Selepas menyertai BERSATU dua hari lalu, bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mungkin dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin parti itu.
Menurut sumber dalaman parti itu, jawatan yang dahulunya disandang allayarham Tan Sri sanusi Junid telah ditawarkan kepada Rais.
"Saya difahamkan Rais ditawarkan menjadi pengerusi lembaga disiplin BERSATU. Ini saya boleh sahkan," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Menjelang PRU ke-14, Rais menyertai beberapa tokoh veteran Umno melancarkan kritikan kepada kerajaan BN dan dua hari sebelum hari mengundi berucap di pentas Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pada 4 Jun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan Rais ke dalam BERSATU dalam satu majlis berbuka puasa di Putrajaya.
Sementara itu, ada juga desas-desus yang mengatakan Rais bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat namun ia belum disahkan.
Rais Yatim Bapa Hipokrit
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Abdul Ghafar pernah menyifatkan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ‘Bapa Hipokrit’.
Sebaliknya, menurut beliau, Rais ketika menyertai Semangat 46 (S46) dahulu nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Tak ada dalam sejarah saya, orang yang membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa S46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," katanya.
Tapi dialah yang cium tangan Mahathir kemudian tangan Pak Lah untuk dapatkan jawatan.
Sumber MR - 7-6-2018
Bekas pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim secara rasmi diumumkan menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohammad di hadapan lebih 1,000 anggota BERSATU pada majlis berbuka parti itu di Putrajaya.
Sewaktu pengumuman itu dibuat Rais turut diberikan kad keahlian BERSATU oleh Dr Mahathir.
Dengan pernyertaan Rais ke dalam BERSATU, keanggotannya dalam Umno secara automatik digugurkan.
Awal Mei lalu status keanggotaan Rais dalam Umno dipersoalkan ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan terdahulu.
Ekoran itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Rais menghadapi siasatan dalaman berhubung tindakan tersebut.
MR: Rais Yatim ini adalah orang yang pernah "bakar jambatan" (istilah tak akan kembali) semasa bersama Tengku Razaliegh lawan Mahathir. Orang politik hampir semuanya lidar bercabang, percakapan tak boleh dipercayai.
Sumber MR - 5-6-2018
Warkah Khas Buat Sdr Syed Saddiq
WARKAH KHAS BUAT SDR SYED SADDIQ, TUDUHAN YB KURANG TEPAT DAN PREJUDIS TERHADAP PAS!
Ke hadapan YB Sdr Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhuwah dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah atas segalanya. Ramadan Mubarak. Semoga warkah ini menemui saudara dalam keadaan kesihatan dan keimanan yang baik hendaknya.
Pertama-tamanya sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara kerana telah menang dan terpilih sebagai Ahli Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang baru berlalu. Syabas juga kepada Pakatan Harapan yang telah diberi mandat dan amanah oleh rakyat menerajui Kerajaan Malaysia yang baharu. Selamat berkhidmat YB!
Alhamdulillah, kita pernah berjumpa dan berdiskusi di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) 2 tahun yang lepas (baca di sini: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=262053780796624&id=100009760117468). Anggaplah warkah ini susulan kepada pertemuan tersebut.
Warkah ini saya mula tulis semalam ketika berada di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan sempat disiapkan malam ini di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Saya suka kongsikan keterujaan saya bila menyebut tentang negara Brunei Darussalam kerana Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 yang termasuk Hudud, Qisas & Diyat dan Ta’zir telah mula dilaksanakan semula di sini bermula 1 April 2014. Ada yang mengatakan bahawa Qanun Jenayah Shariah tidak dapat dilaksanakan di Malaysia dengan pelbagai alasan. Antaranya konon kerana demografi masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk. Sebenarnya bukan tidak boleh, tapi pada hakikatnya tiada kemahuan politik dari Pemerintah.
Brunei Darussalam juga sebenarnya bermasyarakat majmuk. Dari segi agama di Brunei, 67% penduduknya menganut Islam, 13% Buddha, 10% Kristian dan 10% lain-lain. Di Malaysia juga lebih kurang YB. Statistik menunjukkan 60.4% penduduk Malaysia menganut agama Islam, 19.2% Buddha; 9.1% Kristian, 6.3% Hindu dan 2.6% lain-lain. Baca lanjut Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam di sini: https://www.scribd.com/document/236100767/Perintah-Kanun-Hukuman-Jenayah-Syariah-Brunei-Darussalam. Kesimpulannya, Qanun Jenayah Shariah boleh dilaksanakan di Malaysia. Apa yang penting ialah hendaklah ada kemahuan beragama dan kemahuan politik!
Sdr Syed Saddiq yang berbahagia,
Tujuan utama warkah ini ialah untuk menyanggah dan memperbetulkan beberapa fakta serta tuduhan kurang tepat terhadap PAS yang saudara sebut semasa Wacana Sinar Harian “Bersama 3 YB Muda: Cabaran Memimpin Rakyat”. Saya telah melihat dan mendengar sedutan di dalam forum yang menampilkan saudara (Ahli Parlimen Muar, PPBM), YB Young Syefura Othman (ADUN Ketari, DAP) dan YB Ahmad Saidi Mohamad Daud (ADUN Changkat Jering, BN) dengan sahabat saya Sdr Amin Idris selaku Moderator.
Di dalam Forum yang telah diadakan pada 23 Mei 2018 yang lepas di Dewan Karangkraf Shah Alam tersebut, saudara telah ditanya oleh Moderator berkenaan pandangan saudara tentang pencapaian (performance) PAS dalam PRU14 dan kewujudan PAS dalam politik negara. Saya pada awalnya seronok bila pada mulanya saudara mengatakan bahawa PAS akan kekal ada dan kemudiannya menyatakan tidak mahu mengkritik PAS (reservation ini sangat dihargai).
Selepas itu saudara meneruskan dengan berharap PAS lebih aktif membincangkan isu-isu dasar negara daripada memainkan isu agama dan perkauman yang melampau. Dalam bab ini saya sangat setuju dan untuk makluman YB itulah yang kami bawakan sejak penubuhan dan bahkan sebelum PRU14 PAS banyak membincangkan dasar negara yang hendak dibawa oleh PAS khususnya dalam membina Malaysia Sejahtera Bersama Islam dan konsep PAS Untuk Semua.
Apapun, saya boleh maafkan saudara kerana mungkin maklumat tersebut tidak sampai kepada saudara dan mungkin juga majoriti rakyat Malaysia kerana kelemahan media kami. Lebih malang lagi, banyak dasar dan perjuangan yang PAS bawa dan terangkan telah ditenggelamkan oleh pelbagai fitnah, tuduhan tanpa asas dan persepsi jahat yang sengaja dibina oleh media berkepentingan untuk memburuk-burukkan imej PAS sekaligus meletakkan PAS sentiasa di kandang pesalah.
In shaa Allah kami dalam proses melakukan muhasabah dan post-mortem pilihanraya dan perkara berkaitan strategi dan modus operandi akan kami tambah-baik. Kami hendak menang dengan prinsip dan dasar serta strategi terbaik, bukan dengan fitnah dan politik persepsi.
Namun apa yang mengecewakan saya ialah bila saudara membuat contoh-contoh yang setelah saya semak video yang saudara maksudnya ternyata tuduhan saudara sangat tidak tepat dan melulu. Saudara menyebut boleh tengok online kalau saudara tipu.
Setelah saya melihat video program yang saudara maksudkan iaitu Forum anjuran TV IKRAM bertajuk “Ke Arah Menjamin Kesejahteraan Masa Depan Orang Melayu Di Malaysia” yang telah diadakan pada 19 September 2016, saya boleh simpulkan bahawa saudara sedikit menipu atau setidak-tidaknya sebahagiannya adalah pembohongan.
Saudara menuduh bahawa Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (bukan Nasution ya) bila ditanya tentang penyelesaian PAS hanya menjawab lebih kepada mengangkat dan memartabatkan Islam dan kembali semula kepada Islam dan asyik-asyik menyebut kita kembali kepada Islam tanpa memberi penyelesaian. Ini adalah satu pembohongan!
Saya telah mengambil masa untuk menonton video forum berdurasi 2 jam 10 minit 45 saat tersebut untuk memahami tuduhan saudara tersebut, dan saya lihat Ustaz Nasrudin telah membawa kerangka berkenaan maksud dasar dan prinsip penyelesaian Islam tersebut dan bukan hanya menyebut seperti yang saudara nyatakan.
Apabila Moderator bertanya apakah 3 isu utama Orang Melayu di Malaysia, Ustaz Nasrudin telah menyatakan 3 isu utama tersebut berlingkar pada masalah sosial, politik dan ekonomi. Beliau melanjutkan dengan berkata bahawa kita tidak akan berjaya menjamin ksejahteraan bila gagal meletakkan Islam pada paksi yang utama sebagai bangsa yang berjaya dalam semua 3 segmen tersebut.
Untuk membangun bangsa Melayu, hendaklah kita kembali kepada Islam kerana dengan kembali kepada Islam maka akan membebaskan kita dari perkauman. Membina orang Melayu hendaklah bukan menindas orang lain. Beliau juga memetik definisi Melayu menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia iaitu antaranya orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur menggunakan bahasa Melayu. Beliau juga mempertegaskan betapa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan ini dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Saudara juga menyatakan wakil PAS asyik menyalahkan DAP dalam semua perkara. Ini juga persepsi saudara kerana setelah saya menonton dan perhalusi semua ucapan Ustaz Nasrudin dalam forum tersebut pada minit 5:29 – 9:05, 55:57 – 1:05:09, 1:39:51 – 1:50:15 dan 2:01:41 – 2:10:37, beliau langsung tiada menyebut menyalahkan DAP. Adapun yang menyebut berkaitan DAP dan perkara sindiran berkaitan dengannya ialah YB Khalid Samad yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut. Seperti biasa, mengenali YB Khalid dia akan meletakkan persepsi negatif tersebut kepada PAS secara tidak saksama.
Video penuh boleh ditonton di sini: https://youtu.be/cq39vU24miM.
Sdr Syed Saddiq yang dihormati,
Saya berharap saudara tidak salah faham. PAS boleh menerima kritikan, idea dan pandangan, tapi bukan pembohongan. We are more than happy to accept criticism, ideas and constructive suggestions, but not lies! Saudara menyebut Ustaz Nasrudin langsung tidak memberi penyelesaian selain hanya “kembali kepada Islam”. Ini jelas satu penafian kepada komentar Ustaz Nasrudin.
Bila ditanya apa yang PAS lakukan untuk membanteras korupsi, Ustaz Nasrudin menyebut korupsi dan rasuah ini menghancurkan peradaban dan tamadun, dan PAS konsisten menentangnya. Justeru PAS mencadangkan SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi mengelakkan campur tangan politik, sekaligus mempunyai keupayaan bertindak mengatasi gejala rasuah yang begitu berleluasa dalam negara ini. Beliau turut menyebut pentingnya SPRM diberi kuasa mendakwa bukan sekadar menyiasat kerana ancaman rasuah adalah satu gejala sedang dideritai oleh rakyat seluruhnya.
Apapun, benarlah bahawa kita perlu kembali kepada Islam yang merupakan penyelesaian. Bahkan dalam isu politik dan ekonomipun Islam perlu ditegaskan dan menjadi prinsip. Konsep ekonomi Islam menolak riba dan monopoli berbanding ekonomi kapitalis. Dalam konsep ekonomi Islam, kekayaan hendaklah tidak berlegar dalam kalangan orang kaya sahaja. Lebih daripada itu kita perlu kembali kepada prinsip Islam dalam pengurusan ekonomi yang adanya disebut Ekonomi Berkat dan Ekonomi Taqwa. Saudara boleh rujuk Dokumen Hijau yang diterbitkan oleh PAS di sini: https://goo.gl/m5MkRv.
PAS menyeru kepada reformasi institusi. PAS menekankan bahawa agenda pemerkasaan syariat termasuk dalam Pindaan RUU355 adalah demi menjamin kesejahteraan rakyat. Persepsi yang silap dan salah ialah bila kononnya PAS hanya sibuk dengan RUU355 dan mengabaikan hal lain. Walhal pada hakikatnya PAS konsisten dalam semua isu kemungkaran ekonomi (GST, skandal 1MDB, kos sara hidup yang tinggi, harga getah yang rendah, perumahan yang hanya mampu tengok dan tidak mampu milik, isu pengangguran dan peluang pekerjaan yang terhad dll) dan kemungkaran politik (rasuah, nepotisme, kronisme, kleptokrasi, salah guna kuasa dll) dengan menekankan bahawa jalan penyelesaian cara Islam adalah yang terbaik.
PAS bercakap berkenaan dengan pemerkasaan syariat, kerana ianya adalah penyelesaian Ilahi yang sangat penting sebagai sumber kepada perundangan dan kehidupan kepada tamadun. PAS juga berusaha memandaikan masyarakat akan hal ini melalui penyelesaian secara praktis dengan memberi kefahaman melalui usaha pendidikan di pelbagai peringkat termasuk kepada orang Islam dan bukan Islam.
Meski kita akui ada kelemahan sana dan sini, namun in shaa Allah PAS tidak akan behenti berusaha agar ianya terus diperjuangkan. Bahkan dalam bab jenayah ekonomi dan jenayah politik, pendirian PAS konsisten bahawa yang dituduh perlu dibawa ke muka pengadilan dan didakwa secara seadil-adilnya.
Berkenaan tuduhan calon PAS di Parlimen Muar yang saudara sebutkan, saya sedang berusaha mendapatkan kepastian dari pihak yang berkenaan. Manakala tentang kononnya Sinar Harian dan Astro Awani banyak kali menjemput PAS tetapi PAS tak hadir, saya rasa ini adalah satu persepsi yang tidak betul.
Setahu saya PAS akan berusaha hadir menghantar wakil ke Forum bahkan sudah beberapa siri Wacana Sinar dihadiri oleh wakil PAS dan sekiranya tidak dapat hadir kerana pertembungan dengan program akan dimaklumkan awal kepada pihak penganjur. Baca juga tulisan sahabat saya Ahli Parlimen Pasir Mas YB Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari berkaitan perkara ini: https://www.facebook.com/ahmadfadhli1980/posts/10154736245624567.
Saya dimaklumkan in shaa Allah sedang diusahakan satu Wacana Sinar antara saudara dan sahabat saya dalam PAS Sdr Syahir Sulaiman dalam masa terdekat. Lebih menggembirakan, saya dimaklumkan Astro Awani akhirnya setuju menjemput Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersiaran di Astro Awani. Ini satu perkembangan yang sihat dalam memberi ruang media yang sama rata kepada semua pihak dalam Malaysia Baharu. Semoga rakyat Malaysia dihidangkan dengan hujah dan pandangan dari semua pihak secara adil dan segala fitnah serta tohmahan dapat dibakulsampahkan.
Sdr Syed Saddiq yang dikasihi kerana Allah,
Hari ini kita sudah letih dengan momokan Islamophobia. Saya berharap saudara sebagai seorang anak muda yang mempunyai kaliber sebagai pemimpin tidak pula dihinggapi PASophobia. In shaa Allah harapnya kita boleh berjumpa dan berdiskusi sebagaimana kita pernah berjumpa 2 tahun yang lepas. Dalam pertemuan tersebut, kita sudah berkongsi gagasan, wawasan dan halatuju PAS. Saya sertakan semula catatan hasil pertemuan tersebut sebagai rujukan bersama, semoga bermanfaat.
