BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, April 29, 2018

PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK JILID (9)

Kesultanan Melaka pusat sebaran Islam

PERANAN terbesar Melaka dalam sejarahnya, mengatasi semua Kerajaan Islam yang lain di Nusantara ialah menyebarkan Islam. Kedudukan politik yang dimiliki sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan terbesar di rantau ini, telah dimanfaatkan oleh Melaka untuk menukar seluruh kepercayaan asal orang Melayu yang berasaskan Hindu-Buddha, kepada menganut agama tauhid. Proses penyebaran Islam dilihat begitu mendadak di Nusantara bermula abad ke-14M dan dalam masa 200 tahun, hampir seluruh Nusantara telah berjaya di-Islam. Mungkin jika tidak kerana kehadiran penjajah Portugis pada 1511M, Islam akan dapat disebarkan lebih jauh lagi hingga ke Kepulauan Pasifik termasuk Benua Australia dan Oceania. Ternyata kehadiran kuasa politik Kristian ini telah membendung dan menghentikan proses dakwah dan penyebaran Islam kepada dunia yang lebih Timur termasuk Farmosa (Taiwan), Indo-China, China, Manchuria (Korea) dan Jepun. 
Walaupun gerakan dakwah dan penyebaran Islam terhenti akibat kedatangan kuasa politik Kristian, namun sejarah tidak dapat menafikan bagaimana besarnya peranan Melaka dalam menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara tanpa melibatkan pertumpahan darah atau dakwah bukan melalui mata pedang. Tidak seperti perkembangan Islam di Asia Barat, Afrika Utara, Andalusia, Parsi, Transoxania dan India yang merekod perkembangan Islam melalui medan perang, Wilayah Nusantara menerima Islam secara aman dengan hati yang terbuka. Ini kerana peranan Melaka yang telah bergerak menyebarkan Islam melalui gerakan dakwah para ulamak yang bergabung dengan kekuatan Empayar Melayu Islam itu, akhirnya orang Melayu telah bertukar menjadi Bangsa Islam. Berbeza dengan peng-Islaman beberapa Etnik Melayu yang lain, kejayaan gerakan dakwah yang dimulakan pada 1404M melalui Majlis Dakwah Wali Songo ke atas orang Jawa telah berjaya meng-Islamkan Pulau Jawa, sedangkan pulau ini mempunyai pendudukan yang paling padat di dunia. Sehingga hari ini, diakui bahawa orang Melayu dan Nusantara ialah komuniti Islam yang terbesar di dunia. 
Kegiatan ulamak di Melaka
Pemacu utama gerakan dakwah dan penyebaran Islam di Melaka ialah para ulamak. Sebelumnya, para ulamak telah bergerak di Perlak, kemudian dengan kebangkitan Melaka telah menjadikan negeri ini sebagai platform baru untuk menyebarkan dakwah, walaupun Samudera-Pasai kekal sebagai pusat keilmuan Islam. Antara kegiatan para ulamak dalam penyebaran dakwah di Melaka ialah: 
●     Mengajar dan menyebarkan ilmu
Menyebarkan ilmu adalah asas yang mendatangkan hidayah Allah S.W.T kepada sesuatu bangsa. Dengan kehadiran ulamak-ulamak ke Melaka, semenjak ketibaan Makhdum Syed Abdul Aziz, majlis-majlis ilmu terus berkembang dari anjung istana hingga ke masjid-masjid dan surau-surau. Walaupun tidak ada catatan mengenai kewujudan institusi khusus untuk Pendidikan Islam, tetapi Sejarah Melayu mencatatkan proses pengajaran dan pembelajaran agama turut melibatkan Sultan, kerabat Istana, pembesar dan rakyat jelata. Sultan sendiri menitahkan supaya majlis ilmu Maulana Abu Bakar diikuti oleh para pembesar dan rakyat.
●     Berdakwah kepada Islam
Selain mengajar agama secara khusus, para ulamak juga telah bergerak dalam pelbagai pendekatan untuk mengajak para pedagang dan orang Melayu yang masih beragama Hindu-Buddha untuk bersama dengan Islam. Bermula dengan dakwah bil hal semasa berdagang sehingga menarik minat Raja kepada Islam, sampailah majlis-majlis ilmu yang digerakkan, akhirnya seluruh rakyat Melaka memeluk Islam. 
●     Menyalin dan menterjemah kitab
Bagi mengukuhkan kegiatan keilmuan di Melaka, kerja-kerja menyalin dan menterjemah kitab telah dibuat di Melaka. Walaupun belum ada kitab yang disebut secara khusus diterjemah atau disalin di Melaka, tetapi Tun Seri Lanang memberitahu bahawa kitab-kitab berbahasa Arab yang sukar difahami dibawa ke Samudera-Pasai untuk diterjemah. Ketika kitab Abu Ishak, Dur al-Maznum dibawa ke Melaka, Sultan telah menitahkan supaya ia diterjemahkan oleh Makhdum Patakan di Samudera-Pasai, sebelum ditashihkan oleh Maulana Abu Bakar di Melaka. Proses menterjemah, mentashih dan menyalin kitab-kitab ini adalah antara kegiatan keilmuan di Melaka. 
●     Penasihat Istana
Memandangkan seluruh sistem pentadbiran Melayu yang dibawa dari Palembang adalah dipengaruhi oleh elemen Hindu-Buddha, termasuk konsep "devaraja," para ulamak telah berperanan sebagai Penasihat-penasihat Sultan dalam mewujudkan budaya pentadbiran Islam. Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusof, Qadhi Munawar Shah dan Maulana Sadar Jahan adalah antara yang tercatat sebagai Penasihat-penasihat yang berpengaruh di Istana Melaka. 
●      Pelaksanaan Syariat
Selain menasihati Sultan-sultan Melaka, sehingga Sultan-sultan seperti Sultan Muhammad Shah, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah, Sultan Alaiddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah, disebut-sebut sebagai Sultan berjiwa Islam dan berjasa besar kepada Islam, hasil daripada rapatnya baginda semua dengan para ulamak. Kemudian, proses pelaksanaan Syariat bermula apabila penggubalan Hukum Kanun Melaka dibuat dan Islam dijadikan agama rasmi. Penglibatan ulamak dalam penggubalan undang-undang sangat jelas. Selain dipengaruhi oleh Kitab-kitab Fiqh Syafi'eyah, dalam versi Jakarta, dicatatkan penggubal Undang-undang Keluarga ialah Sheikh Abdul Ghoyu. Kemudian para Qadhi telah berperanan pula dalam pelaksanaan undang-undang tersebut di mahkamah. 
●      Menyebarkan Islam ke seluruh Alam Melayu
Dari Melaka, para ulamak telah menyebarkan Islam ke Jawa, Mindanao, Brunei, Maluku, Sulawesi, Sumatera, Pattani dan lain-lain. Pergerakan ulamak melalui kapal-kapal dagang telah menyebabkan Islam tersebar dengan cepat. 
Gerakan dakwah Islamiyah
Dengan peranan yang meluas para ulamak di Melaka, gerakan Islam telah bermula dari urusan yang sekecil-kecilnya, sehingga kepada pelaksanaan Syariat. Kemudian, para ulamak telah menyebarkan Islam di luar daripada istana, termasuk menyebarkan Islam di negeri-negeri yang baru dikuasai oleh Melaka, khususnya di Semenanjung. Sultan Melaka melantik putera baginda sebagai Sultan Pahang pada zaman Tun Perak sebagai tanda perluasan pengaruh Islam. Dalam masa yang sama Melaka mengiktiraf Sultan Kedah sebagai negeri naungan Melaka, dan meng-Islamkan Raja Pattani untuk membuka Wilayah Islam yang baru. Para ulamak dikirimkan ke wilayah-wilayah ini untuk berdakwah dan menyebarkan Islam dengan dukungan istana, sehingga akhirnya Islam dapat berkembang hingga ke Indo-China, iaitu dengan Islam-nya Che Bo Nga (Sultan Zainal Abidin) sekitar 1360M. Raja Jawaka di Utara Pattani (Ligor atau Nakhon Si Tamarat) juga memeluk Islam dengan memakai nama Raja Zainuddin (asalnya Raja Sakranta), dan pemerintah Kelantan, Raja Bharubasha telah bergelar Sultan Mahmud (1335-1362M). Keluarga Syed Hussein Jamadil Kubra disebutkan sebagai pendakwah yang paling banyak berperanan dalam dakwah di Kelantan, Pattani dan Champa sejak 1345M. 
Dari Melaka juga, Makhdum Syed Abdul Aziz telah bergerak menyebarkan Islam di Mindanao sehingga pulau ini mulai menerima Islam pada pertengahan abad ke-14M, demikian juga Brunei dan Sulu. Dalam sejarah Sulu, Islam dikatakan disebarkan oleh Syarif Hashim dari Johor (Johor adalah Wilayah Melaka), sedangkan Syarif Ali tiga beradik datang dari Taif ke Melaka, kemudian berdakwah di Brunei, Mindanao dan Maluku, sebelum menjadi Raja di tempat masing-masing. Yang terbesar dalam penyebaran dakwah ini ialah kejayaan meng-Islamkan Pulau Jawa, pusat Kerajaan Hindu Majapahit, selain penaklukan Pantai Timur Sumatera yang dahulunya adalah Wilayah Kerajaan Buddha Seriwijaya, terutama Jambi. Dari Jawa pula, tersebar Islam ke pulau-pulau Nusa Tenggara dan Kalimantan. Sedangkan dari Sumatera, Islam berkembang ke Mindanao, Sulawesi dan Maluku. Demikian juga dari Pattani, pendakwah bergerak ke Brunei, Mindanao, Makassar dan Jawa, sehingga berlakunya silang dakwah antara wilayah, yang akhirnya menatijahkan peng-Islaman seluruh Nusantara. 
Peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Nusantara
Dari perbincangan di atas, kita dapat melihat bahawa Melaka telah berjaya memainkan peranan yang sangat berkesan dalam penyebaran Islam di Nusantara. Secara ringkas, peranan Melaka dalam penyebaran Islam adalah seperti berikut:
●     Gerakan dakwah seluruh Nusantara
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, gerakan dakwah ke seluruh Nusantara adalah antara agenda besar Kerajaan Melaka, dan ia berjaya mengubah Nusantara menjadi sebuah rantau Islam.
●     Penyebaran ilmu Islam
Jika Seriwijaya pernah berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu Buddha sejak abad ke-7 Masehi, Melaka telah memainkan peranan bersama Samudera-Pasai sebagai pusat keilmuan dan penyebaran ilmu-ilmu Islam. Kehadiran tokoh-tokoh ulamak dari Arab, Parsi, India dan lain-lain menghidupkan suasana ilmu melalui majlis-majlis pengajaran, muzakarah, penterjemahan, penulisan, penyalinan dan pembentukan maktabah. Pengaruh mazhab Syafie berkembang pesat kala ini, ekoran kemasukan Kitab-kitab Syafi'eyah di Melaka.
●     Aplikasi Undang-undang Syariat
Kitab-kitab Fiqh yang diajar di Melaka telah diterjemah dalam bentuk aplikasi pentadbiran sebuah Kerajaan Islam. Contoh, kisah Sultan Alaiddin Riayat Shah yang berjaga malam untuk mencegah kemungkaran adalah aplikasi model Saidina Umar bin al-Khattab. Kemudian, hukum-hukum tersebut telah dikanunkan sebagai undang-undang negara. Menurut banyak pengkaji, Undang-undang Islam yang diterapkan di Pahang, Perak, Kedah, Aceh, Brunei dan lain-lain adalah saduran daripada Hukum Kanun Melaka.
●      Keamanan politik
Keberkesanan dasar-dasar luar Melaka dalam perhubungan dengan China, Mahapahit, India dan Arab telah berjaya menghentikan ancaman serangan musuh. Hal ini telah mewujudkan keamanan di Melaka sehingga bukan sahaja aktiviti perdagangan dapat bergerak lancar, tetapi juga dakwah dan pengembangan Islam.
●      Kegiatan perdagangan
Faktor perdagangan yang telah disebut sebelum ini adalah antara sebab penting yang mendorong perkembangan Islam. Oleh kerana Melaka adalah pusat perdagangan utama, maka kegiatan dakwah menjadi lebih berkesan menandangkan pergerakan pendakwah adalah melalui kapal-kapal dagang.
●      Penubuhan Kerajaan-kerajaan Islam yang baru 
Walaupun Melaka runtuh diserang Portugis pada 1511M, tetapi Islam tidak dapat dihancurkan kerana banyaknya Kerajaan Islam yang wujud pada abad ke-15 dan 16M di Nusantara, kesan daripada kewujudan Melaka. Di Jawa misalnya muncul Kerajaan Demak, Banten, Ceribon dan Jepara, manakala Kerajaan Brunei muncul di Borneo, Maguindanao dan Suluk di Midanao, Makassar atau Gowa di Sulawesi. Ternete di Maluku. Kemunculan kerajaan-kerajaan ini mewarisi perjuangan Melaka dalam menyebarkan Islam. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
4 Zulqaedah 1439 / 17 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 

Ain Jalut hentikan kemaraan Mongol

SEMENJAK pemimpin Tatar atau Mongol (Mughaliyah), Genghis Khan memulakan ekspedisi meluaskan Empayar Mongol ke Barat pada 1206M, Kerajaan Islam yang memanjang dari Baghdad ke Transoxiana (Asia Tengah) menjadi hadangan pada perluasan kuasa mereka, sekali gus menjadi pesaing utama Mongol dalam menguasai politik dunia. Kerana itu, sepanjang abad ketujuh Hijrah, menyaksikan pertembungan di antara Empayar Mongol dan Daulah Abbasiyah sehingga membawa kepada jatuhnya Baghdad pada 656H (1258M). Sebenarnya telah berlaku tiga serangan besar Empayar Mongol ke Daulah Islam iaitu pada 617-620H yang dipimpin sendiri oleh Genghis Khan dan pada 628H pimpinan anaknya, Ogadei Khan dengan Panglimanya, Syurmajan. 
Dua serangan pertama ini telah menyebabkan menguasai Dinasti Khawarizmiyah (Turkmenistan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan dan sebahagian Iran sekarang) jatuh ke tangan Mongol. Ogadei Khan yang menyerahkan wilayahnya di kawasan Timur (China, Mongolia dan Manchuria) kepada anaknya, Kublai Khan, sedang kawasan Parsi diserahkan kepada seorang lagi anaknya, Hulagu Khan, sedangkan Khan Agung dipegang oleh Manku Khan. Hulagu Khan yang berjaya dalam misinya meruntuhkam Baghdad pada 656H, mengatur langkah seterusnya untuk menguasai Syam yang diperintah oleh Dinasti Saljuk, selain Pusat baru Daulah Abbasiyah di Kaherah, Mesir. 
Kejatuhan Baghdad dan pemulihan semula Daulah Islam
Kekalahan Daulah Abbasiyah dalam serangan Mongol pada 1258M telah meruntuhkan kekhalifahan Islam. Kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di Syam dan Mesir pula terpaksa berhadapan dengan serangan Salibiyah dan ancaman Mongol sekali gus. Di Syam, beberapa kerajaan kecil seperti Mosul, Anatol, Halab dan Damsyik telah tunduk kepada Hulagu Khan. Kerajaan Miyafarqin yang enggan bersekutu dengan Mongol telah diserang dan ditakluk, sehingga akhirnya Mongol menuju ke Palestin pada 1260M. 
Di Mesir, ketika Dinasti Ayubiyah (1171-1341M) yang melemah, telah membangkitkan Dinasti Mamalik pada 1250M dengan pembunuhan Sultan al-Muazzam Turan Syah dan perkahwinan Izzuddin Aybak (1254-1257M) dengan Sultanah Sajaratul Dur. Dinasti Mamalik sendiri menghadapi krisis setelah Mamalik Bahri yang mengambil alih kerajaan dari keluarga Ayubiyah pada 1250M, bergeser dengan Mamalik Muizziyah, penguasa baru pada 1257M. Pada 1259M, Sultan Saifuddin al-Qutuz mengambil alih kerajaan daripada Sultan Mansur Ali (1257-1259M). Baginda telah mengatur gerakan untuk mengukuhkan sokongan keluarga Ayubiyah kepada Mamalik dan menarik sokongan bekas jajahan di Syam yang kini tunduk kepada Mongol, demi untuk mempertahan Palestin dan Mesir daripada serangan Panglima Mongol, Kitbuga. 
Pertempuran di Ain Jalut: Penjajahan Mongol terhenti
Tiga langkah awal diambil oleh Sultan Saifuddin al-Qutuz dalam mengukuhkan kerajaannya ialah mengembalikan kestabilan pentadbiran, memberi pengampunan kepada pengikut Mamalik Bahriyah dan penyatuan semula Mesir dengan Syam. Penyelesaian konflik dalam tempoh tiga bulan ini telah membolehkan Mamalik menghadapi tentera Mongol yang sudah menguasai Palestin yang berjarak 35 km dari sempadan Mamalik. Hulaqu Khan telah menawarkan Mamalik supaya menyerah kalah, tetapi Sultan Saifuddin al-Qutuz berkeras untuk mempertahankan maruah Islam. 
Setelah menyelesaikan masalah kewangan, Sultan Saifuddin al-Qutuz mengisytiharkan perang ke atas Mongol, bukan bertahan di Mesir. Pada Syaaban 658H, tentera Mamalik mula bergerak ke Akka dan mengadakan Perjanjian Damai dengan tentera Salib sebelum menuju ke Palestin dalam dua pasukan, salah satunya dipimpin oleh panglima Ruknuddin Baibars. Ketika pasukan Ruknuddin Baibars tiba di Gaza pada akhir Julai 1260M, tentera Mongol masih berada di Lubnan. Kitbuga mengantar pasukan kecil untuk menyekat tentera Islam, tetapi mereka tewas. Ini adalah kekalahan pertama pasukan Mongol di tangan tentera Islam sejak 617H. 
Kekalahan tentera Mongol ini bukan sahaja menjadi penghinaan kepada mereka, bahkan membakar semangat tentera Islam. Kedua-dua pasukan Islam menuju ke Nablus, dan tiba di sana pada 24 Ramadan 658H dan memilih kawasan mata air Ain Jalut sebagai medan perang. Tentera Islam bersedia menunggu ketibaan tentera Kitbuga. Ketika pasukan Mongol tiba pada 25 Ramadan 658H, mereka diserang oleh dua ketumbukan, bermula dengan pasukan Ruknuddin Baibars, kemudian datang pula kepungan pasukan Sultan Saifuddin al-Qutuz. Akhirnya, Kitbuga yang meruntuhkan Baghdad pada 656H telah berjaya dibunuh sehingga tentera Mongol berpecah dan akhirnya dikalahkan. Kerana kekalahan ini, tentera Mongol tidak lagi menyerang Islam sehingga Timurlane menyerang Daulah Othmaniyah pada 1402M. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
25 Ramadan 1439 / 10 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018 




PAS sambut baik titah Sultan Selangor

KOTA BHARU: PAS menyambut baik titah Tuanku Sultan Selangor yang menzahirkan kebimbangan terhadap orang Melayu yang cuba mengkritik institusi raja. 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, institusi Raja Melayu menjadi asas pembentukan negara dan perpaduan rakyat. 
“Kita minta kerajaan segera membendung perbuatan menghina raja. Jangan sampai ia menjadi satu budaya. 
“Pihak yang menghina raja-raja perlu dibawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui media selepas penyampaian kelengkapan Aidilfitri kepada golongan asnaf di Parlimen Kubang Kerian semalam. 
Kelmarin Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilapor melahir dukacita terhadap perbuatan pihak tertentu yang secara terbuka menghina dan memperlekeh institusi raja. 
Menurut baginda, paling mendukacitakan hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan segelintir orang Melayu. 
Oleh itu Tuan Ibrahim berharap kerajaan menangani segera isu menghina institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong oleh pihak tertentu sekarang. 
Menurutnya perkara itu harus dibendung sejak awal bagi memastikan ia tidak menular dan menjadi budaya baharu masyarakat di negara ini. 
“PAS memandang serius isu tersebut kerana ia menyentuh soal pokok berkaitan perlembagaan negara iaitu institusi raja,” ujarnya. 
Sebaliknya beliau berkata, konsep Malaysia Baharu yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan sekarang dilihat cuba memberi ruang kepada kebebasan media. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018 



Hidupkan kembali konsep federalisme - Presiden PAS

MARANG: Kunjungan hormat delegasi Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membuka lembaran baharu antara kerajaan dengan pembangkang.
Justeru, kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pertemuan itu bagi membincangan hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. 
Menurutnya, konsep federalisme dalam amalan berdemokrasi wajar dihidupkan kembali dalam pemerintahan negara ini.
“Alhamdulillah, kunjungan saya kepada Perdana Menteri itu adalah untuk bincang hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. 
"Hidup baliklah konsep federalisme dan kita (PAS) kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam perkara yang kita fikir, kita boleh bekerjasama.
“Walaupun kita ada berbeza pendapat, kita cari pendekatan berbeza pendapat itu. Kita ambil titik yang sama dahulu,” ujarnya kepada wakil media selepas Kuliah Mingguan Pagi Jumaat, di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Paling penting, kata Presiden PAS itu, konsep federalisme mesti dihidupkan kembali setelah tidak diamalkan secara baik ketika Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.
“Apatah lagi, kita lihat Kerajaan Pusat (hari ini) tidak menguasai semua negeri. (Kerajaan) Pakatan Harapan pula ideologi berbeza antara satu sama lain. 
“Kita lihat masing-masing (parti) membuat kenyataan. Sudah ada Perdana Menteri, Perdana Menterilah buat kenyataan. 
"Jika masing-masing buat kenyataan macam Perdana Menteri (ketawa), saya ingat itu tidak kenalah. Itu perlu diperbetulkanlah. Itu mereka (PH) yang kena betulkan, bukan saya,” tegasnya. 
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, buat masa ini PAS mengiktiraf kewujudan Kerajaan Pusat dan Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Konsep federalisme bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusat (Persekutuan) dan kerajaan negeri. 
Tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain.
Menjawab persoalan isu royalti, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri itu dan masih menunggu kenyataan rasmi Kerajaan Persekutuan.
“Alhamdulillah, Perdana Menteri telah membuat kenyataan (royalti), cuma saya tunggu kenyataan rasmilah. (Sekarang) Dah ada kenyataan rasmi bahawa perjanjian royalti itu akan ikut perjanjian, dipulihkan semula kerana ada perjanjian.
“Ini bukan kerana manifesto, (tapi) ada perjanjian antara negeri-negeri dengan pusat. Perjanjian itu dibuat tahun 70-an lagi, mana-mana negeri yang ada petroleum diserah kepada Petronas dan Petronas hendaklah membahagi royalti 5 peratus kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat (Persekutuan).
“Perjanjian mesti ditunaikan. Tetapi, Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu (telah) membuat keputusan membatalkan royalti itu,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang tidak mempertikaikan jumlah 5 peratus bayaran royalti itu kerana termaktub dalam perjanjian tersebut. 
“Kita ‘start’ (mula) dengan 5 peratus dahulah, hal-hal lain kita bincang kemudian. 
“Dengan 5 peratus itu, kita (Terengganu) akan uruskan. Kerajaan Pusat akan melihat laporan-laporan. (Kerajaan) Pusat pun dia hak juga untuk pantau. Bagaimana kita (negeri) gunakan duit (royalti) itu,” ujarnya.
Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini menerima pembayaran Wang Royalti secara tunai menurut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Tetapi telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan Wang Ehsan atau Dana Khas Persekutuan yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat. 
Pada 4 Jun lalu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Dato’ Mustafa Ali mengunjungi Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. -HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018 

Malaysia Baharu adalah Malaysian Malaysia?

SETELAH hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'Malaysian Malaysia'. Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU14. 
Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. Secara tidak disedari, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu. 
Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindak balas tegas oleh masyarakat Bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya. 
Bagaimanapun, bagi mengaburi masyarakat Bumiputera tentang pelaksanaan agenda tersebut, tema yang ditonjolkan ialah Malaysia Baharu, iaitu satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan Kontrak Sosial kepada asas yang baru. Asas baru tersebut, tiada lagi keistimewaan kepada kaum tertentu dan juga kedaulatan agama tertentu. 
Perubahan rupa bentuk Negara Malaysia seperti ini, apalagi jika dilakukan secara drastik boleh meruntuhkan empat tonggak Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi teras kestabilan politik dan keharmonian kaum. PPP memperingatkan semua pihak supaya tidak meletakkan harga yang murah terhadap keempat-empat tonggak tersebut: 
●     Islam adalah Agama Persekutuan
●     Kedaulatan Raja-raja Melayu
●     Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
●     Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak  
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
7 Jun 2018
22 Ramadan 1439 - HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018 





Perjalanan panjang perjuangan Islam

RATA-rata sahabat dan petugas-petugas PAS yang saya temui dalam program pasca PRU14 tidak sedikit pun kelihatan lemah semangat dengan pencapaian PAS dalam PRU yang lalu. Bahkan mereka semakin bersemangat. Alhamdulillah. 
Saya buat perumpamaan kepada mereka mengapa PAS lambat menang. Katakan kita ada 3 orang kawan, masing-masing berhasrat ke Utara dengan menaiki kereta api. Orang pertama mahu ke Ipoh, yang kedua mahu ke Sungai Petani, orang ketiga mahu ke Alor Setar. Manakala kita mahu ke Padang Besar. Masing-masing membeli tiket ke destinasi masing-masing. 
Bila sampai di Stesen Ipoh, sahabat Ipoh pun turun. Begitulah seterusnya dengan sahabat Sungai Petani dan Alor Setar. Kita yang paling akhir. Jangan mengeluh dan bersedih jika sahabat-sahabat kita sampai dulu. Kerana sememangnya destinasi mereka itu dekat dan mudah. Jangan merungut jika sahabat-sahabat tadi telah lama sampai ke rumah dan gembira bertemu ahli keluarga mereka, sedangkan kita masih dalam perjalanan. Kenapa kita lambat sampai? Kerana memang stesen kita jauh. Kita pun sememangnya membeli tiket yang jauh. 
Begitulah perjuangan ini. Siapa yang bercita-cita mengambil perjuangan yang cepat dan mudah maka mereka akan cepat memperolehinya. Allah berikan apa yang mereka mahu. Tetapi siapa yang bercita-cita mencari kemenangan yang hakiki berserta redha Allah, memang perjalanannya jauh. Namun pasti akan sampai juga nanti asalkan jangan terjun di pertengahan perjalanan. Siapa yang mahu ke Ipoh dia akan sampai di Ipoh. Namun dia tidak akan dapat melihat Sungai Petani. Begitu juga orang yang mahu ke Sungai Petani tidak akan sampai ke Alor Setar. Namun siapa yang mahu ke Padang Besar dia akan sampai ke semua destinasi teman-temannya dan destinasinya sendiri. 
Lalu jangan mengeluh jika melihat ada orang sudah sampai ke Putrajaya. Sudah dapat apa yang mereka cita-citakan iaitu kemenangan dan jawatan. Jangan pelik, kerana Putrajaya dan jawatan itu adalah destinasi yang dekat dan singkat. Tetapi jika cintakan redha Allah, maka bersedialah untuk perjalanan jauh yang memenatkan. Orang yang mencari kemenangan, ia akan memperolehi kemenangan. Namun siapa yang mencari redha Allah ia akan mendapat kemenangan dan redha Allah. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018 






Sunan Fatahillah halau penjajah Portugis

KEJAYAAN Sultan Mohamad al-Fateh membuka Kota Constantinople pada 1453M telah membangkitkan tindak balas besar dari Gereja Kristian di Vatican. Antara langkahan besar yang diambil ialah menyatukan dua Kerajaan Katholik di Sepanyol - Castilian dan Aragon - yang membolehkan mereka meruntuhkan Granada pada 1492. 
Selepas Christopher Columbus berjaya tiba di Amerika pada 12 Oktober 1492M, Paus Alexander VI telah mengaturkan Perjanjian Tordesilas pada 7 Jun 1494M yang memberi wewenang kepada Portugis menjajah bahagian Timur dunia, sedangkan Sepanyol bergerak ke Barat, bagi menjayakan agenda Kristian - 3G (gospel, glory and gold). Pada hakikatnya, gerakan ini adalah bertujuan untuk menghancurkan dunia Islam pimpinan oleh Daulah Othmaniyah yang telah berjaya meruntuhkan kuasa politik Kristian Ortodoks di Timur Eropah. 
Ekoran perjanjian yang atur oleh Gereja Vatican ini, mereka memanfaatkan sekolah pelayaran di Lisbon dengan diketuai oleh Putera Hendry The Navigator. Pada 1488, pelayar Portugis, Vasco da Gama telah tiba di Tanjung Harapan, kemudian menguasai Goa, India pada 1497. Dalam tempoh ini juga, mereka telah menduduki Hurmuz dan pantai Hijaz dengan bantuan Kerajaan Syiah Ismailiyah, Dinasti Shafawi. Atas sebab menyekat pengaruh Portugis ke atas tanah suci ini, Daulah Othmaniyah telah meruntuhkan Daulah Mamalik dan mengambil alih kekhalifahan daripada Daulah Abbasiyah pada 1517M. Pada 1511M, Portugis telah berjaya menguasai Melaka. 
Penjajahan Portugis di Nusantara: Langkah awal Kristianisasi
Kekalahan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 29 Ogos 1511M telah menbolehkan "Benggali Putih" ini menguasai Pusat Perdagangan terbesar di Asia ini. Tetapi yang lebih penting bagi Portugis ialah mereka dapat melemahkan kekuatan ekonomi umat Islam dan Daulah Othmaniyah, sekali gus menyebarkan agama Kristian. Masjid Besar Melaka telah diruntuhkan dan didirikan Gereja St Paul di atas tapaknya (Bukit St Paul sekarang), di samping membina Kolej Khatolik St Xavier di situ. Melaka yang dahulunya adalah Pusat Pengembangan Islam, kini menjadi Pusat Kristian Khatolik. 
Dalam masa yang sama, Portugis terus bergerak menguasai Amagau (sekarang Macau) di muara Sungai Sikiang, yang juga dijadikan Pusat Khatolik seperti Melaka. Untuk menguasai ekonomi, Portugis mula bergerak ke wilayah-wilayah rempah di Nusantara, bagi melemahkan ekonomi Daulah Othmaniyah. Kejayaan pelayar Sepanyol, Ferdinand Magellan tiba di Kepulauan Visaya yang dikuasai Kesultanan Sulu pada 1521M, telah menggugat Portugis sehingga mereka mulai membina benteng di Sunda Kelapa, mengadakan kerjasama perdagangan dengan Kesultanan Ternate dan Kesultanan Maluku pada 1522M. 
Kesultanan Demak halau Portugis dan kuasai Sunda Kelapa
Penjajahan Portugis di Melaka sebenarnya mendapat perhatian besar daripada beberapa Kerajaan Islam seperti Kesultanan Aceh, Kesultanan Demak dan Kesultanan Johor-Riau. Pada ketika ini, Kesultanan Demak dengan dibantu oleh Sultan Ceribon dan Sultan Banten, telah menghantar 375 buah armada laut yang diketuai oleh Adapati Yunus pada 1521M untuk membebaskan Melaka. Gerakan yang disusun oleh Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) dan Sunan Fatahillah (Fatalehan) ini walau bagaimanapun gagal membebaskan Melaka, sebagai mana gagalnya ekspedisi pertama pada 1517M. 
Selepas gagal membebaskan Melaka pada 1521M, Portugis bertindak menduduki pantai Kelapa, iaitu pelabuhan utama wilayah Sunda Padjajaran (dipanggil Sunda Kelapa) pada 1522M sehingga ia menjadi ancaman baru kepada Kesultanan Demak. Ia bermula dengan kedatangan Tome Pires, orientalis Portugis di Jawa pada 1514M yang melaporkan kedudukan strategik Sunda Kelapa sebagai pelabuhan yang sibuk. Saki-saki Kerajaan Hindu Sunda yang terancam oleh Kesultanan Demak menjemput Portugis ke sana, dan Gabenor Melaka, Alfonso de Albuquerque telah menghantar Hendrique Leme untuk membuka pejabat dan benteng Portugis di situ pada 21 Ogos 1522M. 
Bimbang dengan perkembangan ini, Kesultanan Demak telah bertindak balas. Para Ulama di kalangan Wali Songo seperti Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah yang berpengaruh dalam Kraton Demak, telah menyusun langkah untuk membebaskan Sunda Kepala daripada pengaruh Portugis. 
Pada 22 Ramadan 933H bersamaan 22 Jun 1527M, Sunan Fatahillah dengan kerjasama Sultan Ceribon telah menyerang benteng Portugis di Sunda Kelapa dan berjaya menghalau penjajah Katholik itu dari pulau Jawa. Dengan kejayaan ini, Sunda Kelapa mula dikenali sebagai Jaya Karta (kota kejayaan). Pada zaman Belanda, Jaya Karta disebut sebagai Niew Hoorn, sebelum dikenali sebagai Betawi (atau Batavia) mulai 1619M. Kota ini kemudiannya dinamakan semula sebagai Jaya Karta (Jakarta) pada 1942M. Tarikh 22 Jun, iaitu hari kejayaan Sunan Fatahillah menghalau Portugis dirayakan sebagai tarikh penubuhan Jakarta. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
22 Ramadan 1439 / 7 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018

PAS tak terikat dengan HARAPAN, BN








PAS hari ini menegaskan komitmennya untuk terus menjadi 'kuasa ketiga' dalam politik negara, seperti yang sering dinyatakan parti itu sebelum PRU bersejarah pada 9 Mei lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu boleh bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan juga pembangkang BN.


"Sebagai pembangkang, PAS boleh bekerjasama dengan BN untuk membangkang secara matang (terhadap) apa asja yang negatif daripada kerajaan.

"Namun dalam mempertahankan kedaulatan negara, PAS boleh bekerjasama dengan Kerajaan HARAPAN.

"PAS tidak terikat dengan HARAPAN mahupun BN," katanya di Twitter, hari ini.

PAS sebelum ini sering menyatakan komitmennya sebagai 'kuasa ketiga' melalui Gagasan Sejahtera - gabungan parti itu dengan beberapa parti pembangkang kecil dan NGO.

Menjelang PRU ke-14, terutama sepanjang kempen, PAS dilihat lebih menghalakan kritikan kepada HARAPAN berbanding BN.

Bagaimanapun dua hari lalu, Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang - bersama-sama Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin veteran Datuk Mustafa Ali - mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

PAS kini membentuk blok ketiga terbesar di Parlimen dengan 18 kerusi selain menguasai Terengganu dan Kelantan.

