BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, February 14, 2015

DATO' USTAZ AHMAD YAKOB - MENTERI BESAR KELANTAN / TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS


Sosok MB yang cukup sederhana

Mohd Asri Mat Daud | .

YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob dilahirkan di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan pada 1 Februari 1950. Ayahanda beliau, Tuan Guru Haji Yakob Ishak atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Kob, adalah pengasas Pondok Berangan yang dikenali juga sebagai Madrasah Yaakubiah. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah yang diperolehi pada tahun 1978, beliau mula berkecimpung dalam kerjayanya sebagai guru. Beliau juga mempunyai Diploma Pendidikan di Universiti ‘Ain Syams, Kaherah dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1979.

Dalam bidang politik, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Tumpat bermula tahun 1997 hingga 1999. Pada tahun 1999, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PAS. Selepas Ustaz Wan Mohd Jamil Wan Mahmood kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2009, YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Tumpat sehingga sekarang.

Di peringkat negeri, semasa usia pemudanya, beliau terlibat sebagai
anggota usrah Dewan Pemuda PAS Negeri. Beliau kemudiannya menjadi salah seorang anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan serta Ahli Lajnah Politik dan Pilihan raya PAS Negeri Kelantan. Sementara di peringkat PAS Pusat pula, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mulai tahun 2011. Setelah Tuan Guru Dato’ Harun  Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat kembali ke rahmatullah pada bulan Februari 2014, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob mula memangku jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sehingga tahun 2015.

Kerjaya beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan pula bermula pada 17 Mei 1997 apabila Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju melantik beliau sebagai salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Beliau memegang Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia mengambil tugas daripada YB Hj Rozali Ishak, Adun Dabong dari Parti Semangat 46 yang keluar APU menyertai Umno.

Pada Pilihan Raya Umum 1999, beliau kekal bertanding di Dun Pasir Pekan dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut. Selepas pilihan raya tersebut, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar. Seterusnya beliau mengekalkan kemenangan di Dun yang sama bagi kali ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2004. Pada 23 Mac 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar menggantikan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman yang bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 tahun 2013, sekali lagi beliau dipilih bertanding di Dun Pasir Pekan dan memperolehi kemenangan dengan majoriti 2,734 undi. Sehari selepas pilihan raya tersebut iaitu pada 6 Mei 2013, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dengan cadangan daripada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan melalui persetujuan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Walaupun YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob telah menjadi Adun dan Exco sejak tahun 1995 dan kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula tahun 2004 hingga 2013, namun beliau suka dengan penampilannya yang sederhana. Beliau tidak pernah memburu jawatan, tidak suka menonjol di khalayak dan bersederhana dalam semua perkara. Beliau mengekalkan tradisi Almarhum Tok Guru dengan mengekalkan status Kediaman Rasmi Menteri Besar sebagai rumah untuk urusan mesyuarat dan menerima kunjungan hormat tetamu.

Beliau lebih gemar menginap di rumahnya yang sederhana di Kg Alor Pasir, Pasir Pekan. Menjadi amalan rutinnya, disebelah pagi beliau akan mengunjungi kedai-kedai kopi untuk bersama rakyat, mendengar dan menyantuni keadaan kehidupan mereka. Beliau sangat jarang mengambil cuti bahkan banyak masa dihabiskan di pejabat dan bersama rakyat. Ada ketikanya beliau datang semula ke pejabat di sebelah malam bagi menyelesaikan kerja-kerja yang masih belum disempurnakan pada siang hari.

Beliau kerap dijumpai berkeseorangan dikedai runcit, pasaraya dan kedai-kedai makan untuk membeli sendiri keperluan keluarganya bahkan memandu sendiri ke tempat-tempat program di Dun beliau. Beliau suka menjalani kehidupan seperti insan yang lain, walaupun sudah bergelar Menteri Besar dan Timbalan Mursyidul Am PAS. Rutinnya ke masjid berbasikal adalah menjadi perkara biasa disamping menghadiri majlis-majlis kesyukuran dan aktiviti dengan bermotosikal. Boleh dikatakan beliau adalah fotostat arwah Tok Guru yang suka bersederhana dan kuat bekerja demi rakyat walaupun sudah menjadi lumrah manusia tidak akan sama dari sudut kebolehan dan perilaku. Semoga Kelantan Darul Naim terus membangun dengan dasar Islamnya di bawah Kepimpinan Ulama yang ikhlas.

Allahu Akbar!
Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Sumber HD - 26-3-2016

Akhlak MB Kelantan Yang Cuba DiRobek Ketokohannya Kerana Dia Dipilih Tok Guru Ni

Posted on Friday, November 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Mohd Sayuti Omar (MSO) antara penulis yang banyak menyerang kepimpinan Dato' Ahmad Yaakob MB Kelantan bersama dengaan parti AMANAH. Pelbagai isu ditumbulkan kononnya kelemahan kepimpinan ustaz Ahmad Yaakob.

Malah keperibadiannya yang hampir sama dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz disembunyikan malah media sosial mengambarkan Ustaz Ahmad Yaakob seorang yang sangat lemah. Tidak lain kerana dia PILIHAN Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai pengganti.

Allah pasti akan paparkan kemuliaan insan mulia. Mereka yang ingin mencari kebenaran akan mendapatnya. Kebenaaran bukan ada di media tetapi dengan melihat secara dekat Ustaz Ahmad Yaakob.

Seorang pensyarah Universiti yang beraada di KL, dia banyak mengkritik kepimpinan Ustaz Ahmad Yaakob. Hujah dan sumbernya melalui pelbagai berita termasuk rakan rapat di kalangan kepimpinan PAS yang kini menjadi Amanah.

Pernah berhujah dengan saya dan saya mencadangkan dia pergi sendiri ke Kelantan untuk membuat penilaian secara adil. Dia ambil cuti ke Kelantan dan tingga sebuat hotel di kota Bahru dan setiap hari dia keluar dan mendapat maklumat pelbagai sumber untuk beberapa isu seperti MANGSA BANJIR, PEMBALAKAN, PENGAGIHAN TUGAS KERAJAAN NEGERI, MASALAH RAKYAT dan beberapa isu lain.

Akhirnya dia membuat kesimpulan bahawa Kreator dan Kepimpinan Dato' Ahmad Yaakob sedang di"bunuh".

