Kesultanan Pattani bangun tamadun ilmu
PATTANI Darussalam adalah antara negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang paling awal di Nusantara. Kemunculan Kerajaan Langkasuka sejak tahun 200M, dikatakan oleh kebanyakan sarjana adalah berlokasi di Pattani hari ini. Beberapa sarjana terkemuka seperti Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, D.G.E Hall, Paul Wheatly dan John Braddle adalah antara yang mengatakan bahawa Pattani adalah tapak Kerajaan Melayu Langkasuka, di mana Jering dan Pujud adalah pusat kerajaannya. Dalam sejarah Majapahit yang dirakamkan oleh babad Negarakertagama, telah mengatakan bahawa ketika Majapahit melanda Langkasuka pada Abad ke-14M, ibu kota Langkasuka terletak di Djere (Jering). Sebelum beragama Hindu, Langkasuka pernah beragama Buddha kerana mereka dikuasai oleh Sriwijaya sejak 775M, di mana kesan-kesan agama Buddha masih terdapat di Yala sehingga kini. Bahkan, ketika Negeri-negeri Melayu di Utara (dari Ligor hingga Retchburi) dijajah oleh Siam Ayuttaya, Pattani mempunyai kedudukan yang setaraf dengan Empayar Siam itu - sebagai negeri yang merdeka. Beberapa pengkaji turut mengaitkan Wilayah Pattani ini dengan Kerajaan Melayu lama seperti Jawadwipa, Sampugita, Jawaka dan Melayur - kerajaan-kerajaan besar yang tercatat namanya pada prasasti-prasasti serta catatan China, Arab dan India, tetapi belum ada kajian yang serius untuk membongkarnya. Mewarisi kegemilangan ini, Pattani menjadi satu kuasa politik yang penting, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaannya ke atas perdagangan di Laut China Selatan.
Dengan bagasi sejarah yang hebat ini, Pattani yang telah mula menerima Islam sejak Abad ke-13M, kemudian bangkit menjadi sebuah kuasa politik Islam yang penting di kawasan Utara dari abad ke-16M hingga abad ke-18M. Dua ciri utama Kerajaan Islam di Pattani ialah peranan para ulamak yang begitu menonjol dalam pentadbiran kerajaan, dan kemudian para ulamak Pattani juga menjadi pemacu Tamadun Melayu menerusi kegiatan keilmuan yang terbesar di Nusantara, menggantikan Aceh (Perlak, Samudera-Pasai dan Aceh Darussalam). Pattani dianggap sebagai Serambi Makkah dalam keilmuan Islam pada abad ke-16M hingga abad ke-19M. Dengan fungsi keilmuan inilah Pattani mencipta nama sebagai sebuah kuasa politik Melayu terpenting di Nusantara. Namun begitu, faktor itu jugalah yang menimbulkan kecemburuan besar kuasa-kuasa politik bukan Islam, yang menyebabkan berlakunya konspirasi di antara Kerajaan Buddha Siam dan kuasa-kuasa penjajah Barat, yang akhirnya menghancurkan Pattani bermula dengan perang Musuh Pattani pada 1786M. Kerana itu, ulamak besar Pattani, Sheikh Wan Ahmad Mohamad Zain al-Fathani menukarkan nama "Petani" yang bermaksud fitnah atau ujian, kepada "Fathani" yang bermaksud bijaksana, yang hari ini dieja dengan sebutan Siam sebagai "Pattani."
Islam di Pattani: Kekeliruan yang belum dirungkai
Peranan Pattani terhadap perkembangan keilmuan Islam terutama selepas abad ke-16M memang tidak dapat ditolak, tetapi yang masih menjadi persoalan ialah bilakah Islam mulai masuk ke Pattani. Kebanyakan pengkaji mengambil tahun peng-Islaman Raja Phya Tu Nakpa atau Raja Anthira Wangsa sebagai permulaan masuknya Islam ke wilayah bekas Langkasuka itu. Namun, ia telah dipersoalkan oleh beberapa fakta lain yang menunjukkan kemungkin Islam telah tiba lebih awal dari tahun 1457M. Sehingga kini, belum ada satu kajian atau catatan yang membuktikan secara konkrit mengenai hal tersebut. Salah satu faktornya ialah kerana banyak maklumat sejarah Pattani telah musnah akibat konspirasi penjajah Siam dan Inggeris sejak tercetusnya Musuh Pattani pada 1786M. Beberapa perkara yang perlu diberikan pertimbangan dalam soal ini, antaranya:
● Kedatangan pendakwah dari Arab sejak zaman Khulafa ar-Rasyidin
Berdasarkan satu sumber yang dikenali sebagai "Bingkisan Anak Bani Jawi," Pattani dikatakan telah didatangi oleh pendakwah Islam seawal 658M, iaitu pada zaman Khulafa ar-Rasyidin (632-662M) apabila Sheikh Abdul Samad dari Negeri Rom telah datang ke Pattani untuk mengajar orang Melayu membuat bedil. Ini menunjukkan bahawa Islam telah tiba di Pattani pada pertengahan abad ketujuh Masehi. Tinggal lagi tidak ada sebarang bukti bahawa agama Islam telah disebarkan ketika ini. Ia adalah relevan jika dibandingkan dengan kedatangan Islam di Aceh, iaitu ketika kehadiran Sheikh Rukunuddin yang dikirim oleh Rasulullah S.A.W pada 628M, kedatangan Saidina Saad Abi Waqqas ke Guangzhou (Canton) pada 651M, iaitu pada zaman Saidina Othman bin Affan (644-656M) dan juga penemuan batu nisan Sheikh Mukaidin di Barus, Aceh yang bertarikh 670M.
● Islam dari China dan bukti prasasti
Salah satu data yang penting mengenai kedatangan Islam di Pattani ialah kedudukan Pattani yang mengadap Laut China Selatan, iaitu wilayah yang menjadi tumpuan pelarian Islam dari Canton dalam rusuhan pada 877M. Di mana menurut Syed Naquib al-Attas, para pedagang Arab dan Parsi di Canton telah berhijrah ke Nusantara. Q.S Fatimi ketika menghujahkan mengenai kedatangan Islam dari China menyebutkan kedudukan batu-batu nisan di Pahang (1028M), Champa (1039M), Brunei (1048M) dan Leran, Jawa (1082M). Ini menunjukkan pelabuhan dan kerajaan sepanjang Laut China Selatan, termasuk Langkasuka (baca: Pattani) menjadi tumpuan mereka.
● Kewujudan kerajaan Islam sekitar Pattani
Kewujudan beberapa artifak seperti dinar emas Kelantan dan Batu Bersurat Terengganu, serta kronik Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa telah membuktikan wujudnya Kerajaan Islam di sekitar Pattani seperti Kedah (1136M), Kelantan (1181M) dan Terengganu (1303M) sebelum abad ke-13M. Dengan dikelilingi oleh Kerajaan-kerajaan Islam ini, menunjukkan Islam telah bertapak kukuh di sekeliling Pattani sejak abad ke-12M lagi. Berkemungkinan besar Pattani telah menerima Islam ketika ini, seperti mana Kedah, Kelantan dan Terengganu. Peng-Islaman Raja Jawaka, iaitu sebuah kerajaan pecahan Langkasuka yang berpusat di Pattani sekitar 1253M adalah melengkapkan rangkaian ini.
● Islamnya Raja Jawaka
Kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu lama di Selatan Segenting Kra telah dicatat dalam pelbagai prasasti dan juga kronik Melayu, selain catatan China, India dan Arab. Antaranya termasuklah Langkasuka, Sampugita, Jawaka Dan Malayur, yang secara relatifnya berpusat di kawasan Pattani. Raja Jawaka, Raja Sakranta (1253-1267M) dikatakan telah beragama Islam dengan nama Raja Zainuddin, manakala puteranya, Raja Sang Tawal (1267-1318M) yang terkenal itu memakai nama Raja Abdullah sebagai nama Islamnya. Selepas tewas diserang Siam, mereka mendirikan kerajaan di Bukit Panau, Kelantan di mana putera Raja Sang Tawal, Raja Bharubasha (1335-1362M) yang bergelar Sultan Mahmud Shah adalah Raja Kelantan pertama memakai gelaran Sultan. Mereka adalah Raja-raja Langkasuka menurut kebanyakan riwayat, termasuk oleh Mohamed Abdullah (Nakula).
● Kedatangan ulamak-pendakwah sebelum abad ke-15M
Menurut Wan Mohd Saghir Abdullah, kehadiran ulamak-pendakwah ke Pattani berlaku lebih awal dari peng-Islaman Phya Tu Nakpa pada 1453M. Sebagai contoh, dua ulamak dari Pasai, Sheikh Safiyuddin al-Abbasi dan Sheikh Said Barsisa yang meng-Islamkan Raja Pattani merupakan ulamak sezaman dan bersahabat dengan Sheikh Gombak Abdul Mubin. Sedangkan Sheikh Gombak Abdul Mubin adalah anak kepada Sheikh Wan Abdul Jabbar, di mana datuknya, Sheikh Wan Muhammad Arifin Shah adalah ulamak pendakwah yang berdarah Arab dan bersaudara dengan Sheikh Muhammad Saman (Syed Thanauddin), iaitu adik kepada Syed Hussein Jamadil Kubra, ulamak-pendakwah yang tiba di Kelantan pada 1345M. Sheikh Wan Muhammad Arifin Shah yang terkenal dengan gelaran Tok Kelumpong di Pattani telah pun berdakwah di Pattani sejak pertengahan abad ke-14M, seabad lebih awal dari Islamnya Phya Tu Nakpa.
● Catatan de Eredia mengenai Islam di Pattani
Seorang pengkaji dan penjelajah Sepanyol, Emanuel Godinho de Eredia yang melawat Pattani pada akhir abad ke-16M, telah mendakwa bahawa Pattani terlebih dahulu menerima Islam berbanding Melaka. Menurut catatan de Eredia yang bertarikh 24 November 1613M, "Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad, buat pertama kalinya dianut oleh penduduk Melayu Pattani, kemudian baharulah diterima oleh Parameswara di Melaka..."
● Sejarah Melayu mengatakan ada Sultan Melayu di Kota Mahligai sebelum pembukaan Pattani
Menurut Sejarah Melayu, Kota Mahligai adalah sebuah Kerajaan Islam yang diperintah oleh Sultan Sulaiman Shah. Kerajaan ini telah diserang oleh Raja Cau Seri Bangsa dari Negeri Siam. Setelah berjaya membunuh Sultan Sulaiman Shah, Cau Seri Bangsa memeluk Islam dan berkuasa di Kota Mahligai. Setelah itu, Raja Cau Seri Bangsa telah berpindah dan membuka kerajaan di Pattani, serta diberikan gelaran sebagai Sultan Ahmad Shah oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka. Catatan Tun Seri Lanang ini menunjukkan Kerajaan Islam telah wujud lebih awal sebelum berdirinya Kerajaan Pattani.
Kesultanan Pattani: Beberapa persoalan yang masih diperdebat
Kedudukan Pattani turut menjadi persoalan para pengkaji mengenai salasilah kesultanannya. Pertama, berkait dengan asal-usul keturunan Sultan-sultan Pattani sebelum mereka memeluk Islam. Kedua, siapakah Raja Pattani yang pertama memeluk Islam dan apakah nama Islamnya. Kepelbagaian versi ini mempunyai kaitan dengan kemusnahan sumber-sumber sejarah Pattani ekoran serangan Siam pada 1786M. Dari sudut kronik Melayu, enam kronik yang mencatat mengenai sejarah awal Pattani iaitu Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Langkasuka, Hikayat Pattani, Cetera Negeri Patani, Sejarah Melayu dan Tarikh Pattani. Namun, data-data yang bersimpang-siur telah menyulitkan pengkaji dalam memahami kedudukan sebenar asal-usul Kerajaan Pattani.
Untuk perbincangan awal, ditinjau dahulu persoalan mengenai siapakah Raja Pattani yang terawal memeluk Islam. Terdapat tiga versi utama dalam hal ini, iaitu:
● Phya Tu Nakpa dan peng-Islamannya
Versi pertama mengatakan bahawa pengasas Pattani ialah Raja Phya Tu Nakpa yang membuka Kerajaan Pattani sekitar pertengahan abad ke-15M setelah memindahkan kerajaan dari Kota Mahligai. Kemudian baginda di-Islamkan oleh Sheikh Said Barsisa sekitar 1457M. Baginda bergelar Sultan Ismail Shah. Versi ini adalah berdasarkan Hikayat Pattani. Keturunan Raja Phya Tu Nakpalah yang membentuk dinasti Raja-raja Islam di Pattani sehingga zaman Raja Kuning (1635-1649M).
● Raja Anthira Wangsa: Adakah pengasas Kesultanan Pattani
Versi kedua, menurut Cetera Negeri Patani, mengatakan Kerajaan Pattani dibuka oleh putera Raja Seri Wangsa, iaitu Raja Anthira Wangsa (Indera Wangsa) yang berpindah dari Kota Mahligai. Setelah mengasaskan Kerajaan Pattani, Raja Anthira Wangsa telah di-Islamkan oleh Sheikh Syafiyuddin dan bergelar Sultan Muhammad Shah, iaitu bapa kepada dinasti Raja-raja Islam di Pattani yang berakhir dengan Raja Kuning (1635-1649M).
● Versi Sejarah Melayu: Anak Raja Siam, Cau Seri Bangsa membuka negeri
Tun Seri Lanang dalam Silalatus Salatin (Sejarah Melayu) mengisahkan pembukaan Negeri Pattani bermula dari tindakan seorang putera Raja Siam, Cau Seri Bangsa yang menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh seorang Raja Islam, Sultan Sulaiman Shah. Baginda bersumpah akan memeluk Islam jika berjaya menguasai Kota Mahligai. Setelah menguasai Kota Mahligai, baginda pun masuk Islam. Kemudian baginda berpindah membuka negeri di Pattani, sebelum mendapatkan daulat dari Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Sultan Melaka menamakan Raja Cau Seri Bangsa sebagai Sultan Ahmad Shah di atas nasihat Kadi Munawar.
● Versi keempat: Jalan keluar?
Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa Raja-raja Pattani adalah dari keturunan Raja Seriwijaya, Raja Jayawangsa yang memerintah sejak 750M. Hasil perkahwinan baginda dengan puteri Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa, telah lahir Seri Wangsa yang dirajakan di Langkasuka Timur (Chaya). Putera Raja Seri Wangsa ini bernama Anthira Wangsa atau Indera Wangsa. Baginda yang memindahkan kerajaan dari Kota Mahligai ke Pattani sebelum membentuk Dinasti Seri Wangsa yang memerintah sehingga 1649M. Raja Anthira Wangsa dikatakan menurunkan generasi Raja-raja Pattani selepasnya iaitu puteranya, Raja Andhiradha Wangsa dan cucundanya, Raja Andhiradha Seri Wangsa yang memerintah Pattani. Dari keturunan mereka lahirnya Phya Tu Nakpa sebagai Raja Pattani pada abad ke-15M. Menurut Hikayat Pattani, Phya Tu Nakpa atau nama asalnya Phya Tu Antara adalah putera raja yang berkerajaan di Kota Mahligai, Phya Tu Kerub Mahajana. Phya Tu Nakpa membuka Pattani dan di-Islamkan oleh Sheikh Said Barsisa dari Pasai.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 1/9/2018
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 1/9/2018
Sumber HD - 1-9-2018
Perutusan Hari Kebangsaan Presiden PAS
SAYA mengharapkan ulang tahun kemerdekaan ini, kita melakukan muhasabah dan perhitungan supaya kita mengisi kemerdekaan ini dengan cara yang sebenarnya, supaya kita mendapat kemerdekaan dengan erti yang sebenar, bukannya kemerdekaan yang kosong.
Dengan pengaruh penjajah yang masih ada, tidak ada maknanya, walaupun penjajah sudah balik ke negerinya tetapi pengaruhnya, undang-undang, budaya dan sistem yang negatif masih kita amalkan.
Perlembagaan Negara sudah mengalami beberapa pindaan kerana tidak sesuai dengan masa. Sepatutnya Perlembagaan mesti dipinda mengikut kesesuaian masa, termasuklah mendaulatkan Islam itu sendiri dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ilmu yang mesti diperjuangkan.
Kita perlu mengisi kemerdekaan ini supaya betul-betul merdeka, bukan pada nama sahaja. Termasuklah di antaranya ialah kita memperkasa dan mendaulatkan Islam itu sendiri menjadi agama yang memerintah bukan diperintah, bukan mengikut sistem yang diwarisi zaman penjajah.
Yang positif kita ambil, dan yang negatif kita kena buang, bukan bermakna kita menjadi suatu bangsa yang jumud atau tertutup. Kita menerima kebaikan daripada semua. Jangan kita kekalkan negatif yang diwarisi di zaman penjajah. Ini mesti kita buangkan. Kita melihat kepada maslahat dalam hal ini. Oleh kerana itu, kita sambut kemerdekaan ini dengan penuh semangat dan melakukan muhasabah untuk memperkasakan kemerdekaan supaya kita mendapat kemerdekaan yang sebenarnya.
Selamat Hari Merdeka.
“Sayangi Malaysiaku”
“Sejahtera Bersama Islam”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 31/8/2018
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 31/8/2018
Sumber HD - 31-8-2018
Ahli haraki harus kritikal wacanakan isu idealogi
KUALA LUMPUR: Serangan pemikiran terhadap umat Islam telah berlaku sebelum kejatuhan Uthmaniah lagi dan ia menjadi senjata ampuh musuh sejak zaman berzaman lebih dari serangan fizikal.
Penulis prolifik, Alang Ibn Shukrimun menegur sikap segelintir anggota dalam Gerakan Islam yang memperlekehkan perbincangan mengenai idealogi atau pemikiran kononnya sebagai tidak produktif.
"Kata mereka, bincang bab taujihat jihad, amal Islami dan seumpamanya (saja). Biar semangat orang nak buat kerja. Tahukah kalian, perbincangan mengenai idealogi adalah tajuk mengenai akidah?
"Apa lagi yang lebih penting selain akidah? Bila akidah rosak, tak ada guna lagi segala jihad dakwah dan amal Islami dilakukan. Allah tak akan terima," tegur beliau yang nama sebenarnya Muhammad Marwan M Shukrimun.
Seru beliau, sekiranya tidak mampu untuk berbincang mengenai pemikiran, sekurang-kurangnya hargai mereka yang berusaha memahamkan abnaul harakah mengenai hal tersebut, bukan memperlekehkan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Bakri, Ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin berkata, pemangkin kepada fahaman Sekular masa kini disuntik dari jarum idealogi para Orientalis.
Menjelaskan mengenai perkara itu, beliau memberikan contoh tindakan pemerintah yang kononnya mahu dilihat tidak berpihak kepada mana-mana agama, tetapi bantuan besar diberikan kepada sekolah selain Islam.
Malah menurut beliau, orang Islam pula diminta bersikap neutral dengan semua agama, tetapi orang Kristian semakin kuat pegangannya, sedang orang Islam yang cuba berpegang teguh agamanya dikatakan fanatik.
"Dan membiasakan golongan terpelajar untuk memandang sinis terhadap agama. Ketika sama orang Islam sentiasa diperintah dan tidak mengemukakan cita-cita untuk agama menjadi pegangan hidup.
"Golongan minoriti pula diberi perhatian, dalam keadaan hak golongan majoriti makin terhakis. Keinginan untuk mendalami Islam akan dipudarkan, jika adapun sudah tidak objektif lagi," hujahnya membentangkan realiti-realiti tersebut.
Tambahnya, dapat dilihat walaupun kerajaan bertukar tangan, tiada usaha melaksanakan Islam, bahkan bersikap sama dan terkadang lebih keras berbanding sebelumnya.
Oleh itu tegas beliau, pemerhatian, penelitian dan perbincangan terhadap isu idealogi ini perlu sentiasa diberi perhatian oleh anggota Gerakan Islam yang punya peranan untuk menanganinya.
"Orientalis sendiri menyediakan saranan untuk dibaca dan diperhatikan. Tujuannya memudarkan lagi keyakinan terhadap Islam. Antaranya Islam itu fanatik, disyariatkan dengan pedang, tiada toleransi terhadap agama lain.
"Juga hanya untuk Arab. Inilah jarum yang telah ranapkan Kerajaan Islam di Acheh, juga merosakkan pemikiran orang Islam di Indonesia. Apakah kita mahu ia jadi giliran kepada kita di Malaysia?" ajunya mengajak renungan. -HARAKAHDAILY 29/8/2018
Sumber HD - 29-8-20118
eqah aulawiyyat (keutamaan)
FEQAH Aulawiyyat bermaksud memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik.
Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudaratnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan.
Mendahulukan sesuatu daripada dua aspek tersebut tanpa mengabai atau memandang remeh-temeh terhadap perkara yang dikemudiankan dengan berusaha melaksanakan semuanya dalam perkara yang mendatangkan kebaikan atau menolak semuanya dalam perkara yang buruk apabila keadaan dan kemampuannya berubah.
Contohnya dalam perkara yang disenaraikan dharuriyyat (keperluan) dalam kehidupan manusia, iaitu: menjaga agama, nyawa, akal, maruah, zuriat dan harta. Maka, hendaklah diutamakan mengikut tertib senarainya, sama ada dari aspek memilih yang terbaik atau yang paling kurang mudarat dan keburukannya.
Pendekatan ini membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada yang bersifat agama atau ideologi, kerana Islam meletakkan kewajipan menjaga agama dan mempertahankannya mendahului daripada yang lain.
Feqah Aulawiyyat berdalilkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun daripada Al-Quran, firman Allah:
﴿أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ١٩﴾ [التوبة: 19]
“Adakah kamu anggap hanya perbuatan (kebajikan) memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan memakmurkan Masjid Al-Haram (Makkah) itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Sebenarnya tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” (Surah At-Taubah: 19)
Sebab turunnya ayat ini bagi menjawab kebanggaan kalangan masyarakat jahiliah Makkah yang menentang Islam, kerana mereka juga melakukan amalan kebajikan tersebut pada zaman jahiliah yang dikira juga sebagai kerja amal kebajikan. Namun pada masa sama, mereka menentang Islam dan penganutnya.
Ayat ini menunjukkan keutamaan mereka yang menjaga iman terlebih dahulu dengan mempertahankan Islam, menegakkannya sehingga berhijrah meninggalkan Makkah adalah lebih besar fadhilatnya dan hendaklah diutamakan daripada menjaga Masjid Makkah dan melayan jamaah haji pada zaman jahiliah tanpa beriman.
Firman Allah:
﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾ [الأنعام: 108]
“Dan janganlah kamu cerca atau menghina benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca atau menghina Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat mereka kembali, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan” (Surah Al-An’am: 108)
Ayat ini pula menunjukkan bahawa akibat mencela Allah lebih besar keburukannya daripada akibat mencela tuhan-tuhan yang lain daripada Allah yang sangat sesat itu. Maka hendaklah diutamakan menolak tindak balas mereka yang mencela Allah dengan sebab mencela tuhan-tuhan mereka, walaupun syirik menyembah selain daripada Allah adalah dosa paling besar yang wajib dicegah.
Tindakan mencela Allah oleh mereka yang telah syirik menjadikan keadaan lebih buruk, apabila mereka bertindak balas terhadap celaan tuhan selain daripada Allah sehingga menyebabkan mereka mencela Allah dan menjadikannya lebih sesat.
Tindakan mencela Allah oleh mereka yang telah syirik menjadikan keadaan lebih buruk, apabila mereka bertindak balas terhadap celaan tuhan selain daripada Allah sehingga menyebabkan mereka mencela Allah dan menjadikannya lebih sesat.
Begitu juga Rasulullah S.A.W menghalang para sahabatnya bertindak lebih keras terhadap golongan munafiq yang berkeliaran di Madinah, walaupun mereka menjadi musuh dalam selimut yang sangat berbahaya. Al-Quran menegaskan:
﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ٩﴾ [التحريم: 9]
“Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” (Surah At-Tahrim: 9)
Namun, langkah menentang secara berhujah hendaklah didahulukan dan tindakan keras pula boleh menyebabkan fitnah yang lebih buruk terhadap Islam kerana pada zahirnya mereka mengaku Islam dan boleh dituduhnya bahawa orang Islam bertindak terhadap saudaranya sendiri. Maka memberi peluang mereka bergaul dalam masyarakat Islam lebih baik dari segi berdakwah dan peluang mereka bertaubat. Rasulullah S.A.W bersabda:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ. (متفقٌ عَلَيْهِ)
“Demi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah (masuk Islam) lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya” (Muttafaqun ‘alaih)
Pesanan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya Muaz bin Jabal R.A yang diutuskan ke Negeri Yaman juga menjadi contoh Feqah Aulawiyyat:
فَعَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يَبْعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ, قَالَ: كَيْفَ تَقْضِي إِذَا عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ, قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي كِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, قَالَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا فِي كِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو فَضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدْرَهُ, وَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّه . (أخرجه أبو داود في سننه)
“Daripada Muaz bin Jabal R.A. (menceritakan). Apabila Rasulullah S.A.W mahu menghantarnya bertugas ke Negeri Yaman, Baginda S.A.W bersabda kepadanya: “Bagaimana kamu melaksanakan hukum sekiranya dilantik menjadi hakim?”. Muaz menjawab: “Saya menghukum dengan Kitab Allah (Al-Quran)”. Baginda bertanya lagi: “Sekiranya kamu tidak dapat daripada Kitab Allah?”. Muaz menjawab: “Dengan Sunnah Rasulullah”. Baginda bertanya lagi: “Sekiranya tidak ada daripada Sunnah Rasulullah?”. Muaz menjawab: “Saya berijtihad dengan pendapat saya dan saya tidak sekali-kali menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Rasulullah S.A.W. menepuk dadanya dan bersabda: “Alhamdulillah (Bersyukur kepada Allah) yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah” (Riwayat Abu Daud)
Dalil menunjukkan keutamaan diberi kepada Al-Quran terlebih dahulu daripada Sunnah (Hadis) dan ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas atau apabila nas bersifat umum atau mengandungi makna yang banyak.
Rasulullah S.A.W juga mengajar Muaz bin Jabal R.A berdakwah di Yaman mengikut keutamaan dengan bersabda:
إنك ستأتي قومًا أهل كتاب، فإذا جئتَهم فادعهم إلى أن يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدًا رسول الله، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فتُرَدُّ على فقرائهم، فإن هم أطاعوا لك بذلك فإياك وكرائمَ أموالهم، واتقِ دعوة المظلوم؛ فإنه ليس بينه وبين الله حجابٌ. متفق عليه
“Kamu akan datang (ke sana) menemui ahli Kitab (penganut agama samawi Yahudi dan Kristian). Apabila kamu datang kepada mereka (mulakan) kepada mengajak mereka mengaku dan percaya bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah (masuk Islam). Jika mereka mentaatinya (masuk Islam), ceritakan bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sembahyang lima waktu setiap hari dan malamnya. Setelah mereka mentaatinya, ceritakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah (zakat) diambil daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka supaya dibahagikan kepada mereka yang fakir (memerlukan bantuan). Jangan sekali-kali mengambil harta mereka sewenang-wenang (secara zalim), takutlah kepada doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada halangan di antaranya dengan Allah (doanya diperkenankan).” (Muttafaqun ‘alaih)
Di sini menunjukkan supaya mendahulukan keutamaan menerima Islam sebelum dinyatakan perkara-perkara lain yang diwajibkan terhadap mereka daripada ibadat dan harta, serta jangan berlaku zalim walaupun terhadap penganut bukan Islam, kerana keutamaan menunjukkan Islam adil terhadap semua.
Rasulullah S.A.W melaksanakan Feqah Aulawiyyat dalam aspek politik melalui Perjanjian Hudaibiyyah, apabila menangguhkan umrah yang hukumnya wajib muwassa’ (pelaksanaannya diluaskan masa sehingga boleh ditangguh) dengan melaksanakan wajib mudhayyak (masanya yang terhad perlu diambil dengan segera), kerana perdamaian daripada Hudaibiyyah itu memberi peluang yang perlu tindakan segera, menyebabkan kepesatan perkembangan Islam di masa damai dan mengambil peluang menyusun kekuatan yang lebih baik.
Maka langkah membina kekuatan Islam hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa dalam pertelingkahan perkara cabang dan kesalahan sampingan, atau diutamakan menolak mudarat yang lebih besar dengan bersedia menghadapi mudarat yang lebih ringan daripadanya.
Kepatuhan dan kesetiaan para sahabat yang tidak selesa dengan Perjanjian Hudaibiyyah, kerana melihat apa yang tersurat tanpa memahami hikmah yang tersirat. Menunjukkan betapa kematangan pemimpin yang memilih keputusan hendaklah dihormati, ditaati dan terus berwala’ (setia) dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Perlunya ketegasan pemimpin membuat keputusan yang lebih baik, jangan kalah dengan kalangan pengikut yang tidak memahami bagaimana meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Rasulullah S.A.W pada awalnya bertahaluf dengan kabilah-kabilah Yahudi di Madinah, kemudian membatalkannya kerana mereka mencabuli perjanjian ketika kepungan tentera Ahzab. Tiba-tiba, Rasulullah S.A.W bertahaluf dan memberi naungan kepada kabilah Musyrikin seperti Khuzaah dan lain-lain di bawah Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun Yahudi adalah kalangan ahli Kitab, tetapi pencabulan mereka terhadap perjanjian lebih besar bahayanya. Menunjukkan betapa pelaksanaan Feqah Aulawiyyah dalam strategi politik dipraktikkan.
Firman Allah kepada Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S ketika menghadap Firaun yang zalim dan menangani pengikutnya dalam kalangan Bani Israel yang jahil dan bebal:
﴿قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ٨٩﴾ [يونس: 89]
“Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Wahai Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintah-Ku seterusnya) dengan beristiqamah, dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui" (Surah Yunus: 89)
Firman Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W:
﴿وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْ لَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا٨٣﴾ [النساء: 83]
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan para ulama yang mengendalikan urusan dan hukum ) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)” (Surah An-Nisa’: 83)
Menunjukkan bahawa keputusan memilih Aulawiyyat diserahkan kepada mereka yang berilmu dan berpengetahuan yang lebih faham perjalanannya, serta menangani perubahan dengan beristiqamah bersama Islam, petunjuk sepanjang zaman yang tidak boleh diseret sehingga sesat dan tidak jumud sehingga dihancurkan.
Keadaan politik dan masyarakat yang berubah mewajibkan PAS berijtihad berlandaskan hukum Islam dengan berhikmah berkonsepkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Zulhijjah 1439 / 28 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 28/8/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Zulhijjah 1439 / 28 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 28/8/2018
Sumber HD - 28-8-2018
Perang Salib baru
PADA abad yang lalu dilaporkan cerita kerakusan serangan barat dan timur yang mengibarkan bendera salib dan sabit terhadap umat Islam dan tanah airnya dengan serangan bersenjata yang bertubi-tubi, membunuh manusia dan menghanguskan buminya.
Khilafah dijatuhkan sehingga dijajah keseluruhan tanah air Islam, ditakluk atau dipaksa berada di bawah naungannya. Umat Islam diperhamba dan dibuli jasad dan akalnya habis-habisan, hasil bumi dan karya ilmunya juga dirampas.
Tidak memadai sekadar tanah air umat Islam dipecah selepas dijajah, dibahagikan pula sesama mereka laksana membahagi pusaka peninggalan ibu bapa dan nenek moyang mereka.
Umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dibelasah jasadnya, diadu-dombakan mengikut mazhab dan kebangsaan, dipecah mengikut semangat bangsa tanpa Islam dan fanatik mazhab tanpa ilmu, diperintah dan dibuli pemikirannya sehingga cara hidup berkiblatkan ke arah negara penjajah masing-masing. Akar umbi politik dan ekonomi umat Islam dapat dipengaruhinya demi kepentingan mereka, sehingga budaya juga dikacau-bilaukan.
Namun, mereka gagal memadamkan cahaya Islam dan semangat menentang penjajah, sehinggalah tanah air umat Islam terpaksa diberikan kemerdekaan. Tetapi diaturnya supaya tidak boleh diberikan peluang kepada perubahan negara yang berjenama Islam untuk berdaulat sehingga Islam memerintah, kerana dibayangi ketakutan dan kebimbangan Islam bangkit kembali memimpin dengan baik, kerana Islam dipandang sebagai penghalang hawa nafsu jahat yang menjadi pegangan mereka.
Allah menunaikan janjinya bahawa cahaya Islam tidak mungkin dipadamkan. Firman-Nya:
﴿يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ٨ هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩﴾ [الصف: 8-9]
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir (yang bermusuh itu) tidak suka (akan yang demikian). (8) Dia lah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul-Nya (Nabi Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya ia menzahirkan (kebenarannya) dan meninggikannya mengatasi segala agama (dan ajaran) yang lain. Walaupun orang-orang musyrik (mengadakan yang lain daripada petunjuk Allah itu) tidak menyukainya). (9)” (Surah As-Saff: 8-9)
Islam gagal dihapuskan dan cahaya petunjuknya tidak berjaya dipadamkan, walaupun dikelirukan dengan berbagai cara dan pendekatan. Namun, kebenaran Islam terus ternyata dan kebatilan yang lain terus terdedah dalam segenap aspek dan lapangan kehidupan manusia.
Kedegilan tidak mahu menerima Islam secara semberono bukannya mencari kebenaran, menyebabkan mereka terus merancang dan bertindak terhadap Islam setiap masa dan peluang dengan berbagai cara ketenteraan, politik, ekonomi sehinggalah cara yang terkini.
Penguasaan teknologi maklumat meredah langit terbuka menjadikan dunia tanpa sempadan lagi. Kemajuan media dijadikan senjata baru untuk menyebarkan fitnah terhadap Islam dan pembawanya. Munculnya Islamofobia sebagai salah satu daripada perang salib baru, namun kesannya menjadikan ramai yang ingin tahu berkenaan Islam sebenar secara langsung, menyebabkan Islam akhirnya diminati ramai dan berlakunya kepesatan perkembangan Islam di negara musuh yang paling besar.
Seterusnya, Islam diambil untuk dikelirukan dengan menampalkan label yang dicipta oleh mereka untuk diselewengkan perjalanannya. Bermula dengan menjenamakan ideologi dan teori disandarkan kepada Islam.
Caranya mengambil titik persamaan konsep secara umum tanpa dilihat dasar dan objektifnya yang berbeza, seperti diperkenalkan konsep Islam baru dengan menyebut Islam Sekular, Sosialisma Islam, Islam Liberal, Islam Demokrasi, dibahagikan Islam Politik dan tidak politik, sehinggalah diadakan mazhab baru dalam Islam seperti Ortodoks, Konservatif, Modenisasi, Reformasi, Moderat sehinggalah Teroris dan ada lagi yang akan dimunculkan di atas nama ijtihad dalam perkara yang tidak diizinkan berijtihad.
Namun, Islam yang murni tetap tidak boleh dikelirukan dan cahayanya yang menyuluh dapat menembusi topeng yang dipasangnya pada wajah yang sesat dan zalim itu.
Terkini pula dilancarkan serangan ekonomi terhadap negara Islam yang dikira berpotensi menjadi kuasa besar dunia. Turki dan Iran kini dijadikan sasaran tanpa mengira Sunni dan Syiah kerana sejarah dan kemajuannya, walaupun diuar-uarkan kononnya untuk membantu Sunni menentang bahaya Syiah. Bahkan, dicadangkan pembentukan NATO Arab untuk menentang Iran yang dilabelkan bahaya Syiah. Turki bermazhab Sunni pula dilabelkan penjajah Uthmaniah.
Dolar yang menjadi cagaran mata wang antarabangsa dijadikannya senjata, selain dipermainkan cukai barangan negara yang menjadi sasaran itu. Tujuannya terkini untuk menjatuhkan Lira Turki dan Tuman Iran, dengan niat jahat bagi mencetuskan protes rakyat menentang kerajaan kerana masalah ekonomi seperti inflasi, kos sara hidup, pengangguran dan lain-lain. Namun banyak negara yang bergantung dengan cagaran dolar akan menerima akibatnya, menjadikannya senjata makan tuan, apabila banyak negara yang terkesan, lalu bersimpati kepada Turki dan Iran. Di samping Rusia, China dan negara lain yang tidak sama dengan Amerika juga terkesan.
Adapun negara umat Islam khususnya di kalangan negara Arab yang dicatur dahulunya ada yang terus dicatur politik, ekonomi dan media berkiblatkan ke arah ‘White House’. Berbeza dengan kiblat solat ke arah Kaabah dan Makkah, sehingga Israel dianggap kawan, tetapi negara Islam yang berjiran dijadikan lawan, walaupun nyata Israel sedang mengganas terhadap Palestin dan merampas Bait Al-Maqdis. Ada juga yang menjadi broker untuk membeli rakyat Palestin di atas nama perdamaian.
Ternyata OIC tidak berfungsi dan hanya bergusi tanpa gigi. Di sini sepatutnya umat Islam mengambil iktibar supaya mengisi kemerdekaan negara masing-masing dengan kembali kepada Islam yang sebenarnya dan mempertahankan jati diri mereka bersama Islam.
Sepatutnya umat Islam menyedari betapa Allah meletakkan mereka di bumi yang paling bertuah dalam peta dunia dari sudut kedudukan geografi, demografi, sumber kekayaan harta dan tenaga manusia penduduknya. Sepatutnya percayalah kepada firman Allah:
﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ٧﴾ [إبراهيم: 7]
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu. Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim: 7)
Hendaklah mengambil petunjuk Islam dan mengambil manfaat daripada sumber manusia dan hasil bumi sendiri bagi membina kekuatan umat Islam yang banyak dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari segi agama dan kehidupan dunia. Percayalah, kalau tidak pedulikan Islam boleh kufur aqidahnya dan tidak memanfaatkan hasil kurniaan Allah pula kufur nikmatnya. Kedua-dua kufur ini dimurkai Allah.
Al-Marhum Profesor Najmuddin Arbakan, mantan Perdana Menteri Turki pernah berusaha menubuhkan D8 (Gabungan Negara Umat Islam) yang terdiri daripada negara Turki, Malaysia, Mesir, Indonesia, Iran, Pakistan, Nigeria dan Bangaladesh, bagi merintis dan mewujudkan kerjasama politik, ekonomi dan lain-lain.
Di antaranya, mencadangkan Dinar Islam menggantikan Dolar dan Euro bagi mencapai erti kemerdekaan yang sebenarnya kepada negara Islam. Malangnya hasrat tidak kesampaian dan terhenti di tengah perjalanan kerana kecelaruan di kalangan umat Islam sendiri dan dijatuhkan ketua negaranya tanpa islah, sehingga membawa akibat lebih buruk dan kemungkaran lebih besar.
Malangnya terus wujud di kalangan umat Islam, mereka yang boleh dijadikan buah catur permainan musuh bagi mencetuskan masalah umat bukannya penyelesaian, menunjukkan perjuangan kemerdekaan kita belum selesai.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Zulhijjah 1439 / 27 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 27/8/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Zulhijjah 1439 / 27 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 27/8/2018
Sumber HD - 7-8-2018
Kesultanan Demak: Daulah laksana syariat
PENEGAKKAN Daulah Islam merupakan inspirasi terbesar para Wali Songo dalam rangka dakwah mereka di Pulau Jawa. Setelah berjaya meng-Islamkan putera-putera Prabu Brawijaya V dan mentarbiyah Jimbun atau Raden Patah sehingga menjadi seorang ulamak, Sunan Ampel mengharapkan beliau akan bangkit membangunkan Daulah Islam di Jawa, bermula dengan penubuhan pesantren di Glagahwangi yang dipimpin oleh Sunan Kota (Raden Patah). Apabila Prabu Brawijaya V mengangkat Raden Patah menjadi Adipati Demak Bintara, rencana untuk mewujudkan Daulah Islam menghampiri matlamatnya, terutama setelah Prabu Brawijaya V terpaksa menghadapi krisis dalam keraton Majapahit dan banyak wilayahnya mulai memerdekakan diri. Langkah terawal ke arah pembentukan Negara Islam ini ialah melalui pembinaan Masjid Agung Demak yang dibina pada 1388S (1466M/844H). Masjid ini dibina dengan ciri khusus yang memiliki empat tiang utama (saka guru) yang mewakili Sunang Bonang, Sunang Gunung Jati, Sunan Ampel dan Sunan Kalijaga. Atap limasnya menggambarkan gabungan iman, Islam dan ihsan yang menjadi teras ad-Din. Ia juga mempunyaimaksurah (khalwat) yang membawa tema ketauhidan Allah.
Menurut Naili Anafah, binaan Masjid Agung Demak mempunyai maksud majazi (kiasan) seperti yang digambarkan dalam babad-babad Jawa. Para Wali Songo yang bermesyuwarah bagi membina masjid ini telah menetapkan tiga perkara iaitu arah kiblat, mustaka (puncak) dan rencana membangunkan masjid. Menurut Atmodarminto yang didukung oleh Widji Saksono, bahawa maksud majazi dari pembinaan masjid ini adalah menegakkan Daulah Islam. Membina masjid memberi maksud membina Negara Islam, penentuan arab kiblat ialah menentukan dasar negara yang berasaskan al-Quran dan Sunnah, mustaka (puncak) ialah ketua negara (khalifah) yang berpegang dengan syariat dan pakaian taqwa, manakala rencana membangunkan masjid adalah rancangan dan strategi menegakkan daulah tanpa kekerasan ke atas Majapahit. Setelah Majapahit jatuh diserang oleh Raja Kediri, para Wali Songo segera memproklamasikan penubuhan Negara Islam Demak dengan Raden Patah sebagai mustaka (khalifah)nya. Bertolak dari prinsip inilah, sebuah daulah yang melaksanakan syariat dibangunkan di Demak.
Panatagama: Kuasa perundangan Wali Songo
Sistem perundangan Kerajaan Demak amat menarik untuk dikaji kerana para wali diketuai Sunan Giri telah diberikan kedudukan khusus sebagai pujangga, ngiras kinarya pepunden dan jaksa yang "mengku perdata" iaitu penjaga undang-undang. Para Wali berperanan mengawasi Raja-raja supaya berada di landasan Islam seperti mana Majlis Permesyuaratan Agung atau dewan perundangan. Sunan Giri yang menjadi Patanagama berkuasa menyusun segala peraturan ketataprajaan dan pedoman tatacara keraton. Sunan Kudus pula membantu beliau dalam soal pengadilan, mahkamah dan hukum acara (procedure law), manakala Sunan Ampel pula membantu dalam Undang-undang Keluarga, sedangkan Sunan Kalijaga dan Sunan Kudus berperanan dalam bab ibadat. Mereka bertanggungjawab menggubal undang-undang yang terkandung dalam serat-serat undang-undang berdasarkan syariat dan juga melaksanakan semua hukum tersebut. Ia meliputi hukum acara, hukum perdata (sivil law) dan hukum pidana (criminal law). Biasanya, satu kes jenayah akan dihadapkan kepada Dewan Wali Songo atau terus ke pengadilan yang diadakan di Masjid Agung Demak, sebelum jaksa menjatuhkan hukuman berdasarkan syariat.
Berdasarkan beberapa serat undang-undang yang digubal, ternyata Kerajaan Demak telah menguasatkuasakan Undang-undang Siyasah Jinayat meliputi Hudud, Qisas dan Takzir; Aqdiyah (kontrak); Syahadah (kesaksian); Imamah (kepemimpinan); Siyasah (politik); Jihad (perang agama); kompetisi, penahanan, janji (nazar), perbudakan, perburuhan, penyembelihan, aqiqah, makanan dan amalan bid'ah yang terdapat dalam Primbon I dan Primbon II. Undang-undang Munakahat (perkahwinan) meliputi soal khitbah (peminangan), nikah-talak-rujuk, pembentukan usrah, penjagaan (hadhanah), perwalian, pengawasan dan faraid (mawaris) turut diwujudkan sebagai lembaga sosial yang diawasi oleh Sunan Ampel. Primbon II turut menetapkan undang-undang berkait muamalat termasuk jual beli, perdagangan, persyarikatan dan talabul ilmi (menuntut ilmu). Dalam soal ibadat juga, beberapa serat seperti Kraemer dan Ringkes VI menetapkan hal berkait taharah, niat, syahadah, solat, zakat dan haji. Selain Sunan Kalijaga yang bertanggungjawab dalam urusan ibadat, Sunan Kudus mempunyai tanggungjawab khusus sebagai amirul hajj.
Contoh kes paling masyhur tentang sistem pengadilan dan pelaksanaan Hukum Syariat ialah hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Sheikh Siti Jenar, seorang anggota Wali Songo yang menganut faham wehdatul wujud, iaitu fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah (sama seperti kes Sheikh Hamzah Fansuri di Aceh). Dalam kes ini, Sheikh Siti Jenar didapati telah menganut fahaman tersebut jauh lebih awal dari berdirinya Kerajaan Demak, tetapi tindakan tidak diambil sehingga berdirinya sebuah daulah dan berlakunya Undang-undang Syariat. Sheikh Siti Jenar seperti yang disebut oleh Serat Sheikh Siti Jenar, bahawa tindakan beliau tidak melakukan Solat Jumaat dan mengganggu kestabilan negara dianggap sebagai peminggiran syariat dan penyebaran ajaran sesat. Berdasarkan kaedah syariat, beliau diajak bermuzakarah oleh Dewan Wali Songo supaya bertaubat, kemudian dibicarakan di hadapan Sultan, sebelum para jaksa memvonisnya dengan hukuman mati. Dalam Serat Negara Kertabumi, disebutkan eksekusi kematian Sheikh Siti Jenar dijalankan sendiri oleh Sunan Kudus. Kisah Sheikh Siti Jenar ini disebut dalam Serat Sheikh Siti Jenar, Suluk Sheikh Siti Jenar, Wawacan Sunan Gunung Jati, Babad Demak, Serat Negara Kertabumi, Suluk Wali Songo dan lain-lain.
Institusi Syariat di Demak
Dengan tertegaknya Daulah Islam di Demak, pelaksanaan Undang-undang Syariat sangat bergantung kepada kewujudan institusi-institusi syariat di sana. Selain Sultan yang menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin, baginda diberikan gelaran kebesaran khusus oleh Wali Songo. Sebagai contoh, Raden Patah digelar sebagai Sultan Fattah Syeh Alam Akbar Panembahan Jimbun Abdul Rahman Sayyidin Panatagama Sirullah Khalifatullah Amiril Mukminin Hajjuddin Khamid Khan Abdul Suryo Alam. Gelaran ini meletakkan Sultan sebagai institusi agama yang tertinggi di Demak. Baginda kemudian dibantu oleh para Wali Songo yang menjadi Panatagama seperti Sunan Giri, Sunan Gunung Jati, Sunan Kudus, Sunan Ampel dan lain-lain. Mereka memegang jawatan agama sebagai Mufti, Imam Besar Masjid Agung, Hakim, Jaksa dan juga anggota Dewan Wali Songo yang menjalankan syariat. Dalam kata lain, di Demak telah wujud Institusi Perundangan Islam seperti Dewan Pemesyuawaratan dan Majlis Fatwa, Kehakiman Islam dan kuasa-kuasa pelaksanaan Islam yang lain sehingga seluruh Undang-undang Syariat dapat diberlakukan.
Dewan Wali Songo telah menjadi penggubal undang-undang, Penasihat Sultan dan Dewan Muzakarah berkait hukum agama, selain menjalankan gerakan dakwah ke seluruh Nusantara. Individu-individu khusus seperti Sunan Giri mempunyai kedudukan sebagai ketua Wali Songo, sekali gus mempunyai bidang kuasa seperti Mufti dan Qadhi al-Quda' (Ketua Hakim). Masjid Agung Demak pula tidak hanya menjadi pusat ibadat dan dakwah, sebaliknya menjadi pusat pentadbiran negara dan mahkamah yang mengadili kes jenayah dan sivil. Salah satu jawatan yang penting ialah senoepati (panglima perang) yang pada awalnya dipegang oleh Pati Unus, tetapi sejak kesyahidannya di Melaka pada 1521M, jawatan tersebut dipegang oleh Sunan Fatahillah yang mengetuai hampir keseluruhan gerakan jihad ke atas Padjajaran, Portugis dan Blambangan. Kewujudan Daulah Islam ini kemudiannya memunculkan konsep Darul Islam (Demak) dan Darul Harb, di mana kuasa-kuasa Kuffar yang menolak dakwah Islam atau musuh Islam seperti Portugis akan dihadapi melalui jihad fi sabilillah. Wilayah-wilayah Hindu yang dikuasai dan di-Islamkan akan dijadikan Kesultanan Islam seperti yang berlaku di Ceribon dan Banten pada 1526M.
Undang-undang Syariat: Dari Moh Lima ke Salokantara
Selain daripada Peraturan-peraturan Syariat yang digubal melalui kuasa panatagama yang dipegang oleh Sunan Giri sebagai yang terkandung dalam beberapa primbun, kraemer dan ringkes, terdapat empat teks undang-undang penting di Demak yang menunjukkan tertegaknya Undang-undang Syariat di Jawa. Sebelum tertegaknya Daulah Islam, para Wali Songo terutama Sunan Bonang seperti yang tercatat dalam Serat Sunan Bonang (Het Boek van Bonang) telah menegaskan supaya orang Islam jangan diangkat orang Kafir sebagai pemimpin, meninggalkan ajaran sesat dan amalan bid'ah, sedangkan terlebih dahulu Sunan Ampel telah memperkenalkan falsafah "Moh Lima" untuk menolak kemungkaran masyarakat. "Moh Lima" bermaksud tidak akan melakukan lima hal yang tercela. Kelima hal tersebut adalah moh main (tidak mahu judi), moh ngombe (tidak mahu mabuk), moh maling (tidak mahu mencuri), moh madat (tidak mahu menghisap candu), dan moh madon (tidak mahu berzina). Falsafah ini bertujuan menjawab problem kemerosotan moral warga Majapahit waktu itu.
Dari latar belakang ini, sebaik sahaja Kerajaan Demak dapat didirikan pada 1478M, Raden Patah telah memperkenalkan empat set undang-undang yang menjadi peraturan dasar kerajaan berasaskan syariat, iaitu Salokantara, Jugul Muda, Serat Anger-anger Surya Alam dan Serat Surya Alam. K. Subroto mendakwa Salokantara, Jugul Muda dan Serat Anger-anger Surya Alam adalah tiga set undang-undang yang mengkodifikasikan Syariat Islam yang mengakui semua manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi. Naili Anafah yang mengkaji kedua-dua Serat Surya Alam itu pula, mengatakan ia adalah Undang-undang Demak tentang hukum acara, hukum perdata dan hukum pidana berasaskan Syariat Islam, yang kemudiannya menjadi sumber bagi pembinaan hukum dalam Kerajaan Pajang dan Mataram yang muncul selepas Demak. Sebagai mana Melaka yang memiliki Hukum Kanun Melaka, Aceh dengan Kanun Mahkota Alam dan Brunei dengan Hukum Kanun [Brunei], Demak juga memiliki set undang-undangnya sendiri yang berasaskan syariat, sekali gus membuktikan bahawa semua Kerajaan Islam di Nusantara melaksanakan Syariat Allah sebelum kedatangan penjajah.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
14 Zulqaedah 1439 / 28 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/8/2018
Pusat Penyelidikan PAS
14 Zulqaedah 1439 / 28 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/8/2018
Sumber HD - 21-8-2018
Pemerintahan ulamak Kesultanan Demak
SALAH satu ciri terpenting Kerajaan Demak sebagai sebuah Daulah Islam ialah mengimplementasikan kepemimpinan ulamak. Kerajaan ini bukan hanya dibangunkan oleh para ulamak di kalangan Wali Songo, tetapi Raja pengasasnya juga, Raden Patah adalah seorang ulamak yang mewarisi legasi takhta Kerajaan Majapahit di Trowulan yang runtuh diserang oleh Girindra Wardhana pada 1478M. Kerajaan Demak yang bangkit sebagai Kerajaan Islam ini bertahan selama sekitar 70 tahun, sebelum ia diserang oleh Pajang pada 1549M dan selepas pembunuhan Sunan Prawoto, Sultan terakhirnya pada 1549M. Sepanjang sejarah perkembangannya, Kerajaan Demak bukan sahaja berjaya menamatkan penguasaan Kerajaan Hindu Majapahit, Padjajaran dan Blambangan, tetapi berjaya memasukkan seluruh Pulau Jawa dalam Wilayah Islam, dan sekali gus menyebarkan Islam ke seluruh Kepulauan Nusantara termasuk Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Nusa Tenggara.
Peranan para Wali Songo, khususnya Sunan Gunung Jati, Sunan Giri dan Sunan Kudus terhadap pentadbiran Kerajaan Demak telah mengukuhkan kedudukan Sunan Kota (Raden Patah) dan para pewarisnya, Sultan Adipati Yunus (Pati Unus) dan Sultan Trenggono sebagai Sultan-sultan yang berwibawa dalam melanjutkan pengaruh ulamak di Jawa. Sebagai mana Raden Patah (1478-1518M) yang terkenal sebagai pengasas Kerajaan Demak, Sultan Pati Unus (1518-1521M) pula terkenal kerana kegigihan jihadnya menentang Kerajaan Hindu dan menyekat pengaruh Portugis, sedang Sultan Trenggono (1521-1546M) adalah penyebar Islam dan pembangun Empayar Demak, yang kedua-duanya syahid dalam jihad mereka. Tinggal saja Sunan Prawono yang tidak sempat berbuat banyak apabila dibunuh oleh Arya Penangsang, sebelum Jaka Tangkir dari Pajang menyerang dan meruntuhkan daulah ini pada 1459M. Namun, dalam tempoh 70 tahun ini, di bawah empat orang Sultan, Kerajaan Demak yang mewarisi Majapahit ternyata berjaya membina kegemilangan yang setanding sebagai sebuah empayar politik di Jawa.
Demak, 1478-1549: Perkembangan Kerajaan
Sejak berdirinya Kerajaan Demak pada 1478M (1400 Tahun Saka atau 856H) ekoran keruntuhan Majapahit, Raden Patah telah dilantik oleh para Wali Songo sebagai Sultan Demak pertama bergelar Sultan Fatah secara rasmi pada hari Isnin malam Selasa, 12 Rabiul Awal 860H (1482M atau 1404TS). Memerintah selama 40 tahun, Sultan Fatah telah berusaha mengembangkan dakwah Islam dan menguatkuasakan Undang-undang Syariat melalui Salokantra, iaitu satu set Undang-undang Kerajaan. Baginda turut melancarkan ekspedisi membebaskan Melaka pada 1513M dari penjajahan Portugis. Pada 1518M, Sultan Fatah telah wafat dan digantikan oleh menantunya, Pati Unus (Adipati Yunus) bergelar Sultan Yunus. Pada asalnya, Raden Surya, putera sulung Sultan Fatah menjadi putera mahkota, tetapi baginda syahid ketika ekspedisi membebaskan Melaka pada 1513M, lalu Sultan Yunus ditabalkan. Dengan didukung oleh Sunan Gunung Jati, Sultan Yunus telah melancarkan ekspedisi ke Melaka kali kedua pada 1521M, tetapi baginda dan putera sulungnya telah syahid dalam perang ini, lalu diganti oleh Raden Trenggono, putera Sultan Fatah. Sultan Trenggono adalah cucunda Prabu Brawijaya V yang juga cucu Sunan Ampel dari sebelah ibunya. Baginda memerintah sehingga 1546M.
Pada 1526M, Demak telah berjaya menguasai sepenuhnya Majapahit, diikuti penguasaan Demak ke atas Tuban, Wirasari (Mediun), Medangkungan (Blora), Surabaya, Pasuhruhan, Lamongan, Blitar, Wirasaba, Gunung Pananggunggan dan Sengguruh. Pada zaman sebelumnya, Demak telah berkuasa ke atas Jepara, Rembang, Kudus, Tingkir, Jipang, Semarang, Pajang dan Juwana. Dengan kejayaan Sultan Trenggono menguasai semua wilayah ini, hampir seluruh Pulau Jawa telah berada dalam kekuasaan Demak kecuali Blambangan, sekali gus menjadi empayar terkuat menggantikan Majapahit. Namun begitu, pada hujung pemerintahannya, telah berlaku sedikit konflik dalam keluarga dan kerajaan. Banginda mengahwinkan puterinya dengan Sunan Fatahillah dari Pasai yang juga anggota Wali Songo, manakala seorang lagi puterinya dinikahkan dengan Jaka Tingkir, yang dijadikan Adipati Pajang. Untuk mengembangkan dakwah, Sunan Kalijaga telah dibawa ke Ceribon, tetapi berlaku perselisihan pendapat dengan Sunan Kudus, sehingga tercetus pula krisis dalam pentadbiran agama. Sultan Trenggono pada 1546M, telah mengatur gerakan jihad ke atas Panarukan di Timur Jawa yang diketuai Sunan Fatahillah sebagai langkah menghancurkan saki baki Kerajaan Hindu Blambangan. Setelah pengepungan selama tiga bulan, Sultan Trenggono syahid ketika sedang bermesyuarat di medan perang akibat tertusuk pisau oleh putera Bupati Surabaya yang masih kanak-kanak. Baginda digantikan oleh puteranya, Raden Mukmin yang bergelar Sunan Prawoto. Kerana krisis dalaman Istana dan wali-wali yang berlanjutan, pada 1549M, Sunan Prawoto telah dibunuh oleh upahan sepupunya, Arya Penangsang. Sesetengah ahli sejarah mengatakan Arya Penangsang menjadi Raja Demak seketika, sebelum dibunuh oleh Adipati Tingkir yang bergelar Adipati Hadiwijaya dari Pajang. Pembunuhan ini telah meruntuhkan sama sekali Kerajaan Demak, dan berganti dengan Kerajaan Pajang pada 1549M.
Tokoh-tokoh pembangun Demak
Selain peranan para Wali Songo yang telah disebutkan, ketokohan Sultan-sultan Demak memang menjadi faktor yang sangat penting dalam membangunkan Demak. Tiga Sultan pertama Demak adalah para ulamak dan mujahid yang meluaskan dakwah Islam di Jawa, selain mempertahankan bumi umat Islam dari penaklukan kuasa Barat, Portugis. Sultan Demak keempat, Sunan Prawoto juga dicatatkan mempunyai cita-cita untuk meluaskan lagi Empayar Demak dan berkuasa seperti Daulah Othmaniyah, tetapi kerana kelemahan beliau, diikuti oleh peranan perisik Portugis, Fernandez Mendez Pinto serta krisis-krisis dalaman kraton, telah menyebabkan Demak runtuh dalam tempoh yang sangat cepat. Kelemahan utama Sunan Prawoto ialah kerana selalu tunduk dengan pandangan Pinto, terlalu cenderung untuk menjadi ahli sufi sedangkan baginda seorang Sultan serta gagal menangani krisis para wali dengan berkesan. Kerana kelemahan ini, berlaku krisis Istana yang membawa kepada pembunuhannya dan gerakan menuntut takhta yang menghancurkan Demak.
Di sebalik kelemahan Sunan Prawoto, Raden Patah yang mewarisi legasi Majapahit telah memperlihatkan ketokohannya yang didukung oleh para Wali Songo. Selain meluaskan empayar dan menegakkan syariat, putera Prabu Brawijaya V ini telah meluaskan dakwah Islam di seluruh Jawa dan berusaha menghalau Portugis dari Melaka. Menantu baginda, Pati Unus pula adalah Raden Abdul Qader bin Raden Muhammad Yunus (Sheikh Khaliqul Idrus) yang merupakan generasi ke-19 Rasulullah S.A.W. Baginda adalah bekas Adipati Jepara, selain turut menjadi menantu Sunan Gunung Jati. Sebelum menjadi Sultan, baginda adalah Panglima Armada Laut Kesultanan Banten, Demak dan Ceribon yang berusaha membebaskan Melaka. Ketika ini baginda bergelar Senapati Sarjawala. Peranan terbesar baginda ialah ekspedisi kedua ke atas Melaka pada 1521M yang membawa kepada kesyahidannya, dan sejak itu baginda bergelar Pangeran Seberang Lor. Adapun Sultan Trenggono sebagai putera Raden Patah dan cucunda Sunan Ampel, termasyhur dengan gerakan-gerakan jihadnya dalam meluaskan Empayar Demak ke seluruh Pulau Jawa dan akhirnya syahid dalam perang ke atas Blambangan pada 1546M.
