BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, April 10, 2018

SUDUT PANDANAG TENTANG PARTI-PARTI POLITIK DAN HAL SEMASA (JILI D 6)
















































































































Rafidah pun kini tak nak ketuanan Melayu


Selepas 61 tahun ketuanan Melayu, bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz 
mengajukan bahawa sudah tiba masanya konsep itu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada 
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang 
budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.

Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam 
Perkara 153 Perlembagaan.

Jelas Rafidah, sudah sampai masanya 'merehatkan' konsep itu yang digunakan sejak perjuangan kemerdekaan daripada kolonial British.

"Ia sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat kini.

"Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia... negara ini mesti didahulukan.

"Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat 
di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan 
Cina. Kita rakyat Malaysia.

"Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini," katanya dalam wawancara eksklusif 
bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Tambah Rafidah lagi, golongan muda negara ini juga perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

"Golongan muda, terutamanya, perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.

"Jika mereka mahu menjadi golongan malas dan tidak berdaya saing, bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Konsep ketuanan Melayu sering digunakan oleh parti seperti Umno dan NGO seperti 
PERKASA, selain gerakan sosial seperti Gerakan Baju Merah.

Jelas Rafidah, tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia.

"Mungkin di kawasan tertentu di mana tidak ramai yang bergaul dengan bangsa lain, mereka 
tidak faham bagaimana ertinya jadi rakyat Malaysia," katanya.

Namun, tambah Rafidah lagi, dengan negara yang semakin berkembang, kejiranan menjadi 
lebih majmuk dan semakin ramai yang bersetuju dengan ketuanan Malaysia.

"Ramai orang Melayu yang rasa seperti saya.

"Kerana bagi mereka, mereka sudah berkawan dengan bangsa lain sejak darjah satu," katanya.

Sumber MR - 3-6-2018

Sabtu, 26 Mei 2018


PRU-14 Menyesal Aku Undi PH


Sebelum ni aku memang seorang penyokong kuat PH. Aku berkempen pada kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak DS Najib kerana akibat salah urus tadbir ekonomi negara sehingga rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, harga minyak yang mahal walaupun negara kita pengeluar minyak, harga barang yang melampau akibat kerajaan BN memperkenalkan cukai GST dan berbagai masalah lagi.

Aku bagi keyakinan pada kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai jika PH berjaya menawan Putrajaya semua masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akan dapat di selesaikan.

Tapi setelah DS Najib dan BN berjaya di jatuhkan, apa yang aku canangkan tak menjadi kenyataan. Yang aku lihat kerajaan PH seolah-olah nak mengalihkan isu penderitaan rakyat dengan hanya tertumpu kepada isu DS Najib. Stesen televisyen hari-hari menyiarkan berita berkenaan kes 1MDB, siasatan SPRM terhadap DS Najib dan peti besi rumah DS Najib. Rakyat tak nak tahu semua tu. Yang rakyat nak tahu mana janji-janji manifesto pilihanraya dulu?

Hilang sudah manifesto yang katanya nak meringankan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak kepada 1.50 seliter, nak memansuhkan tol, nak mansuhkan GST dan banyak lagi janji-janji sebelum pilihanraya termasuk memansuhkan hutang PTPTN.

Bukan aku nak sokong DS Najib tapi memadailah siarkan sedikit sahaja berita siasatan terhadap DS Najib dan selebihnya selesaikan masalah rakyat. Biar pihak berwajib jalankan tanggungjawabnya sehingga selesai dan keluarkan keputusan samada DS Najib bersalah atau tidak? Jika DS Najib bersalah maka hukumlah dia dengan seadil-adilnya.

Sekarang macamana aku nak berdepan dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai? Bila berjumpa sahaja mereka akan memperli aku dengan berkata "minyak sekarang dah murah, tol dah takde dan GST dah mansuh". Aku nak jawab macamana pun tak tahu. Malu aku di buatnya.

Tuduhan yang di lemparkan oleh pembangkang pada kerajaan PH iaitu "Janji Dulu Lepas Tu Baru Kaji" memang ada kebenarannya. Jika kita lihat janji-janji yang di taburkan semasa PRU yang kerajaan akan turunkan harga minyak kepada 1.50 seliter kemudian selepas menang dia umumkan akan apungkan harga minyak sehingga mekanisme harga baru di perkenalkan dan nak mansuhkan tol kemudian selepas menang dia cakap akan kaji harga tol memang menunjukkan yang kerajaan PH tak mampu tunaikan janji.

Untuk PRU-15 aku akan kempen dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak kerajaan yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai menunaikan janji.

Muhammad Nabil  Rafiuddin,

Klang,
Selangor.

Sumber MR - 26-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Bagaimana nak bawa Islam kalau bersalam pun tak boleh pertahan


Sebelum ini ramai orang puji Dr Dzulkefly Ahmad, tidak bersalaman dengan kakitangan 
wanita di Kementerian Kesihatan di hari pertama bertugas masuk pejabat sebagai seorang 
menteri. Saya cukup bangga walaupun saya tidak bersama dengan parti Amanah. Sama juga 
saya bangga dengan Dr Mazslee ahli majlis syura Ikram yang dipilih menjadi menteri bagi saya lebih baik daripada parti Bersatu yang tak ada hala tuju.

Ada orang beranggapan tidak bersalam ini isu kecil dan mungkin akan menjadi polemik kena 
tak boleh bersalam sedangkan ada ulama moden bersalam? Tapi rasa mereka bersama 
perjuangan Islam sudah pastu memahaminya.

Hari ini saya terima gambar ini.


Sedih dan sayang melihat kepada Abang Mat. Terharu sekali. Selepas perjalanan begitu panjang kini menempuh babak baru yang mencabar. Moga Allah memudahkannya. Dia melalui banyak perjalanan yang sukar yang berjaya direpuhnya.


Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua 
berlaku kepada manusia biasa. Begitu juga dengan para pendakwah dan pejuang Islam.

Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada 
jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu 
dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan 
ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah, Maksudnya, “ Dan tidak mereka 
menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi 
Maha Terpuji “.Surah al-Buruj : 8

Banyak manusia boleh lepas dengan ujian kesusuhan tetapi gagal dengan ujian kesenangan dan kedunian.



Mat Sabu zaman dahulu ada berkata, jika perjuangan PAS mengikut kehendak manusia sudah 
lama PAS memerintah negara.


Masih ada harapan kah undang-undang Mahkamah Syariah dapat diperkasakan oleh kerajaan PAKATAN HARAPAN. Bolehkah denda RM3000 dinaikan?

Kini menjadi makin kabur, kalau nak pertahan bersalam pun tak mampu, apatah lagi ingin pertahankan Islam.

Slogan kita menang dulu, kita jatuhkan Najib dahulu, baru kita buat Islam hanya mainan dan 
cakap-cakap politik berselindung disebalik hawa nafsu yang kadang kala ramai manusia tertipu 
dan diperbodohkan.

Nanti ada orang akan berhujah Yusof Qardawi pun bersalam dengan wanita bukan mahram. 
Saya akan menjawab saya pun nak salam dengan isteri dan anak perempuan orang yang 
berkata demikian. Nak juga rasa lembut tangan isteri mereka ini...

Sumber MR - 24-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Adakah Lynas tarik saman macam LTAT menarik semula saman Rafizi?



Secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa Ahli Parlimen Bentong ini sedang 
menghadapi kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas. Dan keputusan kes itu masih 
lagi tertangguh.

Rakyat sedang melihat, sejauh mana Pakatan Harapan yang baru ini mahu menegakkan undang - undang berlandaskan "Rule of Law" seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Jika dilihat dari apa yang berlaku sejak dua tiga hari lepas, seolah - olah 'Rule of Law' yang 
disebut - sebut itu hanya sekadar dibibir sahaja. Terlalu banyak pelanggaran undang - undang sedang berlaku.

Sebagai contoh, kenapa secara tiba - tiba LTAT menarik semula saman fitnah yang telah 
difailkan sebelum ini terhadap Rafizi sedangkan kes tersebut masih lagi dalam proses 
perbicaraan?

Adakah wujud unsur 'Tangan Ghaib' disebalik penguguran kes tersebut oleh mana - mana pihak bagi memberi ruang kepada Rafizi untuk terus menutup mulutnya dari mengkritik pemerintah Harapan yang baru?

Maka diatas persoalan itu timbulnya rasa skeptikal terhadap tuntutan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bentong ini agar diwujudkan satu Suruhanjaya untuk mengambil tindakan terhadap 
Lynas.

Pendapat secara umum menyatakan bahawa kemungkinan desakan itu dibuat untuk memberi tekanan kepada Lynas agar menarik balik saman yang telah difailkan sebelum ini. Persoalannya, adakah itu tujuan tuntutan itu dibuat???

Semut Hitam

Sumber MR - 20-5-2018




Ahad, 20 Mei 2018


Rupanya 2 X 5 sama dengan UMNO Terengganu tak berhak royalti minyak


KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN, seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat, khasnya berkaitan royalti minyak.

Sumber  MR - 20-5-2018





Anwar versi Umno lama?

MAHU rampas Kelantan dan Terengganu, ini kata-kata Anwar Ibrahim di pentas pertama di himpunan 16 Mei selepas diberi pengampunan penuh oleh Istana Negara berkaitan kes liwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. 
Kata-kata angkuh ini sebaik bebas dari tirai besi, sedikit pun tidak melihat sejarah silam bila aibnya dijaja Tun Dr Mahathir Mohammad era reformasi. 
Benar beliau maafkan Mahathir hatta Najib tanpa dendam dalam aib kes liwat, ini suatu sifat mulia, tetapi apakah dosa PAS yang dapat suara majoriti rakyat di Terengganu dan Kelantan hingga tiba-tiba ayat kesumat versi Umno lama terungkap di mulut bekas Timbalan Presiden Umno ini? 
Apakah ini tarbiyah dalam tirai besi versi pembebasan di era Tun Mahathir menjadikan Anwar kembali menjadi angkuh menjarah dendam politik tatkala rakyat amat berharap Umno versi lama tidak masuk menjiwai PH. 
Nampak gayanya, belum pun penat bersemayam di tirai besi berlabuh, dia memenatkan rakyat yang dahulu turun jalan raya, meletak badan sebagai perisai, darah, luka, dihumban ke black maria, di lock up, malah ada yang hilang kerjaya kerana membela aibnya, kini dia bersama sang penguasa yang berjaya mengaibnya semusim reformasi dahulu. 
Suara Anwar kembali garang menelan ganas bara kuasa, wajahnya terpampang bersama diktator tua yang dahulu memenjaranya. 
Dia lupa, kenyataannya itu bagaikan singa lapar yang pulang ke kandang asalnya yang bernama Umno versi lama. 
Suatu masa lalu, dia pernah menghentam rapat Mahathir dan Najib, dia duduk di pentas PAS mencari rakan pembela. 
Ya, benarlah ijtihad Tuan Guru Abdul Hadi Awang, putus dengan PKR ini satu yang tepat, kerana kita semua dapat melihat sifat sebenar pengemudi PKR yang kini bersama sang penguasa menafi suara demokrasi rakyat di Pantai Timur. Maka tiada bezanya kerajaan PH yang ada dengan versi Umno lama. – HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018 





DSAI, masihkah kau ingat?

APABILA diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara, saya kata: 'Baguslah'. 
Saya ahli PAS dan pendukung PAS, bukan PKR atau PH, tetapi saya tidak setuju dengan apa sahaja bentuk kezaliman, terhadap sesiapa sahaja. 
Oleh kerana Islam yang mengajar begini, maka pemimpin, pendukung, ahli PAS lah yang paling konsisten mempertahankan saudara (bahasa yang biasa diguna untuk DSAI) daripada fitnah liwat dahulu. 
Di saat kemuncak fitnah dan tuduhan ketika itu, Almarhum Datuk Harun Din pernah meletakkan tangannya di dada saudara, memastikan saudara memang bercakap benar tidak terlibat dengan liwat itu. 
Presiden PAS sekarang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga berceramah ke sana sini mempertahankan saudara dari tuduhan itu. Bahkan menulis buku khusus tentang qazaf (hukuman terhadap tuduhan zina atau liwat) bagi mempertahankan saudara dari tuduhan jahat itu.
Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz juga demikian. Seluruh ahli PAS juga bersungguh mempertahankan saudara. 
Oleh kerana BN yang berkuasa, maka kuasa itu digunakan untuk memenjarakan saudara, selepas tilam diangkat, sumpah palsu dibuat, maruah saudara diaibkan setiap hari di tv dan akhbar. Mujur masa itu tiada aplikasi FB dan WhatsApp. 
Merengkoklah saudara dalam penjara buat beberapa lama. Masa berlalu. Allah menakdirkan saudara bebas di ambang Ramadan 1439H untuk menikmati erti sebuah kebebasan, berpuasa bersama keluarga, terutamanya selepas difitnah, ditumbuk hingga lebam, dijaja seluruh dunia bahawa DSAI terlibat dengan liwat. 
Yang memfitnah saudara minta maaf. Saudara juga memaafkan. Baguslah. Itu hak saudara. 
Saudara memberikan ucapan sulung malam tadi. Di antaranya saudara sebut bahawa Kelantan, Terengganu juga akan dikalahkan next round, kalau tidak tak seronok, no fun. 
Astaghfirullah. Baharu sahaja keluar penjara, saudara mahu jatuhkan Kelantan dan Terengganu next round? Saya harap kenyataan ini hanya spontan, bukan dari hasil renungan dan keinsafan saudara yang sudah menempuh apa itu kesan kezaliman. 
Kelantan diperintah oleh PAS, semua Melayu Islam. Islam pula dijunjung. Tiada rekod siasatan rasuah, salah guna kuasa. PAS yang pertahankan saudara. Negeri yang PAS perintah pula yang saudara mahu jatuhkan next round? 
Terengganu sekarang bukannya BN yang perintah. Kalau BN perintah, ada logik saudara mahu jatuhkan next round. Terengganu sekarang diperintah oleh PAS, yang difitnah oleh PH mahu berUG dengan BN. 
PAS tegakkan Islam. Undang-undang tubuh negeri Terengganu meletakkan Quran, Hadis, Ijmak, Qias paling tinggi. Pimpinan PAS Terengganu juga yang pertahankan saudara daripada fitnah liwat lama dahulu. 
Saya harap saudara batalkan niat mahu jatuhkan Kelantan, Terengganu next round. Dan pilihan raya juga bukannya fun atau seronok, tetapi politik pilihan raya ialah mahu memastikan negeri diperintah secara adil menurut kehendak Rabbul-Jalil. Insya Allah, Kelantan dan Terengganu akan diperintah secara adil oleh PAS. 
Saya juga berharap saudara akan menasihati Kerajaan Pusat agar berlaku adil terhadap Kelantan dan Terengganu, jangan dizalimi, sebagaimana saudara sudah merasai peritnya sebuah kezaliman, hasil daripada sebuah fitnah. – HARAKAHDAILY 17/5/2018 
Penulis ialah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.
Sumber HD - 17-5-2018 

DSAI: "Enough is enough"

ALHAMDULILLAH. Dan Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah! Junjung kasih KDYM SPB Yang Di-Pertuan Agong. 
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda, DS Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tahanan dan mendapat pengampunan penuh daripada pelbagai jenayah jelik yang ditempelkan ke atas beliau dengan tidak sebenar. 
Dakwaan jenayah-jenayah yang menjadi pertuduhan ke atas beliau tidak langsung mempunyai asas di dalam Perundangan Syariah. Inilah yang ditegaskan oleh Para Ulama di dalam negara dan di luar negara sejak daripada tahun 1999 dan konsisten sehinggalah pada hari ini. 
Pertuduhan-pertuduhan yang jelik itu hanya bermotifkan politik bankrupt yang hilang jiwa, sehingga sanggup menghapuskan persaingan dengan cara sekejam-kejamnya yang tidak dapat diterima oleh neraca agama, akal dan hati budi. 
Pengampunan penuh itu sangat-sangat dialu-alukan bagi insan yang sememangnya tidak punyai salah. Yang telah dizalimi secara salah oleh sistem politik dan perundangan negara kita.
"Enough is enough". 
Kita berharap tiada lagi kekejaman politik yang menyasarkan kehormatan seseorang tokoh seperti itu sehingga telah tercoret sebagai sejarah hitam yang kelam sepanjang 20 tahun sejarah politik negara kita. 
Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya ke atas kesabaran, kecekalan dan ketabahan beliau dan keluarga dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang sangat sukar untuk digambarkan dengan perkataan dan susunan bicara. 
Selamat menyambut Ramadan kepada Datuk Seri sekeluarga. Dan selamat terus berjuang demi agama, rakyat dan negara. 
ZAKARIA ISMAIL
1 Ramadhan 1439 H - HARAKAHDAILY 17/5/2018










Sumber HD - 17-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Sebelum PRU14 melalak kata Malaysia telah di pajak gadai kepada China.. Kini China Rakan Malaysia


Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai sokongannya terhadap inisiatif ‘Belt and Road’ China membantu mengulangi dasar pro-perniagaan kerajaan yang baharu dan meneruskan kesinambungan dalam mengukuhkan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia.


Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Tan Yew Sing, berkata sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr Mahathir menekankan mengenai keperluan mengkaji semula projek modal China di negara ini, terutama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyebabkan pergolakan dalam kalangan syarikat China dan peningkatan tuduhan anti-China.

Sebelum PRU14 melalak kata Malaysia telah di pajak gadai kepada China.. Sudahnya dia pulak yang ketuai untuk meneruskan inisiatif tersebut..  Kepada penyokong kerajaan yang baru diberi mandat tak terasa ker Malaysia kena gadai lagi..Kita bukan kata Najib bagus, tapi kita tak setuju dengan politik fitnah. Itu belum lagi isu fitnah PAS nak UG dengan UMNO. Sokong PAS sama sokong UMNO.

Jangan kita kena "Sengat dua kali" oleh bekas ketuan penyamun negara. Kita sudah tumbangkan ketua perompak tapi jangan kita gembira sangat kerana bekas Ketua Penyamum boleh balik semula menjadi Ketua Penyamum walaupun sudah tua. Selain dia akan memecah rekod dunia sebagai PM tertua, dia juga adalah ketua penyamum tertua di dunia.


Sumber MR - 15-5-2018







 Persoalan sekitar kerajaan PH

WALAUPUN PRU ke-14 telah berakhir, namun perdebatan politik di media sosial masih lagi panas. Persoalan dibangkitkan sekitar Kabinet baru PH, pembaharuan institusi demokrasi, janji pilihan raya, fenomena lompat parti dan lain-lain.
Berikut adalah sebahagian besar daripadanya. 
Adakah akan berlaku penghakisan kuasa politik Melayu Islam secara drastik?  
Persoalan ini dibincangkan oleh para netizen ekoran cadangan perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan bagi Kerajaan PH. Ada pihak yang menyokong penuh perlantikan itu kerana LGE dikatakan berjaya menguruskan kewangan Negeri Pulau Pinang dengan jayanya. 
Ada yang bimbang, Menteri Kewangan baru tidak akan membantu menguatkan ekonomi Bumiputera yang diakui lemah di negara kita. Jika sektor ekonomi Bumiputera tidak diperkasakan dengan baik, jurang ekonomi antara kaum akan semakin melebar. Ini seterusnya akan membawa kepada ketidakstabilan sosial yang parah pada masa hadapan. 
Cara Umno-Putera tentulah bukan pilihan untuk memajukan ekonomi Bumiputera. Namun persoalan yang timbul, adakah LGE akan mengukuhkan ekonomi Malaysia berdasarkan merit semata-mata tanpa melihat kepada agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera? 
Ada juga pihak yang mempersoalkan kewajaran memilih LGE kerana beliau belum lagi bebas daripada pertuduhan kes rasuah di Mahkamah. 
Ura-ura cadangan perlantikan Datuk Ambiga sebagai Peguam Negara juga dibincangkan oleh para netizen secara pros dan cons daripada sudut ini, selain daripada sudut kepakaran sebenar. 
Perlaksanaan janji menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak. 
Banyak video kempen pimpinan PH yang dikongsikan semula oleh para netizen memaparkan mengenai dua janji ini. Klip-klip video itu menjanjikan sebaik saja PH menguasai Putrajaya, besoknya rakyat tidak perlu lagi membayar GST dan besoknya harga minyak akan terus turun. 
Rupanya, itu hanyalah janji manis semasa berkempen. Untuk melaksanakannya memerlukan masa dan beberapa proses yang tertentu. 
PH ganti BN dan Bersatu ganti Umno 
Kejatuhan BN di peringkat Pusat menjadikan wakil-wakil rakyat BN seperti anak ayam kehilangan ibu. DS Najib berundur daripada jawatan Presiden Umno dan BN. 
Akhirnya, ramai yang melompat menyertai Bersatu. Ada yang berkata mereka tidak keluar BN, hanya sekadar menyokong PH menubuhkan kerajaan negeri. Tapi mereka akhirnya dipecat oleh DS Zahid Hamidi selaku pemangku Presiden Umno yang baru. 
Komponen-komponen kecil BN di Sabah melompat menyertai Warisan. Wakil rakyat BN dan penyokong BN di Semenanjung cenderung untuk melompat menyertai Bersatu. 
Persoalan yang timbul, adakah PH akan diisi oleh orang-orang lama BN? Adakah Bersatu akan menjadi majoriti dan paling dominan dalam PH sebagaimana Umno paling dominan di dalam BN? 
Beberapa pemimpin DAP dan PKR mula menyuarakan kegusaran mereka tentang fenomena ini. 
Pejuang royalti PH di Kelantan dan Terengganu lebih gemarkan dasar BN  
Menarik juga untuk diperhatikan pendukung dan penyokong PH di Kelantan dan Terengganu agak tidak gembira dan geram apabila para netizen mula mendesak PH menunaikan manifestonya untuk memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak. 
Mereka nampaknya lebih sukakan dasar BN yang mendiskriminasikan negeri-negeri pengeluar minyak dengan menjadikan hak royalti hanyalah sebagai ihsan daripada Kerajaan Persekutuan. Hujah-hujah Kerajaan BN dahulu, mula diguna-pakai oleh golongan ini. 
Mereka gagal memahami ucapan PM ke-7 bahawa Kerajaan PH tidak akan membalas dendam kepada pengundi dan akan melaksanakan janji-janji mereka di dalam manifesto.

Adakah dasar Sosial Negara akan menjadi lebih Liberal tanpa berpaksikan agama dan kebudayaan masyarakat Timur?  
Ini berikutan tularnya beberapa tuntutan oleh golongan LGBT dan Liberal di media sosial. Komposisi ahli Jawatankuasa Reformasi Institusi juga menimbulkan kecurigaan netizen. 
Adakah Tun Mahathir akan mengakali DS Anwar sekali lagi? 
Walaupun Tun Mahathir telah mengotakan janji PH untuk membebaskan DS Anwar Ibrahim dengan seberapa segera, para netizen tetap bimbang peristiwa lama akan berulang. Tambahan lagi, penasihat-penasihat lama Tun Mahathir telah dipanggil kembali secara rasmi untuk menasihatkan Kerajaan PH yang baru. 
Persoalan ini tentulah tidak objektif berdasarkan tindakan Tun Mahathir sepanjang seminggu menjadi PM yang baru. Beliau dilihat menguatkan kerajaan PH dengan jayanya dan sangat komited membantu proses pembebasan dan pengampunan penuh DS Anwar. 
Namun sukar bagi para netizen untuk terus bersangka baik dan menyembunyikan kecurigaan mereka. 
Adakah Rafizi Ramli Invoke akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan PH atau akan kekal 'membangkang'?
Ini juga persoalan yang menjadi gurauan para netizen. Ramai netizen daripada kalangan PH menganggap Rafizi adalah hero sebenar PH di belakang tabir. 
Namun serangan 'mengejut' beliau terhadap perlantikan Kabinet awal Tun Mahathir, menimbulkan kesangsian para netizen adakah Rafizi sudah bersedia untuk menukar mindanya sebagai 'kerajaan' dan 'pembina negara baru'?  
ZAKARIA ISMAIL
16 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 16/5/2018
Sumber HD - 16-5-20118 

Isnin, 14 Mei 2018


Persepsi dan Kebenaran



Ada satu kata-kata Adolf Hitler yang menyebut, "Sebuah kebohongan yang disampaikan 
seribu kali akan menyebabkan masyarakat menjadi yakin bahawa kebohongan itu adalah
suatu kebenaran."

Barangkali itulah strategi permainan persepsi dan fitnah.

Tercatat sebuah kisah dalam naskah Lelaki Akhirat dari sudut Kota Madinah mengenai  
seorang lelaki yang bernama Mohd Sabar yang diminta oleh isterinya supaya menjual unta 
mereka ke pasar di hujung desa. Sayangnya usaha mereka itu dihidu oleh sekumpulan penipu 
yang berniat memperdaya Nasruddin agar menjual untanya pada kadar harga seekor keldai 
yang tentunya jauh lebih murah.  

Begitulah yang berlaku ketika dalam perjalanan ke pasar,  salah seorang penipu itu menyapa Nasruddin,  "Berapa harga mahu dijual keldai tu?" Mohd Sabar tidak melayan pertanyaan 
tersebut kerana marah untanya dianggap keldai.

Nasruddin teruskan perjalanan.  Datang pula penipu kedua yang sengaja mengajukan soalan 
serupa, "Berapa harga keldai kamu?" Keyakinan Mohd Sabar mula tergugah,  bagaimana ada 
dua orang yang berbeza sudah bertanya soalan serupa. Tetapi diteguhkan hati teruskan 
perjalanan.

Untuk kali ketiga, Mohd Sabar ditanya lagi soalan serupa dalam perjalanan daripada rakan 
dalam kumpulan penipu itu juga. Kali ini keyakinan Mohd Sabar mula goyah. Timbul rasa 
berbelah bahagi. Sistem kepercayaan sudah mula dirobek.

Sampai di Pasar, datang penipu keempat mendekati Mohd Sabar sambil terus menawarkan 
harga seekor keldai bagi unta yang dibawanya.  Akhirnya Mohd Sabar menjual juga unta 
tersebut dengan harga seekor keldai hasil muslihat dan  tipudaya penipu-penipu tersebut.

Hebatnya permainan persepsi. Kisah ini sekadar mengajar pentingnya memegang prinsip-
prinsip kebenaran dan untungnya mereka yang istiqamah pada kebenaran yang diyakini benar.

Ketika menghadapi permainan licik mereka yang memegang prinsip matlamat menghalalkan 
cara, tidak ada yang paling benar melainkan kebenaran itu sendiri. Namun kita sendiri jadi 
keliru mana satu yang benar?

Politik di Malaysia persepsi dan fitnah sehingga fitnah lihat benar.

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang 
berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak 
di antara mereka” (HR Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar 
dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan 
orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah
 itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)


Pening.
#AhmadFairoz

Sumber MR - 14-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018


Macam2 Penindasan Yang Cikgu2 Alami Hanya Kerana Tak Sokong BN


Cikgu-cikgu dah lama ditekan dan dipergunakan oleh kerajaan sebelum ini. Tekanan politik 
bila masuk sekolah memang mengganggu urusan dan menimbulkan tekanan.

Bayangkan, ada sekolah yang mana GBnya orang kuat kerajaan lama mewajibkan semua guru perempuan pakai tudung merah pada setiap hari Isnin. Malah pernah didedahkan, ada sekolah menurunkan gambar Tun M bila Tun M keluar UMNO.

Belum lagi dicerita ada guru yang ditukarkan ke pedalaman hanya kerana bergambar dengan 
Anwar Ibrahim. Yang ditukarkan kerana hadiri ceramah pembangkang (masa itu), yang diberi amaran, surat tunjuk sebab dan dikenakan tindakan hanya kerana ada tampal pelekat parti pembangkang pada motor atau kereta.

Sedangkan mereka berbangga-bangga upload gambar dipersidangan UMNO, menyertai perhimpunan parti politik serta program-program bermotifkan politik.

Dia buat tak apa, orang buat memang kena.

Paksaan dan peraturan yang bermotifkan politik diserap ke sekolah untuk mengugut guru dan pendidik agar terus tunduk dan akur. Hal ini memang menjadi dendam yang terpahat dilubuk 
hati.

Itu semua penganiayaan dan kezaliman yang dipendam lama. Kudis jika dibiarkan boleh jadi 
barah.

Sebenarnya, ramai pendidik tidak layan pun politik. Ramai yang atas pagar. Mereka hanya 
turun menjalankan kewajipan masa mengundi sahaja.

Namun kezaliman dan penganiyaan serta tekanan politik dalam kerjaya mereka itu menjadi dendam. Mereka balas pada kertas undi untuk tukar kerajaan.

Mereka menghukum semula kerajaan lama menerusi pilihanraya bila suara mereka disekat dan tidak diberi peluang langsung untuk mempertahankan hak mereka.

Mereka benci ditekan oleh orang politik. Mereka benci pendidikan dipolitikkan. Mereka 
benci ada pendidik yang tak layak naik tapi diberi jawatan hanya kerana kabel politik.

Rosak sistem pendidikan bila dicampur aduk dengan politik. Bila jawatan orang atasan di 
sekolah, jabatan dan kementerian itu naiknya dengan cara politik, maka kotornya mengalir 

sampai ke bawah.

Semua warga pendidik terkesan dengan permainan politik dalam pendidikan.

Bersihkanlah semula pegawai yang naik dengan kabel politik dan selalu mengugut guru 
sebelum ini. Tolonglah bersihkan wahai kerajaan yang baru. Buang mereka ni, hantar semula menjadi guru biasa.

Naikkan mereka yang benar-benar layak dan berkaliber, bukan jenis kaki ampu.

Dan ingatlah kerajaan baru, jangan diulangi kesilapan kerajaan lama ini. Jangan ulangi 
perangai zalim mereka. Jangan ulangi sikap mereka yang salah guna kuasa dan gunakan kuasa politik untuk mengugut para pendidik.

Biarlah pendidikan di bawah pemerintahan baru lebih telus dan tidak diganggu dengan 
ancaman berbaur politik. Atau PRU akan datang mungkin pengundi atas pagar ini berubah 
fikiran. Hati-hati.

Asingkan politik dengan pendidikan. Barulah pendidikan kita akan terus maju dan terbilang.

*****
Ini adalah pendapat peribadi aku sahaja. Tiada statistik mahu pun data yang menyokong 
artikel ini. Kalian bebas untuk bersetuju atau tidak. Namun pada pandangan aku, inilah situasi
 yang perlu orang atasan nilai dan teliti.

Puaka Bersekutu
#MFS

Oleh : Mohd Fadli Salleh
Sumber MR - 13-5-2018




















Logo PKR jadi 'Gharqad' kepada DAP 

RASULULLAH S.A.W pernah mengisahkan mengenai perang akhir zaman antara orang Islam dengan Yahudi. Dari perang itu Yahudi lari bersembunyi, lalu batu berkata-kata memberitahu kepada orang Islam bahawa Yahudi sedang menyorok di belakangnya, kecuali pohon Gharqad. 
Kini perkara sama berlaku di Malaysia dalam pertembungan politik yang wujud. Jika pohon Gharqad menjadi tempat Yahudi bersembunyi, DAP pula menyorok di sebalik logo PKR pada PRU14 ini. Bermakna, logo PKR adalah pohon Gharqad yang terselindung identiti dan agenda DAP. 
Tindakan DAP itu adalah satu pemerdayaan dan muslihat yang semata-mata mahu mendapat undi, khususnya kaum Melayu. Parti Cauvinis itu terpaksa melakukan sedemikian setelah menyedari ‘Tsunami Hijau’ bakal tercetus, sedang DAP telah tercedera teruk akibat sikap anti-Islam dan perkaumannya. 
Juga kerana DAP akur, dapatan kajian menunjukkan rakyat Malaysia telah melihat hakikat bahawa Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai bersama PKR, PAN dan PPBM sebenarnya diketuai, dikuasai, dikongkong dan dicengkam oleh DAP. Semua mereka dibeli, dicatur dan dipaksa tunduk kepada DAP dengan menggunakan jawatan dan wang.  
Susunan strategik
PAN: Bermula dengan menaja PASMA dan G18 untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS. Setelah gagal di Muktamar PAS 2015, lalu diwujudkan GHB diikuti PAN untuk menjadi wadah mengumpulkan orang PAS di situ. PAN memberi kesetiaan (wala’) tinggi kepada DAP yang ‘membiayai’ pemimpin dan parti itu. 
PKR: Setiausaha Agung, Dato’ Saifuddin Nasution dan Ketua Biro Agama, Wan Ji Wan Hussin masing-masing dilantiknya sebagai Penasihat Strategik dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. DAP menjadikan mereka ‘suntikan’ untuk mempengaruhi keputusan mesyuarat PKR dalam sesuatu kepentingan. 
PPBM: Memberi laluan mudah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan Pengerusi PH, walhal musuh ketat Penasihat DAP, Lim Kit Siang (LKS). Berpuluh tahun LKS berjuang di Parlimen mengheret Mahathir atas besarnya skandal dan kezaliman, malah bertekad mahu memenjarakan diktator itu. Tiba-tiba mereka sentiasa menampilkan senyuman dan aksi sangat mesra di hadapan kamera. 
Gugat dan ancam
DAP telah menjadi parti politik yang sangat bahaya terhadap keharmonian masa depan negara dan rakyat dengan memperalatkan wadah demokrasi untuk mencapai cita-citanya. Terlalu banyak sikap sama ada kebiadaban, provokasi, penglibatan, campur tangan dan melampau melibatkan DAP antaranya terhadap urusan-urusan berikut:  
i.     Memperolok, memperlekeh, mempertikai dan menentang hal ehwal Islam seperti Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Akta Mahkamah Syariah atau RUU355, azan, solat Jumaat, zakat, para ulama, mufti dan tokoh Islam. Juga berkaitan kepentingan Melayu dan Bumiputera; 
ii.     Mendalangi, mempengaruhi, menyokong, menyebar dan menggerakkan usaha dakyah Evangelis Kristian, Liberal, IFC, Comango, BERSIH dan banyak lagi; 
iii.     Menyertai, menggalak dan mempertahankan penganjuran program seperti pesta arak seperti Better Bear Festival dan Octoberfest serta tidak bermoral oleh kumpulan LGBT; 
iv.     Menganjur, mengundang dan melibatkan pihak atau entiti asing untuk mempengaruhi mahupun mewujudkan tuduhan, pandangan salah dan berat sebelah atau campur tangan terhadap kestabilan urusan pentadbiran, perundangan, keselamatan dan kedaulatan negara; 
v. Menafi, membohongi, mengabai dan menggagalkan pelaksanaan janji atau manifesto atau perjuangan berkaitan hak rakyat atau kepentingan awam. Menjadi punca masalah alam sekitar, tambakan laut, projek mega dan mewah, pengusiran penduduk, pemilikan dan warisan. 
Bagasi masalah
Pelan DAP terhadap sekutu politiknya dalam PH telah menimbulkan konflik dengan anggota partinya sendiri dan parti-parti tersebut serta mengalihkan para penyokong mereka. Semuanya angkara hipokrit, opurtunis, pragmatik, curang, khianat dan angkuh pemimpin parti-parti dominasi anak beranak dan kroni iaitu DAP, PKR dan PPBM  
Mereka hanya bergerak dengan membaja suburkan sensasi, kontroversi dan manipulasi. Ironinya, segala dilakukan pemimpin utama mereka merupakan bagasi penuh masalah. Ketika PH mencela kebobrokan BN dan menuduh fitnah PAS, mereka sendiri mengidap penyakit integriti dan maruah melibatkan penipuan, penyelewengan, skandal dan kleptokrasi. 
PH tahu mereka masing-masing adalah ‘biawak hidup’ dan pakatan yang mereka jalin itu telah melarikan kendong sokongan undi dimiliki selama ini. Tentulah DAP paling terkesan dan sukar untuk menerima susutan tersebut apatah lagi kemungkinan kehilangan penguasaan yang ada.  
Strategi sesumpah
Bersisa baki yang ada, DAP percaya mereka masih punya imbangan tambahan undi bersumber dari PAN dan PPBM. Ketika sama PKR atas Kerajaan Negeri Selangor diterajui dan PPBM yang berpengerusikan Tun M, menjadi aset penting untuk sokongan wang sebagai ‘kekuatan’ utama. 
Tetapi DAP perlu tamak untuk menang dan berkuasa, setelah pula ‘pelaburan dan pengorbanan’ besar dibuatnya terhadap PAN, PKR dan PPBM. Untuk itu, DAP mesti mengendur dan meredakan persepsi sasarannya, yakni pengundi Melayu Islam.

DAP berjaya memboneka Tun M dengan mengikonkannya sebagai calon Perdana Menteri Ketujuh. Diwajahkan bekas PM selama 22 tahun itu penuh suci, bertaubat, dimaafkan dan mahu menebus kesilapan. Menjadikan Tun M paling ampuh untuk menghadap kehangatan pertembungan bagi menjatuhkan BN.  
Gelojak pengundi yang juga mahu menjatuhkan BN ‘disatukan’ mereka kepada Tun M. Menggunakan Mahathir juga, reputasi PAS cuba digoncang dengan beberapa isu dan pendekatan antaranya Memali, ziarah kubur dan memuji tokoh PAS. Selain mendapat ‘tenaga diperbaharui’ daripada Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. 
Namun, DAP perasan bahawa pengundi tetap nampak rupa paras sebenarnya yang sangat mudah dikenali. DAP mesti menutup semua potensi isu berbangkit atas kelihatannya. Maka DAP perlu halimunan dan untuk mencapai itu, PH disyorkan bersetuju dengan satu logo yang sebenarnya menjadi ‘Gharqad’ menyelindungi segala cela. 
Hakikat logo mata
Persembunyian disebalik logo PKR itu mesti dibongkar di mana terdapat 46 calon DAP dengan 44 daripadanya adalah bukan Islam. PAN pula biarpun hanya bertanding 34 kerusi, tetapi wajib dilihat sebagai proksi DAP yang sangat patuh dan tunduk. Potensi DAP juga terletak pada 32 kerusi yang ditandingi calon bukan Islam dari komponen PH lainnya. Bermakna, terdapat keseluruhan 78 calon bukan Islam dalam PH.  
Faktanya, daripada 78 kerusi ini, 48 daripadanya telah dimenangi pada PRU13 lalu dan mereka yakin mengekalkannya bersama kemenangan tambahan di 18 kerusi bukan Islam baharu. Jika tercapai, bukan Islam PH akan ada sekurang-kurangnya 66 kerusi dan melebihi separuh dari majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. 
Perancangan strategik DAP ini tidak boleh dipandang ringan, bahkan mereka mendapat sokongan para paderi yang turut terlibat dalam kerja-kerja pilihan raya. Ini sebagaimana kursus Polling Agent and Counting Agent (PACA) yang dianjurkan menerusi gereja-gereja. Demikian itu, para pengundi Islam adalah penyelamat, pastikan logo mata (PKR) tidak diundi! - HARAKAHDAILY 8/5/2018
Sumber HD - 8--2018 


Politik Kubur Mahathir Vs Nik Adli
Posted on Tuesday, May 08 @ 04:26:48 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39610



Secara peribadi, lebai lebih suka Mahathir dan Nik Omar (anak derhaka lawan parti ayahnya TGNA) menziarahi kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Lebai menulis artikel "Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz

Pandangan lebai ini boleh kata hampir sama dengan pandangan pimpinan PAS di Kelantan yang melihat kedatangan Mahathir adalah kedatangan strategi politik untuk "menceramukkan" pengundi PAS dan atas pagar disaat-saat akhir kempen.

Presiden PAS, Abdul Hadi ada menempelak Mahathir, utamakan yang wajid dulu daripada membuat yang sunat. Lebai setuju, kalau Mahathir dan buat sunat juga ziarah kubur, pergilah ziarah kubur ayah dan ibunya dulu.

Sebelum ini Nik Omar berkata dia akan terus legasi ayahnya termasuk agenda hudud. Dia akan teruskan. Satu masalahnya ialah pernah Karpal Singh berkata, jika nak buat hudud, kena langkah mayatnya. Ada bagus juga Mahathir boleh bawa Nik Omar ziarah sekali kubur Karpal Singh untuk membolehkan Nik Omar melangkah mayat Karpal --- tak faham juga tak tahu apa lebai nak kata!!

Lebai pelik juga si Mahathir, kubur Tun Huussein tak pula nak diziarahinya... mana tahu boleh lembutkan hati Hishamuddin.

Lebai tertarik dengan tulisan Ustaz Zakaria Ismail di Harakahdaily, Ustaz Zakaria berkata Nik Adli pula, tidak langsung berfikir mengenai strategi. Dia kenal Tun sebagai manusia berhati batu yang meng'ISA'kan dirinya. Tun memisahkan beliau daripada keluarganya tanpa diberi hak untuk dibicarakan.


Nik Adli Nik Abdul Aziz ini pernah ditahan pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penahanan itu jelas sebagai cubaan Mahathir mengaitkan PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz dengan aktiviti pengganas.

"Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab. Samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja. Sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu."

Selain itu Tok Guru juga pernah berkata “Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli dan merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),”

"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh? Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” kata Tok Guru lagi.

“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006.

Setiap kali teringat pada Nik Adli air Mata Tok Guru akan tumpah. Hatinya pilu setiap kali tiba Hari Raya kerana melihat dua cucunya beraya tanpa ayah mereka disisi selama 5 tahun.

Selepas 5 tahun dipenjara, Nik Adli akhirnya dibebaskan daripada tahanan Akta ISA Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006 oleh Pak Lah yang mengantikan Mahathir sebagai PM.

Nik Adli menjadi mangsa kezaliman Mahathir akibat dendamnya kepada Tok Guru Nik Aziz yang merampas Kelantan dari BN sejak 1990. Nik Adli dipisahkan 5 tahun dari isteri dan dua anak kecilnya serta bapa kesayangannya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kita tidak duduk terkurung 5 tahun dalam penjara ISA tanpa perbicaraan macam beliau, jadi jangan memandai-mandai fitnah dia lagi.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Nik Adli melakukan tindakan menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Bukan semua orang-orang yang dizalimi dapat melupakan kezaliman Mahathir, apatah lagi hasrat menziarahi pusara Tok Guru itu lebih kepada "political stunt" untuk menagih sokongan dan simpati sempena PRU14.


Nik Adli mengunci pusara ayahnya untuk halang Tun Mahathir dari melawat almarhum Tuan Guru yang telah pergi apa sangat nak dibandingkan dengan Tun Mahathir yang telah mengunci pintu penjara selama hampir 6 tahun untuk menghalang Nik Adli daripada berjumpa dengan anak isteri serta ayah bondanya. Itu sikap Nik Adli "Straight Forward" tanpa mengambil kiraan politik itu sikap setelah dia diISAkan.

Dia bukan Mat Sabu, orang politik, cakap lidah bercabang, gadai prinsip dan tak ada maruah diri. Orang macam ini agama boleh jual kerana bermatlamatkan politik. POLITIK dah jadi "akidah" perjuangan.


Setelah terseksa diISAkan, dia boleh jadi tukan masak Mahathir. Dia kata ISA tu "LUKA SIKIT AJE", memaafkan itu lebih baik!!

Lebai suka kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Zakaria Ismail yang mengambarkan Nik Adli sebagai Jebat...  "Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?,"  getus Tun Tuah setelah membunuh Jebat, sambil mukanya menjengah keluar jendela melihat orang ramai berteriak "Hidup Tun Tuah! Hidup Tun Tuah!"

Dalam PAS sangat ramai Jebat
Itu sebab PAS sangat 'teruk dan hodoh' disisi media massa.



Sumber tko - 8-5-2018



Ni Tolonglah baca Kajian Orang Giler
Posted on Monday, May 07 @ 17:41:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39601



Tinjauan Invoke Malaysia meramalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang dengan majoriti mudah berdasarkan hasil pemodelan kecenderungan pengundi terbaru dan hasil kajian untuk Semenanjung Malaysia.

Kumpulan itu juga meramalkan PAS tidak akan menang waima satu kerusi pun - negeri dan parlimen - di seluruh Semenanjung Malaysia.

BN dijangka menang hanya di Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta hanya mendapat 54 kerusi parlimen. Manakala HARAPAN pula berjaya memenangi 111 HARAPAN.

Kaji selidik itu melibatkan 11,991 responden, yang dipilih melalui persampelan secara rambang dan ditimbang mengikut populasi bagi setiap negeri.
Data tersebut disiapkan pada Khamis lalu.

Pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli menjelaskan tinjauan terbaru mendapati sokongan Melayu kepada HARAPAN telah berkembang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sokongan Melayu kepada BN telah terhakis.

Sebaliknya, kata Rafizi sokongan PAS di seluruh negara dianggarkan stabil pada 27 peratus.
Beliau berkata selain Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan, sokongan Melayu kepada HARAPAN berada di belakang BN, sekitar 3.5 peratus ke 13.1 peratus.

Memandangkan jangkaan sokongan bukan Melayu yang tinggi untuk HARAPAN, Rafizi berkata ini akan membantu kemenangan di kebanyakan 90 kerusi parlimen campuran etnik manakala 35 kerusi majoriti bukan Melayu sudah berada dalam genggaman HARAPAN.

"Saya perlu membawa perspektif pembezaan undi. Bagi menghasilkan keputusan yang dicapai BN pada PRU lepas, BN mempunyai kelebihan 30 peratus berbanding Pakatan Rakyat daripada segi sokongan orang Melayu.

"Perhatikan perbezaan sekarang, tidak ada satu negeri pun yang menunjukkan sokongan BN melebihi 20 peratus," katanya yang berkata ramalan Invoke bukan mengikut perasaan tetapi berdasarkan model persampelan data.

Sumber TKO - 7-5-2018

50-50 Untuk HARAPAN Kekal Di Pulau Pinang
Posted on Monday, May 07 @ 00:04:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39590



Kedudukan kerusi di Pulau Pinang pada PRU-13 lalu ialah DAP 19, PKR 10, PAS 1 dan BN 10. Jumlah keseluruhannya adalah 40 kerusi. Manakala kedudukan kerusi pada PRU-12 (2008) ialah DAP 19, PKR 9, PAS 1 dan BN 11.

DAP dapat 19 kerusi daripada 22 kawasan majoriti Cina lebih daripada 50%. Itu belum lagi ambil kira kedudukan masyarakat India yang mana ada 8 kawasan daripada 22 tadi masyarakat India mempunyai pengundi lebih daripada 15%.

Ini bermakna hanya 14 kerusi sahaja DAP boleh goyang kaki memang dia orang akan dapat pada PRU-14 ini. 14 kerusi tidak cukup untuk memerintah Pulau Pinang kerana DAP memerlukan 21 kerusi.

PKR menang 10 kerusi 4 di kawasan majariti Cina, 2 di kawasan Cina + India lebih daripada 50% dan 4 di kawasan Majoriti Melayu.

4 Kerusi PKR itu sebenarnya di Kawasan 22 majoriti Cina.

Tiada calon DAP yang menang di kawasan pengundi Cina kurang daripada 50% dan memang DAP tak bertanding di kawasan pengundi Cina kurang daripada 50%.

Ini maklumat ringkas daripada PRU-13 yang boleh kita fahami. Yang tak tercatat bermakna DAP menang Dun itu.

Sungai Puyu
Cina 85%
India 7%

Bagan Jermal
Cina 68%
India 15%

Bagan Dalam
Cina 51%
India 24%

Berapit
Cina 86%
India 11%

Machang Bubuk  -- PKR
Cina 52%
India 11%

Perai
Cina 52%
India 36%

Bukit Tambun  -- PKR
Cina 67%
India 19%

Jawi
Cina 54%
India 24%

Tanjung Bunga
Cina 77%
India 15%

Air Puteh
Cina 82%
India 8%

Kebun Bunga  -- PKR
Cina 77%
India 15%

Pulau Tikus
Cina 78%
India 8%

Padang kota
Cina 78%
India 16%

Pengkalan Kota
Cina 94%
India 5%

Komtar
Cina 82%
India 8%

Dato Keramat
Cina 57%
India 14%

Sungai Pinang
Cina 54%
India 14%

Batu Lancang
Cina 86%
India 6%

Seri Delima
Cina 66%
India 11%

Air Itam
Cina 69%
India 9%

Paya Terubong
Cina 82%
India 11%

Batu Uban  -- PKR
Cina 60%
India 13%

.............

Bukit Tengah  -- PKR
Cina 45%
India 18%

Pantai Jerejak  -- PKR
Cina 48%
India 11%

DAP perlukan 7 kerusi lagi untuk kekal memerintah negeri Pulau Pinang. Adakah calon HARAPAN boleh dapat 7 kerusi berkenaan.

Mari kita lihat pembahagian kerusi di Pulau Pinang oleh HARAPAN.

DAP kekal bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan bertanding di 14 kerusi iaitu di Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Seberang Jaya, Penanti, Macang Bubuk, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap dan Sungai Acheh di tanah besar, dan Kebun Bunga, Batu Uban, Pantai Jerjak, Batu Maung dan Pulau Betong.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di empat kerusi DUN, masing-masing di Penaga, Bertam, Permatang Berangan dan Teluk Bahang

Manakala Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di tiga kerusi iaitu di kawasan Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Mari kita lihat secara kasar kekuatan BERSATU

N1 PENAGA
Jumlah Pengundi: 16,681
Mohd Zain Bin Ahmad (BN) - 8,350
Rosidi Bin Hussain (PAS) - 6,688
MAJORITI: 1,662
Jumlah Undi: 15,206 | Peratus mengundi: 91.16% | Undi Rosak: 168
Penyandang: Datuk Azhar Ibrahim - Maj: 1,231
91% Melayu dan 9% Cina.

Kalau PAS boleh kekal penyokongnya sahaja iaitu sekitar 5,000 undi. HARAPAN dan BN boleh kalah.

N2 BERTAM
Jumlah Pengundi: 16,221
Shariful Azhar Bin Othman (BN) - 7,939
Syed Mikael Rizal Aidid (PAS) - 6,297
MAJORITI: 1,642
Jumlah Undi: 14,471 | Peratus mengundi: 89.21% | Undi Rosak: 235
Penyandang: Zabariah Abdul Wahab - Maj: 2,652
Melayu 66% Cina 25% dan India 9%

PAS untuk dapat kawasan ini 50-50

N4 PERMATANG BERANGAN
Jumlah Pengundi: 18,336
Omar Bin Haji Abd Hamid (BN) - 8,913
Arshad Bin Md. Salleh (PAS) - 7,292
MAJORITI: 1,621
Jumlah Undi: 16,452 | Peratus mengundi: 89.73% | Undi Rosak: 247
Melayu 83%, Cina 8% dan India 9%

PAS boleh dapat kawasan ini, jika undi HARAPAN dan BN hampir 50-50

N40 TELOK BAHANG
Jumlah Pengundi: 13,048
Shah Haedan Bin Ayoob Hussain Shah (BN) - 6,034
Abdul Halim Bin Hussain (PKR) - 5,233
MAJORITI: 801
Jumlah Undi: 11,434 | Peratus mengundi: 87.63% | Undi Rosak: 167
Melayu 64% Cina 34% India 3%

Kedudukan di sini 50-50 untuk PAS, HARAPAN dan BN

Itu lebai belum lagi analisis 3 kawasan AMANAH (PAN) bertanding iaitu di kawasan PAS memang kuat termasuk PAS sentiasa menang kerusi berkenaan.

14 Kawasan PKR bertanding. Adakah PKR boleh dapat 7 kerusi?
Lebai jawab tak  boleh. Jika tak boleh ini bermakna HARAPAN akan tumbang di Pulau Pinang.