Katanya banyak maklumat adalah tidak benar. Memang wujud kelemahan kerajaan Kelantan tetapi tidak seperti yang diperbesarkan dan perkara itu normal bagi sebuah kerajaan yang kurang sumber pendapat malah ditekan pula oleh kerajaan Pusat.

Keperibadian Ahmad Yaakob hampir menyamai sifat Tok Guru Nik Abdul Aziz malah dia lebih cergas dengan usia dia lebih muda drp Tok Guru Nik Abdul Aziz jadi dia banyak melawat kawasan, kata kawan saya.

Saya doakan semoga Allah selamatkan Kelantan. Selepas TGNA pergi, Kelantan perlu pengganti yang benar beriman dan menjiwa Islam. Maka menjadi kewajipan untuk kita bersama membantu Dato' Ahmad Yaakob bukan bersama dengan mereka yang cuba bunuh kreator Ustaz Ahmad Yaakob atas apa-apa tujuan. 



Sumber TKO - 27-11-2015



Hijrah: Pastikan beristiqamah di atas jalan kebenaran

HARAKAHDAILY | .


PERUTUSAN TAHUN BARU 1437 DAN HIJRATUL RASUL
Firman Allah s.w.t:

وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ فِي اللّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُواْ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَلَأَجْرُ الآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka ditindas oleh musuh islam, kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala yang lebih besar menanti mereka di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. (Al-Nahl: ayat 41)

Tahun baharu Islam perlu dijadikan agenda penting seluruh umat Islam untuk lebih berusaha, berstrategi dan melebarkan dakwah islamiyyah. Setiap kali umat Islam menyambut tahun baharu hijri, peristiwa Hijratul Rasul menjadi sebutan umum dalam masyarakat. Peristiwa hijrah dijadikan asas dalam penetapan tahun baharu adalah disebabkan bermula hijrahlah umat Islam mula melebarkan empayar kekuasaan diseluruh pelosok dunia. Hijrah juga menuntut kepada pengorbanan yang tinggi terhadap tuntutan agama Islam.

Kejayaan hijrah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda dapat kita lihat di mana mereka berjaya merubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral dan cara berfikir daripada anutan jahiliyah kepada pegangan agama. Intipati daripada hijrah ini memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada perkara-perkara negatif yang ada dalam diri mereka kepada perkara-perkara positif yang selari dengan ajaran Islam.

Umat Islam hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak boleh hanya berpeluk tubuh menyerah urusan kepada takdir tanpa ada usaha memperjuangkan kebenaran. Lihatlah bagaimana umat Islam terdahulu telah berjihad secara habis-habisan sehingga mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang paling mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita pula untuk memberi sumbangan kepada perjuangan agama yang suci ini agar ia terus dipandang mulia, digeruni dan dihormati.

Sempena tahun baharu 1437 dan memperingati peristiwa Hijratul Rasul, sama-samalah kita pasakkan keimanan dan pastikan diri kita beristiqamah di atas jalan kebenaran. Bina kekuatan ukhuwwah dan keizzahan peribadi muslim, hendaklah berlepas diri daripada segala doktrin sesat yang menyeleweng dan hendaklah menerima tuntutan Islam tanpa sekelumit curiga dan alasan insya Allah akan diberi keberkatan.

#‎Merakyatkan‬ Membangun Bersama Islam#
‪#‎Hijrah‬ Kearah Kemenangan hakiki#

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
MENTERI BESAR KELANTAN
- HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015

Parti Pekerja berbeza dengan perjuangan PAS

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Tiada sebab PAS bekerjasama bekas-bekas pemimpin parti itu yang kini menyertai Parti Pekerja Malaysia, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Ini, katanya kerana mereka sendiri mengambil tindakan keluar daripada PAS.

Beliau berkata sekiranya mereka sendiri yang mahu mengukuhkan PAS sudah tentu sejak awal lagi tidak keluar dari parti itu.

Namun, katanya sekarang mereka meninggalkan perjuangan lama kerana ingin menerajui parti baru.

“Biar apa pun parti baru itu dianggap tidak menjadi ancaman kepada PAS kerana ia berbeza dengan perjuangan PAS,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 3-9-2015

Rombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan

Posted on Wednesday, July 29 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berpendapat penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin disebabkan ada krisis kepimpinan dalam UMNO dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata keadaan itu mungkin menyebabkan berlaku sebagaimana tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas timbalannya sendiri.


"Saya sebenarnya tidak dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku...isu-isu yang berlaku dalam Kerajaan Pusat.

"Jadi bagi saya memang ada krisis dalam kepimpinan sekarang. Saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana bukan perkara di dalam parti kita (PAS)," katanya ketika ditemui The Rakyat Post di JKR 10, hari ini.

Mengulas mengenai perlantikan dua orang timbalan menteri dari Kelantan, Ahmad Yakob menyatakan itu terpulanglah kepada Kerajaan Pusat.

Mengenai perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mengantikan Muhyiddin, beliau menjelaskan Kerajaan Pusat pimpinan Najib mungkin mempunyai strategi tersendiri.

"Di segi politiknya saya perlu merujuk kepada Lujnah Politik PAS sebab perkara yang berlaku bukan isu dalaman PAS.

"Bagi pihak kerajaan (pusat) mereka sudah tentu melihat ada kebaikan kepada mereka," katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Sumber: therakyatpost

Sumber TKO - 29-7-2015






PAS tak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru, kata MB Kelantan
Posted on Saturday, July 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS membayangkan ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata ini kerana GHB adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.

"Kami tak boleh bersama sebab dia parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu, hari ini.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

GHB itu dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai GHB, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan "tunggu dan lihat".

"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin PAS yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

"Mungkin itu satu cara yang diambil presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai GHB agar "berundur secara terhormat" daripada PAS.

"Kalau mereka nak isytihar GHB, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan GHB),tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan yang tak menentu. GHB pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 18-7-2015

MB doakan rakyat Kelantan selamat pulang berhari raya







| .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengingatkan rakyat Kelantan agar berhati-hati semasa memandu pulang untuk berhari raya di kampung.

Beliau berpesan agar orang ramai mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

"Jagalah keselamatan di jalan raya, patuhi aturan pihak berwajib serta bertimbang rasa dan saling membantu jika berlaku musibah.

