Politik Saudi tak sunah langsung
SEKALIPUN Saudi saja yang melaksanakan syariat, paling ke depan antara daulah Islam kini, tetapi masih belum sama dengan yang Nabi saran dan para khalifah awalun laksanakan. Wilayah Islam yang lain rata-rata beramal serba serbi mengikut jahiliah semasa.
Pelaksasaan hudud dan jenayah Islam lainnya berjalan di sini saja. Akan siasah dan kedaulatan Islam tiada yang dapat dijadikan contoh. Saudi sebagai tapak bermulanya Islam dan bumi kelahiran Rasulullah SAW, sepatutnya menjadi model unggul pemerintahan Islam.
Kelahiran Saudi bukan saja belum mencerminkan apa yang Nabi pesan, bahkan dibandingkan dengan yang empayar Uthmaniyah Turki tidak jadi.
Dibandingkan dengan Amerika, Eropah nampak Islamlah ia, politiknya tidak dapat membanggakan Islam.
Perkembangan semasa, langsung tidak mencerminkan kemajuan Islam.
Pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulatnya di Istanbul amat memalukan Islam. Pembunuhan itu gara-gara dia pengkritik tegar pentadbiran Saudi sekarang, suatu teguran yang dibenarkan politik dunia semasa.
Bahkan Khalifah Abu Bakar Siddiq dan Umar Al-Khatab minta mereka ditegur. Saidina Umar bangga dengan seorang rakyat yang mengangkat pedang, memberitahu baginda pedang itu akan singgah ke badannya jika berlaku penyelewengan.
Ia patut menjadi contoh politik Saudi, justeru tiada di dunia sepanjang sejarah begitu terbuka seperti siasah syariyah Saidina Umar.
Tiba-tiba Jamal Khashoggi yang tidak selantang pemuda yang mengacukan pedang kepada Saidina Umar, dibunuh begiu kejam kerana kepercayaan dunia, dia menegur Raja dan anak raja, suatu yang tidak dikira salah oleh mana-mana politik sepanjang zaman.
Saudi gagal belajar dari sirah Khalifah ar-Rasyidin.
Nabi SAW melakar adab peperangan. Jangan mangsakan kanak-kanak, wanita dan orang tua. Jangan binasakan tumbuh-tumbuhan.
Dalam serangan Saudi terhadap Yaman, atas apa perhitungan sekalipun, senjata Saudi yang dibekalkan oleh konco-konco negara ahli kitab baratnya, bukan sekadar memangsakan orang awam, ia menyapu habis kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Adab perang itu adalah sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Ia adalah Islam.
Soal pemberontak Yaman pro Syiah bersenjata canggih menentang kerajaan Sunni, bukan alasan yang dapat diterima bumi Yaman dibakar bertahun-tahun hingga nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua menyamai kezaliman Hitler dalam perang dunia kedua.
Entiti Israel itu kejam terhadap Islam Palestin sepanjangnya. Mereka adalah Yahudi sedang nabi mereka pun mereka bunuh.
Saudi adalah mewarisi Islam, agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW, dan tanah air baginda diwarisi oleh Saudi, lengkap dengan sunah parangnya, tetapi gagal memastikan tidak mengancam kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Jika ia tidak berpandukan Islam dan sunah untuk membunuh Khashoggi, maka yang menghalangnya membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua di Yaman. Mengapa senjatanya tidak digunakan mengebom rejim Baath Bashir Syria yang juga membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita?
Saudi hanya memberatkan sunah dalam fikah mazhabnya tetapi membakulsampahkan sunah politik syariyah dan ajaran bernegara yang Nabi SAW dan khalifah tinggalkan. Yang Nabi dan khalifah tinggalkan bukan untuk ditinggalkan tetapi untuk dilaksanakan.
Yang ada seolah-olah tiada sunah langsung dalam siasah. – HARAKAHDAILY 30/10/2018
Saya tidak berhajat menyambung repek Mahathir tentang peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan. Buat apa dilayan perkara yang merepek.
Tiba-tiba saya terbuka buku Dr. Ismail Said bertajuk MENEGAK AGAMA MEMBELA BANGSA Perjuangan PAS 1951-1970. Lalu terbaca tentang antara ikhtiar Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin baru Umno memperjuangkan kemerdekaan.
Dalam tindakannya itu ada pula nama orang PAS duduk dalam jawatankuasa khas terdiri beberapa parti politik yang diketuai Tunku. Disebutkan oleh buku itu tentang Kongres Kebangsaan 23 Ogos 1953 di Majistic Hotel Kuala Lumpur bagi membincangkan menuntut pilihan raya. Hasil kongres itu Tunku memimpin rombongan menuntut kemerdekaan.
Tunku dan Dato’ Onn berebut pengaruh bagi mendapatkan sokongan lain-lain parti bagi menguasai politik tanah jajahan Inggeris di Malaya. Mereka menganjurkan National Convention dan satu lagi National Conference. PAS menghantar wakil dalam dua-dua perjumpaan itu.
Dalam resolusi muktamar ketiga tahun 1954 PAS berkecuali terlibat dengan kedua-duanya tetapi menyokong mana pihak menuntut kemerdekaan. Ia juga setuju dalam tuntutan mengadakan pilihan raya.
Dalam jawatankuasa khas yang diketuai Tunku ada nama orang PAS iaitu Mohd Yassin Haji Salleh. Seorang lagi dari Umno ialah Dr. Ismail Abdul Rahman. Lain-lain anggota ialah Ahmad Haji Abdul Rahman, dipercayai PAS, Kol. H.S. Lee, Leong Yew Koh, S.M. Yong, Tan Siew Sin dan Ong Yoke Lin.
Mereka adalah orang-orang terlibat bersama Umno menuntut kemerdekaan. Walaupun (Dato’) Mohd Yassin tidak disebut dari PAS tetapi namanya disebut sebagai calon PAS di Semantan, antara 11 calon dalam pilihan raya 1955.
Memang Dato’ Mohd Yassin pernah jadi Pesuruhjaya PAS di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Jika saya tidak silap beliau adalah bapa kepada Tan Sri Kamarul Arifin, seorang peguam Umno yang pernah menjadi Pengerusi Bank Bumiputera.
Sekalipun dalam politik tidak bersama Umno tetapi tidak boleh ditolak peranannya dalam tuntutan kemerdekaan melalui PAS.
Malah sebelum Dr. Mahathir terlibat dalam politik, sebelum masuk universiti, Dato’ Mohd Yassin sudah tersenarai sebagai pejuang kemerdekaan.
Semasa Jepun bersetuju untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Dr. Burhanuddin, Dato’ Mohd Yassin disenarakan sebagai menteri dalam kabinet Dr. Burhanuddin.
Masa itu Umno belum ada dan Dr. Burhanuddin belum jadi pemimpin PAS. Tetapi Dr. Burhanuddin sudah dikenali sebagai pejuang dan pemimpin kemerdekaan.
Sejak sebelum Jepun beliau sudah menyuarakan kemerdekaan daripada British. Setelah Jepun melanda Tanah Melayu, British tinggalkan Tanah Melayu tanpa senjata. Dr. Burhanuddin menyambung tuntutan kemerdekaannya daripada Jepun melalui proses perundingan.
