BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, April 25, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 13)






Perhatian YB sinarkan kesuraman Ramadan

SUASANA Ramadan bagi enam beradik, nyata berbeza tahun ini kerana tiada lagi insan bergelar ayah untuk menemani mereka bersahur, berbuka puasa serta membeli kelengkapan raya.
Lebih membuatkan mereka berasa kehilangan pada pagi Aidilfitri nanti kerana tiada lagi tangan dapat menyambut salam kemaafan, sebaliknya diganti dengan menziarahi pusara ayahanda tercinta.

Enam beradik, abang sulong Syammir Irfan, 14, diikuti Muhammad Syawwal, 12, dan Muhammad Syamirin Hafiz, 10 tahun.

Tiga orang lagi adalah Muhammad Syakir Raiyan, 7, Noor Syafithia Baitrisya, 6, dan si bongsu Noor Syazfiena Nadira berusia 3 tahun.

Ibu mereka, Noor Baizura Razak, 34, kerana kedaifan untuk menerus kehidupan bersama anak-anak, terpaksa pulang tinggal keluarga ayahnya di Kemasik.

"Tiga anak iaitu tiga beradik ke atas, dengan berat hati terpaksa diserahkan kepada kawan arwah suami untuk dijaga, dan kini mereka tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Payoh, Kijal tak (tidak) jauh dari sini.

"Persiapan Hari Raya anak-anak, satu pun tak buat lagi, sedih sangat bila anak-anak bertanyakan pasal baju raya," kata si ibu.

Noor Baizura yang masih belum mempunyai pekerjaan juga berkata, kehidupan mereka anak beranak bertukar menjadi suram apabila si suami, Mohd Sazali Mohd Safei meninggal dunia pada 10 Oktober tahun lepas.

"Arwah suami meninggal kerana masalah jangkitan kuman dalam darah dan semuanya berlaku terlalu cepat.

"Ketika saya dan anak-anak masih bergantung sepenuhnya kepada suami juga ayah untuk anak-anak, saya terlalu daif untuk meneruskan kehidupan tanpa suami," kata si ibu sebak.

Keluarga ini menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di kediaman datuk anak-anak tersebut, di sini semalam.

“Saya cukup bersimpati dengan nasib Puan Noor Baizura dan anak-anak, mereka berpuasa dan beraya tanpa suami atau ayah.

"Tentu banyak kenangan anak-anak ini sewaktu arwah ayah mereka bawa beli baju raya di pusat membeli-belah.

"Tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan, walaupun sedih kerana ayah anak-anak ini sudah tiada, namun saya harapkan mereka tetap bergembira di Hari Raya ini," kata Ir Saiful Azmi lagi. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018 

Kemalangan maut: MB Terengganu ucap takziah

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada Mazlan Mohd Rashid yang kehilangan empat ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya di Lebuh raya Pantai Timur (LPT), semalam. 
“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Encik Mazlan Mohd Rashid dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman yang kehilangan 4 orang ahli keluarga tersayang dalam kemalangan jalan raya di LPT,” ujar beliau menerusi laman Facebook. 
Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.00 pagi di Kilometer 161.3 LPT, Maran, Pahang itu, isteri Mazlan, Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya iaitu Fatin Najwa, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10, meninggal dunia, sementara dua lagi, Mohd. Shahrul Ikram, 20, cedera ringan dan Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah. (Foto daripada laman Facebook.) 
Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah di Taman Gemilang Cheneh, Kemaman, Terengganu. 
"Semoga beliau dan keluarga tabah dengan dugaan ini, tambahan menjelang Aidifitri tidak lama lagi,” ujar Dr Samsuri lagi. – HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018


Masalah Infrastruktur Penternak Ikan Di Air Tawar Akan Diselesaikan Segera


Dr Azman dan Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman meliat cara pembenihan ikah 'Kerapu Hybrid' di kawasan penternakan, di Kampung Air Tawar Besut.
BESUT – Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu akan menyelesaikan masalah jalan dan tanah para penternak ikan di pantai Kampung Air Tawar secepat mungkin.

Pengerusinya Dr Azman Ibrahim berkata, menjadi dasar kerajaan negeri membantu mereka yang berminat dalam menambah hasil keluaran negeri.

“dan inlah yang menjadi dasar kerajaan negeri dan rasanya apa yang menjadi aduan yang diminta oleh kawan-kawan penternak ini tak susah diantaranya naik taraf jalan,

“saya kan minta segera dengan pegawai-pegawai pembangunan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mereka ambil tindakan mari tengok segera,

“Alhamdulillah kita ada pegawai yang sangat cepat dari segi tindakan di UPEN ada situ satu unit pembagunan pertanian dan asas tani dan ada disitu peruntukan untuk jalan-jalan yang berkait dengan bidang pertanian dan pertenakan ,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana, Penternak Ikan Daerah Besut pada Jumaat, 1 Jun.

“InsyaAllah kita boleh salurkan di samping kita boleh jimatkan dengan kita kaji balik beberapa program yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini….. kita susun semula dari segi keutamaan hak perlu buat,” tambah beliau yang juga Ali Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, kerajaan sedang membuat penyusunan semula dan kemaskini semua aktiviti Jawatankuasa peringkat negeri untuk dimanfaatkan kepada semua rakyat.

Beliau amat berharap usaha-usaha membaik pulih kerajaan mendapat kejayaan kerana katanya, ada peruntukan sebelum ini yang digunakan pada tempat yang tidak tepat.

“Saya ambil satu contoh mudah untuk kita ambil faham, sebenar penternak kita di Sungai Como di Tasik Kenyir…… kegagalan penternaan berpunca daripada masalah benih ikan,

“Jadi kalu kta keluarkan peruntukan untuk baiki sangkar ikan di situ ia adalah satu peruntukan yang kita keluarkan tak kena dengan ‘butir masalah’ sebab masalah dia pembenihan,” tegasnya.

Oleh itu katanya, sepatutnya perbelanjaan dibuat untuk ,eningkatkan pengeluaran benih ikan, bukannya membaiki sangkar yang rosak.

Turut hadir semasa lawatan dan berucap pada Majlis tersebut ialah YB Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, yang juga ADUN Kota Putera.

Sumber BO - 3-6-2018

Dana Raya Disusun Semula

DUNGUN- Sistem Dana Raya kerajaan negeri tahun ini dsusun semula kerana cara pembahagian dahulu hanya memilih orang-orang tertentu sahaja.

Oleh itu, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, jumlah bantuan tersebut akan dikurangkan daripada yang diterima sebelum ini.

“berikutan semua yang layak akan menerimanya….dan ramai orang yang layak tapi, oleh kerana ‘tidak tertentu’, tidak masuk dalam senarai,

“Oleh kerana itu, saya pohon maaf bagi pihak kerajaan negeri mungkin jumlah tak sama,” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Ramadan DUN Rantau Abang di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiyyah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, Tok Kah di sini pada 2 Jun.

Yang Dipertua PAS Dungun itu menambah, kerajaan baru yang mentadbir hari ini akan mengagihkan dana tersebut secara adil tanpa mengira siapa pemohon.

Sehubungan itu, beliau berkata, pada tahun 2008, satu enakmen telah diluluskan di peringkat negeri yang menguatkan pentadbiran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) terus dibawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Assultan.

“Dia (rakyat) ingat masih di bawah kerajaan negeri, di bawah keputusan yang dibuat oleh enakmen itu, maka masjid,

“bawah pejabat agama, majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu dibawah pengurusan Tuanku,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, seramai 470 orang fakir miskin dan 180 orang anak yatim daripada 23 cawangan telah menerima sumbangan yang melibatkan kos sebanyak RM60 ribu.

“ia adalah hasil derma orang ramai, jumlah penerima anak yatim bertambah, tahun lepas lebih kurang 150 orang, jadi bertambah 30 oranglah,” katanya pada seidamg media selepas majlis tersebut.

Sumber BO - 3-6-2018




Hadiah simbolik hubungan sesama manusia, Allah

KUALA NERUS: Pemberian telekung solat menjadi simbolik kepada ukhuwah dan seruan untuk sentiasa mendampingi Allah S.W.T.
Demikian dilaksanakan Muslimat PAS dan Ameerah Dun Buluh Gading dalam menzahirkan hubungan sesama mereka.
Pemberian hadiah tersebut disampaikan Timbalan Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim di Pusat Khidmat Dun itu, di sini kelmarin.
Menurut Ketua Muslimat PAS Buluh Gading, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, selain mengeratkan hubungan sesama anggotanya, majlis itu juga untuk mengenali Adun PAS itu.
Beliau dalam ucapannya juga menyeru penglibatan aktif Muslimat dalam program-program dianjurkan dalam mendokong pemerintahan negeri.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Ameerah PAS Kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd. -HARAKAHDAILY 3/6/2018
Sumber HD - 3-6-2018 






Kebajikan Rakyat Sentiasa Menjadi Agenda PAS

SETIU – Kebajikan membantu rakyat sentiasa menjadi agenda utama Parti Islam SeMalaysia (PAS), samada semasa menjulang kemenangan atau pun tidak.

Ahli Parlimen Setiu,YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, manifesto PRU yang dikemukakan kepada rakyat telah menjadi bukti PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat samaada ketika menjadi kerajaan ataupun tidak.

“PAS kini menjadi kerajaan bagi negeri Terengganu. Manifesto (kebajikan) yang kita tawarkan pada rakyat telah pun kita laksanakan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 orang penerima sumbangan sempena program “Cakna Ramadhan” di Pusat Tarbiyyah Wakaf Tengah, Batu Rakit pada Jumaat, 1 Jun.

Menurutnya, program anjuran PAS Batu Rakit itu adalah salah satu daripada program tahunan yang dijalankan di bulan Ramadan.

“hari ini kita PAS menyampaikan sumbangan (cakna Ramadan) bagi membantu masyarakat setempat meringankan kos sara hidup yang tinggi.





Salma Awang
“Sebagai kerajaan negeri pula, PAS telah memberikan air percuma,bantuan baikpulih rumah,bantuan lesen memandu dan banyak lagi yang akan dilaksanakan selepas ini.” Kata beliau, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu.

Sehubungan itu, para penerima sumbangan berterima kasih kepada PAS dan bersyukur dengan pemberian itu.

“sumbangan ini boleh ringankan sikit beban nak raya,” kata Salma Awang, 67, salah seorang penerima bantuan.





Zahid Awi (Kanan)
Bagi Zahid Awi, 54, turut melahirkan perasaan sama berharap, sumbangan pada mereka yang memerlukan seperti di musim tengkujuh, bantuan persekolahan dapat diteruskan seperti sebelum ini.

Turut sama hadir memberikan sumbangan pada penerima ialah Pengerusi DUN Batu Rakit,Ustaz Mohamad Nazari Alias dan Ketua Kebajikan Muslimat Kawasan, Nor Azlin Farilah Hashim.


Sumber BO - 2-6-2018













Permudahkan Bantuan Tabung Darul Iman

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan mempermudah dan mempercepatkan proses bantuan Tabung Darul Iman (TDI), bagi mengelakkan birokrasi hingga menyusahkan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pindaan bagi proses kelulusan Tabung Darul Iman (TDI) dipermudahkan untuk rakyat.

Katanya, amalan sebelum ini bagi kelulusan TDI itu agak menyusahkan rakyat serta berlaku birokrasi di peringkat tertentu.

“Projek perintis pertama sejak mengambil-alih kerajaan (Terengganu) ini kita buat untuk mangsa kebakaran rumah di Kampung Losong, pada minggu lalu.

“Jika sebelum ini, bila berlaku kebakaran rumah. Pemilik rumah terpaksa menunggu masa antara lapan hingga 10 bulan untuk kerajaan membina rumah baharu pada kadar RM40,000 sebuah.

“Tetapi, dengan kerajaan baharu PAS Terengganu ini, saya cuba buat pindaan untuk mempercepatkan proses buat rumah itu.

“Antaranya, tidak perlu kepada tandatangan J3K (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dan Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri). Dia (pemohon) boleh terus kepada Tabung Darul Iman (TDI) yang proses dan hantar kepada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

“Pihak JKM pula tidak perlu keluar tendar, buat sebut harga tetapi terus kepada kontraktor mengikut gilirannya. Projek perintis pertama ini, kita buat kepada dua orang pemilik rumah terbakar di Kampung Losong, minggu lalu,” jelasnya

Beliau ditemui di Pejabat Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Tingkat 5, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada Khamis 31 Mei.

Selain itu, katanya TDI juga akan mempermudah dan mempercepatkan proses permohonan kepada pesakit kritikal atau kronik yang memerlukan pembiayaan.

“Proses permohonan bagi pesakit kritikal atau kronik di TDI itu juga dipermudahkan bagi mengelakkan birokrasi. Dia hanya perlu kelulusan di peringkat pegawai TDI sahaja.

“Kita tidak mahu ada pesakit yang terpaksa mengambil masa lama menunggu hingga dua minggu kelulusannya. Kita hendak percepatkan dan kurangkan birokrasi. Saya sudah bincang dengan Pengarah JKM untuk memudahkan proses itu,” jelasnya.

Namun, kata Hanafiah lagi, jumlah bantuan yang diberi itu tiada had tetapi atas budibicara di peringkat, Pegawai Pengurusan TDI untuk sesuatu penyakit yang hendak diluluskan


Sumber BO - 2-6-2018







Bersyukur, Tidak Cedera Walaupun Mengalami Kemalangan

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Terengganu Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman bersykur kerana, walaupun mengalami kemalangan jalan raya, namun beliau selamat.

“Alhamdulillah saya tak ada luka.. cuma rasa sakit-sakit belakang je ni…..terima kasih semua,” ujar beliau dalam satu mesej, sejurus selepas beliau ditimpa kecelakaan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, Haju Khuz bersama beliau pada satu Majlis berbuka puasa sebelum bergegas ke Kota Bharu.
“petang tadi YB Haji Khuz bersama saya pada program (berbuka puasa bersama) penternak ikan di (Kampung ) Air Tawar,

“Lepas iftar dia berkejar ke lapangan terbang Kota Bharu untuk menghadiri mesyuarat esok ada di Pejabat Agung (PAS),” jelasnya.

Sehubungan itu, seramai 33 orang penternak ikan ‘Kerapu Hybrid’ daerah Besut telah diraikan pada majlis yang diadakan di Pusat Asuhan Ikan Bidie, Kampung Air Tawar.

Haji Khuz dalam ucapannya berkata, beliau telah bersetju dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan jumlah kuasa elektrik ke kawasan penternakan itu.

“saya dimaklumkan oleh TNB, kawasan ni adalah kawasan hujung sekali (di pantai ini)….jadi bekalan elektrik selalu terputus, tidak cukup bekalan,

“saya dah bersetuju dengan cadangan TNB untuk penambahbaikan agar mendirikan sebuah sub-stesen di sini,” katanya.

Justeru itu beliau semua penternak dapat bersatu dan ditingkatkan ukhuwah dibawah perstuan yang sedia ada.

Katanya, semua Exco kerajaan telah berpakat untuk menjadi pemudahcara dan membantu semampu mungkin kepada semua penternak yang komited.

Hadir sama dan turut berucap pada Majlis itu selain Dr Azman ialah Pengerusi Penternak Ikan Air Tawar dan Air Masin Daerah Besut, Mohd Amrul Mat Aroh.








Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri 
Asas Tani dan Pembangunan Desa 
Dr Azman dan Haji Khuz mendengar 
taklimatr dari salah seorang pengusaha 
‘Kerapu Hybrid’.













Sumber BO - 2-6-2018








Kerajaan Terengganu Janji Perkasakan SAR

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu komitmen akan menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya lalu termasuk memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pendidikan memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sesebuah negara dan ummah.

Justeru, katanya bidang pendidikan merupakan aset penting bukan liabiliti kepada sesebuah negara.
“Institusi Pendidikan Islam memainkan peranan penting melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

“Oleh itu, PAS yang menerajui kerajaan Terengganu akan terus membawa agenda perjuangan ini terutama dalam bidang pendidikan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Yakni memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikannya panduan berpolitik dan bernegara,” ujarnya.

Teks ucapan beliau itu dibaca oleh Pengerusi Jawataankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat pada Majlis Iftar Jamaie di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Tok Jiring, di sini, 30 Mei lalu.

Kata Menteri Besar itu lagi, Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan institusi pendidikan yang berperanan terhadap pembangunan modal insan dan intelektual dalam masyarakat.

Menurutnya, kerajaan melalui manifesto berjanji akan menambahkan sekolah menengah agama dan sekolah rendah agama, serta memberi geran tahunan kepada sekolah agama rakyat.

“Ini adalah komitmen kerajaan dalam membangunan Institusi Pendidikan Islam di Terengganu.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan tabung biasiswa pelajar cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU4 lalu,” tegasnya.

Dalam ucapan itu, Menteri Besar juga berharap agar Ma’ahad Tahfiz dapat melahirkan lebih ramai lagi hufaz al-Quran dan terus berperanan sebagai mercutanda rakyat Terengganu negeri yang ‘maju, berkat dan sejahtera’.

Sumber BO - 1-6-2018










Singgah Sahur JAM Kemaman

KEMAMAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Kemaman telah menyemarakkan ibadah Ramadan dengan mengadakan program Singgah Sahur di Bandar Chukai, di sini kelmarin.
Program tersebut dijayakan bersama Dewan Pemuda PAS Kemaman dengan berkunjung ziarah ke agensi-agensi kerajaan dan swasta seawal jam 3 pagi tersebut.
Antara dilawati rombongan itu adalah Hospital Besar Daerah Kemaman, Balai Polis Daerah Kemaman, Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam Kemaman dan lain-lain.
Komandan JAM Kemaman, Wan Faisal Wan Abdullah berkata, selain mengimarahkan Ramadan, program tersebut juga adalah sebagai penghargaan pihaknya kepada petugas yang berkhidmat kepada negara.
Turut serta mengedarkan sumbangan juadah sahur itu adalah Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood serta saf Exco Pemuda PAS Kemaman. -HARAKAHDAILY 1/6/2018


















Sumber HD - 1-6-2018

Perutusan Nuzul Al-Quran MB Terengganu

ALHAMDULILLAH, syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada kita berada di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ramadan hadir bersama di dalamnya suatu peristiwa agung iaitu Nuzul Al-Quran, sebagaimana firman Allah S.W.T: 
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185] 
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185] 
Al-Quran itu mesti dibaca, dihayati dan diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan umat manusia. Bahkan lebih besar, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan isi kandungannya di semua peringkat sama ada individu, keluarga, masyarakat, negeri dan negara. 
Kemenangan kita di Terengganu haruslah diisi dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah sehingga benar-benar menjadi negeri yang cemerlang pentadbirannya, berkembang ekonominya dan diberkati oleh Allah. Kitab Suci Al-Quran wajib diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pentadbiran negeri, kegiatan masyarakat dan individu. 
Bagi mencapai hasrat dan cita-cita untuk mendidik rakyat melalui Pendidikan Al-Quran, Kerajaan Negeri Terengganu merancang untuk mewujudkan Sekolah Menengah Agama di setiap Parlimen dan Sekolah Rendah Agama di setiap Dun serta memberi geran tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Pengajian Pondok. Ini komitmen kerajaan dalam membangunkan pendidikan Al-Quran di Terengganu. 
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran dan mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk bermuhasabah sejauh mana kita telah mengangkat Al-Quran sebagai rujukan dalam sistem kehidupan sama ada dari aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan lain-lain. 
''Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera'' 
YAB DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 











96.92 Tan Sisa Makanan Sehari

KUALA TERENGGANU – Dianggarkan sebanyak 96.92 tan sisa makanan sehari dibazirkan ke tapak pelupusan sepanjang bulan Ramadan tahun ini di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, angka tersebut merupakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh SWCorp Terengganu.

Menurutnya, kajian itu dijalankan dengan mengambil kira purata penghantaran sisa ke tapak pelupusan keseluruhannya sebanyak 244.70 tan sehari sepanjang bulan Januari sehingga April lalu.
“Oleh itu, SWCorp telah melancarkan kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran (Value Food, No Waste) peringkat negeri sebagai usaha mengajak orang ramai membeli secara berhemah bagi mengelak pembaziran sisa makanan,” katanya.


Pelancaran kempen itu serentak dengan Operasi Bersepadu Bazar Ramadan melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan di bazaar Ramadan Batu Burok, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan wakil dari SWCorp.

Dr Alias berkata, kempen itu secara dasarnya bertujuan mengajak orang ramai supaya membuat pengasingan sisa makanan selain menggalakkan penggunaan plastik boleh urai (Biodegradable Plastic) dan pengurangan polistrene di bazar Ramadan.

“Dengan aktiviti penguatkuasaan dan kawalan disamping kempen-kempen yang dijalankan, sedikit sebanyak diharap dapat menatijahkan komitmen kerajaan dalam memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya. – Sinar Harian

Sumber BO - 31-5-2018

KEBAP Cadang Kerajaan Tutup Panggung Pada 1 Syawal

























Ustaz Zakaria Dagang, paling kiri
KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) mencadangkan agar kejaraan negeri menutup panggung wayang pada 1 Syawal.

Pengerusinya Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia bagi mengelakkan ‘trend’ negatif menyambut hari raya pertama itu dengan menonton wayang.

“kita sambut raya ini jangan di luar batasan syariat, sepatutnya hari raya ialah hari kemenangan yang diraikan dengan ziarahi menziarahi,

“bukan tengok wayang….yang sedang menjadi budaya negatif menjadi ikutaan sekarang, (saya cadang) kita tutup (panggung wayang) pada hari itu (1 Syawal),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkiran pada Majlis Iftar KEBAP di sini, hari ini 31 Mei.
Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata, umat Islam perlu mengelakkan pembaziran, terutamanya pada bulan Ramadan sekarang.

“dalam bulan puasa, macam-macam makanan yang timbul, ada dalam bulan ini, tetapi tak ada di bulan lain,
“tetapi masa makan kita terhad….malam sahaja kita makan, tapi banyak juadah pada bulan ini….ingatlah kepada saudara-saudara kita (di seluruh) dunia yang yang kelaparan,” tegasnya.

Beliau berkata, buktinya pada bulan Ramadan, sisa makanan lebih banyak daripada bulan-bulan lain.
Justeru, kata beliau, hikmat bulan puasa yang mahukan umat Islam menjadi umat yang bertaqwa tidak tercapai sekiranya matlamat Ramadan itu masih tidak diaplikasikan sepenuhnya dengan amalan mulia.

Sumber BO - 31-5-2018

MB Terengganu ucap tahniah














KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang telah mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila dinobatkan menjadi juara Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Gyeongju, Korea Selatan. 
"Saya juga telah menghubungi Pengetua Sekolah, Cikgu Che Soh untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada sekolah, guru-guru dan pelajar yang terlibat. 
"Insya Allah, saya akan beri komitmen supaya wakil Kerajaan Negeri hadir ke majlis anjuran sekolah pada hari Isnin depan di sekolah," ujarnya  menerusi laman Facebook beliau. 
Menurutnya, beliau akan bertemu sendiri dengan pelajar dan guru dalam majlis yang berasingan nanti. 
"Tahniah daripada saya dan Kerajaan Negeri Terengganu," katanya lagi. 
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir. 
Sekolah harian biasa yang mewakili Malaysia itu berjaya ke peringkat akhir pertandingan bersama empat lagi wakil dari Amerika Syarikat, Hungary, Korea Selatan dan Jepun. 
Pertandingan itu diadakan sempena Seminar Antarabangsa Ketiga Sumber Pembangunan Manusia​​​​​​​Bagi Program Kuasa Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berlangsung dari 28 hingga 31 Mei. – HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 

Kenyataan Misi (Mission Statement) Memandu Semua Agensi


















KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO akan memperkenalkan kenyataan misi (Mission Statement) yang akan memandu semua agensi dibawahnya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut Ustaz Haji Hishamudin Abd Karim berkata, ia akan menjadikan kerja secara lebih berfokus dan berjaya untuk meningkatkan kualiti hasil.
“Pertemuan hari ini untuk melumatkan beberapa agenda berkenaan portfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO,

“dan fokus tertumpu isu sukan negeri serta pembangunan belia,” katanya catatan laman sosialnya pada Rabu, 29 Mei.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Pengterusinya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di pejabatnya, tingkat lima, Wisma Darul Iman.

Menurutnya, beliau dan Ustaz Wan Sukairi sebelum ini, telah mengunjungi TSG Terengganu Cycling Team dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta bermesyuarat bersama Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Hoki Terengganu.

“Itulah Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO…… Ustaz Wan Sukairi Abdullah tetap tersenyum dan gigih bekerja untuk capai sasaran,” kata beliau.

Turut hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua DHPP Kuala Terengganu Jefri Chua yang kebetulan, berurusan membabitkan kaum Tionghua untuk perhatian pihak kerajaan.

























Sumber BO - 31-5-2018

Kelas Al-Quran Teknik Teknik Braille Di Setiap Daerah

















KUALA NERUS – Kerajaan PAS akan
mewujudkan kelas mempelajari Al –Quran
melalui teknik Braille di setiap Daerah untuk
membantu Persatuan Orang- Orang Cacat
Penglihatan Malaysia (PERTIS).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,
Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan
Abdullah berkata, pusat tersebut masakini hanya
terdapat di Kuala Nerus.

Beliau berkata, para pelajar terpaksa datang dari jauh, daripada Jabi, Pulau Kerengga, Tok Jiring,
Kemaman, Jerteh dan Besut terpaksa datang kerana yang ada hanya satu kelas di seluruh negeri.

“Saya telah melihat sendiri keadaan bangunan yang telah dijadikan pusat aktiviti mereka antaranya
kelas bahagian Al Quran Braille yang melibatkan tujuh kelas termasuk salah satunya kelas Tarannum,

“dan kita dapat melihat sendiri kedaifan kelas ini kerana tidak ada dinding serta tidak ada sekatan
yang membezakan kelas yang ada disini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pihak
media dalam sidang media di PERTIS pada Selasa, 29 Mei.
Katanya, pihak kerajaan akan mengambil cakna
apa yang disuarakan oleh rakyat yang cacat
penglihatan untuk berusaha sendiri dalam bidang
perniagaan.

“Kita minta supaya sekurang-kurangnya 10%
KIOSK ataupun kedai yang dibina itu dikoatakan
dan diberikan kepada rakyat penglihatan serta
kategori OKU yang lain di semua daerah,

“dan peluang kemahiran yang pihak kerajaan boleh berikan pada mereka supaya mereka dapat
berdikari serta dapat mencari sumber pendapatan mereka sendiri,

“tanpa perlu bergantung sumbangan daripada pihak kerajaan ataupun Jabatan Kebajikan Masyarkat
 (JKM),” ujarnya.

Menurutnya, pihak kerajaan akan berbincang dengan agensi seperti MAIDAM dan agensi masjid s
erta agensi lain agar dapat menyelesaikan masalah pengangkutan untuk membawa golongan Orang
kurang Upaya (OKU) penglihatan menunaikan ibadat solat jumaat dan terawih.

“Dari sudut tenaga pengajar seperti yang saya
sebut sekiranya PERTIS ada tenaga pengajar
maka mereka kan uruskan,

“Sekiranya tidak ada kita akan cari serta pastikan
kelas itu ada tenaga pengajar untuk meneruskan
program kita ini,

“dan pada peringkat awal pihak kerajaan akan
melihat mana-mana premis kerajaan yang boleh
digunakan untuk mewujudkan kelas ini contohnya
Balai Raya dan Sekolah Islamik di bawah Yayasan Islam Terengganu,” jelasnya.

Tambah beliau, kelas PERTIS diwujudkan pada tahun 2007 yang dahulunya seorang tenaga pengajar
dan tujuh orang pelajar dan kini mencecah 60 orang pelajar serta lapan orang guru.

“kelas beroperasi tiga hari dalam seminggu bermula hari Ahad, Isnin dan selasa pada pukul 10 pagi
hingga satu petang,” kata beliau.

























Sumber BO - 30-5-2018

Tubuh Jawatankuasa Khas Bangun Semula Taman Ilmu





















BESUT – Kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memberi tumpuan kepada pembangunan semula Taman Ilmu yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan melantik pakar dalam bidang pembinaan dan pendidikan untuk memberi cadangan kepada kerajaan negeri bagi membangunkan semula pusat pendidikan yang terletak di Tembila, di sini.

Menurutnya, pakar terbabit akan membuat kajian seterusnya kemukakan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan bagi memudahkan kerajaan negeri merangka pelan seterusnya.

“Kita akan mencari jalan untuk menyelamatkan Taman Ilmu agar ia dapat dimanfaat dengan sebaiknya selain ia akan memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa kompleks bangunan di Taman Ilmu, petang semalam.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memastikan kos minima bagi kerja membaiki semula kompleks tersebut.

“Kita optimis merangka pelan untuk menyelamatkan tempat ini daripada menjadi tempat seperti ‘berhantu’ kepada lebih baik untuk manfaat pelbagai pihak, ” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya mengambil pendekatan meneruskan sebarang projek kerajaan terdahulu selagi ia difikirkan memberi kebaikan kepada rakyat.

Katanya, beliau turut menyatakan tidak ada halangan kepada mana-mana pihak termasuk Universiti P Ramlee untuk beroperasi di Taman Ilmu namun beberapa perkara harus dibincangkan lagi.

“Projek yang baik untuk rakyat kita akan teruskan dengan penambahbaikan supaya perkara seperti ini (Taman Ilmu) tidak berulang.

“Kita akan bangunkan Taman Ilmu secara berperingkat bergantung kepada kewangan negeri,” katanya. – Sinar Harian

Sumber BO - 30-5-2018

Bukan Kerajaan Baharu PAS Naikkan Cukai Penjaja


















BESUT – Kerajaan Baharu Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak menaikkan Cukai penjaja yang digembar gemburkan oleh para peniaga yang berniaga di bazar ramadhan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja YB Mohd NurKhuzaini Ab Rahman berkata, kutipan cukai sebanyak RM 72 yang dikenakan setiap para penjaja bukan daripada arahan kerajaan negeri tetapi ianya merupakan implimentasi kutipan cukai yang sudah ada di bawah akta undang-undang kecil Majlis Daerah.

“Pada sebelum ini, para peniaga memberitahu bahawa cukai penjaja tidak dikuatkuasakan,
“dan mereka mengatakan seolah-olah ada ancaman sabotaj disitu untuk mengaburkan mata rakyat bahawa ini adalah tindakan daripada kerajaan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa ditanya tentang isu semasa para peniaga dan penjaja negeri Terengganu, di Pejabat Daerah Besut pada Isnin, 28 Mei.

Katanya, kerajaan PAS akan membantu para peniaga, berbincang dengan ahli majlis yang baru agar tidak mengenakan cukai yang membebankan kepada peniaga.

“Saya nampak gambaran sekarang ini ada sedikit ketidak harmonian diantara penjaja dengan Majlis Daerah bukan di Besut sahaja kemungkinan daerah lain pun berlaku begitu,

“Jadi itu mungkin tugas saya dan kawan-kawan semua untuk meredakan keadaan ini dengan mencari titik persamaan dan pertemuan untuk mengharmonikan diantara penjaja dengan Majlis Daerah,

“dan kita tetap mengambil cakna serta menjaga kebajikan penjaja-penjaga walaupun pemerintahan PAS tidak sampai dua minggu lagi,” ujarya.

Menurutnya, tabung pinjaman usahawan merupakan salah satu daripada 20 manifesto PAS yang ditawarkan kepada rakyat.

“Saya pun dah berbincang dengan pihak Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yang mengendalikan semua ini,

“dan pihak YPU sangat berbesar hati untuk melaksanakn benda ini cuma diperingkat kerajaan yang baru ini kita kena tengok dari sudut kewangan kerajaan,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan PAS menjanjikan dalam tempoh lima tahun pemerintahan untuk melaksanakan Manifesto PAS bagi membantu para usahawan.

Sumber BO - 29-5-2018

Selasa, 29 Mei 2018

BPMS - Terengganu Walk The Talk!
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/05/bpms-terengganu-walk-talk.html



Bila sebut tentang BPMS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera, saya sangat 'respect' pada negeri Terengganu Darul Iman.

Negeri Terengganu yang baru ini dipimpin PAS telah membuktikan BPMS bukan sekadar cakap-cakap kosong malah telah mengamalkannya seawal hari pertama lagi menubuhkan kerajaan negeri.

1) Penyerahan kuasa bekas MB kepada MB yang baru berjalan dengan aman dan harmoni.

2) Kerjasama dengan Raja Bahrin (PH) yang mempunyai kepakaran arkitek untuk membina Terengganu.

3) Pembahagian peruntukan DUN yang sama rata untuk dun kerajaan dan dun pembangkang.

4) Kesediaan YB Dr. Azman untuk bekerjasama dengan YB Salahuddin Ayub (Amanah) atas portfolio yang sama - Industri Pertanian & Perikanan

5) Tidak membeza-bezakan antara rakyat yang mengundi pembangkang dan kerajaan.

Mungkin ada yang tanya, penting ke BPMS ni? Apa yang bagusnya?

Terbukti negeri Terengganu merupakan negeri yang terawal dan terbanyak melaksanakan manifesto kebajikan untuk rakyat mereka.

1. Air percuma.
2. Karnival kahwin percuma.
3. Dana rakyat untuk Aidilfitri.
4. Dana bina dan baiki rumah.
5. Cukai pintu premis kediaman dihapuskan.

Nah. Apabila ahli politik saling berpolitik secara matang dan sejahtera, kebajikan rakyat lebih dikeutamakan. Ahli politik tidak membuang masa hanya mahu bergaduh dan berpolitik isu bahkan sama-sama bekerja untuk rakyat.

Semoga parti-parti politik di Malaysia dapat mencontohi budaya BPMS yang diamalkan PAS

Sekian. Menuju Malaysia Baharu!

Rujukan:
Penyerahan Tugas MB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211256527754745&id=1405823782

PH Raja Bahrin Tawar Kepakaran
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/raja-bahrin-tawar-kepakaran-bina-terengganu-semula-1.838401

Peruntukan Dun Sama Rata
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211302481103550&id=1405823782

YB Dr Azman dan YB Salahudin Ayub
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122901561059292&id=100000184078135

YB Dr Azman; yg undi Umno juga rakyat saya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122901561059292&id=100000184078135

Aimi Hannani

Sumber MR - 29-5-2018

Masjid Bukan Tempat Ibadah Semata-mata




















KEMAMAN – Kepimpinan kerajaan PAS Terengganu mengambil langkah proaktif dengan menjadikan masjid bukan hanya tempat beribadah semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik YB Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, tetapi menjadikan organisasi masjid boleh digunakan secara menyeluruh dari semua aspek kehidupan masyarakat.

“Rumah Allah perlu dijadikan sebagai pusat hentian untuk program ilmu dengan masyarakat,

“dimana yang melibatkan pelbagai perkara seperti kaunseling, kursus perkahwinan, dan hal-hal keluarga seperti majlis perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada Isnin, 28 Mei.

Katanya, marilah bersama-sama kita berganding bahu memperkasakan institusi masjid dan surau di DUN Kemasik.

“Sembang santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bukit Kukuran, Tuan Mohd Nor Jambul dan Tuan Imam serta Bilal selepas selesai solat terawih malam tadi,” ujarnya.

Sumber BO - 29-5-2018

‘Amphicoach’ Masih Belum Diserahkan Kepada Kerajaan Negeri






















KUALA TERENGGANU – Bas dua alam ‘Amphicoach’ masih belum diserahkan kepada kerajaan
negeri Terengganu dan masih dalam peringkat ujian.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman
berkata bas tersebut ada dibengkel Jabatan Kerja Raya (JKR) Chendering.

”pihak pembekal dia testing (mengadakan padu uji) sebanyak dua kali pergi (dalam) muara sungai
Terengganu…..tiba-tiiba ada masalah,

“jadi sebelum selesai masalah itu…….kerajaan tidak akan terima bas itu, kita masih berhutang
RM300,000 lagi dengan pihak pembekal,” jelasnya.

Katanya, pihak pembekal telah dikenakan denda kerana kelewatan itu, menurut hari yang , semala
mana kenderaan itu belum di serahkan secara sami kepada kerajaan negeri.


Beliau berkata demikian ketika di temubual
di pejabatnya, Tingkat Lima Wisma Darul Iman
hari ini Isnin, 29 Mei.

Masalah utama, kata beliau, amphicoach yang
diimpot dari negara Malta dengan kos RM 3 juta
itu ialah masalah enjinnya.

“bila masuk dalam air….enjinnya jadi panas….
jadi macam kereta kita kalua (suhunya) panas, dia
 ‘jem’ (rosak) dan tidak boleh bergerak,
“sehingga sekarang pun tidak dapat selesaikan masalah itu,” tegasnya.

Oleh itu, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu itu, beliau akan melawat dan melihat
sendiri keadaan bas itu dalam masa yang terdekat.





















Bas amphicoach tidak rosak, kata bekas 
MB Terengganu
Beliau turut berkata, disamping
mengenalpasti apa masalah dihadapi,
beliau akan dipastikan selamat sebelum
dibawa turun ke dalam tasik Kenyir.

Pada tahun 2014, bas dua alam itu telah
dibeli kerajaan negeri dengan harga RM3
juta dan sebelumnya dijangka tiba pada
Mei 2015.

Kelewatan penerimaan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad
Tun Abd Razak kepada pihak media bagi mempastikan ia mematuhi sepenuhnya spesifikasi
ditetapkan.

Bas itu dibeli oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ialah untuk digunakan bagi
merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir

Sumber BO - 29-5-2018























Ramadan Tanda Kasih Dan Sayang Allah













































Ramadan yang datang pada kita ini adalah sebenarnya diantara tanda kasih dan sayang Allah SWT kepada kita, hamba-hambanya kerana Allah tahu bahawa kita sebagai manusia yang lemah, kekurangan maka Allah bantu kita dengan mendatangkan kita bulan Ramadhan.

Dengan kedatangan ini, memberi peluang kepada kita untuk kumpulkan pahala-pahala yang kita nikmati di akhirat, seperti yang kita tahu bahawa manusia suka buat sikit, dapat banyak. Ataupun, sesuautu yang harganya begini, tiba-tiba dikurangkan harganya dalam peratus yang besar dan dapat dengan harga murah.

Banyak kedai-kedai di bulan Ramadhan, baju, karpet, dan barang-barang dan mereka kelaurkan iklan untuk tarik kita pergi. Dia buat signboard besar, potongan sebanyak 70%. Di rumah saya, kedai harga maut saya pernah pergi ke kedai itu, memang maut sungguh. Sebab, barang-barang yang dijual puluh ringgit, dijual 50 sen.

Saya tengok perempuan yang pilih, separuh sedar. Manusia mari ramai. Kedai harga bankrup. Allah tahu kita manusia jenis itu, maka Allah tawarkan kepada kita bulan Ramadhan seumpama itu. Setiap amalan anak adam buat, Aku bayar pahala minimum 10kali ganda, 700 kali ganda melainkan puasa kerana puasa untuk aku dan aku akan bayar. Sebab manusia meninggalkan nafsu, makan minum semata-mata kerana Allah.

Amalan yang kita buat di bulan puasa ini, Allah lipat gandakan pahalanya lebih daripada 700 kali gandakan. Bulan puasa tiada batasan. Kita sepatutnya terima kedatangan bulan Ramadhan dengan suka hati. Kita memaksimumkan amalan-amalan ibadah yang kita buat, tadarus, qiamulai, tolong orang, sedekah dan lain-lain, allah bayar kepada kita tiada had, berkualiti amalan kita, banyak yang kita dapat, ada wanita yang saya ke majlis begini, dia angkat tangan.

“kalau awang kabo, puasa sehari boleh pitih 100. Tok Nampak selalu nak buat apa, boleh pecah duit halus, bagi duit raya. Tapi kabo boleh pahala banyak-banyak, nak wak nape banyak-banyak” saya kata soalan bagus ini, saya kata atas dunia ini kita nak senang, kalau kocek nipis kita nak tebal, kalau panas nak sejuk, kalau rumah tak selesa, nak selesa.

Semua keindahan, kenikmatan, keselesaan yang sedap-sedap ini kalau kita nak ada dunia ini, kena ada pitih. Kita boleh semuanya. Seperti mana dunia kita nak pitih, akhirat pun nak pitih. Cuma atas dunia, nama ringgit Malaysia, akhirat nanti pahala. Dia akhirat esok-esok, contoh. Kalau gi kedai nak kipas. Nak kipas musing sendiri, puasa 30 hari, kita buka buku amalam ada 5 hari, kalau 5 hari ni kipas tangan. Kalau kipas tangan, dokleh musing sokmo.

Kalau kita tidur, kipas berhenti. Itu bandingan. Contoh, di akhirat kalau pahala banyak, kita akan dapat keindahan di akhirat dan Ramadhan adalah nikmat yang Allah bagi setahun hanya sekali. Sebab itu, saya sebut banyak tempat. Orang tahu kelebihan ramadhan ialah orang mati.

