BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, April 13, 2017

PAS DAN HALEHWAL PERAK DARUL RUDZUAN (JILID 2)


Lompat parti bukan budaya politik Malaysia

KUALA LUMPUR: Lompat parti tidak boleh dijadikan budaya politik Malaysia, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. 
Beliau berkata, ini kerana kesannya amat besar seperti tidak memberi kestabilan dalam politik dan pentadbiran negara. 
Biasanya, kata beliau kurang dariapad lima peratus pengundi memilih atas faktor peribadi atau faktor selain daripada dasar dan prinsip perjuangan parti. 
“Budaya seperti ini boleh memberi imej negatif kepada bangsa Malaysia tidak amanah kepada mandat rakyat dan tidak boleh dipercayai,” ujarnya. 
Tambahnya, seseorang calon sudah pasti dapat merasai apa juga suasana sebelum mengambil keputusan untuk menerima sebagai calon dalam pilihan raya. 
Katanya lagi, lompat parti bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang melompat dan pengundi berkaitan malah dapat memberi implikasi tertubuhnya kerajaan tanpa mandat majoriti. 
Justeru, ujar beliau sudah tiba masa Malaysia menggubal akta berkaitan lompat parti bagi menjaga kewibawaan bangsa dan melahirkan pemimpin yang berprinsip. 
Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerajaan Pakatan Harapan - HARAKAHDAILY 25/6/2018
Sumber HD - 25-6-2018 

JAM bantu mangsa banjir Bukit Gantang

BUKIT GANTANG: Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari telah menyebabkan banjir melanda beberapa perkampungan, di sini kelmarin.
Sehubungan itu, Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah mengerah anggotanya melaksanakan operasi pemindahan mangsa terjejas.
Antara tumpuan JAM adalah di Kampung Kuala Trong, Kampung Sungai Bemban dan Kampung Temelok yang terjejas agak teruk.
Pengarah JAM Negeri Perak, Mohd Ariff Sha'arani berkata, pihaknya turut melengkapkan sokongan anggota kepada operasi beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Antara yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain lagi.
Usaha Jabatan Amal itu turut melibatkan lanjutan bantuan menerusi operasi pembersihan rumah-rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.
Hadir sama menziarahi mangsa adalah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman serta pimpinan lain. -HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018 





Sumbangan Ramadan PAS Dato' Keramat

NIBONG TEBAL: PAS Cawangan Dato' Keramat telah mengadakan majlis Sumbangan Dapur Ramadan kepada golongan asnaf di cawangan itu, di sini kelmarin.
Sumbangan kepada kalangan miskin, warga emas dan ibu tunggal itu sentiasa diusahakan dalam menjaga hal ehwal terutama berkaitan kebajikan golongan tersebut.
Ianya menjadi program rutin yang menzahirkan keprihatinan PAS terhadap golongan tersebut sesuai dengan peranan dan perintah Allah terhadao golongan beriman.
Sumbangan telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad dan Ketua PAS Dato' Keramat, Mat Saad Mohamad.
Mohamad dalam ucapannya memuji perhatian PAS Cawangan itu kepada masyarakat sekitarnya sebagai satu hubungan sesama manusia yang dituntut Islam.
Selain bersedekah katanya, Ramadan juga menyeru umat agar membanyakkan bacaan al-Quran yang seharusnya tidak terpisah dari intipati tarbiyah ahli PAS.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff yang juga calon PAS Dun Sungai Acheh pada PRU14 lalu. -HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018 



Politik Perak unik, 3 kerusi yang menggegarkan

KONFLIK suasana politik di Perak sekali lagi memanaskan pasca PRU14. Di saat Pakatan Harapan bersorak keriangan untuk melangkah ke Putrajaya, tiga kerusi dimenangi PAS di Perak benar-benar mencabar kemenangan mereka. 
Ratib UG yang sentiasa meniti di bibir mereka untuk memburukkan PAS kini terpaksa ditelan sambil tersenyum kelat. 
Biarpun dipandang lekeh istilah “kingmaker” namun kini taring sebenar kalimah azimat itu membenamkan keangkuhan yang selama ini diperdagangkan. 
Biarpun tidak memiliki jumlah kerusi yang tinggi namun PAS telag berjaya menguasai percaturan pembentukkan kerajaan negeri. 
Pandangan politik PAS jauh lebih matang dan melangkah satu kondisi baru bila pelbagai tohmahan dilemparkan secara bergaya PAS tampil dengan solusi bersandarkan Islam serta memberikan impak yang maksimum. 
Beruntungnya bila politik yang diaplikasikan ditimbang melalui neraca syariat tidak gopoh membuat keputusan dan memberi ketenangan kepada semua pendukung parti. 
Nikmatilah politik dengan harmoni serta matang menilai erti ketaatan dan kepercayaan kepada kepimpinan. 
Kebijaksanaan pimpinan mengatur langkah dan tindakan sewajarnya diiringi sokongan ahli bahkan menjadi kekuatan untuk istiqamah. 
Tragedi PRU13 segar di ingatan PAS
Tarikh 5 Februari 2009 diingati kerana berlakunya rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak. 
Pada tarikh tersebut, Umno dengan angkuhnya di Putrajaya dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan tiga orang Adun PR meninggalkan PR menjadi Bebas dan menyokong BN dan kerajaan PR hilang majoriti serta tumbang. 
PAS ditawarkan jawatan Menteri Besar (MB), kemudian 4 jawatan Exco diperuntukkan kepada PAS dengan syarat kami menyertai Umno. 
Kesemua tawaran tersebut ditolak. Umno cuba mempengaruhi Pesuruhjaya PAS ketika itu Ustaz Ahmad Awang untuk memaksa enam orang Adun PAS menyertai Umno, tetapi gagal. 
Setiap Adun PR dari DAP dan PKR masih diberi tawaran lumayan untuk melompat sehingga akhirnya mereka berjaya dengan kerjasama BPR ketika itu memerangkap Adun Behrang dan Changkat Jering dengan cara yang tidak bermaruah, sogokan dan suapan, rakaman vcd, ugutan dan menyamar sebagai kontraktor oleh BPR. 
Akhirnya berjaya mengena kepada Adun Behrang dan Changkat Jering. Adun DAP dari Jelapang juga berjaya dihasut untuk keluar dan ketiga-tiga mereka hilang diculik pada akhir bulan Januari 2009. 
Usaha menghubungi mereka dalam tempoh seminggu gagal sampailah pada tarikh 5 Februari 2009, bila mana ketiga-tiga mereka menjelma di kacaTV jam 5 petang bersama Perdana Menteri dan beberapa menteri kanan Umno di Putrajaya, bagi mengisytiharkan mereka bertiga keluar PR dan menjadi Adun bebas menyebelahi BN. 
Situasi sama namun kekuatan berbeza
Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kukuh kerana majoriti hanya tiga kerusi sahaja. PR menang 31 kerusi berbanding BN menang 28 kerusi. BN hanya perlu dua kerusi lompat untuk berkuasa semula di Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan selama 11 bulan sahaja iaitu dari Mac 2008 hingga Februari 2009. 
Bilangan Adun DAP melebihi PAS dan PKR. Bilangan Adun DAP 18 orang, PKR 9 dan PAS hanya 6 orang sahaja. DAP menang di 18 kawasan majoriti bukan Melayu. 
PKR menang 6 kerusi kawasan majoriti bukan Melayu. PKR menang 3 kerusi di kawasan majoriti Melayu/Islam. PAS menang 6 kerusi majoriti Melayu/Islam. 
Umno menang 27 kerusi di kawasan majoriti Melayu/Islam. Ini bermakna Melayu/Islam di Perak masih lagi menyokong Umno. 
PAS hanya agak kuat di Parit Buntar dan Bagan Serai yang ramai Melayudan Islam. Selama, Batu Kurau, kawasan Perak Tengah dan Perak Selatan kekal milik Umno. 
Parit membuat kejutan pada tahun 1999 tetapi terus kecundang dalam dua pilihan raya berikutnya, 2004 dan 2008. Kuala Kangsar, Lenggong dan Gerik terus kukuh bersama pemimpin-pemimpin Umno yang menjadi menteri. 
Situasi sama berulang pada tahun 2018 kali ini, 3 kerusi yang dimenangi PAS tanpa gabungan dengan mana-mana parti membuktikan kekuatan PAS dan seluruh jentera. 
Namun peranan PAS sebagai kingmaker jelas meranapkan impian dua pihak bagi membentuk sebuah kerajaan apabila tidak mencapai majoriti mudah. 
Asakan dan spekulasi mula membedil PAS sehingga tular di media sosial untuk melihat sejauh mana pendirian PAS bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. 
Pada 11 Mei 2018 selepas satu Mesyuarat Khas PAS Pusat telah mengambil satu keputusan yang membuatkan Pakatan Harapan dan Umno/Barisan Nasional terpaksa akur apabila menetapkan tawaran PAS bagi membentuk Kerajaan Perpaduan dengan gabungan tiga parti Pakatan Harapan, Umno/Barisan Nasional dan PAS. 
Selain itu, posisi Menteri Besar yang ditetapkan adalah semestinya Islam dan dipersetujui oleh semua pihak. 
Kerajaan campuran ini sekaligus menjadi sebuah pentadbiran tanpa pembangkang namun tetap melaksanakan tugas membangunkan negeri serta mengutamakan kepentingan rakyat bersama.
Jika tidak menerima tawaran tersebut pilihan yang ada hanya diadakan Pilihan Raya Negeri bagi memuktamadkan sekali lagi pilihan rakyat. 
Penguasaan politik Islam lebih harmoni
Sepanjang tempoh pimpinan tertinggi PAS Perak dan PAS Pusat mengeluarkan keputusan semua pihak sama ada di peringkat lawan dan pendokong menanti penuh debaran. 
Ada yang ingin melihat PAS tersungkur di telunjuk Umno/BN dengan mengadakan gabungan bersama sehingga dilemparkan cercaan serta penghinaan. 
Pendukung PAS pula terus mengharapkan satu solusi yang bijak diambil oleh pimpinan bagi mengeluarkan PAS dari kemelut agar PAS terus dihormati dan disanjungi rakyat. 
Ternyata politik Islam lebih mengutamakan kepentingan umum apabila menawarkan Kerajaan Perpaduan. Sampai masanya rakyat memahami intipati sebenar sebuah kerajaan perpaduan yang selama ini dijadikan peluru menundukkan PAS. 
Matlamat kerajaan perpaduan telah disalah tafsir sehingga berakar dalam pemikiran masyarakat bahawa ianya adalah gabungan kerjasama antara PAS dan Umno/Barisan Nasional semata-mata.
Pandangan Majlis Syura Ulamak dan kepimpinan PAS ternyata jauh lebih hebat melangkaui suasana politik yang ada sehingga menjadi tumpuan walaupun hanya memiliki tig kerusi. 
Kekuatan PAS pada prinsip yang diperjuangkan tatkala diasak segenap penjuru pendukung dan penyokong PAS tenang berpaut kepada pendirian parti. 
Kehebatan PAS dengan memiliki ahli yang sayang dan cinta pada perjuangan Islam tanpa mengutamakan kepentingan tertentu membentuk sebuah pasukan terbaik bersandarkan kepada keikhlasan dan pengorbanan. – HARAKAHDAILY 12/5/2018
Sumber HD - 12-5-2018 

Jumaat, 11 Mei 2018


PAS Perak bincang syarat tubuh kerajaan negeri dengan BN, PH


PETALING JAYA: PAS Perak sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri dalam masa seminggu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria dipetik TV3 sebagai berkata, antara syarat itu ialah parti yang bekerjasama dengan parti itu tidak boleh menghalang matlamat perjuangan PAS.

Beliau ketika mengadakan mesyuarat harian Perak di Ipoh hari ini berkata, PAS Perak akan mengadakan mesyuarat dengan ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk membincangkan perkara itu, esok.

Kerajaan negeri belum dibentuk di Perak kerana tiada parti yang mendapat majoriti mudah 30 kerusi negeri.

Semalam, PKR diumumkan memenangi 29 kerusi negeri, BN (27) dan PAS (3).

Sumber MR - 11-5-2018



PAS 'curi' undi DAP di Perak, kata penganalisis
Posted on Tuesday, May 08 @ 03:38:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39609



Perak merupakan antara negeri ‘panas’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila Pakatan Harapan mengumumkan cita-cita mereka untuk menawan semula negeri itu.

Mengapakah Perak dianggap negeri 'panas"? Semuanya kerana pada PRU13, Barisan Nasional (BN) hanya menang majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 59 kerusi di negeri itu, DAP memenangi 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi.
Baru-baru ini, kajian Invoke Malaysia mendakwa Perak merupakan antara lima buah negeri yang akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada PRU14.


Bagaimanapun, penganalisis politik dan pakar ekonomi, Prof Dr Hoo Ke Ping meramalkan BN akan kekal di Perak selain berupaya menambah bilangan kerusi serta majoriti undi pada PRU14.

Katanya keadaan tersebut berdasarkan kepada ramalan bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Harapan dijangka menurun kepada 70 hingga 75 peratus berbanding 85 peratus pada PRU13, selain DAP akan ‘hilang’ undi di kawasan yang menyaksikan pertembungan parti itu dengan PAS.

'PAS cederakan DAP'
“Peluang DAP untuk mengambil alih Perak adalah sifar. PAS yang bertanding di kerusi-kerusi kubu kuat DAP dijangka melarikan undi DAP. PAS akan ‘mencederakan’ DAP, manakala pengundi Melayu akan ‘membunuh’ harapan DAP di Perak," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Hoo berkata faktor bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah ‘melukakan hati’ masyarakat Cina di Perak juga bakal menghancurkan impian Pakatan Harapan.
“Dr Mahathir telah melukai hati masyarakat Cina. Mereka yang berumur 30-an dan 40-an pasti ingat dengan apa yang beliau telah lakukan. Umumnya Dr Mahathir merupakan satu kesilapan bagi (Penasihat DAP) Lim Kit Siang manakala Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin merupakan ‘racun’ (kepada DAP),” katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata peratusan keluar mengundi ada PRU14 dijangka rendah iaitu hanya antara 70 hingga 75 peratus seterusnya merencatkan impian pembangkang, khususnya DAP.

Berhubung bahang pilihan raya di sekitar bandaraya Ipoh sepanjang tempoh berkempen sejak 28 April lalu, profesor itu berkata ia tidak sehangat dan tiada keterujaan seperti pada pilihan raya sebelum ini.

BN raih sokongan Melayu Teluk Intan
Hoo berkata kali ini, tiada “lautan manusia” selain itu suasana kelihatan agak tenang walaupun penampilan khas ‘big guns’ seperti veteran DAP Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sementara itu, Penganalisis Politik Liew Wei Chern berkata MCA dan Gerakan berpeluang untuk merampas kerusi Parlimen iaitu Kampar daripada DAP dan Gopeng yang dipegang PKR selain mengekalkan kerusi Tanjong Malim dan Teluk Intan.

Bagi kerusi Kampar yang mempunyai 69,436 pengundi dengan 55.37 peratus pengundi Cina, beliau berkata sekurang-kurangnya lapan peratus pengundi Cina akan kembali menyokong BN berikutan calonnya Datuk Lee Chee Leong tetap berkhidmat di kawasan itu walaupun kalah pada PRU13 .

Bagi kerusi Parlimen Gopeng, beliau berkata calon MCA yang juga ketua Wanitanya Datuk Heng Seai Kie berpeluang 50-50 untuk merampas kerusi yang disandang Dr Lee Boon Chye selama dua penggal.

Untuk mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan yang dimenangi Datuk Seri Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil 2014, wakil rakyat itu perlu meraih sokongan Melayu dan India yang jumlahnya hampir 60 peratus daripada jumlah pengundi, katanya.

Liew berkata Mah yang dicabar Nga Khor Ming (DAP) dan Ahmad Ramadzan Ahmad Daud (PAS) akan memecahkan sokongan Melayu di kerusi Teluk Intan yang mempunyai 66,487 pengundi.

Bagi kerusi Parlimen Tanjong Malim yang dimenangi Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan pada PRU13, menurutnya MCA yang mempertaruhkan Pengerusi MCA negeri Datuk Mah Hang Soon dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kemenangan di kerusi itu.

- Bernama

SUMBER TKO - 8-5-2018

PAS optimis menang semua kerusi di Bukit Gantang

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, parti itu yakin untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di kawasan Parlimen Bukit Gantang. 
Katanya, mood rakyat sekarang menyebelahi PAS terutama apabila PAS mengetengahkan permasalahan yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat seperti kos sara hidup dan penghapusan hutang PTPTN. 
Beliau menjelaskan berkaitan beberapa usaha berkaitan peletakan harga lantai bagi getah dan durian yang diperjuangkan beliau buat para penduduk di Bukit Gantang di Parlimen. 
Beliau juga telah membawa isu peniaga di R&R yang perlu membayar cukai tiga peratus kepada PLUS.
“Tahun pertama dia (PLUS) dapat collect 2.3 juta. Tahun kedua dia dapat collect 2.4 juta daripada tiga peratus saja,” ujar beliau pada sidang media, semalam yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook. 
Katanya, PLUS juga meletakkan jualan sasaran yang mesti dicapai oleh setiap peniaga. 
Terang beliau, dengan cara sebegini PLUS sudahpun mendapat keuntungan awal dengan meletakkan jualan sasaran tersebut
“Bayaran untuk sewa lain, elektrik lain, air lain. Ini tiga peratus yang terpaksa dibayar oleh peniaga,” ujar beliau.
Ustaz Idris bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen Bukit Gantang yang dimenanginya pada PRU13 lalu.
Turut bersama dalam sidang media tersebut adalah calon bagi kerusi Dun Kuala Sepetang, Haji Rahim Ismail, calon bagi kerusi Dun Changkat Jering, Ustaz Mohd Nordin Jaafar dan calon bagi kerusi Dun Trong, Ustaz Muhd Faisal Abd Rahman. – HARAKAHDAILY 5/5/2018
Sumber HD - 5-5-2018 















Calon PAS aktif temui masyarakat

NIBONG TEBAL: Calon PAS N.20 Sungai Bakap, Ustaz Osman Jaafar bersama isteri berkesempatan singgah di Sukaneka PASTI Ibnu Sina Cawangan Sungai Duri.
Kehadiran beliau itu meluangkan masa menyantuni anak-anak PASTI dan menemui para waris pada acara yang berlangsung di Padang Awam Taman Sungai Duri Indah, di sini semalam.
Turut sama pada majlis penuh meriah itu adalah calon PAS P.047 Nibong Tebal, Helmi Harun yang berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukaneka tersebut.
Ustaz Osman dalam kempennya pada hari sama turut menemui masyarakat India di Puteri Gunung yang memberi reaksi positif dan harapan kepada PAS untuk menerajui perubahan dari PRU14 ini.
Kempen dari rumah ke rumah yang dilaksanakan bersama pasukan kempennya itu turut merekodkan pelbagai luahan masyarakat India terhadap isu dan permasalahan hidup mereka. -HARAKAHDAILY 30/4/2018














Sumber HD - 30-4-2018


SUK Perak: Sumbangan ke PASTI tak bermotif politk
Posted on Saturday, April 21 @ 21:34:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39270&mode=thread&order=0&thold=0



Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan hari ini menafikan dakwaan bahawa sumbangan yang disalurkan kepada sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Parit Buntar sebelum ini, bermotifkan politik.