Mungkin ini pertama kemerdekaan itu boleh dicapai melalui perundingan. Kerana Jepun semasa datang berjanji untuk membantu Malaya merdeka. Dr. Burhanuddin menagih janji Jepun untuk memberi kemerdekaan.
Panglima Jepun di Saigon bersetuju menyerahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan menjadikan Dr. Burhanuddin sebagai Perdana Menteri.
Beliau diminta membentuk kabinet. Selain daripada Dato’ Yassin, senarai kabinet Dr. Burhanuddin itu termasuk Dato’ Abu Samah, kawan seangkatan Dato’ Yassin di Temerloh, Dato’ Onn Jaafar dan Dato’ Abdul Rahman Yasin, bapa Tun Dr. Ismail. Anak Dato’ Abu Samah, Tan Sri Hamzah adalah adik ipar Tun Razak.
Saya tulis lagi hal ini kerana saya terbaca fakta tambahan betapa PAS adalah sebahagian daripada pejuang kemerdekaan.
Mahathir patut belajar sejarah ini. Tetapi dia mesti berguru. Tanpa guru dia akan dapat sejarah sesat.
SUBKY LATIF

Sumber MR - 30-9-2018
Akhirnya Mahathir tolak LGBT
AKHIRNYA setelah lima bulan berkuasa semula barulah Perdana Menteri bersuara tentang LGBT.
Tiada tempat bagi LGBT di Malaysia.
Jika dari awal Mahathir membuat pendirian itu tidaklah saham moral Kerajaan Harapannya merudum dalam pasaran umat Islam dan tidaklah menteri agamanya pada pandangan umum umat tidak dilihat seperti anak bapanya.
Sekalian juru bicara rejim baru mengaku segala sesuatu LGBT itu haram dan dikutuk, tetapi umum merasakan pengakuan sekadar di bibir, tidak datang dari hati. Sekalipun yang dikatakan itu dari hati, tetapi dari dolak dalik budak-budak Mahathir yang mengurus agama Islam ia tidak seperti datang dari hati.
Reaksi awal kerajaan baru Mahathir tentang puaka LGBT lebih kurang saja dengan suku sakat liberal dan suaranya adalah dendang liberal. Tidak tegas rejim lama atas isu serba liberal sudah menghampakan umat, dan rejim yang sepatutnya membawa berita gembira dikira lebih teruk daripada rejim lama.
Mungkin kerajaan tidak berniat begitu, tidak tegas dan tidak jelas kerajaan dalam tuntutan puaka LGBT itu menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan kepada kerajaan baru. Ada percubaan untuk membetulkan, untuk memulih hati yang remuk bukan suatu yang mudah.
Persepsi orang beragama mengapa kerajaan tiada maruah atas LGBT dan tuntutannya, adalah Perdana Menteri dirasa di sebelah situ dan cenderungnya seolah-olah di situ.
Setelah lima bulan, mungkin kerajaan rasa uma Islam sudah hilang kepercayaan kepadanya, barulah bersuara Perdana Menteri, LGBT bukan suatu yang diterima di negara ini.
Moga-moga ia satu dasar yang diikuti dengan langkah tegas membendung dan membasmi amalan dan kepercayaan yang terkutuk itu.
Mahahir mesti buktikan dia bukan sekadar kata tidak setuju tetapi menunjukkan sikap benci kepada keparat itu.
Jangan jadi seperti dasar anti rasuah kerajaan selama 60 tahun berkuasa, tetapi rasuah terbiar hingga menjadi satu ciri budaya bangsa.
Mahahir mulai sekarang mesti kutuk sebarang idea dan kecenderungan LGBT barang sebesar hama oleh sesiapa saja.
Setakat ini dia belum diyakini benci kepada fikiran itu. Dia sekadar berkata puaka itu ditolak di Malaysia, kita tidak boleh ikut negara-negara lain yang mmbenarkannya.
Ia seolah-oleh tidak mengapa di negeri-negeri atas angin. Di Malaysia sahaja terlarang. Benda buruk seperti itu biar jangan ada di mana-mana. Mungkin kita berfikir kita boleh paksa masyarakat bukan Islam di negara tidak Islam berfikir seperti kita yang Islam ini. Tetapi gejala buruk kaum Lut jangan dibiarkan ada di mana-mana.
Mungkin kita kata Islam tidak boleh campur tangan dalam urusan orang kafir. Tetapi jika kita perhatikan sikap bangsa Amerika yang benci dan anti komunis, ia tidak sekadar serang idea komunis itu di dalam negerinya sahaja, ia pergi berperang menentang komunis di mana-mana saja.
Ia mesti ditolak bukan sahaja di negeri kita, tetapi di mana-mana saja. Semua agama menolaknya. Yang menghalalnya di Eropah bukan agama Kristian, tetapi penganut Kristian dan orang yang tidak beragama di sana.
Mahathir kenal Pope dan para padri. Dia kenal ketua komunis di mana-mana. Dia patut ajak pemimpin gereja dan pemimpin komunis besama-sama menentang gejala itu di mana-mana di dunia.
Bila kita benci kepada perangai itu, tidaklah kita hukum sekehendak hati orang-orang yang terjerumus. Tindakan diambil membendung dan memulihkan kemanusiaan mereka. – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018
Kes Guan Eng: Alasan atau dalih Tun M
KES rasuah meneri kewangan Lim Guan Eng sudah berlalu. Pendakwaan diarik balik dan mahkamah melepaskannya.
Ada pandangan supaya keputusan itu dikaji semula. Yang boleh mengkajinya jika mahu hanya kerajaan. Tiada siapa boleh ampunkan Anwar Ibrahim melainkan kemahuan Perdana Menteri. Maka Perdana Menteri juga boleh tentukan kes Guan Eng.
Dr. Mahathir dalam isu ini adalah bersama keputusan mahkamah. Menghormati mahkamah itu adalah sikap wajar. Tetapi komen boleh menimbulkan tanda tanya. PM tidak takwil nasib Guan Eng itu banyak kejadian yang serupa atas orang lain di negeri-negeri lain tidak dimahkamah, tetapi Guan Eng dimahkamahkan.
Maka tidak akan dibangkitkan kes Guan Eng itu.
Adakah ia alasan yang kukuh atau satu dalih semata-mata? Padanya kes Khir Toyo tidak sama dan tiada sebarang alasannya.
Adanya lain kejadian seperti yang Guan Eng terbiar sedang Guan Eng dikatakan dimangsa tidak jadi alasan mengapa kesnya ditutup saja. Ia seolah-olah dalih saja.
Jika rejim lama dan dengan segala sistemnya biarkan saja kes-kes yang lain, ia bukan hujah kes Guan Eng dibiarkan juga sekalipun kemungkinan ada ruang perbicaraannya itu boleh diadakan semula.
Lain-lain kejadian serupa tidak dijadikan kes, tidak bererti kes Guan Eng tidak dijadikan kes juga. Kelemahan kerajaan lama tidak boleh menghalalkan Guan Eng tidak didakwa.
Undang-undang dan mahkamah tidak boleh lepas perompak kerana perompak-perompak yang lain tidak dikenakan tindakan.
