BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, June 4, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 12)




Pusat Khidmat DUN Ajil Beroperasi 1 Julai

HULU TERENGGANU – Pusat Khidmat Mayarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil akan mula beroperasi pada 1 Julai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kasim berkata, beliau akan meneruskan hasratnya membuka pusat tersebut walaupun kelengkapan dan peralatan masih belum mencukupi.

“Kes kecurian yang (pelik) berlaku ke atas barang-barang dalam pejabat tersebut (kira) telah selesai,
“(Alatan) kerusi, meja dan peralatan pejabat serta econ habis ditanggalkan tetapi sekarang sudah dihantar balik dan kos pasang semula ‘air-cond (terpaksa dikeluarkan sebanyak) RM3500,

“kalau buat di tempat lain kita…. renovasi makan belanja yang banyak lagi pun di tempat yang sama agak strategik berdekatan dengan pejabat pos,

“dan pusat komputer dibelakang itu ada balai raya yang diguna oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) untuk bengkel jahitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa menghadiri Program Pembahagian Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Negeri Terengganu di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, pada Isnin, 11 Jun.

Oleh itu, kata beliau, janjinya kepada rakyat untuk mewujudkan sebuah bank atau sekurang-kurangnya ATM insya Allah akan diselesaikan segera.

“saya telah pun berjumpa dengan Timbalan Pengurus Bank Rakyat berbincang dengan tentang perkara inilah dan dia telah pun bagi respons yang positif untuk berhubung dengan HQ (Ibu Pejabar) di Kuala Lumpur,

“dan saya juga berbincang dengan pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu serta merancang untuk menawarkan khidmat bank sepenuhnya di bangunan baru di Pekan Ajil yang warna kuning (itu),” ujarnya.

Sehubungan dengan itu katanya beliau sedang menyelesaikan isu dana remaja dan dana hari raya yang meningkat penerimannya

“Hari ini kita mula beroperasi pembahagian baucer di cawangan di Pekan sekitar DUN Ajil yang mana dah ada dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan di akan masuk akaun,

“dan tiga ribu yang belum ada akaun bersama dengan BR1M akan di beri pada penerima dalam bentuk baucer,” jelasnya.

Sementara itu, belIau menjemput semua warga DUN Ajil dan rakyat negeri ini untuk meraikan Aidilfitri pada majlis rumah terbuka pada 3 Syawal, bersamaan 17 Jun, di kediamannya di Kampung Peroh, Ajil.

Sumber BO - 13-6-2018


Mengharmonikan Kehidupan Pada 1 Syawal

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh muslimin dan muslimat yang di kasihi dan di rahmati Allah sekalian.

Syukur ke hadrat Allah SWT tak lama lagi kita akan menyambut Syawal kita merayakan hari raya Aidilfitri .

Maka saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat dan juga kepada seluruh rakyat negeri, semoga Allah SWT melimpahkan rahmatnya kepada kita semua dan Allah memberikan kita sebagai sebuah rakyat yang mempunyai keupayaan untuk maju dan mendapat keberkatan serta memperolehi kebahagia di dunia dan juga di akhirat.

Saya juga mewakili seluruh kepimpinan Badan Perhubungan PAS negeri memohon ampun dan maaf di atas apa jua kekhilafan dan kesilapan samada yang disegajakan ataupun tidak di sengajakan demi untuk meharmonikan semula hidup kita di dunia dan juga hidup kita apabila kita bertemu menghadap Allah SWT.

Saya memohonkan ampun dan maaf di atas segala kesilapan itu marilah kita suci heningkan hati dan jiwa kita serta pemikiran kita sama-sama untuk mengharungi hidup ini, hidup yang akan datang penuh keyakinan dan kebergantunagn kita kepada Allah SWT.

Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan dengan penuh keinsafan bersama-sama dengan keluarga sanak saudara, jiran tetangga dan sama-samalah kita memohon kemaafan di antara satu sama lain.

Apa jua pergeseran yang berlaku samada disebabkan oleh masalah-masalah sosial mahupun juga masalah yang berkaitan dengan kerja-kerja di musim pilihan raya baru ini.

Marilah kita bersedia untuk melapangkan dada mensuci heningkan jiwa kita dengan mencurah air kemaafan di antara satu sama lain.

Dan saya juga untuk mengucapkan selamat pulang kepada semua anak-anak Terengganu di perantauan.

Anak-anak perantau selamat pulang berhari raya bertemu dengan keluarga ingatlah bahawa kepulangan anda adalah amat ditunggu dan amat di nanti itu menjadi titik kegembiraan kepada seluruh keluarga kita.

Oleh itu, hati-hatilah dalam perjalanan pulang dan ingatlah bahawa kepulangan kita amat di tunggu oleh kaum keluarga.

Terima kasih …. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….

Dato’ Ustaz Husain Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Sumber BO - 12-6-2018


No Festive Break For 640 Firemen In Terengganu

KUALA TERENGGANU: A total of 640 personnel from the Terengganu Fire and Rescue Department will be on duty in the event of fire breakouts and accidents during the Hari Raya Aidilfitri festive season.

Its director Azlimim Mat Noor said only 20 percent of the 800 members statewide were given leave while the rest were deployed to prepare for any emergency cases and accidents that often occurred during the festive seasons.

“To deal with road mishaps, the Terengganu department has stationed two rescue teams at the East Coast Expressway (LPT) 2.

“Each of these teams, with 10 members each, are stationed at the Ajil Toll and the Perasing Rest and Service area to conduct patrols and to provide fast and accurate service to LPT2 users.

“This operation will include patrolling at peak hours between 10am and noon, he said at a media conference at the Kuala Terengganu station. – Bernama

Sumber BO - 12-6-2018



Dr Samsuri Rai Anak Yatim Menjelang Aidilfitri

MARANG – Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan anak-anak yatim, beberapa hari menjelang hari lebaran dalam dalam satu program dianjurkan Sahabat Care dan Pemuda PAS.

Beliau menyantuni anak-anak terpilih itu membeli keperluan hari raya, di sebuah premis perniagaan di bandar, dekat sini.

“Kegembiraan anak-anak ini adalah kegembiraan kita bersama, mak ayah dan juga kegembiraan pentadbiran kerajaan,

“kerana anak-anak adalah generasi yang penting, yang akan meneruskan kesinambungan orang-orang yang sudah berusia,

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sahabat Care dan Pemuda PAS Rhu Rendang yang mengadakan Program Sinar Aidilfitri pada hari ini,” ujarnya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rhu Rendang berkata, seramai 50 orang anak-anak yatim dan anak-anak miskin yang terlibat, yang menerima sumbangan mereka.

Sehubungan itu beliau berkata, aktiviti yang yang dibuat pada Isnin 11 Jun itu, adalah contoh yang sangat baik yang boleh dikongsi semua pihak.

Katanya, pihak-pihak yang prihatin samada orang-orang korporat, perseorangan yang ada rezeki lebih boleh turut sama membantu.

“Sekaligus kita berkongsi kegembiraan dengan memberikan sumbangan dalam menyambut hari raya Aidilfitri, ” tambah beliau.

Dr Ahmad Samsuri menegaskan, sikap ambil peduli dan memberikan perhatian kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang tidak berkemampuan adalah merupakan tugas yang besar di sisi Allah SWT.

“Tanggungjawab kita sebagai umat Islam sangat berat apatah lagi pada hari ini kita telah diberi amanah kepimpinan mentadbir negeri, untuk kita berikan penumpuan kepada anak yatim dan orang miskin di sekitar kita,

“Marilah sama-sama kita berganding bahu antara kerajaan, NGO, masyarakat dan semua pihak dalam membangunkan potensi anak-anak yatim dan orang-orang miskin di negeri Terengganu,” jelas beliau.
Justeru itu, beliau menyeru semua rakyat yang berkelapangan dan prihatin agar melakukan amalan bantu membantu.

