APABILA saya membaca sebuah karangan pendek berkenaan Perdana Menteri Malaysia yang menangis, saya merasa sangat sedih. Bukan kerana plot ceritanya, tetapi sedih kepada penular yang giat menyebarkan cerita pendek (cerpen) itu.
Tanpa melihat kebenaran, kesahihan dan lojik kisahnya, mereka ralit menari-narikan jari-jemari mereka sama ada berkongsi mahupun berkomentar, kerana mereka sangat percaya dengan cerita itu. Namun tiada siapa pun yang sehingga kini mengaku menulis kisah air mata itu.
Ingatan saya terus menerpa kepada sebuah cerita pendek yang juga direka pada waktu banjir besar melanda Kelantan sedikit masa lalu. Kuala Krai antara tempat yang sangat terjejas. Maka ketika kekalutan itu berlaku, datanglah sebuah cerpen yang dikira sangat menyayat hati.
Ia berkisar mengenai seorang ibu yang terpaksa menghanyutkan mayat bayinya kerana meninggal gara-gara tiada bantuan yang sampai kepadanya. Bayi itu mati, dengan bermadah, ibunya mengarang kesedihannya, menghantar mesej itu dan akhirnya, menganyutkan mayat bayi itu adalah pilihan yang sangat berat untuk beliau lakukan, namun terpaksa.
Maka apabila ditanya, dari manakah cerpen itu diperolehi, tidak ada yang dapat memberikan jawapan. Saya cuba menduga lagi. Bukankah lebih baik si ibu menggunakan data internetnya meminta bantuan daripada melagukan kesedihannya dengan cerpen itu? Kerana saya bingung memikirkan, sempat lagikah ibunya berkarya sedang internet ada capaiannya, maka lebih utama meminta bantuan.
Tetapi agak terkilan apabila saya pula dimarahi kerana bertanya akan kesahihan cerpen itu. Sehingga kini, tiada laporan mengenai kebenaran cerpen itu. Senyap, diam seribu bahasa. Kalau ditanya kembali, mungkin saya akan dimarahi kembali.
Anda boleh sahaja menilai sikap rakyat Malaysia ini apabila melihat mereka menonton filem luar negara yang jika tiada sari kata sekalipun, asalkan sedih, heronya tampan, heroinnya cantik, lagunya sedap, maka mereka akan turut sama bersedih, bergembira dan membenci penjahat, seperti mereka memahami segala bahasa itu layak gaya mereka.
Sama ada Hindustan, Korea, Thailand, atau lain-lain, semua boleh ditonton asal terhibur. Tidak jauh dengan rancangan Akademi Fantasia yang kita tahu bagaimana ia begitu bermakna kepada rakyat Malaysia. Maka pemikiran sebegini mungkin yang memandu mereka memilih mempercayai cerita yang sedap walaupun tidak benar.
Keadaan sekarang pasca PRU saya lihat semakin parah. Apa sahaja yang dikongsi, sangat teruk sumbernya. Hanya dengan sekeping “screen shot” ia menjadi tular dengan beberapa ayat tambahan yang menyedapkan mata pemujanya membaca. Tiada batasan dosa pahala.
Ada yang pernah saya jumpa di dalam ‘WhatsApp Group” yang menyebarkan info-info yang tidak tahu hujung pangkalnya. Apabila ditanya dari mana sumber, saya pula kelihatan seperti pendosa yang perlu menagih keampunan. Terkadang saya diperli.
Ada pernah diberikan jawapan kepada saya "alah, habis tu takkan kita nak bawa ke balai polis dulu untuk pengesahan’" jawapan daripada eksekutif kewangan sebuah syarikat besar. Jika itu jawapan daripada orang terpelajar, maka apa agaknya harapan kita kepada mereka yang kurang pelajarannya?
Keadaan ini menimbulkan ketakutan kepada golongan yang memikirkan bahaya fitnah yang sedang digerakkan tidurnya. Ancaman laknat dari Rasulullah tidak dihiraukan, maka apatah lagi ancaman manusia biasa? Begitu galak mereka berkongsi berita yang mereka sendiri tidak pasti.
Terbaharu, Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu menafikan tular berkenaan beliau menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi kerajaan, menjamu Perdana Menteri berbuka puasa di rumah beliau yang mana ia sebenarnya berlaku tahun lalu dan kewujudan tabung derma bagi beliau membeli sebuah kereta. Untuk PAS, jangan cakaplah fitnah yang kena.
Jika ini terus diamalkan oleh rakyat Malaysia, maka mereka sebenarnya menjemput bala Allah. Sikap hampir sama yang ditunjukkan oleh mereka yang mengaku belajar agama. Sungguh, fitan (fitnah-fitnah) ini sangat dahsyat. Sebagaimana diceritakan oleh Rasulullah yang fitan ini akan datang dan baginda menyuruh kita menyelamatkan diri daripadanya. Lebih daripada itu Rasulullah juga menyebut dalam era fitan ini, akan ada dari kita yang menjual agama demi kepentingan dunia yang sedikit.
Marilah kita sama-sama menjauhi fitnah dengan bertabayyun dahulu dengan berita, cerita yang kita dengar. Ia akan menjadi umpan kepada pemfitnah untuk kita mengikut jejak langkah mereka jika kita tidak memeriksa dahulu sumber berita kita.
Janganlah kerana kebencian kita terhadap sesuatu golongan, menyebabkan kita berlaku tidak adil. Sedangkan adil itu lebih dekat dengan takwa. Jika ancaman dari Allah dan Rasul tidak menggerunkan kita, maka apakah lagi yang tinggal dalam hati kita?
MOHD NASIR ABDULLAH
Hamad International Airport
Doha, Qatar
29 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 29/5/2018
Sumber HD - 29-5-2018
Geoeskatologi (12): Kota Bisan
KOTA Bisan atau dalam Bahasa Ibrani disebut Beit She'an terletak di Utara Palestin dan sempadan Jordan Syria. Berada di persimpangan Lembah Sungai Jordan dan Lembah Jezreel. Kedudukannya adalah antara Baitulmaqdis dan Tasik Galilee. Berjiran dengan Bukit Golan yang menjadi sumber utama air bersih Wilayah Syam.
Kota Bisan merupakan antara tempat bersejarah di dunia. Di sana terdapat kota lama yang dipercayai wujud sejak zaman gangsa. Terdapat kesan peninggalan Tamadun Firaun Mesir Purba (Firaun) dan juga Greek di sana. Menjadi penempatan Bangsa Kanaan yang terkenal dalam sejarah. Selepas era kolonialisasi, Kota Bisan menjadi kawasan majoriti Yahudi.
Kota lama ini indah dan subur dengan kebun kurma dan bermacam hasil pertanian. Mengikut maklumat yang diterima dari penduduk Palestin, kurma di Bisan kini masih lagi berbuah. Malangnya, penghasilan kurma menurun dengan mendadak berbanding sebelum ini. Antara puncanya adalah kawasan ini semasa awal penjajahan Zionis adalah medan perang antara Arab dan Israel. Banyak kawasan tanaman yang musnah. Punca lain juga, kawasan ini diserang sejenis binatang perosak yang menyebabkan banyak pohon mati. Sungai Jordan yang mengairi Kota Bisan hingga ke Tasik Galilee juga semakin cetek dengan begitu drastik kebelakangan ini, menjadi salah satu faktor pengurangan kurma Bisan.
Menurut Hadis Nabi S.A.W yang dinyatakan pada siri lepas, antara tanda kemunculan Dajjal adalah kurma di Kota Bisan tidak lagi berbuah. Menandakan ketandusan kota tersebut. Ia berlaku selari dengan Tasik Galilee yang tidak akan lagi berair. Namun tidak dinyatakan secara jelas apakah keadaan mata air Zugor.
Fenomena kemarau menjadi salah satu di antara kejadian yang mendekati zaman keluarnya Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
إن قبل خروج الدجال ثلاث سنوات شداد، يصيب الناس فيها جوع شديد، يأمر الله السماء في السنة الأولى أن تحبس ثلث مطرها، ويأمر الأرض أن تحبس ثلث نباتها، ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرها، ويأمر الأرض فتحبس ثلثي نباتها، ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله، فلا تقطر قطرة، ويأمر الأرض فتحبس نباتها كله، فلا تنبت خضراء، فلا يبقى ذات ظلف إلا هلكت؛ إلا ما شاء الله ، قيل: فما يعيش الناس في ذلك الزمان؟ قال: التهليل والتكبير، والتحميد، ويجزئ ذلك عليهم مجزأة الطعام
"Sesungguunya sebelum keluar Dajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering-kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil, takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan."
[HR Ibn Majah]
Keadaan kering ini membuatkan manusia semakin mudah menjadi pengikut Dajjal. Dalam keadaan terdesak dan memerlukan makanan, Dajjal pula mampu menawarkan kemewahan dunia. Teknologi ataupun sihir yang dimilikinya mampu membuatkan sesuatu tempat subur dan suatu tempat kering. Sabda Rasulullah S.A.W:
فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ ، وَالأَرْضَ فَتُنْبِتُ ، فَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ - الماشية - أَطْوَلَ مَا كَانَتْ ذُرًا - الأعالي والأسنمة - وَأَسْبَغَهُ ضُرُوعًا ، وَأَمَدَّهُ خَوَاصِرَ - كناية عن الامتلاء وكثرة الأكل - . ثُمَّ يَأْتِي الْقَوْمَ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قَوْلَهُ فَيَنْصَرِفُ عَنْهُمْ
فَيُصْبِحُونَ مُمْحِلِينَ لَيْسَ بِأَيْدِيهِمْ شَيْءٌ مِنْ أَمْوَالِهِمْ .
"Dajjal akan mendatangi sesuatu kaum lalu menyeru supaya mengikutinya, lalu kaum tersebut mengikutinya. Maka dia memerintahkan langit untuk hujan dan bumi untuk mengeluarkan tumbuhan. Maka binatang-binatang peliharaan mereka menjadi gemuk dan sihat. Kemudian dia mendatangi sesuatu kaum lalu menyeru supaya mengikutinya, lalu kaum tersebut menolak dan meninggalkan Dajjal. Keesokan harinya mereka dapati tanaman mereka tidak menjadi."
[HR Muslim]
Mengikut Hadis yang lain, Dajjal akan menawarkan syurga dan neraka. Kita disuruh memilih nerakanya. Sabda Rasulullah S.A.W:
مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ أَحَدُهُمَا رَأْيَ الْعَيْنِ مَاءٌ أَبْيَضُ وَالآخَرُ رَأْيَ الْعَيْنِ نَارٌ تَأَجَّجُ ، فَإِمَّا أَدْرَكَنَّ أَحَدٌ فَلْيَأْتِ النَّهْرَ الَّذِي يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ثُمَّ لْيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ فَيَشْرَبَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ
"
Di tangan Dajjal terdapat dua sungai. Salah satunya sungai berair jernih dan satu lagi berupa api yang marak. Sekiranya kamu sempat pada zaman itu maka pergilah ke arah sungai yang berupa api itu. Tutuplah mata dan tenggelamkan kepala lalu minumlah darinya. Sesungguhnya itu adalah air yang sejuk."
[HR Muslim]
Keadaan akan berlanjutan sehinggalah Imam Mahdi dan tenteranya berjalan menewaskan Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
يخرجُ في أُمتي المهديُّ ، يسقيهِ اللهُ الغيثَ ، وتُخرِجُ الأرضُ نباتَها ، ويُعطِي المالَ صِحاحًا ، وتَكثُرُ الماشيةُ ، وتعظمُ الأمَّةُ ، يعيشُ سبعًا أو ثمانيًا ، يعني حِجَجًا
"Imam al-Mahdi bakal keluar untuk umatku. Allah bakal menurunkan hujan bersamanya. Allah juga bakal mengeluarkan tumbuhan dari bumi. Akan dilimpahi dengan harta. Binatang peliharaan akan menjadi banyak. Umat ini akan menjadi agung. Dan dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun, sebagai hujah."
[HR Hakim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN) 10 Ramadan 1439 26 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018
Wajah PAS pada pandangan Malaysia
KUALA LUMPUR: PAS melihat kebanyakan umum memahami Islam hanyalah satu agama, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“PAS melihat kebanyakan umum memahami Islam hanyalah satu agama, mengikut takrif religion atau agama sedangkan Islam adalah ad-din, yang merangkumi secara aspek, bukan saja aspek yang dikatakan agama mengikut kefahaman mereka, aspek spiritual, aspek moral, di sana aspek politik ekonomi yang membezakan Islam dengan teori dan idelogi-ideolgi lain,” ujarnya dalam temubual rancangan 100 Hari Malaysia Baru di stesen Astro Awani, hari ini.
Menurut beliau, Islam bersikap positif, mana-mana yang baik daripada ideologi yang lain sudah ada dalam Islam.
“Unsur yang negatif ditolak oleh Islam sepertimana dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ada perkara yang dinaskan secara khusus dalam perkara yang tak mungkin difikiran akal manusia, Allah Taala bagi petunjuk,” ujar beliau.
Tambahnya, yang kedua perkara yang umum, ia boleh dilaksanakan secara fleksibel.
"Manakala yang ketiga, perkara yang tak ada nas. Maka boleh digunakan kebijaksanaan mengikut pengalaman semasa yang sentiasa berubah dan masyarakat yang berubah.
"PAS perlu perkenalkan kepada masyarakat. Dengan sebab itu PAS tidak menjadi masalah menghadapi sebarang perkembangan berhadapan dengan masyarakat.
"Cuma perlu didedahkan kerana masyarakat umum mengetahui dalam aspek ekonomi sebagai contoh, mereka mengenali dua mazhab ekonomi, sama ada liberal kapitalisme, ataupun sosialisme ekstrem komunis, ataupun sosialime yang sederhana," kata Tuan Guru.
Jelas beliau, mereka tidak tahu di sana ada Islam yang berbeza dengan liberal kapitalisme dan sosialisme.
Menurut beliau lagi, perbezaan ketara dalam Islam adalah wujudnya aspek spiritual aspek rohani, yang ada dalam politik dan ekonomi yang tiada dalam ideologi lain. – HARAKAHDAILY 28/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018
Geoeskatologi (11): Bisan, Galilee, Zigor & Pulau Dajjal
DIRIWAYATKAN daripada Fatimah bintI Qais R.A, selepas menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi, Rasulullah S.A.W memerintahkan agar setiap orang kekal berada di tempat solat masing-masing. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنِّى وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلاَ لِرَهْبَةٍ ، وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لأَنَّ تَمِيماً الدَّارِىَّ كَانَ رَجُلاً نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ ، وَحَدَّثَنِى حَدِيثاً وَافَقَ الَّذِى كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ ، حَدَّثَنِى أَنَّهُ رَكِبَ فِى سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلاَثِينَ رَجُلاً مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ ، فَلَعِبَ بِهِمُ الْمَوْجُ شَهْراً فِى الْبَحْرِ ، ثُمَّ أَرْفَئُوا ( أي : التجؤوا ) إِلَى جَزِيرَةٍ فِى الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ ، فَجَلَسُوا فِى أَقْرُبِ السَّفِينَةِ ( وهي سفينة صغيرة تكون مع الكبيرة كالجنيبة يتصرف فيها ركاب السفينة لقضاء حوائجهم ، الجمع قوارب والواحد قارب ) فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ ( أي : غليظ الشعر ) كَثِيرُ الشَّعَرِ ، لاَ يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقَالُوا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ( قيل سميت بذلك لتجسسها الأخبار للدجال ) . قَالُوا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتْ : أَيُّهَا الْقَوْمُ ! انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِى الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالأَشْوَاقِ . قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلاً فَرِقْنَا ( أي خفنا ) مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ، قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعاً حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ ، فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقاً ، وَأَشَدُّهُ وِثَاقاً ، مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ ، مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ ، قُلْنَا : وَيْلَكَ مَا أَنْتَ ؟ قَالَ : قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي ، فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ ؟ قَالُوا : نَحْنُ أُنَاسٌ مِنَ الْعَرَبِ ، رَكِبْنَا فِى سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ ، فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ ( أي هاج ) ، فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْراً ، ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ ، فَجَلَسْنَا فِى أَقْرُبِهَا ، فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لاَ يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقُلْنَا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ . قُلْنَا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتِ : اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِى الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِاْلأَشْوَاقِ . فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعاً ، وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ، فَقَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ . قُلْنَا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ . قَالَ : أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لاَ تُثْمِرَ . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ ؟ قُلْنَا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِيهَا مَاءٌ ؟ قَالُوا : هِىَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ . قَالَ : أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ عَيْنِ زُغَرَ ؟ ( وهي بلدة تقع في الجانب القبلي من الشام ) قَالُوا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِى الْعَيْنِ مَاءٌ ؟ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، هِىَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ ، وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ نَبِىِّ الأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ ؟ قَالُوا : قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ . قَالَ : أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ . قَالَ : كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ ؟ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنَ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ ، قَالَ لَهُمْ : قَدْ كَانَ ذَلِكَ ؟ قُلْنَا نَعَمْ . قَالَ : أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ ، وَإِنِّى مُخْبِرُكُمْ عَنِّي ، إِنِّى أَنَا الْمَسِيحُ ، وَإِنِّى أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِى فِى الْخُرُوجِ ، فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِى الأَرْضِ فَلاَ أَدَعَ قَرْيَةً إِلاَّ هَبَطْتُهَا فِى أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا ، كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِداً مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِى مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتاً يَصُدُّنِى عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلاَئِكَةً يَحْرُسُونَهَا . قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم - وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِى الْمِنْبَرِ - : « هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ » . يَعْنِى الْمَدِينَةَ « أَلاَ هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ ؟ » . فَقَالَ النَّاسُ :نَعَمْ .
"Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kamu bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar buruk, akan tetapi aku mengumpulkan kamu kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani kini telah memeluk Islam dan berbai'ah kepadaku. Ia telah mengatakan sesuatu yang pernah aku katakan kepada kalian tentang al-Masih Dajjal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahawa dia belayar bersama 30 orang dari Kabilah Lakham dan Judzam dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.
"Kemudian, mereka mendarat di pulau tersebut dan bertemu dengan satu makhluk yang berbulu lebat, sehingga mereka tidak dapat menganggarkan mana ekornya dan mana kepalanya, kerana tertutup oleh bulunya yang terlalu banyak.
"Mereka berkata, "Celaka, dari jenis apakah kamu ini."
"Ia menjawab, "Saya adalah Al-Jassasah."
"Mereka bertanya, "Apakah Al-Jassasah itu?"
"Tanpa menjawab soalan mereka, lalu ia berkata, "Wahai kalian, lihatlah seorang lelaki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengar maklumat daripada kalian! "
"Tamim Ad-Dari berkata, "Ketika ia menjelaskan kepada kami tentang lelaki itu, kami pun terkejut kerana kami menyangka bahawa ia adalah syaitan. Lalu kami akan berangkat sehingga kami memasuki rumah tersebut, di sana terdapat seorang manusia yang paling besar (yang tidak pernah kami lihat sebelum ini) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua-dua tangannya terikat ke bahunya, serta antara dua lutut dan kedua-dua mata kakinya terbelenggu dengan besi. "
"Kami berkata, "Celaka, siapakah kamu ini?" Ia menjawab, "Takdir telah menentukan bahawa kamu akan menyampaikan maklumat kepadaku, maka khabarkanlah kepadaku siapakah kamu ini?"
"Mereka menjawab, "Kami adalah orang-orang Arab yang berlayar dengan sebuah kapal, tiba-tiba kami menghadapi sebuah laut yang bergoncang, lalu kami terumbang-ambing di tengah laut selama satu bulan, dan terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat yang berdekatan dengan kapal, kemudian kami masuk pulau ini, maka kami bertemu dengan seekor binatang yang sangat banyak bulunya yang tidak dapat dianggarkan mana ekor dan mana kepalanya kerana banyak bulunya.
"Maka kami berkata, "Celaka, apakah kamu ini?"
"Ia menjawab, "Saya adalah Al-Jassasah."
"Kami bertanya, "Apakah Al-Jassasah itu?"
"Tanpa menjawab soalan kami, ia berkata, "Wahai kalian, lihatlah seorang lelaki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengar maklumat daripada kalian! "
"Lalu kami segera menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut kerana menyangka bahawa ia adalah syaitan. "
"Laki-laki besar yang terikat itu mengatakan, "Beritahu kepada saya tentang pohon-pohon kurma yang ada di Daerah Baisan?"
"Kami bertanya, "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
"Ia berkata, "Saya bertanya sama ada pohon-pohon kurma itu berbuah?"
"Kami menjawab, "Ya."
"Ia berkata, "Adapun pohon-pohon kurma itu maka hampir saja tidak akan berbuah lagi."
"Kemudian ia berkata, "Beritahu kepadaku tentang Tasik Galilee."
"Mereka berkata, "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
"Ia bertanya, "Apakah ia masih tetap berair?"
"Mereka menjawab, "Airnya masih banyak."
"Ia berkata, "Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis."
"Kemudian ia berkata lagi, "Beritahu kepada saya tentang mata air Zugar."
"Mereka menjawab, "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
"Ia bertanya, "Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu?"
"Kami menjawab, "Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu."
"Lalu ia berkata lagi, "Beritahu kepadaku tentang Nabi yang ummi (tidak boleh tulis baca), apa sajakah yang sudah ia perbuat?"
"Mereka menjawab, "Dia telah keluar dari Makkah dan menetap di Yathrib (Madinah)."
"Lalu ia bertanya, "Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab?"
"Kami menjawab, "Ya."
"Ia bertanya, "Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?"
"Maka kami memberitahu kepadanya bahawa Nabi itu telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka menaatinya. "
"Lalu ia berkata, "Apakah itu semua telah berlaku?"
"Kami menjawab, "Ya."
"Ia berkata, "Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka untuk menaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal, dan sesungguhnya aku hampir saja yang dibenarkan untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Thaibah, kedua-dua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari negeri itu maka aku dihadang oleh malaikat yang ditangannya ada pedang berkilau dan sangat tajam untuk menghambatku dari kedua-dua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di Kota Madinah terdapat malaikat yang menjaganya. "
"Fathimah berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda sambil menghentakkan tongkatnya di atas mimbar," Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah (maksudnya Kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kamu tentang hal itu? "Para Sahabat menjawab," Benar. "Beliau S.A.W bersabda," Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tamim ad-Dari, kerana ia bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kamu tentang dia (Dajjal) dan tentang Madinah dan Makkah. Ketahuilah, tempatnya (Dajjal) terletak di laut Syam atau laut Yaman. Ia datang dari arah Timur, dari arah Timur, dari arah Timur. Rasulullah S.A.W mengisayaratkan tangannya ke arah Timur."
[HR Muslim]
Apa yang kita harus percaya dari Hadis ini, sebenarnya Dajjal adalah sebahagian dari makhluk manusia. Dajjal juga sudah lama hidup, cuma pada zaman Nabi S.A.W dia dibelenggu dan tidak dapat keluar. Namun tidak menjadi suatu perkara yang mustahil jika ada pihak yang boleh bertemu dengannya dan berkomunikasi, malah menjadi pengikut yang menjalankan segala perancangannya walau sebelum tiba waktu dia dibebaskan.
Banyak perkara misteri dan tidak masuk akal berkenaan Hadis ini. Bagaimana Dajjal yang dikatakan bakal muncul akhir zaman sudah hidup di zaman Nabi. Bagaimana binatang boleh berkata-kata. Bagaimana pulau tersebut tidak dapat dikesan walaupun teknologi yang sangat canggih hari ini. Walau bagaimanapun, kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa setiap perkara yang datang dari Hadis Sahih adalah benar.
