BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, June 14, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGGANU DARUL IMAN (JILID 13)



J3K Menjadi Petugas Mukmin Profesional

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA NERUS – Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) daerah Kuala Nerus digesa menjadi petugas mukmin profesional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, jawatan J3K bukanlah kerjaya tetapi ianya adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
“Jangan jadikan J3K adalah satu jambatan untuk kita mengejar kekayaan,

“jangan serabut dengan dunia… tuan-tuan bantu rakyat Allah akan balas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap memberi motivasi kepada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa J3K peringkat Kuala Nerus semalam, Selasa, 24 Julai.

katanya, J3K adalah aset penting untuk pertahankan kemenangan.

“kita mahu J3K bersikap futuristik fokus dalam bulatan (circle) kampung,

“tiga tahun akan datang kita nak kampung kita jadi macam mana…. kita nak suruh maju,” tegas beliau.

Justeru itu kata beliau semua aktiviti dalam kerangka kemajuan daerah Kuala Nerus agar mencapai maklamat kemajuan yang diharapkan.

Lebih seribu orang Jawatankuasa J3K yang baru dilantik berkuatkuasa 1 Julai yang lalu hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, kesihatan dan Alam Sekitar.

Sumber BO - 25-7-2017

Ehwal Islam: T'ganu mahu kerjasama Pusat

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi menegaskan kesanggupan untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat bagi menjayakan sebarang program untuk kebaikan rakyat.
“Kerajaan Negeri sangat komited dalam membantu Pusat apatah lagi dalam hal yang melibatkan agama Islam kerana itulah dasar utama perjuangan Kerajaan Negeri melalui wadah politik PAS sebelum menang PRU, sekarang dan seterusnya.
"Persefahaman yang dicadangkan seperti menyediakan ruang kerjasama bagi tahfiz-tahfiz kendalian atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri oleh pihak JAKIM, pastinya akan membuka peluang baharu bidang ini.
"Juga Kerajaan Negeri mungkin boleh menawarkan tenaga bantuan bagi JAKIM memantau pengusaha-pengusaha yang mendapat sijil halal, agar berterusan mematuhi piawaian JAKIM, sekiranya JAKIM mempunyai kekangan kakitangan.
"Dan saya mewakili Kerajaan Negeri, merasa gembira apabila menteri mengesahkan Jakim tidak dihapuskan dan pusat-pusat tahfiz akan diperkasakan lagi, kami pegang janji pusat ini,” kata Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia mewakili Terengganu.
Sidang yang diadakan buat kali kedua bagi tahun ini dan pertama selepas pertukaran kerajaan, dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof dan timbalannya, Fauziah Salleh.
Turut hadir ke persidangan yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya itu ialah Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Mohamad Nordin Ibrahim serta kakitangan JAKIM yang berkaitan.
Ketika ini, Terengganu hanya mempunyai sebuah tahfiz yang mengadakan kerjasama dengan JAKIM iaitu Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI) semenjak 2011.
Ustaz Mohd Nor berhasrat untuk menambah bilangan tahfiz-tahfiz yang mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JAKIM bagi memperkasakan aliran ini.
Dalam pertemuan lebih dua jam itu, JAKIM turut memberi penjelasan berkenaan beberapa perkara lagi yang berkait dengan pentadbiran mereka seperti isu imam, bilal, guru takmir dan KAFA.
Sementara itu, bagi menyahut kesanggupan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Terengganu akan menjadi lokasi penganjuran satu seminar berkaitan bahaya LGBT di Pejabat Agama Terengganu, anjuran JAKIM pada Ahad 29 Julai ini.
Seramai lebih 200 peserta dijangka hadir ke seminar selama sehari itu yang akan mendengar dan membincangkan mengenai ancaman dan juga penyelesaian masalah ini. -HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 


Terengganu tuntut penjelasan Menteri

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menuntut penjelasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali, terhadap penangguhan bayaran royalti minyak kepada negeri ini.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan cuba mendapat penjelasan lebih lanjut daripada pihak Azmin di atas kenyataannya itu. 
"Ini kerana, ianya ada sedikit tersasar dari apa yang kita jangka (lima peratus) sebelum ini. Kita (Terengganu) berharap ianya perlu diselesaikan dengan kadar segera. 
"Banyak program-program dan projek-projek yang ingin kita (Terengganu) laksana di peringkat negeri (terbantut) dan ke semuanya memberi kepentingan kepada rakyat. 
"Perancangan (kerajaan) itu bergantung juga kepada penerimaan wang daripada royalti," ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. 
Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mokro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.
Justeru, kata Dr Ahmad, sebarang kelewatan dan perubahan dasar itu menyebabkan berlaku kekurangan jangkaan peruntukan negeri.  
"Ianya (perubahan dasar) akan memberi kesan, bukan sekadar kerajaan negeri. Tetapi, yang lebih bimbang ialah kesan kepada rakyat. Jadi, kita minta pertimbangan ini perlu disegerakan.
"Saya juga percaya negeri-negeri lain yang menjadi pengeluar minyak ini mengambil serius perkara ini. 
"Kita tidak mahu akibat daripada perubahan dasar yang mungkin berlaku ini menyebabkan kekurangan peruntukan berbanding dengan yang diterima kerajaan negeri sebelum ini," jelasnya. 
Pada sidang Parlimen, Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Dato' Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mengenai pemberian itu dijawabnya penangguhan dibuat kerana pihak Kerajaan Pusat perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda.
"Cadangan (20 peratus) itu tidak dapat dilaksanakan segera kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan, pengiraan berdasarkan gross profit (keuntungan kasar) dan bukan nett  profit (keuntungan bersih).
"Sekiranya penambahan royalti Petroleum kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974.
"Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan memberi implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan Kerajaan Persekutuan," jelas Azmin.
Sehubungan itu kata Dr Samsuri lagi, cadangan bayaran royalti 20 peratus mengikut keuntungan bersih akan terdapat perbezaan berbanding dengan lima peratus keuntungan kasar sebelum ini.
"Cadangan 20 peratus daripada keuntungan (bersih), kerana ianya akan ada perbezaan daripada jumlah (bayaran), berbanding lima peratus daripada pengeluaran. 
"Ini yang kita kesan dan saya bagi pihak kerajaan negeri dengan rakan-rakan dari negeri (pengeluar minyak) yang lain juga amat kesal perkara ini. 
"Kita tidak mahu perubahan dasar ini (menyebabkan) jumlah (royalti) itu mengecil berbanding sebelum daripada ini. Jika (hasil) bertambah tidak mengapalah," tegasnya.
Beliau yang juga Adun Rhu Rendang menyifatkan, pertemuan pertama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Jun lalu positif.
Katanya, pertemuan pertama itu berasaskan kepada royalti akan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
"Hasil daripada pertemuan pertama dengan YAB Perdana Menteri, (Tun Dr Mahathir) adalah keputusan dari perkara asas iaitu royalti itu diberi 'direct' (terus) kepada negeri dan tidak seperti amalan sebelum ini dinamakan dana khas yang diberi kepada agensi Persekutuan.
"Itu suatu peningkatan dan perubahan positif iaitu diberi 'direct' kepada kerajaan negeri. Dan kita (Terengganu) pada peringkat pertama itu sangat menyambut baik dan itulah yang kita mahu. 
"Tinggal lagi yang tidak diputuskan dalam pertemuan itu yang tidak dibuat keputusan dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri itu, adalah mengenai berapakah jumlahnya. 
"Sama ada lima peratus atau 20 peratus, atau pun bagaimana? Jadi ini tidak dibuat keputusan dalam pertemuan itu," jelasnya kepada wakil media. -HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 




Lawatan Muhibbah; Dr Azman Akan Buat Kunjungan Balas

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim sangat berbesar hati atas ziarah Komuniti Melayu Islam Pattani.

Beliau berjanji akan membalas kunjungan mereka, untuk merapatkan silaturrahim dan menjalinkan hubungan perniagaan perkaitan potfolionya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengucapkan terima kasih kerana rombongan yang mempunyai pertaliann agama dan ‘ras’ itu, datang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan di negeri Terengganu.

“terima kasih lawatan dan saya berbesar hati dan kedatangan rombongan ini….yang antara mereka ada pertalian darah bahkan hubungan keluarga yang masih rapat,}

“in shaa Allah kita akan membuat lawatan balas terutamanya untuk belajar cara petani Thailand bertani,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan rombongan tersebut di bilik mesyarat Tingkat 6 Wisma Darul Iman, Isnin pada 23 Julai.

Kata Dr Azman, perdaganagn berkaitan makanan telah lama dijalan antara penduduk Selatan Thai dengan Terengganu.

“dulu ada ‘jong’ atau perahu besar yang belayar dari Terengganu untuk mengambil bekalan garam dari sana,

“dan buat masa ini banyak hasil keluaran rakyat Selatan Thailand dibawa masuk ke Malaysia sehingga ke negeri ini,” jelasnya.

Yang terbaharu, kata beliau, Jabatan Veterinar telah pun mengeluarkan kenyataa akan mengimpot lembu untuk ibadah korban dari wilayah tersebut.

Justeru itu, bagi pihak Komuniti Melayu Islam Pattani, Ustaz Anuar Ismail menghargai jasa baik pihak kerajaan negeri Terengganu, yang menerima baik kunjungan mereka.





Sumber BO - 24-7-2018






Masalah Bau Busuk Di Kertih dan Paka Akan Berakhir

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Masalah bau busuk yang dihadapi oleh penduduk sekitar Kertih dan Paka berpunca dari aktiviti sebuah syarikat pengeluar makanan haiwan bakal berakhir.

Perkembangan positif tercapai hasil perbincangan syarikat terbabit, CJ Bio Malaysia Sdn Shd (CJ Bio) bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Kesihatan serta wakil penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang turut serta dalam perjumpaan tersebut berkata pihak CJ Bio telah berjanji untuk mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.

“Perbincangan berlangsung dalam suasana sangat mesra dan muhibah, komitmen untuk selesaikan masalah telah diberikan oleh pihak syarikat CJ Bio dalam perjumpaan ini,” katanya ketika ditemui di kilang CJ Bio di Kertih di sini, pada pagi Isnin semalam.

“Kita di Dun Kemasik, banyak menerima ‘complain’ penduduk terutamanya dari Kampung Batu Putih dan Pengkalan Ranggon,” jelas Ir Saiful Azmi.

Beliau juga menyaran Pihak CJ Bio untuk mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JAS.

“Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama penduduk setempat bagi mengeratkan hubungan serta mengatasi masalah berbangkit perlu diteruskan.

“Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak dalam perjumpaan ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang berlanjutan sejak tiga tahun lepas,” tambah Ir Saiful Azmi.






Sumber BO - 24-7-2018






Ir Saiful sertai 'Jom Plogging'

KEMAMAN: Kempen 'Jom Plogging' iaitu program komuniti berjoging sambil mengutip sampah di pesisir Pantai Kuala Kertih di sini, turut disertai Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili sempena cuti hujung minggu kelmarin. 
"Acara pagi ini sebenarnya menjadi menjadi rutin hampir setiap minggu, ianya dipelopori oleh saudara Zulkefli Saji bersama isterinya, Normazita Ali yang tinggal berhampiran sini. 
"Alhamdulillah, ada sedikit luang waktu pagi ini dan rasa terpanggil untuk menyertai aktiviti mereka, hajat ini sudah lama terpendam sebenarnya. 
"Seronok juga dapat bersenam dengan berjalan-jalan anak sambil mengutip sampah dalam suasana tiupan angin pantai," kata Ir Saiful ketika ditemui. 
Sementara itu Zulkifli Sarji berkata, penglibatan awal beliau dan isteri bermula apabila setiap kali ke pantai untuk bersenam perasaan kurang selesa timbul apabila melihat keadaan pantai yang tidak bersih. 
Ujarnya, terdapat banyak sampah telah ditinggalkan pengunjung, sehubungan itu disamping bersenam mereka juga mengutip sampah di mana teladan itu kemudian diikuti ramai orang. 
"Alhamdulillah, hari ini ada satu 'department' (jabatan) dari PPTSB (Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd) yang ikut kita, dengan keluarga dalam 20 orang serta yang lain-lain supaya kita boleh bersama kerajaan menjaga kebersihan pantai," kata Zulkifli lagi.
Ir Saiful juga berharap tempat seindah Pantai Kuala Kertih ini dapat dijaga kebersihan sepenuhnya bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga oleh rakyat terutama pengunjung. 
"Terima kasih kepada saudara Zulkifli Sarji dan isterinya Normazita Ali dan seluruh yang hadir pagi ini bagi memastikan pantai kita sentiasa bersih. 
"Suatu inisiatif yang sangat baik dan disokong, semoga kerja baik ini dapat diteruskan oleh seluruh masyarakat," kata Ir Saiful Azmil penuh optimis di hadapan hampir 60 peserta yang menjayakan aktiviti berfaedah itu. -HARAKAHDAILY 23/7/2018
















Sumber HD - 23-7-2018






Royalti: Pertemuan bersama Ketua Menteri Sarawak

SAYA ingin mengucapkan jutaan terima kasih walaupun makluman singkat tetapi berpeluang untuk mengadakan pertemuan tidak rasmi pada hari ini, Isnin 23 Julai 2018 bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. 
Perbincangan saya bersama beliau lebih memfokuskan isu royalti minyak yang hangat diperbincangkan sekarang. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Muda dari Sarawak YB Hajah Sharifah Hasidah dan pegawai kanan Kerajaan Sarawak. 
Secara khususnya kami bersetuju dan komited untuk memastikan yang terbaik bagi Negeri Terengganu dan Sarawak serta negeri pengeluar minyak dan gas yang lain.

Pembayaran royalti adalah perlu mengikut perjanjian yang dimeterai, dan kami juga sepakat bahawa ianya adalah royalti dari pengeluaran minyak dan gas, dan bukannya dari keuntungan bersih. 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
23 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 23-7-2018 














Penduduk Pasir Raja Saran Kerajaan Semarakkan Pelancongan Agro

DUNGUN – Penduduk menyifatkan, Kampung Pasir Raja mesti dibangunkan dengan pelbagai produk Pelancongan Agro (Agro-tourism), sejajar dengan perasmian projek herba oleh Sultan Terengganu.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Tengku Alias Tengku Mat Rani, 70, kerajaan PAS Terengganu bersama mengusahakan ternakan udang galah di situ.

Katanya, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri Al-Marhum Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik datang sendiri ke kampung tersebut, bagi menyempurnakan projek bernilai ekonomi itu.

Selain pengeluaran udang yang berjaya, beliau menambah, terdapat lebih 100 ekar tanah sawah yang diusahakan oleh penduduk berhampiran kolam udang tersebut.

“tu…tu….tu…..ada 15 buah kolam udang semua yang menjalankan ternakan udang galah kerana kawasan ini amat sesuai,

“alik belakang nu….ada 100 ekar…..masa PAS (perintah) buat, bila BN menang semula, jadi terbiar,” tegasnya.

Justeru, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman yang turut sama dalam lawatan itu, bersetuju dengan cadangan dua orang lama kampong Pasir Raja itu.

Katanya, beliau bersama Pengerusi J3K kampong itu Tengku Mohd Yunus Tengku Mat Rani, akan membawa cadangan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim

“kita akan bawa cadangan yang baik ini dan mengusulkan cadangan pembangunan semula kolam dan sawah itu, yang boleh menarik pelancong dalam dan luar,

“dan saya juga akan bawa kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat , YB Ariffin Deraman,

“kerana kawasan ini……Hulu Dungun ini memang terkenal dengan pusat tarikan dengan adanya kawasan aktiviti lasak Sungai Kelemin dan air terjun tertinggi di Asia, Chemerong,” jelas beliau.

Pada Ahad 22 Julai, Sultan Terengganu, Mizan Zainal Abidin, telah mencemar duli mudik ke hulu Dungun bagi merasmikanHerba Integrasi di kampong pedalaman itu.

Menurut Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad,Tan Sri Abdul Rahman Mamat, syarikat yang diberi tanah tanah seluas 1000 ekar oleh kerajaan negeri negeri itu mendakwa, mereka telah Berjaya mengujudkan 32 peladang satelit.

Namun, kata Haji Ghazali, masih kurang jumlah pengembilan pekerja tempatan dalam perusahaan bioteknologi yang tersenarai di bursa Malaysia sejak 2015.

Sumber BO - 23-7-2018








Percepatkan Perkembangan Taman Bersepadu Herba Pasir Raja

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN – Kerajaan harus mempercepatkan perkembangan tanaman Herba Bersepadu Bioalpha kerana ia bakal memenyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada masa sekarang lebih 50 orang penduduk daripada komuniti sekitar yang berdekatan telah diambil untuk bekerja di situ.

Antaranya, menuurut beliau, mereka berkhidmat sebagai kerani dan penjaga tapak semaian serta penanam herba.

“Bioalpha menawarkan banyak jawatan kosong kepada wanita merupakan suri rumahtangga juga dapat menyumbang tenaga demi meningkatkan pendapatan isi rumah masing-masing,

“dan tidak kurang daripada 10 wanita yang telah bekeluarga telah diambil bekerja ditaman herba pada masa ini dan bilangan tersebut akan terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis Perasmian Herba Integrasi Pasir Raja pada Ahad, 22 Julai.

Katanya, melalui program ini seramai 32 orang peladang satelit telah dilantik bagi mempertingkatkan kapasiti hasil tanam dan kualiti para peladang akan dinaik tarafkan.

“Pengusahaan HICD ini akan mencipta lebih banyak lagi jawatan kosong untuk lebih daripada 200 individu selepas taman herba tersebut siap dibangunkan,

“dan ianya akan dapat membantu menurunkan kadar pengganguran dalam negeri,

“serta para peladang akan berpeluang untuk menjadi usahawan tani yang berjaya pada masa akan datang dan seterusnya membangunkan lagi ekonomi negara ini,” ujarnya.

Menurutnya, menyatakan ianya adalah satu kebanggaan Negeri Terengganu kerana ekonomi akan bertambah baik diatas dokongan dari kedua-dua kalangan lelaki dan wanita.

“Program Penanaman Herba ini ialah program melalui ECERDC yang telah melantik Syarikat Bioalpha iaitu sebuah syarikat pembuatan produk suplemen kesihatan,

“dan pada masa ini lebih daripada 20 jenis tanaman herba Tradisional Malaysia telah ditanam seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas cotek,” jelasnya.








Sultan Terengganu, Mizan Zainal Abidin, telah mencemar duli mudik ke hulu Dungun bagi merasmikan Herba Integrasi di kampung pedalaman Pasir Raja Hulu Dungun

Sumber BO = 233-7-2018









Empangan Paya Peda beroperasi sepenuhnya

BESUT: Empangan Paya Peda bernilai RM333 juta yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu, kini telah beroperasi sepenuhnya, demikian menurut Exco Kerajaan Negeri, Dr Azman Ibrahim.
Katanya, empangan seluas 77 kilometer persegi dan terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga, Jerteh itu beroperasi bagi keperluan perancangan masa hadapan serta sumber bekalan air kepada penduduk.
Beliau telah mengadakan lawatan ke empangan tersebut dan mendapat taklimat daripada Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Utara (IADA KETARA), Fatimah Abdul Hamid, di sini kelmarin.
Jelas beliau, operasi empangan itu bukan sahaja membekalkan air termasuk mengairi kawasan penanaman padi, malah berperanan mengawal banjir dengan air boleh dilepaskan secara sistematik.
“Portfolio Pertanian ini yang agak besar dengan  33 jabatan dan agensi. (Kita turun) supaya kita boleh jumpa dengan kakitangan di peringkat paling bawah.
"Mendengar daripada mereka sendiri apa yang berlaku dan sedang dilakukan, serta isu supaya maklumat yang tepat kita boleh ke hadapan dengan langkah dan perancangan serta hasil yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.
Siri pemimpin bertemu kakitangan di bawah portfolio mereka itu turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Hilmi Harun dan pemimpin politik antaranya Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Shalahuddin Jaafar.
Beliau turut mengemukakan cadangan supaya kawasan pulau yang tanahnya subur dan tidak berapa tinggi dapat diadakan aktiviti pertanian sama ada kekal ataupun kontan untuk kegiatan penduduk sekitar. -HARAKAHDAILY 22/7/2018
Sumber HD - 22-7-2018 













Sg Kandis: Bukan laluan kepada Umno

KUALA LUMPUR: PAS bukan memberi laluan kepada Umno apabila mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Dun Sungai Kandis, demikian tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 
Sebaliknya kata beliau, dakwaan seperti itu adalah tafsiran oleh pihak luar sedangkan PAS tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan yang pelbagai setelah mendapat pandangan pelbagai pihak di Selangor. 
Jelas beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, pertimbangan PAS itu adalah berdasarkan kajian dan maklumat terkini, termasuk kedudukan kewangan semasa parti serta pandangan jentera akar umbi. 
Beliau menyatakan demikian menjawab pertanyaan media selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin. 
Dr Samsuri turut mengulas mengenai PRK Dun Balakong yang bakal diadakan berikutan kematian Adunnya di mana PAS akui beliau belum menentukan sebarang keputusan kerana masih baharu. 
Pun begitu katanya, perbincangan susulan perkara tersebut akan diadakan dengan mendapat pandangan seumpama terutama daripada Jentera Pilihan Raya PAS Selangor sebelum memuktamadkan keputusan. - HARAKAHDAILY 22/7/2018
Sumber HD - 22-7-2018 

Belum jelas tambah atau kurang royalti

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri masih belum mendapat gambaran jelas berhubung pembayaran royalti hasil pengeluaran petroleum. 
Ujarnya, perkara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media pada 20 Julai lalu kurang jelas perinciannya. 
"Apa yang disebut oleh perdana menteri, 20 peratus daripada keuntungan Petronas di negeri-negeri pengeluar minyak. 
"Keuntungan Petronas (gross avenew) sepanjang tahun 2017 misalnya adalah sebanyak 233 bilion. Keuntungan selepas penolakan cukai pula sebanyak (net profit) 45 bilion berbanding tahun 2016 sebanyak 23.5 bilion," katanya kepada media dalam satu majlis di Maahad Darul Quran, Rusila, semalam. 
Jelasnya, pihaknya masih belum jelas sama ada pendirian kerajaan pusat itu akan menambah atau mengurangkan hasil pemberian royalti minyak. 
"Berdasarkan kepada net profit, maka tentulah nilainya tidak sama macam kita duk baca sekarang ini. 
"Yang kita duk baca sekarang ini ialah 5 peratus, daripada jumlah 1.2 bilion pada harga 50 dolar setong. Kalau 70 dolar setong perolehan kerajaan negeri adalah 1.6 bilion.
"Yang dimaksudkan oleh perdana menteri 20 peratus daripada net profit yang diperoleh kerajaan negeri," katanya. 
Tambahnya, nilai untung itu mungkin boleh jadi lebih atau kurang daripada 1.2 bilion.
Bagi menyatakan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan itu, kerajaan negeri katanya akan meneliti secara terperinci mengenai perkara tersebut terutama akan menyemak semula jumlah pengeluaran minyak dan hasil keuntungan bersih selepas ditolak dari cukai negeri itu. 
Jelasnya, di peringkat awal kerajaan negeri komited dengan komitmen kerajaan pusat untuk memberikan royalti terus kepada kerajaan negeri malah kerajaan negeri turut komited akan membelanjakan perolehan royalti itu untuk kepentingan rakyat negeri itu.
"Kerajaan negeri hanya guna untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti. Kami komited bahawa kita akan guna untuk kepentingan rakyat," tegasnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2018
Sumber HD - 22-7-2018 














Anak T’ganu cemerlang di University of Liverpool

TAHNIAH diucapkan kepada Saudari Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England. 
Pujian juga harus diberikan kepada ibu bapa Saudari Nur Faezah, Encik Wan Mustafa dan isteri atas pencapaian anakanda mereka yang sangat membanggakan ini dan pastinya memberikan kegembiraan yang bermakna buat keluarga. 
Saya juga difahamkan bahawa beliau datang dari keluarga yang kurang berada. Namun ia bukanlah satu halangan untuk beliau mengecapi kejayaan ini. 
Kejayaan anak kelahiran Besut ini turut menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu dan diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat buat para pelajar untuk mencontohi beliau. 
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
22 Julai 2018















Alhamdulillah atas kejayaan anakanda Wan Nur Faezah binti Wan Mustafa, anak kelahiran DUN Kota Putera yang baru sahaja bergraduasi dan berjaya memperoleh First Class (Hons) Ijazah Perakaunan, University of Liverpool, England. 
Tahniah yang tertinggi diucapkan kepada Encik Wan Mustafa dan isteri atas kejayaan yang sangat menggembirakan ini. Pastinya ibu bapa Faezah merupakan orang yang paling merasai manisnya hasil kali ini. Susah payah kalian dalam membesarkan dan mendidik anak-anak telah Allah balas dengan pencapaian yang membanggakan ini.
Wan Nur Faezah juga merupakan bekas pelajar SMK Tengku Mahmud dan turut membawa pulang keputusan yang cemerlang (Straight A's) pada SPM 2012. 
Semoga Faezah terus terdidik menjadi insan yang solehah dan mumtazah di dunia dan di akhirat. Semoga kejayaan Faezah hari ini akan memberi manfaat yang besar buat masyarakat, umat Islam khususnya. 
Tahniah Faezah!
We're super proud! 
Ingatan ikhlas daripada:
YB Haji Mohd Nurkhuzaini
ADUN Kota Putera – HARAKAHDAILY 22/7/2018
Sumber HD - 22-7-2018











Kerajaan Sedia Bantu Pembedahan Adik Damia

Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri bersedia membantu menguruskan kos rawatan pembedahan adik Damia Irsalina Daeng Malis, 11 tahun dari Kuala Telemong yang menderita kesakitan akibat tulang belakang bengkok.

Akibat dari permasalahan ini, tulang belakang adik Damia telah memberi tekanan kepada paru-parunya yang mungkin lama-kelamaan akan menyukarkannya untuk bernafas.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, pihaknya telah mengkaji permasalahan Adik Damia dan berusaha sedaya usaha mencari jalan untuk membantu menampung kos pembedahan tulang belakang yang melibatkan kos sebanyak RM25 ribu itu.

“Saya telah merujuk Tabung Darul Iman samada tabung dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adik Damia.

“Walaubagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa kedua ibu bapa Damia adalah penjawat awam dan telah memohon ‘Guarantee Letter’ dari pihak kerajaan untuk menanggung kos,” katanya ketika melawat adik Damia di kediamannya di Kuala Telemong, hari ini.

Justeru itu, Muhyidin berkata beliau telah berbincang dengan Tabung Darul Iman berkenaan perkara ini dan mereka memberi jaminan jika permohonan surat jaminan (guarantee letter) itu tidak berjaya, kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman memberi jaminan akan menanggung kos tersebut sepenuhnya.

“Kita akan membantu sedaya upaya dalam apa jua cara dan berdoa semoga pembedahan adik Damia ini berjalan lancar tanpa ada gangguan dari segi kewangan ataupun kesihatan,” Katanya lagi.

Ketika lawatan tersebut, Muhyidin turut menyampaikan sumbangan orang ramai melalui Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu kepada adik Damia.

Turut hadir Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS), Saudara Mohd Safari Abu, Pegawai Penyelaras Dun Telemong dan Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu.

Sumber BO - 21-7-2018










Dana Bakti Remaja Diteruskan

DUNGUN – Kerajaan PAS Terengganu menitikberatkan Dana Bakti Remaja diagihkan terus kepada penerima sasaran iaitu golongan remaja.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Perpaduan Nasional, YB. Cikgu Alias Harun berkata oleh kerana itu program penyerahan dana tersebut untuk kali yang kedua diadakan.

“InsyaAllah program susulan akan dibuat lagi kerana dengan kehadiran mungkin 2/3 sahaja yang datang,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berkata demikian ketika berucap pada Majlis
Pengagihan Dana Bakti Remaja yang diadakan di Dewan Sivik Batu 48, di sini pada khamis, 19 Julai.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu juga berharap penerima menggunakan duit ini sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan pemberian tersebut.

“Walaupun tidaklah banyak, hanya RM200 ringgit sahaja,’ ujar beliau.

