BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, February 12, 2015

HARI INI DALAM LIPATAN SEJARAH TANAH AIR DAN DUNIA




Kebangkitan Gerakan Islam di India pasca Kesultanan Mughal

KESULTANAN Mughal (atau Mongol) adalah kerajaan Islam yang terakhir di India sejak masuknya Islam ke benua kecil ini pada tahun 711 melalui gerakan yang dipimpin oleh Panglima Muhammad al-Qassim di Sind. Setelah itu, perluasan Islam di India dilakukan oleh Kerajaan Ghaznawi (977-1186) apabila Kandahar dan Kabul jatuh ke tangan Islam pada tahun 998, diikuti kejayaan Sultan Mahmud Ghaznawi menawan Delhi dan Gujerat sehingga 1025. India kemudiannya dikuasai pula oleh Kesultanan Ghowri (1000-1215), sebelum terbentuknya Kesultanan Delhi (1206-1526) yang menyebabkan pengaruh Islam berkembang ke seluruh benua India. 
Kesultanan Delhi yang terdiri dari Dinasti Mamluk (1206-1290), Khilji (1290-1320), Thuglaq (1320-1413), Sayyid (1414-1451) dan Lodi (1451-1526) telah menguasai wilayah utara India atau kawasan Hindustan sekarang. Kerajaan Islam lain yang wujud ialah Kesultanan Deccan (1347-1687) di tengah India, Kesultanan Bangla (1343-1576) di timur India, Kesultanan Gujerat (1398-1513) di barat India, selain Kesultanan Janpur (1349-1477) dan Kesultanan Malwa (1401-1534). Pada 1526, telah bangkit Kesultanan Mughal di Delhi yang kemudiannya menguasai seluruh India pada abad ke-17 dan 18, sebelum ia dijatuhkan oleh British pada 1857. 
Kejatuhan Kesultanan Mughal pada 1857 telah menamatkan penguasaan Kerajaan Islam di India selama 11 abad sejak 711. 
Hal ini menimbulkan kebangkitan umat Islam selepas berlakunya Dahagi 1857. Muncul dua tokoh pembaharu (reformis) yang penting di India ketika ini iaitu Syed Ahmad Khan (1817-1898) dan Dr Mohammad Iqbal (1877-1938) yang dianggap pelopor kebangkitan Islam. Pada 1875, Syed Ahmad Khan mengasaskan 
Muhammadan Anglo-Oriental College (kemudian dikenali sebagai Aligarh Muslim University) sebagai universiti Islam yang pertama di India, diikuti oleh penganjuran Muhammadan Educational Conference sejak 1886. Melalui persidangan pendidikan ini, pada 30 Disember 1906, umat Islam telah menubuhkan All India Muslim League (AIML) yang dipimpin oleh Agha Khan III. AIML yang memperjuangan pemisahan India dan menyokong British telah tidak mendapat sokongan umat Islam sehingga ia didukung oleh Mohammad Iqbal dan kemunculan Mohamad Ali Jinnah pada 1913 sebagai pemimpin utamanya. Pada 1916, melalui Pakatan Lucknow, AIML telah mengadakan kerjasama dengan parti Kongres India untuk membendung perbalahan Muslim-Hindu di India, sehingga akhirnya timbul gagasan menubuhkan Pakistan untuk memisahkan Muslim dan Hindu. 
Di sebalik gerakan AIML yang berbau sekular kebangsaan dan pro British, dua reformis Islam yang muncul di Delhi lebih awal iaitu Syah Waliyullah ad-Dehlawi (1703-1762) dan Syed Jamaluddin al-Afghani (1838-1897) turut memberi pengaruh. Al-Afghani yang berada di Delhi pada 1855-1856 turut menyaksikan saat kejatuhan Kesultanan Mughal, telah mengemukakan gagasan Pan-Islamisme kepada Khalifah Othmaniyah yang turut berpengaruh di India dan Alam Melayu. Oleh kerana Kesultanan Mughal adalah cabang kekhalifahan Othmaniyyah sejak 1526, pergolakan politik yang menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II di Istanbul oleh gerakan Revolusi Turki Muda pada 1908 telah dianggap ancaman yang menggugat kekhalifahan. Kesan Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang turut melibatkan Khilafah Othmaniyah telah mewujudkan Gerakan Khalifat di India antara 1919-1924 yang dipimpin oleh Muhammad Ali dan Shaukat Ali bersaudara. 
Dalam pada itu, pada 1867, ulamak-ulamak pengikut ad-Dehlwi seperti Abdul Rashid Ahmad Gangohi, Mohammad Qassim Natotvi dan lain-lain telah menubuhkan Darul Ulum Deoband, sebuah universiti yang menentang Pakistan. Kerana kegagalan dasar AIML, mereka kemudiannya menubuhkan Jamaat Ulamak Hind pada 1916 untuk membela dan mempertahankan Islam dan menjadi induk gerakan-gerakan ulamak di India. Jamaat Ulamak Hind ini dipimpin oleh Maulana Syed Hussain Ahmad Madani dengan didukung oleh keseluruhan ulamak Deoband. Mereka kemudiannya bekerjasama dengan Kongres India dalam perjuangan kemerdekaan dan perpaduan Muslim-Hindu, tetapi memperjuangkan India sebagai sebuah negara Islam dengan menolak pemecahan India-Pakistan. Beberapa ulamak Deoband seperti Sheikh Rahmatullah Khan dan Maulana Ubaidullah Sindi yang kuat memperjuangkan negara Islam telah dibuang negeri oleh British dan menubuhkan Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Muhammad Iqbal yang awalnya menyokong AIML, telah beralih mendukung Jamaat Ulamak Hind kerana mahukan sebuah negara yang melaksanakan syariat. 
Kegagalan AIML mendukung perjuangan Islam kerana pengaruh sekular kebangsaan, kelumpuhan Gerakan Khalifat pada 1924 ekoran penangkapan pimpinannya dan perpecahan Jamaat Ulamak Hind lantaran isu pembentukan Pakistan sepanjang dekad 1930-an, telah mendorong seorang tokoh ulamak India, Syed Abul A'la al-Maududi membentuk gerakan Islam berpusat di Pathankot dengan sokongan Muhammad Iqbal pada 1938, yang akhirnya membawa kepada penubuhan Jamaat Islami pada 26 Ogos 1941 dengan matlamat menegakkan negara Islam. Selepas pemecahan India-Pakistan pada 1947, Jamaat Islami juga turut berpecah mengikut negara di seluruh benua India. 
Perkembangan gerakan Islam di India selepas 1857 telah memberi kesan besar terhadap gerakan Islam di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, Gerakan Khalifat yang mendukung Pan-Islamism mula berkembang di Singapura dan memberi pengaruh kepada Jam'iyat Khair di Jakarta, di mana ia kemudiannya berkembang dalam Sarekat Islam. Ketika berlakunya pemberontakan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada 1924-1928 yang menjulang "Bendera Stambul (Istanbul)," British segera merumuskannya sebagai "wing of Sarekat Islam." Selepas 1930, mula terdapat pelajar-pelajar Melayu yang belajar di India dalam sistem Deoband dan juga Aligarh, selain mengikuti pengaruh Deoband di Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Akhirnya, pengaruh India menjadi dominan dalam politik Islam di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. 
Dalam aliran Aligarh, tokoh terbesar yang lahir ialah Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan Dato' Abu Bakar Umar (bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS). Manakala aliran Deoband pula melahirkan Tuan Guru Haji Abbas Mohamad (bekas Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Utara), Tuan Guru Haji Azhari Abdul Razak (bekas Pesuruhjaya PAS Kedah), Mufti Haji Ishak Baharom (bekas Ahli Majlis Syura PAS), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Mursyidul Am PAS) dan lain-lain. Sedangkan menerusi Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, sebahagian besar ulamak pengasas PAS termasuk Mufti Haji Ghazali Abdullah (bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS) adalah antara alumninya. 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD- 11-5-2017 


