BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, April 15, 2017

PAS DAN HALEHWAL JOHOR DARUL TA'ZIM (JILID 2)


Pulau Batu Puteh: Tarik semakan rugi negara

PADA 2 Februari 2017, Malaysia secara rasminya telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Apabila Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan ICJ dalam kes tuntutan bertindih ke atas pulau itu, ia membuka satu pintu kesedaran kepada rakyat bahawa kita sebenarnya masih berpeluang untuk memiliki semula Pulau Batu Puteh. Permohonan semakan oleh Malaysia adalah berdasarkan Perjanjian Khas bertarikh 9 Mei 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama. Semua dilakukan berlandaskan Undang-undang Antarabangsa dan mengikut ketetapan ICJ di The Hague, Belanda.

Permohonan semakan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura mempunyai hak untuk membuat permohonan semakan kepada ICJ sekiranya wujud dokumen baharu yang tidak digunakan semasa perbicaraan asal, maka disebabkan itu tindakan Malaysia adalah mengikut peruntukan perundangan ICJ dan ianya mestilah dipohon bagi semakan semula pada Mei 2018.

Mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menjelaskan bahawa tiga fakta baharu yang diperoleh bagi menyokong permohonan Malaysia menyemak keputusan ICJ telah ditemui selepas Pejabat Peguam Negara meneliti lebih 3,000 dokumen milik National Archives of the United Kingdom atau Arkib Negara United Kingdom di sana.

Pada peringkat awal, semua dokumen-dokumen tersebut telah diklasifikasikan sebagai sulit namun ia telah didedahkan kepada umum pada September 2013 iaitu selepas lima tahun keputusan dibuat. Malaysia pula hanya memperolehi dokumen tersebut di antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017 ketika menyemak kembali fail Arkib Pentadbiran Tanah Jajahan selepas didedahkan kepada umum.

Bukti bersejarah ini adalah sesuatu fakta yang sangat bermakna kepada kita untuk kembali menuntut hak kedaulatan melalui semakan semula terhadap Pulau Batu Puteh.

Pada 5 Februari 2017, Setiausaha Agung Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad telah menyatakan bahawa bukti sejarah yang tidak boleh dicabar bahawa Pulau Batu Puteh sememangnya berada dalam Wilayah Malaysia dalam setiap keadaan akan memberi peluang cerah kepada Malaysia dalam proses semakan semula keputusan ICJ. Beliau memberi contoh dengan merujuk kepada kes kuil purba Preah Vihear yang mana ICJ memutuskan kuil itu terletak dalam kedaulatan Kemboja kerana wujud bukti sejarah yang tidak boleh disangkal Thailand.

Ia dituruti dengan kenyataan Timbalan Pengarah Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh pada 6 Februari 2017 mendakwa bahawa Singapura juga mengetahui mengenai rekod komunikasi antara pemimpin tertinggi British pada lewat 1950-an yang menyatakan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura tetapi mereka menyembunyikannya selama ini. Sebagai seorang yang Pakar Undang-undang Antarabangsa, beliau percaya Malaysia mempunyai peluang cerah dalam proses semakan semula keputusan ICJ tersebut.

Mengikut laporan yang disiarkan oleh ICJ, dokumen yang dikatakan sebagai fakta baharu adalah termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada tahun 1958, laporan mengenai satu kejadian difailkan seorang Pegawai Tentera Laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an. Melihat kepada dokumen-dokumen ini sudah tentu ia membuka ruang untuk Malaysia kembali memiliki Pulau Batu Puteh.

Keterangan ringkas tiga dokumen yang dinyatakan dalam permohonan kerajaan Malaysia kepada ICJ adalah seperti berikut;

i.     Dokumen Pertama adalah merupakan telegram sulit pada 1958 daripada Gabenor Singapura kepada Setiausaha Negeri-negeri Jajahan yang mencadangkan pembentukan koridor perairan antarabangsa kira-kira 1.6 kilometer dari pulau tersebut sekali gus menunjukkan beliau tidak menganggap Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada Wilayah Singapura.

ii.     Dokumen Kedua adalah merupakan laporan insiden kapal pada 1958 yang menyebut tentang ketidakmampuan tentera laut Britain untuk membantu kapal Malaysia yang diekori oleh bot bersenjata Indonesia dekat pulau tersebut kerana ‘kawasan itu berada dalam wilayah perairan Johor’. Kandungan dokumen ini secara jelas menunjukkan bahawa Britain mengiktiraf perairan di sekitar pulau berkenaan adalah milik Johor dan Britain tidak melihat bahawa perairan di sekitar pulau itu milik Singapura.

iii.     Dokumen Ketiga pula adalah merupakan peta pada 1962 yang mempunyai nota tulisan tangan pada 1969 yang menunjukkan wilayah perairan Singapura tidak melebihi sekitar Pulau Batu Puteh.

Ia adalah jauh lebih penting daripada keputusan ICJ sebelum ini bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura yang hanya bersandarkan kepada bukti bahawa republik itu telah mentadbir pulau tersebut buat sekian waktu melalui pengendalian Rumah Api Horsburgh.

Kedudukan dan jarak Pulau Batu Puteh yang hanya berada 12.8 km dari Pantai Pengerang, Johor dan 64 km dari perairan terdekat Singapura secara logiknya sepatutnya adalah milik Malaysia tetapi ia tidak mampu untuk meyakinkan ICJ kerana faktor kelemahan pasukan daripada Malaysia pada ketika itu untuk mengemukakan bukti bertulis bahawa pulau tersebut adalah milik Malaysia sejak dari Era Kesultanan Johor lagi.

Sejarah telah membuktikan bahawa Pulau Batu Puteh adalah sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Diraja Johor, bersandarkan kepada Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 dan Perjanjian Crawfurd pada 2 Ogos 1824, yang mana ia telah menggariskan persempadanan kedaulatan Kesultanan Diraja Johor dan ianya masih sah hingga ke hari ini.

Pasti ramai yang masih ingat lagi pesanan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sebelum mangkat, Baginda berpesan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau itu mesti kekal menjadi sebahagian daripada Johor. Titah Almarhum dibuat setelah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1979 adalah milik Singapura oleh ICJ.

Bertepatan dengan pesanan itu, pada 29 Mei 2014, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) supaya Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah pasukan khas mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan ICJ itu.

Di atas kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk membuat semakan semula terhadap hak milik Pulau Batu Puteh telah mendapat pujian daripada Sultan Ibrahim yang menzahirkan ucapan syabas kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan pasukannya yang berjaya menjumpai bukti baharu berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa walaupun saiz Pulau Batu Puteh kecil, namun setiap inci tanah Negeri Johor mesti dipertahankan kerana itu adalah lambang kedaulatan Johor dan menjadi sebahagian kedaulatan Malaysia.

Singapura mulakan perang saraf 
Pertembungan di antara Malaysia dengan Singapura bukanlah perkara baharu dan ianya berterusan khususnya yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara. Sebagai contoh yang diketahui umum adalah berkaitan dengan isu Tambak Johor yang tidak boleh diusik kerana paip yang membekalkan air ke Singapura berada di atas tambak yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Sebelum ini Malaysia pernah mencuba untuk mengubah struktur Tambak Johor namun ia akan memberi kesan kepada paip air dan ia akan dianggap melanggar peruntukan Perjanjian Air 1961 dan 1962. Itu sebagai satu contoh yang mewakili pelbagai isu yang telah dan sedang berlaku.

Maka apabila berhadap dengan isu permohonan tuntutan semakan semula keputusan ICJ 2008 yang difailkan oleh Kerajaan Malaysia maka ia sengaja dikaitkan menjelangnya Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke 14 (PRU14) walhal isu tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh bukanlah satu perkara yang baharu di Malaysia.

Namun perang saraf yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah berjaya menarik perhatian sebahagian daripada pemimpin PH sehingga mereka telah menyahut perang saraf ini dengan hujah yang hampir serupa dengan PM Singapura.

Akhirnya, pada 30 Mei 2018 Malaysia telah menarik diri daripada semakan keputusan dan tidak meneruskan prosiding yang dimulakan sebelum ini. Kenyataan ini dikeluarkan sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada semakan keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh yang dicabar semula oleh Pentadbiran Kerajaan terdahulu.

Apakah faktor yang menyebabkan semakan keputusan ditarik balik? 

Sehingga kini, ia menjadi satu persoalan yang masih belum terjawab. Pelbagai andaian telah disebarkan namun masih bertemu dengan sebab yang sebenarnya. Dr Mahathir selaku Perdana Menteri sudah pasti lebih mengetahui alasan-alasannya namun masih juga tidak mendedahkan butiran-butiran tersebut.

Kerajaan Negeri Johor juga tidak membuat apa-apa bantahan atau tidak berfungsi terhadap isu ini selain meletakkan kesalahan kepada pimpinan kerajaan yang lama. Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Osman Sapian memberikan alasan bahawa beliau masih baru ketika itu dan tidak begitu mengetahui tentang isu pulau ini sedangkan mengikut rekod beliau telah pun dipilih sebagai Adun Kempas yang mewakili Umno-BN sejak tahun 1999 lagi.

Antara lain beliau menyebut ;
“…saya kurang arif tentang sejarah dan perjalanan Batu Puteh semasa dibawa ke ICJ dulu sebabnya saya masih baru. Saya mengikuti, tetapi tidak secara mendalam”
Beliau juga menyalahkan kerajaan dahulu iaitu BN di atas kecuaian yang telah berlaku sedangkan pada Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura, beliau juga adalah pimpinan BN dan ini sudah pasti menimbulkan persoalan.

Namun apa yang pasti dan tidak dapat kita nafikan adalah pihak yang paling bergembira dengan keputusan ini adalah Singapura. Penganalisis-penganalisis dari Singapura mengandaikan bahawa isu domestik menjadi punca mengapa Malaysia menarik diri. Apa yang dimaksudkan dengan isu domestik adalah kerajaan baharu pimpinan PH lebih memberi tumpuan dalam menyelesaikan isu politik dan ekonomi domestik dan tidak mahu mewujudkan ketegangan diplomatik dengan negara jiran khususnya Singapura yang mempunyai sejarah yang panjang dengan Malaysia.

Ada juga yang mengandaikan bahawa langkah ntuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Malaysia mungkin juga mahu mewujudkan "iklim diplomatik yang lebih positif" dengan Singapura.

Justeru rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor perlu tahu apakah faktor-faktor yang mempengaruhi semakan semula keputusan ditarik balik. Ini bukan isu politik tetapi isu kedaulatan negara yang perlu ditangani dengan sewajarnya.

“Malaysia Sejahtera”
“Sejahtera Bersama Islam”

Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat
25 Ramadan bersamaan 10 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 11/6/2018
Sumber HD - 11-6-2018 


Gantung bendera di wayar TNB, 4 cedera direnjat elektrik
Posted on Monday, April 23 @ 08:43:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39310



Empat orang lelaki cedera terkena renjatan elektrik selepas cuba menggantung bendera parti di kabel elektrik bervoltan tinggi di Muar.

Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi di Kampung Parit Yusof itu, 10 orang petugas parti cuba memang bendera menggunakan galah buluh.

Bagaimanapun nasib malang membuatkan empat orang terkena renjatan elektrik dan tercampak bebera meter, lapor New Straits Times.


Seorang mangsa patah tulang rusuk manakala yang lain cedera kecil.

Ketua Polis Daerah Muar Assistant Commissioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

TNB sebelum ini telah memberi amaran supaya bahan kempen tidak dipasang di insrastukrur mereka.

Sumber TKO - 23-4-2018




Pemuda Johor kumpul dana tandingi PRU

PASIR GUDANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menganjurkan majlis Jamuan Makan Malam bertujuan mengumpulkan dana PRU14 yang telah dilangsungkan di sini kelmarin.
Disertai pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan serta Pemuda PAS Kawasan, jamuan tersebut dalam rangka mengumpul dana bagi merealisasikan kemenangan di kerusi ditandingi. 
Di negeri Selatan Tanah Air itu, Pemuda PAS Johor sendiri akan menandingi lapan kerusi menerusi calonnya sebagaimana diumumkan Ketuanya, Juwahir Amin dari 19 Parlimen dan 40 Dun yang bakal ditandingi PAS.
Tetamu utama majlis tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Yusainee Yahya dalam ucapannya menyeru usaha menggandakan infak dengan setiap hadirin mencari sekurang-kurangnya 20 penyumbang.
Beliau juga menyeru keyakinan para petugas PAS untuk bekerja keras pada PRU ini kerana anugerah kemenangan tidak mustahil dikurniakan Allah atas usaha yang dilaksanakan. -HARAKAHDAILY 12/4/2018
Sumber HD- 12-4-2018 



Komited hapus cukai, tol: PAS ada pengalaman

BATU PAHAT: PAS yakin akan melaksanakan penstrukturan semula tol selain menghapuskan cukai yang membebankan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika parti ini diberi mandat menerajui negara pada pilihan raya kali ini. 
Ini kerana PAS memiliki pengalaman memerintah negeri Terengganu dan telah membuktikan tindakan menghapuskan tol dan cukai di negeri tersebut sebelum ini. 
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila PAS memerintah Terengganu, tol di Jambatan Sultan Mahmud dihapuskan. 
Beliau berkata demikian semasa program Gempur Johor Bersama Presiden PAS di Kompleks PAS Sungai Tongkang Rengit, malam tadi. 
Beliau sebelum itu menerangkan harga minyak naik pada 2000, pendapatan Kerajaan Terengganu yang memiliki royalti petroleum lima peratus meningkat daripada RM800 juta hingga RM1 billion. 
PAS juga menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dan memberikan bantuan kemiskinan kepada rakyat Negeri Terengganu. 
"Hapuskan cukai pintu rumah kediaman. Hotel, kedai, rumah sewa ada cukai, rumah kediaman tiada cukai, walaupun kita tahu penduduk bandar banyak orang Cina, tak kira Cina apa pun itu rakyat kita," jelasnya. 
Bagaimanapun, kata beliau dalam Perhimpunan Agung Umno, pemimpinnya membuat keputusan merampas royalti petroleum yang diberikan kepada negeri. 
"Tak bagi pada Terengganu kerana tak ikut kerajaan pusat,” ujar beliau. 
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS terpaksa mengambil jalan alternatif menaikkan cukai-cukai yang tidak membebankan rakyat seperti cukai industri, cukai kilang, cukai Petronas yang bertapak di Kemaman dan cukai balak, kata beliau.
“Sebenarnya kita merancang dengan hasil Terengganu boleh bantu Kelantan, bantu negeri-negeri lain, dilingkupkan kita di Terengganu,” kata beliau. 
Beliau menegaskan bahawa GST akan dihapuskan sekiranya PAS diberikan peluang memerintah negara disebabkan PAS mampu mengurus dengan baik dengan Kelantan dan Terengganu sebagai contoh. – HARAKAHDAILY 9/4/2018






Sumber HD - 9-4-2018

PAS tidak boleh bersama BN atau PH

BATU PAHAT: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti tidak boleh bersama dengan BN mahupun Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini. 
“Kalau masuk Barisan Nasional seumpama memikul biawak hidup,”kata beliau ketika program Gempur Johor Bersama Presiden PAS di Kompleks PAS Sungai Tongkang, Rengit, malam tadi. 
Beliau menegaskan PAS kesal dengan apa yang berlaku ke atas 1MDB, namun dalam masa yang sama perlu kepada siasatan yang menyeluruh sekiranya berlaku penyelewengan. 
“Tapi kami Melayu yang tak lupa. Bukan 1MDB saja, Perwaja, BMF, KWSP, Tabung Haji, Petronas, kapal terbang Skyhawk, banyak duit yang lesap dan macam-macam lagi. Mengapa kita lupakannya?” kata beliau merujuk kepada isu-isu berkaitan penyelewengan yang dilakukan oleh parti pemerintah. 
“Di Pulau Pinang baru memerintah berapa penggal, pasal rumah banglo, disiasat,” ujar beliau.
Menurutnya, pemimpin PAS tiada yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ini menjadi sebab kenapa PAS tidak boleh bersama dengan BN dan PH dalam PRU14. 
Beliau menambah PAS tidak boleh menyertai Pakatan Harapan disebabkan DAP yang mencampuri perkara berkaitan Islam seperti RUU355 yang tidak dipersetujui oleh DAP. – HARAKAHDAILY 9/4/
Sumber HD - 9-4-2018 


PAS Johor bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 DUN
Posted on Sunday, April 08 @ 21:57:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39025



JOHOR BAHRU: PAS Johor hari ini mengumumkan akan bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdullah Husin berkata, jumlah kerusi itu meningkat berbanding hanya 8 kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.

“Ini merupakan jumlah (kerusi) tertinggi pernah ditandingi PAS Johor dalam sejarah PRU di negeri ini,” katanya selepas majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) Johor peringkat negeri, hari ini.

Gagasan Johor dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

“Semua calon sudah dikenal pasti. Daripada 19 calon yang bertanding kerusi Parlimen di negeri ini, 4 merupakan ulama, 5 aktivis parti dan selebihnya adalah profesional,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata, PAS turut menampilkan 5 calon wanita dan seorang daripadanya calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong parti tersebut.

Pada PRU lepas, PAS memenangi 4 kerusi DUN iaitu Puteri Wangsa, Parit Yaani, Maharani dan Sungai Abong. Bagaimanapun, kerusi DUN yang dimenangi PAS tinggal 3 apabila Aminolhuda Hassan yang memenangi kerusi Parit Yaani menyertai Amanah.