Sumber BO - 22-7-2018












PITAS; Tujuh Prinsip, Sembilan Strategi, Lima Bidang Utama, 10 Program Induk, Enam Sasaran Dan Tiga Teras Perlaksanaan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kenapa kita berada di sini pada hari ini? Masing-masing boleh menjawab bahawa kita berada di sini adalah untuk mendengar ucaptama kerajaan negeri , yang menentukan apakah hala tuju. Bagaimanakah caranya kita hendak bergerak ke hadapan.
Sebenarnya majlis pada hari ini bukan mengenai Menteri Besar ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri…..‘something about’ Menteri Besar, tetapi adalah mengenai kita semua, daripada Menteri Besar, seluruh jentera pentadbiran kerajaan, tuan-tuan, para hadirin sehingga ke ahli majlis dan J3K di bawah.
Kerana kita semualah yang akan menggerakkan negeri kita dan membawa negeri kita ke era yang seterusnya. Tugas dan tanggunjawab bukan tugas seorang ataupun sekumpulan di atas sahaja tetapi ini adalah tugas semua diantara kita yang mesti dibuat dalam tempoh lima tahun, pentadbiran kerajaan baru, insha Allah.
Ini adalah perkara asas yang perlu kita fahami. Dalam kita merangka strategi dan dasar apa yang ingin dibawa sepanjang tempoh lima tahun. Kita nak cerita daripada A sampai Z pada hari ini, tentulah tidak mampu kerana kekangan masa dan memerlukan penelitian setiap satu persatu.
Apa yang ingin kita sampaikan, objektif yang kita harapkan setiap diantara kita mampu terima pada hari ini ialah memahami kerangka kasar (framework), apa yang ingin dibuat oleh kerajaan. Pendekatan yang perlu difahami oleh tuan-tuan sekalian, yang tuan-tuan tengok apa yang dibuat oleh kerajaan sepanjang tempoh dua bulan yang pertama ini.
Yang pertama, seumpama kita masuk ke sebuah rumah yang baru, yang kita lihat daripada luar semua dalam keadaan sempurna, cantik, ‘colour’nya cantik, struktur nampak kukuh. Tetapi apabila kita masuk ke dalam rumah berkenaan rupa-rupanya ada perkara yang kita tidak dapat gambarkan dalam fikiran kita. Kita melihat di dalam itu ada anai-anainya, lantai yang tidak kukuh, tiang serinya yang tunggu masa nak runtuh, atap yang bocor, duduk luar rumah tidak nampak atas yang bocor, kita duduk di dalam baru nampak ada kebocoran atap yang berlaku.
Sebab itulah tuan-tuan lihat kenapa dalam dua bulan yang pertama ini kita tidak memberikan dan menyampaikan inisiatif-inisiatif yang baru.
Kerana tempoh dua bulan yang pertama ialah kita mengenal pasti segala macam kelemahan dan kekurangan yang ada. Tanpa perlu saya atau sesiapa di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berdiri untuk menyatakan, “oh ini silap, ini silap”, tanpa perlu menyebut. Kita semua sedar, kita semua tahu akibat bukan sekadar faktor perubahan politik, tetapi tuan-tuan tahulah apa yang berlaku dalam tempoh 10 tahun, 15 tahun ini. Berlaku pertukaran demi pertukaran di peringkat kepimpinan kerajaan negeri.
Apa yang kebiasaan berlaku ialah apabila menteri bertukar maka ada polisi baru, naik menteri baru, ditukar, dibatalkan polisi yang lepas. Umpama yang berlaku kepada anak-anak kita di Kementerian Pendidikan, ini saya beri satu contoh, naik menteri baru, ada dasar baru, peperiksaan baru berubah, maka anak kita terpaksa dijadikan bahan eksperimen. Naik menteri baru, bertukar lagi, ini lah yang berlaku kalau kita panjangkan tempoh 20 tahun, keadaan 15 tahun kerajaan Negeri Terengganu, naik seorang yang lain, denda, didera, naik perlaksanaan yang lepas, di denda, didera lagi. Dan persoalan akhirnya sampai bila kita akan berada di dalam keadaan yang demikian.
Sampai bila kita boleh bergerak ke hadapan, oleh kekangan yang berlaku. Sebab itulah tempoh dua bulan yang pertama adalah kita hendak mengenal pasti segala aspek kelemahan, kekurangan dan bagaimana kita mencari jalan nak bertambah baik, menambah baik masalah. Seterusnya barulah kita boleh merancang pelan ke arah pelaksanaan manifesto yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ SUK tadi.
Dan enam bulan seterusnya ialah melaksanakan PITAS yang akan saya jelaskan sebentar sahaja lagi. Dan hari ini kita mulakan perjelasan mengenai PITAS kepada semua secara berperingkat-peringkat. Tak mampu untuk kita menjelaskan PITAS ini dalam satu tempoh sahaja, tapi memerlukan tempoh yang panjang terutama apabila menyentuh strategi kaedah pelaksanaan, siapa yang terlibat, bagaimana nak buat, bila nak bermula. Maka sepanjang tempoh daripada hari ini sampai lima tahun akan datang kita akan bertemu dengan aspek-aspek yang perlu setiap agensi dan setiap individu untuk mengambil maklumat.
Para hadirin yang saya hormati sekalian, Pelan Induk Terengganu Sejahtera, itu adalah panjangnya (PITAS) 2030 dengan ‘tagline’ Maju, Berkat dan Sejahtera.
Dan tuan-tuan tengok di sini ada logo Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera di mana logo ini menberi gambaran hitam dan putih, warna Negeri Terengganu, hijau warna universal untuk Islam. Bangunan yang tuan-tuan lihat adalah lambang kemajuan duniawi. Masjid pula lambang pembangunan modal insan. Pokok menunjukkan Negeri Terengganu sebagai negeri pesisir pantai.
Tidak banyak negeri di Malaysia ini mempunyai pantai yang panjang berbanding negeri di Terengganu yang mempunyai keunikan tersendiri. Inilah, corak-corak itu memberi gambaran budaya yang ada di Negeri Terengganu. Batik melambangkan seni warisan Negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Negeri Terengganu, bulan dan bintang melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo yang bulat membawa maksud permuafakatan, persefahaman, kerjasama diantara kita dalam mengerakkan agenda Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
Apa itu PITAS? kalu bahasa orang Besut ada maksud lain pulak PITAH, orang tempat lain, maksud lain pulak. PITAS adalah Pelan Induk Terengganu Sejahtera adalah secara khususnya, PITAS adalah mempunyai beberapa komponen, ada tiga dasar dalam PITAS, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran, tiga teras perlaksanaan.
Maka tentunya nak melaksanakan semua perkara ini tidak cukup sebenarnya dengan lima tahun, sebab itulah targetnya adalah 2030, tempoh yang realistik untuk dibuat. Untuk kita sebutkan semua perkara hari ini tidak mungkin kerana tuan puan akan mendengar banyak perkara dan apabila balik, pulang tidak tahu kebenda. Sebab pada hari ini kita akan melihat mengenai perkara-perkara asas untuk memberi kefahaman bagi tuan puan balik ke agensi masing-masing, ke daerah masing-masing dan mula berfikir ke arah melaksanakan apa jua agenda di peringkat masing-masing berdasarkan kepada dasar dan prinsip yang kita rangkakan. Seterusnya falsafah PITAS iaitu berasaskan kepada apa yang disebut oleh Allah S.W.T, اعوذ بالله من شيطان رجيم ، ان الدين عندالله الاسلام
Semua kita duk baca sokmo ayat ni, sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam dan kita sangat bernasib baik kerana semua daripada kita ini, hampir semua diantara kita di Terengganu ni yang paling ramai penduduk Muslim. Tanpa kita menafikan kewujudan masyarakat bukan melayu, bukan Islam di Negeri Terengganu. Sebab itulah kita ingin membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di-dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT.
Kita tak kata membina sebuah masyarakat Islam kerana kita memahami inilah realiti yang ada di Negeri Terengganu. Kita perlu wujud dan bersama dengan masyarakat di Negeri Terengganu. Tuan-tuan melihat dan mendengar kita selalu sebut, Maju, Berkat dan Sejahtera. Bagaimana kita, apa yang kita nak capai ini pergi kepada suatu pengarahan, tujuan iaitu kita ingin mencapai Maju, Berkat dan Sejahtera. Maju bagi orang-orang di Scandinavian, Eropah, Benua Amerika, memberi maksud yang berbeza. Maju di Negara Jepun berbeza maksudnya. Berkat, apatah lagi berkat, tidak ada istilah berkat dalam dunia moden, dalam politik moden, dalam pentadbiran moden, tidak ada gambaran keberkatan, kerana tidak ada di sana kebergantungan dan penyerahan diri dan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan negeri dan semua agensi adalah menuju kepada suatu amanah yang akhirnya akan dikira oleh Allah SWT.
Negara barat maju, tetapi kemajuan mereka dalam konteks keduniaan semata-mata tanpa unsur, elemen keberkatan. Dan akhirnya adalah sejahtera. Apa itu sejahtera? Sejahtera semua pihak, sejahtera rakyat kita, sejahtera pentadbiran kerajaan kita, sejahtera agensi-agensi yang ada, sejahtera penduduk, sejahtera masyarakat dan inilah yang ingin kita capai.
Mungkin ada orang kata, memang semua orang nak Maju, Berkat dan Sejahtera, betul dan kita tidak menghalang mana-mana orang pun mempunyai capaian dan matlamat yang sama tetapi akhirnya yang akan membuat dan melaksanakan dan mencapainya ialan bukan saya, bukan Dato’ SUK, bukan Ahli Mesyuarat Kerajaan tetapi kita semua, kecualilah kita ingin berada di kelompok lama di Negeri Terengganu ini dengan politik cara lama, yang ada kesan dan akibatnya. Apa dia? Pertama, kita sudah bertukar politik, bertukar kerajaan acap kali di Negeri Terengganu dan negeri-negeri lain. Selepas itu maka timbullah permusuhan. Orang ini tak puas hati dengan orang ini, orang ini pula tidak puas hati dengan orang ini, satu pihak mendera satu pihak yang lain, satu pihak lagi mendera satu pihak yang lain, orang ini bunuh orang ini, orang ini bunuh orang ini.
‘Code and code, but does it solve our problem? does it solve our problem! The real problem, the core problem of our people”, rakyat akan ‘fed up’, lama-lama dia akan kata orang politik takde keje lain ke?, bergaduh-gaduh, bertukar kerajaan makin huru hara keadaan tetapi masalah kami, masalah rakyat yang tak cukup itu, tak cukup ini, tak selesai. Akhirnya apa yang kita dapat, permusuhan, pergaduhan, tak buat kerja, tak puas hati kerana masalah politik, kerana orang lain naik, kita tak naik, maka kita ingin mendera orang itu, mengambil tindakan orang itu, akhirnya kita hanya akan puas hati sendiri tetapi tidak ada kepuasan yang sebenar.
‘We need satisfied but there be no satisfaction’ dengan apa yang kita buat. Satu perkara yang besar sebenarnya kita nok uboh ‘parody’, cara pemikiran masyarakat kita, diubah yang sudah puluhan tahun, the down, tidak ramah dikalangan masyarakat, kitalah yang berada di atas ini kepimpinan yang menyediakan ‘direction’, hala tuju dan pergarahan, contoh yang perlu dilihat oleh rakyat di bawah, barulah boleh melahirkan rakyat yang Maju, Berkat, Sejahtera, yang kita impikan. Sebab itulah dalam masalah ini, kita tidak mahu kita hanya melaksanakan program besar-besar, tapi akhirnya tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat, apa rakyat dapat? Ada dapat.
Kepentingan, keuntungan tetapi tidak sebegitu banyak, saya tidak ingin point-point satu-satu projek yang dilakukan lepas. Ini satu pengajaran pada kita, tetapi bayangkan tuan puan, berapa lamakah Terengganu sudah memperolehi royalti petroleum, 1975, tahun 1975 sampai sekarang, sangat bertuah kita berbanding negeri-negeri lain. Alhamdulillah kita mampu untuk menyediakan infra struktur yang terbaik, yang baik dan projek-projek yang bagus, tetapi kenapakah sepanjang tempoh ini kita masih lagi mampu mengeluarkan senarai rakyat Negeri Terengganu yang masih berada pada paras sepatutnya berbanding dengan duit yang kita ada, royalti yang kita ada, berbanding penerimaan, penerimaannya. Sebab itu lah penumpuan pada kali ialah dalam pertadbiran kerajaan ini kita ingin menyelesaikan semua perkara yang tertangguh yang dilakukan oleh pentadbir lepas.
Fokus itu dan yang kedua ialah kita ingin memastikan projek ini dilaksanakan dengan cara memberi keuntungan kepada rakyat di sekitar, “there must be some add value to them some political some economical advantage untuk rakyat di bawah dan akhirnya ialah supaya projek-projek yang besar ini memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri dari segi kewangan. Saya tak perlu sebut sacara ‘detail’ apa projek-projek itu. Tuan puan tahu, senarai banyak daripada Taman Ilmu, daripada Projek Zoo, daripada Projek Strawberry Park, macam-macam lah, projek di Kenyir, projek itu sudah ada, ‘what alternative do we have’? Kita tutup semua? apa pengakhiranya?
Satu pihak puas hati tapi kita telah membelanjakan dengan dana begitu besar untuk mendirikan projek yang sedemikian. Kita perlu siapkan dengan beberapa modifikasi supaya perancangan asal yang dulu mungkin banyak terpaksa kita kecilkan skop supaya kita dapat siapkan, kalu tidak apa? Kalu tidak siapkan, masa akan datang berlaku perubahan kerajaan atau perubahan kepimpinan kerajaan negeri. Menteri Besar yang berbeza, dia buat polisi baru pulok, maka perkara itu akan bertimbun, bertimbun. bertimbun, masalah tidak selesai sampai bila-bila.Kita akan selesaikan dengan beberapa modifikasi.
Taman Ilmu umpamanya, dan komponen yang memberi keuntungan dengan kebaikan kepada rakyat mestilah dimasukkan terutama di kawasan sekitar, rakyat melihat projek-projek ini umpamanya zoo, apa yang kami boleh dapat di kawasan sekitar itu? Alhamdulillah saya difahamkan dalam taklimat sebelum ini, ada perancangan untuk menjadikan penduduk di kawasan sekitar zoo itu sebagai suplier dalam makanan untuk haiwan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. Ini sebagai satu contoh dan lain-lain tempat juga boleh dilakukan perkara yang sedemikian.
Maju ini apa yang telah saya jelaskan tadi, pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang menyelesaikan masalah rakyat. Pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang melahirkan masyarakat yang intelek dan berdaya saing. Kelestarian pembangunan ekonomi masyarakat dan alam sekitar berasaskan prinsip Islam. Kelestarian itu daripada Bahasa Inggeris ‘sustainable’.
Berkat, prinsip Islam dijadikan asas dalam pentadbiran yang bebas riba, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Penghayatan taqwa menjadi asas terpenting dalam pembangunan dan pentadbiran masyarakat. Sejahtera sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi. Oleh kerana itu, prinsip PITAS ini adalah akan menjadi panduan di semua peringkat sama ada di peringkat PBT, agensi, GLC dalam merangka pelan masing-masing dan program yang dirancang di semua peringkat. Prinsip ini merangkumi penekanan kepada prinsip Islam. Pembahagian kit ekonomi negeri dan konsep pembangunan negeri.
Prinsip pertama, pematuhan kepada prinsip Islam. Setiap pembangunan samada dasar polisi strategi dan aktiviti mesti dirujuk kepada mereka yang pakar dan mahir dalam bidang masing-masing. Saya nak sebut contoh yang selalu kita biasa kita nak laburkan saham kerajaan negeri.
Alhamdulillah kita telah amalkan sekarang ini, kita rujuk kepada panel syariah, kita ada panel syariah yang menentukan boleh atau tidak. Ini contoh yang paling mudah dan perkara-perkara lain, Portfolio Belia, Sukan tentulah ada aspek-aspek di situ mana yang boleh mana tak boleh siapa yang menentukan, inilah yang kita katakan kita merujuk kepada mereka yang berkemahiran dalam bidang ini dan barulah kita tahu sesuatu agenda yang nak dibuat itu mengikut prinsip Islam berdasarkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ ulama’ dan Qias atau tidak, Semua perkara yang ingin kita laksanakan termasuk lah projek-projek yang ingin di laksanakan.
Prinsip kedua yang ingin kita tekankan ialah insan berkualiti aset terpenting negeri. Insan terpenting berkualiti ini tak semestinya mereka yang cerdik pandai, kebiasannya mudah untuk kita kata, “Ooh kita tanya mereka yang berkepakaran, pakar itu, pakar ini, pakar bank, pakar itu dan sebagainya maka kita panggil mereka dan dapatkan mereka pastisipasi mereka untuk melakukan menjalankan satu-satu projek. Tak semestinya…kerana apa? Saya buat satu contoh, kita pergi ke jeti di Marang umpamnya nak buat satu debt untuk penyelenggaran orang kampung dengan nak tarik bot untuk baiki. Kita ada standard, kita boleh rujuk kepada manual, ada standard JKR ada standard GPS, Jabatan Perikanan, ada standard masing-masing bagaimana nak buat tapi tanpa kita merujuk kepada pengguna maka tentunya akan ada masalah. Pengguna itu adalah aset kita sebenarnya yang perlu kita rai dan kita bincang dengan mereka. The step holders we have to approach and talk to them and get their view, get their feedback, get their opinion how it should be, bagaimana sepatutnya ia berlaku.
Tanya mereka kalau mereka kata tak boleh bot kami kecil kena saiz ini, jeti tu kena saiz ini kena buat macam tu kena buat macam ini talk to them and get their opinion. Contoh kita pergi ke Setiu Wetland, tuan-tuan akan bertemu dengan seorang satu individu nama dia Ayahku, saya tak pasti nama penuh dia, Ku Mad? Eh Ayahku, orang kampung, saya pergi dia bercerita tentang Wetland ini, termasuk spesis-spesis yang ada di Wetland, pokoknya, organismnya yang ada dia boleh sebut dalam saintific name,nama saintifik, kita tak boleh dan cara dia bercerita tu kita boleh tengok bagaimana passionate Ayahku ini, ini sebagai satu contoh, bila kita ‘check’, Ayahku ini….
Universiti mana, Harvard ke Oxford ke, dia tak pergi universiti, ‘he is just an ordinary individual’, orang kampung tetapi ‘very passionate’ dan mereka adalah aset kita bukan semata-semata orang cerdik pandai saya menjadi aset kita tetapi semua orang, sebenarnya adalah aset yang perlu kita guna di Negeri Terengganu dalam apa jua projek, agenda yang ingin dibuat di semua PBT, talk to them, approach them and get their opinion.
Prinsip ketiga, kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat. Alhamdulillah kita sebagaimana saya jelaskan di awal tadi, kita negeri yang kaya berbanding dengan negeri lain. Masa saya bertemu dengan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir, dua minggu selepas dilantik menjadi Menteri Besar, Tun menjelaskan bahawa ada empat Nmnegeri di Malaysia ini akan menerima royalti petroleum, ‘direct’ ke akaun kerajaan negeri, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.
Saya semak dengan kawan-kawan di Kelantan, berapa jangkaan Negeri Kelantan akan terima royalti ialah bergantung kepada harga minyak tetapi penerimaan ‘possible’nya ialah dalam jangkauan RM400 hingga RM450 juta setahun. Berapa kerajaan negeri terima dengan harga 50 dolar setong? Kita akan menerima setahun sebanyak 1.2 billion royalti sahaja. Dengan harga (Dollar) 70 dolar setong kita akan menerima sebanyak RM1.6 billion. Hari ini berapa harga Today…hari ini harganya 78 dolar setong, boleh bayangkan penerimaan dana wang royalti yang akan kita terima, kekayaan ini untuk siapa?
Untuk kita seluruh rakyat Negeri Terengganu bukan untuk ketua kerajaan bukan untuk kerajaan sahaja tetapi untuk seluruh rakyat yang perlu kita rangkakan supaya hasilnya sampai kepada mereka tetapi bukan dalam bentuk memberi ikan kepada mereka tetapi memberi batang kail fishing rod to them. Agensi nak buat apa-apa fikir ke arah itu, memberi emprower them, engage and emprower them. Beri keperluan mereka, beri mesin jahit contohnya, beri mesin itu, mesin ini, bukan memberi sebulan bagi RM200, sebulan bagi RM200….. at the end of the day,habis. Ini yang perlu kita tanamkan dalam semua agensi dan syarikat-syarikat dan pembuat dasar di peringkat kerajaan Negeri Terengganu.
Prinsip keempat pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan rakyat di mana meletakkan setiap perancangan negeri hendaklah melalui penglibatan dengan rakyat dan memastikan rakyat atau komuniti bekerjasama dengan kerajaan dalam merangka pelan yang ingin kita buat. Kenapa perlu kita ‘engage’ rakyat, ada yang perlu kerajaan buat tanpa tanya rakyat kerana kepentingan dan misi jangka masa pendek dan jangka masa panjang daripada kerajaan, tetapi ada juga yang memerlukan kita berbincang dengan mereka sebagaimana saya sebutkan tadi. Saya buat satu contoh bagaimana kita perlu melihat perkara ini dalam satu kunjungan saya ke satu daerah, ada beberapa daerah saya pergi dan bertemu mendapat penjelasan, penerangan tentang projek-projek pembangunan masalah-masalah yang ada di sekitar daerah. Ada satu daerah ini, dia berperancangan nak buat satu jejantas kepada penduduk di satu pekan. Kosnya saya tak ingat dalam RM200, 250 ribu, 300 ribu. ‘Cost is nothing wrong’.
Dalam keadaan biasa untuk buat jejantas, rakyat boleh berjalan kaki melintas satu kawasan. Ada satu pandangan lain pula pada masa itu menyebut buat tapi tak ada orang guna. Guna atau tidak? Satu pihak kata guna, satu pihak kata tak guna, kita boleh berbahas pada hati itu sampai petang, ‘but it doesn’t solve the problem, it doesn’t satisfied our needs’. Untuk kita tahu rakyat guna atau tidak, ‘so’ apa perlu kita buat?

Saya sebut kepada mereka pada hari itu, ‘why not’ cari beberapa orang pelajar-pelajar universiti yang boleh kita hubungi rangkakan soalan-soalan seperti ringkas 5 atau 10 soalan dengan ada profilingnya, wanita, lelaki, umur, latar belakang secara ringkas, profil dan buat survey berada di situ, di tepi jalan yang kita rangka nak buat jejantas tu, tanya kalau ada jejantas nak guna atau tidak? As simple as that, kalau tak nak guna pasal apa tak nak guna, tanya, tanya, tanya duduk 2 hari kita akan dapat sekurang-kurangnya paling minima 50 responden. Daripada situ kita akan tahu, oh rupanya kalau kita buat jejantas di situ ada orang guna tetapi budak-budak umur 15 tahun ke bawah contoh. Kalau kita buat orang perempuan lebih daripada orang laki, orang laki dia nak khabat(panjat) apa tu divider. Maka maklumat itu kita perlu tengok dan akhirnya buat keputusan.

Kalau kita buat memberi keuntungan atau tidak, oh, kanak-kanak saja akan guna, akan guna kanak-kanak ini, maka perlu kita buat, kerana apa? Kerana melibatkan masalah keselamatan, tetapi apabila kita buat kajian tiba-tiba kita rasa macam maklumatnya 10 peratus saja orang nak guna, maka boleh kita tangguh dulu di atas kepentingan tadi. Inilah yang kita katakan kita….. ‘we tries to solve the problem specifieally’ untuk mendapat maklumat yang lebih dan bukan projek ini saja, macam-macam perkara lain yang melibatkan rakyat, ini yang kita katakana kita melibatkan partissipasi rakyat dalam apa jua projek pembangunan sosial dan ekonomi yang menjadi tanggujawab kerajaan negeri tetapi rakyat juga perlu dilibatkan.

Sebab itulah satu perkara yang saya ingin bawa kepada tuan-tuan untuk di buat di peringkat masing-masing dan saya dah minta kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri supaya dalam tempoh akan datang ini, balik ke kawasan masing-masing panggil, ‘invite’ semua ‘stepholder’ yang ada di tempat masing-masing, JKK, ahli majlis, kepimpinan persatuan NGO yang ada kalau nelayan, nelayan lah, kalau pemandu teksi di tempat masing-masing itu, kereta sewa, kereta sewa lah, kalau pelancongan, pelancongan lah, yang ada rakyat ini panggil mereka duduk di satu tempat kita buat sesi ‘towns’ all’, bercakap dengan mereka, tanya apa masalah, apa yang mereka nak, yang bertanya, yang mengemukakan persoalan ini ialah biar wakil rakyat sendiri bukan pengerusi majlis, biar ada tanya betul-betul dan dapatkan maklumat.

Itu cara ‘towns’ all’ yang di buat di bandar-bandar kecil di Amerika dan di United Kindom, walaupun dibuat oleh orang putih, menda yang baik kita boleh teruskan supaya kita hati kita bersama dengan rakyat di bawah, mendapat feedback secara terus. Ini yang membezakan kita dengan yang lepas-lepas mungkin mereka buat projek kerana nak buat projek, kita tak nak dah kita buat projek tu kerana semata-semata kat projek di atas sebab-sebab yang tertentu tapi biarlah ianya ada kepentingan kepada rakyat.

Kelima, kelesterian Islam ‘sustainable’, alam sekitar, masyarakat dan ekonomi dimana konsep pembangunan, masyarakat, ekonomi dan alam sekitar yang ingin kita tekankan adalah mestilah selari dengan ‘sustainable’ bukan sekadar ‘sustainable’ alam sekitar, masyarakat dan ekonomi tetapi ada faktor Islam di situ. Cara konvensional yang kita boleh faham ‘sustainable conventional’ yang biasa di cakap di luar ialan melibatkan sosial, ekonomi dan alam sekitar tetapi kita nak perkenalkan di Negeri Terengganu sebgaimana mungkin di tempat-tempat lain pun sudah ada yang sudah perkenalkan kita masukkan faktor Islam di situ supaya ianya lebih holistik dan ada penyelesaian yang menyeluruh.

Prinsip keenam, kerajaan negeri sebagai pemandu memudahk cara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam mejayakan pelan pembangunan negeri. Perancangan negeri mestilah berbeza dengan membezakan peranan kerajaan, swasta dan rakyat. Kerajaan negeri sebagai ‘director’, pemudah cara dan pemantau kepada swasta dan bukannya bersaing dengan rakyat dalam projek yang dilaksanakan. Rakyat tak mampu untuk bersaing dengan kerajaan. Contohnya, kalau kerajaan negeri juga berniaga seperti rakyat, siapa yang akan maju ke depan. Kerajaan negerilah, ‘unlimited budget berbanding dengan rakyat. Maka kerajaan negeri perlu membantu rrakyat untuk tidak mengangkat martabat rakyat supaya lebih baik. Contoh kerajaan negeri tidak akan terlibat dalam industri batik. Tiba-tiba kita pula pergi buka kilang batik, atas nama kerajaan negeri, ada syarikat kerajaan negeri, buka batik, ada lagi sekarang ini.

Itu satu contoh yang jelas, kita buat, kita boleh order mesin daripada China, daripada mana, untuk batik yang cetak ini dan boleh beli orang tu beli orang tu beli orang ini untuk bekerja tapi kita akan bertembung dengan rakyat. Apa yang boleh kita buat ialah menyediakan kemudahan kepada industri tempatan, rakyat untuk ‘move forward’, menyediakan pelan kerangka, dan ada agensi-agensi yang akan terlibat dalam perkara ini.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya dah kalau begitu kita punya nasi dagang lagu mana di bawah TI Kitchen anak syarikat kerajaan negeri. Nasi dagang, TI kitchen tidak diniagakan di tepi jalan di Bandar Kuala Terengganu. Peranan nasi dagang ini adalah membawa, mengangkat negeri di pasaran luar. Di London dah ada dijual dan di tempat-tempat lain, nak mengharapkan Pok Leh yang berada di kampung ataupun Mak Jah yang jual nasi dagang sedap itu untuk dia jual di London, jual di Europe, jual di Pulau Pinang. Kita mendera dia, ‘local market’ pun tidak cukup. Maka kerajaan negeri berperanan. Itu contoh dan ada lagi industri-industri lain yang boleh masing-masing fikirkan supaya kita memberdayakan beri ‘empower our people, contoh yang pernah saya sebut kepada YPK sebelum ini, kita menyediakan kemahiran-kemahiran kepada ibu tunggal. Bila sebut ibu tunggal ada sengih lalu dah, 32 ribu ibu tunggal di Negeri Terengganu.

Kita ajar mereka kemahiran tertentu lepas itu apa yang kita buat lagi. Polisi yang dibuat oleh masing-masing agensi yang berkaitan tidak boleh terhenti di situ sahaja, kena berlaku penerusan,

menyediakan kemudahan tempat untuk mereka, menyediakan mesin sebagai satu contohnya supaya mereka boleh bekerja tanpa mereka perlu membuka sebuah syarikat, contoh kita ambil seorang ibu tunggal, kita mahirkan dia dengan belajar menjahit boleh buat fesyen, boleh ‘design’ baju, boleh menjahit boleh ‘klem’ tepi, boleh jahit baju kurung, boleh jahit baju batik, lepas itu apa perlu kita buat, kita tinggalkan dia? Itu adalah cara lama kita berfikir. Cara baru ialah kita ‘empower’ dia, kerajaan negeri ‘facilitate’ dia. Kalau kita beri satu tempat untuk berniaga, contoh itu salah satu cara, kita boleh cari satu tempat dia duduk situ dia berniaga.

Dia kena bayar sewa, kena bayar eletrik, bayar air dan sebagainya bayar aircond kalau panas, baru nak berniaga mana ada modal, itu kalau peringkat yang kedua, peringkat yang pertama contoh yang boleh kata buat, tuan-tuan boleh fikirlah, tetapi antaranya ialah mereka bekerja di rumah, menjahit di rumah dan mereka memegang kontrak kepada syarikat-syarikat atau tailor, tukang-tukang jahit yang ada, tengok apa yang dibuat oleh kerajaan Thailand kalau tuan-tuan pergi ke Krabi, pergi ke Koh Samui , pergi ke Hat Yai. Tuan-tuan boleh sampai pada pagi ini terus pergi ke kedai jahit dia, ukur baju kita, pagi esok boleh wak(bawa) balik terus. Kita pergi ke kedai itu tak ada pun tukang jahit di situ, kita tanya dia, jahit kat mana?

Dia bila sudah dapat ukuran dia terus bawak ukuran pergi ke rumah tempat orang itu duduk, duk di rumah je, jahit di rumah. Ada 50 orang, di rumah masing-masing, pergi hantar rumah orang ini,
hantar rumah orang ini. Jadi memberi kerja kepada mereka. Akhirnya Krabi dikenali tempat pergi buat baju siap dalam masa sehari. Di Malaysia tidak ada lagi tempat itu kan, yang dikenali orang buat baju dalam masa sehari dua hari dia pergi. Terengganu boleh menjadi satu tempat, orang luar, orang dari luar negeri, dan dari negeri Malaysia sendiri datang ke Terengganu selain daripada menikmati keindahan dan sebagainya. Ada dalam kepalanya kalau nak buat baju siap masa sehari datang ke Terengganu, and ‘it’s helps our local entrepreneur’ orang-orang kampung yang ingin bekerja itu sebagai salah satu contoh, tak mungkin saya nak cerita banyak contoh disini dalam waktu yang terhad. Tapi apa yang boleh kita buat untuk empower rakyat kita sendiri.

Prinsip ketujuh, pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Badan politik kita tak dapat tidak untuk menyebut politik, parti politik yang melalui sesebuah kerajaan. Kerana mereka naik melalui parti politik pilihanraya. Mereka adalah menentukan hala tuju negeri, perancang program-program dan agenda-agenda serta pemantau agenda yang ingin mereka buat. Itu kita tidak nafikan, naiklah siapa sekalipun, kerajaan dari parti mana sekalipun. Itu adalah peranan parti mereka, apa yang penting ialah dalam membuat keputusan yang melibatkan faktor ekonomi, nak masuk atau tidak sesuatu peniagaan di peringkat GLC, nak beri tender atau tidak kepada satu-satu syarikat.Kita tidak mahu lagi faktor politik menjadi ‘constraint’ utama, o tak boleh nak bagi harga yang murah itu kerana bukan kerana parti politik yang tertentu ataupun kerana syarikat GLC tidak boleh nak beli atau nak ‘take over satu syarikat lain atau tak ‘merge’ kerana apa, kerana faktor politik kerana keputusan politik kita tidak mahu keputusan orang politik menyebabkan ekonomi terganggu.

Projek-projek jadi mahal kerana campur tangan orang politik. Kita tidak mahu berlaku lagi di Negeri Terengganu kerana kesannya ialah kepada rakyat Negeri Terengganu. Orang politik mungkin puas hati. Ini kita bercakap dari hati ke hati benda yang sedang dan telah berlaku. Political decisions become a very important factor in determined economic effector that was in the past apa yang kena buat sekarang ni ialah supaya kita bercakap ekonomi profesionalisme haruslah dipertimbangkan,
Teras berkenaan PITAS 2030

Teras yang pertama budaya politik matang dan sejahtera.
Teras pelaksanaan kedua kerajaan teknokrat.
Teras pelaksanaan ketiga adalah adalah kerajaan digital.


Budaya Politik Matang dan Sejahtera, ‘what does it’s mean’? Ada orang kata politik matang dan sejahtera ni kita tidak tegas di mana perlu kita senyum belaka, orang buat salah pun kita senyum. Bukan itu maksudnya. Maksudnya kita mem-’approach’ kita dalam apa jua urusan kerja masing-masing di peringkat kerajaan, di peringkat agensi di peringkat PBT di peringkat ahli majlis kita mengurangkan ketegangan di bawah akibat daripada perbezaan politik. Saya sebut di awal tadi boleh saja dalam keadaan biasa sepertimana lepas kita naik jadi kerajaan kita hukum satu pihak kita hukum rakyat satu pihak lepas tu lima tahun akan datang. Contohnyalah bila satu pihak menang dia pun naik dia pun hukum pihak yang satu lagi, ‘when does it end’. ‘Cycle’ itu akan berterusan sampai bila-bila dan inilah yang kita nak tekankan dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera, rakyat yang memerlukan apa-apa perkhidmatan apa jua bantuan tidak harus dinafikan walau apa jua pendirian pegangan politik masing-masing kerana kita dalam negeri dan negara yang merdeka masing-masing ada, boleh jadi ahli politik mana-mana selagi mana sebuah politik itu berdaftar. Saya tidak boleh halang tuan-tuan untuk menjadi ahli parti B, parti C, parti D. Itu adalah hak tuan-tuan tetapi tuan-tuan juga ada hak kepada kerajaan yang kita bina. Kerja dengan sempurna, kerja dengan professional, kerja dengan penuh amanah.