"Selamat pulang kepada semua untuk bergembira dikampung halaman bersama keluarga tercinta," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap rakyat negeri itu mengambil kesempatan pada hari raya untuk saling bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

"Sama-samalah kita bermaafan antara satu-sama lain, kunjung mengunjungi dan mendoakan untuk saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan, sama ada dalam negara mahupun luar negara," katanya. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

Sumber HD - 15-7-2015

Suara berjuang Islam jadi kecil wujud banyak parti

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Apabila parti berasaskan Islam ditubuh lebih daripada satu di negara ini dibimbangi akan mengecilkan suara yang berjuang menegakkan Islam.

Situasi itu akan mengulangi apa yang berlaku di Indonesia sekarang di mana mempunyai banyak parti Islam, namun gagal mendapat suara majoriti.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kewujudan Gerakan Harapan Baru yang bakal muncul sebagai parti politik Islam baru dibimbangi mengecilkan suara perjuangan Islam.

“Bagaimanapun ia terpulang pada pihak berkenaan memandangkan demokrasi tidak menegah mana-mana pihak yang berhasrat untuk menubuhkan parti baru,” katanya selepas menerima sumbangan untuk mangsa banjir di Gua Musang daripada Petronas di Dewan Teratai hari ini.

Bekas pemimpin utama PAS yang tewas pada muktamar Jun lepas menubuh kumpulan baru yang dikenali Gerakan Harapan Baru ke arah membentuk sebuah parti baru berteraskan Islam. - HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015







Kerajaan zalim walaupun lama berkuasa akan hancur

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


Tadabur Al-Quran pada hari ini akan membincangkan beberapa pengajaran ayat dalam surah Al-Anbiya' dan surah Al-Hajj.

Allah membuka lembaran surah yang membincangkan perjuangan para Nabi iaitu surah Al-Anbiya' dengan gambaran sikap kuffar yang mempermainkan ayat-ayat Allah setiap kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mereka mengatakan bahawa ianya adalah mainan mimpi Nabi Muhammad semata-mata. Allah mengingatkan bahawa sudah berapa banyak negeri yang telah dihancurkan akibat pendustaan keatas para Rasul utusan-Nya, maka takutilah dengan kuasa Allah yang pantas membalas pencabulan terhadap agama-Nya.

Manusia diciptakan dengan tabiatnya yang tergesa-gesa. Lebih malang, apabila mereka terlampau mengagung-agungkan akal fikiran yang mengakibatkan mereka tergesa-gesa dalam menolak ketetapan Allah.

Manusia perlu menyelidiki dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam supaya tidak menjadi golongan yang menentang kembali agama mereka.

Dalam surah ini, Allah telah membawakan kisah perjuangan para anbiya' seperti Nabi Ibrahim, Musa, Harun, Luth, Ishak, Yakob, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub, Ismail, Idris, Zulkifli, Yunus dan Yahya yang kesemua mereka membawa ajaran tauhid supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala sembahan lain.

Agama tauhid ini adalah agama yang satu termasuk yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah rentetan daripada agama yang dibawa oleh para anbiya' terdahulu.

Allah turut menegaskan bahawa muka bumi ini hanya akan diwarisi oleh golongan yang soleh iaitu yang mentaati segala perintah Allah pada setiap zaman. Kerajaan zalim walaupun dalam tempoh yang lama mereka berkuasa, namun akan hancur juga akhirnya.

Oleh kerana itu, Allah mengingatkan manusia agar takutilah ancaman siksaan-Nya di akhirat kelak kerana zalzalah atau gegaran sebelum ke akhirat sudahpun berat untuk manusia hadapinya.

Umat Islam diseru agar mempastikan diri menjadi orang yang tetap pendirian dan elakkan diri daripada sikap nifak yang hanya menempah kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan di awal surah Al-Hajj.

Dalam surah Al-Hajj ini juga dinyatakan tentang arahan Allah kepada Nabi Ibrahim agar menyeru kaumnya mengerjakan haji dan Allah akan sampaikan seruan itu sehingga mereka akan datang dari seluruh pelosok dunia.

Kerja manusia hanya menyeru kepada kebenaran berdasarkan kudrat yang dimiliki dan Allah sahaja yang berkuasa memberi kemenangan kepada perjuangan dakwah tersebut.

Dalam juz ini, Allah turut memberi motivasi kepada para penegak kebenaran bahawa kadangkala kebenaran yang dibawa akan didustai oleh pihak musuh.

Di kala ditipu oleh mereka, jangan mudah mengalah dan mula lemah semangat, ingatlah perjuangan para anbiya' dahulupun mereka juga turut ditipu oleh kaum mereka namun agenda kebenaran akhirnya terserlah dan berjaya. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Sumber HD - 4-7-2015


Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.

BERSAMA AL-QURAN DI 15 RAMADHAN 1436H (JUZ 15)

Tadabur Al-Quran pada hari kelima belas Ramadhan menyentuh beberapa pengajaran daripada keseluruhan surah Al-Isra...' dan ayat pertama sehingga ayat 74 daripada surah Al-Kahfi. Diawal juz ini, Allah menyatakan tentang kisah Bani Israel yang melakukan kerosakan atas muka bumi serta bersikap takabur sehinggakan mereka menentang arahan dan tuntutan Allah. Mereka telah melakukan kerosakan sebanyak dua kali iaitu setelah kewafatan Nabi Sulaiman, mereka mengganas dan membunuh diatas muka bumi. Setelah itu mereka tewas dengan Babylon dan bangkit semula selepas mereka kembali kepada Allah. Seterusnya mereka melakukan kerosakan kedua iaitu di Palestin dengan membunuh para Nabi dan sehingga kini saki baki mereka terus menerus merosakkan Palestin.


Allah turut memberi arahan agar mentaati kedua ibubapa dengan menjaga adab ketika bercakap serta menjaga mereka dengan penuh kasih sayang setelah mereka berusia nanti. Manusia hendaklah redha dengan nikmat dan ujian kehidupan sekalipun menghadapi rintangan hidup. Dalam kehidupan diharamkan manusia terlibat dengan jenayah membunuh termasuk membunuh atau membuang anak, berzina, memakan harta anak yatim dan semua larangan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran bagi mengelak kemurkaan Allah.

Allah mengingatkan bahawa Dia telah memuliakan penciptaan manusia dan menempatkan mereka sebagai pengurus muka dunia. Manusia hendaklah memilih pemimpin mereka dikalangan orang yang beriman dan amanah kerana kelak di akhirat manusia akan dibangkit bersama pemimpinnya.