3 Hari Lagi.
Lihat apa yang lebai tulis ini betul atau tidak.

Jika Pulau Pinang tergantung agaknya DAP dan bergabung dengan PAS atau dengan BN?
Sama-sama kita lihat UG yang akan berlaku di PP....


Sumber TKO - 7-5-2018

Nik Omar antara spesis terakhir parasit IKRAM dalam PAS
Posted on Saturday, May 05 @ 12:55:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39559


Kebimbangan lebai mengenai kedudukan IKRAM dalam PAS bermula apabila Datuk Ustaz Yahya Othman meninggal dunia pada 14 Jun 2012. Semasa itu tokoh-tokoh ulama dalam PAS sebahagian besar uzur dan sakit. [Sebelum baca atikel ini ada baiknya baca artikel sebelum ini "IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN) bagi menjatuhkan PAS"
kerana artikel ini sambungan artikel tersebut yang anda akan faham kenapa ada pergolakan dalam PAS, siapa sebenarnya parasitnya?]

Tokoh-tokoh pelapis pula terdiri daripada mereka yang berfikrah IKRAM yang menyusut masuk dengan begitu ketara. Malah "post-post" penting dalam PAS telah diambil alih oleh mereka ini. Kesedaran bahaya IKRAM adalah ancaman kepada PAS sebagaimana pengalaman dengan IRC dahulu macam tak diendahkan.

Pernah seorang sahabat membangkit perkara ini semasa kami berjumpa untuk muktamar PAS. Di warung kopi sebelah Taman Melewar kami membuat beberapa rumusan dan menjangkakan beberapa pimpinan akan menyusul meninggalkan (mati) dan kami rasa nasib perjuangan PAS bertukar haluan.

26 September 2013 Dato' Seri Azizan Razak Meninggal dunia. Kemudian diikuti dengan Datuk Harun Taib 25 Januari 2014. Kehilangan Ustaz Harun Taib ini adalah pukulan hebat kepada Presiden PAS kerana dialah rakan seusrah dengan Said Hawa menantu Imam Hassan Al-Banna.

Dia juga antara orang yang boleh berhujah dengan IRC-IKRAM dan amat ditakuti oleh puak-puak IKRAM.

Lebai masih ingat lagi apabila Saari Sungip masuk PAS setelah keluar daripada PKR, Ustaz Harun Taib bertanya sinis kepada Saari "enta nak buat rosak apa lagi dalam PAS?" Rupanya memang terjadi Saari Sungip antara "2 barua" dalam krisis MB di Selangor mengkhianati PAS.

Ada cerita menarik ialah apabila di bertanding melawan Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden. Dia meletak jawatan Ketua Dewan Ulama dan bertanding untuk jawatan itu. Para wartawan lebih suka Ustaz Harun kerana dia ada 'karisma' berbanding dengan Ustaz Nasha. Tapi mereka bimbang Ustaz Harun tak ikut protokol jika menjadi pemimpin.


Tidak ada yang tahu kenapa dia bertanding. Kenapa lebai kata begitu...
Sebab..

Ada seorang anak buah Ustaz Harun Taib membawa 'handphone' (hp zaman dulu) meminta lebai convert kepada video yang boleh dilihat  melalui CD. Jadi lebai lihat video itu, rupanya sesi penerangan tertutup oleh Ustaz Harun Taib di rumahnya kepada pengikutnya kenapa dia bertanding. Sesi penerangan ini dibuat selepas Muktamar. Sebab itu lebai kata Dato' Harun Taib bertanding hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja dan semasa itu perwakilan Terengganu sendiri mengundi Ustaz Nasha. Dia kalah.

Antara sebab dia bertanding ialah cuba menghalang penguasaaan IKRAM dalam PAS melalui penggunaan & manipulasi Ustaz Nasha.

Pada masa dulu Majlis Syura Ulama menentukan bahawa 2 jawatan penting tidak dipertandingkan di syurakan walaupun dalam perlembangaan memang boleh bertanding.

Tradisi ini dipecahkan apabila Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar membuat unsur mewujudkan pertandingan. Mereka berdua bukan IKRAM tapi dipergunakan oleh IKRAM sebagaimana mereka menggunakan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Dulu wujud pertandingan antara Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri, sedangkan Syura lebih memberikan ruang kepada Ustaz Hassan Shukri kerana beliau antara tokoh lama, tetapi ditentang oleh golongan IKRAM dalam AJK PAS Pusat. Ustaz Nasha mangsa permainan politik IKRAM dalam PAS. Kumpulan yang menaja Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri tidak lain tidak bukan 10 budak hitam.

Tapi apabila Ustaz Nasha telah menyedari, Ustaz Nasha menjadi mangsa permainan politik ini sehingga dia tercicir daripada PAS atas tuduhan nak UG dengan UMNO. Sama juga Dr Hassan Ali pernah juga dipergunakan tetapi apabila Dr Hassan Ali mula menyedari mereka menyerang Dr Hassan Ali dengan isu UG juga. 


Pada 23 Jun 2014 Datuk Abu Bakar Chik pula meninggal dunia. Lebai lihat Presiden PAS masa itu sangat hiba. ABC adalah orang yang paling lantang dalam mana-mana perjumpaan pertahan Presiden. Jangan main-main kutuk... Dia pernah serang Dr Aziz Bari dalam majlis sedangkan pada awalnya PAS Pusat membuat arahan jangan tegur apa-apa komen.

Serangan kepada Presiden makin lantang dalam AJK PAS Pusat kerana tak ramai nak pertahan. Bayangkan 17 daripada 27 AJK adalah kumpulan serasi fikrah IKRAM.

Sebelum Muktamar ke-61 iaitu muktamar pemilihan kepimpinan, lebai ada berjumpa dengan kepimpinan PAS Terengganu. Lebai luah perkara ini dan mereka berkata kalau boleh kalahkan 4 daripada 17 sudah cukup baik. Lebai tanya kenapa 4 orang ini sahaja (buat masa ini lebai hanya dedahkan satu iatu Hanipa Maidin). Mereka kata yang ini mulut sangat celupar dalam menyuarat AJK PAS Pusat. Semasa arwah Ustaz Abu Bakar Chik ada dia orang tak berani bercakap kurang ajar, tapi bila ABC tak ada menjadi-jadi malah menyanggah hujah ayat Al-Quran yang diberikan oleh tok Guru.


Selepas Muktamar, hubungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz makin baik. Banyak pencerahan dibuat. Apatah lagi setiausaha politiknya Anual Bakri dipecat antara yang menulis kenyataan TGNA melebihi daripada yang benar.

Sebelum ini sangat malang bagi TGNA ada 2 orang ini Husam dan Anual. Nik Abdul ada menulis didalam blognya dalam sindiran sebagai "pembantu-pembantu yang sesat".

Jika berlaku krisis pendapat antara ayahnya dengan Presiden PAS, bila solat subuh orang melihat kereta Nik Abdul sudah ada di Masjid Rusila. Dia menjadi tali penyambung silaturrahim antara 2 tokoh ulama ini. Dia cuba menjernihkannya. Dia mencari punca kenapa ayahnya mendapat maklumat tidak benar.

Dimana abangnya Nik Omar??
Dia pemberi berita daripada Husam Musa & Annual Bakri
Dia bukan menjalin tetapi merenggangkan lagi pendapat kedua-dua tokoh ini.
Itu lah dia sifat sebenar IKRAM

Kuasa ALLAH siapa tahu?

Muktamar PAS ke-61, lebai sendiri tak jangka tiba-tiba ulama mendapat sokongan sapu bersih hanya tinggal Mazlan Aliman sahaja. PAS tawar jawatan kepada Salahuddin dan Mahfuz mereka tolak.

Krisis makin membuak. Tapi masih ada Tok Guru Nik Abdul Aziz. Mereka tak berani sehingga Allah tarik Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 11 Feb 2015.

19 September 2015 mereka menubuh parti baru AMANAH (PAN), 7 bulan selepas TGNA meninggal.

Mereka sangka mereka boleh dapat sekitar 25-30% ahli PAS seluruh Malaysia hampir 1 juta itu berdasarkan populariti sokongan mereka di muktamar sekitar 300-500 undi. Tapi sangat menakjubkan mereka hanya dapat 17,000 orang sahaja. iaitu tak sampai 0.02% Fakta ini sangat mengejutkan lebai. Macam tak percaya tapi sebab lebai ada orang sangat rapat dengan kepimpinan utama AMANAH (PAN). Jangan main-main dengan lebai... Kalau tak tak kan lebai tahu keahlian Dr Mazlan Ali penganalisis yang selalu nak kutuk PAS.

Daripada 17,000 orang ahli hanya 6,000 ++ orang lebih sahaja ahli PAS (yang mendaftar sebagai ahli yang boleh dikesan melalui kp) bertukar menjadi ahli AMANAH. Selebihnya dijangkan adalah ahli IKRAM, orang luar atau ahli PAS yang tak pernah mendaftar sebagai ahli PAS (kerana tak ada maklumat kp dia).

Tiba-tiba PAS dibersihkan oleh IKRAM dalam sekelip mata sahaja. Siapa sangka?? Untuk nak bersih PAS daripada IKRAM jika dilakukan melalui muktamar, nak 4 atau 5 kali Muktamar pun tak boleh...

Teringat doa Ustaz Harun Taib pada Muktamar ke-60 di Johor supaya Allah membinasakan musuh-musuh di luar dan di dalam PAS. Orang tertanya-tanya siapa musuh dalam PAS?? Kecoh juga masa itu...

Jawapannya IKRAMlah.

Nik Omar adalah antara spesis penyamaran IKRAM dalam PAS


Bila dia tidak sefikrah dengan PAS, Ayahnya tak libatkan dia dengan politik sekadar mengurus sekolah tidak lebih daripada itu. Dulu ada yang nak mencadangkan dia terlibat dengan politik, TGNA tak bagi melainkan benarkan Nik Abdul  sahaja kerana TGNA tahu siapa anaknya Nik Omar yang orang sanjung hebat!!.

Mari kita berhujah secara rasional. Lebai tak berhujah secara emosi, komen-komen melambung kononnya Nik Omar mewaris bapanya itu semua permainan politik semata-mata... lihat nanti selepas PRU-14 tahulah anda dimana tempat duduk Nik Omar. Lebai tak 'bodoh' itu untuk POLITIK PERSPSI YANG DIMAINAKAN OLEH GENG PAKATAN HARAPAN.

Tolong berikan gambar atau apa-apa aktiviti PAS yang Nik Omar datang memberikan ucapan, membantang kertas kerja atau apa-apa sahaja yang boleh membuktikan Nik Omar ini "hebat' membawa legasi ayahnya?? Atau dia ganti ayahnya kerana ayahnya ada musyakah.

Tak ada.
Kalau ada pun Nik Abdul adik memang ada.

Bagaimana orang berhujah Nik Omar kononnya mewaris perjuangan ayahnya??
Yang lebai nampak hanya mengkhianati perjuangan ayah dan ibunya... nanti lebai akan huraikan.

Kenyataan Nik Omar disiarkan di Malaysiakini antaranya; Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya.


Nik Abdul Nik Abdul Aziz mendapat izin bondanya untuk bertanding. Nik Omar kata "Apa jua kita lakukan hendaklah dapat izin ibu". Tapi dia tinggalkan rumah sehingga isterinya sendiri tak tahu terpaksa tanya mak mertua mana pergi suaminya?

Mak dia hantar masej dia tak jawab. Mak dia kata kalau tak tarik percalon anak derhaka?? Apa maknanya ini semua. Mamang kita tak nak hirau rumah tangga mereka tapi itu yang terjadi yang menjadi isu kena kita bahas juga.

Ramai calon dalam PRU-14 ini bertembung keluarga misalnya Shahrir dan Khalid (Geng Amanah juga) dah lama pun tak jadi isu. Bergitu juga Azmin dengan Azwan.. Calon Sabah pun ada. Tak jadi isu kerana tak ada pengkhinatan. Tak ada menyalahkan parti Ayahnya. Ada dengar Khalid Samad sebut dia bawa legasi ayahnya??

Lebai nak tekankan bahawa sikap IKRAM dalam PAS ialah suka berbohong yang diistilahkan 'taqqiyah' macam Syiah. Lebai tak kata IKRAM ni SYIAH tapi cara mereka bergerak sama dengan Syiah apabila berjumpa Sunni.

Sebelum Ini Nik Omar Kata PAS dah Bawa Lagesi Ayahnya

Mari kita lihat apa kata Nik Omar. "Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya.

Dia sendiri kata PAS dah bawa legasi ayahnya. Nak betul apa lagi? Kenapa perlu parti AMANAH kena betul? Kalau ada kelemahan kenapa PAS tak boleh betul? Kenapa dia tak bantu PAS betulkan jika dia rasa dia boleh betulkan?

Semuanya menunjukkan hujah Nik Omar sekadar nak putar belit aje.. Dia sangat keliru tentang perjuangan ayahnya.


Celarukan, dia juga kata Husam menerusi lagasi TGNA (ayah dia). Takkan dia tak tahu ketika hampir meninggal apabila Husam datang ayahnya berpaling terus buat tidur sehingga hampir satu jam Husam tunggu pun ayah dia tak berpaling. PALING PUN TIDAK JANGAN BERCAKAP! Takkan Ni Omar tak faham perangai ayahnya dan kenapa ayahnya buat kepada Husam macam tu??

Kalau benar bawa Legasi Ayah kenapa Husam dan AMANAH meminta Nik Omar perlu menipu Ibu dan Isteri?


Semasa HARAPAN umum calon bertanding, Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar dengan mengumumkan calon lain sebagai calon Dun Chempaka. Semasa pengumuman tersebut HARAPAN mengumumkan nama "Mohamad Omar" sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar?

Ibunya lega..
Kerana anak harapannya masih taat kepada ibu.

Bila hari penamaan calon tiba-tiba Nik Omar menjadi calon. Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon. Hanya sekadar hantar masej, itu ibu berkata telefon tak balas.. telefon dia berada ditangan orang lain. Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....

Tapi..
Itu lah TOKOH YANG KINI DIJAJA DIPELUSOK NEGARA KONONNYA MEMBAWA LEGASI TOK GURU NIK AZIZ DENGAN memula langkah dengan menipu.

Tokoh ulama dulu, emak mereka jahit duit dalam seluar untuk elak dirompak. Bila perompak tanya mana duit dia cakap ada dalam seluar dalam lipatan jahitan. Perompak tanya kenapa beritahu.. tokoh ulama ini jawab kerana ibunya pesan jangan bohong.

ADAKAH TOKOH ULAMA INI BODOH??
Lebai nak tanya ahli-ahli IKRAM yang ada seluruh negara yang baca artikel ini, ITU IKRAM ajar ke? Tapi kenapa IKRAM memilih politik yang sangat jijik dalam perjuangannya?

Nik Omar telah memulakan politiknya dengan satu titik hitam yang sangat 'durjana' dalam memahami isu kekeluargaan dan penghormatan kepada ibubapa. Adakah dengan lemah lembut dan kononnya sabar itu boleh mengikis titik hitam ini?

Hujah dangkal Dr Rozeimi dan Dr Asri Membela Nik Omar dan Mahathir


Seorang lagi, lebai tak tahu apa penyakit dia ni hidapi, sehingga apa sahaja PAS buat dia akan cari hujah nak perkenakan PAS walaupun dia tahu PAS bawa perkara yang berazam untuk mencapai cita-cita Islam walaupun masih lemah. Bila ada penyakit memang susah kita nak jadi "buah buku". Bercakap pasal hadis bagus, tapi setiap kuliah asyik orang ini tak betul, orang itu salah... ulama ini lemah, daif... seolah-olah orang lain semuanya tak tahu Islam.

Dia kata Nik Omar bukan derhaka. Alasannya Saidina Ali lawan Aisyah Ibu Mukmin dari segi politik dan itu bukannya derhaka.

Lebai nak cakap.
Alasan tu betul tapi penghujah itu salah.

Engkau ingat Saidina Ali bersama Yahudi nak tolak hudud ke?
Engkau ingat Saidina Ali bersama DAP nak tegakkan Islam?
Engkau pecaya ke? Mahathir akan bawa Islam.

Yang lebai hairan mulut Dr Rozeimi terkunci bila Dr Mahathir kata undang Islam zalim kerana hukum potong tangan dan rotan 100 rotan boleh bawa mati. Engkau ni ulama apa??


Ini seorang lagi yang lebai pun hairan, membuat komen terpilih (politik selamat diri kot). Katanya Memali tu macam orang sakit cedera kepala yang cedera yang kena mandi wajid, ada nasihat supaya dia kena mandi sehingga bila dia mandi cederanya makin parah dan dia meninggal dunia. (lihat kenyataan Dr Asri di sini)

Dia kata fatwa salah??

Dr Asri ni tahu tak, bawa Ustaz Ibrahim Libya macam Dr Asri juga bekerja dengan kerajaan sebagai pegawai agama. Dia berhenti dan buka pondok di kampungnya Memali. Dia penentang kerajaan yang zalim. Dr Asri berbuih mulut kuliah bahawa sebaik-baik jihad ialah menentang kerajaan zalim. Tapi dia tahu ke bahawa Ibrahim Libya tu menentang kerajaan Mahathir yang zalim?? Ingat Ibrahim Libya suka-suka nak lawan Mahathir kerana tak dapat subsidi baja percuma?

Dia sepatutnya kena ISA. Tapi dia tak boleh tangkap kerana dia tak keluar rumah lebih daripada sebulan. Orang kampung pula mempertahankan dia daripada ditangkap di bawah akta ZALIM ISA.

Mahathir arah polis dengan kereta perisai serang perkampungan Ibrahim Libya. Tetapi Ibrahim Libya bukan macam Dr Asri hanya sekadar berkuliah bahawa duduk di rumah dan mempertahankan diri dan maruah perjuangan adalah sebaik-baik jihad selain jihad akbar!!



Ibrahim Libya bukan cakap sahaja akta ISA zalim. Dia tunai apa yang dia cakap!!
Dia korbankan dirinya untuk menunjukkan sikap bahawa akta itu ZALIM.
Sangat jauh apa yang dibuat oleh Ibrahim Libya dengan Dr Asri. Dimana Asri dalam hal ini nak memperendahkan Ustaz Ibrahim Libya sebagai khilas mandi untuk cedera di kepala??

Dr Asri membisu, kunci mulut bila Mahathir becakap...
Adakah dia mampu korbankan nyawa untuk menentang kezaliman... hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi kini Nik Omar yang kononnya bawa legasi ayahnya panggil Mahathir "AYAHANDA".
Itu sikap IKRAM dalam berpolitik.

Saya Masih Ahli PAS & Keluar PAS Bukan Keluar Islam 

Ini satu, perangai Nik Omar yang agak mengelirukan. Dia kata dia ahli PAS tapi bertanding atas tiket HARAPAN. Tak ada tujuan lain untuk menarik undi ahli PAS supaya sokong dia. Sepatutnya bila bertanding atas parti lain automatik dia bukan lagi ahli PAS kerana itu ada beberapa cara nak keluar sebagai ahli yang tercatat dalam perlembagaan PAS.... licik juga politiknya.

Untuk mengatasi perkara ini, sepatutnya tak perlu buat kenyataan PAS terpaksa umum dia dipecat. Sebenarnya tak payah pecat memang terpecat.


Kemudian dia keluarkan kenyataan saya keluar PAS bukan keluar ISLAM. Apa hal pula keluar Islam?? Macam mana dia boleh fikir dia keluar Islam?? Ini pun lebai pening cara Nik Omar berfikir.

Rupanya dia tak faham surat terbukan Abdul Hadi Awang kepada ana-anak pemimpin PAS yang meninggalkan perjuangan ayahnya. Abdul Hadi ada menulis;

KAMU juga seperti anak-anak saya,

Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.
Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.
Sangat lucu, bila pimpinan PAS memberikan perumpamaan seperti anak Nabi Nuh, mereka terus mengganggap PAS kata mereka keluar ISLAM. Bodoh sangat seorang ustaz anak Tok Guru yang mengajar dan menjadi mudir sekolah untuk memahami perumpamaan itu.

Ini dipanggil politik terdesak...
Tuduh PAS bukan ISLAM, Pas adalah parti
Keluar PAS bukan keluar Islam..
Sangat bodoh pemikiran kita jika itu ungkapan kita. Sangat daif kita tentang perjuangan PAS dan perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang membina legasi PAS di Kelantan.

INI ORANG KATA DIA ADALAH MEBAWA LEGASI AYAHNYA..
Sangat dusta atas nama ayah kita..
Mana kita nak letak muka kita kita nak berhadapan dengan ibu dan adik-beradik serta keluarga kita. Apa kita nak cakap kepada anak-anak kita?

Nik Omar sekadar buih Pepsi Cola sahaja 


Malaysiadateline (akhbar parti AMANAH yang mengumpulkan penulis Harakah dulu yang berpaling tadah untuk menyerang PAS) menyiarkan berita, antaranya..
Bukan sahaja Wardina Safiyyah, bahkan pelakun Gerak Khas Abby Abadi juga bersama Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Kalau Wardina menulis sokongannya dalam Facebook, Abby pula datang ke Pengkalan Chepa bersama suami beliau untuk mengikuti ceramah Nik Omar.

Itulah gelombang yang berjaya dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) melalui penyertaan Nik Omar dalam PRU 14 ini.
Gambar di atas itu adalah gambar yang disiarkan oleh Malaysiadateline yang lebai meneliti tak ramai pun hadir, banyak kerusi kosong.

Lebai tak nafikan semasa dia bersama Tun Mahathir ada ramai orang datang lautan manusia. Itu aura Mahathir dan tsunami China. Lebai dah menulis perkara ini dalam tajuk "Mencari muka-muka Melayu dalam Tsunami Mahathir
Lagi pun tak banyak yang diutarakan dalam ceramah Nik Omar sekadar mengulangi kata-katanya seolah itu rakaman yang akan diulang siar.."ambo tak ajar lawan al Quran dsbnya"

Perjuangan Hudud Agenda Ayahnya 



Nik Omar Nik Abdul Aziz, enggan memberi kata putus sama ada beliau akan meneruskan agenda hudud selepas meninggalkan PAS dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau berkata, agenda hudud yang diperjuangkan arwah bapanya sejak 20 tahun lalu hanya akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kita tengok selepas ini (PRU-14) macam mana, kita tengok," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program anjuran PKR Shah Alam, di sini, hari ini.

Bagaimana dia nak menjawab DIA SEBENARNYA PEMBUNUH LEGASI AYAHNYA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Penglibatan Ibunya dalam kempen PAS di Chempaka untuk menentang Nik Omar

Apabila ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak membuat keputusan berkempen untuk calon PAS, ustaz Ahmad Fathan Mahmood di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sekali gus memberi tamparan hebat kepada Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi bertanding atas tiket PKR.

Kenyataan Nik Abdul dirujuk;
“Namun disebabkan ada sedikit gangguan daripada keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana.
Tapi ada pengikut IKRAM berhujah kononnya ibu sepatut berada di rumah. Mereka kata Al Quran kata begitu. 
33. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Apabila lebai tanya kena Wan Azizah boleh keluar rumah berkempen, malah jadi calon. Kenapa Nurul Azizah boleh? Ibu Nik Omar tak boleh kerana Al Quran melarang?? IKRAM-ikram??


Nik Omar budak baik, dia hormat apa kata emak dia. Tapi IKRAM menghasut kononnya demi negara dan cita-cita IKRAM untuk menguasai politik ISLAM... akhirnya terjadi apa yang terjadi.

Nik Abdul menulis "Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih 15 tahun lepas apabila salah seorang anaknya di-ISA-kan (Nik Adli).
Tun Mahathir dan IKRAM hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam Kelantan di bawah pemerintahan PAS."

Itulah IKRAM yang patut anda kenali.

Ada yang bertanya kenapa lebai marah sangat kepada Pertubuhan IKRAM, dia banyak membantu Islam dan membuat kebajikan. Ahli-ahli mereka sangat warak tidak tinggal solat dan masjid.

Lebai ingin bertanya adakah ahli-ahli IKRAM ini lebih warak dan zuhud dengan lelaki yang membunuh Saidina Ali? Bayangkan semasa orang ramai mengkapnya dan nak potong dia, dia berkata jangan dipotong lidahku, kesianilah aku kerana aku ingin berzikir kepada Allah s.w.t.


...to be continued


Sumber TKO - 5-5-2018

Sumpah Mengundi Yang Lagho
Posted on Saturday, May 05 @ 14:17:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39562




Betul RM300  besar bagi yang tak berduit atau tersepit. Apa lagi kalau diberi sekali dengan kertas sumpah untuk mengundi calon atau parti tertentu. Ambilllah duit itu kalau dirasakan itu pemberian bukan rasuah. Bagaimana dengan undi dan sumpah yang dilafazkan?


Abaikan saja sumpah itu. Dari sudut hukum, sumpah untuk kerja yang bercanggah dengan agama dikira lagho atau terbatal.

Mengapa dikira lagho? Memenangkan pihak yang berjuang untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam negara adalah wajib. Maka sebaliknya, mengundi pihak yang menentang entiti yang berusaha melaksanakan Islam tadi adalah haram.

Justeru, sumpah untuk pihak yang menentang entiti Islam tadi menjadi sumpah lagho. Adapun sumpah lagho wajib ditolak. Maksudnya, tidak berdosa mengundi parti Islam walaupun telah bersumpah untuk pangkah parti yang  beri RM300 tadi.

Di samping itu, perkara yang mesti pengundi ingat ialah bebanan GST, kos sara hidup yang semakin meningkat dan tanggungan hutang-hutang seperti PTPTN yang membebankan perlu diambilkira. Susah anak-anak kita, diri sendiri dan kaum keluarga. Inilah kesusahan hidup yang secara langsung mengenai diri.

Apalagi kalau diambilkira rasuah, pembaziran duit rakyat kesan pemborosan, jenayah yang semakin menggerunkan, Islam yang semakin tercabar dan pelbagai jenis gejala sosial yang melibatkan anak-anak remaja kita.

Mana mungkin pengundi boleh melupakan itu semua dek pukau penguasa? Celiklah mata dan imbau kembali realiti hidup hari ini.

Konklusinya, undilah dengan penuh insaf dan sedar. Sumpah dan janji lagho tidak laku di sisi Allah. Masuklah ke petak undi dan memangkah dengan tekad dan niat yang suci untuk memenangkan parti Islam.

#UndiPAS
#YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaSejahtera.



Sumber TKO 5-5-2018


Serang Najib Kleptokrasi, Tapi PKR juga kleptokrasi kata Faekah
Posted on Saturday, May 05 @ 14:59:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39563



Kleptokrasi (berasal dari bahasa Yunani: kleptes (pencuri) dan kratos (kuasa), Kleptokrasi ("pemerintahan para pencuri") adalah istilah yang menunjukkan sebuah bentuk pemerintahan yang mengambil wang pungutan (cukai) yang berasal dari rakyat untuk memperkaya kelompok tertentu atau diri sendiri.

Kita diseru seluruh nagara untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah seorang pemimpin kleptokrasi. Ok kita setuju. Adakah Najib sahaja. Bagaimana dengan Azmin dan PKR di Selangor. Bagaimana Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang. Bagaimana Ustaz Ahmad Yaakob dan PAS di Kelantan?

Kita kena adil dalam membuat keputusan pilihanraya.
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin membuat pendedahan bahawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada jawatan Menteri Besar empat tahun lalu.


Menurutnya, namun begitu rancangan Anwar itu tidak menjadi kenyataan selepas dia disabitkan kesalahan meliwat dan dikenakan hukuman penjara lima tahun bermula 11 Mei 2015 lalu.

“Anwar memecat Abdul Khalid sebab beliau mahu jadi Menteri Besar, lagi teruk akhirnya dia gagal juga capai impiannya itu kerana dia merancang dan Allah juga merancang.

“Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, apa yang saya nampak kezaliman yang dibuat Anwar terhadap Abdul Khalid lebih teruk daripada kezaliman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan terhadap beliau (Anwar) ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada umum semasa program Teh Tarik untuk Selat Klang “Anda tanya kami jawab” di Dataran Balai Raya Kampung Sungai Sireh Tambahan, Selat Klang, di sini tadi.
Hadir sama, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, calon Pas Parlimen Kapar, Dr Abdul Rani Osman dan calon Pas Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Pada masa sama, Faekah mendakwa, tindakan Abdul Khalid mempertahankan duit rakyat Selangor menyebabkan dia dipecat oleh kepimpinan PKR.

“Abdul Khalid ketika itu mahu menyerahkan RM250 juta kepada syarikat konsesi air.

“Namun Anwar meminta Abdul Khalid membuat bayaran yang lebih yang mana pada masa itu syarikat konsesi berkenaan mahukan bayaran RM2,000 juta dibuat kepada mereka, kegagalan Abdul Khalid itu menyebabkan beliau dipecat serta merta,” dakwanya.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Kerajaan Pakatan Harapan begitu zalim hingga gagal memberi peluang kepada Abdul Khalid untuk membela diri.

“Pada 9 Ogos 2014, Abdul Khalid terus dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR tanpa kehadiran beliau sendiri, walhal pada ketika itu Abdul Khalid berada dalam program rasmi bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sebagai Setiausaha kepada Abdul Khalid, saya sudah tulis surat kepada kepimpinan PKR memaklumkan ketidakhadiran Abdul Khalid pada hari berkenaan dan meminta penetapan dibuat pada tarikh lain.

“Bagaimanapun pada tarikh itu juga Jawatankuasa terus bermesyuarat dan tarikh yang sama juga Abdul Khalid dipecat,” katanya.

Tegasnya, pihaknya turut kecewa apabila sehingga ke hari ini surat yang dihantar kepada kepimpinan PKR itu tidak dibalas.

Terdahulu pada 9 Ogos 2014, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu serta merta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR.


Bila di serang oleh kepimpinan PKT Tan Sri Khalid mendapat nasih Tok Guru Nik Abdul Aziz, lebai ingat lagi Tan Sri Khalid kata Tok Guru nasihat bersabar dan maafkan. Dia ingat Tok Guru suruh 'lain-lain'. Tapi sabar dan maafkan.

Itu sebab untuk elak KLEPTOKRASI dalam pentadbiran kena undi PAS hanya PAS sahaja parti yang dijamin bersih. Bukan sahaja tak ada kesalahan tapi nak buka fail mencari kesalahan pun tak ada.




SumervTKO -5-5-2018



3 Pilihan Versi 4
Posted on Sunday, May 06 @ 06:54:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39566



Mudah aje pilih antara kekal GST, yang kutuk mangsa Memali sebagai mati katak atau pilih yang nak hapuskan GST dan PTPTN

XOXO - Islam pilihan ku...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 6-5-2018




































Menilai taktikal PAN calonkan Nik Omar

PROLOG
Tidak boleh melelapkan mata malam ini. Teringatkan arwah bonda dan ayahanda. Semoga keduanya dilimpahi lautan rahmat Allah S.W.T yang tidak bertepi. 
Pengenalan 
Strategi yang diputuskan oleh PAN Kelantan ialah memastikan salah seorang anak al-Marhum TG Nik Abdul Aziz bertanding menentang PAS. 
Jika ia dapat dilaksanakan, ia dapat membuktikan sokongan keluarga TG Nik Abdul Aziz menyokong PAN dan PH. Ia juga dapat menunjukkan PAS selepas era TG Nik Abdul Aziz memang telah berubah. Ini dapat menarik sebahagian besar pengundi PAS untuk beralih mengundi PH.\ 
Kejayaan awal strategi ini 
Strategi ini nampak berkesan. Nik Omar menjadi popular secara luar biasa dalam 72 jam yang terakhir ini. PAN Kelantan dilihat mampu melaksanakan strategi yang kelihatan seperti Mission Impossible. 
PH mendapat kekuatan tambahan dengan Nik Omar. Kekuatan keluarga DS Anwar telah dilihat tepu. Pergaduhan DS Azmin dan Rafizi Invoke perlu ditenggelamkan. 
PH berjaya mendapat pemangkin untuk melebarkan pengaruhnya. Nik Omar diangkat menjadi ikon perjuangan TG Nik Abdul Aziz. 
Menggabungkan Nik Omar dengan Tun Mahathir adalah seperti kejayaan menggabungkan TG Nik Abdul Aziz sendiri dengan Tun Mahathir di atas satu pentas politik.  
Hasil sebenar strategi ini 
Strategi ini telah berjaya memporak-perandakan keluarga al-Marhum TG Nik Abdul Aziz. Sampai adik-beradik berentap sesama sendiri. Sampai anak melawan bondanya. Sampaikan bonda terpaksa turun berkempen menentang anaknya sendiri di Dun Chempaka. 
Nik Omar pula telah memanggil Tun Mahathir sebagai "Ayahanda". Seumpama menagih kasih daripada "Ayahanda" yang baru. Bagaikan sudah terlupa ayahandanya yang baru pergi. 
Mungkin selepas ini, Nik Omar akan terjumpa "Bonda" baru pula. Bonda lama, mungkin tidak sporting. Tidak memahami aspirasi rakyat Kelantan. Tidak memahami kehendak Nik Omar untuk memajukan Kelantan di atas nama PH dan PAN. Hampir menitis air mata ketika menulis bait-bait ini. 
PAN dan PH bersorak ria 
Daripada aspek taktikal, PAN Kelantan telah berjaya. Kejayaan yang boleh diraikan. 
Namun daripada aspek mempromosikan akhlak dan nilai kekeluargaan, PAN Kelantan dilihat merudum teruk. Ia sanggup berbuat apa saja untuk menang.
Siapalah yang sampai sanggup menentang ibunya sendiri demi menjayakan sebuah strategi pilihan raya? Anda sanggup? Saya tak sanggup. Namun PAN berjaya mencari yang sanggup. 
Derita menentang bonda sendiri 
Carilah orang lain untuk bertembung dengan bonda saya. Saya tentulah tidak sanggup dan tidak mampu bertembung seperti ini dengan bonda sendiri. Apatah lagi, ini bukanlah medan pertembungan iman melawan kufur. Bukan perang antara dua agama seperti kata Nik Omar.\ 
Jika saya, saya akan tarik diri. Saya akan menyerah kalah. Saya tidak sanggup menjadi bidak catur orang lain sampai melukakan hati bonda sendiri. Sampai gugur air matanya. 
Saya lebih rela dituduh penakut. Dituduh macam-macam. Saya sanggup memujuk bonda. Tapi takkan sampai sanggup menentang bonda.  
Penutup  
Saya yakin parti saya akan memahami. Parti akan cari orang lain. Parti akan sanggup berkorban demi memelihara hubungan ibu dan anak. Tapi parti PAN, nampaknya tidak begitu. 
ZAKARIA ISMAIL
5 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 5/5/2018
Sumber HD - 5-5-2018 


Tiga penjuru: Siapa dapat manfaat?
Posted on Friday, May 04 @ 01:56:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39537

Video - https://youtu.be/Ortwswk034g


Membariskan tiga panelis iaitu Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan; Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Syahir Sulaiman dan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Nazri Kahar selaku Moderator.

Tahniah kepada Syahir Sulaiman, persembahan anda sangat baik. Kalau awak lebih lama dalam forum awak boleh patahkan lagi hujah dengan baik.

Kredit
Sinar TV 


Sujmber TKO - 3-5-2018


Mahathir Makin Terdesak, Selepas Anwar, Terpaksa Guna Daim...
Posted on Thursday, May 03 @ 17:38:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39526&mode=thread&order=0&thold=0



Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menjangkakan bahawa PAS akan kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

Dalam satu wawancara dengan akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, Daim juga berkata bahawa PAS tidak akan menang banyak pada kali ini dan oleh itu, mereka tidak akan menjadi “kingmaker” atau “pembuat keputusan”.

Berkenaan 'ramalan politik', sekarang ini lebai tak minat bukan tak hormat kehebatan tukang ramal tapi sekarang ini tukang ramal pun BOLEH DIBELI!!


Masih ingat Prof Agus yang dulunya kita sangat 'respek' dengan percakapan dan analisisnya. Tapi apabila dia menangis di hadapan Jeming sepupu Husam calon yang menentang Mohd Amar di Kelantan (anda boleh baca artikel lebai di sini), rupanya dia juga profesor TOUGEL yang buat ramalan untuk kepentingan sesuatu pihak. Bila dia menjual diri dan ilmunya untuk sesuatu kepentingan tak ada apa yang boleh lebai bangga dengan Agus ini sekadar pembual di kedai kopi sahaja.


Begitu juga dengan kajian Dr Mazlan Ali. Lebai hormati dia ini kerana lebai banyak mengikut kuliahnya termasuk bila dia membuat pengajian ilmiah dengan kajian dan sumber berkenaan Firman Allah s.w.t. dalam Kitab Veda yang bersumberkan Kitab Zabur Nabi Allah Daud dan kemudiannya diselewengan menjadi agama Hindu. Itu memang seronok kerana ada asas kajian dan fakta dalam kuliahnya.

Dia membuat kajian kedudukan HARUMANIS dalam PAS, Lebai masih boleh terima kerana kajiannya itu ada asas. Tapi apabila dia menggunakan kajiannya untuk menyerang PAS kerana dia ahli AMANAH tegar (kenapa tidak ahli yang ke 185 daripada 7,866 orang di Selangor) mulai lebai curiga dan menulis menolak kajiannya.

Lebai tak sempat nak mengulas dalam artikel khas berkenaan kenyataan Dr Mazlan Ali terkini berkenaan penyertaan Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat bakal memecahkam doktrin Islam yang sebelum ini sinonim dengan parti PAS, kata Dr Mazlan Ali.

Dia kata di kalangan orang Melayu yang proislam atau mempunyai cita-cita Islam, kini mereka mula berfikir sama ada cara bagi menjayakan apa yang diingini hanya boleh dicapai melalui PAS semata-mata, atau ada pilihan lain.


Tapi Dr Mazlan Ali (lebai jangka dia ahli IKRAM tapi lebai hanya boleh mengesahkan bahawa dia ahli AMANAH) tak sedar penyertaan Nik Omar bukan dia menikam PAS tetapi dia menikam pertubuhan IKRAM. Selepas ini IKRAM akan menghadapi masalah besar dengan PAS dan IKRAM akan mengulangi sejarah PENGKHIATAN IRC dan JIM kepada GERAKAN ISLAM. IKRAM akan menjadi sama nasib seperti JIM.

Berbalik semula kepada Daim Zainuddin...

Pertama kita kena sedar Tun Mahathir Mohamad seorang yang hebat mengatur strategi politiknya. Itu hakikat bukan andain. Berapa orang orang kanannya di'bunuh' kerana cita-cita politiknya. Daim Zanuddin adalah mangsa politiknya yang mungkin tak ramai penganalisis politik berbicara seperti mereka berbicara berkenaan Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi dll.



Kalau kita baca tulisan M.G.G.  Pillai (bertongkat) seorang penganalisis politik yang sangat mahir meninggal 2006 yang lalu. Tulisannya sangat tajam. Kalau nak banding yang masih hidup ialah saudara Subky Latif.

MGG Pillai menulis;

Seandainya  perkara yang  lampau menjadi  pedoman, bererti  Perdana  Menteri  telah  pun  memperakukan  betapa  Tun  Daim Zainuddin  akan  bersara  sebagai  Menteri  Kewangan. Ketika pulang  daripada  menghadiri  Puncak  G-15  di  Jakarta,  dia memberitahu  betapa  dia  tidak  tahu  menahu  akan  persaraan itu. Namun,  cara dia menyebutnya telah   menyerlahkan  satu    pembohongan. Kalau  dia  berura-ura  mencetuskan  satu  kejutan,  dia  gagal  segagalnya.  Seandainya  dia  memikirkan  dia  bijak, ternyata kebijaksanaannya  tidak pun  ke mana.  Mengikut  New  Straits  Times,  dia  telah  ditanya   samada  Tun Daim  sudah  meletakkan  jawatannya;  dia  menjawab “Saya  tidak  tahu,   adakah  dia  menyebutnya?”    Utusan  Malaysia  telah  pun  melaporkan desas-desus itu semalam  1 Jun, 2001.  Dia  menjangkakan   Tun Daim  akan  bersara, bukan  sahaja  dua  jawatan  kabinetnya,  malahan  juga  jawatannya  sebagai Bendahari  Umno.
MGG PIlai menulis lagi;
Satu  ketika  dulu  Mahathir  dan Daim adalah  laksana  isi  dengan  kuku. Tetapi kini,  tidak  lagi  begitu.   UMNO  sudah  lama  mahukan  penyata  kewangannya  yang  dikendalikan  oleh  Tun Daim   yang  masih  belum  lagi  membentangkannya.   Tiga bulan  dulu, Majlis Tertinggi  UMNO  telah  memintanya  lagi, dan  Daim  ada  berjanji  memberikannya.   Ada  pelapor  mengatakan  Mahathir  tidak bersikap  melindunginya  lagi  seperti  dulu-dulu  dan  mahukan juga  penyata  itu.   Selepas  itulah  Daim mengambil  cutinya.
 MGG dalam tulisan akhirnya;
Akhirnya  Mahathir  tidak ada  pilihan  lagi  selain   memecat  Daim sebagai menteri  kewangan. Itulah   reaksi  yang  ditunjukkannya   setiba pulang daripada  Jakarta,  yang  memang  menyerlahkan  muka  selambanya.  Malahan,  sama ada Daim  akan berundur  ataupun  tidak  sudah  dikaitkan dengan   satu   siri  penangkapan di bawah  ISA  lagi.  Bagaimana  caranya  penangkapan  ini  boleh   dilakukan,  selepas  Mahkamah  Tinggi  membuat  keputusan  minggu  lalu  melepaskan  dua  orang  tahanan  mengikut  Akta  itu,  masih  samar lagi.  Ketua  Polis negara  sudah pun  mengemukakan  rayuan terhadap  keputusan   itu,  yang akan  didengar  oleh  Mahkamah  Persekutuan  minggu  hadapan, dan bukannya  semasa  Persidangan  UMNO  akan  dikendalikan.  Mahkamah  Persekutuan  pun  sudah  tersengat.   Dua  orang  yang ditahan telah   dibebaskan  kerana  polis  menangkap  mereka  tanpa  peraturan. Tanpa  peraturan   yang sempurna   Mahkamah  Tinggi  menganggap penangkapan mereka  sebagai  tidak kena  pada  tempatnya.  Tetapi,  ia  tidak  pula  menyebut  apakah  ISA  itu  sesuatu yang  sah, cuma  mengatakan  kalau  ia  mahu  digunakan  ia  mestilah  mengikut   peraturan  yang tertentu dan  tidak  secara semberono   sahaja.  Dengan  lain  perkataan  episod  Daim  adalah  satu  lambang   penguasaan  Mahathir  akan  akar  umbi  partinya.  Itu  sebabnya  perkara  ini  sudah  semakin  menjalar  padahnya.
Nanti ada yang bertanya, apa hal lebai "paste" penulisan M.G.G. Pillai. Apa kaitan dengan kenyataan Tun Daim Zanuddin sekarang yang PAS akan kalah??

Susah juga lebai nak terang kepada orang muda sekarang yang celik melihat Tun Mahathir dalam sudut seorang Negarawan yang pencen setalah 22 tahun sebagai PM yang gemilang.

Mereka tak kenal Mahathir seorang yang rakus dengan ISA dan operasi lalang..

Mereka tak kenal bagaimana media menjadi 'kotor dan jijik" dengan perkataan liwat, sodomi, china doll dll.

Mereka tidak kenal bagaimana rakusnya seorang penguasa yang mem'bunuh' rakan-rakan sekerja tak sehaluan demi kerjayaan politiknya.

Mereka tak lihat rakusnya Mahathir, malah lebih teruk daripada Najib meng"kedarah" harta dan khazanah negara....

Tapi Mahathir bijak..
Dia ada team pemikir yang sangat baik
Team ini sangat halus cara bekerja untuk mengerakkan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan mengembalikan UMNO kelandasan mengikut pemikiran Mahathir.

Lihat gambar di atas. Twitter nampak macam biasa. Tapi itu pemikir Mahathir buat untuk naikkan imej Mahathir. tapi biasalah ada juga mereka tersilap kerana rakyat sekarang tak SEBODOH rakyat dulu semasa 22 tahun Mahathir menipu rakyat.

Setakat twitter pun mereka "cakna" apatah lagi musuh-musuh yang boleh dipergunakan. Lebai telah menulis perkara ini. Hanya Mahathir tak boleh menguasai PAS. PAS sangat unik...

 
Ramai penganalisis politik tak sangka, bagaimana Mahathir boleh bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan Najib. Dia sanggup tebalkan muka pergi ke Mahkamah jumpa keluarga Anwar sedang 20 tahun keluarga Anwar terhina dan diaibkan seaib-aibnya oleh dia. Sama juga selamba dia hadir ke himpunan BERSIH yang dia cerca dulu. Mahathir "KALIS" cerca dan JENIS TEBAL MUKA.. selamba aje dia boleh nafikan apa dia buat.

Kerana Mahathir tahu MELAYU MUDAH LUPA.

 
Begitu juga bila dia terdesak di Langkawi untuk menang dalam PRU-14 ini dia terpaksa jumpa dengan Kadir Sheikh untuk minta IKATAN menarik diri daripada bertanding. Bukan IKATAN sahaja dipujuk, PAS pun diminta belas insan untuk tidak bertanding sedangkan setiap malam dalam ceramahnya kutuk PAS, kutuk Hadi. Itu sifat muka TEBALnya... Anda boleh baca artikel lebai di sini.

Dulu apa dia tak kata kepada Tok Guru Nik Aziz.. nanti dia akan bersama anak Nik Abdul Aziz, Nik Omar yang mengkhianati perjuangan ayahnya  kempen di Putrajaya. Lebai boleh jamin nanti melangit Mahathir kata Nik Abdul Aziz hebat tak macam Abdul Hadi. KERANA MELAYU MUDAH LUPA dan satu lagi lebai nak tambah MELAYU SELALU DIPERBODOHKAN terutamanya oleh UMNO dan MAHATHIR.

Daim pernah meramalkan dalam wawancaranya di Mingguan Malaysia bahawa BN akan jatuh di Selangor, Perak dan Kedah bukan penolakan BN oleh rakyat Malaysia tetapi perubahan pendapat di kalangan pengundi dan Dr. Mahathir adalah faktor utama di sebalik perubahan keputusan para pengundi kerana dia mengkritik kerajaan Pak Lah.

Team Mahathir jumpa Daim Zainuddin untuk bantu Selangor kerana kedudukan Azmin di Selangor agak kritikal disebabkan faktor 4 bekas Menteri Besar mereka iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim, Muhamad Taib, Khir Toyo dan Abu Hassan.


Tan Sri Khalid membuat satu 'kertas pelan' bahawa PAS boleh menag di Shah Alam. Katanya kertas pelan ini akan dibentangkan kepada Presiden PAS selepas PRU-14 nanti. Kenyataan ini dilihat oleh penganalisis politik sebagai azam kuat TS Khalid untuk bantu PAS Selangor. Siapa tak kenal TS Khalid antara 'mastermind' yang mengambil alih syarikat Guthrie sebagai Dawn Raid atau Serangan Subuh. Kebetulan dalam serangan itu Tun Mahathir ada juga. Jadi Tun Mahathir kenal siapa TS Khalid Ibrahim dan dibuat apa dia cakap.


Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib adalah orang yang pernah membantu PAS sebelum ini di Selangor. Kedudukan kerusi PAS 15 di Selangor juga melibatkan faktor penyertaan Mohd Taib. Tapi dia keluar PAS, masuk PKR. Dia jelek denganPKR kini bersama UMNO dan 2 bekas MB Selangor untuk jatuhkan Azmin Ali.

Kedudukan ini sangat membimbangkan HARAPAN untuk kekal di Selangor. Atas ini Mahathir minta tolong Daim bantu Azmin dan HARAPAN.

Dulu Daim ramal kejatuhan BN semasa dia hatinya dalam BN kerana dia tiada kepentingan semasa itu melainkan jada bisnesnya sahaja. Tapi kini "ramalan Daim" sama hodohnya penyataan Anwar terhadap Mahathir SEKADAR LUKA SEDIKIT AJE!

Jadi tak payah nak risau..
Dekati pengundi, rapatkan dengan ahli-ahli UMNO kerana mereka kini "pening-pening lalat". Dakwah mereka, tunjukkan perjuangan PAS dan kenapa ISLAM pilihan kita.


Sumber TKO - 3-5-018

Berkhilaf dalam menjatuhkan Najib (Bah. 2)

Sambungan...
Menjatuhkan DS Najib versi PH 
PH adalah gabungan 4 buah parti Bersatu, PKR, DAP dan PAN. Mereka sepakat untuk menjatuhkan DS Najib.
●     Serang DS Najib dan Umno habis-habisan
PH menggunakan teknik menyerang DS Najib habis-habisan. Sesiapa saja yang memusuhi DS Najib adalah rakan mereka. Jadi bila Tun Mahathir mula menyerang DS Najib di luar gelanggang Umno, PH sanggup menerima Tun Mahathir sebagai salah seorang pimpinan utama mereka. Bahkan sanggup menerima parti baru Tun Mahathir sebagai komponen terbaru PH.
Bila Sarawak Report (SR) menyerang DS Najib secara bebas daripada luar negara, SR dianggap sebagai rakan strategik PH. Bila PH hendak menyerang PAS pula, SR turut memainkan peranan memfitnah PAS.
PH sanggup menggunakan apa jua cara untuk menjatuhkan DS Najib, termasuk menerima campur tangan asing bagi membicarakan kes 1MDB DS Najib. Sesuatu yang tidak dipersetujui PAS. PAS mahu DS Najib disiasat dan dibicarakan berdasarkan Undang-undang Malaysia. Campur tangan asing sangat tidak sihat untuk masa depan Malaysia.
●     PH turut konsisten menyerang PAS
Jadi selain menyerang Umno dan BN, PH juga berterusan menyerang PAS. Tujuannya untuk mewujudkan satu pakatan pembangkang sahaja seperti PR.
PAS dilihat sebagai "Kacau daun". PAS terlalu konsisten dengan dasar mendaulatkan Syariah dan memperkasakan perundangan Syariah. Sesuatu yang tidak disenangi oleh DAP, BAR Council, golongan berfahaman Islam Liberal, pendukung LGBT dan golongan Evangelist yang mendukung PH.
Lantas PAS dituduh hendak bergabung dengan Umno, menerima duit Umno, tidak mahu menang pilihan raya, bersekongkol dengan penzalim dan perasuah, hanya tahu berkecuali di Parlimen. Undi PAS bererti undi BN, kata PH.
Serangan PH lagi, PAS sudah sesat setelah ketiadaan al-Marhum TG Nik Abdul Aziz. DSTG Haji Abdul Hadi pun sesat. Pemakan dedak. Kerajaan Kelantan mundur. Rakyat Kelantan pun terpaksa berhijrah ke Selangor dan banyak lagi.
Jadi melawan DS Najib versi PH ialah menyerang BN dan PAS sekali gus. Dua parti yang mewakili hampir keseluruhan orang Melayu. PH hanya bergantung harap kepada Bersatu dan PAN untuk meraih sedikit sebanyak undi orang Melayu.