Untuk pengetahuan saudara, sebagaimana termaktub di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS, jelas dinyatakan Tujuan PAS ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, (2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dikongsikan juga pautan kepada perincian tawaran daripada setiap blok parti politik yang bertanding di dalam PRU14 lepas untuk rekod bersama:
_______
1. MANIFESTO
GAGASAN SEJAHTERA
https://goo.gl/6G4WRp
BARISAN NASIONAL
https://goo.gl/ENRbVr
PAKATAN HARAPAN
https://goo.gl/kFMeuB
_______
2. PERANCANGAN JANGKA PANJANG
GAGASAN SEJAHTERA (Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051))
https://goo.gl/sXN3AC
BARISAN NASIONAL (Transformasi Nasional (TN50))
https://goo.gl/FZTtW9
PAKATAN HARAPAN
Tidak Dapat Ditemui
_______
3. PERANCANGAN EKONOMI
GAGASAN SEJAHTERA (Dokumen Hijau)
https://goo.gl/m5MkRv
BARISAN NASIONAL (Bajet 2018)
https://www.pmo.gov.my/bajet2018/TouchpointBajet2018.pdf
PAKATAN HARAPAN (Bajet Alternatif)
https://selangorkini.my/2017/10/teks-ucapan-belanjawan-alternatif-2018-pakatan/
_____
4. GARIS PANDUAN BERPOLITIK
GAGASAN SEJAHTERA (Budaya Politik Matang dan Sejahtera)
https://goo.gl/GxrVN3
BARISAN NASIONAL
Tidak Dapat Ditemui
PAKATAN HARAPAN
Tidak Dapat Ditemui
Buat akhirnya, saya doakan semoga saudara terus maju jaya dalam perjuangan Membina Semula Negara dan menunaikan Manifesto sepanjang 5 tahun mendatang. Doakan juga semoga usaha kami untuk memartabatkan Islam melalui perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sekian, terima kasih. Jazakallahu khairal jaza’.
Saudaramu Dalam Islam,
MUHTAR BIN SUHAILI,
AJK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat,
Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM),
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).
Tarikh: 27 Mei 2018 bersamaan 11 Ramadan 1439H.
-------------------------------------------------
PERTEMUAN MAHABBAH BERSAMA SDR SYED SADDIQ – PAS KOMITED SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN ISLAM
(Posting Facebook Muhtar Suhaili As-Sarawaki bertarikh 1 April 2016)
Alhamdulillah. Pada 30 Mac lepas, Sdr Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dinobatkan Pendebat Terbaik Asia menulis di Facebook beliau dan dipetik oleh media-media perihal luahan kekecewaannya terhadap PAS terutama sekali Presiden PAS. Hari ini Jumaat, 1 April 2016, bertempat di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malay...sia (DPPM) berlangsung pertemuan mahabbah dan perbincangan bertukar-tukar fikiran dengan beliau untuk merungkai salah faham dan melihat perspektif yang lebih benar. Pertemuan hari ini disertai oleh saya (Mukhtar Suhaili, AJK PAS Pusat dan Bendahari DPPM), Sdr Nurul Mohamed Yusoff (Penolong Setiausaha 1 DPPM), Sdr Mohd Shahir Abu Hassan (AJK Jabatan Penerangan PAS) dan Sdr Abdul Malik Abdul Razak (Staff Pejabat Presiden PAS).
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini semakin mendapat perhatian dari pemain-pemain politik negara dan masyarakat umum Malaysia. Bahkan mutakhir ini, PAS melakukan pelbagai pertemuan-pertemuan (engagements) dan dikunjungi oleh pelbagai pihak dalam dan luar negara. Lebih dari itu, tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan politik PAS dewasa ini sering menjadi bahan perbincangan pro dan kontra, dinilai penganalisis-penganalisis politik bertauliah dan pinggiran serta banyak gerak-gerak geri politik PAS yang kadang-kadang lari dari kebiasaan politik konvensional yang diamalkan di negara ini dipolemikkan.
Politik Malaysia semakin dinamik dan terbuka. Bagi saya ia sesuatu yang positif dan saya optimis ia budaya yang subur dalam kerangka demokrasi yang digunapakai. Lebih menarik lagi, banyak gagasan politik yang dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang pada awalnya dicemuh oleh musuh-musuh politik beliau akhirnya diikuti, dipersetujui secara tindak langsung dan diperakui sebagai langkah yang wajar meskipun tidak dizahirkan secara nyata.
Berbalik kepada pertemuan DPPM dengan Sdr Syed Saddiq, saya ingin memberi kredit dan nyatakan bahawa beliau adalah anak muda intelektual yang mempunyai potensi dan bakat besar. Atas segalanya dari perspektif perbincangan hari ini, yang jelas bagi saya ialah beliau tidak mendapat maklumat yang menyeluruh tentang perjuangan PAS dan catatan beliau sebelum ini adalah berasaskan persepsi.
Saya telah nyatakan kepada beliau bahawa dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterajui oleh PAS kini, terdapat 9 ciri (iaitu bertunjangkan prinsip, politik dakwah, amar ma’ruf nahi mungkar, fokus penyelesaian Islam, pertentangan dasar bukan fizikal, utamakan kepentingan rakyat dan kurangkan politicking, politik aman dan diplomasi (muwajahah silmiyah), politik sebenar dan bukan persepsi serta politik rasional dan professional) dan ciri utama yang saya tekankan kepada beliau ialah politik sebenar dan bukan sekadar persepsi. BPMS ini ialah salah satu subset kepada satu agenda besar PAS yang dinamakan Wawasan Induk Negara (WIN).
Dalam perbincangan hampir sejam setengah tersebut, kami setuju dan setuju untuk tidak bersetuju dalam dua (2) perkara. Kami bersetuju bahawa reformasi institusi (institutional reform) adalah sesuatu keperluan mendesak di dalam negara ini dalam menukar sistem yang korup yang sedia ada dan kami PAS tekankan betapa penyelesaian Islam adalah jalan ke hadapan. Namun seperkara yang kami gagal mencapai kata sepakat ialah untuk PAS menyertai gerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan didokong kuat oleh Pakatan Harapan. Bagi Sdr Syed Saddiq, Deklarasi Rakyat ini dan inisiatif selanjutnya Konsensus Nasional Rakyat yang katanya akan digerakkan adalah satu keperluan ke arah reformasi institusi dan #SelamatkanMalaysia.
Namun PAS melihat sebaliknya bahawa ianya tidak lebih dari sekadar memenuhi agenda dan cita-cita politik pihak tertentu dan pada akhirnya ianya menjadi usaha #SelamatkanUmno dengan sekadar menurunkan seorang Perdana Menteri dan diganti dengan Perdana Menteri yang lain namun masih dari parti dan sistem korup yang sama. Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih sejahtera.
PAS sebagai Gerakan Islam yang berpegang kepada prinsip demokrasi melihat bahawa apa jua perubahan yang berlaku perlulah dalam kerangka demokrasi. Ini sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen (jika benar ada cukup Ahli Parlimen untuk menyokongnya) atau melalui pembubaran parlimen yang membawa kepada pilihanraya umum (yakni memberi mandat kepada rakyat memilih melalui jalan peti undi). Lebih penting dan apa yang utama kita hajati ialah perubahan sistem secara total dari sistem yang korup kepada sistem yang terbaik dan kepercayaan PAS ialah #SelamatkanMalaysiaDenganIslam.
Melalui BPMS, PAS akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah. PAS akan mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan. Kita akan menyokong keadilan dan menentang kezaliman tidak kira siapa jua pelakunya. Dan prinsip yang sihat inilah yang kita akan pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard).
Selain itu, satu perkara yang kami boleh sepakati ialah perlunya pendirian dan kenyataan PAS dirujuk dari sumber primer (www.pas.org.my dan Akhbar Harakah) dan bukan dari media-media yang berkepentingan yang sering sahaja mengangkat berita yang memberi persepsi negatif terhadap PAS khususnya Presiden PAS. Lebih malang banyak berita tentang PAS diputar-belit (spinned), diambil secara sekerat-kerat dan seolah-olah trend terkini tajuk berita sengaja dibuat gempak namun sebenarnya tidak mewakili isi keseluruhan berita.
PAS sejak penubuhannya sehingga kini istiqamah menentang segala kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno-Barisan Nasional. Untuk rekod juga, PAS konsisten menentang salah laku yang diwar-warkan berkenaan 1MDB, berhimpun membantah pelaksanaan GST, menolak pelaksanaan PPSMI (kini dijenamakan sebagai DLP), membantah kenaikan harga utiliti, barangan, kadar tol, pengangkutan awam dan lain-lain, berdemonstrasi membantah perjanjian TPPA yang merupakan satu bentuk penjajahan baru, menyelongkar pelbagai skandal berkaitan salahguna dana KBS, PKFZ, FELDA, MARA, Tabung Haji dan lain-lain serta banyak lagi. Semuanya kita laksanakan meski kebanyakan media (tidak semua) tidak begitu adil dalam melaporkan hal-hal berkaitan aktiviti-aktiviti dan perjuangan PAS.
Secara kesimpulannya, pertemuan hari ini adalah pertemuan yang konstruktif dan membina. Semoga dengan pertemuan hari ini, Sdr Syed Saddiq mendapat gambaran yang lebih baik tentang PAS. Di akhir pertemuan, saya mengambil kesempatan mengajak Sdr Syed Saddiq untuk bersama-sama PAS. Harapan saya sekiranya beliau tidak bersama PAS sekalipun, semoga beliau tidak membenci PAS dan dapat terus bersangka baik dalam usaha PAS meski berbeza dari sudut pendekatan. Pada akhirnya kita mempunyai matlamat yang sama ingin membina Malaysia Sejahtera yang lebih baik. Menarik bila beliau menyebut bahawa pada pandangan beliau Pakatan Harapan tidak perlu bertanding di Kelantan kerana ia hanya akan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Umno-BN. Ini saya sangat bersetuju. Senyum. 😊
Di akhir pertemuan, DPPM menghadiahkan beberapa naskah buku tulisan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang selain beberapa edisi Akhbar Harakah sebagai cenderahati kenang-kenangan kepada Sdr Syed Saddiq. Selepas pertemuan, beliau menghantar mesej WhatsApp kepada saya: “Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa. In shaa Allah kita boleh bergerak bersama pada masa hadapan untuk negara tercinta”. Dan saya balas: “Alhamdulillah, thanks brother in Islam. Seronok dapat berdiskusi dan bertukar-tukar pandangan. PAS and I are committed in building a better Malaysia. In shaa Allah.”
Ayuh fastabiqul khairat (berlumba-lumba membuat kebajikan). Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!
[ Nota: Sdr Syed Saddiq adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu alma mater saya juga. Kami sama-sama produk Taman Ilmu dan Budi, jadi ianya pertemuan senior dan junior. Antara kenangan saya di UIA ialah pernah memimpin sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Students’ Representative Council (SRC) sesi 2003/2004. Namun kelebihan Sdr Syed Saddiq ialah beliau berjaya merangkul gelaran Pendebat Terbaik Asia, sedang saya hanya pernah bertanding dalam Debat Piala Ketua Menteri Sarawak suatu masa dahulu. 😊 ☺️ Sekadar perkongsian juga, antara kenangan manis saya ialah pernah dianugerahkan tempat kedua The Asian Most Outstanding Youth pada tahun 2007. Syukur Alhamdulillah. 👍 💚]
#IslamRahmatUntukSemua
#UntukmuMalaysia
#MalaysiaSejahtera
#SayaSokongPAS
#BudayaPolitikMatangDanSejahtera
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan
FB: Muhtar Suhaili As-Sarawaki.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=652201755115156&id=100009760117468
Sumber MR - 28-5-2018
Mukhriz Terkejut Harga Daging RM36 Sekilo
“SAYA terkejut apabila melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram sedangkan pada 10 tahun lalu, ia berharga sekitar RM18 saja,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah memandang serius isu kenaikan barang keperluan harian khususnya di bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan kerajaan Persekutuan sedang merangka mekanisme bagi mengawal harga barang keperluan.
“Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi negara masa kini, ditambah pula dengan kenaikan harga tanpa kawalan yang menambahkan derita rakyat.
“Sehubungan itu, kita sedang berusaha mengatasi isu ini, tetapi memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jerlun di pekarangan Masjid Melele di Jerlun, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, dasar kerajaan negeri yang baru ini akan memberi tumpuan kepada golongan asnaf dengan meringankan beban hidup rakyat dan membantu mereka meningkatkan pendapatan. – Metro Online
MR : Ramai pemimpin tak pernah ke pasar, mana dia tahu harga barang dan kesusuhan rakyat?
Sumber MR - 26-5-2018
Mukhriz Mahathir FC pun menipu.. Sebelum ini banyak berita tipu juga
Sebelum ini banyak yang ditipu oleh facebook “Mukhriz Mahathir FC”, tapi ramai tak sedar. Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan sultan Brunei memberikan AS1$ bilion (RM3.95) kepada kerajaan Malaysia.
Jurucakap pejabat itu Endie Shazlie mengesahkan status yang dimuat naik di Facebook “Mukhriz Mahathir FC” pagi tadi tidak benar.
Menurut status itu, sultan Brunei memberikan sumbangan itu untuk memulihkan ekonomi Malaysia tanpa perlu membayar balik.
Ia juga, dakwa Facebook itu, tidak dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang dilihat menyindir bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima “derma” RM2.6 bilion melalui akaun peribadi.
Sultan Brunei adalah ketua kerajaan pertama yang melawat bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru.
Sumber MR - 15-5-2018
Enam ADUN BN Sertai Warisan Untuk Bentuk Kerajaan Sabah
http://mindarakyat.blogspot.my/2018/05/enam-adun-bn-sertai-warisan-untuk.html
KOTA KINABALU: Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.
Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabon).
Dua lagi ADUN adalah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir ADUN Paginatan.
Ketika mengesahkan perkara itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kesemua enam ADUN berkenaan menyertai atau bergabung dengan Warisan tanpa paksaan.
"Dengan itu kini jumlah kerusi Warisan dengan Pakatan Harapan adalah 29 kerusi dan ditambah kemasukan enam lagi ADUN ini mencukupi (membentuk kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita di sini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan lima daripada ADUN berkenaan, kecuali Osman.
Mohd Shafie berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiyuddin turut maklum berhubung jumlah kerusi yang melayakkan Warisan bersama DAP, PKR dan UPKO untuk membentuk kerajaan negeri.
"Tun sendiri telah memanggil individu terbabit dan bertanya sendiri dengan mereka sama ada untuk menyokong parti (Warisan)," katanya sekali gus memberikannya laluan untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.
Beliau turut berharap perkara itu dapat dihormati semua pihak kerana proses membentuk kerajaan negeri pimpinan Warisan itu adalah mematuhi undang-undang.
Katanya lagi, di peringkat negeri Sabah banyak proses seperti itu telah berlaku (peralihan demi peralihan) untuk membentuk kerajaan.
"Misalnya apabila UMNO mengambil kuasa (peralihan kuasa) daripada Parti Bersatu Sabah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS tidak mencukupi jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan), saya sendiri menghantar surat (UMNO mempunyai cukup jumlah kerusi) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu.
- Bernama
Sumber MR - 1-5-2018
Khairuddin dakwa berlaku penipuan di pusat kira undi Jasin
PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis kerana mendakwa berlaku penipuan dan salah laku di kalangan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di kawasannya, semalam.
Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Jasin, Melaka, pada Khamis itu, Khairuddin mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan berdasarkan Borang 14 SPR dari 38 pusat daerah mengundi (PDM).
“Saya dapati terdapat Borang-borang 14 SPR yang diserahkan kepada ejen-ejen kira undi tidak ditandatangani ketua tempat mengundi. Pihak ketua tempat mengundi harus menjamin setiap keputusan undi pada Borang 14 SPR mesti ditandatangani ejen-ejen kira undi dari ketiga-tiga parti yang bertanding.
“Tetapi, ketua tempat mengundi gagal mematuhi prosedur atau SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan SPR.
“Terdapat juga Borang-borang 14 SPR yang ditandatangani ejen-ejen kira undi tidak mencatat rekod jumlah undi yang diperolehi calon pilihan raya,” demikian menurut laporan polis Khairuddin.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu juga mendakwa beberapa ejen pengiraan undi tidak diberikan Borang 14 SPR.
“Ini berlaku pada ejen kira undi kami di saluran 1 PDM Simpang Kerayong. Kertas-kertas undi yang diserahkan pada para pengundi tidak dimasukkan ke dalam peti undi. Jumlahnya begitu banyak dan tidak logik.”
Bekas ahli PPBM itu berkata, pusat pengiraan undi di MSRM Jasin juga berdepan gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dijalankan.
Khairuddin mendakwa proses pengiraan undi dari 5.30 petang Rabu hingga awal pagi Khamis di 38 PDM menunjukkan beliau mendahului calon BN dan PAS, tetapi pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Jasin mengumumkan beliau kalah tipis kepada calon BN kira-kira 3 pagi.
Kharuddin kalah kepada calon BN, Datuk Seri Ahmad Hamzah dengan majoriti tipis 219 undi.
Hamzah meraih 26,560 undi, manakala Khairuddin mendapat 26,341 undi dan calon PAS, Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.
Sumber MR - 11-5-2018
Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi
Posted on Wednesday, May 09 @ 13:20:36 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39625 |
Semalam ada niat nak ulas kajian INVOKE, Ilham Centre dan juga Merdeka Center (Hanya kajian Merdeka Center yang boleh diambil kira sebab sangat sedikit 'bias'). Nak banding kajian ini dengan sistem culaan PAS yang dilakukan oleh orang kampung setiap lokaliti pengundi yang mereka ini cula setiap pengundi berdasarkan buku pengundi SPR. Mereka kenal setiap pengundi satu demi satu di mana mereka berada, apa pekerjaaan mereka, sekarang ini mereka ada dimana dan apa posisi politik mereka. Mereka labelkan dengan A, B, C, D, E, F... dan seterusnya dengan makna tersendiri... Misalnya F makna 'fail' iaitu pengundi ada nama dalam buku daftar pemilih tetapi tidak dapat dikesan dimana mereka berada...
Tapi masa agak suntuk, lebai ulas ringkas ajelah!!
Mereka sebenar sudah tahu apa keputusan di LOKALITI masing-masing. PARLIMEN -- DUN -- PETI UNDI --- LOKALITI -- TEMPAT MENGUNDI --- SALURAN MENGUNDI.
Kekuatan PAS ialah mereka mempunyai 196 Kawasan (parlimen 196/222) yang mempunyai keahliaan yang baik. Daripada 196 Kawasan ini ada sekitar 700 DUN dan ada lebih kurang 5,600 Peti Undi dan ada sekitar 1,200 Lokaliti.
Jika Kawasan ini bergerak degan baik, sistem culaan berjalan dengan lancar. Maka PAS sebenarnya tahu kekuatannya dan mungkin sudah dapat gambaran awal sebagai asas samada KALAH atau MENANG di PARLIMEN atau DUN berkenaan.
Lebai pergi melawat satu LOKALITI mengundi yang mempunyai pengundi sekitar 1,244 orang. (lokaliti lebih kecil daripada Peti Undi adalah pecahan DUN). Ini adalah gambar peta cula di Bilik Gerakan lokaliti berkenaan. Tempat ini sulit tak semua orang PAS pun boleh masuk. Jangan tanya kenapa lebai boleh masuk dan ambil gambar!!
Berdasarkan buku culaan yang diberikan oleh SPR, mereka akan nombor bilangan ahli rumah yang boleh mengundi mengikut buku SPR. Mereka akan kesan dimana mereka ini berada.
Yang buat kerja ini... Seorang sahaj yang ada lulusan U dengan kemahiran komputer tinggi. Yang lain semuanya "tak sekolah" tapi komitmen dan istiqamah sangat tinggi. Mereka korbankan diri, jiwa dan keluarga mereka untuk perjuangan Islam demi mendapatkan redhaan Allah s.w.t. Mereka bukan oang politik yang memeta melihat kerjayaan jika bersama DAP ke?? Kita korban Islam kita sedikit ke?? ... Mereka bukan macam itu.
Tapi bila tanya macam mana culaan?? Mereka jawah Usof, anak Pak Da jual Kerepek tepi jalan tu, 6 bulan tak pernah balik. Tapi difahamkan balik mengundi dan mengkin pangkah DACING (BN).
Ya ke? tanya lebai. Namanya dah ada dalam senarai markaz UMNO dapat RM300 untuk pengundi luar.
Lebai tanya lagi, Eeh betul ke? Dia jawab kitakan ada Isham... dia beritahu semua.
Siapa Isham (Hishamuddin)? Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.
Hebat lebai kata... Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??
Lebai tersenyum.. kami habiskan roti bakar dan kopi o.. Dulu masih ingat markaz atau bilik gerakan PAS sekadar ada biskut kering aje... Tapi kini meja penuh dengan kuih muih.. Mungkin kot duit RM90 juta... he he
Itu realiti PAS bukan kajian khayalan INVOKE kajian untuk bina persepsi aje.
Lebai dapat maklumat daripada bilik gerakan PAS di Langkawi bahawa Mahathir kalah 1,500 undi. Ok Malam ini kita lihat betul atau tidak.
Sumbe TKO - 9-5-2018
Rakyat Malaysia Akan Hukum Mahathir!
Posted on Tuesday, May 08 @ 03:30:34 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39607 |
PENGUNDI Langkawi pasti buka mata dengan isu ketirisan pajakan tanah Lembaga Pembangunan Langkawai (LADA) membabitkan salah guna kuasa tokoh pembangkang, Tun Mahathir Mohamad.
Tersebarnya 3 dokumen pajakan antara tempoh 30 tahun hingga 90 tahun itu, turut mengejutkan rakyat Malaysia sendiri sekali gus membuktikan Mahathir berjaya eksploitasi kedudukannya sebagai Penasihat LADA ketika itu.
Dengan caj premium yang rendah, tetapi bertujuan komersil yang mampu meraih untung besar dalam jangka masa panjang, Mahathir dilihat lebih mementingkan diri dan kroni-kroninya dalam pembangunan tanah Langkawi.
Hei Langkawi ni milik dia seorang ke?!
Laporan eksklusif dan bukti- bukti dokumen Mahathir, 92, menyalah guna kuasanya sebagai Penasihat LADA 2003-2016 demi kepentingan diri:
PERTAMA
Dokumen Pajakan Tanah Lima Lot di Kuah, Langkawi.
Dokumen bertarikh 27 Julai 2011 yang ditujukan pada Pengurus Besar LADA, diluluskan seluas empat ekar dengan caj yang murah!
Tidak munasabah, selaku Penasihat LADA, Mahathir meminta kadar caj pajakan hanya RM20 seekar setahun. Lebih teruk, pakejnya selama 30 tahun!
KEDUA
Satu lagi dokumen tersebar mengenai pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat.
Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu mendedahkan, Mahathir memperolehi Lot Tanah PT537 dengan harga pajakan murah selama 60 tahun.
Secara matematik, berdasarkan premium pajakan RM192,500.00 yang dikenakan untuk tempoh 60 tahun, kos pajakan hanyalah RM3,208.00 setahun.
Lot tanah itu diberikan kepada syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd. yang Mahathir antara pemegang sahamnya.
KETIGA
Dokumen ketiga lebih mengejutkan, membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun.
Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya.
Pajakan itu membabitkan lot-lot tanah PT208 dan PT210.
ADUHAI MAHATHIR, AWAL-AWAL LAGI KAU SAPU SEMUANYA! – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 8-5-2018
Mahathir Terus Persenda PAS dan Kalimah Syahadah
Posted on Sunday, May 06 @ 13:54:44 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39578 |
JERLUN: Baru beberapa jam selepas memuji dua tokoh pemimpin PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempersendakan pula parti itu dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.
Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, di sini, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.
Berdasarkan kenyataan itu, Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.
"Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.
"Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja "duit.
"Bila nampak duit boleh la jadi Islam.
"Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu," katanya.
Terdahulu pada sebelah petang, Mahathir ketika turun ke kawasan Pokok Sena sempat menziarahi kubur bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang disifatkan beliau sebagai penasihat agama peribadi beliau.
Selain Fadzil, Mahathir turut memuji bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang dianggap sebagai tokoh luar biasa yang juga mempunyai hubungan baik dengan beliau.
Sementara itu, Mahathir ketika ceramah sama malam tadi, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.
"Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit...mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.
"Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.
"Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi," katanya.
Sumber TKO - 6-5-2018
Ketua PPBM Temerloh keluar parti
Posted on Sunday, May 06 @ 15:35:44 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39580 |
Ketua PPBM Bahagian Temerloh, Amerus Che Onn serta Ketua Pemuda Bahagian itu, Sharipul Fairuz Mohd Sharip mengumumkan keluar parti untuk menyokong BN.
Makin dekat hari mengundi makin celaru BN dan PH
Sumber TKO - 6-5-2018
Mahathir Di Jemput Untuk Ziarah Kubur Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pada 10 Mei 2018 atau selepasnya Oleh Keluarga Tuan Guru
Posted on Monday, May 07 @ 06:36:41 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39591 |
Keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz menyambut baik hasrat Tun Mahathir untuk menziarahi makam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Wakil keluarga, Ustaz Nik Adli menyatakan Tun Mahathir dipersilakan menziarahi pada 10hb Mei atau selepas itu.
“Suasana sekarang tak sesuai kerana kehadiran Tun Mahathir disyaki adalah untuk meraih undi simpati. Mencipta polimik untuk mencari publisiti murahan dengan membuat kehangatan perbahasan isu-isu remeh dengan meninggal isu utama negara menjatuhkan Barisan Nasional. Kita tidak mahu makam Almarhum TGNA digunakan sebagai alat politik dalam kempen pilihanraya” kata Nik Adli.
Nik Adli adalah mangsa tahanan ISA zaman Mahathir memerintah dahulu. Mahathir tidak zalim (kata Mat Sabu dan Lim Guan Eng masasa ISA juga) tetapi Nik Adli masih kata Mahathir zalim.
Mungkin Nik Omar lupa bagaimana ayahnya tidak ziarah adiknya selama 2 tahun kerana membatah KEZALIMAN ISA.
Menurutnya lagi, suasana pilihanraya yang sedang hangat membuatkan keluarga mengambil keputusan itu, namun mempersilakan Tun dan sesiapa sahaja untuk melawat makam itu selepas pilihanraya.
“Selepas mengundi, nak datang berkali-kali pun tidak ada masalah. Orang kampung ada sebut nak bakar kambing”. Sambungnya sambil tersenyum.
Sumber TKO - 7-5-2018
Politik Nafi: Mokhzani nafi hina penerima BR1M
Posted on Monday, May 07 @ 06:52:01 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39593 |
Anak kedua bekas perdana menteri Tan Sri Mokhzani Mahathir menafikan beliau menghina penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Mokhzani menjelaskan, maksud sebenar mesej yang disampaikan adalah mekanisme yang lebih berkesan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.
“(Cara efektif) orang ada kerja, gaji yang setimpal untuk tampung keperluan mereka apa yang perlu dibeli dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita di Sembang Santai Bersama Sahabat Berani Bersatu di Bistro Tok Senik.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau menggambarkan tiga senario yang akan berlaku kepada rakyat berkaitan dengan kos sara hidup dan juga BR1M.
Katanya, mungkin ada penerima BR1M merasa bangga dengan pemberian itu, namun realitinya mereka sebenarnya tidak mampu untuk membeli barangan yang mereka perlukan.
“Saya nak cerita pasal kemampuan, saya bagi tiga senario. Pertama kita rasa kita mampu beli sahaja, yang kedua kita pergi kedai, apa pun kita tak boleh beli kita rasa kurang kemampuan.
"Yang ketiga sebelum kita masuk kedai, ada orang jumpa kita bagi kita duit tambahan supaya kita masuk beli apa sahaja yang kita nak.
“Mungkin, kita rasa hebat kita boleh beli apa sahaja dalam kedai padahal kita tak mampu. Pasal apa, pasal kita nak beli apa-apa, satu hari nanti orang yang nak tolong kita tu jumlah (BR1M) dia semakin meningkat, dan mungkin kita rasa jadi kebiasaan untuk diri kita.
“Yang itu satu senario yang kita amat takut pasal senario pertama apa patut kita menuju satu sasaran, kita masuk di mana-mana sahaja, kedai runcit pun sama saja, kita boleh beli apa sahaja, gula beras. Yang itulah sasaran kita,” katanya.
Bagaimanapun beliau turut akur dengan golongan susah yang memerlukan bantuan BR1M, justeru pihaknya ingin memastikan golongan itu terbela dengan mengawal kos sara hidup.
“Memang kita akur ada golongan-golongan daif yang memerlukan pertolongan, itu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka terbela, tapi yang putar belit hari itu kata saya menghina sesuatu kumpulan dalam lapisan masyarakat kita, itu tak benar.
“Apa yang saya kata cuba sedaya upaya nak memastikan semua lapisan masyarakat mampu beli apa saja diperlukan bila mereka masuk dalam mana-mana kawasan, itu yang penting. Kos-kos dalam kedai yang depa nak pi ni kita (kerajaan) boleh kawal,” katanya.
Jumaat lalu, Mokhzani dilaporkan berkata menerima BR1M bukanlah sesuatu yang membanggakan dan walaupun kerajaan gembira kerana ia membantu rakyat dengan memberi bantuan itu, rakyat lupa bahawa mereka menerima wang itu kerana mereka tidak mampu menyara diri sendiri.
Sumber TKO - 7-5-2018
VIDEO klip drama pendek Harapan / Kasihanilah Atuk yang tersebar pada 28 April bukan sahaja menjahanamkan legasi kroni politik Mahathir tetapi ibarat menjirus minyak kedalam api yang menyala berhubung kehidupan songsang anak cucunya.
Mirzan Mahathir terkait kerana pernah menjadi tauke arak dalam St Miguel. Namun paling teruk adalah gaya hidup dua anak angkatnya yang dikaitkan dengan kesongsangan identiti.
Foto imej pengkid anak angkatnya Maizura Mahathir dengan setin bir mengheret haters Mahathir untuk mendorong penasihat PBBM ini untuk lebih bersedih melihat keadaan anak cucunya.'
Maizura Mahathir yang dididik sejak kecil oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun ini menjejaskan dengan teruk nama baik Mahathir dalam konteks mendidik anak-anak. Foto Maizura dengan imej pengkidnya menceritakan segala-galanya.
Lihat foto dibawah dan anda akan tahu, apa persepsi umum terhadap Mahathir berdasarkan imej Maizura.
