jamuan serta edaran risalah manifesto itu, beliau menyeru penduduk agar memberi undi kepada PAS supaya laluan untuk memerintah Malaysia dapat direalisasikan. - HARAKAHDAILY 8/4/2018
Sumber HD - 8-4-2018 
















Kampung Baru tradisi yang perlu dipertahankan

TITIWANGSA: Pembangunan seharusnya menjadikan penduduk sebagai elemen utama dan ianya dinikmati, bukannya memangsakan dan mengerah pindah dari penempatannya. 
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad menegaskan demikian ketika menyatakan pandangan terhadap rancangan memajukan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 
Menurutnya, Kampung Baru adalah penempatan tradisi di tengah-tengah ibu kota, namun suatu hari nanti ianya mahu dimajukan dengan bangunan pencakar langit. 
"Penduduk wajar mendapat manfaat dari pembangunan dihasilkan dan bukan hanya memandang dari jauh," ujarnya pada ceramah di PASTI Al-Fatih, di sini semalam. 
Manakala Ketua dan Naib Ketua Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Md Ali Jamil dan Ustaz Abdul Hadi Abdul Halim dalam ceramah mereka menggariskan tawaran-tawaran PAS. 
Manifesto tersebut dibentang dan dikupas mereka kepada hadirin yang kelihatan berpuas hati dengan tawaran berkenaan. 
Turut diadakan sempena ceramah tersebut adalah jualan murah melalui gerai-gerai yang dibuka sempenanya. - HARAKAHDAILY 8/4/2018
Sumber HD - 8-4-2018 

















Sistem sekular BN punca masalah negara, rakyat

SETIAWANGSA: Masalah berat dialami negara dan rakyat pada aspek agama, sosial dan ekonomi bukanlah disebab salah tadbir individu dan parti politik, tetapi juga sistem pemerintahannya. 
Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla berkata, pentadbiran Kerajaan Umno-BN yang berteras sekular telah menyebabkan penindasan dan kerosakan. 
Perkara itu menurutnya, semakin parah sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan ianya berlanjutan hingga kini yang menuntut perubahan menyeluruh dan bukan kosmetik semata. 
"Demokrasi pilihan raya ini membenarkan rakyat sebagai hakim menentu sistem pemerintahan negara. Oleh demikian, para pengundi dirayu memberi peluang kepada PAS dengan dasar Islam yang membawa keselamatan dan kesejahteraan. 
"Sekiranya diberi mandat, PAS akan memansuhkan hutang tertunggak pinjaman PTPTN dan akan menstrukturkan semula PTPTN ke arah memberi pendidikan percuma," serunya pada Ceramah Kelompok 7.0 di Restoran Sany Char Koay Teow, Medan Selera Tasik Titiwangsa, di sini semalam. 
Turut berucap pada majlis itu adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan dan Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abd Manaf. - HARAKAHDAILY 8/4/2018


































Sumber HD - 8-4-2018


















RCTT pikat pengunjung kupasan isu

TITIWANGSA: Ameerah Kawasan Titiwangsa telah mengadakan sesi Ameerah Mengupas menerusi program Roti Canai Teh Tarik (RCTT) yang dilangsungkan di Mamak Bistro, Desa Pandan, di sini semalam.
Program bertema "Solusi PAS Kepada Anak Muda" dan bertujuan merancak dan menggiatkan lagi penerangan kepada masyarakat setempat nyata menarik sambutan luar biasa pengunjung.
Kupasan isu berkaitan ekonomi, pendidikan dan hal ehwal kewanitaan dikupas sendiri Exco Ameerah Malaysia, Siti Nadhirah Khalid dan Exco-exco Ameerah Wilayah Persekutuan, Nusaibah Ibrahim, Najwa Amir dan Nur Hikmah Ramli.
Antara yang menjadi fokus pengunjung adalah solusi PAS dalam menangani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos sara hidup tinggi dilalui golongan muda, terutama tanggungan hutang pengajian oleh graduan.
Turut dibentangkan kepada pengunjung adalah statistik kes keganasan rumah tangga dalam negara yang antara penyumbang puncanya juga adalah kos sara hidup tinggi.
Program yang menghidangkan roti canai dan teh tarik dipimpin Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim itu turut mendapat kerjasama dari PAS Kawasan Titiwangsa dan Jabatan Amal Titiwangsa. -HARAKAHDAILY 26/3/2018
Sumber HD- 26-3-2018 



















PAS Setiawangsa anjur Bengkel Rekaan Grafik

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa dengan kerjasama NGO Prihatin Ummah Sejagat  telah menganjurkan Bengkel Rekaan Grafik‘Adobe Photoshop’ di Dewan KAFA Al- Ansar, Taman Seri Rampai, di sini semalam. 
Bengkel ini mendedahkan para peserta mengenai kemahiran menyunting gambar, membuat poster dan rekaan grafik yang menarik untuk pelbagai keperluan.

Bengkel ini dijalankan secara kaedah ‘coaching’ dengan dibantu oleh beberapa fasilitator diketuai Muhammad Syafiq Kamil, agar peserta dapat menguasai kemahiran tersebut dengan sempurna.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Setiawangsa, Dr Zuraini Hashim, program ini merupakan usaha pihaknya mengumpul dana PRU 14 yang memerlukan kos besar.

Beliau yang juga merasmikan program bengkel tersebut mengingatkan peserta kepentingan menuntut ilmu kerana ianya merupakan syarat menjadi khalifah Allah S.W.T.

"Apabila Adam A.S belajar ilmu dan mengajar ilmu kepada para Malaikat sebagaimana perintah Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah, maka Allah S.W.T berbangga dan ini jelas menunjukkan kelayakkan manusia sebagai khalifah Allah.

"Oleh itu, tanggungjawab kita adalah untuk mencari ilmu yang bermanfaat dan menyebarkan kebaikan kepada ummah," ujar beliau.

PAS Setiawangsa yang akan bertanding pada PRU 14 melihat peluang kemenangan cerah berikutan sambutan masyarakat kepada perjuangan Islam, sedang prestasi Umno semakin merosot dengan isu penyelewengan dan kos sara hidup tinggi.
Oleh yang demikian gerak kerja pilihan raya perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan dana yang cukup di mana umbangan amat dialukan kepada PAS Setiawangsa menerusi akaun BIMB 1211 3010 0644 53. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber HD - 25-3-2018 




















GEH rancakkan penerangan gagasan semasa PAS

TITIWANGSA: Komitmen PAS membawa Malaysia Sejahtera yang digariskan menerusi beberapa dokumen akan terus giat disampaikan kepada masyarakat menerusi Gelombang Epal Hijau (GEH).
Usaha itu sedang rancak diperluaskan oleh Muslimat Muda (Ameerah) Dewan Muslimat PAS menerusi sebaran risalah dan sesi penerangan kepada awam dengan mendekati masyarakat di lapangan.
Menurut Ketua Ameerah Kawasan Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim, pendekatan GEH lebih ceria, semangat dan gagah itu berusaha menyampaikan mesej PAS agar rakyat memahami dan turut bersama.
Katanya, Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051, serta terbaharu Manifesto GAGASAN bersama 9 Teras Utama dan 20 Tawaran mesti segera sampai kepada rakyat.
Jelas beliau, keberkesanan mesej-mesej tersebut pasti berjaya menambat hati rakyat menerusi pendekatan berterusan dan menarik, sekali gus memberi rakyat keyakinan dan pilihan sewajarnya semasa mengundi pada PRU14 nanti.
Terbaru pihaknya telah mengadakan siri GEH itu di Maluri, di sini kelmarin dengan turut disertai pimpinan PAS Titiwangsa, termasuk membuka kaunter khas daftar pemilih. -HARAKAHDAILY 23/3/2018








































Sumber HD - 23-3-2018





















Anak muda siswa tuntut selamatkan Tanah Rizab Melayu

KUALA LUMPUR: Empat tuntutan disuarakan oleh anak muda kepada Putrajaya dalam Himpunan Anak Muda Selamatkan Tanah Rizab Melayu anjuran Sekretariat Ummah Siswa Malaysia (Ummah Siswa) di hadapan kompleks membeli belah Sogo, di sini hari ini.
Himpunan dihadiri anak muda mahasiswa bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) ini menuntut kerajaan mengembalikan Tanah Rizab Melayu ke tempat asalnya seperti telah termaktub dalam tujuh wasiat Raja-raja Melayu bertarikh 5 Ogos 1957.
Turut disuarakan adalah gesaan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Melaka merangka serta meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Tanah Rizab Melayu seperti negeri-negeri lain, juga mahu Majlis Raja-raja terlibat secara langsung dalam usaha mengembalikan Tanah Rizab Melayu seperti dalam wasiat tersebut.
Mereka juga mendesak Perdana Menteri (PM), Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak segera bertindak mengembalikan Tanah Rizab Melayu dalam kadar yang sepatutnya, di mana tuntutan tersebut akan diserahkan kepada PM selepas diadakan himpunan terbesar pada 6 April ini.
Pengerusi Sekretariat Ummah Siswa Malaysia, Faizzuddin Zai ketika ditemui mengingatkan mana-mana parti politik di negara ini sekiranya mahukan sokongan anak muda, harus mengangkat isu selamatkan Tanah Rizab Melayu yang semakin meruncing.
"Kita akan jadikan isu ini proses lobi kepada parti-parti politik, kalau mereka nakkan sokongan kami anak muda, dia mesti angkat isu ini. Jika tidak, kami akan boikot partinya," katanya yang juga merupakan Presiden Gamis.
Mengulas lanjut, maklumnya kempen dan himpunan seperti itu akan diteruskan dalam siri jelajah ke negeri-negeri dan berakhir di Putrajaya yang dijangka melibatkan lebih 500 mahasiswa dari seluruh negara.
Malahan jelasnya, anak muda akan turut mencakna isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mahu diperkenalkan semula oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad jika PH menang dalam pilihan raya akan datang.
Pihaknya juga mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng segera bertindak menubuhkan undang-undang Tanah Rizab Melayu di Pulau Pinang bagi mempertahankan nasib orang Melayu di negeri itu yang kian terhakis.
"Kami mahu Perdana Menteri adakan mesyuarat khas bersama Ketua Menteri, mesti diadakan mesyuarat khas dahulu, kuasa di bawah kerajaan negeri, namun seperti yang kami katakan tadi berlaku masalah Tanah Rizab Melayu di Pulai Pinang kerana tidak ada undang- undang.
"Negeri-negeri lain sudah ada dan yang terbaik setakat ini adalah negeri Kelantan yang menjaga Tanah Rizab Melayu," tegasnya.
Turut hadir memberi sokongan adalah Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahya, Ahli Exco Ikatan Arkeologi Malaysia, Zahara Sulaiman dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
Sumber HD - 12-3-2018 






















Dr Rosni dicadang calon PAS BTR

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Bandar Tun Razak sebulat suara mencalonkan Ketua Dewan Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam untung bertanding kerusi Parlimen P.124 itu pada PRU14, sekali gus menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Bandar Tun Razak Kali Ke-30 yang dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia Tambahan, di sini pagi tadi.
"Pengumuman secara rasmi akan dibuat oleh PAS Pusat sendiri, tapi PAS Bandar Tun Razak secara rasminya telah mencadangkan Dr Rosni Adam sebagai calon kita untuk bertanding di sini. Beliau juga merupakan anak tempatan di sini, telah dibesarkan di sini.
"Kami yakin beliau adalah calon yang paling sesuai sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak," kata Yang DiPertua PAS Bandar Tun Razak, Md Syukor Aziz dalam sidang media tadi. 
Sementara itu, Dr Rosni ketika ditemui Harakah berkata, tiga nama calon sebelum ini telah dihantar oleh PAS Bandar Tun Razak ke Majlis Syura Ulama dan nama beliau mendahului calon-calon lain telah sebulat suara dipilih PAS Kawasan.
Ujarnya, ini hanyalah cadangan daripada PAS Bandar Tun Razak, manakala keputusan rasmi akan diumumkan oleh PAS Pusat dalam masa terdekat ini.
"Walaupun tiga penjuru, mungkin satunya ialah dari segi jentera dan gerak kerja alhamdulillah PAS ke depan, dan mungkin kelebihan kepada PAS lagi ialah apabila meletakkan calon anak tempatan. Sebab saya anak tempatan di sini, walaupun dilahirkan di Melaka tetapi membesar dan bersekolah pun di sini," katanya.
Tambah beliau, maklum balas sejumlah hampir 100,000 pengundi Bandar Tun Razak sememangnya telah lama menantikan PAS untuk bertanding di parlimen tersebut yang kini disandang oleh wakil rakyat bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sejak tahun 1995, kerusi Parlimen P.124 telah dipegang oleh MCA sehinggalah dirampas Pakatan Rakyat pada PRU 2008 yang meletakkan Abdul Khalid sebagai calon.
Khalid kekal menewaskan pencabarnya dari MCA pada PRU ke 13, Tan Kok Eng dengan kemenangan besar iaitu sebanyak 11,832 undi. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
 Sumber HD - 11-3-2018














