Rakyat pun begitu juga mereka tidak wajar dihukum akibat dari perbezaan politik. ‘We have to give what is due to them’, ‘what is due to’ rakyat. Ada juga yang bertanya kenapa semasa pemberian dana raya hari tu, ditangguhkan sekejap, lepastu dibuka balik,lepas tu macam ada yang tidak lancar disitu. Saya nak sebut contoh apa yang berlaku penerima sesuatu bantuan, senarai yang diterima ini

masyaAllah ramai dah tetapi tidak mewakili rakyat yang sepatutnya yang diterima atas faktor politik, senarai yang ada. Ada orang tak masuk, ada yang di’block’ nama oleh JKK, macm-macam. Bila kita naik kita perlu betulkan keadaan ini. Maka perlulah kita buka permohonan baru kerana mereka yang tercicir, dicicirkan, ada dalam masyarakat kita. Kita takleh nafikan semua ini berlaku. Sebab itu kita perlu mengambil masa dan membuat penambah baikan untuk membetulkan kelemahan yang telah ada sebelum ini.

Kerajaan digital dimana depan ini benda yang agak kompleks, semua pihak bercakap mengenai industrial revolusion 4.0 , saya pun tak tahu apa benda industrial revolusion 4.0, apa telah lagi rakyat dibawah, apa kebenda tak tahu industrial revolusion 4.0 tapi semua orang bercakap dan semua menuju ke arah itu sebab itulah kita di Negeri Terengganu dari atas sampai ke bawah perlu merangka pelan dan strategi mana kita nak berdepan industrial revolusion 4.0 supaya bila sampai waktu dan ketikanya semua dilaksanakan di seluruh dunia kita tidak tertinggal, apa? Wallahua’lam, sama-sama kita tengok, we preper self our dan saya di fahamkan banyak sudah pelaksanaan kerajaan digital dibuat mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri juga dilaksanakan secara digital,di peringkat daerah, peringkat agensi pun ada dah perkara-perkara demikian. Ini boleh diteruskan. sekarang termasuklah ‘to empower’ rakyat.

Contoh masalah yang ada, baru ini masa kita nak ‘register’ baru senarai dana raya. Kita suruh dia pergi ke pusat khidmat dun atau majlis daerah atau dimana saja cyber café. Rakyat di bawah ini, kalau macam kita semua yang pakai smart-smart pada hari ini takpe, tetapi rakyat kita ini ada yang internet pun tak pernah buka, bila semua yang cyber café, natang apa cyber café ini, mintak maaf bahasa, bahasa teganu, apa kebenda cyber café, suruh pergi buka internet masukkan maklumat, klik, klik,, semua pakai reti tulis je. So, kita kena sediakan rakyat kita dengan bukan sekadar menyediakan kemudahan itu tetapi menyediakan maklumat dan cara bagaimana untuk menggunakan maklumat itu, seterusnya fokus utama pembangunan ekonomi Negeri Terengganu.

Yang pertama ialah mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam masa empat tahun, lima tahun ini dimana kita meyasarkan lima ribu pekerjaan dan ushawan baru setahun ini. semua pihak, di PBTpun ada, di di agensi pun ada, di peringkat majlis pun ada. Kita perlu membuka minda bahawa sediakan pekerjaan itu bukan sepenuhnya bermaksud kita buka kilang, satu kilang, Lepas itu kilang itu perlu seribu orang pekerja, maka kita pun kira ada seribu pekerjaan. Buka kilang satu lagi di Setiu pun, perlu seribu pekerja maka dua ribu, bukan begitu pengiraan sepatutnya. Apa yang kita buat adalah itu adalah salah satu dan peluang yang kita bina kepada rakyat kita menjadi usahawan. Menjadi ‘supplier’ di kawasan industri. Bboleh buka kantin, boleh menjaja di bawah Exco penjaja, boleh menjadi ‘chargeman’, boleh menjadi penyelenggara landskap.

Ini adalah usahawan-usahawan baru yang perlu kita reka cipta dan mereka juga adalah termasuk dalam penyediaan peluang pekerjaan. Jadi satu kilang yang dibuka perlu seribu, sebenarnya bukan seribu yang perlu kita lahirkan, kita perlu lahirkan 1,500 pekerjaan yang ada seribu itu. Inilah yang kita nak buat di semua tempat sebab itulah saya dalam perbincangan dan rakan-rakan ahli majlis masyuarat juga menyebut contoh kalu kita buat masjid kalu kita ada ruang di kawasan itu yang tak melibatkan tanah wakaf umpamanya ini satu contoh di buat satu kios beberapa kios untuk rakyat. Ibu tunggal ke, orang susah ke atau pun orang tua yang sanggup berniaga bukak kedai jual air, ‘three in one’ kat situ ‘it’s help them’.

Kita meyediakan ruang-ruang kepada rakyat dan tuan-tuan In Sya Allah kita telah di ‘approach oleh banyak pihak untuk membangunkan projek silika. Untuk membesarkan ‘industrial oil and gas and steel’ di Negeri Terengganu dan In Sya Allah kita rasa komited dan percaya semua dihadapan, saya ini komited untuk menjayakan plan itu In Sya Allah, menarik pelaburan berinteks tinggi berasaskan revolusi industry 4.0 sektor-sektor strategi yang saya sebut di dewan baru ini antaranya ialah Lembah Silica sebagai satu contoh pada hari ini kita melihat bagaimana cara untuk kita berfikir.Kita ada option contohnya pasir yang kita angkut dan kita jual kita boleh duit mudah.

Satu cara lagi ialah, pasir ini kita tambah ‘added value’ dengan kita buka kilang buat kaca umpamanya atau sebarang industi berkaitan dengan pasir maka kita boleh trip job, melahirkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kita bukan sekadar kita boleh export pasir tetapi kita boleh buka kilang itu, kilang ini, inilah yang ingin kita tarik pelaburan bukan just for the see of pelaburan, catit atas kertas yang boleh kita sebut kepada rakyat, tahun ini kita telah menerima FDI sebanyak 8 billion. Catit kepada laporan kewangan catit kepada kerajaan Negeri yang akan menjawab kepada rakyat but where does it goes 8 billion? Oh bagus, rakyat pun Tanya dah saya oleh apa? Tidak ada partisipasi rakyat inilah yang kita kata tariklah juga pelaburan tinggi biar ada kepentingan untuk rakyat.

Seterusnya menyediakan kepakaran belia-belia Terengganu. Ini juga perlui menjadi fokus utama kita, supaya kita membantu anak-anak muda kita, antara soalan yang saya tanya bila saya turun ke daerah-daerah. Saya tanya kepada OCPD apa masalah bila belia-belia kita adalah jawaban-jawaban dia itu berlaku penurunan, kes itu kes ini.

Alhamdulillah tetapi perkara satu perkara yang mesih lagi mengantui bukan sekadar Negeri Terengganu kita tetapi seluruh negara adalah mereka yang menjadi doktor sendiri. Anak-anak muda kita menjadi doktor sendiri, orang panggil minum sendiri, describe sendiri yang makan ubat betullah apa kuberada kerana apa masalah, macam-macam masalah keluarga dan sebagainya kita bahas panjang ada juga tak nafikan yang bekerja pun ada masalah sama tetapi kita perlu sediakan belia-belia kemahiran dan kepakaran tanggunjawab kita supaya mereka boleh terlibat dan mungkin sampai satu peringkat.

Saya difahamkan ada satu institusi sebuah kerajaan Negeri, pengambilan dari satu kursus itu dua orang masuk, saya tak nak sebutlah yang mana. yang mungkin lain-lain adalah, ada satu ‘course’ ni dua orang. Sedangkan kalu kita pergi ke kampung-kampung, ramai tak anak-anak muda yang tercicir pendidikan tetapi tak buat apa, duk termenung dekat rumah, ramai, we can’t helps them. Kalau perlu kerajaan negeri keluarkan dana memberi bantuan untuk mereka belajar dan memberi mereka elaun. We are going to do that inshaAllah dengan penerimaan royalti minyak inshaAllah. esok itu antara perkara-perkara yang akan masuk dalam agenda kita, Biar mereka boleh belajar apa jua yang boleh belajar di peringkat universiti. Pergi universiti yang tak boleh merek perlu pergi ke GMI pergi ke TATI perlu pergi ke FMI Malaysia transinstituet, mereka perlu pergi ke TESDEC, kita gerakkan rakyat bawah anak-anak kita ni biar pergi supaya akhirnya bilangan yang tercicir untuk mendapat kemahiran ini dapat kita minimakan.

Seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah. Mengekalkan pertumbuhan KDK pada kadar ‘five percent’ minima untuk empat tahun berikutnya. Rendah orang kata ‘five percent’. 2017 it’s already 5.9. we may have later 7.5, but the figure sometimes miss leading boleh mengelirukan kerana rakyat duk tanya di bawah, baguslah peningkatan ekonomi 7 peratus, 8 peratus tapi apa kami dapat hidup kami berubah atau tidak dia kata tak berubah juga sama. Sebab itu kita ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Cara bagaimana ada strategi, ada pelaksanaan yang akan kita ‘go through’, bukan hari ini. Tetapi selepas daripada hari ini, tuan-tuan akan turut bersama, boleh memberikan pandangan dan cadangan kerana tuan-tuan lebih tahu di agensi masing-masing. Dan yang akhirnya yang saya nak sebut tuan-tuan, apa yang membezakan apa yang kita buat pada hari ini dengan kerajaan yang lepas. Tuan-tuan mungkin kata kerajaan negeri baru naik kerajaan, lepas tu buat ucaptama macam ni.

Bagitahu apa nak buat tahun tahun lagi orang lain pulak buat benda yang sama. itu adalah rutin yang dia buat tetapi tidak ada apa-apa semua bercakap cantik-cantik nak buat itu nak buat ini. saya memberi komitmen bersama dengan ahli majlis mesyuarat kerajaan Negeri Terengganu bersama dengan adun dan pentadbiran kerajaan bahawa apa yang ingin kita bawa di Negeri Terengganu pada kali ini bukan sahaja cantik dari segi perancangan pelan dasar prinsip tapi yang penting yang membezakan kita dengan orang lain di tempat-tempat lain adalah pelaksanaan. Semua, tidak ada kerajaan negeri kalau tuan-tuan pergi ke Penang, tidak ada perancangan yang tak baik untuk rakyat, ada ke tidak?

Tidak ada untuk rakyat semua baik tetapi, yang membezakan bagus atau tidak, kesan kepada rakyat. Okey atau tidak, ialah pelaksanaan. Kalau kita boleh di Negeri Terengganu ini yang menjadi syarat utama tidak berlaku ketirisan, tidak berlaku pembaziran, penyelewengan, tidak berlaku masalah-masalah yang menyebabkan projek itu lambat disiapkan dan tidak berlaku ketegangan. Itulah yang membezakan kita dengan orang-orang lain di waktu yang lepas. Dan inilah komitmen setiap bukan sahaja ketua kerajaan perlu berikan, tetapi seluruh diantara kita perlu ambil komitmen ini, barulah Negeri Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

Tugas tidak mudah sebab itulah perkara yang saya sebut ‘approach’ yang kita buat sekadar ‘top bottom approach’ tetapi ‘bottom up’.Terdapat pandangan dan suara tuan-tuan, pandangan dan kritikan daripada ahli-ahli di bawah, rakyat-rakyat kita di. bawah, yang kita namakan pada hari ini, e-cadangan, NegeriTerengganu.gov.my. Untuk rakyat dia boleh pilih selepas pada ini kita akan perincikan ‘volume’ mana, ruang mana dia nak bagi cadngan mengenai infrastruktur dia boleh beri cadangan dan kita akan ada mekanisma untuk melihat cadangan-cadangan daripada rakyat sendiri, ‘bottom up’ selain daripada pelaksanaan ‘horizontal approach’ dan ‘top down approach’ dan insyaAllah kita sama-sama bina Negeri Terengganu kita. Ini tugas tak mudah dan akhirnya ialah apa yang kita buat ini, saya buat dan seluruh kita buat di sini melaksanakan amanah daripada Allah SWT.

Dan akhirnya untuk mencapai mardhatillah, keredaan Allah. Siapa kita sebagai manusia, sebagai MenterI Besar, pada sisi Allah yang membezakan ialah tugas dan tanggunjawab dan akhirnya kita menjawab di hadapan Allah SWT. Kita tidak mahu dalam waktu itu kita buat atau tidak tanggungjawab, culas atau tidak tanggungjawab, tidak mampu untuk kita dapat menjawab di hadapan Allah. Apatah lagi seorang MenterI Besar, apatah lagi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana itu, bantulah kita semua untuk sama-sama menggerakkan kerajaan yang kita bina ini untuk kepentingan seluruh Negeri Terengganu secara khususnya dan kita nak jadikan contoh kepada negeri-negeri yang lain yang ada di seluruh Malaysia. InsyaAllah terima kasih.

***Ucapan penuh YAB Dr Ahmad Samsuri pada Majlis Ucap Negeri, di Wisma Darul Iman17 Julai, 2918

Sumber BO - 21-7-2018
















Ziarah Berterusan

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Tradisi ziarah dan menyantuni rakyat di teruskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam walaupun dalam kesibukkan sebagai seorang Exco kerajaan negeri

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau sangat menghargai mandat yang diberikan oleh rakyat dan berkhidmat dengan penuh amanah.

“pengundi N013 (Wakaf Mempelam) yang membantu kemenangan saya, jadi amatlah tidak munasabah jika saya mengabaikan mereka,” ujar beliau yang ditemui ketika mengunjungi beberapa orang rakyat yang uzur dan sakit di Kampung Durian Burung .

Menurutnya, in shaa Allah, beliau dan isteri sentiasa turun ziarah sekiranya ada di kalangan pengundi yang sakit atau meninggal dunia.
Kata beliau, isterinya Dr Fadzillah Ismail juga turut membantu menggalas tugasan ziarah ini dan sempat bersama beberapa orang jemaah haji muslimat yang akan bertolak ke tanah suci.

“Alhamdulillah , saya dapat bersama membantu untuk turun menziarahi mereka yang sakit dan bulan ini tumpuan kita pada bakal-bakal haji,

“mudah-mudahan mereka mendapat haji yang mabrur,” ujar beliau ketika bersama dengan bakal haji di Kg Losong Atap Zing dan Durian Burong, semalam Jumaat, 20 Julai.

Sehubungan itu, seorang pesara guru yang disantuni berkata,” saya berasa terharu atas kunjungan ini dan amat berterima kasih semoga ziarah ini akan mendekatkan YB dan isteri dengan rakyat,” ujar Cikgu Nor Afdzan Abdullah, yang akan berangkat ke Tanah suci bersama suami dan dua orang anaknya.

Sebanyak lima buah rumah bakal haji dan dua buah rumah mereka yang uzur, disantuni dengan diiringi sama oleh Ketua Kebajikan DUN Haji Mansur Abd Rahman.

Sumber BO - 21-7-2018

"Ambe pun minat motosikal retro" - Ir Saiful

PERHATIAN Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili tertarik kepada sebuah motosikal retro Yamaha RX-S yang ditemui sebaik sahaja selesai beriadah di Pantai Kuala Kertih di sini, pagi semalam.
"Kenderaan ini mempunyai keistimewaan tersendiri dengan keunikan reka bentuknya selain sarat dengan nilai nostalgia bagi sesetengah orang.
"Walaupun tiada pengalaman peribadi memiliki atau mengemudi jentera ini, namun ambe (saya) cukup berminat dengan pelbagai kenderaan retro," ujarnya ringkas.
Menurut tuan punya motosikal, Mohd Ali Muhamad, 51, dari Kampung Baru Kertih, variasi Yamaha RX-S yang dimilikinya itu dikeluarkan pada tahun 1984 dan beliau membelinya pada tahun 1996 dengan harga RM500 sahaja.
"Ini adalah motosikal model RX-S kedua dimiliki, yang pertama telah hilang dicuri orang.
"Motosikal yang cukup popular pada akhir 1970-an dan awal 1980-an ketika ini masih mempunyai penggemarnya sendiri bukan sahaja golongan berusia malah generasi muda," kata Mohd Ali lagi.
Ir Saiful juga berharap peminat motosikal retro di Dun Kemasik boleh dikumpulkan untuk membolehkan mereka berkongsi minat, pengalaman selain bertukar-tukar pandangan mengenainya.
"Tentu meriah kita di Dun Kemasik jika pemilik motosikal retro Honda C70, Yamaha RX-S, Yamaha Enduro 125, Yamaha RD350 LC, Yamaha RX-Z, Suzuki GP125, Honda Raider HX 135, Suzuki Gamma berjaya kita satukan," kata beliau penuh minat dan berpengetahuan. -HARAKAHDAILY 21/7/2018


































Sumber HD - 21-7-2018



















Kesediaan Pusat kembalikan royalti dihargai

"ROYALTY is paid with reference to production or sales — Rs 5 per unit or 1 per cent of sale etc. It is generally paid for the user of intellectual property rights belonging to someone else, such as trademark, patent etc. Share of profits, on the other hand, is conditional and based upon profits. The one agreeing to take a share of profits is more intimately involved in the running of an enterprise and is a risk taker at that, but the supplier of technology, who has no financial stakes in an enterprise, usually settles for less alluring, but steady and sure royalties." 
Saya berterima kasih apabila Perdana Menteri (PM) dalam menjawab soalan dari YB Rantau Panjang mengulangi komitmen pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang mengeluarkan minyak. 
Kekeliruan timbul bila PM menyebut royalti sebagai peratus dari keuntungan. 
Pertama kerana ia definisi royalti yang luar dari kebiasaan bila mengaitkan bayaran royalti dengan akaun untung rugi perusahaan aset yang diberi hak untuk mengusahakan dalam keadaan pemunya hak aset berkenaan tiada bahagian dalam pengurusan, pentadbiran, malah akaun untung rugi perusahaan berkenaan. 
Biasanya untuk aturan begitu, ia tidak disebut 'royalty'. Ia disebut 'perkongsian keuntungan', atau 'profit sharing'. 
Perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Terengganu ada menyebut dengan jelas bayaran kepada kerajaan negeri adalah peratus dari pengeluaran. 
Saya kira mungkin PM tersasul menyebutnya seperti beliau tersasul antara GST dan GLC dalam satu soal jawab dengan wartawan. 
Saya harap begitulah. Jika tidak, kena buat pindaan Perjanjian 1975 yang perlu pula ada penglibatan negeri dalam pengurusan pula jika mahu negeri terlibat sama dalam soal untung rugi. 
Saya memandangnya secara bona fide, niat baik dari PM ini dan semoga segalanya baik untuk rakyat dan negara. Terutamanya kepentingan Terengganu yang begitu lama diperlakukan secara tidak adil oleh BN dalam soal hasil petroleum dari bumi Terengganu. Moga PH tak sama dengan BN-lah.  
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 21/7/2018
Sumber HD - 211-7-2018 



















Kerajaan Berusaha Kurangkan Lambakan Padi

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

BESUT – Kerajaan Negeri berusaha mengurangkan lambakan di negeri ini dalam masa yang tedekat dan memastikan padi yang dibawa ke kilang oleh para pesawah, dapat diproses dengan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani Dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, tersebut yang selalu berlaku ketika musim menuai mendapat perhatian Kerajaan Negeri Terengganu.
Katanya, beliau telah membincangkan isu yang timbul berkaitan dengan fasiliti kilang padi yang ada dan pengaturcaraan untuk dihantar ke negeri lain.

“Kilang padi yang ada di seluruh negara bilangan sudah mencukupi cuma masalah taburan di kawasan barat contohnya negeri Kedah ada sekitar 40 kilang padi berbanding di negeri Terengganu yang ada cuma tiga sahaja beroperasi,

“Kerana itu kita tidak dapat elakkan daripada berlaku tempoh menunggu yang agak lama untuk menurunkan padi dan mungkin kita boleh istilahkan sedikit lambakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di hadapan Pejabat Bernas Bukit Kenak pada Selasa, 17 Julai.

Katanya, isu pengangkutan masih lagi berlaku walaupun pihak BERNAS membayar sewa yang agak lumayan kepada lori untuk memindahkan padi dari Terengganu ke Negeri Kedah.

“Kami membincangkan beberapa isu yang bersabit dengan persiapan kita menghadapi musim baru penanaman padi sebagai langkah proaktif,

“untuk kita tengok beberapa tindakan yang perlu dan patut diambil bagi kita memberi khidmat yang terbaik kepada petani kita,

“dan matlamat kita adalah mewujudkan gabung jalin kerja yang kemas serta teratur daripada pihak kerajaan dan agensi pelaksana,” katanya.

Menurutnya, persiapan untuk berhadapan dengan musim baru penanaman padi khususnya majoriti pengeluaran padi di Negeri Terengganu dari kawasan IADA KETARA dengan keluasan kira-kira lima ribu hektar dan kapasiti kilang BERNAS 300 tan sehari untuk diproses.

“Kalau mengikut laporan kilang PKK gerai di dalam Kampung Oh insya Allah bulan Ogos akan siap dan proses untuk memasukkan mesin sudah dimaklumkan bagi menampung sekitar 400 tan sehari,
“dan di pihak BERNAS sendiri sebenarnya mereka sudah bekerja pada tahap maksimum untuk memberi keperluan petani,” tambahnya.

Justeru, hasrat petani sangat mudah apabila tiba musim menuai kerana mereka hanya mahu padi dituai secepat yang mungkin dan mendapat duit.

Sumber BO - 20-7-2018




















MATTA; Bersatu Mengharungi Arus Pemodenan Dan Globalisasi

KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) MATTA, malah badan-badan NGO pelancongan lain di negeri Terengganu digesa bersatu dalam sama-sama mengharungi arus pemodenan dan globalisasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, setiap ‘pemain’ mesti mengambil peluang di dalam perkembangan teknologi maklumat dalam memastikan kejayaan dapat dikecapi di dalam industri pelancongan.

“Kerajaan negeri memberi jaminan untuk terus komited mempergiatkan rancangan masa depan, persediaan dan pelaksanaan pelabagai usaha bagi menarik kehadiranlebih ramai pelancong ke negeri Terengganu,

“Ini adalah untuk memastikan sumbangan industri pelancongan dapat dimanfaatkan usahawan tempatan dan rakyat dari segi penyediaan pelbagai peluang pekerjaan dan membawa kean limpahan kepada ekonomi tempatan.

“Di sinilah peranan penggiat-penggiat pelancongan terutama MATTA dalam menyediakan pakej-pakej kawatan yang inovati, perkhidmatan dan kemudahan yang mesra pelancong,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu MATTA Terengganu di Dataran Panji di sini hari ini, 19 Julai.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan negeri Terengganu akan mempergiatkan usaha dalam memastikan prasarana dan kemudahan sokong pelancongan adalah menepati keperluan kemudahsampaian dan keselesaan kepada pelancong.

“Secara peribadi, saya percaya Negara kita amnya dan negeri Terengganu khususnya sememangnya telah dikenali sebagai Destinasi Mesra Muslim,

“Apa yang penting ialah untuk menerapkan prinsip iaitu dari segi kepatuhan kepada didtem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak, kegiatan yang mendapat keredhaan Allah dan kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan,” jelas beliau.

Justeru beliau berharap, badan-badan NGO pelancongan dapat menerapkan elemen-elemen perkhidmatan yang tersedia di negeri ini.

Katanya, perkhidmatan MyBus, Bas Kita, Payang Water taxi, bot penambang dan beca tradisional agar dapat dimasukkan di dalam pakej-pakej lawatan usaha memperkenalkan keunikan warisan dan tradisi negeri Terengganu kepada komuniti luar.

Sumber BO - 19-7-2018





















Kerajaan sedia lantik wakil bukan Islam

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri sedia mempertimbang melantik wakil dalam kalangan bukan Islam dari kaum Cina dan India bagi mewakili masyarakat minoriti di negeri ini. 
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apabila tiba masa yang sesuai kerajaan akan umumkan perlantikan itu. 
Menurutnya, segala perancangan ke arah proses pelantikan pegawai-pegawai khas berkenaan dalam tindakan kerajaan negeri. 
"Perkara (pelantikan) itu sedang dalam pertimbangan dan memang ada pegawai-pegawai yang dilantik. Kita sedang menimbang untuk wakil kaum Tionghua dan wakil kaum India. 
"Sebenarnya, perlantikan untuk pegawai-pegawai (khas) bangsa Melayu dan wanita juga dalam proses. Jadi bila sampai waktunya kita (kerajaan) akan umumkan," ujarnya kepada wakil media. 
Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama kaum bukan Islam dari warga Tionghua (Cina) dan India, di Kampung Cina, di sini kelmarin. 
Dr Samsuri turut menegaskan bahawa kepentingan kaum lain khususnya di Terengganu adalah sama penting antara Melayu, Cina dan India. 
Justeru jelasnya masyarakat bukan Islam juga perlu diwakili dari kalangan kaum mereka sendiri. 
"Ada (wakil) sebab mereka juga adalah komponen yang penting dalam negeri kita dan tentulah mereka perlu diwakili dari kalangan mereka. 
"Ada yang bertanggungjawab secara langsung dalam perkara ini iaitu kaum India dan kaum Tionghua," jelasnya. 
Menurut beliau lagi, wakil rakyat PAS di peringkat Dun dan Parlimen sentiasa mengambil cakna menyelesaikan masalah rakyat. 
"Wakil rakyat kita (PAS) di Dun Bandar, Ahmad Shah Mohamed sentiasa berhubung dengan mereka. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim juga ada berhubung dengan mereka. 
"Kita sangat prihatin dan sangat mengambil perhatian serta perjalanan untuk selesaikan masalah rakyat, dan dari hari ke hari sentiasa ada (aduan) masalah," jelasnya. 
Katanya, antara permasalahan yang sentiasa diterima aduan adalah mengenai perniagaan, tapak perniagaan, pasar pagi Kampung Tiong, masalah longkang tersumbat dan kebersihan. -HARAKAHDAILY 19/7/2018





















































Sumber HD - 19-7-2018






















Pencerobohan Nelayan Asing; Terengganu Kaji Hantar Bantahan Melalui Wisma Putera

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengkaji akan menyampaikan nota bantahan kepada pemerintah Vietnam melalui Wisma Putra bagi menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan dari negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang telah berjaya menangkap dua bot nelayan Vietnam pada minggu lepas yang merompak khazanah negeri dengan jutaan ringgit.

“Sebenar Negeri Terengganu terdedah kepada pencerobohan asing kerana bentuk fizikal dengan pantai yang terbuka dan paling panjang di Semenanjung Malaysia kira 244 kilometer daripada Kemaman sehingga ke Besut,

“pencerobohan nelayan asing dan nelayan pukat tunda sehingga ke satu tahap nelayan kita putus asa untuk ke laut terutama nelayan pantai,
“dan hari ini letak unjam esok tengok hilang…. Bubu hilang dan pelbagai lagi keluhan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media  di pejabat APMM Pulau Kambing pada Selasa, 17 julai.
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah APMM Dato’ Sri Zulkifili Bin Abu Bakar, beliau berkata sebanyak 612 bot nelayan asing yang telah ditangkap dan dirampas di seluruh negara sehingga bulan Julai tahun ini.

Selain daripada itu katanya, beberapa kategori bot yang telah ditahan termasuk bot tempatan yang dioperasikan oleh nalayan asing. Bot telah didaftarkan di bawah bot nelayan tempatan.

“Katanya negara mengalami kerugian RM6 bilion pada tahun lalu dan negeri berkenaan telah mendedahkan di dalam Parlimen bahawa RM6 bilion setahun hasil tangkapan Malaysia telah di bawa lari ke negara Vietnam,” katanya.

Justeru itu katanya, pihak APMM telah menjalankan beberapa usaha bagi meningkatkan pengawalan perairan Malaysia.

Namun begitu beliau berkata terdapat beberapa masalah timbul yang mengengkang usaha beliau dalam memburu nelayan asing tersebut.

“Antaranya kita kekurangan aset dan hanya ada dua bot besar serta kita belum lagi dapat menubuhkan angkatan udara APMM,

“walaupun ada kerjasama dengan pihak penguatkuasa lain termasuk tentera laut Diraja Malaysia,

“Namun pihak tentera laut katanya mempunyai kekangan ataupun halangan tertentu yang menyebabkan pengawalan dan pemerhatian laut tidak dapat dibuat secara berterusan dalam tempoh yang lama dalam tempoh satu-satu hari,” jelasnya.

Jadi oleh itu beliau menggesa supaya kerajaan pusat  menambah aset –aset kepada APMM termasuk cadangan beliau supaya APMM membeli dua buah helikopter dan sebuah kapal terbang serta beberapa peralatan kapal yang lain.

























Sumber BO - 19-7-20118























Projek ‘Rimbunan Kaseh’ Gagal!

Oleh : Noreni Abu Bakar

DUNGUN – Program ‘Rimbunan Kaseh’ yang dibangunkan oleh kerajaan lalu, bertujuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan kualiti kehidupan peserta, sememangnya gagal mencapai matlamatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun berkata dakwaannya sebelum ini dalam sidang DUN lalu, terbukti benar.

“Soalan-soalan saya berkaitan Projek Rimbunan Kasih di sidang DUN selalu ditolak dengan alasan projek kerajaan pusat”, ujar beliau dengan rasa hampa.

Ketua Penerangan Kawasan Dungun itu mengulas demikian ketika dihubungi selepas mengiringi lawatan kerja Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terenganu, Dr. Azman Ibrahim ke tapak projek tersebut di Rantau Abang di sini pada 16 Julai.

Cikgu Alias yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN menambah, sebelum ini beliau tidak dibenarkan masuk ke tapak tersebut walaupun banyak rungutan daripada peserta projek untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Mengikut perjanjiannya, peserta-peserta projek tidak boleh meninggalkannya(projek) sehingga 2020,”

“Ini amat menyukarkan mereka untuk meneruskan kehidupan kerana hanya mampu menanam sayur sahaja kerana 26 buah rumah hijau telah mengalami kerosakan”,jelas beliau.

Manakala tambah Cikgu Alias, tangki-tangki ternakan ikan hanya sesuai untuk ternakan keli sahaja.
“Walaupun mereka diberi elaun RM1500 sebulan tetapi ianya tidak mencukupi kerana rumah yang disediakan adalah disewa dan bekalan elektrik dan air,

“dibayar oleh peserta’.terang beliau yang bersimpati dengan nasib peserta-peserta.
Menurutnya, selepas tahun 2020, projek tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Ini bergantung kepada royalti, samada ianya diteruskan atau sebaliknya,” ujarnya

Sumber BO - 18-7-2018

























Kerajaan Sedia Lantik Wakil Non-Muslim

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan akan melantik wakil kaum non-muslim di kalangan kaum Cina dan India bagi mewakili masyarakat minoriti di negeri ini.
Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apabila tiba masa yang sesuai kerajaan akan umumkan perlantikan kaum non-muslim itu.

Menurutnya, segala perancangan ke arah itu proses perlantikan pegawai-pegawai khas berkenaan dalam tindakan kerajaan negeri.

“Perkara (perlantikan) itu sedang dalam pertimbangan dan memang ada pegawai-pegawai yang dilantik. Kita sedang menimbang untuk wakil kaum Tionghua dan wakil kaum India.

“Sebenarnya, perlantikan untuk pegawai-pegawai (khas) bangsa Melayu dan wanita juga dalam proses. Jadi bila sampai waktunya kita (kerajaan) akan umumkan,” ujarnya kepada wakil media.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama kaum non-Muslim dari warga Tionghua (Cina) dan India, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.

Dr Ahmad Samsuri turut menegaskan bahawa kepentingan kaum lain khususnya di Terengganu adalah sama penting antara Melayu, Cina dan India.

Justeru, katanya masyarakat non-muslim juga perlu diwakili dari kalangan kaum mereka sendiri.

“Ada (wakil) sebab mereka juga adalah komponen yang penting dalam negeri kita dan tentulah mereka perlu diwakili dari kalangan mereka.

“Ada yang bertanggungjawab secara langsung dalam perkara ini iaitu kaum India dan kaum Tionghua,” jelasnya.

Menurut Dr Ahmad Samsuri lagi, wakil rakyat PAS di peringkat Dun (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen sentiasa mengambil ‘cakna’ menyelesaikan masalah rakyat.