●     Adakah mereka bersepakat untuk menjatuhkan Umno?
Pendirian Bersatu kurang jelas di sini. Masih ada nostalgia lama dengan Umno. Masih ada sedikit harapan agar Umno dapat dibaiki. Masih ada kawan-kawan di sana. Kata pepatah "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain".
Tun Mahathir jelas berseteru dengan DS Najib. Tetapi tidak jelas dalam berseteru dengan Umno. Dia menghentam DS Najib setiap ketika. Tetapi Tun sentiasa fokus menghentam DS Najib, dan tidak sampai terlajak menghentam Umno secara langsung.
Dia tidak seperti pimpinan PAN yang keluar PAS, lantas menyerang, memaki dan mencerca PAS pagi petang, siang dan malam. PAN memang jelas berputus arang, berkerat rotan dengan PAS. PAN sangat membenci PAS. Setiap yang berkait dengan PAS akan diserang oleh PAN dengan segala gaya bahasa dan kosa kata yang sangat memeritkan telinga.
Tapi Tun Mahathir tidak begitu. Beliau hanya menyerang DS Najib, berhati-hati dalam menyerang Umno. Barangkali jauh di sudut hati Tun Mahathir, dia masih berharap agar Umno masih akan membuka pintu untuk dirinya.
Ketika berhadapan dengan PAS pula, beliau memang konsisten dalam menyerang PAS dan Presiden PAS. Tidak berubah seperti zaman 'remaja'nya dulu-dulu. Bahkan lebih dahsyat. Sampai mengkafir dan memunafikkan Presiden PAS.
●    Siapakah yang mengetuai PH?
PH berhasrat untuk mengganti Pakatan Rakyat yang telah berkubur. Mereka berharap akan mendapat sokongan rakyat seperti pada era PR dahulu. Era PR melawan BN adalah era paling hebat dalam sejarah parti-parti pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan BN.
Tetapi PH sentiasa dalam keadaan terlupa bahawa PH bukanlah PR. PR yang diketuai oleh DS Anwar yang sangat lincah dalam menguruskan kepelbagaian matlamat dan perselisihan pandangan parti-parti komponen. Tidak ada lagi kepimpinan DS Anwar dalam PH. Bahkan aura DS Anwar Ibrahim pun, langsung tidak terasa dalam PRU ke-14 ini.
Kepimpinan PH pada hari ini pula mempunyai terlalu banyak 'kepala'. DS Wan Azizah, Rafizi "Invoke", DS Azmin dan Abang Mat Sabu. LKS dan LGE pula adalah penentu dasar yang paling berpengaruh dalam PH.
Sebuah barisan kepimpinan yang saling tidak suka menyukai antara satu sama lain. Perselisihan sesama mereka sangat tajam sekali, sekalipun tersimpul senyum di wajah mereka. Ini sudah pun menjadi 'rahsia umum'.
Akhirnya, mereka memilih untuk berada di bawah kepimpinan Tun Mahathir. Tun Mahathirlah sebagai pengemudi bahtera PH kerana ketiadaan DS Anwar. Tun Mahathir yang telah meng-ISA-kan ramai di kalangan mereka sebelum ini. Tun Mahathir yang dulu mereka kecam sebagai pengamal Kronisme, Nepotisme, Diktator, maha zalim, mamak bendahara yang tua kerepot, tak sedar diri dan bapak pelingkup negara. Alahai, hanya Tun Mahathir yang boleh menyatukan mereka. Ini betul-betul anti-Klimaks.
●     Perbezaan PH dan PR
PR mempunyai kaitan dengan semangat reformasi dan membaiki kerosakan institusi-institusi negara di bawah pentadbiran Tun Mahathir dan BN. PR memperjuangkan hak golongan yang ditindas dan dizalimi. Ikon yang mewakili PR ialah DS Anwar Ibrahim.
PH pula telah menghilangkan semua perkaitan dan semangat itu. Yang ada, hanyalah semangat untuk menjatuhkan DS Najib dan ke Putrajaya. Pengaruh dan aura DS Anwar telah hilang dan lenyap daripada PH, semenjak daripada PH bersetuju untuk mengangkat Tun Mahathir untuk ditabalkan semula sebagai PM, jika PH berjaya ke Putrajaya. Ikon yang mewakili PH ialah Tun Mahathir.
Selain itu, PR juga mempunyai dasar bersetuju untuk tidak bersetuju tentang beberapa isu utama seperti Hudud, pilihan raya Majlis Perbandaran dan lain-lain. Setiap parti komponen PR tidak dihalang untuk memiliki agenda perjuangan mereka sendiri. Tetapi itu tidak akan dianggap sebagai dasar yang disepakati bersama.
PH tidak mempunyai dasar tersebut. DAP sentiasa dapat apa yang dimahukannya. Setiap pemimpin PKR pula bebas membuat agenda masing-masing. Tun Mahathir akan mengisytiharkan apa-apa saja yang dia suka dan semua yang lain terpaksa bersetuju. PAN pula sentiasa bersetuju kalau pihak lain bersetuju.
●     DAP dan PAS
Dalam PR ada PAS. Keberadaan PAS di dalam PR banyak sekali membantu DAP menghilang sentimen 'ke-Cinaan'nya di kalangan Bangsa Melayu. Orang Melayu melihat DAP boleh bersama agenda Islam PAS. Oleh itu DAP tentulah bukan pelampau Cina.
Imej DAP menjadi baik di kalangan masyarakat Melayu ketika itu. DAP juga dilihat berusaha keras menghormati Bangsa Melayu dan agama Islam sepanjang tempoh bertahaluf dengan PAS. Sehinggakan ada ahli Parlimen mereka yang membaca ayat al-Quran di dalam Parlimen.
Dalam PH tiada PAS. Apa lagi, DAP pun lantang sekali menyerang PAS dan agenda Islam yang dibawa oleh PAS. DAP juga menyerang institusi-institusi agama Islam di bawah kerajaan. Bahkan DAP tergamak memperolok-olokkan amalan-amalan tertentu umat Islam dan agama Islam itu sendiri.
Mentang-mentanglah mereka berjaya menjadi kerajaan di Pulau Pinang selama dua penggal, mereka mula menunjukkan taring. Mereka lupa kepada sokongan orang Melayu dan masyarakat Islam yang berbaik sangka dengan mereka selama dua penggal lepas.
Hasilnya, orang Melayu tidak lagi mempercayai DAP hari ini. Tidak mempercayai DAP bermakna kurang yakin dengan PH. Keadaan ini bukan saja akan dizahirkan dalam PRU ke-14 ini, tapi mungkin akan berterusan untuk 100 tahun yang akan datang.
Harapkan PAN untuk menegur kebiadaban DAP, PAN pula yang disergah oleh DAP agar menunjukkan prestasi mereka dahulu sebelum berani menegur 'Abang Besar' mereka.
●     PKR
PKR memang sepakat untuk menjatuhkan DS Najib dan Putrajaya. Tetapi mereka tidak sepakat dalam menentukan pemimpin utama mereka ketika ketiadaan DS Anwar. Yang tersuratnya DS Wan Azizah adalah Presiden PKR. Yang tersiratnya banyak sekali. Yang paling masyhur ialah kem DS Azmin Ali dan kem Rafizi "Invoke".
Pertelagahan dalaman pimpinan utama PKR suatu ketika dahulu sehingga mencetuskan Langkah Kajang, menjatuhkan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dengan cara yang amat 'Gangster' dan sampai sanggup mengeruhkan hubungan dengan Istana Selangor.
Pada PRU ke-14 ini, krisis dalaman itu dilihat semakin parah berdasarkan pemilihan calon dan kawasan bertanding yang diisytiharkan oleh PKR.
Jika PH menang dan berjaya ke Putrajaya, rakyat mungkin sekali lagi terpaksa menyaksikan PKR membuat Langkah 'Kijang', 'Rusa' atau Langkah 'Bendul' bagi menghapuskan saingan sesama mereka sendiri.
●     PAN
PAN paling tertib dalam PH. Agenda PAN hanyalah menyokong agenda-agenda PH yang telah diatur oleh komponen lain. PAN hanya suka bekerja untuk PH. PAN tidak suka terlibat dengan politiking dalaman PH.
Kerja yang paling PAN suka ialah mengganyang PAS. Jika ramai pihak yang menghentam PAS, PAN mestilah salah satu daripada pihak itu. Jika hanya ada satu sahaja pihak yang menghentam PAS, maka tentulah pihak itu adalah PAN.
Namun begitu, PAN tidaklah gah seperti DAP, Bersatu atau PKR. PAN hanya sekadar mahu menumpang ke Putrajaya.
●     Adakah PH akan ke Putrajaya?
Agak sukar bagi PH ke Putrajaya tanpa undi Melayu secara solid dan en bloc. Undi bukan Melayu sahaja tidak cukup untuk PH ke Putrajaya. 
Masalah dalaman dan politiking dalam PH pula adalah terlalu dalam dan boleh bertukar menjadi kejam pada bila-bila masa. Jika PH menang, rakyat pun akan terheret lemas dalam persengketaan dalaman mereka.
Habis itu, adakah kita mahu BN kembali lagi ke Putrajaya?! Tidak. Tentulah tidak. Biarlah PAS yang ke Putrajaya. 
Menjatuhkan DS Najib versi PAS dan Gagasan Sejahtera 
Bersambung...
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
3 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 3/5/2018
Sumber HD - 3-5-2018 












































Usah hanyut dibuai mimpi

TERSEBUT alkisah di sebuah negeri
Seorang individu menukar parti
Diletak bertanding di satu kerusi
Jawatan kerajaan turut dijanji
Jawatan parti tidak pula diberi
Terus dilayan umpama selebriti
Walhal bukan pemimpin tinggi
Diusung orang ke sana ke mari
Dipuja-puji dilambung tinggi sekali
Meski tiada rekod peribadi
Sanggup lukai keluarga sendiri
Malah kritik pula parti tradisi
Hujah sekutu terus diulangi
Meminta ahli mengubah undi
Walau ia tidak disambuti
Tinggal pula kawasan ditandingi
Yang kemenangan sangat diragui
Kerana pengundi belum kenali
Malah tiada pula jasa bakti
Sekadar berharap kepada legasi
Usahlah hanyut dibuai mimpi
Fikirlah sama akan nasib diri
Andai tewas sakit tak terperi
Kawan-kawan pun akan lari
Tinggal nanti menggigit jari
Tak salah mengejar duniawi
Jangan sampai ukhrawi diketepi
Mari kita menghitung hari
Yang sudah tak lama lagi
Ketentuan Allah itu pasti - HARAKAHDAILY 3/5/2018












































Sumber HD - 3-5-2018


Imbas kembali ABIM, IRC, JIM, ISMA, HALUAN & IKRAM
Posted on Thursday, May 03 @ 08:17:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39521



Baru-baru ini lebai dihantar video petikan ucapan almarhum Ustaz Nikmat Yusof pegasas Maahad Tarbiah Derang di Pokok Sena Kedah. Tak pasti apa tujuan dihantarnya video lama ini. Maybe untuk tunjukkan tahaluf dengan UMNO-PAS gagal dan PAS dikhianati oleh UMNO atau mungkin nak cerita bagaimana PAS yang nazak ketika itu dibantu oleh ABIM.

PAS mengalami banyak perubahan dan pergolakan jika kita mengkajinya secara mendalam. Hari ini lebai akan fokus tentang ABIM dan IRC.

ABIM


ABIM adalah singkatan Angkatan Belia Islam Malaysia ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Dato' Fauzi Abd. Rahman sebagai Setiausaha Agung. ABIM adalah NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Prof. Dr. Razali Nawawi telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala DS Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua.

Macam wujud kesefahaman pada masa itu sehingga 1982 (tahun dimana Anwar Ibrahim masuk UMNO) PAS tak masuk ke pusat pengajian tinggi kerana PAS parti politik dan ABIM memainkan perananan untuk menyebar luas 'fikrah perjuangan PAS' di U.



Ustaz Fadhil Nor semasa menjadi pensyarah UTM juga tidak bergerak atas PAS tetapi bergerak atas ABIM.

Selepas 1982 barulah PAS mengembangkan sayapnya ke pusat pengajian tinggi dan wujud pertembungan antara PAS dan ABIM dalam mencari keder. Hubungan sebelum ini antara PAS dan ABIM telah tidak wujud lagi kerana ABIM tidak lagi macam dulu.

Sebelum 1982, ramai pemimpin ABIM di tahan ISA. Misalnya pada tahun 1974 kerana Demosntrasi di Universiti Malaya dan di padang Dataran Merdeka dan Tun Mahathir adalah Menteri Pelajaran semasa itu. Itulah kalau nak kenal siapa Tun Mahathir!!

Asal IRC

Islamic Representative Council (IRC) adalah gerakan pelajar di UK. Di Mesir pula dikenali sebagai al-ikhwan (‘Alami). Zaman 80an dulu lebai pening juga fikir bagaimana IRC di UK dan gerakan alami di Mesir boleh bersama bila pulang ke Malaysia?

Difahamkan bahawa gerakan ini asal daripada ahli-ahli Ikhwan Muslim di Mesir. Bila mana Ikhwan Muslimin di haramkan dan ramai pimpinan mereka ditangkap dan dikatakan hampir 20 ribu orang. Anda boleh bayangkan kalau kita bandingkan Ikhwan dengan PAS, 20 ribu pimpinan PAS ditangkap. Ketua cawangan dan ahlinya ditangkap, bukan pimpinan atas sahaja. Yang tinggal ahli biasa. Ini yang mulakan gerakan Ikhwan Muslimin baru dengan fikrah baru siir.

Ikhwan Muslimin mempunyai susunan tarbiyyah yang agak baik, walaupun pimpinan ditangkap mereka masih bergerak dan usrah-usrah masih berjalan dan wujudlah idea gerakan "siir" (sembunyi termasuk tidak mengetahui siapa pimpinan demi menjaga keselamatan) untuk menyelamatkan gerakan mereka daripada buruan pihak berkuasa Mesir.

Usrah-usrah dengan idea baru ini bercambah dan ada yang ke luar negara atas pelbagai urusan maka gerakan ini bercambah dan tertubuh di luar negara dengan fikrah ikhwan yang baru. Jadi itulah sebabnya di Mesir atau di UK mereka adalah berfikrah ikhwan Muslimin yang baru.Awal 70an terdapat 3 golongan gerakan Islam di UK, iaitu; kumpulan pelajar daripada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK kini dikenali UTM), pelajar-pelajar di serata UK yang terdedah kepada tarbiyyah dan para pelajar di Brighton, Selatan UK, yang diperkenalkan kepada fikrah (pemikiran) daripada sahabat-sahabat Jama’ati Islami yang berasal dari Pakistan berhimpunan untuk bentuk gerakan Islam.

Selepas perhimpunan Musim Sejuk FOSIS pada 1974, satu pertemuan khusus diadakan di kalangan wakil-wakil daripada Brighton, sahabat-sahabat MISG, pelajar-pelajar lepasan ITK (UTM) dan pelajar-pelajar lainnya di Brighton. Pertemuan ini bertujuan membincangkan lebih lanjut idea asal penubuhan satu badan dakwah yang mula terbit pada tahun 1972 bagi menjadikan ia satu kenyataan.

24 Disember 1974 menjadi titik pertemuan pelajar-pelajar tersebut di satu mesyuarat yang dianjurkan khususnya untuk membincangkan perkara tersebut. Lanjutan daripada mesyuarat ini, pertemuan ketiga dirancang dan diadakan pada cuti Easter universiti pada musim bunga bulan Mac 1975. Daripada pertemuan inilah nama Islamic Representative Council (IRC) ataupun Majlis Syura Muslimun (MSM) dipilih.

Said Hawa, Abdul Hadi dan Harun Taib


Said Hawa
adalah menantu Iman Hassan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan menjadi penggerak gerakan Ikhwanul Muslimin Syria. (Gerakan Ikhwanul Muslimin menarik jika dikaji. Ikhwanul Muslimin juga berpecah kepada 3 iaitu Ikhwan Alami, Jihadi dan Ku'tri. Yang ni lebai takkan panjangkan).

Pada tahun 1966-1971 pada ketika Said Hawa berusia 32-37 tahun belia tinggal di Arab Saudi selama lima tahun dan menyiapkan buku al-Usul Thalathah dan Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan.


Pada ketika itu dia membentuk usrah dan ahli usrahnya ialah Ustaz Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib yang kebetulan mengambil Ijazah di Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah. (Ada juga wakil daripada gerakan Islam Indonasia,  Masjumi, Majlis Sjura Muslimin, Indonesia dalam usrah mereka)

Kitab Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan adalah silibis usrah mereka. Ini dimaklumakan sendiri oleh
almarhum Dato' Harun Taib kepada lebai.

Abdul Hadi Awang di Mesir


Ustaz Abdul Hadi melanjutkan pelajaran beliau peringkat Ijazah Sarjana (master) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974-1976. Ustaz Harun pun sama dalam jurusan yang sama.

Ustaz Hadi diminta untuk pulang ke tanah air lebih awal bagi membantu PAS, manakala Ustaz Harun Taib akan menyambung untuk PHD, maka mereka merancang dan membahagikan tugas di mana Ustaz Abdul Hadi membawa usrah bagi melatih (mengkeder) dan Ustaz Harun pula bergiat dalam persatuan Melayu di sana.


Ustaz Abdul Hadi membentuk usrah naqabah terdiri daripada 7 orang iaitu Ustaz Alias Osman, Ustaz Darus Sanawi, Ustaz Zawawi Ali (Adik Cikgu Pa) dan 4 lagi yang lain.


Masa itu pilihanraya hampir, Ustaz Abdul Hadi pulang ke tanah air untuk bantu PAS. Mulanya beliau bekerja sebagai Pegawai Yayasan Islam Terengganu (1977-1978), dalam masa yang sama menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu. Tahun itu juga beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan yang pernah diroboh dengan zalim oleh UMNO), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar, Kuala Terengganu dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Pada tahun 1978 juga Ustaz Hadi bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-5 pada tahun 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan majoriti 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa.

Ustaz Harun Taib tak sempat menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa sehingga dia meninggal kerana terlibat dengan PAS dan beliau juga pulang awal ke Malaysia demi untuk membantu PAS dalam PRU-5.

Jadi apa yang dikatakan oleh almarhum Ustaz Nikmat Yusof pegasas Maahad Tarbiah Derang di Pokok Sena Kedah bahawa kemasukkan Ustaz Fadhil Nor oleh Majlis Syura ABIM untuk membantu PAS perlu difahami bahawa PAS dan ABIM sebenarnya tidak terasing sangat melainkan selepas Anwar Ibrahim masuk UMNO.

Sebelum Anwar Ibrahim masuk UMNO yang mengubah cara dan pendekatan ABIM, penglibatan ahli dan pimpinan PAS dalam ABIM suatu perkara yang biasa kerana ABIM suatu badan NGO yang boleh bergerak bebas dan PAS badan politik yang pada masa itu sangat buruk ditekan oleh kerajaan UMNO.

Perpecahan ABIM


Setelah Anwar Ibrahim masuk UMNO pada 1982 suatu keputusan yang mengejutkan. Kalau anda mendengar video ucapan Ustaz Nikmat Yusof anda akan tahu bahawa Majlis Syura ABIM sekali lagi telah dikuasai Anwar untuk membenarkan dia masuk UMNO. Hampir semua tak setuju berbeza dengan kemasukkan Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Hadi dan beberapa orang pimpinan lain adalah atas kebenaran Majlis Syura ABIM.

Kemasukkan Anwar menjadi tamparan hebat kepada PAS apatah lagi hampir dengan PRU-6 dan Anwar Ibrahim telah diura-urakan menjadi calon PAS.

Kenapa Anwar masuk UMNO ada banyak teori dan analisis penulis. Jika anda baca “Memo Buat Bakal PM” tulisan Ahmad Lutfi Othman, bekas ketua pengarang Harakah yang kini berjinak dengan parti AMANAH (PAN) anda akan lihat ada pandangan lain daripada apa yang Ustaz Nikmat nyatakan.

“Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam UMNO dengan begitu licin. Anwar sertai UMNO ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan ‘ijtihadnya’. Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jemaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk UMNO ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “ hujahnya UMNO ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “hujahnya.
Lebai cadangkan anda baca buku "Memo Buat Bakal PM" atau baca link di sini untuk memahami isi perbahasan sepenuhnya.

Ada juga penganalisis lain ada yang mengatakan kedudukan Anwar dalam PAS mungkin tidak sebaik dalam UMNO kerana pada masa itu nama Ustaz Abdul Hadi lebih tertonjol kehebatannya terutama dalam pidato apabila mereka berdua berceramah. Ini membuatkan Anwar mungkin mendapat saigan dalam menerajui PAS selepas Ustaz Fadhil. Tapi kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO menyebakan kedudukan ABIM menjadi tidak sehebat dulu. ABIM tidak lagi menjadi satu badan yang dikaguni kerana ABIM berpecah kepada 4 iaitu ABIM asal, ABIM pro UMNO, ABIM Perlis (HALUAN) dan ABIM Pro PAS.

HALUAN


Seperti lebai nyatakan di atas, kemasukkan kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO pada 1982 membuatkan ABIM berpecah. Salah satunya ABIM Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Dahlan Mohd Zain.


Ustaz Dahlan adalah mudir Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dan beliau membawa pendekatan yang ada sedikit kelaianan dengan ABIM sebelum ABIM berpecah lagi.

4 tahun selepas Anwar masuk UMNO, ABIM Perlis membawa haluan sendiri dengan HALUAN (ABIM Perlis) pada tahun 1988 yang diketuai oleh Ustaz Dahlan Mohd Zain.


Tubuhnya JIM


Mereka yang menjadi ahli Islamic Representative Council (IRC) apabila menamatkan pelajaran mereka pulang ke Malaysia menubuhkan IRC di Malaysia secara sembunyi sedangkan pada masa itu telah ada hubungan baik antara PAS dan ABIM.

IRC meresap dalam ABIM dan cuba menguasai ABIM tetapi tidak berjaya. Kemudian mereka meresapi PAS dan memasuki PAS.

IRC menggunakan Ustaz Abdul Awang sebagai saluran untuk mengambil alih PAS dalam penguasaan fikrah melalui Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat yang kebetulan Ustaz Abdul Hadi Awang adalah ketuanya.



Apabila Ustaz Abdul Hadi Awang pulang ke Malaysia pada 1977, 7 orang anak usrah beliau telah diserahkan kepada seorang aktivis gerakan Ikhwanul Muslimin, Mustafa Masyhur seorang ahli fizik untuk meneruskan usrah berkenaan. (Asy-Syeikh Mustafa Masyhur kemudiannya menjadi Mursyidur Am Ikhwanul Muslimin yang ke-5 mulai 1996 hingga 2002).

IRC mengambil kesempatan dalam PAS, Ustaz Alias Osman semasa berada dalam Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat hanya menerbitkan buku terjemahan "Apa Erti Saya Menganut Islam" dan aktiviti lain ialah banyak menyerap ahli-ahli PAS kepada IRC sehingga berlaku pertembungan yang sangat besar sekitar 1980an dan IRC mula terdedah secara menyeluruh.

Lajnah Tarbiyyah cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengumpul pimpinan PAS dan IRC untuk ditamrinkan di Taman Melewar selama 3 hari tetapi tak beberapa hari selepas itu terjadi semula pertembungan sehingga sebahagian besar IRC disingkirkan daripada PAS.

IRC mula mendekati UMNO pula. Mereka membentangkan kertas kerja untuk IRC menyertai UMNO tetapi ditolak oleh Majlis Syura. Penolakan kertas kerja berkenaan, tidak berakhir usaha memasuki UMNO dan wujud dikalangan ahli IRC mengusulkan untuk menzahirkan IRC pada masyarakat. Nama yang telah dicadangkan ialah Jamaah Islam Malaysia (JIM).


Maka JIM telah ditubuhkan pada 27 Julai 1990 dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Usul diterima majoriti dan Presiden JIM pertama adalah Abu ‘Urwah (Saari Sungip) sehingga tahun 1999 di mana Prof. Madya Dr. Mohd Hatta Shahrom (ketika itu) mengambil tempat sebagai Presiden.


“Kalau dilihat dari jalur waktu sejarah, tertubuhnya JIM serentak dengan kemenangan PAS di Kelantan akibat perpecahan UMNO pada tahun 1990. Pada masa itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tengah memuncak karier politiknya di dalam UMNO akibat perpecahan yang berlaku.

“Malah, kalau dilihat dari jalur kesatuan pelajar, tokoh-tokoh pelajar MISG (persatuan pelajar di Amerika Syarikat) yang menyertai beliau ialah Wan Hasni Wan Sulaiman yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan pengerusi ABRAR INC. Turut bersama Abdul Rahim Ghouse, Mantan Presiden MISG sebelum Wan Hasni yang menjadi Ketua Pemuda Pulau Pinang dan juga bersama Wan Hasni membina ABRAR INC.

“MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di kalangan penggerak persatuan pelajar di luar negara. MISG yang berpusat di illinois, Amerika, manakala kumpulan IRC bergerak di UK. Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG lantas secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.

“Maka tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO, tokoh-tokoh JIM menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang kerian, di UTM, di UM dan lain-lain lagi.

“Dalam masa yang sama Saari Sungip (Presiden JIM) mempunyai hubungan secara langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi kerajaan yang ketika itu mendapat faedah bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

“Pertembungan Anwar Ibrahim dengan PAS ketika itu juga turut dibantu oleh JIM dalam menaikkan imej islamisasi Anwar Ibrahim. Malah JIM turut membantu Anwar Ibrahim untuk beliau merampas kemabli Kelantan dari PAS pada tahun 1995. (Jadi tak hairan IKRAM - sebelum ini dikenali JIM bekerja keras membantu AMANAH dan UMNO untuk jatuhkan PAS di Kelantan)

Saari Sungip cuba menyatukan dengan HALUAN dengan JIM pada tahun 1995 tetapi tidak berjaya.

Hubungan IRC/JIM dan ISMA


Perjalanan ISMA agak berbeza sedikit. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada 7 Julai 1997 pada asalnya adalah ialah sebuah badan bukan kerajaan dengan nama "Ikatan Siswazah Muslim Malaysia" sebelum berkembang maju dan kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005. Terdiri daripada aktivis IRC yang tidak minat pertembungan Jamaah dan penglibatan politik. Lebih tertumpu kepada kepentingan, kebajikan dan isu-isu umat Islam termasuk luar negara.


Setelah tertubuhnya ISMA pada 2005 sehingga kini ISMA diterajui oleh Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin. ISMA juga mesra kerajaan.

Agak mengejutkan pada tahun 2013 ISMA mula melibatkan dalam dunia politik Malaysia dengan menurunkan calon daripada Biro Poltik ISMA pada Pilihan Raya Umum ke-13. ISMA menggunakan tiket parti BERJASA dengan kawasan-kawasan yang mereka bertanding majoriti pengundi adalah pengundi muslim tetapi diletakkan calon bukan muslim oleh parti kerajaan dan pembangkang.

Ini menyebabkan JIM agak marah, 2009 mereka cuba gabungkan HALUAN, ISMA dan JIM kepada IKRAM tetapi ISMA menolak antara alasan tak mahu terlibat politik.

ISMA secara tidak langsung terlibat dengan GAGASAN SEJAHTERA (GS), blok ketiga yang diasaskan oleh PAS melalui pasrti BERJASA. Ini membuatkan pertembungan dengan IKRAM (JIM) dan AMANAH makin menebal.

Keretakan IRC dan Suara Islam


Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang kemudian dijelmakan sebagai "Parti Negara Islam" apabila kembali ke tanah air. Khalid Samad sebelum itu aktif dengan IRC tetapi akhirnya bersama dengan Suara Islam semasa dia mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1979 kerana banyak pandangannya berbeza dengan IRC.

Pemecatan Anwar dan Kejatuhan JIM



Anwar Ibrahim dipecat 1998. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu "Ikatan Masyarakat Islam Malaysia" (IKATAN - bukan IKATAN yang ditubuhkan oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir) yang ditubuhkan pada 1990 oleh Haji Abdul Wahab Yunus bekas ahli parlimen PAS Dungun, Terengganu.

Pada tahun 1999 juga ramai pimpinan JIM menganggotai Parti Keadilan, di antaranya ialah Sahri Bari (bekas Naib Presiden JIM dan bekas pensyarah kejuruteraan di ITM tahun 80-an) yang menjadi EXCO Pemuda Keadilan dan pernah memegang jawatan Setiausaha Agung.

Saari Sungip menjadi calon Keadilan dalam Pilihan Raya 29 November 1999 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tetapi tewas. Pada 2004, Saari Sungip bertanding atas tiket PKR di Parlimen yang sama iaitu Paya Besar, juga kalah kepada Dato’ Seri Dr Hajjah Siti Zaharah Sulaiman. 


Prestasi PKR makin merosot, 2008 makin ramai pimpinan JIM menyertai PAS termasuk Saari Sungip. Kemasukkan Saari Sungip ini menjadi catatan apabila almarhum Dato' Harun Taib pernah berkata "Enta masuk PAS nak apa? Nak buat kacau dalam PAS lagi ke?" Kata-kata ini terbukti benar.

Tak hairan kalau 2 orang Adun PAS boleh melanggar sumpah untuk menjadi PENGKHIANAT kepada PAS kerana memang mereka datang dengan niat yang tak betul.


JIM sekali lagi bergolak pada tahun 2009 apabila kepimpinannya yang berada dalam HIS mencadangkan penubuhan IKRAM pada 22 Oktober 2009. IKRAM diwujudkan bagi menggabungkan tenaga semua ikhwahnya yang pernah mendapat pendedahan tarbiyyah IRC di luar negara tetapi kini terlibat dalam pelbagai jemaah seperti JIM, ISMA dan HALUAN.

Demi menggabungkan semua kenalan seniors yang masing-masing membawa uslub yang berbeza, IKRAM dilahirkan. Namun JIM, HALUAN dan ISMA tetap berasingan. Pada Disember 2011, dalam PPN JIM ke-21, Zaid Kamaruddin mengisytiharkan dalam Muktamar berkenaan bahawa JIM akan dibubarkan dan diserapkan ke dalam IKRAM sepenuhnya, yakni tanpa ISMA dan HALUAN.

Semua ahli, harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah milik JIM akan diserahkan kepada IKRAM.

Tunggu tulisan LEBAI BAGAIMANA IKRAM MERANCANG MENGUASAI PAS TAPI GAGAL DAN MENUBUH AMANAH (PAN)

Panjang dah lebai menulis... apa kesimpulannya?

Kesimpulan

1.  ABIM dan PAS sebenarnya adalah 2 intutusi yang saling berhubung, memanafaat antara satu sama lain demi perjuangan Islam sehingga Anwar Ibrahim merosakkannya. Kenyataan Ustaz Nikmat tidak tepat kerana kemasukkan ramai pimpinan ABIM kepada PAS adalah usaha untuk menjadi ABIM sebagai jalan mudah menguasai UMNO oleh Anwar Ibrahim.

2.  IRC, JIM dan nama barunya sekarang IKRAM adalah PENGKHIANAT kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka ini bukan membantu PAS untuk Islam tetapi cuba menjadikan PAS batu loncatan matlamat mereka. Kini mereka menyerap dalam parti AMANAH (PAN) dan sebahagian kecil dalam PKR.  Mereka memusuhi PAS dengan pelbagai tuduhan dan membuat persepsi jahat. Tunggulah AMANAH (PAN) akan alami nasib yang buruk. Sekiranya anda sayangkan perjuangan Islam, tinggalkan IKRAM. Jangan sokong apa-apa perkara yang ada hubungan dengan IKRAM.


Sumber TKO - 3-5-2018



Siapa menteri dalam negeri ketika insiden mata lebam Anwar?
Posted on Thursday, May 03 @ 06:32:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39517



Oleh Asharaf Jamil

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mengajak semua rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo PKR, mata lebam sebagai kezaliman yang diperlakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Undilah PH yang nampak macam biji mata, Anwar Ibrahim memang kena tumbuk, sewaktu berceramah di Pengkalan Kundur, Kuala Kedah.

Kak Wan menceritakan bagaimana polis menyerbu rumahnya dan menahan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998.

Beliau meminta polis jangan mengapa-apakan suaminya, namun menurut Kak Wan, suaminya dibelasah. Ini cerita lama, tetapi suaminya dibelasah sehingga separuh mati.
Anwar hadir ke mahkamah pada 29 September 1998 dengan mata lebam – dibelasah polis sewaktu dalam tahanan.

Akibat insiden ini, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor didapati bersalah dan hukuman penjara 2 bulan dikenakan ke atasnya. Hari ini ironis sekali Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS mempersendakan insiden tersebut sebagai drama Tamil.

Apapun Kak Wan dalam menceritakan insiden mata lebam, beliau berkata walaupun ini cerita lama, tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk menentang kezaliman, baik kepada Anwar mahupun rakyat terbanyak.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak diberitahu ialah penegasan siapa menteri dalam negeri ketika itu yang bertanggungjawab terhadap polis. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah menteri dalam negeri dari 17 Mac 1986 hingga 10 Januari 1999 dan lebih menarik lagi, Dr Mahathir menggunakan loga mata lebam – simbolik bendera PKR sebagai colon untuk bertanding di Langkawi pada PRU14.

Sesuatu yang tidak disangka akan berlaku. Mungkin Kak Wan juga harus mengingatkan Dr Mahathir bahawa logo yang digunakan itu amat signifikan kepada kezaliman pemerintahannya ketika itu.

Semestinya sebagai menteri dalam negeri, beliau sudah dimaklumkan mengenai insiden belasah Anwar dalam penjara.

Dengan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu, beliau dilaporkan berkata ada kemungkinan Anwar Ibrahim mencederakan diri untuk meraih simpati.

Ini membuatkan ramai pengikut Reformasi marah atas apa yang dikatakan Dr Mahathir.
Namun, hari ini golongan Reformasi dan kepimpinan PKR selesa mengambil semula Dr Mahathir sebagai pemimpin nombor satu dalam mengatur urus PRU14, menggunakan logo mata lebam PKR dan ditambah pula bersetuju untuk Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke-7, sekiranya PH memang pada PRU14.

Mungkin ini kerenah kepimpinan politik kita. Tuduhan mencederakan diri untuk meraih simpati dan baru-baru ini, tuduhan Dr Mahathir akan dimasukkan ke hospital menjelang PRU14 untuk mendapatkan simpati, mengikut “ramalan” Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Apapun, sejarah tidak boleh kita lupakan – memang mengingati sejarah memberi iktibar kepada kita. Namun, manipulasi sejarah – menceritakan separuh dan tidak memberitahu keseluruhannya, merugikan.

Kita juga tidak akan lupa perlakuan Dr Mahathir pada zaman pemerintahannya, khususnya pada 1998.

Sumber TKO - 3-5-2018



IKRAM Bersama DAP Menuju Negara Rahmah
Posted on Thursday, May 03 @ 06:19:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39515


DAP adalah satu-satunya parti politik yang belum di “jamah” lagi oleh pertubuhan Ikram. Tetapi ini tidak bermakna tiada langsung hasrat di hati segelintir ahlinya untuk bermain dengan idea untuk terlibat atau memasang hasrat untuk menjadi ahli DAP, demi “tujuan dakwah”.

Usaha ke arah normalisasi hubungan antara Ikram dengan DAP telahpun berlaku sejak
2013 ataupun lebih awal dari itu. Ini dapat dilihat dari pengakuan Dr Maszlee Malik
sendiri (seorang anggota Syura Ikram) bahawa beliau adalah wakil Ikram untuk DAP.

Beberapa petikan kenyataan dalam perbincangan alam maya dari ahli dan kepimpinan
Ikram seperti berikut barangkali boleh menunjuk arah ke arah kecenderungan Ikram (atau sebahagian ahli/pemimpinnya) untuk berintimasi dengan parti rasis cauvinis DAP ini:

[Untuk makluman, petikan-petikan di bawah telah di susun kembali tanpa memuatkan teks teknikal yang lazim terdapat di dalam perbincangan alam maya/Google Groups. Ini hanya bertujuan untuk menyampaikan isi-isi penting perbincangan sahaja.]

#############
Haron Mohd Yusof AJK Dakwah WP - Feb 1, 2012
Posted in group: Forum DISKUSI AJK IKRAM

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.
kira2 dlm setahun lepas ana dah terfikir utk masuk dap utk dapat kerusi bertanding.. infact ana share dgn pengarah it pas pada masa itu.

masa itu bayang2nya kerusi dijohor/muar... org yg totok pas sure rasa pelik... tapi bagi org yg praktikal & pragmatik, ianya boleh difikirkan.
###############
Ahmad Jamali Sepihie <jamali@ikram.my>
February 1, 2012 3:14 PM

Bagi ana, ahli­ahli IKRAM yang mahu melibatkan diri dalam parti­parti politik seperti PAS, DAP dan sebagainya, dan mengambil pendirian dan niat nak jadi "spy" (dalam mata ahli parti, itulah parasit dan anai­anai_, bagi ana, itu niat dan pendirian yang salah.

Prinsip dan pendirian penglibatan kita dalam parti­parti politik lain (bukan ditaja oleh IKRAM) mesti jelas apa tujuannya.

Ana sengaja membuat pertanyaan "bombastic" jika IKRAM membenarkan ahli­ahli
IKRAM terlibat dalam DAP, dengan pertanyaan, WHY NOT?

Begitulah juga pandangan ana mengenai kita, ahli IKRAM, mahu memanfaatkan medan­medan politik yang ada. Amat mudah kita menolak terus DAP itu taghut, anti Islam,
makan daging merah (babi lah tu), sebelum kita buka minda dengan bertanya WHY NOT?

Then the question arise. Jika ada peluang mendekati orang Cina atas dasar dakwah melalui DAP, WHY NOT?

Sebagai penutup, nak cerita pengalaman dengan orang cina. Setiap kali ana berjual beli dengan kedai orang cina, ana akan selalu dapat good diskaun, apabila ana berinteraksi
dalam bahasa Cina. Depa cukup seronok dan feel close. So, WHY NOT, ramai kita mula belajar bahasa Cina, dan lepas tu, masuklah DAP. haha.

Bagi yang setuju dengan ide masuk DAP, harap jangan marah. Mulakan dengan WHY NOT?

Salam jamali
###############
“Salam akhi Nahar dan I/A sekelian..Point ana Ikram sebagai Gerakan Islam hendaklah punya jatidiri sebagai gerakan Islam. Gerakan Islam sewajarnya tidak terpengaroh/terikat dengan mana mana parti politik/pemimpin politik samada ia bernama PR/BN, atau Anwar Ibrahim atau TG Haji Hadi atau Dr Dzulkifli. Ikram harus mampu menggariskan agenda politiknya sendiri dan tidak terikat dgn agenda politik parti politik lain kerana Ikram punya manhaj taghyirnya tersendiri yang berbeza dengan manhaj taghyir parti parti politik lain.Ikram hilang relevensinya kalau agenda politik dan manhaj taghyirnya sama dgn parti politik yg sedia ada. Bagi ahli Ikram yang telah graduate dari Ikram dan menjuarai agenda politik yg mereka sertai itu hak mereka sbg graduate, dan kalau kita nak jadi pengikut mereka kita boleh graduate sama seperti mereka. Salam.”
Mohd Esa Ibrahim
10/20/12
###############
On May 22, 2014 10:34 AM, "Rushdan Zakaria" <rush...@gmail.com> wrote:
Terkini dah agak ramai anak2 muda ikram berkira2 n berkias2 ... utk bertunang n berkahwin dgn Dap :(
##############
Mohammad Bin Abdul Hamid - Yang Dipertua Setiawangsa
Re: [ikram-ajk-DISKUSI] Kenapa bimbangkan kaum Tiong Hwa kuasai negara?
Salam.
Boleh timbang utk sebahagian ahli Ikram masuk DAP dan bertanding atas tiket DAP dlm PRU14 di mixed constituencies.
Wassalam.
Mohammad
####################
2014­-05­-20 mohammadweb via Forum DISKUSI AJK IKRAM:
Salam
Boleh kan ahli IKRAM bertanding atas tiket DAP?
Wassalam
Mohammad
##################
Harryzan Yaakob - PSU IKRAM Seberang Perai Tengah
“Salam. Di Penang kalau ada arahan Jama’ah ahli bertanding di atas tiket DAP tiada masalah bagi ana rasanya..kalau dah arahan sami’na wa ato’na..”
Abu Siddiqiey
5/20/14
###################
Dari petikan-petikan di atas, pembaca dapat memahami bahawa perbincangan mengenai penglibatan dalam parti politik bagi Ikram dan ahli-ahlinya bukanlah sesuatu yang asing atau menggemparkan. Malah, sejak tahun 1990 lagi, idea penglibatan (atau istilah mereka sendiri - “infiltration”) sudah pun dirancang.

Saya pernah menyentuh tentang idea penglibatan Ikram dan ahli/pemimpinnya di dalam satu posting lain (https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1818731658150836) di mana du hujungnya saya menyatakan bahawa yang belum di “usul” kan lagi ialah penglibatan di dalam DAP sahaja.

Rupa-rupanya idea ini sudah pun dibincangkan sejak tahun 2012 lagi!

Maka, tidak hairanlah boleh wujud persamaan tema antara Ikram, PAN dan DAP iaitu konsep Rahmatun Lil Alamin, Maqasid Syari’ah dan seumpamanya. Persamaan yang turut dikongsikan dan digerakkan di seterusnya dalam penglibatan politik.

Amat malang sekali apabila Ikram memilih untuk menongkah arus dengan arus perdana umat Islam yang meletakkan prinsip Wala/ dan Barra’ sebagai satu tunjang kefahaman yang Thawabit (Constant/Tetap) yang sangat asasi dan berkait rapat dengan hubungan sesama Muslim dan sikap terhadap musuh.

Terdapat dalil-dalil yang sangat kuat tentang prinsip besar ini dan disokong dengan banyak pengalaman pahit dalam lipatan sejarah umat Islam apabila prinsip besar ini dilepaskan.
Kelonggaran dalam berpegang teguh terhadap prinsip tunjang inilah yang melahirkan idea-idea songsang liberal, hak asasi, kebebasan mutlak individu dari kerangka Barat, yang telah mengusir apa yang disebut “ugama” dari sebarang peranan dan dominasi politik sejak ratusan tahun.

Seorang sahabat saya dari Indonesia pernah memberi peringatan tentang betapa umat Islam perlu sangat berhati-hati terhadap bahaya dan ancaman ini. Mereka telah mengalami luka-luka pedih dan mendalam akan kesan akibatnya.

Justeru itu, saya ingin bertanya: Apakah ahli-ahli dan pimpinan Ikram yakin bahawa penglibatan dan ta’awun (kerjasama) dengan parti rasis cauvinis DAP akan benar-benar membawa Rahmah kepada umat Islam, atau musibah semata-mata?
Sumber TKO - 3-5-2018

Gamak Nik Omar ceramah bersama penghina ayahnya?

SUNGGUH menyedihkan sekali melihat poster Ceramah Kebangkitan Rakyat Pakatan Harapan (PH) Parlimen Putrajaya yang dirancang untuk diadakan di Tapak Letak Kereta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya, pada jam 8.30 malam Khamis, 3 Mei ini, yang mula tersebar hari ini. 
Mengikut poster tersebut, tiga orang penceramah dijadualkan akan berceramah pada malam itu, iaitu calon PH di P.125 Putrajaya, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ahli baru PAN, Nik Omar Datuk Nik Abdul Aziz. 
Bila melihat poster ini terus sahaja saya teringat kepada ceramah Tun Dr Mahathir di Padang Futsal Presint 9, Putrajaya, pada 27 April 2013. Dalam mana beliau berkempen untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di P.125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
Di dalam ceramah beliau itu, Tun Dr Mahathir bukan setakat menyelar hebat Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz malah menghina Almarhum dengan menyebut Almarhum "Tak tau ajar Islam, nama saja Tok Guru, bila bercakap, bohong, bila Tafsir Quran pun bohong, bila buat fatwa pun bohong". 
Malah, Tun Dr Mahathir juga sampai ke tahap menyebut Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz "Dah nyanyuk", "Dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila. Apa jenis manusia ini", yang ditambah dengan bahasa kasar "Suruh kita tukar, tukar la diri engkau dulu". 
Tidak dapat dibayangkan betapa tidak berhati perutnya pihak yang mengatur ceramah bersama antara anak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dengan insan yang telah menghina Almarhum di tempat di mana hinaan itu dibuat. Apatah lagi bila tiada secubit kemaafan pun pernah diminta atas hinaan itu. 
Beberapa orang rakan pernah bertanya apakah pihak tertentu ini sebenarnya mempunyai dendam peribadi tertentu terhadap Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz di atas apa sahaja yang mungkin telah Almarhum lakukan atau tidak lakukan dan mempergunakan Nik Omar untuk melunaskan dendam ini. Jawab saya, hanya Allah yang mengetahui hati manusia. - HARAKAHDAILY 2/5/2018
Sumber HD - 2-5-2018 


Antara Pas tumbang di Kelantan dan Mustafa Mohammad kalah di DUN
Posted on Wednesday, May 02 @ 11:52:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39510




Artikal penulis disebut oleh Dr Ridzuan Mohd Nor Calon Pas Parlimen Besut sebagai sebuah cerpen dan novel sahaja.

Tidak mengapa. Itu pandangan beliau terhadap usaha penulis sebagai penulis politik tanah air yang kerdil. Ramai penganalisis politik tanah air yang buat ramalan bahawa Pas Kelantan tumbang pada PRU 14 ini.


Ramai juga penganalisis politik tanah air yang buat ramalan pas Kelantan tetap kekal memerintah negeri miskin rakyat kaya itu selepas PRU 14.

Penulis tidak bersetuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan pas Kelantan tumbang selepas PRU 14 yang akan diadakan pada (Rabu) 9 Mei 2018 ini.

Penulis bersetuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan Pas tetap kekal memerintah Kelantan selepas PRU 14 ini.

Mengapa penulis tidak setuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan pas tumbang kerana penganalisis itu penganalisis umno tegar

Penulis lebih bersetuju dengan penganalisis politik tanah yang mengatakan pas kekal memerintah Kelantan kerana mereka bukan penyokong tegar Pas.

Walaupun merdeka center dalam kaji selidiknya bahawa kini terdapat 55 peratus sokongan terhadap umno.hanya 35 peratus sahaja sokongan terhadap Pas dan 10 peratus sokongan terhadap pakatan harapan.

Mengikut kaji selidik merdeka center 10 peratus sokongan terhadap pakatan harapan menyebelahi umno dan 55 peratus dicampor dengan 10 peratus jadilah 65 peratus.
Bacaan inilah punca pas tumbang di Kelantan.

Pada hemat penulis umno hanya boleh menang tujuh kerusi DUN dan hilang tiga DUN Pada PRU 14 ini.

Antara Dun yang boleh dimenangi pada PRU 14 ini iaitu DUN Wakaf Baharu parlimen Tumpat yang dimenangi pas (Mohammad Rosdi Abdullah)  pada PRU 13 dengan majority 978 undi.

Kerusi DunTendung parlimen Pasir Mas yang di menangi pas ( Rozi Mohammad) dengan majoriti 978 undi.

Kerusi Dun Gual Periok parlimen Rantau Panjang yang dimenagi pas (Mohammad Awang) pada PRU 13 dengan majoriti 615 undi

Kerusi DUN Apam Putra parlimen Rantau panjang yang dimenangi pas ( Abdul Rosul Mohammad) pada PRU 13 dengan majority 879 undi.

Kerusi DUN Jelawat Parlimen Bachok yang dimenangi pas ( Abdul Aziz Kadir) pada PRU 13 dengan majority 102 undi.

Kerusi DUN Gaal parlimen Pasir Puteh yang di menangi pas ( Tuan Mazlan Tuan Mat) pada PRU 13 dengan majority 302 undi.

Kerusi DUN Guchil parlimen Kuala Krai yang dimenangi PKR ( Mohd Roslan Puteh) pada PRU 13 dengan majority 492 undi.

Dalam pada itu, Pas miskipun hanya  dapat 35 peratus sokongan sahaja itu boleh memenangi empat kerusi DUN, termasuk DUN Ayer Lanas parlimen Jeli yang di menangi Datuk Seri Mustafa Mohammad pada PRU 13  dengan majority 47 undi.

Kerusi DUN Kok Lanas parlimen Ketereh yang di menangi BN (Mohd  Alwi Che Ahmad)pada PRU 13 dengan majority 169 undi.

Kerusi DUN Selising Parlimen Pasir puteh yang dimenangi BN ( Zulkifly Ali) pada PRU 13 dengan majority 107 undi.

Kerusi DUN Dabong parlimen Kuala Krai yang dimenangi BN ( Romzi Abdul Rahman) pada PRU 13 dengan majority 279 undi.

Umno Kelantan hilang empat kerusi dan dapat tujuh kerusi DUN pada PRU 14 dan ditolak empat kerusi jumlahnya jadi tiga kerusi.

Kerusi yang diperolehi umno Kelantan pada PRU 13 sebanyak 12 kerusi dan dapat tambah 7 kerusi, jadi 19 kerusi dan hilang empat kerusi jadi 15 kerusi pada PRU 14 ini.

Inilah cerpen dan novel serta hasil daripada pengamatan penulis sejak Pas di tendang oleh Pakatan rakyat dan mengambil kira sokongan pertandingan tiga penjuru rakyat Kelantan terhadap Pas, umno dan pakatan harapan.  


Sumber TKO - 25-2018 


Kes saman sarawak report.... Fitnah RM90 juta kini terburai
Posted on Wednesday, May 02 @ 08:55:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39503



Kes saman sarawak report....banyak juga org tak faham dan melatah dan masih percaya apa shaja SR kata... sedangkan SR ini memang sumber fasiq... Sumber org bukan islam yg jelas papar cerita fitnah.

Jom kita terangkan sikit kronologi kisah fitnah ni

SR buat fitnah hj hadi pas terima duit umno 90juta

PAS bagi warning jangan fitnah

2 hari kemudian SR padam berita fitnah tu

2 minggu kemuduian SR kata PAS takut dan tak berani saman

Pemimpin  PAN, DAP dan PKR serang PAS guna fitnah SR

PAS  fail saman SR di London. Yg jahil kata kenapa kat London, tidak di sarawak.

Yg jahat tabur fitnah PAS bermewah2 pakai duit PAS pergi London utk saman SR di 

London, tidak di Sarawak.

SR didaftar di London, syarikat itu dI London bukan di sarawak. Tak pa  biarlah pak pandir dgn kebodohannya.

Mahkamah round pertama sidang bicara kes ini akhir tahun lepas, minta SR bagi bukti, SR gagal, lalu kena denda bayar di mahkamah utk urusan mahkamah. PAS menang round pertama.

Bila keluar mahkamah,  Clare kata ini semua salah ambiga. Ambiga yg bagi maklumat itu pada clare. (ada konspirasi PH rupanya)

Ambiga buat kenyataan dia diperangkap oleh pimpinan pakatan harapan. Ambiga menyalahkan pakatan harapan. (confirm ada konspirasi)

Mahathir respon pada media sepatutnya ambiga tidak buat kenyataan itu. (lagi confirm ada konspirasi PH)

Mahkamah london belum bagi tarikh utk terus bicara kes ni selepas round pertama.

Sementara tunggu tarikh perbicaraan ke 2, SR buat 5 permohonan kpd mahkamah untuk 

tolak aduan saman hj jadi ke atas SR.

Tujuan SR buat permohonan itu ialah pertama utk malukan PAS dan calarkan imej PAS dlm musim kempen pilihanraya dan kedua bagi membatalkan saman hj hadi ke atas SR.

Pepatah melayu kata untung sabut timbul, untung batu, tenggelam.

Maka mahkamah london jadual sesi pendengaran permohonan utk tolak saman ini. Keputusannya mahkamah london tolak semua permohonan SR dan perintah SR bayar lagi RM155K pada mahkamah. Round ke PAS menang lagi.

Mahkamah masih belum lagi beri tarikh utk bicara kes saman seterusnya. Kes ini belum selesai.

2 minggu lalu ada wakil konspirator pergi jumpa lawyer pas untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah. PAS kata NO. Kita jumpa di mahkamah london.