Sumber TKO - 8-4-2018



Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya, dakwa TMJ
Posted on Saturday, April 07 @ 23:25:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39005



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’.

“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.

Katanya, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau yang akan menyampaikannya kepada kerajaan memerintah.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya tidak menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.

Katanya, beliau tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi mahu mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukannya menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.”

Tunku Ismail menggesa rakyat supaya tidak berpecah belah atau mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.

“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.

“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”

Katanya, walaupun bukan ahli politi, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Beliau berkata, berdasarkan senario politik semasa, tidak kira parti mana yang memerintah negara, rakyat perlu bijak menilai apa yang terbaik untuk Malaysia.

“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset, iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.”

Katanya, beliau dan Sultan Johor juga berkongsi pandangan serta inisiatif terbaik buat masa depan Johor, bukan sahaja dalam pentadbiran kerajaan, tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ekstremis, menaik taraf sistem pendidikan dan kesihatan.

Sumber TKO - 7-4-2018









Pasar Rakyat Prihatin cara PAS ringan beban pengguna

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengambil inisiatif mengadakan siri jualan amal menerusi Pasar Rakyat Prihatin. 
Bertujuan meringankan beban kos sara hidup pengguna, jualan amal siri ini telah diadakan di Bandar Seri Alam dalam Dun Johor Jaya dan Taman Permas Jaya dalam Dun Permas, kelmarin. 
Sebanyak 550 kilogram pelbagai jenis ikan segar telah dijual dengan harga lebih murah daripada pasaran dan habis dijual dalam tempoh masa kurang dua jam. 
Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah, pihaknya berusaha semampu mungkin mendapatkan keperluan harian rakyat untuk dijual secara amal. 
Jelasnya, selain bagi membantu meringankan beban pengguna, ia juga adalah langkah kebajikan yang mampu PAS lakukan sebagai bukan parti pemerintah. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD- 2-4-2018 
















Minta penyeliaan pungutan sampah lebih baik

TEBRAU: Majlis Perbandaran Pasir Gudang diminta menyelesaikan masalah kedudukan tong sampah yang menimbulkan kesulitan kepada penduduk Kampung Felda Cahaya Baru, di sini. 
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tiram, Azman Atmin berkata, kedudukan tong-tong tersebut di pinggir jalan telah mengganggu lalu lintas semasa kerja pungutan sampah dilakukan. 
Jelas beliau, ia menyebabkan kesesakan Jalan Pasir Gudang - Kangkong, sedangkan ia dapat ditangani dengan menempatkan tong-tong berkenaan di lokasi lebih khusus berhampiran. 
"Di situ ada ruang yang cukup untuk kerja pemunggahan dan pungutan sampah. Selain itu perlu diberi perhatian kepada kebersihan sisa sampah yang tercicir dan sistem perparitan berhampiran," ujarnya. 
Beliau memaklumkan menerima aduan daripada penduduk setempat yang terganggu oleh keadaan sedemikian tanpa tindakan daripada pihak sepatutnya. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 









Malam Ribat Ruhi usaha gapai nusratullah

BATU PAHAT: Roh mukmin yang memperteguhkan sabar hingga mencapai martabat takwa sebagaimana para Sahabat R.A dalam Perang Badar cuba diterap semai ke dalam diri ahli PAS. 
Usaha itulah yang usaha dilaksana Dewan Ulamak PAS Negeri Johor menerusi penganjuran Malam Ribat Ruhi yang diadakan di Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat, Rengit, di sini pagi ini. 
Munajat seawal jam 3:00 pagi itu telah menghimpunkan lebih 300 amilin bersama para pimpinan PAS Negeri Johor dan aturcara diterajui Ketua Ulamak PAS Johor, Ustaz Azlisham Azhar. 
Manakala solat Subuh diimamkan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin diikuti pembentangan kertas kerja oleh Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamad. 
Kupasan padu beliau selama 2 jam itu memperincikan perihal berkaitan Taawun Siyasi selain penjelasan berkenaan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. 
Pengarah Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail yang juga Pengerusi Panitia Malam Ribat Ruhi berharap semarak program itu menarik jutaan rahmat Allah hingga meraih kemenangan Islam khusus pada PRU nanti. -HARAKAHDAILY 30/3/2018
Sumber HD - 30-3-2018 

PJ Johor santuni warga PDRM

TEBRAU: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin telah mengadakan kunjungan ke beberapa Balai Polis dalam Dun Puteri Wangsa, di sini kelmarin. 
Lawatan itu sebagai menzahirkan penghargaannya terhadap dedikasi dan jasa pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan negara.
Ia dilakukan Ustaz Abdullah sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disambut secara rasmi di seluruh negara pada 25 Mac lalu.
Lawatan ringkas secara mengejut beliau itu telah berkunjung ke Balai Polis Taman Pelangi Indah, Taman Setia Indah, Bandar Dato' Onn, Kampung Melayu Majidee dan Kempas. 
Lawatan beliau itu turut bersama para pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Puteri Wangsa diketuai Pegawai Khas Adun, Sazali Siron dan menyampaikan plak cenderahati kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. -HARAKAHDAILY 30/3/2019
Sumber HD - 30-3-2018 











PAS Johor berada dalam kekuatan tersendiri

TEBRAU: Kekuatan PAS di Johor semakin terzahir dari dukungan akar umbi ahli, bahkan kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada PRU14 juga memberi kelebihan kepada Parti Islam itu.
Demikian keyakinan dinyatakan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin ketika menerima kunjungan wakil Kedutaan Singapura, Rajpal Singh dan Lin Jinyi di Pusat Khidmat Wakil Rakyat, di sini semalam.
Menurut Adun Puteri Wangsa itu, isu keluar parti yang berlaku kepada PAS dilihat besar kerana kebanyakan mereka itu terdiri daripada kalangan pimpinan, namun di Johor jumlahnya sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja.
Pun begitu ujarnya, dengan keluarnya mereka itu dan menubuhkan wadah baharu PAN atau menyertai parti lain, hakikatnya PAS di Johor makin mantap apabila ahli di akar umbi kembali bergerak kerja meneguhkan kekuatan.
Wakil Kedutaan Singapura itu pada pertemuan tersebut mengajukan pelbagai kemusykilan khususnya terhadap kemampuan PAS berada di arena politik semasa atas beberapa peristiwa.
Namun, Ustaz Abdullah mensirnakan persepsi tersebut kepada realiti sebenar perkembangan berlaku kepada PAS termasuk melihat PAS bakal tercorot kesan pertandingan tiga penjuru PRU14 nanti.
Sebaliknya sangkal beliau, masing-masing parti mempunyai kelebihan dari pertembungan itu, namun kesannya paling minimum ke atas PAS kerana saingan parti lain juga bersama keretakan dalaman yang wujud.
Berbeza dengan PAS yang kini jelasnya, mengikat kesepaduan bersama parti dalam Gagasan Sejahtera dan dukungan NGO-NGO, sedang BN dan PH saling berpecah serta bercakaran sehingga kini.
Pada pertemuan mahabbah itu Ustaz Abdullah turut berkongsi pengalamannya dan PAS Johor yang telah melalui beberapa fasa kepimpinan dengan terus melangkah gagah hari ke hari, serta isu-isu negeri Johor. -HARAKAHDAILY 28/3/2018






















Sumber HD - 28-3-2018
























PAS hargai warga PDRM sempena Hari Polis

PASIR GUDANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan tujuh Balai Polis dalam Parlimen Pasir Gudang telah dikunjungi PAS Kawasan Pasir Gudang semalam. 
Lawatan muhibah diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah bersama pimpinan PAS Kawasan itu adalah sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211. 
Pada ziarah itu, rombongan telah menghadiahkan cenderahati berupa kek kepada anggota di IPD tersebut dan Balai Polis Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Scientex, Permas Jaya, Plentong dan Johor Jaya. 
Menerusi kunjungan tersebut, PAS Pasir Gudang menyatakan penghargaan atas kewibawaan dan dedikasi pasukan polis menjaga ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri. 
Sepanjang lawatan tersebut, pihak rombongan dibawa Unit Cawangan Khas ke seluruh kawasan balai sebagai penghargaan kepada keprihatinan pihak PAS. - HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018 













PAS Tebrau hargai peranan PDRM

TEBRAU: Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211, PAS Kawasan Tebrau telah mengadakan kunjungan ke empat Balai Polis dalam Dun Tiram, di sini kelmarin.
Lawatan muhibah itu diketuai Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Tiram, Azman Atmin bersama pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Muslimat.
Pada ziarah itu, rombongan telah menghadiahkan kek dan kad ucapan penghargaan khas kepada anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, Desa Cemerlang, Taman Pasir Putih dan Taman Scientex.
Menurut Azman, kunjungan itu adalah sebagai keraian dan sanjungan terhadap komitmen anggota keselamatan bertugas menjaga keharmonian masyarakat dari ancaman jenayah.
Sementara Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin yang juga Adun Puteri Wangsa ketika dihubungi menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan sama kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia. -HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018 

PAS Spg Renggam kunjung ke Balai Polis

SIMPANG  RENGGAM: Bersempena Peringatan Hari Polis Ke-211, PAS Kawasan Simpang Renggam telah mengadakan kunjungan mahabah ke Balai Polis Simpang Renggam, di sini hari ini. 
Kunjungan tersebut sebagai mengerat hubungan pihak PAS bersama pasukan keselamatan itu serta bagi menzahirkan penghargaan di atas khidmat bakti mereka terhadap masyarakat. 
Rombongan PAS diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat dan Bendahari PAS Simpang Renggam, Anuar Yusof telah mengadakan pertemuan bersama pihak balai. 
Mereka disambut oleh anggota bertugas, Koperal Hamizi Jaafar dan Koperal Norazuraini Yaakob mewakili Ketua Balai dengan pihak PAS menyerahkan kek sebagai keraian tersebut. 
PAS Simpang Renggam juga pada pertemuan itu turut menyerahkan sisipan Fikrah Harakah terbitan terbaharu mengenai Manifesto Gagasan Sejahtera untuk tatapan anggota bertugas di balai itu. 
Peringatan Hari Polis Ke-211 disambut hari ini di seluruh negara. - HARAKAHDAILY 25/3/2018




























Sumber HD - 25-3-2018















Aktiviti JAM bersih kubur erat kerjasama masyarakat

PASIR GUDANG: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan gotong-royong pembersihan Tanah Perkuburan Islam Masai, di sini kelmarin.
Program itu diketuai Komandan Amal Pasir Gudang, Mohd Akmal Rosli dan penjaga tanah kubur tersebut bersama dengan para penduduk setempat.
Mereka telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan melibatkan memotongan dan tebangan batang pokok tumbang atau yang telah mati dalam kawasan itu.
Menurut Mohd Akmal, usaha demikian akan diperluaskan sebagai aktiviti atau rutin bulanan yang dilaksanakan di tanah kuburan berbeza di Pasir Gudang.
Khidmat bakti oleh Jabatan Amal itu dilihat satu suntikan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat yang turut dihadiri Timbalan  Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah. -HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 
































PAS sedia tandingi 40 Dun, 19 Parlimen Johor

TEBRAU: PAS Negeri Johor akan bertanding di 40 Dun dan 19 Parlimen negeri itu pada PRU14 nanti, demikian maklum Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin, semalam.
Manakala kerusi lain menurutnya, akan ditandingi parti rakan dalam Gagasan Sejahtera dan beliau turut memberitahu terdapat pihak tertentu menemuinya meminta PAS tidak meletakkan calon di beberapa kerusi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-33 PAS Tebrau di Dewan Utama PAS Tebrau, Taman Bukit Tiram, di sini.
MAT bertema "Pasakkan Ukhuwah, Istiqamah Hingga Kemenangan" itu telah dihadiri seluruh kepimpinan PAS Tebrau dan Dewan-dewan serta perwakilan dari 15 Cawangannya.
Abdullah pada majlis itu turut menyampaikan anugerah Tokoh Muslimin dan Muslimat Istiqamah kepada Ustaz Jawarni Kosnin dan Norhidayah Ibrahim, manakala Cawangan Contoh kepada PAS Cawangan Kampung Kangkar.
Terdahulu, Yang DiPertua PAS Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail menyatakan keyakinannya PAS akan mengekalkan kemenangan Dun Puteri Wangsa dan mahu memenangi Dun Tiram serta Parlimen Tebrau. HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD - 19-3-2018 

















Permainan 'wayang' MP Pagoh bakal makan diri

FITNAH dilemparkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terlalu dangkal dan hanya memalukan dirinya. 
Beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri bukan sahaja tergagap-gagap tatkala diminta bukti, bahkan sedang berucap di Dewan Rakyat yang dipenuhi rujukan dan fakta. Namun, keangkuhan diri menghalang beliau menarik balik tuduhannya itu. 
Lebih malang, jika diteliti skrip sama itu sebenarnya terdahulu dimainkan TV3 dan Utusan Malaysia yang telahpun dijawab. Tetapi manusia terbuang ini rupanya enak mengitar sampah yang pernah menjadi sebahagian hidupnya semasa di dalam Umno. 
Kini bersama dahan rapuh PH pun, Muhyiddin tanpa segan silu bersumberkan lagi media milik Umno itu yang membenar dan mensahihkan pengakuannya seawal dipecat bahawa "Saya totok Umno" dalam majlis di Panchor, Pagoh. Hakikatnya, kebusukan PH dan Umno sama sahaja. 
Beliau hanya mengundang ketawa dan mungkin dijangkiti penyakit mudah lupa setelah kembali akrab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. Di mana GST diluluskan semasa beliau masih sebagai TPM dan tidak pernah menyatakan bantahannya. 
Bahkan kini bersama PH, beliau hanya menyokong pemansuhan GST, namun bakal diganti SST. Hanya PAS satu-satunya pihak masih konsisten menentang GST hingga hari ini. Melainkan PH yang sentiasa memomokkan secara salah dan lapuk sebagaimana dilakukan Muhyiddin.
Terbaharu PAS bukan sahaja menyenaraikan komitmen memansuhkan GST dalam Manifesto GAGASAN, malah menerusi Dokumen Hijau menyatakan alternatif ganti yakni dari cukai saham dan cukai korporat. 
Malah, lebih tegas lagi apabila PAS telah memutuskan dalam Muktamar Tahunan bahawa GST hukumnya haram di sisi syarak. Maka, perkara hukum sama sekali tidak mungkin dilangkaui orang beriman, kecuali ingkar dan mustakbirin. 
Tan Sri Muhyiddin kami ingatkan untuk tidak perlu mempertahankan keangkuhan dirinya yang lebih buruk dari tahi GST dengan pelbagai skandal pernah terpalit. Kini PAS Kawasan Pagoh lebih bersemangat, memastikan keegoan itu dilenyapkan pada PRU nanti.
"Sejahtera Bersama Islam" 
AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Pengarah
Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Pagoh
merangkap Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor - HARAKAHDAILY 15/3/2018
Sumber  HD - 15-3-2018 

'Home Visit' Puteri Wangsa beri khidmat kesihatan

TEBRAU: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Puteri Wangsa telah mengadakan program 'Home Visit Tebrau', di sini kelmarin. 
Program tersebut bersama angkatan rombongan Pegawai Perubatan, Dr Asraf Ismail dan lima anggotanya yang bersiap untuk memberi khidmat kesihatan.
Turut serta, Pegawai Khas PKWR Dun Puteri Wangsa, Sazali Siron dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tebrau, Azman Atmin serta pimpinan PAS Tebrau dan Muslimat PAS Tebrau. 
Pergerakan mereka yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, melibatkan 26 petugas itu telah berjaya memberi khidmat kepada 73 pesakit pelbagai kaum yang telah disenaraikan. 
Dr Asraf dalam ucapannya menyatakan kegembiraan atas komitmen yang telah diberikan oleh petugas-petugas serta penerimaan masyarakat atas program tersebut.
Yang DiPertua PAS Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail mewakili Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menghargai inisiatif tersebut. 
Beliau berharap agar program seumpama dapat dilaksanakan secara aktif dan kerap agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat seumpama. - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber TKO - 13-3-2018 



















PAR Benut edar buletin dekati masyarakat

PONTIAN: Pusat Aduan Rakyat (PAR) N.53 Dun Benut dengan kerjasama Ameerah Kawasan Pontian telah mengadakan program edaran Buletin PAR di Pasar Lambak, Benut, di sini kelmarin.
Program diketuai Penyelia PAR Benut, Mohd Firdaus Jaffar itu turut disertai 10 petugas yang mengedar dan menyantuni para pengunjung pasar pagi itu.
Edaran buletin itu sebagai usaha menyemarakkan maklumat PAS dalam kalangan masyarakat setempat selain mendapat maklum balas mengenai isu semasa.
Menurut Firdaus, masyarakat di situ yang majoritinya Melayu ternyata terbuka dan memberi reaksi baik dengan maklumat yang terkandung dalam buletin diedarkan itu.
Manakala bagi wakil Ameerah Pontian, Nurnadia Hamdi, penyertaan bersama pada edaran tersebut menjadi kesempatan pihaknya mendekati masyarakat. -HARAKAHDAILY 12/3/2018






































