Membaca antara garis pembunuhan Khashoggi
SEJAK dari awal kes pembunuhan Jurnalis Arab Saudi, Jamal Khashoggi berlaku, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Laporan berita di media seperti sudah dirancang untuk diarahkan kepada suatu persepsi. Kerana itu saya belum berani memberikan ulasan dalam bentuk tulisan. Kerana ada sesuatu yang perlu difahami.
Terlalu dramatik untuk dipercayai
Pembunuhan Khashoggi adalah sesuatu yang sangat pelik. Adalah satu kebodohan untuk melakukan pembunuhan di kedutaan yang menjadi satu tempat yang memiliki sistem pengawasan tinggi. Berlaku pula di negara yang tidak memiliki hubungan yang baik. Suspek pembunuhan adalah pegawai-pegawai penting Kerajaan Saudi yang datang ke Turki beberapa hari sebelum kejadian.
Jika diikuti perkembangan dunia jurnalisme politik, orang yang lantang seperti Khashoggi bukanlah seorang sahaja. Apa yang dilakukan Khashoggi dengan segala kritikan terhadap Arab Saudi adalah normal. Bahkan lebih ramai yang memberi ancaman kepada Saudi berbanding beliau. Memilih untuk membunuh beliau bagi mengekang ancaman terhadap Saudi adalah suatu tindakan yang tidak berbaloi dengan risiko.
Kebodohan Arab Saudi
Menurut fakta kes, siasatan dan pendedahan menunjukkan memang Saudi berniat untuk membunuh jurnalis itu. Malah ia dikaitkan secara langsung kepada pemimpin de facto Arab Saudi iaitu Putera Mahkotanya Muhammad bin Salman (MBS). Oleh itu tidak pelik bagaimana beliau boleh merancang pembunuhan yang menjerat mereka sendiri ini, kerana MBS dikenali sebagai seorang yang sangat rakus, gelojoh dan tidak matang. Beliau mudah dipengaruhi terutama jika dihasut oleh kekasihnya, US.
Rancangan pembunuhan dalam pengetahuan US dan Turki
Laporan beberapa portal antarabangsa menyatakan bahawa US sebenarnya telah mengetahui rancangan terhadap Khashoggi sebelum ianya berlaku lagi. Di samping itu, seorang Jurnalis Saudi mendatangkan hujahan bahawa Turki sendiri telah mengetahui rancangan tersebut tetapi ia membiarkan sahaja berlaku. Ini kerana kes ini boleh menjadi medium bagi melonjakkan populariti Turki, di samping beberapa kepentingan lain yang menguntungkan negara itu.
Sikap Turki ini tidaklah pelik. Sewaktu kudeta gagal pada 2016 yang lalu, terdapat beberapa pengkaji politik yang mendapati bahawa Erdogan telah mengetahui rancangan kudeta tersebut lebih awal, tetapi beliau tidak menyekatnya sebalik mengeksploitasi rancangan tersebut supaya mengikut jalan cerita yang dikehendakinya.
Perangkap kepada Trump
Walaupun terdapat pemerhati politik yang mengatakan bahawa pembunuhan Khashoggi adalah perangkap bagi menjatuhkan MBS, tetapi saya berpendapat bahawa sasaran sebenar adalah Trump. Hubungan MBS-Trump sangatlah kuat bermula daripada pelantikan MBS sebagai Putera Mahkota yang berlaku beberapa hari sahaja selepas Trump mengunjungi Saudi dalam Riyadh Summit 2016.
Sejurus pembunuhan, Trump terus mempertahankan MBS dan Saudi dengan menafikan penglibatan negara terbabit. Kini setelah satu persatu pendedahan dibuat mengaitkan Saudi dan MBS, Trump terus dikecam dan dijadikan bahan kutukan dalam atmosfera politik US.
Trump dan Zionis
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai kemenangan Trump, beliau bukanlah calon pilihan Zionis. Kekalahan Clinton adalah kejutan besar buat pakatan Judeo-Christian itu. Sokongan yang diberikan oleh Rusia terhadap calon tidak popular itu sangat signifikan dalam menempelak pencatur utama politik US.
Sejak Trump menang, CNN, agensi-agensi kerajaan serta politikus US tidak pernah berhenti dari menyerang Trump atas berbagai isu. Mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan kembali beliau kerana telah banyak rancangan geo-politik tergendala kerana takhta Presiden US yang sangat berkuasa itu.
Pembunuhan Khashoggi boleh dibaca sebagai cubaan bagi terus memberi tekanan kepada Trump. Imejnya tercalar teruk sekarang bukan sahaja di US bahkan di mata dunia kerana sikapnya yang tidak bersama arus menyerang MBS. Bahkan CIA sendiri mengakui Saudi terlibat.
Grand Design Dajjal
US sedang dalam rangka mencetuskan Perang Dunia Ketiga. Bagi yang mengikuti senario geo-politik boleh merasai betapa dekatnya dunia ini dengan pertembungan terbesar dalam sejarah dunia itu. Namun perkara itu sedikit terencat apabila takhta Presiden US tidak dipengaruhi Zionis. Bukan bermaksud Trump tidak mampu memimpin US untuk menghadapi peperangan, tetapi kerana Trump sukar untuk mengendalikan peperangan mengikut plot yang telah disediakan.
Perang Dunia Ketiga adalah platform Zionis bagi menukar kiblat dunia daripada US kepada Israel. Daripada Pax-Americana kepada Pax-Judaica. Trump memiliki sifat patriotik yang tinggi terhadap negara. Walaupun beliau ditekan oleh Evangelicalis dalam parti Republikan bagi mengiktiraf kedudukan Israel, tetapi matlamat politik beliau adalah bagi memulihkan US. Sikap itu sangat kontradik dengan kemahuan Zionis dan Freemason.
28 Rabiul Awwal 1440
5 Disember 2018
5 Disember 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 5/12/2018
Sumber HD - 5-12-2018
Keputusan PRK Seri Setia Adalah Referendum Rakyat Terhadap Polisi PH
Keputusan Prk Seri Setia Adalah Referendum Rakyat Terhadap Polisi PH.
Jika PH Menang Bergaya, Menunjukkan Bahawa Rakyat Bersetuju Dgn.
1. Rakyat Terutama Orang Melayu Tidak Memerlukan Tongkat Lagi Dan Boleh Bersaing Secara Berdepan.
2. Pembayaran PTPTN akan dikuatkuasakan secara tegas supaya PTPTN dapat diteruskan tanpa Pump in Money dari Kerajaan.
3. Subsidi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Tidak Diperlukan Rakyat dan wang tersebut lebih digunakan utk pembinaan projek mega yg lain seperti proton2.
4. Pemberian Bantuan Oleh Korporat Kepada Orang Kanan Politik Seperti SU Menteri Bukanlah Kesalahan.
5. Tol akan diteruskan dan dinaikkan berdasarkan perjanjian sedia ada.
6. Klinik RM1 Tidak Bagus, Kerana Rakyat Mahukan Perkhidmatan Lebih Baik Dan Sanggup Membayar Insuran Kesihatan.
7. Rakyat Malaysia Dibenarkan Mempromosikan Apa Jua Agama Dan Mazhab Tanpa Halangan.
Dr Ishak IbrahimPenganalis Politik
MR : Rakyat perlu bijak untuk menjadi pengimbang dan ini akan memberikan kelebihan kepada rakyat dalam menentukan masa depan negara....
Sumber MR - 29-8-2018
Majlis Konvokesyen KUIZM saksi peningkatan graduan
GOMBAK: Istiadat Majlis Konvokesyen Ke-5 Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor, KUIZM, Taman Melewar, di sini baru-baru ini.
Sidang kali ini menyaksikan 74 pelajar dan graduan menerima anugerah sijil dan diploma masing-masing mewakili keseluruhan peningkatan sebanyak 51 peratus daripada pencapaian lalu.
Ia merangkumi pecahan mengikut jurusan iaitu 23 graduan Diploma Dakwah dan Komunikasi serta 11 graduan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, manakala 40 pelajar menerima sijil Kursus Asas Pengajian Islam.
Majlis tersebut semestinya menjadi kenangan manis buat para graduan yang kebanyakan mereka juga sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Ramai daripada mereka kini sedang mengikuti lanjutan tersebut di Universiti Islam Negeri Raden Fatah Palembang dan Sekolah Tinggi Ekonomi Tazkia, Bogor, Indonesia.
Sempena majlis tersebut juga Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia telah menerima Anugerah Tokoh Alim Haraki atas menghargai jasanya di bidang Pendidikan Islam.
Juga atas ketokohan beliau hingga menjadi rujukan Gerakan Islam seluruh dunia kerana keilmuannya yang tinggi. - HARAKAHDAILY 22/8/2018
Sumber HD - 22-8-2018
Dr Rozaimi belajar agama untuk mengkritik PAS sahaja
Semalam Dr Rozaimi Ramle membuat ulasan berkenaan perkataan sesat yang digunakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadap celahan dibuat anggota parlimen PAS dari Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi di Dewan Rakyat. Che Abdullah Mat Nawi meminta LGE menarik perkataan tersebut kerana "sesat" selalu digunakan kepada ahli neraka dalam al Quran.
Saya tak nak komen perkataan sesat tersebut. Sebab perkataan baik pun kalau digunakan tujuan untuk perli boleh bawa maksud buruk. Misalnya LGE "terlalu cerdik" sehingga negara mengalami kerugian pelabur berbilion ringgit. Adalah TERLALU CERDIK itu baik? LGE gelak menerima pujian?
Isunya si Rozaimi ni yang suka sangat mengkritik PAS. Kerjanya nak cari apa pimpinan PAS sebut yang boleh disalahkan dan dijadikan isu kononnya PAS perguna agama. PAS Tunggang Islam.
Sebelum ini dia kritik tuan Ibramin Tuan Man bila tuan Ibrahim buat twit di Twitter semasa nak membeli sebaik-baiknya jangan beli dipasar ramadan penjualnya tak menutup aurat. Di bahas oleh si Rozaimi ini sah beli. Tuan Ibrahim cakap pasal tasauf dia galak nak kritik hujah guna fekah. Pengikut dia jadi bodoh sama politik perkara tak sepatutnya.
Yang peliknya tak ada pun dia mengkritik Mujahid pasal penggunaan tandas oleh geng transgender. Natizen sahaja yang memnbuat kritikan sehingga Mujahid minta maaf.
Adakah kerana Mujahid itu geng kita maka kita tak perlu kritik.
Begitu dengan Mahathir. Tak dengar kritikan daripada Rozaimi pasal komen Mahathir berkenaan zakat dia perli ada orang tak bayar zakat kepada kerajaan. "Saya baca al-Quran tetapi tak ada yang kata kita perlu membayar zakat kepada kerajaan."Tetapi saya suka bayar zakat kepada kerajaan. Jika tidak, kita perlu cari orang miskin, ini susah".
Dr Rozaimi sama macam Dr Asri hanya bergantung kepada "dagu" pemerintah.
Sumber MR - 15-8-2018
Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden
TAMAN Melewar 11 Ogos 2018 - “Kasihan Presiden. Kalau saya memang tak tahan dah,” ucap Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS dalam program Liqa Fikri PAS Pusat di Taman Melewar pagi ini merujuk pelbagai fitnah dan tohmahan yang ditujukan kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS terutama melalui media sosial.
“Suasana politik hari ini saling tak tumpah seperti yang berlaku dalam cerita Abu Nawas, iaitu serba tak kena. Abu Nawas bersama anak dan seekor keldai. Berjalan kaki, ditanya kenapa tak tunggang keldai. Bila ditunggang seorang, dikritik kerana tinggalkan seorang lagi. Akhir sekali, Abu Nawas dan anaknya pula yang tanggung keldai,” ujar beliau membuat perumpamaan.
Beliau menambah: "Ahli Parlimen PAS bercakap pelbagai perkara, antaranya tentang aurat dan judi, seolah-olah tak kena. Dikritik kerana dilihat kononnya ia isu kecil”.
Beliau mengingatkan supaya tidak pedulikan apa orang cakap. Ahli Parlimen PAS dan ahli ada asas untuk bertindak dan berucap berdasarkan petunjuk agama. Kalau mahu dipedulikan kritikan semua pihak, tentu kita tidak akan dapat buat sebagaimana perintah agama.
Beliau juga memuji program Liqa Fikri pada hari ini yang memfokuskan tentang topik istiqamah dan wala' yang mesti disuburkan di kalangan ahli PAS.
Beliau mengingatkan peserta Liqa Fikri tentang kepelbagaian cara dan sifat kepimpinan di zaman Nabi seperti yang ada pada Abu Bakar dengan kelembutan dan kesetiaannya, Umar dengan ketegasannya, juga seperti Abu Zar, sahabat yang tiada jawatan penting, hidup seorang dan mati sendirian.
Demikian juga kepelbagaian sifat ini wujud di dalam PAS. Yang penting ialah tiada bentuk pengkhianatan seperti kumpulan yang pernah wujud sebelum ini, dan ahli mesti memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden PAS menerajui parti, terutama dalam situasi politik tanah air mutakhir ini. - HARAKAHDAILY 12/8/2018
Sumber HD - 13-8-2018
Hati-hati dengan sokongan palsu
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7716-hati-hati-dengan-sokongan-palsu
NABI S.A.W mengisytiharkan perang terhadap Bani Nadhir selepas perancangan jahat mereka terbongkar. Muhammad bin Maslamah diutuskan untuk menyampaikan amaran tersebut dan ianya amat ditakuti oleh mereka.
Akan tetapi muncul Abdullah bin Ubai bin Salul menghasut mereka untuk melawan Nabi. Allah merakamkan ucapan Abdullah Ubai di dalam Surah al-Hasyr ayat 11:
"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang Munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang Kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapa pun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta."
Teramatlah pelik, apabila orang Islam begitu komited berjanji membantu musuh? Bahkan Abdullah Ubai menjanjikan bantuan daripada Bani Quraizah dan sekutu-sekutu daripada Bani Ghatafan.
Di atas janji-janji manis ini, Bani Nadhir kembali bersemangat melawan. Kata mereka "Kami tidak akan keluar dari kampung ini, buatlah apa yang mahu!".
Lantas umat Islam mengepung perkampungan Bani Nadhir beberapa hari hingga menimbulkan kegerunan dan ketakutan lalu mereka bersedia meletakkan senjata. Dalam masa mereka dikepung, nyata tiada langsung bantuan yang tiba daripada mana-mana pihak pun sebagaimana yang dijanjikan oleh Abdullah Ubai. Bani Nadhir hanya bersendiri menghadapi umat Islam. Allah merakamkan dalam ayat 16 Surah al-Hasyr:
"(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!""
Kebergantungan orang beriman adalah bersama Allah, Rasul dan sesama orang beriman. Apabila dijanjikan pertolongan selain dari itu, hendaklah dengan ketelitian dan berjaga-jaga.
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
09 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 9/8/2018
Sumber HD - 9-8-2018
09 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 9/8/2018
IKSIM, JAKIM bakal terkubur
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7719-iksim-jakim-bakal-terkubur
ANDA tahu kenapa IKSIM dan JAKIM diserang teruk? Kerana kedua ini merupakan badan penyelidikan dan pembangunan khusus bagi pembangunan Islam di negara kita. Di belakang mereka ada ramai felo-felo akademik yang ikhlas dan bersungguh mengkaji dari berbagai sudut. Mereka ibarat think tank yang memberikan input kepada pejuang Islam di lapangan massa.
Barat sangat takut kepada badan akademik sebegini. Sebelum Kerajaan Pusat bertukar lagi, dua badan ini menjadi serangan kumpulan Evangelicalis, Liberalis, pejuang LGBT dan bermacam lagi kerana agenda halus mereka berjaya dilondeh badan sebegini. Sebab itu mereka mencipta berbagai isu negatif bagi mengekang perjalanan badan sebegini. Sebahagian isu adalah palsu, dan sebahagian lain adalah kebenaran yang dimanipulasi dengan persepsi negatif.
Saya menjangkakan badan ini tidak akan bertahan lama. Kalau tidak ditutup, pengstrukturan semula akan dilakukan bagi menghilangkan peranan penyelidikan yang boleh melondeh lagi tabir perancangan musuh Islam.
Justeru itu, apa langkah segera yang perlu diambil? Tubuhkan segera badan kajian bebas sebagai alternatif. Sebaiknya dikelolakan oleh PAS kerana kelebihan memiliki sumber tenaga yang ramai. Boleh juga dijemput felo-felo IKSIM dan JAKIM untuk meneruskan kajian mereka di wadah baharu nanti.
Masalah paling besar adalah pembiayaan. Sudah sampai masanya ahli korporat Muslim memperuntukkan dana khas bagi membangunkan badan sebegini. Di samping sumbangan pendidikan generasi baru, sumbangan kebajikan dan kemanusiaan, sumbangan dari sudut ini adalah sangat kritikal.
Biaya penyelidikan adalah sangat tinggi. Perlukan premis, perlukan bahan-bahan rujukan, perlukan pengembaraan ke sana ke mari, perlu engagement dengan ramai pihak, perlu pengorbanan masa dan tenaga yang tidak kecil. Bagi yang berkemampuan, pelaburan untuk masa depan Islam ini sangat diperlukan.
Barat sanggup menghabiskan 1/3 dari pendapatan mereka hanya untuk peruntukan R&D yang secara kasarnya tidak membawa pulangan material. Tetapi mereka tahu perkara ini adalah elemen terpenting dalam menentukan masa depan mereka. Dan mereka telah buktikan hari ini, pelaburan terhadap RAND Corp, Brookings, NED, NDI, IRI, FSI, ICT, SIWPS dan berbagai lagi institusi telah berjaya mencatur bukan sahaja geo-politik, malah sosioekonomi dan kedaulatan sesebuah negara.
Soalan kepada seluruh umat Islam, apa pula badan yang kita ada? Adakah kita rasa badan fatwa yang banyak di seluruh dunia Islam sudah memainkan peranan serius dalam isu strategikal sebagaimana Barat atau tidak? Jika ya, maka tiada apa yang perlu dibimbangi. Tetapi jika tidak, sesuatu perlu dilakukan!
27 Zulkaedah 1439
9 Ogos 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 9/8/2018
Sumber HD - 9-8-20118
9 Ogos 2018
Waspada musuh memandang kita
MERENUNG jauh ayat ini:وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا[an-Nisa' 102]Keizinan Solat Khauf demi berhati-hati dengan serangan musuh. Musuh pula menunggu orang Islam 'leka' (solat) untuk menyerang hendap.Sebahagian ulamak menyebut ayat ini turun sempena peristiwa perang Zat Riqa' yang berlaku selepas perang Bani Nadhir (jumhur) tahun ke-4 Hijrah. Tiada pertempuran berlaku.Dinamakan Zatu Riqa' kerana para Sahabat menampal luka pada kaki mereka dengan kain kesan perjalanan jauh dan cuaca panas.Musuh sentiasa membaca dan memerhati segala gerak-geri kita untuk mereka 'menyerang' mana-mana sendi Islam yang lemah. Bahkan semakin banyak sendi yang longlai. Ditambah dengan kealpaan kita bersiap siaga dan cuai dalam menjaga benteng. Kerana kita gagal membaca idea musuh.Solat dan jihad berpisah tiada. Menjaga solat dan dalam masa yang sama terus berjaga-jaga dengan pelan musuh. Usah memandang rendah kemampuan musuh, lebih-lebih lagi dalam politik akhir zaman ini. Apabila kita sudah kebal dengan ujian kepayahan, musuh menukar pula umpannya dengan ujian kesenangan. Begitulah seterusnya.Salahkah kita pesan, supaya berjaga-jaga?USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
05 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 5/8/2018
Sumber HD - 5-8-2018
PETALING JAYA: Umno mungkin telah membalas budi PAS apabila ia mengumumkan akan memberi laluan kepada parti Islam itu untuk pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia kelak, tetapi 2 parti pembangkang terbesar itu masih jauh daripada membentuk sebuah kerjasama rasmi, kata seorang penganalisis.
Bagaimanapun Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju bahawa dengan tidak bersaing antara satu sama lain dalam PRK Sungai Kandis hari ini, kedua-dua parti menunjukkan tanda awal ke arah kerjasama.
“Ini tidak bermakna mereka akan membentuk sebuah gabungan seperti parti komponen dalam Pakatan Harapan,” katanya dan menambah kerjasama itu kelihatan lebih bersifat bermusim dan berasaskan isu seperti perbahasan berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam di Dewan Rakyat.
Semalam, Umno mengumumkan tidak bertanding dalam PRK DUN Sungai Setia yang bakal diadakan berikutan kematian wakilnya dari PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu diambil bagi membalas keputusan PAS tidak bertanding dalam PRK DUN Sg Kandis.
PAS sebelum ini menyebut parti itu tidak mahu memecahkan undi pembangkang, dan memberi isyarat kepada penyokongnya bahawa mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam akan mewujudkan semak dan imbang di dalam DUN Selangor yang dikuasai parti komponen PH.
Awang Azman berkata, PH bakal berhadapan cabaran lebih besar daripada serangan bersama Umno dan PAS.
Beliau mengingatkan bahawa kedua-dua parti itu menerima kira-kira 70% undi orang Melayu dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas berdasarkan angka bancian Merdeka Center.
“Selain itu, pengundi Melayu kelihatan lebih ‘bersatu’ dalam isu agama, bahasa dan kaum yang semakin dipolitikkan kini, yang menurut Umno dan PAS, tidak diendahkan oleh PH,” katanya.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sekiranya BN dan PAS dapat memastikan berlakunya situasi satu lawan satu dengan PH dalam pilihan raya pada masa depan, maka pakatan pemerintah itu bakal berhadapan masalah besar.
“Kerjasama sedemikian akan memaksa PH membuat lebih banyak konsesi kepada masyarakat Melayu-Muslim kerana kedua-dua Umno dan PAS akan membawa agenda Melayu-Muslim serta bersatu suara mengkritik PH.
Namun Kamarul juga percaya adalah terlalu awal untuk menjangka sama ada BN dan PAS akan membentuk sebuah gabungan rasmi.
Katanya, pada ketika ini hanya pemimpin Umno kelihatan lebih berminat bekerjasama dengan PAS.
Beliau berkata, sokongan PAS kepada calon Umno dalam PRK Sg Kandis disebabkan kebencian bersama mereka terhadap PH, dan tambahnya, faktor itu tidak boleh menjadi asas kukuh bagi sebuah kerjasama politik.
“Ramai ahli PAS tidak akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno, terutamanya ketika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak masih aktif,” katanya, dan menambah Umno di bawah Najib ditolak di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah – 3 negeri yang menyaksikan PAS mendapat sokongan bertambah dalam pilihan raya lepas.
Kamarul berkata, sekiranya Najib tidak lagi berada dalam Umno, ia boleh membuka jalan kepada kerjasama rasmi antara 2 parti utama orang Melayu itu.
MR : Pimpinan PAS dan UMNO nampak macam tak serius dalam gabungan ini tapi ahli serta rakyat sangat bersemangat untuk melihat 2 parti Melayu besar ini bersama kerana sydah jelik dan benci kepada PH....
Sumber MR - 4-8-2018
Idea membebaskan ulamak dari dedak
SAYA tertarik dengan pembentangan yang disampaikan oleh Dr Ali Qurrah Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dalam program Seminar Mimbar Aqsa di Istanbul hujung minggu lepas.
Beliau menggariskan tiga langkah penting bagi membina kebangkitan umat Islam ke arah pembebasan al-Aqsa:
1. Penyatuan ummah: Beliau mengambil contoh bagaimana Salahuddin al-Ayyubi menyatukan umat Islam dari Timur ke Barat sebelum membebaskan Masjidil Aqsa daripada tentera salib. Beliau menyatukan Bani Saljuk, Bani Ayyubiah, Bani Abbasiyah hingga ke Bani Fatimiyah walaupun kesemua ini berbeza bangsa dan juga aliran.
2. Pendidikan Islam: Beliau mengambil contoh madrasah Nizamiah yang diasaskan oleh Dinasti Saljuk pada era Abbasiyah oleh Menteri bernama Nizamul Mulk. Antara guru ulung madrasah ini adalah Imam As-Syirazi, Imam al-Ghazali dan Imamul Haramain al-Juwaini. Madrasah ini telah mengeluarkan ramai alim mujahid seperti Ibnu Asakir dan Sultanul Ulamak Izzuddin bin Abdul Salam.
3. Skim Waqaf untuk ulamak: Cadangan ini ditimbulkan supaya ulamak lebih independent daripada mana-mana pengaruh dalam mengeluarkan pandangan atau melakukan sebarang tindakan.
Saya tertarik untuk lebih mengulas mengenai poin ketiga beliau. Dari apa yang disampaikan, menunjukkan isu ini sangat kritikal untuk diuruskan. Beliau menyebutkan beberapa contoh ulamak yang lantang dan terkenal di zaman mereka hingga ke hari ini dalam menegakkan kebenaran. Mereka seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Nawawi dan sebagainya. Kesemua mereka tidak dibiayai oleh mana-mana pihak berkepentingan. Sebahagian mereka memiliki perniagaan sendiri dan boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
Malang sekali hari ini, ramai alim ulamak (tidak semua) hidup dengan mengharapkan gaji dan biaya dari pihak-pihak tertentu sama ada mereka berjawatan, memiliki entiti, ataupun pendakwah bebas. Perkara ini menyebabkan terdapat ‘sekatan-sekatan’ di pihak alim ulamak dalam mengeluarkan kenyataan bebas, bimbang periuk nasi mereka terancam.
Perkara ini pernah disuarakan oleh Tuan Guru Ayah Chik kepada anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia beberapa tahun lepas. Beliau mengkritik pandangan beberapa anggota yang meminta supaya pandangan KUIS tidak bercanggah dengan polisi Negara Qatar yang menjadi tempat naungan badan antarabangsa itu. Mungkin Dr Ali yang juga anggota KUIS sudah memahami hakikat ini. Pendirian beliau yang lain juga tampak selari dengan apa yang ditegaskan oleh Ayah Chik selama ini terutama dalam isu penyatuan ummah merentas bangsa dan mazhab. Satu perkara yang agak sukar diterima Bangsa Arab.
Walaupun idea penubuhan waqaf khas untuk ulamak boleh diperbahaskan lagi dari sudut kebebasan yang bakal dinikmati dan juga skruktur pentadbirannya, tetapi idea bagi memerdekakan institusi ulamak sangat perlu difikirkan. Sejarah telah melihat berapa ramai alim ulamak dan juga pejuang Islam telah dibeli oleh musuh-musuh Islam atas kelemahan ini. Mereka bijak mengatur langkah mengikat umat Islam bergantung harap kepada mereka sehingga akhirnya menjadi duri dalam daging kepada gerakan Islam, menjadi ejen kepada musuh.
Semoga idea ini berjaya dibawa ke pelbagai peringkat.
20 Zulkaedah 1439Sumber HD - 2-8-2018
2 Ogos 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 2/8/2018
Realisasikan agenda privasi ibu bersalin
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kesihatan sewaktu bersalin bagi ibu-ibu hamil dibawah kendalian pegawai perubatan dan jururawat wanita menuntut kesungguhan kerajaan bagi menjayakan pelaksanaan tersebut, demikian tegas Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam.
Katanya, Muslimat PAS berharap pihak kerajaan segera menggerakkan usaha bersepadu dan memberi perhatian terhadap isu berkaitan sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Dato’ Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pada persidangan minggu lalu.
Menurut beliau, usaha untuk bergerak ke arah tersebut akan diterima sebagai antara tindakan mengangkat martabat kaum wanita dengan memberi penghormatan dan kemuliaan sewajarnya selaras Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
“Kemuliaan seorang wanita dalam setiap apa jua siatuasi harus sentiasa dipelihara dan dipulihara. Apatah lagi dalam situasi seorang ibu yang menghadapi saat-saat melahirkan, kemuliaan diri sehabis dapat terus dipelihara dan tidak harus dikompromi,” ujar beliau.
Tawar beliau, Muslimat PAS sedia mengemukakan sebarang kertas kerja cadangan atau menghantar wakil bagi membentangkan pandangan untuk memastikan pelaksanaannya dapat diadakan setidak-tidaknya di hospital kerajaan.
Jelas Dr Rosni, Muslimat PAS pernah mengadakan diskusi meja bulat membincangkan khusus isu tersebut dan memahami pelbagai kekangan yang wujud, namun percaya ianya dapat diatasi dengan tindakan pengurusan terbaik.
Secara ringkas terang beliau, empat pelan tindakan asas diperlukan iaitu pertama; melibatkan aspek sumber tenaga kerja yang melibatkan pendidikan latihan dan penempatan bidan terlatih (midwifes), latihan bagi para doktor siswazah (houseman) serta latihan bagi pakar sakit puan.
Manakala kedua katanya, peruntukan dan perhatian daripada pihak kerajaan untuk menyediakan keperluan ke arah itu disertai sama, ketiga iaitu insentif atau galakan kepada lebih ramai pegawai perubatan wanita melanjutkan latihan dalam kepakaran sakit puan (O&G).
Sumber HD - 1-8-2018Dan keempat terangnya, aspek penyelarasan kerja pegawai perubatan wanita termasuk soal kebajikan mereka di mana sekurang-kurangnya empat tumpuan ini menjadi asas bagi membolehkan pelaksanaan dijayakan. -HARAKAHDAILY 1/8/2018
PAS gabung NGO pertahan Melayu, Islam
KOTA BHARU: PAS sebenarnya tidak bersendirian bagi memperjuang dan mempertahankan Islam dan ketuanan Melayu di negara ini.
Senator Asmak Husin berkata, PAS turut mendapat dokongan NGO dengan menjadikan agenda Islam sebagai keutamaan dalam jatuh bangun perjuangan.
Katanya, sokongan padu NGO dapat dilihat pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Kuala Lumpur Sabtu lepas yang dihadiri banyak wakil NGO bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kelantangan pihak tertentu mempersendakan Islam sekarang.
Katanya, agama Islam dan hak orang Melayu dilihat semakin tercabar di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.
“Kehadiran banyak wakil NGO dan pemimpin parti-parti politik memperlihatkan kebimbangan rakyat negara ini begitu terasa di bawah kerajaan PH sekarang,” katanya di sini.
Menurutnya juga PAS dan NGO saling memerlukan antara satu sama lain bagi mempertahankan agama Islam dan hak orang Melayu.
Sumber HD - 30-7-2018Kata beliau PAS boleh mengetengahkan isu dengan menyuarakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, manakala NGO boleh menggunakan gelanggang mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 30/7/2018
Umno jangan berlagak dengan PAS
MEMBACA kenyataan sesetengah pemimpin Umno yang kelihatan begitu sombong dan berlagak sekali dengan PAS, sukalah diingatkan bahawa:
Pertama: Umno tidak akan menang di 36 kerusi Parlimen jika PAS menjalinkan persefahaman politik dengan Pakatan Harapan (PH) dan tidak bertanding secara tiga penjuru dalam PRU14, di mana:
1. Umno, melalui calonnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin (yang memperolehi 15032 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 6436 undi di kerusi P.001 Padang Besar jika PH (yang memperolehi 13594 undi) dan PAS (yang memperolehi 7874 undi) bergabung.
2. Umno, melalui calonnya, Dato' Seri Dr Shahidan Kassim (yang memperolehi 16547 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 6506 undi di kerusi P.003 Arau jika PH (yang memperolehi 11691 undi) dan PAS (yang memperolehi 11362 undi) bergabung.
3. Umno, melalui calonnya, Dato' Seri Mahdzir Khalid (yang memperolehi 16384 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 6155 undi di kerusi P.007 Padang Terap jika PH (yang memperolehi 7254 undi) dan PAS (yang memperolehi 15285 undi) bergabung.
4. Umno, melalui calonnya, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim (yang memperolehi 38557 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 13398 undi di kerusi P.016 Baling jika PH (yang memperolehi 14472 undi) dan PAS (yang memperolehi 37483 undi) bergabung.
5. Umno, melalui calonnya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa (yang memperolehi 25467 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 2173 undi di kerusi P.026 Ketereh jika PH (yang memperolehi 6799 undi) dan PAS (yang memperolehi 20841 undi) bergabung.
6. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (yang memperolehi 28152 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 1818 undi di kerusi P.027 Tanah Merah jika PH (yang memperolehi 4747 undi) dan PAS (yang memperolehi 25223 undi) bergabung.
7. Umno, melalui calonnya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (yang memperolehi 26076 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 2871 undi di kerusi P.029 Machang jika PH (yang memperolehi 5695 undi) dan PAS (yang memperolehi 23252 undi) bergabung.
8. Umno, melalui calonnya, Tengku Razaleigh Hamzah (yang memperolehi 19426 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 1084 undi di kerusi P.032 Gua Musang jika PH (yang memperolehi 4997 undi) dan PAS (yang memperolehi 15513 undi) bergabung.
9. Umno, melalui calonnya, Dato' Seri Haji Idris Jusoh (yang memperolehi 34335 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 2265 undi di kerusi P.033 Besut jika PH (yang memperolehi 6864 undi) dan PAS (yang memperolehi 29736 undi) bergabung.
10. Umno, melalui calonnya, Dato' Rosol Wahid (yang memperolehi 30925 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 496 undi di kerusi P.038 Hulu Terengganu jika PH (yang memperolehi 3364 undi) dan PAS (yang memperolehi 28057 undi) bergabung.
11. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican (yang memperolehi 22459 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 7384 undi di kerusi P.041 Kepala Batas jika PH (yang memperolehi 17723 undi) dan PAS (yang memperolehi 12120 undi) bergabung.
12. Umno, melalui calonnya, Datuk Haji Shabudin Yahaya (yang memperolehi 18547 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 14810 undi di kerusi P.042 Tasek Gelugor jika PH (yang memperolehi 18466 undi) dan PAS (yang memperolehi 14891 undi) bergabung.
13. Umno, melalui calonnya, Dato' Hasbullah Osman (yang memperolehi 13243 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 825 undi di kerusi P.054 Gerik jika PH (yang memperolehi 6353 undi) dan PAS (yang memperolehi 7715 undi) bergabung.
14. Umno, melalui calonnya, Dato' Seri Hamzah Zainudin (yang memperolehi 18184 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 3252 undi di kerusi P.056 Larut jika PH (yang memperolehi 7738 undi) dan PAS (yang memperolehi 13698 undi) bergabung.
15. Umno, melalui calonnya, Dato' Dr Haji Noor Azmi Ghazali (yang memperolehi 17220 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 12815 undi di kerusi P.058 Bagan Serai jika PH (yang memperolehi 12987 undi) dan PAS (yang memperolehi 17048 undi) bergabung.
16. Umno, melalui calonnya, Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (yang memperolehi 22450 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 11963 undi di kerusi P.059 Bukit Gantang jika PH (yang memperolehi 18361 undi) dan PAS (yang memperolehi 16052 undi) bergabung.
17. Umno, melalui calonnya, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (yang memperolehi 10491 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 4299 undi di kerusi P.061 Padang Rengas jika PH (yang memperolehi 7943 undi) dan PAS (yang memperolehi 6847 undi) bergabung.
18. Umno, melalui calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid (yang memperolehi 12102 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 5852 undi di kerusi P.067 Kuala Kangsar jika PH (yang memperolehi 11371 undi) dan PAS (yang memperolehi 6583 undi) bergabung.
19. Umno, melalui calonnya, Dato' Mohd Nizar Haji Zakaria (yang memperolehi 14035 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 920 undi di kerusi P.069 Parit jika PH (yang memperolehi 7240 undi) dan PAS (yang memperolehi 7715 undi) bergabung.
20. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman (yang memperolehi 20003 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 3439 undi di kerusi P.073 Pasir Salak jika PH (yang memperolehi 12291 undi) dan PAS (yang memperolehi 11151 undi) bergabung.
21. Umno, melalui calonnya, Dato’ Hj Abdul Rahman Mohamad (yang memperolehi 13995 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 102 undi di kerusi P.079 Lipis jika PH (yang memperolehi 7426 undi) dan PAS (yang memperolehi 6671 undi) bergabung.
22. Umno, melalui calonnya, Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris (yang memperolehi 22640 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 4969 undi di kerusi P.081 Jerantut jika PH (yang memperolehi 10877 undi) dan PAS (yang memperolehi 16732 undi) bergabung.
23. Umno, melalui calonnya, Tuan Mohd Shahar Abdullah (yang memperolehi 19033 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 6034 undi di kerusi P.084 Paya Besar jika PH (yang memperolehi 11776 undi) dan PAS (yang memperolehi 13291 undi) bergabung.
24. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Dr Hj Ismail Hj Abd Muttalib (yang memperolehi 16064 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 597 undi di kerusi P.086 Maran jika PH (yang memperolehi 4360 undi) dan PAS (yang memperolehi 12301 undi) bergabung.
25. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said (yang memperolehi 18058 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 2195 undi di kerusi P.087 Kuala Krau jika PH (yang memperolehi 5071 undi) dan PAS (yang memperolehi 15182 undi) bergabung.
26. Umno, melalui calonnya, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (yang memperolehi 20760 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 5785 undi di kerusi P.090 Bera jika PH (yang memperolehi 18449 undi) dan PAS (yang memperolehi 8096 undi) bergabung.
27. Umno, melalui calonnya, Dato' Haji Mohd Fasiah Mohd Fakeh (yang memperolehi 12862 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 7626 undi di kerusi P.092 Sabak Bernam jika PH (yang memperolehi 11188 undi) dan PAS (yang memperolehi 9300 undi) bergabung.
28. Umno, melalui calonnya, Tan Sri Noh Haji Omar (yang memperolehi 17596 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 5306 undi di kerusi P.095 Tanjong Karang jika PH (yang memperolehi 15626 undi) dan PAS (yang memperolehi 7276 undi) bergabung.
29. Umno, melalui calonnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (yang memperolehi 12148 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 262 undi di kerusi P.125 Putrajaya jika PH (yang memperolehi 8776 undi) dan PAS (yang memperolehi 3634 undi) bergabung.
30. Umno, melalui calonnya, Dato' Jalaluddin Alias (yang memperolehi 19062 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 833 undi di kerusi P.126 Jelebu jika PH (yang memperolehi 17017 undi) dan PAS (yang memperolehi 2878 undi) bergabung.
31. Umno, melalui calonnya, Dato' Haji Salim Sharif (yang memperolehi 26819 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 3636 undi di kerusi P.127 Jempol jika PH (yang memperolehi 25188 undi) dan PAS (yang memperolehi 5267 undi) bergabung.
32. Umno, melalui calonnya, Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (yang memperolehi 36096 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 1664 undi di kerusi P.131 Rembau jika PH (yang memperolehi 31732 undi) dan PAS (yang memperolehi 6028 undi) bergabung.
33. Umno, melalui calonnya, Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah (yang memperolehi 26560 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 8641 undi di kerusi P.139 Jasin jika PH (yang memperolehi 26341 undi) dan PAS (yang memperolehi 8860 undi) bergabung.34. Umno, melalui calonnya, Dato' Dr. Noraini Ahmad (yang memperolehi 24481 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 807 undi di kerusi P.147 Parit Sulong jika PH (yang memperolehi 18140 undi) dan PAS (yang memperolehi 7148 undi) bergabung.35. Umno, melalui calonnya, Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan (yang memperolehi 21132 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 3462 undi di kerusi P.164 Pontian jika PH (yang memperolehi 20299 undi) dan PAS (yang memperolehi 4295 undi) bergabung.36. Umno, melalui calonnya, Datuk Rozman Isli (yang memperolehi 10164 undi), akan kalah dengan majoriti sebanyak 105 undi di kerusi P.166 Labuan jika PH (yang memperolehi 8714 undi) dan PAS (yang memperolehi 1555 undi) bergabung.
Sumber HD - 29-7-2018Kedua: Jika atas kekuatan Umno sendiri, Umno hanya akan mampu bertahan di 11 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung Malaysia dalam PRU14, iaitu melalui:1. Dato' Sri Mustapa Mohamed di kerusi P.030 Jeli.2. Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah di kerusi P.055 Lenggong.3. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di kerusi P.075 Bagan Datuk.4. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak di kerusi P.085 Pekan.5. Dato' Sri Hasan Arifin di kerusi P.091 Rompin.6. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin di kerusi P.134 Masjid Tanah.7. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di kerusi P.153 Sembrong.8. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad di kerusi P.154 Mersing.9. Datuk Seri Dr. Adham Baba di kerusi P.155 Tenggara.10. Datuk Halimah Mohamed Sadique di kerusi P.156 Kota Tinggi.11. Dato' Sri Azalina Othman Said di kerusi P.157 Pengerang.Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. - HARAKAHDAILY 29/7/2018
Amalan Islam selamat bekas Mak Nyah
“BAGI saya penghijrahan bermula dari dalaman, bukan daripada luaran, sebab luaran ini ia tidak akan jadikan pengekalan.
"Jadi kebanyakan kawan-kawan saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari luaran, maksudnya potong rambut, buang baju-baju perempuan, tetapi bagi saya itu sebenarnya salah.
"Sebenarnya penghijrahan yang bagus, yang hebat yang betul-betul mantap, bila kita mengenali diri kita dan kita mengenali Allah, kita mengenali Islam, dan dikala itulah kekuatan akidah Allah akan campakkan," demikian antara luahan hati Mohd Khariri Mohamad Ramli.
Beliau adalah bekas mak nyah yang telah terjebak selama lebih kurang 15 tahun secara serius, bermula semenjak beliau berumur 18 tahun dan berjaya bebas kira-kira lapan tahun lalu.
Beliau kemudiannya secara beransur-ansur, mula kembali mengerjakan perkara wajib dan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat dan mengaji al-Quran bagi menguatkan lagi keazamannya untuk berubah.
Kata beliau, dengan mengamalkan semua perkara ini, beliau dapat merasakan ada kesan positif yang Allah kurniakan kepada beliau seperti ketenangan yang belum pernah didapati beliau sebelum ini.
Dahulu, beliau sanggup mengambil hormon bagi menjadikan tubuh badannya lebih menarik sehingga pada satu masa, beliau tidak nampak apakah cara terbaik untuk beliau berubah, hasil dari tindakan itu.
Semua itu adalah kerana nafsu yang tidak berjaya dikawal, sehinggakan segala amalan baik doa-doa yang pernah diamalkannya dahulu, ditinggalkan beliau, menjadikan beliau lebih jauh terpesong dari jalan Allah.
Dan pada tahun 2011, beliau telah berusaha keras mempersiapkan dalaman dirinya bagi melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu kembali kepada kehidupan normal, sehingga berjaya.
Beliau ditemui dalam satu Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)), di Dewan Auditorium JAHET di Kompleks Seri Iman, Terengganu.
Seminar selama sehari itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui JAHET.
Guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Kelang itu juga meminta agar masyarakat sentiasa memberikan dorongan dan kasih sayang kepada mana-mana golongan mak nyah yang ingin berubah kepada kebaikan.
“Bagi saya apa yang utamanya adalah golongan LGBT ini ataupun fenomena ini akan mencetuskan lebih banyak masalah sekiranya kita tidak menangani atau tidak membantu mereka dengan pendekatan yang lebih berhemah dan kasih sayang.
"Sebab apa yang utamanya, bagi saya sebagai seorang yang telah berhijrah, sebagai seorang pendakwah bebas, saya amat intim dengan konsep kasih dan sayang dan saya juga berubah dengan penuh kasih dan sayang, saya juga berubah kerana Allah.
"Kerana itu saya berjaya dalam pengekalan sebagai seorang lelaki, sebagai seorang Muslim sehinggalah ke hari ini dan doakanlah semoga saya kekal berhijrah dan saya juga mengimpikan sebuah rumahtangga sebagaimana lelaki-lelaki di luar sana insyaAllah,” kata beliau lagi.
Kepada golongan mak nyah yang ingin berubah juga beliau menasihatkan agar berubah kerana Allah, bukan kerana populariti dan terus memandang ke hadapan kerana jati diri yang kuat, perlu dalam perubahan ini.
Juga kepada golongan muda yang baru mahu berjinak-jinak untuk menjadi mak nyah beliau merayu agar tidak sekali-kali mencubanya.
Sumbrr HD - 29-7-2018Seminar itu dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. - HARAKAHDAILY 29/7/2018
Mujahid jangan bertembung peribadi dengan Maza
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa tidak wajar menjadikan isu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sebagai isu pertembungan peribadi dengan Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd. Asri Zainul Abidin (Maza) sehingga memerlukan pertemuan antara dua tokoh tersebut.
“Isunya ialah pertembungan antara P. Ramasamy dengan kehendak rakyat yang cintakan kedamaian,” ujar AJK PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebook.Katanya, puluhan laporan polis terhadap Dr P Ramasamy memerlukan penyiasatan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menteri sewajarnya membiarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.
Sumber HD - 28-7-2018Menurutnya lagi, kenyataan-kenyataan menteri yang dilihat berpihak kepada P Ramasamy dibimbangi boleh mempengaruhi siasatan polis. – HARAKAHDAILY 28/7/2018
Coretan sekitar PRK Sungai Kandis
PENDAHULUANPRK Sungai Kandis muncul ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang sibuk membahagi-bahagikan jawatan politik dalam kerajaan kepada pendukung parti-parti komponen. Ada yang dapat semua yang dihajati. Ada yang dapat sebahagian besar. Ada yang dapat sebahagian kecil. Dan ada yang tak dapat apa-apa bahagian yang mereka hajatkan, kecil atau besar.
Hajat ini sebelum PRU ke-14 selalu diistilahkan sebagai 'dedak'.
Pada ketika yang sama, Menteri-menteri yang baru dilantik masih lagi dalam keadaan 'in the making of' atau 'under construction'. Iaitu masing-masing sedang kelihatan seperti terkial-kial dalam proses mencongak apakah peranan yang perlu mereka mainkan sebagai Menteri. Beberapa idea dan ulasan 'bertaraf Menteri' di Parlimen dan sidang media masih lagi kaku, 'flip flop' dan terlalu bersifat 'political acrobatic'.
Tuntutan melaksanakan Manifesto 100 hariTidak cukup dengan itu, PH sedang lebat dihujani dengan tuntunan-tuntutan agar segera melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka, terutamanya kategori Janji 100 hari sebaik saja mengambil alih pentadbiran negara. Kepimpinan PH sedang jenuh ber'silat', ber'tae kwan do' dan ber'kungfu' bagi menangkis tuntutan-tuntutan tersebut dengan pelbagai alasan seperti era Datuk Ahmad Maslan masih di tampuk kuasa.
Dalam keadaan segenting ini, PRK Sungai Kandis terpaksa dilangsungkan. Ia berikutan kematian Adun PKR, al-Marhum Mohd Shuhaimi. Seorang tokoh berpengaruh yang dikatakan sebahagian daripada 'inner circle' YB Azmin Ali dalam mengemudikan pengaruh politik PKR di Selangor.
Kepentingan PRK Sungai Kandis bagi pengkaji politikWalaupun keputusan PRK Dun Sungai Kandis nanti tidak mampu memberikan perubahan yang signifikan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Namun, ia tetap signifikan sebagai PRK pertama setelah selesainya PRU ke-14.
PRK Dun Sungai Kandis pada 4 Ogos ini akan menunjukkan beberapa perkara.
Antaranya, adakah rakyat masih dalam 'mood' gembira yang amat sangat dengan Kerajaan PH? Ataupun rakyat sudah mula 'menilai' kembali sokongan mereka kepada PH?
Atau adakah rakyat sudah 'tidak peduli' lagi dengan politik PH? PH dan Umno sama saja pada mereka. Bezanya, satu pihak sedang menjadi kerajaan. Satu pihak lagi adalah pembangkang. Semua janji manis, akhirnya dicapati. Rakyat juga yang terpedaya.
Kenapa PAS tidak bertanding?PAS tidak bertanding dalam PRK ini. Walaupun banyak pihak menjangka PH akan berdepan dengan PAS.
Ramai pimpinan PH melempiaskan kekecewaan mereka dengan langkah PAS tidak bertanding. Mereka sangat ingin menumbangkan PAS. Bila PAS tidak bertanding, tiada PAS untuk ditumbangkan dalam PRK ini, bagi menunjukkan sokongan mutlak rakyat hanya kepada PH.
Lebih menarik lagi, Umno yang beria benar mahu bertanding sebagai pembangkang di peringkat negeri dan Pusat dalam PRK ini. Umno mula berbincang dengan PAS tentang strategi satu lawan satu. Langkah ini disindir oleh Tun Mahathir dengan mengatakan PAS adalah 'adik-beradik' Umno.
Hantu UG dihidupkan semulaKemudian sindiran tersebut telah disambut oleh cybertrooper PH dengan penuh bersemangat, menyatakan itu adalah pengesahan UG PAS dan Umno, yang sejak sekian lama, dinafikan oleh PAS.
UG apakah lagi maksud mereka. Entahlah?
Umno bukan Kerajaan Pusat, PAS pun bukan. Campur PAS dan Umno pun belum boleh membentuk kerajaan kerana PH menang 2/3 Parlimen.
Walaupun dah menang majoriti 2/3 di Parlimen, PH masih takutkan bayangan hantu UG ciptaan mereka.
Kenapakah hantu UG dihidupkan kembali?Rupanya PH masih bimbang dengan faktor sokongan Melayu kepada mereka. PAS dan Umno didapati masih mendapat kepercayaan besar di kalangan majoriti umat Melayu Islam di Malaysia.
Isunya ialah Umno digambarkan seperti 'kapal yang karam' oleh kepimpinan mereka sendiri. Kapal yang karam di lautan dalam mungkin hanya akan berjaya ditemui dan diangkat semula selepas beratus tahun. Besar kemungkinan, hanya sebagai bahan sejarah yang sangat bernilai. Tidak lebih daripada itu.
Oleh itu, PH ingin PAS agar terus menjauhi Umno agar tidak terpalit dengan hantu UG. Ini tentulah akan memudahkan PH mendekati saki baki Umno yang sedang terkapai-kapai agar berpaut kepada bot-bot penyelamat Bersatu atau PKR.Ini adalah strategi yang licik.
Namun PAS masih berterusan mendekati Umno secara penuh berhemah melalui strategi Budaya Berpolitik Matang dan Sejahtera. Bahkan dalam PRK ini, PAS bertindak lebih jauh sehingga memberi ruang kepada Umno untuk berhadapan dengan PH secara langsung, tanpa perlu bimbang terpaksa berhadapan juga dengan PAS secara serentak.
Demokrasi pasca PRU ke-14Politik pasca PRU ke-14, tidak sama lagi seperti dahulu. Strategi politik yang masih di takuk lama, akan mengurangkan relevansi sesebuah parti politik daripada arus Malaysia Baru.
Tapi PH dalam PRK ini masih berkempen dengan modal lama seperti yang dirumuskan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) kelmarin,
“Jelas bahawa faktor Tun Dr Mahathir Mohamad, faktor menolak BN, manifesto untuk menghapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan kemampuan Pakatan Harapan mentadbir kerajaan khususnya Kerajaan Negeri Selangor, telah berjaya menarik sokongan pengundi Dun khususnya undi orang Melayu".
Apa pun strategi PH, ia masih berupaya membuahkan hasil kerana pertandingan adalah di 'kawasan putih' bagi mereka.
Isu-isu Melayu dan IslamIsu-isu berkaitan Melayu dan Islam, dijangka akan mula mendapat pertimbangan semula pengundi-pengundi di Dun Sungai Kandis.
Isu-isu ini sebelum ini, ditenggelamkan oleh kemarahan rakyat kepada DS Najib dan BN dalam PRU ke-14 baru-baru ini.
PenutupKepada pengundi Dun Sungai Kandis, anda adalah tumpuan utama 4 Ogos nanti. Isyarat pengundian anda akan dikaji dengan mendalam oleh para penganalisa politik.
Sama ada anda memberikan undi yang lebih besar untuk PH. Atau mengecilkan sokongan kepada mereka. Atau mengecilkan jumlah keluar mengundi. Atau tidak mengendahkan hari pengundian. Semuanya adalah signifikan dalam memahami mood terbaru rakyat di kawasan putih PH.
Ya, jika Umno menang. Ia adalah sangat luar biasa. Tapi ia bukanlah mustahil. Sama seperti luar biasanya PH menumbangkan Umno dalam PRU ke-14.
PAS pula pada kali ini, mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon. Dan selamat mengundi kepada pengundi Dun Sungai Kandis.
ZAKARIA ISMAILSumber HD - 27-7-2018
27 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 27/7/2018
Terpukul gagal heret PAS ke kancah PRK
KUALA LUMPUR: Terdapat pihak di dalam PH yang merasa amat terpukul dengan keputusan PAS tidak bertanding pada PRK N.49 Sungai Kandis kerana merencatkan agenda dirancang mereka.
Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Zulkifli Che Haron berkata, kerana itulah mereka melontarkan tuduhan bahawa PAS membantu BN untuk tetap mengheret PAS dalam PRK tersebut.