Hadis ini juga mengandungi maklumat yang sangat banyak berkaitan dengan geografi. Melibatkan Lembah Bisan, Tasik Galilee, mata air Zugar dan lokasi pulau yang terletaknya Dajjal. InsyaAllah akan diperincikan satu persatu mengenai lokasi ini dalam siri akan datang.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
11 Ramadan 1439
27 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 27/5/2018
Sumber HD - 27-5-2018
Geoeskatologi (10): Sungai Furat
SUNGAI Furat merupakan sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran Timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu Sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.
Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting yang menghidupkan tamadun awal manusia zaman gangsa Mesopotomia. Bahkan maksud Mesopotamia sendiri adalah tanah di antara sungai-sungai. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.
Nabi S.A.W turut menyebutkan tentang Sungai Furat dalam satu Hadis:
يوشكُ الفراتُ أن يُحسِرَ عن جبلٍ من ذهبٍ . فإذا سمع به الناسُ ساروا إليه . فيقول من عنده : لئن تركنَ الناسَ يأخذون منه ليذهبنَّ به كلُّه . قال فيقتَتِلون عليه . فيُقتَلُ ، من كلِّ مائةٍ ، تسعةٌ وتسعون .
"Sungai Furat hampir menyingkapkan gunungan emas. Apabila manusia mengetahuinya, mereka akan pergi mendapatkannya. Maka berkatalah sesama mereka, sekiranya kita biarkan orang mengambilnya nescaya akan habislah semua emas itu. Lalu mereka berperang bagi mendapatkannya. Maka akan terbunuh 99 dari setiap 100 orang."
[HR Muslim]
Nabi S.A.W menggambarkan sesuatu yang buruk bakal berlaku di sisi Sungai Furat iaitu peperangan yang sangat dahsyat sehingga 99 peratus yang terlibat akan terbunuh. Puncanya kerana berebutkan habuan emas yang terdapat di sungai tersebut.
Sebahagian Ulama menafsirkan Hadis ini dengan fenomena yang berlaku sekarang. Emas yang dimaksudkan di dalam Hadis adalah sumber petroleum dan gas ali yang menjadi komoditi utama dunia hari ini. Persaingan geo-politik melibatkan kuasa-kuasa besar di Syria, Iraq malah Turki antaranya kerana ingin menguasai sumber komoditi tersebut.
Emas dikiaskan dengan petroleum adalah kerana emas merupakan penentu nilai bagi mata wang sejak zaman dahulu termasuk zaman Nabi S.A.W. Tetapi hari ini, mata wang dunia tidak lagi bersandarkan kepada nilai emas sebaliknya berasaskan kepada sistem petrodollar, di mana nilai petrol yang diikat dengan US Dollar menjadi faktor utama nilai mata wang moden.
Sistem petrodollar diperkenalkan pada tahun 1971 bagi menggantikan Sistem Bretton Woods yang jatuh pada tahun 1970. Ketika berlaku Perang Arab-Israel, US memeterai perjanjian dengan Arab Saudi bagi menjual petrol hanya dalam bentuk US Dollar, sebelum diikuti negara-negara pengeluar utama minyak dunia dan membentuk OPEC. Sebagai balasan, US bersetuju untuk melindungi industri minyak negara-negara tersebut dengan teknologi dan juga ketenteraan.
Petroleum menjadi antara faktor utama persaingan geo-politik di rantau Asia Barat. Apabila dilihat kawasan-kawasan yang dikuasai ISIS adalah di kawasan Timur Laut Syria dan Barat Laut Iraq, dan kawasan tersebut memiliki telaga minyak yang sangat banyak. Kini puak Kurdis yang menduduki kawasan Utara Iraq dan Syria serta Tenggara Turki mula mengambil alih kawasan-kawasan ISIS
ISIS dan Kurdis kedua-duanya dibiayai oleh fraksi antarabangsa US. Mereka sebenarnya bekerja bagi kepentingan politik negara musuh Islam itu. Malah dalam keadaan perang yang masih rancak, aktiviti penyeludupan minyak juga giat berlaku di kawasan terbabit.
Jika benar maksud Hadis Nabi S.A.W merujuk kepada situasi sekarang, boleh jadi 100 orang yang berperang merebutkan emas itu adalah kumpulan-kumpulan bersenjata yang wujud di Turki, Syria dan Iraq sekarang. Ubai bin Kaab menambah dalam riwayatnya: sekiranya kamu berada pada ketika itu, maka janganlah kamu terlibat langsung dengan peperangan tersebut.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
10 Ramadan 1439
26 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018
Usah gopoh ubah struktur kerajaan
MENJADI kebiasaan bagi sesebuah kerajaan baru untuk membuat penstruktran semula jentera kerajaan. Lebih-lebih lagi bila kerajaan baru itu dahulunya berada di pihak pembangkang.
Oleh itu, kita tidak boleh nafikan akan wujud perubahan struktur kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan selepas menang dalam PRU ke 14 baru-baru ini.
Apa dasarnya?
Cuma perubahan yang dibuat tidak boleh tergesa-gesa. Pertama, perlu ditentukan apakah dasar dan prinsip yang digunapakai untuk penstrukturan itu. Adakah untuk pengecilan saiz? Adakah untuk pengurangan kementerian? Adakah untuk menggalakkan 'semak dan imbang'? Adakah untuk meningkatkan penglibatan sukarela rakyat dalam pentadbiran negara? Adakah ia bertujuan untuk menghapuskan salah guna jentera kerajaan untuk kepentingan politik?
Persoalan berkaitan dasar ini perlu diperjelas terlebih dahulu sebelum dicadangkan perubahan struktur kerajaan.
Pengecilan saiz
Sehari dua ini tersebar senarai jabatan-jabatan kerajaan yang akan terlibat dalam perubahan nama, penggabungan dan pemansuhan.
Mungkin ia sekadar cadangan, tetapi ia tidak mustahil menjadi kenyataan.
Berdasarkan cadangan itu, dasar yang dipakai ialah pengecilan saiz kerajaan atau downsizing of the government.
Setakat yang saya faham, pengecilan saiz kerajaan tidak ada dalam menifesto PH.
Bahkan, dalam tempoh kempen berjalan pemimpin PH seringkali menafikan hasrat untuk mengecilkan saiz kerajaan kerana ia akan menyebabkan berlaku pemberhentian sebahagian kakitangan kerajaan--satu senario yang boleh menghilangkan undi kelompok tertentu.
Bidak catur
Kita berharap agar cadangan itu sekadar coretan kreatif mereka yang ghairah dengan perubahan, bukannya satu cadangan yang menjadi rujukan pemimpin kerajaan.
Memimpin kerajaan bukan seperti bermain catur. Dalam catur 'mangsanya' sekadar bidak-bidak catur yang tidak bernyawa. Bahkan jika kecundang anda boleh bermain semula.
Memimpin kerajaan perlu hati-hati ibarat menatang minyak yang penuh. Jika silap mangsanya adalah kesejahteraan, keselamatan, dan kemakmuran rakyat dan negara.
Penglibatan semua
Dalam menentukan struktur kerajaan misalnya, soal fungsi kementerian dan jabatan, bidang tugas, bidang kuasa menurut undang-undang, sejarah penubuhan, agihan tugas dengan badan lain, aspek sumber manusia, serta kecekapan organisasi perlu diberikan perhatian
Keputusan tidak hanya boleh dibuat secara 'arahan dari atas', tetapi ia perlu melalui proses perbincangan dengan agensi terbabit serta pihak-pihak yang berkepentingan.
Kita amat berharap kerajaan baru Malaysia benar-benar memahami hasrat rakyat yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik.
Mengubah apa yang sedia ada semata-mata untuk mewujudkan perubahan mungkin mendatangkan kesan yang lebih buruk jika ia dilakukan dengan gopoh dan tanpa perancangan yang bijak serta menyeluruh.
Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia.
Dr Muhammad Fathi Yusof
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur
26 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018
PAS vs Fikrah Anti Pas
Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; mereka semuanya akan kembali kepada Kami. (Surah Al-Anbiyaa, ayat 92-93)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah Al-‘Imran, ayat 103)
Ayat di atas jelas untuk difahami bagi pendukung perjuangan Islam khusus di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali..
Sudah pasti perjuangan Pas ada kekurangan kerana Pas merupakan organisasi yang ditunjangi oleh makhluk-makhluk yang beriman,tetapi sifat makhluk pastilah tidak sempurna.
Adakah dengan mengkritik Pas di kuliah-kuliah agama akan menjadikan Pas itu lemah?orang takut bersama Pas?sedari dulu kelemahan anda yang mengkritik kerana kalau disebut kelemahan jemaah anda satu persatu pasti akan membuat masyarakat binggung dengan perjuangan anda..
Kami Jemaah Parti Islam Semalaysia terbuka untuk menerima mana-mana jemaah Islam lain mendukung perjuangan kami bersama-sama asalkan anda tidak menjadikan kami sebagai tangga untuk mencapai matlamat tertentu.. Eloklah pengkritik Pas sebelum ini bertopengkan (unpolitical) segera masuk ke gelanggang politik,kerana kami bersedia untuk menentang anda di padang yang sama..
Mz..
Sumber MR - 26-5-2018
PAS Desak SPRM Dedah Kekayaan Keluarga Mahathir
Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan sangat luar biasa kerana seorang anak Mahathir, Tan Sri Mokhzani turut tersenarai sebagai antara individu terkaya di Malaysia.
“Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga anaknya berkemampuan memiliki kekayaan cukup luar biasa.
“Justeru, kami desak agar siasatan SPRM sebelum ini dapat didedahkan kepada umum kerana ramai nak tahu mengenainya,” katanya selepas mengadakan perhimpunan mendesak perkara tersebut di depan Masjid al-Fattah di sini, semalam.
Kira-kira 20 anggota PAS Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan secara aman tersebut yang berlangsung selepas solat fardu Jumaat.
Dalam pada itu, Azmi turut menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis dalam kejadian lebih 30 tahun lepas itu.
Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah.
BERITA BERNAMA Feb 24, 2018
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/desak-sprm-dedah-siasatan-kekayaan-keluarga-tun-m-1.807138
Sumber MR - 25-5-2018
Mendirikan solat dalam diri, negeri dan negara
Gambar Menteri Besar Terengganu yang baharu dilantik, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat fardu di Wisma Darul Iman tular menerusi media sosial.
Dalam satu posting gambar di Facebook ' Budok Ganu', Dr. Ahmad Samsuri dilihat sedang mengimamkan solat bersama-sama para pegawainya di bangunan Wisma negeri. Lagi gempak dibelakang Dr Samsuri kelihatan Ustaz Azhar Idrus menjadi makmumnya.
"Dirikan solat pada diri kita, dirikan solat kepada keluarga kita, dirikan solat di negeri perintah kita itu suatu yang sangat bermakna"
Kerajaan Terengganu sekarang menjalankan pemerintah mendirikan solat sebagaimana pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Bukan sahaja setiap waktu rehat (zohor) diisi dengan solat berjamaah malah ada sedikit tazkirah membuatkan pegawai kerajaan negeri sentiasa berada dalam pesan memesan sebagaimana tuntutan dalam Surah Al Asr.
Ini suatu permulaan yang baik mengakhir komennya.
Sumber MR - 25-5-2018
Geoeskatologi (9): Ghouta
GHOUTA merupakan satu daerah di Pinggir Damsyik (Rif Dimashq). Terletak di antara ibu kota Damsyik sebelah Barat dan Negeri Homs sebelah Timur, serta hampir dengan sempadan Jordan.
Ghouta terkenal dengan kesuburan dan keindahan alamnya. Memiliki sumber air bermutu tinggi sejak zaman lampau dikenali sebagai Lembah Barada. Cuaca yang nyaman dan dipenuhi rimbunan pohon berbuah, disamping tanaman bermutu tinggi. Sejarawan menganggap Ghouta sebagai salah satu kawasan paling subur di dunia. Malah ada yang menggelarkan Ghouta sebagai syurga dunia.
Ghouta mula berkonflik sejak 2012 pada era Arab Spring. Sehingga 2014, hampir keseluruhan Ghouta dikuasai berbagai kumpulan daripada fraksi IS, FSA, al-Qaeda dan lain-lain. Selain berperang sesama sendiri, Mereka turut menjadi ancaman utama kepada rejim Syria yang terpisah beberapa batu sahaja dari Pusat Pentadbiran Damsyik.
Bermula 2014, Kerajaan Syria menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran bagi menawan kembali Ghouta. April 2018, tentera telah mengumumkan bahawa Ghouta telah bebas daripada semua penentang kerajaan. Tetapi atas dakwaan tentera Syria melanggari hak asasi manusia, kuasa Barat dikepalai US mengambil peluang untuk masuk mengeruhkan lagi keadaan.
Ghouta bakal menjadi kubu pangkalan orang beriman di akhir zaman. Sabda Rasulullah S.A.W:
إن فسطاط المسلمين ، يوم الملحمة ، بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها : دمشق ، من خير مدائن الشام
"Sesungguhnya kubu orang beriman pada Hari Malhamah adalah di Ghouta, bersebelahan kota yang dipanggil Damsyik. Ia adalah sebaik-baik kota di bumi Syam."
[HR Abu Daud]
Malhamah merupakan perang besar. Sesetengah mengatakan sebagai Perang Dunia Ketiga. Ada yang berpendapat sebagai Perang Nuklear. Dalam Eskatologi Kristian, ia dikenali sebagai Armageddon. Ia adalah tanda masa yang akan menentukan di mana tempat bertahan umat Islam di akhir zaman nanti.
Persoalan mengenai jangkaan berlaku Malhamah masih tidak dapat dijawab sehingga hari ini. Namun banyak Hadis yang menyebutkan tentang tanda-tanda Malhamah. Contohnya Hadis yang telah kita huraikan:
Hadis ini menyebut bahawa Malhamah bakal berlaku selepas kepesatan Baitulmaqdis dan kejatuhan Madinah. Kita telah membahaskan isu ini pada Siri 2 dan 3.
Mengenai kubu pangkalan orang beriman, terdapat Hadis Eskatologi lain yang membincangkan tentang perkara ini. Sabda Rasulullah S.A.W ketika menyebut tentang fitnah al-Ahlas:
قال هي هرب وحرب ، ثم فتنة السراء دخنها من تحت قدمي رجل من أهل بيتي ، يزعم أنه مني ، وليس مني ، وإنما أوليائي المتقون ، ثم يصطلح الناس على رجل كورك على ضلع ، ثم فتنة الدهيماء لا تدع أحدا من هذه الأمة إلا لطمته لطمة ، فإذا قيل : انقضت تمادت ، يصبح الرجل فيها مؤمنا ، ويمسي كافرا حتى يصير الناس إلى فسطاطين : فسطاط إيمان ، لا نفاق فيه ، وفسطاط نفاق ، لا إيمان فيه . فإذا كان ذاكم فانتظروا الدجال من يومه أو غده
"Fitnah al-Ahlas adalah kekacauan dan peperangan. Kemudian datang fitnah kesenangan. Asapnya datang dari kaki lelaki dari keturunanku, mendakwa dia sebahagian dariku sedangkan tidak. Bahkan umatku adalah para Auliya yang bertaqwa. Kemudian manusia melantik seorang pemimpin yang tidak konsisten, umpama bertenggek di tulang rusuk yang bengkok. Kemudian tiba fitnah Duhaima' yang melanda semua umat ini. Apabila dikatakan ia telah hilang, sebenarnya ia semakin merebak. Seseorang boleh beriman di pagi hari lalu kufur di petang hari. Sehinggalah manusia terbahagi kepada dua pangkalan; pangkalan iman yang tiada langsung Munafiq, dan pangkalan Munafik yang tiada langsung iman. Apabila berlaku demikian, maka nantikanlah Dajjal hari tersebut atau esok."
[HR Abu Daud]
Menurut petunjuk Hadis-hadis yang lain, peristiwa umat Islam berkubu ini adalah bersama al-Mahdi. Ia didahului dengan berbagai peristiwa seperti baiah di Makkah, tentera Sufyani, Perang India, Pakatan Islam-Rom, Perang Tanah Rom, pembukaan Constantinople dan Perang Tanah Parsi yang sebahagian telah dikupas dalam Siri-siri lepas dan sebahagian akan dikupas pada Siri-siri akan datang. Selepas peristiwa bertahan itulah tiba pertolongan Allah dengan turunnya Nabi Isa seperti yang dihurai pada Siri 8.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
9 Ramadan 1439
25 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018
Geoeskatologi (8): Damsyik
DAMSYIK merupakan antara bandar paling tua yang wujud dalam sejarah peradaban manusia. Penempatannya telah bermula sebelum zaman gangsa lagi. Hari ini ia menjadi ibu kota Negara Syria dan terletak di sebelah Barat daya negara tersebut. Kedudukannya hampir dengan sempadan Lubnan, Jordan dan Palestin.
Damsyik dibuka oleh umat Muhammad pada zaman Khilafah Umar bin al-Khattab tahun ke-14 Hijrah. Menjadi Pusat Pemerintah Khilafah pada era Umawiyyah.
Meskipun Syria kini berdepan krisis perang saudara atau lebih tepat lagi perang proksi, Damsyik menjadi kota yang paling aman berbanding wilayah lain di sekeliling. Ini kerana ia berada di bawah kawalan Kerajaan Syria. Walau bagaimanapun, cubaan menawan Damsyik terus berlaku oleh berbagai pihak.
Sebagaimana Baitulmaqdis, Damsyik turut menjadi bumi jihad sehingga hari kiamat. Berasaskan Hadis Nabi S.A.W:
لا تزالُ طائفةٌ مِن أُمَّتي يُقاتِلونَ على أبوابِ دِمَشْقَ وما حولَه وعلى أبوابِ بيتِ المقدِسِ وما حولَه لا يضُرُّهم خِذْلانُ مَن خذَلهم ظاهرينَ إلى أنْ تقومَ السَّاعةُ
"Akan sentiasa wujud satu kumpulan di kalangan umatku berperang di pintu-pintu Damsyik dan sekelilingnya, juga di pintu-pintu Baitulmaqdis dan sekitarnya. Mereka tidak terkesan dengan golongan yang mengecewakan mereka. Mereka akan sentiasa teguh sehingga hari kiamat."
[HR Thabrani]
Damsyik akan menjadi bumi turunnya Nabi Isa A.S di akhir zaman. Sabda Rasulullah S.A.W:
إن يخرج وأنا فيكم ! فأنا حجيجه دونكم ، وإن يخرج ولست فيكم ، فامرؤ حجيج نفسه ، والله خليفتي على كل مسلم ، فمن أدركه منكم فليقرأ عليه فواتح سورة الكهف ، فإنها جواركم من فتنته . قلنا : وما لبثه في الأرض ؟ قال : أربعون يوما : يوم كسنة ويوم كشهر ، ويوم كجمعة ، وسائر أيامه كأيامكم فقلنا : يا رسول اللهِ : هذا اليوم الذي كسنة أتكفينا فيه صلاة يوم وليلة ؟ قال : لا ، اقدروا له قدره ، ثم ينزل عيسى بن مريم ، عند المنارة البيضاء شرقي دمشق فيدركه عند بًاب لد فيقتله
"Sekiranya Dajjal keluar sedang aku bersama kalian, nescaya aku akan mempertahankan kamu. Namun sekiranya dia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang mempertahankan diri masing-masing. Allahlah pelindung setiap Muslim. Barangsiapa yang bertemu dengan Dajjal maka bacalah permulaan Surah al-Kahfi. Itu adalah bentengmu daripada fitnah. Sahabat bertanya berapa lama dia di bumi? Jawab baginda: 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan baki lagi umpama hari-hari biasa. Sahabat bertanya apakah cukup untuk kami solat sehari semalam pada hari umpama setahun itu? Jawab baginda: Tidak, bahkan sukatlah dengan kadar hari biasa. Kemudian Nabi Isa akan turun di sisi menara putih dari sebelah Timur Damsyik. Lalu akan menemui Dajjal dan membunuhnya."
[HR Abu Daud]
Tiada siapa megetahui bilakah masanya akan berlaku. Namun apa yang pasti, Imam Mahdi akan terlebih dahulu pergi ke sana. Perkara ini akan berlaku selepas beliau dibaiahkan di Makkah sebagaimana dinyatakan pada Siri 1 dan selepas diserang oleh tentera Sufyani sebagaimana Siri 7.
Imam Mahdi pada waktu itu sedang bersedia untuk menunaikan Solat Subuh, lalu turun Nabi Isa sebagaimana dinyatakan dalam berbagai versi Hadis. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W:
لا تَزالُ طائِفةٌ من أُمَّتي يُقاتِلونَ على الحقِّ ظاهِرينَ إلى يومِ القيامَةِ. قال، فيَنْزِلُ عيسَى ابنُ مَريَمَ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فيقولُ أميرُهُم: تَعالَ صَلِّ لنا . فيقول : لا . إن بَعضَكُم علَى بعضٍ أُمَراءُ. تَكرِمَةَ اللهِ هذه الأُمَّةَ
"Akan sentiasa wujud dari kalangan umatku pihak yang berjuang atas jalan kebenaran sehingga hari kiamat. Maka akan turun Nabi Isa bin Maryam maka al-Mahdi berkata: Datanglah imamkan solat kami. Baginda A.S berkata: Tidak, sesungguhnya kalian menjadi pemimpin sesama kalian, sebagai memuliakan umat ini."
[HR Muslim]
Tidak disebutkan secara tepat di manakah terletak menara putih tersebut. Ramai Ulama Syam berpendapat menara tersebut terletak pada Masjid Umawi di tengah kota Damsyik.
Mereka turut berpendapat Imam Mahdi akan mengimamkan solat di masjid tersebut. Namun sebahagian lagi berpendapat di hujung tembok Damsyik sebelah Timur, iaitu terletak di salah satu pintu masuk kota bernama Bab Touma.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
8 Ramadan 1439
24 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018
Bubar JKKKP langkah tepat
TINDAKAN Kerajaan Persekutuan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) adalah satu langkah yang sangat tepat.
Sebenarnya penubuhan JKKKP itu sendiri adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Kewujudannya bertindan dengan peranan jawatankuasa yang serupa yang wujud di bawah Kerajaan Negeri.
Sebenarnya pada zaman BN, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan JKKKP di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh parti-parti selain BN seperti di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Di Kelantan ia diwujudkan pada tahun 1991, setahun selepas BN kalah teruk dalam PRU 1990. Di Terengganu pula ia diperkenalkan pada tahun 2000 selepas BN kalah pada PRU 1999. Langkah serupa dibuat di Negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 2000 pernah menyifatkan JKKKP ini sebagai 'pertubuhan haram' kerana ia melanggar Perlembagaan yang menetapkan perkara berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
JKKKP ini dilihat sebagai bermotifkan politik dan seolah-olah menjadi tapak bagi Umno di peringkat akar umbi untuk bergerak. Elaun mereka dibayar melalui duit pembayar cukai tanpa keperluan yang selayaknya.
Alhamdulillah kini ia telah tiada. Ia mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir (Era Lama), diteruskan zaman Pak Lah dan Najib, dan dihapuskan oleh Kerajaan Tun Dr Mahathir (Era Baru).
Kita mengharapkan banyak lagi langkah positif dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengembalikan hak Kerajaan Negeri berasaskan konsep dan semangat Federalisme.
