PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Sunday, April 22, 2018
KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH (JILID 11)
Gubal segera Akta Kawalan Dana Politik
KOTA BHARU: Sudah sampai masanya kerajaan menggubal Akta Kawalan Dana Politik bagi mengawal sumber kewangan yang disalurkan kepada semua parti politik di negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, saranan PAS sebelum ini tidak dihiraukan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, PAS sekali lagi berharap pengubalan akta tersebut dapat dilaksanakan.
"Hanya di Malaysia sahaja tiada kuasa yang mengawal dana yang keluar dan masuk ke dalam akaun mana-mana parti politik, oleh itu kerajaan mesti ada satu akta yang mengawal.
"Jika akta ini diadakan PAS amat mengalu-alukan kerana kita jelas sumber dari mana, kita bentang kepada RoS, tiada ada yang perlu selindung," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Perdana Resort dekat hari ini.
Sekarang timbul polemik selepas beberapa organisasi termasuk akaun Umno dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penyelewengan 1MDB.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu bagi mengenalpasti sumber kewangan yang disalurkan kepada organisasi serta parti yang terbabit. - HARAKAHDAILY 3/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018
Kahwin budak: Exco temui keluarga kanak-kanak
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mendapat maklumat lanjut mengenai perkahwinan bawah umur yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, beliau ke Gua Musang hari ini menemui keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun yang terbabit dengan perkahwinan itu.
“Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga berkenaan berhubung perkahwinan anak mereka.
"Saya minta maaf, saya tak boleh buat ulasan lanjut sebelum dapat bertemu dengan keluarga berkenaan,” ujarnya ketika ditemui hari ini di Kota Darulnaim sebelum bertolak ke Gua Musang.
Kelmarin anak pasangan yang berasal dari selatan Thailand berusia 11 tahun dilapor dinikahi dengan seorang lelaki berusia 41 yang berasal dari Gua Musang.
Pernikahan secara gantung itu dikatakan diadakan di negara jiran, tempat asal keluarga kanak-kanak terbabit. Isu terbabit turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan dari segi peraturan perkahwinan gadis bawah usia sebagai tidak sah. - HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018
Kerajaan PH terus polisi tekan rakyat
KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya menyambung tradisi menindas rakyat.
Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah.
Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat tidak serius menangani kos sara hidup.
Menurutnya, dasar yang diamalkan kerajaan lalu tidak lagi dilakukan perubahan oleh kerajaan PH.
"Janji-janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini cuma sebagai gula-gula untuk mengaburi mata rakyat, tetapi tiada apa yang dapat dilaksanakan.
"Perumpamaan terhadap nasib rakyat pada hari ini ialah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, sedangkan kita ada kemampuan untuk melakukan perubahan," katanya di sini.
Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, polisi serta dasar yang dilaksanakan kerajaan PH sehingga hari ini tidak menjamin kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018
Thailand tidak benar perkahwinan bawah umur
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Narathiwat dikatakan tidak diberi maklum mengenai perkahwinan lelaki dari Kelantan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Sungai Golok baru-baru ini.
Yang Dipertuanya, Baba Haji Syafie memaklumkan perkahwinan yang dibuat pasangan berkenaan tanpa mendapat kebenaran.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara itu dimaklum Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat pada pertemuan di Narathiwat hari ini.
Malah katanya, undang-undang di Thailand juga tidak membenarkan perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur.
“Baba Hj Syafie memberitahu pejabatnya tiada maklumat rasmi tentang isu itu serta tidak ada permohonan dibuat melalui pejabat beliau,” katanya ketika dihubungi di Narathiwat.
Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang mengadakan pertemuan dengan Baba Haji Syafie bagi mendapat gambaran lebih jelas isu yang berlaku.
Kelmarin anak pasangan yang berasal dari selatan Thailand berusia 11 tahun dilapor dinikahi dengan seorang lelaki berusia 41 yang berasal dari Gua Musang.
Pernikahan secara gantung itu dikatakan diadakan di negara jiran, tempat asal keluarga kanak-kanak terbabit. - HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018
Kahwin kanak-kanak: Gesa siasatan menyeluruh
DEWAN Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) mengambil perhatian berkenaan kejadian kanak-kanak berumur 11 tahun yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan seorang peraih getah yang berusia 41 tahun.
DMPNK khuatir jika isu ini tidak diselesaikan secara baik oleh pihak berwajib, ia akan menimbulkan polemik yang tidak terkawal. Apatah lagi isu ini melibatkan seorang kanak-kanak di bawah umur yang sepatutnya dijaga, dibelai dan disayangi dari sudut emosi, fizikal dan mental.
Saya mewakili DMPNK, sejurus mendapat maklumat mengenai kes ini telah mengambil langkah segera menemui Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Narathiwat, Baba Haji Syafie dan beliau memaklumkan bahawa perkahwinan yang dibuat di Golok oleh pasangan berkenaan sebenarnya tanpa kebenaran dari Majlis Agama Islam Narathiwat.
YDP Majlis Agama Islam Narathiwat turut menjelaskan bahawa undang-undang di sini tidak membenarkan perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur. Selain itu Baba Haji Syafie yang merupakan YDP Majlis Agama Islam Narathiwat itu turut mengulas tentang isu ini bahawa pejabat beliau tiada maklumat rasmi tentang isu ini serta tidak ada permohonan dibuat melalui pejabat beliau.
Oleh itu, DMPNK menyambut baik siasatan awal yang dilakukan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEIK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar kejadian sebegini tidak lagi berulang atau terlepas pandang.
DMPNK turut menggesa masyarakat supaya tidak menangguk di air yang keruh dengan menokok tambah kes ini dengan isu-isu yang tidak berkaitan sekali gus melakukan generalisasi terhadap semua kes perkahwinan di bawah umur. Hakim Mahkamah Syariah akan meneliti setiap kes dengan saksama mengikut pertimbangan agama dan undang-undang, latar belakang, kebajikan, serta faktor-faktor penting yang lain sebelum membenar atau tidak membenarkan permohonan perkahwinan remaja bawah umur.
DMPNK bersedia membantu dan menyokong sebarang usaha membantu kanak-kanak terbabit sama ada untuk mendapatkan keadilan di sisi undang-undang sekali gus membantu beliau mendapatkan akses pendidikan yang lebih sempurna. DMPNK percaya bahawa Mahkamah Syariah, JAHEIK, JKM dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Ianya bertepatan dengan Seminar Dasar Kanak-kanak Fitrah (DSK) yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 13 Mac 2018, di mana di dalamnya terdapat tajuk khusus Bahagian ke 4 dalam topik Hak Kepada Kanak-kanak iaitu "Hak Untuk Dilindungi". Mereka 'berhak dilindungi daripada diganggu dengan sewenang-wenangnya atau dengan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang terhadap privasi, keluarga, tempat tinggal atau surat-menyuratnya, atau penjejasan maruah dan nama baiknya.'
'Kanak-kanak juga perlu dilindungi daripada keganasan fizikal dan mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau perlakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa atau penjaga di sisi undang-undang atau mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu. Langkah-langkah perlindungan ini hendaklah meliputi aspek perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan.'
Oleh itu, DMPNK mengharapkan penyelesaian bijaksana dapat dilakukan demi kebaikan semua pihak terutama sekali kepada masa depan kanak-kanak tersebut.
YB HAJJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOF Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Ahli Parlimen Rantau Panjang - HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumberr HD - 22-7-2018
Selebriti dakwah dilantik Senator
KOTA BHARU: Selebriti dakwah, Ustazah Asmak Husin dilantik sebagai Anggota Dewan Negara baharu mewakili kerajaan Kelantan.
Pelantikan itu berkuat-kuasa 1 Julai ini bagi menggantikan Khairiah Mohamed yang tamat tempoh 30 Jun ini.
Nama Asmak dicadang Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan disokong timbalannya, Dato Mohd Amar Abdullah.
Pengisytiharan pelantikan itu diumumkan Speaker Dun, Dato’ Abdullah Ya’kob di Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Ketika ditemui Asmak melahirkan rasa terharu di atas kepercayaan kerajaan negeri melantiknya sebagai Anggota Dewan Negara yang baharu.
Asmak dilahirkan pada 16 Mei 1978 di Kampung Tapang, Kota Bharu. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya dan Sarjana Undang-undang Pentadbiran Islam dan Kehakiman Islam (UIAM). – HARAKAHDAILY 28/6/2018
Sumber HD - 28-6-2018
Kerajaan negeri juga bertimbang rasa - Mustapa
KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Dato' Seri Mustapa Mohamed bersyukur cadangan kerajaan negeri memberi peruntukan kepada pembangkang.
"Kita harap kerajaan negeri juga akan bertimbang rasa dan ada rasa ihsan untuk wakil pembangkang selain tanda ingatan. Kita ucapkan terima kasih.
"Kerajaan pusat sudah mengumumkan kesediaan untuk memberi RM100,000 kepada semua wakil pembangkang bagi melaksanakan projek walau pun kecil kita tetap terima," katanya yang juga Adun Air Lanas selepas majlis angkat sumpah Adun di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Semalam Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri yang ditadbir PAS setuju menyalurkan peruntukan kepada Adun pembangkang di Kelantan.
Di Dun Kelantan terdapat lapan wakil rakyat pembangkang berbanding 12 orang pada penggal lepas.
Sedangkan sebelum ini ketika BN mentadbir Putrajaya wakil rakyat pembangkang sama ada di peringkat negeri atau parlimen langsung tidak diberi sebarang peruntukan. - HARAKAHDAILY 28/6/2018
Sumber HD - 28-6-2018
Abdullah Ya’kub kekal Speaker Dun Kelantan
KOTA BHARU: Dato’ Abdullah Ya’kob sekali lagi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) bagi penggal ke-14.
Pelantikannya dicadang Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub dan disokong Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Abdullah mengangkat sumpah menerima jawatan itu pada jam 9.06 pagi tadi.
Sejurus itu Menteri Besar memakaikan jubah Speaker Dun kepada Abdullah dengan disaksikan ahli-ahli dewan.
Manakala Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood pula dilantik Timbalan Speaker. Pada penggal lepas jawatan itu disandang Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, kini Anggota Parlimen Kuala Krai.
Nama Abdul Fattah dicadang Menteri Besar dan disokong timbalannya.
Abdullah ketika mengulas berhubung pelantikan itu mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan sehingga sekali lagi dilantik memegang jawatan berkenaan.
"InsyaAllah saya akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin mengikut keupayaan yang ada pada saya," ujarnya.
Manakala pada perkembangan berkaitan Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan mendahului mengangkat sumpah sebagai Adun.
Kemudian diikuti Mohd Amar yang juga Adun Panchor. Seramai 43 lagi Adun lagi termasuk lapan Adun BN turut mengangkat sumpah.
Kesemua Adun mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun. Majlis berkenaan diadakan di Dewan Undangan Negeri. - HARAKAHDAILY 28/6/2018
Sumber HD - 28-6-2018
Jawatankuasa khas tangani royalti petroleum
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat persiapan berhubung pembayaran royalti petroleum.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengumum akan membayar royalti minyak kepada Kelantan pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.
"Kita menunggu supaya ia dapat ditunaikan. Bagi penggal ini kita melantik Timbalan Menteri Besar sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah; anggota Exco, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nazran Muhammad.
Mohd Amar pula berkata, jawatankuasa itu ditubuh pada zaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, Jawatankuasa Tuntutan Royalti berperanan merangka pelbagai tindakan termasuk menyaman pihak terlibat termasuk Petronas kerana menafikan hak royalti rakyat Kelantan. - HARAKAHDAILY 276/2018
Sumber HD - 27-6-2018
MPKB-BRI perkenal tiket parkir kereta
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memperkenalkan tiket letak kereta kepada pengguna bermula 10 Jun lalu.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahmad Robert Abdul Rahim berkata, penggunaan tiket berkenaan sebagai alternatif kepada bayaran parkir bermeter.
Katanya, kaedah itu diperkenalkan bagi mengelak kerugian yang terpaksa ditanggung MPKB BRI ekoran ada pihak yang merosakkan parkir bermeter.
Menurut beliau tiket berkenaan boleh digunakan di semua petak parkir kereta di kawasan MPKB BRI.
“Ia dijual pada harga RM6 dan RM8 yang perlu digoreskan ketika menggunakannya. Tiket perlu digoreskan di lima bahagian iaitu tahun, bulan, hari, jam dan minit ketika menggunakannya.
“Tiket tersebut perlu diletakkan di deshboard sebelah pemandu dalam kereta,” katanya di sini semalam. - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Sumber HD - 27-6-2018
Adun pembangkang Kelantan diberi peruntukan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju melaksanakan hasrat tersebut.
Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun Barisan Nasional (BN).
"Kita setuju untuk beri, bahkan kita sudah bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lalu, cuma tidak diisytiharkan lagi. Exco sudah putuskan mengenainya.
"Kita akan bagi peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat pembangkang di Kelantan, cuma jumlahnya kita sedang dibincang," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.
Mohd Amar juga berkata, pelbagai cadangan diutarakan antaranya bagi peruntukan sama rata dan kurang sedikit daripada peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan iaitu RM100,000 setahun. - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Sumber HD - 27-6-2018
PH usah jejaki politik dendam BN
KOTA BHARU: Malaysia baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengulangi sikap diskriminasi politik yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dendam politik itu menyebabkan banyak projek pembangunan disekat biar pun bertentangan dengan semangat perlembagaan.
Lebih malang lagi petani yang menyokong PAS dinafikan mendapat baja subsidi cap dacing. Ia berlaku sejak awal 1990-an.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.negeri, Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan PH diharap tidak mengulangi taktik yang pernah digunakan kerajaan BN sebelum ini.
Katanya, dendam politik yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi mangsa termasuk petani.
“Diskriminasi yang berlaku itu menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan sendiri baja bagi membantu petani,” katanya. - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Sumber HD - 27-6-2018
Kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri
PADA hari ini, saya mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia di pejabat beliau di Perdana Putra, Putrajaya. Kunjungan ini adalah berasaskan hubungan rasmi antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan lagi semangat federalisme di negara Malaysia yang kita cintai ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada Negeri Kelantan berdasarkan kepada kenyataan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang lalu.
Dalam pertemuan berkenaan, saya menyatakan hasrat Kerajaan Negeri supaya projek-projek Persekutuan kepada Negeri Kelantan hendaklah diteruskan dengan jayanya.
Semoga dengan kunjungan hormat ini akan disusuli pula dengan kerjasama rasmi di antara Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan Menteri-Menteri Persekutuan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala yang menatijahkan perkara kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Kelantan.
YAB USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
(DATO’ BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN
11 SYAWAL 1439H/25 JUN 2018 – HARAKAHDAILY 25/6/2018
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
1. Isu air di Kelantan ibarat penyakit barah ataupun kanser. Setidak tidaknya ini yang diharapkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Penyakit ini jika tidak membunuh dengan segera pun, lama kelamaan ia boleh mengundang kecelakaan dan kematian. Sebab itu isu air ini sering hangat diperkatakan dan musimnya juga agak kerap. Lebih lebih lagi menjelang pilihanraya umum. Dan yang lebih besar lagi adalah isu ini menjadi permasalahan yang terpaksa dihadapi rakyat saban saat, jam dan juga hari. Ia kemudahan asas yang tidak boleh tidak wajib ada.
2. Apa sahaja permasalahan yang timbul dan wujud di negeri ini akan terus menjadi fokus dan tumpuan satu Malaysia. Ia biasa bagi kami, atas apa jua isu. Sedangkan jika di tempat dan negeri lain, apa apa isu agak sukar untuk heboh. Lihat sahaja orang kampung di Pekan Pahang yang terpaksa menggunakan air parit dan juga air bukit beberapa bulan lepas akibat El Nino dan kemarau yang melampau, ia tidak menjadi tajuk utama pun dalam mana mana akhbar mahupun berita TV. Biasalah.
3. Namun, adakah isu air ini baru wujud kelmarin? Atau baru timbul tahun ini? Atau sejak Kelantan diperintah PAS pada tahun 1990? Ia adalah masalah lama yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu lagi. Ir Haji Wan Mohd Zamri Wan Ismail, Ketua Jabatan Pembangunan Teknikal AKSB, menyebut bahawa peruntukan pembangunan bekalan air untuk Kelantan bermula tahun 1990 iaitu seawal PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan sehinggalah tahun 2001 telah disekat. Dan bermula pada tahun 2003 barulah Kelantan dapat membina loji baru di Chicha. Maksudnya 13 tahun kita disekat daripada membangunkan dan meningkatkan keupayaan loji air.
4. Kerajaan negeri memohon RM600 juta untuk 5 tahun bagi membangunkan dan menguruskan sistem bekalan air, tetapi diluluskan pinjaman itu untuk tempoh 15 tahun. Negeri lain semuanya diberikan geran secara percuma sehingga RM1000 juta ataupun 1 billion, namun Kelantan hanya diberi RM600 juta. Itupun pinjaman dan ia pula diberi untuk tempoh 15 tahun ataupun 3 kali rancangan. Sedangkan keperluan sebenar untuk tempoh 15 tahun ini adalah sehingga RM2 billion.
5. Saya juga teringat pada beberapa tahun yang lalu apabila Professor Datuk Ir Dr Zaini Ujang, iaitu Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, yang mana sekarang beliau sedang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM600 juta yg AKSB terima adalah teramat sedikit untuk dibangunkan rancangan pemulihan bekalan air secara efektif. Dengan penduduk negeri ini yang melebihi 1.5 juta orang, jumlah pinjaman RM600 juta ini, yang diberi untuk pembangunan bekalan air adalah teramat kecil dan terhad. Malahan untuk menggantikan paip lama sahaja kosnya berjumlah RM1.1 billion. Bermaksud isu bekalan air ini adalah satu kerja yang melibatkan kos dan wang yang begitu banyak.
6. Seperti yang saya sebutkan di atas, UMNO-Barisan Nasional begitu berharap agar isu bekalan air ini akan berterusan dan ianya mampu menjadi modal politik yang paling utuh menjelang PRU14 nanti. Lihat sahaja RM600 juta pinjaman itu, ia dieksploitasi secara ekstrem dengan mengatakan jumlah ini lebih daripada cukup untuk membangunkan sistem bekalan air, kerajaan negeri tidak pandai menguruskan wang dengan jumlah ini, malahan mereka mendakwa wang ini adalah geran percuma !
Dan lebih teruk lagi mereka mempertikaikan ke mana perginya wang RM600 juta ini sedangkan masalah bekalan air masih di takuk lama. Adakah ada unsur rasuah kata mereka.
7. Perlu diingat, bahawa isu tuduhan berkaitan wang RM600 juta ini juga sudah selesai di mahkamah. Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Che Ali diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung kenyataan fitnah yang mengaitkan penyelewengan bantuan kewangan kerajaan Persekutuan oleh syarikat air itu, tiga tahun lepas. Fitnah ini disiarkan oleh akhbar Asas sesebuah kebaikan, dan keburukan.
Tabiat iman bersifat lurus, tetap, jelas, tulus, jujur, dan berkembang. Terbit padanya kasih sayang dan kelapangan hati kepada sesama muslim, dan jelas berprinsip apabila berlaku konflik dan masalah.
Tabiat nifaq adalah bengkang bengkok, berubah-ubah, tersembunyi, dusta dan akan malap. Akan terbit padanya sikap dendam, membenci sesama muslim, sangka buruk, serta apabila dilanda konflik dia akan menjadi begitu pragmatis, prinsipnya adalah maslahat peribadinya sendiri, di mana dirinya sejahtera di situ dia akan berada.
Kita boleh perhatikan perkembangan sifat-sifat ini dalam diri kita sendiri.
Sekiranya masa semakin berlalu namun apa yang berkembang dalam diri kita tidak selari dengan tabiat iman, maka ia merupakan papan tanda untuk kita berhenti dan memuhasabah perjalanan hidup kita dari hari ke hari.
Iman itu jelas dan terang, kerana ia membawa kebenaran, dan padanya terdapat cahaya yang membawa kepada Tuhan. Ia umpama pohon yang subur yang memberikan buahnya pada bila-bila masa yang Allah kehendaki. (Surah Al-A’raaf : 58, Surah Ibrahim : 25)
Namun nifaq itu gelap dan tersembunyi, kerana ia adalah hasil pemberontakan terhadap kebenaran, menolak cahaya, serta sentiasa mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengikut petunjuk kebenaran. (Surah Al-Baqarah : 17 & 18).
“Kegelapan demi kegelapan, sebahagiannya berada di atas sebahagian yang lain (di dalam laut dalam), apabila sang penyelam itu mengeluarkan tangannya hampir-hampir dia tidak dapat melihatnya. Demikianlah barangsiapa yang tidak diberikan cahaya oleh Allah, dia sekali-kali tidak punyai cahaya” - Surah An-Nur : 40
“Demikianlah Allah memberikan perumpamaan kebenaran dan kebatilan, adapun yang buih-buihan itu akan hilang dengan sia-sia, manakala (air sungai) yang memberi manfaat kepada manusia akan terus kekal di atas muka bumi ini. Demikianlah bagaimana Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” - Surah Ar-Ra’d : 17
Masa untuk kita muhasabah, diri kita, hidup kita, keluarga kita, umat kita, cukup seminggu selepas bulan Ramadhan.
Wallahua’lam.
Nazman bin Che Iberahim,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
MR :Tulisdisini ....
Sumber MR -25-6-2018
PH tiada kekuatan sendiri
KOTA BHARU: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dianggap bukan kerana kekuatan sendiri, sebaliknya menumpang arus penolakan rakyat terhadap Umno dan Dato’ Seri Najib Razak.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PH mendapat laba kerana arus yang berlaku ketika itu.
Katanya, PRU14 menjadi titik permulaan rakyat mempamerkan keberanian mereka membuat perubahan secara total selepas 61 tahun negara mencapai kemerdekaan.
“Keberanian yang berlaku itu membolehkan rakyat menukar pula kerajaan lain pada PRU 15 sekiranya PH gagal melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.
Pada PRU lepas PH memperolehi 122 kerusi parlimen dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. - HARAKAHDAILY 22/6/2018
Sumber HD - 22-6-2018
Berebut Presiden Umno pula selepas PRU14
Tambah kapsyen
KOTA BHARU: Umno memerlukan pembaharuan secara menyeluruh selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, ketika parti itu memerlukan pemulihan Umno berdepan perebutan jawatan Presiden Umno selepas ditinggalkan Dato’ Seri Najib Razak.
Katanya, parti tersebut memerlukan penyusunan semula selepas ditolak rakyat pada PRU lepas.
"Bagi PAS kita melihat ini sebenarnya urusan dalaman Umno tetapi dengan ada ahli yang disebut hampir tiga juta, Umno dianggap masih mempunyai kekuatan tersendiri.
"Cuma dalam konteks barisan kepimpinan yang ada sekarang mungkin memerlukan semangat baru," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium di sini hari ini.
Program itu dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Turut hadir kepimpinan utama PAS Kelantan, wakil rakyat dan penduduk bukan Islam.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyifatkan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mampu mengalas tanggungjawab sebagai Presiden Umno walau pun turut mendapat tentangan. – HARAKAHDAILY 19/6/2018
Sumber HD - 19-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 29 dan 30
TAFAKKUR ayat al-Quran pada hari terakhir Ramadan 1439 Hijriyah berkisar tentang ayat-ayat daripada Juz 29 dan 30 yang memfokuskan berkaitan kehancuran alam dan terjadinya Kiamat. Allah mengingatkan manusia bahawa apabila sangkakala ditiup, maka gunung-ganang akan terangkat dan langit mulai merekah kemudian menjadi hancur lebur. Firman Allah S.W.T:
"Kemudian apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiup (13) dan bumi serta gunung-ganang diangkat lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur (14) Maka pada saat itu berlakulah hari Kiamat (15) dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (16)"
[al-Haqqah: 13-16 ]
Peristiwa ini sangat menggerunkan dan manusia pada hari tersebut bertempiaran lari akibat terlalu mencemaskan. Inilah kebenaran yang Allah janjikan, pasti akan berlaku sebagaimana firman Allah S.W.T:
"Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (Kiamat) yang sungguh pasti berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, hendaklah dia mengambil jalan dengan kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)."
