BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, May 22, 2018

KESIHATAN DAN PENYAKIT (JILID 3)




Lombok sebahagian daripada kita



TIADA yang istimewa di tanah bekas jajahan Belanda ini kecuali paduan panorama pantai Malibur dan Gunung Rinjani yang memukau. Kecantikan faunanya hampir ranap setelah gempa bumi berskala 6.4 magnitud pada 29 Julai lalu. Diikuti dengan lima lagi rauman gempa susulan dengan skala yang kuat. Sekali gus menjadikan rakyat Lombok yang belum pernah digangu gempa berada dalam keadaan trauma.
Saya berusaha sampai di bumi Lombok ini setelah lebih dua bulan kejadian gampa bumi terjadi. Kerja amal ini tidak putus walaupun kerajaan Indonesia mengisytiharkan fasa menyelamat bencana berakhir pada 25 Ogos lepas.
Kerajaan Indonesia telah membuat kenyataan rasmi bahawa fasa pemulihan (rehabilitation) bermula, namun menghadkan jumlah pasukan luar yang datang untuk membantu. Mungkin atas sebab-sebab sosiopolitik, sekatan ini dikenakan.
Pun begitu rakan NGO kami daripada PKS menyatakan semakin banyak santunan yang wajib mereka dilakukan. Kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan kesihatan, bantuan makanan asas dan pembinaan semula kehidupan rakyat Lombok harus diteruskan. Relawan PKS sudah hampir dua bulan berkampung di setiap penjuru Lombok. Boleh dikatakan setiap Posko (Pusat Operasi Bencana) yang dibangunkan oleh PKS terdapat 10 orang relawan.
Lombok adalah salah satu dari tiga pulau utama di bawah penguasaan pentadbiran Nusa Tenggara Barat Indonesia. Pulaunya sejajar dengan Bali dan Sumbawa. Tetapi tiga juta daripada lima juta penduduk bangsa Sasak ini tertumpu di Pulau Lombok. Ini kerana mungkin Pulau Lombok lebih nyaman dan mendamaikan. Sesuai dengan gelaran Negeri Lombok adalah negeri Sejuta Masjid dan Sejuta Maling.
Majoriti penduduknya adalah muslim. Apabila masuk waktu solat, laungan azan akan bertali-talian. Sesiapa sahaja yang hadir di bumi Lombok ini akan termaling (curi) hatinya. Di samping keindahan bahasa yang digunakan, rakyatnya amat penyantun.
Seluruh kepulauan Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik. Dengan makna, bila-bila masa sahaja titik tumpu gunung merapi boleh meletus dan akhirnya boleh mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.
Berlakunya siri gempa bumi di Lombok dan Sulawesi ini akan memberi kesan iklim yang buruk seluruh dunia. Manusia secara keseluruhannya dijangka akan menghadapi perubahan cuaca yang melampau. Pergerakan angin dan arus lautan juga terkesan sehingakan bongkah ais di kutub dunia akan mencair.
Kehadiran kami seramai 18 orang sukarelawan gabungan terdiri daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan dan Perlis, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), wakil daripada Iman Care, Warga Cakna dan beberapa NGO lain lagi bertujuan menyampaikan sedikit bantuan yang telah diamanahkan untuk santunan rakyat Lombok.
Seperti yang dijanjikan, kami tiba di Lombok Tengah, Barat, Timur dan utara selama tiga hari berturut-turut itu dengan bekalan makanan harian. Saya, Dr Zuraizi Jaafar dan Dr Afiq Fahimy mewakili Papisma juga turut membuat rawatan kesihatan sekadar mampu. Terima kasih kepada pihak PKS yang telah pun menyediakan keperluan ubat-ubatan kepada mangsa kejadian gempa. Bekalan ubatan yang telah tersedia itu digunakan untuk rawatan pesakit.
Namun, hasil daripada penilaian yang dilakukan, mereka sudah tiada rintihan yang ketara tentang penyakit fizikal. Sakit badan, sakit sendi itu tidak terlalu mendesak kehidupan mereka. Begitu juga dengan luka kecil, demam selsema dan rengat seluruh badan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus hidup.
Penyakit fizikal ini berlaku mungkin kehidupan yang tidak menentu, siang hari penuh dengan kerja-kerja pembersihan puin-puin bangunan yang roboh, badan mereka sakit sana sini. Jauh dalam renungan anak mata setiap penduduk Lombok ini sama ada tua mahupun muda, adalah kerencaman dan apakah kesudahan nasib hidup mereka pada masa mendatang.
Mereka seolah-olah putus harap dengan pihak lain yang hanya datang untuk mengolah ceria serta cerita bahagia yang sementara. Kemudian selfie sana sini dan lambai pulang ke negeri masing-masing. Tiada satu kata jaminan ajaib yang membolehkan mereka bangkit semula daripada trauma gegaran gempa ini. Apa lagi yang harus kita lakukan?
Akhir sekali, Saudara Abdul Hamid Seman, Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan relawan yang terlibat. Yayasan Amal Malaysia hanya sebagai perantara.
Kejayaan misi kemanusiaan selepas gempa bumi ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk para penyumbang tabung kemanusiaan gempa bumi Lombok. Beliau meletakkan azam untuk terus mengatur pelan bantuan ke Palu, Sulawesi yang baharu sahaja berlaku gempa bumi dan tsunami.
Catatan misi kemanusiaan #CintakuDiBumiLombok 2018.
Dr Suhazeli Abdullah
Kg Senggigi, Lombok Tengah
1.10.2018 – HARAKAHDAILY 1/10/2018














Sumber HD - 1-10-2018

Larangan jualan tiga produk jus

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B dihentikan serta-merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat itu sebenarnya tidak wujud dan hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, dexamethasone dan prednisolone adalah steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.- Bernama

Sumber MR - 25-9-2018

Penjagaan buah pinggang optimum



PERKARA yang selalu pesakit saya takut adalah kegagalan buah pinggang. Mereka akan fobia apabila melihat rakan-rakan yang tidak bernasib baik terpaksa berulang-alik selang sehari ke pusat dialisis.

Puncanya adalah penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Justeru, mereka akan bertanya kepada saya, apakah tanda-tanda penyakit ini terkena kepada setiap orang?

Buah pinggang adalah organ penapis darah kita. Selepas makanan dicernakan dan diproses untuk kegunaan badan, akan terhsail bahan kumuh yang perlu dikeluarkan. Bahan kumuh yang tidak diperlukan tersebut seperti urea akan dibuang melalui buah pinggang.

Jika penapisan baik, segala bahan kotor itu akan dikeluarkan tanpa berbaki. Namun jika buah pinggang rosak, segala bahan yang tidak diperlukan oleh badan akan berlegar-legar dalam darah kerana tidak dapat dikeluarkan.

Maka akan timbullah pelbagai tanda seperti:

i) terlalu letih
ii) lemah badan
iii) kurang selera makan
iv) masalah tidur
v) pemikiran berserabut
vi) kulit gatal dan berwarna kusam
vii) kaki bengkak
viii) sesak nafas dan nafas berbau urin (aroma air kencing).

Punca utama penyebab kegagalan buah pinggang di Malaysia adalah penyakit kencing manis.

Dr Ghazali Ahmad, Pakar Perunding Nefrologi pernah mengulas isu ini. Kata beliau, sebab utama penyakit buah pinggang kronik di Malaysia ialah diabetes.

62 peratus daripada 7,050 pesakit baru yang memulakan rawatan dialisis berkekalan pada tahun 2014 adalah pesakit diabetes. Tiga faktor risiko tertinggi penyakit buah pinggang daripada kajian 900 orang awam di Semenanjung Malaysia pada tahun 2012 ialah diabetes, peningkatan umur dan tekanan darah tinggi.

Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Buah Pinggang pernah memberi nasihat dalam tulisan beliau mengenai pesakit yang sudah mengalami kegagalan buah pinggang supaya menjaga kaedah pemakanan mereka. Pemakanan yang betul ini boleh menjamin kesihatan yang optimum dan mengelakkan kegagalan yang semakin parah ke atas buah pinggang pesakit.

Berikut adalah tulisan beliau: Ini adalah info umum langkah-langkah “eating right” untuk pesakit kronik buah pinggang yang belum dialisis (cuci buah pinggang).

Langkah 1
Kurangkan garam (juga garam tersembunyi) dan makan yang segar (jangan yang diproses). Maksud saya garam tersembunyi adalah kicap, sos, sos tiram, kiub perasa, mi segera, mi kuning. Rumah saya tidak ada garam dan benda-benda yang disenaraikan ini. Yang diproses termasuk bebola ayam, sosej, burger, makanan dalam tin. Kalau boleh elakkan, tetapi kalau sekali sekala hendak makan OK lah; sekadar merasa.

Langkah 2
Jaga kuantiti protein. Kurangkan sedikit kuantiti protein tetapi bukan tidak makan langsung. Jenis protein yang elok adalah ayam, ikan dan telur. Kalau banyak sangat protein (contohnya makan 10 daging steak sekali gus), akan membebankan buah pinggang. Tidak makan langsung pun tidak boleh, jangan keliru. Bersederhana.

Langkah 3
Makanan elok untuk jantung adalah tidak berlemak. Ini kerana buah pinggang dan jantung berkait rapat. Elakkan yang goreng-goreng, lebihkan yang panggang dan kukus.

Apa-apa pun ini umum, setiap pesakit mungkin lain. Jadi berinteraksilah dengan pengamal perubatan yang merawat. Dan sekali lagi ‘jangan sentuh produk’ tanpa berbincang dengan doktor merawat. Jangan ada yang menggunakan info ini untuk promosi produk pulak. Sebabnya kesemua ini elok yang segar, bukan yang sudah jadi apa-apa produk. Rajin-rajinlah ke pasar atau supermarket yang menjual bahan-bahan segar.

Penegasan yang dibuat oleh Dr Rafidah di atas perlu diambil serius oleh para pesakit dan saudara mara yang menjaga pesakit. Kita mahu mengelakkan bebanan yang semakin tinggi kepada buah pinggang.

Sudahlah buah pinggang terbeban dengan kencing manis dan darah tinggi, pesakit pula tidak berpantang langsung dalam pemilihan makanan mereka. Beringat sebelum kena. Jika sudah kena kehidupan anda akan merana sepanjang hayat.

Tips berikut mungkin boleh membantu anda dalam penjagaan buah pinggang.

1) Kurangkan tekanan darah. Jangan biarkan penyakit darah tinggi anda bermaharajalela tanpa sebarang ubatan yang sesuai. Doktor akan memberikan ubat yang telah terbukti boleh membantu pemulihan buah pinggang anda seperti ACE-Inhibitor dan Angiotensin II Receptor blocker. Selain daripada itu, adalah penjagaan makanan dan bersukan.

2) Urus paras gula anda seoptimum mungkin. Jika anda berpenyakit kencing manis, selalulah bertemu doktor untuk dapatkan khidmat nasihat dan ubatan yang sesuai. Jangan cepat terpengaruh dengan jurujual jalanan dan jurujual maya. Produk mereka tidak mempunyai rekod kajian klinikal pun. Mereka hanya menjadikan testimoni sebagai ukuran. Ibarat kata, pelanggan mereka akan dijadikan bahan ujikaji makmal secara tidak langsung. Masalahnya testimoni sedemikian adalah tanpa kawalan dan kaedah yang betul. Sekali anda kena kesan sampingan produk tersebut, siapa yang akan bertanggungjawab?

3) Berhenti merokok sekarang juga! Bahan yang terdapat dalam rokok adalah punca yang paling bahaya kepada sistem penurasan buah pinggang. Jika anda tidak bermotivasi untuk berhenti merokok, silalah datang ke klinik untuk kami berikan nasihat sepatutnya dan ubat yang sepadan. – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018

Legalisasi ganja?



TELAH kesekian kali saya sebut dalam artikel sebelum ini bahawa apa-apa bahan yang nak dijadikan ubat kenalah dikemukakan beserta kajian yang kukuh. Perlu juga dibuat dengan mematuhi peraturan yang ada dalam negara. Kita ada undang-undang.
Kena sampai berjaya berdaftar dengan KKM di bawah NPRA. Kalau tak berjaya daftarkan, tak boleh la guna bahan berkenaan. So in the first place buat semua benda tu dulu. Selesai didaftarkan, profesional kesihatan sahaja boleh handle. Bukan sembarangan orang entah sesiapa sahaja. Kalau betul nak guna ganja dengan cara yang betul, kena setujulah dengan perkara ini.
Dalam perubatan, kajian terhadap bahan yang akan digunakan sebagai ubatan hendaklah melalui kajian klinikal berupa controlled trial. Ia adalah kajian sekurang-kurangnya bertahap Evidence Level II. Semua ubat-ubatan moden di pasaran, hatta paracetamol pun, telah melalui proses yang serupa. Begitu juga ubatan berasaskan ganja seperti sativex.
Kajian berupa case report dan case series, apatah lagi kajian makmal atau kajian ke atas haiwan tidak cukup kuat untuk membuktikan keberkesanan dan keselamatan sesuatu bahan kepada tubuh badan manusia.
Saya lega dengan keputusan terbaharu KKM berkaitan isu ganja ini.
Baca:
PUTRAJAYA: Health Ministry today said cannabis oil can only be used for research and not as alternative medicine.
Untuk buat research pun kena melalui proses-proses tersendiri. Tidak boleh sesekali jadikan entry ini untuk legalisasikan ganja secara meluas.
Dr Suhazeli ialah Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma).











Sumber HD - 20-9-2018





Pohon Nurul Izzah dapat fakta tepat


SAYA tertarik dengan kelantangan YB Nurul Izzah yang menyuarakan hukuman gantung terhadap kes seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.
Hujah beliau: "Ganja semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik".

Dari sudut perubatan, saya memohon agar YB mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak yang berwibawa. Terdapat dua isu di sini yang perlu difahami.

1. Ganja boleh mengubati penyakit? Tidak terbukti setakat ini. Pihak Berkuasa Ubatan (FDA) hanya meluluskan pemberian minyak ganja terhadap penyakit sawan (epilepsy) jenis dravet syndrome sahaja. Itupun sebagai sebagai rawatan tambahan dari kaedah rawatan sedia ada. Bukti kajian lain masih lagi tidak melepasi kajian klinikal sehingga membolehkan ianya digunakan secara meluas oleh masyarakat. Lagipun apa-apa ubat yang dikategori sebagai dadah wajib mematuhi akta Racun Negara 1952 dan Akta Dadah Merbahaya. Andaikata undang-undang membenarkan, tidak semua orang bebas memiliki, memproses dan mengedar ganja. Ianya wajib diseliakan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang seperti doktor dan ahli farmasi. Contohnya morfin, sejenis ubat yang termaktub dalam Akta Racun, hanya doktor dan ahli dalam bidang perubatan sahaja boleh memiliki dan memberikan kepada pesakit atas indikasi khusus.

2. Isu kedua adalah hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas pesalah. Jika dilihat dari sudut keadilan, ianya mungkin tidak bersesuaian dengan perjuangan hak asasi. Dalam Islam terdapat hukum yang boleh dikiaskan bagi penggunaan ganja yang boleh merosakkan ini. Kias hukumnya adalah kesalahan penggunaan arak. Namun saya tidak mahu ulas lanjut kerana ianya bukan bidang saya. Para alim ulama Islam muktabar perlu dirujuk bagi menentukan hukum yang bersesuaian. - HARAKAHDAILY 18/9/2018

Penulis ialah Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma).