Jelas beliau, mereka itu mahu supaya umat Melayu Islam terus berpecah disebabkan ideologi politik dan menjadikan PRK sebagai pentas menyemarakkan sentimen berkaitan.
Menurut beliau, mereka sedar apabila PAS tidak menyertai PRK itu, umat Melayu Islam bukan sahaja mengecilkan pertembungan, malah boleh membina semula penyatuan atas pelbagai gugatan dibuat oleh pihak tersebut.
Tegasnya, PAS tidak ada perkaitan hubungan mahupun terlibat dengan percaturan di Sungai Kandis, sekali gus menyebabkan kalangan mereka itu semakin tidak senang duduk.
"Mereka lebih suka menentang gerakan Islam dan kepentingan Islam. Keutamaan mereka hanya mahu PAS kalah, bukan kemenangan PH atau BN. Kerana PH dan BN hakikatnya dari rumah yang sama.
"Sekular, liberal dan sosialis sebenarnya mereka ini lahir dari perut ibu yang sama, tinggal sebumbung, cuma berlainan bilik. Kerana itulah PH dan BN boleh bersama di Kedah dan Perak.
"Jadi, apabila liberal dan sekular bertembung sesama mereka, sosialis merasa amat tidak senang kerana tiada keuntungan. Maka mereka terus fitnah PAS untuk terjebak ke kancah itu," ujarnya.
Sumber HD - 24-7-2018. -HARAKAHDAILY 24/7/2018
Berimankah kita? (Siri 4)
APAKAH tiada di kalangan kita orang beriman lagi soleh?
Sudah tentu ada. Umat Islam tidak akan bersatu dalam kesesatan. Cuma, kuantiti mereka (yang sedar) adalah kecil, dan dengan jumlah yang kecil ini pula mereka ibarat benih yang bertebaran dan berserakan. Dari jumlah yang kecil ini, sebahagian besarnya mudah berputus asa, memilih untuk meletakkan senjata dan meninggalkan medan memerangi pemikiran Kuffar yang jahat lagi penuh muslihat.
Sebahagian lagi pula hanya gemar merungut dan memekik, terkadang penuh dengan emosi kesedihan (meraih simpati), dalam keadaan mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah, tanpa menyusun atur langkah kerja yang proaktif lagi positif. Dan sebilangan yang lain langsung dengan minda negatif sepanjang masa, merasa lemah, hina dan tidak ada lagi ruang untuk menang.
HA : Lalu, apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?
DQ : Penyelesaian ada pada golongan orang beriman lagi soleh itu.
Golongan orang beriman lagi soleh mampu menyelesaikan kebobrokan yang berlaku dalam masyarakat dengan menyeru semua untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Mengingatkan masyarakat dengan menyampaikan khabar gembira mentaati perintah Allah dan juga peringatan melanggarinya. Kedua tugas ini mesti disempurnakan secara bersepadu. Malahan bertanggungjawab membebaskan umat daripada belenggu kejumudan, hidup dengan pembudayaan kritis dalam berfikir dan jauh daripada kekufuran.
Golongan ini juga mestilah hidup dengan menjiwai keperluan dan tuntutan pada zamannya, memahami perihal masyarakat sekeliling dan desakan hidup yang menghimpit mereka dari aspek material dan pemikiran. Kesemua ini pula diselesaikan dengan merujuk kepada tokoh-tokoh dan kepakaran para sarjana dan ilmuan, bukan dengan akalan mengejar nama ataupun tindakan semberono yang tidak menunjukkan kematangan. Senjata ampuh dalam menghadapi cabaran akhir zaman ini adalah sabar dan yakin. Ini kerana serangan yang melanda umat Islam merobek segenap aspek kehidupan dalam keadaan kita tiada persediaan yang kemas.
Kesabaran dan keyakinan membawa mesej Islam melayakkan umat dipimpin oleh golongan bertaqwa yang mementingkan keseimbangan keperluan duniawi dan prioriti ukhrawi:
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."(as-Sajdah: 24)
Persoalan: Seandainya orang beriman lagi soleh gagal melunaskan kewajipan ini, lalu apa kesudahannya?
Jawabku: Pastilah ia perjalanan dan kesudahan yang memeritkan lagi menakutkan. Allah menjanjikan balasan yang berat, bahkan Allah berhak menggugurkan kita dan diisi oleh kumpulan lain yang lebih kompeten:
"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(at-Taubah: 39)
Allah juga telah mengingatkan kepada kita, akan tribulasi yang mewarnai jalan perjuangan.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."(at-Taubah: 24)
MOHD ADLAN MOKHTARUDDINSumber HD - 23-7-2018
23 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 23/7/2018
IKSIM bukan 'ghanimah' untuk direbut politikus
IKSIM memandang serius sindrom penafian di kalangan aktivis politik Islam dalam Pakatan Harapan (PH) yang cuba menutup kewujudan ancaman dan kebiadaban kumpulan Liberalis, Sekularis dan Ekstremis Evangelis terhadap kedaulatan Islam di negara ini.
Mereka ini yang terdiri dari aktivis NGO dan berbagai parti politik sama ada PH atau Barisan Nasional (BN), malah mereka juga kini terdiri dari kalangan aktivis atasan PH. Sekadar penafian kosong dan tohmahan kononnya IKSIM sebagai alat politik BN, para asatizah di dalam PAN hanya menjadi tukang dobi kepada kelompok yang sangat berbahaya ini.
IKSIM, sebuah institusi yang selama ini dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menguruskan isu-isu ancaman terhadap kedaulatan Islam ini, kini menjadi sasaran utama balas dendam politik mereka. Dana zakat fi sabilillah yang menjadi komitmen MAIWP untuk memastikan IKSIM memainkan peranan semak dan imbang
elemen-elemen ancaman selama ini dihentikan secara tiba-tiba. Mungkin keberkesanan dakwah IKSIM menerusi agenda Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) dan kursus-kursus Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) yang mencecah lebih 300 ribu peserta dalam tempoh 3 tahun dengan perbelanjaan tidak sampai RM20 juta mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin Islam dalam PH yang terpaksa bergantung kepada sokongan pengundi bukan Islam dan pendukung agenda Liberal dan Sekular di dalam negara.
Selain pemimpin-pemimpin dalam PAN, terdapat individu dan kumpulan seperti Siti Kasim dan kumpulan G25, bercakap dalam nada yang serupa yang mahukan IKSIM ditutup dan dikenakan tekanan-tekanan tertentu. Namun pengakuan YB Hajjah Fuziah Salleh bahawa dana zakat fi sabilillah itu telah dibekukan tentunya menimbulkan rasa puas di kalangan kelompok Liberalis Sekularis dan Ekstremis Evangelis serta penyokong PH.
Tentunya tanpa dana, IKSIM hanya bergantung kepada capaian media sosial untuk menghadapi Tsunami kecelaruan aqidah yang dominan di kalangan pemimpin PH yang menerajui kerajaan hari ini. Pemberhentian itu menyebabkan berlakunya penganiayaan kemanusiaan apabila gaji kakitangan IKSIM tidak dapat dibayar penuh sejak Jun, komitmen pembayaran dengan pelbagai pihak, sewaan dan sebagainya yang terbantut, yang langsung tidak diambil kira oleh pihak CEO MAIWP sejak bulan Mei 2018.
Untuk makluman, IKSIM diwujudkan sebagai syarikat dengan jaminan dan jaminan itu adalah daripada dana MAIWP. Walaupun berhadapan dengan ketidakadilan di atas campur tangan politik ini, semua kakitangan IKSIM tetap komited menjalankan semua Amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Berdasarkan kepada perkembangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif (IKSIM) telah mengambil langkah membuat aduan kepada penguatkuasa agama JAWI mengenai campur tangan politik kepartian dalam urusan dana zakat MAIWP dengan memberhentikan dana zakat IKSIM. IKSIM sentiasa berpegang teguh kepada dasar utama perjuangannya.
Daulatkan Islam Agama Negara! - HARAKAHDAILY 22/7/2018Sumber HD - 22-7-2018
Antara wala' dan taat
MUKADIMAHInterpretasi yang salah terhadap definisi wala' telah menyebabkan perkataan tersebut semakin dipandang negatif. Tanpa dinafikan, terdapat sebahagian orang yang menjual perkataan wala' sehingga mematikan proses percambahan idea di dalam jemaah, menyekat sebarang bentuk kritikan hatta di medan yang paling tertutup seperti usrah dan mesyuarat. Sebahagian lain pula yang berminda kritis tetapi kurang sabar dan matang terus menghukum wala' sebagai doktrin negatif.
Tulisan ini bertujuan mengatasi masalah ini. Ia juga ditulis atas dasar wala'. Dibahagikan kepada beberapa siri agar mudah dicerna dan tidak berat. Pembahagian siri adalah seperti berikut:
1. Beza wala' dan taat.2. Wala' dari rukun baiah.3. Manifestasi wala'.4. Virus perosak wala'.5. Antonim wala'.Kita mulakan siri pertama dengan memahami perbezaan antara wala' dan taat.
Keliru antara wala' dan taatBila berada di lapangan jemaah, memang dikesan fenomena salah faham terhadap wala' berlaku. Kebanyakan menyamakan wala' dengan taat. Mematuhi sesuatu arahan disebut sebagai wala'. Sedangkan itu adalah taat. Dan taat hanya salah satu dari bukti wala'. Dan tidak semestinya seseorang yang taat itu wala'.
Kesan salah faham ini, tuntutan wala' yang selain dari mematuhi arahan itu tidak lagi difahami dan diamalkan ahli gerakan. Menyebabkan para jundi tidak memberikan sumbangan optimum bagi memajukan jemaah. Wala' menjadi mati, ahli hilang jati diri dan jemaah semakin sepi.
Wala' itu akidah, taat itu syariahBagi mengatasi masalah ini, kefahaman kalimah wala' perlu kembali diperbetulkan. Pertama, jika dikaji ayat-ayat al-Quran berkenaan wala' dari berbagai wazannya, kita akan mendapati bahawa kalimah ini bersifat dasar dan prinsip. Ayat-ayatnya banyak berkait dengan tajuk-tajuk akidah. Boleh dikatakan wala' adalah salah satu cabang akidah. Sementara ayat-ayat taat pula merujuk kepada polisi dan garis panduan. Ayat-ayatnya banyak berkait dengan hukum syariat. Menjadi salah satu kewajipan terhadap Allah, Rasul dan Ulil Amri.
Tiada sesiapa yang boleh menghukum seseorang itu wala' atau tidak kerana ia adalah persoalan akidah dan hati. Sebaliknya pihak berautoriti boleh menghukum seseorang sebagai tidak taat dan ingkar, kerana ia adalah perbuatan zahir.
Wala' itu kesetiaan, taat itu kepatuhanWala' mudah didefinisikan sebagai kesetiaan (loyalty), sementara taat itu adalah kepatuhan (obedient). Kepatuhan bermakna mendengar, akur dan melaksanakan sebarang arahan dan peraturan yang ditetapkan jemaah dan pemimpin selagi tidak bercanggah dengan syarak, sama ada suka ataupun tidak. Wala' pula adalah setia; meletakkan kepentingan jemaah pada tahap pertama mengatasi segala yang lain.
Manifestasi wala' ini akan membuahkan perkara seperti taat, kasih, redha, beri perhatian dan bersedia membantu, melindung dan berkorban. Tidak timbul soal suka atau tidak bagi mereka yang memiliki kesempurnaan wala', kerana mereka akan suka (atau sekurangnya cuba untuk suka) apa jua ditetapkan jemaah.
Ini bermakna, orang yang memiliki wala' sudah tentu dia bersikap taat. Sebaliknya orang yang taat tidak semestinya memiliki wala'. Bezanya berada pada isu keredhaan. Orang yang taat sahaja boleh jadi tidak suka dengan arahan atau keputusan yang dicapai. Namun orang yang memiliki wala' akan berusaha meredhai dan suka terhadap apa jua keputusan dan arahan.
Taat dengan wala' berbeza seperti Islam dengan imanTaat dan wala' boleh dianalogikan seperti iman dan Islam. Keduanya berbeza dari sudut makna dan penumpuan. Wala' umpama Iman manakala taat umpama Islam. Iman adalah persoalan hati dan akal. Sementara Islam adalah persoalan jawarih (anggota zahir). Rukun-rukun Iman semuanya bersifat kepercayaan, bukan tindakan. Rukun-rukun Islam pula bersifat tindakan, bukan kepercayaan.
Orang yang melakukan kesemua rukun Islam tidak semestinya beriman, kerana mungkin mereka munafik. Tetapi orang yang memiliki kesempurnaan iman sudah tentu akan melakukan rukun Islam. Beza inilah yang membuatkan Allah menyatakan orang Badwi sekadar Islam tapi tidak beriman. (Surah al-Hujurat ayat 14)
Bahkan manifestasi iman akan membuahkan perkara yang lebih daripada lima rukun iman sahaja. Inilah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W bahawa iman memiliki lebih dari 70 cabang.
Wala' hasil rukun baiah, taat salah satu rukun baiahTaat adalah salah satu daripada rukun baiah yang sepuluh. Sementara wala' merupakan buah daripada kesepuluh rukun tersebut. Wala' akan hasil dari faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah, taat, thabat, tajarrud, ukhuwwah dan thiqah. Hilang satu unsur ini, tempanglah wala'. Perkara ini insyaAllah akan dijelaskan dalam siri akan datang.
Wala' proaktif, taat reaktifOrang yang taat semata-mata bersifat reaktif kerana mereka hanya akan melakukan ketaatan apabila wujud arahan dan keputusan. Sebaliknya wala' itu proaktif kerana apabila seseorang itu memiliki kesetiaan sehingga menumpahkan kasih sayang terhadap jemaah, ia tidak hanya menunggu arahan dan keputusan sebaliknya mengambil inisiatif melakukan apa yang terbaik bagi jemaah.
Jemaah dan pemimpin tidak mampu mengeluarkan arahan dan keputusan dalam setiap perkara. Bukan semua benda perlu dan sempat dipermesyuaratkan. Bukan semua benda sempat difikirkan pimpinan. Bahkan mungkin ada perkara yang diilhamkan kepada jundi, tetapi tidak pada qiyadi. Jika bersifat hanya menunggu arahan dalam dunia yang pantas ini, banyak perkara akan tercicir dan gagal.
Wala' Habib bin MunzirJusteru sikap ahli yang wala' perlu peka keadaan sekeliling dan bersedia mencadangkan sebarang perkara kepada kepimpinan jemaah tanpa mengira apakah kita punya jawatan atau tidak, apakah kita layak atau tidak. Ambil contoh Habib bin Munzir yang mencadangkan kepada Nabi S.A.W supaya kem Islam dipindahkan ke hadapan dalam Perang Badar, walaupun dia bukanlah kepimpinan utama dan bukan bidang tugasnya menentukan kawasan kem.
Beliau adalah contoh terbaik mengenai erti sebuah wala'. Bukan kerana tidak mahu taat kepada keputusan tempat kem yang dibuat oleh Nabi S.A.W, tetapi wala' yang dimilikinya membuatkan beliau merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan. Jika Habib sekadar memiliki taat, cadangan tersebut tidak akan timbul.
Agenda islah dan tajdid yang menjadi identiti gerakan Islam juga akan mandul sekiranya wala' sang Habib tidak diberi galakan dan ruang di dalam jemaah. Lebih dibimbangi, kemandulan ini bakal menyebabkan potensi dan bakat tunas-tunas baharu terpendam dan hilang begitu sahaja. Paling parah, jiwa muda yang mudah berpatah arang mula meninggalkan jemaah ini lalu memilih wadah baru yang lebih memberikan ruang pada mereka.
Inilah beberapa perbezaan yang perlu difahami sebagai mukadimah kepada perbincangan objektif berkenaan wala' yang lebih mendalam untuk siri akan datang. Tulisan ini terbuka kepada kritikan dan cadangan. Ia juga perlu diterjemahkan dalam bentuk infografik dan diagram supaya lebih mudah difahami. Kepada yang berkebolehan dan berkesempatan, pertolongan anda amat dihargai.
8 Zulkaedah 1439Sumber HD - 20-7-2018
20 Julai 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 20/7/2018
Pekerja asing diberi layanan istimewa?
KUALA LUMPUR: Kemasukan warga asing ke negara ini termasuk diterima mereka sebagai warganegara antara isu dibangkitkan Ahli Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat semalam.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS - Kubang Kerian) mempersoalkan mengenai 12,213 pekerja di sektor IT dan semikonduktor dari negara India dan Perdana Menteri menyatakan kesediaan menawarkan kewarganegaraan.
"Apakah kita gagal melahirkan pakar-pakar dalam bidang IT dan semikonduktor? Berapakah graduan IT yang berjaya dilahirkan setiap tahun sehingga kita terpaksa bergantung kepada pihak luar.
"(Mereka) mengambil kesempatan di atas bidang yang mempunyai pendapatan agak tinggi yang sepatutnya dikuasai oleh pekerja tempatan berbanding sektor-sektor pembuatan dan sebagainya," ujar beliau.
Beliau mahu kerajaan mengawal dan menyelia untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat tempatan berbanding mengeluarkan pas atau permit pekerja, selain melihat punca syarikat-syarikat memilih jalan pintas menggaji warga asing.
Perkara sama dibangkitkan Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS - Kuala Krai) yang mempersoal sama ada kerajaan menyedari kehadiran pendatang asing kini bukan lagi menjadi pekerja, tetapi adalah tauke dan pemilik pasar atau pusat perniagaan.
Perkara itu katanya, hingga rakyat sendiri berasa seperti berada di luar Malaysia dan beliau mahu kerajaan melihat kesannya dari sudut keselamatan dan ekonomi negara.
Sumber HD - 20-7-2018Dalam jawapan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Jamman (Warisan - Sepanggar) mengakui risiko yang wujud dan pihak Imigresen agresif memburu mereka itu selain memperkenalkan program 'Rehiring' supaya mereka mendaftar diri. -HARAKAHDAILY 20/7/2018
Berimankah kita? (Siri 3)
AL-QURAN mengingatkan umatnya untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap musuh. Bahkan mempersiapkan ahlinya dengan kekuatan yang menyeluruh. Cuba kita renungkan beberapa ayat berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانْفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُوا جَمِيعًا[an-Nisa': 71]وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ …..
[al-Anfal: 60]يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٤٥) وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)[al-Anfal: 45 - 46
Sudahkah kita insafi dan menunaikan tuntutan ayat ini?
Sesungguhnya kita amat tidak mengambil sikap berjaga-jaga terhadap musuh. Semua tindak balas umat Islam adalah tindakan yang langsung tidak diduga. Apabila dibentangkan kepada kita pelan dan strategi Zionis atau Israel secara bersepadu di peringkat global menghadapi umat Islam, kita terus alpa dan langsung tidak ada persiapan untuk berhadapan dengannya. Kecuali hanya membeli senjata lama yang rosak dan tidak boleh beraksi pada waktu yang dikehendaki. Itulah yang amat disukai oleh musuh umat Islam iaitu apabila kita melupakan persiapan persenjataan dan material, maka mudahlah untuk mereka menyerbu secara bersepadu mahupun menyusup.Allah mengingatkan dalam Surah an-Nisa’ ayat 102:
“…… Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”
Dalam keadaan musuh sedang mengepung kita segenap penjuru pun, kita masih terus leka daripada mengingati Allah, terus menerus ingkar perintah Allah dan Rasul dan masih mengutamakan agenda hiburan dengan berlapikkan dakwah. Walhal Allah mengizinkan Solat Khauf (solat dalam keadaan takut diserang musuh) sebagai satu isyarat kepada umat Islam, dalam keadaan perang solat tetap dijaga. Namun yang lebih penting untuk kita faham adalah mesej ‘hazar’ yang tinggi dalam keadaan genting. Malangnya, umat Islam meninggalkan tuntutan ini, akibatnya kita mudah termakan provokasi murahan.
Solat Khauf menurut sebahagian ulamak disyariatkan ketika Peperangan Zatur Riqa’ yang berlaku pada tahun ke-4 Hijrah selepas beberapa bulan usai peperangan terhadap Bani Nadhir.
Adalah amat tidak masuk akal, bermacam syarat tidak kita lunasi, namun menagih pada-Nya pertolongan dan kemenangan? Mengapa tidak kita dulu yang melengkapkan syarat-syarat yang diminta oleh Allah? Orang berimanlah yang wajib membenarkan janji Allah supaya Allah mengotakan janji-Nya. Jadilah mukmin yang sebenar.
Redha Allah sebagai satu-satunya Rabb,
Islam sebagai manhaj-Nya,
Rasul sebagai penunjuk jalan,
Al-Quran sebagai panduannya,
Bersikap bara’ terhadap segala yang bercanggah dengan perintah-Nya dalam aspek aqidah, ideologi, akhlak dan seluruh sistem kehidupan.
Hanya dengan keimanan sebegini yang dapat menjamin kesejahteraan, kemenangan dan kemuliaan bagi orang beriman. Seterusnya kejayaan di akhirat kelak.
Sumber HD - 19-7-2018Persoalannya, apakah tidak ada di kalangan kita orang yang baik-baik (soleh)?MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN - HARAKAHDAILY 19/7/2018
Asal Melayu Islam, tak bagus...
● KECOH satu negara, ada hantu di Parlimen. Pemimpin Hindraf kata, itu tokoh agama mereka, hadir kerana diminta pandangan.● Kecoh satu negara, Cina minta UEC diiktiraf, sebab kata mereka seluruh dunia sudah iktiraf sijil berbahasa Cina itu.● Kecoh satu negara, ada pemimpin kumpulan pengganas LTTE jadi pemimpin kanan parti kerajaan, siap jadi TKM lagi.
Ironinya.
● Bila orang Islam nak angkat ulamak sebagai pemimpin dan diminta pandangannya, orang Islam sendiri kata ulamak tak reti, lebai malang, ulamak jumud dan sebagainya.● Bila pejuang bahasa mahu Bahasa Melayu dipertahan sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka dikatakan rasis, ekstremis perkauman.● Bila Dr Zakir Naik yang bukan pengganas diberikan taraf penduduk tetap, orang Islam diamkan diri sahaja bila orang yang mahu menghalaunya dijadikan Menteri.Untunglah jadi orang bukan Melayu di Tanah Melayu, semua nak dapat, tuan punya hak dikeji kerana pertahan haknya.
Jangan sampai sekali lagi bumi kita dipijak orang.
Sumber HD - 18-7-2018IBNU KARIMAH
6 Zulkaedah 1439 - HARAKAHDAILY 19/7/2018
Fenomena baru buat Melayu Islam
KEPUTUSAN Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) bukan hanya telah melahirkan sebuah kerajaan baru di peringkat Persekutuan tetapi ia juga sebenarnya mencetuskan satu fenomena baru yang tidak pernah berlaku dalam negara sebelum ini. Fenomena inilah, baik atau buruk sedang ditanggung dan dirasai kesannya oleh rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam.
Sumber HD - 18-7-2018Pakatan Harapan atau PH menguasai kerajaan Persekutuan dengan dengan memenangi 124 kerusi Parlimen daripada 222 yang dipertandingkan, cukup untuk membentuk kerajaan. Kerajaan PH yang punya majoriti inilah bakal memerintah negara dan menentukan dasar dan hala tuju negara buat lima tahun yang akan datang.
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia yang punya lebih 61.7 peratus penduduk Bumiputera dan lebih 61.3 peratus rakyat beragama Islam, majoriti yang dikuasai kerajaan PH hari ini tidak mencermin majoriti penduduk dan penganutnya.
Pemusatan kuasa dalam kaedah majority rule hari ini unik di Malaysia bilamana majoriti yang diperolehi oleh parti pemerintah tidak lagi mewakili penduduk majoriti. Daripada 124 kerusi yang dimenangi PH pada PRU lalu, hanya 58 ahli parlimennya beragama Islam, manakala 66 terdiri dari bukan Islam.
Dalam erti kata lain majoriti kuasa yang memimpin dan menguasai negara hari ini adalah majoriti bukan Melayu/Islam, iaitu pemisahan dari status quo sejak dari merdeka.
Ia walau bagaimanapun bukannya satu jenayah atau kesalahan, cuma masalahnya mereka yang berkuasa sebenarnya datang dari kelompok minoriti. Ujiannya mampukah kelompok minoriti yang memegang kuasa majoriti ini berupaya memberikan keadilan, kesaksamaan dan tidak meletakkan nafsu politik mereka mengatasi kepentingan rakyat majoriti?
Bagaimana perkara ini boleh berlaku, soalan ini perlu diajukan kepada para pengundi yang membuat pilihan. Mungkin kerana terlalu ghairah untuk mengejar sesuatu agenda atau mengimpikan sesuatu perubahan, mereka khasnya pengundi Melayu/Islam tidak sedar mereka sebenarnya menaikkan warga mereka dari kelompok minoriti ke atas untuk memegang tampuk menguasai dan menentukan nasib dan masa depan mereka dalam negara sedangkan mereka warga majoriti dalam negara.
Umpamanya keputusan PRU14 meletakkan lebih dua pertiga dari 66 ahli Parlimen bukan Islam yang duduk dalam kerajaan PH hari ini dari parti DAP.
Kerana itu sudah pasti dengan menguasai majority rule dalam kerajaan selain 30 daripada PKR yang bukan Islam dan dua lagi dari Warisan, mereka ini akan terdorong menggunakan kuasa dalam tangan untuk memperjuangkan kepentingan dan agenda politik mereka masing-masing. Mereka tidak bersalah kerana mereka tidak menaikkan diri sendiri, tetapi para pengundilah khususnya para pengundi Melayu/Islam yang sebenarnya membantu menaikkan mereka.
Lantas sejak dari PRU14 lalu kita telah melihat beberapa keputusan kerajaan agak asing dan berbeza dari yang kita kehendaki dan boleh terima. Melantik seorang Peguam Negara dari kalangan bukan Islam, begitu juga terbaru Ketua Hakim Negara.
Ianya pelik dan mencetuskan keresahan, namun kita perlu sedar, ianya dapat dilaksanakan kerana majority rule itu berada dalam tangan parti pemerintah hari ini, dan kuasa itu kitalah sebenarnya yang telah berikan.
Hari ini umpamanya lagi perjuangan puluhan tahun DAP untuk mendapat pengiktirafan terhadap sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) yang kuat ditentang oleh golongan pendidik, malah sebahagian merasakan ia bertentangan dengan Dasar Pelajaran Negara, bakal direalisasikan, kerana hari ini mereka punya kuasa politik.
Protes dan bantahlah mana-mana golongan dan kelompok, pokoknya kuasa yang dimaksudkan tangan kita inilah yang telah berikan dalam PRU14 lalu.
Fenomena ini tidak akan berhenti di situ, malah banyak lagi perubahan terpaksa kita telan, kerana parti-parti yang berkuasa ini jelas agenda perjuangan mereka. Dengan memperolehi majority rule sudah barang pasti instrumen yang kita serahkan itu akan mereka gunakan semaksimum mungkin untuk mencapai dendam hajat dan cita-cita masing-masing.
Awal-awal contohnya Kementerian Pendidikan mengumumkan tambahan 1,000 kuota tawaran khas untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan Bumiputera berbangsa Cina daripada golongan B40 ke Kolej Matrikulasi kementerian bagi sesi 2018/2019. Ini jelas diperolehi kerana menghargai sokongan besar masyarakat Cina terhadap PH dalam pilihan raya lalu.
Inilah kesan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS selepas PRU lalu.
Jika majority rule ini digunakan tanpa menjejas hak dan kepentingan golongan majoriti, ia sesuatu yang boleh diterima, namun demikian mustahil kuasa yang diperolehi tidak akan digunakan sepenuhnya untuk memanjangkan agenda politik masing-masing yang berkuasa.
DAP dengan agenda “Malaysia Malaysia”nya dan Negara Sekular, sudah pasti mahu melihat matlamat perjuangan mereka jika tidak pun terlaksana sepenuhnya, mula diterjemahkan dalam dasar dan polisi kerajaan.
Kerana itu puak-puak liberal, moderat, sekular, LGBT dan berbagai yang tahyul dan sesat mula melonjak-lonjak membuat pelbagai tuntutan kerana majority rule hari ini dipegang oleh parti yang mereka sokong. Sesiapa pun tidak berhak menghalang, kerana para pengundi telah memberi kuasa kepada parti mereka.
Namun di Malaysia, PRU bukannya memberikan kuasa mutlak dan kekal kepada satu-satu parti atau kelompok yang punya majority rule itu. Kuasa mereka bertempoh, iaitu maksimum lima tahun dan selepas itu rakyat sekali lagi diberi kuasa memilih. Jika ternyata kita telah tersilap, menggadaikan maruah dan kepentingan tanpa disedari atau tertipu, maka bermuhasabalah, dan bersedia mulai sekarang untuk memperbetulkan kesilapan yang menjejaskan nasib dan masa depan kita itu.
Bersatu dan berpadu mulai sekarang, agar angkara hari ini tidak kekal buat selama-lamanya. – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Ketelusan pentadbiran Umar R.A
Sumber HD - 18-7-2018DI antara sikap Saidina Umar al-Khattab yang menjadi perhatian adalah keteguhan beliau berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah.Beliau sangat tegas terhadap para pimpinan umat Islam ketika beliau bertugas sebagai Khalifah.Berikut merupakan petikan khutbah Umar R.A kepada rakyat jelata;يَأَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّي وَاللَّهِ مَا أُرْسِلُ إِلَيْكُمْ عُمَّالا لِيَضْرِبُوا أَبْشَارَكُمْ ، وَلا لِيَأْخُذُوا أَمْوَالَكُمْ ، وَلَكِنِّي أُرْسِلُهُمْ إِلَيْكُمْ لِيُعَلِّمُوكُمْ دِينَكُمْ وَسُنَّتَكُمْ ، فَمَنْ فُعِلَ بِهِ شَيْءٌ سِوَى ذَلِكَ فَلْيَرْفَعْهُ إِلَيَّ ، فَوَالَّذِي نَفْسُ عُمَرَ بِيَدِهِ لأُقِصَّنَّهُ مِنْهُ ، فَوَثَبَ عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ ، فَقَالَ : يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَرَأَيْتُكَ إِنْ كَانَ رَجُلٌ مِنْ أُمَرَاءِ الْمُسْلِمِينَ عَلَى رَعِيَّةٍ ، فَأَدَّبَ بَعْضَ رَعِيَّتِهِ إِنَّكَ لَتُقِصَّهُ مِنْهُ ؟ قَالَ : إِي وَالَّذِي نَفْسُ عُمَرَ بِيَدِهِ ، إِذًا لأُقِصَّنَّهُ مِنْهُ ، وَكَيْفَ لا أُقِصَّهُ مِنْهُ ، وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقِصُّ مِنْ نَفْسِهِ"Wahai sekalian manusia, ketahuilah sesungguhnya aku, -demi Allah- tidak mengutuskan pegawaiku kepada kalian agar mereka memukul tubuh badan kalian, tidak juga untuk mengambil harta benda kalian. Akan tetapi aku mengirim mereka kepada kalian agar diajarkan agama kalian dan sunnah Nabi S.A.W Maka barang siapa diperlakukan oleh pegawaiku dengan tindakan yang tidak aku perintahkan, maka hendaklah dia melaporkan aduan tersebut kepadaku”.Demi Allah yang menggenggam jiwaku, apabila perkara tersebut terjadi, aku akan melaksanakan qisas terhadapnya.Lalu Amru bin al-Aas membalas ucapan Umar R.A dengan berkata;“Wahai Amirul Mukminin, bagaimana pandanganmu jika ada seorang pemimpin muslim melakukan pelanggaran terhadap rakyat sedangkan dia juga pernah berjasa mendidik rakyatnya dengan baik, apakah engkau akan tetap mengqisasnya”?Jawab Umar R.A ;“Demi Zat yang menggenggam jiwa Umar R.A, apabila keadaan itu berlaku, aku benar-benar akan melaksanakan qisas. Bagaimana aku tidak melaksanakan qisas terhadapnya sedangkan aku telah melihat Rasulullah S.A.W sendiri mengqisas diri Baginda sendiri”?
(Rujuk Tarikh at-Tobari)Daripada petikan ucapan tersebut, dapat kita fahami bahawa;
- Pemimpin bertugas mendidik pengikut perihal agama dan sunnah Nabi S.A.W
- Pemimpin tidak sepatutnya menganiaya dan menekan orang bawahan.
- Pemimpin tidak boleh merampas harta rakyat sesuka hati mereka.
- Pemimpin yang seleweng layak diqisas. Jika tidak di dunia, kita akan mendakwa mereka di akhirat kelak.
- Pemimpin mesti adil. Tidak mengenakan pelbagai peraturan hanya kepada orang bawahan sedangkan dirinya terlepas dari peraturan tersebut.
Peribadi seperti inilah yang telah dimuliakan Allah dengan pembukaan Baitul Maqdis.Bahkan keadilan Umar R.A menjadikan beliau dihormati kawan dan lawan.Sungguh kita hari ini perlu meneliti sejarah kegemilangan Islam.SOFIA ALWANI17 Julai 2018 -HARAKAHDAILY 18/7/2018
Erti 'Hifzu ad-Din' dalam Maqasid Syariah
MEMELIHARA agama iaitu Islam telah sekian lama menjadi tajuk perbahasan para ulamak dalam bidang ilmu Maqasid Syariah. Prinsip ini menjadi perkara utama dan tertinggi dalam perkara Maslahat Dharuriyyat atau kepentingan dan kebaikan yang mesti dipelihara secara mendesak selain memelihara nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda.Namun pemahaman yang absah mengenai maksud Hifz al-Din iaitu memelihara kepentingan agama Islam sebagaimana tradisi para ulamak silam ini telah terganggu dan dikelirukan oleh satu ucapan yang disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato' Dr Mujahid Bin Yusof dalam Perhimpunan Bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Islam Putrajaya pada 12 Julai 2018.Dalam rakaman ucapan tersebut yang berdurasi 55 minit dan 9 saat, beliau telah mengeluarkan ungkapan berikut:“..dan kita sering kali salah tafsir bila kata Hifz al-Din (iaitu) menjaga agama, kita terjemah menjaga Islam sahaja.. tidak betul. Yang Allah kata.. yang..yang ijtihad yang menyatakan
menjaga agama itu (ialah) menjaga semua agama. Sebab apa? Islam itu Rahmatan Lil-‘Alamin (rahmat bagi sekalian alam), sebab Islam itu membuka ruang untuk kita berbeza agama dan pendapat, yang ada ialah ruang dakwah.. yang ada ialah menjaga supaya orang Islam berpegang dengan ajarannya. Tetapi yang lain untuk memilih agama dia sendiri, itu adalah hak yang Allah S.W.T jadikan manusia ini dalam berbagai rencam dan agama.”Ucapan ini telah mendapat penolakan dan reaksi tegas dari kalangan para ilmuwan dan ahli akademik dalam bidang pengajian Ilmu-ilmu Islam di negara ini. Ini kerana terdapat kekeliruan yang timbul berhubung memelihara agama Islam dan kebebasan beragama yang dijamin oleh Islam, terdapat perbezaan juga dalam hal mengiktiraf kebenaran agama lain atau menghormati pegangan dan kepercayaan penganut agama lain.Tulisan ini bertujuan untuk menjelaskan pengertian al-Din dari segi bahasa dan syarak, dalam al-Quran dan al-Sunnah, di sisi pandangan para ulamak yang muktabar dalam bidang Maqasid Syariah dan menolak pandangan terpencil yang cuba diarus perdanakan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut dalam agenda pentadbirannya.
Apa itu al-Din dari segi bahasa?Dalam Bahasa Melayu, perkataan Din berasal daripada Bahasa Arab bermakna agama.[Kamus Dewan Edisi Keempat, hal.352]Al-Din dalam Bahasa Arab, menurut Muhammad bin Mukarram yang dikenali sebagai Ibn Manzur (w.711H) dalam Lisan al-'Arab:والدین : الجزاء والمكافأة .. ويوم الدين : يوم الجزاء .. أي تجازى بفعلك وبحسب ما عملت."Al-Din (الدين ) bermakna: Pembalasan dan ganjaran. Yaum al-Din bermakna Hari Pembalasan. Maknanya: Engkau akan dibalas dengan perbuatanmu berdasarkan apa yang telah engkau lakukan."[Lisan al-'Arab, 13/169]Menurut Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad atau dikenali sebagai Al-Raghib al-Asfahani (w.325H):اعتبارا بالطاعة والانقیاد للشریعة"Al-Din bermakna ketaatan dan kepatuhan kepada (hukum-hakam) Syariat."[Mufradat Alfaz al-Quran, hal.323]Apa itu al-Din dari segi istilah syarak?Al-Din atau agama mempunyai pengertian tertentu dengan merujuk kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Setiap pengertian mengenai al-Din dari perspektif Syarak hendaklah bersumberkan rujukan Islam itu sendiri.Menurut 'Ali bin Muhammad al-Jurjani (w.816H):فإن الشریعة من حیث تكاع تسمى دينا"Sesungguhnya Syariat yang ditaati itu dipanggil al-Din."[Kitab al-Ta'rifat, hal.174]Menurut Ayyub bin Musa yang dikenali sebagai Abu al-Baqa’ al-Kufawi (w.1094H):الدین وضع إلھي ، سائق لذوي العقول السلیمة ، باختیارھم المحمود ، إلى الخیر بالذات، قلبیا قالبیا (أي مادیا أو معنویا)"Al-Din adalah ketetapan Ilahi yang membimbing orang-orang yang memiliki akal pemikiran yang sejahtera dengan kemahuan mereka secara terpuji menuju kepada kebaikan itu sendiri, sama ada tersurat atau tersirat."[al-Kulliyyat, hal.433]Menurut Dr. Sa'di Abu Habib:
والدین : الإسلام ، وفي القرآن المجید : (أَفَغَيْرَ دِينِ اللهِ يَبْغُونَ) یعني الإسلام.
"Al-Din ialah Islam, disebut dalam al-Quran: “Patutkah mereka mencari lain dari agama Allah?” [ali-'Imran: 83] yakni: agama Islam."[al-Qamus al-Fiqhi Lughatan dan Istilahan, hal.133]Ini menunjukkan al-Din adalah ketaatan, kepatuhan dan kehidupan yang berlandaskan Hukum-hakam Syariat; iaitu agama Islam, manakala segala gaya hidup berupa peribadatan atau kerohanian yang selain dari itu tiada kaitan dengan pengertian al-Din dalam pemahaman Islam.Al-Din mempunyai pengertian yang lebih luas lagi melihat kepada perbezaan mazhab, aliran pemikiran, tumpuan, pengkhususan ilmu. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai istilah atau takrif berkenaan al-Din yang boleh dirujuk.[Lihat: al-Madkhal Fi al-Ta'rif bil-Din, hal.50-58]
Al-Din dalam al-Quran dan al-SunnahPerkataan al-Din disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran merujuk kepada agama Allah iaitu Islam; agama yang benar. Di antaranya, Firman Allah S.W.T:لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).”[al-Baqarah: 256]إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”[ali-'Imran: 19]وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya."[ali-'Imran: 85]الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”[al-Maidah: 3]وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ“..dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;”[al-Nur: 2]وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”[al-Bayyinah: 5]وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.”[al-Nasr: 2]Terdapat banyak ayat-ayat yang membicarakan mengenai al-Din atau Din al-Haq iaitu Islam sebagai agama yang benar dan berhubung kait dengan Syariat-Nya. Di antaranya Surah Ghafir: 14, al-Zumar: 11, al-Taubah: 33, al-Syura: 13, 21, al-Ma`un: 1, al-Kafirun: 6, al-Nahl: 52, al-Zariyat: 6, Yusuf: 276 dan lain-lain.Manakala dalam al-Sunnah, terdapat Hadis yang panjang diriwayatkan oleh Amir al-Mukminin, 'Umar bin al-Khattab R.A yang dikenali sebagai ‘Hadis Jibril’ menerangkan mengenai Rukun-rukun Islam, Iman dan Ihsan serta tanda-tanda Kiamat. Perkara-perkara yang disebut itu adalah al-Din bagi orang-orang Islam. Ini kerana di hujung Hadis tersebut Rasulullah S.A.W bersabda:فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ ، أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ“Sesungguhnya itu adalah Jibril, dia telah datang mengajarkan kamu mengenai Din (agama) kamu.”[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Islam al-Iman wa al-Ihsan, no.12]Pandangan para ulamak muktabar berkenaan maksud memelihara agama (Hifz al-Din) dalam Maqasid SyariahApa yang dimaksudkan dengan ungkapan “Memelihara agama (Hifz al-Din)” dalam ilmu Maqasid Syariah adalah memelihara, menjaga, mengawasi, mempertahan dan memperkukuhkan agama Islam dan bukan selainnya. Di sini dinukilkan pandangan para ulamak yang muktabar berkenaannya seperti berikut:● Menurut Abu al-Ma'ali 'Abd al-Malik bin 'Abdullah al-Juwaini (w.478H) juga dikenali sebagai Imam al-Haramain:واجب الإمام نحو أصل الدین. فأما القول في أصل الدین فینقسم إلى: حفظ الدین بأقصى الوسع على المؤمنین، ودفع شبھات الزائغین، كما سنقرره إن شاء الله رب العالمین. وإلى دعاء الجاحدین والكافرین، إلى التزام الحق المبین."Kewajipan pemerintah terhadap asas agama. Apabila menyebut mengenai asas agama itu pula dibahagikan kepada: Pemeliharaan agama (Hifz al-Din) iaitu setinggi-tinggi tanggungjawab ke atas orang yang beriman. Menolak syubhat (menjawab keraguan) yang ditimbulkan oleh golongan yang sesat seperti yang kita akan laksanakan kepada dakwaan orang-orang yang ingkar dan kafir agar beriltizam dengan kebenaran yang jelas nyata (agama Islam) dengan kehendak Allah, Tuhan sekalian alam."[Ghiyath al-Umam Fi Tiyath al-Zulam, hal.184]Berdasarkan keterangan Imam al-Haramain al-Juwaini ini, memelihara agama adalah bagi menjaga kepentingan agama Islam. Tidak mungkin Hifz al-Din bermaksud menjaga agama lain apabila kita bertanggungjawab mendedahkan kesalahan dan kesesatan para penganut agama lain dalam dakwaan-dakwaan mereka.
● Menurut Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusi (w.505H) juga dikenali sebagai Hujjah al-Islam:والملك والدین توأمان، فالدین أصل، والسلطان حارس، وما لا أصل له فمھدوم، وما لا حارس لھ فضائع"Raja (Pemerintah) dan agama itu (al-Din) itu umpama sepasang kembar, manakala agama itu adalah asas, sedangkan Sultan (pemerintah) adalah penjaga(nya). Perkara yang tiada asas akan runtuh, manakala perkara yang tiada penjaga akan hilang."[Ihya’ 'Ulum al-Din, 1/33]Dalam Kitab Ihya’ 'Ulum al-Din di atas, al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa memelihara agama (Hifz al-Din) iaitu Hukum-hakam Islam adalah tanggungjawab utama seseorang pemerintah. Ini dapat dilihat dalam ulasannya berkenaan topik al-Maslahah (المصلحة) dalam kitabnya al-Mustasfa:ومقْصُودُ الشَّرْعِ مِنَ الخَلْقِ خَمْسَةٌ : وَهُوَ أَن يُحْفَظَ عليهِم دِينُهُم، ونفسُهُم، وعقْلُهُم، ونَسَلُهُم، ومَالُهُم، فَكُلُّ مَا يَتَضَمّنُ حِفْظُ هَذِهِ الأُصُولِ الخَمْسَةِ فَهُوَ مَصْلَحَةٌ"Matlamat Hukum Syarak (Maqasid Syariah) bagi makhluk (manusia) ada lima perkara iaitu supaya terpelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka. Segala perkara yang merangkumi pemeliharaan kelima-lima prinsip ini adalah maslahat (kebaikan)."[al-Mustasfa Min 'Ilm al-Usul, 1/417]Al-Imam al-Ghazali memberikan contoh dalam memelihara agama Islam, maka dalam Syariat Islam dikenakan hukuman kepada pelaku jenayah murtad dan bidaah:فھي أقوي المراتب في المصالح ، ومثاله قضاء الشرع بقتل الكافر المضل ، وعقوبة المبتدع الداعي إلي بدعته، فإن ھذا یفوت على الخلق دینھم"(Memelihara Agama) adalah martabat paling utama dalam menjaga al-Masalih (Kepentingan agama). Sebagai contohnya terdapat ketetapan syarak dengan menghukum bunuh bagi orang kafir (murtad) yang menyesatkan (orang lain) dan hukuman terhadap pelaku bidaah yang menyeru kepada perbuatan bidaahnya. Sesungguhnya perkara ini merosakkan bagi makhluk akan agama mereka (Islam)."[Ibid]
● Menurut 'Izzu al-Din 'Abd al-'Aziz bin 'Abd al-Salam (w.660H) yang dikenali sebagai Sultan al-'Ulamak:
وكذلك یدرأ استیلاء الكفار على قتل المسلمین ، وأخذ أموالھم ، وإرقاق حرمھم وأطفالھم ، وانتھا حرمة الدین ."Demikian (jihad disyariatkan) untuk menghalang penguasaan orang-orang kafir untuk membunuh orang-orang Islam, merampas harta-benda mereka, memperhambakan para wanita dan kanak-kanak mereka dan mencemar kehormatan agama (Islam)."[al-Qawa'id al-Kubra - Qawa'id al-Ahkam Fi Islah al-Anam, 1/76]Imam al-'Izzu al-Din dalam menyebut pensyariatan jihad peperangan adalah bertujuan menjaga dan memelihara kemuliaan agama. Ini merupakan salah satu Maqasid difardukan peperangan apabila musuh telah menceroboh sempadan tanah air Islam.Tiada perbezaan pendapat para ulamak pada menyatakan bahawa keperluan manusia kepada agama (Islam) adalah termasuk perkara Dharuriyat mengatasi keperluannya ke atas segala perkara. Ini kerana ianya mendatangkan manfaat bagi penganutnya di dunia dan akhirat.[Maqasid al-Shari'ah 'inda 'Izzu ibn 'Abd al-Salam, hal.466]● Menurut Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Syatibi (w.790H):فأصول العبادات راجعة إلى حفظ الدین من جانب الوجود ، كالإیمان ، والنطق بالشھادتین ، والصلاة ، والزكاة ، والصیام ، والحج ، وما أشبه ذلك .
"Prinsip-prinsip ibadat merujuk kepada pemeliharaan agama dari sudut memastikan kelangsungan (survival) kewujudannya, seperti keimanan, mengucapkan dua kalimah Syahadah, (melaksanakan kewajipan) solat, zakat, puasa, haji dan seumpamanya."[al-Muwafaqat Fi Usul al-Shari'ah, 2/265-266]Bagi menjelaskan mengenai Hifz al-Din dari sudut menolak kerosakan dalam agama (Islam), maka Imam Abu Ishaq al-Syatibi menegaskan bahawa kepura-puraan dalam beragama adalah dilarang sama sekali. Antaranya beliau menghuraikan ancaman dan kecaman Allah S.W.T terhadap golongan Munafik dalam Surah al-Baqarah, ayat 8 – 14. Kemudian, beliau mengulas sifat riak yang disebut oleh Allah S.W.T dalam beberapa ayat al-Quran seperti perbuatan infak:كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ“..seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.”[al-Baqarah: 264]وَالَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ“Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat.”[al-Nisa: 38]وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا“Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”[al-Nisa: 142]
Dalam ayat-ayat ini, Allah S.W.T mencela dan menjanjikan azab seksanya bagi golongan yang riak dalam ibadatnya, ini kerana perbuatan tersebut adalah menzahirkan ketaatan bagi matlamat duniawi.[al-Muwafaqat Fi Usul al-Shari'ah, 2/529]
Imam Abu Ishaq al-Syatibi menghuraikan maksud Hifz al-Din adalah berkaitan menjaga kepentingan agama Islam dan amalan ibadat para penganutnya agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat. Tidak terdapat sebarang ungkapannya yang merujuk Hifz al-Din sebagai memelihara dan menjaga agama-agama lain.
● Menurut Muhammad bin al-Tahir bin 'Asyur (w.1393H) atau dikenali sebagai Ibn 'Asyur:فحفظ الدین معناه حفظ دین كل أحد من المسلمین أن یدخل علیه ما یفسد اعتقاده وعمله اللاحق بالدین، وحفظ الدین بالنسبة لعموم الأمة، أي دفع كل ما شأنه أن ینقض أصول الدین القطعیة . ویدخل في ذلك حمایة البیضة والذب عن الحوزة الإسلامیة بإبقاء وسائل تلقي الدین من الأمة حاضرھا وآتیھا.
"Maka makna memelihara agama itu ialah menjaga agama setiap orang Islam daripada dimasuki perkara yang merosakkan iktikad dan amalannya yang bersangkutan dengan agama (Islam). Memelihara agama jika dinisbahkan kepada seluruh umat ialah menolak segala apa yang dapat membatalkan prinsip-prinsip agama yang konkrit (tetap). Termasuk dalam hal ini. Melindungi pemerintah dan mempertahankan Negara Islam dengan mengekalkan wasilah penerimaan agama (Islam) dari umat manusia yang hidup pada masa kini dan akan datang."[Maqasid al-Shari'ah al-Islamiyyah, hal.89]
Ibn 'Asyur juga mengatakan bahawa tujuan pemeliharaan agama (Hifz al-Din) adalah menjaga akidah umat Islam, mengawasi amalan-amalan yang menyeleweng dari ajaran Islam, menyanggah sebarang usaha untuk mengubah kefahaman agama Islam yang fundamental sejak sekian lama terutamanya berhubung perkara-perkara halal dan haram. Termasuk juga dalam pemeliharaan agama ialah mengekalkan kuasa politik umat Islam agar pengembangan dan penyebaran agama Islam terjamin.
Selain daripada pandangan lima tokoh-tokoh yang muktabar dalam bidang ilmu Maqasid Syariah ini, para pembaca juga boleh merujuk perbahasan para ulamak lain termasuk yang masih hidup seperti Dr Ahmad al-Raisuni mengenai prinsip Hifz al-Din yang mana kesemuanya merujuk kepada mempertahan dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam dari sudut survival dan menghalang kerosakan dan kemudaratan terhadap agama Islam sekiranya Hukum-hakam Syariat-Nya tidak ditegakkan dan dilaksanakan.
PenutupMenjaga agama Islam dan menghormati agama lain adalah dua skop yang berbeza. Prinsip menjaga agama Islam merupakan salah satu tujuan penting dari Pensyariatan Perundangan Islam. Menjaga agama Islam meliputi menjaga agama yang suci ini daripada dipermainkan, dihina, disalah tafsirkan. Ini termasuk menjaga orang Islam dari melakukan perkara bidaah, khurafat, syirik, kufur dan sebagainya.Inilah kerja dan tanggungjawab orang Islam dan juga pemerintah Islam yang boleh dilaksanakan menerusi dakwah dan kawalan undang-undang. Tuntutan ini termasuklah menyampaikan dakwah Islam secara hikmah kepada semua manusia tanpa memaksa mereka memeluk agama Islam. Inilah kebebasan agama yang dijamin dalam Pemerintahan Islam.
Sumber HD - 17-7-2018Menghormati penganut agama lain merupakan salah satu tuntutan dalam ajaran Islam. Sememangnya Islam menggunakan prinsip “tiada paksaan dalam agama” dan tidak boleh menzalimi penganut agama lain. Islam memberikan kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agama kepercayaan mereka, tetapi tanggungjawab dakwah untuk menyampaikan Islam kepada mereka tidak boleh dipinggirkan. Tugas ini penting kerana itu adalah tugas Rasulullah S.A.W dan perlu diteruskan oleh semua orang Islam.Dengan ini, dukacitanya apa yang disebut oleh YB Menteri Agama, Dato' Dr Mujahid Bin Yusof bahawa menjaga agama selain Islam termasuk dalam Hifz al-Din merupakan pandangan yang tersasar. Ia termasuk dalam prinsip al-Hurriyyah atau kebebasan beragama yang dijamin oleh Islam bukan termasuk dalam skop menjaga agama seperti yang diperbahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Sepatutnya beliau mengutamakan pendapat yang muktabar dan tidak mengetengahkan pandangan yang ganjil lagi terpencil sehingga menimbulkan kekeliruan awam.