Diharap Kerajaan Persekutuan segera mengumumkan perkembalian hak royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan memberikan hak royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
24 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018
SYAM merujuk kepada kawasan sebelah Utara Asia Barat. Barat mengenali kawasan tersebut sebagai Levant. Bersempadankan Turki di Utara, Iraq di Timur, Tanah Arab di Selatan dan Laut Mediteranean di Barat. Selepas dijajah, kolonial membahagikan Syam kepada Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan.
Syam merupakan kawasan penting bagi pengkaji arkeologi dan sejarawan. Ini kerana kawasan ini menjadi sebahagian dari penempatan tamadun awal peradaban manusia (Mesopotamia). Tempat tinggal Bangsa Assyrian yang berjiran dengan Simerian, Akkadian dan Babylonian. Titik pertembungan kuasa-kuasa besar dunia sejak zaman dahulu lagi. Juga bumi ramai Anbiya' dan tempat kelahiran Bani Israil (keturunan Nabi Yaakub A.S).
Asimilasi Tamadun Islam menyebabkan keseluruhan Syam hari in bertutur dalam Bahasa Arab. Pada era kolonialisasi, Perjanjian Sykes-Picot memperuntukkan Jordan dan Palestin berada di bawah pengaruh British sementara Syria dan Lubnan di bawah pengaruh Perancis.
Terdapat banyak Hadis Eskatologi yang membicarakan tentang Syam. Juga tempat-tempat di bawah Syam seperti Damsyik, Ghouta, Bab Ludd, Dabik, Furat, Bisan, Galilee, Tiberias dan lain-lain. Khusus mengenai Syam, antara yang dinyatakan Nabi S.A.W adalah tempat terhimpunnya tentera terbaik:
إنَّكم ستَجِدونَ أجنادًا ، جُندًا بالشَّامِ ومِصرَ والعِراقِ واليَمنِ ، قالوا : فَخِرْ لنا يا رسولَ اللهِ ! قال : عليكُم بالشَّامِ ، قالوا : إنَّا أصحابُ ماشيةٍ ولا نُطيقُ الشَّامَ ، قال : فمَن لَم يُطقِ الشَّامَ فلْيلحَقْ بيمَنِه ، فإنَّ اللهَ قَد تكفَّلَ لي بالشَّامِ
"Sesungguhnya kamu akan mendapati terdapat beberapa pasukan tentera. Pasukan di Syam, di Mesir, di Iraq dan Yaman. Sahabat berkata pilihlah untuk kami Ya Rasulullah! Jawab baginda: Pilihlah Syam. Balas Sahabat, kami orang susah, tidak mampu ke Syam. Jawab baginda, jika tidak mampu ke Syam, maka pergilah ke Yaman. Sesungguhnya Allah telah menjaminku di Syam."
[HR Bazzar]
Tetapi tidak diketahui apakah waktu yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W. Boleh jadi telah berlalu, dan boleh jadi masih belum berlaku. Kita tidak boleh terlalu gopoh menetapkan maksud Hadis yang umum tanpa melihat sudut lain.
Terdapat Hadis yang menyatakan bakal keluar tentera Sufyani dari Syam yang memerangi al-Mahdi. Sabda Rasulullah S.A.W:
يكُونُ اخْتِلافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ، فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ، فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ. فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ. وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ، فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ. فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ. ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ، وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ. فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُلْقِي الْإِسْلامُ بِجِرَانِهِ فِي الْأَرْضِ. فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِم
"Bakal berlaku perselisihan saat kematian khalifah. Lalu muncul seorang lelaki (Imam Mahdi) daripada Madinah lari ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah lalu membawanya keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Beliau lalu dibaiah di antara Rukn Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim.
"Selepas itu datang satu pasukan dari Syam untuk memerangi beliau, lalu bumi menelan mereka ketika sampai di kawasan Baida'.
"Apabila manusia melihat peristiwa itu, datanglah para Wali Abdal daripada Syam dan pasukan-pasukan dari Iraq dan memberi baiah kepadanya.
"Kemudian muncul pula lelaki dari keturunan Quraisy dari sebelah bapa dan Kalb dari sebelah ibu untuk memerangi al-Mahdi, namun berjaya dikalahkan. Maka rugilah mereka yang tidak bersama pada ketika itu.
"Al-Mahdi membahagikan ghanimah, memimpin manusia mengikut Sunnah Nabi dan istiqamah dengan Islam. Beliau hidup selepas itu selama tujuh tahun. Kemudian dia dimatikan dan kaum Muslimin menyolatkannya."
[HR Abu Daud]
Terlalu ramai kumpulan di seluruh Syam sekarang. Semuanya melaungkan perjuangan Islam. Apa yang menyedihkan, masing-masing berperang sesama sendiri. Pejuang Kurdi, IS, Al-Qaeda, FSA, Ahrar Syam, tentera Syria dan bermacam kumpulan lain. Kebanyakam menjadi proksi kuasa besar sama ada US dan Rusia serta negara sekitar seperti Turki, Saudi, Iran, Qatar dan sebagainya.
Jika benar Hadis pertama di atas memaksudkan tentera yang bakal muncul, sayugia ia bermaksud tentera al-Mahdi. Kerana di dalam Hadis yang lain, Syam atau secara lebih khusus Ghouta akan menjadi kubu umat akhir zaman. InsyaAllah diceritakan dalam siri seterusnya.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
7 Ramadan 1439
23 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Waspada 5 langkah Liberalisasi agama Islam
KAUM Liberalis dan Sekular telah gencar menyebarkan propaganda yang nampak Islami.
Berikut aneka Propaganda Liberal dan jawapan kontra-logika sesat terkait :
Propaganda solat
“Buat apa solat kalau riyak tidak ikhlas, kerana tidak diterima oleh Allah S.W.T. Lebih baik bersihkan hati dulu, nanti kalau sudah ikhlas tidak riyak, maka baru solat agar diterima oleh Allah S.W.T.”
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk pembenaran meninggalkan solat dengan “dalih” pembersihan hati dulu.
Jawapan:
Wajib solat walau masih riyak belum ikhlas, kerana solat adalah kewajipan agama. Setiap Muslim, ikhlas ataupun riyak, rela ataupun terpaksa, tetap wajib mendirikan solat.
Dan solat adalah benteng dari segala perbuatan keji dan mungkar, termasuk riyak, sebagaimana Firman Allah S.W.T:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(al-Ankabut: 45)
Justeru itu, solat adalah ubat hati yang boleh menyembuhkan dan menghilangkan penyakit hati seperti riyak dan ujub. Bagaimana penyakit hati boleh sembuh tanpa mendirikan solat?!
Propaganda jilbab
“Lebih baik tidak pakai jilbab, tapi hatinya baik, daripada pakai jilbab tapi hatinya busuk." Dan kalimat yang bercelaru ini, "Lebih baik jilbabkan (jaga) hati dulu supaya baik. Baru menjilbab (jaga) fizikal kemudian."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk membenarkan tidak berjilbab dengan “dalih” yang penting hatinya baik.
Jawapan:
Jilbab adalah kewajipan agama, baik si pemakai berhati baik mahupun buruk, maka jilbab tetap wajib dikenakan oleh para wanita Muslimah sesuai dengan ketentuan Syariat, sebagaimana Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(al-Ahzab : 59)
Justeru itu, jilbab juga termasuk ubat hati yang akan ikut merangsang penyembuhan penyakit hati, sekali gus identiti Muslimah yang jadi benteng dari segala gangguan.
Kerananya, lebih baik memakai jilbab dan berhati baik, daripada berhati baik tanpa jilbab, apalagi berhati busuk tanpa jilbab.
Propaganda kepemimpinan
“Lebih baik Pemimpin Kafir asal jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, daripada Pemimpin Muslim yang khianat, jahat, bejat, bodoh dan pemalas.” Dan kalimat yang bercelaru ini, "Lebih baik golongan putih daripada memilih Pemimpin Muslim yang 'kurang' Islamik."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk membolehkan orang Kafir memimpin umat Islam di wilayah majoriti Muslim. Dan meniadakan pemimpin Muslim.
Jawapan:
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta al-Ijma’ bahawasanya orang Kafir haram memimpin umat Islam di Negeri Islam atau di wilayah majoriti Muslim.
Kepemimpinan dalam pandangan al-Quran bukan sekadar Kontrak Sosial antara sang pemimpin dengan masyarakatnya, tetapi merupakan Ikatan Perjanjian antara dia dengan Allah S.W.T, sebagaimana termaktub dalam Firman-Nya :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.""
(al-Baqarah: 124).
Kerananya, lebih baik Pemimpin Muslim yang jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, daripada Pemimpin Kafir yang jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, apalagi Pemimpin Kafir yang khianat, jahat, bejat, bodoh dan pemalas.
Propaganda politik
“Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik kotor. Kerananya, jangan bawa Islam dan Ulama ke dalam politik.” Dan kalimat yang bercelaru, "Islam yes, politik no." Serta kalimat yang bercelaru, "Islam yes, demokrasi no."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk menjauhkan Islam dan Ulama dari politik agar para Politikus Durjana bebas dan leluasa mengatur negara dan bangsa sesuai “Nafsu Syaitan”-nya.
Jawapan:
Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik (سياسي) itu penting untuk mengurus negara dan bangsa. Kerananya, hanya Islam yang suci dan Ulama mulia yang boleh masuk ke dalam politik agar tidak dikotori oleh para Politikus Durjana.
Kerananya, Islam menjadikan Kekhilafahan menjadi salah satu bab penting dalam Fiqh Islam. Dan Rasulullah S.A.W bersama Khulafa ar-Rasyidin R.A, telah mempraktikkan Politik Islam yang benar lagi bersih untuk menjadi suri teladan bagi segenap umat Islam.
Propaganda Tathbiq Syariah (Penerapan Syariah)
“Syariat Islam adalah aturan hukum yang bagus, saat diterapkan di zaman generasi terbaik “Sahabat”, maka hasilnya bagus.
"Sedang zaman sekarang generasi umat Islam sangat lemah dan tidak bagus, sehingga tak mampu menjalankan Syariah yang begitu lengkap. Kerananya, umat Islam saat ini jangan sibuk dengan perjuangan Tathbiq Syariah dulu, tapi harus fokus kepada memperbaiki diri sendiri dulu.”
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan agar umat Islam tidak lagi memperjuangkan Tathbiq Syariah dengan “dalih” memperbaiki diri dulu.
Jawapan:
Syariat Islam adalah aturan hukum yang bagus, dan selalu dijalankan oleh para Sahabat, sehingga menjadi generasi terbaik.
Nah, generasi zaman sekarang yang lemah dan kurang bagus, justeru itu kerana tidak jalankan Syariat Islam dengan baik.
Kerananya, generasi sekarang wajib mencontohi para Sahabat dalam menjalankan Syariah yang begitu lengkap, sehingga boleh menjadi generasi yang bagus juga.
Ingat:
Dahulu para Sahabat sebelum masuk Islam merupakan generasi jahiliah yang buruk, lalu masuk Islam dan menjalankan Syariah Islam, sehingga menjadi generasi terbaik sebagaimana dipuji oleh Allah S.W.T dalam Firman-Nya:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
(Ali-'Imran: 110)
Kesimpulannya, siapa yang ingin menjadi generasi terbaik, maka wajib perjuangkan Tathbiq Syariah, kerana Syariah-lah yang mampu mengubah peribadi dan masyarakat menjadi generasi terbaik.
Sumber: Anti Liberal News (Indonesia) 20 Januari 2016
Sumber HD - 23-5-2018
NAJD dari segi bahasa merujuk kepada setiap tempat yang tinggi. Dari segi istilah, Najd merupakan kawasan yang berada di sebelah Timur Hijaz atau lebih tepatnya, Timur Madinah. Dahulunya dikenali sebagai al-Yamamah.
Najd yang dikenali dewasa ini merupakan sebahagian besar tengah kawasan Arab Saudi di Negeri Riyadh, selain Qasim dan sebahagian Hail dan Makkah. Riyadh merupakan Pusat Pemerintahan Arab Saudi, diambil bersempena penempatan asal Kabilah Bani Saud, pewaris kerajaan sekarang.
Walau bagaimanapun, terdapat khilaf di kalangan Ulama dalam menentukan lokasi sebenar Najd. Khilaf berlaku kerana Hadis Nabi S.A.W:
اللهمَّ بَارِكْ لنا في شَامِنَا وفي يَمَنِنَا . قال : قالواْ : وفي نَجْدِنَا ؟ قال : قال :اللهمَّ بَارِكْ لنا في شَامِنَا وفي يَمَنِنَا . قال : قالوا : وفي نَجْدِنَا . ؟ قال : قال : هناكَ الزلازلُ والفِتَنُ ، وبها يطلُعُ قَرْنُ الشيطانِ .
"Ya Allah, berkatilah Syam dan Yaman kami. Sahabat bertanya, bagaimana pula dengan Najd kami? Nabi berkata Ya Allah, berkatilah Syam dan Yaman kami. Sahabat bertanya, bagaimana pula dengan Najd kami? Nabi berkata di sana bakal berlaku gempa dan ujian atau fitnah. Akan muncul tanduk atau era Syaitan."
[HR Bukhari]
Kebanyakan Ulama Arab Saudi menafikan Najd yang dimaksud adalah Najd yang dikenali kini. Sebaliknya ia merujuk kepada Iraq. Ini berdasarkan beberapa Hadis yang lain yang menyebut khusus tentang Iraq. Dari segi bahasa juga, Najd turut merujuk kepada Iraq kerana kawasan tanahnya yang tinggi dari paras biasa.
Jika dilihat sejarah Riyadh dan Iraq, kedua-duanya pernah menimbulkan fitnah kepada umat. Khusus membahaskan Najd yang dikenali sekarang iaitu Riyadh, kawasan ini adalah penempatan beberapa kabilah seperti Bani Ghatafan, Bani Asad, Bani Tamim, Bani Hanifah dan Bani Ta'iy.
Kebanyakan kabilah di kawasan ini murtad setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Bahkan ramai Nabi palsu muncul daripada mereka seperti Musailamah al-Kazzab al-Hanafiah, Sajah al-Tamimiah dan Tulaihah bin Khuwailid al-Asadi. Menjadi fitnah pertama yang umat Islam hadapi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Sebagaimana yang dinyatakan, Najd adalah tempat tinggal Kerajaan Bani Saud hari ini. Selepas rancangan British menghasut Arab membebaskan ikatan Islam daripada Uthmaniyah dicapai di Hejaz (1916) dan Najd (1921), berlaku pula pertembungan antara kerajaan Hejaz dan Najd yang akhirnya membawa penaklukan Najd ke atas Hejaz. Lalu ditubuhkan Kerajaan Arab Saudi (1932).
Dari Najd juga muncul gerakan ekstremis agama Wahhabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Tamimi. Beliau asalnya merupakan seorang alim yang membentuk gerakan dakwah memerangi bidaah. Tetapi gerakan tersebut digunakan oleh Bani Saud bagi mencapai matlamat politik.
Selepas kematian Syeikh Muhammad, gerakan tersebut menjadi semakin radikal setelah dibekalkan dengan persenjataan bagi membantu Bani Saud menguasai kawasan-kawasan Najd hingga ke Iraq, Hejaz dan sekitar. Selepas Kerajaan Arab Saudi terbentuk, keturunan beliau menjadi pemimpin agama dan memakai gelaran al-Syaykh.
Bani Saud hari ini memberi wala' sepenuhnya kepada kuasa Barat. Segala tindak tanduk mereka secara langsung mahupun tidak langsung memberi kelebihan kepada dasar luar US. Pertembungan Salafi-sufi, pertembungan Sunni-syiah, pembiayaan gerakan radikal di Syria dan Iraq, perjanjian ekonomi, politik dan ketenteraan, sistem petro-dollar, serangan ke atas Yaman, perseteruan dengan Qatar, dan terbaru penyebaran Fahaman Islam Liberal adalah antara 'jasa' negara ini buat umat Islam.
Tulisan ini tidaklah menyokong 100 peratua bahawa Riyadh adalah Najd yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi. Ia kekal sebagai khilaf Ulama yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Tetapi perkongsian ini lebih kepada membicarakan tentang Najd yang dikenali hari ini. Dalam siri akan datang, akan dibicarakan khusus mengenai Iraq pula.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
6 Ramadan 1439
22 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 22/5/2018
Sumber HD - 22-5-2018
Modernis: Proksi baru Barat
SALAH satu strategi dalam menangani potensi gerakan Islam adalah dengan mewujudkan kelompok yang kononnya digelar Islam Modernis.
Modernis = Ubah suai agama
Bertentangan dengan kriteria kumpulan Tradisionalis, Modernis merupakan golongan yang kononnya membawa agenda pembaharuan yang ideal, akan tetapi hanya mengikuti aspirasi Barat atau AS.
Dalam tulisan Civil Democratic Islam, Cheryl Bernard mengakui bahawa golongan Modernis sangat menguntungkan Barat.
Hal ini kerana Barat memerlukan golongan moden yang berfungsi menjalankan kempen agar umat Islam meninggalkan ajaran asal agama Islam, termasuk berusaha melakukan pengubah suaian dan mengabaikan elemen Syariat Islam yang asli.
Sokongan Barat terhadap Modernis
Strategi yang disarankan bagi mengangkat populariti Modernis adalah seperti berikut:
● Menerbitkan dan mengedar produk mereka
● Memberi galakan agar mereka menulis
Tulisan tersebut pula mestilah disasarkan kepada generasi muda dan audiens secara pukal.
Apabila generasi pelapis berjaya dirosakkan, kumpulan pejuang Islam (digelar Fundamentalis) akan melalui fasa 'vakum'. Ketandusan pemikir dan pemimpin berkaliber yang mampu mendepani cabaran semasa dan mendatang.
● Menerapkan doktrin-doktrin kelompok Modernis dalam kurikulum Pengajian Islam untuk diLiberalkan
Ajaran Islam yang asli akan dituduh kononnya sebagai ekstrim lagi radikal. Manakala 'Islam beracuan Barat' dipopularkan dengan wajah positif. Kononnya moden, sesuai dengan perkembangan dunia dan lebih harmoni.
Hakikatnya, doktrin tersebut membawa kepada kesesatan berupa Pluralisme dan kecacatan identiti seorang Muslim.
● Menaja pentas awam dan platform strategik agar mereka dikenali ramai
Semakin mereka popular, semakin mudah umat Islam dipengaruhi walaupun di awal kemunculan kontroversi mereka dilihat sesat.
Lama kelamaan berlaku pelbagai proses normalisasi terhadap kesesatan mereka.
● Menyebar luaskan serangan dan provokasi mereka yang mencabar golongan Fundamentalis
Dominasi media sangat penting agar idea karut mereka mudah diakses audiens.
Interpretasi baharu mereka terhadap kefahaman beragama mesti dipasarkan secara sistematik.
Sebaran bahan-bahan kempen mereka perlu diperluas agar kumpulan Modernis ini mampu menyaingi kelompok Fundamentalis dan Tradisionalis yang mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut laman web, syarikat penerbitan, sekolah, institusi dan lain-lain instrumen sebaran idea.
● Memposisikan Modernisme sebagai "Counter Culture" atau arus baharu. Alternatif ini disediakan untuk mengubah norma sosial umat Islam
Setelah aktivis mereka berjaya diprojekkan sebagai figura, maka kerja menarik golongan muda agar menyambut 'Islam versi sesat' ini akan menjadi semakin mudah.
Anak muda yang memberontak dan kecewa terhadap penyelewengan pihak berautoriti dalam Institusi Agama Islam sangat mudah terjerat dengan strategi ini.
● Memperbanyakkan penceritaan sejarah kegemilangan pemerintahan bukan Islam atau Tamadun Jahiliah agar kisah tersebut menjadi sebutan umat Islam
Apabila kejayaan bukan Islam sering diulang-ulang, umat Islam mudah melupakan sejarah kehebatan Islam sekali gus meragut keyakinan terhadap masa depan Islam.
● Promosi dan bantuan kepada Institusi atau program kesenian, kebajikan, kemanusiaan dijalankan dengan giat
Apa sahaja aktiviti yang dijalankan badan-badan Sekular ini mesti diberi sokongan.
Antara organisasi yang mendapat tajaan dan dana untuk menjalankan perkara-perkara tersebut adalah seperti:
• Islamic Renaissance Front (IRF)
• Malaysiakini
• Projek Dialog
• BERSIH
• Merdeka Center
Serius memperjuangkan Islam
Strategi ini ditulis dan disebarkan melalui badan kajian Amerika Syarikat sendiri, antaranya adalah RAND Corporation.
Mereka memuat naik laporan kajian mereka di alam maya dengan begitu santai. Seolah-olah mengejek kemalasan kita membaca dan mengkaji.
Atau sebenarnya kini umat sedang lali dibius pelbagai fantasi. Menjadikan perjuangan Islam yang kita bawa tidak lebih sekadar gimik.
Acah-acah memperjuangkan Islam, tetapi leka terhadap perancangan musuh.
SOFIA ALWANI ALI
22 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Perjuangan PAS bukan untuk di 'jual beli'
Sudah lebih seminggu PRU14, petugas-petugas Pas bertungkus-lumus membersihkan bahan kempen termasuk bendera Pas.
Ramai di kalangan kita tertanya-tanya daripada mana PAS dapat duit gantung bendera yang begitu banyak?
Tahukah anda, kebanyakan bendera-bendera PAS adalah bendera kitar semula. Habis satu program, habis satu PRU, bendera PAS akan dicabut, dibasuh dan disimpan dengan elok agar dapat digunakan lagi pada masa hadapan.
Bahkan jika ada stok bendera baru yang dibeli, ianya dibeli secara gulung (agar lebih murah), dipotong dan dijahit secara gotong-royong oleh muslimat Pas.
Apa sebabnya?
Bendera-bendera PAS ini adalah hasil infaq/waqaf daripada ahli-ahli PAS yang menyumbang.
Semoga para penyumbang akan terus mendapat saham akhirat setiap kali 'jual beli' mereka digunakan. Terima kasih juga buat semua petugas-petugas Pas yang telah menyumbangkan tenaga. Anda hero yang tak didendang!
. #kitarsemula #kulihathijau #malaysiasejahtera
Sumber MR - 21-5-2018
HEJAZ merupakan wilayah lama yang sangat penting dalam peradaban Arab. Kawasannya meliputi Barat Semenanjung Arab yang kini sebahagian besarnya berada di bawah penguasaan Arab Saudi selain Najd. Terdapat beberapa negeri penting di Hejaz sepeti Mekah, Madinah dan Tabuk. Sebahagian kecil Hejaz kini berada di bawah penguasaan Jordan di Utara dan Yaman di Selatan.
Pada zaman Uthmaniyyah, Hejaz dipimpin oleh seorang Gabenor berketurunan Nabi bernama Syarif Husain al-Hasyimi. Malangnya atas hasutan British melalui siri surat Husain-McMahon, beliau telah melancarkan serangan Revolusi Arab Agung 1916 ke atas Uthmaniyyah yang berpusat di Turki atas semangant Nasionalisme Arab.
Hasilnya Hejaz di'merdekakan' tetapi setelah itu berada di bawah naungan British. Dalam waktu yang sama, British berpakat dengan Kabilah Bani Saud melalui T.E Lawrence untuk melancarkan pemberontakan terhadap Uthmaniyyah di Najd. Selepas itu Bani Saud memerangi Hejaz menyebabkan keluarga Syariff Husain lari dan menjadi pemerintah Jordan. Tidak berapa lama kemudian British mengizinkan Kerajaan Arab Saudi dibentuk dengan gabungan dua wilayah ini.