Peranan para ulamak dalam kepemimpinan umat
Kedudukan para ulamak dalam kepemimpinan Kerajaan Demak adalah satu model baru kepemimpinan di Nusantara. Berbeza dengan Kerajaan Perlak, Melaka, Samudera-Pasai dan Brunei sebelumnya, Demak tampil dengan ulamak menjadi pengasasnya dan kesemua Rajanya adalah dari kalangan ulamak, selain peranan besar Wali Songo terhadap dasar-dasar kerajaan, sehingga Islam dapat bangkit dengan pesat di Jawa dalam tempoh 70 tahun. Gabungan ulamak-umarak ini merupakan ciri khusus yang membezakan Demak dengan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara sejak 840M. Kemunculan Raden Patah (1478-1518M), Pati Unus (1518-1521M), Sultan Trenggono (1521-1546M) dan Sunan Prawoto (1546-1549M) sebagai para Sultan yang bertaraf ulamak telah mengangkat kedudukan Islam sebagai agama yang diterima dengan cepat oleh orang Jawa yang sebelumnya beragama Hindu di bawah Majapahit. Keadaan inilah yang membawa kepada ulasan seorang sarjana, Sri Wintala Achmad yang mengatakan, berdasarkan gelaran 'Sultan' dan 'Sunan' yang digunakan dalam Kerajaan Demak, bukannya 'Prabu,' 'Ratu,' atau 'Maharaja,' menunjukan bahawa Raja-raja Islam bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin rakyat dan negara, tetapi juga sebagai pemimpin agama.
Konsep kepemimpinan agama ini mudah diterima oleh masyarakat Jawa kerana agama Hindu sebelumnya meletakkan konsep 'Devaraja,' iaitu satu konsep yang menyucikan Raja dengan memberikan taraf 'Dewa' kepada mereka. Sedangkan Islam membawa tema 'Khalifatullah fil ard' (Khalifah Allah di muka bumi), yang meletakkan ulamak sebagai pemimpin, menyerupai konsep 'Devaraja.' Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kedudukan para Wali Songo yang berperanan sejak 1404M, di mana dalam pemikiran masyarakat Jawa, para wali ini mempunyai keramat atau magis, iaitu satu bentuk kuasa luar biasa yang dimiliki oleh para ulamak disebabkan faktor agama. Soal benar atau tidak magis tersebut, tidak berbangkit dalam mengangkat tokoh-tokoh ulamak, tetapi semua kronik Jawa membawakan tema ini dalam memperkatakan mengenai Wali Songo. Atas asas ini, kepemimpinan ulamak menjadi unsur penting dalam peng-Islaman orang Jawa, sekali gus membentuk kepemimpinan umat.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
12 Zulqaedah 1439 / 26 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 20/8/2018
Pusat Penyelidikan PAS
12 Zulqaedah 1439 / 26 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 20/8/2018
Sumber HD - 20-8-2018
Demak luas empayar, tangkis penjajah Portugis
SELEPAS kejatuhan Sriwijaya di Palembang dan Singhasari di Jawa, telah bangkit Majapahit sebagai kuasa politik baru di Nusantara pada 1293M. Majapahit menjadi sebuah empayar yang menguasai hampir seluruh Nusantara termasuk Champa di Indo China, Borneo, Kepulauan Visaya, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Maluku. Menjelang runtuhnya Majapahit pada 1486M, dalam kraton Majapahit juga bangkit Kerajaan Demak yang beragama Islam pada 1478M, mewarisi Empayar Majapahit yang mulai melemah dan banyak wilayahnya telah melepaskan diri. Sultan-sultan Demak yang memerintah selama 71 tahun (1478-1549M), telah berjaya membina semula Empayar Jawa dengan menguasai seluruh pulau itu dan menjadi kuasa politik terbesar di Jawa pasca Majapahit. Demak berjaya mengatasi pengaruh Kerajaan Sunda Padjajaran di Barat dan Jawa Blambangan di Timur, yang kedua-duanya adalah Kerajaan Hindu.
Sultan Raden Patah yang memerintah selama empat dekad telah berjaya membina semula kekuatan pewaris keraton Majapahit dengan menguasai bahagian tengah Jawa, sedangkan kawasan Barat kekal dikuasai oleh Kerajaan Hindu Padjajaran, manakala di sebelah Timur pula menjadi Wilayah Kerajaan Hindu Blambangan. Seperti mana Raden Patah yang berhadapan dengan Portugis pada 1513M di Melaka, Sultan Pati Unus dan Sultan Trenggono juga turut berhadapan dengan Portugis masing-masing di Melaka pada 1521M dan Sunda Kelapa pada 1527M. Dalam mengekalkan pengaruh politiknya di Jawa, Demak terpaksa berhadapan dengan Kerajaan Hindu Padjajaran dan Blambangan, selain penjajah Portugis. Proses perluasan wilayah sebenar berlaku pada zaman Sultan Trenggono (1521-1546M) di mana seluruh Pulau Jawa telah berjaya dikuasai, tetapi kesyahidan Sultan Trenggono dalam perang menghadapi Blambangan telah menghentikan perluasan pengaruh Islam ke Pulau Bali - yang menyebabkan Bali menjadi satu-satu Wilayah Hindu di Nusantara hari ini.
Mewarisi Empayar Majapahit
Sebagaimana Majapahit mewarisi Kerajaan Hindu Singhasari pada 1292, apabila Raden Wijaya, menantu Kertanagara membangunkan Majapahit selepas diserang Jayakatwang dari Kediri. Keraton Majapahit kemudiannya diwarisi pula oleh Kerajaan Islam Demak pada 1478M. Pada akhir kepemimpinan Kertanagara dalam Kerajaan Singhasari, baginda telah menyatukan agama Hindu Siva dengan Buddha Tantrayana, sehingga kedua-dua agama berpengaruh dalam Kerajaan Mahapahit yang beragama Hindu. Pada zaman Tribuana Wijaya Tunggadewi (1328-1350M) dan Hayam Wuruk (1350-1389M), pengaruh Islam sudah pun wujud di dalam Kerajaan Majapahit, sedang pada zaman Prabu Brawijaya V (1474-1486M), Islam telah pun mendapat kedudukan politik dalam Kerajaan Majapahit ekoran keterbukaan Rajanya. Beberapa isteri Raja adalah puteri beragama Islam, sedang para putera baginda juga telah ramai memeluk Islam sehingga sebahagian Adipati (Gabenor) Majapahit terdiri daripada pembesar Islam, sama ada putera Istana atau pembesar biasa. Salah satu faktor yang memberi kedudukan kepada Islam ialah hubungan Majapahit dengan Dinasti Ming di China, di mana Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam telah beberapa kali mengunjungi Jawa antara 1404-1433M sehingga wujudnya komuniti Cina Muslim di Jawa.
Ketika Islam mulai pesat dalam Kerajaan Majapahit, tercetus Perang Paregreg (1404-1406M), perang saudara yang telah menjejaskan pengaruh Majapahit ke atas wilayah-wilayahnya. Sesudah itu, saat Wilayah Majapahit telah merosot kecuali di Jawa dan Palembang, putera-putera Prabu Brawijaya V seperti Arya Damar (Jaka Dillah) dan Jimbun (Raden Patah) telah memeluk Islam. Kedudukan mereka sebagai Adipati Palembang dan Adipati Demak Bintoro telah membolehkan mereka muncul sebagai pewaris Majapahit ketika berlakunya serangan Girindra Wardhana ke atas Majapahit pada 1486M. Sewajarnya, pewarisan ini bukan hanya terhadap takhta Majapahit sahaja, tetapi juga seluruh Wilayah Majapahit yang masih ada ketika itu. Malangnya, Raden Patah yang berkuasa di Demak Bintoro hanya menguasai Majapahit Barat, sedangkan Majapahit Timur yang berpusat di Daha Kediri kekal dikuasai oleh kerajaan Hindu yang dipimpin oleh Prabu Udhara sehingga 1527M. Bagi mengembalikan kekuasaan warisan Majapahit ini, Demak telah melakukan perluasan wilayah sehingga seluruh Jawa dapat dikuasai.
Empayar Demak: Penguasaan seluruh Pulau Jawa
Selain menjadi ulamak dan pemimpin agama, Raja-raja Demak terkenal kerana kepahlawanan dan kesatrian mereka. Tome Pires yang mencatatkan tentang Pate Rodim (Raden Patah) menyifatkan pengasas Demak itu sebagai seorang cavaleiro (pahlawan). Pada peringkat awal, Raden Patah telah berjaya menguasai beberapa wilayah seperti Jepara, Rembang, Kudus, Tingkir, Jipang, Semarang, Pajang dan Juwana. Bandar Tutang menjadi pelabuhan utamanya, selain Niag di Bonang dan Militer di Jepara, sedangkan pemerintahan berpusat di Glagahwangi, sebelum ia dipindahkan ke Gunung Prawoto oleh Sunan Prawoto (Raden Mukmin) pada 1546M. Pada zaman Sultan Pati Unus tidak banyak perluasan kawasan yang berlaku kerana tumpuan diberikan untuk menghalau Portugis selepas kejatuhan Kerajaan Samudera-Pasai pada 1521M, setelah baginda gagal mengalahkan Majapahit di Daha pada 1517M.
Perluasan wilayah yang lebih besar berlaku pada zaman Sultan Trenggono dengan Sunan Fatahillah sebagai Panglimanya. Pada tahap pertama (1421-1429M), tumpuan diberikan untuk membebaskan Ceribon (1526M), Banten (1526M) dan Sunda Kelapa (1527M) dari pengaruh Padjajaran, termasuk menghalau Portugis di Sunda Kelapa pada 1527M. Pakuan (Bogor) yang menjadi Ibu Kota Padjajaran telah jatuh ke tangan Demak pada 1529M. Sebelum itu, pada 1527M, Demak telah berhasil menghancurkan Majapahit di Daha, diikuti oleh penaklukan ke atas Wirasari (1528M), Tuban (1528M), Gagelang (Mediun) (1529M), Medangkungan (Blora) (1530M), Surabaya (1531M) dan Pasuruan (1535M). Kemudian penaklukan terus berlaku di Lamongan, Blitar dan Wirasaba (1541-1542M), Penanggungan (1543M) dan Sengguruh (Malang) (1545M). Dalam bulan Februari 1546M, Sultan Trenggono dan Sunan Fatahillah telah mengepung Pasuruan dalam rangka menghancurkan Kerajaan Hindu Blambangan yang berakhir dengan kesyahidan Sultan Trenggono. Sejak itu, timbul krisis dalam Kerajaan Demak dan penaklukan telah terhenti.
Demak membendung pengaruh Portugis
Ketika Demak sedang bangkit membangunkan pengaruh Islam di Jawa, Nusantara telah diancam oleh perluasan pengaruh Portugis yang telah menguasai Goa (1510M) dan Melaka (1511M). Pada 1512M, Portugis mula membuka pangkalannya di Ambon untuk menguasai perdagangan rempah. Kedatangan Portugis bukan sahaja mengancam penguasaan Islam ke atas laluan perdagangan Timur-Barat di Nusantara, tetapi telah memberi kesan besar terhadap perkembangan dakwah. Raden Patah selaku penguasa Demak yang menyedari peranan besar Melaka terhadap dakwah, termasuk pembentukan Majlis Dakwah Wali Songo semenjak 1404M, telah mengaturkan satu ekspedisi ketenteraan pada 1513M untuk menghalau Portugis. Serangan ini diketuai oleh menantu baginda, Adipati Yunus dan putera baginda, Raden Surya. Sebanyak 100 kapal dan 5,000 tentera menyertai armada ini, tetapi tidak dapat mengalahkan Melaka, bahkan Raden Surya telah syahid dalam ekspedisi ini. Setelah gagal membebaskan Melaka, Kerajaan Demak memberi tumpuan untuk membebaskan Jawa dari pengaruh Hindu sehingga kewafatan Raden Patah pada 1518M.
Sultan Pati Unus yang menggantikan Raden Patah telah melihat Portugis sebagai ancaman setelah Kerajaan Samudera-Pasai tumbang diserang kuasa Barat itu pada 1521M. Dalam masa yang sama, pelayar Portugis, Ferdinand Magellan telah tiba di Pulau Cebu untuk menakluk Kepulauan Visaya yang merupakan Wilayah Brunei dan Sulu. Ekoran itu, dalam tahun 1521M itu juga, Sultan Pati Unus telah menyiapkan 375 kapal dengan dukungan Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah. Walau bagaimanapun, Sultan Pati Unus telah syahid bersama putera sulungnya, kemudian Raden Hidayat dan Sunan Fatahillah (Fatalehen) telah mengambil alih kepemimpinan armada tersebut, dan berundur balik ke Demak. Selepas gagal mengalahkan Portugis kali kedua, penjajah Barat itu telah bersekongkol dengan Kerajaan Hindu Padjajaran untuk membuka loji di pelabuhan Sunda Kelapa pada 1522M, selain turut meluaskan pengaruh mereka di Ternate. Membendung perluasan pengaruh Portugis ini, Sultan Trenggono telah menyusun ketumbukan tentera diketuai Sunan Fatahillah untuk menyerang Ceribon dan Banten pada 1526M, sebelum menguasai Sunda Kelapa pada 22 Jun 1527M. Dalam serangan ini, bukan sahaja Portugis berjaya dihalau, tetapi Sunda Kelapa yang dikuasai oleh Padjajaran turut jatuh ke tangan Demak. Sunda Kelapa kemudiannya dinamakan sebagai Jayakarta (Jakarta) mulai tarikh tersebut dengan Sunan Fatahillah sebagai adipatinya.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
13 Zulqaedah 1439 / 27 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 20/8/2018
Pusat Penyelidikan PAS
13 Zulqaedah 1439 / 27 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 20/8/2018
Sumber HD - 20-8-2018
Feqah waqie' (realiti)
SEGALA puji bagi Allah Pencipta Alam, Tuhan Maha Esa, tiada sekutu baginya dan tiada bandingan sepertinya. Dizikirkan dengan nama-nama paling indah, bersifat paling terpuji, maha suci daripada kekurangan dan kelemahan. Pujiannya diulangi oleh penganut Islam di setiap solatnya yang wajib dan sunat pada bila-bila masa sahaja.
Allah bukan sahaja mencipta alam semesta, bahkan Allah juga menetapkan peraturan dan undang-undang berkonsepkan Islam yang teguh dan anjal (fleksibel) kepada semua makhluknya, kerana ada perkara yang tetap tidak berubah dan ada perkara yang berubah disebabkan undang-undang dan sistem mengikut perbezaan sifat makhluknya dalam aspek yang mengalami perubahan.
Perkara yang tetap tidak berubah mengikut fitrahnya (naluri). Adapun yang mengalami perubahan itu ditetapkan juga hukum syariat yang menjadi sempadan yang tidak merosakkannya. Sekiranya melampaui sempadan dan mengadakan undang-undang sendiri di luar kemampuan akalnya, nescaya terjerumus ke dalam kebinasaan. Firman Allah:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41(
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)
Islam sahaja petunjuk yang sempurna, konsisten dan saksama, meliputi aspek kejadian manusia dalam perkara fitrah yang tidak berubah dan menetapkan sempadan yang tepat dalam aspek yang mengalami perubahan dalam setiap perkembangan kehidupan manusia.
Semua agama atau ideologi lain tidak sempurna secara menyeluruh atau tidak saksama untuk memenuhi hak jasad, roh, individu, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling yang nyata dan ghaib dan tidak meliputi wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.
Semua agama atau ideologi lain tidak sempurna secara menyeluruh atau tidak saksama untuk memenuhi hak jasad, roh, individu, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling yang nyata dan ghaib dan tidak meliputi wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.
Kejadian alam mempunyai dua keadaan;
1) Perkara fitrah (naluri) yang tidak berubah, disebut Thawabit,
2) Perkara yang mengalami perubahan, disebut Mutaghayyirat.
2) Perkara yang mengalami perubahan, disebut Mutaghayyirat.
Kesempurnaan Islam khusus bagi makhluk manusia yang ditugaskan kewajipan ibadat, khilafah dan amanah serta diberi petunjuk dalam semua aspek tersebut. Ajaran Islam yang menjadi petunjuk itu hendaklah dikaji secara faham yang disebut Feqh atau Tafaqquh.
Al-Mawardi tokoh besar di kalangan ulama Mazhab Syafie menyebut salah satu syarat kepimpinan Islam yang mampu melaksanakan pemerintahan Islam yang adil hendaklah berilmu dalam hukum dan nawazil.
Maksud nawazil itu ialah waqie’ atau realiti atau fakta, yakni perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan.
Islam ciptaan Allah, Pencipta Alam (Rabb Al- ‘Aalamin) yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana dan Adil, berfirman dengan petunjuk Al-Quran, serta Sunnah Rasulullah S.A.W atau hadisnya (Al-Hikmah) yang menafsirkan cara praktikalnya:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ (89(
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah (petunjuk), serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam”. (Surah An-Nahl: 89)
Rasulullah S.A.W bukan sahaja menyampaikan bacaan Al-Quran yang diwahyukan kepadanya, bahkan Baginda Nabi S.A.W juga menunjukkan bagaimana Al-Quran itu diamalkan dalam seluruh kehidupan manusia yang disebut Hadis atau Sunnah yang juga dipelihara ilmunya dengan benar, amanah dan bijaksana yang dikawal oleh wahyu. Apabila tidak ada wahyu berkenaannya, menandakan keizinan Allah dalam perkara dalam jangkauan kemampuan manusia.
Kesempurnaan Islam itu meliputi urusan dunia dan akhirat yang ditegaskan secara nas qati’e yang tidak berubah dalam perkara rukun Islam, Iman dan akhlak yang menjadi dasar, termasuk perkara wajib, halal, haram dan beberapa hukum yang ditegaskan dalam perkara yang tidak mampu dicapai oleh ilmu manusia yang tetap ada kelemahannya.
Kesempurnaan Islam itu meliputi urusan dunia dan akhirat yang ditegaskan secara nas qati’e yang tidak berubah dalam perkara rukun Islam, Iman dan akhlak yang menjadi dasar, termasuk perkara wajib, halal, haram dan beberapa hukum yang ditegaskan dalam perkara yang tidak mampu dicapai oleh ilmu manusia yang tetap ada kelemahannya.
Disamping itu, ada ruang pelaksanaan yang mampu ditunaikan oleh manusia termasuk dalam keadaan darurat (terpaksa), sehingga dihalalkan perkara yang haram dengan kadar sempadannya, mengikut keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta yang nyata bersifat rahmat dan adil.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (172) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (173(
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya berabdikan diri kepada-Nya. (172) Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (173)” (Surah Al-Baqarah: 172-173)
Sains terkini menerima hakikat perkara yang wajib pasti membawa manfaat kepada jasad, roh dan masyarakat, manakala perkara yang diharamkan pula pasti membawa mudarat dalam semua perkara tersebut.
Di antara perkara yang menarik dalam pelaksanaan Islam ialah Feqah Waqie’ (realiti) dalam aspek yang berkait dengan perubahan zaman, masyarakat dan tempat, melalui kefahaman terhadap sebab-sebab turunnya ayat-ayat yang diwahyukan atau hadis yang diucap dan diamalkan, atau ada juga dengan ijtihad (kajian mereka yang berkeahlian ilmu dan terpelihara akhlaknya).
Contohnya dalam aspek sistem pemerintahan Khalifah Abu Bakar R.A melaksanakan konsep Islam mendahului demokrasi barat dengan memperkenalkan cara pemilihan pemimpin.
Ketika itu para sahabat dapat menangani mesyuarat pemilihan ketua negara selepas kewafatan Rasulullah S.A.W dengan menjelaskan Maqasid Syariah dan Siyasah Syar’iyyah dalam memilih pemimpin utama bukan sahaja syarat ilmu dan akhlak dan kemampuan menunaikan hak rakyat melalui pemilihan pemimpin tersebut, bahkan dimasukkan juga syarat Kabilah Quraisy yang bermaksud bangsa yang dominan dalam negara itu yang berubah mengikut bangsa penganut Islam yang paling berpengaruh.
Selain itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A menganjurkan Solat Sunat Tarawih berjamaah dua puluh rakaat berimamkan Ubai bin Kaab R.A (qari paling tersohor di zamannya).
Khalifah Umar juga mengambil contoh sistem Rom dan Parsi dalam pentadbiran dan sistem kewangan negara dalam memberi imbuhan (gaji) kepada jentera kerajaan mengikut sifat keistimewaan dan peranannya. Termasuk juga mengadakan percukaian dinamakan Kharaj kepada tanah terhadap bukan Islam, di samping zakat pertanian kepada penganut Islam. Begitu juga ‘Usyur (cukai perniagaan) kepada bukan Islam, di samping zakat perniagaan dan harta terhadap penganut Islam berkonsepkan nisab terhadap mereka yang berada (kaya) sahaja.
Dalam aspek yang berhubung dengan ibadat, Khalifah Uthman bin Affan R.A memerintahkan supaya diazankan dua kali pada Hari Jumaat, kerana menghadapi masyarakat Islam di zamannya yang lemah semangat keagamaannya yang seringkali lambat datang ke masjid bersembahyang Jumaat. Berbeza di zaman Rasulullah S.A.W, Khalifah Abu Bakar dan Umar R.A, azannya sekali sahaja.
Saidina Uthman R.A juga mengarahkan supaya dikumpulkan Al-Quran secara bertulis dalam satu kitab (mushaf) yang disusun rapi demi memeliharannya, bukan sahaja bergantung kepada hafazan. Beliau juga mengarahkan supaya mengambil sahaja unta yang sesat yang tidak diketahui tuannya, walaupun Hadis Rasulullah S.A.W hanya kepada kambing yang lemah dan melarang mengambil unta yang besar dan kuat, tetapi disebabkan manusia di zamannya mengalami kelemahan akhlak beragama.
Saidina Uthman R.A juga mengarahkan supaya dikumpulkan Al-Quran secara bertulis dalam satu kitab (mushaf) yang disusun rapi demi memeliharannya, bukan sahaja bergantung kepada hafazan. Beliau juga mengarahkan supaya mengambil sahaja unta yang sesat yang tidak diketahui tuannya, walaupun Hadis Rasulullah S.A.W hanya kepada kambing yang lemah dan melarang mengambil unta yang besar dan kuat, tetapi disebabkan manusia di zamannya mengalami kelemahan akhlak beragama.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz R.A mengenakan cukai Khumus (satu perlima) daripada hasil laut, berpandukan Khumus Rikaz (penemuan barang lama yang tidak bertuan).
Khalifah Abdul Malik bin Marwan pula mengarahkan supaya diadakan mata wang kepada negara Islam dan membatalkan penggunaan mata wang Rom dan Parsi.
Amir Saif Al-Daulah Al-Hamadani di zaman Abbasiyah memperkenalkan muamalah menggunakan cek bagi bayaran tanpa menggunakan matawang bagi memudahkan urusan pembayaran.
Sejarah juga melaporkan ijtihad para ulama mazhab Syafie yang berdakwah di Nusantara, menerima penganut agama Hindu dan Buddha menjadi ahli zimmah (warganegara dalam negara Islam) dengan melaksanakan hukum mazhab Hanafi dan Maliki berdasarkan Maqasid Syariah dalam aspek Islam adalah dakwah kepada semua manusia dan adil terhadap semua.
Ulama dalam satu mazhab seperti Imam Al-Mawardi bermazhab Syafie berbeza pendapat dengan Imam Al-Haramain Al-Juwaini juga bermazhab Syafie dalam beberapa perkara yang berkait dalam aspek politik Islam kerana mereka berada dalam negeri dan daerah yang berbeza masyarakat dan zamannya.
Perubahan ini adalah pelaksanaan Feqah Waqie’ yang dihayati oleh para ulama yang mendalami ilmunya yang berbeza dengan istilah Ortodok dan Protestan dalam agama Kristian atau Konservatif dan Liberal dalam teori barat. Maka memasukkan istilah barat terhadap Islam adalah pendekatan yang salah atau sesat daripada Islam yang sebenar.
Kenyataan sejarah membuktikan para ulama generasi sahabat dan tabien selepasnya yang belajar dalam satu madrasah dan guru yang sama berkonsepkan tafaquh, sebagaimana disebut dalam firman Allah:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (122(
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berdakwah dan berjihad); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu bertafaqquh (mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam Agama Islam), dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (Surah At-Taubah: 122)
Para ulama tersebut tegas beristiqamah bersepakat tidak berubah dalam perkara dasar, rukun dan nas yang ditetapkan, namun mereka berkhilaf (berbeza pendapat) dalam perkara furu’ (cabang) dan perkara yang mengalami perbezaan pendapat daripada nas yang bersifat umum atau mengikut waqie’ atau realiti semasa.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Zulhijjah 1439 / 16 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 16/8/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Zulhijjah 1439 / 16 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 16/8/2018
Sumber HD - 16-8-2018
Alukan kerjasama dalam, tolak bantuan asing
PETALING JAYA: Rakyat diminta membuat perhitungan melalui PRK N.32 Dun Seri Setia yang walaupun disebut kecil namun mempunyai makna yang besar.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru supaya memilih wakil yang mampu berhujah dan dapat menyampaikan mesej rakyat.
"Walaupun kita tahu kemenangan tidak boleh menubuhkan kerajaan, jadi pembangkang sahaja, (tetapi) pembangkang yang menasihat. Pembangkang yang berani dan tegas.
"Maka PAS mengalu-alukan pertolongan daripada semua pihak termasuk daripada parti Umno, rakan yang sanggup membantu kita. Bahkan (dari) parti lain dalam PH yang (mahu) menukar pendirian.
"Apa yang penting PAS mahu bantuan daripada dalam negeri, bukan makhluk asing. Ada parti yang menang dengan bantuan makhluk asing, bantuan dari luar, untuk menang tanpa peduli keselamatan negara.
"Dalam hal ini, kita harap rakyat boleh berfikir dengan matang, dengan bijak. Undi adalah perkara yang besar bukan boleh dijual beli.
"Kerana maknanya lima tahun yang akan datang atau empat tahun yang akan datang. Sekurang-kurangnya kita memilih wakil yang bercakap bagi pihak kita," seru beliau semasa Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK N.32 Dun Seri Setia di Desa Mentari, di sini sebentar tadi.
Nasihat beliau, bagi umat Islam, memilih wakil rakyat adalah memilih pemimpin bagi kawasannya untuk mewakili ke Dewan Negeri mengikut amalan demokrasi berparlimen.
Jelas beliau, bagi orang Islam betapa besarnya memilih pemimpin rakyat ini sehingga mereka menganggap lebih penting daripada mengebumikan jasad Nabi S.A.W ketika wafatnya.
Urusan tersebut jelasnya, menggambarkan urusan memilih pemimpin tidak boleh secara sewenang-wenangnya atau sebagai remeh-temeh untuk untuk melepas geram dan membuat keputusan mudah semata-mata terpengaruh dengan media sosial yang tidak diketahui benar dan salahnya.
"Apalagi nak diluluskan akta boleh menyiarkan berita bohong, untuk melakukan apa sahaja menyebabkan kita salah memilih pemimpin. Kita saksikan contoh kegelabahan PH yang menang pilihan raya, menyelesaikan masalah rakyat.
"Contohnya menghapuskan GST tukar kepada SST. SST yang ditinggalkan oleh kerajaan yang dulu kerana gagal menampung kewangan kerajaan kerana tidak boleh menghambat mereka yang melarikan cukai. Ini SST, ditukar kepada GST untuk memintas cukai itu. Menambahkan hasil.
"Tetapi kesilapannya tidak boleh mengawal inflasi, kenaikan harga barangan oleh GST. Menyebabkan kita mempunyai satu pandangan yang lain. Membebankan semua rakyat, pusing ke belakang, kepada SST yang juga pernah membebankan rakyat dan kerajaan.
"Mereka tidak menumpukan kepada mengkaji satu sistem cukai yang lebih baik. Membuat janji-janji yang tak boleh ditunaikan. Nak turunkan harga minyak serta merta, nak hapuskan tol serta merta. Banyak janji-janjinya.
"Ada yang kata manifesto bukan kitab suci, tapi kitab suci mewajibkan tunai janji. Ini hal yang perlu disedar oleh kita semua," peringatnya. -HARAKAHDAILY 15/8/2018
Sumber HD - 16-8-2018
Kesultanan Demak: Peranan Wali Songo
PERANAN Wali Songo dalam sejarah perkembangan Islam di Jawa adalah suatu hakikat yang tidak dapat ditolak lagi. Walaupun catatan sejarah tentangnya yang terdapat di dalam kronik-kronik Jawa begitu bersimpang-siur, namun hakikat kewujudan dan peranannya adalah suatu hal yang jelas. Tinggal lagi kerana corak penulisan sejarah dalam kronik-kronik itu tidak mengikut disiplin penulisan ilmiah dan terlalu membesarkan kesaktian tokoh-tokohnya, maka nilai sejarahnya terjejas. Namun begitu, sama ada berdasarkan riwayat lisan, penulisan kronik atau catatan prasasti, jelas menunjukkan bahawa Wali Songo telah membawa perubahan besar terhadap kehidupan beragama masyarakat Jawa. Sebelum ini mereka pernah beragama Buddha, sebelum berdirinya Kerajaan Majapahit pada 1292M yang beragama Hindu. Perubahan agama ini kemudiannya membawa kepada perubahan politik, apabila Kerajaan Hindu ini jatuh dan digantikan oleh Kerajaan Islam Demak pada 1478M. Pemain utama yang mencaturkan pergerakan dakwah dan politik ini ialah para ulamak yang bergerak dalam Majlis Dakwah Wali Songo sejak 1404M.
Wali Songo, satu institusi yang sebenarnya wujud kesan daripada kesedaran Kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat dan India untuk meng-Islamkan Pulau Jawa dan seterusnya, Nusantara. Dengan dukungan Kerajaan Samudera-Pasai dan Melaka, pada 1404M, telah ditubuhkan Majlis Dakwah Wali Songo dengan Maulana Malik Ibrahim (m. 1419M) sebagai pelopor yang pertama. Beliau tiba di Jawa dari Champa pada 1392M (801H). Kemudian dengan tertubuhnya Majlis Dakwah Wali Songo yang dianggotai sembilan orang ulamak, mereka menyebarkan Islam dengan bermula di Gerisik (Kerisik) di Jawa Timur. Dakwah mereka bergerak di Jawa setelah kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada (m. 1365M) dan Kerajaan Majapahit dalam keadaan kecacauan selepas tercetusnya Perang Paregreg (1404-1406M). Kelemahan yang dihadapi oleh Majapahit membuka ruang untuk Islam bangkit dan menjadi kuasa politik dalam tempoh 50 tahun selepas Perang Paregreg.
Wali Songo: Pergerakan sepanjang abad ke-15M
Menurut Kanzul Ulum, pemimpin Daulah Othmaniyah, Sultan Muhammad I Celebi (1379-1421M), telah mengarahkan supaya gerakan dakwah dilancarkan terhadap Pulau Jawa untuk mengatasi pengaruh dua Kerajaan Hindu, Majapahit dan Padjajaran. Atas sebab itu, Maulana Malik Ibrahim yang berasal dari Wilayah Othmaniyah telah dihantar ke Jawa pada 1392M melalui India, kemudian ke Pasai, Champa dan Pattani, sebelum ke Jawa, serta menubuhkan Majlis Dakwah Wali Songo pada 1404M. Majlis ini dianggotai oleh:
● Maulana Malik Ibrahim (m. 1419M) dari Turki,
● Maulana Muhammad Ishak dari Samarkand,
● Maulana Jamadil Kubra (m. 1453M),
● Maulana Muhammad Maghribi dari Moroko,
● Maulana Malik Israel (m. 1435M) dari Turki,
● Maulana Muhammad Ali Akbar (m. 1435M) dari Parsi,
● Maulana Hassanuddin (m. 1462M) dari Palestin,
● Maulana Aliyuddin (m. 1462M) dari Palestin, dan
● Sheikh Subakir dari Parsi.
Ulamak lain yang turut terlibat dalam Majlis Dakwah Wali Songo sepanjang abad ke-15M ialah Raden Ahmad Ali Rahmatullah (Sunan Ampel) dari Champa, Sayyid Jaafar Sadiq dari Palestin, Syarif Hidayatullah dari Palestin, Raden Paku (Maulana Ainul Yakin) dari Blambangan, Jawa Timur, Raden Syahid (Sunan Kalijaga) dari Tuban, Jawa Timur, Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) dari Surabaya, Raden Qassim (Sunan Derajat) dari Surabaya, Raden Hassan (Raden Patah), Fathullah Khan, Raden Muria (Sunan Muria), Sheikh Siti Jenar dan Pandanarang (Sunan Tembayat). Mereka menggantikan wali-wali sebelumnya yang wafat atau pulang ke negeri asal mereka pada tahun-tahun 1421M, 1436M, 1463M dan 1466M.
Pergerakan Wali Songo pada peringkat awal tidak mengkhusus wilayahnya, tetapi mulai 1421M, mereka membahagikan kawasan dakwah kepada Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat dengan setiap kawasan ditugaskan kepada tiga orang wali. Antara langkah Wali Songo ialah menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam (pondok atau pesantren) bermula di Gerisik oleh Maulana Malik Ibrahim, sebelum Sunan Ampel, Sunan Giri dan lain-lain turut berbuat demikian. Selain menubuhkan pesantren, para Wali Songo turut membina masjid, berdakwah kepada masyarakat Hindu, termasuk tindakan Maulana Malik Ibrahim berdakwah kepada Raja Majapahit, Wikrama Wardhana (1386-1429M). Melalui bidang perubatan, seni dan budaya, pendidikan, perdagangan dan sebagainya, para Wali Songo meluaskan pengaruh Islam. Pernikahan para wali ini dengan anak-anak Raja dan pengeran juga menjadi faktor besar perkembangan Islam di Jawa.
Pembentukan kader-kader politik Wali Songo
Kejayaan Maulana Malik Ibrahim dan Sunan Ampel yang masing-masing menubuhkan pesantren di Gerisik dan Ampeldenta telah berhasil melahirkan kader-kader dakwah dan politik yang kemudiannya berjaya mengubah Jawa menjadi Wilayah Islam. Antara tokoh-tokoh pendakwah yang lahir dalam asuhan Sunan Ampel ialah Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Derajat, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, Sunan Kota (Raden Patah), Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati. Mereka kemudiannya menjadi tokoh-tokoh agama termasuk sebagai Mufti, dan ada yang bertebaran membuka pesantren di tempat masing-masing dan mengirimkan pendakwah ke seluruh Nusantara. Dakwah Islam bukan sahaja membiak di Jawa, tetapi juga di Palembang, Maluku, Kalimantan, Nusa Tenggara dan Makassar. Pengaruh Sunan Giri misalnya telah menyebabkan Islamnya Kutai, Makassar dan Nusa Tenggara.
Perkaderan politik adalah satu aspek yang lebih penting, terutama dalam konteks pembentukan Daulah Islam di Jawa. Walaupun usaha awal Maulana Malik Ibrahim untuk meng-Islamkan Raja Majapahit telah gagal, namun keterbukaan sikap Prabu Brawijaya V telah membolehkan pengaruh Islam menyerap dalam kraton (istana) Majapahit. Pada peringkat awal, dakwah ke kraton Majapahit ini berlaku melalui perkahwinan Prabu Brawijaya V dengan puteri Raja Champa yang beragama Islam, kemudian Sunan Ampel berjaya meng-Islamkan Arya Darma, putera Prabu Brawijaya V yang menjadi Adipati Palembang. Arya Darma yang diberi nama Jaka Abdillah (Jaka Dillah), telah meng-Islamkan adiknya, Jimbun yang kemudiannya dikenali sebagai Raden Patah. Raden Patah dibawa ke Ampel untuk mendalami ilmu agama sehingga menjadi seorang ulamak yang digelar Sunan Kota. Raden Patah kemudian dilantik sebagai Adapati Bintoro (Demak) oleh ayahnya, Prabu Brawijaya V. Beberapa saudaranya yang beragama Islam turut dilantik sebagai adipati di Ponorogo, Pamadegan dan Lumajang. Keadaan ini memudahkan perluasan pengaruh Islam. Bahkan, turut dikaderkan ialah Sunan Giri yang disebut-sebut mengasaskan Giri Kedaton iaitu sebuah Kerajaan Islam di Gunung Giri.
Penegakkan daulah di Jawa: Berdirinya Kerajaan Demak
Dalam tradisi Jawa, Raden Patah disebutkan sebagai pendiri Kerajaan Demak, sekali gus adalah pewaris sah Majapahit. Setelah memeluk Islam, beliau belajar di Ampeldenta, sebelum membuka pesantren di Demak Bintoro atas arahan gurunya, Sunan Ampel. Setelah Girindra Wardhana, pewaris Singhasari berjaya menjatuhkan Prabu Brawijaya V di Trowulan pada 1478M, Raden Patah telah bertindak mendirikan Kerajaan Demak di Bintoro. Antara tokoh utama dalam pembentukan Kerajaan Demak ini ialah Sunan Giri, sedangkan Sjamsudduha dalam kajiannya mengatakan 13 orang wali terlibat dalam pengangkatan Raden Patah, iaitu Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Sunan Derajat, Sunan Gunung Jati, Sunan Muria, Sunan Kudus, Sunan Wilis, Sunan Mayoran, Sunan Demak, Sunan Ngudung, Sunan Mulya dan Sunan Kertayasa. Di sinilah diperlihatkan dukungan padu para ulamak dalam pembentukan Kerajaan Demak.
Rachmad Abdullah dalam analisisnya yang berkongsi pendapat dengan Tome Pires, mengatakan kejayaan pembentukan Kerajaan Demak disebabkan dua faktor. Pertama, kerana Islamnya bangsawan Jawa terutama di kalangan adipati termasuk di Tuban, Ponorogo dan Pamekasan-Madura. Mereka mendukung usaha para ulamak menubuhkan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh ulamak juga iaitu Sunan Kota (Raden Patah). Kedua, orang-orang luar yang telah beragama Islam dan membuat perkampungan di Jawa telah bertindak mempertahankan Demak dari serangan musuh. Mereka ialah para wali yang membentuk Majlis Dakwah Wali Songo sejak 1404M. Sebenarnya telah berlaku jihad fi sabilillah dalam pendirian Kerajaan Demak, terutama dalam menghadapi Girindra Wardhana yang merampas Kerajaan Majapahit. Penglibatan Sunan Bonang, Sunan Giri dan Sunan Kudus dalam gerakan jihad ini dirakamkan oleh banyak penulis. Peranan para ulamak dalam pelbagai aspek di Jawa ini, bukan sahaja telah melebarluaskan pengaruh Islam, tetapi juga telah membawa kepada berdirinya Kerajaan Islam di Demak.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
11 Zulqaedah 1439 / 25 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 16/8/2018
Sumber HD - 16-8-2018
Kesultanan Demak pembangkit Islam Jawa
PULAU Jawa adalah pusat tamadun terpenting di Nusantara kerana pulau ini bukan sahaja memiliki kerajaan-kerajaan yang besar, tetapi juga mempunyai penduduk yang terpadat di dunia. Kejayaan Islam menguasai Pulau Jawa telah menamatkan sama sekali pengaruh politik Hindu di rantau ini, sekali gus menjadikan orang Jawa sebagai etnik Islam yang paling besar. Pada hari ini pun, jumlah penduduk Jawa ialah 145 juta jiwa, mewakili separuh dari jumlah umat Islam di seluruh Nusantara. Kerana itu, gerakan dakwah yang dilancar ke atas Pulau Jawa pada 1404M oleh Majlis Dakwah Wali Songo telah memberikan dampak terbesar terhadap perkembangan seluruh dunia Islam pada abad ke-15M. Pada hari ini juga rantau Nusantara diiktiraf memiliki umat Islam paling ramai, berikutan Islamnya Pulau Jawa. Bahkan, dalam konteks pengenalan orang Melayu di dunia Arab, istilah "Jawi" atau "orang Jawah" menjadi sebutan untuk mewakili seluruh etnik Nusantara. Kerajaan Demak yang diasaskan pada 1475M telah menjadi batu tanda bahawa Islam telah menggantikan Hindu sebagai kuasa politik baru di rantau ini.
Pembentukan Kerajaan Demak telah diketahui umum sebagai kesan terhadap gerakan para ulamak, terutama Wali Songo, dan yang lebih penting juga ialah kedudukan Demak sebagai pewaris legasi Melaka sebagai penyebar Islam. Tokoh-tokoh pengasas Demak seperti Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah adalah dari kalangan ulamak yang pernah mendalami ilmu agama di Melaka sebelumnya. Mereka memainkan peranan besar dalam meng-Islamkan Raden Patah, putera Raja Mahapahit terakhir, Prabu Brawijaya V. Selepas memeluk Islam, Raden Patah menjadi murid kepada Sunan Ampel salah seorang tokoh Wali Songo. Sebelum berdirinya Kerajaan Demak, Pulau Jawa bersama hampir seluruh Alam Melayu menjadi taklukan Kerajaan Hindu Majapahit (1293-1527M). Selepas kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada pada 1365M, Islam mulai berkembang dan Wali Songo mula bergerak aktif sehingga dapat meng-Islamkan putera-putera Majapahit. Dari situlah berdirinya kerajaan Islam Demak menggantikan Kerajaan Hindu Majapahit.
Kemasukan Islam di Jawa: Beberapa informasi awal
Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara sentiasa dikaitkan dengan Aceh kerana wujudnya penempatan orang "Ta-shi" di sana sejak abad ketujuh Masehi dan berdirinya Kerajaan Islam Perlak pada 840M. Namun begitu, ramai juga pengkaji yang masih memperkatakan tentang kedudukan Pulau Jawa sebagai tempat terawal yang menerima kedatangan Islam. Bahkan turut menjadi perbahasan ialah apakah Islam di Jawa dibawa oleh orang Arab atau ulamak-pendakwah dari China. Beberapa kronik Jawa seperti Babad Tanah Jawi, Sejarah Banten dan Purwaka Caruban Nagari, serta kronik China seperti Sam Po Kong telah mencatatkan peranan ulamak-ulamak China dalam proses peng-Islaman Jawa dan perluasan pengaruh Islam ke atas Majapahit. Sedangkan peranan ulamak berdarah Arab dalam kelompok Wali Songo tidak dapat ditolak berdasarkan artifak-artifak seperti batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Kerisik.
Beberapa persoalan yang timbulkan:
● Ramai pengkaji yang menganalisis rekod-rekod China tentang Ho-ling atau Chopo (She-p'o) mendakwa kerajaan yang terletak di Jawa Tengah ini telah mengamalkan Hukum Syariat. Raja Kalinga (Ho-ling) yang terkenal, Ratu Shima (674M) telah memotong kaki puteranya kerana merompak harta negara. Pelaksanakan hukuman ini, didakwa oleh sesetengah pengkaji bahawa Kerajaan Islam telah berdiri di Kalinga.
● Penemuan batu nisan Fatimah binti Maimun di Kerisik, Leran. Baru nisan ini bertarikh 475H (1082M) mencatatkan pemiliknya berketurunan Hibatullah dari Parsi. Tarikh 1082M ini dianggap sebagai tarikh kemasukan Islam ke Jawa, bahkan ada pengkaji mengatakan telah wujud Kerajaan Islam "Dinasti Hibbatullah" di Leran ketika itu berdasarkan kompleks pemakaman Islam yang wujud. Namun begitu, belum ada maklumat lain yang dapat menyokong dakwaan tersebut. Walaupun ada bantahan, tetapi sehingga kini, batu nisan ini menjadi bukti artifak tertua tentang kemasukan Islam di Jawa.
● Malauna Malik Ibrahiam, pendakwah Arab dari India dikatakan Mubaligh pertama yang bergerak menyebarkan Islam di Jawa pada akhir abad ke-14M. Pada 1404M beliau menubuhkan Majlis Dakwah Wali Songo untuk menyebarkan Islam dan wafat pada 822H (1419M). Maqamnya terletak di Kerisik, berhampiran Leran. Bermula dari gerakan inilah, Islam mulai berkembang dan diterima dalam Kerajaan Majapahit sehingga putera-putera istana memeluk Islam selepas pertengahan abad ke-15M.
● Beberapa babad Jawa telah mencatatkan kehadiran Sheikh Abdul Rahman as-Syaukani yang dikatakan cucu saudara kepada Imam Ahmad bin Hambal ke Jawa pada akhir abad ke-13M. Beliau menyebarkan Islam di Lamujang dan mengahwini saudara perempuan Arya Wiraraja, Raja Lumajang. Lumajang didakwa oleh sesetengah pengkaji adalah Kerajaan Islam pertama di Jawa.
● Babad, serat, hikayat dan kronik Jawa dan China merekodkan tentang pergerakan ulamak China dalam menyebarkan Islam di Jawa, terutama zaman Majapahit. Dalam Sejarah Banten dan Hikayat Hassanuddin, pengasas Kerajaan Demak, Raden Patah dikatakan seorang Cina. Dalam serat Sabda Palon, dikisahkan bagaimana para ulamak Cina menyebarkan Islam melalui Champa, kemudian ke Palembang dan Jawa. Di Palembanglah Raden Patah di-Islamkan. Bahkan, Prabu Brawijaya V mempunyai isteri dari Champa dan China yang beragama Islam. Atas sebab ini juga, Laksamana Cheng Ho melawat Majapahit pada 1404M.
● Selain batu nisan Fatimah binti Maimun, Sejarah Banten yang ditulis pada 1662M merupakan sumber bertulis tertua yang mencatatkan tentang kemasukan Islam di Jawa. Ia mencatatkan tentang kemasukan Islam di Leran, tetapi mengatakan Puteri Dewi Suwari, puteri Leran ditunangkan dengan Raja terakhir Majapahit. Kebanyakan cerita lisan di Leran mengatakan Puteri Dewi Suwari adalah pemilik batu nisan tua itu, sebelum Ludvic Kalus dan Claude Guillot, arkeolog Perancis membuktikan ia adalah milik Fatimah binti Maimun. Kebanyakan riwayat lisan di Jawa mengatakan Puteri Dewi Suwari adalah murid atau isteri Maulana Malik Ibrahim.
Demak: Kerajaan Islam pertama di Jawa
Kerajaan Demak yang ditubuhkan 1478M dikatakan oleh para sarjana bahawa ia adalah Kerajaan Islam yang pertama didirikan di Pulau Jawa, iaitu ketika Melaka berada di puncak pengaruhnya dan para Wali Songo telah berhasil meluaskan pengaruh Islam di Jawa, termasuk ke dalam Kerajaan Majapahit. Soal ini sebenarnya masih diperbahaskan dengan meluas oleh para pengkaji kerana sumber-sumber yang berasaskan kronik Jawa seperti sedjarah, hikayat, naskah, babad, serat, primbun, carita purwaka dan seumpamanya mempunyai catatan yang bersimpang siur. Kadang-kadang sama jalan ceritanya, tetapi berbeza wataknya; sama tokohnya, berbeza zaman (tahun)nya; selain diseliputi oleh unsur-unsur magis dan kesaktian yang berlebihan tentang keramat para wali dan tokohnya yang semuanya menyukarkan pengkajian berdasarkan sumber-sumber tersebut, sedangkan sumber artifak seperti prasasti dan batu nesan amat terhad. Namun begitu, para sarjana telah membuat rumusan-rumusan yang hampir selaras dalam memahami kemasukan dan perkembangan Islam di Jawa.
Tiga perkara, mesti diperhatikan dalam mengiktiraf dan mengakui bahawa Demak dalam Kerajaan Islam yang pertama di Jawa kerana terdapatnya informasi-informasi yang berbeza. Tiga hal tersebut ialah:
I. Dakwaan para pengkaji bahawa telah wujud Kerajaan Dinasti Hibbatullah di Leran sejak 1082M, berdasarkan baru nisan Fatimah binti Maymun. Ia dikatakan sebuah Kerajaan Islam yang membawa pengaruh Parsi. Namun begitu, belum ada satu hujah yang benar-benar meyakinkan dalam soal ini.
II. Kerajaan Lumajang yang diperintah oleh Raja-raja Islam di Timur Jawa (Kabupaten Lumajang sekarang). Seorang peneliti, Agus Sunyoto mendakwa, berdasarkan artifak dan ideofak yang dikaji, telah wujud kerajaan Islam Lumajang pada akhir abad ke-13M, sezaman dengan Kerajaan Hindu Singhasari. Menurut Prasasti Mula Malurung, Raja Singhasari, Prabu Seminingrat Wishnu Wadhana (1250-1263M), mempunyai putera yang dilantik sebagai pewaris takhta bernama Kertanegara, Chakra Wardhana (Raja Madura) dan puteri Nararya Kirana (Raja Lamujang). Putera Nararya Kirana yang bernama Arya Wiraraja yang pernah menjadi Demung Singhasari, Raja Madura dan Raja Lamujang dikatakan beragama Islam, dan kehadiran pendakwah, Sheikh Abdul Rahman as-Syaukani dalam keluarga diraja Lamujang.
Pada zaman Kertanegara (1268-1292M), telah berlaku krisis kerana isu agama, sehingga akhirnya Raja Jayakatwang dari Kediri telah membunuh Raja Kertanegara dan menamatkan kerajaan Singhasari. Serentak itu, Arya Wiraraja menjadi Raja Lumajang, sebelum digantikan oleh keturunannya yang beragama Islam iaitu Arya Menak Koncar, Arya Wangbang Pinatih, Arya Wangbang Pinatih II, Arya Menak Sumendi dan Arya Tepasana. Arya Tepasana mempunyai puteri-puteri iaitu Nyimas Ayu Tepasai (isteri Sunan Gunung Jati) dan Nyimas Ayu Waruju (isteri Raden Mahmud anak Sunan Ampel). Atas asas ini, Agus Suntoyo menghujahkan bahawa Lamujang adalah kerajaan Islam pertama di Jawa, berdiri pada akhir abad ke-13M.
III. Perluasan pengaruh Islam dalam Kerajaan Majapahit telah berlaku terutama pada zaman Sri Prabu Kertawijaya (1447-1451M) yang sering dikenalu sebagai Prabu Brawijaya V, iaitu selepas 40 tahun gerakan dakwah Wali Songo berlaku. Baginda mempunyai dua isteri beragama Islam dari Champa dan China serta memiliki tujuh putera yang beragama Islam. Baginda melantik putera-putera yang beragama Islam sebagai adipati (gabenor) seperti Arya Damar (Adipati Palembang), Raden Arak-kali Battara Katwang (Adipati Ponorogo), Arya Lembu Peteng (Adipati Pamadegan), Arya Menak Koncar (Adipati Lumajang) dan Raden Patah (Adipati Demak). Tokoh Islam lain yang dilantik ialah Arya Teja (Adipati Tuban), Arya Lembu Sura (Raja Surabaya), Syed Es yang digelar Sheikh Suta Maharaja (Adipati Kendal), Ali Rahmatullah (Bupati Surabaya) dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa banyak wilayah dalam Empayar Majapahit sejak pertengahan abad ke-15M sudah ditadbir oleh pemerintah Islam, termasuk Raden Patah yang kemudiannya mengasaskan kerajaan Demak adalah adipati Majapahit di sana.
Ulamak-Umarak: Model Kepemimpinan Demak
Satu aspek yang sangat menarik dalam meneliti Kerajaan Demak ialah peranan besar para ulamak, khususnya Wali Songo dalam pembentukan kerajaan ini. Peng-Islaman Raden Patah melalui abangnya, Arya Damar (Adipati Palembang yang dikenali sebagai Jaka Dillah atau Abdillah) telah membawa beliau berguru dengan Sunan Giri dan Sunan Ampel. Dengan dukungan para Wali Songo, Raden Patah selaku putera Prabu Brawijaya V telah diangkat menjadi Raja Demak yang bergelar Sultan Syah Alam Akbar pada 1478M. Sjamsudduha dalam kajiannya mengatakan 13 orang wali terlibat dalam pengangkatan Raden Patah sebagai pengasas Kesultanan Demak, dan keturunan mereka yang menjadi Sultan selepas itu kebanyakkannya adalah para ulamak yang taat menegakkan agama dalam pemerintahan mereka.
Usia Kerajaan Demak tidak panjang kerana ia runtuh diserang oleh Pajang pada 1547M.
Antara Raja-raja Demak ialah:
I. Sultan al-Fattah @ Raden Patah (1478-1518M)
II. Sultan Yunus @ Adipati Yunus (Pati Unus) (1518-1521M)
III. Sultan Trenggono.(1521-1546M)
IV. Sultan Prawoto @ Sunan Prawoto (1546-1547M).
Ekoran pemberontakan dan pembunuhan Sunan Prawoto pada 1547M, maka runtuhkan Kerajaan Demak dan diambil alih oleh Jaka Tangkir, penguasa Pajang.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
10 Zulqaedah 1439 / 24 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 14/8/2018
Sumber HD - 14-8-2018
Feqah Muwazanah: Kaedah penilaian politik
TAJUK ini sebahagian daripada Feqah Politik Islam (Siyasah Syar’iyyah) yang penting bagi membuat keputusan yang berkait dengan hukum, pendekatan atau hubungan dengan kumpulan tertentu secara ijtihad. Pertimbangan sama ada mengambil maslahat yang lebih utama atau menolak mudarat yang lebih besar, dengan bersedia menerima mudarat yang lebih ringan daripadanya.
Tepat dengan makna perkataan muwazanah yang bererti membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat.
Contohnya, Allah mewahyukan permulaan Surah Ar-Rum, membetulkan sikap Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dalam politik antarabangsa pada zamannya terhadap peperangan di antara Rom dan Parsi. Umat Islam berpihak kepada Rom kerana mereka adalah penganut Kristian Ortodoks (ahli kitab). Sebaliknya Musyrikin Makkah berpihak kepada Parsi yang beragama Majusi (menyembah api). Walaupun kedua-duanya bermusuh terhadap Islam, di mana akhirnya kedua-dua kuasa besar itu dijatuhkan oleh Islam.
Selain itu juga, penerimaan Rasulullah S.A.W terhadap perjanjian Hudaibiyyah yang nyata isi kandungannya sangat menyelebihi mengikut kemahuan musuh, sehingga para sahabat tidak berpuas hati atau tidak senang dengan syarat-syarat perjanjian itu. Namun, Rasulullah S.A.W menerima dan akur dengan perjanjian itu, apabila membiarkan syarat yang sangat tidak adil, kerana muwazanah (pertimbangan) dari segi politik umum, mengambil kira negara Islam diiktiraf oleh musuh menjadi negara yang sah dan mewujudkan suasana aman tanpa ketegangan serta memberi ruang yang lebih luas kepada dakwah Islam diterima tanpa tekanan yang menakutkan mereka dari kalangan yang lemah imannya. Kebenarannya berlaku selepas itu, apabila meningkatnya jumlah umat Islam berkali ganda dengan besar selepas perjanjian damai. Hudaibiyyah menjadi sebab kepada Fathu Makkah (dibebaskan daripada penguasaan jahiliyyah) apabila pihak musuh tidak menunaikan perjanjian.
Rasulullah S.A.W juga membatalkan tahaluf (persefahaman) dengan kaum Yahudi apabila mereka mengkhianati perjanjian walaupun mereka adalah ahli Kitab, sebaliknya mengukuhkan hubungan dengan kabilah Khuza’ah (musyrikin) yang lebih setia dan sederhana sikapnya.
Firman Allah menjadi asas bagi menentukan perbezaan sikap terhadap bukan Islam:
لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9) ]الممتحنة: 8-9[
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8); Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. (Ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (9) (Surah Al-Mumtahanah: 8-9)
Contohnya juga, apabila para ulama’ membuat keputusan membiarkan kaum Tatar yang sangat ganas membunuh itu mencemarkan masjid dengan arak yang haram hukumnya dan membiarkan mereka mabuk adalah lebih baik daripada mereka ganas membunuh yang lebih besar mudaratnya.
Apa yang terpenting juga ialah ketaatan dan kesetiaan (wala’) generasi awal kepada pemimpin dan jamaah yang mengambil apa-apa keputusan walaupun hati mereka tidak bersetuju, tetapi kepercayaan dan wala’ (setia) kepada pemimpin yang lebih memahami keadaannya sangat penting, berpandukan firman Allah:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا (83) ]النساء: 83[
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan menakutkan, mereka terus menghebahkannya. Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (pemimpin dan para ulama’) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu”. (Surah An-Nisa’:83)
Cukup menjadi iktibar juga dalam sejarah Andalusia yang bertahan selama lapan abad apabila raja-raja dan pemimpin Islam melupai perselisihan atau perkelahian sesama mereka, seorang ulama’ menasihatkan:
“Bahawa menjadi gembala unta kepada pemimpin Islam yang zalim adalah lebih baik daripada menjadi gembala babi kepada bukan Islam.”
Apabila ucapan ini dilupakan, terdapat kalangan yang menjadikan musuhnya dari kalangan kawan yang dipercayainya, akibatnya hilang Andalusia daripada kekuasaan Islam yang berkat. Sebab yang sama juga jatuhnya kerajaan Islam di Rantau Nusantara dan negara-negara lain kepada penjajahan yang kesannya sangat parah beberapa abad sehingga kini.
Terkini bencana lebih besar boleh berlaku apabila kalangan generasi baru umat Islam yang jahil agamanya tidak meletakkan kepentingan Islam sebagai perkara pertama, kerana bencana kejahilan agama dan hilangnya jati diri beragama, sehingga kepentingan Islam diperkecilkan dan isi perut diutamakan. Akibatnya menimpa diri di alam dunia ini dan selepas kematiannya di Hari Akhirat. Bacalah firman Allah:
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا (71) وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا (72) ]الإسراء: 71-72[
“(Ingatlah) hari (Hari Kiamat) Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (Nabi dan pemimpin yang diikuti di dunia); kemudian sesiapa diberikan kitabnya (suratan amal) di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. (71); Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga buta di Akhirat dan lebih sesat lagi jalan-Nya”. (72) (Surah Al-Isra’: 71-72)
Islam mengajar pengikutnya supaya bijak memilih kawan atau sahabat dalam perjalanan hidup sehingga bukan sahaja mengetahui batang tubuhnya sahaja, bahkan dilihat juga siapa kawannya yang akrab. Kata penyair Arab:
عن المرء لا تسأل وسل عن قرينه فكل قرين بالمقارن يقتدي
“Berkenaan seseorang itu jangan kamu tanya dia sahaja. Tanyalah juga siapa kawannya, kerana seringkali seseorang itu terikut dengan kawannya”.
Alasannya kerana sering kali manusia terpengaruh dengan temberang bohong dan uslub putar alam kalau tidak berhemah. Maka hendaklah diteliti dengan mengetahui siapa dirinya dan siapa pula kawannya.
Begitulah tujuan Feqah Muwazanah sangat penting bagi membuat keputusan yang tepat khususnya keputusan politik, apabila menjadi ‘king maker’ dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
PAS meletakkan Islam adalah keutamaan dalam keputusannya yang tidak memisahkan politik daripada agama. Maka Feqah Muwazanah juga hendaklah digabungkan dengan Feqah Aulawiyyat dalam melaksanakan ilmu Maqasid As-Syariah yang berpacak mengikut tertib maslahat kebaikan dan mudarat keburukan.
Menjaga agama yang pertama, berikutnya menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. Maka tertib menjaga agama Islam hendaklah didahulukan daripada perkara-perkara yang lain, sama ada memilih maslahat yang lebih besar atau menolak mudarat yang lebih besar sehingga bersedia menanggung mudarat yang kecil.
PAS telah meletakkan kepimpinan tertinggi dalam pelbagai lapangan dengan pengawasan Majlis Syura Ulama’ sangat penting bagi menentukan ‘road map’ perjalanan PAS. Maka sesiapa daripada kalangan PAS ini, sama ada kalangan pemimpin paling atas sehinggalah dewan-dewan, negeri, kawasan, cawangan, sehinggalah ahli biasa, jangan bertindak sendiri dalam perkara yang besar menyentuh dasar dan matlamat parti Islam ini tanpa Feqah Muwazanah yang tepat.