Katanya bantuan itu disalurkan sejajar dengan tanggungjawab sebuah kerajaan negeri untuk membantu rakyat tanpa mengira warna kulit, agama mahupun fahaman politik yang dianuti.
"Bidang kuasa untuk membantu atau menyalurkan peruntukan lebih-lebih lagi untuk pembinaan atau pembangunan sesebuah institusi pendidikan memang ada pada kita.

"Sekolah itu minta bantuan daripada kita sekitar bulan Januari tahun ini dan kita bagi sebulan selepas itu. Jadi, tidak munasabah nak kata ia bermotif politik kerana tarikh pilihan raya pun jauh daripada tarikh kita bagi (bantuan),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Kompleks Menembak Amanjaya di Ipoh.

Pada 18 April lalu, penyandang kerusi Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) mendakwa tindakan Abdul Puhat menyalurkan bantuan kepada Pasti terbabit bermotifkan politik kerana nama Setiausaha Kerajaan Negeri itu disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Puhat berkata perkara berkenaan juga tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana bantuan sama turut diberikan kepada sekolah-sekolah lain sebelum ini.
"Sekolah lain pun kita pernah bantu sebelum ini dan bagi saya perkara ini biasa sahaja dan tak beri kesan terutama pada penduduk di sana," katanya.

Katanya beliau berlapang dada dan menerima kritikan yang dilemparkan itu sebagai satu motivasi untuk membina jati diri.

-Bernama

Sumber TKO - 21-4-2018

PAS ingin kekal perintah Kelantan, tawan 4 negeri

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS ingin kekal memerintah di Kelantan dan menawan negeri-negeri yang pernah dikuasai iaitu Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor dalam Pilihan raya Umum ke-14, kali ini. 
Presiden PAS itu menyatakan demikian pada program Gelombang Hijau Perak PRU14 di SRITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak malam tadi yang disiarkan secara langsung di FB Live. (Foto di atas daripada laman Facebook Tuan Guru 
"Perlu adanya kerusi-kerusi di tiap-tiap negeri. Sehingga hari ini semua negeri ada kerusi PAS kecuali Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak," ujar beliau. 
Menjawab soalan wartawan, beliau menjelaskan bahawa PAS akan bertanding di Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 17/4/2018


















Sumber HD - 17-4-2018










‘Peluk-peluk, lepas tu tumbuk balik’

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara bersahaja mengambil contoh pertarungan ahli gusti yang menumbuk semula selepas ‘berpeluk-peluk’ yang mengungkap sinis fitnah dan tohmahan pihak tertentu mengenai kononnya PAS ada hubungan dengan Umno. 
Beliau berkata demikian pada program Gelombang Hijau Perak PRU-14 di pekarangan SRITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak malam tadi. (Foto di atas daripada FB Tuan Guru) 
Menurut beliau, prinsip PAS adalah bertolong-tolongan dalam perkara baik dan membangkang dalam perkara yang salah mengikut konsep taawun siyasi. 
"GST kita bangkang, undang-undang bercanggah dengan Islam kita bangkang, isu Palestin kita bersama, isu Rohingya kita bersama, isu kemanusiaan kita bersama," kata beliau yang disiarkan secara langsung di FB Live.
Tuan Guru juga menjelaskan isu berpeluk-peluk dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
"Ada orang kita kata tak boleh. Pasal apa berpeluk-peluk pulak. Pakai baju sama. Kita tengok orang main gusti, peluk-peluk lepas tu tumbuk balik. Biasa la tu, takkan tak boleh berpeluk-peluk," ujar beliau sinis. – HARAKAHDAILY 17/4/2018
Sumber HD - 17-4-2018 


Raja Bomoh dijangka bertanding PRU-14
Posted on Tuesday, April 17 @ 06:51:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39197



IPOH: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai `Raja Bomoh', dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Difahamkan, Ibrahim berkemungkinan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Berdasarkan edaran media yang dilakukan pembantunya, sidang media pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat di sebuah hotel di bandar raya ini pada jam 2 petang esok.

Ibrahim juga dijangka akan menghadiri sidang media itu bagi mengumumkan sendiri penyertaannya pada PRU-14 kali ini.

Menurut edaran itu juga, kesemua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media untuk memasuki sidang media itu bagi memastikan hanya media sahaja yang berada dalam majlis berkenaan.

Sumber TKO - 17-4-2018













PRU14: Kempen berfakta, bukan auta

KEMPEN PRU14 yang menjadikan media baru atau alam maya sebagai medan tempur bukan lesen bebas para 'Keyboard Warrior' menyebar berita palsu dan menabur fitnah. Matlamat kemenangan tetap tidak menghalalkan semua kaedah dan cara dilakukan sewenangnya. 
Amalan 'real politic' Machievelli perlu dihindari ke arah usaha memastikan perjalanan PRU jauh dari perkara tidak diingini. Bahkan kini warganegara juga diikat oleh undang-undang yakni Akta Antiberita Tidak Benar yang baru diluluskan Parlimen tempoh hari. 
Ia bukan sahaja panduan untuk bijak menerima maklumat, tetapi setiap isu dan informasi perlu dikaji selidik kebenarannya untuk dipercayai dan disebarkan. Ianya petunjuk kepada jati diri, maruah, estetika, tamadun serta kematangan dan kesejahteraan berpolitik. 
Sehubungan itu, kempen masing-masing parti politik haruslah membudayakan usaha mengangkat komitmen, tawaran dan pemahaman kepada awam secara menerang dan bukannya menyerang. Parti politik harus mendidik rakyat dengan politik kebenaran, bukan kepalsuan. 
"Sejahtera Bersama Islam" 

"Mara Menuju Cita" 

"Sedia Memerintah" 
ABD QAHAR SYAMS
Pemangku Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 

PAS Perak Lancar Manifesto 'Perak Sejahtera Rakyat Bahagia'
Posted on Sunday, April 01 @ 06:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38890



IPOH - PAS Perak menerusi Gagasan Sejahtera negeri melancarkan manifesto pakatan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malam ini dengan menggariskan lima teras merangkumi 39 janji sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Perak.

Bertemakan ‘Perak Sejahtera Rakyat Bahagia’, manifesto itu dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak,  Razman Zakaria selain turut dihadiri Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Pengerusi Parti Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) Perak,  Azhari Abdullah.

Lima teras tersebut merangkumi isu kewibawaan, amanah, integriti, ketelusan,
 keadilan serta menjalankan dasar negeri berkebajikan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Sebelum ini, PAS Perak bersama Gagasan Sejahtera mengumumkan akan bertanding kesemua 59 kerusiDewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRU13, PAS Perak melalui gabungan Pakatan Rakyat telah memenangi empat kerusi DUN iaitu Kuala Selinsing,  Titi Serong, Gunung Semanggol dan Sungai Rapat dan kerusi Parlimen Bukit Gantang.


-- BERNAMA

Sumber TKO - 1-4-2018














Warga PDRM dihargai PAS Larut

LARUT: Tanggungjawab diperanankan pasukan beruniform Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan ketenteraman awam dalam negara merupakan pengorbanan sangat tidak ternilai. 
Ianya adalah tugas penuh setia dan berintegriti dalam menjamin keharmonian masyarakat dan kejayaan pembangunan negara yang tidak terpikul oleh rakyat biasa. 
Atas menghargai sumbangan itu, maka PAS Kawasan Larut telah mengadakan kunjungan meraikan warga PDRM sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama dan Balai Polis Batu Kurau, di sini semalam.
Kunjungan masing-masing diketuai Yang DiPertua PAS Larut, Ustaz Akmal Kamarudin dan Pengarah Pilihan Raya Dun Batu Kurau, Ustaz Syahir Hasan ke dua premis itu turut menyampaikan kek khas keraian. 
Menurut Ustaz Akmal, beliau berdoa anggota keselamatan negara itu terus teguh dan diberi kekuatan oleh Allah untuk melaksanakan tugas mereka dengan dedikasi dan cemerlang. 
Beliau juga turut merakamkan penghargaan tahniah secara khusus kepada Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, ASP Abd Ghani Zainon atas kejayaannya menerima anugerah dari Perdana Menteri sempena sambutan tersebut.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak ASP Abd Ghani atas kejayaan merangkul anugerah pengurusan perumahan terbaik PDRM seluruh Malaysia. -HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018 






























Polis penjaga keselamatan sosial yang istiqamah

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُون
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(al-An'am: 82) 
Islam sangat mengutamakan keselamatan sosial. Asas keselamatan sosial itu adalah keimanan kepada Allah. Insan yang bertaqwa pastinya tidak melakukan jenayah atas rasa ihsan bahawa setiap perilaku menatijahkan dosa dan pahala. 
Atas dasar keselamatan sosial itu, PAS turut menekankan dalam 20 tawaran utama Manifesto Malaysia Sejahtera melalui tawaran ke 19: 
"Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah." 
Polis memainkan tanggungjawab utama dalam memastikan keselamatan sosial dapat dijamin. Atas usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan yang lain, berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 buah negara di dunia. 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan ucapan tahniah dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh anggota Polis di atas sumbangan dan usaha menjaga keamanan dan keselamatan di Malaysia. 
DPPN Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke 211. Tagline "Polis, Masyarakat Berpisah Tiada" bagi meraikan sambutan tahun ini sangat bertepatan dan bersesuaian. DPPN Perak percaya dengan komitmen dan kesungguhan yang dizahirkan melalui tagline ini, kadar jenayah dapat dikurangkan sekali gus membawa kesejahteraan kepada Malaysia khususnya di bumi Perak tercinta. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"Sedia Memerintah" 
AKMAL HJ KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak
7 Rejab 1439H / 25 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 25/3/2018






























Sumber HD - 25-3-2018
















Gunung Semanggol Rep Mohd Zawawi In Stable Condition



IPOH – Gunung Semanggol assemblyman Mohd Zawawi Abu Hassan(pic) is in stable condition and is still being monitored by doctors at the Raja Permaisuri Bainun Hospital here.

When contacted, Sungai Rapat assemblyman Radzi Zainon said the 41-year-old state PAS secretary has been given sedatives, allowing him to sleep and rest while the doctors continue to monitor his condition.

“At this moment, Mohd Zawawi should not be disturbed and be allowed to rest.

“We don’t encourage people to visit him at this moment until the family gives permission,” he added.
Mohd Zawawi fell unconscious at his home in Kampung Tebuk Panchur, Bagan Serai on Tuesday at about 11.30am.

His wife, Maizul Rosmawati Meor Ibrahim, 40, who found him on the floor in the bathroom, rushed him to the Taiping Hospital.

He was later transferred to the hospital in Ipoh.

Mohd Zawawi was said to have been suffering from hypertension and high blood pressure.

It is learnt that Mohd Zawawi had been actively attending programmes and meetings till late at night over the past few days.

The father of three was also sending his children to school and had complained of dizziness, headache and lethargy
-thestar

Sumber BO - 15-2-2018


















Gunung Semanggol Rep Unconscious After Fall In Bathroom

IPOH: Gunung Semanggol assemblyman Mohd Zawawi Abu Hassan (pic) fell unconscious at his house in Kampung Tebuk Panchor, believed to be caused by high blood pressure.

Selinsing assemblyman Husin Din said Mohd Zawawi, 41, fell in the bathroom at about 10.30am Tuesday (Feb 13).

“He was rushed to the Taiping Hospital soon after his family member found him lying on the floor.

“I understand that he has been rushed to the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh at about 3pm,” he said, adding that Mohd Zawawi is also the Perak PAS secretary.

“I was told he is still unconscious and the doctors are examining him,” he added

Sumber BO - 13-2-2018

PAS Bukit Gantang santuni masyarakat Cina

BUKIT GANTANG: Berikutan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, PAS Kawasan Bukit Gantang meneruskan tradisi mengedarkan buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat Cina di sini. 
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya meneruskan usaha itu bagi memeriahkan sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. 
“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana.
“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima edaran limau dan kad ucapan tahun baru," katanya. 
Beliau ditemui semasa program mengedar buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat Cina di sekitar parlimen Bukit Gantang mulai kelmarin. 
Sementara itu, Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, program edaran buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Kawasan dan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang 
"Ia diadakan setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 
"Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai –kedai di Pekan Kuala Sepetang , Taman Kota Jaya , Pasar Simpang, Taman Kaya , Taman Sungai Mas , Sungai Kerang , Sungai Tinggi dan Trong. 
“Kami mengambil masa selama beberapa hari, pagi dan petang untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini,” katanya. 
Turut sama menjayakan program ini pimpinan PAS Bukit Gantang, Pemuda, Muslimat dan Unit Amal.-HARAKAHDAILY 9/2/2018
Sumber HD - 9-2-2018 




















Islam memerintah bukan misi mustahil































(Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Perasmian Himpunan Perak Istiqamah (HIMAAH 12K), 
3 Februari 2018 di Padang Bandar Meru Raya, Ipoh disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Islam ad-Din
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
(Kata Allah, firman Allah) Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih. Atau Dia menukar kaum yang lain daripada kamu, yang memerintah kamu, menjadi seksa di dunia sebelum seksa di hari akhirat.
(at-Taubah: 39)

Ayat yang saya baca tadi adalah peringatan daripada Allah S.W.T supaya umat Islam 
khususnya melibatkan diri dengan usaha untuk menjadikan Islam itu memerintah 
negara, menegakkan adil untuk semua, dan rahmat kepada seluruh alam.

Seterusnya orang-orang yang bukan Islam, jangan takut kepada pemerintahan Islam. Kalau 
boleh mereka menerima idealogi-idealogi asing daripada Barat, Komunisme yang kejam, 
Sosialisme, Liberal Kapitalisme yang bukan dari asal usul mereka, mengapa mereka tidak 
boleh menerima Islam menjadi dasar pemerintahan negara?

Islam adalah ad-Din, dengan makna yang luas, di dalamnya ada ajaran politik memerintah 
negara termasuk masyarakat majmuk, berbagai kaum dan agama. Islam pernah memerintah 
dunia 1300 tahun lebih. Umat Islam mengalami kelemahan apabila mereka meninggalkan 
Islam. Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam, umat Islam dijajah, termasuk di Tanah Melayu. 
Perak menempa sejarah Perjanjian Pangkor, campur tangan penjajah. Dan Perak menempa 
sejarah penentangan umat Islam terhadap penjajah.

Sumber HD - 5-2-2018

















Islam membuka, tidak memaksa
































 (Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Perasmian Wisma Purnama Station 18, 3 Januari 2018 di 
Wisma Purnama Station 18, Gopeng disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Islam yang berdaulat
وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
(Firman Allah, kata Allah) Dan bagi Allah itu bala tentera di langit dan di bumi, dan adalah Allah itu Maha Perkasa (tidak ada siapa yang dapat menentang, mengalahi-Nya). Dan Allah itu lagi Maha Bijaksana
(al-Fath: 7)

Negeri yang dimeteraikan Perjanjian Pangkor yang terkenal selepas kejatuhan Pulau Pinang, Singapura.

Lahirnya para pejuang yang menentang penjajah sejak zaman awalnya. Melibatkan Raja, ulama, pembesar dan penduduk. Mereka tidak menyerah kalah kerana berkat jati diri Islam yang 
ditanam oleh para pendakwah yang berjaya membawa hidayah petunjuk Allah S.W.T ke tanah 
air kita.

Islam yang datang ke sini adalah Islam yang berdaulat, Islam yang memerintah bukan Islam 
yang diperintah. Bukan Islam yang berkurung di masjid dan surau. Islam yang bergerak 
di medan rakyat. Rahmat Islam yang sempurna ini telah berjaya mengIslamkan penduduk 
Nusantara termasuk Negeri Perak di Tanah Melayu ini yang rata-rata menganut agama Hindu 
dan agama Buddha.

Mereka tidak dipaksa untuk masuk Islam kerana tidak ada paksaan dalam agama. 
Melalui pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh rakyat, Islam yang tidak 
boleh memperhambakan sesama manusia. Pemerintah, pemimpin negara hanyalah pemegang 
amanah yang wajib menyampaikan syariat Allah yang adil sehingga ditegakkan syariat itu 
di atas muka bumi.

