BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, June 9, 2018

KOMPONEN PH - PKR (JILID (4)

Keadilandaily - http://www.keadilandaily.com/

PKR - http://www.keadilanrakyat.org/

 Sepatutnya Saya, Bukan Kamu Yang Jadi PM kata Anwar

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

SINGAPURA – Bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku ada timbul perasaan bahawa beliaulah yang sepatutnya mengangkat sumpah jawatan selaku perdana menteri pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

Dalam satu sesi dialog bersama penuntut dari pelbagai kolej di Singapura bertempat di Singapore Management University (SMU) pada Khamis, Anwar ditanya seorang pelajar, apa yang berlegar di fikirannya ketika menonton upacara Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.

“Anda mahu saya jujur atau bercakap secara politik? Secara politik sudah tentu saya gembira, semua orang sangat gembira. Tengok, Mahathir angkat sumpah, era baru untuk Malaysia.

“Saya rasa saya sepatutnya berada di situ. Betul, saya ada rasa begitu. Saya tak berbohong kepada anda, saya ada rasa begitu – sepatutnya saya, bukan kamu (Dr Mahathir),” kata Anwar disahut ketawa daripada para hadirin, lapor Channel News Asia.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei lalu.

Anwar, yang pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara, menonton upacara pelantikan itu dari wad hospital selepas menjalani pembedahan.

Dialog yang berlangsung hampir dua jam itu memberi peluang kepada pelajar negara itu untuk bertanyakan soalan tentang politik semasa Malaysia. – Awani

Sumber MR - 21-9-2018

 Rafizi tak anggap UMNO makin lemah

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <



KUALA LUMPUR – Sekalipun UMNO kini dilihat sedang bergelut dengan kemelut ditinggalkan beberapa pemimpinnya, namun walaupun sebagai seteru politik Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak mengambil pendekatan merendahkan parti itu.

Beliau berkata UMNO belum tentu akan terkubur dan lemah sekalipun ia mengalami cabaran getir pada hari ini.

“Nasihat saya, jgn cepat buat kesimpulan. Tunggu semua maklumat. Semak semua.

“Kalau dengan 1 ahli parlimen pun, belum tentu parti itu berkubur. Walau dituduh lemah, belum tentu ia betul-betul lemah,” katanya menerusi Twitter.

Rafizi memberikan contoh PKR pada 2004 yang hanya memiliki kerusi Parlimen Permatang Pauh sahaja jika dibandingkan hari ini di mana parti itu merupakan sebahagian kerajaan persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan UMNO. -SuaraTv

Sumber MR - 20-9-2018

 Anwar mungkin rombak kabinet Dr Mahathir

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <



Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan merombak kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menggantikannya kelak.

Bakal presiden PKR itu berkata beliau akan membuat keputusan berdasarkan prestasi menteri sedia ada.

"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baru untuk membuat keputusan.

"Saya belum memikirkannya lagi; semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu, satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.

"Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula. Ini memang dijangkakan," katanya kepada Channel News Asia.

Anwar dijadual menggantikan Mahathir dalam masa dua tahun, tetapi perdana menteri itu berulang kali berkata bahawa jangka masa untuk peralihan berkenaan adalah fleksibel.

Ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar, dengan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada peristiwa 1998 akan berulang.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap mesra.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan, Anwar tidak mahu berterus terang apabila ditanya siapa yang beliau mahu melihat sebagai timbalannya apabila menjadi perdana menteri.

"Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.

"Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri, "katanya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri sekarang.

Anwar, 70, dijangka kembali ke Dewan Rakyat jika memenangi pilihan raya kecil Port Dickson.

Sumber MR - 20-9-2018 

 Wujud pihak monopoli buat keputusan punca pertikaian, kata Ketua Srikandi PKR

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <




SHAH ALAM -Tindakan pihak tertentu dalam PKR yang memonopoli dalam membuat keputusan tanpa melibatkan kepimpinan lain menjadi punca wujudnya ketidakpuasan hati, kata Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Sekalipun hakikat Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perjanjian Pakatan Harapan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat dinafikan, namun barisan kepimpinan berhak diberikan ruang menyuarakan pendapat dan menerima maklumat menerusi saluran yang benar.

“Kalau cara buat keputusan dibuat dengan betul diperolehi dengan kesepkatan tidak menjadi isu tapi bila hanya dimonopoli oleh pihak tertentu dan tanpa beri ruang inilah yang berlaku

“Hampir keseluruhan kepimpinan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri mempersoalkan cara beberapa kepimpinan membuat keputusan itu yang menjadi isu,” katanya kepada SuaraTv ketika dihubungi.

Beliau juga mengakui suara-suara pertikaian berkenaan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Anwar bertanding menunjukkan kelemahan dalam PKR mewujudkan sistem perbincangan di antara satu sama lain sehingga pada akhirnya mewujudkan persepsi parti itu tidak mengamalkan politik matang.

Siti Aisyah selain itu tidak menolak ketidakharmonian dalam PKR yang muncul baru-baru ini juga disebabkan oleh ‘kem-kem’ yang cuba menonjol menjelang pemilihan parti.

“Bagi saya apa yang sedang berlaku adalah kerana kelonggaran dalam buat keutusan dalam suatu politik khusus PKR.

“Jika kepimpinan menghormati satu sama lain dan bekerjasama, keputusan dibuat dalam keadaan harmoni (ini tidak akan berlaku, malangnya dalam suasana pemilihan banyak kumpulan-kumpulan berganding dan melihat ancamana antara pihak tertentu dan inilah yng sedang berlaku dan akhirnya dilihat masyarakat sebagai tidak matang,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar semua pihak menghormati proses transisi bapanya menjadi Perdana Menteri.

Nurul dilihat berkata demikian setelah beberapa pemimpin PKR menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan ‘Langkah PD’ yang didakwa tidak dibuat berdasarkan saluran yang betul dan perbincangan dalam parti. -SuaraTv

Sumber MR - 18-9-2018

 Kecewa PKR semakin hilang arah, 200 ahli keluar parti

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <





PULAU PINANG 18 Jan. – Kecewa dengan perjuangan PKR yang disifatkan tidak konsisten dan sudah hilang arah mendorong kira-kira 200 ahli PKR Cabang Jelutong di sini mengambil keputusan me­ning­gal parti itu.

Diketuai Timbalan Pengerusinya, Lee Boon Miin, mereka menye­rahkan borang keanggotaan kepada parti baharu, Parti Bersama Malaysia (MUP) yang sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menurut Boon Miin, selain tertekan dengan pentadbiran DAP di negeri ini yang disifatkan menindas wakil rakyat PKR, mereka juga kecewa dengan perbalahan sesama pembangkang dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP seperti yang berlaku di Selangor.

“Perjuangan politik pemim­pin PKR kini bukan lagi kerana kepentingan ahli-ahli parti sendiri, sebaliknya menyokong penuh keangkuhan pemimpin DAP,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden MUP, Tan Gin Theam di sini semalam.

Sementara itu, Boon Miin yang menyertai PKR sebelum pilihan raya umum 2008 berkata, lebih mengecewakan mereka apabila PKR kini menjalin kerjasama de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ujarnya, kerjasama itu jelas menunjukkan perjuangan PKR kini semakin tersasar kerana asas penubuhannya adalah untuk menentang apa yang didakwa sebagai kezaliman yang dilakukan Dr. Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya kami masih kekal dalam PKR, kami tidak sesekali boleh mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang atau Ketua Menteri, Lim Guan Eng sedangkan banyak kontroversi timbul dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Sebab itu, demi masa depan yang lebih baik kepada penduduk dan negeri ini, kami nekad me­nyertai MUP dan walaupun parti ini kecil, namun jangan ingat parti ini tidak boleh memberi kesan besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Gin Theam ber­kata, ketidaksefahaman yang wujud dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP memperlihatkan se­­olah-olah pembangkang kini hanya wujud pada nama semata-mata.

“Asas perpecahan semakin ke­tara dalam Pakatan Harapan dan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan mereka pula akan dikenakan pelbagai tekanan.

“Sebab itu MUP ditubuhkan ia­itu sebagai platform untuk rakyat menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati mereka khususnya kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pakatan Harapan,” katanya.  - UM

Sumber MR - 14-9-20118

 Pengosongan kerusi Port Dickson tiada mesyuarat rasmi - Amirudin

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <






SHAH ALAM: Tiada mesyuarat rasmi dalam PKR berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, beliau juga tidak tahu berkenaan keputusan Ahli Parlimen Port Dickson untuk mengosongkan kerusi di parlimen itu sebelum pengumuman semalam.

Amirudin berkata, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, berkata tindakan itu mungkin adalah satu strategi parti namun beliau tidak pasti berkenaan perkara itu.

"Sekarang ini saya tunggu mesyuarat rasmi kenapa keputusan itu dibuat. Selalunya apabila ada PRK dan sebagainya, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik.

"Namun, dalam mesyuarat yang lalu saya ada bertugas di Lumut, Perak. Saya tidak pasti apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Jika tanya saya, tiada mesyuarat rasmi mahupun keputusan untuk PRK di Port Dickson serta Ahli Parlimen berkenaan mengosongkan kerusi," katanya ketika diminta mengulas berkenaan PRK Port Dickson yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen INPENS International College di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosongkan kerusi yang disandangnya untuk ditandingi bakal Presiden PKR itu dalam usaha Pakatan Harapan (PH) mengangkatnya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Ketika ditanya adakah beliau akan membantu untuk berkempen dalam PRK Port Dickson nanti, Amirudin berkata ia adalah tanggungjawab dalam parti.

"Itu pilihan parti kita harus bekerja untuk itu. Tanggungjawab saya untuk membantu dalam PRK nanti dan memenangkan parti," katanya.

Beliau turut ditanya adakah pengundi akan mula bosan seterusnya memboikot PRK Port Dickson yang akan datang.

"Kita kena lihat dari semasa ke semasa. Strategi perlu dibincangkan secara serius dalam mesyuarat. Kita dapat dilihat kepentingan namun keputusan dibuat atas kebijaksanaan kepemimpinan tertinggi parti," katanya.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyelar keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson yang didakwa ‘didalangi’ sesetengah pemimpin parti itu dibuat tidak mengikut saluran betul.

Beliau didakwa berkata, tindakan itu dilabelnya sebagai dangkal kerana tidak dibuat secara bersama kerana menyisihkan suara pemimpin lain dalam PKR.

MR : PKR kan parti Anwar sekeluarga, jadi mesyuarat pun di rumah Anwar. Rafizi datang kerana dia anak angkat Anwar.. Anwar dan Zizah rindu anak lelaki selepas anak lelaki menghilang diri tak nak jumpa keluarga. Engkau bukan keluarga, jadi jangan masuk campur...

Sumber MR -14-9-2018

 Tian Chua kata Saifuddin Nasution penipu

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <









Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa tidak pernah dimaklumkan berhubung keputusan parti mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau yang turut menghadiri mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu berkata, tiada seorang pun dalam biro terbabit boleh mengesahkan secara tepat keputusan berkenaan dicapai pada malam berkenaan.

“Satu-satunya perkara yang Saifuddin (Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail) berkata ketika mesyuarat adalah kerusi (yang akan dikosongkan) sudah diputuskan dan akan diadakan sidang media keesokan harinya (Rabu).

“Kemudian (seperti diumumkan pada sidang media) barulah jelas ini (kerusi Port Dickson yang dikosongkan) sudah dibincangkan lebih awal,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sebelum ini Saifuddin dilaporkan berkata, keputusan mengosongkan kerusi itu adalah usaha Pakatan Harapan (PH) mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan sudah diputuskan melalui biro politik PKR yang turut dianggotai Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu berkata, kedua-dua rakannya itu adalah anggota biro terbabit yang membincangkan pelbagai isu dalam parti termasuk proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Ditanya apakah Zuraida dan Chua hadir dalam mesyuarat biro politik setiap kali diadakan, Saifuddin dipetik sebagai berkata persoalan itu perlu diajukan kepada kedua-dua rakannya itu.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah semalam mengumumkan mengosongkan kerusi yang disandangnya untuk ditandingi Anwar.

Mengulas lanjut, Tian Chua berkata, beliau melihat keputusan memilih Port Dickson itu ‘dimanfaatkan’ Naib Presiden, Rafizi Ramli, dalam usaha untuk menjayakan kempen merebut jawatan Timbalan Presiden.

Beliau turut mendakwa Rafizi adalah individu yang menyerahkan surat peletakan jawatan Danyal Balagopal sebagai Ahli Parlimen kepada Speaker Dewan Rakyat semalam.

“Dia yang menyerahkan surat itu kepada Speaker pada kira-kira jam 10 pagi semalam. Tidak bolehkah Danyal Balagopal sendiri yang menyerahkan surat itu?

“Adakah Rafizi bimbang Danyal Balagopal mungkin akan mendedahkan beberapa ‘rahsia’ jika dia didesak oleh Speaker?” katanya.

Sementara itu usaha untuk mendapatkan komen Zuraida yang kini menghadiri simposium di Bali, Indonesia atas kapasitinya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak berhasil.

