BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, April 14, 2018

PAS DAN HALEHWAL SELANGOR (JILID 5)


Arak ‘beracun’


SEMALAM (18 September 2018) Lembah Klang digemparkan dengan kes keracunan arak sehingga menyebabkan 19 orang meninggal dan 32 yang lain dalam pantauan hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes ini akan disiasat bagi memastikan pengilang dan pengedar mematuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 untuk mengelakkan campuran secara haram yang mengakibatkan keracunan metanol.
Islam memandang serius isu pengambilan arak terutamanya dalam kalangan Muslim demi menjaga kewarasan akal fikiran dan menjaga kesihatan tubuh badan yang boleh menyebabkan kerosakan organ tubuh badan, meruntuhkan institusi kekeluargaan bahkan mengancam keselamatan umum.
Demi menjaga nilai moral dan tatatusila yang bersesuaian dengan adat kehendak terutamanya rakyat Malaysia, Islam mengharamkan setiap perkara yang berkaitan dengan arak seperti yang dijelaskan bersesuaian dengan hadis daripada Anas bin Malik R.A yang bermaksud: "Rasulullah S.A.W melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: Pemerah anggur (untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya". [Hadis riwayat Imam Al-Tirmidzi (1296) dalam Sunan]
Pemuda PAS Batu melihat perkara ini mesti dipandang secara serius dan aktiviti pengawalan pengambilan arak mestilah dikuatkuasakan oleh pihak berautoriti secara lebih telus dan menyeluruh dengan melibatkan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.
Kewajaran pengawalan arak bukan lagi hanya untuk Muslim, bahkan di kalangan non-Muslim juga. Ia juga mestilah tidak dipolitikkan sekiranya kita serius ingin menyelesaikan masalah moral dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berwaspadalah, kerana arak yang tidak beracun juga adalah racun masyarakat. - HARAKAHDAILY 19/9/2018
Penulis ialah Naib Ketua Pemuda PAS Batu.

Sumber HD - 19-9-2018

Hijrah masa kini menangkan suara 

Islam di Parlimen, Dewan Negeri



FIRMAN Allah SWT dalam surah Al 
Anfal ayat 72,

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا ۚ وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad 
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang 
(Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang 
Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela 
antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum 
berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka 
sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada 
kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka 
wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia 
di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa 
yang kamu lakukan."

Penyertaan PAS dalam sistem demokrasi dan pilihan raya semenjak sebelum merdeka, berjuang bagi mendapatkan undi dan bilangan sokongan adalah perkara yang sangat penting untuk meletakkan PAS dan suara Islam di persada pemerintahan negara.

Kepentingan dalam usaha mendapatkan dan memperolehi undi sokongan bagi menjayakan misi dan visi Islam satu perjuangan yang sama seumpama dengan medan jihad dakwah untuk mengajak dan menyeru manusia kepada Islam.

Ini kerana Islam diturunkan oleh Allah ialah untuk menyeru seluruh umat manusia yang belum Islam dan juga yang meninggalkan Islam supaya kembali semula ke pangkal Islam jalan yang sebenar.

Kenangan peristiwa Hijratur Rasul SAW dan seluruh para sahabat Baginda Nabi SAW 
adalah satu aspek penting untuk dilihat dan diteliti oleh ummah pada masa kini.

Perlu difahami dan diteladani bahawa perintah penghijrahan Allah SWT dan Nabi SAW ke atas seluruh para sahabat di Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan undi dan 
sokongan suara Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW agar mendapat tempat 
dalam sistem pemerintahan Madinah.

Baginda Nabi SAW diangkat sebagai pemimpin Madinah selepas peristiwa Bai'ah 
kesetiaan suku Aus dan Khazraj dalam Aqabah Pertama dan Kedua memerlukan 
sokongan dan sokongan suara yang lebih kukuh daripada sahabat-sahabat Nabi SAW 
dari Mekah yang lebih teruji kesetiaan dan pengalaman.

Sahabat-sahabat Nabi SAW di Mekah amat di Madinah di kala Nabi SAW sebagai 
pemerintah yang sudah tentu sokongan suara diperlukan untuk memperteguhkan 
pemerintahan Nabi SAW di samping sahabat Madinah yang masih baru dalam Islam 
dan kurang berpengalaman. Pada masa yang sama golongan yang Bukan Islam 
seperti Yahudi, Nasrani, Majusi dan Musyrikin masih lagi menjadi majoriti dan
memonopoli dalam pelbagai sektor di Madinah.

Maka sudah tentu, dalam keadaan suara Islam yang hanya bergantung kepada 
sahabat-sahabat asal dari Madinah sahaja masih belum mencukupi untuk memberi 
keteguhan kepada kepimpinan Nabi SAW.

Allah SWT mewajibkan secara mandatori penghijrahan sahabat-sahabat Nabi SAW 
ke Madinah adalah satu petanda bahawa pemerintahan Islam di Madinah memerlukan 
suara dan sokongan individu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW dari mekah, 
apa lagi mereka adalah sahabat yang telah terbukti kemampuan dan kesetiaan 
ketika mereka bersusah payah bersama Nabi SAW di permulaan perjuangan Islam 
selama 13 tahun.

Allah SWT juga dalam ayat diatas bagaimana kita mampu memahami bahawa 
besarnya kemurkaan Allah kepada mereka yang ingkar dan enggan berhijrah 
sehingga memungkinkan tergugatnya kedudukan pemerintahan Islam di Madinah.

FirmannNya, dalam AL Anfal ayat 72 (maksudnya): "Dan orang-orang yang beriman 
yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk 
membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan 
kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka 
wajiblah kamu menolongnya."

Begitu juga dalam ayat 89 Surah an Nisa' yang bermaksud: "Oleh itu janganlah kamu 
mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka 
berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)."

Kedua-dua ayat ini secara langsung menjelaskan bahawa dalam sistem pemerintahan, apalagi dalam konteks sistem pilihan raya dan demokrasi yang diamalkan di negara ini yang 
disertai oleh PAS, undi dan sokongan individu Muslim begitu kritikal untuk 
memastikan suara Islam mampu memonopoli dan menguasai suasana dan sekali gus 
meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya.

Undi rakyat dalam pilihan raya dan suara bilangan ahli parlimen serta bilangan 
ahli dewan undangan negeri sebagai contoh perlu dipastikan berpihak kepada Islam 
agar segala usaha untuk memperjuangkan Islam mendapat tempat dan direalisasikan.

Bayangkanlah bagaimana agaknya Nabi SAW mampu untuk meletakkan polisi-polisi 
Islam dalam pemerintahan Madinah sekiranya suara Yahudi, Nasrani dan Musyrikin 
menjadi majoriti? Sudah tentu, tidak. Walaupun Nabi SAW sebagimana diyakini 
akan dibantu oleh Allah SWT, namun hakikatnya usaha manusia tetap menjadi sebab 
dan faktor untuk memperolehi pertolongan daripada Allah SWT. Kalau tiada usaha 
daripada kita untuk membantu dan memberi sokongan kepada agama Allah, bagaimana 
mungkin Allah sendiri akan membantu perjuangan kita.

Sebagai contoh kini kita boleh melihat, bagaimana usaha memartabatkan sistem 
Mahkamah Syariah menerusi RUU 355 begitu susah untuk diluluskan dan 
direalisasikan, adalah disebabkan suara Islam adalah suara yang kecil berbanding 
dengan suara yang menentangnya. Bilangan ahli parlimen Islam di Dewan Rakyat 
masih belum mencukupi untuk berupaya memenangi kehendak Islam dalam sistem 
demokrasi yang diamalkan.

Begitu juga, sekiranya suara Islam lemah atau bilangan undi Islam tidak kukuh, maka 
sudah tentu golongan majoriti yang menolak Islam menguasai suasana undian dan 
berupaya menentukan keputusan mengikut kehendak mereka. Contohnya 
undang-undang dan polisi yang tidak menguntungkan Islam dan bercanggah dengan 
Syariah akan diluluskan. Adalah menjadi tidak mustahil sekiranya suara majoriti undi 
dan ahli wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri adalah bukan Islam 
atau yang menentang Islam, polisi membenarkan dan menghalalkan LGBT mampu 
diluluskan dan dibenarkan di negara ini.

Mungkin ada ahli parlimen Muslim yang lain, tetapi ahli parlimen Muslim 
sahaja belum mencukupi untuk menyokong Islam dan sebagai contoh RUU335 atau 
menentang polisi anti Syariah, kerana disebabkan kejahilan atau faktor 
duniawi yang menghambat amalan Islam mereka sehingga teragak-teragak untuk 
bersuara mengundi menyokong atau menentang.

Sebab itulah apabila dilihat kerahan mandatori sahabat-sahabat Nabi SAW dari 
Mekah untuk berhijrah ke Madinah adalah kerana sahabat-sahabat Mekah adalah 
golongan yang lebih berkeyakinan dan memiliki kemantapan Iman dan Islam mereka 
yang boleh diharap untuk mempertahankan dan memperteguhkan kepimpinan Nabi 
SAW di samping sahabat-sahabat di Madinah.