RujukanAl-Quran al-KarimHajah Noresah Baharum (ed.), Kamus Dewan Edisi Keempat, cet.7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.Al-Ghazali al-Tusi, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Ihya’ 'Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 1437H.Al-Ghazali al-Tusi, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Al-Mustasfa Min 'Ilm al-Usul, Beirut: Muassasah al-Risalah, cet.1, 1436H.Ibn 'Asyur, Muhammad bin al-Tahir, Maqasid al-Shari'ah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Salam, cet.6, 1435H.Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad bin Mukarram, Lisan al-'Arab, Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-'Arabiy, 1418H.Al-Jurjani al-Husaini, 'Ali bin Muhammad, Kitab al-Ta'rifat, cet.2, Beirut: Dar al-Nafais, 2007.Al-Juwaini, Abu al-Ma'ali 'Abd al-Malik bin 'Abdullah al-Juwaini, Ghiyath al-Umam Fi Tiyath al-Zulam, Maktabah Imam al-Haramain, 1401H.Al-Kufawi, Abu al-Baqa’ Ayyub bin Musa, Al-Kulliyyat, Beirut: Muassasah al-Risalah, 1998.Al-Raghib al-Asfahani, Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad, Mufradat Alfaz al-Quran, cet.5, Damsyik: Dar al-Qalam, 1433H.Sa'di Abu Habib, Al-Qamus al-Fiqhi Lughatan dan Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, cet.1, 1402H.Samarah, Dr Ihsan 'Abd al-Mun'im, Al-Madkhal Fi al-Ta'rif bil-Din, Irbid-Jordan: Al-'Alam al-Kutub al-Hadis, 2015.Al-Syatibi al-Maliki, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa, Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Shari'ah, Kaherah: Dar al-Hadis, cet.1, 1427H.'Izzu al-Din 'Abd al-'Aziz bin 'Abd al-Salam, Al-Qawa'id al-Kubra - Qawa'id al-Ahkam Fi Islah al-Anam, cet.4, Damsyik: Dar al-Qalam, 1431H
IMRAN SELAMAT
Ketua Lajnah Kajian dan Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 17/7/2018
Menggauli munafik dan tali barut musuh
KEJAHILAN berkenaan isi kandungan Al-Quran menyebabkan sebahagian manusia menyalah gunakan terma "taktik politik" atau "diplomasi" sebagai alasan untuk merapati golongan jahat dan munafiq.
Allah S.W.T berfirman;
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتابِ أَنْ إِذا سَمِعْتُمْ آياتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِها وَيُسْتَهْزَأُ بِها فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِثْلُهُمْ“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kalian di dalam Al-Quran bahawa apabila kalian mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kalian duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kalian berbuat demikian) tentulah kalian serupa dengan mereka”. (An-Nisa: 140)
Dinyatakan oleh Ibnu Katsir di dalam tafsirnya;“Sesungguhnya jika kalian melakukan hal yang terlarang sesudah larangan sampai kepada kalian, dan kalian rela duduk bersama-sama mereka di tempat yang padanya diingkari ayat-ayat Allah, diperolok-olokkan serta dikecam dengan pedas, lalu kalian menyetujui hal tersebut, bererti sesungguhnya kalian bersekutu dan bersekongkol dengan mereka dalam hal itu”
'Kerana itulah dinyatakan oleh firman-Nya:{إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ}“tentulah kalian serupa dengan mereka”. (An-Nisa: 140)
Allah melarang kita merapati golongan munafiq dan bergaul rapat bersama mereka. Akan tetapi golongan yang lemah iman tidak berani menolak pelawaan munafiq kerana bimbang dituduh pelbagai tohmahan.
Jelas sekali, kenaifan dan jati diri yang lemah merupakan punca umat Islam sentiasa bersifat apologetik terhadap seteru mereka.
Sesungguhnya tidak akan hina mereka yang berwalikan Allah, tidak akan mulia mereka yang berwalikan musuh Allah.
Sumber HD - 17-7-2018SOFIA ALWANI
16 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 17/7/2018
'Walkout' di Parlimen
APA isunya?Isunya ialah kerajaan tidak patuh atau melanggar atau mengabaikan peraturan Dewan yang menyatakan pencalonan Speaker hendaklah dilakukan 14 hari sebelum Parlimen bersidang, dengan menamakan Dato Ariff yang baru disahkan pencalonannya semalam sebagai calon Speaker.
Jadi adakah kita membantah pemilihan Speaker?Kita tidak bantah pelantikan Dato Ariff, cuma yang kita bantah ialah tindakan kerajaan yang tidak ikut peraturan Dewan.
Mereka kata ada bukti bersurat kerajaan dah hantar pencalonan 2hb Julai, bagaimana?
Jadi jika benar demikian, mengapa permintaan MP Kota Bharu untuk Point of Order, meminta penjelasan Setiausaha Dewan (yang menjalankan kerja pentadbiran Dewan) tidak dilayan dan penjelasan tidak diberi sedangkan jika benar kerajaan ikut peraturan Dewan, mudah sahaja untuk membuktikannya. Betul? Surat tersebut hanya disebarkan selepas kejadian walkout. Adakah surat itu baru taip tadi dan diletakkan tarikh backdated?
Jadi apa tujuan walkout ini?Sebagai satu penzahiran bantahan oleh PAS (dan mungkin BN) betapa sikap kerajaan yang melanggar peraturan Dewan (dan gagal membuktikan sebaliknya) adalah tidak boleh ditoleransikan sama sekali. Baru hari pertama dah menipu?PAS kata mereka membantah ada asas. Apa asasnya?
Asasnya ialah laporan-laporan media utama negara berkenaan kecelaruan berhubung siapakah calon sebenar Speaker Dewan Rakyat bermula 7 Julai hinggalah semalam.PAS percayakan laporan media? Viable ke?
Habis itu, kita nak berpandukan apa lagi? Bukannya kita ambil dari blog picisan. Plus, sepanjang laporan-laporan itu keluar, tiada satu pun kenyataan mana-mana pihak menafikan laporan-laporan tersebut. Maka kita yakin, laporan media itu betul.
Bila dah walkout, lepas itu masuk balik angkat sumpah depan Speaker yang dibantah itu, flip-flop ke?
Ini bukan flip-flop. kita walkout membantah pelanggaran peraturan Dewan oleh kerajaan, namun jika kerajaan terus juga melantik Speaker, apa kita boleh buat? Kita juga punya kerja selaku MP untuk dilaksanakan. Maka mahu tidak mahu, kena juga angkat sumpah selaku Ahli Dewan Rakyat.
Perlu dijelaskan di sini, PAS tidak menentang pencalonan dan pelantikan Dato Ariff. PAS cuma membantah pelanggaran peraturan Dewan oleh kerajaan.
Dulu PAS kata keluar Dewan itu tak beradab, sekarang PAS pula tiru?Perlu faham, situasi keluar Dewan yang PAS kata tidak beradab itu dengan peristiwa pagi tadi adalah berlainan. Dulu mereka keluar Dewan semasa Perdana Menteri (PM) membentangkan Bajet, atau belum habis bentang mereka dah keluar. PM tidak langgar peraturan Dewan masa itu, tapi mereka keluar Dewan for the sake of memalukan PM dan for the sake of bantah.
Itu sahaja. Dan itu adalah biadab. Tetapi kali ini, kita protes perlanggaran peraturan Dewan yang jelas oleh kerajaan dan kerajaan gagal membuktikan sebaliknya, bahkan tidak melayan permintaan untuk mendapatkan penjelasan. Maka dalam situasi ini, bukan pembangkang yang biadab, tetapi kerajaan itulah yang biadab.
Sumber HD - 16-7-2018Kesimpulannya?Kesimpulannya mudah - pembangkang buat hal sebab kerajaan buat bangang.(Diolah dari siaran Facebook Fais Al-Hajari) - HARAKAHDAILY 16/7/2018
Diskriminasi Atau Keliru?
LGBT adalah satu kumpulan yang sebenarnya telah lama wujud yang diketahui semenjak zaman Nabi Luth lagi. Ianya ribuan tahun dahulu, bukan dua tiga dekad ini. Mungkin berbeza dari fizikal, tetapi ianya seperti yang sedia kita maklum, berpunca daripada hati dan perasaan yang cenderung untuk menjadi jantina yang berlawanan dengan yang mereka miliki. Ada juga yang rasa puas nafsunya bila mendapat kedua-duanya. Ada yang suka memuaskannya dengan jantina yang sama dan kemuncaknya ada yang merasa seksa batin mereka terlepas apabila menukar terus jantina mereka menjadi apa yang mereka mahukan.
Yang menukar keseluruhan sistem ciptaan Allah itu, tidaklah ramai, tetapi ia berkembang. Apatah lagi dengan bantuan teknologi moden, mereka boleh bertukar kepada jasad yang lebih menarik lagi daripada jasad mereka yang asli. Tetapi paling membimbangkan ialah golongan yang tidak bertukar fizikal, kekal dalam bentuk asal mereka, tetapi semuanya mereka sapu, belakang depan, tiada halangan, hanyalah peluang. Tiada terdetik oleh kita keraguan atas tindak tanduk mereka. Solat, puasa, zakat dan mungkin umrah dan haji menjadi rutin mereka. Tidaklah berkubu di tempat mereka sahaja, tetapi mereka melata di mana-mana sahaja hatta ada laporan di madrasah pengajian Islam juga.
Dalam memahamkan masyarakat berkenaan hak mereka yang perlu kita hormati, kita mesti jelas kepada isu pokok. Isu pokok, ialah jika mereka khunsa, atau sememangnya asli berperwatakan begitu, tetapi mereka masih menjalani kehidupan normal yang lain, maka benar, mereka wajib dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat. Ini bukan direka oleh manusia atau sekadar kebiasaan kita menghormati mereka sebagai manusia tetapi lebih tegas dari itu, Islam mengajarkan kita hukum berkenaan khunsa. Ada fekah kedudukan khusus kepada mereka. Tiada di dalam kitab-kitab agama lain yang secara khusus membicarakan hak golongan khunsa ini. Begitulah indahnya Islam mengajar hak asasi manusia.
Akan tetapi kita sekarang bukan berdiskusi mengenai khunsa yang ditakdirkan Allah secara semulajadi. Kita membincangkan hal golongan khusna jadi-jadian. Semua agama, bukan sahaja Islam, menolak secara total golongan luar tabe’i ini. Tiada diterima oleh sesiapa sahaja yang waras. Mereka menjadikan alasan hak asasi manusia sebagai perisai diri, pada masa yang sama hak asasi pihak lain, dikesampingkan mereka.
Benar, dosa itu ketika di tempat tertutup, tidak dibenarkan orang lain mengintai-ngintai sebagaimana yang dipesan Allah di dalam surah al-Hujuraat. Begitu juga tauladan yang ditinggalkan oleh Saidina Umar. Beliau diprotes oleh rakyat beliau kerana beliau memanjat rumah rakyatnya bagi mengintai perbuatan dosa rakyat itu. Ia sebagai suatu perlanggaran hak kepada rakyatnya. Tiada hukuman dikenakan kepada rakyat itu kerana perlanggaran haknya oleh Umar, walaupun terbukti rakyatnya melakukan kesalahan. Inilah contoh kehebatan Islam.
Tidak boleh menyamakan kedudukan LGBT dengan cerita Saidina Umar dan ayat al-Quran tadi sedang dalam masa yang sama, LGBT melaung-laungkan perbuatan mereka. Membina rangkaian peminat-peminta mereka, merekrut ahli-ahli baharu, menceritakan pengalaman, berniaga barang-barang mereka, menyediakan tapak-tapak markas mereka, mengisytiharkan akan berkahwin sesama mereka, menunjuk-nunjuk bahagian sulit, maka contoh manakah yang boleh kita samakan dengan riwayat Saidina Umar itu tadi? Dalam Islam, selain saksi dan bukti, pengakuan si pelaku juga antara asbab hukuman dijatuhkan. Adakah kita cuba mendiskriminasikan golongan ini atau kita yang terkeliru dengan apa yang sepatutnya kita lakukan dengan tindakan mereka ini?
Keutamaan kita sekarang ialah membenteras kegiatan ini yang semakin menular dan ia sudah didedahkan kepada masyarakat dengan berani dan tersusun. Semua lapisan masyarakat menyedari kegiatan ini. Ia bakal membawa bencana kepada semua. Paling ditakuti ialah bala dari Allah. Tidak sepatutnya dipesongkan isu ini kepada isu pengamal LGBT menjadi kafir. Ia adalah isu penularan dosa yang besar yang bakal berjangkit dan memusnahkan kehidupan. Jika begitu tanggapan sesetengah orang, biarlah pengedar dadah dengan dunia mereka kerana mereka memproses dadah di dalam makmal tertutup, tidak harus kita mengintai-ngintai kegiatan mereka. Menjual dadah tidak mengkafirkan seseorang. Begitukah cara kita menyelesaikan kekeliruan?
Bilakah lagi kita mahu membanteras kegiatan ini?Adakah ketika LGBT mengetuk pintu rumah-rumah kita baharulah kita tengadah? Kata ahli perang, pertahanan yang paling baik ialah dengan menyerang musuh. Ayuh kita ‘serang’ LGBT dengan hikmah. Jangan dibiarkan mereka berleluasa mengambil wilayah kita atas apa nama sekalipun. Kitalah yang sepatutnya menguasai wilayah mereka.
Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
15 Julai 2018
Sumber BU- 15-7-2018
Jangan serah Dr Zakir Naik kepada India
MEMANG Dr Zakir Naik tidak perlu diserahkan kepada kerajaan India kerana dia tidak melakukan jenayah. Dia sekadar menyebarkan agama Islam secara ilmiah melalui ceramah, dialog dan siaran media yang diasaskan olehnya.
Kerajaan Malaysia tidak perlu membuat ekstradisi beliau ke India kerana beliau menjadi mangsa politik perkauman dan keagamaan di India. Wujud sentiman perselisihan antara penganut Hindu dan Islam di India. Kes beliau di India berbentuk halangan ke atas beliau untuk mengamalkan kewajipan dan hak beragama iaitu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Jika dia dihukum, hukuman itu adalah berasaskan amalan agama beliau. Ini adalah antara sebab kerajaan Malaysia perlu mengenepikan ekstradisi.
Selain itu, pengaruh besar beliau memberi kesan kepada sokongan politik parti-parti tertentu. Hujah-hujah beliau dalam ceramah dan forum mampu mengurangkan sokongan politik kepada parti-parti radikal Hindu di India. Jadi penangkapan dan hukuman ke atas beliau diharapkan dapat mengukuhkan parti-parti politik tertentu. Dari aspek ini beliau boleh juga dikategorikan sebagai pemohon suaka politik yang tidak boleh diekstradisi.
Lagipun, Dr Zakir Naik hanya sekadar melaksanakan hak asasi beliau untuk menyampaikan ilmu. Beliau langsung tiada kaitan dengan aktiviti keganasan. Penangkapan dan hukuman yang mahu dikenakan ke atas beliau semata-mata kerana melaksanakan hak asasi ini tentunya bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bersuara. Jadi Malaysia tidak perlu serahkan beliau kepada India.
Sumber HD - 7-7-2018DR FATHI YUSOF
Gombak
7 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 7/7/2018
Tommy: Isu bahasa, bukan kepakarannya
Sumber HD - 7-7-2018KUALA LUMPUR: Pertikaian umum terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas adalah berkaitan penggunaan Bahasa Kebangsaan, bukan kepakaran atau perkhidmatannya.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tempelakan peguam PKR, Latifah Koya bahawa Terengganu pernah menggunakan khidmat Tommy langsung tidak bersangkutan."Isu sekarang bukan soal perkhidmatan. Beliau adalah Peguam Negara. Jawatannya itu sepatutnya dilihat mempunyai aspirasi mendokong sistem kehakiman."Sistem Kehakiman negara ini menggunakan Bahasa Kebangsaan yang menjadi dasar kerajaan. Malah, dalam satu penghakiman di Mahkamah Rayuan, Hakim memutuskan prosiding terikat dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan."Dalam soal Terengganu melantik Tommy, itu adalah berkaitan kepakaran khusus beliau dalam isu petroleum. Tetapi Kerajaan Terengganu tidak sampai melantik beliau menjadi Penasihat Undang-undang Negeri."Sebaliknya, Tun Salleh Abbas banyak menjadi jurucakap negeri dalam mengulas kes tersebut ketika itu," jelas Amzad mencerahkan kekeliruan Latifah. -HARAKAHDAILY 7/7/2018
M'sia Baru: Masa depan dan harapan kepada pembangkang
MUKADIMAHPAS tidak ada pilihan lain. Ia mesti berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan lebih berkesan dalam 'Malaysia Baru'.
Walaupun berperanan sebagai pembangkang pasca PRU14, adalah sangat kurang 'trending' di dalam media-media sosial, tidak lagi seperti sebelum ini. Namun ia adalah sangat penting dalam struktur sistem demokrasi.
Kita dapati ruang 'check and balance' kepada Kerajaan 'Malaysia Baru' tidak sepopular pada zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Bahkan pada sesetengah pihak, ia tidak lagi perlu. Kerana Kerajaan baru ini adalah manifestasi yang tepat kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Tidak perlu lagi kritikan atau bangkangan. Hanya perlukan sokongan, kesabaran dan pemahaman daripada rakyat.
Di antara menyokong atau membangkang secara langsung begitu, ramai yang cenderung untuk menjadi pihak ketiga yang masih di peringkat 'tunggu dan lihat' serta 'memberi masa dan peluang' kepada Kerajaan baru di peringkat Persekutuan.
Pembangkang di Malaysia BaruMajoriti pihak yang lantang mengkritik Kerajaan sebelum 9 Mei baru-baru ini telah pun bersekutu membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Mereka terdiri daripada anggota parti politik dalam komponen PH, tokoh-tokoh NGO yang mendukung PH, tokoh-tokoh dan nama-nama besar dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, bisnes, perundangan, pendidikan, agama dan aktivis masyarakat.
Pada ketika ini, mereka telah pun menjadi sebahagian daripada ahli Kabinet, ahli Parlimen penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, kepimpinan baru dalam syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), anggota jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan dan paling kurang pun telah menjadi jentera siber pendukung tegar Kerajaan baru.
Umno pula pada ketika ini masih dalam period cuba belajar untuk menjadi pembangkang. Antaranya, dengan menuntut supaya layanan yang adil diberikan kepada mereka oleh pihak Kerajaan. Sesuatu yang tidak diberikan kepada 'pembangkang' pada saat Umno berada di puncak kuasa.
Sebetulnya Umno sedang tidak ketahuan arah tujunya. Rakyat masih marah kepada mereka. Masih marah kepada legasi DS Najib dan 1MDB. Masih ingat zaman dibelenggu GST. Masih ragu dengan kepimpinan baru mereka. Umno juga sedang kehilangan ramai pemimpinnya, wakil-wakil rakyatnya dan ahli-ahlinya. Malaysia Baru ketandusan 'pembangkang' dalam erti kata yang sebenarnya. Yang tinggal hanyalah PAS.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH)Kerajaan PH bukanlah kerajaan BN yang dahulu. Ia bermula daripada halaman kosong yang putih bersih. Ia tidak ada 'beban silam', tidak seperti BN. Ia hanya ada sederet janji 100 harinya. Menyelamatkan negara daripada kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa, kesilapan pengurusan ekonomi, institusi-institusi demokrasi yang gagal berfungsi dan kerakusan DS Najib.
Ia bermula dengan baik. Menjanjikan Kerajaan yang adil untuk semua, tidak membalas dendam, mengalu-alukan pelaburan dan komuniti perniagaan, menghormati hubungan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, menyalurkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak, memberikan juga sebahagian peruntukan Kerajaan Pusat kepada wakil-wakil rakyat bukan PH, memberikan kebebasan media yang tidak diberikan oleh BN dan lain-lain.
Pada peringkat ini, semua pihak teruja dan menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Tun Mahathir untuk memacu Malaysia Baru ke tahap yang lebih tinggi.
Perdebatan era baruNamun perdebatan tentang langkah, dasar dan Manifesto Kerajaan PH mula timbul di kalangan netizen, ahli politik, ahli agama, ahli perundangan, komuniti perniagaan dan kedai-kedai kopi tidak lama selepas itu. Untuk lebih tepat, kira-kira sebulan selepas PH membentuk Kerajaan.
Perdebatan bersifat sama ada menyokong atau tidak menyokong beberapa isu-isu tertentu. Perdebatan agak hangat, tetapi sangat berbeza jika dibandingkan sebelum PRU ke-14. Di mana penyokong Kerajaan PH yang dahulunya pembangkang tegar telah bertukar menjadi pendukung tegar Kerajaan. Tiada lagi perbincangan rasional, yang penting mesti menjadi pendukung Kerajaan.
Pihak yang mengkritik Kerajaan akan dituduh sebagai saki-baki machai Umno yang perlu dihapuskan. PAS pula menjadi 'punching beg' baru untuk mereka. Semuanya salah PAS. Kata-kata kesat, menghina dan mengecam digunakan sebagai hujah untuk menjawab pelbagai kritikan terhadap Kerajaan PH.
Penggunaan berita fitnah atau berita yang sengaja di'spin' bagi memburukkan pembangkang era Malaysia Baru telah membangun dengan begitu pesat sekali. Tajuk-tajuk utama portal berita juga turut di'spin' agar menjadi lebih sensasi dan lebih berperisa untuk menjatuhkan kredibiliti pembangkang.
Isu-isu utama yang diperdebatkanKerajaan PH bermula dengan pelantikan PM dan diikuti dengan pelantikan 4 Menteri kanan beberapa ketika setelah itu. Beberapa dasar baru Kerajaan telah dibuat dan beberapa dasar lama telah dihapuskan.
Beberapa isu yang mendapat reaksi berbeza rakyat Malaysia adalah seperti berikut:● Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Pada awalnya, perdebatan mengenai pelantikan bukan Melayu Islam sebagai Menteri Kewangan turut didebatkan. Perdebatan itu hampir ditamatkan dengan gesaan mengutamakan prestasi dan bukannya keturunan dan agama. Namun akhir-akhir ini, perdebatan adalah mengenai prestasi Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang sangat tidak menyerlah, bahkan menjadi punca kepada kehilangan pelaburan di Bursa Malaysia dengan nilai kerugian berbillion-billion Ringgit.● Propaganda Hutang Negara 1 trillion Ringgit dan Tabung Harapan. Dibahaskan oleh komuniti ekonomi, komuniti bisnes dan ahli akademik tanpa kepentingan politik.● Kegagalan menunaikan sebahagian daripada janji-janji utama 100 hari PH dalam mengurang beban sara hidup rakyat seperti penghapusan tol, penurunan harga petrol dan pengecualian bayaran pinjaman PTPTN.● Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Perdebatan seputar Peguam Negara bukan Islam, tidak mampu Berbahasa Melayu dengan baik dan kurang berkemahiran dalam pendakwaan jenayah.● Menolak gesaan SPB Yang DiPertuan Agong agar melantik Peguam Negara daripada kalangan orang Islam. Bahkan, DS Anwar Ibrahim sendiri telah diterima menghadap dan memberikan jaminan kepada SPB Yang DiPertuan Agong bahawa Tommy Thomas adalah calon terbaik untuk menjadi Peguam Negara, tanpa perlu bimbang terhadap penghakisan hak orang Melayu dan agama Islam.● Pemberian lesen judi sukan yang pertama di Malaysia kepada Ascort Sports yang dimiliki oleh TS Vincent Tan. Perdebatan tentang judi halal dan kemunculan kembali kroni lama.● TS Vincent Tan membeli saham T7 Global yang mendapat kontrak ECRL, kemudian menjualnya kembali dengan untung lumayan. Perdebatan tentang pendedahan maklumat ECRL yang dibatalkan, namun tidak jadi dibatalkan tidak lama setelah itu dan akan diteruskan. Semalam projek diumumkan akan digantung pula serta merta oleh Kementerian Kewangan.● Pendakwaan DS Najib yang penuh 'hanky panky' 'tidak kemas'. Perdebatan tentang kertas pertuduhan, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan, perkaitan dengan bukti-bukti yang dirampas dan lain-lain. Termasuk Peguam Negara yang tidak boleh Berbahasa Melayu.● Dasar pentadbiran agama Islam dalam menangani cabaran kefahaman Islam Liberal, Syiah, Kristianisasi dan lain-lain. Di mana beberapa kumpulan yang difatwakan sebagai sesat menuntut hak untuk mengamalkan dan menyebarkan ajaran mereka secara terbuka. Lebih malang lagi, ada yang sengaja membuat tarian seksi berlatar-belakangkan masjid hanya didenda RM 25 dan masih ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai trend Malaysia Baru.● Prestasi Menteri-menteri yang baru dilantik. Ada yang membuat kenyataan rasmi di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil. Ada yang mengatakan harga barang telah turun hingga 30 peratus pasca GST. Ada yang membuat ketetapan hari ini dan menjadikannya sebagai cadangan sahaja pada besoknya. Ada jabatan dan projek pada zaman pentadbiran DS Najib yang hanya ditukarkan namanya. Ada yang meminta penjawat awam yang tidak boleh menerima dasar Kerajaan agar berhenti kerja dan pelbagai ragam lagi.● Isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dalam urusan berkaitan Kerajaan. Pendukung PH jelas sekali tidak merasakan ini sebagai satu isu. "Isu bahasa tak sepenting kandungannya", kata mereka.
PAS mesti lebih bersedia untuk mengetuai suara pembangkang di dalam politik negaraOleh itu, PAS perlu memposisikan dirinya agar menjadi medium utama membawa suara rakyat yang terpinggir. Apatah lagi yang terpinggir ialah golongan majoriti.Ketidakpuasan hati kepada dasar-dasar Kerajaan PH akan mendorong lebih ramai tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin parti politik yang tersisih untuk mendekati PAS. Untuk itu PAS mestilah mempunyai suatu mekanisme yang lebih teratur dalam menerima kemasukan besar-besaran golongan ini.
Terutamanya daripada golongan yang masih di peringkat 'tunggu dan lihat' serta 'memberi masa dan peluang' kepada Kerajaan Baru.
Beberapa langkah segeraDasar 'engagement' perlu terus diperkasakan. Mesti ada peranan dan tugas yang khusus untuk tokoh-tokoh baru yang diterima masuk. Tidak wajar untuk hanya memastikan mereka menyertai PAS, tanpa apa-apa peranan yang signifikan dalam membantu mengukuhkan kehadiran parti di dalam masyarakat. Jika begitu, mereka tidak akan bertahan lama. Atau keberadaan mereka di dalam parti telah tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Mesti ada usaha untuk memahamkan mereka tentang visi dan misi perjuangan PAS secara serius. Dalam masa yang sama, berilah peluang untuk mereka mengenali budaya dan jentera PAS secara memberikan pengalaman praktikal, iaitu dengan sama-sama turun membuat kerja kemasyarakatan bersama jentera PAS di peringkat akar umbi.
Memujuk ahli PAS di peringkat akar umbi untuk bekerjasama dengan mereka juga memerlukan usaha yang tidak sedikit. Pengalaman bertembung dengan golongan yang hanya mementingkan keuntungan politik semata-mata, menjadikan ahli PAS di peringkat akar umbi lebih bersifat defensif dalam menerima kemasukan mengejut tokoh-tokoh baru ke dalam parti. Ini juga perlu ditangani.
Mungkin satu jawatankuasa khas boleh diwujudkan untuk menangani fenomena baru ini. Fenomena ini adalah baik kepada PAS tetapi perlulah ditangani dengan bijaksana.
Mungkin jawatankuasa khas di bawah salah seorang Naib Presiden atau terus di bawah Timbalan Presiden. Lajnah Politik akan mendapati jawatankuasa ini sangat membantu meningkatkan pengaruh parti dalam masyarakat yang lebih besar. Terutamanya segmen masyarakat yang agak berjauhan dengan PAS.
PenutupPAS memang sangat berpengalaman sebagai pembangkang dan juga sebagai Kerajaan Negeri. Ini adalah satu fakta.
Namun, kredibiliti PAS sengaja dipertikaikan oleh musuh-musuh politiknya agar PAS dan kepimpinannya hanya dilihat sebagai parti agama yang ekstrem, memakai jubah dan serban tetapi tidak pandai berpolitik dan mentadbir Negara Malaysia yang berbilang kaum dan berdaya maju.
Oleh itu PAS perlu terus berusaha keras untuk mengukuhkan kehadiran jenamanya di dalam politik negara. Tumbangnya BN, memberikan peluang yang sangat signifikan kepada PAS untuk menjadi parti politik utama umat Islam di negara kita.
Peluang ini perlu segera direbut dengan bijak. Jika tidak, PAS setakat mengekalkan pengaruh sedia ada.
Akhir sekali, PAS mestilah menjadi harapan kepada rakyat Malaysia yang merasa tersisih. Janganlah sampai rakyat tetap menaruh harapan kepada Umno untuk membawa suara terpinggir mereka. Jika begitu, pastilah harapan mereka akan lunyai di tangan PH.
ZAKARIA ISMAILSumber HD - 6-7-22018
AJK PAS Kawasan Marang
Jumaat, 6 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Pengajaran berharga bagi Menteri berseluar pendek
TINDAKAN Menteri Belia dan Sukan mengenakan seluar pendek ketika menyertai satu aktiviti kecergasan tentu sekali didorong faktor ingin menunjukkan kebersamaan dengan aspirasi anak muda. Sukan telah menjadi fenomena anak muda hari ini. Gym, gelanggang futsal, badminton, taman rekreasi, trek jogging menjadi permintaan tinggi di kalangan anak muda. Sementelah Menteri tersebut sememangnya muda.
Walau bagaimanapun, mungkin sang Menteri tidak menyedari bahawa di sebalik kegilaan anak muda untuk bersukan, kesedaran terhadap agama juga bergerak selari ke depan. Sebab itulah gambar beliau berseluar pendek mendapat kecaman yang hebat daripada masyarakat. Bahkan dia seorang sahaja berpakaian sebegitu.
Kita bukan ingin berbahas mengenai variasi hukum batas aurat. Namun kemarahan masyarakat lebih didorong dengan sentimen adab kesopanan dan juga meraikan mazhab setempat. Pemimpin sebaiknya tidak menimbulkan polemik yang tidak perlu. Keluar daripada khilaf dan mengambil ihtiyat adalah lambang kekuatan taqwa.
Virus LiberalisasiJika difahami secara lebih teliti, fenomena ini merupakan barah Liberalisme yang semakin menular. Zaman hari ini adalah giliran Liberalisme dengan versi yang pelbagai menusuk masuk ke minda separa rakyat, sebagai peluru perang ideologi terhadap Islam menggantikan perang bersenjata. Liberalisme adalah penerus kepada ideologi sosiopolitik Nasionalisme yang diperkenalkan pasca Kolonialisme, yang kini tidak lagi digemari rakyat.
Vaksin IslamisasiWalau bagaimanapun, proses Islamisasi di Malaysia khususnya turut berjalan rancak seiring perang ideologi yang dilancarkan. Masyarakat semakin faham Islam jika dibandingkan sejak pasca Kolonialisme dahulu. Jika dulu Islam hanya di kampung, kini Islam lebih rancak di bandar. Jika dulu Islam hanya diminati golongan pencen, kini Islam menjadi trendy kalangan anak muda. Jika dulu Islam hanya di masjid surau, kini Islam sampai ke konti radio dan pentas TV.
Adaptasi LiberalismePerkembangan Islamisasi ini menyebabkan musuh Islam mengadaptasi pendekatan agar terus menawan umat Islam secara halus. Daripada Liberalisme, diperkenalkan ideologi Islam-Liberal. Menerima pendekatan Islam yang selari dengan beberapa pendekatan Liberalisme, dalam masa yang sama mengajak supaya Syariah Islam secara keseluruhan dikaji semula agar selari dengan prinsip Liberalisme. Yang paling penting adalah memastikan segala agenda dan ajaran yang mendorong kepada Syariah Islam ditegakkan di peringkat pemerintahan tidak berjaya. Sekularisme masih menjadi tunjang utama.
Menteri Belia dan Sukan yang baharu ini tidaklah dikenali sebagai pembawa ideologi Islam-Liberal sebelum ini. Bahkan dia bukanlah dari lulusan agama walaupun seorang graduan UIA. Gaya hidupnya juga lebih Liberal. Justeru tidak menjadi pelik jika dia tampil berseluar pendek. Cuma mungkin dia belum memahami situasi untuk mengadaptasi Liberalisme dalam masyarakat yang dipengaruhi Islamisasi ini.
Boleh jadi juga apa yang dilakukan itu adalah percaturan pihak tertentu yang sengaja mahu 'test-market' terhadap sosio masyarakat Malaysia. Mungkin juga sebagai langkah normalisasi Liberalisme secara halus.
Cabaran di medan politikDi medan politik, pendukung Islam sudah tentu mahu menyaingi populariti yang sedang dibina pemerintah sekarang. Kealpaan dari mendekati rakyat terutama anak muda yang semakin membesar populasinya di negara ini akan menyebabkan PAS secara khususnya terus ketinggalan. Oleh kerana itu PAS juga kini rancak dengan program yang lebih bersifat mendekati anak muda.
Kajian akademik diperlukanNamun, perlu ditentukan terlebih dahulu pendekatan apakah yang paling tepat untuk digunakan. Adakah dengan mengekalkan nilai-nilai Islam yang menjadi identiti PAS, atau menjadi sedikit terbuka agar dapat 'lepak sekali' dengan anak muda. Khusus menyentuh mengenai hiburan.
Jawapan yang konkrit tidak boleh diberikan. Persoalan ini perlu diperhalusi dengan membuat kajian dan pemerhatian. Perlu dapatkan angka-angka dan data yang jelas apakah sebenarnya kemahuan rakyat dan anak muda.
Hipotesis yang mengatakan anak muda Malaysia sukakan hiburan, anak muda tertarik program hiburan anjuran PAS, ramai mendekati program PAS kerana program hiburan yang ada di dalamnya, dan yang berkaitan dengannya perlulah diukur dengan metodologi akademik. Data dan angka mengenai kesan daripada program hiburan yang dijalankan, golongan sasaran yang ingin dicapai, kesedaran Islam yang berjaya dibentuk, persepsi masyarakat yang bukan hedonis dan sebagainya juga perlu disediakan. Barulah program yang dianjur benar-benar berjaya dan tidak hanya dijalankan atas nama adat atau terikut rentak tarian pesaing politik semata-mata.
Dibimbangi jika tersilap pendekatan, ia bakal menatijahkan impak negatif terhadap PAS. Golongan yang memiliki kesedaran Islam yang semakin membesar populasinya tidak lagi melihat PAS memiliki jati diri Islam yang hakiki. Lalu mereka memilih jemaah yang lebih dilihat berprinsip. Lebih ditakuti, kesilapan mengamalkan pop-Islamisme menyebabkan kita secara tidak langsung menyumbang kepada agenda normalisasi perkara yang tidak Syarie.
Badan kajian; PAS mampu lakukanIsu-isu belia hanyalah satu juzuk dari masalah sosial yang perlu ditangani. Banyak lagi masalah sosial yang lain. Belum lagi masuk bab masalah politik, ekonomi, pendidikan, pertanian, keselamatan dan sebagainya. Atas sifat gerakan Islam yang membawa agenda tajdid (pembaharuan) dan islah (pemulihan), PAS perlu menangani masalah itu dengan teliti dan cermat. Usia hampir mencecah 70 tahun ini sepatutnya lebih matang dan profesional dalam setiap tindakan.
Manfaatkan kuasa negeriDengan kelebihan menguasai dua Negeri Kelantan dan Terengganu, sepatutnya sudah wujud institut penyelidikan yang besar yang dianggotai pakar-pakar akademik dalam menjalankan kerja-kerja kajian dan penambahbaikan (R&D) dalam gerak kerja. Modul pemerintahan bersepadu seperti WINS2051 di peringkat nasional dan PITAS2030 di Terengganu menunjukkan PAS memiliki cukup kepakaran untuk merangka pelan pemerintahan yang lebih sistematik. Ianya patut dijadikan rujukan utama sebelum sebarang aktiviti dan projek dijalankan.
Siapa mahu cabar Rand Corporation, Brookings ETC?Sedarlah bahawa musuh Islam jauh meninggalkan kita dari sudut gerak kerja yang sistematis. Mereka punya badan seperti Rand Corporation, Brookings Institute, CIA dan sebagainya. Belanja untuk R&D sahaja telah melewati angka trillion dollar. Sebab itulah agenda mereka di seluruh dunia berjalan lancar.
Justeru mendukung perjuangan Islam tidak boleh sekadar melepaskan batuk di tangga. Jangan berselindung atas slogan tawakkal dan Allah pasti menolong hingga bersikap acuh tidak acuh. Tiada istilah hit and run. Allah menuntut supaya kita umat Islam berjuang sehabis daya dan ruang. Gembeling segala kekuatan dan tenaga yang ada, agar kita mencukupkan semua syarat-syarat kemenangan Islam.
Kita selalu bercakap mengenai strategi al-Fateh yang begitu teliti dalam menawan Constantinople. Namun apakah kita telah mengambil langkah yang serupa?
22 Syawal 1439Sumber HD -6-7-2018
6 Julai 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Kenapa ikut Erdogan, sedangkan kita mampu?
MASIH ramai kelihatannya keliru dengan agenda Islam tanpa syariat ini. Saya rasa sangat penting bagi semua pihak diterangkan berkenaan dengan Islam tanpa syariat ini. Mari kita lihat dari sudut yang ringkas bagi memahamkan situasi kita sebagai pendukung perjuangan Islam ini.
Polis yang kita kenali ialah polis yang mempunyai pakaian seragam yang lengkap. Polis memakai baju biru tua, topi khas di kepala, bertali pinggang rapi. Kasutnya berkilat, rambut pendek, kemas, rapi, dan biasanya mereka bersenjata. Ditambah lagi dengan kenderaan khusus mereka, maka kita mengenali mereka sebagai anggota polis secara rasmi. Jika kita ditahan mereka, mungkin kita tidak akan meminta pengenalan dirinya kerana semuanya sudah memadai. Bukan di sini sahaja, malah di seluruh dunia, kita akan kenal anggota polis ini berdasarkan seragamnya.
Berbeza dengan anggota polis cawangan khas yang tidak memakai pakaian seragam. Mereka ini berpakaian seperti orang biasa, terkadang tiada pengenalan diri khas anggota keselamatan kerana menyamar. Jika mereka menahan orang awam, maka mungkin akan berlaku kekecohan kerana mereka tidak berpakaian sebagaimana yang sepatutnya. Mereka terpaksa menerang dengan panjang lebar atau meminta bantuan anggota lain kerana ketidakpercayaan orang awam pada mereka sebagai anggota polis. Dan banyak kes, orang awam juga boleh menipu menyamar dan mendakwa dia sebagai polis.
Begitulah diibaratkan dengan Islam yang kita anuti ini. Islam adalah Islam dan tanda seragam Islam itu adalah mesti mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Inilah dua tanda yang disahkan oleh Rasulullah. Tuntas, di seluruh dunia, hanya itulah Islam yang satu bentuknya. Islam mesti dibawa dengan kesusahan. Jangan diangankan Islam itu mahu dibawa dengan kesenangan. Jangan diimpi Islam itu bakal disambut dengan senyum manis manusia, dan permaidani merah. Islam asasnya ialah amar makruf nahi mungkar.
Carilah Sirah, bermula dari Nabi Adam sehingga sekarang, adakah akan berjumpa dengan jalan yang lain daripada itu? Tidak ada. Kerana amar makruf dan nahi mungkar inilah para pejuang dan pendakwah Islam dihina, dicaci, diugut dan dibunuh. Islam perlukan pengorbanan masa, harta dan terakhir, nyawa sebagai harganya. Ia sentiasa disebut Allah. Tidak juga semestinya Islam itu memerintah baru kita mahu melaksanakannya, apatah lagi duduk di bwah kuasa Kuffar. Islam di kala lemah juga wajib kita perjuangkan.
Jika kita menukarkan pakaian sebenar Islam itu kepada pakaian lain sebagaimana contoh polis cawangan khas di atas, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk mengenalkan Islam kepada masyarakat. Mereka akan melihat Islam itu kononnya sebagai agama yang bertolak ansur dengan judi, arak, pelacuran dan segala maksiat yang lain. Jika kita melarang, maka kita pula yang bersalah kerana menghalang mereka menganuti Islam sebagaimana yang mereka fahami. Lihat di Jepun, bagaimana mereka 'mengamalkan' Islam? Bagaikan semua yang di dalam Islam itu dipraktikkan mereka. Tetapi mana perginya syariat? Saya bimbang nanti Jepun akan dikatakan sebagai Negara Islam kerana praktikalnya tetapi tiada syariatnya.
Dinukilkan di dalam al-Quran, ada tiga Nabi yang mempunyai seorang pengikut sahaja. Ada Rasul yang berdakwah selama hampir 1000 tahun, mempunyai 80 pengikut sahaja. Ada Rasul yang digergaji kepala oleh umatnya. Ada juga Rasul yang dilemparkan ke dalam api oleh pemerintahnya. Bermacam ujian dan tribulasi yang dialami oleh para Nabi dan Rasul ini, hanyalah kerana mereka menyeru manusia kepada Allah dengan memperkenalkan Islam sebagaimana sepatutnya.
Tetapi bagaimana susah sekalipun, tidak pernah mereka bersama dengan si pemaksiat dalam menegakkan agama Allah sebagaimana tolakan Rasulullah kepada Musyrikin Makkah untuk di’plural’kan agama Islam bersama Kemusyrikan. Tidak pernah Rasul menukar strategi asas dakwah semata-mata mahu menang. Tetap mereka dengan amar makruf nahi mungkar sehingga mati. Syariat itu bersama dakwahnya. Di sinilah fungsi al-Quran sebagai al-Huda (petunjuk), al-Bayyinah (keterangan) dan al-Furqan (pembeza) melalui syariatnya, gagal difahami oleh orang Islam itu sendiri.
Sahabat yang bernama Khabbab, pernah ditegur Rasulullah kerana tidak sabar dalam berjuang walaupun Khabbab pernah diseksa, dibakar api belakangnya sehingga menitis air tubuhnya. Bagaimana kita? Kita menganggap bahawa kemenangan itu mesti kita rangkul. Kita tidak sedar akan syarat kemenangan itu sepertinya tiada di dalam diri masing-masing. Terlalu jauh kita dengan petunjuk al-Quran. Lalu kita meyalahkan pimpinan dan mulai terliur dengan kemenangan musuh. Inilah penyakit kita yang sebenarnya. Kita mahu segera, kita mahu mudah dan kita mahu kesenangan. Jadilah kita dengan konon bermacam idea dan formula kemenangan, mengubah strategi, tanpa kita mengubah diri mengikut kehendak Allah.
Negara Malaysia ialah negara yang dipuji oleh Negara-negara Arab. Ini kita akui sedikit baik daripada mereka walaupun kita diperintah oleh BN sebelum ini, malah sejak zaman Tun Mahathir lagi. Hakikatnya Malaysia dan Negara-negara Arab itu juga bukanlah terbaik dalam pengamalan Islamnya masih jauh, tetapi mereka mengagumi kita. Antara negara yang memuji kita termasuklah Turki yang begitu Sekular. Namun anehnya, kita yang dipuji Turki, kemudiannya kita pula cuba menjadikan Turki sebagai idola kita dalam membentuk Negara Islam dengan cara mereka.
Tidakkah itu sebagai sesuatu yang pelik jika dikiblatkan Negara Islam yang dikatakan contoh itu, kita merujuk kepada Turki? Oleh itu kita mahu mengikut Turki dengan mengesampingkan syariat kerana kononnya mahu memujuk rakyat dahulu dengan memperkukuhkan ekonomi, mahu membasmi kemiskinan sebelum menegakkan Syariat Islam. Bimbang nanti Islam dipandang hodoh kerana syariat ditegakkan tetapi ekonomi merudum, konon kata mereka. Bukankah semua itu tipu daya?
Soalan yang gagal dijawab ialah, pada kadar berapa peratus ekonomi dikira sebagai baik dan boleh dimulakan Syariat Islam itu? Pada berapa peratus paras kemiskinan yang boleh kita mulakan Syariat islam? Itu semua omong kosong kerana mereka tidak dapat menentukan semua itu. Dapatkah kita lihat strategi ini sebagai ‘downgrade’? Sepatutnya apabila semua bersetuju kita lebih baik daripada Turki, maka kita mesti ‘upgrade’ terus ke hadapan, dan Turki akan terus menjadikan kita sebagai model Negara Islam. Bukan kita ‘U-Turn’ kembali ke belakang dengan mengikut Turki.
Tidakkah kita sedar bahawa waqi’ kita sangat berbeza dengan Turki? Kita sudah lama maju ke hadapan, contohnya sekurang-kurangnya sudah mempunyai Mahkamah Syariah sendiri yang hanya perlu diperkasakan (tetapi gagal diperkasakan oleh BN), tiba-tiba mahu mengenepikan syariat? Kita asyik membandingkan Turki yang Sekular, tanpa kita sedari mereka baharu membina negara. Mungkin sedikit kelonggaran dan kita fahami kekurangan mereka itu untuk mengurangkan Sekularisme. Tetapi Malaysia sudah mempunyai hukum berlandaskan Islam (walaupun masih banyak kekurangan) semenjak tahun 50-an lagi dan hanya memerlukan pengesahan di Parlimen sahaja untuk penambahbaikan. Tegasnya di sini, kita bukan bermusuh dengan Erdogan mahupun Turki, mereka mungkin betul mengikut cara mereka, dan kita di Malaysia pula perlu percaya dan yakin jalan yang kita lalui sekarang, dengan memartabatkan syariat adalah jalan yang paling baik dan betul.
Jadi di mana kita sebenarnya? Kita menganuti Islam ini ikut-ikutan pimpinan sekarang atau kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Anbiya semenjak dahulu dengan membawa Syariat Allah bersama mereka? Kita sebenarnya lebih baik daripada Turki jika mengikut syariat. Dan Turki juga mahu melaksanakan syariat, pastinya. Ianya dijamin Allah walau jalan-jalan ranjau, hodoh, perit dan berbagai kesusahan seperti yang dilalui oleh para Anbiya. Anda kata andalah pengikut para Nabi dan Rasul, tetapi anda memilih jalan lain? Kita tidak bersedia dengan ‘tewas’ di dunia sedangkan itulah Sunnah perjuangan dalam Islam. Takut bukan Islam tidak menerima Islam sehinggakan kita sendiri membuang syariat, iaitu unsur utama Islam, sedang hidayah itu milik Allah, ketaatan pula kewajipan kita. Pelik bukan?
MOHD NASIR ABDULLAHSumber HD - 6-7-2018
Al-Khor, Qatar
5 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Apa neraca ukuran kebenaran?
BETULKAN fikrah anda:
● Kalau kemenangan itu ukuran sebuah kebenaran. Maka Firaun lebih benar dari Nabi Musa. Kerana Nabi Musa terpaksa berundur dari bumi Mesir lantaran Firaun.● Kalau kuasa itu ukuran kebenaran, maka Abu Jahal dan Abu Lahab lebih benar dari Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad terpaksa berhijrah ke Madinah lantaran perbuatan mereka menyekat dakwah di Makkah.● Kalau ramai penyokong itu ukuran sebuah kebenaran maka Namrud lebih benar dari Nabi Ibrahim. Kerana Nabi Ibrahim terpaksa mengundurkan diri ke Palestin lantaran pengaruh Namrud begitu besar menyekat seruan Islam.● Jika harta itu ukuran sebuah kebenaran, maka Yahudi Madinah lebih benar dari para Sahabat Rasulullah.
Sesungguhnya kebenaran itu diukur sejauhmana ianya sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Moga kita semua istiqamah dengan kebenaran.
USTAZ MOKHTAR SENIKSumber HD - 5-7-2018
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/7/2018
LGE, TT manifestasi PH pinggir BM
Sumber HD - 5-7-2018KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) mesti menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jangan memberi isyarat yang salah kepada rakyat bahawa PH telah meruntuhkan tonggak asas bernegara yang telah dipersetujui oleh semua kaum.Sebelum ini, Lim Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau serta mempertahankan tindakan itu.Malang lagi, pimpinan PH turut membela Menteri Kewangan tersebut dengan menganggap isu tersebut adalah kecil.Sedangkan, Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan akan keperluan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan.Semalam pula, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan Pendakwa Raya ke atas kes melibatkan DS Najib Razak memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris. Ia barangkali berikutan penguasaan Bahasa Melayu yang lemah oleh beliau.Sidang media yang mahu diadakan oleh beliau selepas itu juga turut dibatalkan pada peringkat awal selepas didesak oleh orang ramai supaya beliau menggunakan Bahasa Melayu.Selaku Peguam Negara, beliau sepatutnya lebih memahami akan tuntutan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mahukan segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah dijalankan menggunakan Bahasa Kebangsaan.Keadaan ini juga menunjukkan sebenarnya seawal mencadangkan nama Tommy Thomas untuk dilantik sebagai Peguam Negara dahulu, Kerajaan PH tidak prihatin terhadap Seksyen 11(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 yang menyatakan “tiada seseorang pun berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa MalaysiaInsiden ini jelas merupakan manifestasi bahawa Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh PH yang menerajui Kerajaan. Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan ini.Sekian.”Sejahtera Bersama Islam”DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRIAhli Parlimen Kuala Nerus05 Julai 2018 | 21 Syawal 1439H-HARAKAHDAILY 5/7/2018
Bagaimana nak jadi penyokong PH?
UNTUK menjadi penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sebenar anda perlu:● Jangan bantah apa jua kehendak DAP.● Mesti berfikiran Liberal dan jangan terlalu terikat dengan Islam.● Mesti pekakkan telinga jika terdengar cemuhan terhadap Islam. Kalau boleh pertahankan statement tersebut jika ada yang membangkangnya.● Anggaplah tertangguhnya Kerajaan PH menunaikan janji itu sebagai jihad kesabaran yang tinggi nilainya.● Tidak mengapa meneruskan kezaliman Barisan Nasional (BN) asalkan yang melakukan kezaliman itu bukan Najib dan BN.● Biarkan jika ulamak dihina. Kalau boleh tambah-tambah sikit lagi penghinaan itu. Kerana hina ulamak bermakna hina PAS.● Mesti berani buat fitnah. Terutamanya terhadap PAS. Itu adalah keberanian yang dipuji.● Paling tidak mesti berdiam diri dalam isu LGBT, Liberalisme dan Pluralisme. Kalau terlalu berfikiran Islam anda dikira masih ada saki-baki PAS dalam diri.
PAS bukan Islam. Tapi jangan terlalu menampakkan diri anda membela Islam nanti anda akan dilihat sebagai penyokong PAS. Hairan.
Sumber HD - 5-7-2018USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/7/2018
Adakah kotak Pandora sudah terbuka?
MUNGKIN ramai yang sudah tahu kewujudan kisah dongeng Kotak Pandora (Pandora’s Box) yang berasal dari Greek. Ia mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bahagia. Ketika mereka berkahwin, si isteri yang cantik bernama Pandora telah dihadiahkan sebuah kotak. Dikatakan tuhan Zeus yang masih marahkan manusia kerana menerima api daripada Prometheus telah memberikan kotak itu sebagai membalas dendam. Tetapi kotak itu diberikan berserta amaran, untuk tidak dibuka. Sebagai manusia, perasaan ingin tahu, sangat membuak-buak. Dan Zeus tahu sikap manusia.
Setelah sekian lama, akhirnya Pandora membuka juga kotak itu. Saat dibuka kotak itu, maka keluarlah segala macam kejahatan, kebencian, kesengsaraan serta banyak lagi, dan ianya tersebar dengan pantas. Pandora berjaya menutup kembali kotak itu dan satu-satunya yang tinggal di dalamnya ialah harapan. Namun penyesalan, sudah tidak bermakna lagi. Keadaan dunia telah menjadi kacau bilau dek kerana terbebasnya unsur-unsur kejahatan itu.
Kisah dongeng ini hampir sama dengan kisah Nabi kita Adam dan isteri Baginda, Hawa yang tidak dapat menahan keinginan memakan buah Khuldi. Kedua kisah ini berkisar tentang nafsu manusia, yang tidak sabar, tidak suka mendengar arahan tuhan, bertindak di luar kewarasan dan tidak memikirkan kesan juga akibat daripada perbuatan gelojoh itu. Hasil tindakan itu, ia sangat mengecewakan. Mereka terpaksa menghadapi kesan jangka panjang yang sangat sukar untuk dibaiki.
Di Malaysia ketika ini, pasca 60 hari pemerintahan PH, selepas satu, satu perkara yang tidak disukai majoriti rakyat berlaku hasil daripada kesilapan rakyat membuat pilihan dalam PRU baru-baru ini. Bermula daripada mungkirnya janji mahu menunaikan manifesto dalam 100 hari yang mereka sendiri sasarkan, rakyat sebaliknya diminta agar menyerahkan harta mereka atas nama derma. Berselang dengan berita kegagalan itu, mereka memperbesarkan berita rampasan harta bekas PM yang sehingga sekarang masih belum ditangkap atau didakwa.