“Marilah kita membantu anak-anak kita, anak-anak jiran kita, anak-anak saudara kita, ahli masyarakat, dapat menjalani kehidupan dengan baik dan dapat bergembira bersempena dengan Aidilfitri 2018 ini,

“Moga-moga pada tahun hadapan, pada hari raya Haji atau awal pembukaan sesi persekolahan akan datang, insyaAllah kita akan ramaikan lagi peserta untuk program seperti ini,” kata beliau

Sumber BO - 12-6-2018




Kerajaan Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Bonus

KUALA NERUS – Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM1.8 juta memberi bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Guru Pintar Al-Quran Yayasan Islam Terengganu.

Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata program tersebut menjadi bukti kerajaan yang dipilih rakyat  pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 lalu, melaksanakan janjinya.

“yang keduanya ialah mana-mana perkara yang baik, yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu akan diteruskan dan kita akan perbaiki dari masa ke semasa,

“dan kita akan pertingkatkan aspek-aspek lain supaya kebaikan yang diberikan akan dinikmati oleh semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Yayasan Islam Terengganu, di  Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini 11 Jun.

Oleh itu, katanya, tidak timbul kerajaan baharu membatalkan mana-mana perkara yang baik dan kerajaan PAS Terengganu tidak akan melakukan demikian.

Katanya, objektif kerajaan ialah untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua penduduk negeri ini.

Sehubungan itu beliau berkata, banyak cadangan dari pelbagai pihak termasuk para cendekiawan, yang akan dikaji dan dilaksanakan sekiranya baik, menurut kemampuan pihak negeri.

“kita baru sebulan…..mengambil alih kerajaan dan banyak perkara yang kita pertimbangkan (kerana kita bukan bercakap untuk mentadbir negeri Terengganu,

“selama lima tahun sahaja, tetapi lebih daripada itu lagi,” tegasnya.

Berkait pelantikan Tan Sri Khalid sebagai penasihat, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, perkara yang paling penting ialah peranan yang dimainkan, bukan jawatan yang diberikan.

“kita telah berbincang dan beliau telah memberikan komitmen akan terus pandangan-pandangan dan nasihat yang ‘releven’ bagi mencapai keadaan ekonomi yang lebih baik di Negeri Terengganu,
“dan bukan sahaja  Tan Seri Khalid Ibrahim tetapi tokoh- tokoh yang lain juga kita akan bertemu dan kita akan dapat pandangan mereka,” ujarnya.

Objektif  kerajaan negeri katanya adalah untuk menjadi kerajaan terbaik dan ia tidak boleh bergerak dengan sendiri tanpa sokongan semua pihak.

Sumber BO - 12-6-2018







Government Capable Fulfilling The Promises

Terengganu Mentri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar said the bonus payment proved that the state government was capable of fulfilling the promises made in its 14th general election manifesto

“We will at the same time continue the development programmes implemented by the previous government and will improve them from time to time for the benefit of the people in the state.

“When the new government takes over the state leadership, we will not stop the implementation of good programmes and projects (implemented by the previous state government),” he said after a ceremony to hand over the bonus here today.

The Terengganu government has allocated RM1,824,500 of the bonus payment for 1,705 teachers serving with the Terengganu Islamic Foundation, the Community Development Department, the Terengganu Education Department and the National Unity and National Integration Department.

The bonus will also be given to 1,944 Al-Quran and religious teachers in the state. — Bernama

Sumber BO - 12-6-2018







Masalah Muara Sungai Merang Cetek Sedang Diatasi

Oleh : DMS

SETIU – Masalah muara yang cetek yang membataskan aktiviti pelancongan dan nelayan di Kampung Merang sejak sekian lama kini mendapat perhatian serius dari kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, kerajaan negeri sedang meneliti langkah-langkah yang akan diambil sebelum sebarang keputusan dilakukan.

“kita akan meneliti masaalah ini termasuk juga kajian yang akan dilakukan oleh Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) untuk pembinaan Break Water (Pemecah Ombak) bagi mengatasi yang di hadapi sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan lawatan di muara sungai tersebut hari ini, Isnin, 11 Jun.

Sehubungan itu beliau berkata, segala penerangan yang dibentangkan oleh Timbalan Pengarah JPS, Encik Osman Abdullah akan dijadikan rujukan.
“setelah selesai setiap kajian baru kita akan buat, namun perlu di ingat ianya tidak akan memyelesaikan masaalah seratus peratus,” ujarnyan setelah mendengar taklimat yang di sampaikan di hadiri oleh penduduk kampung terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang itu berkata, buat masa ini proses mendalamkan muara yang dilaksanakan sekarang akan diteruskan, sehingga satu keputusan dibuat oleh mesyuarat peringkat kerajaan negeri.

Sementara Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berharap jalan penyelesaian terbaik akan dihasilkan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masaalah yang sering dihadapi penduduk selama ini.

Turut hadir pada pertemuan itu Pegawai Daerah Setiu,Tuan Haji Rosdi bin Awang,Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Encik Wan Khalid Wan Jusoh, YDP Majlis Daerah Setiu Zulkafeli bin Omar, Jurutera Daerah JPS Setiu Puan Aisyah Abu Bakar serta Ustaz Zul Bhari Abd Rahman, Penyelaras DUN Permaisuri.









Sumber BO - 12-6-2018





Artis Masih ‘Trauma’ Kepada Pemerintahan Kerajaan Lalu

KUALA TERENGGANU – Para artis masih ‘trauma’ dalam menerima pemerintahan kerajaan Malaysia baharu kerana masalah yang mereka alami pada zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Seniman Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud berkata, tindakan kerajaan pusat dahulu yang menekan kebebasan mereka.

“artis macam orang biasa juga…tapi sekarang ini masih trauma dan masih senyap… hak molek kita sokong dan hak tak molek kita bangkang,

“(kalau dulu) nak berpihak pada pembangkang dia akan gam (kita) dan mungkin makin lama makin sedar dan dia akan bersama dengan kita (akhirnya insya Allah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media selepas program Santai Selebriti pada program  Madinah Ramadhan di Taman Syah Bandar dekat sini  hari Ahad, 10 Jun.

Mustafa yang popular dengan watak Datuk Sohok bersama seorang artis lain yang dikenali ramai sebagai Abdul Razak menjadi tetamu undangan pada program itu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Ahmad Samsuri Mokhtar di atas kemenangan Parti Islam Semalaysia (PAS).

katanya kemenangan itu adalah atas daya usaha semua ahli dan pemimpin PAS yang telah bekerja keras pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Rakyat Negeri Terengganu pandai memilih calon untuk memimpin mereka… calon yang takut pada Allah SWT,

“itu yang kita nak kalau takut pada Allah… moleklah akan jadi (dalam pemerintahan),” ujarnya.

Menurutnya, pemimpin yang bertakwa adalah seorang yang tahu hukum halal dan haram,  dunia dan akhirat.

Tambahnya, sebagai orang Islam hendaklah memilih agama nombor satu itu dalam sesebuah pemerintahan.






Sumber BO - 11-6-2018


670 Bakal Mahasiswa Terima Bantuan Yayasan Terengganu










KEMAMAN – Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun dan Kemaman menerima bantuan persediaan berjumlah RM418,500 daripada Yayasan Terengganu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata daripada jumlah itu, Yayasan Terengganu menyerahkan RM217,250 kepada Parlimen Kemaman untuk 335 bakal mahasiswa yang mengikuti kursus diploma dan matrikulasi.

Sebanyak RM201,250 pula untuk 335 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun, “Tahun ini, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk bantuan ini. Sejak dimulakan pada 2006 hingga 2017, seramai 272,159 orang telah mendapat manfaat daripada bantuan sebanyak RM202,599,150,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Persedian Yayasan Terengganu di Peringkat Matrikulasi, Asasi dan Diploma di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini, hari ini.

Menurutnya bantuan itu dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan kos persediaan kelengkapan atau membayar yuran mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sementara itu, Muhammad Hariz Azfar Azhari, 18, berkata dengan bantuan itu, beliau dapat membuat persiapan mendaftar kursus kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya menerima sebanyak RM500…saya rasa gembira kerana dapat menggunakannya untuk membeli barangan persiapan,” katanya.

Nur Farihin Shukri, 18, yang menerima tawaran kursus asasi sains di sebuah IPT di Selangor juga gembira dengan bantuan itu. – BERNAMA

Sumber MR - 11-6-2018










Ex-Selangor MB Khalid Ibrahim Lends Hand To PAS-Led Terengganu

Former Selangor mentri besar Tan Sri Khalid Ibrahim has announced today his pledge to help PAS administer Terengganu.