MR : PKR parti GILER KUASA....

Sumber MR - 13-9-2018

 Pesara tentera bantah bekas pegawai TLDM lepas kerusi kepada Anwar

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <










PETALING JAYA: Kumpulan veteran Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) memberi amaran tindakan PKR meminta Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan kerusinya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin menyebabkan undi bantahan terhadap presiden PKR itu.

Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, tindakan itu juga boleh membawa impak negatif kepada calon tentera dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya, veteran gembira dengan kemenangan Danyal di Port Dickson pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dan berharap beliau boleh mengisi kekosongan ditinggalkan bekas ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid yang juga laksamana pertama.

“Kami faham keputusan untuk mengosongkan mana-mana kerusi ialah hal dalaman parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“(Tetapi) pucuk pimpinan PKR perlu memahami kehadiran veteran tentera di Parlimen disokong ribuan veteran dan dianggap wakil mereka, serta suara yang mereka boleh harapkan dalam perkara menjejaskan veteran.”

Sumber PKR yang dipetik FMT berkata, Anwar akan bertanding di Port Dickson dalam misinya memasuki Parlimen.

Danyal yang merupakan bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi).

Arshad berkata, jika benar Danyal akan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, Patriot menganggap PKR tidak mementingkan veteran dan petanda parti itu tidak menghargai kehadiran pesara tentera sebagai wakil rakyat.

“Patriot berpendapat Danyal perlu kekal sebagai ahli Parlimen untuk menyuarakan isu berkaitan tentera dan kebajikan veteran yang sering diabaikan.”

Katanya, rakyat merasa letih selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu yang disusuli 3 pilihan raya kecil.

“Jika satu lagi pilihan raya kecil perlu diadakan, Patriot menggesa kepimpinan PKR membenarkan kerusi Port Dickson kekal dengan penyandangnya dan Anwar bertanding di kerusi lain.”

Sumber MR - 12-9-2018

 Ahli PKR bukan pak turut

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <









Setiap pihak yang bertanding dalam pemilihan KEADILAN (PKR), harus punya ruang untuk menyampaikan visi, misi dan program yang akan dilaksanakan sekiranya menang. Cara menyampaikan adalah pelbagai, dari sesi penerangan mahupun debat.

Bagi saya debat adalah ruang terbaik. Kalau tidak secara langsung di televisyen pun, ia masih boleh dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli yang berminat.

Namun sepanjang tempoh kempen kali ini perkara yang banyak dilaporkan adalah serangan peribadi yang menjurus kepada perpecahan. Terkadang perkara yang dibincangkan secara dalaman juga menjadi hujah untuk menghentam pihak lawan.

Kita baru selesai PRU 14, dan telah menghadapi tiga pilihan raya kecil. Pada masa yang sama perlu mengimbangi janji manifesto untuk segera ditunaikan.

Di antaranya tentang perdana menteri menunggu. Untuk menjadi perdana menteri seseorang itu haruslah menjadi anggota Dewan Rakyat. Jadi satu kerusi harus dikosongkan.

Untuk menjadikan seseorang calon mampu menang di musim pemilihan adalah dengan mereka sanggup mengosongkan kerusi untuk sekian-sekian orang. Wakil rakyat yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seumpamanya akan dianggap tidak menyokong dan mensabotaj pemimpin tertinggi parti.

Mandat lima tahun yang pengundi berikan, usah dipandang ringan. pengundi generasi millenial ini, bukanlah pak turut yang dengan mudah mengangguk segala keputusan elit parti.

Oleh itu, KEADILAN perlu mencari alasan kukuh kenapa sesebuah kerusi harus dikosongkan untuk memberi laluan sesiapa sahaja bertanding. Masih ingat Langkah Kajang mahupun Penanti?

Tidak mencabar jawatan tertentu

Sebagai sebuah parti politik pertama di Malaysia yang mengangkat suara semua ahli di dalam pemilihan parti, agak tidak manis sekiranya terdapat desakan jawatan tertentu tidak dipertandingkan.



Pemimpin yang berasakan diri mereka layak, harus diberi ruang seluasnya. Bila mana terdapat pandangan yang tidak selari, pihak berkenaan akan segera dicop tidak setia pada orang tertentu.

Perkara yang sama bila kita mengkritik Umno yang hampir tiada pencabar untuk jawatan pertama dan kedua sejak peristiwa pahit mereka pada tahun 1987.

Saya masih percaya KEADILAN berdiri kerana 18 tujuan dan matlamat parti. Pemimpin akan pergi tetapi idea dan gagasan akan kekal selamanya.

Setuju untuk tidak bersetuju

Di dalam organisasi mana pun, kita akan berdiri kerana hasrat yang sama. Perkara yang tidak dipersetujui akan menjadi nota yang akan dibincangkan kerana ruang masih ada. Kita akan semakin kuat sekiranya mampu dan bersedia merapatkan jurang.

Baik pemimpin atau ahli bawahan adalah bebas berekspresi di bawah garis batas yang telah disediakan. Namun kita sering menggelar setiap orang yang bersuara sebagai condong kepada sesuatu pihak kemudian akan dicemuh dan dikeji. Kita boleh dan tidak salah untuk memihak. Tetapi santun sesama kita harus tetap dijaga.

Saya cukup menghargai pimpinan KEADILAN terdahulu dan sekarang. Setiap daripada mereka termasuk semua ahli dan rakyat Malaysia adalah sebab utama kita masih wujud untuk membina Malaysia yang lebih baik.

Di dalam pertandingan pemenang hanyalah satu. Setiap orang ada kekuatan dan harus diberikan peranan lain kepada yang kalah. Oleh yang demikian saya tidak bersetuju penggunaan 'chai'. Ahli harus dididik mengetahui prestasi kerja setiap yang bertanding dan bukan dididik menghafal nombor 'chai'.

MOHD HAFIZAN MAZUKI 

ahli PKR Cabang Tasek Gelugor,
Pulau Pinang dan akan keluar mengundi pada 22 September 2018.

Sumber MR - 12-9-2018

 Pertelingkahan dalam PKR adalah “sampah yang menjijikkan”

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <










GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PKR menggesa dihentikan pertelingkahan dalam kalangan ahli parti dan memberi amaran pertikaian sedemikian hanya akan merosakkan imej presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan laporan mengenai pertelingkahan itu sebagai “sampah yang menjijikkan”, ahli jawatankuasa pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata mendedahkan isu dalaman kepada khalayak tidak akan membantu Anwar dalam usahanya menjadi perdana menteri Malaysia kelapan.

“Pertelingkahan dalaman tersebut benar-benar merosakkan imej Anwar sebagai pemimpin parti dan bakal perdana menteri.

“Bagaimanakah Anwar mahu menjadi perdana menteri sekiranya pengundi dan rakan kita dalam Pakatan Harapan (PH) melihat kita sebagai sekumpulan orang tolol yang saling bertengkar, berpuak-puak dan destruktif?,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai parti yang mempunyai kerusi Parlimen paling banyak, PKR bertanggungjawab memelihara maruah dan kehormatannya di mata pengundi.

“Kita akan dilihat sebagai mata rantai paling lemah dalam PH, sedangkan kita sepatutnya bekerja keras untuk memenangi kepercayaan dan rasa hormat rakan kongsi dalam kerajaan.

“Semua cakap-cakap tanpa henti yang mempersoalkan kesetiaan dan membandingkan siapakah pembaharu sebenar atau palsu dalam parti sepanjang 20 tahun ini adalah sampah yang menjijikkan.”

Beliau berkata, pemilihan parti akan datang bukanlah pertandingan antara naib presiden Rafizi Ramli dengan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Biar apapun keputusan pemilihan kelak, kita perlu bersatu, baik pemenang atau yang tewas, untuk terus bekerja ke arah agenda 9 Mei bagi kepentingan parti, PH dan negara tercinta,” katanya.

Gooi, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Alor Setar, memenangi kerusi negeri di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau mengisyaratakan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan sebagai ahli jawatankuasa pusat PKR dalam pemilihan akan datang.

Sumber MR - 10-9-2018

Untuk sedapkan hati, Anwar terpaksa akui kejujuran Mahathir

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <











Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya Tun Dr Mahathir Mohamad akan mematuhi persetujuan sebelum ini untuk menyerahkan kedudukan perdana menteri kepadanya, menurut laporan Nikkei Asian Review.

"Saya percayakannya dan tiada sebab untuk saya persoal," katanya seperti dipetik, sambil mengakui ada pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Mahathir atas sebab peribadi.

"Selagi saya terus mempunyai hubungan baik dengannya, tidak mengapa," katanya lagi.

Anwar juga dilaporkan berkata beliau bercadang untuk masuk ke Parlimen, melalui pilihan raya kecil pada Oktober, bagi memainkan peranan semak dan imbang terhadap reformasi institusi kerajaan.

"Keputusan untuk aktif dalam parlimen adalah strategik dari aspek orang tidak akan ada tanggapan yang saya cuba mengganggu atau menyukarkan keadaan untuk Mahathir," katanya.

Anwar juga memberitahu Nikkei Asian Review bahawa beliau tiada niat mengganggu pentadbiran Mahathir.

Berkenaan reformasi oleh kerajaan pula, Anwar berkata beliau mahu dasar bumiputera agar dikembalikan kepada tujuan asal iaitu membasmi kemiskinan.

"Dasar itu yang berasaskan kaum dan telah disalah guna untuk mengkayakan kroni perlu dihentikan.
"Dasar yang membantu golongan terpinggir, minoriti dan bumiputera yang ketinggalan perlu diteruskan sebagai (dasar) tindakan afirmatif, bukannya sebagai dasar bumiputera," katanya lagi.

Menurut wawancara itu yang disiarkan hari ini, beliau juga menyokong tindakan Mahathir untuk menyemak semula pelaburan dari China, namun menekankan kepentingan menambah baik hubungan antara dua negara.

Anwar mendakwa kerajaan sebelum ini "terlalu lembut" bagi menarik sokongan golongan Muslim konservatif, dan berkata masyarakat di negara ini perlu menghormati perbezaan kepercayaan dan cara hidup orang lain.

Beliau dilaporkan berkata, ia termasuk golongan gay, biseksual dan transgender, tetapi kerajaan tidak akan mengiktiraf perkahwinan sejenis.


MR : Adakah Anwar akan di'sengat' kali kedua?....

Sumber MR - 29-8-2018

 Pemilihan PKR: Azmin sindir rafizi & Anwar Bukan agenda individu

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <












Menjelang pemilihan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihati semua pihak agar tidak mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Azmin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya mengajak semua pimpinan serta anggota parti meletakkan agenda negara di hadapan berbanding individu.

"Saya menasihati semua pihak tumpu pada kerangka besar Pakatan Harapan (HARAPAN). Rakyat telah beri sokongan yang sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini.

"Rakyat mahu kerajaan baru atas nama HARAPAN. Sebagai pemimpin kita tidak boleh khianati amanah yang diberi rakyat untuk lakukan perubahan.

"Maka saya mengajak semua pimpinan dan anggota supaya letak agenda besar ini mengatasi kepentingan individu, kelompok, peribadi dan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung konflik yang melanda PKR ketika ini apabila 'kem Rafizi Ramli' didakwa menyerang Azmin.

Terdahulu, Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Azmin berpakat bersama Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pihak yang membuat dakwaan itu perlu diambil tindakan, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada pihak jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Namun, menurut Azmin, yang paling penting ketika ini bukan masalah disiplin sebaliknya isu kewibawaan seseorang untuk menjadi pemimpin.

"Saya percaya ini bukan masalah disiplin sahaja tetapi ini isu kewibawaan seseorang untuk laksana tanggungjawab sebagai pemimpin dalam mana-mana parti.

"Saya harap semua pihak dapat maju kehadapan untuk kukuhkan lagi HARAPAN dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai pemimpin," katanya.

MR : Mampukan team Azmin menjatuhkan team Anwar?.... 

Sumber MR - 15-8-2018

 Anwar akan tanding kerusi Parlimen di Perak pula?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <













PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kembali ke Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil, sedang menyasarkan sebuah kerusi Parlimen di Perak, kata satu sumber.

Sumber itu berkata, bekas ketua pembangkang itu mungkin bertanding di sebuah kerusi yang dimenangi seorang ahli Parlimen bebas atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Ahli Parlimen itu menemui Anwar baru-baru ini dan menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada presiden PKR yang baru itu bertanding dalam satu pilihan raya kecil,” kata sumber tersebut.

Alasan ahli Parlimen itu mahu melepaskan kerusinya bagaimanapun tidak jelas.

Ada 2 ahli Parlimen bebas di Perak, iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Azmi di Bagan Serai dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Bukit Gantang.

Pada 24 Jun lalu, Azmi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau dipinggirkan Umno Bagan Serai dan tidak pernah diterima ahli bahagian sepanjang 5 tahun menjadi ahli Parlimen.

