BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, February 16, 2015

IJTIMA' ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH


Pengorbanan petugas dihargai kerajaan negeri

KERAJAAN negeri menghargai pengorbanan semua pihak bagi menjayakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) kali keempat yang berakhir malam Ahad lepas. 
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Ijtimak, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program peringkat antarabangsa terbabit. 
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut. Tidak mampu saya senaraikan satu persatu di atas pengorbanan tersebut,” katanya di Kota Bharu. 
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri turut memohon maaf di atas kelemahan sepanjang program itu berlangsung. 
Katanya, ia telah meninggalkan kenangan yang cukup manis dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak. 
“Mudah-mudahan Allah mengambil kira usaha ini sebagai bekalan menemui-Nya nanti,” ujar beliau. 
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah berlangsung selama tiga hari bermula petang Khamis lepas membabitkan kehadiran 27 wakil gerakan Islam dari luar negara.
Acara kemuncak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dihadiri puluhan ribu. – HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017 



Cabaran gerakan dakwah di negara Islam minoriti

SEMINAR dakwah antarabangsa sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang diadakan di Hotel Perdana di sini disifatkan sebagai batu lonjatan bagi menjadikan gerak kerja dakwah ke arah lebih baik. 
Ketua bengkel dan resolusi program, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana usaha tersebut mendapat perhatian kerajaan. 
Bagaimanapun berlainan di negara-negara minoriti Islam seperti Thailand, Jepun dan Korea di mana mereka terpaksa mencari dana sendiri untuk meneruskan kerja dakwah.
"Hal ini disebabkan kerajaan mereka tidak membantu. Sepatutnya kita bersyukur kerana boleh bantu negara lain dengan dana yang kita ada. 
"Lebih khusus lagi, kita ada Kelantan kerana sebuah gerakan dakwah dan politik mempunyai kerajaan sendiri," katanya ketika ditemui di sini tadi. 
Seminar dakwah antarabangsa itu menampilkan 11 pembentang seluruh rantau bagi berkongsi pengalaman, aktiviti dan cabaran dakwah di negara masing-masing. 
Mereka termasuk Mufti Kemboja, Okhna Kamaruddin; wakil Thailand, Ali Arif Omati; wakil Jepun, Ahmad Meano; wakil Korea, Salahudin Kim dan wakil Sudan, Dr Adam Salleh. 
Wakil Nepal, Erfan Takaran; wakil Singapura, Islahudin; wakil Timur Leste, Abdullah Saqran; Zumaat Ahmad mewakili Indonesia, Nurul Amin dari Bangladesh dan Nurul Huda Irda Abdullah Malaysia. 
Lapan bengkel diadakan secara serentak bagi membicarakan tajuk seperti 'The important of integration in dakwah' oleh Dato' Dr. Ghafur Abdul Hamid. 
'The relevancy of R&D in dakwah moving forward' oleh Dato' Dr. Abdul Razak Kecik dan 'Maintaining database: it benefits in dakwah world' oleh Dr Tg Damitri. 
Prof Ir. Abang Abdullah pula membentang tajuk 'Responsibility forward constitution of the authority in dakwah' dan 'Dakwah for all: opportunity and challenge' oleh Prof Dr Kamaruzzaman. 
Wakil Jepun, Ahmad Meano turut membentang dalam bengkel itu tajuk 'Tekno dakwah: the new strategies' dan 'Key success factors in reaching out to non muslim guiding the new reverts' oleh Shah Kirit. 
Serta 'The role of women in dakwah' oleh Dr. Sakinah Salleh. – HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 




Amalan Islam di Vietnam masih lagi terhad

UMAT Islam di Vietnam tidak sama dengan Kempuchea, di mana tidak boleh mengamalkan amalan agama dengan bebas kerana ada sekatan kerajaan.
Perwakilan dari negara tersebut Alias Ayub berkata, tiada sekolah agama dan madrasah di Vietnam bagi membolehkan orang Islam menimba ilmu agama. 
“Tidak sama dengan Kempuchea ada kemudahan masjid dan sekolah agama dengan diberi bantuan kerajaan, namun di Vietnam berlaku sebaliknya biar pun kedudukan geografi tidak jauh. 
“Di Vietnam tidak boleh hendak menjalankan dakwah. Pelajar perempuan tidak boleh memakai tudung ketika belajar  di sekolah,” katanya pada Nadwah Ulama di KTC Kota Bharu hari ini. 
Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan daripada orang Islam  dari luar bagi membolehkan sekolah agama dan madarasah dibina di Vietnam. 
Menurutnya dengan adanya sekolah agama membolehkan gerakan dijalankan dengan lebih berkesan di negara yang  mempunyai 80,000 penduduk Muslim itu. 
Perwakilan Sri Lanka, Dr Mohammed Ismath Ramzy berkata, Jaamah Islami ditubuh di negara itu pada 1950, kini semakin berkembang dengan mempunyai 30 bahagian yang aktif melaksanakan tanggungjawab. 
Katanya, pertubuhan itu ada sayap pemuda dan muslimat bagi membantu masyarakat di Sri Lanka mendapat gambaran sebenar mengenai Islam. 
“Bagaimanapun sekarang kita berdepan dengan eksremis Buddha yang menyebabkan berlaku 614 kes pemusnahan harta benda orang Islam di negara tersebut. 
“Begitu juga fahaman Islamfobia mulai muncul di Sri Lanka sekarang.Mereka bertindak mencari kelemahan orang Islam. Selain itu  Muslim di Sri Lanka juga menghadapi masalah mendapat makanan halal,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 

Stadium mulai dipenuhi peserta ijtimak

STADIUM Sultan Muhamad IV tempat berlangsung himpunan sempena Ijtimak Perpaduan Ummah semakin dipenuhi orang ramai. 
Padang bola dalam stadium mulai dimasuki orang ramai yang datang dari pelbagai tempat. Mereka mulai masuk sebaik sahaja pintu stadium dibuka. 
Petugas sibuk melakukan kerja kerja akhir sebelum solat Maghrib. Kelihatan ramai yang memakai baju berwarna hijau. 
Manakala mereka yang tiba awal bersila di atas tikar menunggu waktu Maghrib. Orang ramai masih lagi bertali arus memasuki ruang dalam stadium. 
Ramai lagi yang berada di luar stadium masih berada di tapak ekspo, melawat gerai gerai pameran agensi kerajaan dan jualan pelbagai produk. 
Di luar stadium juga tadi diadakan acara santai bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan PU Akram. - HARAKAHDAILY 22/7/2017
pahi
Sumber HD - 22-7-2017 






Sektretariat Perpaduan Ummah di Kuala Lumpur

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang berakhir petang ini mencetus resolusi bagi menubuh sektretariat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaras isu-isu berkaitan dengan umat Islam. 
Kedua, mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dan negara majoriti umat Islam agar kekuatan Islam dapat digarap secara lebih berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah. 
Ketiga, memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar terutamanya negara barat dalam  menanganinya. 
Keempat, mempelopori usaha untuk mempelopori bagi mengharmurnikan isu-isu khalafiah dalam kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecah belahkan kesatuan umat Islam. 
Kelima, mempergiatkan pengembangan ilmu Islam dalam kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbbagai wasilah yang ada. 
Keenam, mengambil inisiatif secara bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh rantau Asia. 
Ketujuh, menangani isu dan permasalahan dan umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim seperti Chenhen, Rohingya, Kashmir, Ubezkistan dan lain-lain. 
Kelapan, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk yang dilakukan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Aqsa bagi tujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.
Kesembilan, memahamkan masyarakat khasnya umat Islam, Islam agama yang membawa kesederhanaan, ke arah mengekang pengaruh radikal Islam dalam kalangan umat Islam. 
Kesepuluh, mengemblingkan ulama di rantau ini bagi mengembalikan peradaban Islam sebagai model peradaban Islam sejagat. 
Resolusi itu dibaca Pengarah Nadwah Ulama dan Konfren Dakwah, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh sebaik sahaja selesai forum di KTC petang ini. 
Forum tersebut mengundangkan Dr Bilal Sabil dari Palestin; Presiden Parti Saadat Turki, Dr Temel Karamulla Uglu dan Dr Nik Zawawi. Prof Dr Badlishah bertindak sebagai moderator. - HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 








Persembahan kesenian dapat sambutan hangat

ARTIS hijrah dari Indonesia, Derry Sulaiman melahirkan rasa syukur kerana dijemput Kerajaan Kelantan membuat persembahan di Kota Bharu. 
Katanya, beliau tidak menduga kerajaan negeri bersedia untuk menjemputnya setelah dua tahun lalu berkunjung ke negeri itu. 
“Saya pernah membuat persembahan di sini dua tahun lalu atas undangan Irwan Syahman. 
“Mungkin bermula dari situ saya mula dikenali di sini, Alhamdulillah,” ujarnya ketika ditemui. 
Derry tidak akan menolak sekiranya kerajaan negeri ingin menjemputnya pada masa akan datang untuk membuat persembahan. 
Derry berjaya menarik perhatian penonton dengan lagu-lagu dakwahnya. 
Lagu tersohornya yang bertajuk Dunia Sementara Akhirat Selamanya dan Rasulullah menarik perhatian ramai. 
Bekas penyanyi kumpulan metal rock Indonesia itu menjadi perhatian pengunjung Ijtima Kelantan 2017 di Dataran Stadium, di sini petang tadi. 
Program itu diadakan sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 di Kota Bharu. 
Derry yang sekali sekala membuat joke telah menarik perhatian membuatkan program sentiasa segar dengan sentuhan suara lunaknya. 
Beliau ditemani pengacara majlis Muhammad Cina yang turut berduet mendendangkan lagu-lagu berkenaan. 
Bukan setakat menyumbang dua lagu beliau turut menyampaikan takzirah.
“Betapa pentingnya menjaga iman untuk mendapat anugerah dari Allah. 
“Iman dan taqwa perlu dijaga sentiasa kerana sekiranya ia pergi, belum tentu akan hadir lagi,” ujarnya. 
Terdahulu dua persembahan pantomim Rohingya dan Jihad Putera Jeram berjaya menyentuh hati penonton. 
Walaupun ia kisah berlainan, namun keduanya mempunyai hasrat yang sama iaitu mempertahankan aqidah. 
Persembahan anak-anak pelarian Rohingya dari Maahad Tahfiz Ar Rahman Baiturahmah, Alor Setar Kedah benar-benar menguris hati penonton.

Kanak-kanak itu diuruskan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Jihad Putera Jeram dipersembahkan oleh anggota Majlis Daerah Pasir Putih dengan kerjasama Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri. - HARAKAHDAILY 21/7/2017












Sumber HD - 22-7-2017 










Solusi isu ummah pada kemuncak ijtimak antarabangsa

IJTIMAK Antarabangsa Kelantan 2017 tiba acara kemuncak hari ini, akan menampil ucapan pemimpin gerakan Islam peringkat dunia. 
Resolusi konfren dakwah dan nadwah ulama juga akan akan dipersembahkan kepada orang ramai pada acara kemuncak dalam Stadium Sultan Muhammad IV malam ini. 
Konfren dan nadwah yang disertai kira kira 800 ulama dan cendikiawan Islam dari rantau Asia berlangsung petang semalam sehingga pagi ini. 
Pelbagai pandangan dilontarkan bagi mencari jalan untuk meningkatkan  perpaduan umat Islam dan mengelakkan tempias krisis yang berlaku di Asia Barat menular ke rantau ini.
Malam tadi Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Abdul Ghaffar Aziz menyingkap krisis yang berlaku sejak 1917 yang didalangi barat. 
Program kemuncak dalam stadium bermula jam 5 petang dengan acara santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan PU Akram. 
Kemudian solat Maghrib, solat hajat. munajat dan solat Isya diadakan di padang stadium. 
Acara kemuncak pidato perdana akan turut menampilkan wakil Hamas, Indonesia, Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan amanat akhir oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Ketua Sekretariat Pelaksanaan ijtimak tersebut, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, orang ramai jangan melepaskan peluang menghadiri program tersebut.
Katanya, bukan mudah untuk menghimpunkan ulama dari seluruh dunia yang datang dari pelbagai warna kulit dan bangsa. 
"Saya berharap rakyat Kelantan merebut peluang tersebut bagi mendengar sendiri isu yang berlaku di negara negara Islam sekarang. 
"Kita juga boleh mendengar isu yang di Palestin di mana orang Islam dilarang menunaikan solat di Masjidil Aqsa yang akan disampaikan wakil Hamas," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, konsert keseniaan Islam yang berlangsung malam tadi menarik perhatian ribuan penduduk tempatan.
Dataran stadium sendat dengan orang ramai. Sebelum persembahan bermula mereka menunaikan solat Isya berjemaah. Ramai yang terpaksa sujud di atas bata lantai kerana ruang solat yang disediakan penuh. - HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 












Umat ini mesti bersatu hadapi cabaran musuh

KITA berada dalam majlis yang disifatkan dalam hadis sebagai taman syurga, juga ada malaikat yang khusus mencari majlis ilmu. 
Saya ingin sebutkan apa yang saya rasakan dalam hati dan yang dapat saya perhatikan iaitu orang Melayu yang baik, terutama ketika musim haji di mana orang Melayu sangat penyantun. 
Jari-jemari kita ini tidak sama, ada pendek dan panjang. Justeru, orang Melayu Islam juga ada kelebihan tersendiri. 
Orang lain melihat kamu sebagai orang yang baik. Kalau ini yang disangkakan oleh orang lain, maka kita berusaha untuk lebih membaiki sifat ini. 
Kami menyaksikan bahawa kami juga mengasihi kamu. Ini berdasarkan hadis yang disebut oleh Nabi berkenaan mereka yang mendapat perlindungan di bawah naungan Allah iaitu salah satunya ialah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. 
Dorongan yang menyebabkan kami lebih mengasihi kamu ialah walaupun tidak sama dari segi warna kulit, bahasa, jarak yang jauh dari segi geografinya, tetapi Islam mempertautkan kita. 
Tidakkah tuan-tuan terasa bagaimana Islam ini yang bermula dengan dakwah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, sahabat yang merasai takut dan apabila mengucap dua kalimah syahadah, bukanlah satu perkara mudah hingga akhirnya Islam ini masuk ke semua rumah yang ada di timur dan barat sebagaimana yang disebut oleh Nabi.
Dalam Nadwah ini dibincang mengenai kesatuan umat Islam dan kefahaman.
Musuh Islam fokus kepada kelemahan kita. Lihat dua orang anak Adam, Habil dan Qabil, berapa ramai orang yang ada pada masa itu? Tetapi syaitan mewas-waskan antara mereka berdua hingga salah seorang adik beradik itu membunuh saudaranya sendiri. 
Maka begitu juga dalam masyarakat yang lebih luas. Permusuhan diwas-waskan oleh syaitan. 
Begitu juga kita membaca dalam Al-Qur’an, surah Yusof menggambarkan adik beradik Nabi Yusof benci kepada Yusof dan Bunyamin atas dasar perasaan semata-mata yang diwas-waskan oleh syaitan. 
Bila turun surah Yusof? Yahudi bertanya kepada Nabi berkait dengan Bani Israel.
Allah terang bahawa syaitan sentiasa mewas-waskan dalam hati, namun Yusof tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. 
Penawar kepada Nabi SAW ialah bahawa mereka juga akan dapat kemenangan dan pertolongan Allah seperti Allah telah membantu Nabi Yusof. 
Awal abad ini, Perjanjian Sykes-picot ditandatangani. Siapakah di belakang perjanjian ini? Bagaimana keadaan umat Islam ketika itu? 
Islam berkembang dari zaman Nabi sehingga zaman Uthmaniyah. Uthmaniyah bermakna timur dan barat dunia di bawah kekuasaan Islam. 
Perjanjian ini bermaksud membahagikan tanah umat Islam seperti membahagi pesaka.
Selepas 100 tahun, semenjak dari tahun 1917, kita sekarang pada tahun 2017, kita melihat ada perjanjian lain seolah-olah Sykes-picot baharu. Sejak lebih suku abad, musuh berusaha memecah-mecahkan umat Islam. 
Kita melihat peta baharu dunia Arab. Negara baharu muncul, seperti Iraq yang mahu dijadikan tiga buah - mewakili Sunnah, Syiah dan Kurdi. Begitu juga Pakistan yang cuba dipecahkan Baluchistan darinya, demikian juga negara-negara lain. Ini bukan rekaan, tapi perkara yang boleh dilihat terang-terang. 
Adakah mereka yang melakar peta ini gila? Syria dibahagi enam, Libya dibahagi lima dan begitulah seterusnya. Macam mana ini boleh berlaku? Penduduk Iraq dibunuh 1.5 juta orang. Setiausaha PBB yang baharu berkata kita mahu tanya adakah orang Kurdi mahu Kurdistan sebagai negara sendiri? 
Kita baca Perang Salib atau pelbagai perang, kita dengar ramai yang dibunuh. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kita rasa pelik. Tapi itulah yang pernah berlaku dalam sejarah. 
Dalam dunia moden yang hebat teknologi maklumat, perang Syria telah memakan korban 600,000 nyawa. 
Di zaman Nabi, pemuda Aus dan Khazraj pernah bergaduh. Nabi berucap supaya tidak berlaku perang. Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan aku masih berada di kalangan kamu? 
Musuh ambil peluang dari kelemahan kita. Kita ada masalah dari segi perkauman, mazhab dan lain-lain. 
Isu ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Mungkin ia akan terus parah. Justeru, apa kewajiban kita? Kita mesti yakin dengan bahawa Allah bangkitkan Nabi, Allah akan menzahirkan agamaNya. 
Dalam al-Quran, diceritakan Nabi Yusuf sebut supaya orang yang dijangka selamat dari penjara jangan lupa sebut nama Nabi Yusof kepada pembesar, tetapi apabila lelaki itu keluar dari penjara, dia lupakan Nabi Yusof. 
Nabi Yusof tinggal beberapa lama dalam penjara. Dalam dunia kini, puluhan ribu pejuang Islam dalam penjara di Mesir, ramai yang dizalimi dalam penjara di negara haram Israel beberapa lama, di Bangladesh juga demikian. 
Mereka bertahun-tahun dalam penjara, tetapi tetap yakin dengan janji Allah. Kita membaharui keyakinan itu kalau kita mahu masa depan kita lebih baik. Perbaharui dengan iman yang sungguh kepada janji Allah. 
Kita juga mesti hidup sebagai umat, bukan secara peribadi dan keseorangan. Azan sama di mana-mana. Allah mahu kita hidup bersama-sama. Kita diajar solat berjemaah. Kenapa solat berjemaah lebih berpahala dari solat seorang? Hari Jumaat ada solat Jumaat. Umat Islam wajib berpuasa dalam Ramadhan, walaupun berbeza masa dari satu tempat ke satu tempat. 
Semua amal ini ada faedah jemaah, tidak membezakan, dalam satu saf, umat yang satu. 
Moga Allah tuliskan kita yang ada dalam majlis ini dalam kalangan yang berfikir tentang umat. 
Sebelum undur diri saya pohon saudara sentiasa berdoa untuk saudara-saudara Islam kita, saudara kita di Syria, Gaza, Kashmir, Arakan dan lain-lain. Doa itu senjata orang mukmin, doa itu otak ibadah. 
Doa Ashabul Kahfi minta beri petunjuk, apa yang ditakdirkan selepas itu ialah generasi berubah tapi mereka (Ashabul Kahfi) kekal dalam gua dan terus hidup selepas itu. (http://ijtimak.asia/
Petikan ucapan Penolong Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Ghaffar Abdul Aziz pada Persidangan Dakwah Rantau Asia 2017 sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Kota Bharu, Kelantan.
Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri
Sumber HD - 22-7-2017 