[al-Naba': 39]
Sesungguhnya al-Quran sentiasa memberikan peringatan tentang goncangan besar dan fenomena hari Kiamat yang terlalu dahsyat. Langit akan terbelah serta meletus seolah-olah seperti sekuntum bunga mawar yang berwana merah. Dengan kemajuan Sains dan Teknologi masa kini, para ilmuan khususnya di bidang Astronomi telah mampu mengkaji segala yang ada di langit melalui Teleskop bumi dan Teleskop luar angkasa.
Mereka berpendapat bahawa sudah ada ledakan yang berlaku pada bintang-bintang. Lokasi bintang yang meledak itu akan terjadi sebuah belahan di langit dan bentuknya seperti mawar merah. Nasib seperti ini juga akan berlaku ke atas matahari. Para Ulama menyebut dengan ledakan dan kehancuran matahari, ia merupakan tiupan sangkakala pertama. Setelah itu disusuli langit terbelah akibat ledakan matahari tersebut.
Hakikatnya, Sains telah memperakui bahawa alam semesta akan mengalami kehancuran secara total. Sampai satu ketika, pasti alam semesta akan berhenti berfungsi dan akan hancur lebur. Di sinilah perlunya manusia tunduk kepada keagungan Allah dan berserah diri kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga Ramadan kali ini meninggalkan cahaya keimanan yang utuh dalam diri kita.
Ya Allah, terimalah segala amalan kami dan redhailah kami sebagai hamba-Mu.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
29 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018
Mesra Aidilfitri anak Kelantan 2 Syawal
KOTA BHARU: Kerajaan negei menerusi Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan akan mengadakan majlis Mesra Aidilfitri pada 2 Syawal ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud, berkata majlis itu akan diadakan di Balai Islam Lundang.
Menurutnya, majlis tahunan itu diadakan setiap 2 Syawal bagi meraikan anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya.
“Pimpinan kerajaan negeri akan hadir bersama untuk meraikan mereka pada hari yang mulia ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak perantau yang berkesempatan agar hadir pada majlis itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan media.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan cenderahati Aidilfitri kepada yang hadir sebagai tanda ingatan. - HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 28
NAFKAH adalah tanggungjawab wajib ke atas ketua keluarga walaupun mengalami kesempitan hidup. Termasuklah memberi infaq dan bersedekah. Ianya sangat dituntut walaupun mempunyai kesukaran hidup. Allah akan memberi dan menggantikan setiap infaq yang dikeluarkan dengan gantian yang lebih baik dan mempermudahkan segala kesusahan. Firman Allah S.W.T:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah, memberikannya berdasarkan kemampuan; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi infaq daripada apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati seseorang melainkan mengikut kadar yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
[Al-Talaq: 7]
Ibu bapa yang hidup dalam kesusahan hendaklah sedar bahawa Allah telah menentukan rezeki mereka serta orang di bawah tanggungan mereka. Apa yang penting, mereka perlu berusaha dan mengeluarkan nafkah tanpa menyembunyikannya kerana ia boleh memudharatkan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Belajarlah memberi infaq dan bersedekah kerana ia adalah suatu amalan mulia yang dapat menyelesaikan kesulitan hidup. Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan fisabilillah akan dibalas dengan perkiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, ia dijanjikan dengan kehidupan yang mudah, tenang dan perjalanan hidup diberkati kerana keberkatan daripada infaq itu sendiri.
Menurut beberapa pandangan Ilmuan Barat seumpama seorang Profesor Psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat bahawa amalan memberi derma boleh mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa lapang dada dan tenang. Pandangan beliau tersebut telah diterbitkan dalam sebuah Jurnal Science (2007) yang dikenali oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Kajian Profesor Ulrich Mayr yang dibantu oleh dua orang Pakar Ekonomi dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita. Mereka dibekalkan dengan wang sejumlah USD 100. Kemudian pengkaji-pengkaji berkenaan meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI). Melalui pengimbas canggih itu, segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti.
Kesemua wanita sukarelawan tersebut setelah memasukkan wang mereka ke dalam akaun tabung makanan (atau di negara kita sama seperti akaun zakat), maka FMRI menunjukkan bahagian otak mereka terus aktif serta memancarkan citra positif saat mereka memberi wang tersebut.
Sementara dalam buku 'Why Good Things Happen to Good People', Profesor Stephen Post telah melaporkan bahawa dengan kebiasaan memberi derma telah terbukti ianya meningkatkan manfaat kesihatan bagi penderita penyakit kronik termasuk pengidap HIV. Kenyataan-kenyataan ini semuanya membuktikan keagungan Kitabullah yang telah lama menyatakan hal ini untuk diambil pengajaran oleh manusia.
Tafakkur dan tafaqquhlah kandungan al-Quran.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
28 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 13/6/2018
Sumber HD - 13-6-2018
Perutusan MB Kelantan sempena Aidilfitri 1439H
HARI Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada hari kebesaran dalam Islam yang menandakan hari kemenangan buat umat Islam yang bermujahadah pada bulan Ramadhan. Hendaklah kita semua menyambutnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah Ta’ala.
Dalam kegembiraan kita meraikan hari raya, saya menyeru kepada semua khasnya kepada rakyat Negeri Kelantan, berhatilah-hatilah semasa memandu dan jagalah keselamatan di jalan raya, saling bertimbang rasa dan berhemah dalam pemanduan, moga semuanya selamat sejahtera tanpa apa-apa musibah di jalan raya.
Ambillah peluang untuk saling menziarahi dan mengunjungi bagi mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan taulan. Maaf bermaafan antara satu sama lain serta mendoakan buat saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan di seluruh dunia.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan sokongan penuh dan mandat kepada kerajaan negeri bagi meneruskan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam di bumi Kelantan yang tercinta.
Dengan penuh kasih, saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H, Maaf Zahir dan Batin Mudah-mudahan segala amalan kita dalam bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah sebagai amal soleh di sisi-Nya.
USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN 28 Ramadhan 1439H
Sumber HD - 14-6-2018
PRU14: Tohmahan media sosial vs munajat
KOTA BHARU: Menteri Besar melahirkan perasaan terharu di atas kesungguhan anak-anak perantau yang bersusah payah pulang pada 9 Mei lepas bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan.
Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, anak perantau yang tinggal di pelbagai tempat sanggup balik bagi mengekalkan kerajaan Kelantan di bawah dasar Merakyat Membangun Bersama Islam.
Katanya, Pilihan Raya Umum (PRU) lepas memberi cabaran yang gentir apabila pelbagai maklumat salah terhadap Kelantan ditular di media sosial.
“Banyak tohmahan yang tidak betul dilemparkan terhadap PAS dan kerajaan negeri. Pihak musuh menguasai media sosial secara berleluasa.
“Namun dalam masa yang sama kita meneruskan program munajat sejak tahun lepas secara berterusan sehingga hampir PRU bagi mengadu kepada Allah Taala,” katanya pada takzirah khas di Madinah Ramadan malam tadi. (Foto atas: Anak-anak perantau mengambil peluang bersama dengan MB.)
Hadir sama anggota-anggota Exco, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Dr Izani Husin dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).
Sempena program itu juga Menteri Besar meraikan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Aidilfitri.
Mereka menikmati moreh disediakan MPKB BRI selepas selesai solat tarawih.
Sebelum itu imam Madinah Ramadan, Syeikh Hisham Abdul Bari membaca doa khatam al Quran di akhir solat tarawih yang mengambil masa hampir setengah jam.
Orang ramai yang hadir sebahagian besar anak-anak perantau juga berpeluang menikmati kemerduan suara dan bacaan taranum imam kedua Madinah Ramadan, Sheikh Yasin Al Syarqawi.
Anak-anak perantau yang baru pulang juga masih berpeluang berkunjung ke Madinah Ramadan malam ini untuk menunaikan solat tasbih.
Manakala pagi esok akan diadakan solat sunat Aidilfitri. Pada 5 Syawal pula akan diadakan Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri juga di lokasi sama. – HARAKAHDAILY 14/6/2018
Sumber HD - 14-6-2018
AKSB saman Ketua Pemuda PPBM Kelantan
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menghantar notis saman kepada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Asran Alias ekoran dakwaan tidak benar.
Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Zamri Wan Ismail berkata, pihaknya telah menghantar notis saman, namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana isu berkenaan sudah menjadi kes mahkamah.
Katanya, semua dakwaan yang dilemparkan kepada AKSB adalah tidak benar kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat siasatan lebih awal.
"Sebelum ini kita ada menghantar notis saman, dia buat laporan sebelum itu lagi, siasatan SPRM berlaku sebelum daripada kenyataan media dikeluarkan individu itu.
"Pihak yang membuat laporan kepada SPRM itu pun kita telah hantar notis sama," katanya di sini.
Baru-baru ini Asran yang pernah berkhidmat di agensi kerajaan negeri meminta SPRM membuat siasatan secara telus terhadap AKSB kerana didakwa berlaku ketirisan. – HARAKAHDAILY 13/6/2018
Sumber HD - 13-6-2018
AKSB jangka pengguna bertambah mendadak
KOTA BHARU: Bagi menghadapi pertambahan bilangan pengguna yang mendadak sempena Hari Raya Aidilfitri ini Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil beberapa lagi awal.
Antaranya menyediakan sejumlah 116 tangki air statik di kawasan yang dijangka bermasalah.
Selain itu menyediakan sembilan lori tangki air untuk menghantar air ke kawasan bermasalah dan mengisi air ke dalam tangki statik.
AKSB juga menghentikan semua kerja-kerja penyelenggaraan berkala bermula 10 hingga 23 Jun 2018. Pasukan selenggara AKSB juga bersiap siaga semasa cuti AidilFitri.
Malah ASKB baru-baru ini mengadakan taklimat status bekalan air kepada Adun bagi memaklumkan tindakan AKSB dalam situasi tertentu.
Pihak berkenaan juga memastikan stok barangan paip dan peralatannya sebagai persediaan kebocoran atau paip utama pecah.
“Memastikan semua fasiliti dan kelengkapan loji dalam berkeadaan baik. Stok-stok barangan tertentu juga telah disediakan lebih awal.
“Lori air telah dipastikan boleh beroperasi bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki,” kata AKSB dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya juga beberapa kawasan dijangka akan mengalami tekanan rendah terutamanya tiga hari sebelum Aidilfitri dan tiga hari selepas itu.
Katanya keadaan itu berlaku berikutan permintaan bekalan air meningkat secara mendadak disebabkan kembalinya perantau ke kampung dalam jumlah yang besar.
Kata beliau penggunaan air akan meningkat tinggi sehingga dua kali ganda, di sampin
aca musim panas dan kering memberi kesan kepada pengeluaran air bersih.
“AKSB juga menasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi terutama pada waktu puncak.
“Sekiranya orang awam melihat kebocoran, kerjasama amat dihargai untuk melaporkan kebocoran tersebut,” katanya.
Sebarang aduan atau laporan pengguna boleh hubungi Talian Bebas Tol AKSB 15777. – HARAKAHDAILY 13/6/2018
Sumber HD - 13-6-2018
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan serta menyampaikan APC kepada seramai 100 orang penerima anugerah di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Turut hadir Dato' Speaker Dewan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan.
Sumber MR - 13-6-2018
AKSB atasi gangguan bekalan air
KOTABHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku membabitkan beberapa kawasan akan diselesaikan menjelang hari lebaran.
Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, kejadian itu berpunca dari kerosakan teknikal di loji rawatan air Merbau Chondong beberapa hari lalu.
Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi pengguna di Machang, beberapa kawasan di Salor dan Gaal di Pasir Puteh.
"Kita telah berusaha membaiki pam dan berjaya mengoperasikan sepenuhnya, kini kita memerlukan masa agar bekalan air stabil semula pada bahagian agihan terutamanya di kawasan hujung.
"Hari ini di kawasan Salor terutamanya di Aur Duri, Pengkalan Kubor dan Dewan Beta telah mendapat air, jadi menjelang Aidilfitri kita jangka bekalan air akan pulih," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Wisma Air Kelantan di sini petang semalam.
Seramai 90 anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Balkis, Taman Kenangan; Madrasah Raudhah Lundang dan Rumah Kebajikan Peyatim, Taman Sabariah diraikan pada program itu.
Mereka juga dibawa melawat dan diberikan taklimat mengenai operasi Loji Rawatan Air Kampung Puteh. Selain itu menerima sumbangan daripada Pengurus Besar AKSB.
Wan Zamri juga berkata, pengguna yang tinggal di kawasan hujung dan kedudukan tinggi seperti di Bukit Bakar, Machang dan Gaal Pasir Puteh belum pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun bagi mengatasi masalah itu AKSB menyediakan lori dan tangki statik sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bagi lokasi-lokasi tersebut.
"Bagi menyambut hari lebaran semua fasiliti digerakkan ke seluruh jajahan selain mengenal pasti kawasan bermasalah kerana permintaan air meningkat dan akan berlaku gangguan.
"Cuma kita berharap pengguna menggunakan air secara berhemah, kalau penggunaan yang melampau akan menjejaskan kestabilan bekalan air," katanya. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018
Adun bantu rumah penduduk diterbang ribut
KUALAKRAI: Sebuah keluarga di Kampung Karangan terkejut apabila bumbung rumahnya diterbangkan ribut yang melanda menjelang solat tarawih malam tadi.
Hasnah Che Gas, 60 berkata, beliau terkejut dan tergaman dengan kejadian itu kerana ia berlaku sekelip mata.
“Namun saya bersyukur kerana 7 beranak yang tinggal di rumah ini termasuk cucu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini.
Hadir sama menziarah mangsa ribut, Penghulu Mukim Manjor, Mohd Asri Mohd Nor, Penghulu Mukim Gajah Timur, Rafdi Mohd Nor dan Setiausaha Majlis Tindakan Dun Manek Urai, Mohd Sakri Ibrahim.
Mohd Fauzi berkata, beliau akan berusaha membantu keluarga terbabit bagi membolehkan mangsa membaiki semula bumbung rumah yang diterbangkan ribut.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana mangsa dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Hasnah turut merakam ucapan terima kasih kepada Adun Manek Urai yang segera menziarahinya selepas kejadian malang itu berlaku.
Manakala sebuah lagi rumah di kawasan berhampiran hanya mengalami kerosakan kecil apabila ditimpa pokok yang tumbang. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018
Bekas SU Akhbar dilantik Setiausaha Politik MB
KOTABHARU: Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik baru Menteri Besar.
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kota Darulnaim. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, Penasihat Undang-Undang, Dato’ Shahidani Abdul Aziz dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
Menteri Besar ketika ditemui berharap Mohd Asri dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.
Katanya, jawatan Setiausaha Politik begitu mencabar namun beliau yakin pengalamannya sebagai bekas Setiausaha Akhbar sebelum ini dapat membantunya melaksanakan tugas dengan baik.
“Kita juga berharap pelantikan Setiausaha Politik dapat membantu menyalurkan maklumat terkini berkaitan politik semasa yang berlaku,” ujarnya.
Beliau juga berkata, kejayaan PAS mentadbir semula Terengganu pada Pilihan Raya Umum lepas diharap dapat meningkatkan lagi hubungan politik antara kedua-dua negeri.
“InsyaAllah saya yakin Ustaz Asri tahu selok belok dalam politik bersesuaian peranannya sebelum ini dalam Dewan Pemuda dan Dewan Ulama dapat membantunya,” ujarnya.
Mohd Asri ketika ditemui berkata, beliau juga akan membantu meningkatkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dengan pusat di bawah Pakatan Harapan sekarang.
Katanya, kerajaan negeri akan melakukan kunjungan hormat ke atas pimpinan kerajaan pusat bagi meningkatkan hubungan dengan kerajaan pusat.
Menurutnya juga jawatan yang disandang sekarang begitu mencabar namun mengucap terima kasih di atas kepercayaan diberi Menteri Besar.
Mohd Asri juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 27
AL-QURAN telah menjelaskan fenomena hujan yang mencurah ke bumi sebagai ketentuan Allah S.W.T yang perlu dilihat sebagai nikmat ataupun bencana berdasarkan kapasiti dan kadar turunnya hujan tersebut. Kejadian hujan yang turun melalui langit dan bukan awan telah dirakamkan melalui ayat:
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air, lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk melakukan satu perkara yang telah ditetapkan."
[al-Qamar: 11-12]
Hujan yang menjadi asbab rahmat kepada manusia selalunya diturunkan dengan kapasiti yang sesuai untuk manfaat manusia. Tidak semua hujan merupakan rahmat bagi manusia, terkadang ia adalah malapetaka yang diturunkan Allah S.W.T sebagai peringatan buat mereka yang ingkar.
Kaum Nabi Nuh telah ditimpa dengan hujan yang lebat sehingga tenggelam bumi keseluruhannya sebagai tanda azab lantaran keingkaran mereka terhadap seruan Nabi Nuh A.S. Allah menggunakan perkataan 'buka pintu langit' sebagai lafaz yang menunjukkan betapa luasnya pintu langit dibuka berserta azab melalui air hujan yang mencurah-curah bergabung dengan air yang keluar melalui bumi.
Mengikut Ahli Sains, hujan yang lebat dan membawa musibah juga biasanya turun apabila berlaku pembentukan awan Kumulonimbus yang disertakan dengan petir. Awan jenis ini dikategorikan sebagai awan yang paling berbahaya jika dibanding dengan awan-awan lain. Awan ini lazimnya menghasilkan hujan yang sangat lebat dalam tempoh yang singkat dan selalu dikaitkan dengan kejadian banjir kilat.
Jadilah hamba Allah yang bersyukur dan sentiasa mendoakan kebaikan tatkala turun hujan agar malapetaka tidak turun bersama.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
27 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 26
TAFAKKUR hari ini meneliti salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T pada penciptaan langit yang mana ia ditegakkan tanpa sebarang tiang dan dilengkapi dengan pelbagai perhiasan. Allah menjelaskan kebesaran ini melalui firman-Nya:
"Tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya sebarang keretakan?"
[Qaf: 6]
Al-Syahid Sayyid Qutb dalam Tafsirnya Fi Zhilal al-Quran menyatakan bahawa Allah S.W.T menitahkan kepada seluruh hamba-Nya supaya memikirkan tentang keajaiban kejadian langit yang disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran. Hal ini membuktikan kebesaran penciptaan langit yang mesti diteliti akan hikmah di sebalik penciptaannya.
Sesungguhnya, langit diangkat tanpa tiang, dihiasi dengan bintang-bintang dan dibentangkan dengan seluas-luasnya. Ruang langit dijadikan luas kerana fitrah dan sifat makhluk-makhluk dalam ruang langit memerlukan jarak yang jauh antara satu makhluk dengan makhluk lainnya agar tidak bertembung.
Ahli-ahli Astronomi yang melakukan pemerhatian terhadap langit menyatakan melalui hasil pencerapan didapati berlakunya perbezaan ketara jarak di antara galaksi-galaksi disebabkan oleh pengembangan alam semesta yang menandakan kejadian peluasan langit. Berdasarkan kajian juga mendapati sistem binaan langit yang tidak bertiang ini dibentuk oleh partikel-partikel asap kerana sebelum langit dijadikan ia berasal dari kepulan asap. Setiap daripada partikel tersebut memiliki fungsi dan tugasnya masing-masing.
Allah S.W.T dengan kebesaran-Nya juga memberi perkhabaran bahawa Dia mampu menjadikan langit itu retak dan merekah ketika berlakunya Hari Kiamat nanti. Oleh yang demikian, manusia sewajibnya meneliti ibrah serta hikmah daripada penciptaan langit ini agar mereka boleh tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T tanpa sebarang keraguan.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
26 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 11/6/2018
Sumber HD - 11-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 25
BERUSAHA untuk mendapatkan rezeki yang halal sangat dituntut dalam Islam. Malah di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya berusaha mencari rezeki halal. Ternyata Allah S.W.T mengurniakan rezeki mengikut kadar usaha dan keadaan peribadi seseorang. Firman Allah S.W.T:
"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki kepada setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi. Akan tetapi Allah menurunkan rezeki menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Maha Melihat dengan nyata."
[al-Syura: 27]
Rezeki kurniaan Allah sudah tertulis kepada seseorang manusia sewaktu berada dalam kandungan ibu. Baki lagi, manusia mestilah berusaha untuk mendapat rezeki yang berkat dan sentiasa bersyukur di atas kurniaan Allah. Untuk dapatkan rezeki berkat, umat Islam mestilah berusaha bangun seawal pagi untuk mengerjakan Solat Subuh. Nabi S.A.W ada mendoakan supaya Allah memberkati umatnya selama mereka berusaha bangun waktu Subuh. Allah akan menentukan kadar rezeki berdasarkan sejauh mana kadar usaha manusia untuk Ubudiyyah kepada Allah.
Ternyata kenyataan ini turut disokong oleh ramai pengkaji Barat umpamanya Dr Joerg Huber dari Universiti Roehampton, UK menegaskan bahawa seseorang yang bangun seawal pagi akan sihat tubuhnya, moodnya akan jadi baik dan dia akan aktif untuk cari rezeki kehidupannya. Pada dasarnya, ini adalah tuntutan Islam agar umatnya selalu mentarbiahkan diri supaya sentiasa berada dalam situasi yang baik dan diredhai Allah.
Pada hari ini, dengan kepesatan teknologi dan ilmu Sains Genetik, Saintis-saintis moden telah merumuskan bahawa sifat manusia adalah dibentuk oleh faktor genetik dan juga faktor pentarbiahan. Selain manusia itu diprogram oleh Allah S.W.T mengikut fizikal, tabiat dan kecenderungan tertentu yang diambil daripada gabungan genetik ayah dan ibunya, Allah juga mewujudkan faktor bimbingan dan pentarbiahan bagi mengimbangi faktor genetik yang sedia wujud pada manusia.
Oleh itu, manusia tidak boleh menyalahkan takdir hasil daripada genetik yang membentuk segala ciri dan personalitinya sehingga mempengaruhi segala amalannya di dunia ini bahkan ia disokong sebenarnya oleh faktor kekuatan diri atau iman seseorang tersebut. Tarbiah diri untuk kekentalan iman inilah yang menjadi tuntutan kepada manusia bagi meraih kehidupan yang dirahmati, rezeki yang sentiasa diberkati dan kehidupan yang sentiasa bersedia menghadapi hari mati.
Fikir-fikirkan.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
25 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018
Ustaz Ahmad berupaya tingkat pengaruh PAS
KOTA BHARU: Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dianggap berupaya menerus legasi ditinggalkan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila berjaya meningkatkan lagi pengaruh PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
Pada PRU tersebut PAS menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kepada 37 berbanding 32 pada PRU 13.
Pengerusi Assabiqun Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, ujian itu berjaya dilepasi selepas pelbagai pihak mendakwa PAS kecundang tanpa Tok Guru.
Katanya, berdasar kepada kejayaan PRU 14 jelas menggambarkan pengaruh PAS semakin meningkat di bawah kepemimpinan Ustaz Ahmad.
“Jadi dakwaan pihak tertentu sebelum ini PAS tidak mampu mempertahankan Kelantan tanpa Tok Guru ternyata meleset sama sekali.
“Sebelum ini mereka cuba memberi gambaran tersebut sehingga dimomok kajian tertentu bagi menggambarkan tohmahan mereka kononnya berasas,” katanya di sini.
Sebelum itu beliau sebagai mewakili Assabiqun Pasir Puteh mengunjungi hormat Menteri Besar di Kota Darulnaim bagi mengucap tahniah di atas kejayaan PAS pada PRU lepas.
