BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, June 12, 2018

TIMBALAN PRESIDEN PAS : YB DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN (JILID 3)


a

Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad
LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berhubung arahan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar di ibu kota, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mengutamakan penutupan kedai arak susulan kes pengambilan arak tiruan yang meragut 37 nyawa sehingga kini.

“Ramai yang masih menunggu pengumuman menteri wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup, selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini,” tulis Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Facebooknya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, 23 kematian itu direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak.

Katanya, 23 pesakit masih menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, dengan 8 daripadanya kritikal.

Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya menutup premis haram merosakkan seperti rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram yang terus berleluasa serta melakukan pelbagai kesalahan dan menimbulkan masalah sosial, alam sekitar dan institusi keluarga.

Katanya, kerajaan tidak sepatutnya menghukum pusat tahfiz lain disebabkan kes pengetua pusat tahfiz di Kepong yang didakwa meliwat 9 pelajarnya.

“Yang buat salah tu tangkaplah, ambillah tindakan. Tak ada siapa nak bela yang buat perlakuan tak senonoh tu. Hukumlah seberat hukuman.”

Beliau berkata, sebagai pemimpin Islam, idea menutup pusat tahfiz tidak berdaftar tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran Khalid.

“Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda yang berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran dan bukan mencari alasan untuk menutupnya.”

Semalam, Khalid mengumumkan DBKL akan menutup semua pusat tahfiz tidak berdaftar dan beroperasi secara haram, termasuk pusat tahfiz di Kepong, bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terjamin.

Beliau berkata, DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memantau semua pusat tahfiz di ibu kota.

Pengetua pusat tahfiz di Kepong yang beroperasi secara haram itu ditahan polis kerana dipercayai meliwat 9 pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu kemudiannya didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sumber MR - 26-9-2018



Melayu bersatu hadapi golongan liberal




PASIR MAS: Ketegasan PAS terhadap pelaksanaan dasar Islam di negara ini mula diterima baik Umno walaupun kedua-dua parti terbabit pernah bermusuh lebih 60 tahun.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang Islam perlu bersatu bagi berhadapan golongan seperti transgender dan liberal selepas kerajaan Pakatan Harapan dilihat memberi ruang.
"Prinsip kita adalah Islam dan Umno kena perbetulkan dasar mereka bersama Islam, malah silibus usrah pun mereka mengambil silibus usrah kita buat dalam kalangan ahli Umno.
"Umno juga menerima pemisahan antara lelaki dan perempuan dalam satu-satu majlis. Pimpinan mereka juga menganggap kerjasama sekarang satu pengajaran," katanya pada sesi soal jawab bersama pimpinan PAS (Dun) Chetok di Danau Tok Uban dekat sini hari ini.
Turut hadir pada majlis santai itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Chetok, Zuraidin Abdullah. - HARAKAHDAILY 30/8/2018

Sumber HD - 0-8-2018


Cukai minuman soda demi kesihatan rakyat?



DALAM mempertahankan cadangan mengenakan cukai pada minuman soda, pimpinan Pakatan Harapan telah berhujah bahawa ia adalah demi kesihatan rakyat.

Malah, ada pimpinan mereka yang turut mengutarakan hujah seperti golongan B40 tidak perlu minum Cola-cola sebagai langkah membendung kemarahan kononnya cukai ini tidak akan terkena pada mereka.

Kesemua hujah-hujah yang diberikan oleh pimpinan PH sekarang sudah setaraf di zaman BN di mana rakyat terasa intelek mereka sedang dihina.

Selepas termansuhnya GST, semua rakyat memahami bahawa Pakatan Harapan perlu mencari alternatif mendapatkan pendapatan yang hilang daripada GST. Atas sebab itu, kita dapat melihat mengapa Tabung Harapan menerima sumbangan yang agak banyak.

Sebab itu, selain SST yang bakal dilaksana 1 September ini, cukai terhadap minuman soda pula dicanangkan. Asasnya adalah untuk mencari pendapatan untuk menampung kehilangan GST, tapi sedihya ia dicanangkan dengan hujah tidak masuk akal terutamanya atas alasan kesihatan kerana pada masa yang sama kerajaan bakal menurunkan harga gula.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh menggantikan cukai minuman soda demi kesihatan dan kesihatan sosial rakyat secara amnya yang boleh diterima dengan hati terbuka.

Pertama, kerajaan Pakatan Harapan boleh menaikkan lagi cukai rokok dan arak.

Kedua, kerajaan juga boleh memansuhkan kategori bebas cukai terhadap arak dan rokok di zon bebas cukai di seluruh negara.

Ketiga, kerajaan juga boleh menaikkan cukai judi kepada semua kedai nombor empat ekor agar tiket perjudian menjadi mahal dan tidak setimpal dengan hadiah yang diberikan.

Bukankah faktor kesihatan dan kesihatan sosial lebih relevan untuk ketiga-tiga contoh di atas yang bersifat tabiat tidak sihat dan haram di sisi Islam berbanding cukai terhadap minuman soda, yang asasnya bukan satu masalah sosial dan punca masalah kesihatan secara amnya?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
29 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 29-8-018


Seri Setia gelombang kebangkitan rakyat




PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dun Seri Setia akan menjadi permulaan dalam membina satu gelombang kebangkitan rakyat di Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama seliruh petugas supaya menjaga peraturan menghadapi pilihan raya secara tertib, aman dan jangan timbulkan provokasi tidak baik, supaya rakyat akan menilai serta memberi kemenangan kepada calon PAS.

“Seluruh gerak kerja kempen pilihan raya mesti mengikuti arahan parti dan dalam suasana media yang terbuka, rujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber yang diiktiraf oleh parti,” ujarnya ketika berucap selepas selesai proses penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Turut memberi ucapan ialah Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Beliau juga berterima kasih di atas sokongan dan komitmen daripada semua pihak, serta mengalu-alukan sokongan daripada Umno yang bertungkus lumus ingin melihat kemenangan calon PAS dalam PRK Dun Seri Setia kali ini. – HARAKAHDAILY 18/8/2018

Sumber HD - 18-8-2018

Pembangkang kuat tambah baik k'jaan PH


SEBUAH kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang yang kuat.

Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong, PAS akan berkempen untuk menarik rakyat untuk menguatkan barisan pembangkang di Selangor demi kesuburan demokrasi dan juga menambah suara semak dan imbang di Dun Selangor yang dikuasai 90 peratus oleh PH.

Oleh itu, kekalahan PH di dua PRK bakal menjadi pemangkin kepadanya untuk berusaha melaksanakan manifestonya tanpa leka, dan yang untung pada akhirnya ialah rakyat Malaysia dan negara.

PAS juga mengalu-alukan pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan telah terlebih menabur janji untuk memenangi pilihan raya dan mengaku bahawa PH hanya sekadar berjaya menunaikan 21 daripada 60 janji manifestonya (35 peratus) di dalam pencapaian 100 hari.

Ini adalah satu permulaan yang baik kepada politik baru yang bersifat lebih jujur dan rendah diri dalam menghadapi kegagalan dan kelemahan sendiri daripada sikap suka menegakkan benang yang basah seperti yang diamalkan kerajaan yang lalu.

Meskipun di dalam konteks pelaksanaan 100 hari, PH hanya sekadar mampu menunaikan 3 daripada 10 janjinya kepada rakyat, PAS percaya jika PH ikhlas dan tekad untuk menunaikan janjinya, kesemua janji akan dapat melaksanakannya meskipun ada perkara di dalam manifesto PH yang PAS tetap tidak bersetuju.

PAS tidak pernah mengharapkan PH gagal menunaikan janji-janjinya kerana kegagalan itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat dan juga negara. PH memerlukan pembangkang yang kuat bagi memastikan mereka tidak leka daripada menunaikan janji mereka kepada rakyat.

Sebagai pembangkang, PAS perlu memainkan peranannya sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, menyokong bilamana agendanya baik kepada rakyat dan Islam, membantah bilamana ia tidak dan memberikan kritikan supaya ia dapat berubah sebelum terlambat.

Diharap demokrasi negara akan menjadi matang sekiranya semua parti politik dapat saling menasihati dan mengkritik bukan untuk menjahanamkan pihak lain tapi demi membawa yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Kepada para pengundi Seri Setia dan Balakong, berilah undi untuk menguatkan pembangkang di PRK Seri Setia dan Balakong dan insya Allah seluruh rakyat akan mendapat manfaat daripada keputusan itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
18 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 18/8/2018

Sumber HD - 18-8-2018

Titik perubahan bakal bermula di PRK Seri Setia



PETALING JAYA: PRK N.32 Dun Seri Setia perlu menjadi titik tolak perubahan dalam Dun Selangor dengan menambah suara pembangkang yang akan menegur kerajaan, demikian seru Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya juga, ia merupakan peristiwa bersejarah kerana kebangkitan baharu rakyat khususnya di Selangor akan dilihat setelah hampirnya 100 hari pemerintahan kerajaan baharu PH, yang ditakdir Allah S.W.T berlaku tiga kali PRK berturut-turut di negeri itu.

Jelas beliau, perkembangan mutakhir memperlihatkan bahawa rakyat ingin melihat sesuatu dengan harapan-harapan besar diberi kepada mereka setelah berlaku perubahan kerajaan, tumbangnya BN yang memerintah lebih daripada 60 tahun.

"Terutama dua isu besar yang melanda, pertama isu 1MDB yang mengambil sokongan hampir separuh daripada golongan pertengahan dan golongan atasan, ahli-ahli akademik, golongan cendekiawan. Manakala separuh lagi diambil dengan isu bebanan kos hidup iaitu isu GST.

"Kerajaan PH membuat janji kepada rakyat 10 janji utama yang akan diselesaikan dalam masa 100 hari. Perkara pertama yang mengejutkan rakyat bila diisytiharkan negara berhutang hampir lebih daripada RM1 trillion yang menjadi alasan kukuh bagi PH untuk tidak melaksanakan manifesto.

"Laporan Audit yang baru dibentangkan di peringkat Parlimen mengesahkan bahawa hutang sebenar kerajaan hanyalah RM686 juta sahaja, bukan RM1 trillion sebagaimana yang didakwa," bidasnya pada ceramah di Desa Mentari, di sini semalam.

Terang beliau, hal itu bermakna PH memasukkan berapa item yang bukan dalam mekanisma biasa pengiraan hutang negara bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya hutang negara sangat besar dan banyak hingga tidak boleh dikawal.

Sehubungan dengan itulah menurutnya, PH melancarkan Tabung Harapan yang mendesak dan minta rakyat secara sukarela memberi sumbangan untuk tolong bayar hutang negara, sedangkan ia memakan diri apabila para pelabur-hilang keyakinan terhadap keduduk kewangan Malaysia.

Tempelaknya, tidak ada negara di dunia yang mempunyai banyak hutang hingga terpaksa melancarkan tabung derma untuk tolong negara sebagaimana dilaksanakan PH itu.

"PAS kita mengambil alih Kelantan dengan hutang yang sangat banyak. Walaupun Kelantan menubuhkan Tabung Serambi Makkah, tapi bukan untuk tolong kerajaan negeri, sebaliknya untuk tolong rakyat yang susah.

"Akibat daripada itu, hutang itu disebut berkali-kali dalam Parlimen. Mereka cuba meyakinkan bahawa hutang sebanyak RM686 bilion itu merupakan suatu angka yang perlu diterima oleh seluruh rakyat," ujarnya yang juga menyatakan hal itu menjadi alasan untuk PH tidak laksanakan 10 Janji 100 Hari.

Beliau turut memaklumkan betapa segala siasatan dan tangkapan, serta pembatalan projek-projek dahulu dilakukan PH dengan alasan yang tidak logik dan tidak munasabah walaupun diakui berlaku salah guna dalam urus tadbir.