Khalid, who is an experience corporate figure and known for his prudent policies during his tenure, said he is confident that his skills sets could help the state government.

“My extensive experience in the corporate world would be a great help to the state government.

“I can add value to some of the decision making and perhaps looking on how to help improve certain matters,” he said.

Khalid however said he has insisted to Mentri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar that his help would be on a voluntary basis.'

“I do not want to hold any position. I only want to help as an unpaid volunteer,” Khalid clarified.

When asked whether he has refrained from politics entirely, Khalid said he is simply happy to be retired.

“I am lucky to be retired,” he said in jest.

Khalid was referring to the so-called “Kajang Move” in 2014 which saw him ousted from office and subsequently sacked from PKR the same year.

Commenting on the current political climate following Pakatan Harapan historic win on May 9, Khalid advised those in power to ensure the peace and stability of the country.

“For a country to grow, it must have stability. In this respect politics must take a backseat and ensure we have stability in the country,” he said.

Sumber BO - 11-6-2018










Bantu Anak Yatim Tanggungjawab Bersama

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – PAS bertanggungjawab membantu anak-anak yatim dan fakir miskin bagi meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga mereka.

Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau berharap dengan sumbangan tersebut dapat mengembirakan mereka.

“Program beli belah raya bersama anak yatim dan fakir miskin adalah program tahunan yang saya buat sepanjang tahun semenjak saya jadi Ahli Parlimen,

“dan ini merupakan tahun yang ke enam saya buat,

“Cuma kali ini Pasaraya Hock Kee Seng diberi pilihan kepada anak-anak yatim untuk mencari barangan raya,” katanya.
Beliau berkata demkian ketika di temui pihak media dalam program beli belah baju raya anak yatim pada Jumaat, 8 Jun.

Katanya, bajet yang diperuntukan sebanyak RM100 setiap orang dan seramai 200 orang di seluruh kawasan Kuala Nerus.

“Ini sebagai persediaan yang kita sediakan dan ada lagi program yang lain melibatkan anak -anak yatim yang mendapat habuan yang lain seperti pakaian dan wang tunai,

“dan yang penting kita membantu masyarakat yang berada di sekitar mereka serta jiran tetangga mereka,” ujarnya.

Menurutnya, beliau berharap seluruh rakyat janganlah melihat

tanggungjawab untuk membantu masyarakat hanya ketika berkuasa sahaja.

Tambahnya, tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab bersama yang telah di ajarkan oleh agama Islam.

Sumber BO - 10-6-2018











Kesusahan Tiga Sekeluarga Mendapat Perhatian AP

SETIU – Keadaan hidup tiga sekeluarga yang dirundung malang, kesusahan dan merayu simpati dari orang ramai, telah mendapat perhatian segera dari Ahli Parlimen Setiu dan Ketua Pemuda DUN Batu Rakit.

Menurut Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, bantuan segera akan diberikan pada Rosiana Rosli, 37, tahun bagi meringankan bebanan yang ditanggungnya di samping mendapatkan bantuan dari pihak yang bertangungjawab.

“keluarga ini akan dibantu segera bagi menghadapi hari raya yang semakin hampir dan kita akan memohon bantuan dari pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” tegasnya ketika melawat ke rumah Rosiana.

Menurutnya lagi, beliau telah meminta Ustaz Mohd Shafizi Ismail, Ketua Pemuda DUN Batu Rakit menyelesaikan seberapa segera masaalah yang dihadapi oleh Rosiana.

Sementara itu, Ustaz Shafizi yang turut serta melawat keadaan Rosiana berkata pihaknya akan menyelesaikan perkara asas yang perlu bagi meringankan bebanan yang sedang di tanggung oleh Rosiana sekeluarga.

“In Sha Allah kita akan membantu kakak Rosiana ini untuk dia hidup selesa dengan membaiki atap rumahnya yang bocor dan juga tandas yang begitu menyukarkannya untuk membuang air,” kata beliau.

Katanya, Rosiana yang telah kehilangan sebelah kaki akibat dari penyakit kencing manis kini bakal kehilangan sebelah lagi kaki kirinya yang akan di potong akibat dari penyakit yang dialaminya.

Beliau yang tinggal bersama adiknya yang disahkan mengalami sakit mental dan seorang anaknya yang berumur 12 tahun ketika di temui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas bantuan yang akan diberikan padanya sekeluarga.

“berharap agar rumah dan tandas ini dapat dibaiki dan rasa syukur, terima kasih kerana sudi membantu,” katanya penuh pengharapan dalam saat menghadapi hari raya yang semakin hampir.

Menurut Shafizi, bagi mereka yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun 1110229000237172 Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menghubungi Rosiana di talian 017-8179384.

Sumber BO - 9-6-2018













Tingkat Kemudahan Madinah Ramadan

KUALA TERENGGANU – Para pengunjung ‘Madinah Ramadan’ menyarankan agar diadakan kemudahan lain termasuk, penjagaan anak-anak atau ‘nursery’ diadakan di kawasan program anjuran kerajaan negeri itu.

Urusetia unit sukarelawan Wan Nor Seha Ibrahim berkata, ibu bapa yang hadir memaklumkan, pusat itu akan memudahkan mereka melakukan solat terawih dengan selesa.

“Program seperti ini harus di teruskan kerana ianya memberi pededahan dan memudahkan orang ramai sebab di sini ada bazar Ramadhan dan bazar raya,

“jadi apabila mereka datang ‘shopping’ diorang boleh terawih dulu dan berbuka sekali serta mempunyai tempat untuk memudahkan solat,

“dan keluarga pun boleh santai serta berbuka di luar sambil merehatkan diri,” katanya ketika di temui pihak media di tapak program tersebut di kawasan berbumbung, Taman Syahbandar, pada Sabtu 8 Jun.
Katanya, dalam sehari lebih kurang 500 orang yang hadir sehingga mencecah 700 sehingga 800 orang pada hari minggu dan bergantung pada program yang diadakan.

“Alhamdulilah pada mulanya macam keberatan kerana kali pertama untuk kita keluar tinggalkan keluarga kerana berbuka bersama-sama dengan sahabat serta orang ramai di sini,

“bila dop (tak) mari lain macam suasana itu dan di rindui serta pada mulanya berat tapi bila tengok makin hari makin ramai keluarga datang berbuka sekali saya rasa sangat gembira,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, seorang sukarelawan Haji W Muhammad Mazlan berkata, program berbuka puasa dan berterawih yang sudah lama di tunggu-tunggu oleh masyarakat.

Katanya, hanya baru kini ia dapat di laksanakan selepas pemerintahan kerajaan bertukar selepas beberapa tahun diperintah oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya bangga dan teruja kerana kerajaan PAS Negeri Terengganu berjaya mengadakan program seperti ini sekitar Kuala Terengganu yang dahulunya jarang buat di bawah bumbung bekas stesen bas,
“dan berharap agar program ini di teruskan lagi pada tahun hadapan serta memperbaiki dan mengemaskini lebih baik,

“bagi menyampaikan mesej dakwah kita sebagai kerajaan Islam di Terengganu yang baru memerintah,” jelasnya.

Seorang sukarelawan muslimat, Siti Nor Sarah Aqilla Md Razali, 24, berkata, setiap petugas akan melaporkan diri dan menerima arahan daripada Ketua Ameerah Negeri, Hajah Zuraida Md Nor dan Unit Urusetia Wan Nor Seha Ibrahim.

“Saya rasa banggga sebagai anak muda kerana diberi peluang turun padang bersama-sama mengisi kemenangan kerajaan baru,

“dan rasa gembira serta ada semangat baru dalam diri,” ujarnya.

Justeru saya berharap program sebegini akan di adakan lagi dari semasa ke semasa kerana anak-anak muda dapat mengisi ruang yang ada dengan perkara yang berfaedah.

Dan katanya lagi, anak-anak muda ada peluang untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam program sebegini.