Sumber MR - 6-6-2018









Ali K.W perluas Islam di Wilayah Himyar

KEMENANGAN Islam dalam Peristiwa Fathu Makkah pada 8H telah membuka mata seluruh penduduk Tanah Arab. Quraisy sebagai bangsa terkuat telah tunduk kepada Islam dan seluruh berhala yang disyirikkan dengan Allah telah dihancurkan. Sepanjang tahun 9H pula, telah menyaksikan gerombolan manusia masuk Islam dari kalangan Kabilah-kabilah Arab sehingga turunnya Surah al-Fath. Keadaan ini didorong oleh kejayaan Islam dalam Perang Hunain, Perang Thaif dan Perang Tabuk yang berlaku dalam tahun 9H. Siri-siri peperangan ini telah memberikan kekuatan yang besar kepada Islam, di mana bukan sahaja Makkah dapat ditawan, bahkan Rom juga telah ditewaskan.
Namun begitu, Baginda S.A.W tidak berpuas hati kerana masih terdapat banyak Kabilah Arab yang belum masuk Islam, khususnya yang tinggal di Selatan Makkah ke Yaman. Antara usaha yang dibuat oleh Nabi S.A.W ialah mengutuskan Khalid al-Walid kepada Bani Jadzimah untuk berdakwah dan mengajak mereka masuk Islam. Selepas itu, Baginda S.A.W mengirimkan lagi pasukan pendakwah terdiri dari Saidina Ali bin Abi Talib ke San'a, Muaz bin Jabal ke Taiz Abu Musa Ashaari ke Zabid. Tujuan utama pengiriman mereka adalah untuk mengajak orang-orang Yaman memeluk Islam setelah Makkah telah ditakluki.
Perkembangan Islam di Yaman selepas Fathu Makkah
Selepas tamatnya Perang Tabuk, Rasulullah S.A.W tiba di Madinah pada hujung Ramadan 9H, dan Baginda S.A.W mulai didatangi oleh kaum-kaum yang diseru kepada Islam selepas Fathu Makkah. Yang terawal datang kepada Nabi S.A.W ialah Shurad al-Azdi yang memeluk Islam dan diperintah berdakwah di Kota Jurays yang didiami oleh Kabilah Yaman. Setelah dikepung dan sebahagian dibunuh kerana menentang, orang Yaman akhirnya masuk Islam. Kemudian, Raja-raja Himyar iaitu al-Harith bin Abdul Kulal dan Nu'aim bin Abdul Kulal serta Nu'man (Raja Dzu Ru'ain, Ma'afir dan Hamdan) telah memeluk Islam. Mereka semua menyambut seruan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W kepada seluruh penduduk dan Kabilah Arab melalui pengutusan surat dan wakil-wakil.
Perkembangan ini, walau bagaimanapun belum dapat memuaskan hati Rasulullah S.A.W. Ini sebabkan kerana masih banyak Kabilah Arab di Daerah Najran yang belum memeluk Islam. Sebelumnya, Bani Abdul Qais yang beragama Nasrani telah mulai menerima Islam, seperti mana Islamnya sesetengah Kabilah Arab Nasrani di Syam. Bagi mengukuhkan perkembangan Islam di Selatan Tanah Arab, dalam bulan Rabiul Awal 10H, Nabi S.A.W telah mengutuskan Khalid al-Walid untuk berdakwah kepada Bani al-Harith bin Kaab supaya memeluk Islam. Setelah berjaya di-Islamkan, Khalid al-Walid berada di sana untuk mengajar Islam sehingga menjelang Ramadan 10H.
Pelantikan Ali Abi Talib sebagai Qadhi Yaman
Banyak riwayat menyebutkan bahawa Khalid al-Walid hanya berjaya meng-Islamkan Bani al-Harith bin Kaab sahaja, sedangkan dalam masa enam bulan, tidak ada kabilah lain yang menerima Islam. Untuk mengatasi masalah ini, Rasulullah S.A.W yang memanggil Khalid al-Walid pulang dan melantik Amr bin Hazam untuk mengajar agama kepada Bani al-Harith bin Kaab. Melengkapi usaha untuk meng-Islamkan seluruh Daerah Yaman ini, pada 21 Ramadan 10H, Ali bin Abi Talib telah dikirim ke Najran untuk menjadi pemungut zakat, dan seterusnya menjadi Qadhi di Yaman.
Tujuan utamanya adalah untuk meluaskan dakwah Islam kepada pendudukan Yaman tanpa peperangan. Kedatangan Ali Abi Talib sebagai pahlawan Quraisy yang terkenal diterima oleh orang Yaman, di mana Bani Hamdan telah masuk Islam kesemuanya, sehingga mendapat doa khusus dari Nabi S.A.W. Kemudian, kerana peranan Ali Abi Talib sebagai Qadhi di Yaman iaitu di tengah-tengah bangsa yang bertamadun, beliau didoakan oleh Rasulullah S.A.W supaya diberikan ilmu dalam bidang kehakiman kepadanya. Sejak peristiwa ini, bukan sahaja Yaman dikuasai oleh Islam, tetapi Ali Abi Talib sendiri menjadi Tokoh Kehakiman yang terkenal pada zaman Khualafa ar-Rasyidin. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
21 Ramadan 1439 / 6 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018 




















Fathul Makkah: Islam kuasai Tanah Suci

MAKKAH, tanah suci yang terletaknya Baitulllah adalah bumi dicinta oleh Rasulullah S.A.W. Di sinilah Baginda S.A.W dilahirkan dan diangkat menjadi Rasulullah. Setelah 13 tahun berdakwah, dan dakwahnya ditolak oleh orang Makkah, Nabi S.A.W telah berhijrah ke Madinah dalam tahun 622M, tetapi Baginda S.A.W tetap berdoa supaya Baitullah menjadi kiblat bagi umat Islam. Dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah pada 6H, Nabi S.A.W telah disekat daripada memasuki Makkah, maka berlaku gencatan senjata selama 10 tahun melalui perjanjian ini. 
Perjanjian Hudaibiyah yang mengikat umat Islam dan sekutu untuk tidak berperang dengan kaum Musyrikin Makkah dan sekutu mereka, ternyata akhirnya dicerobohi oleh Bani Bakr (sekutu Quraisy) yang menyerang Bani Khuzaah (sekutu Islam) yang merosakkan perjanjian ini. Bani Khuzaah yang banyak memeluk Islam telah diserang oleh Bani Bakr dengan dibantu oleh kaum Quraisy Makkah. Ini merupakan pengkhianatan terhadap Perjanjian Hudaibiyah. Usaha pemimpin Makkah, Abu Sufian pergi Madinah untuk memperkukuhkan semula perjanjian telah gagal, yang akhirnya membuka ruang untuk Islam menguasai Makkah. 
Bergerak dari Madinah: Strategi Pembukaan Makkah
Nabi S.A.W telah menuntut kepada Abu Sufian supaya Quraisy membayar diyat di atas pembunuhan 20 orang Bani Khuzaah, Quraisy memutuskan hubungan dengan Bani Bakr dan Perjanjian Hudaibiyah terbatal. Kegagalan rundingan Abu Sufian lantaran pengkhianatan orang Quraisy dan Bani Bakr, telah menyebabkan Nabi S.A.W menyusun langkah menuju ke Makkah. Dengan 10,000 tentera, Baginda S.A.W bergerak dari Madinah tanggal 10 Ramadan 8H dan mengambil masa lapan hari untuk tiba di sempadan Makkah. Kota Madinah ditinggalkan kepada Abu Ruhm al-Ghafiri sebagai imam menggantikan Nabi S.A.W. 
Sebaik sahaja tiba di perbatasan Makkah di Dzu Tuwa, Nabi S.A.W menyusun pergerakan dengan membentuk empat pasukan yang bergerak dari arah berbeza untuk mengepung Makkah. Khalid al-Walid bergerak dari bahagian Selatan Makkah melalui Kota al-Lith, Zubir al-Awwam memimpin ketumbukkan di Bukit Kada' dan memacak bendera Islam di al-Hajun, Abu Ubadah al-Jarrah pula bergerak bersama pasukannya ke tengah-tengah Kota Makkah, sedang Saad bin Ubadah memimpin pasukan Islam yang masuk dari Barat arah Jeddah. Dengan strategi yang tersusun ini, pada 20 Ramadan 8H, tentera Islam telah berjaya mengepung dan memasuki Kota Makkah tanpa sebarang pertempuran besar. Nabi S.A.W sendiri memasuki Makkah dari al-Hajun dengan diiringi oleh kaum Muhajirin dan Ansar, sebelum mereka bertawaf di Baitullah. 
Penguasaan ke atas Makkah: Berakhirnya zaman berhala
Ketika memasuki Makkah, Nabi S.A.W telah menyenaraikan 17 orang yang dikehendaki kerana sangat memusuhi Islam, dan mengarah supaya orang Makkah yang berlindung di Baitullah dan rumah Abu Sufian dibiarkan selamat. Bapa saudara Nabi S.A.W, al-Abbas juga mengisytiharkan ke-Islamannya menjelang Nabi S.A.W masuk ke kota ini. Turut berbuat demikian ialah pemimpin Makkah sendiri, Abu Sufian bin Harb yang memeluk Islam pada hari yang sama di hadapan al-Abbas. Mereka kemudiannya menyaksikan tentera Islam memasuki dan menguasai Kota Makkah sepenuhnya menjelang 21 Ramadan 8H. Ketika serangan dibuat oleh Ikrimah bin Abu Jahal dan Sofwan bin Umayyah ke atas pasukan Khalid al-Walid, 28 orang Musyrikin berjaya dibunuh. 
Setelah keadaan Makkah menjadi tenang dengan kejayaan Islam menguasainya dan peng-Islaman Abu Sufian, maka Rasulullah S.A.W mula bertindak untuk meruntuh ke semua 360 berhala di kawasan Baitullah dan juga menghancurkan berhala Ibrahim dan Ismail yang berada dalam Kaabah. Baginda S.A.W memerintahkan supaya Khalid al-Walid meruntuhkan tiga berhala utama Manat, Latta dan Uzza pada 25 Ramadan 8H. Hal ini sekali gus menjadikan ia penguasaan penuh Islam ke atas bumi Makkah dan menamatkan penyembahan berhala di tanah suci itu. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
20 Ramadan 1439 / 5 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 5/6/2018
Sumber HD - 5-6-2018 











Hubungan PAS-Kerajaan Persekutuan

PASCA PRU-14 berlakunya perubahan politik negara apabila Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Manakala PAS berjaya menawan kembali Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Maka timbul desas-desus di kalangan rakyat tentang hubungan PAS dengan Kerajaan Persekutuan. 
Maka saya jelaskan secara ringkas bagi memahami pendekatan PAS dalam membina hubungan dengan Kerajaan Persekutuan, berasaskan kepada 4 konsep: 
1. Mengam 
alkan konsep Ta'awun Siyasi. PAS akan menyokong segala dasar dan usaha baik yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, pada masa sama akan menentang segala dasar dan usaha yang membawa ke arah keburukan dan kejahatan.
2. Muwajayah Silmiyyah. PAS mendahulukan jalan damai dengan menghormati sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Sebarang tindakan menghuru-harakan dan mengkucar-kacirkan keamanan negara tidak akan disokong. 
3. Menghormati konsep federalisme. Kerajaan Persekutuan perlu menghormati hak demokrasi rakyat yang memilih kerajaan negeri selain Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan PAS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan demi kepentingan rakyat dan negeri seluruhnya. 
4. Konsep kerajaan memerintah semua rakyat. Bagi pihak kerajaan negeri mahupun pusat perlu mengasihi dan menjaga rakyat tanpa mengira latar belakang kerana kerajaan memerintah rakyat pelbagai kaum, bangsa dan fahaman politik, bukan hanya ahli partinya sahaja. 
Sekian, wallahu'alam.
Abdul Malik Ab Razak
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Sumber HD - 5-6-2018 

Pelantikan Peguam Negara Malaysia

PAS percaya isu pelantikan Peguam Negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai isu yang perlu diberikan perhatian serius selain ditangani dengan penuh bijaksana kerana jawatan terbabit merupakan jawatan tertinggi dalam Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam Badan Perundangan (Judiciary). 
PAS akur dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung pelantikan ini, iaitu Perkara 145(1) yang jelas memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah melantik seorang Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri dalam kalangan seseorang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. 
Berdasarkan peruntukan di atas, sepintas lalu PAS berpandangan orang yang tidak boleh dipertikaikan kelayakannya untuk dilantik sebagai Peguam Negara adalah para Hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat sekarang ini mahu pun mereka yang telah bersara dari jawatan tersebut. Ini memandangkan selain daripada mereka dalam kategori di atas, tiada siapa pun yang boleh dianggap mempunyai segala ciri-ciri yang perlu untuk dilantik sebagai seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, sama ada dari sudut pengetahuan undang-undang, pengalaman dalam pelbagai bidang perundangan dan menunjukkan sifat bijaksana serta berintegriti. 
Dari segi sejarah pula, setakat ini hanya seorang sahaja peguam yang dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Tun Zaki Tun Azmi pada tahun 2007. Itupun beliau berpengalaman luas dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama hampir 30 tahun sebelum menjadi seorang peguam. Mengikut rekod juga, pelantikan beliau telah dibantah termasuk oleh para peguam sehingga turut dibahaskan di Parlimen. 
Salah satu peranan penting Peguam Negara adalah memastikan tindakan penyeragaman dan pemurnian perundangan Syariah dapat dilaksanakan secara berkesan dan berdiplomasi tinggi kerana ia turut melibatkan prerogatif Yang DiPertuan Agong serta Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri. Oleh itu Peguam Negara juga mestilah seorang yang memahami dengan tinggi prinsip perundangan Islam selain daripada perundangan Sivil. 
PAS berpandangan sesuai dengan perkembangan kesedaran beragama yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga di peringkat global, ditambah dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita, amatlah wajar Peguam Negara adalah seorang yang ‘peduli agama dan peduli Raja’. 
PAS turut berpandangan sekiranya Peguam Negara seorang yang bukan ‘peduli agama dan peduli Raja’, timbul kebimbangan termasuk dalam apa-apa tindakan perundangan ke atas Raja-raja Melayu di Mahkamah Khas yang memerlukan Persetujuan (consent) Peguam Negara, tidak mengambil kira mudarat besar kepada keyakinan rakyat terhadap institusi DiRaja secara umumnya. 
PAS juga berpandangan adalah lebih tertib dan bijaksana sekiranya soal pelantikan Peguam Negara ini dibincangkan secara konsultasi tertutup di antara Perdana Menteri dan Yang DiPertuan Agong bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif serta menimbulkan provokasi yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Pendedahan kepada umum cadangan tersebut juga sudah pasti meletakkan Yang DiPertuan Agong dalam keadaan yang tidak selesa malah
tertekan. 
PAS berharap isu pelantikan Peguam Negara ini tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan kerugian, keresahan serta krisis yang tidak menguntungkan rakyat dan Negara. 
Terima kasih. 
TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung.
Bertarikh: 04 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018 













Othmaniyah kalahkan Napoleon di Mesir

MELETUSNYA Revolusi Perancis pada 1789 telah menimbulkan persaingan politik di antara Perancis dengan Empayar Britain yang sedang menguasai perdagangan di India dan Tanah Melayu ketika itu. Napoleon Bonaparte, pemimpin terbesar Perancis mengatur strategi untuk melemahkan British dengan menguasai Mesir. Dalam konteks politik dan ekonomi, Mesir adalah negara yang sangat strategik kerana ia menghubungan Afrika, Eropah dan Asia. Bagi maksud mengukuhkan kedudukan Perancis dalam persaingan dengan British ini, Napoleon mengatur langkah untuk menjajah Mesir. 
Mesir sejak menerima Islam pada tahun 21H, telah menjadi Wilayah Daulah Umaiyah, sebelum jatuh ke tangan Daulah Abbasiyah pada 750M. Pada zaman Daulah Abbasiyah, Mesir terlepas total apabila Daulah Fatimiyah menguasainya pada 362H (969M), sebelum Sultan Salahuddin al-Ayubi mengembalikan ia kepada Daulah Abbasiyah pada 1171M. Selepas 1260M, Kesultanan Mamalik yang menguasai Mesir mengangkat semula Khalifah Abbasiyah sehingga ia jatuh ke tangan Daulah Othmaniyah pada 1517M. Memasuki abad ke-19, Daulah Othmaniyah mulai melemah dan menerima banyak pengaruh Perancis, sehingga Napolean mengambil kesempatan di atas kelemahan ini untuk mereka menguasai Mesir. 
Penguasaan Perancis ke atas Mesir
Kelemahan Daulah Othmaniyah dan pergolakan politik Mamalik di Mesir telah mendorong Napoleon bertindak menguasai Mesir. Pada Julai 1798M, Napolean dan tenteranya telah mendarat di Iskandariah bagi menguasai Mesir. Dengan alasan kaum Mamalik sebagai Muslim yang tidak baik, Napoleon melancarkan propaganda kepada orang Mesir, di samping meneruskan serangan ke atas kedudukan Mamalik di Iskandariah, sehingga mereka berundur ke Kaherah. Dalam Perang Piramid pada 21 Julai 1798, rakyat Mesir tidak menyokong Mamalik yang menyebabkan mereka tewas dan Mesir jatuh ke tangan Perancis. 
Napoleon yang menutup Universiti al-Azhar dan membuka Institut d'Egypte telah memperkenalkan pendidikan Barat dan moden kepada Mesir, selain budaya percetakan dan Undang-undang Perancis. Namun begitu, di sebalik gerakan kebudayaan Perancis yang begitu berkesan, tentera Perancis tidak dapat bertahan di Mesir. Pada awal Ogos 1798, tentera Perancis kalah di Teluk Aboukir, diikuti oleh tindakan Napoleon meninggalkan Mesir pada 18 Ogos 1798. Beliau digantikan oleh Jeneral Kleber sehingga 1801, sebelum Panglima Mohamad Ali Pasya menghalau Perancis pada 31 Ogos 1801. 
Kekalahan Perancis di tangan Othmaniyah: Kemerdekaan semula Mesir
Kejayaan Napoleon menguasai Mesir telah menghentikan sementara perbalahan antara Othmaniyah dengan Russia dan Britain. Kebimbangan Britain terhadap penguasaan Perancis terhadap negara-negara Eropah dan Utara Afrika telah menyebab tiga kuasa politik (Othmaniyah, Britain dan Russia) bersatu dan dapat menyekat Napoleon dari menguasai Akka pada 1799M, setelah Gaza, Ramallah dan Jaffa dikuasai oleh Perancis. Jeneral Othmaniyah, Ahmad Pasya al-Jazzar telah berjaya menyekat Napoleon dengan bantuan Britain, kemudian satu gerakan diatur di Iskandariah pada Februari 1799 untuk melumpuhkan tentera laut Perancis dengan bantuan Britain. 
Peperangan yang tercetus pada 19 Ramadan 1213H (24 Februari 1799M) ini akhirnya berjaya menghancurkan kekuatan tentera Perancis di Iskandariah. Kejayaan mengalahkan Perancis ini telah menyebabkan pemberontakan rakyat di seluruh Mesir terhadap Perancis. Akhirnya satu pemberontakan besar berlaku pada 1800M (1215H) yang membawa kepada pembunuhan Jeneral Kleber. Ekoran itu, pada 31 Ogos 1801, dengan masuknya tentera Othmaniyah dan Britain ke Kaherah, Perancis telah menyerah kalah dan meninggalkan Mesir. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
19 Ramadan 1439 / 4 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018 




























Kewafatan Khalid al-Walid

ROM dan Parsi adalah dua kuasa besar zaman pra-Islam yang bersaing di pentas politik Asia Barat sejak sekian lama sehingga dizahirkan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W kemudiannya menjanjikan penguasaan Islam ke atas empayar Nasrani (Rom) dan Majusi (Parsi) ini. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (623-633M), kedua-dua empayar ini, khususnya di Syam dan Iraq telah jatuh ke tangan Islam dengan Khalid al-Walid sebagai Panglima utamanya. 
Khalid al-Walid yang terkenal dengan gelaran "Saifullah al-Maslul" atau "Pedang Allah Yang Terhunus" adalah anak kepada Tokoh terkemuka Makkah pemimpin Bani Makhzum, al-Walid bin Mughirah. Beliau dilahirkan di Makkah pada 585M dan merupakan sepupu kepada Khalifah Umar al-Khattab, sekali gus anak saudara kepada Saidatina Maimunah binti al-Harith, isteri Nabi S.A.W. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah berani dan Panglima perang yang tidak pernah tewas dalam semua peperangan, termasuk zaman jahiliyahnya. 
Islamnya Khalid al-Walid selepas Hudaibiyah
Sebagai seorang Panglima yang handal dan bijaksana, Khalid al-Walid adalah antara Tokoh Makkah yang diharapkan oleh Rasulullah S.A.W supaya memeluk Islam. 
Rasulullah S.A.W memberitahu abangnya, al-Walid bin al-Walid bahawa orang yang bijak seperti Khalid al-Walid pasti akan masuk Islam, sehingga menyebabkan abangnya mengajak beliau memeluk Islam. Beliau kemudian mengajak Ikrimah bin Abu Jahal memeluk Islam tetapi dibantah oleh Abu Sufian bin Harb. Selepas Perjanjian Hudaibiyah, pada 1 Safar 8H, beliau mengunjungi Nabi S.A.W di Madinah bersama Amru al-Ash dan Uthman bin Talha untuk memeluk Islam. Peng-Islaman beliau menjadi kekuatan baru untuk Islam. 
Sebelum memeluk Islam, Khalid al-Walid adalah Panglima Quraisy dalam Perang Uhud (3H) dan beliaulah yang bertanggungjawab menghancurkan pasukan pemanah Islam yang menyebabkan Islam tewas dalam perang itu. Beliau turut terlibat dalam Perang Ahzab (5H) dan Perjanjian Hudaibiyah (6H) dalam menyekat kemaraan Islam. Selepas Perjanjian Hudaibiyah inilah, Khalid al-Walid mulai cenderung kepada Islam dan menjadi Panglima Agung selepas memeluk Islam. 
Setelah memeluk Islam, Khalid al-Walid memimpin ketumbukan Islam yang masuk ke Makkah melalui Kota al-Lith dalam Peristiwa Fathu Makkah (8H), diikuti oleh Perang Mu'tah (8H). Perang Mu'tah yang mempertembungkan 30,000 tentera Islam, berhadapan dengan 200,000 tentera Rom telah membunuh tiga Panglima Islam (Zaid Harithah, Jaafar Abi Talib dan Abdullah Rawahah), lalu Khalid al-Walid diangkat sebagai Panglima Islam yang baru. Beliau juga terlibat dalam Perang Khaibar, Perang Hunain dan Perang Bani Thaqif di Taif pada tahun itu. Selepas Nabi S.A.W, pada tahun 11H, beliau menyertai Perang Riddah dan berjaya menguasai Bani Asad, Bani Tamim dan Bani Khanifah. 
Pedang Allah: Penakluk Islam teragung
Gelaran sebagai Pedang Allah yang diberikan oleh Nabi S.A.W kepada beliau, menjadikannya Panglima dan penakluk paling agung dalam Islam. Beliau menyertai lebih 50 peperangan sejak memeluk Islam dan tidak pernah tewas. Beliau bertanggungjawab membuka Iraq melalui Selatan dari Yamamah ke Ubullah, sebelum menguasai al-Hirah, kemudian mara ke Musayyakh. Selepas menguasai Iraq, tentera Khalid al-Walid terus bergerak ke Utara menuju Suwa, kemudian menguasai Arak (di Syria), terus ke Damsyik dan tiba di kota perdagangan, Busra pada 23 Rabiul Awal 13H. Dengan jatuhnya Busra, Khalid al-Walid telah berjaya membuka Iraq dan Syam dalam satu gerakan ketenteraan yang mengambil masa setahun (12-13H). 
Antara perang utama yang lain turut disertai oleh beliau ialah Perang Buzakhah (11H), Perang Zat as-Salasil (12H), Perang Walajah (12H), Perang al-Mazar (12H), Perang Ullais (12H), Perang Amghishiyah (12H), Perang al-Maqr (12H), Perang Anbar (12H), Perang Ain at-Tamar (12H), Perang Dumah al-Jandal (12H), Perang az-Zumail ar-Radab (13H), Perang al-Ghassan (13H), Perang Ajnadain (13H), Perang Marj as-Suffar (13H), Perang Fahl Baisan (13H), Penaklukan Damsyik (14H), Penaklukan Balbek (15H), Penaklukan Homs (15H) dan Perang Yarmuk (15H). 
Kejayaan-kejayaan besar Khalid al-Walid dalam siri-siri pembukaan wilayah (futuhat) ini telah membimbangkan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau bimbang umat Islam mula bergantung kepada Khalid al-Walid dalam setiap peperangan, tidak lagi bergantung kepada Allah. Lalu pada 13H, Khalid al-Walid dipecat sebagai Panglima Islam dan diganti oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Selepas Perang Yarmuk, khalifah menggantikan tugasnya sebagai tentera atas sebab yang sama. Setelah berehat dari medan perang beberapa tahun, pada 18 Ramadan 21H, Khalid al-Walid telah wafat dalam usia 55 tahun dengan meninggalkan legasi yang besar terhadap perluasan wilayah Islam. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
18 Ramadan 1438 / 3 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 3/6/2018
Sumber  HD - 3-6-2018 















Badar: Pertembungan iman dan kufur

PENGHIJRAHAN Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah pada tahun 622M tidak menghentikan permusuhan golongan Musyrikin Makkah terhadap orang-orang yang beriman. Kejayaan Nabi S.A.W menubuhkan negara Islam pertama di Madinah dan termaterinya Piagam Madinah tahun pertama Hijrah telah memberikan kekuatan politik kepada Islam. Penyatuan kaum Muhajirin dari Makkah dan Ansar dari Madinah telah mengukuhkan lagi Islam. Masyarakat Yahudi di Madinah terpaksa mengiktiraf kedudukan Nabi S.A.W sebagai pemimpin tertinggi Madinah, sekali gus memberi kemenangan moral kepada Islam ke atas orang-orang Makkah. 
Bagi menuntut hak kaum Muhajirin yang dirampas oleh orang Makkah, beberapa siri gerakan hendap (sariyah) telah dibuat oleh umat Islam di Madinah terhadap rombongan perdagangan Makkah yang berulang-alik ke Syam melalui kawasan Madinah. Beberapa pertempuran dan rampasan yang kecil berlaku di antara orang Islam dengan pedagang Makkah pada tahun pertama Hijrah (623-624M), tetapi tidak tercetus peperangan. Gerakan sariyah lebih kerap berlaku pada tahun kedua Hijrah kerana umat Islam ingin mengambil semula hak mereka yang dirampas. Keadaan ini menyebabkan orang-orang Quraisy mulai terancam, lebih-lebih lagi Madinah (dahulunya Yathrib) telah dikuasai oleh Nabi S.A.W yang dihalau oleh mereka dua tahun sebelumnya. 
Sekatan yang menjadi perang di Badar
Dalam musim bunga 624M, Nabi S.A.W telah menerima maklumat bahawa rombongan pedagang Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian bin Harb akan melalui Madinah dari Syam. Rombongan yang dibiayai dengan harta umat Islam yang ditinggal di Makkah ini disertai sekitar 40 orang pengawal. Nabi S.A.W telah menggerakkan 313 orang terdiri daripada 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar ke Badar untuk menyekat kafilah Quraisy tersebut dan merampas semula harta mereka yang digunakan untuk membiayai rombongan perdagangan tersebut. Abu Bakar, Umar al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan Hamzah bin Abdul Mutallib adalah antara Tokoh utama dalam gerakan ini. Mereka hanya membawa tiga ekor kuda dan beberapa ekor unta, dengan tidak membawa maksud untuk berperang. 
Berita tentang pergerakan pasukan Islam untuk membuat serbuan terhadap rombongan Quraisy telah sampai ke pengetahuan Abu Sufian. Dia telah mengarahkan Damdam bin Amru al-Ghafiri untuk meminta bantuan dari Makkah. Mereka segera dikirimkan oleh orang Makkah dengan 1,000 tentera dengan dipimpin oleh bangsawan utama Makkah termasuklah Amru bin Hisham (Abu Jahal), Walid bin Utbah, Syaibah bin Utbah dan Umaiyyah bin Khalaf. Tujuan mereka menyertai ketumbukan ini adalah pelbagai termasuk untuk membalas dendam dan mempertahankan harta mereka dalam rombongan Abu Sufian. Dengan jumlah tentera yang ramai beserta kelengkapan perang, ketumbukan ini bermaksud untuk bertempur dengan umat Islam di Madinah. 
Iman dan kufur bertembung di Badar
Abu Sufian telah bertindak melencong ke Yanbu, sedangkan beberapa dari mereka tiba di Badar tepat seperti yang dijangkakan oleh Nabi S.A.W. Informasi tentang kedatangan tentera Quraisy dari Makkah telah sampai kepada Nabi S.A.W, lalu Baginda S.A.W telah menanggil Majlis Perang untuk membincangkan hal tersebut, dan akhirnya bersetuju untuk berperang dengan Musyrikin Quraisy. Umat Islam sebenarnya berusaha untuk mengelakkan perang, tetapi jika orang Makkah bertujuan untuk berperang, mereka akan menghadapinya. 
Pada 15 Ramadan 2H, dalam jarak sehari perjalanan ke Badar, umat Islam telah menahan dua orang pembawa air dari Makkah yang disangka rombongan pedagang, tetapi mereka adalah daripada kumpulan tentera Makkah. Nabi S.A.W kemudian segera bergerak ke Badar dan menguasai sumber air di Lembah Yalyal sebelum pasukan Makkah tiba. 
Strategi menguasai telaga sebagai sumber air telah mengukuhkan orang Islam. Ketika Abu Jahal tiba di Juhfah, dia telah diberitahu oleh Abu Sufian bahawa mereka telah selamat dan pasukan Makkah boleh bergerak pulang. 
Beberapa puak Quraisy berhasrat untuk berpatah balik, tetapi Abu Jahal memutuskan untuk terus berperang dengan tentera Islam demi kepentingan politik dan pengaruhnya. Abu Sufian kemudian menyertai kumpulan tentera ini melawan Islam. Pada 17 Ramadan 2H, tercetus perperangan antara kumpulan orang beriman dengan kumpulan Musyrikin bermula dengan pertarungan antara Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Mutallib dan Abu Ubaidah al-Jarrah melawan tiga pahlawan Quraisy yang kemudiannya berjaya dibunuh oleh mereka. 
Seramai 70 orang Musyrik berjaya dibunuh termasuk Abu Jahal, sedangkan 70 yang lain ditawan. Sedangkan di sebelah orang Mukmin, 14 orang telah syahid. Kejayaan Islam memenangi perang ini telah melonjakkan Nabi S.A.W sebagai pemimpin besar dan Islam menjadi kuasa politik Arab yang baru sehingga orang Arab Badwi mulai berduyun-duyun masuk Islam. Yahudi Bani Qainuqak yang mengkhianati perjanjian turut menerima kesan, selain melumpuhkan pasukan Munafik di Madinah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubaiy. Di pihak Quraisy, kematian Abu Jahal telah membolehkan Abu Sufian menjadi ketua orang Makkah yang baru. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
17 Ramadan 1438 / 2 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 2/6/20118
Sumber HD - 2-5-2018 

Al-Quran Ternyata Benar!

Bulan Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan kita dengan bulan Al-Quran, mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat. Firman-Nya:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

”Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]

Umat Islam mengalami zaman kelemahan apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W serta salah cara melaksanakannya kerana tidak berilmu dan meninggalkan budaya ilmu.

Sepatutnya dalam kita menikmati hidup di Bulan Al-Quran, menyedarkan setiap manusia betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

Al-Quran dan As-Sunnah wajib diangkat menjadi hukum tertinggi negara melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan segala hukum ciptaan manusia, kerana menjadi tanggungjawab bagi sesiapa berkuasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempatnya yang tertinggi. Inilah tanggungjawab generasi terkini setelah generasi terdahulu berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1439H kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara.

”Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber BO - 2-6-2018



































Perutusan Nuzul Al-Quran 1439H

BULAN Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan kita dengan bulan Al-Quran, mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat. Firman-Nya: 
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185[ 
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]\ 
Umat Islam mengalami zaman kelemahan apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W serta salah cara melaksanakannya kerana tidak berilmu dan meninggalkan budaya ilmu. 
Sepatutnya dalam kita menikmati hidup di Bulan Al-Quran, menyedarkan setiap manusia betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya. 
Al-Quran dan As-Sunnah wajib diangkat menjadi hukum tertinggi negara melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan segala hukum ciptaan manusia, kerana menjadi tanggungjawab bagi sesiapa berkuasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempatnya yang tertinggi. Inilah tanggungjawab generasi terkini setelah generasi terdahulu berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. 
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1439H kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 2/6/2018
Sumber HD - 2-6-2018 

Jumaat, 1 Jun 2018


Anggota UMNO dipelawa sertai PAS


ALOR SETAR, 16 Ramadan 1439H, Jumaat – PAS mempelawa anggota UMNO agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota UMNO untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan UMNO.

“Saya sudah lama ajak mereka (UMNO) masuk PAS. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai PAS, bukan PAS yang akan sertai UMNO.

“Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak Barisan Nasional (BN), jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan UMNO untuk sertai PAS,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesyukuran Pasca PRU14 di Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO dan PAS perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa sama menjaga kepentingan Melayu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS sekiranya dijemput untuk berada dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan kerajaan bagi melihat dan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya minta kerajaan kekalkan peranan Jakim selain mempertingkatkan jabatan itu. Jakim mendapat pengiktirafan dunia apabila cop halalnya diiktiraf seluruh dunia selain jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu agama Islam dan sistem perundangan negara,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tawaran PAS kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan di Kedah, beliau berkata, perkara itu disuarakan bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan isu perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Itu jalan keluar yang ada tetapi kalau mereka tidak terima kita sedia untuk hadapi PRN. Tetapi rakyat baru sahaja selesai mengundi jadi kalau boleh kita ingin elak PRN daripada berlaku, namun kita lihat sahaja keputusannya nanti,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, timbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di DUN Kedah berikutan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi DUN pada PRU14, menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki PAS dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi.- Bernama

Sumber MR - 1-6-2018

Menggali parit Perang Khandak

KEKALAHAN umat Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3H telah menaikkan semangat kaum Musyrikin Makkah dan orang-orang Yahudi Madinah untuk menghancurkan Islam. Bagi mereka inilah peluang terbaik untuk melemahkan umat Islam melalui gabungan semua kekuatan untuk mengepung Madinah. 
Di pihak umat Islam pula, kekalahan ini telah memberikan pengajaran yang besar setelah mereka berhasil mengalahkan Arab Quraisy dalam Perang Badar pada tahun 2H, dan kekalahan di medan Uhud mesti ditebus segera. Sejak tercetusnya Perang Badar pada tahun 2H yang dimenangi oleh umat Islam, ada dua siri peperangan berlaku pada dua tahun berikutnya iaitu Perang Uhud (3H) dan Sariyah Badar (4H). Walau bagaimanapun, dalam gerakan Rasulullah S.A.W di Badar pada tahun 4H, tidak tercetus perperangan. 
Di sebelah kaum Musyrikin Quraisy, mereka telah membuat pakatan dengan pelbagai pihak membentuk tentera Ahzab (gabungan), kerana itu perang ini dikenali dengan nama Perang Ahzab. Pasukan Ahzab terbentuk apabila pemimpin Yahudi Bani Nadhir dari Madinah berjaya menghasut Musyrikin Quraisy untuk menghancurkan Islam. 
Mereka kemudiannya berjaya menarik penyertaan Badwi Najd terdiri dari Bani Ghatafan, Bani Asad, Bani Sulaim, Bani Murrah dan Bani Shujah. Bani Quraizah, iaitu Yahudi Madinah menyertai mereka kemudiannya. Bani Khuzaah dan Bani Amir enggan menyertainya kerana mempunyai perjanjian dengan Nabi S.A.W. Jumlah tentera Ahzab ini adalah 10,000 infantri, 600 tentera berkuda dan 1,500 penunggang unta. 
Menggali Parit: Strategi pertahanan Islam
Berita tentang persiapan Musyrikin Makkah ini telah sampai kepada Rasulullah S.A.W melalui seorang pemuda Bani Khuzaah. Maklumat ini telah menyebabkan persiapan menghadapi perang dibuat segera kerana pergerakan musuh dijangka tiba sekitar seminggu daripada maklumat itu diterima. 
Ketika ini, umat Islam sedang berpuasa Ramadan dan tidak mempunyai apa-apa persiapan menghadapi perang. Dalam Perang Badar, mereka mengambil strategi menguasai sumber air dengan mengepung perigi, sedangkan dalam Perang Uhud mereka menguasai bukit-bukit untuk pertahanan pasukan pemanah. Kali ini, umat Islam mengambil strategi bertahan dalam kota untuk menghadapi serangan musuh. 
Cadangan bertahan dalam kota ini adalah saranan Salman al-Farisi berdasarkan strategi perang zaman Empayar Sasan di Parsi. Mereka menggali parit sebagai kubu pertahanan untuk menghalang kemaraan musuh, dan musuh terpaksa mengepung di luar kota - satu pendekatan perang yang belum pernah dialami oleh orang Arab Quraisy sebelumnya. 
Sepakat dengan cadangan Salman al-Farisi, kerja-kerja menggali parit dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bersama para Sahabat bermula 16 Ramadan 5H. Mereka mengambil masa 20 hari untuk menyiapkan parit ini, walaupun ada pendapat mengatakan enam hari. 
Parit yang digali pada bahagian Utara Madinah melibat dua parit berhadapan dengan Bukit Sala'. Keadaan muka bumi Madinah yang berbukit dan ditumbuhi ladang-ladang kurma, menyukarkan pergerakan tentera. Maka, kawasan terbuka di bahagian Utara Madinah digalikan parit, menyebabkan tentera musuh hanya boleh menyerang dari arah Utara yang berparit itu sahaja. Umat Islam membuat persiapan dengan memetik makanan lebih awal, manakala kanak-kanak dan wanita berada dalam kota. 
Perang tercetus: Pasukan Ahzab kalah taktikal
Setelah parit selesai digali yang mengambil masa antara enam hingga 20 hari, pasukan Ahzab tiba Utara Madinah pada awal bulan Syawal. Mereka mengepung Madinah dengan seluruh kekuatan, tetapi kuda-kuda mereka tidak dapat memasuki Kota Madinah disebabkan oleh parit tersebut. 
Tentera Islam menunggu di seberang parit dengan bekalan makanan yang dituai lebih awal, sedangkan kuda, unta dan tentera Quraisy mulai kehabisan makanan. Mereka tidak mempunyai pengalaman mengepung musuh, kerana orang Arab berperang dengan cara berhadapan untuk tempoh satu atau dua hari sahaja. Kepungan mereka mengambil masa selama 27 hari, yang menyebabkan bekalan makanan terputus, kuda dan unta mati kelaparan serta memberi tekanan dan kebosanan kepada tentera Musyrikin. 
Selain berusaha melintasi parit tersebut, termasuk waktu malam, mereka membuat strategi menghasut Bani Quraizah supaya menyerang Madinah dari arah Selatan, sedangkan Nabi S.A.W berusaha memujuk Bani Quraizah supaya jangan mengkhianati Piagam Madinah sehingga menerima akibat seperti Bani Nadhir dan Bani Qainuqak. 
Ketika Bani Quraizah mulai berpihak kepada tentera Ahzab, pasukan Islam berjaya melaga-laga sesama pasukan Ahzab sehingga mereka bergeser sesama sendiri, termasuk perbalahan Quraisy dan Yahudi akibat peperangan pada hari Sabtu. Akhirnya berlaku perlawanan berdepan antara Ali bin Abi Talib dengan Amru bin Abu Wud sebelum pemimpin Quraisy itu dibunuh. 
Tentera Bani Makhzum yang cuba melintasi parit juga berjaya dibunuh. Dalam tempoh penyerangan selama 15 hari, Allah telah mengkucar-kacirkan mereka dengan pergeseran. Kemudian, mereka didatangi oleh angin kencang yang dingin, sehingga Abu Sufian mengarahkan tentera Quraisy berundur ke Makkah. Perang ini tamat pada 7 Zulqaedah 5H dengan umat Islam menguasai rampasan perang. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
16 Ramadan 1439 / 1 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 




















Perang Yakhliz: Islam menang atas Russia

PELANTIKAN Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah baru Daulah Othmaniyah pada 1293H (1876M) telah memberi nafas baru kepada umat Islam setelah beberapa lama berada dalam zaman kemunduran, termasuk munculnya aliran-aliran moden sejak awal 1800M yang menggugat kestabilan daulah ini. 
Walau bagaimanapun, ia adalah satu beban yang sangat berat bagi khalifah Othmaniyah ke-34 ini untuk memulihkan semula kekuatan Kerajaan Islam yang bukan sahaja mengalami kerosakan dalaman, tetapi menghadapi pemberontakan tanah jajahan dan serangan musuh-musuh Islam. 
Di dalam kerajaan sendiri, kemunculan kelompok Sekular dalam gerakan Ittihad wat Taraki yang membawa masuk pemikiran Eropah dan juga gerakan Wahabi sebagai separatis Islam telah menjadi punca kelemahan. Di Eropah, Wilayah-wilayah Balkan mulai memberontak, Russia pula melakukan perluasan ke atas Wilayah Othmaniyah sehingga Wallachia, Moldova dan Serbia terlepas dari tangan Othmaniyah. 
Konflik Othmaniyah-Russia: Pergeseran politik yang panjang
Semenjak jatuhnya Pusat Kristian Orthodoks, Constantinople ke tangan Othmaniyah pada 1453M, orang-orang Kristian telah memindahkan Pusat kegiatan mereka ke Moscow. Sejak itu, Russia sentiasa menjadi musuh Othmaniyah dan dalam tempoh 300 tahun, tidak kurang 10 pertempuran telah berlaku antara kedua-dua empayar. Kejayaan Othmaniyah menguasai Wilayah-wilayah Orthodoks di Timur Eropah seperti Balkan, Bulgaria, Romania, Hungary, Poland, Wallachia, bahkan Moscow juga, telah menjadikan ia satu konflik politik yang panjang. 
Dalam konteks ini, siri-siri peperangan besar berlaku antara kedua-dua empayar ini bermula dengan Perang Russia-Othmaniyah I (1568-1570M), Perang II (1676-1681M), Perang III (1686-1700M), Perang IV (1710-1711M), Perang V yang turut disertai oleh Austria (1735-1739M), Perang VI (1768-1774M), Perang VII (1787-1792M), Perang VIII (1806-1812M), Perang IX (1828-1829M) dan Perang Crimea (1853-1856M). Walaupun Othmaniyah memenangi perang yang terakhir ini, konflik dengan Russia tidak berakhir kerana permusuhan Russia terhadap Islam tetap wujud. 
Perang Othmaniyah-Russia 1877-1878: Kemenangan di Yakhliz
Keadaan politik Othmaniyah yang tidak stabil ekoran permainan kelompok Yahudi Donma, golongan sekular dan gerakan freemanson telah membuka ruang pemberontakan wilayah-wilayah. Russia dan Austria telah menghasut supaya Serbia dan Montenegro memberontak. Austria ingin menguasai Bosnia dan Herzegovina, manakala Russia mahu mengambil Wallachia, Moldova dan Bulgaria dari Othmaniyah. Kerana pemberontakan ini, akhirnya tercetus perang besar pada 24 April 1877M (10 Rabiul Awal 1294H) di Balkan. Ia berlanjutan hingga 3 Mac 1878M. 
Dalam peperangan di Balkan, pasukan Islam dipimpin oleh Uthman Pasya. Beliau dengan 50,000 tentera menghadapi 150,000 tentera gabungan Russia-Rumania dan hampir berjaya mengalahkan Russia. Hanya saja kerana Uthman Pasya tercedera parah, pasukannya menjadi kucar-kacir dan Russia berjaya menguasai mereka. Uthman Pasya ditawan dan dibawa ke Moscow. 
Di Anatolia, pasukan Islam dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Pasya. Dengan hanya 34,000 tentera, mereka pada awalnya berjaya mengusir Russia dengan 740,000 tentera. Russia mengalami enam kekalahan, termasuk berkemuncak dalam Perang Yakhliz pada 15 Ramadan 1294H, di mana Russia telah dikalahkan dan Ahmad Mukhtar Pasya mendapat pujian khalifah. 
Walau bagaimanapun, pada 1295H (1878M), Russia membuat serangan balas selepas kejayaan mereka di Balkan dan berhasil mengalahkan Othmaniyah. Bimbang dengan semangat juang tentera Islam di Balkan dan Anatolia, kuasa-kuasa Eropah mengambil kesempatan di atas kemenangan kecil Russia di Balkan dan Anatolia ini untuk memaksa Othmaniyah mengaku kalah dan mengadakan perjanjian. 
Campur tangan mereka telah memberikan kemenangan moral kepada Russia, terutama dalam Perjanjian San Steveno pada 15 Februari 1876M yang merugikan Othmaniyah sebagai pihak yang kalah. Serbia dan Montenegro dimerdekakan, Wallachia dan Moldova digabungkan sebagai Rumania yang dimerdekakan juga, kemerdekaan administratif kepada Bulgaria serta Russia mendapat ganti rugi perang dan boleh belayar di laut Othmaniyah. Kemudian satu lagi perjanjian, iaitu Perjanjian Berlin 1876M mengukuhkan lagi perjanjian sebelumnya. Kerana perjanjian inilah, Othmaniyah dikenali sebagai "orang sakit Eropah." 
MOHD FADLI GHANI
15 Ramadan 1439 / 31 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 










































Ma'rakah Buwaib: Islam bangkit atas Parsi

KEJAYAAN Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (10-13H) menyelesaikan pemberontakan golongan Riddah dan Nabi palsu pada zamannya, telah membolehkan Khalifah Umar al-Khattab (13-23H) meluaskan Wilayah Islam di luar Jazirah Arab. Antara sasaran Khalifah Umar al-Khattab ialah dua kuasa besar iaitu Rom di Barat dan Parsi di Timur Tanah Arab. 
Gerakan pembukaan wilayah telah dibuat dengan beberapa ketumbukan tentera bergerak ke Utara terutama Wilayah Iraq iaitu Kufah dan Basrah, setelah Khalid al-Walid berjaya membuka Syam pada era Khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar al-Khattab telah menemui Mutsanna bin Harithah, Abu Ubaid ats-Tsaqafi dan Sulaith bin Qais al-Ansari untuk menggerakkan cadangannya menakluk Iraq. 
Rancangan menguasai Iraq ini sangat penting dalam sejarah Islam kerana ia menjadi pintu masuk bagi menghancurkan Parsi. Bahkan ia menjadi perlaksanaan terhadap janji Nabi S.A.W kepada Suraqah bin Malik untuk memakaikan gelang Kisra Parsi kepadanya. 
Selepas Pasri jatuh dalam Perang Qadisiyah pada tahun 14H, Islam segera berkembang ke Asia Tengah dan juga India dalam masa yang relatifnya sangat cepat. Pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib (56-60H), Pusat Pentadbiran Kerajaan dipindahkan dari Madinah ke Kufah di Iraq, kemudian Baghdad menjadi Pusat Kekhalifahan Daulah Abbasiyah sehingga tahun 656H (1258M). Pandangan Khalifah Umar al-Khattab tentang kepentingan umat Islam menguasai Iraq adalah satu cetusan yang besar dalam sejarah Tamadun Islam. 
Tentera Islam menuju ke Iraq: Mendepani kekuatan Parsi
Khalifah Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaid ats-Tsaqafi sebagai Panglima untuk membuka Iraq bersama Sulaith bin Qais al-Ansari. Pasukan awal bergerak ke Iraq dengan 7,000 tentera, kemudian bergabung dengan pasukan Khalid al-Walid yang datang lebih awal, Hasyim bin Utaibah pula memimpin 10,000 tentera yang lain, sedangkan 4,000 tentera lagi dikirim di bawah Jarir Abdullah al-Bajalli. Ketika ini, Ratu Buron baru dilantik sebagai Kisra Parsi dan negara mereka dalam keadaan berkrisis. Rustum pula diangkat oleh Kisra Parsi sebagai Panglima Perang mereka. 
Dalam perjalanan untuk menakluk Parsi ini, telah berlaku beberapa perperangan iaitu Ma'rakah Namariq, Ma'rakah Saqathiyah dan Ma'rakah Parosma yang melibatkan penaklukan terhadap pasukan Parsi. Pertempuran (ma'rakah) yang lebih sengit berlaku di Sungai Furat yang dikenali sebagai Pertempuran Jambatan (Ma'rakah Jisr). 
Tentera Parsi dipimpin oleh Bahman Jadzawih dengan pasukan bergajah, sedangkan 10,000 tentera Islam tidak pernah berhadapan dengan gajah sebelum ini menghadapi masalah kerana kuda-kuda perang Islam ketakutan dengan suara loceng pada gajah-gajah tersebut. Dalam perang ini, Abu Ubaid ats-Tsaqafi dan enam panglima penggantinya telah syahid bersama 6,000 tentera yang lain. Mutsanna bin Harithah yang menjadi panglima kelapan telah berjaya mengundurkan tentera Islam. 
Ma'rakah Buwaib: Islam bangkit semula ke atas Parsi
Berita kekalahan tentera Islam dalam Ma'rakah Jisr telah menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab segera mengirimkan beberapa ketumbukan tentera ke Iraq untuk membantu Mutsanna bin Harithah. 
Sedangkan Komamdan Parsi, Mahran al-Hamdzani dikirimkan oleh Kisra Parsi untuk membantu tentera mereka. Mutsanna bin Harithah mengarahkan tenteranya berkumpul di Buwaib dan mereka bertemu dengan pasukan Parsi di situ dengan dipisahkan oleh sebatang sungai. 
Pertempuran ini terjadi pada 14 Ramadan 13H, apabila pasukan Parsi pimpinan Mahran menyeberangi sungai menghadapi tentera Islam. Mutsanna bin Harithah bertakbir tiga kali sebagai persiapan perang, dan takbir keempatnya membuatkan pasukan Islam mula menyerang Parsi. 
Perperangan tercetus dalam pelbagai penjuru, sehingga ada tentera Islam berjaya masuk dalam pasukan Parsi. Komandan-komandan Islam telah berjaya memainkan peranan masing-masing di bawah Panglima Mutsanna bin Harithah, yang menyebabkan pasukan Parsi mula berpecah dan mundur. 
Kejayaan Mutsanna bin Harithah memutuskan jambatan di Sungai Furat telah menyebabkan tentera Parsi tersepit dan dapat dibunuh oleh tentera Islam. Seramai 100,000 tentera Parsi terbunuh dalam Ma'rakah Buwaib ini dan memberi kejayaan besar kepada Islam. 
Sebaik tamat pertempuran di Buwaib ini, pasukan Islam terus bergerak menguasai Wilayah-wilayah Parsi dan akhirnya menguasai pasar di Khanafis, kemudian menguasai pasar Baghdad. Sesudah itu, Shifin pula jatuh ke tangan Islam. 
Siri-siri kekalahan Parsi ini telah membolehkan pengaruh Islam melebar cepat ke Wilayah Majusi itu sehingga membawa kepada Perang Qadisiyah pada tahun 14H yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqas, di mana Kerajaan Kisra Parsi berjaya ditumbangkan. 
Kemenangan Islam dalam Ma'rakah Buwaib ternyata menjadi titik penting dalam perluasan Wilayah Islam ke Tengah Asia kemudiannya. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
14 Ramadan 1439 / 30 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018 






















Buka Balkan: Islam ke Eropah Timur

KEBANGKITAN Othmaniyah sebagai kuasa politik yang baru bermula sebaik sahaja jatuhnya Daulah Abbasiyah di Baghdad pada 1258M (656H). Pada 1299M (699H), Kerajaan Othmaniyah didirikan di Barat Anatolia, di perbatasan Wilayah Byzantine. 
Disebabkan kedudukannya yang bersempadan dengan Kerajaan Romawi ini, Dinasti Othmaniyah bukan sahaja memainkan peranan besar dalam membawa Islam ke Eropah dari arah Timur, bahkan akhirnya berjaya meruntuh Kota Constantinople yang sangat kukuh itu pada 1453M. 
Sejarah kemasukan Islam ke Eropah bermula dengan kejayaan tentera Panglima Musa bin Nushair memasuki Andalus menerusi Gibraltar pada tahun 92H. Kemudian, selepas kejayaan Dinasti Alghlabiyah membuka Sicilia pada 212H, Sultan Ibrahim II Aghlabiyah telah berjaya memasuki Semenanjung Itali dan menguasai Kota Bari dan Toranto pada 232H. 
Tetapi ia dapat ditawan semula oleh Kerajaan Rom tiga tahun kemudian. Adapun penguasaan lain terhadap Wilayah Eropah hanya berlaku ke atas pulau-pulau di Mediterranean seperti Cyprus, Rhodes dan Crete yang ditawan oleh Muawiyah Abu Sufian pada tahun 29H, iaitu zaman Khalifah Othman al-Affan. 
Sultan Murad I: Pemacu kebangkitan Othmaniyah
Sultan Murad I (761-791H) adalah Sultan Othmaniyah yang ketiga, sekali gus cucu kepada pengasas daulah ini, Othman bin Ertughul (656-726H). Sebagaimana ayahnya, Sultan Orkhan bin Othman yang merupakan seorang Sultan yang sangat berambisi dalam meluaskan Wilayah Islam ke atas kawasan-kawasan Kristian Byzantine di sekitarnya, Murad I mulai masuk ke bumi Eropah secara meluas sehingga Constantinople dapat dikepung dari arah Barat. Bahkan, beliau telah memindahkan Ibu Negara Othmaniyah ke Eropah pada 1362M sebagai langkah untuk meluaskan pengaruh Islam ke atas benua itu.
Sultan Murad I adalah seorang pemimpin yang terkenal kerana adil, mencintai jihad, sangat pemberani, dermawan dan kuat beragama, sehingga beliau mendapat syahid pada 1389M (791H). Kejayaan terbesar dalam jihad beliau ialah penguasaan ke atas Adrianople (Edirne) pada 1360M, yang merupakan kota kedua terbesar bagi Byzantine, dan menjadi pintu masuk ke Eropah, khususnya Balkan. 
Pada 1363M, Adrianople dijadikan Ibu Negara Othmaniyah menggantikan Bursa. Dari kota ini, Sultan Murad I bergerak menguasai Tenggara Eropah termasuk Balkan, Serbia dan Bulgaria sehingga dapat memaksa Kaisar Byzantine, John V Palaiologos membayar pampasan kepada Daulah Othmaniyah. Beliau kemudiannya mewujudkan dua Pusat Pentadbiran Othmaniyah iaitu di Rumelia bagi Balkan dan Adrianople bagi Asia Kecil. 
Perang Serbia: Pembukaan Bosnia dan syahidnya Sultan Murad I
Kejayaan Daulah Othmaniyah menguasai Adrianople pada 1360M telah mewujudkan tiga kuasa politik di Timur Eropah iaitu Constantinople, Daulah Othmaniyah dan Empayar Serbia. Kematian Raja Serbia, Stefan Uros V pada 1371 tanpa putera telah menyebabkan empayar ini melemah. 
Sebelumnya, kejayaan Sultan Murad I menguasai Philippoupolis telah menyebabkan Wilayah Othmaniyah membesar lima kali ganda, dan mendorong Paus Urban V menghasut Raja-raja Kristian bangkit melawan Othmaniyah. Raja Serbia, Bosnia dan Falakh telah berpakat menyerang Andrianople pada 1363M tetapi tewas dalam serangan hendap Othmaniyah. 
Pada awal 1371M, mereka tewas lagi dalam perang di Maritsa. Sultan Murad I kemudiannya menguasai Samakov, Sofia, Monatsir, Nice dan Salonika sehingga Raja Serbia dan Bulgaria terpaksa membayar ufti. 
Walau bagaimanapun, tentera Othmaniyah telah tewas dalam dua pertempuran iaitu dalam Perang Plocnik (1386M) dan Perang Bileca (1388M) yang menyebabkan pasukan Kristian bersemangat semula. Sultan Murad I memindahkan tenteranya ke Ihtiman dari Philippoupolis pada 1388M melalui Velbudz dan Kratovo (Macedonia) serta menyerang Wilayah Kristian di Utara Serbia seperti Kumanovo, Presvo dan Gnjilane dalam pergerakan ke Prestina. Keadaan ini telah mengakibatkan berlakunya Perang Kosovo pada 15 Jun 1389M. 
Sultan Murad I bersama dua puteranya, Bezayid dan Yaakob dengan 40,000 tentera berhadapan dengan tentera gabungan Serbia dan Bulgaria yang dibantu oleh tentera Bosnia, Falakh, Albania, Herzegovina dan Poland yang berjumlah 30,000 orang. 
Peperangan ini telah membolehkan Daulah Othmaniyah menguasai Wilayah Balkan iaitu negara-negara Bosnia, Herzegovina dan Kosovo hari ini pada 13 Ramadhan 791, di mana panglima perang Kristian, Lazar telah berjaya dibunuh. 
Namun begitu, setelah pasukan Islam, Sultan Murad I telah ditikam oleh seorang perajurit Kristian yang berada dalam gelimpangan mayat tentera yang terbunuh. Dengan syahidnya Sultan Murad I, usaha meluaskan pengaruh Islam di Timur Eropah ini diteruskan oleh Sultan Yildirim Beyazid. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
13 Ramadan 1439 / 29 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018 

Berinteraksi dengan cetusan TGHH

BAGI mereka yang biasa mendengar lontaran hujah dari Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), pasti memahami kaedah penerangan beliau. TGHH akan mengkaitkan kemelut yang berlaku dengan persoalan-persoalan ideologi yang menjadi punca kepada pelbagai masalah negara dan masyarakat. 
Sudah pasti ia kelihatan besar dan tidak menyentuh isu secara langsung. Namun itulah cara berfikir yang mahu diterapkan oleh TGHH, agar kita tidak terbawa-bawa dengan permainan isu tanpa mengamati punca utamanya. 
Berikut beberapa penekanan beliau ketika diwawancara oleh Astro Awani tempoh hari:
●     Kestabilan negara kita ditentukan oleh taburan demografi undi teras, iaitu Melayu Islam. Sesiapa yang berkuasa mesti memelihara dominasi hak golongan tersebut.
●     Ideologi ekonomi dan politik yang lebih terarah kepada materialisme tidak mendidik integriti. Demi mencapai nilai integriti, manusia memerlukan pantauan spiritual iaitu sedar akan pertimbangan dosa pahala.
●     PAS lebih memilih untuk menjadi pembangkang yang menasihat. Bersedia untuk bersama dengan pihak lain demi kepentingan Islam. Tidak membangkang secara melulu. Oleh kerana itu PAS mengemukakan konsep Ta'awun Siyasi.
●     Islam adalah Islam. Tiada Ortodok, tiada Protestan. Justeru Islam tidak perlu dijenamakan kononnya dengan jenama 'Islam progresif'. Kondisi Islam di Malaysia tidak seteruk Islam di Turki yang melalui tekanan Islamophobia yang dahsyat. Justeru tidak wajar PAS yang beroperasi di Malaysia, tiba-tiba meniru pendekatan Islam di Turki .
●     PAS perlu menangani masalah di kalangan anggota PAS yang semangat Islamnya tinggi tetapi jahil.
●     Diharapkan kepada Kerajaan PH agar berlaku adil ke atas semua negeri, terutamanya berkaitan polemik bayaran royalti petroleum. Jangan disebabkan negeri itu diperintah oleh parti pembangkang, maka hak mereka menerima royalti minyak disekat. 
Teguran buat anggota PAS
Kita dipimpin oleh seorang tokoh yang hebat dari sudut akhlak dan ilmunya. Dalam pertarungan politik hujah pada hari ini, adalah penting untuk kita serius memasarkan manhaj ilmu TGHH. Menyambung lidah beliau. 
Apabila kita hanya memuja tanpa mengemukakan hujah-hujah TGHH, kelakuan ini hanya membuka ruang kepada pihak musuh untuk membuat serangan-serangan liar ke atas kita. Berpadalah dengan romantisme. Sebaliknya budayakanlah ilmu dan pasarkanlah hujah-hujah bernas TGHH. Sementara beliau masih bersama kita. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
30 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018 
























Terima kasih Astro Awani

10 minit sebelum dialog secara langsung di Astro Awani dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jam 2 petang Isnin 28 Mei 2018, sudah lebih 600 komen dibuat di laman Astro. Komennya sama ada pro atau kontra. 
Usai dialog selama sejam itu, beratus lagi komen yang ditulis, pro atau kontra. 
Bagi saya, semua komen ini menggambarkan ketokohan dan kehebatan Tok Guru yang muncul julung-julung kali di Astro Awani. Ia menggamit para penyokong atau pembencinya untuk menulis di ruangan komen, sama ada dengan ilmu atau nafsu. 
Kalau saudara membaca komen-komen itu, ia sebenarnya menggambarkan watak si penulis. Apa yang ada di dalam hati, ia diungkap dalam bentuk teliti atau sebaliknya menyakitkan hati. Ada yang sangat berhemah, ada yang hujahnya sangat lemah, dan ada yang hanya komen berdasarkan nafsu serakah. 
Saya mengikuti dialog selama sejam itu, sebagaimana orang lain. Yang tulis komen, entah dengar atau tidak. Yang mengikuti pula, kalau diteliti akan faham apa yang ingin disampaikan oleh Tok Guru. Sementara ada pula yang tak faham atau sengaja buat tak faham. 
Saya dengar soalan-soalan yang dikemukakan oleh Haji Nazri Kahar. Tok Guru menjawabnya dengan 'cara beliau'. Ada yang kata Tok Guru tidak menjawab soalan. Ada yang kata Tok Guru mengelak dari menjawab dan pelbagai tohmahan dengan maksud melekehkan beliau. 
Kalau anda ahli PAS, pendukung PAS atau yang biasa mendengar ceramah, kuliah, tulisan Tok Guru, sebenarnya sebahagian soalan-soalan Haji Nazri Kahar itu sudah terjawab dalam semua itu. Maka apabila anda mendengar jawapan Tok Guru, anda sudah boleh menangkap maksud dan apa yang ingin Tok Guru sampaikan. Justeru, tidak timbul Tok Guru tidak menjawab soalan atau mengelak dari menjawab. 
Bagi yang tidak biasa mendengar jawapan Tok Guru terhadap sesuatu isu, tetapi kuat mengomen, nampak sangat anda ketinggalan zaman. Komen di ruangan komen zaman ICT, tapi ceramah Tok Guru melalui ICT tak tahu. 
Anda setuju atau tidak, Tok Guru sudah berkecimpung dalam politik sebelum sebahagian dari anda lahir. Setuju atau tidak, Tok Guru sudah ditanya pelbagai soalan dalam pelbagai medium sebelum ini. Setuju atau tidak, Tok Guru memahami mantiq, balaghah dan seni menjawab jauh lebih bijak dari sebahagian mereka yang kuat komen di ruangan komen. 
Nabi SAW pernah ditanya pelbagai soalan. Nabi SAW juga menjawab dengan pelbagai jawapan. Ada yang direct, ada yang indirect. Ada yang ringkas, ada yang panjang. Kesemuanya berdasarkan fatanah, kebijaksanaan seorang Nabi. 
Allah bertanya kepada Nabi Musa tentang tongkatnya. Cuba lihat cara jawapan Nabi Musa. 
Tok Guru bukan nabi. Tetapi beliau mengikut jejak perjuangan Nabi. Nabi sebut: Ulama adalah pewaris Nabi. Antara yang diwarisi ialah sifat bijaksana. 
Haji Nazri bertanya. Tok Guru menjawab, bagi saya, dengan kebijaksanaan beliau. Usai program, Haji Nazri tahu beradab dengan seorang ulama. Gambar beliau dengan Tok Guru menceritakan demikian. Sementara yang banyak tulis di ruangan komen, sebahagiannya langsung tidak beradab dengan seorang ulama. Ya, gambar profil FBnya pun memang menceritakan demikian. – HARAKAHDAILY 29/5/2018 
Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan TYDP PAS Kemaman.
Sumber HD - 29-5-2018 


















































Kepung Kota Safed: Islam kuasai Syam

KEJAYAAN Sultan Salahuddin al-Ayubi mengambil alih Daulah Fatimiyah pada 1171M dan kembalinya Baitulmaqdis ke tangan Islam pada 1187M telah membuka ruang untuk Islam menguasai bumi Syam sepenuhnya. Kejayaan ini bermula dengan kemenangan dalam Perang Salib II atau Perang Hittin pada 583H, diikuti oleh pembukaan Baitul Maqdis pada 27 Rejab 583H. Kejayaan Sultan Salahuddin al-Ayubi merampas semula Baitul Maqdis setelah kota suci itu dijajah oleh Kristian dalam Perang Salib I pada 1099 (490H) telah menggemparkan Eropah. 
Ekoran itu, kebanyakan Raja dan Panglima Perang Kristian seperti Fredrick Barbossa (Raja Jerman), Richard The Lion Heart (Raja England), Philips Augustus (Raja Perancis), Leopold (Austria), Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Sultan Salahuddin al-Ayubi yang mengetuai tentera Islam. Gerakan Kristian ini telah mencetuskan Perang Salib III yang berlaku selama lima tahun, berakhir dengan Perjanjian Ramallah pada 588H (1192M), di mana Sultan Salahuddin al-Ayubi telah diakui sebagai penguasa Baitulmaqdis dan semua wilayah menjadi milik Islam, kecuali Acre. 
Sultan Salahuddin al-Ayubi: Panglima Terbesar Islam
Salahuddin al-Ayubi (533-589H) adalah antara pemimpin Islam terkemuka dalam sejarah kerana kejayaannya mengambil alih Mesir daripada kerajaan Syiah Fatimiyah serta keberhasilan baginda mengalahkan tentera Salib, merampas Baitulmaqdis dan menjadikan seluruh Wilayah Syam dikuasai oleh Islam. Beliau yang dilahirkan di Damsyik merupakan anak kepada Gabenor Balbek, Najmuddin al-Ayubi. Beliau kemudian dilantik sebagai Panglima Saljuk di Mesir menggantikan bapa saudaranya, Shirkuh. Pada awalnya, beliau adalah tentera Sultan Mahmud Nuruddin Zanki, Raja Saljuk Aleppo yang diarahkan menguasai Mesir pada 1160M, sebelum menjadi panglima pada tahun 1969M. 
Selepas menguasai Mesir, baginda telah berperanan mempertahankan Mesir dari tentera Salib Baitulmaqdis yang dipimpin oleh Almaric I. Sebagai panglima tentera, Salahuddin al-Ayubi ketika saat kewafatan Khalifah Daulah Fatimiyah, al-Aidid pada September 1171M, telah mengarah para imam menyebut nama Khalifah al-Mustadi' Li Amrillah (1170-1780M) iaitu Khalifah Abbasiyah di Baghdad, sekali gus mengembalikan Mesir kepada umat Sunni. Setelah kewafatan Sultan Mahmud Nuruddin Zanki pada 1174M pula, Salahuddin al-Ayubi mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Mesir, sebelum bergerak ke Baitulmaqdis bagi menghadapi Perang Salib II pada 583H (1187M). 
Menawan Kota Safed: Penguasaan ke atas bumi Syam
Selepas berjaya mengalahkan tentera Kristian dalam Perang Hittin dan menguasai Baitulmaqdis, Sultan Salahuddin al-Ayubi menyedari saki baki kekuatan tentera Kristian masih berpusat di kota-kota Kristian sekitar Syam, dan ia menjadi ancaman kepada Baitul Maqdis. Pada Mac 1183M, baginda bergerak dari Acre menuju ke kubu-kubu lawan di Kawkab, Karak dan Safed, iaitu pusat-pusat pengikut Templer dan Hospitaler, panglima-panglima Kristian. Beliau yang bertujuan menguasai wilayah Kristian itu, bergerak menuju ke Hins al-Akrad, benteng Kurdis, sekali gus menghampiri Antioch, kota pemerintahan Byzantine di Syam. 
Gerakan Sultan Salahuddin al-Ayubi telah menawan Kota Jabala pada 18 Jamadil Akhir 538H dan memaksa pemimpin Kristian, Bohemond membebaskan tawanan Islam. Pada 24 Jamadil Awal pula, Kota Lattakia telah tewas, diikuti oleh Kota Sahyun yang jatuh pada 27 Jamadil Awal bersama Kota Balatunus, Aydhu dan Jamahiriyah. Kota Bakas pula tumbang ke tangan Islam pada 6 Jamadil Akhir, diikuti oleh kota Shugr 3 hari kemudian, sekali bergerak menghampiri Antioch. Dalam tempoh antara 16 Jamadil Akhir hingga 2 Syaaban, kota-kota Sarminiyah, Barziyah, Darbsak dan Baghras telah tidak dapat dipertahankan lagi oleh tentera Kristian. Akhirnya pada 3 Syaaban, Aleppo daoat dikuasai oleh Islam. 
Baginda memasuki Damsyik pada 11 Syaaban dan singgah di Ma'arat al-Ni'man sehingga Ramadhan 584H. Kota Kristian yang masih berbaki ialah Kawkab, Karak dan Safed. Baginda menghantar Panglima al-Adil dan Sa'adudin Kamshabah ke Karak, sekali gus menguasai benteng-benteng kecil seperti Shawbak, Wu'ayra, Sila' dan Hurmuz. 
Dengan kejayaan ini, Sultan Salahuddin al-Ayubi membebaskan Raja Humpery IV yang ditawan dalam Perang Hittin. Setelah itu, beliau menghantar Qaymaz an-Najmi untuk menguasai Kawkab, sedangkan Sultan Salahuddin al-Ayubi sendiri bergerak ke Safed pada 12 Ramadan 584H dan terus dapat menguasai kota itu, sekali gus menghabiskan semua kota dan benteng Kristian di bumi Syam. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
12 Ramadan 1439 / 28 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018 


