Juga kisah kesalahan mengira hutang negara juga menyebabkan ramai pelabur menarik pelaburan mereka, menyaksikan aksi Menteri Kewangan yang masih belum melepaskan pakaian ‘pembangkang’nya. Keluar lagi berita ECRL yang dahulunya dimomokkan sebagai pembaziran mega, kini atas alasan terpaksa, mereka menambah pula kos hampir RM 20 billion dan saham syarikat kontraktor ECRL dibeli oleh kroni yang kemudiannya mendakwa sudah menjual saham-sahamnya (yang sudah naik harga) kerana kononnya mahu membuktikan beliau bersih.
Harga petrol? Hapus tol? Ah, usah diungkit, terasa amat kebodohannya. Mulut rakyat sekarang tidak boleh lagi ditutup daripada membicarakan tentang idea penarikan balik subsidi-subsidi yang telah diberikan dahulu kepada rakyat marhaen. Nelayan yang diketahui majoriti mereka kais pagi makan pagi itu, tidak akan merasa lagi elaun sara hidup. Grab tidak dibatalkan lesen mereka walaupun telah berjanji dengan pemandu teksi dahulu.
Tidak puas dengan rakyat, badan-badan kerajaan yang terlibat dengan agama seperti Jakim juga, menerima ugutan secara langsung daripada beberapa kumpulan yang telah lama meyemai dendam. Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu juga tidak tersisih daripada diugut dan dihina, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.
Mata wang jatuh, ada wajah yang tersenyum, ada pula yang berduka. GST enam peratus diganti SST 10 peratus. Demi untuk menunjukkan penurunan harga barang, Menteri sanggup menipu, tiada bezanya dengan Menteri dahulu. Walaupun subsidi kepada rakyat ditarik, siaran langsung Piala Dunia sebanyak RM 40 juta pula dibayar.
Syiah sudah mengeluarkan kenyataan untuk mahu mendapat perlindungan daripada kerajaan. Adakah ini bermakna nikah Mutaah akan menjadi suatu budaya Malaysia di masa hadapan? Mereka mendakwa jumlah mereka telah mencapai sejuta orang. Suatu keadaan yang tidak pernah terfikir sebelum ini, Syiah menjadi berani mengaku diri mereka Syiah di khalayak Malaysia. Ada lagi, dewan orang ramai telah dijadikan pejabat parti memerintah, sama seperti parti kerajaan sebelum ini. Dan terbaharu, tarif elektrik naik hari ini.
Di sebalik semua ini, saya terfikir, adakah pada 9 Mei lalu, kotak-kotak atau peti-peti undi itu ialah kotak Pandora secara simboliknya telah dibuka? Dan ketika ia dibuka, Malaysia yang menyaksikan perubahan pemerintahan pada hari itu, malangnya berubah menjadi lebih teruk daripada Kerajaan BN yang lalu. Pilihan buruk ini berlaku hasil sebahagian daripada rakyat yang mengikut nafsu, sangat membenci sehinggakan perkara bohong juga turut diambil sebagai panduan. Akibatnya terlepaslah segala kejahatan dan keburukan daripada peti dan kotak undi itu pada 9 Mei lalu.
Kini yang tinggal hanyalah “Harapan” iaitu Islam bagi menyelamatkan keadaan Malaysia. Masih sempat lagi untuk menyelamatkan negara dengan memberikan sokongan kepada jemaah yang membawa obor Islam iaitu PAS. Telah terbukti sehingga kini, PAS di kedua-dua Negeri Kelantan dan Terengganu telah melaksanakan sebahagian daripada apa yang telah dijanjikan di dalam manifesto mereka. Walaupun cuba diselewengkan fakta, namun bukti pelaksanaannya oleh PAS menghapuskan segala fitnah itu.
Mungkin ramai yang sinis dengan kenyataan ini, tetapi kebenaran adalah jelas dan nyata. PAS telah disahkan sebagai sebuah parti yang mempunyai teras kebaikan oleh cendekiawan-cendekiawan setelah berakhirnya PRU. Dengan yakin mereka mengatakan pengundi-pengundi yang mengundi PAS adalah pengundi yang sukakan kebaikan. Ia tiada di dalam parti lain. PAS berada dalam kelasnya yang tersendiri. PAS adalah harapan kepada semua.
MOHD NASIR ABDULLAHSumber HD - 1-7-2018
Al-Khor, Qatar
1 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 1/7/2018
Dalam perjumpaan antara NGO di hotel Adya semalam saya tertarik dengan Jawapan salah seorang peserta berbangsa Cina.Antara ucapan yang mengejutkan kami ialah
"Negara perlukan pemimpin yang jujur dan ihklas. Hanya dengan kejujuran seorang pemimpin, Wang rakyat selamat dan tidak hilang.Setiap tahun Negara kehilangan Wang berbilion ringgit tanpa dapat dikesan.Cuba bayangkan jika Wang berbilion ringgit itu tidak hilang dan digunakan untuk membantu rakyat, sudah tentu tiada orang miskin di Negara kita dan rakyat mampu hidup dengan lebih selesa berbanding sekarang, jika sepuluh tahun lepas.Sama² kita imbas kembali semasa PAS tadbir Terengganu pada tahun 1999-2004 Tok Guru TH tidak tinggal di rumah yang dikhaskan oleh kerajaan kepada Menteri Besar dan tiada kes rasuah.
Semasa PAS perintah Kedah dari tahun 2008-2013 almarhum Ustaz Azizan Razak juga tidak tinggal di rumah rasmi kerajaan sebaliknya tinggal di rumah sendiri dan tiada kes rasuah.PAS Kedah berjaya membawa kemajuan yang amat membanggakan.
Di Kelantan semasa Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau tidak tinggal di rumah kerajaan sebaliknya hanya tinggal di rumah sendiri yang penuh dengan kesederhanaan.
Dan sekarang apabila Kelantan ditadbir oleh ustaz Ahmad Yaakob tiada rasuah.Beliau juga memilih untuk tidak tinggal di rumah rasmi kerajaan.
Dengan cara hidup yang penuh dengan kesederhanaan maka selamatlah duit rakyat dan negara pasti mempunyai rezab Wang yang banyak boleh membangunkan Negara begitu pesat setanding negara² maju.
Jika ketelusan tanpa rasuah yang kita cari maka PAS/GS adalah parti yg selayaknya untuk diberi mandat kali ini untuk mentadbir Negara. Jika kita sebagai rakyat yg bertanggungjawab yg inginkan kesejahteraan,hendaklah kita abaikan segala janji palsu pihak lawan,kerana semua bijak pandai tahu bahawa Negara selayaknya dipimpin oleh PAS/GS tanpa diragui.
Hadirin tercengang mendengar ucapan seorang non Muslim yang penuh yakin dengan Islam.
#Ya Allah kurniakan kemenangan kepada PAS. اللهم آمين
Ayahnda Paduka Ust. Hakimi Hj. Ab. Halim
Pengerusi UMMAH Kedah
MR : Bila kita ambil pendekatan Islam, memang kita memilih jalan yang sukar kerana bukan semua orang suka, tapi Islam itu kebenaran dan setiap kebenaran pasti ada 'kehebatan'nya....
Sumber MR - 29-6-2018
PAS Will Be ‘Real Power’ In Next Decade, Says Academic
Universiti Kebangsaan Malaysia’s (UKM) Datuk Denison Jayasooria said Malaysians should be wary of PAS’ push for a Shariah-based governance where non-Muslims’s place is under an Islamic society and order.
“They won two states, and almost influenced two other state governments,” Denison said in a post-GE14 analysis by the International Islamic University Malaysia Electoral Studies Unit at the university here.
In the polls, PAS had defended Kelantan and taken over Terengganu from Barisan Nasional. It also almost became “kingmakers” in Kedah and Perak, where the majority of state seats won by the Pakatan Harapan government was slim.
“Don’t underestimate PAS, I see them as a real power in next two general elections,” added the principal research fellow at UKM’s Institute of Ethnic Studies.
He had compared the rising wave of Islamism to India’s Hindutva party Indian People’s Party (BJP), led by Narendra Modi, which won its 2014 general elections.
Denison pointed out that PAS managed to capture 18 per cent of the popular vote, demonstrating there are still many Malaysians who wish for their version of a better Malaysia, one based on Shariah principles.
In addition, he said PAS also fielded ethnic Chinese and Indian candidates in the election, although most not only lost the contest but also their deposits.
This will be further compounded by the lack of any representation of Kelantan and Terengganu in the Cabinet, and the absence of a ministry in charge of racial unity and integration, he warned.
Denison said it remains to be seen what variant of Shariah will be sought, its implications, the extent to which Putrajaya is being pressured to implement these, and whether Malaysians will support such a push.
“Post-general election, there is this contestation of religion, race, and inter-religious harmony, which has become more central,” he said.
“Come July, for the first time, the Opposition will be Malay-Muslim,” he added, referring to Umno and PAS. – MMail
Sumber BO - 29-6-2018
DAP bayangi Malaysia Baru?
NEGARA ini sedang bergerak menelusuri road map yang dikehendaki oleh DAP. Ketika Presiden PAS memberikan ingatan tentang bahayanya jika ahli Parlimen yang bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam, kamu pandang sebelah mata peringatan itu. Kamu tak peduli dan bahkan kamu hina-hina dan rendah-rendahkan pandangan beliau. Sekarang kamu lihat.
Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) memberikan pandangan dan peringatan bersumberkan peringatan Allah dalam al-Quran. Tapi kamu kata apa TGHH tahu pasal politik. Dia hanya layak mengajar di masjid dan surau-surau sahaja. TGHH bukan Nabi mahupun Rasul. Tapi beliau membacakan peringatan Allah dari Quran yang dibacakan oleh Rasul kepada kaum Baginda.
Hancurnya kaum yang terdahulu kerana membelakangkan peringatan para Rasul yang didatangkan dari Allah. Rasul diremehkan oleh mereka dan diperolok-olokkan. Kita sedang melalui ulangan fasa-fasa tersebut.
Waspadalah wahai kaumku. Jangan dikeranakan keghairahan kamu berpolitik dan berpesta kemenangan menyebabkan kamu lupa peringatan Allah. Kalimat-kalimat kufur dinobat dan dimuliakan sedangkan kalimat Allah dibelakangkan. Aliran pemikiran manusia diagung-agungkan dan dianggap paling sesuai, sedangkan kalimat aqidah dianggap kolot dan terkebelakang. Hasilnya orang-orang yang jahil agama dimuliakan dan orang-orang soleh yang berpegang teguh kepada agama dipermainkan.
Kami tidak terkejut dengan fenomena itu. Kerana semuanya telah dilakarkan Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan al-Hadis. Kami hanya ingin berkongsi dengan kamu wahai kaum, bangsa dan saudaraku tentang peringatan itu. Kubur kita memang lain-lain dan masing-masing, namun Mahsyar kita nanti dan Sirat adalah sama.
USTAZ MOKHTAR SENIKSumber HD - 28-6-2018
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/6/2018
Tindakan Guan Eng bercanggah manifesto PH
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah memandang berat tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang cuba mengangkat bahasa Mandarin dalam urusan rasmi Kementerian Kewangan dan menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang mahu memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan mendakwa tindakan Lim sebagai 'kesilapan yang kecil' berhubung kontroversi tersebut namun, Ummah berpendapat kesilapan kecil itu dibuat sekiranya tanpa niat.
"Hal ini dalam kenyataannya (Lim Guan Eng) di ruangan Facebook bertarikh 24 Jun 2018, yang ditulis dalam bahasa Cina semata-mata yang boleh diterjemah menggunakan 'auto translation', Lim secara terang-terangan menyatakan antara lain "Selain bahasa Melayu dan Inggeris, pegawai-pegawai kerajaan harus membiasakan diri menguasai bahasa Mandarin dan bahasa ibunda yang lain.
"Ummah ingin mengingatkan bahawa Suruhanjaya Reid sebagai suruhanjaya yang berperanan mengesyorkan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, perenggan 171 laporannya pada tahun 1957 dengan tegas menyatakan ucapan bahasa Cina dan India seharusnya dielakkan selagi mungkin, bukan dijadikan sebagai aturan umum untuk urusan rasmi," katanya.
Beliau berkata demikian mengetuai satu sidang media khas gabungan badan bukan kerajaan Islam (NGO) yang diadakan di Pejabat Muafakat, di sini semalam yang turut dihadiri oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat, Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid, Timbalan Ketua Sekretariat, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Eksekutif MAPPIM, Mohd Zai Mustafa dan ramai lagi.
Tambahnya, lebih biadap lagi apabila tular di media sosial satu video sidang media Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran yang menjawab soalan daripada wartawan dalam bahasa Tamil.
"Kebiadaban dan kelancangan seperti ini perlu dihentikan dengan serta-merta. Jika pun soalan diajukan wartawan dalam bahasa etnik, maka sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia bertanggungjawab memberikan penerangan dan jawapan dalam bahasa kebangsaan yang difahami oleh rakyat keseluruhannya," katanya.
Sumber HD - 27-6-2018Mewakili 300 gabungan NGO, Aminuddin mengajak semua mengingat kembali peristiwa yang ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan ketika memutuskan kes Merdeka University Berhad lawan kerajaan Malaysia pada tahun 1982 yang menekankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi teras penyatuan rakyat berbilang kaum. - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Generasi baharu mudah bosan terhadap agama?
AGAMA mengikat segala tingkah laku manusia kerana agama mempunyai autoriti. Ia datang dari tuhan yang mencipta manusia. Namun, generasi baharu menganggap agama sebagai benda lapuk, kolot dan mundur. Patutlah mereka rasa bosan dengan istilah tarbiah, taat, amal dan iman.
Ada kemungkinan kebosanan itu disebabkan pendekatan agama yang tidak sesuai dengan jiwa gen baharu. Namun, hidup mereka yang berteraskan teknologi menuntut semua perkara menjadi cepat dan segera. Mereka bosan kalau lambat, lama dan sama.
Tidak mainlah teh tarik dan nasi dagang, old taste. Pilihan mereka ialah fast food, cool blog ice, cabonara. Bosan hidup tanpa game dan internet.
Mereka mahu yang baharu, sensasi, teruja, moden dan ada kelainan. Diraikan pandangan, pendapat, hak dan keinginan mereka. Yang lama, tradisional, lambat, garang, kasar dan bengis - semua ini membosankan.
Apabila mereka mula ingin lolos dari ikatan tradisi Melayu dan panduan agama, maka jarum liberalisme bermula.
Ya, pendekatan agama perlu kepada perubahan. Namun dalam masa yang sama, generasi baharu perlu mengawal tarikan nafsu kepada semua perkara “baharu” agar tidak melepasi garisan merah yang dibenarkan.
Hidup biar ada ikatan dengan agama, kerana ia panduan untuk manusia.Sumber HD - 27-6-2018
DR MUHAMAD FAISAL - HARAKAHDAILY 27/6/2018
Jaga sensitiviti penggunaan bahasa
KUALA LUMPUR: Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu penggunaan Bahasa Mandarin sebagai satu kesilapan diharap agar ianya tidak berulang di masa akan datang.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, walaupun beliau meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan, namun perkara melibatkan Bahasa Kebangsaan tidak harus dianggap kecil.
"Lim Guan Eng sebagai Menteri Kabinet, tidak sepatutnya memberikan isyarat yang salah terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
"Beliau perlu dengan lebih hati-hati dalam menunjukkan keutamaan penggunaan bahasa yang sangat sensitif.
"(Tindakan) Beliau mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa seolah-olah Malaysia ada tiga Bahasa Kebangsaan.
Menurut Amzad, keperluan mengadakan terjemahan kenyataan rasmi asal Bahasa Melayu ke bahasa lain sememangnya perlu untuk memberi faham kepada kelompok rakyat yang hanya memahami bahasa ibunda.
Sumber HD - 26-6-2018Tetapi ujarnya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kota Baharu, Dato' Takiyuddin Hassan bahawa menjadi lebih tidak elok bila Menteri berkenaan hanya memasukkan kenyataan berbahasa Cina dalam facebook beliau. -HARAKAHDAILY 26/6/2018
Pandangan luar kotak atau luar otak?
UNTUK mengurangkan subsidi padi, Kerajaan PH syorkan sawah padi ditanam halia, cili, derian, manggis, nyoq dan tembikai kerana harga sayur dan buah lebih baik daripada padi. Diet rakyat patut diubah, rakyat lebih sihat, sawah-sawah perlu ditukar menjadi kebun dan dusun. Sungguh mengharukan.
Secara paling primitif, durian, manggis, durian belanda, halia, cabai, sayur-sayuran boleh bertahan berapa lama sebelum busuk dan buruk berbanding padi dalam jelapang? Tak payah bincang lagi pasal strategi pemasaran, harga dan kualiti produk gantian itu, durian jenis apa boleh tanam tanah selut sawah padi? Kerajaan pun boleh buka cool storage dan peti ais di tiap-tiap kampung, sumber pendapatan baru kerajaan boleh dijana daripada sewaan cool storage. Sungguh mengujakan.
Tak payah bincang lagi pasal food security, peperangan, bencana alam, kemarau, kebuluran. Sembang saja tajuk hasrat kerajaan untuk menarik balik subsidi padi supaya kerajaan dapat jimatkan duit, pendapatan pesawah boleh melonjak daripada tanaman halia dan cabai dalam petak bendang.
Pemikiran dari luar (k)otak ini jugak boleh mengurangkan belanja pengairan, empangan, simpanan dan tadahan. Mada dan Kada pun boleh dilupuskan. Lebih banyak belanja dapat dijimatkan. Sayuran sawi, halia, cabai, tembikai dan durian manggis pun akan lebih subur kalau terendam beberapa hari dalam limpahan air dalam petak bendang.
Bagi tanah-tanah selut yang rendah, pesawah boleh membeli beberapa buah bukit dan gunung untuk menimbus sawah menjadi daratan kerana kos menambun tanah dalam sawah hanyalah sekali ganda harga tanah sawah. Pendapatan mereka tentu akan meningkat. Harga bukit dan gunung boleh dibayar dengan keuntungan menjual durian, manggis, halia dan cabai.
Pencadang-pencadang yang brilliant ini semuanya mantan broker trekta dan broker mesin padi yang menjadi Gabenor Bank Negara berbapakan Profesor DiRaja terkemuka, bilionair taikun gula yang menetap di Hong Kong, Tauke bank komersil luar negara dan saudagar garam sebelum dan selepas menjadi Menteri Kewangan, Pensyarah Universiti yang humble naik LRT, pakai jam Casio, tapi kerja di PBB.
Pesawah-pesawah yang banyak duit daripada jualan sayur halia, cabai, manggis, derian, kelapa mataq dan buah durian dari petak bendang - kalau rasa rindu pada nasi panaih-panaih makan dengan gelama masam, bolehlah membeli beras dari Amerika Syarikat (US) kalaupun tak reti membeli Burger Oblong. US kini sudah menjadi negara pengeksport beras dan memiliki lebih 60 variety benih padi yang sesuai dengan semua jenis tanah dan musim. Syor Lembaga Penasihat Kerajaan kepada LPP yang mewakili pesawah padi ini sangat-sangat jauh di luar (k)otak.
Sumber HD - 26-6-2018Menteri Pertanian yang baru tentu bersorak gembira dengan syor ini. Tahniah PH kerana dapat jimatkan duit kerajaan dari subsidi padi. Malaysia baru sedang dijelmakan. Malaysia tanpa sawah padi dan subsidi. - HARAKAHDAILY 26/6/2018
Apabila prinsip dibuang
KIRA-kira tiga hari, saya berpeluang duduk bersama teman-teman di Wisma Darul Iman bagi membantu beberapa kerja yang ada. Dalam masa tiga hari itu, dapat saya kongsikan perihal pengalaman melihat beberapa kes yang agak menarik untuk dijadikan iktibar bersama.
Pada hari pertama, saya menyertai beberapa orang teman dalam satu sesi pengenalan kepada beberapa jawatan yang baharu dilantik bersama dengan kakitangan yang terdahulu. Senang diungkapkan di sini ialah kakitangan lantikan politik oleh Umno. Kebanyakkan mereka masih terkejut dengan kekalahan Umno, tetapi mereka mengawal keadaan dengan lakonan-lakonan yang kita sedia maklum.
Keesokan harinya muncul salah seorang daripada orang Umno yang masih berjawatan kontrak (walaupun sudah berpuluh tahun berkhidmat dengan Umno. Hairan sungguh) di pejabat. Saya hanya sempat bercakap dengan beliau ketika beliau sudah keluar dari pejabat. Dengan mata yang merah, nada suara yang sugul, beliau hanya mengatakan bahawa, beliau telah menerangkan segala-galanya kepada bos dan meminta saya mendengar sendiri daripada bos. Kemudian beliau berlalu.
Setelah ada sedikit ruang dengan bos, saya bertanya apa isi kandungan perjumpaan itu. Bos memaklumkan orang Umno itu merayu dan menangis mohon kontraknya disambung dan bersedia bila-bila masa untuk menghantar borang menjadi ahli PAS. Saya terdiam mendengarnya tanpa meminta komen daripada bos kerana saya rasa saya sudah dapat menjangkakan keputusan bos. Saya tidak mahu campur. Agak lucu, walaupun beliau merayu kepada bos, tetapi beliau sebenarnya telahpun meminta sokongan daripada MB. Jika benar ikhlas mahu merayu disambung kontrak, kenapa MB turut dilibatkan bersama. Belum apa-apa sudah memberi tekanan. Kebiasaan Umno, begitulah lagaknya.
Keesokan harinya, ketika saya ke tingkat 16, saya terjumpa dengan seorang rakan sekampung. Walaupun dia ingat-ingat lupa tetapi saya memang mengenalinya. Kami mulanya berbual-bual kosong, bertanya khabar. Dia yang sememangnya saya tahu pernah menjadi ejen kiraan undi untuk BN di kampung, sekarang sudahpun berkopiah putih. Entah kenapa, tiba-tiba tanpa ditanya, beliau kemudian bercerita mengenai kehebatan beliau yang baru sahaja berjumpa dengan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim selalu meminta pertolongan beliau membuat pemindahan wang, katanya.
Tidak berhenti di situ sahaja, beliau juga memaklumkan bahawa beliau juga pernah menjadi broker balak, sentiasa membantu orang kampung. Malah Pangsapuri Ladang Gemilang yang berjaya diduduki oleh orang kampung dengan cara sewa beli itu adalah hasil bantuan beliau berurusan dengan MB ketika itu, Dato’ Seri Ahmad Said, dakwanya lagi. Lebih jauh sembang beliau, beliau memberitahu baharu sahaja balik dari Turki, berjumpa dan berpelukan dengan Erdogan. Saya mengangguk-anggukkan kepala, tanda boring sebenarnya. Tetapi mungkin dia tidak faham. Sebelum lebih banyak lagi beliau bercerita, saya terlebih dahulu meminta diri.
Sebenarnya saya tahu yang dia hanya tinggal di pangsapuri itu dan kelulusan sekolah biasa-biasa sahaja. Bukan mahu menghina, tetapi mana ada orang kuat Umno yang baik dengan Tun Daim, baik dengan MB Umno duduk di pangsapuri sebegitu? Sekurang-kurang ada rumah atas tanah sendiri dan ada kontrak juta-juta. Paling lekeh kontrak potong rumput. Dia kemudiannya masuk ke Pejabat MB, bertemu kawan katanya. Cara cakap sudah macam berubah kepada PAS. Entahlah, jenis cari makan, biasalah.
Dua watak yang saya bawakan kepada anda ini adalah watak-watak yang tidak pernah gagal ada di mana-mana, terutama dalam politik. Sekarang ini di Wisma Darul Iman, terlalu banyak watak sebegini. Mereka hidup berdasarkan ihsan orang. Takut mengaku siapa mereka sebenarnya, tiada jati diri. Mereka takut miskin, takut hilang pendapatan, hilang jawatan, tetapi tidak takut hilang maruah. Walaupun ada sifat belas kasihan, tetapi melalui sejarah lampau, golongan inilah yang kembali menerkam orang yang menolong mereka apabila mereka menang kembali. Maka Kerajaan Negeri Terengganu perlu berhati-hati.
Kita juga boleh melihat kehilangan prinsip oleh wakil-wakil rakyat Umno di seluruh negara. Mereka bertempiaran terjun meninggalkan kapal mereka yang mereka anggap akan karam bila-bila masa. Ketika ini belian borong wakil rakyat Umno berlaku. Hilang prinsip oleh kedua-duanya, Umno dan penerimanya. Dahulu Umno ini dianggap sebagai golongan yang perlu dihapuskan. Sekarang disucikan sehingga ada yang diangkat menjadi Pegawai Khas Menteri Besar. Begitu drastik kebencian bertukar menjadi kesayangan. Tidak ketinggalan juga parti-parti komponen BN yang lain, secara berjemaah meninggalkan BN dan merapatkan diri dengan PH. Hipokrit terlalu jelas.
Saya juga melihat ramai teman-teman saya dari PAS juga sekarang berubah arah. Selepas PRU, mereka semakin galak mengaku ‘orang gomen’ sebab menyokong PH. Jauh daripada itu, aktiviti-aktiviti mempertahankan Kerajaan PH yang mereka lakukan, jauh lebih hebat daripada orang asal PH sendiri. Tanpa mengira fitnah atau tidak, mereka sebarkan segalanya bagi menjulang Kerajaan PH. Terus terang saya katakan di sini kepada teman-teman dalam PH, berhati-hatilah dengan golongan ini. Oportunis seperti ini hanya akan menyusahkan anda semua. Lakonan mereka hebat, tindakan mereka bijak. Lebih PH daripada PH.
Ketika ini, saya secara peribadi menghormati rakan-rakan saya yang asalnya dari dahulu Umno dan kekal sehingga kini dengan Umno. Bukan saya katakan perjuangan mereka benar, tetapi ketahanan prinsip itu yang menjadi nilai. Mereka yang kekal dalam parti sekarang ini tidak takut dengan kekalahan perjuangan mereka. Mereka merasakan mereka masih berpeluang. Tidak hanya ketika senang bersama parti, tetapi sewaktu susah juga. Kita tidak perlukan lalang bagi membina negara. Apatah lagi kita sememangnya mengenali spesis lalang yang menyusahkan ini.
Namun untuk bait terakhir ini, suka saya coretkan pendapat saya berkenaan prinsip pimpinan PH. Bagi saya, prinsip Siti Kassim iaitu penyokong tegar PH, untuk menghapuskan keistimewaan Islam seperti sekolah Tahfiz, Jakim dan sebagainya, walaupun ianya salah tetapi Siti tetap dengan pendiriannya semenjak PH belum menang sehingga sekarang. Dalam hal ini, prinsip Siti Kassim lebih dihormati berbanding dengan Menteri PH yang dikatakan beragama, tetapi gagal menepati janjinya bagi menghapuskan tol pada Hari Raya baru-baru ini walaupun baik tujuannya. Ditambah lagi dengan ugutan beliau kepada Naib-naib Canselor, yang suatu ketika dahulu tindakan sebegini dikutuk golongan mereka sebagai mengongkong Pendidikan Negara. Di sebalik janji-janji yang gagal beliau tunaikan, beliau memberikan sesuatu yang tidak dijanjikan. Begitulah apabila prinsip sudah dibuang.
MOHD NASIR ABDULLAHSumber HD - 26-6-2018
Al-Khor, Qatar
26 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 26/6/2018
PH tumpang gelombang rakyat tolak Najib
MUNGKINKAH kerana terlalu ghairah mengatur dendam politik menyebabkan ekonomi negara menjadi lembab? Apabila pelabur menjual saham mereka alamatnya ekonomi negara tidak sihat.
Kata calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kenyataan Menteri Kewangan daripada DAP menjadi punca pelabur menjual saham. Sebelum ini Lim Guan Eng mendedahkan hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.
Bagi seorang pensyarah, penurunan nilai saham syarikat utama sekiranya berlanjutan beberapa bulan akan memberi kesan terhadap pelaburan jangka panjang.
Begitu juga pensyarah Univesiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng dilapor menyebut kerugian tersebut berlaku disebabkan beberapa siri pengumuman kerajaan.
Maka tidak hairanlah ada pihak menggambarkan pemimpin DAP belum mampu mengubah rentak politik biar pun sudah bergelar menteri persekutuan.
Agenda mencanang hutang RM1 trilion sebelum ini kerja pembangkang. Sebaliknya di bawah Malaysia Baharu, tugas itu dipikul sendiri kerajaan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin berniat baik bagi memberitahu rakyat keadaan sebenar. Namun di sebalik niat yang dikatakan baik itu ada pihak mengambil kesempatan.
Ruang kesempatan itu bukan direbut orang politik sebaliknya pelabur. Inilah ketakutan baru yang dicetus kerajaan PH yang masih lagi belum mampu keluar dengan ‘stail’ lama.Mereka membangkang sejak merdeka sehingga 9 Mei lalu. Namun tiba-tiba pada Pilihan Raya Umum ke-14 mereka dianugerah kuasa yang begitu besar.
Menguasai kerajaan persekutuan dan banyak negeri mungkin tidak pernah diimpikan mereka. Mohamad Sabu yang dikenali sebagai pejuang rakyat sebelum tiba-tiba sekarang berjawatan Menteri Pertahanan. Begitu juga Salahuddin Ayub bukan lagi pemimpin pembangkang, sekarang beliau Menteri Pertanian.
Tidak kurang juga dengan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anthony Loke sudah sudah bergelar menteri. Inilah anugerah yang tiba-tiba menukar watak mereka sebagai pembangkang tegar kepada menteri kabinet.
Dalam tempoh dua bulan untuk menukar watak dan perilaku pembangkang kepada kerajaan tentunya agak kekok dan canggung.
Maka tidak hairanlah ramai yang mengomel apabila Menteri Pertanian mengadakan majlis iftar di Kota Bharu pada Ramadan lalu, pesertanya ramai daripada Parti Amanah Negara (PAN).
Sedangkan kata nitizen program itu anjuran Kementerian Pertanian. Berapa kerat pegawai yang hadir, kata mereka.
Inilah yang dikatakan politik versi baharu yang sedang melanda tanah Melayu sekarang. Bagi makcik dan pakcik di kampung, ramai seakan-akan tidak percaya Mat Sabu muncul setiap malam di televisyen.
Sedangkan sebelum ini sejak berpuluh tahun lampau mereka sering melihat Mat Sabu ditahan polis ketika demontrasi diadakan.
Politik tanah Melayu sekarang sudah bertukar 360 darjah. Dato’ Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang saban malam muncul di kaca tv sudah jarang kelihatan.
Inilah kepelikan yang memberi wajah baru kepada politik Malaysia dewasa ini. Mungkinkah perubahan yang berlaku secara total itu kerana kekuatan PH dengan akar umbinya.
Sumber HD - 25-6-2018Namun bagi Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, fenomena yang berlaku sekarang hanya sekadar kebetulan. PH menumpang arus penolakan rakyat terhadap Najib dan Umno. - HARAKAHDAILY 25/6/2018
Kali ini saya tidak ingin berbicara tentang tahaluf sisayi dalam blok Gagasan Sejahtera antara PAS dengan UMNO. Beberapa artikel saya pra dan pasca PRU14 telah membicarakan tentangnya. Saya telah mendapat pro dan kontra yang agak lumayan. Kini saya ingin membawa umat ini menilai satu pendekatan yang kononnya ‘kurang berisiko’ dan sedikit lelucon , iaitu bubar UMNO dan masuk PAS.
‘Risiko’ yang mereka gambarkan ialah perpecahan mungkin boleh berlaku di dalam PAS kerana sebahagiannya cukup alergik dengan UMNO. Mereka bimbang berlaku peristiwa BERJASA kedua. Mungkin juga ‘risiko’ itu dimaksudkan kutukan yang bakal diterima oleh golongan yang berbicara tentang tahaluf siyasi PAS-UMNO. Manakala ‘lelucon’ pula sesuatu yang agak lucu apabila orang luar mencampuri urusan rumah tangga orang lain, yakni PAS mencampuri urusan UMNO.
Dalam media sosial berlaku sumbangsaran yang menarik demi menguatkan PAS dalam menghadapi PRU15 nanti. Elok juga perbincangan begini daripada setiap hari merintih dan menangisi tindak-tanduk DAP/PH dalam mengisi kemenangan mereka.
Sebahagian daripada pemimpin PAS lebih cenderung menarik ahli-ahli UMNO kepada PAS. Terbaru Naib Presiden PAS, Datuk Nik Amar Abdullah menyarankan demikian. Katanya, inilah masanya UMNO yang ditolak oleh rakyat membubarkan partinya dan ahli-ahlinya masuk PAS.
Secara realistiknya, saya cukup optimis UMNO tak akan dibubarkan. Kekuatan UMNO mungkin tidak seampuh dulu. Dari semasa ke semasa akan berlaku lompatan ke PAS dan PH. Akan ada cawangan-cawangan yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi semua itu tidak akan sampai UMNO hilang dari landskap politik tanah air. Saya yakin UMNO kekal sehingga PRU15.
Soalan pertama saya, berapa peratuskah agaknya ahli UMNO sudi menyahut panggilan PAS? Pemimpin dan pakar strategi PAS mesti meletakkan suatu angka berdasarkan suatu rangka kerja. Soalan kedua, dari sudut politik demokrasi, yang mana lebih besar impaknya antara kemasukan beberapa individu berbanding dengan gabungan dua parti politik teras Melayu dalam satu blok, Gagasan Sejahtera?
Maka andai katalah, ahli UMNO tinggal 60% ( saya tak yakin ahli UMNO tinggal kurang daripada 50%), saya pesimis semua 40% datang kepada PAS. Mereka lebih selesa bersama Mahathir(PPBM) atau Anwar Ibrahim(PKR). Secara logiknya, PAS adalah musuh tradisi mereka. Jiwa politik sekular mereka seperti kata Nazri Aziz, lebih selesa bersama PH. Dengan itu, kita ambil saja PAS dapat 20% dan PH dapat 20% ahli UMNO. Dengan peratusan begitu, mampukah PAS menghentikan hegemoni PH pada PRU15? Ini persoalan terbesar yang perlu diselesaikan.
Saya singkatkan tulisan ini dengan persoalan-persoalan tersebut. Harapan saya, pemimpin dan ahli PAS dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut dan memberi satu solusi yang meyakinkan bahawa pendekatan yang bakal diambil nanti mampu mengembalikan kuasa politik umat Islam. Harus diingat, sekiranya DAP/PH mampu mengekalkan lagi kuasa lepas PRU15, maka kukuhlah pelaksanaan Malaysian Malaysia secara total.
#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS
BayangDiAir
22/6/2018
Sumber MR - 22-6-2018
Halatuju kewangan dan ekonomi negara diragui
MUKADDIMAHAntara hasrat besar rakyat Malaysia menjatuhkan Kerajaan BN dalam PRU14 adalah untuk melihat kewangan dan ekonomi negara yang lebih stabil, diuruskan dengan berhemah dan profesional. Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara juga diharap tidak akan disalahgunakan oleh golongan politik berkelas atasan bagi mendapat laba politik untuk parti pemerintah semata-mata, atau untuk peribadi mereka sahaja.
Lantaran itu isu salah urus dalam 1MDB, derma RM 2.6 billion, GST, kejatuhan Ringgit, kehilangan keyakinan pelabur di Bursa Saham, detail kontrak kereta api dengan Kerajaan China yang meragukan, kenaikan harga minyak dan barang keperluan menjadi isu-isu serius yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia sebelum PRU.
Harapan rakyat, tanpa BN isu-isu ini akan segera diambil perhatian oleh kerajaan baru dan ekonomi negara akan dipulihkan dengan jayanya. Justeru, mengelakkan bencana negara kehilangan daya saing, atau lebih teruk negara 'muflis' jika terus kekal di bawah BN.
Lim Guan Eng sebagai Menteri KewanganLangkah awal Kerajaan PH untuk memulihkan persepsi buruk pengurusan ekonomi negara ialah dengan mengumumkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.Namun pelantikan LGE sebagai Menteri Kewangan yang baru ini telah mengundang persepsi berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat.
PH menganggap beliau calon paling sesuai kerana latar belakang beliau sebagai 'akauntan' dan 'tulang belakang' kepada pengurusan kewangan yang baik di Pulau Pinang.
Pandangan pengkritikNamun ada juga yang mempersoalkan mengenai kewajaran Menteri Kewangan daripada bukan Melayu yang dibimbangi kurang cenderung untuk mengambil perhatian isu-isu kewangan yang menghimpit Bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Isu-isu ini adalah isu sebenar orang Melayu yang gagal ditangani oleh Umno, disebabkan dasar Umnoputra dan Ali Baba mendahului kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
Dan ramai juga yang mempersoalkan mengenai pertuduhan kes ke atas beliau yang sedang dibicarakan. Harapan rakyat, Kerajaan PH akan melantik Menteri Kewangan "yang bukan sahaja bersih dan berkemampuan, tetapi dia juga mestilah dilihat bersih." Slogan yang sering digunapakai oleh pimpinan PH sebelum berkuasa.
Lebih memilukan, Hakim yang mendengar kes LGE, Datuk Hadhariah Syed Ismail semasa mengulas permohonan Peguam LGE bagi menangguhkan perbicaraan beliau sehinggalah Peguam Negara baru yang akan dilantik memulakan tugasnya, dilaporkan berkata, "Ini adalah pertuduhan jenayah di mana tertuduh perlu hadir ke Mahkamah. Namun hari ini, salah seorang tertuduh mengangkat sumpah sebagai Menteri".
Ini memberikan isyarat yang tidak baik kepada tadbir urus negara. Iaitu PH sebagai pihak eksekutif bebas untuk campur tangan dalam urusan pihak Kehakiman, saling tak tumpah seperti era BN.
1MDB: Menteri Kewangan sebagai pendakwa, hakim dan pengkritik utama NajibSejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan, LGE memanggil Pegawai-pegawai Utama 1MDB pada 23 Mei untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes tersebut di atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan. Ini adalah baik.
Malangnya, beliau seterusnya membuat sidang media dan mendedahkan maklumat-maklumat yang lebih mengejutkan mengenai 1MDB. Kesimpulannya, Najib dan Kerajaan BN memang jahat.
Dengan itu, beliau telah berperanan sendirian sebagai pendakwa dan hakim. Di samping mengekalkan kedudukan beliau sebagai pengkritik Nombor Satu 1MDB.
Ini adalah sangat bertentangan dengan falsafah 'natural justice' dalam bidang perundangan. Tertuduh didakwa dan diputuskan salah oleh majikan barunya yang telah lama menampakkan 'permusuhannya'.
Kesan kepada pasaran SahamTindakannya itu dilihat popular di dalam komuniti politik.
Tetapi sangat tidak popular dalam komuniti perniagaan dan pelaburan. Menteri Kewangan baru PH ini dilihat terlalu naif kerana tidak menyedari bahawa kenyataan yang dibuat di atas kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan adalah sangat sensitif kepada sentimen pasaran.
Saham di Bursa Malaysia jatuh. Pelabur dilihat mula menarik keluar pelaburan mereka daripada Bursa Saham dengan nilaian berbillion Ringgit.
Kesilapan 'novice' LGE, turut mendapat 'kritikan mesra' daripada Datuk Kadir Jasin. Pegawai media Kerajaan baru PH.
Hutang RM 1 TrillionSeterusnya, Menteri Kewangan mengisytiharkan hutang negara hampir mencecah RM 1 trillion. Kata beliau, Menteri Kewangan yang lepas telah memanipulasikan angka kewangan negara yang sebenar dengan teknik 'creative accounting'.
Di mana hutang negara yang sebenar menurut beliau berjumlah RM 1 trillion. Bukannya RM 686.8 billion seperti yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu.
Kerajaan BN yang lepas, masih terus menjadi 'budak belasahan'nya pada era PH telah pun membentuk Kerajaan Persekutuan.
Angka inilah yang agaknya telah dimaklumkan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. 'Kelat' sekali wajah Tun Mahathir apabila mengisytiharkan hutang negara sebenarnya sebanyak RM 1 trillion dalam satu sidang medianya. Sedih dan terlalu di luar jangkaan Perdana Menteri.
Rupanya, hutang negara yang dikira oleh Menteri Kewangan yang baru tidak memakai praktis standard pengiraan hutang negara oleh Bank Negara dan banyak Bank-bank Pusat yang lain. Praktis standard pengiraan hutang negara hanyalah Hutang Rasmi Kerajaan. Kiraan sepatutnya tidak termasuk liabiliti 'Komitmen jaminan hutang oleh kerajaan'.
Akhirnya pada 26 Mei, Kementerian Kewangan membuat siaran media bahawa hutang rasmi negara hanyalah sebanyak RM 686.8 billion, iaitu 50.8 peratus daripada KDNK. Namun 'Komitmen jaminan hutang oleh kerajaan' yang berjumlah RM 199.1 billion turut diambil kira sebagai hutang Kerajaan Persekutuan, menjadikan totalnya sebanyak RM 885.9 billion, iaitu 65.4 peratus daripada KDNK.
Oleh itu kewangan negara berada pada tahap yang mencemaskan!
Rupanya jumlah RM 1 trillion adalah pengiraan secara 'loncong' atau mudah disebut sahaja, bukan nilai sebenar. Jumlah sebenar Hutang Rasmi Negara dicampurkan sekali dengan 'komitmen jaminan hutang oleh kerajaan' pun taklah sampai berjumlah RM 1 trillion.
Sungguh menyayat hati, Menteri Kewangan baru PH bercakap mengenai data kewangan negara seperti penjual borong di Pasar Besar Selayang sahaja.
Inilah 'creative accounting' bentuk baru Menteri Kewangan yang baru menggantikan Datuk Seri Najib.
Pengisytiharan hutang negara yang terlalu tinggi ini, sekali lagi menghakis keyakinan pelabur asing mengenai keupayaan Kerajaan Malaysia menguruskan dan melunaskan hutangnya dengan baik.
Tabung HarapanMalangnya, Lim Guan Eng tidak mahu menarik balik kesilapannya mengenai fakta hutang negara.
Walaupun beliau mengaku Hutang Rasmi Negara adalah RM 686.8 billion, tetapi beliau tetap mempertahankan kenyataan awalnya dengan menegaskan 'hakikat sebenar' hutang negara adalah RM 1 trillion.
Lebih daripada itu, beliau mengambil langkah politik berbentuk populis iaitu menubuhkan 'Tabung Harapan' untuk mengutip derma daripada rakyat Malaysia yang 'patriotik'. Siapa yang menderma akan diberi tanggapan 'sanggup berkorban untuk negara' dan 'sayangkan negara'.
Bahkan, ada juga Mufti dan Agamawan yang sampai terheret dengan strategi populis ini. Mereka juga mahu menunjukkan semangat patriotik mereka kepada negara dengan menderma kepada Tabung Harapan secara terang-terangan dengan wajah yang tersenyum simpul.
Rakyat yang telah menghadapi pelbagai kesukaran ekonomi pada era Kerajaan BN, sekali lagi diheret untuk sama-sama memikul beban yang sepatutnya boleh diuruskan dengan baik oleh Kerajaan PH.
Sepatutnya Kementerian Kewangan menunjukkan usaha yang lebih serius bagi mendapatkan semula aset-aset dan duit penyelewengan dana 1MDB dan lain-lain, bagi mengurangkan beban hutang negara yang sebenarnya tidak mencecah RM 1 trillion itu.
Itulah hasrat Perdana Menteri di dalam satu sidang media beliau selepas kemenangan PH. Dan ia adalah hasrat sebenar rakyat Malaysia. Rakyat tidak mahu lagi disusahkan.
Malangnya, Menteri Kewangan hanya suka bermain 'creative accounting' dan memanipulasi angka. Suatu yang kita tidak jangka akan berlaku lagi pada zaman pentadbiran PH.
Sekali lagi langkah bersifat populis ini, menghakis keyakinan pelabur tentang keupayaan Kerajaan baru dalam menguruskan pembayaran balik hutang negara. Pelabur melihat kerajaan baru berdepan dengan masalah hutang negara di luar kawalan dan kemampuan kerajaan, sehingga terpaksa merayu belas ihsan rakyat memberikan sumbangan langsung di atas nama 'derma'.
Berbillion Ringgit pelaburan asing terus keluar daripada pasaran Malaysia.
Mendapat modal besar untuk tidak melaksanakan manifestoHutang negara sebanyak 'RM 1 trillion' itu betul-betul diangkat tinggi sebagai sebab utama atau 'excuse' untuk menangguhkan beberapa Manifesto 100 hari PH.
Menguruskan Kementerian Kewangan sepatutnya tidak boleh terlalu mengejar kepentingan politik kepartian. Dasar CAT yang kononnya dipegang oleh Menteri Kewangan yang baru sudah di'capati'kan sejak bulan pertama menjalankan tugas rasmi.Ungkapan masyhur rentetan daripada itu ialah, "Kita nak buat, tapi BN tinggalkan hutang yang terlalu besar. Berikanlah kami tempoh yang lebih panjang". "Hari ini berkahwin, bukan besok terus dapat anak".
Hasilnya, tol belum lagi dihapuskan. Hanya diberi diskaun 50 peratus selama 2 hari. Minyak RON95 dikekalkan tinggi seperti era BN. Minyak RON97 meningkat melampaui harga pada zaman BN. Pelajar yang berhutang dengan PTPTN dan belum mendapat gaji RM 4000, terpaksa juga terus membayar komitmen bulanan seperti era BN.
Tak apalah, rakyat Malaysia tetap dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di RTM dengan belanja RM 30 juta. Tajaan Air Asia dan Maxis, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kejatuhan Indeks KLCI di Bursa MalaysiaPada 18 April 2018, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencapai tahap tertingginya mencapai paras 1895.18 mata.Selepas PRU ke-14, ia semakin menurun.Kelmarin, 21 Jun 2018, jam 12.30 tengah hari, Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut di bawah paras kritikal 1,700 apabila kehilangan 18.47 mata kepada 1,691.28.Ini merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan sejak 8 Feb, 2017 apabila FBM KLCI ditutup pada 1,688.50. Kejatuhan lebih 203.9 mata menyusut sejak mencapai paras tertinggi.BN sudah tiada. Kita harap Menteri Kewangan PH lebih menumpukan tumpuan untuk menjadikan Malaysia Baru lebih mesra pelabur seperti yang dipertegaskan oleh Perdana Menteri sebelum ini.Bukan masih lagi masih seronok ber'silat pulut' mempromosikan Tabung Harapan semata-mata.
Nilai RinggitSelepas 10 Mei 2018, Ringgit berbanding US Dollar ialah 3.9670. Pada 21 Jun, Ringgit semakin lemah, Ringgit berbanding USD ialah pada 4.0120.
Penganalisis Ekonomi di DBS Group meramalkan Ringgit akan menyusut sehingga 4.20 pada akhir tahun ini.
Kelemahan Ringgit ini akan menjejaskan ekonomi negara secara signifikan kerana Malaysia banyak mengimport barang-barang keperluan dalam negara daripada negara-negara luar. Jika berlaku begitu, kenaikan harga barang adalah mungkin lebih teruk daripada era GST.
Rizab Negara menyusutDakwaan PH sebelum pilihan raya ke-14, bahawa berada pada paras kritikal menuju muflis akhirnya tersangkal dengan nilai Rizab Negara yang masih kukuh.
Namun yang membimbangkan kita ialah Rizab Antarabangsa Bank Negara mengalami trend 'menyusut' sejak PH mengambil alih Putrajaya.
Pada akhir April, iaitu sebelum PRU ke-14, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD 109. 524 billion.
Pada 31 Mei 2018, iaitu sejurus selepas PH memenangi PRU, ia menyusut kepada USD 108.5 billion. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Terbaru, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD 107.9 bilion pada 14 Jun 2018. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Kejatuhan nilai pelaburan KWSPPada 18 Jun 2018, Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam 10 Syarikat Tersenarai Awam (PLC) jatuh 12 peratus pada bulan pertama pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya, demikian lapor The Edge Markets.
Jumlah kejatuhan nilai ialah RM 6.09 billion. Iaitu kejatuhan kepada RM 45.12 billion daripada RM 51.21 billion di dalam nilai pelaburan.
10 Syarikat Tersenarai Awam itu ialah yang Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.
RM 6.09 billion hilang tak sampai sebulan selepas pertukaran kerajaan. Sedangkan Tabung Harapan baru saja mencecah RM 74, 695, 510.12 pada 17 Jun baru-baru ini.
KesimpulanKerajaan PH dilihat bergelut menguruskan ekonomi negara sekalipun dibarisi oleh individu-individu yang dilihat sangat berkemampuan menguruskan ekonomi negara.Mungkin kita perlukan Menteri Kewangan yang baru.
Imej LGE dalam sebulan ini lebih dilihat sebagai penyiasat yang cekap dan tegas di Kementerian Kewangan. Bertugas untuk membongkar penyelewengan Kerajaan BN 'at all cost'. Bukan sebagai Menteri Kewangan.
Imej LGE itu sangat tidak mesra pelabur. Setiap kali LGE muncul di media, pelabur dan komuniti perniagaan gusar dan bimbang dan ketidak-tentuan yang mungkin dicetuskannya.
Mungkin Tun Mahathir sendiri boleh mengambil alih. Atau seorang daripada Majlis Penasihat Kerajaan dilantik sebagai Senator. Atau mungkin bertukar portfolio dengan Dato' Seri Azmin.
Kerajaan PH perlukan Menteri Kewangan yang lebih cekap untuk menjayakan Malaysia Baru yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia. Ini adalah misi yang mesti diutamakan oleh Kerajaan PH.
Kuota parti komponen PH dalam Jemaah Menteri tidak sepatutnya sampai menggadaikan masa depan ekonomi negara yang lebih stabil dan mampu bersaing.
ZAKARIA ISMAILSumber HD - 22-6-2018
AJK PAS Kawasan Marang
22 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 22/6/2018
Antara dipengaruhi dengan mempengaruhi
KETIKA dunia di zaman Falsafah Yunani, masyarakat ketika itu sangat mengkagumi Tokoh-tokoh Falsafah yang ada di sekeliling mereka. Nama-nama seperti Socrates, Plato, Aristotle dan ramai lagi, menjadi sebutan dan idola bagi masyarakat setempat, menunjukkan akan kekuatan mereka mempengaruhi khalayak. Sehingga kini falsafah-falsafah mereka masih didengari oleh generasi sekarang. Hidup rakyat ketika itu dikelilingi oleh ahli-ahli falsafah yang mana, jika mereka yang diangap kurang ternama berbanding dengan Tokoh-tokoh itu, hidup pada zaman sekarang, tidak mustahil mereka akan menjadi ahli falsafah terhebat berbanding kita yang ada sekarang ini. Begitulah gambaran kekuatan ilmu falsafah yang mereka miliki berbanding kita kerana faktor sekitar.
Begitu juga ketika zaman Firaun, ahli sihir mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Firaun kerana waktu itu ialah waktu ketinggian ilmu sihir yang diamalkan oleh masyarakat setempat. Apabila Firaun mendapat mimpi buruk, ahli sihirlah yang menjadi rujukannya. Ketika Nabi Musa diajak berlawan oleh Firaun, ahli sihir juga yang menjadi pertaruhannya, sehingga menjanjikan kedudukan yang mulia di sisinya. Sehinggakan Musa dikurniakan mukjizat seumpama sihir untuk melawan Firaun. Maka beramai-ramailah rakyat Mesir berusaha untuk menjadi ahli sihir kerana kedudukannya di sisi Firaun.
Suatu ketika, di negara-negara seperti Austria, Jerman dan sekitarnya, lahir begitu ramai ahli muzik seperti Beethoven, Bach, Mozart, Strauss dan lain-lain. Alunan muzik-muzik, kedengaran di sana-sini hasil daripada ciptaan-ciptaan mereka ini. Mereka yang digelar sebagai pintar muzik itu, mengepalai Orkestra bagi hiburan orang ramai di waktu itu. Ada muzik ciptaan mereka yang disiapkan hanya beberapa ketika sebelum persembahan tetapi lagu itu kekal menjadi siulan orang ramai sehingga kini. Begitu hebatnya mereka dan bakat mereka ini dikagumi sehingga kini kerana lahirnya mereka di sekeliling ahli di bidang muzik.
Di Brazil, bola sepak dianggap sebagai agama atau kepercayaan oleh rakyat mereka. Jika pasukan mereka menang, itu biasa kerana mereka hanya tahu bahawa mereka mesti menang. Tetapi jika kalah, maka siaplah pasukan mereka untuk dihina dan dicaci. Tiada tempat bagi kekalahan untuk pasukan Brazil. Pemain-pemain yang lahir dari Brazil bertebaran ke seluruh pelusuk dunia mencari tempat bagi bermain di kelab-kelab ternama. Pemain yang biasa di Brazil, boleh jadi menjadi antara pemain terbaik di negara yang tidak menjadikan bola sepak sebagai sukan utama. Semua ini kerana pengaruh persekitaran.