Maka bertemu dlm mahkamah. Dan keputusannya SR kalah cubaan utk tolak saman PAS ke atasnya.

Baik apa makna interlokutori

Maksud interlokutori ialah permohonan dalam permohonan, iaitu Sarawak Report 

memohon membatalkan saman TGHH. Dikatakan SR memberikan pembelaan pembatalan 
ini 50 muka surat.. Tapi mereka kalah.

Walaupun ini bukanlah bermakna PAS dah menang saman - PAS.  sudah  berjaya 

menghalang permohonan afidavit SR yg  difailkan, namun ini ialah langkah yg sgt besar 
utk memastikan kemenangan PAS menentang SR.

Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat reinforcement. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dgn kita tanpa senjata.

Mahkamah london akan terus bicara kes saman ini pada tahun tahun depan 1-12 April 2019 dan kita tunggu perbicaraan saman ini

Cuma yg sah sekarang SR sumber fasiq ini sudah gagal bagi bukti dakwaan 90 juta itu dan gagal  pertahan permohonan mereka utk tolak saman ini.

Kedua2 event ini sudah jelas membuktikan kejahatan sumber fasiq ini.

Rententan kes gagal SR kali kedua ini, mereka buat kenyataan PAS belum menang kes 

saman ini tapi tidak nafikan mereka sudah gagal dlm dua pusingan di mahkamah london.

Round pertama SR kalah kena bayar 15 ribu pound  hj hadi..SR gagal bagi bukti

Round kedua SR kalah kena bayar 29 ribu pound pd hj hadi......SR gagal tolak saman

Malangnya masih ada org islam kita yg percaya pada SR sumber fasiq dan berharap PAS 

akan tewas dan sumber fasiq si puak kafir london ini akan menang serta dalang di 
belakang fitnah ini berjaya.

Mereka lupa Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Mereka lupa malaikat catat fitnah mereka, taburan fitnah mereka. Semoga mereka sempat bertaubat.

Moga Allah jauhkan kita dari firnah dan pemfitnah serta kuncu2nya. Moga kita dilindungi dari percaya kpd sumber fasiq. Amin 


Sumber TKO - 2-5-2018


Sejahat-Jahat Makhluk Di Belakang Grand Design Fitnah RM90j
Posted on Tuesday, May 01 @ 23:42:59 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39500



Siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi memang patut dan layak dengan tajuk pedas di atas. Apalah sangat pedas di mulut berbanding pedas di hati. TGHH, saf kepimpinan,ahli dan para penyokong PAS sekian lama menanggung pedas dan pedih di hati dek fitnah yang dijaja setiap saat. Dari peringkat pemimpin tertinggi PH, Mahathir, hingga kepada  pakcik jual ikan di pasar tak henti-henti menuduh PAS makan duit UMNO. 

Semalam, Mahkamah Tinggi London telah menolak hujah-hujah dangkal Sarawak Report. Antaranya,

1. Ustaz Khalil Abdul Hadi yang bergambar dengan motosikal besar BMW milik orang lain.

2. Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Mohd Amar, Ustaz Nasrudin, Ustaz Dato' Dr Khairuddin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Nik Abduh, Dr Samsuri, Dato' Takiyuddin memiliki kemewahan luar biasa.

3.  Tuduhan Clare yang mengatakan PAS mengganggu Ambiga yang merupakan sumber info beliau.

Di samping hujah-hujah yang ditolak oleh mahkamah, Clare sendiri menarik kembali permohonan untuk mengemukakan audio palsu suara Ustaz Nik Abduh sebagai bahan bukti. Dan klimaksnya ialah percubaaan Clare untuk membatalkan saman turut ditolak oleh mahkamah. 

Sebenarnya, ada makhluk perancang grand design fitnah RM90 juta. Siapakah sejahat-jahat makhluk ini? Moga suatu hari Allah mendedahkan rupa mereka.

Konklusinya, pemimpin dan penyokong PH kalau dah rasa kalis dosa teruskanlah kerja terkutuk kalian. Mungkin bagi kalian apalah sangat api neraka berbanding dengan keuntungan duniawi yang amat besar pada mata kalian. Bagi kami, biar pedih hati menanggung fitnah, asal selamat dari pedih di hari akhirat.

#UndiPAS
#YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaSejahtera

BDA
1/5/2018








Sumber TKO - 2-5-2018


Facebooker Harapan Buat Posting Bodoh (8)
Posted on Wednesday, May 02 @ 01:00:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39501



Satu menjadi trend facebooker penyokong HARAPAN mereka ini buta maklumat tak tahu berita benar. Oleh kerana tak guna akal mereka sekadar copy & paste maklumat tanpa membuat penelitian.

Misal berita dnegan Prof Ungku Aziz ada kenyataannya di The Star.


Ini contoh facebooker tak guna akal setakat pboleh copy & paste dia buat.









XOXO - Nak bohong pun biar cerdik...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 2-5-2018


Betul ke Azmin Jadi PROXY Mahathir untuk rundingan luar mahkamah saman Sarawak Report?
Posted on Tuesday, May 01 @ 16:47:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39492



Kita tahu Abdul Hadi, Presiden PAS memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017 kerana ada usaha menekan PAS untuk bersama PAKATAN HARAPAN, jika tidak mereka akan cuba  mengambarkan PAS akan bersama UMNO dengan menerima bantuan UMNO.

Usaha ini dikatakan didalangi oleh beberapa pimpinan parti pembangkang dan NGO. PAS terpaksa menghabiskan kiraan RM400,000 untuk memulakan saman berkenaan.

Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Mengikut sumber SR telah mengemukan 50 muka surat dalam 

 interlokutori mereka yang 40 muka surat melibatkan 1MBD dan 10 muka surat lagi berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Antaranya kononnya anak Presiden PAS Ustaz Khalil Abdul Hadi mempunyai motorsikal mewah hasil duit pemberian UMNO RM90 juta.

  Rupanya SR sama "bengong" dengan Husam Musa. Itu motor hanya bergaya "selfie" 

semasa XPDC aje.. rupanya kaki fitnah tak boleh tengok puak lebai pakai barang mewah. 
Dia nak ustaz Khalil pakai motor buruk aje..

Ini sebahagian serangan dibuat oleh cybertropper PAKATAN HARAPAN untuk membunuh watak (character assassination) Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan anak Presiden PAS.


 Nasib baik Sarawak Report tak jumpa gambar ini, kalau tak dikatakan Ustaz Khalil kaya ooi...


 25 Jun 2017 Malaysiakini menyiarkan berita portal Sarawak Report berjaya mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jumlah itu berjaya dikutip dalam masa tiga hari melalui platform dana awam - Crowd 

Justice. Ketika berita ini ditulis, sebanyak GB£ 30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.

Pada 11 Oktober 2017 dalam tuntutan balasnya yang difailkan, Brown menuduh Hadi berkomplot dengan Najib atau ejennya untuk mengeksploitasi kes itu untuk kepentingan mereka.

“Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah."


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut kenyataan pembelaan terhadap tuntutan balas yang diberikan kepada The 

Malaysian Insight, Rewcastle-Brown berkata beliau ada bercakap dengan Ambiga yang 
juga bekas Pengerusi Bersih itu mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

"Ambiga beritahu kepada defendan, yang menurutnya sumber itu sebagai boleh dipercayai, jumlah yang diberikan itu sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Seminggu lalu Free Malaysia Today (Malaysikini cuba sembunyi isu ini) Clare Rewcastle Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Mereka cuba menghalang kes ini menjadi lebih lanjut dan tidak dibicarakan pada 30 April 2018 (semalam). [Baca di di sini]

Malaysiakini
menyiarkan Rewcastle-Brown sudah memohon kepada mahkamah untuk mengkaji semula pembelaannya susulan bukti baru yang dikemukakan dan diarahkan membayar £40,000 (RM215,867) untuk kos guaman Abdul Hadi untuk itu. [Baca di sini]

Semalam peguam Abdul Hadi Wan Rohimi Wan Daud mengisytiharkan kemenangan awal dengan mengumumkan bahawa anak guamnya menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown.  "Sarawak Report diarahkan membayar kos £28,900 (RM156,017)."

Duit £30,000 Sarawak Report daripada 615 penyumbang telah habis. Kena bayar lagi. Kini Sarawak Report sangat tersempit jika pembicaraan yang berlanjutan sehingga April 2019. Bayangkan mereka terpaksa bawa saksi dan RAKAN FITNAH di Malaysia.

Berapa kosnya??






Mereka yang rapat dengan Clare Rewcastle-Brown mula tergugat jika perbicaraan sebenar berlaku. Menang  Kemenangan awal dengan menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown ialah kemenangan moral setelah bertahun-tahun HARAPAN memainkan fitnah ini.

Walaupun ini bukanlah bermakna Pas dah menang saman, Pas hanya berjaya menghalang permohonan afidavit SR yang cuba difailkan tidak lama duhulu. Namun ini adalah langkah yang sangat besar untuk memastikan kemenangan Pas menentang SR.

Kata sorang facebooker "Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat reinforcement. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dgn kita tanpa senjata."
Itu cerita yang semua kita tahu.
Lebai nak buka cerita sebalik tabir pula.

Beberapa hari lalu, Presiden PAS ada menyebut seorang pimpinan kanan datang bertemu untuk penyelesaian kes ini luar mahkamah. Video ini ada disiarkan dalam Malaysiakini.

Video - https://youtu.be/_4TmBpuD4-s

Lebai cuba cungkil sumber PAS. Tapi semanjak PAN/IKRAM tak ada ni agak sulit nak 

dapat maklumat dalaman. Lebai cuba dapat sumber PKR. Maklumatlah PKR sedang berperang, mudah sikit...

Kebetulan pula Azmin Ali sibuk dengan "team Daim" menyusun strategi...

Nak tanya.
BETUL KE AZMIN MENJADI PROXY UNTUK PENYELESAIAN LUAR 

MAHKAMAH KES SAMAN SARAWAK REPORT??

BETUL MAHATHIR NAK BAYAR TUNTUTAN TERSEBUT??

Minta penjelasan, supaya rakyat tahu kebenaran dalam kes ini?
lebai tunggu ni.


Sumbeer TKO - 1-5-2018



Prof. Agus Menangis Di Kelantan Kerana PAS akan kalah semua kerusi atau Jentera HARAPAN Ciput?
Posted on Tuesday, May 01 @ 12:23:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39490



Lebai banyak kali mengulas pendapat Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, rasa macam malas nak ulas. Tapi memandangkan ramai sangat penulis, pengulas politik dan termasuk penulis buku politik mengambil pendapat dia ni, nak tak nak kena ulas juga.

Sesetengah penulis ada yang bukan turun pun ke lapangan kerana pelbagai masalah. Mereka sekadar duduk depan komputer, baca berita daripada media sosial, petang-petang sembang kedai kopi bercakap teori itu dan ini kemudian buat penulisan panjang lebar sehingga ramai yang terpersonal kerana kehebatan bahasa dan tatacara mereka menyusun ayat.


18 Mac 2018 lalu Prof Agus meramalkan ‘Tsunami Mahathir’ dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan pada masa itu.

Katanya setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya “Tsunami Mahathir” dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah 

awal bulan ini.

Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.

Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.

Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.


“Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU14 

nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian,” tulis Agus yang 
sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.

 Pada 17 April 2018 sekali lagi penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya.

Minta maaf hari Lebai Hassan bin Omar ingin mengatakan  Profesor Datuk Dr Mohamad 

 Agus Yusof hanya sekadar PROFESOR TOUGEL (bukan kangkang) yang "menjual akedemik" dan diri dia untuk meraih undi kepada PAKATAN HARAPAN dengan membuat kenyataan PALSU terhadap PAS.

TAK ADA MARUAH DIRI...

Nanti pembaca tanya pula, eeh lebai marah sangat ke?
Kenapa??

Lihat video ini terkini ini...

Video - https://youtu.be/MFgf-k28MIE

Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menangis di hadapan Jeming (sepupu Husam 

Musa), sehingga tak sempat nak hisap rokok kerana sedih pengorbanan Jeming untuk bertanding melawan Mohd Amar Nik Abdullah dalam keadaan daif tiada Jentera parti membantu kerana kekurangan ahli.

Apa tujuan mereka berlawan di kawasan Mohd Amar?

Nak jatuhkan BN?

Hanya sekadar nak perkena Mohd Amar kerana dia paling banyak membuat kenyataan mempertahankan PAS daripada serangan AMANAH (PAN)

Mana kajian Ilmiah Prof. Agus??


Kononnya di Kelantan pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Semuanya TIPU dan BOHONG untuk memanipulasi rakyat untuk menjatuhkan PAS bagi memberikan laluan kepada BN dan UMNO ambil balik Kelantan.

Itulah buruknya sikap mereka...


Lebai telah menulis Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?


bahawa AMANAH (PAN) tak mampu bertanding di Kelantan melainkan mereka hanya sekadar MENJADI TONGKAT UMNO.

Kalau tuan dapat video visi penuh nanti tuan/puan akan lihat sebelum bertanding mereka 

sudah tahu HARAPAN TAK ADA HARAPAN DI KELANTAN. sekadar menjadi 
TONGKAT UMNO sahaja.

Nanti 2, 3 sebelum hari menggundi keluar muka Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata di akhbar Malaysiakini, akhbar penyerang utama PAS setelah saya bersama-sama masyarakat Kelantan dan membuat kajian di lapangan saya dapati PAS AKAN HILANG WANG PERTARUHAN DI SEMUA KERUSI..... kih kih kih..

Tidak lain melainkan untuk melemahkan sokongan kepada PAS terutama sekarang orang Melayu Islam beralih kepada PAS...

# Screenshot akhbar fake (seperti di atas) sangat mudah dibuat, oleh itu jangan percaya 

ada screenshot whatsapp dll kerana boleh dibuat.. hati-hati maklumat daripada media 
sosial - Lebai Hassam

Sumber TKO - 1-5-2018


Politik Dendam Menunggu Jawapan Pada 9hb Mei 2018
Posted on Monday, April 30 @ 19:48:28 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39480

"
* Gambar di Johor

1. Khusus di Terengganu dan Kelantan, saksi mata melihat PH berada pada kedudukan 

ketiga bilangan peserta perarakan calon pada Sabtu lepas. Calon PAS dan BN diiringi oleh 
3000 hingga 5000 penyokong, sedang PH hanya antara 10 hingga 100 orang.
2. Walaupun angka-angka itu tidak menggambarkan secara tepat keputusan di setiap DUN 
dan Parlimen, namun kehadiran itu sudah menjadi satu indikator nasib PH di Terengganu 
dan Kelantan khususnya. Penulis menjangkakan PH akan kehilangan deposit di banyak 
tempat.    

3. Sebenarnya, PAN,PKR dan PPBM tahu tahap keupayaan dan sokongan rakyat terhadap 
PH. Namun mereka tetap bertanding ( bukan berjuang) atas beberapa faktor.

4. Pertama, desakan politik dendam dan politik khianat. PAN amat berdendam terhadap PAS sejak pemimpin mereka tewas dalam muktamar. Begitu juga PKR yang mengkhianati PAS 
sejak Langkah Kajang. Bahasa mudah mereka, ‘by hook or by crook’ PAS mesti 
ditumbangkan di Kelantan. Pencalonan Nik Omar adalah bukti ‘by crook’ itu. Biar pecah keluarga Tok Guru asal dendam dapat dilunaskan. Zalim.  

5. Kedua, matlamat untuk menjadi calon dan wakil rakyat. Politik mereka lebih kepada kepentingan peribadi; bukanlah atas dasar untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya menzahirkan kontradiksi tanpa solusi. Sebab itulah berlaku perebutan untuk menjadi calon dalam kalangan pemimpin PH di seluruh negara. Bila tidak terpilih, keluar parti dan cah 
keting sesama sendiri.

6. Ketiga, PH dilamun syok sendiri. Mereka rasa pakatan mereka mampu menumbangkan 
BN tanpa PAS.  INVOKE memainkan peranan. Kononnya mereka mampu menggapai 85% 
undi Cina yang menjadi kuasa penentu. Mereka dilupakan bahawa kerusi majoriti Cina tidak sampai 50. Selebihnya ditentukan oleh undi Melayu/Islam/Bumiputera. Jelasnya, INVOKE berperanan sebagai kubu saraf yang melontarkan bom asap. Yang keliru dan syok sendiri 
adalah ahli-ahli mereka yang dibuai mimpi di siang hari.

7. Maka, pada malam 9hb. Mei 2018 nanti, bangkitlah realiti. Ke mana sudahnya politik dendam PAN dan khianat PKR? Maka, pejuang Islam PAS hendaklah memperbanyakkan 
doa dan munajat agar Allah tewaskan tentera Ahzab dan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam. Semoga Allah kekalkan Kelantan di tangan pejuang dan melebarkan 
wilayah kuasa sehingga dapat direalisasikan Malaysia Sejahtera.

#UndiPAS
#YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaSejahtera


Sumber TKO - 304-2018 


Kena tolong orang zalim
Posted on Monday, April 30 @ 15:04:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39472


Jika tidak punya ilmu pengetahuan Islam sudah tentu berasa tidak masuk akal dengan kata
kata kena tolong orang zalim.

Lainlah dengan kata kata kena tolong orang yang dizalimi. Kita kena tolong orang yang
dizalim supaya mereka  selamat  didunia dan akhirat.


Demikian juga, kita tidak boleh membiarkan orang menzalimi orang lain. Mahu tidak mahu wajib menyelamatkan mereka yang zalin agar mereka selamat sejahtera dunia dan akhirat.

Rasulullah Saw bersabda , maksudnya  Seorang muslim adalah saudara dengan muslim yang lain, tidak boleh menganiayanya, dan tidak boleh membiarkan saudaranya teraniaya..

(riwayat dari Ibn Umar r.a.)

Bagaimana kah kita hendak atau kena tolong mereka yang zalim ini agar selamat didunia dan diakhirat.

Mungkin payah hendak lakukan, kerana ia memerlukan kuasa. Oleh itu  kita kena ada kuasa dahulu baru boleh menolong orang yang melakukan kezaliman.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya cegahlah kemunmgkaran dengan tangan (kuasa), tiada kuasa dengan tangan dengan lidah (nasihat), tak boleh dengan nasihat, cegahlah dengan hati (benci) itulah selemah lemah iman.

Bermakna kalau tidak benci dengan kemungkaran bermakna tiadalah iman hatta sebesar biji
sawi sekalipun.

Sekarang ini rakyat telah diberi kuasa untuk mengundi atau dengan kata lain untuk memilih pemimpin menerajui Malaysia ini.

Itulah kuasa mutlak yang diberi oleh pihak kerajaan lima tahun sekali, maka gunakan kuasa mutlak itu menerusi undi yang tiada siapa yang tahu kecuali Allah Subhanahu wataala.

Inilah masanya kita sebagai rakyat jelata boleh menolong orang zalim supaya tidak terus
kekal menzalim orang lain dan menolong orang yang dizalimi suapaya dapat menyelamatkan rakyat jelata, agama islam dan Negara ini.

Allah melarang kita beri undi kepada mereka yang zalim. malah dosanya yang sangat besar
pilih orang zalim jadi pemimpi.

 Zina, minum arak, mencuri dan rasuah dosa besar. Tetapi mengundi dan mengangkat orang zalim sebagai pemimpin dosanya sangat besar.Apatah lagi mengangkat mereka yang kafir.

Oleh itu, kita yang telah diberi kuasa yang mutlak dan tidak berbelah bahagi ini kena tolong mereka yang zalim dan orang yang kena zalim pada 9 Mei 2018 ini bermula jam 8 pagi
hingga 5 petang.

Itulah peluang yang diberi kepada rakyat jelata oleh kerajaan yang memerintah Malaysia ini untuk menolong orang zalim dan yang dizalimi seperti mana yang dinyatakankan oleh Rasulullah SAW, bahawa seorang muslim adalah saudara dengan muslim yang lain, tidak
boleh menganiayanya, dan tidak boleh membiarkan saudaranya teraniaya..(riwayat dari Ibn Umar r.a.)


Sumber TKO - 30-4-2018 


Mahader .. Takkan nak tunggu 5 tahun Lagi
Posted on Monday, April 30 @ 06:59:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39458



PH menang
... katalah future scenario bgini, agaknya mungkin berpanjangan depa dok gaduh berebut jawatan menteri.. kejap2 susun kabinet... Rakyat ke laut. Najib waktu tu mungkin 

pihak berwajib baru nak mula tahanan dan siasatan. Jalan keluar bg Najib mungkin isi 
borang DAP.  Kalau anwar plak kluar penjara, perebutan kuasa pulak. rasanyer mahader 
dan grup p join BN. Runtuh kjaan PH.

Hasrat mahader jatuhkan Najib shj, Umno dia kutip semula sebab Najib degil tak nak dengar cakap. Kalaulah Najib sedia akur, macamaner plak... Selagi mahader hidup, anwar takkan 
boleh duk atasnya.

Umno asetnya banyak, apelah sgt jawatan Pengerusi PH tu.. cabuttt.

Mahader; " saya dah cakap dulu, saya nak jatuhkan Najib.. umno kita kekalkan, bukan salah saya.. depa PH bg kerjasama saya terima kasih lah...  orang melayu kan mudah lupa.. saya 
tak tipu... cuba tgok balik laporan akhbar.. saya nak jatuhkan Najib.. tp tak perlah.. saya org tua..byk lupa la kot.." mungkin ini lah lebih kurang skrip nya nanti.

Serabut kan....

Mudah jer.. dah tahu jgn serabut.... Anwar, Razak lanie Najib, Mahader..darpd dulu 
lg politik negara berkisar kpd individu2 inilah... kuasa duk berligar2 disini lah.. yg  duk 
urus negara ini lah .. takdak org lain.. untung ka , rugi ka.. depa inilah.. nak nilai gagal, byk 
benda pun gagal.. masing2 dah ader rekod...

Naper duk cari yg rekod yg dah memang markah merah sana, merah sini... ok lah.. saya 
ambik pendapat nak elak mudharat yg lebih besar... dah nampak individu2 ini trek rekod byk muddarat naper tak pilih yg kurang mudharat macam PAS. Naper tak mahu bg peluang kpd 
PAS... kita bicara yg depan mata kan, belum yg belakang mata lg nie.. Kenapa takut utk mengambil risiko dengan PAS ? tetapi sgt berani mengambil risiko dgn PH yg sememangnya teruk juga kepincangannya.

Strategi mahader ialah menang seberapa byk kerusi melalui Bersatu dan Warisan , kerana 
inilah modal utk dia berunding dgn Najib. Memandangkan kerusi yg di tandingi Bersatu juga banyak, perancangan ini nampaknya boleh berjaya. Rundingan paling utama ialah, 
memastikan kedudukan Mukhriz dalam parti Umno dan kerajaan terjamin.. Mahader tahu 
dia tidak boleh menunggu 5 tahun lg , entah hidup entahkan mati. Dia juga tahu PH adalah pakatan longgar , seterunya dgn Anwar juga tdk pernah padam. Siapa berani bangkang Mahader? Siap la...
Wallahua'lam.

Sumber TKO - 29-4-2018


Baiah Dengan Allah Langgar Apa Sangat Derhaka Dengan Ibu
Posted on Saturday, April 28 @ 12:27:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39433&mode=thread&order=0&thold=0



Anak kedua bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar bakal bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili 

parti AMANAH (PAN).

Nik Omar akan berdepan dua pencabarnya di DUN tersebut iaitu Mohamad Fareez Nor 

Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS).

Penganalisis politik berpendapat penyertaan Nik Omar dalam parti AMANAH (PAN) yang didalangi oleh IKRAM bukan perkara yang pelik kerana sebelum ini penglibatannya dengan IRC/JIM sudah diketahui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini faktor dia tidak 

bergiat dengan politik manakala adiknya Nik Abdul adalah orang harapan Tuan Guru Nik 
Abdul Aziz dalam meneruskan perjuangan Tok Guru di dalam Parti PAS.

Bila berlaku pertembungan dalam PAS, maka AMANAH telah mempergunakan keluarga Nik Abdul Aziz sebagai satu cara untuk menghancur perjuangan PAS yang dibina oleg Tuan guru 

Nik Abdul Aziz sejak berzaman.

Pengkhianatan AMANAH (PAN) yang didalanmgi IKRAM bukan perkara baru. PAS banyak 

kali bergolak kerana sikap IKRAM (dulunya IRC) yang merosakkan PAS daripada dalam.

Pengkhinatan ini sudah menjadi satu sejarah hitam IRC/IKRAM suatu pertubuhan yang tidak boleh dipercayai.

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,”
Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang Nik Omar tidak dibenarkan mengikut politik 
atau setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya 
TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak keduanya ini berpolitik. 
Tapi pelikkan TGNA membenarkan Nik Abdul anak kelimanya untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau dalam jangka masa yang lama.

Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak para sahabat, diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui oleh ayah-ayah mereka. Ini jelas bagaimana 

TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar. Nik Omar hanya 
mengurus sekolah swasta sahaja. Kuliah gantian TGNA juga hanya dilakukan oleh Nik 
Abdul sahaja. Adakah Nik Omar tidak pandai ilmu agama?

Kenapa?

Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar kerana mengikut 

gerakan IRC yang bercanggah dengan fahaman TGNA. TGNA mengambil pendekatan 
suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta dia.

Tapi malangnya bila TGNA meninggal, AMANAH (PAN) dengan IKRAM telah cuba 

menghasut Nik Omar untuk menjadi calon dan kononnya menjadi MB Kelantan jika 
menang.

Cuba kita fikir kalau betullah Nik Omar ini hebat, sudah tentu TGNA akan mengerakkan 

anaknya untuk dalam PAS terutama Pemuda untuk mencari pengalaman dan bila dia banyak pengalaman akan mengganggatikannya menjadi MB Kelantan.

Tapi kenapa tidak?


Hanya nampak berlaku ialah Nik Abdul (anak TGNA), Khalil (anak TG Haji Abdul Hadi) dan Mujahid (Anak Yusof Rawa) tertonjol dalam PAS. Dimana Nik Omar? Tak ada pun. Malah 

Dalam kawasan pun tak telibat.

Lebai rasional dalam memberikan pendapat supaya pembaca berfikir. Walaupun Mujahid itu 

IRC juga macam Nik Omar tetapi dia ada ketokohan bukan macam Nik Omar hanya boleh dipergunakan. Pasal itu ibu dia tak benarkan dia terlibat dengan politik. Orang yang celaru 
dalam perjuangan dan mudah dipergunakan selalu ibu akan jaga sampai dia meninggal dunia.

Itulah hakikatnya Nik Omar yang kini dipergunakan oleh Husam Musa demi dendam kepada 

PAS.

Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar.
Semalam semasa pengumuman calon HARAPAN mengumumkan nama Mohamad Omar 

sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar??

Hari ini tiba-tiba Nik Omar menjadi calon.
Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon.
Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....


Derhaka dengan ibu??
Apalah sangat.
Puak IKRAM dalam PAS yang kini menubuh parti AMANAH yang berbaiah dengan 

sumpah talak isteri seperti Dr Hatta Mohd Ramli sanggup langgar baiah dengan Allah.

Khalid Samad dan Dr Mariah sekadar bagi makan nasi berani kambing kononnya tebus 

baiah.

Dengan Allah mereka boleh permainkan.. Ibu lagilah darjat ibu bawah Allah.

Nasib bila politik menjadi matlamat
Hukum hakam boleh diketepikan.


Sumber TKO - 28-4-2018









































PAN perguna anak TG Nik Aziz

DI sebalik kegembiraan pemimpin PAN atas kejayaan memujuk anak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, Nik Omar, untuk bertanding atas tiket PAN di N.06 Chempaka dalam PRU14, saya menjangkakan bahawa tindakan ini akan memakan diri PAN sendiri. 
Seperti diketahui, Nik Omar telah berkali-kali menyebut tidak akan bertanding dalam PRU14 atas faktor “Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima” kerana “Apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu”. 
Bila pemimpin PAN terus-terusan memujuk Nik Omar walaupun mereka cukup tahu bahawa isteri Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dan bonda Nik Omar, Datin Tuan Sabariah, tidak memberi keizinan dan restu, persepsi rakyat ialah PAN pemecah belah keluarga. 
Maklum balas yang saya terima pagi ini rata-rata menyebut mengenai betapa terdesaknya PAN di dalam berpolitik sehingga ke tahap sanggup mendorong Nik Omar supaya mengingkari kata-kata dan melukai hati isteri Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dan bonda beliau sendiri. 
Selain menimbulkan keributan di dalam keluarga Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, tindakan PAN menurunkan Nik Omar sebagai calonnya pasti akan menghadapkan Nik Omar dengan pelbagai kritikan yang tidak dapat tidak akan menjejaskan nama Almarhum juga. 
Tindakan PAN menurunkan Nik Omar juga akan mempertembungkan beliau dengan adik beliau, Nik Mohd Abduh, dan dua sepupu beliau, Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Dr Nik Zawawi, selaku calon-calon PAS di P.25 Bachok, P.24 Kubang Kerian dan P.28 Pasir Puteh. 
Sebab itulah tindakan PAS menurunkan Nik Mohd Abduh di P.25 Bachok, bukannya di P.20 Pengkalan Chepa atau N.06 Chempaka, adalah tindakan terpuji yang menghalang pertembungan adik-beradik yang boleh menjejaskan nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz. 
Tindakan PAN menurunkan Nik Omar dan menjanjikan jawatan Menteri Besar kepada beliau juga menjadi petanda jelas bahawa PAN tidak mempunyai kekuatan sendiri sehingga memerlukan ia mencari jalan menumpang nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz. 
Ia juga menjadi petanda jelas bahawa PAN amat ketandusan pemimpin yang berwibawa, khususnya dari kalangan golongan ustaz dan Ulama’, sehingga menyebabkan ia terpaksa mencari tokoh yang berada di luar parti untuk ditonjolkan sebagai pemimpinnya. 
Perkara ini sudah tentu akan merendahkan moral dan menjejaskan semangat pemimpin PAN lain yang berjuang bermati-matian sebelum ini demi memajukan parti itu kerana mereka akhirnya tidak diyakini untuk dinobatkan sebagai calon dan bakal Menteri Besar. 
Apa pun, walaupun membawa nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, saya menjangkakan dengan cukup yakin bahawa Nik Omar akan kalah di tangan calon PAS, Ahmad Fathan, yang di dalam PRK N.06 Chempaka pada 22 Mac 2015 dulu berjaya memperoleh 10,899 undi. 
Walaupun membawa nama bapa beliau, Nik Omar, sama seperti Datuk Dr Mujahid di P.57 Parit Buntar dan Muhammad Faiz di N.11 Permatang Pasir yang turut membawa nama bapa mereka, yang mereka bawa hanyalah nama, bukan pemikiran dan tindakan bapa mereka. 
Ini kerana kajian yang jujur dan objektif terhadap Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, Almarhum Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadzil akan mendapati bahawa pemikiran dan tindakan mereka adalah selari dengan pemikiran dan tindakan pemimpin PAS sekarang. 
Dan kajian yang jujur dan objektif terhadap Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, Almarhum Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadzil akan mendapati bahawa pemikiran dan tindakan mereka adalah bercanggah dengan pemikiran dan tindakan pemimpin PAN sekarang. - HARAKAHDAILY 28/4/2018
Sumber HD - 28-4-2018 


siapa menteri besar Terengganu dan kelantan
Posted on Friday, April 27 @ 18:09:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39422

"Jika umno memnang dan memerintah semula menteri besar Terengganu kemundkinan masih Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman jugak.

Kerana dua nama yang disebut sebut untuk jadi menteri besar baru Terengganu selapas 

PRU 14 ini ialah Datuk Jailani Ngah dan Datuk Jailani Johari  tiada dalam senarai calon 
yang di isytihar baru baru ini.

Kata sumber yang boleh dipercaya bahawa Datuk Seri Idris Jusoh punya perancangan maka 

nama Datuk Jailani Ngah dan Datuk Jailani Johari tersingkir.
Beliau tidak berkenan orang Datuk Seri Mohd Najib Razak naik dan dilantik sebagai 
penguasa kerajaan umno/BN di Terengganu miskipun Datuk Jailani Ngah anak Terengganu dilahirkan di Kampung Batu Rakit.

Persoalan yang timbul siapakah menteri besar Terengganu jika Pas ditakdirkan menang dan memerintah negeri kaya rakyat miskin ini.

Sebelum ini ada orang tanya penulis dan telah penulis jawap orangnya tidak lain dan tidak 
bukan ialah Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Sekarang ini sah Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bukan calon menteri besar Terengganu kerana dia di amanah bertanding di parlimen Marang sahaja.

Desak desak bertiup kencang nama Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar calon yang akan bertanding 
di DUN Rhu Rendang pula disebut sebut sebagai menteri besar baru Terengganu jika 
ditakdirkan pas menang dan memerintah semula negeri itu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberi amaran kepada PAS 
pertandingan 3 penjuru di Kelantan mungkin menyebabkan parti Islam itu kehilangan 
negeri tersebut.

Jika Kelantan yang telah diperintah Pas selama 28 tahun boleh kalah pada PRU 14 dek fakta pertandingan tiga penjuru mana mungkin Pas Terengganu boleh menang dan memerintah 
semula.

Lebih lebih lagi, pertandingan tiga penjuru hampir pasti akan berlaku kerana PKR telah 
isytihar calonnya di sebelas kerusi DUN dan 2 kerusi Perlimen.

Amanah juga telah isytihar calonnya sebelas kerusi DUN dan dua parliman dua tiga hari 
lepas.

Cuma BERSATU sahaja belum isytihar calonnya yang akan bertanding 10 kerusi DUN dan 
empat kerusi parlimen.

Bermakna pertandingan tiga penjuru pasti berlaku di Terengganu pada PRU 14 ini yang bakal diadakan 9 Mei.

Ahad 29  April 2018 kita dapat tahu sepenuhnya selepas selesai pernamaan calon pada esok 
hari 28 april 2018 menerusi media massa.

Mengikut kajian yang dibuat merdeka center sokongan Melayu kepada BN di Kelantan naik 8 peratus  jadi 55 peratus. Manakala sokongan melayu terhadap Pas hanya 35 peratus sahaja
Berdasarkan kajian menredeka center setakat April sokongan Melayu terhadap pakatan harapan sebanyak 10 peratus dan dicampur dengan 55 peratus maka jadi 65 peratus.

Atas sebab itulah pas Kelantan akan kehilangan negeri miskin rakyat kaya itu pada PRU 14 
nanti.

Maka soal siapa menteri besar di kelantan sudah bertiup kencang bahawa Datuk Mustafa Mohammad lah orangnya jika dia diletak bertanding di kerusi DUN.

Kita sama sama tunggu keputusan pernamaan calon esok  yang akan diumumkan oleh SPR 
sama ada Datuk Seri Mustafa Mohammad di letakkan bertanding mana mana kerusi, DUN 
ke atau parlimen.

Jika diletak bertanding di kerusi DUN sah datuk Seri Mustafa Mohammah lah menteri besar 
Baru kelantan jika umno menang dan memerintah semula setelah hilang kuasa selama 28 
tahun.  

Sumber TKO - 27-4-2018


DAP Makin Terdesak Tunjuk Mesra Melayu
Posted on Friday, April 27 @ 04:00:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39408



DALAM Pilihan Raya Umum ke-14 ini, DAP menampakkan kesungguhan untuk mengaut sebanyak mungkin kerusi untuk melebarkan lagi kuasa politik Cina.

DAP seperti biasa masih tidak mahu meletakkan ramai calon Melayu, dan memperbesarkan pemilihan beberapa kerat calon Melayunya.

Ini kerana mereka tetap kurang percaya pada Melayu yang mewakili parti mereka, seperti juga sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Singapura terhadap orang Melayu di sana.

Walaupun mengaku berbilang kaum dan mengecam parti-parti berasaskan kaum seperti
UMNO sebagai rasis, DAP ialah parti paling tertutup dari sudut ini.

Pemilihan kepimpinan parti itu telah membuktikan mereka hanya memilih pemimpin Cina,
dan India dengan Melayu sangat minoriti.

Mereka tidak pernah menunjukkan sikap menyokong bahasa kebangsaan, bahasa Melayu
tetapi mempromosi bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

Pendirian menyokong bahasa Melayu bukan lagi satu isu kaum, tetapi isu asas identiti
warganegara yang mesti dikekalkan.

Tetapi DAP mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini dan menganggap bahasa
Inggeris dan Cina lebih utama, dan bahasa Melayu hanya satu pilihan.

Tentu ramai masih ingat kempen jahat Teresa Kok menentang penggunaan tulisan jawi
di papan tanda di Kuala Lumpur.

Ini semua mahu ditutup masa mereka mahukan undi semasa PRU14, dan begitu ramai
pengulas di Facebook (yang dipercayai penyokong kuat mereka, menggunakan identiti
palsu atau diupah) menunjukkan sokongan untuk DAP.

Ini penting bagi DAP kerana masa inilah mereka mahu menunjukkan makin ramai Melayu
sudah tidak alergik dan bersedia sokong DAP.

DAP merasakan PRU14 ini penting untuk mereka merampas seberapa banyak kerusi yang
boleh untuk terus berkuasa dan memudahkan lagi untuk bergerak dalam politik negara.

Inilah yang menyebabkan mereka bersedia menyimpan sementara bendera roket dan
menggunakan logo “mata lebam”.

Wajah sebenar mereka akan muncul selepas pilihan raya sekiranya mereka menang dan
berkuasa seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan pernah berlaku di Perak.

Orang Melayu mesti membuka mata dan berfikir dengan waras untuk melihat perancangan
dan kelicikan strategi DAP ini.


Masa mereka makin bimbang wajah sebenar mereka terdedah, masa itulah makin kuat
propaganda untuk menunjukkan mereka mesra Melayu. – Mynewshub.cc


Sumber TKO - 27-4-2018


Duduk kedai kopi
Posted on Wednesday, April 25 @ 13:43:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39372





Duduk kedai kopi macam macam cerita kita dengar.Mungkin ada yang palsu dan mungkin ada yang benar.



Yang palsu jika difahami secara benar dia akan jadi benar dan yang benar jika difahami secara palsu akan jadi palsu.



Orang umno yang tidak dicalonkan pada PRU 14 ini marah. Marah yang amat sangat.

Memang mereka marah, kerana hilang peluang untuk jadi kayaraya apabila jadi menteri besar, jadi EXCO. Jadi Menteri menteri dan timbalan menteri.



Apatah lagi jika jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Jadi kroni pun kayaraya.

Marah sungguh, kerana  tidak dipilih untuk bertanding pada PRU 14 yang bakal diadakan pada 9 Mei ini. Apatah lagi namanya digugurkan oleh parti.



Hal ini berlaku terhadap orang umno yang jadi ahli semata mata berniat nafsu dengan mahu cari kekayaan sepanjang hidup diatas muka bumi Allah ini.



Macam macam cerita kita dengar. Termasuk ada juga orang pas yang tidak dicalonkan mengamuk nak keluar pas.Insya Allah tidak akan jadi reality.



Cerita ini semacam tidak munasabah berlaku terhadap orang pas. Orang pas tak sama dengan orang umno.Tapi manusia yang memang beragam. Pelbagai ragam.



Macam puak Mat Sabu yang berkawan dengan DAP. kalah jawatan dalam muktamar agung tahunan lari tubuh parti lain.



Pada hal  Rasulullah SAW larang kita, jangan berkawan dengan jahat, nanti kita akan jadi jahat jugak nanti.



Inikan pula berkawan dengan Kafir yang sah musuh Allah musuh Rasulullah dan musuh Agama Islam.



Allah subhanahu wataala dah kata, jangan ikut orang kafir dan jangan sekali kali jadi macam orang kafir. Ikut orang kafir juga dan jadi macam orang kafir jugak nak senang didunia.



Bukan setakat ikut orang kafir,malah sudah ada yang kata kafir lebih baik dari orang melayu yang islam. Dap jaga Islam di Pualau Pinang. Kerajaannya pula lebih  baik berbanding kerajaan Melayu.

Pelik sungguh orang melayu, dah tahu mereka itu kafir mereka itu kumonis, duduk berkempen bersungguh sungguh supaya DAP memerintah Negara ini.



Mereka lebih suka kafir jadi pemerintah daripada orang Melayu.Ingat, Sejahat jahat orang melayu jahat lagi orang kafir.Mereka musuh Allah.



 Kita bimbang takut takut perangai buruk itu berjangkit kepada orang Pas. Macam demam sesema. Kalau kurang awas mudah berjangkit.



Lebib lebih lagi darah kita sudah tidak kuat lagi. Bayangkan sudah lanjut usia macam macam masalah muncul



Macam macam penyakit ada, Kencing manis, darah tinggi. lemah jantung , masalah buah pinggang, gaoat dan sebagainya lagi.



Sudah ada orang umno yang tak dicalonkan bertanding menyuarakan akan bertanding atas tiket bebas Pada PRU 14 ini.



Dahulu macam Kamilia Ibrahim timbalan pengerusi wanita dah masuk Pas ahli seumor hidup bertanding aras tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar memperolehi 447 undi sahaja.  



Hari ini Bos Jasa Datuk Dr. Puad  ZarKahsi yang tidak dicalonkan telah menyuarakan akan bertanding atas tiket bebas.


Entah parlimen mana yang akan dipilihnya.belum dinyatakan lagi.sudah tentu Parlimen Batu Pahatlah tu.

Di Terengganu ada juga orang umno yang tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU 14 sudah mula bertindak mengosongkan  markas markasnya.

Setakat hari ini belum ada seorang pun yang menyuarakan akan bertanding atas tiket bebas sepertimana yang dinyatakan oleh bos JASA.

Di Kelantan ada seorang sahaja yang tidak dicalon merasa terkilan kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Pada hal apa salahnya dimaklumkan lebih dahulu sebagai tindakan beradat.Marah jugak

Inilah sifat orang umno yang memang punyai niat nafsu nak jadi kayaraya tidak terpileh untuk jadi calon pada PRU 14 ini.

Datuk Zaid Ibrahim orang umno dipecat, masuk PKR dapat bertanding Hulu Selangor, kalah dan keluar PKR masuk DAP, tidak dicalonkan untuk bertanding, marah amat sangat dengan DAP.

DAP Parti Rasis, Kata Tun Dr Mahathir tak kan nak beri orang melayu bertanding. Kalau diberi jugak pasti tak menang.

Sebab itu GERAKAN tak satu kerusi pun,Demikian juga MCA ada satu dua tiga kerusi sahaja yang boleh menang pada PRU 13 lepas.Mereke undi DAP agar boleh jadi memerintah Malaysia.

Orang China tak undi orang melayu miskipun calon itu ahlinya. China tetap pilih  China juga, walaupun bukan dari partinya.macam di Parlimen Teluk Intan dahulu.

Sumber TKO - 25-4-2018











































Percaturan Rafizi dan Tun M, sabotaj Tian Chua?


SIAPA ahli PKR yang tidak kenal dengan Tian Chua? Nama yang sinonim dengan perjuangan Reformasi. Setiap demonstrasi dia hadir mewakili pimpinan PKR yang lain. Tidak seperti orang Cina yang lain. Beliau sentiasa di hadapan, banyak kali dipukul, diterajang, dibantai hingga koyak bajunya sebelum digari. Lori Black Maria Polis kenderaan rasminya, penjara rumah keduanya. 
Beliau pernah dipenjara di bawah Akta ISA bersama Ezam dan lain-lain. Kesetiannya pada PKR tidak boleh dipertikaikan. Semua orang Melayu, Cina dan India dalam PKR senang dan percaya dengan Tian Chua kerana dia sangat sederhana dan boleh bercampur dan bersama dengan rakyat marhaen. 
Satu-satunya orang Cina yang dilantik menjadi Naib Presiden PKR sejak 2004. Beliau antara orang terawal membantu Wan Azizah menubuhkan PKR bersama Azmin dan Ezam. Hampir separuh hidupnya bersama PKR. 
Namun kemunculan geng Ponorogo, diketuai Rafizi Ramli yang melabelkan Tian Chua sebagai geng Kartel di bawah Azmin telah menyebabkan pergolakan dalaman yang hebat. Geng Ponorogo mahu merampas kerusi Parlimen Batu untuk menghalang Tian Chua bertanding di kerusi tradisinya itu. 
Siapa Rafizi Ponorogo ini? Rafizi (selepas ini saya sebut Ponorogo sahaja) adalah bekas pelajar MCKK dan pernah menjadi Pengurus Kanan di beberapa anak syarikat Petronas. Ketika itu Mahathir masih Pengerusi Petronas. 
Dan agak pelik kerana tiba-tiba Ponorogo berhenti dari Petronas pada 31 Julai 2009 sebelum menjadi Pengurus Besar Pharmaniaga pada 10 Ogos 2009. 2 hari sebelum mula bekerja di Pharmaniaga, Ponorogo kononnya bertemu secara "tidak dirancang" dengan Anwar di Kemaman pada 8 Ogos 2009 dan menjadi Pengerusi ceramah Anwar pada malam tersebut. 
Kemudian selepas beberapa bulan bekerja dengan Pharmaniaga, Ponorogo tiba-tiba dilantik sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sekali gus aktif bersama PKR. Kononnya Anwar menemuinya dua kali untuk memujuknya sertai PKR. Penasihat Ekonomi Selangor ketika itu adalah Anwar. Inilah fasa permulaan Ponorogo menyerap masuk dalam PKR. 
Ponorogo adalah generasi junior Anwar di MCKK dan ini mempercepatkan keakraban mereka. Di awal penglibatannya, Ponorogo menarik perhatian Anwar dan rakyat keseluruhannya dengan pendedahan skandal NFC (projek ladang lembu suami Sharizat) dan beberapa isu lain. Dari situ Ponorogo menambat perhatian ahli PKR untuk dicalonkan sebagai ahli Parlimen Pandan pada 2013 dan menang. 
Hingga ke hari ini semua orang hairan macam mana dia boleh dapat maklumat tersebut dan menyebarkannya. Dan semua yang dia bongkar adalah kroni Najib bukan kroni Mahathir. 
Selepas berjaya menambat keyakinan penyokong PKR, beliau mengatur fasa kedua dengan Langkah Kajang untuk menyingkir Khalid Ibrahim yang setia dengan Anwar dan menaikkan Wan Azizah sebagai MB untuk dijadikan bargain cip bagi menghalang Anwar dipenjarakan kerana kes liwat. Namun misinya gagal kerana Sultan memilih Azmin. Ponorogo ajak Pakatan menyalahkan PAS kerana membantah penyingkiran secara paksa Khalid Ibrahim dan kemudian calonkan Azmin sebagai alternatif kepada Wan Azizah. Bermula dari situ Ponorogo memulakan fasa ketiga beliau untuk membuang PAS dari Pakatan. 
Mengunakan rakan tali barut dalam PAS seperti Khalid Samad, Ponorogo berjaya memecah belahkan PAS dengan menuduh Presiden PAS ingin bergabung dengan Umno. Ponorogo akhirnya berjaya memecah PAS dari dalam dan membuang PAS dari Pakatan.
Walaupun Langkah Kajang dan hasrat melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar gagal, namun cita-cita Ponorogo untuk porak-perandakan PKR baru bermula. Ketiadaan Anwar dalam PKR kerana dipenjara menyukarkan aktiviti Ponorogo kerana Kartel Azmin sangat berkuasa walaupun beliau berjaya menjadi Naib Presiden. Oleh itu Ponorogo menggerakkan fasa ke-4 dengan mewujudkan Invoke. 
Semua orang tahu, Ponorogo tidak layak bertanding untuk PRU14 kerana kes BAFIA - NFC dan beliau telah bersedia dengan mewujudkan Invoke lebih awal. Invoke satu badan NGO yang wujud tanpa restu PKR, ianya satu badan haram dalam PKR. 
Ponorogo membina tenteranya melalui Invoke. Daripada bersendirian ketika mula-mula dibawa masuk oleh Anwar, kini Ponorogo mempunyai tentera yang ramai. Dan dengan Invoke Ponorogo berjaya memperdayakan Wan Azizah dengan menunjukkan kekuatan Invoke sebagai alternatif kepada Kartel Azmin. 
Ponorogo mengambil peluang mendapatkan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam PKR. Ponorogo menyerang Kartel Azmin dengan memainkan persepsi bahawa Azmin berkomplot dengan PAS dan Umno merampas kerusi MB dari Azizah. 
Aktiviti Invoke sangat fokus untuk menarik orang muda dalam PKR untuk bersama Ponorogo. Ponorogo juga berjaya menarik pemimpin PAN dan DAP untuk bersama Invoke dengan menawarkan tajaan bagi calon-calon seperti Khalid, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain melalui projek Bina Semula Negara sempena PRU14. 
Lathefa Koya yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR mengesahkan yang Ponorogo ini tidak pernah lagi hadir Mesyuarat PKR selepas mewujudkan Invoke. 
Kebangkitan fasa 5 geng Ponorogo ini disaksikan dalam proses penamaan calon-calon PKR bagi PRU14. Di mana selepas mereka berjaya bersekutu dengan Wan Azizah dengan mengambarkan Kartel Azmin akan belot selepas PRU14, Ops cantas dimulakan. Kartel Azmin bakal dihapuskan dari senarai kerusi selamat PKR dan digantikan dengan orang-orang Ponorogo dari Invoke. Tian Chua adalah salah seorang sasaran mereka selain Azmin, Zuraida, Lathefa dan ramai lagi. Sasaran mereka jelas, mereka akan cadang pindahkan calon Kartel Azmin di kawasan luar Lembah Klang yang kurang selamat atau calon-calon ini tidak dilantik terus. Geng Ponorogo menamakan calon mereka sebagai pengganti. 
Selain menubuhkan Invoke sebagai tentera peribadi, Ponorogo juga melahirkan Invoke sebagai persiapan sekiranya strategi fasa ke-5 ini gagal atau jika PKR hancur dan berpecah selepas PRU14. Sekurang-kurangnya dengan Invoke beliau masih ada tempat untuk meneruskan aktiviti politiknya dengan pihak lain. Perpecahan dalam PKR ini memang dirancang dan bukannya secara kebetulan. 
Ponorogo adalah Giant Assassin dalam PKR dan Pakatan dalam senyap. Beliau telah "bunuh" Khalid Ibrahim, biarkan Anwar dipenjarakan, buang PAS dari Pakatan, pecahkan PAS, tundukkan Otai Reformasi kepada Mahathir dan kini sedang menghapuskan Kartel Azmin. 
Bila kita patah balik melihat sejarah Ponorogo ini bermula dalam PKR. Ianya adalah sejarah misteri. Beliau menjual nama rakannya Adlan Benar Omar atau Ben yang meninggalkan dunia pada 2008 sebagai inspirasi untuknya sertai PKR. 
Walaupun beliau berkata menyokong PKR sejak di Universiti, namun beliau lewat bersama PKR. Iaitu selepas PKR sudah berkuasa dan BN kalah teruk di Selangor pada 2008. Tidak seperti Tian Chua dan Azmin, mereka bermula ketika PKR tidak punya apa-apa. Sedangkan Ponorogo hanya bertemu Anwar dua tiga kali sudah dilantik jadi CEO, kemudian jadi MP PKR dan jadi Naib Presiden PKR. Semuanya kurang dari 5 tahun. 
Ponorogo disyaki spy Mahathir kerana beliau bekerja di Petronas ketika Mahathir Pengerusinya. Beliau masuk terlebih dahulu dalam PKR untuk hancurkan imej Anwar dengan idea Langkah kajang. Kononnya Anwar tidak akan dipenjara jika berjaya gadai Selangor pada BN bila Anwar atau Azizah jadi MB. 
Dokumen Langkah Kajang memang sengaja dibocor supaya PAS bergaduh dengan Anwar. PAS mencalonkan Azmin dan Anwar ke penjara. Kemudian Pakatan pecah dengan PAS juga berpecah. Kini PKR pula dipecahkannya selepas mengangkat Mahathir jadi calon PM walaupun Kartel Azmin menolak. 
Ponorogo sebenarnya dikatakan sudah lama bekerja untuk Mahathir. Misi Mahathir sebenarnya adalah menghapuskan semua musuh Umno-BN dari dalam tulang rusuk musuhnya sendiri. Sebab itu dia hantar Ponorogo dahulu dan kemudian selepas fasa kedua berjaya memisahkan PAS dari Pakatan, barulah Mahathir keluar Umno tubuh PPBM tapi tidak bersama PKR, manakala Rafizi tubuh Invoke juga di luar PKR. 
Mahathir jika masuk PKR tidak akan jadi Presiden sebab Wan Azizah ada, nak jadi Ketua Umum pun tidak boleh sebab Anwar masih hidup walaupun dipenjara. Lagipun PKR ditubuhkan kerana Anwar dipecat oleh Mahathir. 
Oleh itu Mahathir perlukan satu jawatan besar untuk memposisikan dirinya lebih tinggi atau sebaris Presiden parti-parti komponen Pakatan. Jadi menubuhkan PPBM dan jadi Penasihat adalah laluan paling mudah. Walaupun PPBM adalah parti yang sangat rapuh, tapi cukup untuk Mahathir berpijak untuk merebut jawatan Pengerusi PH dan calon PM.
PPBM sengaja dibiarkan digantung oleh ROS atas sebab strategi. Pertama, ingin tarik simpati rakyat pada Mahathir yang kononnya dibuli Najib. Kedua, sebagai alasan untuk menggunakan bendera PKR tanpa perlu jadi ahli PKR. Ini sudah dirancang awal sebab majoriti penyokong PH lebih percaya PKR dari Mahathir. Ini adalah taktik untuk kelirukan penyokong PKR dan PH. Sekali gus menukar objektif PKR heret Mahathir dan Najib ke mahkamah kepada heret Najib sahaja. 
Mahathir tawan PKR dengan cara ini dan DAP serta PAN jadi bodoh, mengikut di belakang tanpa soal jawab. Memang Mahathir tak suka Najib, tapi dia lebih risau Anwar dan Pakatan yang berjaya tewaskan undi popular kepada BN pada 2013. 
Jika dia tak masuk sekarang dan PH menang PRU14, dia juga akan dibicarakan. Sekarang, sama ada PH atau BN menang, dia akan selamat kerana BN belum cukup berani heret beliau ke mahkamah lantaran orang-orang BN ramai yang terlibat sama dengan penyelewengan Mahathir. 
Ini cara paling mudah untuk beliau tewaskan Pakatan dengan strategi Trojan Horse. Selepas hantar Rafizi, Mahathir pula masuk untuk total disaster ke atas musuh-musuh politiknya. 
Perasan tak Mahathir tidak pernah serang BN secara keterlaluan sepanjang bersama Pakatan, beliau hanya serang Najib. Sama ada Pakatan menang atau BN menang, Mahathir boleh balik kepada Umno BN pada bila-bila masa. Ketika itu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada semua pakatan pembangkang yang selama ini menjadi saingan kuat BN. 
Semua orang PH kata ini semua adalah idea gila. Mustahil Mahathir balik ke Umno. Tengok Anwar kata mereka, dari dulu hingga kini masih dengan pembangkang. 
Hei! Jangan lupa, sepanjang Anwar dalam Pakatan, masanya banyak dihabiskan di penjara. Anwar lawan Mahathir, Anwar masuk penjara. Mahathir lawan Najib, Anwar juga kena penjara. Banyak projek politik Anwar terbengkalai kerana asyik dipenjarakan.
Jika dulu Pakatan kata mustahil Mahathir bersama Anwar dan DAP, kini yang mustahil itu sudah tidak mustahil. Mahathir juga sudah beberapa kali keluar masuk Umno. 
Dia lawan Tunku Abd Rahman dan keluar Umno, kemudian masuk balik. Dia lawan Pak Lah, Keluar Umno kemudian masuk balik. Kini lawan Najib, keluar Umno, tunggulah dia masuk balik. 
Jika Najib setuju kembalikan projek kroni beliau atau Najib berjaya dijatuhkan, Mahathir akan kembali memeluk Umno-BN. Dari Umno dia datang, kepada Umno dia akan kembali. 
Ponorogo adalah buah catur Mahathir. Azmin dan Tian Chua adalah penghalang mereka dalam PKR. DAP dan PAN bersedialah. Satu persatu musuh Mahathir dalam Pakatan akan dimusnahkan. 
Saya kesian tengok rakan-rakan lama dan Reformis dalam PKR sekarang. Suara mereka semakin terpinggir. Wan Azizah sebagai Presiden sangat lemah. Jika orang seperti Azmin dan Tian Chua tiada, sudah lama PKR bungkus. Wan Azizah hanya fokus untuk membebaskan Anwar. Manakala urusan politik PKR dibiarkan bergoncang. Wan Azizah sanggup gadai apa sahaja termasuk partinya untuk bebaskan Anwar. 
Diharapkan rakan-rakan PKR yang benar-benar berjuang untuk rakyat menyokong PAS selepas ini. Jika PKR menang di Selangor, krisis perlantikan Menteri Besar baru akan lebih buruk keadaannya berbanding sebelum ini. Ini tidak akan menguntungkan rakyat kerana pemimpin PKR bergaduh sesama sendiri. 
HERMAN SAMSUDEEN
Bangsar South
23 April 2018 - HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018 

Berjayakah Malaysian Malaysia DAP hapus Bumiputera?