Mini Karnival PAS jalin hubungan sesama penduduk

BANDAR  TUN  RAZAK: PAS Kawasan Bandar Tun Razak telah berjaya melangsungkan Mini Karnival PAS Bandar Tun Razak 2.0 yang diadakan di Pangsapuri Desa Tasik, Sungai Besi, di sini semalam. 
Program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara PAS Bandar Tun Razak dan memperkenalkan pimpinan-pimpinannya disamping membuka peluang perniagaan kepada para usahawan tempatan.
Antara program-program yang dijalankan adalah sukan rakyat, jualan amal, tukar minyak enjin motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, kuliah Dhuha dan zikir munajat oleh Ustaz Shafie Abd Rahman dan lain-lain lagi. 
Kemeriahan program ini turut disertai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak, Md Shukor Aziz; Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Desa Tasik Fasa 1A, Suwandi Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam serta pimpinan-pimpinan lain. 
Dr Rosni dalam ucapan pada karnival itu menyatakan, PAS adalah sebuah parti yang menitikberatkan perihal kebajikan dan kesejahteraan. 
Di mana tegas beliau, Islam satu-satunya agama yang memberi hak kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sempadan. 
“Jualan kebajikan yang kita buat sebagai satu usaha PAS untuk meringankan beban rakyat yang susah dan sengsara akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini,” ujar beliau. 
Manakala Suwandi dalam ucapan mengalukan penghargaan kepada PAS Bandar Tun Razak kerana sudi mengadakan program di situ yang disifatkannya mengeratkan hubungan penduduk setempat. -HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018 


























Pemuda Titiwangsa bermuhasabah menuju PRU14

TITIWANGSA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-30 di Dewan Seminar Hotel Adamson Inn, Kampung Bharu, di sini semalam.
MAT tersebut bertujuan meneliti dan merupakan medan muhasabah buat kepimpinan kali ini dalam bergerak kerja serta membentangkan laporan yang merupakan agenda berkala tahunan setiap peringkat.
Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Farkhan Md Zin dan turut disertai pemerhati dari Pemuda PAS Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Muhammad Faiyzal Ibrahim dan Ustaz Imran Ishak.
Turut hadir sebagai pemerhati adalah Yang DiPertua (YDP) PAS Titiwangsa, Ustaz Mohd Khairul Anuar Manaf dan Timbalan YDP PAS Titiwangsa, Yaakob Omar serta Setiausaha PAS Titiwangsa, Hedzer Ibrahim.
MAT tersebut turut mengenang bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Titiwangsa, Allahyarham Ustaz Mirzan Mohamad yang banyak berjasa khususnya kepada PASTI dan SRITI.
Turut diselitkan adalah acara Sambutan 30 Tahun Dewan Pemuda PAS Titiwangsa dengan gimik potong kek dan Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda PRU14 di PASTI Darul Hikmah Desa Pandan.
Ustaz Farkhan dalam ucapannya menekankan mengenai pembinaan pelapis kepimpinan pemuda di semua peringkat, serta fokus program berimpak tinggi, selain membangunkan pangkalan data pengundi.
Ucapan penangguhan oleh wakil PAS Titiwangsa, Yaakob Omar menyentuh mengenai siap siaga tenaga pemuda khususnya dalam menggerakkan kerja pilihan raya. - HARAKAHDAILY 4/3/2018
Sumber HD- 4-3-2018

























PAS Wangsa Maju edar sisipan Harakah

WANGSA MAJU: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengedarkan naskah sisipan Harakah di Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2 dan Masjid Ibnu Abas, Taman Ibu Kota, di sini semalam. 
Program mingguan ini merupakan yang ketiga diadakan selepas Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menerbitkan risalah penerangan umum tersebut untuk edaran secara percuma. 
Ianya sekali gus memberi ruang kepada pimpinan PAS kawasan untuk mendekati masyarakat tempatan secara dekat khususnya para pengundi di Parlimen P.116 Wangsa Maju ini. 
"(Reaksi) Penerimaan warga Wangsa Maju kepada PAS sangat baik dan memberangsangkan walaupun kalangan bukan ahli PAS," ujar Timbalan Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Izamuddin Ludin merangkap Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Wangsa Maju. 
Turut serta adalah Naib Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan. 
Tambah beliau, PAS Wangsa Maju tetap optimis untuk mendekati masyarakat tempatan sama ada mereka penyokong PAS atau pun tidak, sesuai dengan gagasan terkini yang diperjuangkan PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD - 3-3-2018 



























Ahli PAS diseru menjadi 'singa dan abid'

SETIAWANGSA: Jentera PAS diseru memiliki rutin umpama "Singa di siang hari dan Abid di malam hari" agar mampu teguh menghadapi PRU14 yang pastinya menjadi pilihan raya paling sengit. 
Nasihat itu dititipkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Setiawangsa Kali Ke-15 di Dewan KAFA Al-Ansar, di sini semalam. 
Menurutnya, cabaran PRU14 juga melibatkan pertembungan akidah yang bukan sahaja menuntut persiapan ruhiyah, tetapi dikukuhkan juga dengan disiplin dan adab dalam berhadapan musuh. 
Malah, beliau menyeru ahli PAS supaya memiliki keyakinan utuh kepada Allah S.W.T di mana biarpun PAS akan diperangi tiga penjuru atau lebih, namun kelebihan pasti dianugerahkan Allah kepada perjuangan Islam yang memenuhi syarat.
Menurutnya, PAS adalah parti yang mempunyai pemimpin dan anggota tersusun serta ikhlas seumpama yang disifatkan Rasulullah terhadap pasukan tentera Islam pembuka Kota Konstatinople. 
"Kota Konstatinople akan dibebaskan, di mana rajanya sebaik-baik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera," ujarnya mengungkap hadis itu membangkitkan semangat para perwakilan dan pemerhati. 
Jelasnya lagi, PAS yang istiqamah dengan perjuangan Islam kesinambungan para Anbiya, sama sekali tidak terpalit dengan salah laku rasuah dan penyelewengan berbanding lawan sama ada BN mahupun PH. 
Oleh itu terangnya, peranan dan kesungguhan setiap ahli PAS untuk menyumbangkan harta dan jiwa raga di posisi masing-masing adalah kebaikan dan kebajikan. 
Semua itu terangnya, bukan sahaja akan mendatangkan manfaat untuk manusia, tetapi juga akhirnya beroleh ganjaran Syurga dan keredhaan Allah sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran. 
Kamaruzaman turut menyentuh usaha pihak musuh mengemukakan RUU164 sebagai usaha melemahkan Islam, sedang PAS berusaha memenangkan RUU355 yang menguatkan Mahkamah Syariat. 
Bahkan usaha PAS tegas beliau, selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan agama lain diamalkan. 
Kerana itu ujarnya, ahli PAS mesti kehadapan dalam memperjuangkan Islam kerana mereka merupakan benteng terakhir membela Islam dan bukannya Umno. 
Sedangkan Umno kata beliau, hanya mempergunakan Islam mengikut kehendak mereka, manakala Pakatan Harapan pula jelas memusuhi Islam. 
Tegasnya juga, PAS adalah parti yang menerima semua tanpa mengkesampingkan atau bias kepada mana-mana perbezaan agama, budaya atau kaum sebagaimana jelas pada asas Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Beliau juga membaca amanat Presiden PAS yang antara lain menekan dasar perjuangan PAS iaitu agar masyarakat mempunyai nilai Islam dan kedaulatan negara berdasar pemerintahan Islam. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD- 27-2-2018 






















































Angkat semula Tun M kerja tidak waras

SETIAWANGSA: Perjuangan Pakatan Harapan untuk mengangkat semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah kerja tidak waras, demikian bidas Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Mohamad Yusof.
Katanya, selama 22 tahun pentadbirannya dipenuhi pelbagai penindasan dan penyelewengan serta ditentang kuat pembangkang, tetapi kini mereka mahu mengangkatnya di kedudukan itu semula.
Perkara itu dinyatakannya pada Ceramah Kelompok PAS Kawasan Setiawangsa 3.0 di Perumahan Awam Seri Semarak, PPR Semarak, Ayer Panas Setapak, di sini kelmarin.
Menurutnya, Tun M juga telah terpalit dengan skandal kerugian matawang asing melibatkan puluhan bilion ringgit, penyelamatan konsortium perkapalan, Perwaja dan lainnya, selain berkaitan rasuah serta ketirisan.
Di mana semua itu ujarnya, melanda hingga kini termasuk seperti NFC, tanah Felda, 1MDB dan lainnya menyebabkan beban ekonomi di alami rakyat dan kos sara hidup meningkat.
Hal itu terangnya, berbeza dari pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang bersih dari salah laku rasuah selain agensi kerajaan negeri menerima anugerah lima bintang pentadbiran dan jabatan audit.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agong PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil menyifatkan PAS telah terkehadapan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
Jelasnya, semua solusi itu adalah panduan kepada dasar pemerintahan akan diacuankan PAS yakni Islam yang bersifat rahmah dan sejahtera, menggantikan kerajaan sekular membawa sifat kapitalis menindas.
Beliau dalam ceramahnya itu turut menjelaskan penyelesaian PAS terhadap tekanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta bentuk pentadbiran berasaskan pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman yang didahului Islam.
Turut berucap pada majlis itu adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Idris Yaacob dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla. -HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 




























Signal sokongan warga ibukota terhadap PAS

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa telah menganjurkan siri Ceramah Kelompok 3.0 yang dilangsungkan di Perumahan Awam Seri Semarak, PPR Semarak, Ayer Panas Setapak, di sini kelmarin. 
Kehadiran ramai masyarakat ibukota pada program itu menyerlahkan kekuatan sebenar PAS yang berakar kukuh dan sekian lama dalam Parlimen tersebut. 
Naib Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Idris Yaacob menyifatkan ia bukti PAS memiliki sokongan semua lapisan, sekalimgus mewujudkan gerakan untuk memacu PAS lebih terkehadapan dalam kalangan warga ibukota khususnya pada PRU14.

"Sokongan ini kerana PAS memperjuangkan kebenaran dan keadilan berdasarkan petunjuk Ilahi sehingga menjadi rujukan dan pilihan semua pihak.
"Termasuk Kerajaan Brunei umpamanya apabila ingin mengamalkan Undang-undang Islam," ujar beliau.

Selain Idris, ceramah pada siri itu turut disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agong PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Mohammad Yusof dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.