Orang hidup kalau tahu kelebihan ramadhan, ada sakit lutut sikit je solat di rumah lah. Tak larat sikit, buka puasa. Cari alas an saja. Kalau kita tahu kelebihan pun, kita tak tunjuk semanagt dan peluang ada, kalau kita mati baru kita tahu tapi mati dah, tak leh buat apa-apa, Allah sebut, ada orang mati dah tapi minta dengan Allah supaya dicampakkan semual ke dunia.

Nak buat apa? Supaya aku dapat beramal dengan amalan soleh. Takbleh dah. Merayu keluar air mata darah, tak boleh. Duduk dalam kubur je kita. Tunggu nak bangkit. Kita gunakan tenanag untuk lipatkan gandakan amalan bulan puasa kita.

***Tazkirah Ramadan selepas solat zohor di Wisma Darul Iman oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Sumber BO - 29-5-2018

Masalah Jangka Pendek Bekalan Daging Lembu Diselesaikan












































KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menyelesaikan masalah jangka masa pendek dengan bertemu para penternak yang membuat secara integrasi ternakan sekiranya bekalan lembu dalam negeri tidak mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, penternak-penternak kebiasaanya mengimport lembu dan mendapat bekalan lembu daripada Thailand dan Australia.

“Kita cuba minimakan kerenah birokrasi (cara pentadbiran yang banyak melibatkan peringkat dan peraturan) supaya rakyat mampu mendapat faedah terus,

“Insya Allah kita akan tengok semua projek ini yang mana mempunyai keutamaan untuk didahulukan dan keutamaan kurang sedikit boleh dibelakangkan,

“serta mana projek-projek yang kita kira tidak berdaya saing dan tidak memberikan faedah kepada rakyat untuk kita kaji balik samada nak meneruskan ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa ditanya berkenaan dengan isu-isu pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa pada Ahad, 27 Mei di Wisma Darul Iman.

Katanya, Kepimpinan PAS melaksanakan strategi jangka pendek sepanjang tempoh tiga bulan yang pertama pemerintahan dengan turun dan berjumpa sendiri serta mendengar masalah rakyat di peringkat bawahan.
“Tentu sekali kita akan bagi bantuan kepada rakyat dan kita cuba elakkan daripada kita bagi ikan… tetapi kita bagi pancing,

“dan elakkan daripada bagi kayu api… tetapi kita bagi kapak untuk rakyat berusaha memajukan kehidupan mereka,” ujarnya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, tanggunggjawab untuk menegakkan asas dan dasar serta hala tuju perjalanan adalah satu tujuan penting untuk tempoh yang akan datang.

Sumber BO - 29-5-2018

Isnin, 28 Mei 2018

Pelancongan Islamik Untuk Tingkat Sektor Pelancongan























KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya ia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke Terengganu terutama dari Timur Tengah, China dan Barat.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu malah ia akan ditambah baik.

“Sebelum ini ramai pelancong asing termasuk dari Timur Tengah dan negara-negara Barat datang ke negara ini tetapi tidak ramai dari kalangan mereka yang berkunjung ke Terengganu.

“Sedangkan jika mereka mahu melihat kebudayaan masyarakat Melayu Islam di sini, keindahan pantai, pulau-pulau kita yang menarik, Terengganu sepatutnya menjadi pilihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para penggiat industri pelancongan negeri di sini, malam tadi.

“Ini yang kita akan fokuskan nanti, bagaimana kita nak tonjolkan kapasiti pelancongan yang kita ada dapat alihkan tumpuan mereka ke Terengganu agar sektor pelancongan kita lebih maju sekali gus dapat menjadi penyumbang peningkatan ekonomi negeri dan masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu Ahmad Samsuri mewakili negeri Terengganu menerima Anugerah Destinasi Mesra Muslim daripada Universal Crescent Standard Centre (UCSC) dengan kolaborasi Universiti Teknologi Mara.

Menyentuh kebimbangan masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaan pelan induk itu, Ahmad Samsuri berkata mereka tidak perlu khuatir kerana ia turut mengambil kira sensitiviti semua kaum di negeri ini dengan tidak mengenepikan kepentingan masyarakat bukan Islam.

“Itu hanya persepsi apabila segelintir pihak mengatakan sektor pelancongan tidak ada kaitan dengan Islam…tetapi di bawah pentadbiran PAS sama ada di Terengganu atau Kelantan, kita mempunyai tanggungjawab memperkenalkan bahawa dalam sektor ini Islam dijadikan sebagai ‘guideline’ (garis panduan) bagi menentukan aspek mana yang boleh dan tidak bercanggah dengan Islam (dalam sektor pelancongan).

“Pada peringkat awal mungkin mereka akan rasa pelik, tapi lama-lama selepas dapat penjelasan ia tidak menimbulkan masalah kepada pelancong bukan Islam terutama dari negara Barat,” katanya.

Mengulas cakap-cakap sebelum pilihan raya umum lepas kononnya operasi panggung wayang akan dihentikan jika PAS menjadi kerajaan, beliau memberi jaminan operasi panggung wayang tidak akan dihentikan malah akan dikaji bagaimana ia dapat ditambah baik. – BERNAMA

Sumber MR - 28-5-2018

Kunjungan hormat JAM ke Wisma Darul Iman

















































KUALA TERENGGANU: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke negeri Terengganu yang kini ditadbir oleh PAS setelah mendapat mandat besar pada PRU14 lalu. 
Kunjungan tersebut telah dipimpin sendiri Ketua Pengarah JAM, Mohd Nazree Mohd Aris bersama kepimpinan tertinggi pasukan beruniform itu ke Wisma Darul Iman, di sini semalam. 
Rombongan tersebut telah diberi sambutan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabat beliau yang mengalu-alukan kerja sama dan amal bakti JAM secara aktif di Terengganu 
Pada kesempatan tersebut, rombongan turut mengadakan kunjungan kepada Exco Kerajaan Negeri, Dr Azman Ibrahim yang juga anggota JAM dari Kor Medik dan Penyelamat. 
Berpangkat Leftenan Kolonal, beliau berkata, walaupun kini merupakan Exco Kerajaan Negeri, namun beliau masih tetap anggota JAM dan bersedia diarah bertugas. -HARAKAHDAILY 28/5/2018
















































Sumber HD - 28-5-2018

























Desas Desus Tidak Benar











































































KUALA NERUS – Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan desas-desus kononnya kerajaan negeri akan menamatkan perkhidmatan kesemua 900 kakitangan lantikan politik di Terengganu ketika pentadbiran Barisan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata desas-desus itu tidak tepat kerana tidak semua yang akan ditamatkan perkhidmatan dan kerajaan negeri kini sedang meneliti secara terperinci kedudukan mereka.

Ahmad Samsuri berkata memang akan berlaku pensturukturan terhadap kakitangan di beberapa organisasi kerajaan negeri namun ia bergantung kepada beberapa kategori.

“Memang akan ada yang terlibat dengan penstrukturan ini ada yang dipindahkan ke perkhidmatan yang lain, ada yang letak jawatan dan ada yang tamat kontrak.”

“Kita ambil langkah paling cermat dalam hal ini, kita tidak naik (jadi kerajaan) dan terus tamatkan semua (lantikan politik) begitu sahaja? paling tidak pun sekarang ini, apa yang berlaku ialah tidak ada sesiapa yang diberhentikan pada bulan Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas mengenai penyebaran maklumat di media sosial kononnya kesemua 900 kakitangan lantikan kontrak pada era pemerintahan BN Terengganu akan ditamatkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman IBrahim dalam satu kenyataannya berkata proses pembubaran, penggantian dan penyusunan semula mana-mana agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan berpaksikan lantikan politik adalah amalan biasa bila sesebuah kerajaan bertukar teraju dan ia tidak perlu dipertikaikan.

Agensi yang terlibat dengan penstrukturan itu ialah Agensi Tranformasi Rakyat (ATRA), Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Tentunya kerajaan baharu akan membuat penyusunan semula supaya agensi-agensi di bawah kerajaan baharu ini mampu menjadi penyampai misi dan visi pemerintahan kepada rakyat.

“Walaupun begitu pertimbangan kemanusiaan tetap diambil kira….kerana itulah lantikan politik kontrak, sementara dan ad-hoc agensi seperti ATRA hanya akan ditamatkan pada 30 Jun depan dengan mengambil kira persiapan Ramadan dan Aidilfitri mereka walau sebenarnya tidak ada peraturan yang menghalang untuk mereka ditamatkan lebih awal.

“Mereka pun sudah tidak berfungsi lagi sebenarnya. Inilah yang diistilahkan pengantian dan penamatan dilakukan dengan tertib termasuk diteliti syarat-syarat kontrak mereka. Kita bukan bertindak secara sembrono malah tiada kakitangan tetap kerajaan negeri yang akan ditamatkan. Hanya kakitangan sementara, ad-hoc dan kontrak sahaja yang terlibat,” katanya.

Sumber BO - 28-5-2018

Manifesto Lesen Motor Percuma Ke Meja Bulat Untuk Direalisasikan















































































KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri Terengganu telah pun bersidang bagi merelisasikan janji pilihan raya (Manifesto) yang keempat, Pemberian RM300 Kepada Pemuda Pemudi Mendapatkan Lesen Motosikal.

Pengerusinya, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,PAS cuba menyelesaikan janji dengan sebaiknya.

“kita cuba menyelesaikan janji-janji dalam manifesto dulu sebaiknya dan insyaAllah bagi pembangunan belia,

“lesen percuma antara manifesto yang kita tawarkan dan kita akan cuba menlaksanakannya sebaik mungkin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat tersebut, di Wisma Darul Iman pada Ahad, 27 Mei.

Oleh itu katanya, perundingan dan perbincangan dengan jabatan dan agensi terbabit terlah dibuat bagi pelaksanaan manifesto itu secepat mungkin.

“Banyak perkara dan mekanisma perlu di runding dengan pihak pihak terbabit sebelum manifesto ini diluluskan,

“dan kita amat mengharapkan akan dapat melaksanakannya secepat mungkin,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau akan memaklumkan perkembangan ‘khabar gembira’ tersebut dalam masa terdekat.

“nantikan berita gembira ini dibuka untuk semua belia belia di luar sana yang belum memiliki lesen memandu motosikal,

“pihak pembangunan belia sedang menguruskannya dan akan di maklum perkembangannya dalam waktu terdekat,” kata Ustaz Wan Sukairi.

Sumber BO - 27-5-2018

Bersama Masyarakat Sempena Majlis Berbuka Puasa












































































KEMAMAN – Kepimpinan PAS baharu turun bersama-sama masyarakat setempat bergotong- royong sempena Majlis Berbuka Puasa di DUN Air Putih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Cikgu Razak Ibrahim berkata, majlis tersebut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid Batu 2½ Mak Chili.

“kita juga menyampaikan sumbangan kepada 50 orang anak yatim untuk meringankan sedikit sebanyak beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada Sabtu 26 Mei.

Katanya, terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid dan penderma serta kepada yang menjayakan program ini.

“Semoga Allah memberkati amalan baik kita pada bulan Ramadan ini,” ujarnya

Sumber BO - 27-5-2018

Ahad, 27 Mei 2018

Tiada Perancangan Tutup Pawagam Kata MB Terengganu



























































Dasar operasi panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) di PB Square tidak akan akan 
diubah, sebaliknya ia akan ditambah baik demi keselesaan bersama.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mengulas kebimbangan 
segelintir pihak sekiranya panggung wayang yang dibuka pada Mac tahun lalu itu akan ditutup 
selepas Pas memenangi PRU14 lalu dan membentuk kerajaan baharu.

Jelas Samsuri, pihaknya kini sedang meneliti perkara berkaitan panggung wayang itu untuk 
memastikan operasi sedia ada ditambah baik.

"Saya telah beberapa kali ditanya mengenai perkara ini (operasi panggung wayang). Tidak ada 
perubahan pada dasar operasi.

"Satu masa (mungkin selepas Ramadan) saya akan bawa keluarga untuk menonton wayang (bagi 
lihat sendiri operasi berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Penggiat-Penggiat 
Industri Pelancongan di Pusat Konvensyen Duyong, Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, 
di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, 
Ariffin Deraman.

Status operasi panggung wayang itu mendapat perhatian ramai selepas Pas berjaya mengambil alih 
kepimpinan negeri daripada BN pada 9 Mei lalu.

Ini kerana, kewujudan panggung wayang selepas 22 tahun penduduk Kuala Terengganu tidak 
memiliki kemudahan itu mendapat bantahan termasuk pemimpin politik daripada Pas yang ketika itu 
masih lagi bergelar pembangkang di Terengganu.

Panggung wayang yang dikendalikan Lotus Fivestar Cinemas (M) Sdn Bhd itu dibuka secara 
berperingkat pada Mac tahun lalu mampu menempatkan seramai 700 penonton pada hari biasa serta 
pertambahan sekali ganda kepada 1,400 penonton pada hujung minggu. - Sinar Harian

Sumber MR -27-5-2018

Tonggak Masa Depan Negara Sejahtera

KUALA TERENGGANU – Belia ialah tonggak
 masa depan negara sejahtera, yang perlu diisi
dengan program yang bermanfaat dan berfaedah
sebagaimana di tuntut oleh agama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Beliau,
Sukan Dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi bin
Wan Abdullah berkata, ruang kosong dalam jiwa
\para belia belia hari ini mesti dipenuhkan dengan
ilmu.

“kita melihat belia hari ini tidak tahu kemana dan di mana perlu mereka mencari sesuatu perkara
yang boleh memberi mereka sumber pendapatan di samping mengisi ruang kosong dengan berfaedah,

“justeru amat penting badan badan.bukan kerajaan menjadi ‘ejen’ kepada kerajaan dalam melahirkan
belia belia yang berintegriti dan berakhlak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat NGO KT Care, seramai 15 orang di
pejabat beliau di Wisma Darul.Iman pada Khamis, 24 Mei 2018.

Oleh itu, beliau berkata, besar harapan kerajaan untuk membina masyarakat terutama golongan muda
mnjadi lebih maju.

“kearah masyarakat yang maju yang boleh berdaya saing dan paling penting mempunyai nilai nilai
murni yang hebat,

“kerajaan.negeri bersedia memberi kerjasama sekiranya ada keperluan untuk melahirkan belia belia
yang berkemahiran, terutama jika NGO ini dapat membantu membentuk kumpulan sokongan dalam.
komuniti ,” jelasnya.

Justeru itu, beliau berkata, peluang latihan kemahiran yang banyak di sediakan untuk golongan belia
 akan dibuka seluas-luasnya dan akan melibatkan pihak terutama persatuan ataupun badan badan.di
peringkat kampung.

“ia dalam dalam mengenalpasti mereka mereka yang berbakat dan berminat kepada pendedahan
kemahiran, yang di sediakan oleh kerajaan……. sedikit sebanyak membantu kearah,

“mendapatkan pekerjaan sesuai dengan minat dan kecenderungan masing-masing,” kata beliau.

Sumber BO - 26-5-2018






























Jamin Terus Komited Giat Tarik Pelancong

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu memberi jaminan untuk terus komited bagi menggiatkan rancangan dan
pelaksanaan masa depan bagi menarik kehadiran
 lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudyaan
dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman
berkata, ini adalah untuk memastikan sumbangan
industri pelancongan dapat dimanfaatkan oleh
usahawan tempatan dan rakyat.

Katanya, dari segi penyediaan pelbagai peluang
pekerjaan, pelancongan membawa kesan kepada ekonomi tempatan.

“Ianya menjadi mekanisma pengukur bertujuan mengenal pasti piawaian kualiti Islam (Islamic
Standard Quality) di dalam industri pelancongan yang menepati prinsip-prinsip Islam,

“dan faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah keyakinan pelancong terutama penyediaan
makan minum halal dan kemudahan tempat solat,

“serta penginapan yang menepati ciri-ciri Islam dan perkhidmatan mesra pelancong muslim yang
disediakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan
Negeri Terengganu bersama Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, di Pulau Duyung pada
Khamis, 24 Mei.



Katanya, kerajaan negeri akan mempergiatkan
usaha dalam memastikan prasarana dan
kemudahan pelancong yang menepati ciri-ciri
Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya
meningkatkan lagi jumlah pelancongan daripada
negara negara Islam.

“Saya percaya dengan ‘kolaborasi’ daripada
pengiat pelancongan dari Badan Bukan Kerajaan
(NGO) pelancongan mampu memartabatkan
Negeri Terengganu Darul Iman menjadi negeri
contoh pelancongan yang Maju, Berkat dan
Sejahtera, yang lebih progresif dan inovatif serta berlandaskan Islam,

“dan merupakan adalah negeri yang paling hebat sekali bahan-bahan serta unsur-unsur semulajadi
yang menjadi tarikan kepada pelancong daripada seluruh Malaysia dan juga bahkan seluruh dunia,”
tegasnya.

Menurutnya, kita harus mengekalkan dengan menambahbaikan dengan pelancongan khususnya
pelancongan domestik yang menjadi di dalam Negeri Terengganu.

“Walaupun negeri kita tidak merupakan pelancongan bersifat antarabangsa tetapi apabila melihat
data pelancong yang hadir ke Terengganu khususnya apabila musim cuti sekolah dengan kehadiran
penuh di Pasar Payang,” tambahnya.

Selain daripada itu, kita ada produk pelancongan seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam,
jajaran pantai yang paling luas di Malaysia bahkan pantai yang paling cantik berbanding dengan
negeri-negeri lain.

Sumber BO - 26-5-2018































K'jaan Terengganu buka permohonan miliki 

rumah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri 
Terengganu telah membuka permohonan 
peruntukan bantuan pembinaan baharu dan 
pembaikian rumah bagi rakyatnya dari golongan 
kurang berkemampuan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, 
Dr Alias Razak berkata, ia boleh dipohon di Pejabat Dun seluruh negeri itu dengan syarat 
memiliki tanah sendiri.
Menurutnya, peruntukan tersebut merupakan tawaran penting Kerajaan PAS Terengganu untuk 
menyedia dan memastikan rakyat negeri itu khususnya yang berumur 21 tahun ke atas dan 
berumah tangga memiliki kediaman sendiri.
Jelas beliau, ia adalah komitmen kerajaan yang bermatlamat mahu membantu rakyat 
sebagaimana Manifesto PAS Terengganu itu telah diumumkannya di Wisma Darul Iman, di sini 
kelmarin.
"(Kerajaan) PAS mahu selesai secara teratur dan mahu membantu golongan yang betul-betul 
susah serta tidak mampu memiliki rumah sendiri," ujar beliau.
Maklumnya, bantuan seumpama juga boleh diperolehi dari agensi lain termasuk Majlis Agama 
dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) mendapatkan rumah percuma 760 kaki persegi tiga 
bilik standard dalam harga RM40,000.
"(Ini) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tanpa bayaran dan kerajaan akam 
tanggung. Tapi kena ada tanah serta mendapat keizinan daripada tuan tanah.
"(Manakala permohonan) Rumah Kos Rendah (RKR) dibina oleh SEDC (Perbadanan 
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) diagihkan kepada mereka yang layak, tetapi berbayar 
kepada SEDC.
"Pemilik rumah tersebut (dikenakan) bayaran bulanan sebagai sewa sekitar RM200 hingga 
RM300," terang Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Selain itu maklumnya, terdapat juga peruntukan wakil-wakil rakyat seperti program 
"Perumahan Ku Sayang" di bawah kawalan Pejabat Daerah, selain kemudahan pinjaman 
dari Tabung Perumahan Rakyat yang tersedia RM50 juta setahun.
Sementara menurut beliau lagi, perumahan untuk jualan oleh pihak swasta dibenarkan 
pembinaan banglo dan Rumah Kos Sederhana, tetapi syaratnya mesti ada RKR dibina untuk 
jualan juga.
Beliau turut mengimbau usaha Kerajaan PAS Terengganu yang pernah memberikan tanah 
kepada rakyat untuk dijadikan tapak rumah semasa pemerintahan tahun 1999 - 2004, 
tetapi dirampas Kerajaan BN selepas itu. -HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018 

































Empat Manifesto PRU-14 Sudah Berjalan

DUNGUN – Kepimpinan PAS telah
berjaya melaksanakan empat daripada 20 Manifesto parti itu yang telah ditawarkan semasa kempen pilihan raya (PRU)
ke-14 yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias
 Harun berkata, antara yang telah
dilaksanakan ialah cukai pintu rumah
kediaman dihapuskan, pemberian air
percuma 20 meter padu kepada
golongan miskin dan dana raya pada
yang layak serta karnival kahwin
percuma di seluruh 32 DUN.

“PAS DUN Rantau Abang tidak
ketinggalan dalam memenuhi hasrat
memberi kesejahteraan kepda rakyat,

“dengan mengadakan satu program
PAS di mana sumbangan fakir miskin
telah pun diberi kepada golongan

yang dipilih di peringkat PAS cawangan Gong Pasir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketik ditemui oleh pihak media pada Jumaat, 25 Mei.


































Sumbangan kepada penduduk Rantau Abang Ramadan tahun lalu
Katanya, PAS akan meneruskan program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat dengan slogan
Terengganu Maju Berkat Sejahtera.

“Pada 2 Jun nanti PAS DUN Rantau Abang akan mengadakan program sumbangan fakir miskin
seramai 480 orang dan anak yatim jumlahnya tidak terhad,

“kerana kita beri kepada semua anak yatim daripada enam tahun sehingga 13 tahun,” jelasnya.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu, menyeru agar seluruh rakyat yakin dan memberikan
sokongan penuh kepada kerajaan Terengganu yang baharu.

“saya memohon agar rakyat negeri Terengganu supaya yakinlah kepada PAS atas apa sahaja janji
dalam manifesto yang telah kita tawarkan semasa kempen PRU 14,” tambah beliau.

Sumber BO - 26-5-2018

































Bina Jalinan Seiring

DUNGUN- Satu pertemuan telah diadakan bertujuan untuk membina satu jalinan hubungan untuk
pembangunan Dungun secara bersama seiring tema ‘Dungun Membangun’.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata  pertemuan tersebut adalah
diantara beliau selaku Ahli Parlimen Dungun bersama Exco kerajaan negeri, Ustaz Satiful Bahri
Mamat, ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun
bersama calon N25 Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman beserta AJK Parlimen dan AJK DUN-DUN
dengan Pegawai Daerah Dungun berserta anggota pentadbiran.

Beliau yang telah berjaya  sekali dipilih sebagai Ahli Parlimen Dungun dalam Pilihan Raya Umum ke
 A4(PRU14) baru-baru ini, memberitahu demikian ketika diminta mengulas pertemuan yang diadakan
 di Pejabat Daerah Dungun pada Ahad, 20. Jun 2018 lepas.


“Disamping suaikenal, kita juga bertanyakan
tentang pentadbiran dan bilangan balai raya yang
ada di Dungun dan diberi maklum bahawa
penghulu-penghulu mukim akan memberi
maklumat mengikut DUN yang berkenaan”,
ujar beliau yang ditemui di Majlis Usrah dan
ifthar Jamaie AJK PAS Kawasan Dungun di
Pondok Manazil Siddiqin, Batu 5 Dungun pada
23 Mei 2018.

Selain itu katanya lagi, mereka juga diberitahu
bahawa peruntukan untuk wakil-wakil rakyat
telah habis dibelanjakan oleh wakil-wakil rakyat terdahulu.

“Jadi kita terpaksa menunggu peruntukan baru daripada kerajaan Terengganu untuk ADUN, exco dan
penyelaras bagi menjalankan pentadbiran menguruskan kepentingan rakyat pada bantuan am dan
pembangunan dan jumlah itu akan ditentukan”, katanya.

Oleh itu, tambahnya, perbelanjaan akan  mengikut kepentingan dan keperluan peruntukan tersebut
kerana ini adalah hak rakyat untuk pembangunan Dungun yang diharapkan maju, berkat sejahtera.

Sumber BO - 25-5-2018


































Terengganu To Promote Muslim-Oriented 

Tourism


































Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri 
Mokhtar said the plan would not have 
drastic changes from the tourism promotion
 efforts of the previous Barisan Nasional 
state government. (BERNAMA)
KUALA TERENGGANU: The new Pas
government is drawing up a master plan to
make Terengganu a hub for Muslim-
oriented tourism by targeting tourists from
 the Middle East, China and Western
nations as well as from the country.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the plan would not have drastic changes from the
tourism promotion efforts of the previous Barisan Nasional state government but improvements
would be made to several tourism products.

“Many tourists from the Middle East and Western nations come to Malaysia but not many of them
visit Terengganu. If they want to experience Malay-Muslim culture and the beauty of islands and
beaches, Terengganu is a good choice.

“This is what we will focus on, how we can highlight our tourism capacity to make the tourism
sector more progressive and contribute to the economic well-being of the state and the people,” he
said to reporters after a breaking-of-the-fast with the state tourism industry players on Thursday.

At the event, Samsuri, as the representative of Terengganu, was presented with the Muslim-Friendly
Destination Award from Universal Crescent Standard Centre in collaboration with Universiti
Teknologi Mara.

Samsuri said non-Muslims should not have any worry about the tourism master plan because the
sensitivities of all communities would be considered in drafting the programme.

He also dismissed an allegation that the state government would close down cinemas in the state,
saying that a study would be conducted to see how they could be improved. – Bernama

Sumber BO - 25-5-2018




































Two Families Lose Homes In Fire

KUALA TERENGGANU: Fourteen people from two families in Kampung Losong Hj Shafie here lost their homes in a fire after a cooking gas cyclinder exploded yesterday.

One of the victims, Wan Mohd Eliyas Wan Abdul Razak said the incident occurred about 9pm when he was resting in his room while his 74-year-old mother, Mahani Omar was in the living room.

“I saw my mother straight away wanting to go to the kitchen as soon as I got out of the room but the raging fire had spread to the house roof. I immediately took her out without salvaging any items including important documents.

“Apparently, my mother had forgotten to turn off the gas stove when she was reheating meals and that caused the gas cyclinder to explode,” said the 43-year-old to reporters after Terengganu Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar visited the families here yesterday.

Ahmad Samsuri also presented cash aid and other necessities to the affected families. — Bernama

Sumber BO - 25-5-2018





































































‘Madinah Ramadan’ warnai puasa di T'ganu

KUALA TERENGGANU: Program ‘Madinah Ramadan’ akan mewarnai malam-malam bulan puasa di bandar raya ini bermula pada 1 Jun hingga akhir bulan mubarak itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah bagi mengingati kefarduan puasa secara khususnya dihayati oleh Nabi Muhammad S.A.W di bandar Madinah.
“Madinah al-Munawarah melahirkan masyarakat yang bersatu, hidup dengan ilmu, yang hidup dengan ibadah. 
"Di atas pengasasan Madinah ini, kita cuba menghayati apa yang telah dilakukan oleh Nabi S.A.W, kita mengadakan program ‘Madinah Ramadan’ di dataran Shahbandar,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat tapak program tersebut, di sini semalam.
Antara acara yang diatur selama 12 hari itu ialah berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjamaah, serta solat Tarawikh oleh imam dari luar negara. 
“Selain itu, ada pengisian lain termasuk tazkirah, bicara ilmu, fiqh wanita, santai bersama Mat Motor, ceramah Badr al-Kubra dan Nuzul Quran,” ujarnya.
Menurut beliau, antara penceramah terkemuka yang dijemput ialah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud dan Ahli Palimen Kubang Kerian, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Perasmian ‘Madinah Ramadan’ itu terangnya, akan disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Jumaat, 8 Jun. 
“Disamping perasmian itu, Menteri Besar juga bersedia untuk menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terpilih dari kawasan-kawasan,” kata beliau.
Program tersebut juga tambahnya, memberi ‘wadah’ kemudahan kepada para pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan.
Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu dan juga Malaysia supaya hadir beramai-ramai mengunjungi ‘Madinah Ramadan’. 
“Termasuk para pelancong dari luar Teregganu yang datang pada bulan Ramadan ini mereka jangan bimbang untuk berbuka puasa.
“Mereka boleh berbuka di sini dan in-shaa-Allah kita sediakan makanan dan mereka boleh beribadat bersama imam yang kita sediakan,” tuturnya. -HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018 






































Terengganu MB Hopes 1MDB Case Investigated With ‘High Integrity’

KUALA TERENGGANU: Terengganu Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, (pic) who is from PAS, hopes that the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case will be investigated with high integrity.

“The case should not be put on trial by the media but should be handled by a just and transparent judiciary system,” he said on Wednesday (May 23) after visiting two families in Kg Losong Mat Shafie whose homes were destroyed in a fire.

He said this when asked on his views on newly appointed Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Datuk Seri Mohd Shukri Abdull’s tell-all press conference on Tuesday (May 22).

Dr Ahmad Samsuri said PAS has always been against corruption and the misuse of funds since the very beginning, making references to similar scandals involving Pewaja Steel and the Port Klang Free Zone (PKFZ)

“We have also been consistent in our stand for the 1MDB scandal to be investigated.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has asked for it more that 20 times either as a question in Parliament or in media statements and interviews,” he said.

“Now that the 1MDB case is no longer under the Official Secrets Act, we hope for the truth to be fully unveiled,” added Dr Ahmad Samsuri.

In July 2015, when the 1MDB case was exposed by the Wall Street Journal (WSJ), PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had said that WSJ needs to provide at least four trustworthy witnesses to back its allegations of corruption against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In Feb 2018, when Hadi Awang was criticised for being “quiet” on 1MDB, heclaimed that he had actually reprimanded (“menegur”) Najib, but privately.

When asked on updates about Terengganu’s oil royalties, Dr Ahmad Samsuri said he is set to have a meeting with Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohammad early next month.

“All the Mentris Besar and Chief Ministers have been called for a finance meeting then. Whether or not the oil royalty issues will be discussed is secondary,” he said.

Meanwhile, Dr Ahmad Samsuri also announced that about RM100,000 has been allocated to help the two families who lost their homes in the fire on Tuesday night.
There were no casualties in the fire.

“We hope this aid will in help a little towards them having a new home by Hari Raya Aidilfitri,” he said.-thestar

Sumber BO - 24-5-2018






































Dana Raya Dengan Lebih Mudah

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tidak perlu risau dengan pentadbiran kerajaan baharu dibawah kepimpinan PAS, kerana pemberian ‘dana raya’ tetap diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Dana Raya Aidilfitri 2018 yang dilaksanakan sebelum ini diteruskan dengan lebih mudah kepada rakyat Terengganu.

“Kerajaan negeri bersetuju meneruskan program Dana Raya buat rakyat Terengganu. Sekarang pendaftaran melalui online dibuka semula bermula 24 hingga 30 Mei ini.

“Kita buka semula selama satu minggu bagi mereka yang tercicir nama atau yang tidak mendapat peluang mendaftar sebelum ini.

“Kepada mereka yang tidak boleh mendaftar secara online (Portal Rasmi Permohonan Online Dana Negeri Terengganu) atau iDANATTB, dia boleh pergi ke Pusat Bestari.Com milik kerajaan negeri atau Pusat Khidmat Pejabat Adun masing-masing di 32 Dun (Dewan Undangan Negeri) untuk dia daftarkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya mewakili Menteri Besar Terengganu selepas Mesyuarat Exco kerajaan Negeri Terengganu, di U2 Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan baharu PAS Terengganu masih menggunapakai segala peraturan dan syarat seperti sebelum ini.

Namun, kata Ustaz Satiful Bahri, syarat permohonan itu lebih dipermudahkan lagi bagi rakyat negeri ini.

“Kita masih menggunakan mekanisma yang sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan (Barisan Nasional) lalu. Syarat dan alamat yang sama dan bagi yang telah memohon tidak perlu buat permohonan baharu.

“Permohonan baharu pula tidak perlu kepada cop atau tandatangan ATRA (Agensi Transformasi Rakyat Terengganu) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) atau YB (Yang Berhormat) itu tidak perlu, daftar terus sahaja.

“Kita (kerajaan) akan cuba agihkan (dana raya ) itu sebelum raya Aidilfitri ini, Insya’Alllah,” ujarnya.

Pemohon dana raya itu di bawah kategori, ibu tunggal atau bapa tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan orang miskin yang cukup syarat layak memohonnya

Sumber BO - 23-5-2018







































Kerajaan PAS Terengganu Tunai Janji

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu yang baharu mengambil-alih pentadbirannya telah menunaikan beberapa janji awal manifesto Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiga janji manifesto awal PRU14 lalu mula ditunaikan.

Katanya, antara janji manifesto PAS pada kempen PRU14 jika Terengganu berjaya diperintah akan menangguhkan bayaran pinjaman Yayasan Terengganu.

“Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu,” jelasnya kepada media.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Besar Terengganu selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Selain itu, katanya janji manifesto mengenai Karnival Kahwin kali pertama percuma setiap Dun (Dewan Undangan Negeri) akan dilaksanakan pada bulan Jun depan.

“Karnival Kahwin, pakej pertama pada bulan Jun 2018 ini. Kita (kerajaan) buat di peringkat 32 Dun.

“Peserta baharu, kita buka semula pendaftarannya sekarang untuk pakej kedua bulan November 2018, akhir tahun ini. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Khidmat Dun masing-masing atau di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK),” ujarnya.

Menurutnya, pakej perkahwinan itu bagi meringankan beban rakyat yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja agak besar.

Sumber BO - 23-5-2018








































MSNT Sasar Juara










































Ustaz Wan ketika menghadiri perhimpunan mingguan MSNT pada 20 Mei, 2018
KUALA TERENGGANU – Majlis Sukan Negeri Terengganu digesa meneruskan kecemerlangan dan mencapai sasaran sebagai juara pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pada tahun lalu Terengganu berada pada tempat ketiga.

“untuk SUKMA yang akan diadakan pada bulan September di Perak tahun ini, MSNT telah menyatakan pada saya,
“mereke mensasarkan untuk menjadi juara dan saya telah melihat sendiri beberapa acara yang telah pun disenaraikan akan menyumbang pingat (untuk tujuan itu),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, Tingkat 5 Wisma Darul Iman, semalam 21 Mei.
Justeru itu beliau mengharapkan para atlet yang sedang menjalani latihan agar mengambil kekuatan dari bulan Ramadan sekarang .

“saya difahamkan, walaupun sekarang bulan puasa (Ramadan) atlet kita masih meneruskan latihan dan mengambil peluang dalam keadaan negeri lain berehat,

“(mara) dengan keazaman dan komitmen yang tinggi bukan sahaja oleh pihak pengurusan bahkan atlet sendiri, untuk menjadikan Terengganu, menjuarai SUKMA sekali lagi,” tegasnya.


Sumber BO - 23-5-2018

Turun Sendiri Selesai Masalah Rakyat











































Dr Azman ketika turun sendirike kilang Bernas semalam
BESUT- Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim mengamalkan sikap, turun padang berjumpa sendiri pihak berauthoriti untuk menyelesaikan aduan daripada masyarakat petani.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata dengan cara ini pihaknya akan mendapat penjelasan langsung ‘first hand info’, setiap masalah yang berlaku.

“Dan secara tidak langsung kita cuba kurangkan protokol dan karenah birokrasi dalam bekerja di dalam memberi khidmat terbaik”, ujar beliau ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kilang Bernas, Bukit Kenak di sini pada Isnin, 21 Jun.

Di dalam kunjungan yang turut disertai Timbalannya, YB Ustaz Helmi Harun, beliau berpuashati dengan info dan penjelasan yang diberikan, terutamanya berkaitan isu lambakan padi dalam tempoh seminggu yang lepas.

“Kebetulan keadaan musim menuai berada di dalam kemuncak dan terdapat sedikit kerosakan teknikal di pihak kilang BERNAS,

“Alhamdulillah kerosakan sudah dapat diperbaiki, dan sekarang kita nampak perjalanan proses penghantaran padi berjalan dengan lancar”, tambah beliau yang amat terharu dengan segala pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh pekerja-pekerja BERNAS demi untuk memenuhi keperluan petani.

Malah, beliau juga berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan isu pemotongan padi yang menjadi rungutan di kalangan petani.

“SOP (Prosedur Standard) pemotongan padi, terutama dari segi kandungan air, biji muda, kualiti padi dan kerosakan padi, dikira sebagai faktor yang diambil kira untuk menghitung berapa kadar keuntungan”, terang beliau lagi.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu juga telah mengambil beberapa langkah pro-aktif berjumpa dengan pengarah-pengarah jabatan, agensi yang berada di bawah portfolio pertanian iaitu sekitar 32 buah untuk mendapatkan pandangan awal.

Malah katanya lagi beliau juga telah menghubungi Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sallehuddin Ayub untuk mengadakan hubungan ‘G to G’.

“Walaupun Negeri Terengganu kita ini dipimpin parti yang berbeza dengan yang dengan parti yang memerintah kerajaan pusat”,

“Kita mampu langsungkan dalam suasana yang terbaik, insya Allah dan faedah akhirnya akan sampai kepada rakyat”, jelas beliau.

Sumber BO - 23-5-2018









































DUN Kemasik Bakal Miliki Pusat Perlindungan Kanak-kanak

KEMAMAN – DUN Kemasik bakal miliki sebuah pusat perlindungan kanak-kanak apabila seorang Usahawan dan dermawan Tuan Haji Khaidir Khana, bersetuju mewakafkan sebidang tanahnya untuk mewujudkan pusat tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik YB Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, beliau menerima kunjungan hormat seorang pemilik Hamzah Ibir Sdn Bhd di pejabat beliau di sini, pagi tadi dan berbincang berkenaan isu kes kanak-kanak yang berlaku pada hari ini.

“Beliau cukup tertarik dan menyokong penuh cadangan YB Ir Saiful Azmi kerana sedia maklum banyak kes kanak-kanak menjadi mangsa apabila berlaku keruntuhan rumahtangga di kalangan ibu bapa mereka,

“dan ada kes sehinggakan kanak-kanak itu terpaksa tinggal dengan datuk dan nenek atau keluarga saudara mara dalam keadaan terabai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada Ahad, 21 Mei.

Menurutnya, tanah seluas dua ekar diwakafkan untuk merealisasikan hasrat YB untuk mendirikan rumah untuk kanak-kanak.