Sumber HD - 18-9-2018

Konflik: Antara tugas dan jualan MLM


http://www.harakahdaily.net/index.php/gaya-hidup/8009-konflik-antara-tugas-dan-jualan-mlm


SAYA pernah sewaktu awal karier kedoktoran dahulu terlibat dalam jualan MLM. Sempat bertahan lima bulan sahaja kerana merasakan konflik kepentingan. Pada waktu itu saya bekerja di jabatan surgeri (pembedahan).
Saya mengaku, semasa konsultasi bersama pesakit, saya agak bias untuk menawarkan produk pemakanan kesihatan MLM yang saya ceburi. Tetapi saya tidak berjaya meraih keuntungan kerana pemikiran saya sendiri berkecamuk antara laba untung dengan evidence based medicine (EBM).
Produk MLM tersebut hanya berdiri atas testimoni. Kekadang sengaja direka-reka untuk memberi keyakinan kepada pesakit supaya terus melabur dalam pembelian produk.
Saya menyesal! Terus berhenti tanpa beritahu alasan kepada 'upliner'. Harap mereka faham apa gejolak yang bermain dalam jiwa saya.

Kini, saya lihat segelintir doktor yang terjebak dalam lorong yang pernah saya lalui dahulu. Menyedihkan juga adalah kawan-kawan yang pernah saya bekerja bersama.
Saya segan untuk menegur mereka atas rasa hormat ilmu yang mereka sendiri berikan berkaitan dengan EBM sehinggakan saya bergelar pakar. Akan tetapi saya runsing tenaga mereka hanya digunakan oleh upliner tertentu untuk melariskan jualan produk.

Apa harus saya lakukan. Tolong nasihati saya. – HARAKAHDAILY 6/9/2018

Sumber HD - 6-9-2018









Rawatan tulang belakang ajaib



BEGITU ramai yang mengaku boleh ubati sakit tulang belakang seperti rawatan betulkan slip disc yang disebarkan meluas melalui media sosial. Testimoni yang ditunjukkan itu menakjubkan dan ajaib sungguh. Dengan hanya gosok atau ketuk dan seumpamanya, kesakitan hilang ibarat mencabut semaian padi.

Saya tidak pasti apa mekanism yang berlaku sehingga begitu mujarab sekali! Kami di hospital berlainan kaedahnya. Doktor akan meneliti secara terperinci jika seseorang itu mempunyai masalah tulang belakang. Selain dari x-ray, mungkin ct-scan dan MRI akan digunakan untuk mengetahui punca penyakit serta menilai keparahan penyakit. Kemudian, barulah kami memberikan cadangan rawatan sama ada ubatan, fisioterapi atau pembedahan.

Maksudnya penelitian kami para doktor bukan hanya lima atau sepuluh minit! Tiada yang ajaib dan menakjubkan. Perawatan tulang belakang ini adalah lebih kepada rawatan mekanikal yang berlaku ke atas tulang belakang atau pelapik antara tulang belakang (disc).

Jika berlaku tekanan, kerosakan pergerakan, disc tersembur keluar dan sebagainya, rawatan perlu dibuat dengan penuh berhati-hati. Rawatan pun berbeza mengikut jenis penyakit. Pakar tulang akan menilai secara terperinci sebelum sesuatu prosedur dijalankan. Bukannya terus menghentak atau memotong tanpa melihat kepada anatomi (struktur dan kedudukan) tulang belakang itu. Anatomi sesuatu tulang yang rosak itu tidak boleh dibuat andaian atau agak-agak walaupun kita boleh merasai lokasinya.

Ini kerana di antara celah-celah tulang belakang itu tersirat saraf tunjang dan saraf yang menggerakkan tangan serta kaki manusia. Tersalah tekan boleh memparahkan lagi keadaan. Apatah lagi dengan menggunakan hentaman kuat seperti tukul, kayu blok dan sebagainya.

Mungkin telahan saya, ‘keajaiban’ yang berlaku terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan dari bomoh tulang tradisional itu adalah bersifat sementara. Terasa lega setelah ditekan atau diketuk dan bernasib baik tidak mematahkan tulang temulang. Namun punca dan penyakit sebenar pesakit masih lagi berlegar di situ tanpa rawatan yang khusus. Sakitnya akan menjengah kembali pada satu tempoh yang tertentu.

Kebimbangan kami di sini adalah, andai ketukan itu kuat dan boleh mencederakan tisu sekeliling, meretakkan tulang dan menghimpit saraf, pesakit akan merana sepanjang hidup. Kemungkinan boleh berlaku lumpuh adalah satu risiko yang agak tinggi.

Namun terdapat para penyokong tegar perubatan tradisional ini memperli dan memperlekeh nasihat kami, dengan mengatakan ilmu doktor tidak sama dengan ilmu yang diperolehi oleh bomoh tradisional berkenaan.

Ya, saya akui ilmu Allah itu luas dan apa salahnya penerangan yang jitu diberikan. Kita tidak mahu ianya bersifat mistik sehingga tidak boleh diberi penjelasan tuntas mengikut ilmu akal manusia. Andai kata jika ianya benar-benar ajaib dan hebat, sepatutnya mereka:

1) Bergabung "kepakaran" itu dengan pakar ortopedik (tulang) supaya masyarakat lebih ramai mendapat manfaat.

2) Membuka kelas-kelas ilmu resetting tulang kaedah Melayu ini kepada orang ramai atau doktor. Penting penyebaran ilmu ini kerana semakin ramai yang pandai, maka semakin ramai orang dapat manfaat. Bukan setakat sekitar kampung bomoh itu menginap sahaja tetapi ianya perlu dimanfaatkan ke seluruh Malaysia. Tidak perlu lokek dengan ilmu. Saya terbuka dalam bab mencari ilmu ini.

Saya kira dua cadangan di atas hanya fatamorgana. Jika hanya pandai lukis atas belakang dan ketuk-ketuk tanpa mengetahui diagnosa sebenar penyakit sama ada tulang retak, disc terkeluar, disc menipis, saraf tersepit dan banyak lagi, memang mudah melakarkan lukisan.

Zaman sekarang ini anatomi boleh dilayar dalam youtube mahupun google sahaja. Tetapi punca dan nama penyakit harus dibuat pemeriksaan teliti oleh pakar dan dibantu oleh alat-alatan terkini seperti x-ray, CT scan atau MRI. Tiada keajaiaban yang boleh digunakan untuk mengetahui perkara sebenar, kecuali menggunakan ilmu-ilmu ghaib.

Seruan saya, jangan mudah terpedaya dengan testimoni yang menakjubkan. Fikir dalam-dalam dan berbincanglah dengan ahli yang pakar dalam bab ini. Keputusan silap anda boleh menyebabkan sengsara sepanjang hidup dan banyak wang melayang nanti. - HARAKAHDAILY 1/9/2018


