Majlis tersebut juga disiarkan secara langsung menerusi 'Facebook Live' PAS Kawasan Setiawangsa yang ditontoni hampir 2,000 pengguna pada masa tersebut. -HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 

PAS Wilayah ziarah sahabat seperjuangan

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa telah menerima lawatan pimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang mengadakan ziarah khusus mengunjungi ahli-ahli PAS dalam kawasan itu, kelmarin.
Lawatan itu diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Abd Halim Hassan dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Abu Bakar Sedek diiringi Bendahari PAS Setiawangsa, Abd Kadir Yahya.
Kunjungan mereka itu khusus ke atas ahli-ahli PAS Setiawangsa yang diuji dan memerlukan sokongan serta bantuan diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab kebajikan.
Antara diziarahi adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Zailan Abd Rahman yang masih menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Besar Kuala Lumpur di kediamannya di Wangsa Maju.
Turut dikunjungi adalah keluarga guru PASTI Setiawangsa, Marshita Ramli yang anaknya, Amirul Saidi baharu sahaja menjalani pembedahan di kepala kerana ketumbuhan di kediaman mereka di Setapak Jaya.
Pada kunjungan disertai Pengarah Jabatan Pilihan Raya dan Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Idris Yaacob dan Ustaz Yusoop Hamid itu rombongan turut menghulur sumbangan dan doa kesembuhan buat yang diziarahi. - HARAKAHDAILY 17/2/2018


























































Sumber HD - 17-2-2018




























































Warga emas Chan terima Ziarah Kasih PAS

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa bersama Dewan Pemuda PAS Setiawangsa telah mengadakan program Ziarah Kasih ke Rumah Kebajikan Warga Emas Chan, Ayer Panas, Setapak, di sini kelmarin.
Program agihan barangan keperluan dan pemberian khas itu adalah sempena menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina pada Jumaat ini.
Antara lain program tersebut bertujuan mewujudkan kemesraan PAS kepada kaum Tionghua terutama menyantuni warga emas yang memerlukan perhatian dan kasih sayang sesuai dengan tuntutan dalam agama.
Menurut Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla, perhatian kepada warga emas yang terabai dan tidak mendapat bantuan kerajaan itu merupakan salah satu aktiviti kebajikan PAS Setiawangsa.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, selain itu program tersebut mahu mewujudkan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.
"Harapan kami, kunjungan ini dapat menggembirakan warga emas kaum Tionghua yang juga sudah uzur, selain membantu mengurangkan beban tanggungan kesusahan pengusaha rumah kebajikan ini," ujar beliau.-HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018 































Patuh pandangan mufti, jangan rosakkan undi

DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menyatakan bahawa haram untuk pengundi menyokong kempen memboikot atau sengaja merosakkan undi pada pilihan raya umum ke 14 (PRU 14). 
Pandangan Mufti WP amat tepat ketika kempen "UndiRosak", "SpoiltVote" dan "ProtesPRU" sedang hangat dijayakan di media sosial oleh segelintir pihak yang kecewa dengan suasana politik negara. 
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga telah mengeluarkan kenyataan dan pandangan bahawa haram hukumnya bagi orang Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosak undi. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa mereka yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah mereka yang telah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar. Nampaknya, kalangan ulamak dan Mufti sendiri sependapat dengan pandangan Presiden PAS menunjukkan hukumnya yang jelas dan penting sebagai panduan kepada semua pengundi beragama Islam. 
DUPWP melihat kempen atau tindakan merosakkan undi ini adalah satu kempen negatif yang ditaja oleh mereka yang mahu memusnahkan negara ini. Dengan merosakkan undi, pengundi telah mensia-siakan peluang bagi menentukan proses kepimpinan negara. Justeru, pengundi tidak boleh berlepas tangan dengan mengambil sikap tidak bertanggung jawab daripada menunaikan hak mereka mengundi atau merosakkan undi mereka hanya semata-mata kerana marah dengan pihak tertentu. 
Mengundi ibarat membuat referendum terhadap parti politik dan pemimpin negara. Dengan mengundi, pengundi telah memberi nasihat, menegur dan melakukan perbuatan ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ terhadap pemerintah yang didapati melakukan kesalahan. Begitu juga dengan mengundi, pengundi telah memberi hak untuk menyokong, membantu dan menaikkan pemimpin yang berhak atau layak untuk menjadi pemimpin. Bagi umat Islam, ia ada pertimbangan dosa dan pahala serta akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Dengan mengundi, pengundi telah menunaikan hak dan kewajipan mereka terhadap agama, masyarakat dan negara ini. 
Selain itu, Mufti WP turut menyatakan haram dari segi syarak jika tidak mengundi serta tidak mendaftaran diri sebagai pengundi. Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menunjukkan seramai 3.6 juta warganegara yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lalu. Dengan pandangan Mufti WP itu, adalah diharapkan umat Islam yang telah layak mengundi dan belum mendaftar diri sebagai pengundi agar dapat mendaftarkan diri mereka sesegera mungkin. 
DUPWP mengharapkan agar lebih ramai para mufti dan ulamak tampil ke hadapan memberi pandangan dan pendirian agar rakyat Malaysia segera mendaftar diri sebagai pengundi dan seterusnya menunaikan kewajipan untuk mengundi kerana itu adalah hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang perlu mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Kita mahu keputusan PRU ke 14 nanti ditentukan oleh pengundi kerana merekalah yang berhak dan layak bukan didorong oleh sentimen pihak luar yang mahu merosakkan sistem pilihan raya di negara yang tercinta ini.

USTAZ DR (H) MOHD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY 14/2/2018






























































Sumber HD- 14-2-2018

PAS Setiawangsa tembusi kubu Umno di PPR Desa Rejang

SETIAWANGSA: Islam akan menjadi dasar pemerintahan yang menjadi penyelesaian terbaik segala permasalahan masyarakat di ibukota sekiranya PAS diberi mandat pada PRU14 nanti, demikian dinyatakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad. 
Antaranya jelas beliau, PAS bersama Gagasan Sejahtera menawarkan pengurusan dan perbelanjaan negara dengan cara berhemah dan adil berdasar dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta Dokumen Hijau. 
“Dokumen WINS merupakan pelan induk bagaimana PAS akan mentadbir Malaysia sehingga 2051 yang dibahagikan kepada tiga fasa tersusun bermula peringkat pemulihan pembangunan, pembangunan yang pesat dan ikon pembangunan negara luar. 
"Ini menunjukkan kematangan, kemampuan dan kewibawaan PAS memerintah Malaysia. Semasa PAS memerintah Terengganu (tahun) 1999 hingga 2004 sebagai contoh, PAS berjaya menghapus tol, cukai pintu dan penyerahan 60,000 lot tanah kepada rakyat. 
"Ini tidak dapat dilakukan oleh Kerajaan BN walaupun Kerajaan BN menafikan royalti petroleum,” ujar beliau dalam ceramah kelompok di PPR Desa Rejang, Setiawangsa yang merupakan antara kubu Umno semalam. 
Selain beliau turut berucap adalah Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Rashidi Razak dan Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan iaitu YDP PAS Setiawangsa serta Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.
Ubaid dalam ucapannya menegaskan hanya dasar Islam dapat menyelesaikan masalah rasuah, ekonomi, sosial sebagai contoh tiada satu pun pemimpin PAS dari peringkat kampung hingga negeri disabit bersalah rasuah. 
Ceramah kelompok tersebut mendapat sambutan meriah penduduk PPR Desa Rejang dari pelbagai lapisan bangsa Melayu, Cina dan India serta kerjasama baik polis menunjukkan kepercayaan warga kota dan semua pihak terhadap dasar Islam untuk penyelesaian masalah kronik rakyat.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD -13-2-2018 



Pas bertanding di kerusi Lembah Pantai
Posted on Monday, February 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38200


KUALA LUMPUR - Pas mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU14.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kawasan Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad berkata, buat pertama kali Pas meletakkan calon di kerusi berkenaan, walaupun jentera parti itu banyak membantu PKR pada PRU13.

“Sekarang ini kita diberikan mandat oleh pimpinan tertinggi untuk meletakkan calon di Lembah Pantai.

“Kita telah menghantar beberapa nama sebagai calon, tidak kira siapa calon yang diangkat oleh pimpinan, kita akan bekerja untuk calon Pas,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Gulai Kawah dan Pelancaran Dana PRU14 Kawasan Lembah Pantai, hari ini.

Pada majlis itu, Bendahari Pas Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar diperkenalkan kepada umum sebagai calon PRU14.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui berkata tidak menyangka diangkat sebagai calon Pas pada PRU14.

“Sebenarnya saya ini hanya penyokong dan pengundi Pas sebelum ini. Saya jadi ahli Pas baru sahaja iaitu pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu juga, saya diberi amanah menjadi Bendahari Pas kawasan Lembah Pantai,” katanya.

Beliau yang juga ahli perniagaan dan banyak menjalankan tugas berdakwah di bawah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasa terpanggil untuk aktif dalam politik selepas melihat keadaan semasa negara.

“Kebelakangan ini saya rasa perlu terlibat selepas melihat keadaan semasa dan persekitaran politik semasa terlalu membimbangkan,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran bakal dihadapi di Lembah Pantai, Fauzi berkata, sebagai individu yang berkecimpung dalam bidang profesional, beliau yakin mampu mengimbangi kekosongan yang ada sebelum ini di parlimen berkenaan.

“Kalau kita lihat daripada segi perubahan senario politik PRU sebelum ini, di mana kerusi Umno di Lembah Pantai pergi kepada Pakatan Rakyat yang diwakili PKR.

“Kami kenalpasti perjuangan ketika itu memenangkan rakan komponen kita (PKR) adalah dengan jentera Pas. Kita sebenarnya ada kekuatan tersendiri,” katanya.

Pengumuman parti itu meletakkan calon di Lembah Pantai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Pas pada PRU14.

Sumber TKO - 12-2-2018




































































Masyarakat Cina masih terbuka dengan PAS

TITIWANGSA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program menziarahi kaum Cina yang dilangsungkan dengan jayanya di Jalan Pria 1 dan 2, di sini semalam. 
Program ziarah kali ini sebagai menyantuni warga Tionghua yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini nanti. 
Rombongan turut membawa bungkusan mengandungi limau, bahulu serta risalah yang telah diedarkan kepada masyarakat Tionghua ketika ziarah tersebut. 
Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Ustaz Raihan Abdul Aziz menyatakan, kesediaan PAS menjadi kerajaan adalah tanpa mengenepikan hak orang bukan Islam 
"Bila Islam memerintah, semua kaum akan selamat. Melayu, Cina, India malah warga peribumi semua akan dapat hak masing-masing.
"Islam tak mengamalkan rasuah, apalagi mengambil cukai daripada rakyat yang tidak berkemampuan. 
"Kami PAS yakin negara kita akan lebih maju dan aman tanpa perlu ada GST," ujarnya tiap kali bersua muka dengan kaum Cina dalam program berkenaan. 
Ustaz Raihan turut menerangkan serba sedikit berkenaan model negara sejahtera yang telah diperkenalkan PAS iaitu Dokumen Hijau, BPMS dan WINS. 
Secara umum, masyarakat Cina menyambut baik kehadiran petugas-petugas PAS di kediaman mereka selain turut berkongsi tekanan ekonomi yang kian membelenggu kehidupan. 
Kalangan mereka juga turut meluahkan hasrat mahukan pemimpin yang lebih baik untuk mentadbir Malaysia selepas PRU 14 kelak. - HARAKAHDAILY 11/2/2018




































