Kelantan hargai dipilih lokasi ijtimak antarabangsa

KERAJAAN Kelantan merakam ucapan terima kasih kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia kerana memilih negeri tersebut sebagai lokasi ijtimak. 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata ijtimak terbabit memberi kebaikan kepada umat Islam. 
Katanya kerajaan Kelantan sedia memberi kerjasama bagi menjaya pelbagai program lain pada masa akan datang. 
"Ijtimak ini akan lahir natijah bagi meningkat perpaduan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika merasmikan praperasmian ijtimak di Dataran Stadium malam ini.\ 
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden, Ustaz Idris Ahmad, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub, anggota Exco dan wakil rakyat. 
Mohd Amar juga berkata, hujan lebat pada ijtimak malam ini sebagai petanda akan lahir seorang pemimpin yang hebat di zaman ini. – HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 21-7-2017 
















Pelampau tidak ikut kehendak Islam sebenar

MUSUH Islam bekerja siang dan malam tanpa mengira penat lelah bagi menghalang kebangkitan Islam. 
Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keadaan lebih marak dengan muncul pula puak pelampau Islam. 
Katanya, kumpulan terbabit tidak melihat dalam konteks sebenar perjuangan Islam.
"Sebab itulah timbul kumpulan kumpulan yang mengelarkan diri atas nama al Qaeda, Daeis dan Taliban," katanya ketika perasmian serentak persidangan dakwah dan nadwah ulama di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre petang ini. 
Hadir sama Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Ghaffar Aziz, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin. 
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Islam akan menang biarpun dikepung musuh di segenap penjuru. 
"Biarpun ketika perang Ahzab, orang Islam dikepung namun akhirnya memberi kemenangan kepada Islam. Saya yakin Islam akan menyinar dalam sanubari umat Islam," katanya. – HARAKAHDAILY 21/7/2017
Sumber HD- 21-7-2017 


















Keunikan Kelantan hiasi warna warni ijtimak

SINONIM dengan gelaran negeri ‘Serambi Makkah’, Kelantan sekali lagi dijangka menerima kunjungan tetamu dari 17 buah negara yang bakal mengikuti Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4. 
Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu sebagai pentas utama acara dijangka akan dipenuhi ribuan peserta selama tiga hari ijtimak dilangsungkan bermula hari ini hingga Sabtu nanti. Kelantan ternyata dilihat mempunyai keunikan dan prestijnya yang tersendiri selaku tuan rumah penganjuran kali ini. 
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, pada asalnya bukan Kelantan yang dipilih sebagai tuan rumah, tetapi pihak Kesatuan Ulama Dunia telah membuat keputusan tersebut. Maka bagi Kelantan katanya, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Sekali gus menggambarkan perasaan rakyat negeri itu jika terhadap keterujaan menyambut ribuan hadirin yang bakal membawa rahmat kepada negeri mereka. 
Selain dipilih kerana latarbelakang pentadbiran Kelantan berteraskan Islam, negeri ini juga boleh dijadikan simbolik kepada isu-isu perbincangan yang akan di pentaskan di dalam Ijtimak Kelantan 2017 pada kali ini. Antaranya adalah forum “Islam Jalan Penyelesaiannya” dan isu-isu umat Islam serantau. Ini kerana isu-isu sebegini adalah sensitiviti yang sangat dekat dan menjadi perjuangan utama oleh Kelantan sehingga ke hari ini, contohnya seperti pindaan RUU 355. 
Tambahan pula, Kelantan jelas tersohor dengan pusat-pusat pengajian berorientasikan pengajian ilmu Islam khususnya sekolah agama dan pondok. Di Kelantan, perkembangan dan pemerkasaan institusi ini merupakan nadi ketamadunan yang tidak sesekali dipandang enteng. Kerana itu, negeri ini subur dengan medan ilmu termasuklah mengalu-alukan penganjuran ijtimak pada kali ini. 
Sementara itu, Kelantan juga kaya dengan keunikan makanan yang pelbagai. Sambil menghayati pelbagai pengisian rohani, pengunjung bolehlah mengambil peluang merasai keistimewaan makanan yang agak berbeza dari negeri lain, terutama tetamu dari luar negara. Antara kedai yang boleh menjadi pilihan adalah seperti Restoren Nasi Ulam Cikgu, Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kopitiam Kita dan banyak lagi. 
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob zahirnya begitu bersedia menerima kunjungan ribuan orang ramai yang akan bersama-sama mengikuti Ijtimak Kelantan 2017 yang secara rasminya akan bermula pada 2 petang ini. Beliau juga berharap agar objektif menghimpun dan menyatukan ulama serta pendakwah bagi mewakili negara-negara dari seluruh Rantau Asia akan tercapai. (http://ijtimak.asia)
Sumber HD - 20-7-2017 

Ijtimak: Jabatan Amal kerah lebih 600 anggota

JABATAN Amal Malaysia menghantar seramai 600 anggota bagi membantu melancarkan perjalanan Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang berlangsung di Kota Bharu mulai hari ini. 
Ketua Pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun dijangka meningkat menjelang esok. 
“Semua Jabatan Amal peringkat negeri kecuali Sarawak menghantar wakil untuk bertugas di ijtimak. Mereka termasuk 20 doktor dari Amal Medik. 
“Anggota perubatan ditugas membuat rawatan segera orang ramai yang sakit sebelum dihantar ke hospital berdekatan,” katanya di sini. 
Jabatan Amal turut menyediakan dua ambulan untuk melicinkan tugasan ketika berlaku kecemasan. 
Beliau juga berkata, sebahagian besar anggota ditugas membantu melicinkan perjalanan trafik bermula jam 7 pagi sehingga 12 malam secara tiga shif di sekitar ijtimak berlangsung. 
Manakala Jabatan Amal Kelantan pula menyediakan 150 anggota yang datang dari seluruh kawasan di negeri tersebut. 
Pengarahnya, Nik Asmawi Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis dan anggota pengkuat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya (MPKB-BRI) bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar. 
“Selain itu kami turut bertugas menjaga keselamatan ijtimak di samping mengiringi pemimpin dan tetamu luar negara,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 20-7-2017 




















Ramai usahawan minat sertai ekspo ijtimak

JAWATANKUASA Ekspo dan Pameran sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia terpaksa menolak banyak permohonan peniaga yang mahu menyertai ekspo terbabit. 
Setiausaha Ekspo dan Pameran, Zailani May berkata, hanya 120 gerai usahawan dapat disediakan di tapak ekspo. 
“Kita menghadapi masalah ruang yang terhad, lebih-lebih lagi gerai jualan dibuka kepada usahawan dari seluruh negara,” katanya di Kota Bharu. 
Menurutnya juga di lokasi sama terdapat sebanyak 25 gerai pameran agensi kerajaan negeri turut disediakan. 
Katanya, setiap agensi kerajaan negeri menyediakan informasi berkaitan agensi mereka. 
“Saya berharap orang ramai yang menghadiri ijtimak turut mengunjungi gerai jualan dan pameran yang disediakan,” ujarnya. 
Menurutnya juga gerai jualan usahawan Ijtimak Perpaduan Ummah mula beroperasi sejak semalam. - HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD- 20-7-2017 

Konvoi anak muda mulakan acara ijtimak

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 bermula petang ini dengan konvoi anak-anak muda dari JKR 10 di Kampung Sireh ke Dataran Stadium.
Mereka datang daripada pelbagai tempat di Kelantan bagi memberi sokongan penuh terhadap program berkenaan. 
Penolong Setiausaha III Pemuda PAS Malaysia, Mohd Afif Rabbani Abdullah berkata, program tersebut merupakan sebahagian aktiviti untuk anak muda sempena ijtimak di Kota Bharu. 
Selain konvoi katanya, anak muda juga mengikuti pelbagai aktiviti lain yang diadakan.
"Konvoi ini merupakan sebahagian aktiviti anak muda, berkonvoi melalui hadapan Kota Darulnaim sehingga ke perkarangan stadium," katanya. 
Anak-anak muda yang berkumpul di JKR 10 sebelum itu mendaftarkan diri bagi mendapatkan kupon menukar minyak hitam percuma dan kad cabutan bertuah.
Khidmat menukar minyak hitam hanya terhad kepada 200 peserta terawal. Cabutan bertuah pula terbuka kepada semua peserta yang terlibat. Mereka juga diberi sehelai baju berwarna putih dan hijau, tema ijtimak. 
Sebelum konvoi bertolak ke Dataran Stadium mereka menunaikan solat Asar yang diimamkan pegawai Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes), Ustaz Muhd Kamal Mohamad. 
Konvoi tersebut diketuai kumpulan Alternative Riding Club (ARC) Kelantan, Sazali Mohd Yassin. Pelepasan konvoi dilakukan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Arif Abdullah. 
Manakala di stadium, Dewan Pemuda PAS Kelantan menyediakan khemah bagi mengadakan pelbagai acara termasuk program tukar minyak hitam dan taujihat kepimpinan pemuda. 
Sukarelawan pula berkumpul sebelum memulakan tugas. Sebelum itu mereka mendengar taklimat disampaikan Setiausaha Jawatankuasa Sukarelawan dan Kutipan Derma, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin. 
Petang ini juga diadakan raptai penuh di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre disampaikan Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Mohamad Razali. Di dewan tersebut juga dipasang bendera 27 negara yang menyertai ijtimak terbabit. - HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 20-7-2017 






















Lebih 1,500 sukarelawan bertugas di ijtimak

SERAMAI 1,526 sukarelawan dari seluruh negara akan berkhidmat sepanjang Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang bermula malam ini. 
Setiausaha Jawatankuasa Kecil Sukarelawan Ijtimak, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, sebahagian besar sukarelawan berkenaan dari Kelantan. 
"Ia bersesuaian Kelantan sebagai tuan rumah ijtimak berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada sukarelawan terbabit di tapak ijtimak.
Beliau juga berkata, sukarelawan terbabit dipecahkan kepada enam portfolio antaranya carlie-carlie menguruskan sekretariat, delta (pengurusan persegaran dan perbekalan), papa romeo (menguruskan protokol), papa lima (logistik persiapan) dan papa tenggo (menyambut tetamu). 
Katanya, sukarelawan tersebut mendaftar dalam tempoh dua minggu.
"Mereka hanya diberi taklimat sekali sahaja sebelum bertugas hari ini. Sehari mereka dibahagikan kepada dua shif tugas," katanya. 
Menurutnya, sukarelawan merupakan petugas sokongan bagi menjayakan program besar terbabit. 
“Mereka tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan pengalaman kerja kerana sebahagian besar mereka adalah pelajar. 
“Bagaimanapun golongan muda begitu bersemangat untuk bertugas program besar peringkat antarabangsa,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 20-7-2017 
























Menteri sokong Ijtimak Perpaduan Ummah

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah yang akan diadakan di sini bermula esok begitu baik. 
Beliau berkata program berkenaan bukan untuk kebaikan ummah semata-mata, sebaliknya memberi kesan positif kepada kerajaan Malaysia. 
"Saya mengalu-alukan usaha murni ini di setiap negeri. Terima kasih saya ucapkan khususnya Kelantan yang akan menjadi tuan rumah. 
"Kita berharap apa yang diusahakan itu, sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri akan mencantum umat Islam seluruhnya," kata beliau selepas mengunjungi hormat Menteri Besar di Kota Darulnaim hari ini. 
Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia akan berlangsung di Kota Bharu bermula esok sehingga Sabtu ini. 
Pada kunjungan itu Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menerima penyerahan Piala Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (Kessuma). 
Turut hadir pada pertemuan itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha. 
Jamil Khir berkata, sebagai seorang Muslim semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menyatukan ummah tanpa mengira fahaman politik. – HARAKAHDAILY 19/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017 


























Solat hajat mula letak kerja ijtimak

AURA Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia semakin terasa apabila gerak kerja dimulakan dengan solat hajat diimamkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Solat hajat diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) selepas solat Isya malam tadi. KTC akan berlangsung perasmian serentak seminar dakwah dan nadwah ulama antarabangsa pada petang Jumaat dan pagi Sabtu ini. 
Hadir sama Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pelaksana ijtimak tersebut, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail serta anggota jawatankuasa induk dan pelaksana. 
Program tersebut bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan Penyelia Dun Kok Lanas, Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood. Mesyuarat jawatankuasa pelaksana juga diadakan yang dipengerusikan Takiyuddin. 
Manakala pagi tadi lawatan ke tapak ijtimak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV diadakan. 
Di dalam stadium akan berlangsung acara kemuncak pada petang Sabtu dengan dimulakan slot santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Dusuki dan PU Akram. 
Selepas itu solat Maghrib diikuti solat hajat, munajat dan Isya di padang stadium.
Pada jam 9 malam bermula pidato tokoh Islam dunia termasuk Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, setiausaha agung kesatuan terbabit, Syaikh Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Qurrah Daghi dan wakil Hamas, Osama Hamdan.   
Sebelum itu pada sebelah pagi pentas muslimat mengisi ruang di Dataran Stadium bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. 
Antara acara menarik yang akan diadakan termasuk pertandingan lego, bacaan al Quran, persembahan nasyid Pasti, pantun seloka, teka siapa saya, sajak. 
Selain itu bual bicara bersama Fynn Jamal, Bicara Wanita menampilkan anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan berakhir dengan amanat Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh. 
Sementara itu persiapan lokasi tempat berlangsung ijtimak sedang giat dijalankan termasuk di Dataran Stadium, bahagian dalam stadium, dewan utama Kelantan Trade Centre, Dewan Jubli Perak MPKB, Hotel Perdana dan Dewan Teratai, Kota Darulnaim. 
Poster, banner dan risalah mengenai ijtimak boleh dilihat di mana-mana di bandar Kota Bharu. 
Manakala bendera negara-negara peserta dipasang bermula berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sehingga ke Simpang Tiga Pengkalan Chepa. - HARAKAHDAILY 19/7/2017



















Sumber HD - 19-7-2017 




























Dr Zakir Naik mohon maaf tidak hadiri ijtimak

DUKACITA dimaklumkan pihak penganjur baru menerima surat jawapan daripada Dr Zakir Naik, yang memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menghadiri Persidangan Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 20-22hb di Kota Bharu, Kelantan Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 
 Beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan pada kali ini. 
Pihak penganjur akan mengganti slot beliau dengan tokoh lain yang akan dimaklumkan kamudian. 
DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Induk
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah.
Kota Bharu, Kelantan. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 18-7-2017 






























Banyak NGO mohon sertai ijtimak antarabangsa

KERAJAAN negeri menerima banyak permohonan untuk menyertai Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia, namun tumpuan kepada NGO dakwah sahaja. 
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana ijtimak terbabit, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, begitu juga parti yang tidak terlibat dengan dakwah tidak dijemput. 
“Tetapi mereka akan dijemput menyertai Ijtimak Kelantan 2017 pada malam 22 Julai di stadium bagi menunjukkan solidariti umat Islam bersama kepimpinan dunia Islam,” katanya di Kota Bharu. 
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 akan diadakan di Kota Bharu bermula Khamis hingga Sabtu ini. Ia dianjurkan kerajaan Kelantan dengan kerjasama Kesatuan Ulama Islam Sedunia. 
Kemuncak program itu pada hari Sabtu malam Ahad di mana tokoh-tokoh ulama dunia akan menyampaikan ucapan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. 
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, peserta seminar dakwah dan nadwah ulama dibuat melalui jemputan. 
“Sekretariat akan beroperasi 24 jam dan akan disediakan nombor telefon dan maklumat tempat-tempat penginapan di sekitar Kota Bharu untuk memudahkan orang ramai yang hadir,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/7/2017















































Sumber HD - 18-7-2017
































Muslimat disaran rebut peluang hadiri ijtimak

GOLONGAN muslimat di seluruh negara disaran merebut peluang menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Kali Ke-4 yang bermula Khamis ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, program itu berlangsung selama tiga hari bermula 20 Julai. 
Katanya, acara kemuncak pada malam 22 Julai yang menyaksikan tokoh-tokoh ulama dunia menyampaikan ucapan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. 
“Program khas untuk muslimat pula akan diadakan pada 20 Julai jam 3 petang bertempat di KTC. 
“Diharapkan semua muslimat mengambil peluang mengikuti program tersebut bersempena seminar dakwah dan nadwah ulama bagi membincangkan isu-isu sejagat,” katanya di Kota Bharu. 
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kelantan, Wan Ubaidah Omar berkata, kehadiran orang ramai pada ijtimak tersebut dapat menggambarkan solidariti umat Islam menangani isu semasa yang berlaku sekarang. 
"Saya ingin mengajak semua wanita untuk bersama-sama menyertai Ijtimak Kelantan," katanya. 
Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, peluang tersebut tidak sewajar dilepaskan rakyat Kelantan untuk bertemu dengan tokoh dakwah dan gerakan Islam dari 27 negara. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD- 18-7-2017 


































Ijtimak antarabangsa jadi harapan ummah

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang bermula Khamis ini menjadi harapan pelbagai pihak sebagai titik permulaan bagi menyatukan semula umat Islam. 
Orang ramai berharap ijtimak tersebut yang berlangsung di Kota Bharu mulai 20 hingga 22 Julai ini menjadi medan untuk menyatukan semula umat Islam. 
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Johari Yap berkata, perpecahan yang berlaku dalam Islam sejak kebelakangan ini semakin ketara. 
Menurutnya, situasi itu bukan hanya berlaku pada peringkat nasional bahkan global dengan isu wahabi, salafi dan sebagainya. 
"Apabila perkara ini berlaku, ia menyebabkan masalah dan kekeliruan dalam kalangan orang yang baru memeluk agama Islam. 
"Harapan kami dengan penganjuran ijtimak ini dapat menyatukan semula dan dapat menunjukkan kesatuan umat Islam bahawa Islam boleh bersatu," katanya. 
Manakala persiapan sedang giat dijalankan di lokasi berlangsung ijtimak termasuk di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kelantan Trade Centre, Dewan Jubli Perak MPKB dan Dewan Teratai Kota Darulnaim.
Bendera negara peserta juga dipasang di laluan utama berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. 
Begitu juga poster ijtimak boleh dilihat di seluruh Kelantan. Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 100,000 hadir pada kemuncak ijtimak tersebut pada hari Sabtu malam Ahad. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 




































Persiapan Ijtima' Antarabangsa berjalan lancar

PERSIAPAN  terakhir untuk progran Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah berjalan lancar. 
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pihaknya yakin dalam tempoh seminggu itu persiapan akan siap dalam tempoh yang ditetapkan. 
"Insya-Allah dalam seminggu ini  kita akan perkemaskan segala persiapan.
"Kelantan bersedia menerima kunjungan tetamu dari dalam dan luar negara sebagaimana yang dijadualkan," ujarnya. 
Beliau memberitahu, dijangkakan 100,000 orang akan hadir mengikuti program khasnya malam terakhir program ini. 
Beliau seterusnya memberitahu seramai 300 orang peserta luar negara akan hadir untuk program konferens dakwah dan 500 pula nadhwah ulama akan hadir.
Jelasnya, kesemua mereka akan diraikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada majlis makan malam pada malam kedua. 
Menyentuh tentang kenapa Kelantan dipilih menjadi tuan rumah kepada program itu, beliau memberitahu Kesatuan Ulama Sedunia yang membuat keputusan. 
Katanya, pemilihan itu mungkin kerana  Kelantan satu-satunya negeri yang ditadbir secara Islam. 
"Awalnya bukan Kelantan yang dipilih sebagai tuan rumah, tetapi mereka yang membuat keputusan," jelasnya lagi. 
Che Abdullah turut memberitahu, sebanyak 25 buah negara akan menghantar wakil mereka untuk mengikuti program Nadwah Ulamak. 
Katanya, antaranya negara yang menghantar wakil termasuklah Tunisia, Indonesia, Timor Leste, Singapura, Jepun, Korea, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Sudan, dan Philipina. 
Jelasnya, seramai 25 pimpinan dan ilmwuan akan mewakili negara-negara berkenaan memenuhi program tersebut yang diadakan selama tiga hari. – HARAKAHDAILY 14/7/2017
Sumber HD - 14-7-2017 








































Dr Zakir Naik A Guest At PAS’ Regional Muslim Scholars’ Conference

Dr Zakir Naik has been confirmed as one of the guests to a regional conference for Muslim scholars organised by Islamist party PAS in Kota Baru, Kelantan later this month.