Sumber HD - 5-2-2018






















Islam membuka, tidak memaksa

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:
Islam yang datang ke sini adalah Islam yang berdaulat, Islam yang memerintah bukan Islam yang diperintah. Bukan Islam yang berkurung di masjid dan surau. Islam yang bergerak di medan rakyat. Rahmat Islam yang sempurna ini telah berjaya mengIslamkan penduduk Nusantara termasuk Negeri Perak di Tanah Melayu ini yang rata-rata menganut agama Hindu dan agama Buddha.
Mereka tidak dipaksa untuk masuk Islam kerana tidak ada paksaan dalam agama. Melalui pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh rakyat, Islam yang tidak boleh memperhambakan sesama manusia. Pemerintah, pemimpin negara hanyalah pemegang amanah yang wajib menyampaikan syariat Allah yang adil sehingga ditegakkan syariat itu di atas muka bumi.
Dengan Islam yang adil inilah tidak sampai satu abad, Islam telah berjaya menguasai sebahagian Benua Asia, Utara Afrika, dan Selatan Eropah. Jatuhnya kuasa besar dunia Parsi dan Rom, pengaruh Islam masuk ke India, China, Mesir dan lain-lain. Rakyat yang diperhambakan di zaman pemerintah berlagak menjadi tuhan, walaupun di sana ada agama-agama sama ada Samawi, Yahudi dan Kristian, atau tidak Samawi, Hindu Buddha dan lain-lain. Agama ini berkurung di kuil-kuil, pemimpin-pemimpin agama menyalahgunakan kefahaman agama untuk memperhambakan manusia.
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Perasmian Wisma Purnama Station 18, 3 Februari di  Wisma Purnama Station 18, Gopeng yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 5/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 

Seruan menangkan PAS di Perak

SEMALAM Bandar Meru Raya Ipoh menjadi saksi lautan manusia memenuhi Himpunan Perak Istiqamah. Jumlah kehadiran melebihi sasaran yang ditetapkan. Himpunan ini membuktikan komitmen padu tanpa berbelah bahagi dari pendokong dan penyokong PAS di Negeri Perak .
Saya ingin mengambil ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengarah kepada himpunan ini.
Kepada Dewan Pemuda, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, PAS kawasan-kawasan dan seluruh platform yang berada di bawah PAS, terima kasih atas komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan program ini. Buat seluruh jawatankuasa dan petugas HIMMAH12K, kalian adalah yang terbaik kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan himpunan berskala besar ini.
Untuk makluman, permohonan keahlian baru PAS yang didaftarkan semasa himpunan semalam juga di luar jangkaan. Alhamdulillah, jumlah kutipan sumbangan dari seluruh hadirin sebanyak RM RM32,680.96
InshaAllah ikrar menuju kemenangan PAS Perak yang dilafazkan malam tadi di hadapan Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS) membuktikan komitmen, kejituan dan kesungguhan kita memenangkan PAS Perak di semua kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi dalam PRU 14 ini.
HAFEZ SABRI
Pengarah HIMMAH12K - HARAKAHDAILY 4/2/2018














































Sumber HD - 4-2-2018
























HIMMAH 12K bukti PAS sedia memerintah Perak

LAUNGAN takbir lebih 12,000 anak jati Perak menggegarkan Bandaraya Ipoh semalam sekali gus menjadi bukti kesediaan PAS Perak menawan dan memerintah Negeri Perak pasca PRU 14.
Ribuan yang membanjiri Padang Meru Raya sejak petang sehingga acara kemuncak bersama ayahanda Tuan Guru YB Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.  Ikrar yang dilafazkan di depan Tuan Guru Presiden menzahirkan komitmen dan istiqamah amilin berusaha mencipta kemenangan PAS di bumi Perak dengan bantuan dari Allah.
HIMMAH 12K satu signal jelas bahawa para petugas PAS Perak sudah bersedia berdepan dengan PRU14. Penyerahan panji daripada Tuan Guru Presiden menyemarakkan semangat bertugas. Tambahan taujihat pimpinan membugar minda dan tenaga para pemuda.
Lebih manis lagi apabila melihat kaunter pendaftaran ahli baru PAS tidak berhenti beroperasi bermula jam 5 petang hingga jam 11.30 malam masih ada lagi yang ingin mendaftar keahlian. Malahan kaunter daftar pemilih juga tidak putus kunjungan. 
Pemuda PAS Perak optimis ‎InshaAllah Perak akan kita kembali memerintah dengan semangat mewujudkan Perak Sejahtera sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur. 
Saya mengucapkan penghargaan dan tahniah buat sahabat saya Ustaz Hafez Sabri selaku Pengarah HIMMAH 12K bersama seluruh penggerak yang berusaha menjayakan program ini. Semoga usaha murni diterima Allah sebagai amal soleh.
MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 4/2/2018
















































Sumber HD - 4-2-2018

























Himpunan HIMMAH PAS Perak di Padang Meru Raya Tambun
Posted on Sunday, February 04 @ 16:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38093



Himpunan HIMMAH PAS Perak di Padang Meru Raya Tambun. Pidato TG Hj Hadi Awang, Ust Fadli Naib Ketua DPP Malaysia, Tn Hj Razman, Ust Akmal Kamarudin, Yb Ust Zawawi, Mr Sam DHPP.











Kredit
Mohd Zubir Mohd Zubir 
Sumber TKO - 4-2-2018


























PAS Getting Stronger Every Day



























Perak 3-2-2018 PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang says the party is getting better and stronger day after day. Pix Marcus Pheong Slug: JB 20180203 PAS Hadi
PKR should refrain from commenting on PAS’ affairs as they do not what’s happening within the party, Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today.

The PAS president said that his party is getting “better and stronger day after day” despite assertions made by PKR.
Speaking to reporters after the launching of Wisma Purnama Pas in Pengkalan here, he said: “Outsiders do not know what’s happening in the party and they’re not eligible to judge the party.

Abdul Hadi was responding to PKR’s Vice President Shaharuddin Badaruddin, who predicted that PAS would face difficulties to form the government if they win the upcoming 14th general election as they currently do not have powerful allies.

Shaharuddin said that history showed that PAS’s previous successes was due to its strong alliances.
Earlier, around 200 PAS members witnessed the launching of Wisma Purnama PAS by Hadi Awang, which was constructed late last year with a cost of RM600,000.

Also present for the launching ceremony was Perak PAS commissioner Razman Zakaria and Sungai Rapat assemblyman Radzi Zainon. – themalaymailonline.

Sumber BO - 4-2-2018

HIMMAH 12K medan semarak kemenangan

لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
”Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ´uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,"
(QS. An Nisa' : 95)
Himpunan Perak Istiqamah (HIMMAH 12K) merupakan medan kesatuan kita. Kita perlu bersedia 24jam 7hari seminggu membantu kemenangan Islam. Kejayaan PAS memenangi PRU 14 dapat membina Malaysia Sejahtera khususnya di Perak. 
Justeru itu, saya menyeru kepada semua  untuk hadir dalam HIMMAH 12K. InshaAllah bersama kita menghayati pidato Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang padat dengan perbahasan ilmiah penuh fakta yang benar juga merasakan ukhuwah dan tarbiyyah melalui berkonvoi, solat berjemaah serta munajat.
Belbagai program menarik yang lain menanti anda dalam himpunan harini.
HIMMAH 12K medan semarak kemenangan di Perak. Semoga usaha dan kerja buat kita dalam membantu kemenangan Islam diredhai Allah. 
"PAS Memimpin Perubahan"
HAFEZ SABRI
Pengarah HIMMAH 12K - HARAKAHDAILY 3/1/2018






















































Sumber HD- 3-2-2018


Mufti Perak Saran Penubuhan Mahkamah Syariah Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri
Posted on Thursday, February 01 @ 15:49:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38030



IPOH -- Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat 

pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.


"Pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.


-- BERNAMA

Sumber TKO -1-2-2018





























Isu wang masjid: Pengurusan masjid perlu peka

BERDASARKAN kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ( Jaipk ) Dato’ Mohd Yusop Husin berkaitan kajian UPSI yang mendapati berlaku pembekuan wang masjid sekitar RM 8 juta adalah satu bukti berlakunya krisis dalam pengurusan masjid (jawatakuasa kariah) di negeri Perak.
PAS Perak telah menyuarakan perkara ini beberapa kali ketika Sidang Dun Perak berlangsung serta mencadangkan beberapa saranan seperti:
Pengurusan masjid (Ahli Jawatankuasa Kariah) mesti berperanan bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat agar insentif yang diberikan menjadi satu pulangan baik untuk pihak kerajaan.
Sistem/manual pengurusan masjid (SOP Jawantakuasa Kariah) perlu diselaraskan merangkumi aspek pengurusan pentadbiran, kewangan, kebajikan ahli kariah dan prorgam dakwah berkala.
Pengurusan masjid (Jawatankuasa Kariah) dan pegawai masjid mesti mengambil perhatian berkaitan hal ehwal ahli kariah seperti ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik dengan menyampaikan bantuan atau menyediakan khidmat kebajikan berdasarkan keperluan.
Setiap perjalanan aktiviti masjid perlu mensasarkan kepada semua golongan agar peranan masjid tidak hanya tertumpu dengan satu aktiviti sehingga tidak dimanfaatkan peruntukan serta sumbangan orang ramai.
Majlis-majlis ilmu yang diadakan secara mingguan dan bulanan perlu diperkasakan dengan silibus tetap menerapkan pelbagai cabang ilmu demi memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat.
Usaha Jaipk untuk mewujudkan satu garis panduan pengurusan wang masjid yang merupakan lanjutan Sistem Pengurusan E-Akaun Masjid ( SPeak ) diharapkan menjadi solusi agar krisis ini dapat diatasi dengan baik.
USTAZ MOHAMMAD ZAWAWI ABU HASSAN
Adun Gunong Semanggol
HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 


Isu Mohd Riduan Abdullah Yang Mahu Menyelamatkan Aqidah Anak
Posted on Wednesday, January 31 @ 08:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38008



Susulan dari peristiwa keputusan mahkamah yang menggemparkan negara di mana seorang ayah yang Islam tidak mendapat hak yang sewajarnya demi menyelamatkan aqidah anaknya mengikut perlembagaan negara.

Dewan Muslimat PAS Perak menyokong penuh di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani bin Zakaria berkaitan isu tersebut.

Inilah realiti sebenar yang terpaksa diakui bahawa betapa rendahnya martabat mahkamah syariah di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Atas dasar itulah PAS sememangnya mengambil peranan dengan begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan supaya mahkamah syariah diberi tempat yang selayaknya agar isu begini tidak menjadi polemik.

Dr Najihatussalehah Bt Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Perak
30/1/2018


Sumber TKO - 31-1-2018































Anak Muda Tekad Kuburkan UMNO di Larut
Posted on Sunday, January 28 @ 22:40:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37961



BUMI LARUT MENGHIJAU...
ANAK MUDA TEKAD KUBURKAN UMNO DN PH
27/1/18
Sumber TKO - 28-1-2018
































Kesal tahun baharu disambut dengan aktiviti maksiat

KERAJAAN negeri perlu mempunyai mekanisma bersepadu yang dapat mengawal dan bertindak terhadap kecurangan pihak tertentu atas penganjuran program sosial melampau dan menyalahi hukum Islam. Penganjuran 2018 Magic Countdown oleh Lost World of Tambun antaranya dengan tarian ‘glow in the dark’ dan parti dalam kolam (pool party) secara terbuka termasuk disertai orang Islam, tidak sewajarnya berlaku dan amat menyinggungkan.
Walhal aktiviti seumpama pernah juga dianjurkan sempena sambutan tahun baharu terdahulu di mana ia dibantah umat Islam dan NGO-NGO Islam hingga dibatalkan. Kesalnya, penganjur masih mengulanginya tanpa ada tegahan daripada pihak berkuasa. Malah, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria juga menegaskan bahawa sambutan sedemikian adalah haram dan bukan cara Islam menyambut tahun baharu sedemikian itu.
Keseronokan sangat bebas seperti itu hanya membuka jalan mungkar kepada maksiat lebih besar yang tentunya cenderung juga kepada pengambilan arak, dadah dan penzinaan. Bahkan ia boleh mengundang kepada pelbagai kegiatan negatif lain termasuk jenayah. Kerana itu, langkah mengekang atau mencegah adalah sebaiknya, sebagaimana kaedah ‘saddu zaraie’ yang diajar dalam Islam sama ada membatal atau dihadkan kepada bukan Islam sahaja.
Kerajaan harus menjadikan penganjuran sedemikian sebagai pengajaran terhadap wujudnya kelemahan penguatkuasaan berkaitan yang perlu diperbaiki segera. Selain itu tidakan tegas terhadap penganjur dengan nasihat dan amaran mesti segera diberikan agar ianya tidak berulang. Kepekaan awam dari kalangan NGO, aktivis masyarakat, ibu bapa, guru dan lain-lain penting ke arah membimbing anak muda khususnya dari terjebak kepada perkara tersebut.
Kami menasihati anak muda agar menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut syarak. Dekatkan diri dengan pelbagai kegiatan positif dan berfaedah lagi bermanfaat, serta tidak terikut-ikut darah muda untuk bersosial hingga merosakkan diri dan maruah. Apatah lagi terjebak ke lembah kotor dosa dan noda yang hanya dipenuhi nafsu. Marilah jadikan diri kita berguna untuk agama, keluarga, ummah dan negara, kerana masih ada yang sayang pada kita.
USTAZ HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD- 13-1-2018 

Harap semangat pahlawan angkat PAS di Pasir Salak

PASIR SALAK: PAS mencipta sejarah buat pertama kali sejak dari kemerdekaan tahun 1957, apabila berjaya mengadakan ceramah sempena penubuhan Jawatankuasa Penaja PAS Kampung Setia, Kampung Gajah, di sini semalam.
Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari berkata, ramai penduduk di Pasir Salak itu berketurunan darah pahlawan Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela. 
"Tempat ceramah malam ini tak jauh dari tebing Sungai Perak tempat  di mana J.W.W Birch dibunuh oleh Datuk Maharajalela," ujarnya membangkitkan semangat perjuangan hadirin.
Program ceramah sempena penubuhan tersebut telah turut diisi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim yang dalam ucapannya menyatakan kebanggaan terhadap keberanian orang Pasir Salak menembusi antara kubu Umno paling kebal sehingga boleh ditubuhkan Cawangan PAS. 
"Saya beruntung boleh menumpang sebahagian dari keberanian ini. Kalau tak berani masakan J.W.W Birch boleh menemui ajal di sini di tangan pahlawan Pasir Salak. Insya-Allah sifat garang ini akan dimanfaatkan untuk mempertahankan Islam," ujarnya menyuntik semangat. - HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-2018 



Masjid ini pernah menjadi masjid negeri?
Posted on Wednesday, December 27 @ 16:08:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37454



‘Agak2 kau lah kan, siapa la si batak yang rabit telinganya sehingga menjadi nama tempat bagi kampong ini?’. Tanya Fattah memulakan bicara ketika melewati kampong yang penuh sejarah ini. ‘Ada orang batak ke kat kampong ini?’. Balas aku kehairanan sedangkan kampong ini dipenuhi dengan orang2 melayu. ‘Menurut alkisahnya, ketika itu terdapat satu keluarga dari keturunan batak yang kebiasaannya memakai subang ditelinga kelihatan lubang ditelinga itu agak besar, seolah seperti terkoyak (rabit), mungkin disitulah nama tempat ini terhasil’.

Kampong batak rabit ini terletak didaerah teluk intan perak. Nama kampong yang unik ini sentiasa menjadi perbualan penduduk sekitar. Sebagaimana kita sedia maklum, kaum batak bukan penduduk asal dikawasan ini. Mungkin disebabkan kaum batak bukan orang tempatan, ianya menjadi perhatian orang-orang disini suatu ketika dahulu.



Dikampong ini terdapat sebuah masjid jamek yang agak menonjol yang terletak ditepi jalan diantara Hutan Melintang menuju keTeluk intan. Sekali pandang, masjid ini adalah sepeti biasa sahaja, bila dikorek cerita akan sejarah batak rabit ini, rupanya kawasan ini pernah menjadi ibu negeri buat negeri perak ketika zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877)..

Ini bermakna masjid jamek ini pernah menjadi masjid negeri suatu ketika dahulu. Terdapat ditepi masjid itu tanah perkuburan yang dikatakan menjadi tempat disemadikan beberapa sultan dari kesultanan perak dahulu kala.

Dibelakang masjid ini terdapat jeti pemancing bagi yang gemar memancing udang galah di atas sungai perak yang hulunya terletak di Grik sana dan berakhir di Bagan Datoh.

‘Kita sekarang ni sedang berehat disalah sebuah masjid agung diPerak ni bro!’. Beritahu Fattah pada aku.

‘Bayangkan zaman itukan, para jemaah yang datang bersolat jumaat disini mesti dari seberang sungai sana, dan juga kawasan sekeliling disini’. Jawab aku mengimbau kezaman lampau.

‘Agak2 kau berapa ratus orang yang datang  bersolat disini memandangkan masjid ini bukan besar sangat saiz nya’. Tanya Fattah menduga aku.

Buat pengembara yang budiman, jika ada tersesat ke teluk intan, maka masjid ini patut anda lawati. Dibawah ini video berkenaan dengan masjid bersejarah ini untuk anda tinjau2 bila ke Teluk Intan suatu hari nanti.

Video - https://youtu.be/5xgLQEj2Vm0

Kesan hakisan dari sungai perak juga agak ketara sehingga memakan sedikit demi sedikit tebing berhampiran masjid ini. Ditakuti suatu hari nanti masjid ini akan terus hilang dari peta sejarah disebabkan hakisan tanah yang dibawa oleh arus deras sungai perak.

 Semoga bermanfaat.

Wallahuaklam
md daud yusri fie


Sumber TKO - 27-12-2017

Bayi Lelaki Ditemukan Di Kamunting
Posted on Monday, December 25 @ 21:25:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37447



TAIPING – Seorang bayi lelaki baru lahir dijumpai di dalam kotak di sebuah rumah di Jalan Selasih, Kampung Kurnia Jaya, Kamuting di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata bayi seberat kira-kira 2.5 kilogram itu ditemukan di tepi pasu bunga di hadapan rumah seorang wanita pada 2.15 pagi.

Beliau berkata anak wanita itu, yang baru pulang ke rumahnya, terdengar tangisan bayi berkenaan sebelum menjumpainya dalam keadaan dibalut dengan kain langsir berwarna hijau dan diletakkan di lantai.

“Saksi itu mendapati uri bayi itu turut dibalut bersama kain itu lalu dia menghubungi talian kecemasan 999 sebelum ambulans membawa bayi itu ke Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kewarganegaraan bayi itu belum dapat dikenal pasti dan dia dilahirkan cukup bulan.
Razlam berkata pihaknya turut menemui sekeping nota yang ditinggalkan bersama bayi lelaki itu.
Menurut nota itu: “Tolong jaga anak ini baik-baik, maaf sebab saya terpaksa buang dia. Harap mak cik dan pak cik tolong jaga sebagai keluarga kandung. Saya tidak dapat menjaga dia, saya datang dari jauh dengan harapan inginkan kebaikan kepada anak saya, biar dia hidup bahagia dan jangan kutuk serta hina dia anak haram. Tolong jaga dia.”

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 319 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Sumber TKO - 25-12-2017





































Kerbau tercampak masuk dalam Porsche Cayenne
Posted on Sunday, December 24 @ 08:49:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37410


Pelik tapi benar. Seekor kerbau tercampak masuk ke dalam sebuah kereta mewah melalui bumbung suria kenderaan itu dalam kemalangan di Km12, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan malam tadi.

Kerbau tersebut tercampak masuk selepas dilanggar kereta jenis Porsche Cayenne yang dinaiki tiga sekeluarga dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hassan berkata dalam kemalangan itu keluarga terbabit hanya mengalami cedera ringan manakala kereta mereka remuk di bahagian hadapan dan bumbung suria pecah.

Katanya semasa kejadian kenderaan yang dipandu Teoh Sook Hua, 30-an bersama suaminya Pang Fei Jiang, 30-an dan anak mereka Jannice Phang Jing Xuen, 9, sedang dalam perjalanan dari Bandar Teluk Intan menghala ke Langkap.

