Dr Halimah Ali calon PAS PRK Seri Setia
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali diisytiharkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon N.32 Dun Seri Setia di padang permainan Desa Mentari di sini, sebentar tadi.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon N.32 Dun Seri Setia di padang permainan Desa Mentari di sini, sebentar tadi.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi turut berucap sebelum itu.
Dr Halimah, 58, yang pernah memenangi Dun Selat Klang pada PRU 2008 dan PRU 2013 merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor (2008-2014).
Biodata Dr Halimah.
Biodata Dr Halimah.
Pendidikan:
Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tasmania, Australia)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tasmania, Australia)
Diploma Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)
Pengalaman Kerja
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang
Penglibatan Dalam Masyarakat
Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana Tsunami, Meulaboh, Aceh
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co-Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi doktor undangan untuk program kesihatan di RTM (radio dan televisyen)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kampung Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh Dun Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.
Jawatan dalam NGO
2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga Amal Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat (Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu
Penglibatan Dalam Politik
Jawatan dalam parti:
Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi - HARAKAHDAILY 15/8/2018
Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tasmania, Australia)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tasmania, Australia)
Diploma Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)
Pengalaman Kerja
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang
Penglibatan Dalam Masyarakat
Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana Tsunami, Meulaboh, Aceh
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co-Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi doktor undangan untuk program kesihatan di RTM (radio dan televisyen)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kampung Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh Dun Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.
Jawatan dalam NGO
2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga Amal Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat (Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu
Penglibatan Dalam Politik
Jawatan dalam parti:
Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi - HARAKAHDAILY 15/8/2018
Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan watikah calon kepada Dr Halimah. (Foto oleh Mohd Aziha Abdullah)
Sumber HD - 16-8-2018
Jadikan PRK Seri Setia 'Referandum Rakyat'
PETALING JAYA: PRK N.32 Dun Seri Setia perlu menjadi referandum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan PH, demikian seru Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.
Beliau yang juga Pengarah Operasi PAS PRK Dun Seri Setia mengajak seluruh pengundi pelbagai kaum di situ memberikan satu signal yang jelas kepada PH kerana jelas tidak boleh diharap.
"Dalam tempoh dan pilihan raya kali ini, Allah telah atur satu perjalanan tempoh penamaan calon lebih kurang tempoh 100 hari PH menjadi kerajaan. Dalam tempoh itu jugalah mereka gagal untuk melaksanakan janji-janji mereka dalam manifesto yang mereka telah gariskan.
"Oleh sebab itu saya mengajak pada seluruh rakyat termasuk juga pengundi-pengundi PH yang lalu, kali ini supaya menjadikan pilihan raya ini sebagai satu referendum rakyat memberikan satu signal yang jelas bahawa rakyat kita semua tidak suka kepada penipuan. Biar kita ajar PH, kita didik mereka dengan pendidikan politik.
"Sebab dalam sistem pilihan raya dalam negara kita apabila parti daripada kerajaan meletak calon dan pembangkang meletak calon, sudah tentu PAS sebagai parti pembangkang bersama rakan-rakan yang lain dalam Pakatan pembangkang, Umno, parti-parti yang lain juga dan bersatu di dalam Pakatan Pembangkang untuk membentuk satu sistem 'Check and Balance' yang kukuh dalam negara kita," serunya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada ceramah khas sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK N.32 Dun Seri Setia di Desa Mentati, dekat sini sebentar tadi.
Menurutnya, pertandingan yang dijangka dengan calon PKR yang mewakili komponen dalam PH itu sekiranya mereka menang, tidak menambah apa-apa kepada kerajaan, namun sebaliknya jika mereka kalah katanya, calon yang kalah pasti akan menjadi Penyelaras DUN atau tetap ada jawatan dalam kerajaan.
"Kalau dia menang, bererti kita gagal untuk menghantar suara yang kuat bagi memberikan satu pendidikan politik kepada PH. Sebab itu saya percaya rakyat matang PRK kali ini akan memberikan undi kepada PAS bagi membina dan membentuk satu suara 'check and balance' yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri.
"Sebab Pakatan Harapan kalau dia menang pun dalam sistem negara, negeri kita, dia tetap akan dilantik dan tetap ada jawatan dalam kerajaan kita. Oleh sebab itu kita harap Pilihan raya kali ini seluruh masyarakat sebagaimana saya sebut jadikan pilihan raya sebagai satu referendum untuk memberikan satu pengajaran.
"Satu pendidikan kepada PH yang ternyata gagal untuk memberikan satu melunaskan janji mereka dalam pilihan raya yang lalu, apatah lagi dengan segala himpitan yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini tidak sebagaimana janji yang mereka pernah janjikan dahulu," serunya. -HARAKAHDAILY 15/8/2018
Sumber HD - 16-8-2018
Ayuh ke majlis pengisytiharan calon PAS
PAS akan meletakkan calon dalam PRK N.32 Seri Setia. Kita yakin akan berlaku pertandingan satu lawan satu antara PAS mewakili blok pembangkang dan PKR.
Rakyat jelas tertipu dalam PRU14 lalu. Janji manis ditaburkan disulam fitnah dan penipuan. Akhirnya hari ini janji menggunung tinggi itu tidak dapat ditepati atas pelbagai alasan dan dalih.
Hapus PTPTN, tol. Rakyat tergiur pangkah Pakatan Harapan (PH) rupanya tertipu. GST hapus tapi diganti SST, sengatnya tetap berbisa ke atas tubuh kehidupan rakyat.
Bahasa Melayu diturun taraf, urusan agama di-Liberal dan dipermain, Raja-raja Melayu dihina, nasib dan masa depan bangsa dan agama tercabar.
Ini baru 100 hari PH berkuasa malah sekarang PKR sendiri dakwa Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tidak boleh dipercayai.
Atas kesedaran ini PAS bangkit menggembeling kesatuan ummah, menyatukan umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia yang tertipu.
Bangkitlah kita cabar kuasa yang ada atas pentas demokrasi. PRK ini adalah forum paling sesuai untuk menyata dan menzahirkan suara sebenar rakyat.
Rabu 15 Ogos ini YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS akan mengisytiharkan calon PAS yang akan mewakili PAS dan suara ummah pada PRK Seri Setia nanti.
Ayuh keluar beramai-ramai bersatulah Bangsa Melayu umat Islam dan rakyat Malaysia semuanya.
Asal Bukan Harapan, ABAH.
Rakyat tidak mahu ditipu lagi. - HARAKAHDAILY 14/8/2018
Sumber HD - 14-8-2018
Pak sanggup penjajah
TIDAK susah bagi penjajah menghulur bantuan dana dan sokongan strategi kepada semua kelompok dalam sesebuah negara yang mahu mereka kuasai. Sampai satu masa, faksi-faksi proksi yang telah dikenyangkan akan ditembungkan antara satu sama lain. Akhirnya mereka ditimpa celaka. Itulah yang kita fahami dari sejarah umat.
Contoh sejarah
Di ambang kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, Kumpulan Turki Muda serta pegawai-pegawai Uthmaniyyah telah sekian lama ditaja oleh British untuk mewujudkan gelombang penentangan terhadap Khilafah. Idealisme Liberal dan penentangan terhadap isu-isu salah laku Uthmaniyyah dibakar secukup-cukupnya. Setelah mereka menguasai organ pentadbiran Khilafah, Sultan dijatuhkan maka naiklah Mustafa Kamal Attaturk mengubah lanskap zaman umat Islam.
Sejarah yang lebih sadis, Syarif Hussein dibantu oleh British demi menggerakkan Revolusi Agung Arab untuk berperang menentang Uthmaniyyah. Selepas Syarif Hussein berhasil menghalau Uthmaniyyah dari Wilayah-wilayah Arab, British menaja Bani Saud pula untuk berperang mengalahkan Syarif Hussein.