Allah menegaskan ciri-ciri penting bagi kumpulan Islam yang wajib beristiqamah, sehingga kita tidak dipancing oleh mana-mana pihak. Seterusnya menjaga perpaduan berkonsepkan Al-Bayyinat (keterangan) secara nas dan ijtihad oleh mereka yang ahli di lapangannya.
Perlu diketahui bahawa Feqah Muwazanat sangat penting dalam menentukan isu politik terkini, bagi menyatukan umat Islam yang berpecah, jahil dan lemah sikap politik, ekonomi dan ilmunya. Seterusnya menanamkan kesedaran betapa wajibnya mempertahankan kuasa politik umat Islam.
PAS wajib menolak kalangan yang hanya mengejar kedudukan tanpa mengira dasar, konsep dan akhlaknya serta tanpa perhitungan menegakkan Islam dan kuasa politiknya.
PAS menjadikan pengalamannya di sepanjang perjalanan perjuangannya menilai setiap langkah yang berlalu, bagi mengatur ke hadapan dengan istiqamah bersama Islam. Demi kemenangan dunia sementara waktu dan kemenangan Akhirat yang kekal abadi adalah penting untuk mengumpulkan seberapa banyak ahli teras yang disifatkan oleh firman Allah:
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23) لِّيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِن شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا (24) ]الأحزاب: 23-24[
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran. Dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23); (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (24) (Surah Al-Ahzab: 23-24)
Ya, hanya yang bersikap benar membuktikan kesetiaannya kepada bai’ah, bukannya mereka yang sering kali ditipu pembohong dan pengkhianat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Zulkaedah 1439 / 11 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 11/8/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Zulkaedah 1439 / 11 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 11/8/2018
Sumber HD - 11-8-2018
Komunis juga penjajah
SAYA tertarik kepada polemik berkenaan adakah kumpulan Komunis itu juga pejuang kemerdekaan yang perlu disenaraikan dalam perjuangan menentang penjajah dahulu?
Sebelum menghukum hendaklah dibaca dan dikaji sejarah dan kefahamannya. Kalangan ilmuan pengkaji sejarah bersepakat bahawa teori komunis adalah ijtihad manusia Yahudi German bernama Karl Marx. Dia bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan bukan juga dari kalangan penduduk asal di hutan rimba tanah air kita.
Teorinya yang ekstrem membela rakyat marhaen yang miskin sehingga menasionalisasikan (merampas dan memilik negarakan harta) sangat menarik pemikiran ramai rakyat Asia yang tertindas. Namun mereka terlepas pandang teorinya yang menolak adanya Tuhan yang dipercayai oleh semua agama, lebih-lebih lagi agama Islam yang lengkap pengajarannya melibatkan ekonomi, politik dan seluruh aspek kehidupan manusia sejagat. Maka Islam menjadi musuhnya paling ketat. Bahkan ramai daripada kalangan ilmuan dan pemimpin Barat menganggap Islam lebih bahaya daripada Komunis, walaupun mereka juga berperang menentang Komunis sehingga hari ini.
Walaupun komunis itu tidak membawa bala tenteranya seperti negara Barat yang menjajah kita, tetapi fahamannya menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum yang direkrut menjadi bala tenteranya. Memang mereka juga menentang penjajah Barat, tetapi mereka juga adalah bala tentera penjajah pemikiran Komunis, di mana bahayanya lebih besar dari bala tentera penjajah Barat yang berkulit putih itu. Ini kerana fahaman komunis itu membunuh akidah secara ekstrem. Adapun penjajah Barat secara lebih terang-terangan dapat dilihat wajahnya.
Di sinilah saya memahami mengapa pemimpin generasi awal daripada PAS seperti Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy dan lain-lain yang menentang penjajah British tidak bersama komunis ke dalam hutan. Bahkan mereka juga menyokong ISA kerana menentang komunis, bukannya menangkap ikut suka hati.
Kita juga membaca bagaimana tanah air umat Islam yang dijajah oleh komunis itu menerima akibat yang lebih dahsyat daripada penjajah Barat, di mana kesannya masih nyata pada hari ini. Walaupun ideologi komunis telah dikuburkan oleh penganutnya sendiri.
Saya dapati ijtihad pemimpin kita yang sama-sama menentang penjajah Barat, tiba-tiba menentang Komunis adalah tepat kerana menentang musuh yang lebih berbahaya hendaklah diutamakan. Inilah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dalam menghadapi percaturan antarabangsa pada zamannya di antara Rom dan Parsi yang menjadi sebab turun Surah ar-Rum yang bermula dengan firman Allah:
غُلِبَتِ الرُّومُ (٢) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (٣) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (٤) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (٥)
“Orang-orang Rom telah dikalahkan. (2); Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (3); Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (4); Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5)”.
(ar-Rum: 2-5)
Allah mewahyukan ayat-ayat ini apabila Rasulullah S.A.W dan para Sahabatnya berdukacita Rom dikalahkan oleh Parsi, walaupun kedua-dua kuasa besar itu bermusuh terhadap Islam, tetapi Parsi yang beragama Majusi lebih besar bahaya daripada Rom. Al-Quran adalah petunjuk kepada umat Islam dalam segala aspek.
Maka kita mengharapkan mereka yang menjadi mangsa kekejaman Komunis itu mendapat kelebihan para Syuhada’ kerana menentang musuh Islam yang lebih besar dan mereka yang berpihak kepada Komunis itu diampunkan dosa kerana kejahilannya. Inilah dia Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Maka kita mengharapkan mereka yang menjadi mangsa kekejaman Komunis itu mendapat kelebihan para Syuhada’ kerana menentang musuh Islam yang lebih besar dan mereka yang berpihak kepada Komunis itu diampunkan dosa kerana kejahilannya. Inilah dia Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Presiden PAS
Bertarikh: 24 Zulkaedah 1439 / 6 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 6/8/2018
Sumber HD - 6-8-2018
PRK Seri Setia: Tunggu 11 Ogos baru PAS putus
PAS mengambil maklum hasrat Umno memberinya laluan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan datang namun keputusan mengenainya hanya akan dibuat minggu depan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata segala ketetapan berhubung kesediaan parti itu untuk bertanding di PRK tersebut bergantung kepada keputusan pemimpin peringkat tertinggi yang akan bermesyuarat pasda 11 Ogos ini.
"Setakat yang saya dimaklumkan, PAS belum ada keputusan dan saya yakin apa yang disebut oleh Umno itu akan dibawa dalam mesyuarat PAS Pusat akan datang, iaitu 11 Ogos ini," katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan BN akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding pada PRK DUN Seri Setia nanti.
Menurut Mohamad, ketetapan itu adalah sebagai tanda menghormati dan penghargaan terhadap pengorbanan PAS memberi laluan kepada Umno di Sungai Kandis.
Malah, Mohamad berkata BN dan Umno akan bekerja kuat pada PRK Seri Setia walaupun calon yang akan diturunkan bukannya calon parti mereka.
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia semalam.
Kerjasama strategik saja
Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin memenangi kerusi berkenan dengan majoriti besar iaitu 29,250 undi.
Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, Mohd Ghazali Daud (PAS) yang mendapat 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran (217 undi).
PRK Seri Setia adalah yang ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong yang masing-masing akan diadakan esok dan 8 Sept nanti.
Jika PAS akhirnya menurunkan calon di Seri Setia, ia tidak dapat tidak, akan mendedahkan parti itu kepada tanggapan bahawa mereka memang bekerjasama erat dengan Umno bagi menghadapi Pakatan Harapan.
Pada setiap masa - bagaimanapun - PAS bertegas mereka tidak menjalin kerjasama rasmi dengan Umno, sebaliknya hanya mengambil pendekatan strategik sebagai pembangkang.
Untuk rekod, sebelum PRU ke-14 lalu PAS tetap tidak bersama dengan HARAPAN walaupun pada ketika itu kedua-dua pihak masih berstatus pembangkang.
MR : PAS mesti mengambil peluang ini untuk membentuk satu kerjasa politik pembangkang yang mantap....
Sumber MR - 4-8-2018
Islam: Di antara menjaga agama dan kebebasan beragama
ISLAM meletakkan kepentingan beragama hendaklah diutamakan dalam kehidupan manusia, kerana agama adalah punca kebaikan dunia dan akhirat bagi penganut Islam. Maka agama yang dimaksudkan ialah daripada perkataan Al-Din yang berbeza dengan takrif agama dalam bahasa yang lain.
Adapun kebebasan beragama pula adalah hak yang diberi dan dijamin oleh Islam kepada penganut pelbagai agama mengikut konsep hubungan antara agama, kaum dan negara iaitu tiada paksaan dalam beragama dan Islam itu wajib dianut dengan rela hati tanpa paksaan.
Menjaga agama Islam adalah kewajipan terpenting bagi penganut Islam, kerana keyakinannya kepada penentuan Allah yang berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19) ]سورة آل عمران: 19[
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai Agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya)”. (Surah Ali Imran: 19)
Firman Allah:
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (85( ]سورة آل عمران: 85[
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi”. (Surah Aali Imran: 85)
Kewajipan menjaga agama Islam bagi penganut Islam adalah perkara pertama dalam Maqasid As-Syariah mengikut sepakat (ijma’) para ulama’ Islam yang ditegaskan oleh nas Al-Quran yang tersebut di atas, hadis Rasulullah S.A.W dan ijma’ para sahabat terhadap peristiwa riddah yang berlaku selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.
Menjaga agama Islam adalah turutan pertama dalam tertib Maqasid As-Syariah, mendahului kewajipan menjaga nyawa, akal, keturunan (zuriat), maruah dan harta. Membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada agama atau teori.
Imam Al-Syatibi yang menulis berkenaan pembaharuan dalam ilmu Maqasid As-Syariah membahagikan dua aspek dalam konsep menjaga agama Islam:
1. Mempertahankan kewujudannya (dalam aspek positif). Menjaga rukun Islam dan meneguhkan asas amalannya.
2. Menolak sebarang langkah menentang Islam dan usaha menghapuskan atau melemahkannya. Sama ada menghadapi perkara yang telah dilakukan oleh musuhnya atau menolak perkara negatif yang bakal dilakukan terhadap Islam.
Menjaga agama itu dengan melaksanakan ilmu, amalan, dakwah, hukum dan jihad. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu Fardhu Ain yang wajib bagi setiap penganut Islam lelaki dan wanita mempelajarinya dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan atau Aqidah, Syariat dan Akhlak (Tasawuf). Manakala ilmu Fardhu Kifayah adalah mendalami ilmu agama (Islam) dan ilmu duniawi bagi menunaikan kewajipan khilafah bersama Islam
(memakmurkan bumi dalam urusan kehidupan) seperti dalam aspek kemasyarakatan, politik, ekonomi, sains teknologi dan lain-lain.
Adapun melaksanakan amalan itu adalah melibatkan amalan baik dalam hubungan dengan Allah, diri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling, melaksanakan perkara wajib, sunat dan harus, meninggalkan yang haram, dan sebolehnya meninggalkan yang makruh serta menyediakan kemudahan bagi semua amalan-amalan tersebut.
Dakwah pula ialah mengajak pihak lain menerima Islam dan menganutnya secara rela hati tanpa paksaan, dengan hujah ilmu dan amalan yang menjadi dalil kebenaran Islam. Disertakan tindakan menolak yang lain daripadanya dengan hujah ilmu, akal dan amalan secara hikmah.
Pelaksanaan hukum Islam yang adil dengan sempurna dan menyeluruh akan membawa rahmat yang wajib diusahakan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu secara faham (tafaqquh) dan prosesnya yang betul. Termasuk dalam kewajipan menjaga kemurnian dan kebenaran agama Islam yang mengatasi agama yang lain.
Jihad bermaksud kesungguhan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya daripada musuh dengan mengorbankan segala nikmat diri, harta dan jiwa raga, mengikut tertib cabaran yang dihadapi daripada musuh, bermula dengan pendekatan perdamaian dan hujah yang lebih diutamakan dan didahulukan. Sehinggalah peperangan bersenjata apabila dipaksakan dengan sempadan dan adabnya supaya tidak melampau, walaupun terhadap musuh yang melampaui batas.
Menjaga agama Islam juga ialah menjaga dan mempertahankan penganut dan tanah airnya yang menjadi wadah kepada Islam bagi melaksanakan perkara-perkara yang tersebut di atas.
Langkah yang diambil oleh generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan dengan meletakkan Islam menjadi Agama Persekutuan dan hak istimewa majoriti penganutnya secara bersepakat, walaupun berbeza kefahaman politik dan cara pendekatannya adalah asas kukuh yang wajib dipertahankan.
Kewajipan umat Islam menjaga agama mereka adalah kewajipan yang tidak boleh dipertikaikan. Maka kewajipan menjaga agama yang lain, terserah kepada penganut masing-masing, yang menjadi hak asasi manusia mengikut sempadan konsep kebebasan beragama yang sangat dipelihara oleh agama Islam yang mewajibkan umat Islam yang memerintah negara dan rakyatnya yang menganut Islam.
Walaupun setiap penganut Islam itu tegas menyatakan hanya Islam sahaja yang benar, sehingga kebebasan beragama itu dikira terbabas ke dalam kemusnahan yang menjadi penentuan Allah. Namun dalam bermuamalah terhadap pihak lain dianggap menjadi hak mereka yang diberikan oleh Islam supaya menjadi ruang untuk berfikir dengan bebas.
Konsep kebebasan agama berasaskan tidak boleh dipaksa terhadap penganut agama lain dan tidak diganggu kebebasan menganut dan beramal dengan agama mereka mengikut sempadan menjaga keamanan dan keselamatan bersama serta menjaga kehidupan masyarakat madani (taaruf).
Konsep ini adalah arahan atau perintah Allah di dalam Al-Quran yang diamalkan secara istiqamah oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang memerintah negara, serta dihayati oleh umat Islam sehingga kini, walaupun ditempat tidak berkuasa memerintah negara. Antaranya firman Allah:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ]سورة البقرة: 256[
“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256)
Firman Allah:
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99( ]سورة يونس: 99[
“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak mengkehendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”. (Surah Yunus: 99)
Firman Allah:
فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ ]سورة الشورى: 48[
“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah As-Syura: 48)
Walaupun Allah menyatakan dengan benar bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh masuk syurga di akhirat nanti dan yang kufur tidak beriman dimasukkan ke neraka. Namun Allah berfirman:
وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ]سورة الكهف: 29[
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur )ingkar(, biarlah dia mengingkarinya". (Surah Al-Kahfi: 29)
Konsep tiada paksaan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W apabila berjaya mencapai kemenangan membebaskan Makkah, walaupun berada di puncak kuasa dan kekuatan, Baginda Nabi S.A.W berucap kepada penduduknya yang menyerah diri dengan bersabda:
اذهبوا فأنتم الطلقاء
“Pergilah! Kamu semua dibebaskan”.
Khalifah Umar bin Al Khattab R.A memberi kebenaran kepada penganut Kristian menganut agama dan menjaga serta beramal di gereja mereka apabila berjaya membebaskannya daripada penaklukan Rom.
Kini dapat disaksikan bagaimana kedudukan yang baik bagi golongan minoriti bukan Islam di tengah masyarakat Islam yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam. Islam mewajibkan adil terhadap seluruh manusia adalah amanah terbesar. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) ]سورة النساء: 58[
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 48)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGSumber HD - 2-8-2018
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 2/8/
PRK Sungai Kandis; Jangan Pilih Parti Membawa Mudarat Kepada Islam
2. Pendirian PAS juga berasaskan kepada perlunya proses semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Selangor yang hanya boleh dimainkan oleh pihak Pembangkang. Manakala pertimbangan utama PAS adalah supaya kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dapat dijamin serta dilaksanakan oleh kerajaan PH.
Dalam konteks PRK Sungai Kandis juga keputusan PAS tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan PH adalah sebagai suatu mesej bahawa mereka telah gagal menunaikan beberapa janji manifesto malah gagal memberi jaminan bahawa institusi Islam, Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu tidak terancam.
3. Oleh itu kenyataan beberapa pimpinan PAS semasa mengisi program yang diatur oleh PAS termasuk di kawasan Sungai Kandis adalah tidak bercanggah dengan pendirian Parti sebagaimana di atas.
4. PAS juga akur serta menerima penuh pandangan Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS dalam nasihatnya kepada Pengundi Sungai Kandis supaya jangan memilih calon dari parti yang dilihat boleh membawa kemudaratan kepada Islam, rakyat dan negara.
5. Justeru berdasarkan senario di atas, saya menyeru semua pengundi di DUN Sungai Kandis terutama dari kalangan ahli dan penyokong PAS supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan jangan sekali-kali
menyebabkan undi rosak.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 19 Z-Kaedah 1439 / 01 Ogos 2018
Sumber BO - 1-8-2018
Kenyataan pimpinan tidak canggah keputusan parti
PAS mengekalkan pendiriannya dengan tidak menurunkan jentera pilihan raya di PRK Sungai Kandis sebaliknya meneruskan program yang dirancang bagi mengukuhkan parti pasca PRU14 sebagai persiapan menghadapi PRU15.
Pendirian PAS juga berasaskan kepada perlunya proses semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Selangor yang hanya boleh dimainkan oleh pihak pembangkang. Manakala pertimbangan utama PAS adalah supaya kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dapat dijamin serta dilaksanakan oleh kerajaan PH.
Dalam konteks PRK Sungai Kandis juga keputusan PAS tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan PH adalah sebagai suatu mesej bahawa mereka telah gagal menunaikan beberapa janji manifesto malah gagal memberi jaminan bahawa institusi Islam, Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu tidak terancam.
Oleh itu, kenyataan beberapa pimpinan PAS semasa mengisi program yang diatur oleh PAS termasuk di kawasan Sungai Kandis adalah tidak bercanggah dengan pendirian parti sebagaimana di atas.
PAS juga akur serta menerima penuh pandangan Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS dalam nasihatnya kepada pengundi Sungai Kandis supaya jangan memilih calon dari parti yang dilihat boleh membawa kemudaratan kepada Islam, rakyat dan negara.
Justeru, berdasarkan senario di atas, saya menyeru semua pengundi di Dun Sungai Kandis terutama dari kalangan ahli dan penyokong PAS supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan jangan sekali-kali menyebabkan undi rosak.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
Sumber HD - 1-8-2018DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 19 Zulkaedah 1439 / 1 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 1/8/2018
Dakwah Islam Kesultanan Brunei
DENGAN peranan Brunei dalam mencapahkan lagi pengaruh Islam ke sebelah Timur Nusantara, telah memboleh Islam berkembang ke kawasan Filipina hari ini, sebelum kedatangan Sepanyol pada pertengahan abad ke-16M. Pada peringkat awal, para pendakwah sejak 1300M, lebih memberi tumpuan untuk berdakwah di Sulu dan Mindanao, berbanding Visaya dan Luzon. Semenjak Brunei meluaskan pengaruh politiknya ke pulau-pulau tersebut, pengaruh Islam turut berkembang. Brunei sebenarnya bukan sahaja meng-Islamkan Luzon dan Visaya, tetapi turut menyebarkan Islam di beberapa bahagian di Kalimantan sehingga dapat membentuk beberapa Kerajaan Islam yang baru di Borneo. Penglibatan para ulamak-pendakwah yang bergerak dari Brunei untuk menyebarkan Islam ke Timur, termasuk Sulawesi dan Maluku telah menjadikan Brunei sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang penting di Nusantara. Salah satu faktor yang mempercepatkan proses dakwah ini perdagangan, di mana Brunei adalah pelabuhan utama di Borneo ketika itu.
Ketika Brunei berada di puncak pengaruhnya pada abad ke-16M, kemasukkan penjajah Barat seperti Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda, bukan sahaja menghentikan gerakan dakwah kerana Kerajaan Brunei terpaksa berperang dengan Sepanyol, tetapi juga telah menyebab Wilayah-wilayah Brunei seperti Luzon, Visaya, Borneo Utara dan Sarawak terlepas ke tangan penjajah. Siri-siri peperangan yang berlaku di Kota Seludong pada 1570-anM dan diikuti oleh serangan Sepanyol ke atas Mindanao dan Brunei sendiri pada abad ke-17M, telah memberi kesan besar kepada gerakan dakwah Islam. Dalam menggerakkan usaha dakwah ini, selain faktor kerajaan, peranan para ulamak sangat besar, di mana mereka telah memasuki kawasan-kawasan Dayak di pedalaman Borneo dan juga menjelajah pulau-pulau di Sulu dan Visaya untuk menyebarkan Islam. Kegigihan para ulamak di Timur Nusantara adalah lebih besar berbanding dakwah di sebelah Barat Nusantara yang mempunyai keadaan geografi yang lebih baik. Sekiranya tidak berlaku gangguan terhadap dakwah dengan kehadiran penjajah, mungkin seluruh keturunan peribumi di Borneo akan menerima Islam, dan seluruh Filipina juga menjadi Wilayah Islam.
Ulamak dan kegiatan keilmuanPeng-Islaman Awang Alak Betatar pada 1368M telah membuka ruang yang luas kepada para ulamak untuk berdakwah. Namun begitu, pada peringkat awal, gerakan masih berlaku secara kecil-kecilan di mana proses pengajaran dan penyebaran ilmu sangat terhad kerana ketiadaan ulamak dan tiadanya institusi pendidikan yang didirikan. Istana menjadi tempat belajar bagi Sultan, kerabat Diraja dan pembesar. Di luar Istana, para pendakwah menyebarkan Islam sambil berdagang dan perkahwinan menjadi method dakwah yang penting. Apabila Syarif Ali, ulamak dari Makkah menjadi menantu Sultan Ahmad, ruang dakwah mulai menjadi lebih luas. Pada 1425M, setelah Syarif Ali ditabalkan sebagai Sultan Brunei, masjid-masjid dan surau mula didirikan dengan banyak untuk menjadi institusi pendidikan dan dakwah kepada masyarakat awam. Para ulamak yang terlibat dalam gerakan dakwah semakin ramai dengan kehadiran Wan Nik al-Fathani, Sayyid Abu Bakar, Sheikh Adam, Syed Alawi al-Faqih Muqaddam dan lain-lain. Pada peringkat ini proses penyebaran ilmu-ilmu Islam menjadi semakin meluas, termasuk melalui hubungan perdagangan di mana bukan sahaja ulamak-pendakwah didatangkan ke Brunei, tetapi kitab-kitab yang disalin dan diterjemah di Samudera-Pasai dan Melaka turut dibawa sampai ke Brunei.
Walaupun di Brunei sendiri, tiada catatan mengenai kewujudan institusi pendidikan Islamnya yang besar, tetapi dipercayai ulamak-ulamak telah mengadakan majlis-majlis ilmu, sebelum orang tempatan dihantar belajar di Samudera-Pasai dan Melaka. Yang lebih menarik ialah wilayah-wilayah jajahan Brunei terutama di sepanjang pesisir Borneo telah dapat melahirkan ulamak-ulamak besar. Sebagai contoh, Sayyid Abu Bakar yang asalnya bergiat di Brunei, kemudian mengembangkan dakwah di Mindanao, Martapura dan Banjarmasin. Cucu beliau, Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari (1710-1812M), merupakan antara ulamak Melayu yang terbesar pada abad ke-18M. Demikian juga kemunculan Sheikh Ahmad Khatib Sambas, Sheikh Othman Syihabuddin al-Funtiani, Syed Mashor Abu Bakar al-Idrus Baram dan Sheikh Othman Abdul Wahab Sarawak, yang merupakan ulamak-ulamak yang terkenal di Makkah dan Nusantara, serta mempunyai ramai murid. Sedangkan di Brunei sendiri lahir ramai tokoh ulamak pendakwah tempatan seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
Penyebaran Islam di Timur NusantaraGerakan dakwah yang berpusat di Brunei telah menjadikan negara ini sebagai pusat gerakan dakwah ke Kepulauan Timur Nusantara. Para pendakwah dari Melaka, Pattani dan Champa, selain dari Arab dan India, telah menjadikan Brunei sebagai pusat transit dakwah mereka. Banyak catatan direkodkan berkait kehadiran pendakwah dari Pattani dan Champa ke Brunei. Samudera-Pasai dan Melaka juga mengirimkan pendakwah mereka ke Timur. Hasil dari itu, ulamak-pendakwah mula bergerak ke kawasan pulau-pulau Timur sehingga mereka dapat mendirikan Kerajaan-kerajaan Islam di sana. Dari Brunei, telah bergerak pendakwah yang datang bersama Syarif Ali ke Maluku dan dapat mendirikan kerajaan di Ternate. Pendakwah yang datang dari Pattani dan Champa pula telah bergerak dari Brunei ke Jawa dan Makassar, termasuk kumpulan Wali Songo. Pergerakan ulamak Brunei juga turut menyebarkan Islam di Martapura, Banjarmasin dan Sambas di Kalimantan, selain Sabah dan Sarawak, sehingga seluruh Borneo menerima pengaruh Islam dari Brunei.
Turut berjaya di-Islamkan ialah Pulau-pulau Mindanao, Sulu, Visaya dan Luzon yang membentuk Negara Filipina hari ini. Pada peringkat pertama, ulamak dari Melaka bergerak ke Brunei, kemudian ke Sulu. Antara mereka termasuklah Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Syarif Hashim, Syarif Awlia dan Tuan Maqbalu yang masuk ke Sulu dan Mindanao sepanjang abad ke-14 dan 15M. Hasil daripada gerakan dakwah mereka, Kerajaan Sulu dan Maguindanao telah berjaya ditubuhkan. Pada satu masa, kedua-dua kerajaan ini menjadi naungan Brunei. Sultan Bolkiah pada awal abad ke-16M telah meluaskan pengaruh politik dan dakwahnya di Pulau-pulau Visaya. Pemimpin tempatan dan penduduk mereka kemudiannya telah menerima Islam. Setelah itu, Brunei meluaskan wilayahnya ke Luzon dan dapat menguasai Kota Seludang dan mendirikan Kerajaan Amanillah di sana. Tetapi agak malang, kerana peng-Islaman Visaya dan Luzon berlaku pada pertengahan abad ke-16M, ketika mana kemaraan penjajah Sepanyol telah berlaku. Berbeza dengan Mindanao yang menerima Islam 200 tahun lebih awal, Kota Seludang (kini Manila) yang baru memeluk Islam telah dimurtadkan oleh Sepanyol apabila Raja lantikan Brunei, Sultan Sulaiman (Rajah Solimon) telah tewas dalam perang dengan Sepanyol pada 1571M.
Penjajahan dan kekangan dakwahNasib malang yang dihadapi oleh umat Islam di Luzon dan Visaya bukan sahaja telah menghentikan gerakan dakwah di sana, tetapi hampir seluruh umat Islam di sana dibunuh atau dimurtadkan. Inilah pendekatan penjajah Kristian Sepanyol terhadap umat Islam sejak kejatuhan Granada pada 1492M. Kekalahan Raja-raja Islam di Luzon seperti Raja Matanda, Raja Lakandula dan Raja Sulaiman telah melenyapkan Kerajaan Islam di Luzon. Kemasukan Portugis di Pulau Cebu pada 1526M pula telah memulakan halangan terhadap dakwah di Visaya dan Luzon, apabila kawasan ini jatuh ke tangan Sepanyol pada 1571M. Tetapi usaha Sepanyol untuk menghancurkan Kerajaan Islam di Sulu, Maguindanao dan Brunei telah gagal. Di sebelah Barat, gerakan dakwah yang selama ini terhalang oleh kemunduran masyarakat Dayak di pedalaman Lembah Rajang dan Kapuas, telah terhenti ekoran pemberontakan orang Bidayuh, Cina dan Dayak terhadap pembesar Melayu dan Melanau yang merupakan wakil Brunei di Sarawak.
Untuk menghapuskan gerakan pemberontakan ini, Pengiran Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke pada 1839M. Selepas dapat mengatasi semua pemberontakan pada 1841M, James Brooke telah diiktiraf sebagai pemilik Sarawak pada 1842M yang membayar ufti kepada Brunei, yang menyebab gerakan dakwah hanya tertumpu di kawasan Bandar Kuching yang didiami oleh orang Melayu dan Melanau sahaja. Di wilayah-wilayah lain di Kalimantan, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824M pada asasnya telah menyebabkan Kesultanan Sambas, Matapura, Banjarmasin dan Pontianak telah jatuh ke tangan Belanda. Walaupun Belanda gagal meng-Kristiankan orang Islam di Borneo, tetapi kedatangan mereka sama seperti kedatangan Inggeris di Sarawak dan Sabah, yang menyebabkan proses peng-Islaman penduduk peribumi seperti Dayak di Sarawak dan Kalimantan serta Kadazan dan Dusun di Sabah telah terhenti. Orang Dayak di Pontianak, Sambas dan Balikpapan mengikuti orang Banjar menganut Islam, tetapi yang berada di pedalaman Kapuas tidak sempat didakwah oleh mereka.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 26-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
9 Zulqaedah 1439 / 22 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Pelawaan pimpinan Umno untuk bertemu pemimpin PAS di Sg Kandis ditafsirkan parti Islam itu sebagai usaha memujuk mereka turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno berhubung PRK tersebut.
"Kita tak ada perbincangan apa-apa tentang PRK, cuma kita buat keputusan untuk tidak bertanding, dari segi mengundi itu serah pada ahli.
"Mana boleh bersama, kita parti lain-lain. Mungkin itu harapan dia. Dia nak pujuk kita. Kita tidak akan berkempen, turun pun tidak," jelasnya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bahru, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa telah bertemu seorang pemimpin PAS untuk mengadakan satu program bersama sempena kempen PRK itu.
Ismail yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata program itu nanti akan mempertemukan dua parti itu di pentas yang sama, walaupun tidak dianjurkan secara rasmi atas nama parti.
"Sebagai contoh, (boleh diadakan) forum perdana Islam yang menampilkan Syamsul Debat yang mewakili Umno dan Ustaz Azhar Idrus yang mewakili PAS.
"Kita mahu tunjukkan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Kalau boleh, mungkin kita letakkan setiausaha agung Umno dan PAS pada malam terakhir (kempen)," kata Ismail.
Malah calon BN, Datuk Lokman Noor Adam juga berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS bagi mengajak parti itu bersama-sama BN mendekati pengundi Melayu.
Sebagai rekod, PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menunjukkan parti itu akan berpihak kepada mana-mana parti pada PRK kali ini.
Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, ketiadaan calon PAS bukanlah bermakna mereka akan bekerjasama dengan Umno.
MR : Adakala kita tak bertanding tetapi sebenarnya kita sudah bertanding....
Sumber MR - 24-7-2018
Cina boleh bersatu, mengapa Melayu tidak?
UMUM mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cina mengundi Pakatan Harapan (PH). Mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain. Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu Buddha, Taoism dan Kristian. Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan Gerakan turut mengundi PH sekali gus menyebabkan parti yang mereka anggotai kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki.
Kaum Cina menyedari, komposisi mereka yang tidak sampai 30% tidak memberi apa-apa kesan kepada corak politik Malaysia sekiranya mereka tidak bersatu. Taburan demografi mereka pula tidak sekata, tertumpu di kawasan-kawasan tertentu khususnya di Kawasan bandar dan Pantai Barat Semenanjung. Kerusi-kerusi parlimen yang bermajoriti kaum Cina adalah sekitar 33 kerusi, begitu jauh untuk mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Manakala di kerusi-kerusi marginal yang jumlah kaum mereka agak tinggi juga, sekiranya undi mereka berpecah kepada DAP dan MCA atau Gerakan, berkemungkinan kerusi ini terlepas kepada calon kaum lain. Oleh sebab itu, kesatuan adalah formula yang tidak boleh dielak.
Adalah diyakini, kaum Cina mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan pada setiap kali PRU, mereka bersatu untuk mengundi mengikut corak tertentu. Dengan mekanisme itu, pengundi-pengundi dari kalangan kaum Cina tahu parti mana yang mereka perlu pilih sama ada DAP atau MCA atau Gerakan. Mereka juga tahu sama ada untuk memilih Barisan Nasional (BN) atau PH atau PAS (Gagasan Sejahtera). Pada PRU10 tahun 1999 dan PRU11 tahun 2004, mereka bersatu mengundi BN. Kemudian pada PRU12 tahun 2008 dan PRU13 tahun 2013, mereka bersatu pula menolak BN dan mengundi pembangkang. Jarang sekali kita dapati, kaum Cina mengundi mengikut corak yang tidak sekata dalam PRU-PRU yang lepas.
Persoalannya, adakah sikap kaum Cina ini boleh dianggap rasis atau perkauman? Jawapannya terpulang kepada masing-masing, boleh jadi ada yang menganggapnya perkauman dan ada yang menganggapnya tidak. Sesetengah pihak menganggapnya rasis kerana mereka hanya mementingkan hasrat yang mereka mahu capai daripada kerajaan yang dipilih bukannya melihat kepada hasrat nasional. Manakala ada pihak yang lain menganggapnya bukan rasis, kerana memang menjadi sikap semulajadi kaum yang minoriti perlu bersatu untuk memastikan kepentingan mereka tetap terjamin. Dengan sebab itu, hampir mustahil kaum Cina akan mengundi calon Melayu di kawasan bermajoriti Cina seperti Bukit Bintang, Seputih dan lain-lain.
Situasi ini begitu berbeza dengan kaum Melayu-Muslim, sebarang seruan ke arah kesatuan akan dianggap rasis atau perkauman. Mana-mana tokoh atau pihak yang menyeru digemblengkan kesatuan umat Melayu akan terus dilabel rasis termasuk oleh segelintir Melayu-Muslim sendiri. Kecuali selepas Tragedi 13 Mei 1969, apabila PAS dan Umno bersama membentuk BN sehingga tahun 1978, seruan ke arah kesatuan umat Melayu dianggap satu yang begitu perlu. Dengan kesatuan tersebut, maka agenda-agenda besar untuk kepentingan kaum Melayu-Muslim dapat dilaksana malah turut membantu mengharmonikan semua kaum. Mungkin hanya ketika situasi ini seruan ke arah kesatuan umat Melayu dilihat tidak rasis.
Di ambang PRU14 yang lalu, secara umumnya melihat bahawa kaum Melayu-Muslim berpecah kepada empat golongan iaitu Umno, PAS, PPBM dan PKR/PAN. Perpecahan itu dari satu sudut dianggap sebagai kelemahan kaum Melayu-Muslim sendiri yang tidak dapat menguruskan perbezaan, tetapi dari satu sudut yang lain mungkin juga strategi pihak-pihak tertentu yang melaksanakan amalan ‘pecah dan perintah’. Berdasarkan keputusan PRU14, secara kasarnya boleh dianggarkan Umno memiliki 42% sokongan kaum Melayu-Muslim, PAS pula memiliki 33%, PPBM memiliki 15% dan PKR/PAN memiliki 10%. Sekiranya sokongan yang dimiliki oleh Umno dan PAS diselaraskan berkemungkinan situasi pasca PRU14 adalah berbeza.
Sebelum PRU14, usaha-usaha awal cuba dilakukan untuk menarik PPBM untuk tidak pergi kepada PH, sebaliknya bersama dengan PAS dan IKATAN dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Sekiranya usaha ini berjaya, diyakini GAGASAN dapat mengimbangi kemenangan BN dan sekaligus menyekat kemaraan DAP yang umum mengetahui mendominasikan PH. Dengan jumlah sokongan pengundi Melayu-Muslim yang dimiliki oleh PAS dan PPBM iaitu sekitar 48% (33% + 15%), besar kemungkinan keputusan PRU14 yang dilihat baru-baru ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun, usaha-usaha itu gagal sehingga menyebabkan situasi politik tidak menentu berlaku pada ketika ini.
Sekiranya sebelum PRU14 berlaku persefahaman (bukan penggabungan) atau electoral pack antara Umno dan PAS, diyakini situasi politik tidak menentu pada hari ini juga tidak akan berlaku. Persefahaman kedua-dua parti Melayu-Muslim terbesar ini akan mengumpulkan tidak kurang 75% sokongan kaum Melayu-Muslim. Melalui persefahaman ini, Umno dan PAS tidak perlu bergabung malah terus bertanding antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan, kedua-dua parti mengelakkan bertembung di sejumlah kerusi tertentu untuk mengelakkan PH menang. Sudah pasti persefahaman seperti ini adalah sebuah mimpi ngeri kepada PH justeru mereka terus menyerang usaha ini dengan pelbagai tohmahan.
Memang benar pandangan banyak pihak, kesatuan umat Melayu adalah sesuatu yang cukup mahal untuk dicapai. Kesatuan itu hanya dirindui bila berlaku Peristiwa Penentangan Malayan Union atau insiden yang seumapamanya. Golongan yang cuba memupuk kesatuan umat Melayu akan dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti rasis atau perkauman, tiada semangat negara bangsa, berada dalam tempurung, tidak terbuka dan sebagainya. Meskipun, Islam yang menjadi pegangan kaum Melayu-Muslim adalah sangat menekankan kesatuan berteraskan Ukhuwah Islamiyah, prinsip seumpama itu tidak memberi pengaruh melainkan bila kaum Melayu-Muslim memang merasa rindu dengan kesatuan itu.
Suasana Pasca-PRU14 telah memperlihatkan siapa PH sebenarnya. Mereka bukan sahaja tidak menepati janji manifesto mereka kepada rakyat, tetapi sudah mula bertindak seperti anai-anai mahu meruntuhkan tiang-tiang seri pembinaan negara Malaysia. Usaha sudah mula dilakukan untuk meletakkan taraf kedudukan Islam di Malaysia sama dengan agama-agama lain. Desakan juga telah dicetuskan untuk mengganggu-gugat Institusi Raja. Kedudukan Bahasa Melayu pula sudah semakin diperkecilkan dalam urusan rasmi dan dasar pendidikan. Hak istimewa bumiputera semakin dicemburui apabila timbul suara-suara sumbang mempersoalkannya. Adakah perkembangan-perkembangan ini menggamit rindu kaum Melayu-Muslim bersatu?
Ketika persoalan ini berlegar, berlaku Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis. DUN ini mempunyai hampir 73% pengundi Melayu-Muslim, iaitu ini komposisi yang signifikan untuk melihat adakah situasi menggamit rindu ini sudah berlaku? Dalam konteks PRK ini, ‘persefahaman’ dilihat sudah berlaku, iaitu apabila PAS tidak bertanding. Tindakan seperti ini berkemungkinan dapat mengelakkan pengundi Melayu-Muslim agar tidak lagi menjadi mangsa amalan ‘pecah dan perintah’. Sekarang terpulang kepada pengundi-pengundi Melayu-Muslim di Sungai Kandis. Merekalah yang yang sewajarnya menjawab soalan ini, jika pengundi Cina boleh bersatu, mengapa pengundi Melayu tidak boleh? - HARAKAHDAILY 24/7/2018
Penulis ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.Sumber HD - 24-7-2018
Perbahasan Titah Diraja oleh MP Marang
ALHAMDULILLAH kita selesai melaksanakan PRU14 dalam suasana aman walaupun ada sedikit ketegangan. Keputusan yang unik, apabila adanya perubahan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berbagai parti, sama ada bersama kerajaan Pusat yang berkonsep campuran dan kerajaan negeri atau pembangkang yang memerintah beberapa kerajaan negeri.
Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat sama ada betul atau dengan salah perhitungan yang sudah berlalu. Mana yang betul perlu ditambah baik dan yang salah diperbetulkan.
Terpenting juga ialah melaksanakan konsep federalisme yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negara. Kenyataan YAB PM mengembalikan semula Royalti Petroleum yang tidak diberi kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada pelaksanaan menghidupkan konsep Federalisma yang dilemahkan dahulu. Diharapkan banyak lagi ruang yang patut diberi kepada kerajaan negeri khususnya bagi menunjukkan model Islam yang kami janjikan dalam manifesto negeri, khususnya dalam aspek memperkenalkan Islam yang menjadi tujuan kami.
Walau bagaimanapun, perlu kepada keterbukaan sehingga meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan zaman penjajahan dahulu kerana kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada setengah abad, dan kita telah melakukan banyak pindaan, ada juga yang tidak penting serta meninggalkan yang lebih penting seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar. Dan hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan yang masih ketinggalan.
Dalam aspek ekonomi yang sangat mencabar, khususnya dalam arena antarabangsa yang mencetuskan perang ekonomi di kalangan kuasa besar khusus China dan Amerika. Kita mempunyai kedudukan yang tersendiri, dari kedudukan geografi, sumber dan tenaga manusia. Namun perlu mengutamakan kepentingan rakyat kita, dalam keadaan kita berada di tempat yang kukuh dan mempunyai sumber bumi kita dan rakyat kita sendiri. Hasil bumi yang melimpah ruah dan tenaga manusia yang berkepakaran dan bertenaga. Sekiranya diolah dengan baik kita dapat memperkasakan diri dan negara kita di tengah-tengah percaturan antarabangsa.
Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini. Khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan negara jiran dan negara sahabat, kerjasama negara Islam dan negara NAM dahulu. Memilih pendekatan kerjasama dengan negara setaraf dengan kita atau negara mundur adalah lebih baik daripada berlumba dengan negara besar yang rakus tidak bersimpati dengan kita. Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, bersama kebijaksanaan kita, tidak terikat sangat rapat dengan negara tersebut dan sangat bergantung dengan agensi yang dimonopoli oleh mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan mata wang tunggal seperti US Dollar yang sangat diragui kebenaran dan kekukuhannya.
Keadaan geografi dan sumber semula jadi yang berada kepada kita perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, kerjasama negara serantau dan sahabat yang tersebut tanpa mendedahkan diri menjadi pengkalan yang digunakan oleh negara besar yang berkepentingan di pihaknya sahaja. Lebih malang sekiranya kita mendedahkan diri menjadi medan peperangan dalam kalangan negara besar seperti yang pernah berlaku pada abad yang lalu.
Penyelesaian kedudukan Bumiputera yang masih terkebelakang perlu ditingkatkan lagi tanpa berlaku zalim terhadap pihak yang lain, dengan menghidupkan semangat kerjasama dan bertolong menolong dalam masyarakat majmuk yang bersifat Madani, bukan semangat perlumbaan perkauman dan penindasan yang boleh mencetuskan ketegangan.
Kedudukan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga Malaysia Timur Sarawak dan Sabah yang terpinggir mengikut cara yang diadakan pada zaman penjajah dahulu hendaklah diubah, kerana daerah ini hanya diperas hasil buminya yang kaya dalam keadaan rakyatnya yang majoriti Bumiputera masih terpinggir dengan kemudahan asas yang diabaikan seperti pelabuhan dan kawasan industri, bahkan lebuh raya yang lebih dipesatkan di Pantai Barat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang juga menghala ke Timur bukan sahaja ke arah Barat.
Kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi yang tidak terkawal, walaupun penyelesaiannya ditawarkan oleh semua manifesto parti kerajaan dan pembangkang, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST, laksana mencubit dengan tangan kanan, kemudian dicubit pula dengan tangan kiri yang sakitnya sama atau lebih sakit. Tanpa menangani secara penyelesaian yang menyeluruh dengan menggunakan barangan kita dan tenaga kita sendiri secara lebih bijak dan insaf. Sama ada menangani disebabkan kuasa beli yang tidak kukuh atau mata wang yang tidak stabil atau barangan yang tidak seimbang dan saksama hendaklah ditangani dengan penuh tanggungjawab. Bukan sekadar hanya percukaian yang meringankan bebanan kerajaan, bukannya bebanan rakyat.
Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, khususnya muamalah riba, menipu dan rasuah yang diisytiharkan perang oleh Allah, namun kini dianggap pula menjadi rukun dan syarat ekonomi moden.
Walaupun sudah ada langkah kepada muamalah Islam seperti perbankan dan sebagainya, tetapi masih teragak-agak ke arah menghapuskan riba yang dikira dosa besar itu. Mudah-mudahan kita dapat menghayati pesanan Allah:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96)
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka telah membohonginya. Lalu Kami hukumkan mereka dengan bencana disebabkan apa yang telah mereka lakukan)” (Surah Al-A’raaf: 96)
Istilah berkat hanya dalam ekonomi Islam yang tiada dalam semua teori ekonomi yang lain.
Kita juga sedang mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya dan kelemahan undang-undang mencegah kemungkaran.
Allah mencipta manusia dengan fitrah yang berbeza dengan makhluk yang lain dan diletakkan di tempat yang berbeza dalam kalangan sesama manusia sendiri, berbagai bangsa, budaya dan hasil bumi serta kepakaran dan sumber masing-masing.
Petunjuk Allah melalui Al-Quran dan kebijaksanaan Rasul-Nya Muhammad S.A.W telah berjaya mendidik manusia awal Islam, daripada masyarakat Arab buta huruf dan liar sifat jahiliahnya bersama Islam, berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk yang besar dan membetulkan tamadun jahiliah yang tidak bermoral walaupun maju dari segi kebendaannya dan kerajaannya bertaraf kuasa besar.
Menunjukkan cara pembangunan insan itu hendaklah melalui ilmu dan pendidikan memenuhi sifat fitrah, naluri atau semula jadi. Bercirikan jasad, roh, akal, berkonsep kedirian dan bermasyarakat madani. Insan yang dibentuk oleh Islam berjaya menundukkan kuasa besar pada zamannya dan mencipta semula tamadun (Hadharah Islamiyyah), tanpa meninggalkan warisan ilmu dunia yang bermanfaat daripada seluruh pelosok dunia Timur dan Barat; Parsi, Rom, China, India, Mesir dan lain-lain. Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa Arab yang dirasmikan pada masa itu, tanpa menghapuskan bahasa kaum masing-masing yang menjadi tanda kebesaran Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan(”. (Surah Ar-Ruum: 22)
Umat Islam meneroka kemajuan sains dan teknologi dengan memajukan ilmu hasil daripada berbagai negara dan bangsa. Namun ketinggalan pada masa mutakhir dan kerajaannya jatuh. Barat yang mencetuskan Revolusi Industri hasil terjemahan tamadun Islam ke dalam bahasa-bahasa Barat, namun mereka meninggalkan aspek rohani dan akhlak yang mengawal akal dan jasadnya sehingga tanpa roh.
Kini kita sedang menyaksikan keruduman Tamadun Barat yang maju itu, menjadikan manusia tidak bermoral sehingga mencipta senjata pemusnah menjadikannya lebih ganas daripada binatang dan hilang moralnya menghilangkan akal yang mulia dengan gejala arak dahulunya, dan kini pelbagai jenis dadah.
Kita menyaksikan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain mengilmukan rakyat dengan bahasa kebangsaan masing-masing, dan pengetahuan bahasa asing sekadar keperluan menterjemahkannya, bukan mengilmukan rakyat sebanyak mungkin. Maka tanggungjawab kita menjadikan bahasa kebangsaan kita sendiri adalah cara paling betul dalam memperkasakan ilmu dan pendidikan kita. Cara meninggalkan bahasa kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan mengurus rakyat telah menemui kegagalan yang berulang.
Tanggungjawab menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga perlu ditangani dengan pendidikan dan pelajaran, serta media yang bermoral serta undang-undang yang berkesan dan undang-undang juga yang mendidik bukan sekadar menghukum.
Media tanpa sempadan menjadi wabak baru yang tidak terkawal lagi, menyerang seluruh pelosok dunia, kini menjadi ancaman terhadap negara dan antarabangsa. Sehingga pengetahuan bahasa asing bukan lagi untuk menimba ilmu yang positif, tetapi membuka ruang yang lebih besar dibanjiri aspek negatif. Maka perlu adanya kawalan yang berkesan demi menyelamatkan negara dan rakyat dengan peraturan kawalan dan undang-undang bertindak yang berkesan.
Kita menyaksikan hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah gagal mengatasi gejala pengedarannya, walaupun hukuman itu lebih keras daripada Hukum Qisas dan Hudud Islam yang dipertikai dan diragukan oleh banyak pihak. Begitu juga undang-undang mencegah gejala rasuah tidak mampu menghalang siapa sahaja yang berkuasa melakukannya dengan berbagai-bagai helah. Kini sudah tiba masanya diberi ruang untuk memperkenalkan undang-undang syariat Islam, dibincangkan secara ilmu dan dan diberi kuasa kepada negeri menjadi percubaan, menunaikan kewajipan kepada Allah dan rakyat.
Dalam arena antarabangsa terkini, kita mengharapkan kerajaan dapat memberi ruang yang adil menghadapi tuduhan terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di negara Barat, khususnya Amerika dan Eropah. Betapa Islam dikaitkan dengan keganasan, walaupun kini ternyata betapa negara Barat itu terlibat dalam mewujudkan kumpulan ISIS yang dikaitkan terhadap Islam, merekalah menjadi pembekal utama senjata dan memberi tempat kepada kumpulan itu dan memberi lesen kepada negara haram Israel memiliki apa sahaja senjata pemusnah dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin yang dihalau daripada rumah kediaman dan rompakan bukan sahaja harta bahkan tanah air mereka juga dirampas.
Fitnah terhadap Islam yang tidak menepati ajaran Islam yang mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh agama, umat dan negaranya yang diceroboh dan dijajah, berpandukan petunjuk Allah:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (190)
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. (Surah Al-Baqarah: 190)
Islam mengharamkan pembunuhan terhadap rakyat awam, bukan sahaja orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak, termasuklah paderi dan sami di rumah ibadat mereka. Kini ternyata betapa mereka yang terlibat dalam krisis yang berlaku di serata dunia di sebalik penjajahan semula dan kepentingan ekonomi termasuk perniagaan senjata secara gelap dan nyata.
Kehidupan masyarakat berbagai agama dalam masyarakat Islam boleh dibandingkan apa yang dilakukan terhadap kaum Islam di Rohingya dan lain-lain.
PAS terus beristiqamah dengan petunjuk Allah dalam hubungannya dengan semua pihak berpandukan firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan bermusuhan”. (Surah Al-Maa’idah: 2)Sekian, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Sumber HD - 23-7-2018Teks perbahasan Titah Diraja oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 10 Zulkaedah 1439 / 23 Julai 2018.
Brunei: Empayar Islam di Borneo
SEMENJAK berdirinya Kerajaan Melaka (1262-1511M) dan Kerajaan Samudera-Pasai (1267-1521M), beberapa Kerajaan Islam mulai tumbuh sepanjang abad ke-14M di Nusantara. Kerajaan yang muncul lebih awal termasuklah Kedah (1136M), Kelantan (1181M), Jawaka (1267M), Terengganu (1303M) dan Champa (1360M). Ternyata negeri-negeri yang menjadi pesisir Laut China Selatan terlebih dahulu menerima Islam dan mendirikan kerajaan. Salah satu faktornya ialah peranan perdagangan, selain gerakan dakwah yang turut berkembang dari China pada zaman Dinasti Ming (1368-1863M). Di sinilah munculnya Brunei sebagai sebuah Kerajaan Islam yang ditubuhkan pada 1363M, yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah Empayar Melayu Islam dengan menguasai kawasan Utara dan Barat Borneo (Sambas di Kalimantan Barat, Sarawak dan Sabah) dan juga Kepulauan Visaya dan Luzon (di Filipina hari ini). Pada zaman kemuncaknya, Brunei menjadi penyebar Islam ke kawasan Kepulauan Timur Nusantara.Kemunculan Brunei sebagai sebuah Kerajaan Islam adalah kesan daripada gerakan dakwah yang dibuat oleh Melaka. Dua tokoh yang dikatakan berperanan besar dalam peng-Islaman Brunei ialah Syarif Ali, ulamak dan pendakwah dari Taif dan Wan Nik al-Fathani, adik Syed Hussein Jamadil Kubra. Kerajaan Brunei dikatakan telah diasaskan oleh Awang Alak Betatar, seorang pemimpin berbangsa Visaya yang tinggal di Semenanjung Klias, iaitu kawasan yang menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan. Setelah memeluk Islam, baginda dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah Wa Daulah, iaitu Sultan Brunei yang pertama pada 1363M. Brunei mencapai kemuncak kemajuan apabila Syarif Ali diangkat menjadi Sultan Brunei ketiga pada 1425M bergelar Sultan Barakat. Sejak itu, Brunei mulai muncul sebagai Empayar Islam yang menguasai Timur Nusantara. Kebangkitan Brunei yang berlaku serentak dengan zaman kemuncak Melaka dan kebangkitan Demak (1475-1554M) di Pulau Jawa dan Sulu di Mindanao (1405-1915M) telah membentuk gabungan gerakan dakwah yang besar di Nusantara.
Kebangkitan Brunei: Kuasa Politik Islam di TimurMenurut Syair Awang Semaun, perkataan Brunei berasal dari kata "baru nah" yang bermaksud tempat yang sangat baik untuk didirikan penempatan dan kerajaan. Pada awalnya, dikatakan seorang pemimpin Sakai, Awang Patih Berbai telah pergi ke Sungai Brunei untuk membina negeri dan mendapati tempat ini sangat sesuai dijadikan negeri dan dinamakan "Baru Nah" atau kemudiannya disebut "Brunei." Berdasarkan catatan Cina pula, Brunei dikatakan wujud sejak abad ke-7 Masehi dan disebut sebagai Poli, Polo, Po-ni dan Puni, sebelum disebutkan sebagai Bunlai. Sesetengah pengkaji mengatakan Zabaj dan Randj dalam catatan Arab adalah Brunei. Pada peringkat awal, Brunei dikatakan beragama Hindu-Buddha berdasarkan penemuan stupa-stupa Hindu di negara tersebut. Hal ini mungkin berlaku ketika Brunei ditakluki oleh Kerajaan Hindu Majapahit pada era Mangkubumi Patih Gajah Mada (m. 1364M).
Selepas peng-Islaman Awang Alak Betatar, Brunei telah menjadi sebuah kerajaan yang masih belum meluas pengaruh Islamnya. Namun begitu, kegiatan dakwah telah berlaku terutama selepas kedatangan Syarif Ali Bafaqih dan Wan Nik al-Fathani. Pada zaman Sultan ketiganya, Sultan Syarif Ali (1425-1432M), baharulah Islam berkembang pesat di mana masjid-masjid mula dibina dan Islam mula dilaksanakan. Pada zaman Sultan Bolkiah (1485-1524M) dikatakan pengaruh Brunei telah sampai ke kemuncak di mana Brunei telah menguasai Pulau Luzon dan Visaya, selain mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Sulu dan turut menguasai Sarawak hingga ke Sambas. Kedatangan penjajah Sepanyol di Luzon yang meruntuhkan Kesultanan Amanillah (Manila) pada 1570M telah menggugat pengaruh Brunei, sebelum kedatangan James Brooke pada 1839M telah menyebabkan pengaruh Brunei mulai merosot di Sarawak. Pada zaman kemuncak Kerajaan Brunei, seluruh kawasan Utara Borneo dari Sambas di Barat Kalimantan memanjang hingga Sarawak dan Sabah hingga ke Timur Kalimantan, termasuk Kepulauan Visaya dan Kota Seludang (Luzon). Ini meletakkan Brunei sebagai kerajaan terbesar di Timur Nusantara pada abad ke-16M.
Peng-Islaman BruneiMenurut catatan Cina, Islam telah tiba di Brunei sekitar abad ke-10M, di mana pada 977M Islam dikatakan telah sampai di Brunei dari China. Menurut Shong Shi, Raja Po-ni (Brunei) pada 977M telah mengirimkan Diplomat ke China diketuai Shi Nu (Sheikh Nuh), Pu'a Li (Abu Ali) dan Pun Guan Ge Xin (Kadhi Kassim). Pengiriman Diplomat Islam ke China ini membuktikan bahawa Islam bukan sahaja telah tiba di Brunei, tetapi juga telah berpengaruh sehingga wujud jawatan Kadhi, dan adanya ulamak seperti Sheikh Nuh. Namun begitu, belum ada catatan yang jelas mengenai Brunei, adakah sebuah kerajaan atau tidak, berbanding dengan kedudukan Brunei sebagai jajahan Kerajaan Hindu Majapahit sejak berlakunya perluasan kuasa pada 1336M seperti yang dicatat dalam Negarakertagama bertarikh 1365M. Sejak abad ke-11, telah terdapat bukti ketibaan orang Islam di Brunei dengan penemuan beberapa batu nisan yang terawal bertarikh 1048M, iaitu selepas pembunuhan orang-orang Arab di Canton pada 878M.
Dari aspek kekerajaanan, kebangkitan disepakati oleh para pengkaji bahawa ia bermula dengan peng-Islaman Awang Alak Betatar yang dikatakan berlaku pada 1368M. Selepas memeluk Islam, Awang Alak Betatar yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad Shah Wa Daulah atau disebut dalam catatan China sebagai Ma-ha-mo-sha. Ada beberapa pendapat yang menyebut mengenai peng-Islaman Awang Alak Betatar:
● Awang Alak Betatar adalah seorang pemimpin orang Visaya. Baginda berkenalan dengan seorang saudagar Arab, yang juga merupakan pendakwah dan wali Allah. Wali Allah itu mendoakan supaya Awang Alak Betatar memeluk Islam dan menjadi pemerintah yang berdakwah menyebarkan Islam. Sejak itu, baginda bergelar Sultan Mohammad Shah;● Awang Alak Betatar memeluk Islam melalui perkahwinan baginda dengan Puteri Raja Bakhie, dari Johor pada 1368M; dan● Islam dibawa masuk ke Brunei oleh pedagang China sejak 977M, dan akhirnya sekitar 1406M, Awang Alak Betatar memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah.
Selepas peng-Islaman Awang Alak Betatar ini, Brunei didatangi oleh Syarif Ali dari Taif yang telah berdakwah mengembangkan Islam di Brunei dan menjadi menantu Sultan Muhammad Shah. Sejak Syarif Ali menjadi Sultan Brunei, Islam mulai berkembang pesat dan Brunei menjadi pusat penyebaran dakwah Islam di sebelah Timur.
Sultan-sultan BruneiSejak berdirinya Kesultanan Brunei Darussalam pada 1363M sebagai sebuah Kerajaan Islam, seramai 29 orang Sultan telah memerintah negara minyak ini. Kesultanan Brunei pada awalnya dimulakan oleh Awang Alak Betatar, tetapi selepas baginda memeluk Islam pada 1368M, baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad Shah Wa Daulah. Sultan Brunei ketiga, Syarif Ali adalah pendakwah berketurunan Ahli Bait dari Taif, baginda menjadi menantu Sultan Ahmad dan diangkat menjadi Sultan pada 1425M dan dikenali juga sebagai Sultan Barakat. Sejak itu, Sultan-sultan Brunei adalah keturunan baginda. Berikut adalah senarai Sultan-sultan Brunei:
● Sultan Muhammad Shah (1363-1402M)● Sultan Ahmad (1402-1425M)● Sultan Syarif Ali atau Sultan Barakat (1425-1432M)● Sultan Sulaiman (1432-1485M)● Sultan Bolkiah (1485-1524M)● Sultan Abdul Kahar (1524-1530M)● Sultan Saiful Rijal (1530-1581M)● Sultan Shah Brunei (1581-1582M)● Sultan Muhammad Hassan (1582-1598M)● Sultan Abdul Jalil al-Akbar (1598-1659M)● Sultan Abdul Jalil al-Jabbar (1659-1660M)● Sultan Muhammad Ali I (1660-1661M)● Sultan Abdul Haq al-Mubin (1661-1673M)● Sultan Muhyidin (1673-1690M)● Sultan Nasaruddin (1690-1710M)● Sultan Hussin Kamaluddin (1710-1730 M dan 1737-1740M)● Sultan Muhammad Alauddin (1730-1737M)● Sultan Omar Ali Saifuddin I (1740-1795M)● Sultan Muhammad Tajuddin (1795-1804 dan 1804-1807M)● Sultan Muhammad Jamal al-Alam I (1804M)● Sultan Muhammad Kanz al-Alam (1807-1826M)● Sultan Muhammad Alam (1826-1828M)● Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852M)● Sultan Abdul Mu'min (1852-1885M)● Sultan Hashim Jalil al-Alam Aqamaddin (1885-1906M)● Sultan Muhammad Jamal al-Alam II (1906-1924M)● Sultan Muhammad Tajuddin II (1924-1950M)● Sultan Omar Ali Saifuddin III (1950-1967M)● Sultan Hasanal Bolkiah (1967-sekarang)
Walaupun Sultan-sultan Brunei berasal dari keturunan Awang Alak Betatar, tetapi dengan kedatangan Syarif Ali, keturunan Sultan Brunei telah beralih kepada Ahli Bait. Syarif Ali adalah Syarif Ali bin Syarif Ajlan bin Rumaithah bin Mohammad Abu Numaie bin Abu Saad al-Hassan bin Ali al-Akbar dari keturunan Saidina Hassan bin Ali bin Abi Talib. Sebelum Syarif Ali menjadi Sultan Brunei, Sultan Ahmad, adik kepada Sultan Mohammad Shah menjadi Sultan ketiga. Anakanda Sultan Mohammad Shah, Sultan Abdul Majid Hassan menjadi Sultan Brunei dalam jangka masa yang pendek dan meninggal dunia di China sebelum Sultan Ahmad. Oleh kerana tiada pewaris, menantu baginda Syarif Ali menjadi Sultan.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 22-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
6 Zulqaedah 1439 / 19 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 22/7/2018
Tidak turun PRK, gerak persiapan PRU15
PAS mengambil keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis kerana ingin mengkaji terlebih dahulu Hasil Dapatan Jawatankuasa Post-Mortem PRU 14 PAS Pusat yang sedang disiapkan ekoran tahap keputusan dalam PRU yang lalu, khususnya di Negeri Selangor. Keputusan ini turut terpakai dalam PRK Dun Balakong.