Beliau merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara, Akta Anti Berita Palsu dan seumpamanya yang kini sedang diusaha untuk dilupuskan PH dengan alasan berkaitan.

"Saya sebut bahawa kalau ini masalahnya, kerajaan baharu tidak perlu mengubah semua benda, tetapi membetulkan yang tak betul. Kalau dulu kerajaan salah guna, maka kerajaan baru mesti betulkan matlamat dia supaya tidak perlu membubar.

"Sebab implikasi membubar sesuatu jabatan melibatkan kos kakitangan yang besar. Dan kita tahu bagaimana untuk menukar sistem daripada GST kepada SST sahaja dia menelan belanja hampir dekat RM200 juta pengurusan, latihan, kemahiran, dan sebagainya.

"Sebab itu bagi kita, kita melihat ini di antara kaedah pelaksanaan janji-janji dalam manifesto yang tak boleh ditunaikan. Rakyat mesti menunjukkan, menghantar isyarat terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.

"PRK Seri Setia ini betul-betul menjadi peluang kepada rakyat Selangor khususnya untuk menghantar satu isyarat terhadap penerimaan pengundi-pengundi dengan apa yang dijanji oleh PH," ujarnya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap sokongan dibuat oleh semua pihak dan merakamkan penghargaan kerana Umno sedia memberi laluan serta menurunkan jentera membantu PAS.

Malah kata Tuan Ibrahim, PAS menerima semua pihak termasuk daripada PKR, DAP atau daripada PAN sekalipun yang mahu bersama-sama untuk menolong PAS dalam PRK kali ini setelah ramai mengatakan kekecewaan dan mahu memberi komitmen untuk menyokong PAS. - HARAKAHDAILY 16/8/2018

Sumber HD - 16-8-2018

Jangan ikut langkah BN



PAS kesal Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengikut jejak langkah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.

Di era kerajaan lalu (BN), pembangkang mengkritik tindakan Kerajaan BN melantik Duta khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Rakyat dimaklumkan kerajaan tidak mampu laksanakan Janji 100 Hari dan pembatalan pelbagai projek yang memberi impak besar kepada kepentingan rakyat disebabkan ketiadaan kewangan.

Namun, dalam ketiadaan wang untuk rakyat, pelbagai tindakan kerajaan seperti mengadakan semula Formula 1, Kereta Nasional dan kini pelantikan Duta Khas ke China menyebabkan rakyat terasa dipermainkan.

Jangan ulangi kesilapan BN yang suka memutar belit fakta dan menipu rakyat.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
14 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018

Hanipa jangan hanya tahu jawab di Facebook

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati menteri dan timbalan menteri untuk memperbanyakkan masa berada dalam Dewan Rakyat bagi mendengar perbahasan. 
Katanya, jika lebih banyak masa dalam parlimen maka menteri dan timbalan akan tahu apa yang dibahaskan oleh anggota dewan. 
Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maiden yang dikatakan tidak menjawab mengikut apa yang dibahaskan ahli parlimen. 
“Saya tengok komen Hanipa menggambarkan seolah-olah dia tak dengar apa yang dibahaskan oleh ahli parlimen PAS selama ini,” ujarnya semasa sesi soal jawab pagi ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi juga turut menempelak Hanipa dengan isu yang sama. 
"Timbalan menteri tak perlu jawab di Facebook, tapi jawab di parlimen," kata beliau.
Beliau turut menyatakan kesediaan ahli parlimen PAS dan pembangkang untuk berbahas dalam parlimen. 
"Kita bersedia untuk membahaskan apa sahaja isu bukan sahaja aurat dalam parlimen," tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber hD - 3-8-2018 









PAS terima baik tubuh JK Tertinggi Hal Ehwal Islam

PAS menerima baik serta mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan. 
PAS yakin penubuhan Jawatankuasa ini menzahirkan hasrat dan niat murni Baginda Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama Islam ke arah mempertingkatkan kedudukan Institusi-institusi yang berkaitan dengan Agama Islam di Malaysia, termasuklah Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah yang amat perlu diperkasakan dalam semua aspek. 
PAS turut percaya Jawatankuasa ini akan mengambil segala inisiatif termasuk mengadakan konsultasi dan ‘engagement’ dengan semua pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk PAS, bagi merumuskan suatu formula terbaik sekali gus mengembalikan kedudukan Islam di tempatnya yang sewajarnya selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Negara. 
PAS seterusnya berharap agar Jawatankuasa ini akan benar-benar dapat berperanan dengan sebaik-baiknya. 
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Bertarikh: 17 Zulkaedah 1439 / 30 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 30/7/2018
Sumber HD - 30-7-2018 










Nasihat dan peringatan PAS kepada PH

SAYA ingin menarik perhatian kita semua kepada satu surat daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dihantar kepada Malik bin Haris atsar, satu nasihat yang sangat berguna untuk kita semua. Walaupun surat ini bertarikh 655 Hijrah, panjang, tapi saya akan petik beberapa point yang penting.  
Yang pertama Saidina Ali menasihati pegawai Gabenornya, jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan merasa megah atau sombong, ingatlah kuasa keagungan yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap kekuasaan-Nya. Kekalkanlah keadilan dalam pentadbiran, dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai. Kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan.

Kamu boleh dapat orang yang lebih baik iaitu orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh, setidak dinodai oleh dosa. Dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya, atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Berhati-hati dalam memilih pegawai, sahkan jawatan mereka bila mana mereka telah menjalani ujian dan kelayakan.

Takutlah kamu kepada Allah. Apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar susah, dan tidak bermaya, dan kusut fikirannya, kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku dan sistem yang tidak memberi peluang kepada mereka. Akhirnya laksanakanlah keadilan secara sama rata, tanpa mengira sama ada seorang itu bersaudara dengan kamu ataupun tidak. Jika ada saudara mara dan kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang. Laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit bagi kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan sebuah negara.

Kami mewakili saya, ingin menegaskan bahawa PAS kita bersedia menyokong apa-apa sahaja dasar Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak bercanggah dengan dasar Islam dan menguntungkan rakyat. Dan kami akan bersedia menentang kamu sekiranya bercanggah dengan agama dan merugikan rakyat. 
(Diucapkan Ahli Parlimen Kubang Kerian pada akhir perbahasan ucapan Titah DiRaja semasa Sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam) - HARAKAHDAILY 20/7/2018
Sumber HD - 20-7-2018 











Tunai segera janji hapus hutang peneroka Felda

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menunaikan segera janji menghapuskan hutang peneroka Felda sebagaimana tempoh 100 hari yang telah diberikan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. 
Gesaan itu dinyatakan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dalam ucapan sulung semasa membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, petang ini.
Beliau turut membangkitkan aduan dari peneroka Felda yang menanam dengan Felda berdepan masalah bayaran sara hidup sebanyak RM1,200 sebulan yang tidak dibayar kepada peneroka yang tidak punya hasil sebagaimana sebelum ini. 
"Tuan Yang Dipertua, pada tahun 2017 satu konsortium telah ditubuhkan sebuah syarikat Sinergy Perdana Sendirian Berhad yang menggabungkan tiga agensi Felda, Felcra dan Risda telah pun mendirikan sebuah kilang bagi mengeluarkan baja yang menelan kos sebanyak RM47 juta,” ujarnya yang juga Timbalan Presiden PAS. 
Katanya, semua agensi Felda, Felcra dan Risda memerlukan sebanyak 420,000 tan setahun, justeru itu beliau menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan sejauh mana kilang itu berjaya mencapai matlamat dan kemampuan sebenar pengeluaran baja yang mampu dikeluarkan oleh syarikat tersebut. 
"Saya juga ingin menarik soal membetulkan semula Felda sebagaimana telah diasaskan oleh almarhum Tun Razak, Felda ditubuhkan untuk memberi peluang menjana ekonomi dalam kalangan rakyat yang tidak ada tanah. 
“Sayangnya kita dapati bahawa Felda telah lari daripada fungsi asalnya dengan jumlah hampir 360,000 hektar ladang Felda yang tidak dimasukkan lagi peneroka sebagaimana tujuan asal ia dibina," katanya. 
Beliau menyampaikan hasrat mahukan kerajaan baharu mengembalikan semula fungsi Felda dengan memasukkan peneroka-peneroka di tanah-tanah peneroka sejumlah 360,000 hektar kerana diyakini mampu menjana ekonomi rakyat miskin khususnya di kawasan luar bandar. – HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-20118 