Sumber HD - 11-2-2018



































CUReS asah kepekaan Ameerah WP terhadap isu

TITIWANGSA: Ameerah Wilayah Persekutuan (WP) telah menganjurkan Bengkel Cakna, Ulas dan Respon Isu (CUReS) yang dilangsungkan di Dewan Seminar Darul Ummah, Kampung Pandan,
di sini, semalam.
Ia diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran teknik penulisan dalam menyebar luas capaian dakwah serta menggerakkan agenda penerangan PAS.
Bengkel disertai Exco-exco Ameerah Wilayah Persekutuan itu telah dibimbing oleh Pengarang HarakahDaily, Ustaz Izwan Abdul Halim yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Pemuda PAS Malaysia.
Antara diterapkan beliau pada bengkel tersebut adalah kaedah pengurusan isu bermula dari mengenali dan menganalisa sehingga teknik menghasilkan kenyataan media.
Para peserta turut dibimbing mencerap isu-isu semasa bandaraya yang merupakan pusat pentadbiran negara sebagai persediaan menghadapi PRU14 secara teori dan rancangan praktikal 'atur gerak'.
Pengarah Ameerah Wilayah Persekutuan, 'Atikah Abd Rahman berkata matlamat bengkel adalah untuk mengasah kemahiran Muslimat Muda PAS dalam mendepani isu-isu semasa yang melanda negara. 
Beliau juga berharap agar Ameerah Wilayah Persekutuan menjadi salah satu medan kepada wanita muda Malaysia untuk terus cakna isu-isu semasa yang melanda terutamanya berkaitan hal ehwal wanita muda.
"Tujuan kami supaya dapat berdakwah dan memperjuangkan Islam kepada masyarakat, khususnya agar golongan wanita muda dapat pemahaman yang lebih terarah kepada penghayatan Islam," kata beliau.                                                                                                                    
                                                                                                                                                                      Sementara itu, Exco Ameerah Wilayah Persekutuan, Mardiyah Hayati Mohd Zolkeplai mencadangkan program lanjutan diadakan untuk menguasai banyak lagi kemahiran.
Antaranya menurut beliau, seperti penyediaan dokumen asas memorandum, kenyataan media, artikel, laporan berita dan lain-lain.
"Program seumpama ini menjadi salah satu cara Muslimat Muda PAS memberi penerangan kepada masyarakat dan dapat mengaplikasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam berdakwah," ujar beliau.-HARAKAHDAILY 5/2/2018
Sumber HD - 5-2-2018 

Rekod PAS parti bebas rasuah

 
PANDAN: Kerajaan PAS di Kelantan tidak bersifat autonomi kerana masih terikat dengan Perlembagaan Negara iaitu tanggungjawab terhadap pemerintahan di mana pengurusan negeri Kelantan masih menjadi bidang kuasa Kerajaan Pusat.
Dalam erti kata lain perubahan secara menyeluruh untuk melaksanakan dasar pemerintahan berlandaskan Islam tidak mampu dibawa dan diterapkan sepenuhnya kerana kekangan kuasa dari Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan PAS di Kelantan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika menjawab persepsi kelemahan-kelemahan merangkumi jenayah, masalah sosial dan sebagainya di negeri tadbiran PAS itu.
Kelantan katanya, walaupun telah 27 tahun mempraktikan dasar pentadbiran berasaskan Islam dengan perubahan yang cuba dilakukan PAS secara menyeluruh, namun masih di peringkat perlaksanaan disebabkan kekangan kuasa pentadbiran Kerajaan Pusat sendiri.
"Atas dasar itulah PAS mengambil pendekatan dalam bidang pengurusan etika rakyat, sahsiah rakyat, maka kita bekerja dengan Kerajaan Pusat untuk memperkasakan akta Mahkamah Syariah iaitu Akta 355.
"Adapun di peringkat awal kita berusaha untuk memastikan dengan segala perlaksanaan di peringkat pentadbiran PAS negeri Kelantan dengan sedaya upaya kuasa yang diberikan," katanya. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
(Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini)
Sumber HD - 31-1-2018 


Keputusan kes Ridhuan perlu selesai ikut Islam
Posted on Wednesday, January 31 @ 06:52:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38005


DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) merasa terpanggil berkongsi rasa prihatin dan bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Dalam hal ini, DUPWP tidak berhasrat mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang telah menetapkan keputusan tersebut. Cuma, sebagaimana banyaknya pandangan yang dikemukakan pada hari ini, timbul kebimbangan bahawa kes ini akan menjadi rujukan di masa akan datang. Ia bakal menjadi polemik yang mengeruhkan keharmonian agama dan perpaduan kaum di negara ini.


Dalam konteks negara ini, Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bahkan Mahkamah Syariah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan 1988 dengan memasukkan perenggan 1A Perkara 121 di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bagaimana umat Islam yang mengikuti perkembangan kes ini boleh berdiam diri dari memberi pandangan bahawa kedudukan perenggan 1A Perkara 121 seperti tidak terpakai dalam kes yang berlaku semalam.


Semangat yang terkandung dalam Perenggan 1A Perkara 121 adalah tidak lain bagi memelihara umat Islam di negara ini serta mengangkat kedudukan agama Islam di negara ini. Dalam maksud yang lain, kedudukan Mahkamah Sivil tidak dipertikaikan, tetapi dalam masa yang sama kedudukan Mahkamah Syariah perlu dijulang dan dihormati sebaiknya. 


Bagaimana nantinya kes ini berpanjangan dengan banyak lagi tuntutan dari pelbagai pihak yang akhirnya jika kes ini dirujuk, ia akan menyebabkan kerugian dan kekalahan kepada umat Islam. Ia menjadi ketakutan kepada ibu bapa yang mahu memeluk Islam, kerana bimbang kehilangan hak terhadap anak-anak, serta tidak mempunyai kuasa untuk membawa anak-anak bersama memeluk Islam. Dalam konteks dakwah, keputusan ini membantutkan hasrat murni mereka yang mahu memeluk Islam kerana bimbang halangan dan kehilangan terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.


Justeru, DUPWP mengharapkan campurtangan kerajaan dengan memastikan polemik ini tidak berpanjangan dengan penyelesaian terbaik untuk umat Islam. Kita tidak mahu Islam dipandang hina, diperlekeh dan direndahkan sehingga ianya tidak ada nilai dalam sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam. 



UST DR (H) MOHD ALI JAMIL

Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan
Sumber TKO - 31-1-2018






































PAS Titiwangsa adakan khidmat sukarela kepada penduduk

TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan sebaran risalah penerangan serta khidmat cuci motor dan rawatan perubatan Islam percuma di PASTI Muhammad Al-Fateh, Kampung Baru, di sini kelmarin. 
Program tersebut dalam usaha PAS mengeratkan hubungan bersama warga kota disamping menggalakkan aktiviti positif dan membudayakan khidmat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat. 
Menurut Pengarah Program, Azwan Sam Abdul Salam, program bertema "Titiwangsa PAS Pilihanku" itu sekali gus untuk membantu masyarakat menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan kini. 
Khidmat cuci motor telah dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, sementara rawatan perubatan Islam as-Syifa' dikendalikan perkhidmatannya oleh Setiausa Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Alfian Izaaz. 
Azwan memaklumkan, pihaknya tidak menang tangan mengendalikan permintaan penduduk yang datang mendapatkan perkhidmatan dan penerangan, selain berharap pelaksanaannya lebih luas. -HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-1-2018 

Bantu institusi tahfiz miliki pencegah kebakaran

KUALA LUMPUR: Tragedi menimpa Maahad Tahfiz al-Ittifaqiyah, Dato' Keramat yang menggemparkan negara turut mengundang kesedaran dan keprihatinan banyak pihak terhadap keselamatan institusi pendidikan Islam seperti itu.
Sehubungan itu juga Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menjadi pemudahcara yang menggerakkan inisiatif untuk membantu pusat pendidikan tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam negeri tersebut.
Mereka telah mengumpulkan derma daripada orang ramai untuk memberikan sumbangan berupa alat pemadam api kepada 14 pusat tahfiz dan SAR melibatkan 46 unit keseluruhan diperolehi dari inisitif tersebut.
Usaha tersebut menjadi satu iktibar bagi memastikan setiap institusi pendidikan tersebut mempunyai peralatan asas minimum keselamatan dan dalam menghadapi sebarang kemungkinan, serta mengelak perkara seumpama berulang.
Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Rone Faizal Isnin merakamkan penghargaan kepada semua dermawan yang telah menyumbang dan berharap usaha kecil itu dapat meningkatkan tahap keselamatan di institusi berkenaan.
Antara penerima adalah Maahad Tahfiz Darul Fuqaha, Maahad Toyyibah, Darul Syahadah, Darul Muhibbin dan lain-lain lagi.
Orang ramai yang berminat menyumbang bagi tujuan sama atau lain-lain menerusi Jabatan Amal Wilayah Persekutuan boleh menghubungi Rone di talian 017-255 2775 atau terus ke akaun Bank Islam 1401 4010 1336 95. - HARAKAHDAILY 20/12/2017
Sumber HD - 20-12-2017 



Himpunan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan
Posted on Monday, December 18 @ 21:36:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37353



Suasana Himpunan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Fastaqim 2.0 di Laman Nur Bestari Jalan Ulu Yam yang dirasmikan oleh YB Setiausaha Agung PAS Dato' Takiyuddin Hassan. Insya_Allah PAS Tawan Malaysia.



 


Sumber TKO - 18-12-2017










































Operasi cegah khalwat di PAU

KUALA TERENGGANU: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) digesa agar mengadakan operasi pencegahan maksiat besar-besar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang akan bermula pada 5 Disember 2017 ini.
Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.
Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU, dalam satu kenyataan kelmarin.
"Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat. 
"Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik. Ini kalau saya cerita kata saya fitnah, kalau saya cakap kata saya aib. Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi. 
"Dan saya tidak akan sesekali bersubahat lagi. Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur," tegasnya. - HARAKAHDAILY 4/12/2017
Sumber HD - 4-12-2017 










































Banjir: Pusat sumbangan warga Lembah Klang dibuka

BERIKUTAN status banjir terutama di Kelantan yang semakin kritikal dengan mangsa sudah melebihi 11,000 orang, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif awal dengan membuka Pusat Sumbangan Bantuan Banjir Pantai Timur di Darul Amal yang beralamat No. 21, Jalan Pria, Taman Maluri, 55100, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Negeri Kelantan, situasi banjir akan bertambah buruk pada hari-hari seterusnya akibat dari hujan yang turun pada musim tengkujuh ini.
Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Rone Faizal Isnin berkata, mengikut pengalaman dalam mengendalikan pusat sumbangan mangsa banjir, warga kota dan warga Lembah Klang merupakan warga yang sangat prihatin serta pemurah dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan.
“Pusat sumbangan ini diharap dapat memudahkan serta mendapat sambutan dari warga kota yang ingin menyalurkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir," ujarnya.
Tambahnya, Jabatan Amal WP memfokuskan kepada pengumpulan barang-barang makanan, keperluan bayi dan kanak-kanak, keperluan wanita, selimut dan toto semnetara buat masa ini pakaian terpakai tidak diperlukan.