"Semasa tiba di tempat kejadian pemandu telah melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan sehingga menyebabkan haiwan berkenaan melambung ke bumbung dan mati di tempat kejadian.
"Semua mangsa yang cedera ringan dibawa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Anson Bay. Siasatan masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yahaya dalam pada itu meminta penternak haiwan peliharaan agar menjaga ternakan masing-masing dan tidak membiarkan haiwan mereka bebas bergerak sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Tiga beranak maut

Sementara itu di Kuantan, tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Batu Putih hari ini.


Mereka yang terkorban dalam kemalangan pada kira-kira 5.45 pagi itu ialah Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi,14, yang dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Ibu saudara mereka, Salma Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliyani Zawawi, 25, turut cedera dalam kemalangan itu dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali semasa ditemui di Jabatan Forensik HTAA berkata mangsa ke Melaka untuk melawat saudara-mara selepas menghantar ibu bapa dan seorang lagi adik perempuan mereka menunaikan umrah pada hari Khamis lalu.

"Saya tahu mengenai kejadian ini kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas beberapa jam kenderaan itu berada di dalam parit.

"Dia beritahu tiga beradik itu sudah meninggal dunia. Luluh hati saya mendengar berita itu... saya tidak tahu bagaimana hendak beritahu kepada ibu bapa mereka yang berada di Makkah," katanya.
- Bernama

Sumber TKO - 24-12-2017






































PAS simpati peserta Felcra tidak dapat lot tanah

PAS Perak melahirkan rasa simpati ke atas peserta Felcra Changkat Lada yang tercicir daripada memperolehi lot tanah yang dijanjikan. 
“Perkara ini sudah berlarutan lebih lima tahun,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria kepada Harakahdaily.
Menurutnya, aduan mengenai perkara itu dimaklumkan oleh Ali Hassan di pejabat PAS Perak, Medan Istana, Ipoh, semalam. 
Katanya, Ali merupakan pengerusi bertindak peserta Felcra Changkat Lada, Pasir Salak. 
Ali mula menjadi peserta Felcra sejak tahun 1985 dengan janji akan diberikan tiga ekar sawah padi dan tiga ekar kebun sawit. 
Katanya, pada 2012, atas desakan peserta untuk mendapat hak milik pihak Felcra telah menyukat tanah dan memberi hak milik. 
“Setelah diberi hak milik didapati daripada 1,031 orang peserta didapati seramai 165 orang tidak memperolehi hak milik kerana bilangan peserta yang diambil melebihi daripada lit ladang sawit yang ada,” ujarnya.

Tambahnya, sementara untuk lot sawah padi daripada 1,031 terdapat 209 orang peserta yang tidak mempunyai lot. – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Sumber HD - 22-12-2017 

Darul Ta'lim lahir ramai ulama haraki

PUSAT Pendidikan Islam Darul Ta'lim Larut sehingga kini berjaya melahirkan ramai ulama yang berjiwa haraki bagi meneruskan perjuangan Islam di Perak. 
Malah Darul Ta'lim juga mengadakan pengajian kitab turath, sekolah menengah agama dan tahfiz, di samping menyediakan pondok warga emas. 
Semalam Darul Ta'lim menganjurkan sambutan Maulidur Rasul dan Pelancaran Dana yang turut dihadiri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Presiden PAS menyampaikan kuliah Maghrib Perdana yang dihadiri ribuan pelajar dan penduduk tempatan.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. Program itu turut dimeriahkan forum perdana yang mengandingk Ustaz Haslin Baharin dan Ustaz Naim Husin. 
Pengerusi Yayasan Darul Ta'lim, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata, pembangunan dan infrastruktur di pusat pengajian itu hasil sumbangan orang ramai. 
"Kami masih memerlukan sumbangan bagi pembinaan pondok warga emas yang disasarkan sebanyak 100 buah, di samping beberapa kemudahan lain kepada pelajar. 
"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan bantuan dan sumbangan termasuk pihak dari luar Perak," katanya. – HARAKAHDAILY 30/11/2017















































































Sumber HD - 30-11-2017








































12 pekan kecil: Umno Perak gagal tunai janji

HANYA 12 daripada 41 pekan kecil berjaya diwujudkan di seluruh Perak biarpun tempoh akhir yang dijanjikan kerajaan negeri akan berakhir tahun hadapan. 
Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Husin berkata, kewujudan pekan kecil tersebut amat bermakna buat rakyat tempatan kerana ia lebih membangun di samping wujud peluang pekerjaan. 
Katanya, berdasar tempoh berbaki setahun lagi, kerajaan negeri mungkin tidak mampu mewujudkan kesemua 41 pekan kecil di Perak seperti dijanjikan sebelum ini. 
"Sehingga sekarang hanya 12 buah sahaja berjaya diwujudkan dalam tempoh lima tahun bermula 2013.
"Secara realitinya untuk mewujudkan 29 lagi pekan kecil dalam tempoh setahun tentu agak mustahil. Lebih-lebih lagi tiada usaha serius dijalankan sehingga kini,” katanya di sini. 
Beliau juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan mewujudkan pekan-pekan tersebut terlebih dahulu berbanding ghairah melaksanakan projek mega seperti projek Maps dan Pulara 2017. – HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD- 30-11-2017 








































PAS cadang kajian Enakmen Syariah

IPOH: Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa Kerajaan  Negeri Perak supaya memperkasakan pelaksanaan syariat dengan berusaha untuk mengkaji dan meminda mana-mana enakmen atau peraturan yang bercanggah dengan syariah, khususnya berkaitan jenayah syariah seperti kesalahan minum arak berzina dan lainnya.
Beliau berpandangan, ia amat penting kerana Perak adalah sebuah negeri yang berpotensi untuk mendahului negeri lain di Pantai Barat selain Kelantan dan Terengganu dalam perlaksanaan Enakmen Syariah yang sempurna.
Gesaan itu disuarakan dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018 untuk perhatian pihak kerajaan terutama Jabatan Agama Islam Perak, 24 November lalu.
"Perak memiliki seorang mufti yang paling berwibawa dan tegas menangani sebarang isu berkaitan agama," saran beliau.
Sementara itu, Kerajaan Perak dalam jawapan sesi pergulungan di Sidang Dun Perak melalui Exco Agama, Dato' Mohd Nizar Zakaria berjanji untuk mengambil perhatian dan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.
Pihaknya juga akan mengambil masa untuk mengkaji dan meminda Seksyen 23 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak berkaitan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.
"Enakmen ini sudah tidak praktikal dan releven dengan situasi terkini kerana pindaannya akan disabit kesalahan kepada mana-mana umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja.
"Ketetapan enakmen yang sedia ada memperuntukkan hukuman apabila meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja sebanyak tiga kali berturut-turut," jelasnya.
Sumber HD - 25-11-2017 










































Bajet berteras prinsip Islam hadirkan manfaat

IPOH: Perangkaan bajet seharusnya digariskan dengan prinsip Islam sebagai asas penjanaan ekonomi bagi memastikan perbelanjaan pentadbiran negeri bermanfaat.
Adun Selinsing, Husin Din menghuraikan, antaranya pengagihan harta dari mana-mana sumber diperolehi dalam negeri hendaklah tidak berlegar dalam kalangan kaya dan tertentu sahaja.
Jelasnya, pengagihan kepada seluruh lapisan rakyat secara adil dan saksama mesti berlaku tanpa mengira perbezaan latar belakang mereka.
Selain itu tegasnya, cukai diambil pula mestilah dari lebihan harta golongan kaya untuk diagihkan kepada kalangan miskin.
"Sepatutnya kerajaan merancang penjanaan ekonomi rakyat dibuat untuk jangka masa panjang yang boleh menaik taraf ekonomi dan membantu berdikari.
"Ini boleh diaplikasi melalui projek dan industri kecil luar bandar, bukan sahaja pinjaman dan subsidi, tetapi bimbingan dan latihan yang dipantau," ujarnya pada Perbahasan Bajet Perak 2018.
Beliau melontarkan demikian supaya kerajaan meneliti pemberian atau insentif diberikan mampu menaik taraf golongan miskin dan menurunkan kos sara hidup.
Kerana itulah tegasnya, menjadi Fardu Kifayah kepada kerajaan menyediakan kemudahan seperti bekalan air bersih dan elektrik terutama penduduk di pedalaman seperti Sungai Siput dan Hulu Perak.
Beliau juga mencadangkan penubuhan Institusi Imam dan Pusat Kegiatan Agama Islam dalam usaha mengembangkan pembangunan modal insan terutama menyelaraskan kursus dan latihan berkaitan dakwah.
Selain itu katanya, sebagai memenuhi hasrat menjadikan kalangan agamawan lebih berketrampilan memimpin masyarakatnya dan tidak hanya semata-mata solat jamaah. - HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD - 24-11-2017 












































Peranan masjid boleh bantu bangunkan modal insan

IPOH: Peruntukan RM10 juta bagi pembinaan baharu serta baik pulih masjid dan surau adalah usaha yang baik, tetapi peranan pengurusan masjid dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat perlu diseiringkan.
Ini supaya peruntukan diberi menjadi satu pulangan, apatah lagi masjid mempunyai dana yang banyak di mana seharusnya dibelanjakan untuk kebaikan masyarakat dan tidak hanya disimpan membeku di dalam bank.
Demikian penegasan dinyatakan Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan pada sidang media sempena Sidang Dun Perak, di sini semalam.
Beliau menyentuh antaranya isu pengabaian Solat Jumaat dalam kalangan umat Islam, selain pengurusan masjid yang bergerak tanpa modul selaras hingga seolah-olah dikawal kuasa politik.
"Pengurusan masjid dan Pegawai Masjid bukan perlu jaga masjid semata-mata, tetapi menjaga ahli kariah masjid seperti hal ehwal jemaah yang berada dalam lingkungan setempat. Antara contoh masalah seperti keretakan rumah tangga, sosio ekonomi dan lain-lain hingga menggugat akidah," ujarnya.
Beliau juga menegaskan, PAS menyeru Kerajaan Negeri Perak untuk memperkasakan pelaksanaan Enakmen Syariah supaya pentadbiran negeri sentiasa berada dalam keredaan Allah S.W.T.
Menurutnya, peruntukan RM6.15 juta kepada Jabatan Kehakiman Syariah dalam Bajet Perak 2018 boleh dimanfaatkan dengan program-program penerangan kepada masyarakat supaya memahami intipati Islam dalam kehidupan terutama berkaitan Kesalahan Jenayah Syariah.
Beliau juga berharap kerajaan negeri tegas memperkasakan hak orang-orang Islam, terutama berkaitan pelaksanaan Enakmen Syariah bagi mengelak berlaku kerosakan moral hingga umat Islam kehilangan identiti sebenar. - HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD- 24-11-2017 














































Masalah pertanian rakyat wajar diberi perhatian

IPOH: Sektor pertanian terutama di kawasan Kerian mengalami beberapa masalah hingga mengakibatkan kerugian tinggi antaranya disebabkan haiwan perosak seperti monyet dan khinzir yang membawa kemusnahan tanaman.
Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan berkata, keadaan itu memberikan kesan kepada pendapatan penduduk terutama bagi mereka yang menjadikan pertanian hasil utama dan tinggal di luar bandar.
Beliau menyuarakan permasalahan tersebut dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018 di Sidang Dun Perak, semalam.
Zawawi memanjangkan isu pengurangan subsidi, selain masalah baja dan racun yang tidak sampai pada masa ditetapkan di mana keadaan berterusan sedemikian kesan terhadap kualiti pertanian bagi daerah Kerian. 
"Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ia mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, bahkan dapat menjana pendapatan penduduk Gunong Semanggol.
"Begitu juga projek pam Kerian seringkali dibawa ke dalam sidang dewan kerana kawasan Kerian antara daerah yang sentiasa menghadapi banjir.
"Adakalanya berlaku lebihan air dan pernah berlaku kekurang air walaupun hujan lebat, tetapi kolam Bukit Merah tidak mampu menampung air ke sawah padi," ujar beliau.
Beliau mengharapkan pihak berkaitan melakukan kajian untuk mengatasi masalah tersebut dan turut mempersoal sama ada penggunaan kolam beralih kepada fungsi lain seperti menyediakan air bersih untuk kilang-kilang di Kamunting dan Taiping.
Disebabkan faktor yang dinyatakan itu ujarnya, menyebabkan fungsi kolam Bukit Merah untuk membantu pertanian dan penggunaan domestik mungkin terjejas. - HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD- 24-11-2017 
















































Bajet 2018: Belia Perak perlukan rumah

DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) meneliti pembentangan Bajet 2018 dari Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dalam isu-isu yang sangat hampir dengan belia. Dalam penilitian kami, ucapan Menteri Besar seolah-olah tidak membentangkan jumlah yang tepat bagi tempoh tahunan kejayaan menyelesaikan masalah perumahan tetapi banyak bercerita sejak dari awal pelaksanaan. 
Seandainya Menteri Besar cuba mengambi langkah mengelabukan mata rakyat dengan angka yang “dilihat banyak”, seharusnya beliau membuka kembali manifesto Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu. Janji BN 20,000 unit perumahan rakyat akan dibina ke arah setinggan sifar hanya omongan yang tidak mampu direalisasikan. 
Lebih malang lagi apabila saban tahun peruntukan Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) ditambah, namun gagal menyampaikan kepada rakyat terutamanya golongan muda. 
Carian di google ternyata hanya terdapat cerita lama dan carian di FB pula menjumpai laman rasmi hanya 15 orang yang mengikuti. Sewajarnya pihak kerajaan negeri bukan hanya megah merancang, apa yang dimahukan anak muda adalah melaksanakan perancangan perumahan ini dengan efektif dan efisyen. 
DPPN Perak menyatakan kebimbangan pada peruntukan RM56 juta buat LPHP hanyalah bersifat gula-gula menjelang PRU14. Dalam masa yang sama, rakyat juga masih kabur peranan dan tugas LPHP sedangkan senarai projek PPRT dikeluarkan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Apakah jaminan bahawa rumah yang dijanjikan dapat diselesaikan pada 2018? 
Kerajaan Negeri Perak perlu sedar bahawa dalam suku pertama 2017, sebanyak 130,690 unit jumlah harta tanah kediaman tidak terjual di seluruh Malaysia. Salah satu faktor utama adalah kerana harga rumah yang terlalu tinggi dalam keadaan pendapatan isi rumah masih dalam kadar yang rendah dan sederhana. Rumah yang terjual hanya mampu lihat. Kegagalan pihak kerajaan mengurus isu perumahan, memberi kesan yang buruk kepada anak muda malahan meningkatkan migrasi anak muda Perak ke luar.
DPPN Perak mendesak agar pihak kerajaan Negeri Perak bersifat serius, telus dan proaktif dalam membantu belia muda memiliki rumah. Belia Perak perlukan rumah untuk didiami. Jangan hanya waktu PRU ditabur janji namun hakikatnya gagal ditepati. 
Ini juga selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurlah dalam perasmian Mesyuarat Pertama penggal keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ketiga belas lalu yang mahukan isu rumah dan belia dapat diselesaikan segera. 
Mara Menuju Cita
Sedia Memerintah 
Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
23 November 2017 – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD - 23-11-2017 


















































Rakyat tidak nikmati faedah Bajet Perak

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Radzi Zainon malah berkata, kehidupan rakyat terus terjerut dan tidak bermakna dengan segala bajet dibentang itu akibat pelaksanaan cukai seperti GST ketika berceramah di Markas Pengkalan Pegoh, Taman Desa Aman, di sini semalam.
"Perbelanjaan mengurus ada peningkatan hampir 40 peratus dan ia menunjukkan berlaku beberapa sebab antaranya projek-projek sakit yang tiada berkesudahan.
"Contoh paling hampir pembinaan Silver Heritage di medan Gopeng kosnya telah mencecah RM14 juta tetapi setelah melalui proses ubah suai kos tersebut meningkat sehingga RM17 juta," kata Adun Sungai Rapat itu.
Menurut beliau, jika kerajaan negeri benar-benar ingin membantu rakyat, pasti Allah S.W.T memudahkan kerana matlamatnya jelas mengutamakan hak yang diberikan, tetapi andai sebaliknya, maka beberapa tanda amaran dari Allah dizahirkan.
Beliau mengutarakan contoh di mana negeri Perak antara tempat pendaratan ikan terbesar, tetapi rakyat tidak mampu membeli kerana harganya begitu tinggi, bermakna rakyat tidak dapat menikmati khazanah dari bumi sendiri yang kurniaan Allah S.W.T.
"Pernah satu ketika saya meninjau pasar-pasar basah melihat seorang makcik membeli ikan kembong pada mulanya mengambil 3 ekor, namun setelah ditanya harga seekor demi seekor dilepaskan, akhir tidak jadi untuk membeli.
"Terdetik dalam hati saya betapa sukarnya kehidupan rakyat dalam situasi ekonomi yang begitu membebankan sedangkan Perak menjadi tempat pendaratan ikan terbesar di Malaysia.
"Ini telah disebutkan sendiri oleh Menteri Besar Perak dalam pembentangan bajet, tapi sayang harga ikan melambung tinggi sehingga membuat rakyat termenung untuk membeli ikan temenung," ujarnya.
Radzi memaklumkan, dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018, beliau akan menggesa supaya ditetapkan formula terbaik untuk harga ikan yang mampu oleh rakyat, selain terus mengulang persoalan berkaitan peruntukan RM16 juta kepada FAMA yang masih samar tanpa jawapan memuaskan.
Yang Dipertua PAS Gopeng itu menegaskan, wakil-wakil rakyat PAS akan berusaha membangkitkan segala isu dalam perbahasan bajet demi membawa suara rakyat kepada pihak kerajaan.
Mengulas isu pembinaan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru, beliau dengan lantang menyatakan projek tersebut tidak memberikan pulangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak.
"Pelaburan besar dari negeri Perak dalam pembinaan MAPS dengan kerjasama sebuah firma Australia menelan kos RM 600 juta.
"Semasa kunjungan dibuat, jumlah pengunjung sehari hanya sekitar 300 pengunjung, bahkan jumlah pekerja sekitar 500 orang dan tidak semua kemudahan dalam kawasan taman animasi ini boleh digunakan.
"Untuk masuk sahaja seorang perlu menyediakan RM150 tidak termasuk lagi makan dan minum, ini satu pelaburan yang benar-benar merugikan.
"Kos yang diperolehi tidak setimpal dengan kadar perbelanjaan yang digunakan. Hakikat itulah hasil dari cukai-cukai pintu dibayar oleh rakyat dipergunakan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD-22-11-2017 




















































Pembangunan luar bandar masih ketinggalan

BAGAN SERAI: Masyarakat luar bandar masih ketinggalan dari menerima kemudahan pembangunan, sedangkan kerajaan memerintah bersikap membawa kebajikan pada musim tertentu terutama menjelang pilihan raya.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, rakyat layak menikmati segala kemudahan dijanjikan kerajaan termasuk mereka yang tinggal di luar bandar kerana itu merupakan tanggungjawab pemerintah dipilih.
"Dalam situasi ekonomi semasa negara yang tidak menentu, masyarakat luar bandar terpinggir kebiasaannya. Bahkan terasing di negara sendiri. Begitu juga peluang pekerjaan bagi golongan muda yang terbatas.
"Malah, tiada pembangunan modal insan diusahakan pihak kerajaaan. (Maka) PAS terus berusaha menyantuni masyarakat setempat, serta mengambil peluang mendengar pandangan dan harapan mereka," ujarnya pada ziarah bersama PAS Kawasan Bagan Serai di Kampung Pandak Puteh, di sini semalam.
Kerajaan gesanya, perlu memberi perhatian kepada penyediaan kemudahan awam seperti hentian bas di bahu jalan utama yang lebih selamat untuk kegunaan masyarakat setempat.
Begitu juga lontarnya, Pejabat Pos dengan kiosk-kiosk untuk kemudahan urusan masyarakat setempat menguruskan pembayaran bil dan utiliti mesti disediakan tanpa perlu ke pusat bandar.
Razman juga mempersoalkan mengenai Maktab Rendah Sains Mara yang pernah dijanjikan oleh kerajaan untuk dibina di situ, namun hingga kini tidak menampakkan hasil.
"Biarpun pelbagai pembangunan luar bandar di Bagan Serai telah diusahakan, tetapi ianya tidak seimbang dengan pembangunan bandar. Malah, jauh berbeza sedangkan cukai dibayar oleh semua seperti GST.
"(Soalnya) Bagaimana peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat dan kementerian dimanfaatkan sebaik mungkin untuk penduduk?
"(Kerana) Kemudahan awam yang asas bagi penduduk pun masih tidak diberi perhatian sebaiknya walaupun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," kesalinya.
Razman juga menegaskan, PAS melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) berusaha merangka plan pembangunan insan dan fizikal menyeluruh berdasarkan penyelesaian Islam, justeru optimis mampu menarik keyakinan rakyat untuk bersama pada PRU akan datang. - HARAKAHDAILY 21/11/2017










































































































Sumber HD - 21-11-2017


Fakta Mengenai Pak Lebai Tua Yang Selalu Difitnah
Posted on Friday, November 17 @ 22:05:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36805



1 - Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Bekas Menteri Besar Kelantan) memotong 45% gajinya untuk disalurkan kepada parti dan juga rakyat sejak tahun 1990.