Wanita anugerah terindah

SAYANG anak kecik dan muliakan orang tua
Jadi Allah Taala bagi istimewa kepada wanita dengan sebab-sebab demikian. Kemudian Nabi sebut dalam Hadis:
“Barangsiapa menggembirakan anak perempuan, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan diharamkan daripada menyentuh api neraka.”
Nabi sebut siapa-siapa menggembirakan anak perempuan, Nabi S.A.W bila jumpa anak kecik, Nabi akan usap kepala dia. Nabi ajar kita:
ليس منا من لم يرحم صغيرنا، ولم ويوقر كبيرنا
“Bukan golongan kami siapa-siapa tak sayang budak kecik, dan tidak muliakan orang tua.”
Asal sembahyang ini, asal sembahyang tak ada:
سمع الله لمن حمده
Asal sembahyang, semua pergerakan dipanggil Takbir Intiqalat, pindah satu rukun ke satu rukun itu dengan takbir, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Bila mari (سمع الله لمن حمده) ini? (سمع الله لمن حمده) ini berlaku di Madinah dan berlaku waktu Subuh.
Subuh itu kebetulan Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A dia lambat sikit, dia lambat pergi masjid, dia lambat jaga. Bangun-bangun terus ambil air sembahyang, tukar pakaian, terus pergi. Berjalan lorat-lorat-lorat nak pergi masjid.
Kebetulan lorong nak pergi masjid itu daripada rumah dia lorong sempit saja. Lorong sempit, serupa rumah kitalah, celah-celah rumah, lalu ikut celah-celah atap rumah orang. Jadi Saidina Abu Bakar ini bila lorat-lorat ada orang tua. Orang tua ini berjalan koho (perlahan) dengan tongkat dia. Abu Bakar dia lambat. Serupa kitalah, bila nak cepat jumpa buldozerlah atas jalan, JCB rosaklah, orang bawa kereta lambatlah, kan? Bila kita lorat, jumpa macam-macam.
Dia ini orang tua jalan koho. Saidina Abu Bakar ini nak potong orang tua itu teringat Nabi oyak (beritahu), Nabi kata bukan golongan kami, bukan umat kami siapa tak hormat ke orang tua, dan tidak sayang budak-budak.
Abu Bakar pun ikut. Ikut orang tua ini. Sampai depan masjid, orang tua ini straight pergi. Abu Bakar kata hai pak cik, nak pergi mana? Marilah masuk sembahyang, Nabi tengah sembahyang ini. Jawab orang tua itu, sembahyang apa aku ini Yahudi. Rupanya orang tua itu orang Yahudi. Di Madinah masa itu ramai orang Yahudi. Tak kenal, dia pakai serban serupa kita juga, pakai jubah serupa kita juga, sama saja. Rupanya orang itu Yahudi.
Saidina Abu Bakar masuk, masuk-masuk sedang molek, Allahuakbar. Nabi tengah sembahyang, masbuklah, masbuk. Allahuakbar, Nabi pun rukuk. Lalu Saidina Abu Bakar pun terus rukuk. Dalam rukuk dia Saidina Abu Bakar kata apa dia? Alhamdulillah, alhamdulillah. Dia tak kata (سبحان ربي العظيم), tak, dia sebut alhamdulillah. Pasal apa alhamdulillah? Kerana dan (sempat) rukuk bersama Nabi dapat satu rakaat bersama dengan Nabi S.A.W.
Tiba-tiba sahaja Nabi jadi imam, Nabi iktidal, tiba-tiba kali pertama (سمع الله لمن حمده). Asal Allahuakbar. Lepas sembahyang, Sahabat tanya Nabi, ya Rasulullah, kami dengar mu kata (سمع الله لمن حمده). Nabi kata ya, tengah kita sembahyang tadi, Nabi beritahu kepada para Sahabat, tengah kita sembahyang tadi, masuklah seorang Sahabat di belakang, kerana dia dan (sempat) rukuk bersama-sama aku, kata Rasulullah, dalam rukuk dia menyebut alhamdulillah, aku dengar Allah jawab, (سمع الله لمن حمده).
Bermula Subuh itulah, sampai loni (sekarang) maka diucap (سمع الله لمن حمده). Ini kes dalil kerana hormat orang tua, maka mendapat kelebihan pujian daripada Allah S.W.T.
Abdullah ibnu Mas’ud R.A dibawa kepada Nabi S.A.W, Nabi usap kepala, Nabi kata siapa-siapa yang mengusap kepala budak kecik, Allah Taala akan ampun dosa dia sebanyak mana bilangan rambut budak itu. Lepas itu ustaz, kalau orang kepala botak guane (bagaimana) ustaz? Ini kiasan, kiasan. Sebanyak mana rambut atas kepala, kalau orang pakai tudung, pun tak apa, kita usap kepala. Nabi S.A.W usap kepala budak.
Dan kalau kita nak beramallah, nak ambil amalan, ambillah amalan ini. Budak ini kita jumpa dia, kita buat dua perkara, pertama usap kepala, yang kedua cium dahi dia. Anak kita keras hati ke, degil ke apa sebagainya, ambil amalan Nabi S.A.W.
Amalan Nabi ini, Nabi akan pun, Nabi akan cium dahi dia. Anak kita nak pergi sekolah pagi-pagi, mak nak pergi sekolah dah, mari-mari, salam. Ralit dah loni, zaman kita hari itu, zaman hamba kecik-kecik hari itu tak bersalam dengan ayah, bersalam raya saja. Itu pun kes nak duit. Tapi anak loni tak, anak loni nak pergi sekolah pun salam, nak pergi tubik (keluar) rumah pun salam, dan ralit. Kita buat begitu, salam, pergi salam, dia cium tangan kita, alhamdulillah. Dia tunai hak dia, apa hak kita kepada dia?
Anak dah tunai hak dia, salam, cium tangan kita. Kita? Kita ini usap kepala dia, cium dahi dia. Cuba buat. Kalau anak keras hati ke, degil ke, sebelum masuk tidur, hamba anak-anak nak tidur ini, dia mesti masuk bilik dulu. Salam, cium tangan, hamba cium dahi dia, masuk tidur. Anak ke, menantu ke nak balik, salam cium tangan, cium dahi dia, habis.
Orang putih dia amal. Amalan ini amalan Islam, tapi orang putih buat. Tengok filem-filem orang putih, filem orang putih masuk tidur bilik, masuk bilik anak dia nak tidur, dia cium pipi, apa semua, baru dia tidur. Kita tak, tidur, tidur, pukul 12 dah, tidur bila lagi? Kita perhambat anak tidur, itu anak tidur mimpi harimau, muka harimau serupa muka mak dia.
Dia teringat, dia. Rupanya betul, bila kita buat demikian, balik try-lah, nak tidur, kita masuk bilik anak usap kepala, cium dahi. Lima enam malam kita buat, kita nampak berubah. Berubah anak ini. Dia mula lembut hati dia, mula baik. Dia tak boleh keras lawan keras, tak boleh. Allah Taala buat anak ini:
إنما أموالكم وأولادكم فتنة
“Harta benda kamu, anak pinak kamu ini fitnah, (ujian besar Allah kepada kamu).”
Allah Taala jadikan Nabi Nuh isteri tak beriman. Allah jadikan Nabi Luth isteri dia tak nak beriman. Ada orang tak faham, dia kata lagu mana Nabi Nuh nikah dengan orang kafir? Tak, Nabi Nuh nikah dah dengan bini dia lama, sebelum jadi Rasul. Lepas Allah pilih jadi Rasul, isteri dia tak nak beriman. Maka pisahlah. Macam Saidina Abu Bakarlah, Abu Bakar nikah dengan bini dia, mak Aisyah, mak Asma’, tak beriman. Tak nak beriman.
Maka Abu Bakar ambil anak dia jaga Aisyah, Asma’, kemudian mak dia terus pisahlah sebab mak dia tak nak beriman. Satu hari mak Asma’ mari Madinah. Asma’ ini kesian mak dia mari. Dia tanya Nabi ya Rasulullah, bolehkah aku layan mak aku dan bolehkah aku bagi sesuatu kepada dia? Nabi kata layanlah mak kamu dengan sebaiknya dan berilah apa yang boleh kamu beri kepada dia. Makanan ke, hadiah ke, beri ke dia.
Islam mengajar kita mak tetap mak sampai kiamat. Sebab itu bila berlaku peristiwa-peristiwa begitu, kita tengok bagaimana Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu dia ada effect, dia ada kesan. Betul, kita buat, kita usap kepala, cium, anak akan berubah. Tapi kalau nak berubah cepat, balik malam ini, cium dahi tok lelaki, malam itu juga berubah. Tak percaya try.
Kelebihan kepada wanita
Dan satu lagi, barangsiapa yang membawa hadiah makanan kepada keluarga dia, maka pahalanya diberi oleh Allah S.W.T pahala sedekah dan mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki, dan barangsiapa menyukakan akan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
Ini kelebihan-kelebihan fadhilat. Dan banyaklah kalau kita tengok kelebihan yang Allah beri kepada wanita. Bahkan kalau kita tengok dalam apa pun, Allah Taala ini, kesukaan Nabi. Apakah kesukaan Rasulullah? Kesukaan Nabi pertama Nabi suka wangi-wangian. Nabi suka wangi-wangian. Yang kedua Nabi suka wanita. Nabi ini kalau jumpa orang perempuan, Nabi akan sangat menghormati orang perempuan. Dan kesukaan Rasulullah ialah meletakkan wanita, memuliakan wanita, hingga wanita ini mulia dengan Islam.
Sebelum Islam, wanita ini hina, jual pasar saja. Di zaman jahiliyah ada perkahwinan dipanggil perkahwinan, ada satu kaedah perkahwinan dia, bila tok lelaki (suami) dia mati, adik kepada tok lelaki itu akan pergi rumah, perkahwinan dengan warisan. Dia akan cabut baju dia, dia akan pekong baju itu pada mana-mana bini, bekas abang dia. Abang dia mati dah, dia pekong baju itu kena pada salah satu tubuh mana-mana isteri abang dia, semua bini abang dia .... Dia. Ini zaman jahiliyahlah.
Hat dia ada dah 20, tambah hat baru 20. 40, lepas itu? Juallah, jual pasarlah. Tiga sepuluh, empat sepuluh. Bila jadi mulia wanita ini? Mulia bila Allah Taala bangkitkan Nabi Muhammad S.A.W. Maka wajib laki-laki, wajib perempuan, orang lelaki wajib sembahyang, perempuan wajib sembahyang.
Orang laki-laki wajib puasa, perempuan wajib puasa. Orang laki-laki wajib zakat, sama dari segi tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Dan diberi kelebihan-kelebihan yang banyak oleh Allah S.W.T ke atas wanita-wanita yang mentaati perintah Allah dan berjihad memperjuangkan ugama Allah S.W.T, tambah-tambah zaman kita.
Dan Nabi sebut, kepada cabaran besar umat Nabi Muhammad ini dua:
فاتقوا الدنيا واتقوا النساء
Ada riwayat mengatakan ini ucapan terakhir wasiat, antara wasiat akhir Rasulullah S.A.W:
فاتقوا الدنيا واتقوا النساء
“Takutlah kamu akan fitnah dunia, dan takutlah kamu akan fitnah wanita.”
Sesungguhnya Bani Israil dilaknat oleh Allah melalui pintu perempuan. Musuh-musuh Islam nak rosakkan Islam, rosakkan melalui wanita mereka. Ada satu tulisan berhubung dengan gerakan Zionis. Kan ada 20 Protokol Zionis. Dalam strategi Zionis merosakkan generasi umat Islam, dia kata apa dia? Hantarlah wanita-wanita, anak-anak perempuan kamu untuk ditiduri oleh laki-laki Islam supaya rosak akhlak mereka. Itu.
Menggunakan wanita ini sebagai ejen untuk merosakkan. Banyak pun negara dunia ini persaingan kuasa besar dunia menggunakan wanita sebagai senjata. Senjata untuk dapat rahsia, senjata untuk menguasai. Dan kita harus tengok bagaimana wanita yang soleh, yang beriman dengan Allah menjadi ejen kepada perubahan Islam, membangunkan Islam, membangkitkan Islam.
Bisikannya didengari Allah
Pernah satu hari Saidina Umar al-Khattab R.A berjalan ke Madinah, tiba-tiba seorang perempuan mak cik tua mari, pegang jubah Saidina Umar tarik. Tarik jubah Saidina Umar, tarik, ya Umar, Allah, mu Ya Umar, aku kenalmu sejak kecik lagi Umar. Dulu mu orang tak panggil Umar, orang panggil Umair. Waktu Makkah, waktu kecik-kecik dulu, di Makkah dulu mu ini nakal ya Umar. Bila mu muda, orang takut ke mu. Mu masuk ke pasar, mu boleh ambil saja gapo (apa benda) mu nak, orang tak berani lawanmu.
Bila mu kemudian jadi orang yang paling hebat lawan Islam, hingga perit Islam nak bangkit di Makkah. Tiba-tiba Allah Taala beri hidayah kepadamu ya Umar. Mu masuk Islam. Bila mu masuk Islam ya Umar, Allah muliakan kamu dengan Islam ya Umar hingga orang Islam boleh sembahyang tepi Kaabah masa itu setelah kamu masuk Islam ya Umar.
Kemudian waktu hijrah, orang lain semua takut nak hijrah, tapi mu hijrah seorang diri, berani. Mu isytihar depan Kaabah nak hijrah ke Madinah. Hari ini, mu jadi Khalifah ya Umar. Hari ini mu jadi Khalifah ya Umar. Ittaqullah. Takutlah kamu kepada Allah ya Umar.