Kesimpulannya, adalah satu bentuk anjakan paradigma perlu diusahakan dan 
dilonjakkan kepada umat Islam di negara ini, bahawa kepentingan meraih undi, 
sokongan rakyat, memiliki bilangan majoriti Ahli Parlimen Muslim dan Ahli Dewan 
Undangan Negeri Muslim agar kedudukan dan usaha memartabatkan Islam dapat 
dilaksanakan.

Kisah Hijratul Rasul SAW perlu diolah dan dicerakinkan dalam segenap ceramah, majlis 
ilmu dan kuliah termasuk ulasan para ulamak dan ilmuwan untuk memahamkan umat 
Islam dan rakyat di negara ini akan kepentingan undi dan pilihan raya bagi 
memenangkan calon pilihan Islam dalam sistem demokrasi negara ini.

PAS akan terus istiqamah dan tetap berjuang dalam ruang demokrasi berparlimen 
di negara ini menerusi penyertaan pilihan raya sebagai satu ijtihad PAS yang 
difahami dan diyakini bahawa ia juga tidak memiliki perbezaan dengan apa yang 
disirahkan oleh Nabi SAW dalam perjalanan hidup Baginda SAW sehingga 
Baginda berjaya meletakkan dan memartabatkan Islam lalu diteruskan oleh 
pengikutnya sepanjang zaman. PAS juga berkeyakinan usaha ini menepati syarak 
dan dikira sebagai dakwah sebagaimana Islam itu menguasai 2/3 dunia melalui 
dakwah dan akhirnya Islam menguasai pemerintahan ke atas seluruh umat manusia.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440
Sejahtera Bersama Islam
Hijrah Itu Pengorbanan - HARAKAHDAILY 11/9/2018

Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap 
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 11-9-2018


Hukuman sebat cara Islam



SEBAT merupakan salah satu dari bentuk 
hukuman yang diperuntukkan bagi 
kesalahan Hudud dan Takzir. Terdapat 
beberapa syarat yang telah ditetapkan 
oleh syarak, demi memastikan 
hukuman sebat mencapai Maqasid pelaksanaannya.

Jildah

Allah telah menyatakan hukuman sebat dengan perkataan 'Jildah'. Secara literalnya, ia 
bermaksud kulit. Bermaksud rasa sakit hukuman sebat mestilah hanya singgah sekadar 
ke kulit sahaja. Tidak boleh lebih dari itu sehingga mencederakan kulit, mengoyakkan daging, apatah lagi sampai ke tulang. Dalam erti kata yang lain, sebatan dalam Islam tidak 
melukakan.

Kesihatan pesalah

Walaupun secara asas, apabila tersabitnya kesalahan maka hukuman sebat perlu segera dilaksanakan. Namun, majoriti fuqaha menjelaskan jika pesalah itu mengalami masalah 
kesihatan, maka pelaksanaan hukuman perlu ditangguhkan. Dalam hal ini, 
khidmat doktor diperlukan untuk menilai.

Diriwayatkan bahawa Saidina Ali pernah menangguhkan hukuman sebat ke atas 
wanita yang sedang mengalami nifas.

Bukan bertujuan menyeksa

Terdapat Hadis riwayat Abu Daud, bahawa Nabi pernah diadukan masalah pesalah yang 
dianggap tidak mampu menanggung hukuman sebat kerana pesalah tersebut sedang 
sakit dan terlalu kurus. Bimbang jika disebat, menyakiti tulangnya.

Lantas Nabi menyuruh Sahabat memberkas 100 tangkai tamar yang halus lalu 
disebat dengan sekali sebat sahaja. Dengan satu das sebatan tersebut menyamai 100 
sebat. Apa yang dilakukan oleh Nabi itu menterjemahkan sifat rahmat yang ada dalam 
hukuman Islam.

Begitu juga Saidina Umar pernah memberkas tangkai yang menyamai bilangan 
hukuman sebat, lalu disebat dengan sekali sebat sahaja ke atas pesalah yang sakit.

Saidina Umar juga pernah berpesan kepada tukang sebat agar jangan 
menghayunkan tangan sehingga menampakkan ketiak.

Had bahagian sebatan

Para ulamak bersepakat bahawa sebatan tidak boleh dikenakan ke atas satu bahagian 
sahaja. Ia mestilah diluaskan ke bahagian-bahagian lain agar pesalah yang 
dihukum tidak mengalami kecederaan.

Saidina Ali berpesan, elakkan sebat bahagian muka dan kemaluan. Imam Syafie 
menggariskan secara spesifik bahawa bahagian muka, kemaluan, rusuk serta 
bahagian-bahagian lain yang boleh mendatangkan risiko maut adalah dilarang untuk 
disebat.

Mendidik

Pelaksanaan hukuman sebat mestilah dibuat secara terbuka dalam keadaan yang 
redup. Tidak boleh ketika cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Kita perlu sedar 
bahawa pesalah yang dijatuhkan hukuman memperolehi keampunan dari Allah. 
Bahkan dengan sebab pelaksanaan yang dijalankan di khalayak ramai, 
mendatangkan kesan keinsafan kepada masyarakat.

Penonton yang menyaksikan hukuman tersebut pula perlu didisiplinkan dengan 
tertib beradab. Mereka dilarang sama sekali mengejek atau menunjuk sebarang reaksi 
menghina.

Proses pendidikan inilah yang cukup dikhuatirkan oleh segelintir golongan. 
Antaranya dari penganut-penganut Liberal. Barangkali mereka bimbang masyarakat 
insaf, maka gagallah agenda mereka merosakkan masyarakat selama ini.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
5 September 2018 - HARAKAHDAILY 5/9/2018























Sumber HD - 5-9-2018

Syabas Mahkamah Tinggi Syariah 

T'ganu








DEWAN Ulama PAS Negeri Selangor 
(DUPNS) mengucapkan tahniah kepada 
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas 
keputusan yang tegas terhadap pesalah 
syariah yang melakukan kesalahan 
hubungan sejenis sesama wanita (musahaqah). Pesalah berkenaan telah pun 
dihukum dengan sebatan sebanyak 6 kali sebagai satu pengajaran untuk mereka dan 
orang Islam yang lain agar tidak melakukan lagi perbuatan itu pada masa akan datang.

Keputusan ini merupakan tindakan tegas pihak mahkamah yang menggunakan 
kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang 
Tubuh Negeri Terengganu bagi mengatasi masalah salah laku syariah di negeri 
berkenaan.

Biarpun ia hanyalah 6 sebatan sahaja, tetapi ia merupakan permulaan yang baik kerana
 ia adalah kali pertama sebatan syariah dijalankan untuk kesalahan berkenaan. 
Secara tidak langsung ia memberi suatu permulaan kepada pelaksanaan hukum 
Islam secara keseluruhannya. Sebatan itu bukan bertujuan untuk mencederakan, 
tetapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Islam mempunyai pelbagai pendekatan untuk menangani kesalahan seperti ini; 
bermula dengan dakwah, nasihat yang baik, amaran dan akhirnya tindakan yang 
tegas melalui undang-undang. Pendekatan berlembut secara nasihat mempunyai 
hadnya yang tertentu kerana apabila ia tidak lagi didengari, apatah lagi apabila 
perlakuan itu dilakukan secara terbuka, maka tindakan perlu dilakukan.

DUPNS menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar 
kawalan agama dilakukan secara undang-undang, hanya menerusi nasihat dan 
dakwah sahaja. Pernyataan ini bertentangan dengan hukum Islam yang 
mempunyai sistem kehakiman yang merupakan salah satu aspek yang penting 
dalam sistem perundangan Islam.

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
4 September 2018  -HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018


Bila penguasa ulangi perangai dibangkangnya dahulu

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7973-bila-penguasa-ulangi-perangai-dibangkangnya-
dahulu

SAMA ada sedar ataupun tidak, realiti dunia hari ini sememangnya mengangkat 
hukum rimba sebagai norma kehidupan. Ukuran benar dan salah berdasarkan kuasa. Sesiapa sahaja yang kuat pasti selamat. Sesiapa yang lemah, maka mereka wajar dibuli.

Peluang adalah ujian

Kita diuji sama ada boleh berlaku adil atau tergamak berbuat zalim, bukan ketika 
kita sedang berada di bawah. Sebaliknya ujian tersebut dikenakan setelah kita 
berkuasa. Terkadang yang membezakan antara pemangsa dan mangsa, adalah peluang.

Berapa ramai yang ketika menjadi pembangkang, melaung-laungkan 
slogan-slogan indah. Keadilan, kebajikan, integriti, belas ihsan dan seumpamanya 
meniti di bibir masing-masing. Tetapi setelah berkuasa, mereka berlaku kontra dengan 
apa yang telah mereka dilaungkan ketika menjadi pembangkang. Lalu mereka 
mengulangi salah laku golongan yang dahulunya mereka tuduh sebagai zalim 
dan tidak berintegriti.

Penyelewengan, kezaliman, Kronisme dan diskriminasi tanpa malu mereka 
tiru ibarat menggunakan kertas karbon dari penguasa yang terdahulu.