2 - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tidak mengambil sebarang elaun keistimewaan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu antara 1999-2004.

3 - Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak memotong elaun bulanannya sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak RM10,000 daripada RM14,100 sebulan sejak mula dilantik pada Mac 2008.

LEBIH BAIK MEMILIH LEBAI TUA YANG JUJUR SEBAGAI PEMIMPIN DARIPADA GOLONGAN 'PROFESIONAL' YANG MENCURI.
— dengan Lajnah Tarbiah Pas Perak

Sumber TKO - 17-11-2017

Larangan Pekerja Wanita Bertudung Hina Islam: Harussani
Posted on Tuesday, November 14 @ 09:25:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36705



IPOH: Larangan pekerja wanita bertudung terutamanya oleh hotel bertaraf antarabangsa di negara ini disifatkan sebagai menghina Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, syarikat perhotelan antarabangsa seharusnya mengetahui budaya dan latar belakang sesebuah negara, termasuk Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.


Menurutnya, sebarang prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa yang diguna pakai hendaklah disesuaikan dengan undang-undang di negara ini.

"Apa salahnya nak pakai tudung dalam negara Islam. Kenapa nak diskriminasi kepada orang Islam sahaja sedangkan ia tak patut berlaku.

"Memang diketahui pemakaian tudung adalah wajib bagi wanita Muslim. Tak patut kenakan syarat ini melainkan mereka memang sengaja nak menghina Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas mengenai larangan pekerja hotel wanita untuk bertudung khususnya yang berada di bahagian perkhidmatan pelanggan (front desk) di hotel-hotel tertentu khususnya hotel antarabangsa.

Harussani berkata, diskriminasi seperti itu tidak wajar berlaku di negara ini dan agama Islam sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan harus dipertahankan.

"Sepatutnya orang Islam tidak boleh akur dengan peraturan seperti ini. Takut kepada ALLAH lebih utama dari takutkan manusia. Kita bertuhankan ALLAH, bukan bertuhankan manusia," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presidennya, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 14-11-2017

























































Jelajah Hijau 1.0: Dedahkan pemuda memahami isu negara

JELAJAH Hijau bertujuan menghimpunkan jentera pilihan raya untuk diberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan juga taktikal pilihan raya. 
Jelajah telah dijalankan mengikut zon dan zon utara adalah zon pertama bahkan diberi keutamaan  kerana di dalamnya terdapat parlimen dan DUN yang PAS menang buat kali pertama dalam pilihan raya pertama negara 
Demikian menurut Pengarah Jelajah Hijau 1.0, Abdul Qahr Syams ketika menyampai ucapan di hadapan pimpinan pemuda PAS Perak Zon Utara. 
"Penekanan isu semasa lebih kepada isi dokumen HIJAU yang menjadi alternatif kepada rakyat dan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi yang semakin tenat. 
"Selain penjelasan kepada WINS dan BPMS yang menjadi buat tangan teristimewa buat penyokong PAS. 
"Seramai 60 orang telah memberikan komitmen terbaik untuk persediaan menghadapi pilihan raya serta memastikan PAS menang dalam PRU akan datang," ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/11/2107
Sumber HD - 12-11-2017 



























































Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar
Posted on Friday, November 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36608


 IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.


Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.
 Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.

Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.


Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya
Sumber TKO - 10-11-2017




























































PAS Perak siap sedia bantu mangsa banjir

SITUASI terkini banjir di Pulau Pinang semakin membimbangkan bahkan melalui maklumat yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di beberapa pusat pemindahan banjir menyukarkan lagi keadaan. 
PAS Perak turut bersimpati atas ujian yang berlaku justeru PAS Perak bersedia menghantar segala bentuk bantuan melalui agensi parti seperti Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa. 
Semua pihak diminta berada dalam keadaan bersiap sedia untuk membantu rakyat Pulau Pinang dan tempat-tempat di sekitar Perak yang juga dilanda banjir di beberapa kawasan seperti Lenggong, Bagan Serai, Larut Matang serta beberapa kawasan. 
PAS Perak mengharapkan seluruh markaz-markaz PAS di Negeri Perak boleh mengadakan solat hajat agar dipermudahkan urusan bantuan mangsa serta dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 
Pastikan semua pihak cakna dan peka berkaitan keselamatan dalam menjalankan aktiviti agar dapat menjaga sebaiknya keselamatan terutama ketika hujan lebat dan sebagainya.
Teruskan berdoa agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semua rakyat perlu bersabarlah diatas ujian Allah SWT melalui  musibah banjir. Hanya dengan kuasa Allah SWT sahaja mampu memberikan sebaiknya bantuan dan pertolongan. 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
Bertarikh: 16 Safar 1439H / 5 November 2017M – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD -5-11-2017 

Bajet 2018 dan masa depan rakyat Perak

SITUASI pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan negara telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu benar-benar memberikan khabar gembira dan duka kepada rakyat.
Syabas di atas keprihatinan kerajaan memberikan pelbagai insentif kepada rakyat sebagai tanggungjawab namun beberapa aspek perlu dilihat agar ianya tidak sekadar sebuah bajet tahunan. 
Semestinya bagi rakyat Perak antara yang menjadi penantian untuk melihat bentuk pembangunan ekonomi negara demi manfaat bersama apatah lagi pada tahun 2018 Perak telah dipilih menjadi tuan rumah penganjuran SUKMA. 
Menteri Besar Negeri Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah memberikan indikasi beberapa pengumuman penting  khususnya pembangunan lapangan terbang baru bagi memacu ekonomi Perak beberapa bulan sebelum ini. 
Lebih mengejutkan berdasarkan Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) lalu yang mendapati Perak menduduki tempat kedua sebagai negeri termiskin di Malaysia masih tidak dapat dilupakan walaupun dinafikan kerajaan negeri. 
Menerusi laporan tersebut telah mendedahkan bahawa 21.3 peratus keluarga di Perak hanya memperoleh pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan dan 40 peratus keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan manakala kurang dari 20 peratus, iaitu 18.9 peratus keluarga berpendapatan lebih dari RM6,000 sebulan. 
Melihat kepada laporan itu ternyata menunjukkan di bawah Barisan Nasional, Perak juga merupakan negeri mempunyai paling ramai keluarga miskin dengan pendapatan kurang dari RM2,380 sebulan, iaitu sejumlah 122,000 buah keluarga di Perak diletakkan dalam kategori ini. 
PAS Perak berpandangan dari pembentangan Bajet 2018, Perak masih tidak diberi keutamaan. Khabar gembira kononnya penaiktarafan Lapangan Terbang Ipoh atau pembinaan lapangan terbang baru terus tidak kesampaian. 
Bajet 2018 membuktikan,Kerajaan DAP Pulau Pinang dan PAS Kelantan mendapat manfaat, membuktikan sokongan pada pembangkang tidak menghalang peruntukan untuk rakyat setempat. 
Pengurusan kewangan negara semakin tenat bahkan melalui pembentangan Bajet 2018 mempamerkan usaha pihak kerajaan menabur pelbagai janji yang akan dinilai sama ada ia hanya sekadar menanam tebu di bibir atau sebaliknya. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"PAS Memimpin Perubahan"
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
1 November 2017 / 12 Safar 1439 – HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD- 1-11-2017 
































































Fun Ride Bukit Gantang lasak tapi santai



BUKIT GANTANG: Seramai 460 orang peserta menyertai program kayuhan 'Fun Ride' Bukit Gantang anjuran Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang pada 29 Oktober yang lalu.
Program riadah santai tersebut memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan suasana persekitaran kampung Bukit Gantang.  
Pelepasan peserta seawal jam 8 pagi telah disempurnalan oleh Yang Dipertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad turut bersama pada acara tersebut membabitkan kayuhan lasak secara santai sejauh 35 kilometer dengan pelbagai landskap alam.
Walaupun aktiviti itu berkonsepkan santai dan bukan nya pertandingan, namun sambutan diterima daripada kalangan peminat sukan berbasikal amat menggalakkan. HARAKAHDAILY 30/10/2017
Sumber HD - 30-10-2017 


Plaza Tol Ipoh Roboh Ditiup Angin Kencang
Posted on Thursday, October 26 @ 22:07:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36193




IPOH: Angin kuat dan ribut petir menyebabkan gangguan sementara kepada aliran trafik di Plaza Tol Ipoh Selatan di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Khamis.


Kejadian itu menyebabkan struktur beberapa kaunter tol roboh ditiup angin dan berterabur berhampiran plaza tol.

Jurucakap Plus Bhd berkata, empat lorong di lorong utara ditutup kepada lalu lintas berikutan peristiwa yang berlaku pada pukul 5.30 petang itu.

"Dua lorong dibuka semula kira-kira 90 minit kemudian," katanya ketika dihubungi kira-kira pukul 8.15 malam Khamis sambil memaklumkan bahawa kerja pembersihan masih dijalankan.

Sumber TKO - 26-10-2017




































































Jambatan Sultan Yusof Teluk Intan perlu perhatian serius

MERUJUK kepada berita dari pautan Sinar Harian bertarikh 2 September 2017, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air mengumumkan bahawa Jambatan Sultan Yusof akan dilanjutkan penutupan kepada 4 bulan iaitu sehingga akhir tahun 2017.
Rujuk: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/jambatan-sultan-yusuf-ditutup-empat-bulan-1.727433
Sebelum itu, pada 12 Ogos 2017 beliau mengumumkan penutupan hanya pada 28 dan 29 Ogos 2017 sebagai penutupan sementara. 
Rujuk: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/jambatan-sultan-yusof-di-teluk-intan-ditutup-sehingga-28-ogos-1.514215 
Manakala pada 9 Ogos 2017 di dalam Suara Perak beliau mengumumkan penutupan jambatan tersebut. 
Rujuk: http://suaraperak.com/jambatan-sultan-yusof-ditutup-24-jam/ mengumumkan penutupan pada 12 hingga 13 Ogos 2017. 
Tambah menghairankan lagi, pada 31 Julai 2017 di dalam Berita Harian beliau mengatakan jambatan adalah selamat untuk digunakan oleh orang ramai.
Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/07/307439/jambatan-sultan-yusuf-selamat-digunakan 
Berikutan dengan kenyataan yang telah dibuat menunjukkan kepada kita seolah-olah tiadanya kepastian yang meyakinkan berkenaan dengan status terkini Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan. 
Keadaan ini telah menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan pengguna jambatan tersebut. Tambahan pula, ianya melibatkan keselamatan dan nyawa orang ramai.
Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar memohon agar satu kajian yang lengkap daripada pihak yang berautoriti berkenaan keadaan terkini Jambatan Sultan Yusof dapat diadakan dengan kadar yang segera dan berharap agar laporan tersebut dimaklumkan kepada semua pengguna sebagai langkah keselamatan. 
Disamping itu juga, kita ingin mendapatkan penjelasan apakah faktor yang kemungkinan terjadinya kerosakan kepada jambatan tersebut. 
Adakah kerana berlakunya kesan sampingan hasil daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (LPPB) yang dibina semenjak tahun 2014. Antara laluan yang terkesan adalah seperti berikut : 
1. Kesan kepada jalan dari Seberang Perak – Kampung Gajah – Teluk Intan..
2. Kesan kepada peniaga dari Jambatan Sultan Yusof ke Simpang Seberang Perak..
3. Meningkatnya kadar kemalangan jalan Teluk Intan – Kg Gajah – Seberang Perak..
Ia merentasi daerah Banting, Selangor dan melalui berhampiran jambatan tersebut di Teluk Intan sehingga ke bandar Taiping, Perak. 
Sekiranya ia adalah hasil daripada kesan pembinaan lebuhraya (LPPB) tersebut maka bagaimanakah prosedur sistem perlindungan kerja-kerja pembinaan terhadap bangunan sekitar yang berdekatan telah dilaksanakan. 
Pihak kami berharap agar perkara yang berkaitan keselamatan pengguna dan orang awam mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan Negeri Perak. 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga turut mencadangkan agar laluan alternatif sekarang ini dinaik taraf dan diperbesarkan bagi menghadapi pertambahan kenderaan akibat daripada penutupan jambatan tersebut. 
Semoga perhatian dan komitmen yang tinggi dari pihak yang berkaitan mampu mempercepatkan kerja-kerja pengukuhan dan baik pulih jambatan tersebut bagi menangani kesukaran orang ramai kerana meningkatnya masa perjalanan serta perbelanjaan kos minyak akibat daripada terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dari sebelum ini. 
AWIS QARNI HUSAIN
Pengerusi Lajnah Pekerja,Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan Pemuda PAS Perak – HARAKAHDAILY 10/10/2017
SumberHD - 10-10-2017 






































































Hijrah: Kekuatan gerakan dengan 

perancangan terbaik








SEJARAH penghijrahan Rasulullah SAW membawa satu intipati penting untuk dihayati bersama bahkan ia merupakan satu gambaran terbaik dalam menguruskan sebuah organisasi.
Peristiwa agung dengan berlaku pusat aktiviti dakwah Nabi sehingga membawa kepada pembentukan sebuah negara Islam di Madinah. Baginda menjadi ketua urusan agama, sekaligus pemimpin negara nombor satu yang kemudiannya diteruskan dengan pemerintahan Khulafa'. 
Hijrah menjadi penanda aras utama bagi membentuk sebuah model negara Islam yang diasaskan sendiri dengan syariat Islam. Kerajaan ini diteruskan sehingga 13 kurun lamanya sehingga jatuh secara rasmi pada 3 Mac 1924 pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniah. 
Kejayan hijrah tidak digerakkan hanya dengan sebatang tubuh Rasulullah SAW semata-mata namun sebaliknya ia dilaksanakan bersama jentera dari pelbagai latar belakang serta memainkan peranan masing-masing. 
Perancangan yang disusun baginda Rasulullah SAW dengan penuh teliti bahkan peranan setiap individu diletakkan sesuai untuk kemampuan mereka sehingga berjaya melakar sejarah besar dalam Islam. 
Rasulullah SAW mengutamakan gerakan secara berjemaah serta memberikan sepenuh kepercayaan dalam memastikan matlamat utama mampu dicapai dengan mengikut segala perancangan yang disusun bersama. 
Sempena dengan kedatangan tahun Hijrah yang baru, ayuh semua pendokong dan penyokong Islam kita lakukan anjakan paradigma bersama bagi melihatkan Islam diamalkan dalam kehidupan masyarakat sehingga kita bertamu di syurga Allah SWT kelak. 
Salam Hijraturrasul. 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
1 Muharram 1439/22 September 2017 – HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD - 22-9-2017 








































































Kunjungan mahabbah Pemuda PAS Perak temui ISMA

IPOH: Pemuda PAS Perak meneruskan langkah dalam meluas dan mengukuhkan hubungan bersama pelbagai pihak dalam usaha menjalin kebersamaan terutama berkaitan ummah dan kepentingan Islam.
Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin menjelaskan, peranan itu dalam usaha meninggikan optimistik dan kesedaran ramai pihak berhubung isu umat Islam sejagat merentasi sempadan fahaman politik.
Beliau mengutarakan perkara tersebut pada pertemuan Pemuda PAS Perak bersama saf kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak, di Pejabat ISMA Cawangan Ipoh, hari ini.
"ISMA sentiasa memberikan kerjasama baik dalam program penganjuran Pemuda PAS Perak dalam beberapa himpunan solidariti ummah.
"Pertemuan kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala disamping mengenal antara satu sama lain serta berkongsi pandangan berkaitan isu sejagat.
"Terima kasih diucapkan kepada pihak ISMA yang sudi menerima kunjungan Pemuda PAS Perak walaupun mempunyai komitmen masing-masing," ujarnya.
Antara kepimpinan Pemuda PAS yang turut bersama dalam pertemuan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Affendi Helmi; Pengarah DACS Pemuda Perak, Abdul Qahar Syam dan beberapa pimpinan lain. - HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017 










































