Beliau berkata, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP, nombor akaun 14014010133695.
Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut, Rone (017-2552775), Ghazaly (012-2569201) dan Izihan (016-3227781). - HARAKAHDAILY 30/11/2017











Sumber HD - 30-11-2017 











































PAS tidak melatah difitnah UG

Ceramah anjuran Lajnah Penerangan PAS Titiwangsa itu menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Razali Aman At-Takiri dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Ustaz Raihan Abdul Aziz.
Menurut Ustaz Idris, PAS pada masa ini diserang dari segenap penjuru hingga setiap tindakan pimpinannya ditangkap muat lalu dibuat tafsiran dan keterangan yang menimbulkan persepsi negatif kepada PAS. 
Jelas beliau, dari isu baju sedondon sehingga duduk semeja, lensa musuh politik sangat pantas menyebar fitnah dan skeptisma, namun PAS sehingga kini terus berdiri teguh kerana memiliki prinsip dan integriti. 
"PAS tak tergopoh-gapah menyebar gambar-gambar kontroversi pihak lawan dengan 'caption' yang berbaur provokasi. Kita ada gambar-gambar tersebut, malah berita berkenaan disiarkan oleh syarikat berita MalaysiaKini," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengadakan penjelasan menerusi tayangan gambar adegan keakraban pimpinan PH dengan BN. 
Terdahulu beliau menjelaskan, idea UG yang pernah disuarakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun 2007 di mana ia mendapat tentangan lantaran salah faham berkenaan frasa UG berkenaan. 
Pun begitu menurutnya, rentetan idea tersebut, bekas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim muncul dengan idea Konsensus Nasional, sekali gus mengajak Presiden PAS untuk bersetuju dengan beliau, tetapi Tuan Guru bertindak bijak mengambil sikap tidak bersama. 
Sementara Dr Khairuddin membentang berkenaan inisiatif ditawarkan PAS dalam menangani ekonomi negara yang kian kronik antaranya penegasan bahawa PAS menolak GST kerana Al Qur'an mengharamkan cukai dikutip daripada orang-orang miskin walaupun jumlahnya sedikit.
"Ini bukan bermakna, PAS menolak semua jenis cukai. Bahkan, PAS memperkenalkan cukai yang dikenakan kepada orang kaya, iaitu cukai simpanan korporat dan cukai saham," jelas beliau yang turut menyatakan statistik kasar hutang negara di mana telah mencecah RM 685 bilion sehingga Jun 2017. 
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, negara akan mendapat keuntungan berganda sehingga RM 57 bilion setahun jika mengamalkan kaedah Islam dalam pentadbiran ekonomi negara seperti yang dicadang PAS itu.
Manakala Ustaz Raihan Abdul Aziz pula mengingatkan ahli PAS supaya istiqamah memperjuangkan syariah Allah dengan mengambil kandungan al-Quran dan menjauhi taksub akal.
Katanya, segala dilalui PAS dalam dunia politik sejak 1951 termasuk dikhianati kawan dalam kerjasama, namun tetap teguh dengan prinsip Islam diperjuangkan. 
Tegas beliau, PAS tidak akan sekadar berhenti di Putrajaya, bahkan hingga ke Syurga Allah di mana PAS komited melawan kemungkaran serta kezaliman, disamping mencetuskan pelbagai alternatif demi pembangunan negara yang sejahtera. - HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD- 22-11-2017 













































PAS vs PAN: Kes Mahkamah Markaz PAS Kawasan Batu

SEPERTI semua sedia maklum, Markaz PAS Kawasan Batu masih dalam proses perundangan. Ini semua adalah apabila 4 orang pemegang amanah sementara bangunan yang turut meminjamkan sejumlah wang kepada PAS Kawasan menyertai PAN. 
Setelah menyertai PAN mereka terus menyewakan bangunan tersebut dan mengambil manfaat dari hasil sewaan. Lebih menyedihkan, bahagian atas Markaz PAS disewakan kepada kedai Vape. 
PAS Kawasan telah beberapa kali berunding dengan pihak 4 orang ahli PAN tersebut namun gagal mencapai kata putus disebabkan permintaan yang melampau bahkan ada yang melibatkan ribawi daripada mereka. Akhirnya PAS Kawasan telah menghantar notis saman terhadap 4 orang ahli PAN tersebut dan telah memfailkannya di mahkamah. Pihak ahli PAN tersebut pula memohon untuk membatal writ saman tersebut. 
Keputusan permohonan Defendan untuk membatalkan Writ Saman PAS Kawasan Batu dijadualkan pada: 
Tarikh: 20/11/2017 (Isnin)
Waktu: 9.00 pagi
Tempat: di Mahkamah Jalan Duta, NCVC 5 Aras 3. 
Jadi saya selaku YDP PAS Kawasan Batu menyeru semua ahli PAS untuk hadir bersama sebagai tanda sokongan untuk memastikan semua hak kita yang merupakan harta infaq ahli PAS dapat dikembalikan. 
USTAZ AZHAR YAHYA
YDP PAS Kawasan Batu – HARAKAHDAILY 17/11/2017
Sumber HD- 17-11-2017 

Wanita cedera, kren tumbang di Kampung Baru
Posted on Thursday, November 09 @ 20:51:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36577


Seorang wanita cedera ketika melarikan diri dalam kejadian sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Muda Musa di ibunegara tumbang yang turut menyaksikan dua kenderaan terjejas, hari ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.

Sementara itu, saksi kejadian Zukri Che Hussien, 57, berkata keretanya dihempap tali kabel kren ketika dia sedang memandu melalui jalan tersebut untuk ke masjid.

“Saya sedang memandu kereta dan secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat dari atas bumbung kereta.

“Lalu saya keluar melihat bumbung kereta remuk termasuk cermin depan pecah. Alhamdulillah... saya hanya mengalami cedera ringan sahaja,” katanya.

Ketua Kampung Hujung Pasir, Ahmad Kamaruzaman Yaacob, 48, berkata ketika kren itu jatuh, tali kabel kren berkenaan terpelanting terkena beberapa kereta di dalam tapak pembinaan.

“Waktu itu saya sedang minum bersama teman, tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat kren tumbang dan melihat tali kabel kren terkeluar di tapak pembinaan.

“Syukur, ketika kejadian itu tiada orang yang melalui jalan berkenanan ketika kren tumbang,” katanya.

Sementara itu, pemaju pembangunan hartanah dan pengurusan aset UDA Holdings Berhad dalam satu kenyataan, berkata ia telah mengambil langkah-langkah segera untuk memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit dan menutup kawasan insiden berkenaan.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

"UDA Holdings kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakkan kejadian seumpama daripada berlaku pada masa akan datang," demikian menurut kenyataan itu.
- Bernama

Sumber TKO - 9-11-2017
















































Banjir: Jabatan Amal buka pusat sumbangan 24 Jam

JABATAN Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa terpanggil untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perak. 
Justeru itu, Jabatan Amal WP mengambil tanggungjawab membuka Pusat Sumbangan Bencana Banjir Utara bertempat di Darul Amal yang beralamat No. 21, Jalan Pria, Taman Maluri, 55100, Kuala Lumpur. 
"Pusat sumbangan ini bagi memudahkan warga kota dan warga Lembah Klang yang pemurah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan," ujar pengarahnya, Tuan Rone Faizal Isnin. 
Katanya, Jabatan Amal WP memfokuskan kepada pengumpulan barang-barang makanan, keperluan bayi dan kanak-kanak, keperluan wanita, selimut dan toto. Buat masa ini, pakaian terpakai tidak diperlukan. 
"Keperluan ini sangat mendesak dan diperlukan oleh mangsa banjir," ujarnya.
Tambahnya, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP, nombor akaun 14014010133695. 
Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut, Rone (017-2552775), Ghazaly (012-2569201) dan Izihan (016-3227781). – HARAKAHDAILY 7/11/2017











Sumber HD - 7-11-2017 


















































Muzakarah dengan ahlinya

SEMALAM diberi kesempatan yang cukup bermakna bersama dengan Sahibu Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di pejabat beliau.

Seorang mufti yang cukup perihatin isu² kesihatan dan teliti dalam mengeluarkan pandangan.

Kami dijemput untuk membentangkan isu vaksin rotavirus yang kini semakin menular. Cirit-birit yang menjangkiti kanak-kanak sehingga mencecah 30-40% kemasukan ke wad akibat dari rotavirus. Sudah ada kematian akibat komplikasi teruk jangkitan rotavirus ini dalam negara kita.

Berikut saya papar semula tulisan saya berkaitan vaksin rotavirus.

*#Vaksin Rotavirus halal atau tidak?*
Vaksin rotavirus digunakan bagi mencegah kes jangkitan Virus Rota (Rotavirus) yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak. Sejarah tercatat bahawa virus ini adalah punca utama terjadinya cirit birit di kalangan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Kebanyakannya kejadian tersebut berlaku di negara-negara yang sedang membangun. Cerapan statistik menunjukkan keseriusan jangkitan ini, di mana dilaporkan sebanyak 1,250,000 kes jangkitan rotavirus berlaku. Pemberian vaksin rotavirus ini telah mencegah penularan penyakit dan dianggarkan menyelamatkan kematian kanak-kanak seluruh dunia seramai 527,000 kes melalui proses vaksinasi ini.[1]
Cuma timbul isu pada Mac 2010, laporan pemantauan oleh pihak berwajib mendapati vaksin Rotarix (keluaran GlaxoSmithKline) mengandungi DNA PCV1 (Porcine Circo Virus 1).
Kemudian pada Mei 2010 pula DNA PCV2 ditemui dalam vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co.).[2] Pihak Berkuasa Kawalan Ubat dan Makanan telah menarik balik semua vaksin tersebut seluruh dunia. Setelah kajian menyeluruh dibuat, pada jun 2010, WHO mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua jenama vaksin tersebut selamat digunakan. Hasil kajian mendapati, PCV1 dan PCV2 yang turut didapati bersama dalam vaksin rotavirus tidak memberikan kesan negatif kepada manusia. Malah sebanyak 67 juta dos vaksin Rotarix dan 37 juta dos vaksin Rotateq yang telah diberikan kepada bayi-bayi sebelum ini pun tidak menimbulkan mudarat kepada mereka. Pemberian vaksin itu telah berjaya menghalang bayi-bayi dari menderita atau maut akibat jangkitan rotavirus.
Porcine Circo Virus (PCV) bukannya DNA zat babi, tetapi ianya sejenis virus yang hidup dalam babi. Ia dinamakan sedemikian kerana sejarah penemuannya adalah di dalam babi. Ia diumpamakan seperti kutu babi. Kutu babi bukannya berzat babi tetapi namanya kutu babi kerana ditemui banyak hidup da badan babi. Kutu babi juga boleh hidup dibinatang lain seperti lembu, kerbau, seladang dan sebagainya. Isu inilah yang biasanya menjadi kekeliruan ramai. Penambah kepada keliru tersebut adalah apabila membaca atau mendengar tulisan dari orang yang bukan ahlinya. 
Kenapa PCV ini boleh didapati juga bersama Vaksin Rotavirus? Enzim trypsin dari unsur babi telah digunakan dalam peringkat permulaan untuk memproses virus. Virus PCV yang terdapat bersekali dengan enzim trypsin tadi. Ianya sejenis makhluk hidup, tidak dapat dipisahkan dengan mudah. Virus PCV adalah virus terkecil di dunia berukuran 17 nanometer. Kehadiran bersama virus PCV inilah yang menyebabkan WHO telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kehadiran virus PCV1 dan PCV2 di dalam vaksin Rotavirus. 
Kenapa enzim trypsin digunakan? Hanya enzim trypsin boleh menanggalkan perlekatan virus dari media kultur.[3] Setelah penanggalan berlaku, enzim tadi telah dicairkan dan dibasuh berkali-kali melalui pelbagai peringkat penyaringan serta penapisan. Jumlah enzim yang digunakan adalah sedikit. Pengesahan telah dibuat, setelah melalui proses penapisan, penulinan dan penstrilan bahawa sudah tiada langsung DNA babi yang berbaki.[4] Mungkin dalam tempoh beberapa tahun mendatang, enzim trypsin tidak digunakan sepenuhnya. beberapa kaedah baru sedang dalam kajian. 
Timbul atas kekeliruan ini, isu halal atau haram penggunaan vaksin rotavirus kerana menggunakan enzim trypsin. Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Rotateq di haruskan penggunaannya. Sijil halal (sah sehingga 2018) telah dikeluarkan oleh mereka bagi menjamin kepastian pengguna.[5] Beberapa fatwa lain juga telah dikeluarkan dalam isu ini. Antaranya Majlis Agama Islam Singapura.[6] 
Cuma, terlebih dahulu dari itu, penggunaan vaksin Rotateq telah diputuskan semasa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008.[7] Dalam sidang yang sama majlis fatwa juga telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax. Dapatan dari penerangan yang diperolehi dari maklumat semasa itu adalah kedua-dua vaksin tersebut menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Justeru, Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax (tidak terdpat dalam pasaran negara Malaysia) dan RotaTeq adalah tidak dibenarkan kerana: 
i) Situasi kini dianggap tidak dharurat;
ii) Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
iii) Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Demi kemashlahatan umum dan pencegahan penyakit yang boleh membawa mudarat ini dalam masyarakat, sayugia saya mencadangkan pihak berkuasa agama membuka ruang semula untuk berbincang berkaitan hukum penggunaan vaksin rotavirus. Pakar-pakar dalam bidang perubatan sedia untuk membentangkan hasil kajian terbaharu dari segi statistik kejadian semasa dan beban yang ditanggung oleh masyarakat umum dalam menangani penyakit berjangkit ini. 
Sekian 
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
27.6.2017
Ketengah Jaya 
Pautan
[1] Porcine Circo Virus. http://www.virology.ws/…/porcine-circovirus-dna-in-rotavir…/
[2] Kenyataan dari WHO.
http://www.who.int/…/rotav…/rotarix_and_rotateq/Jun_2010/en/
[3] Penggunaan Trypsin. http://www.journalcra.com/…/use-recombinant-trypsin-product…
[4] Doktor budak: Vaksin rotavirus tidak halal? http://www.doktorbudak.com/…/qa-vaksin-rotavirus-tidak-hal…/
[5] Halal Consumer magazine 16, 2009. page 22. http://www.ifanca.org/…/Halal%20Consumer%20Issue%…/hc_16.pdf
[6] Fatwa Majlis Agama Islam Singapura. http://www.muis.gov.sg/officeofthe…/…/rotavirus_vaccine.html
[7] sijil-sijil harus dari majlis fatwa. http://rikemahendra.blogspot.my/…/01/status-halal-vaksin.ht…