Salahuddin Al-Ayyubi Died 824 Years Ago













He defeated the Crusaders, known to Muslims as the Franks, and recaptured Jerusalem in 1187.
The experience of the Crusaders with the Muslims demonstrates that Muslims and Christians are in no civilization clash, but rather in civilization bondage.

In 1099 Jerusalem fell to the First Crusaders. They slaughtered its Christian, Muslim and Jewish inhabitants, after promising them safety. In 1187 Salahuddin destroyed King Guy’s army at the Horns of Hettin and recovered Jerusalem.

When Islam faced a massive attack from Crusader Europe, it was Salahuddin who united the Muslims and led them to victory over the enemy. Salahuddin rescued Jerusalem from the Crusaders and fought off one of the most menacing enemies that Muslims have ever faced.

In stark contrast to the Crusades, Salahuddin, adhering to the teachings of Islam, did not slaughter the city’s Christian inhabitants. Salahuddin’s noble act won him the respect of his opponents throughout the world including Richard the Lion heart. His generosity and sense of honor in negotiating the peace treaty that ended the Crusade won him the lasting admiration and gratitude of the Christian world.

Salahuddin’s Birth and Lineage

Salahuddin was born in Tikrit (a city on the Tigris River), Iraq in 1137, of Kurdish ancestry. The Abbasid Caliph of Baghdad, al Mustarshid, had appointed his father Ayyub, skilled in administration and diplomacy, as the governor of the town.

Childhood and Education

Salahuddin received his early childhood education in Baalbek and Damascus, Syria. In 1143, when Salahuddin was six years old, Sultan Zengi of Musel appointed his father Ayyub as the governor of Baalbek. When Zengi died in 1146, his son Nur al Din succeeded him. Nur al-Din was a respected devout leader. After few years, Nur al Din appointed Ayyub as the Head of Damascus Militia. Salahuddin grew up where political decisions regarding the Crusades were made. His cultural and religious education was typical of the environments surrounding Baalbek and Damascus. Like his peers, Salahuddin learned Arabic, poetry, the formal prayers and memorization of the Quran and the Hadith.
Salahuddin in Early Adulthood

In the Middle Ages the youth were given responsibilities of manhood early. He was sent to his uncle Shirkuh in Aleppo on a career that would lead him to become one of Nur al Din’s emirs. The devout Nur al-Din soon became a mentor for the young Salahuddin. He built and funded schools and hospitals. He promoted the divine values of Islam and governed in the light of the Quran.

Nur al-Din set up the Court of Appeals. Salahuddin regularly attended the Court of Appeals as a student. Salahuddin learned to appreciate the wisdom and justice of the Islamic law. Nur al Din was the first Muslim ruler who saw the need for Muslim states to be united. Salahuddin respected him tremendously and followed Nur al-Din’s example in uniting the ummah.

Salahuddin in His Adulthood

Salahuddin, who learned his military lessons in Nur al-Din’s militia at the hands of his uncle Shirkuh, soon began to stand out among Nur al-Din’s leaders. In 1164, at the age of 26 he was an assistant to his uncle Shirkuh in an expedition to rescue Egypt from an invasion by Amalric, king of Jerusalem. Salahuddin made a lasting impression on his peers during this expedition.

Salahuddin used diplomacy and the administrative skills in piecing together this badly divided region. Salahuddin’s scope of vision was that he gave each situation its due attention and weight, and he never broke a bridge of diplomacy or peace initiative with his opponents. The power or wealth he acquired never spoiled him. Power and position did not mean anything to him. Despite his advisor’s request to keep some of the revenues he received from Egypt and Syria, he never kept any of it. When he died, his wealth was only few dinars.

The Decisive Battle of Hettin

In return for an attack made by the Crusaders of the Kerak on Muslim pilgrims in 1187, Salahuddin moved his army to northern Palestine and defeated the much larger Crusader army in the decisive battle of Hettin (July 4, 1187).

Three months after this battle, Salahuddin captured Jerusalem., Salahuddin did not loot, murder or seek revenge for the Muslims. He spared the lives of 100,000 Christians and allowed Christian pilgrims in Jerusalem after it’s fall. In this benevolent act, Salahuddin was simply emulating Prophet Muhammad when the Prophet re-entered his birth-city of Makkah, with ten thousand people. There was no bloodshed.