Di Iraq, Saddam dilobi dan disokong oleh Amerika untuk berperang menentang Iran sejurus selepas penubuhan Kerajaan Revolusi Iran. Sentimen Arab-Parsi, Sunni-Syiah dimainkan, lalu disanjung peperangan tersebut dengan jolokan Qaddisiyyah. Selepas berakhirnya perang tersebut, Saddam menyerang Kuwait. Amerika merasa terganggu lantas bertindak balas menentang Saddam. Puluhan tahun selepas itu Saddam dibunuh oleh proksi Amerika.
Ketika fasa akhir Perang Dingin, Amerika menaja segelintir Mujahidin di Afghanistan untuk berperang menentang Soviet Union. Segelintir puak Mujahidin dengan semberono menerima bantuan Amerika atas alasan dangkal 'orang bagi kita ambil'. Puak yang menikmati bantuan Amerika itu menganggap telah berjaya mengalahkan Soviet. Sedangkan yang paling berjaya adalah Amerika yang tidak perlu mengotorkan fizikalnya berperang di dataran berbukit Afghanistan. Selepas dipergunakan, Amerika menyusun plot agar sesama Mujahidin berperang. Akhirnya mereka diserang oleh Amerika yang pada awalnya pernah membiaya gerakan bersenjata mereka.
Alas kaki penjajah
Terlalu banyak sejarah penjajah mengulang-ulang strategi yang lebih kurang sama. Demi menguasai negara yang disasarkan, mereka membiaya proksi-proksi yang sanggup menjadi petualang kepada agama dan tanah air sendiri. Mereka bukan sekadar menawarkan bantuan senjata. Bahkan dalam negara bernuansakan politik demokrasi, mereka membiayai kumpulan dan politikus dengan dana serta latihan kononnya ke arah pendemokrasian politik. Inilah bentuk penjajahan secara proksi.
Sesiapa yang kelabu mata mahu hidup senang, sudah pasti tanpa merasa bersalah sanggup menjadi selipar penjajah asalkan dapat berkuasa seperti yang diimpikan. Jangan lupakan sejarah, golongan yang asalnya menjadi proksi musuh, akan dirosakkan bahkan bertarung maut kerana menjadi mangsa sebagai bidak catur musuh. Merekalah petualang yang merosakkan sejarah umat. Ternyata doktrin 'orang bagi kita ambil' merupakan perangkap yang tidak ada jalan keluar.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
7 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 7/8/2018
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
7 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 7/8/2018
Sumber HD -n7-8-2018
Gempa bumi dan pakej bencana bersamanya
GEMPA bumi merupakan ingatan dari Allah dan ia merupakan petanda dekatnya kiamat. Nabi S.A.W menyenaraikan fitnah-fitnah lain yang turut ditimpakan sekali harung bersama dengan gempa bumi:
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ، وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمُ الْمَالُ فَيَفِيضَ
"Tidak berlaku hari kiamat sehinggalah dicabutnya ilmu, banyak berlaku gempa bumi, masa menjadi pendek, banyak terjadinya fitnah dan berlaku banyak fitnah al-Haraj, iaitu pembunuhan demi pembunuhan. (Kiamat tidak berlaku) sehinggalah harta yang ada pada kalian melimpah ruah"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Senarai bencana yang diingatkan oleh Nabi S.A.W:
● Hilangnya ilmu dengan kematian para ulamak akhirat. Menyebabkan kejahilan menguasai masyarakat.
● Berlaku banyaknya gempa bumi. Sepatutnya manusia sedar dengan amaran tersebut, namun ramai yang kekal lalai.
● Waktu dirasakan menjadi pendek kerana keberkatannya telah hilang. Teknologi semakin maju sehingga banyak urusan dapat diselesaikan dengan pantas. Urusan dosa pun semakin mudah direncana.
● Berlakunya banyak fitnah, iaitu ujian-ujian kekeliruan yang menguji pegangan iman.
● Peperangan dan pembunuhan berlaku di serata dunia.
● Harta dunia dilimpahkan. Dari kemewahan tersebut merangsang manusia untuk saling berebut lalu berlakunya konflik berpanjangan.
Sungguh, kita berada di zaman penuh fitnah. Tidak mudah untuk menyelamatkan diri melainkan kita mestilah istiqamah dengan pegangan wahyu yang ma'sum.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
6 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 6/8/2018
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
6 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 6/8/2018
Sumber HD - 5-8-2018
PAS sambut baik BN undur diri di Seri Setia
SHAH ALAM: PAS menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada parti Islam itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi percaya keputusan Umno itu akan disambut baik partinya, selepas dibincangkan di peringkat Pusat.
“Saya sangat mengalu-alukan pendirian, keputusan dan ketegasan dibuat BN dan Umno, DUN Seri Setia akan diberikan laluan kepada PAS.
“PAS negeri akan bawa keputusan ini untuk dibincangkan di peringkat Pusat. Walau apapun keputusannya, kita harapkan yang terbaik demi kekuatan Islam dan Melayu,” katanya sewaktu ditemui di DUN Sungai Kandis, hari ini.
Terdahulu, Umno memutuskan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini ialah titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah Malaysia baru.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu FMT, pendekatan satu lawan satu mencerahkan peluang pembangkang untuk merampas kerusi yang merupakan kubu kuat PKR itu.
“Jentera PAS tempatan bersedia memainkan peranan dalam PRK Seri Setia, tertakluk kepada keputusan PAS Pusat.
“Ia suatu langkah positif, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno bagi menghadapi Pakatan Harapan. Ia juga bagi memastikan proses semak dan imbang terus terjamin di Selangor.
“Kita sudah tunjukkan keikhlasan kita membantu calon BN di DUN Sungai Kandis, begitu juga kita harapkan untuk Umno buktikan keikhlasan kepada PAS di DUN Seri Setia,” katanya.
MR : Untuk memantau PH dalam menerajui kerajaan perlukan pembangkang yang kuat. PAS perlu eratkan hubungan sesama pembangkang....
Sumber MR - 4-8-2018
Budaya mengampu reputkan Umno
UMNO yang merupakan parti Nasionalis Melayu telah ditampar dengan kekalahan teruk dalam PRU14 baru-baru ini. Kejutan itu telah dijangka awal oleh penyelidik Barat seperti Bridget Welsh. Sungguh pun begitu, kita perlu meneliti faktor-faktor kelemahan interaksi organisasi yang mendorong parti Nasionalis tersebut ditolak oleh rakyat.
Jika kita melihat corak berfikir penyokong-penyokong Umno, mereka seakan-akan telah dilatih untuk membela pemimpin-pemimpin mereka walau apa keadaan sekalipun. Hingga mereka kerap dilihat menegakkan benang yang basah, lalu menjadi bahan tawa rakyat.
Tabiat tersebut sudah pasti menjadi kelebihan kepada kemaraan parti-parti pembangkang yang ingin menghantar mesej kepada rakyat, bahawa Umno sudah tidak boleh ditegur lagi dan kelihatan syok sendiri.
Bagi penyokong-penyokong Umno, pemimpin-pemimpin mereka adalah maruah parti yang perlu dipertahankan bermati-matian, sekalipun korup. Dari logik tersebut mereka lebih terprogram untuk membela pemimpin-pemimpin mereka, bukan membela dasar parti. Sesiapa yang mengkritik akan dianggap sebagai tidak setia dengan Umno dan perlu diselesaikan.
Lama kelamaan, Umno dan ahlinya terpaksa menanggung beban masalah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin korup mereka. Sementara pemimpin-pemimpin Umno bersenang lenang meneruskan kesilapan demi kesilapan. Mereka tahu, mereka mempunyai penyokong-penyokong tegar yang sanggup menegakkan benang basah.