Kes yang sedang diadili mesti diselesasikan. Kemudian fikirkan apa patut dikenakan kepada penguatkuasa rejim lama yang tidak melaksanakan tugasnya. Jabatan kejaksaan wajar pungut mana-mana orang yang tidak didakwa dulu supaya diadili seperti mengadili kes Guan Eng.
Jika Guan Eng bersih, dia tidak wajar dihukum. Jika dia tidak bersih tidak wajar dia dibebaskan semata-mata kes sepertinya dulu tidak pernah didakwa. Biar undang-undang dan mahkamah kita tidak dilihat membiar penyangak tidak diadili.
Seperti kes yang melibatkan PM Najib. Kerajaannya dulu tidak buat apa-apa tentangnya. Tetapi kerajaan sekarang tidak biarkan kesnya semata-mata kerana kerajaan dulu tidak buat apa-apa tentangnya.
Ada suara semasa kerajaan dulu supaya peguam Shafee Abdullah disiasat. Kerajaan dulu tidak diketahui memberi reaksi. Tetapi kerajaan sekarang tidak diamkan perkara itu semata-mata kerana kerajaan dulu diam.
Tiada apa yang melarang kerajaan sekarang memungut kes-kes yang dikatakan oleh PM Mahahir dibiarkan dulu supaya diseret semuanya ke persadaan keadilan. Adili kes Guan Eng seadil-adilnya supaya dia tidak dimangsa oleh sistem keadilan, dan jangan biarkan penyangak masa lalu bebas dengan kejahatannya.
Tidak dikata kerajaan sekarang adil membebaskan sebarang dakwaan atas alasan penyangak terdahulu tidak dikenakan tindakan. Tidak bertindak ke atas penyangak dulu adalah menyalahi undang-undang, membebaskan penyangak kerana penyangak lain dibiarkan bebas juga tidak melaksanakan undang-undang.
Dengan demikian apa bezanya rejim lama dengan rejim baru? Maka sikap PM atas kes itu bukan atas hujah dan alasan, tetapi satu dalih. – HARAKAHDAILY 24/9/2018

Sumber HD - 24-9-2018
Banyak sebab mereka tinggal jamaah - Subky
KUALA LUMPUR: Banyak sebab ahli PAS meninggalkan jamaah, antaranya tidak menghayati secara mendalam tentang sejarah perjuangan dan pembentukan parti, kata Ketua Sidang Assabiqun, Subky Latif.
“Sebagai Ketua Sidang Assabiqun dan pengerusi bersama Seminar Sejarah Asabiqun-KUIZM, saya memberitahu semasa penggulungan muktamar, bahawa seminar ini diadakan sebagai langkah mengelakkan ahli-ahli PAS keluar PAS dan membuka peluang yang telah keluar itu kembali ke pangkuan parti,” tulisnya dalam kolum akhbar Harakah.
Tambahnya, bagi penyokong yang tidak berparti, justeru tidak memahami sejarah parti itu mudah terkeliru dan dikelirukan apabila berlaku langkah-langkah perubahan yang parti ambil.
“Maka dengan seminar ini moga-moga dapat mengukuhkan pengetahun ahli tentang sejarah PAS dan boleh menjadi pihak yang dapat memberi yang betul dan tepat tentang sejarah PAS,” tambahnya.

Seminar Sejarah PAS bersiri empat kali anjuran bersama Assabiqun dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan dilancarkan pada 3 November ini oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di kampus KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 22/9/2018
TULISAN PENUH BELIAU DISIARKAN DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI ISNIN DI PASARAN.
Sumber HD - 22-9-2018
Tun Hanif kata dia tidak nyanyuk
TUN Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara menyangkal tanda tanya Lim Kit Siang, penasihat DAP adakah bekas pemimpin polis itu nyanyuk kerana mendakwanya pernah hendak memecah duakan negara kepada pantai barat yang ramai bukan Melayu dan pantai timur yang padat Melayunya.
Tun Hanif kata dia tidak nyanyuk dan mempertahankan kenyataannya. Tidak diketahui apa ekoran dan reaksi Kit Siang atas sikap Tun Hanif.
Saya tidak memihak kepada sesiapa atas perkara itu tetapi suka menyatakan orang nyanyuk tahu dirinya nyanyuk dan tidak akan mengaku nyanyuk bila orang mendakwanya nyanyuk.
Yang terasa seseorang itu nyanyuk ialah orang lain. Dia mengecam seseorang itu atas keadaan ingatannya, maka dia boleh mengandaikan seseorang itu nyanyuk.

Bahkan usia Tun Hanif sudah berada dalam lingkungan orang yang boleh nyanyuk. Malah Kit Sing sendiri sudah berada pada usia boleh nyanyuk. Mungkin agaknya Tun Hanif nyanyuk itu disebabkan oleh sebab-sebab nyanyuk juga.
Saya sendiri banyak yang tidak selera atas tulisan dan pandangan bebas saya, tidak segan-segan menulis saya sudah nyanyuk. Hari-hari ada yang mengata saya nyanyuk terutama mereka mengetahui usia saya berada dalam lingkungan orang yang boleh nyanyuk. Saya sekarang sudah kurang dua 80 tahun.
Pada saya, saya tidak nyanyuk walaupun perkara yang saya lupa, tetap banyak juga yang saya ingat. Banyak yang datang bertanya sesuatu yang mereka keliru dan mereka puas hati kerana saya dapat jelaskan duduk sesuatu perkara.
Saya tidak dapat memastikan anggapan sesetengah orang terhadap saya itu salah. Kerana saya tidak tahu keadaan saya sebenarnya. Orang yang memerhatikan boleh jadi lebih tahu keadaan saya sebenarnya. Seperti orang gila. Mana orang gila tahu dia gila dan jika ada yang mengata dia gila, dia akan kata orang yang mengata dia gila itulah yang gila sebenarnya.
Mungkin kita tidak terasa kita nyanyuk atau gila, tetapi orang lain boleh tahu keadaan kita yang sebenarnya.
Tetapi orang yang mengatakan kita nyanyuk atau gila itu belum tepat andaiannya. Yang boleh mengesahkan kita nyanyuk ialah doktor.
Atas segala andaian yang saya juga nyanyuk, saya terima dengan senang hati kerana mereka dapat melihat keadaan kita. Saya tidak berhajat jumpa doktor tentang apakah benar saya nyanyuk atau saya sebenarnya sihat.
Sebabnya saya takut, nanti doktor sahkan saya benar-benar nyanyuk. Kalau saya sekadar dikata nyanyuk oleh orang tidak ada autoriti mengesahkan seseorang itu nyanyuk atau tidak, mungkin saya tidak terkesan sangat, kerana saya belum tentu nyanyuk, tetapi kalau doktor dengan kepakarannya sahkan saya nyanyuk, tak nyanyuk pun boleh jadi betul-betul nyanyuk.
Pengaruh psikologi ditakuti memberi kesan dan kita boleh jadi betul-betul nyanyuk.
Saya pernah datangi oleh orang-orang yang mengaku tidak senang kerana ada tok guru mengata mereka sesat. Mereka tidak dapat terima dan minta saya gunakan pengaruh bagi membetulkan keadaan.
Saya mengaji siang malam dengan tok guru bersama ramai lagi mana boleh betulkan tok guru itu. Kalau saya boleh betulkan, bererti tok guru itu pula bertok guru dengan saya. Saya mengajar, tok guru belajar.