Recapturing Jerusalem shocked the West, and as such it brought about the Third Crusade led by Richard the Lion heart, King of England in 1189. Salahuddin’s army checked the massive Frankish armies and weakened them in a war of attrition on the land of Palestine. It was during this period Richard negotiated peace with Salahuddin. Third Crusade army was exhausted. It was Salahuddin’s generosity in this treaty, which ended the Crusades and established his legendery status.. .

Magnanimity and Benevolence at Work

Some of the stories that help the reader to understand why Salahuddin became a legendary figure in the Western world follow:
a- Preventing a Bloodbath

After capturing Jerusalem in October 1187, Salahuddin’s act in signing the peace treaty and saving Christian blood was indeed a pious act. He not only spared the lives of 100,000 Christians, but also guaranteed their safe departure along with their property and belongings. They were given forty days to prepare for departure. In this way eighty four thousand of them left the city in perfect safety. What is important to understand is that Salahuddin was in a position to seek revenge for his people. However he did not , because his faith taught him to be merciful and forgiving.

b- Foregoing ransom

Part of the condition of the surrender of Jerusalem, was that each Christian pays her or his ransom. Thousands of Christians, mainly women, were not able to pay their ransom.Al-Adel, Salahuddin’s brother, Geukburi, Salahuddin’s brother-in law and Salahuddin instead paid their ransom out of their own pockets.
This act was done in spite of the fact that there were some rich Christians such as the Patriarch, Heraclius and Madame la Patriarchesse of Jerusalem. Salahuddin was advised to confiscate that wealth to use it as ransom for the poor Christians. He refused to go back on his word. He allowed the wealthy Christians to depart with all their wealth intact.

c- Excellence Beyond Justice

During the forty days respite that was given to the Westerners to leave Jerusalem, several Christian women approached Salahuddin asking for their missing men. They had no one to look after them. Salahuddin ordered his soldiers to find their missing guardians, and/or given compensation if they were killed.
This act is one of the many. Having a Muslim paying a ransom to a family of a soldier killed fighting other Muslims is excellence beyond justice

d- “Victory Is Changing the Hearts of Your Opponents by Gentleness and Kindness.”- Salahuddin
In September 1192, during the siege of Acre,when Richard fell sick, Salahuddin sent him his own physician to treat him. Along with this health care, he frequently sent him ice to cool down his fever and plum fruits that were necessary for his recovery.

e- Pure Chivalry

During an offense made by Richard against a Muslim squadron Richard’s horse was killed and he was down on the ground. Salahuddin sent him two mounts so that he would not be at a disadvantage.
f- Returning a child

During the siege of Acre, a Christian woman came to Salahuddin’s camp weeping and wailing insisting that her child was snatched away by his soldiers. He himself returned the child to his mother and had them mount on the back of a mare to be returned safely to their camp.
g- Libert of faith

During the siege of Acre several soldiers were captured. Among them was an old man who was so old that he was toothless and could hardly walk. Salahuddin asked him why he was there. The old man said that he wanted to make a pilgrimage to the Church of the Resurrection in Jerusalem. Salahuddin provided a horse for him and had him escorted to Jerusalem to fulfill his dream.
Conclusion

Salahuddin was an honorable leader. His character and charitable deeds demonstrates that Muslims were no “infidels”. The Crusaders discovered that Muslims had values they consider Christian. Saladan’s chivalry became the source of many plays and used in literature.

Today, we need leaders like Salahuddin more than ever. He died aged 57, March 4, 1193.His estate was only 47 dirhems and one dinar. He left no real estate or assets or anything that could be inherited. May Allah honor him in the Hereafter, lighten his grave, and raise his rank in Paradise. Amen.
Read the full article here http://www.islamic-study.org/




KONGSI



Sumber BO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Pulangkan Buku Libari Selepas Pinjam 67 Tahun
Posted on Sunday, May 01 @ 19:38:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEORANG wanita warga emas mengambil masa selama 67 tahun untuk memulangkan kembali sebuah buku yang dipinjamnya ke tempat asal.

Buku bertajuk Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed itu dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Epsom yang terletak di Auckland, New Zealand pada tahun 1948.

Pustakawan bernama Zoe Cornelius memberitahu, buku tersebut dipinjam semasa wanita itu masih kecil dan beliau telah menyimpan hasrat untuk memulangkannya sejak bertahun-tahun lamanya.

Beliau kelihatan agak serba salah namun saya berasa senang hati kerana menurutnya, beliau membaca buku itu berkali-kali dan menyukainya dan ia membuatkan saya gembira kerana buku itu dijaga dengan baik dan disayangi,” kata Cornelius, seperti dilaporkan laman The Guardian.

Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).

Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita itu kerana buku yang dipinjamnya masih dalam keadaan baik.

Sebelum ini, denda paling tinggi yang tercatat dalam Rekod Dunia Guinness adalah $345.14 kerana memulangkan buku kepada Perpustakaan Awam Kewanee, Illinois hanya setelah 47 tahun, lapor laman Huffington Post. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-5-2016



Hadi, Siti antara Muslim berpengaruh di dunia

Posted on Monday, October 05 @ 18:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin antara individu yang tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia keluaran terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016.

Abdul Hadi yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu diiktiraf dalam kategori pendakwah dan panduan rohani digambarkan sebagai seorang pengarang beberapa buku berkaitan dengan demokrasi dan politik dalam Islam serta turut memberi kuliah setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila yang menarik ribuan orang.

Sementara Siti dan penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai bagi kategori seni dan budaya.

Siti digambarkan sebagai penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah muzik serta diberi penghormatan atas sumbangannya dalam kerja-kerja amal dan merupakan salah satu daripada penerima anugerah Ikon Malaysia.

Sementara Hafiz Hamidun disenaraikan sebagai artis nasyid yang telah memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik.

Buku ini menyenaraikan 500 orang yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dengan mengkategorikan individu ke dalam beberapa sektor seperti ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kedermawanan / kebajikan dan pembangunan, isu-isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, Quran, media, selebriti, bintang sukan dan juga  pelampau.

Senarai ini diumumkan kepada orang ramai setiap tahun sejak 2009.