The organisers said it is aware of the controversy surrounding the Indian national who is currently on the run from authorities in his home country, but the conference called International Assembly of Ummah Unity will stay away from any such polemics.

“Among those who have confirmed their attendance is Dr Zakir Naik. Among the special guests that we have invited this year,” PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said in a press conference yesterday.

“The issue of Zakir Naik is not an issue of conflict. But it is his personal issue, with others who do not agree with him,” Tuan Ibrahim said.

“We take in the context of how the he plays his role in evangelism, how he can contribute in that aspect.”
The 51-year-old medical doctor by training has been visiting Malaysia and Saudi Arabia frequently after leaving India where he is wanted for money laundering and terrorism investigations.

Dr Zakir was conferred honorary membership in Malay rights organisation Perkasa on April 16.

He is also a central figure in a March 1 civil lawsuit filed by 19 Malaysian human rights activists against the federal government, which it accused of failing to protect the country from Dr Zakir whom they claim to be a security threat.

Tuan Ibrahim said the conference will see participation from representatives of 23 countries including Timor Leste, Papua New Guinea, Japan, South Korea, Singapore, Sudan, Turkey, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Cambodia, Brunei, Australia, New Zealand, Hong Kong, and Laos.

Other guests will include International Union of Muslim Scholars assistant secretary-general Sheikh Ghafar Abdul Aziz from Pakistan, Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia’s de facto leader Mohammad Siddik, and Jamaat-e-Islami Hind’s vice-president Sadat Husani from India.

The conference will be held in the Sultan Muhammad IV Stadium in Kota Baru between July 20 and 22.

Sumber BO - 11-7-2017



Pakatan Harapan dalam masalah besar: Tuan Ibrahim
Posted on Tuesday, July 11 @ 13:30:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35666



KOTA BHARU - Pas menyifatkan kesungguhan Tun Dr Mahathir Mohamad membela dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menunjukkan Pakatan Harapan bermasalah besar.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengakui Anwar menjadi mangsa politik sejak dari awal lagi dan kini Tun Mahathir cuba  menjulang semula Anwar.

“Bagi saya kenyataan Tun Mahathir itu, mahu kata ia (Anwar) mangsa politik, kita akui. Sebab  dari awal dulu dia ditendang keluar, ditangkap ditumbuk di depan mata dan sebagainya.

“Dan akhir-akhir ini bila dia (Tun Mahathir) tidak dapat satu tokoh, maka cuba dinaikkan semula (Anwar). Tun Mahathir  minta (Anwar) dibebaskan. Bagi saya ini kemelut dalam PH (Pakatan Harapan)  yang mereka tidak boleh selesaikan,” katanya kepada media di JKR 10 semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Induk Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kota Bharu.

Terbaharu, Tun Mahathir memberitahu media United Kingdom, The Guardian yang Anwar adalah mangsa dendam politik dan diperlakukan secara tidak adil.

Presiden Bersatu itu juga dalam kenyataannya  menyokong  Anwar menjadi perdana menteri jika dibebaskan.

Tuan Ibrahim juga menganggap Anwar yang dikaitkan dengan isu moral sebagai mangsa konspirasi kerajaan zaman pemerintahan sebelum ini.'

Sesuatu yang menampakkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu sedang keliru dalam soal menamakan calon perdana menteri apatah lagi Tun Mahathir sendiri yang sebelum ini menyingkirkan Anwar.

“Kalau kata dia mangsa, saya fikir bagi Pas sejak dari awal lagi bahawa isu yang berkaitan dengan isu syarak mesti dikembalikan kepada  mahkamah syariah.

“Bagi kita tanpa pembuktian syarie maka kita masih lagi menganggap dia menjadi mangsa konspirasi. Syarak menuntut kepada pembuktian. Itu jelas pendirian parti sejak dulu lagi,” katanya.

Sumber TKO - 11-7-2017










































Opick bakal meriahkan Ijtimak Antarabangsa Ummah

SELEBRITI dakwah dari Indonesia Opick dijangka memeriahkan lagi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 yang akan diadakan di Kota Bharu mulai 20 Julai ini. 
Bekas penyanyi rock tersebut akan digandingkan bersama Derry Sulaiman dan Shoutul Amal pada slot persembahan nasyid antarabangsa pada malam 21 Julai, bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. 
Sebelum itu pada 3 petang diadakan pentomen Tok Janggut Menentang British, solidariti Rohingya dan pentas muslimat bersama pimpinan muslimat gerakan Islam antarabangsa. 
Solat hajat, zikir dan munajat juga diadakan sebelum persembahan nasyid antarabangsa. Kesemua program itu diadakan di Dataran Stadium. 
Pada 3 Mac 2012 Opick pernah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, sempena program Tahun Melawat Kelantan 2012. 
Penyanyi itu berganding dengan Ramli Sharif dari Singapura dan Kumpulan Raihan. Program tersebut dirasmikan Sultan Muhammad V. Hadir sama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Kira-kira 5,000 membanjiri stadium biarpun pada awal malam hujan agak lebat di Kota Bharu. 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada petang hari yang sama diadakan perasmian serentak persidangan dakwah dan nadwah ulama di Kelantan Trade Centre. 
Katanya, perasmiannya akan disempurnakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
“Persidangan pula diadakan di tempat berasingan iaitu nadwah ulama di KTC dan persidangan dakwah pula di Dewan Teratai Kota Darulnaim,” katanya di Kota Bharu.
Sempena persidangan tersebut kerajaan negeri menyediakan tiga bas bagi mengangkut peserta.   
Ijtimak tersebut yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kesatuan Ulama Islam Sedunia bermula petang 20 Julai, dimulai program khas ulama, muslimat dan pemuda. 
Praperasmian ijtimak itu akan diadakan di Dataran Stadium disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada jam 9 malam. – HARAKAHDAILY 10/7/2017
Sumber HD- 10-7-2017 












































Anwar Ibrahim mangsa konspirasi politik

PAS menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejak dahulu sehingga sekarang PAS konsisten menuntut bekas perdana menteri itu dibicara di mahkamah syariah. 
Katanya, syarak menuntut pembuktian yang jelas terhadap segala tuduhan.
“PAS sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah. Ini kita harapkan,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini. 
Sidang media diadakan sempena mesyuarat Jawatankuasa Induk Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4. Ijtimak tersbut akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kota Bharu. 
Anwar dihukum penjara selama lima tahun atas kesalahan dakwaan liwat II dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. 
Anwar dijatuhi hukuman bagi kesalahan yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Ustaz Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata. 
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya. 
“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Haraapn cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya. 
Beliau juga menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Jakim yang mempertikaikan isu menyentuh anjing sebagai tidak wajar. 
Menurutnya Jakim bercakap dalam konteks dan tanggungjawabnya untuk memelihara kesuciaan Islam dan ia badan autoriti agama bagi pihak kerajaan. - HARAKAHDAILY 10/7/2017
Sumber HD - 10-7-2017 




























































































Dr Zakir sah hadiri Ijtimak Perpaduan Ummah

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 sehingga kini menerima pengesahan kehadiran tokoh-tokoh agama dan ulama dari 23 negara.
Mereka termasuk dari Timor Leste, Papua New Guinea, Jepun, Korea, Singapura, Sudan, Turki, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Kempuchea, Brunei, Australia, New Zealand, Hong Kong dan Loas. 
Manakala tokoh-tokoh besar yang akan hadir termasuk Dr Zakir Naik. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tokoh-tokoh lain termasuk Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ghafar Abdul Aziz dari Pakistan. 
Selain itu Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiah Indonesia Dr Muhamad Siddik dan Dr Saadat Husaini dari India. 
“Ijtimak itu akan membincang pelbagai isu khususnya berkaitan perpaduan ummah. Dan kita juga membentuk jawatankuasa bertindak. 
“Selepas seminar kita akan membentuk dua jawatankuasa bagi terjemahkan apa yang dibincang pada ijtimak tersebut,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini. 
Sidang media itu diadakan sebelum mesyuarat kali terakhir jawatankuasa induk ijtimak tersebut. Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota jawatankuasa PAS Pusat. 
Ustaz Tuan Ibrahim juga berkata, Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga akan turut hadir dan merasmikan ijtimak tersebut.
“Kesihatan beliau sekarang sangat baik. Beliau bagi komitmen untuk hadir sepnuhnya kedua-dua program sama ada pada seminar dan ijtimak,” katanya. 
Beliau juga menjangka kehadiran ijtimak tersebut kira-kira 100,000 termasuk tetamu dalam dan luar negara. - HARAKAHDAILY 10/7/2017
Sumber HD - 10-7-2017 












































Dr Zakir Naik diundang ke Ijtimak Antarabangsa

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 turut mengundang tokoh perbandingan agama tersohor dunia, Dr Zakir Naik. 
Selain itu bekas perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh, penasihat agama kerajaan Brunei dan pemimpin gerakan Islam Indonesia. 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sehingga semalam seramai 24 tokoh agama dan pemimpin gerakan Islam negara luar menyatakan persetujuan menghadiri ijtimak tersebut. 
Antaranya dari Afghanistan, Palestin, Nepal, Thailand, Indonesia, Brunei, Tunisia dan Turki. 
“Manakala badan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara pula sebanyak 50 termasuk dari Jepun, Hong Kong dan Indonesia. Sebanyak 35 lagi NGO tempatan dari seluruh negara,” katanya di Kota Bharu. 
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia akan diadakan di Kota Bharu pada 20 hingga 22 Julai ini. 
Program itu yang dikenali Ijtimak Kelantan 2017 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kesatuan Ulama Sedunia. Temanya Sejahtera Bersama Islam. 
Ijtimak tersebut akan diadakan di Dataran Stadium, Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dewan Teratai Kota Darulnaim dan Kelantan Trade Centre (KTC). 
Persidangan dakwah antarabangsa akan diadakan di KTC, manakala nadwah ulama pula di Dewan Teratai. 
Program ijtimak bermula jam 3 petang 20 Julai di Dataran Stadium. Kuliah Maghrib pimpinan gerakan Islam pula diadakan di Dewan Jubli Perak. 
Pada jam 9 malam pula berlangsung praperasmian ijtimak oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Dataran Stadium. 
Pada 21 Julai perasmian Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dataran Stadium akan disempurnakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Ketua Penyelaras Jawatankuasa Pelaksanaan Ijtimak Kelantan 2017, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ijtimak itu bukan sekadar menghimpun pendokong Islam di negara ini, sebaliknya turut mengundang ulama negara luar. 
Katanya, ijtimak terbabit bakal menghimpun kira-kira 100,000 pendokong Islam. – HARAKAHDAILY 6/7/2017


































































Sumber HD - 6-7-2017






















































Kenapa perlu hadir ke Ijtimak Perpaduan Ummah (Rantau Asia)?

#IJTIMAKASIA: KENAPA PERLU HADIR KE IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH (RANTAU ASIA)? 
Tontoni video ucapan ringkas YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia untuk mendapatkan jawapannya.
https://www.facebook.com/ijtimakasia/videos/709417059265784/ 
Perhimpunan Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) ini akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut: 
Hari: Khamis - Sabtu
Tarikh: 20 hingga 22 Julai 2017
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
Jemput hadir ramai-ramai. Tolong sebarkan.
#malaysia
Sumber  HD- 6-7-2017 


Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Dikunjungi Wakil Rohingya
Posted on Saturday, February 04 @ 08:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33455



Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sentiasa menjadi rujukan utama bagi menyelesaikan isu semasa dunia.

Terbaru, beliau menerima kunjungan mahabbah dua orang tokoh gerakan Islam mewakili Sri Lanka dan Myanmar.


Pengerusi Pertubuhan Hak Manusia, Abdul Rahman dari Sri Lanka dan juga Deen Mohammad, Presiden Pertubuhan Rohingya.


Dalam siri pertemuan itu, Tuan Guru telah berbincang mengenai situasi semasa umat Islam serantau yang kini terus ditindas.

Terdahulu, Malaysia antara negara lantang menyatakan pendirian tegas membantah kezaliman terhadap Rohingya apabila lebih 10,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember tahun lalu.


Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam kenyataannya minggu lalu turut menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan berbentuk makanan dan wang bagi menjayakan Misi Food Flotila for Arakan Mynammar (FFAM).

Asmaa Yusof

Sumber TKO - 4-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































Kesatuan Ulamak komited bela maruah umat Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43457-kesatuan-ulamak-komited-bela-maruah-umat-islam

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia akan bersama dalam Himpunan Solidariti Ummah khusus untuk menyatakan kebersamaan atas derita yang ditanggung rakyat Rohingya di Myanmar.

Himpunan tersebut merupakan gabungan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Malaysia akan diadakan pada 4 Disember (Ahad) bermula jam 8.00 pagi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa.

“Saya mewakili media Kesatuan Ulamak Sedunia (Ettihad) menyeru dan mengajak seluruh umat Islam walau di mana jua kalian berada agar sama-sama dapat menyatakan kebersamaan dalam isu ini," ujar Ustaz Kamal Nazmi Din dipetik laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia.

Ini, katanya seiring dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayaT 10 menyatakan bahawa sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

“Himpunan ini menjadi bukti kepada dunia, Islam tidak mengajar umatnya rela melihat kezaliman dilakukan tanpa pembelaan walaupun berbeza garisan sempadan bangsa dan budaya namun usaha perlu dilakukan,” ujarnya.

Beliau mengharapkan semua pertubuhan Islam dapat bersama membantah penindasan kepada umat Islam di Myanmar

Sumber HD - 3-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Persatuan Ulama Sedunia Bermesyuarat di Qatar
Posted on Tuesday, November 29 @ 23:31:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32642



Tn Guru Hj Abd Hadi selaku tim ketua Ulama sedunia bmesy d Qatar bsama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sblm itu beliau ke India btemu ulama d sana, mnaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dlm mnunaikn tugas & misi pjuangn.







Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat

Sumber TKO - 29-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesatuan Ulamak Sedunia Seru Umat Islam Memperingati Aleppo Yang Sedang ‘Didera’

Kesatuan Ulama Sedunia yang berpangkalan di Doha menyeru seluruh umat Islam menjadikan hari Jumaat minggu (lusa) ini sebagai ‘Hari Kemarahan’ bagi menyokong saudara-saudara seIslam dan para pejuang di bandar Aleppo utara Syria yang sedang menghadapi serangan sengit dari tentera rejim dan sekutunya Rusia.

Menurut pegawai-pegawai pertahanan awam dan sumber perubatan di bandar itu, lebih daripada 400 orang telah terbunuh dan beratus-ratus cedera sejak serangan udara dilancarkan sejak 19 September lalu, apabila tentera Bashar al-Assad melanggar gencatan senjata.

Justeru itu, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Ali al-Qaradaghi berkata, rejim fasis Syria sedang ‘mengganyang’ warga Aleppo dan mereka memerlukan sokongan serta doa dari kita semua.
“(Hari Kemarahan) bertujuan untuk menunjukkan sokongan (dan doa) untuk (warga dan bandar) Aleppo, yang sedang dihapuskan oleh rejim Syria fasis dan sekutu-sekutunya,


“sementara (itu) dunia (terus) berdiam diri,” kata Setiausaha Agung Ali al-Qaradaghi dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menyeru para pendakwah Islam untuk berbakti dan menyampaikan khutbah Jumaat minggu ini menunjukkan solidariti dan perpaduan dengan bandar Aleppo perang yang sedang didera.
“Ulama (para pendakwah dan pejuang Islam) perlu berusaha untuk menamatkan ketidakadilan dan kezaliman di Syria dan bersedih dengan (negara Syam) yang sedang dimusnahkan,” katanya.

Beliau turut mengecam sikap ‘double standard’ pihak-pihak yang terbabit dengan dengan krisis Syria dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka untuk kebebasan.

Syria telah ‘dikunci’ dalam perang saudara yang dahsyat sejak 2011, apabila rejim Bashar bertindak keras dan ganas terhadap protes pro-demokrasi, yang telah meletus sebagai sebahagian daripada kebangkitan Arab (Arab Spring).

Pusat  Kajian Dasar Syria, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Beirut, telah meletakkan angka kematian akibat konflik selama enam tahun, mengorbankan lebih daripada 470,000 nyawa.

Sumber BO - 28-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Kesatuan Ulamak Islam Sedunia galas isu Baitul Maqdis

IMRAN AL-MALIZI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42331-kesatuan-ulamak-islam-sedunia-galas-isu-baitul-maqdis

Pada 25 Ogos 2016 Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah menganjurkan “Himpunan Pentas Ummah Selamatkan Al-Quds” bertempat di Plaj Resort, Istanbul.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berpengaruh, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia melalui salah satu sayapnya Lajnah Al-Quds telah menghimpunkan para ulamak dan pendakwah dalam dunia Islam untuk kembali mengangkat isu-isu Baitul Maqdis yang semakin dilupakan umat Islam.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi Lajnah Al-Quds, Al-Syeikh Ahmad Al-Omari telah menegaskan kepentingan Masjid al-Aqsa sebagai ‘kiblat’ utama perjuangan umat Islam.

“Sebagaimana Mekah adalah kiblat bagi orang-orang yang rukuk dan sujud, maka Masjid al-Aqsa adalah kiblat bagi orang-orang yang berjihad dan melakukan ribat (mengawal sempadan tanah air),” katanya.

Menurutnya lagi, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia di bawah pimpinan Al-Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi, pentadbiran organisasinya di bawah seliaan Setiausaha Agung, Al-Syeikh Dr.Ali Al-Qurrah Daghi dan Jawatankuasa Pemegang Amanah telah lama menganjurkan para ulama berbincang untuk mendokong usaha mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan kota Al-Quds.