(1)     “KEMPEN untuk satu Malaysian Malaysia baru sahaja bermula. Negara Malaysia baru kita semua mahu ialah negara di mana ada kesaksamaan dan keadilan untuk semua kaum dan kelas, di mana tidak ada warganegara-warganegara Malaysia kelas pertama dan kelas kedua dengan memisahkan mereka kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera’” 
(Surat terbuka dan Jemputan kepada penduduk Sungei Way dari Lim Kit Siang pada 7 Januari 1969)  
(2)     “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada perbezaan di antara ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera’” 
(Ucapan Lim Kit Siang di Dato Kramat, Pulau Pinang, pada 25 Januari 1969)
(3)     “DAP sentiasa mendesak supaya Regimen Melayu dibubarkan”
(Kenyataan Lim Kit Siang pada 18 April 1969) 
(4)     “Kita mahu Cina, Inggeris dan Tamil menjadi bahasa-bahasa rasmi, supaya mereka boleh digunakan dalam ucapan-ucapan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, surat-menyurat kerajaan, notis-notis awam, dan lain-lain. Kita mahu Perikatan berhenti memisahkan rakyat kepada ‘Bumiputera’ kelas pertama dan ‘bukan-Bumiputera’ kelas kedua” 

(Surat terbuka kepada pengundi Melaka dari Lim Kit Siang pada 7 Mei 1969)
(5)     “Kita di dalam DAP menentang kuasa politik berada dalam tangan orang-orang Melayu” 

(Ucapan Lim Kit Siang di Suleiman Court, Kuala Lumpur, pada 7 Mei 1969)
(6)     “Kesetiaan seseorang Warganegara Malaysia tidak boleh dan tidak mesti disamakan dengan kepetahannya di dalam Bahasa Malaysia” 
(Ucapan Lim Kit Siang di Ipoh, Perak, pada 18 Ogos 1973)
(7)     “DAP telah lebih dari sekali mengisytiharkan kesediaan kita untuk menghadiri satu sidang meja-bulat semua parti politik serta persatuan dan pertubuhan Cina, termasuk Tung Chung dan Chiau Chung, untuk membincangkan sama ada adalah mungkin untuk mencapai satu program tindakan bersama untuk mempertahan, melindungi dan mempromosi hak-hak dan kepentingan-kepentingan sah orang-orang Cina dalam perlembagaan, politik, ekonomi, pelajaran, sosial dan kebudayaan”
(Ucapan Lim Kit Siang di Grisek, Johor, pada 17 Ogos 1981) 
(8)     “Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Islam agama rasmi dan kebangsaan, dalam cara sama Bahasa Melayu diisytiharkan bahasa rasmi dan kebangsaan”
(Ucapan Lim Kit Siang di Melaka pada 23 September 1985) 
(9)     “Pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera, yang telah diinstitusikan, adalah penyebab terbesar perpecahan dalam negara”
(Ucapan Lim Kit Siang di Universiti Sains Malaysia pada 22 Januari 1986)  
(10)     “Saya dengan ini mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan” 

(Ucapan Lim Kit Siang di Selangor Chinese Assembly Hall pada 10 September 1995)
(11)     “DAP mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan segera” 
(Ucapan Lim Kit Siang di Bintulu pada 15 September 1995 dan di Bagan pada 20 September 1995)  
(12)     “Kita mesti mengharamkan semua parti politik yang mendiskriminasi sesama rakyat Malaysia dengan membataskan ahli-ahli mereka kepada satu kaum atau satu agama” 
(Ucapan Lim Guan Eng di Pemukiman Pemimpin DAP Negeri Perak pada 1 Mei 2005)
(13)     “Perlembagaan Merdeka 1957 mendiskriminasi rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera, yang memisahkan rakyat Malaysia kepada warganegara-warganegara kelas pertama dan kelas kedua” 

(Ucapan Lim Guan Eng di Makan Malam Ulangtahun ke-40 Cawangan Batu 14 DAP Puchong pada 10 Disember 2006) 
(14)     “Bagaimana boleh kita bentuk semangat untuk satu negara yang diikat oleh satu legasi bersama bila rakyat Malaysia dipisahkan kepada warganegara-warganegara Bumiputera dan bukan-Bumiputera kelas pertama dan kelas kedua
(Kenyataan Lim Guan Eng pada 29 Ogos 2007)  
(15)     “Akhirnya, mustahak untuk saya kemukakan tiga ciri perjuangan politik saya dalam 52 tahun ini. Pertama, bahawa ini kerana impian Malaysia untuk mewujudkan satu negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, bahawa DAP berjuang untuk semua rakyat, tidak mengira kaum. Ketiga, mereka yang sokong DAP bukan sokong Chinese Malaysia atau Indian Malaysia, tapi mahu menyokong satu “Malaysian Malaysia
(Ucapan membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas oleh Lim Kit Siang pada 15 Mac 2018)
Will this persistent Malaysian Malaysia struggle of Lim Kit Siang and Lim Guan Eng to abolish Bumiputra etc eventually succeed? 
(1)     “The campaign for a Malaysian Malaysia has just started. The new Malaysian nation we all want is one where there is equality and justice for all races and classes, where there is no first-class or and second-class Malaysian citizens by dividing them into ‘Bumiputras’ and ‘non-Bumiputras’”
(An Open Letter and Invitation to the people of Sungei Way, Mr. Lim Kit Siang, 7 January 1969)
(2)     “We will continue to press for racial equality, where all citizens are equal, where there is no distinction between ‘Bumiputras’ and ‘non-Bumiputras’”
(Speech by DAP Organising Secretary, Mr. Lim Kit Siang, at a DAP Public Rally at Dato Kramat, Penang, on Saturday, 25 January 1969 at 8p.m.
(3)     “The DAP had always called for the dissolution of the Malay Regiment
(Statement by DAP Organising Secretary and Parliamentary Candidate for Bandar Melaka, Mr. Lim Kit Siang, on 18 April 1969) 
(4)     “We want Chinese, English and Tamil to become official languages, so that they could be used in Parliamentary and State Assembly speeches, government correspondence, public notices, etc. We want the Alliance to stop dividing the people into first-class Bumiputras and second-class non-Bumiputras.” 
(An Open Letter to the Voters of Malacca by Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Candidate for Bandar Melaka, 7 May 1969) 
(5)      “We in the DAP oppose political power to be in the hands of the Malays
(Speech by DAP Organising Secretary and Parliamentary Candidate for Bandar Melaka, Mr. Lim Kit Siang, at a mammoth DAP public rally at Suleiman Court, Kuala Lumpur on Wednesday, 7 May 1969) 
(6)     “The loyalty of a Malaysian citizen cannot and must not be equated with his fluency of Bahasa Malaysia” 
(Speech by Opposition Leader, DAP Secretary-General and Member of Parliament of Bandar Melaka, Mr.Lim Kit Siang, at the meeting of Perak DAP State officials, branch leaders at Perak Branch in Ipoh, Perak on Sunday, 18 August 1973 at 10.30a.m.)
(7)     “The DAP has more than once declared our preparedness to attend a round-table conference of all political parties and Chinese associations and organizations, 
including Tung Chung and Chiau Chung, to discuss whether it is possible to reach a minimum common action programme to defend, protect and promote the legitimate Constitutional, political, economic, educational, social and cultural rights and interests of Malaysian Chinese” 
(Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for Petaling, Lim Kit Siang, at the Grisek DAP Branch Dinner to celebrate the Party’s 15th Anniversary at Grisek, Johore on Monday, 17 August 1981 at 8p.m.) 
(8)     “The Malaysian Constitution does not make Islam the official and national religion, in the same way that the Malay Language is declared the official and national language
(Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary- General and MP for Kota Melaka, Lim Kit Siang, at the DAP Malacca Ceramah held at Meng Seng Charitable Association on Monday, 23 September 1985 at 9 p.m.) 
(9)     “The division of Malaysians into Bumiputeras and non-Bumiputeras, which has become institutionalised, is the greatest cause of national disunity in the country
(Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for Kota Melaka, Lim Kit Siang, at the Debat Perdana organised by Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) at the Dewan Tuanku Syed Putra, USM on ‘Malaysia Di-Persimpangan Jalan: Ke Arah Mana? on Wednesday, 22 January 1986 at 8.30 p.m.) 
(10)     “I would therefore call for the abolition of the division of Malaysians into Bumiputeras and non-Bumiputeras” 
(Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretery-General and MP for Tanjong , Lim Kit Siang, at The closing of the Seminar on “Civil Society and the State” organised Chinese Resources Centre at the Selangor Chinese Assembly Hall on Sunday, 10 September 1995 at 5.20 p.m.) 
(11)     “DAP calls for the immediate abolition of the division of Malaysians into Bumiputeras and non-Bumiputeras” 
(Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for Tanjong, Lim Kit Siang, at the Bintulu DAP Branch August-Moon Dinner in Bintulu on Friday, 15 September 1995 at 8.00 p.m.; and Speech by Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for Tanjong, Lim Kit Siang, at the DAP Bagan by-election victory dinner held in Bagan on Wednesday, 20 September 1995 at 8.00 p.m.) 
(12)     “We should ban all political parties that discriminate amongst Malaysians by limiting their members to one race or one religion” 
(Opening Speech - During The Perak DAP State Leadership Retreat by Lim Guan Eng, DAP Secretary-General, 1 May 2005)  
(13)     “The 1957 Merdeka Constitution did discriminate Malaysians into bumis and non-bumis, which effectively divided Malaysians into first and second-class citizens
(Speech during the DAP Puchong 14 miles Branch 40th Anniversary Dinner by Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP, 10 December 2006) 
(14)     “How can we forge the passion for one nation bonded by one common legacy when Malaysians are artificially divided into first and second-class citizens of Bumis and non-Bumis?” 
(Press Statement by Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP, 29 August 2007) 
(15)     “Akhirnya, mustahak untuk saya kemukakan tiga ciri perjuangan politik saya dalam 52 tahun ini. Pertama, bahawa ini kerana impian Malaysia untuk mewujudkan satu negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, bahawa DAP berjuang untuk semua rakyat, tidak mengira kaum. Ketiga, mereka yang sokong DAP bukan sokong Chinese Malaysia atau Indian Malaysia, tapi mahu menyokong satu “Malaysian Malaysia
(Speech by Lim Kit Siang, Parliament, 15 March 2018) - HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018 














































PRU14: Nazri Aziz dalam situasi mencabar

TANGGAL 24 April 2018 menyaksikan senarai lengkap calon-calon BN bagi Parlimen dan Dun Perak. Sebagaimana dijangka, Dato’ Seri Nazri Aziz terus mempertahankan Parlimen Padang Rengas buat kali kelima. 
Dato’ Seri Nazri Aziz yang terkenal dengan karakter keras dan berterus-terang itu sering muncul di media dengan ayat-ayat pedas. Bukan setakat musuh BN yang diserangnya bahkan tokoh tertentu daripada parti komponen BN juga turut menjadi mangsa. Kita semua tahu isu beliau dengan MCA sebelum ini ‘berakhir’ tanpa sebarang ucapan maaf. 
Dato’ Seri Nazri Aziz adalah pemimpin senior BN. Beliau menduduki kerusi Parlimen Padang Rengas (dahulunya Chenderoh) sejak PRU tahun 1995. Ini bermakna beliau sudah berada di kerusi tersebut untuk tempoh 23 tahun. Bagi FTV (first time voters) Parlimen Padang Rengas yang berumur 23 tahun, mereka lahir dan membesar dalam dakapan Dato’ Seri Nazri Aziz. 
Selama tempoh 23 tahun itu, undi tertinggi yang beliau peroleh ialah pada PRU tahun 1995 (16,983 undi). Manakala undi terendah ialah pada PRU tahun 2004 (9,214 undi). Namun jika dilihat berdasarkan undi majoriti yang beliau perolehi, analisisnya lebih menarik. 
Di sana wujud trend yang ketara bagi setiap dua PRU. Iaitu trend menaik dan menurun secara konsisten. 
Pada penampilan sulung beliau pada PRU tahun 1995, beliau mendapat undi majoriti tertinggi. Namun pada PRU seterusnya tahun 1999, undi majoriti beliau menurun sebanyak 66% (menjadi 3,990 undi). 
Pada PRU tahun 2004, undi majoriti beliau meningkat semula (menjadi 5,563 undi). Namun pada PRU seterusnya tahun 2008, undi majoriti beliau menurun sebanyak 69% (menjadi 1,749 undi). 
Pada PRU tahun 2013, undi majoriti beliau meningkat semula (menjadi 2,230 undi). Jika trend yang sama berlaku, PRU tahun ini bakal menyaksikan undi majoriti beliau kembali menurun. Situasi terkini menunjukkan kebarangkalian trend menurun hampir pasti berlaku. 
Krisis beliau dengan MCA sejak PRU ke-13 bakal mengurangkan undi Cina. Krisis beliau dengan Tun Mahathir bakal mengurangkan undi Melayu. Akta GST yang turut disokong oleh beliau selaku ahli Parlimen BN bakal mengurangkan undi Melayu, Cina dan India. 
Kajian Lajnah Penyelidikan PAS Perak (LPPk) menunjukkan 71% daripada pengundi Umno Parlimen Padang Rengas setuju GST menambah beban kos sara hidup. Jika pengundi Umno sendiri merungut tentang GST, bayangkanlah apa yang bakal berlaku. 
Berdasarkan kajian LPPk sekurang-kurangnya 6% pengundi Umno Parlimen Padang Rengas sedia untuk memberi undi kepada PAS dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU ke-14. 
Jika undi majoriti Dato’ Seri Nazri Aziz pasti merudum, berapakah pula peratusnya? Penurunan sebelum ini ialah sebanyak 66% dan 69%. Jika ia kekal, undi majoriti beliau pada PRU ke-14 ialah sekitar 700 undi sahaja. 
Jika Umno BN berniat menggunakan wang sebagai gula-gula kepada pengundi, ditakuti ia bakal berubah menjadi gula-gula getah. Diludah keluar selepas habis manisnya. Kajian LPPk menunjukkan 83% daripada pengundi Melayu Parlimen Padang Rengas yang menerima BR1M mengakui BR1M tidak dapat membantu menampung kos barang harian yang semakin mahal. 
Sekiranya PAS berjaya membuat kejutan, Dato’ Seri Nazri Aziz bakal kecundang di Parlimen Padang Rengas. Dengan meletakkan doktor perubatan homeopati sebagai calon, Dr Azalan daripada PAS berpeluang merampas kerusi Parlimen Padang Rengas daripada beliau. 
Benarlah bak kata Dato’ Seri Nazri Aziz yang dipetik oleh akhbar Berita Harian (20/2/2018) bahawa pertembungan pada PRU ke-14 ialah antara PAS dan Umno BN. Jika Pakatan Harapan yang diwakili oleh PKR bercita-cita ingin merampas Parlimen Padang Rengas, kajian LPPk menunjukkan sokongan pengundi Parlimen Padang Rengas terhadap parti-parti komponen PH sekitar 0.2% hingga 2.7% sahaja. - HARAKAHDAILY 24/4/2018 
Penulis ialah Ketua Lajnah Penyelidikan PAS Perak
Sumber HD - 24-4-2018 


Siapa Yang “Dipersetankan” oleh Azmin? Parti PAN atau Rafizi? (Flashback)
Posted on Tuesday, April 24 @ 09:44:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39345



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, meminta rakyat negeri itu agar '

mempersetankan' pihak yang mengadu domba mengenai kestabilan politik di Selangor.

Malah, Azmin yang juga timbalan presiden PKR memberi jaminan, pentadbiran kerajaan 

negeri akan kekal stabil dan utuh demi kesejahteraan rakyat Selangor.

"Kita persetankan yang mabuk mencari publisti dan populariti murahan.

"Mana-mana pihak temasuk individu atau kumpulan yang cuba mengkhianati amanah ini 

akan kita perangi habis-habisan.

"Kita akan terus fokus untuk menggalas amanah ini, demi memberi perkhidmatan terbaik," 

kata Azmin ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017 di Shah Alam, hari ini.

Kenyataan Azmin Ali adalah ekoran daripada saranan Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni 

Munir Mohd Ithnin, yang menyaranan exco PAS diketepikan segera daripada Selangor dan meengantikan exco daripada PAN.

Ini bukan kali pertama Azmin MEMPERSETAKAN pati PAN kerana menganggu gugat 

kerajaan Selangor kerana tamakkan jawatan Exco.

November 2015 selepas krisis Selangor PAN cuba ambil kesempatan. Malaysiakini membuat laporan pada 12 November 2015, ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) hanya 
 dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini lapor 
Malaysiakini.

Selain Anuar, turut hadir ialah Pengarah Strategi PAN, Dr Dzulkefly Ahmad dan pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.



Mengikut sumber pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah 

Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Desakan itu dibuat kerana setakat ini Selangor belum mengisytiharkan negeri itu ditadbir oleh gagasan Pakatan Harapan walaupun Pakatan Rakyat yang ditubuhkan dengan PAS diumumkan telah berkubur.

Apa reaksi Azmin Ali kepada tuntutan PAN... dia juga PERSETAKAN parti PAN. Tapi 

semasa itu bahasa Azmin lembut sikit, pasal itu dia tegur lebai PAS guna bahasa kasar. Dia 
tak apa....

Mengikut sumber Azmin bukan sahaja persetankan parti PAN, dia juga PERSETAKN Rafizi 

and dengan Geng yang kini menjadi MASALAH kepada hubungan PAS-PKR. Menurut 
Azmin dalam mesyuarat tertutup PKR sebelum Konvesyen PKR di Pulau Pinang PKR mesti 
ada hubungan dengan PAS walaupun tahaluf dibatalkan oleh PAS. Perkara ini disokong oleh 

Tian Chua dan beberapa orang yang sependapat dengan Azmin.

Malangnya Azmin melihat ada geng (Rafizi) yang cuba mesabotaj keputusan mesyuarat berkenaan. ITU dipersetakankan dengan istilah MABUK PUBLISITI.

Kenapa Azmin Pertahankan PAS??

Azmin adalah MB yang mempunyai bilangan sokongan yang terbanyak iaitu 13 daripada PAS, 5 daripada yang menolak SD dan 12 daripada UMNO. Tidak wujud sokongan daripada PKR 

dan DAP. Sultan Selangor lantik beliau atas dasar kelebihan sokongan ini. Itu sebab PKR dan Anwar Ibrahim terpaksa tukar strategi dalam isu Azmin sebagai MB walaupun sebelum 
giler-giler mahukan Wan Azizah hingga nak buat demo di Istana.

Mari kita imbau kembali SEJARAH AZMIN Jadi MB Selangor daripada Nordin Ali.

Wujud krisis yang besar dalam PKR. Team Azmin lawan Team TS Khalid. TSKI 

menunjukkan kuasanya sehingga Saifudin Nasution (Setiausaha masa itu) yang dihantar 
untuk pantau kerajaan Selangor dibekukan di bilik tingkat 4 Pejabat Kerajaan Negeri.

Rafizi, ni pakar strategi PKR mencadangkan langkah Kajang untuk menyelesaiakan masalah

 ini dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang. Langkah Kajang tanpa perbincangan dengan Pakatan Rakyat (PR). Rafizi mengunakan AIR MATA untuk menipu kononnya 
Selangor akan jatuh jika Team Mahathir akan menguasai UMNO menjatuhkan team Najib.

Maka menangislah penyokong PAKATAN RAKYAT masa itu bersama Rafizi bimbing Tun mahathir akan merampas Selangor... Sekarang Rafizi dan Penyokong PAKATAN HARAPAN 

dah 'sembah' Mahathir. Mahathir sudah suci.
 
Mereka cuba panggil Presiden PAS untuk maklumkan perkara ini, tapi Abdul Hadi sibuk dan 

atas desakan itu Cikgu Pa dan Dr Samsuri dihantar. Semasa pertemuan tersebut Anwar memaklumkan dia akan ambil alih jadi MB Selangor untuk Langkah Kajang. Wakil PAS tak setuju. Mereka cakap Husam Musa dah setuju (Rupanya mereka dah bincang dengan Husam lebih terdahulu... maklumlah bakal Timbalan Perdana Menteri bila PR boleh tawan 
Putrajaya)

PAS tanya adakah DAP tahu? (esok nak umum perletakan jawatan Lee Chin Cheh iaitu pada 

27 Januari 2014). Mereka berbohong kononnya DAP tahu. Tapi sebenarnya mereka tak 
maklum pun kepada DAP. PKR tahu politik DAP akan mengiyakan apa PKR buat kerana 
DAP memang suka mengambil kesempatan. Tak hairan PAS sentiasa tersempit pendapat 
antara DAP dan PKR. Mana memang 2-1.

Sehari selepas langkah Kajang Lim Guan Eng membuat kenyataan (28 Januari 2014)

"I was not told about the developments in Selangor about the resignation or the Menteri Besar’s post.

"It is best for Anwar to answer. It is not right for me to talk or give views. My feelings on this matter are not important," he told a press conference in Penang.
PAS buat keputusan untuk akur dengan Langkah Kajang tetapi siapa MB Selangor akan 
dibincang kemudian.

Anwar tak puas hati. Timbul cakap.. "Apalah aku nak jadi PM pun tak setuju, aku nak jadi 

MB depa pun tak setuju."

Tiba-tiba Anwar tak boleh bertanding pasal kes liwat II. PKR membuat keputusan Wan 

Azizah jadi calon dan MB Selangor jika menang PRK Kajang. Semasa itu dah wujud 
kumpulan dalam PKR nak Azmin jadi MB Selangor. Tapi Azmin cerdik dia tak tunjuk 
gerak geri yang mecurigakan.

TSKI cool aje dalam permainan politik PKR, malah dia jadi pengarah pilihan raya kecil 

Kajang.

PAS kekal dengan keputusan soal MB Selangor akan bincang selepas PRK Kajang.

Rakyat dimomok kononnya langkah Kajang adalah strategi tawan Putrajaya dan menjatuhkan UMNO. Bila sebut nak tawan Putrajaya nak jatuhkan UMNO terutama Najib... ooi rakyat seronok.. semuanya dah jadi betul. Maklumat lain palsu. Apatah lagi Rafizi jual air mata 

dalam forum. makin percayalah rakyat ini satu-satu strategi nak jatuhkan UMNO. PAS juga 
 jadi mangsa.


Biasalah yang bohong akan terbongkar, Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, 'Langkah Kajang' yang dicipta Rafizi pada asalnya bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, matlamat 'Langkah Kajang' kini telah jauh tersasar sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi PKR.

"Rafizi ingin merealisasikan 'Langkah Kajang' di dalam pemilihan parti bagi menggantikan 

Abdul Khalid dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

"Kita di peringkat akar umbi kesal dan kecewa dengan usaha mendesak Abdul Khalid meletak jawatan. Sepatutnya 'Langkah Kajang' tidak berlaku demikian," katanya ketika dalam sidang media pada 7 Julai 2014.


Sultan Selangor panggil Presiden PAS secara persendirian dan menawarkan MB Selangor 

kepada PAS. PAS kata mereka terikat dengan Pakatan Rakyat dan cadangan untuk Wan 
Azizah jadi MB. Sultan tak setuju Wan Azizah, antara isunya wanita.

Abdul Hadi maklum kepada PKR tentang perkara ini, tetapi PKR masih berkeras nak Wan 

Azizah jadi MB. PAS juga tak berstuju dengan Wan Azizah dan memberikan alternatif 
kepada Azmin Ali. Tapi PKR tak setuju. Akhir keputusan jadi tergantung. Manakala dalam 
PKR makin bergolak antara team Wan Azizah, Team Azmin dan Team Khalid Ibrahim.

TSKI ambil kesempatan tak nak letak jawatan dan dia mengatakan dia ada majoriti dalam Kerajaan Selangor. Masa itu ada 5 Adun PKR sokong TSKI termasuk Elizabeth Wong. 



TSKI pecat exco PKR dan DAP kerana tak sokong mereka. PAS ambil sikap menyelamatkan kerajaan Selangor daripada dibubar dengan menyokong TSKI. Tindakan dikecam oleh PR dan rakyat pada umumnya yang tak faham situasi.


PKR ambil langkah memaksa Adunnya menanda tangani perjanjian Akuan Sumpah (SD). 

TSKI keseorangan. Dengan Sokongan PAS dan UMNO, TSKI masih kekal sebagai MB 
Selangor. (PAS 15, UMNO 12 dan dia Bebas 1). Kedudukan 28-28 memberikan TSKI kekal sebagai MB.

PAS mendapat kecaman makin kuat dan tekanan makin besar.

PKR Cuba Beli ADUN PAS


PKR telah membuat tawaran kepada beberapa Adun PAS, maklumat ini bocor kepada 

Presiden PAS yang pada masa itu banyak berada di Rusila. Tak sempat untuk menyuarat PAS Pusat (2 hari sebelum mesyuarat) 2 Adun PAS telah bersama PKR dan DAP tandatangan 
Akuan Sumpah. Kedudukan telah menjadi 30-26.
 
Pengkhinatan 2 Adun PAS Saari Sungip, Adun Hulu Kelang dan Hasnul Baharudin Adun 

Morib membuka lipatan sejarah pengkhiatan kumpulan yang dinamakan IRC/JIM dalam PAS. Selepas JIM berpecah maka timbul pula IKRAM yang mewarisi pengkhianatan dalam Jamaah Islam PAS.

Doa Ustaz Harun Tain dalam Muktamar yang meminta Allah menyelamatkan PAS daripada musuh luar dan dalam PAS menjadi viral. Malah veteran PAS, Subky Latif juga membuat 

posting berkenaan isu ini.


Sudah menjadi kebiasaan musuh dan pengkhianat PAS akan disanjung oleh DAP. DAP sebenarnya sudah lama tidak senang dengan PAS kerana DAP memang musuh Islam yang 

dibawa oleh PAS.

TSKI sangat 'smart' dalam hal ini, bila dia tahu dia tidak lagi cukup majoriti dalam kerajaan Selangor dia mengatakan akan melepas jawatan dan proses pengundurannya akan dibuat. 

Ramai buat tuduhan Dun akan dibubar, tetapi TSKI mengambil jalan yang baik untuk PR. 
Dia tidak rosakkan Selangor dengan Pilihanraya kecil, malah dia kekal Selangor kepada 
Pakatan Rakyat.

PKR dapat sokongan 30 Adun, Tapi Sultan Masih Tak Nak Wan Azizah

Bila SD ada 30 tetapi Sultan masih tak mahu Wan Azizah jadi MB. PKR masih berkeras 

sehingga ada yang nak menggunakan saluran perundangan.

Anwar ke Kuala Terengganu untuk jumpa Presiden PAS dan memaksa Presiden PAS 

menerima Wan Azizah Jadi MB. Abdul Hadi tetap dengan kaedah Islam dan mencadangkan Azmin tetapi PKR tak setuju.

Ini membuatkan Abdul Hadi marahkan Anwar "Semuanya berpunca daripada enta, enta 

masih tak serik setelah di penjara". Anwar 'tension' terus pulang dan gambar rambutnya 
yang tak terurus selepas pertemuan tersebut menjadi viral.
 
Dalam krisis ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyembelahi Presiden PAS sehingga 

keluar daripada mulut beliau "PKR ni anak manja".

Sultan minta semua parti menghantar cadangan nama. PAS kemuka nama MB semuanya 

adalah PKR walaupun sultan berharap PAS mengemukan tokohnya. Tapi media dengan 
sokongan pimpinan dalam PAS memainkan isu kononnya PAS (Presiden) kemukakan 3 
nama daripada PAS bertujuan untuk menyerang peribadi Presiden PAS. Allah Maha Kaya, manusia yang manipulasi isu dan keadaan ini akhirnya tercicir yang kini dikenali parti PAN. Rasanya tak perlu saya sebut namanya satu persatu anda mungkin dah boleh mengenalinya.

5 ADUN PKR, DAP Tarik SD

Tiba-tiba 5 Adun yang sokong Wan Azizah menarik akuan sumpah mengatakan akuan 

sumpah itu paksaan. Mereka ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi 
Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) 
dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).



Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves)

Bila Sultan panggil Wan Azizah, Azmin dan Iskandar Samad. Macam sebelum ini Iskandar menyatakan pendirian PAS yang mahukan Azmin jadi MB.

Wan Azizah pula hanya ada 25 sokongan termasuk 2 yang di curi daripada PAS.

Azmin telah disokong oleh 5 yang tarik SD, 13 daripada PAS dan UMNO ambil kesempatan sokong Azmi. TSKI berkecuali mungkin perang dengan Azmin masih belum reda.


Kini Azmin ada 31 termasuk dirinya sendiri.

Kesimpulannya AZMIN adalah MB sokongan PAS dan UMNO bukan PAKATAN RAKYAT.

Kerana itu Azmin lantik timbalan speaker daripada PAS walaupun DAP tak setuju. Azmin 

juga selalu sebut Selangor tak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Malah dia kata PAKATAN HARAPAN dan Selangor berbeza.

Hanya geng AMANAH (PAN) sahaja bodoh dalam hal ini.

Itu sebab saya rasa bodoh Husam dalam hal ini bila dia kata Abdul Hadi nak buat UG 

dengan UMNO dan beberapa orang PKR. MEMANG DAH BUAT PUN. Adakah itu UG??

Mereka sebenarnya memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat untuk kepetingannya. 

Husam sudah termakan dengan janji Anwar sehingga sanggup rosakkan parti sendiri dan membelakangi Tok Guru Nik Aziz.

PAS banyak tercalar, rosak dan hampir musnah kerana LANGKAH KAJANG. Tapi sifat 

Jamaah Islam yang 'nawaitul'nya masih memperjuangkan Islam PAS terselamat daripada 
bencana berlaku malah Allah membersihkan PAS daripada anasir perosak dalaman IKRAM/
IRC dan juga pimpinan yang mengkhinati perjuangan menengakkan Islam kerana ter'mabuk' Putrajaya.

Itulah sejarah panjang bagaimana PAS tetap mepertahankan prinsip perjuangannya walaupun fitnah betubi-tubi. Akhirnya pembaca boleh lihat siapa yang benar siapa pengkhinat....


Sumber TKO - 24-4-2018


Budaya Pengundi Malaysia
Posted on Tuesday, April 24 @ 17:05:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39350




Pertama kita mesti akur bahawa negara kita adalah masyarakat majmuk yg terdiri drpd 
beberapa kaum. Melayu, Cina, India dan bumiputra Borneo.

Komposisi kaum dan pegangan agama memainkan peranan dalam menjalani 
kahidupan dan bermasyarakat.



Seorang pengundi dalam negara kita meletakkan 3 kriteria penting dalam penilaian mereka 
ketika membuang undi mengikut hieraki.

1. Kepentingan Agama
2. Kepentingan Bangsa
3. Kelayakkan berkerja

Berbanding negara maju yg lebih2 lg non muslim tidak menjadi agama sebagai panduan 
hidup, penilaian ini adalah zero... begitu juga perihal bangsa. negara maju seperti UK, Japan, Turki, Perancis, German, Spain ,  Russia mahupun negara2 membangun yg lain mereka 
adalah satu bangsa.. negara mereka tidak majmuk dan komposisi bangsa majoriti melebihi 
90% populasi.. sekali lg kepentingan bangsa  tidak menjd kekangan kerana yg menjd ketua 
mereka nanti tetap bangsa mereka.

So, negara maju yg sebangsa amat mudah membuat penilaian diatas kriteria siapa yg paling
 layak mentadbir dan mengurus kerana kekangan agama dan bangsa tidak lagi menjd masalah kepada mereka. Adalah tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan negara2 
maju tersebut.

Rata2 kita org Islam melihat kepada pencapaian skop dunia dan akhirat apabila membuang 
undi. 

Islam memimpin bukan terpimpin.

YaAllahMenangkanPas.
Wallahua'lam.

Sumber TKO - 24-4-2018


Jika Mat Saad Bertanding Lagi.....
Posted on Tuesday, April 24 @ 07:04:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39336



Benarlah Mat Saad itu bekas wakil rakyat. Benarlah sedikit sebanyak ada jasanya kepada 

pengundi. Mungkin Mat Saad buat projek pembangunan di kampungnya. Mungkin Mat Saad 
beri jersey bola dan pelbagai sumbangan untuk pemudanya. Mat Saad ada jasa yang sukar 
dilupa.
Saudara-saudari yang ada akal budi,

Jasa Mat Saad kena ingat. Kerosakan bawaan Mat Saad dan partinya juga kena mahu ingat. 
Tak kan kerana dapat jersey bola, lupa hutang PTPTN yang entah bila dapat dilangsaikan. 
Tak kan kerana ada sebuah padang bola di kampung , lupa kos yang bertambah untuk mengisi minyak kapcai.

Tak kan kerana Mat Saad pernah beri projek jalan di kampung kita, kita lupa harga kenderaan 
tidak diturunkan seperti yang dijanjikan oleh partinya. Tak kan kerana dia belanja kita makan, 
kita lupa harga barang naik mencancang.

Tak kan kerana Mat Saad bawa simbol dacing baghdad, kita lupa nak perhati anak-beranak 
yang menganggur tak ada kerja. Yang berijazah pun terpaksa kerja di kedai kaki lima. Pekerja import Bangla, Indon, Nepal, Myanmar dan China mudah  dapat kerja. Ramai mana pula 
diberi IC percuma. Tunggulah masanya, anak cucu kita berkongsi tanah air ini dengan mereka.

Mat Saad buat zoo, habis beratus juta duit rakyat duit kita, kena ambil kira. Itu keborosan. Duit sebanyak itu sepatutnya rakyat Terengganu dapat biasiswa percuma. Terbengkalainya Taman 
Ilmu yang kosnya lingkungan RM300 juta, bukankah macam bakar duit rakyat? Projek 
mercutanda di Kemaman, bukankah lebih kepada anugerah projek untuk kroni. Kita dapat 
kuah rasa dah bertuah.Kroni dapat untung berjuta, hidup melampau mewah.

Saudara-saudari yang ada jati diri,

Terengganu pernah kaya dengan minyaknya. Kerana salah urus harta, negeri dah jadi bangsat 
tere seadanya. Sepatutnya simpanan hasil minyak 30 tahun, masa meleset inilah diguna untuk 
bantu rakyat. Ini tidak. Ke mana duit berbilion? Macam tiada berkat. Kerana hasad, royalti 
ditukar menjadi Dana Khas kerajaan Pusat. Bukankah ini semua cetusan jahat parti Mat Saad?

Kalau kita terus undi Mat Saad dan partinya kerana kenang budi, bagaimanakah pula 5 tahun lagi kita dan emak ayah kita terseksa oleh GST. Bagaimana pula tarif air dan eletrik, bersediakah kita menanggung kenaikannya selepas PRU nanti?

Kalau kita terus undi Mat Saad kerana dacing baghdad, bagaimana nasib RUU355 bila 
dibahaskan nanti? Parti Mat Saad akan menolaknya kerana janji konsensusnya dengan MCA 
dan semua rakan kongsi. Di mana harga iman kita, kerana konon sekelumit jasa Mat Saad, tentangan MCA hendak kita taat.

Saudara-saudari yang dihormati,
Janganlah undi kerana jasa Mat Saad dan dacing Baghdad. Gunakanlah pena untuk mengubah 
nasib umat. Mari bersama martabatkan hukum syariat. Barulah Allah limpahkan rezeki penuh berkat.

Siapa Mat Saad? Dia adalah siapa sahaja yang memikul dacing Baghdad.

#UndiPAS
#NekadBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera

Sumber TKO - 24-4-2018


Mampukah HARAPAN Menarik Ahli PAS Dengan Fitnah & Cerita Bohong?
Posted on Monday, April 23 @ 13:35:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39318&mode=thread&order=0&thold=0



Selepas PAS keluar daripada PAKATAN RAKYAT. Serang kepada ulama sangat besar, apatah 

lagi geng GHB menubuh parti AMANAH (PAN). Ramai pimpinan atasan setiap kawasan PAS menyertai parti PAN ini sehingga PAS "kering" penceramah untuk ceramah umum. Ustaz Nasharudin Daud sebelum ini sangat susah untuk keluar kawasan akhirnya terpaksa menjajah Malaysia kerana tak ramai penceramah dalam PAS.

Ahli PAS, keliru pasal UG kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Kalau ahli keliru, penyokong PAS terdiri orang awam, yang kebanyak tak mendaftar ahli lagi keliru. Golongan profesional dan akedmik pun sama. Banyak pertanyaan tentang hubungan PAS dengan UMNO 

tidak dapat dijawab. Kalau dijawab pun tidak memuaskan hati mereka. Apatah lagi fitnah 
 sebaran dimedia massa tidak mampu dijawab.

lebai sendiri pernah bersolat di sebuah markaz PAS, selepas solat Isya' ada beberapa ahli PAS 

 (orang tua di situ) bertanya macam PAS nak bergabung dengan UMNO? Hebat fitnah UG 
UMNO-PAS dimainkan semenjak 2008 lagi kerana nak jatuhkan ulama nak naik kumpulan 
mereka, fitnah ini semata-mata untuk merebut jawatan AJK PAS Pusat tidak lebih daripada itu.

Persepsi UG UMNO-PAS dimainkan dengan mencari jalan cerita yang akhirnya membinasakan PAS. Merosakkan silaturrahim yang kian bertaut lama.Ukhwah tidak lagi menjadi sadaran 

utama dan PAS menjadi medan mengutuk ulama.

Semasa ahli PAS keliru, PAS diambang genting, tiba wujud Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. AMANAH (PAN) gah ingin menujukkan kekuatan dan ini masa PAS akan 

mendapat malu besar kerana menolak PAKATAN RAKYAT yang kini diberi nafas baru 
dengan HARAPAN.

Lebai masih ingat lagi ceramah HARAPAN  macam ceramah dan rapat umum Tun mahathir sekarang. Ramai orang datang berpusu-pusu sehingga ramai pendokong PAS merasai risau 

akan perkara ini.

Ceramah terakhir di Kuala Kangsar HARAPAN sangat gah. Rakyat berpusu-pusu hadir. 

 Penganalisis politik, termasuk penulis Zul Solong meramalkan PAS akan hilang wang 
pertaruhan dan malu besar.



 
 
 
 

Lebai sendiri mengikut ceramah ini, tidak bohong ada rasa 'gementar' dan bimbang dengan 

dengan nasib dan masa hadapan gerakan Islam, PAS.

 



HARAPAN dengan truck besarnya... PAS yang diserang di segenap sudut. Ahli PAS ada yang 

keliru. Siapa tak risau dengan masa hadapan PAS.


Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Muhamad Hisommudin Bakar pula dengan kajiannya kononnya PAS juga tak akan mendapat undi 30%.


Kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding kerana ada sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai 

penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka 
dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% 
daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi 
adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar 
golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan kecil berkenaan.

Pakar strategik PAS membuat keputusan PAS mesti bertanding di Sungai Besar dan Kuala 

Selangor walaupun ada usaha Azmin cuba mewujudkan kerjasama antara pembangkang 
dengan mencadangkan PKR bertanding di Sungai Besar dan PAS bertanding di Kuala 
Selangor sahaja. AMANAH akan beri laluan kepada PAS. PAS tolak.

Kenapa PAS perlu bertanding 2 PRK ini?

PRK ini adalah indikator untuk menentukan masa hadapan PAS, 10, 20 tahun akan datang. Ini 

dikira sebagai hidup mati perjuangan PAS. PRK ini adalah pengukurnya. PAS perlu pengukur 
untuk membina strategi.

Hasil keputusan PRK Kuala Kangsar boleh dianalisis untuk PAS mengatur strategi baru.


Beberapa rumusan didapati daripada keputusan ini.

1.  Walaupun PAS keseorangan, dihentam pelbagai sudut. Ahlinya keliru dan keceramuk tetapi 

"ahli PAS teras" masih utuh dan mengikut maklumat gerakan PAS tidak sampai 200 orang 
sahaja hilang berbanding PRU lalu.

2.  Kajian ILHAM Centre dan Dr Mazlan Ali boleh dibakul sampahkan. Jika pendapat sekadar dengar dan tonton 2 - 3 ceramah di Kelantan seperti Prof. Agus lagi boleh dibakul sampah.

3. Pengundi Cina hampir 100% tidak menyokong PAS. lebai tak sempat nak geladah PC cari maklumat ada satu lokaliti PAS tak dapat satu undi pun. Untuk perbandingan ini lebai masukkan untuk Sekinchan, Sungai Besar. Hampir semua saluran PAS kalah kerana tiada undi Cina. Tapi masih ada undi India.

4. Selepas PRK ini DAP mula "membuang" parti AMANAH (PAN) kerana mereka tahu 
AMANAH tak guna satu duit pun untuk membantu DAP mendapat undi Melayu. Kita tak 
hairan kenapa DAP beralih kepada BERSATU dan Tun Mahathir.

Bayangkan PRK semua jentera HARAPAN dan BN tertumpu di sana PAS masih boleh dapat 

undi 5.6k lebihbaik daripada HARAPAN 4.9k. PAS ada istimewa dan kekuatan luar biasa.

Pakar Strategi PAS mengatur langkah daripada keputusan 2 PRK ini. Antaranya

Tahaluf (bergabung) adalah terbaik, tetapi PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP dan PKR 

 kerana kedua-dua ini telah mengkhianati perjanjian tahaluf. pengkhianat macam AMANAH
(PAN) lagilah tak boleh. Jadi apa PAS perlu buat?

PAS mesti bertanding sendiri. Nak bertanding sendiri??
jadi macam 2 PRK ini?? Kalah teruk.

Jadi PAS kemukakan 2 strategi (strategi bukan dasar dan matlamat tetapi untuk mencapai matlamat) iaitu;

1.  King Maker
2.  Gagasan Sejatera (GS)




Ramai orang gelak dengan strategi PAS "King Maker" kerana mereka bodoh (bahasa kasar 

sikit) memahami apa itu strategi... tak semua lebai akan menulis di sini kerana membocor 
strategi bukan suatu yang bijak. tapi lebai akan menulis sedikit supaya pembaca memahaminya..


Begitu juga ramai orang gelak dengan GS. Memang awal nampak macam PAS aje ada dalam 

GS. GS adalah tapak awal. Tapak awal ini kira bekas yang akan mengisi. Kita kena sediakan 
tapak. Bila dan ketika yang sesuai, terisilah dia. Hanya bersabar dan tunggu masa itu.

Macam nak tubuh PKR dahulu juga. Beberapa mesyuarat awal Mohd Sabu tidak terlibat. 

Bukan itu sahaja malah dia sendiri lari daripada agenda ini kerana dia panggil Anwar sebagai "JUBORI". Mahfuz Ketua Pemuda tetapi tidak hadir juga kerana dialah yang lantang hentam 
Anwar dalam ceramah-ceramah PAS.

Tapi PKR kan hidup 18 tahun. Mahathir yang kata PKR tak lama pun semat/pin logo PKR, 

sehingga Waan Azizah hilang ingat tentang suami kerana terlalu gembira dengan Mahathir 
pin logo PKR. Dia tak tahu selepas PRU-14 nanti Mahathir akan sembelih dia dan PKR sekali 
lagi!

Ada undi India semasa PRK tersebut memberikan satu info kepada PAS supaya mengerakkan 

kaum India dalam DHPP. Strategi ini berjaya dan keahlian DHPP disaring semula dengan memberikan penekanan bahawa dasar PAS Islam. keahlian terkini adalah 10k. Anda boleh ikut temuramah Sinar Harian di sini.
Rupanya strategi PAS ini dihidu oleh AMANAH (PAN). Mereka pun baru terhengeh-hengeh 
nak tubuh sayap India Muslim.

Pakar Strategi PAS berkata jika PAS boleh mengerakkan semula 10% sokongan orang bukan 

Islam (Cina + India) PAS boleh menawan Selangor. Daripada maklumat yang etrakhir PAS telahmenjaya menarik 5% sokongan bukan Islam. Ini bermakna PAS kena kerja kuat lagi 
sebelum PRU-14 tak berapa hari lagi. TS Khalid Ibrahim ada mendedahkannya. Anda boleh
 ikuti di sini.

Kesimpulannya HARAPAN tak boleh gugat PAS.
Jadi mereka nak tarik ahli PAS pun tak boleh.
Mereka tukar strategi walaupun ahli PAS tapi Undi HARAPAN.
kalau ahli PAS undi HARAPAN memang bodoh kena tipu bulat-bulat oleh HARAPAN dan Mahathir.

Untuk tipu ahli PAS mengundi HARAPAN
Mereka sebar fitnah, kononnya itu dan ini.
HARAPAN fikir dengan sebar FITNAH mereka berjaya. Sedangkan Allah janji orang yang 

kena fitnah ini doanya tiada hijab antara dia dengan Allah. HARAPAN dan AMANAH (PAN) pengkhianat pasti akan dibinasakan kerana kerja jahat mereka sama seperti UMNO.

Saya tanya pembaca dengan sebar fitnah mampukah kamu menang PRU nanti?
jawabnya tidak.

Jangan kamu sangka PAS yang daif ini akan kalah.
PAS tetap menang!!

Melihat kesungguhan PAS,
orang atas pagar akan mengundi PAS dan Insya-Allah orang bukan Islam akan meletakkan kepercayaan kepada PAS. hanya kita minta bersabar dan berdoa dengan banyak siolat malam.

lebai akan menulis MEMBAZIR UNDI PAS
tunggu...


Sumber TKO - 23-4-2018



Demi Maruah Mahfuz kena nafi UMNO bagi RM60k untuk Dana PRU dan RM40k
untuk Perkahwinan Anaknya

Posted on Monday, April 23 @ 04:50:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39306



Beberapa hari lalu, lebai ada menceritakan bagaimana Mahfuz Omar cuba mengaibkan 

Presiden PAS dengan menyebar maklumat palsu kononnya Presiden PAS ada membuat 
akurjanji dengan satu syarikat untuk projek di Kelantan sebaanyak RM10k.