Oleh itu, PAS tidak menurunkan jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun seluruh jentera PAS akan terus bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi membuat persiapan menghadapi PRU15.
Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru PH adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu.\
PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor. Dengan kata lain peranan Pembangkang adalah amat penting.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
DATO’ TAKIYUDDIN HASSANSumber HD - 22-7-2018
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 Zulaedah 1439 / 22 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 22/7/2018
Penjajah Barat runtuhkan Kesultanan Melaka
KEDATANGAN Portugis ke Nusantara bukanlah secara kebetulan atau atas faktor perdagangan rempah semata-mata. Ia mempunyai kaitan dengan dendam Gereja Katholik di Vatican terhadap kejatuhan Constantinople di tangan Daulah Othmaniyah pada 1453M. Gereja telah mencantumkan Kerajaan Castilian dan Aragon bagi membolehkan mereka menghancurkan Granada pada 1492M. Pada 7 Jun 1494M, Paus Alexander VI telah mengadakan Perjanjian Tordesilas yang memberi hak kepada Portugis untuk mejelajah kawasan Timur dalam menjayakan agenda 3G (Gospel, Glory and Gold), atau dalam kata lain untuk menghancurkan Daulah Islam, khususnya Daulah Othmaniyah. Pada 1488M, Bartholomew Diaz telah tiba di Tanjung Harapan, sebelum Vasco Da Gama sampai di Kalikat, India pada 1498. Mereka kemudiannya menduduki Hormuz, Aden dan pantai Hijaz, dengan bantuan Kerajaan Syiah Shafawi. Dengan kedudukan mereka di Aden, Hormuz, Hijaz dan Kalikat, Portugis mula mengatur gerakan untuk melemahkan Islam setelah keadaan Khalifah Abbasiyah-Mamalik tidak lagi dapat mempertahankan Islam.
Bagi tujuan inilah, pada 11 September 1509, Vasco Da Gama telah mengirimkan seorang paderi, Diego Lopez De Squera ke Melaka. Setelah mereka mengadap Sultan Mahmud Shah dan mendapat layanan baik, pedagang Muslim dari Arab dan India telah mendesak Sultan Melaka untuk tidak mempercayai orang Portugis berdasarkan pendudukan mereka di Hormuz, Aden dan Kalikat. Kerajaan Melaka kemudiannya mengatur tangkapan ke atas orang Portugis setelah maklumat mengenai kehadiran mereka adalah untuk melakukan risikan diketahui oleh istana, dan akhirnya 20 orang Portugis, termasuk perisiknya, Rui Aroujo telah ditangkap. Penangkapan ini telah dijadikan alasan untuk Portugis bertindak ke atas Melaka kemudiannya. Bagi membolehkan mereka menguasai Melaka, Alfonso de Albuquerque telah cuba menguasai Kalikat pada 1509M tetapi gagal, lalu menawan pula Pelabuhan Goa pada 10 Disember 1510M. Setelah itu, gerakan ketenteraan disusun untuk menyerang Melaka dari Goa, India.
Melaka: Bangsa pertama dijajahSasaran awal Gereja Kristian adalah untuk meruntuhkan Daulah Othmaniyah yang sedang bangkit menggantikan Daulah Abbasiyah-Mamalik di Kaherah. Daulah Othmaniyah telah berjaya menguasai Eropah Timur, Balkan hingga ke Vienna, dan membuka Constantinople, sekali gus menghancurkan pengaruh Kristian Orthodoks. Gereja Vatican menyangka kekuatan ekonomi Daulah Othmaniyah adalah dari India berdasarkan penguasaan pedagang India di kawasan Arab. Tetapi selepas mereka menduduki Goa, didapati bahawa India bukan sumber sebenar kekuatan ekonomi Daulah Othmaniyah. Sebaliknya, Portugis telah menyedari bahawa punca sebenar kekuatan ini ialah Melaka, lalu mereka menghantar Lopez De Squera dan Roi Aroujo untuk menyelidik dan mengkaji Melaka. Di sinilah mereka mengenali pemimpin-pemimpin Melaka yang boleh disogok, mengkaji keseluruhan sejarah Kesultanan Melaka, mengetahui konflik istana selepas fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir dan pembunuhannya, serta kekuatan armada laut Melaka yang dipimpin oleh Laksamana Khoja Hassan yang berada perairan Lingga.
Sebenarnya, penaklukan Kristian Barat bermula dengan kejatuhan Melaka. Ketibaan Christopher Columbus di Caribbean pada 12 Oktober 1492 bukanlah dengan tujuan mencari benua baru, tetapi untuk mencari India, bagi menghapuskan Daulah Othmaniyah. Kerana itu Caribbean dinamakan "West Indies" dan orang-orang peribumi Benua Latin berbangsa Maya, Aztec dan Inca dipanggil "Red Indian" kerana pada awalnya orang Sepanyol menyangka telah menemui India, sebelum Portugis tiba di Kalikat pada 1497M. Setelah Portugis menduduki Cueta pada 1415M, dan menjelajahi Pantai Afrika mulai 1419M, akhirnya Bartholomew Diaz menemui Tanjung Harapan pada 1487M, baharulah mereka mengetahui India yang sebenar. Setelah itu, Vasco Da Gama pula tiba di Tanjung Harapan pada 1497, terus ke Malindi pada 1497M juga sebelum tiba di Kalikat pada 1498M. Mereka telah menduduki Aden, Hormuz dan Hijaz, sebelum dapat menguasai Goa pada 1510M. Namun begitu, gerakan penjajahan sebenar hanya berlaku pada 1511M, setelah mereka menyerang dan meruntuhkan Empayar Melaka. Selepas runtuhnya Melaka, barulah bermula proses penjajahan Barat ke atas dunia Islam.
Serangan Portugis dan keruntuhan MelakaSeorang pengkaji, Rene Abrecht-Carrie mengatakan, sebenarnya sehingga abad ke-16M, orang Eropah masih primitif dan kelam kabut mengenai geografi dan pelayaran. Tetapi kerana rancangan untuk menghancurkan kuasa politik Islam mereka belayar ke Timur dan menjajah Melaka. Serangan ke atas Melaka ini adalah atas alasan menuntut pembebasan perisik mereka, Riu Aroujo bersama 20 anak kapal yang lain. Pada 28 Jun 1511M, Alfonso De Albuquerque telah tiba di Melaka dan cuba mengadakan rundingan sehingga akhirnya orang-orang Portugis dibebaskan. Tidak berpuas hati kerana tidak dapat menguasai Melaka, Portugis mula merancang untuk menguasai Jambatan Melaka dan akhirnya tercetus perang yang pertama pada 25 Julai 1511M. Pada awalnya Portugis dapat menguasai jambatan itu dengan kerjasama askar Jawa, Cina dan India yang belot, tetapi dirampas semula oleh Melaka dengan 70 orang Portugis dapat dibunuh. Kejayaan Melaka mengalahkan Portugis dalam serangan yang pertama ini menyebabkan mereka mengatur serangan kedua dengan lebih besar lagi, di mana 25 buah kapal dan 1,500 tentera digunakan untuk menyerang Melaka.
Serangan kedua berlaku dalam keadaan Melaka berjaga-jaga di mana para ulamak telah mengumpulkan tentera Melaka dan membacakan kepada mereka Hikayat Mohamad [Ali] Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah bagi menaikkan semangat perjuangan mereka untuk melawan Benggali Putih itu. Perang ini tercetus pada 10 Ogos 1511M, di mana pasukan Melaka dipimpin oleh Sultan Ahmad Shah bersama Maulana Sadar Jahan, sedangkan Portugis dipimpin oleh Alfonso De Albuquerque. Perang yang kedua ini telah dimenangi oleh Melaka pada awal, tetapi disebabkan oleh tekanan yang berterusan dari Portugis, Sultan Mahmud Shah dan kerabat baginda berundur ke Hulu Bertam, Pahang bersama pembesar utama. Portugis mengambil kesempatan menguasai Kota Melaka dan membunuh sesiapa sahaja yang melawan, tetapi membenarkan orang Pegu, Burma dan Hindu meninggalkan Melaka tanpa membawa harta. Pada 24 Ogos 1511M, Alfonso De Albuquerque telah mengarahkan tenteranya membuat serangan dan merampas semua harta Sultan Melaka, termasuk menguasai Istana Melaka, sekali gus menjadi detik runtuhnya Kerajaan Melaka.
Pengunduran dan usaha pembebasan MelakaSelepas kejatuhan Melaka, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga dan pembesar, termasuk Sultan Ahmad Shah (Sultan Melaka terakhir), Raja Ali (Sultan Aliuddin Riayat Shah II Johor Riau) dan Raja Muzaffar (Sultan Muzaffar Shah Perak) telah berundur ke Bintan, Johor dari Pahang. Dari sini baginda mengumpulkan kekuatan rakyat untuk membebaskan Melaka. Akhirnya Bintan diserang oleh Portugis pada 1526M. Akibat serangan ini, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Kampar, Sumatera dan mangkat di sana pada 1528M. Sultan Aliuddin Riayat Shah, putera baginda dengan Tun Fatimah kemudiannya mengasaskan Kerajaan Johor-Riau berpusat di Johor Lama, manakala Sultan Muzaffar Shah, putera baginda dengan Puteri Onang Kening (puteri Sultan Mansor Kelantan) dirajakan sebagai Sultan Perak yang pertama. Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, pengunduran baginda ke Pahang adalah bukan kerana mengaku kalah, tetapi sebagai strategi untuk menyerang balas ke atas Portugis. Ketika itu, armada terbesar Melaka diketuai oleh Laksamana Khoja Hassan tidak berada di Melaka, tetapi di perairan Lingga.
Sumber HD - 2107-2018Selepas kepulangan armada laut dari Lingga, beberapa siri serangan ke atas Melaka telah dilakukan diketuai oleh Sultan Mahmud Shah dan Laksamana Hang Nadim. Empat serangan dilancarkan oleh Sultan Mahmud Shah ke atas Melaka antara 1512M hingga 1523M, sedangkan Hang Nadim sendiri menyerangnya pada 1516M dan 1524M, yang menyebabkan Bintan diserang oleh Portugis pada 1526M. Pada 1521M, Pangeran Adipati Yunus (Pati Unus) dari Kerajaan Demak telah menyerang Portugis di Melaka kali kedua dengan bantuan Kerajaan Banten, Ceribon dan Japara, sedang serangan jihad pertama Demak dibuat pada 1513M. Dua tokoh penting yang terlibat dalam serangan ini ialah Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah. Menyusul selepas kegagalan Demak ialah Aceh. Sultan Aliuddin Riayat Shah al-Qahhar Aceh telah menyerang Portugis pada 1537M dan 1547M dengan dukungan Daulah Othmaniyah. Pada 1551M, Johor-Riau dengan bantuan Perak dan Jepara telah berjaya menawan kota Melaka selama tiga bulan, sebelum Portugis menguasai semula kota itu. Dengan bantuan Daulah Othmaniyah pula, Aceh menyerang lagi pads 1568M dan 1570M tetapi gagal membebaskan Melaka. Portugis hanya dapat ditewaskan dalam serangan Belanda pada 1641MMOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
5 Zulqaedah 1439 / 18 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/7/2018
Lafaz syahadah disaksi Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malam Rabu lalu adalah menjadi sejarah kepada dua sahabat baik Lee Chee Keong, 47, dan Tang Chew Then, 44, selepas melafazkan dua kalimah syahadah yang diajar mengucap oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Pejabat Agung PAS. Jalan Raja Laut.
Dua kenalan rapat ini mengambil keputusan memeluk Islam selepas tertarik kepada keindahan Islam yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan tertarik dengan akhlak yang dibawa oleh orang Islam itu sendiri.
Ustaz Tuan Ibrahim menamakan Lee Chee Keong ditukar nama kepada Mohd Salleh Lee dan Tang Chew Then kepada Husin Tang, beliau berharap kedua-dua rakan ini yang baharu sahaja bergelar muallaf mudah menimba ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam sebenar.
"Selepas ini, kamu perlu jaga akhlak Islam dan jangan bimbang kita bimbing kamu sikit demi sikit, peringkat awal belajar mudah-mudah dahulu tentang Islam," pesan Ustaz Tuan Ibrahim.
Menurut Mohd Salleh Lee, beliau gemar mendengar alunan zikir taubat nasuha sehingga secara sendirinya menghafal bait-bait zikir tersebut termasuk memahami setiap patah ayat zikir yang dilaungkan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Melayu.
"Saya suka dengar zikir itu, ia dekat di hati saya," ujarnya kepada Harakahdaily selepas mengalunkan dan berkongsi kefahaman maksud bait-bait zikir taubat nasuha itu.
Ketika ditanya mengenai perasaan beliau dan sahabat selepas melafaz dua kalimah syahadah, keduanya menjawab mereka kini merasa amat tenang dan telah lama bersedia untuk memeluk Islam sehinggalah mereka mengenali pendakwah bebas, Ustaz Yusuff Kwan, 61, sebulan yang lalu.
Ustaz Yusuff yang mengenali rapat dengan PAS membawa kedua-duanya ke Pejabat Agung PAS sebagai langkah awal mengucap dua kalimah syahadah sebelum meneruskan hasrat membawa dua sahabat ini ke Pejabat Perkim pada keesokan harinya.
Sehingga kini, Ustaz Yusuff pendakwah bebas yang bergelar muallaf selama 20 tahun dan sepanjang tempoh tersebut beliau telah berjaya menarik 4,200 orang bukan Islam mengajak kepada Islam.
"Ada yang dah jadi ustaz, ada yang dah jadi bilal. Alhamdulillah, saya akan tetap teruskan kerja-kerja dakwah ini selagi diberi kudrat dan kekuatan oleh Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 20/7/2018
Awas! Kumpulan anti Al-Quran
MENDIANG Perdana Menteri British, William Ewart Gladstone (1809-1898), menegaskan: “As long as there is this book [the Quran], there will be no peace in the world”
“Selagi kitab ini (Al-Quran) wujud, tidak akan ada keamanan di-dunia”.
Kenyataan ini diucapkan sejak dua abad tahun yang lalu, ketika kemuncaknya penentangan umat Islam dalam menghadapi era kolonialisma atau imperialisma (penjajahan) yang meneruskan Perang Salib yang ganas terhadap Islam dan penganutnya, tanpa mengenang budi kepada Tamadun Islam yang berjasa menyelamatkan mereka keluar daripada zaman kegelapan.
Maka tercetusnya Revolusi Industri dan munculnya teori pemisahan urusan kehidupan daripada agama Kristian sehingga mencetuskan agenda sekularisma yang melahirkan pelbagai ideologi dan teori ciptaan manusia.
Bukan sahaja memisahkan politik daripada agama, bahkan juga memisahkan sains dan teknologi daripada agama kerana menggunakan akal tanpa hidayah apabila mereka mengikuti sifat keangkuhan iblis yang dilaknat oleh Allah Pencipta Alam yang berjaya mempengaruhi manusia yang cerdik dan mulia kejadiannya dengan adanya akal. Tiba-tiba mereka memuja makhluk yang hina seperti menyembah binatang dan batu tanpa akal, sehinggalah mencipta senjata pemusnah yang menjadikannya lebih ganas daripada binatang liar.
Mereka melakukan permusuhan terhadap Islam dan penganutnya walau apa sahaja tindakan, namun umat Islam bangkit menentangnya dan tidak mengalah walaupun dalam keadaan paling lemah dan miskin.
Di saat ini, umat Islam mengalami penyakit kerajaannya yang lemah apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran kerana leka dan mabuk berkuasa sahaja, dan meninggalkan kemajuan ilmu duniawi yang berjaya diterokai sehingga tanah airnya dapat dijajah dan kerajaannya ditumbangkan di seluruh pelosok dunia sama ada melalui peperangan secara langsung atau polisi adu domba dalam kalangan umat Islam sendiri yang dibejati semangat fanatik kaum dan mazhab, di samping lemahnya ilmu pengetahuan agama dan ilmu duniawi yang telah diciptanya.
Umat Islam menjadi lemah sehingga dijajah tanah airnya, dibahagikan pula dalam kalangan penjajah Barat yang berebut mendapatkan habuan masing-masing, merampas hasil bumi dan memanfaatkannya dengan memperhambakan umat Islam yang lemah, maka berlakunya kebenaran terhadap amaran Rasulullah S.A.W:
"تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة على قصعتها وقال قائل: أو من قلة نحن يومئذ يا رسول الله؟ قال: لا، بل أنتم كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة منكم في قلوب عدوكم، وليقذفن الله في قلوبكم الوهن. وقال قائل: ما الوهن يا رسول الله؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت" (رواه أحمد وأبو داؤد وغيرهما)
“Umat-umat yang lain melingkungi kamu, laksana orang-orang yang melingkungi makanan lazat yang dimakannya dengan rakus. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Adakah jumlah kita pada masa itu terlalu sedikit? Sabda Rasulullah S.A.W.: Sebenarnya jumlahnya ramai, tetapi (terlalu lemah) laksana buih atau sampah yang dihanyutkan air banjir. Allah menghilangkan kehebatan (umat Islam) yang dirasakan oleh musuh-musuhnya. Lalu dicampak ke dalam diri mereka penyakit Al-Wahnu. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Apakah Al-Wahnu itu wahai Rasulullah? Sabdanya: Terlalu kasihkan dunia (melulu atau melampau tanpa halal dan haram) dan terlalu takut mati”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)
Namun, kecintaan kepada Islam tidak boleh dihapuskan walaupun dalam keadaan yang sangat jahil. Kadang-kadang banyak dosa sehingga melakukan kekufuran (aqidah atau nikmat) kerana kejahilannya.
Al-Quran pula tetap dipelihara oleh Allah mengikut janji-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Kita menyaksikan pengajian Al-Quran terus dipelihara pada zaman penjajah sehingga kini, walaupun tanpa mengetahui makna dan maksudnya. Di mana sahaja adanya umat Islam walaupun dalam keadaan miskin dan buta huruf, Al-Quran tetap dijaga sehingga ada yang memelihara secara hafalan, dan ada juga memeliharanya tanpa mengetahui makna dan maksudnya, kerana tetap beriman kepada fadilat dan keberkatannya.
Kehebatan mukjizat ilmu Al-Quran pula terserlah kepada sesiapa yang mengkajinya dalam segala bidang ilmu agama dan dunia, termasuk dalam kalangan bukan Islam ada yang mendapat hidayah sehingga menganut Islam. Ada yang tidak mendapat hidayah sehingga menjadi lebih hina daripada binatang yang mencari buah yang lazat dan baik, tetapi yang tidak mendapat hidayah itu ada yang hanya mencari keburukan yang tidak dijumpai, lalu mencipta keburukannya.
Allah mencabar kalangan anti Al-Quran sejak beberapa abad yang lalu ketika mula diwahyukan sehingga kini. Firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24) ]سورة البقرة: 23-24 [
“Dan kalau kamu ada menaruh syak (keraguan) tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah (Tuhan yang kamu ciptakan atau pemimpin yang kamu sanjung atau ilmuwan yang kamu puja), jika betul kamu orang-orang yang benar” (23); “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya atau melawan)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)
Sejak zaman awal bersama Rasulullah S.A.W sehingga kini, cabaran ini tidak mampu dijawab, ternyata kebenaran dan kehebatan Al-Quran tidak dapat dicabar. Semua yang mencabar tersungkur, bahkan mendedahkan kebodohannya walaupun ada sedikit ilmu, namun tetap ada kelemahan sifat makhluknya sehinggalah terkini muncul daripada kalangan umat Islam sendiri yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang tarafnya seperti kanak-kanak sahaja mentafsirkan Al-Quran dengan akalnya sahaja tanpa syarat ilmu-ilmu yang mencukupi berkait dengan bahasa Al-Quran dan ilmu tafsirnya.
Kajian sehingga terkini secara saintifik tetap berpihak kepada kebenaran Al-Quran khususnya dalam perkara perbandingan agama, ideologi, halal dan haram, sejarah, sehinggalah sains angkasa dengan syarat benar-benar mencari kebenaran. Akhirnya mereka gagal menandingi kehebatan Al-Quran, lalu mencipta undang-undang zalim dan media yang fasik bagi menghukum terhadap Islam dan Al-Quran.
Kita tidak boleh menerima kalangan yang buta Al-Quran yang lebih bebal daripada buta huruf. Walaupun tidak buta huruf sehingga bijak menggunakan alat-alat kajian dan media terkini yang sangat canggih.
Kenyataan-kenyataan seperti mahukan tindakan terhadap Dr. Zakir Naik, pendakwah yang berilmu dalam perbandingan agama dan kitab agama, desakan menghapuskan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran dan desakan menyamakan Islam dengan agama lain dan sebagainya adalah semuanya tidak berlaku adil secara hujah yang sebenar bagi mencari kebenaran kerana tidak mampu menandingi bahasa Al-Quran dan nilai ilmunya yang tinggi.
Terlalu banyak kajian-kajian para orientalis dan saintis yang telah berpihak kepada kebenaran Al-Quran yang boleh dibandingkan secara ilmu yang adil dan jujur bagi menambahkan keyakinan kita kepada mukjizat Al-Quran sebenarnya daripada Allah. Contohnya masih banyak istilah-istilah sains menggunakan perkataan bahasa Al-Quran, bahkan penggubal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menjadikan Al-Quran sebagai rujukannya. Maka terlalu kerdilnya suara di sini yang berlagak terlanjur bijak, tetapi mendedahkan kebebalannya sehingga memperkecilkan Al-Quran.
Bahasa Al-Quran dipilih oleh Allah, sehingga kini masih menjadi bahasa di persidangan antarabangsa termasuk PBB, di samping bahasa-bahasa penjajah. Maka jadilah kalangan yang merasa bijak itu, laksana katak di bawah tempurung yang melompat dalam lingkungannya. Ada yang masih terpengaruh dengan Bahasa Inggeris dan ada yang terpengaruh dengan Bahasa Perancis kerana pernah dijajah. Jerman, Jepun dan Cina bangkit dengan bahasa masing-masing.
Apa yang wajib ialah kuasa politik umat Islam memberi perlindungan kepada langkah dan tindakan mempertahankan Islam dan Al-Quran sebagai kitab suci. Kalangan umat Islam juga wajib mempertahankan secara Fardu Ain mengikut kemampuan masing-masing atau Fardu Kifayah melalui apa sahaja Kumpulan Islam, sama ada parti politik atau NGO yang masih ada cintanya kepada Islam dan Kitab Suci Al-Quran dalam diri masing-masing, walaupun adanya jaminan Allah melalui firman-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Allah menyatakan kehebatan Al-Quran:
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) ]سورة الحشر: 21 [
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”. (Surah Al-Hasyr: 21)
Biarkan mereka yang keras hati dan kepalanya, sepertimana dinyatakan dalam firman Allah:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74( ]سورة البقرة: 74[
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya, dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah. Sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan)”. (Surah Al-Baqarah: 74)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1439 / 18 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 18/7/2018
Kesultanan Melaka laksana Perundangan Islam
MELAKA adalah Kerajaan Islam pertama di Nusantara yang dapat melaksanakan Undang-undang Syariat secara tersusun apabila usaha-usaha untuk melakukan kodifikasi Undang-undang Islam bermula pada zaman Sultan Mohammad Shah (1284-1341M).
Walaupun Kerajaan Islam telah wujud di Perlak sejak 840M, dan Marco Polo mencatatkan mengenai pelaksanaan Syariat di sana ketika kunjungannya pada 1292M, namun tidak ada bukti mengenai kewujudan undang-undang yang dikodifikasikan. Demikian juga halnya di Samudera-Pasai dan Melaka pada peringkat awal, di mana semua bentuk pelaksanaan Syariat adalah berdasarkan Kitab-kitab Fiqh Mazhab yang dibawa dari Arab atau Parsi, dan dilaksanakan mengikut interpretasi para ulamak semasa. Inilah bentuk pelaksanaan Syariat pada peringkat terawal di Nusantara. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M dikatakan bukti artifak terawal dalam pengkodifikasian Undang-undang Islam di rantau ini.
Mendepani sistem pentadbiran yang lebih cekap dan tersusun, dengan bantuan para ulamak, Sultan Muhammad Shah telah memulakan usaha untuk mewujudkan kod undang-undang yang tersusun bagi Negeri Melaka dan jajahannya, sehingga akhirnya berjaya melahirkan dua teks undang-undang, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang disiapkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1343-1373). Dengan wujudnya teks undang-undang yang berasaskan Syariat ini, Kerajaan Melaka telah mewujudkan pula jawatan pentadbiran pengadilan agama iaitu Qadhi yang dimulakan dengan pelantikan Maulana Syed Yusof Abdul Aziz, yang lebih terkenal dengan panggilan sebagai Qadhi Yusof pada zaman Sultan Muzaffar Shah ini. Walaupun tidak banyak dicatatkan mengenai peristiwa pelaksanaan syariat seperti di Samudera-Pasai, tetapi kewujudan kod undang-undang ini cukup untuk membuktikan berlakunya pelaksanaan Syariat di Melaka.
Rujukan Syariat di Melaka peringkat permulaanPada generasi pertama umat Islam di Nusantara, pelaksanaan Syariat hanya berlaku dalam hukum individu dan keluarga, di mana di perkampungan Islam seperti "Ta-shih" yang dilaporkan oleh pencatat China, para ulamak dijadikan rujukan mengenai Syariat. Peringkat kedua baharulah diwujudkan pemimpin rujukan seperti Imam atau Kadhi untuk mengendalikan pelaksanaan Syariat mengikut aliran Mazhab Fiqh yang masih baru berkembang ketika itu. Apabila wujudnya Kerajaan Islam di Perlak pada 840M, baharulah pelaksanaan Syariat mulai tersusun dengan adanya jawatan Qadhi, Sheikhul Islam dan Mufti, tetapi kod undang-undang belum ada. Sistem pengadilan atau Mahkamah Syariah telah wujud, di mana para ulamak berpandukan kepada Kitab-kitab Fiqh Mazhab yang sedang berkembang di Asia Barat kala itu. Hal inilah yang dimulakan di Melaka setelah Islamnya Parameswara sekitar 1267M. Ulamak yang diketuai oleh Makhdum Syed Abdul Aziz bukan sahaja mengajarkan ilmu agama, tetapi menjadi rujukan pelaksanaan Syariat.
Menurut Auni Abdullah, Kitab-kitab Fiqh Berbahasa Arab telah mulai masuk ke Nusantara dengan dibawa oleh para ulamak dan pendakwah, kemudian menjadi rujukan pelaksanaan Syariat. Pada peringkat awal ini, beberapa Kitab Fiqh Syafie seperti Takhlis al-Minhaj, iaitu ringkasan Kitab Minhaj at-Talibin karya Imam Nawawi (m. 1277M), al-Muharrar oleh Imam ar-Rafie (m. 1226M) dan al-Ghayah wal Taqrib oleh Qadhi Abu Syujak (m. 1197M) dikatakan telah digunakan sebagai sumber rujukan Hukum Syariat di Melaka. Maulana Abu Bakar sendiri disebutkan mengajar kitab, Dur al-Maznum di Melaka, iaitu karangan Abu Ishak dari Makkah dan diterjemah oleh Makhdum Patakan di Pasai atas perintah Sultan Mansor Shah (1373-1446M). Pada abad ke-15M, baharulah Kitab-kitab Mazhab Syafie seperti al-Mahalli karya Jalaluddin al-Mahalli (m. 1460M), Fath al-Qarib karya Ibnu Qassim al-Ghazzi (m. 1513M), Tuhfat al-Muhtaj karya Ibnu Hajar al-Haitami (m. 1566M), Fath al-Wahhab karya Zakariya al-Ansori (m. 1520M), Nihayat al-Muhtaj karya Imam ar-Ramli (m. 1569M) dan Mughni al-Muhtaj karya Khatib Syarbini (m. 1570M) tersebar dan menjadi rujukan di Nusantara, khususnya di Melaka.
Pelaksanaan Syariat: Pengaruh Islam dalam Undang-undangSetelah beberapa ketika Melaka bergantung kepada penafsiran para ulamak semasa dalam melaksanakan syariat dan hanya merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang ada, maka pada zaman Sultan Muhammad Shah, mulai digubal undang-undang berasaskan Hukum Islam di Melaka. Dua teks undang-undang yang berjaya disiapkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah ini ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Menurut Azni dan Liaw Yock Fang bahawa Hukum Kanun Melaka yang mempunyai 44 fasal, mengandungi enam bahagian utama iaitu, i) Hukum Melaka, ii) Hukum laut, iii) Hukum perkahwinan, iv) Hukum berniaga, v) Undang-undang negeri dan vi) Undang-undang Johor. Menurut Azni, Hukum Kanun Melaka telah memperlihatkan dengan jelas penerapan Hukum Islam ke atas hukum adat, dan sangat dipengaruhi oleh karya-karya Fiqh Qadhi Abu Sujak dan Ibnu Qassim al-Ghazzi.
Dalam Hukum Kanun Melaka, undang-undang keluarga Islam tercatat pada fasal 25-28 berkaitan hukum perkahwinan dan perceraian mengikut Mazhab Syafie. Liaw Yock Fang mengatakan ia ditulis oleh Sheikh Abdul Ghoyu menurut versi Jakarta. Fasal 30-42 pula adalah Undang-undang Sivil Islam berkait dengan hukum perniagaan. Dalam bab jenayah, Hukum Kanun Melaka menyenaraikan kesalahan zina, liwat, rogol (fasal 40 dan 43) membunuh (fasal 5, 8, 18, 36 dan 43), mencuri dan merompak (fasal 11), murtad dan minum arak (fasal 36 dan 42), sebagai perbuatan jenayah di Melaka, selain beberapa kesalahan lain. Ini menunjukkan Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir telah dilaksanakan di Melaka.
Struktur pentadbiran Syariat di MelakaDi dalam Undang-undang Laut Melaka, pada bahagian permulaan (preamble) disebutkan, "Ya Ghafur ar-Rahim, Yang Amat Mengampuni lagi Mengasihani dengan berkat agama kekasih-Nya Muhammad S.A.W dan rahmat Allah akan sekalian umatnya yang membawa iman dan mengerjakan Syariatnya, minta tolong kepada sekalian Sahabatnya ke hadrat Allah Taala memberi syafaat akan segala umatnya, takut akan amar-Nya dan Nahyu-Nya, maka memohonkan ampun, Allah Rabbi al-'Arsyi al-Karim. Preamble ini sangat jelas menunjukkan tujuan penggubalan undang-undang di Melaka adalah untuk melaksanakan Syariat Islam dengan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Proses pelaksanaan Syariat ini tidak terhenti dengan penggubalan kod undang-undang semata-mata, tetapi turut melibatkan kewujudan struktur pentadbiran Pengadilan Islam di Melaka.
Dalam Hukum Kanun Melaka, disebutkan bahawa semua undang-undang adalah berada di bawah kekuasaan Sultan Melaka, di mana semua hukuman bunuh diputuskan oleh Sultan sebagai kuasa kehakiman tertinggi. Ada pun Bendahara adalah menjadi Ketua Hakim bagai semua perbicaraan di Mahkamah Melaka, dengan Qadhi adalah Hakim Syarie yang melaksana tugas-tugas Kehakiman Islam di bawah Bendahara. Dicatatkan oleh Tun Seri Lanang, bahawa dua Qadhi yang terkenal berkhidmat sejak zaman Sultan Muzaffar Shah ialah Qadhi Yusof dan anaknya, Qadhi Munawar Shah. Pada zaman Sultan Mahmud Shah dan Sultan Ahmad Shah, dipercayai jawatan Qadhi dipegang oleh Maulana Sadar Jahan yang dilaporkan menjadi penasihat utama Sultan.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 18-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
3 Zulkaedah 1439 / 16 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 18/7/2018
Malaysia dalam geo-politik baru Asia Tenggara (Siri 2)
PERANAN Malaysia mencorakkan geo-politik baru Asia TenggaraTidaklah keterlaluan untuk dikatakan bahawa perkembangan mutakhir ASEAN dan peranannya dalam mencorakkan rantau Asia Tenggara dan Wilayah Timur dunia umumnya, disumbangkan sedikit sebanyak oleh peranan Malaysia. Peranan Malaysia dalam ASEAN sememangnya penting sejak dari awal penubuhan pertubuhan tersebut, sebagai antara negara yang mengasaskannya. Di dalam ASEAN, Malaysia memainkan peranan aktif di dalam melestarikan kestabilan politik rantau Asia Tenggara ini antaranya dengan menggagaskan perisytiharan ZOPFAN, penyelesaian konflik wilayah bergolak dan menarik Myanmar untuk menganggotai pertubuhan tersebut. Malaysia juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Komuniti ASEAN dan memperluaskan peranan ASEAN dengan mencadangkan penubuhan Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang membawa kepada penubuhan forum ASEAN Plus 8 dan EAS. Berdasarkan peranan Malaysia dalam isu-isu tersebut, sememangnya pengaruh Malaysia dalam geo-politik baru Asia Tenggara adalah begitu signifikan.
Malaysia dilihat mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan tersebut disebabkan oleh latar belakang Islam yang menjadi tonggak pembinaan negara. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3, menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia)”. Kedudukan Islam yang menjadi tonggak Malaysia, membolehkan negara ini melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam ke arah mewujudkan kestabilan dan kemakmuran. Selain daripada itu, Malaysia diketuai oleh seorang Yang DiPertuan Agong, yang juga merupakan Ketua Agama Islam bagi Persekutuan. Dari sejarah pula, Islam yang sampai ke Asia Tenggara termasuk Malaysia adalah berorientasikan sufi sehingga tidak wujudkan konflik yang besar ketika kemasukannya di rantau ini. Kesemua latar belakang tersebut menjadikan Islam boleh diamalkan di Malaysia secara aman dan berkesan. Hasilnya, pendekatan Islam yang dipelopori oleh Malaysia adalah bertolak-ansur dan harmoni, seterusnya mewujudkan kestabilan bukannya hanya di negara ini tetapi juga di rantau Asia Tenggara.
Selain daripada faktor Islam, Malaysia juga merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan mereka menganut kepelbagaian agama, menjadikan negara ini mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk memelihara kestabilan dan kemakmuran. Kesemua etnik yang membina warga Malaysia ini, memperolehi hak yang saksama malah mereka mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam pembentukan Kerajaan Malaysia. Masyarakat Malaysia boleh juga dianggap sebagai pewaris kepada beberapa peradaban besar Asia seperti Peradaban Melayu-Islam, Peradaban China dan Peradaban India, dengan merujuk kepada tiga etnik terbesar dalam negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Sejak daripada zaman dahulu lagi, ketiga-tiga peradaban ini saling berinteraksi secara harmoni dan wujudnya hubungan diplomatik yang baik. Latar belakang ini menjadikan Malaysia mempunyai pengalaman yang luas untuk mewujudkan kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara, di samping mempunyai keupayaan untuk membina hubungan yang baik dengan Negara China dan India.
Dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN, Malaysia adalah antara negara yang teratas dari sudut kemakmuran ekonomi. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar Perkapita (KDNK Perkapita), Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Singapura, iaitu sebanyak USD 9623. Malaysia juga mendahului negara-negara anggota lain dari segi keterlibatan dengan industri berat seperti Industri Minyak dan Gas serta Industri Automatif. Kemudahan asas yang dimiliki oleh Malaysia adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Tenggara ini. Dalam konteks global pula, Malaysia juga selalu dilihat sebagai negara yang mempelopori sistem kewangan dan perbankan Islam. Dengan pencapaian-pencapaian tersebut, Malaysia diletakkkan oleh World Economy Forum di tangga ke-25 sebagai negara yang paling kompetitif di dunia. Dalam kalangan Negara-negara ASEAN, Malaysia di tangga kedua selepas Singapura. Oleh sebab itu, berdasarkan pencapaian ini, Malaysia merupakan antara pengaruh penting yang mencorakkan geo-politik Asia Tenggara hari ini.
Sumber HD - 18-7-2018DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 18/7/2018
Ustaz Husain, Asmak angkat sumpah Senator
KUALA LUMPUR: Dato’ Ustaz Husain Awang mewakili Kerajaan Terengganu dan Ustazah Asmak Husin mewakili Kerajaan Kelantan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.
Upacara angkat sumpah itu berlangsung sekitar jam 2.30 petang tadi di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A Vigneswaran.
Menurut Ustaz Husain lantikan sebagai Senator itu adalah kali pertama yang mana sebelum ini beliau hanya berpengalaman sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak tahun 1999 sehingga 2004.
"Insha-Allah pengalaman yang saya dapat di Dewan Undangan Negeri itu akan saya manfaatkan di Parlimen sejauh mana yang boleh saya gunakan, insha Allah kita akan gunakanlah," katanya kepada Harakah, sebelum mengangkat sumpah sebagai Senator.
Dipilih sebagai Senator beliau turut mengharapkan supaya sepanjang persidangan Dewan Negara nanti akan berjalan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita juga mengharapkan perbahasan dan perbincangan yang bakal berlaku di dewan nanti adalah ke arah sesuai dengan perkembangan semasa ini yang memerlukan semua ahli dewan itu mempunyai maklumat yang tepat dan sikap yang positif terhadap untuk membina bangsa.
"Kita dapati perkara yang paling perlu diberi perhatian ialah bagaimana status pembinaan negara bangsa yang telah begitu lama sejak 60 tahun merdeka, tidak jelas dari sudut apa yang diperkatakan sebagai negara bangsa.
"Negara kita negara apa? Malaysia. Bangsa kita bangsa apa? Bangsa Malaysia. Yang mana menjadi nadi dan jiwa kepada bangsa itu ialah bahasa, bahasa itu dicabul dan pemimpin bercakap mengenainya hal pertanian kepada rakyat pun bercakap dalam bahasa Inggeris, ini pencabulan terhadap maruah negara," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Ulasnya, perkara tersebut perlu diberi penekanan oleh pimpinan kerajaan dan juga ahli politik. – HARAKAHDAILY 17/7/2018
KUALA LUMPUR: Dua wakil yang dikemukakan PAS antara 8 muka baru yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.
Dua wakil PAS itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Hussain Awang dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan, Asmak Husin.
Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy turut mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran di Parlimen, hari ini.
Ini adalah kali ke-2 Waythamoorthy dilantik sebagai senator. Beliau meletak jawatan pada awal 2014, selepas 10 bulan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri pada 2013.
Baki 5 muka baru adalah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Mohd Radzi Md Jidin, Ketua PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), Datuk Ismail Ibrahim.
“Asmak Husin dipilih oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan, Hussain Awang dipilih DUN Terengganu.
“Manakalah 6 lagi yang berhormat dilantik atas persetujuan Agong,” kata Vigneswaran.
Tempoh lantikan mereka selama 3 tahun berkuat kuasa hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dan mereka ialah barisan pertama yang dilantik selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata baki kekosongan dalam Kabinetnya akan diisi senator yang akan dilantik di Parlimen.
Kemungkinan 6 daripada 8 senator itu akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang akan mengangkat sumpah di Istana Negara, petang ini.
MR : Ini tercatat dalam sejarah 2 daripada PAS mewakili pembangkang....
Sumber MR - 17-7-2018
Persoalan berkaitan kerjasama Umno-PAS terus timbul, terutamanya selepas mereka sehati sejiwa keluar Dewan Rakyat semalam kerana tidak puas hati dalam isu pelantikan speaker.
Ditanya sekali lagi soalan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memberikan jawapan lazimnya.
“Kita kerjasama dengan semua dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada media di lobi parliman selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Hadi bagaimanapun menegaskan kerjasama dimaksudkannya tidaklah sampai ke tahap bergabung dengan Umno.
“Kita tak akan bergabung dengan Umno,” katanya.
Hadi diminta mengulas “kemesraan” kedua-dua parti, terbaru susulan langkah protes terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai speaker.
Semalam hampir semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – keluar dewan.
MR : Payah juga nak berikan kefahaman kepada mereka yang mengamal politik jumud apa itu BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)....
Sumber MR - 17-7-2018
Ahli Umno diseru hijrah sertai PAS
SAYA menyeru sahabat-sahabat saya ahli Umno dan pengundi Umno. Tidak ada sebab lagi untuk anda berada dalam Umno. Kerana Umno bukanlah parti keramat seperti yang dilaungkan dalam setiap kali Himpunan Agung Umno sebelum ini. Kata-kata itu bukan lagi jampi yang dapat mengembalikan kekuatan Umno.
Kalau sebelum ini Umno memang dilihat sebagai benteng ketuanan Melayu di negara ini. Orang-orang Melayu sebelum ini sangat percaya tanpa Umno, maruah Melayu akan layu. Tanpa Umno tidak ada pembangunan dan kemajuan. Tanpa Umno rakyat akan hidup merempat dan akan jadi keparat di tanah air sendiri. Keyakinan sebegitu bukan sahaja menerjah masuk dalam saraf orang-orang Melayu bahkan telah menjadi semacam darah merah yang mengalir ke seluruh tubuh. Maka tidak hairan, Umno BN berjaya bertahan selama 6 dekad lebih. Sehingga tidak terbayang walau sebesar zarah dalam hati penganut tegar Umno, bahawa satu hari nanti Umno akan kalah apatah lagi bergelar arwah.
Memang benar, seawal penubuhan Umno itulah nawaitu para pejuangnya. Mereka ikhlas membela maruah bangsa. Namun nawaitu itu semakin pudar dan terpesong, seiring dengan pertukaran Perdana Menteri (PM) demi PM. Sehingga kini wajah Umno itu sudah sangat berubah. selepas PRU14, Umno bagaikan bilah aiskrim. Aisnya sudah cair. Manisnya sudah hilang. Yang tinggal hanya bilahnya sahaja. Ini dapat dilihat bagaimana berlompatannya sebahagian pimpinan Umno dan wakil rakyat Umno kepada Pakatan Harapan (PH).
Sebenarnya tiada apa lagi dalam Umno. Umno sudah hilang kuasa dan wang. Sebelum itu Umno telah kehilangan arah tuju asal perjuangannya. Ahli-ahli Umno yang masih ikhlas dalam perjuangan demi memartabatkan bangsa dan agama, patut membuat keputusan segera untuk bersama PAS. Jika yang anda cari dan perjuangkan itu ialah Islam, maka Parti Islam inilah medan anda. Jika yang anda cari itu ketuanan Bangsa Melayu maka PAS-lah partinya. Kerana tidak ada Parti Melayu yang paling dominan selepas kekalahan Umno selain PAS. Lagipun apalah yang boleh anda harapkan kepada PH yang didominasi oleh DAP itu untuk survival Islam dan Melayu.
Tahukah anda bahawa antara perkara yang paling ditakuti oleh PH saat ini ialah penghijrahan sokongan ahli Umno kepada PAS. Kerana mereka tahu, jika hal itu berlaku, cantuman undi PAS dan undi Umno mampu menjadi mimpi ngeri kepada mereka. Oleh itu tidak ada sebab mengapa Umno masih perlu bersendiri selepas segala-galanya telah hilang dari Umno. Umno dan PAS perlu mengajar DAP dan beberapa orang pimpinan PH bagaimana mahu menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan Melayu sebagai tuan kepada bumi Malaysia ini.
PAS bersedia menjadi Ansar yang berjuang bersama Muhajirin Umno demi Islam.
USTAZ MOKHTAR SENIKSumber HD - 17-7-2018
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
16 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 17/7/2018
Melaka luaskan wilayah, bina empayar
KERAJAAN Melaka yang mewarisi Empayar Sriwijaya melalui jalur Kerajaan Singapura pada zaman Majapahit, merupakan Empayar Melayu terbesar pada abad ke-15M. Melaka mempunyai keistimewaan khas di mana ia mewarisi Kerajaan Melayu Sriwijaya dari sudut bangsanya, tetapi turut mewarisi Kerajaan Islam Perlak dari sudut agama. Ini kerana pengasasnya, Parameswara adalah putera berdarah Palembang sebelum mengasaskan Melaka pada 1262M, dan menjadi menantu Sultan Perlak sebelum 1267M. Melaka mewarisi dua tradisi, iaitu Melayu sebagai kuasa politik dan perdagangan yang menguasai Nusantara semenjak abad ke-7 Masehi, dan Islam sebagai agama dan kuasa politik baru dunia yang juga muncul pada abad ke-7 Masehi di Tanah Arab. Percantuman dua kekuatan ini telah membangkitkan Melaka sebagai Empayar Melayu Islam yang pertama dan terbesar di Nusantara.
Pembangunan Melaka boleh dikatakan berlaku pada empat tahap iaitu pertama, tahap penubuhan, di mana Parameswara menjadikan Melaka sebuah kota pelabuhan dan mengadakan hubungan dengan Perlak dan Samudera-Pasai sehingga Islam mula berkembang di Melaka. Kedua, tahap kebangkitan iaitu ketika Islam mulai diterapkan dalam kerajaan pada zaman Sultan Muhammad Shah, kemudian Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam agama rasmi dengan Hukum Kanun Melaka mula berkuat kuasa. Pada zaman Sultan Mansor Shah, Sultan Alaiddin Riayat Shah dan awal pemerintahan Sultan Mahmud Shah adalah tahap ketiga, tahap kemuncak. Pada tahap ini, pelaksanaan Syariat, pengukuhan hubungan dengan Khalifah dan China, penguasaan ke atas perdagangan, penyebaran dakwah dan perluasan kuasa telah berlaku. Pada tahap ini juga, Melaka telah muncul sebagai empayar besar di Alam Melayu yang setanding dengan Majapahit di Jawa. Keempat, tahap keruntuhan di mana pada akhir zaman Sultan Mahmud Shah, tersebar fitnah dan kekacauan dalam negeri yang akhirnya mengundang serangan Portugis ketika Melaka dipimpin oleh Sultan Ahmad Shah. Dengan empat tahap perkembangan ini, Melaka telah bangkit sebagai Empayar Melayu Islam bermula awal abad ke-15M dan bertahan selama satu abad.
Pengukuhan Melaka: Membangun Empayar MelayuSelepas Islamnya Parameswara sekitar 1267M, para ulamak telah datang berdakwah dan meng-Islam kerabat Diraja, pembesar dan rakyat Melaka seluruhnya. Kesan daripada itu, pada zaman Sultan Muhammad Shah, walaupun Hindu masih kuat, tetapi penerapan Syariat Islam mulai diberlakukan, termasuk memulakan penggubalan Hukum Kanun bagi Negeri Melaka. Apabila Raja Kassim atau Sultan Muzaffar Shah menaiki takhta pada 1343M, baginda telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara, menguatkuasakan Hukum Kanun Melaka dan melantik Maulana Syed Yusof sebagai Qadhi Melaka yang dikenali sebagai Qadhi Yusof. Kemudian peranan ulamak turut diperluaskan dengan membawa masuk para ulamak dari luar termasuk Arab, Parsi dan India, untuk menjadi pegawai pelaksana Syariah, mengajar agama, menterjemah kitab-kitab dan berdakwah. Pengukuhan ini telah membina kekuatan kepada Melaka dalam masa yang cepat untuk ia bangkit sebagai kuasa politik kemudiannya.
Selain faktor pelaksanaan Syariat yang memberi kekuatan kepada Melaka, hubungan dengan China yang dibina sejak 1404M telah meredakan tekanan Siam dan Majapahit, di samping Kerajaan Melaka menguasai kekuatan ekonomi melalui perdagangan di Selat Melaka. Kedatangan Laksamana Cheng Ho telah memberikan kekuatan politik kepada Melaka, sedangkan sebelumnya Melaka telah berbaik-baik dengan Majapahit. Dari sudut pemerintahan sendiri, Melaka bukan sahaja memiliki Sultan-sultan yang berwibawa, tetapi juga pembesar seperti Tun Perak dan Hang Tuah yang menjadi tiang seri kerajaan, di samping struktur pentadbiran yang tersusun terutama dalam mengendalikan keamanan negeri dan mentadbir pelabuhan dengan cekap. Apabila gerakan dakwah ke atas Jawa yang dikuasai Majapahit dimulakan pada 1404M oleh Wali Songo, ia bukan sahaja melemahkan kuasa politik Hindu itu, tetapi menjadi pemangkin kepada kekuatan Melaka dalam pembinaan empayarnya.
Perluasan Wilayah MelakaSetelah Melaka berdiri kukuh, proses perluasan wilayah telah mula berlaku pada zaman Sultan Muzaffar Shah apabila kawasan Dinding, Kelang, Selangor, Muar, Batu Pahat, Singapura, Bintan dan Pahang berjaya ditakluk dan dikuasai oleh Melaka. Perluasan ini diteruskan pada zaman Sultan Mansor Shah di mana Kedah, Johor, Bernam, Beruas, Perak dan Terengganu pula menjadi wilayah taklukan Melaka. Pada zaman Sultan Mahmud Shah, Melaka meluaskan pengaruhnya ke Utara Semenanjung Tanah Melayu dengan menguasai Manjong, Kelantan, Mahligai, Pattani hingga ke Singgora (Songkhla). Ini bermakna seluruh Tanah Melayu dari Singgora hingga Singapura berada dalam penguasaan Melaka. Di luar Tanah Melayu, Melaka turut menguasai Aru, Deli, Serdang, Siak, Kampar, Indragiri, Jambi, Tungkal dan Rokan di Sumatera, serta Kepulauan Riau-Lingga hingga ke Brunei di Laut China Selatan. Ini bermakna seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatera dan kepulauan di Selatan Semenanjung adalah termasuk dalam Empayar Melaka, sekali gus meletakkan penguasaan Melaka ke atas Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Singapura.
Dari segi kepentingan jajahan takluk Melaka ini, ada beberapa aspek yang boleh dinilai. Pertama, kawasan yang kaya dengan hasil bumi seperti timah dan emas telah dikuasai. Negeri Kedah, Perak, Beruas, Kelang, Selangor dan Manjung adalah pengeluar timah utama, manakala Siak, Rokan, Kampar, Pahang dan Kelantan adalah pengeluar emas. Kedua, negeri-negeri yang kaya dengan hasil tanaman seperti rempah, lada, kelapa dan lain-lain yang banyak dikeluarkan di Rokan, Kampar dan Perak juga jatuh ke tangan Melaka. Ketiga, penguasaan ke atas semua laluan perdagangan utama iaitu semua Negeri Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera adalah pesisir Selat Melaka, sedangkan Singapura, Riau, Batam dan Lingga adalah pengawal kawasan Selatan Laut China Selatan dan Selat Singapura, manakala Pattani, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Brunei adalah mengawal laluan utama Laut China Selatan dari Utara. Keempat, menguasai kawasan ancaman lanun yang mengganggu perdagangan di Selat Melaka dan Kepulauan Riau-Lingga. Perluasan ini telah memberi manfaat politik dan ekonomi kepada Melaka, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai Empayar Melayu di Nusantara.
Perluasan wilayah dan pengembangan IslamDi samping manfaat politik dan ekonomi, perluasan jajahan takluk Melaka dalam membentuk empayar ini turut memberi manfaat kepada perluasan pengaruh Islam. Ia berlaku dalam beberapa bentuk. Pertama, pertabalan Sultan-sultan dari kalangan putera Melaka yang menjadi negeri tersebut Wilayah Islam seperti Sultan Abdul Jamil di Pahang, Sultan Abdullah di Kampar dan Sultan Muzaffar Shah di Perak. Kedua, peng-Islaman Raja-raja seperti yang berlaku di Kota Mahligai di mana Raja Siam di situ, Cau Seri Bangsa, telah memeluk Islam dan diberi nama Sultan Ahmad Shah oleh Sultan Melaka. Ketiga, merapat hubungan dengan Kerajaan Islam sedia ada melalui perkahwinan seperti perkahwinan Sultan Mahmud Shah dengan Puteri Onang Kening, puteri Sultan Mansur Shah (1467-1521M), Raja Kelantan. Dan keempat, penaungan ke atas negeri-negeri yang meminta perlindungan seperti Pattani dan Kedah. Di samping mengukuhkan Negeri Islam sedia ada, pendekatan Melaka yang mengekalkan pemerintahan Raja-raja yang memeluk Islam, telah menyebabkan Wilayah Melaka semakin berkembang. Begitu juga perkahwinan Sultan Mansor Shah dengan Puteri Hang Li Po yang telah menyebabkan negeri-negeri naungan Melaka terselamat dari ancaman kuasa asing.
Perluasan wilayah ini juga telah memberi manfaat terhadap proses dakwah Islamiyah yang berkembang pada abad ke-14 dan 15M. Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Jawaka dikatakan telah menerima Islam sebelum Melaka terus bangkit sebagai kuasa politik Islam sebagaimana peranan Pattani dalam Pendidikan Islam misalnya. Sedangkan, negeri-negeri lain masih beragama Hindu-Buddha, walau mulai menerima pengaruh Islam, telah mula didakwahkan. Dengan penaklukan ini, seluruh Semenanjung hingga ke Singgora telah dapat di-Islamkan. Demikian juga bekas jajahan Buddha Sriwijaya dan Hindu Majapahit di seluruh Pantai Timur Sumatera yang turut di-Islamkan sebagai negeri jajahan Melaka. Sementara berkembangnya dakwah di negeri-negeri tersebut, kekuatan politik Melaka telah membolehkan pendakwah dikirim ke Brunei, Mindanao, Sulu, Sulawesi, Maluku dan Jawa. Perkembangan ini telah meluaskan pengaruh Islam di seluruh Nusantara dalam tempoh 100 tahun, sebelum kedatangan Portugis pada 1511M. Kesannya, terbina pula Kerajaan-kerajaan Islam yang baru seperti Demak di Jawa, Brunei di Borneo, Sulu dan Maguindanao di Mindanao dan lain-lain, yang membawa kepada penguasaan politik Islam di Nusantara.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
2 Zulkaedah 1439 / 15 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 17/7/2018
Perlaksanaan syariat Samudera-Pasai
ANTARA ciri asas sebuah Kerajaan Islam ialah perlaksanaan syariat sebagai Undang-undang Negara dalam semua aspek kehidupan. Perlaksanaan syariat ini menunjukkan ketundukan pemerintah Islam terhadap keagungan Kerajaan Allah S.W.T yang menurunkan syariat kepada manusia. Dalam konteks Alam Melayu, kewujudan Kerajaan Islam sejak 840M telah menyaksikan komitmen para pemerintah untuk melaksanakan Undang-undang Syariat, dan terbukti di Perlak dan juga Samudera-Pasai bahawa ia telah diberlakukan. Sama ada mempunyai sistem perlaksanaan syariat yang tersusun atau sebaliknya, ia menjadi persoalan kedua, sedangkan yang lebih pokok adalah pemberlakuan hukum itu sendiri. Inilah perkara yang menjadi sumber kekuatan kepada Kerajaan Islam Samudera-Pasai yang dicatatkan mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan hukum syariat kepada semua lapisan rakyat.
Dalam mengukur perlaksanaan ini, kita dapat melihat dari tiga aspek, pertama, pemberlakuan hukum itu sendiri yakni ia telah dipraktiskan dalam kehidupan bernegara. Catatan Ibnu Batutah telah menjawab persoalan ini, walaupun ia hanya mewakili sejumlah kecil dari zaman Samudera-Pasai. Kedua, kewujudan institusi-institusi hukum syariat seperti badan kehakiman, pelaksana undang-undang dan jawatan-jawatan yang menjadi lembaga agama. Kewujudan jawatan Qadhi, Mufti dan Majlis Fatwa adalah menunjukkan institusi tersebut telah berdiri. Dan ketiga, penggubalan undang-undang yang menjadi sumber rujukan perlaksanaan, apakah ia berbentuk teks undang-undang atau kitab-kitab fekah mazhab atau mengikut ijtihad para ulamak semasa. Ketiga-tiga aspek ini boleh membuktikan mengenai kewujudan, kuat kuasa dan perlaksanaan syariat yang berlaku dalam Kerajaan Samudera-Pasai.
Perlaksanaan Syariat: Catatan Ibnu BatutahSebahagian besar maklumat mengenai perlaksanaan syariat dan penerapan hukum Islam dalam Kerajaan Samudera-Pasai adalah berdasarkan catatan Ibnu Batutah (1304-1369M), iaitu seorang pengembara Maghribi dalam bukunya, Tuhfat an-Nuzzar fi Gharaiib al-Amsyar wa Aghaib al-Asfar atau lebih dikenali sebagai ar-Rihlah Ibnu Batutah, yang disusun oleh Ibn al-Juzzay al-Kalbi atas perintah Sultan Abu al-Inan (1348-1358M), Sultan Marinid di Maghribi. Ibnu Batutah asalnya seorang Qadhi bermazhab Maliki di Maldiv telah melawat Samudera-Pasai pada 1345M. Catatan ini dianggap sangat penting, kerana beliau sendiri sebagai Qadhi adalah seorang yang sangat memahami hukum Islam, sebelum mengembara selama 30 tahun. Beliau berada di Samudera dan tinggal dengan Sultan Mahmud Malik az-Zahir II (1330-1349M) selama 15 hari, setelah meninggalkan India 25 hari sebelumnya, dan kemudiannya ke China.
Menurut Ibnu Batutah, kedatangan beliau disambut oleh Bohruz, iaitu wakil Laksamana, sebelum diraikan oleh para pembesar iaitu Amir Dalwasah, Qadhi Amir Sayyid al-Syirazi dan Faqih Tajuddin al-Esfahani (Mufti) bersama beberapa fuqaha' lain. Setelah itu, beliau mengadap Sultan Mahmud Malik az-Zahir II dan tinggal di Samudera-Pasai selama dua minggu. Beliau menyifatkan Sultan Samudera-Pasai itu sebagai Raja yang terkenal, paling dermawan dan bermazhab Syafie. Baginda mencintai para ulamak yang membaca al-Quran dalam majlis-majlisnya dan mengadakan pengajian. Baginda selalu berperang dan berjihad terhadap orang kafir, sedangkan hidupnya sederhana termasuk sanggup berjalan kaki ke masjid. Baginda suka belajar agama dan menguasai (alim) Mazhab Syafie. Penduduk Samudera-Pasai juga bermazhab Syafie dan suka berperang bersama Raja, sehingga orang kafir membayar Jizyah.
Catatan ini memberikan maklumat bahawa:● Samudera-Pasai adalah bermazhab Syafie termasuk Raja dan rakyatnya;● Adanya peranan para ulamak dan fuqaha' dalam pentadbiran negara;● Lembaga agama telah wujud dengan jawatan Qadhi, Mufti dan Majlis Fuqaha';● Jihad dan perang adalah mekanisme untuk menghadapi negara-negara kafir yang menolak Islam;● Sistem Jizyah telah dilaksanakan ke atas negara kafir yang kalah dan berdamai, sehingga mewujudkan kelompok Zimmi;● Wujudnya Negara Islam (Darul Islam), Negara Kafir (Darul Harbi) dan Negara Berdamai (Darul Suluh); dan● Sultan Samudera-Pasai adalah seorang alim dan mencintai ulamak dan majlis ilmu.