Manakala foto Mahzar Mahathir dengan imej songsang yang mecurigakan mencetuskan fitnah yang teruk terhadap legasi Mahathir sebagai seorang atuk tua yang berusia 93 tahun dan sangat bercita-cita untuk kembali menjadi Perdana Menteri melalui PRU 14.
Foto kehidupan mewah cucunya Ally Mukhriz bergaya diatas kapal mewah ketika bercuti di Eropah turut menjejaskan imej Mahathir dengan teruk berhubung akhlak cucunya.
Ally, anak Mukhriz dalam laporan akhbar yang tersebar semalam memberi gambaran bahawa kehidupan seksi dan gaya puteri mewahnya itu tidak relevan untuk menjadikan bapanya sebagai pemimpin apa lagi sebagai calon ahli parlimen Jerlun.
Secara ringkasnya, Mahathir tidak perlu menangis dalam klip filem pendek itu dengan berpura-pura sebagai orang tua yang prihatin pada nasib bangsa. Pada usia tuanya, Mahathir sepatutnya menangis mengenai kehidupan anak-anak dan cucu cucunya yang memberikan gambaran bapa dan atuk mereka tidak layak pun untuk bergelar seorang negarawan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 305-2018
Selepas Tun Daim Zainuddin, kemungkinan besar giliran Tan Sri Rafidah Aziz pula untuk menyertai kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu program ceramah di Ayer Keroh, Melaka malam ini.
Beliau berkata dua tokoh Umno itu akan menyertai program ceramah bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad di DUN Bukit Katil (sebelum ini Bukit Baru) Jumaat ini.
"Saya bercakap dengan anak Daim dan insyaAllah, beliau akan menyertai kita pada 4 Mei ini dalam program bersama Mahathir.
"Dan saya juga tidak pasti sama ada boleh cakap tentang ini tetapi Rafidah juga akan ada pada malam itu," katanya disambut sorakan kira-kira 250 hadirin.
Daim dan Rafidah merupakan dua menteri kanan ketika pentadbiran Mahathir. Daim adalah menteri kewangan menakala Rafidah menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Rafidah yang dikenali sebagai 'wanita besi' memang lantang mengkritik kerajaan terutama berkaitan skandal 1MDB.
Daim pula yang lebih berdiam diri membuat kejutan dengan menyertai kempen HARAPAN sejak dua hari lalu.
Pada PRU ini, Shamsul sekali lagi akan berdepan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam bagi mempertahankan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya (sebelum ini Bukit Katil) yang disandangnya.
Ayer Keroh dan Bukit Katil adalah dua DUN yang berada dalam kawasan parlimen itu.
Sumber TKO - 3-5-2018
Najib takut, terkencing tengok gambar saya
Posted on Wednesday, May 02 @ 10:09:22 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39508 |
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan beberapa insiden tindakan SPR yang potong buang gambar beliau sebagai sesuatu yang cukup pelik.
"Pilihan raya ini cukup pelik, gambar saya tak boleh tunjuk.
"Gambar Datuk Seri Najib, gambar Ku Nan boleh. Bila tengok gambar saya dia (Najib) takut terkencing.
"Lepas 9 hari bulan Mei ini, dia takkan tengok gambar saya lagi," kata Mahathir dalam suatu majlis ceramah HARAPAN malam ini, di Flat Desa Pandan, Parlimen Titiwangsa.
Dalam kejadian di Ayer Hitam, Johor, semalam SPR mengeluarkan gambar Dr Mahathir daripada papan iklan selepas ia dinaikkan.
Calon HARAPAN bagi kerusi Ayer Hitam, Liew Chin Tong berkata, mereka dimaklumkan bahawa papan iklan berkenaan tidak boleh mempunyai gambar Mahathir dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya adalah supaya gambar Mahathir dipotong.
Dalam ceramah itu juga Mahathir mengakui kesilapan besar dalam hidup beliau adalah menyokong Najib menjadi perdana menteri.
"Kesalahan besar dalam nyawa saya adalah pilih Najib. Saya akan perbaiki kesilapan ini.
"Saya berusaha sedaya upaya dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan," katanya.
Mahathir pada penghujung ceramahnya mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sanggup menunggu majlis tersebut meski pun dalam keadaan hujan
"Terima kasih, walau hujan walau terpaksa duduk atas tanah. Inilah semangat orang Malaysia. Semangat yang tak boleh dibeli datuk Datuk Seri Najib.
"Maruah tak ada nilai nak jual maruah kita. Kita akan pertahankan maruah kita," kata Mahathir lagi.
Terdapat 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur dan BN hanya menang dua kerusi pada 2013.
BN kali ini dijangka menghadapi cabaran sengit di enam kerusi tersebut iaitu di Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
BERSATU hanya meletakkan seorang calon di Kuala Lumpur, iaitu pemimpin sayap parti wanitanya Rina Mohd Harun yang akan berdepan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad.
Sumber TKO - 2-5-2018
Kenapa "Kleptokrasi" bukan "Korupsi" atau "Nepotisme"
Posted on Tuesday, May 01 @ 10:35:29 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39488 |
Dua hari lepas Tun Mahathir berceramah di Perak, dia menceritakan bagaimana dia terpaksa buka kamus untuk melihat makna perkataan "kleptokrasi". Dia cakap dia sendiri pun tak tahu apa makna perkataan tersebut, malah kata ini kali pertama perkataan itu dia dengar sedangkan dia banyak membaca dan menelaah.
Pembaca boleh faham apa sebenarnya yang tersirat?
Mahathir mempunyai team pemikir yang hebat dibayar dengan satu pembayaran cukup tinggi. Team ini membuat semua perancangan untuk Mahathir bagi menjatuhkan Najib dan menaikan "orang Mahathir" dalam UMNO.
Korupsi atau rasuah (bahasa Latin: corruptio dari kata kerja corrumpere yang bermakna busuk, rusak, menggoyahkan, memutarbalik, menyogok). Mahathirlah bapa kroupsi. Jika dia serang Najib atas korupsi rakyat akan membongkar "nanah dan lendir" dia yang merupakan BAPA KORUPSI MALAYSIA.
Begitu juga dengan Nepotisme, Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan.
Mahathir juga BAPA NEPOTISME dalam UMNO. Mari kita lihat pasal KLCC. Ini baru satu.
Video - https://youtu.be/lJco4kVyAKI
Kleptokrasi (berasal dari bahasa Yunani: kleptes (pencuri) dan kratos (kuasa), Kleptokrasi ("pemerintahan para pencuri") adalah istilah yang mengacu kepada sebuah bentuk pemerintahan yang mengambil wang pungutan (cukai) yang berasal dari rakyat untuk memperkaya kelompok tertentu atau diri sendiri. [ anda boleh baca tulisan lebai sebelum ini di sini ]
Ini lebih sesuai ditujukan kepada Najib. Walaupun kita amati MAHATHIR JUGA BAPA KLEPTOKRASI, tapi perkataan ini tak pernah digunakan maka Mahathir guna senjata ini untuk serang NAJIB tapi BUKAN UMNO.
Jika pembaca mengamati setiap ceramah MAHATHIR dia hanya serang Najib bukan UMNO kerana dia masih SAYANGKAN UMNO. Percaya atau tidak itu hakikatnya. Jangan hairan selepas PRU-14 nanti Mahathir dan orang-orangnya akan kembali kepada UMNO.
AMANAH, PKR hanya budak bodoh yang telah di "zombie"kan pemikiranya sehingga tidak sedar diri mereka sendiri. DAP tidak rugi kerana dia juga memperbodohkan Melayu dalam misi "malaysian-malaysian".
Hanya tinggal beberapa hari lagi permaianan Mahathir akan tamat dan kita akan dapat sinar kebenaran perjuangan PAS menegakkan Islam di bumi Malaysia.
Sumber TKO - 1-5-2018
Mahathir Hilang Arah Spin Kempen
Posted on Monday, April 30 @ 23:12:44 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39485 |
MAHATHIR tiba-tiba muncul dengan video drama pendek: Harapan/Kasihanilah Atuk. Klip pendek melankolik ini satu kejutan. Tema klip video ini menjadikan Mahathir seorang pengemis.
Temanya klip pendek ini merendahkan maruah Tun M yang selama ini dianggap fighter tua yang sejati.
Klip ini menjadikan Mahathir pengemis. Sangat desparado kerana cuba memenangi undi anak muda dengan meraih simpati murahan.
Klip sensasi ini, mewujudkan satu aliran baharu. Ia mengubah mengubah taktik politik Mahathir menjelang tempoh kempen sebelum 9 Mei.
Karektor Mahathir sebagai fighter tua berusia 93 tahun tahun, kini lesap begitu saja. Semuanya musnah kerana imej pengemis Mahathir dalam klip video yang terkenal dengan dialog Atuk Rasa Bersalah ini.
Sebaik saja klip drama ini berlegar di media sosial, Mahathir mencuri perhatian dengan cerita kapalterbangnya disabotaj.
Satu lagi elemen tragik. Jadi kita faham, mengapa sebaik saja klip video ini dilancarkan, Mahathir seolah-olah mahu mencipta persepsi dirinya hampir dibunuh.
Klip video Atuk Menangis dan drama cubaan membunuhnya, adalah plot mencipta undi simpati. Cuma Mahathir silap. Dia hanya mantan PM, dan bukan aktor pawagam.
Aduhai. Ketika di puncak kuasa, maruah Mahathir tidak semurah ini. Dia lelaki hebat yang berjaya menyingkirkan Tunku Abdul Rahman dari kedudukan Perdana Menteri pada 1969.'
Mahathir juga berjaya menekan Hussein Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981. Seterusnya, dengan gaya adiwira yang hebat Mahathir naik menjadi Perdana Menteri pada 1981.
Pada 1985, Mahathir menyingkirkan TPMnya Musa Hitam. Tindakan Mahathir menyebabkan kerjaya politik Musa Hitam berakhir.
Pada 1987, Mahathir membius kerjaya politik bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.'
Sepanjang 22 tahun berkuasa, Mahathir tidak pernah mengemis undi. Dia tidak pernah menjadi Atuk Tua yang tidak bermaruah!
Alahai Mahathir…
Sumber TKO - 30-4-2919
Individu yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan memegang wang deposit bagi calon parti Usno Baru, dipercayai lesap dan tidak dapat dikesan.
Sehubungan itu, Anggota Majlis Tertinggi Usno Baru, John Kisil membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Menurut laporan yang dilihat Malaysiakini, Presiden Usno Baru, Dulli Tiaseh menyerahkan wang deposit untuk seramai 26 calon kerusi parlimen dan 60 calon kerusi DUN di Sabah kepada lelaki berkenaan pada Jumaat.
Bagaimanapun pada keesokannya, suspek menghilang diri ketika pemimpin-pemimpin Usno tiba di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kota Kinabalu untuk menyerahkan kertas pencalonan dan membayar wang deposit.
Berikutan itu, hanya dua calon Usno layak bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas membayar deposit menggunakan wang mereka sendiri.
Kedua-duanya akan bertanding di kerusi DUN Balung dan Merotai di Sabah.
Pada hari yang sama, Dulli dan beberapa calon Usno datang ke rumah suspek di Kota Belud dan lelaki itu berjanji mengembalikan wang berkenaan pada sebelah petang, tetapi perkara itu tidak berlaku.
Media melaporkan polis Sabah kini sedang giat memburu suspek dan menyatakan lelaki itu mungkin telah melarikan diri.
Sumber TKO - 30-4-20118
Mahathir Janji Hapuskan Grab Jika Tawan Putrajaya
Posted on Monday, April 30 @ 08:43:30 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39468 |
TUN Dr. Mahathir Mohamad di dalam kempen parlimen Langkawi kelmarin, berjanji untuk menghapuskan aplikasi e-hailing sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.
Pemimpin disenaraikan sebagai calon paling tua dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu berkata demikian ketika berucap menerusi sesi dialog bersama masyarakat India anjuran pertubuhan haram, Hindraf di pulau mutiara itu.
“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.
“Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak.
“Perkara ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” ujarnya seperti yang dipetik portal Sinar Harian.
Difahamkan sekurang-kurangnya 300,000 pemandu e-hailing berdaftar yang aktif di Malaysia akan terjejas jika ‘janji’ itu dilaksanakan.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber merupakan salah satu pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang dan ‘dihalalkan’ untuk beroperasi di seluruh negara.
Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Julai tahun lepas. -MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 30-4-2018
Anak Dr M tak terganggu cakap-cakap mengenai kekayaannya
Posted on Sunday, April 29 @ 18:58:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39455 |
Pengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menumpukan perhatian terhadap kekayaan anak-anaknya, dengan mendakwa ia diperoleh kerana pengaruh dan kedudukan bapa mereka.
Bagaimanapun, Datuk Seri Mokhzani Mahathir tidak terganggu dengan tuduhan tersebut.
"Saya tidak terganggu. Ini adalah waktu pilihan raya, mereka akan kata macam-macam, "kata ahli perniagaan itu dipetik oleh The Edge Markets.
Mokhzani juga mendakwa BN telah melupakan jasa-jasanya ketika meminta bantuan beliau untuk membiayai kempen parti itu.
"Pada masa itu mereka tahu macam mana nak minta bantuan saya dan saya pernah bantu mereka tetapi kini mereka telah melupakannya," katanya.
Bagaimanapun, Mokhzani enggan mengulas sama ada beliau ada membiayai Pakatan Harapan (HARAPAN).'
Anak kedua kepada bekas perdana menteri yang mempunyai kekayaan dianggar bernilai AS$ 380 juta itu disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai antara 50 individu terkaya di Malaysia.
Mokhzani adalah pengasas bersama Sapura Energy Bhd, serta pengerusi dan pengarah eksekutif pembuat kabel fiber optik, Opcom Bhd.
Pada 4 April, Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak Mokhzani mengungkit kekayaan Mokhzani berikutan janji HARAPAN dalam manifestonya untuk menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) jika ia berkuasa.
Najib mempersoalkan dari mana HARAPAN akan memperoleh RM380 bilion bagi membayar pampasan konsesi berkenaan.
Menurut Najib, sekaya manapun Mokhzani tidak mungkin beliau dapat menampung jumlah itu.
Menurut laporan The Edge Markets, Mokhzani berada di Langkawi.
Mahathir semalam menyerahkan kertas pencalonannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dan akan berdepan pertandingan tiga penjuru melibatkan penyandang BN Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS Zubir Ahmad.
The Edge Markets melaporkan Mokhzani menjual sahamnya dalam Sapura Energy pada November lalu, yang menjadi pemegang saham utama dalam syarikat minyak dan gas itu apabila syarikat kawalannya Khasera Baru Ltd menjual 387.97 juta saham bernilai RM577.46 juta.
Syarikat pengurusan aset persendirian miliknya, Kencana Capital Sdn Bhd, masih dilaporkan memegang 0.08 peratus dan 0.16 peratus lagi kepentingan ekuiti dalam Sapura Energy.
Sumber TKO - 29-4-2018
‘Kudeta’ Dr Mahathir untuk rampas PKR
Posted on Sunday, April 29 @ 13:26:07 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39453 |
Oleh Ong Kim Seng
Kita pernah dengar istilah kudeta atau “Coup d’état”. Rampasan kuasa atau penggulingan yang diistilahkan sebagai pengambilalihan kuasa secara paksa.