Tuduhan palsu oleh Mahfuz bersama 2 orang blogger alHussyen dan Greenboc akhirnya lenyap kerana tiada fakta yang jelas dan maklumatnya sangat bercanggah dengan fakta sebenar seperti 

juga tuduhan daripada Sarawak Report yang berdasarkan anggapan dan khabar angin sahaja.
(Anda boleh baca di sini)

Kemudian Mahfuz membuat tuduhan baru pula PAS menerima duit UMNO RM1.5 juta dan 

 RM1 juta melalui akaun dana Amanah dan Dana Plilihanraya suatu akaun bank public yang 
orang ramai boleh sumbang melaluinya tanpa perlu berjumpa atau behubung dengan PAS. 
Akaun ini pula ada iklan dalam akhbar HARAKAH.

Tuduhan ini akhirnya tidak menjadi isu. Orang PAS sudah lali dengan sikap puak-puak 

HARAPAN terutamanya puak AMANAH (PAN) yang buruk sikap mereka dan busuk hati 
mereka.

Memang adat dunia, bila kita cuba buat fitnah dan mengaibkan orang, maka tidak lama kita

 akan diaibkan oleh orang lain pula. Mahfuz kena "karma' ini.

Lebai mendapat maklumat dan ingin pengesahan daripada mulut Mahfuz berkenaan ada 

pemimpin Umno yang menaja dana kempen beliau di Pokok Sena bernilai RM60 ribu? 
 Mengikut sumber yang sama semasa perkahwinan anak perempuan beliau pada 2016,
 pemimpin Umno yang sama menaja sebanyak RM40 ribu? Duit-duit ini dibayar kepada 
akaun peribadi beliau tanpa dilaporkan pada parti.

Jika Mahfuz Omar seorang yang berintegriti dan ada maruah diri, Mahfuz kena bersihkan 

namanya. Takkan kamu hebat berceramah kata kepada orang tapi bila kena atas batang hidung
 kamu kamu nak diam aje?

Mana Maruah KAMU WAHAI MAHFUZ?
Atau memang sudah jadi perangai parti kamu hanya suka tuduh kepada orang lain dan 

membuat fitnah memburuk-burukkan demi nak jatuh mereka kerana dendam?

Sumber TKO - 23-4-2018


BN tak perlu mejoriti untuk rampas Selangor
Posted on Sunday, April 22 @ 17:26:54 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39290



Tarikh pilihan raya sudah ditetapkan.  Tiga barisan utama telah dibentuk untuk merebut 

kekuasaan pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau negeri.   Bagi BN peringkat pusat
tiada masalah.  

Ini kerana 5 buah negeri memang sudah menjadi kubu.  Ia itu Sabah,  Sarawak,  Johor,  Pahang 

dan negeri Sembilan.  

Di negeri negeri lain dimana perkembangan ekonomi bergerak dengan cepat,  hidup rakyatnya 

 lebih mencabar dan berfikiran lebih terbuka,  pengaruh BN makin terhakis.  

Walaubagaimana pun pembentukan tiga barisan blok partai politik telah memberi peluang 

untuk BN merampas Selangor,   mempertahankan Terengganu dan Kedah,  serta mengukuhkan penguasaan di Perak dan  N Sembilan. 

Walaupun pengaruh BN dalam sekitar 40% di negeri negeri tersebut.   BN hanya perlu 

memastikan pakatan harapan dan pakatan Sejahtera kukuh tidak berpecah hingga pilihan raya 
dan kedua duanya saling bercakaran.   

Sumber TKO 22-4-2018


Kenapa Perlu TOLAK DAP pada PRU-14 ini - Prof Dr Ridhuan Tee
Posted on Sunday, April 22 @ 11:00:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39281



1. Jangan kecam saya. Ini realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kerana Islam itu universal. 

Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya. 
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

2. Apa yang mereka mahu? Mereka (Melayu Pkr, Dap, Pan, Pribumi) menyerang PAS tanpa 

letih hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP lebih penting demi Putrajaya. Mereka memusuhi kepimpinan PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan 
tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

3. 10 peristiwa berikut patut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan? Pertama, apabila Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan '

pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

4. Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun 

Din’. Mereka tak terasa apa-apa. Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang 
dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. 
Mereka diam.

5. Keempat, Pemimpin DAP menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam. Kelima, 

DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga. 
Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka jadi seperti lembu kenyang.

6. Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. 

Semuanya mereka diam. Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam. 
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. 
Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru. Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah 
dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

7. Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen

Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
 Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk
PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya
iman.

8. TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

9. Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP 

adalah MUSUH ISLAM YANG NYATA!!
XOXO - DAP sekarang berselindung disebalik LOGO PKR, Lihat PKR adalah seperti anda l
ihat DAP...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 22-4-2018


Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang
Posted on Sunday, April 22 @ 10:52:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39280&mode=thread&order=0&thold=0



Kita selalu dengar, PAS jadi King Maker. Persoalan PAS akan tubuh kerajaan dengan siapa 

sudah dijawab oleh TGHH, iaitu dengan parti yang menerima syarat yang dikemukakan PAS 
iaitu menerima Islam.

Sebelum ini, ada soalan jika semua tak terima syarat PAS macam mana? TGHH jawab, PAS 

akan jadi pembangkang, biarlah PH dan BN bergabung, tak terima syarat PAS, PAS terus jadi pembangkang.

Menariknya hari ini, TGHH jawab soalan wartawan di Sarawak, jika semua parti (BN &PH) 

menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa? TGHH jawab, jika semua terima syarat PAS, kita 
boleh tubuh kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.

Tuan tuan sekali lagi, bagaimana kita lihat Presiden PAS mengajar kita bagaimana politik yang 

punya prinsip. Tidak terima ISLAM, PAS rela jadi pembangkang, salah satu terima ISLAM, PAS 
 akan bersama dengannya, jika dua dua terima ISLAM, PAS akan bersama keduanya.

Ini prinsip tuan tuan. Pembangkang atau Kerajaan Campuran atau Kerajaan Perpaduan 

semuanya tiada apa, asalkan ISLAM diterima dan ditegakkan. Teruskan kempen/dakwah kita. Menangkan parti Islam Se Malaysia PAS.

- Umar Hj Kamaruddin Al Fathani

XOXO - Puak HARAPAN mana ada idea, mereka harap dengan fitnah dan buat persepsi 
buruk. Mereka juga ingat rakyat sentiasa bodoh...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 22-4-2018


Antara DAP INSIDE Dan UMNO OUTSIDE
Posted on Saturday, April 21 @ 21:55:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39272&mode=thread&order=0&thold=0





Keterlindungan DAP kepalang tanggung. 
Dengan bersimbolkan ‘mata lebam’ , jentera 
perang Pakatan Harapan tidak mampu menyembunyikan peranan dominan DAP
dalam percaturan PRU14 dan politik negara
masa kini. Rakyat sedia maklum, di sebalik
setiap helai kibaran bendera biru muda itu, berdirinya sebuah parti yang banyak
merobek jiwa mukmin.

DAP kian kukuh di minda mukmin bahawa inilah sebuah parti yang bangkit menentang apa-apa 

sahaja agenda Islam. Robekan mereka juga kian ganas sejak berkuasa dua penggal di kubu 

jahanam. Sikap keras mereka ini dibantu oleh PAN dan PKR yang sedia membentengi mereka. 

Si Mahathir peneraju parti haram, bisa menjadi suplimen yang sangat menguatkan cengkaman.



Imbaulah kembali ucapan pemimpin mereka di saat umat akan menentukan halatuju politik 

negara ini. Duit raya, DAP kata itu rasuah dan dedak. Kematian ulama tersohor, Dr Harun Din diungkapnya “Adios Harun Din”. Apabila Ahmad Darus mencadangkan pramugari berpakaian 

menutup aurat, dikatanya pemimpin cacat otak. Dr Zakir Naik digelar”setan”. Diganggunya pula kandungan khutbah Jumaat dan majlis fatwa Pulau Pinang. JAKIM dipersoalkan dan hudud serta RUU355 ditentang. Manakala akta164 diperjuangkan.



Itulah DAP yang berselindungi di sebalik logo PKR. Namun jelas terpandang di mata hati rakyat, 

DAP INSIDE.



Bagaimana pula UMNO yang mendakwa menjaga agama Islam. Apa yang dijaganya? Pungutan 

zakat? Bab nikah kahwin? Tauliah pejabat agama? Atau apa sebenarnya?



Selama 60 tahun lebih UMNO berkuasa, masa tak pernah kondusif baginya untuk melaksanakan 

hukum syariat. Mahkamah syariah letaknya di bawah tapak kaki mahkamah warisan British. 

Islam tak pernah menjadi dasar teras sebuah negara. Bab murtad , bab RUU355 dan bab akta 

164, semuanya ke jalan merugikan agama dan umat. Bahasa mudah untuk UMNO ialah “Islam diperintah, bukan memerintah”.



Dalam laungan pemimpin UMNO konon merekalah pembela agama dan bangsa, saksi mata dan 

saksi rasa boleh melihat hinanya agama dihenyak sekularisme. MCA, Gerakan dan MIC - 

konsensus durjana juga yang UMNO taat. Jelas UMNO OUTSIDE untuk bercakap tentang 

Islam.



PRU14 adalah saat signifikan untuk menilai PH dan BN. Ke mana nasib Islam hendak dibawa?

 Kibaran bendera biru tua di sebelah kanan, UMNO OUTSIDE. Manakala kibaran bendera 

biru muda di sebelah kiri DAP INSIDE. Hanya satu yang terbukti benar untuk umat ini bersama dengannya, “PAS: ISLAM INSIDE”.



#NekadBersamaIslam

#MalaysiaSejahtera

#UndiPAS



BDA

20/4/2018
Sumber TKO - 21-4-2018

























































Dr Abdul Aziz Bari sudah terpesong? 

SESIAPA yang pernah membaca buku Dr Abdul Aziz Bari bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis” terbitan 2008 serta membandingkannya dengan pelbagai tindakan dan kenyataan Dr Abdul Aziz Bari sejak menyertai DAP akan nampak dengan jelas betapa Dr Abdul Aziz Bari kini sudah terlalu jauh terpesong dari Dr Abdul Aziz Bari yang dulu. 
Dr Abdul Aziz Bari yang dulu menyebut di dalam buku beliau betapa “negara ini tidak Sekular dan tidak pernah diSekularkan” (muka surat 306), betapa “tidak kedapatan walau sepatah pun kalimah Sekular atau Sekularisme di dalam Perlembagaan” (muka surat 295), betapa “apabila perlembagaan menaikkan kedudukan Islam Perlembagaan tidak boleh dikatakan sebagai Sekular, dan kalau kita melihat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ciri yang kononnya Sekular tadi makin luntur atau hilang terus” (muka surat 296). 
Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz Bari yang kini sudah menyertai DAP di mana sebagai ahli DAP yang setia beliau sudah akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen Sekular” dan kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mencapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja Sekular yang asal”. 
Dr Abdul Aziz Bari yang dulu menyebut di dalam buku beliau betapa masalah murtad “boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan” (muka surat 348), betapa “murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama” manakala “orang Ateis tidak mempunyai hak di bawah perlembagaan kita” (muka surat 330), dan betapa “sekiranya mahkamah membenarkan murtad maka ia secara tidak langsung telah menyebabkan struktur perlembagaan ini tunggang-langgang” (muka surat 333). 
Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz Bari yang kini sudah menyertai DAP di mana sebagai ahli DAP yang setia beliau sudah akur sepenuhnya dengan pendirian para pemimpin DAP lain mahupun pendirian para pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain khususnya PAN serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan bahawa murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh Perlembagaan dan bahawa orang Ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita. 
Dr Abdul Aziz Bari yang dulu menyebut di dalam buku beliau betapa “dalam keadaan Perlembagaan sudah agak baik untuk mereka, umat Islam boleh membentuk Kerajaan sendiri” (muka surat 309) dan betapa “umat Islam boleh memerintah negara ini sendiri tanpa perlu bergantung kepada sokongan orang lain” di mana “umat Islam hanya memerlukan 112 kerusi dari keseluruhan jumlah 222 kerusi di Dewan Rakyat” (muka surat 360) dengan Umno dan PAS perlu bergabung untuk membentuk kerajaan umat Islam (muka surat 310 dan 360). 
Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz Bari yang kini sudah menyertai DAP di mana sebagai ahli DAP yang setia beliau sudah dinamakan dan mula melakukan gerak kerja sebagai calon DAP bagi kerusi N.26 Tebing Tinggi, Perak, bersama golongan bukan Islam di dalam DAP dan di dalam PKR yang jika PH yang parti mereka anggotai menang dalam PRU 14 maka PH akan membentuk Kerajaan sendiri yang bukan berbentuk “kerajaan umat Islam” tetapi kerajaan dominasi bukan Islam, baik di Ipoh mahupun di Putrajaya. Semoga Allah memberikan kita petunjuk. - HARAKAHDAILY 21/4/2018
Sumber HD - 21-4-2018 


Ingat Mahfuz Aje Bodoh, Rupanya Dr Mujahid Pun Bodoh Juga
Posted on Friday, April 20 @ 05:09:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39264



Lebai telah menulis "Tak Cerdik Mahfuz Fitnah PAS Terengganu, Sepatutnya Katalah PAS 

Selangor ambil duit UMNO" antara menyebut bahawa “Innocent until proven guilty” Pihak 
yangg menuduh (Mahfuz dan geng HARAPAN) yang perlu tunjukkan bukti untuk yakinkan
tuduhan mereka berasas. Otherwise it’s just a slander (fitnah).

Anda boleh baca lagi pada tulisan lalu. Lebai tak kisah kerana Mahfuz bukan orang pelajaran 

tinggi. Dulu dia kata ada bukti PAS dapat duit 90 juta, takkan Sarawak Report nak buat berita 
palsu. Ok clear... Kemudian dia pula tanya bagaimana PAS boleh dapat duit untuk bertanding 
160 kerusi? Macam mana PAS ada duit banyak itu? 

Siap Mahfuz buat kira-kiraan dan buat kenyataan media 10 pagi 18 April 2018 dengan tajuk "Tahniah PAS bertanding 160 Kerusi Parlimen dengan anggaran perbelajaan Minima RM18.40 

ke RM34.40 juta"

Lebai baca terus tergolek... Bukan terkejut tapi gelak lihat lakonon badut sarkis yang dulu 

engkau hari-hari ceramah PAS dapat duit RM90 juta, kemudian engkau ceramah lagi kata 
UMNO bagi 2.5 juta. Tiba-tiba engkau tanya macam mana PAS ada duit??

Betullah apa yang Mat Sabu cakap. Jika aku keluar PAS, jangan ikut aku. Pasai pada masa itu 

aku sudah tak betul (gila). Kini bukan sahaja Mat Sabu dah gila tapi semua pengikut dia dah 
gila. Mahfuz pun jadi giler sama. Tergolek lagi lebai.

Si Dr Mujahid pun nak ikut sama jadi giler.

Harapan Parlimen Parit Buntar mendedahkan satu bukti bergambar berupa sekeping cek bernilai RM25,000, didakwa disalurkan bakal calon BN Parlimen itu kepada orang Pas yang menjadi 

tular dalam media sosial sejak awal pagi tadi.


Calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, berdasarkan pendedahan akaun Facebook 'Ana Tahu', terdapat gambar didakwa sekeping cek di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri(SSI) ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan bertarikh bulan Februari lalu.

Beliau difahamkan cek itu disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang 

pengerusi sebuah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu dan disertakan bersama sepucuk surat permohonan.

PAS ada lebih daripada 1000 pasti seluruh Malaysia. Sudah tentu PASTI memerlukan banyak 

dana untuk pembangunannya dan ramai orang akan menderma.

Soalan lebai,
Orang UMNO solat tak?
Solatnya sah atau tak?

Kalau orang UMNO menderma
Adakah dia mendapat pahala?

Dr Mujahid..
Orang UMNO (bukan parti UMNO) yang faham bahawa 3 amalan kita berkekalan setelah 

kita mati antaranya ialah "sedekah yang berpajangan". Apa maksud sedekah berpanjangan?

Takkan Mujahid bodoh juga dengan perkara ini.

Orang UMNO daripada dia habiskan duit ketempat lain lebih baik dia bantu PASTI, Sekolah 

swasta yang kebetulan banyak dibuat oleh PAS. Sekurang-kurangnya ada juga doa dariipada 
anak-anak sekolah untuknya.

Misi PAS kita tak boleh tarik ahli UMNO, sekurang-kurang kita minta dia buat perkara baik. 

Dalam ertikata tak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Ini Politik BPMS (Budaya Politik Matang Sejahtera)

Tapi Dr Mujahid walaupun pendidikan agama sampai PhD tapi malangnya hatinya tak sampai 

ke situ. Kenapa lebai kata macam tu?

Jiwa dia menghalang dia tunjuk Islam demi politik dan keduniaan...


Parti PAN @ Amanah tidak perlu menjadi lebih Islamik daripada PAS atau Islamik macam PAS untuk muncul sebagai juara politik baru kata Mujahid Yusof Rawa.

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu hanya 

perlu bersikap inklusif.

Tambahnya, politik di negara ini perlu keluar daripada mentaliti perkauman sempit, pemikiran agama dogmatik dan taksub kepartian kepada politik advokasi dasar serta penyertaan 

pembentukan negara.

Bagi Mujahid masyarakat Cina mengundi atas ketidaksetujuan mereka kepada kebejatan 

 tatakelola kewangan negara manakala pengundi Melayu mengundi atas ‘kebimbangan’ kuasa Melayu akan ‘terhakis’ jika undi pembangkang, walaupun mereka tahu salah tadbir kewangan
yang berlaku.

Jadi bagi Mujahid PAN @ AMANAH tak perlu nak bawah kaeadah Islam macam PAS atau 
lebih daripada PAS.

Bukan jiwanya tidak mahu Islam...
Amalan Mujahid pun menyimpan daripada Islam...


Ayuh kita keluar dari kegelapan rasis dan fikiran agama dogmatik yang sempit kepada cahaya kemanusiaan dan agama yang Rahmatan Lil Alamin. Kepada penganut agama Hindu 

"Deepavali Valtagal" dari saya sekeluarga dan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) kata 
Mujahid Yusof Rawa ULAMA BESAR Parti PAN.

Mujahid pegang tangan wanita Hindu dan memeluknya bagi menunjukkan parti PAN adalah 

parti Islam Leberal. Isterinya di sebelah.

Kita kena bersangka baik.

1. Mungkin wanita itu isteri kedua Dr Mujahid jadi tak kisah di pegang tangan dan peluk.
2. Mungkin juga emak saudaranya, sebelah Hajah Kamariah Abdullah yang baru meninggal.
3. Mungkin juga Mujahid pakai sarung tangan yang sangat nipis sehingga tidak dapat difokus 

oleh kamera.
4. Mungkin juga gambar ini adalah 'superimpose' untuk mengkhianati Dr Mujahid yang suci 

murni.

Tapi bukan Mujahid sahaja macam itu
Bila dah jadi PAN ni perangai Islamnya tercabut bersama kristian DAP...


Ada pepatah Cina mengatakan ikan kalau busuk bermula daripada kepala. Kalau kepala tidak 

dapat membezakan halal dan haram, maka yang lain pun turut sama akan menjadi busuk 
sampai ke usus.

Bila pimpinan parti PAN ni keluar ajer daripada PAS maka dia dah rasa bebas nak lakukan apa sahaja yang bertentang dengan Islam.


Inilah PARTI ISLAM PROGRESIF SEPERTI YANG DITULIS OLEH bekas pengarang 
Harakah Ahmad Lutfi Othman.

Sumber TKO - 20-4-2018


Infaq, Jariah dan Derma
Posted on Friday, April 20 @ 05:08:39 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39263




Derma jariah sapa2 boleh masuk dalam
akaun PAS.. memang akaun Parti di war
2kan utk semua pihak bermurah hati derma..


tin milo seperti biasa berlegar d program
turun padang, malah akaun2 bank parti
samada di 
peringkat cawangan atau pusat diwar2kn
kepda masyarakat bagi mengumpul derma.
Kita sangat mengalu2kan jariah dan infaq
drpd semua pihak yang menjd sumber dana
PAS sekian 
lama.
jikalau sumber haram atau sumber drpd luar yg berjumlah besar sudah pasti tidak akan 
bebas drpd pemantauan pihak Bank Negara.

Akaun2 parti juga bersedia untuk di audit oleh pihak2 yang berwajib sperti oleh ROS, 
SPR, SPRM dan sebagainya.

skarang dgn BPMS kita boleh melihat musuh pun bagi infaq dan mungkin undi kepada PAS 
kerana melihat suasana semasa yg menyakinkan PAS mampu mengambil alih Putrajaya.

Terima kasih dan Alhamdulillah kepada semua penderma.

Wallahua'lam.

Sumber TKO - 20-4-2018


Pengumuman Pencabar Datuk Mustapa Tonjolkan Kelemahan Husam
Posted on Friday, April 20 @ 01:13:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39262



Pagi tadi saya ditanya oleh seorang wartawan mengenai pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa, bahawa pakatan itu akan meletakkan bekas Pengarah MITI Kelantan, Azran Deraman, sebagai calonnya di Parlimen Jeli pada PRU14 nanti.


Jawab saya kepada wartawan itu, Pakatan Harapan Kelantan silap besar jika
meneruskan hasrat meletakkan Azran di
Parlimen Jeli malah Husam juga tidak betul
bila menyebut pemilihan Azran adalah tepat
dan diyakini mampu memberi kemenangan kepadanya.

Berdasarkan rakaman ucapan Husam, didapati beliau sangat yakin Azran akan mengalahkan
Datuk Seri Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli pada PRU14 nanti di atas asas beliau “orang
muda, handsome, ada kelulusan, dan pernah bersama dengan Datuk Seri Mustapa".

Kata Husam, “(Azran) ada bersama dengan Datuk Mustapa, dalam dan luar Datuk Mustapa dia
tahu, rahsia Datuk Pa dia tahu, kekuatan Datuk Pa dia tahu, kelemahan Datuk Pa dia tahu”, 
seolah-olah banyak rahsia dan kelemahan Datuk Seri Mustapa akan dibongkar.

Begitupun, selain langsung tidak memasukkan faktor PAS ke dalam perkiraan menang kalah pertarungan di Parlimen Jeli, pengumuman ini menunjukkan kelemahan Husam yang seolah-olah tidak menyelidik dengan teliti latar belakang individu yang beliau julang ini.


Azran pernah berdepan masalah peribadi yang serius bila beliau ditahan reman seminggu dari
16 ke 21 Mac 2017 kerana didakwa menggunakan proksi untuk mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM600,000 ketika bertugas sebagai Pengarah MITI di Kelantan.

Penahanan Azran ini agak mengejutkan rakyat tempatan waktu itu, apatah lagi bila Pengarah
SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff, mendedahkan pihak SPRM mengesan wang
tunai berjumlah RM190,000 yang berada di dalam akaun bank milik beliau.

Kes tuntutan palsu yang dikatakan terbongkar ketika audit tahunan dijalankan oleh Jabatan
Audit Negara di MITI pada akhir tahun 2016 ini menyebabkan Azran disiasat mengikut
Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Walaupun Azran belum didakwa dan dibuktikan bersalah di mahkamah, tetapi liputan media
mengenai kes tuntutan palsu ini boleh mempengaruhi persepsi rakyat serta boleh memudaratkan
beliau dan Pakatan Harapan jika dicalonkan pada PRU14 nanti.

Jika benar Azran akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di Parlimen Jeli, tidak
mustahil kes tuntutan palsu ini akan menjadi hangat kembali sekali gus boleh menyukarkan
peluang beliau dan Pakatan Harapan untuk mencapai kemenangan nanti.

Serangan boleh dibuat oleh musuh Azran bahawa beliau adalah seorang individu yang kecewa menyebabkan tindakan beliau melawan bekas boss beliau di Parlimen Jeli sebagai misi untuk melunaskan masalah peribadi bukan untuk membela rakyat Jeli.

Begitu juga dalam bidang politik di mana Azran diberitakan pernah dikenakan tindakan
disiplin oleh bekas parti beliau kerana didakwa terlibat dengan politik wang sewaktu mahu
merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah sebelum ini.

Dalam suasana Pakatan Harapan sedang giat menggunakan integriti pemimpin sebagai antara
isu utama untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan dan Kerajaan BN di Putrajaya maka pemilihan calon yang dilihat bermasalah pasti boleh menikam diri sendiri.

Saya mahu bersangka baik dengan Azran yang mungkin sahaja dianiayai oleh musuh-musuh
beliau, cuma hakikatnya ialah politik adalah melibatkan persepsi, dan Husam yang giat
menaburkan persepsi kepada pemimpin lain tentulah lebih arif mengenainya.

FB
Kamarul Yusoff

Sumber TKO - 20-4-2018

Sah Mahathir Tanding Langkawi Sah Maklumat PAS Benar
Posted on Thursday, April 19 @ 22:25:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39255



[KEMASKINI] Kali ini lebai akan menulis ringkas tapi ada masej yang besar. Lebai nak maklumkan bahawa PAS ada beberapa unit kajiannya selain daripada Lajnah Penyelididkan PAS Pusat. Ada juga bahagian yang membuat kajian sendiri atau mendapatkan maklumat daripada sumber luar, misalnya IT, Ulama PAS dan PGS (saraf).

Mohd Amar dalam pertemuannya dengan anak Kelantan di Sabah sebelum ini mendedahkan PAS ada banyak maklumat dan data berkenaan kajian daripada sumber luar PAS yang PAS jadikan rujukan. Antaranya Mohd Amar menyebut bahawa kedudukan parti BERSATU terutama Presidennya TS Muhyiddin mengalami masalah besar dalam parti kerana tidak turun padang. Nasib baik ada Mahathir walaupun tua tetapi memainkan peranan sangat aktif untuk membantu BERSATU.

Antara yang menarik Mohd Amar juga mendedahkan daripada maklumat PAS bahawa Tun Mahathir jika bertanding di mana-mana kawasan akan kalah melainkan di Langkawi sahaja Tun boleh menang (penyataan percakapan dalam youtube). Bila lebai rujuk kepada sumber, kajian tersebut menyebut perluang Mahathir hanya di Langkawi sahaja iaitu dengan kedudukan 50-50. Kenyataan Mohd Amar pada 29 Mac 2018 boleh diruju di bawah.

Video - https://youtu.be/VvJFQFPHkgE

Tun Mahathir suka sangat menyerang PAS dengan kenyataan yang dangkal seperti "dedak UMNO" dan sebagainya. Tapi dia tidak sedar bahawa PAS boleh bertindakbalas dan jika PAS bertindak balas ini akan menyusahkan Tun sendiri.

Misalnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bertenaga untuk menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Barisan Nasional di kerusi Parlimen Langkawi. Dengan penyertaan PAS di Langkawi yang sebelum ini Dato' Ir Nawawi Ahmad memperolehi undi 21,407 berbanding calon PKR Dato' Hj Ahmad hanya 9,546 undi sahaja akan membuatkan Tun Mahathir makin tersempit.

Video - https://youtu.be/C6mxttRgSB8


PAS ada banyak maklumat tentang kedudukan pengundi di Langkawi. PAS akan pastikan calonnya akan mengalahkan BN dan Mahathir. Jika PAS tak boleh menang PAS ada beberapa pilihan...

Untuk jadi "King Maker"
Jika kamu tak boleh menang..
Kamu bunuh musuh kamu supaya musuh kamu juga tak boleh berdiri melainkan dia memerlukan kamu...


Itu makna KING MAKER
Tak boleh kalah Mahathir
"Bunuh" Mahathir di Langkawi sehingga dia akan memerlukan kamu.
Itu pun strategi.. mungkin orang tak fikir...


Ssumber TKO - 19-4-2018


Telinga yang mendengar 3
Posted on Thursday, April 19 @ 12:52:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39245



Lapan belas April dua ribu lapan belas (khamis)  Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menteri ,juga pengerusi Badan perhubungan umno negeri itu telah menyerah senarai calon BN Terengganu kepada pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kuala Lumpur.

Pagi ini, ketika berada di bandar Kuala Terengganu, penulis dengar macam macam cerita pasal calon umno yang akan bertanding  pada PRU 14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018 (Rabu).

Yang pelik, nama Tengku Putera Tengku Awang ADUN Kuala Berang tiada dalam senarai. Belut ke.

Dun Kuala Berang umno Terengganu melatakkan Datuk Rasul Wahid. Ya ke.
Razali Taib, Adun Ajil digugurkan dan calon perempuan akan mengambil alih dun tersebut pada PRU 14 ini. Betul ke.

Sebut perempuan pasti ia ia bukan calon dari wanita umno.  Pasti calonya adalah dari  puteri umno. Siapakah yang perempuan yang bertuah itu.

 Umno Terengganu memang sudah serik nak letak calon wanita bertanding dalam mana mana PRU, kerana kebanyakannya kalah.

Lagi pelik, Ini pada penulis. Nama Ahmad Razif Abdul Rahman yang dikatakan akan bertanding di parlimen Kuala Nerus tidak disenaraikan.

Mustahil. Kerana ketika Timbalan perdana menteri melawat Terengganu baru baru ini Ahmad Razif disebut sebut Raziflah menteri besarnya.

Ahmad Razif Abdul Rahman yang bawa senarai calon umno Terengganu dan diserah kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.tiba tiba  nama nya hilang.

Tak munsabah namanya gugur sendiri macam buah terlalu masak, tanpa pengetahuanya sedangkan senarai itu telah ditentu  pada mesyuarat Badan harian umno Terengganu.

 Ini, apa yang penulis dengar. Ia bukan berita palsu, walaupun sudah tersebar secara meluas di Bandar kuala Terengganu pada pagi 19 April 2018 hari yang mana pada malam ini pas akan umumkan calonnya di dataran Tok Guru, Rasila.  


Sumber TKO - 19-4-2018  



























































































































DAP pastikan PAS tidak bersama BN perintah negara

AMAT kuat anti Islam DAP sehingga sanggup memastikan PAS tidak bersama Barisan Nasional (BN) memerintah negara.
Rancangan PAS untuk menjadi kingmaker dalam Pilihan raya Umum ke 14 ini dilihat oleh DAP sebagai selangkah kejayaan Islam yang dibawa PAS untuk memerintah negara. 
DAP memahami kuasa king maker yang boleh menjadi penentu hala tuju negara sebagaimana kuasa dan pengaruh politiknya dalam Pakatan Harapan (PH). 
Walaupun DAP tidak mengumumkan pihaknya menjadi pemegang kuasa nombor satu negara tetapi kuasa undi politik orang Cina dalam PH boleh menundukkan seorang Perdana Menteri kepada DAP. 
Pemerintahan singkat 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, setelah menang Pilihan raya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008, menunjukkan penguasaan DAP dalam kerajaan Perak dan mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS, sehingga timbul isu pajakan 999 tahun. 
Perundingan kerusi dalam PH pula menyaksikan DAP langsung tidak tergugat dan tercabar walaupun DAP boleh mengambil balik kerusi yang dijanjikan kepada Parti Amanah Negara (Pan) di Parlimen Air Hitam. 
Sebaliknya tiga parti Pan, PKR dan PPBM sampai sekarang bergaduh berebut kerusi. Ketiga parti ini akan berdiam bila DAP mencelah dan campurtangan. 
DAP melihat ketiga parti ini bergantung kepadanya. Dalam masa sama DAP mengharapkan mereka boleh memberi performance untuk PH memerintah negara. 
Setelah menyingkirkan PAS daripada PR, DAP tidak perlu bimbang kepada negara Islam PAS apabila menubuhkan gabungan baru PH yang terdiri parti mewakili Melayu, PPBM, PKR dan PAN bagi mengisi kekosongan PAS. 
Namun keyakinan DAP untuk menguasai negara masih tumpul dengan terdedahnya pengakuan pakar strategisnya, Dr Wong Chin Huat bahawa bakal Perdana Menteri mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal bawa tsunami Melayu. 
Baru baru ini, Chin Huat mengakui bahawa beliau meragui adanya tsunami Melayu dan menyebut tidak ada apa-apa bukti meyakinkan mengenai adanya tsunami Melayu. 
Katanya, berdasarkan hasil persempadanan semula dan ketidakpastian tsunami Melayu ini, jangkaan selamat boleh dibuat bahawa PH tidak mempunyai peluang langsung untuk menang tanpa 85 peratus pengundi keluar mengundi. 
Chin Huat mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir besar didanai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang dipengerusikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Chin Huat menuduh dan menjangkakan, selepas kalah, parti dalam PH akan menyalahkan satu sama lain atas kehilangan PAS dengan PKR, PPBM dan Pan akan menjadi lebih pro-Melayu dan lebih menyokong agenda PAS. 
Alasan ini dibuat untuk membenarkan DAP keluar daripada PH dan menggagalkan usaha gabungan pemerintahan BN dan PAS.
Sebagaimana kata Chin Huat; “DAP mungkin akan terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang bagi menjaga tapak sekular dan bukan Islamnya.” 
Maka tidak mustahil DAP akan bersama dengan BN dengan membawa tawaran dipihak mereka. Jika ini berlaku ia merupakan kejayaan DAP menyekat Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Ini akan menjadi kemenangan besar DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mahu melihat Islam dimartabatkan kerana mereka tahu PAS membawa agenda Islam. 
DAP boleh membawa PH bergabung dengan BN memerintah negara sekiranya masing masing parti BN atau PH gagal mendapat majoriti simple untuk memerintah. 
Namun langkah ini boleh mengurangkan kuasa orang Cina dalam kerajaan kerana PPBM, PKR dan Pan juga akan menuntut jawatan dalam kabinet. 
DAP mahu menjadi seperti PAS, `kingmaker’, kuasa penentu yang boleh tawar menawar bagi menentu negara terus sekular serta mengimplementasikan Malaysian Malaysia, merupakan roh perjuangan DAP walaupun tidak sepenuhnya.
Gabungan DAP dengan BN bukan pelik boleh berlaku kerana Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pernah menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan pemimpin atasan BN. 
Pemimpin veteran itu, sedia bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara "membersihkan dan menyingkirkan” segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi.
Tawaran tersebut dilihat menarik untuk menyelesaikan penyamun tetapi seperti kata Chin Huat, DAP pastikan sekular terus bertapak di Malaysia dan bukannya Islam. 
Jadi serangan PAS bergabung dengan Umno oleh PH merupakan senjata memerangi dan mengelirukan pengundi PAS supaya hilang kepercayaan kepada pemimpin PAS dan disamping dapat menarik pengundi PAS kepada PH. 
Setiap pergerakan dan langkah atau strategi PAS diperhati DAP. Bukan kleptokrasi sangat yang digembar gemburkan DAP kerana mereka sudah boleh berkawan dengan ketua kleptokrasi. - HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2018






























































DAP tajamkan lagi persepsi anti Melayu Islam  

16 APRIL lalu, sewaktu mengumumkan pencalonan David Nga Kor Ming sebagai wakil DAP bagi kerusi P76 Telok Intan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, turut mengumumkan bahawa, jika menang, Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru Pakatan Harapan (PH)”. 
Kata Lim Guan Eng: “Beliau juga akan jadi Menteri di Kabinet baru PH dan sebagai Menteri saya boleh jaminkan beliau akan bawa lebih banyak perubahan daripada Menteri sekarang. Beliau adalah calon DAP di bawah simbol PH simbol PKR.” 
Pengumuman Lim Guan Eng di Telok Intan bahawa, jika menang, Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” ini, pada hemat saya, memberikan gambaran mengenai dua permasalahan utama yang melanda DAP sebagai sebuah parti politik. 
Permasalahan pertama adalah membabitkan sikap besar kepala dan dominasi DAP di dalam PH di mana di dalam banyak perkara DAP kelihatan mahu mendahului pimpinan tertinggi PH dan mahu memaksakan kehendaknya pada mereka. 
Bila penyandang kerusi N26 Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, mengumumkan pencalonan Dr Abdul Aziz Bari sebagai wakil DAP bagi kerusi itu, terus sahaja Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan membidasnya. 
Kata Loke Siew Fook, Ong Boon Piow akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti kerana sebarang pengumuman calon daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh Setiausaha Agung DAP sahaja. 
Bagaimanapun, di dalam kes pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” ini Lim Guan Eng tidak pula dimaklumkan mendapat mandat parti, lebih-lebih lagi persetujuan Majlis Presiden PH sebelum berbuat demikian. 
Pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” oleh Lim Guan Eng ini tidak syak lagi boleh digunakan sebagai bukti betapa DAP tidak menghormati Majlis Presiden sebagai badan pembuat keputusan tertinggi di dalam PH. 
Permasalahan kedua adalah membabitkan usaha DAP untuk menepis imej anti-Islam dan anti-Melayu yang dihadapinya yang sebenarnya tercalar lebih teruk lagi ekoran pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” oleh Lim Guan Eng ini. 
Ini kerana rata-rata orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia masih mengingati dengan jelas kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming yang bersifat sangat prejudis terhadap orang Islam dan orang Melayu di dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
Tidak semua orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia bersetuju dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Tetapi ucapan Nga Kor Ming berbunyi “di Negeri Perak Darul Kaput ini kita ada Menteri Besar hitam metallic yang haram jadah itu” adalah keterlaluan. 
Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang sebahagiannya telah dilaporkan kepada polis, yang menguatkan lagi persepsi orang Islam dan orang Melayu bahawa DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu. 
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 14 Disember 2015 Nga Kor Ming pernah menyindir pakaian purdah sambil menyifatkan Datuk Ahmad Darus yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno supaya pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai "Pemimpin Melayu otak cacat". 
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 5 Julai 2016 Nga Kor Ming pernah menaikkan ucapan Hari Raya Aidil Fitri yang menyertakan gambar rumah api yang berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan yang diselitkan dengan perkataan “In God We Trust” serta “Lord, Guide Our Nation Back To You”. 
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 6 Julai 2016 Nga Kor Ming pernah menaikkan ucapan Hari Raya Aidil Fitri yang menyertakan gambar kartun yang memberi makna bahawa pemberian duit raya ketika menyambut Hari Raya Adil Fitri oleh orang Islam kepada kanak-kanak sebagai "derma” dan “dedak”. 
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 1 Ogos 2017 Nga Kor Ming pernah mengongsi poster yang menggambarkan Tun Abdul Razak Husin sebagai “Pengkhianat negara yang sebenar” kerana berkhidmat dengan tentera Jepun berbanding Chin Peng yang berjuang melawan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. 
Bila Nga Kor Ming dengan imej negatifnya di kalangan orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia awal-awal lagi diumumkan oleh Lim Guan Eng “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” maka akan lebih negatiflah imej DAP di kalangan mereka. - HARAKAHDAILY 18/4/2018




























































































































Sumber HD - 18-4-2018


Kenapa susah payah hantar london, Syed Azman & Sepupu Nik Abdul Kan ada..
Posted on Wednesday, April 18 @ 13:11:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39223



Jika kita menonton filem 'Catch Me If You Can' mengisahkan bagaimana seorang ahli pemalsu cek yang menyamar berbagai watak, berkahwin dan akhirnya dia menjadi agent kerajaan membantu memastikan cek tidak boleh dipalsukan. Ini kisah benar dan jalan cerita penipuan sangat menarik, nampak 'real' tidak bodoh dan kaku macam puak-puak PAN mereka cerita pasal isu duit UMNO.

Cerita macam 'kartun' (bukan cerita kartun), bajet murah, pelakon pula bodoh, script entah datang daripada mana?

Macam Mana Boleh Datang Cerita Ambil Duit UMNO??


Umno kuat rasuah untuk membeli undi. Jadi untuk mengatasi masalah ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengemukan strategi “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS."

Kalau UMNO bagi duit ambil ajelah. Bukan kita pangkah mereka. Ini suatu yang 'simple' tapi cuba diputar belit puak yang hati busuk.

Oleh kerana FITNAH UG semenjak 2008 lagi tak boleh dibukti akhir mereka yang hati busuk ini membuat script cerita yang akan lebai hurai nanti.

Dulu kata jika ulama menang dalam Muktamar PAS, PAS akan bergabung dengan UMNO. Ulama menang dan sapu bersih, sehingga hari ini tak ada UG DENGAN UMNO. Mereka hilang akal.

Mereka fitnah pula PAS akan UG dengan UMNO menjelang PRU. Sekarang nak PRU, sampai Hari ini tak ada UG. Nak mengundi tak sampai seminggu lagi, ahli-ahli PAS ghairah pasang bendera tak sabar nak pelingkupkan UMNO dan PAN/HARAPAN sekali.

Mereka FITNAH pula PAS akan UG selepas PRU. Jika selepas PRU tak UG juga jangan bimbang puak hati busuk ketagih FITNAH akan FITNAH LAGI PAS AKAN UG semasa PRU-15 NANTI!!

Mereka tak puas fitnah selagi tidak "makan tanah" (mati)

Kemaruk tak ada bukti mereka, reka cerita dengan audio Nik Abdul. Audio ini diedar dengan sekerat. Langkah pertama mereka gagal. Orang PAS releks aje. Dia yang fitnah dia juga yang percaya.. kan bodoh namanya macam kisah bapak Nabi Sulaiman yang buat berhala, dia ukir kemudian dia sembah.

Mereka tukar langkah kedua, siar sepenuhnya. Puak PAS gelak lihat mereka yang bodoh ini. Maka bertaburan audio Anwar Ibrahim, dan macam orang lain dengan lawak jenaka. Fitnah Nik abdul menjadi joke.



Bukan itu sahaja skandal Mat Sabu dengan Normah terbongkar semula. Audio asmaradana mereka sehingga perceraian Normah didedah semula. Mereka yang tak tahu cerita ini sekarang mengetahui. Mat Sabu PERSIDEN PARTI KONONYA ISLAM PROGRESIF sudah tercemar dengan amoi BERSIH kini makin bermuluran lumpuh, nanah dan kehak!!

Mana puak IKRAM nak letak muka??



Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson.

"Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson

"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang," katanya dalam ceramah di Kota Bharu


Nak siasat buat apa?
Buat habis duit aje.
Baik engkau bagi kepada Syed Azman Syed Nawawi dia tahu dia sah 100% Suara Nik Abdul. Dia dan Sepupu Nik Abdul, Mohd Sabri Salleh telah buat kajian dalam studio mereka dibelakanmg rumah rumah mereka tepi reban ayam. Mereka ni pakar... PAKAR FITNAH!!!


Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).

Mereka semua Islam, tahu pasal dosa fitnah tetapi kerana nafsu politik merebihi akal mereka sanggup buat fitnah sedangkan mereka sendiri ragu dan pasti baru dalam proses membuat analisis di London, tapi mengedar... UNTUK APA? Untuk menepah api nereka.

Bila jiwa kita kosong dengan kekuatan Islam kita mula ambil ringan tentang amaran Allah. Adakah semua ini kerana mereka melanggar sumpah setia kepada perjuangan Islam dan langgar baiah dengan Allah s.w.t.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.


Sumber TKO - 18-4-2018



PAS mungkin kalah teruk, hilang Kelanta kata Agus
Posted on Tuesday, April 17 @ 20:12:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39211



Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya di Facebook hari ini.

Tidak dapat dipastikan kenyataan terdahulu yang dirujuknya sebagai hujah kepada prestasi buruk PAS pada PRU ke-14.

Namun pada 21 April 2017, beliau menyenaraikan sebab Umno mampu merampas negeri itu, iaitu kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat dan membangunkan negeri serta pemimpin Umno yang lebih peka dan kedudukan kewangan parti itu yang lebih kukuh.

"PAS perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat. Isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta...Dalam politik PAS perlu berpijak di alam nyata," katanya juga di Facebook.

Bagi BERSATU dan AMANAH di negeri itu, beliau berkata kedua-duanya perlu lebih giat mendekati rakyat negeri itu.

Pada hantaran bertarikh 13 Mac 2017 pula, beliau menasihatkan agar PAS mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus mentadbir Kelantan.

Ketika itu, beliau menyifatkan politik parti itu sudah hilang arah dengan ceramah yang sarat dengan cercaan, berbeza dengan gerak kerja Umno dan HARAPAN yang lebih lembut dan bersifat memujuk.

Berhemah dalam politik
Hantaran terbaru ini isu politik pertama yang disentuhnya sejak mengambil keputusan untuk 'berpuasa' daripada membicarakan soal itu beberapa bulan lalu.

Sebelum itu, pandangan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia sering mencuri tumpuan terutama berkaitan PAS dan Kelantan.

Apatah lagi selepas beliau dilihat berani mengutarakan pandangan yang agak positif terhadap pembangkang ketika mengacarakan rancangan bual bicara Hujah di TV9 selepas PRU 2008.

Mohammad Agus juga berharap semua pihak dapat berpolitik secara beretika walaupun dengan suasana pilihan raya yang sememangnya 'panas'.

"Pandangan saya betul pada hemat saya dan mungkin salah pada hemat yang lain...Semoga PRU berjalan dengan baik, dan kita tunggu saja keputusannya 9 Mei nanti," katanya lagi. 


Sumber TKO - 17-4-2018


Dr Mahathir Berisiko Disabotaj Pakatan Harapan Di Langkawi
Posted on Tuesday, April 17 @ 11:26:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39204



Walaupun Parlimen (P004) Langkawi menjadi pilihan terbaik untuk Tun Dr Mahathir Mohamad selepas diumum sebagai calon sah mewakili blok pembangkang untuk bertanding di kerusi tersebut, namun penganalisis politik meramalkan Pengerusi Pakatan Harapan itu bakal berdepan jalan berliku.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkemungkinan disabotaj oleh parti-parti komponen lain di dalam Pakatan.

"Satu perkara yang tidak boleh diketepikan sama sekali adalah kemungkinan untuk parti-parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan mensabotaj Dr Mahathir bagi memastikan Dr Mahathir tidak akan menang di kerusi P4 Langkawi sekali gus membolehkan pemimpin lain menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.

"Perlu diingat bahawa jalan politik ini ada beribu liku dan bukan bersifat sehala," demikian katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau, pada Isnin.

Katanya, beliau mengakui pernah mengatakan bahawa Parlimen Langkawi adalah kerusi terbaik untuk Dr Mahathir.

Namun jelasnya, itu tidak bermaksud ia memberi jaminan kepada tokoh politik berusia 93 tahun itu untuk memenangi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

"Memang benar bahawa saya menyebut kepada wartawan Free Malaysia Today, pada 3 Januari 2018 begini: "The best place for Mahathir to contest is Langkawi. People are still grateful to him for developing Langkawi. Furthermore, the Langkawi MP from BN is not seen as credible enough. The voters are still mocking the current MP for his blunder on MO1."

"Bagaimanapun, bila saya menyebut P4 Langkawi adalah kerusi terbaik untuk Dr Mahathir saya tidaklah memaksudkan Dr Mahathir akan menang jika beliau bertanding di kerusi itu, sebaliknya yang saya maksudkan hanyalah bahawa peluang untuk Dr Mahathir menang lebih cerah di kerusi itu berbanding di kerusi P6 Kubang Pasu dan di kerusi P125 Putrajaya," katanya.

Kamarul menambah berdasarkan rekod kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ir Nawawi Ahmad pada PRU-13 selepas menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi, kemungkinan besar itu bakal memberi saingan hebat kepada Dr Mahathir.

"Begitu juga majoriti yang diperolehi oleh calon BN ke atas calon PKR dalam PRU-12, iaitu 4,970, ke atas calon PAS dalam PRU-11, iaitu 10,772, ke atas calon PAS dalam PRU-10, iaitu 6,547, dan ke atas calon S46 dalam PRU-9, iaitu 8,425.

"PAS pernah menandingi kerusi P4 Langkawi dalam PRU-11 dan dalam PRU-10 di samping akan sekali lagi menandingi kerusi P4 Langkawi dalam PRU-14 sekali gus menunjukkan bahawa PAS juga mempunyai pengaruh yang tersendiri di kerusi ini yang tanpanya akan menyebabkan mana-mana calon dari Pakatan Harapan mengalami cabaran yang lebih besar untuk menang," katanya.

Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah pada PRU-10 pada 1999. Untuk rekod, beliau mula bertanding dalam PRU pada tahun 1964 dan memenangi kerusi Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi Kota Setar Selatan apabila kalah kepada calon PAS, Tuan Guru Yusuf Rawa pada pada PRU 1969. Pada PRU 1974, Dr Mahathir bertanding di kerusi Kubang Pasu - menang tanpa bertanding dan menerajui Parlimen Kubang Pasu selama tujuh penggal (sehingga PRU 1999).
- mD

Sumber TKO - 17-4-2018

Maaf Cakap, Hanipa Ni Peguam Tapi Bodoh Mengenai Perlembagaan PAS
Posted on Tuesday, April 17 @ 08:10:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39200



Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan kenyataan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) pernah mencadangkan pemindaan perlembagaan PAS sebagai dakwaan yang tidak berasas.

Ini kerana, menurut Hanipa, PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan parti lain termasuklah bersama Barisan Alternatif tanpa perlu meminda perlembagaan parti.

"Di mana logiknya dan rasionalnya bila dia (Abdul Hadi) dakwa ada usaha untuk pinda perlembagaan parti suci (bahasa Hanipa, dia kata PAS suka melabel) bagi nak mudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

Bila buka mulut aje.. Hanipa ni akan nampak bodohnya (maaf sekali lagi terpaksa kata)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat juga usaha yang dilakukan oleh pemimpin AMANAH (PAN) terbabit untuk cuba membawa usul meminda perlembagaan parti Islam itu bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti, lapor Sinar Harian.

Abdul Hadi berkata cadangan itu cuba dijadikan usul dalam Muktamar 2015 namun mendapat bantahan akar umbi termasuk ditolak dalam mesyuarat Pusat kerana ia bercanggah dengan perlembagaan PAS.

Beliau mendakwa cadangan tersebut merupakan cubaan untuk meminda perlembagaan PAS bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

Itu isunya.

Baik kita analisis betul tak kata Presiden PAS?

Pada 22 Oktober 2015 Khalid Samad (AMANAH sekarang ini) ada menulis dalam blognya bertajuk "Pindaan Perlembagaan PAS Yang Ingin Diusahakan Sebelum Ini " pembaca boleh membacanya kerana masih ada lagi artikel berkenaan.

Khalid mendedahkan dia minta nota daripada Asmuni (AMANAH juga) adalah pengerusi JK pindaan perlembagaan. Keseluruhan cadangan pindaan yang telah disiapkan adalah 74 dari 88 fasal.

Di antara perkara yang ingin dipinda adalah tempoh pemilihan pimpinan yang ingin dilanjutkan kepada setiap 3 tahun dan bukan setiap 2 tahun seperti sekarang. Ini terdapat dalam fasal 25 (2).

Begitu juga jumlah AJK PAS Pusat yang dipilih ingin ditambah dari 18 ke 24 orang. Jumlah AJK PAS Pusat yang dilantik turut ingin ditambah dari 6 ke 8 orang. Ini bermakna jumlah AJK PAS Pusat keseluruhannya ditambah dari 24 ke 32 orang. Ini terdapat dalam fasal 25 (5).

Selain dari itu, turut ditimbulkan untuk dipinda adalah keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8). Perkara yang ingin dilakukan adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan ‘conflict of interest’ atau pertembungan kepentingan.

Khalid Samad menulis lagi "Ya benar, DAP memang menyebut mereka lebih selesa berurusan dengan kumpulan kami dan mereka mengharapkan kami kekal sebagai pimpinan PAS dalam muktamar yang lepas. "

Apa Kaitannya?


Pindaan perlembagaan PAS cuba meramaikan AJK PAS Pusat bagi megimbangi kuasa yang ada dalam Majlis Syura dengan Majlis Syura bukan dikalangan AJK PAS Pusat.

Kenapa dengan Majlis Syura? Mari kita lihat peranan Majlis Syura PAS Pusat.