Azmi berkata, beliau akan menjadi ahli Parlimen bebas, tetapi bercadang menyertai PPBM yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Bagan Serai pada 9 Mei lalu, tetapi majoriti 1,140 undi yang diperolehinya pada 2013 berkurangan kepada hanya 172 undi dengan pencabar terdekat daripada PAS, Rohaya Bakar.

Tiga hari selepas pengumuman itu, Umno berdepan satu lagi tamparan apabila Syed Abu Hussin Hafiz mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Syed Abu Hussin Hafiz mengambil keputusan itu selepas melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun parti itu bekerja keras untuk merampas Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada timbalan saya,” katanya pada 27 Jun lalu.

Pada PRU14, Syed Abu Hussin Hafiz memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 4,089 undi selepas menewaskan calon PAS, Idris Ahmad dan calon PH, Khadri Khalid.

Sumber dalam PKR berkata, Anwar boleh memenangi kerusi itu kerana BN menang kerusi Bagan Serai dan Bukit Gantang dengan majoriti kecil.

“Memenangi pilihan raya kecil tidak patut menjadi masalah kepada Anwar kerana PH menguasai Putrajaya dan kerajaan negeri Perak,” kata sumber itu.

Anwar sebelum ini berkata, beliau tidak tergesa-gesa menjadi perdana menteri kerana keutamaannya ialah memasuki Dewan Rakyat.

Beliau menggesa rakyat memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang sedang memimpin negara dan berkata, berdasarkan persetujuan awal PH, peralihan kuasa boleh berlaku dalam masa terdekat dengan penyertaannya di Dewan Rakyat.

Beliau mengakui ada tawaran daripada sesetengah ahli Parlimen untuk melepaskan kerusi mereka bagi memberi laluan kepadanya untuk ke Parlimen.

“Saya menghargai tawaran itu. Buat masa ini, kita perlu sokong Mahathir sepenuhnya. Kita perlu memberi ruang dan cara kepadanya untuk memimpin kerajaan tanpa tekanan.

“Jika saya memutuskan untuk memasuki Parlimen, ia sebagai penyokong kerajaan. Kami masih memantau. Jika anda lihat kepada prosesnya, ia perlu bermula dengan penyertaan saya dalam Parlimen untuk meletakkan saya dalam kedudukan bagi peralihan kuasa berlaku.”

Ditanya jika beliau akan menyertai pilihan raya kecil secara semula jadi atau dirancang, katanya: “Jangan kita berdoa orang meninggal cepat.”

MR : Nak buat langkah Kajang 2, agaknya Mahathirdan Azmin akan biarkan sahaja? Pemilihan PKR engkau cuba sembelih Azmin, Azmin tak sebodoh itu....

Sumber MR - 15-8-2018

 Anwar bakal tandingi kerusi Pekan?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <














 KUALA LUMPUR - PKR tidak menolak kemungkinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, bagi membolehkan beliau menyertai semula arena politik negara.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, namun perkara ini bergantung kepada perkembangan semasa kes mahkamah yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini penyandang kerusi berkenaan.

"Buat masa ini belum (buat keputusan) tapi kita tengok apa yang berlaku dengan Parlimen Pekan (kerusi Najib).

"Saya rasa mungkin akan berlaku dalam bulan-bulan akan datang di mana banyak daripada kes-kes yang mungkin di mahkamah atau akan masuk di mahkamah akibat daripada siasatan SPRM mungkin kita boleh lihat keadaan bagaimana nanti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri Anwar mengesahkan bahawa suaminya akan bertanding merebut kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, jelas Wan Azizah, kerusi Parlimen yang mana menjadi pilihan itu terpulang kepada Anwar.

Rentetan itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sedia mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar  jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, menurut William sehingga kini beliau masih belum diberitahu atau berbincang berkenaan pengosongan posisinya di Selayang demi  membuka jalan kepada Anwar.

Dalam perkembangan terbaharu isu ini, sehingga kini Anwar masih belum membuat keputusan kerusi parlimen mana yang mahu ditandingi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata  Anwar kini  sudah bersedia untuk pergi ke mana-mana kerusi Parlimen.

"Itu satu kepastian kerana saya percaya bukan sahaja sudah bersedia ke Parlimen malah rakyat Malaysia juga bersedia nak melihat Anwar sebagai pemimpin dalam persada politik.

"Saya percaya banyak tempat yang ada buat Anwar, Parlimen Lembah Pantai ada Selayang ada Setiawangsa, Pekan pun ada," katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan kini berhadapan dengan pelbagai kes.

Terbaharu beliau hadir bagi memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, hari ini.

Najib akan hadir bagi memberi keterangan bagi kes SRC International Sdn Bhd di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa buat kali pertama di Mahkamah Kuala Lumpur berhubung pemindahan wang RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau yang dipercayai diseleweng dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Najib pada PRU14 meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi menewaskan pencabar terdekatnya Ahiatudin Daud dari Pas yang memperoleh 18,995 undi, Zahid Mat Arip  dari PKR (7,662 undi) dan calon bebas, Datuk Padukan Abd Kadir (103 undi) dalam pertembungan empat penjuru.


MR : Mampukah Anwar berhadapan dengan Azmin dan Mahathir?.... 

Sumber MR 8-8-2018

Tian Chua tegur Rafizi wujud ‘pasukan’

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/tian-chua-tegur-rafizi-wujud-pasukan.html














PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua menegur langkah Rafizi Ramli yang menampilkan regu dalam kempen merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti akan datang.

“Saya tidak setuju dengan cara Rafizi menguruskan dirinya. Ahli PKR dibenarkan untuk bertanding jika mereka mahu, dan mereka pasti mempunyai prerogatif untuk memilih siapa yang mereka mahu.
“Itu tiada masalah. Tetapi jangan mula mengatakan ‘ini pasukan saya’ dan ‘hanya sokong pasukan saya’ kerana anda adalah reformis sebenar dan selebihnya semuanya korup. Bagaimana anda boleh mengatakan ini?” Tian Chua.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR, mengumumkan pencalonannya minggu lalu. Beliau dijangka akan berdepan penyandang, Datuk Seri Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi, pada pemilihan PKR tahun ini.

Azmin, bagaimanapun, belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Rafizi mengesahkan beliau menampilkan 8 regu yang terdiri daripada Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari Abdul, William Leong, S Kesavan, Fuziah Salleh, Rodziah Ismail, Akmal Nasir dan Raymond Ahuar.

Mereka akan bertanding di 4 jawatan naib presiden dan juga pemimpin Wanita dan Pemuda.
Tian Chua yang juga bekas ahli parlimen Batu, berkata PKR mesti “bertenang” dan berhati-hati untuk menerima “budaya politik yang sangat buruk”.

“Ini tidak seperti pertandingan 2 atau 3 penjuru dalam pilihan raya umum sebelum ini di mana setiap parti akan bersaing kerana mempunyai ideologi yang berbeza. PKR adalah mengenai pembaharuan. Apa lagi yang ada untuk kita menarik perhatian ahli kita?

“Kita semua ahli keluarga. Jangan masuk dan kata ‘ini pasukan saya’. Setuju sahaja untuk terima pemimpin lain jika ada konsensus untuk itu, tetapi jangan lakukan seperti ini,” katanya, merujuk kepada Rafizi.

Pemilihan PKR dijadualkan berlangsung dari September hingga Oktober. Ia berlangsung setiap 3 tahun. Proses pencalonan bermula bulan ini.

Kini 60% memihak kepada Azmin dan 40% kepada Rafizi, yang mengendalikan Invoke Malaysia, menurut sumber dalaman parti.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menafikan terdapat puak-puak dalam parti itu, mengatakan ia hanyalah sebahagian daripada proses demokrasi. Ini merupakan sentimen umum kebanyakan pemimpin PKR, termasuk Tian Chua.

Tian Chua berkata beliau belum lagi memutuskan sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan parti dan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya sekarang atau bertanding untuk jawatan baharu.

Rafizi yang juga bekas ahli parlimen Pandan, mendapat pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan untuk kekal sebagai pemegang jawatan walaupun dikenakan sabitan jenayah.


MR : Bangkal gajah mana nak sembunyi...... 

Sumber MR - 2-8-2018


Lawan Anwar atau tak? Azmin umum selepas PRK Sg Kandis

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/lawan-anwar-atau-tak-azmin-umum-selepas.html















SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan sama ada dia akan melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi presiden PKR selepas hari pengundian pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan cuba merebut kerusi itu dari tangan Anwar, yang mengumumkan hasrat bertanding 15 Julai lepas.

“Saya tumpukan persiapan di Sungai Kandis. Selepas itu baru umum,” katanya ketika ditemui di ceramah bersama calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, di DUN Sungai Kandis malam tadi.

Pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung bulan depan dijangka menjadi pemilihan yang sengit, melibatkan persaingan antara 2 kem yang diketuai Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Rafizi Ramli.

Rafizi mengumumkan akan melepaskan jawatan naib presiden untuk merebut kerusi timbalan presiden, yang sekarang disandang Azmin.

Azmin menghormati keputusan Rafizi dan menyifatkan perkembangan ini tidak pelik dalam proses demokrasi.

“Inilah kekuatan PKR. Saya berada di jawatan ini pun sepanjang 20 tahun kerana pertandingan. Saya tidak pernah dapat secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Azmin mendoakan Adun Seri Setia Shaharuddin Badaruddin cepat sembuh daripada kesakitan yang sedang dialaminya.

“Beliau di rumah sedang rehat,” katanya ketika diminta mengesahkan sama ada Shahruddin sedang sakit tenat atau tidak.

Terdahulu, media melaporkan exco Selangor itu sedang sakit tenat kerana kanser kolon.


MR : Politik Azmin biasa 'seperti memancing' ada kala ditarik ada kala dihulurnya.... 

Sumber MR - 31-7-2018

Pemilihan PKR: Adakah Azmin akan tumbang di tangan Rafizi?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/pemilihan-pkr-adakah-azmin-akan-tumbang.html
















“Jom lawan Azmin!” Itulah mood yang sedang dibina secara tidak langsung oleh Rafizi Ramli yang melancarkan kempennya untuk berebut jawatan timbalan presiden PKR yang disandang Datuk Seri Azmin Ali.

Dengan penyertaan Nurul Izzah Anwar, anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ini dan juga calon tunggal presiden PKR akan datang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kem Rafizi, pemilik badan pemikir Invoke telah melahirkan persepsi inilah barisan yang dikehendaki keluarga presiden PKR.

Sama ada persepsi itu betul mahupun tidak, asalkan persepsinya begitu, maka ia akan dianggap betul di dalam PKR kerana itulah makanan harian mereka.

Apapun, niat Rafizi bertanding adalah untuk menyingkirkan Azmin dan kini ia diketahui umum. Apa pergeseran yang berlaku di antara mereka, hanyalah mereka yang tahu.

Rafizi berkata, antara sebab beliau berebut jawatan timbalan presiden PKR ialah untuk membebaskan PKR daripada budaya “salam cium tangan” dan feudal serta budaya orang bawah tidak boleh menegur orang atas.

Tiada hadiah untuk sesiapa yang dapat meneka kem mana yang dimaksudkan Rafizi sebagai pembawa budaya itu.

Berbalik kepada Azmin, sebenarnya Rafizi adalah penyumbang terbesar secara tidak langsung kepada perkembangan pesat politik Azmin yang tidak diketahui umum.

Sebelum Langkah Kajang yang dicipta Rafizi, Azmin cumalah seorang Adun biasa dan ahli Parlimen di Selangor. Ketika itu, yang memegang jawatan menteri besar Selangor ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak sebulu dengan Azmin.

Azmin mendapat durian runtuh apabila Langkah Kajang Rafizi gagal menaikkan Wan Azizah mahupun Anwar sebagai menteri besar Selangor dan jawatan itu jatuh ke tangan Azmin. Bermula dari situlah kerjaya Azmin berkembang pesat sehinggalah kini beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi.

Meskipun Azmin ditekan dan diserang pelbagai arah di dalam PKR, kepetahan politik Azmin menyebabkan beliau sentiasa berada di depan Rafizi mahupun Anwar, dan kedudukan Azmin tidak pernah goyah, walaupun suatu ketika Rafizi pernah memegang jawatan setiausaha agung PKR.

Contoh terbaru yang menonjolkan lagi kehebatan berpolitik Azmin di dalam PKR ialah siapa yang menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Ia bukan satu kebetulan Adun Dusun Tua, Amirudin Shari dipilih menggantikan Azmin sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Dr Idris Ahmad seperti yang diwar-warkan media sebagai pilihan utama.

Seperti Langkah Kajang, Azmin masih mendiamkan diri terhadap pendiriannya di dalam pemilihan PKR. Beliau membiarkan Rafizi melancarkan segala “kerjanya” dahulu.

Baru-baru ini, ada 4 peletakan jawatan di dalam PKR Selangor yang didakwa tidak berpuas hati dengan amalan “kronisme dan nepotisme” di dalam lantikan ahli majlis.