PAS berjaya kuasai undi teras

KUALA LUMPUR: Keputusan PRU 14 telah menyaksikan PAS kembali mentadbir semula Kerajaan Negeri Terengganu dan mengekalkan Kerajaan Kelantan. 
Ini bukti PAS berjaya menguasai undi teras berbanding Pakatan Harapan kerana memperolehi peningkatan undi dengan gabungan berbeza dengan PAS. 
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu sesi temubual rancangan 100 Hari Malaysia Baru di stesen Astro Awani sebentar tadi. 
Beliau turut menjelaskan tiga asas utama yang perlu dilihat dalam memastikan kemenangan iaitu kekuatan kewangan, media dan pengurusan. 
"Formula yang PAS perlu diberikan perhatian seperti pengaruh media sehingga mampu mendatangkan impak. 
"Dapat menguasai undi teras Islam adalah satu kelebihan yang menentukan gelombang dan ianya diterjemahkan di negeri Kelantan dan Terengganu,” katanya. 
Justeru, tambahnya pengundi bukan Islam juga tidak boleh diketepikan, bahkan PAS sendiri telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS serta mengadakan kerjasama bersama parti bukan Islam. 
"Selain itu, dalam PRU 14 juga PAS turut menghantar calon-calon bukan Islam untuk bertanding di beberapa kerusi sekali gus menjadikan usaha tersebut mendekatkan pengundi bukan Islam bersama PAS," ujarnya. 
Dalam temubual itu, Tuan Guru juga dilontarkan persoalan berkaitan usaha PAS dalam memastikan pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS berjalan dengan baik. 
Beliau menyatakan bahawa perjuangan PAS bukan sahaja di peringkat negeri bahkan peringkat kerajaan Pusat. 
Justeru, PAS menghormati pemerintahan yang dipilih rakyat dan berharap wujud kerjasama baik antara kedua-dua pihak agar mampu memberikan kebaikan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 28/5/2018

















Sumber HD - 28-5-2018 

Penghancuran benteng Bar Lev

PENJAJAHAN orang Yahudi ke Palestin untuk membentuk negara haram Israel adalah kesan daripada kejatuhan Daulah Othmaniyah. Pembentukan negara haram itu pada 1948 merupakan akibat langsung daripada Perjanjian Sykes-Picot (1916M) dan Perjanjian Lausanne (1919). 
Setelah pembentukan negara haram Israel, tercetus Perang Arab-Israel pada Jun 1948 melibatkan Syria, Jordan, Mesir, Lubnan, Iraq, Arab Saudi dan Yaman, tetapi dimenangi oleh Israel. Kekalahan ini menyebabkan separuh Wilayah Arab Palestin termasuk Baitulmaqdis Barat jatuh ke tangan Israel, sedangkan Mesir diberikan Tebing Gaza, Jordan mendapat Tebing Barat.\ 
Pada Jun 1967, tercetus lagi Perang Arab-Israel yang dikenali sebagai Perang Enam Hari, di mana Gaza dan Sinai yang dikuasai Mesir, Tebing Barat yang dikuasai Jordan dan Bukit Golan yang dikuasai oleh Syria telah jatuh ke tangan Israel. Pada 1970, Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Presiden Gamal Abdul Naser telah berusaha membina imejnya dengan mensasarkan supaya semua Wilayah Mesir (Sinai dan Gaza) yang dirampas pada 1967, diambil semula. Mesir mengatur pakatan untuk menggempur Israel pada hari perayaan Yahudi, Yom Kippur yang jatuh pada 6 Oktober 1973. 
Benteng Israel di Sinai
Kejayaan Israel menguasai Sinai pada 1967 telah menyebabkan Terusan Suez turut jatuh ke tangan negara haram itu. Bagi mempertahan Wilayah Sinai daripada serangan Mesir, Israel telah membina Benteng Bar Lev, sempena nama Jeneral Israel, Haim Bar Lev. Benteng ini disebut juga sebagai Garis Bar Lev yang dibina pada 1971 dengan kos USD 500 juta. 
Tujuan utama pembinaan projek raksasa ini adalah untuk melindungi Terusan Suez, sekali gus menjadi pertahanan Israel daripada serangan orang Arab, khususnya Mesir. Kejayaan mereka membina Benteng Bar Lev dan kekecohan politik Mesir akibat pembunuhan Gamal Naser pada 1970, telah melalaikan Israel. 
Pada 1971, Anwar Sadat dalam rangka membina imej politiknya, menawarkan supaya Israel bertindak sebelah pihak dengan mengundurkan tentera mereka dari wilayah yang ditawan, dan Mesir akan mengadakan gencetan senjata menyeluruh ke atas negara tersebut. 
Keengganan Israel berbuat demikian telah menyebabkan Mesir mengumumkan pada 1972M akan berperang dengan Israel. Mesir mula memperkukuhkan tenteranya dengan bantuan Soviet Union. Pada 1973, Anwar Sadat bukan sahaja sekali lagi mengumumkan perang ke atas Israel, tetapi turut mendapatkan sokongan diplomatik daripada Eropah, Soviet Union dan Afrika. Di pihak Israel pula, kejayaan mereka dalam Perang Enam Hari telah menyebabkan mereka memgambil mudah ancaman Mesir itu. 
Serangan Hari Yom Kippur: Israel tersentak
Mesir telah berpakat dengan Syria untuk mengatur satu serangan bersama ke atas Israel yang dikenali sebagai Operasi Badar. Serangan yang dilancarkan pada hari perayaan Yahudi, Yom Kippur ini dibuat pada 6 Oktober 1973M. 
Syria telah menyerang Bukit Golan, sedangkan Mesir membuat serangan serentak ke atas Terusan Suez dan Sinai. Serangan ini telah membawa kemusnahan teruk kepada Israel, sebelum pasukan udara Amerika Syarikat membantu Israel untuk mengundurkan tentera Arab selepas tiga minggu berperang. 2,656 orang askar Israel terbunuh, manakala 7,250 tentera yang tercedera. 
Selepas serangan dilancarkan secara serentak dan mengejut ke atas Israel ini, pada 10 Ramadan 1393 bersamaan 7 Oktober 1973, tentera Mesir telah berjaya meruntuhkan Benteng Bar Lev yang melindungi Terusan Suez daripada serangan Mesir. Dengan bantuan Libya, Algeria, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Sudan, tentera Mesir telah berjaya memberikan pukulan hebat ke atas Israel dalam perang yang dikenali juga sebagai Perang Ramadan ini. 
Kesan daripada perang ini, walaupun dimenangi secara fizikal oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat, tetapi ia menjadi kekalahan moral yang sangat besar kepada Israel. Suruhanjaya yang dibentuk oleh Israel berkait perang ini telah mengesyorkan pemecatan beberapa pegawai tentera yang utama, kemudian Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan dipersalahkan dan Perdana Menteri, Golda Mier terpaksa meletakkan jawatan. Kerajaan haram Israel mulai tidak stabil, dan perang ini telah membawa kepada Perjanjian Damai Kem David 1979, di mana Sinai dikembalikan kepada Mesir. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
10 Ramadan 1439 / 26 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018 




























Naratif politik yang penuh 'perangkap'

ENTAH mengapa saya tak berapa berminat nak ulas pendedahan kemewahan DS Najib dan Rosmah yang sedang didedah oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) penuh ghairah. 
Tak berminat itu bukan kerana saya rela harta negara dirompak jika betul Najib melakukannya. Atau kerana saya tiba-tiba berubah arah menyokong Najib. Bukan juga kerana saya tak bersetuju Kerajaan PH menyiasat sehingga berjaya bawa balik duit negara yang diseludup ke beberapa buah negara (sebagaimana yang dilaporkan). Bukan rakyat Malaysia-lah saya kalau tak suka Malaysia diselamatkan dari penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Saya kurang berminat itu kerana ada beberapa sebab:
●     Saya bimbang saya dan rakyat terperangkap sekali lagi dalam keghairahan skandal politik pemimpin. Bimbang jadi macam kes yang lepas-lepas. Heboh negara pasal salah laku seks dan liwat. Saban malam berita tersebut disogokkan kepada rakyat dan penonton. Siap usung tilam ke Mahkamah. Rakyat terpaksa mendengar taklimat Pakar DNA, walaupun rakyat tak faham istilah dan kod-kod DNA yang disyarahkan. Tiba-tiba kes tersebut hilang dengan sebuah jampi kesucian. 
Di satu pihak pula rakyat diajak bersama mempertahankan sebuah keadilan dan menentang kezaliman. Lalu berdemonstrasilah rakyat membela mangsa mata lebam. Merah mata rakyat bermandikan semburan Water Canon di Masjid Jamik, Sogo dan Dataran Merdeka. Tiba-tiba datang kalimat "Itu hanyalah luka kecil". Rakyat terpaku. Lalu mereka diminta pula menjulang orang yang dahulunya dikatakan zalim itu ke persada kuasa. 
Rakyat sudah letih, penat dan bosan. Kalau Filem Hindustan, bila ketua penjahat dah berjaya dikalahkan dan jatuh dari kereta api, maka tamatlah ceritanya. Tapi Filem Melayu ini lebih hebat. Yang dah jatuh jambatan dan kena lenyek dek lori balak pun boleh hidup balik dan mendakwa hero di Mahkamah. 
Lalu kerana bimbang isu yang sedang ghairah diviralkan ini tak lain hanya sebuah episod yang sama dengan episod liwat dan mata lebam. Maka saya mengambil langkah berhati-hati untuk turut teruja sama. Saya tidak membuat sebarang ulasan kerana saya bimbang saya turut terlibat membuang masa rakyat yang sangat berharga. 
●     Saya jadi tak bersemangat nak ulas berkaitan pendedahan tersebut kerana pihak yang sedang bersemangat nak dedahkan penyelewengan harta negara itu juga masih banyak kes penyelewengan yang belum selesai. Antaranya isu Marminco (1980-an) melibatkan kerugian RM 1.5 billion. BMF RM 2.5 billion. Perwaja Steel, RM 10 billion. Pertukaran Mata Wang Asing (1990-an) kerugian RM 30 billion. MAS RM 9.4 billion. PKFZ (tahun 2000) terlebih kos RM 12.5 billion. 
Saya tidak mahu terlalu mengharapkan orang yang pernah merompak harta negara itu menangkap perompak. Walaupun tidak salah mengharapkan siapa pun menangkap si perompak namun untuk terlalu teruja, terpaksa saya kawal. Lebih-lebih lagi jika diambil kira pendedahan SPRM beberapa minggu sebelum PRU14 yang menyenaraikan Tokoh-tokoh Politik di Malaysia yang telah dibuka kertas siasatan kes rasuah masing-masing. 
Atas sebab-sebab tersebut maka saya tidak buat apa-apa ulasan mengenai penggeledahan dan rampasan harta yang dibuat ke atas DS Najib dan keluarga. PAS ada agenda besar dan PAS tidak boleh masuk perangkap siapa pun. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 25/5/2018
























































Sumber HD - 25-5-2018


























































Tarikh asal Kemerdekaan Tanah Melayu

SEMENJAK kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 28 Ogos 1511M, Tanah Melayu telah dijajah secara berperingkat dalam tempoh 446 tahun sehingga 1957M. Dalam tempoh ini, kuasa-kuasa penjajah seperti Portugis telah menguasai Melaka sejak 1511M hingga 1641M dan diikuti oleh Belanda (1641-1824M), sebelum kedatangan British di Pulau Pinang pada 1786M dan Singapura (1819M). British kemudian secara berperingkat menguasai wilayah-wilayah lain bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874M. 
Dalam tempoh penguasaan British ini, telah tercetus Perang Dunia Kedua pada akhir 1941M dan British telah menyerah kalah di Malaya. Jepun telah menguasai Tanah Melayu yang disebut sebagai Malai dalam Bahasa Jepun antara 15 Februari 1942M hingga 15 Ogos 1945M. Sepanjang tempoh pendudukan Jepun ini, pejuang-pejuang Melayu telah berusaha menuntut kemerdekaan dan membebaskan negara ini dari penjajahan Bangsa kuffar. 
Pergerakan Politik Melayu dan tuntutan kemerdekaan
Semenjak pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu, pergerakan politik agak terbatas kerana semua pertubuhan politik diharamkan. Dalam bulan Disember 1943M, Ibrahim Haji Yaacob telah dilantik sebagai Ketua Tentera Sukarela, Giyu-gun dan Giyu-tai, yang dikenali juga sebagai Pembela Tanah Air (PETA). Mereka juga menerbitkan Berita Malai dan Fajar Asia sebagai media yang pro Jepun. Di Singapura, Dr Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Adat Istiadat Melayu di Gunseikanbu, Markaz Tentera Jepun, sebelum dipindahkan ke Taiping. 
Dari Guseikanbu, Dr Burhanuddin al-Helmy berjaya mengadakan dua Persidangan Ulama di Singapura (1943M) dan Kuala Kangsar (1944M) yang menggerakan penyatuan umat Islam. Ibrahim Haji Yaacob bersama Mustapha Hussein telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) dalam bulan Mei 1945M untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. Pada 9 September 1944M, Jepun telah mengumumkan untuk memberi kemerdekaan kepada Indonesia (terutama Jawa). Ibrahim Haji Yaacob selaku Ketua KRIS telah merancang untuk merdeka serentak dengan Indonesia. 
Piagam Taiping: Perlembagaan merdeka
Dr Burhanuddin al-Helmy dan Mustapha Hussein telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Jeneral Itagaki di Markaz Besar Tentera Jepun di Taiping sepanjang 1945M bagi menuntut kemerdekaan. Pada asasnya, Jepun bersetuju kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu dan meminta draf perlembagaan disediakan. Dr Burhanuddin al-Helmy berjaya menyiapkan draf Perlembagaan Tanah Melayu merdeka yang dikenali sebagai Piagam Taiping, dan dipersetujui oleh Jepun. 
Ibrahim Haji Yaacob dalam rundingannya dengan Jeneral Itagaki telah mengambil langkah-langkah kemerdekaan tersebut. Pada April 1945M, Ibrahim Haji Yaacob telah berunding dengan Sukarno untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia. KRIS pula telah bersetuju supaya perisytiharan kemerdekaan serentak diadakan pada 17 Ogos 1945 di Kuala Lumpur, dengan Dr Burhanuddin al-Helmy sebagai calon Perdana Menteri. 
Serangan atom AS dan penangguhan kemerdekaan
Pada 12 Ogos 1945M, Ibrahim Haji Yaacob bersama Dr Burhanuddin al-Helmy telah mengadakan pertemuan dengan Sukarno dan Dr Hatta di Taiping, supaya kedua tokoh Indonesia tersebut dapat memastikan Tanah Melayu juga turut dimasukkan dalam rancangan kemerdekaan tersebut. Sukarno dan Dr Hatta dalam perjalanan ke Markaz Besar Jepun bagi Asia Tenggara di Saigon telah bersetuju supaya 17 Ogos 1945M menjadi tarikh kemerdekaan bersama. 
Ketika para pejuang Melayu sedang rancak mengaturkan perisytiharan kemerdekaan yang jatuh pada 9 Ramadan 1346 (17 Ogos 1945) ini, Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945M, diikuti oleh serangan Soviet Union ke atas Manchuria pada 9 Ogos 1945M, yang menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah pada 15 Ogos 1945M. Kerana tindakan Jepun menyerah kalah dua hari lebih awal, Ibrahim Haji Yaacob telah lari ke Indonesia dan rencana kemerdekaan Tanah Melayu telah tergendala. Di Indonesia, Sukarno tetap memproklamirkan kemerdekaan mereka, tetapi Tanah Melayu dikuasai semula oleh British melalui British Military Administration (BMA) (1945-1946M), Malayan Union (1946-1948M) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1957M), sebelum memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957M. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
9 Ramadan 1439 / 25 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 25/5/2018


























































Sumber HD - 25-5-2018






























Pembukaan Sicilia: Kuasai Laut Mediterranean

LAUT Mediterranean adalah kawasan strategik ekonomi, politik dan ketenteraan bagi tiga benua - Eropah, Afrika dan Asia. 
Sejak abad ketiga Masihi, laut ini dikuasai oleh Kerajaan Byzantine, tetapi mereka mula tergugat apabila Muawiyah bin Abi Sufian dapat menakluk Pulau Cyprus, Rhodes dan Crete pada tahun 649M, iaitu zaman Khalifah Othman bin Affan. Sedangkan kekuatan tentera Byzantine telah terjejas sejak Alexandria (Iskandariah) jatuh ke tangan Islam pada tahun 21H (642M), dan seluruh angkatan laut Rom terpaksa berundur dari Alexandria pada 652M selepas jatuhnya pulau-pulau tersebut. 
Pulau Sicily (Sicilia) atau Siqilliyah dalam sebutan Arab adalah sebuah pulau yang berada di tengah Laut Mediterranean antara Kerajaan Byzantine di Itali dengan Daulah Umayyah di Andalusia dan Dinasti Aghlabiyah di Qairuwan. 
Penguasaan ke atas pulau ini bukan sahaja membolehkan Islam memasuki Eropah melalui Semenanjung Itali, tetapi juga akan menghancurkan Byzantine Barat yang berpusat di Vatican, sekali gus penguasaan penuh Islam ke atas laut tersebut. Pada saat tersebut, pulau Sicilia dikuasai oleh Gabenor Michael lantikan Byzantine. 
Pemberontakan tentera Byzantine dan peluang Islam
Pada abad kesembilan Masihi, telah muncul Dinasti Aghlabiyah (184-296H) di Afrika Utara yang berpusat di Qairuwan, di samping Dinasti Idrisiyah dan Rustumiyah. Kerajaan-kerajaan ini adalah Kerajaan Islam yang dikuasai oleh orang Barbar. Mereka berusaha meluaskan wilayah masing-masing dengan menakluki kawasan-kawasan strategik di Utara Afrika dan pinggir Laut Mediterranean, dan Pulau Sicilia merupakan salah satu sasaran utama. 
Dalam tahun 825M, Laksamana Byzantine, Euphemis telah memberontak terhadap Kaisar kerana satu krisis politik dalaman mereka. Beliau melarikan diri dari Sicilia menuju ke Tunisia dan meminta bantuan pemimpin Dinasti Aghlabiyah, Ziyadatullah I (817-838M). Beliau yang mendapat perlindungan politik, bertindak membantu Aghlabiyah untuk menawan pulau strategik tersebut pada November 827M, iaitu saat di mana berlakunya pemberontakan Siracuse. 
Pembukaan Sicilia dan penguasaan Islam ke atas Laut Mediterranean
Menyedari keadaan politik Sicilia sangat tegang dan berkecamuk, terutama apabila berlaku pemberontakan di Siracuse terhadap Gabenor Byzantine, Ziyadatullah I telah bertindak menghantar 70 buah armada dengan 10,000 tentera dan 7,000 kuda perang ke pulau tersebut, di mana mereka meninggalkan Qairuwan pada 15 Rabiul Awal 212H. Mereka mendarat di pulau itu tiga hari kemudian dan memulakan pembukaan Sicilia. Ketumbukan tentera Islam ini dipimpin oleh Qadhi-Wazir Asad bin al-Firath yang berusia 70 tahun, dan mereka berjaya menguasai pulau ini secara berperingkat. 
Setelah mendarat di Mazzara, mereka berjaya menguasai bandar-bandar di sebelah Barat Sicilia seperti Mazzara, Ballatah dan ar-Rafsh, selain menguasai beberapa kubu seperti Qal'ah al-Ballut, Qal'ah ad-Dubb dan Qal'ah at-Tawawis. Tentera Islam berjaya menguasai Mazzara dan Ballatah pada 8 Ramadan 212H. Tetapi ketika umat Islam cuba menguasai Castrogiovanni, mereka ditimpa sejenis wabak yang menyebabkan Panglima Asad bin Furath meninggal dunia pada 213H. Namun begitu, tentera Islam terus bergerak mengalahkan Teodotus, Panglima Byzantine pada Jamadil Akhir 215H. 
Kejayaan ini telah membolehkan umat Islam turut menguasai bandar-bandar utamanya seperti Palermo pada 832M, Messina (843M), Castrogiovanni (859M) dan akhirnya Siracuse turut jatuh pada 874M, iaitu zaman pemerintahan Ibrahim II (874-902M). Dua bandar di Semenanjung Itali, Bari dan Toranto turut jatuh ke tangan Islam pada 846-849M, yang memaksa Paus Yohanes VIII merancang untuk membayar Jizyah kepada Islam. Pada tahun 896M, Byzantine telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya Sicilia kepada Aghlabiyah, tetapi pada 909M, Aghlabiyah telah jatuh ke tangan Daulah Fatimiyah, yang menyebabkan Sicilia turut menjadi milik Fatimiyah. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
8 Ramadhan 1439 / 24 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018 

Pembukaan Masjid Al-Azhar

SISTEM pendidikan cekap dan tersusun telah diperkenalkan oleh Islam melalui penubuhan Institusi-institusi Akademik seperti Perpustakaan, Pusat Penyelidikan (seperti Baitul Hikmah) dan penubuhan Madrasah (kemudian Jamiah - Universiti) di Pusat-pusat Tamadun. 
Dari Pusat-pusat keilmuan ini, kemudian lahirkan Tokoh-tokoh Ulama, pemikir dan cendekiawan ulung Islam yang berjaya mengubah dunia menjadi moden kemudiannya. Bahkan, Institusi keilmuan telah membolehkan kota-kota seperti Baghdad, Damsyik, Cardova dan Qairuwan menjadi Pusat Tamadun Dunia ketika itu. 
Kemunculan Sistem Pendidikan Universiti ini diperkenalkan pertama kali oleh dunia Islam melalui penubuhan Madrasah Zaytuna di Qairuwan pada 116H (731M). Madrasah ini melahirkan Tokoh terbesarnya, Ibnu Khaldun pada abad ke-14M. 
Turut terkenal ialah Masjid Cardova yang dibina oleh Abdul Rahman ad-Dakhili pada 170H (785M), sebelum menjadi Jamiah Cardova pada zaman Khalifah Abdul Rahman an-Nasr (912-961M). Kemudian muncul pula Jamiah al-Qarawiyin di Fez, Maghribi pada 825M, sebelum berdirinya Masjid Sankore di Timbuktu pada 989M yang menjadi Universiti pada 1329M dan Madrasah Nizamiyah di Baghdad yang diasaskan oleh Nizamul Muluk pada tahun 459H (1067M). 
Kemunculan Universiti al-Azhar dalam Tamadun Pendidikan Islam
Seperti gerakan keilmuan yang berpusat di Qairuwan, Cardova, Fez dan Timbuktu, Daulah Fatimiyah yang menguasai Mesir mengambil langkah membangunkan sebuah universiti bagi menjadikan Mesir sebagai Pusat Tamadun Islam. Penubuhan Universiti al-Azhar pada 361H (972M) telah merealisasikan hasrat ini. 
Universiti al-Azhar telah menyertai beberapa Universiti baru yang dibangunkan di Afrika ketika itu termasuk Madrasah al-Attarin di Fez (1324M), Masjid Sidi Yahya dan Masjid Djingueber (Jingaray) yang membentuk Jamiah Timbuktu pada 1329M, Madrasah Buo Inania di Fez (1351M) dan Jamiah Granada yang dibina sekitar 1340M. 
Jamiah al-Azhar atau Universiti al-Azhar pada mulanya dibina sebagai sebuah masjid besar bagi Kaherah dengan nama Masjid Jamik Kaherah. Ia bertujuan sebagai kenangan Daulah Fatimiyah, kemudian bertukar menjadi Pusat keilmuan termasyhur di dunia. Pada peringkat awal, ia menjadi Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam dalam aliran Syiah, sebelum bangkit sebagai Institusi Pendidikan Sunni setelah Sultan Salahuddin al-Ayubi menguasai Mesir pada 1171M. 
Sistem Pendidikan di Jamiah al-Azhar bermula dengan Pengajian-pengajian Halaqat di masjid, tetapi pada tahun 387H, seorang Menteri, Yaakub bin Kals telah mengusulkan kepada Khalifah al-Aziz Billah supaya Masjid al-Azhar dijadikan sebuah Universiti yang mengajar pelbagai cabang ilmu, lalu ia dikenali sebagai Jamiah al-Azhar sehingga kini. 
Pembukaan Universiti al-Azhar
Masjid Jamik Kaherah telah dibina oleh Panglima Jauhar as-Siqilli sebaik sahaja Mesir jatuh ke tangan Daulah Fatimiyah pada 359H. Pembinaan masjid telah dimulakan pada 24 Jamadil Awal 359H dan mengambil masa selama dua tahun. 
Setelah siap dibina, perasmian masjid ini dilakukan dengan mengadakan Solat Jumaat buat pertama kali pada 7 Ramadan 361H, yang menandakan bermulanya sejarah al-Azhar. Khalifah al-Muiz Li Diinillah telah meletakkan nama masjid ini sebagai Masjid al-Azhar sempena nama Saiyidah Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah S.A.W menggantikan nama lama, Masjid Jamik Kaherah. 
Kemunculan Jamiah al-Azhar sebagai Pusat Keilmuan Sunni selepas 1171M, telah menyebabkan para Ulama Sunni yang dahulunya bergiat di Masjid Amru al-As dan Baitul Hikmah mula berpindah ke Jamiah al-Azhar sehingga ia menjadi sangat terkenal. Di kalangan orang Melayu, Ulama yang pertama belajar di Universiti ini ialah Sheikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani (1856-1908M), Tokoh Ulama, penulis, pentashih kitab dan Pengarah Percetakan Daulah Othmaniyah yang terkenal di Makkah itu. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
7 Ramadan 1439 / 23 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018 
































Jawatankuasa Siasatan Isu 1MDB

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) menerima baik langkah Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kes 1MDB yang diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. PAS yakin Jawatankuasa tersebut akan menjalankan siasatannya dengan profesional ‘without fear or favour’. 
PAS juga mengharapkan Jawatankuasa berkenaan akan menemui dan merumuskan suatu hasil siasatan yang baik serta bermanfaat untuk negara dan rakyat serta sekali gus dapat membawa semua pihak yang terlibat ke muka pengadilan mengikut saluran undang-undang. 
Sehubungan dengan itu PAS dengan ini mengesahkan tidak berlibat dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan lain mengenai isu di atas yang dibuat atas nama PAS, sama ada oleh Pimpinan mahupun Ahli PAS. Ini termasuklah satu kenyataan khusus yang disiarkan dalam media oleh seorang yang menamakan dirinya ‘Peguam PAS’ yang antaranya bertajuk “Kenyataan SPRM prejudis pada Najib”. Kenyataan berkenaan tidak ada kaitan dan tidak sekali-kali mewakili PAS, sebaliknya adalah kenyataan individu berkenaan semata-mata. 
PAS telah menetapkan kenyataan rasmi PAS berkaitan pandangan dan pendirian PAS dalam semua isu-isu utama hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS sahaja. 
Terima kasih. 
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung.
Bertarikh: 23 Mei 2018 -  HARAKAHDAILY 23/5/2018
































































Sumber HD - 23-5-2018


































































Harapan Rakyat Diutamakan

Dialu-alukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14. Namanya Pakatan Harapan, adapun parti-parti gabungannya tetap berbeza ideologi dan harapan. Kebanyakannya adalah serpihan daripada parti telah sedia ada, melainkan DAP yang dilahirkan daripada PAP selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Pakatan bersama dan bersatunya bagi menjatuhkan BN.

BN yang memerintah, dahulunya Perikatan, pasti mempertahankan kedudukan dan kuasanya, tanpa peduli terhadap kesalahan dan salah laku atau berhasrat membetulkan kesilapan dan kelemahannya dalam masa yang terlambat dan sifatnya sudah berusia tua. Namun adat dunia, tidak ada kerajaan yang kekal selama-lamanya melainkan Kerajaan Allah S.W.T. Bahkan tidak kekal juga termasuk kerajaan yang ditegakkan oleh para Rasul A.S selepas kewafatannya, apabila dimakan usia pasti mengalami penyakit dan kelemahan sifat makhluknya.
Benarlah firman Allah:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2(

“Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)” (Surah Al-Mulk: 1-2)

Adapun parti yang menentang kerajaan pasti mahu menjatuhkan kerajaan BN. Hasratnya sama ada mahukan perubahan mengikut ideologi yang menjadi perjuangannya atau sekadar mengambil alih kuasa dan peluang berkuasa tanpa melakukan apa-apa perubahan kerana ideologinya tetap sama sahaja.

Keputusan pilihan raya bersifat demokrasi ala Barat bergantung kepada keberkesanan kempen yang menjadi senjata demokrasi bebas boleh mempengaruhi rakyat dengan jumlah paling ramai atau majoriti paling besar.

Ilmu, kebijaksanaan, benar dan salah bukan keutamaan. Senjatanya 3M; Media, Money dan Machinery. Kini Media Sosial tanpa sempadan menjadi senjata utama selepas politik wang, tipu dan ugutan, khususnya dalam politik sekular yang terpisah daripada agama.

Sepatutnya, selepas Pilihan Raya Umum kewajipan menyelamatkan negara lebih penting daripada segala-galanya. Rakyat yang menjadi rukun kepada semua negara hendaklah diutamakan. Harapan Rakyat lebih tinggi daripada Pakatan Harapan (PH) yang berbeza ideologi dan tujuan itu.

Jangan sekali-kali rakyat menjadi mangsa politik selepas pillihan raya, sama ada yang menyokong kerajaan terlalu gembira sehingga leka, atau yang tidak menyokong, termasuk yang tidak mengundi kerana mahu memulau pilihan raya atau bebal politik tanpa berfikir bahawa politik tetap mempengaruhi seluruh kehidupan rakyat sama ada makan minum, sehinggalah pakaian dan tandas. Keselamatan dan alam sekitarnya juga berkait.

Perlembagaan Negara yang berkonsepkan Islam Agama Persekutuan, serta kebebasan berbagai agama mengikut sempadan undang-undang hendaklah dihormati, kerana telah lama berjaya mewujudkan keharmonian masyarakat majmuk. Hak Bumiputera yang masih ketinggalan sejak zaman penjajah dahulu tanpa membiarkan kaum yang lain dalam kesusahan, hendaklah ditangani berkonsepkan adil untuk semua.
Sistem Federalisma yang diabaikan oleh BN jangan diulangi lagi. Walaupun banyak Kerajaan Negeri tidak seperti dahulu, berlainan parti daripada Kerajaan Pusat.

Semua perkara tersebut diingatkan, bukan laksana itik mengajar itik berenang yang sifatnya sudah pandai berenang, tetapi mengingatkan bahawa kita semua dalam satu negara laksana satu bahtera. Merealisasikan apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W:

مَثَلُ القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا، كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ، فَقَالُوا: لَوْ أنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعًا، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أَيدِيهِمْ نَجَوا وَنَجَوْا جَميعًا». رواه البخاري.

“Bandingan orang yang berkuasa menjaga sempadan Allah dan orang yang jatuh ke dalam melanggar sempadan itu, laksana satu kaum yang berada dalam sebuah bahtera (kapal yang besar). Maka sebahagian daripada mereka berada di tingkat paling atas dan sebahagiannya pula berada paling ke bawah. Mereka yang berada paling bawah itu apabila memerlukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atas. Lalu mereka berkata: “Kalau kita tebukkan sahaja bagi mendapat yang kita mahu tanpa menganggu mereka yang berada di atas?”. Kalau dibiarkan mereka (yang di bawah bertindak menebuk bahtera) nescaya semuanya binasa (tenggelam), kalau dihalang melakukannya nescaya semuanya selamat.” (Riwayat Al-Bukhari)

Dalam keadaan semua pihak merasakan dialah yang kuat dan penting, maka boleh berlaku perkara yang tidak diingini yang besar padahnya kerana terlalu gelojoh, sehingga menebuk bahtera atau berebut memandu atau berlaku pertembungan hala tuju yang berbeza.

Sepatutnya diutamakan harapan rakyat yang besar jumlahnya tidak faham politik, menghadapi masalah kehidupan yang menekan dari segi jati diri kerana moral yang rapuh, ekonomi, pendidikan, keselamatan dan keamanan. Siapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan mengurus hasil dan harta yang sama, mentadbir dengan jentera yang sama dan memimpin rakyat yang sama.

Kepada yang menang, percayalah bahawa kewajipan mengisi kemenangan lebih berat daripada kerja mendapat kemenangan. Berwaspadalah bahawa pengampu kepada yang menang lebih ramai daripada yang berani memberi nasihat.

Sila ambil iktibar daripada Khalifah Abu Bakar R.A menyampaikan ucapan apabila dipilih menjadi Ketua Negara:

“Wahai Tuan-tuan! Saya dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya betul, tolonglah saya, sekiranya saya salah perbetulkan saya. Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya yang dirampas oleh orang yang kuat. Orang yang kuat adalah lemah di sisiku, sehingga aku bertindak ke atasnya mengambil daripadanya hak orang yang dirampas.
Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul, jangan sekali-kali mentaatiku”

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Ramadan 1439 / 22 Mei 2018

Sumber BO - 22-5-2018


































Harapan rakyat diutamakan

DIALU-ALUKAN kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14. Namanya PH, adapun parti-parti gabungannya tetap berbeza ideologi dan harapan. Kebanyakannya adalah serpihan daripada parti telah sedia ada, melainkan DAP yang dilahirkan daripada PAP selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Pakatan bersama dan bersatunya bagi menjatuhkan BN.
BN yang memerintah, dahulunya Perikatan, pasti mempertahankan kedudukan dan kuasanya, tanpa peduli terhadap kesalahan dan salah laku atau berhasrat membetulkan kesilapan dan kelemahannya dalam masa yang terlambat dan sifatnya sudah berusia tua. Namun adat dunia, tidak ada kerajaan yang kekal selama-lamanya melainkan Kerajaan Allah S.W.T. Bahkan tidak kekal juga termasuk kerajaan yang ditegakkan oleh para Rasul A.S selepas kewafatannya, apabila dimakan usia pasti mengalami penyakit dan kelemahan sifat makhluk-Nya.
Benarlah firman Allah:
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (٢)
“Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)”
(al-Mulk: 1-2)
Adapun parti yang menentang kerajaan pasti mahu menjatuhkan Kerajaan BN. Hasratnya sama ada mahukan perubahan mengikut ideologi yang menjadi perjuangannya atau sekadar mengambil alih kuasa dan peluang berkuasa tanpa melakukan apa-apa perubahan kerana ideologinya tetap sama sahaja.
Keputusan pilihan raya bersifat demokrasi ala-Barat bergantung kepada keberkesanan kempen yang menjadi senjata demokrasi bebas boleh mempengaruhi rakyat dengan jumlah paling ramai atau majoriti paling besar.
Ilmu, kebijaksanaan, benar dan salah bukan keutamaan. Senjatanya 3M; Media, Money dan Machinery. Kini Media Sosial tanpa sempadan menjadi senjata utama selepas politik wang, tipu dan ugutan, khususnya dalam politik Sekular yang terpisah daripada agama.
Sepatutnya, selepas Pilihan Raya Umum kewajipan menyelamatkan negara lebih penting daripada segala-galanya. Rakyat yang menjadi rukun kepada semua negara hendaklah diutamakan. Harapan Rakyat lebih tinggi daripada PH yang berbeza ideologi dan tujuan itu.
Jangan sekali-kali rakyat menjadi mangsa politik selepas pilihan raya, sama ada yang menyokong kerajaan terlalu gembira sehingga leka, atau yang tidak menyokong, termasuk yang tidak mengundi kerana mahu memulau pilihan raya atau bebal politik tanpa berfikir bahawa politik tetap mempengaruhi seluruh kehidupan rakyat sama ada makan, minum, sehinggalah pakaian dan tandas. Keselamatan dan alam sekitarnya juga berkait.
Perlembagaan Negara yang berkonsepkan Islam Agama Persekutuan, serta kebebasan berbagai agama mengikut sempadan undang-undang hendaklah dihormati, kerana telah lama berjaya mewujudkan keharmonian masyarakat majmuk. Hak Bumiputera yang masih ketinggalan sejak zaman penjajah dahulu tanpa membiarkan kaum yang lain dalam kesusahan, hendaklah ditangani berkonsepkan adil untuk semua.
Sistem Federalisma yang diabaikan oleh BN jangan diulangi lagi. Walaupun banyak Kerajaan Negeri tidak seperti dahulu, berlainan parti daripada Kerajaan Pusat.
Semua perkara tersebut diingatkan, bukan laksana itik mengajar itik berenang yang sifatnya sudah pandai berenang, tetapi mengingatkan bahawa kita semua dalam satu negara laksana satu bahtera. Merealisasikan apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W:
مَثَلُ القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا، كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ، فَقَالُوا: لَوْ أنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعًا، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أَيدِيهِمْ نَجَوا وَنَجَوْا جَميعًا».
(رواه البخاري)
“Bandingan orang yang berkuasa menjaga sempadan Allah dan orang yang jatuh ke dalam melanggar sempadan itu, laksana satu kaum yang berada dalam sebuah bahtera (kapal yang besar). Maka sebahagian daripada mereka berada di tingkat paling atas dan sebahagiannya pula berada paling bawah. Mereka yang berada paling bawah itu apabila memerlukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atas. Lalu mereka berkata: “Kalau kita tebukkan sahaja bagi mendapat yang kita mahu tanpa mengganggu mereka yang berada di atas?”. Kalau dibiarkan mereka (yang di bawah bertindak menebuk bahtera) nescaya semuanya binasa (tenggelam), kalau dihalang melakukannya nescaya semuanya selamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam keadaan semua pihak merasakan dialah yang kuat dan penting, maka boleh berlaku perkara yang tidak diingini yang besar padahnya kerana terlalu gelojoh, sehingga menebuk bahtera atau berebut memandu atau berlaku pertembungan hala tuju yang berbeza.
Sepatutnya diutamakan harapan rakyat yang besar jumlahnya tidak faham politik, menghadapi masalah kehidupan yang menekan dari segi jati diri kerana moral yang rapuh, ekonomi, pendidikan, keselamatan dan keamanan. Siapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan mengurus hasil dan harta yang sama, mentadbir dengan jentera yang sama dan memimpin rakyat yang sama.