Secara logiknya, jikalau penyokong-penyokong Umno menurunkan pemimpin-pemimpin mereka yang degil lagi korup, sudah pasti nasib parti Melayu itu tidak sesadis pasca PRU14. Sekurang-kurangnya tindakan tersebut boleh memulihkan kepercayaan rakyat kepada Umno.
Kombinasi antara pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan ahli yang mengampu secara membabi buta, akhirnya Umno ditolak secara pukal oleh rakyat. Jika kita perhatikan, rakyat menolak mereka kerana kealpaan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno. Bukan kerana faktor dasar jahanam yang diangkat oleh Umno.
Demikian merupakan penyakit yang menimpa parti yang terlalu lama menguasai hegemoni kuasa politik. Penyakit ini boleh menimpa ke atas mana-mana parti politik, andainya kita tidak beringat.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMADSumber HD - 1-8-2018
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
31 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 1/8/2018
Projek Liberal di Indonesia, Malaysia 'seragam'
PERKEMBANGAN pemikiran Liberal di Indonesia telah berlangsung agak maju kira-kira 30 tahun lebih awal berbanding Malaysia. Untuk mengamati apa yang sedang berlaku di Malaysia, maka eloklah diteliti sejarah Liberalisasi di Indonesia sebagai cermin realiti.
Sungguhpun ia merupakan topik pemikiran, tetapi amat berkait rapat dengan politik. Seharusnya ahli-ahli politik Muslim mengambil berat hal ini, kerana pemikiranlah yang membentuk jelmaan corak politik di hadapan mata kita.
Orde BaharuProjek Liberalisasi bermula dengan pengisytiharan Orde Baharu bawaan Soeharto yang menukar kutub Indonesia dari blok Russia kepada blok Barat. Sudah pasti pemikiran Barat yang menawarkan cara faham Liberalisme turut diimport masuk melalui pelbagai saluran. Politikus dan Liberalis bergabung tenaga menjayakan 3 fasa Liberalisasi Indonesia.
Fasa kemunculanNurcholis Madjid atau panggilan mesranya sebagai Cak Nur merupakan nama yang tidak asing dalam perbincangan topik Liberal khususnya di Indonesia. Beliau yang pada asalnya dikatakan sebagai pro Islam, tiba-tiba berubah menjadi Liberal setelah diundang oleh Council for Leaders and Specialist (CLS) ke Amerika. Pegawai kedutaan Amerika di Jakarta menyatakan, biar beliau diperlihatkan sendiri apa yang dibencinya selama ini.
Cak Nur menanam benih Liberal dengan pertikaian-pertikaian kontroversinya terhadap pegangan Islam masyarakat. Bermula dengan pidatonya pada 1970, beliau mengemukakan idea-idea Liberal. Penegasannya jelas. Islam yes, partai Islam no! Bukan sekadar itu, beliau mendakwa kononnya idea Sekular merupakan unsur yang secocok dengan konsep Syahadah.
Fasa kaderisasiFasa ini merupakan fasa yang paling penting dan berpengaruh dalam perkembangan Islam Liberal di Indonesia. Soeharto mengangkat tokoh-tokoh Liberal untuk menjawat posisi-posisi penting dalam pendidikan. Soeharto melantik Mukti Ali sebagai Menteri Agama yang mempunyai akses dengan sektor pendidikan. Beliau yang merupakan graduan al-Azhar dan mendapat pendidikan pasca sarjana di Universiti Mcgill Kanada mendukung idea modenisasi ilmu (baca Liberalisme).
Mukti Ali sangat terpengaruh dengan kaedah berfikir Mcgill yang dakwanya lebih rasional dan holistik. Beliau menggantikan orang-orang bawahannya dengan yang sealiran dengannya. Lalu Mukti Ali bergabung tenaga dengan Harun Nasution dengan melantiknya sebagai Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN).
Lantas mereka mengubah silibus-silibus agama yang dianggap sebagai ketinggalan zaman dan sempit. Harun Nasution mahu merubah silibus kepada karektor pemikiran Muktazilah yang secocok dengan aspirasi Liberal.
Dari kedudukan mereka di Pusat-pusat Pengajian Tinggi, membolehkan mereka menjalinkan akses kaderisasi untuk melahirkan pelapis-pelapis berfahaman Liberal. Tapaknya telah dimulakan oleh Cak Nur sejak 1970 ketika menjawat sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam. Pengaruh besar itu dilangsungkan dari generasi ke generasi.
Walaupun mereka cuba ditentang oleh agamawan yang lebih senior, tetapi itu semua sudah terlambat dan tidak berhasil seperti yang diinginkan kerana mereka mempunyai kuasa.
Fasa reformasiSejak bermulanya Orde Baharu, mereka telah mula melontarkan idea-idea Liberal. Namun menjelang 2001, mereka dilihat lebih berani dan vokal dalam melontarkan idea-idea Liberal ke khalayak umum.
Jaringan Islam Liberal (JIL) dibangunkan oleh Ulil Absar Abdalla melalui forum internet, dilihat amat berkesan untuk mendapatkan pengikut. Mereka memanfaatkan segala ruang media untuk menyebarkan idea Liberal. Isu klasik yang dikemukakan tidak lain, berlegar sekitar isu keabsahan al-Quran, Syariat Islam, tudung, nikah silang agama, hak untuk murtad dan sebagainya. Buku kontroversi yang bertajuk Fikih Lintas Agama memuatkan doktrin Pluralisme yang melengkapkan idea Liberal dukungan mereka.
Antara strategi LiberalisDari pengamatan sejarah Liberalisasi Indonesia, kita boleh merumuskan beberapa strategi Liberalis dalam mendoktrin minda masyarakat dengan ajaran sesat mereka. Antaranya:● Bergabung dengan politikus untuk memperolehi posisi penting yang membolehkan mereka meletak tapak pemikiran Liberal dalam silibus pengajian.● Berani melontarkan pandangan-pandangan yang kontroversi. Mereka tidak kisah dikecam, kerana mereka tahu lambat laun orang akan lali lalu menerima idea-idea sesat mereka. Tidak hairanlah jika kita dapati mereka tidak serik-serik memprovok.● Liberalis menarik golongan mahasiswa dengan pendekatan yang segar dengan budaya kajian, wacana dan diskusi. Bagi mereka mahasiswa adalah generasi pelapis yang bakal menduduki posisi-posisi strategik. Di samping itu, darah muda mahasiswa amat bermanfaat untuk nekad melontarkan suara-suara yang vokal bagi pihak Liberalis.● Mereka proaktif memanfaatkan media yang ada untuk menyebarkan doktrin Liberal. Ia amat fleksibel dan efektif. Di samping itu, mereka giat menulis makalah dan buku sebagai perantara dengan masyarakat.
Malaysia Baharu yang mencabarSelepas PRU14, kita dapati idea-idea Liberal semakin giat dipentaskan. Pemenang-pemenang pilihan raya yang kini menjadi pemerintah mengisytiharkan slogan Malaysia Baharu dan Orde Baharu dengan penuh bangga. Seakan mengulangi sejarah Indonesia. Jika dahulu idea-idea Liberal dikemukakan secara runcit-runcitan. Namun kini, dalam kalangan penguasa sendiri yang menjadi provokator kepada idea-idea Liberal. Selepas satu, satu.
Normalisasi gejala songsang LGBT, definisi agama diambil dari doktrin Pluralisme, Maqasid diertikan sesuai dengan kehendak Liberal dan entah apa lagi yang mahu dimuntahkan selepas ini. Demikian merupakan senario yang telah berlaku ke atas Indonesia puluhan tahun yang lepas. Kini mereka telah mempunyai kuasa untuk dikuatkuasakan ke atas umat Islam. Kita wajib runsing dengan ancaman jangka masa panjang ini.