“Dan beliau memohon supaya pembinaan disegerakan bagi memastikan kebajikan kanak-kanak ini terjaga sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Sumber BO - 22-5-2018











































Di FB dia menulis, di akhirat dia muflis

KITA berada di bulan Ramadhan. Puasa sepatutnya membentuk taqwa dalam diri. Taqwa adalah rumusan dari menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perintah dan larangan pula sangat banyak. Di antara larangan itu ialah fitnah, menuduh tanpa bukti dan mengada-adakan cerita yang tidak benar. 
Pilihan raya sudah berlalu. Namun fitnah pemimpin PAS menerima RM90 juta dari Umno masih dimainkan. Ia tersebar dan disebar di alam maya. Senarai nama pemimpin besar PAS terpampang lagi. 
Presiden PAS telah mengambil tindakan mahkamah di London bagi membersihkan nama dari fitnah ini. Sebahagian dari prosesnya memberi kelebihan kepada Presiden PAS. Bakinya menunggu masa. 
Ada yang sangat rajin memuatnaik artikel, keratan akhbar dan gambar yang diambil separuh, diedit dan ditokok-tambah di Facebook, WhatsApp dan lain-lain media sosial. Fitnah menjadi makanan harian mereka. Barangkali setiap malam sebelum tidur, orang ini akan meletakkan tangannya di dahi, berfikir, apa agaknya yang akan aku muatnaik dalam media sosial ini untuk terus memfitnah pemimpin PAS ini. Isu GST? Isu RM90 juta? Isu UG dengan Umno? 
Nabi SAW pernah bertanya kepada para sahabat tentang orang yang muflis. Para sahabat menjawab orang muflis itu yang tiada dinar dan dirham. Nabi membetulkan kefahaman para sahabat dengan mengatakan orang muflis itu ialah yang datang di akhirat dengan pelbagai taat-solat, puasa, sedekah dan lain-lain, tetapi dalam masa yang sama memfitnah orang itu, mencela orang ini, menzalimi orang lain. Hujungnya ialah tiada amal soleh untuk dibayar, melainkan kejahatan orang itu pula dicampak di atas bahunya dan ia dihumban dalam api neraka. 
Bukankah lagi baik kalau ia duduk diam, membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, dari menulis fitnah-fitnah di FB nya? 
Kesian orang ini. Perutnya lapar di bulan Ramadhan, tekaknya haus, tetapi tiada pahala puasa untuknya kerana qaul azzur (perkataan bohong yang direka). Lebih dahsyat, apabila dia menjadi orang muflis di akhirat dengan sebab tulisannya di dunia yang menyebabkan dia akan menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah. 
Kata pembaca TV, Dunia Jam 10: 'Fikir-fikirkanlah' - HARAKAHDAILY 22/5/2018 
Penulis ialah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.
Sumber HD - 22-5-2018 












































Sokong projek ECRL bersyarat - MB Terengganu

KUALA NERUS: Kerajaan PAS Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Terengganu menyokong sebarang projek yang memberi keuntungan ekonomi kepada negeri dan rakyat. 
Justeru katanya, mana-mana projek yang boleh menjana ekonomi negeri dan rakyat termasuk projek Rangkaian Rel Pantai Timur atau ECRL wajar diteruskan dengan bersyarat. 
"Wajar (ECRL) diteruskan dengan syarat tidak membebankan kerajaan dan rakyat di negeri ini.
"Secara umumnya kita (kerajaan) berpandangan sebarang projek yang memberikan keuntungan ekonomi kepada negeri dan rakyat, kita (PAS) alu-alukan.
"ECRL adalah termasuk dalam projek yang boleh menjanakan ekonomi terutama kepada hentian satelite, tempat-tempat tertentu di mana stesen ini diadakan. 
"Kita harap pertimbangan yang lebih serius dilakukan untuk memastikan sebarang projek yang seumpama itu diteruskan dan dapat memberi pulangan ekonomi tanpa membebankan pihak kerajaan dan negeri," tegasnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil media selepas mengadakan tinjauan hampir setengah jam di Bazar Ramadan, Pekan Batu Enam, di sini kelmarin. 
Hadir sama mengiringinya, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Alias Razak, Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid dan ramai lagi. 
Projek Rangkaian Rel Pantai Timur atau ECRL itu bernilai kira-kira RM55 bilion melalui negeri Pantai Timur, sekali gus bakal mengubah landskap pembangunan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. 
Laluan sepanjang 600 kilometer itu merentasi tiga negeri terbabit bakal membawa banyak impak sosioekonomi kepada kawasan luar bandar dan bandar dilaluinya. 
Bandar kecil yang akan dibina stesen ECRL seperti Bentong, Mentakab, Gambang, Cherating di Pahang dan Chukai, Dungun, Kuala Telemong di Terengganu serta Tok Bali, Wakaf Bharu dan Tumpat di Kelantan. -HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018 














































Jadikan Terengganu negeri contoh - Dr Samsuri

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan hasrat mahu jadikan Terengganu sebagai negeri contoh. 
Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakangnya agar menjalinkan hubungan silaturrahim kembali selepas, berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. 
"Hadis Nabi (Muhammad) S.A.W ada menyebut kepada kita, barang siapa yang ingin diluaskan pintu rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim. 
"Tanggungjawab kita (politik) setelah berakhirnya PRU yang mungkin ada menyebabkan sedikit sebanyak kecederaan di dalam masyarakat. 
"Maka tempoh sekarang ini hendaklah kita merapatkan tali silaturrahim sesama kita dalam masyarakat, jiran tetangga kampung halaman kita, rakan sekerja kita. 
"Mungkin sebelum ini sepanjang tempoh berbulan-bulan yang lepas ada perkara timbul dalam perbincangan masing-masing, yang menyebabkan suasana yang tidak aman terguris hati di antara satu sama lain," ujarnya. 
Beliau berucap menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan berbuka puasa bersama rakyat, kelmarin. 
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik (Setpol) kepada Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ariffin Deraman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali.
Dr Ahmad Samsuri turut mengingatkan rakyat negeri ini bahawa, tugas mengisi dan melaksanakan agenda di negeri Terengganu ini bukan terletak dibahu Menteri Besar, Ahli Exco dan wakil rakyat sahaja. 
"Tetapi itu tugas semua di antara kita (rakyat) yang terlibat dengan Jawatankuasa Masjid, masyarakat kampung di tempat kerja tugas dan semua kita. 
"Kita semua adalah rakyat negeri Terengganu yang akan dilihat oleh rakan-rakan kita di negeri-negeri lain, yang memerlukan kita beri contoh yang terbaik dari segi aspek kebersihan, aspek pertuturan dan sebagainya. 
"Supaya rakyat dan penduduk negeri-negeri lain yang melihat kita (Terengganu) tidak melihat negeri Terengganu sahaja tetapi melihat keperibadian dan akhlak yang dipunyai oleh rakyat negeri ini, berada ditahap terbaik sehingga menjadi contoh kepada orang lain," jelasnya dalam ucapan 15 minit itu. 
Harakah dimaklumkan, Masjid Pengadang Baru merupakan masjid pertama dalam siri lawatan Dr Ahmad Samsuri selaku Menteri Besar Terengganu yang baharu selepas pasca PRU14. -HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018 














































NGO Yakep syor perkasakan pendidikan Islam

KUALA NERUS: Bidang Pendidikan sangat penting bagi menjana generasi muda untuk melahirkan rakyat yang dapat menyumbang kepakaran mereka. 
Sehubungan itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang baharu dilantik dapat melakukan perubahan besar dan positif kepada negeri Terengganu, khususnya kepada bidang pendidikan. 
Perkara itu disuarakan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (Yakep), Dr Mohd Hamdam Mohamad. 
"Yakep berharap supaya Menteri Besar memberi perhatian kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pondok-pondok (pengajian Islam) dan Pusat Pengajian Pra-Persekolahan seperti Pasti. 
"Khususnya, dalam kebajikan kepada guru di pusat-pusat pendidikan itu. Sebenarnya, guru-guru Sekolah Agama Rakyat, juga banyak memberikan sumbangan dalam mendidik anak bangsa. 
"Khususnya, dalam pendidikan akhlak dan pembangunan insan," ujarnya kepada Harakah. 
Beliau berkata demikian ketka ditemui di pejabat Yakep, Bangunan Masjid Jamek, Kampung Tok Jiring, di sini semalam. 
Dr Hamdam mendakwa sebelum ini, Sekolah-sekolah Agama Rakyat kurang mendapat perhatian kerajaan khususnya berkaitan kebajikannya. 
"Mereka dianaktirikan dalam banyak perkara. Oleh itu, pihak Yakep sangat berharap supayaa guru-guru Sekolah Agama Rakyat juga diberikan pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan negeri sekarang. 
"Ini penting supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih berkesan lagi. 
"Peranan dan sumbangan mereka yang tidak kecil itu harus dinilai dengan positif dan diberikan penghargaan sewajarnya oleh Kerajaan PAS Terengganu," jelasnya. 
Yakep merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpengaruh telah berkecimpung selama 40 tahun dalam bidang pendidikan yang bermula dengan Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu. 
Sehubungan itu, beliau dan seluruh warga kerja NGO Yakep dan Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman (MTT) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pelantikan Dr Ahmad Samsuri dan Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat. -HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018 

Selasa, 22 Mei 2018


Royalti minyak Terengganu jangan ghairah.. awasi perangkap


Isu Rolyati Minyak adalah antara isu hangat diperbahaskan selepas PRU-14 oleh rata-rata rakyat Terengganu. Topik ini menjadi hangat apabila kenyataan agak kebudakan seperti UMNO dahulu oleh pengerusi Harapan Terengganu Azan Ismail.

PAS mengambil pendekatan yang cermat dalam hal ini. Tuan Ibrahim mendahului dengan kenyataan yang lebih mesra untuk mengajak bekerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat.

Katanya, Pas mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Untuk itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengharapkan royalti Petroleum dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto (PH).

"Kita harap apa yang Pakatan Harapan janjikan dalam manifesto mereka akan dikotakan sekali gus tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu," katanya.

Begitu juga dengan MB baharu Dr. Ahmad Samsuri.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata pelbagai pendekatan akan diambil bagi tujuan itu termasuk tindakan undang-undang jika perlu.

“Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri,” kata Ahmad Samsuri dalam ucapan sulungnya sebagai menteri besar ketika kuliah Dhuha di Rusila, Marang.

Sebaik-baik tunggu masa dan ini adalah tanggungjawab kepimpinan baru Terengganu dalam rundingan kerajaan dengan kerajaan.

Adapun mewar-warkan isu ini dalam apa situasi akan membuatkan rundingan kerajaan dengan kerajaan akan menjadi makin rumit.



Secara peribadi saya tak setuju dengan Hj Ahmad Amzad Hashim yang ingin bercakap soal Royalti Minyak Hak Terengganu secara live melalui Sinar Harian pada hari ini jam 2.00 petang nanti.

Sinar Harian bukan medan mencari penyelesaian masalah tetapi sekadar mencari populariti sahaja. Sepanjang saya mengkaji 'live' yang dibuat oleh Sinar Harian tak banyak yang boleh dimanafaatkan.




Saya ambil satu contoh Forum Live Dr Kamarul Yusoff dimana Sinar Harian didakwa sengaja mahu membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” memandangkan Kamarul Zaman dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis tentang kelemahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Sebelum pergi ramai kawan-kawannya telah menasihati Dr Kamarul supaya menolaknya memandangkan Dr Kamarul bukan jenis orang yang boleh bercakap kerana dia hanya pandai menulis sahaja. Tapi atas dasar percaya dan betul lurus wacana itu untuk mencari titik pertemuan ilmu dan berkongsi idea dia pergi dan hasil kita semua tahu.


Siapa tak kenal Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga terperangkap dengan Wacana Sinar Harian. Dia bukan sebarang orang pengarah penyelidikan PAS. Tapi bila dia hadir sebagai kapasiti individu PAS di saat akhir PAS menghadapi PRU-14 dia diperangkap dengan soalan terima duit UMNO.

Apa jawapan dia? Apa salah kalau PAS terima duit UMNO? Memang tak salah tapi itu menjadi peluru yang ahli-ahli PAS tak boleh menjawab. Sehingga orang atas pagar lari daripada PAS. Sedangkan semua orang tahu PAS Terengganu dalam proses menyaman Hj Mahfuz Omar.

Semua pimpinan PAS kata tak wujud, tetapi malangnya bila dia kata ada. Dia menjadi 'bola tanggung' kepada musuh PAS untuk me'lanyap' PAS. Tak kira dia itu siapa dalam PAS. Dia pakar atau tidak, media sosial tidak ambil kisah. Sebab dunia fitnah bukan tempat orang jujur berhujah. Politik Malaysia ialah politik persepsi.

Semua akhbar, blogger menulis perkara ini dan PAS terduduk dalam isu terima duit Wang UMNO kerana kesilapan ada dikalangan pimpinan bercakap atas kapasiti individu tetapi memberi impak yang buruk kepada keseluruhan PAS dan jentera Piliharaya PAS.

PAS dah berjaya sumbal gol 5-0 dan Sarawak Report terduduk, tapi bila datang kata-kata Dr. Zuhdi ini PAS ibarat 'ayam menang kampung tergadai'.

Saya memberi dua contoh, rasanya dah cukup. Saya tak berhasrat untuk memajangkan lagi penulisan ini.


Dalam isu Royalti cukuplah kita beri tanggungjawab kepada MB Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri. Hj Ahmad Amzad Hashim nak bercakap pasal Royalti Terengganu Hak Terengganu dalam Wacana Sinar Harian.

Adakah dia akan menjadi satu lagi peluru untuk ditembak kepada PAS. Kita tunggulah selepas pukul 2 petang nanti. 

Sumber MR - 22-5-2018
















































Mulia Di Sisi Allah Dengan Takwa

KUALA TERENGGANU – Kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT bukan sekadar gelaran diatas muka bumi tetapi ketakwaannya kepada Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ketakwaan kepada Allah inilah yang menjadikan seseorang itu ditunggu oleh para malaikat untuk dijemput ke dalam syurga.

“Hasil daripada keimanan dan keyakinan kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada nabi dan hari akhirat serta syurga neraka dan juga pahala dosa,

“yang menjadikan seseorang itu terus menyahut seruan Allah untuk berlapar dan dahaga serta meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,

“dan Allah Taala jamin serta menjanjikan suatu kelebihan yang besar bagi orang yang berbuka puasa iaitu mereka mendapat sifat yang hebat iaitu kedudukan yang tinggi dan bertakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan tazkirah zohor di Wisma Darul Iman pada Sabtu, 20 Mei.

Katanya, dalam hadis Nabi SAW ‘dalam syurga itu baginya ada lapan pintu dan daripada lapan pintu terdapat satu pintu namanya Ar Rayyan serta tidak masuk melalui pintu itu melainkan orang-orang berpuasa.

“Para Ulamak berkata pintu syurga yang sangat luas dan bertaubat atas dosa kita agar ada dalam bulan Ramadhan dalam dua keadaan iaitu takalli (kosongkan dan bersihkan hati) dan tahalli (indah perhiasan),

“dan lapan pintu syurga iaitu pintu taubat, solat, pintu yang dimasuki oleh orang bersih, zakat, sedekah, haji dan umrah dan orang berjuang menegakkan agama Allah serta orang yang suka merapatkan hubungan silaturrahim,
“serta salah satu pintunya bagi orang berjihad bagi dan orang yang menunaikan ibadat kemudian orang yang menunaikan puasa akan masuk dan pintu tersebut dan dikunci,” ujarnya.

Menurutnya, marilah kita mengambil sedikit masa untuk memenuhi rohani duduk di majlis ilmu untuk tambah keyakinan supaya kita percaya kita betul-betul kenal Allah SWT.

“Allah akan bagi pahala sekiranya buat amal soleh dan berdoa pada Allah SWT agar dipilih dalam hamba –hamba yang bertakwa serta di masukkan ke dalam syurga melalui mana-mana pintu,” jelas beliau.

Sumber BO - 22-5-2018


















































Usaha Bina Dan Bangun Insan Rabbani

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu yang baharu sedang berusaha menyusun satu Institut Modal Insan yang berperanan untuk membina dan membangun serta melahirkan insan Rabbani yang hidup dengan agama Allah serta hidup sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ini merupakan kerja yang agak besar untuk membina masyarakat dan insan di negeri Terengganu.

Katanya, ia agar mereka hidup dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta melahirkan sebuah masyarakat dan negeri yang sejahtera.

“kami baru masuk ke Wisma Darul Iman bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan negeri,

“dan kami sedang merancang beberapa perkara bagi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas selesai menyampaikan tazkirah zohor di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada Sabtu, 20 Mei.

Katanya, beliau baru sahaja dilantik menunaikan satu portfolio iaitu satu bidang kuasa kerja pembangunan insan dakwah dan penerangan.

“Saya telah merancang beberapa program yang kita akan laksanakan untuk menyampaikan kepada rakyat,

“dan diwaktu yang sama kita juga mencuba untuk memperkasakan penerangan agar segala maklumat yang ada serta perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya perjalanan program yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar dan seluruh jentera kerajaan sampai kepada masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan mahu rakyat menilai bahawa kita sedang melakukan banyak perkara untuk kepentingan rakyat.

“Jadi bagilah ruang untuk kami mengurus dan mentadbir serta menyusun beberapa aktiviti- aktiviti untuk kepentingan masyarakat,” jelas YB Mohd Nor Hamzah lagi

Sumber BO - 21-5-2018

















































Manfaat Tanah Elak Alir Wang Ke Luar Negara

SETIU – Kerajaan negeri dibawah kepimpinan PAS akan memanfaatkan kesuburan dan keluasan tanah di negeri ini bagi memastikan bekalan sumber makanan mencukupi dan mengegelakkan pengaliran wang keluar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, segi karenah birokrasi akan dikurangkan supaya rakyat dapat menikmati faedah dan ruang masa yang ada.

“Kita sangat menghargai kerjasama yang dibuka diantara kerajaan negeri dan pusat serta semalam Datuk Baharuddin iaitu Pegawai Khas kepada Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas tani menelefon secara peribadi untuk bincang secara santai,

“apa yang boleh dimanfaatkan daripada peruntukan kerajaan pusat walaupun kerajaan pusat dan negeri diperintah oleh parti yang berbeza supaya kita tidak ketinggalan,

“serta memanfaatkan bumi yang dianugerahkan oleh Allah dengan tanah yang luas dan subur dan insya Allah pihak kerajaan akan cuba bantu sedaya upaya mungkin dengan kerjasama dengan jabatan yang berkaitan supaya ruang boleh dimanfaatkan secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa melawat Projek Nanas MD2 Bukit Kecil, pada Jumaat, 18 Mei.

Menurut beliau, satu program yang dipanggil sumber kekayaan baru dalam sektor pertanian di bawah kementerian, akan dikembangkan.

Kata Dr Azman, katanya, ia termasuk tanaman durian, jagung bijian, tanaman kelapa, nanas dan tanaman rumput ‘napier’ untuk lembu tenusu serta kulinari bahagian masak memasak.

“Buah durian adalah salah satu daripada kita kata sumber kekayaan baru negara kerana mendapat pasaran di China dan juga di Hong kong serta Taiwan disebabkan harga dia mahal,

“dan nanas juga merupakan sumber kekayaan baru dan hari ini ada satu jenis nanas baru yang dipanggil nanas MD2 serta mempunyai kelebihannya yang manis dan tidak ada rasa gatal-gatal bila kita makan serta mendapat permintaan tinggi,”ujarnya.

Tambahnya, Lembaga Perindusrian Nanas negara menggalakkan para petani menanam tanaman nanas dan pihak Lembaga akan beri bantuan baja dan anak benih 20 ribu kali yang pertama bagi satu ekar.

“Penanaman kelapa dan nanas boleh diintergrasikan bermakna jarak durian biasanya orang tanam 40 kaki dan diantara pokk durian kita boleh bariskan dengan tanaman nanas,

“Jadi ini bermakna sementara menunggu durian dapat mengeluarkan buah dan kita boleh mendapat hasil daripada tanaman nanas,” jelasnya.

Sumber BO - 21-5-2018


















































Agih Sumbangan Tanpa Mengira Perbezaan Politik

SETIU – Pemuda PAS mengagihkan sumbangan yang diamanahkan oleh penderma kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan kefahaman dan ‘ideologi’ politik.

Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, kami mengagihkan sama rata kerana mereka adalah rakyat juga cuma berbeza kemampuan untuk menyara kehidupan seharian tambahan pula di bulan Ramadhan.

“Pengagihan sumbangan barangan keperluan asas ke POS Pemuda Cakna Batu Rakit yang baru diwujudkan pada hari selasa lalu,

“dan satu kejayaan yang besar dapat dilihat setelah ramai individu yang berbesar hati mengamanahkan kepada kumpulan pengurusan POS tersebut sepanjang POS itu dibuka,

“serta terdiri daripada kalangan Pemuda PAS Batu Rakit secara sukarela untuk berbakti tenaga dan masa agar sumbangan selamat diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga bekas calon PAS Batu Rakit berkata demikian dalam laman sosial pada hari Jumaat, 18 Mei.

Katanya, permulaan pengagihan sumbangan berjaya disalurkan lebih 20 buah keluarga di sekitar Kampung Pengkalan Atap, Kubur Timah, Mengabang Lekor, Pantai Batu Rakit, Tanjung, Wakaf Tengah dan Darat Batu Rakit.

Beliau berkata, golongan penerima yang dimaksudkan adalah terdiri daripada fakir miskin, orang sakit, ibu tunggal, anak yatim, dan mana-mana individu serta keluarga yang betul-betul memerlukan.

“Setakat ini tiga POS Cakna telah diwujudkan sebagai tempat penyimpanan barangan keperluan asas tersebut iaitu di Kampung Padang Polis berdekatan bulatan, kedai Kak Tie di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA) di Kampung Maras, dan hadapan rumah Suhaimi (Pok Mi Ikan) di Kampung Tanjung Gelam Mengabang Telipot,

“dan Insya Allah kami akan meluaskan lagi lokasi bagi tujuan baik ini di lain tempat agar semua pihak dapat berkongsi hasil pendapatan serta sumbangan mereka kepada masyarakat setempat yang kurang bernasib baik,” ujarnya.

Menurutnya, sumbangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, telur, tepung gandum, biskut dan lain-lain diperlukan mengikut kemampuan para penderma.

“Sepanjang tempoh program ‘Cak’ne Golongan Miskin” diadakan barangan keperluan tidak berhenti diterima dari pihak yang ringan menderma untuk berkongsi pendapatan mereka,
“dan dalam masa yang sama kami diberi banyak sokongan oleh masyarakat setempat malah ada juga dari luar agar program baik ini dilakukan secara berterusan agar dapat membasmi masalah kemiskinan.

“serta kami berusaha untuk menjayakannya sebagai satu kerja amal dengan niat kerana Allah Taala,” jelas beliau.

Sumber BO - 21-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Politik kasih sayang pacu perubahan


DALAM ucapan awalnya sewaktu dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR menyentuh soal 'kasih sayang' dan tentunya berkaitan soal 'persaudaraan' dalam mencorak masa depan negeri dengan slogan: Maju Berkat Sejahtera.

Kasih sayang, perkataan yang tidak kedengaran disebut oleh mana-mana pemimpin Pas selama ini dalam politik dan pentadbiran, diselit tentang usahanya mengemudikan negeri sekali gus diharap dapat mengikis sisa fahaman politik keterlaluan yang memisah hubungan sesama rakyat dan hubungan rakyat dengan kerajaan.

Beliau dianggap sebagai pemimpin tenang oleh rakanrakannya, mampu membawa ketenangan bagi negeri.

Wartawan MINGGUAN MALAYSIA, WAN ZULKIFLI WAN YAAKOB dan ROSALINDA SAID berpeluang menemui beliau di pejabatnya kelmarin yang antara lain bertanya ke mana arah hala tuju Terengganu selepas peralihan kuasa berjalan lancar dan tertib.

MINGGUAN: Siapa sebenarnya Dr. Ahmad Samsuri yang berkelulusan Ph.D dalam bidang aeroangkasa dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, malah mengejutkan ramai apabila dilantik sebagai Menteri Besar?

SAMSURI : Saya cuma budak kampung Pulau Panjang Jerteh Besut. Arwah ayah seorang guru, namun ada beberapa relung sawah di belakang rumah. Di situ salah satu medan permainan kami.

Tiada apa-apa istimewanya saya ini, yang menikmati sistem pendidikan negara yang mencorakkan pencapaian saya. Bermula dengan sekolah rendah di kampung sebelum ke Kuala Terengganu belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan kemudiannya ke universiti.

Apa yang mendekatkan dengan Pas sejak remaja?


SAMSURI: Saya berada dalam suasana politik di Pantai Timur. Setiap kali pilihan raya sebagai suatu musim pesta besar. Seronok tenguk bendera dikibar sana sini dan bersama dalam gerak kerja politik walaupun awalnya tak memahami dan menyedari arah tujunya.

Saya membesar ketika isu-isu yang panas era Islamisasi, zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO, memuncaknya isu kafir-mengkafir dan ceramah-ceramah yang hangat.

Selaku anak muda jauh dari kampung, kita akan mencari sesuatu untuk kekuatan diri merasa ketenangan apabila terlibat dalam aktiviti surau dan masjid. Zaman itulah zaman kuliah yang hangat di Rusila dan Batu Enam yang akhirnya mempengaruhi pendirian dan kefahaman saya.

Malah menjadi asas kepada penglibatan sebagai aktivis pelajar termasuk semasa di United Kingdom dan menjadi salah seorang kumpulan pemikir bagi Pas kemudiannya.

Dr. merupakan salah seorang perintis dalam program kejuruteraan aeroangkasa negara, suatu bidang strategik. Tidakkah pengaliran keluar ahli akademik dan teknokrat seperti Dr. ke dalam politik suatu kerugian bagi dunia akademik?

SAMSURI: Dahulunya bidang ini menggunakan kepakaran ekspatriat dari luar negara dan ia bergerak pantas sehingga saya menjadi penasihat Kementerian Pendidikan Tinggi dan terlibat dalam jemaah dekan progam kejuruteraan aeroangkasa negara dengan turut diminta menulis kertas Kabinet mengenai hala tujunya.

Saya telah buat perkara asas beri sumbangan selain penyelidikan. Saya rasa telah buat terbaik, dan dengan apprentice yang ada, cukuplah saya di situ untuk teroka bidang politik tanpa meninggalkan bidang berkenaan. Masing-masing ada rakan dalam industri penerbangan yang menghubungi dan dapatkan pandangan. Saya telah lepaskan baton untuk generasi berikutnya.

Keputusan pilihan raya seolah-olah memperlihatkan sokongan golongan muda di negeri-negeri dominasi Melayu kepada Pas meningkat, apabila mereka masih menaruh harapan kepada parti itu menterjemahkan pendekatan Islam. Adakah harapan mereka mampu diyakinkan dalam tempoh sepenggal ini?

SAMSURI: Saya mengambil kesempatan untuk menterjemahkan apa yang kita capai melalui politik Islam dalam masyarakat dengan pendekatan baharu lebih sesuai dengan suasana semasa, seiring dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.

Suasana politik beberapa dekad lalu mungkin sesuai pada waktu itu dengan pendekatan keras, lantang dan tegas namun suasana masyarakat dan politik kini berbeza yang memerlukan pendekatan berbeza.

Kita akan cuba yang terbaik dalam membudayakan kehidupan Islam dalam segenap bidang, mendahulukan apa yang perlu diutamakan. Tidak drastik agar tidak menimbulkan ketegangan dan kebimbingan.

Memulakan langkah awal pentadbiran dengan ungkapan kasih sayang. Mengapa sifat itu diberi keutamaan?

SAMSURI: Ini merupakan satu anjakan paradigma. Memahamkan masyarakat supaya jangan takut dengan politik dan perubahan, Kita nak bawa politik harmoni kasih sayang, tak timbul kebencian. Tiada pendekatan balas dendam, penuh kesederhanaan dan cakna kepada setiap permasalahan.

Sudah terlalu lama kita berpolitik sehingga berlaku ketegangan, bergaduh antara keluarga, tak bertegur sapa, nafsu amarah. Saya lahir di Besut, saya tahu suasana dan kesannya. Ini tidak membantu ke arah keharmonian negeri, tanpa keharmonian timbulah masalah sosial yang lain. Kita harus berani lakukan perubahan dengan politik kasih sayang.

Bersedia dan mampukah Pas menerajui negeri berdasarkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera dengan kemungkinan tanpa royalti minyak yang merupakan punca utama hasil negeri?

SAMSURI: itu adalah satu cabaran yang perlu kami lalui dengan landskap negara berbeza pada 1999 dulu (sewaktu Pas memerintah Terengganu) walaupun pemainnya yang sama ketika ini tetapi latar belakang politik semasa berbeza.

Kita akan ambil pendekatan berhemah, berbincang tentang keperluan membawa hasrat negeri dan rakyat berhubung sumber negeri ini dibincang dan diselesaikan bersama.

Selain royalti minyak yang menjadi punca melemahkan pentadbiran Pas pada masa silam, penubuhan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) sebagai penghubung di peringkat akar umbi menimbulkan keresahan. Adakah institusi ini akan dihidupkan semula?

SAMSURI : Kita masih belum putuskan lagi kerana perlu difikir lebih mendalam untuk penambahbaikan agar dapat menjaga kesejahteraan di peringkat kampung dan menjadi suara rakyat dan bersama dengan kerajaan negeri menggerakkan perubahan.

Sumber MR - 20-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


MB Terengganu tunggu masa sesuai jumpa Dr M bincang Royalti


KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu,” katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam di sini, hari ini.

Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai, apabila Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.

Mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Samsuri berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

Mengenai kewajaran meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula, Samsuri berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkannya lebih serius, dengan mengambil kira impak positifnya terhadap ekonomi dan rakyat Terengganu.

“Bagi saya, projek ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjana pertumbuhan ekonomi negeri terutama di kawasan yang akan terlibat sebagai hentian laluan kereta api ini.

“Saya berharap projek baik seperti ini akan diteruskan, asalkan tidak memberi bebanan kepada negeri dan rakyat negeri.”

Sumber MR - 20-5-2018























































Seluruh Rakyat Diseru Bersama Laksana Agenda Negeri

KUALA TERENGGANU – Tugas mengisi dan melaksanakan agenda negeri Terengganu bukan semata-mata dilaksanakan oleh Menteri Besar (MB) dan kepimpinan Exco kerajaan sahaja, tetapi seluruh rakyat terlibat sama.

Menteri Besar negeri Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, ia merupakan suatu tugas berat yang perlu dipikul setiap warga, tidak mengira samada seseorang itu berjawatan atau tidak.

“Kita semua adalah rakyat negeri Terengganu yang akan dilihat oleh rakan-rakan di negeri lain yang memerlukan contoh yang terbaik daripada negeri kita,

“supaya penduduk negeri lain tengok melihat negeri Terengganu bukan sahaja dari segi aspek kebersihan dan pertuturannya,

“tetapi melihat keperibadian dan akhlak yang dipunyai oleh rakyat negeri ini berada di tahap yang terbaik sehingga menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dan ucapan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Pengadang Baru pada Jumaat, 18 Mei.

Katanya, Rasulullah SAW sebagaimana yang disabda olehnya dalam satu hadis menyebut kepada kita ‘barangsiapa yang ingin diluaskan pintu rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim’.

“inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dan menjadi tugas dan tanggungjawab kita setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin menyebabkan sedikit sebanyak kecederaan (terluka) di dalam masyarakat,

“Maka dalam tempoh sekarang ini kita hendaklah merapatkan hubungan tali silaturrahim dalam masyarakat sesama jiran tetangga kampung halaman dan rakan sekerja,

“yang mungkin sebelum ini sepanjang tempoh berbulan-bulan yang lepas ada perkara yang timbul dalam perbincangan masing-masing,

“dan menyebabkan suasana tidak aman serta mengguriskan hati masing-masing,” ujarnya.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil semangat daripda Rasulullah SAW untuk merapatkan saff dan bersama-sama membina dan mengisi kemenangan dalam PRU yang baru sahaja berakhir.

Sumber BO - 20-5-2018
























































Why PAS Surpassed Expectations In Malaysia’s GE And Is New Forbearer Of Malay Politics

By Mohamed Nawab Mohamed Osman

The outcome of the 14th Malaysian General Elections has proven most political observers of Malaysia completely wrong.

Most analyses before the election had predicted that Parti Islam Se-Malaysia (PAS) would be completely wiped out from the political map of Malaysia. The argument was that it had little appeal outside its stronghold of Kelantan, where voters’ unhappiness with bread and butter issues might have even undermined PAS’ rule of the northern state.

During the campaigning period, however, I was in the field in northern Malaysia and expected otherwise: That PAS would retain Kelantan, take over Terengganu and be a major player in a hung state assembly in Kedah because of the sheer number of people expressing their support for it and the lack of confidence of many Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH) candidates in these states.

Going forward, it is now likely that PAS will replace the United Malays National Organisation (Umno) as the standard bearer of Malay politics.

Heading into the election, PAS had set a few key objectives: Defend Kelantan, take over the state governments of Kedah and Terengganu, and cause an upset in Pahang. Party leaders also focused on winning state seats rather than parliamentary seats. In the 2013 elections, the party won 21 parliamentary seats and 88 state seats, and captured 14.7 per cent of the popular vote.

In 2015, seven of its parliamentarians and seven of its state assemblymen left to join the breakaway Parti Amanah Nasional (Amanah).

Party leaders therefore viewed its tally of winning 18 parliamentary and 90 state seats, as well as capturing 17 per cent of the popular vote, as a better performance in the polls this time around.

In 2015, party president Hadi Awang charted a new strategy for the party, titled Politik Matang Sejahtera (The Politics of Maturity and Prosperity).

Under this new strategy, PAS decided to take a softer approach in dealing with Umno.

While most observers noted that this strategy marked the beginning of a tacit agreement between PAS and Umno, the Islamic party’s leaders explained that it was instead aimed at winning over Umno members and supporters, many of whom had become disillusioned with the party because of the cloud of corruption hanging over it.

The party also changed its campaign strategy, using its massive grassroots machinery to identify every single family that might be inclined to vote for Umno but was undecided. Members of the Dewan Muslimat, the party’s formidable women’s wing, would visit these families to persuade them to support PAS.

The party also organised events ranging from soccer tournaments for youth to mini-festivals featuring celebrities who were PAS supporters.

One such event in Kota Baru, Kelantan, saw popular actor Mustapha Kamal making a plea to voters to defend the PAS-led state government as the last bastion of Islam in Malaysia.

PAS also focused its campaign on bread and butter issues and adopted a highly populist manifesto, promising to end the Goods and Services tax, among other things.

Perhaps most importantly, Amanah was not an important factor in both Kelantan and Terengganu, with many of its leaders, including Nik Omar Nik Aziz, its chief minister candidate for Kelantan, losing their election deposit.

PAS’ success can be attributed to several factors.

The party’s membership stands at slightly more than a million. Unlike the members of other parties, they are extremely loyal to PAS and would vote for any candidate it fields.

PAS has also used its network of childcare centres, kindergartens, primary schools, secondary schools and Islamic religious schools to build future cadres for the party.

The Pusat Asuhan Tunas Islam, set up in 1988, has had the largest network of kindergartens in the country since the late 1990s.

PAS continues to maintain ties with children who attended these kindergartens as a pipeline for future cadres.

Many of these children are now part of the party’s youth wing or are staunch supporters.

While many critics have referred to PAS as the party Pak Lebai (party for the elderly, religiously educated folks), it has attracted well-educated, professional Muslims, who are responsible for its political approach and mobilisation strategies.

The large number of religious scholars who are loyal party members has also provided the party with access to the wide network of religious classes and mosques in the country. In addition, many celebrity preachers, such as the Terengganu-based Ustaz Azhar Idrus, are supporters. The combination of these professionals and religious scholars within the party has made PAS one of the strongest cadre-based parties in Malaysia.

Despite all this, PAS is still being dismissed as a non-entity in the Malaysian political scene.

One commentator opined that support for PAS was an indication of the public’s eagerness to reject former premier Najib Razak, and that the party was fortunate enough to be an Opposition force that was familiar enough to voters.

Such claims reflect a lack of understanding of the party’s appeal, and ignore the results of GE14.

Besides winning by big margins, both at the parliamentary and state levels in Terengganu and Kelantan, PAS emerged second in contests for eight parliamentary and 21 state seats in Pahang, five parliamentary and 13 state seats in Perak, and six state seats in Selangor.

Most of these seats are traditional Umno strongholds, which point to support by Umno members and supporters for PAS instead of other parties.

Without state resources in a patronage system, it is highly unlikely that Umno can regain lost ground.
PAS, therefore, will gain the most from Umno’s failures, especially in the north of the country.

ABOUT THE AUTHOR: Dr Mohamed Nawab Mohamed Osman is Coordinator of Malaysia Programme at the S Rajaratnam School of International Studies (RSIS). This is part of a series of commentaries on the 14th Malaysian General Election by RSIS.

Sumber BO - 20-5-2018

























































Kepimpinan Kerajaan Baharu Akan Mengambil Tanggungjawab

KEMAMAN – Kepimpinan kerajaan PAS yang baharu bertanggungjawab akan menyelesaikan masalah perkhidmatan pengangkutan bas bandar yang dikenali ‘Kemaman Shuttle’ yang ditamatkan sebaik sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional YB Haji Hanafiah Mat berkata, perkhidmatan bas tersebut yang dahulunya memberi manfaat kepada masyarakat.
“Saya memandang serius masalah pengangkutan awam di Bandar Chukai ini dan kepentingan rakyat perlu diambil berat lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana,
“dan penduduk di sekitar Kemaman menghadapi kesulitan kerana tiada lagi perkhidmatan bas bandar di daerah selatan negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas majlis kesyukuran sempena kemenangan PAS bagi DUN Chukai di Banggol Square.

Katanya, situasi ini telah menyukarkan rakyat yang hendak berurusan di bandar lebih-lebih lagi masyarakat luar bandar.

Oleh itu masalah ini telah menyentuh nurani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dan kerajaan meminta supaya diberi sedikit masa untuk menangani masalah ini.
“Majlis kesyukuran tersebut telah dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang teruja dengan kemenangan PAS di DUN Chukai,
“dan juga sebagai meraikan para petugas parti yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-14 sehingga hari mengundi,”ujarnya.
Justeru, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, pengorbanan wang ringgit dan masa serta tenaga setiap ‘amilin’ demi melihat PAS kembali memerintah negeri Terengganu.

Sumber BO - 19-5-2018


























































Adun PAS Kemasik iltizam atasi miskin tegar

DETIK pertemuan mereka bermula apabila Mohammad Fazrul Hisyam Ismail, 24, pengawal keselamatan di salah sebuah bank komersil di Kertih diperkenalkan kepada Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili oleh kakitangan bank berkenaan ketika sedang berurusan di situ, pada petang kelmarin.
"Maaf YB, dok cam (tak kenal) pulak kiter, (pula kita)" sapa Fazrul, malu.
" Dok (tak) apa," balas Ir Saiful bersahaja.
"Tolong YB, kiter nok (nak) rumah....anak tiga doh loni (sekarang), duduk dalam pondok robek jer (buruk saja)," luah Fazrul.
" Dok mana?" tanya wakil rakyat itu ringkas.
"Kemasik, belakang Mesra Mall. Marilah YB tengok pondok buruk kiter," pelawanya.
"Insya-Allah, ambe (saya) cuba turun tengok, tapi tak leh janji bila," balas Ir Saiful.
Rupa-rupanya, Adun baharu PAS itu mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk muncul di hadapan teratak Fazrul sekeluarga.
Pagi Jumaat, hari kedua Ramadan adalah hari yang cukup bermakna untuk Fazrul, isteri dan anak-anak apabila wakil rakyat muda itu dengan tidak kekok bersimpuh bertanya khabar mereka anak-beranak.
Bapa muda ini sebenarnya, berkongsi kehidupan dengan isterinya, Nur Atiqah Wahamizan, 22, serta tiga anak.
Puteri sulong berusia empat tahun bernama Nurul Arissa Farhana, anak kedua pasangan ini juga perempuan, berusia dua tahun diberi nama Nurul Auni Farzana dan anak ketiga mereka, lelaki bernama Mohammad Aryan Fakhir, lahir pada 27 Mac 2018 lalu.
Meraih pendapatan bersih sebagai pengawal keselamatan sekadar RM800 sebulan, namun keluarga ini cukup bertuah apabila turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400 sebulan.
Pondok yang didiami Fazrul sekeluarga dibina di atas tanah kerajaan sejak mula-mula berkahwin dengan Nur Atiqah lima tahun lalu. Bahan binaan pula adalah kayu-kayu terpakai dan dibangunkan sendiri oleh beliau.
Ir Saiful Azmi kelihatan cukup tersentuh hati melihat kedaifan kediaman Fazrul. Terdiam beliau seketika, sebelum keluar bait- bait kata.
"Dah lama kita buat ziarah kebajikan seluruh kawasan Dun, namun masih ada yang tersisih dari pengetahuan.
"Saya amat memahami dan prihatin akan isu ini, berazam sepenuhnya untuk membasmi masalah miskin tegar dan keperluan rumah rakyat di kawasan kita ini, insya-Allah.
"Saya berjanji untuk cuba menyelesaikan masalah tempat tinggal Fazrul dan keluarga sewajarnya dan doakan saya diberi kekuatan untuk berada bersama rakyat melestarikan Kemasik Sejahtera," iltizam beliau menunai impian. -HARAKAHDAILY 19/5/2018

Sumber HD - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Kedekut MB Terengganu baharu beli stokin 3 pasang RM5


Heboh di media sosial, menjadi viral gambar yang diambil oleh seorang pengujung pasar di Rusila memaparkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, MB Terengganu baharu sedang memilih stokin baharunya. Harga untuk stokin berkenaan ialah RM5 untuk 3 pasang.

"Kedekut rupanya MB aku..." tulisan ringkas dalan facebook. Rata-rata netizen yang membuat komen memuji sikap Dr Samsuri yang juga zuhud mewarisi kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terkenal dengan sikap rendah diri. Lihat rumah bekas MB PAS, kata-kata komen facebook berkenaan.


Dr. Ahmad Samsuri juga memulakan tugas dengan petunjuk yang baik kepada rakyat Terengganu. Contohnya menghidupkan solat di Wisma Darul Iman dengan kakitangan sangat dipuji.



Komen secara rambang juga memuji cara beliau mengurus. "Simple dan mudah ditemui" kata orang ramai orang yang ditemui jika bertanya apa komen mereka dengan MB baharu ini. Orang Terengganu kata "mudah base".




Semoga Terengganu aman, makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan Islam dan ulama. Ini yang rakyat mahu.

Sumber MR - 19-5-2018




























































Kesederhanaan Menteri Besar Terengganu

MARANG: Jawatan yang tinggi dalam 
kerajaan negeri tidaklah menjadikan 
pemimpin PAS mudah lupa diri. 
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang 
dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu 
yang baharu tidak berubah seperti kehidupan harian sebelumnya. 
Semalam, beliau dan isteri meninjau di pasar mingguan di Kampung Rusila yang menjadi 
tumpuan ribuan rakyat setiap minggu. 
Rutinnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula menyampaikan kuliah 
pagi Jumaat di masjid berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu. 
Namun, apa yang menariknya Menteri Besar itu bersama isterinya turut berbelanja dapur 
membeli sayuran dan buah-buahan. 
Orang ramai yang berada di pasar tersebut turut teruja apabila melihat pemimpin nombor 
‘wahid’ negeri Terengganu itu tidak janggal turun sendiri ke pasar. 
Malah, Harakah sempat merakamkan Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan 
Negeri (Adun) Rhu Rendang berbelanja di pasar itu. 
Maka, kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Terengganu itu wajar dicontohi 
oleh mana-mana pemimpin dan rakyat sekalipun. 
Selepas selesai kuliah itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi turut mengimamkan solat dua 
jenazah di Masjid Rusila, Marang. - HARAKAHDAILY 19/5/2018










Dr Ahmad Samsuri mengambil wuduk di kolah Masjid Rusila.











Dr Ahmad Samsuri menyantuni peniaga di pasar pagi Jumaat Rusila.













Bersama isteri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman membeli sayur.











Membeli serbuk kopi.










Memilih stokin.