Pengukuhan institusi-institusi syariatMewarisi Sistem Kesultanan dari Perlak merupakan pengekalan institusi syariat yang paling tinggi dalam Islam. Ini kerana sejak zaman Kesultanan Saljuk (1040-1129M), para ulamak mengakui Institusi Sultan adalah sah selagi tidak terpisah daripada Khalifah. Nizamul Muluk (m. 1085M), Wazir Saljuk yang terkenal mengakui hal ini dalam bukunya, Siyasat al-Muluk, sebelum diakui juga oleh Imam al-Juwaini (m. 1092M) dan Imam al-Ghazali (1111M). Sultan dianggap mewakili Khalifah dalam mentadbir umat Islam. Semua pemerintah Samudera-Pasai memakai gelaran Sultan, selain gelaran kebesaran seperti Malik as-Saleh dan Malik az-Zahir. Kemudian beberapa institusi penting iaitu Sheikhul Islam, Mufti dan Qadhi diwujudkan dalam proses Islamisasi ini. Jawatan-jawatan ini mempunyai fungsi untuk menguatkuasakan syariat, mengeluarkan fatwa, menafsirkan hukum, mengendalikan pengadilan dan mengetuai upacara agama.
Dalam sejarah Samudera-Pasai, tokoh pertama dilantik sebagai Sheikhul Islam ialah Sayyid Ali al-Makarani yang dilantik oleh Sultan Malik as-Salleh (1267-1297M). Hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Sultan menetapkan syarat supaya semua Pegawai Kerajaan yang dilantik mesti di kalangan orang-orang yang taat kepada Islam. Kemudian muncul pula jawatan Qadhi yang dipegang oleh Sheikh Amir Sayyid as-Syirazi. Qadhi adalah Hakim yang menegakkan syariat dan melaksanakan Sistem Kehakiman Islam. Sedangkan Mufti yang disandang oleh Faqih Tajuddin al-Isfahani pula menyerupai tugas Sheikhul Islam yang menerajui pentadbiran agama dan mengeluarkan fatwa. Majlis Fuqaha' juga diwujudkan untuk membantu Mufti. Pada zaman Sultanah Nahsyiyah (1406-1428M), telah wujud jawatan Wazir Syariat dan Wazir Sufi yang menjadi pembantu utama Sultanah. Berdasarkan jawatan-jawatan ini, menunjukkan bahawa institusi-institusi syariat telah pun wujud dengan kukuh dalam Kerajaan Samudera-Pasai.
Rujukan Undang-undang Syariat di Samudera-PasaiPengukuhan perlaksanaan syariat akan bantu oleh Undang-undang Syariat itu sendiri. Namun begitu, Nusantara tidak mempunyai catatan yang jelas mengenai teks undang-undang sebelum abad ke-15, kecuali Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M. Faktor utamanya ialah abad kesembilan hingga 12M adalah zaman pengukuhan Mazhab Fekah selepas empat imam mazhab yang terkenal itu. Sebagai sebuah Wilayah Islam yang baru, yang sebelumnya beraliran Syiah, dan hanya menerima pengaruh Mazhab Syafie pada abad ke-11M, Nusantara berhadapan dengan lacuna (kekosongan) undang-undang dari segi teksnya. Menurut Tajuddin Muhammad, pengaruh Syafie masuk Nusantara melalui Kerajaan Ghowri, India, sedangkan Ayang Utriza Yakin mengatakan ia daripada Kerajaan Ayubiyah dan Mamalik dari Mesir, di mana Mazhab Syafie adalah mazhab rasmi kedua-duanya. Dalam konteks praktis Undang-undang Syariat ini, sebenarnya tiada teks undang-undang yang digubal sehingga abad ke-16M, lebih-lebih lagi kerana Samudera-Pasai tidak termasuk dalam jajahan Melaka yang mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang wujud pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1456M).
Maka apakah teks undang-undang di Samudera-Pasai? Mereka murujuk Kitab-kitab Fekah Mazhab Syafie sebagai teks undang-undangnya, kerana di Aceh, Kanun Mahkota Alam atau Qanun al-Asyi dianggap undang-undang terawalnya yang digubal pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah al-Mukammil (1588-1604M). Pada abad ke-15M, dipercayai ulamak-ulamak yang ada di Samudera-Pasai, khusus Mufti dan Qadhi yang dibawa dari Asia Barat dan Parsi telah membawa Kitab Fekah Syafie dari negeri masing-masing ke Samudera-Pasai. Antara kitab yang terkenal sebagai rujukan ialah Takhlis al-Minhaj tulisan Imam Nawawi, al-Ghayah wa at-Taqrib (Abu Sujak), al-Muharrar (ar-Rafie), Tuhfah al-Muhtaj (Ibnu Hajar al-Haitami), Fath al-Wahab (Zakariya al-Ansori), Fath al-Qarib (Ibnu Qassim al-Ghazzi), al-Mahalli (Jalaluddin al-Mahalli), Nihayat al-Muhtaj (ar-Ramli), Mughni al-Muhtaj (Khatib Syarbani) Qalbi wa Umairah (al-Qalyubi), Fath al-Muin (Zainundudin al-Malibari) dan I'anat at-Talibin (Syed Bakri ad-Dimyari).
Pada ketika ini, di Samudera-Pasai, kitab-kitab berbahasa Arab ini belum banyak yang dicetak, menyebabkan para menuliskan Kitab-kitab Fekah yang disadur ke dalam Bahasa Melayu. Selain digunakan sebagai rujukan perlaksanaan syariat, ia juga adalah rujukan dalam majlis-majlis ilmu untuk mengembangkan Mazhab Syafie. Satu lagi sumber hukum di Samudera-Pasai ialah fatwa dan ijtihad para ulamaknya yang berfungsi melalui institusi Mufti dan Majlis Fuqaha', namun ijtihad mereka tetap bergantung kepada Kitab-kitab Fekah Syafie sebagai rujukan.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 6-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
20 Syawal 1439 / 4 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Perkembangan maju Kesultanan Samudera-Pasai
KEJATUHAN Kerajaan Perlak pada 1292M telah membangkitkan pula Kerajaan Samudera-Pasai yang memerintah selama 254 tahun (1267-1521M) dengan 20 orang Sultan. Sepanjang tempoh suku alaf ini, Samudera-Pasai boleh dikatakan melalui empat fasa kerajaan iaitu zaman penubuhan (1267-1326M), zaman keagungan (1326-1428M), zaman kemerosotan (1428-1468M) dan zaman kejatuhan (1468-1521M). Para pengkaji masih mempersoalkan bilakah tarikh sebenar keruntuhan Samudera-Pasai kerana bukti inskripsi batu nisan menunjukkan Sultan terakhir wafat pada 1517M, sedangkan catatan Portugis mengatakan ia berlaku pada 1521M. Terhenti dari persoalan ini ialah, bagaimanakah Kerajaan Samudera-Pasai berkembang sebagai sebuah Kerajaan Islam yang menyaingi Majapahit dari satu sudut, dan membantu mengukuhkan Kerajaan-kerajaan Islam yang tumbuh sepanjang abad ke-15, dari sudut yang lain.
Untuk menilai secara umum perkembangan kemajuan Kerajaan Samudera-Pasai selama 254 tahun ini, kita dapati tahap-tahap perkembangan yang berlaku pada empat fasa tersebut. Faktor serangan kuasa asing dan pergolakan politik dalaman memberi kesan besar terhadap kemajuan kerajaannya, yang tidak mampu disokong oleh sistem pentadbiran cekap, pelaksanaan Syariat, kegiatan dakwah dan aktiviti perdagangan di pelabuhan. Ternyata faktor kestabilan politik menjadi kekuatan kepada Samudera-Pasai terutama pada zaman Malik az-Zahir II dan Sultanah Nahrasyiyah. Keupayaan kerajaan mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar seperti khalifah di Kaherah dan Empayar Islam yang lain, termasuk kuasa politik China dapat mengimbangi ancaman kuasa Siam dan Majapahit. Namun, apabila krisis politik bersifat dalaman seperti perang saudara, perebutan takhta dan persaingan pengaruh, ia segera melemahkan Samudera-Pasai secara mendadak, sehingga tidak mampu untuk menghadapi serangan Portugis pada 1521M.
Perkembangan politik dan perluasan WilayahSetelah terbentuknya Kerajaan Samudera-Pasai pada 1267M, Sultan Malik as-Saleh (1267-1297M) yang menjadi menantu Sultan Perlak telah memperkukuhkan kedudukannya sehingga kewafatan iparnya, Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Aziz Johan Berdaulat (1267-1292M) pada 1292M. Setelah itu, Perlak menjadi sebahagian wilayahnya, terutama apabila Sultan Muhammad Malik az-Zahir (1297-1326M) memasukkan Perlak dalam Kerajaan Samudera-Pasai. Pada zaman Sultan Ahmad (1326-1330), Wilayah Samudera-Pasai semakin melebar dengan jatuhnya Kerajaan Karang Batu di Teuminang ke tangan Samudera-Pasai. Berdasarkan catatan China, Wilayah Samudera-Pasai pada 1412M telah sampai ke perbatasan Kerajaan Aru di selatan, Kerajaan Nakur dan Lide di utara dan Lamuri di Barat. Dengan kawasan yang luas, pelabuhan yang sibuk dan pemimpin yang cekap, Kerajaan Samudera-Pasai pada zaman Sultan Mahmud Malik az-Zahir II (1330-1349M) diiktiraf sebagai wakil khalifah Abbasiyah (1264-1517M) di Kaherah untuk mewakili Alam Melayu.
Kerajaan Samudera-Pasai pada saat pemerintahan Sultan Mahmud Malik az-Zahir II ini dikatakan berada di kemuncak kemasyhuran di mana ia turut dilawati oleh Ibnu Batutah pada 1345M. Pada zaman ini, Syariat Islam telah dijalankan sepenuhnya mengikut Mazhab Syafie. Sultan menubuhkan Majlis Ulamak, melantik Qadhi dan menggerakkan pendakwah untuk menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara termasuk Kelantan, Champa, Pattani, Melaka dan Jawa. Kesan daripada kegemilangan ini, Samudera-Pasai telah diserang oleh Majapahit pada 1345-1350M. Majapahit dikatakan cemburu dengan kejayaan Samudera-Pasai lalu melancarkan gerakan menyatukan Nusantara sehingga dapat menjajah Palembang, Jambi, Pagaruyung dan Semenanjung. Kemudian Sultan Zainal Abidin I (1349-1406M ) diculik pula oleh Siam sehingga memaksa Kerajaan Islam membayar ufti bunga emas. Dalam masa yang sama juga, Samudera-Pasai turut diserang oleh jirannya, Kerajaan Nakor sehingga menyebab Sultan Zainal Abidin syahid.Walaupun Sultan Samudera-Pasai syahid dalam mempertahankan negaranya, Samudera-Pasai telah dapat dipertahankan dan diperintah oleh Sultanah Nahrasyiyah (1406-1428M), di mana kegemilangan Samudera-Pasai dapat dikembalikan dan menerima tiga kali kunjungan Laksamana Cheng Ho antara 1405M hingga 1412M. Selepas itu, ia mulai merosot terutama bila tercetus perang saudara antara Raja Bakoy dan Raja Mustafa. Selepas itu, Samudera-Pasai dipimpin oleh Raja-raja yang lemah, sedangkan pada masa yang sama Melaka telah bangkit sebagai kuasa politik yang baru. Disebutkan bahawa ketika tercetus perang saudara pada 1466-1474M, Sultan Zainal Abidin III (1468-1474M) telah meminta campur tangan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka pada 1511M, Samudera-Pasai yang sedang melemah ekoran tertubuhnya Kerajaan Aceh di Lamuri pada 1497M, telah diserang pula oleh Portugis pada 1521M, yang menyebabkan Kerajaan Samudera-Pasai runtuh, sebelum dikuasai oleh Sultan Ali Mughiyat Shah, pendiri Kerajaan Aceh Darussalam.
Kemajuan ekonomi dan perdaganganDengan kedudukan yang strategik di pintu masuk ke Selat Melaka mengadap Lautan Hindi, Samudera-Pasai mempunyai kekuatan untuk menggantikan Perlak sebagai pelabuhan yang menghubungkan Timur dan Barat. Pelabuhan yang disebut "Lhoksaumawe" bermaksud teluk yang bergelora pada masa ini dikawal oleh seorang laksamana yang menguatkuasakan Undang-undang Laut. Ketika Samudera-Pasai dikunjungi oleh Ibnu Batutah, pelabuhan dikawal oleh Laksamana Bohruz. Selain kaya dengan sumber bumi termasuk wangian kapor, beras, kayu dan lada, ia juga adalah pengeluar hasil ternakan dan galian seperti emas. Atas sebab itu Samudera-Pasai menerima kunjungan pedagang dari Arab, Parsi, India, China dan Alam Melayu. Salah satu rombongan perdagangan yang besar berlaku pada abad ke-15M ialah apabila Samudera-Pasai dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho dan armadanya pada 1405M, 1408M dan 1412M yang sekali gus membentuk hubungan ekonomi dan politik dengan Dinasti Ming (1368-1644M) di China.Salah satu pembaharuan penting dalam pentadbiran ekonomi di Samudera-Pasai ialah penggunaan mata wang emas yang dibuat pada zaman Sultan Mohamad Malik az-Zahir. Sejak itu, setiap Sultan mengeluarkan koin masing-masing yang ditulis nama Sultan sama ada dinar (emas) atau dirham (perak). Walaupun Samudera-Pasai telah mencapai kemajuan dalam ekonomi, namun serangan yang dilakukan oleh Majapahit, Siam dan Nakur sepanjang abad ke-14M, diikuti oleh krisis dan perang saudara sepanjang abad ke-15M, telah melemahkan kegiatan ekonomi di sini. Ditambah pula, pada abad ke-15M telah muncul Melaka di Selat Melaka, Pattani dan Brunei di Laut China Selatan, serta Majapahit di Laut Jawa dan Selat Sunda yang menjadi saingan kepada Samudera-Pasai. Ketidakstabilan politik telah memberikan kesan buruk kepada perdagangan di Samudera-Pasai sehingga akhirnya peranan pelabuhannya untuk mengawal selat sempit itu diambil alih oleh Melaka.
Hubungan Samudera-Pasai dengan Kerajaan-kerajaan BesarSebagai sebuah kerajaan yang menjadi Pusat Perdagangan Antarabangsa, Samudera-Pasai mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar terutama dalam dunia Islam. Taqiyuddin Muhammad dalam kajiannya mengatakan Samudera-Pasai mempunyai hubungan politik dengan Negara-negara Islam Ghowri dan Mamalik di India, Parsi dan juga Arab. Kebanyakkan ulamak yang berkhidmat sebagai pendakwah dan pentadbir di Samudera-Pasai adalah berasal dari Arab, Parsi atau India. Ibnu Batutah sendiri mencatatkan adanya pegawai dari India, Syiraz dan Isfahan yang berkhidmat di sana. Khalifah Abbasiyah sendiri mengiktiraf bahawa Samudera-Pasai adalah wakil khalifah di Nusantara, sehingga Raja-rajanya memakai gelaran yang sama dengam Raja-raja di Asia Barat seperti Malik as-Saleh, Malik az-Zahir, Malik an-Nasir dan lain-lain. Dicatatkan juga bahawa Samudera-Pasai turut mempunyai hubungan dengan Kerajaan Othmaniyah yang ditubuhkan pada 1299M, selain dengan Kerajaan-kerajaan di India dalam Kesultanan Delhi. Kehadiran para pendakwah dari Makkah dan India untuk mengembangkan dakwah di Nusantara melalui Samudera-Pasai menunjukkan bahawa hubungan antara Kerajaan Islam ini telah terbina.
Selain Kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat, Samudera-Pasai mempunyai hubungan khusus dengan Kerajaan Melaka, sehingga dikatakan bahawa Sultan Mansur Shah Melaka (1456-1477M) mempunyai hubungan darah dengan Sultan Zainal Abidin II (1428-1428M). Di sebelah Timur, hubungan Samudera-Pasai dengan Siam dikatakan terbentuk pada zaman Sultan Zainal Abidin I (1349-1406M), di mana bunga emas dikirimkan kepada Kerajaan Siam sebagai ufti. Hubungan Samudera-Pasai dengan Majapahit juga dalam bentuk negatif selepas serangan pada 1345M, tetapi kemerosotan Majapahit selepas berkembangnya Islam di Jawa pada abad ke-15, menjadikan hubungan mereka bukan antara kerajaan, tetapi antara Samudera-Passi dan Majlis Dakwah Wali Songo yang ditubuhkan pada 1404M. Untuk menghentikan ufti ke Siam pula, Samudera-Pasai telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming di China sejak 1405M. Selepas kedatangan Laksamana Cheng Ho sebanyak tiga kali pada awal abad ke-15, Samudera-Pasai mengutuskan diplomatnya ke Beijing pada 1434M. Hubungan baik dengan China, telah membolehkan Samudera-Pasai mendapat perlindungan dari serangan Siam dan juga Majapahit.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 3-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
18 Syawal 1439 / 2 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 4/7/2018
Kerajaan Islam Samudera-Pasai
KEBANGKITAN Kerajaann Samudera-Pasai pada 1267M telah memberi cahaya baru kepada Islam setelah merosotnya Kerajaan Perlak yang telah menyumbang kepada perkembangan Islam lebih 400 tahun sebelumnya. Samudera-Pasai yang menerima Islam sejak awal abad ke-11M telah bangkit sebagai sebuah Kerajaan Islam yang baru melalui peranan pelabuhannya yang mengendalikan pedagang dari Arab, Parsi, India, China dan Alam Melayu. Kemajuan perdagangannya telah membolehkan ia bangkit sebagai kuasa politik Islam yang baru ketika Nusantara dikuasai oleh Empayar Majapahit (1293-1527M) yang beragama Hindu. Melalui peranan besar yang dimainkan oleh Samudera-Pasai inilah, Islam telah berkembang di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, sekali gus meruntuhkan Majapahit melalui gerakan dakwah Wali Songo.Dalam konteks Samudera-Pasai, para sarjana masih membahaskan bagaimana Islam dikembangkan di wilayah ini, yang kemudiannya menjadi nukleas dakwah Nusantara. Peng-Islaman Meurah Silu disepakati sebagai titik mula kebangkitan Islam dalam Kerajaan Samudera-Pasai, walaupun masih dipersoalkan apakah dalam peristiwa itu baginda masuk Islam atau menjadi pengikut aliran Sunni. Meurah Silu yang bergelar Sultan Malik as-Salleh menjadi watak terpenting dalam sejarah Samudera-Pasai, di mana keturunannya dapat mewarisi sebuah Kerajaan Islam yang kuat sehingga 1521M, hasil daripada kewibawaan beliau merungkaikan krisis dalam Kerajaan Samudera pada 1261M, sekali gus meluaskan pengaruh peribadinya dalam Kerajaan Perlak, sehingga dapat menguasainya selepas 1292M. Dengan kaliber Meurah Silu inilah, Kerajaan Samudera-Pasai menjadi pusat pengembangan Islam bagi Alam Melayu.Islamnya Samudera-PasaiPeranan Perlak dalam meng-Islamkan Samudera-Pasai hampir tidak boleh ditolak kerana telah diketahui bahawa Perlak telah mengirimkan para pendakwah untuk menyebarkan Islam di kerajaan-kerajaan kecil sekitarnya sejak abad ke-10M, dan akhirnya berlaku pernikahan antara pemimpin Pasai dengan puteri Perlak. Namun begitu, berdasarkan pelbagai informasi, terutama catatan-catatan dalam kronik Melayu seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu (Silalatus Salatin), terdapat beberapa riwayat berbeza tentang kemasukan Islam ke Samudera-Pasai.● Pendakwah Islam kiriman Daulah FatimiyahSlamet Mulyana, seorang sarjana tempatan Indonesia dalam tulisannya mengenai keruntuhan Kerajaan-kerajaan Hindu dan kebangkitan Kerajaan Islam di Nusantara, mendakwa Daulah Fatimiyah (906-1179M) pada zaman Khalifah al-Amir bi Ahkam Allah (1101-1130M) telah mengirimkan pendakwah-pedagang yang diketuai oleh Nizamuddin al-Kamil. Mereka tiba di Pantai Timur Sumatera pada 1128M dan mendirikan Kerajaan Pasai. Dikatakan Nizamuddin al-Kamil bertanggungjawab melantik Meurah Silu sebagai Raja Pasai.● Pernikahan Raja Pasai dengan Puteri PerlakRaja Samudera-Pasai, Meurah Silu dikatakan telah dikahwinkan oleh Sultan Makhdum Alaiddin Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat II (1230-1267M) dengan puteri baginda, Puteri Ganggang Sari (Puteri Raihani) bagi mengukuhkan hubungan Kerajaan Perlak dengan kerajaan sekitarnya. Melalui perkahwinan ini, Meurah Silu di-Islamkan.● Mimpi bertemu Rasulullah S.A.WMenurut Hikayat Raja-raja Pasai, Meurah Silu telah bertemu dengan Rasulullah S.A.W dalam mimpinya, lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah. Lalu diberikan nama Islam untuknya, Malik as-Salleh. Selepas itu, baginda dapat membaca al-Quran dengan lancar tanpa perlu belajar.● Pendakwah kiriman Syarif MakkahDalam kebanyakkan sumber menyebutkan bahawa Syarif Makkah telah mengirimkan pendakwah ke Perlak, iaitu Sheikh Ismail dari Hijaz. Ulamak ini kemudiannya disertai juga oleh Raja Muktabar, India, Sultan Muhammad, seorang Arab keturunan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, yang bergelar Faqir Muhammad. Sheikh Ismail telah berdakwah di seluruh negeri sekitar Perlak, termasuk Aru, Deli dan Pasai. Selepas bertemu Sheikh Ismail dan Faqir Muhammad, Meurah Silu memeluk Islam dan membaca al-Quran, diikuti oleh para pembesarnya yang turut memeluk Islam. Inilah riwayat yang dikemukakan oleh Sejarah Melayu.● Pendakwah kiriman Kerajaan Ghowri, IndiaSeorang sarjana, Taqiyuddin Muhammad dalam kajiannya mendakwah Islam yang berkembang di Samudera-Pasai adalah dibawa oleh putera Kerajaan Ghowri dari India, iaitu Ibnu Mahmud (m. 1226M). Anak kepada Sultan Mahmud al-Ghurry (1206-1212M) dikatakan bertanggungjawab mengembangkan aliran Mazhab Syafie di Nusantara melalui Perlak. Beliau mengemukakan teori ini berdasarkan prasasti batu nisan Ibnu Mahmud yang dijumpai di Aceh.Daripada pelbagai pendapat ini, terdapat beberapa fakta penting, antaranya peng-Islaman Samudera-Pasai oleh Nizamuddin al-Kamil dari Daulah Fatimiyah. Hal ini mempunyai asas berdasarkan Mazhab Syiah yang tersebar lebih awal di Samudera-Pasai. Kemudian, kerajaan ini dikatakan telah "di-Sunnikan" oleh pendakwah kiriman Syarif Makkah, yang menurut Ahmad Jelani Halimi, inilah yang dimaksudkan sebagai "peng-Islaman" oleh Sejarah Melayu. Kemudian baharulah Mazhab Fikah Syafie disebarkan melalui peranan Kerajaan Ghowri. Wan Hussein Azmi, walau bagaimanapun telah menolak semua teori peng-Islaman Meurah Silu ini, kerana mendakwa Islam telah tiba lebih awal dan telah berkerajaan di Samudera sejak 1042M. Jika pandangan Wan Hussein Azmi adalah benar, maka lebih tepat adalah Islam dibawa Samudera oleh Perlak, sedangkan semua kedatangan pendakwah dari Mesir, Makkah dan India berlaku dalam tempoh selepas 1042M untuk mengukuhkan perkembangkan Islam, terutama pada zaman Maharaja Ghiyayuddin Shah (1133-1155M) yang dikatakan dakwah mula berkembang pesat.Meurah Silu: Pengasas Kesultanan Samudera-PasaiDalam Hikayat Raja-raja Pasai, disebutkan bahawa pada satu ketika, terdapat dua putera di Pasai iaitu Raja Ahmad dan adiknya, Raja Muhammad. Mereka masing-masing mempunyai anak angkat iaitu Puteri Buluh Betong dan Meurah Gajah. Kemudiannya, kedua-duanya telah berkahwin dan mendapat dua putera bernama Meurah Silu dan Meurah Hasun. Setelah wafatnya Raja Ahmad dan Raja Muhammad serta kedua ibu bapa mereka, Meurah Silu berpindah ke Rimba Jeram. Di sini, beliau melihat semut gergasi dan memakannya, lalu menamakan tempat tersebut sebagai Samudera, sedangkan Pasai adalah nama anjing buruannya. Akhirnya negeri tersebut dikenali sebagai Samudera-Pasai. Dalam riwayat lain, dikatakan Meurah Silu adalah putera keturunan Suku Imam Empat (Sukee Imeum Peuet) yang berasal dari Khemer. Keturunan mereka menjadi Raja-raja di Perlak, Indrapurba, Samaindra dan Jeumpa. Sesetengah sarjana mengatakan Meurah Silu adalah keturunan dari dinasti Johan Berdaulat dari Perlak.Meurah Silu (m. 1297M) menjadi tokoh yang sangat penting dalam sejarah Kerajaan Samudera-Pasai kerana beliaulah yang mengasas kerajaan ini, dan kebanyakkan pengkaji mendakwa beliaulah Raja Melayu yang pertama beragama Islam dengan gelaran Malik as-Salleh pada 1267M. Disebabkan peranan besar Kerajaan Samudera-Pasai dalam menyambung peranan Perlak dalam perluasan dakwah di Nusantara, dengan sendirinya Meurah Silu menjadi tokoh yang sangat penting dalam perkembangan Daulah Islam di rantau ini. Pada batu nisan Malik as-Salleh yang ditemui di Aceh mencatatkan, "Ini kubur adalah kepunyaan al-Marhum hamba yang dihormati, yang diampuni, yang taqwa, yang menjadi penasihat, yang terkenal, yang berketurunan, yang mulia, yang kuat beribadah, penakluk, yang bergelar dengan Sultan Malik as-Saleh". Batu nisan itu mencatatkan tarikh kewafatan baginda pada bulan Ramadhan tahun 696H (1297M).
Samudera-Pasai menggantikan PerlakKewujudan Kerajaan Samudera-Pasai dikatakan bermula setelah krisis dalaman Kerajaan Samudera selepas kewafatan Sultan al-Kamil pada 1210M tanpa putera. Selepas 50 tahun berkrisis, Meurah Silu dari Pasai berjaya merampas kuasa dari Sultan Malik an-Nassir pada 1261M, lalu baginda menjadi Raja Samudera-Pasai. Selepas itu, beliau dikahwinkan dengan puteri Perlak dan menjadi Raja pada 1267M dengan nama Sultan Malik as-Salleh. Baginda mempunyai putera dari perkahwinan ini bergelar Sultan Muhammad Malik az-Zahir (1297-1320M). Selepas kewafatan Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (1267-1292M), Kerajaan Perlak telah menghadapi serangan musuh, dan ramai rakyatnya berundur ke Samudera-Pasai. Sultan Malik as-Salleh menjadi tokoh penting yang mempertahankan kelangsungan Perlak sehingga kewafatannya pada 1297M. Sejarah Melayu mengatakan ketika ini, Kerajaan Samudera-Pasai mempunyai seorang bendahara agung yang bernama Orang Kaya Raja Kenayan yang giat memperluaskan wilayahnya. Dengan peranan bendahara ini, Sultan Muhammad Malik az-Zahir yang naik takhta pada 1297M telah bertindak mengambil alih kerajaan ayahanda saudaranya di Perlak, lalu diserapkan ke dalam Kerajaan Samudera-Pasai. Dengan itu, bermulalah Kerajaan Samudera-Pasai sebagai pengganti Perlak.
Selain kekuatan kerana kaliber Sultan dan bendahara agung tersebut, Samudera-Pasai ketika ini sudah mulai menjadi pelabuhan yang penting dan mempunyai hubungan dengan China, di samping kesuburan tanahnya. Wilayah Kesultanan Samudera-Pasai ketika ia dibangunkan oleh Sultan Muhammad Malik az-Zahir turut meliputi Gayo dan Aceh Tengah hingga ke Pergunungan Peut Sagoe. Seorang pengembara Perancis, Odoric de Pordenone (m. 1331M) mencatatkan Negeri Samudera-Pasai sebagai kaya dengan beras, emas, tembaga, kayu, lada dan juga binatang ternak. Dengan kekayaan ini dan kemajuan pelabuhannya, Kerajaan Samudera-Pasai telah menjadi pengganti yang melanjutkan legasi Perlak sebagai Daulah Islam yang baru di Nusantara. Ini terbukti kerana Samudera-Pasai dapat memainkan peranan yang lebih besar terhadap dakwah Islam ke seluruh Nusantara, selain pelaksanaan Syariat yang lebih meluas.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 4-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
17 Syawal 1439 / 1 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 4/7/2018
Peristiwa Ahzab Yang Berterusan
Bulan Syawal tahun kelima Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 627 Masihi, berlakunya peristiwa yang dikenali dengan Ahzab, bermaksud pakatan yang menggabungkan kaum-kaum musuh Islam, daripada ahli Kitab Yahudi Bani Al-Nadir dan Bani Quraizah, bersama kabilah-kabilah Musyrikin Makkah dan lain-lain. Apabila dua puak Yahudi tersebut mengkhianati tahalluf (persefahaman) yang dimeteraikan dengan negara Islam Madinah. Para pemimpin dan ketua agama Yahudi itu mengajak kaum Musyrikin Quraisy di Makkah mengumpulkan kabilah-kabilah yang lain bergabung dalam pakatan yang dinamakan Ahzab bagi menghapuskan Islam dengan menyerang Madinah.
Jumlah mereka dianggarkan sepuluh ribu anggota tentera yang lengkap bersenjata dan kenderaan di zamannya, dibandingkan dengan jumlah seluruh penduduk Islam Madinah yang masih sedikit, walaupun dicampur semuanya termasuk orang tua, kaum wanita, kanak-kanak dan yang cacat tidak berupaya.
Para pemimpin Yahudi dan ketua agama mereka yang diperkenalkan oleh Al-Quran dengan gelaran المغضوب عليهم (kumpulan yang paling dimurkai Allah), kerana mereka adalah ahli Kitab yang paling mengetahui berkenaan kedatangan Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W yang disebut di dalam kitab suci mereka dan diberitahu oleh para nabi dan para ulama di kalangan mereka yang mewarisi ilmu para anbia. Bahkan tujuan mereka bermukim di Madinah kerana menunggu kelahiran Nabi akhir zaman itu. Namun semangat perkauman Yahudi menolak petunjuk Allah S.W.T.
Para pemimpin Yahudi dan para ulama yang jahat itu mengapikan semangat menentang Islam kepada kaum musyrikin yang jahil. Firman Allah mendedahkan pakatan mereka:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا (51) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ وَمَن يَلْعَنِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا (52) [النساء: 51-52[
“Tidakkah Engkau perhatikan (dan merasa pelik Wahai Muhammad S.A.W.) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut (pelampau), dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrikin di Makkah): “Bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad S.A.W.) (51). (Kaum Yahudi yang demikian sikapnya), mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya).” (52). (Surah An-Nisa’: 51-52)
Peristiwa yang menguji keimanan penganut Islam kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan janji kemenangan dunia dan akhirat kalau beristiqamah bersama Islam. Firman Allah:
إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا (10) هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا (11) وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا(12) [الأحزاب: 10-12[
“Masa itu, apabila tentera musuh (Ahzab) datang melanggar kamu dari sebelah atas dan dari sebelah bawah (hulu dan hilir kota Madinah) di tempat kamu berada; dan di masa itu pemandangan mata kamu terbeliak tidak berketentuan arah (kerana gempar dan terkejut dengan kedatangan musuh yang ramai jumlahnya) serta hati-hati kamu pun resah gelisah seolah-olah melonjak kerongkong (kerana cemas takut), dan ada kalangan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan yang salah (10). Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat (11). Dan lagi di masa itu orang-orang munafik dan orang-orang yang hati mereka berpenyakit (keraguanterhadap Islam) dan lemah iman dalam hatinya berkata: "Allah dan Rasul-Nya tidaklah menjanjikan (dengan kemenangan Islam) kepada kita melainkan bertujuan memperdayakan sahaja)" (12). (Surah Al-Ahzab: 10-12)
Namun masih tetap ada orang-orang yang teguh imannya yang dinyatakan oleh firman Allah:
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا (22) مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23( [الأحزاب: 22-23 [
“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya". dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat (dengan ikhlas) kepada Allah (22). Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang menegakkan Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran (bersedia untuk mati); dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun) (23).” (Surah Al-Ahzab: 22-23)
Di saat yang mencemaskan ini, Rasulullah S.A.W membuktikan kebijaksanaannya yang luar biasa, bermesyuarat dengan para sahabat R.A bagi mengatur langkah dan strategi menghadapi musuh yang besarnya berlipat kali ganda itu. Akhirnya dilaksanakan cadangan sahabat yang berasal daripada Parsi, (Salman Al-Farisi R.A.) yang berpengalaman di negara Parsi yang pernah menghadapi peperangan yang besar dengan cara menggali parit dijadikan kubu pertahanan, cara yang belum diketahui oleh orang Arab. Cara yang dapat dilaksanakan dengan cepat secara bergotong royong dibahagikan mengikut pasukan penggali yang diatur, sehingga dapat disiapkan sebelum kedatangan musuh. Berakhir dengan kekalahan tentera Ahzab dan mereka gagal menghapuskan Islam dengan pertolongan Allah dan strategi yang berjaya.
Allah telah mengabadikan peristiwa ini di dalam Al-Quran yang diwahyukan dengan surah yang dinamakan Al-Ahzab. Menunjukkan pentingnya peristiwa ini menjadi pengajaran kepada umat Islam di sepanjang zaman. Tepat dengan peranan Al-Quran adalah hidayah bermukjizat yang kekal, bukan sekadar cerita dan laporan biasa.
Allah menyatakan bahawa musuh Islam sentiasa ada dan berterusan memusuhi Islam dan pendukungnya di sepanjang zaman di mana sahaja. Firman Allah SWT:
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا [البقرة: 217[
“Mereka (orang-orang kafir yang bermusuh itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (dapat) memurtadkan kamu dari agama kamu kalau mereka boleh (melakukan yang demikian)…(217).” (Surah Al-Baqarah: 217)
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, negara Islam dikepung oleh orang-orang Arab yang murtad, pengikut nabi-nabi palsu dan bohong dan kalangan yang kembali semula kepada jahiliah. Disertakan dua kuasa besar dunia Parsi di Timur dan Rom di Barat. Namun semuanya dapat dikalahkan di zaman Khulafa’ Rasyidin dan Islam terus berkembang di seluruh pelusuk dunia.
Bala tentera Ahzab terus mengepung umat Islam di sepanjang zaman. Kita telah menyaksikan pula dengan nyata sejarah zaman penjajahan, apabila mereka yang datang daripada berbagai negara dan berbagai agama dan ideologi itu bersatu menyerang dan menjajah tanah air umat Islam di zaman penganut Islam mengalami kelemahan, sehingga dunia Islam dapat dipecah dan dibahagikan sesama mereka, mengikut peta yang dilakar oleh mereka dan perpecahan dengan semangat nasionalisme jahiliah di kalangan umat Islam yang lemah pegangan Islamnya.
Bukan sahaja musuh itu merampas tanah air dan hasil bumi Islam dan memperhambakan rakyatnya, mereka juga merancang berbagai-bagai cara, bukan sahaja peperangan bersenjata, ditambah dengan memerangi pemikiran, kefahaman dan budaya, supaya memurtadkan penganut Islam dengan berbagai-bagai cara, sehinggalah sekurang-kurangnya meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit, apabila dirancang terhadap umat Islam dengan agenda menyebarkan kejahilan terhadap agamanya sendiri dan dimasukkan kefahaman asing melalui pendidikan, media dan pentadbiran, disertakan serangan politik, ekonomi dan sosial.
Walaupun negeri-negeri umat Islam terpaksa diberi kemerdekaan pada akhirnya, namun kesan daripada serangan pemikiran terus berlaku supaya umat ini meninggalkan Islam atau melemahkan pegangan terhadap ajaran Islam. Sehingga terpengaruh dengan ideologi dan teori yang dibawa oleh penjajah itu. Menjadikan pengaruhnya tidak diputuskan, walaupun penjajah itu keluar pada zahirnya tetapi pengaruhnya terus bertapak. Pendekatannya supaya membolehkan mereka terus menjajah atau kembali menjajah semula bila-bila masa, melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung.
Kemerdekaan yang diatur penyerahannya di tangan kalangan umat Islam sendiri, daripada mereka yang dibentuk pemikirannya yang jahil Islam dan terpengaruh dengan kuasa penjajahan yang memberi tempat mewarisi pemerintahan mengikut acuannya. Seterusnya menjadi penghalang sebarang usaha kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar.
Ada negara umat Islam yang dikatakan merdeka itu, mengizinkan pangkalan tentera penjajah asing itu terus bertapak dengan kukuh, bagi melindungi kepentingan musuh Islam dengan berbagai-bagai alasan. Sehingga ada pula negara umat Islam yang mengiktiraf negara haram Israel yang merompak bumi Palestin. Sehinggalah ada negara umat Islam menjadi wakil untuk berperang bagi pihak musuh membunuh saudaranya sendiri.
Kita menyaksikan campur tangan secara langsung negara besar Timur dan Barat melalui tentera, politik dan ekonomi ke dalam tanah air Islam dan mengganggu umatnya dengan berbagai cara.
Walaupun begitu perancangannya, terbukti mereka gagal memadamkan cahaya Islam yang terus bersinar menembusi segala sekatan, sehingga Islam terus berkembang dengan pesat, termasuk ke dalam negara yang menjajahnya dahulu, laksana mengulangi sejarah Firaun yang menghalang kelahiran Nabi Musa A.S, tiba-tiba Musa dibesarkan di dalam mahligainya.
Kini, kesedaran dan kebangkitan Islam berlaku bukan sahaja kalangan mereka yang bertahan di masjid dan institusi pengajian Islam sahaja, bahkan marak di kalangan mereka yang diasuh atau ditarbiah oleh penjajah itu, apabila mereka menyaksikan kemusnahan manusia yang menganut berbagai agama dan ideologi yang lain daripada Islam, menjadikan mereka kembali ke pangkal jalannya yang sebenar, iaitu Islam. Benarlah firman Allah SWT:
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ (46) فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ (47) [إبراهيم: 46-47 [
“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi (mengalahkan) rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu, dapat meruntuhkan bukit bukau dan gunung-ganang sekalipun (46). Oleh itu, janganlah Engkau menyangka Allah memungkiri janjinya kepada Rasul-Nya; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi sedia membalas (orang-orang yang menderhaka kepadanya) (47).” (Surah Ibrahim: 46-47)
Kini pula, mereka berjaya mencipta apa yang dinamakan keganasan dengan bantuan mereka bagi mengacau kebangkitan Islam yang menyelamatkan manusia, diubah menjadi makhluk perosak dalam diri umat Islam dan mencalarkan imej Islam yang menjadi rahmat dan adil terhadap semua. Dilakukan melalui kemajuan teknologi ketenteraan dan media tanpa sempadan yang mereka kuasai. Terdapat kalangan umat Islam yang bersemangat tanpa ilmu secara tafaqquh fi Al-Din (kefahaman dalam agama) dipergunakan dengan mudah, bertujuan mencelarukan kebangkitan Islam yang sedang berlaku.
Umat Islam laksana diratah dan dimakan oleh peperangan yang dirancang begitu rupa, sehingga membunuh saudara sendiri dengan senjata yang dibekalkan oleh musuh dengan belanja umat Islam yang dibodohkan. Pemikirannya pula dicelarukan oleh media baru meredah sempadan sehingga sesat meninggalkan petunjuk Allah.
Percayalah bahawa bala tentera Ahzab terkini juga menerima nasib dimusnahkan seperti juga Ahzab terdahulu mengikut janji Allah.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8)
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah Al-Soff: 8)
Terus beristiqamah bersama Islam.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Syawal 1439 / 3 Julai 2018
Konflik dan keruntuhan Kesultanan Perlak
SEBAGAI Daulah Islam yang pertama di Nusantara dan berdiri selama 452 tahun, Perlak terpaksa juga melalui perit dan getir dalam mempertahankan kelangsungannya. Seperti mana runtuhnya beberapa Daulah Islam yang besar ketika itu seperti Daulah Ummayah (750M), Fatimiyah (1179M), Ayubiyyah (1250M) dan Abbasiyah Baghdad (1258M), akhirnya Perlak turut mengalami nasib yang sama. Salah satu faktor utama kelemahan dan keruntuhan Perlak ialah akibat serangan besar-besaran yang dilakukan oleh Sriwijaya dalam perluasan pengaruh mereka. Namun begitu, keruntuhan Perlak bukanlah dalam erti kata runtuh yang sebenar, tetapi kerajaannya diserap masuk dalam Kerajaan Samudera-Pasai kerana ketiadaan waris takhta. Percantuman Perlak ke dalam Samudera-Pasai telah menamatkan sejarahnya yang berusia hampir setengah abad itu.
Sepanjang sejarah Perlak selama 452 tahun, tidak banyak krisis dan pergolakan besar yang berlaku, sekali gus membolehkan kerajaan ini bertahan dalam tempoh yang lama, walaupun ia adalah Kerajaan Islam yang pertama di Nusantara. Krisis terbesar yang dihadapi pada hujung abad kesembilan Masehi dan berlanjutan lebih sedekad, adalah kerana pertembungan antara Sunni dan Syiah. Kejayaan kelompok Sunni menguasai Perlak telah menamatkan sama sekali pengaruh Syiah di Nusantara dan seluruh rantau ini menjadi Wilayah Sunni. Selepas krisis Sunni-Syiah berakhir, hampir tidak ada catatan berkait dengan krisis-krisis dalam negara di Perlak, sehinggalah Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mohamad Amin Shah Johan Berdaulat II (1230-1267M) bersemenda dengan Raja Samudera yang menyebabkan kerajaannya diserap masuk ke dalam wilayah yang baru di-Islamkan itu.
Krisis Syiah-Sunni: Perpecahan awalKemasukan pengaruh Sunni di Perlak ekoran penubuhan Dayah Bukit Ce Breek pada zaman Sultan Sayyid Abdul Rahim Shah (864-888M) telah menggugat kestabilan politik Perlak yang beraliran Syiah sebelumnya. Para ulamak yang dibawa dari Parsi dan Arab ke Perlak untuk mengajar di dayah tersebut telah menyebarkan fahaman Sunni, terutama kepada keluarga Meurah Shahrun Nuwi. Ini menyebabkan timbul krisis takhta selepas kewafatan Sultan Sayyid Abdul Rahim Shah pada 888M di mana Sultan Sayyid Abbas Shah (888-913M) mulai tergugat dengan gerakan untuk menaikkan semula keturunan Meurah Shahrun Nuwi menggantikan keturunan Sayyid Ali. Ketika Sultan Sayyid Abbas wafat pada 913M, perebutan takhta telah membawa kepada pergolakan dan perang saudara. Perang ini berlangsung selama dua tahun, yang berkesudahan dengan kemenangan Dinasti Sayyid, lalu Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah (913-918M) dapat menjadi Raja. Namun, ia mengakibatkan Perlak berpecah dua kepada Perlak Pesisir dan Perlak Pedalaman.
Perlak Paroh di Selatan yang dikuasai oleh Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah menjadi Kerajaan Syiah, sedangkan Perlak Tunong di Utara dikuasai oleh Sultan Makhdum Malik Ibrahim yang beraliran Sunni. Selepas kematian Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah pada 918M, berlaku semula pergolakan perang saudara selama hampir 10 tahun, sehingga Sultan Makhdum Malik Abdul Kadir yang beraliran Sunni dapat menguasai dan menyatukan kedua-dua kerajaan pada 928M dan pihak Sunni menjadi kerajaan baru di Perlak di bawah Dinasti Johan Berdaulat, iaitu keturunan Meurah Shahrun Nuwi. Sejak Dinasti Johan Berdaulat dapat menguasai kerajaan, boleh dikatakan hampir tiada lagi pergolakan yang melibatkan perebutan takhta. Salah satu faktor yang membolehkan penyatuan semula Perlak ialah kerana gerakan yang dilancarkan oleh Sriwijaya untuk meluaskan jajahan mereka ke Utara, sehingga Wilayah Deli dan Aru dapat dikuasai, termasuk jatuhnya Kerajaan Langkasuka di Semenanjung Tanah Melayu ke tangan Sriwijaya. Demi mempertahankan kelangsungan politik Perlak, wilayah yang berpecah ini bersatu semula di bawah Sultan Makhdum Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986-1023M).
Serangan Sriwijaya dan Penyatuan PerlakPada akhir alaf pertama Masehi, Kerajaan Buddha Sriwijaya telah melakukan perluasan wilayahnya ke bahagian Utara Nusantara meliputi Utara Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor. Berdasarkan Prasasti Ligor (775M), perluasan Sriwijaya ke bahagian Utara ini berlaku pada akhir abad kelapan Masehi. Sebelum ini, Sriwijaya telah menguasai Minangatamwan (Jambi) pada 658M, sebelum menjajah Kedah (682-685M) dan menyerang Jawa pada 686M. Kejayaan perluasan ini telah mendorong Sriwijaya untuk menguasai Utara Sumatera, dan dikatakan serangan Sriwijaya ke atas Perlak berlaku pada zaman Sultan Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986-1023M), di mana serangan telah berlaku selepas kewafatan Sultan Abdul Malik Shah Johan Berdaulatan (856-983M). Disebabkan oleh serangan Sriwijaya ini, Raja baru Perlak tidak dapat bertakhta sehingga baginda dapat menyatukan semula semua Wilayah Perlak yang berpecah kerana isu Sunni-Syiah sebelumnya. Raja Sriwijaya, Raja Sri Sudamaniwarmadewa dan Raja Marawijayo Tunggawarman telah menyerang Perlak dan mengadakan hubungan rapat dengan Kerajaan Chola di India, untuk mengepung Wilayah Islam ini.
Ketika Sriwijaya sedang mengepung Perlak, sebagai wilayah terakhir yang akan dikuasai selepas Kedah, Langkasuka dan Ligor dikuasai oleh mereka, di Selatan Sriwijaya berlaku serangan daripada Dharmawangsa pada 1006M, diikuti oleh serangan Chola ke atas Sriwijaya pada 1007M. Keadaan ini memaksa Sriwijaya meninggalkan Perlak tanpa mencapai kemenangan. Sebahagian pengkaji mengatakan serangan Sriwijaya ini memberi kesan besar terhadap kelangsungan kuasa Perlak ke atas wilayah-wilayah kecil di Aceh. Kekuatan Perlak telah terjejas sehingga ia menjadi salah satu punca kemerosotan kerajaan ini kemudiannya. Namun begitu, walaupun Perlak mengalami kerugian tentera, politik dan ekonomi yang besar akibat serangan ini, dari sudut yang lain, Sultan Perlak berjaya menjadikan serangan ini asas untuk menyatukan kembali Perlak dan menamatkan pergolakan dalaman, sehingga Perlak dapat berdiri kukuh di bawah Dinasti Johan Berdaulat ini untuk 200 tahun sehingga 1292M.
Pembubaran Perlak dan kemunculan Samudera-PasaiSultan Makhdum Aladdin Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat II (1230-1267M), telah melalukan hubungan diplomatik dengan Raja-raja sekelilingnya untuk mengukuhkan kedudukan kerajaannya. Dikatakan, baginda mengahwinkan dua puterinya dengan kerajaan-kerajaan sekitar, termasuk mengahwinkan puterinya, Puteri Ganggang Sari (Puteri Raihani) dengan Raja Pasai, Meurah Silu. Perkahwinan politik ini merapatkan hubungan kedua-dua kerajaan yang telah Islam. Selepas, kewafatan Sultan Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat pada 1267M, putera baginda, Sultan Makhdum Aladdin Malik Abdul Aziz Shah Johan Berdaulat (1267-1292) telah menjadi Sultan. Selepas kematian Sultan Malik Abdul Aziz Shah Johan Berdaulat, iparnya, Meurah Silu, Raja Samudera-Pasai telah bertindak menggabungkan Kerajaan Perlak ke dalam Kerajaan Samudera-Pasai untuk membentuk sebuah Kerajaan Islam yang lebih besar. Sejak itu, berakhirlah sejarah Kerajaan Perlak sebagai Daulah Islam yang pertama di Nusantara.
Keseluruhannya, Kerajaan Perlak yang berdiri sejak 840M adalah Kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu. Pada peringkat awal, Islam yang berkembang adalah beraliran Syiah yang didukung oleh Dinasti Sayyid, sebelum Dinasti Johan Berdaulat mengembangkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Walaupun Perlak adalah sebuah Kerajaan Islam yang baru dan terawal di Nusantara, mereka telah berjaya melaksanakan Syariat, membangunkan pendidikan Islam dan mengembangkan dakwah ke seluruh Nusantara. Dalam tempoh 452 tahun ini, walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa krisis, perebutan takhta dan serangan luar, namun Perlak tetap menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal pada abad ke-10 hingga 13M yang dikunjungi oleh pedagang dari China, India, Arab, Parsi dan Alam Melayu sendiri, sehingga ia menjadi pemangkin kepada perkembangan Islam.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 1-7-2018
Pusat Penyelidikan PAS
15 Syawal 1439 / 29 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 1/7/2018
Cadang beku akaun PAS: Ke arah negara satu parti
CADANGAN pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank Umno telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1MDB.
Pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperolehi PH adalah kurang dari 50 peratus. Sementara satu kajian menunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi PH. Undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh PAS dan Umno.
Oleh itu kedudukan sokongan kepada PH adalah tidak kukuh. Mereka yang mengundi PH terutamanya ahli-ahli Umno boleh pada bila-bila masa meninggalkan PH.
Satu jalan keluar bagi PH adalah untuk memastikan Umno dan PAS tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut. Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka. Langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran.
Kerajaan PH perlu melakukannya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Selain dari itu kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihan raya bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan. Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi berita utama di dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain.
Walau bagaimanapun yang patut membimbangkan rakyat adalah sebarang usaha untuk membunuh demokrasi. Sebelum ini seorang menteri pernah mencabar ahli-ahli akademik yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH meletakkan jawatan. Jika rakyat tidak membantah usaha-usaha ini negara, kita akan melihat Malaysia tanpa parti pembangkang atau parti-parti pembangkang yang telah "dimandulkan". Ini tidak baik untuk rakyat kerana tidak akan berlaku check and balance atau semak dan imbang.
Sumber HD - 30-6-2018Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS
30 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 30/6/2018
Awas agenda tenggelamkan Bahasa Melayu
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan seluruh sanak saudaranya serta para sahabat Baginda.
Hingga ke hari ini masih ramai yang tidak puas hati dengan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam isu bahasa, apatah lagi kerjaaan Pakatan Harapan mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan.
Tindakan mempertahankan tindakan tersebut bukan sekadar merendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Malah ia juga secara langsung ingin mencabar kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (ABK), di samping meremehkan pekeliling kerajaan persekutuan yang telah sekian lama berjalan di dalam sistem pentadbiran.
Tindakan Guan Eng dan PH itu semacam mahu mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia.
Atau lebih kasar lagi ungkapannya Menteri Kesihatan itu buta Perlembagaan selepas kuasa yang dimiliki seakan mengatasi segalanya.
Bagai Kaduk Naik Junjung, inilah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada sikap Guan Eng ini tatkala kita melihat kerajaan Umno BN sebelum ini juga telah banyak melakukan "peminggiran bahasa Melayu' melalui beberapa dasar khasnya dalam pendidikan termasuk pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di zaman Dato’ Seri Najib Razak dan di zaman Tun Mahathir Mohamad pula PPSMI.
Apa yang menjadi kemarahan termasuk kepada pejuang bahasa adalah sikap Guan Eng mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan merupakan suatu tindakan biadap dan keras kepala serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat negara ini.
Sikap ini seakan membenarkan telahan umum sebelum ini bahawa mereka ini ada agenda yang bakal menyebabkan bahasa Melayu, kepentingan Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan bakal terusik dan tergadai.
Sumber HD - 30-6-2018Maka Guan Eng harus ingat, masyarakat umum pernah menghukum Umno-BN atas kegagalan membela rakyat yang dizalimi, maka kerajaan PH juga boleh dihukum rakyat atas kegagalan ini andai ia dibiar berterusan. – HARAKAHDAILY 30/6/2018
Perlak kembang dan baharukan pentadbiran
KERAJAAN Perlak telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kukuh dalam tempoh 452 (840-1292M) tahun. Namun begitu, dalam tempoh kewujudannya, Perlak terpaksa berhadapan dengan beberapa kuasa besar yang menghalang ia dari berkembang pesat. Antara kuasa besar tersebut ialah Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Langkasuka di Utara Semenanjung dan juga Kerajaan Chola (300-1279M) yang berpusat di Pantai Timur India. Ketiga-tiga kuasa politik ini berada di sekeliling Perlak, sedangkan Sriwijaya dan Langkasuka beragama Buddha, manakala Chola pula beragama Hindu. Halangan besar yang dihadapi oleh Perlak untuk berkembang ialah penduduknya beragama Hindu-Buddha, sedangkan kerajaannya telah Islam. Laporan Marco Polo pada 1292M jelas menunjukkan hakikat ini. Kerana itu, dalam tempoh 452 tahun itu, Kerajaan Perlak lebih memberikan fokus kepada dakwah daripada perluasan wilayah.
Perluasan Wilayah Perlak boleh dikatakan terumpu di daerah Aceh sahaja, sedangkan seluruh kawasan lain di pulau Sumatera dikuasai oleh Sriwijaya, manakala Utara Semenanjung dikuasai oleh Langkasuka. Pada dekad kedua abad ke-10, Sriwijaya telah melakukan perluasan kawasan dan menyerang Perlak, sebelum Rajendra Chola Dewa I pada 1026M menyerang Langkasuka yang telah jatuh ke tangan Sriwijaya pada abad sebelumnya. Persaingan kuasa Hindu-Buddha ini agak merumitkan proses Islamisasi ketika itu, berbanding abad ke-13 dan 14 yang menyaksikan keruntuhan Sriwijaya akibat serangan Chola pada 1026M dan kebangkitan Kerajaan Dharmasraya pada 1081M. Seluruh pergolakan dan persaingan politik ini memberi kesan terhadap Perlak yang merupakan satu-satu Kerajaan Islam di Nusantara saat itu.
Perkembangan Kerajaan Perlak, 840-1292MDengan mengabaikan perkembangan Empayar-empayar Buddha dan Hindu di seluruh Nusantara dan India, kita dapat melihat bagaimana kerajaan-kerajaan di Aceh telah berkembang setelah memeluk Islam. Pada asalnya, dua kerajaan iaitu Perlak dan Juempa telah memeluk Islam di tangan Nakhoda Khalifah, sebelum kedua-kedua kerajaan ini membentuk Kerajaan Islam Perlak di bawah Sultan Alaiddin Maulana Sayyid Abdul Aziz pada 840M (225H). Mereka menjadikan pelabuhan Perlak sebagai Pusat Pentadbirannya. Pada peringkat pertama, pembangunan kerajaan, pertumbuhan ekonomi perdagangan dan perkembangan dakwah berlaku dengan begitu pesat di bawah tiga orang Sultan yang pertama dari Dinasti Sayyid. Kemasukan pengaruh Sunni pada sekitar dekad 880-anM, telah membawa kepada konflik, iaitu lanjutan daripada persaingan politik Sunni-Syiah yang berlaku di Asia Barat. Ekoran daripada itu, pada zaman Sultan Alaiddin Maulana Sayyid Ali Mughyat Shah, telah berlaku perang saudara antara keluarga Sayyid dengan keturunan Meurah Shahrun Nuwi yang bermazhab Sunni. Walaupun perang selama dua tahun ini dimenangi oleh Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah, tetapi Perlak telah berpecah menjadi dua.
Di Selatan, Perlak Paroh telah dikuasai oleh Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah yang bermazhab Syiah dan berpusat di Bandar Khalifah. Manakala di Utara, Perlak Tunong dikuasai oleh Sultan Alaiddin Malik Ibrahim yang berpusat di Biang Perak (Kroeeng Tuan) dengan mendukung aliran Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Selepas Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah wafat pada 918M, tercetus semula pergolakan selama hampir satu dekad sehingga Sultan Alaiddin Makhdum Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M) dapat berkuasa dan menyatukan semula Perlak untuk menghadapi serangan Sriwijaya. Ternyata ancaman Sriwijaya menjadi faktor penyatuan semula Perlak. Sejak itu, Perlak dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Johan Berdaulat yang bermazhab Sunni sehingga Kerajaan Perlak runtuh pada 1292M. Agak menarik juga, walaupun kemasyhuran Empayar Sriwijaya di Palembang, Padjajaran (923-1579M), Kediri (1045-1221M) dan Singhasari (1222-1292M) di Jawa mengatasi Perlak, tetapi Kota Islam ini banyak dikunjungi oleh pelawat dari China, Arab, India dan Rom termasuk Marco Polo yang tiba pada 1292M. Salah satu faktornya ialah kerana inilah satu-satu Kerajaan Islam di Nusantara, selain faktor lokasi perdagangan yang strategik.
Pembaharuan pentadbiran bermodel IslamPembentukan Kerajaan Islam Perlak pada 840M telah dimulakan dengan Sultan Sayyid Abdul Aziz Shah (840-864M) mengisytiharkan nama baru pelabuhan Perlak sebagai Bandar Khalifah yang menjadi Pusat Pentadbiran, di mana pada peringkat awal tumpuan kerajaan adalah kepada perdagangan dan dakwah. Dari segi pentadbiran, Sultan Sayyid Abdul Aziz Shah dikatakan telah mencontohi Daulah Abbasiyah dengan mewujudkan lembaga-lembaga kerajaan sebagai Wazir Sultan, iaitu Wazir al-Siyasah (Menteri Politik Dalam Negeri), Wazir al-Harb (Menteri Pertahanan), Wazir al-Maktabah (Menteri Pentadbiran), Wazir as-Sunduk (Menteri Kewangan) dan Wazir al-Hukkam (Menteri Kehakiman). Pembaharuan penting kemudiannya diperkenalkan lagi oleh Sultan Sayyid Abdul Rahim Shah (864-888M) dengan menubuhkan Dayah Bukit Ce Breek untuk membina generasi baru Islam. Sultan Malik Abdul Kadir Johan Berdaulat (928-932M) kemudiannya telah membuat pembaharuan pentadbiran yang lebih progresif dengan membentuk Majlis Kesultanan sebagai Majlis Fatwa, melantik Mufti Besar, Qadhi Besar dan menubuhkan Baitul Mal untuk menguruskan kewangan negara.
Pembaharuan-pembaharuan yang mengukuhkan Mazhab Sunni ini diteruskan oleh Sultan Makhdum Alaiddin Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (832-956M) dengan membuka Dayah Cot Kala sebagai Pusat Pengajian Tinggi Islam yang pertama di Nusantara, melantik Tun Pepatih Pandak sebagai Mangkubumi dan Benderang sebagai pahlawan negara. Baginda juga meluaskan Wilayah Perlak hingga ke Kuala Jambu Air, selain menggalakkan para ulamak, putera-putera Istana dan pendakwah membuka Pusat-pusat Pengajian Islam di sekitar Perlak sehingga berdirinya beberapa dayah di Aceh. Bahkan, diwajibkan bagi setiap mukim (gabungan beberapa kampung) mempunyai sebuah dayah, dengan Dayah Cot Kala sebagai Pusat Pengajian Tingginya. Beberapa institusi pendidikan Islam seperti Balee (balai) dan Meunasah (madrasah) dijadikan tempat ibadat, belajar al-Quran dan pendidikan asas agama. Pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M), Fekah Syafie mula dikembangkan bagi mengukuhkan lagi aliran Sunni di sini, di samping kemasukan ulamak India, Arab dan Parsi, sehingga akhirnya bukan sahaja Perlak, tetapi seluruh Nusantara bermazhab Syafie.