Kepada yang menang, percayalah bahawa kewajipan mengisi kemenangan lebih berat daripada kerja mendapat kemenangan. Berwaspadalah bahawa pengampu kepada yang menang lebih ramai daripada yang berani memberi nasihat.

Sila ambil iktibar daripada Khalifah Abu Bakar R.A menyampaikan ucapan apabila dipilih menjadi Ketua Negara:
“Wahai Tuan-tuan! Saya dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya betul, tolonglah saya, sekiranya saya salah perbetulkan saya. Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya yang dirampas oleh orang yang kuat. Orang yang kuat adalah lemah di sisiku, sehingga aku bertindak ke atasnya mengambil daripadanya hak orang yang dirampas. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul, jangan sekali-kali mentaatiku”
Sejahtera Bersama Islam
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Ramadan 1439H / 22 Mei 2018M - HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018 

Larangan berkasih sayang dengan musuh

KENAPA Allah larang kita berkasih sayang dengan orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul? Kerana Allah tidak mahu kita diheret oleh mereka sehingga kita menjadi kufur setelah beriman kepada Allah dan Rasul. 
Kita mungkin tak tukar agama. Tapi kerana mahu menjaga hati mereka kita bertolak ansur dalam perkara yang batil dan syirik. Kita mahu dianggap kawan yang setia maka kita terpaksa membuktikan kesetiaan dengan melakukan perbuatan atau perkataan yang senada dengan mereka. Sekalipun perkara tersebut hukumnya haram di sisi Islam. 
Kita memang masih beragama Islam, tapi kerana mahu membuktikan kita sehati dan sejiwa dengan mereka maka kita turut mengkritik Islam dan mula memcampur aduk Islam dengan kebatilan atas nama hak asasi dan kebebasan berfikir. 
Lama kelamaan kita mula melihat Islam itu sempit. Orang Islam itu ketinggalan dan kolot. Ulama-ulama itu hanya pak lebai yang jumud dan memalukan. Kita mula berpendapat Ulama-lah punca umat ini mundur. Akhirnya kita mula memperlekehkan Islam. Memaki Ulama. Melihat kafirin itu mulia dan hebat. Lalu, akhirnya tanpa sedar kita telah murtad. Na'uzubillah. 
Allah sayang kita, kerana itu awal-awal lagi Allah larang berkasih sayang dengan mereka. Tapi kita tak sayang Allah. Kita lebih rela mencari kemuliaan di sisi musuh-musuh Allah. Sehingga sanggup memerangi agama Allah. 
Tunggulah, kita akan menyaksikan musuh-musuh Allah itu berlumba-lumba menampilkan diri untuk memerangi agama Allah kemudian orang-orang yang munanfik akan mempertahankan mereka jika ada segerombolan mukmin bertindak mempertahankan agama. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat  - HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018 





































Pengepungan Amuriyah

PERSEKUTUAN antara kaum Musyrik dengan Ahli Kitab dalam memerangi Islam adalah lanjutan daripada perseteruan sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pada zaman Daulah Abbasiyah (750-1517M), umat Islam juga berhadapan dengan perkara yang sama, di mana pada tahun 222H, seorang pemimpin Mazdak Parsi, Babak telah memberontak dan menguasai Azerbaijan. Khalifah al-Mu'tashim (218-227H) telah mengirimkan 250,000 tentera dipimpin oleh Panglima al-Afsyin untuk mengalahkan Babak. 
Menyedari pasukannya hampir tewas, Babak telah meminta bantuan Kaisar Byzantine, Theofile (Tufail) untuk menjadi sekutunya bagi menewaskan Islam. Oleh kerana Babak terbunuh sebelum tentera Byzantine tiba, Theofile telah mengalih serangannya dan melanda Kota Zibathrah, lalu membunuh orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak pada tahun 223H. Ibnu Khaldun mencatatkan peristiwa ini di mana wanita-wanita menyebut nama khalifah untuk meminta bantuan. 
Al-Mu'thasim bertindak balas
Khalifah al-Mu'thasim atau nama sebenarnya, Muhammad bin Harun ar-Rasyid (179-227H) adalah khalifah ke-8 Daulah Abbasiyah sesudah al-Makmum dan merupakan salah seorang khalifah terbesar daulah ini. Beliau pernah menjadi Gabenor Syam pada zaman saudaranya, al-Makmum. Beliau bertanggungjawab membuka kota Samarra dan membawa masuk tentera Turki ke dalam pasukan Abbasiyah sehingga orang Turki menjadi sangat berpengaruh dalam Daulah Abbasiyah kemudiannya. Salah seorang Panglima Turki yang terkenal ialah Haidar bin Kaus yang terkenal sebagai al-Afsyin itu. Beliau merupakan salah seorang dari tiga Panglima yang mengepung kota Amuriyah. 
Menurut Ibnu Khaldun, berita seorang perempuan Bani Hashim yang berteriak meminta bantuan Khalifah Abbasiyah dengan menyebut nama al-Mu'thasim ketika dia ditawan oleh tentera Byzantine telah sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mu'thasim. Ketika itu Baginda sedang berada di atas ranjangnya, langsung bangun dan berkata, "Kami penuhi permintaanmu yang meminta tolong." Lalu beliau memerintahkan ketumbukan tentera digerakkan untuk membebaskan wanita tadi yang dianggap maruah bagi umat. 
Pengepungan Amuriyah dan penebusan maruah umat
Ketika mula bergerak menuju Tsughur untuk memerangi Theofile, Khalifah al-Mu'thasim bertanya tentang Kota Byzantine yang paling kukuh, lalu diberitahu tentang Kota Amuriyah yang tidak pernah dimasuki oleh orang Islam, bahkan ia menjadi jantung Kristian yang lebih agung dari Constantinople. Lalu mereka bergerak ke Kota Amuriyah bagi maksud tersebut. Setelah tiba di kota tersebut, perang pun dikobarkan walaupun sebenarnya Khalifah al-Mu'thasim hanya membawa 15,000 tentera berkuda, berbanding 200,000 tentera Byzantine. 
Saat perang mula tercetus, menurut Hamka, seorang tukang tenung melarangnya berperang kerana tentera Islam akan kalah. Tidak mempedulikan ramalan tersebut, beliau terus mengepung kota Amuriyah. Pengepungan ke atas kota Kristian ini berlaku pada 6 Ramadan 223H. Pengepungan ini berlaku selama 55 hari sehingga akhir Syawal 223H, di mana akhirnya kota Amuriyah berjaya ditawan, Kaisar Thoefile mengaku kalah dan perempuan Bani Hasyim tersebut dapat dibebaskan. Sejak dari itu, Kota Amuriyah jatuh ke tangan Islam. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
6 Ramadan 1439H / 22 Mei 2018M - HARAKAHDAILY 22/5/2018








































































\Sumber HD - 22-5-2018





































Qadhi Shahnun pengukuh Sunni di Afriqiya

SEJAK kejatuhan Daulah Umayyah (61-132H), keadaan umat Islam di wilayah Afrika Utara (Afriqiya) menghadapi kemelut mazhab ilmu kalam yang hebat. Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang berbeza aliran mazhab dengan Daulah Abbasiyah telah menyebabkan perpecahan umat. 
Kebanyakkan kerajaan yang muncul di Afrika Utara bermula pertengahan abad ke-3 Hijriyah adalah tidak beraliran Sunni. Antara yang terkenal ialah Dinasti Idrisiyah (172-375H) yang beraliran Syiah Hassaniyah, Dinasti Bani Wasul atau Midrariyah (140-296H) yang menganut Khawarij Shufriyah dan Dinasti Rustumiyah (144-296H) yang mendukung Khawarij Ibadhiyah. 
Kemunculan Daulah Ubaidiyah atau Fatimiyah (297-527H/910-1171M) di Qairuwan (Maghrib Ausat) telah melemahkan lagi aliran Sunni di Afrika Utara kerana daulah ini beraliran Syiah Ismailiyah. Satu-satunya kerajaan yang masih tunduk kepada Daulah Abbasiyah di Afrika Utara ialah Dinasti Aghlabiyah (184-296H) yang berpusat di Tripoli. Aghlabiyah masih menyebut nama Khalifah Abbasiyah dalam Khutbah Jumaat dan mata wangnya serta menganut Mazhab Sunni. 
Dinasti Aghlabiyah: Kuasa politik Sunni yang terancam
Dinasti Aghlabiyah diasaskan oleh Ibrahim bin al-Aghlab pada tahun 800M, di mana beliau adalah seorang Ulama dan Ahli Fekah (faqih) yang pernah berguru dengan Imam al-Laits bin Saad, guru Imam Syafi'ie yang dikenali sebagai imam bagi penduduk Mesir. 
Dengan latar belakang pendidikannya, Ibrahim al-Aghlab menjadikan Dinasti Aghlabiyah sebagai Kerajaan Sunni. Mereka juga kekal tunduk kepada Daulah Abbasiyah, walaupun wilayah sekitarnya, termasuk Andalusia tidak berbuat demikian. Khalifah Harun ar-Rasyid mengiktiraf Ibrahim al-Aghlab sebagai pemerintah wilayah Qairuwan sehingga berdirinya Dinasti Aghlabiyah ini. 
Namun begitu, kerajaan Aghlabiyah menghadapi ancaman yang besar kerana kebanyakkan orang Barbar telah menjadi pengikut Syiah atau Khawarij selepas kejatuhan Daulah Umayyah. Kemunculan serentak empat dinasti di Afrika Utara iaitu Midrariyah (Khawarij Shufriyah), Rustumiyah (Khawarij Ibadhiyah) dan Idrisiyah (Syiah Hassaniyah) telah menyebabkan Aghlabiyah tersepit, sedangkan kedudukannya jauh dari kota Baghdad, Pusat Daulah Abbasiyah. 
Pada zaman pemerintahan Abu Iqal al-Aghlab (223-226H), mereka terpaksa berhadapan dengan pemberontakan pelbagai suku Barbar yang beraliran Khawarij, sebelum munculnya minoriti Muktazilah pada zaman pemerintahan Abu Abbas Muhammad I (226-243H), kerana mazhab baru ini menjadi mazhab rasmi Daulah Abbasiyah di Baghdad. 
Mengukuhkan pengaruh Sunni 
Dalam menghadapi konflik, pemberontakan dan persaingan mazhab ini, Abu Abbas Muhammad I telah melakukan satu transformasi besar berasaskan politik keagamaan dalam Dinasti Aghlabiyah, iaitu mengukuhkan kedudukan Mazhab Sunni. Selain mengawal minoriti Muktazilah, menangani pergolakan suku-suku Barbar Khawarij dan menyelesaikan pemberontakan Salim Ghalabun dan Umar at-Tujibi, beliau juga bertindak melantik Ketua Qadhi Aghlabiyah dari seorang tokoh Ulama Sunni yang terkenal. 
Perlantikan al-Qadhi Shahnun bin Saad bin Habib at-Tanukhi al-Faqeh, seorang Ulama Besar bermazhab Maliki pada 5 Ramadan 234H menjadi batu tanda bahawa dinasti ini berorientasikan Mazhab Sunni, walaupun kerajaan sekitarnya bermazhab Syiah dan Khawarij, sedangkan Daulah Abbasiyah sendiri bermazhab Muktazilah. 
Kerana pengukuhan Sunni ini, selepas kejatuhan Idrisiyah pada 375H dan Fatimiyah pada 527H, Mazhab Maliki menjadi mazhab terbesar di Afrika Utara. Namun begitu, Dinasti Aghlabiyah juga akhirnya tumbang di tangan Daulah Fatimiyah pada tahun 296H. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
5 Ramadan 1439 / 21 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018 






































Ramadan bulan tetamu Allah

RAMADAN disambut gembira oleh Rasulullah S.A.W sehingga ketibaannya diucapkan selamat datang, kerana bulan ini dijemput menjadi tetamu Allah. Firman-Nya: 
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ 
مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥)
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam keadaan musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana kamu mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(al-Baqarah: 185) 
Allah menghidangkan di Bulan Ramadan kepada hamba-Nya yang beriman makanan roh dan jasad. Dua aspek dalam diri manusia yang membezakan mereka dengan makhluk lain, sehingga ditugaskan beribadat kepada Allah, memakmurkan bumi (khilafah) dan menunaikan amanah (melaksanakan hukum Allah). Tugas yang tidak boleh dilakukan oleh para malaikat yang berada di alam rohani dan haiwan yang berjasad tanpa akal yang menjadi sebahagian daripada aspek rohani. 
Ibadat puasa dan ibadat lain dijanjikan fadilat berlipat ganda di Bulan Ramadan, adalah hidangan makanan rohani yang mencipta sifat takwa yang menentukan martabat kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman-Nya: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ 
تَتَّقُونَ ( ١٨٣)
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
(al-Baqarah: 183) 
Sifat takwa menentukan kedudukan seseorang di sisi Allah, bukan baka dan keturunan, pangkat dan harta, rupa paras dan warna kulit. Firman Allah S.W.T: 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ 
أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (asalnya) dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu bertaaruf (dan berkenal mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(al-Hujurat: 13) 
Kesediaan menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas sehingga meninggalkan perkara yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum serta kemahuan jasad mengikut nafsu yang dihalalkan pada bulan yang lain walaupun menjadi rukun kehidupan adalah tarbiyah jati diri yang taat dan ikhlas kepada Allah yang menjadikan konsep takwa sama ada menunaikan yang wajib atau meninggalkan yang haram, serta melakukan perkara yang tidak wajib dan tidak haram mengikut sempadan Allah berkonsepkan Ubudiyyah. 
Ibadat puasa itu banyak kadar pahalanya dalam ilmu Allah, tidak digandakan sekurang-kurangnya 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda seperti ibadat yang lain. Kalau ditinggalkan tanpa keuzuran, puasa Qada hanya denda yang wajib, namun pahala satu hari puasa tidak mampu diganti oleh puasa selama-lamanya. Digandakan juga pahala ibadat yang lain pada Bulan Ramadan. Dikurniakan pula dengan satu malam yang dinamakan Lailah Al-Qadar, apa sahaja ibadat yang dilakukan bertepatannya lebih baik daripada 1000 bulan. 
Bulan Ramadan juga menjadi pilihan al-Quran diturunkan ke alam dunia. Al-Quran itu kitab suci umat Islam di akhir zaman. Kalam Allah, mukjizat ilmu kepada Rasul Akhir Zaman S.A.W dan kepada umatnya menjadi petunjuk dalam semua perjalanan kehidupannya, bersendiri, berkeluarga dan bermasyarakat, sehingga melibatkan politik, ekonomi dan sosial, di peringkat negara sehinggalah antarabangsa dan negara. 
Al-Quran bukannya buku cerita atau laporan kegiatan alam semesta, walaupun di dalamnya disebut perkara ini, bahkan tujuannya menjadi dalil ketuhanan Allah yang Maha Esa, Kesempurnaannya yang tiada bandingan dan tandingan. Seluruh alam adalah ciptaan-Nya, dalam masa yang sama di bawah pemerintahan-Nya. Perlembagaan-Nya dan Undang-undang-Nya menguasai seluruh alam semesta. Alam nyata dan ghaib, alam dunia dan akhirat. Maka alam dunia dan semua negara dan makhluk-Nya adalah segelintir yang kecil di bawah Kerajaan Allah. 
Al-Quran adalah kitab suci kepada umat manusia di akhir zaman ini. Bulan Ramadan yang dipilih al-Quran diturunkan ke alam dunia bersama diwajibkan berpuasa meninggalkan makan, minum dan hawa nafsu yang menjadi rukun hidup, menunjukkan betapa al-Quran itu wajib diimani dan dihayati oleh manusia. Hanya mereka yang bertakwa menerima al-Quran menjadi petunjuk. Firman Allah S.W.T: 
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (٢)
“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa”
(al-Baqarah: 2) 
Allah yang mencipta manusia menetapkan juga keperluan jasadnya, maka tidak diwajibkan berpuasa sepanjang hari dan malam atau sepanjang hayatnya, hanya siang hari di Bulan Ramadan. Maka diizinkan berbuka selepas berpuasa dan bersahur menjadi persediaan untuk berlapar di siang hari. Upacara makan dan minumnya di masa bersahur dan berbuka itu diberi keberkatan dan pahala, yang berbeza dengan keadaan biasa. 
Waktu berpuasa dan berbuka pula mendidik sifat sabar dan syukur dalam sifat bersendirian, berkeluarga dan bermasyarakat, kerana orang yang tidak pernah lapar dan haus tidak mengerti sifat syukur dan sabar. Maka puasa Ramadan bukan sahaja membina jati diri untuk diri seseorang, bahkan menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang berkebajikan di antara kalangan mereka yang senang berada dengan kalangan yang menderita kesusahan hidup. Maka digalakkan bersedekah dan berjamu berbuka puasa yang menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W sangat pemurah di Bulan Ramadan, bukan sahaja kuat ibadatnya. 
Kalaulah Ramadan diambil peluang menerima hidangan Allah, maka selamat dunia dan akhirat, kerana bersama petunjuk Allah secara amali. Meninggalkan petunjuk Allah yang bernama Islam menyebabkan bencana kehidupan manusia sepanjang zaman sehingga terkini. Firman Allah S.W.T: 
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا 
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(ar-Rum: 41)
Sejahtera Bersama Islam
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Ramadan 1439 / 21 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018 














































































Muiz Lidiinillah pembuka Kota Kaherah

KAHERAH adalah sebuah bandar raya yang terkenal di dunia Islam sejak abad ke-10M kerana peranannya sebagai Pusat pentadbiran dan Pusat keilmuan Islam yang terkemuka sesudah Baghdad, Damsyik, Cardova dan Timbuktu pada zaman keagungan Islam itu. 
Di Utara Afrika sendiri, kota-kota besar telah wujud lebih awal seperti Iskandariah, Qairuwan dan Fez yang menjadi Pusat-pusat pentadbiran kerajaan sejak zaman Rom hingga Kerajaan Idisiyah, Aghlabiyah dan Tuloniyah. 
Sejarah pertumbuhan Islam di Mesir bermula dengan pembukaan oleh Amru bin al-As pada tahun 21H. Beliau mendirikan Kota Fustat sebagai Pusat pentadbiran, sebelum al-Hamra al-Qaswa dibangunkan pada zaman Abbasiyah. 
Pada zaman al-Fadhl bin Soleh, didirikan Bandar al-Askar yang digabungkan dengan Fustat, selanjutkan Ahmad bin Tulon (868-884M) mengasaskan Bandar al-Qataie pada tahun 265H. Daulah Fatimiyah yang asalnya berpusat di Qairuwan telah memindahkan kerajaannya ke Mesir, dan Bandar Kaherah didirikan kerananya. 
Pembinaan Kota Kaherah
Setelah berdirinya Daulah Fatimiyah pada 909M (296H), mereka telah berjaya menguasai Mesir pada 969M (358H) yang sebelumnya berada di bawah Kerajaan Ikhsidiyah. 
Panglima Jauhar as-Siqilli yang membuka Mesir telah menjadi Gabenor wilayah ini hingga 972M. Beliau bertanggungjawab membangunkan bandar baru yang dinamakan sebagai Kaherah untuk dijadikan ibu kota yang baru Daulah Fatimiyah yang ketika ini dipimpin oleh Sultan al-Muiz Li Diinillah (953-975M) sebagai khalifah. 
Pada asalnya, Kota Kaherah didirikan di atas tanah seluas 340 ekar dalam bentuk empat segi dengan setiap sisinya sepanjang 1,200 ela. Kota yang dibangunkan pada tahun 359H ini berfungsi sebagai Pusat pentadbiran baru menggantikan kota lama, Fustat. 
Turut dibangunkan ialah Masjid al-Azhar sebagai keilmuan terulung yang kini dikenali sebagai Universiti al-Azhar. Kaherah juga berfungsi sebagai Pusat pengembangan pengaruh ideologi dan politik Fatimiyah di mana pengajian Syiah dikembangkan. Dan dari Kaherah juga Fatimiyah kemudiannya menguasai Palestin, Syam dan Hijaz. 
Kaherah menjadi Pusat Tamadun
Setelah pembinaan Kota Kaherah berjaya dilaksanakan, Sultan al-Muiz Li Diinilah telah bergerak meninggalkan Qairuwan menuju ke Mesir dan tiba di kota ini pada 4 Ramadan 362 untuk memindahkan Ibu Kota Fatimiyah. 
Keesokannya, beliau secara rasmi menjadikan Kaherah sebagai Pusat pentadbiran yang baru dan seluruh pentadbiran kerajaan dipindahkan. Sultan al-Muiz memperkenalkan sistem pentadbiran baru Fatimiyah menerusi pembentukan Diwan-diwan dan Wazir seperti Dewan Majlis, Dewan Nazar, Dewan Tahkik, Dewan Barid, Dewan Tartib, Dewan Kharaj dan lain-lain. Jawatan khusus seperti Qadhi, Ketua Dakwah, Inspektor Pasar, Bendahari Negara dan Qari diwujud untuk memperkasakan pentadbiran negara. 
Selepas kejatuhan Fatimiyah pada 1171 (566H), Kaherah telah dikuasai oleh Dinasyi Ayubiyah (1172-1341) yang bertanggungjawab menukar fungsi Kaherah sebagai Pusat Mazhab Sunni, sebelum munculnya Dinasti Mamalik (1341-1517) yang menjadikan Kaherah sebagai Pusat pentadbiran baru Daulah Abbasiyah (1262-1517) setelah Baghdad diserang Hulagu Khan pada 1258. 
Kaherah yang terkenal sebagai kota seribu menara ini telah melahirkan Tokoh-tokoh Ulama dan cendikiawan Islam yang terkenal, dengan Universiti al-Azhar menjadi Pusat pendidikan Islam terulung. Walaupun kota ini pernah jatuh ke tangan Perancis dan British pada abad ke-19, namun ia tetap menjadi pintu kepada Tamadun Islam hingga hari ini. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
4 Ramadhan 1439 / 20 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018 

Ahad, 20 Mei 2018


PAS minta Harapan jangan batal Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)


PETALING JAYA: PAS menggesa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) meneruskan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11, termasuk projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) demi manfaat rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PH perlu mengkaji semula kos dan perjanjian ECRL untuk menepati piawaian kewangan sihat.

Beliau turut menggesa projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan Lebuhraya Utama Tengah yang melalui Pahang ke Kelantan, diteruskan.

Katanya, jika semua pihak berpegang kepada konsep federalisme dan saling menghormati hak masing-masing, Malaysia mampu terus membangun secara progresif tanpa ada negeri yang ketinggalan.

“Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. Pilihan rakyat haruslah dihormati.

“Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ke-3 yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan atau pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan berkata kos keseluruhan projek ECRL melebihi RM55 bilion kerana jumlah yang diumumkan sebelum ini hanya meliputi fasa pertama.

“Fasa ke-2 pula adalah RM11 bilion. Fasa lain pula jumlahnya lebih (banyak),” kata Daim yang enggan mengulas sama ada kerajaan wajar meneruskan projek ECRL dan semua projek mega di negara ini akan dikaji semula sebelum cadangan dibentangkan kepada kerajaan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menyambut baik kesediaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20% dan berharap PH tidak meneruskan politik balas dendam yang didakwanya diamalkan kerajaan BN.

“Kesediaan terbaharu daripada Tun M itu memungkinkan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang meneruskan momentum menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi contoh di peringkat antarabangsa, susulan peralihan kuasa yang damai selepas pilihan raya umum ke-14.

“Bersangkutan dengan itu, PAS juga menaruh harapan agar semua peruntukan per kapita lain yang layak diterima oleh negeri-negeri dapat disalurkan tanpa apa-apa sekatan, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.”

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dilaporkan berkata, royalti minyak dan gas tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS.

Katanya, kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Dr Mahathir akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Sumber MR - 20-5-2018

Collective Contribution Required To Build Welfare State

KUALA TERENGGANU — The people need to collectively contribute to the state if they wish to establish a welfare state in accordance with the Islamic principles, says PAS president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

He said people should place religious interests first, by allowing the government to implement its administration in accordance with Islamic teachings.

“In a welfare state, Islam encourages its people to perform welfare themselves, not just wait for the state (government) to do so. If we look into history,

“the Muslims had always been willing to build mosques using their own money to earn reward,” he said when delivering a lecture at the Rusila Mosque, on Friday.

He added that although the government was responsible for the welfare of the people, it would be more complete if all parties played a role.
— BERNAMA

Sumber HD - 10-5-2018










































Sultan Murad II mengepung Constantinople

CONSTANTINOPLE merupakan sebuah kota strategik yang dikuasai oleh orang-orang Kristian, yang pernah dijanjikan oleh Nabi S.A.W bahawa ia akan dibuka oleh pemimpin terbaik. Kota ini dibuka oleh Kaisar Constantine pada tahun 330SM sebagai ibu kota empayar Rom Byzantine. 
Ia mempunyai kedudukan yang sangat strategik di pinggir Bosphorus, terutama untuk menguasai politik dan ekonomi Eropah. Kota ini menjadi Pusat Agama Kristian sehingga kejatuhannya pada 29 Mei 1453M. 
Semenjak Islam bangkit menjadi sebuah empayar yang besar pada zaman Saidina Umar al-Khattab, ekoran jatuhnya Parsi, Baitulmaqdis, Damsyik dan Mesir ke tangan Islam, usaha-usaha untuk membuka Constantinople telah digerakkan bermula dengan gerakan Saidina Ali bin Abi Talib pada tahun 34H, dan diteruskan oleh Daulah Umayyah yang dipacu oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 44-48H. 
Dalam tempoh selama hampir 800 tahun ini, sebanyak 12 ekspedisi dilakukan ke atas kota ini, iaitu sekali oleh Saidina Ali, lima kali oleh Daulah Umayyah, sekali oleh Daulah Abbasiyah dan lima kali oleh Daulah Othmaniyah. Kali pertama penyerbuan Othmaniyah dibuat oleh Sultan Yildirim Beyazid (793, 799 dan 802H), diikuti oleh Sultan Murad II (825H) dan akhirnya kejayaan dicapai oleh Sultan Mohammad al-Fateh pada tahun 857H (1453M). 
Sultan Murad II: Sang pemberani
Sultan Murad II (1421-1451) adalah Sultan Daulah Othmaniyah yang keenam. Beliau adalah cucu kepada Sultan Yidirim Beyazid dan ayah kepada Sultan Mohammad al-Fateh. Beliau menjadi Sultan sebanyak dua kali, di mana pada 1444-1446, beliau menyerahkan tahkta kepada anaknya, Mohammad al-Fateh, telah kembali menjadi Sultan untuk menghadapi serangan-serangan orang Eropah ke wilayah Othmaniyah. Pada zamannya terjadi banyak perperangan dengan orang Kristian Eropah. 
Ketika beliau mengambil alih kerajaan dari ayahnya, Mohamad I Celebi (1413-1421M), beliau berhadapan dengan pemberontakan bapa saudaranya, Mustafa Celebi yang disokong oleh Kaisar Byzantine, Manuel II. Mustafa Celebi kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Adrianople, sebelum ditumpaskan oleh Sultan Murad II. 
Baginda kemudiannya menubuhkan tentera Azeb pada 1421M, dan dapat menguasai Aydin, Germain, Menteshe dan Teke di Anatolia. Dalam tempoh antara 1428-1444M, Baginda berjaya menguasai Venezia, Karamanoglu, Serbia dan Hungary. Selepas menguasai Balkan dan Serbia, Othmaniyah menyertai Perang Varna pada 1444M untuk menentang gabungan Rom. 
Kekalahan Baginda dalam Perang Jalowaz pada 1444M telah menyebabkan Baginda turun takhta dan menyerahkannya kepada Sultan Mohammad al-Fateh. Pada 1446M, Baginda menjadi Sultan semula untuk menghadapi gabungan Kristian dalam Perang Kosova II pada 1448M dan dan mendepani serangan Mughal yang dipimpin oleh Shah Rokh, anak Temur Lenk. Pada 1450M, serbuan dibuat ke atas Albania dan Kruje, sebelum Baginda wafat pada 1451M. 
Pengepungan Constaninople: Merintis kebangkitan Othmaniyah
Kejayaan Sultan Murad II menyelesaikan pemberontakan Mustafa Celebi telah menimbulkan konflik baru dengan Byzantine kerana kuasa Kristian itu menaja gerakan pemberontakan. Pada 3 Ramadhan 825H bersamaan 21 Ogos 1422M, Sultan Murad II dengan pasukan Azeb telah melakukan pengepungan besar ke atas Constantinople. 
Ia ada lanjutan daripada tiga serangan Sultan Yildirim Beyazid sebelumnya, sekali gus untuk mengajar Byzantine yang cuba menaja gerakan pemberontakan sebelumnya. Pengepungan dengan 20,000 tentera Azeb ini telah menyebabkan beberapa wilayah Byzantine di sekitar Constantinople jatuh ke tangan Othmaniyah. 
Untuk menyekat kemaraan Sultan Murad II, Kaisar Manuel II telah menggunakan helah dengan menghasut adinda sultan, Sehzade Mustafa untuk memberontak. Mustafa yang dikahwinkan dengan puteri Kaisar Ioannes VIII telah berpakat dengan Karamanoglu, Germain dan Hamit untuk menyerang Bursa pada 1422M. Tindakan Mustafa telah menyebabkan Sultan Murad II membatalkan hasratnya menawan Constantinople. Baginda menarik tenteranya untuk mempertahankan Bursa. Constantinople kemudiannya jatuh ke tangan Islam pada 1453M di bawah Sultan Mohammad al-Fateh. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
3 Ramadhan 1439 / 19 Mei 2018 -  HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018 











































Sabtu, 19 Mei 2018


Insan yang dihina dan difitnah setiap hari


Insan yang dihina dan difitnah setiap hari. Mereka kata beliau terima duit umno 90 juta, sampai tok guru bawa kes ke mahkamah London untuk dibicara.

Insan ini dikatakan mahu PAS bergabung dengan umno, sedangkan UG itu bermaksud Kerajaan perpaduan yang tiada pembangkang. Buktinya berlaku di Perak dan Kedah baru2 ni. 10 tahun mereka menjaja fitnah tersebut.

Insan ini dituduh penunggang agama, sedangkan beliau memegang jawatan Naib Kesatuan Ulama' Sedunia. Ulama' seluruh dunia menghormati beliau, tetapi sayangnya org Islam di Malaysia masih ramai mencaci beliau.

Insan ini dikatakan tak cerdik politik, beliau menulis banyak buku mengenai politik Islam dan memperkenalkan kerajaan tenokrat.

Beliau menghabiskan banyak masa dengan menulis buku. Pendiriannya tegas, sehingga ramai yang membenci beliau.

Kita ni nak bangun subuh pun liat, sedangkan beliau bermunajat setiap dinihari. Tidurnya tak lena, memikirkan ummah.

Beliau sahaja yang masih tinggal. Sahabat2nya yang lain sudah pun meninggalkannya (Ust Fadhil Noor, Ust Abu bakar Chik, TG Harun Din, TG Nik Aziz, TG Harun Taib).

Amanah yang dipikul tersangatlah berat, memastikan manusia hidup dalam syariat.

Buat para pemfitnah,segeralah bertaubat dan memohon maaf padanya. Hargailah beliau selagi beliau masih hidup.

Mira Kay


## Imam Syafi’i (Rohimahullah) pernah ditanya oleh salah satu muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?.

” Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan menunjukimu siapa pengikut kebenaran”…

Sumber MR - 19-5-2018












































Perutusan Presiden PAS Sempena Bulan Ramadan 1439H

Bulan Ramadhan bulan anugerah daripada Allah S.W.T, di mana kita dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T dengan diberi ganjaran dan fadilat berlipat kali ganda melalui ibadat khusus di Bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, bersahur dan Solat Terawih atau ibadat umum yang biasa kita lakukan di bulan yang lain.

Bulan ini juga bulan memperbaiki akhlak dan aspek rohani dengan meninggalkan amalan yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun sah dari segi hukumnya. Lakukan sebanyaknya ibadat sunat sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran mendatang. Ambil kesempatan berdoa di waktu yang makbul dan pelihara rukun-rukun dan adab-adab puasa supaya tidak kerugiaan.