Menyantuni orang ramai yang berada di pekarangan Masjid Rusila
Sumber HD - 19-5-2018 

Sabtu, 19 Mei 2018


Islam 'sokmo', Terengganu pindah pekerja seni langgar syariat


KUALA TERENGGANU, 18 Mei — Kakitangan awam Terengganu yang terlibat dalam aktiviti seni dan budaya tidak bercirikan Islam, akan diserap ke jabatan lain, kata exconya.

Ariffin Deraman berkata pihaknya sedang menyemak kelulusan pendidikan staf tersebut supaya ditempatkan ke jabatan atau bahagian bersesuaian, lapor Berita Harian.

“Kerajaan negeri akan mengubah aktiviti kesenian kepada yang bercirikan Islam,” tegas pengerusi jawatankuasa pelancongan, kebudayaan dan teknologi maklumat.

“Mana-mana kakitangan yang sebelum ini bertugas dalam aktiviti seni yang tidak dibenarkan contohnya penari wanita akan diserap ke tempat lain.”

“Kita akan semak dulu kelulusan pendidikan mereka supaya dapat dipindahkan ke bahagian yang bersesuaian dengan kelulusan.”

Pada masa yang sama, beliau menafikan desas desus pekerja “ad-hoc” kesenian bakal ditamatkan kontrak, tetapi kerajaan negeri belum memutuskan status mereka lagi.

“[Kita] akan meneliti dulu segala yang berkaitan sebelum mengambil keputusan,” katanya, yang akan mengkaji beberapa produk pelancongan demi mencatatkan keuntungan.

Sumber MR - 19-5-2018































































Kemenangan satu ujian - Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan itu satu amanah dan ujian dari Allah S.W.T. 
Justeru kata beliau, kemenangan yang baharu dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu itu sangat berat untuk dipikulnya. 
"Kemenangan bukan untuk dirayakan tetapi kemenangan adalah satu ujian daripada Allah S.W.T 
"Kemenangan juga merupakan satu amanah dari Allah, yang tidak terkira beratnya untuk seluruh kepimpinan (PAS) yang telah memenangi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen dalam PRU14 lalu," ujarnya. 
Menteri Besar itu turut mengambil contoh kisah perbualan antara Khalifah Umar Abdul Aziz bersama isteri dan anaknya, yang berlaku pada 10 Safar tahun 99 Hijrah sebagai pedoman. 
"Aku termenung dan terpaku memikirkan nasib fakir miskin yang sedang kelaparan dan tidak mendapat perhatian daripada pemimpinnya. Aku juga memikirkan orang-orang yang sedang sakit tidak mendapat ubat yang memadai. 
"Hal yang sama terfikir oleh aku, tentang orang yang tidak mampu membeli pakaiannya, orang-orang yang selama ini dizalimi dan tidak ada yang membelanya. Mereka yang mempunyai keluarga yang ramai dan hanya memiliki sedikit harta. 
"Orang-orang tua yang tidak berdaya, orang-orang yang menderita di seluruh pelusuk negeri ini dan sebagainya. Aku sedar dan memahami sepenuh hati bahawa Allah SWT akan pasti meminta pertanggungjawaban dariku. Sebab, hal ini amanah yang terpikul dibahuku. 
"Namun aku bimbang dan ragu, apakah aku sanggup dan mampu membuktikan kepada Allah S.W.T, bahawa aku telah melaksanakan amanah ini dengan baik dan benar sesuai dengan tuntutan Allah S.W.T. 
"Atas dasar inilah wahai isteri dan anakku, Aku menangis mengingatkan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT," ujarnya memetik perbualan tersebut. 
Menurutnya, tugas besar hari ini bagaimana mahu mengisi kemenangan yang lebih berat dari mencapai kemenangan. 
"Kita ingin mengisi kemenangan dengan penuh perasaan tanggungjawab kerana manifesto yang telah kita (PAS) istiharkan kepada rakyat. Tugas mengisi kemenangan ini sudah tentunya lebih sukar dari mencapai kemenangan. 
"Kita sama-sama bertanggungjawab membangunkan cara hidup beragama dalam kehidupan. Tanggungjawab kepada negeri, anggota pentadbiran kerajaan, kepada rakyat yang menyumbang pembangunan ekonomi negeri dan tanggungjawab kepada sesama manusia yang menjadi rakyat di negeri ini. 
"Kita tidak hanya mahu berjumpa dengan rakyat semasa musim pilihan raya sahaja," jelasnya. 
Pada 9 Mei lalu, PAS Terengganu berjaya memenangi 22 kerusi Dun dan enam kerusi Parlimen PRU14, sekaligus membentuk kerajaan baharu di negeri ini dan Barisan Nasional (BN) hanya 10 kerusi Dun dan dua parlimen. -HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018 































































KEMAS Nurseries Resume Operations As Usual – Dr. Samsuri

KUALA TERENGGANU — Operations of Nurseries in Terengganu under the Community Development Department (Kemas) will resume as usual, said Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

He said the new state government administration had decided that currently, the development of Kemas nurseries was not a priority.

“As such, let things run as usual because as I had stressed on earlier, we want to reduce disturbances on the administration and people’s dissatisfaction, especially on the issue of child education,” he told reporters after distributing ‘Bubur Lambuk’, a famous Malaysian Ramadan dish, at the grounds of Abidin Mosque, here today.

Since the PAS’ win in Terengganu in the 14th General Election on May 9, rumours had spread that imams would be dismissed and Kemas nurseries closed.

However, these rumours are fake news spread by irresponsible parties.
— BERNAMA

Sumber BO - 18-5-2018
































































MB Umum Portfolio Exco Terengganu

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu, hari ini mengumumkan tugasan portfolio masing-masing.

Portfolio itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, pada Rabu 16 Mei.
Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan Tanah dan Sumber Asli negeri, diterajui oleh Menteri Besar Terengganu sendiri.

“Yang Berhormat (YB), Ustaz Satiful Bahri Mamat, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.

“YB Dr Alias Razak, adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengajian Tinggi negeri. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri dan YB Dr Azman Ibrahim, pula Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri.

“Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, kepada YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar. YB Ariffin Deraman, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri.

“YB Hanafiah Mat, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri. YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, pula Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGOs negeri.

“YB Dr Mamat Puteh, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri. Dan YB Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman, adalah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,” jelas beliau ketika mengumumkannya di Wisma Darul Iman, hari ini, 16 Mei.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, agihan portfolio itu diberi tanggungjawab kepada 11 orang terdiri dari 10 ahli Exco Kerajaan Negeri dan dirinya selaku Menteri Besar Terengganu

Sumber BO - 17-5-2018


































































Signature Of JKKK Unnecessary For Applications

KUALA TERENGGANU: No signature of the Village Development and Security Committee (JKKK) head is required for any application by the people, said newly-minted Terengganu Mentri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

He said the decision was made to reduce bureaucratic red tape to facilitate the people’s affairs with government departments and agencies in the state.

“For example, prior to this, an application for a trading lot at the Ramadan bazaar required the applicant to get a signature from the JKKK head, but it is no longer necessary after this.

“The people can submit their application directly to the relevant government departments and agencies or district councils without having to undergo inconvenient procedures (JKKK signatures) as before,” he told reporters after chairing the first state executive council meeting at Wisma Darul Iman today.

In addition, Ahmad Samsuri also announced that the distribution of funds for Aidilfitri this year would be continued as normal and the application period for new applicants would be extended.

“As such, for those who feel they are eligible for the fund, they can send their applications (via online),” he said. — Bernama

Sumber BO - 17-5-2018

































































Pendidikan Agama Perlu Ditekankan

KUALA NERUS – Para guru harus menekankan pengajaran dan menerapkan nilai-nilai agama dalam diri pelajar sebagai asas dan teras dalam diri mereka supaya menjadi sumber tenaga manusia yang berintegriti kepada negara.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, guru mesti menjadi teladan yang baik untuk masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan kefahaman dan budaya luar pada zaman globalisasi dan tsunami informasi tanpa sempadan.

“Munculnya para pemimpin yang ‘korupsi’ adalah sangat malang kepada kita semua dan ia merupakan bukti kemuncak sesuatu tamadun sedang berada di ambang kejatuhan,

“aspek pendidikan mesti tetap dipastikan menjadi bidang terpenting dalam pembangunan rakyat dan negara ini.

“serta Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini pelbagai aspek landskap negara sedang mengalami perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya sempena sambutan Hari Guru pada Rabu, 16 Mei.
Katanya, peranan dan pengaruh warga pendidik ini tidak setakat di dalam bilik darjah bahkan mestilah dibawa sehingga ke dewan Parlimen.

“Warga pendidik mesti berani ke hadapan dan menonjolkan diri serta menguatkan suara bagi menyampaikan pandangan dan cadangan serta mengemukakan kritikan,

“dan individu yang dililih untuk menerajui kementerian berkaitan mesti dipastikan adalah dalam kalangan warga pendidik yang mempunyai pengalaman yang luas,

“serta berpengetahuan yang mendalam mengenai sektor pendidikan,”ujarnya.

Menurutnya, dasar dan polisi mestilah dipastikan demi kebaikan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan pemimpin serta parti tertentu.

“Golongan yang berilmu ini diangkat kedudukannya di sisi Allah adalah kerana kemuliaan ilmu itu sendiri dan pentingnya peranan golongan ini terhadap pembangunan tamadun kemanusiaan,

“dan tamadun mana pun sekiranya tidak memuliakan ilmu serta tidak menghormati guru pasti akan rebah binasa menyembah bumi,”jelasnya.

Justeru, inilah hakikat sebenarnya ‘murabbi’ bukan hanya sekadar mengajar subjek tetapi membina dan memelihara serta memacu kecemerlangan rakyat dan negara sehingga diberkati Tuhan sekalian alam.

Sumber BO - 17-5-2018



































































Royalti: Perlembagaan dan undang-undang

SEMASA pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (dan kemudiannya Malaysia), Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hanya membenarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen untuk melaksanakan sebahagian kuasa perundangan, serta membenarkan Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan sebahagian kuasa pentadbiran bagi tujuan pembentukan sebuah Persekutuan, kuasa tersebut dibenarkan dalam maksud yang terhad sepertimana yang diperuntukkan oleh Fasal 14(2) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Fasal 14(2) berbunyi; 
“Tidaklah apa-apa yang terkandung di dalam Fasal ini atau di dalam Fasal 15 akan menyebabkan tidak sah bagi Raja membuat satu Perjanjian dengan Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja bagi Negeri-negeri Melayu untuk membatalkan Perjanjian Persekutuan 1948 dan mengadakan syarat kerana Perlembagaan dan Kerajaan bagi sesebuah Negeri Persekutuan yang baharu dan merdeka di dalam Negeri British Komanwelnya, terdiri daripada Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat Melaka dan Pulau Pinang dan lain-lain jajahan yang harus akan diterima masuk ke dalam Persekutuan itu dari satu masa ke satu masa.”

Hubungan di antara negeri dan Persekutuan ada termaktub dalam peruntukan-peruntukan di bawah Bahagian Enam Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah tertakluk kepada Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. 
Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan Pelantar Benua di mana minyak atau petroleum dijumpai adalah dalam wilayah dan hak kedaulatan Negeri Terengganu, EEZ dan Pelantar Benua tidak pernah diserah atau dilepaskan maka ianya adalah kekal di bawah wilayah dan hak kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan menjadi milik Negeri. 
Mengikut Artikel 1(4) Perlembagaan Persekutuan, ZEE dan Pelantar Benua bukanlah dalam kawasan Wilayah Persekutuan. 
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kerajaan Terengganu tidak boleh malah ditegah sama sekali untuk menyerah atau melepaskan wilayah dan hak kedaulatan ke atas tanah, air dan hasil bumi termasuklah ZEE dan Pelantar Benua kepada Kerajaan Persekutuan.
Jika dirujuk kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu tidak pernah menyerah atau melepaskan hak ke atas hasil bumi kepada Kerajaan Persekutuan secara mutlak. 
Perenggan (j) Perkara 8 dalam Jadual Kesembilan Senarai Persekutuan hanyalah memberi kuasa kepada Parlimen untuk meregulasi ehwal perlombongan minyak dan hasil galian bagi tujuan tred, perdagangan dan perusahaan. 
Hanya terdapat Akta Parlimen yang tidak mempunyai bidangkuasa yang kompeten; Akta Perlombongan Petroleum 1966, Akta Pelantar Benua 1966, Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Akta Laut Wilayah 2012 yang menyerahkan hak kedaulatan Negeri (kawasan di Luar Pesisir Pantai) kepada Yang di-Pertuan Agong dan mengubah takat sempadan wilayah Negeri. 
Kerajaan Persekutuan sendiri telah meminta Negeri-negeri untuk menandatangani Perjanjian Pembangunan Petroleum bagi memberi hak kepada Petronas. Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan mengiktiraf bahawa hasil minyak yang ditemui di dalam kawasan ZEE dan Pelantar Benua adalah milik negeri. 
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengiktiraf hak kedaulatan kawasan Tanah luar Pesisir atau perairan negeri. Peristiwa terbaru, PM umumkan penemuan minyak di Bertam sebagai penemuan di dalam kawasan perairan Negeri Pahang, tidak diumumkan dalam pantai Malaysia. 
Ujian yang boleh digunakan untuk membuktikan hak kedaulatan Terengganu ke atas ZEE dan Pelantar Benua, apabila Singapura disingkir dari Malaysia, Singapura terus memiliki hak kedaulatan ke atas ZEE dan Pelantar Benua kawasan yang berdampingan dengan pantai Singapura, malah ECJ putuskan Pulau Batu Putih terletak di bawah kedaulatan Singapura. Sama halnya apabila berlaku pemisahan wilayah Sudan. 
Kerajaan Persekutuan mengiktiraf hak negeri ke atas petroleum. Dalam masa 22 tahun sehingga Mac 2000, Negeri Terengganu telah menerima bayaran tunai (royalti) sejumlah RM 7.13 billion. 
Kerajaan Terengganu di bawah PAS pada tahun 2001 telah menyaman Petronas apabila Kerajaan Persekutuan gagal meneruskan bayaran tunai sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perjanjian 1975. 
Dalam beberapa siri perundingan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam tahun 2012. Kerajaan Persekutuan telah meminta Kerajaan Negeri menarik balik saman dan bersetuju untuk teruskan bayaran tunai. 
Pembentukan kerajaan yang baru di Peringkat Persekutuan diharap memperbetulkan kesalahan yang berlaku dengan menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran yang sepatutnya kepada Kerajaan Terengganu seperti dikehendaki dalam perjanjian berkenaan. 
Sebarang pembentukan medium ketiga bagi menerima wang royalti berkenaan tanpa persetujuan Kerajaan Terengganu adalah tidak sah dan melanggar perjanjian berkenaan. Malaysia tidak perlu melantik wakil 'ala Residen British' di era penjajahan Inggeris atau orang tengah yang bertindak `ala Broker' bagi menguruskan wang royalti petroleum milik Terengganu. 
"Medium Ketiga" ala Residen British, atau Orang Tengah "ala Broker" akan hanya menjarakkan lagi hubungan kerja yang sepatutnya dipereratkan antara Kerajaan Terengganu dan Persekutuan dalam konteks kita berkongsi negara yang sama selaras semangat Federalism. 
Ia juga tidak efisyen dan merugikan negara kerana perlu mewujudkan satu jentera yang lain seolah-olah kerajaan dalam kerajaan bagi pengurusan wang berkenaan sedangkan Terengganu ada Kerajaannya sendiri yang dipilih secara proses demokratik.
Ia meningkatkan kos pengurusan dan terdedah kepada berulangnya salah laku seperti dilaporkan di dalam pelbagai Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini dalam pengurusan 'wang ehsan'. 
Ia tidak menghormati pilihan demokratik rakyat Terengganu dan penghinaan langsung kepada Kerajaan Terengganu yang berada di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, yang perlantikan Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kesemuanya dibuat dengan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. 
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu tidak pernah memberi perkenan kepada perlantikan sebarang pihak ketiga 'ala Residen British' di era penjajahan atau orang tengah 'ala Broker' untuk menguruskan wang yang menjadi hak Kerajaan Terengganu. 
Kembalikan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Malaysia dengan mengembalikan hak negeri Terengganu dalam isu royalti petroleum dan menghormati kedaulatan wilayah milik Negeri Terengganu termasuk perairannya dalam isu Telaga Minyak Bertam. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
16 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 16/5/2018








































































































































Sumber HD - 16-5-2018




































































Tidak timbul dengan siapa bekerjasama

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negeri ini.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, tidak kira atas apa jua isu yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negeri, PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak. 
Justeru, katanya tidak timbul persoalan dengan siapa yang kerajaan PAS hendak bekerjasama bagi membangunkan negeri ini.
“Bagi pihak PAS di negeri Terengganu, kita bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan rakyat termasuk isu royalti. 
“Dan tidak kiralah dalam apa jua isu, yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negeri. Jadi tidak timbul dengan siapa kita bekerjasama,” ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap agar generasi baharu dapat memahami pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan itu. 
“Saya percaya dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), dan generasi baharu yang ada pada hari ini hendaklah memahami politik untuk menyelesaikan masalah, bukan politik yang untuk menimbulkan masalah baru dalam masyarakat kita,” jelasnya.
Menteri Besar itu juga mengingatkan rakyat bahawa perbezaan politik dibolehkan selagi tidak menjejaskan kepentingan rakyat dan negeri.
“Pada hari ini sangat bersejarah kepada kerajaan negeri, di mana dapat diadakan majlis serahan tugas daripada Dato’ Seri Ahmad Razif kepada saya, selaku Menteri Besar Terengganu yang baharu. 
“Saya amat menghargai sesungguh-sungguhnya kedatangan Dato’ Seri Ahmad Razif ke Pejabat Menteri Besar pada hari ini. Ini suatu permulaan yang baik, bahawa kita di negeri Terengganu ini. 
“Kita boleh sahaja berpolitik dengan apa sahaja pegangan dan kefahaman. Tetapi, akhirnya kita ingin mencari yang terbaik untuk rakyat negeri Terengganu dan negeri Terengganu secara umumnya. 
“Saya bagi seluruh kepimpinan kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Ahmad Razif yang sudi bersama kita pada petang ini,” ujarnya. 
Sebelum itu, diadakan Majlis Serahan Tugas daripada bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada Dr Ahmad Samsuri yang disaksikan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri. 
Sementara itu, Ahmad Razif berjanji sedia membantu kerajaan PAS Terengganu membangunkan negeri ini jika diperlukan.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, turut merakamkan ucapan tahniah di atas kemenangan PAS negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu. 
“Saya ucap tahniahlah kepada parti PAS yang telah memenangi PRU14. Saya selaku Pengerusi Barisan Nasional menerima kekalahan ini dengan berlapang dada dan yang paling pentingnya untuk rakyat. 
“Selepas daripada ini, saya tidak ada masalah untuk membantu. Sekiranya tenaga saya dan rakan-rakan diperlukan, kerana yang paling penting hari ini ialah kita kena saling bantu-membantu, saling menolong. 
“Pilihan raya yang lepas itu lepaslah. Jadi apa yang perlu kita lihat bagaimana untuk memastikan bahawa rakyat itu akan mendapat manfaat daripada apa yang diperjuangkan. 
“Sama sahaja, mana-mana parti yang menang akan membuat yang terbaik untuk rakyat. Saya tidak ada masalah. Kita perlu berjiwa besar dan yang paling penting pada hari ini, kita perlu manfaatkan masa-masa yang mendatang itu dengan sebaik-baiknya,” jelas beliau.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Dato’ Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. – HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 115-5-2018 





































































Serah tugas MB Terengganu tertib

KUALA TERENGGANU: Majlis penyerahan tugas Menteri Besar Terengganu oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini petang ini, belangsung dalam suasana penuh tertib. 
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung semalam ditangguhkan ke hari ini ekoran bekas Menteri Besar, Ahmad Razif berada di ibu negara kerana menghadiri mesyuarat Umno. (Foto diambil daripada Fb Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.) 
Pemangku Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya dan ahli Exco kerajaan negeri turut hadir pada upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas. – HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 15-5-2018 







































































Terengganu Sets Targets To Spur Growth

The state government has set 10 main targets to propel Terengganu into a prosperous, developed and blessed state in the near future.

New Mentri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar said the targets were to spur Terengganu as a tourism corridor apart from serving as hubs for international Islamic education, regional products and seafood, batik, ship repairing and heavy industries.

In addition, Terengganu would also be a human resource development hub for the oil and gas industry and centre for the country’s mineral resource industry.

“We also have the integrated construction of the second phase of the East Coast Expressway (LPT2), the East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) and the East Coast Rail Link (ECRL) project.

“The agriculture and agro-based sectors will also be strengthened through a more comprehensive value chain concept,” he said in his speech at Wisma Darul Iman here today.

Ahmad Samsuri, who is also Rhu Rendang state assemblyman was sworn in as the new Terengganu mentri besar at Istana Syarqiyyah last Friday.

Meanwhile in a press conference, Ahmad Samsuri denied claims that the state government had dismissed the former government-appointed imam and had shut down the community hall as viralled on social media a few days ago.

“This is fake news and I understand that those responsible for raising the issue had apologised.

He said the people should not listen to false news as such directives were never issued. — Bernama

Sumber BO - 15-5-2018








































































Kemenangan kolektif - Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa gembira dan teruja dengan amanah bagi memimpin negeri.
Kata beliau, kegembiraan itu dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain kerana PAS bergerak secara kolektif dalam kerja politiknya.
"Tentunya (gembira) saya dan rakan-rakan yang lain. Sebab, kita bergerak secara kolektif, berkumpulan. Bersama rakan-rakan yang dipilih dan dilantik oleh rakyat. 
"Perasaan itu bercampur-campur, macam pasaran saham jugalah. Perasaan gembira, perasaan teruja untuk menjalankan tugas dan amanah. Dalam masa yang sama perasaan takut bagi melaksanakan amanah itu dengan sempurna. 
"Sebab, bagi kita (PAS) akhirnya akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala, bukan setakat habis atas dunia ini sahaja. Kita (PAS) akan cuba melaksanakan sebaik mungkin," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai perasaannya dapat menerajui negeri Terengganu, selepas solat hajat kesyukuran di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Beliau turut menyarankan kepada rakyat agar menyokong usaha kerajaan negeri yang baik dan betul.  
Namun katanya, jika kepimpinan kerajaan negeri ini melakukan kesilapan maka tegurlah dalam melaksanakan tugas tersebut.
"Sekiranya kami (kerajaan) melaksanakannya dengan baik dan betul ikutlah. Sekiranya kami melakukan kesilapan, maka tegurlah, bimbinglah dan bantulah kami dalam melaksanakan tugas ini dengan sempurna. 
"Rakyat adalah penerima objektif yang paling besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu," tegasnya. 
Selain itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, Kerajaan PAS Terengganu akan mengguna-pakai Bajet negeri yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya.
"Oleh kerana, Bajet 2018 itu telah diluluskan (sebelum ini). Kita (PAS) akan mengguna-pakai tetapi dalam masa yang sama sudah tentulah akan berlaku adjustment ataupun perubahan dan penambah-baikan, yang perlu dilakukan untuk memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri," jelasnya kepad media.
Hadir sama pada sidang media itu, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abd Hamid dan Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat. -HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 15-5-2018 









































































Selasa, 15 Mei 2018


Rakyat mesti terus pantau & kawal kerajaan baru pasca PRU-14


 1. Tsunami politik baru sahaja berlaku sehinggakan Kerajaan Persekutuan beralih teraju daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH). Kerajaan-kerajaan negeri juga hampir semuanya dilanda perubahan yang sama. BN hanya menguasai dua negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis.

2. Tanpa dapat dinafikan, PAS juga sebahagian daripada tsunami itu; kerana itu PAS kekal di Kelantan dan memenangi Terengganu selain berjaya menambah jumlah kerusi DUN di seluruh negara dan meraih kemenangan di 18 kerusi Parlimen.

3. Keputusan PRU14 ini menunjukkan tekad rakyat bagi menterjemahkan penolakan terhadap dasar dan polisi Kerajaan yang diterajui oleh BN selama ini yang telah membebankan kehidupan mereka.

4. Sekalipun pelbagai habuan bernilai besar masih dihidangkan sehinggakan pada malam terakhir sebelum hari pengundian, rakyat tetap memilih untuk tidak lagi mengundi BN.

5. Rakyat mahukan perubahan. Perubahan yang lebih baik berbanding yang sedia ada. Rakyat mahukan pemimpin yang berintegriti dan berakhlak; pengurusan ekonomi yang adil dan diberkati; kerjasama semua pihak dalam seruan dan gerakan kebaikan dan kebajikan; pencegahan salah laku dan jenayah yang berkesan serta gagasan kenegaraan jangka panjang yang lebih terarah dan menyeluruh.

6. Maka selesailah sudah episod pemilihan dengan tumbangnya BN yang telah luput ciri-ciri ini setelah 60 tahun memerintah Malaysia.

7. Kini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sedang dalam proses melengkapkan pembentukan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab terhadap negara atau negeri dan rakyat.

8. Kita selaku pengundi yang telah membuat pilihan pada PRU14 baru-baru ini mesti terus menjalankan kewajipan berikutnya iaitu memantau dan mengawal kerajaan yang baru dibentuk ini. Dibimbangi, sekiranya kita terlalu selesa selepas telah tumbangnya BN, akan muncul lagi BN kedua dengan nama yang baru.

9. Kita mesti memastikan dasar dan polisi yang digubal kerajaan adalah seimbang dan baik untuk rakyat dan negara serta berteraskan perlembagaan dan undang-undang. Kita mesti memastikan orang yang betul diletakkan di tempat yang betul bagi melaksanakan potrtfolio kementerian dan jawatankuasa yang diwujudkan. Kita mesti memastikan projek dan program yang disusun dilaksanakan secara telus, bebas rasuah dan kronisme.

10. Sekiranya kelihatan tanda-tanda ke arah sebaliknya, bahkan sebelum ia berlaku pun, kita mesti melakukan Amr bil Ma'ruf wa Nahy an al-Munkar terhadap kerajaan yang memerintah, bermula dengan memberikan nasihat dan teguran disusuli dengan tindakan yang lebih tegas jika perlu.

11. Pendirian dan sikap PAS terhadap Kerajaan Persekutuan tetap sama tanpa mengira DS Najib Razak atau Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, tanpa mengira BN atau PH yang menerajui kerajaan adalah sama sahaja iaitu taawun.(kerjasama) atas dasar kebajikan dan taqwa.

12. PAS sedia menyokong dan menolong pada perkara yang baik. Namun, PAS juga bersedia membantah dan menghalang apa juga tindakan yang merugikan rakyat dan negara lebih-lebih lagi yang membelakangkan kedudukan dan peranan Islam dan umat Islam di negara ini yang telah dijamin oleh perlembagaan.

13. Justeru, saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk kita terus menjadi pengundi yang bertanggungjawab bukan sahaja dengan membuang undi pada hari pengundian, bahkan juga menjadi pemantau dan pengawal yang berkesan sepanjang tempoh mandat memerintah ini diberikan kepada parti-parti politik berkenaan.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada tipu daya dan bala bencana.

Sekian.

YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber MR - 15-5-2018











































































Beri kepercayaan urus kewangan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu menuntut hak kebebasan bagi mengurus tadbir sumber kewangannya tanpa campur tangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berharap agar Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran PH memberi kepercayaan mengurus kepada negeri. 
Ini kerana katanya, pengalaman Kerajaan PAS Terengganu semasa era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) berlaku campur tangan itu. 
"Ketika kita (PAS) mentadbir Terengganu pada tahun 1999-2004, royalti minyak terakhir yang diterima kerajaan negeri pada tahun 2000, dan selepas itu kerajaan pusat potong royalti. 
"Mereka (BN) ganti dengan wang ehsan atau dana khas yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) di setiap daerah. 
"Situasi itu menjadikan berlakunya dua pentadbiran kewangan iaitu dari kerajaan negeri dan JPP. Kali ini, kita (PAS) tidak mahu perkara sama berlaku dan biarkan Kerajaan PAS Terengganu mengurus sendiri pentadbiran kewangan negeri," ujarnya. 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, mendesak agar Kerajaan Pusat dapat mengotakan janji pilihan rayanya. 
Menurutnya, meskipun Kerajaan Persekutuan telah bertukar daripada BN kepada PH, janji Kerajaan PH mesti ditunaikan bagi mengembalikan wang royalti minyak Terengganu dan Kelantan. 
Ustaz Wan Sukairi bertanding di Dun Wakaf Mempelam menggantikan penyandangnya, Mohd Abdul Wahid Endut pada PRU14 lalu dan menang dengan majoriti 7,378 undi. 
Calon BN, Salleh Othman mendapat 7,418 undi dan calon Parti KeADILan Rakyat (PKR), Zubir Mohamed (1,589) undi. Manakala, Ustaz Wan Sukairi mendapat 14,796 undi. -HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 15-5-2018









































































MB Terengganu mula tugas dengan tertib

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas pada hari pertama di pejabatnya di Wisma Darul Iman, dengan tertib. 
Ketibaannya 8.45 pagi disambut oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ A Rahman Yahya, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri. 
Seterusnya, beliau dibawa naik ke tingkat 16 pejabat Menteri Besar serta memasukkan kad perakam waktu tepat jam 8.50 pagi.
Selepas itu, Dr Ahmad Samsuri dibawa semula turun untuk solat hajat kesyukuran yang diimamkan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Besar Wisma Darul Iman. 
Beliau turut menyampaikan ucapan sulungnya di hadapan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan Wisma Darul Iman. 
Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut menekankan agenda Pelan Induk Sejahtera yang bermatlamatkan “Maju, Berkat dan Sejahtera”.
“Maju, iaitu pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang menyelesaikan masalah rakyat. Pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang melahirkan masyaraat yang intelek dan berdaya saing. Kelestarian pembangunan berasaskan prinsip Islam.
“Berkat, iaitu prinsip Islam dijadikan asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas riba, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Penghayatan taqwa menjadi asas terpenting dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat. 
“Sejahtera, iaitu konsep keselamatan adalah meminimakan kebimbangan ancaman jenayah, masalah sosial dan kesan bencana kepada rakyat. Konsep berkebajikan aalah menggabung-jalinkan peranan dan sumbangan kerajaan, badan korporat dan rakyat untuk membangunkan negeri. Konsep kemakmuran adalah perkongsian pembangunan dan hasil negeri yang dinikmati oleh semua masyarakat,” ujarnya.
Majlis penyerahan tugas yang dijadualkan hari ini antara mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada Dr Ahmad Samsuri ditunda pada esoknya, 15 Mei 2018. – HARAKAHDAILY 14/5/2018






























































































































































Sumber HD - 14-5-2018











































































Bekerjalah bersama kami - MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak, semua pihak berganding bahu bagi membina dan membangunkan negeri Terengganu. 
Justeru, katanya peranan pembuat dasar, pelaksana strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan negeri dan seluruh jentera kerajaan serta rakyat adalah sama penting. 
“Bekerjalah bersama kami dan bukan hanya bekerja untuk kami. Matlamat kita adalah besar, membawa agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera. 
“Ucapan ringkas ini, saya berpesan pada diri saya dan semua yang hadir bahawa kitalah sebenarnya yang menggalas tanggungjawab untuk membawa negeri Terengganu ke era baharu, menuju kenyataan iaitu ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’.
“Prinsip dan dasarnya menjadikan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, ilmu, akhlak dan inovasi sebagai asas membinapelan induk negeri ke arah yang cemerlang dan menjadi negeri contoh,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya selepas mula masuk ke pejabat Menteri Besar dan solat hajat kesyukuran di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini. 
Dr Ahmad Samsuri turut menghuraikan matlamat kerajaan PAS Terengganu, mahu negeri ini menjadi maju, berkat dan sejahtera.
“Kita mempunyai sasaran untuk menjadikan negeri Terengganu yang kita cintai ini sebagai pertama, Terengganu koridor pelancongan Islam antarabangsa. Kedua, Hub Pendidikan Islam antarabangsa. Ketiga, Hub industri produk dan makanan laut serantau.
“Keempat, hub industri batik dunia. Kelima, hab industri pembangunan dan pembaik-pulih kapal negara. Keenam, Hub pembangunan sumber manusia bagi industri minyak dan gas. 
“Ketujuh, Hub industri galian negara. Kelapan, Hub industri pembekal air. Kesembilan, pembangunan bersepadu dengan jaringan LPT2, ECER, ECRL dan lain-lain. 
“Ke-10, pemerkasaan pertanian dan asas tani menerusi Rantaian Nilai Lengkap (complete value chains),” jelasnya.
Presiden PAS yang juga mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengimamkan solat hajat itu bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri dan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.

Hadir sama pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Dato’ Husain Awang dan ramai lagi. 
PAS Terengganu kembali semula ke Wisma Darul Iman buat kali ketiganya setelah memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu. – HARAKAHDAILY 14/5/2018
Sumber HD - 14-5-2018 












































































Harapan Pasca PRU Ke-14

Keputusan PRU ke 14 menyaksikan perubahan besar lanskap politik negara apabila BN jatuh dan digantikan oleh PH memerintah kerajaan Persekutuan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan khususnya kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri baru.

Penghapusan GST yang diumumkan semalam oleh Tun M adalah satu kemenangan buat rakyat yang hampir total menolak BN. Subsidi harga minyak dijangka akan dikembalikan. Pengalaman Tun M menghadapi krisis ekonomi 1997 diharap berjaya memulihkan situasi ekonomi negara. Rakyat mengharapkan satu perubahan besar terhadap kehidupan berekonomi mereka.

Kemenangan PAS di 2 buah negeri Kelantan dan Terengganu boleh menjadi tapak untuk memperkukuhkan lagi wawasan politik PAS sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita menjadikan Islam sebagai asas bernegara. Harapan PAS agar kerajaan PH tidak mewarisi sikap lama BN yang tidak menghormati konsep federalisma dan memberikan hak-hak sewajarnya bagi setiap negeri meskipun diperintah oleh parti berbeza dengan kerajaan pusat.

BN khususnya UMNO perlu mengambil peluang untuk menilai kembali parti mereka dan belajar menjadi pembangkang. Namun, dalam masa yang sama tindakan melompat parti perlu dihentikan bagi menghormati mandat rakyat. PH pula jika situasi politik terus kurang stabil boleh mengambil inisiatif berani
memperkenalkan kerajaan perpaduan (unity goverment) iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang melibatkan semua parti.

Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan perlu terus memperkukuhkan Islam sebagai teras bernegara. Ia menjadi tanggungjawab besar kerajaan PH khususnya ahli parlimen muslim dalam PH.

Saya doakan agar negara dalam 5 tahun ke hadapan berada di tahap jauh lebih baik daripada sebelumnya pada keadaan ekonominya, pentadbiran bersih tanpa rasuah, tiada kronisma dan nepotisma yang tiada kelayakan dan Islam terus diperkasakan. PAS selaku pembangkang di peringkat Persekutuan dan sebahagian negeri sedia berganding bahu bersama kerajaan PH dan BN membangunkan negara dengan Islam. Kita perlu bergerak ke arah kesatuan rakyat Malaysia dengan mengenepikan isu-isu picisan politik kepartian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Isnin 14hb Mei 2018
#MalaysiaSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Sumber BO - 14-5-2018















































































Perjuangan hak dan kepentingan petroleum

PADA tahun 2014, atas kapasiti sebagai Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), saya mengesyorkan agar negeri-negeri pengeluar petroleum di Malaysia supaya bergerak secara kolektif dalam memperjuangkan hak dan kepentingan negeri dalam soal industri petroleum berkenaan. Saya ketika itu adalah juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Minyak Terengganu "R Terengganu". 
Isu industri petroleum bukan soal semata-mata tuntutan beberapa peratus bayaran tunai dari jumlah hasil petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi negeri-negeri berkenaan yang bukan diperolehi secara percuma oleh negeri-negeri. 
Ia bukan ehsan, sedekah, peruntukan dana khas dari Persekutuan. Ia adalah apa yang timbul dari perjanjian rasmi bertulis antara dua pihak, Kerajaan Negeri dan Petronas yang diselarikan dengan Akta-akta yang digubal di Parlimen berkait Pembangunan Petroleum. 
Ada give and take. Wang tunai dibayar sebagai balasan persetujuan negeri menyerahkan hak mengusahakan hasil petroleum di dalam dan luar pesisir negeri berkenaan. Ia bukan percuma. Dalam terminologi undang-undang, Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara dalam kertas seminarnya menggunakan istilah Royalti. 
Semasa saya belajar kertas Perakaunan dan Undang Komersil, Akta Kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia pun, ia selari dengan definisi 'royalti'. 
Perjuangan secara bersendiri negeri-negeri boleh diubah menjadi gerakan desakan yang lebih kukuh dan wajar dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan jika dibawa secara konsensus dan kolektif. 
Politik petroleum perlu dihentikan. Diskriminasi oleh beza politik antara Persekutuan dengan negeri hingga sengaja menubuhkan agensi lain bagi penyaluran bayaran royalti mewujudkan 2 kerajaan dalam satu negeri sehingga matlamat menjayakan perjalanan urusan mentadbir dan membangunkan negeri oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik menjadi terganggu. 
Barisan Nasional melakukannya dan terbukti banyak penyelewengan berlaku. Laporan Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salah laku. Perbelanjaan yang tidak diaudit seperti sepatutnya. Wang negeri yang diboroskan untuk tujuan politik kepartian dalam siri gelombang biru. 
Wang negeri dibelanjakan untuk membiayai projek yang sepatutnya dibiayai peruntukan Kerajaan Persekutuan. Wang royalti negeri dibelanjakan dalam jumlah besar ke negeri-negeri lain berbanding negeri berkenaan seperti lebih RM 800 juta wang royalti Terengganu digunakan untuk projek perumahan di negeri lain sedangkan di Terengganu cuma sekitar RM 100 juta sahaja. 
Bagaimana wang royalti lebih RM1.8 billion digunakan untuk membiayai Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang sepatutnya dibiayai Pusat. Begitu juga pembangunan Tasik Kenyir yang bernilai billion ringgit guna wang negeri sedangkan Wilayah Ketengah sepatutnya menerima peruntukan Kementerian Luar Bandar seperti Kesedar, Kejora. 
Kerjasama negeri-negeri pengeluar petroleum boleh menuntut royalti, dasar pemusatan semua aktiviti industri petroleum hendaklah dibawa ke negeri pengeluar, isu kedaulatan perairan negeri masing-masing. 
Kerajaan perlu mula memikirkan bahawa dengan mengalih pusat pentadbiran, pengurusan, pembangunan industri upstream dan downstream petroleum ke wilayah negeri pengeluar akan melonjakkan pembangunan dan kemajuan wilayah berkenaan.
Terengganu, Kelantan dan Pahang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah negeri pengeluar dengan beberapa oilfield sedang dicari gali oleh Pahang tidak termasuk Bertam yang sebenarnya jelas milik Terengganu. 
Ini negeri majoriti Islam, Melayu yang perlu segera dilonjakkan bagi mengimbangi jurang perbezaan taraf kemajuan dengan Pantai Barat yang selama ini difokuskan segala projek mega yang utama. Sabah dan Sarawak pun, turut sudah terlalu lama terpinggir.
Semoga dengan cara ini tidak perlu lagi rakyat berhijrah beramai-ramai ke Lembah Klang dan Pantai Barat yang lain untuk mencari kerja. 
Masalah kesesakan penduduk, kesesakan jalan raya hingga perlukan projek seperti MRT yg bernilai hampir RM 100 billion, adalah kerana semua perkara mahu dibuat di Lembah Klang. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen
Kuala Terengganu
14 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 14/5/2018

Sumber HD - 14-5-2018













































































PAS Tidak Akan Biarkan Fitnah Berulang

HULU TERENGGANU – PAS tidak akan biarkan pihak musuh menfitnah dan memburuk-burukkan parti itu, seperti zaman pemerintahannya pada tahun 1999 sehingga 2004.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang YB Dr. Hj Mamad bin Puteh berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak musuh untuk menakut-nakutkan rakyat agar membenci Parti Islam Semalaysia (PAS).
“Saya ingin menegaskan kembali seperti apa yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri

Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang bahawa segala urusan kerajaan tempatan mahu pun agensi kerajaan akan berjalan seperti biasa,

“Dan tidak ada mana-mana balai raya yang akan ditutup…..tiada anak-anak tadika yang sedang belajar dihentikan serta tiada guru-guru tadika disekat pengajarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman sosialnya pada Sabtu, 12 Mei.
Sehubungan itu, Katanya, para guru tidak perlu bimbang dengan fitnah yang dilempar kepada PAS dan teruskan mengajar seperti biasa.

Sekiranya apa-apa terjadi, tegas beliau, ia adalah dianggap sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ dan parti PAS tidak akan bertanggungjawab.

“Hari ini merupakan hari berkasih sayang dan tidak akan ada orang yang dizalimi, dan saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat,

“Terutamanya pengundi Kuala Berang yang memilih PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 yang lalu,” ujarnya lagi.