Mak cik ini pesan ke Saidina Umar, Ittaqullah, takutlah kepada Allah ya Umar. Bila dengar mak cik kata begitu, Kalau zaman sekarang panggil body guardlah, pengiring Saidina Umar ini heret mak cik perlahan-lahan, heret ke tepi. Lalu kata pengawal dia, mak cik, mak cik tahu tak mak cik kecek dengan siapa itu? Mak cik kecek dengan siapa itu? Umar dengar, Umar dengar pengawal dia tanya mak cik itu, mak cik kenal tak Umar? Bila Umar dengar dia kata, sebelum mu tanya mak cik ini kenal tak aku, aku nak tanya mu, mu kenal tak mak cik ini siapa? Mu tanya mak cik ini kenal tak aku, aku nak tanya mu, mu kenal tak mak cik ini siapa?
Kata pengawal dia, tak kenal. Lalu kata Umar, inilah mak cik yang bisikannya pun didengar oleh Allah S.W.T. Allah turun ayat Quran khas berhubung dengan masalah Zihar kerana mak cik ini. Inilah wanita yang bisikannya didengar oleh Allah S.W.T. Turun ayat Quran kerana perempuan ini. Dan dalam sejarah Islam, kita jumpa banyak kisah-kisah yang hebat berlaku daripada wanita-wanita yang hebat.
Cabaran pemikiran Liberal
Zaman sekarang kita berdepan dengan cabaran munculnya golongan pemikiran Liberal dalam masyarakat. Di Malaysia ini, bila bertukar kerajaan, nampak kumpulan Liberal lebih berani.
Banyak kenyataan-kenyataan dia buat secara terbuka, dan mula menghidupkan pemikiran Liberal. Pemikiran Liberal ini pemikiran yang bebas, pemikiran yang tak terikat dengan panduan ugama, tak terikat dengan al-Quran, tak terikat dengan Hadis Nabi S.A.W. Aliran pemikiran ini meletakkan manusia sama taraf. Dan kumpulan ini mula ditaja oleh kuasa besar dan mula hidup di Malaysia. Dah lama dah hidup di Indonesia, ada rangkaian dia, ada dana dia. Kumpulan inilah yang azan sembahyang Jumaat orang betina (perempuan) jadi imam, orang betina baca khutbah, campur aduk laki-laki perempuan, kita boleh tengok dalam Youtube.
Bang (azan) pun orang betina bang, dia kata kalau orang jantan (lelaki) boleh bang, apa salah orang betina bang? Kan Islam ini ugama yang adil. Dia bawa pemikiran dia kata, bagi kita sangka. Dulu zaman Nabi tak apalah, sebab orang jantan kerja orang betina tak kerja. Maka orang jantan dapat dua bahagian, orang betina satu bahagian sebab orang betina tak kerja zaman dulu. Ini dia bawa logik akal.
Dia kata zaman loni orang betina kerja. Maka bila orang betina kerja, harta pusaka kena bahagi sama banyak, dua sama dua. Se (satu) sama se. Na’uzubillah. Puak-puak ini dia mari guna logik akal membawa fikiran Liberal dalam masyarakat, akhirnya budak-budak muda, anak-anak kita terpengaruh. Anak-anak terpengaruh.
Sebab dia bagi logik akal. Kita kena faham kaedah syarak, kaedah Islam ajar kita, gapo pun akal kita tak letakkan lebih mengatasi Quranul Karim. Quran wahyu Allah, takkan hebat ilmu kita mengatasi Quran? Sebab itu cara kita memikir kena letak Quran itu depan. Akal kita kena ikut Quran. Jangan Quran letak belakang, Quran kena ikut akal kita, tak boleh.
Contoh, Israk Mikraj, logik ke tak logik? Tak logik, tak munasabah. Baik, kalau tak munasabah, berlaku ke tak? Quran sebut berlaku. Ini cara puak-puak itu memikir. Dalam Quran Allah sebut, ada Surah Israk. Makna Israk Mikraj berlaku. Tapi munasabah ke tak satu malam pergi sampai Makkah, lepas itu Masjid Aqsa, Mikraj ke langit, tak berlaku. Mustahil. Kalau pergi itu, tubuh ini hancur. Kalau kita berjalan selaju itu, hancur tubuh. Baik.
Lepas itu guane Israk Mikraj? Israk Mikraj ini berlaku dengan roh sahaja, bukan dengan jasad. Ini cara otak dia memikir. Roh sahaja, Nabi tidur, maka Nabi kita pun mimpi. Mimpilah, mimpi bawa pergi Israk Mikraj, kemudian mimpi. Tapi mimpi Nabi-lah. Tengok, tengok cara dia ajar.
Kalau mimpi, sebab apa ada orang tak percaya? Zaman Nabi sebab apa ada orang tak percaya? Sebab Israk Mikraj ini berlaku dengan roh dan jasad, bukan roh sahaja. Kalau roh sahaja, tak timbul ada orang tak percaya. Abu Lahab tak percaya, Abu Jahal tak percaya, ramai orang tak percaya masa itu. Sama juga dengan cerita Ashabul Fil:
تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ
(al-Fil: 4)
Burung Ababil bawa batu, lontar batu, hancur. Dia kata tak, yang dia bawa (طَيْرًا ) ini (طَيْرًا ) benda barang terbang. Dia kata maksud ini lalat, lalat bawa penyakit, penyakit Taun, kuman Taun menyebabkan tentera Abrahah mati kena kuman Taun. Ini cara dia merosakkan akal fikiran.
Rapat dengan anak
Yang kedua kita di kalangan Muslimat ini, kita kena, kita rapat dengan anak. Jangan jauh. Sebab itu Saidina Ali kata, bila anak itu umur 7 hingga 14, kita kena ajar adab. Adab masuk bilik air, adab jumpa cikgu, adab hormat guru, adab baca Quran, adab kecek dengan mak, adab kecek dengan ayah, adab kita sembahyang, adab kita berdoa, adab kita pegang Quran. Ajar kepada dia adab.
Bila umur dia masuk 14 hingga 21, kata Saidina Ali, mu jadikan anakmu sebagai saeng (kawan) mu, jadi sahabat. Buat pesaeng, boleh gurau, boleh duduk sekali, biar anak kita ada masalah cerita ke kita. Jangan dia ada masalah dia cerita ke saeng dia. Kalau kena saeng tak molek, punah. Kalau kena saeng juruh (baik), tak apalah, lagu mana kita nak kenal saeng anak kita? Saya tak tahu Ustaz, anak saya saeng dengan siapa. Saya kata tak akan tak kenal? Tak kenal Ustaz. Lagu mana nak buat?
Senang saja, sempena hari ulang tahun anak, buat majlis, royak ke anak, minggu depan hari lahir kakak, kita buat kenduri sikit, mak beli kek, masak sikit, panggil saeng-saeng. Suruh dia panggil saeng dia. Tujuannya kita nak kenal siapa saeng dia. Kita buat kenduri sempena hari lahir dia, biar dia potong kek. Sukalah, dia panggil saeng-saeng dia hat rapat dengan dia.
Lalu situlah kita kenal siapa saeng-saeng dengan anak kita. Kalau dia saeng dengan puak-puak LGBT, saeng dengan puak Liberal ini, punah. Ini loni ada hat teruk lagi, kumpulan Black Metal. Orang Kelantan kata Balik Meta. Kumpulan ini pijak Quran, kencing atas Quran, berzina atas Quran. Kumpulan ini dia bakar, bakar Bible, bakar Quran, dia anti ugama. Slogan dia, tuhan dah mati, Syaitan itu tuhan kita, ini puak-puak ini.
Sebab itu kalau kita tengok, ada seorang Sahabat Nabi, waktu berlaku perang dengan Rom, di zaman Saidina Umar al-Khattab, dia tertarik dengan wanita Rom. Kan wanita Rom terkenal dengan comel dia. Wanita ini pujuk dia, bercintalah, akhirnya murtad, keluar daripada Islam. Nikah dengan perempuan ini, keluar daripada Islam. Padahal dia hafal Quran.
Hingga setelah dia murtad, nauzubillah, maka dipujukkan oleh Sahabat-sahabat lain, pujuk dia untuk masuk Islam semula. Pujuk-pujuk, dia tak mahu dah. Dia terus dalam keadaan Kristian, hingga dilupus semua ayat yang dia baca, kecuali satu ayat. Ayat berhubung dengan Allah Taala larang:
"Jangan kamu kahwin wanita yang Musyrik walaupun kamu takjub kepada kecantikan dia."
(al-Baqarah: 221)
Hat ini dia ingat, hat lain dia tak ingat. Sebab itu anak-anak kita, anak-anak yang terlibat nauzubillah, yang terlibat dengan puak-puak dengan Black Metal ini, kes-kes murtad ini bukan kes yang kita anggap, eh dia. Banyak kes kalau kita baca dalam sejarah negara kita, Lina Joy, sebagai contoh. Ada seorang itu hat yang lepas iTM itu, hafal Surah Yasin, bercinta dengan perempuan, dengan laki-laki bukan Islam, akhirnya dipujuk-pujuk berjumpa-berjumpa-berjumpa, akhir nauzubillah mereka melakukan hubungan.
Bila mengandung, janji nak kahwin. Bila sampai empat bulan lebih, tak boleh nak kahwin. Maka mak dia, dia kata kalau nak juga bersama, masuk Kristian. Akhirnya murtad. Banyak gejala murtad berpunca daripada jatuh cinta dengan laki-laki, laki-laki bukan Islam. Sebab itu kalau kita baca gerakan-gerakan musuh Islam hingga dia sanggup buat apa sahaja untuk melemahkan kekuatan umat Islam.
Perlunya Muslimat berpolitik
Hari ini untuk penutup, hamba nak sebut bahawa perlunya Muslimat memahami bukan hanya reti dapur tapi reti juga tentang politik, faham juga suasana negara yang berlaku. Isu-isu yang berlaku dalam masyarakat, supaya kita tidak ditipu dengan suasana yang berlaku ini. InsyaAllah kita nak melahirkan Muslimat yang solehah, yang Mukminah, yang bertakwa kepada Allah Taala dan mampu menjadi perubah kepada....... masyarakat.
Bayangkan kalau kita boleh melahirkan, ikut statistik kadar kelahiran orang Melayu di Malaysia bagus, alhamdulillah. Lima orang, enam orang anak berbanding kaum lain.
Baru ini ada satu artikel, orang Cina mula melahirkan kebimbangan kerana orang Cina lambat kahwin. Kalau kahwin pun dia tak suka ada anak. Paling ramai pun dua orang anak. Orang Melayu ada lagi lima enam. Hamba tak ramai, lapan.
Kita bukan nak ramai, Nabi bangga dengan umat yang ramai, tapi Nabi kita nak supaya mereka kita didik lahirkan generasi-generasi yang soleh, yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
Dalam konteks demokrasi, undi orang laki-laki se sama dengan undi orang betina se juga. Dan di Malaysia, jumlah pengundi laki-laki dengan perempuan ini hampir-hampir sama banyak saja. Maka kerana itu kelemahan tempat-tempat lain kerana kelemahan duduk pada pendedahan maklumat pada di kalangan wanita.
Dulu kan orang betina ini duduk kartun tv saja. Duduk tengok Hindustan juga sampai jerit. Filem habis dah, jerit lagi. Loni, masing-masing ada handphone, hingga ada isteri, hingga ada suami dia kata, seronoknya kalau saya jadi handphone, awak pegang saya sokmo. Tapi tak apalah, apa pun kepada kita insyaAllah kita doa mudah-mudahan kelebihan yang tuhan beri kepada kita, kita guna ke tempat untuk mentaati perintah Allah dan memperjuangkan ugama Allah S.W.T insyaAllah. Sekadar itulah dulu untuk kali ini.
Tiga amalan
Untuk akhirnya nak tinggal sikit amalan. Almarhum Tok Guru Nik Aziz ini waktu jumpa hamba, dia kata pergi mana-mana ceramah, biar orang mari dengar ini boleh tiga perkara. Jadi hamba duduk pegang, dia kata biar orang mari dengar ceramah ini boleh tiga perkara, pertama boleh ilmu, yang kedua boleh faham benda-benda semasa, yang ketiga boleh bawa balik bekalan. Bekalan ini amalan.
Balik ini lepas dengar ceramah ini, ada bekal, kita boleh bawa balik, boleh makan bekal, boleh buat amalan. Jadi untuk akhirnya hamba nak sebut amalan yang boleh buat. Yang pertama, yang pertama tadi, cuba amallah, jumpa anak ke gapo, banyakkan sentuh tubuh. Anak kita ini kena banyak sentuh, kena banyak bersentuhan, body contact.
Kita ini anak kita bila koho besar, kita jarang sentuh dia, koho besar koho jarang sentuh dia. Bila besar itu jadi .... Tambah-tambah orang jantan. Orang jantan ini kalau kecek dengan anak sikit, masa kecik-kecik dulu main dah. Bila dah besar sikit dia arah, ambil kasut aku sikit. Ambil baju aku sikit, pergi basuh kasut, mengaji ke tak? Ayah askar, mak polis. Jadi arah-arah-arah, jadi jangan. Ada benda tempat puji kena puji. Ada benda kena marah, marah. Yang sentuhan kena banyak.