Beliau yang juga bekas Adun Limbongan berkata, Ustaz Ahmad berjaya meneruskan legasi arwah Tok Guru dengan meningkatkan pengaruh PAS.
“Di Pasir Puteh PAS berjaya merampas dua Dun daripada BN di samping mengekalkan dua lagi Dun serta kerusi parlimen,” katanya.
Menurutnya juga pergiliran jawatan Exco kerajaan negeri menggambarkan sebahagian daripada prinsip kejujuran dalam siasah PAS di Kelantan. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018
PRU15 dianggap lebih mencabar
KOTA BHARU: Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dianggap lebih mencabar di bawah kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, dengan perkembangan itu menuntut petugas dan pendokong PAS di semua peringkat perlu bekerja bermula sekarang.
Begitu juga katanya, pendokong PAS di Kelantan dan Terengganu perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi PRU 15.
“Seluruh anggota parti jangan tunggu hampir PRU bagi melaksanakan gerak kerja parti. Kita perlu kehadapan dalam konteks tersebut," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu hari ini.
Pada program itu petugas PAS, kakitangan lantikan politik termasuk penghulu di Parlimen Kota Bharu menerima sumbangan Hari Raya.
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu turut merakam ucapan terima kasih kepada petugas yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mempertahankan kerajaan Islam Kelantan. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018
Pengayuh beca terima duit raya PKINK
KOTA BHARU: Seramai 36 pengayuh beca di bandar Kota Bharu menerima duit raya daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
Dr Wan Zawawi berkata, PKINK meneruskan dasar berkebajikan yang dicetus di era almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, program itu berjaya diaplikasi bagi membela nasib golongan kurang berkemampuan demi kesejahteraan hidup rakyat.
“Sumbangan dan bantuan ini diharap dapat meringankan bebanan mereka. Di samping itu sebagai menghargai jasa pengayuh beca menyediakan perkhidmatan mereka di bandar Kota Bharu,” katanya pada program diadakan di Bilik Operasi PKINK hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.
Program tersebut merupakan tahun ke-10 diadakan bagi membolehkan pengayuh beca membeli keperluan untuk menyambut Aidilfitri.
Selain itu PKINK turut menyumbang duit raya kepada 22 asnaf, anak istimewa anggota PKINK, balu bekas kakitangan dan petugas am di PKINK. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-22018
Rumah terbuka: Ketua agama non-Muslim dirai
KOTA BHARU: Ketua-ketua agama masyarakat bukan Islam turut diundang menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Kelantan yang akan diadakan pada 5 Syawal 1439.
Ketua-ketua agama itu terdiri daripada sami Buddha dari 20 wat Siam di Kelantan, ketua agama Kristian, Hindu dan pemimpin NGO non Muslim.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, tiga meja utama disediakan kepada ketua-ketua agama bukan Islam pada program tersebut.
Selain itu katanya wakil-wakil pusat pengajian pondok juga turut diundang bagi memeriahkan program tersebut.
“Pada program itu pelbagai juadah disediakan dengan dikendalikan Badan Perhubungan PAS dan PAS kawasan-kawasan, Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS serta Jabatan Pasti Negeri,” katanya di sini.
Antara menu disediakan termasuk sate, roti jala, nasi gulai kawah, laksa, nasi dagang, lemang, murtabak, nasi arab dan pelbagai lagi.
Program tersebut akan diadakan di Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV bermula jam 11 pagi.
Perasmiannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Selain itu turut diadakan pameran agensi kerajaan termasuk Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Institut Pemikiran Tok Guru.
Dijangka lebih 20,000 rakyat Kelantan akan menghadiri program tahunan tersebut. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 24
SESUNGGUHNYA, hidup manusia akan berakhir dengan kematian walau sehebat mana sekalipun. Jasad manusia akan musnah setelah mati dan mereka akan hidup untuk kali kedua di akhirat nanti. Allah S.W.T telah menjelaskan perihal ini:
"Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami hidup dua kali, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu, adakah sebarang jalan untuk kami keluar (dari neraka)?"
[Ghafir: 11]
Kita sebenarnya hidup dan mati dua kali. Pada saat mati yang pertama, jasad belum ada, namun roh sudah ada dan hidup di alam roh. Allah menciptakan tubuh manusia berupa janin di dalam rahim seorang ibu. Ketika usia janin mencapai 120 hari, roh ditiupkan dan janin mulai hidup, itulah saat kehidupan manusia yang pertama kali. Ketika sampai waktu yang ditetapkan, Allah akan mengeluarkan roh tersebut daripada jasad. Ketika itulah manusia menghadapi kematian kali kedua setelah mereka mati pada kali pertama sebelum roh dimasukkan ke janin.
Pada hari akhirat nanti, Allah akan menghidupkan semula manusia dengan memasukkan semula roh dan akan bermulalah kehidupan yang tidak akan mati selama-lamanya. Kehidupan yang kedua ini adalah kehidupan yang abadi, tidak ada lagi perpisahan antara roh dengan jasad sesudah itu. Peluang manusia hidup untuk kali pertama di dunia ini adalah sebagai peluang kepada manusia untuk mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan sebaik-baik amalan sebagai bekalan di hari kehidupan kedua yang tidak lagi berhajat kepada amalan.
Tingkatkan amalan kita pada setiap hari khasnya di bulan yang penuh keberkatan ini.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
24 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 9/6/2018
"Dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). Maka setelah itu, bagaimanakah mereka dapat melihatnya?"
[Yaasin: 66]
Deria penglihatan yang dikurniakan Allah adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya. Mata adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia untuk melihat. Kajian mendapati manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak. Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol serta terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata manusia dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata. Kesemua struktur yang ada pada mata ini berfungsi untuk melindungi kandungan mata. Walau bagaimanapun, struktur ini berkembang sepanjang hayat manusia dan akhirnya boleh membentuk katarak yang menyebabkan kabur penglihatan.
Mengikut pakar mata, kehilangan penglihatan boleh berlaku kepada manusia yang dilahirkan normal apabila berlaku kerosakan saraf optik, diabetes retinopati, glaukoma dan kelekangan retina yang bersifat kekal. Sementara kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh rabun atau katarak adalah bersifat sementara dan boleh dirawat dengan pembedahan. Allah S.W.T berkuasa untuk jadikan bentuk biji mata menjadi rata tanpa ada lapisan tisu yang menyebabkan mata menjadi buta.
Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran berabad yang lalu supaya manusia bertafakkur akan kebesaran dan keagungan Allah dalam menjadikan makhluk-Nya.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
23 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018
Dahulukan Muslim ketuai agensi kerajaan
KOTABHARU: Islam mendahulukan orang Muslim yang amanah untuk dilantik sebagai pemimpin bagi mengetuai mana-mana agensi kerajaan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Islam melarang orang bukan Islam dilantik menjadi ‘orang dalam’ sehingga diberi kepercayaan.
“Sekarang negara sudah lama merdeka, adakah hendak mencari orang Islam dilantik mengetuai agensi kerajaan begitu sukar.
“Kalau dahulu kita akui memang sukar kerana tidak ramai orang Islam yang pakar dalam sesuatu bidang, namun sekarang sudah ramai.
“Adakah kita tidak menjumpai orang Islam sendiri sehingga dilantik tokoh bukan Islam,” katanya sebagai merujuk isu pelantikan Peguam Negara pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.
Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menjadi pertikaian orang ramai.
Ustaz Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, kerajaan baru yang menerajui negara tidak lagi mengutamakan kriteria agama bagi melantik seseorang pegawai kanan. - HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD -8-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 22
TAFAKKUR hari ini mengamati berkenaan kurniaan Allah S.W.T kepada Nabi Daud A.S dengan pelbagai nikmat termasuklah dapat mencair serta membentuk pelbagai jenis besi bagi melancarkan proses peradaban di zamannya. Firman Allah S.W.T:
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia daripada Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya) serta Kami juga telah melembutkan besi baginya."
[Saba': 10]
Besi merupakan logam yang paling penting sepanjang sejarah umat manusia sejak peradaban zaman purba sampai sekarang. Berdasarkan kekuatan, bentuk dan struktur yang dihasilkan daripada pengolahan besi, boleh dikatakan besi menjadi tunjang dalam peradaban moden ke arah pembangunan gedung pencakar langit, lebuh raya luas, kenderaan, senjata, alat pertanian dan segala jenis mesin canggih.
Al-Quran telah menceritakan keunikan besi ini pada sembilan ayat. Allah menegaskan bahawa besi yang ada di bumi adalah hasil kurniaan Allah yang diturunkan dari langit. Tanpa tafakkur yang tinggi, manusia tidak dapat memahami kenyataan Allah S.W.T ini.
Selepas beberapa abad, barulah ahli Astronomi moden berpendapat bahawa besi berasal dari luar Sistem Suria dan bukannya berasal dari perut bumi. Mereka berpendapat ia datang melalui batu dari angkasa yang jatuh ke bumi sejak dahulukala lagi. Menurut mereka lagi, adalah mustahil besi berasal dari bumi kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan satu atom besi adalah lebih kurang empat kali lebih banyak daripada tenaga dalam Sistem Suria ini. Pendapat ini turut diperkuatkan oleh Profesor Armstrong yang menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini sebenarnya berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Teknologi pengolahan besi turut diceritakan dalam al-Quran umpamanya melalui kisah Raja Zulqarnain yang telah membina benteng besi terkukuh di dunia. Begitu juga Nabi Daud A.S telah mencipta suatu produk daripada bahan dasar besi iaitu baju besi untuk kegunaan dalam peperangan. Setelah zaman berlalu, kini cara pengolahan besi sudah begitu canggih melalui proses Blast Furnace iaitu tungku tanur tinggi dan digunakan dalam proses seperti peleburan bijih besi, pembakaran, proses tuang, cor, tempa dan lainnya untuk pembangunan pesat peradaban manusia kini.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
22 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018
Kelantan hargai pasukan keselamatan
KOTABHARU: Kerajaan negeri menyerah 13,200 bungkusan kuih raya untuk anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Kelantan sempena Aidilfitri.
Penyerahan kuih itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar kepada wakil-wakil pasukan keselamatan di Dewan Teratai Kota Darulnaim hari ini.
Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, sumbangan tersebut sebagai menghargai pengorbanan, peranan serta tugas yang dilakukan anggota keselamatan bagi menjaga keselamatan tanah air.
"Sumbangan dan tugas mereka sangat besar yang perlu diselaraskan antara duniawi dan ukhrawi supaya nilai dunia pun kita dapat dan nilai akhirat pun kita dapat.
"Namun apa yang penting niat kita kena betul kerana dengan niat inilah yang akan menentukan tindakan kita betul agar kepentingan dunia dan akhirat," katanya.
Lebih 200 pegawai dan anggota keselamatan pelbagai agensi hadir pada program tahunan tersebut. - HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 21
ALLAH S.W.T mengingatkan manusia agar sentiasa mengenang nikmat-Nya yang terlalu banyak sehingga mereka dapat bergerak di atas permukaan air dengan mudah melalui daya apungan yang diizinkan oleh Allah, Firman-Nya:
"Maka apabila mereka menaiki bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka naik ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya."
[al-Ankabut: 65]
Al-Quran menceritakan bahawa antara teknologi yang Allah kurniakan kepada manusia ialah teknologi merentas jalan air untuk kemudahan manusia berurusan sesama mereka. Manusia mula mencipta kenderaan yang boleh terapung dipermukaan air bagi tujuan tersebut. Lahirlah pelbagai teori dan alat pengangkutan pelbagai jenis hasil kajian manusia melalui ilmu daya apungan.
Mengikut para pengkaji, daya apungan merupakan daya yang bertindak terhadap objek yang terendam dan mengarah ke atas. Jika daya apung adalah kurang daripada berat, maka objek akan tenggelam dan begitulah sebaliknya. Dikatakan penemuan daya apungan ini dicetuskan oleh ahli Matematik Greek, Archimedes yang terkenal sebagai bapa apungan. Bagaimanapun ilmu ini telah dirungkaikan dalam al-Quran sejak sekian lama bagi mereka yang mentadabur maknanya.
Melalui ilmu ini, manusia mencipta kapal laut untuk dinaiki dan boleh terapung di atas permukaan laut kerana tujah ke atas kapal adalah sama dengan berat kapal tersebut. Begitu juga dengan rekaan kapal selam, ia boleh bergerak di atas permukaan laut apabila tangki balastnya diisi dengan udara dan daya tujah ke atas kapal selam adalah melebihi beratnya. Jika tangki balast diisi dengan air, kapal selam boleh menyelam dan bergerak pada tahap kedalaman yang dikehendaki.
Setelah zaman semakin canggih, manusia mula membina rumah di atas air melalui teknologi apungan ini. Di Malaysia, Rumah Amfibia telah dibangunkan bagi menyediakan apungan vertikal apabila paras air meningkat dan memastikan kestabilan rumah semasa banjir dan hujan lebat. Teknologi berkenaan menggunakan teknologi sama dengan rekaan kapal kargo yang mampu membawa muatan berat dan boleh terapung di laut. Konkrit pontoon yang boleh terapung digunakan selain sebuah lubang digali di bahagian bawah rumah sebagai kawasan untuk mengumpulkan air banjir dan menolak rumah ke atas. Rumah Amfibia tersebut akan terapung walaupun berlaku banjir besar dan berada di tempatnya semula apabila air mulai surut.
Begitulah hebat dan uniknya ilmu yang dibekalkan oleh Allah S.W.T melalui al-Quran sehingga manusia dapat mencipta pelbagai teknologi moden dalam membina kehidupan yang selesa di atas muka bumi ini. Baki lagi, manusia hendaklah bersyukur dan jangan berlaku syirik kepada Allah.
Baca serta kajilah ilmu al-Quran sebanyak mungkin khususnya ketika kita berada di bulan yang mulia ini dan al-Quran diturunkan padanya.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
21 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018
Kelantan akan atasi masalah air di HRPZ II
KOTABHARU: Kerajaan negeri akan mengatasi masalah air yang berlaku di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata masalah air itu akan diselesaikan memandangkan ia satu keperluan kepada pesakit.
Menurut beliau, pihaknya akan minta Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat pemeriksaan di hospital itu bagi mengetahui punca yang berlaku.
“Kita akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah air di sini, apa lagi air menjadi keperluan utama setiap orang apa lagi pesakit,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 150 pesakit di hospital itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. Hadir sama, anggota-anggota exco kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan daripada Pengarah HRPZ II, Datin Dr Selasawati Ghazali berhubung masalah air di beberapa wad di hospital terbabit.
Menurutnya, masalah sering berlaku terutama wad bersalin dan wad kanak-kanak yang tidak mampu menampung jumlah pesakit setiap hari.
Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil berat aduan itu yang akan cuba diselesaikan secepat mungkin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utilitinegeri, Azami Mohd Nor, ketika ditemui memberitahu beliau akan berbincang dengan AKSB seberapa segera.
Katanya, untuk tindakan pertama ini beliau akan bertemu Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail untuk berbincang perkara itu.
“Insya Allah kita akan mengambil tindakan terhadap masaalah seberapa segera,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018
MKD anjur 'Misi Ramadan Bersama Kaum Temiar’
GUAMUSANG: Misi Kembara Dakwah (MKD) menganjur 'Misi Ramadan Bersama Kaum Temiar’ di Pos Mendrod, pedalaman Gua Musang baru-baru ini.
Misi itu disertai 50 peserta membabitkan agensi kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.Ia dianjur bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK.
Timbalan Pengerusi MKD, Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, pihaknya menyampaikan bantuan kit makanan harian kepada penduduk di pos terbabit.
Selain itu katanya, mengadakan iftar dan solat tarawih bersama penduduk Muslim di samping menganjur kelas pengajian agama untuk kanak-kanak.
"Program ini berkonsep persaudaraan di mana setiap peserta digalakkan menyumbang di samping bergotong royong dalam setiap gerak kerja sepanjang program berlangsung.
"Ini merupakan program tahunan bersama masyarakat Orang Asli Pos Medrod, Lojing. Kami juga bercadang mengadakan majlis Hari Raya.
“Pos Mendrod merupakan kampung angkat MKD dan PKINK," katanya ketika ditemui selepas pelepasan konvoi di Machang baru-baru ini.
Pelepasan peserta konvoi dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
Turut hadir, Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK, Abdul Aziz Yunus dan Pengerusi Biro Kebajikan Dan Dakwah, Mohd Rozi Mohd Noor.
Program dua hari itu turut mendapat sokongan Majlis Agama Islam Kelantan, Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Gabungan Sukarelawan Daerah Taiping.
Dr Wan Martina juga berkata, program itu cukup bermakna kerana mendapat kerjasama pelbagai pihak.
Pada program itu juga 64 keluarga beragama Islam menerima sumbangan bantuan makanan disampaikan Pengerusi MKD, Mohd Khalik Mohd Zari dan Pengurus Besar Ladang Sungai Terah, Zazali Japar.
Sumber HD - 6-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 20
ALLAH S.W.T telah mengurniakan rahmat-Nya melalui kejadian siang dan malam. Dia menjadikan malam gelap gelita supaya bersesuaian dengan waktunya untuk manusia berehat daripada keletihan kerja dan dijadikan siang terang benderang supaya dapat manusia berusaha mendapatkan rezeki harian mereka. Firman Allah S.W.T:
"Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman."
[al-Naml: 86]
Sesungguhnya, Allah menjadikan bumi berpusing pada paksinya adalah untuk kemaslahatan hidup makhluk bumi. Ini kerana apabila bumi tidak berpusing pada paksinya di hadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam. Para ahli Sains menyatakan bahawa selama 24 jam bumi berpusing mengelilingi paksinya, ketika wajah bumi berhadapan dengan matahari maka ia mengalami siang. Apabila wajah bumi membelakangi matahari, ia menjadi gelap dan berlakulah waktu malam.
Kejadian siang dan malam bagi sesebuah planet bergantung pada kedudukan paksinya dan kedudukannya menerima sinaran matahari. Sekiranya paksi tersebut tidak sesuai dengan kedudukannya dengan cahaya matahari, maka pertukaran siang dan malam tidak dapat berlaku. Sebagai contoh, planet Uranus yang terdapat di dalam Sistem Suria mengalami waktu gelap selama puluhan tahun akibat tidak menerima cahaya matahari. Ada sebahagian kawasan planet yang mempunyai waktu siang sepanjang masa dan sebahagian lagi mengalami malam sepanjang masa. Di sinilah rahmat Allah kepada penduduk planet bumi dengan keizinan-Nya terjadi siang dan malam dalam tempoh 24 jam.
Para Saintis telah berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan teknologi canggih lain. Mereka telah menemui adanya garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam. Kenyataan ini pada hakikatnya telah disebut dalam al-Quran semenjak 14 abad yang lalu.
Tadabbur serta tafakkurlah al-Quran.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
20 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 5/6/2018
Sumber HD - 5-6-2018
Anak muda bangkit tolak Umno di Terengganu
KOTABHARU: PAS Terengganu dapat mengesan lebih awal kebangkitan anak-anak muda sehingga memberi peluang PAS kembali mentadbir negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kebangkitan anak muda menyokong gerakan Islam dan menolak Umno begitu ketara sejak awal lagi.
“Program yang dianjurkan PAS sama ada dalam bentuk ceramah kehadirannya dimonopoli anak-anak muda.
“Pada hari mengundi pun saluran satu dan dua telah lama habis, sebaliknya saluran anak muda masih dipenuhi mereka sehingga beratur panjang untuk mengundi,” ujarnya selepas mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawatnya, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di Kota Darulnaim semalam.
Hadir sama Adun Tepoh Hishamuddin Abdul Karim. Turut hadir pada pertemuan itu anggota parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Mohamad Kamal Mohd. - HARAKAHDAILY 5/6/2018
Sumber HD - 5-8-2018
Ribuan solat hajat solidariti Agong
KOTABHARU: Ribuan rakyat Kelantan malam tadi menyertai solat hajat solidariti untuk Yang di-Pertuan Agong diadakan di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Solat hajat diadakan selepas solat tarawih diimamkan Senator Muhamad Mustapha.
Sebelum itu orang ramai menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan yang dimamkan qari dari Mesir, Sheikh Hissam Abdul Bari dan Sheikh Yasin Al Syarqawi.
Solat hajat diadakan ekoran banyak isu yang berlaku sekarang termasuk pelantikan Peguam Negara sehingga menjadi pertikaian ramai sebelum ini.
Manakala dalam perkembangan lain Sultan Muhammad V meraikan anak-anak yatim pada majlis kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Al-Bukahri itu diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji petang semalam.
Hadir sama Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat diraja, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, anggota Exco dan pegawai kerajaan. - HARAKAHDAILY 5/6/2018
Sumber HD - 5-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 19
ALLAH S.W.T memberitakan dalam al-Quran berkaitan ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam agar mereka memahami serta mencapai ilmu pengetahuan tinggi. Allah menjadikan bayang-bayang yang dapat dilihat oleh manusia sebenarnya mempunyai rahsia dan hikmah tertentu. Firman Allah S.W.T:
"Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang luas dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah). Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan pada bayang-bayang itu."
[al-Furqan: 45]
Bayang-bayang yang terjadi adalah salah satu bentuk nikmat Allah kepada makhluk di bumi. Dengan adanya bayang-bayang, manusia dapat mengambil manfaat mendirikan tempat tinggal bagi mencari keselesaan dan cuaca yang nyaman lagi tenteram.
Bayang-bayang sebenarnya terjadi apabila cahaya terhalang sesuatu benda. Kita tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada makhluk di dunia ini sekiranya cahaya matahari memancar tanpa terhalang kepada benda lain, manusia dan haiwan pasti akan terdedah kepada kepanasan yang boleh memudaratkan mereka.
Mengikut ahli Sains, bayang-bayang merupakan indikator yang penting dalam kehidupan manusia. Ia tidak akan terjadi sekiranya tidak ada sumber cahaya yang sangat terang. Bayang-bayang sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk menentukan arah dan jarak antara dua tempat di permukaan bumi. Seorang Saintis yang dilahirkan sebelum Masihi, Erastothenes pernah menentukan radius planet bumi kira-kira lebih daripada 2,200 tahun silam melalui bayang-bayang.
Selain itu, penggunaan teknik bayang-bayang akibat cahaya matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di langit latitud Kaabah. Sekiranya semua orang yang dapat melihat matahari dan menghadapkan wajahnya ke sana pada ketika itu, maka dia telah menghadapkan wajahnya tepat ke kiblat.
Ini dapat dibuktikan juga melalui bayangan sesuatu objek yang tegak lurus di atas tanah yang tidak terlindung, maka bayangan tersebut akan membentuk garis arah ke kiblat. Cara mengukur arah kiblat melalui cara yang dinyatakan di atas adalah lebih tepat dan teliti jika dibandingkan dengan penggunaan teknik kompas.
Sama-samalah kita tafakkur ayat-ayat suci al-Quran.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
19 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018
Kelantan-Terengganu tingkat kerjasama
PASIRPUTEH: Sebuah jawatankuasa bersama antara kerajaan Kelantan dan Terengganu akan dibentuk tidak lama lagi bagi meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negeri.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kelantan dan Terengganu dapat menjalinkan kerjasama strategik dalam pelbagai aspek.
"Alhamdulillah kita mempunyai sahabat yang karib iaitu kerajaan Terengganu, apa sahaja pandangan dan cadangan kita terima dengan baik.
"Satu jawatankuasa akan dibentuk di peringkat dua kerajaan negeri untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya pada program ceramah Badar al Kubra di sini baru-baru ini.
Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Dato' Mohd Amar Abdullah.
Menurut Ustaz Ahmad langkah pertama yang boleh dilaksanakan iaitu melakukan penyelarasan antara portfolio kerajaan negeri.