Sudah tentu jika manusia bersekongkol dengan pemimpin jahat, mereka akan turut terkena hukuman pedih di akhirat. Seandainya di dunia lagi manusia sudah buta hati daripada petunjuk Allah, maka di akhirat kelak sudah pasti mereka akan sesat dan bertambah kemurkaan Allah keatas mereka. Demikian itu, Allah memerintahkan manusia menjaga solat fardhu termasuk qiamullail kerana ia adalah sumber kekuatan serta ketinggian maqam disisi Allah.

Diawal surah Al-Kahfi, Allah membawakan kisah pemuda yang beriman dan sedikitpun mereka tidak menjual keimanan walaupun mendapat kecaman untuk dibunuh. Mereka kemudiannya lari menyelamatkan akidah sehingga ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun dan terus beristiqamah diatas kebenaran setelah dibangkitkan semula. Allah menyeru agar umat Islam mesti terus beristiqamah bersama dengan pejuang kebenaran yang berdakwah siang dan malam. Allah sudah tegaskan bahawa peringatan yang ditinggalkan kepada Rasul-Nya sudah jelas melalui kitab Al-Quran, sesiapa yang ingin beriman, maka dia ikut jalan keimanan dan sesiapa yang ingin kufur itu adalah pilihannya.

‪#‎MERAKYATKAN‬ MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
‪#‎KEBERKATAN‬, KEMAKMURAN, KEBAJIKAN#

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim
https://www.facebook.com/DatukAhmadYakob

Sumber FBPP - 2-7-2015


Kesederhanaan cara hidup
Posted on Friday, June 26 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.

Dr Maza
Mufti Perlis
DrMAZA.com 


Sumber TKO - 26-6-2015











Pemimpin kena tolak mungkin teguran ahli
Posted on Friday, June 26 @ 03:35:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Penolakan beberapa kepimpinan utama Pas melalui Muktamar ke-61 parti Islam itu baru-baru ini bukanlah isyarat untuk mereka keluar dan menubuhkan parti lain.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya, keputusan yang dibuat melalui muktamar tersebut adalah mewakili perwakilan yang melihat sendiri kepimpinan ke arah dasar yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Bagi saya, ia merupakan rutin biasa dalam mana-mana jemaah dan pertubuhan di mana perwakilan yang membuat keputusan. Mungkin itu satu teguran kepada pemimpin kita, mungkin ada yang dilihat tidak menepati dengan kehendak dasar,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolokium Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.

Menurutnya, kepimpinan tersebut seharusnya menghormati keputusan yang dibuat dan menganggap ia satu teguran yang baik serta lebih bersikap terbuka dalam meneliti kembali gerak kerja dan juga tanggungjawab mereka kepada parti selepas ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menegaskan, tidak semestinya pemimpin yang ditolak baru-baru ini akan menemui kegagalan yang sama juga untuk masa hadapan.

“Tidak semestinya kalah hari ini, dia akan kalah lagi selepas ini. Itu satu rutin biasa dalam mana-mana parti. Kita sendiri lihat Umno, dia (pemimpin) kalah pun tidak keluar parti atau tubuh parti baru. “Tapi mesti melihat di mana kekurangan yang ada pada dia, di mana perwakilan melihat sesuatu mengikut kaca mata dasar, bukan melihat semasa. Adakah dasar yang dikuatkuasakan itu menepati atau tidak,” katanya. 

Sumber TKO - 26-6-2015

Wajib berhukum dengan hukum Allah

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


Perbincangan juz keenam pada hari ini akan bermula pada ayat 148 surah Al-Nisa' dan berakhir pada ayat 82 daripada surah Al-Maidah. Fokus pertama yang dibawa ialah sekitar kisah Nabi Isa Alaihissalam dan perjuangannya.

Nabi Isa dianggap telah disalib, namun pada hakikatnya baginda diangkat oleh Allah SWT ke langit. Nabi Isa hanyalah seorang Rasul utusan Allah dan bukannya anak Tuhan sebagaimana dakwaan para pelampau ahli kitab.

Orang Yahudi dan Nasrani turut mendakwa bahawa mereka adalah anak Allah yang sangat dikasihi oleh-Nya. Inilah keengkaran yang telah merosakkan segala akidah anutan terhadap kitab yang telah diturunkan.

Allah menegaskan bahawa para Rasul diutuskan bagi menyampai kebenaran di sisi-Nya serta memberi khabar gembira kepada ummah.

Para rasul telah membawa risalah keamanan dan kesejahteraan kepada sekalian masyarakat dengan menyeru kepada pengabdian diri hanya kepada Allah dan menjauhi segala perbuatan syirik dan haram termasuk mengelakkan daripada pengambilan makanan tidak patuh syariah yang menjadi asbab kepada kemudharatan tubuh badan dan kerakusan sikap manusia.

Dalam juz ini dinyatakan juga hukum tentang penyempurnaan wuduk, tayamum serta beberapa hukuman bagi kes-kes jenayah yang melibatkan rompakan, bunuh dan kecederaan.

Di sinilah rahmatnya hukuman Islam melalui hukum hudud dan qisas keatas penjenayah sekalipun mereka telah melakukan jenayah yang berat. Melalui penerapan hukum Allah inilah yang akan memakmurkan muka bumi daripada segala malapetaka angkara kerja buat manusia.

Di akhir juz ini, Allah turut menegaskan bahawa wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh-Nya dan tidak boleh sama sekali mengikut hawa nafsu golongan yang jahil hukum Allah.

Oleh yang demikian, menjadi kewajipan menegakkan hukum Allah melalui parti yang menepati ciri-ciri parti Allah iaitu antara lain merendah diri sesama mukmin, bertegas dengan golongan kufar yang merendahkan Islam, sentiasa berjihad di jalan Allah tanpa alasan dan tidak gentar dengan pelbagai ancaman serta cabaran pihak musuh. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Menteri Besar Kelantan Darulnaim

Sumber HD - 23-6-2015












Orang bermatlamatkan dunia akan gagal














USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


BERSAMA AL-QURAN DI 4 RAMADHAN 1436H (JUZ 4)

Perbincangan pada hari 4 Ramadhan ini adalah sekitar huraian pada juz keempat dalam Al-Quran. Juz keempat mempunyai dua surah iaitu surah Aal-Imran yang bermula pada ayat 93 dan surah Al-Nisa' daripada awal surah sehingga ayat 23.