Hasil daripada perbincangan kira-kira 800 orang ulamak pada tahun 2014, tertubuhlah Lajnah Al-Quds di bawah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.

Dr.Ali Al-Qurrah Daghi dalam ucapannya pula menelusuri sejarah kepincangan dan perselisihan umat Islam dari kalangan para pemerintah, ulamak dan kaum muslimin yang tiada kesatuan hati, mengikut hawa nafsu dan melanggar perintah Allah sehingga menyebabkan kemasukan tentera Salib menguasai bumi Syam lebih 170 tahun.

Umat Islam sibuk dengan pertelingkahan falsafah, berdepan dengan fahaman-fahaman yang menyesatkan, penyelewengan dan kefasadan dalam pemerintahan dan kelemahan para ulamak sehingga membawa kepada keruntuhan.

Katanya, “Sesungguhnya sejarah itu berulang kembali”  Para ulamak silam telah menjalankan peranan untuk memperbaiki segala kerosakan umat Islam sebelum mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka.

Para ulamak pada zaman ini perlu memainkan peranan yang sama untuk membina semula kekuatan umat dengan menggabungkan ilmu dan perjuangan.

Antara tokoh-tokoh ulamak yang membentangkan kertas kerja ialah Dr.Ahmad Said Hawwa yang membahaskan model mimbar dan khutbah Rasulullah S.A.W yang perlu dijadikan contoh oleh para khatib dan pendakwah pada zaman ini.

Para ulamak perlu menjadi rujukan umat dan tidak boleh membiarkan golongan “ruwaibidhoh” (yang tiada kelayakan) untuk berbicara mewakili mereka.

Mengakhiri ucapannya, beliau menyebut kata-kata Sultan Salahuddin al-Ayyubi, “Sesungguhnya aku tidak membuka sesebuah negara dengan pedang-pedang tentera, namun aku membukanya dengan ilmu.”

Menurutnya lagi, kita perlu melahirkan para khatib yang berpotensi untuk menggerakkan umat sehingga tercapai cita-cita pembebasan Al-Quds.

Dr.Salman al-`Audah pula meluaskan lagi idea tersebut dalam kertas kerjanya berkenaan peranan mimbar masjid ke arah isu Baitul Maqdis.

Beliau menyatakan bahawa kita sedang hidup dalam suasana perpecahan umat dan permasalahan yang datang silih berganti.

“Namun, kita yakin semakin pekat kegelapan malam menandakan semakin dekat cahaya subuh,” ujarnya.
Manakala Dr.Jamal Abdul Sattar pula membicarakan tentang mimbar masjid yang juga berperanan untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa dalam pembentangan kertas kerjanya.

Persidangan ini turut mengambil inisiatif untuk merangka gerak kerja yang perlu dilaksanakan di medan amali.

Dalam rangka memperjuangkan isu Palestin, al-Quds dan Masjid al-Aqsa secara khusus, para ulamak di setiap negara perlu berperanan di bidang akademik, dakwah, politik dan sebagainya agar isu-isu ini dapat mendasari kehidupan umat Islam di seluruh peringkat.

Di antara objektif diadakan himpunan ini adalah bertujuan memberi maklumat dan kefahaman berkaitan kota suci al-Quds dari aspek sejarah, kepentingan dan kewajipan memperjuangkannya.

Antara lain, menggilap bakat para khatib dan pendakwah untuk menyampaikan khutbah, pidato dan ceramah berkaitan isu-isu al-Quds di samping meningkatkan keberkesanan usaha-usaha pembelaan negara Palestin yang bermaruah.

Kira-kira 100 orang peserta dari kalangan para ulamak dan pendakwah lelaki dan wanita dari pelbagai negara telah menyertai persidangan selama dua hari iaitu pada 25-26 Ogos 2016 mewakili institusi dan pertubuhan di negara masing-masing.

Delegasi Malaysia diwakili oleh Ustaz Muhammad Ismi bin Mat Taib (Timbalan Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia) dan Ustaz Imran bin Selamat, (AJK Lajnah Al-Quds Malaysia).

Manakala perwakilan daripada badan politik diwakili oleh Dr.Abu Bakar bin Abdullah (AJK Dewan Ulamak PAS Pusat) dan Ustaz Zulkifli bin Ismail (AJK Dewan Ulamak PAS Pusat).

Di antara peranan yang perlu dimainkan oleh golongan ilmuan dan pendakwah di Malaysia ialah menyebarkan maklumat dan kefahaman berkaitan isu al-Quds dan kepentingan Masjid al-Aqsa dari aspek sejarah, kepentingan dan kewajipan memperjuangkannya.

Di samping itu, program dan aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang keperluan dan kewajipan membela Al-Quds perlu ditingkatkan dan dianjurkan secara berkala.

Antara yang dibincangkan juga dalam himpunan ini, para ulamak perlu terlibat secara langsung meneruskan usaha dan menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk mempertahankan kedudukan Al-Quds sebagai kota suci bagi umat Islam khasnya di Palestin dan dunia Islam secara am.

Dalam majlis penutup pada hari Jumaat, 26 Ogos lalu dua orang tokoh jemputan iaitu Dr.Abu Bakar al-Zahabi dan Dr.Ibrahim Boudukhah menekankan peri pentingnya pembinaan ikon atau tokoh perjuangan membebaskan al-Quds.

Ini kerana setiap tokoh dalam sejarah Islam seperti Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi simbol pembukaan Konstantinopel dan pembebasan Baitul Maqdis bukanlah lahir secara kebetulan.

Namun di belakang mereka terdapat para ulamak dan ilmuwan yang mempersiapkan tokoh-tokoh pejuang itu dengan sifat-sifat rabbani yang melayakkan mereka mendapat kemenangan daripada Allah Ta’ala.

Penulis merupakan anggota Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Rencana ini dipetik daripada laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia.

Sumber HD - 30-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































Bisu isu Syria adalah jenayah, kata Sheikh Al-Qurrah Daghi

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42275-bisu-isu-syria-adalah-jenayah-kata-sheikh-al-qurrah-daghi

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi, baru-baru ini mengecam serangan kerajaan Rusia-Syria ke atas bandar Aleppo dan sekitarnya.

Serangan tersebut dilaporkan telah meragut puluhan nyawa serta mencederakan ramai orang termasuk warga emas, orang dewasa, para wanita dan kanak-kanak tidak bersalah, semata-mata demi kepentingan rejim yang tidak berperikemanusiaan.

Tambahnya lagi, sikap membisu dan berdiam diri masyarakat dunia kini terhadap kezaliman ini boleh dianggap sebagai jenayah yang tidak dapat dimaafkan dan menyalahi hak asasi manusia, memalukan serta mendatangkan kesan negatif kepada dunia.

Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi juga menegaskan bahawa kezaliman manusia yang paling besar terhadap saudaranya adalah kezaliman membunuh sesama mereka, lapor laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia.

Hal ini kerana manusia merupakan makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi, dan tidak harus bagi manusia bahkan dilarang untuk bermusuhan sesama mereka kecuali dengan perintah Allah, bertepatan dengan apa yang ditetapkan sesuai dengan hukum syariat yang bersifat adil.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku di Syria sejak beberapa tahun lalu kebelakangan ini tidak mempunyai kaitan dengan syariat suruhan Allah, tidak juga perjanjian dan undang-undang negara yang diiktiraf, selain tiada justifikasi terhadap mana-mana pihak dan pertubuhan negara khususnya negara Islam untuk sekadar menjadi saksi kekejaman yang dilakukan oleh tangan-tangan rejim Bashar terhadap rakyat Syria yang tidak berdosa.

Oleh itu, Sheikh Al-Qurrah Daghi menyeru dunia, negara dan bangsa supaya bersama-sama memberi tekanan kepada penceroboh yang bermaharajalela agar dapat menghentikan serangan kejam terhadap rakyat Syria.

Sumber HD - 25-8-2016

------------------------------------------------------------

Israk Mikraj: Jangan lupa sejarah Masjid al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .


BERSEMPENA dengan seluruh umat Islam menyambut peristiwa Israk dan Mikraj, perlu mengembalikan ingatan mereka kepada Baitul Maqdis, kiblat pertama umat Islam. Tempat penghujung Israk dan bermulanya Mikraj, merupakan salah satu daripada tempat suci umat Islam yang disebut oleh Nabi SAW, di dalam hadis-hadis yang banyak.

Diketahui pada hari ini, ditakluk oleh Zionis Yahudi yang telah berjaya menegakkan negara haram Israel, hasil daripada kelemahan umat Islam sendiri apabila mereka meninggalkan keperkasaan mereka dengan Islam, sebagaimana yang ditegaskan oleh Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A, ketika menyaksikan pembukaan Baitul Maqdis dan pembebasannya daripada Rom Byzantine. Antara lain, Saidina Umar menegaskan

"Kita adalah umat yang dikurniakan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan lain daripada Islam, nescaya kita menerima hukuman penghinaan daripada Allah SWT."

Kita menyaksikan apabila umat Islam mengabaikan amanah menegakkan Islam, apabila mereka tidak melaksanakan Islam dengan sepenuhnya, dengan sebab dipengaruhi oleh penjajahan di zaman mutaakhir, tercetusnya semangat kebangsaan yang memecahkan umat Islam diantara satu sama lain, sehingga Palestin dapat dirampas dengan mudah. Berlakulah kelemahan yang telah diberi amaran oleh Nabi SAW.

Kita menyaksikan pada hari ini, kota suci Baitul Maqdis ditakluk oleh rejim Zionis, Israel. Namun kita menyaksikan apa yang telah diberitahu oleh Nabi SAW dalam Hadis Riwayat Imam Ahmad:

"Akan tetap ada di kalangan umat aku, kumpulan yang berdiri tegak dengan megah, menzahirkan Islam, mereka tidak boleh dihapuskan oleh kalangan yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah."

Lalu para Sahabat bertanya:

"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Jawabnya:

"Mereka yang penduduk Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis."

Kita menyaksikan berlakunya intifadha di kalangan rakyat Palestin dengan semangat Islam yang berkobar. Setelah mereka menyaksikan kegagalan golongan Nasionalis Arab, menunaikan tanggungjawab mereka, dalam masa yang sama kita melihat banyak negara Arab mengecewakan intifadha ini, bahkan sampai peringkat ada yang berusaha dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang dipengaruhi oleh Zionis supaya menghentikan intifadha.

Mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, mengemukakan solusi ataupun cadangan dua negara, satu untuk Palestin, satu untuk Yahudi. Sedangkan Palestin adalah bumi anbiya', bumi Islam yang tidak seharusnya diserahkan kepada kuasa pemerintahan yang lain.

Hanya Islam yang layak memerintah Palestin yang diizinkan kepada masyarakat majmuk.

Dengan sebab itu, umat Islam mestilah peka dan sedar akan tanggung jawab ini khususnya di saat mereka memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

Bukan sahaja memperingati kisah cerita Israk dan Mikraj, dalam masa yang sama hendaklah memahami kedudukan Baitul Maqdis kepada umat Islam yang wajib dipertahankan. – HARAKAHDAILY 5/5/2016

Ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sempena
Minggu Al-Quds ini disalin daripada video FB beliau oleh Izwan Abdul Halim.

Sumber HD - 5-5-2016



Kunjungan rombongn dari kerajaan Sudan di Pejabat Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Posted on Friday, December 11 @ 16:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS Menerima kunjungan rombongn dari kerajaan Sudan di Pejabat Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia di Rusila, Marang.






Sumber TKO - 11-12-2015


Mesyuarat Penuh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Di Doha, Qatar
Posted on Sunday, December 06 @ 23:01:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Alhamdulillah, Sekretariat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kini bermesyuarat di Doha, Qatar dan Mesyuarat Penuh dijadualkan pada 6-7 Disember 2015.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi selaku Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia. Sheikh Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut bersama dalam mesyuarat membincangkan isu-isu dan hala tuju Ummah ini.



The Secretariat of the union meet to set the stage for the meeting of the board of trustees tomorrow in Doha

Now meet the secretariat of the world Federation of Muslim scholars in the qatari capital Doha to arrange the final equipment and the adoption of the agenda of the third meeting of the board of trustees of the EuropeanUnion in its fourth session 2014 M: 2015 M, which will begin More tomorrow morning, God willing, at ten in the morning and over on 6, 7 Dec 2015 M.

The meeting will be chaired by virtue of the mark of Sheikh Yusuf loan - Malawi the president of the Federation, and runs the meeting the virtue of Sheikh Ali country turn d shaghaghi - the Secretary-General of the Federation, and in the presence of samaahat al-Shaykh Ahmad Al-Khalili - Mufti of the sultanate of Oman and Vice-President of the union, and virtue of al-faqeeh Lmqạşdy Sheikh Ahmed Irrigation Sony - Vice-President of the union, and virtue of Sheikh Abdul Hadi Awang - Vice-President of the union, and virtue of Sheikh Essam Al-Bashir - The Assistant Secretary-General of the Federation, and virtue of Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar - Secretary Assistant-General of the Federation, and virtue of Sheikh Abdul Ghaffar Aziz - The Assistant Secretary-General of the Federation, and the owners of the virtue of scientists of the chairpersons of the union.

Sama-sama doakan yang terbaik untuk Ummah. Siiru 'ala barakatillah! 
\
Sumber TKO - 6-12-2015
























































Ijtimak Alami dalam kenangan kolektif kita

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .





"Kita hanya merancang dan buat yang terbaik untuk program ini, selebihnya serah kepada Allah," tukas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan lirih tetapi dengan senyuman khasnya.

"Ana yakin majlis kita akan mendapat sambutan, secara umumnya ahli-ahli mempunyai maklumat program ini, kita banyakkan doa, itu punca kekuatan," getus Haji Husin Ismail, Pengarah Ijtimak Alami kali ketiga. Otai pimpinan pemuda ini tak pernah lelah untuk menyemangati panitia yang lain. Semuanya bekerja keras semenjak tiga bulan yang lepas.

Semenjak 23 tahun yang lepas, Ijtimak Alami kini kembali bertandang dan menjadi titik fokus para amilin jamaah. Paling tidak kami mengunjurkan ijtimak kali ini mestilah tiga kali ganda lebih baik daripada dua siri sebelumnya. Ijtimak ini paling tidak akan menjadi penegasan bahawa PAS adalah harakah Islam, bukan sekadar parti konvesional yang berpencak di medan demokrasi.

Menjelang ijtimak semua jawatan kuasa penganjur menjadi terlalu sibuk, Ustaz Rozman Awang menguruskan Masjid Rusila dan kawasan persekitaran yang akan menjadi lokasi ijtimak.

Masjid dicat indah nian termasuk bangunan Maahad Darul Quran, juga membina pintu gerbang yang cantik untuk mengalukan para tetamu yang kami sasarkan seramai 200,000 orang. Ustaz Wan Shukairi dan Ustaz Soud sibuk berkeliling negara untuk menjual lencana ijtimak, manakala saya dan tim promosi menggerakkan kempen mengerah para amilin untuk memadati perkampungan ijtimak di Rusila.

Tugas ini menjadi agak mudah dengan keberadaan generasi android yang memiliki gajet dan pencandu alam siber. Poster-poster ijtimak bergentayangan dengan begitu sekali meluas, kreatif dan menyihir anak-anak muda yang tidak menghadiri program sebegini.

Ustaz Mohd Cina, seorang pendakwah dan ahli perniagaan ialah bendahari ijtimak, guratan wajahnya agak tegang memikirkan kantung ijtimak untuk menggerakkan program paling besar dalam sejarah PAS ini. Tokoh muda ini sering kali merayu agar para asatizah untuk membantunya untuk mencari dana ijtimak kerana kos ijtimak dijangka mencecah RM1 juta.

Badan Perhubungan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Ustaz Saiful Bahri telah bergerak seupaya mungkin bagi menjayakan ijtimak, apatah lagi Terengganu adalah antara negeri kubu PAS di Malaysia semenjak ditubuhkan pada tahun 1956.

Terengganu telah dimenangi oleh PAS dalam Pilihan raya Umum 1959 dan 1999 serta setia menjadi kilang mencetak kader-kader jamaah melalui Rusila, Kubang Lembek, Tok Jiring. Negeri Tok ku Paloh ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh pimpinan PAS seperti Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, Almarhum Ustaz Harun Taib, Wan Abdul Muttalib Embong, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustazah Fatimah Ibrahim dan lain-lain lagi. Sebahagian besar daripada empat ribu petugas ijtimak adalah terdiri daripada kalangan aktivis PAS Negeri Terengganu sendiri.

Menjelang ijtimak debaran kami semakin kencang namun terbuai indah sebagaimana kibaran bendera-bendera PAS dan juga bendera-bendera negara ummat Islam yang berkibar megah di sepanjang jalan utama Marang.

Namun akhirnya kami semua mengukir senyuman apabila melihat kehadiran begitu ramai peserta menjelang petang 19 Mac, pada malam pertama program ijtimak lebih 100,000 telah berhimpun di sekitar tapak program sehingga menimbulkan kesesakan jalan raya yang luar biasa.

Jumlah peserta ijtimak datang bersilih ganti di sepanjang tiga hari program di mana pihak urusetia menganggarkan 200,000 jumlah peserta yang hadir. Paling membanggakan ialah 70 peratus peserta ialah anak-anak muda dan setiap acara yang padat mendapat sambutan hangat. Tetamu-tetamu luar negara juga memberikan respons yang baik dan teruja dengan sambutan hangat yang mereka terima.

Anak-anak muda sebagai pewaris perjuangan Islam begitu sekali membuncah semangat mengikuti setiap detik emas program yang diatur seperti talaqi kitab, kuliah, pentas pidato, persembahan nasyid dan pelbagai segmen lain lagi yang diatur. Hebatnya jamaah Islam ini, ahlinya sangat pemurah dan dengan dedikasi tahap lima bintang. Sejumlah RM300,000  berjaya dihimpunkan di sepanjang  acara yang berjalan, termasuk sekeping foto ijtimak yang dibida dengan harga RM27,000.

Insyaallah, ijtimak alami akan menjadi salah satu produk besar gerakan Islam tertua tanah air ini, ramai khalayak yang mencadangkan supaya sela masa dibuat antara empat tahun sekali. Ijtimak alami telah melabuhkan tirainya dengan seribu kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan kolektif kita.

Semoga seluruh gerakan Islam mampu membina kekuatan dan jaringan terbaik bagi memenangkan agama Allah ini. Kita jumpa lagi empat tahun daripada sekarang dengan penganjuran yang lebih bergaya dan memancing dayasihir para abnaul harakah. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Promosi Ijtimak Alami kali ketiga.

Sumber HD - 23-3-2015






















































Deklarasi Rusila 2015

HARAKAHDAILY | .




IMPLIKASI daripada perbincangan kolektif para perwakilan dalam Persidangan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 20-21 Mac 2015 yang diwakili perwakilan 41 buah Negara. Maka dengan ini, kami mengisyitiharkan resolusi persidangan yang dinamakan sebagai Deklarasi Rusila 2015 seperti berikut:

Isu Palestin

1. Perlunya sebuah struktur penyelarasan yang lebih berkesan dengan mewujudkan sebuah Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global dan Pusat-Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin di pelbagai wilayah yang sesuai dengan peranan utama iaitu:

a. Penyelarasan bantuan fizikal dan dana.
b. Penyelarasan pembangunan dan pendidikan semula Palestin.
c. Penyelarasan aktiviti pembangunan pendidikan rakyat Palestin.