Antara tanda akhir zaman adalah keluar cahaya dari wilayah Hejaz. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا تقومُ الساعةُ حتَّى تخرجَ نارٌ مِنْ أرضِ الحجازِ ، تضئُ أعناقَ الإبلِ ببُصْرَى
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah keluar api dari tanah Hejaz yang menerangi tengkuk unta di Busra."
[HR Bukhari dan Muslim]
Sejarawan berpendapat bahawa peristiwa tersebut telah berlaku pada tahun 654H bersamaan 1256M. Ia ekoran letusan gunung berapi yang terletak di daerah Harrat Rahah. Aktivitinya berlanjutan sehingga 52 hari sehingga membentuk sungai api mencecah jarak 23 km. Kejadian tersebut menerangi Hejaz sehingga dikatakan wanita-wanita di Madinah boleh menenun kain dalam cahayanya. Itulah aktiviti terakhir gunung berapi tersebut.
Hejaz bakal menjadi antara benteng iman umat akhir zaman. Sabda Rasulullah S.A.W:
إنَّ الدِّينَ ليأرِزُ إلى الحجازِ كما تأرِزُ الحيَّةُ إلى جُحْرِها وليُعقلنَّ الدِّينُ منَ الحجازِ معقِلَ الأرويَّةِ من رأسِ الجبلِ إنَّ الدِّينَ بدأَ غريبًا ويرجِعُ غريبًا فطوبَى للغرباءِ الَّذينَ يُصلِحونَ ما أفسدَ النَّاسُ مِن بعدي مِن سُنَّتي
"Sesungguhnya agama akan bertahan di Hejaz sebagaimana ular yang bertahan di lubangnya. Agama akan berkubu di Hijaz sebagaimana kambing gurun berkubu di puncak bukit. Sesungguhnya agama ini bermula asing dan akan kembali asing maka bergembiralah mereka yang terasing, iaitu mereka yang melakukan Islah tehadap kefasadan manusia selepas aku, daripada Sunnahku."
[HR Tirmizi]
Hejaz yang berada di sebelah Barat Semenanjung Arab dibezakan dengan Timur dengan iman. Sabda Rasulullah S.A.W:
غِلَظُ القلوبِ ، والجفاءُ ، في المشرقِ. والإيمانُ في أهلِ الحجازِ
"Telah keras dan kering hati di sebelah Timur, dan iman itu berada pada penduduk Hejaz."
[HR Muslim]
Sebagaimana Hadis pada Siri 2 (Madinah Munawwarah), Hejaz bakal ditinggalkan di akhir zaman nanti oleh mereka yang mengejar kemewahan mengikut telunjuk Dajjal. Hanya mereka yang mampu menghadapi kesusahan sahaja berjaya bertahan. Menunjukkan tidak semestinya yang memilih untuk berlindung di Hejaz terutama Makkah dan Madinah akan selamat. Ia adalah soal iman. Sabda Rasulullah S.A.W:
يأتي على النَّاسِ زمانٌ يخرُجون إلى الأريافِ فيُصيبون منها مَطعمًا ومَلبسًا ومَركبًا أو قال مراكبَ فيكتُبون إلى أهليهم هلُمَّ إلينا فإنَّكم بأرضِ حجازٍ جَدوبةٍ والمدينةُ خيرٌ لهم لو كانوا يعلمون
"Akan tiba satu zaman keluar merantau segerombolan penduduk dari Hejaz bagi mendapatkan makanan, pakaian dan kenderaan. Lalu mereka menulis kepada keluarga di kampung mengajak untuk keluar juga kepada mereka. Pada waktu itu Hejaz dilanda kemarau. Sedangkan Madinah adalah negeri terbaik bagi mereka jika mereka mengetahui."
[HR Al-Munziri]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
5 Ramadan 1439
21 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018
Geoeskatologi (4): Semenanjung Arab
SEMENANJUNG Arab mencakupi Tengah dan Selatan kawasan Asia Barat. Dikelilingi dengan Teluk Parsi di Timur, Laut Merah di Barat dan Laut Arab di Selatan. Di bahagian Utara, ia disempadani dengan Jordan, Syria dan Iraq.
Mengikut pembahagian dahulu, Semenanjung Arab terbahagi kepada wilayah Hijaz, Najd, Arab Timur dan Arab Selatan. Wilayah Hijaz dan Najd merupakan bahagian terbesar Semenanjung Arab yang kini berada di bawah pemerintahan Arab Saudi. Mengikut peta politik terkini, Semenanjung Arab terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman dan Yaman. Sebahagian Selatan Jordan dan Iraq juga termasuk dalam Semenanjung Arab.
Walaupun Negara Arab hari ini terdiri dari 22 buah negara berdasarkan negara dalam Liga Arab, tetapi kaum Arab sebenar berdasarkan darah adalah merujuk kepada Bangsa Arab yang tinggal di Semenanjung Arab sahaja. Bangsa Arab di negara lain berasimilasi kemudian selepas pembukaan Islam dan diperintah oleh Gabenor-gabenor berbangsa Arab.
Nabi S.A.W mewasiatkan supaya Tanah Arab dibersihkan dari sebarang agama selain Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
لئنْ عِشْتُ إنْ شاء اللهُ لأُخرِجَنَّ اليهودَ والنَّصارى مِن جزيرةِ العربِ حتَّى لا يبقى فيها إلَّا مسلمٌ
"Sekiranya aku sempat hidup jika diizinkan Allah, nescaya aku akan keluarkan semua Yahudi dan Nasrani daripada Tanah Arab sehingga tidak tinggal padanya selain Muslim."
[HR Ibn Hibban]
Hasrat Rasulullah S.A.W itu direalisasikan pada zaman Saidina Umar al-Khattab. Malangnya hari ini Tanah Arab kembali dimasuki unsur-unsur syirik. Semakin ramai orang Kafir ditempatkan di Semenanjung Arab atas tujuan politik, ekonomi, sosial bahkan ketenteraan. Terdapat Pangkalan Tentera US di Qatar dan Arab Saudi. Berhala dan tempat ibadat agama lain kembali didirikan atas dasar kebebasan beragama.
Arab rosak hari ini akibat tangan-tangan pemimpin mereka sendiri. Selepas agenda Nasionalisme menjalar sehingga mencetuskan Revolusi Agung Arab 1916, kini Liberalisme mendapat tempat pula dengan berbagai pembaharuan dilakukan. Masih mengaku Muslim, namun kecintaan kepada kemewahan dunia menyebabkan mereka sanggup memberi Wala' kepada Barat dan menjadi kuda musuh Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
إنَّ الشَّيطانَ قد أيِسَ أن يعبُدَه المصلُّونَ في جزيرةِ العربِ ولَكنْ في التَّحريشِ بينَهم
"Sesungguhnya Syaitan telah berputus asa dari membuatkan golongan yang mendirikan solat di Semenanjung Arab menyembah mereka, akan tetapi mereka masih melakukan tipu daya dan kekacauan di kalangan mereka."
[HR Muslim]
Bangsa arab bakal binasa di akhir zaman angkara tipu daya Dajjal dan tenteranya Yakjuj dan Makjuj. Nabi S.A.W bersabda:
(لا إله إلا اللهُ، ويلٌ للعربِ من شرٍّ قد اقترب، فتحَ اليومَ من ردمِ يأجوجَ ومأجوجَ مثلُ هذه ) .، قيل : أنهلِك وفينا الصالحون ؟ قال : ( نعم، إذا كثُر
الخبثُ ) .
"Tiada tuhan melainkan Allah. Binasalah orang Arab daripada keburukan yang semakin hampir. Sesungguhnya tembok Yakjuj dan Makjuj telah pun roboh sebesar ini (sambil menunjukkan isyarat lubang dengan ibu jari dan telunjuknya.) Baginda ditanya adakah kita akan binasa walaupun terdapat orang Soleh? Jawab baginda: Ya, jika kerosakan sudah berleluasa."
[HR Bukhari]
Keadaan menunjukkan Semenanjung Arab bakal mengalami keburukan yang membinasakan kaum Arab. Boleh jadi dalam bentuk peperangan dan konflik bersenjata. Maka tidak hairan apabila Nabi menyatakan Tanah Arab akan diperangi oleh tentera al-Mahdi sebagaimana Hadis pada Siri 1 (Makkah al-Mukarramah). Bahkan umat Islam akan memeranginya dahulu sebelum memerangi Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
" تغزون جزيرةَ العربِ ، فيفتحُها اللهُ . ثم فارسٌ ، فيفتحُها اللهُ . ثم تغزون الرومَ ، فيفتحها اللهُ . ثم تغزون الدَّجالَ ، فيفتحه اللهُ "
"Kamu akan memerangi Tanah Arab lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Tanah Parsi lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Tanah Rom lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal lalu Allah memberikan kemenangan."
[HR Muslim]
Bilangan Arab bakal menjadi sedikit berdasarkan Hadis yang dinyatakan pada Siri 3 (Baitulmaqdis). Juga Sabda Rasulullah S.A.W:
لَيفرنَّ الناسُ من الدجالِ في الجبالِ قالتْ أُمُّ شريكٍ يا رسولَ اللهِ ! فأين العربُ يومئذٍ ؟ قال هم قليلٌ
"Manusia akan lari daripada Dajjal ke bukit-bukit. Ummu Syarik bertanya di manakah Kaum Arab ketika itu? Jawab Rasulullah S.A.W: Mereka menjadi sedikit."
[HR Muslim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
04 Ramadan 1439
20 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018
Bermula dari pantai timur menyusur kesegenap penjuru Malaysia
Keputusan PRU-14 sudah diketahui. PAS menguasai Kelantan, Terengganu, Utara Pahang, Sebahagian besar Perlis, Separuh Kedah, Utara Perak dan sedikit di negeri-negeri pantai Barat. Secara kasar PAS keputusan menunjukkan PAS masih utuh.
PAS memperolehi 2 juta pengundi daripada 11 juta pengundi yang keluar mengundi merupakan 18% daripada keseluruhan pengundi. Pakatan Harapan mendapat 5.7 juta pengundi iaitu 50% pengundi yang keluar mengundi selebihnya pun BN.
Bertanding sendiri mendapat 2 juta pengundi berbanding 5.7 juta PH adalah suatu yang sangat baik. Apatah lagi BN hanya mendapat 3.6 juta pengundi.
Kelemahan PAS sangat ketara ialah PAS tidak berjaya menjawab;
1. Fitnah PAS hendak bergabung dengan UMNO.
Selepas PRU-14, PAS masih kekal dengan kedudukannya. Ternyata gabungan atau UG PAS-UMNO adalah fitnah untuk merebut jawatan dalam muktamar PAS sahaja. Lagi pelikyang bergabung dengan UMNO ialah PAKATAN HARAPAN sendiri di Kedah dan Perak.
Tapi malangnya isu cuba dimainkan lagi, supaya tidak mati dan PAS akan habis masa dengan permainan jahat psywar HARAPAN (bukan UMNO).
2. PAS Terima Duit UMNO, 17 pimpinan PAS Terbabit
PAS dah saman Sarawak Report, dan kes ini akan dibicarakan pada April 2019. Selagi tak selesai kes ini selagi itu mereka mainkan isu ini.
Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Mengikut sumber SR telah mengemukan 50 muka surat dalam interlokutori mereka yang 40 muka surat melibatkan 1MBD dan 10 muka surat lagi berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa. 17 orang pimpinan yang disenaraikan sangat lucu. Jika nada baca anda akan dapati hujah dangkal, lemah dan lucu... itu pun jika anda berfikir. Tapi jangan pelik hujah bodoh ini ramai orang percaya... Bukan budak tak sekolah tapi mereka yang ada Ijazah, Ijazah lanjutan pun ada. Pelik tapi benar. mari kita lihat apa hujah SR.
Berikut adalah sebahagian yang disebut oleh Claire Rewcastle Brown dalam penghujahan balasnya tentang PAS seperti yang terkandung dalam dokumen tersebut;
Mukasurat 46; subtopik - Ulama kaya mula menguasai kepimpinan PAS.
1. Muktamar 2015 menyaksikan bagaimana kumpulan konservatif dalam PAS memenangi kesemua kedudukan tertinggi parti dan mengenepikan kesemua golongan profesional dan moderate di dalam PAS.
2. Kempen untuk memenangkan kumpulan ulama konservatif ini turut menggunakan 'senarai chai', yang mana tidak pernah menjadi kebiasaan di dalam PAS. Malahan turut disebarkan di page Dewan Ulama PAS. (Ini siapa yang bagi maklumat, mesti yang kalah dlam muktamar)
3. Apabila kumpulan konservatif PAS menguasai kepimpinan parti, maka usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan.
4. Bagi Najib dan UMNO ia merupakan berita baik kerana Pakatan berpecah.
5. Dipercayai wang daripada Najib dan UMNO digunakan untuk membiayai kumpulan konservatif PAS bagi meningkatkan pengaruh dan memenangi kedudukan dalam parti.
Mukasurat 47; subtopik - biayai sekolah agama kelolaan PAS
6. Bagi membeli sokongan, Najib memberikan sumbangan kepada sekolah agama kendalian PAS. Beberapa sumbangan dibuat sedangkan dasar UMNO adalah menentang sekolah aliran agama kerana ia membiakkan kumpulan radikal. Najib berterusan membantu sekolah aliran agama dengan peruntukan 80 juta pada April 2017, 30 juta lagi untuk membina sistem baru sekolah tahfiz, dan 21 juta untuk sekolah di Kelantan.
Mukasurat 48; subtopik - memanjangkan jangka hayat hudud
7. RUU355 digunakan secara politik bagi memecahkan lagi hubungan di antara PAS dan DAP. Usul persendirian yang dibawakan oleh pembangkang tak pernah berjaya dibawa untuk dibahas tetapi usul RUU355 bukan sahaja berjaya dibawa untuk dibahas malahan disokong oleh menteri.
Mukasurat 49; subtopic - PAS semakin senyap
8. Sejak kumpulan konservatif mengambilalih tampuk kepimpinan PAS, parti itu dilihat cenderung ke UMNO. Memecahkan hubungan dengan DAP, namun berkerjasama dengan PKR. Seringkali membela Najib dan tidak mengkritik Najib dalam isu penyelewengan dan salah guna kuasa serta 1MDB.
9. Semasa pilihanraya kecil di Sungai Besar, Mahathir mendakwa PAS dibayar Najib untuk bekerjasama politik dengan UMNO dan dirinya.
10. Menjelang Julai 2016, hampir kesemua pihak difahamkan bahawanya Najib telah menyalurkan wang kepada PAS untuk memecahkan pembangkang dan mendiamkan PAS.
Mukasurat 50 - subtopik 90 juta
11. Ambiga menyatakan bahawanya PAS telah dibayar 90 juta berdasarkan kepada sumbernya yang diyakininya boleh dipercayai.
12. Pendekatan Najib ialah menggunakan wang dan pendekatan politik untuk membeli sokongan PAS. UMNO menyokong polisi agama yang dibawa PAS dan dalam masa yang sama memberikan wang kepada PAS.
Mukasurat 51; subtopik - rujukan, maklumat
13. Nasharuddin Mat Isa ialah sekutu Tuan Guru Hadi Awang dan adalah pendokong utama kerjasama PAS - UMNO. Pada tahun 2013, Nasharudin dipecat dari Majlis Ulama Syura kerana menganjurkan dan terlibat secara aktif membawa Najib ke GAZA sebelum pilihanraya umum ke 13. Meskipun hilang jawatan, Nasharudin tidak pernah dipecat dari ahli PAS.
14. Sejak 2014, jutaan ringgit dibayar kepada Nasharudin untuk diberikan kepada PAS. Tujuan pembayaran adalah untuk mempromosikan, membina pengaruh dan sokongan ulama konservatif di dalam PAS; membiayai beberapa pertemuan di Selangor, Kelantan, Kedah supaya pro konservatif yang juga kumpulan pro UMNO di dalam PAS mengambilalih kepimpinan parti pada 2015;
i) memberikan Tuan Guru Hadi Awang kedudukan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia;
ii) 10 juta dibelanjakan untuk menganjurkan pertemuan majlis ulama sedunia di Rusila pada mac 2015; (Kutipan derma dan perbelajaan telah diumumkan di Rusila, tak ada ahli bising pun)
15. Pembiayaian rahsia itu diteruskan termasuklah untuk membiayai muktamar 2015; Himpunan Istiqomah Sampai Menuju Kemenangan; Himpunan Fastaqim; Himpunan Anak Muda Istiqomah; Himpunan Bantah TPPA; Himpunan pro RUU355; dan menganjurkan International Conference Of Muslims Unity di Kota Bharu. (rasanya ahli PAS yang pergi ke semua himpunan tahu mana PAS dapat duit, ahli PAS yang pergi bukan sahaja habis duit pergi tapi habis duit menderma)
16. Pemimpin PAS yang turut menerima bayaran selain dari Nasharuddin ialah;
i) Takiyuddin Bin Hassan - MP Kota Bharu
ii) Nik Muhammad Abduh - MP Pasir MAS
iii) Ahmad Samsuri Mokthar - Setiausaha Politik TGHH
17. Nasharudin telah menunjukkan kekayaan luar biasanya apabila membeli;
i) BMW 525 berharga 388,000 pada harga 230,000
ii) Toyota Vellfire pada harga 290,000
iii) Toyota Camry pada 150,000
iv) Toyota Fortuner pada 200,000
v) Rumah di Bangi yang bernilai 3,000,000
Kesemua pembelian dibuat secara tunai.
18. Beberapa pemimpin PAS yang lain didakwa membeli rumah, kereta mewah dan berkahwin dua, tiga; mereka membelanjakan wang secara bermewahan melebihi dari gaji mereka. (Dapat duit UMNO untuk kahwin ya... aku tergolek gelak) 19. Nik Amar mempunyai rangkaian kenderaan mewah antaranya;
i) Range Rover (kereta third hand... lah SR weeh) ii) Audi (terpakai juga..) iii) Toyota Vellfire iv) Toyota Attis
Dan didakwa membina beberapa buah rumah untuk keluarganya.
20. Hashim Jasin pula didakwa membeli Porche Cayman; Khairuddin Aman Ghazali hadiahkan isteri keduanya kereta Audi Q7 yang berharga 500,000 (ini dia bergambar sahaja di pameran kerata); Nasarudin Tantawi membeli Toyota Vellfire bernilai 300,000 (bayar muka RM10k... hutang RM290,000 ada resit... bodoh); Nik Muhammad Zawawi membeli kereta Mercedes dengan nombor plat PAS 9 yang bernilai 100,000 dan sebuah Audi; Takiyudin Bin Hassan membeli beberapa jenama kereta mewah termasuk motor antaranya Volkswagen Passat bernilai 160,000 dengan nombor plat TAK 11 (ini dah 5 tahun beli hanya beratus ringgit aje) yang bernilai 100,000; Muhammad Khalil membeli motor BMW (dia lesen motor besar pun tak ada, hanya bergambar selfie aje); Mokthar Senik membeli Mercedes dan Toyota.
Paling lucu dalam senarai 17 pimpinan PAS MAKAN DUIT UMNO ialah Ustaz Khalil anak Presiden PAS. Itu motor hanya bergaya "selfie" semasa XPDC aje.. rupanya kaki fitnah tak boleh tengok puak lebai pakai barang mewah. Dia nak ustaz Khalil pakai motor buruk aje..
Hari ini saya masih dapat sebaran kononnya kemenangan PAS akan dibatalkan kerana terbabit dengan rasuah MAKAN DUIT UMNO. Kuat benar psywar Harapan untuk jatuhkan PAS dan ulama dengan pelbagai tuduhan. Yang peliknya bukan yang bodoh percaya,seperti yang saya dah sebut. Dunia akhir zaman fitnah jadi mainan hidup. agama menjadi igauan.
Kenapa fitnah kepada PAS tersebar dan tidak ditangkis? Ini persoalan yang sangat baik. Sebenarnya dijawab tapi malangnya PAS sangat lemah dalam menghadapi perkara fitnah ini kerana;
1. Harakah tak mampu memainkan peranannya sebagai lidah rasmi pasti.
2. Jentera penerangan PAS sangat daif. Perlu tukar ketua penerangan PAS.
3. MujahidCyber/Cybertropper PAS sangat ketinggalan, lemah dan tidak teratur.
4. Strategi PAS pada PRU-14 tidak tepat, tersasar dan tidak mengenai sasaran.
5. PAS tak kenal sasaran pengundi. Bukan tak kenal tak tahu siapa sebenarnya sasarannya.
Jika PAS boleh baiki perkara ini PAS boleh menguasai Malaysia pada PRU-15 nanti kerana PAS mempunyai pengundi teras yang sangat kuat dan baik
Sumber MR - 20-5-2018
Geoeskatologi (3): Baitulmaqdis
SELEPAS Makkah dan Madinah, Baitulmaqdis adalah tanah suci ketiga umat Islam. Malangnya kota ini agak tersisih dari umat Islam atas faktor geografi dan politik. Kebiasaan orang hanya ingat dua tanah haram, tetapi sebenarnya tiga.
Dalam Bahasa Ibrani, Baitulmaqdis disebut sebagai Jurusalem. Arab lebih mengenali sebagai al-Quds. Walaupun sempadan Baitulmaqdis telah dilakar pada zaman moden ini, namun terdapat khilaf mengenai kedudukan sebenar tanah Baitulmaqdis. Ada Ulama mengatakan seluruh Syam adalah BaitulMaqdis, malah ada yang berpandangan luasnya memanjang dari Sungai Nil ke Sungai Furat. Sama sebagaimana kepercayaan Yahudi (The Holy Land).
Baitulmaqdis dimuliakan dengan Masjid al-Aqsa, destinasi Israk Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram sebelum diMikrajkan ke Sidratul Muntaha. Kota Baitulmaqdis adalah milik umat Islam bermula seruan hijrah Nabi Ibrahim A.S. Pernah menjadi Pusat pemerintahan dunia di zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S. Dahulu menjadi sebahagian dari wilayah Syam. Tetapi selepas era kolonial, Syam telah dipecahkan dan Baitulmaqdis menjadi sebahagian dari tanah Palestin dan pengaruh Jordan.
Umat Muhammad pertama kali membuka Kota Baitulmaqdis dari Rom pada tahun ke-16 Hijrah di bawah Khalifah Umar al-Khattab. Ia menjadi tanda akhir zaman sebagaimana Hadis:
اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ: مَوْتِي، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ، ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِئَةَ دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا، ثُمَّ فِتْنَةٌ لَا يَبْقَى بَيْتٌ مِنَ الْعَرَبِ إِلَّا دَخَلَتْهُ، ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِي الْأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ، فَيَأْتُونَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفً
"Hitung enam perkara sebelum berlaku kiamat; (1)kewafatanku (2) pembukaan Baitulmaqdis (3) kematian akibat wabak (4) harta melimpah ruah sehingga 100 dinar tidak ada nilai di sisi seseorang (5)berleluasa fitnah sehingga masuk ke setiap rumah orang arab (6) perjanjian damai antara kamu dan Bani Asfar, malangnya mereka khianat lalu mereka menyerangmu dibawah 8 panji. Setiap panji 12000 tentera."
[HR Bukharj]
Kota ini tidak pernah tenang dari konflik apabila beberapa kali bertukar tampuk kekuasaan. Pernah ditakluk semula oleh Rom melalui Perang Salib, kemudian dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi. Ditawan kembali oleh Tatar, dan dibebaskan oleh Saifuddin Qutuz dari Kerajaan Mamalik.
Sehingga hari ini, Baitulmaqdis berada di bawah penjajahan Rejim Zionis dan dalam usaha menjadikan wilayah tersebut milik mutlak negara haram Israel.