Yang kedua Surah Thaha. Surah Thaha ayat satu hingga ayat enam ini Surah melembutkan hati yang keras. Surah Thaha ayat satu hingga ayat enam. Surah ini Surah melembutkan hati yang keras. Baca pada air, kita beri minum. Kita minum sekali tak apa, bukan nak jadi tok bomoh, tertib kena jagalah. Apa-apa hajat kita dengan tuhan pertama-tama kita kena minta ampun dulu. Istighfar. Lepas itu selawat ke Nabi, sebaik-baik Selawat Syifa’:
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
Kalau tak ingat hat itu pun, ambil Selawat Tafrijiyah, selawat dalam tahiyat akhir sembahyang. Kalau jangka panjang juga, ambil separuh:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Tak boleh juga? Minumlah air itu.
Lepas itu yang ketiga, Fatihah. Yang keempat, tiga Kul:
Cuma setiap kali habis Surah ini, tiup pada air. Baca Surah Thaha, ayat satu hingga ayat enam, tiup pada air, lepas itu doa. Yang paling penting sekali dalam doa kena sebut nama anak. Dalam doa kena sebut nama dia. Tutup dengan selawat, pakat letak, minum. Masak air kita minum pun tak apa.
Surah Thaha ini kalau tok lelaki (suami) keras hati sangat, degil sangat, baca, dia tengah tidur, tiup atas tekak dia:
طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ (٢) إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ (٣) تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى (٤) الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ (٥) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ (٦)
Habis itu (hembus) tiup pun ada cara dia. Jangan (hembus laju). Tiup sampai habis nafas. Jangan tiup sampai habis nyawa, sampai habis nafas saja. Dan dia sebenarnya, dia begini, dia kita nak benda dengan tuhan ini kita kena:
حضور القلب
Hati itu kena mari sekali. Jangan hati duduk lain. Serupa kita dengan anaklah. Maafkan anak dia dulu, maafkan anak kita dulu, baru doa ke dia. Kalau mak tak maaf, tak usah duduk doalah, tuhan tak terima. Doa ini, maaf ini .... Air ini, air ini kalau selagi kita tutup tudung (penutup botol air) dia, tak usah curah, tak akan masuk, tak akan tubik. Setitik pun tak tubik. Pasal apa? Ada penutup. Penutup itulah marah mak kepada anak. Bila mak itu maaf, baru terbuka tudung, barulah air itu boleh tubik.
Kemudian yang ketiga amalan. Nabi S.A.W suka kita dengan anak ini ada masa-masa kita kena minta anak doa. Ajar anak doa. Doa, doa, mak sakit, doa. Serupa kita nak beri benda, nak beri benda, kita suruh anak kita beri. Nak masuk derma, sedekah, derma. Anak kita ikut, beri tangan dia suruh dia masuk tabung. Nak latih dia supaya dia beri, jangan kita bubuh. Kita bubuh ini tak apa juga, tapi kita latih dia suruh dia beri.
Sebagaimana juga melatih anak ini beza. Sesetengah mak ayah itu dia suka beli baju serupa. Kalau baju raya serupa belaka. Sama, baju anak dengan tingkap dengan mana-mana serupa belaka. Dengan langsir serupa. Ajar perbezaan. Jangan latih persamaan. Ajar perbezaan. Kalau kita latih benda sama, sama, dia tak boleh terima perbezaan. Ajar perbezaan.
Bila kita beli ais krim, abang besar sepotong kita beri, adik kecik sepotong. Kita rasa sama. Abang ini dua kali ngap habis dah. Dia ambil hat adik dia pula sebab adik tak habis-habis. Ajar perbezaan, jangan biasakan persamaan, kerana persamaan menyebabkan dia tak boleh nak terima bila ada perubahan.
(Bahagian pertama soal jawab)
Beri pilihan, jangan larang
Nabi tengah khutbah Nabi berhenti, Nabi ambil cucu dia tadi. Di sini para ulamak membahaskan hukum. Ini hukum ini pada khatib ya, bukan hukum pada makmum. Makmum tak boleh kecek kalau khatib tengah khutbah, itu ada Hadis.
Siapa-siapa yang kecek, maka dia
......
Batal pahala Jumaat dia.
Makna dia, tok khatib khutbah, dia duduk borak-borak riuh, itu batal pahala Jumaat dia. Tapi hukum bagi khatib, boleh tak khatib berhenti khutbah dan turun dan sambung semula khutbah? Jawapannya boleh. Contohnya khatib tengah khutbah, tiba-tiba dia batal air sembahyang, maka batal air sembahyang, dia turun ambil air sembahyang semula, dia naik, dia sambung semula khutbah, boleh. Berdasarkan Hadis ini, Nabi turun khutbah, Nabi angkat cucu dia, Nabi naik, Nabi sambung khutbah. Berdasarkan Hadis ini, hukum tok imam, tok khatib kalau sekiranya batal, boleh berhenti, ambil air sembahyang, boleh sambung semula khutbah.
Khutbah dia tidak macam sembahyang, sembahyang bila batal kena start semula, khutbah boleh sambung terus. Soalan dia di sini dia kata lagu mana bila anak-anak dia main, kadang-kadang kita tegur, tegur anak-anak ini, duduk diam ke apa sebagainya, mak dia kata, tak apalah budak-budak.
Dia begini, membawa budak-budak ke masjid ini tak apa. Saya kalau saya pergi satu masjid, tak ada budak, saya mula bimbang. Dia kata ada satu penyelesaian yang baik, dia kata kalau kamu pergi ke satu masjid, mu dapati anak-anak ramai, syukur banyaklah kepada Allah akan lahir generasi yang dia hati dia boleh cinta kepada masjid.
Tapi kalau kita pergi masjid itu tak ada budak, budak tak ada, orang tua-tua belaka, kita kena bimbang sebab bila budak ini waktu dia suka mari masjid, kita tak bawa, waktu dia tak suka baru kita nak bawa, dia tak jadi. Bawalah anak waktu dia suka mari masjid. Tak apa, letak saja budak-budak ini. Cumanya kita nak nasihat dia, tegur dia ini budak-budak ini kadang-kadang kita letak dekat kita, jangan letak dia sama saeng-saeng dia. Letak sama saeng dia, dia duduk mainlah, riuh main belakang itu.
Tapi kalau kita letak sama kita masa nak sembahyang, dia duduk sembahyang, ada saff dia bagi budak, saff belakang, masa dengar kuliah, kita panggil anak kita duduk dekat kita, sebenarnya itu lebih baiklah. Dan cuma budak-budak ini kadang-kadang kita bila kita tegur dia, mak ayah ataupun orang lain kata, tak apalah budak-budak, memang budak-budak begitu.
Betul, kerana ada Hadis Nabi S.A.W, walaupun Hadis ini berguna Hari Raya. Satu hari Saidina Umar al-Khattab masuk dalam rumah Nabi S.A.W, bila Saidina Umar masuk ke rumah Nabi, maka pada waktu itu Saidina Umar tengok budak-budak itu tengah menyanyi, tengah menyanyi, tengah berjogetlah, budak-budak kecik. Maka Saidina Umar marah dia, Umar tengking budak ini kata, apakah suara Syaitan ada dalam rumah Rasulullah? Apakah suara Syaitan rumah Nabi? Maka budak itu senyap. Senyap kerana takut dengan Saidina Umar.
Tiba-tiba Nabi bangun, rupa-rupanya Nabi ada, Nabi duduk dengan budak itu, Nabi ambil kain, Nabi tutup kelapa dia. Nabi tutup kepala dia, bila dengar Saidina Umar marah, Nabi buka, Nabi kata, kata Nabi, Ya Umar, biarlah budak-budak ini, dia suka kerana hari ini hari suka, Hari Raya ini hari gembira. Biar dia bersuka, dia gembira, tak apa.
Maka berdasarkan dalil tersebut, anak-anak ini ada waktu dia suka, dia suka berlari, suka bermain. Hamba kalau pergi satu rumah, anak-anak dia main, berlari, dinding conteng, bagus budak ini, creative. Hamba bimbangnya kalau budak kecik pergi rumah dia, senyap saja duduk, bangun bangun, duduk duduk. Sakit budak ini ini. Sebab budak ini memang dia besar dengan main. Budak ini besar dia berlari sana berlari sini, itu budak..... Budak. Kalau budak duduk buat perangai begitu pun, dia hilang zaman budak dia. Zaman budak kena rai zaman budak dia main.
Cuma kita kadang-kadang kita larang, jangan berhunggas, duduk. Dia duduk mata, hunggas pula. Budak ini, duduk, jangan hunggas. Dia tak boleh budak ini sebab memang budak itu besar dengan berhunggas. Dah tua-tua macam ini suruh berhunggas pun takse (tak mahu) dah ini. Jadi anak kita ukas pohon kayu, jangan ukas, turun. Sebenarnya kita tak bagi dia ukas itu kira gapo? Takut jatuh? Kalau takut jatuh, ajar cara ukas betul, cara turun betul. Jangan sekat. Kita menyekat, kita menyekat naluri dia, tak betul.
Anak kita, kita duduk rumah dua tingkat, ada tangga. Kita sekat tak kasi dia nak naik, takut jatuh. Kalau takut anak jatuh, ajar cara naik betul cara turun betul. Anak kita naik tangga boleh, turun tak boleh, duduk bertempik atas. Bang-bang, sebab apa? Tak boleh turun. Jadi, ajar. Ada orang kata, ajar cara turun dulu sebelum ajar cara naik. Sebab ajar naik ini dia reti sendiri, turun tak reti, kata begitulah orang politik dah naik takse turun-turun.
Jadi kalau kita takse beri dia main, serupa kita suruh dia berhunggas, berhunggas, jangan berhunggas sana, bahaya, berhunggas sini. Dia manusia ini kita kena bagi pilihan. Kalau tak boleh begini, bolehnya lagu mana? Hiburan tak boleh. Kalau kita tak boleh hiburan, hiburan naluri manusia. Ayam berkokok pun ada lagu. Tak akan orang tak ada lagu? Jadi hat tak boleh lagu mana, hat boleh lagu mana.
Jadi kita zaman sekarang ini anak-anak kita takse dengar tak boleh, dia dengar kalau tak boleh hat begini, hat boleh lagu mana? Nyanyi, hat boleh lagu mana? Seni kata yang baik, memuji Allah Taala, memuji para malaikat Allah, tidak bergaul, tidak mendedah aurat dan sebagainya. Hat ini hat boleh. Maka kita galakkan benda yang boleh.
Dalam konteks ini kita anak-anak duduk main dan sebagainya, dia kena rai dan sebagainya. Cuma kadang-kadang lagu mana kita nak didik ini biar bentuk suasana dialah.
Saya seringkali sebut pada orang tua-tua, pergilah masjid. Orang pergi masjid ini dia tak akan hilang saeng. Sebab pertama dia jumpa saeng hat tua daripada dia, hat sebaya dengan dia, hat muda dengan dia, hat lebih anak daripada dia. Kalau kita pergi pejabat, kita jumpa orang sembahyang kita saja. Hat tua-tua pencen belaka dah. Hat budak-budak tak boleh kerja. Masjid ini kita jumpa hat tua daripada kita, hat sebaya kita, hat muda, anak kecik. Jadi itu kebahagian.
Ibu tiri juga adalah ibumu
Mak tiri sebagaimana mak. Ibu tiri sebagaimana mak kita sendiri. Dari segi kelayakan, dari segi aurat, dari segi hukum syarak, begitulah. Cuma bila timbul cerita Bawang Putih Bawang Merah, dah orang Melayu ini dia duduk tanam kebencian kepada mak tiri, kononnya mak tiri ini dia rampas ayah dia. Kita kena ingat sebab apa dalam bab rukun iman Allah Taala letak rukun iman yang keenam itu beriman kepada Qada’ dan Qadar? Tidak nombor satu, nombor enam? Nombor satu beriman kepada Allah dulu, beriman dengan malaikat, beriman dengan kitab, dengan Rasul, beriman dengan, sampai beriman dengan Qada’ Qadar. Qada’ Qadar ini keenam.
Orang beriman ini kenapa dia tenang? Kata Nabi S.A.W kerana dia tahu semua yang berlaku:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
(at-Taghabun: 11)
Waktunya roh kita dalam perut mak, Allah tiup roh, empat bulan, 10 bulan, Allah tiup roh, hidup. Bila Allah tiup roh, Allah tulis belaka dah rezeki dia, jodoh dia, ajal dia, maut dia, apa dia, semua-semua. Jadi apa yang berlaku ini menyempurnakan apa ditaqdir oleh Allah Taala.
Kalau kita beriman dengan Allah begitu, tak timbul soal tok lelaki dia rampas hat bini dia, orang ini rampas tok lelaki dia. Tak timbul, pasal apa? Benda yang berlaku di atas apa yang Allah taqdirkan telah berlaku.