Bila seorang dikata sesat oleh tok guru, bukan orang lain pergi jumpa tok guru bagi mentakwil tok guru. Tok guru biasanya banyak kelebihan daripada orang lain. Orang yang dikata sesat itu sendiri patut jumpa tok guru minta keterangan bagaimana dia dikatakan sesat.
Tok guru mungkin silap, tetapi orang yang dikata sesat mesti buktikan dia tidak sesat dengan hujah yang cukup, bukan mengadu kepada orang lain yang dia dikatakan sesat.
Kalau tok guru silap. Tetapi bagaimana kalau tok guru tidak silap?
Kes orang sesat memang banyak. Banyak kes di mahkamah berkali-kali didakwa dan dijatuhkan hukuman, mereka terus melanggar kanun yang mendapati mereka sesat. Berkali-kali dikenakan tindakan pun mereka kata mereka tidak sesat.
Orang sesat macam orang gila dan nyanyuk, masing-masing ada kelemahan. Orang lain yang tahu mereka lemah atau tidak, macam saya juga. – HARAKAHDAILY 21/9/2018

Sumber HD - 211-9-2018
Jadikah PAS, Umno seperti Aus, Khazraj?
DARI tahun 1951 tarikh kelahiran PAS hngga pertengahan tahun 2018 ia berseteru politik dengan Umno sekalipun sama-sama saf solat Jumaat dan Idilfitri serta sekapal terbang naik haji.
Cakap Melayunya macam anjing dan kucing, cakap Islamnya macam Aus dan Khazraj di Madinah sebelum kedatangan Islam. Aus dan Khazraj saling berbunuh. Di Lubuk Mebau, Kedah dan Memalipun ada orang PAS terbunuh.
Sejurus selepas merdeka orang Melayu mula memperkatakan perpecahan orang Melayu dikampung dan di kota justeru adanya PAS dan Umno. Ia bertambah gawat sepuluh tahun menjelang kejatuhan Umno/BN.
Orang Islam yang tidak berpolitik dan para mufti yang dipercayai dipengaruhi pemimpin Umno, menyarankan PAS-Umno mesti bersatu. Mereka membawa seruan orang Islam seluruhnya.
Ada mufti bertanya saya, adakah PAS bersetuju justeru Umno lahiriahnya dikatakan positif?
Jawab saya, sekalipun PAS ada hujah tentang sengketa politik kedua-duanya, sulit bagi PAS menolaknya, kerana ia adalah seruan orang Melayu sedang kedua-duanya mendakwa berpolitik demi membela rakyat. Orang Melayu marah jika PAS menolak sedang Umno dikatakan positif. Apakah positif Umno sekadar di bibir, tidak di hati? Umno meraih keuntungan jika PAS menolak, kerana Melayu yang tidak berpolitik itu mengira PASlah punca perpecahan Melayu itu.
Warga Melayu atas pagar akan marahkan PAS dan mereka terus memberi undi kepada Umno, kerana Umno berpolitik demi menyatukan orang Islam.
Bagaimana hubungan seperti Aus dan Khazraj itu dapat dirungkai. Permusuhan kedua-duanya selesai dengan kedatangan Islam di Madinah. Adapun Umno dan PAS sudah sedia Islam. Tetapi tidak nampak Islam terpelihara di bawah 63 tahun kerajaan Umno, bahkan Islam kian goyang.
PAS tidak boleh menolak tuntutan rakyat, tetapi demi menjadi parti masa depan Islam dan Melayu, ia mesti melakukan perubahan menjelang PRU14, beruzlah dengan Pakatan Rakyat dominasi DAP, beralih menjadi pembangkang di bawah budaya politik matang dan sejahtera, bertaawaun dengan Umno/Kerajaan dalam menegakkan amar makruf dan nahi munkar, tidak bersama dalam keburukan dan maksiat.
Sekalipun Umno berkata ia mahu bersama PAS tetapi tiada langkah positif diambilnya kerana ia mengharapkan untuk merampas Kelantan dalam PRU14. Ia tidak positif dengan RUU355. Tidak nampak ruang boleh berkawan selama Umno berkuasa, apa lagi kalau Kelantan dapat dirampas.
Hubungan negatif PAS-Umno selagi Umno berkuasa adalah seperti 63 tahun dulu juga. Bahkan perubahan politik matang dan sejahtera PAS yang menyebabkan ia kehilangan setengah penyokong tradisi. Doa pro penyatuan seolah-olah tidak makbul kiranya BN dapat mempertahankan kuasanya.
Rupanya gencatan senjata kedua-duanya adalah mungkin dengan Umno mesti kalah dulu. Kekalahan Umno dalam PRU14 boleh merapatkan Umno. Tiada yang menyangka rombongan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi tetamu dalam Muktamar PAS ke-64 di Terengganu awal Hijrah/Muharam lalu. Zahid menggantikan kerusi Lim Kit Siang di pentas pemimpin PAS dalam muktamar-muktamarnya yang lalu.
Sekalipun PAS meneruskan tradisinya bersama muafakat pembangkang, tetapi Zahid adalah pimpinan Umno yang pertama berpendidikan rasmi Islam. Mungkin ia melayakkan persaudaraan Aus-Khazraj dalam kalangan Ansar dulu.
Pada muktamar itu Umno datang kepada PAS. Tiada masalah PAS pergi kepada Umno kerana PAS pegang mesej dakwah, kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad pergi kepada gunung.
Pada muktamar sulung didatangi Umno, PAS tidak meletakkan PAS memimpin tetapi mengalu-alu temanya Islam Memimpin seperti penyatuan Aus-Khazraj.
Apakah PAS- Umno bakal bersatu? Belum. Mereka baru berdua. – HARAKAHDAILY 20/9/2018

Sumber HD - 20-9-2018
Mahathir ketinggalan keretapi 60 tahun
APAPUN konsep dan city yang dinamakan bagi pembangunan kota baru di Tebing Selat Tebrau – di hujung negeri Johor – Perdana Menteri Mahathir tidak membenarkan secebis hartanah dijual dan dimiliki warga asing. Tiada visa dikatakan akan dikeluarkan bagi yang menetap di situ.
Sebabnya mereka yang datang membeli kedai dan membuka peniagaan di situ tidak datang sekadar seminggu dua dan pergi. Mereka tinggal lama. Lama kelamaan mereka hendakkan kewarganegaraan.
Ia akan merebut peluang dan hak warga tempatan.
Tidak dipastikan Dr. Mahathir yang menyertai politik lebih 60 tahun dan orang seangkatan dengan dalam parti kesayangannya dulu ada kesedaran itu ketika perbincangan panas memberi hak jos suli yang menetap sekian tempoh di sini.
Apa yang Mahathir komen tentang kedatangan saudagar-saudagar dari China dan lain-lain melibat diri dalam kegiatan pembangunan dan ekonomi seperti di Johor dan lain-lain sudah dibincang oleh para pejuang kemerdekaan dulu.
Dato’ Onn ikut menyumbang munasabah orang asing yang cekap merebut kemajuan itu diberi peluang menyumbang baki di sini. Ketika Dato’ Onn menjadi Menteri Besar Johor dan Menteri Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan, apa yang difikir dan disetujui oleh pembesar Johor prakerajaan Harapan sudah pun berlaku masa itu.