Dan kebetulan, isu ini mendapat perhatian Datuk Johari Abdul yang diumumkan Rafizi sebagai salah satu anggota pasukannya semalam yang menggesa “kepimpinan Selangor” menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi menjejaskan reputasi kerajaan negeri.

Siapa pengerusi PKR Selangor? Sudah tentunya Azmin! Jadi, tidak perlulah kita teka siapa yang sedang disasarkan Johari daripada pasukan Rafizi di dalam gesaannya di atas.

Tiada apa yang akan berlaku kepada Rafizi, sekiranya beliau tewas di dalam perebutan kuasa kali ini. Namun, jika Azmin dan pasukannya tewas, Azmin mungkin terpaksa kembali ke zaman sebelum Langkah Kajang.

Apakah Azmin akan tumbang di tangan Rafizi kali ini?

Ataupun Rafizi akan tersilap taktik lagi sehingga membawa kerugian kepada Anwar dan memberikan durian runtuh sekali lagi kepada Azmin sehinggakan akhirnya Azmin bakal menguasai PKR secara total dan bebas daripada kongkongan keluarga Anwar?

Yang paling penting, apakah kesudahan yang diinginkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

TIMMY SAY


MR : Jika silap langkap bukan sahaja Rafizi tumbang, tapi Anwar juga tumbang kerana dibelakang Azmin adalah Mahthir....

Sumber MR - 30-7-2018

Zawawi ni sekejap 7000, sekejap 3000, mana satu nak pakai?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/zawawi-ni-sekejap-7000-sekejap-3000.html
















Calon Pilihan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin 3,000 penyokong PAS akan mengundinya pada 4 Ogos ini.

Zawawi berkata, sokongan itu dilihat berdasarkan pertemuan dengan penyokong parti Islam itu ketika berkempen di Sungai Kandis.

 Malaysiakini menyiarkan berikan ini semalam. Pada 23 Julai lalu Malaysiakini juga menyiarkan berita bahawa Calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin anggota PAS akan mengundinya pada 4 Ogos ini.

Mohd Zawawi berkata keyakinan itu lahir ekoran kehendak anggota parti Islam itu sendiri yang mahukan pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam.

“Saya yakin pengundi PAS yang 7,000 itu akan mengundi saya.


Adakah dalam masa 6 hari sahaja 4000 pengundi PAS telah berpaling menyokong BN? Atau memang Zawawi pengetua Tahfiz pun kaki auta juga?

MR : Ramai pimpinan Islam yang berada dalam PH menjadi 'munafik' atau hipokrit cakap-cakap mereka semuanya boleh dibuang ke laut. Belum dapat jawapan cakapnya benar tapi bila dah ada jawatan sebiji macam Mahathir dan UMNO....

Sumber MR - 30-7-2018

Reputasi Selangor terjejas dakwaan kronisme, kata MP PKR

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/reputasi-selangor-terjejas-dakwaan.html

















Pemimpin kanan PKR mendesak kepimpinan di Selangor menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi untuk menjejaskan reputasi kerajaan negeri.

MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata walaupun beliau tiada maklumat mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin AMK Selangor yang meletak jawatan daripada parti itu, namun terdapat asas bagi kepimpinan negeri untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Saya tidak ada maklumat tapi mengikut apa yang mereka kata, saya harap kerajaan Selangor siasat sebab tuduhan disebut agak serious.

"Ia melibatkan bukan sahaja masalah imej tapi mungkin juga salah laku kewangan dan sebagainya," kata Johari kepada pemberita selepas suatu majlis di Ampang yang mengumumkan pasukan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR akan datang ini.

Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua AMK Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kepimpinan negeri.

Semalam, Mutalib, menyatakan kekesalan kerana mendakwa tiada seorang pun belia dari Sabak Bernam dilantik sebagai ahli majlis tempatan dan mendakwa "taktik kotor dan kronisme telah menjadi kanser di parti" dan oleh itu memutuskan untuk meletak jawatan daripada PKR.

Terdahulu semasa majlis itu, Johari diumumkan Rafizi sebagai pesaing untuk jawatan naib presiden PKR.


MR : UMNO dan PKR ni spesis sama lahir daripada ibu yang sama....

Sumber MR - 30-7-2018

Perebutan dalam PKR makin Parah, hanya tunggu masa untuk pecah

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/perebutan-dalam-pkr-makin-parah-hanya.html


















Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

"Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

"Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

"Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

"Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

"Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

"Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

MR : PKR ni berasal daripada UMNO, dulu keluar UMNO tak dapat kuasa, bila dapat kuasa perangai menjadi UMNOlah....

Sumber MR - 27-7-2018

Saya ustaz, penyokong PAS akan pilih saya, kata calon PKR

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/saya-ustaz-penyokong-pas-akan-pilih.html



















KOTA RAJA: Calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penyokong PAS di kawasan itu akan memilihnya pada 4 Ogos depan kerana beliau seorang ustaz.

Katanya latar belakang sebagai seorang ustaz akan menyebabkan penyokong parti Islam itu memilihnya berbanding calon BN.

“Apabila PAS bertanding pengundi susah untuk berikan undi kepada saya. Tetapi bila BN bertanding, penyokong PAS ada pilihan, mestilah dia pilih ustaz,” katanya dalam satu temubual bersama FMT semalam.

Semasa PRU-14 pengundi Islam PKR sanggup undi bukan Islam DAP walaupun calon  PAS bukan sahaja ustaz ada sesetengah ulama. Masa tu Zawawi lupa tentang agama dan bangsa.
Bila tersempit baru sedar dirinya Ustaz dan PAS kena sokong.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Pakatan Harapan (PH) akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan keputusan pada 4 Ogos ini boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu pada masa akan datang.

Zawawi berkata “Orang Melayu dan orang Islam sudah mempunyai kematangan dan tahu siapa yang mereka harus pilih". Habis semasa PRU-14 dulu engkau tak matang sanggup gadai Islam pilih DAP?

MR : PKR pernah khianat PAS semasa bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Pengundi PAS tidak semudah itu untuk menyokong penipu. Pengundi PAS kena pilih mana lebih mudarat antara BN dan PH....

Sumber MR - 27-7-2018

Tiada perang bendera, poster PRK Sungai Kandis

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/tiada-perang-bendera-poster-prk-sungai.html




















SHAH ALAM – Tidak seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, PRK Sungai Kandis yang berlaku sekarang ini lain daripada yang lain.

Antara kelainan ialah tidak ada perang poster dan bendera daripada kedua-dua parti bertanding, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PKR dari Pakatan Harapan (PH).

Markas yang dijadikan tempat untuk jentera menyimpan bendera dan poster untuk ditampal atau dibahagikan kepada orang ramai juga tidak kelihatan.

UMNO dan BN dari awal lagi mengakui tidak dapat menyediakan peruntukan yang banyak kepada calonnya, Datuk Lokman Noor Adam untuk membekalkan bendera parti dan poster calon, berikutan tindakan pihak berkuasa bawah kerajaan baharu PH telah membekukan akaun UMNO pusat.



















kawasan02
Biasanya kalau ada pilihan raya kecil, simpang empat lampu isyarat
menjadi rebutan jentera parti bertanding untuk memasang bendera dan poster. 
Kali ini, lenggang.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada kepimpinan PKR pusat kenapa parti itu juga belum memasang bendera atau poster calon di sepanjang kawasan PRK Sungai Kandis, sedangkan sudah masuk hari kelima berkempen.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada program ziarah kasihnya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis hari ini, menjelaskan, BN tidak mempunyai sumber kewangan dan memadai jenteranya menggunakan pendekatan kasih sayang ketika mendekati pengundi.

Kalau PRK sebelum ini, seperti PRK Parlimen Kuala Kangsar di Perak, PRK Parlimen Sungai Besar di Kuala Selangor, PRK DUN Kajang di Selangor, PRK DUN Pengkalan Kubor di Kelantan, semuanya meriah dengan bendera-bendera parti.

Bahkan, ada sesetengah PRK, sehari selepas kematian penyandang, jentera sudah mula memasang bendera, dan suasana bertambah meriah menjelang hari penamaan calon dan berkempen.

Dalam PRK Sungai Kandis agak berbeza. Tidak ada langsung bendera atau poster dipasang, sama ada di pokok, tiang elektrik, tiang telekom, pagar kediaman mahupun kilang dan di simpang lampu isyarat atau bulatan.

Orang luar yang hendak bertandang ke Sungai Kandis untuk merasai suasana meriah pilihan raya kecil pun kadang-kadang keliru, sama ada mereka sudah berada di kawasan PRK atau belum.



















Hanya di Pusat Kawalan BN di PDM Sungai Kandis kelihatan beberapa poster calon dipacak di tepi jalan.
Hanya di Pusat Kawalan BN di PDM Sungai Kandis kelihatan beberapa
poster calon dipacak di tepi jalan.
Ini kerana, tidak ada satu pun bendera dipasang, walaupun tempoh berkempen tinggal sembilan hari.
Biasanya poster ini menjadi mercu tanda kekuatan parti bertanding. Masing-masing memasang sebanyak mungkin di tempat mereka supaya tidak dilihat ‘kalah’ oleh parti lawan. Keadaan ini, menyebabkan cuaca siang terasa mendung dan redup kerana cahaya matahari terlindung oleh kibaran bendera dan poster.

Kesuraman ini juga mungkin faktor daripada demam Pilihan Raya Umum ke-14 (RU14) belum hilang sepenuhnya. Jika dicongak, dari tarikh PRU 9 Mei sehingga hari ini, baru 76 hari berlalu. Ia suatu tempoh yang masih singkat dan belum hilang dari kelelahan.

Mungkin kerana itu, jentera PKR dan PH pun mengambil langkah yang sama dengan UMNO dan BN untuk meminimumkan penggunaan bendera dan poster sebagai bahan sawo serta propaganda.
Namun, kebaikan kepada faktor itu ialah kedua-dua parti dapat menjimatkan sumber kewangan dan mungkin boleh dijadikan ‘trend’ pada PRK dan PRU akan datang.

Lagipun, tidak berkempen dengan bendera dan poster pun rakyat terutama pengundi di kawasan berkenaan tahu serta boleh menerima siapa calon mereka. Tinggal lagi, mereka akan menterjemahkan calon yang dikehendakinya pada kertas undi.

Kenyataan Najib hari ini, seperti mengingatkan jentera bahawa parti tidak perlu menyewa khemah-khemah, tidak perlu menempahkan makanan dan minuman yang mewah-mewah, sebenarnya suatu idea yang baik dan dituntut oleh Islam, iaitu tiada pembaziran.

Sudah sampai masanya UMNO dan BN mengamalkan gaya hidup sederhana seperti ukur baju di badan sendiri, iaitu berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
PRU sebelum ini juga menunjukkan, kemewahan bukan penentu kepada kemenangan. Ada kawasan yang diwakili calon yang kaya raya, bila bertanding, kalah. Ada kawasan yang mana calonnya bukan dalam kalangan berada, mendapat kemenangan besar.

Jadi, kemeriahan PRU atau PRK bukan terletak pada bendera dan poster. Ia terletak sepenuhnya kepada sejauh mana seseorang calon itu dapat memenangi hati rakyat. – MalaysiaGazette


MR : Poster dan bendera perlu tapi tak perlu banyak sangat.. ini boleh menjimatkan kos.. yang penting kempen dalam hormoni. Kita lihat Lokman dah tunjuk jalan ke situ... 

Sumber MR - 26-7-2018

Mampukah Anwar Atasi Pengaruh Azmin Dalam PKR?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/mampukah-anwar-atasi-pengaruh-azmin.html





















PEMILIHAN parti PKR yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan pengaruh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus kukuh dalam parti.

Dalam barisan pemimpin parti, timbalan presiden PKR itu menduduki tempat paling berpengaruh dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai menteri ekonomi.

Azmin sebagai menteri ekonomi, satu portfolio baharu yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga korporat-koporat paling kaya di Malaysia.

Kedudukan ini sebenarnya lebih kukuh daripada timbalan perdana menteri yang semua tahu merupakan jawatan paling tidak selamat kalau perdana menterinya Mahathir.

Cuma kali ini berbeza kerana timbalan perdana menteri dijangka tidak mempunyai cita-cita politik yang besar dan tidak akan mencabar Mahathir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik ke jawatan itu atas kedudukannya sebagai presiden parti dalam PH.

Jawatan dalam parti Wan Azizah bakal berubah tidak lama lagi apabila pemilihan pemimpin PKR berlangsung kerana ketua umumnya yang lebih berkuasa mahu diletakkan sebagai presiden.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segera diletakkan pada jawatan yang rasmi itu, kerana selama ini jawatan ketua umum tidak rasmi dan sukar untuk diiktiraf oleh parti komponen lain.

Ada banyak sekatan apabila Anwar hanya berjawatan ketua umum, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini dengan PH sudah berkuasa dan jawatan kabinet ditentukan mengikut jawatan dalam parti.

Anwar dijanjikan sebagai perdana menteri selepas Mahathir yang dikatakan sebagai perdana menteri sementara. Tetapi sementara itu tidak dapat ditentukan dan bukan satu perjanjian.