2. Mencadangkan agar Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global atau Global Coordination Center For Palestinian Aid (GCCPA) adalah ditempatkan di Turki.

3. Menyeru supaya Kesatuan Ulamak Sedunia memainkan peranan yang efektif sebagai wadah yang memayungi pusat-pusat penyelarasan tersebut dan melantik jawatankuasa Protem dariapada kalangan wakil-wakil gerakan Islam.

Kebajikan Muslim Minoriti dan Jaringan Sivil

1. Gerakan Islam di seluruh dunia mengiktiraf badan gabungan NGO-NGO Kebajikan Gerakan Islam sebagai badan penyelaras di peringkat global di bawah Kesatuan Ulamak Sedunia.

2. Bersetuju agar skop utama badan penyelaras tersebut merangkumi pusat:

a. Penyelarasan bantuan.
b. Penyelarasan pengumpulan dan pengagihan dana.
c. Penyebaran maklumat.
d. Penyelarasan pembangunan masyarakat dari pelbagai aspek termasuk kebajikan, pendidikan, kemahiran, ekonomi dan lain-lain.
e. Latihan menangani “bencana dan pemulihan”

3. Menyatakan kesatuan dan dokongan sepenuhnya dengan kejerihan umat Islam tertindas di Kashmir, Nepal dan Arakan. Ini termasuk hak pemberdayaan sendiri bagi rakyat Kashmir sebagaimana termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

4. Membangunakan pangkalan data bagi semua NGO Islam yang terlibat dalam aktiviti kebajikan dan lain-lain bagi masyarakat Muslim minoriti.

5. Membangunkan Peta Muslim sedunia yang terkini.

6. Menjadikan Malaysia sebagai sekretariat badan penyelaras.

Pengupayaan Dakwah di Negara Umat Islam

1. Membangunkan Pusat Pembangunan Insan (Human Development Centers) di bawah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia bagi mengambil tanggungjawab berikut:

i. Melatih aktivis dakwah dengan ilmu dan kemahiran yang komprehensif dan menyeluruh.
ii. Menjadi pusat penyebaran pemahaman Islam yang sebenar dan sekaligus membentuk imej Islam yang positif.
iii. Pusat penyelarasan maklumat aktiviti dakwah antarabangsa.

2. Mewujudkan Pusat Pembangunan Insan serantau di Afrika Tengah, Asia Selatan, Timur jauh, Asia Tengah dan Balkan.

3. Membangunkan platform bagi jaringan aktiviti dakwah global dalam bentuk sebuah persidangan dakwah antarabangsa.

4. Menjadikan Malaysia sebagai Sektetariat Pembangunan Insan Islam Global.

Deklarasi Rusila 2015 diumumkan oleh Pengarah Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3/2015, Hussin Ismail pada 21 Mac 2015 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Terengganu.


Sumber HD - 22-3-2015






















































PAS keluar Pakatan, itu dalam ilmu Allah - Presiden

HARAKAHDAILY | .


MARANG: "Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan media sama ada PAS akan keluar Pakatan Rakyat ekoran isu berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan pada persidangan Dun Kelantan, 19 Mac lalu.

"Kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat," tegasnya pada sidang media selepas tamat program Pidato Kemuncak pada malam terakhir Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dewan Tok Guru, Rusila tengah malam tadi.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Justeru, beliau berkata, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perkara akan datang yang berada dalam ilmu Allah.

"DAP tak setuju, itu hak dia," ujarnya apabila ditanya mengenai pedirian DAP yang tidak bersetuju dengan enakmen tersebut.

Katanya, PAS juga tidak setuju dengan pilihan raya majlis berkuasa tempatan yang dicadangkan oleh DAP.

"Kita tak setuju, kita diam," ujarnya.

Beliau menegaskan lagi bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang longgar dan masing-masing ada pandangan berbeza.

"Kita tidak boleh halang berbeza pandangan. Kita pernah dalam kenyataan bersama pada 2011 kita terima itu (kanun jenayah syariah) hak negeri. Kita beri peluang kepada DAP untuk tidak setuju," ujarnya.

Selain beliau, turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Justeru, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS adalah Melayu yang tidak mudah lupa.

"Kita Melayu yang tidak lupa, bukan mudah lupa. Kewajipan kita bentang, setuju tak setuju tengok dulu," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Kata menteri itu, ini berikutan banyak lagi Rang Undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memutuskan perkara itu nanti.
"Itu kita lihat dulu, kita tidk boleh bercakap perkara akan datang. Itu ikut peraturan dewan. Itu biasalah dalam negara demokrasi. Kita kemuka Rang Undang-Undang Persendirian secara demokrasi," ujarnya. - HARAKAHDAILY 22/3/2015

Sumber HD - 22-3-2015






















































Anak-anak zionis menabung untuk hancurkan Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .



MARANG: Duta tetap Hamas ke Malaysia, Syeikh Ahmed Ayesh An-Najar berkata setiap umat Islam harus menyumbang untuk pembebasan Palestin terutama Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman zionis Israel.

Beliau turut menggesa umat Islam supaya cakna isu Palestin kerana ia adalah isu bersama dan bukan hanya perlu digalas oleh rakyat Palestin semata-mata.

"Allah mngingatkan kita supaya cakna isu Al-Aqsa yang merupakan isu bersama untuk kita dukung dan sokong.

"Baitul Maqdis kiblat pertama umat Islam dan tempat di mana Rasulullah s.a.w, melalui peristiwa Israk Mikraj, ia milik seluruh umat Islam,” ujarnya semasa berucap pada program Pidato Pimpinan Gerakan Sedunia sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Dewan Tok Guru, Rusila hari ini.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar kuat menghadapi ujian banjir yang diuji oleh Allah di samping menginsafi penderitaan dan kesusahan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis selama berpuluh-puluh tahun.

Katanya, kebencian zionis kepada Islam telah diterap kepada jiwa anak-anak semasa mereka masih kecil apabila menggalakkan anak-anak mereka menabung untuk kehancuran Al-Aqsa.

"Setiap keluarga zionis ada tabung untuk menggalakkan anak-anak mereka menabung bermatlamat untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa," ujarnya dipetik laman web rasmi ijtimak

Sumber HD - 21-3-2015






















































Ijtimak antarabangsa komitmen PAS dalam isu global

MUHAMMAD FAIZAL | .

MARANG: Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 yang berlangsung di pekarangan Masjid Rusila dilihat sebagai komitmen PAS di peringkat antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS meneruskan komitmen dalam isu-isu peringkat antarabangsa khususnya melibatkan gerakan Islam.

"Himpunan ini menunjukkan komitmen kita dalam isu global serta keprihatinan kita dalam mencari kesepakatan dengan gerakan Islam sedunia.

"PAS melihat walaupun terdapat perbezaan sosial budaya serta rencah politik namun dalam menyatupadukan gerakan Islam kita terus seiring khususnya isu membabitkan Palestin," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut berharap objektif dapat dicapai pada hari terakhir Ijtimak nanti dengan satu sikap prihatin parti terhadap saudara-saudara Islam di dunia.

"PAS sebenarnya telah lama berada di peringkat antarabangsa adalah memperjuangkan hak-hak Islam seperti mana usaha kita di Acheh serta Palestin.

"Saya harap di akhir himpunan ini kita dapat mencapai objektif bersama dalam menunjukkan keprihatinan kita terutamanya isu membabitkan soal kemanusiaan dan isu membabitkan Islam," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat.

Tambahnya, paling penting adalah PAS walaupun bukan sebuah parti yang memerintah namun dengan perhimpunan ini dapat membuktikan ia mampu melaksanakan program yang besar.

"Ini juga persiapan kita untuk menghadapi PRU14 nanti, sebagai bukti kita mampu menganjurkan sebuah program yang besar melibatkan peringkat antarabangsa," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Sumber HD - 21-3-2015

Stay out of Islamic Affairs



DAP and PKR should stay out of Islamic affairs and not interfere in PAS’s bid to enforce hudud in Kelantan, the Islamist party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said.

Following fierce opposition from its allies against the strict Islamic penal code, Hadi pointed out that the Pakatan Rakyat (PR) pact does not touch on religious matters.

“Our cooperation in the opposition pact is a cooperation that doesn’t involve party policy. Doesn’t involve halal and haram for Muslims. Just like how we don’t touch issues on their religion, that is their right, (and) they also don’t have to touch on our religious matters.

“The Constitution itself gives Islam space as the Federation’s religion, other religions are free. If other religions are free, why is Islam not free?” he was quoted saying by local daily Berita Harian.

In a separate news report by New Straits Times, Hadi was quoted saying that PAS’s push for hudud was a move that was constitutional as it upholds Islam as the religion of the federation.

“We have learned to accept and respect other religions. If we can accept other religions, why can’t Muslims respect Islam?”he asked.

“We will not force non-Muslims to embrace Islam when we introduce hudud in Kelantan,” he was also quoted saying.

When asked about possibilities of DAP and PKR quitting the federal opposition, Hadi reportedly said that it “has not happened yet”.

In another Berita Harian report today, Kelantan PAS deputy chief Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said that no one has the powers to push PAS out of Pakatan Rakyat.

“Why should we be afraid of them because what PAS did is the party’s true struggle. So we don’t have to bow to them because PAS has never done anything wrong.

“If DAP in this Monday’s meeting decides to leave, that is their right and has nothing to do with PAS. Whatever it is, we will stay here,” he was quoted saying.

Kelantan, administered by Islamist party PAS, passed amendments to the Shariah Criminal Code II 1993 on Thursday in a bid to enforce hudud law in the state ― despite fierce opposition from its PR allies, the DAP and PKR.

PAS is expected to table private members’ bills in Parliament to remove legal roadblocks in the implementation of the Islamic penal code that punishes apostasy with the death penalty and theft with amputation of limbs.-malaymail.

Sumber BO - 21-3-2015

Ijtimak; DACS Gegar Pantai Rusila



Oleh : Zul Shawal
MARANG – Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke 3, Dacs Pemuda Pas Terengganu telah berjaya menggegarkan Pantai Rusila dengan acara pertandingan memanah dan pertunjukan aksi jet ski.



Penyertaan terbuka kepada semua individu, acara memanah telah berjaya menarik penyertaan hampir 200 orang. Penganjur menyediakan 5 set alat memanah dan papan sasar bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Gelak peserta yang pertama kali mencuba alat memanah telah mencuit hati para penonton. Namun begitu nasihat dan tunjuk ajar sebelum peserta mengambil penyertaan.

Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Saiful bin Mohamad dengan perolehan mata 30, tempat kedua dimenangi oleh Mohd Mujibu Rahman bin Mohamad dan ketiga oleh Mohd Shahrul Rizwan bin Yusof.

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Kamarulzaman bin
Abdullah.

Untuk acara pantai pula, Dacs telah menyediak 4 buah jet ski untuk sesi aksi pertunjukan air. Pengunjung juga berpeluang untuk membonceng bersama pemandu jet ski.

Sumber BO - 21-3-2015






















































Ijtimak perkukuh perpaduan ummah sejagat

MUHAMMAD FAIZAL | .


MARANG: Pengarah Promosi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3, Dr Riduan Mohamad Nor menyifatkan ijtimak ini adalah satu himpunan yang dapat memperkukuhkan perpaduan ummah sejagat.

Beliau berkata, melalui himpunan ini juga negara-negara Islam sedunia dapat membincangkan isu antarabangsa terutamanya membabitkan Palestin.

"Melalui himpunan ini kita dapat membedah organisasi Islam di seluruh dunia yang mana kita melihat gerakan Islam sedang menghadapi acuan yang dirancang oleh Amerika Syarikat.

"Peringkat antarabangsa menuduh gerakan Islam merupakan satu ancaman, atas sebab itu kita mahu mencari jalan penyelesaian terhadap konflik tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yakin dengan himpunan kali ini dapat merapatkan jurang perbezaan antara gerakan Islam di dunia.

"Ia dapat mencipta satu syiar atau simbol kepada gerakan baru dunia Islam.

"Pada akhir perhimpunan ini kita akan mewujudkan satu resolusi baru dalam pembentukan gerakan dunia Islam di peringkat antarabangsa," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Sumber HD - 21-3-2015


Mahasiswa Undang-undang Juara Pidato Ijtimak



Oleh : Anah at-Takiri

MARANG – Mahasiswa tahun ketiga Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Pidato yang diadakan sempena penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3.



Azzan Aznan bin Rahim, yang sedang mendalami jurusan undang-undang di Universiti tersebut, telah mengenepikan 7 peserta yang lain dalam acara yang diadakan pada jam 5 petang Jumaat, 20 Mac.

Beliau mengucapkan rasa syukur atas kemenangannya dan menyifatkan ia adalah ‘tuah’ sempena ulang tahun kelahiran ibunya.

“Alhamdulillah saya mengucapkan syukur kepada Allah dan ini saya kira hadiah yang tinggi kerana ia adalah peringkat antarabangsa, (ia) hadiah akan menjadi hadiah sempena hari lahir mak saya nanti insyaallah,”ujarnya ketika ditemui.

Mengulas tentang pencapaiannya itu beliau berkata, para pemidato tersohor seperti Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, merupakan ‘inspirasi’ kepadanya.

“saya kerap melihat pidato-pidato pemidato Asia terutamanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Presiden Sokarno, (selain menonton) video Nelson Mondela dan Martin Luther King,

“jadi saya kata ‘mengapa tidak’ saya mencuba nasib untuk bertanding,”jelasnya.

Katanya, dengan menonton video pemidato tersebut dapat meningkatkan semangatnya dalam membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Azzan Aznan berasal dari Kelantan, pernah menetap di Sabah selama 14 tahun dan kini tinggal di Perak, memenangi hadiah pertama sebanyak RM1000, juga merupakan seorang aktivis sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di UIA

Sumber BO - 21-3-2015


Gambar Persekitaran Majlis Perasmian Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 (15 Gambar)

Posted on Friday, March 20 @ 22:44:28 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Majlis Perasmian Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3

Ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Presiden PAS Merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa] beserta dif jemputan bagi menyempurnakan upacara majlis perasmian Ijtima' pagi ini.

Antara wakil Gerakan Islam yang bersama-sama pagi ini ialah Jamaat e Islami India, Jamaat e Islami Pakistan, Jamaat e Islami Bangladesh, Jamaat e Islami Sri Lanka, PK Sejahtera, An Nahdah Tunisia, HAMAS, Ikhwanul Muslimin dan wakil-wakil Gerakan Islam negara lain serta duta-duta.

Sumber TKO - 20-3-2015


Selamatkan Bait al-Maqdis


Oleh : KAM

MARANG – Umat Islam dari pelbagai latar belakang fahaman semua mazhab termasuk Sunni, Syiah dan Khawarij diminta bersatu bagi menyelamatkan Baitul Maqdis.

Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang diadakan di Malaysia sebuah negara kecil mengemukakan slogan “wal-qudsa” (Selamatkan Baitul Maqdis).

Ini kerana, kata beliau Baitul Maqdis menjadi syiar yang dapat menyatukan orang Islam di seluruh dunia.



Menurutnya, ucapan slogan tersebut juga pernah diucapkan oleh generasi awal kebangkitan Islam selepas kejatuhan negara Palestin ke tangan tentera salib.

“Kita (gerakan Islam) cuba secara kerdil di Malaysia sebagai sebuah negara kecil mengemukakan slogan “wal-qudsa” (selamatkan Baitul Maqdis). Baitul Maqdis menjadi syiar yang menyatukan orang Islam.

“Semua mazhab sama ada sunni, syiah, khawarij sayang kepada Baitul Maqdis. Semua kaum orang Islam yang alim, yang jahil sayangkan Baitul Maqdis, tanpa kita melupai orang Islam yang ditindas di seluruh dunia.

“Selamatkan Baitul Maqdis. Mengapa?..kerana untuk mengambil berkat daripada seruan yang pernah diucapkan oleh generasi awal. Di zaman kejatuhan Palestin ke tangan tentera salib, zaman ancaman monghul dan tartar. Zaman negeri orang Islam didatangi oleh tentera salib. Slogan yang diucapkan di masa itu membangkitkan semula umat Islam,” tegasnya.

Beliau yang juga Presiden PAS berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang pada Jumaat 20 Mac.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi, turut mengajak umat Islam seluruhnya untuk memadamkan fitnah ‘Islamfobia’ tajaan barat.



Menurutnya, barat telah memberikan gambaran yang salah tanpa melihat hakikat terhadap ajaran Islam itu sendiri.

“Kita (umat Islam) perlu memadamkan Islamfobia yang dianjurkan oleh barat, yang menggambarkan Islam dengan gambaran yang salah. Tidak melihat pada hakikat ajaran Islam itu sendiri.

“Hanya melihat kepada pemimpin-pemimpin negara yang mewarisi zaman penjajahan. Yang memerintah tidak mengikut syariat Islam. Kita wajib memelihara semula akhlak Islam yang masih terpelihara di kalangan umat Islam,” ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin

Namun, katanya kesan dari akhlak Islam itu masih dipelihara di kalangan umat Islam yang memahami ajaran tersebut.

Kata beliau, lihat kepada orang-orang bukan Islam di rantau Asia Tenggara seperti di Indonesia dan Malaysia yang majoritinya orang Islam.

“Sila lihat orang-orang bukan Islam di rantau Asia Tenggara. Di Indonesia, di Malaysia negeri yang majoriti orang Islam. Orang Budha, orang Hindu, orang Kristian boleh berkedai di tengah-tengah masyarakat Islam.

“Ini akhlak yang diajar oleh Islam, yang dipelihara orang Islam hingga ke hari ini. Di mana orang bukan Islam boleh hidup di kampung orang Islam.

“Kita pun mewarisi akhlak ini tetapi akhlak ini tidak mungkin dipanjangkan dengan berkesan melainkan dengan mendaulatkan Islam memerintah negara,” jelasnya.

Sumber HD - 20-3-2015



















































































Kelantan istiqamah dengan Kanun Jenayah Syariah II

HARAKAHDAILY | .


MARANG: Kerajaan Kelantan tetap istiqamah untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II setelah PAS diberi izin berkuasa kali kedua oleh Allah Taala pada 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, dengan kuasa yang diberikan oleh Allah itu, kerajaan negeri telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II pada 25 November 1993.

Justeru, katanya pindaan kanun itu yang merupakan undang-undang jenayah Islam merangkumi hudud, qisas dan takzir yang diluluskan pada persidangan Dun kelmarin bukanlah enakmen yang baharu.

Jelasnya, pindaan yang dibuat itu adalah untuk mengemas kini enakmen yang telah diluluskan pada 1993.

"Insya Allah, pada tahun 2015 kita laksana syariah Islam di Kelantan. Ini tekad kita, penegasan kita," ujarnya ketika menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Rusila sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3, malam ini.

Beliau berkata, apabila kerajaan negeri mengemukakan pindaan enakmen itu telah mendapat sokongan sebulat suara daripada 44 Adun pada persidangan Dun, Khamis lalu.

Jelas beliau lagi, antara pindaan itu ialah seksyen 2 bahawa undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja yang melakukan kesalahan jenayah di Kelantan.