Tambah, Dr Mamad lagi, semoga kita semua dapat menumpukann usaha untuk DUN Kuala Berang agar lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang.













































































Sumber BO - 13-5-2018














































































Kerajaan Baharu Selesai Lot Bazar Ramadan

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kerajaan baharu PAS telah turun padang, menyelesaikan kegelisahan 100 orang peniaga yang berkumpul di tapak Bazar Ramadhan bagi mendapatkan lot-lot perniagaan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, beliau memahami kekhuatiran para peniaga yang sangat berhajat untuk mencari rezeki pada bulan Ramadan di tapak ini seperti tahun-tahun terdahulu.

“Kita cukup mengetahui bahawa lot-lot niaga ini sememangnya saban tahun mendapat sambutan luar biasa oleh para peniaga,

“Dan lokasi yang strategik serta kuasa beli penguna yang cukup tinggi di sini,”katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah PAS Kemasik berkata demikian ketika di temui pihak media di tapak Bazar Ramadhan Kampung Baru, Kertih pada Sabtu, 12 Mei.

Katanya, walaupun PAS baru sahaja mengambil alih kerajaan namun bukan alasan untuk tidak membantu rakyat dalam pelbagai urusan.

“Beliau juga memberitahu kepada para peniaga bahawa mandat telah diberikan kepada Zakaria Ibrahim atau Pok De untuk mengetuai sebuah organisasi jawatan kuasa menguruskan bazar Ramadan berkenaan,

“Dan kita yakin sebagai seorang peniaga serta pemimpin masyarakat yang disegani Pok De mampu menguruskan tapak bazar Ramadan ini dengan baik,”ujar beliau.

Tambah Ir Saiful Azmi lagi, hampir 120 lot perniagaan bersaiz 10 x 10 kaki akan disediakan dengan bayaran minima dikenakan.

Sumber BO - 13-55-2018
















































































Usah biarkan fitnah berulang

SAYA telah mengikuti sejak 10 Mei 2018 yang lalu, terdapat usaha-usaha cuba memburukkan imej PAS di beberapa tempat di Negeri Terengganu seperti yang pernah dimomok-momokkan pada zaman pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 yang lalu. 
Di sini suka untuk saya tegaskan kembali, seperti apa yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, segala urusan kerajaan tempatan mahupun agensi kerajaan akan berjalan seperti biasa. 
Tidak ada mana-mana balai raya yang akan ditutup, tiada anak-anak tadika yang sedang belajar dihentikan. Tiada guru-guru tadika disekat pengajarannya. Semuanya, teruskan belajar. Para guru tadika juga usah bimbang. Teruskan mengajar seperti biasa. Jika ada sekalipun, kita menganggap ia adalah tindakan sabotaj dan PAS tidak bertanggungjawab. 
Hari ini adalah hari kasih sayang, tidak akan ada orang yang dizalimi. Saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat, terutamanya pengundi Kuala Berang yang memilih PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu. 
Semoga kita semua dapat memajukan Kuala Berang agar lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang. 
Kuala Berang Sejahtera.
YB Dr Haji Mamad Puteh
Adun Kuala Berang






























































































































































Sumber HD - 13-5-2018

Ucapan Sulung Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Pertamanya, kita menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan pada hari ini beberapa hari selepas kita mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 di negeri Terengganu.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama dan kemenangan seluruh rakyat negeri Terengganu serta kita juga menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa.

Mereka berada di bumi yang berkonflik dan mereka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan-tuan dan seluruh rakyat negeri Terengganu yang melakukan perubahan dalam PRU ke 14 ini
.
Ucapan tahniah mereka adalah suatu pengharapan bahawa apa yang ingin kita capai di negeri Terengganu ini adalah untuk menjadi contoh tauladan kepada rakan-rakan kita yang lain bagaimana kita ingin mengisi kemenangan setelah kita berjaya dalam PRU ke- 14.

Kemenangan kita dalam PRU ke-14 di negeri Terengganu ini khususnya adalah hanya langkah pertama dalam pergerakan kita. Langkah yang lebih berat dan lebih besar ialah mengisi kemenangan.

Bagaimana kemenangan yang diberikan anugerahnya oleh Allah SWT ini kita harus meletakkan strategi dan cara serta kaedah bagaimana kemenangan ini perlu disini sesuai dengan amanah dan perintah daripada Allah SWT serta ajarannya dibawa oleh nabi SAW.

Sesungguhnya jawatan Menteri Besar,jawatan Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, ketua parti di berbagai peringkat adalah jawatan yang sangat berat yang tidak mampu dipikul tanpa kerjasama dan bantuan daripada tuan-tuan yang berada di hadapan saya hari ini.

Semua di antara kami yang dipilih sebagai pemimpin kerajaan negeri Terengganu memerlukan bimbingan daripada tuan- tuan sekiranya kami benar kami betul maka ikutilah kami.

Sekiranya kami salah maka tegurlah dan bantulah serta bimbinglah kami kerana matlamat kita ialah ingin mencapai ‘Mardhatillah’ dan matlamat kita ialah kita ingin bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan kita redha kepada Allah dan Allah redha dengan kita.

Saya sendiri datang sepertimana tuan-tuan juga, orang kampung tak pernah terfikir untuk diberikan amanah yang tersangat berat.saya seperti tuan- tuan satu masa dahulu panjat pokok tampal poster,saya seperti tuan-tuan duduk di belakang tempat program, kacau air buat tea untuk kepimpinan yang bermesyuarat.

saya pernah menjadi setiausaha cawangan di negeri yang Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak kuat, sebab itu akhirnya bimbingan dan panduan daripada tuan-tuan semua adalah sangat diperlukan oleh kami yang dipilih menerajui kerajaan negeri Terengganu.

Ada beberapa perkara yang ingin kita laksanakan selain daripada kita akan mencari jalan dengan sesungguhnya bagaimana untuk melaksanakan manifesto PAS negeri Terengganu yang kita rangkakan kerana semuanya ada jalan dan ada jalan serta boleh dicapai sekiranya semua di antara kita ini bekerja bersama-sama untuk menjayakan manifesto yang telah dirangkakan diperingkat negeri Terengganu.

Khususnya yag pertama kita ingin membina hidup rakyat dengan membangun jati diri keimanan dan pemimpin serta rakyat melalui pendekatan kehidupan mengamalkan agama dalam kehidupan kita.

Yang kedua kita ingin melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu khususnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik, latar belakang mereka, kecil besar tua atau muda berkonsepkan adil untuk semua.

Yang ketiga kita ingin mencari jalan penyelesaian di atas kelemahan salah urus pentadbiran kerajaan yang lalu.

Yang keempat kita ingin membawa agenda perkongsian ekonomi dengan rakyat kerana ekonomi yang dijana oleh kerajaan negeri dengan pelbagai cara sekiranya kita tidak atur dengan berkesan ianya tidak akan sampai ke rakyat.

Yang ke lima kita ingin membawa negeri Terengganu yang kita kasihi ini Terengganu Darul Iman sebagai negeri model yang bersih, maju dan berkat serta sejahtera dan yang khususnya saya ingin sebut di sini kita akan terus memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara muwajahah silmiyah , pendekatan secara berunding untuk mendapat kembali royalti minyak negeri Terengganu.

Dan juga mendapatkan hasil daripada telaga minyak Bertam yang telah dihilangkan yang telah ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri.

Akhirnya, saya ingin ucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada semua jentera, ahli, penyokong dan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan melakukan perubahan di negeri Terengganu dan kita mohon semuanya diberikan keberkatan dan panduan oleh Allah SWT.

Masjid Rusila
Jumaat 11  Mei 2018

Sumber BO - 12-5-2018


















































































Tuanku Sultan Perkenan Terima MB Dan 10 Exco Kerajaan Baharu

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu telah perkenan menerima menghadap Menteri Besar Terenganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan 10 orang Exco kerajaan baharu.

Istiadat melafazkan sumpah perkhidmatan telah diadakan di Singgahsana, Istazan Syarqiah, Bukit Cendering pada Khamis, kira-kira jam 9.00 malam.

Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang kini memegang jawatan sebagai menteri Besar negeri Terengganu yang dahulunya di pegang oleh Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau bekerja sebagai Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa dilahirkan pada 16 November pada tahun 1970 kini berusia 48 tahun yang berasal daripada Jerteh, Besut, Terengganu dan dikurniakan enam orang cahaya mata bersama pasangan beliau seorang pendidik.

Suami kepada Tuan Faizah bt Tuan Ab Rahman ini pemegang Doktor Falsafah Aero-Engine dari Universiti of Leeds, United Kingdom pada tahun 2001.

Graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini turut menyempurnakan ijazah Sarjana dalam Pembakaran dan Tenaga juga dari Universiti Of Leeds, United Kingdom pada tahun 1996.

Pada tahun 1993 beliau melanjutkan Ijazah kejuruteraan mekanikal dan bahan (B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengalaman beliau dalam kerjaya seperti ‘Professor in Practice’ di Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL), Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008, Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006, Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008, Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995 dan Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products pada tahun 1993 hingga 1994.

Dr Ahmad Shamsuri pernah berkhidmat dalam kebajukan dan kemasyarakatan seperti Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 di TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm, Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) pada bulan Februari 2007 sehingga Januari 2009.

Selain itu, beliau menjadi Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia pada Februari 2007 sehingga Januari 2009, Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency), mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) International Conference. Washington, 2006.

Dr Ahmad Shamsuri mendapat anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005, anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005, Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005, anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003 dan anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004.

Sumber BO - 11-5-2018



















































































Sabtu, 12 Mei 2018


Dulu panjat pokok tampal poster, sekarang MB Terengganu


MARANG: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memohon semua pihak menegur, membantu dan membimbingnya jika tersilap dalam melaksanakan amanah memimpin negeri.

"Matlamat kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita reda kepada Allah dan begitulah Allah reda dengan kita. Saya sendiri datang sebagai orang kampung.

"Saya tidak pernah terfikir akan diberi amanah tersangat berat ini kerana pernah panjat pokok tampal poster, duduk di belakang tempat program buat air kepada pemimpin yang bermesyuarat.

"Saya pernah menjadi setiausaha cawangan parti di negeri yang PAS tidak kuat, sebab itulah bimbingan dan panduan daripada semua sangat-sangat diperlukan," katanya dalam ucapan sulungnya selepas Kuliah Dhuha Masjid Rusila di sini, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu yang baharu malam tadi.

Kuliah disampaikan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula jam 9 pagi.

Dr Ahmad Samsuri, 48, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas mendapat 13,851 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, yang meraih 7,823 undi dan calon PKR, Zarawi Sulong (729 undi).

Ahmad Shamsuri adalah Setiausaha Politik Presiden PAS sejak 2008 dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, selain bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar aeroangkasa.

Beliau berkata, jawatan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Negara, ADUN dan ketua parti di pelbagai peringkat adalah amanah berat yang tidak mampu dipikul tanpa kerjasama dan bantuan semua.

"Kemenangan ini adalah langkah pertama, langkah yang lebih berat dan lebih besar adalah untuk mengisi kemenangan itu.

"Kita harus letak strategi, cara, kaedah yang sesuai dengan amanah yang diperintahkan Allah dan dengan itu ada beberapa perkara yang ingin dilaksanakan selain memenuhi manifesto PAS yang dirangka," katanya.

Ahmad Shamsuri berkata, perkara pertama akan dilaksanakan adalah membina hidup rakyat dengan membangun jati diri, keimanan pemimpin dan rakyat melalui pendekatan mengamalkan agama dalam kehidupan.

Katanya, yang kedua adalah berkhidmat tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan latar belakang berkonsepkan adil untuk semua.

"Perkara ketiga yang mahu dilaksanakan ialah ingin mencari jalan penyelesaian atas kelemahan salah urus pentadbiran lalu.

"Keempat ialah perkongsian ekonomi dengan rakyat kerana ekonomi yang dijana kerajaan dengan pelbagai cara sekiranya kita tidak atur dengan berkesan, ia tidak akan sampai kepada rakyat.

"Kemudiannya, kita ingin membawa Terengganu sebagai model yang bersih, maju dan berkat serta sejahtera.

"Akhirnya, kita akan terus memperjuangkan mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan hasil daripada telaga minyak Bertam yang ditiadakan daripada kewangan kerajaan negeri," katanya. - Berita Harian

Sumber MR - 1-5-2018




















































































Terima kasih rakyat Terengganu

MARANG: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemenangan PAS di Terengganu merupakan kemenangan kepada rakyat. 
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan sulung sebagai Menteri Besar Terengganu dalam Program Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini. 
Menurutnya, jawatan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ahli Dewan Negara adalah jawatan yang sangat berat. 
"Sesungguhnya jawatan Menteri Besar, jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, jawatan ahli Dewan Negara adalah jawatan yang sangat berat yang tidak mampu dipikul tanpa kerjasama dan bantuan daripada tuan-tuan yang berada di hadapan saya pagi ini. 
“Semua di antara kami yang dipilih sebagai pemimpin Kerajaan Negeri Terengganu memerlukan bimbingan daripada tuan-tuan,” ujarnya. 
Sekiranya kami benar, kami betul maka ikutilah kami, sekiranya kami salah, maka tegurlah, bantulah dan bimbinglah kami kerana matlamat kita mencapai mardhatillah dan matlamat kita bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan kita redha kepada Allah SWT dan Allah redha dengan kita,” ujarnya. 
Beliau juga memaklumkan bahawa Gerakan Islam seluruh dunia juga memberikan ucapan tahniah kepada kejayaan PAS di Terengganu. 
Katanya, PAS ingin menjadi contoh kepada parti politik lain dalam hal memerintah sebuah negeri serta bagaimana PAS akan mengisi kemenangan khususnya di negeri ini. 
Beliau berkata, PAS akan menjayakan manifesto PAS negeri yang telah dirangka sebelum ini dan dibentangkan kepada rakyat. 
Katanya, semua manifesto akan mampu dicapai sekiranya semua rakyat Terengganu bekerjasama bagi menjayakannya. 
Beliau menyebut beberapa manifesto yang bakal dilaksanakan, antaranya: 
1. Membina hidup rakyat dengan membangun jati diri keimanan pemimpin dan rakyat melalui pendekatan pengamalan agama dalam kehidupan
2. Melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu khususnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik, dan latar belakang mereka berkonsepkan adil untuk semua
3. Mencari jalan penyelesaian di atas kelemahan salah urus pentadbiran kerajaan yang lalu
4. Membawa agenda perkongsian ekonomi dengan rakyat kerana ekonomi yang dijana oleh kerajaan negeri dengan pelbagai cara sekiranya tidak diatur dengan berkesan maka ianya tidak akan sampai kepada rakyat
5. Membawa egeri Terengganu Darul Iman sebagai negeri model yang bersih, maju dan berkat serta sejahtera
6. PAS akan terus memperjuangkan royalti minyak negeri Terengganu supaya dikembalikan kepada rakyat Terengganu melalui pendekatan berunding secara undang-undang dan muwajahah silmiyyah
7. Mendapatkan hasil daripada telaga minyak Bertam yang telah dihilangkan dari kewangan kerajaan negeri Terengganu 
Beliau mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada jentera pilihan raya PAS, ahli-ahli, para penyokong dan seluruh rakyat yang memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memimpin dan melakukan perubahan di negeri ini. – HARAKAHDAILY 11/5/2018





















































































































































































Sumber HD - 11-5-2018

Sokongan Padu Semua Pihak Bawa Kejayaan

MARANG – Sokongan padu yang telah diberikan oleh semua pihak, jentera parti dan pengundi telah menjadikan parti Islam Semalaysia (PAS) mampu menawan kembali kerusi yang pernah dimenangi dahulu.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, tanggungjawab yang sangat berat dan besar sebagai ‘tambatan’ jamaah digalas bagi merealisasikan kejayaan PAS kali ini.

“Saya merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan buat semua jentera parti yang telah bertungkus lumus memerah tenaga dan keringat bersengkang mata,

“Serta sanggup habiskan harta dan wang ringgit bagi memastikan kemenangan di DUN Pengkalan Berangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika diminta mengulas tentang kemenangan PAS di DUN Pengkalan Berangan pada Jumaat, 11 Mei.

Katanya, kejayaan ini kita terima dengan penuh syukur apatah lagi ianya turut menyumbang kepada penguasaan PAS memerintah Negeri Terengganu.

“Dikesempatan ini saya memohon kemaafan dari semua atas segala kekurangan dan kelemahan dalam tempoh genting sepanjang kempen yang dilakukan,

“Teruskan gerak kerja perjuangan Islam dan semoga berterusan sehingga kita menemui kejayaan abadi bertemu Allah rabbul jalil serta marilah bersama-sama untuk terus membangunkan Pengkalan Berangan maju berkat dan sejahtera,” ujarnya lagi.

Sumber BO - 11-5-2018






















































































Kos Sara Hidup Dan GST ; Rakyat Sokong PAS

KEMAMAN – Tekanan hidup rakyat pada hari ini dengan kos sara hidup dan Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan rakyat menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS).

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman Ustaz Alias Abd Hamid berkata, rakyat memberi undi kepada parti PAS kerana rakyat dapat menilai sebenarnya apa yang berlaku semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang lalu.'

“PAS target (sasarkan) dua DUN dalam kawasan Kemaman iaitu DUN Chukai dan Kemasik yakin dari awal lagi memberi kemenangan,

“Tapi DUN Air Putih ini kita tengok perkembangan mutakhir ini apabila berkempen saat akhir beri kemenangan pada PAS dan begitu juga di peringkat parlimen serta tiga DUN kita menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan PAS di Kemasik pada Jumaat, 10 mei.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengarah PAS Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, DUN kemasik merupakan kali pertama dalam pilihan raya umum (PRU) ke -14 memenangi di DUN Kemasik.

“Saya mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan yang diberikan oleh seluruh pengundi kepada PAS dan seluruh jentera yang berkerja kuat,

“Dan semoga Allah mengurniakan kekuatan untuk terus mencurah sebaik khidmat untuk DUN Kemasik dan negeri Terengganu,”ujar beliau lagi.

Sumber BO - 11-5-2018














































































































































































Terengganu BN Respects The People’s Choice
























































































'KT five's' - PAS candidates celebrate their success
KUALA TERENGGANU: Terengganu Barisan Nasional has accepted and respects the choice made by the people for the 14th General Election (GE14).

The coalition’s state chief, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman also congratulated Pas on their victory and assured that they will cooperate in the transition of power to the new state government.

The coalition’s state chief, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman also congratulated Pas on their victory and assured that they will cooperate in the transition of power to the new state government.

“Firstly, I would like congratulate the Terengganu people, specifically those who carried out their responsibility as voters, yesterday.

“The people have made their choice and we respect the decision made by the people,” he said in a statement.
“Secondly, on behalf of Terengganu BN, I congratulate Pas on their win.

“We will ensure that the necessary cooperation would be given to ensure that the transition of power goes smoothly. © New Straits Times Press (M) Bhd

Sumber BO - 11-5-2018
























































































Kerajaan Negeri Baharu Ditubuhkan Secara Rasmi

























































































YB Satiul Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjya 1 PAS Terengganu antara yang dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu apabila memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) kelmarin.

Semalam, telah berlangsung istiadat penubuhan kerajaan baharu dengan pelantikan dan lafaz sumpah taat setia dan perkhidmatan di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin, di istana Syarqiah

Dua puluh dua DUN yang dimenangi ialah Air Putih; Kemasik; Chukai; Sura; Rantau Abang; Paka; Bukit Payong; Pengkalan Berangan; Rhu Rendang; Alor Limbat; Ajil; Manir, Kuala Berang; Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang, Batu Buruk, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Kota Putera dan Jabi.

Barisan Nasional pula menang baki 10 kerusi di Kijal, Langkap, Telemong, Hulu Besut, Kuala Besut, Jerteh, Batu Rakit, Seberang Takir, Permaisuri dan Bukit Besi.

PKR yang bertanding di semua 32 kawasan DUN pula gagal memenangi walau satu kerusi malah kehilangan DUN Bandar yang dimenangi sebelum ini kepada PAS.

PRU kali ini bukan sahaja menyaksikan keputusan luar jangka terhadap calon popular di negeri ini tetapi juga di beberapa kawasan DUN yang dikuasai BN buat sekian lama, turut dirampas PAS.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman tewas kepada Che Alias Hamid dengan majoriti 2,163 manakala malah satu lagi kerusi parlimen, Setiu jatuh ke tangan PAS apabila calon BN, Datuk Mohamad Jidin Shafie kalah pada Shaharizukirnain Abd Kadir dengan majoriti 2,802 undi.

DUN Ajil dan DUN Air Putih yang menjadi kubu kuat BN sejak beberapa penggal juga jatuh ke tangan PAS.
Walaupun kemenangan disambut sebagai hari kegembiraan, namun Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Datuk Husain Awang ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di Rusila, menasihatkan rakyat supaya menerima kemenangan dengan tawadduk dan tidak berlebih-lebihan dengan menghina lawan yang kalah.

Beliau juga yang tidak membenarkan penyokong terutama golongan muda berarak sejak lewat malam tadi serta perlu bersabar kerana sambutan kemenangan akan tetap diadakan selepas pihaknya membuat perbincangan.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mempertahankan kerusi Parlimen Marang mengumumkan cuti umum pada Khamis sempena kemenangan itu.

Bagaimanapun ketika ditanya pemberita tentang calon Menteri Besar, Abdul Hadi hanya menyatakan, calon menteri besar) ada dalam hati beliau.

Kepimpinan PAS telah memutuskan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ADUN Rhu Rendang disepakati, menjadi Menteri Besar Terengganu.

Dalam pada itu, berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan dan UMNO, beliau berkata masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

Katanya, untuk membuat keputusan PAS akan menilai apa polisi dan dasar parti-parti yang mahu menjalinkan persefahaman dengan PAS.

Beliau menegaskan, PAS akan buat penilaian dan tengok apa tawaran mereka

Sumber BO - 11-5-2018

Menteri Besar dan Exco angkat sumpah

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing, pada jam 9.00 malam ini di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, di sini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, pihak PAS Terengganu telah mendapat perkenan mengadap baginda Sultan Terengganu pada malam ini.
"Pagi tadi kami telah pun mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin), untuk mendapat tarikh dan masa bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
"Majlis mengangkat sumpah (jawatan) Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri itu akan diadakan pada malam ini di Istana Syarqiyyah,  pada jam 9.00 malam," ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Manakala katanya, setelah diperkenankan oleh Tuanku Sultan Terengganu, pemimpin baharu kerajaan itu akan mula memasuki bangunan pentadbiran Wisma Darul Iman pada 14 Mei 2018.
"Kami (PAS) akan adakan solat hajat dan majlis penyerahan tugas daripada bekas Menteri Besar (Dato' Seri Ahmad Razif) kepada Menteri Besar yang baharu, InsyaAllah. 
"Kita mahu mengambil-alih tugas dalam suasana tertib dan berakhlak serta penuh mesra," jelasnya. 
Menurut, Dato' Husain bagi menyelaraskan dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan, maka diumumkan pada hari Ahad nanti bersamaan 13 Mei 2018 sebagai cuti umum di Terengganu," ujarnya.
Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid. -HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018 






























































































Dr Ahmad Samsuri sah MB Terengganu

KUALA TERENGGANU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada malam ini. 
Ia sekaligus menjadi Kerajaan Negeri kedua selepas Kelantan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. 
Majlis angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Mizan Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Istana Kuala Terengganu sebentar tadi. 
Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Terenganu yang baharu: 
1.     Ustaz Saiful Bahri Mamat
2.     Dr Haji Alias Razak
3.     Ustaz Md Noor Hamzah
4.     Dr Azman Ibrahim
5.     Dato’ Haji Tengku Hassan Tengku Omar
6.     Ustaz Ariffin Deraman
7.     Hanafiah Mat
8.     Wan Sukairi Wan Abdullah
9.     Dr Haji Mamad Puteh
10.     Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman 
Senator:     Datuk Hussein Awang
Speaker:     Yahaya Ali 
PAS Terengganu berjaya memerintah Terengganu selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan dalam PRU14. 
Bagi kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi 6 daripada 8 kerusi yang dipertandingkan, manakala 2 kerusi menjadi milik BN. 
Berikut adalah Biodata Dr. Ahmad Samsuri:
Tarikh Lahir   : 16 November 1970
Umur              : 48 Tahun
Asal                : Jerteh, Besut, Terengganu
Isteri               : Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman
Pengajian Tinggi 
●    PhD (Aeroengine Ignition and Combustion, High Altitude Engine Failure), School of Mechanical Engineering, University of Leeds, UK (2001).
●    Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies, University of Leeds, UK (1996).
●    B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).
Pengalaman dalam kerjaya
●     Professor in Practice, Universiti Selangor Darul Ehsan (Unisel).
●     Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008.
●     Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2001-2006.
●     Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008.
●     Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM, 1994-1995.
●     Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products, 1993-1994.
●     Bidang Kepakaran: Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa.
Khidmat kebajikan dan kemasyarakatan
●     Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 dan MH17 di TV1, TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM.fm.
●     Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi): Feb 2007-Jan 2009.
●     Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009.
●     Ketua Delegasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency).
●     Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (Nasa)
International Conference, Washington, 2006.
Pencapaian
●     Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.
●     Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation, Research & NewTechnologies, Brussels, 2005.
●     Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation, Research & New Technologies, Brussels, 2005.
●     Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003.
●    Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004. - HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018 























































































































































































PAS menang di Kemaman hadiah buat Tuan Guru

TUAN Guru Presiden PAS masih bersedia datang ke Kemaman pada hari terakhir kempen, Selasa 8 Mei 2018 tempohhari walaupun barangkali sudah terlalu penat mengelilingi Malaysia dalam siri kempen PRU14. "Santai bersama Ayah Chik' itu dibuat di Banggol Square, Chukai dengan kehadiran angka ribuan orang. 
Dun tumpuan di Kemaman adalah Kemasik dan Chukai. Dalam kepala saya sendiri secara peribadi, Dun Kijal dan Air Putih agak sukar dimenangi, apatah lagi Parlimen Kemaman yang diwakili oleh Menteri Pertanian. 
Pukul 4.50 petang hari Rabu, saya melihat senarai keluar mengundi yang rendah di bangsal panas, juga dengan majoriti yang lebih rendah dari PRU13 dahulu. Macam mana ni? 
Alhamdulillah, kita diberi kemenangan luar jangka di Kemaman sehingga dapat menambah majoriti di Dun Chukai, menang buat kali pertama di Kemasik dalam sejarah pilihan raya, mengambil kembali Dun Air Putih yang pernah dimenangi pada tahun 1999, mengurangkan majoriti di Dun Kijal, dan yang menariknya PAS mengalahkan seorang menteri di peringkat Parlimen, selepas 6 penggal PAS tidak bertanding di peringkat Parlimen. 
Saya mengucapkan tahniah kepada semua YB baharu kita. Ingatlah bahawa semua ini adalah amanah yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin untuk manfaat rakyat. Tiada kepentingan peribadi, tiada bentuk kezaliman dan tiada perkara bercanggah dengan syarak. 
Saya juga mengajak kepimpinan PAS Kemaman di semua peringkat untuk membantu YB-YB PAS kita supaya yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. 
Alhamdulillah, sekali lagi atas nikmat ini dan saya anggap kemenangan di Kemaman ini adalah hadiah buat Tuan Guru yang disayangi. –  HARAKAHDAILY 10/5/2018 
Penulis adalah Timbalan YDP PAS Kemaman dan AJK Dewan Ulamak PAS Terengganu.
Sumber HD - 10-5-2018 




























































































PAS Ulangi Sejarah

MARANG – PAS melakar kembali, mengulangi sejarah yang dilakarnya pada tahun 1999 apabila sekali lagi berjaya menawan Terengganu dengan menguasai sebahagian besar kerusi Dewan

Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pesuruhjayanya Datuk Ustaz Husain Awang berkata parti itu telah memenangi 22 kerusi DUN dan enam kerusi parlimen di negeri itu.

“(dengan) kemenangan itu membolehkan PAS membentuk kerajaan baharu di Terengganu,” disaksikan puluhan ribu penyokong Pas di Dewan Tok Guru bersebelahan Masjid Rusila lewat semalam.

Ustaz Husain berkata, kerisi yang dimenangi ialah Kota Putera, Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk.
“Begitu juga DUN Alur Limbat, Bukit Payung, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang, Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasek, Cukai dan Air Putih,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis pengumuman itu ialah barisan kepemimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Mursyidul Am, Hashim Jasin dan ahli Majlis Syura Ulama.

Sejak petang tadi lagi pekarangan masjid berkenaan mulai dipenuhi para penyokong PAS yang ingin mengetahui keputusan calon yang bertanding.





























































































Sumber BO - 10-5-2018

PAS akan umum Menteri Besar Terengganu

MARANG: PAS menyerahkan kepada pihak istana untuk menghadap Sultan Terengganu setelah berjaya menguasai semula Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 ini. 
“Itu akan atur, insya Allah, itu terpulang kepada pihak Tuanku, pihak istana,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Dewan Tok Guru, Rusila sebentar tadi. 
Berhubung dengan calon Menteri Besar, beliau berkata ia akan diumumkan kemudian.
“Itu ada dalam fikiran kami, akan diumumkan kemudian,” katanya lagi. 
Mengenai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), beliau berkata ia akan dipertimbangkan mengikut latar belakang calon PAS yang menang kerusi Dun pada PRU14. 
Ini, katanya kerana mereka terdiri daripada kalangan agamawan, profesional dan rakyat.
“Oleh kerana calon kita terdiri daripada berbagai kalangan, termasuk agamawan, professional dan rakyat, Exco akan ditimbang mengikut peranan yang munasabah,” jelasnya. 
Semasa berucap sebelum itu, beliau menyeru ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bersyukur di atas kemenangan yang dikurniakan oleh Allah itu. 
Beliau bagi pihak PAS juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan sepanjang kempen PRU14. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Husain Awang berkata, PAS Berjaya menguasai semula negeri ini setelah memenangi 21 daripada 32 kerusi Dun pada PRU14. 
Beliau mengumumkan kerusi-kerusi Dun yang dimenangi iaitu Kota Putera, Jabi, Tepoh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang, Batu Buruk, Alur Limbat, Bukit Payong, Ru Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang, Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasik, Cukai dan Air Putih. 
Bagaimanapun, jelas pihak PAS negeri sedang menunggu keputusan perjumlahan undi bagi kerusi Dun Bukit Besi dan pengiraan semula bagi kerusi Dun Ajil. 
Menurutnya, jika PAS Berjaya memenangi dua kerusi Dun itu atau salah satu daripadanya bermakna PAS mencapai kemenangan mutlak iaitu majoriti 2/3 daripada kerusi Dun. – HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018 




Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi
Posted on Wednesday, May 09 @ 18:11:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39628



DUNGUN - Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang beratur menunggu giliran di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, pagi ini.

Rokiah Sulong, 54, dari Kampung Pelandang tiba-tiba rebah di pusat terbabit, kira-kira jam 8.20 pagi.

Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nor, 36, berkata dia membawa ibu itu ke pusat mengundi, kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, dia ketika itu beratur di saluran dua manakala ibunya itu beratur di saluran empat.
“Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka ia adalah ibu sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya.

Saya bergegas ke saluran ibu dan mendapati ibu ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

” Pegawai Perubatan yang tiba mengesahkan ibu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke rumah untuk urusan pengebumian.

“Ibu memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa berjumpa doktor tiga bulan sekali,” katanya sambil menambah sebelum ke tempat mengundi, ibunya sempat makan ubat dan arwah sangat gembira dan tidak sabar untuk mengundi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BH Online

Sumber TKO - 9-5-2018




PAS isytihar cuti 10 Mei jika tawan T'ganu
Posted on Wednesday, May 09 @ 11:07:39 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39623




Dalam kempen terakhirnya, PAS Terengganu berkata akan mengisytiharkan 10 Mei ini - sehari selepas hari mengundi -sebagai cuti khas jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Ia hanyalah permulaan apabila parti itu juga berjanji akan menghapuskan tunggakan saman peniaga di premis bawah pihak berkuasa tempatan dan tunggakan serta kutipan cukai pintu.

Selain itu, pentadbiran bawah parti itu juga akan menangguhkan bayaran bagi pinjaman Yayasan Terengganu selama dua bulan - sebagai hadiah sempena bulan Ramadhan dan Syawal.

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hussien Awang.

"Tawaran PAS ini akan dilaksanakan dalam masa 30 hari selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri.

"Ini adalah tanda terima kasih PAS kepada rakyat yang menyokong kami," katanya.

PAS dilihat berpeluang menang di negeri itu pada pada pilihan raya kali ini. Pada penggal lalu, BN hanya memegang majoriti mudah dengan 17 kerusi DUN, berbanding PAS (14) dan HARAPAN (1).

Sumber TKO - 9-5-2018


































































































































































































Tolak calon BN ugut pengundi

KUALA TERENGGANU: Rakyat dan pengundi N02 Kota Putra disarankan agar menolak calon Barisan Nasional (BN) kerana membuat kesalahan ugutan dan paksaan kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut. 
Timbalan Yang Dipetua PAS Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, kesalahan yang dilakukan oleh calon BN Kota Putra itu amat serius dan perlu tindakan segera. 
Ini kerana, katanya kesalahan ugutan dan paksaan itu terkandung dalam Seksyen 5 dan Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 
“Saya dapat maklumat pengundi N02 Kota Putra, calon Barisan Nasional, telah membuat penyataan berupa ugutan dan pengaruh tidak wajar ke atas pengundi-pengundi dalam Program Santai Bersama Abe Adi, pada 7 Mei 2018 lalu iaitu di tapak Kumpulan Belia Nelayan (Kubena) PNK, Kampung Air Tawar, Besut. 
“Saya percaya ugutan dan pengaruh tidak wajar itu adalah perbuatan salah oleh calon N02 Kota Putra, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 
“Saya juga mendapat maklumat mereka yang diugut itu telah membuat satu laporan polis berkait dengan ugutan berkenaan. Antara ugutan itu, meminta pengundi yang juga penternak ikan kerapu hibrid supaya mengambil gambar kertas undi yang memangkah calon BN, sebagai bukti mereka mengundi BN dengan menggunakan kamera handphone,” ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini. 
Beliau yang pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu menjelaskan, bahawa semua gambar bukti memangkah BN itu diserahkan kepada tiga individu petugas partinya. 
“Gambar-gambar itu diarah supaya dihantar kepada tiga individu iaitu Haji Khotib, Tok Penghulu Mail dan Lias JKKK (Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung). Mereka ini penyokong tegar Barisan Nasional dan pengundi di N02 Kota Putra. 
“Saya juga diberitahu calon ini mengugut jika penternak tidak menunjukkan kertas undi yang memangkah calon BN. Lesen Menduduki Sementara (LMS) kolam ikan Hibrid peserta itu tidak akan disambung jika beliau (Mahdi) dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya (PRU14) ini dan bangsal tersebut akan disodok dan dirobohkan. 
“Ini satu tindakan tidak wajar kerana calon N02 (Mahdi) itu memaksa penternak melakukan perbuatan salah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 5 dan Seksyen 9. Rekod video dan audio kes ini telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan,” jelasnya. 
Kes itu, katanya akan dipanjangkan kepada pihak Jabatan Pendakwaan di mahkamah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diambil tindakan selepas ini. 
Beliau turut merayu kepada para pengundi khususnya di Dun Kota Putra dan Terengganu amnya agar menolak calon BN yang melakukan kesalahan tersebut. 
“Saya mohon kepada para pengundi yang akan mengundi pada hari esok, 9 Mei ini supaya menolak sama sekali calon BN yang telah terbukti melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 
“Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya memantau perjalanan pilihan raya ini sebagai satu institusi yang telus ini tidak diresapi dengan unsur-unsur penyalahgunan kuasa, ugutan dan sebagainya. 
“Jika ada calon-calon yang berkelakuan seperti ini, saya menyeru pengundi supaya menolak calon pilihan raya itu kerana sudah tidak mempunyai integriti,” tegasnya.
Justeru, kata Cikgu Salahuddin, PAS telah mempertaruhkan calonnya yang berintegriti, profesional dan boleh mewakili rakyat di Dun Kota Putera. 
Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi 
Manusia (Luham), Mohd Zabidi Yusof, Ketua Penerangan Luham, Fariz Irwan Dato’ Mustafa serta tiga orang pengundi Dun Kota Putra yang membuat laporan polis terhadap Mohd Mahdi Musa. - HARAKAHDAILY 8/5/2018
Sumber HD - 8-5-2018

Seruan Undi Calon PAS P039 Dungun
Posted on Tuesday, May 08 @ 11:06:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39612



Seruan daripada Calon PAS P039, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kepada semua pengundi bagi daerah Dungun untuk bersama-sama mengundi Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pilihanraya Umum Ke-14 pada Rabu, 9 Mei 2018 ini.

Bersama kita bentuk negara yang lebih matang dan sejahtera, hindari politik fitnah dan kebencian serta bersama kita bendung penyelewangan dan rasuah yang berleluasa dalam Malaysia.

PAS adalah sebuah parti yang mempunyai 'track record' yang bersih berbanding parti lain dalam negara. Diketuai oleh Ulama yang diiktiraf oleh dunia dan bergandingan dengan para profesional yang hebat didalam negara kita.

Manifesto PAS, Dokumen Hijau, Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Calon yang berintegriti dan berwibawa kami tawarkan. Tawaran PAS adalah beserta dengan penyelesaian kepada segala kemeleut dan masalah yang melanda negara mutakhir ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1283049508495798&id=109686902498737 
Sumber TKO -8-5-2018

Madam Chan Bantu Kempen

KEMAMAN – Pendekatan Madam Chan dalam bagi pihak Parti Islam Semalaysia (PAS) menyantuni warga Tionghwa banyak membantu gerak kerja kempen kepada pengundi Cina.

Timbalan Pengarah PAS Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, beliau mempunyai pengalaman luas bersama Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman telah membantu PAS sejak tiga kali pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Sentuhan Madam Chan Oi Chan dari Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman banyak memudahkan gerak kerja,

“Dan turut berkempen kepada masyarakat Cina di Pekan Air Jernih, Kemasik petang tadi,” katanya.
Ir. Saiful Azmi Suhaili yang merupakan calon PAS bagi N29 DUN kemasik yang ditemui pihak media pada Isnin, 7 mei.

Katanya, jumlah pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Pekan Air Jernih seramai 1700 orang dan pengundi masyarakat Tionghua adalah seramai 464 orang.

Turut hadir sama dalam gerak kerja kempen ialah Yang Dipertua PAS Kawasan kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid menyatakan rasa gembira dengan program tersebut.

Sumber BO - 8-5-2018



































































































Calon-Calon PAS Yang Ku Kenali – Parlimen Dungun

Oleh : MNA

Saya secara peribadi menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Sebagai seorang pengamal media, saya berpeluang menemui, berkawan ataupun berkerja bersama-sama mereka didalam jemaah PAS. Saya sentiasa mengikuti perkembangan sebahagian besar calon-calon PAS terutama yang melibatkan isu Sidang Dun. Ada yang saya kenali dengan mendalam, ada juga melalui program-program bersama. Lebih daripada itu, saya berpeluang membuat liputan terhadap mereka secara dekat, bagi mengupas pelbagai isu-isu semasa di Terengganu. Melalui pengalaman ini, saya kongsikan dengan anda watak-watak calon-calon PAS kali ini di hadapan dan di balik tabir.

P039 Dungun : Ustaz Wan Hassan Wan Ramli

Seorang yang sempoi. Paling banyak tersenyum, senang didekati, sentiasa bertanya khabar. Paling mudah bersedekah. Prinsip yang beliau amalkan amat mudah. Sediakan wang kecil RM5 banyak-banyak. Jika ada orang meminta wang daripada beliau, maka beliau akan hulurkan. Semestinya orang ramai tidak boleh mengharapkan ratusan atau ribuan ringgit daripada beliau, tetapi sebagai mengikut jalan sunnah, beliau tidak akan menghampakan orang, dengan sedikit wang dihulurkan. Jika sudah kehabisan wang, beliau akan memberitahu yang beliau sudah kehabisan wang, mudah tanpa hipokrit.
Pernah diceritakan beliau disimbah dengan air buangan ikan oleh pembencinya. Dia hanya tersenyum dan tidak membalas. Saya masih ingat kisah pada waktu kempen PRU 1999 dahulu, di sebuah rumah milik orang Umno, ada kematian. Tetapi malang bagi orang Umno itu kerana rakan-rakannya meminggir mungkin kerana tidak tahu berbuat apa-apa. Ustaz Wan Hassan antara orang yang menguruskan jenazah itu, menyebabkan orang Umno itu menjadi sungguh terharu. Ustaz Wan Hassan seorang yang disenangi semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Pengalaman beliau menjadi Exco Belia, Sukan dan Pelancongan pada sesi 1999-2004 dahulu, insyaAllah akan dapat membantu pentadbiran kerajaan teknokrat PAS nanti.
N25 Bukit Besi : Haji Ghazali Sulaiman

Saya tidak sempat bersama beliau ketika meninjau kerosakan yang dilakukan oleh pelombong bijih besi di Bukit Besi. Selain daripada isu itu, isu pembalakan haram juga diketengahkan beliau bagi menyelamatkan hutan simpan di sekitar Bukit Besi agar terpelihara daripada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Kerap kali ketika banjir melanda Bukit Besi, banyak kampung-kampung yang tidak berjaya dihubungi kerana terputus hubungan. Namun beliau dan pasukannya berjaya sampai bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan. Pastinya hanya orang yang bersemangat waja sahaja yang sanggup bergadai nyawa bagi menghulurkan bantuan sebegitu. Walaupun bukan Adun, beliau tetap memberikan khidmat kepada rakyat. Dengan peruntukan yang sedikit, beliau berjaya mengatur program-program terutamanya kebajikan bagi rakyat Bukit Besi. Bayangkanlah jika PAS memerintah, pasti lebih lagi agihan kepada rakyat yang memerlukan.