Personaliti Malaysia yang diiktiraf pada tahun-tahun yang lalu dan sekali lagi dipaparkan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad

......
PenjualCendol - Boleh download dalam format pdf di sini 
Sumber TKO - 5-10-2015

Kenali Solahuddin al-Ayyubi, Pembebas al-Aqsa 828 Tahun Lalu

Graf_Saladin_Damascus
Beliau adalah seorang pahlawan yang terbesar di dunia, sangat sopan dan berlemah lembut, berperikemanusiaan, tangkas, bijak dan berani.

Pada 2 Oktober 1187, 828 tahun yang lalu, Baitulmaqdis dimerdekakan mengalahkan gelombang agama Kristian yang melonjak ketika itu, yang kepada melanda Tanah Suci serta membelenggu al-Aqsa.



Yusuf bin Ayyub, yang dikenali sebagai Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan kepada ibu bapa berketurunan Kurdish di Tikrit, Iraq dalam 1137AD. Salahuddin dilahirkan ke dalam dunia Islam yang pada masa itu yang berlaku banyak kegawatan.

Abad keenam era Islam menyaksikan ‘kebekuan’dalam pemerintahan Khilafah Abbasiyyah dan Kerajaan Seljuk di Timur serta kejatuhan Dinasti Fatimiyyah di bahagian Barat. Manakala di kawasan lembah ‘bulan sabit’ yang subur (Hari Ini Lebanon, Syria, Palestin, Jordan dan Iraq) para penguasa hampir di setiap bandar kecil telah mengisytiharkan diri mereka sendiri menjadi sebuah negara dan cuba untuk memperluaskan kuasanya melalui berlawan antara satu sama lain, terutama dengan kawasan berjiran.

Selain daripada hampir semua bandar-bandar pantai utama di Timur Mediterranean telah ditawan dan diperintah oleh penjajah Kristian. Baitulmaqdis menjadi sasaran yang turut dituntut oleh tentera ‘Salib’dan sudah tentu menjadi kawasan di bawah penguasaan asing yang kejam.

Kebangkitan dan kemenangan Salahuddin daripada hanya seorang askar biasa kepada Raja Mesir dan Syria, adalah hasil daripada kedua-dua, taktik dan kebijaksanaan dilaksanakan dan dalam masa yang tepat.

Beliau telah memegang jawatan penting di Mesir, membolehkan dia untuk menyatukan kuasa dan menggulingkan kerajaan Fatimiyah. Syria, pada masa itu, diperintah oleh Zengids dan apabila pemerintah Zengid yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba, meninggalkan penggantinya hanya seorang budak di bawah umur.

800px-Masyaf_-_Gesamtansicht

Jalan terbuka luas kepada Salahuddin untuk menawan Syria dan berjaya memerintahnya dengan adil dan saksama. Semasa pemerintahannya, beliau membina banyak sekolah, hospital, dan institusi dalam usaha beliau untuk pencapaian cemerlang dalam intelektual dan sivik. Beliau juga bertekad untuk membawa keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada mereka yang berada dalam kawasan pemerintahannya.

Walaupun memang telah dijangka, dengan apa yang dilakukannnya, Salahuddin akan dibenci antara oleh ‘bangsa-bangsa Salib’, namun sebaliknya, beliau menjadi salah seorang tokoh Islam paling dihormati di dunia pada zaman pertengahan kerana kemurahan hati beliau. Beliau tetap berlaku adil kepada orang-orang Kristian walaupun orang-orang Islam telah mengalami kehidupan yang tertekan dan dizalimi di tangan tentera Salib.

Apabila orang-orang Kristian telah menawan Baitulmuqaddis semasa Perang Salib yang pertama, mereka melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai, mewujudkan pertumpahan darah di mana penduduk Islam adalah sasaran yang paling utama.

Menurut grafik yang telah didokumenkan dalam kata-kata yang kronik daripada Perang Salib, Raymond dari Agiles, telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang begitu meluas oleh tentera Salib yang disebut sebagai ‘menunggang dalam darah sehingga lutut mereka dan tali kekang kekang.’

220px-Dirham_Saladin

Apabila Salahuddin mengambil semula Baitulmaqdis , orang-orang Kristian menunggu untuk melakukan serangan namun ia tidak dilakukan kerana beliau bukan sahaja melepaskam orang-orang Kristian daripada tahanan bahkan melayan mereka dengan hormat. Ia menyebabkan mereka yang ingin menentangnya, membatalkan hasrat tersebut.

Keadaan hidup rakyat Syria dalam keadaan aman, dan mereka tinggal dalam suasana harmoni.

Sesungguhnya beliau adalah seorang contoh yang hidup, bertoleransi dengan keimanan yang jelas, progresif, dan inklusif yang menjadikan rakyat begitu sayang kepadanya.

Salahuddin telah berjaya menegakkan syariat Islam dan melaksanakan dasar-dasarnya, seperti kebebasan beragama dan perlindungan kepada bukan Islam.

Selain itu, tingkah laku sopan dan berahhak yang ditunjukkan Salahuddin terhadap Raja Richard I, dan rasa saling hormat menghormati yang berlaku antara keduanya, walaupun mereka bermusuh, meningkat reputasi beliau dari menjadi penghinaan oleh musuh Islam.

“Apabila Richard jatuh sakit di pengepungan Acre pada tahun 1192, Salahuddin tidak hanya menghantar doktor peribadinya Maimonides untuk merawat beliau, (habkan) Salahuddin menghantar ais untuk membantu beliau melawan demam dan buah-buahan untuk penyembuhan tertentu.

richard

“Apabila kuda Richard dibunuh dalam peperangan dan raja Inggeris itu mendapati dirinya hanya dengan berjalan kaki menghadapi tentera Islam keseluruhannya, tentera (Salahuddin) membiarkan ia berjalan melintasi kawasan tanpa menyerang (Richard). Kemudian, Salahuddin menghantar kepadanya dua kenderaan baru (kuda) supaya dia tidak akan berada dalam keadaan yang lemah (untuk diperangi), “tulis Michael Morgan Hamilton dalam Sejarah Hilang.