Sumber HD - 13-3-2018








































Pelancaran Jentera PRU Pasir Gudang penuh warna warni

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU14 yang dilangsungkan di PASTI Al-Kauthar, Taman Air Biru, di sini kelmarin. 
Antara aktiviti turut diadakan ialah sumbangan kepada fakir miskin menerusi 'Free Market' yang memperoleh keperluan asas dapur, selain kupon untuk membeli makan dan minum di gerai jualan. 
Majlis juga meriah dengan acara sukaneka untuk semua kategori antaranya tiup belon, isi air dalam botol, anyaman ketupat dan 'Musang Berjanggut', selain tukar minyak enjin percuma untuk anak muda. 
Juga dilangsungkan sempena majlis itu adalah forum berbicara mengenai "Pengundi Muda dan Pertama Kali Mengundi", selain persembahan oleh Lestari Buskers dari Lajnah Kesenian PAS Negeri Johor. 
Paling mendapat sambutan adalah isi petrol percuma yang disumbangkan untuk motosikal dan dilaksanakan di Stesen Petronas Taman Air Biru, serta juga persembahan qasidah dan silat. 
Kemuncaknya adalah serahan bendera kepada Ketua-ketua UPU bagi Parlimen Pasir Gudang, Dun Johor Jaya dan Dun Permas yang disempurnakan Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.-HARAKAHDAILY 12/3/2018








































Sumber HD - 12-3-2018





















Pemuda dan Muslimat Pasir Gudang selesaikan MAT

PASIR GUDANG: Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-8 yang dilangsungkan di Pejabat PAS Pasir Gudang, di sini kelmarin.
Acara perasmian telah disempurnakan Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Johor, Fatimah Ismail yang antara penegasannya supaya istiqamah dengan iman dan Islam.
Perkara itu jelasnya, agar segala perbuatan diterima Allah di akhirat kelak sebagaimana dinyatakan pada ayat 85 surah Ali-Imran dibacakannya.
Sehubungan itu serunya, dalam mencapai hakikat tersebut, perlulah setiap amilin mengikhlaskan diri dan sabar menempuh perjuangan, serta sentiasa bermuhasabah terhadap masa diinfakkan kepada kerja-kerja Islam.
Berlangsung juga pada hari sama adalah MAT Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang Kali Ke-4 yang diadakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Tahfiz Al-Kautsar, di sini.
Majlis perasmian disempurnakan Ketua Penerangan PAS Johor, Shamsudin Jaafar yang antara ucapannya memetik seruan Allah pada ayat 41 surah At-Taubah agar tetap berjihad secara berjamaah biarpun ringan atau berat.
Beliau turut mengingatkan Pemuda PAS agar terus mempunyai ketahanan mental dan fizikal dengan mengikuti usrah dan tamrin, selain memiliki kekuatan 3A iaitu akidah, akhlak dan amal.
Beliau juga mahu ahli PAS aktif mempromosikan 'produk' ke rumah-rumah pengundi dengan pelbagai cara iaitu melibatkan Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan juga Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Hadir sama pada kedua-dua MAT tersebut adalah Yang DiPertua (YDP) PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd dan Timbalan YDP, Ab Aziz Abdullah. -HARAKAHDAILY 11/3/2018










































Sumber HD- 1-3-2018

Menang Pontian jika dapat 15 peratus undi Umno

PONTIAN: PAS berpotensi untuk memenangi kerusi Parlimen P.164 Pontian seandainya dapat menarik 15 peratus sokongan undi penyokong Umno pada PRU14 ini.
Demikian jangkaan dinyatakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pontian, Prof Baharom Mohamad ketika Ziarah Al-Malak di Parit Asam Kubang Darat, di sini kelmarin.
Perkembangan politik di Johor menyaksikan Umno mengalami perpecahan teruk yang sebahagian besarnya menyertai PPBM, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan kerusi.
Ziarah bersiri yang dijalankan PAS itu bertujuan mengenalkan penggerak di Kawasan itu serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Ia juga sebagai dorongan semangat kepada penyokong PAS untuk terus istiqamah di mana rata-rata kekal setia bersama jamaah ini dan masih memberi sokongan kewangan atau kerja kepada parti. -HARAKAHDAILY 12/3/2018
Sumber HD - 12-3-2018 


Cubaan curi kereta Ferrari Sultan Johor gagal
Posted on Saturday, March 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38478



PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berhasrat melarikan kereta jenis Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberkas selepas menceroboh Istana Bukit Serene.

Berita Harian melaporkan suspek berusia 31 tahun dikesan menceroboh masuk ke kawasan istana melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Straits View sekitar jam 12.15 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, hanya seorang anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mengawasi pintu pagar tersebut.

Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah bagaimanapun tidak berhenti dan terus masuk ke dalam istana menggunakan kereta Proton Waja.

Semasa di garaj, seorang kakitangan istana melihat kelibat suspek yang masuk ke dalam kereta Ferrari warna biru dalam keadaan mencurigakan sebelum kakitangan terbabit segera menarik kunci kereta berkenaan.

Setelah gagal, suspek kemudian berjalan ke keretanya sebelum memecut kenderaannya melalui laluan sama dimasukinya.

Polis yang menerima maklumat kejadian menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), berhasil memberkas suspek.

Hasil saringan ujian air kencing, suspek yang berasal dari Gelang Patah, Johor itu positif dadah jenis methamphetamine .

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

....
Nampaknya guard Nepal lagi bagus untuk berkawal

Sumber TKO - 3-3-2018
























Mangsa kebakaran dan kemalangan disantuni PAR Johor

PASIR GUDANG: Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor telah mengadakan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, di sini semalam.
Sumbangan awal sebanyak RM500 telah disampaikan oleh Pengerusi PAR Johor, Ab Aziz Abdullah kepada setiap kekuarga, selain pakaian kepada mangsa bagi meringankan beban ditanggung mereka.
Pada kejadian yang berlaku kelmarin, enam keluarga hilang tempat tinggal setelah musnah dalam kebakaran itu yang hingga kini punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa, namun tiada kemalangan jiwa.
Terdahulu, pihak PAR Johor telah mengunjungi waris mangsa kemalangan maut dalam menzahirkan simpati serta takziah, disamping menyampaikan sumbangan di kediaman keluarga itu di Taman Desa Harmoni, Plentong, di sini kelmarin.
Dalam kejadian 17 Februari lalu, Allahyarham Mohd Asyraf Azmi yang menunggang motosikal di rempuh van kilang di jalan Tanjung Balau, Desaru - Kota Tinggi dan disahkan meninggal dunia esok harinya di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Pada lawatan turut diiringi Ketua PAS Cawangan Taman Saujana, Raja Ameran Raja Idris itu, sumbangan diserahkan kepada waris Allahyarham iaitu ayahnya yang juga kurang upaya (OKU) kerana kaki dipotong enam bulan lalu akibat kemalangan. -HARAKAHDAILY 22/2/2018
 
















































Sumber HD - 22-2-2018


















































Hubungan erat PAS Sekijang masyarakat Cina

SEGAMAT: PAS Sekijang telah menyantuni kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Jawa, Kampung Abdullah dan Pekan Jabi, di sini. 
Turut diziarahi masyarakat Cina di Kampung Tengah yang terletak di Dun Pemanis di mana program tersebut dianjur Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis dan Lajnah Perpaduan Nasional Sekijang. 
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Normala Sudirman berkata, PAS Sekijang meneruskan semangat muhibah dan setia kawan terhadap kaum Tionghua. 
"Ini adalah lambang keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Ramai masyarakat Cina gembira menerima kedatangan rombongan PAS dengan pemberian limau tanda saling hormat menghormati. 
"PAS tidak pernah membenci orang Cina kerana Islam menggalakkan umat Islam saling menghormati budaya dan anutan agama kaum lain," katanya pada program tersebut. 
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor berkata, PAS Sekijang optimis tidak semua orang Cina penyokong DAP. 
Menurutnya juga walaupun berbeza pendirian politik namun persahabatan dengan masyarakat Cina tetap terjalin erat.
Sempena lawatan muhibah tersebut kain rentang dan sepanduk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina digantung di sekitar Dun Pemanis. -HARAKAHDAILY 21/2/2018


















































Sumber HD - 2-2-2018


























PAS panjangkan aduan pelanggan ayam tidak disembelih

PASIR GUDANG: Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor telah mengajukan aduan dan tuntutan jaminan berhubung sembelihan mematuhi syarak daripada sebuah pasaraya besar di Seri Alam, di sini kelmarin.
Pengerusi PAR Johor, Ab Aziz Abdullah sendiri datang ke kaunter pengguna mengemukakan hal tersebut setelah menerima aduan pelanggan berikutan ayam dibeli tidak disembelih.
Beliau yang disertai Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Kawasan Pasir Gudang, Zubaidi Abdul Rahman terdahulu mendapati kes sama berulang dan dikesan sebelumnya di pasaraya sama di Shah Alam.
"Kehadiran kami diterima baik oleh pihak pengurusan pasaraya tersebut dan mereka berjanji kes seperti ini tidak berulang lagi. Mereka juga membawa kami ke tempat jualan ayam.
"Kami apati terdapat dua jenis lambang digunakan walaupun dari pembekal sama. Pihak pasaraya juga menunjukkan sijil halal mereka perolehi dari JAKIM.
"Mereka berjanji akan membuat siasatan dan 'spot-check' bersama JAKIM untuk memeriksa stok dihantar pihak pembekal," maklum Aziz. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD- 15-2-2018 

Agihan limau santuni kaum Tionghua Pasir Gudang

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan program edaran buah limau mandarin dan risalah penerangan bersempena menjelangnya Tahun Baru Cina. 
Edaran dipimpin Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah itu telah menemui penduduk dalam kalangan kaum Tionghua di pasar pagi Permas dan pasar pagi Megah Ria, di sini, 10 Februari lalu. 
Manakala Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd pula memimpin edaran bersama Ab Aziz dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Johor Jaya, Zubaidi Abdul Rahman di Pasar Pagi Taman Johor Jaya, di sini kelmarin. 
Mereka turut disertai Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Johor, Kumutha Rahman dan pimpinan Muslimat PAS Pasir Gudang serta anggota Jabatan Amal. 
Menurut Azhari, pihaknya tidak 'menang tangan' menyantuni masyarakat yang memberi reaksi positif terhadap usaha tersebut, selain turut menerima ikrar penduduk untuk tidak lagi mengundi BN. 
PAS Pasir Gudang akan meneruskan lagi siri edaran tersebut di beberapa lokasi dalam kawasan itu sehingga malam menjelangnya Tahun Baharu Cina-HARAKAHDAILY 13/2/2018.






















































Sumber HD - 13-2-2018






























Ziarah pesakit agenda kebajikan di Pasir Gudang

PASIR  GUDANG: Ujian diharungi seorang pesakit kanser paru-paru tahap empat, Khairul Akramin Abdul Hamid turut mendapat perhatian Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor, Ab Aziz Abdullah.
Simpati terhadap penyakit dideritai itu yang semakin merebak ke limpa dan tulang belakang itu, Aziz turut menghulurkan sumbangan pihaknya kepada Khairul di kediamannya di Bandar Seri Alam, di sini kelmarin.
Kehadiran beliau menziarahi ahli Jemaah Surau al-Husna itu turut disertai bersama oleh Pengerusi Surau al-Husna, Meswan Samingon dan Imamnya, Samsuddin Ahmad.
Terdahulu, Aziz turut mengunjungi seorang mangsa kemalangan yang mengalami musibah itu di satu persimpangan merbahaya berhampiran di mana tiada lampu isyarat dan lampu jalan.
Keadaan gelap pada waktu malam dan risiko persimpangan tersebut telah menyebabkan pihak PAR membuat aduan untuk tindakan segera Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
























































Sumber HD - 11-2-2018


Fastaqim 2.5 JDT Bakal Catat Sejarah Baharu
Posted on Saturday, February 10 @ 13:00:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38173



DATARAN Parit Haji Salleh Ros yang terletak di Parit Raja bakal mencatatkan satu lagi sejarah baru dalam perkembangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Johor apabila satu perhimpunan bagi mengumpulkan seluruh jentera PAS di seluruh negeri Johor pada 24 Februari 2018 yang akan datang.

Perhimpunan FASTAQIM 2.5 JDT ini yang merupakan himpunan kelima selepas PAS Negeri Kedah, Perak, Pahang dan Selangor berjaya menghimpunkan petugas jentera pilihan raya di negeri masing-masing.

FASTAQIM 2.5 JDT dijangka akan bermula dari pukul 2.00 petang dengan pelbagai acara santai di sebelah siangnya untuk menyantuni anak muda dan kaum hawa serta pengisian rohani yang akan disampaikan oleh pendakwah terkemuka tanahair.

Himpunan ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kepimpinan tertinggi daripada PAS/Gagasan Sejahtera, Kepimpinan NGO, tokoh masyarakat dan tokoh agama.

Penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya seramai 10 ribu petugas pilihan raya di seluruh negeri Johor dapat dikumpulkan sepanjang program tersebut diadakan nanti.

Maklumat mengenai himpunan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Facebook PAS JOHOR.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Pengarah Himpunan Fastaqim 2.5 JDT


Sumber TKO - 10-2-2018






























Fastaqim 2.5 cetus kebangkitan Muslimat Johor

SIMPANG RENGGAM: Dewan Muslimat PAS Negeri Johor menyeru agar Muslimat di seluruh Selatan Tanah Air itu menghadiri Fastaqim 2.5 yang akan berlangsung di Parit Hj Salleh Ros, Parit Raja, 24 Februari depan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Atiah Ahmad berkata, Muslimat negeri Johor sudah mula mengorak langkah dan kembali bangkit dalam lapangan walaupun pelbagai rintangan dihadapi.
"Fastaqim 2.5 JDT adalah medium terbaik untuk menaikkan semangat juang Muslimat ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal tiba," ujar beliau semasa pembentangan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) di Markaz PAS Simpang Renggam, di sini kelmarin. 
Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman berkata, pihak mereka percaya dan optimis dengan adanya gelombang Fastaqim 2.5 JDT mampu meletakkan PAS di hati rakyat Johor. 
Turut sama memberi taujihat pada program tersebut adalah Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Johor, Sabariah Mohd Amin yang antara lain membugar kesegaran untuk hadir ke Fastaqim 2.5 JDT.
Katanya, program itu bakal menjadi saksi betapa Muslimat hari ini bukanlah hanya duduk di rumah, tetapi turut menyumbang pelbagai idea dan tenaga di lapangan untuk masyarakat Malaysia terutama kepada wanita. 
Tambah beliau, Fastaqim 2.5 akan memberi impak kepada masyarakat dengan menyampaikan agenda Islam sebagai satu penyelesaian masalah rakyat di negara ini. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 































Pasir Gudang rancak adakan MAT Cawangan-cawangan

PASIR GUDANG: Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Gudang, Azhari Mohd telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Cawangan Taman Air Biru, di sini kelmarin. 
Perasmian tersebut merupakan sebahagian kemeriahan dan semarak ahli PAS dalam kawasan itu melangsungkan MAT PAS Cawangan-cawangan yang telah diadakan sejak awal Januari lalu. 
Menurut Azhari, kehadiran ahli dan berlangsungnya MAT tersebut memberi isyarat istiqamah dan kewujudan PAS dalam perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. 
"Dalam minggu ini sahaja terdapat lima PAS Cawangan yang telah bermesyuarat. Inilah kewajipan ahli setiap peringkat hingga berlangsungnya Muktamar PAS Pusat nanti. 
"Selain itu mereka juga meneruskan kerja-kerja kebajikan dan penerangan selain turut serta pelbagai program besar PAS menjelang Muktamar," ujarnya.
Menurut beliau, gelombang ditunjukkan seluruh negara kini mahukan kebangkitan Islam dan beliau turut menyeru ahli menjayakan Fastaqim Johor pada 24 Februari nanti. -HARAKAHDAILY 9/2/2018






























































Sumber HD - 9-2-2018
































































Mini Karnival Dun Johor Jaya meriah

PASIR GUDANG: Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) N.24 Johor Jaya telah menganjurkan Mini Karnival yang berlangsung sederhana tetapi meriah di perkarangan PASTI Al-Kauthar, Taman Saujana, Plentong, di sini semalam.
Program tersebut diadakan dalam usaha meluaskan hubungan harmoni bersama masyarakat setempat dan memperkenalkan agenda semasa dibawa PAS kepada rakyat.
Antara mendapat perhatian ramai pengunjung yang datang berkeluarga adalah acara bowling kelapa untuk kaum lelaki, selain pelbagai aktiviti lain juga untuk kanak-kanak dan kaum ibu.
Turut diadakan adalah kaunter khas semakan daftar pemilih, pemeriksaan kesihatan percuma, tukar minyak enjin motosikal percuma, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi.
Bersama jamuan tengah hari yang menyelerakan, para tetamu turut 'disajikan' persembahan buskers dari Band Lestari di mana program disempurnakan perasmian oleh Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd. - HARAKAHDAILY 4/2/2018
Sumber HD - 4-2-2018 

































Ahli ARC kemalangan diberi perhatian PAS Spg Renggam

JOHOR BAHRU: Pimpinan PAS Kawasan Simpang Renggam telah menziarahi ahli Alternative Riding Club (ARC) Kawasan itu, Herman Syahrir Iskandar di Hospital Sultanah Aminah, di sini semalam.
Ziarah itu sebagai menyatakan simpati dan sokongan, serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau yang terlibat kemalangan hingga menyebabkan kepatahan di tiga bahagian tulang tangan kanan.
Ketika lawatan diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat itu, Herman baharu sahaja selesai menjalani pembedahan dari kecederaan dialami itu.
Menurut isteri beliau, Norazilah Md Amin, kejadian berlaku pagi kelmarin di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Kulai arah Selatan ketika suaminya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kempas.
Maklumnya, pandangan Herman yang menunggang motosikal ketika itu tiba-tiba menjadi gelap dan hanya sedar setelah pihak polis dan ambulan tiba di tempat kejadian.
Rombongan yang turut disertai Bendahari PAS Simpang Renggam, Anuar Yusof; Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Zaharah Suleiman dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan, Md Shes Md Desah.
Mereka turut menitipkan doa dan pesanan agar keluarga itu bersabar dengan ujian menimpa serta terus istiqamah dalam perjuangan yang didokong. - HARAKAHDAILY 3/2/2018
Sumber HD -3-2-2018 