Fasal 8 Majlis Syura Ulamak

(1) “Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut :-.

 FASAL 88. Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2)  ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar



Sebelum itu 25 Februari Ustaz Azizan Razak telah membuat kenyataan.

ALOR SETAR – Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda dan masih relevan walaupun sudah lama diguna pakai dalam pentadbiran Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, desakan sesetengah pihak yang mahu Perlembagaan Pas dipinda semata-mata kerana tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak perlu dilayan, kerana ia hanya membuang masa.

“Tidak perlu pertikai sesuatu tindakan yang dibuat berlandaskan perlembagaan parti. Mereka yang mahu perlembagaan dipinda sebenarnya tidak faham mengenai perlembagaan dan anggap ianya boleh diubah sesuka hati,” katanya.

Isu Menteri Besar Selangor dan Fitnah Abang Ahmad Kardee (AMANAH) terhadap Presiden PAS


Abang Ahmad Kardee ada menulis pada 9 September 2014 membuat fitnah kononnya Presdien PAS menyalahi Perlembangaan PAS memberina nama calon MB dikalangan PAS.

1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidangkuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan PAS, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa oleh Muktamar PAS tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS). Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan PAS.

2. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) telah turutsama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor. Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat oleh MSU berhubung perkara tersebut. Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, telah bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

4. Isu pelantikan MB Selangor tidak melibatkan perkara yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS. Satu fakta yang tidak dipertikaikan adalah PAS telah bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi dalam PAS, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka MSU mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Mukamar PAS tersebut.

5. Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU). Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR. LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri? Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU.

6. Isu pelantikan MB Selangor juga tidak melibatkan keperluan untuk MSU menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS. Maka LUHAM tidak nampak apakah keperluan atau justifikasi untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidangkuasa badan tersebut sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

7. Hatta, jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

8. Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent). Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka, tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”.
Atas isu ini ada usaha untuk mengasingkan peranan Majlis Syura Ulama dengan AJK PAS Pusat supaya Majlis Syura PAS Pusat tidak boleh membantah keputusan AJK Pusat dalam strategi bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Lebai rasa Hanipa Maidin tak payah berdebat dengan Presiden PAS, berdebat dengan lebai cukuplah.. Ada berani ke??

Satu lagi untuk akhiri tulisan ini.





Hanipa dalam kenyataan sama mempersoalkan penggunaan "sistem cai" iaitu pengedaran senarai nama dalam pemilihan parti yang menurutnya diamalkan PAS khususnya pada Muktamar 2015.

"Tunjukkan kepada saya sebarang peruntukan dalam perlembagaan PAS yang kata boleh guna sistem cai, yang kata (mewajibkan) pemimpin nombor satu dan nombor dua mesti ulama," katanya.

Hanipa, yang atas tu cai siapa?

Engkau main cai dah lama dah. Semasa tu geng ulama "buta it" kalau ada blog geng ulama pun sekadar isi khutbah Jumaat. Tapi apabila geng ulama lawan cai dengan engkau engkau cuba salahkan cai atas perwakilan tolak geng engkau PEROSAK PAS.


Kalau orang nak engkau cai macam mana pun tetap menang. Lihat Mazlan Aliman boleh menang, nama dia tak ada dalam cai? Kenapa? kerana perwakilan tahu walaupun dia jiwa AMANAH tapi dia ada hati budi bukan macam engkau mulut dah lah jahat, hati budi pun jahat juga.

Tak payah nak salahkan cai salah diri sendiri yang merosakkan PAS, selepas tawan AJK PAS PUSAT cuba nak kurangkan kuasa Majlis Syura Ulama melalui pindaan perlembangaan.

PAS bukan milik Presiden PAS Abdul Hadi Awang. PAS Bukan AGAMA, PAS adalah gerakan Islam yang caba mendaulatkan Islam sebagai AdDin di bumi Malaysia. Pimpinan boleh datang dan pergi tetapi perjuangan PAS mesti utuh.


Sumber TKO - 17-4-2018

Mahathir bakal rosakkan PH

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi jurulatih Umno bakal merosakkan Pakatan Harapan (PH). 
"Masa dia jadi ketua pasukanlah dia merosakkan Umno. Umno jadi macam-macam. 
"Kemudian tiba-tiba Pakatan Harapan ambik dia jadi pemain bola. Jurulatih yang umur 90 suruh main bola turun padang. Kesian la ke dia," ujar beliau pada Majlis Perasmian Titi Kuala Juru di Juru, Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui Facebook beliau, sebentar tadi. 
Mahathir yang diisytiharkan bertanding di Parlimen Langkawi bakal berdepan dengan calon daripada Gagasan Sejahtera 
Presiden PAS sebelum ini menyebut bahawa PAS dan Gagasan Sejahtera akan bertanding kira-kira 160 kerusi Parlimen pada PRU14. – HARAKAHDAILY 16/4/2018
Sumber HD - 16-4-2018 


Kamarul tegur mufti Perlis masuk campur politik PRU
Posted on Monday, April 16 @ 15:51:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39189



PETALING JAYA: Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin sebagai melampaui tugasnya apabila menggesa pengundi menolak calon Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu berkata komen dimuat naik Asri pada Jumaat lalu adalah “di luar” bidang tugasnya sebagai mufti, dan beliau tidak seharusnya berkempen untuk atau menentang mana-mana parti politik.

“Tidak wajar dan tidak bijak bagi Asri untuk mengatakannya,” kata Kamarul.

Asri dalam kiriman Facebook menggesa pengundi menolak calon Hindraf pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), berikutan parti itu bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Mana-mana parti yang menjadikan mereka calon, saya merasa pihak itu akan mengancam kedamaian yang sekian lama wujud dalam negara ini,” kata Asri yang sebelum ini bertelagah dengan Hindraf berikutan bantahan pertubuhan hak asasi komuniti India itu terhadap pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Hindraf sebelum ini meminta untuk bertanding 2 kerusi Parlimen dan 4 kerusi negeri atas tiket PKR atau DAP.

Kamarul berkata Asri tidak seharusnya mengulas mengenai politik, terutama kerana Jabatan Agama Islam Perlis menghalang masjid digunakan untuk tujuan politik atau berkempen pada PRU akan datang.

“Sebagai mufti, dia sepatutnya menjadi contoh yang baik.”

Bagaimanapun, Kamarul berkata komen Asri tidak akan memberi kesan yang besar kepada pengundi Melayu.

Sementara itu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang kini sebahagian daripada DAP berkata Hindraf bukan ancaman kepada keselamatan negara atau Islam.

“Saya rasa Asri dipengaruhi perasaan peribadi. Perasaan marahnya mengaburi pertimbangannya.”

Menurutnya, Hindraf sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu kenapa, tapi mungkin Asri tidak mahu Dr Mahathir menang. Dengan meminta pengundi menolak Hindraf, secara tidak langsung beliau meminta mereka menolak Dr Mahathir.”


Pemimpin DAP, P Ramasamy pula menganggap Asri tidak mempunyai hak untuk mengajak pengundi menolak calon Hindraf pada PRU akan datang.

Sumber TKO - 16-4-2018


Mengapa Pengarah Komunikasi Amanah Mula Buka Mulut Isu Pembahagian Kerusi PH Selangor
Posted on Monday, April 16 @ 05:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39183



Jika sebelum ini Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dilihat berdiam diri berkaitan dengan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang masih selesai hingga sekarang ini, namun hari ini beliau dilihat mula buka mulut.

Khalid yang juga penyandang kerusi Parlimen Shah Alam berkata kemelut berpanjangan pembahagian kerusi PH Selangor berpunca daripada sikap mementingkan diri sendiri daripada empat parti kompenan.

“Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

“Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.

“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Khalid mengesahkan PKR ada menyatakan minat untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras namun ia masih belum dimuktamadkan dan akan ditentukan menerusi perbincangan dengan parti komponen PH.

“Setakat ini DUN Paya Jaras telah dipersetujui untuk diberi kepada Amanah, tetapi ada permohonan daripada PKR dan mereka meminta untuk ditukarkan dengan kerusi lain
“Isu ini akan diselesaikan di peringkat jawatankuasa rundingan dan jika cadangan pertukaran kerusi itu dipersetujui, kita akan dapat kerusi lain sebagai ganti,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Gazzete melaporkan PAS bakal meletakkan pendakwah terkenal, Ustaz Dusuki Abdul Rani sebagai calon Parlimen Shah Alam.

Menurut sumber portal itu, Khalid yang memegang kerusi Shah Alam selama dua penggal sejak tahun 2008 bermungkinan besar tidak akan dicalonkan semula bertanding di parlimen berkenaan.

Kenyataan Khalid yang ‘memohon maaf’ menambahkan lagi spekulasi bahawa beliau tidak akan dicalonkan di Parlimen Shah Alam.

“Jika ditawarkan insya Allah saya terima dan sanggup dan jika tidak saya menyokong siapa sahaja yang terpilih sebagai calon di Shah Alam.

“Dalam keadaan politik sekarang kita tak boleh jamin sehingga hari penamaan calon tetapi sekarang tiada pengumuman apa-apa.

“Saya sekadar ingin menyatakan terima kasih dan memohon maaf atas kekurangan (daripada dirinya) selama menjadi wakil rakyat di Shah Alam,” kata Khalid. - AIDCNews

Sumber TKO - 16-4-2018


Sistem Kasta Dalam Majlis Fund Raising PKR Pahang
Posted on Monday, April 16 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39181


Majlis ‘Fund Raising’ anjuran PKR Pahang yang melibatkan tiga Parlimen; ndera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar malam ini mengamalkan sistem kasta antara kaum.

Menurut Hanisya Abdul Hamid, sistem kasta itu berlaku apabila berlakunya pengasingan antara kaum yang diletakkan di dalam dan luar dewan.

“Majlis Fund Raising anjuran Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar PKR malam ini yang mengamalkan diskriminasi dan politik kasta.

“Bukan nak bersikap rasis tetapi ini adalah apa yang diamalkan oleh PKR.

“Kaum Tionghua diberikan tempat duduk dan meja yang istimewa didalam dewan sedangkan makanan halal untuk bangsa Melayu/Islam dihidangkan di luar dewan,”kata dalam Facebook.

Justeru itu Hanisya menuntut Pengerusi PKR Pahang, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh tampil memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

“Omak sering mendedahkan betapa PKR mengamalkan politik kasta ternyata ianya amat benar, tepat dan sahih sekali.

“PKR boleh nafi dan maki namun ini adalah realiti dan bukannya fake news cerita yang direka-reka.

“Betul atau Tidak????

“Apa komen Fuziah Salleh dan Dato’ Fauzi Abdulrahman???,”katanya lagi.

Sementara itu, Fauzi yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau tidak akan mempertahankan parlimen tersebut pada PRU 14 ini.

Pengumuman Fauzi itu dibuat selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga hari lepas mengumumkan Nasruddin Hassan bakal bertanding di Parlimen tersebut.

Sebagai gantinya, Fauzi berkata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah bakal bertanding melawan Nasruddin.

Fauzi yang sebelum ini menang di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-13 dan tahun 2008, pula berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing.
Penyandang kerusi Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikekalkan bertanding di kawasan itu untuk penggal ketiga.

Mohd Yazid Mohd Yunus daripada PPBM, diumum sebagai calon Parlimen Paya Besar.
Fauzi berkata penyandang kerusi DUN Semambu daripada PKR, Lee Chean Chung akan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini, begitu juga bagi kerusi DUN Teruntum akan ditandingi penyandangnya dari PKR, Sim Chon Siang.

“Kerusi DUN Panching dalam Parlimen Paya Besar pula, pakatan pembangkang akan meletakkan penyelaras DUN itu daripada PKR, Kamarzaman Mohamed Yunus.

“Bagi kerusi DUN Inderapura pula, pembangkang akan meletakkan calon daripada PKR, Fakhrul Anuar Zulkawi,” katanya.

Sebelum DAP telah mengumumkan seorang ahli parti itu bakal bertanding di Parlimen dan 8 orang di DUN.

Mereka ialah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang akan bertanding parlimen Raub dan lapan calon DUN iaitu – Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis), Young Syefura Othman (Ketari), Leong Yu Mun (Triang), Woo Chee Wan (Mentakab) DR Kamache (Sabai), Lee Chin Chen (Bilut), Chow Yu Hui (Tras) and Chong Yoke Kong (Tanah Rata). - AIDCNews

Sumber TKO - 16-4-2018










































































Arak Dalam Majlis Kutip Dana Pilihanraya: Satu Senario Awal Siapa Lebih Dominan?
Posted on Monday, April 16 @ 11:23:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39180



Oleh :  Mohd Luttfi Bin Abdul Khalid

Senario yang berlaku di Kuantan baru-baru ini: Ahli politik beragama Islam duduk bersama di dalam majlis yang arak tersedia di dalamnya.

Tujuan majlis ialah untuk kutipan dana pilihanraya.

Premis dewan yang dimiliki oleh bukan-Islam.

Arak tiada di dalam menu dan tidak ada larangan bagi yang ingin memesannya.
Penyokong parti beragama Islam ditempatkan di luar dewan dan minum sirap di bawah khemah, yang menu makanannya disediakan oleh katerer Muslim.

Apa pun alasan untuk menjustifikasikan dan “mensucikan” kebersamaan umat Islam di dalam majlis seperti ini sangat dangkal dan bersifat untuk memuaskan diri sendiri sahaja, apatah lagi kebersamaan ini tidak diiringi atau disokong dengan sebarang dalil Syara’.

Yang dapat diharapkan dan dipamerkan hanyalah hujah akal yang dibalut dengan alasan-alasan yang lemah.

Tidak ada sensitiviti di dalam hati sang Muslim apabila duduk di dalam majlis politik yang arak adalah available, kerana tujuan utama ialah untuk kutip dana pilihanraya, manakala botol-botol berisi arak sudah jadi secondary, penolakan terhadap wasilah kepada maksiat terpaksa dibiarkan turun ke tahap paling kritikal iaitu selemah-lemah Iman (penolakan dalam hati).

Nilai politik, maslahat dan agenda parti dan matlamat kewangan bisa saja mengalahkan maruah, jatidiri, kemuliaan dan prioriti seseorang yang mengaku beragama Islam. Masih juga ada di antara mereka yang cuba meremehkan teguran-teguran dari umat Islam yang lain.

Seandainya kumpulan seperti ini berjaya merasai sedikit sahaja kemanisan berkuasa, senario yang sama akan berulang di mana dominasi hakiki dimiliki oleh yang bukan-Islam, kedudukan Islam akan jatuh tercorot di bawah paras minima dalam ukuran Syara’, tidak ada penghormatan lagi kepada apa yang begitu sensitif pada sisi umat Islam yang paling jahil sekalipun. Mantera dan retorik kedaulatan umat dan keunggulan Agama Islam tidak akan berdaya diterjemahkan di alam nyata kerana kekalahan total telah berlaku ke atas hati dan jiwa.

Sekiranya di dalam perkara yang paling asas pun kumpulan ini tidak sensitif dan dengan sinis boleh dipermain-mainkan, umat Islam berhadapan dengan risiko besar bahawa perkara-perkara yang sangat sensitif dan asasi bagi umat Islam pun mungkin boleh dikorbankan. Ini kerana jatidiri, kemuliaan, kebanggaan dan ‘Izzah serta maruah tidak lagi menjadi pilihan utama.

Dasar-dasar fiskal, pendidikan, sosial, ketenteraan, keselamatan dan kedaulatan negara boleh saja ditentukan oleh keuntungan material yang segera dan kehendak parti politik yang lebih dominan secara hakiki. Agenda Liberal (dan yang seangkatan dengannya) akan senang bertapak di kalangan umat Islam memandangkan normalisasi besar-besaran sudah dapat dilaksanakan, tanpa bantahan.

Masyarakat Islam tertanya-tanya bagaimanakah proses berfikir yang berjalan di dalam minda kumpulan pseudo-Islamis liberal ini berhubung majlis politik yang penuh kontroversi itu? Kepentingan siapakah yang menjadi keutamaan anda ketika anda begitu bersemangat sekali mempertahankan dan menjustifikasikan penghidangan arak sedemikian.

Malang bagi umat Islam sekiranya golongan ini dipercayakan untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam di Parlimen.
Na’uzubillahi min zalik!
Sumber TKO - 16-4-2018


Tak Cerdik Mahfuz Fitnah PAS Terengganu, Sepatutnya Katalah PAS Selangor ambil duit UMNO
Posted on Sunday, April 15 @ 20:14:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39164



Mahfuz ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu menerima wang daripada UMNO. Mahfuz mendakwa wang sebanyak RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.

Selain itu, katanya, sejumlah RM1.5 juta turut dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Naib Presiden AMANAH (PAN), Mahfuz Omar juga mendakwa terdapat tiga orang pimpinan Pas Terengganu menerima wang daripada pemimpin Umno tertentu.

Mereka yang terlibat kata beliau ialah, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Bendahari Pas Terengganu, M. Shukrimun Shamsudin, dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.


Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dia telah menyemak perkara tersebut dengan pegawai di Pejabat Agung Pas, dan mereka telah mengesahkan bahawa wang sejumlah itu memang telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bila ditanya menyifatkan sebagai hujah 'kebudak-budakan' yang dibuat tanpa fakta.

Lebai pula berpendapat Mahfuz ni tahap akedemiknya SPM sahaja. Bukan lebai nak rendahkan mereka yang kelulusan SPM tapi itu hakikat bagi Mahfuz. Cara berfkir dan bercakap dia anggap semua orang bodoh macam pelajar yang tak lulus SPM.

Ini bukan kali pertama dia fitnah PAS. Sebelum ini lebai telah menulis (baca di sini) bagaiamana Mahfuz dengan bantuan dua orang blogger Greenboc dan AlHussyen mengedar surat perjanjian kononnya Presiden PAS makan duit RM10 juta.


Surat itu ada beberapa keraguan.

Pertama, dia tak faham perbezaan aku janji dengan perjanjian. Aku Janji sebelah pihak manakala perjanjian dalam konteks kontrak 2 belah pihak.Dalam surat berkenaan menunjukkan aku janji. Jika surat ini benar ini bermakna syarikat berjanji nak bagi RM10 juta. Biasa kalau setakat SPM Aku Janji dan Perjanjian keliru, lebai rasa mungkin dia SRP pun lingkup juga.

Kedua, Pejabat Presiden di Taman Melewar. Mana ada Pejabat Presiden. Mahfuz ni berapa tahun berada dalam PAS sehingga tak tahu perkara ini. Nak bohong pun Mahfuz kena ada pengetahuan. Maknanya kena cerdiklah.

Kenapa engkau tak baca perlembagaan sebelum engkau fitnah. Pejabat Agung PAS Pusat dimana Presiden mempunyai kuasa melantik SU, Bendahari dan Ketua Penerangan. Termasuk juga SU Kerja,

Ketiga, apalah bangang sangat Mahfuz dan puak kaki fitnah. Pejabat PAS Pusat bertukar ke Jalan Raja Laut sebelum 2013. Engkau tahu tak bangunan PAS, 8 juta tu pernah terbakar pada 2010. Makna sebelum 2010 dia orang tak guna dah Taman Melewar. Ni aku tunjukkan engkau gambar sebahagian bangunan itu terbakar pada tahun 2010.








Manakalah Taman Melewar pula bagaimana semasa itu??
Ini lebai nak tunjuk kepada Mahfuz yang nak buat fitnah tapi tak cerdik (bodohlah maknanya).

Engkau tanya Dr Hatta (yang langgar bai'ah talak 3, pasal dia Bendahari masa tu) bagaimana kes bangunan Taman Melewar terbiar dan elektrik pun dipotong kerana tak bayar bil.  Ni gambar bangunan Taman Melewar yang rosak sempat aku ambil gambar Januari 2008.






Maknanya Mahfuz tak cerdik buat surat fitnah tapi letak tarikh semasa Taman Melewar rosak tak ada elektrik. Mahfuz kalau engkau tak puas hati dengan lebai engkau jumpa Mat Zin (orang Kedah) yang mengurus bangunan ini... dia sekarang dah jadi PAN. Biar engkau lain kali nak buat fitnah pun biar cerdik.

Keempat, Kenapa harta Kelantan Tok Guru Nik Aziz tak terlibat? Maksud engkau tukang fitnah Presiden boleh kontrol Kelantan tanpa Tok Guru Nik Aziz? Nak fitnah pun biarlah logik. Biasa orang sekadar tahad akademik lemah, cara berfikir pun lemah.

Kelima, nama Zuraidin bin Abdullah tidak dapat dikesan? Cuba engkau berikan detail sikit, bila dia kerja di Pejabat Presiden PAS? Tahun bila? Aku ni pun haus tapak kasut turun naik di Pejabat Agung PAS.

Keenam, tiada akaun mana-mana bank atas nama Pejabat Presiden PAS. Tolong bagi bank mana si TUKANG FITNAH? Ini mesti Mahfuz akn jawab "Hang kena tuduh hang kena bukti" Ni Islam Abu Jahal punya hujah...

Ketujuh, sila tunjukkan transasi pembayaran wang yang berlaku. Kalau akaun bank tak ada mana ada transasi. Kan Engkau ada kaki tangan di Pejabat Agung engkau telefon aje Mahfuz boleh sebut banknya.

Itu kali pertama Mahfuz buat kerja bodoh untuk buat jahat kepada Presiden PAS. Lebai ingat selepas teruk lebai "bamboo" dia insaf.

Mahfuz belajar agama, tahu tentang hadis Rasulullah s.a.w. pasal manusia muflis di akhirat tapi demi cita-cita politik, dia dah macam UMNO tolak hadis masih buat kerja fitnah.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
 
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Serang UMNO hari-hari tapi perangai kini macam UMNO. Malah dia sudah jadi tongkat UMNO untuk serang PAS.

Berbalik fitnah terbaru dia pasal duit 1.5 juta dan 1 juta.

Lebai akan tunjukkan beberapa hujah bahawa Mahfuz bukan manusia yang cerdik.

1. Mahfuz menyebut perkara tersebut dan minta 3 orang pimpinan PAS Terengganu mendedahkan akaun bank tersebut semasa di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah. Ini pun dah bercanggah dengan cakapnya yang dia hubungi Pejabat Agung dan mengesahkan ada. Kalau ada kenapa tak dedah. Maknanya akaun itu hanya 3 orang sahaja yang boleh dedah yang lain tak boleh akses.

2. Mahfuz kata dia telah menyemak perkara tersebut dengan pegawai di Pejabat Agung Pas, dan mereka telah mengesahkan bahawa wang sejumlah itu memang telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan. Soalan dia akaun AMANAH dan DANA PARTI bagaimana Pejabat Agung boleh akses. Dia bukan masuk akaun rasmi parti?


3. Mahfuz, ni Naib Presiden AMANAH (PAN). Hebat dia boleh telefon begitu aje Pejabat AGUNG PAS PUSAT. Tersilap pejabat Mahfuz!!

Lebai teringat semasa Mahfuz mengatur satu panggilan telefon antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit. Sampai pukul 1 semuanya kena kencing oleh Mahfuz. Dah Mahfuz tu hitam.. hari tu muka makin hitam kebiruan, projek nak "publisiti" gagal.

4. Mungkin dengan menyebut macam itu PAS akan curiga kepada Pejabat Agung kerana masih ada penyokong PAN. Ini kira saraflah. Mahfuz sekarang zaman IT, pelajar sekolah dalam belajar advance.. di Britain budak 3 tahun dah wajib masuk sekolah. Apa yang Mahfuz belajar SPM dulu sekarang ini dah masuk selibus tingkatan 1, 2 dan 3 untuk PT3.

5. Mahfuz keliru antara Jabatan Pembangunan PAS Pusat atau Jabatan Piliharaya PAS Pusat. Macam mana orang lama dalam PAS tak boleh beza antara dua itu.

6. Kalau betul kenapa tak report kepada SPRM? Makna Mahfuz main tuduh aje nak perkenakan kepada PAS.
7. Mahfuz juga tak faham ke Akaun AMANAH dan Pembangunan atau Dana PRU-14 semuanya adalah akaun yang terdedah umum dan sesiapa sahaja boleh derma. Apa hairan kalau ada orang UMNO nak derma. Misalnya Tabung AMANAH dan Ustaz Saiful Bahri pula ada Madrasah, Sekolah Rendah, Sekolah menengah, Pondok, DarulBayan Care dll. Sudah tentu ada orang UMNO menderma di situ untuk mendapat ganjaran di akhirat nanti. Sebab 3 amalan akan kekal. Ini orang UMNO tahu. Yang bodohnya hanya Mahfuz dan puak HARAPAN buat fitnah dia akan muflis diakhirat nanti... Kan lucu UMNO dapat ganjaran, puak parti Islam AMANAH masuk xxxx kerana muflis amalan dek kerana suka fitnah.
8. Mahfuz seolah-olah tak faham Islam. Orang yang menuduh kena bawa bukti. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لو يُعْطَى الناسُ بدعواهُم لادّعَى قومٌ دماءَ قومٍ وأموالهُم ، ولكنّ البيّنَة على المُدّعِي ، واليمينُ على من أنكرَ حديث حسن رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين

“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan (klaim) mereka (semata), niscaya (akan) banyak orang yang mendakwakan (mengklaim) harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa (pengklaim), dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari (tidak mengaku)”.

Hadits hasan, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan yang lainnya. Sebagian kandungan teks semisal tercantum dalam kitab Ash-Shahihain.

9. Mahfuz faham tak konsep pendakwaan di Malaysia? Seorang pendakwa mendakwa tertuduh melakukan penyelewangan, untuk mengelakkan dihukum, tertuduh tersebut perlulah membuktikan dirinya  tak bersalah dengan menyaman pihak pendakwa. Bagi pihak pendakwa beliau tidak perlu mengemukakan sebarang bukti dan cukuplah melakukan tuduhan dan atas dasar rasa2. Pendakwa akan dianggap menang sekiranya orang yang dituduh tadi tidak menyaman pendakwa. Mudah hidupkah Ini Mahfuz nak.

Kalau saman tu tak perlu modal dan tak perlu masa tak apalah. Lihat bagaimana PAS saman Sarawak Report yang PAS terpaksa kumpul RM400,000 untuk mulakan sama. Jika sama berlanjutan banyak tahun, berapa PAS kena belanja. Itu belum kira masa lagi.

Itu pun bila PAS saman SR ada lagi Mahfuz dan AMANAH masih kata PAS ambil duit RM90 juta. Makna itu alasan sahaja suruh saman tapi memang mereka (HARAPAN) kaki fitnah sama dengan UMNO.

Itu Mahfuz nak... Bila PAS dia PAS Salah
Stupidlah sebab itu Islam tak ajar.

Kalau macam tu logik Mahfuz nak polis dalam tangkap sesiapa hanya tunggu dibalai. Jika ada saman dia betul Kalau tak ada saman terus masukkan penjara. Itu logik tahap Mahfuz.

“Innocent until proven guilty” Pihak yangg menuduh (Mahfuz dan geng HARAPAN) yang perlu tunjukkan bukti untuk yakinkan tuduhan mereka berasas. Otherwise it’s just a slander (fitnah)
10. Mahfuz sekarang dan jadi macam Husam Musa belum lagi sah terus sebar. Islam ajar kita siasat dulu sebelum buat tuduhan tapi Husam Musa tak nak ikut Islam dia nak ikut DAP dan UMNO.

Sekarang ceramah PAN, level pasar malam, tak ada "value" langsung, sendiri yang tuduh, selepas itu tu nak minta tertuduh kemukakan bukti, dah benda tak dibuat nak bagi bukti hape.

11. Betul juga cakap Mat Sabu. Jangan ikut aku. Pasai apa? Kerana masa itu aku sudah tak betul (gila). Kini bukan sahaja Mat Sabu dah gila tapi semua pengikut dia dah gila.

Logiknya kalau UMNO beri duit kepada PAS Terengganu untuk PAS Terengganu lawan UMNO. Orang giler boleh gelak. Kalau ada pertandingan 3 penjuru di Terengganu antara PAS, HARAPAN dan UMNO. Agaknya siapa untung. Tentulah PAS sebab undi UMNO akanberpecah oleh bersatu. PAS tanding berapa aje di Terengganu. Bangang Mahfuz ni berfikir.

Lainlah kalau di Selangor. UMNO bagi duit kepada PAS Selangor. Kalau ada 3 penjuru antara PAS, UMNO dan HARAPAN. UMNO yang untung kerana undi HARAPAN pecah dengan PAS.

Makin mari makin sasau puak-puak Khianat ALlah dalam baiah mereka.
Dunia ni ALlah dah tunjuk.


Sumber TKO - 15-4-2018

DAP dapat dana asing hadapi PRU?

PADA 18 November 2015, saya selaku Pengarah MAPAN, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menganjurkan satu majlis syarahan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM. 
Menonton kembali rakaman majlis syarahan ini, terdapat beberapa perkara mengejutkan yang disuarakan oleh Tan Sri Abdul Rashid. Dan disebabkan beliau sendiri menyebut di dalam syarahan beliau ini beliau tidak kisah jika ada wartawan melaporkan kandungan syarahan beliau ini, maka dikemukakan di sini salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan. 
Salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan ini ialah mengenai DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya di mana ayat-ayat sebenar yang beliau gunakan adalah: 
●     “But of courselah some strong parties like DAP apa semua they got their foreign assistance and so on.”
●     “You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwan. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.” 
Jika pendedahan ini dibuat oleh orang biasa maka sudah tentulah ini tidak akan mengejutkan tetapi bila yang mendedahkannya adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya seperti Tan Sri Abdul Rashid maka sudah tentulah ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dipercayai. Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini. - HARAKAHDAILY 15/4/2018
Sumber HDb - 15-4-208 

Tiada lagi Gema Reformasi
Posted on Sunday, April 15 @ 09:55:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39148




Ketika gelombang reformasi melanda negara pada penghujung tahun 1990an saya baru sahaja menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Malaya. Seawal tahun pertama di UM, tinggal di 2nd College saya sudah terdedah dengan sepak terajang politik. Dari politik kampus membawa kepada politik kepartian.


Semasa di kolej saya punya lebih ramai kawan-kawan dari jabatan pengajian islam dan bercampur dengan senior-senior dari Akademi Islam yang lantang menyuarakan isu-isu berkaitan dasar dan pentadbiran.

Seringkali isu-isu ini diangkat dengan demonstrasi kerana suara-suara yang dilontarkan melalui saluran diplomasi sering sahaja tidak mendapat perhatian sewajarnya. Demonstrasi pertama sejurus saya bergelar mahasiswa ialah demonstrasi menentang budaya konsert dalam kampus.

Amat malang kerana artis yang dijemput pihak penganjur adalah M. Nasir. Artis yang mempunyai watak sederhana dan tidak terpalit dengan isu-isu moral yang lain. Namun, mahasiswa-mahasiswa berhaluan kiri beranggapan bahawa siapa sahaja yang membawa budaya devian ke dalam kampus, perlu ditentang berhabis-habisan. Walau siapapun dia.

Ketika malam konsert dijadualkan dan waktu ramai orang menunggu kedatangan M. Nasir- yang terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan dan nusantara- kami diminta turun berkumpul di kawasan parkir berhampiran Perdanasiswa untuk berdemonstrasi. Meluahkan unjuk rasa, memberitahu dunia betapa mahasiswa tidak redha budaya konsert menapak dan beranak-pinak di dalam kampus.

Sekali lagi. Amat malang. Kerana konsert tersebut adalah konsert M. Nasir. Artis yang bersih, tidak ada palitan isu-isu moral pada wajahnya. Sampai ke hari ini, andai saya boleh mengubah sejarah, saya lebih suka jika konsert itu bukan konsert M. Nasir. Mungkin saya lebih mudah hadam jika itu konsert adalah konsert artis-artis yang jelas mampu mempengaruhi dan merosakkan pemikiran mahasiswa.

Demonstrasi menentang budaya konsert dalam kampus mendapat liputan meluas dalam akhbar-akhbar tempatan. Mereka sibuk bercerita tentang nasib M. Nasir yang tidak mendapat restu dari gerakan mahasiswa untuk mengadakan konsert. Kerana bimbang akan menjadi precedent case untuk konsert-konsert yang lain.

Begitulah liku hidup sebagai mahasiswa di universiti tertua di negara ini. Namun terpulang kepada mahasiswa sendiri membuat pilihan mahu mengikut jalan yang mana. Jika mahu cabaran ikut gerakan kiri, jika mahu aman ikut kumpulan pro-kerajaan. Jika tidak mahu capai apa-apa, jika tidak mahu cabaran, hiduplah dalam dunia sendiri.

Berbagai siri demonstrasi yang berlaku sepanjang saya bergelar mahasiswa. Demo menentang keganasan Russia terhadap rakyat Chechnya dan demo menentang kemasukan pasukan kriket dari Israel ke Malaysia adalah antara demo-demo yang besar berlaku di Universiti Malaya.

Usai pengajian, sementara menunggu bergraduan saya menggali pengalaman hidup dalam dunia metropolitan. Saya berkerja di Kuala Lumpur menggadaikan sijil STPM untuk jawatan pentadbiran di sebuah syarikat keselamatan. Gaji kecil kurang seribu. Ia tidak menjadi masalah kerana saya berkerja ketika itu bukan niat untuk membina kerjaya, tetapi lebih terarah mahu menimba pengalaman.

Tugas saya sebagai pembantu pejabat merangkap juruwang tidak menentu. Kadang-kadang saya terpaksa keluar membawa wang masuk ke bank apabila kesuntukan kakitangan. Kadang-kadang saya terpaksa berkerja sehingga lewat tengah malam apabila ada pelanggan yang meminta syarikat mengasingkan gaji tunai untuk diagihkan kepada pekerja-pekerja mereka.

Kadang-kadang saya terpaksa keluar menghantar duit loose change yang tertinggal dan kadang-kadang saya terpaksa keluar mengutip cek dari pelanggan agar target pendapatan bulanan syarikat tiada lompang. Nature kerja saya sentiasa perlu bergerak ke sana-sini apabila ada keperluan.

Kerja sebegini menyebabkan saya sentiasa meredah kesesakan lalu-lintas metropolitan dan banyak kali bertembung dengan himpunan besar-besaran kebangkitan suara rakyat gerakan reformasi menuntut Tun Mahathir merombak pentadbiran. Semuanya berlaku setelah Anwar dilucutkan dari jawatannya sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri dengan tuduhan yang tidak masuk akal. Sodo mee!

Gerakan reformasi, himpunan jalanan dan siri-siri demonstrasi yang berpusat di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur boleh dikatakan berlaku setiap hari selepas Anwar dipecat dan dihalau keluar dari kabinet. Demonstrasi adalah ruji saya ketika di Universiti, sudah tentu siri-siri demonstrasi yang berlaku menarik minat saya.

Demonstrasi di perkarangan masjid negara anjuran gerakan reformasi adalah antara detik-detik yang paling sukar untuk dilupakan. Entah macamana, dalam lautan manusia yang berasak-asak di perkarangan masjid negara itu saya memilih untuk naik ke beranda masjid. Ketika itu Anwar bersama Wan Azizah datang dari bawah menuju ke beranda yang sama untuk berucap. Saya terperangkap dalam kesesakan manusia walaupun pada awalnya saya tidak berhasrat untuk menunggu lebih lama.

Rupa-rupanya himpunan reformasi di masjid negara itu adalah kemuncak reformasi dan mungkin ucapan terakhir Anwar sebelum dia ditangkap oleh Mahathir dan disumbat ke dalam penjara. Namun semangat perjuangan yang ditinggalkan oleh Anwar tetap menyala.

Demonstrasi demi demonstrasi berlaku. Ketika ramai orang berhimpun di dataran merdeka dan bergerak menuju ke istana negara untuk meminta campur tangan YDPA membebaskan Anwar dari penjara, saya sekali lagi menyertai lautan manusia yang lain. Kami berhimpun, berjalan dan melaungkan slogan-slogan reformasi, menyekat lalulintas yang bertali arus di lebuhraya Mahameru. 

Ketika itu saya belajar perkara baru. Rupa-rupanya dalam perhimpunan ribuan manusia itu, ramai SB-SB yang menyamar dan berdemonstrasi bersama pejuang reformasi. Kerana usai sahaja penyerahan memorandum ke Istana Negara dan apabila arahan bersurai oleh anggota keselamatan tidak diendahkan, tiba-tiba SB-SB yang menyamar ini mengejar dan menangkap orang-orang penting dalam penganjuran demonstrasi pada hari itu.

Mujurlah saya tidak dikejar SB. Mujurlah saya hanya manusia kerdil seumpama cerita  seekor burung pipit yang cuba memadamkan api marak membakar Nabi Ibrahim mengangkut air dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Saya sekadar rakyat marhaen yang tidak pernah percaya tuduhan yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim. 

Begitulah, cerita yang berlaku hampir 18 tahun yang lalu. Gerakan reformasi, dari demonstrasi jalanan hinggalah membawa kepada penubuhan parti politik yang berjuang untuk menegakkan keadilan. Memaksa Tun Mahathir turun dari kerusi pentadbiran dan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sampai sekarang, saya masih tidak dapat memahami bagaimana institusi kehakiman boleh dipengaruhi. Bagaimana institusi kehakiman dipergunakan, bagaimana institusi keselamatan dan ketenteraman awan diperkudakan untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang rejim pemerintahan Tun Mahathir.

Bagi saya, sifir sepak terajang politik dalaman ini sangat mudah untuk dihafal. Politik Mahathir adalah politik licik. Slogannya mudah. Jika tidak dapat bersaing dengan musuh, berkawan dengan mereka. Sebab itu Anwar dijemput masuk dan diangkat menjadi pemimpin dalam perikatan barisan nasional. Kelantangan Anwar ketika memimpin gerakan mahasiswa merisaukan Tun. Andai kata parti Pas berjaya menarik Anwar masuk sudah pasti ia akan menyusahkan parti yang memerintah.

Cerita politik tidak pernah habis. Boleh saja saya mengarang berhari-hari bercerita tentang duka lara politik negara. Namun belum tentu pembaca sekelian mahu hadam apa yang sedang berlaku.

Hari ini parti politik yang ditubuhkan untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman Mahathir sudah ada musuh yang lain. Mahathir dan Anwar jika dahulu adalah musuh yang nyata, hari ini bergabung, bersatu hati, berjuang untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh perdana menteri yang diasuh oleh Tun Mahathir sendiri.

Api reformasi telah padam. Mereka sekali lagi mahu mengangkat Mahathir menjadi perdana menteri, sedangkan suatu ketika dahulu mereka berjuang berhabis-habisan agar rejim pemerintahan Tun Mahathir ditumbangkan.

Sumber TKO - 15-4-2018


Jangan curi undi rakyat
Posted on Sunday, April 15 @ 11:23:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39152



Oleh Timmy Say

Kurang sebulan lagi rakyat akan membuang undi menentukan parti politik mana yang layak menerajui Malaysia. Setakat ini, selain BN, tiada parti politik lain yang pernah memenangi kuasa kerajaan persekutuan.

Semua parti politik sedang bertungkus-lumus untuk menyakinkan pengundi dengan pelbagai cara agar undi itu diberikan kepada mereka.

Ketiga-tiga gabungan politik utama iaitu BN, Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera sudahpun melancarkan manifestonya sebagai senjata pertama untuk memancing undi.

Sesi ceramah, penerangan dan forum menjadi senjata kedua kepada parti-parti politik untuk menerangkan manifesto, memuji rekod sendiri dan memperlekehkan lawan bagi tujuan memancing undi.

Rakyat boleh diibaratkan ikan-ikan yang berenang di dalam kolam. Parti-parti politik dan ahli politik adalah para pemancing dalam pertandingan memancing. Siapa yang dapat mengail ikan paling banyak akan menang. Oleh itu, segala apa cara akan digunakan untuk mengumpan ikan tanpa batas.

Perkara yang paling dahsyat di dalam kempen pilihanraya ialah perang saraf terhadap rakyat dengan agenda-agenda mencuri dan merompak undi rakyat melalui pelbagai cara.

Cara merompak undi yang paling lazim dan efektif yang sering dilakukan ialah dengan mencipta cara menyusahkan rakyat balik mengundi, sengaja tidak menggalakkan pengundi balik mengundi serta tidak berusaha mencari jalan agar semua pengundi berdaftar dapat mengundi sebelum hari pengundian.

Di dalam hal ini, tahniah perlu diucapkan khasnya kepada syarikat-syarikat penerbangan yang mengambil inisiatif untuk menambah penerbangan, memurahkan tambang serta memberikan penukaran penerbangan tanpa kos bagi menyenangkan rakyat balik mengundi. Tindakan mereka sedikit sebanyak membantu rakyat mengatasi rompakan undi terhadap mereka.

Demi memenangi undi rakyat, ada parti dan ahli-ahli politik yang sudi menjadi hipokrit tanpa batas. Kalau ada parti dan ahli-ahli politik terpaksa menjadi hipokrit untuk memenangi undi rakyat, rasanya lebih elok bagi mereka untuk menyakitkan hati rakyat dengan kebenaran daripada menipu rakyat dengan kepalsuan.

Biarkan rakyat mengundi berdasarkan sikap yang tulen dan bukannya sifat hipokrit dan lakonan sempena musim pilihanraya semata-mata. Pertahanlah prinsip parti meskipun ada segolongan rakyat yang tidak suka pada prinsip itu. Jangan menjadi hipokrit semata-mata demi mendapatkan undi rakyat sehingga prinsip parti dan sebagai seorang manusia turut tergadai.

Bantu pemimpin jujur
Di dalam media sosial pula, berita palsu mudah ditularkan sehingga rakyat percaya.
Ruangan komen di media sosial pula selalu digunakan untuk menimbulkan persepsi palsu bahawa satu-satu pandangan itu bersifat pandangan majoriti. Tujuannya sama iaitu untuk mencuri undi rakyat.

Contoh terkini ialah komen-komen di Facebook Tengku Mahkota Johor yang menyarankan rakyat Johor agar menolak seorang ahli politik berlidah cabang. Ada yang menyatakan bahawa komen-komen itu menunjukkan bahawa tulisan TMJ itu ditolak.

Tapi mereka membuat komen sedemikian tersasar. Pertama, mereka terlupa melihat jumlah “Like” pada tulisan TMJ itu berbanding komen yang ada. Ingatlah di dalam media sosial, terdapat satu golongan besar majoriti yang dipanggil “silent readers”. Mereka yang sibuk membuat komen banyak-banyak itu sebenarnya minoriti. “Silent readers” yang “Like” dan baca tanpa komen itu majoriti.

Sesungguhnya tiada beza seorang pencuri undi dengan pencuri wang. Kedua-duanya perlu dibuang agar rakyat dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang betul.

Ingatlah pemimpin politik yang jujur susah untuk hidup lama di dalam politik. Golongan inilah yang rakyat perlu bantu dan jaga dengan memberikan undi kepada mereka.


Sebagaimana dompet, rakyat perlu menggunakan intelek sendiri agar undi mereka tidak dicuri oleh berita palsu dan permainan saraf yang kotor sehingga mereka yang layak disokong tidak pula disokong, malah dibenci.

Sumber TKO - 1-4-2018


Gereja Mula Kempen Menangkan Pakatan DAP – Dr Kamarul
Posted on Sunday, April 15 @ 11:43:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39156



Semalam, 11 April 2018, telah mula beredar satu hebahan rasmi yang datang daripada Rt. Rev. Bernard Paul, Bishop of Melaka Johor Diocese, dengan bahasa yang terlalu mudah difahami, iaitu supaya Barisan Nasional ditumbangkan dan digantikan dengan Pakatan Harapan dalam PRU 14.

Dijangkakan akan lebih banyak lagi hebahan begini, sama ada yang berbentuk rasmi mahupun tidak rasmi, yang akan beredar menjelang hari pengundian PRU 14 meminta supaya penganut Kristian keluar beramai-ramai bagi menumbangkan Barisan Nasional dan memenangkan Pakatan Harapan.

Masih ragu-ragu lagikah siapa pendokong Pakatan Harapan?

Pautan yang berkenaan: https://kkdiocese.net/…/BBP-Circular-No.-BP-2018-015-The-GE…\

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sumber TKO - 15-4-2018




Aku kena tipu dengan 4 ekor hantu (bersama video)
Posted on Saturday, April 14 @ 23:06:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39137

"

Teringat zaman reformasi dulu-dulu, aku ni antara yang aktif menyertai perhimpunan 'raksasa' itu saban minggu. KL ketika itu memang meriah, bukan meriah dengan pelancong, tapi meriah dengan perhimpunan2 reformasi dimerta tempat terutama di pasar seni. Air sembur FRU dengan bom asap pemedih mata dan jadi lali buat geng2 reformasi ni. Terasa seronok pun ada kerana belum pernah aku rasa sebegitu demi kerana kezaliman TDm ketika itu buat DSAI. Itu dululah, tapi lani aku pulak kena tipu...cisssss

Aku luahkan kekecewaan aku ini dalam bentuk video agar kalian dapat rasa kekecewaannya kena tipu dengan hantu2 politik yang berwajah manusia.

Video - https://youtu.be/a6s0DgfYM0s

Jangan pilih hantu dalam PRU14 ini. Pilihlah manusia yang pegang
janjinya.. Semoga bermanfaat.

wallahuaklam
#support&pray4me

modayuHm @ www.dadiydoo.com

Sumber TKO - 14-4-2018


Hamzah dedah Mahathir miliki saham RM10 juta dalam The Loaf
Posted on Saturday, April 14 @ 21:35:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39135



Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya berhenti menipu rakyat apabila menafikan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya, baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau mengetahui bahawa Pengerusi PPBM itu memiliki pegangan saham sebanyak RM10 juta dalam kedai tersebut.

“Dia (Mahathir) malu sebab kedai itu (The Loaf) tutup. Sejak ditubuhkan dari tahun 2005, rugi sampai sekarang sudah 13 tahun.

“Sekarang sudah tutup, hendak salahkan kerajaan, jadi usah dengar cakap Mahathir yang putar alam. Cakaplah betul-betul. Banyak perkara yang dia dah buat, dia putarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Bangunan UMNO Batu Kurau hari ini sebelum menyaksikan penyerahan borang keahlian oleh 32 individu dari Kampung Anak Kurau untuk menyertai UMNO di sini.

Bilangan individu itu termasuk segelintir daripada mereka yang keluar daripada menyertai perjuangan PKR dan PPBM, setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepemimpinan masing-masing.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, beliau kecewa dengan sikap Mahathir yang kini jelas sama sekali tidak berprinsip dalam berpolitik.

Sebaliknya, kata beliau, perjuangan UMNO adalah konsisten dalam membela agama, bangsa dan negara dengan kerjasama erat parti-parti komponen BN.

“Dulu dia (Mahathir) berkata siapa yang ikut DAP, pengkhianat bangsa tetapi kini dialah yang menjulang tangan Lim Kit Siang.

“Suatu ketika dulu dia cakap macam-macam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi sekarang dia boleh duduk sekali (dalam perjuangan pembangkang),” katanya. - UM
Sumber TKO - 14-4-2018


See-To: Rekod SSM lapor Dr M ada saham di pemilik The Loaf
Posted on Saturday, April 14 @ 19:58:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39128



PETALING JAYA: Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki saham di syarikat pemilik kedai roti The Loaf yang menghentikan operasi baru-baru ini, kata Barisan Nasional hari ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Eric See-To berkata pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak memberitahu perkara sebenar dan mendakwa bekas perdana menteri itu juga mempunyai jawatan di syarikat itu.

“Sekian lama, Dr Mahathir memberitahu The Loaf ialah syarikat beliau tetapi tiba-tiba bila syarikat itu gulung tikar, dia menafikan ada saham pula.

“Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan Tun Mahathir memilik 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik The Loaf. Dr Mahathir juga merupakan pengarah syarikat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Eric berkata demikian selepas pengerusi PH semalam menafikan ada mempunyai saham dalam The Loaf, yang menghentikan operasi pada 12 April lepas selepas 12 tahun beroperasi.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata beliau hanya mempunyai 22 unit saham di satu syarikat tembakau dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang diberikan kepadanya semasa melancarkan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri.

Eric bagaimanapun berkata pengerusi PH itu sekali lagi tidak memberitahu perkara sebenar.
“Ini juga tidak benar. Dr Mahathir juga pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor – yang dua-duanya pembina kapal terbang.

“Dr Mahathir juga pemilik ketiga besar dalam hotel bertaraf 5 bintang Palace of Golden Horses dekat rumah beliau,” katanya.

Beliau turut melampirkan gambar-gambar dokumen untuk menyokong dakwaannya yang dipamerkan di Facebook.

Sumber TKO - 14-4-2018





















































































Lapor polis ancaman Kristian Bishop Melaka Johor

SEMALAM, 13 April 2018, jam 3.14 petang, saya telah membuat laporan polis terhadap Bishop of Melaka Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul, di Balai Polis Changlun, Kedah ekoran Bishop’s Circular No: BP/2018/015 yang beliau edarkan pada 11 April 2018. 
Laporan polis serupa terhadap Rt. Rev. Bernard Paul juga telah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bernama Prof Madya Dr Shafaai Musa di Balai Polis Simpang Ampat, Melaka, ekoran pengedaran Bishop’s Circular itu. 
Asas laporan polis ini adalah bahawa hebahan rasmi Rt. Rev. Bernard Paul ini memenuhi kriteria menghasut yang terangkum dalam Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948 kerana ia cenderung mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan. Membangkitkan rakyat supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah. Mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat. 
Ini terkandung di dalam hebahan rasmi Rt. Rev. Bernard Paul yang berbunyi seperti berikut: 
“Dahulu kita telah membebaskan diri kita dari pemerintahan penjajah; sekarang kita sedang bertungkus-lumus untuk membebaskan diri kita dari “kayu-kayu mati” yang menindas, melemahkan semangat, yang berbohong dengan diri mereka, bahawa mereka “mendahulukan rakyat””. 
“Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih; tidak ada pilihan raya yang bersih; tidak ada institusi yang bersih; tidak ada penguatkuasa undang-undang yang bersih; tidak ada pengurusan kewangan dan sumber yang bersih; tidak ada pemimpin bersih yang boleh dipercayai.” 
“Perhatikan peningkatan rasuah dan skandal; Institusi-institusi yang gagal seperti kehakiman, SPRM, sistem pendidikan; pertambahan hutang-hutang asing; ahli-ahli politik pemecah-belah; dan lain-lain.” 
Hebahan rasmi Rt. Rev. Bernard Paul ini merbahaya kerana kedudukan tinggi beliau di dalam Institusi agama Kristian di mana hebahan rasmi ini disebarkan secara meluas kepada rakyat, khususnya penganut agama Kristian.