Sumber HD - 1-9-2018

Gelembung putih pada daging











MINGGU ini tersebar secara meluas gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih. Katanya daging berkenaan telah dijangkiti oleh kuman Tuberculosis Bovis, sejenis kuman yang disamakan dengan penyakit Tuberkulosis dalam kalangan manusia.
Setelah saya selidiki dengan rakan-rakan doktor veterinar, maklumat berkenaan adalah tidak tepat. Tuberkulosis Bovis yang menjangkiti haiwan terlalu sukar tumbuh pada daging atau tulang. Tuberkulosis Bovis dalam haiwan majoriti terdapat dalam paru-paru haiwan berkenaan. Tuberkulosis bovis tidak mudah menjangkiti manusia kerana ianya mempunyai struktur biologi berbeza. Walaupun jangkitan boleh berlaku tetapi terlalu amat jarang. 
Agri-food Veterinary Authority (AVA) Singapura yang bertanggungjawab terus terhadap mutu makanan juga mengulas isu yang sama. Mereka menyatakan bahawa hasil penyelidikan makmal AVA, tiada pun daging-daging seumpama itu dijangkiti oleh penyakit merbahaya termasuk kuman Tb. AVA menasihati orang ramai agar tidak terus menyebarkan berita tidak tepat.
Kajian yang dijalankan oleh Meats and Muscle Biology Section, Dept of Animal Science, Texas Agricultural Experiment Station, mendapati punca gelembung itu terbentuk kerana struktur daging rosak. Pendedahan kepada alam sekeliling dan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan daging tersebut rosak. Ia juga bukan akibat dari bahan kimia plastik pembungkus atau pengawet yang digunakan.
Pihak berkuasa negara sudah pasti akan memastikan setiap makanan atau daging yang diimport ke dalam negara senantiasa selamat dan halal untuk dimakan. Jika anda mendapati daging atau makanan tidak elok, rosak atau basi, tidak perlulah membeli makanan tersebut. Cari makanan yang bersih, berkualiti dan selamat amat penting demi menjamin kesihatan yang optimum. Jika terdapat penjual yang menjual makanan tidak berkualiti, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. - HARAKAHDAILY 17/8/2018












Sumber HD - 17-8-2018










Produk sapu tambah oksigen?

http://www.harakahdaily.net/index.php/gaya-hidup/7704-produk-sapu-tambah-oksigen




SAYA perhatikan banyak produk kesihatan dalam pasaran menyalahgunakan logo kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjual. Ianya dikira seolah-olah menipu pengguna yang kurang maklumat berkaitan dengan kesihatan.

Sebagai contoh, terdapat produk yang mengisytiharkan ianya bukan ubat, produk itu diluluskan sebagai kategori kosmetik. Tetapi iklan dan promosi yang mereka jalankan menjurus kepada produk kesihatan yang mempunyai khasiat perubatan. Maksud kosmetik seperti yang dinyatakan oleh syarat kelulusan KKM adalah sejenis bahan yang hanya digunakan untuk luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, bibir, luar alat sulit, gigi dan mulut. Tujuan sapuan luar badan itu bertujuan untuk bersihkan badan, wangi-wangian, mengubah wajah/rupa, baiki bau badan, lindungi dan kekalkan kulit senantiasa berkeadaan baik serta segar. Itu sahaja tuntutan khasiat yang boleh diisytiharkan oleh para penjual produk yang mendapat kelulusan kategori kosmetik.

Mana-mana produk yang mendakwa mampu menyembuhkan atau merawat penyakit, sedangkan tiada bukti kajian boleh didakwa di bawah akta kawalan ubat-ubatan dan akta pengiklanan. Penekanan di sini adalah bukan denda melalui akta, tetapi lebih kepada kawalan para penjual produk supaya tidak memanipulasi kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Bayangkan jika sesuatu produk itu mendakwa boleh menyembuhkan kencing manis, sedangkan kencing manis itu sendiri adalah sejenis penyakit kronik yang tiada ubatan penyembuhan setakat ini. Ubat-ubatan moden yang terdapat dalam premis kesihatan adalah sebagai membantu untuk mengawal penyakit kencing manis itu semakin teruk atau tidak terkawal. Hatta produk kesihatan yang tumbuh bagai cendawan di luar sana pun masih lagi tidak boleh mencapai tahap dakwaan produk mereka boleh menyembuhkan penyakit kencing manis.

Begitu juga dengan beberapa penyakit lain yang salah dari sudut undang-undang mendakwa boleh menyembuhkan. Iklan produk kesihatan dan kecantikan dilarang sama sekali membuat tuntutan perubatan untuk tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis bagi 20 jenis penyakit yang telah disenaraikan di dalam Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, iaitu penyakit atau kecacatan buah pinggang/ginjal, penyakit atau kecacatan jantung, diabetes (kencing manis), epilepsi atau sawan, lumpuh, tuberkulosis, astma, kusta, kanser/barah, pekak, penagihan dadah, hernia, penyakit mata, hipertensi (darah tinggi), kecacatan otak , kemandulan, kaku (frigidity), lemah fungsi seks/impoten, penyakit venerus (contoh Aids, Hepatitis) dan kelemahan urat saraf, atau aduan atau kelemahan lain timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Selain itu, iklan tidak dibenarkan membuat tuntutan dengan penggunaan ayat-ayat penarik seperti, “Paling Hebat“, “Terbaik”, “Nombor 1“ dan lain-lain tuntutan yang memperbesar. Iklan produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik di mana fungsi kosmetik adalah untuk membersih, menyegar dan mewangi dan mestilah tertakhluk kepada ‘Cosmetic Advertising Code’. Manakala iklan makanan/minuman kesihatan walaupun tidak ditapis oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) tetapi perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan iklan alat perubatan harus mematuhi Akta Peranti Perubatan 2012. Iklan-iklan ini perlu dikawal untuk memastikan bahawa maklumat yang sampai kepada pengguna tidak mengelirukan, betul dan disokong dengan bukti-bukti yang sahih.

Jika dakwaan boleh menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik manusia, bermakna mereka telah melanggari hak kelulusan. Andai sekiranya memang benar produk kesihatan itu mempunyai khasiat ajaib seperti yang dipromosikan, pengeluar produk bolehlah kemukakan semula profil laporan termasuk kajian yang terperinci kepada Pihak Berkuasa Ubat Kebangsaan (NPRA).

Jujurlah dalam menyediakan dakwaan khasiat perubatan itu demi keselamatan dan manfaat masyarakat. NPRA semestinya tiada halangan yang besar untuk meluluskannya jika produk berkenaan benar-benar terbukti boleh menyembuhkan atau mengawal penyakit-penyakit dalam masyarakat.

Sudah pasti kajian secara terperinci telah dilakukan bermula dengan kajian atas piring pateri, ujikaji haiwan dan manusia secara skala yang besar. Kajian-kajian tersebut mestilah merangkumi tahap keberkesanan, tahap keselamatan dan kualiti kepenggunaan.

Testimoni bukan kajian bermetodologi. Justeru ianya tidak dikira sebagai ujikaji kesahihan. Ianya mungkin kes terpencil yang tidak boleh digeneralisasikan terhadap masyarakat secara keseluruhan.

Jika terdapat produk yang mendakwa hasil sapuan luaran boleh menambahkan/memberi oksigen dan bertindak mengaktifkan kembali hormon yang kurang aktif, baik soal kembali jurujual berkenaan mekanisma aliran oksigen/hormon dalam badan. Adakah produk berkenaan mampu mencairkan darah? Bagaimana tindak balas bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut? Atau ianya hanya andaian semata-mata oleh para pengedar? Ingin saya tegaskan kembali, sebagai doktor perubatan, saya bukan menidakkan keajaiban yang mungkin wujud.

Tetapi sebagai seorang yang diajar dalam ilmu sebab akibat, sudah pasti setiap sesuatu itu pasti terdapat penjelasan sains yang logik. Islam pun mengajar kita sedemikian dalam penafsiran ilmu keduniaan ini.

Segala kejadian ajaib di zaman ini tertakluk kepada penjelasan yang ampuh kerana kita bukannnya para nabi yang mempunyai mukjizat. Kita juga bukan para wali atau orang soleh yang mempunyai kelebihan tertentu seperti karomah dan irhasy.

Mana mungkin dengan sapuan luaran kulit boleh memberikan oksigen atau menambahkan oksigen dalam darah! Adalah tidak munasabah badan kita sudah tidak aktif hormon dan memerlukan sapuan kosmetik luaran untuk mengaktifkannya.

Semoga masyarakat cepat peka dan hindari dengan kaedah promosi yang menguja ini. Saya risau kerana para penjual produk-produk ini ramai daripada kalangan individu yang berpengaruh dalam masyarakat.