“Wakil rakyat kita (PAS) di Dun Bandar, Ahmad Shah Mohamed sentiasa berhubung dengan mereka. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim juga ada berhubung dengan mereka.

“Kita sangat prihatin dan sangat mengambil perhatian serta perjalanan untuk selesaikan masalah rakyat, dan dari hari ke hari sentiasa ada (aduan) masalah,” jelasnya.

Katanya, antara permasalahan yang sentiasa diterima aduan adalah mengenai perniagaan, tapak perniagaan, pasar pagi Kampung Tiong, masalah longkang tersumbat dan kebersihan.

Sumber BO - 18-7-2018

















































Terengganu To Explore Opportunities In Renewable Energy

KEMAMAN: Terengganu is prepared to explore more opportunities for renewable energy, says its Mentri Besar.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the use of renewable energy, such as solar and wind, not only improves the understanding and appreciation for greener energy generation, but could potentially lead to further technological developments and improvements.

“The more it is used, the better the understanding for green technology and this could lead to more locals being involved in the field,” he said on the sidelines of the launch of Eastern Pacific Industrial Corp Bhd’s (Epic) large scale solar photovoltaic plant here Monday.

Dr Ahmad Samsuri said the state has also received new proposals for renewable energy projects from various companies, including international players.

“We will consider these proposals to find those that could be good investments for the state,” he said.
Epic’s 70-acre solar project, which costs RM86mil, can generate 18.5MW of electric energy to the power grid.

The solar plant is said to be the largest in the country.

Last year, Epic signed a 21-year contract with Tenaga Nasional Bhd to generate solar energy to the grid.

The company is expected to make about RM273mil out of its solar project during that period.
The plant started operating on March 23.-.thestar.

Sumber BO - 18-7-2018

























Faedah Rohani ‘3 On 3’

MARANG – Banyak perkara yang dapat di manfaatkan daripada bersukan antaranya dari segi rohani perlawanan bola sepak tiga lawan tiga atau ‘3 On 3’ yang dianjurkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan NGO, Belia dan Sukan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, diantaranya harus berusaha untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal erti penat dan lelah.
“Walaupun sudah berusia namun ianya tidak menghalang untuk terus bergiat dalam industri sukan,

“Kita juga melihat bola sepak merupakan satu sukan yang tidak mengenal usia,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam penyampaian hadiah 3 ON 3 di pantai Kelulut pada Ahad, 15 Julai.

katanya, beliau melihat dalam pertandingan bola sepak tadi walaupun satu pasukan adalah yang terdiri daripada pemain yang sudah berusia tetapi tetap menggunakan skill yang sama dengan orang muda.

“Ianya juga mengajar kita daripada marah dan bertindak ke atas lawan kita di mana berlaku geseran dan peteh memeteh serta sabar daripada marah,

“dan akhirnya selepas permainan kita bersalam-salaman serta memperkuatkan semula hubungan persaudaraan yang ada,” ujarnya.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang bertanding samada menang ataupun tidak.

“Insha Allah kita akan terus adakan sukan bola sepak ini bermula di peringkat kampung, ADUN, daerah dan negeri,

“dan sebenanrya bukan hadiah yang kita ingin tetapi aktiviti yang dianjurkan daripada terjebak daripada aktiviti yang negatif,” ujarnya.


























Sumber BO - 17-7-2018




























ADUN Kemasik Sentiasa Cakna

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili sentiasa peka dan mengambil berat setiap permasalahan rakyat demi kesejahteraan mereka.

“Permasalahan rakyat akan diatasi sebaik mungkin, melalui penyaluran sumbangan atau peruntukan berdasarkan keperluan dengan bajet sedia ada.

“Ini adalah antara langkah yang kita ambil untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya kepada pihak media selepas menyantuni rakyat di Perumahan Panalex dan Perumahan Awam Kos Rendah Kg Baru Kertih pagi tadi.

Tambahnya, pemberian Dana Raya sebelum Aidilfitri lalu merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah.

“Ini kerana kerajaan menyedari beban hidup rakyat yang bertambah berikutan kos sara hidup pada masa ini,” ujarnya lagi.


Sumber BO - 17-7-2018





























Lapangan Terbang Pelancongan Tasik Kenyir Satu Harapan

Oleh : Suhaimi Taib

Hulu Terengganu – Kerajaan Negeri perlu meneliti beberapa perkara bagi membangunkan Tasik Kenyir sebagai hub pelancongan terbesar di Malaysia.Yang pertama perlunya Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan mewujudkan satu lapangan berorientasikan pelancongan supaya kemudahan pelancong luar Terengganu berkunjung ke Tasik Kenyir di sini.

Kemudahan lapangan terbang ini walaupun tidak bertaraf antarabangsa, lapangan terbang berorientasikan pelancongan perlu direka khas sesuai tasik ini sebagai hub pelancongan (ekotorisme).
Ia merupakan satu lagi mercu tanda pelancongan negara jika ia benar-benar dapat direalisasikan kerana lapangan terbang seumpama itu adalah yang pertama di Malaysia.

Walaupun kosnya mungkin menelan belanja yang besar untuk membina dan menyelenggarakannya setelah siap, namun usaha itu memberi impak positif untuk majukan Tasik Kenyir antara hub pelancongan terbesar negara umumnya dan bagi negeri Terengganu khususnya.

Ianya boleh menjimatkan kos pengangkutan para pengunjung dari luar Terengganu termasuk menjimatkan masa mereka untuk sampai ke tasik berkenaan.

Bagi pengunjung domestik, banyak jalan raya alternatif disediakan kerajaan bagi tujuan tersebut dari pelbagai daerah dari seluruh Terengganu termasuk dari Besut, Kuala Nerus, Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Tasik Kenyir adalah terletak di daerah Hulu Terengganu. Dari segi perhubungan jalan raya ia tidak menimbulkan masalah kerana pengunjung domestik dari daerah itu, mereka sudah biasa dengan jalan raya di sekitar tasik berkenaan.

Pengunjung dari Kemaman dan Dungun boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) untuk sampai ke Tasik Kenyir.

Manakala pengunjung dari Besut dan Setiu boleh melalui jalan biasa membelok ke Felda Sungai Tong untuk ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Begitu juga pengunjung dari Kelantan khususnya dari Gua Musang boleh melalui jalan Felda Aring terus ke Pengkalan Gawi.

Manakala pengunjung dari Marang boleh menyusur jalan susur tepi LPT 2 melalui Ajil atau Kampung Mak Kemas.

Sementara pengunjung dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus boleh melalui jalan ke Sungai Tong dan Kuala Berang untuk ke situ di samping jalan susur LPT2 itu.

Bagaimanapun suatu yang menjadi kemusykilan pengunjung dan pemain-pemain industri pelancongan di tasik tersebut ialah masalah tidak adanya kemudahanvstesen minyak untuk membekal bahan api kepada pengusaha-pengusaha rumah bot “House Boat” yang beroperasi sekitar 100 buah di pusat pelancongan berkenaan.

Difahamkan pihak Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sebagai pengurus utama kawasan pelancongan ini sudah membuat permohonan kepada beberapa syarikat besar stesen minyak, dengan menggariskan sebab-sebab yang menasabah untuk menjastifikasikan perlunya wujud sekurang-kurangnya sebuah stesen minyak petrol dan diesel di kawasan itu.

Namun difahamkan permohonan tersebut ditolak dengan alasan-alasan tertentu yang tidak dimaklumkan.

Bagi menyelesaikan masalah ini kerajaan negeri perlu campurtangan dan mengadakan perbincangan dengan pemain industri minyak, contohnya dengan PETRONAS agar menyegerakan pembinaan sebuah stesen minyak di situ bagi keperluan dan kemudahan mereka terbabit.

Lapangan terbang pelancongan ini juga sebagai ‘input’ untuk mendorong lebih ramai pengunjung berkunjung ke Tasik Kenyir.

Kemudahan ‘output’ pula ialah kemudahan pengangkutan air, prasarana, tempat dan program-program menarik di pulau-pulau berjumlah kira-kira 340 buah di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.

Zon bebas cukai di Pulau Bayas adalah salah satu ‘output’ terbaik untuk menarik kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir.

Fokus utama zon bebas cukai ialah Pulau Bayas yang dalam pembinaan dan sudah siap hampir 74 peratus namun beberapa perkara perlu diambil kira oleh kerajaan negeri untuk meneruskan projek ini termasuk kos tambahan, denda kelewatan perlaksanaan projek dan keuntungannya kepada ekonomi rakyat dan negeri.

Kerajaan Negeri perlu memantau dan mendorong syarikat pengendali projek menjalankan kerja penyiapan dengan mengambil faktor keselamatan dan permohonan peruntukan tambahan menasabah supaya kewangan negeri ini dibelanjakan sebaik mungkin.

Difahamkan kerajaan sebelum ini tidak membuat kajian terperinci untuk melaksanakan sesuatu projek termasuk masalah air pasang dan surut di tasik.

Ada pembangunan dibuat tidak mengikut ekosistem tasik termasuk faktor pasang dan surut air tasik menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air dan kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan.

Dimaklumkan bahawa dalam tahun 2014 air pasang besar berlaku sehingga mencecah 146 meter dari paras laut menyebabkan kawasan pembinaan ditenggelami air.

Pembinaan terpaksa ditangguhkan beberapa bulan sebelum air surut. Sepatutnya kajian ini dibuat terlebih dahulu untuk menjimatkan wang kerajaan negeri dan tempoh siap projek dibuat dengan tepat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Haji Ariffin Deraman dan rombongannya telah diberi taklimat mengenai permasalah ini ketika mengadakan lawatan Tasik Kenyir, 14 dan 15 Julai.

Beliau akan membawa permasalahan tersebut ke pengetahuan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak lama lagi.

Sumber BO - 17-7-2018

Pelajar istimewa dirai ke dusun makan durian

KEMAMAN: Seramai 40 pelajar istimewa mendapat pengalaman bermakna apabila berpeluang melawat dusun dan menikmati durian di Kampung Batu Putih, di sini kelmarin. 
Mereka adalah para pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kertih, di sini. 
Kehadiran mereka turut dirai Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di mana ternyata tidak menang tangan melayan gelagat mereka yang mencuit hati. 
"Alhamdulillah semuanya gembira, pelajar-pelajar cukup seronok dapat menaiki kenderaan pacuan empat roda, melawat sekitar dusun serta memakan raja buah (durian) ini. 
"Pendedahan kepada aktiviti luar sebegini perlu, untuk menambah keyakinan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun mereka ada sedikit kekurangan. 
"Guru-guru dan sukarelawan banyak membantu kejayaan program, dusun ini juga sesuai dan selamat untuk pelajar-pelajar mendapat pengalaman baru," puji Ir Saiful. 
Beliau juga merakamkan perhargaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan Kertih (Perbaik) yang menganjurkan program tersebut. 
Ujarnya, ia sebagai tanda keprihatinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut terhadap nasib pelajar-pelajar istimewa ini. 
"NGO Perbaik sangat aktif membantu kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Dun Kemasik, tahniah kepada mereka, kita boleh berkolaborasi lagi di masa akan datang," harap beliau. - HARAKAHDAILY 17/7/2018














Sumber HD - 17-7-2018




























Wang Royalti Minyak Tampung Keperluan Projek Pulau Bayas




























Ustaz Ariffin (tengah) melawat projek Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu.
Oleh Suhaimi Taib

HULU TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan memastikan projek zon bebas cukai Pulau Bayas Tasik Kenyir siap sepenuhnya walaupun ia bermasalah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Haji Ariffin Deraman berkata, segala permasalahan akan dicari cara penyelesaian sebaik mungkin kerana projek telah siap hampir 74 peratus.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengambil manfaat dari wang royalti petroleum dan gas sebanyak RM1.6 bilion yang dijangka akan diterima pada bulan Oktober ini melalui Petronas untuk menampung keperluan kewangan untuk projek berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Taklimat mengenai Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir di sini pada 15 Julai.

Sementara itu dalam ucapan beliau kepada rombongan ke Tasik Kenyir di sini beliau berkata projek berkenaan jika siap, akan menjana ekonomi rakyat dan kerajaan negeri.

Ini kerana barangan yang dijual di zon bebas cukai itu, lebih murah jika dibandingkan dengan barangan dijual di Langkawi.

“Sebagai contoh barangan berasaskan koko, jika dibeli di Tasik Kenyir lebih murah dibanding di Langkawi, ” jelasnya.

Menurut beliau di kawasan zon bebas cukai itu sudah sedia ada ‘booth’ jualan barangan seumpama itu yang harganya lebih murah walaupun projek di Pulau Bayas belum siap sepenuhnya.

Dengan kerjasama semua pihak, kawasan pelancongan di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu akan menarik lebih ramai pengunjung terutama pelancong domestik.

“Pelancong luar negara lebih suka berkunjung ke pulau-pulau di perairan Terengganu manakala penduduk tempatan pula suka berkunjung ke Tasik Kenyir, ” ujarnya.

Sumber BO - 16-7-2018































Agenda Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar


Yang pertama ialah wad kelas tiga percuma untuk rakyat Terengganu. Hakikat yang berlaku sebelum ini ialah pesakit atau pengguna wad kelas tiga akan dicaj sedangkan kebanyakan mereka adalah daripada golongan kurang berkemampuan dan tidak berpendapatan tetap.

Ini sekaligus menambah beban dan kesempitan hidup dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu.
Justeru, kerajaan negeri akan melaksanakan manifesto yang dijanjikan untuk meringankan beban rakyat dengan mengecualikan caj tersebut.

Yang kedua ialah berkenaan kad sejahtera yang merupakan kad prabayar bagi rakyat yang layak.
Ia khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas.

Perkhidmatan tersebut membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan kerajaan negeri di bawah agensi yang ditubuhkan.

Mereka yang layak akan menerima kemudahan ini yang bernilai RM500 setiap tahun dan kemudahan ini akan dapat memendekkan masa perkhidmatan untuk pesakit.

Yang ketiga ialah berkaitan cukai pintu dan telah mendapat pengesahan daripada penasihat undang-undang negeri yang membolehkan pelaksanaan manifesto ini dengan beberapa kaedah.

Dan pengecualian cukai pintu ini akan dikuatkuasakan pada masa akan datang selepas diluluskan.
Yang keempat ialah menyediakan rumah mampu milik dan memastikan setiap rakyat berumur 21 tahun yang layak dapat memiliki rumah sendiri.

Kerajaan akan melakukan reformasi supaya lebih banyak rumah dapat dibina dalam setahun dan mensasarkan 10,000 unit rumah setahun.

Beberapa sektor samada individu, anak syarikat kerajaan negeri, jawatankuasa perumahan negeri mahupun swasta dan kerajaan komited dalam membantu rakyat meringankan beban serta keperluan hidup.

Yang kelima ialah tabung pinjaman perumahan rakyat bernilai RM50 juta setahun untuk kemudahan pembiayaan rumah di tanah sendiri bagi rakyat yang tidak layak membuat pinjaman dengan bank.
Dengan hanya bayaran ansuran yang rendah, rakyat akan lebih berkeupayaan untuk memiliki rumah sendiri.

***Ucapan Dr. Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Pada Majlis Sempena Aidilfitri Khairunnisa’ di kediaman Rasmi MB Seri Iman, Batu Buruk pada Khamis, 5 Julai.

Sumber BO - 7-7-2018

































‘Pemutihan’ Segera Untuk Atasi Lambakan Pemohon Rumah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu digesa segerakan penelitian dan pemutihan ke atas rumah-rumah mampu milik kerajaan negeri yang tidak diduduki tetapi pembahagian habis atas kertas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato Harun mencadangkan demikian ketika bangun mencelah dalam sesi pergulungan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengajian Tinggi, Dr. Alias Razak di hari terakhir sidang DUN penggal pertama pada rabu, 4 Julai.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu itu, ini dapat mengatasi masalah lambakan senarai pemohon rumah mampu milik (RMM) kerajaan negeri.

“Seperti kata ADUN Rantau Abang, berlaku adanya rumah yang berjaya dipohon tidak diduduki oleh pemohon, sama ada disewa kepada orang lain atau dibiarkan kosong”, ujar beliau.

Justeru itu, Dr. Alias mengharapkan kerjasama setiap ADUN memaklumkan kepada portfolio beliau untuk diambil tindakan.

“Di kawasan masing-masing…jika ada kes-kes yang berlaku penyelewengan, boleh maklumkan kepada pihak perumahan dan kita boleh buat siasatan”, ujar beliau.

Sumber BO -  7-7-2018


































150 Firefighters Still Battling Terengganu’s Largest Blaze In Years

KEMAMAN: Nearly 150 firefighters are battling a massive blaze which has destroyed two huge crude oil tanks and spread to a third, 16 hours after it broke out at the Kemaman Bitumen Company (KBC) here.

The fire at the Teluk Kalong Industrial Area, described as one of the largest in the state in years, has injured at least four people.

Columns of thick black smoke have filled the sky here and towering flames from the burning tankers can be seen from kilometres away.

The three affected oil tanks at the five-tank facility contained about 20,059 litres of oil.

“The first tank contained 4,800 litres of oil, the second had 1,580 litres and the third 13,679 litres.
“Of the three tanks, two have been gutted and we are trying to put out the fire at the third tank so that it does not spread to the other tanks.

“We are using foam to put out the fire from the bottom by injecting it into the tank,” Terengganu Fire and Rescue Department (JBPM) director Azlimin Mat Noor told reporters at the location today.
“We have obtained 8,000 litres (of foam to fight the fire) from several industrial companies and 6,000 more from JBPM,” he added.

The fire began at 6.15pm on Thursday, with the JBPM receiving an alert on the incident at about 6.26pm.

The operation, which began with a dozen or so firefighters, now involves 150 firemen from the Kemaman, Chukai, Kerteh, Kijal, Cheneh, Paka, Dungun, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Marang, Kuantan, Gebeng, Bandar Indera Mahkota and Kuantan stations.

The firefighters are being assisted by 41 members of the Emergency Response Team (ERT), the Civil Defence Force, as well as other agencies.

Police have also been called in for crowd control and to cordon off the area for public safety.
An industrial expert told NSTP that KBC was incorporated in Malaysia on April 21, 2003 and is owned by the Tipco Asphalt Group of Companies based in Bangkok, Thailand and Subang Jaya, Selangor.

The 26ha refinery in Kemaman has a capacity of producing 30,000 barrels of crude oil daily; and in 2016 it reportedly processed 9.7 million barrels of crude oil or 1.5 million tonnes of asphalt and non-asphalt products.

The refinery, a one-of-a-kind in Southeast Asia, is designed to process heavy naphthenic crude oils and produces high quality naphthenic asphalt, atmospheric gas oil (AGO), vacuum gas oil (VGO) and naphtha.

Sumber BO - 7-7-2018
































Ganding Bahu Realisasikan Manifesto PAS

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Khairunnisa’ menyeru semua golongan bersama berganding bahu membawa Kerajaan Negeri Terengganu ke arah merealiasikan kehendak yang akan dilaksanakan dalam Manifesto Parti Islam Semalaysia (PAS).

Timbalan Pengerusinya Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sokongan diberi sepenuhnya samaada di peringkat kawasan, DUN dan cawangan dengan membantu kerajaan bagi mewujudkan satu suasana harmoni dalam negeri Terengganu.

“Kita fokuskan kegiatan kepada golongan wanita dimana kita mendapati golongan wanita yang perlu kepada perumahan dan tanah masalah ibu tunggal,

“maka kita memainkan peranan supaya mereka mendapat keistimewaan yang di tawarkan kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat Negeri berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis Hari Raya Khairunnisa’ di kediaman Rasmi MB Seri Iman, Batu Buruk pada Khamis, 5 Julai.

Katanya, cara ini akan mewujudkan masyarakat yang penuh dengan keimanan dan ukhuwah Islamiah tanpa mengira fahaman politik yang wujud dalam negeri kita.

“Insya Allah mudah-mudahan negeri kita dapat merealisasikan sebuah negeri yang maju berkat dan sejahtera,

“dan kita teruskan istiqamah dengan amalan mulia yang telah kita laksanakan di bulan Ramadhan supaya insya Allah kita dapat memastikan diri mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,” tambahnya.

Sumber BO - 6-7-2018
































Amphicoach belum diterima pihak kerajaan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri yang lalu telah membayar RM3 juta bagi kos pembelian bas dua alam amfibia (Amphicoach) tetapi masih belum menerima serahan kenderaan itu. 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, keseluruhan kos satu unit amfibia itu berharga RM3.3 juta. 
Namun menurutnya, Kerajaan Negeri masih belum menerima serahan rasmi bagi kenderaan itu walaupun telah dibayar sebanyak RM3 juta. 
Terangnya, dengan kelewatan serahan itu, pihak pembekal terbabit dikenakan caj denda sebanyak RM1,100 sehari kepada kerajaan negeri. 
"Kos keseluruhannya RM3.3 juta dan kerajaan telah bayar RM3 juta dan bakinya lagi RM300,000 yang belum dibayar kepada pembekal. Kerajaan Negeri masih belum menerimanya dan sudah terlewat. 
"Pembekal tadi dikenakan denda sebanyak RM1,100 sehari. Sekarang ini, syarikat berkenaan dikenakan dengan RM200,000 lebih dan saya yakin, kerajaan negeri tidak akan bayar satu sen pun sehingga bas itu diserahkan kepada kita nanti daripada baki itu," jelasnya kepada wakil media. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin. 
Katanya, masalah dihadapi oleh kenderaan amfibia itu berkait dengan masalah enjin hidraulik bas yang rosak dan terpaksa diimport daripada Jerman. 
"Masalahnya, beberapa minggu lepas peralatan enjin (hidraulik) bas yang itu rosak telah sampai diimport daripada Jerman. Sekarang sedang diperbaiki dan setelah siap dia (pembekal) akan serah kepada kerajaan negeri," jelasnya. 
Ketika Kerajaan BN memerintah Terengganu, bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said berjanji membeli dua bas amphicoach daripada Malta. 
Namun, hanya sebuah sahaja yang dibeli dan dihantar ke Terengganu dengan harga RM3.3 juta melalui Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd. 
Harakah dimaklumkan, kontrak beli ditandatangani pada 2014 dan syarikat terbabit sepatutnya membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1. 
Manakala, Menteri Besar selepas itu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula pernah berjanji bas berkenaan akan mula beroperasi Mei 2015. 
Malah, berjanji sekali lagi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bahawa bas itu dijangka sampai Jun 2017. 
Kenderaan bas amfibi buatan Malta itu tiba di negara ini Februari lalu dan kini telah berada di Terengganu. 
Namun, setelah dua kali dipandu-uji bas dua alam itu di Sungai Terengganu telah berlaku kerosakan taknikalnya, hingga menjadi tular di laman sosial serta mendapat cemuhan masyarakat umum. 
Sehubungan itu, Ahmad Razif terpaksa membuat pengakuannya apabila video tular di laman sosial Facebook mengenai kerosakan bas amfibia dua alam itu. 
"Itu cuma masalah kecil saja. Saya sendiri yang pandu uji bas berkenaan dan mungkin akibat kesilapan saya yang memandu kenderaan itu dengan laju secara mendadak menyebabkan peniup udara tercabut. 
"Memandangkan ketika ini ia masih dalam tempoh ujian dan percubaan, saya sudah minta supaya kenderaan itu diuji lagi selepas ini. 
"Ini penting kerana kita mahu pastikan bas ini boleh berfungsi sebaik-baiknya di dalam air dan atas darat sebelum ia mula beroperasi, ujarnya bagi meredakan kritikan netizen tersebut. 
Hos peniup udara ( blower hose ) kenderaan amphicoach itu tercabut ketika bekas Menteri Besar itu memandu ujinya di Sungai Terengganu. -HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD -6-7-2018 







































Pembangunan Zon Bebas Cukai diteruskan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, projek yang belum siap itu perlukan peruntukan sekitar RM60 juta lagi. 
"Sehingga 31 Oktober 2017 lalu, projek yang mempunyai enam pakej itu telah disiapkan sebanyak 77.53 peratus dengan kos perbelanjaan sebanyak RM144 juta. 
"Kita (kerajaan) akan meneruskan pembangunan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu itu kerana ianya bukan hanya produk pelancongan utama, tetapi projek mega berkenaan sudah melepasi 50 peratus siap. 
"InsyaAllah, kita akan teruskan namun ianya juga bergantung kepada kewangan semasa Kerajaan Negeri dan kami di pihak Exco sudah bincang untuk menilai projek di Pulau Bayas dan projek-projek lain di Tasik Kenyir itu," jelasnya. 
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin. 
Namun menurutnya, Kerajaan Negeri tidak boleh memberi jaminan dalam waktu terdekat ini dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM63 juta yang diperlukan itu. 
Jelas beliau, komitmen kerajaan juga akan menilai semula dan jika dihentikan terus sudah pasti membazirkan duit rakyat ratusan juta. 
"Jika kita hentikan terus, akan membazirkan wang rakyat setelah ratusan juta dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu (BN). Asalnya itu untuk (pulau) Zon Bebas Cukai," ujarnya. -HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD -6-7-2018 









































Belajar politik dari YDP Dun T'ganu

AHAD lalu, YB Tuan Haji Yahaya Ali telah selamat dimasyhurkan sebagai Yang DiPertua atau Speaker Dewan Undang Negeri Terengganu dalam satu istiadat sebagai tanda bermulanya penggal baharu Dun ke-14. Nama beliau dicadangkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mohktar dan disokong oleh Exco kanan, Ustaz Satiful Bahari Mamat yang kemudiannya diumumkan sah pelantikan itu oleh Setiausaha Dun. 
Mungkin kita boleh berkenalan sedikit dengan watak yang sebenarnya satu nama besar di Terengganu ini. Sebelum jari ini menari dengan lebih lanjut, menerangkan siapakah beliau, ingin saya maklumkan terlebih dahulu bahawa tulisan ini bukan untuk memuji ataupun bercerita melampau-lampau. Saya sedar bahawa, Allah memiliki hati semua manusia. Manusia juga ada kesilapan dan kekurangan. Cukuplah saya katakan bahawa tulisan ini hanya sebagai pengajaran yang baik untuk diikuti oleh golongan muda yang mungkin baharu mengenali politik dan bagaimana beliau menghadapinya. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pemerhatian saya secara dekat. 
Beliau pernah menjadi Pegawai Kerajaan sebelum berhenti untuk menjadi calon PAS paling muda di Terengganu pada tahun 1986 bagi kerusi Dun Paka ketika berumur 27 tahun. Keadaan beliau ketika itu amat tersepit kerana pemikiran kuno masyarakat ketika itu ialah kerja dengan Kerajaan, rezeki akan selamat. Dan jika berhenti daripada Kerajaan, ia tindakan cari penyakit. Namun atas semangat mahukan Islam didaulatkan, beliau tetap meneruskan hasrat beliau. Diamanahkan oleh parti kali kedua tahun 1995, dan beliau mengejutkan BN dengan mengalahkan Azmi Ahmad di Alur Limbat. 
Tahun 1999, beliau menang sekali lagi di kerusi yang sama. Sebagai bekas Pegawai Kerajaan dan ahli usrah kepada Dato’ Ustaz Harun Taib, Haji Yahaya diberi kepercayaan menjadi Exco Infrastruktur ketika itu. Tahun 2004, seperti yang sedia maklum, terdapat banyak kerusi PAS kalah, dan beliau juga tidak terkecuali. Proses ini biasa bagi ahli politik PAS. Mereka tidak takut kalah, kerana sudah biasa hidup miskin dan jawatan itu adalah amanah, jika ada dipikul, jika tiada maka terlepas beban. 
Namun ketahanan seseorang manusia itu akan dapat dilihat ketika ujian sebenar datang. Beliau dua kali pada tahun 2008 dan 2013, tidak dicalonkan sebagai calon PRU PAS Terengganu walaupun ada dalam beberapa tahun itu, beliau menjadi YDP PAS Kawasan Marang dan lebih besar jawatan beliau ialah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS II Terengganu. Tahun-tahun ini saya anggap sebagai amat mencabar karier beliau sebagai ahli politik. Kisah beliau di sini saya tekankan agar diambil pengajaran oleh golongan muda jika mahu terus kekal berpolitik di dalam PAS. 
Setenang manapun jemaah, pasti akan ada ributnya. Sebaik mana manusia, pasti akan ada sisi kurangnya. Begitulah proses yang akan menjadikan seseorang itu lebih berpengalaman. Tinggal lagi bagaimana jemaah menghadapinya dan menyelesaikannya. Pada pandangan saya, ada beberapa isu yang agak menjejaskan beliau kerana keadaan sekeliling yang terpaksa beliau hadapi. Ya-lah, manakan tidak, terkadang tekanan daripada dalam adalah lebih perit dihadapi berbanding tekanan luar. 
Ditambah lagi ketika masalah itu berlaku, itu sudah ada suara-suara Erdogan di dalam PAS yang menyeru kepada menentang Presiden. Suara-suara itu tidak jauh daripada beliau. Di kampung beliau itu ada agak ramai yang menyertai kumpulan menentang Presiden PAS. Dan mereka bukan orang lain dengan Haji Yahaya, mereka yang berdekatan dengan beliau. Saya tidak dapat bayangkan betapa goncangan yang kuat ini, beliau hadapi. Satu pihak seperti menolak, satu pihak bagaikan menarik beliau. 
Tidak beliau endahkan walaupun ada suara sumbang secara psikologi yang saya dengar sendiri mendakwa beliau akan berubah arah dan akhirnya Allah membantu beliau menghadapinya dengan jaya. Tidak setakat itu, malah terbukti beliau bukan sahaja menyerahkan diri beliau kepada jemaah, tetapi juga isterinya Hajjah Zarani Othman ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu dan anak mereka juga sekarang turut terlibat secara langsung sebagai tenaga utama jemaah PAS. Alhamdulillah juga, ribut itu terhenti dan semuanya bertaut kembali dengan izin Allah. 
Inilah ketaatan yang diperlukan oleh ahli PAS. Ketika diuji, barulah tahu bagaimana kita. Ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang akan gagal, gugur dan ada yang akan kekal bersama jemaah. Anak-anak muda perlu melihat ini sebagai motivasi untuk meneruskan perjuangan mereka. Mesti ada hala tuju dan tahu di mana kedudukan kita. Sikap gopoh-gapah akan merugikan kita semua. Sikap lebih tahu daripada pimpinan juga hanya menunjukkan kesombongan kita sebagai pengikut.  
Kini Haji Yahaya diberi kepercayaan untuk mengemudi Sidang Dun, iaitu institusi yang mulia dari sudut Perlembagaan bagi membentuk segala enakmen dan bagi Kerajaan menyelesaikan masalah negeri untuk keselesaan rakyat. Atas pengalaman beliau beberapa penggal sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Exco, Adun 
Sumber HD - 6-7-2018 












