N26 Rantau Abang : Haji Alias Harun

Mantan guru besar yang ditugaskan pada penggal lalu untuk mengambil cakna hal-hal berkaitan kebajikan di Dun selain daripada isu-isu setempat yang lain berlaku di sekitar Dun Rantau Abang. Kami bersama membawakan isu berkaitan dengan perlombongan silika yang kelihatannya tidak membawa keuntungan kepada Terengganu di Bukit Senyamuk, berhampiran Kuala Abang kerana masalah pengurusan. Tidak ketinggalan juga isu Ladang Kambing Kaprima yang gagal, serta kawasan rekreasi dekat kawasan rehat Rantau Abang yang rosak kerana tidak dijaga. Isu janji palsu Veledrom Rakyat yang tertangguh pembinaannya semenjak diletakkan batu asas sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2008 dan baru-baru ini kerana mahu memancing undi, juga diketengahkan beliau.
Banyak kali di dalam Sidang Dun, kebimbangan beliau terhadap masalah banjir yang berlaku di sekitar Taman Rakyat, Gong Pasir dan janji pembinaan tebatan banjir yang tinggal janji, turut diluahkan beliau. Kesungguhan beliau walaupun sudah agak berumur kesana kemari untuk membantu rakyat, saya yakin, tidak akan luntur. Beliau saya percaya, akan dapat membantu kerajaan teknokrat PAS dalam bidang pendidikan atas dasar disiplin yang beliau miliki sehingga banyak kali dipuji Speaker Dun kerana sikapnya yang berhemah ketika Dun bersidang.
N27 Sura : Wan Hapandi Wan Nik

Bekas guru juga sahabat baik Adun Rantau Abang ini seorang yang sangat lemah lembut dari segi percakapan dan juga tingkah laku. Sering turun padang bagi mendekatkan diri serta mendalami masalah masyarakat setempat. Banyak isu yang berkaitan dengan Dungun, diketengahkan beliau sewaktu mengambil tempat dalam perbahasan di Sidang Dun Terengganu. Beliau kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sidang Dun kerana beliau Adun baharu. Ini adalah amalan peraturan dewan, mana-mana Adun baharu, maka mereka akan ditempatkan di bahagian belakang dan kebiasaannya soalan mereka tidak atau lambat sampai kerana kekangan masa sesi soal jawab. Namun begitu apabila mendapat peluang, antara permasalahan yang beliau ajukan ialah berkenaan hakisan pantai di Teluk Lipat, muara Kuala Dungun yang cetek, masalah sosial setempat dan lain-lain lagi.
N28 Paka : Ustaz Satiful Bahari Mamat

Bekas tenaga pelajar di Institut Latihan Perindustrian Petronas (ILPP) yang sekarang dikenali sebagai Instep. Juga menjadi nabiq usrah saya di sana ketika belajar dan juga ketika saya berkerja di Paka. Seorang yang padat dengan idea, mudah dibawa berbincang selain daripada senang didekati. Menang di Dun Paka buat kali pertama pada tahun 1999-2004 dan dilantik menjadi Timbalan Exco Belia dan Sukan. Setelah kalah, beliau menimba ilmu di Afrika Selatan, bersama anak buah Ahmed Deedat. Kembali ke Paka dengan keazaman dan kekuatan baharu untuk kembali merampas Dun Paka dan dia berjaya pada penggal lepas.

Ketika ini memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Terengganu dan dilantik menjadi Ketua Pembangkang Dun. Sering mengambil bahagian di dalam perbahasan Dun dan amat lantang dalam mendedahkan kepincangan yang dilakukan Umno serta pandai mencari maklumat-maklumat sesuatu isu. Menjaga hal ehwal berkenaan industri, sering mengenengahkan kerisauan rakyat tentang peluang pekerjaan yang semakin hilang terutama di Paka dan Kertih kerana masalah kekurangan pelabur yang datang serta ketidak tegasan kerajaan menghadkan kemasukan pekerja luar Terengganu untuk bekerja di Terengganu.

Pernah idea beliau berkenaan cadangan kepada kerajaan untuk mengenakan syarat kepada pelabur yang ingin melabur di Terengganu, ditetapkan mengambil peratusan tinggi anak tempatan sebagai pekerja, diterima kerajaan. Disamping itu juga, beliau mendapat sokongan padu daripada ahli perniagaan yang berjaya, profesional-profesional yang tinggal berdekatan dengan beliau dalam usaha beliau membantu rakyat. Hasilnya, beliau berjaya mengadakan projek membina rumah percuma kepada beberapa rakyat Paka yang layak dan mengadakan program kebajikan yang lain secara berkala.

Ustaz Satiful juga mempunyai dua buah sekolah agama, menengah dan rendah yang sudah kira-kira 20 tahun beroperasi dan mendapat kerjasama universiti luar bagi menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara. Beliau sememangnya diperlukan bagi membentuk kerajaan teknokrat diatas idea-idea beliau yang banyak untuk dilaksanakan. Adalah suatu kerugian bagi rakyat Paka jika tidak memasukkan Ustaz Satiful sebagai salah seorang daripada senarai Adun yang menang pada PRU nanti.

Sumber BO - 8-5-2018




































































































Patuh Arahan Waktu Kritikal Menjelang PRU14



MARANG – PAS mengingatkan seluruh petugas dan jentera parti agar memastikan tahap disiplin dan patuh pada arahan yang dikeluarkan dalam waktu-waktu kritikal sebelum menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ini untuk memastikan tiada sebarang unsur provokasi ataupun gangguan yang boleh mencacatkan strategi.

“Setelah kita menggerakkan jentera di semua peringkat samada jentera MTD , Unit Peti Undi (UPU), Muslimat , Pemuda dan Ameerah,

“Maka pada hari ini kita sedang berada dalam situasi dakwah dan seruan kita semakin diterima oleh para pengundi,”katanya.

Beliau yang juga calon PAS N20 Pengkalan Berangan yang ditemui pihak media dalam Komentar petang pada Isnin, 7 mei.

Katanya,satu signal yang begitu jelas telah ditunjukkan oleh pengundi untuk lakukan perubahan sebagaimana moto yang digunakan N20 Sejahtera Semakin Menyerap Masuk dan semakin diterima oleh para pengundi.

“Kita mengharapkan supaya momentum ini dapat diteruskan sehingga ke hari pengundian,
“Dan mudah-mudahan dengan setiap pelaksaaan dan strategi yang diarahkan itu menjadi satu ‘asbab’ ke arah mencapai kemenangan peringkat DUN Pengkalan Berangan

sumber BO 8-5-2018










































































































































































































PRU14: Masanya memilih PAS pula

ROSAKNYA Malaysia kerana pemimpin rasuah. Pilih PAS yang terbukti tidak rasuah. BN dan PH banyak kes rasuah. Rosaknya umat Islam dan kedudukan agama Islam kerana pemimpin yang anggap Islam "Tidak berapa penting". 
Syariah diperlekeh. Mahkamah Syariah diperkecil. Pemikiran umat dibiar keliru dengan aliran Atheisme (tak beragama), Liberalisme, Sekularisme, Pluralisme (agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu sama taraf saja), Feminism (pertikai hak wanita, kebebasan serba-serbi untuk wanita, wanita boleh jadi imam solat untuk lelaki), masalah hiburan melampau, arak, judi, zina, maksiat berleluasa. Hanya PAS yang tegas dan berprinsip dalam soal akidah umat dan kepentingan kedudukan Islam. 
PAS masuk bertanding 160 kerusi Parlimen, lebih separuh bilangan kerusi Parlimen yang ada. Ini sebagai membuka peluang dan pilihan kepada rakyat jika mahu melihat PAS berperanan dalam kerajaan tanpa tertakluk pengaruh DAP dan kalangan Sekular. Rakyat sudah ada pilihan dengan memilih seramai mungkin calon dari PAS untuk berjuang di dalam Dewan Rakyat. 
160 kerusi Parlimen diisi oleh calon-calon PAS yang diakui oleh pelbagai pengkaji sebagai memiliki kriteria kelayakan, sahsiah yang lebih baik dari calon-calon BN atau PH.\ 
PAS menawarkan 70 peratus kalangan Teknokrat, Profesional. Ulama yang berwibawa 30 peratus dalam memacu peranan Islam Memimpin Malaysia Sejahtera. Ramai Tokoh, Pakar-pakar pelbagai bidang yang terkenal di peringkat antarabangsa jadi calon PAS. Petanda jelas PAS serius mengambil-alih untuk memajukan negara. 
Dalam soal kepentingan Melayu, PAS pertegaskan konsep hubungan rapat Ulama dan Umara dalam mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu. PAS pertegaskan Bahasa Melayu mesti jadi bahasa untuk ajar anak-anak kita belajar di sekolah. PAS mahu rakyat jangan sampai tak tahu tulisan jawi. PAS akan kembalikan kuota untuk orang Melayu di IPT, Biasiswa Mara. PAS akan perkasakan fungsi dan peranan Mara.\ 
Terengganu dan Kelantan negeri majoriti lebih 90 peratus orang Melayu Islam. Wang petroleum dari Negeri Terengganu dan Kelantan mesti majukan negeri-negeri berkenaan dulu, bukan untuk biayai pemborosan projek mega di tempat lain sehingga melupakan negeri asal hasil petroleum. 
Budaya Politik Matang dan Sejahtera anjuran PAS boleh membina perpaduan dan keharmonian antara kaum, agama, kepelbagaian pendirian politik. Ia menolak politik kebencian, fitnah, Rasisme, Ekstremisme.\ 
Ia mengajak rakyat usah buang masa berkelahi tak berkesudahan. Mari fokus bangunkan negara, tingkatkan produktiviti, kreativiti, inovasi, teknologi, kebersihan, keberkesanan, disiplin, moral dan etika yang baik.\ 
"Pilih PAS, Undi PAS" 
HAJI AMZAD HASHIM
P.036 Parlimen Kuala Terengganu
8 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 8/5/2018
sumber hd - 8-5-2018 






































































































Kalau hasil bumi banyak, cukai tak perlu

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata dalam pemerintahan Islam, hasil negeri dan bumi yang banyak perlu dimanfaatkan secara maksimum. 
Ia bersesuaian dengan kepakaran dan kelebihan yang wujud dalam setiap kaum masyarakat majmuk sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di negara ini. 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perkongsian mengenai tawaran Gagasan Sejahtera sekiranya diberi mandat mentadbir bersama masyarakat Cina semasa Sesi Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina N.20 Pengkalan Berangan, hari ini. 
“Kita nak tunjuk cara bagaimana kita memerintah. Sekiranya kita ada hasil bumi, hasil negeri ada, cukai ini nombor dua. Hasil bumi dahulu. Kalau hasil bumi itu banyak, maka cukai tak perlu.  
“Siapa yang memerintah Malaysia ini, dia urus harta yang sama. Dia urus hasil yang sama, hasil itu juga. Cuma bagaimana dia urus itu saja, itu yang bezanya. Jadi kita nak urus dengan cara yang tak membebankan rakyat,” jelasnya. 
Beliau turut berkongsi pengalaman semasa memerintah Terengganu apabila berjaya menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, menghapuskan tol dan beberapa usaha yang lain. 
“Tapi sayangnya kalau kita buat hari ini, Kerajaan Pusat sangat marah. Dia rampas minyak, rampas petrol, tapi kita boleh memerintah. 
"Caranya ialah kita naikkan cukai industri, naikkan cukai-cukai mereka yang kaya, cukai balak. Orang miskin kita tak naikkan cukai," tegasnya. 
Ketirisan dan kesilapan urus tadbir kerajaan
Beliau juga menjelaskan tentang pembaziran yang banyak berlaku melibatkan berbillion Ringgit akibat kesilapan urus tadbir. 
“Oleh kerana masa dahulu banyak hasil-hasil ini bocor, projek-projek membazir, semua orang tahu. Jadi tak cukup duit, dia kenakan GST," katanya yang juga calon PAS bagi Parlimen Marang. 
Jelasnya, PAS akan menghapuskan GST sekiranya diberi mandat memerintah dan menggantikan pendapatan negara daripada hasil kutipan GST tersebut dengan menaikkan cukai Korporat, cukai Saham, cukai industri dan perkilangan. 
“Bukan payah sangat. Itu antara benda yang kita nak buatlah,” ujar beliau. 
Beliau turut menyentuh isu peluang pekerjaan apabila berlaku kebanjiran pekerja asing hingga menyebabkan wujud rakyat tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan di samping kekurangan pelabur-pelabur asing yang datang ke Malaysia. 
“Kita boleh galak pelabur asing mari, tapi mesti pindah kemahiran dia kepada orang sini. Yang keduanya, beri pekerjaan kepada orang sini. Dan kerajaan kena kawal supaya anak-anak muda kita ada kerja di sini," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 7/5/2018
Sumber HD - 7-5-2018 


Veteran Juga Kini Ramai Sokong PAS

KUALA NERUS – Calon PAS Bukit Tunggal, Dr Alias Razak semankin kominted dalam melaksanakan tugas kebajikan dan menzairahi pengundi, memberikan kecaknaan tidak mengira status pengundi.

Apa tah lagi golongan warga emas dan juga mereka yang mula besara dari jawatan yang disandang, seperti sorang warga Bukit Tunggal, Harun bin Mamat.

“PAS memberi komitmen yang tinggi dalam mejayakan pelan tahunan berkenaan ziarah yang kita jalankan, ke seluruh rakyat dalam DUN Bukit Tunggal ini.

“Bukan kerana masa ini waktu kempen pilihan raya kita turun ke kampung-kampung jumpa pengundi, bahkan kita telah jalankan program ini dari tahun ke tahun sejak PAS belum menang lagi,” ujarnya.

Beliau berkata ketika menziarahi Harun bin Mamat, seorang pesara di kampung Bukit Tunggal, pada Ahad 6 hb Mei.

Justeru itu kata mantan ADUN itu, program kemasyarakatan akan berlipat kali ganda, sekiranya PAS di beri mandat lagi oleh pengundi dan PAS menang lagi dalam pilihan raya kali ini.

Beliau berkata ketika menziarahi pesara (bandaran) Saudara Harun bin Mamat, dikampung Bukit Tunggal, pada 6 hb Mei.

Dr Alias menyeru agar, rakyat akan mengundi parti yang terbaik, yang dapat memberikan khidmat kepada orang kampung.

“kita akan sokong yang terbaik yang nampak dia membantu rakyat, bukan yang menekan rakyat dengan berbagai tekanan cukai yang dikenakan seperti cukai GST,

”Tidak mustahil, kalau Barisan Nosinal diberi kesempatan lagi selepas pilihan raya umum ini mentadbir negara malaysia, GST dari enam pertus dinaikkan lagi kadar peratusnya,” kata beliau.
Oleh itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu menjelaskan, sekaran ialah masanya kepada para pengundi memperlihatkan kuasa yang ada ditangan mereka semua.

”Kuasa merubah corak pentadbiran, semuanya ditangan pengundi,” tegas Dr Alias.

“Kalau pengundi pilih dan pangkah bulan, yang menangnya pastilah parti PAS sudah tentulah PAS yang mentadbirnya dan bila bulan berada tinggi,

”saat itulah kita kan disinari cahaya purnamanya, dan dapat melihat dan merasai keindahannya,” tambah beliau.

Sumber BO - 7-5-2018








































































































Giatkan Penggunaan Media Sosial

BESUT – Ahli dan petugas Parti Islam SeMalaysia (PAS) perlu mempergiatkan penggunaan media sosial umtuk menyebarkan maklumat berkenaan parti dalam tempoh berkempen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat , Ustaz Dr Ridhuan Mohd Nor berkata, kita menyebarkan maklumat melalui akaun facebook, instagram, twitter, wechat dan aplikasi whatApps berkenaan dengan parti PAS agar menarik masyarat mengundi PAS.

“Gerak kerja pada hari ini untuk menyantuni pengunjung dan pengundi kepada calon Parlimen Besut, DUN Jerteh, Dun kota Putera, DUN Kuala Besut dan Dun Hulu Besut,

“Insya Allah kita akan merintah negeri Terengganu tapi sikit lagi selisih antara menang kalah dan kita kena pergiatkan lagi usaha untuk menambah kerusi –kerusi oleh PAS,”katanya.

Beliau yang juga merupakan calon Parlimen Besut yang di temui pihak media berkata dalam Prograam Muslimat Muda Malaysia (Gema peringkat Negeri Terengganu di Bukit Keluang pada Sabtu, 5 Mei.

Katanya, mungkin kita sendiri kepenatan pada hari ini tapi jangan bimbang keringat yang tumpah itu menjadi amal dan juga eset di hari akhirat,

“Kita menanam di dunia dan menuai di akhirat serta semoga sedikit usaha pada hari ini adalah bekalan kita untuk bertemu Allah,”ujar beliau lagi.

Sumber BO - 6-5-2018


















































































































































































































Rakyat Zahir Kesediaan Ubah Kerajaan

SETIU – Rakyat sudah menzahirkan kesediaan mereka, melakukan satu perubahan yang besar untuk merubah kerajaan pada hari ini kepada pemerintahan baru yang lebih baik pada pilihan raya umum (PRU)ke 14.

Exco Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih belum peka walaupun ‘signal’ telah ditunjukkan oleh rakyat.
“Selama 60 tahun kerajaan BN telah memerintah negara kita telah menyaksikan pelbagai perkara sudah berlaku,

“Dalam suasana semua rakyat boleh melihat apa yang terjadi selama dalam pemerintahan tersebut,” katanya.

Beliau yang juga merupakan calon PAS N08 DUN Batu Rakit ditemui pihak media dalam Motivasi pagi pada Ahad, 6 Mei.

Katanya, PAS merupakan satu parti yang bersih untuk mengambil tampuk pemerintahan yang ada pada kali ini dan memetik sirah perjalanan hidup nabi.

“Di dalam Islam nabi mengajar umatnya supaya memilih pemimpin yang baik bahkan nabi SAW mengajar doa kepada kita ‘Ya Allah Ya Tuhanku jadikan orang yang baik-baik di kalangan kami untuk memimpin dan janganlah memilih orang jahat untuk menjadi kerajaan memerintah kami’,
“Dan doa ini menunjukkan kami bahawa Nabi SAW menitik beratkan supaya kita memilih pemimpin yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, memilih pemimpin ini adalah tanggungjawab yang sangat besar dan perlu diambil oleh rakyat keseluruhannya.

“Saya mendoakan kepada semua yang berada diluar sana khususnya penduduk di DUN Batu Rakit supaya sama-sama bangkit untuk keluar pada 9 Mei,

“Bagi mengambil tanggungjawab untuk memilih kerajaan yang lebih baik dan adil pada PRU ke 14 nanti,”tambahnya lagi.

Justeru saya menyeru kepada semua supaya keluar awal pada 9 Mei untuk kita membuang undi bagi memenangkan parti PAS pada kali ini.

Sumberv BO - 6-5-2018










































































































SKH Pulls Out As Managing Contractor For Terengganu Development

KUALA LUMPUR (May 4): SKH Consortium Bhd announced today it is pulling out as the managing contractor for a Terengganu development for which it was appointed in 2015, to mitigate business and financial risks it was exposed to.

SKH originally secured the RM192 million job, which marked its first foray into the property construction business, via its wholly-owned unit Super Kian Holdings Sdn Bhd after signing a managing contractor agreement (MCA) with Total Merit Sdn Bhd.

Pursuant to the agreement, Super Kian took on Total Merit’s project on a land measuring 12.14 ha in Kemaman, Terengganu, where it was responsible for providing professional project management facilities for the development comprising six blocks of apartments, shop lots and amenities.

However, SKH disclosed today to the stock exchange that both parties have “mutually agreed to terminate the MCA” by signing a deed of mutual termination today, due to current economic condition.

“Total Merit foresees that there will be a further delay in the development of the land due to the current economic condition, which implies that the re-commencement of the managing contractor work by Super Kian will be further extended.

“The board understands that the potential benefits expected to be derived from the MCA could not be materialised during the original intended timeframe, and foresees that it could be prolonged to a longer time period,” the filing read.

SKH said the termination is in the best interest of the group, as it will mitigate the business and financial risks it could potentially be exposed to.

In addition, the earnest payment of RM12 million as performance bond which could be recovered within 90 days would be allocated to the group’s existing business, it added.

SKH is principally in the information technology business, and has aimed to diversify its income stream by venturing into the property construction industry.

According to its latest annual report, besides Kemaman, the group is involved in construction works in Batu Pahat, Johor, and USJ, Subang.

Shares in SKH closed 0.5 sen or 6.67% down to seven sen today, with a market capitalisation of RM42.69 million.

Sumber  BO - 6-5-2018

Beri Kebebasan Mengundi

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – PAS menyambut baik dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini, yang berjanji akan memberi kebebasan pilihan mengundi kepada semua anggotanya.

Calon PAS bagi Parlimen PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim turut, merakamkan ucapan terima kasih dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) itu.

Katanya, adalah wajar bagi seluruh rakyat Malaysia termasuk penjawat awam dari pasukan keselamatan Polis dan Tentera diberi kebebasan memilih wakil rakyat.

“Saya (calon) ucap terima kasih dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) bahawa Polis diberi kebebasan untuk mengundi. Jadi itu satu isyarat yang sangat baik,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Mengundi, Dewan Budaya, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Terengganu, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap agar terbuka sedikit ruang kebebasan memilih di kalangan anggota keselamatan terbabit pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, ini.

Menurut beliau, tidak mempunyai masalah dengan anggota keselamatan kerana telah lama berurusan dengan pihak berkenaan.

“Saya sempat jumpa dengan ramai anggota Polis di sini (pusat pengundian) yang sebenarnya tidak asing kepada saya. Sebab, saya sejak zaman bekerja lagi selalu berurusan dengan pihak Polis.

“Kebanyakkan mereka ini kawan-kawan saya dan saya rasa tidak ada masalah. Saya harap sedikit sebanyak (mereka) akan memberi undi bagi memenangkan PAS,” ujarnya.

Ahmad Amzad tiba di pusat pengundian itu seawal jam 9.15 pagi selepas satu program Ustaz Azhar Idrus Minum Pagi Bersama Calon Parlimen Kuala Terengganu, di Hadapan Surau Ladang, Kuala Terengganu.

sumber BO - 6-5-2018














































































































Harga Getah Jatuh Buat Rakyat Tersepit


SETIU – Kejatuhan harga getah menyebabkan para penoreh semakin hari semakin tersepit dalam menjalani kehidupan seharian dengan tekanan kenaikan harga barangan dan makanan.

Seorang penduduk Kampung Gong Nangka, Jabi, Kemara Mamamt atau lebih dikenali sebagai Mok Teh berkata, seorang penoreh getah mengeluh apabila kerajaan membeli getah dengan harga yang murah iaitu RM 2.05 sekilogram.

“Kehidupan seorang penoreh getah susah dengan main harga getah murah dan nilaian harga RM 2.05 sekilogram nak beli apa,

“Menoreh dalam dua tiga hari seminggu dapat RM 30 dan duit tersebut bahagi dua dengan tuan tanah pula,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di rumahnya Kampung Gong Nangka pada Sabtu, 5 Mei.

Katanya, sekiranya cuaca mengizinkan penoreh getah akan menjual pot getah seminggu sekali kalau sekiranya hujan akan dijual dua minggu sekali dan hasil jualan tersebut akan dibahagi dua dengan tuan tanah.

“Pendapatan sebulan kadang-kadang tidak sampai RM 200 dengan tanggungan anak cucu yang ramai,
“Pagi-pagi hari turun cerah dok cerah tanah pergi menoreh doh tapi tak padan boleh,

“Nak kerja lain moga tiada pilihan maka pergi menoreh juga,”ujarnya kesal.

Justeru, beliau berharap agar pihak kerajaan menaikkan harga getah yang paling minima ialah RM 4 sekilogram.

Sumber BO -6-5-2018











































































































Calon Yang Ku Kenali; Haji Amzad, Ustaz Mad Shah, Wan Sukairi, Dato’ Ku Dan Ustaz Khalil

Oleh : MNA

Secara peribadi saya menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera.

P036 Kuala Terengganu Haji Amzad Hashim

Alumni SESMA ini pernah mengetuai syarikat perkapalan di Terengganu. Kepakaran beliau di dalam bidang kejuruteraan perkapalan, bukanlah kepakaran biasa. Saya difahamkan beliau juga mendalami kemahiran persenjataan. Setelah menyerahkan borang untuk menjadi ahli PAS pada program HARAP di Jabi beberapa tahun yang lalu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau terus aktif mempromosikan PAS secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelbagai cara. Isu berkenaan masalah ‘draw bridge’ yang menyempitkan laluan kapal, antara yang menjadi perhatian beliau.

Salah satu kejayaan beliau ialah menghapuskan aktiviti lumba haram yang menjadi masalah kepada penduduk setempat di jalan Durian Burung, iaitu kampung halaman beliau, dengan kerjasama penduduk dan juga PDRM. Beliau juga aktif memperjuangkan nasib rakyat Terengganu dengan mendesak kerajaan pusat mengembalikan semula royalti minyak kepada Terengganu melalui NGO Royalti. Pernah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat. Kami sering berjumpa di dalam mesyuarat penerangan negeri dan saya yakin beliau adalah salah satu daripada cantuman-cantuman ‘puzzle’ penting bagi kerajaan teknokrat di bawah pemerintahan PAS nanti.

N14 Bandar Ustaz Ahmad Shah

Saya tidak mengenali beliau secara dekat, tetapi kami pernah sama-sama berbual tentang politik. Beliau adalah lepasan jurusan agama dari universiti di Jordan. Dan beliau pernah tinggal serumah dengan Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika di Jordan. Sijil sarjana yang beliau miliki dalam bidang perniagaan, pasti akan memberikan kekuatan tambahan kepada kerajaan Teknokrat PAS nanti. Ujian besar beliau ialah memancing hati pengundi Cina di bandar Kuala Terengganu.

N15 Wakaf Mempelam Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Seorang yang periang, senang didekati, mudah dalam membantu orang lain. Adik ipar kepada Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulamak Melaka ini mempunyai isteri yang juga seorang doktor perubatan. Karier politik beliau sangat panjang bermula dari bawah, sehinggalah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu. Dengan pengalaman beliau sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, insyaAllah akan memudahkan tugas-tugas penerangan nanti. Pastinya dengan bantuan bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga bekas Exco dan bekas wakil rakyat Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, akan memberikan kekuatan kepada beliau dalam mengharungi penggal pertama sebagai Adun insyaAllah kerana Wakaf Mempelam adalah kerusi selamat bagi PAS.

N16 Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar

Dato’ Ku, itulah panggilan yang biasa saya gunakan apabila memanggil beliau. Orangnya sangat kemas dalam menjalankan tugas dan tidak meninggi diri. Maklumlah bekas pegawai tinggi kerajaan Terengganu dahulu. Sangat berdisiplin, malah apabila di dalam sidang Dun, apabila Speaker mengarahkan beliau duduk, beliau tidak suka membantah kerana memahami bebanan kerja seorang Speaker. Sering mengenengahkan isu berkaitan pentadbiran, sesuai dengan kepakaran beliau. Sangat diperlukan dalam pentadbiran kerajaan Teknokrat PAS nanti atas pengalaman luas beliau selain daripada dihormati lawan dan kawan untuk mentadbir negeri. Suka menziarahi rakyat dengan motorsikal kecilnya.

N17 Batu Burok Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pertama kali bertanding menggantikan wakil PAS yang belot dahulu. Belajar di banyak negara, antaranya Pakistan dan UK. Sering menulis dan mengulas berkenaan situasi politik dunia. Pernah beberapa kali dijemput berucap di forum-forum antarabangsa, menyerlahkan ketokohan beliau, mewarisi darah kepimpinan ayahandanya. Mudah diajak berbincang. Kehadiran beliau dalam senarai calon PAS Terengganu kali ini akan pasti memberikan kelebihan kepada PAS dalam menguasai undi anak muda. Ternyata kegagalan Umno memberikan tempat kepada Ketua Pemudanya setelah berkali-kali PRU, bagi mewakili suara orang muda, akan mengecewakan anak-anak muda mereka dan kita berharap kekecewaan itu diterjemahkan dengan mengundi PAS.

Sumber BO 5-5-2018


PAS Terengganu yakin jadi kerajaan lepas 9 Mei
Posted on Thursday, May 03 @ 17:47:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39527&mode=thread&order=0&thold=0



PAS Terengganu menyatakan keyakinan mereka yang tinggi untuk memenangi lima lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) sambil mengekalkan 14 kerusi dimenangi pada PRU lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang, berkata meskipun PAS didakwa bersendirian menghadapi PRU ke-14, jangkaan pertambahan kerusi DUN itu dibuat secara realistik berdasarkan senario politik semasa.
'
“Tinggal lima hari lagi sebelum mengundi pada 9 Mei, kami yakin dapat pertahankan kerusi yang telah kami menangi di empat parlimen dan 14 DUN dalam PRU ke-13.

“Dan dengan perkembangan yang ada sekarang kami yakin dapat menawan beberapa kerusi lagi bagi membolehkan kami menubuhkan kerajaan baru selepas PRU ke-14 di negeri Terengganu, insya-Allah lima lagi tambahan dari kerusi sedia ada.

“Tapi kerusi mana tak boleh beritahu, itu strategi kami,” katanya dalam sidang media di Pejabat Pesuruhjaya PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut Husain berkata keyakinan itu dizahirkan melalui gelombang hijau di negeri itu sekarang.'

"Alhamdulillah, setakat ini penerimaan rakyat terhadap PAS dalam PRU ke-14 sangat memberangsangkan. Terdapat gelombang hijau yang semakin besar sedang berlaku di semua lapan parlimen dan 32 DUN yang PAS tandingi.

“Paling jelas penerimaan ialah kalangan anak muda yang memberi sokongan yang paling kuat bekerja di semua tempat yang mereka ditugaskan,” katanya.

Tiada laluan mudah
Tambah Husain, faktor keyakinan PAS Terengganu itu dibuat kerana melihat rakyat semakin meluat terhadap politik Umno yang terlibat dengan pelbagai penipuan.

“Kita melihat dari sudut rakyat yang sudah meluat dengan suasana politik sedia ada dalam Umno dan kerajaan sedia ada hari ini dan rakyat juga telah mendapat penjelasan sejelas-jelasnya dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan terhadap rakyat daripada sudut pembangunan.
“Contohnya LPT (lebuh raya pantai timur) yang menggunakan RM1.8 bilion wang rakyat Terengganu menyebabkan rakyat benci dan marah,” tegasnya.'

Tambah Husain hal lain yang tidak disenangi rakyat ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Yang paling dibenci rakyat adalah GST dan kebangkitan inilah yang membuatkan kami yakin rakyat mahukan perubahan dan bersama dengan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Husain berkata PAS tidak meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan selesa.

“Pihak lawan kami daripada Umno-BN dan Pakatan Harapan sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada kami untuk menang.

“Sebagaimana pengalaman PRU ke-13, Umno-BN akan menggunakan apa saja cara untuk menang termasuk menggunakan jentera kerajaan dan sogokan wang yang berleluasa untuk memancing undi,” tambahnya.

Pada PRU ke-13 lepas BN berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu.
Sementara PAS menang 14 dan PKR menang 1 kerusi DUN di Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon adalah pada Sabtu, 28 April manakala pembuangan undi pada Rabu, 9 Mei.

Sumber TKO - 3-5-2018
















































































































DUN Ajil Bakal Mencipta Kejutan

HULU TERENGGANU – Calon PAS yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim yakin pengundi DUN Ajil akan mencipta kejutan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kali ini.

Katanya, sebagai satu generasi yang moden, pengundi tidak takut kepada sebarang ugutan pihak luar.
Menurutnya, ‘politik ugut’ masih lagi berlaku yang mendakwa kononya kalau ada pihak yang tahu apakah yang akan diundi oleh para pemilih.'

”sekiranya mengundi mana-mana parti maka ada pihak yang akan mengetahui kita mengundi apa, apa parti yang kita undi,

”sebenarnya itu satu ‘ugutan lapuk’, kita zaman sekarang ini kita sudah ada ilmu dan kita sudah mencapai tahap kemodenan dari sudut pengurusan pilihanraya, “ tegasnya.

Mantan Pegawai Pendidikan itu berkata, rahsia undi sebenarnya adalah teramat sulit, yang pengundi dan Allah sahaja yang tahu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dirumah di Kampung Peroh, Ajil, pada Rabu 2 Mei.
Oleh itu katanya, kepadamana-mana yang menerima bantuan sama ada BR1M, zakat daripada MAIDAM dan lain-lain, jangan takut mmembuat perubahan.

”kita undi mana-mana parti ………jadi jangan takut, kita (saya) mengharapkan kepada penerima samada BR1M, zakat daripada MAIDAM, penerima dana remaja jangan bimbang untuk mengundi PAS,” jelas beliau.

Justeru itu beliau yang telah mempunyai pengalaman mendidik anak-anak selama 20 tahun, yakin gelombang anak muda di DUN Ajil akan diterjemahkan kepada undi pada 9hb Mei nanti.

”yang menyatakan ingin mengubah kerajaan negeri Terengganu dari BN ke PAS akan kekal (dengan pendirian itu) hingga 9hb Mei,

”dan kita cuba mencipta kejutan di DUN Ajil…..memenangkan PAS sebab PAS belum lagi mencatat kemenangan di DUN Ajil,

”jadi inshaAllah mencipta kejutan mengubah struktur politik di Terengganu dan Malaysia amnya,” jar beliau.

Sumber BO - 4-5-2018

















































































































Perparitan Tidak Di Selenggara

DUNGUN – Penduduk Kampung Burung Baru kesal kerana perparitan di seluruh kejiranan itu tidak diselenggara menyebabkan banjir air melimpah sering melanda.

Penduduk tempatan Mat Zaik Mahmood, 59, berkata, air yang naik lambat surut kerana longkang ananh yang dibina puluhan tahun lalu tersumbat.

Beliau mengharapkan satu tindakan daripada pihak kerajaan yang ada ataupun kerajaan yang baru dapat menyelenggarakan masalah rakyat di kampung itu.

“Cuba kita lihat longkang sudah empat kali pilihan raya kerajaan tidak membersihkan sehingga naik seman samun dan hutan sepanjang parit yang dibuat ,

“Bukan setakat longkang yang kita ada sekarang ini malah banyak lagi parit-parit kampung ni naik hutan tidak dibersihkan,

“Dan walaupun rakyat ada tanah tetapi tak dapat nak bercucuk tanam untuk menanam disebabkan air yang banyak akibatnya pokok-pokok seperti pokok durian akan mati ditenggelami air,” jelasnya.
Beliau mengharapkan kerajaan baharu yang akan dipilih pada pilihan raya umum 9hb Mei depan, dapat menyelenggarakan masalah rakyat di kampung burung baru.

Sehubungan itu, Ketua penerangan PAS Dungun, Cikgu Alias Harun berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan yang diberi untuk membersihkan longkang walaupun tidak mengalami musim hujan dan sekurang-kurangnya kampung dalam keadaan ceria dan bersih.

“Longkang dan parit telah pun dibina tetapi sejak beberapa tahun parit ini tidak diuruskan dengan baik serta tidak pun dibersihkan menyebabkan apabila hujan turun dengan lebat walaupun bukan musim tengkujuh,

“Setiap tahun kawasan sekitar ini akan ditenggelami air disebabkan parit tidak dibersih dan apabila air melimpah agak sukar air ini untuk turun ke sungai yang berada di sebelah kampung ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa terjah dan dedah isu pembangunan Kampung Burung Baru pada Rabu, 2 Mei.

Katanya, Kampung tersebut yang mula diduduki sejak tahun 1960-an, tidak banyak berubah dari segi pembangunan, walaupun penduduknya kini bertambah kepada 100 buah rumah.

“Apabila berlaku hujan kawasan yang ditanami pokok dan kebun orang tempatan kalau sekiranya air ini tidak dapat keluar dalam masa dua hari sudah tentu kawasan kebun mereka ditenggelami air,
“Dan memang pokok-pokok akan mati yang menyebabkan menjadi kesusahan kepada rakyat serta aktiviti mereka ialah berkebun,” ujarnya.

Menurutnya lagi, rakyat mengharapkan kerajaan sepatutnya membersihkan dalam tempoh enam atau tiga bulan sekali agar air dapat lalu dengan cepat dan kampung dilihat ceria.

“Pilihan raya demi pilihan raya pun berlalu dan pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 ini rakyat perlulah membuat perubahan supaya rakyat mengubah dan memilih parti yang nak menjadikan rakyat ini berada dalam keadaan sejahtera,

“PAS mengharapkan rakyat dalam PRU ke-14 ini memberi undi kepada PAS untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu,” jelasnya.

Sumber  BO - 4-5-2018
















































































































Calon Yang Ku Kenali; Saharizulkirnain, Dr Azman Ibrahim Dan Azmi Maarof

Oleh : MNA

Secara peribadi saya menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera.

P034 Setiu Saharizulkirnain

Beliau lepasan UniSZA dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab, jarang saya dapat bersama dengan beliau, tetapi apabila berjumpa dan diminta mengulas sesuatu isu, ulasan beliau kemas dan fokus. Beliau mempunyai pengalaman sebagai Adun apabila pernah memenangi kerusi Dun Jabi pada tahun 1999. Ditugaskan mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Lajnah Asas Tani di dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau banyak mendedahkan kepincangan dalam projek-projek pertanian di Terengganu seperti jutaan ringgit yang dilaburkan dalam bidang pertanian, gagal dan hangus begitu sahaja. Sebagai seorang Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, beliau pastinya dipilih oleh ahli PAS Setiu kerana mempunyai daya kepimpinan tersendiri dan insyaAllah beliau tidak akan menghampakan pengundi Setiu jika dipilih.

N05 Jabi Dr Azman Ibrahim

Umurnya muda setahun daripada saya. Kami akrab sebagai pengamal media. Panjang jika saya mahu menulis berkenaan peribadi beliau. Sebagai ringkasannya, dia seorang yang mudah didekati, sentiasa tersenyum, suka membantu tidak kira dalam hal parti ataupun pelanggan di klinik giginya. Dia juga seorang yang diketahui berkerja keras dalam impiannya untuk membantu parti. Tidak perlu kepada wartawan untuk menulis berita atau rencana berkenaan beliau kerana beliau sendiri pandai menulis dan telah menulis beberapa buah buku. Mengetuai NGO media, beliau mempunyai sikap yang tegas walaupun wajahnya lembut. Sudah beberapa tahun diberi kepercayaan menjadi AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu dan pada tahun lepas, dipilih menjadi AJK PAS Pusat, berperanan di bawah Lajnah Kebajikan.

Dengan gerak kerja beliau dan AJK MTD Jabi yang tersusun, beliau hampir merampas Jabi dari tangan BN pada PRU lepas. Tidak terhenti dengan kegagalan itu, beliau terus berkerja selepas kekalahan itu dan Jabi saya yakin dijangka akan mengurniakan satu kerusi kepada PAS Terengganu pada PRU ini. Dengan tersenarainya Dr Azman Ibrahim iaitu seorang profesional di dalam senarai calon Dun, PAS Terengganu mempunyai satu lagi nilai tambah untuk ditawarkan kepada rakyat Terengganu selain beliau sendiri mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama kerana ketika belajar di Iraq, beliau mengambil kesempatan mendalaminya.

N07 Langkap Azmi Maarof

Saya pertama kali bertemu dengan saudara Azmi, ketika hadir dalam satu majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi PAS (KOPAS) di Felda Kampung Rahmat, Setiu dua tahun lepas. Setelah itu kami berhubung melalui aplikasi WhatsApp bagi bertukar-tukar info politik. Pernah sekali kejadian lucu, dia memberi derma kepada saya sebagai pemberi semangat katanya. Beliau tidak ketinggalan berusaha mendedahkan salah urus kerajaan Umno terutama di sekitar Langkap. Isu Felda juga turut beliau ketengahkan bagi kesedaran warga Felda yang menjadi deposit tetap Umno dalam PRU. Isu berkenaan rumah generasi kedua Felda, saham FGV dan lain-lain. InsyaAllah, sebagai warga Felda, saudara Azmi akan membantu mereka menjadikan Felda sebagai sebuah naungan yang lebih baik daripada sekarang yang dipenuhi dengan isu-isu penyelewengan.

N08 Batu Rakit Shafizi

Jika dilihat secara luaran, beliau kelihatan sama seperti orang lain, biasa sahaja. Tetapi apabila menemuramah beliau, barulah saya tahu yang dia lepasan University Lampeter, Wales selepas tamat di Universiti al-Azhar. Dia salah seorang diantara ramai ustaz-ustaz PAS yang fasih berbahasa arab dan inggeris. Hal lain yang saya tahu berkenaan beliau ialah, beliau senang didekati oleh orang muda.