Ini semua hidangan yang wajib kita ambil kesempatan sepanjang sebulan dan mestilah kita menerima undangan Allah ini dengan sebaik-baiknya. Semua ibadat ini mengandungi fadhilat yang amat besar kepada mereka yang berhajat kepada Allah. Kita mohon pertolongan dan berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan ibadat dan mujahadah melawan hawa nafsu.
Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

“Wahai orang-orang beriman! DIwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber BO - 17-5-2018

Perang Syaqhab akhiri penjajahan Mughol

EMPAYAR Mughol (Mongol) telah bergerak meluaskan kawasan taklukan mereka sejak 1206M dan akhirnya berjaya menumbangkan Daulah Abbasiyah di Baghdad pada tahun 1258M (656H). Gerakan yang dimulakan oleh Genghis Khan (1155-1227) ini telah membolehkan cucunya, Hulagu Khan (1217-1265) menakluki Baghdad dan meneruskan penjajahannya ke Damsyik di wilayah Syam. Kejatuhan Daulah Abbasiyah di Baghdad telah menyebabkan umat Islam dipimpin pula oleh Dinasti Mamalik yang berpusat di Mesir. 
Setelah menubuhkan Kerajaan Ilkhanate Mughol di Parsi, Hulagu telah menguasai Allepo (Halab) di Syam tanpa perperangan dan berusaha menguasai Damsyik pada 1260. Beliau merancang untuk menghancurkan Daulah Ayubiyah di Syam dan Daulah Mamalik di Mesir. Dalam gerakan ini, Hulagu bertempur dan tewas kepada Daulah Mamalik dalam Perang Ain Jalut pada 1262M. 
Mughol meluaskan jajahan
Selepas kekalahan di Ain Jalut, Raja Mughol, Mahmud Ghazan Khan (1271-1304) berusaha meluaskan semula penguasaan Mughol ke atas Syam, walaupun beliau telah pun memeluk Islam pada 1295M. Beliau berkeinginan untuk melanjutkan gerakan moyangnya, Hulagu dengan menyerang Damsyik pada 1303M. 
Dinasti Ilkhanate ini dikatakan telah memeluk Islam, tetapi tidak mengamalkan Islam dalam pemerintahannya, bahkan bersikap Liberal terhadap agama-agama lain sehingga beberapa Ulama menolak mereka sebagai Kerajaan Islam. Mahmud Ghazan mengatur strategi untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan di sekitarnya atas semangat kebangsaan Mughol, sedangkan ketika ini Kerajaan Islam di Syam baru sahaja menamatkan Perag Salib (1095-1291) dengan tentera Kristian. 
Ghazan yang pada awalnya berhadapan dengan pemberontak Mughol seperti Chagatai dan Ogedei, telah berjaya mengatasinya, kemudian Sulemish dari Oirat dan Baltu dari Jalayir memberontak terhadap Ilkhanate di Turki sehingga menghalang rencara Ghazan menyerang Syam. 
Ghazan, atas semangat Mughol membina hubungan kuat dengan Khan Agung Yuan dan Mongolia, di mana Temur Khan (Temur Lenk) menghantar tentera ke Parsi pada 1296 untuk mengukuhkan pengaruh Mughol di Asia Barat. Kerana itulah, Ghazan mengatur usaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Syam dan Mamalik di Mesir. 
Serangan Ghazan dan tercetusnya Perang Shaqhab
Dengan kerjasama tentera Kristian Eropah dan sokongan bangsa Mughol, Ghazan telah menghantar tentera untuk menguasai Syam bermula dengan kejayaan mereka menakluk Allepo pada 1299 dalam Perang Wadi al-Khazandar, diikuti oleh kejatuhan Homes dalam gerakan mereka menuju ke Gaza. 
Umat Islam yang berhadapan dengan serangan ini telah dipimpin oleh Sultan Nasr al-Qalawun Mamalik dan seorang Tokoh Ulama yang memainkan peranan utama iaitu Ibnu Taimiyah. Ibnu Taimiyah berusaha membangkitkan semangat jihad umat Islam yang baru kehilangan Allepo, dan dalam masa yang sama cuba memujuk Ghazan atas nama Islam untuk menghentikan serangan setelah Ghazan memasuki Damsyik pada awal 1300M. 
Ibnu Hajar mendakwa panglima Ghazan telah murtad dan memeluk Kristian, yang menyebabkan tentera Salib kembali bersemangat untuk meruntuhkan Islam. Tentera Mughol yang dipimpin oleh Qulthusyah telah bergabung dengan beberapa ketumbukan Kristian, termasuk dari Armenia telah bersiap untuk menawan Damsyik pada April 1303M. 
Perang Shaqhab atau Perang Marj as-Saffar tercetus di Selatan Damsyik pada 20 April 1303M bersamaan 2 Ramadan 702 antara tentera Mamalik dengan tentera Mughol yang disokong oleh Armenia. Tentera Islam dipimpin oleh Baibar Jashankir dan Nasr Mohamad Ibnu Qalawun, di samping Ibnu Taimiyah. 
Perperangan selama tiga hari ini dimenangi oleh pasukan Mamalik setelah 60,000 daripada 80,000 tentera Mughol berjaya ditewaskan. Seramai 20,000 tentera Islam turut terkorban. 
Kejayaan Mamalik mengalahkan Mughol dalam Perang Shaqhab yang berlaku pada 2 Ramadan 702H ini telah membolehkan Daulah Mamalik-Abbasiyah menguasai semula sepenuhnya Syam. Kekalahan Mughol pula telah menamatkan sama sekali gerakan penjahahan Mughol ke atas Syam sejak kekalahan Hulagu dalam Perang Ain Jalut pada 1260, dan Asia Barat tidak lagi terancam oleh gerakan ketenteraan Mughol. 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
2 Ramadan 1439 / 18 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018 






























































































Pembukaan Khurasan Daulah Abbasiyah

KHURASAN adalah sebuah kota tua yang pernah dikuasai oleh Alexander The Great (356-233SM). Alexander telah membina sebuah kota tentera, Merv yang kemudiannya dikuasai oleh Dinasti Seleucids (305-64SM). Kota ini menjadi kota yang besar dan penting di wilayah Parsi. Walau bagaimanapun, pada tahun 637M, Parsi telah jatuh ke tangan Islam iaitu pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ekoran itu, Islam turut berjaya membuka kota Merv pada 643M. Selepas kematian Umar, Khorsu Yezdegrid III telah memberontak, sebelum ditumpaskan oleh Khalifah Osman bin Affan. Sejak itu, Merv dikuasai oleh Islam, termasuk Daulah Umayyah (661-750M). 
Daulah Umayyah yang diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan telah menguasai seluruh wilayah Islam dari Andalus hingga Transoxiana dan Sind (India). Selepas kewafatan Khalifah Hisham bin Abdul Malik (724-743), keadaan Kerajaan Umayyah mulai melemah kerana khalifah sesudahnya tidak berkaliber. Dalam masa yang sama, berlaku gerakan politik Bani Alawiyah dan Bani Abbasiyah untuk menguasai kekhalifahan. Daulah Umayyah akhirnya tumbang pada tahun 750M, dan berdiri pula Daulah Abbasiyah (750-1517M) sebagai khalifah yang baru. 
Panglima Abu Muslim al-Khurasani
Abu Muslim al-Khurasani atau nama sebenarnya, Ibrahim bin Osman bin Bashar merupakan panglima dan propagandis utama yang bertanggungjawab membangkitkan penubuhan Daulah Abbasiyah. Beliau yang berketurunan Parsi dilahirkan di Esfahan dalam tahun 726M (113H), dan meninggal dunia pada 755M. Beliau merupakan seorang yang revolusioner dan cekap, sehingga dapat menjatuhkan Daulah Umayyah dan berperanan besar dalam mengangkat khalifah yang pertama, Abu Abbas Abdullah as-Saffah di Kufah pada tahun 750M ketika wujudnya persaingan dengan Bani Alawiyah. 
Abu Muslim yang dididik dalam gerakan bawah tanah di bawah Isa al-Ma'qal dan Idris al-Ma'qal al-Ajli, sebelum menyertai Sulaiman al-Kathir, seorang pemimpin gerakan Abbasiyah telah muncul sebagai tokoh penting ketika usianya mencecah 19 tahun. Beliau dilantik oleh Ibrahim al-Imam, ketua gerakan Abbasiyah sebagai propagandis. Beliau menyatukan semua gerakan anti-Umayyah termasuk Bani Alawiyah, golongan Syiah dan orang Parsi. Beliau menggerakkan kempen daulah untuk Bani Hashim sama ada Alawi atau Abbasi. 
Sehingga Ibrahim al-Imam ditangkap dan dibunuh oleh Daulah Umayyah, belum ada gerakan ketenteraan dibuat ke atas Daulah Umayyah. Pengganti Ibrahim al-Imam, saudaranya, Abu Abbas Abdullah as-Saffah menyerahkan kepercayaan kepada Abu Muslim, sehingga gerakan ketenteraan pertama dibuat di Khurasan pada tahun 747M. 
Pembukaan Merv: Pembangkit Abbasiyah
Kebangkitan Daulah Abbasiyah boleh dikatakan bermula dengan gerakan ketenteraan yang dilakukan oleh Abu Muslim dalam menguasai Khurasan dan membina pengaruh Abbasiyah di sana pada tahun 747M. Gabenor Khurasan ketika ini ialah Nasr bin Sayyar, seorang pemimpin yang berketurunan Mudhar. Beliau menghadapi tentangan kuat daripada kelompok Khawarij yang dipimpin oleh Syaiban. Di samping itu juga, satu pemberontakan politik orang Yaman telah dibuat oleh Judi al-Kirmani. Abu Muslim melagakan kelompok Arab, Yaman dan Mudhar di Khurasan. 
Pada 1 Ramadhan 129H bersamaan 16 Mac 747M, Abu Muslim telah memasuki kota Merv untuk melakukan gerakan ketenteraan ke atas Gabenor Khurasan, Nasr bin Sayyar. Pembunuhan Judi al-Kirmani oleh Nasr bin Sayyar telah membolehkan Abu Muslim menarik sokongan Ali bin Judi al-Kirmani yang memimpin orang Yaman. Gabenor Nasr bin Sayyar kemudiannya berjaya dikalahkan sehingga kota Merv dan Naisabur jatuh ke tangan Abu Muslim. 
Kejayaan Abu Muslim menguasai Khurasan dalam gerakan ketenteraan yang dibuat pada 1 Ramadhan 129H ini, telah menamatkan kekusutan politik akibat kelemahan Daulah Umayyah. Pada tahun 750M, Khalifah terakhir Daulah Umayyah, Muhammad bin Marwan yang dapat dijatuhkan, dan Abu Muslim berperanan besar untuk mengangkat Abu Abbas as-Saffah sebagai khalifah yang baru di Kufah, sekali gus mengasaskan Daulah Abbasiyah. Daulah Abbasiyah kemudian mencapai pelbagai kejayaan, kemajuan dan tamadun dengan memimpin umat Islam selama 767 tahun (750-1517M). 
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
1 Ramadhan 1438 / 17 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018 















































Jangan kalut nak rampas, isi dulu kemenangan

KUALA LUMPUR: Ucapan sulung Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di hadapan ribuan penyokongnya malam tadi sebaik sahaja dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong seolah-olah 'mengisytiharkan perang’ terhadap PAS. 
Beliau berkata Kelantan, Terengganu dan lain-lain next round (pusingan akan datang), kalau semua menang, no fun (tidak seronok) di pengakhiran ucapannya dengan sambutan tepukan gemuruh dari para penyokongnya. 
Memberi kenyataan balas terhadap ucapan terbuka DSAI itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan untuk mengisi dan menggalas dahulu kemenangan yang telah dikecapi. 
"Jangan kalut nak rampas merampas, isi dulu kemenangan yang dah ada dalam tangan," katanya kepada Harakahdaily. 
Azman menyifatkan ucapan sulung itu seolah-olah angkuh serta bongkak dan mengajak DSAI berlapang dada menerima kemenangan dengan tasbih dan istighfar. 
Ujarnya lagi, beliau kasihan kepada DSAI yang menyimpan hasrat tersebut kerana beliau sendiri sebenarnya tidak memahami realiti politik rakyat di Kelantan dan Terengganu. 
"Orang Kelantan dan Terengganu sangat anti dengan politik angkuh. Kita tak terguris apa-apa dengan ucapan sebegitu. 
"Cuma kesian kerana pengucapnya tidak memahami keadaan sebenar politik di Kelantan dan Terengganu. 
"Untuk itu, saya nasihatkan beliau supaya terus berlapang dada kerana Allah ajar kita terima kemenangan dengan tasbih dan istighfar," katanya yang juga Exco Kerajaan Terengganu. – HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018 

PAS terbuka disertai untuk Islam dibangunkan

DI kala ada desas-desus penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) menuntut agar kepimpinan tertinggi PH menutup pintu kepada mana-mana pimpinan dan ahli BN daripada menyertai mana-mana parti dalam PH. Kononnya akan membawa penyakit BN dan Umno ke dalam tubuh PH. 
PAS membuka pintu kepada siapa sahaja (bukan hanya Umno dan BN) untuk bersama dengan PAS. Berta'awun dan bertolongan dalam membangunkan Islam. Jika ahli-ahli Umno sedang mencari sebuah parti Melayu yang berasaskan perjuangan Islam, maka PAS adalah teduhan yang boleh mereka yakini. 
Kalau kita pernah mendengar kisah Sahabat Nabi yang ditugaskan menjaga panji-panji Islam dalam sebuah peperangan, sehinga terpotong kedua tangannya. Lalu panji-panji itu dikepit dengan kedua pahanya. Kemudian dipotong kedua-dua pahanya. Namun panji-panji kemuliaan Islam tetap dijaganya. 
Begitulah keteguhan PAS dalam menjaga prinsip dan izzah Islam. Lalu jangan ingat PAS panik dan gusar dengan sedikit kekalahan itu. Bahkan kekalahan kecil itu adalah pembakar semangat untuk PAS lebih mencintai Allah, Rasul dan Islam. 
Biarlah PH menutup pintu untuk Umno. Namun PAS membuka seluas-luasnya pintu untuk mereka bersama PAS. Islam sebagai Rahmatan lil 'Alamin bukan sekadar slogan namun itulah realiti yang dihayati. Kalau PH menganggap ahli-ahli Umno sebagai pembawa penyakit kepada PH jika penghijrahan mereka diterima, maka PAS sebaliknya. Ahli Umno adalah hamba Allah yang punya potensi diri untuk menjadi hamba Allah yang baik sebagaimana manusia lain. Ayuh saudara-saudaraku ahli Umno dan BN kita bersama dalam wadah PAS untuk sama-sama menjunjung Islam. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
15 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 16/5/2018
Sumber HD - 16-5-2018 


































































































Kecaman terhadap pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis

TINDAKAN Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin, ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin. 
PAS bersama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan membela nasib rakyat Palestin. 
PAS berharap pimpinan negara umat Islam tidak bersikap dingin dan pengecut dalam menghadapi tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang tidak menghormati hak penduduk Palestin dan membunuh mereka tanpa perikemanusiaan. 
Umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitul Maqdis dengan segala pengorbanan. 
Kita mendoakan supaya Allah menetapkan pendirian rakyat Palestin dan tidak akan menyerah kalah walaupun sikap negara Arab mengecewakan. 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Syaaban 1439 / 15 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 15-4-2018 


















































Menjaga perpaduan dalam pembentukan kerajaan negeri dan pusat

PAS memerhati dengan serius perkembangan politik semasa selepas PRU14 dalam tempoh pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perkara utama yang mesti dijaga adalah perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam fasa peralihan kuasa. 
Selain itu, PAS memandang serius hal ehwal kepentingan Islam dan hak umat Islam yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan yang baru dilantik, selari dengan majoriti penduduk Malaysia dari kalangan Melayu Islam. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Syaaban 1439 / 14 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 14/5/2018
Sumber HD - 14-5-2018 

‘Kingmaker’ PAS Offers Pakatan, BN ‘Government Without Opposition’ in Perak

PAS today flexed its muscles as a kingmaker party and offered a solution to Perak’s current impasse over the state government: A unity government between itself, Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN).

But there is a precondition to this bizarre offer: The Perak unity government must be led by someone who is Muslim and who garners the support of the majority of the Muslim state assemblymen.

“PAS is offering the formation of a unity government (a government without opposition) made up of all political parties (PAS, BN, and PH) with the condition that the unity government is led by a Muslim who has the support of the majority of the Muslim state assemblymen.

“The majority of the state excos must also be Muslim,” PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said in a statement.

Perak PH has been asked by the Perak Sultan to prove it has majority support before giving his consent to form a government.

Perak Dewan Negara member Datuk Seri Annuar Zaini said Sultan Nazrin Muizzuddin Shah had received the Election Commission’s report which stated Pakatan had the most seats at 29.

“Sultan Nazrin Shah has given Pakatan the option to form a government with the condition that they have a simple majority of 30,” he said.

Speaking to reporters who gathered in front of Istana Kinta here today, where leaders of the four Pakatan parties met the Ruler, Annuar noted that the office of Sultan Nazrin Shah also received a letter from Perak BN to inform the Sultan that the party has the simple majority with Barisan having 27 seats and PAS three seats and both parties agreeing to form a coalition government.

“However, Sultan Nazrin Shah wanted to confirm the content of the letter and told Barisan to bring the 30 assemblymen on Saturday morning to prove the support,” he said, adding that if Pakatan could not prove it has a simple majority, the Ruler cannot postpone the formation of the state government.
“Pakatan has requested the Ruler postpone the meeting until 2pm,” he said.

Annuar noted that this was the second time the Ruler had met both parties after GE14. – mmail

Sumber BO - 11-5-2018





















































Kenyataan media Presiden PAS isu Perak

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas pada hari ini telah memutuskan bahawa: 
“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam. 
Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam”. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Syaaban 1439 / 11 Mei 2018
Rusila, Marang, Terengganu – HARAKAHDAILY 11/5/2018
Sumber HD - 11-5-2018 










































































































PAS Tidak Sesal Tinggalkan Pakatan

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak menyesal kerana meninggalkan gabungan Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan Persekutuan selepas memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS pernah tinggalkan kerajaan dan pernah dipecat oleh kerajaan.

“PAS pernah kalah dan menang…….rebah bangun dalam dunia politik adalah perkara biasa sebab politik ini sentiasa berubah,

“Kawan jadi musuh… musuh jadi kawan, sebab itu kita tidak boleh berkawan sehingga melampaui batas dan tidak boleh bermusuh sehingga melebihi batas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan dan watikah perlantikan menteri baru baharu serta 10 Exco kerajaan PAS Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering pada Khamis malam, 10 Mei.

Katanya, PAS pernah menjadi kerajaan negeri memimpin negeri Kelantan dan Terengganu menghadapi keadaan yang sama dan rakyat per melihat demokrasi yang lebih luas dengan jumlah penduduk Islam 65% yang tidak boleh diambil ringan.

“kita akan lihat dari segi dasar parti dan PAS ada dasar sendiri dan Majlis Syura Ulamak,
“Dan berdasar pada Islam serta melihat mana yang lebih memberikan kebaikan kepada umat Islam itu sendiri dan melihat mana yang lebih baik pada rakyat,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan Pusat mesti menghormati konsep federalisme di peringkat kerajaan negeri kerana perjanjian sudah ada dan selama ini Barisan Nasional tidak menghormati perlembagaan.

Kata Ustaz Abdul Hadi lagi, PAS berharap kerajaan Pusat tidak mengulangi tindakan dan campur tangan urusan negeri serta menganggu hak negeri seperti merampas royalti minyak.

Mengulas perkembangan di negeri Kedah, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat dengan segera bagi melihat kelungikanan politik yan boleh diambil.

“PAS menjadi ‘kingmaker’ di peringkat negeri dan kita akan bincang dalam mesyuarat yang khusus di peringkat pusat dan insya Allah kita akan jemput diperingkat pusat seberapa segera,

“Dan Parti PAS dulu di jemput serta kita mesti melihat semua pihak bukan sahaja pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk Pakatan Harapan tetapi kita perlu melihat keselarasan dengan dasar dan konsep,”tegas beliau.

Beliau yakin pelantikan ADUN Rhu Rendang YAB Dr Ahnad Samsuri Mokhtar yang pernah sekian lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS.

“Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar merupakan Setiausaha Politik Presiden PAS dan sudah bertahun–tahun sebagai pensyarah di beberapa buah university yang banyak membantu saya dalam kerja-kerja dalam dan juga luar negeri,

“Dengan pengalaman beliau saya menilai dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Terengganu kepada beliau,” jelas beliau lagi.

Sumber BO - 11-5-2018






















































Terima kasih Malaysia atas undi anda

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu. 
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Marang dalam PRU14 mengucapkan syukur di atas selesainya tanggungjawab mengundi oleh rakyat khususnya bagi warga Terengganu.
Beliau turut meminta ahli PAS supaya bertenang dan menunggu arahan parti dari semasa ke semasa. 
PAS memenangi 18 kerusi Parlimen pada PRU14 dan 90 kerusi Dun menjadikan ianya sebagai keputusan terbaik PAS tanpa gabungan dengan Dap dan PKR. 
Di Kelantan, PAS berjaya menambah kerusi Dun kepada 37 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU13 manakala di Terengganu, PAS berjaya memenangi 22 kerusi daripada 32 kerusi. 
Majlis penerimaan watikah dan angkat sumpah Menteri Besar untuk Negeri Terengganu dijadualkan pada 9 malam ini di Istana Syarqiyyah. – HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018 

PAS Sambut Kemenangan Dengan Penuh Kesyukuran

MARANG – PAS menyambut kemenangan pilihan raya kali ke-14 dengan penuh kesyukuran, khusyuk dan tawaduk kepada Allah atas kurniaan kejayaan tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dato’ Ustaz Hussain Awang berkata, kemenangan yang ditunggu-tunggu itu agar tidak dilihat oleh pihak lain, yang mengatakan PAS sombong dan angkuh.

Beliau mennzahirkan kegembiraan atas kemenangan tersebut yang telah disumbangkan oleh calon-calon yang menang dari setiap kawasan parlimen.

“Saya sungguh gembira kerana setiap kawasan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi bagi setiap kawasan,

“Tidak sebagaimana dulunya Besut kosong …….Setiu kosong tetapi sekarang Besut dan Setiu pun ada kerusi yang kita menangi,

“Dan inilah satu kebanggaan yang kita sama-sama nikmati serta rasai pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pengistiharan keputusan pilihan raya PAS negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila pada Rabu 9 Mei.

Katanya, PAS yakin dengan kemenangan sebanyak 21 kerusi dan kurang satu kerusi lagi kita kan menjadi sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti dua per tiga melayakkan PAS mengubah perlembagaan negeri.

“Kerusi – kerusi yang telah kita yakin menang adalah Kota Putera Besut dengan majority 1455 undi , Jabi Setiu majorit 168, Tepoh 2731, Buluh Gading 4654, Bukit Tunggal 2352, Wakaf Mempelam 7436, Bandar 1201, Ladang 428, Batu Buruk 5179, Alor Limbat 4735, Bukit Payung 4448, Rhu Rendang 6131, Pengkalan Berangan 548, Manir 2746, Kuala Berang 1166, Rantau Abang 4389, Sura 7162, Paka 2151, Kemasik 2164, Chukai 4881, dan Air Putih Kemaman telah memenangi 746,
“Ini bererti bahawa ke empat-empat DUN Marang dan Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS,
“Cuma kita sedang menunggu harapan baru iaitu DUN Ajil yang mana keputusan pilihan raya kita kalah dengan majoriti amat nipis dan berusaha untuk mendapatkan perkiraan semula DUN Bukit Besi,” jelas beliau.
























































Lina calon PAS KT mencipta sejarah ‘menyapu bersih,
parlimen dan semua DUN
Menurutnya lagi, sekiranya DUN ini berjaya bererti PAS akan mendapat majoriti mutlak di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerusi kawasan yang memenangi pilihan raya dan ucapan terima kasih kepada ahli dan petugas parti yang telah pun berusaha dengan sepenuh tenaga,
“ Dan mengorbankan seluruh apa yang ada sehinggalah Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada kita,”tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala dan menilai usaha kita sendiri dan janganlah melakukan suatu perbuatan diluar batas keimanan dan akhlak Allah SWT.

Turut hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah barisan kepemimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Mursyidul Am, Hashim Jasin dan juga ahli Majlis Syura Ulama.

Sumber BO - 19-5-2018

























































PAS Wrests Terengganu From BN, Retains Kelantan

Muslim opposition party Parti Islam SeMalaysia (PAS) has gained control of the Terengganu state government, and retained control of the Kelantan state government during Malaysia’s 14th general election.

At around 1.30am on Thursday morning (May 10), Malaysia’s Election Commission confirmed that PAS clinched 18 state seats in Terengganu and 28 seats in Kelantan out of 31 and 45 seats respectively. The seats were enough for PAS to seize control of these two states.

PAS lost Terengganu to the Barisan Nasional coalition in 2013, after it won only 14 seats in comparison to BN’s 17 seats.

PAS has held Kelantan since 1990, and has won in the northern state for seven consecutive polls.
Source: CNA/am

Sumber BO - 10-5-2018



















































































































Terima keputusan rakyat - Presiden PAS


MARANG: Rakyat termasuk parti-parti politik diingatkan agar menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, ini sama ada menang atau kalah.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti mengarahkan pengikut-pengikut PAS agar bertenang, beradab dalam kempen.
Justeru, menurut beliau, PAS melaksanakan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan pertembungan yang tajam dalam masyarakat.
"Kita mengarahkan pengikut-pengikut PAS supaya bertenang, beradab dalam kempen. Melaksanakan budaya politik matang sejahtera dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 
"Ini pendekatan yang baik dan kita (PAS) elakkan daripada pertembungan yang tajam, boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh bergaduh. 
"Ini yang perlu kita (PAS) kemukakan kepada masyarakat. Sama ada menang atau kalah, kita terima hakikat. 
"Rakyat buat keputusan terima, jangan kita buat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan negara," ujarnya selepas mengundi di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, hari ini. 
Sehubungan itu, Dato' Seri Abdul Hadi, berpuas hati dengan perjalanan kempen pilihan raya kali ini yang berjalan lancar, aman dan tenteram.
Turut mengundi di Pusat Mengundi yang sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga calon PAS N.16 Batu Buruk pada PRU14 ini.
Sementara itu, pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Terengganu menyediakan 401 Pusat Mengundi yang mempunyai 1,433 Tempat Mengundi (saluran). 
Seramai 736,632 orang pemilih berdaftar di negeri Terengganu layak mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun akan datang.
Manakala, tujuh buah Pusat Mengundi akan tutup awal pada jam 3.00 petang iaitu SK Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu  dan SK Sungai Pergam. -HARAKAHDAILY 9/5/2018


















































































































Sumber HD - 9-5-2018



























































Lensa: Sekitar pemimpin PAS mengundi PRU14

KUALA LUMPUR: Para pemimpin PAS hari ini mengundi di tempat masing-masing seluruh negara sempena Pilihan raya Umum ke-14. 
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang.


 Tuan Guru Hashim Jasin membuang undi di Sekolah Menengah Syed Saffi, Arau, Perlis.



Dato’ Ustaz Ahmad Yakob mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat.
\\ 













SJK(C) Chung Hwa Simpang Tiga Jerteh, Besut, Terengganu.
























































































































Sumber HD - 9-5-2018



























































Kewajipan bersama Parti Islam

MUQADDIMAH
Islam adalah al-Din, bukan sekadar agama atau ideologi atau teori sahaja mengikut takrif bahasa. Maka Islam itu maknanya ajaran dan petunjuk Allah merangkumi seluruh kejadian manusia dan kehidupannya, serta matlamat kejadiannya diciptakan. Semua perkara agama, ideologi dan teori termasuk dalam ajaran Islam, menjadikannya berbeza dengan yang lain. 
Para Rasul A.S yang diutuskan membawa Islam itu menghadapi manusia di zaman masing-masing secara menyeluruh. Bukan sahaja berdakwah menghadapi rakyat, bahkan mereka juga menghadapi Raja, pemimpin dan kerajaan di zamannya untuk membetulkan kesesatan akidah, urusan kehidupan dan akhlak. 
Di zaman tidak ada Rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Allah telah mewajibkan adanya kumpulan, jamaah atau Parti Islam yang menyambung risalahnya yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. 
Firman Allah:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang berdakwah kepada kebajikan (mengajak kepada Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
(ali-'Imran: 104)
Tiga sifat penting kepada kumpulan ini ialah:
●     Berdakwah kepada Islam yang sempurna.
●     Menyuruh dengan perintah dan nasihat kepada kebajikan.
●     Mencegah dengan kuasa pemerintahan, teguran dan penentangan terhadap kemungkaran, sehinggalah menguatkuasakan undang-undang.
Rasulullah S.A.W telah menafsirkannya secara amalan dan perjuangan sehingga menegakkan negara yang dinyatakan Allah:
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (٤١)
“Mereka (kumpulan Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(al-Hajj: 41)
Ayat ini menjelaskan tentang model negara yang bercirikan:
●      Menegakkan negara ibadah
●     Konsep ekonomi yang adil
●     Berkebajikan
●     Kehaibatan Undang-undang
●     Berwawasan balasan Allah di Hari Akhirat.
Islam dan masyarakat majmuk 
Risalah Islam kepada seluruh manusia membahagikan sikap mereka terhadapnya sepertimana dihuraikan oleh firman Allah:
۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (٥١) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَن تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنفُسِهِمْ نَادِمِينَ (٥٢) وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ ۙ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ ۚ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ (٥٣) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤) إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥) وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (٥٧)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai wali (pemimpin yang diberi wala’), kerana setengah mereka menjadi wali kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka walinya, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (ragu atau munafiq) segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (52) Dan (telatah kaum berpenyakit itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, Bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi. (53) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (Islam al-Din), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; Kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya. (54) Sesungguhnya wali (para pemimpin yang diberi wala’) oleh kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu walinya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (57)”
 (al-Maidah: 51-57)
Kesimpulan ayat-ayat tersebut 
Membezakan Islam dengan agama Yahudi yang bersifat fanatik kaum dan menyeleweng daripada Kitab Taurat, Agama Kristian pula memisahkan urusan dunia daripada agama kerana meninggalkan Kitab Taurat yang disambung perjuangannya oleh Nabi Isa A.S. Agama-agama lain pula lebih jauh daripada semua kitab terdahulu.
●     Ayat-ayat tersebut di atas Allah telah membahagikan manusia terhadap Islam kepada beberapa golongan:
1-     Beriman yang beristiqamah bersama Islam dengan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.
2-     Golongan yang nyata menentang Islam secara berterus-terang khususnya kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin.
3-     Di tengah-tengahnya pula ada kalangan munafiq yang mencari kesempatan tanpa imannya kepada Islam, serta menyembunyikan kekufurannya.
4-     Ada pula kalangan yang lemah imannya dan kecil sahsiahnya, merasakan dalam keadaan bahaya atau tidak boleh mencapai kemenangan sekiranya tidak berwalikan orang-orang bukan Islam yang nyata itu. Kononnya inilah kebijaksanaannya, tetapi ditolak oleh Allah dengan huraian dalam surah yang lain.
Firman Allah:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (١٣٩)
“Beritakan kepada orang-orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang pedih menyeksakan (138) Mereka itu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir yang menentang Islam sebagai para wali (pemimpin dan rakan yang diberi kesetiaan yang dipercayai), tidak mahukan kemenangan (keperkasaan dan kehaibataan) daripada orang-orang yang kafir itu? Padahalnya, bahawa kehaibatan dan kemenangan itu semuanya kepunyaaan Allah (139)”
(an-Nisa': 138-139)
5-     Kalangan orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.
●     Kumpulan (Parti) Islam
Di kalangan umat Islam pula, Allah menegaskan kemunculan kumpulan atau parti yang meneruskan dakwah dan perjuangan menegakkan Islam selepas tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W.
Dinyatakan pula sifat-sifat parti atau kumpulan yang sebenarnya menegakkan agama Allah (Islam lebih terperinci) ialah:
1-     Mengasihi Allah dan Rasul (menegakkan Islam mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W), bukannya orang yang menolak atau mempertikaikan Hadis Rasulullah S.A.W.
2-     Merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kehaibatan terhadap kafir yang menentang Islam. Bukannya berani sesama Islam tetapi pengecut terhadap musuh.
3-     Berjihad dengan makna kesungguhan mengembelingkan tenaga, diri dan harta bagi meninggikan Islam. Tanpa peduli terhadap orang yang menghina Islam. Bukannya bersekongkol bersama musuh Islam.
4-     Berwala’ dengan tegas bahawa Islam itu wajib memimpin bukannya dipimpin dan dipergunakan.
●     Kedudukan bukan Islam yang tidak bermusuh
Dalam surah yang lain Allah mengizinkan bertahaluf (bekerjasama dengan konsep persefahaman) dan berta’awun (bertolong-menolong) dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh, bahkan diwajibkan menolong dan berlaku adil.
Firman Allah:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)  
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” 
(al-Mumtahanah: 8)
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢)
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haram itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
(al-Maidah: 2)
Bersama Parti Islam 
Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Kitab Al-Sahih:
أَبُو إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ حُذَيْفَةَ بْنَ اليَمَانِ يَقُولُ: كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الخَيْرِ، وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي، فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ، فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الخَيْرِ، فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ» قُلْتُ: وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَفِيهِ دَخَنٌ» قُلْتُ: وَمَا دَخَنُهُ؟ قَالَ: «قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي، تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ» قُلْتُ: فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ، دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ، مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، صِفْهُمْ لَنَا؟ فَقَالَ: «هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا، وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا» قُلْتُ: فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ؟ قَالَ: تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ، قُلْتُ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ؟ قَالَ «فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الفِرَقَ كُلَّهَا، وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ، حَتَّى يُدْرِكَكَ المَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ.
صحيح البخاري (4/ 199)
"Abu Idris Al Khaulani meriwayatkan bahawa dia mendengar Huzaifah bin Al-Yaman R.A. berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan, namun aku bertanyakannya berkenaan kejahatan (keburukan) kerana takut kejahatan itu mengenai diriku sendiri. Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahatan (kesesatan jahiliah), kemudian datang kepada kami kebaikan (Islam) ini. Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan? Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Aku bertanya lagi: Adakah selepasnya datang pula kebaikan? Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Di dalamnya ada kekeruhan. Aku bertanya: Apakah kekeruhannya wahai Rasulullah? Sabdanya: Adanya kalangan yang menunjuk bukan petunjuk (ajaran)ku. Kamu dapat mengetahui mereka dan kamu menegah (menentang) kemungkaran (kejahatan). Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu datang pula kejahatan? Sabda Rasulullah S.A.W: Adanya golongan yang mengajak ke dalam Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahutnya (mengikutnya) nescaya dihumban bersama ke dalamnya. Aku berkata: Sila sebutkan sifat (rupanya) kepada kami. Sabda Rasulullah S.A.W: Mereka itu daripada kalangan yang sama warna kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita juga (daripada kalangan satu bangsa dan bercakap Islam juga). Aku berkata: Apakah perintah suruhan Rasulullah kepada kami, sekiranya kami berkesempatan menemui kumpulan itu? Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu hendaklah bersama kumpulan Islam dan Imam (pemimpin) mereka. Aku berkata: Kalau tidak ada jamaah (kumpulan Islam) dan tidak ada imam (pemimpin)? Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu pisahkan diri daripada semua kumpulan itu walau terpaksa memakan umbi pokok atau menemui kematian, namun tetap bersama Islam”.
Beristiqamah dan Murunah serta tidak melampau
Firman Allah:
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ (٧)
“Dia lah (Tuhan) yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad S.A.W) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar daripada Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah kefahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing), adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar daripada Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya daripada sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran (yang betul).”
(ali-'Imran: 7)
Al-Quran adalah kitab suci bersifat mukjizat ilmu yang tidak mampu ditandingi, kerana Kalam Allah, ilmu dan kebijaksaan-Nya. Dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W secara amalan, ucapan dan pengakuan, banyak dan luasnya perkara yang tidak dinyatakan, menandakan peluang menggunakan kebijaksanaan akal dan pengalaman hidup yang dikawal sempadannya mengikut petunjuk Allah.
Maka terdapat dua perkara dalam ajaran Islam dalam menghadapi masyarakat dan tempat yang berbeza dan masa yang berubah, serta beristiqamah di atas perkara dasar, prinsip atau rukun.
●     Thawabit: Perkara dasar dan fitrah yang tidak berubah dan tidak mungkin dicapai oleh akal manusia. Maka Allah menetapkan nas yang nyata menjadi petunjuk yang menyelamatkan akal yang lemah itu daripada kesesatan dan kejahatan seperti rukun iman, ibadat, Syariat dan akhlak.
●     Mutaghayyirat: Perkara yang berlaku perbezaan, perubahan dan perkembangan yang tidak tetap, maka dibenarkan berijtihad secara ilmu dan kajian yang termasuk dalam lapangan Qias, Siasah Syariah, Maqasid Syariah, pengalaman dan kajian dalam urusan duniawi yang membawa manfaat dan menolak mudarat dengan saksama.
Kesempuranaan yang ada dalam ajaran Islam menjadikannya mampu memimpin dunia dan membina Tamadun Islam selama beberapa abad. Kejatuhan umat Islam yang memerintah dan mentadbir, apabila meninggalkan ajaran Islam.
Tamadun lama yang lenyap dalam lipatan sejarah kerana jahiliahnya. Tamadun Barat terkini yang mengambil sebahagian daripada Tamadun Islam berdasarkan Sekularisma pula sedang mengalami keruntuhan.
Firman Allah:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)
“Telah zahir dengan nyata berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf, bertaubat dan islah).”  
(ar-Rum: 41)
Kini manusia menyaksikan kerosakan nilai kemanusiaan, jati diri, keluarga, politik, ekonomi, alam sekitar, keamanan, keselamatan, kesihatan dan lain-lain di tengah kemajuan sains dan teknologi tanpa hidayah. Maka Islam adalah penyelamat. 
Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 8/5/2018




















































































