PAS Pasir Gudang cadang tandingi dua-dua Dun

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang yang merupakan paling Selatan negeri Johor bercadang untuk menandingi kedua-dua Dun dalam Parlimen tersebut iaitu Johor Jaya dan Permas pada PRU14 ini. 
Tekad itu dilafazkan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd pada majlis perasmian pembukaan Bilik Gerakan Pilihan Raya PAS N.42 Dun Johor Jaya baru-baru ini. 
Sebelum ini PAS hanya bertanding di N.43 Dun Permas dan selepas itu giat melaksanakan gerak kerja dalam Dun Johor Jaya terutama berkaitan kebajikan dan menangani isu-isu setempat. 
Bagaimanapun, pihak mereka akur serta menyerahkan sepenuhnya keputusan dalam menentukan percaturan tersebut kepada PAS Negeri Johor dan PAS Pusat. 
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin ketika berucap pada perasmian itu melahirkan harapan agar kesungguhan ahli dan pimpinan PAS Pasir Gudang akan menatijahkan kejayaan. 
Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Johor, Ab Aziz Abdullah dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor, Kumuta Rahman.-HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 2-2-2018 






































































Gesa 'guru pembangkang' berhenti adalah ugutan naif

LAJNAH Pendidikan PAS Negeri Johor ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dato Seri Mahadzir Khalid yang telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan bagi warga pendidik di seluruh Malaysia baru-baru ini.
Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid yang bernada ugutan terhadap warga pendidik dan mahu mengambil tindakan disiplin terhadap guru menyokong parti pembangkang, menunjukkan taraf seorang menteri seolah-olah memiliki sikap tidak bertamadun dan hilang nilai profesionalisme dalam diri.
Kenyataan seperti ini menggambarkan sikap yang cukup terdesak serta 
menggambarkan Umno  berada di ambang ketakutan dan bimbang akan kehilangan sokongan guru dalam PRU 14.
Pendidik menggesa supaya Menteri Pendidikan Malaysia dan KPM berhenti mengugut guru atau melampiaskan 'dendam politik' terhadap warga pendidik yang berdedikasi dan telah  banyak menabur jasa mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Guru adalah golongan cerdik pandai yang ditugaskan mendidik anak bangsa bukan seperti lembu dicucuk hidung dan hanya menurut arahan tanpa berfikir.
Harus diingat, guru adalah rakyat Malaysia yang boleh menyokong atau memilih mana-mana parti politik yang sah dan berdaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jangan mengongkong minda dan jiwa warga pendidik dengan penjajahan alaf baru yang merugikan negara.
Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor ingin menegaskan bahawa kenyataan naif seperti ini akan menyebabkan warga pendidik semakin bertambah benci dengan Umno dan bukan sebaliknya.
NORMALA SUDIRMAN
Pengerusi Lajnah Pendidikan 
Badan Perhubungan Negeri Johor - HARAKAHDAILY 28/1/2018






































































Sumber HD - 28-1-2018




































PAS Pasir Gudang santuni asnaf dan kaum Cina

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah melakukan ziarah dan sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf dan kaum Tionghua di Taman Megah Ria, di sini kelmarin.
Aktiviti tersebut merupakan rutin yang digerakkan secara aktif Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah bersama Ahli Jawatankuasanya.
Selain keperluan barangan harian, turut disumbangkan menerusi program itu adalah wang tunai terutama bagi penerima yang dalam proses rawatan untuk membiayai kos berkaitan.
Bersempena tahun baharu 2018 yang tiba, rombongan tersebut juga mengedar kalender dan membuat semakan daftar pemilih, selain turut menjelaskan isu-isu semasa.
Bagi mereka yang kali pertama menerima kunjungan tersebut terutama dari kaum Cina merasa teruja, malah ada juga ternanti kehadiran Ab Aziz di mana sangat dikenali sebagai ikon masyarakat di situ. - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Sumber HD - 28-1-2018





































PAS Simpang Renggam ziarah veteran

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam telah mengadakan ziarah veteran sebagai rutin mengerat hubungan dan mengambil maklum perkembangan golongan itu pada kunjungan di Kampung Perak, di sini semalam.
Diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat, antara diziarahi rombongan itu adalah Assabiqun PAS, Abdullah Mangin yang lebih dikenali sebagai "Cikgu Abdullah".
Dalam keterlantarannya yang uzur kerana mengidap beberapa penyakit, namun beliau menzahirkan istiqamahnya dan sentiasa mengikuti perkembangan perjuangan PAS melalui langganan Harakah.
Disebalik harapan disuarakan agar PAS bertanding PRU14 nanti dengan mencapai keputusan positif, Cikgu Abdullah turut meluahkan kekesalan terhadap sahabat yang lari dari perjuangan itu dan mahu mereka kembali ke pangkal jalan.
Beliau merupakan antara pengasas PAS Simpang Renggam sejak dari dalam perkhidmatan awam dan sentiasa menuturkan nasihat kepada generasi baharu agar bersama PAS dan bersabar selagi dasarnya Islam.
Terdahulu, rombongan sempat menziarah ahli Umno, Abd Rahman Lasiman yang pada pertemuan itu turut meluahkan tekanan hidup di bawah Kerajaan BN, sekali gus berikrar tidak menyokong lagi parti itu pada PRU14.
Turut serta dalam rombongan itu adalah Bendahari PAS Simpang Renggam, Anuar Yusof dan Pengarah Ilham Negeri Johor, Ustaz Atan Gombang. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD - 27-1-2018 

Ustaz Abdullah rai ulama besar India di Johor

TEBRAU: Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin telah meraikan ulama besar India, Prof Dr Bahaudden Muhammad Nadwi dalam satu majlis zikir di Kampung Batu 19, Ulu Tiram, di sini kelmarin.
Kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu sekali gus sebagai menyambut sahabat sepengajiannya semasa menuntut di Nadwatul Ulama, Lucknow Uttar Paradesh, India suatu ketika dahulu.
Mereka juga mendapat bimbingan sama dari pengasas pusat pengajian tinggi Islam itu yang juga tokoh besar dunia Islam, Almarhum Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi.
Prof Dr Bahaudden yang juga Naib Canselor Universiti Islam Darul Huda, Karala dalam rangka lawatannya ke negeri Johor untuk bersama dalam pelbagai aktiviti khususnya masyarakat India Muslim.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor, Ustaz Dr Azman Muhsin yang telah mengimamkan solat Maghrib berjamaah.- HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018 







































Konvoi Anak Muda Mersing promosi gaya hidup sihat

ENDAU: Persatuan Kebajikan Mersing Cakna telah mengadakan Konvoi Motor Anak Muda merentas perjalanan sejauh 45 kilometer melalui jalan pantai Endau ke Mersing, bermula di hadapan Wisma Chan, di sini hari ini.
Konvoi yang mendedahkan para pesertanya mengenai aspek keselamatan jalan raya dan pencegahan dadah itu diadakan dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing dan Polis Trafik.
Majlis perasmian dan pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Cakna Mersing, Roslan Nikmat dan dihadiri sama Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Mersing, A Rahman A Hamid, di mana konvoi yang diiringi pasukan Motard Motor Club (MMC) itu berakhir di Harbour Center, Mersing.
Para peserta seterusnya mengikuti sesi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Trafik, sebelum solat Zohor berjamaah di Masjid Daerah Mersing.
Selain Polis Trafik, JPJ, AADK dan MMC, turut menjayakan program ialah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC).
Bagi menggiatkan usaha kebajikan dan sosial NGO tersebut, orang ramai dipelawa menyokong dengan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 01096010024054 atau hubungi Bendaharinya, Yunos Othman (012-766 3002). - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018 









































Projek telaga tiub bantu SMA Al-Masriyah

SIMPANG RENGGAM: Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor sedang berusaha membantu pembinaan telaga tiub (tubewell) untuk membekalkan keperluan air bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Masriyah, di sini hari ini. 
Kerja-kerja penggerudian yang sedang dilaksanakan itu merupakan kali ketiga, setelah dua kali usaha dilakukan beberapa tahun lalu menemui kegagalan memandangkan keadaan berbatu persekitaran sekolah itu. 
Sehubungan itu, usaha diketuai Pengarah Projek, Salleh Farmin itu dibuat kali ini secara kolaborasi dengan syarikat dari Banting, Selangor diketuai Zainal Ali yang mempunyai kepakaran dalam kerja penggerudian berkaitan dan telah bermula sejak tiga hari lalu. 
Beliau memaklumkan, kerja tersebut hanya akan tamat apabila sumber air bawah tanah ditemui di mana kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20,000 di mana Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor, Fauzi Abd Jalil yakin kejayaan kali ini.
Beliau turut merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai projek tersebut yang juga dikenali sebagai "Water for Life" (W4life) antara projek utama NGO itu di mana turut dilaksanakan di pedalaman Sabah dan luar negara seperti Sudan, Uganda dan lain-lain.
Orang ramai yang berhasrat menghulur sumbangan boleh menghubungi mantan Setiausaha SMA Al-Masriyah, Mohd Jubri Selamat yang juga Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia- Johor di talian 016-722 6367.
Transaksi juga boleh dibuat langsung ke akaun Yayasan Amal Malaysia akaun nombor 13053010003149 (Bank Islam), 5530 1012 2090 (Maybank), 8600 296 190 (CIMB Islamik) atau 1301 0002 4997 15 (Bank Muamalat). - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018 










































Dekati dan maklumatkan masyarakat dengan Harakah

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam berusaha meluaskan mesej penerangan parti kepada masyarakat awam dengan mengadakan edaran Harakah di Pasar Malam Pekan Simpang Renggam, di sini pagi semalam. 
Program melibatkan pimpinan PAS Kawasan dan Pemuda itu diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat dengan memberikan 200 naskhah secara percuma kepada para pengunjung. 
Menurut Jubri, menerusi pendekatan itu, pihaknya dapat menemui masyarakat sekitar dari pelbagai kaum, sekali gus memberi maklumat terkini berkaitan PAS dari sumber sebenar yakni Harakah
Usaha itu ternyata mendapat reaksi positif dari para penerima yang kelihatan menitip perhatian kepada lembaran naskhah diterima mereka, bahkan ada datang meminta setelah habis edaran. 
Sehubungan itu, pihak PAS Simpang Renggam berhasrat meningkatkan jumlah pemberian pada edaran berikutnya dan berharap terdapat para dermawan sudi membantu menyumbang menjayakannya. 
Ahli PAS di sekitar kawasan tersebut yang ingin melanggan Harakah boleh menghubungi Pusat Aduan Rakyat PAS Simpang Renggam di talian 016-722 6367 atau 013-755 2566. - HARAKAHDAILY 20/1/2018




















































































Sumber HD - 20-1-2018











































Awasi pusat kitar semula jual-beli barang curi

SIMPANG RENGGAM: Pihak berkuasa terutama Polis dan Majlis Daerah diminta bertindak, memantau serta melaksanakan pemeriksaan di premis-premis pusat kitar semula yang dikhuatiri menjadi tumpuan jualan barang curi.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat mengesahkan, terdapat banyak laporan kejadian curi melibatkan barangan besi seperti penutup longkang, tiang pagar, palang jalan dan seumpama.
Menurutnya, dari rekod-rekod kes yang ada ia melibatkan perlakuan oleh penagih dadah atau bekas penjenayah, sekali gus menunjukkan kegagalan BN selaku pemerintah menangani masalah ini.
"Pusat-pusat kitar semula juga perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak memberi barang disyaki curi dan sebaliknya segera melaporkan ke pihak polis jika terdapat cubaan urusniaga mencurigakan.
"Di sini, pusat kitar semula beroperasi 24 jam yang tentunya 'memudahkan' pencuri menjual barang dicuri. Ketegasan tindakan pihak berkuasa perlu untuk menyelamatkan dan mengelak lebih banyak kesusahan awam.
"Tidak dinafi, pusat-pusat seperti ini memudahkan pencarian rezeki golongan tertentu menjual barangan lusuh. Tetapi perlu juga dikenali pihak yang ambil kesempatan dari kegiatan curi.
"Bak kata pepatah, "Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi", kalau tak adabpembeli, manakan ada penjual". Bebaskan negara dari segala jenis jenayah," ujar beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Simpang Renggam.
Beliau mengulas isu tersebut setelah menerima aduan dari usahawan siswazah, Mohd Wafid Wafiyuddin yang telah tiga kali menjadi mangsa kecurian dan membuat aduan ke PAR itu kelmarin.
Kelengkapan projek fertigasi usahawan muda itu dicuri dan sebelum ini juga kabel elektrik sepanjang 200 meter serta kepingan besi alas mini excavator miliknya juga telah dicuri.
"Mana-mana pusat kitar semula yang membeli dan menyimpan barang curi perlu dikenakan tindakan undang-undang dan dibatalkan lesen perniagaan," ujar Wafid mahukan keadilan. - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD - 18-1-2018 
























































































PAS Spg Renggam ziarah kematian keluarga kaum India

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam menzahirkan simpati kepada kepada keluarga Doraisamy Sinnasamy yang kematian isteri, Chellamah Ponnusamy akibat sakit jantung.
Sehubungan itu, pimpinan PAS diketuai Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Ilias Ithnin dan Timbalannya, Mohd Jubri Selamat telah berkunjung ke kediaman keluarga itu di Taman Mega, di sini kelmarin.
Pada kunjungan itu, rombongan PAS Simpang Renggam merakamkan takziah dan berharap keluarga tersebut tabah menghadapi kehilangan insan mereka sayangi.
Pihak PAS Kawasan turut menghulurkan sedikit sumbangan kewangan kepada Doraisamy yang kelihatan terharu dengan ziarah itu bagi meringankan perbelanjaan pengurusan jenazah mendiang isterinya.
Pada ziarah yang turut disertai Pengarah Ilham Johor, Atan Gombang itu, mereka berkesempatan mendapat penerangan mengenai Pesta Ponggal yang bakal disambut kaum India.
Mohd Jubri berkata, pihak PAS Simpang Renggam bersedia hadir pada program kebudayaan sedemikian dalam rangka mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. - HARAKAHDAILY 11/1/2018
























































































Sumber HD- 11-1-2018













































Melayu Johor anti DAP, PAN dan PPBM - IDEAS

AGAK mengejutkan bila membaca hasil kajian terbaru Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Eksekutif IDEAS merangkap Felo Pelawat Kanan ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapore, bertajuk “Parti Pribumi Bersatu Malaysia In Johor: New Party, Big Responsibility”.
Antara dapatan utama hasil kajian setebal 49 muka Wan Saiful yang baru sahaja diterbitkan di dalam siri penerbitan ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapore, bertajuk Trends in Southeast Asia (2018: No. 2) ini adalah membabitkan penerimaan masyarakat Melayu Johor terhadap DAP, iaitu:
(1) 62 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat Pakatan Harapan (PH) adalah dikuasai oleh DAP.
(2) 71 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
Lebih memberikan tamparan kepada DAP, sebuah parti sekular, adalah dapatan hasil kajian ini mengenai penolakan masyarakat Melayu Johor terhadap pendekatan sekular dalam politik, iaitu:
(1) 90 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat peningkatan keagamaan adalah bagus.
(2) 84 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat lebih ramai orang Islam perlu berada di dalam kerajaan.
(3) 81 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat agama seseorang calon (pilihan raya) adalah penting.
Lebih jauh daripada itu adalah dapatan hasil kajian ini yang mendapati bahawa masyarakat Melayu Johor bukan sahaja sangat tidak menyenangi DAP, malah PAN dan PPBM juga, iaitu:
(1) 85 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP.
(2) 69 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi PAN.
(3) 60 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi PPBM
Lebih menarik ialah kesimpulan hasil kajian ini, iaitu bahawa:
(1) Para pemimpin PPBM berpendapat bahawa kelangsungan jangka panjang PPBM bergantung kepada kemampuan PPBM untuk memenangi sekurang-kurangnya sebuah negeri, khususnya Johor.
(2) Pengundi sasaran utama PPBM, iaitu masyarakat Melayu Johor, bagaimanapun belum lagi menyertai mereka (“not yet jumping onto their bandwagon”), kerana kebimbangan utama mereka mengenai DAP, dan ketakutan ini tergambar di dalam maklum-balas perlahan terhadap gerakan menambah keahlian PPBM (mengikut data yang diberikan oleh Setiausaha PPBM Johor, Osman Sapian, kepada Wan Saiful, setakat 8 Julai 2017, PPBM mempunyai kira-kira 7,000 ahli yang telah disahkan).
Paling menarik adalah kesimpulan hasil kajian ini bahawa penentu terpenting adalah di dalam agihan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana, kata Wan Saiful, jika PPBM hanya mendapat kerusi-kerusi majoriti tinggi Melayu (“the high-Malay seats”) dan kurang kerusi-kerusi campuran (“the mixed seats”), maka sangat tidak mungkin untuk PPBM mencapai matlamat mereka untuk menguasai Johor (“it will be highly unlikely they will achieve their ambition of capturing the state”). Ini kerana, kata beliau, tidak mudah untuk memikirkan satu senario di mana undi Melayu akan berayun begitu besar (“it is not easy to imagine a scenario where the Malay votes would swing to a significant enough extent”). 
Sementara agihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara parti-parti dalam PH masih belum dimuktamadkan, berdasarkan kepada agihan kerusi Parlimen yang diumumkan di dalam Konvensyen PH baru-baru ini yang menyaksikan PPBM hanya diberikan 10 kerusi berbanding 8 PKR, 5 DAP dan 2 PAN, maka jelaslah bahawa matlamat PPBM untuk menguasai Johor kelihatan seperti sudah terkubur. Ini kerana, seperti didedahkan oleh Pengerusi PPBM Johor, Datuk Dr Shahruddin Salleh, dan Setiausaha PPBM Johor, Osman Sapian, strategi PPBM Johor adalah untuk bertanding antara 20 ke 22 kerusi daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen yang ada di Johor (bagi membolehkan PPBM turut menguasai kerusi-kerusi campuran). 
Bila PPBM hanya diberikan 10 kerusi majoriti tinggi Melayu sahaja, bukannya antara 20 ke 22 kerusi seperti yang dirancang oleh PPBM Johor, di peringkat Parlimen maka agak sukar dibayangkan PPBM akan diberikan kerusi-kerusi campuran di peringkat Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada logik Wan Saiful, bila PPBM tidak diberikan kerusi-kerusi campuran, maka sudah tentulah matlamat PPBM untuk menguasai Johor kelihatan seperti sudah terkubur.
Bagi saya, hasil kajian Wan Saiful ini menjadi bukti nyata betapa PPBM membuat satu kesilapan yang besar bila ia memilih untuk bersekongkol dengan DAP.
Tahniah kepada Umno yang mengikut hasil kajian Wan Saiful ini, masih lagi disukai oleh 67 peratus daripada masyarakat Melayu Johor dan kepada PAS yang mendekati Umno dengan 48 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu Johor.
Tidak lupa juga, takziah kepada PPBM Johor. - HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD - 11-1-2018 














