Ada yang menyebut dua tahun, ada yang berkata satu penggal, ada juga yang mahu terus dipenuhkan dua penggal, yang semuanya bertujuan melewatkan atau menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Tetapi bukan Mahathir sahaja yang menghalang Anwar menjadi perdana menteri. Sebenarnya Azmin lebih berpotensi menghalang Anwar menduduki kerusi perdana menteri.

Azmin sebenarnya ialah satu lagi sebab kenapa Anwar mahu mengambil alih jawatan presiden daripada isterinya.

Boleh dikatakan pertembungan kali ini dalam PKR ialah antara Azmin dengan Anwar, yang kedua-duanya mahu menjadi perdana menteri.

Selama Anwar di penjara, Azmin sudah mengukuhkan kuasanya dalam PKR. Pengaruhnya sangat kuat hingga beliau boleh memilih siapa yang mahu diletakkan sebagai menteri besar Selangor menggantikannya.

Ini menunjukkan Azmin masih menguasai pentadbiran negeri Selangor, negeri kubu kuat dan lubuk bagi PKR, pada masa yang sama beliau menjadi menteri dalam Kabinet Mahathir.

Anwar masih berpengaruh tetapi tidak boleh menyamai pengaruh Azmin, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana PKR sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Bagi ramai pemimpin PKR, Azmin ialah masa depan manakala Anwar ialah masa lalu yang semakin kelam.

Pemimpin-pemimpin kem Azmin juga merupakan pemimpin berpengaruh dalam PKR, yang semuanya sudah diletakkan di jawatan strategik.

Ini bermakna kuasa politik, wang dan jentera parti berada dalam genggaman Azmin, walaupun Azizah berjawatan presiden dan Anwar sebagai ketua umum.

Kalau Anwar berjaya menggantikan Azizah sebagai presiden, maka kuasa Anwar akan mengatasi Azmin dalam parti, tetapi Azmin tidak akan berdiam diri.

Kedua-dua pemimpin ini sedar mereka akhirnya perlu bersaing antara satu sama lain dalam PKR dan dalam kerajaan persekutuan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri.

Dalam parti, sekiranya Anwar dicabar oleh Azmin untuk jawatan presiden, jalannya menuju kerusi presiden mungkin sukar kerana pengaruh Azmin yang kuat dalam parti.

Azmin boleh dihalang dengan cara “silap mata” seperti yang pernah dilakukan oleh anwar sebelum ini semasa hendak menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

Tetapi kalau Azmin tidak bertanding jawatan presiden, ada kemungkinan beliau dicabar sebagai timbalan presiden oleh orang Anwar.

Semua masih berteka-teki dalam menentukan siapa akan bertanding, tetapi ada kemungkinan pertempuran dahsyat berlaku.

Azmin sudah menyampaikan amaran supaya Anwar tidak menyokong mana-mana pihak mencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

Apa yang jelas ialah pengaruh Azmin tetap kukuh dalam parti walaupun beliau tidak menduduki kerusi presiden parti.

Setakat ini, Azmin sudah mendahului di depan kerana sudah berada dalam kabinet dan menguasai sebuah negeri, manakala Anwar masih belum pasti kedudukan sebagai presiden parti dan perdana menteri. – Mynewshub.tv


MR : PKR ni dah nak jadi macam UMNO, dulu gaduh lari tak ada kuasa orang tak nampak.. tapi kini gaduh dan lari berebut kuasa semua mata lihat, yang kecil dan besar busuk semua orang dah viral....

Sumber MR - 25-7-2018


Saya boleh terus jadi TPM walaupun bukan presiden PKR kata Wan Azizah

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/saya-boleh-terus-jadi-tpm-walaupun.html






















KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau boleh terus menjadi timbalan perdana menteri kerana masih merupakan presiden Pakatan Harapan (PH), walaupun terpaksa melepaskan jawatan presiden PKR kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jawatan ketua umum PKR yang disandang Anwar ketika ini akan dikosongkan, selepas suaminya memenangi jawatan presiden kerana ia tidak wujud dalam struktur parti itu.

“Kita belum ada lagi perbincangan (sama ada jawatan ketua umum akan dipertandingkan).

“Selalunya tak ada jawatan ketua umum dalam struktur parti…Dalam PH, jawatan saya tetap akan diteruskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Wan Azizah kekal sebagai timbalan perdana menteri jika Anwar memenangi jawatan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Katanya, ketika ini, Anwar tiada locus standi untuk memegang jawatan dalam kerajaan, manakala PH bersetuju membenarkan Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Pandan menjadi timbalan perdana menteri.

Pada 19 Julai lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, PKR akan membincangkan keperluan mengekalkan jawatan ketua umum yang diwujudkan 11 tahun lalu untuk Anwar kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melarang beliau menyertai pemilihan parti selepas dibebaskan dari penjara.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Wan Azizah akan tetap memainkan peranan dalam PKR walaupun tidak menjadi presiden parti itu.

Katanya, perbincangan akan diadakan bagi memastikan Wan Azizah kekal aktif dalam PKR.

“Kita akan bincang peranan Wan Azizah dalam parti.”


MR : Akhirnya akan menjadi PKR parti untuk keluarga bukan untuk rakyat....

Sumber MR - 24-7-2018

PRK Sungai Kandis tanda aras perjuangan Melayu Islam

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/prk-sungai-kandis-tanda-aras-perjuangan.html























Pertandingan 3 penjuru di PRK Sg Kandis dengan PAS memberikan laluan kepada pembangkang untuk satu lawan satu dengan kerajaan adalah suatu signal untuk menguji sejauh manasikap rakyat terhadap 2 kelompok aliran politik negara.

Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR (baca Pakatan harapan) tetap memerintah negeri.

Kalah atau menang BN juga Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja yang kini sepertiga UMNO, sepertiga dalam PAS dan sepertiga lagi dalam Pakatan Harapan .

Jika undi Melayu banyak ke PKR (PH) bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk UMNO dan PAS (Baca 2 parti itu sebagai pembangkang)  terus bersuara lantang mempertahankan asas negara Malaysia ini.

Orang Melayu dan Islam dalam DUN Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu kepada PKR dan Mahathir tanpa mengira kepentingan Melayu Islam dalam masa hadapan negara atau memberi isyarat bahawa Melayu tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo Bumiputera dan Islam di negara ini yang telah dibina sejak 60 tahun lalu.

Abaikan dahulu sikap benci kepada pemimpin UMNO, BN dulu yang korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Ini soal masa depan. Jika PH boleh terima Mahathir yang semua sifat cacat cela UMNO dibina oleh 22 tahun daripada 60 tahun oelh Mahathir sendiri.

Isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa?

Tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin seluruh undi Melayu pergi kepada Lokman supaya PH yang kini dikuasai DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan. Jika signal ini tidak berlaku maka pengundi Melayu di DUN Sungai Kandislah yang memberi peluang DAP lebih menguasai Pakatan Harapan.

Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu DUN Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi anda.

Diubah suai
drp Ab Jalil Backer


MR : UMNO perlu berubah, PAS perlu memikirkan satu cara bagaimana Melatyu islam boleh disatukan....

Sumber MR - 23-7-2018

7,000 pengundi PAS akan undi saya kata calon PKR

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/7000-pengundi-pas-akan-undi-saya-kata.html
























Calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin anggota PAS akan mengundinya pada 4 Ogos ini.

Mohd Zawawi berkata keyakinan itu lahir ekoran kehendak anggota parti Islam itu sendiri yang mahukan pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam.

“Saya yakin pengundi PAS yang 7,000 itu akan mengundi saya.

“Kerana saya tahu bahawa mereka inginkan pemimpin yang pemikirannya Islam dan mempunyai sahsiah yang baik untuk menjadi ketua mereka,” katanya dalam sidang media Bilik Gerakan Utama, Bukit Kemuning, hari ini.

Dikenali sebagai individu yang berlatar belakang agama, bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor ini juga pernah diamanahkan selaku Timbalan Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA) dan Setiausaha Integrated Muslim Association Nework (IMAN).

Selain merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Zawawi juga merupakan Pengetua Maahad Tahfiz al-Fateh, Jalan Kebun.

Beliau dan isterinya mengasaskan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Seksyen 30, Shah Alam.





















Graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mesir dan Master Pendidikan di Universiti Malaya (UM) ini juga pernah berkhidmat selaku Ahli Mesyuarat Badan Dakwah, Majlis Agama Islam Selangor (2006 – 2012) dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Islam, MAIS (2009 – 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah dan institusi seperti Kolej Hafiz Klang, SAM Hishamuddin Sungai Bertih.

Terserah pada BN, PAS untuk bergabung

Sementara itu mengulas langkah BN untuk kerjasama dengan PAS bagi mendekati pengundi Melayu, Mohd Zawawi berkata ia terserah kepada parti terbabit.

“Terserah kepada mereka untuk bergabung atau tidak, kerana itu hak mereka,” katanya ringkas.


Semalam, calon BN Lokman Noor Adam dilaporkan mahu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS di kawasan berkenaan sebagai salah satu usaha mengajak parti itu bersama-sama BN mendekati pengundi Melayu.

Beliau berkata, perjumpaan itu berkemungkinan akan dilakukan pada minggu ini.

Bagaimanapun dalam reaksi balas PAS, naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak membuat sebarang perbincangan mahupun perancangan termasuk dalam soal membantu calon BN selaku pembangkang.

PRK DUN Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zawawi, Lokman dan seorang calon Bebas, K. Murthy.


MR : Susah pengundi PAS nak pilih orang agama yang telah lari daripada perjuangan Islam sebenarnya.... 

Sumber MR - 233-7-2018

Sempatkan Anwar Jadi PM Ke 8?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/sempatkan-anwar-jadi-pm-ke-8.html

























Melihat aksi TunM,membuatkan Anwar Ibrahim selaku BigBos PKR tidak senang duduk. Dulu diatas pentas politik ketika masih bermusuh dengan TunM,Anwar pernah bergurau jika beliau jadi PM,TunM akan melompat bangkit dari tidur dan sembuh dari demam akibat terkejut dan ketakutan Anwar jadi PM.

Kini giliran Anwar pula.Sakit di bahu Anwar cepat sembuh apabila Anwar melihat semacam perangai TunM.

 Lihat ucapan reaksi TunM terhadap Anwar.

”…Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.

 “…Anwar seperti orang lain, beliau boleh beri komen, buat sebarang komen. Beliau tidak berada dalam kerajaan,”

Anwar bijak memahami ucapan TunM.Masakan tidak ? Pernah duduk bersama dengan TunM sebelum Tun tending keluar beliau.

Sebab itu Anwar agak “kepanasan”. Sakit pinggang dan bahunya diabaikan demi cita-cita menjadi PM ke 8.

TunM cerdik dan pakar dalam bab tendang menendang Timbalannya.Tun Ghafar,Anwar,Musa antara mangsanya. Lebih hebat TunM dapat menendang keluar PMNajib dari Seri Perdana selepas Pak Lah.

Persoalannya sekarang masing-masing mengejar cita-cita impian.

TunM berhajat letak anaknya Mukhriz jadi PM.Manakala Anwar berhajat jadi PM ke 8.

TunM diganggu oleh umur dan prestasi jantungnya. Sempatkah beliau ?

Manakala Anwar kena cepat bertindak.Langkah pertamanya bertanding jadi Presiden.Selepas itu tanding di Pandan atau Permatang Pauh untuk jadi MP seterusnya PM. Sempatkan beliau?

Fungsi peranan Azmin Ali tidak disia-siakan TunM.Biar Azmin selesaikan Anwar dan dalam waktu yang sama Mukhriz melonjak.

Abu Dhomdhom TRG


MR : Mampukah Anwar berhadapan dengan Kem Azmin + DAP + Mahathir?.... 

Sumber MR - 23-7-2018

Zawawi calon PKR untuk Sg Kandis

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/zawawi-calon-pkr-untuk-sg-kandis.html


























Guru agama, Zawawi Mughni dinamakan sebagai calon PKR untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerudi dewan undangan negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Nama Zawawi diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada
majlis pelancaran jentera pilihan raya parti itu di Jalan Kebun, malam ini.

Zawawi turut menerima watikah sebagai calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil terbabit.

Pilihan raya kecil terpaksa diadakan di Sungai Kandis ekoran penyandangnya Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada 2 Julai lalu.

Zawawi ialah setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama serta anggoja Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR pusat.

Di atas kertas kerusi DUN Sungai Kandis boleh dianggap selesa buat Pakatan Harapan.

Pada pilihan raya umum lalu Shuhaimi memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan sebanyak 12,480 undi. Beliau memperoleh 23,998 undi berbanding pencabar terdekat Kamaruzzaman Johari (BN).

Turut bertanding di situ ialah Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Hanafiah Husin (PSM).
DUN Sungai Kandis mempunyai 50,800 pengundi berdaftar dengan 72 peratus daripadanya ialah Melayu.