"Bukan Islam tiada ruang dihukum di bawah enakmen pindaan ini," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau sepatutnya bukan Islam tidak menentang pelaksanaan enakmen tersebut.

Beliau menegaskan bahawa orang Islam wajib menerima undang-undang Islam itu dan bukan Islam tiada hak menghalang, apatah lagi menentangnya.

"Kita tidak akan layan sesiapa lawan hudud, kita wajib istiqamah meneruskan perjuangan kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015






















































Siapa dia dengan hukum Allah, tanya Ustaz Azhar

HARAKAHDAILY | .


MARANG: Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan termasuk hudud yang diluluskan pada persidangan Dun negeri itu kelmarin adalah perkara yang baik, kata Ustaz Azhar Idrus.

Begitupun, pendakwah ikon anak muda itu melahirkan rasa kesal kerana ada dalam kalangan umat Islam yang 'condemn' enakmen tersebut.

Setelah Dun Kelantan meluluskan enakmen itu, katanya ada dua golongan dalam kalangan umat Islam iaitu yang menyokong ia dilaksanakan dan satu lagi menentangnya.

"Satu kena cakap agama supaya undang-undang Allah terlaksana, satu lagi supaya undang-undang Islam tidak dilaksana," ujarnya ketika pada program pra Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dewan Tok Guru, dekat sini malam tadi.

Menurutnya, pihak yang menghentam enakmen itu dan tidak mahu ia dilaksanakan adalah berpunca daripada kejahilan mereka.

"Mereka jahil tidak mahu (dilaksanakan) punca kerana kejahilan, 'condemn' hudud dia jahil, siapa dia dengan Alllah, siapa dia dengan hukum Allah.

"Hanya yang takut pada Allah ialah ulama. Ulama apabila dia kenal Allah, maka dia takut Allah," ujarnya lagi.

Namun begitu, tambah beliau ada ulama apabila bercakap mengikut hawa nafsu, bukannya hendak membela Islam walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang syariah.

Beliai juga berkata, ramai orang berminat dengan agama tetapi tidak ada yang membimbing mereka.

Sehubungan itu, ujar beliau mereka perlu diberikan bimbingan dan ulama perlu memainkan peranan itu. - HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015


Panduan Untuk Orang Muda Dari Pemimpin Tertinggi PAS



MARANG – Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din memulakan bicara dengan bercerita tentang kisah hidup beliau yang sangat menarik dan jarang didengari.

Katanya, beliau merupakan seorang insan yang terdidik dengan kerja berat, dan sejak dari bangku sekolah, beliau mengayuh basikal berulang alik dari rumah ke sekolah arab yang sejauh 20km.
“rutin sewaktu kecil………selalu berulang alik mengayuh basikal menjadikan beliau seorang yang sukakan cabaran.



“Pada tahun 1961 saya dan seorang kawannya berpakat untuk pusing Malaya (Malaysia) mengembara ke seluruh tanah air dengan basikal,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Chat With Me’ Sembang Santai Bersama Pemuda, sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-2, dekat sini pada Khamis malam, 19 Mac.
Katanya, mereka bertolak dari Perlis dengan basikal dengan cuma berbekalkan RM50.

Dalam perjalanan, ketika sampai ke Kuala Lumpur, sahabat beliau demam panas, dan mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan duit yang ada.

Sahabat beliau akhirnya sembuh dan mereka nekad untuk balik semula ke Perlis.

“Sampai di perlis waktu tengahari, ramai orang memenuhi rumah saya…….. sebaik sahaja sampai sebuah keranda besar diusung keluar.

“saya terduduk kerana memikirkan ayah ataupun ibu beliau mungkin telah meninggal………saya meninjau orang ramai dan melihat ayah dan ibu,”ujarnya.

Ketika itu barulah beliau tahu, bahawa yang meninggal itu adalah seorang lelaki yang tinggal jauh di hujung sawah padi dan kebaikan hati ayah beliau yang mahu menguruskan jenazah arwah di rumah mereka sendiri.



“Itulah antara pengalaman beliau yang dirasakan mencabar,”katanya.

Bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, zaman berubah begitu pantas dan katanya pada zaman beliau dahulu, cabaran hampir tiada.

Katanya, budaya luar tidak masuk ke Tanah Melayu, yang ada hanyalah permainan yang melalaikan cuma untuk memenuhi masa lapang yang ada dan tidak memberi erti kepada masyarakat.

“Tapi kini, cabaran yang ada menghambat kita hingga ke tempat tidur kita. Semua yang ada menyediakan hiburan dan keseluruhan daripada pengaruh-pengaruh ini membuat kita menyimpang dari islam yang sebenar.

“Kesemua ini adalah cabaran yang memerlukan ketahanan bukan sahaja orang muda bahkan ketahanan dari seluruh masyarakat untuk kembali kepada islam dari sumbernya yang asli dan penaksirannya yang dapat dipertanggungjawabkan sebagai sahih,”jelasnya.

Justeru kata beliau, panduan telah ditinggalkan kepada orang muda bagi bakal datang menyerang orang muda.

“apa sahaja yang datang dari Barat walaupun kadangkala ada nilai yang baik tetapi kebanyakan yang datang itu membawa racun yang berbisa yang mengajak kita kepada meninggalkan agama,”tegasnya.



Turut menjadi ahli penal dalam program forum santai itu adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man .

Ustaz Tuan menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengikuti ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Mencari Puteri Gunung Ledang bersama kawan-kawan beliau sekitar tahun 80-an, dan pengalaman menarik beliau sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada waktu itu, katanya, kawan beliau mempunyai sebuah motosikal Vespa tetapi tidak mempunyai lesen dan cukai jalannya juga telah mati.

“merupakan seorang yang sangat aktif bergiat dengan usrah anak-anak muda dan sanggup berulang alik dari UKM ke Temerloh untuk berusrah. Setiap kali sebelum berangkat ke Temerloh kawan beliau ini akan berdoa.

“suatu hari saya terdengar dia berdoa meminta hujan. Saya tanya kenapa dan jawapan dari kawannya adalah kerana apabila waktu hujan polis tidak ada di jalan maka dia dapat pulang ke Temerloh tanpa takut disaman,”ujarnya ketika bercakap di dapan ribuan hadirin.



Beliau juga menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengalami kemalangan jalan raya ketika beliau membawa motosikal.

Katanya, kemalangan itu melibatkan motosikal beliau dengan sebuah lori, dimana motosikal beliau terseret masuk ke bawah lori, dan tayar lori yang berat memijak badan beliau.

Sebelah kiri tubuh beliau dipijak lori dan kaki kirinya berada di bawah tayar lori. Motosikal beliau telahpun hancur . Sebaik sahaja lori itu memijak kaki beliau dan turun, beliau terus bangkit berdiri. Seluar beliau hancur namun kaki beliau tidak patah.

Ustaz Tuan berkata bahawa beliau yakin bahawa dalam setiap benda yang kita buat kerana Allah, Allah pasti akan membantu kita.

Oleh itu beliau juga berpesan kepada anak muda agar jangan merosakkan diari hidup sendiri, kerana nanti kita sendiri yang akan menyesal di hari tua.

“Waktu muda gunalah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kerana kita tidak mungkin dapat mengembalikan waktu muda kita.

“Kesilapan yang dilakukan di usia mudalah yang terkadang menimbulkan penyesalan di usia tua,”katanya

Sumber TKO - 20-3-2015






















































Berjuanglah mengembalikan al-Quds

IZWAN ABDUL HALIM | .


MARANG: Gemblengan usaha untuk mengembalikan tanah suci umat Islam yakni al-Quds wajib diperjuangkan biarpun berhadapan halangan dan cabaran, demikian seru Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, al-Quds yang dihalang dan dirampasan oleh Zionis atas assabiyyah datuk moyang mereka, memerlukan peranan orang beriman untuk mengembalikannya sebagai tempat agung dalam menyatukan saf umat Islam.

Atas sebab itu ujarnya, “Waaqudsah” menjadi syiar yang diangkat dalam ijtimak dan muktamar itu sebagai ikatan semua kepada perjuangan tersebut.

Tuan Guru berucap demikian pada Forum Asian Untuk Keamanan Dan Pembangunan sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ketiga di Kuala Ibai, di sini 17 Mac lalu.

“Kita benar-benar yakin, bahawa masa depan kita hanyalah Islam. Sesungguhnya cahaya agama ini tidak akan pudar. Inilah sepertimana janji Rasulullah SAW.

“Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah,” ujarnya memetik hadis tersebut.

Jelasnya, umat Islam pada masa kini menghadapi cabaran luaran dan dalaman iaitu ancaman daripada dalam yang berat itu merupakan keberkatan kepada para pejuang.

Katanya, musuh-musuh akan mengambil kesempatan daripada kelemahan dalaman para pejuang Islam.

“Tidak syak lagi, bersamanya dua fenomena kelemahan itu. Pertama, fenomena ‘tasahhul’ (bermudah-mudah) dalam agama. Daripada sudut hukum-hukum, yang digunapakai dalam pentadbiran, dalam perlaksanaan syariat Islam dan agama.

“Mereka melaksanakan dengan perlaksanaan cara politik musuh dalam urusan dalaman umat Islam, dalam tarbiyah, ta’lim, pengajaran, yang disandarkan kepada politik dan ekonomi, ilmu-ilmu dan lain lain.

“Keduanya, fenomena ‘tasyaddud’ yang mereka ini daripada golongan yang ada latar belakang agama Islam. Tanpa ‘tafaqqquh fid din’ (pemahaman agama) kita lihat mereka yang menunaikan haji, yang melontar jamrah, mereka tidak melontar ke arah lubang, tetapi ke arah saudara-saudara mereka,” ujarnya menyata pencerahan.

Begitulah juga umpamanya kata beliau terhadap orang yang tidak faham mengenai jihad dan dakwah.

Menurutnya, sejarah Islam yang mulia, ‘Futuhat Islamiyyah’ (pembukaan wilayah Islam) telah menjadikan manusia masuk ke dalam Islam secara berpusu-pusu.

Hal tersebut terangnya, berlainan dari penjajahan kerana 'futuhat' masuk ke bumi-bumi yang didatangi secara diterima dengan keadilan perlaksanaan syariat-Nya dan akhlak.

Jelas Tuan Guru, ‘tasyaddud’ pada ‘assohwat’ dilakukan para musuh melalui cara membangkitkan fenomena Islamofobia dengan mengambil contoh daripada sebahagian daripada umat Islam sendiri.

“Kumpulan Ahzab masa kini menyerang kita, menelan Islam dengan kuasa, walaupun mereka menamakan perjuangan kesamarataan, hak-hak manusia sejagat, seperti yang berlaku di Mesir, Algeria, Palestin, jazair.

“(Tetapi) Tiada demokrasi untuk pejuang-pejuang Islam. Tiada hak-hak asasi manusia untuk pejuang Islam. Namun begitu, wajib atas kita semua atas jalan istiqamah," titip beliau yang juga Presiden PAS.

Tambah beliau lagi, pada zaman ini, umat Islam diserbu ke atasnya umat-umat lain termasuk tanah air dan maruahnya, selain menjadi korban jiwa di seluruh dunia.

Terdahulu, Tuan Guru dalam ucapan tersebut berkongsi kebanggaan bahawa negeri Terengganu yang dimasuki penjajah British itu dahulunya pernah merakam sejarah mengibar bendera Khilafah Uthmaniyyah.

Tegasnya, semangat Islam, persaudaraan dan keimanan, menjadikan mereka jasad yang satu di mana telah berdemonstrasi terhadap tragedi kejatuhan khilafah.

Terengganu juga katanya, bersama Kelantan telah mengangkat PAS pada Pilihan Raya 1959.

“Dijatuhkan kedua-duanya secara politik, ekonomi dan krisis. Tetapi cahaya Islam dalam dua-dua negeri ini tidak pernah putus untuk selama-lamanya.

“Maka kehadiran kalian dalam ijtimak ini, memberi semangat baru kepada ahli di negeri ini,” ujar Tuan Guru mengalu kehadiran delegasi. – HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015


Hudud; Kalau DAP Nak Gantung Hubungan, Itu Hak Dia……..



MARANG – Pengerusi Jawatankuasa Induk Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-3 Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga semalam, penganjuran Ijtimak telah Mencapai sasaran dengan kehadiran yang memberangsangkan.

Beliau berkata perasmian akan bermula pada jam 8.30 pagi Jumaat 20 Mac, dan akan disambung dengan dua aktiviti di tapak Ijtimak masjid Rusila dan persidangan tertutup isu Palestin di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Katanya, matlamat Ijtimak adalah untuk mewujudkan satu kesatuan perpaduan dengan tema perpaduan ummah .

“Umat Islam kena bersatu dalam membebaskan masalah besar iaitu asas penegasan kita. Fokus kita kepada tiga isu (iaitu) Isu Palestin, Isu kebajikan pelarian-pelarian di negara Islam dan bukan Islam yang melibatkan NGO (badan bukan kerajaan)

“dan (untuk) memperkasakan usaha-usaha pendidikan dakwah dan pembangunan manusia,”ujarnya pada sidang media selepas program pra-Ijtimak pada Khamis malam, 20 Mac.

Menyentuh tentang pembentangan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan beliau berkata, PAS sudah membentangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR).



Katanya, ia bukan pembentangan sebuah enakmen baru tetapi dibuat sedikit pindaan supaya lebih jelas.

“Dalam mesyuarat PR pun kita dah bentang …….. kemudian diminta jelaskan adakah ini akta (enakmen) baru? Kita kata tidak…………. Ini akta 1993, Cuma kita buat sedikit pindaan, supaya lebih jelas , lebih kemas dan mudah difahami,

“beberapa seksyen itu kita susun semula dan itu saja yang asas. Asas undang-undangitu adalah tahun 1993 dan pindaan 2015…….. asasnya tidak lari dan apa yang kita sepakati dalam majlis pimpinan PR,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, PAS tidak boleh menghalang mana-mana parti untuk membuat tindakan terhadap parti masing-masing.

Beliau berkata sekiranya DAP mahu menggantung hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, kerana ia adalah menjadi hak parti masing-masing.

“Kita tidak boleh halang mana-mana parti yang hendak mengambil tindakan terhadap parti dia. PAS melihat hak parti-parti harus hak masing-masing….kalau DAP nak menggantung hubungan (itu hak dia),

“Kita ada majlis pimpinan PR……….Apa-apa yang berlaku melibatkan masalah besar kita akan bincang bersama,”jelasnya.

Katanya PAS mahu melaksanakaan Hudud mengikut lunas undang-undang dan akan membentangkannya ke dalam parlimen.

Sekiranya ahli-ahli parlimen DAP tidak mahu menyokong, itu juga terpulang kepada mereka.

“Mungkin ahli (parlimen) DAP tak mahu sokong….tak apa….kita ikut saluran demokrasi yang ada.

Kita bukan rempuh, kita ikut saluran yang ada…… kita fikir sebagai satu parti yang menghormati dasar demokrasi.

“sekiranya (PR)nak ambil tindakan kepada PAS…..saya tak tahu siapa nak ambil tindakan? Kita sentiasa bincang isu yang besar ………kita saling hormati selagi kita hormat dasar parti masing-masing. Itu asas kepada kesatuan kita,”tegas beliau.

Katanya, hanya sebahagian sahaja orang Cina bahkan ada sebahagian Melayu pun yang tidak menyokong kerana mereka tidak faham.

“Ada (orang) Cina yang sokong, bukan semua cina menolak. Di Kelantan ada Cina yang sokong , ada sebahagian yang tidak setuju. DHPP non muslim, dia faham sebab undang-undang ini tidak melibatkan non-muslim.

“Apa yang perlu mereka risau….?,”soalnya

Sumber BO - 20-3-2015

Sekitar Pra-Perasmian Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 (20 Gambar)


Posted on Friday, March 20 @ 07:47:48 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


















Hari ini Majlis Perasmian 20/3/2015 jam 10 pagi.

Datanglah beramai-ramai.



Sumber HD - 20-3-2015



























































































































































Selebriti Palestin puji pengisian program ijtimak

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .

MARANG: Pengisian program pra Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi patut digalakkan.

"Program ini pada hakikatnya cukup cantik dan patut digalakkan," ujar selebriti Palestin, Abdul Fattah Owainat.

Ini, tambahnya bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang terkenal dengan pelbagai budaya dan kesenian.

Menurutnya, program pada malam tadi itu bagus untuk menarik anak-anak muda kerana ada sebahagian daripada mereka yang suka mendengar hiburan dan menyaksikan persembahan.

Bagi lulusan Universiti Swasta Zarqa, Jordan yang mengkaji tentang prinsip Undang-undang Syariah Islamiah itu, pemuda Malaysia secara umum berakhlak baik yang turut hadir pada program seperti itu.

Abdul Fattah banyak membawa lagu-lagu tentang tanah airnya Palestin dan telah mengambil bahagian dalam banyak konsert di seluruh dunia termasuk di dunia Arab dan Eropah.

Pada tahun 2003, beliau memenangi anugerah emas untuk lagu terbaik Festival ke-9 untuk Radio dan Televisyen di Kaherah dan memenangi hadiah belia untuk perkhidmatan kerja Islam untuk persembahan beliau dalam satu majlis anjuran Persatuan Kesenian Islam di Bahrain pada 2008.

Turut membuat persembahan malam tadi ialah kumpulan nasyid Soutul Amal dan Seedrain.

Selepas persembahan itu diikuti dengan Bicara Santai Anak Muda bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Imam Muda Fakhrurazi bertindak sebagai moderator.

Pekarangan Masjid Rusila sesak dengan para hadirin. - HARAKAHDAILY 20/3/2015



Sumber HD - 20-3-2015














































































 Kanun Jenayah Syariah: Apa isu bincang bersama

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .



MARANG: PAS melihat ada 'jalan keluar' terhadap isu yang berbangkit daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada persidangan Dun semalam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat saling menghormati antara satu sama lain termasuk PAS dengan DAP.

"Kita ada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, apa-apa isu kita bincang bersama," ujarnya kepada media selepas berakhir program perembahan pentas dan Santai Anak Muda sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi.

Jelasnya, dalam beberapa isu ada perkara yang 'kita setuju untuk tidak setuju' dan masalah berkaitan Kanun Jenayah Syariah itu bukanlah perkara baharu.

Beliau menambah, enakmen yang diluluskan pada persidangan Dun semalam itu bukanlah enakmen baharu.

Tambahnya, ia adalah pindaan dan susunan semula kepada enakmen yang diasaskan pada 1993 lalu untuk menjadikannya lebih kemas.

Justeru, ujarnya enakmen tersebut tidak lari daripada apa yang telah disepakati dalam Pakatan Rakyat.

Bahkan, katanya perkara berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu pernah dibentangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Katanya, enakmen berkenaan termasuk hukum hudud sering dibangkitkan pada setiap kali pilihan raya diadakan. - HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015


Program Pemuda Sempena Ijtimak Dijangka Tarik Ramai Pengunjung


MARANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjangkakan pelbagai acara yang bakal dipersembahkan dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 (IAPU3) dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini.

DPPNT telah dipertanggungjawabkan mengisi beberapa acara disepanjang program tersebut berlangsung yang bermula 19 hingga 22 Mac 2015.