Sumber BO - 9-6-2018


























Mantan hakim mahu perjuang Islam bersama PAS

KUALA TERENGGANU: Perjuangan Islam yang menjadi dukungan PAS adalah penyebab utama mantan hakim, Dato' Muhammad Che Zulkifli Jusoh menyertai PAS
“Sebab utama saya masuk sebagai ahli PAS, yang paling utama ialah saya melihat kepada perjuangan Islam itu sendiri.
"Kita kena berhijrah daripada tempat yang tak berapa nak baik kepada tempat yang lebih baik, itu hijrah yang kita nak,” ujarnya yang juga bekas Ahli Parlimen Setiu.
Turut menambat hati beliau menyertai PAS ialah pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu yang tiada kekecohan, bahkan musuh dijadikan kawan, selaim peruntukan dibahagi dan pendekatan ke arah ukhuwah.
Barisan kepimpinan Kerajaan Terengganu sekarang ini juga menurutnya, dilihat mempunyai kekuatan campuran akademik berlatar belakangkan keagamaan dan profesional yang hebat.
“Pada harapan saya, mereka dapat meneruskan pembangunan di negeri Terengganu ini, dapat menjalankan manifesto-manifesto yang diuar-uarkan selama ini,” ujar beliau.
Beliau ditemui selepas Program Motivasi Badar al-Kubra anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di Masjid al-Furqan Chendering, di sini semalam.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali; Setiausaha Agung PAS, Dato', Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Adun Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Menyentuh pandangan mengenai pembentangan semula RUU355, Dato' Zulkifli berpendapat ianya agak sukar dengan keadaan Ahli-ahli Parlimen Muslim yang berkurangan daripada penggal lalu.
Beliau turut menyeru kepada semua yang masih berada di luar PAS untuk melihat perjuangan Islam yang dibawakan kerana dasar PAS itu sendiri mengangkat Islam sebagai sesuatu yang utama.
“Sebenarnya kalau kita nak kira, parti ini bukan pilihan yang pertama, parti ini ialah pilihan yang ketiga, tetapi perjuangan Islam itu sendiri.
"Kalau kita nak perjuangkan Islam, tapi tanpa dasar-dasar yang ada dalam sesebuah parti, yang tak mementingkan, mengutamakan kepada Islam, maknanya kita rasakan bahawa PAS adalah yang terbaik.
"Maknanya, dasar-dasarnya ke arah itu (mengutamakan Islam), bukan bila kita sebut parti itu, kita Islam.
"Yang Islam itu yang sebenarnya yang ingin diperjuangkan, tetapi parti ini adalah saluran kita, kita kena ada pertubuhan, baru kita boleh bergerak dan kita kena menang, barulah kita boleh jalankan apa agenda Islam,” tegas beliau.
Beliau yang berkelulusan sarjana muda Undang-Undang pernah menjadi Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Komersial, Pengarah Mahkamah Terengganu, Hakim Mahkamah Seksyen Kelantan selain daripada jawatan-jawatan lain. -HARAKAHDAILY 9/6/2018
Sumber HD - 9-6-2018 















Imam dan Bilal Jadi ‘Model’

KUALA TERENGGANU – Iman dan bilal hendaklah menjadi model dalam usaha melaksanakan kempen berhenti rokok di kalangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dr Alias Razak berkata, golongan tersebut adalah yang nenjadi ikutan oleh masyarakat ketika melakukan ibadat seperti solat di masjid.

“Kalau imam rukuk makmum pun rukuk… kalau imam sujud makmum pun sujud,
“apa salahnya kalau imam dan bilal berhenti merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan MQUIT Smoking di Masjid dan surau peringkat negeri Terengganu pada Rabu, 6 Jun.

Katanya, kerajaan telah mewartakan kawasan merokok seperti perkarangan masjid, hospital dan kawasan peranginan seperti pantai Batu Buruk.

Sumber BO - 8-6-2018
















Kerajaan negeri hulur bantuan kepada semua

MARANG: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah menegaskan, kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada semua mereka yang layak menerima bantuan, tanpa mengira latar belakang.
Pendirian ini jelasnya, adalah bersesuaian dengan konsep Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang menjadi teras kepada agenda kasih sayang ditekankan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memberikan hak kepada rakyat yang layak, mendapatkan sesuatu yang kerajaan janjikan.
"Kita mahu memahamkan rakyat bahawa BPMS ini adalah satu pendekatan yang dituntut oleh agama, iaitu kita tidak mahu pertikaian, tetapi persefahaman sesama masyarakat.
"Sifat kasih sayang kepada rakyat adalah suatu yang kerajaan tekankan, tanpa mengira siapa mereka,” tegas beliau dalam ucapannya.
Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata demikian dalam program bantuan yang dinamakan Sinar Ramadan anjuran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung, pagi tadi.
Antaranya lagi, beliau menekankan supaya ketua keluarga lebih bertanggungjawab dalam menyara keluarga mereka, kerana semakin banyak kes pengabaian nafkah yang berlaku akhir-akhir ini.
“Jangan kita hanya bersegera datang apabila ada program bantuan sebegini sahaja, tetapi mestilah juga mendatangi solat berjemaah dan juga majlis-majlis ilmu, supaya kita sentiasa faham tanggungjawab kita,” pesan beliau.
Seramai 520 orang penerima bantuan dari seluruh Dun Bukit Payung, menerima bantuan makanan dan minuman asas bagi persiapan menyambut Aidilfitri.
Majlis yang diadakan di Dewan Madrasah Darul Iman itu turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Pengadang Buluh dan Atas Tol, Abdul Halim Ismail dan Penghulu Mukim Bukit Payung (Pekan), Zafiri Ahmad Zaki.
Manakala Penyelaras Program, Mat Ghani Jusoh berkata, beliau dan pasukan kebajikan merasa bersyukur kerana berjaya melaksanakan tugas membantu kerajaan mengagihkan bantuan buat kali pertama.
Tambah menggembirakan beliau, kerana sebelum ini mereka menghadapi kesukaran menapis bantuan kepada yang benar-benar susah sahaja ataupun nilai bantuan terpaksa dikecilkan kerana kekangan kewangan.
“Tahun-tahun lalu, hanya lebih kurang 200 orang penerima sahaja dan tahun ini kita tambah lebih sekali ganda mereka yang layak, tanpa mengira parti.
"Kami sangat gembira kerana berpeluang melakukan kebajikan membantu kerajaan negeri dengan program agihan ini.
"Tentunya kami berterima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk memerintah,” kata beliau. -HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018 
















Persatuan Ragbi Ucap Tahniah Kepada Ustaz Wan Sukairi


















Ustaz Wan menerima hadiah sehelai T-Shirt 'pemanas badan' daripada Persatuan Ragbi Terengganu
Oleh : Syaiful Mustafa
KUALA TERENGGANU – Presiden Persatuan Ragbi Terengganu Amir Amri Mohamad, mengucapkan tahniah diatas perlantikan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sebagai Exco pembangunan belia, sukan dan NGO negeri Terengganu.

Beliau berterima kasih kepada pihak Exco kerana menerima baik kunjungan kali pertama persatuan itu.

“Pihak persatuan memohon peruntukkan untuk kejohanan Piala Agong 2018 pada Oktober hingga November dan mahukan keperluan yang perlu fasiliti stadium ragbi dinaik taraf,” ujar Amir
Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat di pejabat exco tingkat 5 wisma darul iman pada khamis 7 Jun.

Sehubungan itu kata Amri, Persatuan berbesar hati diatas layanan yang jujur dan ikhlas serta mesra dari pihak Ustaz Wan Sukairi.

Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia berkata, pasukan ragbi wanita Terengganu beraksi cemerlang pada 2018 sehingga dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Ragbi Naza National Seven, Melaka.

Manakala pasukan lelaki pula, kata beliau, adalah berada dikedudukan antara empat pasukan terbaik di Malaysia.


Justeru itu beliau yakin pertemuan antaranya dengan Exco tersebut, membuahkan hasil yang positif kepada persatuan dan kerajaan.

“Diharapkan pertemuan kali pertama ini memberi impak serta manfaat yang baik pada sukan ragbi,” katanya.

Sumber BO - 8-6-2018


















Government Agrees To Channel Oil Royalty Straight To Terengganu

PUTRAJAYA: The government has agreed to pay oil royalty straight to Terengganu government’s coffers.