Ketinggian ilmu mereka dalam bidang yang mereka ceburi tidak boleh dihazafkan dengan sedikit iklan yang mengabui mata semasa ceramah yang disampaikan. Pokok pangkalnya, bertanyalah pakar dalam bidang perubatan berkaitan dengan kesihatan diri anda. – HARAKAHDAILY 8/8/2018



















Sumber HD - 8-8-2018

Probiotik Punca Kanser?

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Biasanya isu tular yang melibatkan jenama tertentu atau makanan tertentu cepat merebak dikalangan masyarakat kita. Terkini, timbul kembali isu meminum minuman probiotik (seperti Vitagen, Yakult dan lain²) punca kepada penyakit kanser. Mesej yang ditularkan kembali itu sebenarnya telah berlegar sejak dari tahun 2015 lagi. Mesej berkenaan memaparkan cerita seorang pelawat hospital yang mengunjungi waris mereka terkejut setelah diberitakan punca penyakit kanser darah (leukaemia) akibat meminum jus probiotik tertentu. Terdapat juga tulisan tular yang berversi agak serupa yang menuduh minuman jus probiotik itu punca kepada kanser perut.

Mereka menyandarkan kepada kata² doktor yang melarang pesakit kanser berkenaan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi bakteria baik (makna umum bagi probiotik kerana mengandungi bakteria seperti laktobasilus). Laktobasilus ini mempunyai khasiat penting dalam membantu pencernaan dan penguraian makanan yang di makan.[1] Kajian kes kawalan mendapati probiotik boleh mengurangkan keterukan cirit-birit akibat kuman.[2]

Isu yang geger di media maya itu sudah pun dijawab oleh beberapa orang pakar dan pihak berautoriti termasuk Menteri Kesihatan.[3] Apa yang berlaku adalah, salah kefahaman tentang konsep pesakit kanser tidak dibenarkan mengambil bahan tertentu kerana sistem pertahanan badan mereka ditahap minima.

Apabila immuniti/pertahanan badan lemah, jangkitan bakteria yang tidak merbahaya seperti laktobasilus senang merebak dengan individu normal. Apa sahaja termasuk makanan yang diproses melalui kultur bakteria, vaksin kategori yang dilemahkan (live attenuated vaccine) adalah dinasihatkan tidak diberi kepada pesakit² yang rendah sistem imun. Pesakit yang rendah imuniti seperti:

1- Pesakit kanser yang sedang dalam rawatan kimoterapi,
2- Pesakit HIV,
3- Pesakit yang baru lepas pemindahan organ,
4- Pesakit dalam rawatan dialisis (cuci buah pinggang).
5- Pesakit sedang menjalani rawatan steroid yang berpanjangan seperti pesakit SLE.
6- Bayi pramatang

Jika pesakit minum juga, kesan yang akan diperolehi adalah tidak serius. Kajian kes menunjukkan terlalu jarang berlaku seperti jangkitan kuman dalam darah (sepsis), jangkitan kuman ke jantung (Endocarditis) dan beberapa kesan lagi.[2] Atas asas inilah doktor memberi nasihat agar pesakit yang kurang sistem pertahanan badan tidak mengambil minuman berprobiotik. Beringat sebelum kena, pilihan minuman lain masih banyak untuk diambil.

Minuman probiotik bukan penyebab kepada berlakunya kanser darah atau usus. Ianya juga tidak sama sekali menjadi punca sel kanser merebak atau membiak. Kefahaman minuman kultur tersebut sebagai punca kanser adalah tidak benar.

Semoga penerangan ringkas ini boleh memberi pencerahan kepada masyarakat.

Pautan
[1] SP Borriello, WP Hammes, W Holzapfel, P Marteau, J Schrezenmeir, M Vaara, Ville Valtonen. Safety of probiotics that contain lactobacilli or bifidobacteria. Clinical infectious diseases 36 (6), 775-780, 2003
[2] Robert J Boyle, Roy M Robins-Browne, Mimi LK Tang; Probiotic use in clinical practice: what are the risks?, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 83, Issue 6, 1 June 2006, Pages 1256–1264, https://doi.org/10.1093/ajcn/83.6.1256
[3] Tiada bukti Vitagen Penyebab Kanser. http://english.astroawani.com/malaysia-news/no-evidence-vitagen-causing-stomach-cancer-health-ministry-11315

Sumber BO - 25-7-2018












Malaysia Mempunyai Kadar Diabetes Tertinggi di Asia

Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis (diabetes) tertinggi di Asia dan salah satu yang tertinggi di dunia, kata Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Negara (NADI) Dr Mustaffa Embong.
Kira-kira 2.5 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Malaysia mempunyai kencing manis, katanya.

“Menurut rekod NADI, statistik mencadangkan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia tidak tahu bahawa mereka mempunyai diabetes.

“Kebanyakan penyakit ‘diabetes Tipe 2’ tidak mempunyai sebarang gejala sehingga anda mengalami serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, menjadi buta dan amputasi,” katanya.

Dr Mustaffa membuat kenyataan pada Persidangan Komplikasi Diabetes Komplikasi ke-10 dan Grand Pusingan (DCOM 2018) pada Selasa (24 Julai).

Persidangan dua hari itu dihadiri oleh peserta dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia.

“Dengan persidangan ini, pelbagai topik mengenai aspek perubatan dan rawatan baru bagi pesakit diabetes akan dibentangkan untuk menangani masalah ini,” katanya.

Sumber BO - 24-7-2018













Telur ikan beracun

SEHARI dua ini viral satu gambar telur ikan yang katanya amat bahaya. Kononnya lagi, ikan-ikan tersebut memakan racun dan terjadi tumor kanser dari ikan, dari logam berat. Memakannya akan mengakibatkan bahaya dan penyebabkan ABK Tipe Autistic.
Baik, mari kita siasat lanjut adakah benar perkara ini? 
Gambar viral ini mula disebarkan sejak 2017 di ruang maya Indonesia. Mereka menuduh ikan tersebut ditemui dalam tin sardin jenama tertentu dari India. Penjelasan telah dilakukan pihak berwajib Indonesia. 
Pun begitu, kristal putih seperti telur ikan tersebut memang wujud dalam beberapa jenis ikan tertentu. Ianya bergantung kepada makanan ikan di kawasan berkenaan. Kebanyakannya ikan-ikan sardin yang terdapat di Laut Mediterranean. Protozoa ini dimakan oleh ikan berkenaan. Nama ilmiahnya adalah glugea sardinellensis. Ianya boleh tumbuh membesar hingga ukuran 1-18 mm. Pertumbuhan ini dikenal dengan nama xenoma. 
Protozoa ini tidak merbahaya. Dakwaan yang menyatakan xenoma ini mengandungi logam berat dan beracun adalah tidak tepat. Begitu juga dengan istilah “tumor kanser” yang digunakan dalam tulisan viral tersebut adalah salah. Tumor itu sendiri bermaksud kanser secara umum. Tiada bukti memakan xenoma boleh menyebabkan kanser atau penyebab penyakit autism terhadap bayi yang akan dilahirkan. Tujuan tulisan tersebut tersasar tanpa pasti niat ianya diviralkan. 
Dari satu sudut yang lain pula, apakah hukum memakan ikan yang tidak dibersihkan perutnya sebelum dimasak? Perut ikan adalah kotoran. Ulama berselisih pendapat najis daripada haiwan dagingnya boleh dimakan. Imam Syafie mengatakan najis secara mutlak tetapi Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali megatakan suci. Dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhadzab, Imam Nawawi mengatakan: 
وقد سبق أن مذهبنا أن جميع الأرواث والذرق والبول نجسة من كل الحيوان ، سواء المأكول وغيره والطير وكذا روث السمك والجراد وما ليس له نفس سائلة كالذباب فروثها وبولها نجسان على المذهب ، وبه قطع العراقيون وجماعات من الخراسانيين . وحكى الخراسانيون وجها ضعيفا في طهارة روث السمك والجراد وما لا نفس له سائلة ، وقد قدمنا وجها عن حكاية صاحب البيان والرافعي أن بول ما يؤكل وروثه طاهران وهو غريب ، وهذا المذكور من نجاسة ذرق الطيور كلها هو مذهبنا 
Maksudnya, “Sudah dijelaskan dalam mazhab kita (yakni mazhab Syafi’i) bahawa seluruh kotoran haiwan, tahi burung dan kencingnya itu najis. Baik haiwan yang halal dimakan atau tidak. Adapun burung, tahi/kotoran ikan dan belalang dan haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat, maka hukum kotoran/tahi-nya dan kencingnya adalah najis menurut mazhab (Syafi’i). Ini pendapat ulama Irak dan segolongan ulama Khurasan. 
Bagi ikan yang bersaiz kecil seperti ikan bilis, ianya dimaafkan oleh syarak untuk tidak membuang perut. Ini kerana mengikut adatnya terlalu sukar untuk membuang isi perut satu persatu ikan-ikan kecil tersebut. 
Oleh yang demikian, pastikan ikan sardin yang anda beli dari pasar itu bersih dan telah dibuang perut sebelum diproses pengetinan. - HARAKAHDAILY 6/7/2018
\Sumber HD - 6-7-2018 




























