BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, June 25, 2018

PAS DAN HALEHWAL PERAK DARUL RIDZUAN (JILID 3)


Sabar dalam perjuangan, sedia cipta kemenangan

Berita




SELAMA: Allah memberi motivasi melalui firman-Nya dalam ayat 200 dalam surat Ali Imran memperlihatkan perintah jelas agar tidak mudah berputus asa dan menguatkan kesabaran serta bersiap untuk terus mara.
Sabar bukan hanya dalam menerima keputusan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) malah sabar juga menyentuh akan sikap dan peribadi kita dalam menempuh ujian, tohmahan dan godaan dunia.
Perkara tersebut djelaskan oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin di hadapan perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak.
Program yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Selama ini telah berjaya mengumpulkan Pemuda PAS Perak dari 24 kawasan.
Beliau menyatakan lumrah perjuangan yang pastinya ada mehnah dan tribulasi itulah yang dilalui oleh para anbia dan syuhada terdahulu.
Akmal mengajak semua untuk mengenangkan bagaimana peristiwa ketika Khabab al A’rat bertemu dengan Rasullullah SAW yang bermaksud: “Kami telah mengadu kepada Baginda S.A.W sedang Rasulullah pada ketika itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah beralaskan serban.
"Maka kami bertanya; Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?”
"Maka berkatalah Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruh daging dan tulang-belulangnya, namun demikian mereka tidak memalingkan daripada agama.
"Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah permusafiran dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi ditakuti melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kalian adalah golongan yang gopoh." (Riwayat Bukhari)
"Ujian buat Khabab al A’rat lebih dahsyat daripada kita, diseret dalam panasnya api hingga terpadam bara kerana peluh dan minyak yang keluar dari badan beliau, sedangkan kita tidaklah sampai tahap sedemikian,” ujarnya.
Justeru, beliau mengingatkan kepada semua itulah kesabaran para sahabat dalam mencapai kemenangan.
Akmal menyeru para amilin pemuda PAS Perak supaya meneruskan kesabaran dan terus berjuang dalam mencapai kemenangan yang telah dijanjikan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 5/8/2018
Sumber HD - 5-8-2018 

HARUSSANI DUACITA JIKA UEC DIIKTIRAF



LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/harussani-dukacita-jika-uec-diiktiraf.html


KUALA LUMPUR – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan merosakkan dasar pendidikan  sedia ada.

Jelas beliau, Dasar Pendidikan Kebangsaan kini sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan selaras dengan sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

“Pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf, ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman, sekali gus boleh merosakkan suasana harmoni yang sudah sekian lama wujud di negara ini,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang sudah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Jelasnya, pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

“Mutakhir ini bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya. – MalaysiaGazette

MR : Untuk membentuk negara Malaysia dalam berbilangan kaum mesti ada satu pengikatnya. Bahasa Melayu adalah ikatan yang terbina lebih 60 tahu tapi kini dilonggarkan oleh mereka yang berkepentingan politik....

Sumber MR - 25-7-2018





DAP 'melangkah' menguasai PH

KUASA politik DAP yang sentiasa mahu pihak lain tunduk serta mengikut telunjuk parti itu semakin ketara pasca PRU14. Sikap berkeras DAP menuntut jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak hingga memaksa Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menarik diri mengesahkan cengkaman itu. 
Biarpun bernama Parti Tindakan Demokratik, sebaliknya wajah sebenar DAP adalah sering bertindak secara tidak demokratik. Jika selama ini mereka membayangi di belakang pihak-pihak tertentu yang diperalat atau dibonekakan, namun dengan kedudukan politik dimiliki, DAP menjadi semakin angkuh. 
DAP telah menggenggam erat PAN, kemudian mengikat PPBM dengan menundukkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah saling berseteru, sekarang cuba memaksa PKR. Tidak cukup dengan 'menguasai' lima kerusi Exco Kerajaan Perak, mereka juga menghambur ketidakpuasan hati terhadap jumlah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. 
Kerakusan DAP itu semakin ketara bila tetap membolot jawatan Yang Dipertua Dun Perak dan ianya layak dibaca sebagai usaha penguasaan DAP ke atas PH itu sendiri. Rakyat harus memerhati dan menilai perkembangan-perkembangan ini secara kritikal serta mengenali DAP dengan sebenar-sebenarnya. 
PKR dan PPBM serta seluruh ahli politik khususnya diingat agar mempunyai pendirian jelas dan tegas serta pertimbangan utuh terhadap kepentingan rakyat dan negara. Jangan kerana kepentingan politik, robekan dan gugatan yang dilakukan secara halus mahupun terang-terangan ini dibiarkan secara lewa. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"Sedia Memerintah" 
YB MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 3/7/2018




Sumber HD - 3-7-20118




Pemilihan Speaker Dewan Negeri Perak

PAS Perak hari ini mengesahkan turut menghantar nama bagi mencalonkan Speaker bagi Dewan Negeri Perak bagi sesi kali ini. 
Pencalonan Speaker Dun dari PAS adalah mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan selaras dengan amalan demokrasi. 
Dengan pencalonan ini, PAS Perak berharap Dewan Negeri Perak sebagai cabang legislatif benar-benar menjadi medan semak dan imbang (check and balance) kepada pihak eksekutif (kerajaan) dan blok pembangkang dengan memilih Speaker Dewan Negeri yang berwibawa, adil dan cekap mengikut peraturan mesyuarat dewan. 
PAS Perak juga meminta para Adun dari kalangan kerajaan dan pembangkang dapat memberikan sokongan kepada cadangan PAS ini bagi membuktikan kekukuhan kerajaan bersama dan menunjukkan teladan dan kematangan politik yang tinggi dalam memilih Speaker Dewan Negeri yang baru. Elakkan kontroversi dan provokasi demi maslahat rakyat amnya dan ummah khususnya. 
YB Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak / Adun Gunung Semanggol
30 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 1/7/2018
Sumber HD - 1-7-2018 

Lompat parti bukan budaya politik Malaysia

KUALA LUMPUR: Lompat parti tidak boleh dijadikan budaya politik Malaysia, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. 
Beliau berkata, ini kerana kesannya amat besar seperti tidak memberi kestabilan dalam politik dan pentadbiran negara. 
Biasanya, kata beliau kurang dariapad lima peratus pengundi memilih atas faktor peribadi atau faktor selain daripada dasar dan prinsip perjuangan parti. 
“Budaya seperti ini boleh memberi imej negatif kepada bangsa Malaysia tidak amanah kepada mandat rakyat dan tidak boleh dipercayai,” ujarnya. 
Tambahnya, seseorang calon sudah pasti dapat merasai apa juga suasana sebelum mengambil keputusan untuk menerima sebagai calon dalam pilihan raya. 
Katanya lagi, lompat parti bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang melompat dan pengundi berkaitan malah dapat memberi implikasi tertubuhnya kerajaan tanpa mandat majoriti. 
Justeru, ujar beliau sudah tiba masa Malaysia menggubal akta berkaitan lompat parti bagi menjaga kewibawaan bangsa dan melahirkan pemimpin yang berprinsip. 
Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerajaan Pakatan Harapan - HARAKAHDAILY 25/6/2018
Sumber HD - 25-6-2018 

No comments:

Post a Comment