Perkara yang perlu dipeliharaDr Ugi Suharto menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia beruntung, kerana Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara, tidak seperti di Indonesia dengan pancasilanya. Ini membolehkan Islam di Malaysia dibela melalui undang-undang serta boleh membendung penyebaran ajaran sesat serta dakyah agama lain dari disebarkan di khalayak ramai
Ditambah lagi dengan YDP Agong sebagai ketua agama Islam yang dianggap sebagai benteng akhir dalam mempertahankan Islam. Walaupun ramai yang mempertikaikan keseriusan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi dan fungsi institusi Istana untuk mempertahankan Islam, namun secara realitinya itulah kelebihan yang kita boleh manfaatkan.
Melayu pula didefinisikan oleh Perlembagaan mestilah beragama Islam, menguatkan lagi keterikatan umat Islam di Malaysia dengan pegangan Islam mereka. Ikatan-ikatan itulah yang kini cuba dirungkai oleh golongan Liberal. Serangan ke atas Bangsa Melayu, institusi agama dan institusi Istana giat dilancarkan mutakhir ini.
BeringatKini kita perlu waras berfikir. Ahli politik perlu peka mengamati penularan ideologi-ideologi Liberalisme yang sedang menyusur ke tangga kuasa. Agamawan-agamawan pula perlu menyedari bahawa berdepan dengan pertempuran ideologi merupakan kefarduan yang tidak ada kompromi pada hari ini.
Perhatikan literasi media yang dimainkan oleh propagandis-propagandis. Apa-apa yang berkait menjadi sendi kepada survival Islam pasti akan diprejudiskan. Jangan terlepas pandang dengan apa yang sedang disuap di kampus-kampus, kerana di situlah sarangnya bermula.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
27 Julai 2018. - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 27-7-2018
2 jalan, 2 persepsi
DALAM dunia ini hanya ada 2 jalan. Golongan yang menelusuri 2 jalan itu, mempunyai kamus sendiri yang mendefinisikan persepsi masing-masing.
Nabi Musa mendakwa Firaun itu melampaui batas kerana menekankan kekufuran ke atas rakyat. Firaun pula mendakwa kononnya Nabi Musa melampau kerana mengancam kedudukannya lagi tidak mengenang budi.
Bagi Rasulullah, Musyrikin Quraisy tersesat dari fitrah mereka. Bagi Musyrikin Quraisy pula, Nabi kononnya seorang pemecah belah yang cukup bahaya.
Golongan beriman mendakwa puak munafik sangat bodoh kerana cuba menipu Allah sedangkan mereka menipu diri sendiri. Puak munafik pula menganggap kononnya golongan beriman bodoh kerana memilih jalan yang tiada masa depan dunia.
Pendakwah yang tegas dengan dakwahnya menganggap masyarakat yang pincang pasti merosakkan kedamaian. Bagi masyarakat yang pincang pula, kononnya pendakwah itu mengganggu kedamaian mereka bersuka ria.
Kita menganggap Amerika sebagai pengganas sebenar kerana mengancam keamanan dunia. Amerika pula menuduh kononnya Islam sebagai ajaran pengganas dengan kempen Islamophobia mereka.
Seseorang yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan menganggap koruptor adalah pengkhianat. Manakala koruptor pula menganggap kononnya orang yang cuba membongkar penyelewengannya sebagai pengkhianat dan tiada sifat setia kawan.
Begitulah realiti pertembungan di dalam dunia sejak dahulu hingga kiamat. Masing-masing dengan dakwaan masing-masing. Persoalannya kita mahu ikut kamus Islam atau kamus nafsu? Sedangkan dunia hanya sementara.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMADSumber HD - 26-7-2018
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
26 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Perjuangan PRU15 bermula di Sg Kandis
TINDAKAN PAS tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sg Kandis, Selangor terus menjadi isu besar malah menggerhanai pertandingan sebenar dalam PRK berkenaan antara calon PKR, BN dan Bebas.
Kawasan DUN yang punya 75 peratus pengundi Melayu Islam itu lazimnya kerusi yang di-tandingi PAS dan memang dalam PRU ke 14 lalu kerusi berkenaan telah melihatkan pertandingan empat penjuru antara calon-calon PKR, PAS, BN dan PRM.
Namun demikian banyak telah berubah pasca PRU14. Pertama dan terbesar BN telah berjaya digulingkan di peringkat Persekutuan dan Putrajaya hari ini melihat kerajaan baru iaitu kerajaan didukungi PH dengan bekas PM Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menterinya.
BN hari ini adalah Pembangkang di Parlimen dan cuma bertahan sebagai Kerajaan Negeri di Perlis dan Pahang sahaja apabila mereka turut hilang kuasa di negeri-negeri tradisional mereka yang lain.
Dalam PRU ke 14 lalu, secara bersendirian atas platform Gagasan Sejahtera PAS berusaha merobohkan Kerajaan BN yang ternyata pincang dan tempang, namun gagal menggantikannya dengan sistem yang diperjuangkan PAS apabila PH yang menang dan memegang teraju.
Pemerintahan BN tamat di peringkat Persekutuan namun atas robohan BN itu yang bangkit dan didirikan adalah sebuah kerajaan pro Sekular, Liberal yang tidak selari dengan perjuangan PAS dan lebih parah lagi didominasi pula oleh wakil-wakil bukan Islam yang bilangannya lebih ramai dari wakil-wakil Islam dalam Kerajaan PH.
Atas realiti itu, pasca PRU14, tugas PAS tidak terhenti. Agenda untuk menegakkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama berteraskan Islam sebagai prinsip dan dasar pemerintahan perlu diteruskan. Dan yang menjadi sasaran hari ini bukan lagi Kerajaan BN Umno yang telah pun tumbang, tetapi yang perlu disasarkan adalah Kerajaan PH yang didominasi DAP yang kuat dan jelas menentang perjuangan PAS.
Kerana itu perjuangan PAS konsisten. Dalam realiti pasca PRU14 ini PAS dan BN kini duduk di blok Pembangkang. Kecuali di Perlis dan Pahang di mana BN kerajaan dan di Kelantan dan Terengganu di mana PAS kerajaan, di negeri-negeri lain termasuklah peringkat Persekutuan PAS dan BN adalah Pembangkang.
Kerana itu bagi menghadapi PRK Sg Kandis PAS mengambil kira realiti bahawa pertandingan terbaik menghadapi PH adalah satu lawan satu dan tidak sebagaimana PRU14 lalu sehingga pertandingan pelbagai penjuru telah memenangkan PH. Pembangkang tidak boleh berpecah bertanding sesama sendiri dan akhirnya menguntungkan PH dan meneguhkan kuasa mereka.
Lalu PAS setuju Sg Kandis mesti melihat pertandingan satu lawan satu, dan setelah berunding sesama blok Pembangkang, BN diberi laluan.
PAS tidak perlu bekerjasama politik dengan BN untuk memutuskan pertandingan di Sg Kandis. Persetujuan PAS memberi laluan bermakna PAS sedar dan akur Pembangkang tidak boleh berpecah menghadapi PH yang kuat cengkamannya di Selangor.
PAS mengharapkan blok Pembangkang khasnya dalam kes ini di Sg Kandis akan menjadi semakin kukuh agar kerja-kerja semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan baik selain isu berhubung kepentingan Melayu dan Islam dapat diperjuang dan dipertahankan dengan lebih bermakna.
Kebelakangan ini pasca PRU14, rakyat resah apabila isu-isu besar membabitkan kos hidup terus tiada penyelesaian yang tuntas dan bermakna sedangkan beberapa langkah kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri dilihat mula mengganggu dan menggugat status quo serta kepentingan Islam dan orang-orang Melayu.