TPC kenal pasti projek bernilai RM5 bilion

KUALA TERENGGANU: Majlis Petroleum Terengganu (TPC) telah mengenalpasti beberapa projek melibatkan kerja-kerja dan operasi di perairan negeri itu yang mampu dilaksanakan syarikat negeri dengan anggaran projek bernilai sekitar RM5 bilion. 
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, melalui rundingan juga sebuah anak syarikat kerajaan negeri telah dianugerahkan projek oleh Petronas sekitar harga RM30 juta. 
"Ianya sebagai permulaan untuk kerja-kerja berkaitan yang lebih besar nilainya. TPC juga sedang berbincang dengan Petronas tentang minat kerajaan negeri untuk bidang penerokaan dan pengeluaran dengan keutamaan diberi kepada Brown Field atau Marginal Field. 
"Brown Field Oil atau Gas Field yang sudah matang dan mungkin ada tanda-tanda pengurangan pengeluaran. Marginal Field Oil atau Gas Field yang berkemungkinan menghasilkan production yang sedikit (perlaburan berisiko tinggi)," ujarnya kepada ahli dewan. 
Beliau berkata demikian ketika melakukan penggulungan Mensyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin. 
Mengenai isu Telaga Minyak Bertam (PM 307), terang beliau, Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yang akan dipengerusikan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang dan Terengganu akan bersidang bagi mendapatkan persetujuan bersama berkaitan perkara tersebut. 
"Pertama, mengkaji titik akhir sempadan darat negeri Terengganu dan Pahang. Kedua, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Pahang boleh memulakan rundingan sempadan maritim antara kedua-dua negeri. 
"Dan ketiga, menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran baki sempadan darat negeri Terengganu dan Pahang ke titik akhir sempadan darat," jelasnya lagi. 
Menurut beliau, setelah persetujuan bersama tersebut, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan Petronas berkaitan tuntutan royalti minyak Telaga Bertam itu. 
Dalam isu hak royalti petroleum pula, jelas Menteri Besar itu, Kerajaan Negeri masih berpegang kepada komitmen Perdana Menteri pada pertemuan pertamanya. 
"Sebagaimana yang semua maklum, kita (Terengganu) berpegang kepada komitmen yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
"Secara prinsipnya, royalti petroleum akan diberikan secara terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui jabatan atau agensi yang lain," ujarnya. 
Namun terangnya, Kerajaan Terengganu juga mencari mekanisma lain bagi menjana hasil negeri selain dari kebergantungan dengan royalti minyak. 
"Sebagai tambahan, Jawatankuasa Hasil Negeri ditubuhkan juga boleh mengkaji mekanisma telah digunapakai di negeri-negeri lain untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian, ke arah meningkatkan hasil negeri di samping melaksanakan dasar berbelanja secara berhemat," katanya. -HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 













































Jadikan Terengganu hab NGO

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan negeri ini sebagai hab bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelbagai kluster.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peranan NGO terbabit bagi menampung sebarang kekurangan yang mungkin kerajaan terlepas pandang.
"Kami (kerajaan) bercadang untuk menjadikan Terengganu sebagai hab NGO yang mengumpulkan semua NGO dari pelbagai kluster yang akan berperanan menjadi pihak yang akan menampung kekurangan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak kerajaan. 
"InsyaAllah, kerajaan akan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua NGO demi melihat negeri Terengganu kita menjadi sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera sepertimana moto negeri Terengganu Darul Iman," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, bagi Penggal Pertama 2018 di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Sebelum itu, Ustaz Wan Sukairi menjelasnya, portfolio Belia, Sukan dan NGO ini sangat penting kepada rakyat dan negeri Terengganu, kerana ianya menjadi satu cerminan serta gambaran masa depan rakyat dan negeri pada masa akan datang. 
"Saya berterima kasih juga kepada wakil Dun Tepoh, Dun Bukit Besi, Dun Telemong dan Dun Jertih yang telah menyentuh tentang portfolio saya ini. 
"Belia adalah anugerah dan aset penting yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Saidina Ali pernah berkata, jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah belia dan beliawanisnya pada hari ini.
"Justeru, portfolio saya akan memberikan perhatian dan akan melaksanakan pelbagai program untuk melahirkan belia dan beliawanis yang akan menjadi kebanggaan kita semua serta menjamin masa depan yang cemerlang untuk rakyat dan negeri Terengganu yang tercinta ini," tegasnya.   
Sehubungan itu, kata beliau, hasrat kerajaan negeri mahu melahirkan para belia dan beliawanis yang mempunyai 10 sikap utamanya.
"Pertamanya, akidah yang bersih dan kepercayaan kepada Tuhan; kedua, ibadah yang benar; ketiga, akhlak terpuji; keempat, kekuatan tubuh badan; dan kelima, intelek dalam berfikir. 
Keenam, mampu melawan unsur negatif; ketujuh, menjaga waktu; kelapan, berdisiplin dalam kehidupan; kesembilan, mampu untuk berusaha sendiri dan kesepuluh, memberi manfaat kepada orang lain," jelasnya.
Berkait dengan janji manifesto lesen motosikal percuma katanya, penyediaan kertas kepada jawatankuasa bertindak pelaksanaan manifesto sedang disiapkan peringkat akhir.
"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), Jabatan Pendidikan dan Pengusaha-pengusaha Institut Memandu Terengganu. 
"Alhamdulillah, kita diperingkat akhir penyediaan kertas untuk dibentangkan kepada jawatankuasa bertindak pelaksanaan manifesto, sebelum diangkat kepada Exco untuk kelulusan dan pelaksanaannya, InsyaAllah," ujarnya.
Selain itu menurutnya, Terengganu turut mensasarkan menjadi juara keseluruhan bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsung di Perak dari 12 hingga 22 September 2018. -HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 




























































































Seramai 32,411 ibu tunggal di T'ganu

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (Dun) diberitahu, bahawa negeri ini mempunyai jumlah ibu tunggal yang agak ramai mencecah 32, 411 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, jumlah tu berdasarkan perangkaan terakhir bulan (Jun) lalu.
Menurutnya, Terengganu juga merekodkan seramai 28 ibu tunggal adalah di bawah umur 20 tahun.
"Seramai 4,783 ibu tunggal pula berusia 31 hingga 40 tahun, 6,506 orang (41 hingga 50 tahun), 9,556 orang (51 hingga 60 tahun) dan 9,528 orang (61 tahun ke atas).
"Daerah Kemaman merekodkan bilangan tertinggi ibu tanggal seramai 5,279 orang dan diikuti dengan Besut (4,768), Marang (4,305), Kuala Terengganu (3,925), Kuala Nerus (3,658), Setiu (3,307), Dungun (4,182) dan Hulu Terengganu seramai 2,987 orang," jelasnya.
Beliau memaklumkan demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun pada Persidangan Dun Terengganu ke-14, Penggal Pertama di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Berkait dengan program bantuan Pinjaman Jaya Diri (PJD) kepada ibu tunggal, Hanafiah menjelaskan, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu memperuntukkan sebanyak RM474,000 bagi membantu ibu tunggal.
Katanya, bantuan YPK itu bagi membantu seramai 52 ibu tunggal menceburi diri dalam bidang perniagaan enam bulan pertama tahun ini.
"Rata-rata bidang yang diceburi mereka (ibu tunggal) adalah bidang kecantikan, pakaian dan perusahaan makanan," ujarnya.
Menurutnya, Kompleks Ibu Tunggal di Chendering yang dibangunkan dengan kos RM4 juta itu mampu memperkasakan golongan tersebut.
Terang beliau, fokus utama kepada bimbingan ekonomi, kemahiran, perundangan, kekeluargaan disamping kesihatan dan kemasyarakatan. -HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 















































Dato' Husain Awang dilantik ADN

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang yang telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan sebulat suara bersetuju di atas pelantikan beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Beliau berpengalaman luas sebagai Yang Dipertua Dun Terengganu yang telah diberi kepercayaan untuk menerajui persidangan pada sesi 1999-2004. 
Dato' Ustaz Haji Husain juga berpengalaman dalam bidang pendidikan dan bergerak aktif dalam politik. Merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan terkini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. 
Saya yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti beliau sebelum ini dapat memberikan input yang positif dalam persidangan Dewan Negara yang akan datang.
Selamat bertugas untuk kecemerlangan Negeri dan rakyat Terengganu. 
YAB DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Negeri Terengganu
4 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 5/7/2018
Sujmber hD - 5-7-2018
Sumber HD - 5-7-2018 

Komitmen Tun M: Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Terengganu

Oleh : Suhaimi Taib

Kuala Terengganu – Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, Kerajaan Terengganu diberi komitmen oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa royalti petroleum dan gas akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui mana jabatan atau agensi lain.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menjelaskan demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di sini pada 4 Julai.

“Kita (Kerajaan Terengganu) berpegang teguh kepada komitmen yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,

“secara prinsipnya bahawa royalti petroleum akan diberikan secara terus kepada Kerajaan Terengganu tanpa melalui jabatan atau agensi yang lain,” katanya.

Penjelasan Menteri Besar ini mendapat tepukan gemuruh dari semua ADUN dalam mesyuarat tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Petroleum Terengganu (‘Terengganu Petroleum Council’ (TPC) telah mengenalpasti beberapa projek bernilai RM5 Billion melibatkan kerja-kerja dan operasi di perairan negeri Terengganu.

Dan ianya mampu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat negeri Terengganu sendiri.

“Setelah rundingan dengan syarikat gergasi petroleum negara (PETRONAS) dibuat, sebuah anak syarikat negeri Terengganu telah dianugerahkan projek bernilai RM30 juta,

“ianya sebagai permulaan kerja-kerja yang lebih besar nilainya di masa akan datang,” katanya.
Sebelum itu Sultan Mizan bertitah, penubuhan TPC pada bulan Mei 2017 bertujuan untuk memastikan kedaulatan Negeri Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas yang utama.

Dan Semenanjung Malaysia dapat dilindungi hak dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan juga negeri.

“Beta berharap dengan penubuhan TPC, Kerajaan Negeri Terengganu dapat menggunakannya sebagai ‘platform’ dalam menangani urusan berkait dengan royalti dan tuntutan hak Telaga Minyak Bertam,

“menambah peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Beta dalam industri minyak dan gas,” titah baginda ketika merasmikan DUN Terengganu di sini pada 2 Julai.

Sehubungan itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Terengganu.
Menurut beliau, jawatankuasa itu akan bersidang bagi mendapatkan persetujuan bersama untuk mengkaji titik akhir sempadan darat Negeri Terengganu dan Pahang.

Dan akan memulakan rundingan bagi menentukan sempadan marintim antara kedua-dua negeri berkenaan.

“Jawatankuasa tersebut akan menjalankan kerja-kerja pemetaan dan pengukuran,
“bagi menentukan sempadan darat Negeri Terengganu dan Pahang ke titik akhir sempadan kedua-dua negeri berkenaan,” jelasnya lagi.

Sumber HD - 5-7-2018


















































Lembah Silika: 7,600 peluang kerja, pelaburan RM13b

ALHAMDULILLAH bersyukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam dewan yang mulia ini. Bagi melunaskan tanggungjawab membawa suara dan hasrat rakyat yang telah memilih kita dalam PRU14 lalu. 
Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya pandangan yang bernas dan membina sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Begitu juga kepada ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. 
MENJANA HASIL NEGERI
Berkenaan soalan yang menyentuh isu penjanaan hasil negeri selain daripada kebergantungan dengan royalti minyak yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepuh dan Bandar, telah dijawab oleh Adun Ladang. 
Sebagai tambahan Jawatankuasa Hasil Negeri yang ditubuhkan ini juga boleh mengkaji mekanisma yang telah digunapakai di negeri-negeri lain untuk dilaksanakan di negeri ini mengikut kesesuaian, ke arah meningkatkan hasil negeri di samping melaksanakan dasar berbelanja secara berhemat. 
TANAH KELULUSAN KERAJAAN NEGERI
Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Manir berkenaan kelulusan tanah-tanah untuk dimiliki pada Januari 2014 sehingga Disember 2017, terdapat 8 kategori penerima yang telah menerima kelulusan tanah seluruh negeri Terengganu dalam tempoh tersebut. 
Sebanyak 2,622 kelulusan telah diberikan kepada individu, 168 kelulusan kepada Agensi Kerajaan Negeri, 98 kelulusan kepada Agensi Kerajaan Persekutuan, 53 kelulusan kepada syarikat-syarikat, 35 kelulusan tanah kepada pertubuhan (Umno). Manakala koperasi mendapat 5 kelulusan, Persatuan mendapat 12 kelulusan dan 3 kelulusan tanah telah diberikan kepada IPTA. 
* Mana-mana pertubuhan atau orang yang tersenarai dalam Jadual kedua seksyen 9 (iii)(av) Enakmen Rizab Melayu no 17/1360 
Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat juga, kerajaan negeri pada pentadbiran kali ini telah meletakkan manifesto untuk mengembalikan semula tanah-tanah yang dirampas BN selepas pemerintahan PAS 2004 dan membuka permohonan tanah baru dengan pemberian geran/hak milik yang sah. 
MAJLIS PETROLEUM TERENGGANU (TPC)
Menyentuh berkenaan TPC, dengan izin, Terengganu Petroleum Council atau Majlis Petroleum Terengganu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepuh dan Kemasik, berkait usaha dan hasil yang dilakukan oleh TPC sepanjang penubuhannya. 
Sebagai makluman ahli-ahli Yang Berhormat, TPC telah mengenalpasti beberapa projek yang melibatkan kerja-kerja dan operasi di perairan Negeri Terengganu yang mampu dilaksanakan oleh syarikat Negeri Terengganu dengan anggaran projek bernilai sekitar RM5 billion. 
Melalui rundingan ini juga, sebuah anak syarikat kerajaan negeri telah dianugerahkan projek oleh Petronas sekitar harga RM30 juta. Ianya sebagai permulaan untuk kerja-kerja berkaitan yang lebih besar nilainya. 
TPC juga sedang berbincang dengan Petronas tentang minat Kerajaan Negeri untuk menerokai bidang Penerokaan dan Pengeluaran dengan keutamaan diberi kepada, dengan izin, Brown Field atau Marginal Field. 
(Brown Field oil atau gas field yang sudah matang dan mungkin ada tanda tanda pengurangan pengeluaran) 
(Marginal Field oil atau gas field yang berkemungkinan menghasilkan production yang sedikit (perlaburan berisiko tinggi) 
Manakala, berkenaan Telaga Minyak Bertam, Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yang akan dipengerusikan bersama oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu akan bersidang bagi mendapatkan persetujuan bersama berkaitan perkara berikut: 
1. Mengkaji Titik Akhir Sempadan Darat Negeri Terengganu dan Negeri Pahang ; 
2. Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Pahang boleh memulakan rundingan sempadan maritim antara kedua-dua Negeri ;dan 
3. Menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran baki sempadan darat Negeri Terengganu dan Pahang ke Titik Akhir Sempadan Darat. 
Setelah persetujuan bersama negeri dicapai bagi penentuan sempadan darat dan sempadan maritim dicapai, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak Kerajaan Persekutuan dan Petronas berkaitan tuntutan royalti minyak Telaga Bertam. 
Berkaitan dengan royalti petroleum pula, sebagaimana yang semua maklum, kita berpegang kepada komitmen yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri yang secara prinsipnya royalti petroleum akan diberikan secara terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui jabatan atau agensi yang lain. 
INDUSTRI SILIKA DI NEGERI TERENGGANU
Sekali lagi, saya ingin menarik perhatian ahli ahli Yang Berhormat sekalian berkenaan usaha kerajaan terhadap mineral/silika yang ada di negeri Terengganu. 
Kerajaan negeri telah mengenalpasti dan menyedari bahawa bahan mineral/silika berpotensi besar sebagai penggerak ekonomi Negeri Terengganu dan penjanaan pendapatan kerajaan negeri. Bagi tujuan ini, kerajaan negeri akan mengkaji semula Enakmen Mineral Negeri Terengganu khususnya mencapai matlamat-matlamat seperti :- 
1. Menggalakkan pembangunan industri mineral/silika bagi menjadikan Terengganu sebagai Hab Galian Negara. Kajian ini akan melibatkan perubahan-perubahan polisi dan prosedur untuk menggalakkan pelaburan swasta dan kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Penekanan utama adalah memaksimumkan guna tenaga kerja dari anak-anak negeri Terengganu sendiri. 
2. Mengukuhkan rantaian ekonomi industri mineral/silika dengan sektor-sektor lain dalam pembangunan ekonomi Negeri Terengganu. Ini termasuklah menggerakkan pemprosesan hiliran, dengan izin, (downstream) produk-produk akhir yang berasaskan mineral/silika di Terengganu. 
3. Meningkatkan pendapatan kerajaan negeri. Ini termasuklah perubahan kepada kadar bayaran lesen, pajakan dan royalti bahan mineral/silika kepada Kerajaan Negeri Terengganu. 
Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu. Lembah Silika Terengganu adalah satu kawasan perindustrian bersepadu khusus untuk industri yang berasaskan silika dan kuartz. Kawasan perindustrian ini adalah tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika dan kuartz. 
Lembah Silika Terengganu akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan paip gas dari Kerteh, sebuah, bulk terminal dan conveyor belt, independent power plant, (dengan izin), kawasan perumahan, bangunan komersil dan kemudahan-kemudahan lain. 
Lembah Silika Terengganu akan berjaya menarik pelaburan langsung asing dari pemain-pemain utama di dalam industri ini kerana kelebihan kualiti bahan mentah (silika), penjimatan kos pengangkutan, eko sistem yang ditawarkan dan pakej insentif yang kompetitif oleh MIDA, dengan izin (Malaysia Investment Development Authority) atau lain lain agensi yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. 
Secara keseluruhannya, kerajaan negeri menjangkakan 7,600 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan dengan nilai anggaran pelaburan sebanyak RM13 bilion melalui industri ini. Perkara ini sekali gus mempermudahkan usaha kerajaan menunaikan manifesto menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun. 
Di samping itu, sektor pembuatan, minyak dan gas akan terus diberi penekanan bqgi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, fokus utama adalah kepada anak negeri Terengganu. Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan peluang-peluang di dalam sektor pertanian, keusahawanan serta potensi industri lain termasuk di dalam bidang perkhidmatan, Information Technology (sebagai contoh: Online business dan Digital worker) dan Revolusi Industri 4.0 
POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA
Bagi mendepani perjalanan sebagai kerajaan negeri, pada awal perlantikan saya sebagai Menteri Besar, kita telah memperkenalkan Politik Kasih Sayang sebagai budaya politik Terengganu. Politik yang dinatijahkan daripada pembudayaan Politik Matang dan Sejahtera. 
Ini merupakan satu anjakan paradigma. Memahamkan masyarakat supaya jangan takut melakukan perubahan, kita mahu bawa politik keharmonian kasih sayang, tidak timbul kebencian. Tiada pendekatan balas dendam, penuh kesederhanaan dan cakna kepada setiap permasalahan. Dalam masa yang sama semua jentera pentadbiran di semua peringkat, harus melaksanakan tugas dengan penuh amanah, tegas dengan prinsip dan integriti kerja. 
Sudah terlalu lama kita bermain politik, sehingga berlaku ketegangan, bergaduh antara keluarga, tidak bertegur sapa, nafsu amarah. Ini tidak membantu kearah keharmonian negeri, tanpa keharmonian timbullah masalah sosial yang lain. Kita harus berani melakukan perubahan dengan politik kasih sayang. 
Dengan politik baru ini juga peralihan kuasa yang berlaku di negeri Terengganu berlangsung dengan tenang dan lancar tanpa sebarang masalah. Saya sangat menyanjung tinggi dan berterima kasih di atas kesediaan mantan Menteri Besar Terengganu Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Adun Seberang Takir di atas kesudian menghadiri majlis serah tugas baru-baru ini. Ini juga boleh menjadi contoh kepada mana-mana pihak di peringkat nasional. 
Saya mengharapkan budaya ini akan menjadi satu panduan politik kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat, dalam memacu pembangunan Negeri Terengganu. 
Bahkan melalui budaya politik ini kita tidak mengamalkan politik tergopoh gapah dalam mengambil setiap keputusan. Bagi menjawab persoalan tentang projek-projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh pentadbiran dahulu kerajaan akan lakukan kajian terperinci sebelum memutuskan sesuatu keputusan terhadap projek-projek tersebut. Dengan mengambil kira situasi kewangan negeri dan manfaat kepada rakyat negeri Terengganu. Aspek perlaksanaan projek akan dipastikan berjalan dengan penuh efisen, berintegriti tanpa sebarang ketirisan yang boleh membebankan kerajaan negeri. 
HALA TUJU NEGERI TERENGGANU
Bagi membangunkan negeri Terengganu, kerajaan telah merangka satu pelan induk yang kita namakannya Pelan Induk Terengganu Sejahtera atau singkatannya PITAS 2030.
PITAS 2030 ini merupakan model pembangunan yang dicadangkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merangkumi 3 dasar, 7 prinsip, 9 strategi, 5 bidang utama, 10 program induk, 6 sasaran dan 3 teras pelaksanaan. 
PITAS 2030 akan menjadi agenda pembangunan negeri Terengganu sesuai dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera. Pembangunan pelan ini akan mengambil beberapa fasa penting bermula dari sekarang sehingga ke tahun 2030. 
Kerajaan negeri sangat optimis, menerusi PITAS 2030, pembangunan insan dan penjanaan ekonomi dapat ditingkatkan sesuai dengan pendapatan dan kuasa beli rakyat. 
PENUTUP
Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli-ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang sidang Dun ini dijalankan. 
Ucapan penggulungan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 4 Julai 2018.
Sumber HD - 4-7-2018 






































































































RM4.24 Billion Pelaburan Ke Terengganu

Oleh : Suhaimi Taib

Kuala Terengganu – Kerajaan Terengganu berjaya memperolehi pelaburan asing dan tempatan sebanyak RM4.24 billion sehingga suku tahun pertama tahun ini.

Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan kepada sumber daripada pihak ‘Malaysia Investment Development Authority’ (MIDA), sebanyak tujuh pelabur membuat pelaburan di negeri ini termasuk empat pelabur dengan pelaburan berjumlah RM73.12 juta dibawa masuk ke negeri itu sepanjang tahun lalu.

“Rekod pelaburan diukur berdasarkan kelulusan lesen pengilang yang dikeluarkan oleh pihak MIDA, ” katanya ketika menjawab soalan bertulis Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim di Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di sini pada 3 Julai.

Dr. Ahmad Samsuri berkata,  daripada jumlah itu sebanyak RM37.51 juta adalah pelaburan tempatan manakala pelaburan asing berjumlah RM35.62 juta.

“Sebanyak tiga pelaburan  diperolehi  sepanjang Januari hingga Mac tahun ini melibatkan pelaburan asing berjumlah, RM4.16 Billion,” kata beliau.

Sementara itu ketika menjawab soalan lain, Menteri Besar berkata, Kerajaan Terengganu


mengeluarkan peruntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 melalui Pesona Terengganu dan Beautiful Terengganu.

Manakala jumlah pelancong melawat Terengganu sempena TMT tahun lalu ialah berjumlah 4,907,675 orang.

Ini termasuk 3,926,140 pelancong dalam negara manakala selebihnya seramai 981,535 orang adalah pelancong asing.

“Kiraan jumlah pelancong dibuat berasaskan kepada kaedah pengumpulan data dari hotel,  resort,  tiket taman laut dan lapangan terbang yang diselaraskan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, ” jelasnya.

Sumber BO - 4-7-2018




















































Kerajaan Cadang Lantik Pakar

Oleh : Suhaimi Taib

Kuala Terengganu – Kerajaan Terengganu bercadang melantik kumpulan pakar termasuk dalam bidang pembinaan dan pendidikan untuk memberi nasihat serta panduan dalam merangka strategi pemulihan projek terbengkalai Taman Ilmu di Tembila Besut.

Menteri Besar, Dr  Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri bersetuju pada dasarnya untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih bangunan dan infrastruktur di Taman Ilmu itu secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan Kerajaan Negeri serta menawarkan penggunaan kemudahan di taman itu kepada pihak luar yang berminat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Seberang Takir,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di sini pada 3 Julai.

Menjawab soalan lain Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang berkata,  seramai 988 orang kakitangan lantikan politik dan kontrak perkhidmatan ditamatkan kontrak di semua Agensi Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun lalu.

Manakala kakitangan baharu dilantik seramai 33 orang.

Menurutnya,  pegawai ‘Contract Of Service (Ad-Hoc)’ yang ditamatkan perkhidmatan ialah seramai 978 orang manakala pegawai ‘Contract Of Service’ seramai 10 orang.

Pegawai yang baharu dilantik  termasuk ‘Contract Of Service (Ad-Hoc) ‘ 17 orang manakala ‘Contract Of Service’ (16 orang).

Sumber BO - 4-7-2018

Ustaz Husain dipilih Ahli Dewan Negara

KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, petang ini. 
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan nama beliau yang disokong oleh Ustaz Ridzuan Hashim (PAS-Buluh Gading). 
Ustaz Husain, 72, adalah anak jati daerah Besut pernah menjadi Yang Dipertua Dun Terengganu semasa era pemerintahan PAS pada 1999-2004. - HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 






















































Terengganu harap Kerajaan PH tidak halang RUU355

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu yang baharu mengambil alih pemerintahan negeri ini lebih ke arah proses memberi pendidikan, kempen serta penerangan bagi menyedarkan masyarakat dan bukan menghukum. 
Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini semalam. 
Menurut beliau, Kerajaan Negeri dalam proses penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah, Jabatan Penguatkuasa dan juga Jabatan Pendakwaan. 
Dalam masa yang sama katanya, masyarakat akan diberikan pendidikan, kempen dan penerangan bagi Pelaksanaan Syariah di negeri ini. 
"Di bawah portfolio ini, kita mulakan dengan proses pendidikan, kempen dan penerangan bagi menyedarkan masyarakat khususnya kepada generasi baharu orang muda. 
"Saya tengok kebanyakkan orang muda sekarang sudah ramai memahami dan mempraktikkan tentang Islam. Ini kerana, mereka lahir dari Pendidikan Islam yang diwujudkan hari ini. 
"Sebab itu, manifesto kita (PAS) pada pilihan raya lalu mahu menambahkan pusat-pusat Pendidikan Islam bagi memenuhi permintaan rakyat," ujarnya. 
Persoalan itu menuntut penjelasan dari soalan lisan asalnya oleh Adun Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, apakah usaha dan perancangan kerajaan dalam memperkasakan pelaksanaan Syariah di negeri Terengganu. 
Sehubungan itu, kata Ustaz Saiful Bahri, Kerajaan Negeri menghadapi kekangan dan pemisahan bidang kuasa dengan Kerajaan Pusat. 
"Kita (Terengganu) ada kekangan dan pemisahan bidang kuasa yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan bidang kuasa Kerajaan Pusat. 
"Sebab itu, kita (PAS) melalui Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang telah membawa usul (RUU355) dan harap dapat dibahas di Parlimen akan datang ini. 
"Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu akan memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum lebih, yang boleh dilaksanakan kepada sebahagian dari Undang-undang Syariah. Tetapi, melibatkan hudud masih tidak boleh buat lagi," tegasnya. 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, berharap agar Kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan lebih mesra dengan Pelaksanaan Syariah Islam.
"Sebahagian besar dari Enakmen Hudud dan Qisas itu akan boleh dilaksanakan jika RUU Akta355 diluluskan, InsyaAllah. 
"Kita tengok kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu memerintah pusat inilah. Jika dia (PH) tidak beri kelulusan itu maknanya, kita hanya (dibenar) melibatkan bidang kuasa takzir sahaja. 
"Sekarang kita hanya boleh laksanakan sebahagian sahaja dari Enakmen Jenayah Syariah sebagaimana yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2002," ujarnya. 
Beliau turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang melibatkan hudud dan qisas itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. 
"Ini (Enakmen) hanya melibatkan orang Islam sahaja termasuk dalam isu hudud dan qisas, tidak melibatkan orang bukan Islam. Itu hanya untuk orang Islam sahaja. 
"Kita (kerajaan PAS) harap pihak kerajaan PH lebih mesra ke arah Pelaksanaan Syariah Islam di negeri ini," tegasnya. 
Persidangan Dun Terengganu kali ini berlangsung selama empat hari iaitu hari pertama majlis mengangkat sumpah 32 orang ahli-ahli dewan, hari kedua berlangsungnya Istiadat Pembukaan Dun Terengganu oleh Sultan Terengganu dan hari ketiga serta keempat, persidangan penuhnya. -HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 























































Terengganu akan tempatkan pesalah jenayah syariah di pusat rehabilitasi

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/terengganu-akan-tempatkan-pesalah.html
























































KUALA TERENGGANU: Pesalah jenayah syariah di Terengganu mungkin akan ditempatkan di pusat rehabilitasi dan tidak dalam penjara bagi memulihkan akidah dan akhlak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata ia adalah satu alternatif dan langkah terbaharu kerajaan PAS dalam usaha mendidik pesalah syariah untuk kembali ke jalan Allah dan Islam tanpa dipenjarakan.

Katanya ia lebih sesuai kerana mereka akan menjalani hukuman lebih ringan seperti khidmat sosial dalam tempoh yang ditetapkan dan mendalami ilmu agama bagi memperbaiki akhlak dan akidah mereka.

“Mungkin hukuman berbentuk khidmat sosial atau khidmat masyarakat selama 3 bulan akan dikenakan kepada pesalah (jenayah syariah)..sebab kita tak nak, sikit-sikit masuk jel (penjara) sebab ia ada pro dan kontra.

“Bila dia dikenakan hukuman khidmat sosial dia sedikit sebanyak boleh kembali mendekati Islam (bagi kesalahan ajaran sesat).. Hukuman berkaitan kesalahan syariah tidak sesuai dengan hukuman sivil.. contoh dalam penjara banduan kena pakai seluar pendek… sedangkan dalam Islam sendiri tidak menggalakkan hukuman penjara, jadi kita akan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat rehabilitasi agar mereka boleh pulih dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan lisan Ridzuan Hashim (PAS – Buluh Gading) mengenai usaha dan perancangan kerajaan dalam memperkasakan pelaksanaan syariah di Terengganu, Satiful berkata kerajaan kini sedang meneliti beberapa langkah penambahbaikan bagi memperkasakan institusi mahkamah syariah di negeri ini.

Adun Paka itu menambah, ketika ini langkah pengasingan telah dibuat membabitkan bahagian pendakwaan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sekali gus dinaik taraf sebagai sebuah jabatan agar dapat memperkasakan lagi pelaksanaan undang-undang syariah.

“Di samping itu, kita juga akan menambah bilangan penguat kuasa syariah (sukarelawan) hingga ke peringkat kampung dan DUN agar masyarakat turut berperanan kerana jumlah yang ada pada masa ini hanya lebih kurang 100 orang di seluruh Terengganu,” katanya.

Katanya kerajaan juga meningkatkan kempen kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam soal etika berpakaian dan menutup aurat bagi mendidik masyarakat mengamalkan kehidupan yang menuju ke arah kebaikan dan meninggalkan larangan dalam Islam.


MR : Penjara kerajaan kena tanggung makan minum persalah. Bagaimana pula anak isterinya. Islam menghukum dan persalah boleh kembali kepada keluarga dan melaksanakan tanggungjawabnya tapi malang cerdik pandai Islam dalam PH seolah-olah buta dengan agama mereka sendiri.....

Sumber MR - 4-7-2018
























































Perlaksaan Syariah : PAS Akan Mendidik Rakyat.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan rakyat PAS Terengganu yang baharu akan memberi pendidikan, kempen serta penerangan bagi menyedarkan masyarakat dalam perlaksanaan syariah dan bukan terus menghukum.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri dalam proses penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah, Jabatan Penguatkuasa dan juga Jabatan Pendakwaan.

“Di bawah portfolio ini, kita mulakan dengan proses pendidikan, kempen dan penerangan bagi menyedarkan masyarakat khususnya kepada generasi baharu orang muda.

“Saya tengok kebanyakkan orang muda sekarang sudah ramai memahami dan mempraktikkan tentang Islam. Ini kerana, mereka lahir dari Pendidikan Islam yang diwujudkan hari ini.

“Sebab itu, manifesto kita (PAS) pada pilihan raya lalu mahu menambahkan pusat-pusat Pendidikan Islam bagi memenuhi permintaan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-14, berhenti rehat di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Persoalan itu menuntut penjelasan dari soalan lisan asalnya oleh Adun Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, apakah usaha dan perancangan kerajaan dalam memperkasakan pelaksanaan Syariah di negeri Terengganu.

Sehubungan itu, kata Ustaz Satiful Bahri bahawa, kerajaan negeri menghadapi kekangan dan pemisahan bidang kuasa dengan kerajaan pusat.

“Kita (Terengganu) ada kekangan dan pemisahan bidang kuasa yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bidang kuasa kerajaan pusat.