Semoga dengan muzakarah yang dilakukan tersebut memberi satu sarwa pemikiran yang luas kepada Datuk dan juga tim penyelidik beliau. InshaAllah kami sudi memberikan info tambahan kepada Datuk dalam tempoh yang terdekat.
Suhazeli Abdullah
Sumber HD - 4-11-2017 




















































Tekad Ketua Polis KL perangi judi disokong


TEKAD diisytiharkan Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), Dato' Mazlan Lazim untuk membersihkan Ibu Negara dari segala bentuk perjudian haram merupakan langkah tegas lagi berani. Kami menyokong penuh usaha yang diiltizam untuk diselesaikan dalam tempoh 30 hari bermula Rabu lalu itu.
Ia membuktikan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selaku penguat kuasa utama undang-undang dalam negara mempunyai keupayaan menanganinya. Walaupun turut memahami betapa tindakan itu penuh cabaran dan liku, kami cukup percaya Dato' Mazlan mampu.
Beliau sebelum ini pernah menjawat Ketua Polis Negeri Kelantan dan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri selama 13 tahun. Sebagai Timbalan Ketua Polis KL bersama pasukan pernah dipimpinnya sebelum ini, tentunya sudah cukup berpengalaman selok belok ibu kota.
Kerencaman dan segala tipu helah jenayah sudah pasti dalam genggaman beliau, malah sejajar iltizam Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang juga mengisytiharkan perang terhadap judi dan aktiviti haram. Ribuan premis judi di Kuala Lumpur tentunya dapat dibasmi dari kesepaduan penguatkuasaan.
Komitmen ditunjukkan teraju kepimpinan PDRM ini juga diharap dapat menangani dilema kelemahan penguatkuasaan dalam menyelesaikan kes-kes seperti ini sejak sekian lama. Kecurangan penguat kuasa dapat diperbetulkan oleh integriti dan ketegasan kepimpinan yang diteladankan oleh kedua pimpinan ini.
Kami menyeru masyarakat untuk turut memberi kerjasama dan menyokong usaha seperti ini. Kami bersedia bekerjasama dengan membenteras kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat. Kami turut mendoakan agar Polis Kuala Lumpur di bawah Dato' Mazlan diberi kekuatan dan perlindungan Allah S.W.T serta tahniah atas perlantikan.
MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
3 November 2017 | 14 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD - 3-11-2017 






















































PAS Wilayah yakin Parlimen Batu milik PAS


PAS Kawasan Batu yakin pada Pilihan raya Umum ke-14 Parlimen Batu akan menjadi milik PAS kerana selama 20 tahun pengundi di kawasan itu perlu seorang pemimpin Melayu Islam.
Yang Dipertuanya, Ustaz Azhar Yahaya berkata, berslogankan 'Kita Sejahtera Bersama' PAS akan meletakkan calon di Parlimen Batu pada pilihan raya umum nanti. 
"Ramai yang menarik nafas lega. Parlimen Batu antara kawasan yang terakhir mendapat persetujuan untuk PAS bertanding," katanya. 
Menurut beliau, ini kerana PAS Kawasan Batu menunggu keputusan daripada Muktamar PAS Pusat pada Jun lalu setelah putusnya hubungan dengan PKR. 
Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2291.
Sumber HD- 21-10-2017


Ceramah G SALAM 6.0 Peringkat Wilayah Persekutuan
Posted on Saturday, October 14 @ 07:30:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35869



Hadir bersama untuk dapatkan maklumat yang benar dan sahih.

Kredit
Muhamad Lan.


Sumber TKO - 14-10-2017

























































Mohon dana pemadam api untuk tahfiz, SAR



SELURUH negara meratapi kesedihan ke atas peristiwa yang berlaku terhadap Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.
Kejadian kebakaran yang menyayat hati dan memberi kesan kepada seluruh warga Malaysia ini, telah mengorbankan 23 orang pelajar tahfiz dan dua warden. 
Jabatan Amal Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif segera, dalam meningkatkan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama rakyat dengan menubuhkan Tabung Dana Wakaf Fire Extinguisher bagi diedarkan secara percuma kepada seluruh Maahad Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat di seluruh Kuala Lumpur. 
"Kita mengharapkan usaha kecil ini sekurang-kurangnya dapat membantu dan sebagai langkah pencegahan awal memadam kebakaran apabila berlakunya kebakaran di pusat tahfiz" 
Menurut Tuan Rone Faizal Isnin, selaku Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, program pengumpulan Dana Wakaf ini diharapkan akan mendapat sambutan yang hebat dari seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan. 
Kos bagi sebuah Fire Extinguisher yang berkapasiti 9 Kg dan dilengkapi dengan Sijil Bomba adalah berharga RM100. 
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh berhubung dengan dua wakil daripada Jabatan Amal WP iaitu Tuan Sufi (013-7157526) dan Tuan Aqmal (013-7156799).
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun rasmi Jabatan Amal WP seperti berikut : 
Jabatan Amal Malaysia DPPWP
Bank Islam Malaysia Berhad
140 140 10 133695 – HARAKAHDAILY 4/10/2017



















































































































































































Sumber HD- 4-10-2017

Hormati Islam sebagai agama Persekutuan

SYABAS dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak memberi kebenaran kepada program Better Beer Festival 2017. Semoga ia menjadi titik tolak kepada DBKL pada masa akan datang untuk terus menyekat dan menghalang sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan masyarakat.
Sesungguhnya arak tidak diharamkan kepada orang bukan Islam. Orang-orang Islam pun tidak menghalang jika orang bukan Islam meminum arak, sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Kelantan masa ini. Tetapi pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara. 
Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya. 
Bahkan, semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak. Suka tidak suka, akan ada kalangan dan kakitangan Muslim yang terlibat sama ada sebagai petugas, pengawal, pemandu dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa tiada tenaga Muslim akan terlibat dalam acara ini. 
Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita" 
MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
19 September 2017 | 28 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 19/9/2017
Sumber HD- 19-9-2017 





























































Pesta arak bercanggah dengan budaya, agama

BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan melafazkan rasa syukur kepada Allah swt dan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diatas penolakan permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang untuk diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu. Bagaimanapun katanya, DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan. "Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan”. 
PAS Wilayah melihat bahawa penolakan permohonan ini adalah demi menjaga sensitiviti ummat Islam di Bandaraya Kuala Lumpur ini khususnya dan dalam negara ini amnya. 
Penganjuran pesta arak ini sangat tidak sesuai diadakan bukan sahaja bercanggah dengan agama Islam tetapi bercanggah juga dengan budaya sihat rakyat Malaysia. Ianya juga bukan sahaja memberi keburukan (mafsadah) kepada individu yang terlibat malah merosakkan masyarakat dan imej negara Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara Islam. “Mafsadah (keburukan) pesta arak itu terlalu jelas sama ada dari sudut individu, masyarakat atau negara.” 
PAS Wilayah juga berpendapat bahawa penolakan permohonan dan seterusnya pembatalan pesta arak 'Better Beer Festival 2017' ini adalah selaras dengan perjuangan PAS yang lantang membantah penganjurannya sejak dari awal dan kami Istiqamah menentang segala gejala buruk dan maksiat dari terlaksana di dalam negara kita yang tercinta ini. 
Akhirnya, kami PAS mewakili seluruh ummat Islam menyanjung tinggi tindakan DBKL dalam menangani polemik ini dan sekaligus meredakan kemarahan umat Islam dalam negara ini. 
MOHAMAD NOOR MOHAMAD
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
18 September 2017 – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 18-9-2017 































































PAS Rakam Takziah Kepada Mangsa Kebakaran Sekolah Tahfiz

Oleh : Ibrahim Harun

KUALA LUMPUR – PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat, pihak pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah, khususnya kepada anak-anak yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Timbalan Presidennya Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berharap tabah, sabar menerima ujian dan berdoa mendapat pahala syahid Allah SWT.

“yang pertama sekali, bagi pihak PAS saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat, pihak pengurusan tahfiz, khususnya kepada anak-anak yang terlibat dalam kemalangan ini.

“Kita mengharapkan balasan syurga Allah SWT, dan mendapat pahala syahid kepada mereka semua. Dan kepada keluarga, kita mendoakan mudah-mudahan kita tabah, sabar menerima ujian,” ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi sekolah tahfiz tersebut di di Jalan Keramat Hujung, hari ini 14 September.

Katanya, ‘anak-anak simpanan syurga’ tersebut akan membimbing ibubapanya ke ‘jannah’ di akhirat insyaAllah.

Justeru itu, beliau berharap orang ramai menghulurkan bantuan, agar dapat meringan beban yang dialami oleh mereka yang terjejas.

“Dan kita mengharapkan kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama kita memberikan perolongan, sumbangan, menghulurkan bantuan, doa.

“Mudah-mudahan keluarga mangsa terlibat ini akan sentiasa tabah sabar menghadapi ujian Allah SWT,” jelasnya.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia, mencari kebaikan dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak bila berlaku sebarang musibah, sebagaimana yang terjadi keatas sekolah tahfiz itu.
“sepertimana Allah ingatkan kita, “Dan apabila kita ditimpa sesuatu musibah, maka kita ucaplah dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita semua kembali,”

“Mudah-mudahan diberkati oleh Allah SWT dan Allah mengampuni dosa-dosa kita semua,” tambah beliau.

Seramai 21 pelajar dan dua oranng warden meninggal dunia dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dipetik Bernama berkata, enam pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kejadian itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, 14 pelajar dan 4 empat guru berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata, ramai mangsa terperangkap dalam kebakaran itu kerana pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu pintu keluar masuk.