Menurut ahli sejarah Perancis, Rene Grousset, “Ia adalah benar sungguh bahawa kemurahan hati [Salahuddin], ketaatan, tanpa fanatik, yang membungakan kemurahan dan ihsan, yang telah menjadi model Pembabad (rekod peristiwa) lama kita, dia menang populariti bukan sahaja di Frank Syria bahkan di negeri-negeri Islam yang lain. ”

Salahuddin Ayyubi meninggal dunia pada tahun 1193 Masihi pada usia 56. Walaupun beliau menerajui sebuah empayar yang luas terbentang dari Mesir ke Syria, apa yang dia sendiri miliki sangat sedikit.

Pada masa kematiannya, harta dan aset beliau termasuk kuda dan wang yang ada,tidak mencukupi walaupun untuk menguruskan jenazahnya. Beliau telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada Islam dan rakyatnya, mengelakkan hidup bermewah-mewah yang sering mengganggu kehidupan raja-raja.

Sesungguhnya ia adalah lambang seorang wira sebenar dan istiqamah serta setia kepada Islam.

Sumber BO - 4-10-2015


Mengenang peristiwa 30 September 1965

Posted on Wednesday, September 30 @ 21:54:00 MYT by tokdalang

Oleh Abdullah Abdul Karim

Hari ini, 30 September 2015 genap 50 tahun peristiwa hitam 30 September 1965 (dikenali di zaman Suharto sebagai G30S/PKI) di mana 7 orang jenderal tentera Indonesia dibunuh dan mayat mereka dicampak ke sumur tua di Lubang Buaya, Jakarta. Kesan dari peristiwa ini mengubah lanskap politik bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara terutama dalam konteks Perang Dingin di antara blok Barat dan Blok Komunis.


Versi sejarah yang dicanangkan pemerintah Orde Baru di bawah Suharto selama lebih 30 tahun adalah betapa penculikan dan pembunuhan jeneral-jeneral tersebut didalangi Parti Komunis Indonesia (PKI) yang mempergunakan rejimen Chakrabirawa (tentera pengawal Presiden Sukarno) bagi tujuan melakukan rampasan kuasa.

Apa yang lebih menyayat hati, bukan sahaja tujuh jenderal dan Ade Irma Suryani Nasution, anak kecil kepada Jenderal Besar Abdul Haris Nasution yang menjadi korban di dalam peristiwa tersebut. Tetapi juga apabila Mayor General Suharto secara beransur-ansur merampas kekuasaan dari tangan Presiden Sukarno, berlaku kempen besar-besaran di seluruh Pulau Jawa dan Sumatera untuk menghapuskan PKI dan penyokong serta simpatisan mereka. Dari September 1965 hingga awal 1967, lebih kurang sejuta nyawa rakyat Indonesia yang dituduh sebagai ahli, penyokong, simpatisan atau kolaborator PKI dibunuh secara beramai-ramai.


Ya! sejuta nyawa melayang begitu sahaja di tanah seberang negara tetangga kita. Angka 1 juta itu boleh dikatakan estimasi yang agak konservatif. Tetapi komander yang bertanggungjawab menjalankan operasi pembersihan tersebut iaitu Kolonel Sarwo Edhie Wibowo yang juga merupakan bapa mertua kepada bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, di akhir hayatnya mengakui jumlah korban akibat pembunuhan beramai-ramai tersebut adalah di sekitar 3 juta orang!

Sehingga hari ini, tidak ada upaya yang benar-benar serius dari pemerintah Indonesia kecuali di zaman Presiden Gus Dur untuk membongkar dan memberikan pembelaan kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Bahkan di zaman Megawati Sukarnoputri menjadi Presiden dan pada ketika ini di era Jokowi, tragedi ini tidak dipedulikan sedangkan secara logiknya Megawati, Jokowi dan PDI-P selaku pewaris perjuangan Sukarno harus membela nasib mereka yang dizalimi Suharto, orang yang bertanggungjawab menumbangkan Sukarno.

Itu belum lagi diambil kira nasib berpuluh ribu lagi 'tapol' (tahanan politik) yang dikurung dan diseksa regim Suharto kerana dituduh sebagai komunis dan terlibat dengan peristiwa 30 September 1965 ini.

Saya sebutkan kembali hal ini kerana saya yakin ramai di kalangan kita terutama anak muda langsung tidak tahu atau tidak sedar, tidak jauh dari tanahair kita, pernah berlaku peristiwa hitam berjuta-juta nyawa bangsa serumpun kita dibunuh secara kejam semata-mata untuk memuaskan kerakusan politik regim yang korup dan zalim.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 30-9-2015


Dato Onn, Sultan dan Inggeris (sejarah yang tidak didendang)
Posted on Friday, September 25 @ 18:35:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang 
Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan 

di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

sumber:- Onn Jaafar









Sumber TKO - 25-9-2015

Tragedi Rabaa – Pembunuhan Beramai-Ramai Akan Terus Menghantui Rakyat Mesir

A
Oleh : Dr Khalil al-Anani

Waktu itu adalah sekitar jam 07:00 pagi, 14 Ogos 2013 apabila saya mengidupkan TV, hanya untuk menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai beratus-ratus penunjuk perasaan Mesir di Rabaa Al-Adawyia dan Al-Nahda dataran di Kaherah. Ia seolah-olah saya menonton filem seram; Imej kereta perisai, penembak tepat, panik, badan-badan yang berlumuran darah, dan wajah-wajah seram dilanda berlari melalui skrin saya. Siaran pembunuhan secara langsung itu akan terpahat dalam ingatan saya selama-lamanya. Setiap kali saya ingat hari berdarah tersebut, saya bertanya kepada diri sendiri: Adakah Mesir pernah sembuh dari luka ini dan bila?

Rabaa

Keadilan tidak boleh dicapai

Setahun selepas pembunuhan beramai-ramai Rabaa, tiada siapa yang telah dipertanggungjawabkan.