Baitulmaqdis bakal menjadi kota yang pesat. Ini dinyatakan oleh sabda Rasulullah S.A.W:
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
"Kepesatan Baitulmaqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlaku perang besar. Berlakunya perang besar adalah tanda pembukaan Kota Costantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."
[HR Abu Daud]
Walau bagaimanapun, ia tidaklah bermaksud Baitulmaqdis pesat di tangan Islam. Boleh jadi kepesatan Baitulmaqdis terjadi di bawah kekuasaan Zionis sekarang. Ini kerana mereka dalam usaha menjadikan kota tersebut sebagai ibu kota Israel, dan bercita-cita besar memusatkan kuasa dunia di sana. Hari ini, US secara brutalnya telah menempatkan kedutaan mereka di sana walaupun ditentang majoriti masyarakat dunia.
Pertempuran Islam dengan Yahudi terutama di Baitulmaqdis di akhir zaman bakal berlanjutan hinggalah kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
إنه لم تكن فتنة في الأرض منذ ذرأ الله آدم أعظم من فتنة الدجال"، فقالت أم شريك: يا رسول الله فأين العرب يومئذ؟ قال (ص): "العرب يومئذ قليل وجلهم في بيت المقدس وإمامهم رجل صالح
"Tiadalah fitnah atas muka bumi ini yang lebih besar sejak Adam diturunkan ke bumi ini selain fitnah Dajjal. Umm Syarik bertanya wahai Rasulullah dimanakah kaum arab ketika itu? Sabda Rasulullah, bilangan mereka pada waktu itu sedikit. Tokoh-tokoh mereka di Baitulmaqdis dan pemimpin mereka merupakan lelaki yang soleh (al-Mahdi)."
[HR Ibn Majah]
Pejuang di Baitulmaqdis adalah pejuang yang sentiasa berada di atas jalan kebenaran menurut hadis Nabi S.A.W:
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
"Akan sentiasa wujud dikalangan umatku yang berjuang atas kebenaran, tegas terhadap musuh dan tidak akan terkesan dengan pihak yang meninggalkan mereka, melainkan menghadapi kesempitan hidup. Hinggalah datang ketentuan Allah dan mereka masih dalam keadaan demikian. Sahabat bertanya siapakah mereka? Sabda Rasulullah mereka di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis."
[HR Ahmad]
Baitulmaqdis bakal menjadi destinasi terakhir Dajjal, dan akan dibunuh di sana. Sabda Rasulullah S.A.W:
يأتي جبل إيلياء فيحاصِر عصابة من المسلمين، فيقول لهم الَّذين عليْهم: ما تنظرون بهذا الطاغية أن تُقاتلوه حتى تلحقوا بالله أو يفتح لكم، فيأتمرون أن يقاتلوه إذا أصبحوا، فيصبحون ومعهم عيسى ابن مريم، فيقتل الدجَّال ويهزم أصحابه، حتَّى إنَّ الشَّجر والحجر والمدر يقول: يا مؤمن، هذا يهوديّ عندي فاقتله
"Dajjal akan mendatangi bukit Baitulmaqdis lalu mengepung satu pasukan Islam. Maka berkata salah seorang dari mereka, apa pendapat kalian jika kita memerangi Dajjal sahaja sehingga kita mati atau diberikan kemenangan. Maka mereka merancang untuk melancarkan serangan di waktu pagi. Pada pagi itu turunlah Nabi Isa AS lalu membunuh Dajjal dan mengalahkan tenteranya. Sehingga pokok, batu dan dinding berkata wahai orang beriman! Di belakangku terdapat orang Yahudi maka bunuhlah mereka."
[HR Hakim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
3 Ramadan 1439
19 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018
Method MujahidCyber Pas Kena Berubah
1) Cybertrooper PAS sekalian, please tukar method. Kurangkan menyerang kerajaan Pakatan Harapan. Lebih baik fokus war-warkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan dan Terengganu. tentu banyak, kan? Tapi kenapa rakyat tak tahu dan media lawan boleh simply nafikan apa yang PAS buat? Sebab ta ada hebahan.
2) Cybertrooper PAS kena fokus bagi penerangan. Contohnyanya Kerajaan PAS Terengganu dah tunaikan pemberian 20 meter padu air percuma. War-warkan. Tapi takkan satu tu saja. Tunjukkkan apa-apa sahaja yang rakyat dapat kelebihan dengan kemenangan PAS.
3) Apabila saya sebut Cybertrooper PAS, ia mesti berangkai. Ada network of troopers. Bukan sorang trooper post, dah dikira memberi penerangan. Tak cukup. Troopers network akan memainkan peranan yang lebih, sebagaimana berbisanya hebahan PAS makan Duit UMNO dan PAS terima 90juta.
4) Cybertrooper PAS mesti mampu membuatkan sesuatu berita itu menjadi fenomena, bukan hanya berita hidup segan mati tak mahu. Dan semestinya bukan hanya kerja Cybertrooper semata, tetapi pihak PAS dan Kerajaan negerilah sebenarnya mesti buat kerja yang betul untuk menjadi sumber berita viral.
5) Team Kerajaan Negeri mestilah pantas, cekap dan cerdas melaksanakan polisi-polisi yang menguntungkan rakyat, dunia dan akhirat. Kamu bukan compete dengan BN lagi dah. BN dah nak lingkup. Kamu sekarang sedang compete dengan kerajaan PH, yang lebih baik daripada BN. Amaran DS Anwar untuk sapu Kelantan dan terengganu next round itu jangan dipandang enteng.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
Sumber MR - 19-5-2018
Harapan, dah menang jadilah sebar maklumat fitnah
1. Hari ini keratan akhbar ini disebarkan dengan tuduhan bahawa PAS pernah percaya bahawa tiada salah laku didalam 1MDB.
2. Untuk pengetahuan, apabila timbul isu 1MDB PAS mengambil sikap berhati hati dalam menyatakan pendirian. Selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang mana salah satu teras BPMS iaitu "politik benar bukan persepsi", PAS telah bertemu dengan Arul Kanda CEO 1MDB untuk mendapatkan maklumat lanjut.
3. Pertemuan ini diadakan di Hotel De Palma Ampang dan rombongan PAS diketuai oleh YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah beberapa tokoh korporat, pakar ekonomi dan statistik.
4. Hasil dari pembentangan Arul Kanda dan selepas sesi soal jawab, PAS faham dan berpuashati mengenai plan rasionalisasi hutang 1MDB yang diusahakan oleh Arul Kanda dan pasukannya bermula beliau mengambil alih syarikat.
5. Adapun mengenai keputusan perniagaan oleh kepimpinan 1MDB terdahulu, serta DANA RM 2.6BILLION yang masuk kedalam akaun peribadi mantan Perdana Menteri, PAS berpendapat hendaklah disiasat menerusi penubuhan Suruhanjaya Diraja.
6. Jelaslah pendirian PAS konsisten selama ini terhadap 1MDB iaitu menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja. Marilah kita memperbetulkan persepsi terhadap PAS dalam isu 1MDB.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Gombak, Selangor.
Sumber MR - 19-5-2018
PAS masih kuat dan utuh jika diteliti secara ‘detail’
Beberapa hari lalu saya ada bersembang dengan penulis politik berbual mengenai kedudukan HARAPAN dan PAS dan kami hampir mengabaikan peranan UMNO untuk PRU-15 nanti.
Saya hairan ramai orang membuat anggapan bahawa PAS Kedah tidak sekuat PAS Kelantan dan Terengganu kerana PAS tidak berjaya di Kedah termasuk penulis politik berkenaan. Ini mungkin mereka membuat anggapan berdasarkan MB sekarang adalah daripada HARAPAN dengan kedudukan kerusi HARAPAN 18, PAS 15 dan BN 3. Mereka lupa pecahan parti.
Jika dipecahkan mengikut parti sebenar, kedudukan kerusi Dun akan kelihatan seperti di atas. PAS jauh meninggalkan parti-parti lain.
Ada beberapa perkara yang perlu kita berfikir berdasarkan kedudukan di atas:
1. Adakah kedudukan PPBM sebagai MB Kedah dengan bantuan bapanya PM di Pusat boleh mengembangkan kedudukan parti PPBM sebelum PRU-15? Kita tahu ahli PPBM adalah ahli UMNO sebelum ini bersifat kebendaan dan berebut kuasa. Relakan mereka menerima bekas UMNO untuk bersama? Sejauh mana mereka yang lompat parti boleh menguatkan PPBM, persoalaan itu semua menjadi suatu sekatan kepada PPBM. PPBM sukar berkembang kerana sebelum ini adalah sangat bergantung untuk menjatuhkan Najib.
2. AMANAH dengan 4 kerusi dan akan dapat exco adakah mampu mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk meningkatkan sokongan? Perang PAS-PAN di Kedah adalah berasaskan isu UG nak bersama UMNO dan isu kedudukan Islam dalam PR sebelum ini. UG UMNO-PAS sudah mencapai garis penamat. Isu kedudukan Islam bergatung kepada HARAPAN di Pusat. Jika Islam tidak didaulatkan tidak musytahil AMANAH bukan berkembang tetapi makin malap walaupun ditapuk kekuasaan sebagaimana runtuhnya UMNO.
3. UMNO. Ahli UMNO macam ayam yang kehilangan ibu. Jika PAS berkerja baik PAS boleh dapat ahli UMNO yang baik. (Ahli UMNO yang selalu di masjid/surau). Ahli UMNO yang tolak Islam mungkin bersama kekal dengan UMNO atau lompat ke PPBM.
4. PKR adalah 'spoiler' untuk AMANAH dan PPBM kerana perebutan sokongan daripada ahli UMNO yang mana akan berlaku pertembungan PKR dengan AMANAH dan PPBM. Sangat kecil untuk mengatakan PKR akan menarik undi pengundi PAS.
Secara amnya saya simpulkan PAS Kedah sangat berpontensi untuk mendapat kerajaan sendiri pada PRU-14 nanti.
Sumber MR - 18-5-2018
Geoeskatologi (2): Madinah Munawwarah
MADINAH adalah negeri kedua paling mulia umat Islam. Padanya terdapat Masjid Nabawi sebagai tanah suci kedua umat Islam. Menjadi negeri hijrah Rasulullah S.A.W dan lambang keteguhan politik Islam.
Seperti Makkah, ia juga berada di Negara Arab Saudi. Jarak antara keduanya adalah lebih kurang 450 km. Kelebihan utama Madinah adalah kerana menyimpan jasad mulia baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ia berada di kubah hijau di tengah Masjid Nabawi, bersama ar-Raudhah yang merupakan salah satu taman syurga di dunia.
Madinah berbeza dengan Makkah dari sudut penempatan yang lebih tersusun dan permukaan tanah yang lebih landai. Mungkin kerana bandar baru Madinah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W sedangkan Makkah merupakan kota metropolitan lama sejak zaman Nabi Ibrahim A.S.
Di akhir zaman, Madinah antara negeri yang diselamatkan dari fitnah akhir zaman terutamanya fitnah Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
اللهمَّ بارِكْ لأهلِ المدينةِ في مدينَتِهِم وبارِكْ لهم في صاعِهِم وبارِكْ لهم في مُدِّهِم اللهمَّ إنَّ إبراهيمَ عبدُكَ وخَليلُكَ وإنِّي عبدُكَ ورسولُكَ وإنَّ إبراهيمَ سأَلك لأهلِ مكَّةَ وإنِّي أسأَلُكَ لأهلِ المدينةِ كما سأَلك إبراهيمُ لأهلِ مكَّةَ ومِثلَه معَه إنَّ المدينةَ مُشتَبِكَةٌ بالملائكَةِ على كلِّ نَقبٍ منها مَلَكانِ يَحرُسانِها لا يَدخُلُها الطاعونُ ولا الدجَّالُ فمَن أرادها بسوءٍ أذابَه اللهُ كما يَذوبُ المِلحُ في الماءِ
"Ya Allah berkatilah penduduk Madinah di Madinah dan berkatilah mereka pada setiap cupak dan gantang mereka. Ya Allah sesungguhnya Nabi Ibrahim, hambaMu dan kekasihMu memohon doa dariMu kepada penduduk Makkah, dan aku pula memohon untuk penduduk Madinah.
Sesungguhnya Madinah dikawal ketat oleh Malaikat. Setiap terowong dijaga oleh dua orang malaikat sehingga tidak dapat dimasuki oleh penyakit taun mahupun Dajjal. Barangsiapa yang menghendaki keburukan pada Madinah, maka akan binasalah ia sebagaimana binasa larutnya garam di dalam air."
[HR Ahmad]
Walau bagaimanapun, bukan semua orang bakal mendapat perlindungan di Madinah. Mereka yang berada di Madinah di kalangan yang lemah iman atau pura-pura beriman akan dikeluarkan oleh Allah menurut satu Hadis:
لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ، إِلَّا مَكَّةَ، وَالمَدِينَةَ، لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ، إِلَّا عَلَيْهِ المَلاَئِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا، ثُمَّ تَرْجُفُ المَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلاَثَ رَجَفَاتٍ، فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ
"Tidak ada satu negeri yang tidak akan didatangi Dajjal melainkan Makkah dan Madinah. Setiap terowong di Madinah dijaga oleh malaikat. Kemudian Madinah bakal bergegar sebanyak tiga kali, lalu Allah keluarkan daripadanya setiap yang kafir dan munafik."
[HR Muslim]
Madinah juga bakal menyaksikan saat-saat ditinggalkan manusia sehingga merudum segala kegiatannya. Sabda Rasulullah S.A.W:
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
"Kepesatan Baitulmaqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlaku perang besar. Berlakunya perang besar adalah tanda pembukaan Kota Costantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."
[HR Abu Daud]
Keruntuhan itu tidak semesti bermaksud negatif sebagaimana kepesatan Baitulmaqdis tidak semestinya bermaksud positif. Madinah bakal dibersihkan oleh Allah S.W.T dari segala 'kekotoran':
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَدْعُو الرَّجُلُ ابْنَ عَمِّهِ، وَقَرِيبَهُ هَلُمَّ إِلَى الرَّخَاءِ هَلُمَّ إِلَى الرَّخَاءِ وَالْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَا يَخْرُجُ مِنْهُمْ أَحَدٌ رَغْبَةً عَنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ فِيهَا خَيْرًا مِنْهُ، أَلَا إِنَّ الْمَدِينَةَ كَالْكِيرِ تُخْرِجُ الْخَبِيثَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَنْفِيَ الْمَدِينَةُ شِرَارَهَا، كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
"Akan tiba satu zaman di mana seorang lelaki akan mengajak kaum kerabatnya ke arah kesenangan dunia menyebabkan mereka meninggalkan Madinah. Sedangkan Madinah adalah sebaik-baik tempat jika mereka mengetahui. Demi tuhan, tidak keluar seorang pun daripada Madinah melainkan Allah akan menggantikan perkara yang lebih baik di Madinah.
Madinah umpama kiir (alat pembersih besi) yang membersihkan segala kotoran. Tidak akan berlaku kiamat hinggalah Madinah dibersihkan dari segala keburukan sebagaimana kiir membersihkan besi."
[HR Muslim]
Di dalam Hadis yang dinyatakan pada Siri 1, Imam Mahdi tergolong di kalangan penduduk Madinah. Namun terdapat riwayat lain juga yang menunjukkan Imam Mahdi datang dari arah Timur.
Sebelum berlaku kiamat, Madinah merupakan Negeri Islam terakhir yang dibinasakan:
آخرُ قريةٍ مِن قُرَى الإسلامِ خرابًا المدينةُ
"Negeri Islam terakhir yang bakal dibinasakan adalah Madinah"
[HR Tirmizi]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
2 Ramadan 1439
18 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018
Geoeskatologi (1): Makkatul Mukarramah
MAKKAH merupakan negeri yang paling mulia di sisi Islam. Padanya terdapat tanah suci pertama umat Islam iaitu Masjidil Haram. Makkah diasaskan oleh Saidatina Hajar bersama anaknya Nabi Ismail bin Ibrahim.
Sejak zaman Nabi Ibrahim, Masjidil Haram telah dimakmurkan oleh sekalian manusia tidak kira sama ada pada zaman jahiliyah mahupun setelah kedatangan Risalah Akhir Zaman. Ia menjadi tempat perhimpunan terbesar dalam sejarah peradaban manusia sejagat.
Dahulunya Makkah merupakan sebahagian daripada wilayah Hijaz. Lokasinya hari ini terletak di Negara Arab Saudi yang menjadi sebahagian daripada Semenanjung Arab. Ia juga adalah sebahagian dari Negara Asia Barat yang kini menjadi medan pertempuran kuasa-kuasa besar dunia.
Walaupun menjadi tempat paling mulia umat ini, malangnya Makkah berada di bawah penguasaan kerajaan yang memberikan kesetiaan kepada Amerika dan Zionis. Kedaulatan Arab Saudi sendiri adalah kurniaan British sebagai habuan perjanjian sulit menjatuhkan Uthmaniah dan menakluk Baitulmaqdis berjaya dicapai.
Di akhir zaman, Makkah dalam menyaksikan beberapa siri krisis umat yang kronik. Bakal berlaku pertempuran kerabat diraja sebagaimana Hadis Nabi S.A.W:
يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ثم ذكر شيئاً لم أحفظه فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي
"Akan berperang tiga pihak di sisi Kaabah, kesemuanya dari kalangan Putera Raja. Tidak ada seorang pun yang bakal beroleh takhta yang direbutkan. Kemudian muncul panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan peperangan yang kamu tidak pernah hadapi. (Kemudian Nabi S.A.W menyebutkan beberapa perkara yang tidak diingati perawi.) Sekiranya kamu sempat dengannya maka berbaiahlah padanya sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya dialah khalifah Allah al-Mahdi."
[HR Ibn Majah]
Hadis ini turut disokong oleh sebuah lagi Hadis:
يكون اختلاف عند موت خليفة ، فيخرج رجل من أهل المدينة هاربا إلى مكة ، فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره ، فيبايعونه بين الركن والمقام ، فيبعث إليه بعث من الشام ، فيخسف بهم بالبيداء ، فإذا رأى الناس ذلك أتاه أبدال الشام وعصائب العراق فيبايعونه ، ثم ينشأ رجل من قريش أخواله كلب ، فيبعث إليهم بعثا فيظهرون عليهم وذلك بعث كلب ، فالخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب ، فيقسم المال ويعمل في الناس بسنة نبيهم ، ويلقي الإسلام جرانه على الأرض ، فيلبث سبع سنين
"Bakal berlaku perselisihan saat kematian khalifah. Lalu muncul seorang lelaki (Imam Mahdi) daripada Madinah lari ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah lalu membawanya keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Beliau lalu dibaiah di antara Rukn Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim.
"Selepas itu datang satu pasukan-pasukan dari Syam untuk memerangi beliau, lalu bumi menelan mereka ketika sampai di kawasan Baida'.
"Apabila manusia melihat peristiwa itu, datanglah para Wali Abdal daripada Syam dan pasukan-pasukan dari Iraq dan memberi baiah kepadanya.
"Kemudian muncul pula lelaki dari keturunan Quraisy dari sebelah bapa dan Kalb dari sebelah ibu untuk memerangi al-Mahdi, namun berjaya dikalahkan. Maka rugilah mereka yang tidak bersama pada ketika itu.
"Al-Mahdi membahagikan ghanimah, memimpin manusia mengikut sunnah Nabi dan istiqamah dengan Islam. Beliau hidup selepas itu selama tujuh tahun."
[HR Abu Daud]
Menurut Hadis di atas, selain daripada pertempuran kelas atasan, Masjidil Haram juga bakal mmenyaksikan seorang pemimpin dibaiah di hadapan Kaabah. Pemimpin tersebut bergelar al-Mahdi. Beliau bakal memimpin umat Islam sejagat dalam berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Umat Islam seluruh dunia diwajibkan berbaiah dengan beliau sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.
Sebelum berlaku kiamat, Makkah bakal diserang dan dihancurkan oleh seorang berketurunan Habsyi sebagaimana Hadis Nabi S.A.W:
يُبَايَعُ لِرَجُلٍ مَا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ ، وَلَنْ يَسْتَحِلَّ الْبَيْتَ إِلَّا أَهْلُهُ ، فَإِذَا اسْتَحَلُّوهُ فَلَا يُسْأَلُ عَنْ هَلَكَةِ الْعَرَبِ، ثُمَّ تَأْتِي الْحَبَشَةُ فَيُخَرِّبُونَهُ خَرَابًا لَا يَعْمُرُ بَعْدَهُ أَبَدًا، وَهُمْ الَّذِينَ يَسْتَخْرِجُونَ كَنْزَهُ
"Seorang lelaki (Imam Mahdi) bakal dibaiah diantara Rukn Hajr Aswad dan Maqam Ibrahim. Baitullah tidak akan dibebaskan melainkan oleh penduduknya. Maka apabila dibebaskan maka tidak akan ditanya tentang kebinasaan Arab. Kemudian akan datang kaum Habsyah lalu meruntuhkannya sehingga tidak dapat dibina sesiapa lagi. Merekalah yang akan mengeluarkan khazanah Kaabah."
[HR Ahmad]
Bila akan berlaku, kesemua dalam aturan Allah. Namun jika dilihat suasana sekarang berpandukan Hadis-hadis yang lain, ia dirasakan tersangat dekat. Ramai Alim Ulama berpendapat peristiwa kemunculan al-Mahdi bakal berlaku dalam dekad ini. Tetapi peristiwa keruntuhan Kaabah akan berlaku di hujung dunia, setelah berlalu era pemerintahan Islam terakhir, ketika hampir tiada lagi orang beriman di atas muka bumi ini.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
1 Ramadan 1439
17 Mei 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018
Petugas PAS jangan kecewa dengan keputusan PRU14
RAMAI petugas dan aktivis PAS merasa sedih dan lemah semangat disebabkan hilangnya banyak undi mereka di Pantai Barat pada PRU ini.
Mungkin tulisan ini sedikit sebanyak boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kecederaan sanubari mereka.
● Kita tidak tewas sepenuhnya, walaupun tidak menang seperti yang kita hajati.
Kita masih menang di Kelantan dan Terengganu. Kita hampir memerintah di Kedah. Kita bertambah di Pahang. Kita ada wakil di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
Firman Allah S.W.T:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras""
(Ibrahim: 7)
● Semakin ramai rakyat mengundi PAS, sekalipun lebih ramai mengundi PH.
Kita masih merekodkan lebih 2 juta undi dalam PRU ke-14 bersama komponen-komponen Gagasan Sejahtera, walaupun gabungan kita agak kurang dikenali berbanding PH dan BN. Kita berharap 2. 043, 159 juta undi yang kita perolehi akan dibajai dan dijaga agar menjadi lebih subur pada masa akan datang.
Firman Allah S.W.T:
... كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"... adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."
(al-Baqarah: 265)
● Kehilangan banyak kerusi dan undi di Selangor bukanlah bermakna dakwah dan sumbangan kita ditolak oleh rakyat, tetapi mereka mahu lebih mengenali kita sebelum lebih meyakini kita.
Oleh itu, penerangan mengenai halatuju perjuangan kita dan manfaat yang akan rakyat perolehi daripada itu, perlulah diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada rakyat pelbagai kaum di Selangor. Kita perlu mendekati mereka semua bagi tujuan tersebut.
Inilah cabaran terbesar kita. Kerana akan ada pihak yang bekerja untuk memburukkan imej kita.
Firman Allah S.W.T:
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
"Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata"
(Yaasin: 17)
● Kita pernah tewas lebih teruk pada tahun 1978, setelah tidak lagi berada dalam kerajaan campuran sebelum itu.