Sumber BO - 15-9-2017

































































Keselamatan tahfiz perlu diberi keutamaan

ASPEK keselamatan terhadap sekolah-sekolah tahfiz dan institusi pendidikan di semua lokasi negara ini perlu diberi keutamaan oleh pengusahanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz berkata, ia perlu dititik beratkan agar kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Keramat Hujung tidak berulang. 
Menurut beliau, semua pihak perlu mengambil ikhtibar di atas tragedi tersebut kerana ia telah meragut lebih 24 nyawa di awal pagi tadi. 
"Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa sedih di atas kebakaran yang berlaku di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Keramat Hujung yang mengorbankan lebih 20 orang," katanya. 
Belia berkata, kebakaran tersebut merupakan tragedi yang sangat menyayat dan berharap pihak keluarga mangsa tabah menghadapi ujian tersebut. 
"Kami mendoakan agar kesemua roh mangsa ditempatkan sebagai orang-orang yang soleh dan diredhai di sisi Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 



































































Henti subahat, cemari ibu negara dengan arak

KUALA Lumpur yang telah sedia dibejati oleh pelbagai kemungkaran dan maksiat, sewajibnya dicegah dan dibendung dari curahan kebanjiran arak seperti penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17). Ia bakal mengundang keparahan lebih besar dengan mensasarkan kehadiran 6,000 penyertaan.
Seringkali festival sedemikian menampilkan perlakuan tidak senonoh dan pernah menyebabkan tindakan luar kawalan akibat mabuk. Kerana itulah perkara ini menjadi larangan oleh agama Islam di mana arak adalah punca kejahatan dan berpotensi menyebabkan tindakan melampau serta jenayah.
Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya mengenengahkan satu penyelesaian jitu dalam menangani hal ini dari membudaya dan kekal menjadi sebahagian lanskap memualkan di ibu negara. Pelbagai kesan negatif dari penjualan dan peminuman arak seharusnya dikawal dan dimurnikan dengan kesedaran. 
Kecuali sekiranya pihak kerajaan terus mengharap ia menjadi sebahagian perolehan lumayan ke kantung pendapatan negara. Tetapi sekiranya perkara ini tidak dihadapi dari sekarang, ianya pasti menjadi sebahagian rutin warga kota. Negara harus bersedia menanggung akibat pelbagai yang menular darinya. 
Kesejahteraan hidup tidak mungkin dicapai dari masyarakat yang membudaya arak dalam kehidupan mereka, bahkan timbul pelbagai penyakit sosial dan jenayah sukar untuk ditangani. Ketika itu, pendapatan besar lebih mudah dihabiskan semata-mata hanya untuk menangani segala kesannya. 
Kami yakin dan percaya, penganjuran sedemikian bukan sahaja tidak selari dengan budaya masyarakat Malaysia, bahkan tiada keperluan langsung untuknya. Kami menggesa ia semua pihak berkaitan supaya tidak memberi permit dan kebenaran penganjuran kerana boleh dianggap bersubahat dengan kemungkaran. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
13 September 2017 | 22 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017 





































































Lagi laporan polis terhadap Siti Kasim, David Orok

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap peguam Siti Kasim dan David Orok di Ibu Pejabat Daerah Sentul, jam 11 pagi tadi.
Laporan yang dibuat ketuanya, Mohd Farkhan Md Zain, ekoran kebiadaban peguam Siti Kasim dan David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam, baru-baru ini. 
Laporan polis itu dibuat di hadapan pegawai Nur Fatin Farhana Abd Mutalib dan turut disertai barisan exco Pemuda Wilayah Persekutuan. 
Laporan polis itu diadakan oleh Dewan Pemuda PAS negeri-negeri bermula di Sabah semalam, dan serentak di seluruh negara hari ini. 
Siti Kasim sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari Tuhan. 
Kenyataan yang dimuatnaik dalam ucapan hari raya baru–baru ini jelas menunjukkan beliau sudah jauh terpesong dari akidah sebenar insan beragama Islam apabila mendesak umat Islam moden mempersoalkan amalan korban secara serius kerana perbuatan ini hanya membawa kepada pertumpahan darah secara sia-sia dan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 







































































Muslimat Muda PAS terus dekati masyarakat

Ameerah Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kembara Sahur Ameerah, semalam. Program itu bermula seawal jam 11 malam dan tamat sekitar jam 1.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menziarahi dan menyantuni staf yang bertugas syif malam dengan membekalkan kit sahur buat mereka. 
Turut hadir pada program ini ialah Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Dr Azhar Yakob yang telah menyampaikan ucapan serta membacakan doa, seterusnya menyerahkan sumbangan kit sahur tersebut kepada wakil-wakil staf di sana. 
Selain itu wakil-wakil daripada Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Lembah Pantai turut hadir memberikan sokongan kepada program kedua Ameerah WP dalam bulan Ramadhan ini. 
Muslimat Muda PAS melalui Ameerah WP hadir memberikan penghargaan ke atas jasa kakitangan hospital yang menjaga kebajikan pesakit secara khususnya dan menjalankan khidmat kepada masyarakat umumnya. 
Bekalan kit sahur diserahkan kepada kakitangan yang bertugas bagi memudahkan urusan mereka untuk bersahur dalam menyempurnakan ibadah puasa. 
Sebanyak 250 bungkus kit sahur diagihkan kepada para jururawat, pasukan keselamatan, pembantu am dan pegawai perhubungan awam di pihak PPUM dengan kekuatan sukarelawan berjumlah 40 orang Muslimat Muda daripada seluruh pelosok kotaraya datang membantu sepanjang majlis, bermula dari pembungkusan kit sahur sehingga ke akhir majlis.
Sumber HD - 18-6-2017 











































































Kekalkan MSN Taman Keramat untuk sukan, rekreasi

DEWAN Pemuda PAS Setiawangsa (DPPKSW) memandang serius hasrat Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memindahkan Pusat Latihan Atlit di MSN Taman Keramat ke kompleks baru yang akan dibina di Negeri Sembilan seterusnya 
menyerahkan kembali tapak terbabit kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Yang membimbangkan DPPKSW ialah pihak DBKL akan menyerahkan tapak berkenaan kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. 
DPPKSW melihat ini sebagai salah satu contoh bagaimana pihak DBKL lebih mengutamakan projek-projek mewah yang rakyat mampu tengok berbanding merakyatkan kemudahan sukan untuk warga Kuala Lumpur. Pihak DBKL seolah-olah lebih suka melihat tanah-tanah milik kerajaan dibangunkan dengan kondo mewah dan pusat membeli belah berbanding memperbanyakkan kawasan rekreasi untuk warga kota. Ini belum lagi dikira jumlah padang awam di Kuala Lumpur yang boleh dibilang dengan jari, malah kompleks sukan dan padang sedia ada yang  dimanfaatkan warga Setiawangsa pula hendak diambil untuk pembangunan. 
UbaidPihak Dewan Pemuda PAS Setiawangsa tidak menolak langkah Kementerian Belia & Sukan (KBS) menyerahkan Kompleks MSN Taman Keramat kepada DBKL, tetapi  KBS mesti memastikan tapak berkenaan kekal sebagai tapak aktiviti sukan dan rekreasi untuk warga Kuala Lumpur dan Setiawangsa. DPPKSW melihat pihak KBS perlu lebih bertegas dalam isu ini. KBS perlu memastikan tiada seinci pun kawasan padang awam dan kawasan rekreasi dijadikan kawasan komersial. 
DPPKSW mencadangkan pihak DBKL dan KBS bekerjasama membangunkan kawasan ini dengan konsep hub sukan seperti yang sedang dilaksanakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Malah mengambil kira permintaan anak muda semasa dan kejayaan pasukan ragbi negara. DPPKSW mencadangkan hub sukan ini dibina berorientasikan sukan ragbi dengan sebuah stadium ragbi dibina di tapak terbabit. Sudah tiba masanya sukan ragbi diberi sebuah stadium bertaraf nasional. 
Dewan Pemuda PAS Setiawangsa sekali lagi menegaskan yang kami tidak bersetuju dengan langkah DBKL untuk membangunkan Kompleks MSN Taman Keramat untuk tujuan komersial. Warga Kuala Lumpur & Setiawangsa ketandusan kompleks sukan dan rekreasi dan sebarang usaha untuk mengurangkannya tidak mampu menyelesaikan masalah ini. 
UBAID ABD AKLA
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Setiawangsa – HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017 











































































Semoga Titiwangsa kembali ke tangan PAS

SETIAP petugas parti supaya ikhlas dalam berjuang dan bersedia untuk infaq kepada perjuangan sama ada dari segi harta, tenaga, pemikiran, idea, kemahiran dan sebagainya. 
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, parti memerlukan pejuang-pejuangnya yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan selain keredhaan Allah SWT dan sebagai persaingan untuk merebut pahala dan ganjaran yang telah dijanjikan-Nya.   
Beliau berkata, keikhlasan dalam diri perlu dibuktikan dengan secara zahir iaitu infaq fisabilillah.   
"Inilah contoh yang telah ditunjukkan oleh sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW seperti Sayyidina Abu Bakar As-siddiq, Sayyidina Umar Al-Khattab dan lain-lain sahabat," ujarnya pada majlis hi-tea bagi mengumpul dana Pilihan raya Umum ke-14 anjuran PAS Titiwangsa di Darul Ummah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kelmarin. 
Justeru, ujarnya semua peringkat parti sama ada pimpinan dan  pengikut wajiblah mengikhlaskan diri dalam perjuangan supaya amalan ikhlas akan dibawa oleh malaikat ke langit. 
"Jika telah cukup amalan ikhlas kita, barulah Allah SWT akan memandang kita dan mengurniakan kemenangan kepada PAS setelah cukup syarat-syarat kemenangan itu," ujarnya lagi. 
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan kerana berani mengumumkan bahawa PAS akan bertanding sembilan daripada 13 kawasan parlimen dalam Wilayah Persekutuan. 
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berdoa semoga Titiwangsa akan kembali ke tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang. 
Beliau menekankan sekali lagi tentang keikhlasan kerana Allah tidak memandang nilai sumbangan kita sama ada sedikit atau banyak, tetapi nilai keikhlasan itulah yang menjadi perhatian dan penilaian Allah SWT.
Sumber HD - 22-5-2017 














































































Majlis Hi-Tea Dana Pilihan raya PAS Titiwangsa

PAS Kawasan Titiwangsa melalui jentera pilihan rayanya akan mengadakan satu majlis hi-tea untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu, 20 Mei 2017 bertempat di Darul Ummah, No 44 Jalan Dua Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpu bermula pukul 3 petang. 
Tetamu istimewa yang akan menyempurnakan majlis ini ialah Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Haji Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. 
Pelbagai menu menarik akan disajikan khusus kepada para tetamu yang hadir seperti nasi dagang terengganu, nasi lemak saliha, kerepok lekor, kuih muih, bubur kacang durian, rojak nenas sarawak, air barli sejuk dan teh tarik. 
Kupon-kupon infaq bernilai RM30 untuk seorang boleh didapati di kaunter pendaftaran pada hari berkenaan atau berhubung dengan Mohamad di talian 016-3842024 dan Hedzer di talian 019-2708639. 
Semua para pendukung dan penyokong PAS dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada gerak kerja pilihan raya PAS di kawasan Titiwangsa. 
Semoga setiap sumbangan kita untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi ALlah SWT.
Sumber HD - 18-5-2017 


PAS masuk kuil, Beri penerangan tentang Akta 355
Posted on Wednesday, May 17 @ 16:28:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34966


PAS mahu merintis kembali hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
Perkara itu dimulakan dengan kunjungan ke rumah-rumah ibadat golongan itu supaya kedua-dua pihak faham agama dan budaya masing-masing.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan semalam memuat naik kunjungan anggotanya di kawasan Batu di ibu negara ke Gereja Saint Mary, Kuil Ahthiswaran dan Kuil Buddha Sri Lanka di Sentul.

“Kami merintis pertemuan antara kaum ini bagi mewujudkan suasana harmoni antara kaum dalam masyarakat berbilang bangsa,” kata Nasrudin.

PAS Kawasan Batu diwakili oleh Nurul Islam Mohamed Yusoff, Azhar Yahya dan Salbiah Wahab.
Nurul Islam ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi berkata kunjungan mereka disambut baik.
Malah, menurutnya, seorang sami Buddha memberitahu mereka, sejak 30 tahun tinggal di situ, tak pernah ada pimpinan politik atau orang Islam datang untuk kunjungan mahabbah.

“Ini kali pertama dan dia sangat happy (gembira).

“Dia pun tanya tentang Islam dan kita bagi jawapan bahawa Islam tidak menghalang agama lain, malah kita sebagai orang Islam perlu menghormati agama lain.

“Kita terangkan ayat al-Quran- lakum dinikum waliyadin (untukmu agamamu, untukku agamaku) dan dia sangat happy,” katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa isu berkaitan pindaan Akta 355 untuk melipatgandakan hukuman mahkamah syariah turut berbangkit.