PH Selangor sudah punya majoriti dua pertiga dalam Dun Selangor. Memberi mereka kemenangan di Sg Kandis bermakna mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Dewan sedangkan apa yang diperlukan adalah suara Pembangkang yang lebih vokal. Menang Pembangkang di Sg Kandis tidak menggugat majoriti dua pertiga PH tetapi sekurang-kurangnya ia memberi isyarat pada PH bahawa blok Pembangkang bersatu menghadapi mereka.
Rakyat khususnya pengundi di Sg Kandis perlu dimaklumkan betapa pentingnya PH yang didominasi DAP itu tidak diberi undi dalam PRK ini. PH perlu diberi isyarat yang jelas bahawa majoriti rakyat Melayu Islam memang bencikan pemerintah yang tempang dan pincang namun dalam waktu yang sama mereka juga mahu kerajaan yang prihatin akan nasib mereka dan teguh membela kedudukan Islam dan Bangsa Melayu serta Bumiputera.
Siapa lagi jika tidak 75 peratus pengundi Melayu Islam di Sg Kandis yang boleh bangkit dalam PRK ini memberikan isyarat yang jelas dan kukuh bahawa rakyat Melayu dan Islam tidak selesa dengan agenda DAP yang diberikan keutamaan oleh Kerajaan PH sehingga meletakkan kedudukan Melayu Islam dalam ancaman.
Politik pasca PRU14 ini telah jauh berubah. Jangan lagi kita terperangkap dengan suasana yang lama. Langkah berani dan benar perlu diambil demi menyelamatkan negara dan negeri dari jatuh menyembah di bawah telunjuk DAP.
Sumber HD - 25-7-2018Perjuangan bagi PRU ke-15 bermula di Sg Kandis. Bangkitlah saudara-saudara kita semua. - HARAKAHDAILY 25/7/2018
PAS tak berkempen untuk BN
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) berdepan masalah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila satu lagi parti pembangkang, PAS, enggan menghulurkan bantuan.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, semalam menegaskan parti itu tidak akan membantu kempen calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, untuk merampas kerusi DUN itu daripada PKR.
Roslan berkata, keputusan PAS Selangor tidak meletakkan calon pada PRK itu dibuat atas persefahaman bersama dengan BN dan ia tidak lebih daripada kerjasama sebagai blok pembangkang.
Rayuan Lokman untuk mendapatkan bantuan daripada PAS tidak diendahkan, walaupun beliau tegas mahu bertemu pemimpin setempat parti itu di Sungai Kandis.
Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dilaporkan mahu berbincang dengan kepemimpinan di bahagian dalam usahanya meyakinkan PAS untuk terbabit sama dengan jentera kempen BN.
PAS memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam PRK itu yang diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Langkah PAS Selangor itu seperti menyatakan penyelesaian aman yang ditawarkan parti itu hanya untuk membenarkan BN bertanding dalam PRK dan ia memberi isyarat jelas parti itu tidak berminat serta ada sebarang kaitan dengan gabungan pembangkang.
Tindakan PAS itu tidak memeranjatkan pakar geostrategi, Prof Dr Azmi Hassan, yang menyifatkan tindakan itu sebagai keputusan taktikal.
"PAS kelihatan yakin bahawa BN bukan saja akan kalah dalam PRK ini tetapi undi majoriti yang bakal diperoleh calon PKR juga akan meningkat.
"Berdasarkan kepada itu, saya menganggapkan PAS mahu mengenepikan sebarang dakwaan bahawa ia menyokong BN sepanjang kempen dan selepas PRK ini boleh secara selamat menyatakan mereka tidak terbabit secara langsung dan keputusan itu tidak akan diterjemahkan kepada kemerosotan sokongan pengundi kepada mereka," katanya kepada NSTP.
Dalam PRU-14, kerusi Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusi itu, mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.
Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi serta majoriti 12,480 bagi mengalahkan Kamaruzzaman yang memperoleh 11,518 undi. Mohd Yusof menerima 7,573 undi manakala Hanafiah hanya mendapat 76 undi.
PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman (BN) dan calon Bebas, K Murthy.
MR : Ahli PAS dah matang siapa perlu disokong dan diundi....
Sumber MR - 24-7-2018
SHAH ALAM – Ahli Pas membidas kenyataan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni bahawa 7,000 ahli parti itu akan mengundinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 Ogos ini.
Dr. Rani Osman yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menafikan wujud sokongan terhadap wakil Pakatan Harapan itu.
“Itu kata dia, dia bukan presiden Pas pun. Itu tidak betul,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Rani yang juga bekas Ahli Dewan Undangan (DUN) Meru itu menempelak Zawawi yang hanya mengeluarkan kenyataan atas kepentingan politik.
“Dia nak political mileage sahaja. Sejak bila dia jadi jurucakap 7,000 ahli Pas itu?,” tambahnya lagi.
Zawawi ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bukit Kemuning hari ini berkata, cara pemikiran Islam yang dimilikinya merupakan salah satu faktor pengundi Pas di kawasan DUN Sungai Kandis memilih dia.-MalaysiaGazette
MR : Bila nak kepada PAS, PH mula buat baik kepada PAS... kalau tidak hari-hari injak PAS....
Sumber MR - 24-7-2018
Beberapa kriteria politikus yang populis
SEMEMANGNYA corak politik demokrasi hari ini mengalami evolusi ke arah Populisme. Ia merupakan fenomena yang sedang melanda dunia. Populisme ibarat dadah yang mengkhayalkan. Asyik dan sedap jika diambil. Namun berdepan risiko sengsara yang panjang, bahkan boleh membawa maut.
Dadah PopulismeSemua orang tahu dadah adalah berbahaya. Tetapi semata-mata inginkan nikmat yang sementara, ramai yang kecundang. Begitu juga Populisme, rakyat tahu auta politik itu berbahaya untuk rakyat dan negara
Namun dek kerana rasa terlalu lama sengsara, mereka sanggup mengambil dadah Populisme kononnya untuk merasai kelegaan yang bersifat sementara walaupun dengan terpaksa menipu diri sendiri.
Beberapa kriteria politikus yang populis:
● Berjanji di luar kemampuan. Memasarkan janji manifesto yang seindah bulan dan bintang. Sedangkan ia tidak mampu dilaksanakan. Tidak mengapa menipu asalkan beroleh sokongan yang melimpah ruah.● Lebih tertumpu kepada hebahan isu-isu hangat untuk menjentik emosi rakyat tanpa menyediakan plan penyelesaian yang konstruktif.● Apabila beroleh kuasa, rupa-rupanya tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dahulunya dijadikan sebagai bahan kempen.● Gemar memainkan sentimen dan emosi rakyat. Memanipulasi perasaan panik rakyat. Dengan itu dapat mendorong rakyat agar bersetuju dengan apa jua langkah yang diambil oleh mereka tanpa perlu berfikir panjang.● Mengada-adakan gimik yang populis untuk dihebahkan agar meraih sokongan ramai. Sungguhpun apa yang dilakukan hanyalah picisan dan tiada kaitan dengan solusi yang diharapkan.● Bijak mengeksploit simpati orang ramai dengan cerita-cerita yang menyentuh emosi. Dari wayang yang dicipta mampu membius apa jua protes rakyat yang dijangkakan bakal mereka hadapi.
Bentuk projek pembodohan baharuHakikatnya jika rakyat bijak, mereka tidak akan termakan dengan kaedah politik Populisme yang diaplikasikan oleh politikus-politikus populis.
Namun oleh kerana mereka telah melalui proses indoktrinasi yang agak panjang, menyebabkan jiwa rakyat telah terasuh untuk mendahulukan emosi. Akibatnya melahirkan corak berfikir rakyat yang simplistik dan gemar membuat pilihan tanpa berfikir panjang.