Secara umumnya juz ini memberi keutamaan kepada beberapa perkara utama iaitu betapa wajibnya umat Islam bersatu hati dalam memperkukuhkan kesatuan ummah.

Umat Islam juga mestilah melaksanakan amar makruf dan nahi munkar bagi membangunkan ummah yang sejahtera dan kuat. Allah membuat contoh kisah perang Badar dengan memberi anugerah kemenangan kepada mereka sekalipun golongan pejuang umat Islam bilangannya agak sedikit dan tidak mempunyai persenjataan yang sama seperti musuh.

Kemenangan tersebut disebabkan mereka mempunyai kekuatan iman dan tidak berpecah.

Allah juga menyuruh manusia bersegera memohon keampunan kepada-Nya kerana dengan maghfirah Allah sahaja manusia akan terselamat daripada hukuman akibat dosa dan noda. Allah pasti akan mengtamhiskan atau menyucikan segala karat jahiliyah dalam jiwa orang beriman.

Dalam kalangan mereka ada yang berkehendak kepada dunia dan di kalangan mereka yang sangat menagih kehidupan sejahtera di akhirat.

Orang yang bermatlamatkan dunia dalam apa jua tindakan akan gagal sebagaimana contoh yang Allah nyatakan dalam peristiwa perang Uhud.

Di akhir surah Aal-Imran, Allah menegaskan ganjaran mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah dan jika mati dalam perjuangan itu, mereka pasti memperolehi syahid. Orang syahid akan hidup di alam barzakh dengan pelbagai nikmat yang tiada diduga.

Mengakhiri juz keempat, dinyatakan beberapa hukum sekitar berbuat baik dan mengurus harta anak yatim termasuklah adil dan mesti mengikut syariat dalam urusan pembahagian harta pusaka. Syariat Islam secara terperinci telah menjelaskan kadar pembahagian yang tertentu kepada waris-waris si mati.

Setiap manusia tidak boleh melanggari hukum ini walaupun dirasakan kurang bersesuaian mengikut perkiraan ahli keluarga. Hukum Allah tidak boleh mengikut citarasa manusia akan tetapi berdasarkan kehendak dan keputusan Allah sahaja!

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim

Sumber HD - 21-6-2015

Kerajaan boleh ada dan musnah sekelip mata

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


Bersama Al-Quran pada 3 Ramadhan 1436 ( juz 3)

Kupasan juz ketiga hari ini berkait rapat dengan dua surah iaitu surah Al-Baqarah dan surah Al-Imran. Surah Al-Baqarah pada juz ketiga ini, bermula dengan ayat 253 dan berakhir pada ayat 286 seterusnya di ikuti surah Al-Imran daripada ayat 1 sehingga ayat ke 91 sahaja.

Juz ketiga dimulakan dengan beberapa aspek tarbiyah yang menyeru agar orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah membelanjakan harta mereka kearah kebaikan.

Allah telah menjelaskan cara untuk menginfakkan harta serta Allah memberi anugerah yang besar kepada orang yang berbuat demikian.

Namun Allah mengingatkan bahawa segala pemberian termasuk sedekah akan terbatal dan hangus segala pahala sekiranya orang yang membelanjakan hartanya mengungkit-ungkit dan menyakiti perasaan si penerima.

Setelah itu Allah mengingatkan umat manusia agar jangan terlibat dengan riba dan Allah telah mengisytihar perang kepada sesiapa yang terlibat dengan sistem ini.

Sekiranya seseorang daripada kita berhutang, maka tidak boleh sama sekali membayar lebih pada kadar hutang yang ditetapkan oleh pemberi hutang, itu adalah riba yang diharamkan.

Hutang hendaklah mempunyai saksi dan ditulis secara jelas agar tidak disalah erti pada waktu pembayarannya nanti.

Sementara di awal surah Al-Imran pula, Allah memberitakan tentang sikap manusia yang sangat cinta kepada anak-pinak, harta yang melimpah-ruah, wanita dan binatang ternak.

Apa yang lebih baik daripada semua itu ialah hanya takwa kepada Allah, tanpa takwa perkara yang dicintai tadi boleh melalaikan manusia untuk terus mengabdikan diri kepada Allah.

Allah turut menegaskan bahawa antara pemberian-Nya di muka dunia ini ialah pemerintahan sesebuah kerajaan.

Kerajaan boleh ada sekelip mata dan boleh musnah sekelip mata dengan kuasa Allah.

Oleh itu, dalam berkerajaan tidak boleh sama sekali kita melanggar perintah Allah dan berpihak kepada golongan kafir dan sekutunya yang jelas tidak henti-henti memerangi Islam.

Akhir juz ketiga ini, dinyatakan tentang kisah Nabi Isa alaihissalam sejak hari kelahiran baginda sehingga baginda menempuhi pelbagai ujian dahsyat dalam menegakkan perjuangan agama Allah.

Baginda juga telah memilih para Hawarinya yang sentiasa membantu bagi melicinkan perjalanan dakwah dan seterusnya perjuangan dakwah Nabi Isa dan para Nabi lain disambung oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Merakyatkan Membangun Bersama Islam
Keberkatan, Kebajikan, Kemakmuran

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim
HARAKAHDAILY 20/6/2015

Sumber HD - 20-6-2015































Aspek pemilihan kepimpinan dan taat kepada ketua

. | .


BERSAMA AL-QURAN DI 2 RAMADHAN 1436H (JUZ 2)

Juz kedua dalam Al-Quran bermula dengan ayat 142 daripada surah Al-Baqarah dan tamat pada ayat 252 juga pada surah Al-Baqarah. Fokus utama dalam juz kedua ialah sekitar peranan ummah wasatiyah yang digambarkan oleh Allah iaitu suatu ummah yang tunduk dan akur pada perintah Nabi.

Ummah wasatiyah ini mesti mengutamakan perkara yang toyyibat atau baik dan mengelakkan daripada langkah-langkah syaitan dalam kehidupan. Ummah wasatiyah juga tidak boleh memperjuangkan agama melalui cara perjuangan nenek moyang mereka malah wajib berdasarkan tuntutan Allah melalui Al-Quran.

Dalam juz kedua ini juga difokuskan tentang dasar berkebajikan yang membangunkan masyarakat dan negara iaitu kebajikan yang hakiki ialah apabila lahirnya orang yang sentiasa berada dalam keimanan kepada Allah dan bukan hanya berkebajikan dengan material semata-mata.