Jauh lebih baik dari BN

Berusia 48 tahun Zawawi juga menjadi pengetua Maahad Tafiz Al-Fateh yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Semasa menyampaikan ucapannya Dr Wan Azizah berkata semua penyokong HARAPAN tidak boleh memandang mudah pilihan raya kecil berkenaan.

“Oleh itu, saya mohon semua supaya bekerja keras untuk PKR, untuk HARAPAN dan agar Selangor diperkukuhkan demi kebaikan masa depan kita bersama,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sementara itu, Amirudin mengingatkan pengundi Sungai Kandis supaya tidak cuba untuk meletakkan wakil rakyat pembangkang di dalam DUN Selangor melalui pilihan raya kecil berkenaan.

“Kerajaan kini giat membaiki keadaan (negara) dan di bawah HARARAN diketuai PKR kita bukan hanya mampu mentadbir, tetapi kita adalah kerajaan yang jauh lebih baik daripada BN,” katanya.


MR : PH ni menang bergaya tapi masih takut nak guna logo sendiri.... 

Sumber MR - 20-7-2018

Pemilihan PKR: Pertembungan Rafizi-Azmin jawatan timb presiden?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/pemilihan-pkr-pertembungan-rafizi-azmin.html



























Timbul spekulasi yang mengatakan bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli dijangka bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Sekiranya benar, ia akan menyebabkan pertembungan Rafizi dengan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika dihubungi, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa dia belum membuat keputusan tentang perkara itu.

"Saya belum buat apa-apa keputusan," katanya ringkas.

Spekulasi itu timbul selepas artikel yang disiarkan The Star memetik Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut nama Rafizi ketika membincangkan rancangan masa depannya termasuklah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ditanya sama ada jawatan timbalan perdana menteri akan disandang Mohamed Azmin atau Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar berkata, "Macam mana nama Rafizi tak ada?"

"Boleh petik saya, tapi tolong nyatakan saya katakan ini dalam nada bergurau," katanya sambil ketawa.

Susulan itu, spekulasi mengatakan Anwar lebih cenderung memilih Rafizi sebagai timbalannya dalam PKR.

Penganalisis politik Faisal Hazis berpendapat pertembungan antara Rafizi dan Mohamed Azmin akan memudaratkan PKR.

"Jika kedua-dua mereka bertembung, ia akan melemahkan dan memecah belahkan parti itu," kata Faisal yang merupakan penganalisis di Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Malaysiakini.

Konflik dalaman 

Tambah Faisal, pertembungan itu juga akan menjejaskan usaha menyatupadukan parti itu yang sebelum ini sedia terjejas akibat konflik dalaman.

"Anwar perlu menyatukan partinya kerana wujud persepsi PKR adalah titik lemah dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) meskipun mempunyai kerusi paling banyak. Persepsi ini disebabkan konflik dalaman," katanya.

Perselisihan antara penyokong Mohamed Azmin dan Rafizi mendominasi politik PKR sejak 2014 susulan Langkah Kajang.

Langkah Kajang dilihat sebagai pilihan raya kecil yang disusun oleh Rafizi untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor.

Pensabitan Anwar dalam kes liwat dan ketegangan dengan pihak istana Selangor akhirnya menyaksikan Mohamed Azmin menjadi menteri besar.

Bagaimanapun, ada kemungkinan pertembungan Rafizi dan Azmin itu tidak terjadi.

Beberapa pihak di dalam PKR dipercayai memberi gambaran agar Mohamed Azmin mencabar Anwar bagi jawatan presiden.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan media semalam berkata PKR perlu bersedia untuk tidak menghalang sesiapa bertanding sebarang jawatan termasuk presiden.

Dalam kenyataan itu, Zuraida turut menyorot kepimpinan Mohamed Azmin ketika menjadi menteri besar Selangor.

Mohamed Azmin sendiri berkata beliau belum membuat keputusan jawatan parti yang akan ditandinginya, sementara setiausaha politiknya Hilman Idham berkata menteri hal ehwal ekonomi itu tidak akan mencabar Anwar.

Pemilihan PKR akan bermula pada penghujung Ogos dan nama calon perlu diserahkan pada 27 Julai hingga 29 Julai.


MR : Sudah sampai masa Azmin lawan Anwar....

Sumber MR - 19-7-2018

Nurul Izzah Pandai Berbahasa Tamil Rupanya…

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/nurul-izzah-pandai-berbahasa-tamil.html




























HEBAT… Siapa sangka, pemimpin wanita kesayangan ramai penyokong PH, iaitu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebenarnya mampu memahami bahasa Tamil.

Dalam satu video yang tular menerusi media sosial sejak malam tadi, Nurul Izzah dilihat seolah memahami apa yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam bahasa Tamil.

Puteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat mengangguk-angguk tanda setuju dengan kenyataan ‘bernas’ Kulasegaran dalam satu sidang media bersama, semalam.


Sewaktu Kulasegaran menjawab soalan dalam bahasa Tamil, Nurul Izzah malah kelihatan bersungguh-sungguh mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP Perak itu.

Jika difikirkan, tidak mustahil sekiranya Nurul Izzah benar-benar fasih berbahasa Tamil. Keluarganya berasal dari Pulau Pinang, jadi mungkin bahasa tersebut sudah sebati dengan dirinya.

Mungkin juga beliau ada mempelajari bahasa Tamil sewaktu membesar kerana sering berkomunikasi dengan keluarga besarnya dalam bahasa itu.

Pada saat negara dicemari insiden kenyataan rasmi dalam bahasa Cina oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mungkin inilah ‘budaya’ sebenar yang ingin diterapkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Mengambil semangat ‘Malaysia Baharu’, menteri serta pemimpin kerajaan PH kini boleh menggunakan bahasa apa sahaja yang disukai dalam setiap urusan rasmi kerajaan.

Ini termasuklah dalam mengeluarkan kenyataan rasmi atau pun bercakap dengan petugas media dalam sidang akhbar yang diadakan.

Sedangkan Perlembagaan Persekutuan juga berani dicabar, tidak mustahil sekiranya kerajaan PH terus melakukan keputusan yang tidak boleh diterima rakyat.

Lihat sahajalah situasi sejak PH menakluki Putrajaya, sudah terlalu ramai rakyat yang mengundi mereka tempoh hari sudah mula rasa menyesal berbuat demikian.

Yang penting, bagi PH yang kini dilihat sebagai boneka DAP, semua ini adalah salah orang Melayu sendiri. Siapa suruh tidak reti berbahasa Cina dan Tamil? –MYNEWSHUB.CC


MR : Lagi bagus buat kenyataan dalam tulisan Tamil macam Lim Guan Eng, lagi nak tunjuk Bahasa Melayu sudah tak releven lagi. Orang Melayu sendiri pun tak hormat bahasa sendiri..... 

Sumber MR - 26-6-2018

Baru Dr Idris tahu “Politik Machiaville” bila terkena hidung sendiri

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/baru-dr-idris-tahu-politik-machiaville.html





























Perselisihan dalam PKR berhubung pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor turut sampai ke pimpinan parti itu di utara.

Timbalan Ketua Pemuda PKR dan Exco Pulau Pinang Afif Bahardin mempersoalkan Dr Idris Ahmad - yang berkata dirinya sebagai pilihan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi itu - sama ada beliau sanggup melawan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu itu.

Afif menyangkal dakwaan Idris pagi tadi bahawa Amirudin tidak mendapat sokongan parti komponen HARAPAN untuk menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Nama Amirudin dicadangkan parti dan diterima Sultan Selangor. Ada konsensus untuk memilih Amirudin, ketua umum kami juga menyokongnya.

"Soalan saya adakah Idris mahu melawan Anwar? Sila rujuk kenyataan terbaru pemimpin kita di Twitter," katanya kepada Malaysiakini.

Afif merujuk kenyataan Anwar yang menggesa semua pihak menyokong Amirudin dan berkata sebarang pertikaian yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik.

Dalam sidang medianya, Idris yang merupakan ADUN Ijok mendakwa beliau mendapat sokongan semua parti komponen HARAPAN manakala Amirudin hanya disokong Azmin.

Untuk menyokong dakwaan itu, Idris menunjukkan salinan surat sokongan yang ditandatangani wakil empat parti HARAPAN, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.

'Meneruskan legasi Azmin'

Afif juga menyuarakan kegembiraannya dengan pelantikan Amirudin dan menyifatkan ADUN Sungai Tua itu layak memimpin pentadbiran negeri berdasarkan rekod sebagai wakil rakyat dan exco.

"Saya berharap Amirudin dapat meneruskan prestasi cemerlang Azmin ketika memimpin Selangor dan pasukannya, selain menumpukan kepada usaha memberdaya golongan muda untuk mencapai tahap lebih tinggi di negeri itu," katanya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Anwar dan Wan Azizah kepada menaruh kepercayaan kepada pemimpin muda untuk memimpin pentadbiran negeri.

Baru Dr. Idris tahu politik "Machiaville" apabila terkena batang hidung sendiri. Dulu ketika langkah Kajang, dialah antara orang yang mempertahankan tindakan parti menolak Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimana terseksa TSKI dengan fitnah dan caci maki tapi apa Dr Idris kata "kalau tak suka boleh keluar dari parti". Kini apa yang terjadi pada TSKI terkena kepada diri Dr. Idris. Inilah dia karenah politik PKR. Tak lain tak bukan sama spesis dengan UMNO.

Sumber MR - 20-6-2018

Pergolakan MB Selangor melukakan lagi PKR

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/pergolakan-mb-selangor-melukakan-lagi.html






























ADUN Ijok Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penipuan wang Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebuah kolej swasta yang mempunyai kaitan dengannya.

Menurut Idris, dakwaan itu menyatakan bekas ketua pegawai operasi kolej tersebut telah membuat laporan terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan.

Idris bagaimanapun berkata, beliau telah menghubungi ketua pegawai eksekutif kolej itu yang memberitahunya mereka tiada sebarang masalah dengan PTPTN mahupun Kementerian Pendidikan.

Idris membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.

"Saya telah merujuk peguam yang meminta saya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya (kerana) penyebaran berita (dakwaan) ini boleh menjejaskan maruah saya sebagai wakil rakyat.

"Saya menafikan terlibat seperti didakwa berita yang disebarkan, ia tidak benar dan memfitnah saya," kata laporan polis itu.

Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi Malaysiakini juga mengesahkan menerima laporan itu.

Idris akan mengadakan sidang media pagi esok bagi menjelaskan perkara itu. Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang menganjurkan sidang media itu menyifatkan dakwaan itu bertujuan menjejaskan peluang Idris untuk dilantik menjadi menteri besar.

"Sidang media berkenaan motif menjatuhkan maruah dan imej baik Idris daripada dilantik sebagai menteri besar," dakwanya.

Idris adalah salah seorang daripada tiga calon berpotensi untuk menjadi menteri besar Selangor.

Dua lagi adalah ADUN Sungai Tua Amirudin Shari dan ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin.

ADUN Sungai Tua Amirudin Shari merupakan calon pilihan bagi jawatan itu menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjadi menteri hal ehwal ekonomi.

Beliau dilihat keluar dari Istana Alam Shah petang tadi, di mana upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sumber MR - 19-6-2018

Mahathir mungkin berubah, tapi Anwar tetap sama seperti dulu

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/mahathir-mungkin-berubah-tapi-anwar.html































Saya mendengar kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan dengan Mahathir dalam satu video yang disiarkan semalam oleh pihak BBC. Video wawancara selama 23 minit itu ada menyentuh mengenai kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan dengan Mahathir.

Anwar berkata, Dr Mahathir yang dikenalinya pada 1980-an tidak sama dengan Dr Mahathir hari ini.

Anwar Ibrahim membandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan berkata, Dr Mahathir dahulu yang dikenalinya ialah Trump pada zamannya.

Anwar mengimbaukan kembali pertemuan pertamanya selepas 18 tahun dipecat oleh Mahathir pada September 1998 di satu perbicaraan mahkamah pada 2016. "Saya sudah lakukan kesilapan. Beri saya satu peluang untuk membetulkannya." Kata-kata itu bukan Dr Mahathir kerana Mahathir dulu tak buat kesilapan.

“Dr Mahathir dahulu tidak buat kesilapan. Beliau pernah menjadi Trump zaman ini.” kata Anwar.

Walaupun ramai penyokong Anwar marah, terutamanya kumpulan otai reformasi Anwar berkata rakyat Malaysia harus memberi peluang 2 tahun kepada Dr Mahathir yang “baru”.

“Beliau sudah mengubah pandangannya mengenai isu seperti kebebasan kehakiman, media dan dasar ekonomi dengan pasti dan jelas.” kata Anwar lagi.

Itu berkenaan pandangan Anwar terhadap Mahathir dalam wawancara dengan BBC. Saya ada satu kemusykilan yang ingin saya kongsikan dengan pembaca iaitu adakah Anwar sudah berubah?

Sehingga hari ini apa yang saya fahami daripada maklumat yang saya perolehi terutama daripada teman-teman rapat Anwar. Anwar tetapi seperti dulu, Anwar 1990an.