Di zaman kegemilangan ilmu Islam, Ulama-ulama menjadi nadi penting masyarakat. Kebanjiran Ulama-ulama ini membuka dimensi baharu ilmu Fiqh dan memberikan pandangan-pandangan baharu tentang hal berkaitan dengannya. Masing-masing berusaha menjadi salah seorang Ulama yang mengeluarkan Fatwa, mengajak manusia dan membuka jalan ke arah kebaikan kerana mereka memahami akan betapa besarnya pahala yang akan diperolehi jika ilmu yang bermanafaat itu disebarkan. Tidak pelik jika Ulama biasa pada zaman itu mungkin menjadi orang penting dalam agama di zaman ini. Perlumbaan itu adalah hasil daripada kehendak ketika itu.
Inilah keadaan yang lahir, hasil daripada pengaruh keadaan sekeliling yang dibentuk oleh suatu gelombang yang mengubah pemikiran masyarakat mengikut kepada acuan kehendak sekeliling pada waktu-waktu itu. Sangat janggal jika ada yang tertinggal atau tidak mahu mengikut arus perubahan itu kerana mereka akan dipandang sebagai pelik, menyalahi kebiasaan zaman. Pun begitu, bukan semestinya yang majoriti itu betul dan minoriti itu salah. Ianya adalah tekanan sekeliling kehidupan yang boleh mencorakkan manusia setempat.
Pada waktu ini, Malaysia sedang dilanda pengaruh fitnah yang sangat dahsyat. Apa sahaja yang dikatakan dari sebuah pihak yang menguasai sekarang, dianggap betul walaupun tiada bukti. Apa sahaja yang cuba dinafikan oleh pihak tertuduh, adalah penipuan walaupun ada buktinya. Saya amat takut keadaan ini telah mempengaruhi cara hidup kita. Apa lagi apabila melihat sang agamawan turut galak terlibat dalam membentuk persepsi negatif ini dalam kalangan masyarakat kerana pengaruh mencipta persepsi ini begitu membahang di sekeliling, mereka terpengaruh.
Dengan hanya menunjukkan beberapa keping gambar di FB, ada agamawan sama ada sengaja atau tidak, telah membuka seluas-luasnya pintu fitnah untuk masyarakat turut sama mencipta fitnah. Beberapa keping resit Infaq wajib oleh organisasi parti yang sebenarnya boleh jika beliau mahu memanggil pihak terlibat untuk penjelasan rasmi, bersesuaian dengan kedudukannya, tetapi beliau menyerahkan urusan itu kepada netizen untuk mengadilinya. Sama perangai dengan seorang Menteri Kewangan yang menyebarkan apa yang didakwa sebagai keburukan pemerintahan yang lalu di alam maya, tetapi tiada satu pun tuduhan dibawa ke mahkamah, sebaliknya pasaran saham negara pula yang jatuh.
Agamawan sebegini mungkin tidak diperlukan dalam masyarakat yang inginkan kedamaian. Sebelum ini juga ada agamawan telah secara sinis menyindir Raja di negeri Antah Berantah yang katanya walaupun permaisurinya memakai tudung, tetapi istana yang mereka duduki bernilai lebih berbillion ringgit. Sayang kerana beliau gagal menyentuh tentang kisah Raja di negeri Entah Apa-apa iaitu negeri beliau berkhidmat yang bukan sahaja permaisurinya langsung tidak memakai tudung, malah puteri dan puteri menantunya juga. Itu belum dikira lagi premis judi yang ada yang tidak ditutup. Sangat suka beliau dengan sebaran cerita sensasi keburukan orang lain yang nyata bukan daripada ajaran Rasulullah. Ironinya, apabila orang yang beliau suka membuat onar, mulutnya terkunci atau No Big Deal. Begitu jelas dipengaruhi dengan keadaan sekeliling yang suka membuat persepsi dan fitnah.
Kini kita yang ada, yang sukakan kebenaran, terpaksa menongkah arus melawan segala tohmahan, persepsi dan juga fitnah yang sedang menggila. Kita terpaksa memilih untuk mempengaruhi dan bukannya dipengaruhi keadaan sekeliling ini. Kita, sebenarnya takut dengan hari pertemuan dengan Allah, sedaya upaya menghindari sikap mengfitnah ini dan berkerja keras menepis segala fitnah ini walaupun kita kalah. Jangan kita dipengaruhi oleh mereka. Sebagaimana jawapan Presiden PAS ketika ditanya adakah boleh menggunakan sedikit penipuan bagi membalas kempen fitnah lawan? Dengan tegas beliau menjawab, buatlah apa yang sepatutnya, tetapi jangan sampai haram. Jika boleh apabila makhruh pun, berhentilah.
Itulah Presiden kami dan kami bangga dengan sikapnya yang tegas dengan kehendak Islam. Ibarat ikan di dalam lautan yang tidak menjadi masin dek kerana air laut di sekelilingnya, ada jati diri kita sendiri, kalah menang sebenar adalah di akhirat, bukan di dunia.
MOHD NASIR ABDULLAHSumber HD - 21-6-2018
Al-Khor, Qatar
21 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 21/6/2018
PRU15: Jangkaan jika tiga penjuru
KENDURI besar negeriJika berlaku lagi pertandingan tiga penjuru akan menyaksikan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen milik Umno akan difaraidkan di antara PAS dan PH. Dalam tempoh peralihan ini, pengundi Umno tidak ada pilihan selain PH atau PAS, anggaran 30 peratus bekas pengundi BN akan mengundi parti PAS dan 70 peratus akan mengundi parti yang menguasai Kerajaan Pusat iaitu PH.
Parti PAS akan berkenduri besar di Kelantan dan Terengganu dengan menambah kerusi Dun dan Parlimen di Kelantan dan Terengganu. Semua kerusi milik Umno di Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan parti PAS.
Manakala kerusi Umno di Perak dan Pahang juga jatuh kepada parti PAS sebagai contoh Parlimen Parit di Perak namun tidak mencukupi untuk bentuk Kerajaan Negeri bersendirian.
Manakala di Kedah pula, kadar sokongan kepada PH daripada bekas pengundi Umno lebih tinggi berbanding kepada parti PAS kerana PH berkuasa di negeri dan Pusat pada kadar 70 : 30. Ini mengakibatkan kerusi parti PAS yang dimenangi tanpa undi lebih daripada 50 peratus mungkin akan jatuh pada PH. (nota: hanya 3/15 kerusi Dun milik PAS di Kedah di mana undi lebih daripada 50 peratus). Namun jika kadar hanya sekitar 50 : 50, maka PAS mungkin boleh menguasai Dun Kedah.
Di peringkat Parlimen pula, PH akan mudah mendapat dua per tiga majoriti dengan PAS menambah bilangan kerusi kepada 30-50 kerusi kerana merampas kerusi majoriti Melayu dari Umno. Dengan mendapat majoriti dua per tiga, PH lebih bebas menentukan polisi dan persempadanan semula dengan menambah kerusi yang bercampur (pertambahan kerusi bercampur akan memudahkan PH mengekalkan kemenangan).
Tempoh kenduri besar negeri untuk parti PAS ini hanyalah sementara sahaja dan PRU16 pula akan menyaksikan bekas pengundi Umno yang mengundi PAS akan beralih pula kepada PH kerana PH menjadi kerajaan di Pusat serta perubahan sempadan pilihan raya baru. Fenomena ini umpama pada PRU2004, di mana pengundi Umno yang menyokong PAS pada PRU1999 kembali mengundi BN. Ini akan akibatkan parti PAS mengalami kekalahan teruk di mana dijangkakan kerusi yang dimenangi semasa PRU14 dan PRU15 akan direset semula yang menyaksikan PAS mungkin kehilangan Negeri Terengganu dan Kedah.
Kenduri sederhana PusatKeadaan ini akan berlaku jika parti PAS bekerjasama dengan parti Umno sebelum Umno kehilangan sokongan sebahagian besar 3.5 juta pengundi pada PRU14.
Apabila undi PAS dan Umno digabungkan, hampir semua kerusi majoriti Melayu yang dimenangi oleh PH akan kembali kepada gabungan PAS dan Umno (berdasarkan keputusan PRU14 yang menyaksikan PH menang di kawasan majoriti Melayu kerana pecah undi).
Ini ditambah lagi dengan semangat Melayu dan Islam yang akan kembali meningkat dalam kalangan orang Melayu. Keadaan ini akan membolehkan gabungan PAS dan Umno untuk menang majoriti mudah di Pusat.
Apabila parti PAS dan Umno menguasai Pusat, maka banyak perubahan berkaitan Islam akan berlaku seperti perlaksanaan syariat yang tidak memerlukan dua per tiga majoriti Parlimen.
Keadaan ini akan berkekalan hingga tempoh yang agak lama kerana pertambahan pengundi Melayu akan bertambah kerana kelahiran Melayu yang tinggi dan perpindahan keluar orang-orang Cina.
Sumber HD - 16-6-2018Oleh:
DR ISHAK IBRAHIM
Penganalisis Politik
2 Syawal - HARAKAHDAILY 16/6/2018
Apabila kita melihat suasana politik di Sarawak,orang Sarawak lebih memilih parti tempatan mereka.
Antara parti tempatan Sarawak terbesar ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB). Penguasaan parti ini selama hampir 60 tahun jelas menunjukkan bahawa orang Sarawak hanya mahu negeri mereka diperintah oleh parti Sarawak sendiri.
Indikator yang paling utama ialah meskipun BN sebelum ini menang di Sarawak,namun kemenangan mereka didasari oleh PBB dan bukannya UMNO.Jikalau PBB keluar dari BN,maka BN pasti menghadapi laluan sukar untuk bertapak di Sarawak.
UMNO,MIC dan MCA ditolak di Sarawak kerana ia adalah parti Semenanjung.Perkara yang sama turut dialami oleh Pakatan Harapan dan PAS.
DAP hanya berjaya menang di kerusi bandar yang bermajoriti penduduk cina manakala PKR hanya mendapat sambutan di beberapa kawasan yang anti BN.
Oleh itu,PAS perlu melakukan anjakan paradigma dengan memisahkan PAS Sarawak dari PAS Pusat.Jenamakan semula PAS Sarawak dengan nama Parti Darul Hana dan PDH perlu menyertai Gagasan Sejahtera.
Insya Allah,rakyat Sarawak akan melihat PAS Sarawak atau PDH bukan lagi parti dari semenanjung sebaliknya parti tempatan Sarawak.Dengan ini,rakyat Sarawak akan mudah untuk menerima keberadaan parti ini di Sarawak.
Wallahu a'lam
Semoga suara hati ini dapat dibawa ke Muktamar Agung PAS nanti untuk dibahaskan.Insya Allah
Amir Syahiran
Sumber MR - 15-6-2018
Masa BN memerintah dulu, PAS terpaksa lawan mereka di atas padang yang tidak sama rata. Mereka boleh guna agensi kerajaan dan harta kerajaan untuk lawan PAS. Tapi PAS tak boleh. Terpaksa lawan dengan kekuatan sendiri yang mana ada.
Masa PH memerintah pulak mereka guna fitnah untuk jatuhkan PAS. PAS nak lawan balik dengan mengunakan fitnah tak boleh, sebab hukumnya haram. Kalau pun nak serang balik mestilah atas perkara yang benar dan berfakta.
Ada orang tanya saya. Kalau begitu sampai bila pun kita susah nak menang. Mereka boleh guna cara haram. Kita pulak tak boleh kerana kita berpegang kepada Islam dan Islam itu ada hukumnya.
Teman..kita akan menang dengan kebenaran yang kita ada dan perjuangkan. Mengapa kita perlu guna pendekatan yang haram? Bukankah Allah menegaskan "apabila datang kebenaran maka akan hancurlah kebathilan dan kebathilan itu pasti akan hancur". PAS akan menang bukan kerana namanya PAS, tapi kerana kebenaran yang melekat bersama perjuangan PAS.
UMSTemerloh Pahang
10.June.2018
Sumber MR - 14-6-2018
Geoeskatologi (28): Roma
MENGIKUT catatan Barat, bangsa Rom berasal dari Wilayah Roma yang kini menjadi Ibu Negara Itali di Selatan Eropah. Tetapi mengikut catatan Islam, Rom berasal dari cucu Nabi Ishak yang bernama Rom bin Eisu bin Ishak. Beliau menetap di Wilayah Syam.
Roma merupakan Pusat Pemerintahan Empayar Rom Barat. Daripada sebuah Pusat Pemerintahan, Roma bertukar sebagai Pusat Keagamaan setelah Revolusi Industri yang didorong oleh fahaman Protestan dan Sekularisme. Hari ini, Roma menjadi Pusat Agama Kristian Katolik seluruh dunia. Di sana terdapat sebuah wilayah autonomi bernama Vatican City, dipimpin oleh seorang Ketua Paderi yang digelar Pope. Pemimpin terkini bergelar Pope Francis.
Nabi S.A.W bersabda mengenai Roma:
كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ، وسُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ، قال: فأخرج منه كتابًا قال: فقال عبدُ اللهِ: بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ: أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فقال رسولُ اللهِ: مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا: يعني قسطنطينيةَ\
"Sahabat bertanya bandar manakah yang bakal dibuka dahulu, Constantinople atau Roma? Jawab Nabi S.A.W: Bandar Heraclius yang pertama dibuka."[HR Hakim]
Tidak dinyatakan tentang bilakah Kota Rome akan dibuka oleh Islam. Boleh jadi sebelum membuka Baitulmaqdis, iaitu sebelum yahudi dan Dajjal ditumpaskan, dan boleh jadi juga selepas Islam menegakkan Khilafah di atas Manhaj Nubuwwah. Apa yang pasti, ia akan dibuka juga oleh orang Islam.
Perkembangan di Eropah hari ini menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Menurut kajian Pew Research, Islam merupakan agama yang mengalami pertambahan penganut paling mendadak. Bahkan menjelang 2050, jumlah penganut Islam akan menyamai penganut kristian, dengan 10 peratus populasi Muslim dunia adalah daripada Eropah. Tetapi menurut Monsgnor Formenti, jurnalis sebuah akhbar Vatican L`Osservatore Romano mencatatkan bahawa Muslim telah mengatasi populasi Catholic dengan 19.2 peratus berbanding 17.4 peratus.
Perkembangan di Vatican City sejak akhir-akhir ini juga semakin menarik. Pope John Paul II sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam bakal menguasai Eropah. Bahkan beliau memiliki sikap yang sangat terbuka dengan Islam sehingga digelar Pope Of Islam.
Jolokan yang sama turut diberi kepada Pope Francis kini. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan tidak ada apa-apa kaitan dengan Islam. Malah beliau dengan lantang mengkritik Amerika yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai milik Israel.
Pope Benedict XVI pula walaupun sebelum ini lantang mengaitkan Islam dengan keganasan, tetapi di akhir jawatannya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kristian bukan agama Bible. Selepas mengeluarkan kenyataan, beliau memecahkan rekod sepanjang zaman apabila menjadi Pope pertama meletakkan jawatan. Khabar angin mengatakan beliau telah memeluk Islam.
Dari segi agama Kristian, mereka telah berpecah kepada beberapa mazhab. Yang paling masyhur adalah Katolik, Ortodoks dan Protestan. Kristian yang menguasai dunia pada hari ini terdiri daripada penganut Protestan dan juga anggota gerakan radikal Evangelikal, atau disebut sebagai Kristian-Zionis.
Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa golongan yang paling baik terhadap umat Islam adalah orang yang mengaku dirinya Kristian. Firman Allah:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً ل ِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."
[al-Maidah:82]Ada Ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan Kristian ini adalah merujuk kepada Kristian Ortodoks yang dianuti oleh Roman Byzantine. Sehingga kini ia menjadi anutan di Syria, Mesir, Eropah Timur tetapi kebanyakannya berada di Rusia. (Rujuk bab Rom)Ada juga yang berpandangan simplistik, dengan mengatakan semua Kristian adalah baik termasuk Amerika yang dikuasai oleh Protestan Sekular dan Evangelikal. Sedangkan sifat mereka dengan mafhum nas jauh panggang daripada api.
Pandangan yang lebih harmoni adalah, bahawasanya Kristian yang dimaksudkan oleh al-Quran meliputi Kristian Ortodoks dan Katolik hari ini. Ciri-ciri yang disebutkan dalam ayat tersebut lebih kurang sama antara Katolik dan Ortodoks. Tetapi tidak termasuk Protestan yang menganut fahaman Sekular dan Evangelical yang menyokong agenda Zionis.
Justeru melatari pembukaan Kota Rome, penganut Katolik di Vatican City akan menerima Islam. Boleh jadi mereka juga termasuk dalam Hadis mereka yang akan berdamai dengan Islam bagi menghadapi musuh yang sama. Sabda Rasulullah S.A.W:
ستصالحون الرومَ صُلحًا آمنًا، فتغزون أنتم وهم عدوًّا من ورائهم"Kamu bakal berdamai dengan Rom. Maka kamu dan mereka akan memerangi musuh di belakang mereka."[HR Ibnu Majah]
Gereja Katolik hari ini tidak terlepas daripada kemasukan anasir Evangelikalisme. Fahaman ini membawa kepada pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai hak milik Yahudi sebagaimana yang diperjuangkan gerakan Zionis. Katolik sedang bergelut dengan gerakan Reformasi Gereja yang membawa idealisme Evangelikal yang berasal dari US. Sehinggakan mazhab Ortodoks tidak terkecuali sebagai sasaran Evangelikal. Walau bagaimanapun, Protestan antara yang paling kuat terpengaruh dengan ideologi ini.
Namun perkaitan dengan Kristian Ortodoks adalah lebih kuat. Ini berdasarkan Hadis bahawa umat Islam akan bergabung sebelum berperang dengan Bani Asfar. Di dalam Hadis konteks berlainan, Nabi memaksudkan Bani Asfar sebagai keturunan Heraclius iaitu Maharaja Rom Byzantine. Keturunan beliau kini berada di Rusia. (Rujuk bab Rom)Apa yang pasti, antara hikmah diturunkan Nabi Isa A.S menurut Ulama adalah untuk menyatukan kembali penganut Kristian. Simbolik mematahkan salib yang dilakukan oleh Nabi Isa nanti menjadi tanda bahawa anutan mereka selama ini salah, dan akhirnya membawa mereka memeluk Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى ينزلَ فيكم ابنُ مريمَ حَكمًا مُقسطًا فيَكسرَ الصَّليبَ ويقتلَ الخنزيرَ ويضعَ الجزيةَ ويفيضَ المالُ حتَّى لا يقبلَهُ أحدٌ
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Ibn Maryam turun kepada kamu sebagai pemimpin yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan Jizyah. Maka ketika itu harta melimpah ruah sehingga tiada orang yang mahu menerimanya lagi."[HR Bukhari]Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 14-6-2018
29 Ramadan 1439
14 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 14/6/2018
Geoeskatologi (27): Barat
ZON Barat mengikut kefahaman nas merupakan segala tanah yang berada di sebelah Barat tempat turunnya wahyu dari awal hingga akhir. Dikira secara longitud tanpa mengambil kira latitud. Mengikut lakaran peta, segala kawasan yang berada dikiri tempat turun wahyu adalah Barat. Kawasan turun wahyu pula kebanyakannya sama ada Makkah dan Madinah.
Justeru Mesir dan Syam adalah berada pada kategori Barat walaupun dunia politik mengenalinya sebagai sebahagian rantau Timur (Timur Tengah). Perkara ini boleh disahkan melalui sebuah Hadis yang selari dengan sebuah lagi Hadis menceritakan mengenai pejuang Baitulmaqdis (rujuk bab Baitulmaqdis). Sabda Rasulullah S.A.W:
لَا يَزَالُ أَهْلُ الْغَرْبِ ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
"Akan sentiasa ada penduduk Barat yang akan tegas dengan kebenaran sehingga berlaku kiamat."[HR Muslim]
Perbezaan ini disebabkan oleh penentuan Pusat bumi yang berbeza antara Barat dan Islam. Barat menjadikan Greenwich sebagai Meridian pangkal manakala Islam mengiktiraf Makkah sebagai Pusat bumi.
Jika dibuat perbandingan, dari sudut keluasan tanah (area spread) bumi, memang fakta akan menunjukkan Kaabah berada betul-betul di titik tengah bukan sahaja Timur dan Barat, juga Utara dan Selatan. Jika dikaji dari sudut sosiologi pula, Kaabah merupakan titik tengah yang menyaksikan sejarah peradaban dunia berlegar dan bertukar di sekelilingnya. Bermula daripada Tamadun Mesopotamia yang dikatakan menjadi tamadun awal manusia sehinggalah kepada hari ini, Makkah menjadi titik yang penting dalam membahaskan perkara yang berkait dengan Sains Sosial seperti politik, ekonomi dan kemasyarakatan global.
Namun pada tahun 1884, British yang ketika itu menjadi kuasa dunia pada Era Kolonialisme mengisytiharkan bahawa Pusat bumi ataupun dikenali sebagai Meridian pangkal (prime meridian) adalah di Greenwich, London. Dengan pengisytiharan tersebut, segala perkara yang berkait dengan geografi seperti koordinat, navigasi, waktu, penentuan hari dan lain-lain adalah mengikut Meridian pangkal tersebut. Implikasinya turut melibatkan ibadat Muslim yang berkaitan dengan hari, seperti Solat Jumaat.
Antara Hadis yang khusus mengenai Barat adalah mengenai lokasi Pulau Dajjal. Sahabat bernama Tamim ad-Dari sebelum memeluk Islam telah mengembara ke arah Barat, sebelum dipukul ribut menyebabkan beliau bersama anak kapal yang lain terdampar di sebuah pulau. Di sana, beliau bertemu dengan seekor binatang bernama Jassasah sebelum bertemu Dajjal dan berdialog tentang kemunculannya di akhir zaman. (Rujuk bab Tasik Tiberias).
Ada pendapat yang merujuk kedudukan Dajjal di Segitiga Bermuda. Ia terletak di perairan Tenggara Benua Amerika Utara. Banyak kejadian aneh berlaku di sana seperti misteri kehilangan kapal dan pesawat. Walau bagaimanapun, tiada siapa boleh menerangkan fenomena ini secara saintifik ataupun mengaitkan watak Dajjal dengannya.Sebelum berlaku kiamat, dunia bakal menyaksikan perubahan peredaran alam cakerawala. Matahari yang biasanya terbit dari arah Timur akan bertukar kepada arah Barat. Sabda Rasulullah S.A.W:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا رَآهَا النَّاسُ آمَنَ مَنْ عَلَيْهَا ، فَذَاكَ حِينَ: لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah matahari terbit dari arah Barat. Apabila manusia melihatnya, mereka terus beriman. Maka ketika itu, tidak berguna lagi iman mereka yang tidak beriman sebelumnya."[HR Bukhari]
Ia merupakan tanda besar berlakunya kiamat. Setelah peristiwa itu berlaku, tertutuplah pintu taubat. Mereka yang baru hendak beriman dan memeluk Islam sudah tidak ada gunanya lagi. Kiamat akan berlaku tidak berapa lama selepas itu. Sesungguhnya kiamat hanyalah satu hukuman dan pembuktian bagi mereka yang sebelum ini tidak percaya dengannya. Orang yang beriman walaupun sebesar zarah akan dimatikan sebelum itu. Sabda Rasulullah S.A.W:
يَخْرُجُ الدجالُ في أُمَّتِي ، فيمكثُ أربعينَ ، فيبعثُ اللهُ تعالى عيسى ابنَ مريمَ كأنه عُرْوَةُ بنُ مسعودٍ الثقفيُّ ، فيَطْلُبُه ، فيُهْلِكُه ، ثم يمكثُ الناسُ سبعَ سِنِينَ ، ليس بين اثنينِ عداوةٌ ، ثم يُرْسِلُ اللهُ رِيحًا باردةً من قِبَلِ الشامِ ، فلا يَبْقَى على وجهِ الأرضِ أحدٌ في قلبِه مِثْقالُ ذَرَّةٍ من إيمانِ إلا قَبَضَتْهُ ، حتى لو أنَّ أحدَكم دخل في كَبِدِ جَبَلٍ لَدَخَلَتْ عليه ، حتى تَقْبِضَه ، فيَبْقَى شِرَارُ الناسِ ، في خِفَّةِ الطيرِ ، وأحلامِ السِّباعِ ، لا يَعْرِفُونَ معروفًا ، ولا يُنْكِرونَ مُنْكَرًا،
"Dajjal keluar di kalangan umatku. Dia tinggal selama 40 hari. Lalu diutuskan Isa bin Maryam dalam rupa Urwah bin Mas`ud at-Thaqafi. Nabi Isa memburu Dajjal lalu menghapuskannya. Kemudian manusia hidup selama 7 tahun. Dalam tempoh tersebut, tidak berlaku sebarang permusuhan sesama manusia. Kemudian Allah menghantar angin yang lembut dari arah Syam. Maka semua yang memiliki iman walau sebesar zarah akan diambil nyawanya, sehingga mereka yang berada di dalam perut bukit pun akan dimasuki oleh angin tersebut dan mengambil nyawa mereka. Maka yang tinggal hanyalah sejahat-jahat manusia, melampias nafsu ibarat burung berterbangan, ganas dan kejam ibarat binatang liar, tidak mengenal kebaikan, dan tidak mencegah keburukan."[HR Muslim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 13-6-2018
27 Ramadan 1439
12 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 13/6/2018
Kisah pengIslaman Bangsa Monggol (Tatar)
"BANGSA yang menjajah biasanya akan menghapuskan dan menyebar doktrin perjuangan mereka. Ia berbeza dengan Bangsa Tatar yang menjajah dan menjarah bumi umat Islam apabila generasi terkemudian memeluk Islam.”
Ini antara mafhum yang disebutkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkaitan perihal Bangsa Monggol semasa zaman Kerajaan Bani Abbasiah. Sejarah hitam umat Islam yang sepatutnya menjadi pedoman buat kita. Tamadun umat Islam yang bertahan lebih 600 tahun jatuh di tangan bangsa terbodoh di dunia dari aspek ketamadunan dan keilmuan, namun gagah perkasa dalam bidang ketenteraan dan peperangan.
Akan tetapi janji Allah bahawa kemenangan akhirnya berpihak pada umat Islam. Dalam Peristiwa Perang Ain Jalut pada tanggal 25 Ramadan 656H, di tangan Panglima yang gagah, Saifuddin Qutuz al-Khawarizmi, maruah umat Islam berjaya ditebus selepas 40 tahun ( 617H - 656H ) Bangsa Monggol menjarah hampir keseluruhan wilayah taklukan Kerajaan Bani Abbasiah kecuali Mesir dan Hijjaz.
Monggol ataupun lebih dikenali Tatar memulakan misi menjarah bumi umat Islam pada tanggal 617H dikepalai oleh Temujin ( Genghis Khan ) seterusnya Kiyuk bin Ughitai, kemudian Mankhu Khan dan diakhiri oleh cucunya Hulaghu Khan. Di tangan 4 Jeneral ini berkuburnya Abbasiah dan Sultan terakhir Abbasiah al-Musta`sim mangkat di tangan Hulagu Khan.
Sejarah merakamkan detik kehancuran Abbasiah penuh tragik, sadis dan menyayat hati. Bahkan jika diamati sebaiknya, akan timbul rasa kepelikan dan kejanggalan mengapa umat Islam begitu hina? Walhal perpustakaan di Kota Baghdad merupakan perpustakaan yang amat besar menjadi simbol intelektual dan tingginya keilmuan pada zaman itu. Sejarah juga merakamkan pada tahun 636H, 20 tahun sebelum Kota Baghdad ranap, khazanah kitab umat Islam di Cordova (Sepanyol) juga ranap!
Ibnu Athir ketika mengulas kisah ini dengan panjang lebar menyebutkan:“Aku termenung beberapa tahun untuk menulis kisah ini kerana bencinya aku untuk menceritakan aib dan keburukan umat Islam yang dahsyat! Siapakah yang begitu mudah baginya untuk menulis aib umat Islam? Siapakah insan yang hina sangat begitu?”
Tambah beliau lagi:“Kalau ada yang mengatakan sejak daripada Adam diciptakan hinggalah ke waktu ini, umat Islam tidak pernah diuji sebegini rupa nyata ianya benar”
Boleh dikatakan tidak ada dalam sejarah umat Islam diperlakukan semacam ini atau yang hampir serupa dengannya.
Mana mungkin bangsa yang sekejam ini perlakuannya, tiba-tiba berubah 360 darjah memeluk agama wilayah yang dijajah!
Monggol memeluk Islamيرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ "( الصف: ٨)
“Mereka berkehendak memadam cahaya Allah dengan lidah-lidah mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir."(as-Saff : 08)
Hidayah itu milik Allah sepenuhnya. Masuknya Bangsa Monggol ke dalam Islam merupakan bukti bahawa Islam bukan agama pendendam terhadap musuhnya. Walaupun parut masih kekal di jiwa-jiwa umat Islam, ia mengingatkan kita tentang peristiwa Islamnya Abu Sufian bin Harb dan Hindun bintu Utbah, Islamnya Khalid al-Walid, dan juga Islamnya beberapa lagi tokoh tegar penentang Islam semasa jahiliah, namun pengIslaman mereka melenyapkan terus noda dan dosa mereka! Tiada lagi ungkitan dan memendam rasa dalam jiwa para Sahabat, kesemuanya diterima sepenuh hati:
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara“
Menurut Dr Raghib As Sarjani, Bangsa Monggol mula masuk Islam selepas 35 tahun mereka ditimpa kekalahan selepas Ain Jalut. Orang Monggol yang mula-mula masuk Islam ialah Barakah Khan (1256H-1267H) dari Wilayah Rusia. Selepas kekalahan Monggol di tangan Saifuddin Qutuz, Monggol terpecah kepada 4 kelompok.
Barakah Khan menerima pencerahan daripada Najmuddin Muhktar az-Zahidi yang menjelaskan perbezaan antara Islam dan Kristian secara tuntas melalui surat yang dikirimkannya. Diceritakan bahawa punca pengIslaman Barakah Khan apabila beliau secara kebetulan bertemu dengan pedagang yang datang dari Wilayah Bukhara lantas beliau bertanya perihal Islam kepada dua orang daripada kalangan mereka lalu masuk Islam.
Usai masuk Islam, beliau mula merapati Islam sepenuhnya dan memeterai perjanjian bersama Sultan Zahir Bybrus (1260M-1277M) Raja Kerajaan Mamalik di Mesir. Hasil perjanjian keduanya, Bybrus menghadiahkan buku-buku agama kepada Barakah Khan dan akhirnya kebanyakan pengikut Monggol mula menerima Islam sebagai agama mereka yang baru dan kanak-kanak mula didedahkan dengan al-Quran.
Menurut Dr Hj Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka), perkembangan selepas kekalahan Bangsa Tatar di tangan umat Islam, Monggol yang berbaki masih lagi berkuasa di beberapa wilayah antaranya Iran. Anak kepada Hulagu Khan, Abaqa Khan memerintah Iran. Beliau merapati Kerabat Byzantin dan mengahwini puteri Kaisar ketika itu. Pihak Byzantin juga menaruh harap supaya Abaqa Khan memeluk Kristian namun nyata hampa. Abaqa Khan kekal hingga akhir hayatnya dalam agama asalnya (Yasik)Sesudah Abaqa Khan, diganti oleh Nikodar Khan yang memeluk Kristian sejak kecil.
Sumber HD - 12-6-2018Seterusnya diperintah oleh Arghon Khan yang memeluk Islam. Namun Arghon Khan dilihat tidak telus dan ikhlas dalam keIslamannya kerana mengambil penasihatnya seorang Yahudi. Begitu juga dengan Ghazan Khan, memeluk Islam bersama 100,000 orang tenteranya. Namun mempunyai prinsip yang amat pelik dan asing. Beliau sering memusuhi Islam, bahkan amat tegar membela kumpulan Syiah Imamiah dan Kristian. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
1) Bersyukur saya kepada Allah S.W.T dengan limpah kurniaNYA dapat PAS memerintah kembali negeri Terengganu Darul Iman dan Selawat & Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W moga-moga kita mendapat syafaat Baginda diakhirat kelak, In Sya Allah.
2) Sesungguhnya kemenangan ini adalah petunjuk daripada ALLAH, dan harus diingatkan dalam kemenangan ini ada ujian dariNya, Jangan sampai kita alpa dan lalai dibawa arus....
3) Dan adakah kita sudah bersedia mengalasnya??? In Sya Allah, hanya org yg bersabar & bertaqwa shj dpt mengharungi & menikmatinya dan Sesungguhnya itu janji ALLAH kepada kita.
4) Jadikan pengalaman 1999 – 2004 sebagai “guidance and guidelines”, jangan terlampau ghairah dan jangan terlampau slow dalam menaikkan nama Terengganu dalam acuan yg bakal dibawa“Usai dibiar Nasi menjadi Bubur kembali”.
5) Diketahui oleh kita, kesuraman ekonomi termasuk kejatuhan minyak mentah pada 2016 – 2017 menyebabkan keadaan negeri begitu parah dalam mencari identitinya sendiri. Apakah persediaan atau “backup plan” yang akan dirancangkan oleh pihak kerajaan Terengganu yg baharu??? Perkara ini wajar dititikberatkan agar kita tidak terlepas pandang sehinggakan berlakunya peningkatan kos sara hidup dan pengangguran secara mendadak termasuk aliran tunai isi rumah yang tidak seimbang tanpa diambil peduli oleh kerajaan sebelum ini bagai “Janji tingal janji”.
6) Tetapi yang saya pelik unit Perancang Ekonomi Negeri pula mengatakan sebaliknya bahawa penduduk negeri ini tidak mengalami apa2 kesan dan mengeluarkan kenyataan bahawa pendapatan isi rumah purata sebanyak RM5,800.00 sebulan yang mana telah meningkat dari setahun ke tahun yg lain… .pelik bin ajaib...Walaupun Terengganu negeri pengeluar minyak tetapi hakikatnya kita masih melukut ditepi gantang… SEDARLAH… begitu ramai rakyat Terengganu yg boleh dikategorikan sbg rakyat marhaen a.k.a miskin dan masih merempat di negeri sendiri hinggakan sebahagiannya menjadi anak perantauan…
7) Berkenaan bajet yang dibentangkan pada tahun 2017 perlulh dibuat susun atur kembali bagi mengikuti keperluan semasa dengan kepimpinan yang baharu dan begitu banyak projek yang dijalankan pada 10 -15 tahun kebelakangan ini yg telah porak peranda dan berlaku byk ketirisan termasuk kemusnahan dengan anggaran sebanyak RM5000 – RM8000 juta telah diguna pakai untuk keseluruhan kos projek tersebut termasuk “under table” pada org tertentu.
Adakah Kepimpinan PAS akan menjadi tukang cuci bagi pihak sebelum ini??? Perlu dijelaskan kepada Umum mengenai projek-projek tersebut, supaya rakyat dpt membuka mata mengenai ketidakseimbanagn dalam menguruskan segala asset dan pembangunan pentadbiran negeri Terengganu bagi Tahun 2004 – 2017 dan kewujudan “Terengganu Asset Task Force (TATF)” perlu disegerakan bagi mengenal pasti punca masalah tersebut dalam mengambil langkah selanjutnya… jangan pulak kepimpinan skrg akan dituduh kerana tidak ambil peduli..
8) Sy juga tidak bersemangat utk ulas berkaitan pendedahan penyelewangan yg belum selesai spt syarikat PERWAJA STEEL sbyk 10 Billion dan anak syarikat / GLC yg lain kecuali EPIC Group of Companies, perlu diingatkan Fast Action to Be Taken by New Government.
9) Apa-apa dasar, arahan, cetusan idea pemimpin, projek-projek mega dan program kerajaan negeri yg terdahulu dan tidak selari dengan dasar kerajaan sekarang ini perlu diteliti semula dan ditangguhkan serta merta namun tidak berkompromi dalam isu kebajikan & kesahteraan rakyat. Oleh itu TATF perlu mgkaji keseluruhan ketirisan diatas utk penambahbaikan, audit bebas perlu disegerakan dan mengetahui tahap readiness terhadap keperluan serta impact kewangan skrg.
10) Jika usaha yg bersungguh-sungguh diambil, maka negeri Terengganu mampu mencapai kemajuan yg lebih membanggakan dlm aktiviti yg dikehendaki dgn perancangan yg teliti agar manfaatnya dinikmati oleh rakyat.
11) Sebagai pihak kerajaan yang baharu dgn kepimpinan yang dilantik maka hendaklah melaksanakan tugas dengan amanah, ikhlas dan jujur. Sehubungan dengan itu, layanlah rakyat dengan penuh berhemah dan buktikanlah bahawa rakyat telah membuat pilihan yang tepat.
12) Harapan agar semua kepimpinan yg dilantik dpt menumpukan segala tenaga, kepakaran & pengalaman untuk berkhidmat dlm memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yg berkualiti dan negeri Terengganu dpt terus membangun.
...bersambung
Sumber MR - 122-6-2018
Geoeskatologi (26): India
INDIA merujuk sebuah negara yang berada di Asia Selatan (subcontinent). Negara tersebut memiliki kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia, dan keluasan tanah ketujuh terbesar di dunia. Berkongsi sempadan dengan Pakistan di sebelah Barat, China dan Nepal di sebelah Utara serta Bangladesh dan Bhutan di sebelah Timur.
India turut dikenali sebagai bangsa yang memiliki tamadun tinggi, bahkan antara kaum bertamadun terawal dunia, kira-kira Milenia ketiga sebelum Masihi. Orang Arab yang mengenali India sebagai Hind sangat teruja dengan ketamadunan dan budaya India sehingga menamakan diri dengan Hindi, Hindun dan sebagainya. Antara pengaruh Tamadun India terhadap peradaban manusia adalah sistem penomboran yang ada hari ini.
Pada Era Kolonialisasi, India termasuk di antara Wilayah Empayar British dan menjadi Pusat Kawalan British di Asia. Asalnya Wilayah India hingga ke sempadan Afghanistan dan Myanmar, tetapi perbalahan antara agama dan kaum menyebabkan British menganugerahkan kemerdekaan dengan memisahkan Pakistan daripada India. Pakistan pula asalnya dibahagikan kepada Timur dan Barat, namun berlaku konflik dalaman yang akhirnya membawa pembebasan Pakistan Timur daripada Barat lalu membentuk Negara Bangladesh tahun 1971.
Nabi S.A.W menyatakan tentang India:
عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام
"Dua pasukan daripada umatku yang akan dipelihara daripada api neraka: pasukan yang memerangi India dan pasukan yang bersama Isa bin Maryam A.S."[HR Nasaie]
Walaupun perang antara Islam dan India telah berlaku di zaman awal Khilafah Umawiyah, namun ramai Ulama berpandangan bahawa peristiwa peperangan Islam terhadap India sebagaimana yang dinyatakan oleh Hadis Nabi S.A.W hanya akan berlaku di akhir zaman, di masa dekatnya tempoh Nabi Isa A.S turun ke bumi. Perkara ini dikuatkan oleh pelbagai Hadis lain, antaranya sabda Rasulullah S.A.W:
لَيَغْزُوَنَّ الْهِنْدَ لَكُمْ جَيْشٌ ، يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ حَتَّى يَأْتُوا بِمُلُوكِهِمْ مُغَلَّلِينَ بِالسَّلاسِلِ ، يَغْفِرُ اللَّهُ ذُنُوبَهُمْ ، فَيَنْصَرِفُونَ حِينَ يَنْصَرِفُونَ فَيَجِدُونَ ابْنَ مَرْيَمَ بِالشَّامِ
"India akan diperangi oleh satu pasukan tentera yang akan dibuka di tangannya negara tersebut. Sehingga mereka berjaya menangkap Raja-raja mereka dengan belenggu rantai. Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Selepas itu pasukan ini meninggalkan mereka, ketika meninggalkan itu, pasukan tersebut mendapat Nabi Isa bin Maryam sudah berada di Syam."[HR Ishak dan Nuaim]
India hari ini merupakan antara sekutu paling rapat US dan Israel. Menjadi negara dengan pembelian kelengkapan ketenteraan Israel terbesar di dunia. Israel juga merupakan pembekal pertahanan kedua terbesar kepada India. Dari sudut perdagangan, India adalah negara ke-10 terbesar bagi Israel. Yang paling penting, India telah membenarkan negaranya menjadi tempat ujian senjata Israel.
Pakistan pula antara negara umat Islam yang memiliki tenaga nuklear dengan kerjasama China dan Jepun selain US sendiri. Sebelum ini Pakistan menerima banyak bantuan dana daripada Amerika dan hubungan antara kedua negara ini baik sehingga zaman Presiden Barack Obama. Namun baru-baru ini hubungan antara kedua negara ini mula renggang selepas Donald Trump seolah-olah sengaja mencari salah Pakistan apabila negara tersebut menolak hasrat US melalui undian berkenaan status Baitulmaqdis di PBB.
Kenyataan-kenyataan terbaru Presiden US dilihat sengaja menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara dua negara ini sehingga ke tahap mempertikaikan kembali status nuklear negara berkenaan.
Perang Dunia Ketiga seringkali dikaitkan dengan perang nuklear. Hadis-hadis Nabi S.A.W turut menunjukkan perkara serupa tentang Malhamah Kubra. Antaranya apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas`ud:
لم ير مثلها، حتى إن الطائر ليمر بجنباتهم فما يخلفهم حتى يخر ميتاً
"Kamu tidak pernah melihat kedahsyatan perang sedemikian. Sehingga burung yang terbang melintasi medan perang tersebut akan jatuh mati."[HR Muslim]
Gambaran yang dinyatakan mengenai Malhamah sangat dahsyat. Seolah-olah kawasan perang tersebut tercemar sehingga menyebabkan burung yang sedang terbang boleh gugur mati. Pencemaran boleh berlaku akibat radiasi dari senjata nuklear. Akibat dari radiasi nuklear sangat dahsyat kepada organisme di muka bumi tidak kira manusia, binatang hatta tumbuhan sekalipun.
Radiasi nuklear turut dikaitkan oleh sebahagian Ulama sebagai ad-Dukhan (asap) yang disebutkan di dalam al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W:
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ
"Bersegeralah kamu melakukan amal sebelum tiba enam perkara: Matahari muncul dari arah Timur, Dukhan, Dajjal, Dabbah, kematian setiap dari kamu, atau urusan awam yang disia-siakan."[HR Muslim]
Sebagai negara nuklear dan negara umat Islam, pastinya Pakistan akan turut diheret ke kancah konflik serantau. India dijangka akan memainkan peranan sebagai anjing US bagi mengekang kemaraan Pakistan. Sementelah perseteruan antara India-Pakistan sehingga kini masih tidak berakhir. Dalam perkembangan lain, US kini sedang mendekati Korea Utara selepas perbincangan damai nuklear bersama Iran menemui jalan buntu.
Sekiranya perang ini benar-benar meletus, maka Nabi S.A.W menggambarkan bahawa tentera Islam bakal memenanginya, dan pemerintah India akan ditangkap sebelum mereka bertaubat. Selepas itu, tentera tersebut akan menyertai pasukan al-Mahdi di Syam, dan mendapati bahawa Nabi Isa telahpun turun bagi menghadapi Dajjal.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 12-6-2018
27 Ramadan 1439
12 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Berdasarkan statistik Bancian Agama AS, selepas tragedi 11 September, angka umat Islam di negara itu melonjak kepada 6.1 juta pada tahun 2010 berbanding 2 juta pada tahun 2000. Jumlah itu kini dijangka hampir mencecah 7 juta.
Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.
Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001.
Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.
Mungkin jika kita mengikut akal, peristiwa 11 Sepetember 2001 ini akan membuat umat Islam dipandang serong atau bersalah, tapi hikmahnya sebaliknya.
PAS kena bersedia
PAS kalah teruk di pantai Barat, terutamanya di Selangor daripada 15 kerusi tingga 1 kerusi. Di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor 4 kerusi menjadi kosong. Malah PAS juga hilang beberapa kerusi di Perak dan Pulau Pinang.
Orang melihat PAS akan terus berkubur atau akan menjadi makin terpencil dalam dunia politik, apatah lagi bila pimpinan yang pengkhinat perjuangan PAS hampir 90% menang kerusi yang ditandingi. Maka dengarlah macam-macam sindiran di media sosial PAS bertanding 60 tahun lebih tak pernah menang. Pertimbangan Islam sebagai hujah kemenangan sudah hilang dan bukan lagi asas untuk perjuangan dikalangan mereka dan rakyat yang mengikuti.
Tambah pula Anwar Ibrahim yang baru bebas daripada hukuman dengan lantang untuk menawan Terengganu dan Kelantan pada PRU-15 nanti.
Ramai ahli dan pimpinan PAS menjadi lemah dan sayu. Kemenangan di Kelantan dan Terengganu seolah-olah tidak dirasai kerana sindiran dan ejekan daripada Pakatan Harapan terutamanya Amanah.
Saya melihat perkara ini secara mendalam. Meneliti dan mengolah forum-forum media sosial di pelbagai sudut seperti Tun Mahathir meneliti dokumen sehingga 4 pagi juga. Saya dapat rumuskan selepas daripada PRU-14 beberapa-beberapa tuduhan kepada PAS seperti ingin bergabung dengan UMNO dan menerima 'dedak' UMNO telah dianggap sebagai fitnah kepada PAS.
Walaupun PAS sendirian dalam PRU-14 ditambah pula jentera penerangan PAS pimpinan Ustaz Nasruddin Tantawi hampir gagal, Cybertropper PAS (Mujahid Siber) indah khabar daripada rupa. Strategi PAS bertanding 158 kerusi memakan diri tapi PAS ada beberapa kekuatan yang ingin difahami oleh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam.
Mereka mencari maklumat tentang PAS. Ya kenapa PAS masih belum bersama dengan UMNO untuk membentuk UG sedangkan tuduhan ini dibenarkan oleh pimpinan parti AMANAH? Mereka juga ingin tahu betul ke PAS dapat RM90 juta daripada UMNO? Betul ke Sarawak Report mengatakan Muktamar PAS di Shah Alam di'sponser' oleh UMNO. Betul ke himpunan RU355 dan FASTAQIM juga disponser oleh UMNO seperti diberitakan oleh Sarawak Report.
Siapa yang nak memberikan maklumat ini? Oleh itu PAS jangan leka, penerangan PAS kena buat sesuatu untuk memberikan maklumat ini walaupun nampak macam maklumat yang tidak begitu penting tapi mereka semua sedang mencari maklumat.
Setiap individu PAS perlu menjelaskan setiap perkara secara 'detail' termasuk kepada perkara yang asas berkenaan PAS. Bahan edaran mesti jelas dan ringkas, biar berulang kerana ada dikalangan mereka ini masih buta.
Saya penuh yakin apa yang berlaku ini sebenarnya menjadi satu titik cahaya kepada PAS untuk menjadi parti politik alternatif kepada Melayu Islam di Malaysia yang akan menerajui Malaysia dengan Islam.
Insya-ALlah.
ABBAS MOHD NOOR
Sumber MR - 11-6-2018
Geoeskatologi (25): Turk dan Bani Qanturah
MAJORITI Ulama Tafsir dan sejarawan bersetuju bahawa keturunan manusia hari ini semuanya berasal dari zuriat Nabi Nuh A.S. Selepas tragedi banjir besar yang menenggelamkan seluruh bumi, hanya keturunan Nabi Nuh A.S sahaja yang beranak-pinak selepas itu. Anak kapalnya yang lain tidak sedemikian.
Nabi Nuh A.S dikurniakan tiga orang anak iaitu Sam, Ham dan Yafith, tidak termasuk seorang yang ditenggelamkan Allah kerana tidak mahu ikut menaiki bahtera. Sam melahirkan bangsa sekitar Asia Barat seperti kaum Arab, Rom dan Parsi. Ham pula melahirkan bangsa kulit hitam. Manakala Yafith melahirkan bangsa Timur yang memiliki genetik kecil dan bulat.
Turk merupakan sebahagian daripada bangsa Timur keturunan Yafith. Ia tidak hanya merujuk kepada bangsa penghuni Turki semata-mata tetapi melewati seluruh Asia Tengah hingga ke perbatasan China dan pergunungan Caucasus. Kebanyakan Bangsa Turk telah berasimilasi dengan bangsa lain menyebabkan rupa mereka sudah banyak berbeza walaupun dari jalur darah yang sama.
Nabi S.A.W menyatakan tentang Turk:
لا تَقومُ السَّاعةُ حتَّى تُقاتِلوا التُّرْكَ ؛ صِغارَ الأعيُنِ، حُمْرَ الوُجوهِ، ذُلْفَ الأُنوفِ، كأنَّ وُجوهَهم الْمَجَانُّ المُطْرَقةُ، ولا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تُقاتِلوا قومًا نِعالُهم الشَّعرُ.
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi Bangsa Turk, bermuka bulat, berwajah merah, berhidung penyet, seolah-olah mukanya seperti perisai leper yang dibalut dengan kulit. Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu memerangi satu kaum yang memakai alas kaki daripada bulu."[HR Bukhari]
Peperangan Islam dengan keturunan Turk telah berlaku di zaman kejatuhan Abbasiyyah. Mereka telah diserang oleh bangsa Tatar dari Mongol. Hampir keseluruhan Wilayah Abbasiyah termasuk Pusat Pemerintahannya Baghdad dan tanah suci Islam Baitulmaqdis diserang tentera yang dipimpin Jenghis Khan itu. Mereka berjaya membentuk empayar baharu di bahagian Timur dunia. Namun selepas bergaul dengan Islam, bangsa ini akhirnya memeluk Islam.
Walau bagaimanapun, mengaitkan serangan Tatar dengan Hadis Nabi S.A.W adalah ijtihad dari Ulama. Boleh jadi keturunan Turk yang dimaksudkan itu termasuk juga bangsa lain yang akan dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman. Dalam versi Hadis yang lain, Nabi S.A.W menyatakan yang akan menyerang Islam adalah keturunan Qanturah atau Qeturah. Sabda Rasulullah S.A.W:
ينزل ناس من أمتي بغائط يسمونه : البصرة ، عند نهر يقال له : دجلة ، يكون عليه جسر يكثر أهلها وتكون من أمصار المهاجرين – قال ابن يحيى : قال أبو معمر : وتكون من أمصار المسلمين – فإذا كان في آخر الزمان ، جاء بنو قنطوراء عراض الوجوه ، صغار الأعين ، حتى ينزلوا على شط النهر ، فيتفرق أهلها ثلاث فرق : فرقة يأخذون أذناب البقر والبرية وهلكوا ، وفرقة يأخذون لأنفسهم وكفروا ، وفرقة يجعلون ذراريهم خَلْفَ ظهورِهم ويُقاتِلونَهم وهم الشُّهداءُ
"Umatku akan sampai ke satu perbatasan yang dinamakan Basrah, di sisi sungai yang dinamakan Dajlah. Di sana terdapat jambatan yang ramai penduduknya. Di sana akan menjadi milik golongan Muhajirin. Apabila tiba akhir zaman, datanglah Bani Qanturah, bermuka bulat dan bermata sepet turun ke gigi sungai. Maka mereka berpecah kepada tiga; Satu pihak mengambil ekor lembu dan binatang melata, lalu binasa. Satu pihak mengambil untuk diri mereka lalu kufur. Satu pihak memikul zuriat mereka di belakang dan memerangi mereka, lalu mereka syahid"[HR Abu Daud]
Mengikut catatan Ibn Athir, Nabi Ibrahim A.S daripada keturunan Sam pernah mengembara ke sebelah Timur Jauh (Far East) selepas meninggalkan Nabi Ismail dan Saidatina Hajar di Makkah. Di sana Baginda mengahwini seorang penduduk Timur bernama Qanturah atau Qeturah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak. Qanturah dan anak-anak tidak ikut serta Nabi Ibrahim pulang ke Asia Barat sebaliknya terus menetap di Timur dan beranak pinak.
Tambah Ibn Athir, salah satu keturunan Qanturah adalah Bani Jawi, keturunan Melayu dan bangsa sekitar Nusantara Asia Tenggara atau Pentas Sunda. Mengikut Hadis tersebut, sekiranya tidak ada kaitan antara zuriat antara Bangsa Turk dengan Qanturah, maka mungkin akan tiba giliran berlakunya peristiwa sebagaimana diceritakan dalam Hadis di atas pada akhir zaman. Bani Qanturah ini akan pecah tiga; satu binasa, satu kufur dan satu lagi syahid.
Timur Jauh memiliki kepadatan Muslim kedua tertinggi selepas rantau Asia Barat. Geo-Politik Timur Jauh (Far East) yang merangkumi Asia Timur dan Asia Tenggara juga sangat dinamik. Ia tidak sama seperti Eropah yang kesemuanya berada di blok Barat. Di Asia Jauh, ada negara yang cenderung kepada Barat seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Ada negara yang berada di blok Timur seperti China, Korea Utara dan kini Filipina.