Kata beliau juga kerjasama antara dua negeri di Pantai Timur itu sangat penting dalam usaha PAS untuk menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai benteng dari fahaman songsang.
"Semoga kemenangan ini memberi tanggungjawab bersama kepada kita untuk mengukuhkan tapak Islam, di Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan asas agama yang kuat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-201
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 17
MANUSIA merupakan makhluk yang memiliki sifat tergesa-gesa. Sifat ini kadang-kadang menguasai manusia sehingga ketika mereka beribadat kepada Allah, mereka menggesa Allah dalam doa agar segera dikabulkan segala permintaan. Oleh itu, Allah melarang manusia daripada bersifat dengan terburu-buru sebagaimana firman-Nya:
"Manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya. Aku akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kamu meminta disegerakan."
[al-Anbiya': 37]
Sifat terburu-buru adalah sikap negatif akibat manusia melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir panjang apatah lagi memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Adapun bergegas dalam melakukan perkara kebaikan adalah sikap positif sekiranya jelas bahawa perbuatan yang bakal dilakukan itu adalah baik, maka kita dianjurkan untuk segera melakukannya.
Kajian sains juga telah membuktikan bahawa sifat-sifat yang tidak baik, ianya boleh menghancurkan dan memusnahkan jasad manusia. Antara sifat yang dikaji dan boleh memusnahkan diri manusia ialah sifat terburu-buru. Sifat ini akan menghasilkan banyak sikap negatif lain seperti berbohong demi untuk segera mendapatkan habuannya.
Menurut Pakar Psikologi dari Universiti Massachusetts US, Robert Feldmen beliau mendapati orang yang bersifat dengan terburu-buru dalam semua perkara akan pasti memiliki sikap berbohong. Menurut kajiannya, manusia seperti ini berpotensi sebanyak 60 peratus akan berbohong dalam perbualannya iaitu sekurang-kurangnya sekali berbohong dalam jangka masa 10 minit perbualan.
Akibat daripada sikap ini juga boleh menyebabkan berlakunya stres yang mengakibatkan seseorang itu menghadapi masalah jantung. Stres juga boleh membawa kepada masalah kemurungan dan boleh membawa kepada membunuh diri. Oleh sebab itu, Islam melarang umatnya daripada bersikap terburu-buru.
Sempena kedatangan Ramadan ini, kita hendaklah berusaha membuang segala sifat Mazmumah yang membinasakan diri sendiri. Bacalah al-Quran serta selidiki maknanya, insyaAllah terlalu banyak permasalahan diri dan masalah kehidupan dapat diatasi.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
17 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 2/6/2018
“(Dialah) Yang Maha Tinggi, yang mempunyai ‘Arsy, yang menurunkan Al-Quran dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya supaya ia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat)”. (Al-Mu`min: 15)
Al-Quran disebut sebagai roh dalam ayat di atas disebabkan sesiapa yang mempelajari serta mengamalkannya akan memberi kehidupan kepada hati manusia. Sesungguhnya, diturunkan Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Al-Quran merupakan petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia dan akhirat. Manusia yang memuliakan kandungan Al-Quran apatah lagi melaksanakan perundangan yang terkandung di dalamnya akan diberi kemuliaan oleh Allah sesuai dengan kemuliaan Al-Quran. Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya ada menyebut:
أنزل أشرف الكتب بأشرف اللغات، على أشرف الرسل، بسفارة أشرف الملائكة، وكان ذلك في أشرف بقاع الأرض، وابتدئ إنزاله في أشرف شهور السنة وهو رمضان، فكمل من كل الوجوه
“Diturunkan kitab yang paling mulia (Al-Quran) dengan bahasa yang paling mulia, diajarkan kepada Rasul yang paling mulia, disampaikan oleh Malaikat yang paling mulia, diturunkan di tempat yang paling mulia di muka bumi, diturunkan pula di bulan yang paling mulia sepanjang tahun, iaitu bulan Ramadhan. Dengan demikian, sempurnalah kitab suci Al-Quran di semua sudut".
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, menjulang tinggi tuntutan Al-Quran dalam pentadbiran. Pendidikan berteras Al-Quran diberi keutamaan, sehingga kini Kerajaan Kelantan telah menubuhkan 92 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan termasuklah 8 buah sekolah aliran tahfiz Al-Quran bagi melahirkan generasi celik dan hafiz Al-Quran sepanjang waktu.
Semoga kehadiran Ramadhan 1439H ini menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk memartabatkan tuntutan Al-Quran dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selamat memperingati Nuzul Al-Quran dan sentiasalah tadabbur, tafakkur serta tafaqquh ayat-ayatnya.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
17 Ramadhan 1439 – HARAKAHDAILY 2/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 16
Tambah kapsyen
ALLAH S.W.T telah menurunkan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan kepada manusia untuk kemaslahatan hidup mereka. Kajian terhadap kandungan al-Quran akan menemui pelbagai ilmu baru sebagaimana kenyataan al-Quran bahawa tumbuhan-tumbuhan juga dicipta berpasangan. Firman Allah S.W.T:
"(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan untuk lalu-lalang. Dia juga yang telah menurunkan hujan dari langit. Maka, Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis pasangan tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya."
[Thaha: 53]
Pada zaman dahulu, manusia tidak mengetahui bahawa tumbuhan juga mempunyai pasangan jantan dan betina sebagaimana manusia dan binatang. Setelah itu, ilmu botani di zaman moden telah menjumpai adanya jenis jantan dan betina pada tumbuhan. Malah tumbuhan yang mempunyai kedua-dua jantina (unisexual), mempunyai kedua-dua elemen yang jelas perbezaannya antara jantan dan betina. Hal ini sebenarnya telah dinyatakan dalam al-Quran sejak lebih 1,400 tahun lampau.
Jika kita membaca kajian-kajian tentang perkembangan kehidupan tumbuh-tumbuhan, maka kita dapati pada buah yang dihasilkan adalah produk terakhir daripada sistem pembiakan tumbuh-tumbuhan berperingkat tinggi. Peringkat sebelum menjadi buah adalah bunga yang mempunyai organ jantan dan betina. Apabila debunya dibawa ke bunga, ia menjadi buah. Oleh kerana itu, semua buah-buahan juga menunjukkan adanya organ jantan dan betina.
Pada hakikatnya, setiap makhluk yang diciptakan adalah berpasangan ini baru terbongkar pada abad ke-19. Seorang Ilmuwan Barat, Paul Dirac, dalam penelitiannya berhasil menemukan bahawa seluruh benda yang ada di alam semesta sampai partikel terkecil yang tidak terlihat oleh mata kasar, ternyata juga mempunyai pasangannya. Hasil kajian berkenaan, beliau telah dianugerah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.
Penemuan demi penemuan baru telah diketemui oleh para pengkaji pada zaman kini setelah adanya alat-alat canggih. Namun, pada hakikatnya penemuan ini telah lama disebut dalam al-Quran dan hanya dijumpai oleh golongan yang tafakkur serta tafaqquh ayat-ayat Allah S.W.T.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
16 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018
1,000 penduduk miskin dibantu agensi kerajaan
KOTABHARU: Seramai 1,000 penduduk miskin yang tinggal di kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima sumbangan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000.
Katanya, mereka terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang kurang upaya. (Foto: Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.)
“Selain wang tunai sebanyak RM120 mereka juga diberi sumbangan barangan keperluan harian. Program ini dianjurkan setiap tahun bagi membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya pada program itu di Madinah Ramadan.
Sumbangan berkenaan ditaja anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018
Ada pihak persenda Istana Kelantan
KOTABHARU: Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap tindakan pihak tertentu yang dianggap menghina Istana Kelantan berhubung larangan dua pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) memasuki mana-mana istana.
Laporan itu dibuat setiausaha pemuda, Mohammad Kamal Mohamed semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan exco-exco pemuda. (Foto: Ustaz Ahmad Fadhli menunjukkan salinan laporan polis.)
Ahmad Fadhli berkata, selepas surat pekeliling bertarikh 27 Mei 2018 dikeluarkan, pelbagai kenyataan dimuat naik di media sosial oleh individu yang dianggap menghina sultan dan institusi raja.
“Satu blog menulis dalam kes ini siapa yang berlindung di bawah ketiak siapa... Ini menunjukkan seolah-olah Kerajaan Kelantan menjadi penasihat istana yang menyebabkan istana bertindak atas nasihat kerajaan negeri,” katanya.
Baru-baru ini pekeliling larangan terhadap Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan kerajaan negeri dan istana dikeluarkan.
Ahmad Fadhli yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata, tohmahan pihak terbabit sebagai fitnah terhadap kerajaan negeri dan penghinaan terhadap institusi beraja.
“Ia seolah-olah menggambarkan institusi diraja dikongkong kerajaan negeri dalam membuat keputusan,” katanya. - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018
Bekas imam kini Adun Dabong
KUALAKRAI: Bekas Imam Masjid Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin dikenali ramai kerana kecaknaan terhadap rakyat.
Biarpun tidak menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, namun sudah menabur bakti kepada masyarakat.
Dan kini setelah bergelar Yang Berhormat tugas yang sama dilaksanakan bagi membantu penduduk yang ditimpa kesusahan dan menyediakan kemudahan asas untuk mereka.
Ku Mohd Zaki berkata, sempena Ramadan sekarang hampir setiap hari beliau berbuka puasa bersama rakyat. (Foto: Ku Zaki bersama penduduk mengangkut paip air untuk dipasang di Kampung Jenal.)
“Saya hadir bagi menyampaikan tazkirah agama serta mengetuai bacaan tahlil yang menjadi tradisi rakyat Kelantan sebelum berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi di Dabong.
Beliau juga membantu mangsa ribut di Kampung Dabong dan Serasa, di mana enam rumah penduduk rosak pada kejadian awal Ramadan lepas.
Menurutnya beliau menyampaikan zink dan kayu bagi membaiki rumah yang rosak tersebut. - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 15
TAFAKKUR pada hari ini memfokuskan satu ayat berkaitan kebangkitan semula manusia setelah kematian. Golongan yang tidak beriman dengan hari akhirat akan menafikan adanya hari kebangkitan dan menganggapnya perkara mustahil. Firman Allah S.W.T:
"Dan mereka berkata: adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"
[al-Isra': 49]
Jika kita mengkaji kandungan badan manusia ianya terdiri daripada jutaan sel. Sel-sel yang berkumpul membentuk lapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisu dan organ seperti jantung, kulit dan hati.
Apabila seseorang itu mati, jantungnya akan berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Sel yang telah mati tidak mampu melawan bakteria lalu memusnahkan dirinya.
Setelah jasad yang mati dikebumikan, ia akan berlaku beberapa fasa pereputan yang menyebabkan enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Setelah itu berlaku pembusukan disebabkan oksigen sudah tiada dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria yang akhirnya menyebabkan mayat mereput dan yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi, kemudiannya ia turut hancur kesemua sekali.
Persoalannya, bagaimana jasad yang hancur luluh boleh dibangkitkan kembali? Hal ini jika diukur dengan akal fikiran manusia, ianya mustahil, akan tetapi perihal agama tidak boleh diukur dengan akal semata-mata. Pada hari kiamat nanti, manusia akan dibangkitkan sejak manusia pertama, Nabi Adam A.S hinggalah manusia terakhir.
Mereka akan dikumpulkan untuk dihisab amal perbuatannya oleh Allah S.W.T. Kebangkitan semula manusia teramat mudah bagi Allah apatah lagi kajian moden turut membuktikan bahawa tulang sulbi yang ada pada manusia tidak akan hancur dimakan tanah dan proses pembentukan semula boleh berlaku melaluinya.
Tafaqquhlah ayat al-Quran.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
15 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 14
RAHMAT Allah S.W.T kepada makhluk di bumi juga dikurniakan melalui penciptaan gunung-ganang dan bukit-bukau. Walaupun fizikalnya seolah-olah tidak bergerak akan tetapi ia sebenarnya berfungsi sebagai pasak bumi daripada bergoncang. Firman Allah S.W.T:
"Dan bumi ini Kami bentangkan lalu Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh berdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya."
[Al-Hijr: 19]
Al-Quran memaparkan penciptaan gunung dengan menyebut istilah Jibal dan Jabal sebanyak 39 kali dan dengan kalimah Rawasi sebanyak 9 kali. Mufasirun menyatakan bahawa kalimah Jibal lebih bersifat umum sedangkan Rawasi lebih khusus kepada gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi.
Gunung-ganang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan makhluk di muka bumi. Ia menjadi penyeimbang bumi atau pasak bumi bagi menahan bumi daripada bergerak tidak tentu arah. Ilmu geologi moden mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi.
Selain itu, penemuan baru para Saintis di bidang Geologi dan Kaji Bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Hal ini menjadikan pergerakan bumi stabil dan tidak bergoncang.
Pada hakikatnya gunung-ganang dan bukit-bukau turut bertindak sebagai span di mana air hujan akan terkumpul di dalam lingkungan tanah tinggi. Sekiranya kawasan ini diganggu secara berleluasa tanpa perancangan dan kawalan, ia akan menyebabkan penyerapan air yang berlebihan ke dalam tanah seterusnya melemahkan kekuatan bahan tanah secara beransur-ansur. Keadaan ini akan menyumbang kepada risiko berlaku tanah runtuh dan bencana alam lain.
Oleh itu, manusia perlu berkomunikasi secara baik dengan alam semesta termasuk bukit-bukau bagi mengambil manfaat yang Allah jadikan padanya.
Tafakkurlah al-Quran.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
14 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018
Raya: Penjawat awam Kelantan terima RM500
KOTABHARU: Penjawat awam di Kelantan akan menerima sagu hati sebanyak RM500 pada Jumaat ini.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, duit sagu hati Hari Raya melibatkan peruntukan RM4 juta.
Katanya pemberian itu bertujuan meringankan beban penjawat awam termasuk kakitangan Yayasan Kelantan Darulnaim sempena Aidilfitri.
"Sumbangan tersebut kita harap mereka berbelanja untuk membeli kelengkapan Hari Raya," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan2018, di K ota Darul Naim, hari ini. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Abdullah Ya'kub, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.
Pada program itu seramai 100 penjawat awam yang memperoleh Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tinggi mewajili jabatan masing-masing.
Menteri Besar juga berkata, anugerah itu diberikan sebagai menghargai penjawat awam yang banyak membantu kerajaan negeri.
"Diharap pemberian anugerah tersebut mereka akan terus menyumbang dan melakukan tugas dengan cemerlang," katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018
Iftar Perdana JAM Kelantan erat silaturahim
MACHANG: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Iftar Perdana yang dilangsungkan di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini kelmarin.
Program tersebut telah disertai pimpinan dan anggota Amal dari seluruh negeri ini yang dihadiri lebih 150 ahlinya.
Majlis berbuka puasa itu turut diserikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan yang berkongsi kisah-kisah perjuangan mengisi ruhiyah hadirin.
Sementara itu, Pengarah JAM Kelantan, Nik Asmawie Nik Abdullah dalam ucapannya menyampaikan mesej kesatuan dan kekeluargaan besar para anggota uniform seragam itu.
Hadir sama merai dan memeriahkan majlis itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. -HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 13
PADA hari ini, tafakkur 13 Ramadan memfokuskan ayat berkenaan kejadian kilat dan petir di langit. Pada hakikatnya, semua itu di bawah kekuasaan Allah untuk membuktikan seluruh makhluk-Nya di langit dan bumi sentiasa bertasbih serta memuji kebesaran-Nya. Firman Allah S.W.T:
"Dan Dialah yang petir dan Malaikat bertasbih memuji-Nya kerana takut kepada-Nya. Dan Dialah juga yang menghantarkan kilatan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan kuasa Allah. Padahal Dia amat keras azab seksa-Nya."
[ar-Ra'd: 13]
Al-Quran telah membincangkan perihal petir dengan membawa istilah al-Ra'du, al-Showa'iq dan al-Barq. Para Mufassirun mendefinisikan al-Ra'du lebih dekat dengan makna suara petir sementara al-Shawa'iq dan al-Barq lebih dekat dengan makna kilatan petir, iaitu cahaya yang muncul beberapa saat sebelum adanya suara petir atau guruh.
Sayyidina Ibnu Abbas R.A ada menyebut bahawa petir itu adalah Malaikat yang berteriak kuat untuk mengatur perjalanan awan yang mengakibatkan turunnya hujan.
Petir merupakan suatu fenomena alam yang sering terjadi saat sebelum dan ketika turunnya hujan. Apabila kilatan petir menyentuh ke bumi, Saintis menyatakan bahawa cuaca menjadi panas hingga mencecah 25,000 darjah celsius dan kelajuan kilatan petir sehingga 150,000 km/detik.
Mengikut ahli Sains juga, kilat yang terhasil mempunyai banyak kebaikannya kepada penduduk bumi. Ia dapat membantu pembentukan lapisan ozon bagi melindungi bumi daripada radiasi sinar matahari yang berbahaya bagi kehidupan di bumi.
Selain itu, kilat dapat membantu mengimbangkan arus elektrik di bumi. Ia boleh memindahkan caj negatif balik ke bumi. Tanpa bantuan ini, imbangan elektrik antara bumi dan atmosfera akan semakin hilang. Begitu juga untuk faedah tumbuh-tumbuhan yang dapat melarutkan gas nitrogen ke dalam air bagi menghasilkan baja asli seterusnya meresap ke akar-akar tumbuhan.
Inilah rahmat Allah kepada makhluk di bumi, walaupun guruh dan kilat ditakuti oleh manusia dan makhluk lain namun ia tetap membawa manfaat kepada kehidupan mereka. Kajian Sains juga menyatakan bahawa dengan berlaku sambaran petir di udara, ia akan membunuh kuman-kuman dan bakteria yang terlalu banyak di udara dan ini akan menyebabkan udara menjadi bersih untuk keselesaan makhluk di muka bumi.
Subhanallah!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
13 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018
Selasa, 29 Mei 2018
Istana arah sekat Husam & Wan Rahim masuk istana, wisma negeri
Kerajaan negeri mengesahkan kebenaran pekeliling yang dikeluarkan pada 27 Mei 2018 lalu berhubung larangan memasuki pejabat kerajaan dan istana kepada Pengerusi Harapan Kelantan, Husam Musa dan Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad kepada media, di Kota Bharu, hari ini.
"Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana.
"Sebabnya saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Terdahulu, surat yang ditandatangi Nazran itu viral di media sosial sejak semalam sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Bagaimanapun, setakat ini sama ada Husam atau Wan Abd Rahim masing-masing mendiamkan diri berhubung perkara itu.
Kandungan surat itu menyatakan Husam dan Wan Abd Rahim dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri.
Selain itu, kedua-dua mereka turut dilarang berada di enam istana iaitu Istana Negeri, Istana Balai Besar, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang.
Sementara itu, Nazran menjelaskan sekatan terhadap dua tokoh politik Kelantan tersebut merupakan senarai tambahan daripada jumlah sebenar individu yang disekat.
"Setakat ini memang dua orang ini sahajalah senarai tambahan yang tidak dibenarkan masuk.
"Sebenarnya dah ramai kena larangan ni. Saya tak ingat jumlah," katanya. MR :Bila suka sebar fitnah dan maklumat palsu kepada PAS tak apa tapi kalau terlibat dengan sultan dan kerabat istana tahu nasib..
Sumber MR - 29-5-2018
Kelantan timbang serap guru al-Quran
KOTABHARU: Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mengambil semula guru agama dan penggerak masyarakat bertugas semula, kerajaan Kelantan sedia menimbangkan menyerapkan mereka.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melantik guru-guru al-Quran sejak 1990-an lagi.
“Ini kerana ilmu yang ada pada golongan itu amat besar dan penting untuk masyarakat.
“InsyaAllah kita lihat perkara itu. Dan jika ada kelayakan tidak ada salahnya untuk diambil kerajaan negeri untuk diserapkan...insyaAllah,” katanya selepas melancar teks tadarul al-Quran dan tadarus perdana peringkat negeri di Balai Islam semalam.
Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, kerajaan PH perlu simpati terhadap nasib guru al Quran dan penggerak masyarakat di mana sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada kerjaya itu. - HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 12
TAFAKKUR hari ini masih meneliti keagungan ciptaan Allah di langit dan bumi. Setiap kajian yang dilakukan bersandar kepada ayat al-Quran pasti akan membuahkan pengetahuan yang sangat luar biasa dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa manusia.
Allah telah menjelaskan kepada manusia tentang kekuasaan-Nya mencipta langit dan bumi dalam enam masa sebagaimana ayat:
"Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang Arasy-Nya berada di atas air. Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) berkata: bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati, tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata."
[Hud: 7]
Jika diteliti kepada pendapat para Mufassirun dalam mentafsirkan ayat berkenaan, bahawa yang disebut dengan 'sittati ayyaamin' itu adalah enam tahap atau proses penciptaan. Ia bukanlah enam hari sebagaimana hari-hari kita sekarang ini walaupun di sana ada pendapat Ulama yang turut menyatakan ia adalah seumpama enam hari biasa cuma peredarannya adalah dalam ilmu Allah yang tiada siapa mengetahuinya.
Sayyidina Ibnu Abbas, Mujahid dan al-Dhahhak berpendapat bahawa enam masa tersebut tidak seperti masa kehidupan kita bahkan setiap satu masa atau satu hari itu bersamaan dengan 1,000 tahun hari yang biasa.
Para Saintis Islam menyatakan bahawa hari atau fasa pertama penciptaan langit dan bumi dimulai dengan sebuah ledakan besar (Big Bang) sekitar 12 hingga 20 juta tahun lalu. Kemudian fasa kedua bermula proses pembentukan langit. Langit dilihat berwarna biru adalah disebabkan pantulan cahaya matahari oleh partikel-partikel di atmosfera.
Pada fasa ketiga berlaku penciptaan alam semesta melalui proses penciptaan tata suria termasuk bumi. Setelah bumi dicipta, pada fasa keempat berlaku pemadatan di kerak bumi seterusnya ia menjadi dasar lautan dan daratan. Kemudian hadirnya air dan atmosfera di bumi yang menjadi syarat terciptanya kehidupan di bumi pada fasa kelima.
Setelah itu, berlakulah fasa keenam melalui proses penciptaan alam dengan lahirnya kehidupan di bumi yang bermula daripada makhluk bersel tunggal dan tumbuh-tumbuhan. Hadirnya tumbuh-tumbuhan dan Proses Fotosintesis menyebabkan atmosfera bumi mulai terisi dengan oksigen.
Allah turut mengkhabarkan keagungan-Nya tentang awal penciptaan alam semesta sebelum makhluk manusia dan jin diciptakan dan bahawa Arasy Allah telah berada di atas air sebelum penciptaan langit dan bumi. Para Malaikat ada yang memikul Arasy dan yang berada di sekelilingnya bertasbih serta tunduk patuh kepada Allah S.W.T.
Ayat-ayat sebegini sangat perlu ditafakkur serta ditafaqquh kerana ia memberi rasa kerdilnya kita dan dapat melahirkan rasa kepatuhan yang sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
12 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.
Perkara itu disahkan Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail dan pihaknya melalui peguam kini sedang menanti tarikh sebutan kes di mahkamah.
"Kita sudah mulakan tindakan melalui peguam dan notis saman juga kita berikan kepada Husam.
"Ya, ia berhubung dakwaan dalam pendedahan beliau sebelum ini (isu kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa 11, Pakej 1)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, di Kota Bharu, hari ini.
Husam yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor pada 5 Mac lalu menggesa penjelasan kerajaan negeri berhubung pemberian tender projek bernilai RM27.1 juta itu.
Surat tawaran, entiti belum wujud
Menurutnya, surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Cdah Construction Jangka Prestasi JV hanya didaftarkan pada 9 Mac 2015.
"Tarikh pelantikan pada 22 Januari 2015 itu bermakna, dua bulan kemudian baru syarikat ini ditubuhkan.