Pada pandangan kami, walaupun tujuan tersurat hebahan rasmi ini, dan satu lagi hebahan rasmi beliau, iaitu Bishop’s Circular No: BP/2018/014 yang mengarahkan semua “Parishes and religious houses” untuk berdoa supaya tuhan campur tangan dan supaya berlaku perubahan dalam PRU 14, adalah bagi menggesa penganut agama Kristian supaya menukar kerajaan dalam PRU 14. 
Tetapi retorik-retorik terlalu keras yang beliau gunakan dengan mengibaratkan perjuangan membebaskan diri dari kerajaan sekarang sama seperti perjuangan membebaskan diri dari pemerintahan penjajah. Serta dengan menyifatkan semua institusi yang ada dalam negara, termasuk pilihan raya, sebagai tidak bersih dan gagal boleh membakar semangat penganut agama Kristian untuk membenci, tidak puas hati dan tidak setia terhadap kerajaan dan semua Institusi yang ada dalam negara seterusnya boleh mendorong mereka supaya turut cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah. 
Begitu juga dengan gesaan yang terkandung di dalam hebahan rasmi ini supaya penganut agama Kristian bersama-sama membina Kerajaan Tuhan yang selari dengan gesaan sama yang terkandung di dalam tulisan-tulisan pemimpin DAP seperti Hannah Yeoh dan pemimpin PKR seperti Baru Bian serta oleh penceramah evangelis dalam dan luar negara lain yang dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta boleh mendatangkan keresahan di kalangan penganut agama Islam. 
Perkara ini sangat perlu dipandang serius sebelum merebak menjadi lebih besar lagi kerana nada sama juga turut terdapat di dalam hebahan gereja lain di Malaysia ini.
Sebagai contohnya, The Diocese of West Malaysia, Anglican Church, juga telah menggesa penganut agama Kristian supaya berdoa bahawa tahun 2018, yang merupakan tahun berlangsungnya PRU, akan menjadi tahun perubahan dan tahun di mana penganut agama Kristian akan meletakkan tuhan mereka di tempat yang betul. Begitu juga dengan doa supaya The Diocese of West Malaysia, Diocese of Singapore, The Diocese of Sarawak dan Diocese of Sabah bekerja bersama-sama untuk mengembangkan Kerajaan Tuhan. 
Sudah tentulah bahasa yang digunakan di dalam hebahan ini adalah bahasa yang berlapik. Tetapi apakah kita mahu supaya hebahan ini sama dengan hebahan di dalam satu laman web luar negara, iaitu Prayercast, yang menyeru penganut agama Kristian supaya berdoa agar “Orang-orang Melayu akan diKristiankan di negara mereka dan di luar negara” (“For the Malay people to be evangelized both at home and abroad”), baru tindakan hendak diambil? - HARAKAHDAILY 14/4/2018
Sumber HD - 14-4-2018 

“Kerajaan Allah": Bishop mahu uji sabar Muslim? 

SEMALAM, 13 April 2018, Bishop of Melaka Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul, telah menyebarkan versi Bahasa Malaysia kepada Bishop's Circular BP/2018/015 bertajuk “The GE14 is here” yang beliau sebarkan pada 11 April 2018. 
Seperti di dalam versi Bahasa Inggerisnya, versi Bahasa Malaysia pekeliling bernama Pekeliling Uskup BP/2018/015 bertajuk “PRU-14 telah tiba” ini menggesa pembacanya “Tandakan X untuk perubahan dan Malaysia yang bersih”. 
Apa yang agak mengejutkan saya adalah kerana keberanian Bishop Bernard Paul:
(1) Menterjemahkan ayat “Give to Caesar that belongs to Caesar; and to God the things that are God’s” menjadi “Berikanlah kepada Kaisar apa yang milik Kaisar dan kepada Allah apa yang milik Allah”. 
(2) Menterjemahkan ayat “May God bless you in your choice” menjadi “Semoga Allah memberkati anda dalam pilihan anda”. 
(3) Menterjemahkan ayat “Together building His Kingdom” menjadi “Bersama membangun Kerajaan Allah”. 
Ini kerana, mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1990 dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor yang mula berkuat kuasa pada 19 Julai 2007, seseorang yang bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, menggunakan mana-mana ungkapan yang berunsur Islam, termasuk ungkapan “Allah”, kecuali sebagai petikan atau rujukan. 
Sangat tidak munasabah jika seorang yang bertugas di Melaka dan Johor seperti Bishop Bernard Paul tidak tahu mengenai kewujudan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor ini. 
Atau apakah mungkin Bishop Bernard Paul sengaja mahu mencetuskan kemarahan umat Islam dan memprovokasi pihak berkuasa agama Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas diri beliau untuk sebab tertentu yang beliau sahaja tahu? Walau apa pun, penggunaan ungkapan “Kerajaan Allah” oleh Bishop Bernard Paul sangatlah tidak boleh diterima. - HARAKAHDAILY 14/4/2018
Sumber HD - 14-4-2018 


Sekali Lagi Anwar Pertarungkan Sokongan Rakyat Untuk “Kesempakatan Yang Tiada”
Posted on Saturday, April 14 @ 11:32:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39114



Desakan demokrasi memberi kesan berlainan kepada peradaban kemanusiaan dalam desakan menuntut kuasa dan mencabar kuasa.

Atas nama “survival politics” maka segala-galanya berkemungkinan. Yang berbeza, ideologi boleh disatukan, yang bermusuh boleh menjadi sahabat, perbezaan dipalsukan sebagai persamaan, kelainan disenyapkan semata-mata mahu mencabar atau mempertahankan kuasa.

Sentapan semasa berlaku hari ini, bila seteru bangkit memalsukan permusuhan hanya kerana satu matlamat – mencabar kuasa dalam aturan panggilan demokrasi-pilihan raya.

Nilai perbezaan perjuangan diketepikan sementara dan hasrat utama hanyalah untuk menang dan memegang kuasa. Selepas itu perbezaan akan terserlah dan perselisihan kembali bertakhta, lantas menyampaikan semula ketidakstabilan keadaan yang pasti menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara.

Ini pasti akan berlaku kerana nada perjuangan sememangnya tidak serupa, rentak tarian sebenarnya berbeza dan hakikatnya perbezaan dan pertentangan yang selama ini wujud akan digendang semula.
Inilah yang ada bila mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seteru lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mencanangkan pergabungan atas alasan memperjuangkan satu musuh.

Asasnya mahu mencabar kuasa – satu matlamat dengan menutup pergolakan dan perseteruan yang ada. Tidak ada sebab lain melainkan gabungan “survival” dan isyarat keterdesakan mereka adalah sebab pergabungan itu perlu ada, walaupun sebenarnya tiada persamaan.

Perselisihan antara Anwar – Dr Mahathir bukan satu perselisihan yang kecil. Cabar-mencabar getir antara mereka memecahkan kesatuan dalam Umno – parti yang 100% disokong oleh orang Melayu atas perjuangan Melayu.

Sengketa mereka membawa kepada perjuangan Reformasi yang melibatkan rakyat. Rakyat terpanggil dengan pendedahan salah laku Dr Mahathir yang dibongkar Anwar. Sokongan Barisan Nasional (BN) merosot atas perkelahian ini.


Hari ini, dalam panggilan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tiba, Dr Mahathir membongkar salah laku yang dikatakan – dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak dan ini seakan sama, bila Anwar menuduh beliau sebelum ini – dalam usaha mencabar kuasa.

Demi tujuan Anwar untuk menumpaskan Umno yang ditinggalkan lebih 20 tahun dan hasrat Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib – pemalsuan persengketaan dilakukan atas alasan kononnya hasrat yang serupa.

Melihat kekuatan sokongan kepada kerajaan yang ada, mereka mengakui tanpa kesepakatan – biar palsu, perbezaan disenyapkan dan persengketaan yang digantung sementara, Najib tidak akan dapat ditumpaskan.

Justeru, Anwar dan Dr Mahathir cuba mencari kesepakatan yang tiada, semata-mata untuk melemahkan kerajaan kepimpinan Najib. Usaha hanya untuk mencabar kuasa yang ada.

Persoalan yang nyata adalah – adakah mereka mampu bersepakat, menutup sebelah mata atas persengketaan yang ada sebelum ini. Apakah ini boleh diselesaikan – antara tuduhan Anwar mengenai salah laku Dr Mahathir dan sebaliknya Dr Mahathir kepada Anwar dan adakah ini boleh diselesaikan semata-mata kerana matlamat sama – menjatuhkan Najib?

Sekiranya tercapai cabaran menjatuhkan Najib, tidakkah mereka berdua, pengikut mereka akan bercakaran semula, mempersoalkan mengenai kedudukan – mengganggu kestabilan politik dan merosakkan kestabilan negara?

Anwar dalam kenyataan baru-baru ini menyimpulkan BN gusar wujud pergabungan antara beliau dengan Dr Mahathir. Beliau berkata, penggabungan ini akan membawa kepada keruntuhan BN dan Umno.

Apakah BN, khususnya Umno gusar mengenai penggabungan ini atau sebenarnya penggabungan ini memperlihatkan usaha terdesak kedua-duanya untuk menyimpulkan matlamat tersendiri.

Adakah tidak kita melihat semua ini sebagai satu gerakan semula – mengembalikan keadaan nazak politik kita ke zaman sebelum ini – ketika riuh cabar-mencabar sehingga berderau gerakan Reformasi di negara kita ini.

Seakan hari ini kita menutup perlakuan korupsi lampau – penyalahgunaan kuasa sewaktu berkuasa sebagai dimaafkan, dibolehkan dan membolehkan, semata-mata ada tuduhan penyalahgunaan kuasa dan korupsi perlakuan kepimpinan masa ini.

Mungkin benar, keterdesakan menyempurnakan hasrat membenarkan apa saja – walaupun seketika. Pada mereka, perang antara mereka boleh dimulakan semula setelah isu menjatuhkan Najib dan Umno selesai.

Anwar dan Dr Mahathir seakan membuat kesimpulan untuk hanya menjatuhkan Najib dan BN terlebih dahulu, tanpa mempedulikan perbalahan sesama sendiri, tetapi ini akhirnya memberi impak semula kepada pergeseran mereka. Ini tidak menguntungkan rakyat dan negara.

Kedua-dua pemimpin itu sebenarnya hanya memalsukan kesepakatan mereka untuk satu tujuan sama dan kemudiannya bertelagah – yang akhirnya merugikan kita.

Rakyat Malaysia seharusnya melihat dan memberi pengkhususan terperinci dalam melihat kesepakatan yang tidak jelas ini.

Dalam PKR sendiri sudah bergolak, bila mana penyokong parti itu merasakan kepimpinan tertinggi mereka seolah-olah mempersendakan perjuangan mereka sebelum ini untuk menuntut keadilan dan reformasi.

Apakah Anwar sedar pergeseran yang wujud antara penyokong beliau dalam isu menjalin kesepakatan dengan Dr Mahathir – yang ditentang sebelum ini, apatah lagi untuk menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 ini.

Bagi yang melihat, tidak dari sudut politik dan mempolitikkan nasib rakyat Malaysia – usaha sama yang bermatlamat sempit harus dihindarkan.

Usaha utama adalah untuk memartabatkan rakyat – bukan memanipulasi rakyat untuk tujuan mencabar dan mendapatkan kuasa. Mungkin itu adalah lenggok politik yang ada sekarang ini.

Rakyat Malaysia harus mengukur sama ada kemuafakatan palsu itu dapat memberi manfaat kepada rakyat negara ini dalam mengurus satu keharmonian yang sepatutnya ada, dengan kemakmuran yang patut dicapai.

Tuntutan demokrasi dan PRU14 seharusnya memberi rakyat ruang untuk memilih yang terbaik, bukan gabungan yang berbeza disatukan hanya untuk matlamat politik semata-mata.

Kita perlu berwaspada, kegelojohan mencapai matlamat, memungkinkan kita mendapatnya, tetapi tidak menjanjikan ia berkekalan.

Kita tidak boleh mengorbankan nasib bangsa dan negara kepada gabungan yang tidak ada kepastian. Sewajarnya keyakinan permuafakatan dan kesepakatan diselesaikan sebelum rakyat dapat memberi sokongan untuk perubahan dalam peneraju kuasa.

Anuar Mohd Nor

XOXO - Apabila Islam bukan matlamat perjuangan, moral dan akhlak sudah tidak ada lagi mereka sanggup jilat ludah demi nak memuaskan nafsu. Rakyat jadi mangsa pertarungan ini... Rakya seperti bola boleh disempak teranjang untuk hala tuju pemipin bernafsu besar.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 14-4-2018

Yang ini Mahathir terlupa Mengenai PAS
Posted on Friday, April 13 @ 21:27:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39108



Bagi mereka yang lahir era 1990anterpengaruh dengan tohmahan kononnya PAS tidak membantu dalam pentadbiran negara. Mahathir cuba untuk mengelirukan maklumat untuk menyekat sokongan kepada PAS yang makin dengan PRU-14 makin meningkat

INI AWAPAN KEPADA PENGERUSI HARAPAN, TUN DR. MAHATHIR MOHAMED supaya dia tidak MUDAH LUPA LAGI..


1. Kerajaan PAS tutup akaun di bank konvensional dan buka di bank Islam. Kemudian BN masih kekalkan akaun kerajaan dengan bank konvensional berbeza dengan Kerajaan PAS.
2. Kerajaan PAS buat dasar rumah minimum 3 bilik seiring kehendak Syarak. Kemudian BN tiru.
3. Kerajaan PAS buat dasar cuti 2 hari seminggu. Kemudian BN tiru.
4. Kerajaan PAS beri cuti bersalin bergaji 60 hari. Kemudian BN tiru.
5. Kerajaan PAS beri juga suami yang isterinya bersalin cuti bergaji 2 minggu. Kemudian BN tiru.
6. Kerajaan PAS buat skim kifaalah untuk rakyat. Kemudian BN tiru.
7. Kerajaan PAS laksana waktu pulang kerja awal di bulan Ramadan. Kemudian BN tiru.
8. Kerajaan PAS menamatkan majlis rasmi sebelum waktu solat atau memulakannya selepas waktu solat. Kemudian ada negeri BN tiru.
9. Kerajaan PAS tetapkan setiap bakal pengantin perlu buat saringan AIDS demi maslahah pasangan. Kemudian BN tiru.
10. Kerajaan PAS asingkan pendapatan halal dan haram dalam akaun berbeza. Tak pasti BN tiru ke tak.
11. Kerajaan PAS memperkenalkan sistem gadaian Islam (Ar-Rahnu). Kemudian BN tiru.
12. Kerajaan PAS memberikan pinjaman perumahan kepada kakitangannya tanpa riba. Sampai sekarang BN tak tiru.
13. PAS ketika menganggotai BN mengusulkan penubuhan Amanah Ikhtiar dan sehingga hari ini ia telah membantu puluhan ribu usahawan kecil memula dan membesarkan perniagaan mereka.
14. PAS ketika menganggotai BN menggesa pakaian pasukan beruniform perlulah menutup aurat dan apa yang kita lihat hari ini itulah hasilnya.
15. PAS ketika menganggotai BN menggesa lambang hospital ditukar kepada bulan sabit bukan lagi "salib" dan apa yang kita lihat hari ini itu hasilnya. Bahkan ini terpakai di dunia Islam.
16. PAS berdakwah memerangi kejahilan umat dan pemimpin Islam yang menghina agama sendiri, perundangannya bahkan sunnah Nabi s.a.w sehingga hari ini pemimpin yang jahil tidak lagi berani lancang sebagaimana 30, 40 tahun dahulu.

Bagi Dr Mahathir, kita hanya dikira menyumbang sekiranya kita bersedia menerima kepimpinan dan kehendak hatinya.

Yang benar,
Fahrur Rozi Jalaluddin
Pengarah Eksekutif,
Initiative of Research and Halal Management - IRHAM

XOXO - Penyokong HARAPAN yang akan singkat, tanpa maklumat dan tidak banyak membaca mudah terpengaruh membuatkan mereka menyokong MAHATHIR membabi buta..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 13-4-2018


















































































































































































Fatwa Mufti WP 'memihak' calon DAP?

PENDAHULUAN
Sejurus setelah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, mengeluarkan fatwa berkenaan hukum asal mengundi calon bukan Islam di dalam pilihan raya adalah harus, cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR mula menudingkan jari dan menghalakan fatwa itu ditujukan kepada PAS. 
PAS dilabelkan sebagai gagal memahami nas dalam kerangka Maqasid Syariah, berfikiran cetek, jumud dan tidak selari dengan fatwa mendalam yang dikeluarkan oleh SS Mufti Wilayah. 
Semuanya kerana PAS telah memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti DAP atau parti-parti yang ada hubungan kerjasama dengan DAP. 
Sebenarnya fatwa itu bukan menyatakan wajib mengundi calon bukan Islam. Ia adalah harus dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi. 
Menghuraikan salah faham
Salah faham ini berlaku kerana cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR beranggapan bahawa semua non-Muslim di negara kita adalah penyokong DAP. 
DAP adalah non-Muslim. Dan non-Muslim adalah DAP. Inilah titik tolak kepada segala salah faham ini. 
Sebenarnya, masyarakat bukan Islam di negara kita memilih pelbagai wadah politik bagi menyuarakan hak dan kehendak mereka. Bukan memilih DAP sahaja. Dan ada juga yang masuk PKR. Ramai juga yang lebih senang bergiat dalam NGO berbanding terlibat langsung dalam parti-parti politik. Ada juga yang bersikap tidak memihak. 
Jika kita dapat memahami hakikat ini, mudahlah untuk kita faham bahawa PAS hanya memutuskan hubungannya dengan DAP. Bukan dengan keseluruhan masyarakat non-Muslim. 
PAS menyatakan ia sedia bekerjasama dengan parti politik, NGO atau tokoh non-Muslim yang tidak bersama DAP dan tidak memusuhi agenda PAS memartabatkan perundangan syariat di negara kita. 
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Lebih daripada itu, PAS mempunyai sayap bukan Islamnya sendiri iaitu DHPP. Ahli-ahli Dewan ini adalah bukan Islam daripada pelbagai agama dan anutan. Tetapi mereka melihat penyelesaian secara Islam yang diterajui oleh PAS adalah amat tepat, bersesuaian dengan masyarakat majmuk dan sangat terbuka. Justeru memberi faedah dan manfaat kepada semua warganegara, sama ada Islam atau bukan Islam. 
DHPP memberi penerangan kepada bukan Islam bahawa PAS tidak seperti Umno yang berteraskan ideologi berteraskan bangsa semata-mata, bahkan teras PAS adalah Islam. Islam pula adalah bersifat universal, tidak menzalimi dan adil untuk semua. 
DHPP menerangkan aspek kebaikan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu. Betapa Hukum Hudud hanya terhad untuk orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam pula tidak terlibat dengan perlaksanaan Hukum Hudud itu. Mereka bebas mengikut Undang-undang Jenayah sedia ada. 
Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa anggota DHPP memenuhi semua syarat yang digariskan oleh SS Mufti Wilayah bagi mengharuskan mereka diundi di dalam sesebuah pilihan raya. 
Oleh kerana itulah, Presiden PAS telah membayangkan kemungkinan meletakkan calon DHPP mewakili PAS di kawasan-kawasan yang sesuai. 
Kenapa dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP? 
Ya, dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP. Sebabnya PAS dan DAP sama-sama bersetuju menjatuhkan kerajaan BN yang penuh dengan skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa. PAS dan DAP juga bersolidariti dengan DS Anwar Ibrahim yang dizalimi dan diaibkan dengan dahsyatnya oleh rejim Tun Mahathir. 
Bahkan DAP juga bersetuju agar Hudud dilaksanakan di Kelantan dengan syarat ia tidak melibatkan bukan Islam. Dasar DAP ketika itu sehingga memberi peluang kepada pimpinan PAS untuk berdialog dengan golongan bukan Islam di dalam majlis-majlis anjuran mereka mengenai Qisas, Hudud dan Takzir. 
Hubungan baik itu sehingga ada pimpinan DAP memetik ayat al-Quran dalam ceramah-ceramah umum mereka dan juga dalam ucapan mereka di Parlimen. 
Apa masalah dengan DAP sekarang? 
DAP pada hari ini sudah berubah. Mereka memusuhi PAS daripada segenap segi. Bahkan mereka memusuhi hak umat Islam untuk beramal dengan Syariat Islam sepenuhnya. 
DAP beberapa kali memutuskan hubungan dengan PAS gara-gara dasar mereka yang berubah tentang Hukum Hudud. DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaupun ketika itu PAS dan DAP masih sebagai komponen Pakatan Rakyat. 
Ini disebabkan oleh kerana DAP bimbang kerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bakal kehilangan undi di dalam pilihan raya itu, kerana musuh politiknya di Sarawak akan mengaitkan DAP dengan menyokong Hudud. 
Agenda hukuman jenayah berkaitan Hudud, Qisas dan Takzir ditolak dengan bersungguh-sungguh oleh DAP. Sekejap kerana kerana mahu mengekalkan Malaysia yang 'Sekular' mengikut kefahaman mereka. Sekejap kerana 'kononnya' memperjuangkan hak golongan bukan Islam. 
DAP juga bermati-matian tidak bersetuju dengan agenda PAS untuk memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah melalui usul persendirian RUU355. Usul yang turut disokong oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan. 
Beberapa perubahan dasar DAP yang lain terhadap PAS 
Selain Hudud, YAB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP secara terang-terang dalam ucapannya menunjukkan sokongan terbuka kepada pimpinan PAS tertentu yang sanggup berkompromi dengan dasar baru DAP itu. Dia juga sehingga mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden PAS, tetapi tidak putus hubungan dengan PAS. Ini sangat melampau dan tidak beretika. 
DAP juga pernah cuba menguasai Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dan kini sedang menguasai PH. DAP tegas untuk memandulkan sebarang usaha membina semula negara dengan mengikut acuan Islam yang syumul. Usaha DAP ini turut disokong kuat oleh beberapa pimpinan PKR, PAN, Umno, MCA dan Gerakan. 
DAP akhir-akhir ini seperti Umno juga, menyerang Kerajaan Kelantan bertubi-tubi dengan pelbagai fitnah dan persepsi yang sangat buruk dan negatif. Walhal Kerajaan Kelantan adalah sifar rasuah dan mendapat pelbagai anugerah 'Good governance' oleh pelbagai badan profesional yang diiktiraf. Dengan itu dasar PAS terhadap DAP pun berubah. Tidak susah untuk memahaminya. 
Penutup
PAS mengalu-alukan fatwa seperti fatwa SS Mufti Wilayah yang cermat, mendalam, mudah difahami dan diselitkan dengan perbahasan dalil secara ringkas dan tuntas.
Menariknya, PAS sudah lama mengamalkan sikap yang bertepatan dengan hukum yang disuarakan oleh Sahibus Samahah dalam fatwa terbarunya ini Bayan Lin Nas Siri ke-129. 
Sepatutnya semua parti politik menjadikan fatwa itu sebagai panduan dalam berurusan dengan golongan bukan Islam dalam politik negara kita. Golongan bukan Islam pula wajar sekali memerhatikan fatwa itu sebagai panduan berurusan dengan masyarakat Islam secara harmoni di negara kita. 
Sedikit tambahan, PAS turut juga mengambil kira faktor majoriti penduduk kawasan yang ditandingi, sama ada Muslim atau non-Muslim lebih ramai. Turut diambil kira ialah faktor tradisi pertandingan melibatkan Muslim atau bukan Muslim di kawasan 50-50. Dan beberapa pertimbangan terhadap faktor-faktor lain. 
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018
Sumber HD - 13-4-2018 


Siapa punya idea buat hari Rabu sebagai hari mengundi untuk PRU14
Posted on Friday, April 13 @ 06:59:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39106



Ramai yang naik marah bila SPR umum hari mengundi jatuh pada hari Rabu 9 Mei 2018. Paling marah sudah tentu pimpinan Pakatan Harapan dan para penyokong Pakatan Harapan.

Bila aku tengok hari rabu diumumkan sebagai hari untuk pergi buang undi, aku juga rasa pelik. Siapa punya idea buat keputusan jadikan hari rabu tengah minggu penuh sibuk itu sebagai hari pangkah pengundian pada PRU14 nanti?

Hak SPR tentukan hari mengundi Aku baca laporan berkata yang seorang Ulama berpendapat, nak tentukan hari apa pengundian di jalankan pada PRU14 nanti adalah hak SPR.

Mulanya rasa nak kritik juga pendapat dia yang sungguh bersangka baik dan lurus itu. Tapi bila fikir balik, memang kenyataan beliau itu betul 100%. Nak mengundi hari apa ikut suka SPR lah. Dah berikan kuasa pada mereka untuk uruskan segala kerja pilihanraya tu, jadi kenalah ikut apa yang mereka rasa betul.

Jadi aku anggap idea untuk tentukan hari mengundi jatuh pada hari Rabu adalah idea SPR. Samada ianya idea Ketua Pengarahnya, setiausaha, pembantu am, despatch, drebar atau lain-lain lagi pegawai SPR yang dipersetujui oleh SPR, aku tak pasti juga.

Najib dan UMNO pengaruhi SPR Ada juga orang sebut yang SPR hanya sebuah badan puppet. Ada master puppet yang pegang tali halus menggerakkan segala aktiviti dan keputusan SPR. Jadi semua kerja SPR diarahkan oleh UMNO dan sudah tentu orang paling berkuasa dalam UMNO sekarang adalah Najib.

Jadi depa kata Najib punya arahan untuk buat hari undi pada hari Rabu.

Aku rasa bukan Najib yang buat keputusan atau keuarkan idea itu. Najib jenis yang suka pakai segala pakar dari luar negara untuk buat kajian dan berikan cadangan terbaik. Jadi dalam bab tentukan harti apa nak mengundi, sudah tentu nasihat datang dari para pakar tersebut.

Maka jatuhlah hari mengundi pada hari Rabu.

Kenapa hari Rabu Bila orang marah dan tanya pada SPR kenapa hari rabu?, mereka tak perlu nak jawabpun sebab itu Hak mereka seperti mana kat Ulama nombor 2 dunia. Dan SPR tak perlu nak jawabpun kenapa sebab boss SPR adalah UMNO dan Najib dan bukannya rakyat.

Itulah yang banyak berlaku sekarang. Itulah yang aku nampak dan rasanya ramai orang lain yang nampak macam itu juga. Bila pegawai yang berkuasa yang sepatutnya berkhidmat untuk kebaikan rakyat tak buat macam itu, semua orang akan rasa itu tak betul.

Tapi bukankah rakyat dah pilih Najib dan UMNO sebagai kerajaan yang mewakili rakyat. Jadi, bila semua pegawai samada SPR. SPRM, POLIS, ASKAR, PEGUAM Negara dan lain-lain lagi, taap pada Najib, bukankah ianya sama dengan mereka taat pada orang yang rakyat pilih. Jadi maknanya taap pada rakyat jugalah.

Jadi aku conclude bahawa taat pada rakyat dan menjaga kepentingan rakyat adalah sama dengan taap pada wakil yang rakyat telah lantik untuk jadi ketua negara Mereka.

Hari rabu dipilih untuk pastikan jumlah yang pergi mengundi paling sedikit. Dan mereka yang tak dapat keluar mengundi itu adalah pekerja makan gaji kelas bawahan tetapi tidak ketinggalan dari arus semasa.

Mereka paling ramai mewakili rakyat Malaysia yang tak suka dan marah pada kerajaan BN sekarang terutamanya Najib. Jadi jika puak ni tak dapat keluar mengundi, maka peratusan PH untuk memang sudah tentu akan turun. Laporan kata sebab kes hari rabu saja peratusan menang PH turun 10%.

Bagi aku samada hang nak bubuh hari isnin selara rabu atau hari apapun, aku tak kisah sebab aku bukan kerja makan gaji. Tapi bagi pekerja bawahan, mereka yang bertanggung jawab dan ada komitmen bela anak bini tak akan buat kerja gila balik kampung tuang kerja 2 hari semata-mata untuk pastikan TUN M jadi PM.

Siapapun yag naik jadi PM, mereka tetap akan duduk kat situ juga, gaji masih rendah, naik moto kapchai, tiada yang akan hargai sumbangan mereka dan sentiasa diperkotak katikkan sampai ke tua. Jadi apa sangat nak bersusah payah balik mengundi?

Satu lagi yang aku lihat jelas dan terang adalah sikap tak kisah SPR untuk menyusahkan semua orang satu negara. Kalau SPR ikut anjuran Al-Quran untuk jadikan dirinya manusia berguna dan taat semata-mata hanya kepada Tuhan yang menjadikannya, tentu dia akan pilih hari yang lebih mudah buat semua orang.. samada sabtu ahad atau isnin. Tapi ternyata itu semua bukanlah sasaran kebanyakan manusia kat dunia ni... taat kepada makhluk selain Tuhan adalah ketagihan manusia dari dulu sampai sekarang... 


Sumber tTKO - 13-4-2018


Umno dan Pas sama yakin
Posted on Friday, April 13 @ 02:05:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39100





Datuk Yahya Khatib Mohammad kalah di tangan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang dengan majority 5,124 undi.



Umno kali ini benar benar yakin pada PRU 14 ini parlimen Marang akan dirampas atas fakta pertandingan tiga penjuru, umno, Pas dan Pakatan harapan.



Isnya Allah, bagi Pas parlimen Marang masih boleh kekal, miskipun nujum pakatan harapan menerusi kajian invoke Rafizi Ramli tiada satu kerusi  parlimen pun di menangi Pas pada PRU 14 ini.

Umno boleh rampas kerusi Parlimen Marang, akan tetapi  bukan atas fakta pertandingan tiga penjuru,kerana undi kepada calon pakatan harapan macam undi pada calon bebas.percayalah.



Untuk menang parlimen marang umno kena kalahkan calon Pas ustaz Nohd Noor Hamzah DUN Bukit Payong dan ustaz Ariffin Deraman DUN Alor Limbat.



Kedua dua calon pas ini begitu sukar untuk disingkir miskipun majority yang diperolehi pada PRU 13 dahulu kecil ( 615 undi Dun Alor Limbat) (613 undi Dun Bukit Payong).



Umno sememang selama lama yakin akan rampas Parlimen Marang dan Pas juga selama lama yakin InsyaAllah dapat mengekalkan parlimen Marang pada PRU 14 yang bakal adakan pada 9 mmei 2018 ini.



Bukan parlimen Marang sahaja dapat dirampas pada PRU 14 ini, malah parlimen Kuala Terengganu , Parlimen Kuala Nerus dan Parlimen Dungun turut dapat dirampas.



Mengapa? Kerana keempat parlimen tersebut merupakan parlimen zon merah (Panas) yang boleh bertukar tangan bila bila masa pada msuim PRU diadakan.



Lebih lebih lagi, Pas menang pada PRU 13 dengan majority yang kecil. Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin  Aman Razali menang dengan majority 610 undi. Parlimen Dungun ustaz Wan Hassan Wan Ramli menang dengan majority 3,942 undi. Parlimen Kuala Terengganu  Datuk Raja Kamarul Bahrin menang dengan majority 10,785 undi. Parlimen Marang, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menang dengan majority 5, 124 undi.



Umno sangat yakin, kerana bukan sahaja Pas menang dengan majority yang kecil di tambah pula fakta pertandingan tiga penjuru yang mana undi akan berpecah kepada tiga dan kelebihannya pasti duduk pada umno.

  

Sumber TKO - 13-4-2018

Don’t Be Duped By Pakatan’s Use Of PKR Logo


Malay voters have been urged to not be duped by Pakatan Harapan’s decision to use the PKR logo as a common logo in GE14, says the Kelantan Deputy Mentri Besar.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said DAP has openly admitted that the party was using PKR’s logo just to fish the Malay votes.

“We hope that the Malay voters will not fall for DAP’s strategy. For us, there is no problem, but we do not know if it will cause any confusion among Malay voters,” he told reporters during a programme in Kota Darul Naim on Thursday (April 12).

DAP had agreed to use the PKR logo as the common Opposition logo for the general election as it will be more acceptable to the Malay voters who are still resisting the rocket symbol.

Mohd Amar said that the strategy could have its advantage as the rest of the Pakatan coalition parties will come under PKR’s banner.

“Those who are angry at them, including Tun Dr Mahathir Mohamad, had to support the PKR symbol, that is the advantage. But we view it as a tool to garner Malay votes,” he said.

Pakatan comprises DAP, PKR, Amanah and Parti Pribumi Bersatu Malaysia -thestar

Sumber BO - 113-4-2018


Bekas Pegawai Khas Dedah Tun M Pernah Terima £65 Juta
Posted on Thursday, April 12 @ 12:05:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39094



BEKAS pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari Baharom menceritakan kisah bagaimana arwah bapanya pernah ‘simpan’ wang berjumlah £65 juta milik Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kisah tersebut ditulis sendiri oleh Saiful yang pernah dahulu berkhidmat sebagai Pengarah Urusan CIMB Securities (HK) Limited, menerusi akaun sosial Facebook miliknya, awal hari ini.

Kata Saiful, persahabatan antara keluarganya dengan keluarga Mahathir telah terjalin sejak awal pembabitan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 itu dalam bidang politik.

Ketika itu, cerita Saiful, beliau bersama-sama anak-anak Mahathir iaitu Mirzan, Marina dan Mukhriz juga mempunyai hubungan yang cukup akrab.

Saiful turut menceritakan bagaimana arwah bapanya membawa Mahathir ke Ipoh, Perak untuk melindunginya daripada ditahan pihak polis pada 1969 atas arahan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu.

Dalam pada itu, Saiful mendedahkan bagaimana arwah bapanya dan Almarhum Tunku Abdullah (adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan) menjual saham mereka di dalam Merpati Air.

Ia merupakan syarikat penerbangan domestik Indonesia dan mereka mendermakan hasil jualan kepada Mahathir untuk meneruskan perjuangan politik beliau sehingga berjaya dilantik menjadi perdana menteri pada tahun 1982.

Namun begitu, Saiful pada masa sama tidak pula menafikan realiti bahawa Mahathir memang ada pernah membantu ahli keluarganya dari segi kewangan.

“Saya juga masih ingat arwah ayah saya balik dari pejabat Mahathir. Arwah dipanggil oleh Mahathir sendiri beberapa bulan setelah Mahathir menjadi perdana menteri.

“Sesungguhnya, kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada Mahathir dan kami tidak mungkin dapat merasai kehidupan yang kami kecapi tanpa pertolongan Mahathir.

“Ini termasuk apartmen dua tingkat di London, percutian di Eropah, berderet kereta BMW di Kuala Lumpur dan lain-lain.

“Malah, saya pernah menulis surat kepada Mahathir untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Surat itu saya kirimkan melalui Marina Mahathir,” tulis Saiful di dalam entri tersebut.

“Pada 1987, arwah menjalani pembedahan bypass jantung di Singapura. Pada malam sebelum prosedur itu, arwah panggil saya dan memberitahu satu nombor akaun di atas namanya.

“Ia adalah sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun itu adalah £65 juta. Arwah pesan kepada saya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Mahathir,” sambung Saiful lagi.

Oleh itu, kata Saiful, beliau berasa hairan dan kecil hati apabila Mahathir membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seteruk-teruknya hanya kerana isu dana RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kata Saiful, Najib boleh dianggap sebagai ‘terlalu lurus’ kerana hanya menggunakan namanya sendiri untuk wang sumbangan politik dan tidak menggunakan proksi sebagai orang tengah untuk akaun peribadi.

Tambah Saiful lagi, sebelum bapanya meninggal dunia beliau sempat memberitahu bahawa duit dari London itu telah pun dikembalikan kepada Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha UMNO.

“Sama ada wang tersebut digunakan untuk tujuan politik atau peribadi, arwah tidak tahu dan tidak pernah pun tanya,” jelas Saiful.

Akui Saiful, beliau mulai menyokong pentadbiran Najib sejurus sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, semasa baru berjinak-jinak dengan media sosial Facebook.

“Sokongan saya berteraskan dua perkara utama: untuk membanteras peluang DAP berjawatan di dalam Kerajaan Pusat serta keyakinan saya atas dasar-dasar kewangan dan ekonomi Najib.”

Namun, Saiful mengatakan beliau mempunyai sebab yang kukuh mengapa beliau menyokong kepimpinan Najib meskipun ‘terhutang budi’ dengan Mahathir.

“Sokongan saya ke atas keputusan dan dasar Najib, ianya diberi bukan atas sebab-sebab peribadi, sama ada keputusan-keputusan dan dasar-dasar tersebut membawa impak kepada kehidupan saya.
“Sokongan saya adalah atas impak kepada negara, secara jangka panjang dan untuk kelestarian kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi hadapan,” tulisnya lagi menutup entri tersebut. - AIDCNews

Sumber TKO - 12-4-2018



Jika Mahathir Gagal DAP Akan keluar HARAPAN Kata Penganaslis DAP
Posted on Thursday, April 12 @ 12:02:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39093



DR WONG CHIN HUAT adalah strategis terkemuka DAP yang mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir besar yang didanai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kepakaran Dr Wong Chin Huat adalah dalam bidang pilihan raya di mana tesis PhD beliau yang diserahkan kepada University of Essex pada Ogos 2011 adalah bertajuk "The Implications of the Electoral System for Party Competition in West Malaysia, 1982-2004".


Di dalam tesis PhD beliau ini, Dr Wong Chin Huat di antara lainnya menyatakan bahawa kemungkinan untuk pembangkang berkuasa di peringkat Pusat adalah hampir tiada (next to zero) kerana faktor "excessive gerrymandering and mal-apportionment of constituencies".

Semalam Dr Wong Chin Huat mengakui bahawa beliau meragui adanya Tsunami Melayu (doubtful of a Malay Tsunami) dan menyebut tidak ada apa-apa bukti meyakinkan mengenai adanya Tsunami Melayu (there hasn't been any conclusive evidence of a Malay Tsunami).

Kata Dr Wong Chin Huat, dengan persempadanan semula yang meningkatkan bilangan kerusi majoriti Melayu dan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan campuran, hanya pengundi bukan Melayu sahaja yang boleh mengekalkan kedudukan Pakatan Harapan (PH).

Kata Dr Wong Chin Huat lagi, berdasarkan hasil persempadanan semula dan ketidakpastian Tsunami Melayu ini, jangkaan selamat boleh dibuat bahawa PH tidak mempunyai peluang langsung untuk menang tanpa 85 peratus pengundi keluar mengundi.

Lebih menarik lagi ialah jangkaan Dr Wong Chin Huat bahawa, selepas kalah, parti-parti di dalam PH akan menyalahkan satu sama lain atas kehilangan PAS dengan PKR, PPBM dan PAN akan menjadi lebih pro-Melayu dan lebih menyokong agenda PAS.

Paling menarik sekali ialah jangkaan Dr Wong Chin Huat bahawa tindakan DAP meninggalkan Gagasan Rakyat pada tahun 1995, meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 dan meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015 akan berulang lagi selepas ini.

Kata Dr Wong Chin Huat, sama seperti alasan yang ia gunakan sewaktu meninggalkan Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, "DAP mungkin akan terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang bagi menjaga tapak sekular dan bukan Islamnya".

Sesatunya perkara yang menggembirakan Dr Wong Chin Huat ialah kerana tindakan SPR memilih hari pengundian pada hari bekerja, iaitu hari Rabu, yang kononnya merupakan pengakuan tersirat Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai adanya Tsunami Melayu.

Sungguh melucukan bila saintis politik seperti Dr Wong Chin Huat boleh menyatakan beliau menolak dapatan kaji selidik yang dibuat oleh semua pusat kaji selidik mengenai tiadanya Tsunami Melayu semata-mata kerana pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian.

Logik yang Dr Wong Chin Huat gunakan ialah bila hari Rabu dipilih sebagai hari pengundian maka Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu menghalang pengundi Melayu dari keluar mengundi menyebabkan kebimbangan mengenai Tsunami Melayu akan hilang.

Logik ini, bagi saya, adalah logik yang cukup bodoh sekali, apatah lagi bila selepas tulisan Dr Wong Chin Huat ini dikeluarkan kerajaan telah mengumumkan hari pengundian adalah hari cuti bagi memudahkan semua pengundi, termasuk pengundi Melayu, keluar mengundi.

Inilah rahmat dari pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian, ia secara tiba-tiba membuatkan strategis terkemuka DAP sendiri mengakui Tun Dr Mahathir gagal bawa Tsunami Melayu, PH akan kalah dan DAP akan tinggalkan PH.


DR KAMARUL YUSOF

Sumber TKO - 12-4-2018


Ketua Penyamun Senaraikan Kerja Tipu Daya Ketua Perompak
Posted on Wednesday, April 11 @ 15:01:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39080
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakberada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90 peratus menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU14.

Oleh itu sudah ternampak penipuan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Najib.
Demikianlah dunia percaya Najib akan tipu sehingga The Economist UK telah siar berita bertajuk Najib akan curi PRU14 di Malaysia.

Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib. Saya senarai dibawah penipuannya.

  • Senarai pengundi sudah diubah sehingga empat juta tidak ada alamat yang penuh.
  • Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan.
  • Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya dua orang di rumah itu.
  • Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah.
  • Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU13.
  • Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.
  • Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan.
  • Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu Pakatan Harapan. Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya. Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dana kerajaan.
  • Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan Umno sebab polis atau SPRM tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang.
  • Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi. Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul.
  • Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen di kalangan mereka.
  • Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu. Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. Pakatan Harapan tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya. Jika diketahui Pakatan Harapan tidak akan didaftar maka parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu guna empat simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam Pakatan Harapan.
  • Kononnya Pakatan Harapan tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengikut perlembagaannya. Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada BERSATU. BERSATU tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan ROS. Arahan mahkamah kepada ROS untuk jawab surat BERSATU hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh BERSATU. Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung BERSATU tidak mengikut perlembagaan. BERSATU mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu. BERSATU parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh ROS. BERSATU hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh ROS. Sebab itu BERSATU terpaksa mengadakan mesyuarat agung BERSATU dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas ROS hendak cari salah supaya Pakatan Harapan tidak didaftar. Sekarang ROS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas.
Undi Pos
Peraturan mengundi pos tidak jelas. Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi.
Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan.

Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali. Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan.

Amatlah jelas proses PRU14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih. Benarlah Najib akan mencuri PRU ke -14.

Namun penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85 peratus pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya.

Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi. Ya, semasa saya PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.

Jangan takut.



















Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi Pakatan Harapan, undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.

Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.

Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN.

Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong Pakatan Harapan Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
XOXO - Saling tuduh menuduh, akhir terbongkar kerja jahat 22 tahun kenapa boleh berkuasa...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 11-4-2018

Politik PH setaraf Zambia - Politik Kitar Semula
Posted on Wednesday, April 11 @ 13:30:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39079




Gerakan Tranformasi Nasional (The Movement for National Transformation - MNT) menyeru rakyat Zambia menolak ahli politik kitar semula.
Pemimpin MNT Mr. Shimunza melahirkan kekecewaannya semenjak merdeka, negara tersebut hanya kitar semula orang yang sama dengan harapan bila mereka membentuk parti baru mereka akan berubah, akan meningkatkan pembangunan dan membuat berbagai perubahan yang diperlukan.

Dia mengatakan Zambia tidak memerlukan pemimpin politik yang bergabung semula selepas dikeluarkan dari kerajaan. Dia mengatakan inilah masanya untuk memilih muka baru dalam kerajaan.

Mr. Shimunza menegaskan bahawa Zambia memerlukan idea baru yang lebih bernas dan pemimpin lebih berwibawa.

Seterusnya lagi dia mengatakan pemimpin seperti Harry Kalaba, Lucky Mulusa dan Chishimba Kambwili adalah sebahagian masalah kerajaan PF yang menyebabkan keperitan rakyat selama mereka berkuasa.

KESIMPULANNYA
Rakyat Malaysia lebih cerdik dari Zambia mereka tidak akan pilih pemimpin kitar semula. Mereka buat masalah dalam kerajaan dan buat parti baru kononnya nak ubah balik masalah yang mereka buat.

Kami cerdik dan tidak bodoh ditipu hidup-hidup, kami pilih PAS untuk membentuk Kerajaan Teknokrat yang membawa wawasan yang lebih segar dan makmur.

https://tumfweko.com/2018/01/04/mnt-urges-zambians-reject-expired-politicians/ 

Sumber TKO - 11-4-2018





































































































Antara kerja dan mengundi: Apa hak anda?

JIKA majikan anda bijak dan mudah memahami kepentingan mengundi, maka anda tidak ada masalah untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi. Mereka akan benarkan anda mengundi tanpa mengira di mana anda mengundi. 
Namun, tidak mustahil ada majikan yang enggan memberikan kelonggaran kepada pengundi yang terpaksa mengambil cuti sehari atau dua hari kerana ingin mengundi di tempat asal atau di mana-mana kawasan jauh dari tempat mereka mencari rezeki. 
Majikan begini mungkin mengambil sikap negatif dengan menyalahkan pekerja yang terlibat kerana memilih untuk mengundi di tempat yang jauh dari tempat kerjanya. 
Kecenderungan ini boleh dihidu dari kenyataan Datuk Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) semalam. Beliau dilaporkan berkata, masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal terkini. 
Perlu difahami bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memberikan hak kepada pengundi untuk mengundi di mana-mana bahagian pilihan raya di mana dia didaftarkan. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang pilihan raya tidak mewajibkan pengundi untuk mengemaskini tempat mengundi mengikut tempat tinggal sebenar mereka. 
Kebebasan yang diberikan ini menjadikan sebahagian pengundi lebih selesa mengekalkan lokasi pengundian mereka di tempat asal masing-masing. Sikap ini mungkin kerana mereka merasakan bahawa undi mereka lebih diperlukan untuk menentukan nasib tempat asal berbanding tempat baru. 
Mungkin mereka ingin memastikan ibu bapa mereka mendapat wakil rakyat dan kerajaan negeri yang terbaik. Mungkin juga mereka menganggap tempat kerja mereka sekarang hanyalah lokasi sementara, dan mereka akan kembali semula menetap di kampung. Atau, tidak mustahil juga pilihan itu dibuat kerana mereka ingin menemani ibu bapa yang uzur untuk melaksanakan tanggung jawab sebagai pengundi. 
Walau apa alasan sekali pun, undang-undang tidak pernah menghalang mereka untuk kekal mengundi di tempat asal masing-masing. Menurut Perlembagaan dan undang-undang pilihan raya, SPR tidak ada hak untuk mengubah tempat mengundi mereka melainkan atas permohonan mereka sendiri. Oleh yang demikian, para pengundi tidak sewajarnya dihukum akibat kelonggaran yang wujud ini. 
Sebenarnya, dilema yang berlaku antara majikan dan pekerja ini berpunca dari pemilihan hari mengundi oleh SPR. Badan itu sepatutnya menetapkan tarikh mengundi dengan mengambil kira realiti yang berlaku. 
Memilih hari Rabu sebagai hari membuang undi adalah satu langkah yang merendahkan wibawa SPR. Jika ingin mengelakkan hujung minggu sekali pun, SPR boleh memilih hari Isnin misalnya bagi mengurangkan dilema para pekerja yang terpaksa bermusafir jauh bagi menjalankan hak sebagai pengundi. 
Jika SPR beralasan bahawa pilihan hari Rabu bertujuan untuk ‘mengajar’ pengundi yang tidak mengemaskini tempat mengundi, maka ia juga satu langkah yang memalukan. 
Jika kerajaan dan SPR benar-benar serius ingin melaksanakan dasar pengundian berdasarkan tempat kediaman sebenar, tindakan yang patut dibuat ialah dengan meminda undang-undang dengan mewajibkan pendaftaran pengundi mengikut alamat tempat tinggal sebenar. 
Bahkan, dengan kecanggihan sistem maklumat kini, SPR boleh menyelaraskan maklumat tempat mengundi berdasarkan alamat pengundi yang ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, dengan syarat perubahan itu dibuat tanpa menjejaskan hak demokratik pengundi. Semuanya ini adalah tanggungjawab kerajaan. Rakyat, termasuklah para majikan dan pekerja tidak sepatutnya dihukum kerana kegagalan kerajaan mewujudkan sistem yang lebih baik. 
Tegasnya, setiap pengundi tidak boleh dihalang melaksanakan hak mereka di bawah Perlembagaan untuk turun mengundi. Jika mereka terpaksa bercuti untuk melaksanakan hak ini, maka majikan perlu membenarkannya. Jika ada majikan yang menghalang para pekerja untuk mengundi, maka majikan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Universiti Teknologi Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
11 April 2108 – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 


Kerajaan lebih menindas jika Najib menang, kata badan pemikir AS
Posted on Wednesday, April 11 @ 09:10:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39075



Badan pemikir AS Majlis Hubungan Luar (CFR) menjangkakan Malaysia akan menjadi negara yang lebih "menindas" sekiranya Datuk Seri Najib Razak dan BN menang lagi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika Najib dan pakatannya menang dalam pilihan raya ini - terutama jika menang dengan majoriti besar - mereka akan memerintah Malaysia dalam era yang lebih menindas.

"Najib menggunakan kuasanya secara menindas pada penggal sebelumnya, jika diberi satu lagi penggal dia boleh mengubah Malaysia ke arah negara seperti Turki atau negara lain yang lebih autoritarian," kata Joshua Kurlantzick, pegawai CFR untuk Asia Tenggara dalam tulisan di blog.

Kurlantzick juga percaya kemenangan besar BN tidak menjamin pengukuhan golongan konservatif dan Islamis di Malaysia.

"Jika Najib tidak menang besar, PAS tidak begitu berupaya membuat tuntutan daripada kerajaan baru.

"Namun jika Najib tidak menang besar, dan perpecahan PAS daripembangkang menjadikan faktor kemenangan Najib, PAS dan sekutu Islamisnya akan boleh membuat tuntutan daripada kerajaan baru," katanya.

Menurut Kurlantzick lagi, sekiranya pakatan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad menang dalam PRU kali ini, ia akan menjadi kejutan besar, terutamanya apabila pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara.

Tambahnya, meskipun pembangkang mendapat sokongan pada 2013, ketidakpuasan hari rakyat dengan skandal 1MDB, selain dakwaan rasuah dalam kerajaan, serta kos hidup yang tinggi, Najib dan BN masih dijangka akan menang.

"Mahathir masih tidak begitu dipercayai oleh segelintir pihak dalam pembangkang, dan dia tidak mampu memotivasikan pakatan pembangkang sebagaimana Anwar pernah lakukan.

"Kerajaan Najib pula telah menggunakan bajet pra-pilihan raya yang besar untuk menarik pengundi, yang dianggap perkara biasa di Malaysia.

"Di bawah peraturan pilihan raya baru, lebih banyak kawasan yang terlibat berbanding pilihan raya lalu, yang mencairkan lagi sokongan pengundi bandar yang cenderung menyokong pembangkang," katanya.

Sumber TKO - 11-4-2018


6 `Point’ Bukan Melayu Bakal Dominasi Kerajaan PH
Posted on Tuesday, April 10 @ 12:53:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39059



KUALA LUMPUR - Malaysia bakal diperintah oleh sebuah gabungan parti politik yang didominasi oleh bukan Melayu jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pertama parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan berpecah kepada tiga iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tiada mana-mana parti politik (majoriti) Melayu yang akan menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya yang akan menjadi dominan adalah parti politik bukan Melayu.

“Ini kerana parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan berpecah tiga berbanding hanya ada satu sahaja parti politik bukan Melayu iaitu DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, kedua Manifesto PRU14 Pakatan Harapan adalah bayangan falsafah politik DAP iaitu Malaysian Malaysia yang mementingkan aspek meritokrasi dan kesamarataan sekali gus bakal mencairkan penguasaan politik Melayu.

Kata beliau, ketiga manifesto PRU14 Pakatan Harapan cuba menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku benteng kuasa politik Melayu dengan menjadikan kuasa pelantikan pegawai tertinggi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya dikuasai parti politik.

Tambah beliau, keempat manifesto PRU 14 Pakatan Harapan akan membenarkan agenda DAP membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya berdasarkan prinsip satu orang satu undi sekali gus melipatgandakan kerusi bandar berbanding kerusi luar bandar.

“Kelima dalam jangka panjang, Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP akan membuka jalan kepada bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selaras dengan kenyataan Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 jika Perlembagaan Persekutuan kekal maka bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

“Keenam rekod Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak baik dengan Raja-Raja Melayu sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri malah sehingga sekarang pun beliau menghadapi masalah dengan Sultan Kelantan, Sultan Johor dan Sultan Selangor menjadikan sukar untuk Pakatan Harapan menghormati Raja-Raja Melayu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-4-2018

No comments:

Post a Comment