Oleh kerana itu, Allah menjelaskan tentang hukuman qisas yang wajib dilaksanakan setelah syarat mencukupi kerana pada hukuman qisas itu ada sebuah kehidupan yang menyelamatkan manusia daripada seksaan Allah. Inilah intipati kebajikan yang perlu dihayati oleh manusia dalam penerapan undang-undang Allah di atas muka bumi.

Kemudian Allah menjelaskan tentang kewajipan berpuasa dan ianya disyariatkan atas asas kebajikan kepada diri manusia agar lahir sebagai orang yang bertakwa yang memandu diri mereka sendiri ke jalan yang sejahtera dunia dan akhirat.

Begitulah juga tentang kewajipan haji yang dinyatakan dalam beberapa ayat bahawa ianya juga berperanan ke arah mewujudkan suatu kesatuan ummah walaupun dengan kepelbagaian warna kulit dan bahasa. Inilah juga aspek kebajikan yang terpenting dalam kehidupan bermasyarakat.

Akhir juz kedua ini dinyatakan tentang beberapa persoalan hukum fekah seperti hukum berperang mengikut perspektif Islam, hukum judi dan minum arak, hukum sekitar perkahwinan, penyusuan, penceraian serta pemberian kepada isteri yang dicerai dan hukum solat khauf.

Seterusnya juz kedua ditutup dengan sebuah kisah yang menjadi pengajaran dalam aspek pemilihan kepimpinan dan wajib memberi ketaatan kepada ketua sebagaimana dalam kisah Thalut yang menentang tentera Jalut.

Merakyatkan Membangun Bersama Islam
Keberkatan, Kebajikan, Kemakmuran

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim

Sumber HD - 19-6-2015

Sebaik-baik kita baca Al-Quran, fahami kandungan

HARAKAHDAILY | .


Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya Al-Quran, dengan demikian menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk berdampingan erat dengannya sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.

Sebaik-baiknya kita dapat membaca Al-Quran dan memahami kandungan yang dibaca agar hati-hati kita tersentuh dengan ayat-ayat yang sangat mendalam maknanya.

Memulakan sedikit perkongsian ilmu ringkas pada hari pertama Ramadhan 1436H ini, marilah kita mentadabur kandungan ayat-ayat suci pada juz yang pertama.

Dalam juz yang pertama terdapat dua surah iaitu surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Dalam surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat sudah melengkapi kesemua cabang kehidupan manusia dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

Penumpuan utama dalam surah ini menjurus kepada pemasakan akidah agar sentiasa berada dalam hidayah Allah dan mesti berlepas diri daripada anutan sesat dan jahiliah.

Sementara dalam surah Al-Baqarah yang mempunyai 286 ayat dan pada juz pertama hanya sampai kepada ayat 141 sahaja telah memaparkan beberapa keutamaan dalam kehidupan manusia seperti menjauhi sikap menipu Allah dan suka menjadi golongan yang membeli kesesatan lebih daripada mencari petunjuk.

Setelah itu Allah mengarahkan manusia agar menyembah-Nya dengan berpandukan petunjuk Al-Quran yang tiada ragu-ragu dan menjalankan kewajipan sebagai khalifah di atas muka bumi dengan penuh amanah.

Dalam juz ini juga dinyatakan kisah Nabi Musa yang berhadapan dengan Firaun akan tetapi Nabi Musa diselamatkan serta diberi kemenangan hasil dari pegangan yang kukuh terhadap Al-Kitab yang diturunkan oleh Allah kepadanya.

Pertentangan antara hak dan batil ini berterusan apabila golongan Yahudi dan Nasrani meneruskan penentangan terhadap umat Islam.

Mereka sesekali tidak akan redha dengan apa yang diperbuat oleh umat Islam khasnya dalam mendirikan agama kerana mereka bimbang dunia ini akan dikuasai oleh umat Islam.

Oleh yang demikian, pelbagai serangan dan ancaman sentiasa dihadapkan kepada umat Islam sejak sekian lama sehingga hari ini.

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

USTAZ DATUK HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim

Sumber HD - 18-6-2015

DAP punca sebenar masalah
Posted on Thursday, June 18 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA KRAI 17 Jun - Pas mendakwa DAP merupakan punca sebenar krisis politik yang berlaku hari ini sehingga menyebabkan pakatan pembangkang berpecah.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, masalah bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak sebelum turut memulakan sengketa dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"DAP yang menjadi penyebab bermulanya masalah. Mereka memutuskan hubungan dengan Pas di Sarawak, kemudian di Sabah dan kemudiannya dengan Presiden Pas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir 'Desa Darul Ehsan' yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Simpang Tiga Manek Urai, di sini hari ini.

Semalam, DAP me­ngumumkan ikatan politik pakatan pembangkang yang dimulakan pada 2008 sudah tidak lagi wujud berikutan tindakan Muktamar Pas baru-baru ini yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti itu.

Sementara itu, di Kota Bharu, Ahmad yang juga Menteri Besar ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memberitahu, konflik dalam pakatan pembangkang tidak menjejaskan hubungan Kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Hubungan ini sebaliknya bertambah erat. Perkara ini tidak patut berbangkit kerana hubungan kita adalah antara kerajaan dengan kerajaan, malah kita juga bercadang untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dalam tujuh perkara," katanya.


Mengenai hubungan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, Ahmad yang enggan mengulas lanjut hanya berkata, pihaknya kini mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sumber HD - 18-6-20215

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Posted on Tuesday, June 16 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



بسم الله الرحمن الرحيم
    
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

    
Maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan tentang petunjuk serta membezakan antara yang benar dan yang salah.  (Al-Baqarah: 185)

Kedatangan Ramadhan setiap tahun adalah untuk membersihkan rohani manusia supaya menjadi manusia yang taat dan tidak lupa kepada Allah. Bila kita sentiasa mengingati Allah dan taat kepada segala perintahnya maka sudah tentu kita akan merancang hari-hari hadapan dengan memenuhi segala perintah Allah. Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa kepada sekalian umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran, Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran. Ramadhan juga dipilih oleh Allah SWT sebagai bulan terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kebangkitan Islam, seperti Perang Badar dan Fathu Makkah. Selain itu, keutamaan Ramadhan yang sangat penting kepada kita ialah kewajipan berpuasa dan tuntutan untuk merebut kelebihan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Al-Quran yang menjadi sumber perundangan kita yang diturunkan pada bulan Ramadhan mesti diutamakan dan sentiasa dibaca setiap hari. Antara sifat Al-Quran ialah  hudan linnas atau memberi petunjuk kepada manusia, maka kita kena merujuk dalam apa jua perkara yang kita lakukan kepada tuntutan Al-Quran ini. Kita mesti membina akidah yang sejahtera dan kuat dalam menghadapi cabaran Ghazwatul fikri yang dahsyat pada hari ini. Peningkatan amal ibadah juga mesti di jadikan agenda penting dengan menjaga roh puasa agar tidak sia-sia amalan yang dilakukan sepanjang kita berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ

Yang bermaksud : Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar sahaja.
(Riwayat Ibnu Majah)

Ramadhan juga adalah bulan tarbiyah, jihad, penghayatan Al-Quran dan bina tautan ukhuwwah. Justeru, untuk memastikan segala tuntutan Ramadhan tersebut dipenuhi, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada kita semua untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin. Perbanyakkanlah bersedekah, berkebajikan untuk mereka yang memerlukan, insya-Allah akan diperluaskan lagi rezeki kepada kita kerana setiap sumbangan yang diberikan tidak akan berkurangan bahkan sentiasa bertambah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
Maksudnya : Tidak akan berkurang sedikitpun setiap sedekah yang dikeluarkan daripada harta. (Riwayat Muslim)

Dalam menelusuri perjalanan ibadah  di sepanjang Bulan Ramadhan nanti, suatu perkara yang tidak harus kita lupakan ialah penghayatan ibadah puasa sebagai suatu konsep pengabdian yang menyeluruh kepada Allah. Untuk mencapai maksud tersebut, ibadah puasa tidak sewajarnya dilihat daripada sudut luaran sahaja, iaitu sekadar menahan diri daripada makan dan minum, bersahur sera berterawih. Sebaliknya penghayatan Ramadhan mesti diolah lebih daripada itu dengan turut menghayati penderitaan saudara kita yang lain serta membantu kesusahan yang dialami oleh mereka seumpama saudara kita di Rohingya yang dizalimi, umat Islam di yaman, di Syiria yang diperangi termasuklah penderitaan di Palestin yang tidak berkesudahan. Wajib kita membantu mereka dengan keupayaan yang kita ada dan khususnya di bulan Ramadhan ini, maka sumbangan kita terhadap mereka hendaklah juga dipertingkatkan.

Semoga Ramadhan 1436H memberi kelapangan dan kemenangan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada rakyat di negeri Kelantan ini dalam membangunkan agenda Islam dan kebajikan. Saya berdoa agar Allah memberkati kerajaan negeri dalam mendasari Merakyatkan Membangun Bersama Islam sehingga Kelantan Darulnaim lahir sebagai Baldah Toyyibah dan Allah SWT merahmati serta mengampuni sekalian penduduknya.

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BAGI TAHUN 1436 HIJRIYAH”

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim
28 Syaaban 1436H/15 Jun 2015M

Sumber TKO - 16-6-2015 

Hadi fikir panjang hubungan PAS, DAP, kata MB Kelantan
Posted on Saturday, May 23 @ 19:54:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.


"Dia (Hadi) memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.

"Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)," kata menteri besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih 2 bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.

Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.

Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan negara.

"Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama ada Cina atau India... Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan perlembagaan," katanya.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu, bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Kelantan.


Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. - Bernama

Sumber TKO - 24-5-2015


QARI KELANTAN MENJUARAI MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

26.Apr - Saya rakamkan ucapan tahniah kepada Qari dari Kelantan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang telah berjaya menempatkan diri sebagai johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58 yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur.

Harapan saya agar lebih ramai generasi Quranik yang lahir dibumi Serambi Mekah ini yang mahir dengan pelbagai cabang ilmu Al-Quran. Pihak Kerajaan Negeri tela...h berusaha sejak sekian lama dengan menubuhkan sekolah-sekolah Tahfiz dan Tahfiz Sains di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan bagi tujuan tersebut. Penghargaan juga kepada adik Wan Mohd Rafiq Wan Roslan yang berjaya mewakili negara Malaysia ke pertandingan hafazan peringkat antarabangsa di Mesir baru-baru ini. Suatu kejayaan yang sangat membanggakan negeri ini.


USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Sumber USPKK - 26-4-2015

























Setpol baru MB guna pengalaman di Yik

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Wan Ruslan Wan Hamat,49 menggunakan pengalamannya sebagai pegawai di Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi meneruskan tugas baru sebagai Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar.

Sebelum ini bermula 16 Disember 2013 beliau dipinjamkan ke Menteri Besar sebagai Pegawai Khas.

Mulai mengajar di sekolah Yik pada 1994 selepas mendapat Diploma Pendidikan di UIAM. Sekolah pertama Maahad Pengajian Islam.

Pada 1995 dilantik sebagai Guru Besar di SMU (Arab) Taqadum Maarif. Selepas berjaya menjulang sekolah berkenaan pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 1997 ditukar sebagai Penolong Kanan di Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan pada 1999 dilantik sebagai Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki menggantikan Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik kepada arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kemudian pada 2004 dipindah ke Pejabat Yik di Nilam Puri sebagai Penolong Pengarah Kenaziran. Jawatan terakhir sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan Guru.

Wan Ruslan dilantik sebagai Setpol menggantikan Dr Wan Nik Wan Yussof yang ditukar ke Pusat Kajian Strategik sebagai pengarah.

Beliau dilahirkan di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (SMU)(Arab) Nurul Huda dan Mahaad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.

Kemudian melanjut pengajian dalam bidang Usuluddin dan minor Sains Politik di Universiti Malaya.

Wan Ruslan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, sekarang dilantik bendahari PAS Tumpat. Pernah menerajui Markas Siswazah Kelantan pada 2001-2003.

Sementara itu awal tahun ini kerajaan negeri juga melantik tiga Penyelia Dun baru iaitu Suhaimi Mat Deris (Dun Galas), Ramlan Mat (Kuala Balah) dan Mohamad Deraman (Pengkalan Kubor). - HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015


GST: Rakyat susah, miskin semakin derita

























      HARAKAHDAILY | .









KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bimbang dengan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berlegar dalam kalangan rakyat yang kaya sahaja.

Beliau melahirkan kebimbangan itu kerana kutipan GST menyebabkan rakyat yang miskin menjadi semakin derita.