Terengganu Menteri Besar Professor Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the state welcomed the move as the money could be used for the people.

“(Prime Minister) Tun Dr Mahathir (Mohamad) has informed us that the oil royalty will be paid to the state government. The quantum and details of the oil royalty will only be known later. But, it is at least five per cent, which is the current rate now,” he told reporters after attending the first National Finance Council meeting chaired by Dr Mahathir.

In the past, Samsuri said the oil royalty for Terengganu was channelled to the federal government agencies.

He added the oil royalty would be paid to the states regardless of their political differences.
On the smaller allocation for Pas-led Terengganu members of parliament (MPs) compared to Pakatan Harapan MPs, Samsuri said he viewed it positively.

“I want to thank the government and whether the amount is big or small, we respect the decision made. We appreciate the government’s commitment to help the state government despite our political differences,” he added.

Asked if the Terengganu state government would give allocation to the opposition state assemblymen, Samsuri said he would have to look into the state’s financial position first before making any decision on it.

Sumber BO - 8-6-2018

















Kunjungi Madinah Ramadan Beramai-ramai

KUALA TERENGGANU – Muslimat Muda PAS (Ameerah) Negeri Terengganu menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat supaya hadir beramai-ramai mengunjungi Madinah Ramadhan yang kini sedang berlangsung di Dataran Syahbandar.

Ketuanya, Hajah Zuraida Md Noor berkata, pada hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan ini marilah kita menghidupkannya dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat agar peluang keemasan ini tidak terlepas begitu sahaja.

“Madinah Ramadhan menyediakan juadah berbuka puasa dan ‘moreh’ secara percuma dan pengunjung dapat menunaikan solat terawih di tapak program,

“serta dapat mendengar tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh para ustaz yang hebat di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program Madinah Ramadhan pada Khamis, 7 Jun.

Katanya, program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang di adakan pada 1 hingga 14 Jun memberi manfaat yang besar kepada rakyat terutama para pengunjung dan peniaga di bazar Ramadhan.

“Ameerah turut menyumbang tenaga sebagai sukarelawan sepanjang program berlangsung,
“dan kami juga berperanan untuk memastikan kebersihan di kawasan program demi keselesaan pengunjung,” ujarnya.

Menurut Zuraida lagi, seramai 25 hingga 30 orang Ameerah yang akan bertugas setiap hari bermula 5.00 petang sehingga 10.30 malam.


















Sumber BO - 7-6-2018

















Royalti: T'ganu sambut baik keputusan Persekutuan

























PUTRAJAYA: Kerajaan PAS Terengganu menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana mentadbir parti berkenaan.
Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, keputusan itu  dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan di sini sebentar tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Selain itu, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob juga turut kelihatan.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Samsuri berkata, jumlah peratusan royalti dan maklumat lanjut mengenainya kaedah pembayarannya masih belum diperincikan.

Tambah beliau, sebelum ini ketika BN menerajui negara, wang royalti diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan.

Namun jelasnya, kali ini akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana tadbir negeri itu. - HARAKAHDAILY 7/6/2018

Sumber HD - 7-6-2018





















Kurangkan Karenah Birokrasi




KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS memutuskan, setiap borang pemohonan samaada daripada Jabatan kerajaan atau pun rakyat tidak perlu mendapatkan tandatangan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) bagi mengyrangkan karenah birokrasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Haji Hanafiah Mat berkata, selepas hari raya aidil fitri ia aakn dikuatkuasakan dan borang permohonan boleh di hantar terus ke pejabat yang berkenaan.
“Permohonan kebajikan samaada penyakit kronik dan seumpamanya tak perlu borang itu sampai ke pejabat saya ataupun pejabat DUN mana-mana,
“dan kesemuanya akan diluluskan di Tabung Darul Iman bagi mempercepatkan proses memperolehi sumbangan ataupun memperolehi dana dari tabung tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan dan menyampaikan cek saguhati perkahwinan ibu dan bapa tunggal serta pinjaman modal program Jaya Diri (PJD) di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Kuala Terengganu pada Rabu, 5 Jun.
Katanya, pada hari ini Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar (MB) YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan memfokuskan setiap projek yang di buat untuk kepentingan rakyat.
“Matlamatnya adalah satu iaitu untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan kepada semua lapisan masyarakat melalui moto maju dan sejahtera serta berkat,
“dan jadi agenda kepimpinan di bawah menteri besar 10 agenda utama akan di beri fokus bagi memastikan moto ini tercapai,
“serta tidak akan berlaku lagi ‘birokrasi’ dalam semua pelbagai sumbangan ataupun hal yang berkaitan dengan kebajikan,” ujarnya.
Menurutnya, jabatan dan agensi sektor awam sebagai pelaksana dasar dapat memberi perkhidmatan secara cakna, prihatin serta peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan penyelesaian yang terbaik.
“Saya yakin dan percaya bahawa seluruh agensi dibawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa saya ini akan mengurus dan memperkasa agenda sosial rakyat negeri Terengganu ini secara ‘total’ hala tuju yang terlibat telah digariskan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri,
“dan di kesempatan ini juga saya mengharapkan bahawa badan-badan NGO yang bernaung di bawah jabatan atau agensi yang diberikan bantuan pentadbiran,
“seperti bantuan untuk kelab ibu tunggal dan warga emas serta lain-lain dapat memperkasakan perkhidmatan mereka kepada ahli-ahli,” jelasnya.
Tambahnya, seramai 119 orang pasangan ibu dan bapa tunggal dari seluruh negeri mendapat saguhati perkahwinan.

Dan katanya, seramai 67 orang penerima pinjaman modal Program Jaya Diri (PJD) yang berjumlah RM 620 ribu ringgit daripada daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk menambahkn pendapatan keluarga serta keluar daripada kemiskinan.

“Percayalah sesungguhnya kita rakyat negeri Terengganu amat bertuah kerana di bawah kepimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,

“dan insya Allah pada 30 Jun kerajaan akan mengadakan perkhwinan beramai – ramai sebagai satu Manifesto kerajaan,

“serta satu lagi insentif kepada pasangan muda yang baru berkahwin buat kali pertama bagi mengurangkan kos perkahwinan anak-anak muda pada hari ini,” tambah Haji Hanafiah lagi.

Sumber BO - 6-6-2018






















Karnival Taman Syurga Fahamkan Fungsi Masjid

KUALA TERENGGANU – Satu program yang diberi nama Karnival Taman Syurga anjuran Masjid al-Muktafi Billah Shah (MAMBS atau masjid Ladang) 2018 akan memberi kefahaman sebenar fungsi sesbuah masjid.

Karnival yang dijadual akan diadakan pada 7-10 Julai 2018 ini, akan berlangsung di perkarangan MAMBS atau yang lebih dikenali sebagai masjid Ladang.

Program yang julung kalinya diadakan itu, mensasarkan menarik orang ramai untuk memahami fungsi masjid terutamanya golongan muda serta menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti seharian selain daripada pusat penyampaian ilmu.

Lebih dari itu, peranan masjid juga akan diharap boleh dilihat sebagai tempat yang menyediakan persekitaran yang soleh, sekaligus akan memandu masyarakat ke arah masyarakat yang damai dan harmoni.

Menurut Setiausaha Lembaga Pengurusan Masjid, Ahmad Azman Tajuddin, antara pengisian lain yang dirancang ialah kuliah, bicara ilmuan, daurah kitab fiqh, sembang selebriti dan diskusi ilmiah.




















(Azman paling kanan)
“Kami juga menyediakan pertandingan seperti E-Sport, Battle of Nasyidian, pertandingan bercerita kisah nabi, pertandingan azan, mewarna dan pertandingan menulis artikel Islam.

“ada juga pesta buku Islam, pameran jualan, bike meet, derma darah, free market, pemeriksaan kesihatan percuma, memanah, congkak, catur dan karom.

“cetusan idea bagi karnival ini adalah datang dari pegawai-pegawai masjid AMBS,” jelas Azman yang ditemui selepas perbincangan dengan wakil kerajaan negeri di Wisma Darul Iman.