Mereka hanya mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Biar pun tidak logik lagi auta, asalkan ia dapat melegakan maka mereka sanggup menjadi penagih kepada politik Populisme.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
1 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018
Mencetuskan polemik Hadis
RAND Corporation selaku antara badan pemikir Amerika melalui kertas perancangan mereka yang bertajuk 'Civil Democratic Islam'. Mereka telah menggariskan beberapa langkah untuk mensabotaj kebangkitan Islam, lantas digantikan dengan pembawakan Islam yang direstui oleh Barat.
Antaranya dengan mewujudkan polemik Hadis yang tidak berkesudahan antara golongan-golongan agamawan. Pertempuran tersebut bakal mengheret masyarakat awam agar turut hanyut. Lalu membuka ruang kepada pembenihan kekeliruan dan pertikaian terhadap kefahaman-kefahaman agama.
Ia sebagai kesan langsung dari semangat menilai semula kefahaman agama yang telah sedia diterapkan dalam sesebuah masyarakat Muslim, agar digantikan dengan sisi pandang baharu yang lebih sesuai dengan kehendak Barat.
Maka tidak hairanlah jika kita dapati, golongan yang mencetuskan perbalahan berkenaan Hadis, turut skeptikal terhadap kumpulan Islam. Prejudis mereka terhadap kumpulan Islam teramat tidak dapat diselindungkan.
Persoalannya, siapakah di belakang mereka?Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menulis di dalam bukunya yang bertajuk 'Baina al-Islam al-Rabbani Wa al-Islam al-Amrikani', telah mendedahkan beberapa ciri agamawan yang direstui oleh Barat. Antaranya adalah:
"Antara ciri pendakwah yang digemari oleh Barat adalah, pendakwah yang mengerahkan staminanya untuk bersungguh melawan gerakan Islam. Hanya suka mengkritik tokoh serta asyik menyalahkan agenda gerakan Islam. Pada waktu yang sama dia diam seribu bahasa terhadap musuh Islam yang sentiasa merancang kerosakan ke atas Islam"
Diulangi, sebenarnya siapakah di belakang mereka?
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
29 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 29/5/2018
Populisme, sebuah evolusi politik demokrasi
KITA tidak boleh nafikan sama sekali akan pengaruh Barat yang diterajui oleh Amerika dalam mencorak senario politik khususnya ke atas negara-negara umat Islam.
Mereka mahu memastikan dasar Liberal Demokratik anutan mereka, turut dianut oleh negara-negara dan bangsa-bangsa jajahan yang mereka takluk secara ideologi. Justeru apa-apa perubahan iklim politik yang berlaku ke atas mereka, turut berjangkit ke atas kita.
Jangkaan awalBarat awal-awal telah menjangkakan sampai satu masa, manusia akan bersaing dalam medan politik tanpa ideologi. Daniel Bell telah menulis sebuah buku bertajuk 'The End Of Ideology' seawal tahun 1960, mengupas betapa ideologi menjadi beban bagi politik sesebuah masyarakat yang semakin kompleks pada masa akan datang.
Pembawakan yang longgar tanpa terikat dengan ideologi serta bebas mengamalkan Pragmatisme perlu diteroka untuk membentuk corak politik baharu.
Penemuan awal PopulismePada 1969, Ghita Ionescu dan Ernest Gellner telah mengemukakan jangkaan, bahawa politik dunia sedang dibayangi oleh Populisme. Maka sejak itu, Pemikir-pemikir Barat mencari definisi dan Konsep Populisme yang bakal diterap di dalam politik demokrasi.
Pada tahun 2016 Jan Werner Muller telah menulis sebuah buku berjudul 'What Is Populism?" yang menghuraikan topik baharu ini dengan agak teliti.
Bagaimana ia beroperasiPolitik tanpa terikat kemas dengan ideologi jelas adalah Politik Pragmatik. Bertujuan asalkan boleh memanfaatkan sokongan rakyat. Sementara kaedah manipulasi persepsi rakyat, merupakan ciri utama politikus yang Populis.
Emosi dijadikan antara instrumen utama dalam menjayakan Politik Populisme. Sentimen yang boleh menimbulkan ketakutan, membakar amarah dan mengundang kekecewaan adalah resepi istimewa Populisme. Dari adunan tersebut dapat meledakkan pemberontakan politik.
Politikus yang Populis gemar menggunakan tema rakyat bagi menggambarkan mereka kononnya mewakili golongan yang tertindas.
Hilangnya rasionalDari aspirasi tersebut, mereka mendidik rakyat agar bersentimen dan beremosi. Sekali gus menerapkan budaya agar jangan berfikir secara kritikal. Sebaliknya ikut sahaja arus yg telah dibina. Dalam erti kata lain, Populisme sama sekali tidak membudayakan ilmu dalam menguruskan satu-satu permasalahan. Maka lahirlah rakyat dan pengikut yang tidak rasional dalam memilih.Bahkan jika ada yang mengajukan persoalan kritikal walaupun mempunyai asas, bakal dituduh sebagai golongan yang tidak bersama-sama dengan aspirasi majoriti. Sementara itu, semua permasalahan perlu diolah secara simplistik agar kelak mudah dimanipulasi.
Pada masa yang sama, golongan Elitis yang mengaplikasikan Populisme gemar menghebahkan kecemerlangan, pencapaian dan karismatik yang ada pada batang tubuh mereka. Walaupun selalunya apa yang dihebahkan itu tiada kaitan langsung dengan permasalahan politik yang perlu diurus. Lantas orang ramai menganggap politikus seperti itulah yang paling layak diundi, hingga mereka terlupa untuk bertanya:
"Sebenarnya di sebalik karismatik kamu, apakah idea dan solusi realistik yang boleh kamu tawarkan kepada kami untuk permasalahan ini?"
Maka yang akan dinaikkan adalah politikus-politikus yang bijak membina kariernya, tetapi bodoh dalam menyelesaikan masalah politik negara dan organisasinya.
Sedari gelombang baharuKita harus cermati perkembangan ini. Senario Populisme telah mengubah landskap politik di negara-negara Barat. Perubahan yang merosakkan corak politik. Menghilangkan nilai ilmu dan rasional. Ia juga kelihatan menunjukkan kesan besar dalam PRU14 baru-baru ini. Rakyat membuat perubahan tampuk kepimpinan, namun tidak memperlihatkan perubahan dasar yang signifikan.
Wabak Populisme juga turut dikesan meresap ke dalam kumpulan-kumpulan Islam seluruh dunia. Hinggakan dalam kajian Dominic Muller terhadap pergerakan Islam di Malaysia mendakwa, wujud budaya yang diistilahkan sebagai Pop Islamisme. Sinisnya, ia adalah sebuah proses normalisasi dari menekankan perihal perlaksanaan Undang-undang Syariah kepada penganjuran persembahan gitar elektrik.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMADSumber HD - 28-5-2018
28 Mei 2018. - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Kebakaran kilang dapat perhatian calon PAS
Sumber HD - 2-5-2018 PAS Selangor sah bertanding 47 kerusi DUN, 20 Parlimen Posted on Friday, April 20 @ 08:41:51 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39265 |
SHAH ALAM: PAS Selangor mengumumkan akan bertanding di 47 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
PAS turut mengumumkan akan bertanding di 20 Parlimen di Selangor.
Antara calon yang ditampilkan PAS Selangor ialah tiga penceramah terkenal yang sering dijemput dalam program agama di televisyen iaitu Ahmad Dasuki Abd Rani, Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Nushi Mahfodz.
Pelantikan Zamri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu diumumkan secara rasmi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perkim Village di Seksyen 8, di sini, malam ini.