Sumber HD - 8-5-2018




























































Surat palsu dan fitnah disebar

SAYA menerima satu surat palsu dan fitnah atas nama Presiden PAS yang ditularkan di media sosial. 
Buktinya surat tersebut menggunakan kepala surat (letterhead) bertulis "Pejabat Presiden" sedangkan sebarang surat menyurat atas nama Presiden tidak menggunakan perkataan itu. Bahkan, kami tidak pernah menulis ucapan salam dengan perkataan "Assalamualaikum..." dan alamat dan email juga adalah tidak betul. 
Justeru itu, pihak kami menafikan surat tersebut dan ternyata ia satu fitnah dan palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu yang berniat jahat. 
Sekian. Terima kasih.
"Sejahtera Bersama Islam" 
ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018






















































































































Sumber HD - 8-5-2018

PAS dijangka menang dengan 'Tsunami Hijau'

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP), meyakini Pakatan Harapan (PH) sedang terdesak (desperate) untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Islam yang telah beralih dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS menjelang hari mengundi. 
Dianggarkan peratus peralihan pengundi-pengundi Islam tersebut dari BN kepada PAS adalah 7 peratus. Mereka adalah pengundi-pengundi Islam atas pagar yang mesra BN semasa PRU13, iaitu 13 peratus daripada keseluruhan pengundi-pengundi Islam. 
Dengan peralihan golongan pengundi kategori ini, PAS dan Gagasan Sejahtera (Gagasan) dianggarkan meraih secara purata 52 peratus sokongan pengundi-pengundi Islam berbanding BN memperolehi 39 peratus dan PH memperolehi hanya 9 peratus. 
Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi Parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50 peratus dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut. 
PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina 'psikologi menang' melalui proksi-proksi penyelidikan PH. 
Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
8 Mei 2018 / 22 Sha'ban 1439 – HARAKAHDAILY 8/5/2018




























































































































Sumber HD - 8-5-2018






























































Negara berkat, bukan negara korporat

DI awal kemerdekaan, kita menyaksikan konsep warisan British dilaksanakan dalam pembangunan Negara Kebajikan (Welfare State) dalam aspek politik demokrasi, ekonomi bebas dan pembangunan. Ada yang positif dan ada juga negatifnya.
Di antara aspek positifnya ialah Negara Kebajikan mewujudkan pendidikan percuma dan rawatan percuma dan kebajikan masyarakat yang sinonim dengan sebahagian daripada konsep Islam, hasil pengaruh pengajian Orientalis daripada Tamadun Islam di zaman kegemilangannya. Namun tiada kesyumulan dalam segala aspek dan tiada roh akidah, khususnya fahaman Sekularisma yang memisahkan urusan duniawi daripada agama.
Kelemahannya tidak membangunkan negara ke tahap mencapai taraf negara maju, bahkan terus berada dalam senarai negara-negara sedang membangun, walaupun banyak hasil dan cukup tenaga manusia. Negara Barat yang melaksanakan konsep tersebut sedang merudum kerana Sekularismanya. Sebelum itu, kita telah menyaksikan keruntuhan blok Sosialis dan Komunis.
Pada tahun 80-an, apabila Tun Mahathir diikuti oleh penyertaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan memperkenalkan Konsep Penswastaan dalam membangunkan Negara Wawasan 2020 dengan mengambil pendekatan penswastaan dalam kewajipan kerajaan, menjadikan Negara ber-Korporat yang dipengaruhi oleh penglibatan kerajaan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan melalui syarikat dan perbadanan di peringkat Pusat dan negeri, sehingga menular ke dalam Kementerian dan Jabatan, walaupun tidak dinyatakan.
Hujahnya ialah membantu kewangan negara, menjelaskan hutang, menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi serta lain-lain. Kononnya secara pusingan yang bijak memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Ibnu Khaldun (1332-1404), Tokoh Ilmu Kemasyarakatan tersohor menegaskan di dalam al-Muqaddimah:
إن التجارة من السلطان مضرة بالرعايا ومفسدة للجباية
“Sesungguhnya kegiatan perniagaan daripada pemerintah (kerajaan) membawa mudarat kepada rakyat jelata dan merosakkan percukaian”
Tulisan atau pandangan yang dinyatakan sejak lebih 600 tahun yang lalu menjadi kenyataan. Kita menyaksikan kemelesetan ekonomi rakyat yang benar-benar membebankan rakyat dan mencipta para Qarun yang hebat. Mereka terdiri daripada keluarga dan kroni pihak yang berkuasa sehingga memusingkan harta negara di kalangan mereka. Berlakunya firman Allah:
دولة بين الأغنياء
“Harta berpusing di kalangan orang-orang kaya yang tertentu”
(al-Hasyr: 7)
Beberapa syarikat kepunyaan Kerajaan rugi tetapi orang-orangnya untung, lalu syarikatnya dipisahkan daripada kerajaan dan dimiliki.
Sistem percukaian SST yang tidak lancar menjana ekonomi kerajaan, lalu ditukar GST untuk menimbus lubangnya yang juga tidak akan tertimbus. Semuanya membebankan rakyat, kerana menempah inflasi yang tidak tertahan.
Hasil tanpa cukai yang melimpah ruah juga ditiriskan oleh pembaziran. Pentadbiran pula dibayangi rasuah. Penguatkuasaannya untuk ikan kecil yang menumpang di belakang jerung yang besar bebas terlepas. Parti yang memerintah menjadi rebutan untuk kesenangan diri sehingga dibarahi politik wang, seterusnya berjangkit kepada rakyat yang dibeli dan dibuli kerana politiknya.
Rakyat menderita menghadapi kos sara hidup bagi menampung segala keperluan, daripada makan, minum, pakaian, rumah kediaman dan pengangkutan yang berbayar dengan harga yang meningkat sehinggalah sakitnya berbayar juga.
Masalah pengangguran juga belum diatasi, bukan sahaja yang tidak berpelajaran tinggi menganggur, termasuk yang ber-Ijazah. Yang sedang bekerja pun ada yang diberhentikan. Pekerja asing lebih dimanfaatkan kerana mengejar keuntungan yang dekat. Walaupun belum sampai ke tahap “Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”, namun “Kera di hutan disusukan, anak sendiri dilemparkan”.
Pelaburan asing tidak membantu bagi pemindahan teknologi yang teratur dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat, sebaliknya dimanfaatkan oleh kalangan tertentu sahaja.
Kebanyakan manusia hanya mengenali dua pendekatan sama ada Liberal Kapitalisma, Sosialisma dan Pragmatisma yang diadunkan daripada dua teori dan pendekatan yang diciptanya. Mereka lupa adanya Islam yang pernah diamalkan dengan jayanya dalam sejarah dan kejatuhan umat Islam pula berlaku kerana meninggalkan ajarannya.
Mereka memperlekehkan Islam dengan tuduhan jumud dan sebagainya tanpa mengkaji secara jujur dan mendalam. Islam yang dimulakan di bumi yang kering kontang tanpa asas tamadun awalnya, tiba-tiba bangkit mencipta tamadunnya yang tersendiri, tanpa menolak yang baik dan bijak daripada semua pihak daripada seluruh penjuru dunia, termasuk menggali perkara yang baik daripada tamadun terdahulu yang musnah dan berada dalam lipatan sejarah dan mencipta tamadun yang baru dengan akal, ilmu, pengalaman dan petunjuk wahyu.
Tanpa dinafikan adanya Muamalat Islam dan perbankan dalam aspek ekonomi dan lain-lain, tetapi dalam keadaan yang masih terhad kerana meraikan penggiat Muamalah riba yang membiayai kedudukan kerusi di atas yang lebih selesa.

Dalam lipatan sejarah, Islam berada di pihak ketiga dalam pertarungan Parsi dan Rom, dan kini juga kembali berulang. Paling menarik PAS berada di tengah dalam pertarungan antara BN dan PH yang menghimpunkan Kapitalis Sosialis, Islam Liberal dan Oportunis.
BN telah memerintah 60 tahun. PH pula pemimpin lama yang ingin merampas kuasa yang telah ditinggalkan dan dipanjat oleh kumpulan yang memperkudakannya untuk ke Putrajaya. Tuduh-menuduh tanpa perubahan dasar dan pendekatan.
PAS mewujudkan kelompok ketiga, memperkenalkan teras penting tanpa pergaduhan dan terlibat dalam pergaduhan dua penjuru dengan mengadakan Gagasan Sejahtera sebagai penjuru ketiga dengan memperkenalkan tawarannya berteraskan kepada beberapa aspek:
●    Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bagi menghilangkan ketegangan yang menghabiskan masa dan mewujudkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dan pendekatan.
●    Dokumen Hijau menyatakan pendekatan Islam yang sederhana (Wasatiyyah), berbeza dengan cara kanan yang bebas terlepas dan kiri yang melampau.
●    Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) kerana Wawasan 2020 yang hampir tamat.
●    Manifesto Malaysia Sejahtera ke arah penyelesaian semasa dan jangka pendek.
●    Menampilkan calon Parlimen dan Dun yang berbagai-bagai kebolehan dan lapangan serta bersih rasuah.
Akhirnya, berikan peluang kepada Gagasan Sejahtera (Gagasan) dengan gabungan pendekatan PAS bersama rakan-rakannya.
Firman Allah:
وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ (٨٨)
“Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku kembali.”
(Hud: 88)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 21 Syaaban 1439 / 7 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 7/5/2018

Sumber HD - 7-5-2018 






























































Usaha berterusan perkasa syariat Islam

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata Gagasan Sejahtera akan meneruskan usaha usul RUU 355 sehingga berjaya sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU14. 
“Usaha ini adalah penting bagi memastikan Islam dan kedudukan orang Melayu akan terus terpelihara dan mendapat keutamaan sebagaimana kedudukan istimewanya di bawah Perlembagaan Malaysia,” ujarnya pada sidang media PRU14 di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam. 
Katanya, Gagasan Sejahtera akan menolak sebarang usaha yang cuba menghalang RUU 355 daripada pihak-pihak anti-Islam yang diketuai oleh DAP. 
Beliau berkata, Gagasan Sejahtera juga akan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam bahawa RUU 355 tidak ada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam, bahkan sejak wujudnya Mahkamah Syariah di Malaysia, tiada seorang pun bukan Islam yang didakwa di mahkamah tersebut.\ 
Jurucakap Gagasan Sejahtera itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pihak seperti DAP, MCA dengan gerakan khasnya yang cuba menakut-nakutkan golongan bukan Islam berkaitan RUU 355. 
Menurutnya lagi, Mahkamah Syariah yang diwujudkan di Malaysia hanya melakukan perbicaraan untuk umat Islam sahaja. 
Tambahnya, golongan bukan Islam juga dinasihatkan supaya tidak mudah terikut-ikut dengan parti tertentu untuk menentang RUU 355. 
“Gagasan Sejahtera akan membina negara sejahtera dengan sistem yang digariskan oleh Islam di mana ia adalah satu jaminan kedudukan bukan Islam tidak akan dipinggirkan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 8/5/2018
Sumber HD - 8-5-2018
Hadi nasihat Dr M dahulukan yang wajib sebelum sunat
Posted on Sunday, May 06 @ 23:57:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39586



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mendahulukan yang wajib sebelum melakukan perkara yang sunat.

Beliau berkata tidak ada masalah bagi bekas perdana menteri itu untuk menziarahi mana-mana pusara kerana ia disunatkan tetapi jangan meninggalkan perkara yang wajib.

Perkara wajib itu kata Abdul Hadi ialah menegakkan pemerintahan Islam.

"Tak apa nak ziarah kubur 10 kali pun, tak ada masalah, sunat boleh dapat pahala tapi jangan tinggal yang wajib.

"Pergi ziarah kubur ini sunat, ziarah kubur Ustaz Fadhil (Noor), ziarah kubur Nik Aziz (Nik Mat), tapi menegakkan Islam dalam pemerintahan ini wajib," katanya dalam Bicara Santai Ayoh Chik bersama orang Besut.

Abdul Hadi berkata demikian selepas Dr Mahathir cuba menziarahi pusara bekas msrsyidul am PAS, Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu pagi tadi.

Bagaimanapun lawatan itu dibatalkan selepas seorang anak bekas menteri besar Kelantan terbabit, Nik Adli, mengunci pintu masuk ke tanah perkuburan berkenaan.

Semalam Dr Mahathir menziarahi pusara Fadzil yang terletak di Pokok Sena, Kedah.

Fadzil ialah bekas presiden PAS dan seorang daripada anaknya, Faiz, menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Hadi yang bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Marang itu berkata beliau sedih apa yang berlaku kepada pengerusi HARAPAN itu.

"Yang kita sedihnya dia (HARAPAN) guna orang tua, Tun Mahathir yang dah umur 93 tahun digunakan untuk lawan, bercelaru habis. Tak tahu mana wajib mana sunat.

"Hat (yang) wajib dia tinggal, hat sunat dia buat. Tinggal yang wajib buat yang sunat dengan ziarah kubur, sepatutnya mempertahankan kekuasaan orang Islam ini yang penting.

"Jangan tak sembahyang lima waktu, ini cara yang sangat tidak betul, jadi kita kena faham. Kita nak orang Islam yang berkuasa, orang Islam yang menguasai negara,' tegasnya lagi.
Sumber TKO - 6-5-2018

PAS kemuka tawaran terbaik buat rakyat

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menawarkan lima perkara kepada rakyat di seluruh negara supaya menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini. 
Tawaran mensejahterakan rakyat itu diumumkan sekali lagi semasa Program Bicara Santai Ayoh Chik Bersama Orang Besut yang diadakan di Kg. Cherang Meliling, Besut hari ini yang disiarkan menerusi laman Facebook. 
Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan lima perkara tersebut, antaranya memperkenalkan budaya politik matang dan sejahtera. 
Seterusnya, kata beliau PAS memperkenalkan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051). 
Sementara itu, ujarnya manifesto yang dikemukakan oleh PAS yang meliputi kepentingan kesemua segmen masyarakat. 
Malah kata beliau, PAS mengetengahkan calon-calon yang bakal bertanding mewakili PAS dalam PRU14. 
Jelas beliau, PAS memperkenalkan budaya politik matang dan sejahtera dengan menjadikan cara politik yang lembut. 
PAS, katanya tidak menggunakan cara keras supaya pendekatan politik yang diamalkan oleh ahli PAS di seluruh negara ini akan mampu menerangkan tentang PAS kepada rakyat. 
Beliau menjelaskan Dokumen Hijau yang membincangkan perihal pengurusan ekonomi negara mengikut cara yang dicadangkan oleh PAS. 
Sementara WINS 2051 pula merupakan perancangan PAS akan datang sambil menjelaskan Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Mahathir hanya tinggal kurang 2 tahun sahaja lagi. 
Menurut beliau, manifesto yang dikemukakan PAS adalah janji-janji yang akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya diberikan mandat untuk memerintah negara. 
PAS, jelasnya menyediakan calon-calon daripada pelbagai latar belakang untuk bertanding dalam PRU14 di seluruh negara. 
Terang beliau, calon-calon daripada PAS bukan hanya daripada latar belakang agama tetapi ramai juga yang berlatar belakang profesional malah terdapat 20 orang daripada calon PAS merupakan bekas tentera. 
PAS bakal bertanding dalam PRU14 di 158 kerusi Parlimen dan 393 kerusi Dun di seluruh negara bersama-sama dengan parti komponen Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 6/5/2018
Sumber HD- 6-5-2018 


































































Dakwaan kerjasama dengan Umno berniat jahat

Tambah kapsyen
DAKWAAN PAS akan bekerjasama dengan Umno adalah tuduhan berniat jahat. 
Dakwaan ini sengaja diada-adakan oleh mereka yang hendak memburukkan PAS.
Berbanding dengan parti pembangkang-pembangkang lain, PAS adalah parti yang paling banyak menerima kesan dari kezaliman dan penindasan Umno dan Barisan Nasional. 
Pertembungan di antara PAS dan Umno telah berlaku sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. 
Lebih 200 pemimpin dan ahli PAS telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pemimpin tertinggi PAS seperti Presiden PAS ketiga, Dr Burhanuddin Al-Helmi, juga pernah ditahan di bawah akta tersebut. 
Kesengsaraan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi telah wujud akibat dasar pilih kasih Umno. Ada yang telah dinafikan bantuan-bantuan dan peruntukan-peruntukan kerajaan seperti subsidi baja dan biasiswa pelajaran. Kampung-kampung yang dikenal pasti menyokong PAS tidak mendapat kemudahan awam seperti jalan tar. Gerai-gerai penyokong PAS telah dirobohkan. 
Peristiwa Memali pada 19 November 1985 telah mengorbankan 14 orang pimpinan dan ahli PAS akibat tindakan Kerajaan Umno-Barisan Nasional. Ahli-ahli PAS tidak akan lupa kepada tragedi yang berlaku di Kg Memali, Baling, Kedah itu. 
Pilihan Raya Kecil Padang Terap pada bulan Januari 1985 melihat seorang penyokong PAS, Allahyarham Osman Talib, terkorban di dalam pertembungan dengan penyokong-penyokong Umno. Puluhan penyokong-penyokong PAS telah cedera akibat ditetak, ditikam dan dipukul dengan senjata tajam, besi dan botol. 
Kerajaan Negeri Kelantan sejak diperintah oleh PAS sentiasa diberi layanan kelas kedua malah mungkin kelas ketiga. Peruntukan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dilambat-lambatkan. Begitu juga Kerajaan Negeri Terengganu ketika dikuasai oleh PAS juga telah dianaktiri oleh Kerajaan Persekutuan. Royalti petroleum yang diberikan ketika Barisan Nasional memerintah telah ditarik balik. Kelantan juga telah dinafikan royalti tersebut. 
Persempadan semula yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini juga bertujuan untuk mengalahkan PAS di Kelantan dan merampas negeri tersebut. Terdapat kerusi-kerusi Dun di mana PAS telah menang tipis telah dirombak semula untuk memudahkan Umno memenanginya. Oleh yang demikian PAS telah menentang persempadanan ini di dalam dan di luar Parlimen. Ini bertentangan dengan fitnah yang menyatakan PAS menyokong persempadanan ini. Rujuklah kepada Hansard (Penyata) Parlimen untuk melihat bagaimana Ahli-Ahli Parlimen PAS berbahas dan mengundi. 
Maka jelas sekali PAS adalah parti yang paling tegas menentang kerjasama politik dengan Umno. Ahli-ahli PAS tidak akan membenarkan ini berlaku. Terdapat parti-parti lain yang pernah menyatakan bersedia untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno tetapi ia tidak dibesar-besarkan. Hanya PAS yang menolak kerjasama politik ini yang sentiasa dituduh. 
Dato' Iskandar A. Samad
Calon PAS N.21 Pandan Indah
6 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 6/5/2018
Sumber HD - 6-5-2018 

PAS lawan Dr M kerana politik, bukan soal peribadi
Posted on Sunday, May 06 @ 07:07:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39571



KUALA TERENGGANU: PAS menentang Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan sistem pemerintahan yang dibawanya, bukan kerana soal peribadinya, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“(Kita lawan Dr Mahathir) Itu berkait masalah politik, berkait masalah urus tadbir negara, bukan berkait dengan masalah diri Tun Mahathir. Masalahnya dia sudah melakukan kesalahan dalam masa dia memerintah pada 1980 sehingga 2000,” katanya dalam program bicara santai bersama penceramah popular dari Terengganu, Azhar Idrus di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini.

Presiden PAS itu berkata, walaupun Dr Mahathir seakan-akan sudah berubah, tetapi perjuangannya bersama Pakatan Harapan (PH) bukan untuk mengubah sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) sekarang, sebaliknya lebih kepada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta kepentingan peribadinya.

Katanya, tindakan pengerusi PH itu berbeza dengan PAS yang berjuang untuk mengubah sistem pemerintahan kepada sistem berlandasarkan Islam, bukannya untuk mengubah individu tertentu.

“PAS nak tubuh kerajaan bukan nak merebut kuasa, PAS tubuh kerajaan nak ubah cara pemerintahan.
“Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pun pernah kata, kalau pemerintah (BN) nak tubuh kerajaan yang melaksanakan Islam sepenuhnya, kita boleh bubar PAS, bukan kita nak rebut kuasa. Ini pendekatan kita yang kita kena faham.”

Ahli Parlimen Marang itu berkata, alasan ke-2 PAS menolak bekerjasama dengan PH kerana parti itu dibarisi pemimpin Islam liberal.

“Dalam puak-puak dia (PH) pula ada Islam liberal, Islam yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.”

Sumber TKO - 6-5-2018









































































































































PAS Pertahankan Syuhada Memali


Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: PAS tetap mempertahankan bahawa 14 orang mangsa tragedi pembunuhan di Memali pada 19 November 1985 itu syahid.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ulama’ PAS ketika itu telah membuat keputusan bahawa mangsa tragedi Memali itu adalah Syuhada.

Justeru, katanya semua mangsa korban peristiwa Memali itu telah diuruskan secara Syuhada.
“Kita (PAS) melalui ulama’-ulama’ kita termasuk ulama’ yang hidup pada masa itu, yang menyaksikan peristiwa Memali itu. Mereka sudah membuat keputusan bahawa mereka (mangsa) itu Syuhada dan diuruskan cara para Syuhada.

“Sebabnya, kerajaan telah bersalah dalam tindakan dia. Tun Dr Mahathir (ketika itu), sepatutnya hendak ditahan ISA, perlu melalui proses-proses dia. Kalau nak tangkap pun, komunis pun ada proses dia…kepung ke, apa dulu ke, Ini teruskan (tembak).

“Kemudian mereka (mangsa) ini tidak bersenjata dan nak kata dia tembak Polis, mana dia ada senapang?

“Kita (PAS) bermuzakarah membuat keputusan mereka yang mati itu adalah para Syuhada dan kita berterus terang pada masa itu. Saya minta dia (Mahathir) minta maaf atas terlanjur (cakap) dia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Sembang Santai Bersama Ayah Chik anjuran Ameerah dan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Taman Rekreasi Kuala Ibai, di sini, Sabtu 4 Mei.

Dato’ Seri Abdul Hadi, turut merujuk kepada huraian Hadis Nabi (Muhammad) SAW yang mengkategorikan beberapa bentuk kemalangan itu dinamakan syuhada.

“Ini kerana, Syuhada dalam Islam ini banyak. Dalam isu Memali ini sekurang-kurangnya kemalangan.

“Dalam Hadis Nabi (SAW), orang mati sakit taun adalah syahid, perempuan yang mati bersalin adalah syahid, mati dalam nifas adalah syahid, mati kemalangan jalan raya adalah syahid, kemalangan lemas air syahid, terbakar syahid, banyak syahid dalam Islam.

“Tidak salah, kita menganggap Ustaz Ibrahim Mahmud adalah Syahid. Apatah lagi beliau bertindak mempertahankan pandangan (agama) dia. Kerajaan salah menyerang tidak mengikut proses yang betul. Terang lagi bersuluh kita (PAS) dizalimi dalam isu (Memali) ini.

“Apa yang menarik, Almarhum Yang DiPertuan Agong, Sultan Kedah, Tuanku Sultan (Al-Haj) Abdul Halim Mu’adzam Shah pergi melawat kubur mangsa Memali. Baginda pergi ziarah dan siram air (mawar) di kubur para Syuhada Memali. Cuma yang degilnya seorang itu sahaja, orang lain faham belaka,” ujarnya dihadapan ribuan hadirin.

Peristiwa berdarah itu berlaku 33 tahun lalu ketika, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia dan diungkit kembali oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu dalam ceramah terbaharunya.

Tun Dr Mahathir mendakwa, 14 mangsa korban dalam tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah itu sebagai ‘mati katak’ dan bukan syahid kerana dikaitkan dengan Amanat Haji Hadi.

Sumber BO - 6-5-2018






































































Mati katak suatu penghinaan - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: "Ini suatu penghinaan bukan sahaja kepada mangsa Memali tetapi kepada seluruh keluarga dan seluruh rakyat Malaysia," kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Beliau berkata PAS mengecam tindakan Tun Dr Mahathir khususnya berhubung dengan kenyataan yang menuduh mangsa-mangsa Memali sebagai mati katak. 
Katanya, PAS pada 32 tahun yang lalu, telah mendesak Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden Memali tersebut. 
Tambah beliau, siasatan yang rapi telah dibuat namun hingga setakat ini, tidak ada suatu tindakan dijalankan walaupun kertas putih telah dibentang di peringkat parlimen. 
"Walaupun ada empat orang anggota polis yang terlibat yang meninggal dunia, namun harus dibuktikan siapa yang membunuh empat orang anggota polis tersebut. 
"Apakah daripada peluru-peluru dari kalangan mereka sendiri, sebab penduduk kampung yang bersenjata parang tak sampai pun dan tak dekat pun dengan polis yang bertindak pada waktu itu," katanya dalam sidang media PRU14, semalam. 
Mengulas lanjut, beliau berkata menuduh mangsa Memali mati katak sebagai suatu penghinaan yang melampau. 
Beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen P.024 Kubang Kerian menerangkan jenazah orang Islam dihormati kerana manusia sifatnya mulia. 
Ini, ujarnya dapat dilihat bila mana Sultan Kedah mencemar duli turun melawat dan berdoa di kubur Ibrahim Libya. 
"Kalau mereka dianggap mati katak, tindakan Sultan Kedah itu kita nak letak sebagai apa? Sebagai satu tindakan yang tak betul?" tanya beliau. 
Tambahnya, PAS beranggapan bahawa kenyataan Mahathir yang menghina mangsa Memali menggambarkannya dalam keadaan yang sangat terdesak. 
Beliau berkata, Pakatan Harapan kini berada pada posisi yang sangat terdesak sehingga terpaksa membawa isu-isu yang telah berlalu 30 tahun lamanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2018
Zumber HD -5-5-2018






































































Motivasi untuk jentera PAS: Kita bekerja, Allah tentukan keputusan

FIRMAN Allah:
إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ (160) آل عمران
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu (tidak menolong), maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Surah Ali-Imran: 160)
Demikanlah Allah mentarbiyah kumpulan Islam di sepanjang zaman, kerana Al-Quran ini petunjuk bermukjizat ilmu yang berterusan, walaupun diwahyukan sejak 15 abad yang lalu.
Kemenangan kumpulan Islam tidak ditentukan oleh kaji selidik ciptaan manusia sahaja. Kajian manusia itu sekadar panduan lahir untuk penekanan kerja yang dilakukan secara akal. Kita wajib percaya adanya janji Allah yang benar di luar jangkaan akal manusia.
Walaupun Allah Maha Berkuasa mencipta sesuatu yang dikehendakinya lebih cepat daripada kelipan mata kerana firman-Nya:
﴿إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ٨٢ فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ٨٣﴾ [يس: 82-83]
“Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.” (82) (Ucapkan) Subhanallah! (Maha Suci) Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan. (83)” (Surah Yasin: 82-83)
Adapun kepada makhluk manusia yang ditugaskan di alam dunia dan bumi ini diuji kerana kemuliaan kejadiannya dan mulia peranannya di sisi Allah. Bukan sahaja beribadat seperti para malaikat, tetapi ditambah dengan kewajipan beramal, diantaranya amalan khilafah (politik) yang tidak boleh dilakukan oleh para malaikat yang mulia.
Allah berfirman:
﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾ [الملك: 1-2]
“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai Pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)” (Surah Al-Mulk: 1-2)
Apabila Rasulullah S.A.W bersedih menghadapi cabaran terlalu payahnya mengajak manusia kepada Islam dan menegakkan Islam itu sehingga memerintah negara, Allah mewahyukan kepadanya:
﴿فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَى آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا٦ إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا٧﴾ [الكهف: 6-7]
“Maka jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi-Nya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7)” (Surah Al-Kahfi: 6-7) 
Lalu disampingnya Allah mewahyukan supaya diambil iktibar daripada cerita Nabi Nuh A.S berjuang selama 950 tahun, tetapi hanya berjaya mengumpulkan lebih 20 orang dan ada riwayat 80 orang sahaja. 
Surah Yasin membawa cerita tiga Rasul yang berjaya mengajak seorang beriman sahaja. Jumlah yang jauh mencapai kemenangan kalau berpilihan raya seperti kita. Cerita Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Harun A.S ialah mereka yang tidak sempat melihat hasil kemenangan mereka di alam dunia, namun tetap menang di akhirat. 
Adapun Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S berjaya menegakkan negara paling besar kuasa kerajaannya yang dapat disaksikan di masa hayat mereka di dunia. Ada kumpulan Islam yang dibakar menjadi abu ke dalam parit yang dinyalak api marak.
Rasulullah S.A.W pula berjaya menegakkan negara dalam perjalanan 23 tahun menghadapi menang dan tewas, rebah dan bangun, tanpa menyaksikan selepas wafatnya hasil perjuangannya sampai ke seluruh pelosok dunia. 
Keputusan perjuangan Islam itu tidak boleh diukur dan dipandang oleh kajian manusia sahaja, namun kita disuruh juga mengkaji sebab-sebabnya yang lahir dan membuat persedian sekadar kemampuan, serta percaya bahawa kemenangan di dunia berlaku dengan izin Allah dan pertolongannya, kemenangan di akhirat kalau beristiqamah ke akhir hayat. 
PAS menghadapi cabaran menggalas perjuangan Islam yang besar dan luas menghadapi kumpulan lain di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Semua umat manusia dalam masyarakat majmuk adalah saudara yang wajib diselamatkan bersama Islam.
Para ulama membahagikan mereka semuanya dalam skop umat Nabi Muhammad S.A.W yang wajib dipimpin bersama Islam yang adil dan rahmat terhadap semua.
Dibahagikan kepada Ummah Ijabah yang telah menganut Islam dan Ummah Dakwah yang tidak menganut Islam tetapi diajak bersama Islam. 
Ummah Ijabah yang telah Islam pula berpecah mengikut firman Allah:
﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]
“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)
Kumpulan-kumpulan ini adalah umat Islam yang wajib disatukan, khususnya dalam memelihara kuasa politik umat Islam, kerana ada kalangan mereka sehingga boleh digunakan oleh musuh-musuh Islam. Ada yang berilmu tetapi akalnya kecil dan lemah, ada yang kuat akalnya tetapi lemah imannya.
Adapun sikap terhadap bukan Islam pula, Allah telah menetapkan garis panduannya dengan berfirman:
﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٩﴾ [الممتحنة: 7-9]
“Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang Yang kamu muasuhi itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf. dan (ingatlah), Allah Maha Kuas (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi(memusuhi) kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi(memusuhi) kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim. (9)” (Surah Al-Mumtahanah: 7-9) 
Dalam semua keadaan dan menghadapi cabaran ini, Allah menunjukkan cara berdakwah dan berpolitik secara matang dan sejahtera melalui firman-Nya: 
﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ٣٣ وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ٣٤ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ٣٥ وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ٣٦﴾ [فصلت: 33-36] 
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar daripada kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36) 
Ayat ini menunjukkan ketegasan bersama Islam dan menegakkan Islam. Maknanya kalangan yang menyembunyikan Islamnya adalah sangat lemah walaupun hatinya bersama Islam. Juga menunjukkan kebijaksanaan terhadap lawan, sama ada di medan pertarungan dengan cara yang tidak melampau dan zalim terhadap lawan. Lebih terserlah kebijaksanaannya kalau bermaafan apabila mencapai kemenangan. Sikap ini yang ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah S.A.W. 
Maka cara menyebarkan fitnah terhadap musuh bukan budaya kita. Mengisytiharkan hukuman kalau menang bukan budaya kita. Kita ditugaskan menyelamatkan manusia seberapa ramai yang mungkin. Yang silap dibetulkan, yang berdosa diampunkan.
Maka Allah mensyaratkan kemenangan yang dijanjikannya dengan berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ٢٠٠﴾ [آل عمران: 200]
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam diri kamu apabila mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran (di medan perjuangan menghadapi musuh), dan bersedialah (menjalankan tugas di tempat masing-masing) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali-Imran: 200) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Syaaban 1439 / 4 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 4/5/2018
Sumber HD- 3-5-2018 







































































Mangsa Memali adalah syuhada – Presiden PAS

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa mangsa Memali adalah sebagai kalangan syuhada.
“Kita melalui ulama-ulama kita termasuk ulama yang hidup pada 
masa itu yang menyaksikan peristiwa Memali itu, mereka sudah membuat keputusan bahawa mereka itu para syuhada, diuruskan secara para syuhada,” kata beliau dalam sidang media sebelum program Sembang Santai bersama Ayoh Chik. 
Beliau berkata, telah melakukan kesilapan dalam mengambil tindakan sedemikian rupa dan kerajaan pada masa itu sudah pun mengaku silap mereka dalam peristiwa Memali tersebut. 
“Ini diakui oleh pihak kerajaan sendiri yang bukan Tun Mahathir. Sepatutnya bila nak ditahan ISA mesti ada proses-proses dia. Kalau nak tangkap pun, komunis pun ada proses dia, kepung ke apa dulu, ni terus serang,” kata beliau 
Beliau juga menyanggah kenyataan Mahathir yang mengatakan mangsa Memali menembak polis sedangkan mereka tidak memiliki senjata. 
“Mereka ini tidak bersenjata. Nak kata orang Memali tembak polis tak betul, mana dia ada senapang. Tak ada senapang, tak ada apa,” ujar beliau – HARAKAHDAILY 4/5/2018
Sumber HD - 4-5-33018 








































































‘Betul ke PKR hendak tumbang BN’

KOTA BHARU: Sekiranya benar kesungguhan PKR mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya parti itu mengarah penyokongnya tidak menyokong calon BN di tempat yang mereka gagal bertanding. 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga sekarang belum kedengaran ada arahan supaya penyokongnya tidak mengundi BN. 
“Saya hendak tanya Dato’ Seri Dr Wan Azizah di tempat calon mereka yang tidak layak bertanding adakah hendak sokong BN atau PAS. 
“Sepatutnya diarah penyokong mereka memberi sokongan kepada PAS untuk tumbangkan BN,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini. 
Di Kelantan dua calon PKR tidak layak bertanding iaitu di Dun Kuala Balah kerana calonnya Dr Hafidz Rizal Amran dikatakan bankrap. 
Manakala di Tawang calon PKR, Azihan Mat Seman didapati kad pengenalan alamat di luar Kelantan. 
Tuan Ibrahim juga menafikan kenyataan Presiden PRK yang mendakwa PAS menarik diri bertanding di Dun Rantau di Negeri Sembilan. 
Kataya, PAS sejak awal lagi tidak menyenarai Dun itu untuk ditandingi.
Katanya, sesuatu Dun atau parlimen yahg hendak ditanding PAS dibuat berdasar analisa dalam segenap aspek. 
Pada penamaan calon Sabtu lepas calon Pakatan Harapan tidak dibenar masuk ke tempat penamaan calon kerana tidak mempunyai kad SPR sehingga memberi kemenangan percuma kepada calon BN. – HARAKAHDAILY 4/5/2018
Sumber HD - 4-5-2018 

‘Let Mahathir Rest, He’s Very Old’

Islamic party Parti Islam Se-Malaysia (PAS) president Abdul Hadi Awang told Langkawi voters on Tuesday (May 1) to refrain from voting for opposition coalition leader Mahathir Mohamad, and to “let him rest”.