“Jelas di sini surat tawaran dianugerahkan kepada entiti yang belum diwujudkan dan hingga hari ini kerja pembinaan masih berjalan,” kata Husam.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Hanifa Ahmad (gambar, bawah, tengah) dan beliau menjelaskan AKSB melantik Cdah Construction Sdn Bhd dan Jangka Prestasi Sdn Bhd yang terlibat dalam usaha sama (JV) selepas syarikat itu lulus kesemua peringkat penilaian jawatankuasa tender.
Sumber MR - 28-5-2018
Exco baru fokus projek lebuh raya rakyat
KOTABHARU: Projek Lebuh Raya Rakyat di Machang antara projek mega di bawah kerajaan negeri yang diberi keutamaan anggota Exco baru.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Azami Mohd Nor berkaata, selain itu tumpuan diberi terhadap penstrukturan semula industri bekalan air dan pembinaan stadium di Bukit Merbau Pasir Puteh.
Katanya, pertemuan dengan Exco yang bertanggungjawab ke atas Kerjaraya penggal lepas, Dato' Hanifa Ahmad telah diadakan.
“Hasil pertemuan itu membolehkan saya mendapat maklumat secara umum mengenai perkembangan projek tersebut.
"Malah kita akan mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada pihak pengurusan Lebuh Raya Rakyat, Baldah Tayyibah.
"Perkara ini masih baru kepada saya kerana tidak pernah terlibat secara langsung sebelum ini," katanya di sini.
Bagaimanapun kata beliau kerajaan negeri yakin bahawa projek yang bermula di Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu dapat disiapkan mengikut jadual. - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018
Isnin, 28 Mei 2018
Pendedahan Surat Nik Adli yang membuatkan TG Nik Abdul Aziz Menangis
Inilah sebahagian surat daripada Ayie (NIK ADLI NIK AZIZ) anak yang kelima TGNA yang menyebabkan ibunya dan bapanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz mengalirkan air mata, Ustaz Nik Adli pernah pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) tanpa sebarang bukti dan kesalahan, sila baca👇
"Menemui bonda yang sentiasa ada dalam ingatanku, tidurku, baringku, dan dari setiap detik jaga.
Ibu... Hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Seperti petang-petang yang lalu seketul nasi; sejari ikan; sejirus kuah dan sedikit kangkung ditolak ke kamar saya. Bu... Petang ini saya sudah tidak dapat lagi menerimanya; maafkan saya Bu..
Dengan tarawikh yang cecer, dan fardu Jumaat yang dah beratus kali dinafikan saya untuk menunaikannya hati saya sudah semakin sebak. Rabu - Khamis, Khamis atau Jumaat - sama. Minggu ini atau minggu depan sudah hampir tidak ada beda bagi saya. Gelap terang yang silih berganti, tidak membawa apa-apa erti dan makna. Bu.. Apa khabar anak saya, Is, agaknya? Tentu dia sudah petah dan bisa berlari. Sewaktu kami dipisahkan pada malam sayu lima tahun lalu saya masih ingat Bu..
Is baru berusia 5 tahun ketika itu. Saya masih terdengar raungannya hingga ke hari ini. Bersekolah di manakah agaknya dia, Bu?
Tentunya sudah di darjah empat. Bu... hantar dia ke kelas fardu ain Bu... jangan lupa ke kelas al-Quran Bu.. sembahyangnya, puasanya, aqidahnya saya tidak pastilah
perlukah dia menjadi saya, atau tidak menjadi saya. Yang penting dia perlu bekalan agama secukup-cukupnya. Dia tidak boleh sekali-kali menjadi seorang yang zalim jika berkuasa. Aisyah masih kecil, dia tidak tahu apa-apa barangkali sudah berusia enam tahun.
Comelkah dia, Bu? Seiras Raihana, atau mirip wajah saya? Mengenai beban tanggungan untuk nafkah Raihana dan anak-anak bil elektrik, air, sewa rumah, yuran sekolah, makan, minum; terus berhutanglah kepada Pak Usu. Jika wang simpanan saya itu kehabisan dan jika Pak Usu pun sudah keberatan katakanlah, sudah terdesak sangatlah maka jual sajalah tanah getah seekar satu-satunya pemberian arwah ayah itu kepada Pak Usu. Gunakan wang itu secara berjimat-cermat, sepanjang ketiadaan saya. Bu... apa pula khabar Raihana sendiri? Tentu dia dalam kelukaan yang berat. Saya tahu betapa lukanya membesarkan anak-anak tanpa saya mengurus serba-serbi tanpa saya. Pada pertemuan akhir kami lapan bulan lalu saya sempat memberitahunya untuk ke pajabat kadi sajalah dan lupakanlah saya.
Insya-Allah biar seberat mana sekali pun saya akan rela melepaskannya jika sudah terpaksa. Saya tidak mahu terus berdosa Bu..........
Tiba di sini, Tok Guru menekup kedua-dua matanya dengan tangan kanan sambil menunduk, lalu - dengan suara yang cukup rendah dan sedikit bergetar - dia meminta agar berhenti...
MR :Kezaliman yang dibuat oleh Mahathir kepada dirinya dan keluarga mungkin boleh dimaafkan oleh pemimpin AMANAH tapi mungkin tidak untuk Nik Adli sehingga Mahathir benar insaf bukan bermain politik atas kubur ayahnya.
Sumber MR - 28-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 11
ALLAH S.W.T telah mencipta langit dan bumi serta matahari dan bulan untuk melancarkan kehidupan makhluk-Nya. Seluruh ciptaan Allah mengandungi pelbagai rahsia dan pedoman kehidupan. Tafakkurlah Firman Allah S.W.T berikut:
"Dia-lah yang menjadikan matahari terang-benderang dan bulan bercahaya dan Dia-lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu berpindah-randah pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui."
[Yunus: 5]
Kejadian matahari dan bulan adalah suatu ciptaan yang sangat menakjubkan. Matahari adalah cakerawala yang sangat penting kepada seluruh kehidupan di bumi. Termasuklah tumbuh-tumbuhan memerlukan tenaga yang terdapat pada matahari untuk membuat makanan semasa Proses Fotosintesis.
Matahari terdiri daripada gas yang amat panas. Matahari dikelilingi oleh planet lain seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Ahli Astronomi mengatakan bahawa matahari bergerak di dalam satu perjalanan di Galaksi Bima Sakti.
Pergerakan matahari turut diikuti oleh planet-planet lain di dalam Sistem Solar, termasuk planet bumi, berdasarkan kepada graviti dan tenaga yang terhasil. Mereka semua tunduk pada perintah Allah, bergerak mengikut orbit tersendiri, tidak pernah ingkar apatah lagi berlanggar dengan planet lain.
Manakala semasa bulan berputar mengelilingi bumi, matahari memancarkan cahayanya ke beberapa bahagian permukaannya. Dengan ini, terjadilah bulan sabit, bulan purnama dan bulan separuh.
Pusingan peringkat peredaran bulan akan menentukan perjalanan waktu, hari, minggu, bulan, dan tahun. Ia juga menentukan cuaca dan iklim sesuatu tempat. Dengan sebab putaran bulan ini juga, berlakunya air pasang surut
Begitu banyak sekali kegunaan dan faedah sinar matahari dan cahaya bulan itu bagi makhluk Allah secara umumnya dan bagi manusia secara khusus. Semuanya itu sebenarnya dapat dijadikan dalil tentang wujudnya Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Allah menerangkan bahawa Dia telah menetapkan manzilah-manzilah (tempat-tempat perjalanan) bagi perjalanan matahari dan bulan. Pada setiap malam, bulan melalui satu manzilah. Sejak daripada manzilah pertama hingga manzilah terakhir memerlukan waktu antara 29 atau 30 malam atau disebut satu bulan.
Dengan demikian, manusia dengan mudah dapat mengetahui bilangan tahun, waktu hari sehingga kita dapat menetapkan waktu solat, puasa, waktu menunaikan ibadah haji dan sebagainya.
Renunglah ayat-ayat Allah yang sarat dengan pelbagai hikmah.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
11 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 27/5/2018
Sumber HD - 27-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 10
PENELITIAN terhadap kandungan ayat-ayat suci al-Quran membolehkan seseorang itu memperolehi pelbagai pengetahuan yang sangat mendalam. Al-Quran merupakan khazanah ilmu yang sangat unik selain ianya adalah mukjizat kenabian.
Umpamanya al-Quran ada menyebut tentang keperluan manusia memiliki binatang tunggangan yang pantas seperti kuda bagi kegunaan dalam bertempur sebagaimana dalam Firman Allah S.W.T:
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap serta bersiap-sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."
[al-Anfal: 60]
Pada zaman dahulu, kuda dijadikan sebagai binatang untuk bermusafir dan berperang. Kuda memiliki kekuatannya tersendiri berbanding binatang tunggangan lain. Kuda Arab dianggap sebagai kuda yang mewarisi kelajuan sejak turun-temurun, mempunyai kekuatan, ketahanan dan kelasakan. Ia sangat sesuai digunakan dalam berperang kerana ia mempunyai kepantasan menyerang dan lariannya yang mengkagumkan.
Setelah zaman mula berubah serta teknologi semakin canggih, kenyataan ayat al-Quran berkenaan adalah selari dengan persediaan yang menggerunkan musuh melalui ciptaan pelbagai jenis kenderaan tahan lasak dan pantas. Kenderaan untuk berperang di darat seperti kereta kebal, di udara seperti jet pejuang dan kapal selam di air mula digunakan dalam peperangan.
Kini kereta kebal dicipta khas sebagai kenderaan tempur berperisai serta berantai yang mampu untuk memusnahkan musuh melalui tembakan langsung daripada meriam dan tembakan sokongan daripada mesingan. Semua kereta kebal yang direka adalah sangat kuat dan berbahaya. Antara kereta kebal yang mempunyai perisai tambahan dan dikemaskini dengan alat elektronik terbaru ialah Leopard 2A7 rekaan German dan K2 Black Panther rekaan Korea Selatan.
Begitu juga pelbagai jenis kereta yang laju direka pada hari ini seumpama kereta Lykan Hypersport keluaran syarikat W Motors yang terletak di Dubai. Ia dilengkapi dengan enjin 3.7 liter twin-turbo flat-six yang menghasilkan 720 kuasa kuda dan mampu mencapai 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat sementara kelajuan maksima mencecah 384 km/j.
Kesemua rekaan moden yang digunakan untuk bertempur khususnya adalah kenyataan yang telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran melalui kalimah 'Quwwah' dan 'Ribat Al-Khail' sebagaimana dalam ayat di atas.
Tafakkurlah al-Quran!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
10 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018
Kelantan benteng pengaruh Islam liberal
KOTABHARU: Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman liberal yang semakin menjadi-jadi sekarang.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, kumpulan berfahaman Islam liberal berjuang bagi menyamaratakan agama dan menuntut hak asasi.
Kata beliau antara perjuangan kumpulan terbabit termasuk kefahaman mengenai agama-agama dianggap sebagai sama taraf.
“Begitu juga dalam soal pengagihan harta pusaka mereka tidak mahu menerima ketetapan dibuat Islam kononnya sebagai tidak adil.
“Oleh itu Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman Islam liberal,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.
Ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kota Sarang Semut, Alor Setar tahun lepas Ustaz Ahmad meluahkan rasa bimbang kerajaan nasionalis sekular ditukar kepada sosialis sekular yang tidak menyelesaikan masalah ummah. - HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 9
TAFAKKUR pada hari ini sekitar ayat yang membincangkan perihal hati manusia yang sentiasa berbolak-balik. Allah S.W.T memberi perumpamaan golongan yang tidak mendidik hati sehingga keras membatu adalah sama seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi, Firman-Nya yang berbunyi:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti ke-Esaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
[al-A'raf: 179]
Pada hakikatnya, semua perkara dikuasai oleh hati manusia, baiknya hati, maka baiklah seluruh anggota begitulah juga sebaliknya. Apabila kita melihat, yang melihat itu bukannya mata. Mata hanya sebagai alat sahaja dan yang sebenarnya melihat adalah hati. Jika hati baik, maka yang dilihat adalah hal-hal yang baik. Hati yang baik tidak sanggup untuk melihat kejahatan dan kemungkaran.
Begitulah juga apabila seseorang itu berfikir, maka bukan otaknya yang berfikir akan tetapi hatinya yang berfikir dan memahami sesuatu. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah di atas, bahawa adanya hati yang faqih dan hati yang tidak faqih. Otak pada hakikatnya hanyalah alat bagi hati untuk menerima perintah daripada hati. Akal sebenarnya boleh merosakkan anggota apabila hati manusia tadi rosak.
Mengikut Pakar Sains, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu akal atau minda sedar dan hati yang dipanggil minda segar atau minda bawah sedar. Hati sebenarnya berpotensi sebanyak 88 hingga 90 peratus untuk menguasai seluruh keupayaan tubuh badan manusia. Oleh kerana itulah, Islam sangat mementingkan penjagaan hati agar tidak dicemari dengan sifat Mazmumah yang boleh merosakkan seluruh anggota.
Sempena kedatangan Ramadan, kita mestilah berusaha mendidik hati agar sentiasa tunduk dan patuh terhadap tuntutan Allah walaupun bercanggah dengan emosi dan kecanggihan zaman. Sesungguhnya rahsia kemuliaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia berbanding dengan haiwan ialah kefaqihan hati.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
09 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 8
PENELITIAN dalam risalah Tafakkur pada Juz 8 hari ini mengambil pengajaran daripada satu ayat yang menyentuh berkenaan kehebatan ilmu Allah pada penciptaan angin. Antara lain Allah S.W.T berfirman:
"Dan Dia-lah yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmat-Nya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang kering-kontang, lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu. Kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
[al-A'raf: 57]
Perkataan angin dalam al-Quran datang dengan lafaz al-Riyah (الرِّيَاحَ) yang membawa erti tiupan angin yang baik berserta rahmat. Sementara lafaz yang datang dengan al-Rih (الرِّيح) membawa maksud tiupan angin azab yang memusnahkan manusia.
Para Ulama telah mengkaji ayat-ayat Allah tentang kehebatan makhluk angin ini. Imam Ibnu Kathir telah menyebut dalam tafsirnya pendapat Sayyidina Abdullah ibnu Amru R.A bahawa angin yang disebut dalam al-Quran terbahagi kepada lapan jenis. Terdapat empat angin pembawa rahmat dan empat angin yang membawa azab.
Empat angin pembawa kebaikan disebut dalam al-Quran sebagai Al-Zaariyat, Al-Mursalat, Al-Mubassyirat dan Al-Naasyirat. Sementara angin azab dinyatakan dua daripadanya dapat memusnahkan makhluk di darat iaitu Al-Shorshor dan Al-'Aqim. Angin pemusnah di lautan pula ialah Al-Qashif dan Al-‘Ashif.
Demikian itu, Allah S.W.T mengarahkan kita memerhatikan isi kandungan al-Quran secara mendalam kerana padanya terdapat terlalu banyak rahsia alam yang sangat berguna untuk manusia termasuk ilmu tentang pergerakan angin.
Pada hari ini, angin juga turut digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup dapat memusingkan bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas kemudiannya akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator dan akan menghasilkan tenaga elektrik.
Begitu juga dalam penurunan hujan, angin memainkan peranan dalam pembentukan awan yang akhirnya menghasilkan air hujan. Pakar Meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya setelah adanya peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, komputer dan lain-lain.
Ianya adalah bukti bahawa al-Quran sangat kaya dengan khazanah ilmu yang tidak mampu dicapai oleh pemikiran manusia melainkan dengan tafakkur dan tafaqquh ayat-ayatnya.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
08 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018
Umno sogok pengundi di Tanah Merah
KOTABHARU: Golongan muda yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas didakwa menerima bayaran sehingga RM400 daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Tanah Merah.
Bayaran itu didakwa dibuat dua kali iaitu kali pertama RM100 dan kedua sebanyak RM300 dengan syarat pengundi terbabit menunjukkan gambar menggunakan telefon sebagai bukti.
Calon PAS Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, kemenangan yang dicapai Umno dan BN di Tanah Merah dianggap tidak profesional kerana penuh dengan rasuah, sogokan serta baiah untuk mengundi BN. (Foto atas: Wan Yusoff menunjukkan jam tangan dan power bank mempunyai nama calon BN Parlimen Tanah Merah.)
Katanya, gejala sogokan dan rasuah begitu ketara berlaku pada PRU lalu di kerusi Parlimen Tanah Merah dan Dun Gual Ipoh.
“Bahkan jentera Barisan Nasional dan Umno agresif melakukan perbuatan itu pada hari pengundian bagi memenangkan Dato' Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sebagai calon kerusi Parlimen Tanah Merah dan Mohd Bakri Mustapha di Dun Gual Ipoh,” katanya di sini.
Semalam beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan berkenaan yang didalangi pemimpin Umno Tanah Merah. - HARAKAHDAILY 24/5/2018
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kekal dengan tuntutan royalti minyak 5% seperti perjanjian yang ditandatanganinya dengan Petronas pada 1975, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, katanya kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan “berjiwa besar” jika mahu memberi 20% sebagaimana janji manifestonya.
Perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan nanti, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang pertama selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan mengutus surat kepada kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat.
“Kami sedang menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya… Perkara ini akan kita sebut dalam pertemuan dengan perdana menteri (nanti),” kata beliau.
Ahmad berkata hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berjalan seperti biasa dan pihaknya bersedia untuk meningkatkan hubungan itu ke arah yang lebih baik.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa dikenali sebagai “Bahagian Koordinasi dan Program Khas (BKPK)” bagi memantau pelaksanaan program dalam manifesto yang dijanjikan pada PRU14 lepas.
“Pelaksanaan setiap manifesto yang dijanjikan itu akan dipantau oleh setiausaha kerajaan negeri supaya program itu dapat berjalan dengan baik sekali gus hasrat kita untuk melihat Kelantan yang lebih baik tercapai.
“Selain itu, portfolio baharu iaitu Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti yang disandang Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kini juga akan fokus kepada aktiviti penguatkuasaan pencerobohan hutan dan tanah kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan sifar ketirisan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Sumber MR - 23-5-2018
Kelantan akan kunjung hormat PM
KOTABHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan kujungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata pihaknya sedang memilih waktu sesuai untuk mengadakan kunjungan itu.
Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersedia mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Tun Mahathir demi kepentingan rakyat.
“Antara perkara yang akan dibawa berbincang, mengenai tuntutan royalti minyak negeri itu sebanyak 5 peratus seperti yang termaktub dalam perjanjian sebelum ini.
“Tetapi sekiranya dapat 20 peratus sebagaimana dalam menifesto PH, itu atas jiwa besar kerajaan baru dan kita sedia menerimanya,”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama selepas PRU14. – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018
Mesyuarat Exco pertama cukup memberi ilmu
KOTABHARU: Kerajaan Kelantan mengadakan mesyuarat exco pertamanya hari ini selepas berjaya mempertahankan pemerintahan negeri pada PRU14 lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob itu diadakan di Kompleks Kota Darulnaim (SUK) hari ini.
Kesemua empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru dilantik turut menghadiri mesyuarat itu.
Mereka ialah Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Adun Selising) dipertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.Adun Kadok, Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti), Adun Kijang, Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan) dan Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO).
Turut hadir bermesyuarat Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan lima Exco yang dilantik semula.
Dr Izani Husin ketika dihubungi memberitahu mesyuarat Exco berkenaan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Katanya, sikap mesra yang diberikan pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan Exco-Exco lama, membuatkan beliau tidak berasa kekok untuk menghadiri mesyuarat Exco kali pertama itu.
“Alhamdulillah mesyuarat Exco pertama ini cukup memberi ilmu dan bermanfaat untuk dikongsi bersama rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 7
TAFAKKUR bacaan al-Quran hari ini memfokuskan satu ayat berkenaan rahsia penciptaan bintang di langit serta manfaatnya kepada makhluk di bumi. Allah S.W.T berfirman:
"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan malam di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui."
[al-An'am: 97]
Bintang di langit adalah sebagai penunjuk arah bagi mereka yang berlayar di lautan mahupun orang yang berada di daratan. Allah S.W.T menyusun bintang-bintang mengikut susunannya yang tersendiri dan dapat dijadikan sebagai panduan arah kepada mereka yang mahir dalam ilmu ini.
Perlu diingatkan juga bahawa bintang tidak membawa apa-apa erti terhadap ramalan hidup seseorang. Ia hanya sebagai penunjuk arah, perejam Syaitan dan pengindah langit.
Penelitian berkaitan kewujudan bintang di langit termasuklah penerokaan ke angkasa bukanlah suatu yang asing bagi umat Islam. Secara tidak langsung, ini memberi erti bahawa kehidupan dan pengurusan manusia tidak terhad kepada bumi yang didiami manusia tetapi meliputi apa yang ada di luar atmosfera bumi.
Allah menyebut perkataan al-Samawat (السماوات) pada banyak ayat-ayat al-Quran mendahului al-Ardh (الأرض), menunjukkan terdapat kebesaran ciptaan Allah di langit yang perlu dikaji. Rasulullah S.A.W telah menerobos ke angkasa melalui Peristiwa Mikraj. Baginda telah naik ke langit dunia dengan kenderaan khas hingga ke langit ketujuh dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.
Sementara pengkajian tentang ilmu penerbangan ke angkasa bukanlah suatu perkara baru bagi umat Islam. Jika ditinjau dari segi sejarah, orang yang pertama mencetuskan idea, mencipta dan melakukan teknologi penerbangan bukanlah daripada kalangan Bangsa Eropah akan tetapi seorang ahli Fizik dan Astronomi beragama Islam. Abbas Ibn Firnas, merupakan manusia pertama membuat penerbangan percubaan secara saintifik dalam sejarah sebagaimana disebut oleh ramai para sejarawan.
Selepas itulah, adanya percubaan pada abad ke-20 di mana mesin penerbangan pertama di dunia mula diterbangkan oleh Wright bersaudara pada 17 Disember 1903 di Amerika Syarikat.
Ini membuktikan bahawa umat Islam terkehadapan dalam pelbagai ilmu termasuk ilmu astronomi dan kajian angkasa. Ramadan adalah bulan untuk meneliti segala khazanah yang penuh takjub dalam al-Quran, bacalah serta tafakkurlah ayat-ayat Allah dengan penuh tawajuh.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
07 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 6
RENUNGAN hari ini sekitar perbincangan ayat berkaitan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan perkara lain yang memudaratkan manusia.
Allah S.W.T melarang keras daripada memakan perkara yang memudaratkan dan menamakan perkara tersebut sebagaimana dalam firman-Nya:
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang selain daripada Allah, haiwan yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) serta yang disembelih atas nama berhala. Dan diharamkan juga kamu merenung nasib dengan undian anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu. Oleh itu, janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu serta Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[al-Ma'idah: 3]
Islam sangat mementingkan pegambilan makanan yang halal dan bersih. Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan dalam kitab beliau; Halal dan Haram Dalam Islam bahawa terdapat hikmah terlalu besar kenapa Allah mengharamkan kepada manusia bangkai, darah dan daging babi.
Bangkai disifatkan sebagai binatang yang kematiannya tidak disebabkan oleh sembelihan manusia. Secara naluri, bangkai dipandang sebagai sesuatu yang kotor dan tidak sesuai dengan kehormatan manusia memakannya.
Islam mengharamkan pemakanan darah kerana ia boleh memudaratkan. Saintis Islam terkenal, Prof Dr Zaghlul Al-Najjar menyebut bahawa darah dapat menularkan penyakit serius seperti HIV yang masih dianggap sebagai penyakit yang terlalu sukar diubati.
Dalam kandungan darah yang telah terdedah, terdapat pelbagai jenis gas bebas dan terlarut yang terkandung dalam plasma darah serta berkemungkinan tinggi terdapat virus yang hidup atau mati, bakteria dan parasit. Pemakanan darah ini sudah pasti akan memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan manusia.