Kerajaan-kerajaan Islam yang baru di AcehSebelum kemasukan Islam, rata-rata daripada beberapa kerajaan kecil yang wujud di Aceh adalah beragama Hindu, termasuk Perlak walaupun diperintah oleh Raja berketurunan Parsi. Orang-orang Parsi mungkin beragama Majusi atau Mazdak, tetapi diterima menjadi pemimpin di Perlak kerana kebolehan magis dan sihir, selain faktor kemasyhuran Empayar Sasan (224-651M) di Parsi sebagai kuasa besar dunia sebelum zaman Islam. Bukti-bukti artifak menunjukkan Aceh adalah Wilayah Hindu sebelum kedatangan Islam, selain kelompok Mante (orang asli) yang menganut anamisme di pedalaman Aceh dan masih ada penganut Buddha yang minoriti. Tiga Kerajaan Hindu yang dikenal pasti di Aceh ialah Kerajaan Indraparta, Indrapuri dan Indrapurba. Kedatangan Islam di Aceh disambut secara terbuka oleh penduduknya sehingga Islam berkembang pesat dan mendirikan daulah. Proses dakwah yang berlaku telah menyebabkan Islam berkembang dan melahirkan Kerajaan-kerajaan Islam yang baru. Antara tempat awal yang dikembangkan dakwah ialah Basma yang terletak antara Perlak dan Samudera, kemudian Pase (dekat Lhok Seumawe), Pane (Pannai), Lamuri hingga Aru. Pidie, Fansur (Barus), Singkel dan Teumiang juga di-Islamkan. Indrapurba dan Indrapuri juga turut didakwah. Teumiang adalah antara kerajaan terakhir memeluk Islam menjelang jatuhnya Perlak pada akhir abad ke-13M.
Antara kerajaan baru Islam, sama ada raja memeluk Islam atau mendirikan Kerajaan Islam yang baru ialah Kerajaan Daya, Kerajaan Pidie dan Kerajaan Samudera. Beberapa kerajaan lama seperti Pase (Pasai), berhampiran dengan Basma dan Salasari, bergabung dengan Samudera membentuk Samudera-Pasai. Kerajaan Beunna yang dikenali juga sebagai Indra atau Alas yang terketak di Aceh Tengah, menjadi Teumiang. Kerajaan Samaindra yang disebut sebagai Syahir Poli menjadi Pidie. Kerajaan Hindu Indrapurba yang terkenal dengan Bandar Lam Urik dikenali sebagai Lamuri, manakala Kerajaan Indrajaya yang disebut sebagai Panto Bie membentuk Kerajaan Seudu. Peng-Islaman kerajaan-kerajaan kecil ini tidak memberi dampak yang besar kepada kekuatan politik Perlak sebenarnya, tetapi ia menjadi bermakna ketika Sultan Ali Mughayat Shah menyatukan semua kerajaan ini pada 1496M kerana semua wilayah ini bergabung membentuk Kerajaan Aceh Darussalam bagi menghadapi kedatangan Portugis.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 28-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
14 Syawal 1439 / 28 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 28/6/2018
Kesultanan Perlak laksana syariat dan dakwah
Berdirinya Perlak sebagai sebuah Daulah Islam bukanlah semata-mata atas nama Islam sahaja, tetapi memperlihatkan dengan berkesan bagaimana syariat dilaksanakan dan dakwah dikembangkan. Ia menepati dua objektif berdirinya Daulah Islam - pelaksanaan Syariat dan penyebaran dakwah. Walaupun data-data khusus tentang pelaksanaan Syariat di Perlak belum dapat dibongkar dengan terperinci, namun hakikat berlakunya Syariat Islam telah disahkan oleh Marco Polo yang melawat Perlak pada hujung era kerajaannya. Sedangkan dalam bidang dakwah, tidak dapat ditolak lagi bahawa sebelum kewujudan Melaka, Acehlah yang menjadi Pusat Perkembangan Dakwah terbesar di Nusantara untuk tempoh 500 tahun.
Pelaksanaan Syariat di PerlakWalaupun Marco Polo mendakwa pada saat ketibaannya di Perlak pada 1292M, Islam yang berkembang di sini hanya berlaku di kawasan-kawasan bandar yang didiami oleh keluarga diraja, pembesar, pedagang asing dan rakyat Sultan, namun suatu hal yang tidak dapat dimungkiri olehnya ialah pelaksanaan Syariat Islam telah berlaku. Hukum-hukum Islam berjalan dalam beberapa perkara.
Pertama, hukum ibadat, di mana umat Islam telah mula mendirikan ibadat-ibadat dan membina rumah ibadat, sehingga masjid dan surau di Sumatera disebutkan sebagai Pusat-pusat Keilmuan Islam terawal sebelum wujudnya dayah.
Kedua, hukum keluarga, di mana pembentukan keluarga Islam telah berlaku melalui perkahwinan para pendakwah dengan kerabat istana dan orang kebanyakkan, sehingga akhirnya mewujudkan masyarakat Islam.
Inilah sandaran terbesar dalam memahami perkembangan hukum Islam di Indonesia, di mana ahli-ahli undang-undang mendakwa para ulamak dan pendakwah menjadi rujukan dalam hal agama, sehingga Sultan memainkan peranan melantik Penghulu sebagai Qadhi Syariat dan pemberi fatwa dalam masyarakat sebelum 1292M. Asas inilah yang membentuk teori reception in complexu dalam Undang-undang Islam di Indonesia.
Ketiga, Hukum-hukum Islam dalam perdagangan. Oleh kerana Perlak telah menjadi pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang Islam dari Arab, India dan Parsi, di mana mereka menjadi pendakwah dan menunjukkan contoh kehidupan Islam, bermakna urusan-urusan muamalat dan perdagangan dilaksanakan menurut Hukum Islam. Walaupun belum ada teks undang-undang secara khusus, namun biasanya terdapat Kitab-kitab Fiqh khusus yang menjadi rujukan kerajaan.
Keempat, Hukum-hukum Jenayah Islam. Sepertimana hukum muamalat yang merujuk kepada Kitab-kitab Fekah, begitu juga dalam bidang siasah dan jenayah. Cuma, perlu diakui bahawa ketika ini, belum banyak Kitab Fekah yang ditulis, bahkan fekah mazhab baru berkembang. Imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah (699-767M), Imam Malik (711-795M), Imam Syafie (767-820M) dan Imam Ibnu Hambali (780-855M) hidup dipermulaan perkembangan Islam di Nusantara. Maka kebanyakan Hukum Islam yang dijalankan adalah berdasarkan fatwa dan nasihat para ulamak yang ada di Perlak ketika itu. Salah seorang ulamak yang terkenal ialah Sheikh Abdullah Kan'an yang berasal dari Palestin.
Dalam pelaksanaan Syariat di Perlak, Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M), telah menubuhkan Majlis Kesultanan yang berfungsi sebagai Majlis Fatwa dengan diketuai oleh seorang Mufti Besar. Turut dilantik ialah Qadhi Besar bagi mengendalikan pertikaian dan pelaksanaan hukum di Perlak. Dalam bidang ekonomi, ditubuh Baitul Mal sebagai badan kewangan negara berasaskan Islam. Dengan kewujudan institusi-institusi ini, maka Kerajaan Perlak dapat menguatkuasakan pelakasanaan Syariat secara berperingkat mengikut aliran Syiah pada awal, kemudian faham Ahli Sunnah mula berkembang pada zaman Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M), sebelum Fekah Mazhab Syafie dikembangkan oleh pendakwah dari Kerajaan Ghowri pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M).
Pertumbuhan dakwah dan penyebaran IslamDalam catatan Marco Polo yang mengunjungi Perlak pada 1292M, mengatakan bahawa para pedagang Islam dari Arab, India dan Parsi sangat ramai berdagang di Perlak dan mereka telah berjaya meng-Islamkan pendudukan tempatan sehingga Syariat Islam dapat dikuatkuasakan. Namun begitu, dakwah pada ketika ini adalah tertumpu di kawasan bandar dan kota, sedangkan di kawasan pedalaman manusia masih hidup seperti haiwan dan masih memakan daging manusia. Gerakan dakwah yang lebih berkesan pada pertengahan abad ke-13M ketika mana Perlak dikunjungi oleh Sheikh Ismail dari Makkah dan Faqir Mohammad dari India yang diutuskan oleh Syarif Makkah. Mereka berdakwah menyusuri kawasan dari Pasuri (Pane) ke Lamuri, dan melalui sepanjang Pantai Timur Aceh hingga ke Aru, dan akhirnya berjaya meng-Islamkan Raja Samudera, Meurah Silu. Meurah Silu kemudian memakai gelaran Sultan Maliku as-Salleh, mengikuti gelaran Sultan terakhir Dinasti Ayubiyah di Mesir ketika membentuk Kerajaan Samudera-Pasai.
Menurut Abdul Qadir Djaelani, perkembangan dakwah di Perlak berlaku secara damai di mana pedagang Muslim dengan modal ekonomi dan ilmu agamanya, berdakwah melalui perkahwinan, memerdekakan hamba dan menunjukkan contoh kehidupan yang baik. Dari situ terbentuknya satu masyarakat Muslim, yang kemudiannya membesar melalui persaudaraan Islam sehingga membentuk kekuasaan politik dan berdirinya Daulah Islam. Begitulah cara Islam berkembang, sehingga Marco Polo mencatatkan:
"... ketahuilah bahawa dahulu kala orang-orang (Perlak) ini menyembah berhala, namun kerana para pedagang Muslim yang sering mengunjungi mereka dengan perahu, semua orang itu berpindah (kepada) agama yang mengerikan - agama Muhammad."
Setelah hampir 100 tahun dakwah berjalan dengan cara ini, baharulah proses dakwah dan perkaderan yang sistemetik diwujudkan untuk membina generasi baru Islam, terutama melalui sistem pendidikan.
Dakwah yang lebih berkesan adalah hasil tindakan Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Rahim (864-888) yang membawa ulamak dari Parsi, India dan Arab untuk menghidupkan Pusat-pusat Pengajian Islam. Telah ditubuhkan beberapa zawiyah (dayah dalam sebut Aceh) bermula dengan Dayah Bukit Ce Breek pada 864M, sebelum tertubuhnya Dayah Seureule (1012M), Dayah Blang Peuriya (1153M), Dayah Batu Karang (1160-anM) dan Dayang Keuneu'eun (1196M). Yang paling penting ialah Dayah Cot Kala yang dibangunkan oleh Teungku Mohamad Amin pada 888M dan menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam pertama di Nusantara pada 912M. Dayah-dayah di Perlak inilah yang melahirkan para ulamak dan pendakwah tempatan yang menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara pada abad berikutnya. Tokoh-tokoh besar dalam kerabat diraja Perlak seperti Sultan Sayyid Abdul Rahim, Teungku Mohamad Amin, Teungku Sirajuddin, Teungku Yaakob dan Teungku Ampon Tuan, telah memainkan peranan besar dalam perkembangan dakwah dan penubuhan dayah-dayah, yang menunjukkan Istana Perlak menjadi nadi terhadap perkembangan dakwah di Nusantara.
Perkembangan Mazhab Sunni aliran SyafieyahKebanyakan pengkaji mendakwa Islam yang masuk ke Perlak pada 800M adalah dibawa oleh pendakwah bermazhab Syiah, namun setelah kedatangan ulamak dari Arab, India dan Parsi untuk memajukan dayah-dayah, Mazhab Sunni mula dikembangkan. Perkembangan Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah mula berlaku pada zaman Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M). Seorang pengkaji, Taqiyuddin Muhammad mendakwa Mazhab Sunni Syafieyyah dikembangkan di Utara Sumatera ini oleh pendakwah dari Kerajaan Ghaznawi (977-1186M) dan kerajaan Ghowri (1000-1215M) yang berpusat di India.
Sultan Abu Muzaffar Ghiyatuddin Muhammad al-Ghurry (1163-1202M) yang mempunyai hubungan rapat dengan Imam Fakharuddin ar-Razi (m. 1210M), seorang imam Mazhab Syafie, dikatakan menghantar pendakwah ke Perlak untuk menyebarkan Mazhab Syafie. Ini dibuktikan dengan wujudnya batu nisan Ibnu Mahmud (m. 1226) yang dikatakan anak kepada Sultan Mahmud al-Ghurry (1206-1212M). Ia berlaku pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M). Pada ketika ini juga, Syarif Makkah telah mengirimkan Sheikh Ismail dari Hijaz dan Faqir Muhammad dari India untuk mengembangkan fahaman Sunni di Perlak. Dari sinilah dikatakan berkembangnya Mazhab Ahli Sunnah beraliran Syafie di Nusantara.
Disebabkan latar belakang peng-Islaman Perlak dimulakan oleh pendakwah Syiah, maka kedatangan para ulamak Sunni sekitar 880-an terutama dalam mengembangkan pendidikan di Dayah Bukit Ce Breek, telah membawa kepada perkembangan Mazhab Ahli Sunnah, sekali gus menyebabkan berlaku krisis di Istana. Keluarga Meurah Shahrun Nuwi yang berpegang dengan Mazhab Sunni telah bergeser dengan keluarga Sayyid yang bermazhab Syiah sehingga berlaku perang pada 913 yang menyebabkan Perlak berpecah dua. Selepas kematian Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah pada 918M, Perlak disatukan semula untuk menghadapi serangan Sriwijaya. Kerajaan baru ini dipimpin oleh keluarga Meurah Shahrun Nuwi yang bermazhab Sunni, iaitu Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M). Sejak naiknya Dinasti Johan Berdaulat pada 928M, pengaruh Syiah mulai pudar dan Sunni bangkit sebagai mazhab utama di Nusantara, dengan aliran Fekah Syafieyah.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 27-6-22018
Pusat Penyelidikan PAS
13 Syawal 1439 / 27 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Akibat tidak istiqamah
﴿وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ١٥٣﴾ [الأنعام: 153]
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Islam) yang betul lurus (istiqamah), maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-An’am: 153)
Inilah hikmah atau tujuan petunjuk Allah (istiqamah) yang dipohon pada setiap rakaat solat ketika mengadap Allah setiap waktu yang diwajibkan atau solat sunat, termasuk solat jenazah yang tidak ada rukun-rukun yang lain, namun Al-Fatihah memohon istiqamah tetap diwajibkan.
Rasulullah S.A.W menyebut ayat tersebut di atas kepada para sahabatnya R.A sambil menggaris di atas tanah garisan yang betul lurus dan panjang dengan jarinya yang mulia. Kemudian digariskan cabangnya yang banyak di sebelah kiri dan kanan. Baginda S.A.W menegaskan garis yang satu sahaja (Islam) wajib diikut. Adapun yang lain, di kiri dan kanan adalah jalan yang digoda oleh syaitan.
Lalu ditegaskan pula bahawa Al-Quran adalah petunjuknya dan Rasulullah S.A.W yang bersabda dan beramal adalah penjelasannya dalam semua perkara yang dinamakan agama atau urusan dunia yang tidak terpisah daripada Islam yang sempurna merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam hubungannya dengan Allah, dirinya dan manusia yang lain sehinggalah alam sekelilingnya yang nyata sehingga alam ghaib, daripada bumi sehingga angkasa lepas, daripada dunia sehingga akhirat.
Rasulullah S.A.W menunjukkan cara beribadat sehinggalah cara berpolitik memerintah negara masyarakat majmuk. Dijelaskan dengan nyata wajib berwala’ (berketuakan atau kepimpinan dan pengurusannya) kepada orang-orang yang beriman. Diharamkan berwala’ kepada bukan Islam menjadi sempadan berpolitik. Hanya dibenarkan bermasyarakat madani (bertaaruf), bertahaluf, berdamai dan bertaawun sahaja. Firman Allah menegaskan:
﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ٢٨﴾
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia daripada Allah (mendapat petunjuk dan perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya (keadaan darurat) yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali-Imran: 28)
Maka termasuk dalam prinsip dan dasar keimanan yang menjadi aqidah tetap, jelas dan nyata tidak harus berbeza pendapat. Hanya perkara furu’ atau cabang boleh berkhilaf atau berbeza pendapat kerana berbeza sebab, realiti dan situasi yang melahirkan mazhab yang diizinkan oleh syara’, bahkan semuanya diberi pahala berijtihad dengan syarat- syarat dan sifat keahlian ilmu dan akhlaknya, kerana sabda Rasulullah S.A.W:
إذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ. (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
“Apabila seseorang yang mencari hukum secara ijtihad (dalam perkara yang tidak ada nas yang nyata) kemudian dia betul, nescaya diberi dua pahala. Dan apabila dia berjtihad, kemudian dia salah necaya diberi kepadanya satu pahala” (Muttafaqun ‘alaih)Orang-orang yang telah pun beriman kepada Kitab Allah (Al-Quran) pula ada berbagai-bagai peringkat dan kemampuan melaksanakannya. Ada yang rajin, ada yang malas dan ada yang tenggelam ke dalam maksiat, namun tetap beriman kepadanya. Allah berfirman:
﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]
“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka, ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)
Adapun mereka yang menolak Al-Quran, membatalkan iman dan Islamnya, atau membatalkan Dua Syahadahnya yang telah diikrarkan atau melanggar baiahnya, Firman Allah telah menyatakan akibat menimpa mereka di Hari Akhirat apabila Al-Quran tidak dijadikan petunjuk dengan sengaja, bukannya jahil atau hilang akalnya sama ada pemimpin atau pengikut:
﴿وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ نُؤْمِنَ بِهَذَا الْقُرْآنِ وَلَا بِالَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ مَوْقُوفُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْجِعُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ الْقَوْلَ يَقُولُ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لَوْلَا أَنْتُمْ لَكُنَّا مُؤْمِنِينَ٣١ قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَى بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ٣٢ وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ٣٣﴾ [سبأ: 31-33]
“Dan orang-orang yang ingkar (menolak Al-Quran) berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim (menjadi pemimpin) itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang lemah atau jahil (menjadi pengikut) berkata kepada orang-orang yang sombong takabbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". (31) Orang-orang yang sombong takabbur itu (para pemimpin) menjawab kepada orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut):” Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa". (32) Dan berkata pula orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takabbur (menjadi pemimpin) itu: "Tidak! bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu baginya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)” (Saba’; 31-33)
Maksudnya ingkar terhadap perkara dasar, syarat dan rukun di luar daripada urusan ijtihad mazhab di dalam Islam, seperti mereka menganut ideologi atau teori yang dicipta di luar daripada prinsip dan hukum yang nyata di dalam Islam yang menyeluruh, walaupun diletakkan jenama Islam dan istilahnya dengan tujuan menipu atau cara yang sesat, kerana mencari jalan pintas untuk kemenangan dunia tanpa peduli terhadap wawasan akhirat.
Perkara yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditawarkan kepadanya kuasa tanpa mendaulatkan Islam. Sabda Baginda S.A.W kepada Abu Talib, bapa saudaranya:
يا عم لو وضعت الشمس في يميني والقمر في يساري ما تركت الأمر حتى يظهره الله أو أهلك في طلبه. سيرة ابن اسحاق = السير والمغازي (ص: 154(
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Kalaulah diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, nesacaya aku tidak akan meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam menuntut kemenangannya (yang belum dicapai)”
Begitulah juga perintah Allah supaya terus beristiqamah bersama Islam apabila dicabar oleh musuhnya dengan bersyarat kemewahan dunia atau menunjukkan perkara luar biasa atau bala mendatang supaya mereka menerima tawaran Islam:
﴿وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا٩٠ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا٩١ أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا٩٢ أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا٩٣﴾ [الإسراء: 90-93]
“Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan mata air dari bumi bagi kami. (90) Atau (sehingga) Engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian Engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (91) Atau (sehingga) Engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana Yang Engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) Engkau bawakan Allah dan malaikat untuk Kami menyaksikannya. (92) Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah yang indah terhias; atau (sehingga) Engkau naik ke langit; dan Kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum Engkau turunkan kepada Kami sebuah Kitab Yang dapat Kami membacanya". Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia Yang menjadi Rasul? (93)” (Surah Isra’: 90-93)
Maka termasuk tidak beristiqamah juga, sehingga berjanji apa sahaja demi kemenangan semata-mata, walaupun berbohong dengan janji yang tidak mungkin ditunaikan dalam sekelip mata.
Amaran lebih keras terhadap berwala’ kepada musuh Islam demi mencapai cita-cita kemenangan sehingga disenaraikan dengan sifat munafik. Firman Allah:
﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾ [النساء: 138-139]
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (mereka itu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin atau teman rapat) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139)” (Surah An-Nisa’: 138-139)
Sejarah hilangnya kuasa Islam di Andalusia dan kejatuhan Negara Arab, Nusantara dan lain lain oleh penjajah cukup menjadi iktibar supaya tidak berulang lagi kerana sabda Rasulullah S.A.W:
لا يلدغ مؤمن من جحر واحد مرتين (البخاري ومسلم وغيرهما)
“Tidak seharusnya seseorang yang beriman itu disengat daripada satu lubang sebanyak dua kali”
“Sejahtera Bersama Islam”ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Syawal 1439 / 27 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Daulah Islam pertama di Alam Melayu
KEMASUKAN Islam ke Nusantara sejak abad ketujuh Masehi akhirnya membuahkan hasil apabila Daulah Islam yang pertama dapat didirikan di Perlak, Utara Sumatera (dalam provinsi Aceh sekarang). Kerajaan Islam Perlak dikatakan berdiri selepas 40 tahun kedatangan Islam ke wilayah itu. Kerajaan Perlak yang terletak di Pantai Timur Aceh, mengadap Selat Melaka muncul ketika Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang dan beragama Buddha menjadi kerajaan terbesar di Nusantara. Islam yang masuk ke Perlak dikatakan berasal dari Teluk Kambey, Gujerat, India dan pada awalnya bermazhab Syiah. Ada pengkaji mengatakan rombongan pendakwah tersebut dikirimkan oleh Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib (m. 747M), pemimpin yang memberontak di Kufah terhadap Daulah Umayyah bersama Abu Muslim untuk mengasaskan Daulah Abbasiyah pada 750M. Rombongan pendakwah yang dikirimnya ini telah berjaya meng-Islamkan Perlak pada awal 800M, sebelum dapat menegakkan Daulah Islam.
Mendirikan negara atau kerajaan yang berasaskan Islam adalah pengalaman baru bagi orang Melayu, kerana sebelumnya para pemerintah di Nusantara adalah beragama Hindu-Buddha. Kebangkitan Perlak sebagai Daulah Islam telah memberi nafas baru kepada Alam Melayu sebagai bakal wilayah kekuasaan Islam. Kerajaan Perlak (840-1292M) sebenar berdiri di atas dua Dinasti Raja iaitu Dinasti Sayyid (840-918M) dan Dinasti Johan Berdaulat (918-1292M). Kerajaan ini, selain terpaksa menghadapi serangan Empayar Sriwijaya, terpaksa juga berhadapan dengan konflik Sunni-Syiah kerana pada awalnya, Islam yang tiba di sini bermazhab Syiah. Namun begitu, Kerajaan Perlak telah bangkit menjadi Pusat Pendidikan dan Pengembangan Dakwah yang terpenting di Nusantara, sebelum pelaksanaan Syariat Islam dapat dijalankan. Marco Polo yang tiba di Perlak pada 1292M mencatatkan bagaimana Hukum-hukum Syariat telah berkuat kuasa di negara ini.
Penubuhan dan pembentukan daulahPembentukan Kerajaan Perlak sebagai Daulah Islam telah bermula sejak awal 800M. Akibat krisis politik di Asia Barat kerana gerakan kaum Alawiyah dan Abbasiyah untuk menjatuhkan Daulah Umayyah, satu rombongan pendakwah berbangsa Parsi (dikatakan bermazhab Syiah) diketuai oleh Nakhoda Khalifah bergerak dari Teluk Kambey, Gujerat untuk menyebarkan Islam di Alam Melayu. Salah seorang pendakwah yang menyertai rombongan ini ialah Sayyid Ali bin Mohammad bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib. Pada peringkat awal, mereka telah berdakwah kepada Raja Perlak, Meurah Shahrun Nuwi. Setelah Shahrun Nuwi memeluk Islam, bagi mengukuhkan lagi dakwah, Sayyid Ali bin Muhammad telah mengahwini Puteri Makhdum Tansyuri, iaitu puteri kepada adik Meurah Sharun Nuwi, Pengeran Salman yang juga merupakan Raja Juempa.
Perkahwinan ini telah menyebabkan Raja Perlak dan Raja Juempa yang berketurunan Parsi memeluk Islam. Selepas kematian Muerah Shahrun Nuwi pada 840M, putera Sayyid Ali bin Muhammad, iaitu Sayyid Abdul Aziz telah diangkat menjadi Raja yang baru. Baginda memakai gelaran Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz dan mengisytiharkan kerajaannya sebagai Kerajaan Islam pada 1 Muharram 225H (12 November 839M). Bandar Perlak pula diberikan nama baru, Bandar Khalifah. Dengan pertabalan Sultan Sayyid Abdul Aziz ini, maka bermulalah pemerintahan Dinasti Sayyid sebagai Daulah Islam pertama di Nusantara. Kerajaan yang berusia 452 tahun ini diperintah oleh 18 orang Sultan.
Perlak menjadi Pusat Perdagangan dan DakwahKetika rombongan Nakhoda Khalifah tiba pada 173H (800M), Perlak telah pun menjadi sebuah pelabuhan yang dikunjungi oleh para pedagang dari China, Maluku, India dan Arab kerana ia terletak di laluan perdagangan utama. Selain rempah yang dibawa oleh pedagang Maluku, di Utara Sumatera ini terkenal dengan wangian kapur yang dikeluarkan di Barus, berdekatan dengan Fansur (Selatan Aceh). Perdagangan Arab-Sumatera pula telah berlangsung lama, terutama melibatkan pedagang Quraisy di Aden, Yaman. Di Perlak, barang-barang dagangan dari China, India dan Arab, selain dari Kepulauan Melayu diperdagangkan. Kerana perdagangan juga, keluarga Meurah Shahrun Nuwi berhijrah ke Perlak dari Parsi, sebelum menjadi Raja di sini.
Pembentukan Kerajaan Perlak pada awalnya bermazhab Syiah kerana dipelopori keluarga Alawiyah. Kegagalan mereka menguasai kerajaan baru selepas kejatuhan Daulah Umayyah pada 750M, telah membuka ruang kepada Abdullah as-Saffah mengasaskan Daulah Abbasiyah menjadi khalifah (750-754M). Atas sebab gagal menguasai kerajaan, keluarga Alawiyah tersingkir ke Mada'in (Selatan Baghdad). Merekalah yang mengirimkan pendakwah ke Nusantara. Para pendakwah yang berjaya meng-Islam Meurah Shahrun Nuwi telah bersemenda pula dengan pendudukan tempatan untuk meluaskan pengaruh Islam. Dalam tempoh 40 tahun, keluarga diraja, orang awam dan saudagar dari Arab dan Parsi telah ramai yang beragama Islam, sehingga Islam mulai diterima secara meluas dan dapat mendirikan daulah. Selepas itu, Islam mula dikembangkan ke kawasan sekitar Aceh termasuk Juempa, Lamuri, Pene, Pasai, Samudera, Singkel, Fansur, Barus dan lain-lain.
Sultan-sultan PerlakSepanjang sejarah Kesultanan Perlak (840-1292M), seramai 18 orang Sultan telah memerintah kerajaan ini dengan dua dinasti. Dinasti yang pertama ialah Dinasti Sayyid yang berketurunan Jaafar as-Sadiq, manakala Dinasti Johan Berdaulat pula dari keturunan asli Muerah Shahrun Nuwi.
● Raja-raja Dinasti Sayyid adalah seperti berikut:i. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah (840-864M)ii. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Rahim Shah (864-888M)iii. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M)iv. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Ali Mughyat Shah (913-918M)● Adapun Dinasti Johan Berdaulat adalah seramai 14 orang Raja, iaitu:v. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M)vi. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (832-956M)
vii. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Shah Johan Berdaulat (956-983M)viii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986-1023M)ix. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (1023-1058M)x. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mansur Shah Johan Berdaulat (1059-1078M)xi. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah Shah Johan Berdaulat (1078-1109M)xii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad Shah Johan Berdaulat (1109-1135M)xiii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (1135-1160M)xiv. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Usman Shah Johan Berdaulat (1160-1173M)xv. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Shah Johan Berdaulat (1173-1200M)
xvi. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M)xvii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat (1230-1267M)
xviii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (1267-1292M)
MOHD FADLI GHANISumber HD - 26-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
12 Syawal 1439 / 26 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 26/6/2018
Pertahan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius tindakan Menteri Kewangan, YB. Lim Guan Eng, yang menerbitkan Kenyataan Rasmi Kerajaan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Ini suatu perkara yang tidak pernah berlaku atau dilakukan (unprecedented) dalam sejarah pentadbiran tanah air apabila seorang Menteri menerbitkan Kenyataan Rasmi Kerajaan menggunakan Bahasa Cina, walaupun sebagai terjemahan.PAS juga melihat tindakan YB. Lim Guan Eng yang sekali lagi menerbitkan kenyataan media terbaru di Facebook beliau dengan menggunakan Bahasa Cina sahaja bagi mempertahankantindakan beliau sebelum ini sebagai bersikap angkuh da n sombong. Lebih malang lagi beliau dipercayai secara sengaja dan berhelah membuat suatu tafsiran salah dan ‘mengarut’ terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila beliau berkata, “Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?”
PAS tidak menafikan hak penggunaan Bahasa Cina atau lain-lain bahasa di negara ini, namun penggunaan bahasa selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kerajaan adalah satu kesilapan yang nyata. Sememangnya, penggunaan lain-lain bahasa dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun peruntukan Perkara 152(1)(a) secara jelas menyatakan bahawa “Bahasa Melayu perlu digunakan dalam urusan rasmi kerajaan”.
YB. Lim Guan Eng perlu sedar sebagai seorang Menteri, beliau perlu mematuhi tatacara urusan rasmi kerajaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan; “Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.”
Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] pula menyebut; “Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi “(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.”
Adalah menjadi makluman umum juga bahawa terdapat banyak pekeliling pentadbiran yang secara jelas menuntut agar Bahasa Melayu digunakan dengan baik dan diutamakan dalam semua urusan kerajaan.
Justeru, PAS dengan tegas memperingatkan YB. Lim Guan Eng agar tidak cuba “bermain api” yang akan membangkitkan kemarahan rakyat dengan sikap angkuh dan sombongnyamemper lekehkan martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan atas nama semangat ‘Malaysia Baru’ kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Lim Guan Eng tidak harus menjadi anai-anai yang memakan teras perpaduan dan persefahaman dalam negara ini yang sudah lama terbina melalui pelbagai cabaran dan peristiwa buruk oleh pemipin dan orang terdahulu untuk diwarisi dan dinikmati oleh kita sekarang.
Tegasnya tindakan YB. Lim Guan Eng ini atau yang seumpamanya jelas suatu bentuk hasutan, provokasi serta boleh mengundang rasa benci membenci di kalangan rakyat, keresahan dan syak wasangka yang pasti mengganggu-gugat perpaduan kaum di negara ini. Memetik kata-kata ahli falsafah dan salah seorang daripada pengasas negara Amerika, Thomas Paine, “the duty of a true patriot is to protect his country from its government”,
PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dan bertolak ansur dalam isu yang dangkal begini walau dibangkitkan oleh siapa sahaja.
Sumber HD - 26-6-2018Dato’ Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung PAS - HARAKAHDAILY 26/6/2018
Hubungan Alam Melayu dan kekhalifahan Islam
KHALIFAH adalah ketua bagi orang beriman atau disebut Amirul Mukminin yang menggantikan tugas-tugas Kenabian dalam memimpin umat untuk menegakkan hukum agama dan mentadbir urusan dunia dengan Islam. Dalam sejarah Islam, selepas kewafatan Nabi S.A.W pada 632M, kepemimpinan umat digantikan oleh Khulafa' ar-Rasyidin (632-661M), Daulah Umayyah (661-750M), Daulah Abbasiyah (750-1517M) dan Daulah Othmaniyah (1517-1924M).
Pada zaman Abbasiyah, muncul beberapa kerajaan yang penting termasuklah Daulah Saljuk (1037-1194M) dan Daulah Mamalik (1250-1517M) yang merupakan nadi Daulah Abbasiyah. Pada masa yang sama, muncul pula beberapa daulah yang mengisytiharkan mereka sebagai khalifah berasingan iaitu Daulah Fatimiyah (909-1171M), Daulah Umayyah Andalusia (929-1031M) dan Daulah Muwahidun (1143-1269M). Kebangkitan Daulah Islamiyah Melayuwiyah meliputi era Daulah Abasiyah di Baghdad (750-1258M) hinggalah munculnya Daulah Fatimiyah, Umayyah Andalus, Saljuk dan Mamalik, sebelum kebangkitan Daulah Othmaniyah pada 1299M.
Kemunculan awal Daulah Islam di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya Kerajaan Perlak pada 840M, diikuti oleh Kerajaan Samudera-Pasai pada 1267M. Adapun peng-Islaman Tidore (1081M), Leran (1101M), Kedah (1136M), Jawaka (1253M), Ternate (1257M), Champa (1360M), Brunei (1363M) dan Sulu (1405M) adalah belum jelas pembentukan daulahnya, walaupun ada bukti pelaksanaan Syariat di Kelantan (1181M) dan Terengganu (1303M).
Sehingga memasuki abad ke-15M, boleh dikatakan daulah yang nyata hanya wujud di Aceh, sehinggalah bangkitnya Melaka sebagai Kerajaan Islam pada 1414M. Melaka melanjutkan peranan Aceh sebagai Daulah Islam sepanjang abad ke-15M. Mengikuti Melaka kemudiannya ialah Pattani (1457M), Demak (1478M), Aceh (1496) dan Johor-Riau (1528M). Sebagai Daulah Islam, kerajaan-kerajaan ini mempunyai hubungan dengan khalifah yang berpusat di Barat Asia dari masa ke masa, selain hubungan dengan Wilayah Islam yang lain.
Pengaruh khalifah terhadap Daulah Islamiyah MelayuwiyahKedudukan Khalifah Islam di Madinah (632-655M), Kufah (655-661M) dan Damsyik (661-750M) telah menjadikan Islam sebagai kuasa politik yang baru, sedangkan di Alam Melayu muncul Kerajaan Sriwijaya sebagai sebuah empayar kelautan. Pada zaman Sri Indrawarman, telah berlaku hubungan dengan khalifah Islam di Damsyik. Inilah hubungan terawal orang Melayu dengan Khalifah Islam, sebelum utusan-utusan dakwah dihantar pada abad ke-9 Masehi dan berjaya mendirikan daulah di Perlak pada 840M.
Pengaruh kekhalifahan Islam ke atas Alam Melayu dapat dilihat dengan jelas pada gelaran yang dipakai oleh pemerintah seperti di Kelantan pada 1181M bergelar "al-Mutawakkil ala Allah" iaitu menyamai sistem gelaran Daulah Abbasiyah Baghdad. Bahkan gelaran al-Mutawakkil telah digunakan oleh Khalifah Abbasiyah di Baghdad, iaitu al-Mutawakkil (847-861M) serta Khalifah Abbasiyah di Kaherah, al-Mutawakkil I (1362-1383M), al-Mutawakkil II (1479-1497M) dan al-Mutawakkil III (1506-1517M).Sedangkan gelaran al-Malik yang digunakan di Samudera-Pasai menyamai gelaran Raja-raja Kerajaan Ayubiyah dan Mamalik di Mesir. Gelaran Maliku as-Salleh (1287-1297M) di Pasai menyamai Maliku as-Salleh (m. 1249M), Sultan terakhir Ayubiyah, manakala Maliku az-Zahir I (1297-1326M) dan Maliku az-Zahir II (1330-1346M), mengikuti nama Maliku az-Zahir Baybras (m. 1278M), salah seorang Sultan Mamalik yang terkenal di Mesir.
Satu aspek yang penting juga dalam pemakaian gelaran bagi Sultan-sultan di Nusantara ialah memperlihatkan ciri-ciri daulat melalui gelaran "Zilalullah fil Ardh" (bayangan Allah di muka bumi), "Zilalullah fil Alam (bayangan Allah di alam buana), "Khalifatullah" (wakil Allah), "Tabdil ar-Rasul" (pengganti Rasul) dan "Khalifatul Mukminin." Gelaran-gelaran memperlihatkan pengaruh kekhalifahan Islam, selain gelaran al-Malik dan as-Sultan.
Pada zaman Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511M) menggunakan gelaran Khalifah al-Mukminin, sedangkan di Pahang, Sultan Abdul Ghafur (1592-1614M) bergelar khalifah. Dalam Kesultanan Sulu, Sultan Azimuddin I (1735-1748M) bergelar Amirul Mukminin, sedangkan Sultan Abdul Rahman (1659-1706M) bergelar Khalifah al-Mukminin. Di Ternate, Sultannya pernah bergelar Khalifah ar-Rasyid, manakala Sultan Pattani yang pertama, Sultan lsmail Shah bergelar Zilalullah fil Alam. Gelaran Khalifatullah pula digunakan oleh Raja-raja Jogjakarta sejak Amangkurat IV (1719-1724M), sedangkan Kesultanan Ternate menggunakan gelaran Tabdil ar-Rasul.
Peranan khalifah dalam pembentukan Daulah Islamiyah MelayuwiyahHubungan dan pengaruh kekhalifahan Islam ke atas Alam Melayu telah mewujudkan beberapa peranan dalam pembentukan Daulah Islam. Antara peranan besar ialah gerakan dakwah, bermula dari pengiriman pendakwah-pendakwah dari Makkah, Jeddah, Yaman, Parsi dan India untuk menyebarkan Islam hinggalah terbentuknya Majlis Dakwah Wali Songo pada 1404M. Sokongan Kerajaan-kerajaan Islam dari Barat Asia ke atas program-program pendidikan Islam termasuk penubuhan dayah di Aceh, pesantren di Jawa dan pondok di Pattani telah membolehkan Islam berkembang dengan pesat.
Tidak dinafikan juga, kekuatan ini adalah kesan hubungan diplomatik antara Kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu dengan empayar-empayar dan Khalifah Islam. Kedatangan Raja-raja Melayu ke Makkah untuk mengerjakan haji, melawat Kerajaan-kerajaan Islam dan "menerima daulat" sangat membantu proses pembinaan ini, di samping lawatan pembesar seperti kunjungan Hang Tuah ke Kesultanan Delhi di India dan Sultan Rom (Othmaniyah) di Turki. Beberapa Sultan seperti Sultan Abdul Kahar (1651-1682M) dari Banten, Sultan Abdul Malik Said (1639-1653M) dari Gowa dan Sultan Agung dari Mataram (1613-1646M) telah mendapat gelaran Sultan daripada penguasa Makkah.
Selain pengukuhan dalam bentuk daulat, khalifah juga terlibat secara langsung dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Hal yang paling jelas adalah pengiriman senjata dan armada laut ke Melaka dan Aceh dalam menghadapi penjajahah Barat. Maka dalam konteks inilah, apabila kita meneliti perkembangan Islam di Nusantara, pengiktirafan orang Melayu terhadap para khalifah telah berlaku sama ada yang berpusat di Makkah (Syarif Makkah - wakil khalifah) atau Kaherah (zaman Fatimiyah, Ayubiyah dan Mamalik) dan juga Istanbul (era Othmaniyah). Sultan Rom (atau Ruhum) adalah Raja terbesar dalam ungkapan pemikiran Melayu, sehingga keturunan Raja-raja yang dicatat dalam hikayat dan kronik Melayu mengaitkan Raja-raja dengan Iskandar Zulkarnain dan Sultan Rom. Inilah pemikiran baru dalam membawahkan kepercayaan lama bahawa Raja Cham di Indo-China dan Raja Kertagama di Jawa berasal dari keturunan dewa Siva, manakala Raja Airlangga di Jawa berketurunan dewa Visnu.
Aceh: Duta khalifah di Alam MelayuAceh adalah Wilayah Nusantara yang terawal menerima Islam dan berdirinya daulah. Bermula dengan Perlak pada 840M, kemudian muncul Kerajaan-kerajaan Islam yang kecil seperti Daya dan Lamuri, sebelum bangkitnya Samudera-Pasai. Kemudian, pada hujung era Melaka, Kesultanan Aceh pula muncul sebagai kuasa politik Islam terbesar di Nusantara. Faktor kedudukan geografi sangat membantu Aceh dalam soal ini.
Ia bukan sahaja negeri yang paling Utara dan hampir dengan India dan Arab, tetapi juga merupakan pintu masuk ke Selat Melaka yang menjadi nadi perdagangan itu. Pada saat berdirinya Aceh pada 1496M, Kerajaan Mamalik-Abbasiyah sedang melemah di Mesir, begitu juga Kerajaan Delhi Lodi (1451-1526M). Pada 1517M, Daulah Othmaniyah telah mengambil alih kekhalifahan dari Daulah Abbasiyah, sedangkan keruntuhan Kerajaan Lodi pada 1526 telah digantikan oleh Empayar Mongol yang terkenal itu. Kemunculan Daulah Othmaniyah dan Empayar Mongol ini telah memberi kekuatan kepada Aceh yang telah lama mempunyai hubungan dengan kedua-dua wilayah tersebut, khusus dalam menghadapi kemaraan Barat.
Kebangkitan Daulah Othmaniyah sebagai khalifah baru umat Islam berlaku selepas kejatuhan Granada pada 1492M, Goa, India (1508M) dan Melaka (1511M). Bagi mengukuhkan kedudukan politik umat Islam, lima buah kota telah menjadi induk bagi kekhalifahan yang baru iaitu Istanbul (Kota Othmaniyah), Fez (Kota Saadi) Esfahan (Kota Shafawi), Agra (Kota Mongol) dan Banda Aceh (Kota Aceh). Aceh mewakili Khalifah Othmaniyah bagi seluruh kepentingan umat Islam di Alam Melayu. Sultan Aceh diiktiraf sebagai duta atau wakil khalifah untuk Nusantara sejak ke-16M.
Atas sebab itu, Aceh bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik dengan Istanbul, tetapi turut menerima bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi Portugis di Melaka. Para ulamak juga dikirimkan ke Aceh dari kalangan ulamak Arab, India, Parsi dan Turki sendiri. Peranan utama Aceh adalah menguasai perdagangan dan melindungi Nusantara daripada kemasukan penjajah Barat, selain mengembangkan dakwah Islam. Peranan Aceh dalam membebaskan Melaka dari tangan Portugis telah membawa kepada Perang Tiga Segi, selain mengelakkan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa dikuasai oleh Portugis. Sedangkan dalam dakwah, Aceh diketahui mengirimkan pendakwah ke Kelantan, Champa, Jawa, Sulawesi dan lain-lain yang akhirnya menjadikan seluruh Alam Melayu sebagai Wilayah Islam.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 26-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
11 Syawal 1439 / 25 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 26/6/2018
LGE orang Malaysia atau orang Cina?
PERSOALAN ini amatlah wajar ditanya kepada Menteri Kewangan kerana pada hari pertama dia dilantik sebagai Menteri, Lim Guan Eng (LGE) pernah berkata:"Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia," \
Ini apa yang dilafaz olehnya pada 12 Mei 2018.
Semalam, LGE mempertahankan tindakan kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang bertarikh 21 Jun 2018 berkenaan isu Tun Razak Exchange yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. Apa yang lebih malang, kenyataannya malam tadi diterbitkan dalam Bahasa Mandarin sahaja.
LGE menggunakan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia bagi mempertahankan tindakannya.
Perkara 152 tersebut ialah:
"(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
"Dengan syarat bahawa:-
"(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan"(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan."
Sememangnya tidak ada halangan pun untuk menggunakan atau mengajar bahasa selain Bahasa Melayu bagi urusan yang bukan rasmi.
Persoalan sekarang ialah LGE menggunakan Bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan.
Adakah LGE terlupa bahawa dia kini sudah bergelar Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan? Dia bukan sekadar berjawatan Setiausaha Agung DAP.
Sebagai Menteri, semestinya urusan rasmi perlu menjunjung martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Jikalau perkara asas sebegini pun LGE gagal fahami sebaiknya, dia masuk semula kelas Bahasa Melayu bersama Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas yang juga tidak pandai ber-Bahasa Melayu.
Sejak 1 September 1967, Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32]:
“Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi
“(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.”
Penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi urusan rasmi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011, “Panduan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam perkhidmatan awam”.
Hal ini juga selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 152 (6) Perlembagaaan Persekutuan yang dibaca seperti berikut:-
“152. (6) Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.”
Belum pun cukup 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, pelbagai perkara mahu diubah atas nama Malaysia Baru.
LGE usahlah bersandiwara kononnya mengaku sebagai rakyat Malaysia bukan orang Cina tetapi dia sendiri gagal menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Bukankah bahasa itu jiwa bangsa? Atau sebenarnya LGE sedang melaksanakan agenda DAP secara halus bagi mengganggu-gugat kedudukan Bahasa Melayu?
Kemenangan PH pada PRU14 bukanlah lesen bagi mengubah semua perkara yang sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Negara ini.
Catatan oleh;Sumber HD - 26-6-2018
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
25 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 26/6/2018
Ulamak Nusantara sebelum abad ke-15
KEMASUKAN Islam ke Nusantara sehingga membawa kepada berdirinya daulah-daulah Islam adalah berhubung rapat dengan peranan dan gerakan para ulamak. Pergerakan ulamak di Nusantara sejak abad kesembilan hingga abad ke-15M adalah dakwah secara damai seperti yang telah dibahaskan sebelum ini. Setelah berjaya meng-Islamkan beberapa Raja Melayu, pengukuhan Islam dibuat dengan membina para pendakwah tempatan dan memupuk kehidupan beragama dalam masyarakat. Proses ini mengambil masa yang agak panjang, tetapi dapat membina kekuatan dalaman bagi orang Melayu. Tempoh 500 tahun untuk mengembangkan Islam telah memperlihatkan hasil apabila Kerajaan Melaka menutup tirai sejarahnya pada 1511M dengan menyaksikan kewujudan Kerajaan-kerajaan Islam di seluruh Nusantara dan kemasukan orang Melayu secara besar-besaran ke dalam Islam. Tinggal lagi proses ini dibantutkan oleh kejatuhan Granada di Eropah pada 1492M dan juga Melaka pada 1511M.
Para ulamak yang bergerak sejak tahun 800M boleh dilihat dalam beberapa peringkat. Yang pertama, generasi ulamak pendakwah dari luar yang bergerak di beberapa kawasan sebelum 1400M; kedua, abad ke-15M yang menyaksikan gerakan besar-besaran para ulamak dan munculnya Empayar Islam yang kuat; dan ketiga, peranan Majlis Dakwah Wali Songo di Jawa khususnya yang berjaya meruntuhkan pengaruh Hindu di pulau tersebut dan membangkitkan Kerajaan-kerajaan Islam kemudiannya. Di beberapa kawasan seperti Brunei, Mindanoa, Pattani, Sulawesi, Maluku dan Padang, menyaksikan kemunculan Kerajaan-kerajaan Islam mulai pertengahan abad ke-15M, sedangkan kawasan teras Sriwijaya yang dahulunya Buddha iaitu Palembang dan Jambi telah tunduk kepada Melaka, setelah Parameswara sebagai putera Palembang memeluk Islam pada 1414M. Gambaran ini adalah memperlihatkan kesan gerakan ulamak sebelum abad ke-15M dan mencapai kemuncak pada seratus tahun sebelum kedatangan penjajah.
Ulamak pendakwah generasi awalTidak banyak catatan mengenai ulamak-ulamak yang bergerak di Nusantara pada peringkat awal dakwah berlaku, selain kedatangan Sheikh Rukunuddin dari Makkah pada 628M dan juga kumpulan pendakwah yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah pada dekad pertama 800M. Hikayat-hikayat dan kronik Melayu mencatatkan secara terpisah mengenai kehadiran mereka, seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Silalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Merong Mahawangsa dan seumpamanya. Di samping itu, sebahagian petunjuk adalah inskripsi pada batu-batu nisan yang banyak terdapat di Nusantara. Kedatangan Nakhoda Khalifah, iaitu utusan Kerajaan Syiah yang dipimpin oleh Abdullah bin Muawwiyah di Madian, Parsi pada awal 800M bersama Sheikh Ali bin Mohammad bin Jaafar as-Siddiq telah berjaya meng-Islamkan Perlak, sebelum Sheikh Ismail dan Faqir Muhammad diutuskan kemudiannya bagi mengembangkan Mazhab Sunni.
Pada abad ke-10 dan 11M, hampir tiada catatan mengenai tokoh-tokoh ulamak yang berperanan, melainkan tokoh-tokoh yang dibawa dari Parsi, Arab dan India untuk mengajar di Dayah Cot Kala (888M), dan beberapa dayah yang muncul pada abad ke-11 dan 12M. Ketika ini, para ulamak yang tertumpu di Aceh telah melahirkan tokoh pendakwah tempatan seperti Teungku Mohamad Amin (912M), Teungku Sirajuddin (1012M), Teungku Yaakob (1153M) dan Teungku Ampon Tuan yang merupakan kerabat diraja Perlak. Turut aktif ialah Sheikh Abdullah Kan'an (1196M) yang berasal dari Palestin, selain kedatangan Sheikh Abdullah Qumairi al-Yamani yang berjaya meng-Islamkan Raja Kedah pada 1136M dan Sheikh Abdullah Arif, penulis Bahr al-Lahut ke Pasai. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gerakan ulamak sebelum abad ke-14 adalah berpusat di Aceh.
Selepas kejatuhan Perlak, bangkit Kerajaan Samudera-Pasai yang menyaksikan gelombang baru gerakan ulamak pada abad ke-14. Dari satu sudut, terdapat ulamak asing yang aktif dalam Kerajaan Samudera-Pasai seperti Amir Dawlasa dari India, Syed as-Syirazi (Amer Qadhi) dari Syiraz, Parsi dan Sheikh Tajuddin al-Isfahani dari Isfahan, Parsi bersama beberapa fuqaha lain menurut catatan Ibnu Batutah bertarikh 1345-1346M. Serentak dengan itu, pendakwah Arab dari India, Syed Hussein Jamadil Kubra telah tiba di Samudera-Pasai bersama tiga adiknya, Syed Thanauddin (Sheikh Mohamad Saman Shah), Syed Qamaruddin dan Syed Majduddin. Turut menyertai beliau ialah Maulana Malik Ibrahim dari Parsi (ada dakwaan bahawa beliau anak Syed Hussin Jamadil Kubra) yang merupakan pengasas Wali Songo. Pada 1339M, Syed Hussein Jamadil Kubra dan Syed Thanauddin bergerak ke Kelantan, sebelum meng-Islam Che Bo Nga (Sultan Zainal Abidin), Raja Champa pada 1360M. Dalam sejarah Nusantara, ulamak asing terkenal yang terakhir ialah Sheikh Nuruddin ar-Raniri (berkhidmat di Aceh 1637-1644M) yang berasal dari Ranir, Gujerat.
Abad ke-15M: Kemuncak gerakan dakwah di NusantaraKonflik dan pergolakan politik yang berlaku terhadap Kerajaan-kerajaan Islam di Barat Asia dan Utara Afrika telah memberikan kesedaran kepada para ulamak untuk memperhebatkan gerakan dakwah di Asia Tenggara. Tindakan Sultan Mohamad Tughluq mengirimkan Syed Hussien Jamadil Kubra dan saudara-saudaranya ke Pasai, kemudian ke Kelantan dan Champa adalah berkait rapat dengan kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol pada 1258M. Mereka adalah anak kepada Syed Ahmad Shah Jalal Khan, Gabenor Deccan, India yang bergelar Amir al-Muazzam Shah. Begitu juga dengan pengutusan Syed Abdul Aziz ke Melaka dan Sulu dari Jeddah pada 1414M. Hal ini telah menyemarakkan proses dakwah terutama perkembangan dakwah di Kelantan, Pattani dan Champa; Melaka; Brunei, Sulu dan Maguindanao; serta Jawa. Peng-Islaman empat wilayah ini telah membawa perubahan pada abad ke-16 dan 17M, di mana berlaku peng-Islaman kawasan pulau-pulau Nusantara, Sulawesi, Kalimantan dan juga Selatan Sumatera yang merupakan kubu Buddha sebelumnya.
Sebelum kedatangan Sayyid Abdul Aziz di Mindanao, Tuan Maqbalu telah bergiat sejak sebelum 1310, kemudian baru didatangi oleh Tuan Masyaikh di Sulu, Tuan Syarif Aulia (Karimul Makhdum) dan Sayyid an-Nikab (Makhdum Aminullah) pada pertengahan abad ke-15M. Yang terawal tiba di Sulu ialah Sheikh Abu Bakar yang digelar Syarif Hashim pada 1405M, kemudian Syarif Maraja dan Syarif Hassan bersaudara pula berdakwah di Maguindanao, sebelum Syarif Kebungsuwan tiba pada 1515M. Di Kelantan, kejayaan Raja Bharubasha (Sultan Mahmud Syah) membangunkan kerajaan di Kota Jeddah telah mendorong Syed Hussein Jamadil Kubra berpindah ke sana dan mengembangkan dakwahnya di Kelantan, Pattani dan Champa. Anak-anaknya iaitu Sayyid Barakat Zainal Alam, Sayyid Ibrahim Asmara (Sunan Krisik) dan Syed Nurul Alam (Sultan Qanbul) adalah tokoh-tokoh dakwah yang penting abad ke-15, sebelum muncul generasi cucunya seperti Wan Bo Tri-tri, Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel) dan Maulana Ishak.
Di sudut yang lain, beberapa ulamak juga patut dicatatkan sumbangan mereka pada abad ke-15M ini seperti Sheikh Shafiyiyuddin dan Sheikh Said di Pattani, Syarif Ali di Brunei, Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah di Demak, Sheikh Mansor di Tidore, Maulana Abu Bakar di Melaka, Makhdum Patakan Abdul Rahman ar-Rumi di Pasai dan lain-lain. Dalam konteks ini, sangat jelas bahawa Melaka yang menjadi pusat pengembangan Islam utama abad ke-15M, mempunyai ulamak yang paling ramai seperti Maulana Abu Bakar, Syed Yusof Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaluddin, Qadhi Yusof, Qadhi Munawar dan Sheikh Ahmad Makhtum. Selain itu, tumpuan ulamak juga di Pulau Jawa dengan terbentuknya gerakan Wali Songo yang dipimpin oleh Maulana Malik Ibrahim yang diasaskan pada 1404M.
Majlis Wali Songo dan gerakannyaAntara sumbangan terbesar Syed Hussin Jamadil Kubra ialah melahirkan generasi ulamak penggerak Majlis Dakwah Wali Songo sejak 1404. Beliau sendiri berpindah dari Champa ke Jawa, kemudian ke Makassar pada 1452M dan wafat di sana setahun kemudian. Majlis Dakwah Wali Songo dikatakan ditubuhkan oleh Kerajaan Othamiyah, dengan mengarahkan ulamak berketurunan Sayyid Azmatkhan Ba'lawi untuk menyebarkan Islam di Pulau Jawa. Majlis sembilan ulamak ini membahagikan wilayah mereka kepada tiga daerah iaitu Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat. Mereka menubuhkan pondok pesantren untuk menyebarkan ilmu, di samping pelbagai gerakan dakwah lain, termasuk kejayaan Sunang Gunung Jati mengasaskan Kesultanan Demak pada 1475M. Pada peringkat awal Wali Songo dianggotai oleh Maulana Malik Ibrahim (Parsi), Maulana Ishak (Bukhara), Syed Hussein Jamadil Kubra (India), Maulana Mohamad al-Maghribi (Moroko), Maulana Malik Israel (Turki), Maulana Mohamad Ali Akhbar (Parsi), Maulana Hassanuddin (Palestin), Maulana Alauddin (Palestin) dan Sheikh Subakir (Parsi).
Pada 1421M, Raden Rahmat (Sunan Ampel) menyertai Wali Songo menggantikan Maulana Malik Ibrahim, manakala pada 1436M, Syed Jaafar Sadiq dan Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) telah masing-masing menggantikan Maulana Malik Israel dan Maulana Mohamad Ali Akhbar. Raden Paku (Sunan Giri), Raden Said (Sunan Kalijaga) dan Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) menyertai Wali Songo pada 1463M dengan masing-masing menggantikan Maulana Ishak, Sheikh Subakir dan Maulana Hassanuddin. Raden Fatah dan Fatahillah Khan pula menyertainya pada 1466M bagi menggantikan Syed Hussein Jamadil Kubra dan Maulana Maghribi. Raden Umar Said (Sunan Muria) menyertainya pada hujung abad ke-15. Disebutkan bahawa Sheikh Siti Jenar juha pernah menyertai Wali Songo, tetapi digantikan oleh Sunan Buyut kerana isu wehdatul wujud. Kejayaan dakwah menjadi sebutan seluruh Nusantara dan terkenal hingga kini.
Sumber HD - 24-6-2018MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
10 Syawal 1439 / 24 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 24/6/2018
Ulamak dan pemupukan kehidupan beragama
SELAIN berjaya meng-Islamkan Raja-raja Melayu dan melahirkan para ulamak tempatan sebagai kader dakwah, salah satu sumbangan besar para ulamak adalah pemupukan kehidupan beragama dalam masyarakat. Budaya orang Melayu pra-Islam adalah berteraskan pengaruh Hindu-Buddha yang berasal dari India. Sebarang bentuk pemupukan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu, harus mempertimbangkan latar belakang ini untuk mengelakkan orang Melayu yang mulai terbuka terhadap Islam beralih arah.
Pendekatan yang keras akan menyebabkan orang Melayu menjauhi Islam dan melemahkan rancangan membangunkan Daulah Islam di Alam Melayu. Inilah perbezaan pendekatan dakwah ulamak di Alam Melayu, berbanding Arab, Afrika, Parsi dan India, yang mana Islam masuk melalui pedang dan perang. Sedangkan, pendekatan dakwah ulamak yang bercorak sufi ini, menurut Dr Burhanuddin al-Helmy telah membolehkan Islam berkembang secara aman dan diterima secara menyeluruh oleh orang Melayu.
Dalam konteks mengukuhkan Alam Melayu sebagai Daulah Islam, pemupukan kehidupan beragama berasaskan Syariat sangat penting, kerana Islam bukan hanya menjadi agama elit para pemerintah sahaja atau sekadar syahadah dan ibadat, tetapi ia adalah sistem kehidupan yang menyeluruh. Setelah berjaya memujuk orang Melayu supaya beriman kepada Allah, para ulamak menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengubah cara hidup mereka secara beransur-ansur sehingga Islam akhirnya diterima secara menyeluruh. Memupuk dan membentuk kehidupan beragama dalam masyarakat awam adalah agenda yang lebih sukar, berbanding menyebarkan ilmu kepada para santri atau anak pondok, kerana anak-anak pondok telah menyediakan diri mereka untuk ditarbiyah. Sedangkan masyarakat awam bukan sahaja telah lama hidup dalam fahaman dan amalan sesat, bahkan mereka juga melakukan aktiviti negatif seperti berjudi, minum tuak, melaga binatang dan lain-lain yang menjadi amalan masyarakat Jahiliyah. Inilah cabaran terbesar yang dihadapi oleh para ulamak dalam memupuk kehidupan beragama di Alam Melayu.
Kepelbagaian pendekatan dakwahPara ulamak yang memahami situasi orang Melayu telah mengambil pelbagai pendekatan dakwah dalam menarik mereka kepada Islam. Strategi terpenting ialah meng-Islamkan Raja-raja Melayu, tetapi ia tidak cukup kuat untuk membina keimanan, kerana Islamnya orang Melayu semata-mata kerana taat dan setia kepada Raja. Keimanan mesti berasaskan ilmu dan kefahaman, bukan ikutan semata-mata. Maka dalam konteks inilah para ulamak telah berusaha menarik mereka kepada Islam yang sebenar. Pada peringkat awal, ulamak yang terlibat dalam perdagangan telah berdakwah dengan menunjukkan contoh dan etika perniagaan berasaskan Islam, sehingga berjaya menarik minat masyarakat terhadap Islam. Dakwah bil hal ini telah menyebabkan para ulamak dihormati dalam masyarakat.