Beliau yang sebelum ini hos rancangan 'Mari Mengaji' terbitan TV9 akan bertanding di DUN Sungai Burong.
Selain Zamri, PAS Selangor turut meletakkan seorang bekas hos rancangan Jentik Hati, Suntik Minda terbitan Astro Oasis, Nushi Mahfodz, 43, yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Serdang di Parlimen Bangi.
Malah, turut dipilih mewakili parti itu ialah penceramah bebas dan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani, 42, yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Anggerik.
Turut diumumkan adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam bagi menentang penyandang dari Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad.
Pada masa sama, pengumuman calon PRU14 PAS Selangor menyaksikan hampir keseluruhan penyandang kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-13 kekal di kerusi masing-masing antaranya Mohd Shafie Ngah yang bertanding kerusi DUN Sungai Ramal (sebelum ini DUN Bangi), Noor Hanim Ismail (DUN Seri Serdang), Dr Halimah Ali (DUN Selat Klang), Mohd Haslin Hassan (DUN Tanjung Sepat),
Hasbullah Mohd Ridzwan (DUN Gombak Setia), Zaidy Abdul Talib (DUN Taman Templer), Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (DUN Sijangkang), Razaly Hassan (DUN Dusun Tua) manakala kerusi DUN Sabak turut kekal ditandingi oleh Sallehen.
Bagaimanapun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga bekas ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman diumumkan bertanding di Parlimen Kapar.
Pada PRU14 ini, PAS Selangor turut mengumumkan Pengarah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) M Rajan akan bertanding di DUN Sentosa, manakala Naib Pengerusi DHPP Selangor, Kong Tuck Wah bertanding di DUN Rawang.
Semua calon PAS Selangor turut melafazkan baiah dan sumpah bagi mengelak berulangnya isu pengkhianatan dalam kalangan wakil rakyat parti itu selepas PRU14.
Sumber TKO - 20-4-2018
PAS ramal HARAPAN berkonflik di Paya Jaras Posted on Tuesday, April 10 @ 10:34:44 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39051 |
PAS Selangor menganggap kemasukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras sementara, Mohd Khairuddin Othman ke PKR tidak memberi kesan besar kepada parti itu.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad kesan perpindahan Khairuddin - yang pernah menjadi setiausaha PAS Selangor itu - hanya terhad kepada DUN Paya Jaras sahaja dan tidak ke kawasan yang lain.
Sehubungan itu, Iskandar yang merupakan ADUN Chempaka turut menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat ADUN lain PAS yang akan keluar parti lagi.'
“Kesan perpindahan ADUN Paya Jaras adalah terhad kepada kawasan Paya Jaras sahaja.
“Ia tidak akan memberi kesan yang besar kepada PAS di kawasan-kawasan lain di Selangor.
“Saya yakin tidak ada lagi ADUN PAS Selangor yang akan menyeberangi ke PKR atau parti-parti lain.
"Oleh itu dakwaan bahawa terdapat ADUN yang akan keluar parti adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Ahad lalu, Malaysiakini melaporkan, Khairuddin mengumumkan meninggalkan PAS untuk masuk PKR dalam satu ceramah di Sungai Buloh.
Khairuddin dijangka mempertahankan kerusi Paya Jaras untuk parti barunya itu.
PAS akan menang lagi
Sebelum ini, bekas anggota perhubungan PAS Selangor itu digugurkan daripada jawatankuasa parti kerana didakwa “mesra” dengan kerajaan negeri serta tidak bersetuju dengan pendekatan pertandingan tiga penjuru menjelang pilihan raya umum.
Selain itu, dalam kenyataan sama, Iskandar berkata sebagai naib presiden yang ditugaskan memantau Selangor, PAS negeri diminta mengemukakan laporan lengkap tentang kemasukan Khairuddin ke dalam PKR.
Iskandar berkata lagi PAS yakin akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras kerana mendakwa kemasukan Khairuddin ke PKR hanya akan menimbulkan konflik dalaman Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ini kerana, menurutnya, sekiranya Khairuddin dicalonkan semula di kerusi Paya Jaras, calon dari Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bercita-cita untuk bertanding di DUN itu akan kecewa dan perkara itu akan menimbulkan krisis.
“Saya yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras.
“Kemasukan ADUN Paya Jaras akan menimbulkan konflik dalaman kepada Pakatan Harapan jika bekas ADUN Paya Jaras itu dicalonkan semula, maka AMANAH akan kehilangan kerusi tersebut.
“Ini bermakna calon AMANAH yang bercita-cita untuk bertanding di situ akan kecewa. Krisis akan tercetus dan boleh merebak ke tempat-tempat lain,” ujar Iskandar lagi.
Sumber TKO - 10-4-2018
PAS yakin tiada lagi ADUN ikut jejak Khairuddin Posted on Monday, April 09 @ 19:02:43 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39042 |
Tindakan Mohd Khairuddin Othman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, keluar daripada PAS dan menyertai PKR sememangnya telah dijangka.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata tindakan Mohd Khairuddin sudah dapat dibaca oleh barisan kepimpinan parti berikutan tindakannya yang tidak hadir dalam banyak program anjuran parti berkenaan.
“Tindakan dia (Mohd Khairuddin) keluar (daripada PAS) tidak membawa apa-apa kesan kepada PAS, kami sudah pun mempunyai calon muda dan profesional untuk diletakkan bertanding di kawasan DUN Paya Jaras pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Anggota PAS di sana telah bersedia berjuang untuk mempertahankan kerusi DUN ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam ceramah Pakatan Harapan di Sungai Buloh malam tadi, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha PAS Selangor meninggalkan PAS dan menyertai PKR.
Ketika ditanya sama ada PAS Selangor menjangkakan terdapat lagi ADUN dari parti berkenaan yang akan keluar menyertai parti lain menjelang PRU14 nanti, Sallehen berkata beliau yakin tiada lagi yang akan berbuat demikian.
Pada PRU13, Mohd Khairuddin menewaskan calon BN, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi.
Mohd Khairuddin dijangka mempertahankan kerusi DUN Paya Jaras pada PRU14.
'
Bagaimanapun, beliau bakal menghadapi saingan tiga penjuru apabila parti lamanya dan BN akan meletakkan calon untuk bertanding di kawasan berkenaan.
- Bernama
Sumber TKO - 9-4-2018
Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR Posted on Sunday, April 08 @ 08:23:33 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39007 |
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin
Othman akan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Star Online.
"Saya akan menyertai PKR bersama ahli Kelab Penyokong Pas berbangsa Cina dan India,"
katanya kepada Star Online.
Khairuddin akan mengumumkan penyertaannya pada Ahad malam di satu majlis yang akan
dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohd Khairuddin digugur dari jawatan Setiausaha Pas Selangor ekoran beberapa salah faham antaranya dan pimpinan parti itu.
Mohd Khairuddin memenangi kerusi Dun Paya Jaras pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang juga penyandang kerusi tersebut dengan majoriti 5,522.
Masuk PKR, maka dia mungkin dianggap suci sebagaimana Tun Mahathir. Maka sebelum ini cybertroopper HARAPAN yang menyerang dia akan aggap dia hero pula.
Sumber TKO - 8-4-2018
Mengawasi kebebasan bersuara
SECARA fitrah, manusia perlu hidup secara berperaturan. Mereka tidak boleh dibiarkan hidup bebas sebebas-bebasnya hingga terbabas menjadi haiwan. Manusia mempunyai maruah dan integriti yang perlu dipelihara. Pemeliharaan terhadap nilai manusiawi tersebut menggambarkan kualiti sesebuah masyarakat.
Bebas hingga mencerobohMenjadi satu hajat yang cukup universal, setiap individu mahu bebas berkata dan bertindak menurut kemahuan masing-masing. Namun seringkali manusia lupa akan had kebebasan masing-masing.