Skema Syaitan

Hakikatnya kezaliman tidak memerlukan kursus bagaimana mahu menjadi zalim. 
Sebaliknya cukup apabila kita beroleh peluang lantas kita menuruti nafsu. Maka kita 
berpotensi melangsungkan kitaran kezaliman yang dahulunya kita caci.

Barangkali diktator-diktator yang ada hari ini, tidak pernah belajar berkenaan kaedah 
bagaimana mahu menjadi Firaun. Tetapi kelaku pemimpin-pemimpin yang zalim 
saling tidak tumpah seperti contoh-contoh diktator yang terakam di dalam 
al-Quran. Senario tersebut menterjemahkan kesan dari tipu daya Syaitan yang sama 
secara turun temurun mengajar manusia dengan kaedah yang sama untuk menjadi zalim.

Rasai kezaliman untuk memahami keadilan

Oleh kerana itu, Allah menetapkan para Nabi dan generasi terdahulu yang berjaya melalui pengalaman ditindas, dibuli dan dianiaya. Pengalaman itu penting sebagai sesi 
pembelajaran untuk memahami maksud sebenar kezaliman dan bagaimana rasanya 
dizalimi:

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

"Dan Kami mahu mengurniakan buat golongan yang tertindas di atas muka bumi,
 dan merekalah yang Kami akan lantik sebagai pemimpin-pemimpin dan Kami 
jadikan mereka sebagai pewaris (kekuasaan)"

(al-Qasas: 5)

Persoalannya, adakah kita memanfaatkan pengalaman ditindas dengan belajar 
batas-batasan adil dan zalim? Ataupun kita sekadar membangkang kerana 
dendam? Yang menyebabkan sekiranya kita beroleh kekuasaan, kitalah yang 
menyambung perilaku zalim orang-orang sebelum kita.

Bukankah Allah telah menceritakan kepada kita, berkenaan sejarah Bani Israel yang asalnya merupakan golongan tertindas. Kemudian mereka turut melakukan 
penindasan dan penyelewengan setelah beroleh kuasa.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
3 September 2018 - HARAKAHDAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018

Hayati kemerdekaan Islam, waspada penjajahan baharu









ALLAH berfirman dalam surah Al Fath ayat 1-3:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينً. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
 وَيَهْدِيَكَ صِمُسْتَقِيمًا
وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) 
satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang 
telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya 
kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam 
mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)."

Sambutan kali ke-61 kemerdekaan negara Malaysia sejak 31 Ogos 2018 adalah satu 
tempoh tahap kematangan dalam proses memenuhi tuntutan kemerdekaan.

Anak-anak yang lahir sesudah merdeka tidak sekadar mengucapkan bersyukur 
atas segala perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu.

Generasi awal telah mengerah keringat dan segala-galanya termasuk jiwa dan raga 
mereka demi untuk memastikan anak-anak generasi terkemudian menikmati hasil 
perjuangan mereka tanpa perlu bersusah payah.

Selama lebih 400 tahun negara ini bersilih ganti dijajah daripada Portugis pada tahun 
1511, diikuti Belanda tahun 1624, Inggeris tahun 1824 dan kemudian Jepun tahun 1941
 kemudian kembalinya Inggeris dan merdeka.

Sudah tentu selama 400 tahun lebih, kesan peninggalan penjajah memberi bekas 
mendalam kepada negara dan rakyat di negara ini. Daripada pemikiran, cara hidup, bahasa, ekonomi, budaya, pendidikan malah terhadap pegangan agama itu sendiri.

Kesan yang paling ketara daripada penjajahan di negara dan mana-mana yang 
dijajah adalah kedudukan Islam dihakiskan dan dikecilkan peranannya dan fungsinya 
sehingga ia dilihat tidak berupaya dan lemah.

Perjanjian Pangkor Inggeris dan Tanah Melayu pada tahun 1874 memanifestasikan 
rupa bentuk Islam yang tiada fungsi atau dikecilkan peranannya.

Kemuncaknya Islam hanya melukut di tepi gantang atau bagai pungguk rindukan bulan dengan penerapan idea sekuralisme dan pemisahan Islam daripada kehidupan.

Jatuhnya Islam dan kekalahan serta kemunduran umat Islam yang pada satu ketika 
dahulu pernah menguasai pelbagai aspek sehingga 2/3 dunia, bukan dengan pedang, 
peluru dan bom. Tetapi dengan ditanamkan pemikiran penjajah sebagai senjata 
terampuh untuk melembabkan Islam dan umatnya.

Kini penjajah sudah tiada, namun benih-benih yang ditanam dan dibajai penjajah pula 
dituai dan mengeluarkan hasilnya di negara yang pernah dijajah.

Walaupun umat Islam berjaya membebaskan belenggu fizikal penjajah, tetapi umat 
Islam masih dan terpaksa terus berjuang untuk membebaskan belenggu pemikiran 
penjajahan yang lebih merbahaya dan merosakkan.

Liberaslime atau dengan perkataan lebih mudah Islam tanpa syariat atau Islam tanpa 
ikatan agama adalah evolusi baru penjajahan di era pasca penolakan umat Islam kepada sekularisme.

Idea liberalisme dilihat lebih halus dan lebih licik berbanding sekularisme disebabkan idea ini bukan menolak Islam terbuka dan tegar seperti sekularisme. Ia berlapik dan bertopeng dengan Islam untuk menolak Islam atau seperti musuh dalam selimut.

Idealisme ini turut berhujjah dengan Al-Quran untuk menghalalkan apa yang haram, menggunakan hadis untuk mengharamkan apa yang halal, malah menggunakan akal 
semata-mata untuk mentakwilkan dalil mengikut selera nafsu songsang manusia.

Di samping, alasan kebebasan berfikir dan bersuara untuk membawa idea 
\liberalisme sering dijadikan "the weakest point" kepada Islam kononnya Islam tidak 
memberikan hak demikian.

Umat Islam harus sedari dan fahami wajah-wajah ini sebagai ambil tanggungjawab samada menyedarkan mereka dan menyelamatkan yang lainnya agar kita benar-benar bebas 
menurut acuan petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Semoga negara Malaysia tercinta ini kembali kepada Islam dan rakyat negara ini 
dilimpahi kemakmuran dan keamanan dengan kesejahteraan yang dibawa oleh Islam.

Sayangi MalaysiaKu
Sejahtera Bersama Islam

Ustaz Muhammad Najhan Halim
31 Ogos 2018 / 19 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 31/8/2018

Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap 
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 31-8-2018