Malah, keadilan adalah jauh sekali di bawah rejim semasa Mesir. Presiden Abdel Fattah al-Sisi, yang ketika itu menteri pertahanan, mendakwa bahawa bantahan secara aman Ikhwan adalah ‘sumber ancaman keselamatan, pembunuhan dan penganiayaan’ rakyat Mesir dan bahawa ia adalah perlu untuk menyuraikannya.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim, yang mempunyai kuasa menjalankan pembunuhan beramai-ramai, mempertahankan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan dan memuji tenteranya untuk ‘mengawal diri’ mereka melaksanakan dalam menyuraikan ‘duduk dan bantah’. Dan walaupun laporan, imej, dan dokumen pengakuan tentang pembunuhan beramai-ramai, Sisi dan Ibrahim masih menafikan apa-apa tanggungjawab untuk perkara itu.

Walaupun selepas laporan Human Rights yang dikeluarkan baru-baru, yang dengan jelas menekankan bahawa Rabaa adalah pembunuhan beramai-ramai telah dirancang dan ‘yang dirancang’ adalah ‘mungkin satu jumlah jenayah terhadap kemanusiaan ‘, ia tetap tidak mungkin bahawa Sisi dan Ibrahim akan dibicarakan atau dipertanggungjawabkan bagi peranan mereka dalam pembunuhan beramai-ramai. Kekurangan minat dan ketiadaan kehendak politik di kalangan sekutu antarabangsa dan serantau Mesir, menghalang sebarang cubaan untuk membawa Sisi dan rakan-rakannya ke muka pengadilan, sekurang-kurangnya selama ia berkuasa. Malah, menumbuhkan konflik serantau yang berterusan dan peperangan, kemungkinan mereka akan membiarkan dan bertolak ansur dengan dasar-dasar kejam Sisi ini demi ilusi ‘kestabilan’.

rabaa1

Pengkhianatan Moral

Rabaa jelas membuktikan kebankrapan moral dan politik di Mesir. Selepas pembunuhan beramai-ramai, orang awam dan golongan elit jelas melintasi garis halus antara politik dan moral, persaingan dan kebencian.

‘Jenayah terhadap kemanusiaan’ Rabaa kematian Mesir

Pengkhianatan moral banyak tokoh-tokoh semasa dan selepas pembunuhan beramai-ramai itu jelas dan yang menyusahkan.Sesungguhnya apa yang dipanggil ‘orang awam’ elit Mesir telah bersubahat dalam peristiwa-peristiwa berdarah di Rabaa dan Al-Nahda dan telah pun menyambut mereka. Ramai ahli politik, intelektual, hak asasi manusia dan aktivis politik tanpa malu menggesa ‘negara’ untuk menghapuskan musuh politik mereka: Ikhwan Muslimin. Walaupun selepas setahun, beberapa tokoh media masih mempertahankan pembunuhan beramai-ramai dan menyeru Sisi untuk menyambut kemenangannya.

Mereka menganggap Rabaa ‘kemenangan politik’ dan janganlah terkejut jika kesan-kesan politik dan sosial yang dahsyat itu. Lebih-lebih lagi, orang-orang aktivis dan intelektual yang tidak secara terbuka menyokong rampasan kuasa 3 Julai masih enggan untuk mengakui pembunuhan beramai-ramai dan berhujah ia adalah satu-satunya cara ‘realistik’ untuk menghentikan apa yang mereka lihat sebagai semakin meningkat ‘fasisme’ Ikhwan. Dan manakala ada yang tersirat kesal apa yang berlaku, yang lain masih hidup dalam keadaan penafian.

Supporters of deposed Egyptian president Mohamed Mursi, lie on the ground with their hands secured behind them, after being detained by riot police in Rabaa Adawiya square in Cairo

Masyarakat berkecai

Tragedi Rabaa menandakan telah berkecainya masyarakat Mesir dan ramai telah mengalami trauma di seluruh negara, terutamanya penyokong Ikhwanul Muslimin. Setahun selepas pembunuhan beramai-ramai di negara ini masih dibahagikan dan mendalam polarisasi. Jurang politik antara penyokong rejim penyandang dan lawan mereka adalah lebih luas berbanding sebelum ini, manakala bahagian-bahagian sosio-ekonomi mengukuhkan lagi hari ke hari.

Sepanjang tahun lepas media pro-rejim telah melulu merosakkan fabrik sosial Mesir dan hubungan sosial beracun. Dalam keluarga anda sering akan menghadapi cerita perpisahan, permusuhan dan sikap tidak bertoleransi kerana pandangan politik yang berbeza. Wacana awam dan ceramah swasta telah kehilangan pluralisme, toleransi, dan bahasa kewujudan bersama dan pemahaman. Lebih-lebih lagi, lagu-lagu, panggung wayang dan siri televisyen telah secara tidak bertanggungjawab didorong bahagian dengan menyokong naratif rejim mewajarkan pengecualian dan penindasan.

Di negara di mana perdamaian telah menjadi bermakna dan ‘kotor’ dengan perkataan, kehidupan telah menjadi tidak tertanggung untuk ramai orang Mesir. Rejim penyandang telah membina kesahihan dan mendapat sokongan serantau berdasarkan idea yang mengalahkan ‘ancaman’ politik Islam di Mesir. Ia mengambil kesempatan daripada kebimbangan rakyat dan amat memerlukan mereka untuk kestabilan untuk menutup ruang awam dan mewajarkan dasar ‘autoritarian’. Tidak menghairankan, penyokong rejim sedang bertungkus lumus menyerang dan mencaci perbezaan pendapat politik untuk menakut-nakutkan dan menutup mulut dan untuk mewujudkan semula “republik takut”.

rabaa1

Pembunuh beramai-ramai Rabaa merupakan peristiwa penting dalam trajektori politik Mesir dan ia akan membentuk memori awam untuk bertahun akan datang. Penderitaan dan kesedihan mereka yang kehilangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang masih trauma.

Luka dalam dari tragedi Rabaa tidak akan sembuh selagi tidak ada keadilan dihantar dan mereka yang melakukan jenayah ini kekal kebal daripada pendakwaan.

Dr Khalil al-Anani merupakan pensyarah Pengajian Timur Tengah di Paul H Nitze Sekolah Johns Hopkins Universiti Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Washington, DC.