Tambah beliau lagi, antara selebriti dan penceramah jemputan yang akan mengisi program-program yang dijadualkan itu ialah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus, Dr Danial Zainal, Adam Corie dan Zul Yahya.

Karnival ini juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau menyeru semua lapisan masyarakat membawa ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan lagi karnival ini dan dapat memahami fungsi sebenar masjid.

wsumber BO -6-6-2018























Bonus Raya RM500 Untuk Penjawat Awam

Alhamdulillah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dapat meneruskan amanah pada hari ini. Kami telah memenuhi agenda-agenda yang telah disusun dalam mesyuarat hari ini untuk menjamin kepentingan dan kebaikan rakyat. Segala keputusan tersebut akan disempurnakan dan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan.

Saya hanya akan menyebut beberapa perkara sebagai khabar gembira untuk rakyat. Perkara-perkara ini perlu segera dimaklumkan untuk kebaikan semua.

1. DANA BAKTI REMAJA.
DANA REMAJA telah diagihkan sebelum PRU14. Kami telah meneliti senarai penerima yang layak menerima Dana Remaja. Ada sebahagian penerima belum menerima bayaran Dana ini seramai 16 ribu lebih. Oleh itu, kami bersetuju untuk meneruskan pembayaran dan pengagihan ini kepada penerima yang belum menerimanya atau yang belum menebusnya.

Ini bukan pengagihan daripada permohonan yang baru tapi penyempurnaan pengagihan dan bayaran kepada penerima yang belum menerimanya atay belum ditebus sebelum PRU14 baru-baru ini. Bila dan bagaimana cara pembayaran itu akan ditentukan oleh YB ADUN masing-masing bersama pihak Pejabat Daerah dan akan dinyatakan semula.

2. MELANJUTKAN TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH TANPA DENDA.
Kami menerima banyak aduan daripada rakyat yang tidak sempat untuk membayar cukai hasil tanah pembayaran tersebut pada 1 mei 2018.

Oleh itu, kami bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukaitanah tanpa denda di semua daerah sehingga 31 OKTOBER 2018. Kami mengharapkan dengan keputusan ini, rakyat berpeluang menunaikan tanggungjawab pembayaran tersebut, khusus selepas Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Keputusan ini dibuat untuk memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan dan terbeban. Kami mengharapkan mereka yang belum bayaran cukai hasil tanah atau tunggakkannya supaya jangan menangguh-menangguh sehingga tamat tempoh. Kami lanjutkan sehingga 5 bulan agar semua pihak yang berkenaan bersegera menunaikan tanggungjawab untuk kebaikan negeri ini.

3. KERAJAAN NEGERI BERSETUJU MEMBERI BONUS KEPADA SELURUH PENJAWAT AWAM SEMPURNA SAMBUTAN AIDILFITRI. IA MELIBATKAN LEBIH 12 RIBU PENJAWAT AWAM NEGERI INI.

Bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam diharapkan dapat meringankan beban mereka yang telah menyambut lebaran yang diraikan.

Kita akan membayarnya dalam masa yang akan dinyatakan dan membabitkan peruntukan sebanyak RM6.3 juta lebih.

Moga seluruh rakyat bergembira dan terus hidu bahagia, berkat dan sejahtera.

Terima kasih.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
TARIKH : 6 JUN 2018/RABU

Sumber BO - 6-6-2018
























Terengganu Inc Distruktur Semula

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan menyusun semula syarikat perniagaan di bawah Kumpulan Terengganu Incorporated (TI) bagi meningkatkan prestasi serta memberi pulangan pelaburan yang maksimum kepada negeri dan rakyat.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa pelan tindakan segera sedang dikenal pasti untuk meningkatkan prestasi perjalanan kumpulan syarikat peneraju pelaburan Terengganu itu.
“Kemungkinan juga kita akan mengecilkan atau mengurangkan bilangan ahli lembaga pengarah serta melantik ahli lembaga pengarah yang mempunyai kompetensi, kebolehan, pengalaman dan integriti yang tinggi.

“Bagaimanapun, proses ini akan dilaksanakan dengan ‘cermat’ agar tidak berlaku kejutan kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan Kumpulan Terengganu Inc di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri seramai 73 pelajar sekolah Tahfiz Al Hidayah dan 55 anak-anak istimewa dari Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata, langkah menyusun semula syarikat dan perniagaan di bawah Kumpulan Terengganu Inc termasuk memperkasakan syarikat berdaya saing manakala syarikat yang tidak berdaya saing perlu disatukan, dijual atau ditutup sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut meletakkan sasaran kepada Kumpulan Terengganu Inc untuk menjana keuntungan selewat-lewatnya pada 2020 selain memastikan projek-projek dinilai semula, dilaksanakan serta dipantau supaya tidak menjadi projek ‘gajah putih’.

“Kita harap semua anak syarikat kumpulan Terengganu Inc dapat terus istiqamah dalam memainkan peranan, memacu dan bergerak seiringan untuk membawa Terengganu ke tahap lebih tinggi.

“Saya juga berharap perubahan kepimpinan negeri dan negara ditangani dengan baik melalui pendekatan politik kasih sayang yang diterapkan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Antara syarikat yang berdaya saing di bawah Kumpulan Terengganu Inc ialah TDM Berhad, Epic Berhad, Golden Pharos Berhad, Ladang Rakyat Terengganu, Syarikat Air Terengganu (SATU), Chicken Cottage serta perkhidmatan perhotelan seperti Duyong Marina Resort, Primula Beach Hotel dan Permai Hotel. – Sinar Harian