“Jangkaan pemuda, acara yang bakal diadakan di booth kami dapat menarik minat para pengunjung, begitu juga beberapa acara penting yang diadakan di Dewan Tok Guru,” ujar Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Urusan Pemuda IAPU3.



Bermula dengan program ‘Pra Ijtimak pada 19 Mac 2015 jam 9.00 malam, DPPNT dipertanggungjawabkan untuk mengurus majlis Pelancaran Pertandingan Fotografi Ijtimak.

Gimik tersebut akan dilancarkan oleh pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pengunjung IAPU3.

Pada sebelah petang hari Jumaat, bertempat di booth DPPNT yang bersebelahan Pejabat Pas Marang, DACS pemuda negeri telah menyusun beberapa pertunjukan  dan pertandingan. Antaranya Pertandingan memanah, pertunjukan jet ski dan motorcross.

Bertempat di Pentas Utama Dewan Tok Guru pula, Pertandingan Pidato Pemuda Islam yang terbuka kepada semua pemuda dalam Malaysia. Pidato dalam Bahasa Arab dan Inggeris dijangka menarik minat pada penuntut pusat pengajian tinggi.

Talaqqi Kitab bersama Ulama Islam Dunia akan berlangsung pada hari Sabtu bertempat di Dewan Tok Guru. Di ikuti dengan Penceramah Cilik dari Indonesia.

“Kami mengharapkan pemuda diseluruh negeri dapat mengviralkan program yang disediakan sepanjang ijtima ini berlangsung,” tambah Ustaz Kamarulzaman lagi

Sumber BO - 20-3-2015

Unit Amal Malaysia Siap Sedia Untuk Pembarisan Ijtimak


Oleh Haida Al-Ansariyyah


MARANG – Pasukan pembarisan Unit Amal Malaysia bersiap siaga untuk membuat persembahan pembarisan bersempena Majlis Perasmian Ijtima’ Antarabangsa pada pagi esok bertempat di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila.



Komander Pasukan tersebut Mohd Said Mohd Amin berkata Pasukan Unit Amal ini yang diwakili oleh Pasukan Unit Amal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring yang dianggotai seramai 40 ahli pasukan pembarisan.

“persiapan pembarisan bermula dengan sesi pemilihan ahli pasukan pembarisan seterusnya mereka yang terpilih diserap untuk mengikuti latihan teori dan praktikal,

“pembarisan khas yang diketuai oleh Kor Komander Unit Amal Malaysia……Tempoh latihan diadakan selama beberapa minggu,”ujarnya ditemui selepas raptai akhir hari ini.

Beliau turut mengulas tentang seorang pasukan pembarisannya yang pengsan ketika melakukan raptai akhir.

“Ahmad Fikri Wahab, 17, pengsan ketika raptai akhir tersebut tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.

“Ahmad Fikri pengsan hanya kerana tidak mengambil sarapan pagi dan kini berada dalam keadaan stabil tetapi boleh meneruskan pembarisan untuk esok,“ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya melakukan yang terbaik dengan persiapan yang rapi bersempena program yang barakah dan berprestij ini.



Katanya, syarat yang dikenakan dalam pemilihan anggota pembarisan untuk ijtimak adalah sangat ketat termasuk dengan mengambil kira aspek kesihatan dan fizikal yang baik.

“Pasukan kami tidak sabar untuk mempersembahkan yang terbaik terutama untuk tetamu istimewa yang terdiri dari pimpinan gerakan Islam seantero dunia,” ujarnya.

Sebanyak 3 kontinjen menyertai acara perbarisan sempena perasmian Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang bakal berlangsung pada pagi esok yang terdiri daripada Unit Amal, Kadet Amal dan Briged Muslimat.

Acara pembarisan bermula pada 8.45 pagi esok sejurus ketiabaan Naib Ketua kesatuan Ulama Islam
Sedunia Merangkap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pimpinan-pimpinan kehormat yang lain.

Perasmian ijtimak ini akan dirasmikan oleh tuan guru sendiri. Orang ramai diseru untuk datang beramai-ramai ke program yang kali ke-3 diadakan setelah kali pertama dan ke-2 yang masing-masing diadakan pada tahun 1988 dan 1993.

Sumber BO - 19-3-2015


560 Motosikal, 5 Van dan 4 Bas Percuma Angkut Pengunjung Ijtimak


Oleh : NM

MARANG – Pihak Urusetia Ijitimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 telah menyediakan kemudahan pengangkutan percuma ulang alik (shuttle) dari tempat meletak kenderaan yang di syorkan oleh pihak urusetia ke tapak program.



Perkhidmatan ini akan bermula dari Simpang Empat

Chendering sehingga stesen Petronas Marang dan mula beroperasi pada 20 Mac Jumaat, dari jam 7 pagi sehingga semua peserta Ijtimak kembali ke kenderaan masing-masing.

560 buah motosikal bersama pemandu akan berulang alik dari lokasi dipandu khidmat oleh ahli kelab Altenative Riding Club (ARC) Malaysia.

Perkhidmatan motosikal ini juga sebahagiannya dipandu oleh Ameerah dikhaskan untuk  peserta muslimat.

Bagi yang berkeluarga perkhidmatan lina buah van juga disediakan.



Menurut ketua Urusetia Pengakutan Ijtimak, Ustaz Sulaiman Sulong, langkah ini diambil bagi mengelak kesesakan yang dijangka teruk akibat kehadiran peserta dari seluruh negara dan kekurangan tempat meletak kenderaan di sekitar tapak program.

“Kita harap semua peserta menggunakan kemudahan yang kita sediakan ini, agar semua pergerakan peserta berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi wakil BuletinOnline.

Tinjauan wakil media di sekitar tapak program memang ketiadaan ruang meletak kenderaan dua hari sebelum program sebenar  bermula pada 19 Mac ini.

Untuk program yang bermula Khamis ini peserta boleh meletakan kenderaan di sekitar program dengan mengikuti arahan petugas lalulintas program.

Sumber BO - 19-3-2015

Gambar-gambar Sekitar Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 (Gambar Awal)

Posted on Thursday, March 19 @ 07:29:01 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ini adalah gambar-gambar awal. Majlis bermula hari ini dengan pendaftaran pukul 9.00 pagi. Atur Cara akan bermula sepenuhnya pada malam nanti dengan forum.





















Sumber TKO - 19-3-2015















































































 Ijtimak Antarabangsa di Rusila bermula hari ini

HARAKAHDAILY | .



MARANG: Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 yang diadakan di pekarangan Masjid

Rusila, dekat sini bermula hari ini sehingga 22 Mac.

Berikut ialah tentatif program.

19 Mac 2015 (Khamis)

10:00 am : Pendaftaran Ijtimak

7:15 pm : Solat Maghrib

: Solat Hajat

: Kuliah Maghrib oleh Pimpinan Gerakan Islam.

: Solat Isya`

9.00pm : Program Pra Ijtima`

: Selawat Pembukaan (Soutul Amal & Seedrain)

: Pelancaran Lagu Tema Ijtima' (Soutul Amal )

: Persembahan Artis Jemputan GAZA (Abd Fatah Owainat)


10.15pm Bicara Tadahan Wahyu Bersama

1. Tuan Guru Dato' Dr Harun Din

2. Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man

3. Ustaz Azahar Idrus

4. IM Fakhrurazi (Moderator)

: Kutipan Derma & Pelancaran Pertandingan Fotografi Ijima' dilancarkan Oleh Ustaz Azhar Idrus

: Pengumuman dan Penyampian Hadiah Pemenang Bertuah

11.50pm : Asma Al-Husna

12.00am : Bersurai


20 Mac 2015 ( Jumaat )

6:00 am : Solat Subuh

: Kuliah Subuh Oleh Sheikh Abu Hurairah (Mufti Filipina)

8.45 am : Majlis Perasmian Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke 3

: Ketibaan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

: Pemeriksaan Pembarisan Jabatan Amal Malaysia

: Alunan Lagu Amal dan Menaikkan Bendera Unit Amal

: Mengumumkan Ketibaan Tuan Guru Presiden Ke Pentas Utama

: Alunan ayat Suci Al-Quran oleh Ustaz Haji Tarmizi Ali

: Lagu Negaraku Dan Lagu Tema Ijtima' Oleh Soutul Amal

: Ucapan Pengerusi JK Induk Ijtima' : Dato' Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man

: Ucapan Aluan oleh Sheikh Mahmud Nazzal (Palestin)

: Perutusan oleh : Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi (Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia)

: Ucapan Perasmian Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(Naib Ketua kesatuan Ulama Islam Sedunia)

12.00pm : : Lawatan ke Tapak Pameran dan Expo

Jamuan Tetamu

1:15 pm : Khutbah di masjid-masjid pilihan oleh pimpinan gerakan Islam

( Pentas Utama )

2:30 pm : Ekspresi anak muda : Solidariti buat Palestin
Pentas Muslimat bersama Pemimpin Muslimat Gerakan Islam Antarabangsa.

1. Somaya M.A Abunima Suheir (Palestin)

2. Pimpinan Muslimat An-Nahdhah (Tunisia)

2. Pimpinan Muslimat Partai PKS, Indonesia

3. YB Siti Zailah Mohd Yusuf ( Ketua DMPP )

(Di Pantai Rusila)

2:30 pm : Pertandingan memanah anjuran Pemuda PAS

: Pertunjukan Jet Ski

4.30 pm :

: Solat Asar

Tazkirah Asar oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia

(Pentas Utama)

5:00 pm : Pertandingan Pidato Pemuda Islam SeMalaysia

( Dewan Banat )

5:00 pm :

Pertandingan anjuran Muslimat.

1. Pertandingan Gubahan Kreatif.

2. Pertandingan Anyaman Antarabangsa.

3. Pertandingan Deco Kek Antarabangsa

4. Pertandingan Mewarna kanak kanak.

5. Xplorace

7:15 pm : Solat Maghrib

: Kuliah Maghrib oleh YB Dato' Nasaruddin Daud

: Solat Isya`

9.00pm : Persembahan Byhaq

: Persembahan Nasyid Antarabangsa.

9.45pm :

Pidato oleh PIMPINAN Gerakan Islam Antarabangsa

1. Mr Temer Karamullah Uglu ( Saadat Parti, Turki )

2. Maulana Dr `Ata Ur Rahman ( Jamiat Islami, Pakistan )

3. Dr Khalid Kadomi ( Palestin )

4. Dr Abdul Rahim ( Harakah Ismamiyyah Sudan )

5. Abd Rasyid Turabi ( Kashmir )

12.00am : Bersurai

21 Mac 2015 (Sabtu )

5:00 am : Qiamullail

: Solat Subuh

: Kuliah Subuh oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

8:00 am : Talaqqi Kitab “ Al-Mustakhlas Fi Tazkiah Al-Anfus “ karangan Syeikh Said Hawwa bersama : Sheikh Mohammad As-Shodiq Bin Abdillah Al-Maraani

( Ahli Majlis Syura Parti Islah, Yaman & Syeikh Universiti Iman)
9.00pm : Pidato Pimpinan Gerakan Islam Sedunia

1. Ahmad Yahya ( President of Combodian Muslim Comunity )

2. Imam Ismail ( Guilin, China )

3. Alim Khairoden Hanafi ( Filipina )

4. Hafeez Mohamad Hamzah ( Myanmar )

5. Nailur Hafiz ( Singapore )

6. Dr Anis Biarwaty ( Indonesia )

7. Dr Shamim Ahmad ( Nepal )

2:30 pm : Talk Show bersama keluarga Syuhada dari Palestin, Rohingya dan Mesir.

: Persembahan Kanak kanak Palestin.

4:30 pm : Solat Asar

: Tazkirah oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

5:00 pm:

: 1. Pentomen “Pilu Di Seluruh Dunia Islam“

2. Ceramah Khas oleh Penceramah Cilik dari Indonesia. Imam Nawawi Bin Nur Salam.

7:15 pm : Solat Maghrib

: Kuliah Maghrib Oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia

: Solat Isya`

9:00 pm : Persembahan Qasidah

: Pidato Kemuncak oleh

1. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

2. Dr Ibrahim Munir ( Ikhwan Muslimin )

3. Prof Dr Abd Majid Najjar ( Nahdhah, Tunisia )

4. Sheikh Abd Ghafur Aziz ( Jamiat Islami, Pakistan)

5. Dr Anis Matta ( Partai PKS, Indonesia )

6. Muhyiddin Kabiri ( Tajikistan )

12.00am : Bersurai

22 Mac 2015 (Ahad)

Seminar tertutup untuk tetamu jemputan sahaja.

Sumber HD - 19-3-2015

Unit Media Siap Siaga Buat Liputan Ijtimak

Oleh : Naraza Muda

MARANG – Petugas Unit media Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu memberi komitmen untuk memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tiga hari Ijitima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang diadakan di Negeri Terengganu.

Seramai 24 petugas dari unit ini yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan penterjemah. Manakala 30 petugas dari Media perdana. Media antarabangsa juga dijangka memberi tumpuan kepada ijtima ini kerana menampilkan wakil dari 41 buah Negara.



Menurut Ketua Unit Media ijima’ Sazali Mohd Nor, Sebuah bilik Khas disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengamal media bertugas.

“pembantu Media dari unit kita mestilah memberi kerjasama sebaik mungkin kepada semua petugas media dalam dan luar negara bila diminta ” Ujar beliau semasa memberi taklimat persiapan terakhir kepada petugas media sebelum program bermula.

Malam pertama dijangka menarik perhatian perserta seluruh Negara apabila menampilkan ucapan pertama Mursyidul am Pas Dato’ Tuan Guru Dr. Harun Din pada 19 Mac jam 9:00 malam.
Pihak urusetia program telah mengeluarkan senarai tempat orang ramai meletakan kenderaan dan bas yang disediakan.

Pelbagai lagi kemudahan lain telah disediakan untuk melicinkan urusan pihak pengamal media seperti akses internet yang dipertingkatkan. Ratusan ribu peserta dijangka berkampung di sini sepanjang tiga hari ijima’ yang bermula 19 hingga 21 mac.

Sumber BO - 18-3-2015






















































Persembahan selebriti Palestin sepanjang ijtimak

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pengarah Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, Hussin Ismail berkata, seorang penyanyi tersohor dari Palestin akan membuat persembahan pada tiap-tiap malam sepanjang Ijtimak berlangsung.

“Program orang muda, untuk orang muda. saya nak maklumkan bila program ini dibuat, seorang penyanyi tersohor Palestin namanya Abdul Fattah Owainat dia terus (bersetuju) untuk datang,

“Di samping menyertai persidangan dia juga akan menyampaikan lagu-lagunya selama tiga malam, bermula dari 19 hingga 21 Mac,” ujarnya dipetik laman web rasmi ijtimak.

Oleh itu, beliau menyeru supaya anak-anak muda beramai-ramai hadir mengunjungi program terbesar peringkat antarabangsa itu.

Abdul Fattah Owainat bukanlah seorang calang-calang selebriti kerana beliau adalah lepasan mahasiswa dari Universiti Swasta Zarqa, Jordan yang mengkaji tentang prinsip Undang-undang Syariah Islamiah.

Beliau memulakan kerjaya muzik profesionalnya pada usia yang muda, sebagai salah seorang pengasas dan ahli asal kumpulan ‘Al-Rawabi’ dan memulakan kerjaya solo pada tahun 1987.

Beliau bukan sahaja seorang vokalis, tetapi juga penulis lirik, komposer dan pengarah artistik.
Abdul Fattah banyak membawa lagu-lagu tentang tanah airnya Palestin dan telah mengambil bahagian dalam banyak konsert di seluruh dunia termasuk di dunia Arab dan Eropah.

Pada tahun 2003, beliau memenangi anugerah emas untuk lagu terbaik Festival ke-9 untuk Radio dan Televisyen di Kaherah dan memenangi hadiah belia untuk perkhidmatan kerja Islam untuk persembahan beliau dalam satu majlis anjuran Persatuan Kesenian Islam di Bahrain pada 2008.


Sumber HD - 17-3-2015

IJTIMA ALAMI : TERENGGANU JADI TUMPUAN ANTARABANGSA - YAHYA ALI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34378-ijtima-alami-terengganu-jadi-tumpuan-antarabangsa


Sumber HD - 16-3-2015

Nasihat Kesihatan Kepada Peserta Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3














Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada seluruh peserta dari dalam dan luar negara sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Rusila Terengganu pada 19 hingga 22 Mac nanti. Semoga para peserta yang terlibat mendapat manfaat yang optimum dari Ijtima yang akan diadakan ini.

2. Sayugia para peserta dan para pimpinan yang menjayakan Ijtima kali ini mengambil beberapa langkah penjagaan kesihatan. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bahawa keadaan iklim sekarang adalah panas yang memuncak. Ianya boleh mencecah suhu kepanasan melebihi 40°C. Justeru peringatan penjagaan kesihatan amat penting bagi mengelakkan strok haba (Heat Stroke).

3. Jika para peserta mengalami tanda-tanda yang berikut silalah ke khemah rawatan kesihatan yang telah disediakan oleh urusetia. Tanda-tandanya adalah:

i. Panas badan yang melampau

ii. Loya dan muntah

iii. Pening kepala

iv. Pitam/pengsan

v. Jantung berdebar

vi. Pernafasan kencang

vii. Berpeluh dan menggeletar.

Sila dapatkan bantuan para bentara/urusetia Ijtima untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pihak urusetia juga menyediakan perkhidmatan ambulans dan petugas tunggu sedia sepanjang Ijtima.
4. Semua peserta dinasihatkan sentiasa:

i. Berada di tempat yang teduh atau menggunakan payung jika keluar di kawasan lapang.

ii. Banyakkan minum air sepanjang program. Paling minima air minuman bersih adalah tujuh gelas sehari.

iii. Ambil makanan yang bersih serta penyediaan makanan yang baharu bagi mengelakkan keracunan.

iv. Senantiasa bersihkan tangan sebaik sahaja keluar dari tandas.

v. Bersegera mendapatkan bantuan perubatan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

vi. Tidak merokok sepanjang program. Jika masih merokok, ambil tarikh Ijtima ini sebagai tarikh keramat untuk terus berhenti.

vii. Memakai mask/penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan debu.
Selamat berijtimak

***Dr Suhazeli ada Timalan Unit Kebajikan dan Kecemasan Ijtimak merangkap Pengerusi Yayasan AmalCawangan Terengganu

Sumber BO - 16-3-2015 


Selebriti Palestin Adakan Persembahan Sepanjang Ijtimak


KUALA TERENGGANU – Pengarah Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3, Haji Hussin Ismail berkata, selain sesi persidangan dan pidato, beberapa acara yang akan menyajikan hiburan alternatif bagi ‘orang muda’ turut disenaraikan.

Katanya, seorang penyanyi ‘tersohor’ dari Palestin akan membuat persembahan pada tiap-tiap malam sepanjang Ijtimak berlangsung.

“program orang muda…….untuk orang muda saya nak maklumkan bila program ini dibuat (diumumkan), seorang penyanyi tersohor Palestin namanya Abdul Fattah Owainat dia terus (bersetuju) untuk datang,“disamping menyertai persidangan dia juga akan menyampaikan lagu-lagunya selama tiga malam, bermula dari 19hb hingga 21hb Mac,”ujarnya.