Sumber BO - 15-8-2015

Tribut Untuk Ustaz Mohamad Sulong

MDQ Rusila
Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Apabila membaca catatan Dhuha oleh Ust Idris Ahmad pagi ni, saya teringat pada guru juga rakan saya semasa mengajar di Maahad Darul Quran, Rusila iaitu Ust Mohamad Sulong atau lebih dikenali dengan Us Mat Sulong.

Ustaz Mat Sulong berasal dari Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang. Beliau pulang ke Terengganu setelah tamat pengajian di Al-Azhar, Mesir tahun 70 an. Sebaik pulang beliau telah dipanggil temuduga oleh Pejabat Agama Negeri Terenggnu tapi beliau menolaknya, alasannya mudah, nak bekerja dengan jamaah dan parti PAS secara sepenuh masa. Mudah, tak terikat ujar beliau.

Pengenalan saya dengan beliau bermula apabila saya mengajar di Maahad Darul Quran pada tahun 1996. Beliau telah mengajar di Darul Quran seawal penubuhannya lagi pada tahun 80an. Saya melihat beliau sangat dedikasi dan semangat di dalam memberikan pengajaran kepada murid murid.

Beliau sangat komited dengan tugasan beliau sebagai guru yang mendidik bakal kader kader penyambung perjuangan islam pas kelak. Beliau tinggal di kg Binjai Kertas, K.Berang dan berulang alik kira kira 100 km setiap hari untuk mengajar di Madrasah yang ditubuhkan oleh Pimpinan PAS Terengganu sebagai persiapan untuk menyediakan pelapis perjuangan.

Banyak peristiwa peristiwa yang menyayatkan hati saya bersama beliau. Antaranya :

1. Pernah ketika keretanya rosak beliau berulang alik ke madrasah dengan menaiki 6 kali bas pergi balik. Dari rumah beliau ke pekan k.berang, dari pekan k.berang ke k.Trg dan dari k.Trg ke Rusila. Balik pun begitu juga.

2. Pekerja pam minyak esso di pekan k.berang cukup kenal us Mat kerana beliaulah satu satunya pelanggan yang apabila berhenti mengisi minyak, beliau hanya minta diisikan petrol Rm7 . Apabila pekerja pam tanya mengapa tak isi aje Rm10, Us Mat jawab ” saya hanya ada duit Rm10, baki Rm3 saya hendak minum air di kedai kopi ” mengalir air mata saya bila ingat cerita ini.

3. Pernah juga Us Mat balik awal dari madrasah setelah tamat kelasnya. Apabila saya tanya kenapa balik awal hari ni ? Us Mat jawab ” ana nok balik tebang pisang beberapa tandan dan jual di pasar sbb nok guna untuk isi petrol ke tempat ceramah pas malam ni ”

4. Apabila tengah bulan Us Mat selalu saya lihat termenung, saya tahu kenapa, tapi Us Mat tak pernah bersungut apatah lagi merungut.

Us Mat boleh memilih untuk kaya dengan kelayakan beliau pada waktu sangat kurang orang yang berjaya pulang dari AlAzhar, tetapi Us Mat memilih untuk susah dan bersama PAS walau beliau tahu ranjau dihadapannya. Beliau tak pernah merungut.

Kereta terakhir yg Us Mat miliki hanyalah Proton Iswara. Saya masih ingat beliau selalu membasuh tayar keretanya yang penuh dengan tahi lembu sebaik tiba di Rusila.

Us Mat berjuang bersama PAS, menjadi guru di Maahad Darul Quran, menjadi ajk Pas Kawasan Hulu Terengganu dan cawangan sehingga akhir hayat beliau.

Saya masih ingat, hari kematian beliau, hujan turun renyai renyai hanya di kampungnya sahaja. Kami para guru dan murid beliau mengusung jasad arwah Us Mat dari rumah sehingga ke kubur. Sepanjang perjalanan hujan renyai renyai.

Us Mat telah meninggalkan ramai murid muridnya yang sekarang menyambung perjuangan beliau, antaranya Us Mohd Soud Said, Us Muhamad Zahid Yusof, Us Khalid Rushdan, Us Muhammad Khalil Abdul Hadi, Us Wan zulkifli dan ramai lagi.

Us Mat telah membuktikan Istiqamah beliau bersama perjuangan islam Pas sehingga ke akhir hayat.

Kepada pimpinan pimpinan pas yang ada sekarang perlu sedar. Anda bersama pas di saat pas telah berkembang. Mereka yang terdahulu telah menebas segala semak samun di sepanjang jalan agar kita berjalan dengan mudah pada hari ini.

Oleh itu jangan khianati perjuangan ini!

***Ustaz Wan Sukairi adalah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu yang juga bekas tenaga pengajar Maahad Darul Quran
Al-Fatihah..

Sumber BO - 31-7-2015



23 Jun 2015: 13 tahun berlalu. Tarikh yang sentiasa di hati.

Posted on Tuesday, June 23 @ 11:31:52 MYT by paktam

Oleh Muna 'Izzah Fadzil

Sejujurnya airmata tidak berhenti mengalir sehingga jasadnya dikebumikan.Airmata itu berganda apabila melihat betapa ramai yang berjalan kaki dari jalan lapangan terbang sehingga tempat persemadian di Muassasah sepanjang lebih 20 km.

Airmata terus tumpah melihat ayahanda begitu disayangi oleh ramai orang. Sekumpulan belalang terbang dari area kediaman di Alor Setar menuju ke Muassasah menambah sebak di dada.

Ketika itu saya mengakui bahawa sebaknya melihat semua itu melebihi kesedihan perasaan sendiri.

 

Kata salah seorang ahli keluarga yang membawa pulang kami menuruti van jenazah ayahanda, "Paklong milik rakyat".

Ya benar, tiada privasi untuk kami anak-anak sehingga saat akhirnya, namun kami bersyukur melihat ayahanda dilayan begitu baik ketika perjalanan akhirnya di dunia.


Terima kasih buat yang menyayanginya. Masa untuk kita berlumba menambah kebaikan bagi bekalan kita ke sana.
.................................................................................................................................................
Dua malam lepas, mimpikan ayahanda. Segak berkot memberi ceramah dalam dewan yang cantik. 

Dan duduk bersama di meja memberikan senyuman. Tiba-tiba beliau meninggal dan saat kesedihan berulang kembali, walaupun dalam mimpi.