Jadikan bersih budaya hidup

TERIMA kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam #KempenTerengganuBersih di Pantai Batu Buruk pada petang tadi. Kempen ini adalah kempen kesedaran kepada masyarakat secara khususnya untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan. Sesungguhnya kotoron yang merata di tepian pantai boleh merosakkan pemandangan dan sekali gus mencacatkan ekosistem alam. 
Sempat saya catatkan di sini beberapa pihak yang terlibat dalam kesedaran kempen ini. 
1. Pemimpin masyarakat: YB Hj Ahmad Amzad Hashim, YB Ustaz Ahmad Shah Mohamed, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Dr Balachandran dan Sdr Jefri Chua
2. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
3. Pelajar-pelajar OUM dalam program khidmat komuniti mereka.
4. Bridget Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
5. Komuniti kaum India dan Tionghua
6. Ameerah dan Muslimat PAS Terengganu
7. Anggota dari Jabatan Amal Terengganu
8. Wakil dari Dewan Pemuda PAS Terengganu
9. Dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain serta individu yang saya tidak sempat tulis di sini. 
Usaha #KempenTerengganuBersih ini bukan terhenti setakat ini sahaja. Program-program lain akan terus dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya kebersihan persekitaran. Sekali gus negeri kita akan nampak cantik dan sejuk mata memandang. Kerja-kerja ini tidak lain semata-mata ingin memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga alam sekitar. 
Dua perkara yang perlu saya beri penekanan hasil dari #KTB di Pantai Batu Buruk tadi.
1. Terdapat banyak puntung rokok yang dibuang segenap ceruk terutama di laluan pejalan kaki pantai Batu Buruk. Sedangkan Taman Rekreasi, Pantai Batu Buruk dan Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan bebas asap rokok. Sejak tahun 2017 lagi Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Pewartaan kawasan tersebut adalah sesuai dengan perjanjian kawalan tembakau antarabangsa di bawah Artikel 8 Perjanjian FCTC (WHO Framework Convention on Tobacco Control). Namun malang sekali terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Hasilnya, hampir setengah jam saya kutip puntung rokok dalam 5 meter radius sahaja sudah dapat kumpul lebih 100 puntung rokok. Menyedihkan keadaan ini berlaku di kawasan TBAR. 
2. Kebanyakan sampah adalah plastik polisterin bekas makanan yang dibuang dan botol air mineral. Dua bahan ini amat sukar untuk dilupuskan kerana pembakaran terbuka boleh mendatangkan mudarat kesihatan. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah tinggalan bekas plastik tersebut boleh menjadi sumber pembiakan nyamuk aedes. Negeri Terengganu adalah salah satu negeri yang tidak pernah sunyi dari wabak denggi. Penyakit berjangkit ini merbahaya sehingga membawa maut. Seluruh negara sehingga kini sudah 50 kematian akibat demam denggi. Manakala 100 kes sudah dicatat di negeri Terengganu (statistik sehingga 28 Jun 2018). 
Justeru itu masyarakat perlu dididik untuk mengubah sikap. Pentingkan kepentingan kebersihan adalah tanggungjawab diri sendiri bukannya pihak majlis perbandaran masing-masing semata-mata. Pupuk nilai dan budaya ini dari bermula dari kecil hingga tua. Tanamkan budaya sihat ini bukan sahaja pimpinan tetapi setiap rakyat jelata. Semua lapisan tidak terkecuali demi menjadikan negeri kita Terengganu sinonim dengan jolokan Negeri Cantik Budaya Menarik. 
Kita nak jadikan bersih budaya orang kita...
#SapohTohoSendiri
#BukanOrangkutik
#JumpeSapohKutik
#JangangBuangSapohNgateRawe 
Dr Suhazeli Abdullah
Aktivis #KempenTerengganuBersih
Pantai Batu Buruk
29 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 29/6/2018
















Sumber HD - 29-6-2018 

Enam lagi jenama sardin ditarik balik - KKM

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/enam-lagi-jenama-sardin-ditarik-balik.html
















KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


MR : Masalahnya KKM tak edar barangan yang bermasalah secara jelas dan meluas menyebab masyarakat tak dapat maklumat secara menyeluruh....