Begitu juga dengan daging babi, pegambilannya sebagai makanan boleh menjejaskan kesihatan. Dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang Pakar Sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin, menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel yang mampu merubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya.
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya dan boleh menjangkiti serta membunuh manusia selepas melalui perubahan di dalam tubuh babi. Jika manusia turut memakan babi, maka virus ini boleh menjangkiti pemakan tersebut dan boleh membahayakan kesihatannya.
Pilihlah makanan yang halal, thoyyibat dan tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan. Ia sangat penting di bulan Ramadan ini, supaya ibadah kita tidak terjejas dan puasa yang ditaklifkan dapat disempurnakan dengan turut memperolehi kadar kesihatan yang baik kepada tubuh badan.
Selamat berpuasa, semoga beroleh ketakwaan.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
06 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018
200 ikuti Daurah al Quran setiap hari
KOTABHARU: Program Daurah al-Quran yang dianjurkan sempena Ramadan di Kelantan disertai kira-kira 200 peserta setiap hari di Madinah Ramadan.
Mereka mendaftarkan secara online untuk menyertai program tersebut termasuk dari luar negara.
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hassan berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara termasuk Timur Tengah dan Eropah juga boleh mengikuti program tersebut.
“Lebih-lebih lagi kepada Kelantan hendaklah merebut peluang untuk belajar mendalami ilmu yang terkandung dalam al Quran,” katanya di sini.
Pogram Daurah al Quran diadakan di Madinah Ramadan bermula tahun lepas. Sesi pengajian bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Hari ini pelajar mengikuti kupasan juzuk ke-5 yang dikendalikan Senator Ustaz Muhammad Mustapha. - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 5
KITAB al-Quran merupakan mukjizat paling besar bagi Rasulullah S.A.W. Banyak ilmu-ilmu yang sukar untuk difahami pada zaman lampau akhirnya dapat dirungkai secara mendalam pada zaman kini melalui pemahaman kandungan al-Quran.
Allah S.W.T tidak menurunkan al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia akan tetapi terdapat pelbagai ilmu dan jawapan bagi segala permasalahan. Sekiranya al-Quran hanya rekaan manusia dan tidak datang daripada Allah, nescaya banyak berlaku percanggahan. Firman Allah S.W.T:
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan daripada sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."
[al-Nisa': 82]
Tidak ada sebuah kitab pun yang dapat menandingi kitab suci al-Quran, sama ada mengenai ketinggian isinya, kejelasan keterangannya dan kesannya yang amat mendalam terpahat di jiwa. Allah S.W.T telah berjanji untuk memelihara dan melindungi al-Quran sehingga Hari Kiamat. Oleh itu, tiada kuasa dan sesiapa pun dapat merubahnya serta memalsukan ayat-ayatnya.
Terdapat golongan yang ingin mencipta sendiri kandungan ayat seumpama al-Quran seperti Musailamah al-Kazzab dan lain-lain pada zaman lampau. Sekitar tahun 1999, keluar kitab yang dikatakan al-Quran dinamakan al-Furqon al-Haq yang diterbitkan dalam Bahasa Arab yang mempunyai 77 Surah dan 366 halaman disebar di Iraq dan Kuwait. Namun, akhirnya kitab palsu yang dicetak di Amerika ini berjaya dilenyapkan oleh para Ulama Islam dan ditolak oleh seluruh umat Islam.
Sempena Ramadan al-Mubarak ini, al-Quran hendaklah diberi keutamaan serta dijadikan rujukan utama dalam semua aspek kehidupan. Ramadan adalah bulan al-Quran. Sangat memalukan sekiranya umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai bahan perhiasan dan pendinding dalam kenderaan.
Ittaqillah!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
05 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 4
TAFAKKUR hari ini memfokuskan satu ayat dalam Juz 4 yang membicarakan peranan tidur kepada tubuh badan manusia. Islam mengajar umatnya agar turut mementingkan jadual tidur dan kerehatan badan agar ibadah dan aktiviti harian dapat dilakukan dengan baik.
Tentera Rasulullah S.A.W pernah dibantu oleh Allah dengan bantuan tidur yang dapat mengumpulkan tenaga ketika berperang. Firman Allah S.W.T:
"Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan daripada kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang Jahiliyah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah. Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan Perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala yang ada di dalam dada."
[Ali-'Imran: 154]
Tidur mengikut amalan Sunnah akan mendapat tenaga untuk beribadah. Di dalam Kitab 'Misykatul Mashabih' disebutkan tentang salah satu amalan Sunnah baik untuk kesihatan ialah tidur yang sedikit di waktu tengahari atau Qailulah. Mengikut kajian para Saintis, didapati bahawa tidur pada malam hari sahaja tidak mencukupi untuk manusia tetapi perlu ada sedikit tidur di siang hari dalam masa yang singkat.
Mereka mendapati bahawa otak manusia sebenarnya terdedah kepada keletihan di siang hari kerana berfungsi mengumpul pelbagai maklumat yang sampai kepadanya. Dengan demikian, otak memerlukan sedikit rehat. Rehat ini membolehkan otak menyusun semula maklumat dan mengatur gelombang-gelombang sel ke arah memantapkan semua maklumat yang diterima. Para Saintis juga mendapati prestasi otak dan kemampuan mengingati sesuatu bagi orang yang tidur sekejap di siang hari adalah lebih baik.
Sekiranya penumpuan kepada ibadat banyak diberikan pada waktu malam sempena Ramadan ini, maka sangat wajar ada sedikit kerehatan pada siang hari. Kekurangan tidur sebenarnya juga boleh mengakibatkan prestasi kerja menurun.
Di Amerika Syarikat, terdapat satu Suruhanjaya Khas untuk mengkaji tentang permasalahan yang timbul akibat tidur dan mereka melaporkan bahawa masalah akibat tidur telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian USD 100 hingga 150 billion setahun.
Saintis-saintis dari Universiti Chicago mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan dan mewujudkan masalah seperti penyakit kencing manis.
Kajian juga mendapati seseorang yang tidur kurang daripada 3 jam akan mudah mengalami tekanan perasaan dan akan mudah dijangkiti kuman kerana sistem pertahanan badannya juga turut menjadi lemah.
Umat Islam perlu sedar bahawa Ramadan merupakan bulan yang datang untuk menjaga kesihatan mereka dan puasa itu sendiri adalah vitamin kesihatan yang sangat mujarab. Baki lagi kita perlu menyusun jadual tidur dengan baik supaya ibadah semasa Ramadan tidak terganggu.
Ramadan Karim!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
04 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018
NGO harap Perdana Menteri tunai janji
KOTABHARU: Royalti (R) Kelantan mengucapkan terima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu.
Presiden R, Nazri Deraman berkata, bagi memahami isu tuntutan royalti khususnya Kelantan, terdapat 3 perkara yang perlu diberikan perhatian.
Katanya, Perjanjian Kelantan - Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 & Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyatakan Kelantan akan mendapat 5 % dari jumlah pengeluaran minyak.
Kata beliau bayaran tunai hendaklah dibayar kepada Perbendaharaan Negeri dengan kekerapan bayaran 2 kali setahun.
"Manifesto Pakatan Harapan (PH) menjanjikan Kelantan akan menerima bayaran royalti 20% dari jumlah pengeluaran jika sekiranya PH berjaya mentadbir Malaysia.
"Tunggakan bayaran royalti yang bermula semenjak pengeluaran pertama petroleum di telaga minyak milik Kelantan. Jumlah yg dianggarkan tertunggak sehingga kini adalah RM12- RM14 billion.
"Jumlah sebenar akan ditentukan berdasarkan maklumat dari Petronas dan Jabatan Kastam. Jumlah tersebut akan disahkan oleh pakar-pakar yg akan dilantik kemudian," katanya di sini.
Bagaimana pun katanya, R menunggu pembentukan kabinet PH masih belum mencecah 100 hari.
Menurutnya juga, Kelantan dan Terengganu tidak diperintah PH di peringkat Dun, menyebabkan rakyat tertanya tanya adakah PH akan mengotakan janjinya.
"Kami berdoa agar segala urusan negara dipermudahkan oleh Allah swt termasuk urusan pembayaran royalti kepada yang berhak.
"Terima kasih PM dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan yang tidak pernah jemu dan tidak pernah gentar memperjuangkan hak mereka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 3
AL-QURAN telah menerangkan berkaitan proses kejadian manusia sebagai satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Demikian itu, Allah menempelak sikap manusia yang sering alpa asal-usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah secara mutlak.
Manusia perlu menyelidiki semula hakikat kewujudannya yang hanya bermula daripada setitis mani dan Allah yang menentu pertumbuhannya semasa dalam rahim ibu. Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (6)"
[ali-'Imran: 5-6]
Proses kejadian manusia terjadi melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai Nutfah. Kemudiannya menjadi segumpal darah atau Alaqah kemudiannya seketul daging atau Mudghah. Setelah itu ia menjadi beberapa tulang atau Izham lalu tulang itu dibaluti dengan daging seterusnya terjadilah lembaga yang ditiupkan roh oleh Allah.
Menurut kajian sains, proses kewujudan manusia itu terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih seorang ayah dan ibu akan membentuk janin dalam rahim ibu yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna, maka baharulah lahir seorang bayi.
Allah S.W.T dengan kuasa-Nya telah mengizinkan pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain pada minggu keempat. Selain itu, sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Jantung bayi pula mula berdegup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke bahagian jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Para Ulama sepakat mengatakan bahawa peniupan roh berlaku selepas terbentuknya organ-organ tubuh iaitu pada hari ke-120. Ketika di alam rahim, perkembangan manusia bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T melalui ikatan kesaksian dan perjanjian.
Marilah sama-sama kita melapangkan masa tafakkur ayat-ayat Allah sempena Ramadan ini. Perbanyakkan bacaan al-Quran beserta mempelajari hukum tajwid dan mentadabbur rahsia ayat-ayat Allah yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan tinggi.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
03 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 2
TAFAKKUR hari ini memfokuskan keagungan serta kuasa Allah S.W.T dalam membangkitkan semula orang mati. Dalam juz kedua ada dinyatakan melalui sepotong ayat berkenaan kisah penduduk sebuah kampung yang lari daripada penyakit taun kerana bimbangkan kematian.
Lalu setelah berhijrah ke perkampungan lain, Allah mematikan mereka. Seorang Nabi yang melalui kawasan berkenaan dikatakan namanya adalah Nabi Syam'un telah berdoa agar Allah menghidupkan mereka semula. Kisah ini dirakamkan melalui firman Allah:
"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka: 'Matilah kamu' kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
[Al-Baqarah:243]
Setengah riwayat menyatakan jumlah mereka mencecah 30 ribu orang dan ada pendapat jumlah mereka 4 ribu dan 8 ribu orang. Mereka enggan keluar berjihad kerana takutkan mati lantas Allah mematikan mereka dan menghidupkan semula agar mereka melihat kekuasaan Allah dan menjadi hamba yang bersyukur.
Sangat mudah bagi Allah menghidupkan semula orang mati walaupun jasad manusia sudah hancur. Kita semua maklum, apabila seseorang manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit.
Setelah manusia yang mati dikebumikan, jasadnya semakin hari akan hancur dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Apa yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. Akhirnya tulang juga akan hancur.
Dengan kuasa-Nya, manusia boleh hidup semula dan kekal di alam akhirat sama ada berada di Syurga atau di kediaman menakutkan Neraka. Marilah kita memohon kepada Allah S.W.T agar membebaskan kita daripada ancaman Neraka sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua tenang berhadapan dengan kematian dan ketika hidup setelah kematian kelak.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
02 Ramadhan 1439H - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018
Pemimpin PH ada rekod masa lampau
KOTABHARU: Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui negara sekarang diingatkan, pemimpin utama parti itu ada rekod buruk ketika mentadbir negara sebelum ini.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pemimpin PH yang sekarang ada longgokan masalah sebelum ini.
“Kita kena pakat beringat pemimpin yang menerajui negara sekarang ada banyak masalah dahulu,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.
PH mengambil alih teraju pentadbiran negara selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sejak merdeka.
Ekoran kejayaan itu Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun sepanjang 22 tahun menerajui negara tokoh terbabit berdepan pelbagai isu.
Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerajaan PH lebih baik daripada BN, benar-benar membawa harapan kepada rakyat.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, biar pun PAS kecundang di beberapa negeri namun benih perjuangan Islam masih ada di Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
“Hendak kata benih PAS di Pantai Barat tidak ada itu tidak betul kerana masih ada kerusi dimenangi PAS di Johor dan Selangor,” katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 1
RAMADAN al-Mubarak kembali lagi. Orang-orang yang beriman pasti bergembira manakala golongan munafik dan fasik agak suram menyambut bulan yang penuh barakah ini. Sempena Ramadan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu sebagai tatapan seluruh pembaca di media sosial khasnya.
Tazkirah setiap hari Ramadan yang saya namakan sebagai Tadabbur dan Tafaqquh ini lebih menjurus kepada pemerhatian terhadap ciptaan Allah untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Dalam juz pertama, Allah telah membawakan perumpamaan seekor nyamuk untuk ditadabbur serta dikaji perkaitan dengan kehidupan seharian kita.
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, seperti nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Maka adapun orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang yang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik."
[al-Baqarah: 26]
Nyamuk adalah sejenis serangga yang terlalu kecil dan penghisap darah. Sekali lihat, ia adalah suatu makhluk yang hina dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Namun, jika ditadabbur serta dikaji, nyamuk boleh mendengar melalui antenanya sama dengan fungsi telinga manusia. Melalui kajian tentang indera pendengaran nyamuk sahaja, manusia boleh mencipta mikrofon yang terbaik dan mampu menangkap suara yang sangat perlahan.
Mengikut Saintis, jika dibuat penelitian melalui mikroskop dan diperbesarkan 400 kali, kita akan dapat menyaksikan di kepala nyamuk terdapat 100 mata, ada sekitar 48 gigi di mulutnya dan memiliki 3 jantung. Ini bermakna, daripada seekor nyamuk sahaja, kita dapat menyaksikan betapa lemahnya manusia dan tiada kemampuan untuk mencipta sesuatu yang lebih kecil daripada nyamuk. Jadi, apa sebab manusia ingin menyombong diri dan berlagak seolah-olah dialah yang berkuasa di muka bumi. Tadabburlah ayat Allah, nescaya ianya menginsafkan kita. Ramadhan Karim!.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN
Menteri Besar Kelantan
01 Ramadhan 1439H - HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018
Kelantan rombak sedikit portfolio Exco
KOTABHARU: Kerajaan PAS Kelantan penggal ke-14 membuat sedikit perubahan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menantapkan pentadbirannya.
Empat ahli baru diberi peranan menggantikan Exco penggal lepas yang tidak dilantik. Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Selising) dipertanggungjawab ke atas Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.
Adun Kadok, Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti).
Adun Kijang Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan).
Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO)
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar
Dato' Mohd Amar Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti).
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob (Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan).
Manakala Adun Temangan, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat).
Adun Meranti, Dato' Mohd Nassuruddin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta)
Adun Pengkalan Pasir, Dato' Hanifa Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Usahawan).
Adun Kemahang, Mejar (B) Dato' Dato' Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan).
Adun Demit, Mumtaz Md Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita). - HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018
Exco Kelantan gandingan muka baru, lama
KOTABHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menampilkan muka baharu dan lama dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-14.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, semua senarai nama sudah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan akan diumumkan esok.
"Selepas mendapat perkenan daripada baginda untuk majlis angkat sumpah dengan jumlah yang sama, tidak kurang daripada empat orang dan tidak lebih daripada 10 orang.
"Barisan Exco akan dianggotai muka baru dan muka lama," katanya selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Kelihatan hadir semua wakil rakyat yang baru dipilih dan ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan.
PAS Kelantan mengekalkan pemerintahannya sejak tahun 1990 selepas mendapat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan pertambahan lima kerusi Dun.
PAS menang di 37 kerusi Dun dan 9 kerusi parlimen. Manakala Pakatan Harapan gagal memenangi sebarang kerusi.
Ustaz Ahmad juga berkata, beliau mengikuti perkembangan peralihan kuasa di peringkat pusat selepas BN kecundang.
Katanya, kerajaan baharu dilihat sedang mengisi peralihan kuasa dan cuba memenuhi 100 hari pertama bagi melaksanakan janji-janji mereka.
"Terutamanya kita lihat mereka melantik lima penasihat yang merupakan pakar dalam bidang mereka untuk memberi keyakinan kepada rakyat melaksanakan manifestonya," kata beliau. - HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 15--2018
Psikologi PAS kecundang di Kelantan PRU14
MALAM tadi sekali lagi mencurah-curah di media sosial analisis PAS gagal mempertahankan Kelantan. Peliknya angka diberi bukan menggambarkan bilangan undi sebaliknya ditulis responden.
Maknanya ia bukan data dari bilik tempat mengundi, sebaliknya kajian rambang. Ditulisnya setiap Dun bermula di Pengkalan Kubor sehingga ke Nenggiri. Semuanya diberi gambaran PAS kalah.
Begitu juga bagi kerusi parlimen PAS tewas. Menariknya setiap statistik dikemukakan Parti Amanah Negara (PAN) berada di hadapan mengatasi jumlah responden BN.
Inikah yang dinamakan ‘war room’ atau ‘peperangan baru’ menuntut lebih stamina emosi. Ramai gundah apabila membaca laporan itu.
Pakcik dan makcik juga ditunjuk anak cucu data laporan terbabit. Mereka menjadi kelu seketika. Ini menggambar sayangnya mereka kepada kerajaan Islam Kelantan.
Namun ‘warroom’ dari bilik sebelah tidak mampu bertahan lama. Akhirnya ranap begitu sahaja menjelang jam 12 malam tadi. Ketika itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan PAS menang 28 kerusi Dun.
Bilangan kerusi Dun Kelantan 45. Ini bermakna sudah melepasi simple majority. Ketika PAS di saat kritikal pada PRU 2004 hanya menang 24 kerusi Dun berbanding BN 22.
Dan selepas pilihan raya kecil diadakan kerusi PAS susut kepada 23 dan BN bertambah kepada 23. Namun sehingga jam 12 malam tadi kerusi PAS sudah 28 kerusi seperti disahkan SPR.
Bagaimanapun selepas mendapat keputusan keseluruhan di awal dinihari, meningkat pula sebanyak 9 lagi. Ia menjadikan jumlah keseluruhan 37 kerusi. Sedangkan Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan sebelum penamaan calon membayangkan sasaran PAS menguasai 38 kerusi.
Ini bermakna hanya kurang satu kerusi untuk menepati sasaran. Hebat telahan jentera Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan yang diketuai Zulkifli Mamat.
Biar pun beliau kecundang di kerusi parlimen Machang, namun analisis dan jangkaannya hampir tepat.
PAS berjaya menambah lima lagi kerusi Dun berbanding PRU 13. Kerusi tersebut iaitu Dabong, Semerak, Pengkalan Kubor, Guchil dan Selising. Guchil pada PRU lepas diwakili PKR yang dibantu jentera pilihan raya PAS.
Keputusan pimpinan negeri meletak Yang Dipertua PAS Pasir Puteh dalam misi merampas Dun Selising juga berjaya. Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail menang dengan majoriti besar iaitu 3,120 undi.
Sedangkan menjelang pengumuman calon PAS, ada rombongan PAS Selising datang menemui Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob unjuk rasa.
Sertai Umno sokong PAS
Dan tahun lepas juga bekas penghulu di Selising mengumumkan menyertai Umno dengan menyerah borang kepada calon parlimen BN Pasir Puteh, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Penghulu terbabit memberi jaminan akan kembali kepada PAS sekiranya saya dicalonkan bertanding di Selising,” kata Ustaz Tuan Saripuddin.
Begitu juga kejayaan Tok Imam Ku Zaki merampas semula Dun Dabong. Setelah kubu itu ditinggalkan Ketua Umno Kuala Krai untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Krai, kerja Tok Imam menjadi lebih mudah.
Mungkin impian Dato’ Ramzi Abdul Rahman dilantik sebagai timbalan menteri ranap di tengah jalan. Beliau kecundang di tangan Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.
PAS juga mengukuhkan kedudukan di Tumpat apabila menguasai sepenuh kerusi parlimen dan empat Dun. Pengkalan Kubor yang berada dalam genggaman Umno sejak PRU 2004 kembali dikuasai PAS.
Kehadiran Ustaz Wan Ruslan Wan Hamat diterima masyarakat Pengkalan Kubor.
Isu yang membelit Ketua Umno Pasir Puteh, Dato’ Zawawi Othman juga memberi laluan kepada Wan Hassan Wan Ibrahim untuk kembali ke kerusi Dun Semerak.
Apa pun kesedihan paling hiba menimpa PAN. Calon Menteri Besar yang diimpikan pemimpin mereka tercicir di tengah jalan.
Ustaz Nik Omar yang dicadang Husam Musa seumpama ‘menjunjung reba’. Bukan sekadar Nik Omar gagal, Husam tertiarap di tangga parlimen Kota Bharu dan Dun Salor.
Biar pun PAN dan PKR cemerlang di pantai barat, namun di pantai timur tidak. Bagi mengubat gundah gelana Husam, eloklah Tun Dr Mahathir intai Naib Presiden PAN itu kerusi Speaker Parlimen nanti. - HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018
Ustaz Ahmad angkat sumpah MB Kelantan
KOTABHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan di Istana Negeri kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
"Saya dianugerah watikah pelantikan oleh Pemangku Raja untuk mengurus dan mentadbir negeri pagi tadi.
"Kita juga akan mengemukakan nama-nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah beberapa hari lagi di hadapan tuanku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dan wakil-wakil rakyat yang menang semalam.
Katanya juga PAS berjaya mendapat tambahan lima kerusi Dun iaitu Dabong, Semerak, Pengkalan Kubor, Guchil dan Selising.
Oleh itu beliau mengucap terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang bersusah payah pulang semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islam.
“Pertambahan kerusi berkenaan menandakan sokongan yang tinggi rakyat pelbagai peringkat berbanding PRU 13,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018
Orang ramai tumpu Medan Ilmu malam ini
KOTABHARU: Orang ramai di sini boleh mengikuti pengumuman secara langsung keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, orang ramai boleh mengikuti keputusan melalui tayangan ‘bigscreen’ di Medan Ilmu selepas solat Isya.
Manakala orang ramai mulai berkumpul di perkarangan pejabat PAS Kelantan.
Sebelum Maghrib tadi kelihatan ramai pemimpin hadir dan mereka berkumpul di Tingkat Dua Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Kelihatan hadir Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato Che Abdullah Mat Nawi dan Speaker Dun, Dato’ Abdullah Yakob. - HARAKAHDAILY 9/5/2018
Sumber HD - 9-5-2018
Tsunami Hijau: Rakyat Kelantan pertahan ulama
KOTA BHARU: Biar pun ada kajian yang mendakwa Kelantan akan terlepas ke tangan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini, namun gelombang di bawah memperlihatkan sebaliknya.
Sejak Jumaat lepas tsunami hijau tidak mampu dinafikan, benar-benar mencerminkan majoriti rakyat Kelantan mahu mempertahankan kepimpinan ulama.
Mereka terjemahkan sikap itu dengan memasang bendera bulan purnama di kenderaan masing-masing. Kedai menjual peralatan kempen PAS di Kota Darulnaim beroperasi sehingga tengah malam.
Perarakan anak-anak muda dengan mengibarkan bendera PAS boleh ditemui di mana-mana. Setiap malam mereka beramai-ramai berkonvoi bagi mempamerkan kesungguhan mereka mempertahankan PAS.
Kemuncaknya malam tadi apabila ribuan kenderaan termasuk motosikal menjelajah jalan-jalan utama di Kota Bharu bermula selepas Isya sehingga awal pagi.