Sumber BO - 6-6-2018


























Wisma Darul Iman, aku dan kenangan




























Aku menyaksikan tiang-tiang cerucuk yang ditanam ketika itu yang menggegar, membingitkan telinga, mengganggu penumpuan kami di Sekolah Rendah Tengku Ampuan Mariam yang terletak bersebelahan pagar WDI. Terkadang guru kami memberi amaran agar belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menjadi seperti buruh-buruh itu yang bergaji murah tetapi kerjanya berat. Amaran yang sangat biasa supaya belajar dan mendapat kerja yang baik dan gaji yang besar. Aku tersenyum terkenangkannya. 
Sebelum berdirinya WDI, sorakan penonton dari stadium, dapat didengar jelas sehingga ke kampungku. Masih lagi aku teringat, pada tahun 1982, separuh akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Pulau Pinang. Terengganu menang dan layak ke final Piala Malaysia. Kami mendapat tahu jaringan gol Terengganu dengan hanya mendengar sorakan penonton. Tahun 1983, ketika kerja-kerja pembinaan WDI sedang rancak berjalan, aku pertama kali mengikut kawan masuk stadium bagi menyaksikan Terengganu menentang Melaka yang diketuai oleh Soh Chin Aun atau ‘Taukeh’. 
Penonton Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Mereka membakar tempat duduk stadium yang diperbuat daripada kayu dan hasilnya pertama kali aku mendapat tangisan gas pemedih mata ole-ole dari FRU, sambil berjalan menjilat aiskrim, jauh lebih dulu daripada otai reformasi. Lama sebelum itu, di tempat yang sama pada tahun 1979, bas Negeri Sembilan juga menjadi mangsa dibakar peminat. Selepas itu, suara sorakan penonton bola sepak terhalang sampai ke kampungku dengan berdirinya WDI. Aku tidak lagi tahu keputusan dengan mudah dan terpaksa membayar tiket untuk masuk ke stadium atau terpaksa memanjat pagar jika tiada wang. 
Aku juga pernah mendengar di dalam ceramah yang Ir Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang sudah bertukar parti dari PAS kepada PAN itu memaklumkan beliau adalah salah seorang daripada barisan jurutera yang menyumbang tenaga bagi pembinaan WDI ini. Sekeliling WDI dahulunya adalah tanah paya yang agak luas yang ditebus guna. Jalan-jalan seperti Tengku Ampuan Mariam, Jalan Sultan Sulaiman dan sebahagian Jalan Kampung Kolam, dahulunya adalah tanah berpaya yang dipenuhi tumbuhan dan hidupan liar. Ada titian menjadi laluan kami ke sekolah, melalui rumah-rumah yang dibina bertiang tinggi di atas air. Terdapat juga sebuah istana lama Raja yang digunakan sebagai kilang membuat benang di situ, Istana Kolam. 
Adakalanya kaki-kaki kami diselaputi selut kerana becak jalan berlumpur itu, ataupun kerana lari melihat biawak yang sebesar XXL, memberikan kerja tambahan kepada kami kerana perlu membasuh kasut dan melumurkan kapur, untuk memutihkannya kembali. Berhenti bagi menangguk ikan laga, sepat dan menahan umpan tauk untuk haruan, dalam perjalanan kami pergi dan balik sekolah adalah suatu yang rutin. Apatah lagi ketika cuti sekolah. Perlahan-lahan seiring peredaran masa, tanah-tanah paya itu, rumah teman-temanku kemudiannya diroboh dan ditimbun bagi memberikan laluan kepada pembangunan, membekaskan kenangan yang akan terpahat hingga akhir hayat. 
Begitulah WDI yang terbina setelah Terengganu mendapat manfaat daripada perolehan petroleum, bangunan tertinggi di Terengganu ketika itu, yang kita ketahui sebagai Pusat Pentadbiran Negeri Terengganu. Aku berpeluang beberapa kali sebelum ini memasuki WDI atas beberapa urusan, terutama urusan Sidang Dun, tetapi di tingkat bawah sahaja. Mungkin juga WDI boleh dikatakan sebagai sasaran kawasan penaklukkan parti politik yang agak unik jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. 
Ini berdasarkan sejarah PRU di Semenanjung, kerajaan paling banyak bertukar tangan ialah Terengganu. Tahun 1959 PAS menang pada PRU kali pertama tetapi jatuh selepas undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Haji Mohd Daud Abdul Samad dua tahun kemudian. BN yang diketuai oleh Tan Sri Ibrahim Fikri yang pernah dituduh orang ramai sebagai MB gila kerana tidak boleh menerima idea beliau menyuruh rakyat menanam kelapa sawit, kemudiannya menerajui Terengganu. 
Bermula detik itu, Perikatan yang kemudiannya BN, menduduki kerusi Pentadbiran Terengganu. Pernah berkongsi kuasa sebentar antara PAS dan BN pada sekitar tahun 1974 dan sehinggalah PAS kembali memerintah pada tahun 1999, sekali gus menamatkan kekuasaan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar paling lama ketika itu. Genap sepenggal kemudiannya, PAS terpaksa menyerahkan kembali kuasa kepada BN selepas kekalahan dalam PRU11 yang terkenal dengan kekotoran dan penipuan itu. Namun, kegoyahan pemerintahan BN dapat dihidu, retak yang hanya menanti belah. Pun begitu, ia mengambil kira-kira 14 tahun bagi BN tumbang. 
Kini, WDI, kembali ke genggaman PAS setelah diberikan kembali kepercayaan oleh rakyat di PRU14 baru-baru ini. Jelas sikap BN yang menjengkelkan rakyat, tidak hanya meletus di Terengganu, tetapi seluruh Malaysia. PAS dengan senarai Adun-adun yang diyakini rakyat, dengan segera melakukan kerja-kerja bagi memenuhi janji-janji manifesto mereka. PAS tidak hiraukan pertelingkahan peringkat nasional yang mana ada parti yang tidak mahu menunaikan manifesto mereka, menggunakan berbagai alasan. PAS Terengganu terkehadapan demi menjaga nama Parti Islam. PAS Terengganu mendepakan tangan, menyambut semua rakyat dengan kasih sayang, tanpa mengira ideologi, mencetuskan idea baharu, disamping menyambung segala idea-idea baik kerajaan terdahulu yang elok kepada rakyat. BPMS tetap menjadi panduan dalam pemerintahan PAS. 
Kini janji manifesto sudah berjalan sebahagiannya, dan barisan Exco PAS sedang berjuang melaksanakan keseluruhan manifesto itu. Ada yang boleh dilaksanakan segera, ada dalam jangka masa sederhana dan ada juga dalam jangka masa panjang. Namun, mengelak daripada tidak melaksanakannya, insyAllah itu bukan pegangan PAS. PAS juga sebelum membentangkan manifesto ini, telah mengkaji keupayaan untuk menunaikannya. PAS juga telah mengkaji sebelum PRU, kekuatan sumber kewangan lain Terengganu selain daripada petroleum untuk memerintah negeri. Ternyata, dengan bantuan pakar-pakar, PAS boleh mengurus negeri dengan sumber yang ada itu. Di WDI inilah, bakal menjadi saksi kepada segala kekuatan, kepakaran, kesungguhan PAS dalam membela nasib rakyat dicurahkan.  
Hari ini, buat pertama kalinya aku menaiki WDI ke tingkat yang tinggi, dengan niat bagi membantu apa yang termampu dicurahkan oleh aku kepada Kerajaan Negeri. Tidak kira walau dengan satu ayat penulisan atau setitik keringat mahupun sepuluh sen derma, aku memohon agar Allah menerima seadanya bantuanku untuk negeriku ini. Sambil aku memandang ke bawah melalui jendela, melihat kepada kenangan silam yang tertanam bersama paya-paya itu. Sungguh masih terbayang-bayang segalanya. Benarlah hidup ini sangat singkat tempohnya walaupun sudah 35 tahun berlalu. 
Semoga Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera bersama kepimpinan Islam.
MOHD NASIR ABDULLAH
Wisma Darul Iman
6 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018
















































































Perkukuhkan hubungan dua hala - Dr Samsuri

DUNGUN: Pertemuan tidak rasmi dalam kunjungan hormat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
Sehubungan itu, Dr Samsuri berkata, pihaknya berbesar hati dengan penerimaan Tun Dr Mahathir secara positif pada pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya
itu kelmarin.
Menurutnya, dalam pertemuan pertama tidak rasmi itu tiada agenda khusus yang dibincangkan antara kedua-dua pihak.
"Pertemuan itu adalah pertemuan tidak rasmi dan kunjungan itu tidak ada apa-apa agenda khusus. Apa pun, kami amat berbesar hati atas penerimaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apa yang pentingnya ialah bahawa keperluan untuk kita (PAS) perkasakan, perkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. 
"Hubungan itu haruslah, walaupun mungkin berlaku perbezaan politik dan suasana politik Malaysia sekarang ini sangat unik sebenarnya. Bukan Terengganu sahaja yang mempunyai perbezaan pentadbiran politik dengan Kerajaan Persekutuan. Ada beberapa negeri yang lain. 
"Keperluan menjalinkan hubungan yang lebih baik. Alhamdulillah, kami di peringkat kerajaan negeri Terengganu membawa mesej, kami amat menghargai akan peranan, hubungan yang perlu diperkukuhkan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. 
"Alhamdulillah, Tun (Mahathir) juga memberi respon yang sangat positif. Kita ingin membina negeri dan negara ke hadapan. Perkara yang lepas itu sudah lepas, dan kita ingin membina (negara) ke hadapan," jelasnya.     
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Terengganu di Masjid Hadhari, Paka, di sini kelmarin.
Ditanya adakah Kerajaan PAS Terengganu membincangkan isu tuntutan royalti, Dr Ahmad Samsuri memaklumkan pihaknya, belum bersedia mendedahkan apa-apa perbincangan itu kepada pihak media.
Hadir sama pada majlis itu, Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid. -HARAKAHDAILY 6/6/2018






























Sasar 69 Pingat Emas, Rampas Kejuaraan

KUALA NERUS – Kontinjen negeri Terengganu menyasarkan kutipan 69 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 yang akan berlangsung di Perak pada September nanti, sekaligus merampas kembali kejuaraan yang pernah dijulangi sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sasaran itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan semua para atlet.

Beliau berkata, antara acara sukan yang diletakkan pungutan pingat terbanyak kali ini adalah berbasikal, judo, memanah dan beberapa acara lain.

“69 pingat emas jadi sasaran kita daripada semua acara yang disertai pada kejohanan tahun ini.

“Penyusunan yang dibuat oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak awal lagi kita percaya mampu tepati sasaran yang dibuat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu Menjelang 100 Hari Sukma 2018 Perak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, Ahad 3 Mei.