Baik sehubungan dengan itu, Nabi sendiri pun, para Sahabat sendiri pun, dia ada ibu tiri, ibu tiri, mak tiri ini jangan kita berbalah sampai kadang-kadang sampai tak bertegur dengan mak tiri, sebab mak tiri dari segi syaraknya dia ada hak syar’ie ke atas tubuh dia dengan kita. Maka kita kena jaga. Walaupun benda ini dari segi emosinya, Allah Taala jadikan dua perkara.
Dalam satu Hadis, Allah jadikan benda yang orang jantan tak suka tapi Allah wajibkan, Allah jadikan benda orang betina tak suka, tapi Allah halalkan. Allah Taala jadikan jihad, perang yang orang jantan (lelaki) tak suka, tapi Allah wajibkan perang. Allah jadikan poligami yang orang betina (perempuan) tak suka, tapi Allah halalkan.
Maka di antara kedua ini, orang beriman dengan Allah dia letak tuhan itu nombor satu. Adapun soal hubungan jaga baik ini kita kena jangan tanam kebencian ini. Ana fikir begini saja, dia sejarah zaman-zaman Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf A.S, pasal apa Nabi Yusuf dicampak dalam perigi? Kerana adik-adik tiri dia cemburu pada Nabi Yusuf kerana Nabi Yusuf ini adik tiri. Dan dia ini ada kebencian. Demikian juga bila Nabi Ibrahim A.S kahwin dengan Sarah, tak dapat anak. Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim kahwin dengan Hajar. Hajar itu orang gaji Nabi Ibrahim, kerja di rumah dia.
Allah perintahkan kahwin dengan Hajar. Maka Nabi kahwin dengan Hajar, tak lama lepas kahwin, Hajar mengandung. Menyebabkan Sarah rasa, orang perempuan, dia rasa hatilah, dia rasa hati. Maka Allah perintahkan Nabi Ibrahim A.S bawa Hajar dan Ismail ini ke Makkah, bawa ke Makkah. Maka Hajar pergi ke Makkah.
Sampai di Makkah, masa itu Kaabah tak ada, orang tak ada, tak ada apa, tak ada. Duduk situ selama tiga malam. Setengah ulamak mengatakan dua malam tiga hari. Duduk situ. Hari ketiga Ibrahim beritahu Hajar aku nak balik ke Palestin. Aku nak balik ke Palestin. Hajar tanya, mu nak tinggal aku dengan anak kecik sini? Kata Nabi Ibrahim ya, ya aku akan tinggalkan kamu dengan Ismail di sini.
Hajar tanya satu saja, apakah ini perintah Allah? Allah ke suruh ini? Jawab Nabi Ibrahim ya, Allah suruh. Bila Hajar dengar Allah yang suruh, dia kata tak apa, pergi. Kalau Allah suruh, Allah tak akan biar. Allah tak akan buat aniaya. Sama juga apa-apa hukum bila Allah yang suruh, tak akan kita rasa kita lebih alim daripada tuhan? Lebih hebat daripada tuhan? Rasa tak puas hati kita dengan tuhan?
Walaupun tak puas hati dengan mak tiri, tapi hakikat sebenar tak puas hati, pasal apa tuhan buat mak kita ini, pak kita ini nikah dua? Ya Allah ya tuhanku, pasal apa jadi begini ya Allah? Jadi bila kita letak Allah Taala depan, maka kita kena terima. Semua yang berlaku dia berlaku dengan kehendak Allah S.W.T.
Dan yang penting kepada kita hubungan dengan anak-anak, hubungan dengan mak ini kita kena jaga, kita kena jaga. Walaupun nak sama dengan mak kandung kita memang tak bolehlah, sampai kiamat pun tak akan boleh. Sebab mengalir darah dalam tubuh kita ini darah daripada mak dan ayah kita. Jadi, cuma sentiasalah anak tiri tak akan puas hati dengan mak tiri dia. Tapi kalau sekiranya kita muliakan, kita bual, bila mari perasaan itu, Allah Taala ajar kita, bila mari benda-benda lintas benda tak baik:
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ
Minta lindung cepat-cepat:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Mari rasa saja:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Syaitan ini dia akan cuba merosakkan.
Suara wanita
Perbahasan ulamak masalah suara, apakah semua suara wanita itu aurat? Tidak. Kalau suara wanita semua aurat, maka tidak ada Hadis daripada Aisyah R.A. Kan ada beratus Hadis daripada Aisyah, bermakna Sahabat Nabi bila ada masalah, mari tanya Aisyah jawab. Maka kalau suara wanita semua aurat, baik Allah tak buat suara wanita.
Maka bukan semua suara wanita itu aurat. Yang dikatakan suara aurat itu ialah suara yang dia mendayu-dayukan, melemah lembut gemalaikan, merangsang nafsu orang yang mendengar dia. Suara yang tidak menceritakan ketegasan dia. Itu suara yang macam itu jadi haram. Assalamualaikum, waalaikumussalam (mendayu-dayu).
Itu. Ada wanita yang memang tuhan buat suara dia merdu, lembut suara dia. Memang ada orang begitu. Ada yang tuhan buat suara dia tegas. Jadi orang yang suara merdu, memang tuhan buat suara dia begitu, dia tak boleh mendayu-dayukan suara dia. Hingga merangsang nafsu orang laki-laki yang jahat, dan menimbulkan fitnah ke atas diri dia.
Adapun mengajar biasa, kita mengajar biasa, menyampaikan Hadis biasa, cerita biasa, orang laki-laki dengar, apakah itu aurat? Tidak, tidak. Kerana itu ada pengajian-pengajian Sahabat-sahabat. Habsah juga menyampaikan Hadis Nabi, Aisyah juga menyampaikan Hadis Nabi S.A.W. Dan Sahabat dari segi Sahabat-sahabat Nabi sentiasa menjadi rujukan para Sahabat-sahabat yang lain. Maka itu dalil bahawa bukanlah aurat itu semua suara wanita itu aurat, tidak demikian.
Suara yang disengaja untuk menimbulkan rangsangan, mendayu-dayu dan sebagainya. Maka kerana itulah kita harus bezakan suara yang maksiat dan suara untuk mentaati perintah Allah S.W.T.
(Bahagian kedua soal jawab)
Tanggungjawab suami
Allah S.W.T meletakkan tanggungjawab ini tanggungjawab nafkah kepada suami, bukan isteri. Apakah kewajipan tanggungjawab suami? Tanggungjawab ada dua. Satu tanggungjawab zahir, satu lagi tanggungjawab batin.
Tanggungjawab zahir ialah memastikan isteri itu ada tempat tinggal, pakaian. Pakaian dua helai setahun. Suami wajib beri pakaian kepada isteri dua helai setahun. Jadi siapa-siapa dah lebih itu suami kira baiklah. Patut dua helai saja. Ini 50 helai setahun. 48 helai itu ihsan suami. Yang ketiga makan apa yang dia makan. Apa yang suami makan, itulah makanan diberi kepada isteri dia. Itu tanggungjawab zahir.
Adapun tanggungjawab batin selain daripada soal tidur ialah soal bermesra, bermanis muka, menghormati isteri dan melayannya dengan sesuai sebagai isteri, bukan hamba, bukan orang gaji, bukan kuli. Isteri ialah dilayan sebagai seorang isteri. Maka kerana itu dia bukan hanya soal nafkah zahir sahaja. Termasuklah bait-bait, manis muka dengan isteri.
Dan kata Nabi S.A.W, bahawa siapa-siapa dikurniakan tiga perkara oleh Allah, dia mendapat kebahagiaan dunia. Yang pertama isteri yang soleh. Bila tanya apakah makna isteri yang soleh? Isteri yang menggembirakan kamu bila kamu balik melihatnya dan menjaga harta kamu bila dia tak ada bersama kamu. Bila suami kita balik, kita gembirakan dia, kita gembirakan dia. Bila dia tak ada rumah, kita jaga harta, jaga anak-anak dia dengan baik. Maka itu nafkah.
Jangan suami balik saja tengok kita ini, dahlah dia letih, balik tengok, hmm, minah, daripada tengok baik dah tak tengok. Biar dia tengok menggembirakan.
Fatimah R.A cerita masyhur, mungkin semua kita dah dengar. Bila Fatimah tanya Nabi, Nabi sebut tentang siapakah wanita pertama syurga ya Rasulullah? Nabi kata wanita pertama masuk syurga ialah seorang wanita rumahnya di hujung kampung ini. Fatimah terkejut, dia sangka isteri yang pertama syurga ialah dia ataupun isteri Nabi yang lain.
Tapi Nabi kata tak, wanita pertama masuk syurga bukan Fatimah, dan bukan isteri Nabi lain, seorang wanita yang rumah dia hujung kampung. Dia akan masuk syurga dulu, kenapa? Kerana dia membawa tali unta mengheret unta sedangkan Fatimah berada di atas belakang unta. Tentulah yang bawa tali unta masuk dulu syurga yang duduk atas belakang unta.
Macam kita naik baslah. Kalau naik bas, nak sampai awal, duduk depan, depan daripada driver. Kan bas dua tingkat kan? Driver bawah, kita atas, kita sampai dulu daripada driver. Itu kira hebat. Dah yang duduk belakang? Sampai lambat.
Lalu Fatimah pergi rumah wanita ini. Sampai-sampai beri salam, beri salam, dia keluar. Lalu dia kata, wahai Fatimah, maafkan aku, aku tak benarkan ... Sebab suami dia tak ada rumah. Suami dia tak ada rumah. Kalau nak masuk rumah, datang besok saya akan minta izin pada suami. Fatimah kata tak apalah, esok aku datang. Besok Fatimah datang bersama anak dia Saidina Hussein, Saidina Hussein ataupun Saidina Hassan. Dia tengok, Allah ya Fatimah, aku minta izin kamu seorang, aku tak minta izin kamu dua. Aku tak tahu kamu nak mari berdua. Boleh kamu datang besok pula? Aku akan minta izin daripada suamiku untuk benarkan kamu bersama anak kamu.
Kita ini tak, suami tak ada rumah, suami balik-balik tengok orang lelaki masuk rumah. Orang jual kain, dah buka dah kain dia jual, bukan kain pakai. Bang, tiga saja bang, tiga saja. Jangan benarkan laki-laki lain masuk rumah tanpa izin suami.
Kemudian dia tengok, Fatimah perhati dia, duduk tengah borak, dia kata tunggu sekejap. Suami aku nak balik. Maka Fatimah tengok dia. Rupanya dia masuk bersiap. Dia masuk, dia bersiap, dia mandi, dia pakai pakaian yang menarik perhatian suami dia. Kemudian disediakan segelas air, dan satu rotan. Nanti balik ini cuba buat.
Bila suami dia masuk beri salam, pertama dia bagi air, suami dia duduk, dia bagi air. Lepas suami dia minum air, dia bagi rotan. Suami dia ambil rotan letak tepi. Maka ditanya (kepada) Fatimah, kenapa engkau buat macam ini? Dia kata pertama aku pakai macam ini supaya pandangan suami aku pada aku lebih tertarik daripada dia pandang wanita di luar rumah.
Kita ingat ya, orang laki-laki ini wanita luar rumah teruk, dahlah muka lawa-lawa, muda-muda, suara lemah gemalai, cantik daripada kita. Jadi kalau dia balik tengok isteri tak menarik, di luar menarik, itu bahaya. Suami masuk kedai, makan bang. Balik rumah, nak makan gapo? Ambil sendiri. Itu dia pergi kedai itu sedap, pergi kedai duduk. Baru tak dan (sempat) panas duduk ini, mari dah nak makan apa bang? Kerbau guling ke?
Yang kedua dia kata. Sebab itu satu hari saya, cerita sayalah. Satu hari saya balik rumah, balik masa saya jadi pensyarah. Anak saya buat air. Mak dia panggil. Nah! Bawa air, hantar ke ayah. Anak dia, abah, mak kirim. Ana kata hantar semula ke mak, royak ke mak, abah takse pakai posmen, nak suruh dia hantar sendiri. Anak ini bawa balik. Ayah kata dia takse pakai posmen, nak suruh hantar sendiri. Bini saya bawa, guanelah buang tabiat hari ini. Tak, tuhan nak beri pahala ke dia, buat apa beri ke orang lain.
Yang kedua pasal apa beri rotan? Dia kata kalau dia nampak salah aku, dia boleh betul aku dengan rotan tersebut. Kita nak buat setara itu? Ya Allah, tak usahlah, rotan itu tak payah bawa tak apa, tapi air itu bawalah. Dari segi ini, tanggungjawab. Termasuk tanggungjawab dia kepada anak-anak ialah pendidikan. Isteri ini, suami kena ajar. Fardhu Ain wajib suami ajar kalau isteri tak reti.
Kalau suami tak boleh ajar, wajib bagi dia cari tok guru mengajar isteri dia, anak-anak dia. Kalau dia tak mampu nak cari tok guru, dia kena suruh bini dia pergi belajar. Fardhu Ain. Dan boleh seorang isteri dalam kitab, apa nama kitab itu? Allahumma solli ala Muhammad, kitab .... Dia boleh bagi isteri (pergi belajar jika) suami tak reti, tak cari tok guru mengajar, tak suruh mengajar, boleh isteri pergi belajar walau tanpa izin suami dalam bab Fardhu Ain sahaja. Fardhu Ain tak apa.