Speaking at a political rally in front of more than 1,000 PAS supporters in Kuah, Langkawi, the veteran politician said: “Now he’s in old age … his time is up. It’s not the time for him to fight.

“I urge the people of Langkawi to please don’t vote him as your parliament representative. Let him rest, he’s very old. It’s not the right time for him to be prime minister. That time has passed, and he can’t change that,” said Mr Abdul Hadi.

The party leader was in Langkawi to lend support to PAS’ Langkawi candidate Zubir Ahmad, who is in a three-cornered battle against Dr Mahathir and ruling coalition Barisan Nasional’s candidate Nawawi Ahmad for the seat.

Dr Mahathir is the favourite to clinch the seat but Mr Abdul Hadi said that “it’s not impossible” for PAS to beat him. In a fiery speech, he recalled how Dr Mahathir lost to PAS candidate Yusof Rawa in 1969, for the federal constituency of Kota Setar Selatan in Kedah, to laughs from the crowd.

“He has lost to us before, it’s not impossible that he’ll lose in Langkawi. In 1969 he was still young and strong … now he’s much older and more tired,” he said.

PAS supporter Mohd Yunus Sidek told Channel NewsAsia that many voters in Langkawi want to end Dr Mahathir’s quest to become prime minister in the upcoming polls.

“He was a good leader when he was prime minister, both to Malaysia and Kedah, but he’s finished now. We will vote him out right here in Langkawi,” added the 42-year-old.

Another PAS supporter Muhammad Idrus Jumat said: “Mahathir can’t seem to unite his own party. How is he going to govern this country?”

PAS is contesting 160 parliamentary seats in Malaysia’s 14th general election, including all the seats in the northern states of Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis.

Mr Abdul Hadi said that if PAS wins 112 seats, and earn the simple majority needed to form a government, PAS “can administer the Islamic agenda that we’ve always dreamt of”.Source: CNA/am(cy)

Sumber BO - 3-5-2018


Hadi: PAS tak pernah kafirkan Umno
Posted on Wednesday, May 02 @ 09:57:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39506



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan bahawa parti itu pernah i mengkafirkan umat Islam lain tetapi sebaliknya mendakwa ini dilakukan oleh ahli partinya yang melompat menyertai Umno.

Katanya, PAS tidak berhak berbuat demikian kerana itu bukan ajaran Islam yang sebenarnya.
“Kita ajak dan beritahu orang Islam, kita mesti percaya pada Islam. Dia kata kita mengkafirkan orang, bukan kerja kita mengkafirkan orang.

“PAS tidak mengkafirkan si anu dengan si anu, sia anu dengan si anu. (PAS tak kata) Umno kafir orang tu kafir, PAS tak kata begitu.

“Memang ada orang dalam PAS yang cakap begini, orang PAS yang cakap begini masuk Umno belaka tak ada dalam PAS. Yang cakap keras-keras tu pergi ke Umno. Kerana dalam PAS kita ajar batas-batas iman dan kufur,” kata Abdul Hadi dalam ceramahnya di Markas PAS Kuah Langkawi, malam semalam.


Abdul Hadi turut berkata urusan mengesahkan seseorang itu menjadi kafir adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah setelah mendengar hujah individu tersebut.

Pada ceramah itu presiden PAS itu juga menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sasarannya.

“Zaman Tun Mahathir (menjadi perdana menteri), saya diletak nombor satu nak kena ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri ) tapi tak jumpa dalam ucapan saya diletak anu bin si anu kafir.
“Dalam buku tulisan saya tak ada sebut si anu dengan si anu kafir, tak ada.

“Kita tunjuk batas iman dan kufur tak boleh cakap begini. Kalau kita jahil jangan bercakap, Ni tak tahu pun nak bercakap juga,” katanya.

Kontroversi tercetus pada 1981 apabila 'Amanat Haji Hadi' merujuk ucapan pemimpin PAS yang tersebar di kalangan orang Melayu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.


Dalam ucapan itu, Hadi mendakwa PAS menentang Umno kerana parti berkenaan mengekalkan undang-undang kafir.

Amanat Haji Hadi itu didakwa sesetengah pihak turut menyebabkan tercetusnya rusuhan di Kampung Memali, Kedah pada 1985 yang mengorbankan 14 nyawa, termasuk anggota polis.

Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir berkata, mufti tidak menegur amanat yang dikeluarkan Abdul Hadi sebaliknya diam seribu bahasa menyebabkan tercetusnya tragedi hitam itu.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, PAS menjarakkan diri daripada Umno kerana terdapat ‘kebocoran’ dari segi pemerintahan parti berteraskan Melayu itu.

Selain itu PAS juga tidak mahu bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana terdapat DAP yang menentang hukum Islam selain bertentangan dengan dasar PAS.


“Siapa dalam HARAPAN ini, yang tolak hadis nabi, Quran boleh pakai tak boleh pakai. Yang tolak hadis, islam liberal, halalkan haram, haramkan yang halal.

“DAP yang terang-terang tentang Islam dengan berani tentang Islam dalam perkara berkait orang Islam, DAP tak boleh campur, dalam perlembagaan urusan Islam orang bukan islam tak boleh campur. Hukum orang islam, hak orang Islam.

“DAP campur hal orang Islam kita tak izin, parti yang macam ni tak boleh buat kawan maka PAS bersendiri,” katanya.

Sebagai rekod, PAS pernah bersama DAP semasa berada dalam Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Sumber TKO - 2-5-2018



Sidang Media Kedudukan Saman Kepada Sarawak Report
Posted on Wednesday, May 02 @ 07:20:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Video -  http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39502

Dalam sidang ini menunjukkan Sarawak Report sangat dangkal penghujahan pembelaannya untuk halang saman. Malah SR turut membuat hujah dengan harta pimpinan PAS sedangkan harta misal motorsikal sekadar bergambar di XPDC sahaja.

Kredit
Nordin Ali


Sumber TKO - 2-5-2018
























































































































































Sarawak Report: Hancur Musnah Cereka Fitnah Jahat

Pada tengah hari ini, PAS secara rasminya mengeluarkan kenyataan media yang melaporkan perkembangan terkini kes saman Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik web Sarawak Report.

Sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 30 April 2018.

2. Antara intipati kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Samsuri, Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah seperti berikut;

a) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan “truth defence” Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan.

b) Mahkamah memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 ( RM 227,700.00) kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

c) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare(dengan erti kata lain, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).

d) Clare juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan “kebenaran” beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan “kebenaran” nya.

e) Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh Defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.

f) Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.

Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

h) Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM 227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

i) Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019.

3) Berpandukan kenyataan rasmi PAS ini, maka secara terang lagi nyata cereka fitnah jahat Sarawak Report telah hancur musnah. Hampir keseluruhan hujjah pembelaan yang dikemukakan oleh Clare telah ditolak oleh Mahkamah semalam.

Manakan tidak, sesiapa sahaja pasti geli hati apabila membaca hujjah pembelaan “truth defence” yang dikemukakan oleh Clare itu kerana ia hanyalah cerita omongan tahyul.

Apa kaitan sejarah penubuhan 1 MDB dengan Tuan Guru Presiden PAS.?

Apa kaitan kes liwat Anwar dengan Tuan Guru Presiden PAS.?

Apa kaitan kes pembunuhan Altantuya dengan Tuan Guru Presiden PAS.?

Apa kaitan kes pembelian kapal selam Scorpene dengan Tuan Guru Presiden PAS.?

Daripada 55 mukasurat hujjah defence Clare, 50 mukasurat telah ditolak oleh Mahkamah.

4) Selain itu, hujjah pembelaan Clare yang menyenaraikan kononnya bukti kemewahan pemimpin PAS turut ditolak oleh Mahkamah. Ustaz Khalil Abdul Hadi yang bergambar dengan motosikal besar BMW milik orang lain pun dijadikan bukti oleh Clare. Lawak betul kan.?Clare turut menuduh Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Mohd Amar, Ustaz Nasrudin, Ustaz Dato’ Dr Khairuddin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Nik Abduh, Dr Samsuri, Dato’ Takiyuddin memiliki kemewahan luar biasa.

Malang sungguh si Clare ini, kesemua tuduhan jahat ini turut ditolak oleh Mahkamah.

5) Khusus kepada pencinta FB Page Ana Tahu pula, Clare sendiri secara sukarela telah menarik kembali permohonan untuk mengemukakan audio palsu suara Ustaz Nik Abduh sebagai bahan bukti pembelaan Clare. Oh, baru ini galak sungguh kononnya audio itu sedang dianalisis di makmal forensik untuk dijadikan bukti. Rupa-rupanya kecundang di tengah jalan. Sungguh memalukan.

6) Selain itu, permohonan “counter-claim” Sarawak Report terhadap Tuan Guru Presiden PAS pula ditolak oleh Makamah.

Clare menuduh PAS telah membuat gangguan terhadap Ambiga yang merupakan sumber info kepada Clare.

Permohonan Clare ini dtolak oleh Mahkamah.

Ambiga sepatutnya malu muka kerana dia lah antara individu yang menyalurkan informasi palsu dan fitnah terhadap PAS. Ambiga ini sedang giat berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.
7) Perbicaraan penuh kes saman ini akan diadakan pada awal April tahun 2019. Percubaan Clare untuk membatalkan saman ini sudah ditolak oleh Mahkamah. Dia juga cuba untuk melengahkan perbicaraan ini dengan memohon perbicaraan berasingan bagi menentukan “reference” iaitu apakah maksud “top echelon” yang ditulis di dalam artikel asal yang diterbitkan dalam web Sarawak Report pada tahun 2015 dahulu.?Dia mahu menafikan tuduhan fitnah itu ditujukan khusus kepada Tuan Guru Presiden PAS tetapi bermaksud kepada seluruh kepimpinan PAS daripada PAS Pusat sehinggalah ke PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan. Clare ini menyangka kita orang Melayu tak faham kot maksud perkataan “top”.?

8) Kepada sekalian pendokong dan penyokong PH, berapa lama lagi kamu mahu berpaut kepada modal fitnah jahat sebegini.? Dahulu, PH juga yang cabar PAS kemukakan saman. Kini, PAS sudah pun kemukakan saman. Demi mempertahan maruah dan imej parti, PAS sanggup ke London bagi menyaman si Claire yang pengecut ini.

PH dan Sarawak Report memfitnah lagi, katanya saman ini konspirasi dengan Najib dan ditaja dananya oleh UMNO.

9) Sungguh jahat. Menipu dan terus menipu. Memfitnah dan terus memfitnah. PAS bukannya parti kaya yang ditaja oleh tauke besar di belakang tabir. Duit PAS ini datangnya daripada sekalian ahli dan penyokong PAS yang sukarela menderma bagi sama-sama menampung kos guaman. Firma guaman Carter Ruck, peguam yang mewakili PAS di London itu bukannya calang-calang. Bahkan, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas turut menganggotai panel guaman PAS di Malaysia ini.

10) Jelas, bagaikan “crystal clear” ini bukti keseriusan PAS dalam menentang fitnah dan menjaga namabaik parti yang memperjuangkan Islam. Pada akhirnya, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar berhentilah mengamalkan politik fitnah dan jahat sebegini. Kita tidak tahu betapa peritnya menjadi mangsa fitnah yang tidak henti-henti sepertimana yang sedang ditanggung oleh Tuan Guru Presiden PAS. Kepada Pakatan Harapan sekiranya masih tidak serik dan berdegil mahu terus menjaja modal ini, sebaiknya ditukarlah nama itu kepada Pakatan Fitnah.

Catatan oleh;

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
01 Mei 2018

Sumber BO - 1-5-2018













































































London High Court Orders Sarawak Report To Pay RM156,017 To PAS

The London High Court has ordered Sarawak Report to pay £28,900 (RM156,017) in costs in its case against PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang (pic).

Abdul Hadi’s lawyer Wan Rohimi Wan Daud in a Facebook post said that Abdul Hadi had won all five of its interlocutory applications in its libel suit against Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown.

“Sarawak Report has been ordered to pay cost of £28,900 (RM156,017),” he said.

He added that a press conference will be conducted in due time.

PAS had sued Rewcastle-Brown for libel over an article she wrote alleging that the party had received RM90mil in bribes from Umno.

However, Sarawak Report in a post on Monday (April 30) refuted PAS’ announcement that five of its applications were defeated and said that its claims that Abdul Hadi had won the libel case was “false”.

Sarawak Report also said that the half-day hearing in front of Justice Dingemans was only related to its procedural application.

“Political parties cannot sue in the UK and Sarawak Report had petitioned for a quick preliminary trial to determine whether it was Abdul Hadi or PAS who was behind the case to silence Sarawak Report on the issue of money flowing from Umno into the political party,” it claimed.

Sarawak Report said the judge had set a provisional date for a full trial for ten days lasting from April 1 to 12, 2019.-.thestar

Sumber BO - 1-5-2018

Keputusan Mahkamah London bantu lonjak sokongan PAS

MARANG: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menjangkakan keputusan Mahkamah Tinggi di London, semalam akan membantu melonjakkan sokongan parti itu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini. 
Katanya, ini kerana keputusan pendengaran di hadapan Mr Justice Dingermans itu dapat menjelaskan segala ruang fitnah kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung artikel yang disiarkan dalam Sarawak Report. 
“Kenyataan hendaklah ikut peraturan yang ada dan segala ruang fitnah dapat dijelaskan,” ujarnya pada siding media di pejabat Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Rusila, petang ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr ahmad Samsuri Mokhtar. 
Menurutnya, tuduhan melalui artikel yang disiarkan dalam Sarawak Report itu sangat besar kepada Presiden PAS. 
Beliau berkata, dengan keputusan mahkamah itu telah memurnikan tuduhan kepada Tuan Guru Abdul Hadi. – HARAKAHDAILY 1/5/2018
Sumber HD - 1-5-20118 

















































































Presiden PAS ada asas kuat terus kemuka saman

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap Clare Rewcastle-Brown berhubung artikel yang disiarkan Sarawak Report. 
Demikian dinyatakan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada sidang media di pejabat Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila, petang ini. 
Kenyataan itu merujuk kepada sesi pendengaran yang berlangsung selama empat jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi di London, semalam. Turut serta ialah Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare Rewcastle-Brown.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau. 
(1) SAMAN FITNAH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG - MAHKAMAH MENOLAK PEMBELAAN "KEBENARAN (TRUTH)" SARAWAK REPORT DAN PERMOHONAN DEFENDAN UNTUK MEMINDA PEMBELAAN
(2) MAHKAMAH MEMERINTAHKAN CLARE REWCASTLE-BROWN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN SEBANYAK £41,400 (( RM 227,700.00) KEPADA DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Merujuk kepada sesi pendengaran yang berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi di London pada 30 April 2018, Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare Rewcastle-Brown (dengan erti kata lain, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden). Sebagai tambahan, Clare Rewcastle-Brown juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan "kebenaran" beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan "kebenaran" nya. 
Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh Defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato’ Seri Tuan Guru. Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan. 
Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.
Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM 227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari. 
Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019. 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
1 Mei 2018,
Terengganu, Malaysia - HARAKAHDAILY 1/5/2018






























































































































































Sumber HD - 15-2018


TGHH menang semua 5 permohonan interlokutori Terhadap Fitnah Sarawak Report
Posted on Monday, April 30 @ 23:53:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39486


Alhamdulillah...  Sarawak Report menggelupur! TGHH menang semua 5 permohonan interlokutori! Sarawak Report Diperintah membayar keseluruhan kos £28,900..


Maksud interlokutori ialah permohonan dalam permohonan, iaitu Sarawak Report memohon membatalkan saman TGHH. Dikatakan SR memberikan pembelaan pembatalan ini 50 muka surat.. Tapi mereka kalah.

Walaupun ini bukanlah bermakna Pas dah menang saman - Pas hanya berjaya menghalang permohonan afidavit SR yg cuba difailkan x lama dulu - namun ini ialah langkah yg sgt besar utk memastikan kemenangan Pas menentang SR.

Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat reinforcement. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dgn kita tanpa senjata.

Tahniah Wan Rohimi dan team Carter-Ruck!

Tapi apa pun baik dapatkan maklumah yang sah nanti. - Webmaster TKO

Nantikan Siaran Media rasmi sedikit masa lagi...

Kredit
Wan Rohimi


Ssumber TKO - 30-4-2018


































































































































































Surat terbuka kepada anak pemimpin yang meninggalkan perjuangan ayah

KAMU juga seperti anak-anak saya, 
Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.
Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan. 
Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga PH. 
Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik. 
Bersama PH juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya. 
Kajian politiknya mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci. 
Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya. 
Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza. Tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa yang berbeza. Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan. 
Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya. 
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang.
Saya bacakan untuk semua firman Allah: 
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ (46( 
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain yang akrab), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di Akhirat).” (Surah As-Saba’: 46) 
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
“Pengajaran yang diambil daripada sesuatu ayat adalah berdasarkan maknanya yang umum bukan semata-mata bergantung kepada sebab penurunannya yang khusus.” 
Beberapa orang yang berusia yang bersama Hasan Al-Banna dan Al-Maududi, masih hidup panjang usianya hanya mengeluh kepada saya. “Apa nak dibuat?”. Jawab saya: “Selamatkan sekadar yang dapat”. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Syaaban 1439 / 30 April 2018 – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 30-4-2018 


















































































Kerajaan mesti tangani kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan sepatutnya menangani masalah kenaikan harga barangan. 
Beliau menambah sekiranya kerajaan menetapkan harga bagi barangan, maka peniaga tidak akan menjual barangan dengan harga yang melampaui batas. 
“Kerajaan boleh bertindak dengan kuasa kerajaan,” ujar beliau ketika ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah, Marang, kelmarin yang disiarkan menerusi laman Facebook. 
Katanya, kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh barangan tempatan banyak dieksport ke luar negara dan mendapat keuntungan yang banyak. 
“Bila tauke-tauke yang eksport barang ke luar negeri dapat untung yang banyak maka dia jual mahal kepada penduduk tempatan. Ini jadi begitu maka kerajaan kena kawal dalam masalah ini,” ujar beliau. 
Kerajaan tidak pandai mengurus
Menurutnya, kerajaan tidak pandai mengurus negara kerana tidak mewujudkan projek hiliran.
Katanya, projek hiliran tersebut adalah dengan maksud kerajaan sepatutnya membuatkan projek bagi menguruskan produk supaya ia mengalir dalam pasaran 
Beliau menambah bahawa kerajaan perlu membuka industri supaya dapat menambah nilai barangan tersebut
Beliau memberi contoh buah-buahan tempatan boleh dibuat gel dan melalui penambahan nilai tersebut, kerajaan boleh menarik pelabur untuk melabur dan membuka kilang. 
“Apa yang berlaku pada hari ini, kerajaan membiarkan orang tengah yang mencari kesempatan untuk dapat untung banyak. 
“Dia beli dari sumber, dari nelayan, daripada orang kampung, beli dengan harga yang murah. Dia jual dengan harga yang mahal,” ujar beliau. 
Beliau menerangkan bahawa China yang memiliki 1 billion penduduk mampu bersaing dengan Amerika Syarikat dari sudut ekonomi adalah disebabkan barangan mereka yang dipasarkan di pasaran China sendiri. 
Menurut beliau juga, Singapura merupakan orang tengah bagi pasaran ekonomi barangan di Asia Tenggara.
Kenaikan harga minyak beri kesan kepada harga barang
Tuan Guru menyebutkan bahawa antara sebab kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak.
“Minyak Malaysia ni baik, yang tinggi mutunya, boleh guna untuk kapal terbang minyak Malaysia ni, harga dia mahal, bukan guna untuk kereta,” ujarnya lagi. 
Beliau memberikan cadangan sekiranya dibuka loji penapisan minyak di Malaysia dan menjadi pengedar minyak, maka harga minyak akan turun dengan sendirinya. 
Menurutnya, harga barang juga akan menurun atas sebab kos pengangkutan barangan akan menurun dengan menurunnya harga minyak yang digunakan kenderaan. 
Turut bersama beliau adalah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ustaz Mohd Nor Hamzah (Bukit Payong), Ustaz Ariffin Deraman (Alor Limbat) dan Ustaz Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan).
Inflasi pada tahun 2018 diunjur pada paras 2.5% oleh Rating Agency Malaysia Berhad (RAM Ratings) dengan inflasi makanan dijangka akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 30-4-2018 

PAS Have No Pact With Umno


PAS candidate for Tanjung Aru here in Sabah, Hamid Ismail said he has been getting numerous enquiries from the public, seeking clarification on PAS’ identity and stand in the elections.

“They want to know if PAS is quietly with BN,” he said in a statement here Sunday.

“The answer to the question is a big no. PAS in Sabah has candidates in constituencies with BN candidates,” said.

Hamid said such questions were leading to “fear and hatred” towards their candidates.

He said such sentiments and feelings would also cause the party to lose votes in GE14.

“Therefore I advice all Sabahans not to fear PAS in Sabah. Allegations of us having a pact with Umno or Barisan is untrue and is made up to deter people from voting for PAS,” he said.

Meanwhile, Hamid gave his assurance that if he won in the elections, he would ensure integrity and effective representation for all his voters irrespective of race and religion.

He will be facing a five-corner fight in Tanjong Aru. His opponents include the incumbent Datuk Edward Yong of PBS (BN) and Parti Warisan Sabah’s Wong Hong Jun.

Also in the fray are Noraiza Mohammad Noor from Parti Harapan Rakyat Sabah (not to be confused with Pakatan Harapan) and Roger Chong Wei Leung from Parti Kerjasama Anak Negeri.

PAS will contest eight parliamentary seats – Tuaran, Kota Belud, Putatan, Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau and Kalabakan, and 18 state seats – Kadamaian, Tanjong Kapor, Pitas, Tempasuk, Usukan, Karambunai, Tanjong Aru, Sekong, Karamunting, Kuamut, Kunak, Sulabayan, Bugaya, Balung, Apas, Merotai, Tanjong Batu and Sebatik in Sabah.-thestar

Sumber BO - 29-4-2018


Hadi yakin menang saman Sarawak Report
Posted on Sunday, April 29 @ 10:09:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39445



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbicaraan kes saman terhadap Sarawak Report akan bermula Isnin ini di London.

Katanya berdasarkan, perkembangan semasa 80 peratus peluang PAS untuk menang saman fitnah terhadap Editor Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown.

Katanya, ia berdasarkan bukti-bukti yang telah dihantar peguam di Malaysia.

"PAS sudah saman surat khabar ini (Sarawak Report) insya-Allah Isnin ini akan mula dibicara dan keputusan mungkin beberapa hari selepas itu, peguam kita di London yang ambil kes ini memberi keyakinan kita akan menang, dia (Sarawak Report) kena bayar belanja kewangan kita sebab bukan murah berjumlah RM1 juta.

"Kita suruh minta maaf dia tak nak minta maaf, kita dah hantar segala dokumen melalui peguam kita di sini dan peluang kita menang 80 peratus.

"Orang kata nak bayar RM1 juta PAS ambil duit dari mana, ada orang PAS yang kaya-kaya yang tolong kita bayar dulu, selepas itu kita kutip derma balik untuk bayar, orang yang fitnah ini ada di Malaysia tetapi dilapor akhbar luar, mereka sembunyi di Malaysia ini," katanya di hadapan kira-kira seribu hadirin.

Malam tadi Hadi bersama calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Marang hadir ke ceramah perdana pertama mereka sebaik sahaja penamaan calon di Perkarangan Pasar Binjai Rendah, Bukit Payong, Terengganu.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak 'menarik' kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Hadi turut memaklumkan PAS menggunakan peguam sama untuk menguruskan kes saman Sarawak Report yang pernah menguruskan kes saman akhbar Daily Mirror di England yang menuduh presiden PAS itu pengganas nombor dua dalam dunia pada 2007.

"Peguam yang ambil kes ini pernah tolong saya semasa surat khabar di England kata saya pengganas nombor dua dalam dunia, akhbar itu bersama Daily Mirror kalau tak silap saya, kita bicara di mahkamah di England dan kita menang dan akhbar itu kena bayar kepada saya RM400,000,"katanya.

Pada Oktober 2007, Hadi menang kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan di London berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Pada 1 Mei 2007, edisi cetak dan juga web Daily Mirror menyiarkan gambar Hadi dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Ia menyebut Abdul Hadi sebagai pemimpin ketiga Al-Qaeda dan berkata dia telahpun ditangkap dan ditahan di Guantanamo Bay.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya, Daily Mirror berkata: "Ini tidak benar dan gambar itu telah tersalah siar. Artikel kami sebenarnya merujuk kepada orang lain, Abdul Hadi al Iraqi."

Sumber TKO - 29-4-2018





















































































PAS, BPMS Dan Penjuru Ketiga

Ramai kalangan yang berteori termasuk kalangan yang bertaraf pemikir, pengamat politik, pengkaji dan ada yang bertaraf Professor Sains Politik, berpandangan bahawa perubahan politik Malaysia secara mudah boleh berlaku sekiranya pertandingan dua penjuru. Maka PAS dipersalahkan kerana tidak menerima hakikat yang diyakininya. Semuanya meletakkan PAS menjadi penjuru yang ketiga yang berada paling bawah dan bersalah. Inilah! Kalau berfikir secara kanak-kanak sekolah, maka nombor tiga pun dapat hadiah juga, tidaklah bertaraf hanya hadiah sagu hati.
Melayu yang mudah lupa, Melayu yang nyanyuk, atau bertaraf Melayu baru mentah boleh menerima teori sebegini. Mereka tidak peka bahawa PAS bersama Islamnya boleh menjadi tangga kejayaan menegakkan Islam secara bersendirian, bukannya anak tangga untuk dipijak atau sekadar menjadi tempat bertenggek kepada yang hanya mahu ke atas semata-mata.
PAS bukan parti serpihan kalangan yang tidak berpuas hati dengan parti asalnya atau yang melompat kerana gopoh berkonsepkan ‘political animal’. Semua jenis begini yang ditemui dalam perjalanan PAS sudah ditelan zaman, namun PAS tetap makin subur dan kuat tanpa boleh dihakiskan oleh sebab keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepadanya atau tekanan yang menghalang perjuangannya.
PAS adalah mata rantai perjuangan Islam warisan Rasulullah S.A.W yang berdakwah dan berpolitik sehingga menegakkan negara yang berdaulat. Islam yang dibawa ke sini berjaya menegakkan negara berdaulat. Sehinggalah kedatangan penjajah yang mahu menghapuskannya, dan memadamkan cahaya Islam yang menjadi musuhnya. Maka seluruh umat Islam nusantara bangkit mempertahankan Islam dan menentang penjajah.
Mereka menentang penjajah sejak bermulanya pencerobohan Portugis 1511 di Melaka, diikuti oleh Belanda, British dan Sepanyol. Penjajah mengganyang Islam, menjajah tanah air dan memperhambakan rakyat Asia, bukan sahaja penganut Islam, termasuk Hindu dan Buddha.
Kumpulan Islam yang bernaung di bawah panji-panji jihad daripada semua suku Kaum Melayu, Jawa, Bugis, Banjar, Minang dan lain-lain bersatu bersama para ulama, raja-raja dan rakyat. Mereka dianggap oleh penulis barat sebagai lanun dan mereka yang terpengaruh dengannya juga termasuk Tun dan lain-lain.
Kumpulan Islam telah menubuhkan kumpulan yang berorganisasi oleh para ulama berkelulusan Madrasah Makkah, Kaherah, Bait Al-Maqdis, Deoband India dan lain-lain.
Pada tahun 1800, menubuhkan Jamaah Islam yang berpusat di Riau, tidak di Singapura, diikuti oleh penubuhan Sarekat Islam di Jawa yang menubuhkan cawangannya di seluruh Nusantara, sebelum adanya Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Kumpulan ini menghadapi agenda penjajahan di bawah payung Syarikat Hindia Belanda dan British. Apabila cabangnya di Semenanjung Tanah Melayu diharamkan satu demi satu termasuk Hizbul Muslimin, maka ditubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang diubah namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada hari ini.
Para pengasas PAS memilih konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sejak awal lagi. Maka sinonimnya PAS bersama konsep demokrasi yang mengambil pendekatan damai (Muwajahah Silmiyyah). Berdakwah dan berpolitik bagi menegakkan kerajaan yang mendaulatkan Islam.
PAS berjaya menyatukan ulama yang berpecah dinamakan kaum tua dan kaum muda, atau di Indonesia dinamanakan Nahdhatul Ulama (NU) dan Muhammadiah. Adapun yang jahil Islam menjadi sekular atau lebih hanyut dan melampau. Maka PAS diselamatkan daripada anasir seperti Taliban dan ISIS yang melampau sehinggalah kumpulan Takfir (kafir mengkafir dengan mudah) termasuk dalam mangsa kejahilan agama yang mesti diselamatkan.
Kini, mengapa PAS tidak bersama BN dan PH, tetapi membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN)?
PAS berpengalaman pernah bersama Umno ketika menentang penjajah dan menubuhkan BN selepas peristiwa 13 Mei demi menyelamatkan negara. Di zaman awal sebelum adanya PAS ketika masih NGO, ramai para ulama PAS bersama Umno termasuk Al-Marhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hasan, Haji Yahya Junid (Kedah) dan ayah saya sendiri adalah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Marang sebelum merdeka dan sebelum PAS ditubuhkan di Terengganu tahun 1956 kerana wadah yang ada pada masa itu.
Walaupun negeri pantai timur tercorot dan dicorotkan oleh penjajah, juga sehingga kini. PAS hanya dapat satu kerusi pembangkang dalam Pilihan Raya Pra Kemerdekaan 1955 di Perak, tiba-tiba memerintah Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya negeri tahun 1959. Dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen pula dimenangi oleh Dr Burhanuddin, Hasan Adli, Dato’ Onn Jaafar (Parti Negara) dan Khadijah Sidek (Ketua Muslimat Johor yang mewakili Terengganu) serta Prof. Zulkifli Muhammad, Osman Abdullah dan Abdullah Zawawi mewakili Kelantan. Inilah BPMS.
Saya menyaksikan bahawa BPMS diamalkan oleh PAS sejak ditubuhkan dengan peranan seorang India beragama Hindu yang diselamatkan oleh Dr. Abbas Alias (YDP PAS Kedua) daripada hukuman mati dipancung di zaman pemerintahan Jepun. Ini menunjukkan PAS peduli masyarakat majmuk sejak awal lagi.
Apabila tercetusnya fitnah kafir mengkafir kerana adanya pemimpin Melayu yang sangat jahil menghina hukum Islam seperti Hukum Hudud dan lain-lain kerana sangat jahil agamanya, sehingga laksana monyek yang mengoyak bunga yang cantik kerana tidak ada roh seni dalam dirinya. Maka PAS berjaya menenangkan api fitnah itu dengan memperkenalkan batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui oleh umat Islam, sehingga kini dapat dilenyapkan.
Walaupun fitnah ini membebankan ulama PAS sehingga ada yang ditahan di bawah ISA yang sepatutnya digunakan terhadap pengganas Komunis sebagaimana tujuan sebenar ISA sewaktu digubal dan disokong oleh ahli Parlimen PAS di waktu darurat ketika itu. Bahkan ada juga kalangan PAS yang dibunuh dalam Peristiwa Memali dan lain-lain. Apa yang menarik ialah semua yang melampau dan cakapnya berdegar dan mudah mengkafirkan yang jahil meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Semua pengalaman tersebut menunjukkan PAS adalah parti yang kuat aqidah perjuangannya dan tidak rebah dengan sebab kalah pilihan raya. PAS sangat berjaya menyelamatkan aqidah umat Islam dan tidak boleh diubah hala tujunya semata-mata bertujuan menang pililihan raya tanpa beristiqamah bersama Islam.
Kekuatan PAS diakui sehingga ditumpang oleh mereka yang dipecat daripada Umno atau terjun meninggalkannya, termasuk Tun Mahathir yang ditendang keluar pada tahun 1969 pernah menumpang pentas kami.
PAS tidak boleh dilumpuhkan dengan kerjasama Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang bersama pada tahun 1982-1998, setelah PAS bangkit semula selepas ditendang keluar daripada BN kerana krisis Kelantan dan dikalahkan dalam pilihan raya sehingga hilang kerajaannya di Negeri Kelantan dan dipecat daripada BN oleh kalangan anti Islam.
PAS gagal dikuasi oleh Anwar yang menumpangnya apabila dipecat daripada Umno dengan cara putar alam, sehingga kini terpaksa bersama Tun Mahathir pula dalam satu bahtera berjenama Pakatan Harapan (PH) yang memuatkan DAP, Islam Liberal, Kumpulan Anti Al-Quran dan Hadis, dan semua yang suka melompat pagar politik mencapai kejayaan yang mentah. Inilah Pakatan Harapan yang dikenali PAS. Maka yang mengetahui semua senario tersebut menunjukkan bahawa PAS jangan diajar politiknya laksana mengajar itik berenang di air.
Dahulunya PAS pernah mengajar Umno supaya membubarkan bahtera Perikatan dan kapal layarnya yang bocor sehingga hampir menenggelamkan negara dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Kini PAS menunggu sejauhmana Umno dapat membetulkan dacing Barisan Nasional yang kelihatan senget. PAS tidak boleh bersama dacing yang senget itu demi menyelamatkan negara. Maka PRU 14, PAS meletakkan calon dengan jumlah yang boleh memerintah negara bersama Islam dengan wadah Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Tunggulah apa keputusan Pilihan Raya Ke-14 yang sedang dilaksanakan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Syaaban 1439 / 29 April 2018























































































Sumber BO - 29-4-2018

No comments:

Post a Comment