Satu lagi pendekatan yang dicatat dalam Tarikh Fathani ialah kebolehan para ulamak mengubat orang sakit, seperti mana bomoh dan tukang sihir di kalangan penganut Buddha, Hindu dan Majusi. Orang Melayu sangat tertarik dengan amalan tib dan rukyah Islam yang dilakukan oleh para ulamak. Maulana Malik Ibrahim disebutkan sangat pandai mengubat, sehingga mempunyai ramai pengikut, termasuk isteri Raja Champa. Selain itu, perkahwinan juga merupakan salah satu pendekatan dakwah yang digunakan oleh ulamak, di mana kejayaan mereka memasuki mana-mana keluarga orang Melayu melalui perkahwinan, akan membuka ruang untuk mereka mengajak ahli keluarga isterinya dan penduduk sekitar memeluk Islam. Di Nusantara, salah satu pendekatan dakwah yang sangat menarik digunakan oleh ulamak ialah tindakan para Wali Songo berdakwah dengan muzik dan kesenian. Wali Songo telah menjadikan kesenian tradisi Jawa, wayang kulit sebagai medium untuk berdakwah. Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Sunan Muria adalah antara yang terkenal kerana pendekatan dakwah mereka melalui muzik dan kesenian.
Asimilasi Islam ke atas budaya Hindu-BuddhaKeadaan masyarakat Melayu yang kuat berpegang yang kepercayaan Hindu telah mendorong para ulamak melakukan asimilasi agama Islam ke atas orang Melayu. Antara kepercayaan terbesar orang Melayu ialah mereka percaya kepada adanya Tuhan yang disebut sebagai Dewata Raya atau Hyang. Selain perkataan "Dewata Raya" yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu, banyak tempat di Alam Melayu dikaitkan dengan Hyang seperti Gunung Diang (Adi Hyang), Gunung Sangiyang (Sang Hyang) dan Parahyangan yang terletak Matapura, Nusa Tenggara dan Sunda. Atas sebab itu, ibadat utama orang Islam disebut sembahyang (sembah Hyang), bukannya solat. Demikian juga puasa yang telah menjadi amalan Hindu, yang tidak disebut "shiam" dalam Bahasa Arab, sebagaimana zakat dan haji. Istilah-istilah agama yang lain seperti syurga, neraka, dosa dan pahala juga merupakan adaptasi konsep-konsep Hindu mengikut kefahaman Islam.
Orang Melayu juga terkenal kerana amalan pemujaan seperti puja pantai, puja roh dan puja semangat padi. Mereka mempunyai jampi serapah tertentu dalam setiap pemujaan. Kerana itu, para ulamak telah menghidupkan amalan tahlil pada setiap kematian bersertakan kenduri arwah, sebagai proses asimilasi terhadap pemujaan dan jampi serapah tersebut. Kemudian diperkenalkan kesenian seperti nazam dan syair untuk memenuhi kecenderungan penganut Hindu terhadap lagu-lagu. Dalam kes pemujaan kepada watak-watak dalam wayang kulit, Wali Songo telah menggantikannya dengan hikayat-hikayat Nabi dan pejuang Islam. Bahkan, disebutkan juga, Sunan Kudus telah menggunakan simbol-simbol Hindu dan Buddha dalam binaan masjid, menara, pintu gerbang dan pancuran air untuk menjinakkan orang Melayu. Sunang Bonang pula memperkenalkan teknik pernafasan berasaskan konsep "Alif Lam Mim," menyerupai amalan yoga dalam agama Hindu, manakala Sunan Darajat dan Sunan Muria memperkenalkan amalan suluk yang menyerupai meditasi dalam agama Buddha. Kelantan sebagai salah sebuah negeri terawal menerima Islam telah menamakan beberapa kampung dengan nama Islam seperti Banggol Judah, Bukit Romah, Kampung Kaabah dan sebagainya, berbanding nama-nama tempat zaman sebelumnya seperti Biaro (biara) di Bukit Tinggi, Berhala di Jambi dan Parahyangan di Sunda.
Perlaksanaan Syariat menyeluruhAspek terbesar dalam pemupukan kehidupan kepada masyarakat adalah melalui perlaksanaan Syariat. Berdasarkan catatan Marco Polo bertarikh 1292M, Syariat Islam sudah terlaksana di Perlak ketika itu, bahkan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M juga memberikan bukti perlaksanaan Syariat Islam di Tanah Melayu. Penemuan dinar emas di Kelantan yang bertarikh 1181M pula menunjukkan Syariat Islam bukan hanya dipraktis dalam undang-undang jenayah, tetapi sistem ekonomi juga. Kewujudan jawatan-jawatan seperti Qadhi, Mufti dan Sheikhul Islam menunjukkan penguatkuasaan Syariat bukan hanya undang-undang, tetapi melibatkan sistem mahkamah, fatwa dan pentadbiran agama.
Selain undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah, para ulamak sebagai tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat turut berperanan dalam menguatkuasakan peraturan Islam. Satu contoh yang baik ialah tindakan Sunan Ampel yang menggerakkan kempen "Moh Limo" atau "tidak lima," iaitu "moh main (tidak berjudi), moh ngombe (tidak minum minuman keras), moh maling (tidak mencuri), moh madat (tidak hisap candu) dan moh madon (tidak berzina)." Gerakan menghapuskan amalan buruk dalam masyarakat ini telah membolehkan orang Melayu membebaskan diri daripada keburukan amalan tersebut. Dalam konteks perlaksanaan Syariat ini, pemupukan kehidupan beragama bulih dilihat dalam dua segi iaitu peranan ulamak terhadap penguatkuasaan undang-undang dan juga gerakan kesedaran dalam masyarakat untuk meminggalkan amalan-amalan negatif.
Sumber HD - 23-6-2018MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
9 Syawal 1439 / 23 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 23/6/2018
Ulama dan pembentukan kader dakwah
DAKWAH mempunyai agenda besar untuk membawa manusia mengabdikan diri secara menyeluruh kepada Allah. Masyarakat Melayu yang dahulunya beragama Hindu-Buddha perlu di-Islam secara menyeluruh dengan penuh hikmah, terutama setelah kejayaan dakwah kepada Raja-raja Melayu yang menyaksikan sejumlah kerajaan telah berjaya di-Islamkan dalam tempoh antara 650 hingga 1000M. Awalnya, orang Melayu bergantung kepada usaha keras para Ulama dari luar untuk menyebarkan Islam, maka untuk mengukuhkan lagi gerakan dakwah, perlu ada pendakwah tempatan yang berperanan dengan lebih gigih. Orang-orang Melayu yang lebih memahami bahasa, budaya dan agama tradisi mereka sendiri adalah lebih berkesan dalam mengajak kepada Islam.
Dalam hal inilah, antara sumbangan besar para Ulama dan pendakwah dalam memperkasakan kedudukan Islam di Alam Melayu, iaitu melahirkan kader-kader Ulama dan pendakwah Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa Kesultanan-kesultanan di Aceh (Perlak, Samudera-Pasai dan Aceh) sebagai tempat terawal berdirinya Daulah Islam, menjadi Pusat Perkaderan Ulama yang terpenting di Nusantara, sebelum munculnya Pattani, Jawa dan Kelantan pada abad-abad berikutnya. Penubuhan Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Islam, penghasilan karya-karya Islam dan jemputan ke atas Ulama-ulama Arab, India dan Parsi telah membolehkan proses pembinaan perkaderan berlaku dengan berkesan. Pada abad ke-15M, telah terlihat hasil kader dakwah Aceh dalam pengembangan Islam di Jawa, sebelum mereka berpengaruh di Pattani, Terengganu, Palembang, Banjar, Makasar dan Banten pada abad berikutnya.
Sumbangan Ulama luar terhadap dakwah IslamGerakan dakwah peringkat pertama (650-1000M) dan separuh pertama peringkat kedua (1001-1250M) boleh dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh Ulama-ulama asing. Hampir tiada orang Melayu yang berperanan sebagai pendakwah, melainkan para Ulama dari Arab, Parsi, India dan China. Kerana itu, orang Melayu terhutang budi kepada bangsa-bangsa tersebut dalam konteks pengembangan Islam dan pembinaan Daulah Islam di Alam Melayu. Antara peranan Ulama asing di Nusantara ialah:
● Menyebarkan Islam kepada Raja dan rakyat
Salah satu peranan terbesar para Ulama-pendakwah asing di Nusantara ialah menyebarkan Islam kepada Raja-raja dan rakyat secara umumnya, sehingga Islam diterima secara meluas oleh orang Melayu selepas itu. Sejak kedatangan Sheikh Rukunuddin, Sheikh Ismail, Faqir Muhammad dan Nakhoda Khalifah, Islam mula berkembang di Alam Melayu.
● Mengajarkan ilmu agama
Di samping mengajak kepada Islam, para Ulama telah mengajarkan ilmu asas Islam kepada Raja, kaum kerabat istana, pembesar dan rakyat. Bermula dari anjung istana, kemudian surau dan masjid dijadikan Pusat pengajaran agama sehingga proses pemupukan kehidupan beragama dan bersendi Syariat dapat dilaksanakan.
● Menubuh dan menggerakan institusi pendidikanTidak memadai dengan pengajaran-pengajaran ilmu agama secara tidak formal, telah ditubuhkan institusi pendidikan bermula untuk peringkat asas dengan penubuhan Dayah Bukit Ce Breek, kemudian untuk peringkat tinggi melalui Dayah Cot Kala, sebelum Jamiah (Universiti) diwujudkan pada zaman Sultan Mahkota Alam (1593-1636M) iaitu Jamik Baitulrahman.
● Menghasilkan karya-karya agama
Walaupun belum ada pembuktian yang jelas mengenai manuskrip Melayu yang dihasilkan oleh Ulama sebelum abad ke-16M, tetapi penemuan karya Sheikh Abdullah Arif, pengasas Dayah Kuenue'uen yang berjudul Bahr al-Lahut, bertarikh 1177M telah memberi isyarat bahawa budaya menulis telah bermula awal. Walaupun teks asal Bahr al-Lahut dalam bahasa Arab, teks ini telah diterjemah ke Bahasa Melayu, dan dianggap karya tertua di Alam Melayu. Selepas penghasilannya, dipercayai masih banyak karya lain ditulis, diterjemah atau disadur dalam tempoh tersebut, tetapi mungkin telah hilang.Antara Ulama asing yang berperanan besar di Nusantara sehingga 1500M ialah Sheikh Rukunuddin, Nakhoda Khalifah, Sheikh Ismail dari Arab (di Aceh), Faqir Muhammad dari India (di Aceh), Sheikh Abdullah Arif dari Palestin (di Aceh), Syed Abdul Aziz dari Jeddah (di Melaka dan Sulu), Maulana Malik Ibrahim dari Parsi (di Jawa), Sheikh Abdullah al-Qumairi dari Arab (di Kedah), Sheikh Mansur dari Arab (di Tidore) dan keturunan Syed Jaafar as-Sodiq dari Arab (di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo). Beberapa Ulama Arab seperti Sheikh Abu Bakar dan Syarif Kebungsuwan menyebarkan Islam di Mindanao dan Sulu, sedangkan Syarif Ali juga dari Arab tetapi bergiat di Brunei. Manakaka Syed Hussein Jamadil Kubra dan Syed Thanauddin (Sheikh Saman) bergerak di Kelantan dari India, sedangkan Syed as-Syirazi dari Syiraz, Iran bergerak di Pasai.
Institusi Perkaderan Dakwah NusantaraDalam menggerakkan dakwah di Nusantara, para Ulama telah mewujudkan institusi-institusi khususnya untuk melahir kader-kader dakwah tempatan. Strategi ini sangat penting supaya orang Melayu tidak lagi perlu bergantung kepada Ulama luar dalam membangunkan sebuah Daulah Islam. Pada peringkat awal, para Ulama telah menjadikan anjung-anjung istana, masjid dan surau untuk mengajarkan mengenai Islam, dalam suasana orang Melayu belum lagi mengenali Islam secara mendalam. Pengajaran ilmu asas agama tidak memadai untuk melahirkan pendakwah-pendakwah dan Ulama tempatan, melain bumi Melayu mesti mempunyai Institusi Pendidikan Tinggi yang berkualiti seperti Madrasah Zaytuna di Qairuwan, Jamik Qurtabah di Cardova, Jamik al-Azhar di Kaherah dan Madrasah Nizamiyah di Baghdad.
Bagi melahirkan kader-kader pendakwah, dengan sokongan istana khususnya Sultan Syed Maulana Abdul Rahim, dibangunkan Dayah Bukit Ce Breek pada 864M di Perlak, yang merupakan pondok yang pertama di Nusantara. Selepas itu, Perlak terus menjadi Pusat perkaderan pendakwah apabila dibangunkan pondok yang lebih besar dan menyediakan pengajian yang lebih tinggi, iaitu Dayah Cot Kala yang dibangunkan oleh Tuengku Mohammad Amin pada 888M. Terdapat beberapa dayah baru yang dibuka di Perlak pada abad ke-11 dan 12M antaranya Dayah Sueruele (1012M) yang dibangunkan oleh Tuengku Sirajuddin, Dayah Blang Peuriya (1153M) oleh Tuengku Yaakob, Dayah Batu Karang oleh Teungku Ampon Tuan dan Dayah Kuenue'uen (1196M) yang diasaskan oleh Sheikh Abdullah Kan'an dari Palestin. Dayah-dayah di Perlak ini telah berjaya melahirkan Ulama-ulama besar Nusantara termasuk sebahagian daripada Wali Songo seperti Syarif Hidayatullah, Maulana Ishak (Sunan Giri) dan Sunan Ampel yang menyebarkan Islam dan mendirikan Daulah Islam di Jawa.
Ulama tempatan melanjutkan perjuanganPada peringkat awal, khususnya abad ke-13 dan 14M, sudah ada di kalangan orang Melayu yang menjadi pendakwah-pendakwah dalam mengembangkan Islam. Selain putera-putera Perlak seperti Tuengku Mohammad Amin, Tuengku Yaakob dan Tuengku Ampon Tuan, beberapa putera Padjajaran seperti Prabu Munding Sari dan Haji Purwa juga turut menjadi pendakwah. Kemudian, para Wali Songo yang merupakan keluaran daripada Dayah Cot Kala yang dikatakan enam daripada sembilan telah menjadi pendakwah yang penting di Jawa. Menurut Prof Hamka, dalam gerakan dakwah memasuki abad ke-15M, dua etnik orang Melayu yang aktif berdakwah ialah Minangkabau dan Bugis.
Sebahagian besar dari kejayaan dakwah di Jawa adalah dipengaruhi oleh keberkesanan gerakan institusi Wali Songo yang diwujudkan oleh Maulana Malik Ibrahim pada awal abad ke-15M. Sedangkan di Aceh dan Pattani, institusi pondok atau dayah menjadi sangat penting dalam melahirkan kader dakwah. Pondok terawal di Pattani dikatakan dibuka oleh Sheikh Faqih Wan Musa di Legeh, sedangkan di Jawa, pondok (pasentren) yang terawal dikatakan dibina oleh Syarif Hidayatullah, namun ada pendapat lain mengatakan ia dimulai oleh Sheikh Abdullah Qutbuddin di Candirejo, Jawa Tengah. Di Malaysia pula, Pondok Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) di Terengganu dikatakan antara yang terawal. Tokoh-tokoh Ulama ternama Nusantara pada generasi abad ke-17M seperti Sheikh Abdul Malik Pulau Manis, Sheikh Yusof al-Makasari, Sheikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdul Rauf Singkel dan Sheikh Mohd Arsyad al-Banjari adalah antara kader Ulama Aceh pada generasi Sheikh Nuruddin ar-Raniri yang berasal dari Gujerat, India.
Pada generasi ini juga telah memperlihatkan penglibatan besar-besaran para Ulama dalam pengukuhan kehidupan bernegara. Sebahagian Ulama Melayu menjadi pentadbir negara sama ada sebagai Raja atau pembesar utama, sebahagian lain menjadi pahlawan yang mempertahankan negara, dan sebahagiannya menulis karya-karya kenegaraan Islam yang penting. Di kalangan Raja-raja muncul Sunan Fatahillah di Demak dan Sultan Wan Bo Tri Tri di Champa, sebagai pembesar pula bangkit Tok Ketitir di Pattani dan Syed Hussein al-Farizd di Perak. Sedang Sheikh Wan Mustafa yang menjadi Wazir Harbi (Menteri Pertahanan) Pattani menyertai Imam Bonjol di Minangkabau dan Diponegoro di Jawa, manakala Sheikh Nuruddin ar-Raniri dengan Bustanus Salatin dan Bukhari al-Jawhari dengan Taj as-Salatin menuliskan karya-karya kenegaraan. Ini adalah sebahagian daripada contoh kader-kader yang dilahirkan dalam melanjutkan dakwah dan mengukuhkan daulah di Alam Melayu.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 22-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 22/6/2018
Bencana berita palsu
Sumber HD - 22-6-2018FIRMAN Allah:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (6(“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" (Surah Al-Hujurat: 6)Sabda Rasulullah S.A.W:إنَّ الصِّدقَ يَهْدِي إِلَى البرِّ، وإنَّ البر يَهدِي إِلَى الجَنَّةِ، وإنَّ الرَّجُلَ لَيَصدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكتَبَ عِنْدَ الله كَذَّابًا. (مُتَّفَقٌ عَلَيهِ)“Sesungguhnya benar itu menunjukkan kepada kerja amal kebajikan, dan kerja amal kebajikan itu menunjukkan ke arah Syurga. Seseorang yang bersifat benar itu mendapat kelebihan sehingga ditulis di sisi Allah dia seorang yang bersifat benar. Dan sesungguhnya bohong menunjukkan kepada kejahatan, dan kerja kejahatan itu menunjuk ke arah Neraka. Seseorang yang bersifat bohong itu ditulis di sisi Allah dia seorang pembohong” (Muttafaqun ‘Alaih)Sebab diwahyukan firman Allah yang tersebut, apabila seorang daripada kalangan sahabat mencipta berita bohong terhadap qabilah yang telah Islam, dikatakan bertindak jahat dan tidak mahu mengeluarkan zakat yang menjadi rukun Islam terhadap mereka yang kaya, sehingga Rasulullah S.A.W mengutuskan pasukan tentera untuk bertindak. Tiba-tiba pasukan tentera itu mendengar suara azan menandakan mereka tetap menganut Islam. Seterusnya mereka menghantar pemimpinnya menemui Rasulullah S.A.W, lalu diwahyukan ayat tersebut kepada Rasulullah S.A.W menegaskan betapa sifat bohong menjadikan seseorang itu fasik (jahat).Sifat fasik menghilangkan kelayakan menjadi wali yang memimpin keluarga dan masyarakat dan juga tidak layak menjadi saksi di mahkamah yang mewajibkan sifat adil, kerana sifat fasik membatalkan sifat adil pada seseorang.Hadis pula menafsirkannya lebih jauh dan mendalam, apabila menjadikan sifat benar jalan ke syurga dan bohong pula menjadi jalan ke neraka. Maka benar menjadi sifat wajib bagi para Rasul A.S, sifat yang dikasihi Allah dan melayakkan menjadi teladan kepada manusia.Benar adalah sifat baik, menunjukkan kemuliaannya, sehingga seseorang rasul itu mustahil berbohong. Sifat bohong dikira sifat jahat yang dimurkai Allah terhadap sesiapa yang menjadikannya sifat bagi dirinya.Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa sifat bohong adalah salah satu daripada sifat seorang munafik yang membuahkan pula sifat-sifat keji yang lain. Sabdanya:آيةُ المُنافقِ ثلاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعدَ أخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ. (مُتَّفَقٌ عَلَيهِ). وفي رواية: «وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أنَّهُ مُسْلِم. وفي رواية: إذا خاصم فاجر“Tanda seorang munafik itu tiga: Apabila dia bercakap bohong, apabila berjanji dia mungkir (tidak menunaikannya), apabila diberi amanah dia khianat. Mengikut riwayat yang lain: Sekalipun dia berpuasa dan bersolat. Mengikut riwayat yang lain ditambah pula dengan sifat: Apabila dia bertengkar atau berdebat sifatnya jahat (tidak beradab seperti tidak mahu menerima kebenaran lawannya dan lain lain”Rasulullah S.A.W menegaskan juga bahawa sifat bohong menjadi salah satu bencana di akhir zaman, apabila pembohong orang yang dihormati, kerja bijaknya berbohong dan selepasnya berlaku krisis nilai jati diri yang luhur. Sabdanya:سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ . (سنن ابن ماجه).“Akan tiba (masanya) manusia menghadapi tahun-tahun yang banyak menipu, di mana dianggap benar orang yang bohong, dibohongi orang yang benar. Diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah. Orang yang jahil (buta agama) bercakap perkara yang besar”Rasulullah S.A.W ditunjukkan oleh Allah tentang keburukan berlaku di akhir zaman apabila meluasnya penyebar berita bohong yang menjadi tanda hampirnya bencana besar yang akan menimpa manusia dan alam seluruhnya supaya umatnya berwaspada, kerana dosa besar yang menyebabkan diseksa di alam barzakh selepas kematian dan seterusnya di alam Hari Kiamat yang lebih besar seksanya. Sabda Baginda S.A.W dalam hadis yang panjang apabila dibawa melawat ke alam barzakh:وأمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أتَيتَ عَليْهِ يُشرْشرُ شِدْقُه إِلَى قَفاهُ، ومَنْخِرُه إِلَى قَفاهُ، وعَيْنهُ إِلَى قفاهُ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدو مِنْ بَيْتِه فَيكذبُ الكذبةَ تبلُغُ الآفاقَ (البخاري).“(Berkatalah malaikat) yang membawa Rasulullah S.A.W (dalam mimpi yang benar dibawa melawat ke Alam Barzakh dan Akhirat): Adapun orang yang engkau lihat disangkut pipinya dengan penyangkut besi sehingga menembusi ke belakang lehernya, disangkut hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut matanya sehingga menembusi ke belakang lehernya, ialah orang yang kegiatannya sejak pagi setiap hari menyebarkan pembohongan sehingga ke seluruh ufuk dunia” (Hadis Riwayat Bukhari)Kini kita menyaksikan media cangkih langit terbuka tanpa sempadan yang dapat menyebarkan berita bohong ke seluruh pelosok dunia dengan mudah dan canggih menggunakan mulut dan hujung jari, melalui lisan dan tulisan. Inilah perkara akhir zaman yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W masih hidup di alam dunia. Menunjukkan tanda kerasulannya yang benar apabila berlakunya pada zaman kini bersama media sosial yang canggih di hujung lidah dan jari itu.Hanya mereka yang beriman adanya perkara yang ghaib yang tidak terfikir oleh akalnya percaya kepada amaran tersebut. Lalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada manusia yang difitnahkan dengan cerita bohong. Adapun yang tidak beriman kepada Allah, Rasul dan adanya Hari Pembalasan di alam kubur dan akhirat, terus bergelumang dengan sifat yang buruk dan terus berdusta.Islam menggalakkan tidak menyebarkan kesalahan orang walaupun terhadap orang yang benar bersalah, kerana menggalakkan bertaubat dan meminta maaf. Maka Islam membawa konsep orang yang dituduh janganlah dihukum sudah bersalah sehingga dibuktikan oleh badan kehakiman yang bersifat adil dan telus. Sabda Rasulullah S.A.W:ومَنْ سَتَرَ مُسْلماً سَتَرَهُ اللَّهُ يَومَ الْقِيامَةِ "(مُتَّفَقٌ عَلَيهِ)“Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang saudara Islamnya nescaya Allah menutup keaibannya di Hari Akhirat” (Muttafaqun ‘Alaih)Adapun sekiranya dibawa menjadi saksi di mahkamah, maka wajib mendedahkan dengan benar dengan kadar yang patut, demi melaksanakan hukuman yang adil. Islam menghukum dosa besar terhadap orang yang bohong apabila diminta menjadi saksi yang adil dalam mahkamah, bukannya disebarkan dengan meluas.Islam menetapkan supaya melihat peribadi seseorang yang dikenali secara mendalam meriwayatkan setiap perkara, khususnya berkenaan Islam, seperti bacaan dan tafsir Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W serta hukum hakamnya. Sehingga dianggap lemah apa-apa riwayat daripada seorang yang tidak diketahui sifat peribadinya atau tidak dikenali dirinya secara menyeluruh atau seorang yang tidak menjaga maruah dirinya dalam perkara besar dan terpenting.Islam juga mengutamakan riwayat mutawatir (maklumat benar daripada beberapa orang-orang yang bersifat benar yang ramai jumlahnya) dan dikemudiankan riwayat Ahad (maklumat daripada seorang sahaja walaupun benar).Allah memberi amaran akibat amalan yang buruk dibalas di alam dunia sebelum akhirat dengan firman-Nya:ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41(“Telah zahir (timbul) berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)Allah memberitahu pembicaraan pada Hari Akhirat nanti, di mana seseorang itu tidak boleh berbohong lagi. Firman Allah:الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65(“Pada waktu itu (Mahkamah Allah di Hari Akhirat nanti) Kami meterikan (mengunci) mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki-kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yaasin: 65)Di mana Allah tidak menghukum dengan Sifat Maha Mengetahui-Nya sahaja, tetapi disertakan dengan saksi dan buktinya, serta mendahulukan pengampunan dan rahmat-Nya daripada hukuman terhadap orang beriman yang bertaubat.Akhirnya, lakukan muhasabah terhadap diri masing-masing, berfikir dengan akal waras yang berpandukan prinsip iman dan konsep taqwa. Bukan akal yang tidak beriman dan budiman berpandukan selera dan isi perut, yang berakhir dengan menjadi lebih hina daripada isi perutnya.Ambillah pengajaran daripada orang yang beriman dan budiman bersama Islamnya, bukan daripada yang kafir dan fasik. Hanya yang beriman sahaja akhirnya ke syurga walaupun dia fasik. Adapun yang kafir tetap ke Neraka walaupun dia baik, kerana Iman dan Islam menjadi asas diterima Allah segala amalan dan hidayah yang dibuka pintu rahmat, taubat, istighfar dan diterima amal solehnya, kerana inilah janji Allah. Firman Allah:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ (119(“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.” (Surah At-Taubah: 119)Firman Allah:إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ (40(“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan (kufur).” (Surah Al-Aaraf: 40)Biarkan kalangan yang terpengaruh dengan politik sekular yang berpegang kepada pendekatan barat, tanpa peduli dosa dan pahala berpandukan falsafahnya:“The end justifies the means” (Matlamat menghalalkan cara)Ingatlah firman Allah:وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا (36(“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: 36)“Sejahtera Bersama Islam”ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 22/6/2018
Dunia itu ada tiga wajah
PERJALANAN hidup ini adalah jalan sehala. Kita tidak boleh u-turn. Yang boleh kita lakukan ialah merubah diri sebelum sampai garisan penamat.
Cuba kenangkan balik. Bukankah masih baru terasanya zaman kanak-kanak kita? Terasa semalam saat seronok kita di alam remaja. Kini kita telah menggantikan tempat orang-orang tua yang sudah tiada. Jangan buang masa lagi berfikir macam kanak-kanak dan remaja. Berfikirlah seperti orang yang sudah semakin dekat waktunya meninggalkan dunia ini. Mana bekalan diri? Mana dia kebajikan yang akan ditinggalkan? Apa persiapan diri dengan Allah?
Dunia itu ada tiga wajah. Wajah pertama ialah tempat bersedap-sedap, iaitu dunia pada pandangan orang-orang kafir. Wajah kedua, dunia adalah perhiasan hidup yang dibanggakan, iaitu dunia pada pandangan munafiq. Wajah ketiga ialah tempat mengumpul bekalan, iaitu dunia pada pandangan orang mukmin.
Sumber HD - 21-6-2018UMS
Alor Setar, Kedah
21 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 21/6/2018
Teori mengenai kedatangan Islam
PERSOALAN mengenai dari mana Nusantara menerima Islam masih menjadi perbahasan para Sarjana sehingga hari ini. Belum ada suatu yang pasti apakah Islam yang dibawa ke Nusantara berasal dari Arab, Parsi, India atau China. Data-data kemasukan Islam seperti catatan China, batu-batu nisan, artifak seperti batu bersurat, catan pengembara seperti Marco Polo dan Ibnu Batutah, hikayat dan kronik Melayu, selain amalan Islam yang dipraktiskan di Nusantara, semuanya menjadi sandaran dalam perbincangan ini. Maka dalam konteks ini, apakah yang berbangkit itu mengenai siapakah yang pertama membawa Islam ke Nusantara atau dari manakah asalnya Islam yang masuk ke Nusantara atau di manakah penempatan Islam terawal di Nusantara atau mazhab apakah yang pertama dianut oleh orang Melayu?
Beberapa persoalan penting yang ditimbulkan oleh para Sarjana mengenai asal kedatangan Islam di Nusantara, antaranya:
● Mazhab Islam di Nusantara. Nusantara adalah rantau bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah dan bermazhab Syafie dari segi fikah;● Semua hikayat dan kronik di Alam Melayu mengaitkan peng-Islam Raja-raja Melayu dengan peranan Ulama dari Arab, khususnya yang berketurunan Syed;● Catatan-catatan China yang awal seperti Dinasti Tang (618-907M) yang bertarikh 674M dengan jelas menyatakan hubungan orang Melayu dengan Khalifah Daulah Umayyah (661-750M);● Orang Arab dikatakan menyebarkan Islam kepada orang India di Gujerat, kemudian orang India yang berdagang ke Alam Melayu telah berdakwah;● Kewujudan beberapa aspek kebudayaan seperti pakaian, muzik, syair, ukiran pada batu nisan dan seumpamanya yang dianggap dipengaruhi oleh elemen yang membawa masuk Islam ke Nusantara;● Penemuan batu-batu nisan bertulisan Arab sepanjang pantai Nusantara yang mengadap Laut China menunjukkan Islam datang dari Timur; dan● Krisis politik dan pembunuhan orang Arab di China pada zaman Hwang Choa (878-879M) di Kanfu dan pemberontakan Tien Sheng Kong di Yang Chow pada akhir zaman Dinasti Tang (618-905M), yang menyebabkan penghijrahan orang Islam ke Nusantara.
Islam dari Barat atau Timur?Secara umum, teori kedatangan Islam ke Alam Melayu boleh dibahagikan kepada lima pandangan, iaitu:
i. Teori India atau GujeratTeori ini dipegang oleh Prof Snouck Hurgronje yang menolak kemasukan Islam langsung dari Arab, sebaliknya mengatakan pendakwah Arab menyebarkan Islam di Gujerat, India. Melalui ajaran tasawuf, Islam dibawa ke Samudera-Pasai dari India. Teori ini awalnya dikemukakan oleh Pijnappel, dan disokong oleh B Harrison, J Gonda, G.E Marrison, Kenneth Hall, A.H Hill, G.P Moquette, R.A Karn dan W.F Stutterheim.
ii. Teori Arab atau Makkah dan HadramautProf Hamka kuat berpegang bahawa Islam dibawa dan disebar oleh orang Arab terutama keturunan Syed. Catatan China membuktikan orang Arab yang membawa Islam ke Nusantara. Pendapat Hamka adalah sejalan dengan John Crowford, Thomas Arnold, Syed Naquib al-Attas dan C.R Tibbets.
iii. Teori ParsiProf Abu Bakar Atjeh mengatakan Islam bukan sahaja masuk dari Parsi, bahkan pada peringkat awal orang Melayu bermazhab Syiah. Penyokong pendapat ini ialah Hussein Djajadiningrat.
vi. Teori ChinaProf Slamet Muljana mempunyai pandangan menarik bahawa Raja Melayu seperti Sultan Demak dan Wali Songo adalah berketurunan Cina berdasarkan Kronik Klenteng Sam Po Kong. Terdapat banyak pandangan berdasarkan tempat batu-batu nisan ditemui, bahawa orang Arab dan Parsi yang tinggal di China telah berhijrah di Nusantara sejak kacau-bilau di Kanfu (Guangzhou) pada 878M. Teori ini turut didukung oleh Emmanuel Gadinho Eredia, O.W Wolters, Ibrahim T.Y Ma dan S.Q Fatimi.
v. Teori MaritimN.A Baloch, seorang Sejarawan Pakistan mengatakan kerana umat Islam mempunyai ramai pelayar yang menjadi pendakwah dan guru agama, sedangkan Alam Melayu adalah Pusat Perdagangan Maritim yang terkenal, maka Islam tersebar melalui kegiatan Maritim.
Apakah orang Arab yang menyebarkan Islam?Teori penyebaran Islam oleh orang Arab yang dipegang oleh Prof Hamka mempunyai kekuatan hujah kerana berdasarkan catatan China telah merekodkan hubungan antara Alam Melayu dengan Arab. Bahkan, terdapat dokumen-dokumen berkait surat-surat diplomatik antara Khalifah Daulah Umayyah dengan Empayar Sriwijaya, yang jelas menunjukkan proses dakwah telah bermula sejak abad ketujuh. Ini dikuatkan lagi dengan gerakan dakwah orang Arab yang sangat agresif ke seluruh dunia termasuk Afrika, Eropah (Andalus), Transoxiana, India dan China pada abad ketujuh, sehingga hampir mustahil Nusantara yang sudah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Arab terlepas dari gerakan dakwah ini.
Para pendakwah Arab, dimulai oleh Sahabat Nabi S.A.W, Saad Abi Waqqas telah bergerak ke China melalui jalan laut dan melewati Nusantara. Selain Khalifah, Pemerintah Islam di Makkah dan Hadramaut juga dikatakan telah mengirimkan para pendakwah ke Nusantara. Teori India (Gujerat) dan China walaupun tidak tertolak sepenuhnya, tetapi adalah lemah kerana kedua-dua wilayah itu bermazhab Hanafi, sedangkan orang Melayu bermazhab Syafie. Teori Parsi mengenai sistem bacaan al-Quran cara Syiah di Jawa Barat adalah juga tidak kuat kerana ketika itu, Baghdad adalah bermazhab Sunni dan orang Syiah tidak menganut tasawuf Qadiriyah yang diamalkan di Jawa Barat.
Pandangan yang lebih kukuh berdasarkan catatan MelayuHikayat dan kronik-kronik Melayu yang mencatatkan mengenai kemasukan Islam dan peng-Islaman Raja-raja Melayu menyatakan orang Melayu menerima Islam dari Arab, di mana terdapat Sheikh, Maulana, Sayyid atau Wali Allah dari Arab telah meng-Islamkan Raja-raja Melayu. Misalnya, Syarif Makkah dikatakan telah mengirimkan Sheikh Ismail dari Makkah ke Samudera Pasai untuk menyebarkan Islam, sebelum beliau mempengaruhi Raja Malabar, Sultan Muhammad (seorang Arab keturunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq) untuk berdakwah di Nusantara yang kemudiannya bergelar Fakir Muhammad. Hal yang sama juga dialami oleh Parameswara yang didatangi oleh Syed Abdul Aziz dari Jeddah ketika proses peng-Islaman Melaka.
Pengembangan Islam di Aceh, Kedah, Tidore, Bachan, Ternate, Jailolo, Sukadana (Kalimantan), Kelantan, Champa, Pattani, Jawa, Brunei, Mindanao, Sulu dan lain-lain semua dicatatkan dalam kronik-kronik Melayu sebagai hasil usaha para Ulama dari Arab dalam menyebarkan Islam dalam kerajaan-kerajaan di Nusantara. Contoh yang paling menonjol ialah gerakan Wali Songo di Jawa dan Champa, di mana Tokoh terbesar dan pengasas Wali Songo iaitu Maulana Malik Ibrahim adalah seorang Arab yang berketurunan Nabi S.A.W, sedangkan kebanyakan Wali Songo adalah keturunan beliau. Begitu juga ketika pondok terawal, Dayat Cot Kala didirikan di Aceh pada 888M, para Ulama dari Arab dijemput mengajar di sini. Kerana menghargai sumbangan orang Arab dalam dakwah di Nusantara, terdapat keturunan Syed menjadi Raja di Aceh, Brunei, Mindanao, Siak Inderapura, Pontianak dan Perlis. Peranan para Ulama dan pendakwah Arab yang digelar Sheikh, Maulana, Sayyid dan Wali Allah dalam menyebarkan Islam di Nusantara tidak dapat ditolak kerana dalam pemikiran orang Melayu sendiri mengatakan bahawa mereka menerima Islam dari Arab.
MOHD FADLI GHANISumber HD -20-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
6 Syawal 1439 / 20 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 20/6/2018
Kemasukan terawal Islam di Nusantara
KEBANGKITAN Islam selepas Hijrahnya Nabi S.A.W ke Madinah pada 622M telah mempercepatkan proses pengembangan Islam di seluruh dunia. Kejayaan Fathu Makkah (8H) dan kekalahan Rom dalam Perang Tabuk (9H) telah menyebabkan Bangsa Arab berbondong-bondong memeluk Islam. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (634-644M), Islam telah berkembang keluar dari Tanah Arab sehingga Rom Timur dan Parsi dapat ditundukkan.
Akhirnya, pada zaman Khalifah Othman bin Affan (644-656M), Islam mula bertebar luas. Di sebelah Barat, Islam telah sampai ke Qairuwan (Tunisia), manakala di sebelah Timur, ia sudah memasuki Transoxiana (Asia Tengah). Yang menarik, pada zaman inilah dikirimkan para pendakwah ke sebelah Timur Asia untuk mengembangkan Islam. Sahabat yang terkenal, Saad Abi Waqqas telah tiba di Kanfu (Guangzhou), China dan ada pendakwah yang sudah menjejaki Nusantara pada zaman khalifah ketiga ini.
Komentar Prof Hamka mengenai Surah al-Insan (76: 5) berkait perkataan "kaafura" telah menunjukkan bahawa Alam Melayu telah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan orang Arab. Bahkan, orang Arab Makkah juga berperanan membawa barang dagangan dari Nusantara ke Barat (lihat al-Quran, 106: 1-4). Kedudukan Nusantara yang berada pada laluan utama perdagangan Timur-Barat, telah menjadikan kepulauan ini sebagai daerah yang paling senang dimasuki oleh pendakwah Islam. Atas faktor hubungan awal yang telah terbina antara orang Melayu dan Arab, ketika Islam mula dikembangkan keluar dari Asia Barat, rantau Nusantara menjadi sasaran terawal, selain China. Ketika munculnya Daulah Islam yang besar seperti Daulah Umayyah, di Nusantara wujud Empayar Sriwijaya yang beragama Buddha, dan dikatakan hubungan diplomatik antara kedua-dua kerajaan sudah wujud pada zaman Khalifah Sulaiman Abdul Malik (715-717M).
Ketibaan terawal IslamAdalah dicatatkan bahawa ketika Rasulullah S.A.W mula mengirimkan utusan kepada Kerajaan-kerajaan untuk mengajak kepada Islam, pada 628M, Baginda S.A.W telah mengirimkan Sheikh Rukunuddin ke Sumatera. Diriwayatkan, bahawa terdapat satu Hadis mengenai Nusantara (belum pasti kesahihannya), seperti berikut:
“…Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, tatkala lagi hajat hadhrat yang maha mulia itu, maka sabda Dia pada Sahabat Baginda di Makkah, demikian sabda Baginda Nabi: Bahawa sepeninggalku ada sebuah negeri di atas angin, Samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri itu maka kami suruh engkau (menyediakan) sebuah kapal membawa perkakas dan kamu bawa orang dalam negeri (itu) masuk Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadat. Syahdan, (lagi) akan dijadikan Allah S.W.T dalam negeri itu terbanyak daripada segala Wali Allah jadi dalam negeri itu…"
Dalam catatan Sheikh ar-Rabwah, disebutkan pada zaman Khalifah Othman Affan, bahawa satu rombongan pedagang dan pendakwah Islam telah tiba di Barat Sumatera pada tahun 31H (651M). Mereka dikatakan membina perkampungan Arab Islam di pesisir pantai Barat Sumatera yang dikenali sebagai "Ta Shih" dalam catatan China Dinasti Tang yang bertarikh 674M. Sebagai perbandingan, catatan pada batu nisan Sheikh Mukaiddin di Barus, Tapanuli, Sumatera adalah bertarikh 670M. Dipercayai, pantai Barat Sumatera yang disebutkan itu ialah di Barus, Pusat pengeluar wangian kapur yang terkenal itu. Dalam catatan Arab pula telah menyebutkan ketika ini telah muncul Kerajaan Melayu yang dikunjungi oleh orang Arab yang disebut sebagai Zabaj (dipercayai Sampugita), yang muncul hampir serentak dengan Sribuza (Sriwijaya) pada 671M.
Raja pertama memeluk IslamSetelah ketibaan rombongan pendakwah terawal di Barat Sumatera pada zaman Khalifah Othman Affan, hubungan diplomatik telah wujud antara Daulah Umayyah dengan Empayar Sriwijaya yang dibangunkan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada 671M. Kemudian, sejak berdirinya Daulah Umayyah pada 661M, Khalifah Muawiyah Abu Sufyan telah melanjutkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan Buddha ini. Sri Indrawarman (702-728M) dikatakan meminta Khalifah Umar Abdul Aziz (717-719M) supaya mengirimkan pendakwah untuk baginda mempelajari Islam. Raja Sriwijaya itu memeluk Islam pada 718M sehingga kerajaannya disebut sebagai Sribuza Islam. Namun begitu, Raja-raja Sriwijaya yang lain kekal beragama Buddha sehingga lenyap Sriwijaya dari peta dunia.
Raja Sri Indrawarman adalah cucu kepada Dapunta Hyang Sri Jayanasa, pengasas Kerajaan Sriwijaya. Baginda memerintah antara 702 hingga 728M. Selepas memeluk Islam pada 718M, telah wujud penempatan-penempatan Islam dalam Kerajaan Sriwijaya. Walau bagaimanapun, peng-Islaman baginda telah ditentang oleh Dinasti Tang, yang menganggapnya sebagai ancaman kepada perdagangan rempah. Dinasti Tang dikatakan telah menghantar pengembang agama Buddha Mahayana ke Palembang untuk menguatkan agama Buddha dan menyekat pengaruh Islam. Dengan tekanan Dinasti Tang, Sri Indrawarman dan keluarganya yang Islam telah berundur ke Minangkabau pada 728, dan kerajaannya yang diambil alih oleh Rudra Wikraman (728-775M) kembali beragama Buddha dan disebut sebagai Sriwijaya. Sri Indrawarman wafat pada 730M.
Daulah Islam yang pertamaPenempatan Islam di pantai Barat Sumatera sejak 650M telah membawa kepada perkembangan Islam di Utara Sumatera (Aceh). Di Perlak, ketika ini diperintah oleh Muerah Shahrun Nawi yang berketurunan campuran Parsi. Nakhoda Khalifah telah berjaya meng-Islamlan Meurah Shahrun Nuwi pada dekad awal 800M, kemudian seorang pendakwah, Ali Muhammad as-Sadiq telah mengahwini adik Meurah Shahrun Nuwi, Puteri Makhdum Tanshari. Anak mereka kemudiannya dilantik menjadi Raja Perlak bergelar Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz pada 840M, sekali gus mengasaskan Kesultanan Perlak, sebagai Daulah Islam yang pertama di Nusantara. Hikayat Aceh mendakwa Perlak di-Islamkan oleh Sheikh Abdullah Arif. Kerajaan Perlak ini bertahan sehingga 1292M, walaupun beberapa kali diserang oleh Sriwijaya pada 986M.
Dalam catatan China Dinasti Tang, menggambarkan "Ta Shih" adalah sebuah pemerintahan Islam di Barat Sumatera yang menghantar rombongan pedagang ke China, tetapi tidak dapat dipastikan apakah ia adalah sebuah Kerajaan Melayu Islam, atau hanya penempatan orang Arab yang beragama Islam. Tetapi yang lebih jelas, peng-Islaman Meurah Shahrun Nuwi pada dekad awal 800M sebagai permulaan berdirinya Kerajaan Islam pertama.
Sejak berdirinya Perlak, proses pengembangan Islam mulai meluas, terutama dengan terbinanya Kerajaan-kerajaan Islam yang baru dan peng-Islaman Kerajaan-kerajaan Melayu sedia ada. Antara Kerajaan Islam yang baru muncul ialah Kesultanan Ternete (1257M) dan Kesultanan Samudera-Pasai (1267M). Kerajaan awal yang di-Islamkan pula ialah Kerajaan Kedah (1136M), Kerajaan Kelantan (1181M) dan Kerajaan Jawaka (1253M). Selain dinar emas Kelantan dan Batu Bersurat Terengganu yang merekodkan perlaksanaan Syariat Islam, catatan Marco Polo bertarikh 1292M telah menjelaskan bahawa Syariat Islam telah berkuatkuasa di Samedera-Pasai, sekali gus membuktikan bahawa telah wujud Daulah Islam di Alam Melayu.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 19-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
5 Syawal 1439 / 19 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 19/6/2018
Bangsa Melayu sebelum zaman Islam
BANGSA Melayu adalah sebuah bangsa yang besar dan mempunyai tamadun yang tinggi semenjak sebelum Masehi lagi. Bahkan, penemuan Perak Man pada 1991M di Gua Gunung Runtuh, Lenggong yang dikatakan berusia lebih 10,000 tahun membuktikan tradisi kebudayaan tinggi telah wujud dalam Bangsa Melayu. Tamadun Palaeolithic ini membuktikan telah ada kehidupan manusia di Alam Melayu sejak sekian lama, seperti mana jejak mereka dikesan di Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah di Sarawak. Eskavasi yang dibuat di Solo, Jawa pada 1891M pula telah menemui rangka manusia zaman Homo Erectus, menunjukan kehidupan awal juga wujud di kawasan Kepulauan Melayu.
Kemunculan Bangsa Melayu dalam tamadun dunia telah menarik perhatian seorang ahli Geografi dan Astronomi Greek, Claudius Ptolemy memasukkan Semenanjung Tanah Melayu yang dinamakan sebagai Golden Chersonese sebagai salah satu bahagian yang penting di dunia dalam bukunya "Geography" yang diterbitkan pada 150M. Alam Melayu terkenal kerana kekayaan buminya dengan emas dan hasil tanaman terutama rempah ratus, penguasaan Maritim yang merupakan laluan perdagangan utama dunia serta kewujudan Empayar-empayar Maritim yang besar sejak awal Masehi yang menjadikan Alam Melayu tumpuan para pelayar dan pedagang dari seluruh dunia. Prof Hamka mencatatkan bahawa perkataan "kaafura" dalam Surah al-Insan (76: 5) adalah merujukan kepada wangian kapur yang dikeluarkan di Barus, Sumatera. Kapur Barus ini menjadi tanda bahawa orang Arab telah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Alam Melayu.
Kehidupan Maritim dan Agraria: Penguasa Perdagangan AntarabangsaKehidupan laut di kawasan Khatulistiwa telah menjadikan Alam Melayu sebagai kawasan subur dengan hasil pertanian. Selain mengeluarkan buah-buahan tropika dan menghasilkan tanaman makanan seperti beras, Alam Melayu sangat terkenal kepada menjadi pengeluar rempah ratus utama dunia. Rempah ratus adalah eksport utama Alam Melayu ke India dan Arab, bahkan Rom juga. Kerana itu, Alam Melayu mendapat perhatian pengkaji-pengkaji Geografi Rom sejak awal Masehi. Faktor rempah juga kemudiannya menjadikan Alam Melayu Pusat perebutan kekayaan penjajah Barat selepas abad ke-15M, sedangkan British memanfaatkan kesuburan tanah untuk membawa Hevea Brasiliensis (getah) dari Brazil untuk ditanam di Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi pengeluar utama dunia.
Merangsang kemajuan pertanian, terutama industri rempah ialah kedudukan Maritim yang strategik. Pulau-pulau rempah yang menjadi nadi Nusantara di sebelah Timur mempunyai perhubungan yang cekap dengan kota-kota pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan. Jalan laut melalui selat-selat sempit antara pulau-pulau telah memudahkan proses perhubungan, sedangkan kota-kota seperti Langkasuka, Palembang, Perlak, Kataha (Kedah), Panduranga (Phan Rang), Sunda Kelapa (Jakarta) dan Varuna (Brunei), telah mempunyai hubungan Perdagangan Antarabangsa dengan China, India, Parsi dan Arab sejak sekian lama. Tarikh Fathani mencatatkan Kota Pelabuhan di Pattani (dahulunya Langkasuka) didatangi oleh pedagang antarabangsa termasuk dari Arab, Parsi dan India, sehingga Alam Melayu menjadi sebuah kawasan politik dan ekonomi yang kuat ketika itu.The Golden Chersonese: Bumi yang kayaSalah satu kekuatan Alam Melayu ialah kerana kekayaan hasil galian seperti emas, timah dan besi. Sumber galian ini didapati secara meluas terutama di Semenanjung Tanah Melayu. Tanah yang disebut sebagai "Sang Mujung" (kemudian menjadi Semenanjung) ini terkenal dalam catatan India dan Rom sebagai Pusat pengeluaran emas utama dunia, selain timah dan besi. Berbanding kawasan kepulauan yang kaya dengan rempah, Semenanjung Asia Tenggara ini menjadi pengeluar logam berharga sehingga ia disebut sebagai The Golden Chersonese (Semenanjung Emas) oleh Sarjana Rom, sedangkan pelayar India menyebutnya sebagai Suvarnabhumi (Tanah Emas) atau Suvarnadvipa (Semenanjung Emas). Beberapa ahli Geografi Greek dan Rom seperti Eratosthenes, Dionysius Periegetes dan Pomponius Mela mencatatkan Tanah Melayu sebagai Chryse Insula (Pulau Emas). Martin of Bohemia dalam catatan globnya pada 1492M, menamakan Tanah Melayu sebagai Chryse and Argyre Isle (Pulau Emas dan Perak), sedangkan peta Andreas Walsperger (1448M) menyebutnya Aurea Cersonese (Semenanjung Emas)
Disebabkan oleh masyhurnya Tanah Melayu sebagai pengeluar emas utama dunia, Ptolemy telah mencatatkan beberapa kota pelabuhan dan sungai-sungai utama seperti Takola (dipercayai Trang di Pattani), Konkonagara (dipercayai Ganga Negara di Perak), Sabara atau Sabana (dipercayai Selangor), Tharra (belum dipastikan lokasinya), Palanda (dipercayai Kota Tinggi, Johor), Kalonka (dipercayai di Pahang), Kole Polis (dipercayai Kelantan) dan Primula (dipercayai delta sungai di Terengganu). Tiga sungai juga dicatatkan iaitu Khrysoanas (Sungai Emas - gabungan Sungai Trang di Pattani dan Sungai Perak), Palandas (Sungai Johor) dan Attabas (Sungai Pahang). Lebih menarik lagi, beliau turut mencatatkan perkataan "Maleou-kolon" atau Titik Melayu menggunakan perkataan "Melayu". Catatan terperinci tentang Tanah Melayu oleh Ptolemy ini memberi gambaran tentang pentingnya kedudukan Alam Melayu terhadap tamadun dunia ketika itu.
Tokoh-tokoh politik MelayuKemunculan Empayar Melayu terawal, Empayar Yawadipa pada abad terakhir Sebelum Masehi telah dicatat dalam Vayu Purana, catatan sejarah Kerajaan Gutpa (320-647M) di India. Empayar ini dipimpin oleh Sri Kripawarman (Wan Pa), pemimpin politik Melayu paling berpengaruh ketika itu dengan kerajaannya berpusat di Medan Gana (sekarang Kelantan). Pada tahun 68M, adiknya, Kaundinyawarman telah mengasaskan Empayar Funan, sebuah kerajaan yang berpusat di Indo-China. Pada zaman kemuncaknya, Funan telah menguasai Yawadipa. Memasuki abad kelima Masehi, lahir seorang Tokoh Besar di Chih-tu (Kelantan), Raja Guatama yang terkenal dalam catatan China itu. Kemunculan Guatama sebagai Tokoh Politik Melayu adalah hampir serentak dengan Badhravarman I, pemimpin terkenal Empayar Champa pada 380M dan Bhagadatta (m. 515M), pemimpin Langkasuka yang beragama Hindu.
Di daerah kepulauan, telah lahir Tokoh-tokoh Politik Besar di Jawa dan Sumatera sesuai dengan kemunculan Empayar-empayar besar di sana. Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang mendirikan Kerajaan Srivijaya pada 671M adalah antara Tokoh Melayu terpenting abad ketujuh, sebelum cucunya Sri Indrawarman (702-728M) menjadi Raja terbesar Sriwijaya dan mempunyai hubungan dengan Daulah Umayyah di Damsyik. Pada abad ke-12 dan 13M, dua Tokoh Politik Melayu yang besar ialah Maharaja Srimat Thribuwanaraja Mauliwarmadewa yang menguasai Bhumi Melayu (Dharmasraya) yang berpusat di Utara Tanah Melayu, dan Maharaja Kartanegara yang menguasai Bhumi Jawa (Singasari). Ken Arok (1222-1227M) yang mengasaskan Kerajaan Singasari di Jawa juga merupakan Tokoh Besar, sebelum munculnya pengasas Majapahit Raden Wijaya (1294-1309M), yang melahirkan Tokoh Besar seperti Hayam Wuruk (1350-1389M) dan Patih Gajah Mada (m. 1364M), Perdana Menteri yang terkenal itu.
Di kalangan Tokoh-tokoh Politik Melayu yang terkenal di Nusantara ini, Sri Indrawarman (702-728M) yang memerintah Sriwijaya dikatakan Raja yang pertama memeluk Islam pada zaman Daulah Umayyah, sedangkan keturunan Raja Sriwijaya yang lain kekal beragama Buddha sehingga Parameswara, pengasas Kerajaan Melaka memeluk Islam pada 1414M. Terdahulu, Raja Jawaka di Utara Semenanjung, Raja Sakranta (1253-1267M) telah memeluk Islam, sebelum Raja Champa yang beragama Buddha, Che Bo Nga telah memeluk Islam pada 1360M. Keturunan Raja Langkasuka yang bergilir-gilir beragama Hindu dan Buddha telah beriman dengan Islamnya Raja Pya Tu Nakpa pada 1457M, manakala Raden Patah (1455-1508M), anak Raja terakhir Majapahit, Brawijaya (m. 1478), telah memeluk Islam pada 1475M dan menukar kerajaannya menjadi Kerajaan Mataram. Dengan peng-Islam Tokoh-tokoh Politik Melayu ini, bumi Nusantara mula menjadi wilayah kekuasaan Islam.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 18-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
4 Syawal 1439 / 18 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 18/6/2018
Petunjuk Al-Quran bukti taqwa
FIRMAN Allah:
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (2)
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak (keraguan) padanya (tentang datangnya dari Allah, sempurna dan benarnya); Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 2)
Di antara tanda ketaqwaan ialah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dalam semua perkara, sama ada urusan agama atau urusan dunia. Setiap muslim yang berpuasa bertujuan mentarbiyah diri dengan sifat taqwa, mematuhi firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)
Maka hikmat yang ternyata bahawa Al-Quran dinuzulkan pada bulan Ramadan.شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185)
Hidayah atau petunjuk ini diminta setiap rakaat solat wajib dan sunat. Maka keimanan dan penerimaan seseorang terhadap Al-Quran menjadikan hidayah (petunjuknya) adalah penentu kejayaan puasanya sepanjang Ramadan. Setelah meninggalkan perkara yang membatalkan puasanya seperti makan minum dan kepuasan hawa nafsu yang menjadi rukun hidup, sehingga meletakkan kepatuhan kepada perintah Allah dan meninggalkan larangannya lebih penting daripada mengisi perut dan memuaskan hawa nafsu yang dihalalkan di masa yang lain.
Keseluruhan Al-Quran adalah petunjuk yang diyakini benarnya. Terbukti benarnya cerita umat terdahulu yang menjadi iktibar. Terbukti benarnya kejadian alam langit dan bumi yang dapat dilihat atau yang diterokai dengan ilmu sains terkini. Terbukti juga bukan sekadar petunjuk sebenar bagi mengenal Allah Tuhan Yang Maha Esa, cara beribadat menyembahnya, bahkan segala hukum hakamnya adalah benar dengan kegagalan hukum ciptaan manusia dalam seluruh urusan kehidupannya yang mencabar hukum Allah menjadi gantinya, dalam aspek membina jati diri, keluarga dan masyarakat, politik, ekonomi, keadilan dan keamanan hidup.
Wujud penyelewengan daripada hidayah, sama ada kalangan yang melantik tuhan selain Allah, termasuk juga kalangan mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah, atau melarikan diri daripada hukum Allah dengan alasan yang salah atau sesat, seperti menyalahgunakan kaedah Maqasid Syariah atau Siyasah Syariyah atau Usul Feqah sehingga meninggalkan perkara yang nyata Maslahah Muktabarah (yang telah ditetapkan Allah wajib dan halalnya) secara nas, atau Maslahah Mulghah (yang ditetapkan haramnya) secara nas juga. Juga alasan Feqah Aulawiyyat atau Muwazanat yang tidak kena tempat dan keadaannya.
Kini umat Islam berada dalam ujian yang sangat mencabar keimanannya dengan kemunculan kalangan yang pernah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W yang lahir daripada kalangan umat Islam sendiri:
يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَ قِرَاءَتُكُمْ إلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ، وَلَا صَلَاتُكُمْ إلى صلاتهم بشيء، يقرءون القرآن يحسبون أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ، لَا تُجَاوِزُ قِرَاءَتُهُمْ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ (رواه مسلم)
“Muncul di kalangn umatku kumpulan yang membaca Al-Quran yang tidak seperti bacaan kamu, begitu juga solat mereka tidak seperti solat kamu. Mereka membaca Al-Quran dengan anggapan petunjuk kepada mereka, sebenarnya menimpa bencana ke atas mereka. Di mana bacaan mereka hanya sekadar kerongkong (tidak ke dalam hati sanubari menjadikannya petunjuk). Sebenarnya mereka tersasar daripada Islam, laksana tersasarnya panah kepada sasarannya” (Hadis Riwayat Muslim)
Sepatutnya contoh generasi awal dijadikan teladan pelaksanaan Islam yang paling matang. Di mana semua para Khulafa’ Rasyidin terlebih dahulu mencari nas Kitab Allah (Al-Quran), sehingga ditanya kepada semua kalangan para ulama sahabat R.A yang berada di zamannya. Apabila tidak ada nasnya daripada Al-Quran, mereka mencari nas Sunnah Rasulullah S.A.W (Hadis). Sekiranya tidak ada, mereka berijtihad dalam lingkungan sempadan dasar umum daripada Al-Quran dan Sunnah. Sebarang pertelingkahan atau perbalahan dalam perkara agama dan dunia diselesaikan oleh Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W berpandukan firman Allah yang diimaninya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (pemimpin dan para ulama) dari kalangan kamu (yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa: 59)Adapun terkini, muncul kalangan yang berijtihad yang tidak layak berijtihad dalam perkara nas yang nyata, atau memaksa nas itu ditafsirkan mengikut kemahuan hawa nafsunya yang jahat terhadap Islam. Ada juga yang terpengaruh dengan para orientalis bukan Islam yang merancang wujudnya keraguan terhadap Islam yang nyata. Allah berfirman mengingatkan orang-orang yang beriman:
﴿وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ٤٩ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ٥٠﴾ [المائدة: 48-50]
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (48) Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (49) Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal (kepada orang-orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah (50) (Surah Al-Maidah: 48-50)
Allah telah menamakan hukum yang lain daripada hukumnya adalah hawa nafsu dan jahiliyah. Allah juga menghukum kalangan mereka yang tidak menerima Islam dengan sempurna secara menyeluruh adalah langkah-langkah syaitan:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208)\\
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah Al-Baqarah: 208)
Ditujukan kepada mereka yang tidak sempurna keislamannya, memotong atau mengerat ajaran Islam dengan cara terpilih sehingga menerima sebahagiannya seperti hukum ibadat dan hukum kekeluargaan sahaja, tetapi menolak hukum-hukum yang lain, digantikan dengan ideologi atau teori ciptaan manusia, kerana tidak yakin kepada Islam yang sempurna dan menyeluruh.
Akhirnya, lakukanlah muhasabah diri setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Jangan hanya sia-sia berlapar dan letih tanpa sifat taqwa yang menentukan hikmah sebenar daripada Ramadan.
Sifat taqwa yang menentukan martabat seluruh manusia di sisi Allah tanpa mengira bangsa dan keturunan, raja, pemimpin atau rakyat, para ulama atau yang jahil, kaya atau miskin.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan dan bersuku kaum, supaya kamu bertaaruf (berkenalan dan bermasyarakat madani). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya atau pangkat atau harta). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
Paling taqwa itu ialah paling mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan menerima secara iman dan amal seluruh ajaran Islam dan petunjuknya.