Beliau berjaya memecahkan tembok kebal Umno Batu Rakit dengan kejayaan menghidupkan kembali cawangan Pemuda PAS Pengkalan Atap yang sudah 14 tahun mati kerana ketiadaan

penggerak. Dan kebetulannya cawangan itu adalah cawangan kepada Adun BN sekarang. InsyaAllah beliau akan mengalahkan BN di Batu Rakit nanti melalui penguasaan beliau ke atas anak muda di Batu Rakit.
















































































































Sumber BO - 3-5-2018


















































































































Menangkan PAS, Islam akan dibetulkan persepsinya

SAYA tengok bukan Islam ramai yang salah faham tentang hukum Syariah. Mereka kena faham ia adalah sebahagian agama Islam. Jangan halang orang Islam nak mengamalkan agamanya. 
Kebebasan mengamalkan agama lain bagi penganut agama bukan Islam adalah jaminan diberi oleh Perlembagaan bagi mengatasi kebimbangan bukan Islam bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Agama Islam mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pelbagai peruntukan termasuklah sebagai agama bagi Persekutuan.  
Orang bukan Islam tidak boleh diganggu jika mereka mahu mengamalkan agama mereka. Jika bukan Islam tidak boleh diganggu, sudah tentulah penganut agama Islam lebih-lebih lagi tidak sepatutnya dihalang dari mengamalkan hukum Syariah Islam yang merupakan salah satu tiang seri kepada agama Islam itu sendiri sesuai dengan kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan. 
Hukum Syariah pula hanya untuk orang Islam sahaja. Bukan Islam tidak ada kena mengena dan tidak terikat dengan hukum Syariah. Ia dijamin sekurang kurangnya pada 4 peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. 
Salah faham dan kekeliruan timbul kerana kegiatan menyebarkan fitnah dan kekeliruan yang bertujuan menakut-nakutkan dan mewujudkan prasangka buruk, menimbulkan kebencian kepada usaha umat Islam mengamalkan agamanya. Label yang buruk misalnya Terrorist, Extremist, Taliban diberikan dan Islamofobia menjadi virus yang merosakkan persepsi bukan Islam kepada ajaran Islam. Ulama-ulama diperbesar segala isu yang boleh untuk memburukkan pandangan kepada tokoh-tokoh pejuang Islam. 
Kita boleh atasi ini dengan menukar kerajaan BN sekarang dan menguasai media arus perdana yang sebenarnya berperanan membentuk, menjadi acuan minda masyarakat. Tv, radio, Jabatan Penerangan, rangkaian surat khabar cetak dan maya sepatutnya jika mahu sudah lama sepatutnya boleh betulkan salah faham bukan Islam ini. Tapi mereka sebaliknya menjadi ejen mengelirukan lagi masyarakat. 
Drama tv jika pak lebai berkopiah, Muslimat yang bertudung labuh, diberi watak dalam drama tv sebagai orang yang jumud, kolot, busuk hati, pendengki, kasar tutur kata. 
Jika Gagasan Sejahtera menang, Islam akan dibetulkan persepsinya. Tak sampai setahun, semua salah faham boleh dijernihkan. Tengok sajalah di zaman Tun Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri. Tak sampai setahun, jenama Islam Hadhari yang orang Malaysia yang Islam pun tak pernah dengar, tetapi penggunaan rangkaian jentera penerangan telah membolehkan tak sampai setahun, orang bukan Islam pun boleh berbincang tentang Islam Hadhari, Maqasid Syariah, Wasatiyyah. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
P.036 Parlimen Kuala Terengganu
2 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 3/5/2018
Sumber HD - 3-5-2018 



















































































































Calon Yang Ku Kenali; Haji Azbi, Khuzaini dan Ustaz Wan Azhar

Oleh : MNA
Secara peribadi saya menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera.

N01 Kuala Besut : Haji Azbi Salleh
Seorang usahawan emas yang berjaya dan mempunyai banyak rangkaian kedai emas di Kelantan dan Terengganu. Saya pernah duduk bersama beliau yang juga Bendahari MTD Kuala Besut, berbincang berkenaan politik dan kadang kala perniagaan secara santai. Diangkat menjadi calon dengan sebulat suara oleh MTD Kuala Besut, menunjukkan kepercayaan penuh jawatankuasa akan kebolehan beliau untuk mewakili PAS. Seorang yang mudah tersenyum tidak lokek dan suka berinfaq insyaAllah. Saya yakin dengan kepakaran beliau dalam bidang perniagaan emas, akan dapat membantu PAS Terengganu jika diberi kepercayaan sebagai sebuah kerajaan.

N02 Kota Putera : Haji Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman
Saya pernah bertemu dengan beliau yang juga dipanggil dengan panggilan mesra, Haji Khuz beberapa kali terutama dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) yang mana beliau adalah seorang daripada pimpinannya. Tetapi saya tidak mempunyai peluang bersua untuk sebarang temubual, hanya yang saya tahu beliau seorang profesional, iaitu jurutera elektrik dan sekarang menjalankan perniagaan berkaitan kejuruteraan. InsyaAllah dengan kepakaran beliau dalam lapangan kejuruteraan ini, akan berjaya memberi kekuatan tambahan kepada kerajaan teknokrat PAS nanti.

N03 Jerteh : Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Seorang yang lemah lembut percakapannya, sering mengadakan kuliah bagi memberikan penerangan berkenaan hal ehwal agama Islam. Senang didekati, mudah bagi mendapatkan komen bagi penyediaan berita. Selain tidak pernah jemu membantu masyarakat setempat, Ustaz Wan Azhar juga suka membantu orang-orang susah di luar negara. Contohnya beliau ke Mindanao bagi program korban di sana. Selain kerja-kerja membantu umat Islam di sana, beliau juga mengambil kesempatan bertemu ulamak di sana bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mereka. Sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, beliau mempunyai karisma kepimpinan dan insyaAllah akan dapat membantu PAS Terengganu dalam pemerintahannya nanti. Dikatakan Besut akan menjadi ‘bench mark’ kejayaan PAS Terengganu mengambialih kerajaan kali ini. Jika Besut berjaya menyumbangkan kerusi kepada PAS Terengganu, insyAllah PAS akan menang di Terengganu. Saya yakin di bawah kepimpinan beliau dan pasukannya mampu membuka pintu halangan ini.

Sumber BO - 3-5-2018




















































































































Ziarah Mengejutkan!

MARANG – Ziarah yang dibuat kepada tiga buah rumah di Kampung Pusu Tiga amat mengejutkan apabila tuan rumah yang dianggap sebagai penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), menyatakan sokongan kepada PAS.

Pengarah Pilihanraya Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata diantara meraka ada yang terlibat bahkan bekerja dengan dengan parti lawan PAS pada pilihan raya lalu, mengaku mahu mengundi PAS pada kali ini.

“Antaranya saya bertemu dengan seorang tuan rumah yang merupakan pekerja kerajaan berkata, Ustaz jangan bimbang… jangan takut…tiada masalah dah…. kami wanita muda bekerja kerajaan,
“Kami ada internet, facebook dan whatsapp yang kami dapat maklumat di dalam tersebut dan mereka sangat terbuka,

“Dan mengejutkan lagi bahawa (beliau berkata) insya Allah pada tahun ini kerajaan Umno Negeri Terengganu akan tumbang serta rakyat akan memberikan sokongan kepada PAS dalam PRU 14,” jelas Ariffin.

Beliau yang juga merupakan calon PAS N12 DUN Alor Limbat ditemui pihak media pada Selasa, 1 Mei.

Selain isu tersebut, kata mantan ADUN Alor Limbat itu, para peniaga tidak berpuas hati dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

“mereka berkata, ia menyebabkan mereka terbeban dengan kenaikan harga barang dan dijual dengan harga yang mahal.

“saya sempat bertanya harga sotong dengan tak besar mana size tetapi mencecah sehingga rm28 sekilogram dan begitu juga ikan yang dijual dengan harga yang mahal,

“Kerana masalah yang berlaku diantaranya ikan yang molek dan baru kebanyakan tidak di daratkan di kawasan ataupun daerah yang menyebabkan ikan di negeri Terengganu jadi mahal,” jelasnya.
Justeru, beliau berharap dan berdoa semoga Allah memudahkan kemenangan kepada PAS dan dapat menubuhkan kerajaan baharu selepas 9hb Mei ini.

“mudah-mudahan DUN Alor Limbat dan kawasan parlimen Marang dan juga seluruh negeri Terengganu Insya Allah PAS akan menang dalam PRU ke 14,” ujar beliau

Sumber BO - 2--5 -2018






















































































































Calon PAS Yang Ku Kenali; P033 Besut – Dr Riduan Mohd Nor


Oleh : MNA

Saya secara peribadi menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Sebagai seorang pengamal media, saya berpeluang menemui, berkawan ataupun berkerja bersama-sama mereka didalam jemaah PAS.

Saya sentiasa mengikuti perkembangan sebahagian besar calon-calon PAS terutama yang melibatkan isu Sidang Dun. Ada yang saya kenali dengan mendalam, ada juga melalui program-program bersama. Lebih daripada itu, saya berpeluang membuat liputan terhadap mereka secara dekat, bagi mengupas pelbagai isu-isu semasa di Terengganu. Melalui pengalaman ini, saya kongsikan dengan anda watak-watak calon-calon PAS kali ini di hadapan dan di balik tabir.

Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera. Semestinya akan ada kelemahan dan kekuatan yang mana kebiasaan bagi sesebuah pasukan. Tetapi pastinya mereka akan saling bergantung dan bergandingan sesama mereka. Maju dalam hal keduniaan seperti menyediakan calon-calon dari kalangan profesional.

Berkat dari segi maksud ialah mengekalkan kehendak Allah dan rasul dalam membangunkan negeri, dan sudah pastinya rakyat sudah boleh melihat kebolehan ulamak-ulamak PAS berfungsi. Sejahtera hasil dari gabungan dunia dan akhirat ini yang tidak menolak dunia dan mengusahakannya sesuai dengan kehendak akhirat, insyaAllah akan membuka pintu-pintu rahmat Allah.

Mari kita ketepikan cara berpolitik kotor, fitnah, persepsi jahat, tuduh menuduh dan mengantikannya dengan fakta, kebenaran, mengikut kehendak al-Quran dan Sunnah. Kita mahu membina negara yang lebih baik. Kita tinggalkan mereka yang gagal membawa misi perpaduan dan ketaatan kepada Allah.

Tunjukkan kebaikan parti dan calon anda. Ayuh bersama PAS bagi membina kerajaan teknokrat, sebuah kerajaan yang akan mengiktiraf kepakaran seseorang, disesuai dengan kehendak agama Islam.

InsyaAllah penilaian ringkas ini adil bagi anda menilainya. Pengecualian kepada empat calon, yang mana saya tidak pernah berpeluang bertemu dan saya tidak ada membuat sebarang catatan bagi kempat-empat mereka iaitu N04 Hulu Besut, Mat Daik Mohamad, N06 Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman, N024 Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dan N032 Air Putih, Ab Razak Ibrahim.

P033 Besut : Dr Riduan Mohd Nor

Senior saya di sekolah menengah yang dikategorikan sebagai pelajar yang aktif dan popular. Sekarang memiliki Phd dalam bidang pendidikan. Secara peribadi mengenali beliau sebagai seorang yang kuat berusaha untuk kemajuan pendidikan selain daripada suka menulis buku. Kesungguhan beliau dibuktikan dengan kejayaan beliau membina dua buah pondok tahfiz moden An-Nur di Besut dan Sungai Tong.

Berbagai usaha yang dilakukan beliau dalam semua tugasan yang diberikan terutama yang melibatkan orang seni, ketika dipertanggungjawabkan menerajui Lajnah Kesenian PAS Pusat, bersesuaian dengan minat beliau dalam bidang seni. Nama-nama seperti Bob Lokman, Zuar XPDC, Saiful Apek adalah antara figura yang berjaya diajak beliau untuk bersama PAS dan mendalami ilmu agama. Bukan itu sahaja, Ustaz Riduan juga aktif menyertai NGO bagi membantu umat Islam di luar negara dan beberapa tahun lepas, telah berjaya membina pusat Islam di Poland bersama rakan-rakan beliau.

Seorang yang degil untuk terus bangkit melawan, biarpun lawan beliau di parlimen ini ialah seorang yang dipuja di Besut. Tanpa takut, beliau terus memikul amanah untuk menjadi calon buat kali kedua. Isterinya seorang Profesor Madya dan pernah dinobatkan sebagai antara tokoh pendidikan yang berpengaruh di Malaysia.
InsyaAllah dengan kesungguhan dia berkerja untuk memartabatkan Islam, dengan hasil-hasil yang sehingga kini diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai AJK PAS Pusat, dibantu dengan latar belakang isterinya yang berpengaruh itu, saya yakin beliau mampu memberikan sumbangan besar kepada negara jika diberi peluang oleh pengundi Besut.





















































































































Sumber BO - 1-5-2018













































































































































































































































Kekalkan DUN Manir

HULU TERENGGANU – PAS mengharapkan sokongan daripada semua pihak samada daripada ahli dan seluruh penyokong mengekalkan kemenangan PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

Bendahari Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Hilmi Harun berkata, ia adalah demi merealisasikan cita-cita murni PAS meningkatkan kebajikan dan membantu rakyat.

Katanya, PAS menekankan keperluan asas rakyat yang mana menawarkan lot perumahan penginapan kepada masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan rakyat tidak lagi terbeban dalam menjalani kehidupan seorang warga negara.

“20 tawaran awal manifesto PAS Terengganu boleh dilihat dalam laman sesawang online menawarkan suatu tawaran yang menarik,

“Dan ianya menyelami serta menyusuri keperitan dan kesusahan hidup rakyat yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga merupakan calon PAS DUN Manir di temui pihak di rumahnya di Kubang Lembek, dekat sini, petang pada Isnin, 30 April.

Katanya, apa yang dilihat dan didengari sekarang keluhan rakyat daripada semua lapisan masyarakat menjalani kehidupan yang sangat susah.

“Kesempitan hidup dengan cara yang lebih menyeluruh bahawa kita semua menghadapi suasana yang bukan mcam dulu,

“Kalau dulu orang kampung boleh hidup dalam tenang dan tidak memikirkan sangat tentang kenaikan harga barang seumpamanya,

“Tetapi sekarang semua peringkat semua lapisan masyarakat menghadapi tekanan dari sudut kewangan dan kesempitan hidup,” jelas beliau.

Tegas beliau, kekangan dan kesempitan hidup yang berlaku adalah kerana salah urus tadbir kekayaan negeri dan negara yang perlu ditangani dengan segera.

Oleh itu, PAS mengharapkan sokongan padu dari semua pihak untuk mengubah pemerintah pilihan raya umum (PRU) ke 14, 9hb Mei ini.

“Dan kita kena yakin bahawa duduk dalam negara demokrasi, kuasa rakyat melebihi daripada mana –mana kuasa samada kuasa wang ataupun kuasa kerajaan ia tidak akan berlaku kecuali dengan sokongan daripada rakyat keseluruhan,” ujar beliau.

Mantan ADUN Manir itu berkata, rakyat perlu berani untuk melakukan perubahan kerana demokrasi adalah kuasa rakyat yang sangat besar.

“Apa yang kita harapkan perbandingan yang kita lakukan ini adalah satu perkara yang memberikan pembukaan kepada pemikiran kita,

“Bagi melihat suatu perubahan dan kemampuan daripada semua pihak untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan negeri tercinta ini,” katanya lagi

Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat sedar dan dapat memberi sokonagn padu pada perjuangan Islam serta beri peluang kepada parti PAS memerintah dengan mengambil alih pemerintahan.

“Dan Insya Allah kita dapat melihat tawraan manifesto yang kita tawarkan ini berpijak di alam realiti,” tambah beliau

Sumber BO - 1-5-2018























































































































PAS yakin dengan 'aura' Prof Dr Sam

MARANG: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dengan aura dan kemampuan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi hati pengundi.
Menurutnya, Dr Ahmad Samsuri yang mewakili PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang mempunyai auranya tersendiri yang lebih dari beliau.
Justeru, kata Dato' Seri Abdul Hadi, Ahmad Samsuri yang juga Setiausaha Politiknya dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, tidak perlu menggunakan aura beliau sebagai bekas penyandangnya untuk memenangi kerusi Dun Rhu Rendang.
"Malah aura dia (Ahmad Samsuri) lebih besar dari saya. Beliau pernah ditemuramah oleh tv (televisyen) berkaitan kapal terbang hilang (MH370) sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, calon baharu PAS Rhu Rendang, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, tidak memandang rendah terhadap calon parti lawan yang bertanding di Dun Rhu Rendang meskipun beliau mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.
"Saya tidak memandang rendah sesiapa walau apa pun status pendidikan mereka. Sebab, kelayakan jadi pemimpin dalam sesebuah masyarakat tidak semestinya berpendidikan tinggi.
"Seseorang itu mungkin ada pengaruh kuat dalam masyarakat. Jadi, faktor pendidikan itu (mungkin) di luar sana ada yang sebut tetapi bagi saya, saya tidak memandang rendah mereka (calon)," ujarnya kepada Harakah.
Kerusi tradisi PAS, N.19 Dun Rhu Rendang itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, calon Barisan Nasional (BN), Nik Dir Nik Wan Ku dan calon PKR, Dr Zarawi Sulong yang mewakili Pakatan Harapan.
Pada PRU13 lalu, penyandangnya Dato' Seri Abdul Hadi Awang menang dengan majoriti 2,819 undi mengalahkan calon BN, Nik Dir Nik Wan Ku dalam pertandingan dua penjuru. -HARAKAHDAILY 1/5/2018
Sumber HD - 1-5-2018 


























































































































Hasil Komuniti Rakyat Rendah

MARANG – Kos sara hidup rakyat yang membebankan dan ditambah lagi dengan barang hasil komuniti yang diusahakan mereka samada getah dan kelapa sawit berada pada paras yang agak rendah.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, betapa peritnya para penduduk dan petani bertungkus lumus bekerja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.

“Ini merupakan satu masalah yang dihadapi para petani dan penoreh getah kerana dalam masa yang sama harga komuniti getah berada pada paras yang rendah iaitu pada harga RM 1.90 ataupun RM 2 sekilogram,

“Para nelayan pantai yang hari ini rata-rata bergantung kepada suasana dan keadaan cuaca untuk mereka turun ke laut ditambah pula dalam keadaan suasana yang masih lagi tidak dapat diadakan,
“Dan satu penyelesaian yang baik untuk membantu mereka ialah berkenaan dengan muara sungi Merchang yang menjadi pintu masuk ataupun laluan utama kepada nelayan pantai khususnya di kawasan Merchang dan kawasan sekitarnya sepatutnya dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di pejabat operasi PAS N20 DUN Pengkalan Berangan pada 29 April.

Katanya, PAS telah melaksanakan gerak kerja secara tersusun dan berstrategi mendekati pengundi sama ada diluar ataupun dalam kawasan sendiri.

Dan segala usaha yang dilakukan memberi satu ‘natijah’ yang baik hasil daripada gerak kerja seluruh jentera saada dikalangan muslimat dan pemuda.

“Antara tawaran yang telah dikemukan oleh PAS negeri berkenaan manifesto PAS ialah menyediakan 20 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu sepanjang tempoh 4 tahun,

“Dan ini merupakan satu berita baik yang perlu disambut oleh seluruh anak muda dan seluruh ibu bapa

“Untuk memastikan bahawa anak-anak mereka ataupun orang muda boleh mendapat peluang pekerjaan di negeri sendiri bukannya terpaksa keluar ataupun merantau ke negeri lain.
“Bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang sepatutnya diperolehi untuk dilaksanakan di negeri Terengganu sendiri,”ujar beliau.




























































































































Sumber BO - 1-5-2018




























































































































Salam Ingatan Sempena Hari Pekerja

Rasulullah bersabda “Allah tidak mengutus seorang nabi pun kecuali pernah mengembala kambing dan aku dulu juga pernah mengembala kambing milik penduduk Mekah dengan imbalan gaji.” (HR. Bukhari)

Sempena sambutan Hari Pekerja yang disambut pada 1hb Mei setiap tahun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada seluruh pekerja dalam semua bidang dan sektor samada sebagai kakitangan kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri.

Keseimbangan hidup dalam sesebuah masyarakat dan negara tidak akan berlaku melainkan dengan gabung jalin golongan pekerja yang saling mencurahkan kemahiran dan keringat di bidang masing-masing. Begitu juga kemajuan dan ketamadunan negara sangat bergantung kepada sejauh mana negara memiliki tenaga mahir dalam pelbagai bidang dan sektor. Termasuk juga sejauh mana ruang yang diberikan kepada mereka untuk mencurahkan kemahiran.

Perkara yang tidak sepatutnya diabaikan ialah penghargaan dan kebajikan yang diberikan kepada golongan pekerja termasuk yang bekerja sendiri. Contoh yang baik seperti apa yang dijanjikan oleh PAS jika memerintah Terengganu untuk memberikan wad kelas 3 percuma kepada rakyat dan pencen rakyat kepada yang tidak berpencen adalah sebahagian dari usaha menjaga kebajikan mereka.

Mudah-mudahan segala sumbangan golongan pekerja dan semua sektor tidak sekali-kali dipandang enteng oleh semua pihak dan diberikan penghargaan sewajarnya. Semoga Allah menerima segala usaha samada kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara sebagai amal soleh sehingga membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

HAJI MUHYIDIN ABDUL RASHID
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu
Calon PAS P038 Hulu Terengganu

Sumber BO - 1-5-2018
























































































































54 ahli Umno sertai PAS di Dun Ru Rendang

MARANG: Usaha PAS untuk kembali menguasai Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini semakin terserlah apabila seramai 54 ahli Umno menyerahkan borang menyertai parti itu, malam ini. 
Sebanyak 40 borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang oleh wakil mereka, Roslan Yusof pada Majlis Dialog Anda Tanya Tok Guru Jawab di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Kerak, dekat sini. Turut hadir ialah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, 
Sementara itu, Roslan, 51, memberitahu sebanyak 40 borang diserahkan pada malam ini sementara 14 borang lagi akan diserahkan pada masa lain. 
“Saya sertai PAS kerana terbuka hati terima PAS, kerana keluarga sebelah isteri banyak orang PAS, bukan kerana habuan,” ujarnya. 
Beliau yang menjadi ahli Umno selama 25 tahun berkata, akan berusaha untuk menarik rakan-rakannya agar menyertai PAS. 
“Saya berharap mereka supaya boleh berhijrah untuk sertai PAS, kita akan tarik mereka sertai PAS,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 39-4-2018 


























































































































PAS Tidak Guna Duit Kerajaan Seperti Umno Biayai Parti

KUALA NERUS – Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bkt Tunggal berkata, PAS bergerak dengan wang yang dikumpullan ole ahli-ahli, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang menggunakan wang kerajaan.

“kita belanja buat semua projek yang kita jalankan….kita tidak guna duit kerajaan, tidak seperti parti Umno dan BN yang mengunakan belanja kerajaan untuk membina harta milik parti,

“sekiranya pemimpin Umno, BN golongan bijak pandai, seperti yang dicanangkan, golongan orang bijak tahu membezakan antara harta milik kerajaan dan mana harta milik parti,” tegasnya
Katanya, pemimpin Umno yang memerintah sehingga hari ini meletakkan rakyat berada dalam kekeliruan untuk membezakan dua faktor tersebut.

Beliau berkata dalam pada Ceramah Kemen Pilihan Raya, semalam 29 hb April di markaz PAS cawangan Pak Katak, dekat sini.

Oleh itu, meurut beliau, wujudnya projek projek pembaziran wang kerajaan, kerana berlakunya ketirisan, apabila menganggap duit kerajaan adalah ‘harta emak bapak’ mereka.

Katanya, ia telah Mengakibatkan berlakunya pembinaan ‘projek gajah putih’ di seluruh negara, khususnya negeri terengganu.

Diantaranya, kata beliau, parti Umno yang mengunakan dana peruntukan kerajaan ialah pondok-pondok kecil yang tumbuh umpama cendawan terutama didalam DUN Bukit Tunggal.

“(projek) dikeluarkan tender melalui Pejabat Daerah….pondak ini sekarang keseluruhannya dijadikan markaz kerja pilihan raya parti Umno, Barisan Nasional (BN),

“berlainan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS)…..kita tidak menggunaan wang kerajaan untuk biayai Parti kita,” tegas beliau

“Kita guna duit parti untuk bina semua permis yang ada, kita bina KOMTAQ, permis fardhu ain dikampung-kampung, masjid, surau, sekolah (Pasti), Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, pusat pengajian tinggi (KUDQI).” jelasnya.

Semuanya itu, kata beliau, duit parti PAS bukan duit kerajaan, bahkan katanya, PAS mempunyai ‘bank sendiri’, semua ini tersimpan dalam poket ahli dan penyokong

Sumber BO - 30-4-2018



























































































































Umat Melayu Islam Perlu Pastikan Negara Ditadbir Dengan Syariah

KUALA NERUS – Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kepada semua orang Melayu Islam memastikan negara ini diperintah oleh kepimpinan yang mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pentadbiran

Mantan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim berkata, apa yang perlu ditinggalkan kepada anak-anak bangsa, mestilah apa yang dituntut oleh Allah.

”saya telah ditawarkan oleh semua parti-parti Melayu tetapi apabila saya melihat apa yang berlaku sekarang,

”saya telah berfikir….. yang paling penting melalui hidup seharian mestilah ada satu wadah perjuangan,

”saya semak semua perlembagaan parti-parti dan PAS lah dengan jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pasca Penamaan Calon menjelang pilihan raya umum kali ke-14 di Kampung Seberang Tepoh, pada Ahad 29 April.

Katanya, Perlembagaan negara telah gagal meletakkan pemerintahan Islam, walau pun termaktub dengan jelas Islam adalah agama persekutuan.

Beliau berkata, ia adalah kerana umat Islam tidak ada majoriti di parlimen yang memberikan kuasa politik bagi menegakkan syariah dalam perlembagaan.

Oleh itu, katanya, ia adalah sangat penting kepada para pengundi untuk memilih PAS pada pilihan raya kali ke-14, 9hb Mei depan.

”itulah (sebeb) betapa pentingnya kita memangkah PAS sebagai parti pilihan kita agar kita dapat bersuara, dapat menyatakan bahawa,

”apa pun yang dilaksanakan di negara ini adalah (mestilah) berasaska kebenaran, berasaskan Al-Quran dan As-sunnah supaya,

”jika ada berlaku salah guna kuasa dalam pentadbiran, kita akan dipandu dengan prinsip kebenaran yang tidak dipertikaikan,” tegasnya.

Katanya, negara memerlukan kepimpinan yang takutkan Allah, yang takut melanggar sunnah Rasulullah.

Namun katanya, ia tidak akan dapat dicapai sekiranya kita tidak bersatu menyatakan Islam adalah ‘Addin’ yang membawa kesejahteraan dunia dam akhirat.

Datuk Kamalia telah dengan rasminya menjadi ahli PAS seumur hidup apabila permohonannya diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 15hb April 2018

Sumber BO - 30-4-2018





























































































































Kempen ‘Seberang Takir Bebas Dadah 2016’ Gagal

KUALA NERUS – Gejala dadah masih lagi berleluasa walaupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah melancarkan kempen DUN tersebut Bebas Dadah pada tahun 2015.

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, Seberang Takir disebut sebagai kawasan ‘hitam’ yang terdedah dengan penagihan dadah.

“Dalam satu laporan akhbar Berita Harian pada 5 Julai 2017, seorang remaja lelaki yang dipercayai menjadi pembekal pil kuda di sekitar bandar raya dan Kuala Nerus, ditahan dalam satu serbuan di rumah bersama 2,200 biji pil kuda,




























































































































ANTARA lokasi utama berdepan masalah dadah dalam zon kronik di seluruh negara. – AADK 2016
“Remaja berusia 18 tahun dari Kampun Batin Seberang Takir, Kual Nerus itu , ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu ketika sedang tidur di ruang tamu, pada kira-kira jam 12 tengahari,” ujar beliau memetik laporan akhbar media perdana.
Beliau berkata demikain ketika ditemui oleh media ketika minum petang bersama rakyat di sekitar Pantai Teluk Ketapang pada Ahad, 29 April.

Katanya, hasrat Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak kesampaian apabila masalah dadah tidak selesai dengan penemuan pil kuda tersebut.

Sehubungan itu, Fazil yang juga calon PAS Seberang Takir berkata, PAS telah menggagaskan Manifesto berkaiatan masalah ‘najis’ tersebut.


“PAS menawarkan satu manifesto ‘Pemulihan Dadah’ yang baik dan kita yakin ia dapat dilaksanakan (kerana ia) bersifat realistik yang bermaksud kita tahu masalah yang berlaku dikalangan masyarakat kita,

“Dan (selain itu) tawaran PAS kepada anak muda adalah menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 20 ribu,”katanya.

Menurutnya lagi, itu adalah satu petanda yang baik bagi mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat yang tiada pekerjaan sehingga sanggup buat sesuatu diluar jangkaan dan peranan rakyat tidak menekankan konsep kepada Islam.

“Kebangkitan anak muda adalah satu gelombang perubahan masyarakat yang boleh menentukan generasi akan datang,

“Dan kematangan yang ada pada hari ini akan membuat suatu perubahan yang kita cukup yakin serta percaya bahawa anak muda akan berubah dan beri kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini,” jelasnya lagi.

Tambah Haji Fazil lagi, kalau ikut politik sejarah, PAS tidak pernah menang di Seberang Takir sehingga ada yang berkata, kalau PAS perintah Malaysia pun, DUN itu tidak akan dimenangi PAS.

“Itu adalah tanggapan dulu tapi sekarang ini orang bertukar lah kalau PAS menang di Seberang Takir, insya Allah kita akan tawan Terengganu,” tegas beliau.

Sumber BO - 30-4-2018






























































































































Solat jenazah pertaut hubungan keluarga Khairuddin

KUALA NERUS: Solat jenazah diimami oleh Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mempertemukan beliau dan isteri, Ustazah Datin Anili dengan keluarga terdekat Allahyarham Ramli Embong, bapa kepada Datin Anili. 
Menurut Che Mah yang memperkenalkan diri beliau sebaik melihat kehadiran Dr Khairuddin dan isteri, beliau berpangkat tiga pupu dengan Allahyarham Ramli dan juga mempunyai pertalian saudara sebelah keluarga ayah Dr Khairuddin sendiri di Kampung Tok Kaya, Kuala Terengganu. Che Mah hadir menziarahi si mati yang merupakan besan beliau. 
Dr Khairuddin pagi ini mengimami solat jenazah Allahyarham Habsah Othman di Taman Semarak, Bukit Tunggal yang meninggal pada usia 82 tahun. 
Sebelumnya Dr Khairuddin minum pagi bersama rakyat di hadapan Mydin Mall.
Usai sahaja solat janazah, beliau bergegas pula ke Banggol Peradong, Dun Buloh Gading untuk sesi ziarah rakyat sakit dan miskin. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 30-4-2018 































































































































PAS mahu lonjak industri ternakan Terengganu

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi kerusi Dun Ru Rendang, Marang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS ingin melonjakkan industri penternakan di Terengganu.\ 
Katanya, Malaysia mempunyai suasana yang sesuai bagi penternakan dan bahan penternakan yang mudah didapati. 
Beliau yakin sekiranya dapat dilakukan lonjakan dalam industri penternakan maka ianya akan lebih baik daripada sekarang. 
Tambahnya, Terengganu memiliki tanah yang tidak digunakan lebih banyak daripada negeri lain. 
Beliau juga menyatakan bahawa petani dan penternak seharusnya diberikan insentif-insentif yang menarik. 
“Kita juga percaya bahawa petani-petani dan penternak-penternak diberikan insentif-insentif yang menarik untuk membangunkan industri ini termasuk dari segi sistem sokongan, dari segi guna sama peralatan-peralatan dan bahan-bahan berkenaan ternakan yang kira sangat memberi kesan kepada industri penternakan,” jelasnya pada majlis ceramah di Kampung Batangan, Marang, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook. 
Menurutnya, bahan-bahan makanan yang memiliki kos yang tinggi perlulah diberikan penekanan oleh industri dan dibantu oleh kerajaan. 
Terang beliau industri penternakan mampu meningkatkan lagi taraf ekonomi terutamanya taraf ekonomi masyarakat Negeri Terengganu. 
“Saya percaya ini sasaran besar kita yang akan dilakukan oleh PAS di Negeri Terengganu bagi melonjakkan industri pertanian dan tentunya perkara-perkara begini perlu dilakukan dengan kerjasama pihak di peringkat pusat. 
“Kita percaya apa yang dilakukan sekarang tidak memadai di peringkat negeri bagi membantu industri ini supaya memberi keuntungan ekonomi kepada seluruh rakyat Terengganu,” kata beliau menjelaskan sasaran PAS Terengganu. 
Sektor penternakan merupakan satu sektor yang berpotensi untuk dibangunkan di Terengganu dengan unjuran pada tahun 2020, Malaysia memerlukan 2.1 juta tan metrik pelbagai daging bagi menampung permintaan penduduk. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 30-4-2018 

































































































































Pengundi Muda Jadi Penentu

Oleh KAM

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan, kuasa pengundi muda yang mewarnai hampir 40 peratus akan menjadi penentu kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, ini.

Beliau mendakwa, hasil lawatannya ke seluruh kawasan di negeri Terengganu dan seluruh negara mendapati jumlah pengundi muda tidak kurang dari 40 peratus.

Malah, katanya kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bergantung kepada pengundi ‘atas pagar’.

“Kekalahan kita (PAS) di Terengganu, banyak majoritinya terlalu kecil. Maknanya, Umno-BN bergantung undi (orang) ‘atas pagar’.

“Kita (PAS) ada kekuatan ahli dan kekuatan ahli kita lebih, Umno-BN parti kerajaan banyak ambil (sokongan) atas pagar.

“Insya’Allah, dengan perubahan pengundi muda yang matang. Saya melawat ke seluruh kawasan di Terengganu dan seluruh negara mendapati tidak kurang dari 40 peratus pengundi muda.

“Ini (pengundi muda) menjadi undi penentu dalam pilihan raya,” tegasnya kepada wakil media di Pusat Penamaan Calon P037 Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen di Pejabat Daerah dan Tanah Marang, semalam.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Marang turut menjelaskan bahawa, Terengganu merupakan negeri pertama dimenangi PAS pada pilihan raya tahun 1959.

Kemudian, katanya PAS Terengganu kembali berkuasa memerintah negeri kali kedua pada PRU10 tahun 1999-2004.

“Hari ini, kita (PAS) banyak peluang dan sekurang-kurangnya minima (kemenangan) kita mahu 40 kerusi sekurang-kurangnya dan mungkin lebih, dijangka lebih daripada itu.

“Kita tak mahulah terlalu ‘ekstrem’, kata nak capai ‘simple’ majoriti, begitu. (tanding) 160 kerusi itu dilihat kepada kawasan PAS di seluruh negara ada 196 kawasan Parlimen. Kita ada kawasan-kawasan dan ada cawangan-cawangan (PAS) di 196 kawasan, kita ambil 160 kerusi termasuk Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga calon PAS Dun Rhu Rendang, Prof. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, calon Dun Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan calon Dun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman.

Sumber BO - 29-4-2018

































































































































Jentera PAS Sudah Bersedia

DUNGUN – PAS yakin semua jentera parti dari segenap lapisan telah bersedia daripada awal dengan persiapan gerak kerja untuk mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 mei nanti.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun berkata, PAS menghambarkan budaya politik matang sejahtera kepada jentera parti untuk memberikan maklumat kepada pengundi berkenaan manifesto PAS dan dasar parti.

“Dua perkara penting ditekankan dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu dasar PAS dan dasar parti lawan serta tawaran manifesto PAS untuk rakyat,

“Dan mungkin pada PRU yang lalu budaya politik matang dan sejahtera ini belum lagi diamalkan tapi sekarang ini sudah dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang juga calon PAS N26 DUN Rantau Abang berkata demikian selepas penamaan calon pada Sabtu, 28 April.

Katanya, walaupun tiada sumber dan peruntukan Yang Berhormat (YB) daripada kerajaan tetapi PAS boleh buat program bersama masyarakat.

“Alhamdulillah hasil daripada sumbangan penyokong kita boleh buat sekadar termampu dengan kemampuan yang ada,

“Dan pada hari ini pun dalam perarakan penamaan calon kita tidak benarkan apa sahaja ‘banner’ yang melibatkan ‘provokasi’ ataupun laungan bermusuhan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Justeru,PAS cuba menarik seramai mungkin rakyat untuk melihat apa yang PAS tawarkan adalah yang terbaik untuk buat penyelesaian dan kita tidak hanya sebut tentang isu tapi bermain dengan politik dan penyelesaiannya.

Sumber BO - 29-4-2018


































































































































Penyokong, Ahli Beri Komitmen Tinggi Kepada PAS

KEMAMAN – PAS yakin dan percaya komitmen yang tinggi yang diberikan oleh penyokong dan ahli kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) berbanding dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan pada hari ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid berkata, ini menandakan satu sokongan kuat daripada anak muda berpihak kepada PAS.

“Dan rakyat akan bersama dengan kita lebih-lebih lagi dalam suasana Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian sketika ditemui pihak media selepas penamaan calon pada Sabtu, 28 April.
Turut sama dengan beliau ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat.

Hanafiah berkata, keyakinan PAS akan kembali memerintah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 apabila melihat satu gelombang perubahan yang berlaku di negeri Terengganu.

“PAS berjaya menghantar lima pencalonan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu calon daripada parlimen,

“Dan Suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah menerima pencalonan serta kelima-lima calon yang akan bertanding dalam pilihan raya ini dengan harmoni dan aman serta damai,” ujarnya.

Menurutnya lagi,PAS kawasan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan penyokong dan pendokong yang hadir pada hari ini dan selepas daripada penamaan calon ini kita akan mengadakan kenduri lembu.

“PAS menyeru kepada para petugas parti agar memulakan semula kerja dan aktiviti dengan sebaik mungkin bermula hari ini,

“Sehingga hari pengundian pada 9 Mei nanti serta memastikan semua rakyat di Kemaman turun mengundi untuk beri undi kepada PAS,” jelas beliau lagi.

Sumber BO - 29-4-2018



































































































































Pengundi muda jadi penentu - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan, kuasa pengundi muda yang mewarnai hampir 40 peratus akan menjadi penentu kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Beliau menyatakan, hasil lawatannya ke seluruh kawasan di negeri Terengganu dan seluruh negara mendapati jumlah pengundi muda tidak kurang dari 40 peratus.
Malah katanya, kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bergantung kepada pengundi atas pagar.
"Kekalahan kita (PAS) di Terengganu, banyak majoritinya terlalu kecil. Maknanya, Umno-BN bergantung undi (orang) atas pagar. 
"Kita (PAS) ada kekuatan ahli dan kekuatan ahli kita lebih, Umno-BN parti kerajaan banyak ambil (sokongan) atas pagar. 
"InsyaAllah, dengan perubahan pengundi muda yang matang. Saya melawat ke seluruh kawasan di Terengganu dan seluruh negara mendapati tidak kurang dari 40 peratus pengundi muda. 
"Ini (pengundi muda) menjadi undi penentu dalam pilihan raya," tegasnya kepada wakil media di Pusat Penamaan Calon P.037 Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pejabat Daerah dan Tanah Marang, semalam.
Beliau yang juga penyandang Parlimen Marang turut menjelaskan bahawa, Terengganu merupakan negeri pertama dimenangi PAS pada pilihan raya tahun 1959.
Kemudian menurutnya, PAS Terengganu kembali berkuasa memerintah negeri kali kedua pada PRU10 tahun 1999-2004.
"Hari ini, kita (PAS) banyak peluang dan sekurang-kurangnya minima (kemenangan) kita mahu 40 kerusi sekurang-kurangnya dan mungkin lebih, dijangka lebih daripada itu. 
"Kita tak mahulah terlalu ekstrem, kata nak capai simple majority, begitu. (tanding) 160 kerusi itu dilihat kepada kawasan PAS di seluruh negara ada 196 kawasan Parlimen. 
"Kita ada kawasan-kawasan dan ada cawangan-cawangan (PAS) di 196 kawasan, kita ambil 160 kerusi termasuk Sabah dan Sarawak," jelasnya.
Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga calon PAS N.19 Dun Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, calon N.18 Dun Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan calon N.17 Dun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018 




































































































































Tiga Dato' bertanding Dun Ladang

KUALA TERENGGANU: Seramai tiga calon berpangkat Dato' akan bertanding merebut Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Penyandangnya dan calon PAS Dun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, bagaimana pun tetap yakin dengan PAS mampu pertahankan kemenangan tersebut.
Ini kerana menurutnya, selain gerak kerja parti yang berterusan, isu mengenai persempadanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memberi kelebihan kepada PAS di Dun Ladang.
"Pecahan persempadanan kawasan pilihan raya sebahagian dari perancangan parti pemerintah. Mereka terlepas pandang rupanya apa yang berlaku di Dun Ladang. 
"Ada satu tempat namanya Masjid Haji Kadir yang terletak bersebelahan dengan Kampung Pasir Panjang. Sebelum ini, kita (PAS) tak tahu, Umno tak tahu, rupanya terdapat 460 pengundi di kawasan (Masjid Haji Kadir)  itu masuk dalam Dun Ladang. 
"Baharu beberapa hari lalu, kita sedar tentang angka itu dan lebih dua pertiga adalah penyokong PAS, Alhamdulillah," ujarnya yang pernah menang dengan kelebihan majoriti 924 undi pada PRU13 lalu.
Selain itu terangnya, perkembangan mutakhir ini sokongan 2,000 pengundi bukan Melayu yang terdapat di Dun Ladang semakin meningkat dan positif kepada PAS.
Beliau menjelaskan pada PRU13 lalu, Dun Ladang pernah mencipta rekod cemerlang kerana menang di semua lapan Unit Peti Undi (UPU) dan 33 dari 40 saluran mengundi.
"Maknanya, semua golong tua, muda dan wanita menyokong PAS dan Barisan Nasional (BN) kalah disemua tempat. 
"Tahun 2018 ini, kita (PAS) hendak pertahankan rekod kemenangan itu. Kita lebih yakin boleh pertahankan kemenangan ini walaupun majoriti (PRU13) lalu kurang dari 1,000 undi.
"Jentera pilihan raya PAS Dun Ladang kali ini lebih kemas dan berkeadaan baik," jelasnya.      
Namun katanya, PAS menghadapi sedikit cabaran apabila terdapat sejumlah 1,400 pengundi Pos di Dun Ladang dan rekod lalu parti itu hanya memperolehi 10 peratus undi Pos tersebut.
Antara calon parti yang bertanding pada PRU14 ini, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (penyandang PAS), Dato' Mohd Sabri Alwi (BN) dan Dato' Zulkifli Muim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili Pakatan Harapan.
Pada PRU13 lalu, Dato' Tengku Hassan mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid dengan majoriti 924 undi, berbanding keputusan PRU12 dengan majoriti 31 undi sahaja.
Hadir sama pada majlis itu, calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamad @ Hashim dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018 










































































































































































































































































Pertemuan Tiga Penjuru Satu Demokrasi Sihat

KUALA NERUS – Pertemuan tiga penjuru di antara Parti Islam Semalaysia (PAS), Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah satu demokrasi yang sihat dan sudah sampai masanya Malaysia melihat ‘rencam’ pilihan raya seumpama ini.