Ketika Tunku hendak memulakan tuntutan kemerdekaan pernah diingatkan kepadanya seperti yang diingatkan oleh PM Mahathir kepada orang Johor sekarang.
Nescaya ada natijah politiknya. Tetapi Tunku dan pengikutnya memikirkan usah bimbang kerana mereka cuma datang tumpang cari makan, tidak hendak mengambil negeri ini.
Orang Melayu yang tidak bersama Tunku terus mengingatkan Tunku seperti yang Mahathir ingatkan seminggu dua ini.
Yang tidak bersetuju dengan Tunku itu dikira berpolitik perkauman dan berfikiran sempit.
Yang mereka ingatkan dulu adalah demi mengelakkan hak politik dan ekonomi, peluang pekerjaan dan taburan rezeki direbut dan dikongsi oleh orang lain.
Seperti yang disuarakan oleh banyak pihak tentang kebanjiran pekerja Bangladesh, Nepal, Myanmar dan lain-lain menyebabkan pembangunan kita sekarang bergantung kepada warga asing dan warga sendiri tiada pekerjaan.
Di mana-manapun demikianlah kebimbangan rakyat terhadap kebanjiran warga asing. Eropah menghalang pelarian Syria dan Asia sekarang adalah justeru dan kebimbangan itu. Itulah yang Melayu rasa pada masa menjelang kemerdekaan dulu.
Setelah rakyat sudah jadi masyarakat majmuk, tidak terkira pula kebanjiran pekerja Indonesia. Bukan Melayu pula ke depan tidak senang kebanjiran Indon itu. Adakah Cina dan India itu perkauman? Mungkin pengaruh perkauman itu ada, tetapi sebagai rakyat mereka tidak mahu hak rakyat dan peluang ekonomi direbut orang asing.
Melayu dulu bimbang kebanjiran orang dagang yang awalun itu bukan justeru perkauman, tetapi demi kepentingan rakyat. Bukan Melayu bimbang tentang kedatangan Indon itu bukan perkauman tetapi hak dan kepentingan rakyat.
Mahathir tidak benar orang asing milik harta dan berdagang di Johor bukan kerana ultra Melayu, tetapi menjaga kepentingan rakyat majmuk.
Suku sakat Mahathir dalam politik 60 tahun prakuasa Pakatan Harapan adalah sambil lewa dengan penampilan warga asing, malah besar peranannya membentuk masyarakat majmuk yang ada. Dia nampak bersungguh sekarang.
Satu sikap yang baik tetapi ia seperti ketinggalan keretapi 60 tahun semasa orang Melayu sudah gamat bimbang akan isu itu, hingga orang Melayu mulai liberal dengan orang asing. – HARAKAHDAILY 19/9/2018
19 -
Rakyat mahu kerjasama Pas-Umno
KUALA NERUS - Kerjasama Pas dan Umno merupakan kehendak rakyat sejak dua ke tiga puluh tahun lalu.
Veteran Pas, Subky Latif berkata, parti itu menyambut baik dan menghormati permintaan rakyat tersebut kerana tidak mahu mereka marah.
"Rakyat dan umat Islam tuntut supaya Pas dan Umno ini mesti berdamai. Pas menghormati rakyat sebab kita tidak mahu mereka letakkan kesalahan ke atas Pas kerana tidak bersikap terbuka.
"Sekarang adalah masa terbaik untuk Umno rapat dengan Pas. Oleh kerana itu, kita menerima gencatan senjata selepas 60 tahun menjadi musuh politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, Subky yang juga Pengerusi As-Sabiqun Pas secara peribadi berpandangan, masih terlalu awal untuk kedua-dua parti itu bersatu.
"Sekarang orang cakap pasal bersatu, itu satu perkara yang baik. Tetapi oleh kerana kita ada latar belakang dan pandangan politik yang berbeza, bersatu itu terlalu awal.
"Jadi yang paling baik pada masa lima enam tahun ini, kita bukan bercakap pasal bersatu. Pas dan Umno tak boleh bersatu tetapi boleh berdua," katanya.
Menurut beliau, dalam keadaan politik ketika ini, Pas tidak mengelak daripada berteman.
"Sekarang Pas dan Umno berdua, maknanya kita boleh berbincang dan berkawan. Islam kata kalau kita nak pergi mana-mana tak boleh seorang kena ada teman, sebab itu kita mesti berdua.
"Namun, Pas atas sikapnya pembangkang kita mahu beramai-ramai. Dengan pembangkang keseluruhannya kita beramai-ramai tetapi dengan Umno kita berdua," katanya.
Sumber MR - 18-9-2018
SAYA jahil undang-undang dan apa lagi ilmu kehakiman.
Ketika PM Mahathir mengangkat Tommya Thomas jadi Peguam Negara, takwil saya hanya dia bukan orang Islam. Sesudah negara tidak berjalan mengikut perundangan Islam, biarlah Peguam Negaranya yang maklum hati umat Islam.
Atas imejnya seorang pengamal undang-undang yang dihormati, tidak upaya saya pertikai wibawanya. Tentulah PM lebih mafhum, mahu seorang Peguam Negara membanggakan Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya dan negara yang dikatakan memerangi rasuah.
Kebimbangan awal saya setelah itu, komen seorang hakim pada saya, ia mungkin ke arah meminggirkan kes rasuah Lim Guan Eng yang baru jadi Menteri Kewangan. Saya tiada sikap jika kesnya dibuang atau diteruskan hinggalah saya membaca komen bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan tulisan seorang pengamal undang-undang di Sinar Harian.
Tun Hamid tidak dapat terima rasional dan kebijaksanaan Tommy menarik diri jadi pendakwa terhadap dakwaan yang dikenakan kepada Najib dan pendakwaan kepada peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan bekas hakim Sri Ram.
Tun Hamid juga kes Guan Eng tidak diteruskan. Dia memberi hujah undang-undang mengapa kes itu wajar dibicarakan. Saya suka kepada semua alasannya. Sebagai jahil undang-undang jika saya komen boleh mendedahkan saya sebagai loyar buruk. Tetapi pengamal undang-undang yang hendak menegakkan negara undang-undang dan memerangi rasuah, patut mengamati komen bekas ketua hakim itu.
Penulis di Sinar Harian pula membandingkan kes Guan Eng dengan kes Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.
Kedua-dua kes didakwa atas dakwaan yang sama. Jabatan Peguam Negara menarik balik dakwaan itu dengan alasan bukti tidak cukup dan jika diteruskan perbicaraan, ia mungkin ditolak oleh mahkamah. Apa guna diteruskan pendakwaan apabila ia dirasakan tidak boleh menang.
Akan tetapi dengan masalah yang sama yang dihadapkan kepada Khir Toyo, pendakwa menang bicara. Dr Khir telah dipenjarakan.
Kes Khir Toyo berlaku lama sebelum kes Guan Eng.
Mengikut penulis itu, biasanya sesuatu kes yang sampai ke mahkamah tinggi segala keterangan dan keputusannya menjadi rujukan kepada penghakiman sebarang kes selepasnya.
Maka dia tidak nampak pentadbiran Peguam Negara sekarang memberi telitian dan perbandingan antara kes Khir Toyo dan kes Guan Eng.