Ada antara negara yang kuasa pemerintahan dirampas, kerajaan digulingkan dan peralihan kuasa dibuat secara paksa.
Namun, jarang kita dengar mengenai rampasan pengaruh, memaksa menerima sungguhpun pada awalnya seperti “mutual consensus” dalam kesepakatan antara sesama mereka dan akhirnya didominasi, dijajah dan ditawan.
Jika mengistilahkan rampasan pengaruh ada perbezaan metodologi dalam pelaksanaannya.
Rampasan kuasa dilakukan secara paksa dengan menggulingkan dan terus mengambil alih semua pegangan seperti dalam persyarikatan ada istilah “hostile takeover” iaitu gerakan mengambil alih syarikat melalui pembelian saham dengan tujuan menumpukan pengambilalihan pengurusan sesebuah syarikat.
Namun, pengambilalihan dan rampasan pengaruh tidak dilakukan sejenak atau segera.
Sebenarnya, istilah ini belum terungkai pengertiannya. Belum terbit, tetapi diwujudkan semata-mata untuk memberi senario apa yang ada pada PKR hari ini dan gabungan pembangkang yang sebelum ini Pakatan Rakyat bertukar kepada Pakatan Harapan (PH).
Jika diteliti, perubahan sudah berlaku dalam gabungan pembangkang tanpa disedari.
Apa yang ada dalam pembangkang sudah beralih daripada gerakan bertunjangkan kerakyatan kepada elitis kepimpinan dan peralihan hari ini juga melibatkan prinsip pegangan perjuangan awalan pembentukan.
Bermula dengan penerimaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat sehinggalah dominasi kuasa dalam PH yang beliau bertindak sebagai pengerusi.
Aliran masuk nilai perjuangan semakin berbeza dan hari ini apa yang mahu dilakukan Dr Mahathir diperakui semua dengan sokongan menyeluruh.
Dr Mahathir telah berjaya merampas pengaruh yang ada dalam PH sehingga gabungan pembangkang itu, khususnya PKR tidak sedar mereka dalam kelemasan.
Ini jelas diperakui Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Rais Hussin yang berkata “pembebasan dan masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar menguasai agenda PH”.
Kenyataan ini dibidas penyelaras “Free Anwar Now” sebagai Belanda mendapat tanah yang bermaksud mahu menuntut lebih banyak dan tidak tahu mengenang budi.
Namun, apa juga yang dikatakan Dr Mahathir berjaya menyusup dan memanipulasi agenda yang ada serta menyebabkan pengalihan fokus yang tidak disedari PKR dan sekutunya sebelum PH.
Meniti kononnya atas persamaan matlamat, tetapi Dr Mahathir sebenarnya berjaya melututkan musuh politiknya, menyenyapkan salah laku sebelum ini, malah meletakkan dirinya sebagai pengatur politik, membentuk dan memotret diri sebagai jalan kemenangan untuk PH.
Perakuan Dr Mahathir mampu membawa kemenangan kepada PH sudah menular dan diterima sebagai hakikat dan secara automatik memerangkap serta menawan keseluruhan komponen dalam PH.
Satu penggadaian kepada roh perjuangan PKR yang mana pendekatan matlamat perjuangan Reformasi berasaskan penentang terhadap Dr Mahathir, kini terkubur.
Memandangkan pencabar terdekat dan satu-satunya pemimpin yang selama ini membuktikan kejayaan menentang beliau dipenjarakan, maka penyerapan ke dalam PKR amat mudah dilaksanakan.
Semua dimanipulasi dengan gambaran kejayaan membentuk kerajaan.
Mewujudkan tsunami Melayu, dipadu penolakan orang Cina dan India terhadap Umno/Barisan Nasional (BN) serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Maka, terpesona dan khayal peserta politik dalam PKR dan komponen mereka sehingga identiti kepartian sanggup digadai kepada Dr Mahathir.
Maka, segala aliran perjuangan berpusat kepada agenda Dr Mahathir, cara dan kehendaknya.
Mungkin dalam selimut, PH tidak sedar bermula gerakan rampasan pengaruh oleh Dr Mahathir dalam keadaan ketua umum PH dan PKR sedang meringkuk dalam penjara.
Malah, dalam PKR sendiri sudah berlaku perpecahan ketara dan ini ditujukan kepada pengaruh Dr Mahathir, khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan terlibat dalam memulakan langkah atau membuka ruang untuk Dr Mahathir memasuki gabungan pembangkang itu.
Hipotesis lain juga melibatkan kesedaran PKR bahawa pengaruh kuat Azmin dan pengaruh ini diselubungi agenda Dr Mahathir, lantas wujud keperluan mencantas untuk menahan dan menghalang pengaruh Dr Mahathir tersebar luas.
Usaha membunuh agenda tersembunyi Dr Mahathir perlu dilakukan dalam keadaan matlamat menumbangkan BN/Umno perlu direalisasikan.
Kita boleh lihat dengan tergadai PKR, bersama pakej perjuangan Reformasi seperti tuntutan untuk kes Anwar dikaji semula di bawah kebobrokan politik Dr Mahathir tidak lagi kedengaran.
Kedengaran laungan Reformasi diselang-seli dengan laungan “Hidup Tun” sekaligus melenyapkan pembelaan untuk Anwar.
Ini amat menyedihkan.
Dr Mahathir dalam misi menawan, merampas PKR telah melenyapkan perjuangan Reformasi lebih 20 tahun.
Segala-galanya tertumpu kepada penamaan calon, strategi calon, siapa bertanding dan siapa tidak dicalonkan.
Cantas-mencantas, pergolakan dalam parti angkara kelebihan dos politik.
Seharusnya, kita bertanya kepada diri mengapa sebuah kenderaan yang memacu ke arah kemenangan tiba-tiba diambil alih kepimpinan yang mempunyai banyak liabiliti.
Ini memberatkan, melambatkan dan paling sadis mampu tewas dan tersungkur seperti sebelum ini.
Adakah kita tidak berasa hairan kenapa kepimpinan atasan menerima, sedangkan penyokong marhaen ramai yang tidak bersetuju dengan penggabungan, khususnya dengan Dr Mahathir?
Kenapa kita harus menukar arah, berpatah balik daripada kekuatan yang ada kepada pergantungan palsu yang dibawakan Dr Mahathir.
Hari ini seakan “kudeta” telah berlaku. PKR ditawan, digulingkan tidak secara fizikal, tetapi keruntuhan teras perjuangannya.
Adakah Presiden OKR dan angkatan “My Team” beliau – Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution sedang menggerakkan langkah untuk merampas semula kuasa, pengaruh dan perjuangan yang tergadai kepada Dr Mahathir yang bakal menjadi perdana menteri ke-7?
Sumber TKO = 29-4-2018
Muhyiddin perlu perluas pengaruh elak ketinggalan
Posted on Sunday, April 29 @ 13:18:05 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39448 |
Oleh Mohd Darus Ismail
Semakin panas bahang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) melanda negara kita ini. Hakikat yang ada, sekiranya kita berada dalam sirkulasi Pakatan Harapan (PH) – kita akan merasakan PH akan menang, sebaliknya jika berada dalam Barisan Nasional (BN), kita juga akan merasakan BN akan menang.
Perkataan “perjuangan” akhirnya dilaungkan oleh semua – mengikut kehendak penyokong masing-masing. Makna perjuangan akhirnya diterjemah mengikut matlamat dan kehendak kemenangan sewaktu PRU.
Perasaan akan menang sudah mula melanda, khususnya dalam membicarakan gabungan baru PH.
Dengan mekanisme susunan gabungan yang longgar, matlamat berbeza dan kepercayaan sesama sendiri yang tidak kukuh, maka langkah-langkah menguatkan kedudukan sendiri adalah amat perlu.
Ini perlu untuk menguatkan parti sokongan masing-masing dalam pakatan yang ada, menguatkan kedudukan tersendiri dan membentuk pengaruh-pengaruh demi survival politik peribadi. Siapa yang mahu ketinggalan kapal sekiranya PH memerintah?
Oleh itu, di samping memastikan kemenangan PH pada PRU14, dominasi dalam PH itu perlu ada. Sekiranya tidak, maka kedudukan individu itu dalam PH akan rapuh dan sokongan berkurangan.
Justeru, kepimpinan yang ada riuh untuk menawarkan calon pilihan masing-masing untuk menjadi calon PRU.
Keadaan ini amat jelas dalam PH kerana di situlah pergeseran kini bermula. Terbaru, isu pendedahan mengenai halangan kartel Datuk Seri Azmin Ali terselongkar.
Isunya, beliau mahu calon-calon pilihannya di Selangor mengikuti kehendaknya sebagai menteri besar Selangor dan memastikan negeri lain juga begitu, atas kapasiti beliau sebagai timbalan presiden.
Dalam politik yang strukturnya longgar seperti PH, maka pemain politik semestinya mencari kekuatan khususnya untuk mengukuhkan kedudukan.
Maka, kerana itu juga – Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mengambil langkah serupa. Mempertaruhkan barisan sokongan beliau sebagai calon pilihan raya.
Ini perlu bukan sahaja untuk memastikan PH menang PRU14, tetapi untuk memastikan kekuatannya dalam PPBM terjamin.
Sokongan dalam PPBM akan memastikan kedudukannya sebagai presiden terjamin. Ini perlu kerana sehingga hari ini, apa yang kita perhatikan adalah kedudukan beliau sebagai presiden PPBM amat terpinggir.
Segala-galanya berpusat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan semestinya ini melihatkan sokongan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping mendapat sokongan ahli PPBM yang lain.
Dr Mahathir hari ini dilihat sebagai kepimpinan yang mampu membawa kejayaan kepada PH. Sokongan kepada Dr Mahathir semakin besar dalam pakatan tersebut.
Kekuatan Muhyiddin dilihat semakin longgar dan Mukhriz sebagai anak Dr Mahathir, pasti akan mendapat sokongan kelak.
Sekiranya Muhyiddin tidak memperluaskan pengaruhnya, maka besar kemungkinan beliau akan turut ketinggalan seperti dalam perlumbaan presiden Umno.
Muhyiddin tahu sekiranya beliau tidak memperluaskan pengaruhnya, beliau terpaksa berdepan defisit sokongan dalam gabungan PH dan dalam parti beliau sendiri, PPBM.
Dalam PH – kepimpinan muda selain Mukhriz, nama-nama seperti Rafizi Ramli, Azmin, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Nurul Izzah Anwar, tidak termasuk mereka daripada DAP seperti Tony Pua, semua berpengaruh, baik dalam parti sendiri mahupun PH.
Di mana kelak Muhyiddin dalam pakatan tersebut? Malah, persoalan paling penting ialah di mana Muhyiddin dalam PPBM selepas ini.'
Setakat mengekori Dr Mahathir, beliau tidak akan ke mana dan tidak nampak ke mana. Semuanya ditentukan Dr Mahathir sehingga setiap pengisytiharan penting dilakukan Dr Mahathir.
Malah, dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan menjadi politikus secara kebetulan juga lebih menonjol berbanding Muhyiddin yang ketinggalan.'
Ramai yang menjangkakan Mukhriz akan menerajui PPBM kelak dan dalam konteks ini pula, Muhyiddin dilihat sebagai presiden sementara.
Peminggiran beliau akan berlaku selepas PRU14. Menang atau kalah, yang pasti Muhyiddin pasti akan ketinggalan sekiranya beliau tidak membendung keadaan hari ini. Ke mana Muhyiddin selepas ini?
Sumber TKO - 29-4-2018
Perebutan di Dun Hang Tuah Jaya naib ketua BERSATU bertanding bebas lawan HARAPAN
Posted on Sunday, April 29 @ 01:37:24 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39439 |
Kecewa dengan sikap kepimpinan BERSATU Melaka yang didakwa tidak mematuhi perjanjian dan amanah, Naib Ketua BERSATU bahagian Hang Tuah Jaya, Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
Beliau berkata sejak lebih setahun lepas beliau bersama jentera
BERSATU melaksanakan gerak kerja meyakinkan pengundi DUN Ayer Molek untuk mengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), namun setelah usaha itu membuahkan hasil positif kerusi DUN itu diberikan kepada PKR.
“Dalam proses pemilihan calon pihak pengurusan BERSATU telah melanggar janji. Kepimpinan negeri tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya BERSATU memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila culaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.
“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti BERSATU telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.
Kamarolzaman berkata pada masa ini beliau masih anggota BERSATU dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu.
- Bernama
Sumber TKO - 29-4-2018
Kem Mahathir Sedang Pujuk PAS Jangan Bertanding Di Langkawi?
Posted on Friday, April 27 @ 19:05:22 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39423 |
Ramai penganalisis membuat analisis Mahathir akan membawa tsunami Melayu kepada HARAPAN. Demi mengambil kesempatan tsunami Melayu DAP sanggup korbankan logo mereka demi meraih undi Melayu setelah undi Melayu PAS hilang yang akan menggugat kedudukan Pulau Pinang. Untuk selamat Pulau Pinang DAP sanggup gadaikan logo mereka semenjak 56 tahun lalu dengan logo dan simbol PKR, biar pun veteran DAP marah dan akan menimbulkan banyak masalah nanti.
Ahmad lutfi Othman menulis "Mengapa Mahathir" mendokong kuat bahawa faktor PRU-14 kali ini adalah faktor Mahathir. Ini bersamaan idea dengan Prof. Mohd Agus.
Mohd Amar dalam temubualnya dengan pengundi luar Kelantan di Sabah mendedahkan bahawa ada kajian luar (sumber luar selain PAS) mengatakan Mahathir hanya berpeluang 50-50 hanya di Langkawi. Kenyataan ini nampak benar bila Mahathir memilih untuk bertanding di Langkawi. Lebai ada menulis di sini -- sila baca.
PAS menjanjikan calon hebat di situ kerana seorang tokoh hebat daripada parti IKATAN akan bertanding mewakili GAGASAN SEJAHTERA di Langkawi.
Kem Mahathir jumpa Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk meminta parti IKATAN menarik diri daripada bertanding. Atas dasar menjaga persahabatan dengan tun Mahathir IKATAN menarik diri.
PAS terpaksa ganti calon lain GS yang datang daripada PAS. Pas mempertaruhkan Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad.
Parlimen P004 Langkawi Kedah sebelum ini mempunyai 31, 133 pengundi dimana BN menang dengan memperolehi 21, 407 undi mengalahkan PKR yang hanya dapat 9,546 undi. Majoriti 11,861undi adalah agak besar di kawasan majoriti Melayu.
Masalah Dalam HARAPAN di Dun Kuah
Mahathir mendapat sedikit masalah apabila ahli akar umbi PPBM membantah pemilihan Mohd Firdaus Ahmad sebagai calon parti untuk DUN Kuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Ahli Jawatankuasa PPBM Langkawi, Mohd Ratu Mansor (gambar bawah) berkata, pemilihan Firdaus tidak mengikut prosedur dalaman parti dan dipilih atas pengaruh pihak lain.
Malah katanya, perwatakan peribadi Firdaus yang negatif juga menjadi pendorong kepada bantahan yang dibuat pada hari ini.
"Ahli akar umbi bahagian Langkawi merasa kecewa dengan pilihan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memilih calon DUN Kuah dengan tidak mengikut prosedur dan memilih calon yang mempunyai banyak perwatakan negatif.