Ahli Jawatan kuasa Kerja PAS, Ustaz Dato’ Dr khairuddin Aman Razali berkata, ini bererti rakyat mempunyai pilihan yang banyak untuk menentukan kuasa pemerintahan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei nanti.

“Berdasarkan kajian strategi pertandingan tiga penjuru di seluruh Malaysia bukan merugikan PAS tetapi menguntungkan di banyak tempat,

“Cuma spesifik itu dirahsiakan di mana kita mensasarkan PAS berani bertanding bagi parlimen sebanyak 160 kerusi dengan sasaran terkini ‘simple majoriti’ adalah 112 kerusi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon di Gelanggang Silat MSNT, Gong Badak pada Sabtu, 28 April.

Katanya, sesiapa yang keluar dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak memberi kesan kepada parti tetapi rakyat yang keluar daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) samada ‘silent protes’ ataupun tidak ianya memberi kesan kepada parti tersebut.

“PAS bekerja daripada awal PRU ke-13 tanpa berhenti sehingga sekarang berkempen secara sihat dengan menggunakan slogan Budaya politik Matang Sejahtera,

“Dan semasa berkempen kita buat secara sederhana kerana gerak kerja sudah lama dibuat cuma kapasiti ditambah sedikit,

“Dan ini bererti kita bukan buat kerja pada saat – akhir pilihan raya turun ke padang bertemu dengan rakyat,

“bila kita turun hari ini orang Terengganu kata untuk ‘bilas’ je la,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS turun ke padang seperti biasa buat program bertemu dengan rakyat dalam bentuk komunikasi dua hala seperti ceramah di pasar malam, edaran poster dan buku serta ziarah orang sakit untuk kita gandakan program PRU ke 14.

“Itulah saya rasa kejayaan PAS membudayakan politik matang sejahtera sehingga parti lain terpaksa ikut rentak kami bermakna bila tidak ada yang mula jadi tidak ada yang buat,

“Alhamdulillah hari ini kita lihat keadaan terkawal, suasana yang cantik dan indah,

“Serta kita juga mengajar slogan yang menarik dan tidak terlalu mengecam rakan saingan tetapi kita tampilkan apa yang dimahukan,”jelas beliau lagi.

Sumber BO - 28-44-2018






































































































































Demokrasi Medan Tempur Cari Dan Tarik Rakyat

HULU TERENGGANU – Sistem demokrasi ialah satu medan tempur mancari dan menarik rakyat untuk bersama dengan parti Islam Semalaysia (PAS) bukan hendak ‘hambat’ ataupun bunuh.

Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, anak-anak muda kini sudah berani bersama dengan PAS walaupun sebelum ini mereka diserang ketakutan.

“Saya minta pengundi kali pertama anak-anak muda samada lelaki ataupun perempuan kita ‘tackle’ mereka dengan ‘channel’ apa sekalipun khususnya alam maya,

“Kita tarik hati mereka supaya memangkah parti PAS dan buatlah seperti nabi suruh buat asalkan musuh dapat dikalahkan dan gunakan kebijaksanaan untuk tarik undi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penamaan calon di Hulu Terengganu pada Sabtu, 28 April.

Katanya, bagi orang berkemampuan boleh menggunakan kaedah ‘duit’ dan kalau ada tenaga gunakan tenaga masing-masing serta gunakan kaedah kebijaksanaan untuk tarik rakyat supaya mengundi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Sehubungan dengan itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, PAS telah merangka gerak kerja dan agihan tugas kepda para petugas parti supaya berada dipangkalan dan melancarkan gerakan di tempat masing-masing.

“Janganlah kita mengambil amanah orang lain dan meninggalkan tugasan yang diberikan,

“Dan kita semua bergerak dari pangkalan masing…. yang penerangan teruskan kerja penerangan… yang kebajikan terus kerja kebajikan dan yang gerak saraf kerja gerak saraf,”ujar beliau lagi.

Justeru, para petugas parti diingatkan supaya tidak lupa bemunajat dan memohon pertolongan daripada Allah untuk mencapai kemenangan pada PRU ke 14 nanti

Sumber BO - 28-3-2018

Buka Rumah Media PRU14

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Harakah Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah membuka Rumah Media PRU14 PAS Negeri Terengganu dan Kawasan Kuala Terengganu.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh calon Parlimen PAS Kuala Terengganu yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim di Kampung Padang Hiliran, di sini pada Khamis 26 April lalu.

Katanya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru di seluruh negara termasuk Terengganu.

Namun, kata Amzad bahawa pertandingan tiga penjuru itu PAS masih mempunyai kelebihan tertentu yang menjadi faktor akan memberi kemenangan kepada parti.

“Bilik gerakan kita (PAS) sentiasa menilai perkembangan semasa melalui jentera-jentera parti kita. Bagaimana status, di peringkat akar umbi terutamanya.

“Setakat ini saya boleh kata, Insya’Allah sekiranya ‘mood’ (rakyat) yang ada sekarang ini berterusan. Insya’Allah, kita berkeyakinan khususnya di negeri Terengganu berkemampuan untuk kembali ke Wisma Darul Iman,” tegasnya.

Menurutnya, PAS mempunyai kajian angka yang spesifik cukup bilangan kerusi dan bukan andaian semata-mata.

“Laporan bilik gerakan kita, jentera pengundi kempen yang berjalan. Kita mempunyai angka-angka yang spesifik dan bukan andaian. Kita (PAS) mempunyai cukup bilangan kerusi untuk mengambil-alih pentadbiran negeri ini daripada Umno dan Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Justeru, kata beliau lagi hanya PAS satu parti yang benar-benar stabil dan tidak ada masalah dalam pemilihan calon bertanding PRU14.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, yang juga calon penyandang bagi Dun tersebut.

Sumber BO - 28-4-2018








































































































































‘Apam Orang Mati’ Lambang Permuafakatan?









































































































































Hendon..... yang duduk tudung merah
Oleh : MNA

Ketika semua orang sedang mengalami demam pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi, sebenarnya ia bukan sahaja perang ideologi, malah lebih jauh dari itu, PRU jika diambil dari sudut positif, menjadi alat mengeratkan hubungan.

Bukti ini ditunjukkan oleh sekumpulan besar penduduk di Kampung Tok Rimau, yang terletak di dalam Dun Bukit Payong, yang mengambil peluang mengadakan acara membakar sejenis kuih tradisional yang dipanggil kuih ‘apam orang mati’.

Mereka berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan acara ini kerana ia jarang-jarang diadakan, kerana ia khusus dibuat pada waktu-waktu penting sahaja, menambahkan lagi keinginan penduduk setempat menyertainya.

Menurut salah seorang peserta, Hendon Botok, 48, sebetulnya kuih itu dipanggil apam bakar dan panggilan agak unik itu adalah kerana kuih apam ini adalah secara tradisinya dihidangkan ketika hari pertama tahlil jika adanya sesuatu kematian.

Jadi secara ringkasnya, orang-orang kampung akan membuat apam ini kerana ia agak mudah disediakan, sebelum dihidangkan dengan makanan-makanan lain kepada tetamu untuk hari-hari seterusnya, maka kuih ini dikenali ramai dengan nama ‘apam orang mati’.

“Kuih tradisonal ini mudah saja nak buat, kita beras kampung yang dikisar, pisang, gula, lada hitam, bawang putih dan gula melaka sebagai bahan utama penyediaannya.

Semua bahan-bahan itu digaul sekali sehingga sebati, diperam biasanya dari pagi sehingga malam, kemudian akan dicurahkan sebanyak yang diperlukan sebelum dibakar atau kukus, kemudian tutup kuali, sama seperti proses menyediakan apam balik.

Kalau boleh kita guna dapur kayu, rasanya lebih sedap sebab bercampur dengan aroma asap daripadadapur itu, tetapi boleh juga kita guna dapur biasa,” terang berkenaan cara membuat apam ini.

Beliau juga mendakwa, apam ini sangat jarang didapati di tempat lain dan tidak ramai yang tahu membuatnya.

Seramai kira-kira 100 orang penduduk kampung Tok Rimau yang keluar bagi sama-sama menjayakan acara membakar apam ini bersempena dengan perasmian Markas PRU PAS Cawangan Kampung Tok Rimau.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah calon PAS bagi Dun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut serta membakar apam bersama-sama penduduk kampung.

“Saya berharap aktiviti kemasyarakatan dan tradisi ini akan terus dikekalkan bagi memelihara khazanah setempat yang tidak dapat dijual beli, dan dibimbangi akan terhakis kerana peredaran masa.

Keadaan seperti ini sememangnya menggamit kenangan silam yang suatu ketika dahulu, menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung turun dan bantu membantu dalam apa-apa hal secara gotong royong,” terang Ustaz Mohd Nor yang jelas gembira kerana tradisi dahulu dipelihara.

Sumber BO - 28-4-2018


















































































































































































































































































PRU Ke-14 Bukan Perkara Main-main

KUALA NERUS – Pilihan raya umum (PRU) ke 14 bukan perkara yang perlu dibuat main-main kerana ianya adalah tanggungjawab rakyat kepada negara dan agama serta memastikan mendapat pemimpin yang baik, soleh dan beriman.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ianya yang boleh menegakkan Islam dan boleh membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Program minyak motor percuma bertujuan merapatkan hubungan diantara pimpinan PAS dengan rakyat,

“Dan ini adalah sebahagian kecil menggambarkan bahawa PAS bersedia beri yang lebih besar sekiranya dapat memerintah negeri Terengganu dan Malaysia,

“serta mengajak rakyat untuk bersama dengan PAS kerana kita mampu berikan dikala kita tiada peruntukan daripada kerajaan,”katanya.

Beliau yang juga calon P035 Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pada program minyak motor percuma di sebuah stesyen minyak Shell, Kampung Padang Air dekat sini, pada Jumaat, 28 April.

Katanya, belanja yang digunakan untuk program tersebut adalah peruntukan individu bukan daripada pihak kerajaan dan ia merupakan tahun yang ketiga dianjurjkan, bermula pada bulan Ramadan tahun 2016.

Oleh itu, beliau mangajak semua ahli dan penyokong PAS ‘turun’ beramai-ramai bagi meningkatkan semangat kerja pilihan raya.

“Hari penamaan calon (Sabtu, 2 April) merupakan proses permulaan PAS untuk kempen rasmi sebelum masuk pengundian pada 9 Mei nanti,

“Kita (PAS) mengajak semua penyokong turun memberikan semangat untuk program penamaan calom esok serta berkumpul di sebelah stadium Gong Badak kemudian bergerak sehingga ke bangunan penamaan calon,”ujarnya.

Justeru, PAS juga berharap kepada semua pengundi termasuk anak-anak di parantauan, pulang dan keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan mereka mengundi PAS khususnya pada 9 Mei nanti.

Sumbe BO - 28-4-2018










































































































































Belanja Pembangunan Buat Rakyat Terbeban

KUALA NERUS – Kos perbelanjaan membangun sesebuah projek menelan kewangan besar ketika ekonomi jatuh yang menyebabkan kenaikan harga barang dan rakyat terbeban dengan kos sara hidup .

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus Haji Mohd Fazil Wahab berkata, rakyat tidak menolak pembangunan tetapi kos perbelanjaan perlu dikurangkan.

“Satu projek yang menelan belanja RM 60 juta dijangka siap tahun 2019 dibangunkan oleh Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato Seri Ahmad RAzif Abd Rahman merupakan jambatan sehingga sampai ke airpot,

“Pembinaan dibuat melibatkan kawasan persisiran pantai yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan juga hakisan ombak berlaku,

“Sedangkan kita ada ‘alternative’ lain iaitu ada jalan berhampiran sahaja boleh dibuat dan diperbesarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika minum pagi bersama penduduk di Teluk Ketapang pada Jumaat, 27 April.

Katanya, ia bukan bermakna PAS menolak pembangunan, sebaliknya, kos perbelanjaan itu sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain, tetapi kerajaan BN taburkan dalam projek yang tidak sepatutnya dibuat.

“saya berharap rakyat di DUN Seeberang Takir bijak membuat keputusan dan membuat perubahan pada PRU ke 14 kali ini serta yakin akan berlaku perubahan yang besar,

“Dan rakyat yang berada diluar kawasan Terengganu supaya balik kerumah masing-masing serta buat satu keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan negara.

Justeru, saya menyeru kepada perarakan penyokong dan pendokong PAS turun beramai-ramai ke penamaan calon pada 29 April bagi menyatakan sokongan kepada parti PAS.

“Dan ia rangka (tanda) memberi (gambaran) sebagai tanda kemenangan kita serta yakin dan percaya kita akan memerintah negeri Terengganu,” tegasnya.

Sumber BO - 28-4-2018

Perintah T'ganu: PAS urus tadbir lebih baik

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu ingin kembali memerintah Terengganu supaya urus tadbir negeri dijalankan secara bertanggungjawab. 
“Ada suara-suara nakal sebut, kalau PAS memerintaj habis kita kena pecat," katanya dalam program Ceramah Kelompok UPU Gelugor Dun Alur Limbat, Marang, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Fb beliau. 
Katanya, sepanjang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah, PAS tidak pernah memecat sesiapa yang menjalankan tugas dengan baik. 
Beliau sebelum itu mempersoalkan projek-projek yang dijanjikan oleh kerajaan Terengganu di bawah Barisan Nasional seperti Projek Taman Ilmu di Besut yang tidak dijalankan dengan amanah dan berintegriti. 
Tambahnya, PAS komited untuk memberikan pentadbiran negeri yang lebih baik daripada kerajaan negeri yang ada sekarang. 
“Negara-negara maju di seluruh dunia, apabila kerajaan sedia ada gagal berfungsi dengan baik ataupun tidak cermat dalam perbelanjaan, rakyat akan menggunakan kuasa demokrasi melalui pilihan raya untuk buat perubahan,” katanya yang merupakan calon PAS Dun Rhu Rendang. 
Beliau kemudiannya mengajak rakyat Terengganu untuk menggunakan kuasa demokrasi yang dimiliki dalam pilihan raya kali ini untuk memilih PAS sebagai pemerintah negeri itu. 
Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat adalah pakar dalam bidang aeroangkasa. – HARAKAHDAILY 27/4/
Sumber HD - 27-4-2018 













































































































































Kempen Parlimen Besut Berjalan Lancar













































































































































Calon PAS Kuala Besut, Azbi Salleh, menyampaikan ucapan kepada penduduk Pulau Perhentian
KUALA TERENGGANU – Pasukan kempen Parlimen Besut (P033), bergerak pantas meneruskan kempen pra-penamaan calon dengan membuat kunjungan, lawatan dan ziatah.

Calon PAS Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata, tengah minggu lalu, beliau bersama calon PAS Kuala Besut Azbi Salleh, telah mengunjungi dan mengadakan pelbagai program di Pulau Perhentian.
”Alhamdulillah……sambutan masyarakat sangat menggalakkan dan pelbagai program telah dilaksanakan…..antaranya Program Jamuan Rakyat,,

”sebanyak tiga kawah gulai telah disediakan untuk rakyat dan ia sangat menggembirakan (mereka),” ujarya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebaik selesai solat berjamaah dan ramah mesra bersama majaah masjid Limbongan, semalam.

Kataneliau dan Azbi turut telah menziarahi Kompleks Perikanan Kuala Besut, bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi,

”kita bertanyakan khabar….masalah mereka dan juga hasrat mereka, dan ia sangat positif,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh warga Besut agar gampil kehadapan dan membuat perubahan dalam pilihan raya umum ini.

Katanya, terlalu banyak kemungkaran dan pembaziran dan aalah urus tadbir yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

”Berbilion ringgit telah dibazirkan….wang rakyat menjadi sia-sia…..Taman Ilmu di Tembila lebih RM400 juta, terbiar dan terbengkalai,

”Perumahan Rakyat di Pulau Perhentian, Jalan Keruak ke Gunung Bongsu….dan banyak lagi yang boleh menjadi kayu ukur terutama kepada orang-orang muda,

”untuk merombak ‘rejim’ yang ada sekarang, dan mengundi untuk calon-calon daripada PAS,” tegas beliau.












































































































































Sumber  BO - 28-4-2018














































































































































Mantan ADUN Tidak Mampu Membangunkan Seberang Takir














































































































































Calon PAS Seberang Takir Haji Fazil Mohd (Gambar) menyifatkan 'Akuapolitan' satu projek yang membazir
KUALA NERUS – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir mestilah dikalahkan pada pilihan raya umum kali ini, kerana beliau sudah tidak mampu lagi membawa pembangunan yang bermanfaat kepada penduduk.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Teregganu Dr Alias Razak berkata, PAS bimbang projek Akuapolitan Kuala Nerus yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dengan kos RM 180 juta, akhirnya akan menjadi projek ‘gajah putih’.

Katanya, projek yang telah dilancarkan pada dua tahun yang lalu itu, belum nampak dilihat, sebarang pembangunan dilakukan.

Beliau mempersoalkan, bagaimana mungkin, kawasan seluas padang bola mahu diwujudkan satu penempatan kepada 400 orang kaum nelayan dan juga kawasan kilang pemprosesan hasil laut.

“Projek bernilai RM180 juta yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 23 Mei 2016,

“dan dibuat di kawasan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Seberang Pak Abu,

“serta diambil model Felda Sawit untuk (dijadikan) ‘Felda’ nelayan bagi menempatkan kaum nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek tersebut pada Rabu, 25 April.

Turut sama meninjau ‘janji-janji manis’ kerajaan Barisan Nasional (BN) itu ialah calon PAS bagi DUN Seberang Takir, Haji Fazil Mohd.

Sehubungan itu, Dr Alias yang juga mantan ADUN Bukit Tunggal tidak yakin ia akan dapat memberikan faedah kepada nelayan mahu pun penduduk setempat.

Ia adalah kerana, kata beliau, projek tersebut dilancarkan tanpa apa-apa kajian yang meyakinkan.
“Sekarang ini yang menjadi masalah kepada kita ialah projek ini dibuat tanpa dibuat apa-apa kajian kesesuaian ‘feasiblity’ (kebolehlaksanaan) sebelum diwar-warkan,

“Setelah begitu lama ianya dirasmi dan dilancarkan sekali dengan bajet barulah kerajaan buat satu MoU dibuat dengan UMT untuk buat kajian dan sehingga hari ini tidak dikemukan (apa-apa hasil kajian) dalam Dewan Undangan Negeri,

“Dan semua projek (kerajaan) harus dikaji dengan teliti supaya tidak terus menerus berlaku (tindakan) membazirkan duit rakyat ratusan juta hingga bilion ringgit tanpa faedahnya,” tegasnya.

Menurutnya, pembangunan yang telah dilaksanakan semasa kerajaan BN dipimpin oleh Dato’ Seri Idris Jusoh tidak membawa manfaat kepada rakyat.'

Katanya, selama lapan tahun Kejohanan Perahu Layar ‘Monsoon Cup’ berjalan ia telah memakan belanja sebanyak RM 1 bilion.

”ia juga ketika dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi didakwa mahu membantu para nelayan,

”tetapi satu apa pun tidak ada (memberi) faedah kepada para nelayan,” tegasnya.

Katanya, Idris juga membina projek membina Taman Ilmu dengan kos RM400 juta, juga menjadi projek tergendala dan terbiar.













































































































































Taman Ilmu Februari 2018
Justeru itu, beliau berharap agar rakyat dapat memilih calon PAS pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 9hb Mei depan.

”kali ini….kita jatuhkan bekas Menteri Besar ini, kita naikkan calon kita (PAS) kerana memang dia (Razif) tidak ada kemampuannya,

”dari segi ideanya (dan) kemampuannya untuk memajukan negeri Terengganu dan Seberang Takir sendiri,

”untuk menyelamatkan duit rakyat daripada (terus) membazir,” jelasnya

Sumber BO - 27-4-2018




























































































































































































































































































Khutbah Jumaat 27 April, 2018; Amar Makruf Nahi Mungkar

















































































































































Sumber BO - 27-4-2018

Sepasang Kain Dari Razif Untuk Para Guru….

Esok Khamis, 26 April adalah hari dimana kali kelima, guru-guru dipanggil berjumpa dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kali pertama pertemuan dibuat kira-kira sebulan yang lalu, dimana guru-guru dipanggil untuk satu perjumpaan, katanya guru-guru akan dibekalkan dengan ‘tablet’.

Namun, selepas pertemuan pertama itu berakhir, ‘tablet’ yang dijanjikan tidak diberikan.
Tiba-tiba guru-guru diminta untuk berjumpa sekali lagi dengan pihak yang didalangi oleh Jabatan Pendidikan untuk menerima ‘tablet’.

Maka guru-guru dijemput lagi untuk kali kedua, dan alhamdulillah guru-guru telah mendapat tablet.
Tetapi malangnya ‘tablet Lenovo’ yang diberikan kepada guru-guru hanyalah tablet yang sudah agak ketinggalan dari segi teknologinya.

Tablet tersebut hanya mampu menerima bekalan internet 3G sahaja. Ia tidak dapat menerima gelombang internet terbaru, yang sekarang sudah mencapai kalajuan 4G.

Jadi kebanyakan guru-guru pun tidak menggunakan tablet tersebut kerana sebelum ini memang telah ada guru-guru diberikan telefon pintar ‘Yes’.

Itulah kali dua guru-guru dipanggil oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Terengganu, dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan peringkat Daerah-daerah masing-masing.

Kemudian daripada itu, selepas daripada guru-guru menerima tablet Lenovo, guru-guru juga, yang terpilih juga telah dipanggil untuk satu lawatan.

Lawatan tersebut telah diadakan di sekitar pulau-pulau buatan Tasik Kenyir
Seramai 40 guru bagi satu-satu rombongan dengan bas dan mereka dipecahkan kepada empat buah bot .

Setelah habis lawatan ke pulau-pulau buatan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu mereka telah berkumpul di pusat Pentadbiran Tasik Kenyir.

Didalam dewan tersebut, bagi guru Kuala Nerus telah dipanggil seorang penceramah istimewa yang lain dan tak bukan lagi, bekas ADUN Tepoh iaitu Ramli Nuh.

Dalam ucapannya Ramli Nuh berkata daripada, muka-muka guru yang ada dia tahu guru-guru ini dah membuat keputusan untuk mengundi ‘apa’ pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Tetapi katanya, beliau menyokong menyokong UMNO kerana satu tanggunjawab, sebab ‘Terengganu Molek Doh’.

Itulah kali ketiga, kempen secara langsung Barisan Nasional, memperkudakan Jabatan Pendidikan, yang diarahkan untuk mengarah para guru menyokong Umno.

Beberapa hari selepas itu, guru-guru yang telah diarahkan oleh Jabatan-jabatan pendidikan daerah pula untuk hadir pada satu pertemuan lain.

Bekas Menteri Besar Razif Abdul Rahman yang telah menanyangkan beberapa video dalam perjumpaan tersebut dan akhirnya beliau membuat kesimpulan Terengganu molek doh.

Sebelum bersurai, para guru wanita telah dihadiahkan sepasang baju tanpa sebarang sebab.

Katanya, sambutan hari guru yang diawalkan dan majlis berlangsung tan[a lagu hari guru kerana hari guru jatuh pada 16 Mei setiap tahun.

Dan yang terakhir ini, adalah pada khamis (esok) merupakan cabaran terakhir pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Terengganu untuk mempengaruhi guru-guru dan pilihanraya umum yang ke-14 yang akan diadakan pada 9 mei depan.

Dengan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dan didalangi oleh Jabatan Pendidikan Negeri maka ini jelas kelihatan, sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional Terengganu amat terdesak dan terlalu terdesak.

Mereka sanggup menggunakan Jabatan Kerajaan menghabiskan kewangan rakyat untuk membelanjakan mungkin sehingga jutaan ringgit jumlahnya bagi memujuk guru-guru untuk menyokong mereka.

Masaalahnya bukan guru-guru tidak mahu menyokong mereka tetapi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional haruslah melihat ke dalam diri masing-masing terlebih dahulu.

Sebelum membelanjakan dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan kempen-kempen menjelang pilihanraya ini, ingatlah satu sen pun wang daripada pembendaharaan Negeri itu sebenarnya adalah daripada hasil yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Oleh itu sekiranya wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam dan belanja untuk rakyat tetapi digunakan untuk kempen pilihanraya oleh UMNO dan Barisan Nasional.I

Ini lah hakikatnya politik di Terengganu yang tidak habis-habis mahu menipu rakyat-rakyat!

Sumber BO - 25-4-2018

Mek Dayang Pun Faham Berpolitik

Asalamualaikum, assalamualaikum. Salam diberi beberapa kali oleh tetamu kepada tuan rumah. Beberapa detik kemudian, daun pintu terkuak ditolak oleh tuan rumah.

Alaikumussalam, ooo…Ustaz, mari masuk, mari masuk, beberapa kali dia mengajak tetamunya seorang ustaz untuk masuk ke rumah kecilnya yang agak usang, sambil dia berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam.B awaeih, begitulah panggilan orang kampung kepadanya. Dia tinggal bersama dengan saudaranya yang bernama Mek Dayang. Baweih juga tidak sihat.

Mek Dayang ketika ini menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sebagaimana kebiasaan penyakit itu terkena kepada kebanyakkan orang, berangkai-rangkai datang bersama sakit-sakit yang lain. Dia terlantar di atas katil. Tidak boleh berjalan, ditambah dengan berat badannya yang dikategorikan sebagai ‘overweight’ menambahkan lagi derita kesakitannya. Dia diuruskan di atas katil dan kadang-kadang ke tandas dengan bantuan orang. Kasihan melihat dia sebegitu, namun dia tanpa mengeluh, tersenyum menyambut tetamu yang datang.

Ustaz Mohd Nor Hamzah, calon PRU bagi Dun Bukit Payong menjadi tetamu beliau, datang menghampiri ranjang bagi melihat sendiri keadaannya. Dia berceloteh, bercerita tentang sakitnya itu dan ini, tanpa sebarang masalah. Diselangi dengan ketawa kecil, tiada kelihatan dia berduka, Bawaeih juga terkadang menyampuk gembira dengan kehadiran ustaz. Mereka tahu, ketika ini ialah musim berkempen, semestinya calon-calon, akan datang berziarah bagi maksud bersilaturahim dengan pengundi. Mereka telah lama mengenali calon PAS ini dan tidak merasa kekok berbual dengan bahasa kampung.

Dipenghujung ziarah itu, sambil bergurau, Ustaz Mohd Nor bertanya, habis tu, macamana? Mahu mengundi ke tak? Sakit teruk juga ni, gurau ustaz. Mek dayang segera menjawab, gi, gi ustaz, insyaAllah kita gi. Kita dah suruh cari orang yang boleh tolak kita gi mengundi, jawab Mek Dayang bersungguh-sungguh. Dia tahu, nilai undinya adalah sangat berharga atas janji calon PAS untuk membawa suara Islam ke tempat yang teratas, sambil dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan.

Terima kasih ustaz, terima kasih, ucap Mek Dayang berulang kali atas ziarah calon itu. Dia beberapa kali menjelaskan dia memahami keadaan calon yang sibuk untuk menziarahi dan dia tidak mengharapkan apa-apa. Mereka cukup faham dengan beban yang digalas oleh wakil rakyat. Tidak seperti segelintir orang yang sentiasa mahukan wakil rakyat menziarahi mereka selalu. Tanpa berfikir yang wakil rakyat itu punya puluhan ribu pengundi, bukannya dia seorang yang perlu dilayan.

Kami keluar rumah mereka yang saiznya berukuran kira-kira 15 X 20 kaki. Satu bilik, dapur dan bilik air, sambil memikirkan tentang kesungguhan mereka untuk membantu PAS dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Mereka tahu yang mereka tidak akan mendapat apa-apa habuan dunia dengan menyokong PAS. Tiada dijanjikan harta, pangkat ataupun kesenangan hidup. Tetapi mereka mengikhlaskan diri mereka bagi tujuan Islam. Berbeza dengan keadaan penyokong parti yang memerintah.

Mereka yang menyokong, tetapi tidak mendapat apa-apa habuan kecuali sedikit. Mereka diugut dengan kemiskinan dan kesusahan, sedang mereka sememangnya sudah sedia ada miskin. Mereka adalah dari kalangan orang yang kerugian kerana semua orang membelasah apa yang sempat pada posisi masing-masing, maka pengorbanan apakah yang mereka ingin tekankan? Mereka berkorban demi kepentingan orang lain, mereka hanya mendapat kerak-kerak yang mereka fikirkan itulah ketulan-ketulan emas.

Golongan seperti Mek Dayang ini, ramai. Berada di mana-mana di dalam PAS. Mereka mengeluarkan apa yang ada daripada mereka. Walaupun sedikit, tetapi itulah keyakinan mereka bahawa Allah yang menentukan kemenangan, bukan banyak atau sedikitnya pemberian mereka.
Rasa takut, malu dan pilu, menggamit hati-hati kami apabila mengenangkan mereka pernah dikhianati oleh beberapa kerat manusia yang tidak takutkan Allah dengan memungkiri janji taat setia mereka, melarikan kerusi ke seberang. Apakah yang mahu kita lakukan apabila orang seperti Mek Dayang ini, menadah tangan, memohon doa kepada Allah atas pengkhianatan ini? Terhijabkah atau sampaikah doa mereka? Bagaimana kita mahu menghadap Allah dalam keadaan kita mengkhianati mereka?

Seketika, setelah menelusuri jalan lain, terlihat pula sekumpulan orang muda, sedang mengusung replika wau bulan berlambangkan PAS terbesar di dunia mungkin. Ustazpun berhenti membantu, memberikan semangat kepada orang muda. Seusai meletakkan replika di tempatnya, kami meneruskan program sambil terlihat ustaz yang termenung mengenangkan kesungguhan ahli PAS dan berkata, semoga saya tidak dari kalangan orang yang mengkhianati mereka ini. Tanpa duit, tanpa disuruh, mereka menyelesaikan semua itu sendiri kerana mempercayai keikhlasan pemimpin PAS. Kamipun berlalu membelah malam menuju destinasi.

Mohd Nasir Abdullah
Bukit Payong
25 April 2018

Sumber BO - 25-4-2018


































































































































































































































































































Rakyat Kena GST, Pelabur China ‘Free’

KUALA TERENGGANU – Rakyat hidup menderita dan tertekan akibat dasar Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenakan Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST), tidak kira pada yang muda atau tua.

Mantan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Haji Tengku hAssan Tengku Omar berkata, cukai GST menekankan rakyat daripada kecil hingga besar dan bayi serta orang mati pun dikenakan.

Tetapi katanya, apabila pelabur China datang laksanakan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dikecualikan pula darupada membayar GST.

“Apabila kita selami kehidupan mereka dengan cara masuk kampung dengan menziarahi rakyat dan tengok keadaan yang sungguh sedih,

“Kisah sedih yang berlaku dimana kita pergi pasar, orang kampung nak beli ikan itu bertangguh,duk milih…. nak beli sekilo ikan… nak bayar nak cekup dua tiga ekor bayar,

“Dan apabila kita datang mereka akan minta bantuan dan bila diberitahu ada yang menangis serta hiba menerima sumbangan daripada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program komentar petang bersama calon N15 DUN Ladang, Isnin, 23 April.

Katanya , ada sesuatu yang tak kena dengan kerajaan yang diperintah oleh Umno BN sehingga banyak benda yang berlaku bukan untuk meningkatkan kehidupan malah membebankan rakyat.
“sebab itu saya rasa bertanggungjawab untuk terus membela masyarakat dan khususnya di DUN Ladang agar rakyat terus terbela,

“Dan insya Allah sekiranya menang kita akan ke Wisma Darul Iman untuk memerintah negeri Terengganu,”ujarnya lagi.

Beliau merupakan calon PAS N15 DUN Ladang berumur 51 tahun dan dilahirkan di Kerteh, Kemaman serta mempunyai seorang isteri bernama Aida Tengah.


Dato’ Tengku Hassan mula pendidikan di Sekolah Menengah Sultan ismail, Kemaman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kemudian melajutkan pengajian di Universiti Malaysia (Ekonomi), University Of Nottingham, United kingdom (District Administraction), serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi University Malaysia pada tahun 1975.

Dahulunya beliau bekerja sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan ADUN Ladang darii tahun 2013 hingga April 2018 serta kegiatan politik beliau sebagai AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (EX OFFICIO).

Beliau berpengalaman sebagai Pegawai Kewangan, Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Pengarah Unit perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Timbalan Setiausahakerajaan (Pembangunan), Pesuruhjaya Hal Ehwal Negara (JHEAT), Ketua Pegawai Eksekutif,majlis Agama Islam &Adat melayu (MAIDAM), Pegawai Daerah Besut, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perjawat & Perkhidmatan), Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ketua penolong pegawai Daerah Hulu Terengganu, Pegawai Projek Kanan, INTAN Wilayah Timur,Kemaman dan Penolong Pengarah Unit perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.

Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan yang beliau ceburi ialah Pengerusi A &W Malaysia, Singapura, Thailand, Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC), Penegerusi Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Timbalan Pengerusi Terengganu Advanced Techinal Institute (TATI), Ahli Lembaga Pengarah, Eastern Pasific industrial Corporation (EPIC), Ahli Lembaga Pengarah TDM Plantation, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Malaysia, dan Ahli lembaga pengarah KUSZA.

Sumber BO - 25-4-2018


















































































































































Masyarakat Tidak Lagi Sembunyi, Isytihar Diri Ahli PAS

SETIU – Masyarakat pada hari ini tidak lagi bersembunyi malah mengisytiharkan diri sebagai ahli dan sedar untuk lihat perubahan demi kesejahteraan generasi hari ini serta akan datang.

Exco Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, setiap ahli dan penyokong PAS perlu ada istiqamah dalam diri agar tidak mudah dibeli dan lari dari perjuangan parti.
“Perjuangan yang ikhlas untuk melihat negeri dan negara ditadbir berpandukan syariat Islam melalui pimpinan dari kalangan Ulama’ dan ustaz,

“Tidak akan wujud satu pun alasan untuk kita (tidak) terus bersama jemaah untuk berkerja dan berusaha memenangkan parti,”katanya.

Beliau yang juga calon N08 Batu Rakit berkata demikian dalam pelancaran markaz Unit Peti Undi (UPU) Darat Batu Rakit dan Markaz Pemuda UPU Batu Rakit di Tanjung pada Selasa, 24 April.

Katanya, beliau lebih bersemangat apabila melihat kehadiran salah seorang pimpinan lama iaitu Al-Fadhil Ustaz Nik Razin Nik Mat hadir walaupun dalam keuzuran dengan menggunakan wheelchair masih bersemangat memberikan sokongan kepada parti PAS.

Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit berusia 34 tahun mempunyai seorang isteri bernama Ustazah Umi Masmira Binti Mat Ali berpendidikan dalam BA – Syariah Islamiah dan dikurniakan lima orang cahaya mata masing-masing adalah dua lelaki dan tiga perempuan.

Ustaz Mohd Shafizi Ismail mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah di Madrasah Darul Taqwa Batu 6 dan Sekolah Menengah di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang.

Kemudian beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Islamic Studies (BA – Hons) di European Institute of Human Sciences (EIHS) Wales United Kindom dan Sarjana Syariah Islamiah di American Open University Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.

Beliau berpengalaman menjadi Guru di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Pengerusi Sektor Tarbiyah MDQ, Guru di Madrasah Darul Taqwa Batu 6, Da’ei di Sekitar Negeri Terengganu, Jawatankuasa Pelaksana Himpunan Antarabangsa Kesatuan Ummah dan Pembantu Sekretariat Kesatuan Ulama Islam Sedunia Syeikh Wanis El-Mabruk di Malaysia.

Ustaz Mohd Shafizi Ismail melibatkan diri dalam politik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Timbalan Ketua Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu (DPPKS), Penolong Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit, Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN (PPD) Batu Rakit, Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Cempaka dan Mantan Setiausaha PAS Cawangan Bukit Cempaka.

Pengalaman dan perkhidmatan beliau di luar negara Yang Di Pertua (YDP) Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Penasihat Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Ketua BIRO Dakwah Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Mengetuai Pelajar Terengganu Mesir dalam Misi Bantuan GAZA di Kaherah, Mesir dan Ketua HIZBI Kawasan Lampeter U.K. EXCO KAPTIES U.K. Imam dan Khatib di Masjid EIHS Wales U.K.

Selain daripada itu, beliau berkhidmat dalam Khidmat kebajikan dan kemasyarakatan (NGO) sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Sahabat Care Terengganu dan AJK Batu Rakit Care.

Sumber BO - 25-4-2018

Mantan MB Terengganu Didakwa Cuai

KUALA NERUS – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman didakwa cuai dalam tanggungjawabnya, membiarkan 30 peratus rakyat DUN terbabit terus hidup dalam kemiskinan.

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, kajian yang dibuat oleh sebuah Universiti tempatan menunjukkan terdapat lebih 1065 orang yang tergolong miskin Seberang Takir.

“Kelompok miskin ini mewakili 29.30% daripada penduduk di Seberang Takir,
“Dan dibahagikan kepada tiga jenis tahap kemiskinan iaitu, miskin tegar 3.47%, miskin 28.35%, mudah miskin 42.72% dan terkeluar sebanyak 25.44%,”katanya.

Beliau yang juga calon PAS DUN Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program ziarah pada Isnin 23 April, disini.

Menurutnya, jawatan Menteri Besar Terengganu, tidak membawa banyak perubahan
kepada kehidupan penduduk tempatan.

Justeru itu, beliau akan berkempen habis-habisan, memberitahu masyarakat tentangsalah tadbir urus kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Program ziarah berjadual (setiap) pada kali ini melawat sekitar 10 orang yang terdiri daripada golongan susah, miskin dan sasaran,

“Dan sempat ziarah kematian di Tok Jembal serta turun padang minum pagi bersama masyarakat sekitar Bukit Tok Beng dan kebetulan orang tempatan hadir bersama,” ujarnya beliau apabila ditanya tentang kempennya.

Katanya, sehingga kelmarin, sambutan program yang dibuat oleh jentera pilihan raya Seberang Takir mendapat sambutan, termasuk daripada pengundi Umno sendiri.

“Saya sempat solat Zohor di Masjid besar di Seberang Takir Masjid Al-Abrar dan berjumpa pemimpin utama imam… dia rasa macam sukalah kita (calon) PAS ini,

“Dan Insya Allah pada petang ini kita akan terus ziarah dan selepas asar nanti sembahyang disurau Mawaddah di seberang takir bersama masyarakat,

“serta turun makan bersama pemuda sekitar jam lima petang dan pada malamnya ceramah di Unit Peti Undi (UPU) Tok Jembal,”tambahnya lagi.

Sumber BO - 25-4-2018

1 comment:

  1. As Salam. Tuan, apakah sekarang Kerajaan Negeri telah menaikkan taraf hidup penduduk di kawasan berkenaan..? Pohon penjelasan, Tk.

    ReplyDelete