Malah kenderaan yang menbawa bulan purnama paling banyak ditemui. Malah ada bas juga memasang bendera hijau.
Begitu juga kenderaan anak perantau yang pulang dari Kuala Lumpur juga memperlihatkan tsunami hijau di sepanjang laluan dari Karak ke Kota Bharu.
Kepulangan anak perantau dari Kelantan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Bandar Bentong dan Raub sehingga ramai terpaksa menggunakan jalan alternatif.
Zulkifli Yusof dari Bangi berkata, kesesakan lalu lintas begitu ketara sekali semalam, lebih kurang sama dengan suasana menjelang sambutan perayaan Aidilfitri.
“Ini benar-benar menggambarkan tsunami hijau berlaku di Kelantan biarpun ada kajian menyifatkan Umno kemungkinan besar merampas Kelantan,” kata seorang pegawai kanan sebuah syarikat milik kerajaan ketika ditemui di Pasir Mas.
Semalam Ilham Centre merumuskan kajian BN mampu merampas Kelantan dan mengekalkan penguasaan di Terengganu. - HARAKAHDAILY 9/5/2018
Sumber HD - 9-5-2018
Suara penolakan anak muda terhadap BN
ALHAMDULILLAH usai mengundi di Sekolah Kebangsaan Palong 4 bagi Dun Palong, Parlimen Jempol, saluran 3.
Beratur panjang, sambil rata-rata pengundi saluran tiga menyebut, kali ini tidak lagi beri BN, beri BN rehat dan mereka sudah lama menyusahkan.
"Kali ni kita ubah wan, kita nak bersama Malaysia Sejahtera," suara seorang rakan sekelas semasa bersekolah rendah meluah rasa tanpa dipaksa dan diajukan soalan mahu undi apa.
Ketika calon BN Dun Palong, Shariff Nagoor bersama pengiringnya lalu dan bersalaman dengan penulis bersama mereka yang beratur, anak muda tidak sembunyikan lagi penolakan mereka, ada yang tidak malu menyebut "kali ini kami undi untuk hapus GST dan mansuh PTPTN".
PAS bagi Dun Palong diwakili Ustaz Masdi Musa dan Parlimen pula Ustaz Mustafa Daharun yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Kedua-dua calon adalah anak tempatan.
Inilah suara anak muda kali ini, mereka tidak lagi sembunyi rasa dan secara terang mahu perubahan. Suara-suara ini mungkin sekata di semua tempat di seluruh Malaysia.
Apakah akan berlaku perubahan yang sedang digerakkan secara diam mahupun terang? Apakah tsunami Melayu kali ini akan memberi kelebihan kepada PAS di kawasan-kawasan Melayu?
Riak risiknya sudah ke arah itu, namun isu isu "silap mata" saat akhir samada blackout atau pada kertas undi, semua ini sedang diperhati rakyat bagaimana aksi BN untuk bertahan dengan taktik yang umum ketahui.
Apapun saya telah mengundi calon PAS, Ustaz Masdi Musa dan Ustaz Mustafa Daharun bagi memastikan road map PAS menerajui negara jadi realiti. – HARAKAHDAILY 9/5/2018
KOTA BHARU: PAS Kelantan hari ini menepis dakwaan kononya Datuk Ahmad Yakob bukan calon pilihan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mengambil alih jawatan menteri besar Kelantan.
Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata Ahmad Yakob dipilih sendiri oleh Nik Aziz sementara Husam ditolak 2 kali.
“Dua minggu sebelum PRU13, Nik Aziz panggil Ahmad Yakob ke rumah beliau bersama beberapa pimpinan yang lain. Nik Aziz sebut kepada Ahmad Yakob ‘awaklah ganti saya sebagai menteri besar’. Pada awalnya Ahmad Yakob tolak sebab beliau kata tak layak tetapi Nik Aziz bertegas, dan beberapa pimpinan PAS masa itu suruh terima dan berjanji untuk bantu Ahmad Yakob.
“Atas asas ini kita lihat penerus sebenar kepada legasi Nik Aziz ialah Ahmad Yakob. Dalam ramai-ramai calon yang ada depan Nik Aziz pada masa itu, tok guru pilih Ahmad Yaakob kerana mempercayai kemampuannya. Ini boleh menangkis mana-mana pandangan yang mengatakan Ahmad Yakob bukan pilihan Nik Aziz,” katanya.
Nik Aziz tolak Husam
Abdullah berkata dengan pemilihan Ahmad Yakob bukti jelas pimpinan lain termasuk Husam Musa yang dikatakan lebih dekat dengan Nik Aziz ditolak.
“Saya tidak perlu sebut nama satu persatu tapi Nik Aziz tetap pilih Ahmad Yaakob. Pada masa itu, Husam juga antara pilihan yang ada. Husam antara pemimpin yang Nik Aziz boleh pilih tetapi Nik Aziz pilih Ahmad Yakob,” katanya.
Bekas setiausaha Nik Aziz, Wan Ismail Wan Jusoh berkata nama Husam pertama kali dtolak apabila bekas exco Kelantan itu dicadangkan untuk jawatan timbalan menteri besar pada 2004.
“Dalam PRU-11, PAS menang tipis dengan kelebihan 3 kerusi jadi menjadi penentu tanggungjawab saya untuk susun barisan exco. Pada waktu itu Ahmad Yaakob adalah Adun Pasir Pekan.
“Saya dengan arwah duduk berdepan memilih jawatan timbalan menteri besar. Saya tanya tok guru jawatan timbalan menteri besar nak beri kepada siapa? Saya sebut, antara nama awal, Husam melihat kepada prestasi pada waktu itu. Nik Aziz kata Husam muda lagi dan dia mahu timbalannya sorang ulama. Dia sebut dia mahu Ahmad Yaakob. Saya sekali lagi cadang Husam, tapi Nik Aziz bertegas tidak mahu dan hanya mahu lantik Husam sebagai exco.
“Dari awal lagi, dalam pemikiran Nik Aziz, penggantinya ialah seorang agamawan,” katanya.
SUMBER TKO -
Tiada waran tangkap – Wan Ismail
KOTABHARU: Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh mengesahkan tiada waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berkaitan pembayaran nafkah dua anaknya yang kini tinggal bersama bekas isterinya.
Kata beliau sehingga malam tadi beliau tidak menerima sebarang waran tangkap seperti didakwa sebuah portal berita.
Lagi pun katanya, peguam dilantiknya telah mendapat pengesahan daripada Mahkamah Rendah Syariah, tiada waran tangkap dikelurkan terhadapnya.
“Lagi peguam saya juga tidak tahu menahu mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap saya kerana tiada perbincangan dibuat.
“Cuma peguam bekas isteri saya ada mengemukakan permohonan kepada mahkamah mengenai perkara itu pada perbicaraan sebelah pihak.
“Sedangkan apa yang didakwa kononnya saya tidak membayar nafkah kepada dua anak adalah tidak benar. Ini kerana sehingga 1 Mac lepas lebih RM 78,000 dimasukkan dalam akaun anak saya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Portal berita semalam mendakwa seorang pemimpin PAS berdepan kemungkinan dipenjara sebulan ekoran waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah.
Perintah itu dikeluarkan terhadap Wan Ismail kerana didakwa gagal membayar tunggakan nafkah berjumlah RM 78,000 sejak 2011.
Peguam Syarie yang bertindak bagi pihak bekas isteri Wan Ismail, Siti Aishah Chou Abdullah, Rosmah Mohd Zain dilapor berkata waran tangkap itu dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.
Wan Ismail juga berkata, berita itu dikeluarkan kerana konpirasi politik bagi menjejaskan namanya sebagai calon PAS di Parlimen Ketereh.
Malah katanya, peguam kepada Siti Aisyah merupakan isteri kepada seorang penyokong PAN dan suami Siti Aisyah pula calon PAN di Parlimen Rantau Panjang. - HARAKAHDAILY 7/5/2018
Sumber HD 7-5-2018
Waran tangkap calon PAS adalah konspirasi politik
PADA tahun 2011, satu keputusan dari mahkamah syariah Kota Bharu telah dikeluarkan kepada saya, Wan Ismail bin Wan Jusoh yang merupakan bapa kandung kepada Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa supaya membayar nafkah sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus ) sebulan bagi setiap seorang.
Pada tarikh 15/7/2015, saya Wan Ismail telah memasukkan wang ke dalam akaun Tabung Haji atas nama:
1. Wan Ahmad Firdaus (akaun bersama Wan Shah Jihan b. Wan Din)
Nombor akaun Tabung Haji: KT 351018463
Amaun: RM3000
2. Wan Nor Salwa (akaun bersama Wan Shah Jihan b. Wan Din)
Nombor akaun Tabung Haji: KT 351018462
Amaun: RM3000
* Wan Shah Jihan b. Wan Din merupakan bapa tiri kepada Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa
Pada 5/1/2017, saya telah membuka akaun bank baru di Public Bank cawangan Wakaf Siku atas nama:
1. Wan Ahmad Firdaus (akaun bersama Wan Ismail Wan Jusoh):
Nombor akaun Public Bank: 6-4197400-28
2. Wan Nor Salwa (akaun bersama Wan Ismail Wan Jusoh):
Nombor akaun Public Bank: 6-4197399-00
Saya telah memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga tarikh 1/3/2018 :
1. Wan Ahmad Firdaus berjumlah sebanyak RM36,061.08 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Enam Ribu Enam Puluh Satu Dan Lapan Sen).
2. Wan Nor Salwa berjumlah sebanyak RM36,057.96 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Enam Ribu Lima Puluh Tujuh Dan Sembilan Puluh Enam Sen).
Wang yang telah dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun tersebut sehingga 1/3/2018 adalah:
1. Wan Ahmad Firdaus: RM39,061.08 (akaun Public Bank dan Tabung Haji)
2. Wan Nor Salwa: RM39,057.96 (akaun Public Bank dan Tabung Haji)
Jumlah wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank tersebut adalah sebanyak RM78,119.04 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Belas dan Empat Sen).
Pada akhir bulan Disember 2017, saya Wan Ismail telah menerima satu saman dari peguam Rosmah binti Mohd Zain bagi pihak penuntut supaya membayar tunggakan nafkah anak saya dari bulan Julai 2011 sehingga bulan Disember 2017.
Saya telah melantik seorang peguam, Raziman untuk mewakili saya. Segala bukti transaksi pembayaran nafkah seperti yang telah dituntut telah diserahkan kepada peguam Raziman.
Pada bulan Januari 2018, kedua-dua pihak telah bersetuju di hadapan Hakim Mahkamah Syariah Kota Bharu untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah. Semua dokumen berserta buku akaun telah diserahkan kepada peguam penuntut.
Pada hari ini, tarikh 6/5/2018 BeritaHarianOnline telah mengeluarkan 2 status di laman Facebook yang mengatakan bahawa Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap saya yang merupakan calon PAS bagi kerusi P026 Parlimen Ketereh berhubung kegagalannya membayar tunggakan nafkah dua anak berjumlah RM78,00 sejak 2011.
Saya dan peguam saya tidak pernah diserahkan dengan apa-apa notis untuk hadir di mahkamah pada hari ini 6/5/2018, sama ada oleh peguam penuntut atau Mahkamah Syariah.
Ini menunjukkan ada konspirasi politik yang jahat untuk menjatuhkan imej dan reputasi saya selaku calon PAS P026 Parlimen Ketereh sempena PRU14 yang akan berlangsung pada 9/5/2018 nanti. Perbincangan dengan pihak peguam sedang dijalankan untuk menfailkan tindakan undang-undang di bawah tort konspirasi untuk mencederakan reputasi (Tort Of Conspiracy to Injure) dan penyalahguanaan proses mahkamah (Abuse Of Court Process) serta pendakwaan berniat jahat (Malicious Prosecution) terhadap semua pihak yang terbabit.
Setakat kenyataan ini ditulis pada jam 7.00 malam 6/5/2018, saya masih belum menerima sebarang waran tangkap sebagaimana yang telah disiarkan oleh BeritaHarianOnline.
WAN ISMAIL WAN JUSOH
Calon PAS
P026 KETEREH – HARAKAHDAILY 7/5/2018
Sumber HD 7-5-2018
Mana janji BN harga kereta murah?
KOTABHARU: Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus, sebaliknya menjelang tahun ini harga kereta pula naik.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, janji PRU lepas belum lagi dilaksanakan namun janji baru pula ditabur.
"BN juga berjanji mahu membina sejuta rumah kos rendah termasuk 500,000 rumah PR1MA, apa yang berlaku sekarang ini tidak lebih 150,000 PR1MA dibina," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mohd Kamal Mohamad dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Asri Mat Daud.
Ahmad Fadhli berkata, Umno dan Barisan Nasional boleh berjanji apa sahaja bagi memikat hati pengundi, tetapi menunaikannya merupakan satu beban kepada parti pemerintah. - HARAKAHDAILY 6/5/2018
Pesan adik Allahyarham Tok Guru kepada semua pengundi dan musuh PAS khususnya. Jangan eksploitasi nama Tok Guru Nik Addul Aziz Nik Mat. Beri gula kacau. Beri kain pakai. PANGKAH PAS.
Insya Allah, bonda kami Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak akan turut berkempen di DUN N06 Chempaka dan Parlimen P020 Pengkalan Chepa bagi memenangkan calon PAS, al Fadhil al Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood dan al Fadhil al Ustaz Ahmad Marzuk bin Shaari.
Bonda asalnya akan hanya menumpukan kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatannya yang sedikit membataskan pergerakannya, selain mengukuhkan lagi pengenalannya bersama jentera PAS dan rakyat di Bachok, tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana.
Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan kepada jentera PAS di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang amat sukar.
Bonda kini memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya yang dalam akibat tembakan yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lepas oleh seorang lelaki bernama Ikram. Dua hari lepas, tembakan itu tepat singgah ke jantung bonda.
Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung oleh bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir lebih 15 tahun lepas apabila salah seorang anaknya di-ISA-kan. Tun dan Ikram itu hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS.
Oleh kerana kekanda saya al fadhil al ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz belum balik ke rumah bonda, suka saya menasihati dan menyarankan beliau untuk merujuk kepada kisah agung seorang khalifah Islam yang sah dibai'ah oleh umat Islam selepas kematian Yazid bin Muawiyah iaitu al sahabiy al 'Aa'iz bil Bait Abdullah Ibn al Zubair radhiaLlahu anhuma.
Hayati bait-bait penuh air mata antara beliau dan bondanya Asma' binti Abu Bakar (kakak kepada Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar) radhiaLlahu anhum saat beliau memohon pandangan dan restu bondanya itu bagi menempuh kemuncak kesukaran di dalam membuat keputusan di sepanjang hidupnya. Ia samada menyerah diri kepada panglima perang Bani Umayyah yang telah berbulan-bulan mengepung ka'abah dan kota Makkah atau terus memerangi bala tentera kejam itu sehinggalah rebah syahid.
Itulah fiqh al sahabiy al jalil di dalam memahami 'peranan seorang ibu di dalam politik dan jihad.'
Ibu adalah menara kehidupan. Jangan bicara pasal ayahanda jika bonda tiada disisi. Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang. Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina..
Nik Mohd Abduh, Calon PAS P020 Pengkalan Chepa
Sumber TKO - 30-4-2018
Manifesto PH Kelantan yang mengarut
SALAH satu daripada 11 tawaran utama Manifesto Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang dilancarkan pada malam 28 April 2018 adalah berbunyi “Mewujudkan jawatan-jawatan anggota yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan terdiri daripada wanita dan golongan minoriti melalui kajian peruntukan yang berkaitan”.
Inilah masalah utama dengan PH Kelantan yang diketuai oleh Husam Musa ini yang kelihatan terlalu ghairah menjanjikan bulan bintang kepada rakyat Kelantan semata-mata untuk mendapatkan sokongan mereka sehingga gagal menyemak terlebih dahulu apakah janji yang dibuat olehnya ini boleh dilaksanakan atau tidak.
Sepatutnya Husam Musa selaku Penasihat PAN Kelantan dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selaku Pengerusi PAN Kelantan yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan tahu bahawa janji ini turut terkandung di dalam Manifesto PAS Kelantan pada PRU 1990 bertajuk “Membangun Bersama Islam”.
Dan sepatutnya mereka juga tahu bahawa janji ini tidak dapat dilaksanakan kerana seperti yang dijelaskan oleh bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kepada Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 28 Mac 1991, ia adalah bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak kerana itu, sudah lama janji ini dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan. - HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018
Mampu pertahan Kelantan walau tiga penjuru
KOTABHARU: PAS yakin mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum ini biar pun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, berdasar kehadiran penyokong pada hari penamaan calon menggambarkan sokongan rakyat tidak berubah.
“Bagaimanapun petugas PAS perlu bekerja keras untuk memastikan kejayaan kekal milik parti itu,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, semalam.
Hadir sama bagi memberi sokongan bekas Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan bekas Adun Wakaf Bharu, Ramli Abu Bakar yang juga wakil kepada calon Wakaf Bharu, Rosli Abdullah.
Pada pilihan raya umum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bertanding di kerusi Parlimen berdepan dengan Dato’ Wan Johani Wan Hussin dari BN dan Dato’ Nordin Salleh mewakili PKR.
PAS juga menampilkan dua calon lagi baru iaitu Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di Pengkalan Kubor dan Adenan Hassan di Kelaboran.
Manakala di Kuala Krai juga berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi parlimen iaitu Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman mewakili PAS, Dato Ramzi Abdul Rahman (BN) dan Dr Mohd Yazid Abdullah (PKR).
Di Dun Mengkebang juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Ustaz Mohamad Sulaiman (PAS), Zaki Muhamad (BN) dan Wan Mohd Azlan Muhamad (PKR).
Dun Guchil pula berlaku pertembungan empat penjuru di mana PAS diwakili Hilmi Abdullah, Zubir Hasan (BN), Ruslan Puteh (PKR) dan Aziz Ahmad (Bebas).\
Begitu juga di Dun Manek Urai turut berlaku pertembungan empat penjuru iaitu Mohd Fauzi Abdullah (PAS), Suzaini Adlina Shukri (BN), Deraman Mamat (Bebas) dan Mohamad Dahan Jali (PKR).
Dabong pula menyaksikan tiga penjuru iaitu Ku Mohd Zaki Ku Hussin (PAS), Mohamad Awang (BN) dan Wan Hazir Omar (PKR). – HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018
Nik Omar hilang sebelum muncul bersama PH?
KOTABHARU: Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dikatakan tidak dapat dikesan keluarga sejak dua hari lalu, namun hari ini tiba-tiba muncul sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Dun Chempaka.
Menurut sumber, keluarganya tidak dapat mengesan Nik Omar sejak beberapa hari lalu.
Malah sebelum ini Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membayangkan akan berlaku kejutan pada hari penamaan calon.
Mengulas perkembagan itu, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu walaupun sebelum ini dia memaklumkan tidak akan terlibat.
"Sebenar arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berpesan kepada anak-anak agar meneruskan perjuangan PAS tetapi secara peribadinya saya terkejut.
"Apa pun, restu bonda sangat penting, kita hidup di dunia ini bukannya sehari dua apa pun perbuatan kita restu bonda sangat penting," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Kompleks Balai Islam hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, Nik Omar hanya sebagai ahli biasa PAS dan tidak mempunyai sebarang jawatan.
Bagaimanapun katanya, seseorang ahli yang bertanding di atas tiket parti lain tidak jatuh keahlian secara automatik.
“Kita akan kumpulkan bukti sama bergambar atau apa sahaja sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Selepas disahkan barulah boleh dipecat. Kita sebenar tidak terkejut dengan tindakan Nik Omar kerana dia hanya seorang ahlli biasa. Bekas timbalan presiden PAS pun tanding atas parti lain.
“Dalam keadaan ini kita pun tidak terkejut kerana nama dia sudah lama dikait dengan parti itu,” katanya.
Manakala dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi anak arwah Tok Guru, Ustaz Nik Abduh bertanding di kerusi parlimen Bachok atas tiket PAS.
Kehadirannya turut diiringnya ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (foto atas) di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. – HARAKAHDAILY 28/4/2018
Sumber HD - 28-4-2018
PAS Kelantan tampil calon teknokrat
KOTABHARU: PAS Kelantan menampilkan calon teknokrat yang dipilih berdasar kepada kepakaran dan pengalaman yang mereka mereka miliki.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon yang bakal bertanding di peringkat negeri dan parlimen diambil kira berdasar pengalaman 28 tahun PAS meneraju Kelantan.
Katanya, Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini menyaksikan gabungan muka baru serta lama yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen.
“Walau pun ada beberapa nama yang terpaksa digugur tetapi peranan serta pengalaman mereka tidak pernah diabai bagi mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada PAS.
“Ini perkara biasa untuk mengukuh lagi pengaruh dalam kalangan rakyat. Mana-mana nama yang digugurkan ada tugasnya, tidak semestinya gugur juga daripada peranan dan tugas,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pengumuman calon PAS Kelantan di Dataran Stadium, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Presiden, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh dan pimpinan PAS Kelantan.
Pada PRU kali ini Ustaz Tuan Ibrahim bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian dan Ustaz Nik Zawawi di parlimen Pasir Puteh.
Mereka merupakan anak saudara kepada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum pengisytiharan calon, diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan. Dataran Stadium penuh sesak dengan kehadiran orang ramai sejak Maghrib lagi. – HARAKAHDAILY 26/4/2018
Sumber HD - 26-4-2018
PAS Kelantan sasar 38 kerusi Dun
KOTABHARU: PAS Kelantan menjangka situasi Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 akan berulang pada 9 Mei ini berikutan momentum menyertai PAS begitu ketara sekarang.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, berdasar perkembangan itu PAS mensasar sebanyak 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 12 kerusi Parlimen boleh dimenangi.
Katanya, kejutan paling ketara berlaku di Gua Musang di mana ‘trend’ penghijrahan ahli dan penyokong Umno serta PKR berlaku secara berterusan.
“Situasi serupa juga akan berlaku di Jeli. Perkembangan tersebut merupakan petunjuk positif untuk membolehkan PAS memenangi kerusi di parlimen berkenaan.
"Saya agak optimis sebenarnya walau pun ramai penganalisi politik tidak setuju, tetapi sebanyak 38 kerusi Dun dan 12 kerusi parlimen merupakan sasaran kita pada PRU ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri hari ini.
Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Pilihan Raya PAS, Dr Wan Nik Wan Yussof. – HARAKAHDAILY 26/4/2018
KOTA BHARU: Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mempersoalkan kesahihan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Presiden PAS itu berkata insiden itu yang berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, boleh dianggap seperti adegan dalam filem Tamil.
Berdasarkan keadaan semasa antara Anwar dan Mahathir, Abdul Hadi mempersoalkan sama ada insiden berkenaan benar berlaku atau hanya lakonan semata-mata.
“Sekarang guna simbol mata (merujuk lambang PKR), mata lebam biru, lebam merah, (bekas) kena gocoh, bekas kena tumbuk.
“Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, …(jadi) kena tumbuk sungguh ke? Atau pura-pura saja?
“Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan saja,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pertukaran calon PAS di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri termasuk Kelantan adalah perkara biasa.
Abdul Hadi berkata, ia adalah strategi bagi mengukuhkan lagi pengaruh serta sokongan rakyat kepada parti itu.
“(Calon di Kelantan) ada gabungan muka baru dan lama dan pertukaran dari DUN ke Parlimen serta Parlimen ke DUN adalah biasa, …Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga pindah lagi jauh dari tempat dia,” katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dicalonkan bertanding di Bachok berkata beliau percaya keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik.
“Ini tanggungjawab besar dan saya akan buat sehabis baik untuk rakyat di Bachok,” katanya yang juga penyandang Parlimen Pasir Mas.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dicalonkan di Pasir Mas yakin sokongan rakyat masih tinggi dan parti itu berupaya mengekalkan kerusi parlimen itu pada pilihan raya kali ini.