Kita hanya menang 5 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Tapi setiap kali kita tewas, kita tetap bangkit semula. Kita tetap yakin pertolongan Allah S.W.T akan sampai jua. Pada 1990, kita memenangi Kelantan dengan penuh bergaya.
Firman Allah S.W.T:
...حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا ...
"... hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka..."
(Yusof: 110)
● Kita hanya berusaha, Allah S.W.T jua yang menentukan.
Kita berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan fadilat berjihad, berdakwah dan bersabar dalam menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran, namun hasilnya terserahlah kepada Allah S.W.T jua.
Firman Allah S.W.T:
...وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"... Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(al-Anfal: 10)
● Kita hanyalah satu mata rantai dalam rantaian dakwah dan perjuangan yang panjang merentasi sempadan masa dan geografi.
Jika kita merasakan kitalah yang memulai perjuangan ini dan kitalah yang mengakhirinya, tentulah kita terasa lemah dan tidak berdaya. Tetapi mata rantai perjuangan ini telah dimulai oleh insan-insan yang lebih mulia daripada kita di kalangan para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada' dan orang-orang Soleh yang telah mendahului kita.
Kita hanya meneruskan apa yang telah mereka mulakan. Generasi akan datang pula, pasti akan meneruskan perjuangan ini. Bahkan, ujian saudara-saudara kita di bumi Palestin jauh lebih dashyat dan berat.
Inilah janji Allah. Firman Allah S.W.T:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."
(al-Ahzab: 23)
● Politik adalah seni perjuangan jangka panjang. Ia tidak berakhir dengan PRU ke-14.
Tun Mahathir sendiri pun mempunyai sejarah politik yang panjang. Ada masa jatuh bangunnya. Ada masa kuat dan lemahnya. Itu pun cukup untuk memberi pengajaran kepada kita.
Firman Allah S.W.T:
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
"Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (Musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."
(ali Imran: 140)
Akhirul kalam, lazimilah pesan Tuan Guru Presiden:
"Banyakkan membaca al-Quran, bukannya FB"
"Ramadhan Kareem"
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
15 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 15/5/2018
Sumber HD - 1-5-2018
Orang Pas Perlu Sedar, nasihat bekas pengurus syarikat minyak
PRU14 memperlihatkan berlakunya pertukaran parti pemerintah dan pertukaran posisi parti-parti yang bertanding. Penulisan ini adalah untuk membawa penyokong PAS untuk menyedari banyak perkara yang belum mereka sedari dan supaya mereka dapat melihat apa yang perlu mereka lakukan seterusnya.
Ketika saya pernah dianiaya waktu bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa, saya pernah bercerita tentang kesedihan itu pada semua sehingga seorang hamba Allah menegur "FOR WHAT? TO GET A SYMPATHY? STOP TELLING A SAD STORY AND MOVE ON. IT WILL NEVER HELP YOU. Saya juga dinasihatkan bekas boss dari US pada waktu yang menghormati saya dengan berpesan "YOU KNOW THAT THE SEA YOU SWIM FULL WITH SHARKS. SOMEHOW YOU LET THEM CATCH YOU".
Jadi adalah amat perlu kita menyedari banyak perkara supaya kita terus bertambah kuat dan tidak berterusan lemah hanya kerana merasakan kita dianiaya. Untuk sehari dua ini, saya turut merasakan sedemikian rupa sehinggalah saya tersedar sendiri kisah lama ini. We need to MOVE ON. Apakah yang perlu kita sedar?
1- Merasakan mereka kalah apabila hanya memperoleh 2 negeri dan 18 kerusi parlimen sahaja. Hakikatnya PAS memperoleh kerusi terbanyak dalam sejarah apabila bersendirian dan memperoleh 2 negeri untuk ditadbir dengan tenang. Kita harus bersyukur bahawa kita mempunyai 5 tahun tanpa banyak tekanan dengan hanya perlu menghadap isu dari 2 buah negeri ini berbanding pihak yang menawan negeri yang lebih banyak. Dahulunya pembangkang di Kelantan mempunyai taring kerana partinya adalah kerajaan memerintah namun kali ini berbeza. Kita benar-benar dipermudahkan Allah dalam mentadbir Kelantan dan Terengganu tanpa banyak serangan dalaman. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang amat tenang.
2- Dalam musibah ada rahmat. Tatkala perpecahan berlaku, ia menyedihkan semua ahli PAS dan kita kehilangan ramai sahabat yang bersama satu tika dahulu. Namun dalam perpecahan itu Allah telah bersihkan fitnah-fitnah yang berada didalam PAS khususnya pendukung syiah dan mereka yang tidak berpegang atas dasar PAS. Kini beban itu berada di pihak yang lain. Satu ketika dahulu kita dihujani dengan pertanyaan tetapi kini Allah alihkan beban itu kepada mereka pula. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang lebih tenang.
3- PAS dihujani fitnah berkaitan UG dan menjadi tongkat BN. Namun mampukah kita menjawab isu ini sebenarnya? Terimalah hakikat, kita tenggelam dalam perang cyber kerana kekuatan kita sememangnya tidak sehebat mereka. Penerangan atau perdebatan tidak mampu menangkis persepsi walaupun pilihanraya telahpun tamat. Tapi tanpa sedar, Allah membantu menjawab semua fitnah-fitnah dengan caranya sendiri. Allah dah bantu menjawabnya di Perak dan Kedah. Dalam keadaan ini, saya berpendapat, kita harus berhenti dan DIAM. Biarkan ayam terus berkokok senja kerana tiba waktu mereka akan berhenti sendiri kerana hari tidak selalunya malam.Kita harus lebihkan usaha muhasabah melihat kelemahan sendiri. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang lebih tenang.
4- Tahukah anda, kedudukan kita adalah dalam pencapaian yang sangat baik. Kita tidak terkepung dengan syarat-syarat koalisi. Kita bebas berpegang dengan dasar parti sendiri tanpa sebarang was-was. Kita bebas mentadbir 2 negeri dengan kuasa penuh kepada MP dan pentadbir yang dilantik. Kedua negeri mempunyai rakyat yang memberi sokongan padu kepada parti. Peluang untuk memperoleh pencapaian adalah lebih baik pada kali ini berbanding di negeri yang mempunyai populasi anti PAS yang tinggi dimana banyak polisi dan kerja mentadbir akan menjadi lebih sukar. Kita sebenarnya berada dalam situasi yang lebih tenang.
5- PAS digelar taksub dari dulu sehingga sekarang.Namun Allah telah membantu menjawab perkara ini seawal hari pertama kerajaan baru memerintah dengan sentimen politik dendam dan kebencian melalui taksub yang mereka sendiri tidak sedar. Perasaan benci dan dendam ini membuatkan mereka tidak sedar bahawa mereka juga tidak kurang zalimnya dari pemimpin yang mereka benci. Walaupun Najib tidak pernah memenjarakan ratusan aktivis bertahun-tahun tanpa bicara seperti yang dilakukan pemimpin pujaan mereka sebelum ini, kita sudah dapat melihat syaitan kebencian terbit dari jari-jari yang menaip betapa kalau boleh, Najib dan Rosmah mahu dihukum mati. Alhamdulillah, ini tidak datang dari penyokong PAS dan harus dikekalkan kerana kita diajar Islam dengan sifat memaafkan. Kita sebenarnya berada didalam situasi yang lebih tenang.
MUHASABAH DAN MENCERMIN DIRI UNTUK MASA DEPAN
Setelah apa yang saya jelaskan diatas, kita sepatutnya berusaha memberitahu diri sendiri dan rakan-rakan untuk menjauhi pertelingkahan cyber. Mereka kini dibebani janji-janji yang telah ditaburkan. Kita juga harus ingat, kita dibebani kelemahan yang menyebabkan ramai orang Islam sendiri tidak memilih PAS. Kita jangan mudah menyalahkan BN dan PH adalah punca kekalahan atau kita tidak akan pernah belajar akan silap diri sendiri.
1- Dakwah terbaik adalah akhlak - Sebagaimana anda melihat orang PH susah kita nasihatkan akan silap mereka, begitulah juga sebaliknya. Kita tak sedar orang memanggil kita taksub mmg kerana perkara itu wujud. Sungguhpun kita merasakan kita diserang dan dianaya, itu tidak menghalalkan kita untuk berkasar dan mencaci maki mereka yang tidak memahami. Sudahnya sifat tidak berakhlak itu menjadi fitnah kepada jemaah. Almarhum Prof Dr Khazani sebelum meninggalkan kita telah berkata, BPMS dibangunkan untuk PRU15 sekiranya orang-orang PAS benar-benar dapat memahami dan mengamalkannya. Kita mempunyai 5 tahun untuk mentarbiyah serta meminimumkan orang-orang PAS yang tidak membawa akhlak Islam didalam masyarakat dan media sosial.
2- Kurang penghayatan agama - ramai antara kita sebenarnya faham bendera tetapi tidak faham agama. Diwaktu Perak dan Kedah diambang kepeningan membentuk kerejaan negeri, ramai orang PAS sendiri risau penggabungan dengan BN akan mengiyakan fitnah orang bahawa PAS adalah tongkat UMNO. Sedangkan Presiden telah mengajar kita dalam sesi ceramahnya tentang kepentingan berpegang teguh kepada dasar Islam apabila situasi Kingmaker berlaku, kita masih lagi takutkan persepsi fitnah berbanding takutkan diri jauh dari berpegang pada tali Allah. Kita perlu mentarbiyah ahli-ahli sendiri untuk memahami perjuangan parti ini. Kerana ramai antara kita sendiri yang tidak faham, PRU14 menyaksikan orang atas pagar kurang meyakini dan memilih untuk berpegang kepada mood "tumbang BN" sungguhpun pengganti yang mereka pilih penuh dengan kesangsian.
3- Emosi - adalah penting untuk kita mengelakkan engagement kepada provokasi kerana apabila kita terjebak kedalamnya, maka akan berlaku "counter action". Kita harus faham kita berada dalam situasi yang amat tenang dan banyak perkara telahpun Allah bantu dalam keadaan yang kita tidak sedar. Saay sendiri terjebak dalam perkara ini. Saya juga berharap kita semua semakin sedar dan lebih fokus kepada kerja pembaikan berbanding kerja berperang yang tak sudah. Ketahuilah, golongan neutral dan atas pagar yang menyokong PH ramai beragama Islam, berilmu dan waras. Mungkin mereka lebih mengikuti mood semasa PRU dalam membuat pilihan. Mereka ini sahaja sudah cukup untuk menjadi wakil untuk check and balance tanpa ada keperluan tukang tembak dari PAS. Sudah tentu mereka yg memilih, mereka akanmengharapkan pihak yang dipilih menunaikan janji. Sekarang pun saya melihat PH diserang penyokong sendiri. Jadi apa keperluan kita menjadi batu api. Lebih elok kita sebuk betulkan diri sendiri.
4- Malas - sewaktu saya merajinkan jari menjadi cybertroop dalam tempoh berkempen, saya melihat ramai yang bersemangat untuk berjuang menjadi cybertrooper juga. Malangnya pejaung-pejuang kita terlalu malas untuk bersiap sedia hinggakan ada yang minta saya tolong sediakan segala peralatan perang. Hinggakan perlembagaan PAS pun sendiri minta saya sediakan link. Bukanlah semua sebegini namun jumlahnya agak ramai malah ada yang memprovokasi saya bahawa sekiranya tidak membantu mereka akan berpindah ke pihak yang satu lagi. Allahurabbi. Disaat saya sedang buang air pun terpaksa menekan smartphone untuk sediakan bermacam bahan yang diminta. Namun kita ada 5 tahun untuk merubah keadaan ini. Jika hendak berada dibarisan hadapan, belajarlah teknik perang.
5- Unit media yang lemah - salah satu sebab mengapa ramai cybertroop sukarelawan terkapai-kapai mencari bahan adalah kerana unit media PAS yang lemah. Lemah ini bukanlah bermaksud mereka tidak bagus tetapi mereka tidak begitu kuat untuk bersaing dengan pihak lawan. Sungguhpun ada sosok sukarelawan profesional yang membantu, namun ia tidak terkoordinasi dengan baik. Namun kita ada 5 tahun untuk memperbaiki kelemahan ini.
6- Daya tahan - amat ramai juga orang yang agak goyah dalam pengangan bersama jemaah. Apabila mereka berada didalam keadaan tidak mampu menjawab tohmahan dan soalan cepumas dari pihak lawan, mereka memilih untuk berada dalam stand neutral. Secara peribadi, saya berjaya memperbetulkan 95% daripada mereka yang menghantar private msg memohon pencerahan. Ini hanya mereka yang dapat saya jawab. Bagaimana dengan mereka yang tidak dapat saya cerahkan? Mungkin anda harus belajar bagaimanakah daya tahan orang-orang lama didalam PAS yang mengeluarkan wang kocek sendiri, bertungkus-lumus menyiapkan bahan kempen parti dengan apa yang ada, konsisten dengan perjuangan walau dituduh taksub. Kami tidak taksub, tetapi kami fahami perjuangan dan tidak mudah brainwash dengan angka dan statistik.
7- Tidak terbuka - apa yang berlaku pada pengal yang lepas memperlihatkan ramai orang kita mempunyai masalah dengan keterbukaan. Saya tidak mengatakan semua orang PAS mindanya tertutup tetapi tindakan kita mengundang persepsi sedemikian rupa. Contohnya ketegangan antara penyokong PAS dengan Maza dan Rora. Secara peribadi saya melihat banyak khilaf disitu. Namun ada juga kata mereka yang mempunyai kebenaran. Disini sepatutnya kita tidak perlu kefb mereka dan menjawab. Cukup sekadar baca dan sekiranya tidak setuju, diamkan saja. Bagi saya tindakan mereka itu sendiri kurang cermat apabila berbicara perkara ijtihad didepan orang awam tetapi kita juga kurang cermat kerana gatal juga tangan hendak menjawab. Sudahnya ukhwah sesama saudara semakin berpecah. kita tidak perlu tunggu siapa mesti berhenti dulu. Ambillah pendekatan, kita berhenti memberi respon dan nasihat rakan lain juga begitu. Insyallah masa berlalu dan menyejukkan keadaan. Banyak ukhwah yang terputus boleh kita tautkan kembali.
Agama mengajar kita untuk taat kepada pemimpin yang dilantik. Tidak kira apa jua perasaan dan tanggapan kita kepada kepimpinan Pakatan Harapan mereka adalah pemimpin yang dilantik dan wajib kita taat selagi ia tidak dalam perkara kemungkaran.
Ingat pesan Tok Guru, JANGAN KACAU RAKYAT. Janganlah kita jadi rakyat yang mengacau pemimpin yang mahu bekerja untuk rakyat. Berilah ruang masa untuk mereka bekerja dan melunaskan janji-janji. Kita perlu yakin dengan cara PAS. Sebagaimana PAS bersetuju dalam perkara yang baik bersama BN, PAS juga akan bersetuju dalam perkara baik dengan PH. Jangan kita yang tidak tahu menahu menjadi lebih sudu dari kuah.
Tenanglah kita untuk 5 tahun mendatang. Insyallah dengan ketenangan ini, kita dapat mengawal emosi, memperbaiki akhlak, memantapkan ilmu dan memudahkan kerja dakwah. Sesungguhnya Allah telah memberi banyak kemenangan dan pertolongan dalam perkara yang tidak boleh dinilai dengan mata tetapi perlu dinilai dengan minda yang tajam. BPMS bukan wayang pilihanraya. Ia adalah formulasi yang perlu orang PAS pelajari, fahami dan cuba terapkan didalam diri. Wallahualam.
#LebaiPRO #BPMS
Sumber MR - 14--2018
Adakah peletakan jawatan Dr Kamarul berkait dengan “politik dendam”?
Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tentang peletakan jawatan itu berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.”
Peletakan jawatan ini berkuatkuasa esok, iaitu hari pejabat Mapan dibuka selepas pilihan raya umum ke-14.
Kamarul dalam kenyataan berkata dia banyak menerima pertanyaan mengenai keadaannya ekoran tular cerita mengatakan dia termasuk dalam senarai yang dikatakan akan dikenakan tindakan kerana mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.
Kamarul menambah dia tidak bimbang dengan sebarang tindakan mungkin dikenakan ke atasnya.
“Tidak saya nafikan imej kritikal terhadap Dr Mahathir itulah, yang ditambah pula dengan pelbagai tulisan saya yang kritikal terhadap PH dalam Facebook saya, yang tertera dalam fikiran banyak pihak bila nama atau wajah saya timbul,” katanya.
Kamarul berkata dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pengarah Mapan berkuatkuasa esok bagi memudahkan urusan pihak yang berkaitan dengannya.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas dengan tindakan saya yang kritikal terhadap Dr Mahathir dan PH.”
Ramai penganalisis politik melihat peletakan jawatan ini adalah suatu tanda yang tidak baik bagi politik Malaysia dimana mereka yang mengkritik pemerintah akan dikenakan tindakan. Politik zalim dan dendam ini jika diamalkan oleh HARAPAN akan membawa suatu musibah kepada perkembangan politik sihat dan matang di Malaysia.
Jika demikian tiada beza antara HARAPAN dengan BN @ UMNO katanya lagi.
Sumber MR - 13-5-2018
PAS dan PH: Dunia politik baru Malaysia
MUKADDIMAH
Tarikh 9 Mei 2018 akan dikenang sebagai permulaan politik baru di negara kita. Bukan saja BN telah tumbang di kebanyakan negeri, bahkan BN tumbang di peringkat Kerajaan Pusat.
Sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh banyak parti sebelum ini. Dan tidak juga berjaya dilakukan oleh beberapa pakatan politik terdahulu seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).
BN akhirnya tumbang di peringkat Pusat di tangan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Mahathir Mohamed. Amarah rakyat kepada BN dan DS Najib ibarat rempuhan Tsunami besar yang meranapkan BN di seluruh pelusuk negara.
Tanpa ragu lagi, arus perdana politik Malaysia baru akan bertunjangkan kepada PH. BN pula sudah mula kehilangan pengaruhnya lebih cepat daripada yang disangka. Sementara PAS pula kekal mempertahankan prinsip perjuangannya, tetapi akan lebih mempelbagaikan pendekatannya.
PAS adalah sebahagian 'Tsunami' di Kelantan dan Terengganu
Ramai yang hairan kenapa PAS tidak turut dihanyutkan oleh Tsunami itu di Kelantan dan Terengganu. Sebabnya ialah PAS adalah sebahagian daripada Tsunami yang meranapkan BN di dua negeri itu.
Bagaimana?
Pengundi di dua negeri ini sangat mengenali PAS, justeru mereka tidak mempercayai serangan propaganda PH pada sepanjang PRU14 "Mengundi PAS = Mengundi BN".
Mereka kenal PAS bukanlah BN. Mereka kenal PAS istiqamah menentang BN dan segala kebejatannya. Lantaran itu, PAS menerima undi yang sangat besar daripada para pengundi di kedua-dua negeri itu.
Politik baru yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat
Semasa PRU14 sedang berlangsung, PH, PAS dan BN mengemukakan manifesto masing-masing sebagai janji yang akan dilaksanakan jika diberi amanah memerintah.
Manifesto BN awal-awal lagi ditolak oleh rakyat. Sebabnya BN dan DS Najib tidak lagi dipercayai oleh rakyat. Terlalu banyak janji BN yang dicapati sebelum ini. Tiada juga janji menghapuskan GST yang menggusarkan semua pihak.
PH dan PAS pula menawarkan manifesto yang hampir seiring daripada aspek pembinaan negara yang lebih berintegriti, bebas rasuah dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Kedua-duanya mahu membaiki kerosakan teruk yang dialami oleh negara hasil daripada pentadbiran BN dan DS Najib.
Yang membezakannya ialah pilih PH atau pilih PAS untuk melaksanakan matlamat tersebut berdasarkan pendekatan masing-masing. Dan rakyat telah pun memilih.
Memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat yang baru
Menjatuhkan BN adalah matlamat bersama PH, PAS dan seluruh rakyat yang tertekan di bawah pentadbiran BN. PH berjaya menjatuhkan BN di peringkat Pusat dan kebanyakan negeri. PAS juga menjatuhkan BN di Terengganu dan menghalang kemaraan BN di Kelantan.
Oleh itu kejatuhan BN, patut diraikan dan disyukuri oleh semua pihak. Lantaran itu, kita sewajarnya memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat yang baru untuk merangka dasar dan pendekatan baru yang akan menggantikan yang lama. Banyak lagi yang dilihat tidak selesai dan kabur pada peringkat ini. Tetapi keadaan ini adalah biasa bagi mana-mana kerajaan yang baru mengambil alih kuasa.
Bagi PAS, jika PH menunaikan janji-janjinya antaranya untuk menghormati perlembagaan, memastikan kedaulatan undang-undang, menghormati Konsep Federalisme yang adil kepada negeri-negeri dan memberikan 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak, semua itu akan memberikan satu lonjakan besar kepada kemakmuran demokrasi di negara kita dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Bentuk hubungan kerajaan-kerajaan negeri bukan PH dengan Kerajaan Pusat yang baru diharapkan akan jauh berbeza dengan bentuk hubungan yang ada semasa kerajaan BN. Di mana ketika itu, kerajaan-kerajaan negeri dianak tirikan dan dinafikan pelbagai hak oleh Kerajaan Persekutuan dengan sewenang-wenangnya.
Tentulah PH tidak mahu meneruskan dasar BN yang tidak menghormati hak demokrasi rakyat di negeri-negeri terbabit sehingga sanggup mengkhianati prinsip hubungan Federalisme dan negeri-negeri yang digariskan oleh Perlembagaan.
Perdana Menteri ke-7 menenangkan suasana
Tun Mahathir telah memberikan garis-garis asas pentadbiran beliau sebaik saja mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia ke-7.
Antaranya, kerajaan baru ini tidak akan membalas dendam kepada musuh politiknya, tetapi yang melanggar undang-undang tetap akan diadili. Kerajaan baru juga akan menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka. Pengampunan Diraja untuk DS Anwar akan diuruskan segera dan DS Anwar akan menggantikan beliau setelah Tun Mahathir berjaya menyelesaikan beberapa perkara yang perlu.
Tun Mahathir juga memberikan jaminan kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia. Kerajaan baru adalah mesra pelabur, sekalipun akan menjejaki duit 1MDB di Malaysia dan seluruh dunia.
Tentang pembentukan Kabinet pula, beliau akan berbincang dengan semua Presiden komponen PH.
Itu adalah ucapan yang patut dipuji. Terutamanya ketika penyokong PH sedang dalam keadaan sangat gembira, penyokong BN dalam keadaan yang sangat sedih dan terkapai-kapai, pegawai-pegawai kerajaan yang tertanya-tanya dan sebahagian rakyat yang masih tidak memahami apa yang telah berlaku.
Penyokong PAS pula gembira kerana PAS memenangi dua negeri, sekalipun sedih dengan kehilangan banyak kerusi di pantai Barat. Mereka juga tertanya-tanya tentang model Kerajaan Persekutuan yang baru, sekalipun PAS sudah biasa menjadi pembangkang di peringkat nasional.
Ucapan PM ke-7 itu menjawab beberapa persoalan paling asas bagi episod baru dunia politik negara.
Ketiadaan BN
Ketiadaan BN di Pusat adalah satu keadaan yang agak mengelirukan kepada kebanyakan rakyat. Mereka telah dibiasakan dengan politik BN yang akan menyusahkan mereka, jika mereka dilihat tidak bersetuju dengan kerajaan.