Lemah urus tadbir: Ekonomi Malaysia terus tenat

PAS lahir rasa kebimbangan berkaitan keputusan pelaburan wang rakyat di US bahkan tindakan tersebut dikatakan untuk mengukuhkan ekonomi US.
Kebimbangan ini disuarakan berdasarkan prestasi pengurusan kerajaan Umno-BN dalam pelaburan. 
Sekitar awal tahun 80-an RM2.6 Bilion bahkan satu pelaburan BMF lesap dalam pelaburan hartanah di Hong Kong. 
Manakala pada tahun  90-an USD10 Bilion nilai sekarang melebihi RM40 Bilion hilang daripada simpanan negara yang dalam siasatan RCI. 
Syarikat GLC seperti MAS, Perkapalan Nasional, Perwaja, MARA, FGV dan berapa perniagaan di dalam negara boleh mengalami kerugian. 
1MDB bermodalkan pinjaman rakyat tidak melihat sebarang keuntungan kepada rakyat. Malah aliran tunai sangat membimbangkan. 
PAS berharap rakyat dapat menilai matlamat dan keboleh pecayaan kepada keupayaan kerajaan hari ini. 
Terkini ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen KWSP memperuntukkan RM17 Billion bagi membantu ekonomi Amerika Syarikat. 
Perkara itu juga telah mendapat maklum balas dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia bahawa tindakan itu tidak wajar bahkan tidak releven kerana Amerika Syarikat mempunyai kuasa besar dan ekonomi di dunia. 
PAS berpandangan bahawa ekonomi Malaysia akan terus tenat ditadbir oleh pimpinan yang hanya memikirkan kepentingan tertentu berbanding keperluan rakyat. 
Lebih parah pelaburan yang diusahakan menjerut kehidupan rakyat dalam negara sendiri semakin terjejas namun sanggup bantu negara luar. 
Kerajaan Malaysia wajar mengemukakan alasan serta sebab utama keputusan itu dilaksanakan sekiranya hanya sekadar kepentingan menguatkan pengaruh antarabangsa pasti rakyat akan terseksa. 
Seksaan yang diberikan disuntik sedikit demi sedikit daripada hasil negara ini sehingga akhirnya berlaku kesempitan hidup berterusan. 
Kenaikan harga petrol saban minggu dan pelaksanaan GST sahaja sudah memberikan tekanan apatah lagi ekonomi negara menjadi tenat melalui pelaburan mencurigakan. 
PAS mohon kajian semula dilakukan bagi memastikan dasar ekonomi negara tidak mudah dinodai dengan tindakan yang mengorbankan rakyat serta negara, 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
18 September 2017M bersamaan 27 Zulhijjah 1438H – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 












































































Adun Titi Serong gerak bantuan ribut banjir

PARIT BUNTAR: Kejadian ribut dan hujan berterusan hingga mengakibatkan kerosakan rumah dalam telah mendapat perhatian Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien yang mengadakan lawatan bertemu mangsa terlibat.













































































Dianggarkan sekitar 20 rumah terlibat melibatkan beberapa penempatan seperti Kampung Sungai Baru, Kampung Batas Raja, Parit Haji Wahab dan Tanjung Piandang.

Sehubungan itu, pihak beliau telah menggerakkan operasi bantuan bencana alam (banjir) di sekitar pekan Parit Buntar antaranya di Taman Kerian, Taman Kerian Tambahan dan Taman Setia Jaya pada 15 September semalam.

"PAS telah melawat serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat di Kampung Batas Raja dan beberapa mangsa lain.

"Jabatan Amal memberikan kerjasama yang baik dalam operasi bantuan membaiki rumah dilanda ribut dan pokok tumbang.

"Pusat Khidmat Dun Titi Serong akan terus membuat pantauan sekiranya berlaku insiden dan memerlukan bantuan agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat," ujarnya.

Ustaz Abu Bakar turut menasihatkan penduduk untuk peka pada keadaan cuaca sepertimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. - HARAKAHDAILY 16/9/2017


Sumber HD - 16-9-2017















































































NYDP PAS Pasir Salak kembali ke rahmatullah

IPOH: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Hisham Zainuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh semalam selepas diserang strok sehari sebelumnya.














































































Hisham merupakan seorang aktivis berpengalaman, bahkan ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, beliau menjadi petugas utama di Bilik Operasi dalam menyusun gerak kerja pilihan raya.
Pemergiaannya menjadi satu kehilangan yang besar kepada PAS Perak terutama pimpinan PAS Kawasan Pasir Salak untuk berkongsi segala pengalaman membantu gerak kerja PAS.
Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Jabatan Pilihan Raya Negeri Perak di mana perwatakan sederhananya menjadikan al-marhum senang didekati tanpa membezakan lapisan usia.
Komitmen Al-Marhum menggerakkan jentera pilihan raya sehingga telah mewujudkan satu unit Pasukan Penerangan PRU14 dibawah selian beliau demi memastikan kemenangan PAS dalam PRU akan datang.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria sempat menziarahi beliau di wad kecemasan bersama beberapa kepimpinan yang lain. - HARAKAHDAILY 15/9/2017
Sumber HD - 15-9-2017
















































































Muslimat Perak turut lapor kebiadapan Siti Kasim

DEWAN Muslimat PAS Perak hari ini telah membuat laporan polis terhadap sikap biadab Siti Kasim yang menghina Islam.
Penghinaan secara terbuka yang telah dilakukan sengaja mencabar umat Islam bahkan ia tidak langsung mencerminkan akhlak seorang muslimah. 
Laporan tersebut telah dibuat di IPD Seri Iskandar bersama dengan kepimpinan Muslimat PAS Kawasan Parit yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad. 
Menurut Najiha, pertikaian berkaitan agama dengan fahaman luar akan menggugat akidah umat Islam terutama pada zaman serba moden dengan kemampuan akses maklumat di hujung jari. 
Jelasnya, muslimat PAS tekad membuat laporan polis agar siasatan serta tindakan boleh diambil oleh pihak berkaitan agar ia tidak berleluasa. 
Justeru umat Islam perlu sentiasa peka terhadap isu yang berlaku supaya generasi akan datang tidak muda dipengaruhi dengan budaya bebas sehingga meruntuhkan kesucian Islam sebenar. 
"Jika mana-mana pihak sama ada Siti Kassim atau sesiapa sahaja berani mencemarkan maruah Islam maka muslimat PAS juga terus berani mempertahankan Islam dengan pelbagai usaha yang ada. 
"Diharapkan dengan laporan ini memberikan isyarat awal bahawa muslimat PAS serius mengenai tindakan yang dibuat oleh Siti Kasim," tegasnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 


















































































Jelajah Hijau semboyan persedian hadapi PRU14

JELAJAH Hijau Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat signifikan untuk dihadiri oleh seluruh teraju utama kepimpinan pemuda di setiap kawasan negeri Perak untuk mendengar amanat dan strategi dari pimpinan tertinggi pemuda dalam merencana gerak kerja PRU14 serta memastikan tema Sedia Memerintah yang diangkat dalam muktamar yang lepas dapat direalisasikan.
Demikian menurut Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dalam satu kenyataannya sempena Jelajah Hijau yang bakal diadakan pada 10 September di Kuala Kangsar. 
Jelasnya, kehadiran seluruh jentera pemuda ke program tersebut menuntut pengorbanan yang besar bahkan kepentingan jemaah harus diutamakan mengatasi kepentingan peribadi.
"Perniagaan, kuliah, ladang, kebun, sawah, isteri, anak-anak sayugianya tidak menjadi dinding penghalang untuk kita hadir dalam jihad politik ini. 
"Singkaplah sirah perang ahzab yang baru sahaja kita laung-laungkan dalam takbir Idul Adha baru-baru ini dalam menuntun jihad siyasi kita. 
"Para sahabat r.a sanggup meninggalkan pekerjaan harian mereka demi Islam. Sanggup menahan kelaparan yang melampau dalam usaha menggali parit sebagai benteng mempertahankan kesucian Islam," ujarnya. 

Beliau berpandangan semua orang boleh mencipta alasan untuk tidak hadir sebagaimana mampu mencari alasan untuk hadir. Namun, adakah alasan ketidakhadiran itu diterima oleh Allah yang Maha Mengetahui semua perkara yang zahir dan tersembunyi, hakikat dan realiti. 
Zahid menyeru dan menagih tenaga, masa dan sedikit wang ringgit para  pemuda PAS seluruh negeri Perak untuk sama-sama hadir dalam usaha memartabatkan Islam di atas bumi Perak yang bertuah. – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 




















































































Laksanakan Islam bukti Malaysia negara merdeka











RAKYAT perlu membuat penilaian sejauh mana kemerdekaan telah dicapai kerana itu fungsi masyarakat menjadi mata rantai memberikan kefahaman kepada semua agar ia membumi ke dalam jiwa rakyat. 
Memerintah mengunakan undang-undang dan perlembagaan yang dibuat melalui parlimen dengan cara pemilihan dihantar ke parlimen bahkan semenjak lepas merdeka 13 kali PRU diadakan walaupun PAS mula terlibat dalam pilihan raya pada tahun 1955 tidak pernah lagi PAS berjaya menguasai parlimen itu. 
Demikian ditegaskan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di hadapan pendokong dan penyokong PAS sempena Himpunan Sejahtera Bersama Islam. 
Katanya pada dua tahun lepas, PAS menilai terdapat dua perkara yang perlu difahami dengan baik antaranya sebelum merdeka ada undang-undang Islam, undang-undang 99 Perak Kanun di Melaka setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 
"Pada tahun 1965 kerajaan yang ada pada hari ini telah membuat satu undang-undang dinamakan sebagai Akta 355, tujuan akta 355 dibuat oleh kerajaan persekutuan dikuasai oleh Umno/ Barisan Nasional mengatakan bahawa hak orang Islam di mahkamah syariah.
"Kalau berjumpa dengan orang berzina, minum arak tidak lebih daripada hukuman 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan bahkan rujukan serta dalil melaksanakan hukuman tersebut tiada dalam hukuman syarak. 
"Kita ada 21 orang ahli parlimen pada pemulaannya masuk dalam parlimen memohon agar Akta 355 dibuat pindaan dengan menepati syariat Allah SWT seperti hukuman zina 100 kali sebatan dan beberapa hukuman yang lain. 
"Kini hanya tinggal 14 orang ahli parlimen PAS yang terus istiqamah bersama perjuangan dan menjadi isu perbahasan sekarang Akta 164," jelasnya. 
Razman menyatakan, perjuangan PAS untuk meminda Akta 355 adalah untuk memastikan pelaksanaan syariat mampu direalisasikan atas muka bumi Allah SWT dalam negara tercinta. 
Justeru itulah sewajarnya kemerdekaan yang perlu difahami apabila pelaksanaan syariat diberikan ruang seluasnya untuk diamalkan oleh masyarakat. – HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD - 29-8-2017 






















































































Insya Allah PAS akan menang, tanam dalam diri













PARA pendukung dan penyokong PAS diingatkan agar sentiasa meletakkan keyakinan akan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT sepanjang masa. 
Demikian ingatan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidek Noor ketika menyampaikan kuliah bulanannya di Markas Tarbiyah PAS Batu 2 Lama, Kangar, semalam. 
Menurut beliau, golongan yang berjuang pada jalan Allah tidak perlu merasa bimbang, sebaliknya meletakkan ke dalam diri mereka keyakinan bahawa kemenangan pasti akan menjadi milik mereka kerana perjuangan mereka itu dijamin oleh Allah SWT. 
Justeru tambahnya, golongan itu tidak perlu berasa bimbang dan berdukacita sekiranya belum dianugerahkan kemenangan oleh Allah, sebaliknya terus melipatgandakan usaha beserta keyakinan kerana Allah sentiasa bersama-sama mereka. 
"Jangan dukacita, jangan rasa lemah, kamu sebenarnya yang hebat kalau kamu orang-orang yang beriman. 
"Kena tanam dalam pemikiran, PAS insya Allah akan menang, tanam dalam diri ahli dan petugas," ujarnya lagi. 
Menyentuh berkaitan strategi menghadapi PRU14 nanti, tegas beliau ahli PAS perlu memberikan kepatuhan (wala') dan sepenuh kepercayaan (tsiqah) kepada kepimpinan PAS dalam merancang dan melaksanakan strategi-strategi menuju pilihan raya. 
Ini, katanya kerana pendekatan dan strategi PAS sentiasa berubah-ubah sejak dahulu hingga kini, bersesuaian dengan realiti semasa dan perubahan-perubahan ini kadang kala tidak mampu difahami oleh segelintir ahli. 
"Berjuang ini macam main bola, ada strategi, ada masa kita tolak bola ke depan, ada masa tolak ke belakang. 
"Biarlah orang nak kata walaun dan sebagainya, kita yakin dengan pendekatan kita pada hari ini (BPMS), PAS nak bentuk suasana politik dengan Islam," katanya.
Sumber HD - 19-8-2017 
























































































Pemuda Perak ziarah pemain bolasepak PKNP FC patah bahu













PEMUDA PAS Perak semalam meluangkan masa meziarah sambil sembang-sembang di Kampung Jelai, Batu Kurau dengan bintang bolasepak PKNP FC, Hafiz Ramdan (Kancil) dan jurulatih Abu Bakar Fadzim (Burn). 
Hafiz Ramdan baru-baru ini mengalami patah tulang bahu ketika aksi perlawanan Liga Premier 2017 menentang Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. 
Insiden yang berlaku pada awal babak pertama menyaksikan Hafiz bertembung dengan salah seorang pemain Kuala Lumpur yang mengakibatkan beliau terus dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 
Hafiz telah menjalani pembedahan bagi memasukkan besi untuk membetulkan semula tulang bahu yang telah patah. 
Hafiz yang dipinjamkan dari pasukan Perak kini merupakan antara watak penting buat PKNP FC dengan keupayaan menghasilkan gol dan bantuan jaringan buat pasukan dan juga sedang berada di prestasi yang baik. 
Pemuda PAS sentiasa mendoakan agar Hafiz cepat sembuh supaya dapat beraksi dalam kempen Piala Malaysia nanti. – HARAKAHDAILY 9/8/2017





































































































































































































Sumber HD - 10-8-2017


























































































Sokongan TBG: Pemuda PAS saksikan perlawanan

PEMUDA PAS Perak terus memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak Perak (The Bos Gaurus) pada perlawanan dengan PKNS FC dengan menyaksikan sendiri di Stadium Indera Mulia, Ipoh bersama anak-anak muda yang lain. 
Bola sepak merupakan satu sukan yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang kerjaya, posisi komuniti bahkan ketika menyaksikan perlawanan masing-masing memberikan sokongan untuk melihat kemenangan. 
Demikian menurut Pengarah DACS Perak, Abdul Qahr Syams ketika ditemui bahkan beliau mengharapkan The Bos Gaurus di bawah pengurusan Ahmad Shahrul Azhar mampu melakukan satu pembaharuan bagi negeri Perak. 
"Peminat bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan adalah bukti sokongan padu kepada pasukan Perak menjulang piala kejuaraan sekaligus mengembalikan kegemilangan seperti satu ketika dahulu. 
"Kemudahan surau bergerak yang disediakan adalah satu inisiatif terbaik namun kesedaran pengunjung untuk memanfatkannya masih tidak sepenuh bahkan boleh ditambah di beberapa lokasi lagi. 
"Begitu juga surau dalam stadium juga boleh dinaiktarf bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung dan ia menjadikan satu usaha dakwah secara tidak langsung," ujarnya.
Department of Calture and Sport ( DACS ) Pemuda PAS Perak telah berkumpul seawal jam 7.00 malam tadi yang turut dihadiri Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dan Pengarah DACS Perak, Abdul Qahr Syams serta pemuda PAS Kawasan seluruh Perak. – HARAKAHDAILY 5/8/2017














Sumber HD - 6-8-2017




























































































Audit: Kelantan buktikan ketelusan pentadbiran

LEGASI pentadbiran Islam di bawah gagasan Membangun Bersama Islam yang diaplikasikan dalam Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya membuka mata masyarakat menilai kualiti pengurusan Islam sebenar. 
Kegigihan Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan berlandaskan syariat adalah satu usahah mempamerkan kemurniaan Islam tanpa dicemari unsur-unsur meragukan. 
Pastinya cabaran dalam berhadapan dengan pelbagai ujian dalam mengekalkan momentum memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bersih daripada segala krisis bukannya mudah namun ia perlu diteruskan bagi memberi isyarat bahawa bila bersandarkan kepaa Islam kehidupan kita tidak pernah rugi. 
Pengiktirafan yang diberikan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini. 
Ini menjadi penanda aras kepada rakyat untuk memahami apabia kita meletakkan keyakinan kepada Islam pasti ketelusan pentadbiran terhindar daripada pelbagai krisis-krisis pembaziran dan seumpamanya. 
Kejayaan Kelantan ini bakal menjadi satu langkah membina momentum kepada masyarakat agar memilih Islam untuk diberikan kepercayaan membawa kemajuan Malaysia tanpa didasari korupsi serta ketirisan yang akhirnya membebankan kehidupan rakyat. 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
3 Ogos 2017M / 11 Zulkaedah 1438H – HARAKAHDAILY 3/8/2017
Sumber HD - 3-8-2017 

PRU 14: PAS Perak akan tanding sebanyak mungkin

PAS Perak mengesahkan mereka akan bertanding sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 nanti. 
Pesuruhjaya Perak Razman Zakaria berkata, mereka tidak bersangkut paut dengan mana-mana parti di dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan. 
"Kita tidak sangkut dengan siapa-siapa, berdasarkan kekuatan kita jadi kita boleh letak calon di mana-mana kita ada kekuatan," tegas beliau ketika menghubungi Harakahdaily.
Beliau berkata, sehingga kini PAS Perak sedang menumpukan kerja-kerja pilihan raya untuk 39 kerusi Dun dan 11 kerusi parlimen yang akan bertanding nanti. 
Bahkan katanya, tidak akan timbul soal bimbang berlakunya tiga penjuru kerana PAS tidak perlu ada rundingan dengan mana-mana parti untuk menentukan kerusi yang dipertandingkan. 
Pada PRU-13 yang lalu sebanyak 24 kerusi parlimen dipertandingkan manakala sebanyak 56 kerusi DUN di mana PAS dan PKR masing-masing sebanyak lima kerusi, BN 31 kerusi dan DAP sebanyak 18 kerusi. 
Konflik yang berlaku selepas PRU-13 itu, kerusi Parlimen Bukit Gantang yang diwakili Idris Ahmad terus istiqamah bersama PAS tetapi satu lagi kerusi PAS, Parlimen Parit Buntar menjadi milik PAN selepas wakilnya Dr Mujahid Yusuf Rawa bertindak keluar parti. 
Begitu juga bagi kerusi DUN yang dimenangi PAS dalam PRU 13 lalu iaitu Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Changkat Jering dan Sungai Rapat. – HARAKAHDAILY 3/8/2017
Sumber HD - 3-8-2017 






























































