"Pemilihan ini (Firdaus) juga bukan dari dari akar umbi tapi hasil dari perbincangan pihak yang mempengaruhi keputusan kepimpinan," katanya dalam satu sidang media di Riverra Inn, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ratu berkata bantahan terhadap Firdaus telah dilakukan sebelum ini namun kepimpinan tertinggi dikatakan tidak mengambil apa-apa tindakan.
Justeru ujarnya, ahli akar umbi PPBM yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Firdaus akan memberikan masa kepada kepimpinan tertinggi sehingga 28 April ini, dan akan mengambil tindakan susulan jika keadaan masih tidak berubah.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil dan meminta media untuk menunggu sehingga tarikh tersebut tiba.
"Kita dah buat bantahan tapi tindakan tidak diambil jadi kita guna peluang ini untuk beritahu umum.
"Jika tindakan tidak diambil juga semasa penamaan calon atau tidak tukar semasa penamaan calon, kita akan teruskan dengan plan yang lain," ujarnya lagi.
Kem Mahathir Jumpa PAS
Mengikut maklumat yang sahih lebai dapat daripada dua-dua sumber sudah 2 kali Kem Mahathir berjumpa dengan PAS untuk meminta PAS tarik diri. Termasuk menggunakan Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Why?
Takut kalah ke?
Kan Mahathir hebat 22 PM.
Apa nak gusar....
Nanti ada cerita baru lebai akan sambung..
Susah juga nak bocorkan maklumat PAS semenjak pengkhianat tak ada.
Sumber TKO - 27-3-2018
Shafie pertahan Semporna, berdepan sepupu di DUN Senalang
Posted on Friday, April 27 @ 15:56:45 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39415 |
Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi parlimen Semporna pada pilihan raya umum akan datang.
Ini diumumkan oleh Shafie sendiri semasa pengumuman calon pilihan raya WARISAN di Kota Kinabalu, hari ini.
'
Walau bagaimanapun, kali ini ahli parlimen Semporna selama lima penggal itu juga akan bertanding di kerusi DUN Senalang.
Shafie perlu bertanding di kerusi DUN jika mahu dilantik sebagai ketua menteri sekiranya gabungan pakatan pembangkang yang dipimpin oleh WARISAN merampas atau mengambil alih kerajaan negeri daripada BN.
'
Walau bagaimanapun, dengan keputusan ini, Shafie akan berdepan dengan sepupunya, Datuk Nasir Sakaran yang juga adalah penyandang kerusi berkenaan.
Selain pertembungan itu, seorang lagi sepupu Shafie, Datuk Abdul Razak Sakaran juga dinamakan oleh BN sebagai calon di kerusi DUN Bugaya. Kedua-dua Senalang dan Bugaya, adalah kerusi DUN di bawah Parlimen Semporna.
Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Shafie mengekalkan kerusi Semporna dengan undi majoriti 20,905. Beliau ketika itu adalah naib presiden Umno dan seorang menteri persekutuan.'
Pada pilihan raya akan datang, Shafie dijangka berdepan dengan Datuk Ramlee Marahaban di Semporna. Ramlee adalah penyandang kerusi DUN Bugaya.
Susulan Shafie meninggalkan Umno, Ramlee menjadi pengkritiknya yang paling lantang. Antara lain, beliau mendakwa bahawa Shafie tidak banyak melakukan untuk Semporna.
Sumber TKO - 27-4-2018
Datuk Razali Idris Dakwa Ada Pemimpin BN bagi Kewangan Untuk Jatuhkan BN... Mana Mahfuz?
Posted on Thursday, April 26 @ 20:24:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39399 |
Hari ini PPBM mendakwa semakin ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi sokongan dan bantuan dalam diam kepada Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata PH turut mendapat bantuan kewangan untuk menentang calon BN.
Aiik Dapat Duit UMNO? Tak apa ke ni?
Mana si Mahfuz?
Orang yang berfikir sempit sahaja boleh diperbodohkan isu oleh HARAPAN kerana terdesak kepada sokongan PAS yang makin meningkat.
Sebelum ini Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad yang mengatakan pemimpin PAS yang berpakaian seperti Pahlawan Melayu bagi menepati tema Muktamar seakan seperti orang mabuk.
Tapi Khalid Samad dia membisu, mecam orang bodoh bila Boboi dan bapannya memakai baju ala pahlawan Melayu purbakala di dalam majlis makan malam PPBM.
Itu realiti politik HARAPAN/AMANAH/IKRAM (penyokong kuat PAN) membodohkan isu-isu yang sepatutnya tidak perlu untuk membuatkan rakyat menjadi jumud.
Pedokong HARAPAN jadi mainkan isu bodoh, fokus jatuhkan BN dan UMNO. Jangan bodoh serang PAS dengan isu-isu yang remeh dan fitnah.
Sumber TKO - 26-4-2018
Siasatan berkait Felda menghantui calon menentang Najib di Pekan
Posted on Thursday, April 26 @ 14:55:54 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39395 |
PETALING JAYA: Keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan Zahid Mat Arip, bekas pegawai Felda, bertanding menentang Datuk Seri Najib Razak di Pekan mengundang persoalan kontroversi ahli politik PPBM itu berkait siasatan rasuah terhadapnya, tetapi beliau dipandang sebagai “berani, lantang dan berpengetahuan politik”.
Zahid, cucu kepada arwah Tun Ghafar Baba yang pernah menjadi timbalan bekas perdana menteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ditahan tahun lalu berkait pembelian hotel oleh satu unit Felda di Kuching, tetapi tiada tuduhan dikenakan ke atasnya.
“Saya rasa meletakkan Zahid sebagai calon membuka laluan untuk PH dikritik berkenaan dwistandard dan ia boleh menjejaskan peluang mereka di Pekan,” kata penganalisisDatuk Seri Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia.
Bagaimanapun, Prof Madya Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata Zahid “terkenal kerana sikap berani, lantang dan berpengetahuan politik”.
“Apa yang penting beliau lebih terkenal dan popular dalam kalangan orang ramai.”
Sementara aktivis Cynthia Gabriel dari kumpulan anti-rasuah, Pusat Memerangi Rasuah dan Korupsi (C4) berkata rakyat harus menolak calon yang berkait dengan kes korupsi.
Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi PPBM, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lepas bagi membantu siasatan ke atas pembelian hotel dengan harga lebih tinggi berbanding nilai pasaran oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan mendakwa penahanan itu satu bentuk penganiayaan.
Mustafa berkata, ahli politik pembangkang sebelum ini menyeru pemimpin yang dituduh dengan korupsi meletak jawatan.
“Jadi jika mereka letakkan seseorang yang dikaitkan dengan siasatan yang masih diteruskan, ia tidak memberi cerminan baik kepada mereka.”
Beliau turut merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Lim sedang dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan penukaran status tanah oleh seorang ahli perniagaan wanita, dan satu lagi tuduhan berkaitan pembelian banglonya dari ahli perniagaan wanita itu.”
Awang Azman berkata walaupun Zahid disiasat, beliau tidak disabit bersalah atas sebarang jenayah.
Jika Zahid diminta untuk tidak bertanding kerana siasatan itu, ramai calon lain dari parti lain juga tidak boleh bertanding sebagai calon pilihan raya atas alasan sama, katanya.
Zahid pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang juga dipalit kontroversi, di tengah-tengah dakwaan korupsi terhadap Felda.
Isa juga ditahan semasa siasatan SPRM ke atas dakwaan korupsi dalam Felda. Tiada tuduhan dikenakan terhadapnya.
Cynthia berkata pihaknya berpegang kepada pendirian sama berkenaan calon yang dipalit kontroversi selepas spekulasi tentang Isa dilihat sebagai bakal calon di Negeri Sembilan, di mana beliau dahulu pernah menjadi menteri besar.
Zahid sebelum ini pernah memfailkan tuntutan untuk mengubah status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Bagaimanapun, tindakan itu digugurkan.
PH sebelum ini mahu meletakkan Kamarul Ariffin Mohd Shahar mencabar Najib di Pekan, tetapi beliau berkata beliau diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi laluan kepada Zahid.
Najib menyandang kerusi Pekan sejak 1976 selepas menggantikan bapanya, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak.
Pada pilihan raya umum lalu, beliau menang dengan majoriti 35,613 undian, menentang Mohd Fariz Abd Talib dari PKR yang memperoleh 15,665 undian.
Sumber TKO - 26-4-2018
PFP Beri Peluang Calon Anak Tempatan
Posted on Thursday, April 26 @ 05:32:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39384 |
PERAI - Penang Front Party (PFP) mengesahkan akan bertanding di 13 kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen pada PRU14 nanti.
Presidennya, Datuk Patrik Ooi Khar Giap berkata, antara kawasan Dun yang ditandingi adalah Dun Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Bukit Tengah, Jawi, Perai dan Parlimen Batu Kawan.
Patrick berkata, PFP menampilkan calon yang dibarisi anggota parti yang berbilang bangsa dengan purata umur di bawah 40 tahun termasuk dua calon wanita.
“Penubuhan PFP sebenarnya adalah untuk menyelamatkan Pulau Pinang, oleh yang demikian kita akan menampilkan calon ABC iaitu
amanah, bersih dan cekap.
“Banyak benda yang dah berlaku sepanjang 10 tahun DAP memerintah negeri ini dan banyak isu yang gagal ditangani kerajaan negeri jadi saya kira sudah tiba masanya kita berubah dengan memberikan peluang kepada calon anak tempatan untuk berdiri dan mempertahankan negeri sendiri. PFP menampilkan calon tidak mengira bangsa dan warna kulit malah semua calon kita mempunyai kelayakan,” katanya pada sidang media memperkenalkan calon PFP di sini tadi.
Dalam sidang media berkenaan, Patrick Ooi turut mengumumkan manifesto parti itu yang menggariskan 12 teras utama.
Katanya, manifesto tersebut adalah untuk kesejahteraan dan keselamatan penduduk Pulau Pinang.
Antara intipati janji partinya ialah menjadikan kawasan Balik Pulau sebagai hab pendidikan Asia dengan menjemput universiti terkemuka untuk membuka kampus cawangan di situ.
“PFP juga merancang membina rumah mampu milik yang bernilai RM400,000 tetapi akan dijual pada harga RM100,000 dan sebagai permulaan, 10,000 unit akan dibina dalam tempoh tiga setengah tahun.
“Kita juga bercadang menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau bebas cukai yang turut mampu menarik lebih banyak peluang pelaburan,” katanya.
-Sinar Harian
Sumber TKO - 26-4-2018
PRM dakwa calon PKR Selangor terlibat tipu tender lombong pasir
Posted on Thursday, April 26 @ 05:24:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39381 |
SHAH ALAM: Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa seorang daripada calon PKR untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor terbabit penipuan tender pengurusan pasir.
Jurucakap PRM Khalid Ismath berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa berhubung penipuan yang dilakukan oleh individu tersebut yang didakwa dijalankan menerusi sebuah syarikat sejak setahun lalu.
Individu ini menubuhkan syarikat yang diberi nama hampir sama dengan nama sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor yang terbabit dalam pengurusan pasir bagi menipu pemaju dan kontraktor yang memohon tender berkaitan pengurusan pasir di negeri itu, kata Khalid kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Selangor.
Menurutnya, mangsa yang membuat bayaran ratusan ribu ringgit kepada syarikat tersebut hanya mengetahui mereka ditipu selepas membuat semakan status permohonan mereka dengan GLC sebenar.
“Syarikat GLC terbabit juga melalui satu surat rasmi pada tahun lalu menafikan penglibatan mereka dalam pemberian tender terbabit, selain menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu,” katanya.
Beliau juga mendakwa mangsa membuat laporan polis namun sehingga kini tiada tindakan diambil menyebabkan mereka meminta bantuan PRM.
“Sebab itu hari ini kita hadir ke SPRM untuk minta suruhanjaya melakukan siasatan terhadap semua dakwaan yang membabitkan calon pilihan raya umum ini,” katanya yang berharap siasatan segera dijalankan bagi mengelakkan rakyat ditipu.
Sumber TKO - 26-4-2018
Lagi Calon Bersatu Tarik Diri: Calon PPBM DUN Benut tarik diri
Posted on Wednesday, April 25 @ 14:09:36 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39374 |
JOHOR BAHRU: Pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jelas celaru dan gagal mengambil kira sentimen serta kepentingan penduduk tempatan dalam meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Tidak sampai seminggu pengumuman calon PPBM bagi Johor dibuat, seorang daripada 18 calon parti itu bertindak menarik diri, kononnya untuk memberi laluan kepada anak tempatan.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan pemerhati politik, adakah senarai calon yang diumumkan oleh parti itu tidak mengambil kira perkara itu dan apakah sebenarnya kriteria atau percaturan yang dilakukan oleh pimpinan parti itu dalam meletakkan seseorang calon.
Spekulasi politik khususnya di blok pembangkang hangat memperkatakan calon wanita itu, Najwah Halimah Ab Alim, sebenarnya disingkirkan menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 28 April ini.
Jika penarikan diri dibuat dengan alasan untuk memberi laluan kepada calon tempatan, persoalannya, mengapa perkara itu tidak diberi perhatian lebih awal?
Jika anak tempatan menjadi kriteria, bagaimana pula dengan beberapa calon luar yang disenaraikan seperti calon Parlimen Muar, yang bukan berasal dari daerah itu, sebaliknya dari Johor Bahru.
Najwah Halimah mendakwa keputusannya untuk menarik diri bukan kerana dipecat, sebaliknya dilakukan dengan kerelaan sendiri bagi memberi peluang kepada calon tempatan bertanding di kawasan itu.
Beliau turut mendakwa, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya dilakukan demi memastikan kemenangan parti itu pada PRU-14 ini.
"Apabila nama saya diumumkan sebagai calon DUN Benut, berlaku sedikit kecelaruan. Saya rasa, saya tidak akan membantu kejayaan parti.
"Malam itu (hari pengumuman calon), saya terus maklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) bahawa sebelum menerima keputusan (menjadi calon), saya perlu berjumpa dengan Ketua PPBM Bahagian Pontian, Zulkifli Tasrep, terlebih dahulu.
"Beberapa faktor diambil sebelum saya mengambil keputusan ini (menarik diri) iaitu saya diajar untuk tidak mengambil apa yang bukan hak, faktor gerak kerja orang tempatan sebelum ini dan bagaimana saya yang berasal dari Kempas dapat memahami sentimen penduduk di Benut.
"Apa yang paling penting ialah kita hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum tarikh penamaan calon dan pengundian. PPBM tidak mampu untuk berpecah-belah pada saat getir begini dan kepentingan parti perlu diutamakan," katanya menerusi satu kenyataan media kepada NSTP, hari ini.
Najwah Halimah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan Naib Ketua Bahagian PPBM Pulai mendakwa, beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Muhyiddin dan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, katanya, beliau memberi laluan secara rasmi kepada Zulkifli untuk dipilih sebagai calon DUN Benut bagi PRU-14.
Zulkifli dikatakan sudah menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada Muhyiddin, yang memaklumkan pemilihannya sebagai calon DUN Benut.
Sumber TKO - 25-4-2018
Cucu Ghafar Baba cabar Najib di Pekan selepas calon undur
Posted on Wednesday, April 25 @ 11:14:14 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39368 |
PETALING JAYA: Zahid Mat Arip, yang pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, kemungkinan besar bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber PPBM.