Malaysia sehingga kini mengamalkan dasar neutral antara dua blok. Walau bagaimanapun, peralihan kerajaan yang baharu memperlihatkan sebahagian besar dasar kerajaan lama telah berubah. Projek-projek mega yang ditandatangani antara Malaysia dan China juga sedang dikaji semula.
US sedang melebarkan pengaruhnya di Timur Jauh. Kerajaan baharu Malaysia mendapat sokongan jitu daripada Barat sehingga mempengaruhi keputusan pilihan raya. Kelihatan US kini sedang berunding dengan Korea Utara pula dalam isu nuklear, selepas perbincangan dengan Iran menemui jalan buntu. Secara kasar, Asia Jauh sedang dipecah-pecahkan menjadi semakin kompleks.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 11-6-2018
26 Ramadan 1439
11 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 11/6/2018
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah
TUNTUTAN membaca sejarahAntara kewajipan umat Islam hari ini ialah membaca sejarah. Sejarah umat terdahulu sama ada zaman kegemilangan mahupun zaman kejatuhan mempunyai pengajaran dan iktibar yang penting buat generasi terkemudian. Kegagalan kita menghayati sejarah lepas menjadi sebab kemunduran Islam pada hari ini. Mengapa Allah menyuruh kita membaca sejarah? Walhal kita diminta membuat persediaan untuk menghadapi hari kemudian? Ini kerana apa yang berlaku di dunia adalah peristiwa yang berulang-ulang, hanya berbeza masa, tempat, watak dan pelakunya sahaja. Allah Taala menyebutkan di beberapa tempat sebagai peringatan buat kita berkaitan sejarah:
ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
(الاعراف: ١٧٦)“Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”
(al-A'raf: 176)
إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
(ال عمران: ١٤٠)
“Jika kamu mendapat luka maka sesungguhnya musuh juga mendapat luka. Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan kemenangan atau kekalahan) kami gilirkan antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah terhadap orang beriman supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kalian mati syahid. Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim”(al-A'raf: 140)\
Kesungguhan para Sahabat dan Tabi`in dalam mendidik anak mereka tentang sirah Nabi S.A.W sebagaimana ucapan seorang Tabi`in:
“Kami ajarkan kepada anak-anak kami Sirah peperangan Nabi S.A.W sebagaimana kami ajarkan mereka al-Quran”
Begitu juga kesungguhan para Ulama terkemudian yang merekodkan Sirah para Nabi dan sejarah umat Islam dengan tulisan yang amat banyak seumpama Ibnu Athir, Ibnu Hazmi dan lain-lain.
Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah antara peristiwa hitam yang wajib diketahui oleh umat Islam. Ia merupakan sejarah yang tidak dapat dinafikan bahawa ia berlaku dan amat menyakitkan hati. Ibnu Athir ketika mengulas kisah ini dengan panjang lebar menyebutkan:
“Aku termenung beberapa tahun untuk menulis kisah ini kerana bencinya aku untuk menceritakan aib dan keburukan umat Islam yang dahsyat! Siapakah yang begitu mudah baginya untuk menulis aib umat Islam? Siapakah insan yang hina sangat begitu?”Tambah beliau lagi:
“Kalau ada yang mengatakan sejak daripada Adam diciptakan hinggalah ke waktu ini, umat Islam tidak pernah diuji sebegini rupa nyata ianya benar”
Boleh dikatakan tidak ada dalam sejarah umat Islam diperlakukan semacam ini atau yang hampir serupa dengannya.
Pengasasan Kerajaan Abbas as-SafahBani Abbasiah memerintah selama lebih 500 tahun atau secara tepatnya selama 532 tahun (132H - 528H). Kerajaan Bani Abbasiah selepas persengketaan panjang dengan Bani Umayyah memangkinkan ke arah penubuhan Kerajaan Monarki kedua dalam Islam yang diasaskan oleh Abu Abbas as-Saffah (132 - 136H / 750 -754M). Naiknya Abu Abbas dengan misi menghapuskan saki baki Kerajaan Bani Umayyah yang pada ketika itu dipimpin oleh Khalifah Marwan II pada tahun 750M.
Dengan dibantu oleh golongan Syiah dan penduduk Khurasan, as-Saffah melancarkan pemberontakan hingga menubuhkan Dinasti baru di bumi Damsyik. Mengapa Abbas begitu memusuhi Umayyah? Ada yang menyebutkan ia merupakan refleksi daripada permusuhan tradisi antara Bani Hashim dan Bani Umayyah sejak Jahiliah lagi. Para Penyair dan Pegawai Istana pula sentiasa memarakkan lagi pertembungan perkauman ini dengan bahasa lunak mereka.
Ditambah pula dengan kekejaman dan penindasan berterusan oleh pemimpin Bani Umayyah terhadap golongan Bani Abbasiah menambah kesumat mereka. Menyebabkan, apabila Abu Abbas as-Saffah menaiki takhta pemerintahan, dilakukan beberapa siri membalas dendam yang dahsyat.
Abdullah Ibrahim, bapa saudara as-Saffah mebunuh 300 orang Bani Umayyah hanya selepas 3 bulan as-Saffah memerintah. Yazid bin Mu`awiyah bin Abdul Malik dan Abdul Jabbar bin Yazid bin Abdul Malik dan 70 orang yang lain dibunuh dalam satu majlis. Begitu juga as-Saffah menjemput keluarga Umayyah ke majlis keramaian, lalu mereka dibunuh dalam majlis tersebut. Abdul Rahman ad-Dakhil, antara kerabat Umayyah yang berjaya menyelamatkan diri lalu melarikan diri ke bumi Andalus.
Semua ini bertujuan menghapuskan segala kemungkinan pemberontakan yang bakal berlaku sekiranya pesaing-pesaing tidak dihapuskan. As-Saffah, hanya sempat memerintah selama 4 tahun apabila beliau meninggal pada tahun 136H dan digantikan dengan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur ( 136 – 158H / 754 – 775M).
Kemunculan Kerajaan Bani Umayyah IIAbdul Rahman Ad Dakhil atau namanya Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hisyam bin Abdul Malik yang berjaya melarikan diri ke Sepanyol menubuhkan Pusat Pemerintahan Daulah Umawiyah II di sana.
Abdul Rahman tekad membangunkan Sepanyol dan memerintah dengan saksama. Khalifah Abbasiah ketika itu ialah Khalifah Mansur yang merasa tergugat dengan kemunculan Abdul Rahman menghantar bala tentera untuk menyerang Wilayah Sepanyol namun tidak berhasil kerana Abdul Rahman ad-Dakhil telah bertapak kukuh dan mempunyai tentera yang kuat.
Zaman kejatuhan Abbasiah
Kemunculan TatarMonggol ataupun lebih dikenali Tatar memulakan misi menjarah bumi umat Islam pada tanggal 617H dikepalai oleh Temujin ( Genghis Khan ) seterusnya Kiyuk bin Ughitai, kemudian Mankhu Khan dan diakhiri oleh cucunya Hulaghu Khan. Di tangan 4 Jeneral ini berkuburnya Kerajaan Islam Abbasiah yang bertapak lebih 500 tahun di tangan bangsa yang kuno dan Sultan terakhir Abbasiah al-Musta`sim mangkat di tangan Hulagu Khan.
Bangsa Tatar muncul pada era perpecahan umat Islam, walhal pada waktu itu Kerajaan Abbasiyah menguasai hampir satu pertiga dunia. Menggambarkan gawatnya suasana ketika itu, menurut Said Qutub ketika menafsirkan Firman Allah Taala:
“Mereka berkata : wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…. Mungkin tembok yang dibina itu telah dibuka yang menjadi petanda dekatnya dengan kiamat, dan serangan Bangsa Monggol itu merupakan penyerbuan Yakjuj dan Makjuj.”(al-Kahfi: 94)
Lihat peta :(Kerajaan Bani Abbasiah pada awal kurun ke-7 Hijrah menguasai daripada hujung Andalus hingga ke hujung India)
Pada penghujung kurun, ia berlaku sebaliknya. Walhal pada akhir kurun ke-6 adalah merupakan zaman keemasan bagi pemerintahan Kerajaan Abbasiah. Dengan kemenangan mengalahkan tentera Salib melalui Komandan Agung Salahuddin al-Ayyubi, juga zaman penyebaran ilmu yang berkembang dengan pesat kerana para Ulama Sunnah muncul pada Era Abbasiah termasuklah Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hasan al-Asya`ri serta ramai lagi Pakar dalam pelbagai bidang. Pada kurun tersebut juga Islam mempunyai Perpustakaan terbesar yang terletak di Kota Baghdad yang menjadi tumpuan seluruh dunia.
Manakala pada akhir kurun ke-7, Kerajaan Islam berpecah-pecah dan masing-masing dengan haluan dan sikap mementingkan diri sendiri. Ahli Sejarah merekodkan pada kurun tersebut ketumbukan dunia terbahagi kepada 3 kumpulan besar, Iaitu:
● Kerajaan IslamKerajaan Islam berpecah kepada 7 kerajaan:- Kerajaan Bani Abbasiah - yang merupakan Kerajaan Pusat Pemerintahan. Namun pada akhir kurun ke-7, ia hanya tertumpu di Baghdad sahaja.- Kerajaan Ayyubiah - Meliputi Mesir, Syam (Jordan, Syria, Lubnan, Palestin), Yaman dan Hijjaz- Kerajaan al-Muwahhidin - Meliputi Andalus dan Morocco- Kerajaan al-Khwarizmi - Meliputi Wilayah Asia daripada Barat China hingga Barat Iran- Kerajaan al-Ghuri - Wilayah India- Kerajaan Bani Saljuk - Meliputi Wilayah Turki (Anatolia)- Kerajaan Ismailiah - Merupakan Iran sekarang, diperintah oleh kumpulan Syiah Ismailiah yang disepakati oleh Ulama bahawa Ismailiah adalah sesat, berasal daripada Majusi dan menyelewengkan al-Quran.
● Kerajaan Salib - seteru utama umat Islam melalui siri peperangan Salib Kerajaan Bizantin.
Kerajaan Armania - Meliputi Utara Iran dan Barat Turki Kerajaan Georgia Kerajaan kecil Salib di Syam, Palestin dan Turki.
● Kerajaan Monggol atau TatarKerajaan yang muncul secara mengejut, dan tamat juga dengan mengejut.Temujin, atau gelarannya Genghis Khan, selepas berjaya memimpin bangsa Monggol bergerak dan mengembangkan pengaruhnya dengan cepat. Para Ahli Sejarah menyebutkan beberapa ciri-ciri mereka yang menjadi sebab mengapa begitu cepat tersebar:
- Bersifat buas- Gerakan gerila yang tersusun dan kemas- Jumlah kepuakan yang ramai- Membawa budaya yang keras- Kepimpinan Genghis Khan dan Jeneralnya yang tangkas- Tidak berhati perut- Tidak menerima pendapat selain daripada puak mereka- Tidak menepati janji
Bangsa Monggol sebagai bangsa dominan akhirnya tewas di tangan salah satu bangsanya yang kecil iaitu Tatar. Lalu Tatar berkembang menjadi bangsa yang utama. Tanpa ada perlembagaan dan peraturan, bahkan kemunculannya juga mendadak dengan kekuatan persenjataan dan keganasannya membolehkan ia berkuasa cepat.
(Peta ketumbukan dunia pada tahun 603H dan kemunculan Kerajaan Tatar)
Mengapa Tatar memusuhi Islam?Sudah menjadi Sunnatullah, sekalipun musuh saling bertelagah sesama mereka, namun ketika mana melihat Islam menjadi ancaman, maka musuh akan bersatu untuk melawan Islam. Yahudi dan Kristian bertelagah, namun apabila Islam datang, mereka bersatu untuk melawan Islam. Sebagaimana Sirah menyebutkan tatkala Nabi S.A.W dan para Sahabat berjaya berhijrah dari Makkah ke Madinah dan membuka lembaran baru, ketika itulah orang Yahudi mula bersepakat dengan Musyrikin Makkah demi menumpaskan Islam. Pastinya Peperangan Ahzab sentiasa segar di minda kita.
Begitu juga dalam situasi pada zaman Abbassiah. Kerajaan Bizantin, apabila mendengar dari kejauhan kemunculan Monggol yang semakin membesar jajahannya, mula merancang sesuatu untuk menyekat kemaraan Islam. Maka, Bizantin mengutuskan utusan mereka bagi bertemu Genghis Khan meminta bantuan supaya Monggol menyerang Islam.
Penjarahan Bangsa Tatar terhadap bumi Umat IslamSerangan Bangsa Tatar terhadap umat Islam berlaku dalam tiga fasa yang bermula pada tahun 616H hingga 658H iaitu selama 42 tahun. Saya hanya nyatakan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhan secara ringkas bagaimana Tatar meranapkan bumi umat Islam dalam tempoh yang singkat! Pastinya kita tertanya-tanya mengapa begitu mudah melawan umat Islam? Apakah begitu gagah Bangsa Monggol? Di manakah Panglima segagah Salahuddin al-Ayyubi??
● Fasa pertama616H Tatar menyerang Wilayah Bukhara617H Tatar menyerang Wilayah Samarqand hingga bumi Afghanistan618H Tatar menyerang Wilayah Hamdan, Iran, Chechen dan beberapa kawasan di Rusia619H Tatar mengukuhkan kedudukannya di antara China dan Iraq620H Tatar meranapkan Bulgaria624H Kematian Genghis Khan dan diganti dengan Ukitai
● Fasa kedua628H Tatar menerobos Parsi (Iran), Iraq dan Arzebeijan634H Tatar menakluk Armenia, Chechen dan Dagistan635H Bato mengepalai misi menjarah Rusia636H Mosko ditumpaskan638H Tatar memasuki Wilayah Ukraine639H Poland ditumpaskanKematian Ukitai dan diganti dengan anaknya Kiuk640H Kewafatan Khalifah Abbasiah al-Mustansir billah diganti dengan al-Musta`sim Billah648H Peperangan Salib di Mansurah
Fasa serangan di atas meranap bumi umat Islam dan juga wilayah kekuasaan Kristian. Nyata Bangsa Tatar langsung tidak mengendahkan Perjanjian Awal antara puak Salib dan Tatar untuk menyerang umat Islam, tetapi Tatar menjarah semua sekali gus!
● Fasa ketiga656H Tatar mengepung Pusat Pemerintahan Abbasiah, Kota BaghdadTumbangnya Kerajaan Bani AbbasiahWilayah Miyarfarqin (Syam) diranapkan657H Tatar menghancurkan keseluruhan Wilayah Syam658H Saifuddin Qutuz dan Zhahir Bybrus mengepalai tentera Islam menebus maruah umat Islam di Ain Jalut (Palestin) pada 25 Ramadan 658H yang memberi kemenangan bermaruah buat umat Islam.(Peta : Pergerakan Bangsa Tatar yang terlalu cepat menyerang bumi umat Islam dan Salib!)
Kafa bit tarikh mauizah! (Cukuplah sejarah itu suatu peringatan yang berkesan!)Sejarah yang berulang selayaknya menjadi panduan dan pengajaran yang berkesan buat kita. Namun, nyata ia tidak berlaku kerana kita tidak membaca sejarah, dan gagal menghayati sejarah untuk diadaptasi pada zaman ini! Membaca sejarah yang paling penting ialah menjiwai jalan ceritanya untuk digunakan pada zaman kita, bukan untuk seronok disampaikan semata-mata.
Ada Sarjana yang menyebutkan bahawa, Barat hampir boleh dikatakan tidak mengulangi semula sejarah hitam mereka kembali kerana amat peka dengan peristiwa lalu dan belajar daripadanya. Ada pun umat Islam berlaku sebaliknya, kelemahan kita terhadap sejarah tambahan pula penyelewengan fakta yang dibuat mengakibatkan kita leka dan sentiasa mengulangi perkara yang sama berulang-ulang kali!
● Pelajaran pertama: Meninggalkan IslamFirman Allah Taala:“Sekiranya kamu membantu agama Allah, pertolongan Allah akan datang…"(Muhammad : 7)
Menjadikan panduan selain al-Quran dan Sunnah adalah merupakan bala yang besar. Sultan dan Pemerintah di akhir kurun ke-7 dilihat sangat jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Malahan pengaruh Hedonisme, dan pemikiran falsafah masuk ke dalam umat Islam menyebabkan mereka menyimpang.
Berbeza apabila Saifuddin Qutuz mengambil alih kuasa, ditambah dengan dokongan ampuh daripada Syeikh Izzuddin bin Abd Salam meletakkan slogan ‘Wa Islamah’ iaitu demi Islam sebagai bukti kesungguhan Qutuz melawan Tatar bukan kerana hajat yang lain. Lalu Allah memberi kemenangan yang besar buat umat Islam. Qutuz sendiri menyebutkan kepada Raja-raja yang takut hilang jawatan:
“Biarkan aku yang mengepalai misi melawan Tatar, selepas kita mengalahkan Tatar, aku serahkan urusan pemerintahan kepada kalian.”
Malangnya, kerana takut tidak mendapat jawatan, Qutuz dibunuh oleh temannya sendiri.Sebab itu dalam perjuangan, selain daripada ujian kepayahan, ujian kesenangan mesti diambil berat supaya kita tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa ataupun kita sendiri yang kalah dengan bisikan hawa nafsu. Ada yang berjuang untuk merebut jawatan, menaikkan nama sendiri dan untuk menunjuk-nunjuk. Andai ada niat berjuang bukan kerana Allah, maka selagi itulah pertolongan Allah tidak akan turun.
● Pelajaran Kedua: Perpecahan umat Islam dan kesatuan musuh IslamAllah menegaskan dalam Surah al-Anfal ayat 46, betapa pentingnya bersatu :“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu saling bertelagah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan, dan bersabarlah sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”
Beberapa peristiwa dicatatkan yang menyaksikan umat Islam bertelingkah, walhal musuh berada di depan mata. Kerajaan al-Khawarizmi Shah, antara wilayah pertama yang mula-mula diserang pada tahun 617H, akan tetapi langsung tidak dibantu oleh wilayah yang berdekatan. Mengapa ini terjadi? Ini berpunca daripada sikap al-Khawarizmi sendiri yang suka mencetus perbalahan menyebabkan ia tidak dibantu. Akan tetapi, dalam keadaan sebegitu, logikkah umat Islam membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa?
Ketika Tatar menyerang Selatan Afghanistan, umat Islam ada yang bangkit melawan. Antaranya Saifuddin Baghraq, ketua tentera Saljuk, yang bersamanya 30,000 orang tentera digabungkan bersama 60,000 tentera Sultan Jalaluddin al-Khawarizmi. Nyata bantuan Allah bersama mereka, berjaya membunuh ramai tentera Tatar dan ramai yang melarikan diri. Namun, Genghis Khan bangkit melawan dengan menghantar ketumbukan kedua yang lebih besar. Malangnya ketika itu tentera Saifuddin Baghraq dan Jalauddin al-Khawarizmi berebut harta ghanimah dan saling berbunuh!
● Pelajaran ketiga: Mencintai dunia dan kehidupan eksklusifAntara ujian yang melemahkan umat Islam ialah ujian kesenangan. Melihat kembali sejarah pembunuhan Saidina Uthman R.A ialah selepas fasa kemenangan Islam menawan Rom dan Parsi pada zaman Umar al-Khattab sekali gus memberikan kesenangan buat mereka dan generasi terkemudian. Khabbab bin Arat antara Sahabat yang sempat merasa imbuhan yang banyak atas jasanya sebagai golongan awal yang masuk Islam dan menghadapi ujian kepayahan yang dahsyat, namun ia tidak melekakan beliau. Sebaliknya berlaku kepada generasi terkemudian yang tidak merasai kepayahan perjuangan, lalu mereka mudah terpengaruh dan terkesan dengan omokan golongan Munafik yang iri hati terhadap Islam.
Umat Islam pada waktu serangan Tatar mereka sudah terbiasa dengan kehidupan yang selesa, sarat dengan hiburan hingga tahap penguasaan terhadap lagu-lagu lebih banyak berbanding penguasaan terhadap al-Quran! Ia juga melanda kita dewasa ini, artis dan penyanyi lebih dikenali, lagu-lagu hiburan menjadi halwa telinga berbanding al-Quran, pemain bola dan atlit menjadi ikon lebih daripada pejuang agama, para Sahabat bahkan para Nabi sekalipun!
Al-Quran sekadar meniti di bibir bukan meresap ke dalam hati-hati manusia walhal Musabaqah al-Quran adalah tradisi tahunan negara dan dunia. Allah Taala mengancam manusia dengan kehancuran bagi mereka yang tenggelam dengan kesenangan:
“Dan apabila Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah kampung, kami perintahkan terlebih dahulu orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu kami menghancurkan sehancur-hancurnya.”(al-Isra : 16)Sunnah ini dimulakan oleh Sultan dan Pemerintah. Di Istana subur dengan budaya berhibur tanpa batasan masa. Dikisahkan ketika tentera Tatar menyerang Istana dengan anak panah, Sultan mengarahkan pengawal supaya menutup tirai-tirai Istana supaya tidak melihat apa yang berlaku di luar! Lihatlah betapa teruknya sikap pemerintah pada waktu itu.
● Pelajaran keempat: Umat Islam meninggalkan kefarduan JihadAntara penyumbang terbesar kepada kekalahan umat Islam ialah meninggalkan kefardhuan Jihad. Termasuklah meninggalkan mempelajari selok-belok jihad, erti, tuntutan seterusnya praktikal terhadap Jihad dengan mempersiap kekuatan ketenteraan mahupun persediaan peribadi dalam aspek pertahanan diri, berenang, dan menunggang kuda. Percaya atau tidak, pada zaman serangan Tatar kesemua ini ditinggalkan oleh umat Islam! Yang lebih parah ialah mereka kehilangan roh Jihad, sekalipun sudah berada dalam saf tentera, namun ada yang melarikan diri kerana takut mati! Dikisahkan ketika Tatar menjarah bumi Samarqand, wilayah tersebut mempunyai tentera seramai 50,000 orang! Apa yang terjadi, kesemua tentera ini melarikan diri dan tidak mahu keluar berperang!
● Pelajaran kelima: Mengabaikan aspek persediaan ketenteraanNegara yang mengabaikan aspek ketenteraan membuka ruang yang luas untuk musuh menyerang dengan mudah. Itulah yang berlaku terhadap Kerajaan Abbasiah. Hampir kesemua Sultan kecuali Mesir sahaja yang langsung tidak bangkit mengatur rakyatnya melawan mahupun menyerang. Sebaliknya dibiarkan Tatar masuk dan meranapkan segala-galanya.
Jika dilihat dalam ketiga-tiga fasa serangan Tatar, terdapat beberapa tempoh bertenang yang tidak berlaku serangan. Ini kerana berlaku pergolakan dalaman sesama mereka, dan mereka menyusun kembali tentera selepas berperang dalam tempoh yang panjang. Namun sepanjang waktu itu, langsung tidak ada persiapan yang dibuat oleh umat Islam! Alangkah malangnya!
● Pelajaran keenam: Kehilangan Tokoh sebagai ikutanIslam mengajar kita kepimpinan mestilah melalui tauladan. Dengan tauladan menjadikan rakyat dan umat di bawah mengikut sebagaimana ketua mereka. Sikap Sultan yang tidak mengendahkan urusan rakyat, ditambah dengan hanya sibuk merebut kuasa menjadikan rakyat hidup tanpa seliaan kearah kebaikan.
Lalu bagaimana mendidik rakyat dengan roh Jihad seandainya Raja orang pertama yang lari dari medan perang? Sudah tentu ia amat bercanggah dengan perihal Baginda S.A.W yang sentiasa menjadi ikutan para Sahabat. Dalam Peperangan Khandak, Baginda S.A.W individu pertama yang turun menggali parit dan Baginda orang terakhir yang naik ke atas. Ketika mana ada Sahabat yang mengadu kelaparan lalu mengangkat bajunya dan memperlihatkan perutnya yang diikat dengan seketul batu tanda menahan lapar, lantas Baginda S.A.W menyelak bajunya dan memperlihatkan perut Baginda S.A.W diikat dengan dua ketul batu petanda Nabi S.A.W lebih lapar! Begitu juga dengan perihal Khalifah Umar al-Khattab, menjiwai kesusahan rakyatnya dengan beliau sendiri memikul gandum, memberi makan kepada orang susah dan tidak akan makan yang sedap melainkan ia dinikmati oleh rakyatnya dahulu.
● Pelajaran ketujuh: Hilang jati diri dan tunduk kepada musuhFirman Allah Taala dalam Surah al-Maidah ayat 51:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”
Peringatan yang keras dari Allah supaya orang Islam tidak menyendeng bahu kita dengan orang bukan Islam. Ia bakal menjadikan kita bergantung harap pada mereka, meletakkan kepercayaan kepada mereka dalam segala hal, sebagaimana berlaku hari ini apabila kita mempercayai Barat lebih daripada yang lain seolah-olah hampir mustahil untuk Islam mengalahkan Amerika yang menjadi kuasa besar waktu ini.
Begitulah yang berlaku terhadap umat Islam dengan Tatar, mereka dikalahkan dengan serangan propaganda yang dibuat oleh Tatar dengan slogan “Bangsa yang tak terkalah”. Ia tersebar meluas dalam kalangan umat Islam hingga dikisahkan, sekiranya datang seorang tentera Monggol kepada umat Islam yang ramai, mereka akan menundukkan kepala ke bumi sebagai isyarat sedia disembelih tanpa mereka melawan. Bahkan dikisahkan juga, seorang tentera wanita Tatar masuk ke dalam rumah yang menyorok di dalamnya ratusan umat Islam kerana takut dibunuh, akhirnya membiarkan sahaja seorang demi seorang dibunuh tanpa seorang pun melawan! Betapa murahnya nyawa umat Islam.● Pelajaran kelapan: Pengkhianatan golongan Pragmatis
Dalam satu Hadis, Nabi S.A.W menyebutkan orang beriman akan diuji dengan 5 golongan, antaranya Munafik yang benci kepadanya. Golongan ini akan sentiasa ada sepanjang zaman. Mereka duduk bersama orang Islam tanpa sedikit pun dicurigai kecuali setelah mereka berjaya berada pada posisi yang sukar digugat.
Sepanjang serangan Monggol terhadap umat Islam, ada 3 individu yang menjadi dalang dan tali barut kepada Tatar. Mereka berpakat dan menggadaikan nyawa jutaan umat Islam demi survival diri mereka sendiri yang akhirnya nyata mereka juga menjadi korban dek kebodohan sendiri.
Raja Kaikawus Sani, dan Raja Qalaj Arsalan ke-4, yang merupakan Raja di Wilayah Anatolia, Turki antara yang memberi laluan mudah untuk tentera Monggol masuk menyerang. Begitu juga Raja Badaruddin Lu`lu yang merupakan Raja bagi Wilayah Mosul turut melakukan perkara yang sama kerana termakan janji-janji manis oleh musuh tanpa mereka sedari bahawa Tatar tidak pernah menepati janjinya!
Dan benteng umat Islam yang terakhir di Kota Baghdad ialah Muayiduddin al-Alqami yang merupakan penasihat kepada Sultan al-Musta`sim yang berfahaman Syiah. Tanpa diketahui oleh Sultan, al-Alqami membuat Perjanjian Awal dengan Tatar dan dimaklumkan kepada Sultan bahawa Tatar menjanjikan keamanan kepada Baghdad. Akhirnya Kota Baghdad ranap kerana pengkhianatan al al-Qami ditambah dengan kebodohan Sultan yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu dan strategi peperangan.
Dr Raghib as-Sarjani menyebutkan, penyakit umat Islam yang paling parah pada waktu itu ialah (الحول السياسي) iaitu buta dalam politik yang dahsyat. Pemerintah dan rakyat langsung tidak tahu apakah yang sepatutnya mereka buat untuk menghalang Tatar kerana sudah jauh dan tidak pernah didedahkan dengan ilmu Jihad yang sebenar sejak sekian lama! Realiti itu juga kita hadapi dewasa ini apabila anak muda ramai yang tidak minat untuk terlibat dengan politik Islam yang sebenar kerana mereka jemu dan jelek dengan kebobrokan yang berlaku dalam dunia. Akibatnya, sang politikus dan golongan Pragmatis terus mendapat tempat dan melakukan kerosakan.
PenutupMengapa sejarah Abbasiah? Bukan Umawiyah atau Usmaniah? Saya memilih sejarah kejatuhan Abbasiah untuk direnungi bersama kerana punca kejatuhan banyaknya adalah daripada masalah dalaman umat Islam sendiri. Kerajaan Umawiyah digulingkan oleh umat Islam, manakala kejatuhan Usmaniah walaupun dengan kelemahan kita, namun campur tangan pihak luar dan Yahudi Zionis perlu diperhalusi dengan panjang lebar yang memang sarat dengan pengajaran buat kita.
Sebagai akhirnya, marilah sama-sama kita merenung Firman Allah Taala ini sebagai sumber inspirasi untuk kita terus memposisikan diri di dalam agenda memartabatkan Islam:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang."(as-Saff: 14)
Wallahu a`lam bissowab.
(Penulis ialah MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bakri lepasan Jurusan Usuluddin, Hadith Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir)Rujukan:
- Tafsir Fi Zhilal oleh Said Qutub
- Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiah oleh Raffar Mat
- Kisah Tatar minal Bidayah ila Ain Jalut oleh Dr Raghib As Sarjani
- Daulah Abbasiah oleh Dr Ali As Solabi
- Sultan Saifuddin Qutuz oleh Dr Ali As Solabi
- At Tarikh Al Islami (Al Wajiz) oleh Dr. Muhammad Suhail Taqqush
- Daulah Zinkiah oleh Dr Ali As Solabi
- Tafsir Ibnu Kathir - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Geoeskatologi (24): Timur
ZON Timur mengikut kefahaman nas merupakan segala tanah yang berada di sebelah Timur tempat turunnya wahyu dari awal hingga akhir. Dikira mengikut garis longitud tanpa mengambil kira latitud. Mengikut kedudukan peta, segala kawasan yang berada di kanan tempat turun wahyu adalah Timur. Kawasan turun wahyu pula kebanyakannya sekitar tanah Hejaz.
Justeru, Najd atau Riyadh sudah dikira sebagai Timur walaupun masih berada di dalam negara yang sama dengan Makkah dan Madinah iaitu Arab Saudi. Nabi S.A.W sendiri merujuk Najd sebagai negara sebelah Timur, menerusi Hadis pada bab Najd dan disokong oleh Hadis berikut yang disampaikan ketika menghadap ke arah Timur:
ألا إنَّ الفتنةَ هاهنا ألا إنَّ الفتنةَ هاهنا من حيثُ يطلعُ قرنُ الشيطانِ
"Sesungguhnya fitnah bermula di sini, sesungguhnya fitnah bermula di sini, di mana muncul tanduk atau era Syaitan"[HR Ahmad]
Antara contoh minda yang terjajah oleh Barat adalah apabila menggelar kawasan sekitar Asia Barat sebagai Timur Tengah atau Middle East. Orang Arab sendiri tidak terlepas dari penjajahan minda ini apabila menggunakan perkataan شرق الأوسط secara meluas. Timur Tengah mengikut kefahaman Barat adalah kawasan rantau negara-negara berbahasa Arab dan sekitar, bermula Algeria di Afrika, mencakupi Turki di Eurasia hinggalah ke Pakistan di Asia. Sedangkan Mesir hingga ke Algeria berada di sebelah kiri peta Makkah dan Madinah, maka ia tidak lagi termasuk dalam kategori Timur. Untuk itu, adalah lebih sesuai merujuk Semenanjung Arab dan Tanah Rom Timur sebagai Asia Barat, manakala Mesir, Libya dan Algeria kepada Afrika Utara.
Negara kita Malaysia termasuk dalam zon Timur. Ia berakhir sehingga ke tengah laut Pasifik mengambil kira Pusat bumi adalah Makkah. (Rujuk Siri ‘Barat’ untuk memahami isu Pusat bumi yang ditipu oleh Barat.)
Hadis akhir zaman Nabi S.A.W banyak menyatakan tentang Timur sebagai kawasan yang negatif. Kawasan Timur merupakan kawasan fitnah, dan kawasan berhati keras. Sabda Rasulullah S.A.W:
غِلَظُ القلوبِ، والجفاءُ، في المشرقِ. والإيمانُ في أهلِ الحجازِ"Kekerasan dan kekeringan hati berada di sebelah Timur, dan keimanan berada pada penduduk Hejaz."[HR Muslim]
Timur juga dirujuk oleh Nabi S.A.W sebagai tempat munculnya Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ ، يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
"Dajjal keluar daripada satu tanah di Timur yang dipanggil Khurasan. Diikuti oleh kaum-kaum yang mukanya leper"[HR Tirmizi]
Walau bagaimanapun, masih terdapat Hadis yang positif terhadap Timur. Antaranya Hadis yang dinyatakan pada bab Makkah, dan disokong dengan Hadis berikut:
إنَّا أهلُ بَيتٍ اختارَ اللهُ لنا الآخرةَ علَى الدُّنيا ، وإنَّ أهلَ بَيتي سيَلقَونَ بعدِي تطريدًا ، وتَشريدًا ، حتَّى يَجيءَ قومٌ مِن هاهُنا وأومأَ بيدِه نَحوَ المشرِقِ أصحابُ راياتٍ سودٍ ، يسأَلونَ الحقَّ ولا يُعطوْنَه مرَّتينِ أو ثلاثًا ، فيُقاتِلونَ ، فَيُعطَوْنَ ما سأَلوا فلا يَقبلونَ ، حتَّى يدفَعوها إلى رجُلٍ مِن أهلِ بَيتي يملَؤُها عدلًا كما مُلِئَتْ ظُلمًا وجَوْرًا ، فمَن أدركَ ذلكَ منكُم ، فليأْتِه ولَو حَبْوًا علَى الثَّلْجِ
"Sesungguhnya Allah telah memilih akhirat berbanding dunia kepada kami Ahlu Bayt. Sesungguhnya Ahlu Bayt selepasku akan menerima bala musibah, pemulauan dan pengusiran. Sehinggalah muncul satu pihak dari arah sini (menunjuk ke arah Timur) membawa panji hitam, mereka meminta hak sebanyak dua atau tiga kali tetapi tidak diberi, maka mereka berperang. Lalu mereka diberi apa yang dikehendaki namun tidak lagi mahu menerima. Sehingga mereka memberinya kepada seorang lelaki di kalangan ahli keluargaku, lalu dia memenuhi dunia dengan keadilan selepas sebelum ini dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Maka barangsiapa yang sempat dengannya maka berbai`ahlah dengannya walau terpaksa merangkak di atas salji."[HR Ibn Majah dan at-Thabrani]
Hadis ini dikategorikan lemah oleh sebahagian besar Muhaddis. Namun mereka tetap mengambil kira Syawahid daripada matan Hadis ini kerana ianya bertepatan dengan Hadis-hadis lain yang Sahih. Sementelah Hadis ini bukan dalam kategori Hadis hukum, maka peiwayatannya diperingankan sedikit. Antara silsilah perawinya juga adalah Abdullah bin Mubarak yang digelar Amirul Mukminin dalam ilmu Hadis.
Mengikut Hadis di atas, Ahlul Bayt Nabi S.A.W akan menerima musibah di atas dunia. Ia telah berlaku di zaman Muawiyah apabila beliau mengambil tindakan tegas terhadap Ahlul Bayt hingga ke tahap pembunuhan, atas tujuan politik. Menyebabkan mereka melarikan dari tanah Arab dan Syam dan bergerak ke arah Timur mendiami tanah Parsi. Di akhir zaman, akan muncul panji hitam dari arah Timur yang akhirnya melantik pemimpin dari kalangan Ahlul Bayt Nabi S.A.W. Beliau adalah al-Mahdi.
Satu kekeliruan yang timbul kebelakangan ini berkenaan panji Timur ini adalah teori Rukn Hajarul Aswad yang menghadap ke Timur. Apabila diukur, sudut tersebut betul-betul menghadap ke arah Nusantara kita, Pentas Sunda. Secara lebih spesifik, menuju ke arah Malaysia! Lalu dibuat konklusi bahawa kemungkinan panji hitam keluar daripada Timur.
Pemahaman ini adalah terlalu jauh dari kaedah memahami nas syarak. Tidak terdapat apa-apa dalil yang merujuk kepada kaedah pemahaman sedemikian. Bahkan jika dilihat pada sudut Kaabah yang lain, ia tidak merujuk secara tepat ke arah negara yang dinamakan. Rukn Yamani diambil nama sempena arah Yaman. Tetapi jika diukur, ia tidak tepat menuju ke arah Yaman sebaliknya melencong ke arah Ethopia. Rukn Syam pula tidak langsung merujuk ke arah Syam sebaliknya ke Iraq. Jika benar sekalipun pengiraan mengikut arah sudut Kaabah, maka sebelum ia sampai ke Nusantara, ia terlebih dahulu menunjukkan ke arah negara Qatar. Kerajaan Qatar dipimpin oleh keturunan Bani Tamim, dan mereka lebih logik untuk dianggap sebagai pembawa panji hitam. Sabda Rasulullah S.A.W mengenai Bani Tamim:
ثُبُتُ الأقدامِ رُجُحُ الأحلامِ عِظامُ الهَامِ أشَدُّ النَّاسِ على الدَّجَّالِ في آخِرِ الزَّمانِ هَضْبةٌ حَمْراءُ لا يضُرُّها مَن ناوَأها
"Kaum yang tetap pendirian, matang pemikiran, peranan yang besar, paling keras terhadap Dajjal di akhir zaman, kental jiwa, tidak dapat dimudaratkan oleh mereka yang mengecewakannya."[HR Thabrani]
Kesimpulannya, tidak ada apa-apa keistimewaan pada arah sudut Kaabah. Walau bagaimanapun, tidaklah mustahil bahawa bumi Nusantara ini bakal menjadi tempat munculnya panji hitam jika dikira dari sudut lain. Semuanya mungkin dalam ilmu Allah S.W.T.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
25 Ramadan 1439
10 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 10-6-2018
Geoeskatologi (23): Isfahan
SALAH satu wilayah yang terkenal di tanah Parsi adalah Isfahan. Ia terletak di tengah peta Iran hari ini. Salah sebuah Kota Metropolitan dengan populasi ketiga terbesar di Iran selepas Tehran dan Masyhad (Khurasan). Juga memiliki dataran kota terbesar di dunia. Pernah menjadi Pusat Pemerintahan pada Dinasti Seljuk kurun ke 10-11 dan Dinasti Safavid kurun 17-18 Masihi.
Isfahan antara kota lama yang masih tersergam indah dengan kombinasi hasil binaan Tamadun Babylon-Parsi-Islam. Selain kehijauan dan kesuburan tanahnya, banyak binaan lama seperti laluan, jambatan, masjid dan menara yang sangat unik dan menarik yang digilai oleh peminat seni. Tidak hairanlah orang Parsi mengatakan: “Isfahan adalah separuh dunia.”
Islam mengambil alih Isfahan seawal penaklukan Empayar Parsi di zaman Saidina Umar tahun 18 Hijrah/640 Masihi. Peninggalan Tamadun Parsi dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam. Atas kepesatannya, Isfahan menjadi antara kota tumpuan umat Islam di rantau Parsi selain Baghdad, Kufah, dan Basrah.
Hadis Nabi S.A.W berkenaan Isfahan:
يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ، مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْيَهُودِ، عَلَيْهِمْ السيجان
"Dajjal keluar dari satu perkampungan Yahudi di Isfahan. Bersamanya 70,000 Yahudi memakai selendang."[HR Ahmad]
Ditambah dengan Hadisnya:
يتبعُ الدجالَ من يهودِ أصبهانَ سبعونَ ألفاً عليهم الطَّيالِسَةُ
"Dajjal akan diikuti oleh orang Yahudi Isfahan seramai 70,000 orang lengkap memakai Tayalisah."[HR Muslim]
Secara literal, Hadis ini seolah bercanggah dengan Hadis yang mengatakan bahawa Dajjal muncul di Khurasan (rujuk bab Khurasan) kerana Khurasan sudah memasuki rantau Asia Tengah. Ia juga bercanggah dengan Hadis yang mengatakan bahawa Dajjal berada di sebuah pulau sebelah Barat (rujuk bab Tasik Tiberias) sedangkan Isfahan adalah di Timur.
Untuk mengharmonikan Hadis ini, boleh jadi Dajjal adalah berasal daripada perkampungan Yahudi di Isfahan, tetapi ditahan di Barat. Sampai masanya, dia akan pergi ke Khurasan lalu menzahirkan diri. (Rujuk bab Khurasan).
Menurut Hadis di atas, pengikut Dajjal terdiri daripada Yahudi Isfahan seramai 70,000 orang. Namun secara fakta, Yahudi di Isfahan hanya tinggal sekitar 1,500 orang sahaja sekarang. Kebanyakannya telah keluar semasa British menawarkan penempatan kepada Yahudi di Palestin bermula tahun 1916. Selain di negara haram Israel, Yahudi Isfahan hari ini juga ramai di US. Yang tinggal kebanyakannya bermazhab Naturei Karta yang menolak kewujudan Negara Israel.
Justeru terdapat dua pandangan bagaimana bilangan Yahudi di Isfahan akan kembali bertambah sehingga mencapai bilangan 70,000 saat kemunculan Dajjal. Pertama, wujud Yahudi yang tidak mengaku sebagai Yahudi sekarang di Isfahan. Mereka akan menzahirkan diri sebagai Yahudi bila tiba masa Dajjal keluar. Hujah inilah yang digunakan bagi menjustifikasikan penganut Syiah yang mendominasi Iran sebagai tentera Dajjal.
Namun pandangan ini agak lemah kerana penganut Yahudi adalah sebuah agama bangsa (Ethnoreligious) khusus bagi keturunan Bani Israel. Mereka amat menjaga salasilah keturunan sehingga sebahagian besar Mazhab Ortodoks tidak mengiktiraf bangsa lain menganut Yahudi. Mereka memiliki ideologi “hamba tuhan yang terpilih”. Sedangkan penduduk Iran berasal dari keturunan Parsi yang menganut agama Zoroaster (Majusi). Semasa kedatangan Islam, ramai Bangsa Arab berhijrah ke Iran dan berasimilasi dengan orang Parsi. Malah di zaman Saidina awal Khilafah Umawiyah, ramai Ahlul Bayt berhijrah ke Iraq dan Iran kerana melarikan diri Umawi yang memburu Ahlul Bayt atas faktor politik. Mengikut bahasa Nabi S.A.W di zamannya, adalah lebih tepat menggunakan perkataan Parsi, jika benar penganut Syiah Iran adalah pengikut Dajjal sebagaimana Nabi S.A.W menyebutkan Rom sebagai pihak yang akan bekerjasama dengan Islam di akhir zaman.
Pandangan kedua yang lebih munasabah adalah, Yahudi Isfahan yang berada di Israel dan US akan kembali ke Iran suatu hari nanti bagi menunggu Dajjal. Penghijrahan besar Yahudi Isfahan direkodkan berlaku sebanyak dua kali, pertama pada permulaan Empayar Parsi kurun ke-5 dan kedua selepas Revolusi Khomenei 1979 kerana merasakan ancaman kepada bangsa mereka. Maka tidak mustahil sekiranya ancaman tersebut telah tiada, mereka akan kembali ke sana.
Mengikut perkembangan geo-politik, Iran menjadi sasaran utama Blok Barat di Asia Barat. Barat pernah berjaya menguasai Iran pada era Pahlavi (1925-1979) dan menjalankan berbagai polisi luar dengan jayanya ke atas rantau tersebut hingga ke Asia Tengah dan Asia Selatan. Barat sudah mendahului Blok Timur dengan menguasai Iran ketika itu, dan hampir menjadi kuasa Unipolar di dunia.
Di samping itu, Iran juga merupakan negara yang kaya dengan hasil petroleum dan gas asli. Rantau Teluk Parsi lain seperti Iraq sememangnya terkenal dengan kekayaan emas hitam tersebut hingga melimpahkan syafaat kepada negara sekitar seperti Syria, Bahrain, Kuwait, UAE dan Qatar. Semua ini amat dicemburui Blok Barat sehingga mendorong mereka melakukan misi besar-besaran menundukkan Iran di bawah pengaruh mereka.
Namun perancangan tersebut terbantut selepas Shah Iran digulingkan dalam Revolusi Khomenei. Sistem Monarki ditukar kepada Sistem Republik. Perkara pertama dilakukan Revolusioner adalah mengusir Kedutaan Israel dan menculik 52 staf Kedutaan US selama 444 hari. Sejak itu Iran tidak pernah aman dari serangan Barat sama ada secara langsung ataupun melalui proksi. bermula Perang Teluk 1981 dengan Iraq, konflik sempadan Iran-Afghanistan, sekatan ekonomi, dilabel sebagai pengganas hinggalah kepada ancaman perang. PBB juga kelihatan bersekongkol apabila laporan senjata kimia yang digunakan oleh Iraq tidak diambil tindakan oleh US melainkan selepas negara tersebut berpaling tadah.
Kejutan terbaru adalah pembatalan Perjanjian Nuklear Iran-US, sebagai satu tekanan keras negara tersebut tunduk kepada kemahuan Barat terutama dalam isu serantau. Ramai pengkaji politik melihat perkara sebagai mukaddimah kepada serangan ketenteraan Blok Barat terhadap pemuka hadapan Blok Timur itu. US kini sedang giat melobi Korea Utara supaya berada di sebelah mereka, bagi mengurangkan risiko Barat sekiranya perang nuklear benar-benar tercetus.
Walaupun Iran menyatakan kesediaan mereka untuk segala kemungkinan, ditambah komitmen Rusia untuk membantu negara tersebut, namun keadaan mungkin tidak menyebelahi mereka. Selain berjaya menghuru-harakan negara sekutu Timur dengan kempen Arab-Spring, sekatan ekonomi yang dibuat besar-besaran terhadap Rusia dan Iran, di samping campur tangan US terhadap politik negara-negara yang memiliki hubungan ekonomi dengan China (seperti Malaysia) juga akan melemahkan kuasa Blok Timur dari sudut kewangan, menyebabkan mereka sukar untuk bertahan dalam situasi perang untuk tempoh yang panjang. Kemungkinan untuk Iran dihuru-harakan sebagaimana Syria dan Iraq adalah sangat tinggi.
Dari sudut yang lain pula, Yahudi paling dominan di Israel kini adalah Yahudi Isfahan. Di sana mereka memang merancang bagi mendirikan kuil Nabi Sulaiman di atas tapak Masjidil Aqsa yang bakal diruntuhkan. Mereka percaya Kerajaan Bani Israel persis Kerajaan Sulaiman yang pernah memerintah dunia akan tertegak kembali. Pemimpin mereka adalah al-Masih yang palsu iaitu Dajjal. Di US pula, Yahudi telah berjaya menghasut sebahagian Kristian urban untuk menyokong matlamat Zionis melalui gerakan Evangelicaism. Gerakan ini sudah menguasai Kerajaan US melalui Parti Republikan. Maka tidak mustahil Yahudi daripada kedua negara musuh Islam ini adalah 70,000 orang Yahudi yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 9-6-2018
24 Ramadan 1439
9 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 9/6/2018
Prestasi kerajaan negeri selepas 30 hari
FAKTA dan data jelas membuktikan bahawa Kerajaan PAS Terengganu pimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah Kerajaan Negeri yang paling berprestasi tinggi selepas 30 hari PRU14 lalu, diikuti Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan) di tempat kedua, dan Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai YAB Adly Zahari (PAN) di tempat ketiga.
Berdasarkan analisis Risiko Politik dan perancangan ekonomi politik, tiada data yang mampu menafikan bahawa Kerajaan PAS Terengganu kini mendahului negeri-negeri lain sejurus berakhirnya PRU14. Disertai moto ‘Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera’, pelbagai inisiatif mula digerakkan seperti Pelan Pelaburan Terengganu Inc., Strategi Pelaburan Timur Tengah, pembaharuan dasar yang menyasarkan peningka
tan kualiti hidup (pemansuhan Cukai Pintu, air percuma 20 m padu bersasar), pemulihan produk pelancongan, perancangan Industri Maritim, gas dan petroleum.
Bukan sahaja barisan kepimpinan Kerajaan Negeri diisi empat pemimpin bertaraf Doktor (Dr) dan seorang bergelar jurutera (IR), di samping ilmuwan agama, Terengganu turut disokong faktor segmen anak muda dengan modal insan berkualiti tinggi – seperti mana yang diserlahkan dalam siri pencapaian akademik negeri sejak 20 tahun lalu. Pembaharuan dasar yang menyasarkan peningkatan kualiti hidup turut dilaksanakan secara agresif. Disokong pula komitmen Kerajaan Pakatan Pusat yang menjanjikan pembayaran terus royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri, potensi lonjakan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu tidak dapat dinafikan lagi.
Sabah meskipun dilanda ketidaktentuan blok parti peneraju Kerajaan Negeri pada peringkat awalnya, namun kejayaan YAB Datuk Shafie Apdal menggembeleng sokongan majoriti Adun telah memberi kelebihan besar buat jentera pentadbiran beliau kemudiannya. Di bawah teraju Parti Warisan Sabah, Kerajaan Negeri telah mengajukan pemerkasaan industri perikanan seperti membenarkan semula bot pam, di samping mengusahakan pengeluaran lesen perikanan laut dalam untuk dipindahkan dari Pusat ke Negeri Sabah.
Turut tidak ketinggalan, langkah-langkah semakan semula dan siasatan ke atas pentadbiran sebelum ini meskipun Tan Sri Musa Aman telah diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan tidak dapat ditemui hingga ke hari ini. Dasar seperti menghentikan sementara eksport pembalakan untuk dinilai impak alam sekitarnya membuka dimensi urus tadbir baharu di Negeri di Bawah Bayu ini. Ketegasan Kerajaan Sabah untuk menuntut 20 peratus royalti petroleum turut meningkatkan potensi produktiviti negeri.
Kerajaan yang diterajui PAN Melaka menyaingi rapat Kerajaan PAS Terengganu dan Warisan Sabah dengan menstruktur kembali urus tadbir Kerajaan BN sebelum ini yang terkenal dengan slogan menjengkelkan dalam Bahasa Inggeris, ‘Don’t Mess with Melaka’. YAB Adly Zahari kini memperkenalkan slogan ‘Melaka Berwibawa’ dengan tiga tema, ‘Pintar, Hijau, Bersih’. Beliau turut mewujudkan Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti, dan Ketelusan Melaka (MELCAT), memansuhkan dan menyusun semula 8 Jabatan atau Bahagian atau Unit, mempermudah urusan Kewangan Japerun, dan juga menukar Status Tanah Orang Melayu bertaraf ‘leasehold’ ditukar ke ‘Malay Customary Land’ (MCL).
Menghuni tangga keempat ialah Pulau Pinang yang diketuai YB Chow Kon Yeow (DAP), diikuti Kerajaan Negeri PAS Kelantan (YAB Dato Ahmad Yakob) di tangga kelima, dan Pahang (YAB Datuk Wan Rosdy-Umno) di tempat keenam.
Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow mula agresif dengan Rancangan Peluasan Lapangan Terbang Pulau Pinang, fokus bekalan air di Selatan Pulau Pinang, meneruskan ‘Penang Transport Master Plan’, dan juga projek pulau buatan hasil tambakan laut berhampiran kluster elektrik dan elektronik Bayan Lepas untuk keperluan 30 tahun mendatang.\
Meskipun Kerajaan PAS Kelantan mendahului Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pelantikan Menteri Besar, namun inisiatif pembangunan sosioekonomi Kerajaan Negeri belum dibangunkan secara besar-besaran. Meskipun demikian Kerajaan Negeri Kelantan cukup aktif dari segi pengisian spiritual dan ibadat di bulan Ramadan. Impak royalti petroleum yang bakal disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan juga bakal menjadi ‘game-changer’ kepada masa hadapan Negeri Serambi Makkah ini.
Kerajaan Negeri Selangor pula berada di tangga ketujuh susulan ketidaktentuan yang agak berlanjutan tentang individu yang bakal menggantikan YAB Datuk Azmin Ali (PKR) sebagai Menteri Besar. Hala tuju Inisiatif Peduli Rakyat di bawah rancangan ‘Smart Selangor’ kini masih dalam teka-teki meskipun segala kemudahan yang terbabit masih disalurkan.
Kerajaan PKR Negeri Sembilan pimpinan YAB Aminuddin Harun (PKR) pula berada di tangga kelapan, sedikit di atas Kerajaan Negeri Johor di bawah Dato Osman Shapian (PPBM) yang berada di kedudukan kesembilan. MB Negeri Sembilan bertindak agak bertentangan dengan semangat Reformasi PKR apabila menimbulkan gerun kepada Pegawai Kerajaan Negeri yang menghadiri program anjuran Umno-BN.