Masih gelojoh mengatur kuasa untuk mengganti Mahathir. Memang tidak dinafikan Anwar adalah penasihat parti Keadilan dan isterinya Presiden PKR dan anaknya adalah Naib Presiden PKR dia berhak untuk membuat kenyataan dalam polisi kerajaan kerana PKR ada 49 kerusi parlimen, tapi harus diingati bahawa kemenangan itu kerana PKR bersama PH dan jangan melampaui PH.

Mahathir mungkin sudah berubah ke arah yang positif dalam politik Malaysia tapi Anwar dalam beberapa siri kenyataan menunjukkan tidak berubah. Politik Anwar adalah politik 1990an sudah ketinggalan dengan gaya hidup anak muda Malaysia sekarang.

Makin banyak Anwar bercakap mengenai Mahathir makin ramai orang ingin tahu hubungan Anwar dengan Mahathir. Adakah benar Mahathir masih menganggap Anwar adalah orang yang tidak bermoral dan orang tidak bermoral tidak layak untuk menjadi PM.

Mahathir kelihatan lebih cenderung kepada anak angkatnya Azmin Ali untuk menerukan legasinya berbanding Anwar. Mahathir dilihat membentuk Azmin secara diam-diam sebagai PM8.

Anwar akan menjadi mangsa lagi dan itulah kesudahan kepada Anwar yang tidak pernah belajar kesilapan lalu. Gopoh dan gelojoh mengatur politik.

Sepatutnya peringatan Abdul Hadi di pertemuan pada Kuala Terengganu dalam krisis MB Selangor "Enta 16 tahun terkurung dalam penjara masih tak insaf dan tak berubah " sepatutnya di renungi oleh Anwar dan Saifuddin Nasution.

ABBAS MOHD NOOR 

Sumber MR - 17-6-2018

Anwar tak kisah diperguna Dr M demi raih sokongan

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/anwar-tak-kisah-diperguna-dr-m-demi.html































PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan beliau untuk meraih sokongan rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Tetapi, ketua umum PKR itu berkata, beliau tiada masalah dengan tindakan itu kerana Dr Mahathir komited kepada agenda PH.

“Jadi, ia adalah okey bagi saya untuk dipergunakan selagi kita bergerak sebagai demokrasi matang, kita membasmikan rasuah negara dan semua sogokan yang berlaku dahulu,” katanya dalam wawancara bersama wartawan BBC, Lyse Doucet baru-baru ini.

Doucet bertanya bekas timbalan perdana menteri itu jika beliau bimbang Dr Mahathir – bekas mentor yang pernah menjadi musuh dan kini sekutunya – mempergunakan beliau untuk memenuhi kehendaknya.

Anwar berkata, ahli politik “mempergunakan satu sama lain”.

Dr Mahathir yang dipersalahkan ramai pihak atas penahanan Anwar dalam pertuduhan liwat dan rasuah, baru-baru ini mengetuai PH untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 lalu.

Bulan lalu, Anwar diberikan pengampunan diraja dan dibebaskan daripada hukuman penjara 5 tahun di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Mengenai kroni Dr Mahathir dan pembaharuan

Anwar berkata, beliau mahu memberi Dr Mahathir “ruang dan kebebasan” untuk memimpin negara secara berkesan.

Beliau diminta mengulas kebimbangan mereka dalam kemnya yang bekas presiden Umno itu membawa balik “kroni lama” yang didakwa bertanggungjawab membawa masalah disasarkan untuk diselesaikan PH.

Anwar tidak menafikan wujud kebimbangan itu dan pernah memberitahu Dr Mahathir mengenainya.

“Beliau kata ya, ada bebanan, tetapi mereka mempunyai pemahaman lebih baik dan boleh memberi sumbangan.”

Anwar berkata: “Kerana saya mahu peralihan aman damai, saya perlu memberi beliau ruang dan kebebasan untuk memimpin secara berkesan. Itu yang berlaku sekarang.”

Mengganti Dr Mahathir sebagai perdana menteri

Bekas ketua pembangkang itu berkata, beliau mempunyai bukti bertulis akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan dokumen itu ditandatangani “semua pemimpin parti”.

Ditanya jika perjanjian itu tidak akan berubah, katanya, perlu ada satu bentuk keyakinan.

Mengenai soalan beliau masih mempercayai Dr Mahathir selepas apa yang dilakukan pengerusi PH itu kepada beliau dan keluarganya, bekas menteri kewangan itu berkata: “Ya, kita perlu lupakannya.”

Sumber MR - 17-6-2018

Dulu kata harga barang naik kerana GST, sekarang tidak pula..

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/dulu-kata-harga-barang-naik-kerana-gst.html
































Ketika mewajarkan Langkah Kajang untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang, Rafizi Ramli berkata ia langkah berjaga-jaga PKR menghadapi plot kem Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan Selangor,” kata bekas setiausaha agung PKR itu.

Malah, Anwar ‘gembira’ apabila mendapat tahu Dr Mahathir ‘berminat’ dengan Langkah Kajang.
Anwar di satu ceramah di Cheras berkata Dr Mahathir terpaksa memanggil mesyuarat khas membincangkan strategi itu.
“Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat.

“Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi menteri besar. ‘Tak boleh jadi perdana menteri jadi menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat’.

“Kemudian Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata ‘kamu tidak kenal Anwar. Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno’,” kata Anwar yang dipetik laman The Malaysian Insider yang kini sudah ditutup.

Menurut Anwar, kebimbangan Dr Mahathir dan Daim itu membuktikan “strategi Langkah Kajang itu tepat”.

Semasa menceritakan LANGKAH KAJANG Rafizi menitis air mata. Otai reformasi pun menitis air mata...

Rupanya LANGKAH KAJANG adalah komplot PKR & PEMBELOT PAS (Kini parti AMANAH) untuk jatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS.

Hari ini Rafizi cuba bodohkan rakyat dan PENYOKONG HARAPAN dengan tulisan terbaru. Pembaca baca sendiri dengan notis amaran "Jangan percaya kalau percaya anda kena bodoh lagi.."

Antara isu yang paling penting untuk rakyat biasa adalah harga barang. Saya juga sangat berminat dengan kesan pemansuhan GST ke atas harga barang kerana jika harga barang turun, itu akan banyak membantu rakyat biasa.

Apa faktor-faktor yang mempengaruhi harga barang?

Ada 3 perkara besar yang mempengaruhi harga barang:

(i) kerajaan yang menetapkan dasar-dasar dan peraturan yang perlu dipatuhi dan diterjemahkan menjadi harga barang – contohnya harga kawalan, harga siling, harga minyak, tarif elektrik, subsidi yang diberikan, kadar cukai dan lain-lain

(ii) peniaga yang mengambil kira semua kehendak undang-undang dan dicampur pula dengan margin keuntungan dalam menetapkan harga barang

(iii) pengguna (orang ramai) yang menentukan permintaan dan kesanggupan membeli barang dan perkhidmatan pada harga yang ditetapkan oleh peniaga (yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan)

Apabila Kerajaan Persekutuan menghapuskan GST, itu menyelesaikan sebahagian dari perkara yang menyebabkan harga barang yang berada di dalam kawalan kerajaan. Pada dasarnya, apabila Kerajaan Persekutuan tidak lagi mengutip 6% ke atas setiap pembelian, harganya sepatutnya turun sekurang-kurangnya 6% ke atas setiap harga.

Tetapi ada peniaga yang akur, ada peniaga yang mengambil pendirian berlainan. Ada yang mengatakan selama ini harga dengan GST itu bermakna mereka menanggung GST, jadi bila GST dihapuskan, mereka enggan menurunkan harga barang kerana mereka beranggapan merekalah yang menanggung GST selama ini, bukannya pengguna.

Keputusan menetapkan harga mengikut undang-undang itu masih lagi keputusan peniaga. Peniaga juga adalah rakyat – selagi mereka menetapkan harga mengikut undang-undang, mereka bergantung kepada pengguna untuk membeli atau tidak.

Ada banyak peruntukan undang-undang yang boleh digunapakai untuk memastikan peniaga menetapkan harga mengikut peraturan dan tidak mengambil keuntungan yang melampaui batas atau mengambil kesempatan. Antaranya:

(i) Peniaga yang masih mengutip GST boleh dikenakan tindakan serta merta kerana GST telah dihapuskan

(ii) Peniaga yang menaikkan harga dengan tidak munasabah boleh dikenakan tindakan oleh KPDNKK di bawah Akta Anti Pencatutan 2011

(iii) Peniaga yang tidak mempamerkan harga boleh dikenakan tindakan di bawah pelbagai akta sedia ada; dan lain-lain

Saya akan terus memantau kedudukan harga barang setakat yang termampu, dengan keterbatasan saya sebagai rakyat biasa, seperti anda.

Namun, pengalaman saya menguruskan sukarelawan melalui INVOKE juga meyakinkan saya bahawa ada banyak perkara yang kita dapat capai bersama sebagai rakyat.

Pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK ada kekangan untuk bertindak dengan berkesan kerana saya pasti ada ribuan laporan mengenai kenaikan harga setiap minggu. Orang ramai pula mungkin tidak tahu bahawa harga yang mereka bayar itu sebenarnya tinggi, kerana mereka tidak boleh membandingkannya dengan harga di kedai atau tempat lain.

Lebih penting, saya pasti bila ada pendedahan kedai mana dan peruncit mana yang mengenakan harga yang tidak berpatutan atau terlalu tinggi, orang ramai tidak akan membeli di kedai itu dan akan memaksa peniaga menurunkan harganya.

Masalahnya, bagaimana kita boleh mengetahui sama ada harga yang dikenakan itu berpatutan, atau terlebih tinggi? Bagaimana kita mendapatkan kepastian bahawa laporan kita kepada KPDNKK akan diambil tindakan segera?

Saya bernasib baik kerana bidang yang saya ceburi sekarang adalah analisa data menggunakan kaedah-kaedah statistik yang boleh menjawab soalan-soalan ini.

Sejak seminggu yang lalu, kami di INVOKE telah mengambil keputusan untuk mencuba menggunakan kuasa sukarela rakyat Malaysia untuk mengawal harga barang. Usaha ini tidak memerlukan peruntukan, tidak memerlukan kuasa atau jawatan.

Ia hanya memerlukan maklumat dari seberapa ramai pengguna untuk melaporkan peniaga yang masih mengutip GST, atau peniaga yang menaikkan harga barang. Malah, kita boleh kawal harga barang jika seberapa banyak harga barang dipantau kerana pengguna menghantar maklumat harga barang dari semasa ke semasa.

Pengkalan data #hargabarang yang INVOKE usahakan akan dapat menganalisa dari ribuan data harga barang yang dihantar oleh rakyat untuk mengenal pasti barang mana yang harganya naik melambung, apa inflasi sebenar, peniaga mana yang sering dilaporkan menaikkan harga barang (maka penguatkuasa perlu memberi keutamaan mengambil tindakan ke atas peniaga ini) dan lain-lain.

Saya mohon kerjasama seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menyertai usaha akar umbi memantau harga barang ini supaya kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya sebagai pengguna dan rakyat biasa, sementara menunggu tindakan penguatkuasaan.

Lawati https://hargabarang.invokemalaysia.org atau bit.ly/laporhargabarang untuk menyertai rakyat Malaysia yang secara sukarela memantau harga barang.

Setiap bulan, saya akan membentangkan kedudukan harga barang dan mendedahkan peniaga-peniaga yang paling banyak dilaporkan berhubung aduan harga barang. Senarai ini saya akan hantar kepada KDNKK untuk mereka mengambil tindakan penguatkuasaan secara segera.

Saya tetap yakin dengan kuasa rakyat. Kuasa rakyat juga boleh kita gembleng untuk memantau dan mengawal harga barang.

Sebarkan kepada seramai mungkin, kami sedang membangunkan sistem pemantauan itu agar dapat memberi mata kepada setiap laporan harga barang selepas ini.
Akhir sekali, ucapan selamat hari raya Aidilfitri dari kami di INVOKE Malaysia.Rafizi Ramli

Sumber MR - 14-6-2018 

Saifuddin, Shamsul, Xavier antara calon menteri PKR

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/saifuddin-shamsul-xavier-antara-calon.html

































Antara nama yang dikemukakan PKR sebagai calon menteri kabinet kepada Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad ialah Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Xavier Jayakumar.

Shamsul berkata beliau dimaklumkan kebanyakan kepimpinan tertinggi PKR dimasukkan ke dalam senarai calon menteri.

"Mereka meletakkan semua pimpinan tertinggi (seperti) saya sendiri, Xavier, Saifuddin, semua kepimpinan tertinggi," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, Shamsul berkata, beliau tidak tahu portfolio kabinet mana yang diminta PKR kerana surat yang mengandungi senarai nama itu dihantar terus oleh presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Surat itu dihantar oleh presiden sendiri, jadi saya tidak tahu, tetapi menurutnya, dia meletakkan semua nama kepimpinan tertinggi, termasuk wakil presiden, setiausaha agung dan semua itu," katanya.