“Sebab itu, kita (PAS) melalui Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang telah membawa usul (RUU355) dan harap dapat dibahas di Parlimen akan datang ini.

“Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu akan memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum lebih, yang boleh dilaksanakan kepada sebahagian dari Undang-undang Syariah. Tetapi, melibatkan hudud masih tidak boleh buat lagi,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, berharap agar kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan lebih mesra dengan Pelaksanaan Syariah Islam.

“Sebahagian besar dari Enakmen Hudud dan Qisas itu akan boleh dilaksanakan jika RUU Akta355 diluluskan, Insya’Allah.

“Kita tengok kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu memerintah pusat inilah. Jika dia (PH) tidak beri kelulusan itu maknanya, kita hanya (dibenar) melibatkan bidang kuasa takzir sahaja.
“Sekarang kita hanya boleh laksanakan sebahagian sahaja dari Enakmen Jenayah Syariah

sebagaimana yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2002,” ujarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang melibatkan hudud dan qisas itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

“Ini (Enakmen) hanya melibatkan orang Islam sahaja termasuk dalam isu hudud dan qisas, tidak melibatkan orang bukan Islam. Itu hanya untuk orang Islam sahaja.

“Kita (kerajaan PAS) harap pihak kerajaan PH lebih mesra ke arah Pelaksanaan Syariah Islam di negeri ini,” tegasnya.

Persidangan Dun Terengganu kali ini berlangsung selama empat hari iaitu hari pertama majlis mengangkat sumpah 32 orang ahli-ahli dewan, hari kedua berlangsungnya Istiadat Pembukaan Dun Terengganu oleh Sultan Terengganu dan hari ketiga serta keempat, persidangan penuhnya.

Sumber BO - 4-7-2018

Projek Kawal Hakisan Pantai Siap Sepenuhnya

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Projek pengawal hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam dan Pantai Kolam Mengabang Telipot, Kuala Nerus siap sepenuhnya masing-masing pada April tahun lalu dan Mac tahun ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan struktur lapis lindung batu sepanjang 200 meter bagi mengawal hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam Kuala Nerus.

Katanya, projek yang menelan kos sebanyak RM1.15 juta itu telah dimulakan pada Februari tahun lalu dan siap pada April tahun yang sama dengan menggunakan peruntukan negeri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di sini pada 3 Julai.

Hishamuddin bertanyakan tentang perkembangan projek mengawal hakisan pantai di Kampung Gelam dan Pantai Kolam, Mengabang Telipot Kuala Nerus.

Beliau ingin Kerajaan Negeri menyatakan perkembangan projek pemecah ombak dan cadangan lanjut untuk melalui musim tengkujuh sekitar empat bulan lagi.

Dr. Ahmad Samsuri berkata, bagi hakisan di Kampung Kolam serta kawasan sekitarnya, JPS Negeri telah melaksanakan kerja-kerja darurat mengawal hakisan pantai pada November 2017.

“Kerja yang menelan kos RM1.7 juta ini telah siap sepenuhnya pada Mac 2018 dan dibiayai oleh peruntukan Kerajaan Persekutuan.
“Skop projek ini ialah pembinaan struktur lapis lindung batu (rock revelment) sepanjang 400 meter, ” jelasnya.

Untuk mengatasi musim tengkujuh tidak lama lagi, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihak JPS Negeri sedang di peringkat akhir, penyediaan dokumen kerja untuk menyambung pembinaan ‘rock revelment’ sepanjang 100 meter ke utara pantai berkenaan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM485 ribu.

Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Pusat melalui JPS Malaysia sedang di peringkat penyediaan rekabentuk terperinci yang melibatkan cadangan penambakan laut (beach nourishment) dan benteng pemecah ombak (breakwater).
Katanya, anggaran kos keseluruhan cadangan projek ini ialah RM90 juta.

“Bengkel Pengurusan Nilai (Value Management) bagi cadangan projek ini juga telah diadakan pada 19 hingga 23 Mac 2018 di sebuah hotel di sini.

“Tender bagi projek ini dijangka akan dibuat pada tahun depan, tertakluk kepada satu lagi penilaian teknikal melalui Bengkel Kejuruteraan Nilai (Velue Engineering), ” jelasnya lagi.

Sumber BO - 4-7-2018


























































MB Puas Hati Sidang DUN Berjalan Lancar

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpuas hati dengan sesi Sidang Dun Ke-14 yang sedang berlangsung kini dan melihat semua anggota jentera pentadbiran dan wakil rakyat bersama-sama terlibat dalam perbahasan dengan cara yang baik.

Menurutnya, ia satu permulaan yang baik bagi kedua-dua belah pihak untuk memberikan pandangan dan menyokong mana yang dirasakan baik dan memberikan teguran sekiranya ada perkara yang tidak wajar dilaksanakan.

“Kita perlu ‘check and balance’ dalam apa jua suasana, hatta dalam parti Pas sendiri yang menjadi kerajaan sekalipun, perlu pandangan daripada Adun lain untuk teguran dan maklum balas.

“Seperti yang selalu saya sebutkan sebelum ini, sebagai jentera pentadbiran yang diamanahkan, kita bukan manusia yang sempurna. Kita perlu menerima pakai pandangan dan mendapat maklum balas yang boleh mempertingkatkan kecekapan dan objektif yang ingin dicapai untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat dan Negeri Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas sesi perbahasan titah Tuanku Sultan pada Sidang Dun Ke-14 yang berlangsung di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya membuat siaran langsung FB Live Sidang Dun Ke-14 melalui facebook rasminya dan laman web kerajaan negeri, bagi membolehkan rakyat memahami tugas yang seharusnya dilakukan oleh Adun, iaitu wakil rakyat yang dipilih mereka.

Pada masa yang sama katanya, ia membolehkan rakyat menilai sendiri, sama ada wakil rakyat mereka membawa mesej yang diminta atau tidak.

“Ini sebagai ‘check and balance’ juga kepada wakil-wakil rakyat. Interaksi melalui facebook rasmi saya misalnya, sudah sampai satu peringkat 70 peratus ‘reply’ kepada respon-respon yang telah diberikan.

“Ini juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana interaksi melalui pelbagai cara sama ada secara langsung atau tidak, ia bagi membolehkan kita membuat pertimbangan dan meningkatkan kebolehan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan,” katanya. – SH




























































Sumber BO - 4-7-2018





























































Terima Kasih Kepada MB dan Pimpinan Kerajaan Rakyat Terengganu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dikembalikan kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang berkekalan hingga ke saat ini.

Saya mengambil peluang untuk merakamkan kalungan penghargaan khususnya buat Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Exco Pembinaan Insan, Dakwah dan Penerangan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta seluruh saf pentadbiran baharu kerajaan negeri yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Komunikasi Negeri Terengganu(UKOM).

InsyaAllah, saya bersama-sama pegawai dan warga kerja UPDI akan melaksanakan amanah yang sangat berat ini dengan penuh tangungjawab bagi memastikan semua dasar kerajaan bertemakan “Terengganu Maju Berkat Sejahtera” dapat difahami dan dihayati oleh semua rakyat negeri ini.

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai dan rakan taulan yang telah memberi ucapan tahniah kepada saya.

Sebenarnya saya memperakui bahawa saya bukan lah yang terbaik dikalangan kalian, namun begitu, bantu lah saya dalam melaksanakan amanah ini.

Jazakumullah khairan Kathira dan terima kasih kepada semua.

Ustaz Mohd Soud Said
Pengarah UPDI
19 Syawal, 1439H/ 2 Julai 2018

Sumber BO - 3-7-22018




























































TPC ‘Platform’ Tuntut Royalti Minyak – Titah Sultan Mizan

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah bertitah agar Kerajaan Negeri itu dapat menggunakan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) sebagai’platform’ dalam menangani urusan berkait dengan royalti petroleum dan gas serta tuntutan hak Telaga Minyak Bertam.

Di samping itu titah baginda, ia juga perlu dijadikan pemangkin untuk menambah peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat dalam industeri minyak dan gas.

Sultan Mizan bertitah, penubuhan TPC pada bulan Mei 2017 bertujuan untuk memastikan kedaulatan Negeri Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas yang utama di Semenanjung Malaysia dapat dilindungi hak dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri.

Baginda bertitah demikian di Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di DUN Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi.

Sejak tahun 2000, Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak Kerajaan Terengganu menerima Royalti Petroleum dan gas sebanyak lima peratus, selepas PAS memerintah negeri itu tahun 1999 hingga 2004.

Dalam tahun 2000 Kerajaan Terengganu hanya menerima separuh dari wang royalti berkenaan berjumlah kira-kira hampir RM500 juta.

Sebahagian lagi tidak diberikan kepada Kerajaan Negeri selepas Kerajaan Persekutuan menerima satu usul perwakilan UMNO Terengganu dalam Perhimpunan Agung parti itu tidak lama dahulu yang mendesak Kerajaan itu menarik balik royalti minyak dan gas untuk Negeri tersebut.

Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) kemudiannya menukar royalti tersebut yang dianggar berjumlah kira-kira RM1 Billion setahun kepada Wang Ihsan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas BN berjaya menawan semula Terengganu dalam Pilihanraya Umum pada 21 Mac 2004.

Baru-baru ini dalam satu mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya yang dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan bahawa royalti tersebut akan dikembalikan semula kepada Kerajaan Terengganu.

Sebelum itu dalam satu kunjungan hormat antara rombongan Menteri Besar Terengganu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Tun Dr. Mahathir turut berjanji untuk berbuat demikian.

Perkara ini dinyatakan oleh Dr. Ahmad Samsuri dalam beberapa sidang media di beberapa majlis di Kuala Terengganu dan Marang.

Sumber BO - 2-7-2018





























































32 ADUN Angkat Sumpah

KUALA TERENGGANU – Seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang menang pada PRU14 mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini.

Majlis angkat sumpah itu didahului Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diikuti barisan Exco Kerajaan Negeri, ADUN PAS dan disusuli 10 wakil rakyat pembangkang.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dun Terengganu yang baharu, Yahaya Ali.

Pada PRU14 lalu, PAS mencipta kejutan apabila mengulangi sejarah pada 1999 dengan kejayaan menewaskan BN dan membentuk kerajaan baharu di Terengganu.

PAS mendapat 22 kerusi Dun dengan mempertahankan 15 kerusi dimenangi pada PRU13 dan berjaya merampas tujuh kerusi baharu iaitu Dun Bandar, Jabi, Kota Putera, Kuala Berang, Kemasik, Air Puteh dan Pengkalan Berangan.

BN gagal mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan di Terengganu apabila hanya menang 10 kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen. – SH































































Sumber BO - 2-7-2018
































































Haji Yahaya Mahu ADUN Berwibawa

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang baharu akan mempastikan semua Ahli DUN berperanan secara profesional mengikut peraturan tetap dewan (standing order) ketika berbahas pada sidang dewan itu.

Beliau juga akan mempastikan ADUN mempunyai kewibawaan ketika memainkan peranan masing-masing supaya sifat sebagai anggota lejislatif di peringkat negeri berfungsi dengan baik.

Menurutnya, perbezaan pendapat di kalangan ADUN adalah suatu yang lumrah tetapi kewibawaan sebagai ADUN mesti dijaga.

“Walaupun pemisahan kuasa (separation of power) antara anggota eksekutif dengan lejislatif (DUN) dan judiseri (kehakiman) tidaklah begitu ketara namun kewibawaan ADUN mesti dijaga dengan baik, ” jelasnya.

Haji Yahaya Ali berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah ahli-ahli DUN (ADUN) di Mesyuarat Pertama DUN Terengganu ke 14.

Sementara itu seramai 32 orang ADUN Terengganu mengangkat sumpah taat setia kepada negeri Terengganu sebagai ADUN di hadapan Haji Yahaya di Persidangan DUN tersebut.

Ini termasuk 22 ADUN PAS dan 10 ADUN Barisan Nasional (BN).

Terdahulu dari itu Haji Yahaya dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu dengan mendapat sokongan majoriti ADUN.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar Terengganu dan disokong oleh ADUN Paka, Ustaz Satiful.

Menteri Besar dan Ustaz Satiful bersama-sama memakaikan pakaian Yang Dipertua Dewan kepada Haji Yahaya.

Haji Yahaya berusia sekitar 60 tahun, merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang serta bekas ADUN Alor Limbat.
Tamat.

Sumber BO - 22-7-2018































































Syabas TSG

Kelab professional milik Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) terus mencipta nama apabila pelumba importnya berkelahiran Rusia Artem Ovechkin.

Beliau berjaya mendapatkan tempat pertama di Russia National Championship ITT dengan catatan masa 35 min 58 saat pada hari ini.

Kejayaan tersebut telah meneruskan keceriaan kem TSG selepas minggu lalu pelumba Metkel Eyob mendapat tempat ke 3 di Eriteria National Championship serta Maral Erdene memenangi tempat pertama di Mongolia National Championship ITT.

Pasukan TSG juga akan menghantar wakil ke Singapore National Championship Road Race pada 7 julai 2018 dan seramai lima pelumba akan membawa cabaran TSG.

Selain itu, empat pelumba TSG turut terpilih untuk mewakili negara dalam Asia Games Palembang, Indonesia pada 19 ogos 2018 dan dua pelumba bagi acara lebuhraya serta dua bagi acara Trek.

Syabas TSG dan semoga terus berjaya mengharumkan nama Terengganu di persada antarabangsa.

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
30 Jun 2018.

Sumber BO - 1-7-2018
































































YPK Disaran Cari Penaja

KUALA NERUS – Pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) disaran mencari sebanyak mungkin penaja di pihak swasta untuk kelengkapan karnival perkahwinan untuk rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya adalah merupakan satu bukti kerjasama erat antara kerajaan dan pihak swasta.

“Saya minta pada pihak YPK untuk mencari sebanyak mungkin penaja di pihak swasta untuk kelengkapan perkahwinan yang boleh digunakan oleh para pengantin,

“dan mampu meringankan beban yang ditanggung oleh (pihak) kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Walimatulurus Perdana 2018 di Stadium tertutup Gong Badak pada hari ini, Sabtu, 30 Jun.

Sehubungan dengan itu beliau berkata, seramai 183 pasangan telah diijabkabulkan diseluruh negeri Terengganu dan dapat diraikan secara serentak pada hari ini.

Beliau juga berharap agar semua pasangan muda ini merasakan keperihatinan dan kecaknaan kerajaan negeri Terengganu kepada mereka.

Katanya karnival kali ke dua akan dilaksanakan lagi pada November nanti di seluruh 32 DUN di dalam negeri Terengganu.



































































Sumbr BO - 1-7-2018




































































Penduduk Luar Bandar Mendapat Perhatian

SETIU – Nasib majoriti penduduk Setiu yang bekerja sebagai petani dan nelayan yang berada dalam lingkungan luar bandar akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, terlalu banyak aset yang boleh dimanafaatkan berkaitan pertanian dan asas tani di daerah itu untuk masyarakatnya.

Katanya, banyak perkara telah dibincangkan bersama Pegawai Daerah untuk pembangunan di daerah ‘bongsu’ dalam negeri ini.

“kita telah berbincang terlalu banyak perkara dalam bidang pertanian dan asas tani untuk pembangunan daerah Setiu,

“yang kebetullan banyak aset untuk membawa Setiu yang lebih baik, Insha Allah,” ujarnya semasa merasmikan program Walimatulurus Perdana Peringkat Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Permaisuri pada Sabtu,30 Jun.

Menurutnya, seramai 12 pasangan telah diraikan dalam Karnival perkahwinan ini bagi menepati janji salah satu manifesto kerajaan negeri yang dijanjikan pada PRU ke 14 baru-baru ini.

“seramai 138 pasangan diraikan hari ini di seluruh negeri dan Insha Allah akan diadakan untuk kali ke dua pada November nanti dengan jumlah yang lebih ramai,” tegasnya.

Hadir sama memenuhi dewan ialah dari kalangan keluarga pengantin dan jemputan khas di majlis itu termasuk, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Turut hadir beberapa pegawai jabatan di Setiu,Penyelaras DUN Langkap dan Batu rakit saudara Azmi Maarof dan Ustaz Mohd Shafizi Ismail.

Sumber BO - 1-7-2018



































































Yahaya Ali Dilantik Speaker DUN Terengganu


Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Speaker DUN) Terengganu ke-14, hari ini.

Pelantikan beliau itu dicadangkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, pada hari pertama Majlis Angkat Sumpah Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Penggal Pertama ke-14, hari ini.

Sejurus selepas itu, istiadat pemakaian jubah dan songkok rasmi Speaker kepada Yang Berhormat, Yahaya Ali disempurnakan oleh Dr Ahmad Samsuri dan Ustaz Satiful Bahri Mamat pada jam 9.40 pagi.

Sementara itu, majlis angkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (Adun) diketuai oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Seramai 22 Adun kerajaan PAS Terengganu dan 10 Adun Barisan Nasional (BN) selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun Terengganu pada jam 10.40 pagi.

Yahaya, 59, berkelulusan Diploma Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam, kini merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang.

Beliau pernah dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) PAS Terengganu, pada tahun 1999-2004 dan tidak lagi bertanding pada PRU13 dan PRU14 lalu.





































































Sumber BO - 1-7-2018




































































Tiada Istilah Penggunaan Kereta Exco Untuk Tugasan Rasmi Sahaja






































































Kereta rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak
Protokol sesuatu majlis perlu dihormati walaupun kita lebih suka biasa-biasa saja. Terutama bila kita adalah tetamu utama majlis tersebut.

Kita suka datang awal malah biasanya kita antara yang terawal. Tapi ada masa protokol menetapkan kita perlu datang pada waktu yang ditentukan. Tak awal dan tak lewat. Terlebih awal atau terlebih lewat akan menganggu susun atur atucara. Kalau ikut kita, lebih baik kita tunggu sambut orang dari orang tunggu sambut kita.

Begitu juga di meja makan. Bukanlah kita gemar dan bangga duduk makan di meja VIP. Baik kita beratur ambil makanan bersama orang ramai. Makan ala kadar seadanya. Tapi ada majlis yang telah diletakkan nama pada meja tempat duduk. Maka duduklah kita di situ. Kalau di meja VIP yang tak diletakkan nama, biasa saya ajak pemandu duduk sekali makan bersama. Tak ada beza antara kita.
Saya yakin pimpinan Kerajaan Terengganu yang ada sekarang semua biasa-biasa saja.

Ahli Exco disediakan sebuah kenderaan rasmi bersama pemandu. Buat masa sekarang semua Exco kita guna kereta peninggalan kerajaan sesi lepas. Kereta Perdana Honda berusia sekitar 5 tahun. Alhamdulillah, ianya memudahkan pergerakkan untuk melaksanakan tugasan seharian.

Oleh kerana ada kawan-kawan berbisik tanya hal penggunaan kereta Exco, mohon maaf saya maklum sikit. Kereta rasmi Exco ialah untuk kegunaan pada bila-bila masa dan ke mana sahaja serta untuk apa-apa tujuan sekalipun. Mudah dinyatakan, kereta Exco ialah untuk kegunaan peribadi Exco yang boleh dipandu oleh beliau sendiri, isteri atau pemandu.

Tiada istilah penggunaan untuk tugasan rasmi kerana semua penggunaan kereta tersebut dikira rasmi. Ramai dah rakyat Jabi yang kita ajak naik kereta ni. Nak pergi masjid, kedai kopi, masuk kampung, pergi program parti, urusan keluarga, pergi pejabat atau apa sahaja, semuanya dibolehkan. Soal kita nak guna atau tidak, itu perkara kedua. Peraturan membenarkan. Walaupun saya lebih suka naik motor saja masuk kampung.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa
Negeri Terengganu

Sumber BO - 1-7-2018





































































Harga Barang Dijangka Naik Ekoran Peningkatan Tarif Elektrik

Harga barangan dijangka meningkat berikutan kenaikan tarif elektrik pengguna komersial, sekali gus menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial timbul kebimbangan pengilang dan peniaga meletakkan kos berkenaan kepada pengguna.

Beliau berkata, ada segelintir pihak yang sentiasa mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

Katanya, pihak berkaitan kena lihat perkara ini secara meluas iaitu berbincang dengan pihak berkepentingan supaya pengguna tidak terbeban berikutan peningkatan harga barangan.

Melihat kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, beliau menambah, adalah lebih baik perkara ini dielakkan kerana kos sara hidup pasti meningkat.

Dalam perkara yang sama, Setiausaha Usahawan Digital Selangor, Mohd Adzim Rahman berkata, peniaga yang bergantung kepada elektrik untuk menjana pendapatan kemungkinan besar akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik berkenaan.

Menurutnya, industri elektronik atau yang membabitkan penggunaan jentera dan mesin pasti terkesan dengan peningkatan tarif itu , sekali gus meningkatan kos operasi mereka dan akhirnya harga barang naik.

Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj, kos tak berimbang (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan semalam memaklumkan kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT itu dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, pelarasan ICPT ini tidak membabitkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.

“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik, iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun lalu,” menurut kenyataan itu.

Sumber BO - 330-6-2018







































































Jaga Amanah Tugas



KUALA TERENGGANU – Para penjawat awam di negeri ini khususnya dalam sektor pertanian wajib menjaga amanah tugas masing-masing dengan sebaik-baiknya kerana ianya adalah satu medan yang sangat mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Azman Ibrahim berkata, para petani bekerja membanting tulang empat kerat untuk menghasilkan produk termasuk makanan kepada penduduk.

“Mudahkan urusan dengan para petani yang merupakan pelanggan kita…. percepatkan yang lambat dan dekatkan yang jauh serta kurangkan protokol dan mudahkan yang payah,

“Kita berada dizaman inovasi dan bukan lagi zaman tradisi… dizaman ini ilmu dan kemahiran akan bercakap….. lambat bermakna kita akan ketinggalan,” ujarnya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pihak media pada hari khamis, 28 Jun, di Kompleks Pertanian Ajil Hulu Terengganu, selepas Majlis Perjumpaan Kakitangan Jabatan Pertanian.

Oleh itu, beliau menyeru agar kakitangan yang hadir, bekerja bersama untuk meletakkan sektor pertanian Negeri Terengganu pada satu kedudukan yang tinggi.

“(saya turut) menyampaikan anugerah cemerlang kepada 25 orang kakitangan dan anugerah jasa bakti kepada 30 orang pesara Jabatan Pertanian,” jelasnya.

Turut hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkifli Harun.







































































Sumber BO - 30-6-2018


Kerajaan PAS Terengganu Tunai Janji Manifesto
Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Kepimpinan PAS yang baru berusia 51 hari mengambil-alih pentadbiran negeri selama 51 hari telah menunaikan janji awal manifesto Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiga janji manifesto awal PRU14 lalu mula ditunaikan.

Katanya, antara janji manifesto PAS pada kempen PRU14 jika Terengganu berjaya diperintah akan menangguhkan bayaran pinjaman Yayasan Terengganu.

“Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu,” jelasnya.

Selain itu katanya, janji melaksanakan Karnival Kahwin kali pertama secara percuma telah diadakan serentak pada hari ini di setiap daerah dalam negeri Terengganu.

“Karnival Kahwin, pakej pertama pada hari ini berjalan lancar dan meriah…..dengan majlis akad nikah diadakan di masjid Intan Zaharah Dungun bermula jam 8.30 pagi,

“oleh enam orang jurunikah serentak, dimulakan dengan khutbah nikah oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Nik Pegawai Agama Daerah Dungun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Walimatul Urus Peringkat Daerah Dungun pada Sabtu, 30 Jun Sabtu di Arena Square, dekat sini.

Menurutnya, kesemua 30 pasangan pengantin tersebut telah diarak sejauh lebih kurang 600 meter, diiringi paluan kompang oleh kumpulan marhaban yang dijemput khas.

“(bagi) peserta baharu (carnival kahwin) dibuka pendaftarannya sekarang untuk pakej kedua bulan November 2018, akhir tahun ini,

“permohonan boleh dibuat di pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), di daerah masing-masing mulai sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata, tiada had peserta bagi pakej akan datang itu dan majlis walimah akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika jumlah terlampau ramai.

Katanya, pakej perkahwinan itu adalah bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan muda yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengongkosi majlis perkahwinan mereka.

“Maka kerajaan mengambil inisiatif membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat,” tambah beliau.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ahli Palimen Dungun Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun dan Pegawai Daerah Dungun Haji Ibrahim bin Mohamad, bersama isteri masing-masing

Sumber BO - 30-5-2018









































































Masalah Nelayan, Petani Tumpuan Utama

Oleh : DMS

SETIU – Masalah nelayan dan petani khususnya di kawasan Setiu dan seluruh negara amnya, di jangka akan dibangkitkan pada persidangan Parlimen penggal pertama pada bulan depan.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata kesulitan yang sering dihadapi oleh golongan tersebut akan menjadi agenda beliau pada sidang kali ini.

“saya akan membangkitkan masalah ini dan memohon penjelasan daripada kerajaan dalam membela nasib mereka ini, diberi mandat oleh rakyat,

“bagi nelayan musim tengkujuh adalah masa paling sukar untuk mereka memperolehi pendapatan dan bagi petani seperti penanam padi, penoreh getah, peneroka kelapa sawit…… harga dan subsidi sering menimbulkan masaalah bagi mereka,” jelasnya.

Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu itu berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Setiu pada Khamis, 28 Jun di Bandar Permaisuri.

Menurut beliau, golongan terbabit perlu diberi perhatian yang serius kerana dikalangan mereka ramai yang masih miskin dan berpendapatan rendah serta tidak menentu.

Sehubungan itu, beliau akan turut memberikan fokus kepada isu-isu alam sekitar yang juga menjadi tanggungjawab kepadanya, di peringkat parti.
|
“saya akan mendapatkan penjelasan tentang langkah-langkah kerajaan dalam menjaga ekosistem bagi projek-projek yang sedang berjalan dan yang akan dibangunkan,

“Terengganu (adalah) antara negeri yang mempunyai pantai indah yang sering dikunjungi oleh pelancong begitu juga dengan kehijauan hutan semulajadi yang perlu dijaga,

“kita berharap kerajaan dapat mengenalpasti satu mekanisma yang boleh menguntungkan semua pihak terutama rakyat dalam pembangunan yang dirancang ,” tegasnya.

Majlis sambutan sempena hari raya, disambut dengan meriah dengan kehadiran PesuruhJaya PAS Negeri Terengganu, Dato Husin Awang, Pegawai Daerah Tuan Haji Rosdi bin Awang, Pegawai-pegawai jabatan kerajaan.

Sumber BO - 30-6-2018










































































Inisiatif Selesaikan Masalah Bekalan Air

DUNGUN – Kerajaan Terengganu yang diterajui PAS mengambil inisiatif turun sendiri dengan pihak yang berautoriti untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, berkata pertemuan diantara beliau, dengan pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) adalah berkaitan dengan masalah bekalan air untuk warga Dungun.

“dalam pertemuan tersebut kami diberitahu untuk mengadakan paip besar bagi sumber air di Batu Tiong sudah diluluskan cuma tunggu peruntukannya saja,

“bila?…….Wallahu’alam,” kata Ketua Penerangan PAS Dungun itu yang telah dua penggal dipilih sebagai wakil rakyat pada Rabu, 28 Jun.

Beliau berkata, turut sama dalam perjumpaan pada itu ialah Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Ketua Teknikal SATU Dungun Encik Mohd Firdaus Razali serta Encik Kamarul di Pejabat SATU Daerah Dungun.

Menurutnya, selain itu rombongan tersebut juga dimaklumkan sebab mengapa air paip yang ‘berasa payau’ di kawasan Paka.

Katanya, ia adalah disebabkan oleh air laut pasang dan memasuki Sungai Santong.

Disamping itu, jelas beliau, PAS berharap pihak SATU sentiasa berwaspada untuk mengelakkan bekalan air terputus.

“Jadual keluar masuk air, mestilah sentiasa diawasi,” tambah beliau.

Sumber BO - 29-6-2018












































































Kerajaan Negeri Dengar Suara Rakyat

KUALA NERUS – Kerajaan negeri  akan mengambil kira pandangan penduduk sebelum melaksanakan sebarang projek yang melibatkan kepentingan awam pada masa akan datang.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu perlu bagi memastikan setiap projek yang akan dilaksanakan nanti tidak memberi kesan negatif atau menimbulkan masalah kepada komuniti setempat.

Menurutnya, ada projek yang ingin dilaksanakan memerlukan keajaan negeri mengadakan perbincangan secara teliti dengan penduduk dan ada juga sebaliknya.

“Jadi, apabila projek yang ingin dilaksanakan melibatkan kepentingan awam semestinya kita akan mengambil kira pandangan orang ramai terutamanya bagi projek yang terletak di kawasan penempatan penduduk,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik selesai menghadiri Majlis Taklimat Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, pada Rabu 27 Jun.

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut memaklumkan projek pembinaan infrastruktur dan utiliti Kompleks Maintainace, Repair dan Overhaul (MRO) dan Hab Kargo Udara di Gong Kuin, Seberang Takir akan dikaji semula.

Jelas beliau, pihaknya menerima banyak aduan berhubung projek yang mula dilaksanakan Disember tahun lalu itu khususnya daripada penduduk setempat.

“Kita sedia maklum mengenai aduan daripada penduduk yang terkesan daripada projek berkenaan, di mana kediaman berhampiran tapak projek mengalami keretakan teruk.

“Jadi, kita terpaksa memikirkan pilihan lain sama lain dan mengkaji kembali tapak projek berkenaan.
“Malah, projek itu juga merupakan salah satu projek yang gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan,”katanya. SH

Sumber BO - 29-6-2018













































































Isu Babi Masuk Kampung Akan Diambil Tindakan Segera














































































Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah membawa isu ;khinzir berkeliaran' pada sidang DUN lalu
KEMAMAN – Isu ‘khinzir’ berkeliaran yang berleluasa sejak hampir 10 tahun lalu, kini agak kritikal, mengganggu emosi dan kehidupan harian para penduduk di Kampung Baru Kertih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Ir Saiful Azmi Suhaili berharap ia akan diselesaikan secara ‘total’ dalam masa terdekat.

“Buah fikiran semua ahli mesyuarat (khas perkara tersebut) telah diperhalusi dan insyaAllah akan diambil tindakan menyeluruh,

“sebagai bukti komitmen dan seriusnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membantu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut pada Rabu 28 Jun.

Menurutnya, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Tuan Haji Johan Ibrahim dan Setiausaha MPK, Ahmad Faris Abdul Razak.

Katanya, pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kemaman, Rela Kemaman, Penghulu Mukim Kertih dan Kemasik serta semua pengerusi J3K juga turut hadir.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam operasi mengekang binatang liar itu.

“Terima kasih semua, kita usaha yang terbaik untuk rakyat!,” tambahnya.

Sumber BO - 29-6-2018




























































































































































Tindakan Proaktif Melambatkan Duku Dan Dokong

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu mengambil tindakan proaktif bagi menghadapi kemungkinan melambatkan buah duku dan dokong pada musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat bersama Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah dibuat semalam.

“Sebagai tindakan proaktif membincangkan isu lambakan atau lebihan pengeluaran duku dan dokong yang mungkin berlaku,

“Beberapa fokus permasalahan dikenal pasti,” ujarnya.

Dari kenyataan yang dihantar kepada pihak kami pada hari ini, beliau berkata bukan mudah untuk buah duku Terengganu dipasarkan ke ibu Kota.

Katanya, tiada permintaan bagi buah-buahan tersohor Terengganu itu kerana tiada permintaan dan harga di Kuala Lumpur tetap tinggi walaupun berlaku lambakan.

“Kejatuhan harga di Terengganu. Bawa selori pun habis. Tetapi FAMA mengakui mereka kekurangan logistik dan pengangkutan bagi tujuan pemasaran,

“Lori yang ada sangat terhad. Belum lagi dikira yang rosak. Maknanya ada orang nak beli, tapi kita gagal untuk memasarkannya,” jelas beliau.