Oleh itu beliau menyeru supaya anak-anak muda beramai-ramai hadir mengunjungi program terbesar peringkat antarabangsa itu yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan.

Abdul Fattah Owainat bukanlah seorang calang-calang selebriti kerana beliau adalah lepasan mahasiswa dari Universiti Swasta Zarqa, di negara Jordan, yang mengkaji tentang prinsip Undang-undang Syariah Islamiah.

Beliau memulakan kerjaya muzik profesionalnya pada usia yang muda, sebagai salah seorang pengasas dan ahli asal kumpulan ‘Al-Rawabi’ dan memulakan kerjaya solo pada tahun 1987.

Beliau bukan sahaja seorang vokalis, tetapi juga penulis lirik, komposer dan pengarah artistik.

Abdul Fattah banyak membawa lagu-lagu tentang tanah airnya Palestin dan telah mengambil bahagian dalam banyak konsert di seluruh dunia termasuk di dunia Arab dan Eropah.

Pada tahun 2003, beliau memenangi anugerah emas untuk lagu terbaik Festival ke-9 untuk Radio dan Televisyen di Kaherah dan memenangi hadiah belia untuk perkhidmatan kerja Islam untuk persembahan beliau dalam satu majlis anjuran Persatuan Kesenian Islam di Bahrain pada tahun 2008

Sumber BO - 14-2-2015






















































Ijtimak Alami kali kedua 1993 dalam kenangan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .




Cuaca terik menyengat lebih seratus ribu khalayak yang hadir ke perkampungan Rusila sempena ijtimak alami yang diadakan selama dua hari, 30 dan 31 Ogos. Himpunan raksasa itu menyaksikan lebih 300 orang tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa daripada pelbagai belahan dunia telah hadir dan memberikan pengisian serta berkongsi pengalaman masing-masing di medan operasi perjuangan.

Antara tokoh besar yang hadir seperti Dr Kamal Helbawy, Dr Azam Tamimi, Sheikh Khalil Ahmad al Hamidi, Sheikh Yusuf Karaca, manakala Sheikh Mustapha Mashyur dan Sheikh Rashid Turabi dihalang oleh pihak keselamatan untuk masuk ke negara ini.

Ijtimak Alami Perpaduan Ummah kali kedua itu merupakan wadah pertemuan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia dan juga medan merapatkan ukhuwwah seluruh ahli-ahli gerakan Islam terutamanya PAS.

PAS baru sahaja memenangi negeri Kelantan pada tahun 1990 dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau turut memberikan ucapan di Ijtimak Alami dan menjadi tarikan khalayak yang hadir.

Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS telah merasmikan ijtimak dan melakukan pemeriksaan perbarisan Unit Amal yang segak berpakaian seragam kelabu. Beberapa kumpulan nasyid juga turut memeriahkan sambutan Ijtimak Alami termasuk daripada Madrasah Islahiah Baling Kedah.

Pengerusi Ijtimak, Ustaz Abu Bakar Chik yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut memberikan ucapan dengan penuh semangat kepada seluruh tetamu Ijtimak Alami. Ijtimak dengan pengisian yang menarik, berselang seli dengan laungan takbir seperti menyepuh api semangat kepada seluruh para amilin gerakan Islam.

PAS Terengganu yang turut membantu Dewan Pemuda PAS Pusat menggerakkan jentera program sehingga berjalan lancar selama dua hari yang padat. PAS Terengganu dalam Pilihan raya Umum 1990 telah memenangi 10 buah kerusi Dun seperti Jerteh, Jabi, Tepoh, Bukit Tunggal, Manir, Bandar, Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Rhu Rendang dan Bukit Payong.

Di luar negara pula, gerakan Islam sedang menghadapi tekanan yang hebat, FIS di Algeria telah diharamkan setelah memenangi pilihan raya pusingan pertama kebangsaan pada 21 Disember 1991. 

Seterusnya mengheret negara Afrika Utara itu dengan konflik berdarah yang akhirnya mengorbankan 200.000 jiwa.

Di Indonesia, parti Islam hanya bergerak diatas wadah PPP, manakala gerakan tajnid (kaderisasi dakwah) telah bergerak secara rahsia dan menghadapi tekanan regim ORBA.

Negara Asia Barat pula, secara umumnya gerakan Islam menghadapi penindasan oleh rejim yang pro Amerika seperti yang berlaku di Mesir, Syria, Bahrain, Qatar, Saudi, dan lain-lain. Ikhwan mengambil pendekatan lain dengan berusaha menebarkan pengaruhnya di Eropah yang agak terbuka 
ruang demokratik.

Di rantau Sub Continent pula, Jamiat Islami di awal dekad 1990an terus memperkuatkan organisasi mereka, di Pakistan telah bersemarak sentimen anti India apabila berlaku perobohan terhadap Masjid Babri oleh puak pelampau Hindu BJP. India dan Pakistan agak tegang dengan isu perebutan wilayah Kashmir, apatah lagi dengan sejarah lama pemisahan wilayah besar itu pada tahun 1947.

Jamiat Islami terus disokong anak muda apatah lagi dalam dekad 80-an, mereka aktif membantu mujahidin Afghanistan untuk membebaskan diri daripada cengkaman Soviet. Program Ijtimak Am di Pakistan sering kali menjemput pimpinan PAS, dengan kehadiran ratusan ribu aktivis Jamiat Islami.

Secara umumnya, euforia kebangkitan Islam telah merencàhi latar belakang Ijtimak Alami kali kedua, maka tidak pelik jika anak-anak muda merupakan peserta paling ramai ijtimak. Berkhemah di sepanjang hamparan pantai Rusila dengan pemandangan Pulau Kapas yang indah. Petugas Ijtimak mengawal lalu lintas dan juga memantau keselamatan pantai, sistem siaraya yang baik telah memberikan impak yang berkesan kepada jumlah tetamu ijtimak yang ramai.

Saya masih dalam tahun ketiga pengajian di kampus Universiti Malaya semasa ijtimak Alami berlangsung di Rusila. Hebahan secara besar-besaran tentang ijtimak sangat menguja akal kami anak-anak muda untuk melihat daripada dekat tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa yang dijadualkan akan hadir. Pelbagai gerai pameran yang disediakan, antaranya gerai tentang Palestin, Pasti dan juga klinik kesihatan percuma untuk peserta menderma darah.

Ijtimak Alami ini sangat membekas dalam ingatan kami anak-anak muda, bahawa PAS bukan sahaja parti siasah yang bergulat di pentas demokrasi berpilihan raya tetapi juga sebuah harakah Islam yang berjuang secara syumul untuk mengembalikan kemuliaan Islam dan umatnya. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, juga Pengarah Promosi Ijtimak Alami ketiga.

Sumber HD - 13-3-2015

Ijtimak; Wakil 41 Buah Negara Sahkan Hadir



MARANG – Wakil-wakil gerakan Islam dan parti-parti politik dari 41 buah negara telah mengesahkan kehadiran pada Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 19 hingga 22 Mac ini di dua lokasi iaitu di Kuala Terengganu dan Marang.

Pengerusi Jawatankuasa Induk program itu, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perhimpunan itu menyasarkan kehadiran sebanyak 200,000 pengunjung yang akan membicarakan isu-isu yang melibatkan pembebasan Aqsa dan kesatuan di antara gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia.



“Perhimpunan ini mencerminkan perpaduan dalam ummah dan melibatkan semua parti politik di negara ini. Kami turut menjemput mufti-mufti di seluruh negara dan mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam perhimpunan ini.

“Bentuk pengisian akan dilakukan adalah dalam dua format; tertutup dan terbuka,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS, pada sidang media di pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia,  di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang tersebut ialah Pengarah Ijtimak, Haji Hussin Ismail dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ustaz Tuan berkata, seminar tertutup yang melibatkan pemimpin gerakan Islam sedunia akan diadakan di Prinz Park Resort untuk membincangkan tiga isu utama iaitu pelarian di negara-negara Islam, isu pembebasan Palestin dan perbincangan mengenai soal pendekatan dakwah di negara-negara yang sedang berkembang pesat di Asia Tengah.

“Bagi format terbuka pula, pihaknya telah menjemput tokoh-tokoh negara Islam di Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia untuk memberi ceramah dan membuat pengisian dalam bentuk kuliah,” katanya.

Sehubungan itu, Pengarah Ijtimak Haji Hussin Ismail berkata, di samping itu, beliau berkata expo dan pameran yang melibatkan beberapa buah negeri dan pertubuhan akan dibuka untuk pengunjung yang datang ke perhimpunan tersebut.

Bagi menghadapi kehadiran yang ramai, beliau berkata, pihak Urusetia Ijtimak akan menyediakan perkhidmatan ‘shuttle’ bas ulang alik dari Cendering ke Marang.

“Kami akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik yang beroperasi selama 24 jam untuk memudahkan pergerakan pengunjung yang datang ke perhimpunan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada pihak polis yang akan menyediakan pos keselamatan untuk mengawal keadaan dan keselamatan pengunjung,” katanya.

Sumber BO - 12-3-2015

Rawatan Kesihatan Percuma Sempena Ijtimak


Bagi memastikan keselesaan dan kebajikan semua tetamu serta pengunjung Ijtima yang akan berkampung di Rusila dari 19 – 21 Mac ini, Unit Kebajikan dan Kecemasan Ijtima telah menyusun beberapa persiapan terbaik dalam rangka merealisasikan imej PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berkebajikan.

Yang pertama, untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan perubatan yang tidak diingini, 3 buah stesen kecemasan yang berperanan sebagai wad kecemasan diwujudkan. Satu stesen untuk perkhidmatan kepada tetamu dan delegasi Ijtima disediakan di Hotel Prinz Park yang turut menjadi lokasi penginapan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia. Sementara dua stesen kecemasan lagi akan disediakan dalam bentuk khemah tertutup berhawa dingin di hadapan Pejabat PAS Kawasan Marang di Rusila.

Tenaga perubatan terdiri dari doktor pakar, pegawai perubatan, pembantu perubatan dan paramedik akan berkhidmat secara shift 24 jam sehari. Kita juga menyediakan khidmat 3 buah ambulan untuk membawa pesakit yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital.



Yang kedua, khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma akan disediakan kepada pengunjung Ijtima pada hari Sabtu 21 Mac 2015 bermula dari jam 9 pagi – 1 tengah hari di ruang legar Masjid Rusila. Semua pengunjung dijemput untuk mendapatkan khidmat yang disediakan untuk semua muslimin dan muslimat.
Yang ketiga, bagi yang berminat dengan rawatan Darus Syifa, kami juga menyediakan tenaga-tenaga perawat perubatan Islam ini yang akan berkhidmat pada hari Sabtu, 21 Mac 2015 dari jam 9 pagi – 1 tengah hari.

Yang keempat, disamping kita mendapatkan manfaat yang semaksimun mungkin dari pengisian program Ijtima ini, kami juga membuka ruang untuk kita bersama berbakti membantu mereka yang memerlukan. Bukan dengan menghulurkan wang ringgit, tetapi dengan menyumbangkan sedikit darah kita dalam program derma darah sempena Ijtima. Hospital Sultanah Nur Zahirah akan bersama pengunjung Ijtima untuk mengendalikan programa derma darah pada hari Jumaat, 20 Mac 2015 bermula jam 2 petang – 6 petang dan pada hari Sabtu 21 Mac 2015 bermula dari jam 9 pagi – 1 tengah hari. Semua pengunjung adalah dialu-alukan untuk turut sama berbakti dengan menyumbangkan darah anda.

Yang kelima, kami juga tak akan membiarkan pengunjung yang hadir dalam keadaan dahaga. Khidmat air sabil percuma akan berada di tapak Ijtima 3 hari berturut-turut dari 19 – 21 Mac 2015 bermula dari jam 11 pagi – 3 petang. Minuman boleh dinikmati secara percuma di khemah air sabil yang disediakan.

Akhirnya, yang keenam, bagi para ibu bapa yang membawa anak-anak menghadiri Ijtima, jangan bimbang dan jangan risau ianya akan menganggu penumpuan tuan puan. Di bawah pengurusan Unit Kebajikan Muslimat, khidmat nurseri disediakan untuk penjagaan anak-anak yang turut akan diisi dengan pelbagai program menarik bagi mengisi masa anak-anak kita.

Selamat berijtima.

Dr Azman Ibrahim

Ketua Unit Kebajikan dan Kecemasan
Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke 3.

Sumber BO - 10-3-2015


TOKOH ULAMA,  PEMIMPIN ISLAM HADIR IJTIMAK ANTARABANGSA - PENGERUSI SAMBUTAN IJTIMAK




http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34163-tokoh-ulama-pemimpin-islam-hadir-ijtimak-antarabangsa

Sumber HD - 4-3-2015


Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3; 30 Wakil Luar Negara Sahkan Kehadiran

Posted on Thursday, February 26 @ 14:06:19 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA TERENGGANU – Tiga puluh wakil dari gerakan Islam luar negara telah mengesahkan kehadiran mereka ke program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3.

Pengarah Urusetia Ijtimak, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, segala persiapan untuk menganjurkan ‘program besar’ yang akan diadakan bermula pada Khamis 19hb Mac itu, sedang giat dijalankan.

“hanya berbaki 3 minggu atau 21 hari dari sekarang……..semua kerja-kerja (persiapan) sedang giat dijalankan dan jemputan kepada tetamu (terdiri) daripada pimpinan gerakan Islam sudah menjangkau 30 buah negara,

“yang telah pun memberikan persetujuan untuk hadir dan in sha Allah (dalam) beberapa hari lagi (semua) baki yang lain (akan memberikan pengesahan) untuk datang,”ujarnya keika ditemui pada Rabu 25 Februari.


Beliau berkata pihaknya telah membuka pendaftaran kepada semua peserta Ijtimak dengan membeli ‘button badge’melalui wakil di negeri-negeri di seluruh negara.

Selain itu, untuk pendaftaran secara ‘online’ (atas talian) orang ramai boleh melayari laman sesawang (web) Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di alamat www.wuoms.org.

Katanya, kepada mereka yang berhajat untuk melaksanakan ibadah aqiqah sempena Ijtimak tersebut juga boleh mendaftar melalui laman web tersebut.

“dan kepada mereka yang berhalangan mendaftar melalui wakil di negeri-negeri, boleh mendaftar secara ‘online’ dengan melayari web www.wuoms.org,



“turut juga kita buka kepada muslimin dan muslimat sekelian yang melakukan (ibadah) aqiqah untuk mendaftar melalui web itu jelasnya.

Menurut laman sesawang tersebut, Ijtimak antarabangsa perpaduan ummah kali pertama pada tahun 1988 dan kali keduanya diadakan pada tahun 2003.

Ijtimak pada kali ini dijangka menarik kehadiran seramai 200,000 orang peserta dari dalam dan luar negara, yang akan melibatkan lebih 70 gerakan Islam termasuk tokoh-tokoh Islam antarabangsa.

Ucaptama Ijtimak akan disampaikan oleh Ketua Parti Ennahdha Tunisia Syeikh Rashid Ganusi, dan diikuti oleh tokoh-tokoh ukanak dan gerakan Islam termasuk ketua ulama kesatuan negara Syria, muraqib daripada negara Jordan, pemimpin dari benua Afrika, dan tokoh-tokoh daripada parti AKP, dan parti Sadat dari Turki.-buletinonline.net
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/ijtimak-antarabangsa-perpaduan-ummah-kali-ke-3-30-wakil-luar-negara-sahkan-kehadiran/


Sumber TKO - 26-2-2015



ARC KERAH AHLI KE IJTIMAK ANTARABANGSA DI RUSILA - PENGARAH



ARC


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34068-arc-kerah-ahli-ke-ijtimak-antarabangsa-di-rusila

Sumber HD - 26-2-2015


PERSIAPAN IJTIMAK ANTARABANGSA BERJALAN LANCAR - WAN SHUKAIRI





http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34026-persiapan-ijtimak-antarabangsa-berjalan-lancar

Sumber HD - 24-2-2015


Persiapan Ijtimak Antarabangsa Rancak Berjalan
Posted on Tuesday, February 24 @ 06:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo



MARANG – Hanya beberapa minggu sahaja lagi, daerah Marang amnya dan Kampung Rusila khususnya dijangka menerima kedatangan ratusan ribu orang tetamu dari dalam dan luar negara.

Mereka, beramai-ramai akan menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang akan berlangsung pada 19 hingga 22hb Mac ini.

Menurut Pengarah Urusetianya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ijtimak yang diadakan pada kali ini lebih bermakna berbanding sebelumnya.

Ia adalah kerana, kata beliau, program himpunan wakil pelbagai negara itu dianjurkan setelah Ahli Parlimen Marang Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.

“Ijtimak kali ke tiga ini, lebih membawa erti dan kelainan kepada penduduk daerah Marang khususnya dan Terengganu amnya,

“kerana kini Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi telah diamanah diiktiraf sebagai pemimpin Islam dunia secara rasminya dilantik sebagai Naib Kesatuan Ulamak,”ujarnya.

Justeru itu, pelbagai usaha memperelokkan dan menceriakan tapak utama perhimpunan, masjid dan Kampung Rusila, serta membaikpulih prasarana yang sedia ada sebagai persiapan menghadapi kedatangan para pengunjung.

Ketua Pemuda PAS Kampung Rusila Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, antara kerja-kerja gotong royong yang dilakukan oleh para sukarelawan termasuk mengecat bangunan masjid, menimbus dan membersihkan kawasan untuk dijadikan kawasan tempat letak kenderaan dan tapak jualan.

“(juga membersihkan) dewan pameran dan menceriakan suasana dan pemandangan sepanjang pesisir pantai,

“antara kampung Ru Renggeh sehinggalah ke Kampung Rhu Rendang kira-kira lima kilometer jaraknya,”jelas beliau.

Katanya, seramai kira-kira 40 hingga 60 orang pemuda menyertai aktiviti gotong royong setiap sesi dan ianya telah dimulakan sejak akhir Januari yang lalu.

Beliau berkata, bangunan PAS kawasan Marang juga tidak ketinggalan untuk dibersihkan kerana ianya antara mercu tanda kemegahan selepas Masjid Rusila.

“kerja kerja ini telah pun dimulakan semenjak akhir Januari lalu. Seluruh tenaga kerja yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan keparan turut bersama-sama,

“bagi merealisasikan hasrat penganjur yang ingin mempamirkan dan menghidangkan hanya yang terbaik untuk tetamu yang hadir,”ujar beliau.-buletinonline


YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjemput para pemimpin gerakan Islam, para ulamak dan seluruh umat Islam untuk hadir ke IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-3


Sumber TKO - 24-2-2015


TUNISIA : CAHAYA ISLAM MULA MENGERLIP - DR RIDUAN MN


DS TG HJ HADI ZIARAH SHEIKH RASHID GANNOUCHI PEMIMPIN AN NAHDHAH


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34008-tunisia-cahaya-islam-mula-mengerlip

Sumber HD - 23-2-2015


SERUAN KE IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH - PRESIDEN



http://www.harakahdaily.net/index.php/presiden/33890-seruan-ke-ijtimak-antarabangsa-perpaduan-ummah

Sumber HD - 16-2-2015

No comments:

Post a Comment