Belajar menjahit tak boleh, (kena) minta izin suami. Belajar memasak kena minta izin. Adapun Fardhu Ain, soal sah batal sembahyang, sah batal puasa ini, ini Fardhu Ain. Kalau tok lelaki tak boleh ajar, beritahu dia, hukumnya boleh tak kalau saya pergi tak minta izin? Boleh, tetapi saya tak galak. Boleh ustaz, tapi kalau pergi balik siaplah ustaz. Jadi kita tak usah cari masalah. Tanggungjawab, tanggungjawab dia.
Kalau hukum dia tanya bagaimana kalau sekiranya tok lelaki tadi tidak laksanakan tanggungjawab? Maka berdosa bagi dia. Berdosalah ke atas suami itu. Tapi saya suka dalam bab rumah tangga ini, hukum satu bab. Mengurus rumah tangga bab lain. Kadang-kadang bab mengurus rumah tangga ini kita jaga hukum halal haram dosa pahala ini tapi kita jaga. Sebab ada benda yang kadang-kadang redha suami itu penting.
Orang perempuan tertib dia, kita kena faham, tertib orang laki-laki, pertama Allah, yang kedua Rasul, yang ketiga mak dia, mak mertua dia. Yang keempat ayah dia, ayah mertua dia. Yang kelima isteri dia. Isteri duduk nombor lima.
Adapun orang perempuan, yang pertama Allah, yang kedua Rasul, yang ketiga suami. Suami duduk nombor tiga. Yang keempat emak, emak kita, mak mertua kita. Yang kelima ayah kita, ayah mertua kita. Jangan letak mak kita bawah daripada suami kita, tak boleh. Sebab isteri ini bila suami dia redha, syurgalah dia. Orang laki-laki kalau mak ayah dia redha ke dia, kaki kiri dia dalam syurga, kaki kanan dia duduk luar syurga.
Tapi orang betina, kalau suami dia redha ke dia, kaki kanan dia duduk dalam syurga dah. Tinggal kaki kiri, kaki apa dia? Sembahyang hat dia kena buat, puasa hat kena buat, tutup aurat hat dia kena buat, hat suami dia tak boleh buatlah. Sebab itu penting kita memahami struktur tersebut. Dan sebab itu kalau suami tak bertanggungjawab, maka berdosa itu tertanggung kepada dia.
Satu hari, Saidina Umar al-Khattab, orang tua mari jumpa Saidina Umar. Ya Umar, aku mari mengadu kepadamu ya Umar, anak aku degil, keras hati, tak dengar kecek, nasihat tak dengar. Suka bantah kepada aku, suka melawan kata-kata aku. Umar kata beginilah pak cik, pak cik balik panggil anak pak cik itu mari jumpa saya. Lalu budak, orang tua ini balik jumpa anak dia, Umar nak jumpa mu.
Maka budak ini mari jumpa Saidina Umar. Saidina Umar al-Khattab menasihati budak ini, kamu jangan jadi derhaka, jangan jadi anak yang derhaka, jangan lawan cakap mak, nasihat-nasihat, mu tak dengar. Habis. Lalu budak itu tanya, ya Umar, mu minta aku taat kepada mak ayah aku, pada mak ayah aku boleh, tak ada masalah ya Umar, cuma aku nak tanya, ada tak kewajipan ayah kepada anak? Ada tak? Mu suruh aku taat ayah, boleh. Tapi aku nak tanya ada tak kewajipan ayah kepada anak?
Kata Saidina Umar al-Khattab ada, Nabi sebut tiga, aku nak tambah satu. Nabi sebut tiga:
.........
“(Kata Nabi S.A.W) Kewajipan ayah kepada anak tiga. Pertama hendaklah dia bubuh nama yang comel, yang molek kepada anak dia bila anak dia lahir. Yang kedua, dia ajar anak dia bila anak dia mula ada akal. Yang ketiga, mengahwinkan anak dia bila anak dia nampak nak kahwin.”
Itu Hadis Nabi. Dan kata Umar al-Khattab, aku nak tambah satu. Apa dia? Kalau dia seorang ayah nak anak yang baik, hendaklah dia mencari isteri yang soleh. Kalau dia nak anak yang juruh, yang soleh, hendaklah dia mencari seorang isteri yang soleh.
Bila Umar kata demikian, budak ini kata ya Umar, kalau empat ini tanggungjawab ayah kepada aku, aku dapati ayah aku satu pun tak buat ya Umar. Ayah aku tak buat satu pun ya Umar. Nama aku buruk. Ayah aku bubuh nama aku nama yang buruk makna dia. Saya tak ingat nama dia, tapi nama yang buruk.
Yang kedua ayah aku tak pernah ajar pun aku ya Umar, sembahyang, puasa, tak pernah ajar. Yang ketiga ayah aku tak kisah aku nak nikah ke tak nikah, tak ambil kisah langsung. Yang keempat, ibuku seorang yang ditemui di kelab malam ya Umar. Ayah aku mengahwini ibuku seorang pekerja kelab malam.
Umar panggil orang tua itu. Umar kata kalau betul apa yang anak kamu beritahu aku, aku dapati kamu dulu derhaka kepada anak kamu, sebelum anak kamu derhaka kepada kamu.
Berapa ramai bekas isteri derhaka kepada suami. Berapa ramai suami derhaka dulu kepada isteri sebelum isteri itu derhaka kepada suami. Berapa ramai seorang ayah derhaka kepada anak sebelum anak itu derhaka kepada mak ayah dia.
Jadi dalam konteks ini, kita jangan letak soal nak bincang kesalahan, kalau kita bab mu salah, mu salah, tak selesai masalah. Tapi kita ikhtiar cari balik, ikhtiar cari kebaikan, kalau kita tahu kelemahan, kita suami kita tak ajar anak, kitalah ajar anak kita, kita suruh anak kita pergi mengaji.
Ayah mak ayah kita ini tidak ada peluang belajar ...kita. Kita ada peluang loni, kita ajar anak kita pergi belajar sana, belajar sini, belajar ilmu ugama, biar tapak ini betul-betul dulu, lepas itu nak naik lagu mana bangunan pun tak apalah. Tapak ini kena perbetul.
Kelmarin Zainuddin Maidin keluar kenyataan minta Menteri Pelajaran tutup semua Maahad Tahfiz seluruh Malaysia. Kenyataan puak-puak Liberal ini minta kerajaan, Jakim jangan beri bantuan kepada sekolah tahfiz.
Duduk marah ke sekolah ugama, tak marah ke sekolah kelas muzik, kelas sukan apa itu, duduk marah ke sekolah ugama. Ini pemikiran yang ada hari ini dalam negara kita yang kita alhamdulillah Kelantan ini Allah Taala kekalkan kita menang, kita susun tarbiyah kita susun. Di tengah budak muda lain punah, insyaAllah kita bina anak-anak kita jadi anak yang soleh. InsyaAllah.
Ayah atau ibu minta nikah
Kadang-kadang mak kita mati, tinggal ayah seorang. Ada anak tak beri ayah nikah. Kata ayah, tak kesian ke mak, ayah tak ingat ke mak, ayah tak. Dia begini, bila kita anak, kita duduk rumah kita, kita mengaji, kita belajar. Tinggal ayah kita seorang, siapa nak jaga dia?
Ada anak duduk rumah, tak sama ada isteri, tak sama. Dia ada isteri tak sama walaupun anak duduk beri makan dia, makan minum dia. Betul satu bab. Tapi jiwa seorang laki-laki, jiwa seorang perempuan, dia kena ada pasangan dia. Naluri tuhan buat demikian. Maka kalau benda yang itu tidak bercanggah, maka kita jangan sekat benda molek.
Yang kedua kita kena bina, jangan kita anggap bila orang itu meninggal dunia, kalau bukan soal dia tak ingat orang mati, ingat lagu mana pun kawan itu mati dah. Kawan itu mati dah. Sebab itu di antara doa orang mati, doa sembahyang mayat, sebab apa doa orang sembahyang mayat bila bab orang betina, kita tak minta ya Allah, gantikan bagi wanita ini suami yang lain. Tak minta begitu. Kerana di akhirat, Allah Taala bangkitkan laki-laki, perempuan-perempuan di syurga. Maka Allah Taala bahagikan isteri dia dunia, menjadi isterinya di akhirat.
Lagu mana kalau sekiranya seorang perempuan kahwin dua tiga? Kahwin seorang suami, meninggal dunia. Kahwin yang kedua meninggal dunia. Kahwin yang ketiga meninggal dunia. Siapa nikah dengan dia mati belaka. Lagu mana? Siapa suami dia di akhirat? Kata Nabi S.A.W dalam Hadis, Nabi kata:
"Allah Taala bagi dia pilih, dalam empat lima bekas-bekas suami dia, mana yang paling soleh, mana yang paling baik itulah jadi suaminya dalam syurga."
Maka oleh kerana itu, dalam kes ini, kalau ayah kita dia kata teringin nak kahwin, dia tanya kita pandangan kita. Kita beri pandangan yang betullah, nasihat yang betul. Ayah nak kahwin tak apalah, ayah pun tua kita anak-anak duduk luar, siapa nak jaga.
Ada satu kes berlaku pada satu hamba Allah. Anak-anak dia belajar sampai ke Mesir, mengaji tinggi. Ayah dia, mak dia nak kahwin. Dia tak beri. Mak dia, ayah dia mati, mak dia nak kahwin lain. Anak-anak tak beri. Anak-anak nasihat mak, tak usah menikah lain. Mak dia nak kahwin, orang tua dah, bukan kerana nafsu, tapi orang tua. Dia kena ada saeng berborak.
Nak saeng duduk berborak saja. Tua sama tua ini nak gapo dah? Baik tengok cicak, kan? Tapi dia kena ada orang berborak. Nak duduk berborak sekali. Begitu saja. Jadi bila anak-anak dia ini tak suka, jadi ada seorang hamba Allah nasihatkan anak dia, dia kata demo tak beri mak nikah ini, tak apalah, tapi hat ini duduk Kuala Lumpur, hat ini duduk Perak, hat ini duduk Kedah, tinggal mak seorang di rumah? Tak boleh begitu.
Dan kalau anak duduk keliling rumah sekalipun, duduk serumah dengan mak sekalipun, sama dah ada tok lelaki? Tak sama. Maka kerana itu dalam bab-bab macam ini, fitrah manusia dirai dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.
Penjagaan anak bagi wanita bekerja
Walaupun saya baca satu tulisan daripada yang meninggal dah, Muammar Gaddafi, The Green Book. Ada satu Muammar Ghaddafi dulu dia waktu dia naik Presiden Libya, dia tulis satu buku, buku hijau.
Buku itu diterjemah seluruh dunia. Dan buku ini dia sangat anti wanita bekerja. Dia Sosialis. Bagi saya begini saja, kita nak tinggal anak kepada pengasuh sebagainya tak apa selagi mana kita sempurnakan hak anak. Anak perlu dibesarkan dengan suasana dia yang sebaik-baiknya ialah kita, termasuklah susu kita, kita bekalkan. Penjagaan dia.
Sehari dua ini banyak kes-kes penjaga ini, pengasuh ini buat kerja macam-macam. Hat baru ini mati bubuh dalam peti sejuk. Meninggal dunia. Banyak kes-keslah, yang kadang-kadang rakaman cctv, kadang-kadang pengasuh-pengasuh ini hat jenis, hat jenis ini tak molek akhlak ini, anak jerit, dia hulur ibu jari dia. Jadi budak itu duduk hisap ibu jari kaki pengasuh.
Dia malas, malas buat susu budak ini, budak itu duduk jerit, dia main handphone, dia hulur ibu jari. Jadi budak ini duduk sedut, hisap jari kaki dia. Macam-macam cerita. Walau bagaimanapun, saya setuju bahawa perlunya jabatan-jabatan menyediakan Pusat Taska, Pusat Asuhan Kanak-kanak ini di pejabat-pejabat supaya waktu rehat, mak ayah boleh, mak, ayah tak pergi tak apa, mak boleh pergi untuk menyusukan anak waktu tersebut.
Dan kita Kelantan ini antara negeri yang kita buat peraturan supaya kita cuti dua hari, satu hari hari Jumaat hari ilmu, hari Sabtu hari keluarga supaya kita rapat dengan anak-anak dan sebagainya. 
Suasana loni ekonomi, bebanan kos hidup yang meningkat menyebabkan satu orang suami sahaja kerja tak cukup, tak cukup. Terpaksa dua-dua kerja. Bila dua kerja, anak kita terpaksa tinggal. Tapi saya suka bahawa kalau boleh tidak terlalu lama sebab, sebab anak ini kalau kita tinggal lama, dia lagi dekat dengan kita, lagi baik waktu dia membesar. 
Tapi suasana yang ada ini tak apa, dengan syarat kita letak dia di tempat yang baik, pengasuh yang baik, dan kita sentiasa menjaga tanggungjawab kita dengan anak-anak kitalah insyaAllah.  
(Teks transkrip dari ucapan dan jawapan Timbalan Presiden PAS dalam Kuliah Bulanan Wanita (Wanita Anugerah Terindah) di Dewan Besar Balai Islam Lundang pada 9 Julai 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 13/7/2018
Sumber HD - 13-7-2018 