Ini, katanya kerana GST yang mula dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 April lalu adalah satu bentuk kezaliman terhadap rakyat yang sememangnya sudah menanggung kesusahan hidup.

"Rakyat miskin menjadi menderita," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok di sini, malam ini.

Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengimami solat Maghrib, diikuti dengan solat hajat yang dipimpinan oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Menurutnya lagi, perubahan dapat dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini selepas GST dilaksanakan apabila para pengunjung ke pusat membeli belah semakin berkurangan.


Selain itu, katanya kanak-kanak sekolah juga memerlukan duit perbelanjaan harian lebih daripada biasa kerana GST.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berucap selepas itu.

Hujan mulai turun kira-kira jam 8.20 malam menyebabkan solat Isyak secara berjemaah tidak dapat dilakukan di padang itu.

Pengisian himpunan itu bagi sesi sebelah petang diakhiri dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY 11/4/2015






Sumber HD - 11-4-2015


MB Kelantan rakam takziah tragedi helikopter terhempas

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa helikopter terhempas di Semenyih petang tadi termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

"Saya diberitakan sebuah helikopter telah terhempas di Semenyih petang tadi dan kesemua penumpang telah terkorban.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Parlimen Rompin, keluarga Allahyarham Ketua Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia dan seluruh keluarga empat orang penumpang yang lain," ujarnya menerusi facebook, malam ini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua keluarga mangsa dapat bersabar atas ujian yang menimpa itu.

Katanya, kepada keluarga mangsa yang beragama Islam, berdoalah agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempat bersama para solehin. - HARAKAHDAILY 4/4/2015


Sumber HD - 4-4-2015

Kenyataan beri imej tidak baik kepada usaha Kelantan

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


SAYA ingin membuat sedikit respons berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider dalam portalnya pada 25 Mac 2015 yang melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam persidangannya pada 11 Mac 2015 telah menolak cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Kenyataan ini telah memberi imej yang tidak baik kepada usaha Kerajaan Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2015 pada 19 Mac 2015 yang lepas.

Pada hakikatnya, tiada sebarang dokumen sebagaimana yang didakwa telah dikemukakan kepada Majlis tersebut bagi mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Saya sendiri yang hadir dalam mesyuarat tersebut tidak menemui kenyataan yang didakwa itu.

Maka laporan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta 355 yang perlu dipinda Kerajaan Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud adalah tidak benar dan berniat tidak baik.

Utamakan kesahihan serta ketepatan maklumat sebelum melapor nanti terpalit kesalahan kepada diri sendiri.

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Sumber HD - 27-3-2015






























MB Kelantan rakam takziah mendiang Kuan Yew

| .

 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Lee Kuan Yew di atas kematian pengasas Republik Singapura itu.

Katanya mendiang mentadbir Singapura selama 31 tahun dengan mencetus pelbagai idea kritis sehingga menjadikan Singapura sebuah negara maju yang dinamik.

"Sudah tentu rakyat Singapura turut merasai kehilangan ini di atas jasa beliau dalam membangunkan negara republik tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau hadir menandatangani buku takziah di atas kematian mendiang Lee Kuan Yew di Kedutaan Besar Singapura, Kuala Lumpur pagi tadi.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun, di Hospital Besar Singapura pada awal pagi Isnin lepas. - HARAKAHDAILY 26/3/2015


Sumber HD - 26-3-2015
































MB Kelantan Yang Anda Patut Kenali

Posted on Friday, March 20 @ 05:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menjadi kebiasanya menaiki basikal ke Masjid. Jenis rendah diri dan bertegur sapa.

Jika tiada yang mencari aibnya sudah pasti dia sangat terkenal pasal dia menghampiri sifat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak sia-sia TGNA nak dia ganti beliau walaupun pada masa itu ada anak didiknya 10 tahun.

Kalau media massa tidak memainkan peranan menyerang beliau nama beliau pasti tersohor. Tapi itu bukan kehendak beliau.

MB Kelantan dan hudud adalah agenda perjuangannya yang akan dibawa mengadap Allah bila beliau tidak ada di dunia ini lagi.

Saya doakan supaya saya adalah orang menyokongnya dan saya rasa saya boleh berbangga dihadapan Allah atas saya bersama beliau dengan hudud. 

Sumber TKO = 20-3-2015

MB Kelantan lepas jawatan pemangku Ketua Ulamak PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melepaskan jawatan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau yang dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menyatakan demikian menerusi facebook, sebagaimana di bawah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya ditanya oleh banyak pihak tentang perlantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia. Dengan serba kekurangan yang ada pada diri ini dan diatas tanggungjawab parti, saya menerima perlantikan tersebut dengan penuh rendah diri.

Sememangnya saya bukan yang terbaik untuk amanah jawatan tersebut dan saya mengharapkan sebagaimana harapan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq apabila menerima jawatan:

قد وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني

"Sesungguhnya aku dilantik memimpin kamu dan aku bukanlah yang terbaik daripada kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan yang baik bantulah aku dan sekiranya aku tersalah perkiraan maka perbetullah diriku".

Di atas amanah perlantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am ini, maka dengan penuh hormat, saya melepaskan jawatan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Saya sangat berterima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu sepanjang saya mengemudi Dewan Ulamak PAS Pusat sebelum ini. Jazakumullah Khairal Jaza'. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015


KUNJUNG HORMAT KEPADA PM TANGGUNGJAWAB SAYA - MB


YAB DS MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK MENERIMA KUNJUNGAN YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34028-kunjung-hormat-kepada-pm-tanggungjawab-saya-mb

Sumber HD - 24-2-2015


SELAMAT TAHUN BARU CINA SEMOGA LEBIH BERMAKNA - MB KELANTAN


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33939-selamat-tahun-baru-cina-semoga-lebih-bermakna

Sumber HD - 18-2-2015


MB KELANTAN AKUI SUNYI SELEPAS TUAN GURU TIADA - DUAY



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33914-mb-kelantan-akui-sunyi-selepas-tuan-guru-tiada

Sumber HD - 17-2-2015


BERSEMADILAH DENGAN TENANG WAHAI MURABBI UMMAH - DUAY



YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB TERIMA TUGAS DARIPADA TG NIK AZIZ (AL MARHUM)

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33864-bersemadilah-dengan-tenang-wahai-murabbi-ummah

Sumber HD - 14-2-2015

No comments:

Post a Comment