Ia selepas Kamarul Ariffin Mohd Shahar, calon yang sebelum ini dinamakan untuk cabar Najib, bersetuju berundur selepas pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Menurut Kamarul, bekas perdana menteri itu sudah menjelaskan strategi untuk Pekan dan meminta beliau berkorban untuk memberi laluan kepada calon baru.
“Ia juga ketara daripada penjelasan Tun, strategi itu juga akan mengubah landskap politik di Malaysia,” katanya.
“Saya setuju atas permintaannya dan untuk memberi laluan kepada Zahid Mat Arip.”
Sumber memberitahu FMT, Dr Mahathir dijangka mengumumkan pencalonan Zahid hari ini.
Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi PPBM, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lepas bagi membantu siasatan ke atas pembelian hotel dengan harga lebih tinggi berbanding nilai pasaran oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan mendakwa penahanan itu satu bentuk penganiayaan.
Zahid, cucu kepada arwah timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, sebelum ini pernah memfailkan tuntutan untuk mengubah status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Bagaimanapun, tindakan itu digugurkan.
Najib menyandang kerusi Pekan sejak 1976, dan pada pilihan raya umum lalu menang dengan majoriti 35,613 undian. Beliau meraih 51,278 undian menentang Mohd Fariz Abd Talib dari PKR yang memperoleh 15,665 undian.
Sumber TKO - 25-4-2018
Mahathir pula beri amaran pengundi hantu dari Bangladesh
Posted on Sunday, April 22 @ 22:29:22 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39305 |
Ketika PRU 2013, ketua pembangkang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas BN kerana dikatakan mendakwa sejumlah 40,000 dari Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara untuk mengundi.
Anwar menafikan dirinya ada membuat tuduhan itu, sebaliknya mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak cuba mengelirukan Parlimen.
Bagaimanapun lima tahun kemudian, bekas musuh ketatnya Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dengan amaran yang sama - tentang kemungkinan munculnya pengundi hantu daripada Bangladesh pada hari mengundi nanti.
"Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.
"Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi," kata pengerusi HARAPAN itu pada ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan malam tadi.
Beliau membuat dakwaan itu ketika menggesa penyokong HARAPAN turun mengundi beramai-ramai pada hari mengundi ini iaitu 9 Mei.
Ia bagi memastikan HARAPAN menang dengan majoriti yang selesa, justeru penipuan seperti yang disebutnya itu tidak boleh dilakukan.
Sekitar PRU 2013, Anwar memang membuat dakwaan bahawa warga asing ada di kalangan sejumlah 40,000 individu meragukan yang menurutnya diterbangkan kerajaan ke semenanjung.
Namun beliau tidak dilaporkan menyatakan secara khusus kewarganegaraan mereka yang didakwa menjadi pengundi hantu itu.
Sementara itu, Mahathir turut mendakwa pemandu teksi hanya akan menerima bantuan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) selepas pilihan raya.
"Dia (Najib) janji nak beri mereka RM800...tiba-tiba mereka diberi tahu tak akan dapat sehinggalah BN menang.
"Mereka tidak akan dapat, kalau BN menang pun Najib akan mungkir janji. Apatah lagi jika Najib kalah," kata bekas perdana menteri itu.
Najib mengumumkan bantuan itu dalam satu program bersama pemandu teksi pada 13 April lalu.
Ketika program itu, sejumlah 10,000 pemandu teksi berebut mengambil kad itu sehingga keadaan menjadi kecoh, menyebabkan 30 orang cedera.
Tiga hari kemudian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di media sosial, mengatakan kekecohan tercetus selepas pemandu teksi diberitahu mereka hanya akan menerima kad itu selepas PRU ini.
SPAD berkata kad yang diperuntukkan kepada lebih 67,000 pemandu teksi itu boleh diambil di pejabatnya di seluruh negara.
Suruhanjaya itu juga berkata ia boleh digunakan serta-merta di stesen minyak Petronas.
Sumber TKO - 22-4-2018
5 Pemimpin Sikandi Kedah Keluar PPBM
Posted on Sunday, April 22 @ 19:09:08 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39300 |
mereka di gelar pemakan dedak. Anak Kedah tidak semurah itu. Mukhriz jangan hina anak Kedah jika dia sendiri pun hanya guna rakyat Kedah sekadar untuk menjadi Menteri Besar.
Jika Mukhriz hina anak Kedah yang tidak menyokongnya sebagai pemakan dedak, ANAK KEDAH JUGA BOLEH GELAR MUKHRIZ SEBAGAI MALAUN YANG CUBA MEMPERGUNAKAN ANAK KEDAH UNTUK MENJADIKAN DIA PERDANA MENTERI.
Walaupun bapa Mukhriz adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu selama 22 tahun, dia hanya bina bangunan di Kuala Lumpur untuk sakau duit Petronas. Dia tidak majukan kawasan yang undi dia selama 22 tahun pun.
Jika bapa Mukhriz bina hotel 5 bintang di Langkawi, dia hanya merampas tanah anak Langkawi dan menghalang anak Langkawi pijak di pantai tersebut.
Kini keluarga Mukhriz sudah miliki wang berbillion dan sudah berpuluh tahun merasa menjadi orang paling berkuasa di Malaysia. Tak cukup lagi kah?
Anina Saadudin EMPIRICAL MALAYSIA
Sumber TKO - 222-4-2018
MU Bertanding 20 Kerusi DUN, Lima Parlimen Di Pulau Pinang
Posted on Sunday, April 22 @ 17:34:41 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39294 |
GEORGE TOWN -- Parti Bersama Malaysia (MU), parti yang berteraskan kerja-kerja komuniti, hari ini mengumumkan akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presidennya Tan Gim Theam berkata MU membuat keputusan bertanding dalam PRU14 untuk memberi pilihan kepada penduduk negeri ini memilih wakil rakyat mereka.
"Calon-calon yang dipilih (untuk bertanding) adalah berdasarkan kerja-kerja komuniti yang mereka sertai sejak beberapa tahun lepas di mana mereka telah memahami isu-isu kawasan masing-masing," katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon parti di sini, hari ini.
Beliau berkata parti itu tidak membuat sebarang manifesto, sebaliknya setiap calon akan membuat janji kepada masyarakat di kawasan mereka bertanding yang akan ditunaikan sekiranya menang pada PRU14.'
Parti Bersama Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian United (MU) telah ditubuhkan pada 2015 dan mendaftar dengan rasminya pada 2016.
Tan yang juga pengasas MU berkata, meskipun hanya ditubuhkan lebih dua tahun lepas, namun MU yakin dapat diterima penduduk memandangkan sudah mendekati pelbagai lapisan masyarakat menerusi platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Sumber TKO - 22-4-2018
Kami sokong anda tapi jangan kacau kerusi, pesan PSM pada PH
Posted on Thursday, April 19 @ 18:58:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39253 |
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang, tetapi memberitahu gabungan itu menjauhi kerusi di mana calonnya bertanding.
Para pemimpin PSM berkata ia akan memberikan kerjasama penuh kerana berharap PH akan membentuk kerajaan akan datang.
“Kami tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN). Malah di peringkat nasional rakyat menuntut perubahan untuk mengubah kerajaan,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat S Arutchelvan pada majlis pengisytiharan aset calon.
Beliau menambah partinya juga akan berkempen untuk calon PH.
Setiausaha Agung A Sivarajan berharap PH akan membalas sokongan itu dengan tidak memaksa pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PSM.
“Kami menggesa PH tidak meletakkan calon di mana kami mempunyai peluang kemenangan yang kuat, kerana pertandingan 3 penjuru hanya akan membantu BN.”
Sivarajan berkata partinya melakukan banyak kerja lapangan di Cameron Highlands dan Sungai Siput berbanding PH dan BN.
“Kami tahu kami tidak boleh membentuk kerajaan sendiri, sebab itu kami memberitahu PH supaya mana-mana kerusi yang kami menang, ahli Parlimen dan Adun kami akan bekerjasama dengan mereka,” kata Sivarajan, selepas 16 calon mereka mengisytiharkan aset hari ini.
PSM sebelum ini mengumumkan ia akan meletakkan calon di 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Pahang.
Pada PRU lalu, Dr Michael Jeyakumar menang di Sungai Siput atas tiket PKR, memberikan peluang kepada beliau menjadi satu-satunya wakil PSM di Parlimen.
Jeyakumar berkata PH tidak pernah berunding dengan PSM mengenai kerusi.
“Jadi, di mana kami bertanding kami akan dianggap ‘perosak’, sebenarnya kami meminta rundingan kerusi sejak 2 tahun lalu. Kami tidak suka pertandingan 3 penjuru tetapi untuk menyalahkan kami adalah tidak adil.
“Kami menunggu respon mereka dan mereka tidak pernah melakukan apa-apa, kami tidak mempunyai masa untuk menunggu lagi. Kami akan meneruskan dengan kerusi yang kami umumkan,” kata wakil rakyat 2 penggal itu.
Sumber TKO - 19-4-2018
Calon PSM isytihar aset, dari RM3 juta ke RM20k
Posted on Thursday, April 19 @ 14:58:39 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39246 |
Hari ini, 16 calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat deklarasi aset untuk pilihan raya umum akan datang, melibatkan tunai lebih RM3 juta dan pelbagai aset lain sehinggalah kepada nilai aset negatif.
Calon-calon untuk empat parlimen dan 12 kerusi DUN di Semenanjung mengumumkan perisytiharan aset mereka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di mana mereka juga menerima surat watikah calon daripada pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim.
Petani dari Perak, Chin Kwai Heng, 52 tahun, yang bertanding kerusi DUN N33 Tronoh
mengisytiharkan aset bersih berjumlah RM3,613,000 - terdiri daripada 15 hektar tanah ladang, sebuah kedai, dua bidang tanah komersial, sebuah rumah, empat lot kosong tanah dan satu unit saham.
Adik lelakinya, Kwai Leong, 45 tahun, juga seorang petani, mengaku sekaya abangnya dan mengisytiharkan aset berjumlah RM30,000 untuk bertanding di N32 Menglembu.
"Saya tiada banyak harta, saya malu," katanya bersambut tawa penyokong PSM yang hadir semasa acara itu.
"Tiada apa-apa, masih ada Bawani," kata seorang hadirin ahli PSM merujuk kepada calon parti N40 Malim Nawar, peguam KS Bawani.
Bawani mula terkenal pada tahun 2012 ketika masih aktivis pelajar selepas dialog di universiti dengan Presiden Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen yang tular dengan video "listen, listen, listen" itu.
Dalam perisytiharannya, peguam berusia 32 tahun itu berkata dia kini mempunyai aset negatif sebanyak RM20,679.26 setelah mengambil kira pinjaman pelajarannya berjumlah RM24,000 daripada dana pendidikan tinggi Perak.
Bawani mengisytiharkan pendapatan bulanan antara RM1,000 dan RM2,000 walaupun menjadi rakan kongsi sebuah firma undang-undang yang berpangkalan di Kapar.
Bercakap kepada pemberita, ahli jawatankuasa pusat PSM, S Arutchelvan (gambar, kiri) menegaskan pengisytiharan aset kepada umum sentiasa menjadi sebahagian daripada komitmen parti kepada rakyat.
"Kami sangat terbuka dan telus mengenainya, secara tradisinya kami adalah yang pertama mengisytiharkan aset kami pada tahun 1999," katanya.
Arutchelvan akan bertanding di N24 Semenyih untuk kali ketiga, selepas kalah dalam dua pilihan raya umum lalu kepada calon BN Datuk Johan Aziz.
Sumber TKO - 19-4-2018
Umno dalam mimpi Muhyiddin
Posted on Wednesday, April 18 @ 15:11:56 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39228 |
Oleh Mohd Firdaus Hamzah
Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar, menang sewaktu dalam Barisan Nasional (BN) dan mahu menang di luar sebagai pembangkang bukan sama ukurannya.
Bukan sesuatu yang mudah. Sewaktu dalam Umno, segala langkah kerajaan dalam memperjuangkan nasib dan membela rakyat mampu dijadikan sebab untuk mengundi beliau.
Segala langkah untuk memastikan rakyat mengundi beliau dalam BN tersedia ada.
Segala langkah demi pembangunan dan membela nasib rakyat yang telah dilakukan kerajaan boleh dijadikan modal berkempen.
Sebaik keluar dari Umno, adakah Muhyiddin mampu melakukan yang serupa?
Apa sebenarnya jasa Muhyiddin atas kapasiti peribadi, mampu dihidang untuk pengundi terus memberi sokongan kepada beliau?
Terdapat perbezaan sewaktu dalam Umno dan hari ini di luar Umno. Isu yang mampu dibawa beliau hanyalah isu yang belum selesai, ukuran kejayaannya iaitu salah laku dalam 1MDB.
Ulangan 1MDB adalah modal yang boleh dibawa Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri.
Tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dijadikan modal yang berulang kali diberitahu kepada rakyat sebagai alasan untuk menukar kerajaan.
Ini sahaja yang dapat dibentangkan kepada rakyat untuk meraih undi. Selain itu, modal yang ada adalah manifesto dan alasan untuk menyelamatkan rakyat menjadi pertaruhan untuk meraih undi.
Tidak ada apa yang boleh dipersembahkan, selain daripada retorik isu serupa.
Sebenarnya, tidak ada alasan kukuh mampu dibawa Muhyiddin dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.
Pakatan Harapan (PH) juga tidak melihat kekuatan sebenar Muhyiddin, selain daripada jawatan lama beliau dalam Umno dan kerajaan.
Dalam pada itu, alasan PH (pada masa itu) menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung adalah untuk menarik undi Melayu.
Sungguhpun hari ini ia amat kabur dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.
Sekiranya kita melihat kepada PH, gerakan untuk mendapatkan tsunami Melayu jelas tidak menyeluruh.
Belum ada cabaran yang nampak besar untuk tsunami Melayu berlaku. Berbeza pada waktu pelancaran gerakan Reformasi pada 1998.
Rakyat diajak untuk melakukan perubahan dengan menyajikan bukan sahaja kepincangan, tetapi menjemput rakyat bersama menuntut perubahan.
Kapasiti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang amat berkarismatik dan perlakuan zalim Dr Mahathir terhadapnya menjadi alasan besar meraih simpati rakyat untuk bersama beliau menentang kerajaan.
Anwar melemparkan dirinya untuk diadili rakyat dan membuka ruangan seluas-luasnya untuk meraih sokongan.
Kediaman beliau menjadi markas pertama untuk rakyat keluar masuk mendengar apa yang mahu dikatakannya.
Amat berbeza dengan perjuangan hari ini yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Tidak nampak jelas mereka menjadi inklusif kepada rakyat, apatah lagi untuk perjuangan Melayu itu sendiri.
Malah, ada yang mengatakan langkah Muhyiddin masih berlagak sebagai seorang timbalan perdana menteri dan bukan orang yang mahu membawa obor perjuangan khususnya Melayu.
Karakter ini dibawa dalam ceramah dan perjumpaan awam. Ini tidak menampakkan beliau adalah pembawa hasrat rakyat, melainkan hanya berusaha memastikan Datuk Seri Najib Razak ditumpaskan.
Sekiranya dilihat semula, seakan-akan beliau tidak menjadi representasi rakyat dalam usaha membela rakyat.
Apa yang jelas, seakan-akan beliau masih teragak-agak setelah meninggalkan Umno, melainkan satu alasan – menolak Najib.
Amat berbeza langkah dan caranya untuk menunjukkan beliau benar-benar menyesal sewaktu dalam Umno dan BN.