Ketiadaan BN bermakna pegawai kerajaan yang kuat BN di Jabatan-jabatan Kerajaan Peringkat Negeri dan Pusat sudah tiada lagi 'kuasa' untuk berbuat sesuka hati kepada penjawat awam yang tidak menyokong BN. Mereka tiada lagi 'kuasa' untuk menukarkan, menurunkan jawatan dan mengugut pegawai bawahan sesuka hati mereka kerana mereka adalah BN. Kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat tidak lagi dianggap 'jenayah' seperti era BN.
Bahkan, nasib pegawai-pegawai yang kuat BN dan menganiayai orang lain dalam perhatian kerajaan yang baru. Begitulah bulatnya dunia ini. Seperti kata pepatah "Bertemulah Rabu dengan Khamis" atau "Bertemu buku dengan ruas" dalam PRU baru-baru ini.
Ini adalah seribu rahmat kepada penjawat awam. Ya-lah, sekurang-kurangnya sehingga sebelum munculnya pengampu baru PH dalam pentadbiran baru. Dan akan sentiasa ada orang sebegitu. Namun kita tetap berharap, tidak berlaku seperti itu lagi. Kerana penjawat awam tidak boleh lagi diperkotak-katikkan oleh pihak berkuasa seperti itu. Jika tidak, '9 Mei 2018' akan muncul lagi.
Di peringkat Negeri Terengganu dan Kelantan pula, BN negeri tiada lagi 'tongkat sakti' daripada Kerajaan Pusat bagi membantu mereka memulihkan kekuatan dan mendapatkan pengaruh rakyat dengan cara 'merompak' hak demokrasi rakyat dengan menyalurkan peruntukan Pusat bukan melalui kerajaan-kerajaan negeri.
Penutup
Politiking yang melampaui sehingga mengorbankan semangat demokrasi, menyanggah perlembagaan dan menggadaikan kesejahteraan rakyat adalah politik era lama. Politik era baru diharapkan akan lebih matang dan sejahtera.
PAS dan PH masih ada beberapa isu yang tidak disepakati bersama, tetapi biarlah isu-isu yang disepakati bersama dapat direalisasikan tanpa bergantung kepada penyelesaian semua isu secara sekali gus. Ia wajar dilakukan demi kesejahteraan rakyat dan negara keseluruhannya.
Isu-isu berkaitan Enakmen Islam dan pemerkasaan Undang-undang Syariah di negeri-negeri adalah antara isu yang tidak disepakati bersama oleh PAS dan PH.
PH sendiri juga masih mempunyai beberapa isu yang tidak disepakati bersama antara komponen-komponennya. Pergolakan dalaman sedikit sebanyak di dalam PH mungkin akan ada.
Umumnya, PAS akan kekal sebagai pembangkang yang menjalankan tanggungjawab semak dan imbang di peringkat nasional. Namun begitu, bentuk hubungan dengan Kerajaan Persekutuan yang baru juga akan diusahakan dengan sebaik-baiknya oleh PAS demi kebaikan Islam, rakyat dan negara. Selamat datang ke dunia baru politik Malaysia.
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
13 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 13/5/2018
Sumber HD - 13-5-2018
KETIKA ini, belum seminggu negara menyaksikan keruntuhan tembok besar BN yang diruntuhkan sendiri oleh golongan-golongan yang berada di bawah ketiak BN dahulu. Sudah kelihatan bunga-bunga yang berguguran dek kerana kegoncangan yang agak kuat, dialami oleh BN. Sudah ada yang menukar jersi mereka daripada biru tua kepada kepada biru muda ataupun merah. Mereka saling menunding jari menunjuk sesama sendiri. Tidak kurang yang bersikap kurang ajar, terhadap ketua mereka sendiri.
Ya-lah, pasukan yang tidak pernah kalah, bermain di gelanggang sendiri. Pengadil pula rakan baik mereka, penonton juga hanya dari kalangan mereka, setelah 61 tahun, gugur di peringkat akhir kepada lawannya yang dikatakan mempunyai pemain yang tua. Bila kalah, sikap sebahagian penonton mula berubah, habis diungkit kejahatan pasukan mereka, kelemahan itu dan ini, meminta orang itu dan ini dipecat, meminta nafas baharu, bercakaran sesama mereka sehingga terpaksa bersikap melampaui adab berorganisasi. Dan akhirnya, ketua mereka meletakkan jawatan.
Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan amukan ahli-ahli mereka. Tetapi saya ingin menarik perhatian pembaca kepada suatu keadaan yang hampir sama berlaku kepada PAS sedikit masa dahulu. Setelah mencuri tumpuan negara dengan kemenangan cemerlang 1999, PAS mengorak langkah dengan bergaya. Dengan segala kekurangan, mereka bergerak membawa Kerajaan Terengganu dan Kelantan ke arah Negeri Islamik. Namun, takdir menentukan, pada 2004 setelah BN sudah mengemaskini Daftar Pemilih mereka, Tun Abdullah mengadakan PRU11. PAS menyedari banyak nama yang meragukan di dalam Daftar Pemilih SPR, telah membuat bantahan secara rasmi, tetapi ditolak.
Masih berkeyakinan akan menang, maka pada tanggal bersejarah itu, kira-kira jam tiga petang, seorang kawan saya yang memaklumkan PAS sudah kalah. Saya bertanya bagaimana mungkin, kita masih ada dua jam untuk mengundi? Dia memaklumkan yang abangnya salah seorang pegawai atasan polis di Bukit Aman memberitahunya kerana culaan mereka sudah mencapai jumlah kemenangan. Benar-benar ia terjadi, PAS kalah di Terengganu 28-4. Impian menakluk Kedah berkecai. Kelantan tinggal tiga kerusi majoriti mudah yang kemudiannya hilang satu lagi di Pengkalan Pasir yang meninggalkan PAS Kelantan memerintah dengan kelebihan satu kerusi dengan majoriti dua undi di Dun Kemuning, Machang.
Sungguh kecewa rasa hati. Sedih pilu Allah sahaja yang tahu. Ketika itu suara-suara sumbang mulai kedengaran, terutamanya daripada pimpinan yang lari daripada PAS tahun 2015 dahulu. Di dalam Harakah (yang sedia maklum ketika itu dikuasai mereka) disiarkan tulisan salah seorang pimpinan PAS yang menyindir Presiden apabila Presiden PAS mengingatkan ahli agar mengambil ibrah kekalahan Perang Uhud. Tetapi pimpinan yang lari pada 2015 itu bertanya, berapa orang yang syahid dalam PRU 2004 ini? Sikap kurang ajar itu jelas ditunjukkan beliau.
Luka kekalahan itu tidak sembuh semudah meletakkan ubat luka, ia datang lagi tidak lama berselang selepas itu, kali ini di Kuala Berang, ada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana kematian Adunnya. PAS kalah lagi dengan majoriti yang besar. Dan tambah memeritkan ialah PRK itu dijalankan hampir serentak dengan tarikh Muktamar PAS Pusat, ketika perwakilan sedang membincangkan kekalahan PRU itu. Di dalam sidang muktamar itu Dato’ Mustafa Ali atau Cikgu Pa sebagai Naib Presiden menjelaskan ada desakan daripada pimpinan (Baca mereka yang keluar PAS 2015) untuk mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya kerana PAS kalah ditipu (Kemudian selepas berpecah dari PAS, mereka menukar kenyataan bahawa kekalahan PAS kerana Presiden PAS tidak pandai memerintah, bagi menabur fitnah). Tetapi Cikgu Pa menolak sebarang rancangan turun ke jalan raya itu.
Beliau meminta semua agar bertenang dan menerima kekalahan itu kerana PAS masih kekal dengan prinsip Muwajahah Silmiyyah iaitu berdepan lawan dengan cara yang baik. Tindakan bijak Cikgu Pa itu, menutup segala ruang fitnah yang lebih besar. Tetapi beliau juga difitnah oleh sebahagian kumpulan itu dengan tuduhan lain. Daripada kumpulan ini juga, selepas beberapa muktamar, adanya suara agar Presiden PAS meletak jawatan atas alasan kalah itu. Ada yang cuba mencalonkan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Presiden. Ada juga cubaan meletakkan Husam Musa sebagai calon Presiden oleh PAS Kawasan Bukit Bintang. Mereka meletakkan kesalahan ke atas Presiden seorang tanpa mereka akui, mereka juga adalah sebahagian kepimpinan PAS yang tewas itu. Inilah bahananya jika kemenangan yang dijadikan tujuan utama kepada perjuangan, sedangkan PAS sudah kalah berkali-kali sebelum ini.
Tidak terhenti di situ sahaja, usaha mereka menukar kepimpinan PAS berterusan. Cubaan Husam Musa untuk mencabar Presiden PAS beberapa kali selepas itu, dipandang sepi oleh perwakilan. Lalu Husam menolak pencalonan kononnya menghormati Presiden, sedangkan perwakilan tahu, dia tidak mempunyai sokongan yang kuat. Lantas beliau mencuba pula sebagai Timbalan Presiden dengan dakwaan beliau mahu membaiki parti. Ketika itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi menempelak Husam dengan mencabar beliau bertanding jawatan Presiden sebab Timbalan Presiden mempunyai kuasa yang lebih rendah. Untuk tempelakan itu, Husam membalasnya dengan Nasrudin tidak diberikan ruang untuk berceramah ketika PRK di Manik Urai oleh Husam walaupun Nasrudin adalah Ketua Dewan Pemuda PAS.
Sehinggalah mereka keluar, PAS tetap teguh dengan menangani masalah-masalah yang kecil mahupun sehingga tahap krisis. Satu ramuan utama yang menyebabkan PAS masih teguh berdiri sehingga kini, iaitu ahli-ahli PAS Wala’ kepada pimpinan. Tsiqah kepada segala bentuk keputusan yang diambil oleh pimpinan. Mereka tidak terpengaruh dengan hasutan pimpinan yang keluar parti sedikit masa dahulu. Lebih 80 peratus ahli setia bersama Presiden Tuan Guru ketika Ahmad Awang cuba menentang beliau. Lalu takdir yang menjadi ketentuan Allah, berlaku sebagaimana yang kita tahu selepas muktamar itu.
Sekarang, sebahagian bekas pimpinan PAS itu dikalungkan jawatan Menteri hasil Tahaluf mereka di bawah Pakatan Rakyat. PAS tetap menjadi pembangkang, tidak ambil pusing jawatan itu, sudah lali difitnah dan dihina. Namun, lihatlah, tiada suara sumbang yang menyeru kepada Presiden agar meletak jawatan. Tidak terliur dengan jawatan Menteri kerana jika benar-benar PAS mahu, Umno-lah yang seharusnya menjadi pilihan PAS semenjak dahulu. Pasti sudah lama PAS menjadi kaya, jika harta dan pangkat jadi keutamaan. Prinsip PAS yang sangat utuh ini dipegang sehingga kini, dan disebabkan itulah, tiada pihak yang boleh mengumpan jawatan ataupun harta kepada pimpinannya. Janji taat setia atas nama Allah, cukup menggerunkan mereka, kecuali yang tidak berasa bersalah dengan Allah. Ahli PAS sememangnya Wala’.
Ketika ini, fitnah kepada PAS telah kembali kepada mereka. Di sebalik PAS dituduh UG dengan BN di Perak, PH tidak perlu mencuci, memberus, menyental dosa-dosa BN. Tetapi dengan hanya membuka pintu masuk rumah mereka, dosa dan noda Adun BN hilang. Jilatan kepada kahak fitnah yang masih berlendir suam itu, dihirup dan dinikmati penuh yakin, puas dan gembira oleh mereka dan dikongsi dengan penyokong mereka, kerana mahukan jawatan.
Fitnah lain kepada PAS dahulu ialah dikatakan menjadikan golongan Syiah sebagai pimpinan PAS. PAS secara konsisten, menjelaskan bahawa Yahudi dan Zionis adalah musuh utama Islam. Sementara Syiah boleh didekati untuk didakwah. Tetapi mereka mencemuh Presiden PAS kerana idea Taqrib itu. Dan sekarang pula orang yang mereka gelar Syiah dahulu menjadi ketua mereka. Mengikut Hadis yang dibacakan oleh Pakar Hadis mereka, pemimpin wajib ditaati, haram dilawan. Maka, pastikan Pakar-pakar Hadis ini tidak keluar dari jemaah Islam PH mereka ini. Wajib mentaati ketua baharu yang mereka kata Syiah dahulu, haram dilawan.
Pernah ahli-ahli PAS dipuji oleh Profesor Emeritus Khoo Kay Kim seorang Pakar Sejarah Malaysia bahawa, tiada ahli parti lain yang boleh melawan kerja-kerja yang ahli PAS lakukan untuk parti mereka. Mereka bekerja tanpa upah dan taat kepada pimpinan. Wala’ inilah yang menjadi senjata ampuh bagi PAS. Digelar lawan sebagai bodoh kerana Wala’ membabi buta, tetapi apabila mereka dilanda krisis dengan keputusan pimpinan mereka, pandai pula mereka menyuruh bersabar dan dengar kata pimpinan. InsyaAllah PAS kekal relevan selagi sikap mematuhi arahan kepimpinan yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah disemat di dalam dada-dada ahli. Ahli PAS perlu sedikit bersabar menanti keputusan-keputusan penting sekarang ini yang memerlukan kepada kebijaksaan pimpinan Majlis Syura Ulamak memutuskannya. Wala’ PAS bukan membabi buta, tetapi Wala’ kerana Allah.
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
13 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 13/5/2018
5 Kelemahan Yang Harus Dibaiki PAS Untuk Terus Maju Jaya
PRU lepas telah menyaksikan tsunami rakyat yang menjatuhkan kerajaan bobrok Barisan Nasional setelah lebih 60 tahun berkuasa. Pecahan-pecahan pembangkang secara keseluruhan telah memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab dalam membolehkan cita-cita ini tercapai.
PAS, sebagai sebuah parti yang membawa teras dan dasar Islam sebagai penyelesaian, menyertai perlumbaan dan memenangi dua buah negeri selain menjadi ‘king-maker’ di dua buah negeri lain.
Walaubagaimanapun, di peringkat persekutuan, PAS sedikit ketinggalan kerana dilihat oleh rakyat sebagai belum mempunyai kekuatan yang cukup untuk berdiri sendirian menentang gergasi UMNO-BN.
Perlu diingat, matlamat majoriti rakyat segenap lapisan dalam PRU kali ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan lama yang telah membarah, menyebabkan mereka memilih ketumbukan yang dilihat lebih menyeluruh dan ‘inklusif’ bagi mencapai tujuan tersebut.
Daripada segi gagasan idea, jentera tenaga kerja dan wawasan masa hadapan, apa yang dibawa PAS mempunyai tarikan tersendiri dan dengan kerja kuat serta kepimpinan melalui teladan, bakal membawa parti tersebut mengorak langkah lebih jauh di masa hadapan.
Tetapi ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, secara ringkas saya kongsikan seperti berikut :
1. Memperkasakan Jentera Media Sosial
PAS mempunyai tenaga kerja yang terbaik dan terbesar di medan nyata. Tetapi PAS lambat dalam menyedari hakikat bahawa peranan media sosial telah mengatasi sistem lama culaan, penerangan dan meraih undi rumah ke rumah. Dalam perang media sosial PRU lepas, jelas bahawa PAS yang jauh ketinggalan adalah parti yang paling kuat dihentam dan dibuli, tanpa mempunyai saluran yang dominan untuk menjawab tuduhan dan fitnah.
Sebagai perbandingan, bayangkan Dr. Mahathir bin Mohamad mempunyai 3.1 juta pengikut selain laman-laman rasmi pro TDM, Najib Razakmempunyai 3.4 juta pengikut dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempunyai 367 ribu pengikut sahaja!
Selain laman rasmi pemimpin tertinggi parti, BN seperti biasa menggunakan seluruh jentera dan media rasmi seperti RTM dan TV3, yang sampai ke seluruh pelosok dan ceruk kampung, Pakatan Harapan mempunyai berbagai portal berita yang pro kepada mereka seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan the Malay Mail sedangkan PAS bergantung kepada Harakahdaily yang belum dianggap ‘mainstream’.
Selain itu analisa dan dapatan kajian, serta hebahan manifesto diharapkan kepada individu dan penganalisis politik tanpa fokus terancang, di kala parti lawan menonjolkan dapatan kajian mereka melalui institusi seperti INVOKE, Merdeka Centre dan IDE.
Pada pandangan peribadi saya, antara laman terbaik yang memainkan peranan mempromosi PAS kepada rakyat ialah laman Jabatan Profesional Muda DPPM - JPro, tetapi malangnya laman ini hanya mempunyai 30 ribu pengikut sahaja!
Bayangkan sekiranya tokoh muda seperti Saudara Syahir Sulaiman yang menunjukkan prestasi sangat baik khususnya di dalam wawancara Sinar Harian mengatasi dua panelis lain yang jauh lebih senior, ditonjolkan sebagai pemikir dan perancang persis Rafizi Ramli.
PAS perlu mewujudkan kumpulan cyber-troopers yang lebih efisien dengan jumlah anggota yang besar dan terancang, melandaskan perkongsian dengan dasar Budaya Politik Matang dan Sejahtera dan melatih mereka menulis untuk menonjolkan kekuatan yang ada pada PAS.
Kadangkala, kita merendah diri sehingga lupa, rakyat perlu mengenali kita.
2. Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Masalah paling besar PAS dalam PRU lepas adalah ia dilihat terlalu ‘inklusif’, atau lebih tepat tidak merangkumi kelompok bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
DHPP wujud tetapi PAS perlu ikhlas bermuhasabah sejauh mana telah memberikan kefahaman dan mendekati kelompok bukan Islam.
Fitrah manusia menerima kebaikan dan menolak kerosakan. Masyarakat Islam dan bukan Islam akan menolak kepimpinan yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Mereka juga secara naluri menolak peningkatan kadar jenayah dan kebejatan sosial.
Justeru tatkala mereka mencari penyelesaian dan alternatif, adakah PAS dilihat mengisi kelompangan yang ada?
Pergiatkan kempen mendekati mereka, perbanyakkan program-program pemahaman dan penulisan, ambillah manfaat daripada rakan-rakan DHPP yang telah sedia memahami nilai Islam yang membawa kesejahteraan.
Kalau setiap minggu para ustaz PAS memberi ceramah di 7 buah masjid berbeza, jadikan satu daripadanya di dewan terbuka untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan berlainan agama.
3. Melonjakkan Identiti Tokoh Setiap Negeri
Banyak pihak meletakkan kemenangan PH di atas bahu Tun Dr Mahathir Muhammad. Begitu juga kemenangan PAS di Terengganu disandarkan kepada kasihnya rakyat Terengganu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi, dan Kelantan kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Rakyat di dalam negara sedang membangun sangat mudah meng’idola’kan tokoh yang mereka sukai. Lihat sahaja bagaimana seluruh rakyat bergembira ketika Siti Nurhaliza melahirkan anak pertama seolah si Pipi Merah adalah anak mereka semua, dan bagaimana mereka menangis tatkala ada artis yang porak-peranda rumahtangga.
PAS sebenarnya mempunyai barisan tokoh yang hebat dan disegani penduduk setempat. Tokoh-tokoh ini mempunyai imej bersih, memainkan peranan menyebarkan agama dan sangat dekat dengan masyarakat.
Jika penduduk Terengganu boleh bangkit kerana cintakan TGHH, sepatutnya rakyat Perlis bangkit kerana Mursyidul Am Tuan Guru Hashim Jasin adalah daripada negeri kecil mereka. Rakyat Melaka ada Tuan Guru Zulkifli Ismail, dan rakyat Kelantan ada Dato’ Bentara Ahmad Yaakob.
Setiap figur ini, dan tokoh di negeri-negeri lain wajib mempunyai laman media sosial dan pasukan media yang mengetengahkan mereka kepada masyarakat. Jangan mengharapkan satu sumber secara pukal dapat meliputi seluruh tokoh yang ada.
Setiap negeri juga, perlu menyedari bahawa kemenangan di Terengganu dan Kelantan disandarkan kepada persatuan anak negeri yang komited mengembali dan mempertahankan tempat mereka. Assobiyyah la sikit, tak jeles ke tengok negeri orang dah menang?
4. Mendekati Golongan Muda Yang Berpolitik Lima Tahun Sekali
PRU kali ini tidak ada yang senyap. Saya kagum dengan rakan-rakan sebaya yang giat berpolitik dan berkempen dengan cara masing-masing khususnya di media sosial, dan majoriti mereka kelompok atas pagar yang sebelumnya penglibatan mereka dengan politik hanyalah setakat mengkritik cincin Rosmah.
Kelompok ini perlu didekati bermula sekarang. Kalau dalam PRU-14 disebut bahawa 40% pengundi adalah pengundi atas pagar, pada PRU-15 komposisi ini perlu dikecilkan. Selami keperluan dan kepayahan peniaga online contohnya, variasikan program agar sampai kepada generasi muda yang lebih luas dan mainkan peranan yang lebih menyerlah dalam menyelesaikan masalah mereka.
Perlunya rakyat bergantung kepada PPIM misalnya untuk menyelesaikan masalah mereka membuktikan rakyat masih mencari ‘hero’ yang boleh mereka dekati dan harapkan.
5. Memasarkan Kejayaan PAS Dengan lebih Berkesan
PAS ibarat kek coklat yang sedap tetapi berada di dalam ‘display’ kaca yang berkunci.
Kejayaan dan kemampuan PAS memimpin sangat membanggakan, tetapi setiap kali pilihanraya PAS perlu berpeluh ketiak mempertahankan apa yang telah dicapai di bumi Kelantan dan menolak fitnah bahawa Kelantan mundur.
Setiap kali datang pilihanraya PAS perlu menonjolkan bahawa pimpinan mereka sifar rasuah dan tidak lompat katak.
Saya yakin juga kalau bukan kerana pilihanraya, rakyat terbanyak tidak akan tahu pun bahawa PAS memenangi permohonan interlokutori menentang Sarawak Report dengan jumlah sama RM155,000.
Malah, bila datang musim pilihanraya barulah rakyat tahu bahawa PAS mempunyai tenaga mahir dan cendekiawan berwibawa mengatasi parti-parti yang lain!
Inilah yang saya sebutkan awal tadi, kadangkala merendah diri memakan diri.
Perkemaskan semula jentera penerangan agar rakyat mengetahui prestasi PAS, dan letakkan ‘benchmark’ tertentu yang perlu dicapai.
Laman facebook Kelantan TV misalnya, yang sepatutnya mempromosikan Kelantan kepada seluruh Malaysia bukan kepada penduduk Kelantan sahaja perlukan sekurangnya 3 juta pengikut bukan sekadar 300 ribu.
Lidah rasmi PAS laman Harakahdaily tidak cukup dengan 1 juta pengikut.
TranungKite Online Online yang akan berkongsi berita kerajaan teknokrat Terengganu perlukan sekurangnya 1 juta pengikut dalam tahun pertama, daripada jumlah 52 ribu pengikut sekarang.
Promosi berita memerlukan kos, bukan mengharap berita viral sahaja. Letakkan bajet untuk laman-laman utama ini, kerana di hujung jari, apa yang boleh dicapai di 100 ceramah dan kempen penerangan, dengan perancangan kemas boleh dicapai di media sosial dalam masa sehari.
Kelantan dan Terengganu perlu dipertahankan, negeri-negeri lain perlu ditawan, dan hamba yang faqir ini, jauh dari bumi Gaza, bersedia berkorban dan memberi khidmat sekiranya diperlukan.
Tahniah sekali lagi, rakyat Malaysia!