Isu Zakir Naik: Tahniah PM


PAS merakamkan ucapan tahniah di atas tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia sebagai warga pemastautin tetap dari dihantar kembali ke India bagi menghadapi pelbagai tuduhan rekaan Kerajaan India. 
Selaras dengan kedudukannya sebagai pemastautin tetap, memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela dan mempertahankan maruah beliau. 
Kenyataan tegas Perdana Menteri mempertahankan beliau, adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja. 
PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendukung segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan. Ini adalah selaras dengan dasar Budaya Politik Matang dan Sejahtera dan konsep at-taawun yang diamalkan oleh parti. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
7 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 7/7/2018
Sumber HD - 7-7-2018 
















Buatlah kerja masing-masing

PERUBAHAN besar yang berlaku dalam PRU ke-14 mencerminkan hasrat rakyat Malaysia untuk membuang BN yang dilihat sebagai parti yang merosakkan dan memalukan negara kerana tbudaya salahguna kuasa dan rasuahnya. 
Rakyat memberikan peluang kepada parti-parti yang mempunyai peluang terbesar untuk menumbangkan BN bergantung pada kawasan. Ia adalah manifestasi kemarahan, kebencian dan amukan yang melihatkan Pakatan Harapan muncul sebagai kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri manakala PAS menguasai Terengganu dan Kelantan. 
Kini, rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan negeri mahupun persekutuan yang baru dapat berfungsi lebih baik dan berbeza daripada BN. 
Kedua, mereka ingin melihat ke arah mana negara nak dibawa. 
Semua yakin perubahan akan bergerak ke arah lebih baik, walau lambat atau sedikit. Ia lebih baik dari kekal dalam kerajaan BN yang menyusahkan dan membebankan. 
Ia ibarat seorang isteri yang teraniaya kerana mendapat suami jahat, kejam, tidak berhati perut. Habis segala harta isteri diragut, digadai bahkan diperkukuhkan sebagai hamba abdi. Bertahun menuntut fasakh, berpuluh kali naik turun mahkamah... Akhirnya berjaya.
Ke mana akan tinggal, di mana nak cari rezeki dan bagaimana dengan anak-anak akan membesar, itu soal kemudian. Tiada yang akan lebih buruk daripada suami yang jahat itu. 
Suami jahat kini menjadi musuh dan perhatian utama. Jika berlaku apa-apa masalah pada kerajaan hari ini, kelakuan suami jahat ini akan dipamerkan untuk mengingatkan bahawa sekarang masih jauh lebih baik berbanding zaman suami jahat. 
Kini segalanya tercapai, kehendak sudah tercapai, kekecewaan dah terubat, dendam dah terbalas. Ramai yang terasa puas dan lega. Perasuah' telah dinyahkan, keegoan telah terhina diubat dan penderitaan jiwa bertamat dengan sinar baru. 
Saki-baki yang tersisa diburu sehingga lubang cacing. Yang bersalah dan tamak, kini kepanasan. Pastikan tiada lagi baka perosak itu. musnahkan sehingga ke akar umbinya. biar ia tidak tersisa. keturunan ini tidak patut wujud lagi di atas muka bumi. 
Kita isytihar di seantaro dunia bahawa negara baru perlu dibina. Kita isytihar tabung negara perlu digerakkan untuk menyelamatkan negara yang hampir musnah ini. Semua orang diminta membantu. Usah pedulikan dulu keselesaan. 
Rakyat diberi harapan ditabur janji. Semua diseru jangan bimbang semua akan dapat. Semua diminta sabar. 
Jika ada kebisingan dan ketidakpuasan hati, kelakuan buruk suami yang jahat akan dipaparkan agar semua teringat sekarang adalah lebih baik. Betul, segalanya adalah lebih baik secara perbandingan. Malam nanti pasti ada mimpi manis kita akan dibawa ke alam baru yang lebih gemilang sebagaimana yang kita harapkan. Jika tidak segemilang dan seindah yang dijanji, ungkitlah semula kelakuan suami jahat maka semua akan nampak sempurna. 
Kepada yang menang, buatlah kerja masing-masing menunaikan janji pada rakyat supaya rakyat nampak perubahan yang sebenar lalu menyukai kita dan bukannya sekadar terpaksa menerima kita kerana bencikan suami jahat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS/Ahli Parlimen Kubang Kerian
3 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 3/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018 

Tawaran Vincent Tan perlu ambil kira alam sekitar kata PAS

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/tawaran-vincent-tan-perlu-ambil-kira.html


















PAS menyifatkan cadangan Kumpulan Berjaya untuk membina lapanan terbang lebih besar menggunakan wang sendiri di Pulau Tioman, Pahang sebagai “sangat menarik”.

Bagaimanapun, kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia tidak berbaloi jika melibatkan penambakan laut.

“Kerajaan Pahang perlu tegas menjaga keindahan dan keselamatan Pulau Tioman. Ia adalah aset pelancongan Pahang yang sangat bernilai kerana keindahannya.

“Jangan hanya melihat dari aspek ekonomi semata-mata segalanya tergadai,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membina lapangan terbang dengan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion.

Lapangan Terbang Kampung Tekek sedia ada hanya untuk kegunaan pesawat kecil kerana laluannya pendek tidak sampai satu kilometer.

Sementara itu, selari dengan pendirian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) semalam, PAS juga berkata cara baru perlu diterokai untuk membesarkan lapangan terbang Pulau Tioman jika ia dilaksanakan.

“Dan cadangan baru itu perlu memenuhi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar EIA,” kata Tuan Ibrahim.

Sumber MR - 12-6-2018


















Lapangan terbang: Jangan tambak laut Pulau Tioman

KEINDAHAN Pulau Tioman sebagai salah satu pulau tercantik di dunia yang menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan batu karangnya perlu dipelihara. 
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang sangat sensitif dari sudut ekologinya. Sebarang tindakan ke atas muka bumi akan meninggalkan kesan yang besar kepada keadaan pantai dan lautannya. 
Tindakan membina satu lapangan terbang untuk pesawat yang lebih besar sehingga terpaksa dilaksanakan penambakan laut akan merosakkan segala yang ada.\ 
Tidak dinafikan tawaran pembinaan yang dianggarkan RM1.2 bilion dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Berjaya Group sangat menarik. Tapi sekiranya ia melibatkan penambakan laut di Tioman, ia tidak berbaloi. 
Kerajaan Pahang perlu tegas menjaga keindahan dan keselamatan Pulau Tioman. Ia adalah aset pelancongan Pahang yang sangat bernilai kerana keindahannya. Jangan hanya melihat dari aspek ekonomi semata-mata segalanya tergadai. 
Oleh itu, PAS membantah cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Pulau Tioman sebagaimana tawaran yang dibuat oleh Tan Sri Vincent Tan sekiranya ia melibatkan penambakan laut. 
Cara baru perlu diterokai untuk membesarkan lapangan terbang Pulau Tioman jika ia dilaksanakan. Dan cadangan baru itu perlu memenuhi laporan penilaian alam sekitar EIA. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-208 

No comments:

Post a Comment