SU Kehormat PAFA kongsi pengalamannya

MATLAMAT dan tujuan apabila diberikan kepercayaan menguruskan pasukan bola sepak Perak (The Bos Gaurus) adalah untuk menaikkan kualiti bola sepak pada tahap yang terbaik. 
Berkat doa serta harapan dari peminat bola sepak negeri Perak telah membuatkan pemilihan untuk menerajui pasukan TBG dalam meneruskan kegemilangan yang pernah dicapai satu ketika dahulu. 
Perkara tersebut disuarakan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merangkap Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak ketika pertemuan bersama pimpinan Pemuda PAS Perak, di Pejabat PAFA, hari ini. 
Ahmad Shahrul Azhar Sofian merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia dan ketua pasukan kebangsaan Malaysia. 
Ahmad Shahrul Azhar memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Perak pada 1996 hinggalah 2008 manakala pada 1999 hingga 2001 dia mewakili Negeri Sembilan. 
Ahmad Shahrul Azhar mewakili Malaysia ke Sukan Asia Tenggara (SEA), Piala Tiger 2000, Pestabola Merdeka dan kelayakan Piala Asia. 
Beliau pernah menjaringkan hattrick ketika bertemu Kemboja dalam perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 1999. 
Ahmad Shahrul pernah menjadi ketua pasukan kebangsaan pada tahun 2002 ketika mewakili pasukan Kebangsaan di Sukan Asia, Busan, Korea Selatan 
Penampilan terakhirnya adalah pada perlawanan menentang Korea Selatan di Sukan Asia 2002. 
"Bola sepak adalah menjadi satu sukan yang menyatukan pelbagai masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang dan budaya. 
"Kepercayaan yang telah diberikan kepada saya ini akan menjadi tanggungjawab bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri Perak. 
"Alhamdulilah disiplin pemain kita terus diberikan perhatian bahkan penjagaan solat lima waktu sentiasa menjadi keutamaan agar kekuatan pemain bukan sahaja dari sudut luaran bahkan dalaman. 
"Pengalaman saya ketika bersama Karl-Heinz Weigang dulu, setiap malam Jumaat kami akan berkumpul bersama solat maghrib berjemaah kemudian diteruskan dengan bacaan yaasin," jelasnya. 
Pertemuan itu begitu bermakna bagi kepimpinan Pemuda PAS Perak dalam mengetahui dunia bola sepak yang sentiasa ada jatuh bangun serta ia menjadi satu tumpuan dalam kalangan anak muda. 
Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Akmal Kamaruddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak; Hafiz Ahmad dan Pengarah DACS Pemuda PAS Perak; Abdul Qahar Syams. – HARAKAHDAILY 2/8/2017















































































































Sumber HD - 2-8-2017
































































































Pemuda Perak kunjungi Pusat Pengajian Al-Barakah

KUNJUNGAN Pemuda PAS Perak ke Pusat Pengajian Al-Barakah di bawah seliaan Datuk Ustaz Kazim Elias memberikan peluang menimba pengalaman dalam usaha membangunkan institusi pengajian Islam yang mendapat perhatian ramai pihak.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam tersebut menjadi pengalaman bermakna kepada Pemuda PAS Perak dengan perkongsian perjuangan menyampaikan dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat. 
Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Akmal Kamaruddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri, Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak; Abdul Manaf Ismail dan beberapa pimpinan Pemuda PAS Perak. 
"Penerimaan Ustaz Kazim dalam kunjungan mahabbah kali ini menjadi satu peluang anak muda seperti kami agar dapat berkongsi pendapat bersama beliau. 
"Usaha beliau membangunkan pusat pengajian seperti Al-Barakah membuktikan keperluan semasa untuk memastikan masyarakat mengamalkan Islam dengan berlandasakan syariat Islam."Cabaran dan ujian semestinya ada namun itulah satu pengorbanan demi melihat anak bangsa mampu menyampaikan ilmu kepada masyarakat," ujar Ustaz Akmal. – HARAKAHDAILY 28/7/2017 
Sumber HD - 28-7-2017 


































































































PAS Kuala Kangsar ucap tahniah kepada Jun Hoong

PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada atlet terjun kelahiran negeri Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest kelmarin, demikian dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Drs. Khalil Idham Lim. 
“Kejayaan ini membawa kepada detik bersejarah dalam sukan akuati negara apabila seorang anak Perak mampu menjulang nama negara dipersada antarabangsa selepas beliau pernah menunjuklan kecemerlangannya dengan merangkul Pingat Perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro. 
“Kejayaan Jun Hoong diharapkan menjadi aspirasi kepada penggemar sukan akuatik dinegeri Perak dan di Malaysia untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan tersebut,” ujar beliau lagi. 
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri Perak memberi insentif khusus kepada atlit terbabit. 
“Walaupun Jun Hoong pernah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio. Namun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan insentif khusus atas kejayaan tebaru Jun Hoong.” 
Khalil Idham juga mencadangkan agar pakaian sukan akuatik turut direkabentuk menepati pemakaian sukan cara Islam bagi membolehkan kaum muslimah menyertainya. Mereka boleh berpakaian seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat yang menawarkan pakaian muslimah dalam pelbagai jenis sukan termasuklah akuatik. – HARAKAHDAILY 21/7/2017
Sumber HD - 21-7-2017 




































































































Aidulfitri kukuhkan hubungan pelbagai bangsa

SUASANA harmoni dengan sambutan pelbagai kaum menghiasa Majis Rumah Terbuka PAS Perak di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, 16 Julai lalu. 
Kehadiran yang dianggarkan sekitar 15 ribu pengunjung tersebut menjadi menanda aras penerimaan rakyat kepada PAS bahkan isyarat awal kesungguhan PAS Perak untuk mentadbir Perak selepas PRU akan datang. 
Majlis itu diserikan dengan hidangan yang merangkumi selera tradisional dan moden serta makanan istimewa masyarakat banjar. 
Menurut Pengarahnya, Ustaz Mohd Zawawi berkata, sambutan yang diterima begitu baik dan kerjasama diberikan oleh petugas juga tidak menghampakan. 
Katanya, turut bersama dalam sambutan itu pimpinan masyarakat setempat seperti Ketua Kampung dari pelbagai latar, begitu juga bengsa lain yang tidak ketinggalan bersama mengeratkan hubungan antara satu sama lain. 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan, penajaan, membantu menyalurkan bantuan dalam berbagai bentuk demi memastikan program berjalan dengan lancar. 
Pimpinan PAS Pusat juga hadir bersama antaranya, Naib Presiden PAS; Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat; Dr Zuhdi Marzuki, Exco Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Azam Samad serta beberapa pimpinan PAS Perak. 
Persembahan istimewa Daie Buskers berjaya menceriakan suasana majlis dengan hiburan berunsurkan Islam disamping mesej-mesej kemanusiaan yang diselitkan dalam persembahan mereka. – HARAKAHDAILY 18/7/2017












Sumber HD - 18-7-2017 






































































































Kebakaran pondok: Pemuda PAS sampai sumbangan

KEPRIHATINAN Pemuda PAS Malaysia atas insiden kebakaran Pondok Latifiah, Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu telah membuktikan bahawa PAS sentiasa mengambil berat kebajikan institusi pengajian Islam. 
Atas dasar tersebut, Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak telah menyampaikan sumbangan wakil pengurusan pondok tersebut, semalam. 
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia; Ir Khairil Nizam Khiruddin , Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM; Ustaz Mohd Akmal Kamarudin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak; Abdul Manaf Ismail serta beberapa pimpinan Pemuda PAS Perak. 
Ustaz Akmal berkata, sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan dari semua pihak untuk membantu meringankan pihak pengurusan pondok. 
Jelasnya, jumlah kutipan bernilai RM 35,000 menunjukkan rakyat Malaysia begitu cakna untuk memastikan kelangsungan institusi pengajian Islam terus berkembang dengan baik. – HARAKAHDAILY 15/7/2017
Sumber HD - 15-7-2017 








































































































Pengurus TBG: Tahniah Ahmad Shahrul Azhar Sofian

TAHNIAH atas perlantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian selaku Setiausaha Kehormat PAFA dan juga merangkap Pengurus pasukan Bola Sepak Perak (dikenali juga TBG - The Boss Gaurus) yang baru. 
Anak jati Ipoh ini merupakan legenda bola sepak yang banyak membantu skuad The Boss Gaurus ketika menggalas tugas kapten pasukan malah cemerlang sebagai pemain kebangsaan. Pemilihan beliau sebagai pengurus amat bertepatan dan diharapkan momentum kemenangan akan berterusan dan seterusnya dapat  membawa sinar kejayaan buat Perak bagi merangkul trofi Piala Malaysia dan berkedudukan kelompok teratas Liga Super 2017. 
DPPK Tambun terus komited menyokong segala usaha untuk TBG kembali menjadi pasukan disegani kawan, digeruni lawan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan buat kita. 
Dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia kali ini TBG berjaya mengalahkan PKNS FC di laman sendiri. Sabtu lepas juga TBG mencapai kemenangan 3-2 ke atas Kedah dalam saingan Liga Super di tempat lawan. 
HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak
12 Syawal 1438H/6 Julai 2017M – HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD - 6-7-2017 










































































































Silakan ikut cara politik LKS, PAS tidak ikut

CABARAN Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa supaya PAS menamakan calon Menteri Besar (MB) Kelantan menunjukkan keangkuhan dan kegopohan serta kemaruknya beliau dan Pakatan Harapan (PH) kepada kuasa dan jawatan. Malah, kenyataannya bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon sejak zaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas telah memperlekeh dan menghina Almarhum. 
Paling dangkal dan sempit fikiran apabila menjadikan perkara itu sebagai sandaran alasan kononnya PAS tidak jelas dengan perjuangan. Malangnya beliau membuat bandingan dengan PH yang dipuji lebih jelas perjuangan mereka. Bahkan tanpa segan silu, beliau ‘angkat bakul’ mengagumi sendiri dirinya layak ke jawatan MB. Walhal, pengisytiharan dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu menjadi spekulasi dan polemik sesama pimpinan PH. 
Lebih melucukan, DAP tiada satu kerusi pun di Kelantan untuk Husam sandarkan sokongan. Paling jelik, pengisytiharan Kit Siang itu membuktikan sikap campur tangan, percaturan dan berlagaknya DAP sebagai ‘Tuan’ PH. Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah. Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’ 
Pengumuman calon MB lebih awal sebelum PRU (yang belum pun dipalu gendangnya) adalah gaya politik Kit Siang. Jika Husam kagum dengan cara politik itu, silakan. Kami tetap kagumi dan mengikuti cara politik yang dibawa Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berasaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Politik yang membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat. 
Pegangan itulah yang membawa kepada pendekatan dan cara gaya politik PAS termasuk tidak pernah membuat pengumuman sedemikian. PAS hanya melaksanakan perkara yang diimani, yakin dan pasti bukannya terbuai oleh mimpi dan angan-angan dan keputusan penuh kemungkinan masa hadapan. Pada Allah kami berserah, bertawakal dan berusaha demi meninggikan Islam. 
USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
5 Julai 2017 | 11 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 5/7/2017
Sumber HD- 5-7-2017 












































































































Pondok Pakteh terbakar: Mohon sumbangan

PONDOK Pakteh Kroh, Perak telah mengalami kebakaran. Lebih kurang 14 buah pondok terbakar. Maklumat awal yang diterima tiada kemalangan jiwa. 
“Kami menyeru kepada semua pihak agar turut serta membantu bagi membina semula pondok yang terbakar dan membeli semula barang-barang yang terbakar terutama kitab-kitab kegunaan para pelajar,” ujar Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin dalam mesej ringkasnya. 
Dalam mesejnya juga Ustaz Akmal menyatakan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN Mohon maklumkan jumlah sumbangan anda melalui sms@Whatsapp 019-5452471. 
“Semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati seluruh hidup anda. Jazakumullah Khair atas keprihatinan dan kecaknaan anda,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 3/7/2017
Sumber HD - 3-7-2017 














































































































PAS Perak sampaikan sumbangan untuk staf negeri

KAKITANGAN Pejabat Perhubungan PAS Perak telah menerima kunjungan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Perak sempena penyampaian sumbangan Aidilfitri 2017. 
Kunjungan itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri bersama Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Perak, Abdul Manaf Ismail di Pejabat Perhubungan PAS Perak di Medan Istana, hari ini. 
Menurut Manaf, sumbangan yang diberikan hasil daripada pelbagai pihak untuk menghargai segala gerak kerja parti tanpa mengira masa dan ketika. 
Tambahnya, dalam kalangan mereka sanggup memberikan komitmen setiap program dan gerak kerja PAS walaupun pada waktu luar operasi pejabat. 
Sementara itu, Ustaz Hafez Sabri berkata kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perak sentiasa memberikan khidmat terbaik dalam memastikan perjalanan pengurusan parti berjalan dengan baik. 
"Pemuda PAS Perak menghargai golongan murabitun PAS yang terus memberikan khidmat walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga. 
"Senyuman yang menghiasi wajah-wajah mereka menjadi pemangkin kepada anak muda agar tidak pernah berputus asa menjadi tulang belakang dalam gerak kerja dakwah. 
"Terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin dan memberikan kepercayaan menyampaikan sumbangan serta bantuan bagi memerlukan," ujarnya. 
Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perak mempunyai tujuh orang merangkumi Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamak dan Pegawai Penerangan & Hubungan Media. – HARAKAHDAILY 22/6/2017


























Sumber HD - 22-6-2017 
















































































































Pemuda PAS Perak diperkenan berbuka bersama Sultan

SEPERTI tahun-tahun lepas, Pemuda PAS Perak telah memenuhi jemputan ke Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam. 
Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan, sektor korporat dan warga media dan para jemputan khas. 
Ketua Pemuda PAS negeri, Akmal Kamaruddin telah mengetuai rombongan ke majlis tahunan tersebut. 
Pemuda PAS segak berpakaian baju melayu hijau serta bersampin berlogo PAS yang menarik perhatian hadirin secara kebetulan sedondon dengan DYMM Tuanku Sultan Perak. 
Dalam majlis tersebut, Pemuda PAS telah beramah mesra dengan para tetamu yang hadir di samping menjamah jamuan disediakan. 
Majlis itu bermula dengan penyampaian zakat kepada penerima terpilih seterusnya berbuka puasa dan bertarawih bersama Tuanku Sultan Perak. 
Mohd Akmal berkata, Pemuda PAS mengucapkan sembah terima kasih kepada pihak Istana yang terus memperkenan menjemput pihaknya ke majlis tersebut. 
Menurutnya, program keraian itu adalah platfom yang sangat baik dalam memperkenalkan imej parti Islam itu kepada semua pihak. 
"Kami sangat berterima kasih kepada pihak Tuanku yang sudi menjemput kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini (semalam). 
"Pemuda PAS komited dalam meneruskan serta mengekalkan hubungan baik dengan pihak istana," katanya. 
Jelas Mohd Akmal, sambutan positif daripada pelbagai pihak adalah gambaran bahawa parti itu adalah satu entiti yang sangat penting kepada negara pada masa kini. 
Selepas selesai solat tarawih, para tetamu termasuklah Pemuda PAS berkesempatan beramah mesra serta bergambar sebagai tanda kenangan. - HARAKAHDAILY 18/6/2017
Sumber HD- 18-6-2017 


















































































































2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa
Posted on Sunday, June 04 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35251



SITIAWAN - Gara-gara mencuri kelapa, dua lelaki menerima padah apabila orang kampung bertindak menangkap dan mengikat mereka pada sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada anggota polis di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya mencekup kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi lima meter diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan.

Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 10 penduduk lain bergegas ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

“Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.


“Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan sebaik kami terus menangkap dan mengikat k
edua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Yaacob berkata tujuan mengikat kedua-dua suspek masing-masing berumur belasan tahun dan awal 30-an adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.

“Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan.

“Siapa sangka di bulan mulia ini masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Mohd Yaacob berkata kedua-dua suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan sambil mengaku ia pertama kali dilakukan, namun semuanya terlambat dan kejadian tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada individu lain.