Kau hadir dalam mimpiku meraikan rindu jiwaku, anakandamu ini. Tidak pernah padam nama Baba di hati anak-anakmu dan apatahlah lagi di hati isteri Baba. Sentiasa segar bercerita seperti ada hayatmu.

Walaupun kau jauh di sana, ucapan Selamat Hari Bapa tetap anakanda utuskan buat ayahanda.

Terima kasih Baba menziarahi anakanda. Airmata malam itu lebih sadis daripada tarikh pemergianmu pada 23 Jun 2002. Lebih banyak kerana kerinduan yang teramat.

Terima kasih Ya Allah memberikan izin buatku menatap wajahnya dan bersamanya walaupun dalam 3 jam, walaupun dalam mimpi...


Sumber DD - 23-6-2015

Almarhum Ust Fadzil Noor - 14 tahun telah meninggalkan kita
Posted on Tuesday, June 23 @ 00:35:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Imam Sufyan bin 'Uyainah[1] berkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, " Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".[2]

Pada 23 Jun 2015, genaplah 14 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yg tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada.


Kata-kata beliau ;









" ... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang! " -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Ustaz... kalau boleh, aku juga tidak mahu berhenti dari mendengar kata-kata 'mutiara' da'wahmu kerana ia amat terkesan di jiwa ini...  Akan aku bekalkan ianya buat anak-anak dan generasiku.

Saya selalu berpesan pada anak-anak saya jadilah orang berilmu sepertinya, walaupun ustaz telah pergi meninggalkan kita, tetapi ilmunya tetap hidup subur untuk menerangi hati-hati kita dan insan yang memerlukannya... Al-Fatihah

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan seorang tokoh Ulama' yang tersohor.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).



Ucapan Terakhir



Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.



 



 

 

 


 

 


 

 


 

 


 


 



 


 


 



Kepada Yang beriya-iya Nak Tubuh Parti Baru Dengarlah Nasihat Ustaz Fadhil Noor
Posted on Tuesday, June 23 @ 01:26:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tepat telah UFN, kerana mahu jawatan, tubuh wadah politik baru   



(Tiada suara tapi ada sarikata, harap maaf)



Ustaz Fadzil Noor, jangan wujud jamaah dalam jamaah




Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. Saya selalu menyebut nama Ustaz Fadhil Mohd Nor tetapi tidak menghayati apa sebenarnya yang diperjuangan oleh Ustaz Fadhil (UFN).

Sempena 14 tahu pemergian UFN kita dapati banyak perkara Ustaz Fadhil sebut telah menjadi kenyataan seperti doanya agar Tun Mahathir panjang umur melihat keburukan daripada yang dibuat selama 22 tahun dan wujud pimpinan yang ingin jawatan sanggup buat apa sahaja sehingga tubuh parti baru.

Kredit:






Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua
parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling
SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU

Ketua pembangkang yang disegani


Allahyaham ketika menghadiri Muktamar Pas di Putik Kelantan


Allahyaham ketika dimasukkan di hospital Kuala Terengganu, akibat serangan jantung sebelum menghadiri Seminar Hudud


Allahyaham adalah orang yang paling lantang di parlimen, tak salahlah beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang


Allahyaham adalah orang yang dikatakan boleh menyatukan Melayu, UMNO menghulur salam persahabatan demi kepentingan politik mereka

Hari Ini, 11 Tahun Syeikh Ahmad Yasin Wafat


PAGI itu, 11 tahun lalu apabila keluar dari solat subuh di masjid al Majma al Islami berhampiran rumahnya di kampung Sabra di timur bandar Gaza, Israel membunuh Syeikh Ahmad Yasin dengan menembakkan tiga buah peluru berpandu.

Tepatnya tanggal 22 Mac 2004 lalu, Syeikh Ahmad Yasin bersama tujuh orang yang bersamanya gugur. Tubuh Syeikh Ahmad Yasin tercerai berai bercampur bahagian-bahagian kerusi roda yang membawanya saat peluru berpandu menghantamnya ketika keluar dari masjid di pagi itu.

Syeikh Ahmad Yasin sungguh dengan perjuangn gigihnya, sebelum meninggal dunia, ia bersama sekumpulan tokoh Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza pada 14 Disember 1987 mendirikan sebuah organisasi perlawanan untuk melawan penjajah Zionis, yang kemudian disebut Hamas.

Dan pengaruh gerakan Hamas ini sangat besar, dan selepas menyertai dengan kekuatan-kekuatan Palestin dalam berjuang melawan penjajah Zionis di Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Dan hingga kini Hamas, di bawah pimpinan Khalid Misyal akan terus menempuh jalan perlawanan sampai seluruh tujuan rakyat Palestin tercapai. Membebaskan tanah dan mendapatkan kemerdekaannya menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan.

"Jalan yang ditempuh Syeikh Yasin dan projek masih dan terus berlanjut. Kenangan beliau ada pada 'tangan' dan mata setiap perjuang perlawanan Palestin yang menghalang penjajah Zionis dan melawan kejahatannya, "demikian kenyataan Hamas dikutip dari Info Palestin.

*sumber dari islampos.com

Sumber DI - 22-3-2015



WARIS MAHU AMBIL SEMULA RUMAH SYED SHEIKH AHMAD AL HADI - SAHABAT


ALLAHYARHAM SYED SHEIKH AHMAD AL HADI - PELOPOR GERAKAN MUDA, SASTERAWAN DAN USAHAWAN TAHUN 1920'AN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34286-waris-mahu-ambil-semula-rumah-syed-sheikh-ahmad-al-hadi

Sumber HD - 11-3-2015


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ KEMNBALI KE RAHMATULLAH - NIK ABDUH


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33824-tuan-guru-nik-abdul-aziz-kembali-ke-rahmatullah

Sumber HD - 12-2-2015


Syahidnya Hassan al-Banna

Posted on Thursday, February 12 @ 12:00:02 MYT by paktam

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.
☆Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.


☆Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.

☆Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

☆Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna.

☆Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

☆Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.

☆Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.

☆Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik pemerintah Mesir pada ketika itu.

Sumber DD -12-2-2015

No comments:

Post a Comment