54,000 Ekar Tanah Johor Digadai Kepada S'pura Dengan Nilai RM0.03 Sekaki Persegi
Posted on Wednesday, January 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37674



18 kali ganda keluasan tanah tambak projek Forest City telah digadaikan Malaysia  kepada Singapura pada tahun 1990 dengan harga RM0.03 sen sekaki persegi -  pemeteraian perjanjian empat hari sebelum Lee Kuan Yew melepaskan jawatan  sebagai Perdana Menteri Singapura.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong  berkata, tanah berkeluasan 54,000 ekar itu adalah tanah sedia ada yang wujud di  Johor dan jauh lebih luas daripada 3,459 ekar kawasan laut Johor yang ditambak  bagi membangunkan projek Forest City.

Kata Eric, penjualan mega itu dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Kuan  Yew pada 24 November 1990 telah mengikat perjanjian pajakan selama 71 tahun dengan bayaran pendahuluan RM710 juta dan kadar sewaan bulanan RM0.03 sen bagi setiap kaki persegi.

Menurut jumlah yang dinyatakan Eric, bayaran tahunan pajakan Singapura kepada  Malaysia untuk tanah berkeluasan 54,000 ekar tersebut adalah RM70,567,200.

"Tun Mahathir juga bersetuju dalam perjanjian 1990 itu bahawa pengambilan air  oleh Singapura ialah dengan syarat tanpa had dan tidak lagi dihadkan kepada 250  juta gallon (1.14 bilion liter) sehari seperti yang pernah ditulis dalam  perjanjian air Malaysia-Singapura tahun 1962," kata Eric dipetik kenyataan.
Kawasan bertanda hijau adalah kawasan yang dipajak Malaysia kepada Singapura

Kawasan bertanda hijau adalah kawasan yang dipajak Malaysia kepada Singapura

Malaysia menandatangani perjanjian membekalkan air mentah kepada Singapura  dengan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gallin dan dibenarkan untuk menaikkan kadar selepas 25 tahun.

"Harga pengambilan air sehingga 250 juta gallon sehari yang dibayar oleh negara  Singapura juga kekal pada harga 3 sen untuk 1,000 gallon (4,550 liter) yang  ditetapkan pada perjanjian tahun 1962."

Tambahnya, Dr Mahathir enggan menaikkan kadar caj membekalkan air kepada  Singapura pada 1987 sepertimana dibenarkan pada tahun 1962 menyebabkan harga  berkenaan kekal 3 sen bagi setiap 4,550 liter air mentah sehingga tahun 2062.

"Berita tentang perjanjian ini disiarkan secara luas dan diraihkan sebagai suatu kejayaan di dalam media Singapura pada masa itu tetapi jarang dimaklumkan di  dalam media arus perdana Malaysia sendiri.

"Akibat ini, tidak ramai orang Malaysia yang tahu tentang kewujudan perjanjian  tahun 1990 ini," katanya.

Jelas Eric, Dr Mahathir menjual air mentah kepada Singapura pada harga murah  dengan harapan negara berkenaan akan menjual semula air terawat kepada Johor  pada harga rendah, namun sangkaan itu meleset.

"Oleh kerana sangkaan yang tidak menjadi itu, Malaysia tetap mengenakan harga 3  sen sehingga perjanjian ini tamat pada tahun 2062.

"Ini bermakna, Singapura hanya membayar RM7,500 untuk 250 juta gallon air setiap hari - cukup untuk 60% kegunaan harian seluruh Singapura".

Tambahnya, Malaysia sepatutnya meraih RM55.5 bilion hasil menjual air mentah  kepada Singapura dengan kadar baharu, tetapi disebabkan Dr Mahathir enggan  menaikkan caj tersebut, sumbangan Singapura kepada Malaysia dalam urusan  pembelian air mentah cuma RM208 juta sepajang tempoh 1987 hingga 2062.
- mD
Sumber TKO - 10-1-2018


Johor larang Datuk Hassan Din beri ceramah
Posted on Monday, January 08 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37650


BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, kini dilarang menyampaikan ceramah di negeri Johor.



Ia susulan arahan pihak berkuasa agama Johor yang melarang adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu menyampaikan ceramah agama.


Datuk Hassan berkata, beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu, yang sepatutnya menjalankan program ceramah dua hari di Pontian dan dua hari di Muar.

Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak masjid, selepas mendapat arahan daripada pihak Majlis Agama Islam Johor.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” katanya kepada kepada sebuah portal.

Terdahulu, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim.

Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.
Sumber TKO - 8-1-2018

Mukayyam Jentera PAS bersiap menangi Spg Renggam

KLUANG: PAS Kawasan Simpang Renggam telah mengadakan Mukayyam Jentera Pilihan Raya di Gunung Berlumut pada 5 Januari lalu dan berakhir kelmarin.
Mukayyam tersebut bertujuan memperkukuh dan memperkasa kekuatan siap siaga jentera sebagai persediaan menghadapi PRU14 tidak lama lagi.
Antara pembentangan adalah mengenai strategi semasa PAS khususnya Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Roslan Nikmat dalam pembentangan tersebut, BPMS dan WINS perlu diterjemah jentera PAS kepada masyarakat antaranya mengurangkan musuh, sebaliknya meramaikan kawan.
Sementara Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Azlisham Azhar dalam kuliahnya menyeru agar tahap pengorbanan ditingkatkan kerana tidak sama darjat pejuang di medan dengan ibadah di rumah.
Beliau memetik iktibar kisah ulama bernama Abdullah bin Mubarak yang mengutus surat kepada ulama lain di Kota Haramain Makkah dan Madinah atas sibuknya beribadah.
"Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram. Seandainya kau melihat kami, nescaya kau akan tahu bahawa engkau dan ibadahmu itu hanyalah main-main belaka.
"Orang membasahi pipinua dengan linangan air mata, sementara kami membasahi leher dengan darah-darah kami," ujar Ustaz Azlisham memetik kata-kata Abdullah.
Beliau berharap kisah tersebut menjadi pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan menggapai kemenangan Islam hingga terangkat darjat di sisi Allah. - HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD - 8-1-2018 

Gagasan Sejahtera sedia lakar sejarah di Johor

JOHOR BAHRU: Gagasan Sejahtera Johor yang menggabungkan PAS, Ikatan, Berjasa dan NGO-NGO telah dilancarkan secara rasminya di Hotel Tropical Inn, di sini semalam.
Pelancaran gilang-gemilang melakar sejarah politik di Selatan tanah air itu telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Dalam ucapannya dihadapan lebih 300 delegasi pada majlis itu, beliau menegaskan bahawa Gagasan Sejahtera pada PRU14 nanti akan menentang BN dan PH.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menempelak Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baharu menjadi pembangkang untuk tidak sibuk mengajar harimau makan daging.
Katanya, PAS tahu untuk mengadakan pelbagai pendekatan baharu dalam menghadapi musuhnya dalam pilihan raya tanpa perlu telunjuk bekas Perdana Menteri (PM) itu.
Beliau turut menyindir percaturan PH menamakan calon PM umpama orang yang baharu pergi memancing, sedangkan perencah sudah direnehkan di rumah.
Pada majlis itu, Pengerusi Protem Ikatan Johor, Ahmad Zainuddin Zulkefly dan Exco Berjasa, Abd Aziz Pardan dalam ucapan mereka menyatakan sokongan dan komitmen parti masing-masing untuk menghadapi PRU14 bersama Gagasan.
Manakala Naib Presiden PCM, Dato' Huan Cheng Guan menzahirkan komitmen parti itu dengan mengumumkan sumbangan RM3,000 kepada Gagasan Sejahtera Johor.
Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu turut menyatakan kesediaan PCM membantu gerak kerja bersama dari masa ke masa, selain memuji PAS yang mengetuai Gagasan Sejahtera sebagai parti berprinsip.
Turut berucap adalah wakil NGO Ummah Johor, Dr Mazri Yahya yang melontarkan kekhuatiran betapa PH telahpun mencalonkan PM berusia lebih 90 tahun dan terpalit dengan pelbagai isu berat.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin pula menegaskan bahawa PAS Johor yang akan bertanding di 19 Parlimen dan 38 Dun mengalu-alukan gabungan tersebut. - HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD- 8-1-2018 





































































































PJ Johor dan Amal bantu penduduk berpindah

JOHOR BAHARU: Khidmat Jabatan Amal Negeri Johor bersama telah membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), Zahimi Muhammad untuk berpindah ke Bangi, Selangor dari Taman Pulai Indah, di sini kelmarin.
Usaha-usaha memunggah barang-barang milik keluarga Zahimi yang juga merupakan mantan Setiausaha PAS Johor Baharu itu turut dijayakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin.
Ternyata, kehidupannya yang teruji oleh sakit angin ahmar (stroke) hingga berstatus OKU kini telah dimudahkan hasil keprihatinan Ustaz Abdullah dan anggota Amal itu.
Mereka telah menghulurkan pertolongan buatnya yang tidak lagi dapat melakukan kerja-kerja berat, sekali gus menyempurnakan urusan berpindah itu dengan koordinasi bersama Jabatan Amal Selangor.
Zahimi merupakan abang kandung pendakwah terkenal, Dr Zahazan Muhammad itu berpindah kerana mengikuti isterinya yang bertukar dan berkhidmat di cawangan Bangi setelah menetap di Johor sejak tahun 2006. - HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-2018 



















































Jabatan Amal Mersing lancar operasi pembersihan banjir

MERSING: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Mersing telah menggerakkan operasi besar-besaran pembersihan rumah mangsa banjir sejak semalam.
Menurut Komander Jabatan Amal Mersing, Zaki Mahbah, operasi fasa pertama itu akan dilaksanakan sehingga 6 Januari depan dan dilanjutkan mengikut perkembangan banjir seterusnya.
Terang beliau, keutamaan ditumpukan operasi itu kepada kediaman-kediaman mangsa banjir yang terjejas teruk agar penduduk dapat segera memulihkan rutin kehidupan mereka.
Keadaan semasa banjir di daerah itu beransur pulih dengan jumlah penduduk di enam Pusat Penempatan Sementara (PPS) semakin berkurang kepada 378 mangsa daripada 104 keluarga.
PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Rendah Air Papan, Tenglu, Dewan Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Air Merah. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

PAS Mersing usaha bantu mangsa banjir

MERSING: Hujan tanpa henti selama tiga hari telah mengakibatkan banjir melanda sekitar Endau dan Mersing hingga memaksa 225 penduduk dari 62 keluarga berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka.
Memahami kesulitan para mangsa, PAS Kawasan Mersing turun ke PPS mengedarkan sarapan dalam usaha menyelami perasaan mereka dan meringankan sedikit beban, pagi ini.
Rombongan diketuai Pengerusi Pusat Aduan Rakyat PAS Mersing, A. Rahman A. Hamid yang berziarah dari PPS ke PPS dan antara terawal tiba untuk menyantuni para mangsa.
Sehingga kini, antara lokasi dilanda banjir ialah Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan Semanyir Endau dan Kampung Air Tawar.
Antara PPS yang dibuka adalah Balai Raya Taman Nakhoda dengan jumlah empat keluarga dari 13 mangsa, manakala Sekolah Rendah Air Papan pula 31 keluarga dari 107 mangsa.
Di Sekolah Kebangsaan Tenglu terdapat 10 keluarga dari 46 mangsa, di mana Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung pula enam keluarga dari 50 mangsa, selain PPS Endau terdiri 11 keluarga dari 39 mangsa. - HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD-2-1-2018 











































































































PAS Johor lapor polis tuduhan jahat Tun M

JOHOR BAHRU: PAS Negeri Johor telah membuat laporan polis terhadap Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang berupa tuduhan terhadap Presiden PAS dan peristiwa berdarah Memali.
Ketua Penerangan PAS Johor, Shamsudin Jaafar berkata, Tun Mahathir telah membuat tuduhan palsu yang amat jahat terhadap Presiden PAS dan mengaitkan tragedi Memali berpunca dari Amanat Haji Hadi.
"Beliau juga cuba mengaitkan para Mufti sebagai punca peristiwa berdarah itu. Kenyataan itu hanya dibuat untuk melepaskan diri beliau sendiri.
"Semua rakyat tahu bahawa Tun merupakan Perdana Menteri ketika peristiwa itu berlaku. Beliau tidak wajar membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Presiden PAS dan para Mufti," ujarnya kepada media.
Beliau yang turut diiringi Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin dan pimpinan-pimpinan PAS Johor telah membuat laporan polis itu dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini semalam.
Shamsudin dalam laporan itu turut menyatakan bahawa Tun Mahathir sengaja membuat tuduhan palsu bahawa Presiden PAS pernah mendakwa pihak-pihak yang tidak menyertai Parti Islam itu sebagai kafir.
Malah, Pengerusi PH itu juga ujarnya, menuduh Mufti-mufti bersetuju dengan perkara itu, selain menuduh juga Amanat tersebut sebagai inspirasi untuk Ibrahim Mahmud dan pengikutnya membunuh empat anggota polis.
"Semua kenyataan Tun Mahathir adalah berniat jahat dan bersifat fitnah semata-mata bagi memburukkan Presiden PAS dan para Mufti. Saya menggesa polis mengambil tindakan kepada beliau.
"Saya amat bimbang kenyataan-kenyataan jahat dan fitnah boleh menyebabkan orang Melayu berpecah-belah, para Mufti tidak dihormati dan semua terlibat dalam peristiwa Memali bermusuhan selamanya," ujar beliau.
Mewakili PAS Johor, beliau turut meminta agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan tragedi Memali dapat disegerakan agar fakta sebenar, bukan palsu, andaian dan fitnah segera terungkai. - HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018 






















































PAS Mersing santuni warga Felda

TENGGAROH: PAS Kawasan Mersing telah mengadakan ziarah mahabbah serta edaran kalendar bersempena kehadiran tahun baharu 2018 di Felda Tenggaroh dan Felda Endau, di sini semalam.
Program tersebut bertujuan mendekati dan menyantuni warga penduduk di tanah rancangan itu disamping menyelami pelbagai isu kehidupan mereka terutama yang tidak mendapat perhatian Felda dan agensi kerajaan lainnya.
Rombongan PAS Mersing diketuai Pengerusi Pusat Aduan Rakyat PAS Mersing, A Rahman A Hamid berziarah dari rumah ke rumah menyantuni peneroka-peneroka yang uzur sambil memberikan kalender khas tanda kenang-kenangan.
Suasana muhibah dan harmoni jelas terpancar dari perbualan mesra beliau yang juga merupakan anak peneroka Felda Endau dan bekas Pengurus Felda bersama para peneroka ditemuinya.
Menurut beliau, program ziarah seperti itu merupakan rutin berkala pihak PAS Mersing sebagai pendekatan menemui penduduk dan peneroka dalam daerah itu.
Sumber HD- 1-1-2018 

Mesti bijak seimbangkan masa antara kerjaya dan PAS
























































MUNGKIN bagi sesetengah orang kesibukan di dalam kerjaya merupakan halangan untuk bergiat aktif di dalam jemaah kerana kesukaran untuk membahagikan masa antara dua komitmen tersebut.

Namun bagi anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini, kerjayanya  sebagai Pengurus Jabatan Pengeluaran di sebuah sektor perkilangan, yang berkait rapat dengan operasi pengeluaran bukanlah alasan baginya untuk tidak turut serta di dalam kerja-kerja jemaah.