Hadir sama, Ketua Kontinjen Sukma 2018, Samiun Salleh, Timbalan Ketua Kontinjen Sukma 2018, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu

Ustaz Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menjelaskan, rekod kejayaan cemerlang Terengganu sebagai juara keseluruhan sebanyak empat kali berturut-turut, membuktikan kehebatan para atletnya.

Bahkan kata beliau , pentadbiran Terengganu baharu dibawah PAS kini menyokong penuh bidang sukan yang menjadi salah satu kebanggaan rakyat negeri ini.

“secara peribadi saya juga akan bermukim di Perak sepanjang SUKMA akan datang (begitu juga)
“wakil-wakil rakyat Terengganu akan turun padang bersama untuk memberikan sokongan kepada atlet yang bertanding,” tambahnya.

Sumber BO - 5-6-2018

Exco Jumpa Kakitangan UKOM Lawat Manis FM

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah semalam telah mengadakan satu pertemuan mesra dengan kakitangan Unit Komunikasi Terengganu (UKOM).

Pertemuan muhibah dengan seluruh jentera Ukom yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Ukom, Encik Muhd Aimin Tahir itu, telah diadakan di bilik mesyuarat di pejabat Ustaz Mohd Nor di tingkat enam Wisma Darul Iman.

Turut hadir ialah Pengarah Ukom baharu dilantik, Ustaz Sood Said yang kali pertama diperkenalkan kepada umum.

Mantan Timbalan Pengarah Ukom, Encik Roslan Abdul Rahman yang turut hadir memaklumkan bahawa, dalam ingatan beliau, inilah kali pertama Exco mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Ukom.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu, sesi perkenalan dan soal jawab diadakan bagi mengenal pasti arah tuju baharu Ukom setelah bertukar kepimpinan.

Antara yang ditanya adalah kekuatan jentera Ukom, rutin tugasan Ukom, asetnya serta soalan daripada kakitangan pula ialah berkenaan kedudukan kakitangan Ukom setelah kerajaan baharu mengambil alih.

Ustaz Mohd Nor juga turut mengumumkan nama baharu bagi bakal menggantikan Ukom iaitu Agensi Penerangan Dan Media Terengganu (APMT) selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco.

Untuk rekod, Ukom ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri terdahulu memberi penerangan kepada polisi-polisi kerajaan kepada rakyat Terengganu dan kebanyakan jawatan yang ada adalah lantikan politik.

Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Sood kemudiannya pula bergerak ke stesen Manis fm di Chabang Tiga bagi lawatan seterusnya seusai pertemuan dengan kakitangan Ukom.
Mereka berdua disambut oleh kakitangan Manis fm dan diberikan penerangan oleh Pengurus Besar Manis fm Encik Ozarizan Mohd Nor berkaitan operasi Manis fm, stesen radio milik kerajaan negeri itu.

Menurut Ozarizan, sepanjang tempoh dua tahun yang lalu, Manis fm telah mencatatkan peningkatan pendengar sebanyak lebih tiga kali ganda iaitu dari 70 ribu kepada 240 ribu pendengar.

Beliau percaya, Manis fm yang kawasan penyiarannya meliputi di negeri-negeri Pantai Timur itu berpontensi menjadi salah sebuah stesen penyiar utama dan berharap agar kerajaan negeri membantu mereka menjayakan cita-cita itu.

Beliau turut melahirkan keinginan untuk mengadakan lebih slot rancangan keagamaan yang mana beliau yakin, slot sebegitu juga ramai peminatnya, memandangkan kerajaan sekarang mempunyai tenaga ilmuan Islam yang ramai.
Lawatan diakhiri dengan temuramah bersama YB Ustaz Mohd Nor dalam program bual bicara dan promosi kepada program Madinah Ramadan anjuran kerajaan negeri yang sedang berlangsung di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Sumber BO - 5-6-2018
































Tahun Mendatang Lebih Mencabar

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri mengingatkan para aktivis media baharu, cabaran yang bakal dihadapi pada lima tahun akan datang berbeza dengan masakini.

Oleh itu, beliau menggesa agar persiapan dan persediaan para petugas dibuat segera dalam mengisi kemenangan PAS di negeri ini.

“Kita kena gambarkan, kena jangkakan, lima tahun akan datang, cabaran yang mungkin tak sama dengan cabaran PRU baru-baru ini.

“mengambil kira perubahan teknologi, aplikasi-aplikasi yang ada, cara berkomunikasi yang ada, dan inilah yang memerlukan tuan-tuan sebagai mereka yang terlibat dalam IT, penyebaran maklumat, membetulkan fakta-fakta yang salah dikalangan rakyat.

“dan jika kita fikir dari sekarang, membolehkan kita lebih bersedia untuk berdepan dengan suasana akan datang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan ringkas program majlis berbuka puasa dan meraikan jentera Penerangan PAS Terengganu di Sri Iman semalam, Ahad 3 Jun.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mod Nor Hamzah berkata, penyusunan organisasi adalah penting termasuk dalam bidang media.

Katanya, pandangan semua pihak diambil kira, namun pimimpin yang memutuskan tindakan sesuai yang akan akan diambil.

“Inilah sikap yang mesti diikuti oleh semua sebagaimana yang dinyatakan oleh rasulullah tentera mesti taat samada suka atau tidak dengan arahan itu.

“”ada sesetengah sikap tentera yang suka melanggar disiplin arahan dari ketua, ini jelas satu sikap yang tidak boleh dipakai dalam organisasi,” tegas beliau.

Tambah beliau, PAS akan melakukan sesuatu yang lebih aktif dengan menyusun kembali pasukan media Terengganu bagi menyahut saranan YAB Menteri Besar, agar ia lebih berkesan dalam menawan hati rakyat.

Beliau menggesa agar diberi keutamaan kepada imej kerajaan Terengganu mesti ditonjolkan dengan lebih kemas dan teratur bagi memaklumkan kepada rakyat, perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang telah dibuat.

Sumber BO - 4-6-2018

































Rakyat Sedia Bersama Kerajaan Membangun Negeri

                   
Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Rakyat bersedia bersama dengan kepimpinan Kerajaan PAS Terengganu untuk membangun dan membantu menampung segala kekurangan, agar setiap program berjalan lancar.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata, kesepaduan dalam masyarakat adalah kunci kejayaan sebagaimana seruan Menteri Besar sendiri yang meminta rakyat bekerja bersama dengan beliau.

“Tema kita Terengganu maju, berkat dan sejahtera serta tercapai matlamat itu sendiri,
“dan oleh itu kita berharap insya Allah kerajaan kita akan terus kekal dengan sokongan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika dalam program mengacau bubur lambuk Ramadhan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan DUN Seberang takir di Masjid Kampung Batin pada Sabtu, 2 Jun.

Katanya, proses perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru bermula untuk mengambil tugas diperingkat kampung masing-masing.

“Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara para petugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdiri daripada orang tua, pemuda, Muslimat dan Ameerah (Muslimat muda),
“dalam kerja gotong royong yang sudah pasti akan membawa kesepakatan dan juga ukhuwah antara kami,”ujarnya.

Menurutnya, kita dapat bersama-sama berkongsi dengan masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik merasai masakan bubur lambuk yang merupakan tradisi Negeri Terengganu.
“Sempena dengan Ramadhan ini saya mengucapkan Ramadhan karim kepada semua penduduk seberang takir khususnya,
“dan penduduk di negeri Terengganu umumnya dapat menyambut Ramadhan melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna dan baik,

“serta dapat mempertingkatkan lagi sesuai dengan matlamat puasa itu sendiri mendapat takwa kepada Allah Taala,” tambahnya.

Allah Taala telah berfirman ‘wahai orang-orang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang terdahulu daripada kamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa’.

Tambah beliau, mudah-mudahan matlamat hasil takwa itu sendiri dapat diperolehi oleh kita semua sepanjang menyambut dan melaksanaan ibadat puasa bulan Ramadhan.

dan katanya mudah-mudahan kita dapat beraya Syawal nanti sebagai seorang yang benar-benar memperoleh kemenangan hasil daripda tarbiah Ramadhan.

Sumber BO - 4-6-2018

No comments:

Post a Comment