Antara penyelesaian yang dicadangkan oleh Bernas kata beliau adalah menyewa lori untuk mengangkut padi dari Besut untuk dihantar ke kilang pemprosesan di Kedah boleh diguna pakai.

Selain itu tambahnya, FAMA juga boleh menyewa lori swasta atau memanfaatkan logistik milik jabatan lain ketika berlaku lambakan buah-buahan tempatan ini bagi dipasarkan.

“Yang kedua, peranan FAMA dalam membantu pekebun kecil buah-buahan kurang berkesan kerana FAMA juga membeli dari pengumpul atau orang tengah,

“bukannya membeli terus dari pekebun mengakibatkan harga buah dijual sekitar RM1.40 sekilo di pasaran sebenarnya dibeli oleh orang tengah dari pekebun hanya dengan harga 40 sen sekilo sahaja,” jelas beliau lagi.

BeliAU FAMA telah membelanjakan wang yang banyak untuk membantu menstabilkan harga buah-buahan.

“Lebih RM500 ribu setahun dibelanjakan untuk membeli hasil yang dikeluarkan supaya berlaku proses pengawalan harga.

“Kita menghargai pengorbanan FAMA selama ini,” kata beliau.

Sumber BO - 28-6-2018















































































Politik Seteru, Perbalahan Tak Membawa Sebarang Manfaat

KUALA NERUS – Politik berseteru dan berbalah serta tidak bertegur sapa tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa negeri keadaan yang lebih baik.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan baharu pimpinan PAS Terengganu mahu membawa rakyat kepada keadaan yang lebih baik samaada pembangunan dan kesejahteraan serta hubungan diantara masyarakat.


“Supaya kita dapat hidup dalam keadaan bahagia, senang, selamat, maju, berkat dan sejahtera,


“kejayaan suatu negeri dan negara akan dapat dicapai sekiranya semua pihak pemimpin kerajaan dan rakyat bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis sambutan Hari Raya Peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup pada hari Selasa,26 Jun.


Katanya, melaksanakan kerja-kerja membangunkan negeri bukan sepenuhnya kerja kerajaan tetapi adalah tanggungjawab semua kerana yang memilih kerajaan adalah rakyat.


“Tidak ada satu-satu mana-mana kerajaan yang mengatakan mereka betul dan saya sendiri tak boleh mengatakan saya betul,

“Menteri Besar, Exco kerajaan, wakil rakyat tidak boleh buat apa –apa tanpa kerjasama dan restu daripada rakyat,” ujarnya.


Beliau menekankan kerajaan negeri akan program sumbang saran dan perbincangan supaya maklumat dapat disampaikan daripada ‘bawah ke atas’.


Kata beliau, cadangan daripada orang bawahan akan membentuk suasana harmoni kepada negeri dan negara.

















































































Sumber BO - 27-6-2018


















































































Kerajaan Teruskan Projek Kaprima

SETIU – Kerajaan Negeri komited dalam meneruskan projek kambing Kaprima walaupun hanya empat daripada lapan yang mempunyai potensi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas tani dan pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan komited dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang mempunyai minat, potensi dan kesungguhan untuk melaksanakan projek tersebut.


“Antara punca utama kegagalan baki empat lagi ialah pemilihan peserta yang tak menepati kriteria, lokasi Lembah Kaprima yang terlalu jauh dari kemudahan jalan raya,


“dan beberapa isu pengurusan serta pentadbiran sehingga kemudahan menjadi terbiar, ditumbuhi semak samun dan rosak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas selepas meninjau projek Kambing Lembah Kaprima di kampung Ulu Seladang dekat sini pada Isnin, 25 Jun.

Menurutnya, beliau bersama Jabatan Veterinar akan melihat satu persatu punca-punca kegagalan projek Kaprima telah membelanjakan puluhan juta wang rakyat Negeri Terengganu.


Katanya, projek tersebut yang berdaya maju akan dipulihkan untuk manfaat rakyat dalam mencapai objektif asalnya.


Kata beliau, sebagai contoh penternak Hariz Nordin mewujudkan sebuah pusat pemprosesan susu kambing yang akan membantu penternak memasarkan produk mereka.

“dan projek Kaprima Ulu Seladang yang diusahakan oleh beliau antara yang berjaya dengan memiliki lebih 600 ekor kambing daging dan tenusu,” tambahnya.


Sumber BO - 26-6-2018




















































































Pelaksanaan pemberian air percuma di T'ganu

PELAKSANAAN air percuma telah dilaksanakan dalam tiga bentuk:\ 
Kerajaan BN Terengganu penggal lalu, telah merealisasi air percuma kepada rakyat yang menggunakan kurang daripada 21 m3 sahaja di penghujung kepimpinan Dato Seri Ahmad Razif dan hampir PRU14. Sesiapa yang menggunakan air lebih daripada 20 m3, dia mesti membayar sepenuhnya. Contohnya penggunaan 19 m3 adalah percuma, tetapi apabila digunakan 22 m3, anda mesti membayar sepenuhnya harga 22 m3 itu. 
Cuba bayangkan, satu pasangan miskin yang mempunyai anak yang ramai, pasti tahap penggunaan airnya tinggi maka mereka terpaksa membayarnya penuh dengan sebab penggunaan melebihi daripada 20 m3. Bandingkan pula pasangan yang kaya hanya tinggal berdua atau memiliki keluarga kecil yang tahap penggunaan airnya sedikit, maka dia tidak perlu membayar dengan sebab penggunaan air kurang daripada 20 m3. Mekanisma ini jelas hanya memberi peluang golongan kaya seperti contoh di atas untuk mendapat kelebihan daripada tawaran ini, tidak kepada keluarga miskin yang besar. Adil atau tidak mekanisma ini? 
Kerajaan Selangor yang kaya pula telah menawarkan 20 m3 air percuma pada seluruh rakyat sama ada kaya atau miskin. Mekanisma sangat baik dan sememangnya menjadi impian Kerajaan Negeri Terengganu untuk turut melaksanakannya. Akan tetapi persoalannya, adakah Kerajaan Terengganu mampu melaksanakan mekanisma ini dalam masa yang singkat ini. Sedangkan, negeri-negeri lain yang lebih kaya daripada Terengganu belum lagi mampu menawarkannya. 
Kerajaan Terengganu yang baharu, sebelum ini telah menawarkan dalam Manifesto PRU14 kepada rakyat Terengganu untuk memberi 20 m3 air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah sahaja. Tawaran yang ke-8 dalam manifesto ini jelas ditulis hanya kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan dibuat sebagai satu penyelesaian untuk meringankan beban kos sara hidup golongan sasaran ini. 
Kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS juga sangat realistik, ada kajiannya yang terperinci dalam membuat manifesto dan tidak mahu memberikan satu janji yang sangat besar, dianggap melampau dalam berjanji yang akhirnya membebankan kewangan negeri, dan rakyat turut merasa tertipu. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu tidak memberi jaminan untuk memberikan air 20 m3 percuma kepada semua golongan, tetapi mensasarkan hanya golongan miskin di Terengganu sahaja. 
Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan asas dalam pembangunan ekonomi rakyat dan kebajikan hidup mereka berteraskan Islam. Ekonomi Islam meletakkan keutamaan dalam sumbangan kebajikan dan bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Ekonomi Islam meletakkan asas kawalan agar jangan kekayaan itu berlegar antara golongan kaya dan mewah sahaja. 
PAS dalam manifestonya juga tidak pernah berjanji untuk melaksanakan segera atau dalam tempoh 100 hari pemerintahannya misalnya atau waktu-waktu tertentu. Hanya PAS berjanji untuk dilaksanakan, ketika PAS memerintah iaitu dalam tempoh 5 tahun. Walaupun demikian, Kerajaan Terengganu agak cepat bertindak untuk melaksanakan segera tawaran ini dalam tempoh 30 hari supaya rakyat berpendapatan rendah dan miskin dapat mengecapi janji ini. 
Pada peringkat permulaan, tawaran ini akan dikecapi oleh golongan miskin yang disenaraikan dalam e-Kasih sahaja dahulu. Sebagaimana yang Kerajaan Negeri Terengganu tekankan sebelum ini, apa-apa sistem tinggalan kerajaan terdahulu yang difikirkan baik, akan diguna pakai sebagai rujukan, sebelum sebarang perubahan dilakukan. Kerajaan Negeri Terengganu sedang merancang untuk mengkaji semula senarai e-Kasih. Di samping itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang membina mekanisma baru untuk mengenalpasti golongan miskin dan berpendapatan rendah yang tiada dalam senarai e-Kasih bagi sama-sama menikmati kemudahan ini. 
Moga rakyat Terengganu bersabar untuk melihat kejayaan perlaksanaan tawaran ini agar dapat dirasai oleh golongan yang benar-benar layak untuk meringankan beban hidup keluarga. Kerajaan juga menyeru agar segala maklumat berkenaan perkara melibatkan dasar Kerajaan Negeri, rakyat mendapatkannya melalui saluran rasmi, dan bukannya khabar-khabar angin di alam maya yang mungkin dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 
Terima kasih. 
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu
12 Syawal 1439/26 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 26/6
Sumber HD - 26-6-2018 






















































































Air percuma: Kerajaan negeri komited bantu rakyat

ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah setelah kerajaan negeri bertukar tampuk pemerintahan seusai Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan negeri yang baharu ini telah pun mengumumkan pelaksanaan bekalan air percuma sejajar dengan apa yang ditawarkan menerusi manifesto PAS Terengganu yang ke-8. Manifesto tersebut jelas manyatakan bahawa bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. 
Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu sendiri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada media pada 15 Mei 2018 yang lalu, iaitu dalam tempoh seminggu setelah membentuk kerajaan di Negeri Terengganu. Namun begitu masih lagi timbul salah faham dalam kalangan rakyat hari ini berkenaan pelaksanaan tuntutan ini. 
Di sini suka untuk saya menarik perhatian semua sekali lagi bahawa tawaran tersebut hanyalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dan miskin sahaja. Kerajaan Negeri Terengganu hari ini komited dalam menjaga kebajikan rakyat, lebih-lebih lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah dan miskin ini. 
Sejak pengumuman oleh Y.A.B Menteri besar tersebut, golongan ini telah pun menikmati keistimewaan ini melalui bil yang dilampirkan kepada mereka. Isu yang timbul adalah ketika golongan yang bukan dari kalangan miskin dan berpendapatan rendah mempersoalkan keistimewaaan yang tiada pada mereka ini seolah-olah Kerajaan Negeri Terengganu memungkiri manifesto mereka. Sedangkan ianya tiadalah lain melainkan salah faham mereka sendiri dalam meneliti perkara tersebut. 
Justeru, Kerajaan Negeri Terengganu hari ini seperti yang pernah diuar-uarkan oleh pihak media, pelaksanaan bekalan air percuma tersebut hanyalah termaktub dalam ruang lingkup penggunaan sebanyak 20 meter padu (m3) dan ke bawah sahaja untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah sahaja. Jika sekiranya mereka menggunakan lebih dari kadar tersebut, contohnya 25 m3, mereka hanya perlu membayar 5 m3 sahaja. 
Hal ini sedikit berbeza berbanding dengan pelaksanaan kerajaan negeri yang sebelum ini (BN). Pendekatan sebelum ini hanyalah percuma kepada penggunaan 20 m3 sahaja, Jika terlebih penggunaan, pengguna akan dikehendaki membayar untuk keseluruhan m3 yang digunakan. Contohnya, pengguna telah menggunakan 25 m3 bermaksud mereka perlu membayar untuk keseluruhan 25 m3 tersebut. 
Untuk pengetahuan semua, golongan yang layak ini akan dikenal pasti menerusi data yang telah dikumpulkan oleh sistem e-kasih dan PPRT. Insya Allah dalam masa terdekat kerajaan negeri akan mengeluarkan kaedah yang baharu agar data yang diperoleh lebih telus dan menyeluruh. Hal ini supaya keistimewaan yang kita tawarkan ini benar-benar dirasai oleh mereka yang berhak. 
Saya berharap penerangan saya ini jelas dan dapat difahami oleh semua. 
“Terengganu Maju, Berkat & Sejahtera” 
YB Dr Mamad Puteh
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu
Sumber HD - 26-6-2018



















































































PAS Harap Rumah PPR Terus Dijual Kepada Rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS mahu memudahkan urusan rakyat dan berharap kerajaan menjual terus rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penduduk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, masih terdapat 79 unit rumah PPR Hiliran yang masih kosong.


“Berkait dengan PPR ini mengikut taklimat yang telah disampai kepada kita oleh pegawai perumahan dan kerajaan tempatan tetapi sekarang kita belum terima detail lagi,


“kita kalau bolehmahu memudahkan kepada rakyat kalau perlu rumah tersebut terus diberi (jual) kepada rakyat kita tak perlu memalui proses yang panjang dan menyusahkan rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas perkara tersebut pada majlis Jamuan Aidilfitri di Waterfront Balik Bukit pada Sabtu, 23 Jun.


Menurutnya, kerajaan mempunyai kewangan yang cukup bagi membina rumah baru sekiranya ia diperlukan oleh rakyat.


“Kerajaan (PAS) akan menyediakan kemudahan (perumahan) kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto (PRU14),” jelasnya


Sumber BO - 25-6-2018




















































































Menuju Terengganu Yang Lebih Baik

SETIU – Menteri Besar Negeri Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh jentera dan rakyat memberi kerjasama kepada kerajaan dalam melihat pembangunan dan kemajuan negeri yang lebih baik.

Katanya, apa yang telah lepas biarkan berlalu dan kerajaan baharu akan membaik pulih dan meningkatkan kesejahteraan penduduk kepada suatu tahap yang lebih cemerlang.

“Kita faham Negeri Terengganu ini banyak dikurniakan Allah komoditi dan sumber asli yang banyak dan sekiranya kita dapat manfaatkan,

“dengan kerajaan dan rakyat (bekerjasama) insya Allah kita mampu menjadi Negeri Terengganu lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang ini,” tegasnya.


















































































kasih sayang…. Menteri Besar bersama isteri, pasangan ideal rakyat Terengganu
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom pada hari ini Isnin, 25 Jun.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Setiu Rosli Awang, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Zulkafeli Omar, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur YB Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago Berhad Che Wan Nadri Wan Fauzi.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir dan Penyelaras DUN Permaisuri Zulbahri Abd Rahman serta Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof.

Beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Petronas secara khususnya yang telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu program kemasyarakatan bukan sahaja di daerah Setiu bahan di Negeri Terengganu.

“Kerjasama ini yang kita perlukan wujud antara kerajaan dengan agensi dan syarikat-syarikat yang beroperasi di Negeri Terengganu,

“kalau ada lagi (dari petronas) kita harap banyak lagilah (program kebajikan dan kemasyarakatan),” ujar beliau.

Sumber BO - 25-6-2018



















































































Mempertahankan Kemenangan Tanggungjawab Semua

Oleh : Rohayati Ripin (2R)

KUALA NERUS – Tanggungjawab besar mempertahankan kemenangan dan menjulang kerajaan rakyat Terengganu adalah kewajipan semua pihak.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Haji Zakaria Dagang berkata, semua pihak samaada yang mempunyai jawatan atau tidak, termasuk J3K bagi memikul amanah tersebut.

“Saya percaya kepada kemampuan yang ada kepada petugas-petugas PAS dan anggota jawatankuasa keselamatan kampong J3K,

“dan DUN khususnya yang akan menggalas (tanggungjawab) bagi memimpin serta membawa satu keadaan yang lebih baik kepada masyarakat kita,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Tok Jembal dekat sini, pada Sabtu, 24 Jun.

Katanya, satu perkara yang perlu diketahui pada hari ini ialah bahawa semua adalah rakyat kita dan janganlah sehingga memilih kasih dan berlaku tidak adil terhadap mereka.

“kita kena layan mereka semua (golongan) sama kerana mereka semua adalah rakyat kita yang kena diberi dan dibela nasib serta diberi apa yang sepatutnya mereka dapat,

“dan kita harap khidmat yang kita tampilkan dan tunjukkan ini memberi satu gambaran tentang keadaaan kita lebih-lebih lagi dalam moto kerajaan baru ‘Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera,” jelasnya.

Menurutnya, ia memberi satu gambaran yang baik bagaimana cara memimpin dan mengurus serta kaedah yang digunakan itu mampu memberi kekuatan bagi mengekalkan kemenangan pada masa akan datang.

“Jadi saya mohon kepada penduduk di Seberang Takir khususnya akan dapat beri kerjasama yang baik kepada para petugas dan pekerja,

“untuk meringankan beban bagi memudahkan urusan kami dalam menguruskan rakyat di tempat kami,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Exco dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus Haji Mohd Fazil Wahab (Gambar atas) berkata, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut sebagai sebuah Kerajaan bukan sebagai parti pembangkang.

“Saya bagi pihak penyelaras mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Seberang Takir yang melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 baru-baru ini,
“dan walaupun di peringkat DUN Seberang Takir kalah tetapi semangat komitmen yang ditunjukkan oleh petugas parti dan peyokong PAS akan membantu pada kerajaan baru,” tambah beliau.

Sumber BO - 25-6-2018


























































































Muslimat DUN Bandar Azam ‘Kerja Keras’, Mengisi Dan Mempertahankan Kemenangan

Oleh : Rohayati Ripin (2R)

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS DUN Bandar akan terus bekerja keras bagi mengisi dan mempertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 baru-baru ini akan berterusan sampai bila-bila.

Ketuanya, Hajah Rahimah Muda berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk DUN Bandar kerana telah memberi sokongan yang padu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamed yang kini telah menjadi ADUN Bandar.

“Kami di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awalnya memastikan semua organisasi di peringkat DUN dan Unit Peti Undi (UPU) serta cawangan dalam keadaan yang mantap dalam mengisi kemenangan,

“dan petugas-petugas terus setia untuk menjalankan amanah yang di berikan sepertimana sebelum kita menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada majlis Jamuan Hari raya Aidilfitri DUN Bandar di Kuala Terengganu ‘WaterFront’, Balik Bukit pada hari Sabtu, 23 Jun.

Katanya, sebelum pilihan raya yang lalu para petugas sudah bekerja keras dan saling membantu untuk mencapai kemenangan seperti pada hari ini.

“Kami meneruskan juga selepas kemenangan dalam mengisi kemenangan dengan mendampingi masyarakat di DUN supaya mereka memberi sokongan kepada PAS,

“dan ini atas kefahaman untuk memastikan Islam berdaulat di DUN dan juga Negeri Terengganu,
“serta pada peringkat awal kami cuba membawa dalam gerak kerja kami yang pertama dengan mengatur jadual YB Bandar ini bersama masyarakat di setiap kampung di dalam DUN dalam mengisi program-program,” ujarnya.

Menurutnya, antara agenda YB dengan masyarakat ialah kampung samada majlis gotong royong , majlis ilmu, majlis santun antara masyarakakat, ziarah dan juga bersama dengan pemuda dan pemudi di peringkat UPU.

“Mereka ini dapat mendampingi terus pada ADUN supaya hasrat ataupun apa yang di rasakan masalah dapat dikemukan dan dapat diberitahu kepada YB,

“dan mereka merasa tidak asing dengan YB serta dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam kampung mereka,

“samada dalam masalah perparitan ke … masalah smpah sarap ke… ataupun masalah rumah persekitaran yang kurang menyenangkan,” tambahnya.

Selain daripada itu, beliau mengajak sama-sama berada supaya masyarakat memahami Islam secara menyeluruh dan bersatu padu dalam memberi sokongan pada PAS di Negeri Terengganu.

Sumber BO - 24-6-2018


























































































Bikini; Kerajaan Terengganu Ambil Pendekatan Cermat, Halus Dan Mendidik



























































































Bikini; Kerajaan Terengganu Ambil Pendekatan Cermat, Halus Dan Mendidik


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil pendekatan cermat dan halus serta dalam bentuk mendidik anggota masyarakat , rakyat negeri Terengganu dan pengunjung dalam isu berkaitan pelancongan.

Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang bertandang ke negeri ini dan mereka seharusnya memahami budaya dan kaedah serta peraturan sedia ada.

“kita mengalu-alukan kesatangaan semua pelancong……sama juga dengan kita…kalau kita pergi ke England tentulah ada cara dan kaedah yang diamalkan oleh penduduk di sana,

“yang memerlukan kita tidak ikut selera kita tapi mengikut suasana persekitaran dan peraturan yang ada di sana, di Eropah pun sama juga,” tegasnya.


Oleh itu, jelas beliau, pelancong daripada luar juga haru memahami tentang keperluan, budaya dan sensitiviti masyarakat dan amalan kehidupan beragama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di ‘Waterfront’ di sini hari ni Sabtu, 23 Jun.

Lebih-lebih lagi, menurut beliau di pantai timur, di negeri Terengganu dan Kelantan tentulah ada aspek-aspek yang sensitif dan memerlukan pendekatan supaya mereka tidak melakukan diluar batas sempadan.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana ada pihak media yang merujuk kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada perkara lain.

Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu secara umumnya berkata, kerajaan baharu negeri Terengganu yang baru berumur sebulan, ingin melakukan penambahbaikan kepada apa-apa sedia ada.

“mana-mana yang baik yang lakukan pentadbiran yang lepas kita akan teruskan….. disamping penambahbaikan, dan mana-mana yang tidak baik, itu yang kita akan baiki…itu yang disebut oleh beliau,

“tetapi pihak media merujuk kepada perkara yang lain (pemakaian bikini),” jelas beliau lagi.

Justeru itu, kata beliau, akan ada pendekatan yang diambil bagi mengani isu yang berbangkit tersebut, dengan dua asas.

“yang pertama kita mengalu-alukan kedatangan pelancong samada dari dalam begeri atau luar nagara….yang kedua ialah,

“setiap pelancong seharusnya memahami budaya, kaedah dan peraturan (setempat),” tambah beliau.
Berita/ artikel terkait;

Kenyataan Media Isu Laporan FMT
Pulau Perhentian ‘Hotspot’ Untuk Pelancong Barat Berbogel

Sumber BO - 24-6-2018

Mengisi Kemenangan; Muslimat Malaysia Bersama Terengganu

Oleh : Rohayati Ripin (2R)

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Malaysia mmemberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS Terengganu dan akan bekerjasama dengan Dewan Muslimat Negeri untuk mengisi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu.

Bendaharinya, Dr Che Faridah Ismail berkata, pelbagai program diatur selepas PRU untuk memastikan setiap lapisan dan sudut kemenangan dapat diisi dengan perkara yang berfaedah.
“Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat mengucap tahniah kepada warga Terengganu keseluruhannya diatas kemenangan PRU ke-14 yang lepas,

“dan insya Allah dapat memberi kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat Negeri Terengganu bersesuaian dengan moto kita iaitu ‘Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera’,

“serta yang lebih penting ianya bersesuaian dengan apa yang di ajar dalam ajaran Islam,” ujarnya.
Beliau (Gambar bawah) berkata demikian ketika di temui pihak media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir pada hari ini Sabtu, 23 Jun.

Katanya, mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat juga, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Negeri Terengganu.

“Kita sama-sama bekerjasama dalam merealisasikan moto yang di war-warkan tanpa mengira latar belakang politik,

“dan kita harap rakyat akan terus bekerjasama antara satu sama lain demi untuk memajukan Islam di Negeri Terengganu,” ujarnya.

Sumber BO - 23-6-2018





























































































Program Kempen Kesedaran Penjagaan Kebersihan Tempat Awam Dilancarkan

KUALA TERENGGANU – Program kempen kesedaran penjagaan kebersihan tempat awam dilancarkan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan Dan NGO Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program seumpama ini merupakan perintis kepada kempen kesedaran penjagaan kebersihan di tempat awam.

“Program sebegini dibuat selari dengan dasar kerajaan Negeri Terengganu yang menekankan kebersihan sebagai satu asas untuk mewujudkan suasana yang sejahtera kepada rakyat,

“dan alhamdulillah pada petang tadi satu program yang dinamakan Program Tinjauan Dan Cakna Kebersihan’ berjalan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkara tersebut dalam laman sosialnya pada hari ini Jumaat, 22 Jun.

Menurutnya program tersebut telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Ahmad Amzad Hashim.

Katanya beliau sendiri turun padang membawa ‘plastik hitam’ mengutip sampah bersama-sama para peserta terdiri daripada YB Ustaz Md Shah, rakan media dan Pemuda kawas
an Kuala Terengganu serta beberapa NGO.
“Program ini turut disertai oleh pihak Media daripada TV9, saff pimpinan pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, NGO GASAK 4×4,

“serta wakil pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan berakhir kira-kira jam 6.55 petang,” ujarnya.

Turut hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar YB Ustaz Ahmad Shah Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu Azrin Aris

Sumber BO - 22-6-2018




























































































































































































Peserta Berminat, Berkemahiran, Berkesungguhan Menjadi Pilihan Utama































































































Ketua Editor Harakah Wan Nordin Wan Yaacob menziarahi Dr Azman Ibrahim di pejabatnya di Pekan, Jabi.
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu akan memilih para peserta yang benar-benar berminat, berkemahiran dan ada kesungguhan, dalam mana-mana projek yang akan dilaksanakan.

Pengerusinya YB Dr Azman Ibrahim berkata, ia adalah antara kunci utama kejayaan sesuatu projek atau program asas tani.

“Ada bidang seperti pembenihan ikan kerapu hibrid sangat teknikal dari induk kerapu yang menghasilkan telur, penetasan, nak hasilkan plankton untuk makanan anak kerapu sehingga pembesaran jadi size beberapa cm,

“penuh dengan aspek teknikal dan kepakaran. Bukan semua orang boleh cuba-cuba nak buat,
“begitu juga penanaman musang king kaedah baru kerana pokok durian sekarang perlu diasuh, bukan hanya tanam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang tinjauan beliau kepada beberapa projek pertanian  dan penternakan berkelompok ketika dihubungi hari ini  Jumaat, 22 Jun.


Katanya, beliau dapati antara punca utama projek tak begitu berjaya ialah kerana pemilihan peserta yang tak tepat.

“Bagi urusan kepada yang bukan ahli tidak akan menghasilkan natijah yang baik,

“dan orang kita suka terima bantuan tapi ramai yang buat kerja suka-suka,minda ini kita nak ubah kalau kita nak jadikan Terengganu ‘hub pengeluaran makanan’,” tambah beliau

Sumber BO - 22-6-2018































































































Kenyataan media isu laporan FMT

SAYA ingin menarik perhatian umum berkenaan dengan satu laporan berita yang disiarkan oleh Free Malaysia Today (FMT) yang bertajuk “Exco: Kerajaan PAS Terengganu Tidak Halang Pelancong Berbikini" yang disiarkan pada hari ini, Khamis 21 Jun 2018. 
Saya mengucapkan terima kasih kepada FMT yang bersedia mempromosikan Negeri Terengganu kepada seluruh pembaca. Sebagai memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan isi temuramah ini, saya suka menegaskan bahawa: 
1. Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan peraturan mengamalkan konsep kasih sayang yang iaitu akan melihat peraturan sedia ada yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dengan mengekalkannya, jika sudah baik, sebelum mengubah ataupun menambah baik kepada peraturan baharu dan bukannya terus menolak semua yang ada. Oleh itu, saya menyebut “setakat ini, kita mengekalkan peraturan sedia ada”. Kita baru mentadbir negeri sebulan lebih. Oleh itu, kita tidak akan bertindak gopoh dan gelojoh. 
2. Kerajaan Negeri Terengganu akan menyelesaikan masalah-masalah yang ada secara berperingkat, toleransi dan harmoni melalui dialog, perbincangan dan sudah tentu rujukan daripada Islam. Islam tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam. Contohnya, Islam tidak pernah memaksa wanita bukan Islam bertudung, tetapi pastinya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berpakaian yang tidak senonoh di tempat awam. Dalam temuramah, saya tidak menyebut isu berbikini secara khusus, mungkin wartawan terkhilaf. 
3. Bertindak daripada ini, Kerajaan Negeri Terengganu sedang menyiapkan Dasar Pelancongan Negeri yang tidak drastik atau menekan pelancong-pelancong bukan Islam dan bakal memberikan ruang yang secukupnya kepada mereka menikmati keindahan semulajadi negeri Terengganu tanpa rasa bimbang. 
Saya berharap isu ini difahami oleh dua golongan iaitu golongan yang gopoh untuk melihat perubahan dalam sekelip mata agar jangan menganggap Kerajaan Terengganu akan mengabaikan peraturan dan keindahan adab dan golongan kedua yang mahu memburukkan kerajaan negeri supaya bertindak seperti kerajaan ala Taliban. Kerajaan negeri akan mendahului sikap toleransi dan dialog. Kerajaan akan bergerak dengan dakwah dan pembangunan insan akan diteruskan. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu
7 Syawal 1439/21 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 21/6/2018
Sumber HD - 21-6-2018 

Hakisan Pantai; AP Kuala Nerus Akan Jumpa Menteri

Oleh : Rohayati Ripin (2R)

KUALA NERUS – Masalah hakisan pantai yang tidak berkesudahan akan dibawa kepada Menteri terbabit pada pembukaan sidang parlimen, tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Dato Khairuddin Aman Razali berkata, beliau akan menyuarakan pandangan terhadap isu yang berbangkit dalam Sidang Dewan pada 16 Julai sehingga 16 Ogos.

“Hakisan ada dua segmen iaitu kerajaan negeri dan segmen persekutuan serta untuk segmen kerajaan negeri saya akan bawa berunding perkara ini seperti mana idea saya bawa sebelum ini,

“iaitu untuk yang disempurnakan dengan dua cara antaranya satu timbunan batu diikuti dengan timbunan pasir memanjangkan pantai,

“dan saya akan bawa (perkara ini) pada kerajaan negeri kerana peruntukan kewangan datang daripada peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Rumah Terbuka Aidil Fitri di kediamannya, Lembah Takir, Kampung Baru, Seberang Takir pada Hari Selasa, 19 Jun.
Katanya, beliau akan meneruskan rundingan berkenaan isu tersebut dan yakin ada sinar baru bagi menyelesaikannya.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kerajaan negeri Terengganu akan memberikan fokus kepada ruang pembangunan yang boleh di perbaiki diperingkat Parlimen Kuala Nerus.

“Insya Allah dengan mandat lima tahun pemerintahan ini, kita akan gunakan sebaiknya untuk berikan yang terbaik kepada rakyat,

“terutama dari sudut hak-hak rakyat untuk mendapatkan kediaman dan mendapatkan tanah serta juga peluang pekerjaan di antara yang kita akan laksanakan,” ujarnya

Menurutnya, beliau akan menjadikan Kuala Nerus sebagai bandar Ilmu dan bandar pelancongan dengan pantai yang indah dan tradisi kampung yang menyerlah.


































































































Sumber BO - 21-6-2018


Buka satu lagi Kusza

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/buka-satu-lagi-kusza.html


































































































KUALA TERENGGANU 12 Jun - Usaha ke arah mewujudkan sebuah institusi pe­ngajian tinggi agama di negeri ini bagi menggantikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) sudah mulai digerakkan bagi memenuhi manifesto yang dijanjikan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhannya kelak akan menjadi salah satu pemangkin kepada usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan Islam antarabangsa.

“Di samping itu kerajaan nege­ri menjanjikan untuk menambah sekolah menengah agama di setiap Parlimen dan sekolah rendah agama di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi geran tahunan kepada sekolah agama rakyat dan pondok.

“Kita juga akan mewujudkan Tabung Biasiswa Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak negeri yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pe­nyampaian Bantuan Persediaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Bagi Peringkat Matrikulasi/Asasi dan Diploma Sesi Pengajian Mei/Jun 2018 Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Kusza, sebuah institusi pe­ngajian tinggi Islam milik kerajaan negeri yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan Universiti Sultan Zainal Abidin Sultan Zainal Abidin kini.