Dari logik dan hukum akal, akal saya atas kedua-dua kes yang didakwa di bawah perkara yang sama, hanya salah satu daripada penghakiman itu betul, Kedua-duanya adalah tidak betul.
Kalau penghakiman atas kes Khir Toyo betul, mengetepikan kes Guan Eng ada tidak betul. Jika keputusan atas kes Guan Eng itu betul, maka penghakiman atas Khir Toyo adalah tidak betul.
Tanggapan saya atas dua ulasan terhadap wibawa Jabatan Peguam Negara di bawah Tommy Thomas tidak mencerminkan kecemerlangan yag diidamkan oleh Perdana Menteri Mahathir jika dia tidak berpolitik kayu tiga atas keadilan yang kita dapati sekarang.
Mahathir, kerajaan baru dan rakyat mahukan pemerintahan yang bersih, bebas rasuah, adil dan saksama.
Rata-rata orang takwil dan perleceh prestasi 100 hari kerajaan itu. Empat bulan pertama Peguam Negara dilihat tidak menolong meyakinkan harapan Perdana Menteri, Kerajaan Harapan dan rakyat mencapai matlamatnya.
Lainlah kalau Tommy begitu kerana melaksanakan apa yang PM mahu dia buat dan bukan buat apa kejaksaan patut buat. Tommy mungkin sudah buat apa yang terbaik, tetapi tidak membantu mencapai harapan Harapan.
SUBKY LATIF
Sumber MR - 16-9-2018
Gara-gara Islam merotan orang dewasa
SEKALIPUN orang berbelah bagi kini tentang merotan anak dan murid tetapi masyarakat dunia yang bebas syariah mengira kuno merotan orang dewasa. Syariat menyebat itu seperti disorokkan seperti Bani Israil Yahudi dan Bani Israil Nasrani menggelapkan syariat termeterai dalam Taurat dan Injil itu.
Seolah-olah merotan anak dan murid boleh diadakan semula tetapi tidak merotan orang dewasa atas apa kesalahan dan jenayah jua sekalipun ia menepati al-Quran bersabit syariah.
Lalu tular antaranya di kalangan orang Islam apabila Mahkamah Syariah Terengganu merotan di khayak umum dua warga dewasa LGBT. Hukumnya belum hudud kerana hudud 100 kali.
Tularnya kesalahan yang diakui oleh warga LGBT itu patut disebat atau penjara atau denda? Tidak semua yang ada enakman membenarkan sebat. Denda dan penjara ada.
Tetapi hukum akalnya, sebat ringan itu yang tidak menyakit dan mencederakan keduanya selesai jalani hukuman beberapa minit saja dan mereka bebas meninggalkan mahkamah. Jika didenda terpaksa bayar beberapa ratus dan jika penjara kena beberapa bulan pula. Tetapi dengan sebat ringan itu mereka bebas jam itu juga.
Yang dipukul Islam bukan tubuh mereka tetapi hati supaya penyakit hati mereka terawat
Islam mensyariatkannya sejak Nabi Musa dan Nabi Isa lagi. Bani Israil Yahudi berpenyakit hati menyoroknya dan Bani Israil Nasrani menyorokkannya. Syariat itu tidak patut ditular oleh orang Islam. Jika orang Islam tidak disambar hatinya oleh penyakit hati kaum Bani Israil itu, mereka mesti beriman dulu dengan syariah.
Mungkin ada kelemahan dan kekeliruan fiqah pelaksanaannya, orang Islam mesti beriman dengannya dulu dan kemudian bersama-sama membaikinya hingga wujud satu peraturan yang sempurna. Bukan jadi kera membaiki labu, ditakuti kelaknya jadi orang kera zaman Nabi Musa, justeru melanggar peraturan menangkap ikan hari Sabtu.
Pemimpin orang Islam di sini yang ke Manila tidak wajar memberi amaran sini terhadap pelaksanaan itu kerana ditakuti ia satu cara memperdaya syariat Allah. Dia patut ke Terengganu dan Kelantan bincang cara menyempurnakannya.
Bukan menempelak Islam dengan mengatakan ia dianggap agama bengis kerana merotan orang tua. Bila penentang Islam bersangka elok tentang Islam. Agama Nabi Musa dan Harun cukup baik tetapi mereka kata Nabi Musa membawa agama sihir dan gila.
Rasulullah SAW bawa dan laksanakan Islam paling adil dan lembut, tetapi mereka kata baginda gila dan kaki sihir terhebat. Sekarang cucu cucu ahli kitab cap agama Nabi Muhammad SAW bawa itu agama keganasan. Keganasan itu bengislah.
Akhirnya jadilah orang Islam itu solat salah tak solat salah. Kata P. Ramlee, jadi semua serba salah.
Antara yang tidak melihat merotan warga LGBT itu satu kewajaran ataupun kebijaksanaan ialah Brother Anwar Ibrahim. Dia takut orang akan salah erti Islam. Tapi apa yang sudah dibuat supaya seluruh dunia tidak salah erti tentang Islam.
Dari dunia bebas hingga ke alam penjara dia membei pandangan yang dikira rasional tentang Islam, saya tidak fikir Netanyahu dan Donald mengira dia seorang yang patut didengar pandangannya.
Terhadap gesaan mendaulatkan syariah di zaman ini seperti yang ada masa ini, jika tidak silap katanya, dia juga berbincang dengan banyak pemikir Islam. Ada pandangan mengira, hal itu bukan keutamaan. Dia memihak kepada pandangan itu.
Dia juga berkawan dengan yang mengatakan, ia satu keutamaan. Apa yang dibuat untuk menyepakati antara dua pendapat itu? Bagaimana dia boleh memihak dengan pandangan satu lagi tanpa menyatukan perbezaan itu? - HARAKAHDAILY 12/9/2018

Sumber HD - 122-9-2018
Baca Yasin selamatkan PAS dari fitnah RM90 juta
DEWAN Ulamak di bawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum lahir konsep pimpinan ulama, selepas Dr Mahathir yang dipecat Tunku daripada Umno kembali ke pangkuan Umno, sekurang-kurangnya dua kali PAS melancarkan politik membaca Yasin di seluruh negara, mengadu kepada Allah moga-moga selamatkan PAS daripada fitnah yang dihadapkan kepadanya.
Antara fitnah berat itu PAS dikatakan disangkut komunis dan disamakan dengan komunis. Mahathir masa itu menteri pelajaran. Habis penyokong kerajaan menjaja fitnah itu. ISA diadakan khusus disasarkan kepada komunis. Jika PAS difitnah dengan komunis, terbuka pintu ISA itu kepada PAS dan ia menakutkan orang kepada PAS.
Orang kata membaca Yasin itu politik orang kampung dan politik Pak Lebai. Beberapa ketika selepas itu PAS kalah di Kelantan dan Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri. Ketua yang dibacakan Yasin, bukan jatuh tetapi naik jadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya tanya Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sasaran baca Yasin tidak menjatuhkan Mahathir tetapi dia bertambah naik. Bukan sekadar PAS kalah, bahkan Tok Guru yang tidak pernah kalah, dihantar bertanding Parlimen Bachok lalu kalah juga.