Tidak banyak persoalan yang diterbitkan beliau mengenai kegagalan Umno dalam memartabatkan perjuangan Melayu dan mengakui parti itu melakukan banyak kesalahan dalam usaha khususnya membela rakyat.
Mungkin beliau masih mengakui Umno banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan pada rakyat amnya.
Kalau bukan kolaborasi beliau dengan Dr Mahathir, mungkin beliau tidak tercampak atau terkeluar dari Umno.
Apakah beliau sebenarnya berani mengakui selama ini Umno tidak banyak berjasa kepada orang Melayu?
Kalau beliau merasakan benar Umno banyak berjasa pada orang Melayu, kenapa beliau mahu meruntuhkan institusi unggul orang Melayu itu?
Muhyiddin sebenarnya masih percaya segala-galanya yang dilakukan Umno memberi banyak manfaat kepada orang Melayu, tetapi malang kerana politik dan kehendak tersendiri, beliau senyapkan perkara ini.
Mungkin orang Melayu harus terima, Umno banyak berjasa kepada kita dan untuk mencari alasan meruntuhkan institusi itu adalah hampir tidak ada.
Amat kesian kerana Umno masih muncul dalam mimpi Muhyiddin.
Sumber TKO - 18-4-2018
Muhyiddin akan pertahan Pagoh
Posted on Wednesday, April 18 @ 08:23:15 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39219 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya memenangi kerusi Parlimen Pagoh sebanyak tujuh kali, dengan majoriti kukuh, di atas 12,000 undi di bawah panji BN dan dengan kekuatan kerajaan persekutuan di belakangnya.
Tetapi Muhyiddin bakal menghadapi cabaran baru dalam pilihan raya umum ke-14, memandangkan beliau akan mendapatkan mandat baru sebagai pemimpin pakatan pembangkang Pakatan Harapan (HARAPAN).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dijangka mempertahankan Pagoh disahkan oleh Setiausaha Johor Bersatu Osman Sapian malam ini.
"Ya, sudah tentu," kata Osman kepada pemberita ketika di Johor Bahru. Pengumuman rasmi dijangka dibuat pada 19 April di Pagoh.
Seorang bekas timbalan perdana menteri dan menteri besar Johor, Muhyiddin telah membina legasi yang kuat di Pagoh dan diingati sebagai orang yang menggunakan pengaruhnya untuk mengubah kawasan itu menjadi hab pendidikan utara Johor melalui Bandar Universiti Pagoh.
Perbandaran baru ini telah menarik tiga universiti dan sebuah kolej politeknik iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik Malaysia Tun Syed Nasir.
Beliau juga telah menyediakan landasan baru untuk pembangkang di Pagoh. Kini HARAPAN dapat mengadakan ceramah dan menarik ramai orang di situ.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai 2015 kerana mengkritik cara perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Abdul Razak mengendalikan skandal 1MDB.
Beliau dipecat daripada Umno pada tahun berikutnya dan kemudiannya bergabung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan BERSATU.
Selain bertanding di Pagoh, Muhyiddin juga akan bertanding di kerusi DUN Gambir.
Pengumuman calon lain BERSATU untuk parlimen Johor dan kerusi negeri akan dibuat pada 19 April. Calon-calon pula akan menerima surat watikah mereka pada 25 April.
Osman berkata daripada senarai calon itu, hanya tujuh orang bekas anggota Umno, manakala 21 yang lain adalah wajah baru kepada politik.
Bersatu bertanding 10 kerusi Parlimen, dan 18 kerusi DUN di Johor.
Sumber TKO - 18-4-2018
Parti komponen Pakatan Harapan, DAP, telah mendapat tajaan negara asing dalam usahanya untuk menggulingkan kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang memetik kenyataan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam syarahannya di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM pada 18 November 2015.
Kata Dr Kamarul, syarahan disampaikan Abdul Rashid selaku dirinya sebagai bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Antara dakwaan Abdul Rashid terhadap DAP ketika menyampaikan syarahan adalah:
"Tetapi sudah tentulah sesetengah parti kuat seperti DAP, mereka mendapat bantuan asing dan sebagainya."
"Anda boleh tanya kepada DAP tu kenapa mereka tidak bersetuju dengan perkara ini (akta dana politik), kerana banyak limpahan dana yang meraka katakan datangnya dari negara asing.
Lawaknya, (dana dari) Singapuralah, Hong Konglah masuk, Taiwan. Banyak duit masih, dia ada penghantar untuk membawanya masuk, bagi membiayai pilihan raya."
Ujar Dr Kamarul, Abdul Rashid juga menyebut beliau tidak kisah sekiranya pendedahan ini dilaporkan wartawan.
"Jika pendedahan ini dibuat oleh orang biasa maka sudah tentulah ini tidak akan mengejutkan tetapi bila yang mendedahkannya adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya seperti Tan Sri Abdul Rashid maka sudah tentulah ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dipercayai,"
katanya sambil turut menggesa pihak berkuasa menyiasat pengakuan orang kuat parti Dr Mahathir yang kini digantung selama 30 hari oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dakwaan gerakan politik mendapat pembiayaan asing untuk menggulingkan kerajaan juga pernah didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Kata Jamal, pergerakan awam pro-pembangkang, Bersih 2.0, yang mendakwa mereka sebagai pertubuhan bebas juga pernah mendapat bantuan daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Sebanyak RM3.2 bilion nilai tajaan Soros kepada pergerakan kelolaan S Ambiga dan Maria Chin Abdullah semenjak 2010 sehingga 2016 menerusi pertubuhan digelar Open Society Foundation (OSF), kata Jamal.
Kata Jamal, OSF memberikan dana kepada BERSIH dibawah nama Malaysian Program sebagai campurtangan Soros terhadap pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.
"Dokumen itu juga menyatakan Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia yang mahukan pembangkang untuk menang (pilihan raya), jadi ianya juga mengaitkan OSF telah memulakan gerakan sejak 2010."
Sumber TKO - 16-4-2018
LANGKAWI: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya nanti.
Pencalonan beliau diumumkan oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di satu ceramah di Padang Matsirat, Langkawi malam tadi.
Pencalonan Dr Mahathir disambut dengan sorakan daripada hadirin.
Penyandang Parlimen itu ialah Datuk Nawawi Ahmad dari Umno, yang memenang kerusi itu pada PRU13 dengan menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dengan majoriti selesa 11,861 undi.
Pengumuman ini menamatkan semua spekulasi tentang kerusi pilihan beliau.
Beliau sebelum ini mempertimbangkan antara Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu, di mana beliau menjadi wakil rakyat di situ selama lebih 3 dekad, termasuk ketika menerajui kerajaan selama 22 tahun.
Sumber TKO - 15-4-2018
Kedai Roti pun nak Menipu Cakap Awal-Awal Rugi Apa Salahnya..
Posted on Sunday, April 15 @ 14:55:15 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39158 |
Bila viral The Loaf dan 12 outlet yang beroperasi 2006 tutup pada 12 April 2018, ramai blogger UMNO/BN menulis Tun Mahathir tak pandai mengurus. Macam mana nak jadi PM semula kedai roti pun boleh rugi.
Semalam, Mahathir menafikan memiliki syarikat itu. Katanya “Saya hanya ada 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dihadiahkan kepada saya sewaktu melancarkan produk PNB (semasa menjadi perdana menteri). Kenyataan baik Mahathir ini disokong oleh blogger HARAPAN termasuklah blogger AMANAH (PAN) yang dulunya penulis PAS.
Sebelum ini heboh pasal kuda. Mahathir nafi juga ada kuda. Kata Dr Mahathir beliau pergi Argentina dan menunggang kuda hanya setahun sekali. "Saya tak pernah beli kuda. Saya bernasib baik sebab ada orang bagi pinjam kuda," katanya. Namun menurut Dr Mahathir beliau sudah tidak berkunjung ke Argentina sejak dua tahun lalu.
Blogger HARAPAN dan facebookernya menyokong Mahathir dan menghentam Najib.
Lebai pun tak suka Najib. Kalau diberi pilihan antara Ketua Perompak dan Ketua Penyamun sudah tentu lebai akan pilih ketua penyamun (Mahathir) berbanding Najib. Tapi soal kuda memang Mahathir berbohong.
Mahathir berbohong tu kita taklah kisah sangat yang "bodoh dan bangang" (bahasa kasar) penyokong HARAPAN tak pernah baca ke blog Mahathir pasal kuda dan kedai roti?
22 September 2016 Tun Mahathir ada menulis pasal kuda dan kedai roti. Pembaca boleh baca di sini. Lebai juga ada menulis pasal kedai roti di sini.
Tun Mahathir dalam blogsnya menulis "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau."
Rahimi Othman ada menulis, dalam permainan politik, perkataan atau kata kerja yang melibatkan Kuda seringkali digunakan seperti ‘menjadi kuda’, ’dikuda’, ‘ditunggang’ serta ‘memperkuda’. Bagi siapa yang biasa menunggang kuda, seni menunggang kuda ini juga boleh dikatakan hampir mirip dengan seni berpolitik. Apatah lagi jika seorang ahli politik itu merupakan penunggang kuda yang berpengalaman.
Negara telah melihat bagaimana Anwar memperkudakan ramai penyokong, parti politik dan NGO untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional. Kerakusan Anwar berkuda ini akhirnya menyebabkan dia tertendang dari arena politik negara buat waktu ini.
Apa yang tidak dijangka oleh sesiapapun, bekas kuda-kuda Anwar ini akhirnya ditunggang oleh ‘arch nemesis’ Anwar sendiri, Mahathir. Apabila Anwar ke penjara buat kali kedua, Mahathir sebagai seorang ahli politik dan penunggang kuda yang berpengalaman, cepat mengatur langkah. Satu per satu kuda Anwar dipujuk supaya tunduk jinak agar mudah ditunggangnya.
DAP, merupakan kuda Anwar yang paling utama bagi merampas kuasa politik di Malaysia. Seperti seekor ‘stallion’, ianya sukar dikawal tetapi enak ditunggang. Jika Mahathir dapat menunggang ‘stallion’ ini maka mudah lah baginya untuk menjinakkan kuda-kuda yang lain. ‘Stallion’ bermaksud kuda jantan yang belum dipotong kemaluannya dan masih boleh mengawan. Kuda ini kebiasaanya mempunyai nafsu yang kuat untuk membaham kuda-kuda betina lain.
Sebab itu antara parti pertama yang dirapati oleh Mahathir adalah DAP kerana bagi Mahathir DAP merupakan parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang. PKR, Amanah (Pan) dan lain-lain cumalah seperti kuda betina biasa yang mudah untuk dijinak.
Hanya Mahathir tak boleh MEMPERKUDAKAN PAS. Bukan sahaja tak boleh memperkudakan, malah PAS kini menendang Mahathir sehingga luka parah orang tua itu.
Selain daripada parti-parti politik, Mahathir juga menggunakan sejenis lagi kuda yang dipanggil "kuda trojan". Kuda-kuda trojan ini adalah mereka yang berada dalam kerajaan tetapi cuba menjadi balaci untuk menumbangkan Najib. Mahathir menyangka, dengan adanya kuda-kuda trojan ini maka mudah untuk Najib ditumbangkan.
Habis pasal kuda...
Tun Mahathir suka sungguh menipu. Selain menipu dia juga suka menafi. Tapi malangnya ada ramai pengikut yang boleh dibodoh-bodohkan oleh Mahathir pasal Mahathir ni banyak dedak. Janji wang RM500 juta untuk tabung PRU-14 pembangkang sangat menarik.
Cuba anda pembaca berfikir secara logik, apabila HARAPAN membuat keputusan saat akhir mempergunakan logo PKR bagi PRU-14 nanti. Sebelum ini semua parti telah bersedia dengan logo masing-masing. Agaknya berapa kos untuk semua logo bagi 222 kawasan parlimen belum masuk Dun??
Sangat besar? Siapa yang tanggung?? Tokei Kedai Rotilah... Ada sumbangan parti lain. Tak banyak. Takkan nak gadai serban Ahmad Awang. Kalau lelong pun berapa duit dapat?
Berbalik semula kedai roti.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu menjual francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.
“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The New Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.
Mahathir berkata lagi, seorang bakal pembeli didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak cukai”.
“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.
Ini pun Mahathir mengalah kerana ada pendedahan maklumat SSM oleh Eric See-To yang mendakwa rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bekas Perdana Menteri itu memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources, yang juga pemilik The Loaf.
Mahathir "kencing" penyokong HARAPAN kononnya dia hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Rupanya Mahathir Mahathir adalah pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor yang kedua-duanya terbabit dalam pembinaan kapal terbang. Dr Mahathir juga pemilik ketiga terbesar dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses berhampiran rumahnya. Ada banyak lagi cukup setakat ini dulu.
Tutup pasal saham (belum harta lain lagi tu...)
"Mythomania"
Kenapa Matahir suka menipu atau "KENCING" kepada penyokong HARAPAN??
Sebenarnya Mahathir mengikut pendapat lebai mempunyai penyakit disebut sebegai "Mythomania". Istilah ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1905 oleh seorang psikiater bernama Ferdinand Dupré.
Penderita gangguan Mythomania akan membuat dirinya sendiri percaya bahwa kebohongan yang dia buat adalah nyata. Jadi kebohongan patologis itu merupakan suatu kebohongan yang dapat melebar dan menjadi sangat rumit untuk waktu yang sangat lama bahkan terjadi sepanjang hidup si pembohong!
Hebat HARAPAN ada calon Mythomania
Sumber TKO -15-4-2018
Muhyiddin bayangkan bertanding di Gambir
Posted on Saturday, April 14 @ 23:37:47 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39138 |
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
BERITA BAIK!!!Nama saya Ratih Wahyu, saya ingin berkongsi kesaksian saya di sini di platform ini untuk semua rakyat Indonesia dan seluruh Asia berhati-hati dengan peminjam internet, Tuhan telah menyokong saya melalui Puan Kathleen Brian yang baik ibu.Selepas beberapa tempoh cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan enggan meneruskan, jadi saya memutuskan untuk mendaftar pinjaman dalam talian tetapi saya tertipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman yang berbeza.Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya bercakap dengan rakan saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Mrs Kathleen, yang merupakan pemilik syarikat pinjaman global. Rakan saya meminta saya memohon dari Puan Kathleen, jadi saya mengumpul keberanian dan menghubunginya.Saya memohon pinjaman sebanyak Rp500, 000,000 dengan kadar faedah 2%, jadi pinjaman itu mudah disepakati tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan atas pemindahan kredit, karena fakta bahwa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk mentransfer pinjaman Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah wang tunai Rp500.000.000. Saya sangat gembira bahawa Tuhan akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hati saya.Mereka juga mempunyai satu pasukan pakar yang akan menasihatkan anda mengenai jenis perniagaan yang anda ingin melabur dan bagaimana untuk melabur wang anda, jadi anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup anda.Semoga Tuhan memberkati ibu Kathleen untuk membuat hidup mudah bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Kathleen melalui e-mel: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782} untuk pinjaman anda.Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: ratihwahy@gmail.com dan Kezia yang memperkenalkan dan memberitahu saya tentang Puan Kathleen juga mendapat pinjaman baru dari syarikat itu. Anda boleh menghubungi Kezia melalui e-melnya: keziaarjuna@gmail.com.Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
ReplyDelete