Tak pasti Izzah, Rafizi

Namun, Shamsul berkata tidak pasti jika naib presiden Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli dimasukkan ke dalam senarai itu.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Nurul Izzah tidak mahu jawatan dalam kabinet.

Sementara itu, Shamsul maklum perbicaraan kes jenayah Rafizi ketika senarai itu dikemukakan.

Shamsul, yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, percaya pengumuman menteri kabinet akan menyertakan sekitar enam atau tujuh menteri daripada PKR, memandangkan parti mereka memenangi paling banyak kerusi dalam pilihan raya umum lepas.

"Kami berharap kadar perwakilan yang sejajar akan dilihat dalam kabinet," katanya.

Beliau berharap Dr Mahathir bakal mengumumkan barisan kabinet penuh tidak lama lagi kerana sidang parlimen akan datang bermula pada 16 Julai.

Shamsul berkata menteri-menteri baru perlu diberi masa untuk mengkaji secara menyeluruh kementeriannya sebelum sidang parlimen.

"Dan tentu saja, rakyat tertunggu-tunggu untuk mengetahui siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kementerian tertentu dan penggabungan kementerian," katanya.

Dengan namanya dikemukakan sebagai calon menteri kabinet, Shamsul berkata jika dipilih sebagai menteri, beliau ingin mendapatkan portfolio Kementerian Luar Negeri.

Walaupun beliau memahami pembentukan kabinet sepenuhnya hak perdana menteri, beliau yakin mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan sumbangan dan komitmen antarabangsa.

Minat juga menteri pelancongan

Shamsul memaklumkan beliau ialah bendahari yang dipilih bagi Rangkaian Parlimen untuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan terlibat secara aktif dalam organisasi Anggota Parlimen antarabangsa untuk Global Action (PGA) serta Commonwealth Parliamentary Association.

"Walaupun ini adalah ketika kami masih menjadi pembangkang, jadi kami mempunyai pengalaman yang sangat terhad tetapi saya diberi keyakinan untuk mewakili parti saya dan blok pembangkang dalam pelbagai program dan sidang antarabangsa, sehingga benar-benar menarik minat saya," katanya.

Beliau juga berminat dengan portfolio Kementerian Pelancongan,kerana kawasannya terletak di negeri Melaka.

Shamsul percaya beliau dapat memperkasa industri pelancongan, bukan sahaja di Melaka tetapi juga di negeri-negeri lain seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan.

"Ia sangat berkaitan dengan kawasan yang saya wakili dan saya mempunyai minat untuk membangun serta meneroka lebih banyak industri pelancongan supaya dapat menyumbang pendapatan kepada pentadbiran sekarang," katanya.

Pada masa ini, seramai 13 menteri telah diumumkan dan Mahathir telah berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.

Jumlah ini juga termasuk menteri dari Sabah dan Sarawak, katanya.

Sumber MR - 12-6-2018

Kepimpinan PKR berpecah kerana Anwar lapor FMT



































PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi PKR tidak sehaluan dengan tindakan dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurut mereka seperti melobi sokongan daripada golongan elit berpengaruh, sebulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas dan pembebasannya seminggu selepas itu.

Mereka berkata individu yang mereka kempenkan sebagai perdana menteri sejak 2 dekad lalu menunjukkan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini.

Sumber dalam parti berkata ramai pemimpin termasuk golongan dalaman yang menanggotai biro politik PKR berkata pertemuan Anwar dengan raja-raja Melayu dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati golongan diraja, lebih 2 dekad selepas dia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melucutkan kekebalan raja-raja daripada undang-undang.

“Mereka berkata sejak dia dibebaskan, dia tidak menunjukkan kelakuan seorang perdana menteri menanti, tetapi seorang yang tergesa-gesa,” kata sumber PKR yang rapat dengan golongan dalaman itu.

Anwar, yang akan berusia 71 pada Ogos, dibebaskan pada 16 Mei, selepas diberi pengampunan diraja yang dinanti-nantikan. Pengampuan itu membolehkan dia kembali aktif berpolitik. Beberapa jam selepas pembebasannya, dia dipanggil ke Istana Negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Anwar kemudian bertemu raja-raja Melayu di beberapa istana negeri, menyebabkan pengkritik tertanya sama ada dia cuba melobi sokongan raja-raja untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepadanya dalam tempoh masa 2 tahun.

Tetapi kunjungan lewat malamnya ke istana di tengah-tengah kebuntuan tentang pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, yang menyebabkan penyokong PKR, termasuk pengikut setia, mempersoalkan motif beliau.

Anwar bertemu Sultan Johor, pengkritik Perdana Menteri
                                   Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Facebook Sultan Ibrahim)

“Apabila dia secara terbuka mengumumkan dia sedang bertemu Sultan Muhammad V ketika timbulnya cerita Tommy Thomas, ia seolah-olah mengatakan dia yang mendapatkan persetujuan diraja,” kata sumber itu.

“Ini secara tidak langsung cuba menguatkan perspesi dalam fikiran tentang adanya perselisihan antara Dr Mahathir dan istana, dan Anwar yang menyelamatkan keadaan. Seorang ahli politik berpengalaman dan kanan tidak sepatutnya berkelakuan seperti orang baru nak naik,” katanya.

Anwar mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengatakan dia cuba melobi sokongan raja-raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” katanya dalam temubual oleh badan berkaitan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan ditengah-tengah propaganda mengatakan gabungan ini diketuai DAP, yang akan menghakis kuasa raja-raja dan orang Melayu. Jadi saya ke sna untuk beritahu mereka bahawa maruah dan kedaulatan raja-raja akan didukung.”

Kenyataan itu dicabar oleh bekas pemberita berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin, yang menganggotai majlis tertinggi PPBM dan merupakan pengikut setia Dr Mahathir.

Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu.

Anwar segera mengkritik Kadir, mengatakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu tidak menjaga tertib. Kadir sudah meletakkan jawatan daripada Majlis Penasihat Kerajaan.

Sumber PKR mengatakan pemimpin parti juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan dia tidak akan meminta isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengosongkan kerusi Pandan untuk dia bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Sudah tentu dia juga tidak akan minta anak perempuannya mengosongkan kerusinya,” kata sumber itu, merujuk kepada Nurul Izzah yang menang di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakili Anwar dan dikosongkan isterinya pada 2008 untuk membolehkan dia kembali ke berpolitik.

“Ini bermakna kita akan menyaksikan bapa, ibu dan anak dalam kerajaan,” kata sumber itu.

“Ini mengesahkan apa yang Umno katakan selama ini, yang kita ini parti ‘anak pinak’,” katanya.

Sumber MR - 10-6-2018

Bukan muslim ada hak bahas undang-undang syariah kata Anwar




































Bukan muslim di Malaysia mempunyai hak untuk membahasakan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam.

Ini kerana, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, undang-undang berkenaan juga boleh memberi kesan kepada bukan muslim.

Dalam wawancara bersama The Star, Anwar merujuk contoh perbahasan berhubung usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kata Anwar, meskipun sesuatu undang-undang dilihat hanya dikenakan ke atas orang Islam, orang bukan Muslim juga boleh terkesan.

"Mereka (penyokong rang undang-undang itu) bercakap seakan-akan kita semua orang Islam dan orang lain tak perlu peduli.

"Mereka (buka muslim) mempunyai hak untuk peduli," katanya merujuk rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ad hak untuk ikut serta," tambah Anwar.

Jelas Anwar yang mengambil maklum kebimbangan orang bukan Islam terhadap usul berkenaan, kebimbangan itu adalah dari bagaimana ia akan memberi kesan terhadap mereka.

"Mereka bimbang ia akan djadikan alat menceroboh kehidupan peribadi seseorang. Kita perlu mempertimbangkan isu ini," katanya dipertik sebagai berkata.

Anwar berkata, PKR menghormati hak Abdul Hadi sebagai anggota parlimen bagi membentangkan RUU itu, namun PKR menekankan bahawa anggota parlimen lain perlu diberi peluang untuk bahas, pinda atau menolah RUU berkenaan.

"Ini kerana apa yang dibentangkan bukan hudud, dan kedua, ia adalah terjemahannya (Abdul Hadi) sendiri," katanya.

Dalam wawancara itu, Anwar menggesa orang awan meneliti pendirian PKR berhubung RUU 355 dengan lebih dekat, yang terlah dikeluarkan dalam bentuk risalah bertajuk Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia yang dimuat naik di laman web parti itu.

"Kami bukan liberal yang menolak untuk melaksanakan prinsip Islam.

"Kami meweakili nurani Islam, namun kami tidak mewakili Islam konservatif model lama yang mahu memaksa orang lain menerima tafsiran tertentu," katanya.

Sumber MR - 10-6-2018

Tiada perselisihan antara Anwar-Azmin kata Wan Azizah





































TIADA perbalahan antara Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, tegas Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Timbalan perdana menteri itu menafikan dakwaan terdapat kem di dalam parti dan menegaskan PKR adalah parti yang bersatu.

"Saya tidak fikir ada perselisihan. Seperti yang saya katakan, kita berada dalam satu kem," kata Wan Azizah kepada pemberita pada sidang akhbar selepas berbuka puasa di Dataran Merdeka malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media Singapura, The Straits Times berhubung pelantikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke jawatan menteri hal ehwal ekonomi.

The Straits Times mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi kuasa besar kepada Azmin ke jawatan itu untuk meneutralkan pengaruh Anwar yang juga adalah ketua umum PKR.

Akhbar itu mendakwa demikian dengan memberi alasan, pelantikan itu memberi kuasa kepada Azmin ke atas syarikat penting berkaitan kerajaan.

Mengulas mengenai pelantikan Azmin ke jawatan tersebut, Dr Wan Azizah berkata Dr Mahathir berhak ke atas pemilihan calon menteri, walau nama Azmin tidak diketengahkan oleh parti untuk jawatan Kabinet.

"Tiada yang salah dengan perkara ini," katanya.

The Straits Times dalam laporannya hari ini mendakwa, pelantikan itu memperkukuhkan kedudukan Azmin dan dalam masa yang sama memantau Anwar dalam PKR.

Azmin dan Zuraida Kamaruddin, yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dikatakan sebagai sekutu menentang Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa portfolio hal ehwal ekonomi itu berkuasa ke atas dana kekayaan negara -- Permodalan Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, serta syarikat minyak negara Petronas.

Ketiga-tiga syarikat dengan nilai dianggarkan RM1 trilion itu sebelum ini diletakkan dalam portfolio Kementerian Kewangan semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Laporan itu juga mendakwa terdapat cakap-cakap bahawa agensi yang menjaga kebajikan golongan Melayu Islam, seperti Tabung Haji dan Felda juga akan diletakkan di bawah kementerian Azmin.

Sumber MR - 10-6-2018


Otai Reformis beri kata dua pada MB Perak






































Sebuah kumpulan menggelar diri mereka Otai Reformis 98 memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi menjelaskan tindakannya yang dianggap mengkhianati perjuangan mereka melawan Umno dan BN.

Dalam satu kenyataan kumpulan itu antara lain mempertikaikan bagaimana Ahmad Faizal boleh melantik bekas pemimpin Umno Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat menteri besar dan kedudukan itu bertaraf exco.

Setiausaha Otai Reformis 98 Akhi Nosa Iskandar berkata pihaknya juga tidak dapat memahami tindakan Ahmad Faizal mengambil pemimpin Umno lain untuk diberikan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Pelantikan itu mengkhianati perjuangan kami yang menentang Umno dan BN sejak 1998," katanya.

Ahmad Faizal ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak merangkap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri yang dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pelantikan itu berjaya dibuat selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpuas hati HARAPAN mendapat kerusi majoriti di dewan undangan negeri (DUN).

Asalnya berlaku kebuntuan apabila HARAPAN tidak mendapat kerusi yang meyakinkan apabila memenangi 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

Mahu Anwar campur tangan

BN memenangi 27 kerusi lagi manakala PAS cuma tiga. HARAPAN akan hilang majoriti di DUN Perak jika BN bersekutu dengan PAS.

Bagaimanapun penyelesaian ditawarkan PAS tidak mendapat sambutan, manakala dua daripada ADUN BN mengisytiharkan diri mereka menyokong HARAPAN.

Seorang daripada mereka ialah Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik. Dia kemudian dipecat daripada Umno.

Ekoran perkembangan itu Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 12 Mei.

Pelantikan Zainol Fadzi sebagai penasihat khas menteri besar pada akhir Mei lalu.

Kata Akhi Nosa kumpulannya memberikan tempoh tujuh hari kepada Ahmad Faizal memberikan penjelasan mengenai langkahnya menempatkan pemimpin Umno berkenaan.

"Jika tidak diberikan penjelasan, maka kami serta penyokong HARAPAN akan mengadakan himpunan protes di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Akhi Nosa juga menuntut diberi ruang mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelantikan yang dibuatnya.

Selain itu Otai Reformis 98 Perak turut meminta Ketua Umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Langkah itu perlu diambil supaya isu-isu sebegini tidak lagi berulang di semua peringkat kepimpinan HARAPAN," katanya.

Sumber  MR - 9-6-2018

No comments:

Post a Comment