Sumber MR - 29-6-2018
















Orang awam diminta jangan keliru

SAYA pohon jurujual produk pemakanan tambahan yang buat kempen melalui maya buatlah sikit kerja rumah (homework) sebelum post maklumat produk. Atau mungkin ‘penasihat perubatan’ semak dahulu maklumat yang ditulis oleh para agen supaya fakta yang diberikan itu benar dan tepat. 
Jika tidak, maklumat yang diberikan itu boleh menjadi kekeliruan kepada masyarakat. Bagi pembaca yang mempunyai asas perubatan, mungkin mereka tahu maklumat yang dituliskan itu tidak tepat. Namun bagi orang awam yang tiada asas sains akan percaya bulat-bulat kepada tulisan itu. Sedangkan ianya tidak betul dari segi istilah dan penggunaan ayat. Malah khasiat perubatan dan tuntutan menyembuhkan penyakit yang dipaparkan itupun tidak ada pembuktian secara klinikal yang absah ke atas manusia. 
Saya ambil contoh satu produk yang mendakwa bahan aktif yang terdapat dalam produk mereka mengandungi enzim tertentu. Di mana enzim-enzim itu akan memberikan khasiat kesihatan dan perubatan khusus kepada penyakit-penyakit. Bahan-bahan yang dimasyhurkan oleh agen produk sebagai istimewa itu seperti Phenylethylamine, Phycocyanin, Polysaccharide dan L-Selectin Ligan sebagai enzim. Hakikatnya penggunaan perkataaan enzim kepada bahan tersebut adalah tidak tepat. Enzim menurut definisi perubatan adalah kompleks protein yang dikeluarkan oleh sel hidup dan bertindak balas bagi menguraikan sebatian kimia dalam badan manusia. Sedangkan Phenylethylamine, Phycocyanin, Polysaccharide dan L-Selectin Ligan itu adalah bahan bukan enzim. Mungkin sudut penulisan sebegitu memberikan tanggapan yang berbeza kepada orang awam. Bagi para doktor, mereka memahami apakah erti enzim tersebut.
Mari kita hurai satu persatu apakah bahan-bahan tersebut. Pada tulisan kali ini saya tidak tumpukan kepada keberkesanan produk yang mengandungi bahan-bahan berkenaan, ianya memerlukan satu kajian yang mendetail dari jurnal-jurnal yang berwibawa. Saya hanya ingin perbetulkan penggunaan bahasa yang boleh mengundang kekeliruan orang ramai. 
1) Phenylethylamine (PEA)
Menurut Pusat Informasi Bioteknologi Kebangsaan, PEA adalah sejenis aroma asid amino digunakan untuk perisa sesuatu bahan makanan. Ianya boleh berbentuk cecair atau hablur garam bergantung kepada bahan kimia lain samada bergabung dengan oksigen atau klorida. Baunya hanyir seperti ikan. Boleh terdapat dalam rumpai (algae), buah-buahan, penguraian bakteria dan secara semulajadi dalam tubuh manusia. PEA boleh bertindak sebagai perangsang dan penghubung saraf (neurotransmitter) sama ada dalam jumlah yang sedikit atau banyak dan akhirnya memberikan kesan tertentu kepada saraf manusia. Kajian mendapati pesakit yang hiperaktif mempunyai PEA yang rendah. Manakala pesakit skizofrenia (gila) didapati mengandungi paras PEA yang tinggi dalam ujian air kencing mereka. Secara umumnya PEA secara semulajadi adalah selamat untuk dimakan tetapi ianya tidak mendatangkan kesan perubatan yang memberangsangkan kepada manusia. 
2) Phycocyanin
Sesuai dengan nama yang diberikan Phyco- alga, Cyanin - warna cyan (gabungan biru-hijau). Majoriti ekstrak dari alga seperti spirulina ini digunakan untuk pewarna kepada makanan dan kosmetik. Ianya sejenis protein dan juga kombinasi mineral, vitamin dan asid lemak asas. Ianya bukan enzim. Phycocyanin ini mempunyai kelebihan sebagai anti-oksida dan anti-radang, namun kajian lanjut bagi merawat penyakit manusia perlu diteliti lanjut sebelum digunakan secara meluas sebagai sumber berubat. 
3) Polysaccharide
Polisakarida ini adalah perkataan gabungan kepada monosakarida. Sakarida adalah gula, tidak ada definisi tepat lain boleh digunakan. Tidak perlu dihuraikan lanjut apakah fungsi gula kepada manusia, ada baik dan ada buruknya. Gula adalah sumber tenaga, bukannya enzim seperti yang diwar-warkan itu. 
4) L-Selectin Ligan
LSL inipun bukannya enzim. Ianya adalah sejenis protin berfungsi sebagai reseptor dalam interaksi sel darah putih (Limfosit). 
Saya bukan menidakkan beberapa khasiat yang mungkin diperolehi dari produk tersebut. Ianya mungkin sejenis makanan yang boleh dimakan sama dengan pemakanan yang lain. Cuma menjadi kebimbangan saya sebagai pegawai perubatan adalah dakwaan yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Apabila ianya dalam bentuk dakwaan, maka pembuktian secara klinikal amat diperlukan. Jika ada, tiada masalah bagi kami. 
Masyarakat awam perlu diperbetulkan kefahaman mereka mengenai perbezaan antara produk makanan dan produk perubatan. Jika ianya makanan, apa sahaja boleh diambil selagi tidak mendatangkan mudarat kepada tubuh. Jika ianya produk perubatan, wajib diluluskan oleh pihak berkuasa ubat-ubatan dalam negara. Kita mempunyai akta khusus dalam bab mengisytiharkan produk kesihatan dan perubatan ini. – HARAKAHDAILY 23/6/2018
Sumber HD - 23-6-2018 

Tiada kejadian jangkitan virus Nipah terkini

TERDAPAT satu sebaran tular yang menuduh kononnya virus Nipah sedang berjangkit melalui daun pisang yang digunakan untuk membungkus nasi lemak, lemang dan seumpamanya. 
Tulisan media sosial tersebut cuba mengaitkan kematian beberapa orang di Keralla India akhir Mei lepas akibat dari serangan virus bernama Nipah. 
Tulisan tular tersebut adalah tidak benar dan boleh menyebabkan masyarakat sasau minda (panik), terutamanya dimusim perayaan sebegini. Kenyataan rasmi penafian kejadian wabak virus ini telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor . 
Spesis virus Nipah telah dimasyhurkan namanya sejak 1998 lagi setelah kejadian wabak yang berlaku di Kampung Sungai Nipah pada ketika itu. Setelah itu sudah tiada kejadian wabak berlaku dalam negara kita. Wabak berlaku di negara lain seperti Bangladesh tahun 2004 dan terkini di Keralla India. 
Jangkitan virus Nipah ini boleh membawa maut. Bermula dengan demam, muntah dan pening kepala. Jika tidak dirawat dengan segera, virus Nipah boleh merebak ke dalam badan dan akhirnya koma dan maut. 
Pencegahan utama bagi mengelakkan jangkitan adalah menjaga kebersihan, mengamalkan perlindungan kendiri dan membasuh tangan dengan sempurna. 
Virus Nipah ini boleh terdapat dalam kelawar buah. Jika perumah pertama kelawar itu positif virus Nipah, ianya boleh merebak melalui memakan buah-buahan yang digigit olehnya atau meminum air nira/tuak tamar yang tercemar dengan air kencing kelawar. 
Setakat ini tiada kes wabak atau jangkitan virus Nipah yang berpunca dari habitat kelawar yang tidur atau hinggap di daun pisang. Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan pengendali makanan untuk menjamin mutu kebersihan setiap hidangan yang menggunakan daun pisang. Membasuh dengan sempurna daun pisang sudah memadai bagi menghalang kotoran yang terdapat di daun pisang tersebut termasuklah virus Nipah. 
Sekian semoga bermanfaat. - HARAKAHDAILY 22/6/2018




















Sumber HD - 22-6-2018 

Diet Ubi Kentang boleh kurus badan

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/diet-ubi-kentang-boleh-kurus-badan.html



















UBI kentang merupakan salah satu jenis tanaman yang sering digunakan sebagai sup sayur-sayuran terutamanya. Bukan itu sahaja, malah kentang juga sering digunakan sebagai keropok.

Pun begitu, agak teruja juga apabila mengetahui kentang juga mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang tersendiri lebih-lebih dalam menurunkan berat badan.

Jika dibandingkan dengan nasi, ubi kentang memiliki kalori yang rendah sehingga sesuai dijadikan makanan pengganti khususnya bagi mereka yang sedang berdiet.

Anda ingin turunkan berat badan dan ataupun kembali langsing? Cubalah diet ubi kentang!
Diet kentang merupakan salah satu cara diet yang sering diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan terutamanya di negara-negara Eropah.

Di sini kami kongsikan dengan anda beberapa tips kebaikan diet ubi kentang:

1. Mengandungi banyak air

Ubi kentang juga mempunyai kandungan zat cecair yang membantu anda berasa kenyang lebih lama sehingga anda tidak mudah merasa lapar. Kandungan seratnya yang tinggi bagus untuk sistem penghadaman terutama bagi anda yang berdiet. Bahkan, serat yang cukup tinggi dalam ubi kentang juga dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan seseorang.

2. Mengawal kelaparan

Sebagai sumber karbohidrat, ubi kentang juga akan menambah energi anda yang sedang diet. Energi ekstra ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk anda bersenam ataupun melakukan aktiviti santai. Di samping itu, pengambilan ubi kentang juga dapat mengurangkan kadar kolesterol.