Sumber HD-20-12-2017
























































Persoal takrif miskin di Johor

MUAR: Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim mempersoalkan kriteria yang diguna pakai Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung kenyataannya bahawa kadar kemiskinan di negeri itu sejak 2014 adalah 0.0 peratus.
Adun Permas itu mendakwa, Johor berjaya mengekalkan kadar kemiskinan 0.0 peratus sejak 2014 berbanding 0.9 peratus pada 2012 ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Kota Iskandar Iskandar Puteri Johor Bahru, 23 November lalu.
Kenyataan tersebut menurut Dr Mohamad, menggambarkan seolah-olah sudah tiada lagi orang miskin di negeri Johor, sedangkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, termasuk wakil rakyat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) masih berjalan seperti biasa.
"Bahkan jumlah pemohonnya juga semakin bertambah ramai. Adakah sekarang ini golongan yang menerima bantuan ini bukan dari kalangan orang miskin?” soal beliau yang turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai mengelirukan.
Ini kerana nyata beliau, realiti sebenar menunjukkan masih ramai lagi rakyat negeri Johor yang berstatus miskin atau pun miskin tegar dan golongan ini masih memerlukan bantuan kerajaan.
“Ini dapat dibuktikan di kawasan yang saya wakili sejak 2008 di mana masih terdapat begitu ramai golongan rakyat yang susah hinggakan sekiranya mereka ini diberi sekampit beras (10 kg) untuk sebulan pun mereka sudah cukup bersyukur.
“Selain itu peningkatan permohonan bantuan di JKM dan Baitulmal pada setiap tahun juga membuktikan bahawa kadar kemiskinan rakyat negeri ini semakin meningkat bukan semakin menurun.
“Walaupun mungkin peruntukkan tidak meningkat, tetapi permohonan untuk mendapatkan bantuan ini terus meningkat saban tahun. Ini jelas menunjukkan kenyataan Menteri Besar berhubung kadar kemiskinan rakyat ini tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku,” jelas beliau.
Menurut Dr Mohamad lagi, pemberian BR1M kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM4,000 adalah bukti jelas bahawa kadar kemiskinan masih terlalu tinggi.
“Jikalau golongan yang berpendapatan sehingga RM4,000 pun masih perlu dibantu, maka istilah miskin sifar ini amat tidak relevan buat masa ini. Ini kerana pendapatan sebanyak itu hanya cukup untuk makan sahaja, itu pun kadang-kadang tidak cukup, untuk simpanan memang jauh sekali.
“Lebih malang lagi kesan dari kemiskinan ini menyebabkan terdapat di kalangan rakyat yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi berpunca dari  desakan kewangan.
“Oleh kerana itu jangan ada pihak lebih-lebih lagi pihak yang berautoriti mengeluarkan statistik mengelirukan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat semata-mata, begitu juga dengan istilah-istilah yang sekadar untuk menyedapkan hati rakyat sahaja, tidak lebih dari itu,” tegas beliau. - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017 


























































PAS sangkal Johor sifar miskin

BATU PAHAT: PAS Johor menyangkal kenyataan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mendakwa Kerajaan Negeri Johor telah berjaya mengekalkan kadar kemiskinan 0.0 peratus sejak 2014 berbanding 0.9 peratus pada 2012.
Menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tersasar, PAS Johor juga tidak menolak kemungkinan perkiraan tersebut mungkin hanya berdasarkan kepada data-data di atas kertas sahaja, sedangkan realiti sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.
Sehubungan itu PAS Johor menyeru Menteri Besar supaya turun padang untuk melihat sendiri kehidupan rakyat yang rata-ratanya begitu tertekan dengan kos sara hidup begitu tinggi hari ini, tegas Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin.
Adun Puteri Wangsa itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Khaled ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Kota Iskandar Iskandar Puteri Johor Bahru, 23 November lalu.
Sebagai bukti menurut Ustaz Abdullah, rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri masih begitu ramai di negeri itu hingga ramai menjadi gelandangan sekali gus menafikan sama sekali kenyataan tersebut.
“Kita seringkali memberi bantuan kepada  golongan asnaf ini termasuk golongan gelandangan tersebut dan ini menunjukkan masih terdapat ramai golongan rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan.
“Hari ini telah muncul beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tampil untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan gelandangan yang jumlahnya agak begitu ramai di negeri ini.
“Kesan dari tekanan hidup yang begitu menghimpit rakyat ini menyebabkan kadar kemiskinan rakyat menjadi bertambah tinggi, bukan semakin berkurangan. Sebab itu kita menyifatkan kenyataan menteri besar ini sebagai tidak tepat,” tegas beliau.
Ustaz Abdullah seterusnya menegaskan, pemimpin perlu melihat keadaan rakyat secara menyeluruh dan tidak melihat atau menilai sebahagian atau kelompok tertentu sahaja.
“Adalah tidak adil jika kita menyamaratakan taraf kehidupan seluruh rakyat negeri ini dengan hanya melihat sebahagian golongan atau kelompok tertentu sahaja. Kaedah seumpama ini dibimbangi  akan mendorong kepada berlakunya ketidakadilan kepada rakyat.
“Justeru bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan, maka sekali lagi saya mendesak Menteri Besar termasuk pimpinan kerajaan negeri supaya dapat meluangkan masa untuk turun padang bertemu dan melihat sendiri keadaan sebenar kehidupan seharian rakyat  negeri ini," seru beliau lagi. - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD- 28-11-2017 


Terjun Tingkap Lepas Ditegur Ibu
Posted on Sunday, November 26 @ 07:53:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36984





JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai terjun dari tingkat sembilan sebuah apartment di Taman Tampoi Indah di sini selepas ditegur oleh ibunya.

Ketua Polis Johor Bahru, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, insiden itu dipercayai berlaku selepas ibu mangsa meminta agar anaknya itu tidak membuat bising di dalam rumah.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mengunci dirinya di dalam bilik sebelum terjun melalui tingkap," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tambah beliau, mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang Jumaat itu.

"Dipercayai berlaku perbalahan antara mereka dan ibu mangsa sama sekali tidak menjangka anaknya akan bertindak sedemikian," katanya.

Mohd Taib berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sumber TKO - 26-11-2017


Bekas Pengarah Strategi PKR sertai PAS
Posted on Thursday, November 23 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36956



KLUANG: Mantan Pengarah Strategi PKR Johor, Nor Azman Hashim, memutuskan untuk menyertai PAS setelah yakin dengan dasar Islam yang menjadi asas perjuangan PAS berbanding parti-parti lain tidak mengambil Islam sebagai dasar parti.

Beliau yang juga mantan Naib Ketua Angkatan Muda Johor dan menyertai parti itu pada tahun 2007 telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi.

Penyerahan borang tersebut dilakukan sempena majlis ceramah Program Jelajah Gerakan Sejahtera Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Simpang Renggam, dekat sini, 23 September lalu.

Hadir sama pada majlis ini Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin; Ketua Ulamak PAS Johor, Ustaz Azli Sham Azhar; Ketua Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad dan Yang DiPertua PAS Kawasan Simpang Renggam, Ustaz Alias Isnin.

SALMAN HUSSIN
Harakah
 


Sumber TKO - 23-11-2017


Lagi Kedai Larang Bukan Muslim Masuk
Posted on Saturday, November 11 @ 09:19:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36623



JOHOR BAHRU - Selepas masyarakat bukan Islam kecoh dengan sebuah kedai dobi di Muar yang beroperasi secara ‘mesra Muslim', kali ini sebuah kedai terapi kesihatan juga guna kaedah sama.

Premis milik syarikat Kyosei terletak di Larkin Perdana di sini itu mencetuskan kontroversi selepas ia menayangkan notis di pintu masuknya yang jelas menyatakan hanya orang Melayu warga Malaysia dibenarkan berurusan.

Menurut laporan akhbar China Press, kedai tersebut menjual barangan kesihatan dari Jepun dan produk rumah. Kedai itu juga dikatakan hanya menggunakan bahasa Melayu dalam menjalankan segala “aktiviti promosinya”.

Notis makluman dicetak dalam bahasa Melayu dan Mandarin turut ditampal di luar kedai tersebut dengan menyatakan: “Harap maklum bahawa kami hanya menggunakan bahasa Melayu dalam semua aktiviti promosi.

“Hanya warganegara Malaysia berbangsa Melayu dibenarkan masuk. Kami minta maaf atas segala kesulitan.” Manakala notis dalam bahasa Mandarin pula ia berbunyi: “Pelanggan Cina digalakkan untuk cari lokasi cawangan.”

Pengurus cawangan tersebut yang enggan didedahkan namanya memberitahu China Press bahawa syarikat itu sudah mempunyai ramai pelanggan Cina dan kini mula memberi fokus segmen pasaran kepada Melayu pula.

Bahkan Kyosei ada membuka cawangan di Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur selain sekitar Johor sendiri yang hanya menggunakan bahasa Melayu untuk lebih mudah berkomunikasi dengan pelanggan daripada bangsa itu sahaja.

Tinjauan mendapati lebih 50 pelanggan Melayu memenuhi premis tersebut untuk mendengar taklimat dengan hanya perlu membayar RM1 sebelum mereka kemudian diberikan pek cenderamata berupa serbuk kopi dan biskut.

Namun beberapa pekedai bukan Melayu di premis bersebelahan pula berbelah pendapat mengenai operasi Kyosei dengan ada menyifatkan ia berbaur rasis tetapi ada anggap itu hak pemilik yang tidak salah dari segi peraturan.

Pengurusnya menjelaskan bahawa syarikatnya itu tidak mempraktikkan “diskriminasi kaum” kerana mereka tetap ada beberapa cawangan lagi di Johor dan negeri-negeri lain yang memang khusus hanya untuk pelanggan Cina.

Meskipun bimbang mengenai kewujudan kedai sebegitu di Johor yang kebanyakan penduduknya bangsa Melayu, beliau mengatakan ia merupakan strategi pemasaran syarikat dan bukan bertujuan mengasingkan pelanggan Cina.


Bulan lalu, Sultan Johor mengancam menutup sebuah kedai dobi di Muar selepas meletakkan tanda di luar kedainya yang berbunyi “Mesra Muslim” bahkan mendakwa Johor bukan negeri Taliban. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 11-11-2017

Sultan Johor Selar Tindakan JKR Pasang Papan Tanda Ingatkan Wanita Dosa Tidak Tutup Aurat
Posted on Friday, November 03 @ 08:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36384



Iman seseorang tiada kaitan dengan cara berpakaian – Sultan Johor

Iman seseorang individu terhadap hubungannya dengan Allah SWT tidak boleh dinilai mengikut kriteria luaran seperti pakaian.


Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan eksklusif Mstar Online bertitah, apa yang lebih penting adalah niat hati dan fikiran seseorang.

Baginda menyelar Jabatan Kerja Batu Pahat Raya (JKR) yang memasang papan tanda baru-baru ini mengingatkan wanita Islam daripada dosa tidak menutup aurat rambut mereka.

"Sejak bilakah JKR, sama ada di peringkat daerah atau negeri, menjaga hal ehwal keagamaan?

"Tugas utama mereka adalah memastikan jalan-jalan dalam keadaan baik dan bukan meluahkan kebimbangan tentang aurat rambut wanita," titah baginda.

...
http://kecohsangat.com


Sumber TKO - 3-11-2017


Ilmu saya tak lucut, kata Zamihan selepas tauliah ditarik
Posted on Tuesday, October 17 @ 08:01:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35963



PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin berkata tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliahnya mengajar agama sama sekali tidak “melucutkan” ilmunya, lapor portal Watan-Online.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu juga dilaporkan berkata tindakan itu tidak meragut semangatnya selain “menegakkan akidah ahli sunnah wal jamaah”.
“Seorang pejuang kebenaran tidak perlu takut dan gentar terhadap dugaan yang berlaku,” kata Zamihan, yang menjangkakan tindakan itu.

“Ia juga tidak perlu khuatir tentang nyawanya yang akan terancam kerana dia berjuang semata-mata untuk akhirat.

“Saya selaku rakyat biasa akur dengan keputusan Tuanku kerana ia adalah hak Tuanku. Namun, tindakan itu tidak sama sekali ‘melucutkan’ ilmu dan semangat perjuangan akidah saya.”

Beliau berkata demikian selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bersetuju agar MAIS menarik balik tauliah Zamihan, susulan kontroversi ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ini, yang mengandungi “perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja”.

  Sambil itu Zamihan mengingatkan bahawa Islam menetapkan setiap pemerintah boleh ditegur serta dinasihati.

“Akhir zaman, kemiskinan ASWJ begitu terserlah,” kata Zamihan, merujuk kepada ahli sunnah wal jamaah, yang menjadi aliran majoriti di negara ini. “Kita ketandusan pemimpin yang sanggup berjuang semata-mata kerana akidah.”

“Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah. Takutlah Allah dan ingatlah balasan akhirat. Pastu hidup kita beroleh berkat,” katanya.

Sebelum ini, Zamihan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi layan diri di Muar menghentikan dasar “mesra Muslim” dan menganggap orang bukan Islam tidak bersih.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, pada 8 Oktober.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” katanya sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan, termasuk sultan.

“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” katanya yang dibebaskan Sabtu lalu, selepas direman 3 hari untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.
Sabtu lalu, Sultan Johor menyifatkan Zamihan “tin kosong” dan angkuh.

Sumber TKO - 17-10-2017


Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor
Posted on Monday, October 16 @ 11:48:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35938



PETALING JAYA: Walaupun dibidas Sultan Johor sebagai “angkuh” dan “tin kosong”, Zamihan Mat Zin kembali aktif dengan pelbagai muat naik di Facebook beliau, termasuk membantah penganjuran pesta arak di Johor, sambil diangkat sebagai “pejuang Islam” oleh penyokongnya.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru-baru ini disiasat berhubung kritikannya terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memuat naik pelbagai mesej “perjuangan” selepas dibebaskan Sabtu lalu.

Zamihan, 41, yang mengetuai NGO beliau, Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), ditahan berhubung ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam pada 7 Oktober, yang menyelar Sultan Ibrahim kerana menghalang dasar sebuah kedai dobi di Muar, Johor untuk hanya berurusan dengan orang Islam.

Zamihan juga mengundang kecaman kerana menyifatkan orang bukan Islam tidak bersih sehinggakan pakaian mereka tidak boleh dicampur aduk dengan pakaian penganut Islam.

“Kita ini negara Islam, pemimpin Islam, raja Islam, sultan Islam. Semua sumpah, wallahi, wabillahi… nak buat dobi ‘for Muslims only’ pun tak boleh, kita kata jumud, kita kata Taliban,” kata Zamihan seperti dipetik rakan video ceramahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Selepas klip tersebut viral di Youtube, Zamihan menuduh beberapa media memutar belit ucapannya, walapun memohon ampun kepada Sultan Johor beberapa jam sebelum ditahan di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim membidas pegawai Jakim itu dan mengarahkan pihak berkuasa agama negeri tidak berurusan dengan Jakim.

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” menurut ucapan Sultan Ibrahim di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat pada Sabtu.

“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan JAINJ tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” tambahnya, merujuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


Kenyataan keras Sultan Johor itu bagaimanapun tidak menghalang pelbagai muat naik di Facebook Zamihan, mengangkat penceramah agama yang terkenal dengan gayanya menghentam tokoh agama lain itu sebagai “pejuang akidah” yang difitnah.

Sumber TKO - 16-10-2017


Program High Tea di Simpang Renggam
Posted on Sunday, October 15 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35929



Program High Tea di Simpang Renggam mendekati golongan India. PAS sentiasa mengambil cakna masalah setempat.




Sumber TKO - 16-10-2017

Jakim mohon mengadap Sultan Johor
Posted on Sunday, October 15 @ 07:58:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35911


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat permohonan mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berikutan titah baginda yang berhubung badan itu pagi tadi.


Ketua Pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha berkata, permohonan dibuat bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Jakim amat menyanjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan berkaitan Jakim hari ini.

"Justeru, saya dan Datuk Seri Jamil Khir akan segera memohon perkenan untuk mengadap tuanku, berkaitan isu ustaz Zamihan Mat Zin, pegawai kader Jakim di Penjara Kajang yang menyampaikan ceramah menyentuh soal dobi mesra Muslim yang tular," katanya dalam satu kenyataan.

Sinar Harian hari ini melaporkan titah Sultan Ibrahim yang Jakim tidak perlu memberi pandangan agama kepada Johor kerana soal itu di bawah bidang kuasa negeri.

Baginda juga menitahkan menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) agar tidak lagi berurusan dengan badan itu.

Ia dipercayai susulan laporan Zamihan yang baru-baru ini mengkritik Sultan Ibrahim yang membidas dobi "Muslim sahaja" di Muar yang menjadi perhatian negara.

"Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.

"Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia," titahnya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.

Susulan kenyataan Zamihan itu, beliau direman polis Akta Hasutan bersama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain dipanggil ke lembaga tatatertib Jakim dan digantung tauliah ceramah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber TKO - 15-10-2017





Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh
Posted on Saturday, October 14 @ 23:00:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35903


 PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin sebagai “tin kosong” dan angkuh.


Sehubungan itu baginda juga melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) daripada berurusan dengan Jakim selepas ini.


Sultan Ibrahim juga bertitah gaya percakapan Zamihan yang juga presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) sangat angkuh dan sombong, “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kali ke-17 di Batu Pahat, hari ini.

Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Zamihan mengkritik baginda mengenai isu kedai dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.


Dipetik Sinar Harian Online, Sultan Ibrahim bertitah Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.

“Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.

Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

Pada Rabu lalu, Zamihan ditangkap polis ekoran kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Selasa lalu, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

Sumber TKO - 15-10-2017


Sultan Johor larang Jainj berurusan dengan Jakim
Posted on Saturday, October 14 @ 21:43:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35899


BATU PAHAT - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas ini.


Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.



Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin  mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

"Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

"Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.

"Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak," titah Sultan Ibrahim ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.

Titah Sultan Ibrahim,  Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.

"Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.


"Kalau betul dia penceramah Jakim saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim," titah baginda.

Sumber TKO - 14-10-2017













































































Oktoberfest: Kesal memo dipulang semasa sidang media

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah berkunjung ke Hotel Mutiara Johor Bahru pada petang tadi bagi tujuan mengadakan perbincangan dan menghantar memorandum kepada pihak pengurusan hotel tersebut kerana PAS Johor telah menerima aduan daripada masyarakat Islam mengenai akan adanya 'Oktoberfest' yang digembar-gemburkan sebagai program pesta arak seperti mana yang ditularkan di dalam media.
Delegasi Badan Perhubungan  PAS Negeri Johor (BPPNJ) diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Azlisham Azahar (Ketua Dewan Ulamak PAS Johor),  Ustaz Juwahir Amin (Ketua Dewan Pemuda PAS Johor), Ustaz Haji Salehudin Dahiran (Bendahari BPPNJ), Samsuddin Jaafar (Ketua Penerangan BPPNJ) dan beberapa pimpinan yang lain. 
PAS Johor yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mengambil sikap untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak hotel tentang perkara tersebut bagi mengelakkan salah faham dan akan memberikan pandangan berkaitan dengan perkara ini. 
Walaupun pada peringkat awal, pihak pengurusan hotel telah bersetuju untuk menerima kunjungan kami namun pertemuan tersebut telah dibatalkan dengan alasan Pengurus Besar ada urusan di Kuala Lumpur. 
Namun lebih malang lagi, ketika kami berada di hotel tersebut, kami telah dimaklumkan bahawa tidak ada sesiapapun dibenarkan menerima memorandum daripada kami. 
Perbincangan telah berjaya dibuat bersama Ketua Keselamatan hotel dan beberapa input telah kami terima berkaitan dengan penganjuran program tersebut. Namun, perbincangan tersebut terhenti apabila beliau juga dihubungi oleh pihak pengurusan hotel untuk menghentikan perbincangan dan seterusnya tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan melayan dan menerima memorandum bagi pihak hotel. 
Akhirnya, memorandum tersebut telah berjaya juga diserahkan kepada "Manager On Duty" yang bertugas berdekatan dengan lobi hotel dengan baik. 
Namun, sekali lagi kami dikejutkan apabila sidang media sedang berlangsung di luar perkarangan hotel, memorandum tersebut telah dikembalikan kepada kami sambil disaksikan oleh para wartawan yang sedang membuat liputan. 
Kami sangat kesal dengan apa yang telah berlaku kerana pihak pengurusan hotel telah bersikap kurang professional berhadapan dengan pihak luar seperti kami. 
Perbincangan yang harmoni sebenarnya mampu untuk menjernihkan suasana namun tindakan pihak pengurusan hotel menghalang mana-mana pekerja menerima memorandum tersebut adalah satu tindakan yang terkebelakang dalam sebuah negara yang bertamadun. 
Walau bagaimanapun, PAS Johor akan terus berusaha untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak pengurusan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 11/10/2017
Sumber HD - 11-10-2017 















































































Bekas Pengarah Strategi PKR sertai PAS

KLUANG: Mantan Pengarah Strategi PKR Johor, Nor Azman Hashim, memutuskan untuk menyertai PAS setelah yakin dengan dasar Islam yang menjadi asas perjuangan PAS berbanding parti-parti lain tidak mengambil Islam sebagai dasar parti.















































































Beliau yang juga mantan Naib Ketua Angkatan Muda Johor dan menyertai parti itu pada tahun 2007 telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi.

Penyerahan borang tersebut dilakukan sempena majlis ceramah Program Jelajah Gerakan Sejahtera Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Simpang Renggam, dekat sini, 23 September lalu.

Hadir sama pada majlis ini Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin; Ketua Ulamak PAS Johor, Ustaz Azli Sham Azhar; Ketua Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad dan Yang DiPertua PAS Kawasan Simpang Renggam, Ustaz Alias Isnin.
member login


Sumber HD - 26-9-2017

















































































Penduduk dakwa kilang haram punca bau busuk

BIARPUN pelbagai usaha diambil namun kilang yang didakwa beroperasi secara haram di Taman Suria Buluh Kasap, Segamat tetap meneruskan operasinya.
Kilang mengitar semula plastik dan bateri terpakai masih beroperasi sehingga hari ini. 
Sedangkan laporan polis sudah dibuat penduduk. Malah Pegawai Daerah juga pernah memaklumkan akan mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di kilang tersebut. 
Janji itu dibuat pada satu pertemuan dengan penduduk sebelum ini. Aduan dibuat kerana penduduk mendakwa mereka terpaksa menghidu bau busuk dari kilang tersebut. 
Dan kelmarin demonstrasi secara aman diadakan penduduk bagi menuntut pihak berkuasa bertindak menutup kilang terbabit. 
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Segamat, Khairul Faizi Ahamd Kamil berkata, penduduk sudah tidak sabar masalah pencemaran bau yang mereka alami sejak sekian lama. 
“Penduduk mendesak pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pemilik kilang tersebut,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan itu. – HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 



















































































Amal Johor anjur program untuk tarik remaja

YAYASAN Amal Johor menganjur program Remaja Sihat Akidah Selamat bagi memantapkan lagi akidah golongan remaja.
Pengerusi Yayasan Amal Johor, Mejar (B) Mohd Fauzi Abd Jalil berkata, program sehari itu diadakan di Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin Sabtu lepas. 
Katanya, program terbabit turut diisi kuliah agama, teknik mudah membaca al-Quran dan aktiviti sukan. 
“Ia juga dapat mengeratkan lagi institusi kekeluargaan khususnya dalam kalangan umat Islam. Inisiatif Yayasan Amal sedikit sebanyak dapat membantu memimpin remaja mengharungi cabaran berbekalkan akidah yang mantap,” katanya.
Pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk futsal remaja, demonstrasi sukan memanah, membaiki motosikal percuma, derma darah, peraduan mewarna kanak-kanak, gubahan bunga dan buah-buahan. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD - 11-9-2017 





















































































Fastaqim 2.0 kayu ukur kekuatan PAS


PERHIMPUNAN Fastaqim 2.0 dianggap begitu penting kerana ia boleh menjadi kayu pengukur kekuatan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
“Dengan kehadiran yang begitu ramai pada himpunan itu ia akan  membuktikan ahli-ahli PAS masih istiqamah dengan perjuangan Islam.
“Malah ia akan menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PAS untuk meneruskan perjuangan dan gerak kerja pilihan raya,” kata Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin. 
Ketika ditemui di Iskandar Puteri katanya kehadiran pada Fastaqim 2.0 akan membuktikan PAS sudah bersiap sedia menghadapi PRU ke-14.
Oleh itu beliau berharap ahli-ahli dan penyokong PAS di negeri itu menyertai perhimpunan tersebut yang boleh menjadi isyarat kebangkitan rakyat. 
“Saya berharap Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di peringkat negeri, kawasan dan cawangan menjalankan kempen mengajak ahli dan penyokong hadir pada program berkenaan,” ujarnya. 
Menurutnya sehingga sekarang kesanggupan ahli untuk menghadiri himpunan itu sangat menggalakkan sekali. 
Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini. – HARAKAHDAILY 10/9/2017

Sumber HD - 10-9-2017 
























































































Apa di sebalik tekad DAP untuk tawan Johor?

SASARAN DAP untuk memerintah negeri Johor pada PRU14 nanti adalah tekad yang penuh kemusykilan dan perlu dilihat secara kritikal oleh rakyat negeri ini. Ia wajar disangsikan untuk parti cauvinis itu memerintah negeri yang majoriti rakyatnya terdiri daripada Melayu-Islam. Malah, kesungguhan DAP itu mengatasi dan mendahului rakan-rakannya yang lain dalam Pakatan Harapan (PH).
Apatah lagi perkara itu disuarakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang membuktikan bahawa PAN, PPBM dan PKR hanyalah menurut kehendak dan perintah dari DAP. Kit Siang sendiri bertanding di Gelang Patah dahulu atas kerja kuat pihak lain. Kini perkhidmatannya di Parlimen itu mengecewakan penduduk. Jadi bagaimana pula mahu memerintah negeri ini melainkan DAP punya agenda terselindung. 
Johor selalu disebut sebagai bumi strategik yang menjadi perhatian pihak asing dengan pelbagai motif terutama berkaitan penguasaan dan pemilikan material. Ketika sama media sosial turut memaparkan usaha Evangelis Kristian menjalankan kegiatan memurtadkan umat Melayu-Islam di negeri ini. Dari sudut ekonomi, Johor menerima Pelaburan Langsung Asing (FDI) tertinggi dalam Malaysia. 
Apakah ini semua ada kaitannya dengan hasrat DAP itu? Kerana parti itulah yang dilihat cenderung berurusan dengan pihak asing. Malah, banyak penyataan mengenai hubungan DAP dengan gerakan Evangelis tidak dinafikan parti itu. Mungkinkah Johor juga direncanakan sebagai lubuk pemilikan material terutama hartanah sebagaimana berlaku di Pulau Pinang hingga akhirnya penduduk asal terusir?\ 
Kejayaan FDI Johor barangkali sengat mengiurkan buat DAP di mana Pulau Pinang dan Selangor yang turut punya FDI memberangsangkan hampir berada dalam genggaman mereka. Kerana sememangnya diketahui umum parti itu berpolitik dengan kekuatan pembiayaan dan dana termasuk kepada sekutu-sekutunya. Kerana itu dalam peluang menjana dana mereka boleh bersama dengan BN. 
Anehnya, dalam nafsu DAP mahu menawan Johor, tidak pula dilihat mereka sasarkan Umno-BN Johor. Sebaliknya DAP melalui Kit Siang ghairah membuat komentar negatif bertali arus terhadap PAS. Mengapa, DAP dengan angkatan bersama PH menyerang PAS yang bersendirian kerdil berbanding komponen gergasi BN? Dangkalnya, Kit Siang terus melontarkan tuduhan rekayasanya. 

Sudah berkali Kit Siang berkempen menyeru ahli PAS untuk membuang Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebaliknya ahli PAS semakin teguh di bawah teraju ulama itu. Kini dijajanya fitnah untuk memperdayakan umum dengan propaganda bahawa undi PAS bersamaan undi Umno. Modal tipikal yang diulang-ulang Kit Siang termasuk memburuk-burukkan batang tubuh Presiden PAS. 
Kit Siang mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi tidak seperti pemimpin tertinggi PAS terdahulu iaitu Haji Yusof Rawa, Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walhal DAP tidak pernah kekal dalam hubungan bersama PAS ketika era ketiga-tiga almarhum. Malah, sikap keras, angkuh, biadab dan mengugut sering DAP ajukan atas ketegasan mereka mempertahankan prinsip Islam. 
Kit Siang sebagai pemimpin senior serta pengalaman lama DAP dalam politik negara sebenarnya cuba menutup dan menafikan kebangkitan lebih kuat PAS di arena politik negara. DAP merasa PAS sebagai ancaman serta punya keupayaan muncul selaku ‘King Maker’ politik negara. Ia samalah keengganan kaum Musyrikin mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW walaupun mereka mengetahuinya. 
Maka atas segala keterdesakan DAP bagi menyekat kemaraan PAS, mereka sebenarnya membuka jalan kepada BN untuk menidakkan keupayaan PAS. Ketika sama, komponen PH diperalatkan sepenuhnya untuk mengucar-kacirkan keadaan. Atas itu kami turut menyokong penyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa undi PH bererti memberi undi kepada DAP. 
AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor
7 September 2017 | 16 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017 

























































































PPR mahu diroboh untuk bangun kediaman mewah













UNDI mereka merupakan ‘deposit’ penting kemenangan pilihan raya pihak tertentu hingga diumpan dengan segala pemberian. Tetapi umpama kata pepatah, “Habis madu sepah dibuang”, begitulah kebimbangan yang mula melanda. 
Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Putri Wangsa, Tebrau kini resah terhadap masa depan mereka. Kediaman yang mereka duduki itu bagaikan pulau yang dikepung oleh kepesatan pembangunan mewah di sekililingnya. 
Maka, kawasan itu menjadi sangat mengiurkan bagi pihak tertentu yang mahu mendapatkannya untuk pembinaan lebih menguntungkan kerana nilai tanah di situ semakin tinggi di mana PPR yang mempunyai 2,000 unit rumah itu didakwa bakal dirobohkan. 
Ketika sama kalangan ahli politik turut mahu mengambil kesempatan menjadikannya laba kepentingan diri. Jadilah rakyat selaku golongan bawahan sebagai mangsa yang boleh dipertaruh dan disingkirkan apabila kerajaan menjadi serigala kapitalis. 
Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Seri Anugerah, Nasir Abdullah, para penduduk di situ kebanyakannya adalah dari kalangan rakyat miskin atau setinggan dari beberapa daerah selatan negeri itu. Mereka dihimpunkan di PPR tersebut pada tahun 2007 dengan sewaan RM124 sebulan. 
Pada 18 Januari 2008, Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak pada majlis penyerahan kunci menjanjikan hak sewa milik selepas 5 tahun menduduki dengan harga RM35,000 kepada para penghuni 
Malangnya, janji tinggal janji dan atas nama Persatuan Penduduk Taman Desa Mutiara, mereka mengutus surat pada tahun 2014 kepada Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Nordin meminta agar janji tersebut dipenuhi, tetapi menerima reaksi sebaliknya. 
Bahkan, usaha penduduk mendapat pembelaan daripada Ahli Parlimen dihalang oleh tindakan parti politik tertentu menyebabkan penduduk bukan sahaja dituduh pro-pembangkang, malah persatuan penduduk juga dibatalkan oleh campur tangan politik.
Selain itu, PPR tersebut seperti diabaikan apabila penyelenggaraan bangunan tidak dipedulikan sebaiknya menyebabkan penduduk menanggung ketidakselesaan yang teruk. Antaranya kebocoran paip pembentungan dan kumbahan hingga menyebabkan suasana memualkan. 
Penduduk juga diletakkan dalam keadaan bersalah oleh pelbagai kelemahan mereka yang bagai diugut dan didesak untuk keluar disebabkan hutang sewaan. 
Ketidakmampuan menyewa di luar menyebabkan ada yang merempat dan kembali bersetinggan. 
Sedangkan, mereka menghidu adanya diskriminasi apabila terdapat penghuni yang juga punya hutang lebih banyak sehingga lebih RM7,000, tetapi tidak dikenakan tindakan atau penyitaan dan meter air atau elektrik juga tidak dipotong. 
Kerana mereka itu dilihat menjadi pengampu atau rapat dengan orang atau parti politik tertentu. Juga terdapat penghuni bukan dari kalangan rakyat Johor, tetapi didakwa membuat bayaran sewa yang lebih agar dapat menyewa di situ. 
Tekanan politik juga hinggakan penduduk dinafikan banyak kepentingan awam lain seperti penggunaan padang, peminjaman peralatan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta pengecualian bayaran penggunaan bekalan air bawah 25 meter padu. 
Ini kerana, PPR mereka dibekalkan air secara sistem pukal yang berbeza dengan PPR lain di Johor di mana disalurkan mengikut rumah masing-masing. Mereka turut merungut kawasan parkir digunakan pihak lain untuk meletakkan kenderaan berat. 
Gesa Nasir juga, untuk keadilan, senarai penyewa di situ juga perlu dilakukan pemutihan kerana terdapat mereka yang tidak layak disebabkan mempunyai pendapatan melepasi garis kemiskinan. 
Pasrah dengan perobohan yang amat mungkin dilakukan terhadap PPR itu, mereka mahu pembelaan kebajikan dari pihak kerajaan agar diganti rumah lebih baik dan di kawasan tidak terpencil atau jauh dari kemudahan asas seperti dinikmati kini. 
Mereka juga mengingatkan pihak pemerintah agar tidak ‘merampas’ hak hidup golongan fakir miskin, serta tidak menyalahgunakan kuasa dan mengambil kesempatan ke atas golongan itu membiarkan mereka hidup terumbang-ambing. 
Pertemuan bersama wakil penduduk telah dihadiri Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Juwahir Amin; Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Azman Atmin; Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tebrau, Jauhar Ali dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tebrau, Abdul Rahman Musa. – HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD -16-8-2017 



























































































PPR Desa Mutiara akan diganti kediaman mewah?