PAS Kelantan, Terengganu buktikan dogma 

pilihan salah

MUTAKHIR ini, masyarakat dalam negara ini telah dimomokkan dengan dogma berbahaya dan ditanamkan dalam pemikiran masyarakat bahawa Islam tidak berkeupayaan untuk memimpin, memerintah dan mengurus. Malah ditambahkan lagi dogma bahawa tiada orang Islam yang layak sebagai pemimpin dengan dakwaan "orang kafir yang jujur lebih baik Muslim yang korup”.
PEMERINTAHAN PAS KELANTAN DAN TERENGGANU MEMBUKTIKAN DOGMA PILIHAN 'MUSLIM KORUP ATAU NON MUSLIM JUJUR' ITU SALAH
FIRMAN Allah SWT dalam surah al Anbiya' ayat 105-107:
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُون. إِنَّ فِي هَٰذَا لَبَلَاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ. وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." 
Ayat di atas mengkhabarkan bahawa janji Allah swt bahawa akan pasti ada di atas muka bumi ini hambaNya yang soleh mentadbir dan mengurus negeri dengan perintahNya. 
Prinsip pemerintahan dalam Islam iaitu "Menegakkan Agama dan Mengurus Dunia dengan Agama" adalah teori yang bakal dipraktiskan dan dizahirkan dalam pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu. 
Mutakhir ini, masyarakat dalam negara ini telah dimomokkan dengan dogma berbahaya dan ditanamkan dalam pemikiran masyarakat bahawa Islam tidak berkeupayaan untuk memimpin, memerintah dan mengurus. Malah ditambahkan lagi dogma bahawa tiada orang Islam yang layak sebagai pemimpin dengan dakwaan "orang kafir yang jujur lebih baik Muslim yang korup”. 
Dakyah sebegini memberikan situasi tiada pilihan kepada rakyat melainkan untuk menolak kepimpinan Islam daripada memerintah negara. 
Dakyah ini sengaja dipromosikan kepada rakyat di negara ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau pihak yang sangat dengki terhadap Islam untuk mentadbir dan memerintah agar PAS yang memiliki cita-cita Islam yang syumul tidak diketengahkan dalam arus kepimpinan negara. 
Mereka amat bimbang apabila Islam berjaya di dalam tampuk pemerintahan khasnya di peringkat persekutuan, pelbagai agenda Islam mampu dilaksanakan, yang akhirnya ramai yang akan terpikat dengan Islam dan bersama Islam. Ini yang mengkhuatirkan mereka. 
Ini semacam satu propaganda berbahaya yang mampu merobek aqidah umat Islam yang cetek ilmu dan kefahaman Islam sehingga mampu merendahkan Islam dan Iman pada diri seseorang Muslim. Nilai Islam dan iman adalah satu yang tidak ternilai mahalnya dibandingkan dengan kekayaan dunia dan seisinya. Jangan disebabkan segelintir Muslim yang berdosa dan salahlaku lalu digeneralisasikan ungkapan sedemikian. Dikhuatiri apabila ungkapan itu ditanamkan dalam benak fikiran umat Islam, kelak nanti menjadi kafir atau keluar daripada Islam itu tidak lagi dianggap besar. 
Islam itu tetap indah dan benar sekalipun sebahagian umatnya menyimpang jauh daripada ajarannya. Allah sendiri menjanjikan hambaNya yang soleh akan menguruskan bumiNya dengan kehendakNya. 
Pasca PRU14, memperlihatkan PAS diberi kepercayaan untuk mentadbir dua negeri, dikekalkan Kelantan dan dan dikembalikan semula mentadbir Terengganu. Walaupun kepimpinan pusat ditadbir oleh Pakatan Harapan, namun ini adalah peluang kepada PAS untuk membuktikan kemampuan memerintah 2 negeri ini dengan lebih baik berbanding negeri dan negara yang diperintah oleh PH dan BN. 
Kelantan yang ditadbir berasaskan kepimpinan ulama dengan moto "Membangun Bersama Islam" sejak kepimpinan al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diikuti Ustaz Dato' Ahmad Yakob telah berjaya sejak 28 tahun lalu menolak tohmahan dan momokkan bahawa Islam itu gagal dalam pemerintahan. 
Kelantan ketika pada zaman pentadbiran Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya dalam pelbagai sudut, khasnya idea Islam dalam pengurusan yang akhirnya ditiru dan diciplak oleh Barisan Nasional sendiri. Sebagai contoh, perbankan Islam dan pajak gadai Islam yang mula berkembang meluas di seluruh negara setelah PAS memerintah negeri Kelantan. Kerajaan Kelantan juga sangat komited membanteras dan membendung amalan yang bercanggah dengan syarak seperti judi dan arak. Negeri Kelantan ini sahaja di kalangan negeri yang diperintah oleh orang Islam berjaya membendung aktiviti arak dan judi di kalangan masyarakat malah turut disokong di kalangan masyarakat bukan Islam. 
Bukan idea hukum Islam sahaja menjadi agenda PAS, malah pelbagai idea pemerintahan yang beramanah dan berintergriti telah berjaya diterjemahkan dalam pengurusan sehinggakan kepimpinan negeri Kelantan diakui ditadbir dengan baik dan bebas daripada salahlaku dan rasuah. 
Zaman Ustaz Dato' Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar, Kelantan telah melonjak lebih ke hadapan. Negeri Kelantan ditadbir cemerlang walaupun sering kali disembunyikan pencapaiannya oleh media arus perdana negara ini malah difitnah di setiap sudut. 
Pencapaian demi pencapaian berterusan, pembangunan yang semakin rancak sekalipun negeri ini tidak memiliki sokongan kerajaan pusat sewaktu zaman BN sebagaimana negeri lain. Malah kekayaan minyak negeri sendiri pun tidak dapat dirasai oleh kerajaan negeri kerana sikap tidak menghormati amalan federalisme. Tunggulah nanti betapa hebatnya pencapaian yang bakal dilakar di negeri Kelantan apabila bayaran royalti petroleum bakal diterima oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. 
Pemerintah negeri Kelantan tetap terus berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kepimpinan Ustaz Dato' Ahmad berjaya membuktikan negeri Kelantan diurus tadbir dengan cekap sehingga diakui dalam laporan Jabatan Audit Negara pada tahun 2017. Termasuk juga perakuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa negeri ini bebas daripada siasatan dan dakwaan rasuah berbanding pada masa yang sama, di pihak kepimpinan BN dan Pakatan Harapan memiliki 71 dan 21 siasatan dakwaan rasuah. 
Terengganu pula telah kembali semula di pangkuan PAS selepas pru14. Negeri ini pernah diperintah PAS pada tahun 2000-2004 di mana Menteri Besarnya adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Di zaman pemerintahan ini, PAS berjaya meluluskan Enakmen Jenayah Syariah dan beberapa konsep pemerintahan Islam seperti Unit Hisbah bagi melengkapi ciri-ciri pemerintahan Islam. Walaupun tidak berjaya diimplementasikan secara sempurna, ia adalah komitmen yang bersungguh daripada PAS untuk menzahirkan keindahan pemerintahan berteraskan Islam. 
Bukan itu sahaja, kesungguhan PAS untuk mengutamakan rakyat apabila PAS membuktikan bahawa negeri yang memiliki kekayaan minyak seharusnya dikembalikan kepada rakyat untuk dinikmati. Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu berjaya menghapuskan satu-satunya tol iaitu di Jambatan Sultan Mahmud dan cukai pintu kediaman. Kecemerlangan pentadbiran Terengganu ini dicemburi Kerajaan Pusat yang akhirnya menarik hak royalti petroleum sebanyak RM1 bilion setahun itu. 
Corak kehidupan bekas Menteri Besar Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pun tidak sedikit pun berubah walaupun 5 tahun memerintah negeri. Berbanding menteri besar negeri-negeri lain, bukan 5 tahun, hanya beberapa bulan sahaja mampu mengaut kekayaan menakjubkan. 
Rakyat negeri Terengganu melakukan tindakan bijak ketika PRU14 baru-baru ini apabila mengembalikan semula pemerintahan negeri daripada BN kepada PAS. Ini kerana rakyat telah melihat dengan mata dan merasai sendiri pengalaman mereka ketika di bawah pemerintahan BN dan PAS. 
Kini, YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar yang berlatar belakangkan profesional merupakan seorang yang pakar dalam bidang kapal angkasa dan penerbangan memimpin negeri. Sekalipun beliau bukan seorang ulamak, ia satu bukti bahwa PAS tidak pernah mengkesampingkan golongan profesional yang turut dipilih memimpin negeri yang kaya sumber asli ini. 
Hanya baru 50 hari Terengganu dipimpin oleh PAS, kerajaan pimpinan YAB Dr Shamsuri berjaya melaksanakan sebahagian daripada 20 manifesto PAS Terengganu pada PRU14 lalu. 
Antara pencapaian tersebut:
1. Mengembalikan semula tanah rakyat yang dirampas zaman pemerintahan BN
2. Menganugerahkan lot tanah kediaman untuk pasangan baru kahwin
3. Karnival kahwin percuma bagi meringankan beban rakyat dan galakkan berumahtangga
4. Air percuma 20 meter padu untuk golongan miskin
5. Menghapuskan cukai pintu kediaman 
Insya Allah tidak lama lagi semua janji manifesto akan disempurnakan oleh kepimpinan YAB Dr Samsuri. 
Maka ini adalah satu gambaran jelas bahawa propaganda dogma dan persepsi melalui dakyah "orang kafir yang Jujur lebih baik daripada Muslim yang korup" perlu dibuang sejauhnya dan jangan lagi dimomokkan dalam pemikiran rakyat negara ini dan umat Islam khasnya. 
Di negara ini bukan ada dua pilihan sahaja samada di antara Umno-BN dan PH, tetapi di tengahnya PAS yang mampu menterjemahkan Islam sebagai ad-deen dalam kehidupan bernegara dan masyarakat dengan lebih baik sebagai bukti adanya Muslim Beriman Yang Jujur, Beramanah, Telus dan Cekap. 
Ayuh rakyat Malaysia yang bijak, kita kembalikan Islam yang pernah menguruskan kehidupan manusia dengan hebat sebelum ini. 
Islam Adalah Penyelesaian Terbaik
Sejahtera Bersama Islam 
Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor/Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
6 Julai 2018/23 Syawal 1439 – HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 








Sg Kandis: JPrN S'gor nafi kerjasama Umno

SELAKU Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor saya menafikan ada mengesyorkan agar PAS dan Umno membentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis sebagaimana dilaporkan dalam sebuah akhbar harian hari ini. 
Apa yang telah saya nyatakan pada wartawan akhbar berkenaan adalah bahawa dari penilaian awal kami, pertandingan satu lawan satu antara PAS dan PH adalah yang terbaik buat PRK ini berbanding apa yang berlaku dalam PRU lalu.
Jentera Pilihan Raya PAS sedia mengatur gerak kerja untuk bertanding sekiranya pimpinan parti memutuskan PAS masuk bertanding. 
Saya turut memberi pandangan dalam keadaan Umno yang berhadapan pelbagai masalah dalaman khasnya di Selangor adalah lebih wajar Umno memberi laluan pada PAS untuk menghadapi PH dan tidak meletakkan calon mereka. 
Saya tidak pernah mencadangkan sebarang bentuk kerjasama antara PAS dan Umno, sesuatu yang di luar bidang kuasa saya selaku Pengarah pilihan raya. 
Semoga semua pihak bertindak profesional dalam melaksanakan tugas masing-masing khasnya rakan-rakan di bidang media. 
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor
5 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 5/7/2018
Sumber HD - 5-7-2018 




