Kata Tok Guru pada saya. Doa kita kadang-kadang tidak makbul dunia tetapi dimakbulkan di akhirat. Baginya akan adalah kesannya.
Apa kesannya? Umno dihinggapi komunis dan timbalan menteri diISA kerana komunis. Ramai pegawai polis jadi mangsa komunis dan Umno hampir pecah dengan fitnah komunis melandanya.
Apabila Mahathir jadi Presiden Umno dan jadi Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Umno kalah 100 peratus di Kelantan tahun 1990.
Dan Mahathir yang dibacakan Yasin tadi meletakkan Umno berkrisis dengan Raja-Raja, berpecah Mahathir dengan Tengku Razaleigh, berpecah dengan Ghafar Baba dan sejak 20 tahun berpecah dengan Anwar Ibrahim.
Sekarang PAS dilanda fitnah dan krisis dikatakan menerima sedekah RM90 juta daripada Umno.
Muktamar Tahunan PAS ke-64 pada 15 dan 16 Septembar ini boleh memikirkan semula membaca Yasin Perdana mohon pertolongan Allah selamatkan PAS daripada fitnah diberi duit sebanyak itu. Pulangkanlah fitnah itu kepada yang menjaja fitnah.

TULISAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT INI
Sumber HD - 12-9-2018
Maszlee itu budak di UIA
DR MASZLEE Malik itu mungkin menteri pendidikan tetapi sebelum masuk politik yang aktif dia adalah pensyarah junior Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Lima bulan selepas meninggalkan kampus dilantik menjadi pengerusi universiti itu. Terkejutlah sekalian profesor dan syeikh kanan universiti itu untuk berketuakan seorang budak di situ dulu.
Ia mengingatkan saya kepada sekali Pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar mengundang al-Marhum Tun Hussein Onn sebagai tetamu di hari terbukanya. Al-Marhum adalah menteri. Saya tidak pasti menteri apa. Sesuai dengan martabat sekolah berprestij itu tentulah dia menteri pelajaran.
Berbesar hatilah sekolah itu dan masyarakat Kuala Kangsar atau persetujuan orang sepentingnya jadi tetamu sekolah yang dalam sejarahnya mengeluarkan ramai pemimpin dan pembesar kerajaan.
Tiba hari tersebut dikirimnya anaknya Hishammuddin untuk mewakilinya. Bukan luar biasa perdana menteri dan menteri digantikan oleh isteri atau anaknya di majlis seperti itu. Tapi bagi Maktab Melayu itu Hishammuddin adalah bersekolah di situ dulu.
Dia mungkin pernah dirotan atau dihukum oleh guru-gurunya. Bila dia mewakili bapanya, dia pula belum ada kedudukan dalam masyarakat, maka pengetua dan guru-gurunya menyambunya. Dia duduk di pentas kehormat dan guru-gurunya duduk di bawah.
Mengikut adab guru-guru pondok tidak sopan tok guru duduk di bawah murid duduk di atas. Setua mana pun bekas murid itu dia mesti cium tangan tok guru. Maka tularlah di Kuala Kangsar Tun Hussein mewakilkan anaknya di situ. Dia boleh hantar timbalan menteri atau mana-mana pegawai kementerian.
Apa anda fikir? Bagi saya ia tidak patut.
Dan tidak patut juga Maszlee dijadikan ketua kepada sang-sang profesor dan akademis kanan sedang dia budak di situ dulu. Jika Maszlee kekal di situ, mungkin dia terpaksa tunggu 20 tahun untuk dapat status mahaguru-mahaguru di situ.
Saya kira ia juga satu kejadian tidak patut.
Dr Mahathir itu orang yang teramat tua. Wajarnya dia tidak angkat pengerusi universiti orang berhingus yang pernah jadi budak dalam masyarakat di situ. Untuk jawatan politik tidak pelik budak Syed Saddiq jadi menteri.
Saya tidak peduli, ia selari dengan semangat manifesto atau tidak. Angkatlah Maszlee untuk jadi pengerusi apa saja di tempat lain, tetapi bukan jadi ketua profesor-profesor yang mungkin pernah mentakwil kerjanya.
Dan Maszlee pula berdalih dia terima pelantikan justeru tidak mahu derhaka kepada Raja yang memperkenankannya. Raja biasanya bukan melantik bahkan memperkenan.
Maszlee sebagai anak muda pintar dan tinggi santun dan adab islaminya justeru pergaulan dan pengalaman dengan masyarakat ulama dan cerdk pandai Islam di situ, dia mesti pandang hormat kepada orang-orang kanannya di situ, ada adab yang payah baginya berketuakan orang-orang di situ.
Orang sepintar dan sewibawanya boleh nasihat Perdana Menteri yang amat tua itu betapa carilah orang lain. Sebagai menteri orang di situ wajar akur kepada dasar kerajaan dan menteri tetapi tidak kena jadi ketua orang-orang tua di situ.
Maszlee wajar cari hujah lebih kuat jika hendak pertahankan pelantikanya, bukan berdalihkan Raja. Biarlah orang dulu suka bersandar kepada Raja hingga kadang-kadang Raja boleh rebah atas dalih remeh.
Kuasa pengerusi itu besar termasuk menolak pandangan dan keputusan orang bawah. Macam mana adab Maszlee memveto orang lebih kanannya dahulu? – HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018
Rahim Noor: Ibarat Mahathir tampar Anwar
APA sudah jadi pada otak Tun Dr Mahathir? Diangkatnya Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang disabit salah jenayah kerana membelasah Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri 20 tahun lalu.
Dia baru sahaja membebaskan Anwar dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong lalu diangkatnya orang yang ada rekod itu sebagai ketua menyelaras kerja dengan Thailand di Thailand Selatan. Memang dia ada pengalaman mengendalikan masalah komunis yang melibatkan kedua-dua negara semasa dalam berkhidmat dahulu.
Tetapi jasa itu tidak mewajarkan urusan penting itu ditugaskan kepadanya setelah dia ada rekod jenayah. Mana penjenayah boleh menyandang jawatan awam kecuali mendapat pengampunan istana seperti Anwar.
Raja mengampunkan setelah 20 tahun dia bergelut dengan mahkamah bagi membebaskan dirinya daripada dakwaan terhadapnya dan umum tidak percaya tohmah ke atasnya.
Adapun Rahim Noor tidak diketahui membantah dan merayu atas dakwaan terhadapnya.
Kebijaksanaan Perdana Menteri Mahathir mengangkat Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara ditakwil orang awam. Justeru, Kabinet bersetuju dengannya dan bagi mengelakkan kita terdedah kepada bunga-bunga perkauman, ada hikmat ia tidak dipanjangkan.
Tetapi siapa yang suka dengan pemilihan terhadap Rahim Noor? Apa moral dan integriti melayakkan diberi penghormatan. Bukan dia sahaja yang boleh buat tugas itu. Ramai lagi orang yang layak. Beberapa orang bekas Ketua Polis Negara, jika pengalaman kepolisan diperlukan untuk tugas itu. Tun Hanif Omar apa kurang. Cuma tua. Mahathir pun tua juga. Mungkin lebih tua.
Isu besar Rahim ialah melibatkan Anwar. Boleh mati Anwar dibalunnya. Tidak dapat dibayangkan garang dan kejamnya.