Kerajaan negeri difahamkan sedang meneliti kemungkinan memanfaatkan Taman Ilmu di Tembila Besut dengan kemu­dahan premis sedia ada untuk dijadikan kampus yang sekali gus dapat membantu memberi nafas baharu ke arah perkembangan taman berkenaan.

Sementara itu dalam majlis tersebut, seramai 1,249 orang menerima bantuan persediaan yang keseluruhan berjumlah RM808,950 dengan kadar RM1,000 (ijazah), RM750 (diploma) dan RM500 (sijil dan matrikulasi) manakala penambahan RM300 untuk IPT di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan negeri secara kese­luruhannya memperuntukkan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi/asasi dan diploma bagi sesi 2018/2019 sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sumber MR - 19-6-2018



































































































Peruntukan DUN Ikut Keperluan

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu yang baharu selepas pasca PRU14 akan berlaku adil kepada semua rakyat termasuk peruntukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan kedudukan semasa kewangan negeri ‘adjustment’ perlu dilakukan mengikut keutamaan rakyat.

Ini kerana, katanya kerajaan mahu melihat semua rakyat Terengganu dapat menikmati apa juga bantuan dan peruntukan.

“Saya menjelaskan tentang kedudukan kewangan terkini, setelah kita menerima peruntukan Bajet 2018, tentulah setiap bulan, setiap waktu kita kena buat ‘adjustment’ (penyesuaian) melihat kepada kedudukan kewangan dan kita utamakan mana-mana yang perlu terlebih dahulu.

“Istilah ‘Catuan’ itu sebenarnya bukan catu tapi kita menilai kembali dari segi keperluan. Kita mahu semua rakyat Terengganu menikmati apa juga bantuan dan peruntukan dalam pelbagai sektor kepada seluruh rakyat negeri (Terengganu),” jelasnya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media ketika menghadiri Rumah Terbuka Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu, hari ini.

Pada Majlis Anak-Anak Terengganu di Perantauan, 16 Jun lalu, Menteri Besar Terengganu itu mendakwa peruntukan sebanyak RM4 juta bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) melalui Bajet 2018 telah habis dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sebelum PRU14 lalu.
Sehubungan itu, kata Dr Ahmad Samsuri, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kawasan pembangkang dan mempertimbangkan apa jua keperluan terdesak rakyat.

“Peruntukan itu bergantung kepada apa yang kita sediakan. Bantuan pembaikian rumah ada jumlah-jumlah tertentu berbanding dengan keperluan lain. Contohnya, ada rumah rakyat yang perlu dibaiki, kita (kerajaan) masih ada peruntukan untuk kegunaan rakyat.

“Kita akan pastikan keperluan rakyat tidak terjejas dan kita masih ada masa enam bulan lagi, sekarang ini (bulan) Jun ada masa lagi hingga Disember,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari ini masih dalam penyusunan semula bagi melancarkan pentadbirannya.

Sementara itu, kata Dr Ahmad Samsuri berkaitan, peruntukan RM100,000 dari kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) kepada Ahli Parlimen pembangkang itu diau-alukan.

“Kita secara umumnya mengalu-alukan kerana ini pendirian yang positif untuk kegunaan rakyat. Kita mengharapkan sebagaimana yang dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negara bahawa peruntukan lain akan diberi kepada negeri, Insya’Allah.

“Pengumuman oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) bahawa setiap wakil rakyat yang bukan dari Pakatan Harapan diperuntukan sebanyak RM100,000 dan wakil rakyat PH sebanyak RM500,000.
“Mekanisma bagaimana perbelanjaan itu belum lagi diperincikan kerana saya bertanyakan dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah kerajaan pusat, mereka mengatakan masih belum mendapat pendetailan mekanisma perbelanjaan.

“Bagaimana cara untuk dibelanjakan, untuk kegunaan apa, cara bagaimana itu akan diperincikan di peringkat Perbendaharaan bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” jelasnya.




































































































Sumber BO - 18-6-2018


Terengganu Government Has Enough Funding For State’s Wellbeing



































































































KUALA TERENGGANU: The Terengganu state government has enough funds to safeguard the well-being of the state, said Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (pic).

He however added that the state’s finances needed to be re-evaluated and new allocations will be channelled towards desperate causes that could greatly affect the people.

“Given the state’s financial standing, we will need to refocus and we will be certain to plan our 2019 budget to ensure the people benefit from the allocations given to their representatives,” he said on Monday (June 18) at a Hari Raya Aidilfitri open house hosted by Ladang state assemblyman Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Dr Ahmad Samsuri was responding to news that the state would need to be more prudent after past Barisan Nasional representatives had exhausted their annual RM4mil allocation just four months into 2018.

It is believed that most of the funds were used for GE14.

He also said PAS representatives will be prioritized, but added that Barisan assemblymen would not be sidelined.

“The allocation will be given based on the type of expenses as well as on a needs basis,” he said.
However, he did not state how much the assemblymen would receive.

On Saturday, he claimed that Barisan representatives had used up their allocations at an event to celebrate Terengganu natives returning for Aidilfitri.

He also claimed that PAS representatives did not receive similar allocations in the last term.

In the recent election PAS retook Terengganu after winning 22 out of the 32 state seats contested.
It also took six out of the state’s eight parliamentary seats.- thestar

Sumber BO - 18-5-2018




































































































Hujan Ribut Rosakkan Rumah Penduduk

SETIU – Hujan lebat dan ribut yang berlaku lewat petang Sabtu, 2 Syawal, merosakkan rumah beberapa penduduk.

Ahli Parlimen Setiu Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir berkata, angin kencang itu telah menerbangkan beberapa keping atap di Kampung Maras dan Padang Kemunting, Batu Rakit.

“Sebanyak 17 buah rumah telah kehilangan beberapa keping atap termasuk di Masjid Maras,” ujarnya ketika melawat rumah mangsa terbabit Ahad, 17 Jun.

Menurutnya bantuan segera telah diberikan setelah beliau mengenal pasti jenis kerosakan yang dialami penduduk tersebut.

“Kita dah menemui mangsa terlibat pagi ini (Ahad) untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa dan menghulurkan bantuan,” tambahnya.

Sumber BO - 18-6-2018






































































































PAS Assemblymen To Get Priority Funding

KUALA TERENGGANU, June 17 — The state government has been forced to cut back on allocations and will focus instead on PAS state assemblymen, who being in the opposition under the previous government, were not given the necessary funds.

Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said that during the 2018 budget presentation in October last year, the Barisan Nasional (BN) government had approved an allocation of RM4 million for each state constituency for the year.

However, the allocation had already been exhausted by April, in just four months, he said at an event for out-of-state Terengganu residents at the Duyong Marina & Resort Convention Hall yesterday. Also present was PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“It is the people’s interests that matter and since nothing was done for the opposition-held areas under the previous administration, we will now prioritise and work in these areas instead, said Ahmad Samsuri.

However, he said the state government would revise its allocations to each state constituency, should there be additional funds from oil royalties as promised by the federal government at a recent meeting. — Bernama

Sumber BO - 17-6-2018

Terengganu catu peruntukan DUN UMNO belanja 4 Juta hanya 4 bulan

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/terengganu-catu-peruntukan-dun-umno.html







































































































KERAJAAN negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kerana mereka tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada pembentangan bajet 2018 pada Oktober tahun lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sebelum ini meluluskan peruntukan RM4 juta untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

 Bagaimanapun, peruntukan tersebut habis dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai setengah tahun iaitu sehingga April tahun ini.

"Dalam kerajaan lepas ada dibentangkan untuk setiap DUN, kalau tidak silap saya setiap DUN dirangkakan peruntukan sebanyak RM4 juta yang sepatutnya dibelanjakan untuk tempoh setahun iaitu Januari hingga Disember 20I8.

"Bagaimanapun apa yang berlaku bila kami ambil alih kerajaan pada bulan lima (Mei), kami tengok akaun setiap wakil rakyat BN sebelum ini...saya terpaksa sebut secara terus terang kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan dari Januari hingga Disember telah habis dalam bulan empat (April) iaitu waktu pilihan raya.

“Maka bila kami ambil alih terpaksa dibuat catuan dengan memberi keutamaan kepada kawasan pembangkang sebelum ini (PAS) yang sebelum ini tak dapat apa-apa untuk rakyat di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak- Anak Terengganu di Perantauan di Dewan Konvensyen Duyong Marina & Resort semalam yang turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Justeru, Samsuri berkata peruntukan itu terpaksa dicatu pada Adun pembangkang (BN) yang menang pada pilihan raya lalu kerana mereka menggunakannya sebelum tempoh yang ditetapkan.

Mengulas  lanjut, Samsuri berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan merangka semula belanjawan dan peruntukan yang akan disalurkan kepada setiap DUN sekiranya mendapat tambahan peruntukan daripada royalti minyak seperti yang dijanjikan kerajaan pusat dalam pertemuan baru-baru ini.

"Apabila kami buat belanjawan pada Oktober, kami akan pertimbang dan teliti semua cadangan yang dibuat oleh rakyat. Jadi saya cuma nak sebut inilah sebenarnya yang berlaku," katanya. – Bernama

Sumber MR - 17-6-2018
















































































































































































































4,000 Hadir Rumah Terbuka ADUN Kuala Berang

HULU TERENGGANU – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Adun Kuala Berang, Dr Mamad Puteh di kediaman beliau di Taman Kenanga, di sini, semalam, meriah dengan kehadiran kira-kira 4,000 hadirin pelbagai peringkat umur.
Menurutnya, penganjuran majlis sambutan itu bukan sekadar untuk meriahkan Syawal tetapi juga menjadi ruang terbaik bagi bertemu dengan rakyat khususnya pengundi dalam Dun Kuala Berang.
“Sedia maklum, PRU14 baharu sahaja diadakan 9 Mei lalu dan adanya sambutan rumah terbuka sebegini diharapkan dapat kukuhkan kembali segala ukhwah dengan semua pihak.


“Sejajar dengan politik matang dan sejahtera, cara ini juga dapat mewujudkan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan seluruh rakyat di Terengganu tanpa mengira sebarang fahaman politik.

“Selain itu, ia secara tidak langsung bagi meraikan para petugas parti yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan dalam PRU14 lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, serta keluarga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin kepada semua. – SH

Sumber BO -17-6-2018








































































































Terengganu ambil perhatian cadangan perantau

KUALA TERENGGANU: Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan negeri itu. 
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis pertemuan dengan perantau adalah pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak perantau. 
Memetik laporan Buletin Online, ujarnya majlis tersebut adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau. 
“Pada masa yang sama, majlis ini menjadi tempat kepada kerajaan negeri menyampaikan hasrat dan misi kerajaan serta menjawab isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran dan politik,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Konvensyen Duyong Marina and Resort, malam tadi. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Pusat menambah, tugas kerajaan yang dipilih untuk bangun mendepani masa mendatang dengan politik kasih sayang, politik matang dan sejahtera yang diamalkan oleh parti itu. 
“Ini merupakan anjakan pemikiran supaya rakyat tidak takut dengan perubahan, yang dilakukan dalam proses demokrasi negara kita. 
“Kita bangun dengan poliitik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat, bukan politik kebencian (tetapi) politik yang menyelesaikan masalah,” ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.
Sumber HD - 17-6-2018 










































































































Ramah Mesra Aidilfitri; Perantau Sumbang Idea

KUALA NERUS – Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri Terengganu dalam usaha memajukan negeri ini.
Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan tersebut adalah pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Perantau.
Oleh itu, Majlis tersebut katanya, adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan Perantau.

“pada masa yang sama, Majlis ini menjadi tempat kepada kerajaan negeri menyampaikan hasrat dan misi kerajaan,

“serta menjawab isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran dan politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri 1439H, di Dewan Konvensyen Duyong Marina and Resort, Terengganu, Sabtu malam, 16 Jun.

Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu berkata, tugas kerajaan yang dipilih untuk bangun mendepani masa mendatang dengan politik kasih sayang, politik matang dan sejahtera, yang diamalkan oleh parti itu.

“ini merupakan anjakan pemikiran supaya rakyat tidak takut dengan perubahan, yang dilakukan dalam proses demokrasi negara kita,

“kita bangun dengan poliitik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat, bukan politik kebencian…..(tetapi) politik yang menyelesaikan masalah,” tegasnya.

Turut hadir dalam Majlis yang diakhiri dengan dialog itu ialah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Kerajaan Datuk Abdul Rahman Yahya, Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang, Exco-exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Presiden Perantau Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof serta lebih 3,000 Perantau.














































































































Sumber BO - 17-6-2018











































































































Malang Tidak Berbau!

Oleh : DMS

SETIU – Malang tidak berbau,ketika orang lain bergembira di malam hari raya, Siti Aminah Embong, 81, dari Kampung Merang terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat rumahnya yang terbakar musnah, dijilat api.

Kebakaran yang berlaku akibat daripada litar pintas itu telah mendapat perhatian dan tindakan segera daripada Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

“In Sha Allah kita akan bantu Siti Aminah ini dengan kadar segera melalui apa jua saluran agar beliau dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala,” Katanya, yang datang menziarahi rumah Siti Aminah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfiti,pada Jumaat, 15 April.

Sehubungan itu, beliau turut memuji tindakan pantas Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari Abdul Rahman dan orang kampung yang datang membantu Siti Aminah semasa kejadian berlaku.

“terima kasih pada Ustaz Zul Bhari dan mereka yang membantu Siti Aminah yang uzur untuk menyelamatkannya daripada sebarang kejadian lebih buruk berlaku,” katanya lagi selepas menyampaikan bantuan kepada Siti Aminah yang kini menumpang tinggal di rumah saudaranya di Pagar Besi, Batu Rakit.

Menurutnya beliau telah memaklumkan tentang kebakaran itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“buat masa sekarang segala maklumat berkaitan Siti Aminah telah di hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk di ambil tindakan segera,

“dan bantuan lain akan di susuli oleh agensi yang berkaitan termasuk pihak Penyelas DUN Permaisuri,” jelasnya


Sumber BO - 16-6-2018












































































































Tidak Kurang 10 Ribu Kunjungi Rumah Terbuka MB

KUALA TERENGGANU – Tidak kurang daripada 10,000 orang telah menghadiri Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Dr. Shamsuri bin Mokhtar .

Setiausaha politik beliau, Haji Muhyidin Abd. Rashid berkata pelbagai lapisan masyarakat datang sejak majlis itu dimulakan pada jam 11 pagi.

“Saya berada di sini sejak pagi tadi jadi saya anggar tidak kurang 10,000 orang yang hadir ke majlis ini”.

“Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir termasuk para pelancong luar negara, ujarnya ketika ditemui menyambut para tetamu di perkarangan Kediaman Seri Iman, Batu Burok, pada jam 3 petang, Jumaat 15b Jun.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata, bagi pihak Menteri Besar dan kerajaan rakyat Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas kunjungan seluruh warga negeri ini.

Menteri Besar dalam Perutusannya Sempena 1 Syawal berkata, setelah berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), beliau mengharapkan negeri ini juga menjadi lebih baik dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan kepada rakyat.

“Marilah kita membuka lembaran baru membangunkan negeri Terengganu dengan membawa dasar yang mesra rakyat, politik yang melebarkan kasih sayang tanpa batasan warna kepartian, ekonomi yang mampan, dan kehidupan rakyat yang sejahtera,

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” kata beliau dalam kenyataan yang disiarkan kelmarin.

Dr Samsuri turut menyeru rakyat agar memeriahkan Aidilfitri dengan budaya kunjung mengunjung antara sanak saudara dan juga rakan-rakan.

Sumbee BO - 15-6-2018

Kerosakan Begitu Lama Mengambil Masa Untuk Diperbaiki

MARANG – Kerosakan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan sebelum ini telah begitu lama dan akan mengambil masa untuk diperbaiki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah bersyukur kerana PAS telajh diberi peluang oleh rakyat menjadi pemerintah untuk membaikpulih kerosakan tersebut.

“kita bergembira kerana dalam waktu yang singkat ini Allah ta’ala telah memberi ruang kepada kita (dengan) kemenangan,

“untuk mengubah system yang ada dan kehidupab umat bagi membendung kerosakan dalam masyarakat,

“sudah tentu dalam tempoh 30 hari ini, kita tidak mampun untuk membuat pembaikan seluruhnya, kerana kerosakan yang telah berlaku begitu lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Aidilfitri 1439H di Masjid Titian Baru, Kedai Buloh, Bukit Payong, Jumaat 15 Jun 2018.

Menurutnya, nabi Muhammad SAW telah mengambil tempoh 13 tahun di Mekah dalam usaha memperbaiki kerosakan yang berlaku pada zamannya.

Katanya, Allah telah mengajar manusia dalam al-Quran Allah boleh menjadikan sesuatu dengan kuasanya tetapi menjadikan langit dan bumi pada tujuh hari kerana mahu menunjukkan, sesuatu itu mempunyai peringkat.

“demikianlah kalau mahu menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang baik, dan memperbaiki sisitem yang telah solak begitu lama, sudah tentulah ia menambil masa,” tegasnya.

Justeru itu, ia menyeru kerjasama daripada semua pihak, untuk kembali kepada ajaran Islam, dalam memperbaiki seluruh sistem yang ada.

Sumber BO - 15-6-2018















































































































Bunyikan ‘Hon’ Tanda Penghargaan

KUALA TERENGGANU – Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyarankan warga bandar raya ini membunyikan ‘hon’ kenderaan masing-masing apabila bertemu dengan pekerja kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurutnya, dengan sampah sarap yang banyak pada musim perayaan ini, mereka terpaksa bekerja terus menerus tanpa henti sehingga semua sampah habis dikutip.

“pihak MBKT terpaksa menggunakan mesin jengkaut (Case) dan mengambil masa 30 hingga 40 minit dan terpaksa bekerja sehingga esok hari raya,

“saya suka mengajak semua warga bandar raya untuk membunyikan ‘hon’ tanda terima kasih kita kepada mereka dan sekiranya berpeluang untuk berhenti untuk memberikan penghargaan (buah tangan) maka itu adalah lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dengan melihat sendiri para pekerja MBKT yang sedang membersihkan di Kampung Merbau Patah, jalan Kuala Bersng di sini malam satu Syawal, Khamis.

Beliau juga menyeru agar semua penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah berhampiran tong sampah, supaya ianya mudah dikutip.

“sekiranya tong sudah penuh……letakkan betul-betul di tepi tong itu dan janganlah letak ditempat yang jauh….yang menyusahkan,

“pekerja-pekerja MBKT memunggah sampah itu ke dalam lori,” jelasnya.
Semalam, pada Rabu malam, Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu telah hadir dalam satu perjumpaan dengan lebih 150 orang pekerja MBKT.

Pada majlis tersebut beliau mengungat semua umat Islam, agar menjaga kebersihan kerana ia adalah sebahagian daripada iman.

Kata beliau, tugas dan amanah para pekerja kebersihan tersebut, lebih berat daripada seorang askar yang duduk di perbatasan.

“mereka bekerja terus dan hanya berhenti sewaktu solat sunat aidilfitri…..kemudian lepas itu, terpaksa turun semula untuk membersihkan sampah,” tegasnya

Justeru itu, katanya, sekiranya para pekerja bekerja dengan ikhlas dan jujur, ia akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.















































































































\

Sumber BO - 15-6-2018

















































































































Friday Announced First Day Of Eid al-Fitr


















































































































The first day of Eid al-Fitr celebrations will begin on Friday, June 15 in most Muslim countries.
The first day of Eid al-Fitr will be Friday, June 15, in most Islamic countries after the moon of the month of Shawwal has been sighted.

Qatar, UAE, Saudi Arabia, Indonesia, Turkey, and Malaysia were among the first countries to announce Friday as the first day of Eid.

The moon was not sighted in India or in Pakistan, which means that Eid will be celebrated on Saturday, June 16.

New Zealand and Australia will also ring in the Eid celebrations on Saturday. – AJE

Sumber BO - 15-6-2018

MB Terengganu Hargai Pengawal Keselamatan Dan Cleaner

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/mb-terengganu-hargai-pengawal.html


















































































































KUALA TERENGGANU, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu hari ini meraikan pengawal keselamatan dan petugas membersih di Wisma Darul Iman dengan menyalurkan bantuan raya.

Meskipun jumlah bantuan hanya wang tunai RM200 namun ia adalah satu tanda ingatan kepada mereka yang menjalankan tugas sedemikian demi keselesaan dan keselamatan orang ramai yang berurusan dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain menyalur sumbangan, beliau berharap pertemuan secara bersemuka dan lebih dekat itu mampu mengeratkan lagi silaturahim dan tanda menghargai setiap petugas tanpa mengira pangkat.

"Saya amat berbesar hati dapat bertemu dengan tuan-tuan kerana tugas yang dipikul oleh anda semua merupakan tugas yang berat dan sangat mulia. Begitu juga soal kebersihan yang menjadi penekanan dalam Islam," katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Ahmad Samsuri turut memperingatkan semua pihak supaya terus bersama-sama dengan barisan kepimpinan negeri dalam membangunkan Terengganu.

"Jalankan tugas kita semaksima mungkin di mana saya berperanan sebagai Menteri Besar manakala tuan-tuan di unit keselamatan dan kebersihan. Semoga Terengganu menjadi negeri yang maju, diberkati dan rakyat sejahtera," katanya.

Seramai 90 pekerja kontrak iaitu 22 orang pengawal keselamatan dan 68 pekerja kebersihan telah menerima sumbangan itu, masing-masing sebanyak RM200 sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

-- BERNAMA

MR : Sebenarnya bukan nilai atau jumlah yang diberikan yang diharga... tapi sikap prihatin dan 'cakna' itu lebih penting

Sumber MR - 14-6-2018


















































































































Adun Kemasik ziarah mangsa mercun

Tambah kapsyen
KEMAMAN: Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa tragedi mercun bola, Putera Hairirishah Mohd Alif Shah Aminruddin, 7 tahun.
Beliau telah mengunjungi kanak-kanak tersebut dan keluarganya yang tinggal menumpang di rumah nenek mereka, Saidah Abdullah di Rumah Murah Kemasik, di sini kelmarin.
Ziarah tersebut dilakukan Ir Saiful sehari selepas mangsa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan setelah empat hari mendapat rawatan di sana.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam pada 7 Jun lalu, mangsa dikatakan terkena percikan api belerang dibakar rakannya menyebabkan muka kanak-kanak itu melecur teruk.
Menurut ibu mangsa, Nor Wardah Mohammad, insiden itu dipercayai berlaku apabila rakan mangsa bertindak mengumpul belerang daripada beberapa biji mercun bola.
"Kawan Angah (panggilan keluarga) kemudian cucuh api pada belerang dan percikan api yang menyala terkena pada muka Angah yang ketika itu berada berhampiran.
"Angah yang pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kemaman disahkan mengalami lecur kulit tahap dua pada bahagian muka," jelasnya.
Pihak keluarga juga memberitahu, kanak-kanak tersebut akan mendapat rawatan yang mengambil masa panjang serta perlu dirujuk kepada ramai pakar perubatan. 
Nor Wardah turut memaklumkan, keadaan anaknya itu stabil dan dibenarkan pulang oleh pegawai perubatan, tetapi perlu berjumpa doktor pakar pada temu janji akan datang.
Ir Saiful pada ziarah itu turut memberi perhatian terhadap keperluan boleh dipertimbang untuk keluarga tersebut yang telah 10 tahun masih tinggal menumpang di rumah ibu bapa.
Beliau juga berharap pihak berkuasa menggiatkan pemantauan jualan mercun yang walaupun menjadi pendapatan tambahan kepada individu tertentu tetapi mudarat berlaku lebih perlu diberi perhatian serius. -HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018 






































































































































































































































Hero Yang Tidak DiDendang!

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Malam tadi selepas tarawikh di Masjid Abidin, saya ke Depo MBKT di Pulau Kambing. Di sinilah pusat hentian Lori sampah dan pekerja bahagian kebersihan.
\
Saya sengaja meyantuni pekerja pekerja bahagian kebersihan kira kira 150 orang bersama Dato Bandar Kuala Terengganu untuk memberikan penghargaan dan ucapan terimakasih kepada mereka atas khidmat mereka selama ini menjaga kebersihan dan keindahan Bandaraya Kuala Terengganu.
Sempena Hari Raya Eidilfitri ini mereka akan bekerja keras untuk terus mengekalkan kebersihan Bandaraya Kuala Terengganu walaupun ketika Raya. Saya masih ingat pada tahun 1999 dahulu, imej kerajaan PAS Terengganu sedikit tercalar apabila sampah sarap di pusat pembuangan sampah berlonggok agak lama.

Sempena Hari Raya tahun ini, pihak MBKT telah menyusun 3 syif sehari bermula malam tadi dan esok selepas solat Sunat Eidilfitri, mereka akan memulakan syif pertama diikuti kedua dan ketiga pada setiap hari sehingga 7 syawal. Insyaallah dengan kekuatan sebanyak 30 buah lori, mereka mampu lakukannya.

Mereka berikrar tidak akan membiarkan sampah itu dibiarkan bermalam di pusat pembuangan sampah. Saya begitu kagum dan berterimakasih pada mereka yang sanggup berkorban untuk bekerja pada saat orang lain bergembira menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sahabat handai. Semua itu dilakukan untuk keselesaan kita.

Saya menyeru kepada saudara sekelian agar santunilah mereka, ucaplah terimakasih kepada mereka jika kita terserempak dengan mereka. Tak salah kalau kita memberikan duit raya atau kuih raya sebagai tanda terimakasih kita kepada mereka.

Saya mewakili warga Kuala Terengganu mengucapkan ribuan terimakasih kepada pekerja pekerja bahagian kebersihan MBKT yang sanggup mengorbankan keseronokan berhariraya demi keselesaan kami.

Semoga ALLAH SWT memberkati mereka semua dan memberikan mereka sebesar ganjaran insyaallah. Amin.

Semoga Bandaraya Kuala Terengganu akan terus bersih dan Indah.
Selamat Hari Raya Eidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Sumber BO - 14-6-20118




















































































































Perutusan Hari Raya Aidilfitri MB Terengganu

ALLAHU Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Alhamdulillah, bersyukur kita ucapkan kepada Allah Taala kerana diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah Taala selama sebulan di bulan Ramadan. Satu bulan yang disediakan kepada kita untuk mentarbiah dan mendidik diri agar menjadi orang yang bertaqwa. 
Hari raya pula ertinya kita menyambut kemenangan. Kemenangan melawan hawa nafsu dan meninggalkan larangan Allah Taala dalam bulan Ramadan. Semoga hari raya yang disambut ini, menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. 
Begitu juga yang kita harapkan kepada negeri Terengganu. Setelah berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita mengharapkan negeri ini juga menjadi lebih baik dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan kepada rakyat. 
Marilah kita membuka lembaran baru membangunkan negeri Terengganu dengan membawa dasar yang mesra rakyat, politik yang melebarkan kasih sayang tanpa batasan warna kepartian, ekonomi yang mampan, dan kehidupan rakyat yang sejahtera. 
Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum. Meriahkan Aidilfitri dengan budaya kunjung mengunjung antara sanak saudara dan juga rakan-rakan. 
Disamping kegembiraan menyambut hari raya, janganlah lupa kepada nasib umat Islam yang berada di luar negara. Mereka berada dalam keadaan yang kurang berkemampuan dalam konflik yang berpanjangan. Teruskan berdoa kepada rakyat Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh dunia agar dipermudahkan urusan mereka dan diberikan pertolongan oleh Allah Taala. 
Manakala, buat anak perantau yang akan pulang ke kampung halaman, semoga sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Pandulah dengan berhati-hati dan banyakkan bersabar. Patuhi peraturan dan had laju yang telah ditetapkan dan saling hormati menghormati antara pengguna jalan raya. 
Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Maaf Zahir dan Batin. 
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu - HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018 




















































































































Madinah Ramadan setiap daerah

Tambah kapsyen
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan program Madinah Ramadan sebagai ikon baharu negeri yang akan dilaksanakan di setiap daerah mulai tahun depan. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan program Madinah Ramadan itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada rakyat umumnya. 
Ini kerana, katanya dalam negeri ini masih terdapat ramai di kalangan yang miskin diberi peluang berbuka puasa secara percuma. 
“Kita meletakkan satu cita-cita yang tinggi bagi menjayakan Madinah Ramadan ini, dengan kerjasama semua pihak, bulan Ramadan tahun depan kita akan adakan Madinah Ramadan di setiap daerah, insya Allah. 
“Ini kerana, kita mahu memberi satu kemudahan kepada rakyat kita yang miskin, susah atau dalam kesibukan mereka boleh datang berbuka dengan percuma. 
“Mereka boleh terus beribadah, berehat dan mendengar tazkirah. Mereka boleh menunaikan solat terawih dan balik dalam keadaan selesa untuk terus menunaikan ibadah-ibadah lain sepertimana biasa,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu menggantikan Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin. 
Ustaz Mohd Nor menjelaskan kerajaan negeri mahu membina masyarakat dengan dua aspek penting iaitu iman dan taqwa. 
Justeru, katanya penekanan itu diberikan bagi menjayakan hasrat menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. 
“Kita mahu bina masyarakat kita dengan aspek penting. Pertama, iman dan kedua taqwa.
“Kita mohon Allah Ta’ala kurniakan keberkatan dalam hidup kita. Walaupun Allah memberi khazanah yang banyak kepada negeri ini. Tetapi, jika tidak ada berkat, kekayaan akan hilang dengan mudah. 
“Tetapi, jika kekayaan yang Tuhan bagi ini kita laksanakan, kita gunakan, kita uruskan dengan agama Allah. Kita akan mendapat berkat dan kita akan dapat apa yang kita impikan. Terengganu akan menjadi sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” tegasnya. 
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan ramai lagi. 
Sebelum itu, tazkirah Ramadan disempurnakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam sesi soal jawab agama dengan kehadiran orang ramai yang memberangsangkan. - HARAKAHDAILY 14/6/2016
Sumber HD - 14-6-2018 

Jalin kerjasama tangani jenayah musim perayaan

KEMAMAN: Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili komited mengadakan kerjasama dengan pihak polis dalam usaha memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat dapat diwujudkan.
Menurut beliau, pihaknya cukup mengambil berat dan cuba membantu pihak polis khususnya Balai Polis Kertih menangani perlakuan jenayah terutama kes pecah rumah di musim perayaan.
Komitmen itu dinyatakan beliau ketika mengadakan kunjungan kepada Ketua Balai Polis Kertih, Inspektor Mohd Azuan Abdul Aziz di balai tersebut, di sini kelmarin.
Ir Saiful dimaklumkan, semua anggota polis telah digerakkan untuk tugas rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan premis kediaman dan perniagaan sepanjang perayaan.
"Pihak polis akan terus melaksanakan fungsi dan peranan memastikan keselamatan masyarakat serta kepentingan harta benda awam dan rumah persendirian yang ditinggalkan sentiasa dalam keadaan selamat.
"Bagi mencapai objektif ini, polis tidak mampu bertindak sendirian. Saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing hendaklah mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu.
"Di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai ini," seru Inspektor Azuan memaklumkan perkhidmatan pemantauan oleh pihaknya itu.
Pada pertemuan tersebut, beliau turut mengutarakan cadangan untuk pihak Adun mengaktifkan kembali peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS).
Terang beliau, usaha sedemikian dapat membantu pihak polis dalam menjaga keselamatan masyarakat menerusi kerjasama dari badan sukarela seperti itu.
Ir Saiful dalam pada itu mengalu-alukan hasrat tersebut dan turut menyeru orang awam yang akan pulang ke kampung mengisi borang disediakan pihak polis bagi pemantauan kediaman. -HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018 

No comments:

Post a Comment