Tinjauan Barat terhadap politik Islam

BARAT yang diterajui oleh Amerika amat peka terhadap perkembangan gerakan-gerakan Islam. Buku yang berjudul 'Rethinking Political Islam' susunan Shadi Hamid dan William McCants menjadi fenomena di ruang perbincangan Orientalis Barat. Buku yang diterbitkan pada 2017 itu dianggap sebagai rumusan terbaharu terhadap perkembangan politik Islam pasca Arab Spring.
Penyusun kepada buku ini merupakan tenaga pengkaji kepada Brookings Institute, yang merupakan badan pelobi strategi yang berpengaruh bagi pentadbiran Amerika. Kita mendapati apa yang mereka cuba rumuskan sedikit sebanyak menjadi cerminan kepada realiti kelalaian kita.
Jangkaan revolusi
Sejurus selepas meledaknya Revolusi Iran pada 1979, Barat cukup bimbang ia akan merebak ke negara-negara umat Islam yang lain. Tidak dinafikan ketika itu, gerakan-gerakan Islam sedikit sebanyak terinspirasi dengan revolusi tersebut. Ditambah lagi di era 80-an merupakan waktu terfokusnya umat Islam kepada konflik Afghanistan.
Ketika itu, Barat menjangkakan gerakan-gerakan Islam akan memilih cara kekerasan iaitu revolusi seperti Iran untuk mencapai cita-cita mendaulatkan Islam. Lantas mereka mula mencanangkan kempen Islamophobia dengan pengisytiharan kononnya beberapa negara umat Islam merupakan paksi keganasan yang mengancam keselamatan global.
Muwajahah Silmiyyah, jangkaan mereka meleset
Demokrasi Barat diterapkan di negara-negara umat Islam yang asalnya bertujuan untuk menyukarkan kemenangan Islam, tiba-tiba didapati berjaya dimanfaatkan oleh gerakan-gerakan Islam.
Barat kaget dengan perkembangan ini. Mereka lupa bahawa kekuatan Islam adalah pada hujah. Selagi diberi ruang kepada Islam untuk bersuara walaupun dengan ruang yang cukup terhad dalam sistem demokrasi, pasti lama kelamaan sokongan akan berpihak kepada gerakan Islam.
FIS (Islamic Salvation Front) di Algeria berjaya membuat kejutan dengan kemenangan 2/3 dalam pilihan raya pada 1991. Jangan kita lupa, PAS berjaya memerintah Kelantan pada 1990. 
Senario ini menggambarkan ketika era 90-an, Barat mulai sedar bahawa lambat-laun gerakan-gerakan Islam bakal mendapat tempat dalam persaingan kuasa di gelanggang demokrasi. Mereka perlu berdepan dengan Islam sebagai ancaman baharu, menggantikan seterunya Soviet Union. Lantas berlangsunglah siri perang dingin baharu antara Barat dan Islam.
'Mendekati'  Islamis
Peristiwa 9/11 merupakan satu tragedi yang perlu diingati oleh umat Islam. Sebuah propaganda dahsyat untuk menguatkan cengkaman Islamophobia di seluruh dunia. Pasca 9/11 menyaksikan gerakan-gerakan Islam seolah-olah diberi 2 pilihan jalan mati. Sama ada mahu tegar dengan prinsip Islam lalu dituduh sebagai pengganas, atau beralah dengan kehendak semasa (baca Barat) lalu mencairkan prinsip dan cita-cita Islam yang selama ini dijunjung.
Era Obama, Amerika giat menjalankan hubungan dengan gerakan-gerakan Islam. Sudah pasti yang menjayakan operasi ini adalah dalam kalangan ejen-ejen terlatih yang diserap masuk dengan cukup halus. 
Program-program demokrasi untuk melatih segelintir 'Islamis' agar berkemahiran dengan aplikasi politik Barat giat dijalankan. Ia dianjurkan oleh USAID (U.S Agency for International Development) dan NED (National Endowment for Democracy) sebagai tulang belakang kepada kempen politik baharu.
Barat sangat sedar bahawa parti-parti sekular konservatif seperti Umno, lambat laun pasti akan ditolak oleh rakyat. Maka mereka berusaha mewujudkan pendua yang muncul dengan pendekatan 'segar' namun tetap membawa aspirasi sekular. Walau apa keadaan sekali pun, Islam tidak boleh dilaksanakan dan gerakan Islam yang mereka gelarkan sebagai fundamentalis sebagai ancaman utama. Itulah aspirasi sekular baharu.
Senario yang memperdaya
Kesan dari apa yang direncanakan itu, kita menyaksikan perubahan-perubahan yang mengancam survival gerakan Islam secara halus. Sama ada sedar atau tidak, gerakan Islam mula beralah dengan kempen-kempen Islamophobia yang dijalankan oleh liberalis tegar atau pendukung Islam Demokrat. 
Pada masa yang sama, budaya ilmu dan cakna dengan realiti umat cuba dikesampingkan. Lalu diganti dengan budaya 'enjoy' yang kononnya dapat menarik ramai penyokong. Hinggakan terdapat kajian berkenaan pop Islamisme yang turut dikesan pada era yang sama. Angkara siapakah ini kalau tidak dari Barat? Perubahan tersebut memberi kesan kepada tunjang kekuatan gerakan Islam. Bahkan ia sengaja diolah begitu supaya pendukung gerakan Islam kelak tidak berupaya bersaing dengan cabaran mendatang yang lebih kompleks dan menggila.
Era revolusi ideologi
Kita yakin bahawa Islam pasti menang. Sinar kemenangan tersebut semakin cerah di ambang kemuncak 100 tahun penjajahan total yang berlaku ke atas umat Islam. Yang menjadi masalahnya, musuh-musuh Islam turut menyedari hal tersebut. Bahkan mereka jauh lebih bersungguh menangani kebangkitan Islam, berbanding kesedaran umat Islam yang sangat minima lantaran dilalaikan dengan banyak dorongan.
Barat sedar bahawa masa depan sekular konservatif malap, lantas mereka mencipta Islam Demokrat. Gaya persembahan disolek agar dapat mengaburi mata umat Islam. Mereka mendakwa kononnya setuju terhadap politik Islam, tetapi tidak kepada negara Islam. Mereka mendakwa kononnya mendukung keadilan Islam, tetapi tidak kepada Undang-undang Islam.
Ideologi adalah akar politik
Dalam merumuskan senario politik Islam di rantau Asia Tenggara yang lebih tertumpu kepada Malaysia dan Indonesia, Joseph Chinyong Liow mendakwa bahawa pendukung gerakan Islam di sini tidak berapa kuat berpegang dengan tunjang 'ideologi' mereka. Dari kelemahan tersebut mendorong mereka untuk bersikap tangkap muat dan lebih terarah untuk menjadi oportunis.
Demikian yang mereka perkatakan terhadap kita. Walaupun bernada 'menganjing', kita perlu akui bahawa ini merupakan antara masalah yang berlaku ke atas gerakan-gerakan Islam. Dengan persaingan ideologi politk yang semakin rencam, pendukung-pendukung gerakan Islam masih lalai dan memandang enteng terhadap diskusi pemikiran. Bahkan gemar memandang rendah terhadap perancangan musuh yang jauh lebih bersungguh dan berupaya.
Realiti hari ini
Kita sudah tidak boleh katakan kita selamat, tidak seperti gerakan-gerakan Islam di negara-negara luar yang diuji dengan perancangan halus hingga menggugat survival dan identiti mereka. Pasca PRU 14, kini adalah giliran kita. Serangan di segenap penjuru dari pelbagai aliran. Sebelum ini kita tidak berapa serius mengamati cabaran mendatang yang kini menjadi realiti. Aqidah kita meyakini bahawa Islam pasti menang. Persoalannya adakah pendukung-pendukung gerakan Islam mampu bertahan dengan Islam? Istiqamah bukan semata-mata hanya pada slogan, tetapi pada sikap dan prinsip yang tidak boleh dijual beli.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD -HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018 

Tuduhan Lama pun tiada Bukti, Inikan tuduhan Baru

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/tuduhan-lama-pun-tiada-bukti-inikan.html












Firman Allah swt dalam Surah al Maidah ayat 8,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"..Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Keceluparan peguam PAN Sdr Faiz Fadzil Timbalan Ketua Pemuda PAN sepatutnya berasaskan kepada undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal Undang-Undang.

Sewenang-wenangnya cubaan buat ke sekian kalinya para pimpinan PAN sejak tahun 2016 utk cuba membina persepsi buruk terhadap PAS samada dengan memfitnah PAS bergabung dengan UMNO atau menerima duit UMNO walaupun telah diperjelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini.

Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah pembela dan pejuang prinsip itu.

Pembuktian terhadap tuduhan PAS sehingga hari ini masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah dijaja ke sana ke sini, malah PAS telah berjaya di beberapa peringkat prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan.

Cadangan membekukan akaun PAS hanya berpandukan tuduhan ciptaan lidah bercabang PAN bahawa PAS mesra UMNO menjadi ratib setiap saat para pimpinan PAN, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan UMNO yang kalah pilihanraya berbondong-bondong menyertai PH samada PKR atau PPBM. Ini mesra apa.? Mesra fulus dan pangkat.?

Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadhil ini, janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang.

Saya berharap Kerajaan PH tidak hanya laju dan pantas mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan kerajaan yang kalah, tapi menutup membuta mata dan memekakkan telinga kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH sekarang.