Nadir Al-Nuri,
11 Mei 2018
Gaza
Sumber MR - 11-5-2018
Terimalah ahli Umno bersama PAS
MAK ayah saya dah lama ahli Umno. Ketua Cawangan yang aktif walaupun usia sudah mencecah 75 tahun. Semenjak Umno tumbang di Johor pada PRU kali ini, buat pertama kali mereka ucapkan tahniah kepada PAS, kepada saya pagi tadi.
Pelik juga saya kerana mereka akhirnya lebih terbuka untuk menerima PAS di dalam keluarga kami dari kebiasaannya. Saya yakin ramai ahli Umno sedang mendekati PAS untuk mencari wadah baru yang lebih diyakini untuk melindungi kepentingan masyarakat Melayu Islam. Saya boleh rasakan buat pertama kalinya mereka lebih mahu mendekati PAS.
Oleh kerana itu, saya ingin mengajak seluruh ahli dan pemimpin PAS dengan tangan terbuka untuk memujuk mereka dengan rasa kasih sayang agar dapat menerima PAS sebagai wadah baru perjuangan mereka.
Saya melihat adanya rahmat Allah di sebalik apa yang berlaku. Sama ada kepada mereka sebagai ahli Umno, dan juga kepada kita yang sudah sedia ada bersama PAS.
Semoga kedua-dua ibu bapa saya dapat bersama-sama saya di dalam PAS sehingga Allah panggil kami sekeluarga untuk kembali kepada-Nya.
Matikanlah kami dalam Islam, jangan matikan kami di dalam kehinaan bersama-sama mereka yang cuba melemahkan cahaya Islam.
Amin Amin Ya Robbal A'lamin
HUZIR SULAIMAN
25 Syaaban 1439H / 10 Mei 2018
HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber MR - 11-5-2018
PAS diakui rakyat, sinonim dengan Islam
PRU14 telah berakhir. Terkejut, gembira, duka semua perasaan dikongsi rakyat Malaysia yang cakna politik. Kekalahan yang memalukan Umno dan sekutunya di dalam BN, telah dihidu awal dengan palitan demi palitan salah laku dan juga tekanan ke atas hidup rakyat, dimainkan dengan baik oleh pembangkang, walaupun PH terkadang melampaui norma-norma kempen yang betul.
Sentuhan isu GST, 1MDB, kemewahan melampau pemimpin, ugutan oleh ahli politik terhadap rakyat marhaen, membuakkan kebencian yang mendekam di sanubari mereka, dan terjadilah apa yang telah Allah tentukan.
Saya tinggalkan kegembiraan pihak yang menang itu dengan saya menumpukan kepada PAS, kerana ia lebih realistik bagi saya untuk mengupasnya. Tidak dinafikan, tawa dalam duka ketika ini menyelubungi perasaan ahli dan penyokong PAS. Tawa setelah 14 tahun menanti untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan Terengganu yang sehingga kini, PAS meyakini ia dirampas dengan cara yang jahat dengan bantuan SPR ketika itu.
Gembira juga setelah debaran mempertahankan Kelantan, berakhir dengan izin Allah, PAS menguasai majoriti dua per tiga, tanpa kedua-dua negeri meninggal sebuah kerusi pun kepada musuh tegar terbaharunya, PAN. Tetapi duka di kebanyakan tempat selainnya. PAS terpukul agak teruk.
Kita dengan jelas dapat melihat pola pengundian dengan membahagikan kawasan kepada dua bahagian iaitu negeri-negeri yang dimenangi PH serta negeri-negeri pendukung PAS. Sokongan kepada PH sangat jelas dengan Johor yang dikatakan tempat lahirnya Umno, tumbang tanpa disangka-sangka.
Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor juga memberikan undi mereka kepada PH dengan mereka berjaya menubuhkan kerajaan. Cuma perayaan mereka terbantut di Perak dan Kedah kerana masih tergantung sehingga kini. Di Terengganu dan Kelantan, PAS jelas mendominasikan majoriti Dun. Dan Kedah juga sebenarnya tidak mengecewakan, hampir mengulangi kejayaan 2008, 16 kerusi dan sekarang 15 kerusi.
Bentuk pengundian ini memperjelaskan isu kos sara hidup, GST, 1MDB, kenaikan harga minyak yang dimainkan kesemua pembangkang, sama ada PAS dan PH mendapat tempat yang khusus di hati rakyat. Mereka merasa keperitannya, ditambah dengan keadaan ekonomi dunia semasa yang tidak baik, membantu lagi kempen pembangkang.
Semakin tambah meluat rakyat apabila melihat pemimpin BN yang seperti memperbodohkan rakyat dengan dakwaan-dakwaan songsang harga barang terkawal, menjual ayam dengan harga RM1 seekor, mengadakan apa yang kononnya didakwa sebagai jualan rakyat ketika hampir PRU, menambahkan lagi sebab rakyat mahu menjatuhkan mereka. Ini tuntas, sebabnya jelas.
Tetapi isu-isu lain yang khusus dimainkan oleh PAS seperti hasrat ingin memperkasakan Syariat Islam di Malaysia serta isu-isu keagamaan lain, tidak mendapat sokongan yang menyeluruh, termasuklah isu masalah siasatan rasuah terhadap BN dan PH. Ia tertumpu kepada tiga tanah kelahiran Ulama ini sahaja yang menerima isu agama.
Rakyat di negeri-negeri ini masih berkeyakinan dengan kesungguhan PAS bagi memartabatkan Islam di Malaysia ini. Oleh kerana itulah, walaupun PAN yang juga menjanjikan asas Islam di dalam kempennya, gagal mencuri banyak kerusi seperti yang mereka harapkan di sini. Namun Selangor paling bersedih.
Saya percaya ini kerana PAS Selangor tidak mempunyai bilangan pengundi teras yang cukup, di samping tindakan ahli BN sendiri yang berpaling tadah kepada PH, menghasilkan keputusan ini.
Jadi jelas, PAS masih diyakini rakyat dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. PAS tetap sinonim dengan Islam. PAS tiada masalah dengan salah laku. Akan tetapi sokongan untuk PAS, tidak menyeluruh, hanya tertumpu kepada tempat-tempat khusus. Saya yakin PH kali ini menggunakan taktik yang sama yang pernah digunakan BN pada tahun 2004.
Mereka menyasarkan pemindahan pengundi secara sekata ke banyak tempat sasaran mereka. Mereka sudah bersedia dengan persempadanan semula yang mana tidak akan menjejaskan mereka. Mereka bekerja bertahun-tahun untuk ini, bersungguh-sungguh berkempen mengajak orang ramai menyertai mereka sambil memalitkan isu-isu kepada BN dan PAS.
Ditambah dengan perubahan undi oleh orang BN sendiri, mereka berjaya. Ahli dan penyokong PAS mesti juga melihat isu pengagihan pengundi ini sebagai salah satu strategi. Mereka mesti membantu PAS dalam hal ini. Tidak hanya terkumpul jumlah undi di dalam satu Dun atau Parlimen dan mendapat majoriti yang banyak, tetapi tetap menang satu kerusi sahaja.
Kita dipandu sistem ‘First past post’ iaitu kiraan kerusi parti mana yang sampai jumlah majoriti dahulu dan bukannya ‘Propotional representative’ yang mengira undi keseluruhan negara bagi kemenangan sesuatu parti. Ingat PRU lalu? Pakatan Rakyat memenangi 52 peratus undi popular, tetapi tetap kalah kerana kerusi yang dimenangi kurang daripada BN.
Ahli dan penyokong PAS jangan fobia dengan taktik ini. Ia adalah sah di sisi undang-undang asalkan kita mematuhi kehendak SPR. Ahli dan penyokong PAS mesti juga bekerja keras bagi memenangi hati rakyat terutama pengundi-pengundi baharu untuk menjadi pengundi tegar PAS.
Kita berkerja atas kepercayaan kita melakukan semua ini untuk Islam. Kita tidak kisah kalah, kerana kita pernah kalah banyak kali. Kita tidak peduli jika tidak menjadi kerajaan kerana kita biasa menjadi pembangkang. Tetapi kita hendaklah kalah dengan strategi-strategi yang telah kita lakukan dengan baik. Jadi kalah kita kalah bermaruah.
Sekarang perancangan PAS sudah bagus, tetapi perlukan lagi kerja keras dari ahli dan penyokong bagi mendaulatkan Islam di Malaysia yang tidak ada parti lain dan dipercayai rakyat selain PAS. Kita mesti pertahankan ini. Kita mesti mengambil tempat Umno bagi memujuk ahli-ahli mereka memberikan kepercayaan kepada PAS setelah Umno dahulu mengecewakan mereka dengan palitan dosa dan noda yang tidak terhitung. PAS harapan Melayu Islam menggantikan Umno dengan identiti yang sangat jauh lebih baik atas nama Islam, kerana PAS telah membuktikannya. Ayuh kita dekatkan diri dan yakinkan ahli Umno untuk menyokong PAS.
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
10 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018
K'jaan M'sia didominasi bukan Islam
WALAUPUN bersungguh-sungguh benar pemimpin dan penyokong Islam dalam Pakatan Harapan (PH) menafikannya sebelum ini, ternyatalah bahawa keputusan PRU14 yang baru berlalu menyaksikan buat pertama kalinya kerajaan yang didominasi oleh golongan bukan Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia walaupun penduduk Islam adalah majoriti di negara ini.
Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR dan berdasarkan perkembangan semasa yang menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Solidariti di P.180 – Keningau, iaitu Jeffrey Kitingan, akan bergabung dengan PH maka bilangan kerusi Parlimen bukan Islam di dalam kerajaan baru ini adalah 66 berbanding 58 kerusi Parlimen Islam
66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:
● 41 kerusi Parlimen bukan Islam milik DAP
● 20 kerusi Parlimen bukan Islam milik PKR
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Warisan
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Bebas
● 1 kerusi Parlimen bukan Islam milik Solidariti
66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:
KEDAH: 2 (PKR 2)
P.009 – ALOR SETAR: Chan Ming Kai (PKR)
P.017 – PADANG SERAI: Karupaiya Mutusami (PKR)
PULAU PINANG: 8 (DAP 7, PKR 1)
P.043 – BAGAN : Lim Guan Eng (DAP)
P.045 – BUKIT MERTAJAM: Sim Chee Keong (DAP)
P.046 – BATU KAWAN : Kasthuriraani A/P Patto (DAP)
P.048 – BUKIT BENDERA : Wong Hon Wai (DAP)
P.049 – TANJONG : Chow Kon Yeow (DAP)
P.050 – JELUTONG : Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
P.051 – BUKIT GELUGOR: Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP)
P.052 – BAYAN BARU : Sim Tze Tzin (PKR)
PERAK: 10 (DAP 7, PKR 3)
P.060 – TAIPING : Teh Kok Lim (DAP)
P.062 – SUNGAI SIPUT : Kesavan Subramaniam (PKR)
P.064 – IPOH TIMOR : Wong Kah Woh (DAP)
P.065 – IPOH BARAT : M.Kulasegaran V.Murugeson (DAP)
P.066 – BATU GAJAH : Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP)
P.068 – BERUAS : Ngeh Koo Ham (DAP)
P.070 – KAMPAR : Su Keong Siong (DAP)
P.071 – GOPENG : Lee Boon Chye (PKR)
P.076 – TELUK INTAN : Nga Kor Ming (DAP)
P.077 – TANJONG MALIM : Chang Lih Kang (PKR)
PAHANG: 1 (DAP 1)
P.089 – BENTONG : Wong Tack (DAP)
SELANGOR: 9 (PKR 5, DAP 4)
P.094 – HULU SELANGOR : Leow Hsiad Hui (PKR)
P.097 – SELAYANG : William Leong Jee Keen (PKR)
P.102 – BANGI : Ong Kian Ming (DAP)
P.103 – PUCHONG : Gobind Singh Deo (DAP)
P.104 – SUBANG : Wong Chen (PKR)
P.106 – DAMANSARA : Pua Kiam Wee (DAP)
P.107 – SUNGAI BULOH : Sivarasa K.Rasiah (PKR)
P.110 – KLANG : Charles Anthony R.Santiago (DAP)
P.112 – KUALA LANGAT : Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 7 (DAP 5, PKR 1, Bebas 1)
P.114 – KEPONG : Lim Lip Eng (DAP)
P.115 – BATU : Prabakaran M Parameswaran (Bebas – Kunci)
P.116 – WANGSA MAJU : Dr.Tan Yee Kew (PKR)
P.117 – SEGAMBUT : Yeoh Tseow Suan (DAP)
P.120 – BUKIT BINTANG : Fong Kui Lun (DAP)
P.122 – SEPUTEH : Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P.123 – CHERAS : Tan Kok Wai (DAP)
NEGERI SEMBILAN: 2 (DAP 2)
P.128 – SEREMBAN : Loke Siew Fook (DAP)
P.130 – RASAH : Cha Kee Chin (DAP)
MELAKA: 1 (DAP 1)
P.138 – KOTA MELAKA : Khoo Poay Tiong (DAP)
JOHOR: 7 (PKR 2, DAP 5)
P.140 – SEGAMAT : Santhara Kumar Ramanaidu (PKR)
P.142 – LABIS : Pang Hok Liong (DAP)
P.145 – BAKRI : Yeo Bee Yin (DAP)
P.152 – KLUANG : Wong Shu Qi (DAP)
P.158 – TEBRAU : Choong Shiau Yoon (PKR)
P.162 – ISKANDAR PUTERI: Lim Kit Siang (DAP)
P.163 – KULAI : Teo Nie Ching (DAP)
SABAH: 7 (DAP 3, Warisan 2, PKR 2, Solidariti 1)
P.172 – KOTA KINABALU : Chan Foong Hin (DAP)
P.174 – PENAMPANG : Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)
P.179 – RANAU : Jonathan Bin Yasin (PKR)
P.180 – KENINGAU : Jeffrey Kitingan (Solidariti)
P.181 – TENOM : Noorita Binti Sual (DAP)
P.185 – BATU SAPI : Liew Vui Keong (Warisan)
P.186 – SANDAKAN : Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP)
P.190 – TAWAU : Christina Liew Chin Jin (PKR)
SARAWAK: 11 (DAP 6, PKR 4, Bebas 1)
P.192 – MAS GADING : Mordi Anak Bimol (DAP)
P.195 – BANDAR KUCHING: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
P.196 – STAMPIN : Chong Chieng Jen (DAP)
P.198 – PUNCAK BORNEO : Willie Anak Mongin (PKR)
P.205 – SARATOK : Ali Anak Biju (PKR)
P.208 – SARIKEI : Wong Ling Biu (DAP)
P.209 – JULAU : Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas – Kerusi)
P.211 – LANANG : Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P.212 – SIBU : Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P.214 – SELANGAU : Baru Bian (PKR)
P.219 – MIRI : Michael Teo Yu Keng (PKR)
58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:
● 27 kerusi Parlimen Islam milik PKR
● 13 kerusi Parlimen Islam milik PPBM
● 11 kerusi Parlimen Islam milik PAN
● 6 kerusi Parlimen Islam milik Warisan
● 1 kerusi Parlimen Islam milik DAP
58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:
PERLIS: 1 (PKR 1)
P.002 – KANGAR : Noor Amin Bin Ahmad (PKR)
KEDAH: 8 (PKR 4, PPBM 3, PAN 1)
P.004 – LANGKAWI : Mahathir Mohamad (PPBM)
P.005 – JERLUN : Mukhriz Mahathir (PPBM)
P.006 – KUBANG PASU : Amiruddin Hamzah (PPBM)
P.008 – POKOK SENA : Mahfuz Omar (PAN)
P.010 – KUALA KEDAH : Azman Ismail (PKR)
P.014 – MERBOK : Nor Azrina Surip (PKR)
P.015 – SUNGAI PETANI : Johari Abdul (PKR)
P.018 – KULIM - BANDAR BAHARU: Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
PULAU PINANG: 3 (PKR 3)
P.044 – PERMATANG PAUH: Nurul Izzah Anwar (PKR)
P.047 – NIBONG TEBAL : Mansor Othman (PKR)
P.053 – BALIK PULAU : Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
PERAK: 3 (PAN 2, PPBM 1)
P.057 – PARIT BUNTAR : Mujahid Yusof (PAN)
P.063 – TAMBUN : Ahmad Faizal Azumu (PPBM)
P.074 – LUMUT : Mohd Hatta Md Ramli (PAN)
PAHANG: 4 (PKR 2, DAP 1, PAN 1)
P.080 – RAUB : Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
P.082 – INDERA MAHKOTA: Saifuddin Abdullah (PKR)
P.083 – KUANTAN : Fuziah Salleh (PKR)
P.088 – TEMERLOH : Mohd. Anuar Mohd Tahir (PAN)
SELANGOR: 11 (PKR 5, PAN 5, PPBM 1)
P.093 – SUNGAI BESAR : Muslimin Yahaya (PPBM)
P.096 – KUALA SELANGOR: Dzulkefly Ahmad (PAN)
P.098 – GOMBAK : Mohamed Azmin Bin Ali (PKR)
P.099 – AMPANG : Zuraida Kamaruddin (PKR)
P.100 – PANDAN : Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
P.101 – HULU LANGAT : Hasanuddin Mohd Yunus (PAN)
P.105 – PETALING JAYA : Maria Chin Abdullah (PKR)
P.108 – SHAH ALAM : Khalid Abd Samad (PAN)
P.109 – KAPAR : Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
P.111 – KOTA RAJA : Mohamad Sabu (PAN)
P.113 – SEPANG : Mohamed Hanipa Maidin (PAN)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 4 (PKR 3, PPBM 1)
P.118 – SETIAWANGSA : Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
P.119 – TITIWANGSA : Rina Mohd Harun (PPBM)
P.121 – LEMBAH PANTAI: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)
P.124 – BANDAR TUN RAZAK: Kamarudin Jaffar (PKR)
NEGERI SEMBILAN: 3 (PKR 1, PPBM 1, PAN 1)
P.129 – KUALA PILAH : Eddin Syazlee Shith (PPBM)
P.132 – PORT DICKSON : Danyal Balagopal Abdullah (PKR)
P.133 – TAMPIN : Hasan Bahrom (PAN)
MELAKA: 3 (PKR 2, PPBM 1)
P.135 – ALOR GAJAH : Mohd Redzuan Md Yusof (PPBM)
P.136 – TANGGA BATU : Rusnah Aluai (PKR)
P.137 – HANG TUAH JAYA: Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PKR)
JOHOR: 11 (PPBM 5, PKR 5, PAN 1)
P.141 – SEKIJANG : Natrah Ismail (PKR)
P.143 – PAGOH : Mahiaddin Md Yasin (PPBM)
P.144 – LEDANG : Syed Ibrahim Syed Nor (PKR)
P.146 – MUAR : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM)
P.149 – SRI GADING : Sharuddin Md Salleh (PPBM)
P.150 – BATU PAHAT : Mohd Rashid Hasnon (PKR)
P.151 – SIMPANG RENGGAM: Maszlee Malik (PPBM)
P.159 – PASIR GUDANG : Hassan Abdul Karim (PKR)
P.160 – JOHOR BAHRU : Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR)
P.161 – PULAI : Salahuddin Ayub (PAN)
P.165 – TANJUNG PIAI : Md Farid Md Rafik (PPBM)
SABAH: 7 (Warisan 6, PKR 1)
P.169 – KOTA BELUD : Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Warisan)
P.171 – SEPANGGAR : Mohd Azis Jamman (Warisan)
P.173 – PUTATAN : Awang Husaini Sahari (PKR)
P.175 – PAPAR : Ahmad Hassan (Warisan)
P.188 – SILAM : Mohamaddin Ketapi (Warisan)
P.189 – SEMPORNA : Mohd Shafie Apdal (Warisan)
P.191 – KALABAKAN : Ma'mun Sulaiman (Warisan)
Sama-samalah kita tunggu dan lihat kebijaksanaan Perdana Menteri kerajaan baru ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti yang beliau ketuai, PPBM, hanya memenangi 13 kerusi daripada 124 kerusi yang dimenangi oleh gabungan PKR, DAP, PPBM, PAN, Warisan, Bebas dan Solidariti, di dalam mengemudi tanah air kita selepas ini.
Dan semoga keputusan PRU14 ini akan mengukuhkan lagi tekad umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka selaras dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan Islam sebagai “agama bagi Persekutuan” dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada tiap-tiap orang untuk “menganuti dan mengamalkan agamanya”.
Nota: Sehingga kini masih belum dapat dipastikan dengan jelas hala tuju Ahli Parlimen Bebas (Kunci) yang menang di kerusi P.203 – Lubok Antu, iaitu Jugah AK Muyang. - HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018
PAS Tak Akan Jadi Kingmaker ?
Posted on Thursday, May 10 @ 00:20:35 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39629 |
Ramalan ini berdasarkan kata hati, ilmu dan maklumat. Namun apapun boleh terjadi kerana PRU14 adalah PRU yang paling sukar diramalkan kerana hampir setiap parti mengalami perpecahan dan masalah dalaman.
1. BN dapat antara 100 - 110 kerusi. PH dapat antara 55 – 65 kerusi. PAS/GS dapat antara 35 - 45 kerusi. BN terus kekal berkuasa sama ada berlaku lompatan dari PH atau bergabung dengan Parti Warisan Sabah atau berUG terus dengan PH.
2. PAS tidak akan jadi king maker di peringkat Pusat kerana BN tak bersedia untuk terima syarat Islam PAS. Kemungkinan lebih besar BN berUG dengan PH kerana sama-sama sekular.
3. Di pihak PH, DAP paling dominan manakala PAN dapat kurang dari 5 kerusi Parlimen. PPBM dapat kurang daripada 15 kerusi. Prestasi PKR lebih baik dari PPBM.
4. Ramai pemimpin besar PH akan tumbang terutama dari PAN dan PKR. Antaranya, Mahathir, Khalid Samad, Husam Musa, Nurul Izzah dan Azmin.
5. Di Sabah, Parti Warisan pimpinan Dato’ Shafie Afdal akan dapat paling banyak kerusi. Parti ini walaupun cenderung kepada PH, namun akan bersama BN.
6. Sabah akan jatuh ke tangan Parti Warisan Sabah.
7. PAS kekal memerintah Kelantan di samping dapat memerintah Terengganu dan Kedah. Pengaruh PPBM yang agak besar di Kedah tak cukup untuk menewaskan BN dan PAS tetapi cukup untuk merobohkan benteng-benteng BN.
8. DAP berjaya mendapat majoriti tipis di Pulau Pinang. Kemudiannya, DAP akan tumbang kerana akan berlaku lompatan ke BN.
9. PAS jadi kingmaker di Selangor dan Perak seterusnya akan menubuhkan kerajaan campuran bersama BN.
10. PH melalui calon-calon mereka dari PAN,PKR dan PPBM banyak hilang deposit di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perlis.
Wallahu’alam.
Sumber TKO - 10-5-2018
Pagi Ini Saya Beri Satu Undi PAS demi Islam dan Melayu di Malaysia
Posted on Wednesday, May 09 @ 13:56:20 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39626 |
Pagi Ini Saya Beri Satu Undi PAS demi Islam dan Melayu di Malaysia. Saya tolak kempen fitnah. Saya juga tolak kempen persepsi. Saya tak setuju dengan cara jatuhkan Najib dulu baru fikir kemudian. Yang penting kita sebagai seorang Islam yakin dengan janji Allah dan Islam.
Saya tolak kempen jahat nak curi pengundi PAS kononnya kena undi PH.
UNDILAH PAS MACAM SAYA
Suumber TKO - 9-5-2018
Terdesak Takut Kalah, PH Terbit Analisis Palsu
Posted on Tuesday, May 08 @ 17:34:14 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39619 |
No comments:
Post a Comment