Sumber HD - 18-6-2018“Sejahtera Bersama Islam”ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Syawal 1439 / 18 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 18/6/2018
Kerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam
SEBAGAIMANA yang diungkap oleh Snouck Hurgronje dalam teori The Greater India, semenjak awal abad pertama Masehi, seluruh Alam Melayu dipengaruhi oleh India dari segi pemikiran, kebudayaan, agama dan tamadun. Faktor utamanya adalah kerana hubungan perdagangan yang lama antara kedua-dua kawasan, selain kedudukan India yang lebih terkehadapan dari segi budaya dan ilmu, terutama dengan munculnya tamadun besar di Lembah Indus, iaitu Mohenjo Daro (2600-1500SM) dan Harappa (3000-1900SM). Lembah Indus yang menjadi Pusat Agama Hindu kemudiannya menyebarkan kebudayaanmereka termasuk Bahasa Sanskrit, tulisan Palava, Sastera India, corak kerajaan dan agama Hindu itu senda orang Melayu.
Satu aspek yang penting dalam perkembangan kebudayaan dan Tamadun Melayu ialah kebangkitan yang berteraskan agama. Disebabkan hubungan dan pengaruh India, Kerajaan-kerajaan yang berkembang pada peringkat awal adalah mengikut agama orang India. Dalam sejarah India, selepas kemerosotan Tamadun Indus, munculbeberapa Kerajaan Hindu seperti Weda (1700-600SM), Mahajanapada (600-300SM), Nanda (400-300SM) dan Mauriya (332-185SM).
Kemudian, berlaku kebangkitan Buddha apabila Kerajaan Maghada dan Kalasoka muncul pada tiga abad terakhir SM, sehingga melahirkan Tokoh besarnya, Ashoka (269-232SM). Kerajaan-kerajaan Satawahana (230-199SM), Kushan (30-375M), Gupta (240-550M) dan Pala (750-1174M) adalah antara Kerajaan Buddha yang terbesar di India. Dalam pada itu, sekitar abad keempat Masehi, di Selatan India bangkit Kerajaan Chola (300-1279M) yang beragama Hindu, yang mula menjadi empayar besar pada abad kesembilan, telah mengubah semula India menjadi Benua Hindu dan pernah menyerang kawasan Buddha di Nusantara termasuk Tanah Melayu dan Sumatera (Sriwijaya) pada 1025M. Selepas zaman ini, India dikuasai pula oleh Islam dengan kemunculan Kerajaan Ghaznawi (962-1186M), Ghori (1186-1287M), Delhi (1290-1526M) dan Mughal (1526-1857M).
Kerajaan-kerajaan Melayu yang awalKetika Bangsa Melayu mulai menjadi kerajaan yang besar, pengaruh Hindu sudah mulai merosot dan agama Buddha sedang berkembang. Kerajaan Melayu terawal yang muncul ialah Funan (100-545M) dan Champa (192-1832M) yang berpusat di Indo-China. Setelah itu muncul beberapa kerajaan seperti Langkasuka (abad 2-14M), Tambralinga (abad 7-14M), Kedah Tua (abad 5-11M), Pan-pan (abad 3-5M), Chih-tu (abad 2-7M), Tan-tan (abad 5-7M) dan Ganga Negara (abad 2-11M) di Tanah Melayu. Dalam tempoh-tempoh tertentu, dikatakan Kerajaan-kerajaan ini pernah bergabung membentuk beberapa kerajaan besar seperti Empayar Sampugita, Jawaka dan Malaiyur.
Di kawasan kepulauan, kerajaan terbesar yang pernah muncul ialah Seriwijaya yang beragama Buddha dan Majapahit, sebuah Kerajaan Hindu. Antara kerajaan lain yang terkenal termasuklah Salakanagara (abad 2M), Kutai (abad 4M), Tarumanagara (358-669M), Sunda Galuh (669-1579M), Sailendra (abad 8-9M), Kanjuruhan abad 8-9M), Medang (752-1045M), Kadiri (1045-1221M), Singasari (1222-1282), Pajajaran (1482-1579), Dharmasraya (abad 12-14M) dan lain-lain. Kebanyakan kerajaan ini adalah beragama Hindu dan Buddha sepanjang satu alaf (1-1000M), sehinggalah muncul Majapahit pada 1293M yang memacu semula pengaruh Hindu di Nusantara, setelah lebih 500 tahun dikuasai oleh Seriwijaya sejak abad ketujuh Masehi yang mengembangkan agama Buddha.
Kerajaan-kerajaan utama dan kebangkitan IslamDi samping munculnya Kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha di seluruh Nusantara sepanjang 12 abad pertama Masehi, terdapat beberapa kerajaan utama atau Empayar Melayu yang menguasai politik dan ekonomi Nusantara. Antaranya ialah Funan (100-545M). Funan yang terletak di Lembah Mekong (sekarang Vietnam) menguasai kawasan Indo-China hingga Utara Tanah Melayu. Serentak dengan Funan, muncul Kerajaan Langkasuka di Semenanjung Tanah Melayu dan berpusat di Segenting Kra pada abad kedua Masehi yang menguasai Laut China Selatan di sebelah Timur dan Selat Melaka di Barat. Pada ke-12, ia telah menjadi naungan Seriwijaya. Selepas Kejatuhan Funan pula, di Sumatera telah muncul kerajaan Seriwijaya sekitar 670-1183M. Kerajaan Buddha ini menguasai semua laluan perdagangan utama Asia Tenggara kerana kedudukannya di antara Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan. Selepas jatuhnya Seriwijaya kerana serangan Kerajaan Chola pada 1025M, Kerajaan Hindu Majapahit muncul di Pulau Jawa dan menguasai hampir seluruh Asia Tenggara sepanjang abad ke-14 dan 15 Masehi.
Memasuki abad ke-11M, Nusantara mulai menerima Islam sebagai kebudayaannya yang baru. Serentak dengan berkembangnya Islam di India pada abad ke-10M, Kerajaan-kerajaan baru yang beragama Islam muncul, bahkan di sesetengah tempat, Kerajaan Hindu dan Buddha telah bertukar menjadi Kerajaan Islam. Kerajaan Islam terawal muncul ialah Perlak pada 840M, Kelantan (1181M), Ternete (1257M), Samudera-Pasai (1267M) dan Champa (1360M) sebelum Melaka menjadi Pusat pengembangan agama Islam pada abad ke-15. Sejak munculnya Kerajaan Melaka pada 1400M, penguasaan politik Nusantara telah beralih kepada Islam dan Majapahit mulai mengalami kemerosotan dan digantikan oleh Kerajaan Demak (1475-1554M) yang beragama Islam. Di Utara Semenanjung, Kerajaan Langkasuka telah digantikan oleh Kerajaan Pattani dengan peng-Islaman Raja Pya Tu Nakpa pada 1457M. Abad ke-15M menjadi abad peralihan Tamadun Nusantara ekoran kebangkitan Islam sebagai cara hidup yang baru bagi orang Melayu.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 17-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
3 Syawal 1439 / 17 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 17/6/2018
Konsep Alam Melayu
DUNIA Melayu atau Alam Melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang sangat strategik sejak zaman pra-sejarah lagi. Kedudukan geografi Alam Melayu yang disebut juga sebagai Nusantara yang berada di tengah-tengah kawasan tamadun awal manusia telah menjadikan rantau ini sangat penting. Di sebelah Timur, berdirinya Tamadun Hwang Ho (kini China) yang mencipta pelbagai kemajuan, sedangkan di sebelah Barat muncul Mohenjadoro dan Harappa (India), Mesopotamia dan Babylon (Iraq), Nil (Mesir) dan Athens (Greek), sehingga menjadikan Alam Melayu penghubung utama kedua-dua belah tamadun.
Kedudukan Alam Melayu yang berada di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan telah memboleh komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap berlaku, berbanding Laluan Sutera yang merentasi Siberia yang sangat mencabar. Disebabkan kedudukan strategik ini, muncul bandar-bandar pelabuhan sepanjang pesisirnya, yang kemudian membentuk Kerajaan-kerajaan Kota, sebelum menjadi Empayar-empayar yang besar. Kemunculan Kerajaan Melayu Funan (68-628M), Sriwijaya (600-1100M), Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-1511M), adalah gambaran bagaimana Bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa dan tamadun yang mempunya empayar besar yang menguasai laluan ekonomi Timur-Barat sehingga abad ke-16M.
Seorang Orientalis, Snouck Hurgronje mengemukakan teori The Greater India untuk menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan Tamadun Melayu adalah sebahagian daripada proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha. Namun begitu, Bangsa Melayu yang merupakan Bangsa Maritim yang menguasai ekonomi dan politik laut, telah menjadi sebahagian dari kawasan Tamadun Islam mulai abad kesembilan Masehi. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun mereka dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut dikunjungi oleh pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M). Alam Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya daulah Islam yang pertama di sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).
Konsep MelayuPerkataan "Melayu" menjadi perbahasan para sarjana tentang asal-usulnya. Secara akademik, pertama kali perkataan Melayu dicatatkan oleh Sejarawan China pada 644M yang menyebutnya sebagai "Mo-lo-yue." Ada sarjana yang mendakwa ia berasal dari kata "Himalaya" iaitu tempat bersalji, tetapi lebih ramai yang bersetuju ia berasal dari perkataan Jawa, "Mlayu" yang bermaksud berlari atau mengembara, merujuk kepada pergerakan manusia dari Yunan ke Nusantara ribuan tahun dahulu. Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan ia berasal dari dua perkataan "Mela" (mula) dan "Yu" (negeri) iaitu Mula Negeri. Andaian lain ialah perkataan "Melayur" yang bermaksud bukit atau tanah tinggi dan "Malaya" dalam Bahasa Tamil yang bermaksud hujan.
Istilah Melayu diertikan sebagai Bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina hingga ke Madagaskar. Lebih umum boleh dikatakan merujuk kepada bangsa yang bertutur dengan Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan tinggal di Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Dalam konteks Malaysia secara yang sempit, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mentakrif orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam. Dalam pengertian ras, Melayu adalah seluruh penduduk asal Nusantara.
Daerah Alam MelayuKetika membahaskan konsep Melayu Raya, Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan seluruh Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina adalah Daerah Melayu. Daerah-daerah ini terpisah hari ini kerana dipecahkan oleh penjajah Barat. Takrif ini selari dengan definisi Encyclopedia Britainica Vol. 14 yang menyebutkan "The Malay Archipelago, also known as Malaysian and East Indies contain in the largest group of island in the world consisting of more 3,000 islands of Indonesia dan 7,000 islands and unnamed rocks of Philippines group. The New Guinea island is arbitrary included in the Malay Archipelago."
Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu. Di sebelah Utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China, termasuk Indo-China hingga ke Kepulauan Solomon di Selatan. Dari Barat, ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji. Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpun Melayu dan menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu.
Agama Bangsa MelayuOleh kerana agama adalah teras kebudayaan, bangsa Melayu telah mempunyai pegangan dengan pelbagai agama, sebelum mereka menerima Islam. Dua agama utama yang dianut oleh orang Melayu ialah Hindu dan Budhha, iaitu agama yang dianut hasil daripada perhubungan politik, budaya dan ekonomi dengan India. Selain itu, orang Melayu juga dicatatkan pernah menganut Anamisme dan agama Majusi. Pada peringkat awal, orang Melayu secara umumnya beragama Hindu sehingga Raja Asoka (304-232SM) yang beragama Buddha menguasai India, yang menyebabkan orang Melayu mula menganut agama Buddha. Kebangkitan Hindu pada zaman Empayar Chola (300SM-1279M) yang menyerang Tanah Melayu dan Sumatera pada 1025M, telah menyebabkan orang Melayu kembali menerima agama Hindu. Atas sebab kuatnya pengaruh India terhadap agama orang Melayu, maka sering disebut orang Melayu beragama Hindu-Buddha.
Sheikh Safiyuddin dalam Tarikh Fathani menyebutkan bahawa orang Melayu pernah menerima pengaruh Parsi dan menganut agama Majusi. Namun begitu, sejak 640M, mula wujud pengaruh Arab-Islam di Sumatera, sebelum berdirinya Kesultanan Perlak sebagai kerajaan Islam yang pertama pada 840M. Sejak itu, Islam mulai berkembang dan diterima secara damai sehingga menjelang abad ke-16M, Alam Melayu telah bertukar menjadi Wilayah Islam, terutama dengan munculnya Kerajaan-kerajaan Islam di pelbagai tempat di Nusantara. Antara Kerajaan Islam yang terpenting di Nusantara ialah Melaka (1400-1511M), Johor-Riau-Lingga (1511-1857M), Demak (1475-1554M), Mataram (1587-1755M) dan Aceh (1496-1903M). Kerana tumbuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Islam inilah, Kerajaan Melayu dipanggil "Daulah Islamiyah Melayuwiyah" seperti yang tercatat dalam Itqanul Muluk bi Takdil as-Suluk.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 16-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
2 Syawal 1439 / 16 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 16/6/2018
Hari Raya Aidilfitri adalah hari bergembira bagi setiap umat Islam setelah selesai menunaikan ibadat puasa selama sebulan yang menjadi salah satu Rukun Islam.
Hari Raya bukan sekadar memakai pakaian baru dan menyediakan hidangan juadah makanan serta kuih muih, malah kita juga disuruh memperbaharui iman dan pegangan kepada Islam dengan mencapai sifat-sifat taqwa sebagaimana tujuan disyariatkan berpuasa untuk menjadi orang bertaqwa.
Maka pada Hari Raya ini, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang soleh seperti bersedekah dan berjamu dalam keadaan sangat gembira, beristighfar kepada Allah, serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain sehingga merapatkan hubungan silaturrahim dan persahabatan.
Hari Raya juga kita bertakbir bagi menyatakan kesyukuran kerana mendapat hidayah petunjuk menjadi penganut agama Islam. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185(
“Supaya kamu memperbesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dan supaya kamu bersyukur”
Akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada.
Marilah kita bergembira dengan mengharapkan rahmat dan keampunan Allah, serta dikurniakan keselamatan daripada api neraka kerana kehidupan kita bersambung selepas kematian dan akhirnya kekal berada di alam akhirat. Berhati-hati memandu di jalan raya, utamakan keselamatan dan patuhi undang-undang. Semoga selamat sampai ke destinasi.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Sumber MR - 115-6-2018
Sarekat Islam pemula sejarah Gerakan Islam
PERGERAKAN Islam dalam bentuk jemaah muncul pada abad ke-20M setelah runtuhnya Daulah-daulah Islam, iaitu selepas 1,342 tahun menguasai politik dunia. Berbeza dengan wilayah lain, Nusantara yang dijajah sejak 1511M, merupakan rantau yang paling mencabar dan menjadi tumpuan kuasa Emperial Kristian. Selepas kejatuhan Melaka (1511M), Sunda Kelapa (Jakarta) mulai diduduki oleh Belanda pada 1695, kemudian British menduduki Pulau Pinang pada 1876, sebelum Singapura turut dikuasai pada 1819.
Perang Napoleon di Eropah kemudiannya membawa kepada Konvensyen London 1814 dan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menandakan pecahnya Kerajaan-kerajaan Islam seperti Kerajaan Aceh dan Kerajaan Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka. Lanjutan dari itu, berlakunya Perjanjian Siak 1858 dan Perjanjian Pangkor 1874 yang melumpuhkan kuasa politik Islam di Nusantara. Memasuki abad ke-20, Kerajaan-kerajaan terakhir mulai runtuh dengan jatuhnya Pattani (1902M), Aceh (1903M), Tidore (1904M) dan Banjar (1905M), serta Perjanjian Inggeris-Siam 1902 dan Perjanjian Bangkok 1909 yang membawa kepada penguasaan Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.
Perjuangan politik Islam: Dari Daulah kepada HarakahKejatuhan Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara telah membuka langkah para Ulama dalam perjuangan Islam di rantau ini. Ketika Daulah Othmaniyah masih berkuasa, sudah banyak Negeri Melayu jatuh ke tangan penjajah Barat, kerana itu, sehingga abad ke-18 Alam Melayu diwarnai oleh peperangan mempertahan Islam seperti gerakan Adipati Yunus di Melaka (1517 dan 1521M), gerakan Sunan Fatahillah di Sunda Kelapa (1522M), gerakan Sultan Agung Mataram (1628-1633), gerakan Sultan Hassanudin Makasar (1666-1669), gerakan Sheikh Yusof Makasari di Banten (1682-1683) dan gerakan Raja Haji di Melaka (1784M). Penentangan besar-besaran untuk mempertahankan tanah air berlaku sepanjang abad ke-19 di seluruh Nusantara.
Setelah lebih 200 tahun para Ulama bergerak mempertahankan Kerajaan Islam, menjelang akhir abad ke-19, para Ulama Nusantara memulakan langkah baru melalui pembentukan jemaah-jemaah Islam bagi menuntut pengembalian Daulah. Bermula dengan penubuhan Jam'iyatul Fathaniyah di Makkah (1873M), ditubuhkan pula di Pulau Penyengat, Riau badan-badan Islam iaitu Jam'iyatul Rusyidiyah (1880M) dan Jam'iyatul Khairiyah (1884M). Setelah itu berkembang organisasi Islam di Singapura sepanjang 1890-an seperti Persekutuan Darul Adab, Persekutuan Jawi Masakin dan Harbab Askadan, sebelum ia berkembang di Tanah Melayu dan Jawa. Pengaruh Jam'iyatul Khairiyah kemudian berkembang di Betawi sehingga tertubuhnya Jami'at Kheir (atau Djamiat Choir) pada 1901. Dari pembentukan Jam'iat Kheir inilah terinspirasinya penubuhan Sarekat Dagang Islam (SDI) di Solo pada 16 Oktober 1905.
Sarekat Islam pelopor gerakan Islam modenSDI yang ditubuhkan pada 1905 oleh Haji Samahundi untuk menyatukan gerakan ekonomi Islam, telah bertukar menjadi pergerakan politik Islam apabila ia mula dikenali sebagai Sarekat Islam (SI) mulai 1906. Perkembangan SI dalam organisasi yang tersusun dilihat sebagai ancaman oleh Belanda. Belanda bukan sahaja menyekat perkembangannya, tetapi turut menubuhkan Sjarikat Dagang Islamiyah pimpinan R.M Tirtoadisurjo pada 1909. Haji Omar Said (HOS) Cokroaminoto yang memimpin SDI Surabaya kemudiannya bergabung dengan Haji Samahundi pada 1912 dan mengambil alih kepemimpinan SI. Bagi mengukuhkan perjuangan SI, pada 10 September 1912, HOS Cokroaminoto telah mendaftarkan SI sebagai badan hukum yang bergerak dalam bidang politik dan agama, selain ekonomi di seluruh Indonesia, tidak terhad di Pulau Jawa sahaja.
Pendaftaran SI kepada notaris B. Ter Kuile di Solo ini telah menetapkan tujuan untuk memperjuangan ekonomi umat Islam, mengembangkan pendidikan Islam, menyatukan pendapat-pendapat orang Islam dan membentuk kehidupan berdasarkan agama Islam. Dengan tujuan baru ini, ia telah mengubah SI daripada sebuah badan ekonomi, berkembang menjadi badan agama dan politik Islam. Pendaftaran SI telah diluluskan dua hari kemudian, iaitu pada 30 Ramadan 1330H bersamaan 12 September 1912M, dan pada 14 September 1912, pemerintah Belanda telah mengesahkan perubahan tujuan dasar SI, lalu menjadilah SI sebagai gerakan politik Islam yang pertama di dunia. Setelah itu, ia bermetamorfosis dengan membentuk Central Sarekat Islam (CSI) pada 1916M, sebelum berkembang menjadi Partai Sarekat Islam (PSI) (1920M), Partai Sarekat Islam Hindia Timur (PSIHT) (1923M), Partai Sarekat Islam Indonesia (PSII) (1929M), Syarikat Islam (PSII) (1973M) dan kini dikenali sebagai Syarikat Islam (SI) mulai 2003.
Kemunculan SI di pentas politik gerakan Islam telah mendahului semua gerakan Islam lain di dunia. Dalam masa yang cepat, pengaruh SI telah berkembang di seluruh Indonesia. Jumlah keahliannya meningkat dari 4,500 anggota pada 1912M, kepada 800,000 pada 1916M. Di Tanah Melayu, Cawangan-cawangan SI telah ditubuhkan di Singapura, Johor Bahru, Beserah, Kuala Nerus, Marang, Kota Bharu, Pattani dan Pulau Pinang antara 1920-1928M. Perkembangan ini telah menyebabkan SI disabotaj oleh penjajah dengan isu khilafiyah dan Komunis pada pertengahan 1920-an yang menyebabkan ia berpecah. Selepas munculnya SI, barulah muncul Ikhwanul Muslimin di Mesir (1928M), Hizbul Istiqlal di Moroko (1936M), Jamaat-e-Islami di India (1941M) Masyumi di Indonesia (1943M), Hizbul Muslimin di Tanah Melayu (1948M) dan PAS (1951M). Ternyata kejayaaan mendaftarkan SI pada akhir Ramadan 1330H telah membawa kepada perkembangan gerakan Islam moden pasca kejatuhan khalifah.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 15-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
1 Syawal 1439 / 15 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 15/6/2018
Agong terima mengadap rombongan PAS
KOTA BHARU: PAS mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong di Istana Negeri di Kubang Kerian petang semalam.
Rombongan PAS itu diketuai Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Hadir sama Presiden Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung, Dato’ Takiyuddin Hassan.
Kunjungan berkenaan diadakan selepas solat Asar. Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Tuan Ibrahim dan Takiyuddin menunaikan solat Asar di Masjid Istana.
Takiyudin berkata, kunjungan hormat tersebut sebagai pertemuan biasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Sekarang baru ada peluang untuk kepimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan bersama baginda.
“PAS menjunjung kasih atas perkenan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di atas kesudian menerima kami mengadap,” katanya ketika ditemui.
Difahamkan Yang di-Pertuan Agong bercuti dan berada di Kelantan sempena bulan Ramadan. Rabu lepas baginda menyertai program Qiam With Me di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian pada jam 3.30 pagi.
Sumber HD - 14-6-2018Manakala dalam perkembangan berkaitan wakil-wakil NGO turut mengunjungi hormat baginda bagi merakam sokongan terhadap tuanku. – HARAKAHDAILY 14/6/2018
Masjid Dhirar dibakar hancur gerakan munafik
PADA saat Nabi S.A.W sedang bersiap menuju ke Tabuk untuk memerangi pasukan Rom yang mengancam Islam dari Utara, orang-orang munafik di Madinah diketuai oleh Abu Amir ar-Rahib dan anak saudaranya, Abdullah bin Ubai telah mengadakan pakatan sulit dengan Kaisar Rom, Heraclius untuk memerangi Islam. Dalam masa yang sama, mereka telah mendirikan sebuah masjid untuk menyaingi Masjid Quba' yang dibangunkan oleh Rasulullah S.A.W.
Menjelang bertolaknya Nabi S.A.W ke Tabuk, orang-orang munafik telah menjemput Nabi S.A.W untuk bersolat di masjid tersebut sebagai pengiktirafan terhadap masjid tersebut. Pada mulanya, Nabi S.A.W bersetuju dengan pelawaan mereka, tetapi Baginda S.A.W telah menangguhkannya kerana kesibukan persiapan perang sehingga selesai Perang Tabuk.
Masjid yang dinamakan oleh al-Quran sebagai Masjid Dhirar ini telah menjadi simbol pergerakan golongan munafik di Madinah. Mereka bertujuan memecah-belahkan umat Islam, melemahan kekuatan Islam dan menentang Allah dan Rasul-Nya dari masjid tersebut. Pendiri masjid ini ialah Abu Amir ar-Rahib, seorang pembesar Khazraj yang beragama Nasrani. Dia tidak pernah memeluk Islam, bahkan terlibat bersama Musyrikin Makkah dalam Perang Badar (2H), Perang Uhud (3H) dan Perang Khandak (5H) untuk memerangi Islam. Abu Amir ar-Rahib mengajarkan orang Madinah tentang Nasrani dan mempengaruhi mereka menentang Islam. Oleh kerana gerakannya gagal, dia akhirnya menerobos masuk dalam kalangan orang Islam untuk mengkhianati Islam dari dalam.
Masjid Dhirar: Markaz munafik melawan IslamSebagaimana yang telah didedahkan oleh al-Quran bahawa Masjid Dhirar yang didirikan oleh golongan munafik adalah penzahiran sikap mereka yang selama ini memerangi Allah dan Rasul-Nya. Masjid ini dijadikan markaz untuk memecahkan-belahkan umat Islam, mengembangkan kekafiran, mendatangkan kemudharatan kepada Islam dan menjadi tempat berkumpul musuh-musuh Allah. Mereka membentuk pergerakan anti-Islam atas nama masjid dan cuba memperalatkan Nabi S.A.W supaya bersolat di masjid mereka sebagai pengiktirafan, sekali gus mengelirukan orang Mukmin terhadap pergerakan jahat mereka.
Selain bersekongkol dengan orang Musyrikin Makkah untuk melawan Islam, Abu Amir ar-Rahib telah menemui Kaisar Heraclius untuk memujuknya memerangi Nabi S.A.W dan umat Islam. Raja Rom itu bersetuju dengan gesaan Abu Amir ar-Rahib untuk memerangi Islam, lalu membuat gerakan di Dumah dan mengatur tentera yang membawa kepada Perang Tabuk. Abu Amir ar-Rahib pula berusaha mempengaruhi orang-orang munafik. Ibnu Kathir menyebutkan bahawa Abu Amir ar-Rahib mengarahkan orang munafik membina kubu-kubu pertahanan, dan dia akan membawa tentera Rom bersama senjata untuk memerangi Islam dan menghalau umat Islam dari Madinah. Hal ini terjadi sepanjang tahun 9H.
Allah melarang Nabi S.A.W di Masjid Dhirar, lalu Ia dibakarKetika Nabi S.A.W dalam perjalanan pulang dari Tabuk, beberapa hari sebelum tiba di Madinah, Allah S.W.T telah menurunkan ayat 107-110 Surah at-Taubah yang mendedahkan pergerakan jahat orang munafik di Masjid Dhirar. Ketika Nabi S.A.W singgah di Dzu Awan, Baginda S.A.W berhasrat untuk singgah di masjid munafik tersebut untuk bersolat di sana, lalu Allah S.W.T melarangnya dan mendedahkan rancangan jahat mereka terhadap Islam. Maka tahulah umat Islam tentang kedudukan sebenar masjid yang selama ini didakwa dibina untuk memudahkan orang-orang tua, orang lemah dan orang sakit bersolat, walhal sebenarnya mereka merancang untul menyaingi Masjid Quba.
Dengan larangan Allah S.W.T tersebut, maka Rasulullah S.A.W tidak ragu-ragu lagi bahawa masjid tersebut adalah Pusat gerakan menentang Islam. Lalu Baginda S.A.W memerintahkan supaya ia dibakar segera. Nabi S.A.W telah mengutuskan Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi, Amir as-Sakan dan Wahsyi untuk membakar masjid tersebut. Arahan dibuat selepas Baginda tiba di Madinah pada 26 Ramadan 9H, iaitu ketika Madinah sibuk dikunjungi oleh Kabilah-kabilah Arab yang mahu memeluk Islam. Pada 29 Ramadan 9H, Malik Dukhsyum telah membawa pelepah tamar dan api dari rumahnya, lalu membakar masjid tersebut, sehingga ia bertukar menjadi tempat pembuangan sampah. Dengan musnahnya masjid ini, maka gerakan munafik pun menjadi lemah, dan Abu Amir ar-Rahib melarikan diri dan mati di Istana Rom.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 14-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
29 Ramadan 1439 / 14 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 14/6/2018
Andalus: Islamkan Eropah dan modenkan dunia
KEMASUKAN Islam ke Afrika (Mesir) pada tahun 21H (644M) telah membuka kepada penguasaan Islam ke atas bangsa Amazig atau Barbar, sehingga akhirnya seluruh Utara Afrika sampai ke Maghribi jatuh ke tangan Islam pada 86H (705M). Perluasan Islam di Utara Afrika ini digerakkan oleh Musa bin Nushair bin Abdul Rahman, Panglima Daulah Umayyah. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 90H, dua pelabuhan penting, Cueta (Sabath) dan Tangier (Tanjah) masih dikuasai oleh kuasa politik Kristian dari Eropah. Setelah menguasai Tanjah, Musa bin Nushair telah melantik Panglima berbangsa Barbar, Thariq bin Ziyad sebagai Gabenor Tanjah.
Panglima Musa bin Nushair sebenarnya berkeyakinan bahawa "Constantinople hanya dapat ditakluki dari arah laut, dengan menakluki Andalusia" seperti mana yang ditegaskan oleh Khalifah Othman bin Affan sebelumnya. Bagi mencapai maksud ini, Musa bin Nushair telah membangunkan beberapa pelabuhan dan membina armada laut Islam, memperkukuhkan kefahaman Islam kepada suku Barbar yang menjadi tenteranya, melantik Thariq bin Ziyad sebagai Panglima Islam dan menakluk Pulau Balyar untuk mengelakkan serangan Kristian dari belakang. Dengan empat persiapan utama ini, pasukan tentera Islam mempunyai kedudukan terkuat untuk mara ke Andalusia, tinggal lagi pelabuhan utama, Sabath masih dikuasai Raja Roderic dari Andalusia.
Penguasaan Sabath dengan kerjasama Gabenor KristianPelabuhan Sabath yang menjadi laluan untuk melintasi Selat sempit antara Afrika dan Eropah (kini dikenali sebagai Selat Gibraltar) pada saat ini sedang menghadapi konflik kerana Gabenornya, Julian sedang bermasalah dengan Raja Roderic yang telah membunuh Witiza, sahabat rapat Julian dan merogol puteri Julian. Di atas konflik ini, Julian mula cenderung membuka jalan kepada Islam sebagai balas dendam terhadap Rodheric. Beliau mendorong Gabenor Tanjah, Thariq bin Ziyad untuk menakluk Andalusia. Julian mengemukakan beberapa tawaran kepada pasukan Islam.
Tawaran yang dikemukakan ialah untuk menyerahkan Sabath kepada Islam tanpa peperangan dan sanggup membantu memberikan informasi tentang Andalusia kepada tentera Islam. Sebagai balasannya, Islam hendaklah mengembalikan semula 3,000 properti milik Witiza yang dirampas secara zalim oleh Rodheric. Thariq bin Ziyad telah memaklumkan hal ini kepada Musa bin Nushair di Qairuwan, sebelum mereka memperoleh izin khalifah, al-Walid bin Abdul Malik di Damsyik. Dengan kebenaran Khalifah, mereka menyusun persiapan untuk membuka Andalusia.
Operasi menakluk Andalusia: Eropah dibuka oleh IslamGerakan penaklukan Andalusia telah dimulakan pada Ramadan 91H, di mana satu pasukan kecil inteligen seramai 500 tentera diketuai oleh Tharif bin Malik telah mendarat di Andalusia dan menguasai sebuah pulau yang dinamakan sebagai Pulau Tharif. Beliau kemudiannya membuat laporan kepada Musa bin Nushair tentang keadaan Andalusia, sebelum satu persiapan seramai 7,000 tentera selama setahun dibuat untuk menyerang Andalusia. Pasukan yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad ini bergerak ke Andalusia pada bulan Syaaban 92H menggunakan perahu-perahu dan mendarat di kawasan gunung di seberang Andalusia yang kemudiannya dinamakan sebagai Jabal Tariq (Gibraltar). Musa bin Nushair kemudiannya mengirimkan lagi 5,000 tentera untuk membantu Thariq sehingga jumlah mereka menjadi 12,000 orang.
Setelah menyeberang ke Andalusia, mereka berhadapan dengan pasukan Kristian di Jaziah al-Khadra' yang dipimpin oleh Tedmore. Tedmore kemudiannya meminta bantuan kepada Roderic di Toledo, Ibu Kota Andalusia ketika itu. Roderic mengirimkan tentera yang diketuai oleh Vinceu untuk membantu Tedmore, tetapi dalam setiap pertempuran, kedua-dua pasukan Kristian sering tewas. Roderic kemudiannya mengetuai 100,000 tentera berkuda untuk menghadapi 12,000 tentera Islam. Kedua-dua pasukan bergerak ke Lakka (Lacca) dan bertembung di Lembah Barbate (Rio Barbate). Pertempuran pun tercetus pada 28 Ramadan 92H. Perang ini berlangsung seminggu hingga 5 Syawal 9H, di mana akhirnya Rodheric berjaya dibunuh, pasukan Kristian ditewaskan serta 3,000 tentera Islam telah syahid. Sejak itu, Andalusia telah berjaya dibuka oleh Islam.
Dengan kemenangan ini, tentera Islam dapat memasuki Kota Toledo, Castille, Leon dan berhenti di Bascunia di tepi Lautan Atlantik. Pada akhir pembukaan ini, hampir seluruh kawasan Portugal dan Sepanyol hari ini dikuasai oleh Islam dalam masa dua tahun. Kemudian Islam memajukan tamadun ilmu di Andalusia, terutama di Cardova sehingga mengubah keseluruhan Eropah untuk melepaskan diri dari Zaman Gelap, mencapai kemajuan Sains dan Teknologi serta bertukar menjadi sebuah benua yang moden hari ini.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 13-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
28 Ramadan 1438 / 13 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 13/6/2018
Urwah Mas'ud syahid, Islamnya Bani Thaqif
KEPULANGAN Nabi S.A.W dari medan Tabuk disambut meriah oleh orang yang beriman, tetapi menjadi penghinaan kepada orang Munafik yang bersekongkol dengan Rom untuk menyerang Islam. Ketibaan Nabi S.A.W rupanya ditambahi keberkatannya oleh Allah S.W.T kerana ia segera didatangi oleh Bani Thaqif, salah satu kaum yang menghina Baginda S.A.W sedekad yang lalu, ketika dakwah dikembangkan di Taif. Kerana gagalnya dakwah di Taif inilah, Nabi S.A.W berhijrah ke Yathrib, kota yang kini dikenali sebagai Madinah.
Taif, sebuah kota pertanian yang bersuhu rendah di Tenggara Makkah menjadi pilihan Rasulullah S.A.W dalam misi dakwahnya. Ia berpunca daripada seorang pemimpin Bani Thaqif di Taif telah berkahwin dengan wanita Quraisy, manakala moyang Baginda S.A.W sendiri, Hasyim bin Abdul Manaf, juga mempunyai seorang isteri dari Bani Salim yang tinggal di Taif. Mereka diharapkan oleh Baginda S.A.W supaya dapat menerima Islam. Bani Thaqif ialah anak cucu kepada Amr bin Umair bin Auf bin Aqdah bin Ghirah bin Auf bin Thaqif. Mereka adalah pemimpin utama penduduk Taif.
Gagalnya dakwah ke Taif: Allah makbulkan doaSelepas kematian Abu Talib bin Abdul Mutallib dan Khadijah binti Khuwailid, Nabi S.A.W berasa sangat sedih, dalam masa yang sama orang Quraisy mulai mengganggu kerja-kerja dakwah setelah Himayah (perlindungan) dari Abu Talib telah tiada. Baginda S.A.W cuba mendapatkan pertolongan dari Bani Thaqif di Taif, sekali gus melebarkan dakwahnya ke sana. Tetapi usaha Nabi S.A.W gagal apabila pemimpin Taif tiga bersaudara, Abdu Yalil, Mas'ud dan Habib bin Amr bin Umair bin Auf telah menolak dakwah Nabi S.A.W. Mereka sebalik merancang untuk berbuat jahat kepada Nabi S.A.W tetapi bimbang orang Quraisy membalas dendam, lalu diupah orang-orang bodoh untuk menghalau dan mencaci Nabi S.A.W sehingga Baginda S.A.W keluar dari Taif. Dalam peristiwa inilah Baginda S.A.W bertemu dengan seorang pemuda Nasrani bernama Addas di kebun milik Utbah bin Rabiah.
Ketika berada di kebun ini, Nabi S.A.W didatangi Jibrail yang meminta izin untuk bertindak ke atas penduduk Taif, tetapi Nabi S.A.W menolaknya kerana mengharapkan dari sulbi mereka lahir orang-orang beriman. Sebalik Nabi S.A.W berdoa:
"Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Diriwayatkan bahawa, selain Addas yang beriman dengan Nabi S.A.W, turut beriman ialah delegasi Jin Nashibin yang bertemu dengan Baginda S.A.W di Nakhlah. Mereka telah beriman dan menyeru kaum jin untuk turut beriman kepada Nabi S.A.W. Selepas 10 hari di Taif, Nabi S.A.W kembali semula ke Makkah dengan harapan Bani Thaqif akan beriman kepada Allah suatu hari nanti.
Bani Thaqif mendatangi Nabi S.A.W dan menerima IslamIbnu Ishak mencatatkan bahawa ketika Nabi S.A.W menuju ke Madinah dari Tabuk, Baginda S.A.W didatangi oleh pemimpin Bani Thaqif, Urwah bin Mas'ud as-Tsaqafi. Beliau adalah anak kepada Mas'ud bin Amr bin Umair at-Tsaqafi yang pernah menolak dakwah Nabi S.A.W di Taif sebelumnya. Setelah beliau memeluk Islam, beliau diperintahkan mengajak kaumnya kepada Islam. Pada 27 Ramadan 9H, Urwah bin Mas'ud tiba di Taif dan mengajak kaumnya kepada Islam, tiba-tiba dia dipanah ketika sedang menyeru kepada Islam, lalu syahid. Kerana syahidnya Urwah bin Mas'ud ini, penduduk Taif telah bermesyuarat dan bersetuju untuk masuk Islam. Mereka mengirimkan Abdu Yalil bin Amr bersama pemimpin Bani Malik, Bani Yasar, Bani Salim dan Bani al-Harith untuk menemui Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadan itu juga.
Bermula dengan Islamnya Bani Thaqif dan penduduk Taif, maka dalam tempoh selepas kepulangan dari Tabuk menyaksikan Kabilah-kabilah Arab berbondong-bondong memeluk Islam sehingga turunnya Surah al-Fath, dan tahun 9H dinamakan Tahun Delegasi kerana banyaknya delegasi Kabilah Arab datang memeluk Islam. Antara kabilah yang penting memeluk Islam ialah Bani Tamim, Bani Saad bin Bakr, Bani Abdul Qais, Bani Khanifah, Suku Thayyi, Kabilah Hamdan, Bani Zubaid, Bani Kindah, Bani Jurasy, Gabenor Rom Farwah bin Amir, penduduk Najran dan Raja-raja Himyar. Sehingga wafat Nabi S.A.W pada Rabiul Awal 10H, seluruh Wilayah Tanah Arab telah tunduk kepada Islam.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 13-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
27 Ramadan 1439 / 12 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 13/6/2018
Tabuk: Kemenangan atas Rom
KEJAYAAN membuka Makkah yang diikuti oleh kemenangan Perang Hunain dalam tahun ke-8 Hijrah telah melonjakkan kedudukan Islam sebagai kuasa politik baru yang mengancam Rom dan Parsi. Namun begitu, ketika Kabilah-kabilah Arab mulai masuk Islam, Kaisar Rom, Heraclius dengan sombong menjadikan kegagalan tentera Islam mengalah Rom dalam Perang Mu'tah pada 5 Jamadil Awal 8H sebagai alasan bahawa Rom adalah kerajaan terkuat, dan merancang untuk meluaskan wilayahnya di Tanah Arab yang telah dikuasai oleh Islam. Bahkan, Rom telah bersekongkol dengan penduduk Dumah dan juga orang Munafik di Madinah untuk menghancurkan Islam.
Melihat kepada kebiadaban Empayar Rom Timur ini, Rasulullah S.A.W telah mengarahkan satu persiapan tentera untuk menghadapi kemaraan tentera Rom. Baginda S.A.W telah membuat persiapan awal dengan mengumpulkan infak Fisabilillah dan membuat penyertaan tentera sehingga mencecah 30,000 tentera. Terdahulu, Nabi S.A.W telah menghantar Khalid al-Walid ke Dumah untuk menghapuskan pemberontakan Ukaidir bin Abdul Malik yang dibantu oleh Rom. Ketika ini, orang-orang Munafik yang diketuai oleh Abu Amir ar-Rahib telah mengadakan pakatan sulit dengan Rom dan mendirikan Masjid Dhirar untuk menghancurkan Islam. Rasulullah S.A.W juga telah bertindak menghalang pemimpin Munafik, Abdullah bin Ubai daripada menyertai ekspedisi ke Tabuk.
Medan Tabuk: Kemenangan tanpa pertempuranDalam bulan Rejab 9H, setelah kegagalan pasukan Islam mengalahkan Rom di Mu'tah, sejumlah 30,000 tentera Islam, termasuk 10,000 tentera berkuda telah bergerak ke Tabuk dengan dipimpin sendiri oleh Nabi S.A.W. Perjalanan sejauh 800 km ini mengambil masa 20 hari untuk sampai di Tabuk. Pasukan Rom yang dipimpin oleh Satria Hercules bergerak ke kawasan tersebut dengan 40,000 tentera dan dibantu oleh Bani Ghassan. Kedua-dua pasukan walau bagaimanapun tidak bertembung ekoran tindakan pasukan Rom berpatah ke Utara setelah menyedari kekuatan pasukan Islam.
Perjalanan yang sangat panas ini dibantu oleh Allah dengan hujan lebat. Ketika sampai di Tabuk, Allah mendatangkan rasa takut di hati musuh sehingga mereka tidak berani menghampiri pasukan Islam kerana dikatakan melihat 100,000 tentera malaikat dalam pasukan Islam. Setelah itu, pemimpin Ilyah, sebuah kota berdekatan Tabuk, Yuhana bin Ru'bah telah datang kepada Rasulullah S.A.W untuk berdamai, diikuti oleh penduduk Jarba dan Azruh. Mereka bersedia membayar Jizyah dan tunduk kepada Islam. Dengan bertambahnya kekuatan Islam, pasukan Rom telah berundur dan kemenangan dicapai 27 Syaaban 9H tanpa sebarang pertempuran.
Kembali ke Madinah dengan kemenangan yang menutup ke-RasulanSetelah pasukan Rom berpatah balik dan pasukan Islam mencapai kemenangan tanpa berperang, Nabi S.A.W bertahan di Tabuk selama 10 hari. Kesempatan ini digunakan untuk memperkukuhkan pengaruh Islam. Baginda S.A.W menemui kabilah-kabilah untuk berdakwah atau mengadakan Perjanjian Damai yang menyebabkan mereka membayar Jizyah kepada Kerajaan Islam di Madinah. Banyak Kabilah Arab telah melepaskan diri daripada pengaruh Rom, sebaliknya tunduk kepada Islam pula. Ia sekali gus membentuk benteng yang kuat bagi menghalang Empayar Rom menyerang Wilayah Islam di Selatan, di samping menjadi laluan untuk Islam membuka Syam kemudiannya. Sebelum Nabi S.A.W pulang, satu rombongan Pendeta Nasrani dari Lembah Sinai telah datang dan mengadakan Perjanjian Damai dengan Islam, seperti mana Yahudi berdamai dalam Sahifah Madinah.
Sumber HD - 12-6-2018Selepas 10 hari di Tabuk dengan kejayaan besar, pada 6 Ramadan 9H, Nabi telah bertolak pulang ke Madinah. Baginda S.A.W tiba di Madinah pada 26 Ramadan 9H dengan membawa kemenangan besar dalam perang yang menutup ke-Nabian ini. Perang Tabuk adalah perang terakhir bagi Rasulullah S.A.W sekali gus perang terakhir dalam sejarah ke-Nabian. Selepas tiba di Madinah dengan kejayaan besar, orang-orang Munafik mulai ketakutan, terutama apabila melihat kunjungan-kunjungan Kabilah Arab untuk menyerah diri dan menyatakan ke-Islaman mereka. Antara tindakan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W sebaik sahaja tiba dari Tabuk ialah membakar Masjid Dhirar.
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
26 Ramadan 1439 / 11 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Awas! Kumpulan Islam tanpa syariat
HADIS Rasulullah S.A.W:عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. مسند أحمد مخرجا (36/ 485(
Daripada Abi Umamah Al-Bahili R.A daripada Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).” (Musnad Ahmad 36/485)
Islam yang merangkumi tiga aspek; Aqidah, Syariat dan Akhlak adalah laksana hubungan jasad dan roh atau mata rantai yang bersambungan, tidak terpisah dalam semua lapangan dan keadaan, situasi dan realiti sama ada di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, atau ketika lemah tanpa kuasa dan ketika kuat berkuasa memerintah dalam semua keadaan. Syariat Islam tetap diwajibkan mengikut keadaan dan kemampuan.
Firman Allah:﴿وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ٤٩ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ٥٠﴾ [المائدة: 48-50]
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (48) Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (49) Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal (kepada orang-orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah (50) (Surah Al-Maidah: 48-50)
Firman Allah:﴿إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا١٠٥﴾ [النساء: 105]
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Surah An-Nisa: 105)
Akhir-akhir ini muncul individu atau kumpulan yang memperkenalkan Islam tanpa Syariat dengan alasan memilih aspek kemanusian yang dikatakan ada persamaan di kalangan manusia secara fitrah, tanpa menyebut Syariat Allah dengan alasan untuk menarik kalangan bukan Islam, khususnya yang terus bersikap liar terhadap Islam, maka di atas alasan berhikmah dengan menyembunyikan Islam. Inilah sikap iman yang paling lemah terhadap orang awam yang tidak mampu berhujah dan tidak ada pengaruh dalam masyarakat.
Mereka tidak mengambil kira bahawa persamaan yang ada pada namanya sahaja seperti menentang kezaliman, hak asasi manusia, tanpa peduli adanya perbezaan sandaran aqidah dan perhiutungan dosa dan pahala yang ada dalam Islam, tetapi tidak ada pada yang lain.
Mereka jahil terhadap undang-undang Islam yang ada aspek aqidah dan spiritual yang tidak ada dalam undang-undang yang lain yang sama namanya, seperti undang-undang terhadap kesalahan rasuah dalam syariat Islam dengan undang-undang sivil yang sama menentang rasuah, kerana Islam meletakkan rasuah bukan sahaja salah dari segi undang-undang, bahkan termasuk juga dalam perkara haram yang ada perhitungan dosa dan pahala, perhitungan selepas kematian dan Hari Akhirat. Tetapi undang-undang manusia meletakkan salah dari segi undang-undang dunia sahaja sahaja, menjadikan undang-undang ciptaan manusia itu tanpa roh perhitungan dosa dan pahala selepas kematian dan Hari Akhirat, serta menyebabkan undang-undang ciptaan manusia sekadar deraan yang tidak mendidik masyarakat sehingga menjadi punca kegagalannya.
Di sinilah dengan tegas Allah memerintahkan para Rasul supaya berterus terang bersama Aqidah Islam yang ditegaskan dalam dakwahnya. Firman Allah:
﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ٣٣﴾ [فصلت: 33]
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
Firman Allah:﴿قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ١٠٨﴾ [يوسف: 108]
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada Agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuff: 108)\
Maka para ulama meletakkan Islam menjadi syarat pertama kepada semua amalan, termasuk amalan yang bersifat ibadat. Maka tanpa Islam amalannya tidak sah, apatah lagi amalan keduniaannya tidak menjadi jambatan ke akhirat.
Firman Allah:﴿أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ٢١﴾ [الشورى: 21]
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah As-Syura; 21)
Sehinggalah dikaitkan dengan Syirik Aqidah terhadap kalangan yang mengadakan undang-undang sendiri dalam urusan yang telah ditetapkan hukum syariatnya oleh Allah.
Firman Allah:
﴿إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا١٠٥﴾ [النساء: 105]
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Surah An-Nisa: 105)
Allah juga menegaskan pelaksanaan hukuman yang adil terhadap semua manusia:﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا٥٨﴾ [النساء: 58]
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)
Ayat ini menunjukkan kewajipan melaksanakan hukum syariat Allah yang berkonsepkan adil kepada semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
Dan ditegaskan pula dengan Firman-Nya:
﴿ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٤٥﴾ [المائدة: 45]
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Maidah: 45)
Ada pula kalangan yang meremeh-temehkan syariat Islam kepada semua amalan, lalu bersikap terbuka tanpa asas aqidah dengan menganggap terpentingnya sifat baik walaupun tidak Islam. Maka berlakunya ungkapan bahawa yang baik tanpa Islam lebih baik daripada yang jahat bersama Islam. Tanpa mereka peduli bahawa Allah menolak amal yang baik tanpa Aqidah Islam dengan tiada pahala dan berkat. Adapun yang jahat tetapi ada Islamnya dibuka pintu taubat dan amal baik yang berikutnya dapat menghapuskan dosa kejahatannya.
Firman Allah:
﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ٨٥﴾ [آل عمران: 85]
“Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran: 85)
Firman Allah:﴿وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا٢٣﴾ [الفرقان: 23]
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: 23)
Maka Islam menjadi syarat pertama kepada semua amalan yang baik. Amal yang baik tanpa Islamnya tidak sah walaupun perkara ibadat.
Firman Allah:﴿وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ٣٩ أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ٤٠﴾ [النور: 39-40]
“Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (39) Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturan-Nya mendapat cahaya (hidayah petunjuk), maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (40)” (Surah An-Nur: 39-40)
Sabda Rasulullah S.A.W:
إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الفَاجِرِ. صحيح البخاري (4/ 7)
“Sesungguhnya tidak masuk syurga melainkan seorang yang dirinya Islam. Dan (kadang- kadang) Allah menolong agamanya dengan orang yang jahat” (Sahih Bukhari 4/7)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 24 Ramadhan 1439 / 9 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 9/6/2018
Perang Palembang - Belanda
PENJAJAHAN Barat ke atas Nusantara untuk mencapai tujuan Gareja Katholik Rom - 3G (gospel, glory and gold) - telah membawa kepada runtuhnya Melaka pada 1511M. Selepas kedatangan Portugis, pelayar Belanda telah datang ke Nusantara dengan menduduki Banten di Jawa Barat pada 1596M. Melalui Serekat Hindia Timur Belanda (VOC), Belanda mula menduduki Jakarta (yang dinamakan Batavia) pada 1619M, sebelum Maluku, Surabaya dan Melaka dikuasai oleh mereka menjelang 1650M. Gerakan VOC telah ditentang oleh Sultan Agung Mataram pada 1628-1629M dan Sultan Hassanuddin Makassar pada 1663-1667, yang mengakibatkan kerugian besar kepada VOC.
Proses penjajahan Belanda di Nusantara bermula apabila VOC bankrap pada 1796M, dan seluruh harta VOC menjadi milik Negara Belanda mulai 1800M. Secara kebetulan, kebangkitan Napoleon Bonaparte (1799-1814M) yang menyebabkan Belanda jatuh ke tangan Perancis (1795-1815M), telah menyebabkan Wilayah Belanda di Nusantara dikuasai oleh Perancis (1806-1811M), sebelum diserah kepada Inggeris (1811-1816M). Dalam Konvensyen London 1814M dan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824M, seluruh kawasan Nusantara (Indonesia sekarang) diserah kepada Belanda. Kedatangan Belanda di pulau-pulau Nusantara ini telah menimbulkan penentangan rakyat sejak awal abad ke-19.
Kebangkitan rakyat: Islam menentang penjajahan di NusantaraKedatangan Belanda untuk menjajah dan menguasai ekonomi Nusantara telah mendapat tentangan hebat daripada penduduk dan kerajaan-kerajaan Nusantara. Abad ke-19M diwarnai sepenuhnya oleh perjuangan mempertahankan tanah air bagi menghadapi penjajahan. Ia adalah lanjutan daripada perjuangan Sultan Agung (1613-1646M) dan Sultan Hassanuddin (1631-1670M) yang menentang VOC pada abad ke-17. Yang terawal bangkit ialah menentang Belanda ialah orang Sulawesi Utara dan Maluku. Mereka mencetuskan Perang Tondano (1808-1809M) dan Perang Maluku (1817M) yang merupakan kebangkitan terawal yang meletus selepas runtuhnya VOC.
Usaha Belanda menguasai pulau-pulau rempah, pelabuhan-pelabuhan dan laluan perdagangan telah membawa kepada penjajahan ke atas Jawa dan Sumatera. Kerana itu, secara bersiri berlaku kebangkitan kerajaan dan umat Islam. Antara yang terpenting ialah Perang Diponegoro di Jawa (1825-1830M), Perang Paderi di Sumatera Barat (1821-1837M), Perang Banjar di Kalimatan Selatan (1859-1863M) dan Perang Aceh (1873-1904M). Belanda mengadakan beberapa perjanjian dengan Inggeris dan kerajaan-kerajaan Melayu untuk membolehkan mereka memperluaskan pengaruh. Penentang terhadap Belanda turut dilakukan oleh orang bukan Islam dalam Perang Bali (1846-1868M) dan Perang Batak (1870-1907M).
Perang Palembang: Kegigihan Ulamak-umarak mempertahankan IslamSebagaimana usaha Belanda menguasai Laut Jawa dan Selat Sunda, Belanda juga mahu menguasai Selat Melaka yang berada di tangan Kerajaan Aceh, Johor-Riau dan Palembang. Sultan Palembang Darussalam, Sultan Mahmud Badaruddin II (1803-1819M) yang dikenali sebagai penjihad yang kental dikatakan seorang Ulama dan hafiz al-Quran. Baginda begitu keras mempertahankan kedaulatan wilayahnya daripada jatuh ke tangan Inggeris dan Belanda, sehingga terpaksa menghadapi siri-siri peperangan selama 10 tahun sejak 1811M. Perang pertama dihadapinya pada 1811M untuk menghalang kemasukan semula Belanda ke Palembang bagi menguasai loji Sungai Aur yang diduduki oleh mereka sejak 1742M.
Kejayaan Palembang mengalahkan Belanda telah menggagalkan penjajah itu menguasai lombong timah Pulau Bangka, tetapi timbul pula konflik dengan Inggeris yang membawa kepada perang baru pada 1812M, di mana Sultan Mahmud Badaruddin II yang berundur ke Sungai Musi sebelum menyerang balas dan menghalau Inggeris dari Palembang. Disebabkan kekuatan Kerajaan Palembang, Inggeris gagal menyerahkannya kepada Belanda selepas Konvensyen London 1814M. Hanya pada 1816M, Inggeris baru dapat berbuat demikian, tetapi Sultan Palembang berjaya menghalau Belanda dalam Perang Menteng pada 1819M. Belanda yang tidak berpuas hati dengan kekalahan ini, menyerang lagi dua bulan kemudian, dan sekali lagi mereka ditewaskan.
Pada 16 Mei 1821M, sekali lagi Belanda memasuki Sungai Musi dan tercetus peperangan besar. Pada saat kekalahan Belanda, mereka minta berdamai kerana menghormati Ramadan dan berjanji tidak akan berperang pada hari Jumaat dan Ahad untuk menghormati agama masing-masing. Tetapi Belanda telah berkhianat kerana membuat serangan mengejut pada pagi Ahad waktu sahur 24 Jun 1821M. Pertempuran sengit berlaku pada keesokannya dan pada 24 Ramadan 1236H bersamaan 25 Jun 1821M, perjuangan rakyat Palembang telah berakhir dengan kekalahan dan Sultan Mahmud Badaruddin II dapat ditangkap oleh Belanda selepas 10 tahun berjihad. Baginda dibuang negeri ke Ternate, dan Palembang secara rasmi jatuh ke tangan Belanda mulai 1 Julai 1821. Sultan Mahmud Badaruddin II mangkat di Ternate pada 26 September 1852M.
Sumber HD - 9-6-2018MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
24 Ramadan 1439 / 9 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 9/6/2018
Kepungan Selestriya gagal kalahkan Othmaniyah
Perang ini tercetus akibat kudeta politik di Perancis oleh Napoleon III (1852-1870M) pada akhir 1851M. Napoleon III telah menuntut kepada Daulah Othmaniyah supaya Perancis diiktiraf sebagai penguasa berdaulat ke atas Tanah Suci (Baitulmaqdis) bagi penganut Kristian, sedangkan sebelumnya Russia adalah penguasa berdaulat melalui Perjanjian 1757M dan 1774M. Tindakan Daulah Othmaniyah mengakui kedaulatan Russia sebagai pelindung orang Kristian dalam Wilayah Othmaniyah telah menyebabkan Perancis menghantar kapal perang ke Laut Hitam. Selain berdiplomasi dan mengenakan tekanan kewangan, kedatangan kapal perang Charlemagne Perancis telah memaksa Sultan Abdul Majid I menerima perjanjian yang mengiktiraf penguasaan Gareja Katholik Rom ke atas tanah suci, menggantikan Gareja Orthodoks Yunani.
Persaingan pengaruh Mazhab Kristian mengundang perangBerang dengan tindakan Napolean III, Raja Russia, Tsar Nicholas I telah mengirimkan dua batalion tentera di sepanjang Sungai Danube, di samping menghantar Menteri Luarnya, Count Karl Nasselrode berundingan dengan Sultan Abdul Majid I, sebelum membawa hal yang sama kepada Duta Britain di St Petersburg, George Hamilton Seymour. Pergolakan telah melibatkan tiga mazhab utama Kristian iaitu Orthodoks (Russia), Katholik (Perancis) dan Protestant (Britain) dalam menentukan siapakah penguasa berdaulat Kristian di tanah suci yang dikuasai oleh Daulah Othmaniyah itu. Russia mempertahankan hak tradisi mereka yang diwarisi sejak zaman Rom Timur, yang kini telah diserahkan kepada Perancis melalui tekanan politik.
Britain yang cuba menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini, gagal berbuat apa-apa apabila Daulah Othmaniyah menuntut pindaan kepada pelan perdamaian Britain, yang kemudiannya menimbulkan kemarahan Nicholas I. Dengan sokongan Britain dan Perancis, Daulah Othmaniyah mengisytiharkan perang terhadap Russia pada Oktober 1853M. Sebenar perang telah tercetus di Balkan (Romania sekarang) pada Julai 1853M apabila tentera Russia menduduki sepanjang Sungai Danube. Perang meletus secara rasmi pada 16 Oktober 1853M dan berakhir pada 30 Mac 1856, dengan melibatkan kawasan Balkan, Semenanjung Crimea, Laut Baltik, Laut Hitam dan Caucacus.
Pengepungan Russia gagal: Perjanjian Paris sebagai penyelesaianKemarahan Russia terhadap Daulah Othmaniyah semakin memuncak sebaik sahaja perang meletus di lembangan Danube, yang merupakan wilayah naungan Daulah Othmaniyah. Bagi menghadapi serangan ini, Jeneral Othmaniyah, Omar Pasya telah membuat pertahanan di kawasan Selestriya, dalam Wilayah Qorum dengan 15,000 tentera untuk menghadapi serangan Russia, selepas kalah di Sinop. Russia kemudian bertindak membuat pengepungan dengan 60,000 tentera selama 35 hari. Oleh kerana tentera Othmaniyah menghadang Russia dalam wilayah sendiri, mereka mendapat kelebihan, sedangkan tentera Russia semakin kehabisan bekalan. Tentera Othmaniyah kemudiannya dibantu oleh Perancis dan Britain di Gallipoli dan bergerak ke Varna pada Jun 1854M, membuatkan Russia mulai terdesak. Pada 23 Ramadan 1270H, Marsyal Barnes yang memimpin kepungan ini terpaksa mengaku kalah dan menghentikan kepungan ke atas Kota Selestriya.
Kesan daripada kekalahan ini, Russia turut kalah dalam Perang Sevastopol, Perang Alma dan Perang Balaclave yang menyebabkan Russia menyerah kalah pada Mac 1856M. Russia yang kehilangan 500,000 tentera kemudiannya telah kehilangan beberapa kepentingan lain dalam Perjanjian Paris pada 30 Mac 1856M termasuk kehilangan pengaruh di Laut Hitam, terlepas Romania (Wallachia dan Moldavia) yang dimerdekakan, dan penganut Kristian dari semua mazhab mendapat hak sama rata terhadap tanah suci.
MOHD FADLI GHANISumber HD - 8-6-2018
Pusat Penyelidikan PAS
23 Ramadan 1439 / 8 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 8/6/2018
No comments:
Post a Comment