“Saya optimis rakyat akan beri kepercayaan kepada PAS dan saya sendiri adalah anak Pasir Mas,” katanya.
PAS akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN di Kelantan – BH
Sumber TKO - 26-4-2018 PAS umum Calon untuk pasti Asyraf Wajdi, Husam dan Tok Pa tiada tempat di Dun dan Perlimen Posted on Thursday, April 26 @ 07:41:55 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
KOTA BHARU: PAS mengumumkan pemimpin ulama PAS Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh akan berdepan timbalan menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi di Parlimen Pasir Puteh.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam tadi berkata peletakan Zawawi dan calon-calon PAS bagi Kelantan diatur dengan teliti.
“Calon-calon yang dipilih dibuat dengan teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek,” katanya di hadapan ribuan penyokong.
Zawawi adalah setiausaha majlis syura ulama. Zawawi dan Asyraf juga akan bertemu calon Pakatan Harapan, Datuk Kamaruddin Md Noor dari PPBM. Pada PRU13, PAS mempertahankan kerusi itu dengan perbezaan 1,888 undi dalam pertandingan 1 lawan 1 ditentang BN.
Sementara itu, Hadi mengesahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan akan mempertahankan Parlimen Kota Bharu, di mana beliau dijangka ditentang Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa.
PAS juga meletakkan Mohamad Hamid dan Abdullah Yaacob untuk berdepan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas.
Pada PRU13, Mustapa menewaskan pencabar PAS dengan majoriti 5,336 undi.
Ribuan penyokong PAS hadir untuk melihat calon-calon mereka.
Hadi juga mengesahkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Parlimen Kubang Kerian, dan Nik Mohamad Abduh, anak kepada bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Amat akan mempertahankan kerusi bahaya, Bachok daripada Datuk Awang Adek Hussin.
Pada pilihan raya umum ke-13, PAS bertahan di kerusi Bachok dengan perbezaan 201 undi sahaja.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob akan bertahan di DUN Pasir Pekan manakala timbalannya, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah akan bertahan di DUN Panchor.
Bagi menghentikan langkah Husam di peringkat negeri, PAS meletakkan Saiful Adli Abu Bakar di DUN Salor.
Seramai 21 daripada 59 calon adalah muka baru dan 21% calon mereka berusia 51 tahun ke atas. PAS mempertaruhkan 2 calon Wanita di DUN dan 1 di Parlimen.
Berikut senarai calon penuh PAS Kelantan:
PARLIMEN :
P19 Tumpat: Che Abdullah Mat Nawi
P20 Pengkalan Chepa: Marzukh Saari
P21 Kota Bharu: Takiyuddin Hassan
P22 Pasir Mas: Ahmad Fadli Saari
P23 Rantau Panjang: Siti Zailah Yusoff
P24 Kubang Kerian: Tuan Ibrahim Tuan Man
P25 Bachok: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
P26 Ketereh: Wan Ismail Wan Jusoh
P27 Tanah Merah: Johari Mat
P28 Pasir Puteh: Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh
P29 Machang: Zulkifli Mamat
P30 Jeli: Mohamad Hamid
P31 Kuala Krai: Abdul Latiff Abdul Rahman
P21 Gua Musang: Abdullah Husin
DUN:
N1 Pengkalan Kubur: Wan Roslan Wan Hamat
N2 Kelaboran: Adnan Hassan
N3 Pasir Pekan: Ahmad Yakob
N4 Wakaf Bharu: Rosli Abdullah
N5 Kijang: Izani Hussin
N6 Chempaka: Ahmad Fathan Mahmod
N7 Panchor: Mohd Amar Abdullah
N8 Tanjong Mas: Rohani Ibrahim
N9 Kota Lama: Anuar Tan Abdullah
N10 Bunut Payong: Ramli Mamat
N11 Tendong: Rozi Muhammad
N12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad
N13 Chetok: Zuraidin Abdullah
N14 Meranti: Nasarudin Daud
N15 Gual Periuk: Muhamad Awang
N16 Apam Putra: Abdul Rasul Mohamad
N17 Salor: Saiful Adli Abu Bakar
N18 Pasir Tumbuh: Ab Rahman Yunus
N19 Demit: Mumtaz Md Nawi
N20 Tawang: Hassan Mohamood
N21 Pantai Irama : Huzaimi Hussin
N22 Jelawat: Abdul Aziz Kadir
N23 Melor: Yusnan Yusof
N24 Kadok: Azami Mohd Noor
N25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmood
N26 Bukit Panau: Abdul Fattah Mahmood
N27 Gual Ipoh: Wan Yusof Wan Mustafa
N28 Kemahang: Mejar (B) Anizam Abdul Rahman
N29 Selising: Tuan Saripudin Ismail
N30 Limbongan: Mohd Nazlan Mohd Hasbullah
N31 Semerak: Wan Hasan Wan Ibrahim
N32 Gaal: Mohd Rodz Ja’afar
N33 Pulai Chondong: Azhar Salleh
N34 Temangan: Mohd Fadzli Hasan
N35 Kemuning: Mohd Roseli Ismail
N36 Bukit Bunga: Ramzi Yusoff
N37 Ayer Lanas: Abdullah Yaacob
N38 Kuala Balah: Mohd Apandi Mohamad
N39 Mengkebang: Muhammad Mat Sulaiman
N40 Guchil: Hilmi Abdullah
N41 Manek Urai: Mohd Fauzi Abdullah
N42 Dabong: Ku Zaki Hussin
N43.Nenggiri: Sidik Razak
N44 Paloh: Azman Ahmad
Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob and his deputy Datuk Mohd Amar Abdullah will be defending their Pasir Pekan and Panchor state seats respectively in the 14th general election on May 9.
This was announced by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang when unveiling the party’s line up of candidates for Kelantan at the compound of the Sultan Muhammad IV Stadium here tonight.
PAS, which has ruled Kelantan since 1990, will be contesting all 14 parliamentary and 45 state seats in Kelantan.
Abdul Hadi also confirmed that PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan and woman candidate Siti Zailah Mohd Yusoff will be standing in the Kubang Kerian, Kota Bharu and Rantau Panjang parliamentary seats respectively.
However, there was a notable change in that state Agriculture, Agro-based Industry, Biotechnology and Green Technology Committee chairman Datuk Che Abdullah Mat Nawi who is the incumbent for the Wakaf Bharu state seat has been slated for the Tumpat parliamentary seat and has been replaced with new face Mohd Rusli Abdullah.
Nik Mohamad Abduh, the son of the late PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat, who won the Pasir Mas parliamentary seat in GE13, has been moved to the Bachok parliamentary seat and is replaced by Kelantan PAS Youth chief Ahmad Fadhli Shaari.
Bachok incumbent Ahmad Marzuk Shaari has been moved to the Pengkalan Chepa parliamentary seat while its incumbent Dr Izani Husin to the Kijang seat.
Kelantan State Assembly Deputy Speaker Abd Latiff Abd Rahman will be contesting in the Kuala Krai parliamentary constituency while his place will be taken over by new face Muhammad Mat Sulaiman.
The same goes for Pulai Chondong incumbent Zulkifli Mamat who has been slated for the Machang parliamentary seat while new face Azhar Salleh will be featuring in Pulai Chondong.
Among those making a reappearance include Wan Ismail Wan Jusoh who will be fielded for the Ketereh parliamentary seat and Dr Nik Muhd Zawawi Salleh (Pasir Puteh).
Among the new faces introduced by PAS are Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor), Mohd Adanan Hassan (Kelaboran), Zuraidin Abdullah (Chetok), Saiful Adli Abu Bakar (Salor), Tuan Mohd Sharipudin Tuan Ismail (Selising), Mohd Rodzi Ja’afar (Gaal) and Ramzi Mohd Yusoff (Bukit Bunga). — Bernama
Sumber BO - 26-4-2018
Mesyuarat Exco terakhir penggal ke-13
KOTABHARU: “Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini,” ujar Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Pada masa yang sama beliau turut mengucap terima kasih kepada pegawai kerajaan yang telah memberikan kerjasama.
Katanya, ucapan terima kasih diberi kepada seluruh jabatan dan rakyat Kelantan yang telah memberikan mandat kepada kerajaan negeri sehingga kini.
Hari ini merupakan mesyuarat Exco terakhir bagi penggal ke-13. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018
Bekas JKKKP dipujuk sertai Umno semula
GUAMUSANG: Selepas menyertai PAS awal bulan ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Dun Nenggiri, Rawi Mohd Noor mendedahkan beliau cuba dipujuk pemimpin Umno.
Beliau berkata, sebanyak enam kali pemimpin Umno Gua Musang datang menemuinya dengan menabur janji manis supaya kembali ke pangkuan Umno.
“Dia kata hendak sambung semula perkhidmatan saya sebagai JKKKP tetapi saya tolak kerana saya sedar ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam PAS.
“Kini saya bekerja bersama PAS dan mengajak kawan-kawan untuk bersama memberi kemenangan kepada gerakan Islam di Gua Musang,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas majlis ceramah menyertai PAS di perkarangan Pejabat PAS Gua Musang.
Pada program itu seramai 100 ahli Umno dari Kampung Jerek menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD - 25-4-2018
100 lagi ahli Umno sertai PAS
GUAMUSANG: Malam tadi seramai 100 lagi ahli dan penyokong Umno di Kampung Jerek di Dun Nengiri menyertai PAS beramai-ramai.
Gelombang menyertai PAS di Dun Nenggiri begitu luar biasa pada Pilihan Raya Umum kali ini.
Ia dimulakan 30 pemuda Umno di Cawangan Jeram Tekoh yang diketuai bekas Ketua Pemuda Umno cawangan, Mohd Fauzi Ishak.
Kemudian diikuti 84 ahli dan penyokong PKR mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai PAS diketuai bekas Timbalan Ketua Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi.
Pada awal bulan ini pula seramai 70 ahli Umno dan 30 PKR turut menyertai PAS diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor.
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad berkata, berdasar kepada perkembangan itu peluang PAS untuk bertapak semula di kawasan terbabit semakin cerah sekarang.
Katanya, paling terkesan di Dun Nenggiri sehingga Adun Galas, Abdul Aziz Yusoff dipindahkan bertanding di Dun Nenggiri kali ini.
“Situasi serupa juga berlaku di Dun Paloh apabila jentera Umno semakin suram selepas Dato’ Nozula Mat Diah tidak dicalonkan semmula,” katanya ketika ditemui malam tadi. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018
Pelajar cemerlang diberi sumbangan RM500
KOTABHARU: Kerajaan negeri meneruskan sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, Sijil Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.
Pelajar terbabit disyaratkan mendapat kelulusan SPM 9A ke atas, STPM (4P A) dan STAM pangkat Mumtaz.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, borang khas akan dikeluarkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) bermula 29 April ini.
Katanya, borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Yik di Nilam Puri.
“Sumbangan tersebut menjadi program tahunan kerajaan negeri sebagai menghargai kecemerlangan pelajar,” ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018
Ribuan solat hajat pertahan kerajaan Islam
KOTABHARU: Ribuan rakyat Kelantan menadah tangan memohon mengekalkan kerajaan Islam Kelantan 9 Mei ini.
Solat hajat diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Tok Guru Nik Razi Nik Mat, adik Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Sebelum itu, beliau menyampaikan kuliah Maghrib.
Orang ramai memenuhi Dataran Stadium sejak sebelum Maghrib lagi. Dataran stadium menjadi semakin padat menjelang Isyak.
Ketika itu rombongan calon PAS tiba dari kediaman Menteri Besar.
Ketibaan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob disambut orang ramai.
Calon mengenakan baju Melayu hijau lengkap bersamping.
Ramai melihat aura kebangkitan Islam begitu jelas. Semangat berkobar-kobar bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan jelas kelihatan terpancar di wajah mereka.
Utraz Nik Razi berkata, hanya PAS yang mahu mendaulatkan Islam di negara ini.
"Biarpun bermacam-macam dituduh terhadap PAS kononnya undi PAS sama dengan undi Umno.
"Biarlah mereka hendak katakan apa saja, tetap kita pilih bulan," katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018
PAS Kelantan tampil 21 calon baru
KOTA BHARU: PAS Kelantan menampilkan seramai 21 calon baru yang akan mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan.
Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, guru agama, korporat, pegawai kerajaan dan aktivis masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebanyak 20 peratus calon yang ditampilkan usia bawah 50 tahun.
Selain itu, mengekalkan tiga calon muslimat iaitu Siti Zailah Mohd Yusof di kerusi parlimen Rantau Panjang.
Selain itu, Mumtaz Md Nawi di Dun Demit dan Siti Rohani Ibrahim di Dun Tanjung Mas.
"Kita berharap dapat menyambut Ramadan dengan lebih gembira apabila menang pilihan raya umum 9 Mei ini," katanya pada majlis pengisytiharan calon PAS di Dataran Stadium, malam ini.
Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalan presiden, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan PAS Kelantan.
Tempat berlangsung program penuh sesat dengan kehadiran orang ramai.
Berikut senarai calon PAS Negeri Kelantan PRU14.
P019 TUMPAT : Dato' Hj Che Abdullah Mat Nawi
N01 Pengkalan Kubor : Ust Wan Roslan Wan Hamat
N02 Kelaboran : Adenan Hassan
N03 Pasir Pekan : Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob
N04 Wakaf Bharu : Hj Rusli Abdullah
P020 PENGKALAN CHEPA : Ust Ahmad Marzuk Shaary
N05 Kijang : Dr Izani Husin
N06 Chempaka : Ust Ahmad Fathan Mahmood
N07 Panchor : Dato' Ust Mohd Amar Abdullah
P021 KOTA BHARU : Dato' Takiyuddin Hassan
N08 Tanjong Mas: Puan Rohani Ibrahim
N09 Kota Lama : Dato' Anuar Tan Abdullah
N10 Bunut Payong : Dato' Dr Ramli Mamat
P022 PASIR MAS : Ust Ahmad Fadhli Shaari
N11 Tendong : Rozi Muhamad
N12 Pengkalan Pasir : Dato' Hj Hanifa Ahmad
N13 Meranti : Dato' Ust Mohd Nassuruddin Hj Daud
P023 RANTAU PANJANG : Hjh Siti Zailah Yusoff
N14 Chetok : Hj Zuraidin Abdullah
N15 Gual Periok : Dato' Ust Mohamad Awang
N16 Apam Putra : Abdul Rasul Mohamed
P024 KUBANG KERIAN : Ust Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
N17 Salor : Hj Saiful Adli Abd Bakar
N18 Pasir Tumboh : Ust Abdul Rahman Yunus
N19 Demit : Hjh Mumtaz Md Nawi
P025 BACHOK : Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz
N20 Tawang : Dato' Ust Hassan Mahmood
N21 Pantai Irama : Hj Mohd Huzaimy Che Hussin
N22 Jelawat : Hj Abd Aziz Kadir
P026 KETEREH : Ust Wan Ismail Wan Jusoh
N23 Melor : Dr Md Yusnan Yusof
N24 Kadok : Hj Azami Mohd Nor
N25 Kok Lanas : Ust Nik Mahadi Nik Mahmood
P027 TANAH MERAH : Dato' Dr Johari Mat
N26 Bukit Panau : Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood
N27 Gual Ipoh : Hj Wan Yusoff W Mustafa
N28 Kemahang : Dato' Mej(B) Md Anizam Abd Rahman
P028 Pasir Puteh : Datuk Dr Ust Nik Zawawi Salleh
N29 Selising : Ust Tuan Saripudin Tuan Ismail
N30 Limbongan : Ust Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah
N31 Semerak : Wan Hassan Wan Ibrahim
N32 Gaal : Ust Mohd Rodzi Jaafar
N36 Bukit Bunga : Hj Ramzi Mohd Yusoff
N37 Air Lanas : Dato' Ust Abdullah Ya'kub
N38 Kuala Balah : Hj Mohd Apandi Mohamad
P031 KUALA KRAI : Ust Abdul Latiff Abdul Rahman
N39 Mengkebang : Muhammad Mat Sulaiman
N40 Guchil : Hilmi Abdullah
N41 Manek Urai : Mohd Fauzi Abdullah
N42 Dabong : Ku Mohd Zaki Ku Hussin
P032 GUA MUSANG : Ust Abdullah Hussein
N43 Nenggiri : Mohd Sidek @ Saupi Ab Razak
N44 Paloh : Ust Azman Ahmad
N45 Galas : Ust Suhaimi Mat Deris
KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM
Sumber HD - 25-4-2018
Sanusi sudah lama cenderung PAN
KOTABHARU: Tindakan bekas pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman meletak jawatan sudah lama dijangka.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, isu itu bukan perkara baru kerana orang ramai sedia maklum mengenai tindak tanduk bekas pegawai terbabit.
Katanya beliau difahamkan peletakannya jawatan secara tiba-tiba bagi membolehkannya bertanding sebagai calon Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara (PAN).
"Itu hak dia (untuk bertanding), PAS tidak boleh menghalangnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan Pilihan Raya Umum ke-14 di sini, hari ini.
Semalam Naib Presiden PAN, Husam Musa mengumumkan Sanusi meletak jawatan berkuatkuasa serta merta selepas bersama parti itu.
Menurutnya pimpinan parti itu bersetuju untuk mempertimbangkan sebagai calon pada PRU mewakili Pakatan Harapan.
Sanusi sebelum ini pernah mengetuai sementara Air Kelantan Sdn Bhd.
Difahamkan adik beradik Sanusi juga dikatakan akan dicalon bertanding mewakili PAN di Machang. – HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018
PAS tawar ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’
Tambah kapsyen
KOTABHARU: PAS mengemukakan tawaran bertema ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’ untuk dinilai rakyat negeri tersebut sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tawaran itu mengandungi 14 teras dengan keutamaan mendaulatkan Islam bagi meneruskan usaha memperkasakan perundangan syariah di Kelantan.
Selain itu meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan menyusun semula perkhidmatan pegawai pendidikan.
Menyuburkan ekonomi melalui meningkatkan sektor koperasi sebagai peluang pelaburan.
Memperkasakan pembinaan rumah untuk rakyat antaranya memperkasakan program rumah dhuafat di setiap Dun.
Mewujudkan alam sekitar lestari antaranya memperkenalkan sistem penuaian air hujan atau penggunaan panel solar.
Manifesto itu dilancarkan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kelantan Trade Centre hari ini.
Sebelum itu kandungan manifesto terbabit dibentang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah di hadapan kira-kira 2,000 tetamu yang hadir.
Antaranya pemimpin PAS, wakil badan bukan kerajaan dan pegawai kerajaan negeri.
Selain itu manifesto PAS Kelantan juga berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan bantuan caj perubatan.
Meningkatkan kemudahan asas antaranya mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air bersih.
Pembinaan Kelantan Sejahtera Rakyat antaranya memperkenalkan insentif kepada setiap pemandu kereta sewa.
Memperkenalkan sektor pelancongan Islam melalui penggalakkan pelancongan berteraskan Islam dengan menjadikan produk berasaskan agama.
Meneruskan kecemerlangan sektor pertanian, antaranya mengekalkan keluasan tanah rizab padang ragut dengan menggantikan kawasan yang terlibat dengan pembangunan.
Program Pembangunan Belia Bermaruah pula berusaha memperkasakan usahawan belia bagi tempoh 2018 hingga 2021.
Bagi memartabatkan wanita, PAS berhasrat menubuh Pusat Pengajian Pondok Moden Wanita.
Kecaknaan perantau pula bagi memastikan anak Kelantan di perantauan turut menerima manfaat daripada program anjuran kerajaan negeri.
PAS juga terus memperjuangkan hak-hak rakyat iaitu berjuang menuntut royalti petroleum dan menubuh Perbadanan Petroleum Kelantan. – HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018
99 peratus manifesto PRU 13 dilaksana
KOTABHARU: PAS Kelantan sudah menunaikan semua janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi.
Namun menurutnya pembinaan stadium di Bukit Merbau, Pasir Puteh belum dapat dilaksanakan.
Manakala pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab di Machang masih dalam pembinaan.
"Ini bermakna kita sudah melaksanakan kira-kira 99 peratus daripada manifesto Pilihan Raya Umum lalu cuma tinggal stadium.
“Pembinaan stadium terbabit sebenarnya dijanjikan bekas pemimpin PAS, Husam Musa.
"Beliau sudah meninggalkan kerajaan negeri jadi kita sedaya upaya menyelesaikan janji tersebut," katanya ketika ditemui selepas perasmian manifesto PAS Kelantan PRU 14 di sini.
Manifesto tersebut dilancar Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Che Abdullah juga berkata, walau pun pembinaan lebuh raya merupakan tanggungjawab kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri membina sejauh 10 kilometer di Machang.
Mengenai status pembinaan stadium pula kata beliau, masih dalam proses pengambilan tanah dan kini kerajaan negeri berusaha mencari pelabur yang berminat. – HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018
Kelantan utama pendidikan rakyat
BANGI: Pengarah, Urusetia Beliau dan Sukan (UBeS) Negeri Kelantan, Fadhli Shaari berkata, yuran yang dikenakan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah minimum dengan hanya sekitar RM1,000.
Katanya, Kerajan Kelantan juga memperkenalkan skim biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar
Beliau menyebutkan dirinya sebagai contoh bekas seorang mahasiswa KIAS yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar menggunakan Skim Biasiswa Kelantan
“Ini merupakan hasrat kerajaan negeri untuk perkenalkan pendidikan percuma tetapi dengan bajet atau dengan kekangan kewangan yang ada, kita tidak mampu memberikan percuma ini seratus peratus kecuali jika kita dapat mengambil alih Kerajaan Pusat,” ujarnya menjawab persoalan hadirin pada Program Town Hall Anak Muda anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di sini, semalam.
Beliau menjelaskan sekitar RM6 bilion hingga RM8 bilion perlu diperuntukkan untuk membayar yuran semua 570,000 pelajar
“Bayangkan tuan-tuan, RM60 bilion bajet Kementerian Pendidikan, kerajaan peruntukkan untuk pendidikan, apalah sangat untuk ditambah lagi RM6 atau RM7 bilion untuk menghasilkan pendidikan percuma," ujar beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Jelasnya, daripada jumlah RM650 juta bajet Negeri Kelantan, sekitar RM100 juta digunakan untuk memberikan pendidikan kepada rakyat yang meliputi sekitar 18 hingga 19 peratus daripada keseluruhan bajet itu.
Terang beliau, terdapat 15,000 pelajar di bawah Yayasan Islam Kelantan dan 3,000 guru yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018
Institusi pondok makin bertambah di
Kelantan
BACHOK: Kegemilangan institusi
pendidikan pondok tradisional di Kelantan
kembali menyerlah di mana sekarang
jumlahnya meningkat kepada 50 buah.
Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara
Kanan Ahmad Yakob berkta, pertumbuhan
banyak pondok di Kelantan sekarang
menggambarkan perkembangan positif yang berlaku di bawah kepimpinan ulama.
Katanya, kemunculan banyak institusi pondok diharap dapat menambahkan lagi keberkatan
kehidupan rakyat.
“Dalam manifesto yang akan kita umumkan esok beberapa usaha akan dilakukan bagi
memastikan institusi pondok terus kekal di Kelantan.
“Kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk terus memperkasakan institusi
pendidikan pondok yang semakin berkembang selaras dengan dasar Merakyatkan
Membangun Bersama Islam,” katanya pada Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan
di Pusat Pengajian Pondok, Kandis di Kampung Telong di sini semalam.
Ribuan pelajar dan guru pondok dari seluruh Kelantan hadir pada program tersebut.
Turut hadir Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato' Hassan Mohamood, tenaga
pengajar Pusat Pengajian Pondok, Tuan Guru Wazir Che Awang, ahli jawatankuasa
Dewan Ulama PAS Kelantna, Ustaz Nik Radhi Nik Mat dan Pengarah Yayasan
No comments:
Post a Comment