PAS tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan UMNO dan bekas pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang sedang berkuasa sekiranya ada bukti.

Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan dipegang oleh UMNO kembali?

Beristiqamah Sehingga Kemenangan

Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawwal 1439H


MR : Manusia bila Allah nak sesatkan mereka, perkara mungkar dan kejahatan tidak lagi menjadi halangan untuk mereka melakukannya kerana hati mereka sudah jauh daripada kebenaran....

Ssumber MR - 29-6-2018

Menjawab penggubahan wang haram akaun PAS

Menjawab penggubahan wang haram dalam akaun PAS: Tuduhan lama pun tiada bukti, inikan tuduhan baru
Firman Allah swt dalam Surah al Maidah ayat 8, 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." 
Keceluparan peguam PAN, Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda PAN sepatutnya berasaskan kepada undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal undang-undang. 
Sewenang-wenangnya cubaan buat kesekian kalinya para pimpinan PAN sejak tahun 2016 untuk cuba membina persepsi buruk terhadap PAS sama ada dengan memfitnah PAS bergabung dengan Umno atau menerima duit Umno walaupun telah diperjelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini. 
Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah pembela dan pejuang prinsip itu. 
Pembuktian terhadap tuduhan PAS sehingga hari ini masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah dijaja ke sana ke sini, malah PAS telah berjaya di beberapa peringkat prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan. 
Cadangan membekukan akaun PAS hanya berpandukan tuduhan ciptaan lidah bercabang PAN bahawa PAS mesra Umno menjadi ratib setiap saat para pimpinan PAN, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan Umno yang kalah pilihan raya berbondong-bondong menyertai PH samada PKR atau PPBM. Ini mesra apa? Mesra fulus dan pangkat\?
Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadzil ini, janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang. 
Saya berharap Kerajaan PH tidak hanya laju dan pantas mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan kerajaan yang kalah, tapi menutup membuta mata dan memekakkan telinga kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH sekarang. 
PAS tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan Umno dan bekas pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang sedang berkuasa sekiranya ada bukti. 
Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan dipegang oleh Umno kembali? 
Beristiqamah Sehingga Kemenangan 
Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawal 1439H – HARAKAHDAILY 29/6/2018
Sumber HD - 29-6-2018 

Politik Populis

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/politik-populis.html














SEMEMANGNYA corak politik demokrasi hari ini mengalami evolusi ke arah Populisme. Ia merupakan fenomena yang sedang melanda dunia. Populisme ibarat dadah yang mengkhayalkan. Asyik dan sedap jika diambil. Namun berdepan risiko sengsara yang panjang, bahkan boleh membawa maut.

Dadah Populisme

Semua orang tahu dadah adalah berbahaya. Tetapi semata-mata inginkan nikmat yang sementara, ramai yang kecundang. Begitu juga Populisme, rakyat tahu auta politik itu berbahaya untuk rakyat dan negara

Namun dek kerana rasa terlalu lama sengsara, mereka sanggup mengambil dadah Populisme kononnya untuk merasai kelegaan yang bersifat sementara walaupun dengan terpaksa menipu diri sendiri.

Beberapa kriteria politikus yang populis:

●     Berjanji di luar kemampuan. Memasarkan janji manifesto yang seindah bulan dan bintang. Sedangkan ia tidak mampu dilaksanakan. Tidak mengapa menipu asalkan beroleh sokongan yang melimpah ruah.

●     Lebih tertumpu kepada hebahan isu-isu hangat untuk menjentik emosi rakyat tanpa menyediakan plan penyelesaian yang konstruktif.

●     Apabila beroleh kuasa, rupa-rupanya tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dahulunya dijadikan sebagai bahan kempen.

●     Gemar memainkan sentimen dan emosi rakyat. Memanipulasi perasaan panik rakyat. Dengan itu dapat mendorong rakyat agar bersetuju dengan apa jua langkah yang diambil oleh mereka tanpa perlu berfikir panjang.

●     Mengada-adakan gimik yang populis untuk dihebahkan agar meraih sokongan ramai. Sungguhpun apa yang dilakukan hanyalah picisan dan tiada kaitan dengan solusi yang diharapkan.

●     Bijak mengeksploit simpati orang ramai dengan cerita-cerita yang menyentuh emosi. Dari wayang yang dicipta mampu membius apa jua protes rakyat yang dijangkakan bakal mereka hadapi.

Bentuk projek pembodohan baharu

Hakikatnya jika rakyat bijak, mereka tidak akan termakan dengan kaedah politik Populisme yang diaplikasikan oleh politikus-politikus populis.

Namun oleh kerana mereka telah melalui proses indoktrinasi yang agak panjang, menyebabkan jiwa rakyat telah terasuh untuk mendahulukan emosi. Akibatnya melahirkan corak berfikir rakyat yang simplistik dan gemar membuat pilihan tanpa berfikir panjang.

Mereka hanya mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Biar pun tidak logik lagi auta, asalkan ia dapat melegakan maka mereka sanggup menjadi penagih kepada politik Populisme.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD 

Sumber MR - 14-6-2018




























Imam Nawawi vs Raja Zahir Bybres

KETIKA kerajaan berdepan dengan ancaman Tatar, Raja Zahir Bybres selaku penguasa ketika itu mencari ikhtiar pintas untuk mendapatkan dana segera bagi menampung keperluan pertahanan negara. 
Tabung Harapan
Lalu dikutip fatwa para Ulama' pengampu sebagai lesen untuk mengenakan bayaran wajib ke atas rakyat, dengan alasan kononnya demi keperluan negara yang mendesak. 
Ketika itu Imam Nawawi dengan tegas menentang tindakan Raja Zahir Bybres. Beliau meletakkan syarat, bahawa Raja Zahir wajib mengeluarkan harta kekayaannya terlebih dahulu sebelum memeras keringat rakyat. 
Penguasa mesti bertanggungjawab
Mana mungkin seorang penguasa mendahulukan rakyat untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, sedangkan ketika senang si penguasa itulah yang terlebih dahulu mengecapi kemewahan. Pendirian Imam Nawawi tegas, menyuruh agar segala kekayaan istana dan anggota di dalamnya diperah keluar terlebih dahulu. 
Sesudah semuanya telah licin dikeluarkan namun masih belum mencukupi, barulah boleh dikenakan bayaran wajib ke atas rakyat untuk menampung keperluan ekonomi negara. Itu pun dengan syarat, sekali kutipan sahaja. Tidak boleh dijadikan rutin berpanjangan. Dari ketegasan tersebut, Imam Nawawi dibuang negeri. 
Apa yang perlu kita faham adalah:
●     Jangan bermudah-mudah membebankan rakyat dengan derma kononnya untuk menampung keperluan negara.
●     Penguasa adalah golongan pertama yang perlu dihabiskan harta kemewahan mereka terlebih dahulu untuk keperluan negara.
●     Menjadi satu kebingungan apabila diisytiharkan derma yang kononnya sangat darurat demi negara. Tetapi pada masa yang sama kerajaan sedia berbelanja berpuluh juta ringgit semata-mata untuk tayangan Piala Dunia. Ternyata ini merupakan praktis prioriti yang dangkal.
●     Kerajaan mempropagandakan kononnya negara akan bankrupt dan rakyat perlu mengeluarkan derma, merupakan gimik politik yang memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
30 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 















Ziarah Hamasah kembalikan motivasi

SABAK BERNAM: Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah melaksanakan Ziarah Hamasah melibatkan pertemuan bersama anggota Muslimat PAS dari Kawasan-kawasan di zon Anjung Utara Selangor, di sini semalam.
Ziarah dipimpin Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan itu menemui anggota Muslimat PAS Kawasan Sabak Bernam dan Sungai Besar yang diadakan di Markaz PAS Simpang Lima, di sini pada sebelah pagi.
Manakala pertemuan sama untuk Muslimat PAS Kawasan Tanjung Karang dan Kuala Selangor telah diadakan di Kompleks PAS Tanjung Karang pada sebelah petangnya.
Ziarah tersebut bertujuan membangkitkan kembali semangat dan motivasi perjuangan dalam kalangan anggota Muslimat PAS Kawasan-kawasan pasca PRU14.
Majlis pertemuan tersebut diisi dengan sesi taujihat dan dialog perkongsian pendapat berhubung PRU14, selain ribat ukhuwah dan bacaan doa wehdah.
Wan Hasrina dalam ucapannya menyeru seluruh ahli Muslimat agar istiqamah bergerak kerja dengan aktif menjayakan agenda siyasah, dakwah dan tarbiyah Islam menerusi wadah PAS. -HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018 

Liar setelah 'bebas'