Kejadian tersebut turut menjadi tural di media sosial termasuk Facebook. – BERNAMA


Sumber TKO - 4-6-2017



















































































































PAS Lumut santuni warga pendidik 14 sekolah

PAS Kawasan Lumut telah menjelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Manjung terdiri daripada 14 buah sekolah yang terlibat untuk memberi penghormatan sempena Hari Guru.
Sambutan warga pendidik menerima baik kehadiran kunjuangan pimpinan PAS Kawasan Lumut ke sekolah mereka bahkan turut memberikan layanan mesra di samping mengeratkan silaturrahim bersama. 
Antara yang terlibat dalam  siri jelajah tersebut, AJK PAS Kawasan Lumut, Zamri Ibrahim; Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang, Hamidun Ahmad; Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin; dan Ketua Pemuda PAS Lumut, Aminudin Ahmad serta beberapa orang pimpinan kawasan yang lain. 
Pendekatan dan usaha PAS itu mampu membuka mata masyarakat di Malaysia khususnya sekitar Seri Manjung terus menerima baik matlamat PAS dalam memperjuangkan syariat Allah. – HARAKAHDAILY 21/5/2017
PASLumut 5 

PASLumut 4 

PASLumut 3 

PASLumut 1
Sumber HD-22-5-2017 
























































































































Guru Pasti pembina ummah terbilang

MAJLIS Sambutan Hari Guru PASTI telah diadakan di Hentian D'Batu 8, demi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru Pasti dalam usaha melahirkan ummah terbilang berteraskan pendidikan agama serta fikrah Islam berkualiti. 
Semoga Guru-guru Pasti akan lebih bersemangat dan bermotivasi agar dapat menarik minat ibu bapa di Bagan Datuk untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti seterusnya dapat merealisasikan hasrat serta cita-cita untuk mewujudkan sebuah Sekolah Rendah Islam di Daerah Bagan Datuk, demikian harapan Timbalan YDP PAS Kawasan Bagan Datuk, Mohd Mokheri  Abdul Jalil. 
Beliau menyampaikan harapan tersebut ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Pasti, 20 Mei lalu. 
Sementara itu, Pengerusi Pasti Bagan Datuk, Mohd Nizam Husin berkata  program itu  sudah menjadi aktiviti tahunan sebagai penghargaan kepada semua guru Pasti agar terus ikhlas dalam menunaikan amanah menjadi seorang pendidik yang dihormati oleh masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 21/5/2017
Pastiperok 2
Sumber HD- 22-5-2017 

























































































































Jentera IT Perak tekad sedia hadapi PRU14

KEMENANGAN dalam pilihan raya akan datang memerlukan persediaan rapi melalui segala bentuk tenaga untuk memastikan gerak kerja lebih proaktif dan bersasar sesuai dengan keperluan semasa. 
Segala gerak kerja berkaitan teknikal memerlukan kepada satu pasukan IT berkemahiran tinggi maka peranan Jabatan IT sangat diperlukan sekaligus berada dalam watak penting kepada kemenangan pilihan raya. 
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak, Ustaz Mustafa Wahab berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Rangsangan IT PRU 14 Negeri Perak, di Markaz Tarbiyyan Air Kuning, di sini, 20 Mei. 
"Saya semakin jatuh hati dengan gerak kerja IT yang sentiasa membantu Jabatan Pilihan Raya melalui aplikasi serta sistem terkini bagi memudahkan jentera melaksanakan tugasan. 
"Keupayaan PAS melahirkan tenaga pakar adalah membuktikan bahawa PAS sentiasa berada di hadapan serta mengikuti perkembangan teknologi terkini. 
"Tahniah kepada semua penggerak jentera kawasan-kawasan yang komited membantu PAS dalam segala aspek bahkan ia menzahirkan kepada pihak musuh PAS mempunyai kekuatan luar biasa," katanya. 
JeRIT Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan jentera penggerak IT dengan kombinasi daripada pemuda, ulama dan muslimat. 
Taklimat berkaitan persediaan PRU 14 juga telah diberikan oleh wakil Jabatan IT PAS Pusat yang diketuai oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong serta beberapa penyelaras Data Apps dan MBMM PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017 



























































































































Dr Khazani: PAS Perak ucap takziah

BADAN Perhubungan PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat isteri dan ahli keluarga Almarhum Prof. Dr. Khazani Abdullah atas pemergian Allahyarham bertemu Maha Pencipta. 
Semoga Almarhum ditempatkan bersama golongan hamba yang Allah SWT yang dianugerahkan keredhaan-Nya. 
Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat PAS atas sumbangan idea dan strategi terutama dalam memastikan keberjayaan BPMS yang diaplikasikan sehingga kini. 
Sumbangannya dapat memperkukuhkan PAS dalam mendepani politik semasa tanah air yang makin mencabar. 
Kehilangan peranaan serta sumbangan kemahiran Almarhum diharap dapat diwarisi oleh generasi penggerak gerakan dakwah serta menjadi satu kebaikan kepada Islam.\ 
Semoga pihak keluarga Almarhum bersabar atas kehilangan ini. 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017 





























































































































YDP PAS Kuala Kangsar rasmi Hari Guru Pasti

YANG Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Drs Khalil Idham Lim merasmikan Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar yang berlansung Di Warisan Kafe, MH Hotel Sungai Siput hari semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah PASTI Perak, Mohd Helmi Affindi Ali, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar,  Ahmad Dzorif Ramli, Pengerusi Pasti Kawasan Kuala Kangsar, Pengurus Pasti Unit, AJK Dewan Pemuda PAS dan AJK Pasti Kawasan. 
Bertemakan pakaian ungu, guru-guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar menampilkan wajah ceria hadir ke Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar pada tahun ini. Lebih 35 orang guru yang hadir. 
Dalam ucapan beliau, YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar amat menyanjung tinggi tugas dan peranan guru Pasti yang mula bertugas seawal pagi menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Komitmen dan keikhlaskan yang ditunjukkan oleh guru ternyata membuahkan hasil dengan kecemerlangan murid keluaran Pasti selain pertambahan jumlah murid saban tahun. 
Katanya lagi, agenda perjuangan guru Pasti akan diteruskan lagi dengan adanya SRITI sebagai penyambung pendidikan anak-anak Pasti khususnya pada masa akan datang.
Sebelum itu, Timbalan Pengarah Pasti Perak dalam ucapannya mengingatkan guru agar jangan hanya menjadi guru yang mengajar sahaja, namun jadilah mursyid yang memberi tunjuk ajar, muaddib yang mendidik dan murabbi yang membimbing murid. Beliau juga mengingatkan agar guru Pasti mesti terlibat dengan aktiviti PAS yang semestinya memerlukan komitmen yang tinggi dan guru Pasti semestinya adalah ahli PAS. 
Dalam majlis tersebut guru-guru diraikan dalam suasana minum petang yang santai. 
Kemudian setiap guru menerima cendermata dari pihak Pasti Kawasan Kuala Kangsar dan Pasti Perak sebagai buah tangan atas penat lelah meraka yang terus istiqamah mendidik anak bangsa. 
YDP PAS juga menegaskan  betapa tinggi keikhlasan yang ada di kalangan guru yang menginfakkan tenaga dan masa untuk PAS, beliau mengharapkan usaha tersebut pasti tidak akan sia-sia kelak dan akan menjadi bekal di hari kemudian yang kekal abadi. 
Beliau juga yakin dengan kemajuan Pasti dimasa akan datang. Walaupun diancam dengan berbagai gangguan untuk melemahkannya oleh pihak lawan namun ia terus berkembang . 
Diharapkan pada masa hadapan, bilangan Pasti di Kuala Kangsar dapat ditingkatkan lagi. – HARAKAHDAILY 19/5/2017
pastikk4 

pastikk3 

pastikk2 

pastikk1
Sumber HD - 19-5-2017 































































































































PAS Perak sokong tanding lebih 100 kerusi

PAS Perak menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan yang menyatakan bahawa PAS akan bertanding lebih dari 100 kerusi dalam satu sidang media yang diadakan. 
Bilangan sebanyak 222 kerusi bagi Parlimen Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 
PAS menjadi peneraju Gagasan Sejahtera(GS) dengan gabungan parti-parti politik, NGO serta individu tokoh masyarakat yang inginkan perubahan menyeluruh dengan menawarkan kepada masyarakat kerajaan Alternatif dengan bertanding melebihi 112 kerrusi.      
Pendirian PAS kini telah membuktikan bawah PAS bebas dari tuduhan boneka atau hendak begabung dengan mana-mana parti yang hendak menjadikan PAS sebagai batu loncatan memenuhi matlamat serta kepentingan mereka sahaja.                 
   
Rakyat wajar memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera untuk menyelesaikan isu integriti yang menyumbang kepada permasalahan rakyat. 
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
15 Mei 2017M bersamaan 18 Syaaban 1438H – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 

PAS Perak Putuskan Hubungan Dengan PKR
Posted on Saturday, May 13 @ 18:59:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34920



IPOH- PAS Perak memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri sebagai mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS menamatkan Tahaluf Siyasi dengan parti itu hari ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata keputusan Majlis Syura Ulama itu adalah tepat setelah mengambil kira percanggahan yang dibangkitkan PKR.

“Kita menerima keputusan yang dibuat dan kita harap anggota serta jentera parti akan kekal fokus untuk mengukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh mengenai keputusan itu dibuat kerana PKR melanggar kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawa PAS.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya berlapang dada dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS.– BERNAMA

Sumber TKO - 13-5-2017


































































































































Sinar Harian dibawa sebagai pihak ketiga

MAHKAMAH Sesyen Ipoh hari ini telah membenarkan permohonan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria untuk membawa masuk Sinar Harian sebagai pihak ketiga dalam kes saman oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadapnya. 
Sinar Harian dibawa sebagai pihak ketiga kerana ia merupakan pihak yang menyiarkan berita bertajuk 'Pendekatan Nizar Mirip DAP' yang menjadi asas tuntutan Nizar terhadap Razman.Dalam prosiding hari ini, peguam Nizar membantah permohonan tersebut atas alasan ia dibuat setelah tarikh bicara ditetapkan. Namun begitu bantahan tersebut tidak diterima oleh mahkamah. 
Peguam Razman ketika menghujah berkenaan bantahan peguam Nizar tersebut menyatakan bahawa peguam Nizar (Plaintif) tiada hak untuk membantah permohonan untuk kebenaran membawa masuk pihak ketiga kerana berdasarkan prinsip undang-undang, adalah jelas, permohonan berkenaan adalah merupakan urusan di antara Razman (defendan) dengan pihak ketiga. 
Pada prosiding hari ini juga peguam Nizar membangkitkan perkara bahawa Razman masih belum menjelaskan kos sebanyak RM8,000 yang diperintahkan oleh mahkamah ketika memutuskan berkenaan notis permohonan membatalkan saman serta notis permohonan membatalkan tuntutan balas. 
Namun begitu perkara tersebut telah diselesaikan apabila peguam Razman memaklumkan terdapatnya silap faham kerana terdapatnya komunikasi di antara peguam Razman dan salah seorang peguam Nizar (yang tidak hadir pada prosiding hari ini) agar kos berkenaan diselesaikan setelah pendengaran rayuan Razman berhubung perintah berkenaan di Mahkamah Tinggi. 
Atas dasar tidak mahu perkara ini menimbulkan polemik, direkodkan pada hari ini bahawa Razman akan menjelaskannya selewat-lewatnya pada hari Jumaat  (21 April 2017). 
Rayuan Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh ditetapkan untuk pendengaran pada 24 Mei 2017. 
Ketika ditanya berkenaan isu masih belum menjelaskan bayaran berkenaan, Razman memaklumkan bahawa dia tidak berniat menghina mahkamah tetapi atas kesilapfahaman berhubung terdapatnya komunikasi salah seorang peguamnya dengan peguam Nizar, selain itu tiada dinyatakan diperintah berkenaan tempoh masa ia perlu dibayar.
"Saya tiada masalah untuk menjelaskannya," katanya. 
Razman diwakili peguam dari Lajnah Undang-undang & Guaman PAS Perak, Mohd Zamri, Ahmad Azhar,  Nurul Huda dan Syahidah Hanum. 
Kes ditetapkan untuk pengurusan kes bagi pihak ketiga pada 18 Mei depan. - HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





































































































































Juara ahli parlimen paling kontroversi

HASAN Al-Basri rahimahullah pernah berkata: “Sesungguhnya fitnah ini, jika dia datang maka sudah diketahui oleh setiap alim dan jika dia sudah pergi maka baru diketahui oleh setiap yang jahil.” 
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Kelak akan ada banyak FITNAH kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang berusaha (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (HR. Al-Bukhari no. 3601 dan Muslim no. 2886) 
1) Umum mengetahui bahawa Malaysia mempunyai seorang Yang Berhormat ahli parlimen yang suka mencipta publisiti murahan dengan fitnah dan berita kontroversi. Malahan kerap mencabar untuk disaman. 
2) Penipuan demi penipuan yang dilakukan beliau menjerat dirinya sendiri. Dalam isu MRT, tindakan salah kira ahli parlimen tersebut menutup tirai 2016 dengan kisah lucunya. Kisah lucu ini boleh dibaca pada pautan http://m.malaysiakini.com/news/367835 
3) Ahli parlimen tersebut juga membawa isu Tabung Haji seolah beliaulah orang yang paling layak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji. Sama-sama kita nantikan episod kontroversi dari beliau. Dalam isu yang melibatkan Tabung Haji sebelum ini, YB Senator Asyraf Wajdi telah bertindak menyaman beliau. Boleh kita teliti di pautan ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1474115969285112&id=116331768396879 
4) Klimaks kontroversi YB ahli parlimen tersebut apabila bertindak mencatur Langkah Kajang. Arkitek yang mencorak penipuan terancang menafikan kebenaran dan ketelusan seorang Menteri Besar di Selangor. Sangat dahsyat fakta yang dilontarkan, namun hakikatnya hanya nombor yang direka demi kepuasan matlamat politik yang menghalalkan cara. Kemudian tanpa segan silu meminta maaf selepas dibunuh karekternya. Kita bole baca dalam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1010606382307202&id=145165568851292 
5) Terkini menuduh PAS mengambil duit 1MDB melalui orang rapat PAS. Kemudian dinamakan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang merupakan bekas pimpinan PAS. Jelaslah ahli parlimen ini merupakan juara kontroversi. Orang sebegini, dalam bahasa kita sebut, dengar boleh percaya jangan. Semoga Allah bukakan hati beliau untuk bertaubat. 
"Inilah Penyelesaian Kita" 
"Bertekad Melebar Muafakat" 
"Sedia Memerintah" 
Syakirin Hussin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak
Sumber HD - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






































































































































Pendekatan politik PAS seiring keperluan semasa

PERKEMBANGAN teknologi maklumat dan dunia ilmu yang begitu pantas dan mendadak turut mempengaruhi situasi politik dalam negara. 
Situasi dalam dunia ilmu atau sains ini juga tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam dunia politik. Dunia ilmu atau sains yang dikenali sebagai organisasi masyarakat yang virtual, manakala dunia politik pula selalu disebut sebagai organisasi masyarakat yang realiti. 
Semua perkembangan politik semasa boleh diperolehi di hujung jari sahaja maka PAS tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perdana siber terkini. 
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama "Inilah Penyelesaian Kita' sempena Konvensyen PAS Perak ke-20 di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, dekat sini. 
"Dalam kita berpolitik, situasi terkini memerlukan lonjakan paradigma yang menyeluruh dalam mengurus strategi dan pendekatan parti, supaya pengurusan politik bukan sekadar memenuhi tuntutan politik demokrasi semata-mata tetapi lebih terjurus ke arah mencapai matlamat sebuah parti itu ditubuhkan secara terancang mengikut tertib dan adabnya. 
"Kematangan berpolitik bukan semata-mata dinilai lamanya kita berjuang, bukan juga dinilai banyaknya kita menempuh mehnah dan fitnah. 
"Terbukti, ramai yang lama berjuang akhirnya kecundang, ramai yang menempuh tribulasi dalam perjuangan  akhirnya, hilang jati diri. 
"Ahli-ahli PAS di semua peringkat hendaklah matang dalam politik, keghairahan untuk meraih kemenangan tanpa perancangan strategik yang bersistem, pengorbanan yang tinggi dan gerak kerja yang berterusan hanya akan menghilangkan kebijaksanaan dan kematangan," ujarnya. 
Menurut Razman, keghairahan untuk menang perlu ada pada setiap ahli parti, tetapi kewujudannya tidak lebih sekadar faktor motivasi sahaja. 
Tambahnya, dalam apa jua kemenangan yang pernah dicapai oleh baginda Rasulullah saw, asasnya mestilah takwa dan istiqamah yang tinggi serta berterusan. 
Beliau menyatakan bahawa kekuatan PAS bukan sekadar pada dasar perjuangan yang ampuh, tetapi didokongi juga dengan kekuatan akar umbi yang sekian lama tertanam dalam masyarakat. 
"Kita semakin mendapat sokongan dari pengundi teras yang sebenar iaitu Islam dan Melayu, undi akar umbi ini sangat penting untuk melakar kemenangan masa depan Islam. 
"Kekuatan akar umbi hendaklah terus diperkukuh, agar menjadi akar yang lebih teras dan kekal menunjangi tanah air kita. 
"Gerak kerja pilihan raya seharusnya telah bermula dan dilaksanakan dengan berkesan. Kita usah diulit dengan mimpi kemenangan yang berasaskan andaian-andaian yang tidak konkrit. Impian yang dirasuk oleh emosi untuk menang kadangkala banyak menimbulkan kekeliruan daripada membina persefahaman. 
"Dalam keghairahan untuk menang, kita seharusnya telah mengatur kemenangan itu dengan gerak kerja yang konsisten, bermula dengan  pengarahan kerja di bilik gerakan, mengatur program turun padang, menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa batasan agama, bangsa, dan politik," tegasnya. 
Jelas Razman, dalam pilihan raya semua undi dari sesiapapun diperlukan untuk meraih kemenangan. Semua undi mempunyai nilai kemenangan yang sama walaupun undi itu datangnya dari sang perampok,  si pelacur yang hina @ dari para ulama yang mulia.
Justeru, PAS di semua peringkat di Perak mestilah berani meneroka pendekatan baru dengan penuh yakin dan konsisten. 
Katanya, pendekatan politik baru kadang-kadang dilihat oleh segelintir orang seperti kita kembali ke belakang, hakikatnya tidak begitu. Kalaupun dilihat begitu, anggaplah gerakan ini adalah islah dan tajdid. 
Pengislahan dan tajdid tidak bermakma kita kembali ke belakang, ia bertujuan memperkemas, memperkukuh, menambah baik gerak kerja, memuhasabah dan mempertingkatkan semua aspek pengurusan. – HARAKAHDAILY 16/4/2017
Sumber HD - 16-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


PAS yakin bentuk kerajaan di Perak dengan 30 kerusi
Posted on Thursday, April 13 @ 15:41:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34490


Pemimpin PAS Perak sekali lagi menarik perhatian apabila membuat komen ringkas mengenai perancangan masa depan parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, membayangkan mereka benar-benar bakal mentadbir negeri itu daripada BN.

Caranya - PAS akan meletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan berdoa supaya Umno tidak meletakkan calon mereka di situ.

Razman juga berdoa supaya orang Umno akan mengundi PAS.

"Selepas PRU14 insya-Allah PAS bentuk kerajaan. Usahakan sebelum terlambat," katanya di Facebook hari ini.

PAS pernah mempunyai wakil sebagai menteri besar pada 2008 apabila parti itu bersama DAP dan PKR menguasai majoriti di DUN Perak.

Walaupun mempunyai kerusi yang lebih rendah berbanding PKR dan DAP, pakatan tersebut bersetuju menamakan wakil rakyat PAS sebagai menteri besar.

Bukan parti khadam

Bagaimanapun melalui percaturan politik pihak lawan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diketepikan daripada jawatan berkenaan dan BN kembali menguasai Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemudian dilantik mengisi jawatan berkenaan.

Mohamad Nizar bagaimanapun diketepikan pewakilan PAS pada muktamar parti itu di Kuala Selangor pada 2015 bersama ramai tokoh lain, termasuk Mohamad Sabu.

Semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta PAS menyatakan pandangan secara jelas berhubung 'sifir politik' Razman.

Kata Rafizi, kenyataan dibuat Razman itu meresahkan kerana dia mempunyai jawatan tinggi dalam PAS.

Katanya, ia juga menimbulkan keresahan ramai kerana mengesahkan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir dalam PAS masih berangan-angan untuk bergabung dengan Umno - sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus - dan mengambil alih Putrajaya.

Berdasarkan kedudukan semasa, sesebuah parti boleh menguasai DUN Perak dengan majorti mudah jika mendapat 30 kerusi.

Menurut Razman, dengan 30 calon diletakkan di Perak, ia cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

"PAS Perak bukan khadam DAP," katanya.

Sumber TKO - 13-4-2017

No comments:

Post a Comment