“Ada juga tanya pasal RUU dan kita bagi penjelasan tentang RRU tiada kaitan dengan bukan Islam, ia untuk orang Islam dan dari segi hukuman kita bagi penjelasan. Dan mereka nampak faham,” katanya.

“Kita kata lepas ni kalau ada apa-apa you tak faham tentang Islam, you boleh tanya dengan kita. Kita sanggup jadi ejen untuk bagi pencerahan kepada mereka. Dan mereka pula kita minta supaya jadi ejen pencerah kepada penganut agama mereka yang lain.”

Nurul Islam berkata, mereka juga setuju untuk mengadakan lebih banyak lagi program bersama.

“Selepas ni jika kita buat program, mereka minta kita undang mereka,” kata Nurul Islam.


Sumber TKO - 17-5-2017













































































Apa yang disorokkan antara kerajaan dan ICSB?

SELAGI mana percanggahan penjelasan antara Kementerian Kewangan dan ICSB (IWH CREC) belum dijelaskan, maka perkembangan projek pembangunan Bandar Malaysia di Sungai Besi masih menjadi tanda tanya. Hal yang berkaitan dengan dakwaan kegagalan obligasi pembayaran oleh ICSB di bawah ‘the share sale agreement’ (SSA) tidak dikemukakan secara terperinci oleh kerajaan. Sebaliknya, pada masa yang sama pihak ICSB telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa pihaknya telah membuat segala pembayaran yang wajar sepertimana yang termaktub dalam perjanjian tersebut. 
Lebih mengelirukan, pihak Kementerian Kewangan pula telah memulangkan kembali deposit sebanyak RM741 juta pada minggu lalu. Kemudian, dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan bahawa pihak kerajaan membenarkan ICSB untuk membida semula projek Bandar Malaysia. Hal ini bermakna, kemungkinan berlaku sesuatu antara TRX dan ICSB. Ia bukan hanya sekadar melibatkan pembatalan urusniaga semata-mata, bahkan turut melibatkan hal kewangan yang besar. 
Oleh sebab itu, sepertimana yang dituntut oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sebelum ini, kerajaan mesti mengemukakan laporan sebenar mengenai perkara tersebut. 
Adakah benar terdapat kegagalan dalam obligasi pembayaran seperti yang didakwa? Adakah benar pihak ICSB telah membuat pembayaran yang betul sepertimana yang terkandung dalam (SSA)? Mengapa kerajaan memulangkan semula deposit sebanyak RM741 juta kepada ICSB? Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini? 
Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
21 Sya’ban 1438 | 17 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 17/5/2017
Sumber HD - 17-5-2017 













































































PAS Wilayah bersedia tanding 9 kerusi parlimen

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyambut baik keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan bahawa Tahaluf Siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal disebabkan berlaku begitu banyak perlanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan syarak dan akhlak Islam. 
Oleh hal yang demikian PAS WP  telah membuat keputusan untuk bertanding sembilan kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang akan datang. Keputusan ini dibuat berdasarkan kemampuan jentera dan kehendak pengundi yang mahukan dan mengharapkan PAS sebagai Parti yang mampu memperjuangkan agenda rakyat dan masyarakat berbilang kaum dan agama. 
Kerusi Parlimen yang akan ditandingi PAS adalah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.
PAS WP memandang positif suasana politik mutakhir ini dan akan terus komited untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya dalam segala sudut. Peluang dan ruang yang ada akan digunakan sebaiknya untuk memenangkan PAS di kerusi parlimen yang telah disasarkan. 
Selain itu, PAS WP juga komited terhadap Gagasan Sejahtera yang merupakan alternatif buat para pengundi untuk memilih kerajaan yang lebih berwibawa, telus dan berintegriti tinggi bagi mewakili rakyat selepas PRU 14 akan datang. 
MOHAMAD NOOR MOHAMAD
Persuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 14/5/2017
Sumber HD - 14-5-2017 













































































Kemuka laporan penuh Bandar Malaysia












EKORAN pengambilalihan sepenuhnya TRX City Sdn Bhd oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak pihak kerajaan mengemukakan laporan penuh projek Bandar Malaysia kepada rakyat.
Sebelum ini, projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia telah banyak terpalit pelbagai kontroversi terutama yang melibatkan 1MDB. Oleh kerana itu, laporan tersebut wajar dikemukakan kerana ia melibatkan pertimbangan peruntukan dana kewangan yang besar oleh kerajaan (rakyat). 
Nilai Pembangunan Kasar (GDV) kumulatif projek tersebut dianggarkan kira-kira RM150 bilion dan sekarang kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek tersebut walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi negara yang dijangka akan berterusan sehingga tahun 2018. Lebih membimbangkan sekiranya kerajaan menggunakan dana-dana rakyat seperti KWSP dan lain-lain syarikat berkaitan kerajaan untuk membangunkan projek berkenaan. Apakah sebenarnya rancangan kerajaan dan manfaat yang akan diraih oleh rakyat dalam projek tersebut? 
Laporan tersebut juga adalah perlu kerana ia melibatkan pembatalan mengejutkan urusniaga projek pembangunan Bandar Malaysia bersama IWH CREC Sdn Bhd (ICSB) baru-baru ini. Pembatalan tersebut didakwa kerana kegagalan konsortium ICSB mematuhi obligasi pembayaran di bawah The Share Sale Agreement (SSA). 
Walau bagaimanapun, ICSB telah menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa semua pembayaran telah dijelaskan sepertimana yang diperuntukkan dalam SSA. Apakah sebenarnya situasi pembayaran tersebut? Adakah terdapat bukti yang boleh dilampirkan? 
Oleh kerana itu, DPPWP tampil mendesak pihak kerajaan untuk mengemukakan laporan penuh projek-projek TRX dan khususnya Bandar Malaysia kerana ia melibatkan pelbagai pertimbangan politik dan ekonomi. Rakyat tidak mahu projek ini menjadi projek gajah putih dan mengorbankan berbilion dana rakyat. 
Mohd Farkhan Md Zin
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
12 Sya’ban 1438 | 9 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD - 9-5-2017 













































































Peruntukan pilih kasih, kerajaan zalimi rakyat












DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menempelak sikap zalim dan pilih kasih yang diamalkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mengagihkan peruntukan kepada rakyat melalui pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Hal ini merujuk kepada pembocoran sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan bertarikh 17 Mac yang menyatakan pembatalan semua projek PBT di kawasan-kawasan ‘bukan BN’. 
Ternyata tindakan ini semata-mata bermotifkan politik dan kuasa. Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar harus membezakan urusan kerajaan dan urusan parti politik. Sekiranya sikap pilih kasih ini diamalkan, adakah boleh sekiranya rakyat yang tidak menyokong BN tidak membayar cukai kepada kerajaan? Sudah semestinya tidak boleh. 
Oleh itu, peruntukan bajet yang dicukai daripada seluruh rakyat harus diagihkan semula kepada rakyat tanpa mengira warna politik. Jangan kerana berbeza sokongan politik, kerajaan berlaku zalim dalam menyalurkan peruntukan kepada rakyat. 
DPPWP turut menolak alasan yang diberikan oleh Noh Omar kononnya kerajaan tidak mempunyai dana. Sekiranya kerajaan tidak mempunyai dana, prioriti harus diberikan kepada keperluan atau kepentingan sesuatu projek, bukan kepada kawasan BN sahaja. 
Tindakan ini sama sepertimana kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu yang pernah dimenangi oleh PAS dalam isu pembayaran royalti minyak serta peruntukan tahunan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) (JKKK(P). 
DPPWP mendesak supaya arahan tersebut dibatalkan. Prioriti projek harus diberikan kepada kepentingan atau keperluan rakyat yang mendesak tanpa mengira kawasan yang dimenangi oleh BN atau tidak. Amalkan budaya pentadbiran kerajaan yang adil dan telus. 
Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
24 Rejab 1438 | 21 April 2017 - HARAKAHDAILY 21/4/2017
Sumber HD - 21-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 













































































DBKL kejam robohkan ‘rumah tampal’











DI tengah kesibukan pusat Bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan bangunan tinggi serta kenderaan yang pelbagai, tinggal beberapa keluarga yang telah mendiami sebuah rumah tampal hampir lebih kurang 38 tahun. Rumah yang kelihatan seperti ‘pondok mainan’ telah menjadi tempat berteduh buat beberapa keluarga. 
Sebelum ini pada 29 Mei 2016, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Pusat dan LKKP Wilayah Persekutuan telah mengadakan gotong-royong untuk membina ‘rumah tampal’ bagi memberikan sedikit keselesaan kepada keluarga tersebut. 
Terbaru, Pengerusi Pusat Aduan Sosial PAS (PAS PAS), Mohd Yusoop Abdul Hamid telah ditemui salah seorang penghuni yang ingin dikenali sebagai Kak Nor (bukan nama sebenar) mengadu bahawa rumah tersebut telah diroboh dan ditimbus bersama-sama keperluan asas mereka oleh pihak berkuasa DBKL pada 12 April 2017 bersamaan hari Rabu. 
Kini, dia terpaksa menyewa di sebuah bilik kecil bersama-sama seorang ibu tunggal (ditinggalkan suami) serta dua anaknya yang masih kecil dan sedang dalam kandungan. Malangnya ibu tersebut tidak bekerja dan mereka dikehendaki membayar sewa bilik sebanyak RM400. 
Pusat Aduan Sosial PAS bersama Skuad Prihatin LKKP Pusat telah melawat keluarga ini dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka. 
Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus kepada ‘Dana Kami Prihatin’, Bank Islam 1211 3010 02 6150 dengan menghubungi Cikgu Yusop 011-1337 3066 atau Pn. Sharifah 019-211 4764. – HARAKAHDAILY 18/4/2017 













Sumber HD - 18-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































DBKL digesa atasi banjir kilat, hakisan tanah












DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dengan tegas menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur. Intensiti hujan yang tinggi akhir-akhir ini telah menyebabkan beberapa lokasi berlaku banjir kilat. Contohnya, pada 14 Mac yang lalu, sembilan buah jalan utama di Kuala Lumpur telah dinaiki air dan ia telah menjejaskan kelancaran trafik serta mengundang bahaya sekiranya tidak diatasi dengan segera. 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sejak tahun 2015, DBKL telah menerima peruntukan sebanyak RM600 juta untuk projek-projek pembaikan dan menaik taraf. Walaupun begitu, situasi semasa menunjukkan keadaan tidak bertambah baik. Hal ini menimbulkan keraguan mengenai peruntukan dan projek yang telah dilakukan sebelum ini. Selain banjir kilat di lokasi-lokasi tertentu, pihak DPPWP turut mendapati banyak jalan utama di Kuala Lumpur menghadapi masalah takungan air yang agak serius akibat hujan lebat. Perkara ini sangat merbahaya bagi pengguna-pengguna jalan raya. 
Rakyat di Kuala Lumpur juga bimbang hujan lebat yang kerap turun akan menjejaskan kawasan-kawasan cerun di sekitar Kuala Lumpur. Berdasarkan kepada Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS), bandaraya ini mempunyai lebih 1,700 kawasan cerun berisiko runtuh. Sebanyak 600 daripadanya adalah sangat berisiko tinggi. 
Sekiranya tiada tindakan agresif dan proaktif dilakukan oleh pihak DBKL, kawasan-kawasan di Segambut, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak akan berhadapan risiko tanah runtuh yang kritikal. 
DBKL juga harus sedar, banyak projek pembangunan khususnya infrastruktur sedang dilakukan di lokasi-lokasi utama. Hakisan-hakisan tanah daripada projek tersebut akan memburukkan lagi keadaan. DPPWP mengulangi ketegasan supaya pihak DBKL dan juga Kementerian Wilayah serta kontraktor-kontraktor yang dilantik segera mengambil tanggungjawab sebelum kecelakaan jiwa dan harta benda berlaku. 
Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
20 Rejab 1438  | 17 April 2017 - HARAKAHDAILY 17/4/2017
Sumber HD - 17-4-2017 

No comments:

Post a Comment