BANI Israel melalui fasa penjajahan yang lama di bawah cengkaman Firaun. Mereka menjadi mangsa diskriminasi, dinafikan hak serta diperhamba menjadi buruh paksa yang tidak berharga.\ 
Pertarungan 77 tahun 
Situasi menyayat hati itu berterusan sehingga Nabi Musa diutuskan oleh Allah sebagai pembela Bani Israel. Pertarungan selama 77 tahun menentang 2 orang Firaun akhirnya berakhir dengan tenggelamnya bala tentera Firaun di Laut Merah. 
Allah telah mengurniakan bantuan besar-besaran kepada Bani Israel. Mereka bebas dari cengkaman Firaun buat selama-lamanya. Namun adakah kualiti kehidupan mereka bertambah baik selepas itu? Tidak! 
Mula jadi celaka
Setelah mereka mendarat ke Semenanjung Sinai, Bani Israel mula menampakkan wajah celaka mereka. Hidup Bani Israel menjadi semakin porak peranda dan mula melakukan derhaka besar-besaran kepada Tuhan yang telah berjasa membebaskan mereka dari Firaun. 
Selama ini Bani Israel tidak pernah meminta untuk menyembah berhala, tiba-tiba mereka mahu menyembah berhala. Tergamak mereka meletakkan syarat hanya mahu menyembah Allah sekiranya Allah menjelmakan dirinya secara zahir. Lantas Allah membedil mereka dengan petir, lalu mereka kembali dihidupkan agar bertaubat dan sedar diri. 
Kemudian Bani Israel mula pandai berbunuhan antara satu sama lain. Sehingga sanggup mengugut mahu membunuh Nabi Harun sekiranya baginda terus mengingatkan mereka agar kembali kepada Islam. 
Kedegilan Bani Israel semakin melampau apabila mereka sanggup menyembah patung lembu yang diperbuat dari emas. Kesialan ini menyebabkan Nabi Musa cukup kecewa dengan perkembangan Bani Israel yang berpanjangan degil. 
Mereka mengadu masalah jenayah kepada Nabi Musa, lalu Allah memerintahkan agar mereka menyembelih lembu betina. Bani Israel mengemukakan alasan demi alasan untuk tidak mahu melaksanakan syariat tersebut. 
Apabila Nabi Musa mengemukakan ajaran Islam dari pedoman kitab Taurat, mentah-mentah sahaja Bani Israel menolak bahkan mengisytihar akan menentangnya. 
Ekoran dari kedegilan mereka yang tidak mahu menjalankan misi bersama dengan Nabi Musa untuk pergi ke Baitul Maqdis, Allah sesatkan mereka di tengah gurun selama 40 tahun. 
Dalam keadaan penuh bingung kesesatan, Allah tetap membantu mereka dengan mengurniakan 12 mata air dan makanan terbaik berupa burung merpati dan manisan manna. Namun Bani Israel tetap tidak bersyukur dan menunjuk protes terhadap Allah. 
Ini sebahagian dari sinopsis sejarah kedurhakaan Bani Israel berdasarkan al-Quran, setelah mereka bebas dari Firaun. 
Mengapa Bani Israel menjadi liar?
Dari siri-siri kedurhakaan Bani Israel yang terlalu banyak, maka padanlah mereka dilaknat oleh Allah. Persoalannya, mengapa mereka menjadi semakin liar setelah dibebaskan dari cengkaman Firaun? 
●     Bani Israel tidak menyambut kemerdekaan dengan rasa syukur dan insaf. Mereka tidak menghalakan kejayaan mereka sebagai komitmen untuk kembali kepada Islam.
●     Akibat menjadi mangsa kezaliman Firaun dalam tempoh yang agak lama, menyebabkan sifat zalim Firaun telah meresap masuk dalam ke jiwa-jiwa Bani Israel.
●     Friedrich Wilhelm Nietzsche pernah mengungkapkan:
"Hati-hati apabila kamu melawan gergasi, kelak kamu akan menjadi (jahat) sepertinya"
●     Pengalaman ditindas dalam tempoh yang lama, menyemarakkan perasaan dendam yang meluap-luap. Perasaan negatif tersebut tidak diurus dengan cara Islam.
●     Hasil dari dendam yang meluap, mereka kehilangan rasional. Bahkan liar melakukan apa sahaja atas alasan kononnya mereka telah bebas merdeka. Kononnya mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati. 
Beringat
Kita tidak boleh lari dari pedoman sejarah. Ia sebagai peringatan agar sentiasa bersedia dengan cabaran mendatang. Babak jatuh bangun yang bersilih ganti di kalangan manusia, mengandungi peluang, sentapan yang menyedarkan dan hukuman dari Allah. 
Terpulang kepada kita sama ada mahu insaf kembali kepada Tuhan, atau menjadi mangsa kepada fatamorgana 'kebebasan'. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
13 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 13/5/2018
Sumber HD - 13-5-2018 

















Bersama PAS, Malaysia ke arah status negara maju

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Parlimen Gombak, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata, PAS ingin mengurus negara secara urus tadbir baik (good  governance) dan Islam akan berada di atas jika memerintah. 
Beliau yang turut ditemuramah oleh pihak Kedutaan Jerman ditanya jika PAS akan jadikan Malaysia sebagai negara Taliban. 
“Tidak, PAS berpegang kepada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Oleh kerana itu, PAS tidak memilih untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya mahupun demontrasi,” tambahnya lagi. 
Katanya, PAS ialah sebuah parti yang mempunyai wawasan, “PAS party with a vision”. 
“Malaysia adalah sebuah negara kaya, melalui teknologi yang sentiasa berkembang, urus tadbir sumber negara yang baik amat perlu. Negara mempunyai sumber asli seperti bijih besi, bijih timah dan emas mahupun sumber baru seperti bauksit dan silika. 
“Melalui Wawasan Induk Negara Sejahterra (WINS) 2051, pakar-pakar dalam pelbagai bidang ini akan bersatu dan bersama-sama membangunkan negara,” kata beliau yang merupakan jurutera yang pernah berkhidmat dengan salah sebuah firma kejuruteraan luar negara. 
Terangnya lagi, Malaysia turut merancang mengeksport tenaga pakar, subject matter export (SME) yang akan membantu negara-negara lain yang lebih memerlukan. 
Tambahnya, pelaksanaan WINS yang efektif turut dapat mengawal gejala brain drain yang kritikal ketika ini oleh SME negara. 
Menurutnya lagi, dengan berpegangkan kepada ilmu wahi, aktiviti dilakukan secara kreatif dan pelaksanakan secara inovatif yang akan menjadi faktor ke arah status negara maju. 
Katanya, kesemua perancangan model itu telah dicetus melalui pengkajian dan bukan hanya sekadar ramalan mimpi sahaja. 
“Model sebegini turut dilaksanakan oleh kerajaan Islam yang telah menakluk satu pertiga dunia pada masa lalu,” ujarnya. 
Beliau turut mempersoalkan, pelaksanaan kerajaan sebelum ini yang dilihat muflis idea, dengan mengenakan GST sebanyak 6 peratus kepada kesemua rakyat tanpa mengira kemampuan pendapatan individu. 
Beliau kemudiannya mengajak rakyat Selangor untuk menggunakan kuasa demokrasi yang dimiliki dalam pilihan raya kali ini untuk memilih PAS sebagai pemerintah negara. 
Turut sama dalam program Ceramah PRU-14: Manifesto PAS Untuk Rakyat di Taman Permata, semalam itu ialah Ustaz Farhan @ Kamalulhysham Mohd Suhut, calon PAS Dun Hulu Klang. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 1-5-2018 




































Calon PAS hadapi saingan 4, 5 penjuru

AMPANG: Kehadiran lebih 500 penyokong PAS ke majlis penamaan calon parlimen P.099 dan Dun N.19 serta N.20 meriah dengan alunan zikir munajat yang dipimpin oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Ampang, Ustaz Zakaria Abdul Rahman. 
Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan doa sebelum calon diarak dengan alunan selawat menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Dato' Ahmad Razali bermula jam 8.00 pagi. 
Calon PAS P.099 Ampang; Nurul Islam Mohamed Yusoff akan menghadapi saingan empat penjuru daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu Tan Hua Meng, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Leong Kim Soon (BN). 
Kerusi N.19 Dun Bukit Antarabangsa mencatat sejarah dengan pertembungan lima penjuru iaitu Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada PAS, Mohamed Azwan Ali (Bebas), Mohamed Azmin Ali (PKR), Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamaruddin (PRM). 
Sementara itu penyandang kerusi N.20 Lembah Jaya daripada PAS, Khasim Abdul Aziz akan dicabar Hanisza Mohd Talha (PKR), Norizwan Mohamed (PRM) dan Mohd Nizam Zain (BN).
Keputusan PRU13 yang lalu dimenangi PAS yang mendpat undi sebanyak 25,185 dengan majoriti 8,713 undi. – HARAKAHDAILY 28/4/2018
Sumber HD - 28-4-2018 



















Tan Sri Khalid tokoh ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggelarkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan gelaran sebagai tokoh ekonomi. 
Beliau menjelaskan berkaitan peristiwa ‘Lompat Kajang’ yang menyaksikan Khalid ketika itu sebagai Menteri Besar Selangor ditukarkan dengan Dato’ Seri Azmin Ali. 
“Mengapa Tan Sri Khalid nak diturunkan? Katanya kedekut, bakhil. Saya panggil Tan Sri Khalid. Tan Sri kata bukan duit saya, duit rakyat. 
“Saya jumpa Tuan Guru Nik Aziz, almarhum Tok Guru Nik Aziz masih ada lagi. Saya bagitahu dia orang kata Tan Sri Khalid ni kedekut, bakhil duit rakyat. Tok Guru kata bagus, ini yang kita mahu,” ujarnya pada program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, malam tadi yang telah disiarkan secara langsung. Khalid turut berucap pada majlis itu. 
Katanya, Khalid bukan seorang ahli politik namun seorang ahli korporat, tokoh ekonomi yang pernah berjasa besar kepada negara mengembalikan lading-ladang Guthrie kepada negara daripada syarikat barat 
“Ini kepintaran beliau dalam mengurus korporat, menunjukkan kejayaan yang besar. Orang yang berjaya macam ini sepatutnya diletakkan di tempat yang mulia, yang dilayan dengan baik,” ujarnya lagi. 
PAS mempertahankan Khalid bersama empat Exco daripada parti itu yang tidak meletakkan jawatan ekoran krisis ‘Lompat Kajang’ walaupun semua exco lain melepaskan jawatan. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 

Bertanding PRU14: Duit PH datang dari mana?