3. Kaya vitamin

Sebagai salah satu jenis sayur-sayuran, ubi kentang juga dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. Antaranya seperti vitamin C dan B5 yang akan menjadikan anda lebih sihat, segar malah lebih ceria.
Di kesempatan ini, kami juga kongsikan kepada anda tips-tips memilih ubi kentang yang baik. Antara tipsnya adalah seperti berikut:
  • Pilih yang berbau harum.
  • Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelembaman.
  • Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
  • Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
  • Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula. – MYNEWSHUB.CC
Sumber MR - 15-6-2018

Puasa Kurangkan Risiko Sakit Jantung





















“Mana boleh. Susahlah nak berhenti.” “Susahlah hendak diet, tiada masa.” Itu antara alasan yang lazim digunakan apabila dinasihatkan berhenti merokok dan mereka yang mahu menurunkan berat badan.

perkara itu boleh dielakkan terutama pada bulan Ramadan kerana bulan ini tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia. Secara tidak langsung, ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob, berpuasa juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung kerana tabiat pemakanan yang lebih berjaga-jaga dan teratur.

Bahkan, ramai perokok yang mampu menahan diri daripada merokok walaupun ia sangat sukar untuk dilakukan pada waktu yang lain.

“Apabila seseorang itu mengawal pemakanan, dia dapat mengawal kolestrol, kandungan gula dan tekanan darah. Ketiga-tiga ini merupakan faktor utama jantung. Ini kerana corak pemakanan tidak sihat itu tanpa disedari boleh menyumbang kepada risiko obesiti yang berkait rapat dengan penyakit jantung.

“Lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan seterusnya mengganggu saluran darah. Pembuluh darah yang tersumbat akan menyukarkan oksigen sampai ke jantung lalu mengakibatkan strok dan serangan sakit jantung,” katanya.

Secara amnya, tiada masalah buat mereka untuk berpuasa. Malah terdapat kajian dari negara-negara di Asia Barat terhadap pesakit jantung yang menunjukkan bahawa bulan Ramadan mempengaruhi paras kolesterol darah terutamanya dalam menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) yang boleh mengurangkan dan me- ngawal risiko serangan jantung.

Namun, kita perlu ingat bahawa penyakit jantung mempunyai pelbagai kategori. Paling berisiko untuk menghidap komplikasi ketika berpuasa adalah pesakit yang menghidap lemah jantung. Mereka dibolehkan berpuasa tetapi perlu berjaga-jaga mengawal penyakit ini.

“Sebaik-baiknya pesakit jantung dinasihatkan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebulan sebelum berpuasa bagi memastikan sama ada mereka boleh berpuasa atau sebaliknya kerana setiap pesakit mempunyai cabaran tersendiri dan berbeza antara satu sama lain,” jelasnya.

Tambahnya, doktor juga akan menasihatkan ubat yang boleh ditinggalkan dan perlu diambil berterusan atau ubat yang perlu diubah suai, kerana berpuasa agak panjang.

Dr. Zul memberitahu, bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung akibat saluran darah tersumbat, perlu meneruskan pengambilan ubat mereka. Misalnya, waktu pagi makan ubat sebelum sahur dan petang selepas berbuka puasa.

Puasa juga boleh menurun–kan kadar gula dalam darah, kolesterol dan mengendalikan tekanan darah. Itulah sebabnya, puasa berpotensi dalam membantu mengawal penyakit diabetes, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi.

Dalam pada itu, Dr. Zul menasihatkan orang ramai yang ghairah memilih menu untuk berbuka puasa supaya mengurangkan makanan bergula dan memisahkan menu waktu berbuka dan makan malam.

“Untuk berbuka, sebaik-baiknya kita hanya memilih makanan ringan seperti kurma. Kemudian, solat Maghrib dan selepas itu makan malam. Bagi mereka yang berisiko dengan pelbagai penyakit, sebaik-baiknya elakkan makan lewat malam se–perti moreh. Namun, saya galakkan pengambilan serat yang berat untuk sahur kerana kita memerlukan tenaga pada siang hari,” katanya.

Cara terbaik mengelak berat badan berlebihan ialah kurangkan makan. Jangan terjadi seperti sesetengah orang yang menjadi lebih gemuk pada bulan Ramadan. Nafsu makannya melebihi daripada biasa, terutama ketika berbuka.

Amalan berpuasa berkesan sebagai satu kaedah perawatan dan menjaga kesihatan yang terbaik. Jika telah menghidap penyakit, kita kena berpuasa sepanjang masa daripada memakan jenis makanan tertentu. Contohnya, orang menghidap penyakit kencing manis tidak berpeluang lagi untuk memakan makanan yang manis.

Pepatah Arab ada mengatakan: “Perut itu pangkal (punca) penyakit dan berjaga-jaga (berpantang) itu pangkal penawar.” - UM

Sumber MR - 6-6-2018

Selasa, 22 Mei 2018


Roti John buat sendiri di rumah


Bahan Inti Daging atau Ayam2 cawan daging cincang
2 ulas bawang merah, cincang
4 ulas bawang putih, cincang
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih


Penyediaan :

1.  Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air, kacau rata.
2.  Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan.
3.  Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata.
4.  Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna.
5.  Tambah air paras daging dan masak dengan api sederhana sehingga air hampir kering.
6.  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka.
7.  Kacau sehingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tidak terlalu kering.



Bahan-bahan
Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus
Mentega atau marjerin untuk sapuan
Bawang merah cincang halus
Daun bawang, hiris halus
2 biji telur
Inti daging atau ayam
Kepingan keju jika suka
Hirisan daun salad, tomato, timun dan kobis


Penyediaan :

1.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan 4 sudu besar inti daging, sedikit bawang cincang dan daun bawang,  Kocok hingga sebati.
2.  Panaskan kuali leper, sapu marjerin di atas belahan roti dan masa sebentar hingga permukaannya sedikit garing,  Angkat dan letak di dalam pingan,
3.  Sementara itu, letak sedikit marjerin di atas kuali, tuang bancuhan telur tadi, biarkan sebentar dalam 1 minit.
4.  Telekupkan roti ke atas telur yang hampir kering tadi, tekan-tekan sedikit dan biarkan sehingga telur masak.  Sapu sedikit marjerin di atasnya.
5.  Terbalikkan roti ke atas, biarkan sebentar dan angkat.
6.  Letak kepingan keju ketika masih panas jika suka dan hirisan salad seperti kobis, timun dan tomato.
7.  Picit sos cili, mayonis dan tabur sedikit serbuk lada hitam.


 Sumber : https://resipicitarasawan.blogspot.com

Sumber MR - 22-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018


10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa


Puasa ni tak mudaratkan kesihatan ke? Cukup ke pengambilan air setiap hari? Kalau ikutkan banyak sangat persoalan kenapa kita kena bertahan lapar dan dahaga (puasa), bukan takat orang muslim kene wajib tahu yang non muslim pun mesti tertanya kan kenapa la kene puasa ni

Ok, kita kongsikan sikit kenapa muslim berpuasa

Kenapa Muslim Berpuasa?

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)

Di sebalik suruhan Nya, ada banyak sebab kenapa kita di wajibkan berpuasa, bukan nak siksa kita tak makan dan minum sampai boleh bawa maut tapi, banyak sangat kebaikan disebaliknya, hari ni Cek Su nak kongsikan kenapa kita berpuasa dari segi saintifik,

Mungkin sudah terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang boleh dibaca berkenaan kelebihan berpuasa. Cek su cuma nak fokuskan 3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa.

Antaranya adalah:

1. Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.

2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.

3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.


Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:

1.     Mengurangkan berat badan
2.     Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
3.     Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
4.     Mengurangkan tekanan darah tinggi.
5.     Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
6.     Mengawal stress

Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

Kelebihan kesihatan berpuasa di bulan ramadhan termasuk: kurangkan berat badan, kurangkan kolesterol, tekanan darah, kawalan glukos, stres dan lain-lain.

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).

2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.

3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan

    5.1  Tahap insulin yang lebih rendah
    5.2  Glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.

7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.

8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.

9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.

10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.

Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

Kredit :
    Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
    Kevin Zahari

Sumber MR - 22-5-2018

No comments:

Post a Comment