Demikian juga MB Johor yang sebelum ini berikrar untuk tidak memberi peruntukan kepada kawasan pembangkang. Malah, beliau turut melantik bekas ahli Umno sebagai Pegawai Kanan dan mengetepikan ramai lagi individu berkelayakan dalam PH sendiri. MB Johor juga perlu berhadapan pendirian kritis Tun Mahathir terhadap pelaburan hartanah China.
Satu tangga di bawah Johor ialah Kerajaan Negeri Perak pimpinan YAB Ahmad Faizal Azumu (PPBM) yang berada di kedudukan kesepuluh. Selain faktor YAB Ahmad Faizal yang tiada latar pengalaman pentadbiran yang berwibawa – berbeza dengan YB Nizar Jamaludin (PAN) – langkah beliau menimbulkan perasaan kurang senang sesama parti PH. Bukan sahaja adik ipar beliau dalam Umno diterima sebegitu mudah menyertai Kerajaan PH, malah beliau bertindak melantik seorang lagi bekas Adun dan Exco Umno Perak iaitu Zainol Fadzi sebagai Penasihat Menteri Besar.
Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Abang Johari Abang Openg (PBB) yang pada asalnya merupakan tulang belakang komponen Parti BN telah bertindak menukar arah dengan menyertai Kerajaan PH. Disebabkan langkah sedemikian yang menimbulkan persoalan tentang manifesto dan hala tuju PBB yang telah ditetapkan sewaktu kukuh bersama BN dahulu, Kerajaan Negeri Sarawak jatuh di tangga kesebelas.
Kedah yang diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM) pula berada di kedudukan kedua belas. Kedudukan yang agak terkebelakang ini antaranya disebabkan tersebarnya desas-desus bahawa Pilihan Raya Negeri Kedah mungkin terpaksa dilakukan sekiranya pelantikan Speaker Dun Kedah gagal untuk diselesaikan. Disebabkan kedudukan kerusi semasa yang menyaksikan PH 18 manakala PAS 15 dan BN 3, maka kemungkinan pilihan raya berkenaan dijalankan masih ada. Ditambah pula dengan kontroversi terpalitnya isu projek mewah mega bernilai RM 30 billion Langkawi City oleh Ting Pek Khiing yang terkenal dengan reputasinya gagal menyiapkan projek Empangan Bakun di Sarawak dan berdepan kes bankrap di Mahkamah.
Perlis yang bergolak di bawah kepimpinan Dato Azlan Man (Umno) menyaksikannya berada di kedudukan terbawah iaitu tangga ke-13. Terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor yang menatijahkan senario ini: Konflik politik berterusan antara Pengerusi BN Negeri Shahidan Kasim dengan Menteri Besar Azlan Man, konflik antara BN Perlis dengan Istana Perlis, dan seterusnya potensi PH yang boleh mengasak pembentukan kerajaan campuran. Keengganan mana-mana pihak untuk berkompromi serta kelemahan Umno Pusat dalam menangani krisis ini dijangka bakal memberi impak negatif berterusan kepada Umno Perlis dan meningkatkan pengaruh PH dan PAS Perlis.
Sama-sama kita ikuti perkembangan prestasi kesemua Kerajaan Negeri di Malaysia secara berkala dan mendoakan supaya bacaan Risiko Politik dan perancangan Ekonomi Politik di Malaysia bertambah positif. Bukan sahaja kedua-dua petunjuk ini mempengaruhi perkiraan pelabur untuk melabur di negara kita, bahkan turut menentukan saiz sumbangan setiap Kerajaan Negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 9/6/2018
Buat masa ini, pimpinan PAS henti dulu daripada mengkritik
Saya terbaca ulasan kepada kenyataan Dr Zuhdi Marsuki pada Harakahdaily di Malaysiakini berkenaan Pakatan Harapan bersandiwara disebalik Malaysia Baharu.
Malaysiakini menulis berselindung di sebalik slogan Malaysia Baru, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebenarnya sedang melaksanakan idea yang diilhamkan oleh DAP suatu ketika dulu, kata seorang pemimpin kanan PAS.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki lebih membimbangkan ialah, dasar Malaysian Malaysia itu dilakukan secara drastik.
Katanya tindakan sedemikian boleh mengundang "tindak balas tegas" daripada masyarakat bumiputera yang menjadi golongan majoriti di negara ini.
"PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saya tidak bertujuan menyalin semua tulisan tersebut, pembaca boleh membaca di Malaysiakini (klik di sini) tetapi kenyataan ini sangat tidak berketepatan dengan masa sekarang. Bukan lagi masa untuk PAS menyalahkan DAP kerana semua peluru PAS yang menyerang DAP telah diambil pengajaran oleh pakar strategi DAP untuk membaiki imej mereka sehingga mereka 'seolah-olah' nampak bersih.
Jika pimpinan PAS masih leka tidak sedar dengan fakta ini saya nak tegaskan bukan kenyataan ini membawa kebaikan kepada PAS tapi akan memburukkan imej PAS setelah PAS berjaya membersih sebahagian fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Buat kali pertama kerajaan Malaysia berubah. Sejak merdeka dan sejak penubuhan Malaysia, rakyat tidak pernah kenal kerajaan lain selain BN dan mereka memilih Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.
Kini pembangkang buat kali pertama menjadi kerajaan atas nama Pakatan Harapan (HARAPAN), pembangkang tegar DAP kini berada bersama dengan BERSATU, PKR dan AMANAH, untuk mentadbir negara sebagai sebuah kerajaan baharu.
DAP memenangi 42 daripada 47 kerusi parlimen yang ditandinginya, selain meraih 99 daripada 102 kerusi di peringkat dewan undangan negeri (DUN).
Prestasinya amat memberangsangkan dengan kejayaan 89% untuk kerusi parlimen dan 97% untuk DUN.
DAP sekarang membaiki imej mereka samada ini lakonan atau sebagainya tapi hakikat rakyat 'dilihat' oleh DAP sebagai bersih. Lim Kit Siang yang diwar-warkan oleh jentera BN sebagai PM atau Timbalan PM tidak menjadi kenyataan. Mereka sanggup ketepikan Lim Kit Siang demi misi mereka.
Sebelum ini mereka sanggup ketepikan Dr Tan Seng Giaw, orang kuat DAP yang menjadi MP selama 36 tahun demi untuk "membuang logo DAP" bagi mendapatkan satu peluang kepercayaan Melayu dan membersih imej DAP.
Pimpinan PAS sepatutnya sekarang ini meneliti apa punca kelemahan PAS semasa PRU-14 yang menyebabkan hampir 100% pengundi atas pagar di negeri pantai barat terutamanya Selangor tidak mengundi PAS. Walaupun pengundi PAS tidak banyak lari, kalau besar pun sekitar 10%, PAS jangan bangga dengan pengundi PAS. Tapi cari faktor kelemahan baiki. Buat kerja dan tak perlu untuk menjadi jaguh di media massa pada masa ini kerana mood rakyat masih dalam keadaan untuk menghapuskan Barisan Nasional.
Saya bagi contoh, apabila Malaysiakini menyiarkan artikel ulasan kenyataan Dr Zuhdi. Pembaca di Malaysiakini membuat komen mengutuk Dr Zuhdi dan PAS (terkena percikan) sekali. Daripada rambang yang dibuat lebih 90% pembaca mengutuk.
Untuk makluman Malaysiakini adalah medium pembangkang. Pembaca Malaysiakini adalah lebih kepada pembangkang.
Ini saya capture sebahagian komen pembaca untuk tatapan. Adalah lebih baik pergi ke artikel berkenaan dan melihat komen-komen yang sangat menyakitkan hati bukan menambahkan kebenaran tetapi membesarkan 'luka fitnah' yang sepatutnya sembuh selepas PRU-14.
Kita pun masih tahu tahu apa strategi DAP. DAP masih menyimpan kukunya!
Tolonglah pimpinan PAS bijak dalam membuat kenyataan. Belajar bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan yang menawarkan bantuan untuk mengurus tabir kerajaan baharu walaupun mungkin mereka melihat dengan sinis.
Saya tak kata kenyataan itu salah tetapi sesuatu yang baik tidak kena pada masa dan ketika buka sahaja tidak dilihat baik mungkin akan memberikan 'bala'.
ABBAS MOHD NOOR
Sumber MR - 8-6-2018
1. Secara peribadi saya mengesali sikap sesetengah ahli dan pimpinan yang memuat naik status di media sosial yang tidak selari dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera BPMS sehingga membawa imej buruk kepada PAS. Begitu juga dengan ucapan beberapa pimpinan yang agak tidak baik untuk imej PAS. Sikap cybertrooper kita dalam peperangan siber turut menjadi sebab PAS yang kita cintai ini terpalit imej yang negatif.
2. Namun kita tidak boleh salahkan mereka 100%. Semua kelemahan ini perlu dimuhasabah oleh semua peringkat. Benar tindakan mereka kadang-kadang tersilap. Tetapi kesilapan yang berulang-ulang dari pelbagai peringkat menunjukkan kesilapan itu berpunca dari kelompangan dalam sistem. Ataupun kerana tiada sistem.
3. Teguran yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS melalui kenyataan medianya bahawa ahli dan pimpinan perlu berhati-hati membuat kenyataan di media sosial adalah perkara yang perlu dipuji. Ia satu tindakan yang berani dan sangat sesuai sebagai seorang pimpinan atasan. Ia boleh dikatakan suatu langkah pencegahan bukan sekadar rawatan.
4. Tetapi dengan keadaan organisasi PAS yang semakin besar dan luas ini, perlu ada suatu langkah yang lebih konkrit dan sistematik. Tidak cukup dengan nasihat umum tetapi perlu lebih menjurus kepada panduan yang lebih terperinci. Tidak padan dengan arahan dan kenyataan, tetapi perlu kepada bimbingan a to z. Sebagai contohnya perlu ada garis panduan mengendalikan akaun media sosial terutama untuk pimpinan, garis panduan penyampaian ucapan, dan juga tatacara cybertroopers.
5. Zaman semakin mencabar. Media sosial bukan lagi perkara yang boleh dianggap enteng oleh PAS. Kerajaan kini sedang merangka berbagai akta yang berkait dengan media sosial dan internet. Mereka juga mengambil langkah yang pro aktif seperti mewujudkan pusat pengesahan maklumat untuk orang awam, bekerjasama dengan institusi agama, kempen kesedaran sosial dan banyak lagi.
6. Justeru pihak dalam PAS perlu mengambil langkah pro aktif untuk menangani hal ini. Sebagai contoh Lujnah Undang-Undang boleh membincangkan beberapa perkara yang berkait dengan perundangan melibatkan media sosial. Dewan Ulama boleh mengadakan muzakarah dalam hal berkait hukum. Lajnah pemerkasaan mengeluarkan garis panduan kepada ahli dan pimpinan berdasarkan kajian daripada PPP, ISP dan input daripada Luham dan Dewan Ulama.
7. Saya yakin dengan tindakan pro aktif ini bukan sahaja masalah yang dialami kini boleh dikawal, tetapi PAS juga akan dilihat profesional dan memiliki daya pentadbiran yang meyakinkan untuk menggalas tugas pentadbiran kerajaan.
Kita boleh belajar dari pengalaman BPMS. Idea asal adalah daripada Tuan Guru Presiden PAS. Tetapi Al-Marhum Profesor Khazani telah mengambil langkah proaktif menyusun pembawaan Presiden itu menjadi lebih sistematik dengan diperkenalkan, definisi, kriteria dan disusun strategi pembawaannya supaya sampai bukan sahaja kepada seluruh ahli, bahkan turut dirasai oleh pihak luar.
8. Mungkin pemimpin PAS memiliki banyak lagi idea yang bernas dan baik. Tetapi ia tidak akan menjadi suatu legasi yang konsisten dan konstruktif andainya langkah menyusun secara sistematik tidak diambil. Al-Marhum Prof Khazani sangat mementingkan perkara ini dan berulang kali menyebut.
PAS memiliki skruktur organisasi yang cukup baik. Tetapi dari sudut peranan dan bidang tugas, banyak yang masih kabur menyebabkan berlaku pertindihan dan lompang dalam hal-hal eksekutif. Cita-cita beliau menerusi ISP dan Lajnah Pemerkasaan sesi ini adalah bagi menyusun kembali strategi pentadbiran agar lebih sistematik. Setiap organ dalam PAS bakal memiliki SOP tersendiri yang tentu bakal meningkatkan mutu kualiti kerja kita secara tak langsung.
9. Di sinilah perlunya golongan profesional dalam PAS mengambil sikap berani untuk membantu PAS memperbaharui sistem pentabdiran. Perlu ada sikap berinisiatif atau orang Terengganu kata 'wat bbijok'. Jangan hanya menunggu arahan sahaja kerana mengikut pengalaman berjemaah yang
Alang Ibn Shukrimun
Sumber MR - 8-6-2018
Geoeskatologi (22): Khurasan
KHURASAN merupakan satu rantau di Asia Tengah. Walaupun nama Wilayah Khurasan hari ini berada Timur Laut Iran, tetapi sebenarnya ia lebih luas daripada itu. Khurasan adalah Bahasa Parsi yang bermaksud tempat matahari terbit, merujuk kepada Wilayah Kekuasaan Parsi di sebelah Timur Laut melibatkan bukan sahaja Iran, tetapi Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan dan Pakistan.
Islam sampai di Khurasan seawal kejatuhan Parsi zaman Khulafa ar-Rasyidin. Ia menjadi lubuk ilmuan Islam yang tidak terkira jumlahnya. Antara daerah yang terkenal adalah Naisabur, Herah, Bukhara, Samarqand dan Khawarizm. Khurasan dan kawasan sekitar peta Iran telah melahirkan Ulama yang tak terkira jumlahnya seperti Imam sittah (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah, Nasaie), at-Tabari, al-Baihaqi, Sibawaih, al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Mawardi, Ibn Sina, al-Farabi dan ramai lagi. Dari tanah ini juga berkembangnya ilmu mukammilat seperti antropologi, astrologi, geologi, matematik, linguistik, biologi, falsafah, dan sebagainya yang menjadi asas perkembangan teknologi hari ini.
Pada Era Kolonialisasi, Khurasan berada di bawah pengaruh Soviet Union. Kini walaupun Soviet telah jatuh, tetapi negara-negara ini masih tidak berjaya dikuasai oleh kumpulan Pax-Americana.
Nabi S.A.W menyatakan berkenaan Khurasan:
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ ، يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
"Dajjal keluar daripada satu tanah di Timur yang dipanggil Khurasan. Diikuti oleh kaum-kaum yang mukanya leper"[HR Tirmizi]
Tidak dinyatakan secara apakah Khurasan yang dimaksudkan adalah Iran, Afghanistan, Uzbekistan atau negara lain. Bahkan secara literal, ia kontradik dengan Hadis Nabi yang mengatakan Dajjal keluar daripada Esfahan. Ini kerana Esfahan sudah berada di luar Wilayah Khurasan (Rujuk Siri Esfahan selepas ini).
Ia juga kontradik dengan Hadis Tamim ad-Dari yang berjumpa Pulau Dajjal di sebelah Barat (Rujuk Siri Tasik Tiberias, Bisan dan Mata Air Zughar). Sedangkan Khurasan adalah di Timur.
Kaedah utama dalam membaca Nas Syarak adalah dengan mengharmonikan kesemuanya tanpa menolak mana-mana setakat yang mampu. Maka wujud pandangan yang mengatakan boleh jadi Dajjal keluar dari pulaunya dengan tidak mendedahkan identitinya. Menggunakan pesawat (Rujuk Siri Bab Ludd), dia ke Khurasan dengan berwatak seorang manusia biasa, bahkan matanya masih tidak cacat waktu itu. Dengan teknologi dan sihir, beliau membina pengaruh dengan cepat ke seluruh dunia yang sedang menanti adiwira yang boleh menyelamatkan mereka dari bencana alam dan peperangan waktu itu. (Rujuk Siri Bisan).
Dajjal pada mulanya mengaku Muslim, membawa pembaharuan dan kebaikan. Yang lemah iman, yang hanya fikir nasib periuk nasi dan hidup dunia sahaja akan terpengaruh dengannya. Selepas itu dia akan mengaku sebagai al-Masih Nabi Isa bagi menipu orang Islam dan juga Kristian, akhirnya, dia akan mengaku sebagai tuhan. Sabda Rasulullah S.A.W:
الدجالُ ليس به خفاءٌ يَجيءُ من قِبلِ المشرقِ فيَدعو إلى الدينِ فيُتَّبَعُ ويظهرُ فلا يزالُ حتى يقدمَ الكوفةَ فيُظهِرُ الدينَ ويعملُ به فيتبعُ ويحثُّ على ذلك ثم يدَّعي أنَّهُ نبيٌّ فيفزعُ من ذلك كلُّ ذي لُبٍّ ويفارقُهُ فيمكثُ بعد ذلك فيقولُ أنا اللهُ فتُغشى عينُهُ وتُقطَعُ أذنُهٌ ويكتبُ بين عينيْهِ كافرٌ فلا يَخفى على كلِّ مسلمٍ فيفارقُهُ كلُّ أحدٍ منَ الخلقِ في قلبِهِ مِثقالُ حبةٍ من خَردلٍ من إيمانٍ
"Tanpa syak lagi Dajjal akan muncul dari arah Timur. Dia akan mengajak kepada agama maka dia akan diikuti dan menzahirkannya. Kemudian pergi ke Kufah, kemudian mengaku sebagai Nabi. Yang berakal akan meninggalkannya. Selepas itu dia mengaku pula akulah Allah!. Ketika itu matanya dicederakan, telinganya dipotong, dan dahinya tertulis kafir. Orang Islam yang memiliki iman sebesar biji sawi akan meninggalkannya."[HR Thabrani]
Mengikut ilmu geo-politik, Wilayah Khurasan sememangnya menjadi idaman kuasa Barat Pax-Americana bagi menguasai rimland dan mengekang pengaruh kuasa heartland iaitu Rusia dan blok Timur. Apa yang berlaku di Asia Barat adalah pelan jangka masa panjang bagi menguasai keseluruhan rantau Timur yang berhampiran. Afghanistan, Iraq dan Syria sudah berjaya diduduki Barat. Menunggu masa untuk menjarah Iran dan Pakistan pula.
Hadis di atas turut memberi panduan bahawa yang mampu selamat daripada Dajjal adalah yang beriman. Maka perkuatkanlah iman kita, bina benteng yang kukuh dengan ilmu dan takwa, supaya iman kita tidak terjejas dengan tipu daya Dajjal yang semakin hampir.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
23 Ramadan 1439
8 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018
PARSI merujuk kepada sebuah kaum yang menjadi penerus Tamadun Mesopotamia. Kuasa Parsi pada dinasti pertama iaitu Achaemenid atau lebih tepatnya di era kepimpinan Cyrus The Great pernah melebar daripada sempadan India di sebelah Timur hingga ke Eropah Timur di sebelah Barat, serta mencecah pergunungan Caucasus di Utara. Pada Dinasti Sasanid, Parsi pernah meluaskan pengaruhnya ke Semenanjung Arab sepanjang pesisir teluk Parsi hingga ke Yaman.
Nabi S.A.W pernah menyebutkan berkenaan masa depan Parsi. Sabda Rasulullah S.A.W:
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ
"(Maksudnya:) Kamu akan memerangi Semenanjung Arab maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Parsi maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Rom maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Dajjal maka Allah akan membukanya untuk kamu."[HR Muslim]
Peperangan Islam dan Parsi telah berlaku pada zaman Umar bin al-Khattab. Waktu itu Parsi dipimpin oleh Dinasti Sasanid. Perang Qadisiyah dan Nahawand antara perang besar yang berjaya melenyapkan terus Empayar Parsi di atas muka bumi ini.
Di era kelemahan Islam, bangsa Parsi melalui Dinasti Safavid sekali lagi berjaya memerintah wilayah sebahagian Asia Tengah Asia Selatan. Walaupun mereka dikategorikan oleh sejarawan sebagai sebahagian empayar Islam, tetapi sebahagian umat Islam tidak mengiktiraf mereka kerana berakidah Syiah.
Era Kolonialisasi, Kerajaan Pahlavi ditegakkan tahun 1925 dengan bantuan British mengguling Dinasti Qajar. Namun sempadannya semakin mengecil membentuk peta Iran hari ini. Reva Pahlavi menjadi Raja terakhir Parsi, apabila digulingkan tahun 1971 melalui Revolusi Khomenei, yang menukar sistem pemerintahan daripada Monarki kepada Republik dan mengiktiraf demokrasi. Kini, Parsi hanya tinggal pada bahasa sebahagian penduduk Iran, Afganistan dan Tajikistan sahaja.
Walaupun Parsi boleh dikatakan sudah terhenti dalam catatan sejarah, namun Hadis di atas turut dijadikan rujukan sebahagian Ulama dalam meneliti fenomena akhir zaman. Mereka berpendapat peperangan antara Islam dan Parsi sekali lagi akan berlaku, selepas perang di Semenanjung Arab yang juga sekali lagi akan berlaku di akhir zaman. Pandangan ini disokong dengan beberapa Hadis, antaranya serangan tentera Imam Mahdi dari Timur. Sabda Rasulullah S.A.W:
يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ثم ذكر شيئاً لم أحفظه فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي
"Akan berperang tiga pihak di sisi Kaabah, kesemuanya dari kalangan putera Raja. Tidak ada seorang pun yang bakal beroleh takhta yang direbutkan. Kemudian muncul panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan peperangan yang kamu tidak pernah hadapi. (Kemudian Nabi S.A.W menyebutkan beberapa perkara yang tidak diingati perawi.) Sekiranya kamu sempat dengannya maka berbaiahlah padanya sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya dialah khalifah Allah al-Mahdi."[HR Ibn Majah]
Jika Hadis pertama dikaitkan dengan Hadis kedua, maka ia bermakna Parsi juga akan diperangi dan dibuka umat Islam. Parsi yang dimaksudkan lebih merujuk kepada wilayah Parsi Sasanid yang wujud pada zaman Nabi S.A.W. Pusatnya di Fars, satu negeri di Iran tetapi wilayahnya turut melibatkan, Iraq, sebahagian Asia Tengah, Afghanistan dan Pakistan. Maka negara-negara ini antara yang berpotensi untuk diperangi oleh tentera Islam akhir zaman. Bermula era Pax Americana, konflik tidak pernah terhenti di kawasan tersebut yang mencetuskan berbagai bentuk ketegangan, peperangan dan campurtangan politik serta ketenteraan tidak berkesudahan.
Mungkin Khilafah al-Mahdi sahaja yang bakal mengakhiri segalanya.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan)
Sumber HD - 6-6-2018(ALANG IBN SHUKRIMUN)
20 Ramadan 1439
5 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Jangan fitnah dibalas fitnah!
# Beritahttp://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jangan-fitnah-dibalas-fitnah.html
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tegas menolak pendekatan politik secara kotor, malah mengingatkan supaya tidak membalas fitnah dengan melakukan fitnah juga.
Sebaliknya, beliau menasihati Jentera Penerangan PAS supaya berpegang kepada prinsip syarak dengan berhenti dan menjauhi kempen yang menghampiri makruh, apatah lagi jika haram.
Perkara tersebut dikongsikan Ahli Jawatankuasa Kerja Penerangan PAS Pusat, Saiful Hizam Abdullah pada Majlis Berbuka Puasa Jentera Penerangan Bersama Menteri Besar di Sri Iman, di sini semalam.
Beliau yang mewakili Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, sekalipun PAS mungkin berpeluang menang PRU dengan kempen tidak berakhlak itu, namun Presiden PAS sama sekali tegas melarang.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mahyuddin Abdul Rashid.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapan beliau menyentuh cabaran media baharu yang berbeza lima tahun lalu dan akan datang, serta persediaan ahli-ahli dalam mengisi kemenangan.
“Kita kena gambarkan, kena jangkakan, lima tahun akan datang, cabaran yang mungkin tak sama dengan cabaran PRU baru-baru ini.
"Mengambil kira perubahan teknologi, aplikasi-aplikasi dan cara berkomunikasi yang ada, memerlukan tuan-tuan yang terlibat dalam IT, penyebaran maklumat, membetulkan fakta-fakta yang salah di kalangan rakyat.
"Dan jika kita fikir dari sekarang, membolehkan kita lebih bersedia untuk berdepan dengan suasana akan datang,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, jika hampir PRU baharu jentera mahu memulakan persiapan, ia mungkin menjadi suatu tugas berat untuk dilaksanakan, maka persiapan mesti diperkemaskan dari sekarang.
Serunya, sikap belajar daripada pengurusan media di negara-negara lain juga perlu dibuat sebagai ‘case study’ untuk pasukan media PAS lebih maju dan terkehadapan, contohnya di Indonesia bagi Pemilu yang terdekat.
Kerja media juga kata Dr Samsuri, tiada rehat kerana selepas habis PRU, maka akan terus membuka idea baharu bagi memantapkan lagi penyebaran maklumat agar sentiasa strategi PAS berada di hadapan lawan.
Sementara itu, Ustaz Mohd Nor dalam ucapannya menyatakan bahawa pandangan semua anggota dalam organisasi penerangan sentiasa diambil kira, tetapi pimpinan yang memutuskan.
"Sama ada sesuai atau tidak (pandangan itu) kerana tentera tidak boleh memaksa untuk pimpinan menerima mutlak cadangan mereka.
“Inilah sikap yang mesti diikuti oleh semua sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah tentera mesti taat sama ada suka atau tidak dengan arahan itu.
"Ada sesetengah sikap tentera yang suka melanggar disiplin arahan dari ketua, ini jelas satu sikap yang tidak boleh dipakai dalam organisasi,” tegas beliau.
Tambah beliau lagi, pasca PRU, PAS akan melakukan sesuatu yang lebih aktif dengan menyusun kembali pasukan media Terengganu bagi menyahut saranan Menteri Besar, agar ia lebih berkesan dalam menawan hati rakyat.
Beliau menggesa agar diberi keutamaan kepada imej Kerajaan Terengganu supaya ditonjolkan dengan lebih kemas dan teratur bagi memaklumkan kepada rakyat perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang telah dibuat.
Sumber MR - 4-6-2018
Geoeskatologi (19): Constantinople
CONSTANTINOPLE adalah sebuah Kota Rom yang didirikan oleh pendiri Empayar Byzantine, Constantine The Great. Ia menjadi Pusat Pemerintah Rom Timur bermazhab Kristian Ortodoks, yang berpisah daripada Rom Barat.
Lokasinya kini di Istanbul, Turki bahagian Eropah. Bahagian Selatan kota ini berada di sebelah laut, di kuala Selat Boshphorus yang menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Kaspia atau Laut Hitam. Bahagian Barat Daya kota itu pula berada di daratan.
Kota ini terkenal dengan keteguhan temboknya. Umat Islam berusaha sejak zaman Saidina Umar al-Khattab untuk membuka kota tersebut. Malangnya ia hanya dapat dibuka pada tahun 1453 Masihi, 847 tahun selepas kewafatan Baginda S.A.W. Constantinople jatuh di tangan Sultan Muhammad al-Fateh daripada Dinasti Uthmaniah.Umat Islam sangat gigih untuk membuka Kota Constantinople. Mereka berlumba bagi menjadi tentera pembuka kota tersebut ekoran Hadis Nabi S.A.W yang bersabda:
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ"Constantinople bakal dibuka. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya."[HR Ahmad]Ramai yang tidak mengetahui bahawa kota tersebut bakal dibuka sekali lagi di akhir zaman. Bahkan sebahagian Ulama berpendapat pembukaan yang berlaku di zaman Uthmaniah bukanlah pembukaan yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W. Ia merujuk kepada Hadis Nabi S.A.W:عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ."Kepesatan Baitulmaqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda berlakunya pembukaan Kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."[HR Abu Daud]Merujuk kepada Hadis di atas, Nabi S.A.W menyatakan bahawa pembukaan Kota Constantinople akan berlaku selepas tercetusnya Malhamah. Secara lebih tepat, ia akan berlaku selepas pakatan Islam-Rom terputus dan masing-masing kembali berperang sesama sendiri.Satu lagi sudut yang menarik untuk diperbahaskan adalah mengenai situasi Constantinople hari ini. Bagaimana ia mungkin akan dibuka sedangkan sudah berada di tangan orang Islam?Terdapat dua pandangan mengenai perkara ini. Pertama, Constantinople akan dibebaskan daripada sistem yang tidak Islamik kepada sistem Islam. Umum mengetahui hari ini perlembagaan Turki berpaksikan ideologi Sekular yang sangat pekat. Walaupun umat Islam membentuk komposisi 90 peratus daripada rakyat Turki, tetapi mereka tidak mampu mempraktiskan Islam secara sepenuhnya kerana kekangan sistem pemerintahan yang ada. Beberapa kali pendekatan Islam cuba untuk diterapkan seperti Sistem Perbankan Islam dan Sistem Pendidikan Islam, namun dihalang oleh Perlembagaan menyebabkan parti pemerintah yang menang pilihan raya digulingkan dan diharamkan, namun mereka masih terus berusaha kerana percaya, Constantinople bakal dibuka jua akhirnya daripada kekangan sistem yang ada.
Menurut pandangan ini, tidak akan berlaku apa-apa perkara besar terhadap keselamatan Turki. Proses pembukaan tersebut berlaku dengan cara yang aman, sama ada melalui proses demokrasi ataupun kebangkitan rakyat yang memaksa pemerintah akur.Pandangan tanpa perang ini seiring dengan Hadis Nabi S.A.W:
سَمِعْتُمْ بِمَدِينَةٍ جَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَرِّ وَجَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَحْرِ ؟ قَالُوا : نَعَمْ ، يَا رَسُولَ اللهِ . قَالَ : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَغْزُوَهَا سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ بَنِي إِسْحَاقَ ، فَإِذَا جَاءُوهَا نَزَلُوا ، فَلَمْ يُقَاتِلُوا بِسِلَاحٍ وَلَمْ يَرْمُوا بِسَهْمٍ ، قَالُوا : لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ ، فَيَسْقُطُ أَحَدُ جَانِبَيْهَا الَّذِي فِي الْبَحْرِ ، ثُمَّ يَقُولُوا الثَّانِيَةَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ . فَيَسْقُطُ جَانِبُهَا الْآخَرُ . ثُمَّ يَقُولُوا الثَّالِثَةَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ . فَيُفَرَّجُ لَهُمْ ، فَيَدْخُلُوهَا فَيَغْنَمُوا ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْمَغَانِمَ إِذْ جَاءَهُمُ الصَّرِيخُ ، فَقَالَ : إِنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَرَجَ ، فَيَتْرُكُونَ كُلَّ شَيْءٍ وَيَرْجِعُونَ
"Adakah kamu pernah mendengar tentang sebuah kota sebahagiannya di darat dan sebahagian di laut? Jawab sahabat: Ya. Nabi bersabda: Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah ia diperangi oleh 70000 orang keturunan Nabi Ishak. Apabila mereka mendatangi kota tersebut, tidak berlaku perang dengan senjata mahupun panah. Mereka cuma berkata: LailahaillAllah, maka runtuhlah salah satu sudutnya. Kemudian mereka berkata lagi: LailahaillAllah, maka runtuhlah satu lagi sudutnya. mereka berkata kali ketiga: LailahaillAllah, lalu diberikan kemenangan. Maka mereka masuk dan memperoleh ghanimah. Ketika mereka sebagai membahagikan ghanimah, ketika itulah muncul suara berteriak: Dajjal telah muncul! Menyebabkan mereka meninggalkan semua itu lalu bergegas pulang."[HR Muslim]Pandangan kedua pula menjangkakan bahawa Turki bakal berhadapan dengan krisis peperangan. Umum mengetahui bahawa Ankara kini lebih cenderung kepada blok Timur pasca kudeta gagal 2016. Walau bagaimanapun, Turki menjadi negara yang paling dekat dengan rantau kekuasaan Barat. Sekiranya berlaku pertempuran antara blok, Turki akan menjadi negara barisan hadapan dari sudut lokasi. Kedudukannya yang berada di Selat Boshphorus sangat strategik kepada Barat sebagai akses laut ke Heartland, ditambah pula dengan Crimea sudah menjadi wilayah kekuasaan Rusia.Pandangan kedua ini lebih menepati Hadis Nabi S.A.W yang berikut:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِن الْمَدِينَةِ مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ فَإِذَا تَصَافُّوا قَالَتِ الرُّومُ : خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ . فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ : لَا وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا . فَيُقَاتِلُونَهُمْ فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ : إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ فَيَخْرُجُونَ وَذَلِكَ بَاطِلٌ فَإِذَا جَاءُوا الشَّامَ خَرَجَ فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga orang Rom turun di Kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (berhampiran Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan dari Madinah, yang merupakan penduduk pilihan di muka bumi kala itu. Ketika mereka sudah berbaris untuk berperang, maka berkatalah orang Rom: “Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Maka berperanglah kedua pihak ini. Pusingan pertama, lari satu pertiga dari umat Islam yang Allah tidak akan menerima taubatnya. Pusingan kedua, mati pula satu pertiga yang merupakan sebaik-baik syuhada. Pusingan ketiga, dimenangi oleh satu pertiga yang baki. Setelah mereka berjaya membuka Kota Constantinople. Mereka membahagikan harta rampasan perang dan menggantungkan pedang-pedang dengan zaitun. Ketika itu muncul satu khabar dari syaitan, mengatakan Dajjal telah pun keluar bagi mengganggu anak isteri mereka. Maka mereka pun keluar mendapatkannya. Walhal ianya adalah batil. Ketika mereka balik ke Syam, pada waktu itulah Dajjal keluar. Dalam mereka dalam persiapan untuk memerangi Dajjal, masuk ketika waktu Subuh dan iqamah dilaungkan, mereka memperbetulkan saf, tiba-tiba turunlah Nabi Isa Ibn Maryam A.S."[HR Muslim]
Jarak masa antara pembukaan Kota Constantinople dan kemunculan Dajjal hanyalah kira-kira setahun. Sabda Rasulullah S.A.W:
بين المَلْحَمةِ وفَتْحِ المدينةِ سِتُّ سِنِينَ، ويُخرُجُ المَسيحُ الدَّجَّالُ في السَّابعةِ.
"Tempoh antara berlakunya Malhamah dan pembukaan Kota (Constantinople) adalah enam tahun. Dajjal akan muncul pada tahun ke tujuh."[HR Abu Daud]
Wallahualam.
(Dipetik dari buku Hadis Geoeskatologi yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 4-6-2018
19 Ramadan 1439
4 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Surat terbuka ini aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tanpa prejudis. Tujuannya adalah agar orang Melayu/Islam mesti mempertahankan hak mereka walaupun dengan darah manakala orang bukan Melayu mesti rasional dalam membuat tuntutan. Hal ini demi mengekalkan keharmonian kehidupan rakyat dan kesejahteraan Negara.
Belumpun sebulan PH menguasai Putrajaya macam-macam desakan dan kebiadapan dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap hak-hak keistimewaan Melayu. Manakala keputusan PM Mahathir boleh dibaca sebagai mengiyakan kehendak dan katadua DAP. Hak keistimewaan Melayu memang kontradik dengan prinsip DAP.
Bukan sahaja DAP, boleh kata bukan Melayu memang sebolehnya mahu hak keistimewaan Melayu dihapuskan. Malangnya ada dari kalangan Melayu pro-PH yang konon berfikiran terbuka, bersetuju hak itu dihapuskan demi sebuah Negara Malaysia yang maju, adil dan berdaya saing.
Apa yang aku faham hak keistimewaan Melayu ini sudah termaktub sebagai kontrak sosial apabila Tanah Melayu merdeka. Antara kompromi timbal balasnya ialah orang bukan Melayu khususnya Cina dan India diberi kerakyatan mengikt prinsip Jus Soli.
Prinsip Jus Soli ini diperkenalkan oleh British pada 1945 dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip penjajah ini lebih menguntungkan pendatang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah.
Ok. Maknanya, aku beri satu dan dapat satu. Engkau setuju dan aku setuju. Kalau ketika itu bukan Melayu tak setuju Melayu diberi hak keistimewaan maka sudah pasti Melayu juga tidak akan prinsip Jus Soli. Bukan begitu?
Maka sejak belum merdeka lagi kaum Cina dan India sudah berkayuh sampan pulang ke tanah leluhur mereka. Sepatutnya tiadalah timbul soal kompromi yang sebenarnya sangat menguntungkan bangsa Cina dan India itu. Maka, Tanah Melayu sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu dan bangsa pribumi yang lain sepenuhnya.
Pendatang yang dibawa bekerja di lombong dan estet termasuk dengan anak cucu mereka sepatutnya diberi dua pilihan iaitu sama ada pulang ke negara asal atau terima untuk hidup di bawah naungan pemerintahan Melayu. Bukan begitu? Bolehlah pembaca melihat apa yang diamalkan di Indonesia?
Ok.Mudah kata, kalau bukan Melayu menuntut atau mencabar hak keistimewaan Melayu agar dihapuskan baik secara terang atau halus, maka apa salahnya dirungkaikan semula kontrak sosial era merdeka dulu. Bersetujukan untuk dimansuhkan kerakyatan yang dijadikan tukar ganti itu? Kalau bersetuju, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Orang mengantuk disorongkan bantal.
Ini bukan bercakap tentang sensitiviti bangsa atau semangat asobiyah. Aku bercakap mengikut apa yang aku faham dari sejarah penubuhan negara. Melalui surat terbuka ini, aku mengajak rakyat Malaysia seluruhnya berfikiran rasional agar jangan ditimbulkan lagi rasa tak berpuas hati yang boleh mengundang bencana. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.
Jangan ada Melayuku bersikap bodoh sombong yang nanti kuburmu dikencing oleh anak cucumu sendiri di kemudian hari. Jangan ada cabar-mencabar, dendam kesumat dan segala unsur yang boleh menyebabkan tanah air ini bermandi darah lagi. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan kejutkan harimau dari tidur dengan menarik ekornya.
Surat terbuka ini merujuk kepada cubaan menghapuskan JAKIM, pelantikan AG, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong dan peranan parti chauvanis DAP yang sedang menungggang Mahathir, PAN dijadikan terompah dan PKR dijadikan tali pemacunya. Tunggulah apa lagi selepas ini. Aku ingatkan bangsa ini, “jangan terhantuk baru terngadah”.
#NekadBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera
BayangDiAir
3/6/2018
Sumber MR - 3-6-2018
Anak muda pencetus revolusi rakyat
POLITIK pada pilihan raya ke-14 telah mencetuskan Tsunami Rakyat yang dapat dilihat di seluruh tanah air setelah negara ini dikuasai oleh Perikatan - Barisan Nasional selama 6 dekad. Kebanyakkan negeri-negeri di pesisiran Pantai Barat jatuh ke Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan pelbagai ideologi bagi menumbangkan pengaruh Barisan Nasional yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Keadaan di Kelantan dan Terengganu pula menunjukkan PAS mampu mengekalkan penguasaan sejak memenangi pilihan raya ke-2 pada tahun 1964. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia masih subur dengan amalan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum yang dijalankan sejak 1959.
Prof Dr Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa demokrasi bukanlah sistem yang terbaik tetapi tidak pula bermakna demokrasi tidak boleh dimanfaatkan bagi meninggikan nama Allah dan Syariat Islam. Beliau sederhana menegaskan bahawa sehingga kita menemui satu sistem politik yang lebih baik daripada demokrasi, maka hendaklah kita manfaatkan demokrasi. Islam menghargai akal fikiran manusia yang dikurniakan oleh Allah dan juga menghormati hak bersuara oleh rakyat. Tetapi Islam tidak meletakkan akal fikiran manusia sebagai suatu perkara tertinggi sehingga mengabaikan al-Quran dan as-Sunnah yang telah diwasiatkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Hampir daripada setengah kerusi Parlimen yang pernah dimenangi oleh PAS pada PRU13 mampu dikekalkan penguasaan oleh PAS iaitu Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Rantau Panjang, Kuala Terengganu, Pasir Mas, Tumpat, Marang, Dungun, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kuala Nerus dan Bachok. Manakala beberapa kerusi Parlimen yang berpotensi dimenangi oleh PAS sejak PRU13 turut dimenangi pada PRU14 iaitu Jerai, Pendang, Sik, Setiu dan Kemaman.
Jumlah kerusi Dun dalam PRU14 meningkat daripada 85 kepada 90 jika dibandingkan dengan PRU13 yang menjadikan pencapaian kedua terbaik sepanjang sejarah PAS terlibat dalam Pilihan Raya Umum selepas PRU10 yang ketika itu PAS menggagaskan Barisan Alternatif bagi menyaingi Barisan Nasional ketika itu. PRU10 menyaksikan pemecatan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadikan pengundi Melayu meletakkan undi mereka kepada Barisan Alternatif. Pada waktu tersebut menjadikan Negeri Terengganu dapat dikuasai kembali setelah berada di bawah kekuasaan Umno-Perikatan semenjak 1961. Tapi yang menarik dalam PRU14 ialah PAS bersendirian memasuki politik menentang dua buah blok gergasi iaitu Barisan Nasional dan PH. Hal ini menunjukkan PAS mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang jika dibandingkan dengan gabungan dua blok gergasi yang lain.
Keadaan pengaruh PAS di Kedah dan Pahang menunjukkan meningkat walaupun bersendirian iaitu masing-masing sebanyak 15 dan 8 kerusi dalam PRU14 jika dibandingkan dalam PRU13 iaitu masing-masing sebanyak 9 dan 2 kerusi. Keadaan di Selangor dan Perak menunjukkan pengaruh PAS berkurangan masing-masing daripada 15 dan 5 kerusi dalam PRU13 kepada 1 dan 3 kerusi dalam PRU14. Keadaan PAS di Sabah dan Sarawak pula menyaksikan PAS semakin melebarkan sayapnya di kawasan tersebut walaupun masih tidak memenangi dalam PRU14 ini. Hal ini mungkin disebabkan ‘parti-parti dari Semenanjung’ masih kurang dapat sambutan di Bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu serta dakwah Islam di sana masih kurang bagi memahamkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Situasi di kampus juga akan berubah keadaan yang selama ini menyokong kerajaan yang lama iaitu Barisan Nasional kepada PH mahupun Gagasan Sejahtera. Hal ini mungkin akan wujudnya wadah politik baharu di kampus masing-masing dan juga Mahasiswa yang lebih cakna kepada politik semasa dalam pembawaan kepimpinan yang mereka terajui selama ini untuk kepentingan masing-masing. Peranan Mahasiswa dalam kampus begitu besar untuk menentukan keadaan politik pada masa akan datang. Jika dahulu lihat PAS dengan Perikatan bersama-sama menubuhkan Barisan Nasional pada 1970 sehingga berjaya menyuarakan pandangan Islam dalam negara seperti penghapusan iklan judi dan iklan arak dalam media massa, penghapusan arak dan majlis tari-menari dalam majlis-majlis kerajaan serta kewujudan azan untuk tiap-tiap waktu sembahyang di dalam radio mahupun televisyen.
Perkara yang menariknya ialah pengaruh Islam masuk di Kementerian-kementerian, ketenteraan dan universiti-universiti yang menyebabkan ramai orang mula berjinak mengenali Islam dengan lebih dekat. Hasil PAS berdominasikan Islam sewaktu menganggotai kerajaan suatu ketika dahulu menyebabkan di mana suara-suara Islam mula mendesak supaya melaksanakan Islam dalam diri kerajaan. Mereka yang muda di masa itu di kampus kini menjadi Ketua Jabatan. Mereka yang muda di masa itu sekarang menjadi Ketua Hakim. Mereka yang muda di masa itu menjadi Peguam Negara sekarang. Mereka yang muda di masa itu kini sudah menjadi Pegawai-pegawai Tertinggi tentera dan polis. Hal ini menunjukkan generasi Y sekarang mempunyai peranan yang besar di dalam melebarkan Islam walaupun sekarang ini dilihat tiada berupaya merubah struktur kepimpinan di peringkat nasional.
MUHAMMAD ZAINOLSumber HD - 3-6-2018
Mahasiswa - HARAKAHDAILY 3/6/2018
Adakah Agong ‘mesti’ bertindak ikut nasihat PM?
SEBAHAGIAN besar kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) perlu dijalankan dengan nasihat kabinet dan Perdana Menteri (PM). Dalam pelantikan Peguam Negara misalnya, Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa YDPA, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri perlu melantik seorang memenuhi kelayakan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, untuk menjadi Peguam Negara.
Soalnya, adakah YDPA tiada pilihan lain, melainkan mesti mengikut nasihat PM dalam pelantikan Peguam Negara? Perkara 40(1) dan (1A) menyebut keperluan YDPA bertindak mengikut nasihat kabinet dan PM, melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya dalam budibicara YDPA. Peruntukan undang-undang ini perlu dibaca secara menyeluruh dengan melihat kedudukan YDPA sebagai Raja Pemerintah yang disebut sebagai Ketua Negara. Peranan, amanah dan kuasa YDPA dalam pelbagai urusan negara, seperti yang dinyatakan dalam banyak peruntukan Perlembagaan secara praktikalnya diterjemahkan sebagai satu pengiktirafan kedudukan Baginda yang mempunyai budi bicara selepas mendengar nasihat PM atau Kabinet.
Oleh itu, perkataan ‘nasihat’ adalah kekal dengan maksud ‘nasihat’, bukannya satu ketetapan yang mengikat YDPA. Nasihat sifatnya memberikan pandangan dan panduan, bukannya satu bentuk arahan. Penasihat bertanggungjawab untuk menyampaikan nasihat terbaik dengan maklumat yang tepat. Penerima nasihat yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi akan menilai nasihat mengkut kebijaksanaan dan hikmahnya.
Hal ini dihuraikan dengan penuh jitu dan indah dalam ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 5 Ogos 2017 di Putrajaya:
“Raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat, hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih; dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-duli Baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah dan kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi saksama, sebagai penimbangtara yang bebas kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, demi memastikan terlaksana secara bermakna mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan amalan demokrasi yang telus…”
Jadi dalam pelantikan Peguam Negara ini, PM berperanan menasihati berkenaan individu yang layak menduduki jawatan berkenaan, manakala YDPA mempunyai kuasa untuk menilai sama ada nasihat itu sesuai atau tidak untuk kepentingan Islam, semangat Perlembagaan dan keadilan sejagat. Dalam hal ini YDPA boleh mendapatkan pandangan Raja-raja Melayu lain. YDPA berhak menolak nasihat yang diberikan jika ia lebih mendatangkan keburukan. Lebih-lebih lagi Perkara 145(5) menyebut bahawa Peguam Negara memegang jawatan selama mana diperkenan oleh YDPA (…the Attorney General shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong…).
Jika berlaku penolakan, maka PM bertanggungjawab untuk mencadangkan nama lain sesuai dengan hasrat YDPA. Bagi mengelakkan konflik dan kontroversi, proses ini sepatutnya berlaku secara tertutup dan tanpa sebarang pendedahan kepada media. Ia perlu dilaksanakan melalui jalan muafakat yang penuh dengan adab dan hemah. Penyelesaiannya harus segera dan cekap bagi mengurangkan spekulasi dan persepsi negatif. Apa yang penting institusi Istana perlu dihormati sesuai dengan semangat Perlembgaan dan prinsip rukun negara.
Kita sama-sama doakan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara ini dapat diselesaikan dengan penuh harmoni dan mudah-mudahan individu yang dilantik itu benar-benar menghayati prinsip kejujuran, keadilan dan mampu membantu mengukuhkan kedudukan Islam di dalam negara.
Dr Muhammad Fathi Yusof
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Sumber HD - 3-6-2018Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur
3 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 3/6/2018
Peguam Negara: Tommy Thomas tidak sesuai
(1) KEPUTUSAN Pakatan Harapan (PH) untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara Sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian tidak layak sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.
(2) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.
(3) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini adalah kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016, Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara Undang-undang sivil dan Undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.
(4) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.
(5) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai Peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.
(6) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat PH untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
(7) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto PH” yang berbunyi “Kerajaan PH akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki Kerajaan PH akur dengan keputusan Raja-raja Melayu. Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-raja Melayu tidak memperkenankan hasrat PH untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.
(8) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai Peguam Lim Guan Eng dan sebagai Peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.
(9) Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”
(10) Keputusan PH untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto PH yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini adalah kerana Manifesto PH berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.
Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.
(DATO’ PROF HJ MAHAMAD NASER DISA berpengalaman lebih 25 tahun sebagai Peguam Kanan Persekutuan)
Sumber hd - 3-6-2018Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
3 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 3/6/2018
Geoeskatologi (18): Tanah Rom
ROM sebenarnya merujuk kepada nama satu bangsa yang hebat dalam sejarah. Sejarawan Barat mengatakan ia berasal dari Roma, Itali. Namun Sejarawan Islam mengatakan berasal dari Rom bin Isu bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim, yang berasal dari Asia Barat.
Tamadunnya bermula pada kurun ke-8 sebelum Masihi. Ia kemudian berkembang ke Timur dan Barat membentuk empayar sehinggalah mencapai zaman kegemilangan sekitar kurun ke-3 hingga 1 sebelum Masihi. Di era tersebut, Rom tidak mampu lagi mentadbir empayarnya secara berpusat lalu berpecah kepada Rom Timur dan Rom Barat. Pusat pemerintahan Rom Barat masih lagi di Roma, tetapi Rom Timur bertukar ke Constantinople.
Oleh kerana Nabi S.A.W dibangkitkan pada zaman Rom sudah berpecah, maka kesemua ayat dan Hadis yang menyatakan tentang Rom adalah merujuk kepada Rom Timur iaitu Byzantine. Mereka menguasai kawasan sekitar Asia Barat bermula Syria di sebelah Timur hinggalah ke rantau Balkan di Barat. Mereka turut menguasai sebahagian Timur Laut benua Afrika.
Selepas kejatuhan Constantinople di tangan Sultan al-Fateh tahun 1453 Masihi, penguasa Byzantine berpindah ke Utara lalu membentuk empayar Tsar di Eropah Timur hingga ke rantau Eurasia. Ianya terus kekal hinggalah kejatuhannya ketika tercetus Revolusi Bolshevik tahun 1917 lalu digantikan dengan Soviet Union. Soviet berideologi Komunis dan menentang semua unsur keagamaan termasuklah Kristian Ortodoks yang menjadi Agama Rasmi Tsar.
Pada tahun 1991, Soviet digulingkan dan Rusia membebaskan diri dari ideologi Komunisme. Kini pengaruh agama Kristian Ortodoks kembali berkembang sehingga diterima di Kremlin, Pusat Pentadbiran Rusia.
Nabi S.A.W menyatakan bahawa di akhir zaman, umat Islam bakal bergabung dengan Rom. Sabda Rasulullah S.A.W:
ستُصالِحون الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا، فتغزُون أنتم وهم عدُوًّا مِن ورائِكم، فتُنصَرون وتغنَمون وتسلَمون، ثمَّ ترجِعون حتَّى تنزِلوا بمَرْجٍ ذي تُلولٍ، فيرفَعُ رجُلٌ مِن أهلِ النَّصرانيَّةِ الصَّليبَ فيقولُ: غلَب الصَّليبُ، فيغضَبُ رجُلٌ مِن المُسلِمِينَ فيدُقُّهُ، فعند ذلك تَغدِرُ الرُّومُ وتَجمَعُ للمَلْحَمةِ
"Kamu akan berdamai dengan bangsa Rom, untuk berhadapan dengan musuh kamu dan musuh mereka bersama. Maka kamu akan menang, mendapat ghanimah dan selamat. Kemudian apabila kamu pulang hingga sampai ke kawasan tanah tinggi yang subur, seorang Kristian mengangkat Salib lalu berkata: Salib telah menang! Maka seorang Islam menjadi marah lalu membunuhnya. Maka pada saat itu terlerai perdamaian dan keduanya bersiap untuk berperang."[HR Abu Daud & Ibn Majah]Mengikut bahasa syarak ketika itu, boleh jadi Rom yang dimaksudkan adalah pewaris Rom Timur hari ini berpusat di Rusia. Dari sudut realiti, Rom Timur yang menganut fahaman Kristian Ortodoks lebih terbuka dengan Islam berbanding Kristian Katolik di Rome mahupun Kristian Protestan di Eropah Barat dan US. Bahkan kuasa politik US lebih cenderung kepada ideologi Evangelicalisme yang menyokong penubuhan negara haram Israel dan cita-cita Israel Raya.
Dari sudut politik pula, Rusia bersaing dengan Barat dalam melebarluaskan hegemoni masing-masing. Sekiranya difokuskan musuh utama umat Islam adalah Zionis, maka kecenderungan untuk umat Islam bersama Rusia adalah lebih besar berbanding US dan Eropah. Ini kerana Zionis merupakan sekutu utama Barat.