Akhirnya kebebasan yang dijulang-julang menjadi pencerobohan ke atas hak orang lain. Mempersenda, menjatuhkan maruah orang, memfitnah dan memanipulasi maklumat yang salah merupakan aktiviti normal bagi 'pejuang' kebebasan haiwan.
Politikus celakaPenyakit ini banyak melanda ke atas politikus. Ditambah lagi dengan pemikiran Machiavellisme yang beranggapan asalkan beroleh kemenangan, semuanya boleh dilakukan. Menyeleweng dan memfitnah merupakan strategi politik kata mereka. Asalkan menang, dosa pun boleh dilanggarnya.
Immanuel KantAhli falsafah yang hidup ketika era Revolusi Perancis itu, turut mengulas isu kebebasan yang menjadi teras kempen revolusi tersebut. Menurutnya erti kebebasan bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja.
Bahkan beliau menegaskan konsep 'Categorical Imperatives'. Iaitu jika kita tidak suka orang melakukan keburukan ke atas kita, maka kita jangan buat perkara yang buruk ke atas orang. Begitu juga sebaliknya, jika kita suka orang menyumbang kebaikan untuk kita, maka kita perlu buat baik untuk orang lain.
Logik ini merupakan sempadan kebebasan yang diperbahaskan oleh Kant. Agar masyarakat Barat yang sedang obses dengan kebebasan tidak terus liar beralasankan mengekspresi kebebasan masing-masing.
Kita tidak bebas menjatuhkan maruah orang kerana kita tidak suka maruah kita dijatuhkan. Kita tidak bebas menipu kerana kita tidak sanggup ditipu. Kita tidak bebas menyeleweng kerana kita tidak suka diseleweng.
Itu merupakan logik yang telah tersedia dalam fitrah pemikiran manusia yang normal. Supaya isu ini boleh diterima dan difahami oleh semua orang termasuk politikus-politikus yang tidak beriman.
TabayyunIslam merupakan peraturan hidup. Antaranya Islam menyediakan kaedah mengurus berita. Mana-mana berita mestilah diselidiki. Mana-mana dakwaan mestilah beserta bukti dan saksi. Ia mestilah diurus dengan saksama serta diadili tanpa diskriminasi.
Islam juga menekankan soal dosa menyembunyikan penyelewengan. Kefahaman ini penting untuk memastikan penyeleweng tidak berselindung di sebalik akta anti berita tidak benar.
Inilah Islam. Agama sederhana yang tidak memberi ruang kepada dua kutub sifat melampau. Melampau memfitnah orang lain dan melampau menyembunyi penyelewengan.
LiarJika kita amati pada hari ini, masyarakat dari segenap lapisan menjadi semakin liar. Krisis moral tersebut selalunya dilapik dengan slogan kebebasan.
Apa yang pasti, mereka yang merasa cukup bebas di dunia tidak akan bebas di akhirat. Semuanya akan disoal dan mustahil untuk terlepas dari mahkamah Allah.
Sumber HD- 3-4-2018ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
3 April 2018 - HARAKAHDAILY 3/4/2018
AD4C JAM S'gor erat hubungan dengan masyarakat
SUNGAI BULOH: Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan program 'A Day For Charity' (AD4C) sempena Himpunan Anak Muda Selangor (HAMAS) Green4U Selangor Sejahtera.
Menerusi program tersebut, tiga aktiviti utama dilaksanakan iaitu ziarah kebajikan, khidmat pemeriksaan kesihatan dan gotong-royong yang diadakan di sekitar Paya Jaras, di sini semalam.
Ziarah dipimpin Komandan Amal Subang, Mohd Syaddam Ramli telah mengadakan sumbangan kepada golongan asnaf, manakala Kor Medik memberi rawatan kepada penduduk bermasalah kesihatan.
Anggota Jabatan Amal juga bersama penduduk setempat telah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam di Kampung Paya Jaras Dalam.
Program yang turut disertai masyarakat pelbagai kaum itu ternyata telah mengeratkan hubungan antara penduduk bersama anggota Jabatan Amal dan pimpinan PAS.
Selain itu juga diadakan Dapur Rakyat di mana anggota Jabatan Amal menyediakan masakan untuk Jamuan Rakyat kepada 1,000 untuk dinikmati sebagai makan malam.
Menurut Pengarah Jabatan Amal Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin, AD4C itu telah menjadi simbolik dan melambangkan kesatuan serta kebangkitan masyarakat madani.
Sumber HD - 2-4-2018Katanya, penduduk sama-sama berperanan menjayakan program khidmat masyarakat ini yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim serta beberapa pimpinan masyarakat. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Tiga agenda utama 'Deal of The Century'
SELEPAS Asia Barat berjaya dikucar-kacirkan oleh Amerika ketika era Obama, kini fasa ke seterusnya beralih kepada projek pemetaan semula rantau tersebut. Ia kelihatan mirip seperti Perjanjian Sykes-Picot yang telah dijayakan sekitar 100 tahun yang lalu.
Siapa di belakang Trump?Agenda 'Deal of The Century' digalas oleh Donald Trump. Di belakang Trump terdapat pemikir-pemikir Zionis yang mempengaruhi pendirian dan tindakannya, seperti Michael Richard Pence yang merupakan Timbalan Presiden AS.
Maka tidak hairanlah pentadbiran Trump memperlihatkan komitmen untuk memastikan Palestin diserahkan sepenuhnya kepada Yahudi.
Tiga agenda utamaAktivis Zionis yang bernama Daniel Morganstern pada tahun 2017 telah merumuskan bahawa projek 'Deal of The Century' mempunyai tiga agenda utama. Pendedahan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan yang dibuat oleh John R. Bolton ketika persidangan Pelobi Yahudi Amerika di New York. Tiga agenda utama tersebut adalah:● Projek pemindahan penduduk Gaza ke Semenanjung Sinai, Mesir.
● Sebahagian Tebing Barat diserahkan kepada Jordan. Sebahagian lagi dimiliki oleh Israel.
● Ibu negara Israel dipindahkan ke Jurusalem yang membawa kesan penguasaan penuh Israel ke atas bumi Palestin.
Agenda ini dimulakan oleh Amerika dengan memindahkan kedutaan mereka ke Jurusalem.
Negara pelaksanaDemi menjayakan rancangan ini, Mesir dan Saudi perlu memainkan peranan yang cukup besar. Maka tidak hairanlah kedua negara Arab tersebut memerlukan penguasa yang berperwatakan agresif untuk menerajui tindakan nekad 'Deal of The Century'.
Politik Saudi mengalami perubahan drastik yang dibawa oleh Putera Muhammad Bin Salman. Beliau dengan karakter mudanya dilihat cuba menukar gaya Saudi yang konservatif kepada ala-ala Barat. Bahkan di kalangan ulama konservatif di Saudi pun mula tidak mendapat tempat.
Mesir seperti yang diketahui umum, diperintah oleh Sisi yang dilihat cukup anti terhadap gerakan Islam dan lunak dengan agenda 'Deal of The Century'.
Naratif yang membingungkanNaratif yang selalu dimainkan bahawa antara Wahabi dan Khalafi saling bertelagah antara satu sama lain. Jika kita masih terperangkap dengan sektarian mazhab tersebut, sudah pasti kita akan merasa bingung hari ini.
Bagaimana Mesir yang dikatakan Khalafi itu kini boleh berbaik sakan dengan Saudi yang dikatakan Wahabi. Itulah politik. Mazhab hanya dijadikan alat propaganda untuk mewajarkan konflik yang direka oleh pencatur politik.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMADSumber HD - 1-4-2018
1 April 2018 - HARAKAHDAILY 1/4/2018
No comments:
Post a Comment