PENDUDUK PPR Desa Mutiara di Putri Wangsa, Tebrau, Johor melahirkan kebimbangan apabila mereka mendakwa bahawa kawasan kediaman mereka akan dibangunkan dengan pembangunan komersil. Penempatan itu kini diancam oleh kepesatan projek kediaman mewah yang rancak dibangunkan sekelilingnya hingga menerbitkan ura-ura ia akan dijual kepada pemaju pembinaan. 
Jika hal ini berlaku, nasib mereka tidak diketahui dan ada kemungkinan terusir daripada kawasan tersebut. Pada tahun 2008 dahulu Perdana Menteri menjanjikan bahawa mereka boleh memeterai sewa beli selepas lima tahun tinggal di situ. 
PAS Johor khususnya, ketua pemudanya Juwahir Amin memandang serius perkara ini dan menggesa kerajaan negeri tidak memangsakan rakyatnya kerana mengejar pembangunan. 
Yang berikut ialah kenyataan penuh Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor: 
"JANGAN 'USIR' BANGSA JOHOR DENGAN PEMBANGUNAN MEWAH"
Kehidupan dan masa depan warga penduduk PPR Desa Mutiara di Putri Wangsa, Tebrau tidak harus diperjudi atau dimangsakan oleh pertembungan ahli-ahli politik yang berkepentingan. Penempatan itu kini diancam oleh kepesatan projek kediaman mewah yang rancak dibangunkan sekelilingnya hingga menerbitkan ura-ura ia akan dijual kepada pemaju pembinaan. 
Ini menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan penghuni akan nasib dan kemungkinan mereka bakal 'terusir', sekali gus menambah perit dan derita kehidupan yang sedia terumbang-ambing. Ketidakpastian yang berlegar menjadi cakap-cakap pihak awam ini menuntut penjelasan telus kerajaan, agar segala skeptikal negatif dapat dirungkai dan diredakan. 
Tahun 2008 dahulu mereka dijanjikan oleh Perdana Menteri untuk dimeterai sewa beli selepas 5 tahun menduduki. Tetapi kini, penduduk mendakwa perkara itu tidak diendahkan dan dimungkiri kerajaan negeri yang dikatakan lebih berminat memajukan kawasan tersebut dengan pembangunan komersil dan mewah. Malah, penyelenggaraan di situ juga diabaikan. 
Andai sekiranya nanti perkara itu 'terpaksa' juga berlaku, kerajaan digesa tidak mengabaikan kebajikan mereka, sebaliknya mengemukakan satu menjamin untuk memberi penempatan ganti. Lokasinya juga perlulah sesuai dan tidak terperuk dari keadaan sedia dikecapi ketika ini agar mereka dapat menerus dan menjalani penghidupan secara teratur dan sejahtera. 
Kami juga menuntut kerajaan mengemukakan pendirian jelas terhadap polisi pembangunan terutamanya rumah kediaman di negeri ini. Kerana kami melihat wujudnya keghairahan membina bangunan komersil dan kediaman mewah yang harganya di luar jangkauan mampu milik majoriti rakyat negeri ini. Malah, ia mengundang banyak pemilikan asing. 
Kerajaan juga perlu memberi perhatian serius terhadap pembinaan PPRT. Seharusnya kerajaan mengutamakan kepentingan dan hak rakyat yang rata-rata masih perlu dibantu, berbanding mencipta kemajuan tetapi tidak dapat dinikmati oleh semua. Negeri ini wajib dikekal milik untuk bangsa Johor hidup sebagai naungan yang ta'zim dan membahagiakan. 
JUWAHIR AMIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
16 Ogos 2017 | 23 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD - 16-8-2017 





























































































Jemput hadir jamuah muhibah Perantau Johor

Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) cawangan Johor merancang mengadakan jamuan muhibbah dan dialog santai di antara ahli dan juga bukan ahli Perantau dengan pimpinan PAS.
Menurut Pengerusi Perantau JDT, Zulkifli Ibrahim, program yang dirancang itu akan berlangsung di Surau Istiqamah, Jalan Bacang 13, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, pada Sabtu, 29 Julai ini.
Tambahnya lagi, program itu juga antara lain ialah untuk mencari ahli-ahli baru Perantau selain daripada memberikan penerangan kepada rakyat Terengganu berkenaan situasi politik semasa Terengganu.
Program dailog itu menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai tetamu, bertujuan membuka ruang terutama kepada orang muda untuk bertanya sendiri kepada Ketua DPPM.
“Saya mewakili Perantau JDT menjemput semua perantau yang  bekerja atau tinggal bersama keluarga tak kira sama ada bujang, beristeri atau bersuami yang berasal dari Terengganu untuk hadir.
"Tidak dilupakan juga seluruh keluarga mereka dijemput hadir termasuklah juga para pelajar IPTA atau IPTS yang ada di Johor,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Pok Zul.
NGO Perantau yang dikenali sebagai sebuah NGO yang mesra PAS itu juga berharap akan dapat membantu PAS untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu dalam PRU nanti.
Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminta boleh menghubungi Pengerusi Perantau JDT, Zulkifli Ibrahim di talian 019-7550778.


















Sumber HD- 27-7-2017 


Banjir Kilat Di Batu Pahat, 43 Mangsa Dipindah
Posted on Tuesday, June 27 @ 12:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35573



JOHOR BAHRU - Seramai 43 mangsa daripada tujuh keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian lewat tengah hari tadi itu melibatkan penduduk Kampung Sungai Kluang, Rengit yang ditempatkan di PPS Kampung Parit Jalai.

Usaha memindahkan mereka dilakukan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Banjir berpunca daripada limpahan air pasang akibat benteng empangan atau pemecah ombak pecah. Kerja-kerja pembaikan sedang diuruskan oleh JPS Batu Pahat manakala bantuan telah disampaikan oleh JKM," katanya dalam kenyataan malam ini.
- Bernama

Sumber TKO - 27-6-2017


PAS Johor sasar tanding 17 kerusi Parlimen 40 DUN
Posted on Sunday, June 04 @ 06:15:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35250



JOHOR BAHRU: PAS akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.

“Kita (PAS) telah buat perbincangan dalam hadapi PRU kali ini iaitu memutuskan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di negeri ini berbanding 8 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.


“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Johor di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi PRU dengan persiapan maksimum dan hanya menunggu ‘wisel’ dibunyikan.
“Walaupun PAS dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, ia tidak bermakna kita (PAS) akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri,” katanya.

Sumber TKO - 4-7-2017                

‘Kes pukul depan surau selesai cara baik’
Posted on Sunday, May 07 @ 09:44:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34819


PETALING JAYA: Kes seorang lelaki dipukul kerana membunyikan hon keretanya yang dihalang ketika solat Jumaat sedang berlangsung di sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, semalam selesai selepas ahli jawatankuasa surau terbabit mencapai kata sepakat dengan ketua masyarakat Cina setempat.

Jawatankuasa surau itu menerusi Facebooknya memaklumkan kes itu diselesaikan secara diplomasi selepas pertemuan diadakan bersama pihak berkaitan dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan sebarang provokasi berbaur perkauman demi menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jawatankuasa Surau Austin Perdana bersama ketua Cawangan Khas Johor Bahru Selatan, ketua Balai Polis Setia Indah, ketua komuniti kaum Tiong Hwa mukim Tebrau, pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta beberapa jemaah kariah Surau Austin Perdana telah mengadakan pertemuan bagi mencari kata sepakat,” tulis jawatankuasa surau itu dalam Facebooknya.

Dalam pada itu, Harian Metro memetik jurucakap Surau Austin Perdana yang enggan dikenali sebagai berkata, aktiviti harian diteruskan seperti biasa, selepas kata sepakat dicapai antara jawatankuasa surau itu dan ketua masyarakat Cina mukim Tebrau dalam satu perjumpaan dan makan malam yang turut disaksikan anggota serta pegawai dari Balai Polis Setia Indah bersama MAIJ.

“Pemandu terbabit dalam kejadian itu tiada di lokasi kerana pengurusan surau sudah menyelesaikan perkara berkenaan ketika pertemuan di balai polis berkenaan pada petang hari kejadian.

“Kebetulan ketika itu kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis sama dan hasil perbincangan, mereka mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.

“Pada masa sama, kami menyerahkan segala siasatan kepada polis dan sanggup memberikan kerjasama kepada semua pihak,” kata jurucakap surau itu yang dipetik akhbar berkenaan.

Dalam kejadian semalam, seorang jurutera berusia 28 tahun luka di kepala dan badan, selepas dibelasah beberapa individu di depan surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru itu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan mangsa, lalu mengakibatkannya membunyikan hon yang seterusnya mengundang kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah yang bertindak memukulnya.


Kejadian sempat dirakamkan orang awam dan videonya menjadi viral di laman sosial.

Hari ini, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilaporkan berkata, 4 suspek berumur 21 hingga 55 tahun itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil polis.

Katanya, polis menemui kedua-dua pihak, iaitu mangsa dan orang di surau berkenaan bagi membincangkan kes berkenaan dan setakat ini, ia disifatkan terkawal.

“Kita akan siasat dari pelbagai sudut tetapi masyarakat diminta tidak menimbulkan sebarang spekulasi di laman sosial.

“Saya juga mahu memberi amaran kepada pengguna laman sosial berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Sekiranya kita mendapati ada individu yang mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan, kita akan ambil tindakan,” katanya yang dipetik Bernama.

Sumber TKO - 7-5-2017

Amukan Jumaat Tak Patut Berlaku
Posted on Sunday, May 07 @ 08:42:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34817




JOHOR BAHRU: Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat sedang berlangsung di sebuah surau di sini semalam, membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masyarakat sepatutnya menjadikan peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana kesilapan berkaitan toleransi termasuk mencetuskan insiden terbabit.

"Isu ini tidak akan berlaku jika ada sifat toleransi dan faham-memahami dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

"Selain itu, pembangkang sering mengatakan 'jangan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pertelingkahan kaum', tetapi apa yang kita lihat semalam menunjukkan perkara itu mudah berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu berkenaan pada perasmian Hari Perayaan Bulan Sabit Merah di Dewan Bangunan Bulan Sabit Merah Cabang Johor Bahru di sini, Sabtu.

Nur Jazlan berkata, pihaknya berharap orang ramai akan mengutamakan sikap toleransi selepas ini demi memastikan negara bebas daripada pertelingkahan kaum dan agama yang boleh membawa kekacauan.

Dalam kejadian pada Jumaat, lelaki itu yang merupakan seorang jurutera berusia 28 tahun luka di kepala dan badan akibat dibelasah. Kejadian dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan mangsa lalu mengakibatkannya menyembunyikan hon.

Tindakan itu, bagaimanapun mengundang kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid yang kemudian bertindak merusuh dan memukul mangsa.

Kejadian sempat dirakamkan orang awam dan videonya menjadi tular di laman sosial. - Bernama

Sumber TKO - 7-5-2017







































































































Kembali kepada sikap toleransi

PAS Johor mengharap agar semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama untuk kembali kepada sikap yang bertoleransi sesama kita. 
"Hormatilah semua amalan agama-agama yang ada di Malaysia ini supaya kita semua dapat mencipta sebuah Malaysia yang lebih sejahtera," ujar PAS Johor dalam satu kenyataan, semalam. 
Kenyataan media PAS Johor 
Hari ini masyarakat telah dikejutkan dengan penularan satu video amukan jemaah masjid kepada seorang pemandu yang membunyikan hon tanpa henti ketika solat Jumaat diadakan. PAS Johor amat menyesali perkara seperti ini berlaku dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Ia menunjukkan kegagalan sistem nilai dan toleransi masyarakat secara keseluruhannya. Sekiranya perkara ini tidak diubah dan ditangani dengan baik, ia akan membarah dan meruntuhkan hubungan sesama kaum dan agama di negara ini. 
Masalah parkir yang sesak ketika upacara-upacara besar adalah perkara biasa di Malaysia dan ianya boleh diselesaikan dengan mewujudkan sistem parkir yang lebih tersusun dan sistematik serta makluman kepada para pemandu kenderaan mengikut keadaan setempat. 
Sikap tidak bertoleransi juga terserlah kepada pemandu yang terlibat. Membunyikan hon ketika solat dikerjakan hanya menunjukkan betapa tiadanya toleransi lebih-lebih lagi ketika satu upacara agama dilakukan. Ianya sememangnya hanya akan mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan kepada jemaah surau tersebut. 
Tiada sikap toleransi yang ditunjukkan oleh segelintir jemaah masjid yang agak agresif terhadap pemandu tersebut juga sesuatu yang sepatutnya dielakkan. Tidak perlu bertindak secara kekerasan dan merosakkan harta benda kerana Islam mengajar kita bersabar adalah lebih baik. Walau bagaimanapun, kejadian sebenar hanya diketahui oleh mereka yang terlibat. Keadilan perlu dilaksanakan walau siapa yang melakukannya. 
Di dalam kes seumpama ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan lagi keadaan teutama melalui media sosial. Serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat dan membuat hukuman. 
Tahniah kepada pihak yang berkuasa termasuk PDRM, Majlis Agama Islam Johor, pihak pentadbiran surau dan ketua komuniti masyarakat Cina tempatan yang berjaya menyelesaikan isu ini dengan pantas dan berkesan. 
Justeru, PAS Johor mengharap agar semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama untuk kembali kepada sikap yang bertoleransi sesama kita. Hormatilah semua amalan agama-agama yang ada di Malaysia ini supaya kita semua dapat mencipta sebuah Malaysia yang lebih sejahtera. 
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM 
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
5 Mei 2017 / 9 Syaaban 1438H
Sumber HD - 6-5-2017 

Exco Johor letak jawatan atas dakwaan rasuah
Posted on Thursday, April 20 @ 19:09:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34626



JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Abd Latif Bandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu memaklumkan Latif melepaskan semua jawatan rasmi dalam kerajaan negeri.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri Johor menghormati keputusan yang diambil beliau. Keputusan itu sudah pastinya berdasarkan penilaian terbaik untuk semua pihak. Saya berharap proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khaled turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Latif di atas jasa dan khidmat baktinya sepanjang bertugas dengan kerajaan negeri.

Selain itu, kerajaan negeri berharap dan mendoakan segala urusan Latif selepas ini dipermudahkan dan berjalan lancar.


Petang tadi, Latif menerusi syarikat guamannya, Adzly & Co mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri susulan pendakwaan kes rasuah ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam prosiding mahkamah itu, beliau bersama seorang perunding hartanah didakwa dengan 33 pertuduhan melibatkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Latif, 51, bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal rasuah hartanah di Johor.

Dia kemudian ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu kepada SPRM di ibu pejabat agensi itu di sini pada 9 Mac lalu.

Sumber TKO - 20-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Johor tanding lebih 40 kerusi jika bersendirian
Posted on Saturday, April 15 @ 19:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34541



PETALING JAYA: PAS Johor mahu bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu jika Majlis Syura Ulama memutuskan tidak lagi menjalin kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU lalu semasa dalam Pakatan Rakyat.

“Bagaimanapun keputusan bertanding berapa kerusi itu bergantung kepada Muktamar PAS kelak sama ada hubungan dengan PKR diputuskan atau tidak yang seterusnya akan ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama.

“Namun, sekiranya bersendirian, PAS Johor akan lawan di lebih banyak kawasan, mungkin lebih 40 kerusi,” kata beliau dipetik Utusan Online selepas menghadiri Konvensyen PAS Johor di Parit Sulong, Batu Pahat hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga telah bersedia termasuk sedang menapis senarai calon yang berpotensi untuk dinamakan kelak.

Pada PRU13, PAS bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memenangi 4 kerusi. Parti itu meletakkan calon di 4 kerusi Parlimen tetapi tidak menang sebarang kawasan.

Muktamad PAS akan berlangsung hujung bulan ini.

Sumber TKO - 15-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































RUU 355: Provokasi Ni Ching gugat keharmonian

AHLI Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyerlahkan kebiadaban, kebencian dan permusuhan diri dan parti diwakilinya iaitu DAP apabila secara angkuh terus melanjutkan penghinaan ke atas Presiden PAS menerusi karikatur terbaru karya Fahmi Reza yang dikongsi di laman rasmi ‘facebook’ beliau. 
Walaupun provokatif dimulakan Nanyang Siang Pau minggu lalu itu telah disusuli permohonan maaf oleh akhbar berkenaan, namun seperti dijangka ianya akan berentetan dan kini pihak-pihak terbabit merekayasa atas nama kebebasan yang sebenarnya melindungi agenda mereka. 
Bermakna mereka memandang enteng bantahan dan amaran yang telah dizahirkan umat Islam kerana penghinaan itu adalah terjemahan penentangan DAP dan sekutunya kepada usaha memartabatkan agenda Islam khususnya dilakukan Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang menerusi RUU Pindaan Akta 355. 
Apakah setelah gagal di Dewan Rakyat, kini DAP berkesumat secara bebal dan tidak matang dengan meluaskan penghinaan seperti itu? Apakah kesombongan itu wajar dengan mengusik sensitiviti agama dan menyemarakkan api kemarahan? Mahukah ketenteraman awam digadai oleh ketegangan kaum gara-gara persepsi ini? 
Kalian harus belajar, akui dan insaf untuk mengambil pengajaran bahawa tindak balas ekstrem adalah kemungkinan yang sentiasa wujud. Tetapi jangan dikejutkan dari tidurnya oleh tindakan emosi kalian cetuskan. Banyak pemikiran di luar sana yang lebih bebas radikalisme ekspresi dan satiranya. 
Kami bimbang ianya bukan sahaja menimpa kamu, malah menjadi beban kepada kita semua. Jangan digugat keharmonian kita bersama yang telah berusia lebih enam dekad. Juga jangan hancurkan ianya dengan mudah semata-mata perkara yang tidak dipersetujui. 
Sedangkan RUU355 adalah hak umat Islam dan ianya selaras dengen keluhuran undang-undang. Menggoncangnya secara tidak bertatasusila dan kesopanan hanyalah menzahirkan motif buruk kalian kepada perlembagaan, raja dan negara ini yang telah menjadikan Islam sebagai naungannya. 
Kami menggesa Nie Ching memohon maaf dengan jujur tulus ikhlas dan menyesali perbuatannya, serta segera memadamkan karikatur tersebut dalam tempoh 24 jam. Ini bukan masa keseronokan, tetapi keingkaran anda akan menempuh sekurang-kurangnya tindakan perundangan. 
JUWAHIR AMIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD - 15-4-2017 

No comments:

Post a Comment