Boleh jadi juga ia bermaksud kedua-dua Rom Timur dan Barat bersatu atas nama agama. Ini kerana keduanya sangat menentang ajaran Protestan yang kini sudah berevolusi kepada Evangelicalism. Vatican dan Moscow menolak pengiktirafan Evangelicalis terhadap perjuangan Zionis. Tidak mustahil mereka boleh bersatu atas titik tersebut, sebagaimana mereka pernah bersatu dalam Siri Perang Salib menentang Islam.
Walau bagaimanapun, Hadis tersebut turut menyatakan bahawa Islam bakal berperang dengan Rom kembali. Bermakna pakatan Islam-Rom tidak akan bertahan lama. Selepas musuh berjaya menewaskan musuh dalam satu siri peperangan, Rom dan Islam akan kembali berperang. Ini kerana masing-masing memiliki matlamat agama tersendiri, dan tergabung hanya atas tujuan menewaskan musuh bersama.
Perkara ini berlaku sebelum kemunculan Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
تغزون جزيرةَ العربِ ، فيفتحُها اللهُ . ثم فارسٌ ، فيفتحُها اللهُ . ثم تغزون الرومَ ، فيفتحها اللهُ . ثم تغزون الدَّجالَ ، فيفتحه اللهُ
"Kamu akan memerangi tanah Arab lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Parsi lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Rom lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal lalu Allah memberikan kemenangan."[HR Muslim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
Sumber HD - 3-6-2018(ALANG IBN SHUKRIMUN)
17 Ramadan 1439
2 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 2/6/2018
Geoeskatologi (17): Hadramawt
HADRAMAUT merupakan kota lama yang kini berada di Barat Yaman. Disempadani dengan Negara Arab Saudi di sebelah Utara dan Lautan Hindi di sebelah Selatan. Dipisahkan daripada Negara Oman dari arah Timur dengan Wilayah al-Mahrah. Berada jauh dari ibu negara Sana'a tabg terletak di bahagian Barat atau Utara Yaman.
Hadramaut merupakan wilayah terbesar di Yaman. Menjadi sebahagian daripada wilayah kekuasaan Kerajaan Saba' dan ratu Balqis. Ketika perang saudara, Hadramaut berada pada bahagian Yaman Selatan.
Di zaman umat Muhammad, Hadramaut telah melahirkan ribuan cendikiawan dan daie Islam yang menyebarkan Islam ke seluruh dunia terutama ke Asia Tenggara termasuk negara kita. Antara Institusi Pendidikan Agama popular di Hadramaut adalah Darul Mustafa dan Ribat di Tarim. Walaupun Yaman diwarnai dengan berbagai konflik, daerah tersebut tidak dilanda perang saudara dan perang proksi yang teruk sebagaimana kawasan lain. Ini kebanyakan kebanyakan mereka beraliran sufi yang tidak mencampuri urusan politik dan tidak memberi ancaman kepada penguasa dalam dan luar.
Maksud perkataan Hadramaut dalam Bahasa Arab ialah 'telah datang kematian'. Tiada pendapat yang muktamad berkenaan dengan nama Hadramaut. Antara pendapat yang masyhur adalah kerana Hadramaut dahulu merupakan kawasan yang sering bergolak. Mereka yang pergi ke sana seolah-olah mencabar maut. Lama-kelamaan dinamakan dengan nama tersebut.
Mungkin atas faktor inilah Nabi S.A.W memberikan bidalan mengenai keamanan akhir zaman dengan Hadramaut. Ketika Khabba datang menemui Rasulullah bagi mengadu nasib Islam yang sering ditindas di era Makkah, serta meminta Rasulullah berdoa agar Allah menyegerakan bantuanNya, maka Rasulullah S.A.W bersabda:
لَقدْ كان مَن قَبْلَكم لَيُمْشَطُ بِمِشاطِ الحَديدِ، ما دونَ عِظامِه مِن لَحْمٍ أو عَصَبٍ، ما يَصرِفُه ذلكَ عن دينِه، ويُوضَعُ المِنْشارُ على مَفرِقِ رَأسِه، فيُشَقُّ بِاثنَينِ ما يَصرِفُه ذلكَ عن دينِه، ولَيُتِمَّنَّ اللهُ هذا الأمرَ حتَّى يَسيرَ الرَّاكبُ مِن صَنعاءَ إلى حَضْرَموتَ ما يَخافُ إلَّا اللهَ والذِّئبَ على غَنمِه.
"Sesunggunya umat sebelumnya ada yang disikat dengan sikat besi hingga luruh daging daripada tulangnya, ada yang digergaji badan mereka hingga terbelah dua. Namun itu semua tidak membuatkan mereka berpaling dari agama. Allah akan menyempurnakan urusan agama ini, sehingga seorang boleh mengembara dari Sana'a ke Hadramaut sendirian, tidak takutkan sesiapa kecuali Allah, dan serigala terhadap kambingnya."[HR Bukhari]
Jarak antara Sana'a dan Hadramaut adalah lebih kurang 700 km. Di zaman Nabi S.A.W, perjalanan sejauh itu sendirian amat berbahaya. Terdedah kepada penyamun jalanan dan bermacam pihak.
Namun Rasulullah S.A.W menggambarkan akan tiba suatu masa apabila Islam memerintah, keamanan bakal dikecapi sehingga tiada sebarang jenayah boleh berlaku. Bahkan dinyatakan dalam Hadis yang lain, sehingga binatang pun tidak bergaduh antara satu sama lain.
Hadramaut turut menjadi kawasan yang menjadi saksi terbitnya api yang menjadi tanda besar kiamat. Sabda Rasulullah S.A.W:
ستخرجُ نارٌ من حضْرَمَوْتٍ – أو من نحو بَحْر حضْرَمَوْتٍ – قبلَ يومِ القيامة ، تُحْشرُ الناسَ . قالوا : يا رسولَ اللهِ فما تأمُرُنا ؟ فقال : عليكُم بالشّامِ
"Akan terbit api dari Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum berlaku kiamat yang menghimpunkan manusia. Sahabat bertanya apa yang kamu perintahkan kepada kami pada masa itu? Jawab Rasulullah: Wajib untuk kamu pergi ke Syam."[HR Tirmizi]
Api yang dimaksudkan berkemungkinan adalah api yang sama dimaksudkan dalam Hadis pada Siri 16 (Yaman) yang lalu. Ia menyebutkan jelas bakal berlaku sebelum kiamat. Bermakna seluruh manusia akan dihimpunkan di satu tempat sebelum mereka dibinasakan sekali gus. Selepas itu baharulah mereka dibangkitkan kembali dan dihimpunkan sekali lagi dalam dimensi alam akhirat.
Jika dimurnikan dengan Hadis lepas yang mengatakan perkara pertama berlaku pada waktu kiamat adalah cahaya yang menghimpunkan manusia dari Timur hingga Barat, ini bermakna kejadian ini adalah perkara pertama yang berlaku di saat hari bumi dihancurkan. Pada masa itu tidak ada lagi orang beriman kerana hari kiamat hanyalah peristiwa bagi membuktikan kebenaran kiamat yang diingkari oleh orang-orang yang tidak beriman.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)Sumber HD - 2-6-2018
17 Ramadan 1439
2 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 2/6/2018
Sabtu, 2 Jun 2018
Politik “Aneh” di Terengganu
Sama ada tuan tuan suka atau tidak, sepanjang 3 minggu pertama pemerintahan kerajaan2 baru di Malaysia, kita cukup susah mendengar perkara perkara selain positif tentang apa yang berlaku di Terengganu.
Iklim politik negeri saya ini cukup sejuk dan menenangkan. Terengganu adalah negeri terawal membentuk kerajaan dengan MB dan barisan exco mengangkat sumpah dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman kemenangan rasmi. Tiada ayam laga yang bertarung dan pergelutan kuasa juga tidak berlaku. Berbeza dengan kerajaan Pusat. Aneh.
Beberapa hari selepas tu, bekas Menteri Besar DS Ahmad Razif pula melakukan serah tugas rasmi kepada Dr Samsuri. Serah tugas perjawatan ini sangat susah dilihat bila melibatkan parti yang berlainan. Ia kemudian menjadi contoh ikutan menteri menteri di peringkat Pusat. Aneh.
Faktor penenang seterusnya berlaku apabila Dr Samsuri menyantuni lawatan Pengerusi PH negeri iaitu YM Raja Bahrin. Membawa bersama komitmen bagi membantu memulihkan projek projek gajah putih di negeri ini. Raja Bahrin ialah antara arkitek terawal di negeri Terengganu, ketika arkitek masih dikenali sebagai 'Master Builder". Aneh.
Kebiasaannya dahulu, pertukaran MB walaupun melibatkan parti yang sama akan menyebabkan pertukaran pegawai pegawai tinggi kerajaan. Sebahagiannya di "sejuk bekukan". Hal ini tidak berlaku kali ini. Pentadbiran berjalan seperti biasa dengan suasana politik kasih sayang yang diterapkan oleh kerajaan baru. Malahan kerajaan negeri tidak langsung mencurigai kesetiaan pegawai2 kerajaan walaupun berbeza pendirian politik. Berbeza dengan kerajaan Pusat apabila PM sendiri mengeluarkan kenyataan sidang media menuntut kesetiaan pegawai kerajaan. Seolah olah ramai pegawai kerajaan ini adalah pengkhianat negara. Aneh.
Lantikan lantikan politik oleh kerajaan lama tidak dipecat seperti yang berlaku di Pusat. Tugas berjalan seperti biasa dengan sebahagiannya mengalami perubahan skop tugasan. Aneh.
Pentadbiran baru langsung tidak menghentam kerajaan lama. Kesalahan kerajaan lama bukan sedikit dan ia menjadi rahsia umum rakyat. Hutang kerajaan negeri melebihi RM 800 juta (rujuk di sini) atau yang ketiga tertinggi selepas Pahang dan Kedah. Tetapi pentadbiran baru langsung tidak bercakap mengenai hutang tinggalan BN. Malahan meneruskan pelaksanaan manifesto manifesto dalam keadaan kekangan kewangan yang tidak berada pada tahap sepatutnya. Setakat 3 minggu pertama, sekurang kurangnya 4 daripada 20 manifesto telah dilaksanakan dengan komitmen pelaksanaan 1 manifesto setiap minggu. Kerajaan negeri langsung tidak menggunakan alasan kewangan yang tenat atau "menambah nambah" jumlah hutang semata mata untuk mengelak melaksanakan janji pilihanraya. Aneh.
Kebiasaannya dahulu apabila berlaku pertukaran MB walaupun daripada parti yang sama, projek MB sebelumnya akan rosak dan terabai. Tuan tuan boleh lihat apabila DS Ahmad Said menjadi MB pada 2008, Projek Taman Ilmu yang menjadi pet project DS Idris Jusoh terabai dan menjadi gajah putih. Apabila DS Razif menjadi MB pada 2014, maka pet project DS Ahmad pula terbengkalai seperti Zoo Kemaman dan Pulau Bebas Cukai Kenyir. Sekarang, walaupun parti pemerintah telah bertukar, pentadbiran baru berusaha menyelamatkan semua projek projek ini tanpa langsung mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran lama. Lawatan2 rasmi ke projek projek sakit dan menyakitkan hati ini berlaku dan perancangan membetulkannya dibuat tanpa menjajanya kepada umum. Tiada usaha mengambil political mileage dari isu ini. Aneh.
Di saat logo logo 1 Malaysia yang menjadi prinsip kerajaan Ds Najib ditanggalkan dengan tergesa gesa di pejabat kerajaan persekutuan, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu. Logo TTB (Transformasi Terengganu Baharu) cetusan politik kerajaan lama masih lagi tersergam di sebahagian besar pejabat agensi kerajaan negeri. Pentadbiran lama tidak mengupah kontraktor atau kren bagi membuang logo logo ini ke tong sampah. Aneh.
Di saat kerajaan pusat membatalkan projek projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan BN sehingga ke tahap sanggup membayar pampasan ratusan juta ringgit, hal sebaliknya berlaku di Terengganu. Saya bagi satu contoh. Saya terlibat dalam perancangan satu projek mega di negeri ini. Apabila kerajaan negeri bertukar, kami merasakan ia adalah satu penamat memandangkan projek tersebut adalah salah satu modal pilihanraya BN Terengganu. Peliknya apabila perjumpaan dengan MB baru berlaku, beliau sangat berminat untuk meneruskan projek ini dan prosedur untuk menjayakan projek ini lebih mudah dengan kerajaan baru berbanding birokrasi kerajaan lama. Aneh.
Kebiasaannya ahli politik akan banyak bercakap dari bekerja. Tuan tuan boleh lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengadakan sidang media hampir setiap hari. Sebahagiannya macam tak ada faedah melainkan buat modal "bergaduh mulut" dengan parti pembangkang (BN).Berbeza pentadbiran negeri Terengganu, lawatan MB pun kadang kadang disenyapkan supaya gambaran masalah sebenar diperoleh. Bila dah tahu punca, senyap senyap pula balik ke pejabat selesaikan masalah tanpa membuat kenyataan media menyalahkan si A atau si B. Aneh
Politik yang menenangkan sememangnya aneh di negara ini.
Sumber FB
Sumber MR - 2-6-2018
Geoeskatologi (16): Yaman
YAMAN termasuk di dalam negara Semenanjung Arab. Kedudukannya di bahagian Barat Daya Semenanjung Arab dan disempadani dengan Oman di sebelah Timur dan Arab Saudi di sebelah Utara. Selain berada di pesisir Lautan Hindi, Yaman turut berada di pintu masuk ke Laut Merah yang dinamakan sebagai Bab el Mandab.
Dikatakan Yaman dahulunya lebih besar dari peta politik yang ada hari ini meliputi sebahagian Timur dan Selatan Arab Saudi serta Barat Oman. Bahkan ada yang berpendapat bahawa Yaman meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Arab. Pandangan inilah yang menjadi punca ketegangan yang sering berlaku dalam lipatan sejarah antara Yaman dengan negara-negara sekitar. Di zaman Nabi S.A.W, Yaman berada di bawah pengaruh Parsi.
Yaman merupakan penempatan banyak tamadun-tamadun silam seperti Tamadun Kaum Saba`, Ad, Iram dan Thamud. Malah Yaman dikatakan sebagai negara asal usul bangsa Arab. Bahkan ada pendapat dari kalangan Ulama Tafsir yang mengatakan di Yamanlah tempat pertama kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu Nabi Adam A.S dan isterinya Saidatina Hawa.
Di era moden, Yaman sebelum ini dipecahkan kepada dua buah negara berbeza iaitu Yaman Selatan dan Yaman Utara ekoran pecahan yang berlaku terhadap koloni Eden. Ia hanya bergabung pada tahun 1990 dan dikenali selepas itu dengan Republik Yaman.
Yaman merupakan antara tempat yang didoakan keberkatan oleh Nabi S.A.W selain Syam. Sabda Rasulullah S.A.W:
اللهمَّ بَارِكْ لنا في شَامِنَا وفي يَمَنِنَا . قال : قالواْ : وفي نَجْدِنَا ؟ قال : قال :اللهمَّ بَارِكْ لنا في شَامِنَا وفي يَمَنِنَا . قال : قالوا : وفي نَجْدِنَا . ؟ قال : قال : هناكَ الزلازلُ والفِتَنُ ، وبها يطلُعُ قَرْنُ الشيطانِ .
"Ya Allah, berkatilah Syam dan Yaman kami. Sahabat bertanya, bagaimana pula dengan Najd kami? Nabi berkata Ya Allah, berkatilah Syam dan Yaman kami. Sahabat bertanya, bagaimana pula dengan Najd kami? Nabi berkata di sana bakal berlaku gempa dan ujian atau fitnah. Akan muncul tanduk atau era syaitan."[HR Bukhari]
Nabi S.A.W juga menyatakan kelebihan penduduk Yaman sebagai beriman dan berhikmah. Sabda Rasulullah S.A.W:
جاء أهلُ اليَمَنِ، هم أرَقُّ أفئدةً، الإيمانُ يَمانٍ، والفِقهُ يَمانٍ، والحِكمةُ يَمانِيَةٌ
"Telah datang penduduk Yaman. Mereka memiliki jiwa yang paling lembut. Keimanan adalah Yaman. Kefahaman adalah Yaman. Kebijaksanaan adalah di Yaman."[HR Bukhari & Muslim]
Di akhir zaman, Yaman juga menjadi tempat berhimpun tentera Islam selain Syam dan Iraq. Nabi juga memerintahkan agar bersama dengan tentera Yaman suatu masa nanti sekiranya tidak mampu untuk ke Syam. Sabda Rasulullah S.A.W:
سيصيرُ الأمرُ إلى أن تكونوا جُنودًا مُجنَّدةً جندٌ بالشامِ وجندٌ باليمنِ وجندٌ بالعراق قال ابنُ حوالةَ خَرْ لي يا رسولَ اللهِ إن أدركتُ ذلك فقال عليك بالشامِ فإنها خِيرةُ اللهِ من أرضِه يجتبِي إليها خِيرتَه من عبادِه فأما إن أبيتُم فعليكم بيَمنِكم واسقُوا من غدرِكم فإنَّ اللهَ توكَّلَ لي بالشامِ وأهلِه
"Akan berlaku berbagai perkara sehingga membawa kepada terbentuk beberapa pasukan tentera. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq. Ibn Huwalah berkata: Pilihlah untuk kami wahai Rasulullah sekiranya kami sempat dengan suasana demikian. Jawab Rasulullah: Wajib kamu bersama dengan tentera Syam, sesungguhnya mereka adalah pilihan Allah di kalangan hambaNya di muka bumi ini. Sekiranya kamu enggan, maka bersamalah dengan tentera Yaman dan minumlah dari sumber airnya. Sesungguhnya Allah telah mewakilkan padaku Syam dan penduduknya."[HR Abu Daud]
Pada hari ini, nasib Yaman tidak kurang huru-haranya berbanding Syria dan Iraq. Berlaku perang saudara yang amat dahsyat diantara kabilah-kabilah dan aliran-aliran, ditambah dengan campur tangan asing dari berbagai kuasa politik termasuk Arab Saudi, UAE, US, NATO, Tentera Arab Bersekutu, Rusia dan Iran.
Yaman menjadi rebutan antaranya kerana lokasinya yang berada di Bab el Mandab. Ia adalah pintu keluar Barat dari Laut Mediterenean melalui Terusan Suez dan Laut Merah bagi menuju ke arah Timur. Barat tidak mahu Yaman jatuh ke tangan seteru mereka iaitu Rusia dan Iran, yang bakal mengancam keselamatan laluan perdagangan dan ketenteraan laut mereka ke arah Timur.
Walaupun Hadis menyatakan bakal terbentuk tentera di Yaman, namun sehingga kini kita masih belum mampu menetapkan tentera mana satukah yang dimaksudkan. Apakah telah wujud dan telah berlalu di zaman lampau, atau apakah sedang terbentuk sekarang ataupun belum terbentuk buat masa ini.
Maka Hadis ini tidak boleh dijadikan satu-satunya petunjuk bagi membenarkan kita mengikut mana-mana kumpulan di sana tanpa melihat kepada keseluruhan petunjuk ajaran Islam. Dibimbangi kita hanya akan diperkudakan oleh musuh-musuh Islam yang berniat jahat dan bernafsu tinggi demi kepentingan duniawi mereka.
Selain itu, Yaman juga bakal menjadi saksi keluarnya api yang menghimpunkan seluruh manusia Timur dan Barat. Sabda Rasulullah S.A.W:
إنها لن تقومَ حتى ترَون قبلَها عشرَ آياتٍ " . فذكر الدخانَ ، والدجالَ ، والدابةَ ، وطلوعَ الشمسِ من مغربِها ، ونزولَ عيسى ابنِ مريم صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ، ويأجوجَ ومأجوجَ . وثلاثةَ خُسوفٍ : خَسفٌ بالمشرقِ ، وخَسفٌ بالمغربِ ، وخَسفٌ بجزيرةِ العربِ . وآخرُ ذلك نارٌ تخرج من اليمنِ ، تطردُ الناسَ إلى مَحشرِهم
"Sesungguhnya tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda: (1) Dukhan, (2) Dajjal, (3) Dabbah, (4) matahari terbit dari arah Barat, (5) turun Nabi Isa, (6) Yakjuj dan Makjuj, tiga gempa bumi; (7) satu di Timur, (8) satu di Barat dan (9) satu di Semenanjung Arab, dan terakhir (10) api yang terbit daripada Yaman, menghimpunkan manusia ke tempat perhimpunan (Mahsyar)."[HR Muslim]
Menurut sebahagian pendapat, ia berlaku sebelum detik kehancuran bumi iaitu kiamat. Dihimpunkan sebelum dibinasakan sekali gus di saat tiada lagi orang beriman di atas muka bumi ini. Ada juga pandangan yang menyatakan ia berlaku selepas peristiwa kiamat, iaitu di saat manusia dihidupkan kembali sesudah mati. Disitulah lokasi Padang Mahsyar menurut pandangan Ulama yang mengatakan di bumi ini jugalah manusia akan dibangkitkan semula. Yang berbeza cuma peralihan dari dimensi alam dunia kepada dimensi alam akhirat.
Ini disokong dengan satu lagi Hadis di mana Abdullah bin Salam bertanya apakah perkara pertama bakal berlaku di hari kiamat. Rasulullah S.A.W menjawab dengan sabdanya:
أما أولُ أشراطِ الساعةِ فنارٌ تَحشُرُ الناسَ منَ المشرقِ إلى المغربِ"Adapun perkara pertama berlaku adalah api yang menghimpunkan seluruh manusia daripada Timur hingga Barat."[HR Bukhari]Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
16 Ramadan 1439
1 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Geoeskatologi (15): Bab Ludd
BAB LUDD atau disebut sebagai Kota Lod atau Lydda merupakan satu bandar yang berada 15 km pada arah Tenggara Ibu Kota Israel, Tel Aviv. Berada di bawah pentadbiran Wilayah Tengah Israel dan berhampiran dengan ibu negerinya, Ramla.
Kedudukannya di sebelah Barat Palestin, dan agak jauh daripada kawasan Baitulmaqdis dan sempadan negara sebelah Timur yang dirintangi dengan Sungai Jordan. Kini memiliki kepadatan kira-kira 75 ribu penduduk.
Walaupun Bab Ludd berada di luar Ibu Kota Tel Aviv, tetapi ia dijadikan pangkalan tentera British sejak era kolonial dan diteruskan oleh kerajaan haram Israel. Tahun 1936 telah dibina lapangan terbang tentera di Bab Ludd. Tetapi atas kepentingannya kepada pentadbiran Israel, ia lebih dikenali sebagai lapangan terbang Tel Aviv.
Selepas pengiktirafan Israel, ia kemudian dijadikan lapangan terbang antarabangsa utama Israel dan dibuka secara komersial. Tahun 1973, lapangan tersebut ditukar nama kepada Ben Gurion International Airport bersempena nama PM pertama Israel.Terdapat Hadis yang menceritakan mengenai Bab Ludd. Sabda Rasulullah:
إن يخرُجْ وأنا فيكم ! فأنا حجيجُه دونكم ، وإن يخرُجْ ولست فيكم ، فامرؤٌ حجيجُ نفسِه ، واللهُ خليفتي على كلِّ مسلمٍ ، فمن أدركه منكم فليقرَأْ عليه فواتحَ سورةِ الكهفِ ، فإنَّها جِوارُكم من فتنتِه . قلنا : وما لُبثُه في الأرضِ ؟ قال : أربعون يومًا : يومٌ كسنةٍ ويومٌ كشهرٍ ، ويومٌ كجمعةٍ ، وسائرُ أيَّامِه كأيَّامِكم فقلنا : يا رسولَ اللهِ : هذا اليومُ الَّذي كسَنةٍ أتكفينا فيه صلاةُ يومٍ وليلةٍ ؟ قال : لا ، اقدُروا له قدرَه ، ثمَّ ينزِلُ عيسَى بنُ مريمَ ، عند المنارةِ البيضاءِ شرقِيَّ دمشقَ فيُدرِكُه عند بابِ لُدٍّ فيقتُلُه
"Sekiranya Dajjal keluar sedang aku bersama kalian, nescaya aku akan mempertahankan kamu. Namun sekiranya dia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang mempertahankan diri masing-masing. Allahlah pelindung setiap Muslim. Barangsiapa yang bertemu dengan Dajjal maka bacalah permulaan Surah al-Kahfi. Itu adalah bentengmu daripada fitnah. Sahabat bertanya berapa lama dia di bumi? Jawab baginda: 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan baki lagi umpama hari-hari biasa. Sahabat bertanya apakah cukup untuk kami solat sehari semalam pada hari umpama setahun itu? Jawab baginda: Tidak, bahkan sukatlah dengan kadar hari biasa. Kemudian Nabi Isa akan turun di sisi menara putih dari sebelah Timur Damsyik. Lalu akan menemui Dajjal di Bab Ludd dan membunuhnya."[HR Abu Daud]
Menurut Hadis di atas, Bab Ludd adalah destinasi terakhir Dajjal. Kota tersebut bakal menjadi saksi terbunuhnya manusia iblis tersebut. Dia akan lari ke sana setelah melihat turunnya Nabi Isa A.S, kerana mengetahui bahawa dirinya akan terbunuh di tangan utusan Allah itu.
Menurut Hadis dalam siri-siri yang lepas, setelah Dajjal tidak berupaya memasuki Kota Makkah dan Madinah, dia akan menuju ke Palestin lalu mengepung satu pasukan umat Islam di sana. Sabda Rasulullah S.A.W:
حتى يأتي المدينة فيغلب على خارجها ويمنع داخلها ، ثم يأتي جبل إيلياء فيحاصر عصابة من المسلمين"Sehingga Dajjal mendatangi Madinah lalu menguasai semua yang keluar daripadanya, dan menghalang orang memasukinya. Kemudiam dia menuju ke Iylia (Palestin) lalu mengepung satu pasukan orang Islam."[HR Hakim]Menurut huraian pada Siri 13, pangkalan tentera Dajjal adalah di Mata Air Zughar, berhampiran Sungai Jordan. Dari sanalah dia mengawal kepungan terhadap pasukan Islam tersebut. Dari sana juga dia akan melihat peristiwa Nabi Isa A.S turun di kawasan pangkalan Islam, Damsyik.Usai Solat Subuh, Orang Islam terus keluar dari Damsyik bagi menyerang Dajjal. Melihat keadaan tersebut, Dajjal yang tahu nasibnya terus lari menuju ke arah Tel Aviv. Sampai di Bab Ludd, umat Islam berjaya menangkap Dajjal dan terus membunuhnya di sana. Sabda Rasulullah S.A.W:أنَّهُ إذا خرج مسيحُ الضَّلالةِ الأعورُ الكذَّابُ نزل عيسَى ابنُ مريمَ على المنارةِ البيضاءِ شرقيَّ دِمشقَ بين مَهْرودَتَيْن، واضعَا يديهِ على منكبيْ ملَكينِ ، فإذا رآهُ الدَّجَّالُ انماعَ كما ينماعُ المِلحُ في الماءِ ، فيدركهُ فيقتلهُ بالحَربةِ عندَ بابِ لُدٍّ الشَّرقيِّ على بضع عشرةَ خطواتٍ منه
"Ketika keluar al-Masih yang sesat lagi penipu, turum Nabi Isa A.S dari atas menara putih di Timur Damsyik mengenakan dua pakaian yang indah, sambil meletakkan tangan pada bahu malaikat. Apabila Dajjal melihatnya hampir binasa seolah garam yang larut di dalam air. Maka Dajjal lari lalu Nabi Isa mengejarnya lalu dibunuh menggunakan tombak di Timur Bab Ludd, beberapa belas langkah daripadanya."[Ibn Taimiyah dalam Jawab al-Sahih]
Ada pendapat yang mengatakan bahawa tujuan Dajjal ke Bab Ludd adalah bagi melarikan diri keluar dari Israel melalui lapangan terbang Ben Gurion. Menurut satu Hadis, kenderaan utama Dajjal adalah 'keldai bertelinga panjang' sebagaimana Sabdanya:
يَخْرُجُ الدَّجَّالُ في خِفَّةٍ من الدِّينِ، وإدبارٍ من العلمِ، وله أربعون يومًا يَسِيحُها، اليومُ منها كالسنةِ، واليومُ كالشهرِ، واليومُ كالجُمُعةِ، ثم سائرُ أيامِهِ مثلُ أيامِكم، وله حمارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ ما بين أُذُنَيْهِ أربعون ذراعًا، يأتي الناسَ، فيقول : أنَا ربُّكم، وإن ربَّكم ليس بأَعْوَرَ، مكتوبٌ بين عَيْنَيْهِ ك ف ر، يَقْرَأُهُ كلُّ مؤمنٍ، كاتبٌ وغيرُ كاتبٍ، يَمُرُّ بكلِّ ماءٍ ومَنْهَلٍ، إلا المدينةَ ومكةَ، حَرَّمَهُما اللهُ عليه، وقامتِ الملائكةُ بأبوابِهِما"Dajjal keluar ketika urusan agama semakin diringankan, dan ilmu semakin ditinggalkan. Dia berkeliaran selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari berbaki umpama hari-harimu yang biasa. Dia memiliki keldai yang ditunggangi. Lebar kedua telinganya 40 hasta. Dia mendatangi manusia lalu berkata, aku tuhanmu, sedangkan tuhan tidak cacat mata sepertinya. Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa' Ra', boleh dibaca oleh semua orang beriman sama ada yang celik mahupun buta huruf. Akan mendatangi setiap kawasan tanah dan laut, kecuali Mekah dan Madinah, Allah mengharamkan keduanya darinya, dan malaikat menjaga pintu-pintunya."[HR Ahmad]
Diibaratkan sebagai keldai bertelinga panjang adalah kerana pada zaman Nabi, belum wujud pesawat udara. Menurut ilmu Balaghah, sekiranya makna yang tersurat tidak logik, maka perlu ditafsirkan secara maksud tersirat. Maka tidak logik ada keldai bertelinga panjang sedemian. Justeru ditafsirkan maksudnya sebagai pesawat moden.
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
Sumber HD - 31-5-2018(ALANG IBN SHUKRIMUN)
15 Ramadan 1439
31 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 31/5/2018
PAS dilabel 'Parti Lebai', tapi PH kontang idea
MUKADDIMAHSetelah PRU ke-14 melabuhkan tirai, BN telah pun tumbang di peringkat Persekutuan dan di kebanyakan negeri. PH telah mengambil alih tempat BN sebagai Kerajaan Pusat dan kebanyakan Kerajaan Negeri.
Ringkasnya, PAS pula hanya berjaya menubuhkan dua buah Kerajaan Negeri sahaja. Sekalipun pencapaian itu amat diraikan di dalam siri-siri PRU yang lalu, namun pada PRU ke-14, pencapaian itu dikelamkan oleh sinar kemenangan luar biasa PH ke Putrajaya.
Lantaran pencapaian yang tidak seberapa itu jika dibandingkan dengan pencapaian luar biasa PH, PAS terus dikecam oleh penyokong PH dan golongan yang cuba mengampu Kerajaan baru PH di media sosial, dengan cara yang kita tidak nampak bilakah ia akan berakhir.
Bahkan mutakhir ini, semakin ramai yang mahu membuktikan kesetiaan mereka kepada PH dengan cara memburukkan PAS.
Label negatif daripada dua agamawanDua tokoh agamawan yang dikenali ramai juga turut sama membuat label negatif kepada PAS.
Seorang daripada mereka melabel PAS sebagai sebuah parti yang mampu melahirkan imam solat sahaja, bukan pemimpin negara. PAS hanya menitik beratkan Islam daripada aspek pemakaian jubah dan serban sahaja, tidak mengambil berat perkara-perkara berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
Seorang lagi melabel PAS sebagai parti yang tiada idea perjuangan. Idea PAS hanyalah kembali kepada Islam tanpa perincian. Pendapat ini sebetulnya diambil daripada idea asal diketengahkan oleh YB Syed Sadiq dalam satu daripada temu ramah beliau.
Meneutralkan persepsi burukLabel-label negatif ini bertujuan untuk membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Supaya masyarakat menjauhi PAS dan memandang serong kepada perjuangan Islam yang diperjuangkannya.
Tidak mengapa untuk menjadi menyokong PH dan memuji kehebatan PH dalam PRU ke-14 dan dalam membina negara baru. Tidak mengapa. Itulah kebebasan dalam era demokrasi baru.
Tetapi menghadkan PAS, hanya sebagai parti berjubah, berserban, imam solat dan tidak ada perincian idea Islam yang hendak diterapkan adalah kesimpulan yang terlalu sambil lewa seperti cakap-cakap di kedai kopi.
Saya terbitkan semula sebahagian daripada kertas kerja saya bertajuk 'Fiqh ad-Dakwah' dalam Seminar Fiqh As-Sab'ah yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) pada 5 Mac 2015, dengan sedikit pengubahsuaian.
Semoga ia dapat meneutralkan sedikit pandangan negatif yang terlalu ekstrem terhadap PAS.
Pengalaman organisasi PAS sebagai badan dakwahParti Islam SeMalaysia (PAS) telah ditubuhkan pada tahun 1951. Penubuhannya adalah di atas cita-cita untuk memerdekakan Malaya daripada penjajah dan memerintah Malaya berdasarkan Hukum-hukum Islam. Ia memilih untuk tidak sahaja menjadi persatuan biasa tetapi menjadi sebuah parti politik.
Ini kerana ia berpendapat, kuasa politik dapat membuka ruang perlaksanaan dakwah yang lebih luas dengan adanya hasrat politik yang kuat untuk melaksanakan satu-satu dasar yang menguntungkan Islam atau yang bertepatan dengan kehendak Islam.
Artikel ini tentulah tidak mampu untuk menghuraikan usaha dakwah lebih 60 tahun PAS di Malaysia. Tetapi ini adalah sebahagian daripada usaha dakwah itu. Sekadar untuk memberikan gambaran daripada aspek dakwah.
1. Memastikan PAS tidak tersasar daripada tujuan penubuhannya. Perlembagaan PAS dengan jelas menyebutkan dasarnya ialah Islam (Fasal 3) dan rujukannya ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata (Fasal 7).
2. Menubuhkan Majlis Syura Ulamak bagi menggalakkan proses Ijtihad Jama’ie dalam dasar-dasar politik yang diambil. (Fasal 8 dan 9 Perlembagaan PAS).
3. Keahliannya adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia, beragama Islam dan akil baligh.
4. Menubuhkan Dewan Ulamak dan Lajnah Tarbiyyah di setiap kawasan dan Dewan-dewan bagi mempersiapkan ahli PAS sebagai pendakwah selain daripada sebagai petugas parti di peringkat masing-masing.
5. Menubuhkan markaz-markaz Tarbiyyah di seluruh ceruk negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Markaz-markaz ini dihidupkan sebagai tempat kuliah, seminar, mengaji al-Quran dan kerja-kerja kebajikan.
6. Menubuhkan Dar-dar (sekolah-sekolah) untuk menjadi alternatif kepada sistem pendidikan sedia ada, seterusnya menubuhkan Ilham, Kolej Universiti Darul Quran dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.
7. Menggalakkan anak muda supaya kasihkan ilmu, para Ulama dan cuba berdakwah kepada rakan sebaya melalui aktiviti-aktiviti sukan, motosikal, rekreasi, bersama artis yang berhijrah dan lain-lain.
8. Ramai pemimpin-pemimpin PAS membuka Pusat-pusat Pengajian, menulis buku-buku dan kertas-kertas kerja bagi menerang, menjawab dan mendekatkan orang ramai dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
9. Penerangan tentang akidah yang benar dan kecantikan Syariat Islam yang syumul untuk dilaksanakan sepanjang zaman di setiap tempat menjadi sinonim dengan program-program PAS.
10. Membuat penentangan terbuka kepada dasar Sekularisme dalam Kerajaan, Instituisi Awam dan masyarakat umum yang pada akhir-akhir ini telah banyak membuka mata banyak pihak.
11. Membuat penentangan yang konsisten kepada dasar Islam Hadhari yang cuba menjuzukkan Islam yang syumul sehingga nyata kekurangan dasar tersebut, nyata keburukan dan bahayanya kepada akidah, syariat dan akhlak.
12. Bekerjasama dengan NGO yang terlibat dalam dakwah bukan Islam seperti Yayasan Amal Malaysia, Rindu dan lain-lain.
13. Beberapa pemimpin PAS turut menulis dalam bidang dakwah secara langsung.
14. Meggerakkan usrah-usrah yang merupakan medan pertemuan para sukarelawan dakwah di pelbagai peringkat aktivis parti dan juga untuk masyarakat umum.
15. Memperkenalkan Enakmen Jenayah Hudud, Qisas dan Takzir untuk cuba dilaksanakan dalam negeri-negeri yang dimenanginya dalam pilihan raya.
16. Enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu menjadi sebahagian daripada rujukan utama memperkenalkan Hudud, Qisas dan Takzir di Brunei dan Acheh. Ia juga menggalakkan kajian-kajian akademik untuk mendapatkan Masters dan PhD dalam Syariah.
17. Memberikan pandangan-pandangan Islam berkenaan isu-isu semasa berkaitan ekonomi, sosial, pendidikan, dakwah dan lain-lain diulas dan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
18. Meletakkan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai Undang-undang Diri Negeri Terengganu semasa memerintah Terengganu pada tahun 1999.
19. Mengemukakan kaedah mengharamkan judi yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat dengan cara mengharamkan premis judi di negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS, walaupun syarikat judi tersebut diberi lesen judi oleh Kerajaan Pusat.
20. Menganjuran dialog dengan Persatuan-persatuan Islam, bukan Islam, pendukung hak asasi manusia, pendukung Fahaman Liberal tentang Syariat Hudud.
21. Mempertahankan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan TPM yang diaibkan dengan tuduhan liwat, dengan ceramah-ceramah Ulama PAS di seluruh masjid, surau dan markaz-markaz PAS di seluruh negara kerana ia adalah bertentangan dengan syarak dan berbentuk kezaliman yang nyata.
22. Presiden PAS menulis buku khas berkenaan Hukum Qazaf yang melibatkan Datuk seri Anwar ibrahim, selain daripada berucap secara lantang di dalam Parlimen tentang perkara tersebut.
23. Negeri yang ditadbir oleh PAS memindahkan sumber kewangan negeri untuk diuruskan oleh bank-bank yang tidak mengamalkan sistem riba. Sebagai satu sokongan kuat kepada Institusi Perbankan Islam.
24. Membuktikan bahawa negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS bebas rasuah, sebagai bentuk dakwah Bil Hal.
25. Menukarkan Dasar Perumahan Negeri Kelantan dan seterusnya dasar perumahan di peringkat Pusat untuk mengadakan sekurang-kurangnya 3 bilik. Satu untuk ibu bapa, satu untuk anak-anak lelaki dan satu lagi untuk anak-anak perempuan. Akhirnya, dasar ini menjadi Dasar Perumahan Negara.
26. Mengemukakan dasar yang mesra wanita seperti cuti bersalin daripada 30 hari ke 60 hari dan 90 hari.
27. Memulakan dasar memberi pinjaman tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan.
28. Memberikan tazkirah dan motivasi agama tanpa melibatkan kecenderungan politik kepada penerima-penerima bantuan kebajikan daripada Institusi Negeri. Sesuatu yang turut menerima pujian daripada ramai penerima bantuan.
29. Mewujudkan Lajnah IT yang banyak merekodkan kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama oleh Tokoh-tokoh PAS dan Tokoh-tokoh Agama yang ternama.
30. Mengumpulkan Ulama-ulama dan pendukung-pendukung gerakan Islam di seluruh dunia dalam program-program khusus yang dianjurkan.
Beberapa ijtihad dakwah oleh PASKeberadaan PAS dalam medan politik sentiasa menjadikannya sasaran mudah untuk diburukkan. Walaupun begitu PAS telah membuka ruang ijtihad yang luas dalam strategi dakwah di Malaysia.
Antaranya;1. Menyertai pilihan raya sebagai satu wasilah menyampaikan dakwah ketika banyak gerakan Islam di seluruh dunia masih tidak bersetuju untuk turut menyertai pilihan raya.
2. Menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan di bawah Lord Reid bagi menyatakan rasa tidak puas hati Perlembagaan Negara dibuat oleh pihak asing. Namun begitu, memberikan beberapa cadangan dan rekomendasi kepada draf Perlembagaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya tersebut, antaranya desakan memasukkan Islam sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan.
3. Tidak mengamalkan dasar permusuhan dengan organisasi-organisasi Islam dan gerakan dakwah di Malaysia. Tetapi mengamalkan dasar bekerjasama, berunding dan menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepadanya secara berlapang dada.Ini dapat dilihat daripada Ucapan-ucapan Dasar Presiden PAS sejak era al-Marhum Datuk Haji Fadzil Mohd Nor lagi. Yang ditekankan ialah dalam bidang politik negara, berilah peluang kepada PAS untuk mendapat kuasa pemerintahan dan menggubal dasar-dasar yang menguntungkan Islam.
4. Mengkaji penerimaan bukan Islam sebagai ahli PAS dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan seterusnya diangkat tarafnya sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ini adalah satu kemajuan yang besar dalam mendekatkan bukan Islam dengan Islam dan ajarannya yang syumul. Ia mendekatkan jarak dan prasangka antara Islam dan bukan Islam secara sangat positif.
5. Melantik golongan wanita bertanding dalam pilihan raya di kawasan-kawasan tertentu, seterusnya melantik sebahagian wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Senator-senator di Dewan Negara.
6. Bekerjasama dengan parti-parti politik yang tidak sama hala tuju dengan PAS tetapi mempunyai kesepakatan dalam isu-isu tertentu yang merupakan kepentingan bersama. Ini dinamakan Tahaluf. Terakhir PAS ber tahaluf dalam Pakatan Rakyat setelah kajian dibuat oleh Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak PAS dengan Tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa juga. Tahaluf diputuskan sebagai harus dengan syarat-syaratnya.
7. PAS pernah menolak strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘membetulkan Islam daripada dalam kerajaan’ melalui dasar Islamisasi berdasarkan pengalaman PAS dalam Kerajaan Campuran sebelum itu. Di mana mudharat adalah lebih besar daripada manfaat. Walaupun memang ada manfaat.
8. Menubuhkan Majlis Syura Ulamak sebagai penjaga dasar parti bagi memastikan parti tidak lari daripada dasar Islam dan hukum hakamnya.
9. Mengkaji dan mengemukakan Enakmen Jenayah Syar’iyyah berdasarkan pandangan pelbagai mazhab tanpa terikat dengan Mazhab Syafie sahaja, bagi memastikan Maqasid asy-Syariah terpelihara dengan mengambil kira kekuatan hujah dan kepelbagaian bangsa dan budaya.
10. Konsep Negara Islam dimudahkan kefahamannya kepada menyebut sebahagian makna Negara Islam dan intipatinya, iaitu Negara Berkebajikan. Bukan seperti konsep Negara Kebajikan Sosialis tetapi Negara Kebajikan mengikut ayat 177, Surah al-Baqarah.
Ia membuka ruang yang lebih mudah kepada PAS untuk menerangkan konsep Negara Islam dan sistem-sistem berkaitan dengannya.
PenutupPAS sentiasa istiqamah menyuarakan penyelesaian masalah negara mengikut perhitungan neraca Islam sejak daripada penubuhannya lagi. Biasalah cadangan PAS, kadang-kadang diterima dan kadang-kadang tidak. Ada cadangan yang mendapat pujian dan ada cadangan yang mengundang kritikan.
Bukan PAS menyatakan hanya cadangan PAS sahaja yang betul dan Islamik. Jika ada pihak lain yang mencadangkan penyelesaian secara Islam yang baik, PAS mudah sekali menerimanya. Begitu juga mana-mana penyelesaian yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, juga sangat dialu-alukan oleh PAS.
Apa yang cuba dibuat oleh PAS ialah berusaha mengetengahkan beberapa alternatif penyelesaian masalah negara berdasarkan fiqh Islam yang luas. Iaitu satu bentuk alternatif penyelesaian yang jarang diberikan perhatian serius oleh pihak lain.
Mengenai aspek mencegah kemungkaran pula, ramai sekali Pimpinan PAS di pelbagai peringkat yang dipenjarakan, dibuang kerja, dipindahkan ke sana ke mari, diancam dengan pelbagai ancaman dan lain-lain bentuk penganiayaan, semata-mata kerana mereka menjalankan tanggungjawab Amar Makruf dan Nahi Munkar serta sanggup dan berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.
Tiba-tiba tanpa sedikit usul periksa pun, ada pihak yang menuduh PAS tidak menghiraukan masalah rasuah dan salah guna kuasa, kerana fokus kepada berjubah dan berserban. Dan lebih malang lagi, ramai juga yang hampir mempercayainya.
Zakaria IsmailSumber HD - 31-5-2018
AJK PAS Kawasan Marang
31 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Geoeskatologi (14): Mata Air Zughar
MATA AIR Zughar merujuk kepada nama perkampungan lama di Lembah Jordan, Palestin. Oleh kerana nama tersebut tidak lagi digunakan, sejarawan berkhilaf dalam menentukan kedudukan sebenar tempat berkenaan.
Sebahagian berpendapat ia berada di Selatan Tasik Tiberias, berhampiran Ein Sultan, beberapa kilometer dari Bandar Areha. Mengikut Mu'jam Buldan pula, Ein Zughar terletak di Selatan Laut Mati, Jordan. Terdapat juga riwayat Hadis yang menunjukkan Tasik Tabari dan Ein Zughar adalah tempat yang sama.
Menurut Hadis riwayat Muslim yang dinyatakan pada Siri 11, Dajjal yang berdialog dengan Tamim ad-Dariy bertanyakan mengenai keadaan Ein Zughar, maka Tamim menjawab bahawa ia masih membekalkan air kepada tanah sekitar. Selepas itu Dajjal terus bertanyakan soalan lain tanpa mengulas mengenainya. Tetapi menurut riwayat Ibn Hibban, Dajjal turut menyatakan bahawa air tersebut akan kering.
Sekiranya kita melihat kepada Ein Sultan hari ini, di sana terdapat kem pelarian yang pernah menempatkan 23,000 penduduk Palestin Tebing Barat dalam tempoh Perang Arab Israel 1948-1967. Kini kem tersebut cuma tinggal sekitar 1,700 orang sahaja.
Namun mereka mengalami masalah kekurangan air bersih walaupun sebelum ini, kawasan tersebut begitu subur dan dikatakan menjadi penempatan pertama dalam sejarah manusia.
Sebahagian Ulama berpandangan bahawa Ein Zughar merupakan lokasi pangkalan Dajjal di akhir zaman. Mereka mengaitkannya dengan Hadis Nabi S.A.W:
لتقاتِلُنَّ المشركينَ حتى يقاتِلَ بقيتُكُم الدجال على نَهْرِ الأُرْدُنِّ أنتم شَرْقِيُّهُ وهم غَرْبِيُّهُ ولَا أَدْرِي أينَ الأردُنُّ يومئذٍ
"Kamu akan memerangi orang Musyrikin sehinggalah yang berbaki dari kalangan kamu memerangi Dajjal di Sungai Jordan. Kamu di sebelah Timur dan mereka di sebelah Barat. Dan aku tidak tahu di mana terletaknya Jordan pada waktu itu."[HR Bazzar & Thabrani]
Sebagaimana Hadis pada Siri Ghouta lalu, pangkalan orang beriman adalah di Ghouta, sebelum turunnya Nabi Isa A.S. Kedudukannya memang berada di sebelah Timur Sungai Jordan. Boleh jadi selepas turunnya Nabi Isa, mereka akan menuju ke pangkalan Dajjal yang dimaksudkan di sebelah Barat. Akhirnya Dajjal akan dibunuh di satu tempat bernama Bab Ludd, yang akan diceritakan mengenainya pada siri akan datang.Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
14 Ramadan 1439
30 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 30/5/2018
Sumber HD - 30-5-2018
Geoeskatologi (13): Tasik Tiberias
TASIK Tiberias atau juga disebut sebagai Tasik Tabariyyah, Galilee dan Kinaret merupakan tasik air bersih yang terletak di Utara Palestin, bersebelahan sempadan Syria dan Jordan. Berkeluasan 166 km persegi. Menerima punca air utama daripada Sungai Jordan selain dari Bukit Golan dan punca bawah tanah. Dan menjadi bekalan air bersih kepada penduduk negara haram Israel terutamanya Tel Aviv.
Tasik Tiberias mengalami kekeringan beberapa dekad terakhir ini. Pada tahun 2001, paras air di Tasik Galilee sudah berada pada garisan hitam iaitu pada tahap bahaya. Ini kerana ia berisiko untuk dimasuki air masin dari bawah tanah yang bakal merosakkan kualiti air secara kekal, sekali gus mengancam ekosistem sekitar. Antara punca penurunan air yang mendadak adalah kerana penggunaan air yang sangat tinggi oleh Tel Aviv.
Setakat ini, air di Tasik Galilee sudah defisit 2.5 liter kubik. Walaupun Kerajaan Israel sudah mengurangkan penggunaan airnya, namun paras air tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Dalam Hadis yang dinyatakan pada Siri ke-11, Dajjal menyatakan bahawa tanda kemunculannya adalah Tasik Tiberias menjadi kering. Tasik Tiberias turut dikaitkan dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Sabda Rasulullah S.A.W:
وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا ، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ ، وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمْ الْيَوْمَ ، فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ، ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى الْأَرْضِ فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلَّا مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ ، فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ فَيُرْسِلُ اللَّهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ ، فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ، ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ .... فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ رِيحًا طَيِّبَةً فَتَأْخُذُهُمْ تَحْتَ آبَاطِهِمْ ، فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ ، وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ فِيهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ ،
فَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ
"Allah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj. Mereka akan bertebaran dari segala keturunan. Maka kalangan awal mereka melalui Tasik Tiberias lalu meminumnya. Kemudian lalu yang akhirnya, lalu berkata, dahulu terdapat air di kawasan ini. Mereka mengepung Nabi Isa A.S dan pasukannya sehingga nilai kepala lembu bagi mereka lebih tinggi dari 100 dinar, (keadaan lapar yang amat). Nabi Isa A.S dan pengikutnya memohon doa dari Allah, lalu Allah turunkan bala sehingga mereka mati sekali gus. Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun, tidak ada sehasta pun tanah melainkam dipenuhi bangkai dan bau Yakjuj Makjuj. Nabi Isa dan pengikutnya memohon doa dari Allah, lalu diturunkan hujan yang sangat lebat sehingga membersihkan bumi dari segala kotoran Yakjuj Makjuj, kemudian dikatakan pada bumi tumbuhlah buahanmu dan kembalikan berkatmu. Dalam keadaan demikian, tuhan utuskan angin lembut mengambil nyawa setiap orang beriman dan Islam. Maka yang tinggal hanyalah manusia-manusia jahat saling bertelagah sesama sendiri. Maka ketika itu berlakulah kiamat."[HR Muslim]
Banyak pendapat berkenaan bilakah keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Ada yang mengatakan bakal keluar ketika berlaku Malhamah. Kesan senjata nuklear menyebabkan temboknya runtuh. Ada juga yang berteori tentang hentaman meteroit ke atas bumi.
Satu lagi pendapat yang kurang popular menyatakan bahawa Yakjuj Makjuj telah pun keluar dan mereka adalah Zionis. Mereka bersandar kepada beberapa teori. Antaranya kerana paras Tasik Tiberias semakin mengering.
Mengikut lokasi Yakjuj Makjuj yang digambarkan dalam Surah al-Kahfi, ia ada kena mengena dengan asal-usul pengasas Zionis. Antra lain juga, terdapat Hadis yang mengatakan di zamannya telah runtuh tembok sebesar syiling, dan mempunyai kaitan dengan kerosakan bangsa Arab yang boleh kita lihat hari ini. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا إله إلا اللهُ، ويلٌ للعربِ من شرٍّ قد اقترب، فتحَ اليومَ من ردمِ يأجوجَ ومأجوجَ مثلُ هذه ) . وعقد سفيان تسعينَ أو مائةً، قيل : أنهلِك وفينا الصالحون ؟ قال : ( نعم، إذا كثُر الخبثُ ) .
"Tiada tuhan melainkan Allah. Binasalah orang Arab daripada keburukan yang semakin hampir. Sesungguhnya tembok Yakjuj dan Makjuj telah pun roboh sebesar ini (sambil menunjukkan isyarat lubang dengan ibu jari dan telunjuknya.) Baginda ditanya adakah kita akan binasa walaupun terdapat orang Soleh? Jawab baginda: Ya, jika kerosakan sudah berleluasa."[HR Bukhari & Muslim]
Wallahualam.
(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)
Sumber HD - 29-5-2018(ALANG IBN SHUKRIMUN)
13 Ramadan 1439
29 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 29/5/2018
No comments:
Post a Comment