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melontar pertanyaan dari mana datangnya duit Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada Pilihan raya Umum e-14 (PRU14) ini. 
Beliau sebelum itu menyatakan bahawa PAS merupakan parti yang bergerak di atas sumbangan rakyat. 
“Kalau orang tanya, duit sumbangan daripada mana, daripada rakyat. RM90 juta daripada rakyat. 
“Ahli PAS ada satu juta, sekarang satu juta. Kalau ahli PAS bagi satu ringgit sudah satu juta. Ada ahli PAS yang sudah berjaya dalam perusahaan dan dalam berbagai-bagai. Ada yang bagi ribu-ribu. Jangan pelik PAS dapat, sikit sangat RM90 juta.” 
“Yang Pakatan Harapan ni, yang baru tubuh, dari mana duit dia nak bertanding. Ni tanya, biar dia jawab,” kata beliau berkaitan soal kewangan Pakatan Harapan yang menjadi tanda tanya,” ujarnya dalam program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU 14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi yang disiarkan secara langsung. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru) 
PAS sebelum ini banyak dipersoalkan berkaitan sumbangan terhadap parti dan juga tuduhan menerima RM90 juta yang sudah dibawa ke mahkamah di London dan dijadualkan perbicaraan pada 30 April ini. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 





















Bekas MB jangka PAS menang di Shah Alam

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan PAS akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini. 
Beliau juga menjangkakan kedua-dua kerusi DNS di bawah Parlimen Shah Alam akan dimenangi oleh PAS. 
Khalid berkata demikian dalam Program Program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU 14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi yang disiarkan secara langsung. Turut berucap ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ustaz sallehen Mukhyi. 
Beliau memberikan sedikit statistik berkaitan pengundi di kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum lepas di mana pengundi berdaftar sebanyak 99,957 dengan pengundi Melayu sebanyak 69%, pengundi Cina (16%) dan pengundi India (15%). 
Statistik terkini pengundi di Shah Alam sebanyak 91,171 orang dengan pengundi Melayu sebanyak 77%, pengundi Cina (7%) dan pengundi India (13%). 
Beliau menjangkakan PAS akan mendapat sekurang-kurangnya 44,000 undi pada PRU14, Pakatan Harapan (16,000 undi) dan Barisan Nasional (34,000 undi). 
Sehubungan itu, katanya jentera PAS perlu bekerja keras dan dapat menggunakan peluang yang ada dengan baik supaya dapat mengambil kembali kerusi Parlimen Shah Alam. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 

Persediaan jentera PAS mantap – Khalid

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, markas atau pondok panas yang didirikan oleh jentera PAS adalah mantap. 
“Markas yang saya lawat, Tuan Guru, mantap. Jadi Tuan Guru janganlah rasa curiga keikhlasan ahli-ahli PAS.
“Bendera dipasang lebih tinggi daripada orang yang lain dan kosnya lebih rendah daripada orang yang lain. 
“Itulah keadaan yang sebenarnya dan saya lihat kesediaan semua yang hadir itu mendengar dan memahami apa yang kita hendak lakukan supaya umat Islam ini berjaya di dunia dan di akhirat,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook. Hadir sama ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi. 
Katanya, PAS juga mengajar beliau ketika masih menjawat jawatan Menteri Besar Selangor supaya menjaga amanah rakyat.
Beliau juga berkata akan bersama Kong Tuck Wah, calon bagi Dun Rawang untuk berjumpa dengan kaum Tionghua bagi menyampaikan mesej supaya mereka tidak takut dengan PAS. 
“Orang yang berugama, yang berilmu adalah orang yang sangat adil kepada semua manusia,” ujarnya.
PAS, tegasnya merupakan parti yang berprinsip. 
Justeru, beliau menyeru hadirin supaya menyokong dan mengundi PAS dalam PRU14 ini. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 


PAS umum pencabar kerusi Azmin, Khalid Samad
Posted on Friday, April 20 @ 00:56:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39261



SHAH ALAM: PAS malam tadi mengumumkan pencabar kerusi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Percaturan PAS menyaksikan seorang jurutera, Khairil Nizam Khairudin, yang juga timbalan ketua Pemuda PAS akan bertanding di Parlimen Gombak yang disandang Azmin sejak 2008, dan Pengarah Penyelidikan Zuhdi Marzuki di Parlimen Shah Alam yang disandang Khalid sejak 2008.

Mereka sebahagian daripada 30% calon agamawan dan 70% calon profesional yang diketengahkan PAS untuk berdepan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi di hadapan 2,000 penyokong PAS.

Ketua Wanita Nuridah Salleh akan bertanding Parlimen Sungai Buloh, sementara Exco Pemuda Nurul Islam Mohamed Yusoff akan bertanding di Ampang.

PAS sebelum ini menyatakan hasrat untuk menjadi kuasa penentu dalam pembentukan kerajaan negeri akan datang, yang akan memaksa PH atau BN berunding dengan mereka nanti.

Menurut Sallehen, PAS akan bertanding 20 daripada 22 kerusi Parlimen dan 46 daripada 56 kerusi DUN. Selebihnya akan diisi sekutu parti Islam dalam Gagasan Sejahtera (GS) antaranya Parlimen Subang (dulu Kelana Jaya) dan Damansara (dulu Petaling Jaya Utara).

PAS berkata majoriti wakil rakyatnya akan mempertahankan kerusi masing-masing dan semua calon-calon PAS yang terpilih sudah berbai’ah.

GS akan meletakkan 9 calon wanita dan 3 calon bukan Melayu. Pakatan itu terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Pada pilihanraya lepas, PAS memenangi 4 Parlimen dan 15 DUN, bagaimanapun 3 daripada Ahli Parlimen dan 2 Adun keluar menyertai Amanah.

Sumber TKO - 20-4-2018
























Amerika mengamuk lagi

HARI ini (14 April 2018) Amerika mengisytiharkan serangan udara ke atas Syria, dengan alasan ingin mensasarkan pangkalan-pangkalan senjata kimia Basyar al-Asad. Sebagai rekod pada 2003, AS menggunakan alasan kononnya kerana senjata pemusnah yang dibangunkan oleh Saddam untuk menyerang Iraq. 
Turut menyertai serangan ini adalah Britain dan Perancis. Trump mengingatkan kepada Saudi, Mesir, UAE dan Qatar agar memberikan kerjasama yang baik dengan kempen ini. Serta jangan sama sekali bersama dengan kepentingan Iran dan Russia. 
4 hari lepas, Duta Russia di Lubnan, Alexander Zasypkine mengingatkan bahawa mana-mana peluru misil dari pihak pakatan Barat yang disasarkan ke atas Syria pasti akan ditembak. Bukan sekadar itu, beliau mengingatkan bahawa Russia akan melancarkan serangan ke atas mana-mana pangkalan Amerika yang memulakan serangan ke atas Syria. Ternyata ingatan tersebut sebagai jaminan dari Russia untuk melindungi Syria dari serangan pihak Barat dan kesanggupan untuk berperang besar demi Syria. 
Dalam konteks perang proksi di Syria setakat ini yang telah berlangsung hampir 8 tahun, memperlihatkan kemenangan bagi pakatan Russia. 5 bulan lepas, Basyar al-Asad mengunjungi Putin di Russia sebagai simbolik terima kasih kerana membantu pihak Syria menangani perang proksi yang didalangi oleh Amerika. Media pro-Russia turut menghebahkan bahawa Russia telah menang besar di Syria. 
Sejurus selepas itu, pangkalan-pangkalan proksi Amerika dibedil oleh Basyar al-Asad dengan bantuan Russia. Media pro-Barat pula mempropagandakan ia merupakan serangan ke atas rakyat Syria yang tidak berdosa. 
Sepanjang perang proksi di Syria, "abang-abang besar" hanya menggerakkan proksi yang mereka biayai untuk saling berperang. Kali ini, Amerika secara terang-terangan mencabar Russia. Apa pun, tanah air dan umat Islam juga yang hancur lebur menjadi mangsa. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
14 April 2018 - HARAKAHDAILY 14/4/2018
Sumber HD - 14-4-2018 

No comments:

Post a Comment