Dan Anwar itu baru sahaja berdamai dengannya. Mahathir bukanlah pilihan popular calon Perdana Menteri. Sejak awal musibah melanda Anwar, Pakatan Rakyat kecuali PAS tidak berganjak mencalonkan Anwar jadi Perdana Menteri. Kelayakannya bukan sekadar bagi menggantikan Najib, bahkan layak menggantikan Mahathir sebelum bersara dulu.
Anwar dipercayai tidak terfikir Mahathir boleh menggantikannya sebagai calon Perdana Menteri memandangkan sengketa mereka amat tajam dan umum tidak tertarik lagi dengannya. Tetapi tiada cara Anwar boleh bebas dan boleh berpolitik lagi melainkan melupakan rekod tak elok Mahathir terhadapnya dan terhadap politik Negara dahulu.
Dan tiada cara kerakusan Najib boleh digantikan melainkan memaafkannya dan memanfaatkan pengalaman dan kemahiran politiknya. Masih ada mentakwil Mahathir tetapi kemahiran politik Anwar memberi kepercayaan kepadanya menyebabkan sekalian biduanda Anwar kompromi pemilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Tetapi bukan menobatkan Rahim Noor sebagai orang penting dalam kerajaan. Anwar mengampun semua yang terpalit dengannya. TIdak dipastikan terhadap Rahim Noor. Jika diampunkan pun tidak sampai memperanankannya.
Rasulullah SAW pernah benci terhadap Hindun dan Wahsyi atas peranan membunuh kejam Saidina Hamzah hatta setelah mereka masuk Islam. Tetapi Hindun dan hambanya melakukan berbagai-bagai bagi menarik Nabi SAW tidak murka lagi.
Tiada tanda Rahim Noor mengambil langkah mendekati Anwar dan mengaku menyesal atas perbuatannya. Tidak diketahui dibuat macam yang Mahathir buat untuk melupakan marah Anwar atasnya.
Adakah Mahathir dapatkan sepakat pimpinan Harapan atas isu Rahim Noor ini? Rasanya tiada yang tertarik dengan pemilihannya.
Bahkan pemilihan itu ibarat menampar Anwar.
Pimpinan Harapan lazimnya setuju penuh atas semua yang Mahathir hendak buat. Dan mereka juga boleh putus jika mahu memecat Mahathir. Jika mereka pecat Mahathir atas perkara yang mereka tidak setuju, Mahathir tidak boleh bantah kerana Mahathir sudah setuju semua perkara disetujui oleh semua. – HARAKAHDAILY 8/9/2018

Sumber HD - 8-9-2018
PAS tidak rugi sokong MCA di Balakong
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8023-pas-tidak-rugi-sokong-mca-di-balakong
PAS tidak rugi sikit pun apabila ia menyokong calon MCA dalam PRK Balakong pada 8 September ini. Dan bagi MCA tentulah ia satu keuntungan. Dan bagi masyarakat majmuk di Malaysia langkah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turun berkempen membantu MCA di Balakong ada satu petanda baik bagi masa depan Malaysia.
Tindakan PAS itu adalah antara isi politiknya yang dinamakannya politik matang menjelang PRU14 lalu.
Ketika politik matang dan sejahtera itu dilancarkan dua tahun menjelang PRU14, ia putus dengan DAP dan digetik oleh PKR dan setengah ahli PAS sendiri. Ia dikatakan politik bunuh diri. Pengamat politik meramalkan ia akan sifar di Parlimen atau paling baik ia tinggal satu seperti PR 1955 dan PRU 1986.
Ia antara yang menyebabkan ramai pmimpin dan penyokongnya melarikan diri minta perlindungan pada Dr. Mahathir.
Yang dirasa gila oleh setengah masa itu tidak mencemaskan PAS. Ia dirasakan PAS akan habis lepas PRU itu. Memang untungnya payah diagak untuk PRU14, tetapi benih yang disemai pra PRU itu boleh berbunga dan berbuah pasca PRU itu.
Pada PRU itu PAS tidak kosong. Ia beroleh 18 Parlimen secara bersendirian, kurang tiga saja dari PRU13 ketika bersama DAP dan PKR. Ia kering di Selangor tapi menang di Terengganu dan mempertahankan Kelantan. Ketika bersama Pakatan ia kalah di Kedah pada PRU13, tetapi nyaris menang PRU14.
Orang tidak nampak PAS menanam benih melalui budaya poliik matang dan sejahtera di ambang PRU14, tetapi benih itu bertunas di Selangor empat bulan selepas PRU14, di ambang PRK Seri Setia dan Balakong. Presiden MIC ziarah Presiden PAS di Pejabat Agung PAS, dan Setiausaha Agung PAS berkempen untuk MCA di Balakong.
Kita tidak meramal PAS menang di Seri Setia dan MCA menang di Balakong. Tetapi tidak mustahil dengan izin Allah. Tunas yang tumbuh di Balakong itu dipercayai tumbuh di merata-rata. Ia dipercayai berbunga dan berbuah dalam politik hari muka negara yang tentunya menggegarkan kuasa Pakatan Harapan.
Hudud tidak jadi politik panas lagi pada masa depan. Keutamaan semua ialah setiakawan pembangkang. Biarlah hudud itu menemui sasarannya sendiri, tetapi benih yang PAS tanam di ambang PRU14 boleh menjamin MCA dan MIC tidak jadi mati.
Niat DAP mahu mematikan MCA dan MIC semasa Singapura menyertai Malaysia dulu. PAS tidak berhajat untuk mematikan sesiapa. PAS tidak berkawan dengan MCA dan MIC semasa politik Barisan Nasional. Selepas MCA susah dan MIC susah, PAS lebih suka berkawan dengan orang yang susah daripada berkawan dengan yang menang.
Jangan lupa sejarah. Dr Burhanuddin al-Hemy adalah rakan Tan Cheng Lock yang mengasaskan MCA selepas Umno dibentuk. Kedua mereka berbincang tentang masa depan politik Malaya. Dato’ Onn melarikan Cheng Lock bila dia meninggalkan Umno. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra membentuk Perikatan dicurinya Cheng Lock dari Dato’ Onn.
Tetapi politk Malaysia mula dibincangkan oleh Dr Tan Cheng Lock sebelum tumbuh kesedaran politik dan kemerdekaan di zaman penjajah dulu.
Adapun Umno sekarang kalau PAS berjubah, dia pun berjubah. Kalau PAS bersampin, dia pun bersampin.
Pembangkang semuanya boleh bersama PAS dalam politik matang dan sejahtera. Balakong dan Seri Setia jadi tapak PAS bersama semua bela rakyat atas robohnya Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018
Yang pintar, merdeka mengundi PAS
PILIHAN Raya Kecil (PRK) pada 8 September ini (esok) di Seri Setia dan Balakong bukan untuk menentukan kerajaan Selangor seperti PRU14 empat bulan lalu. Dan bukan juga demi membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari larangan berpolitik.
Ia pengundian atau memorandum bagi menjadikan demokrasi khususnya di Selangor dan Persekutuan Malaysia subur dan kerajaan barunya dijamin sihat. Demi itu pengundi di dua PRK itu, yang pintar dan merdeka sayugia mengundi PAS dan pembangkang.
Jika kedua calon Harapan kalah, ia tidak menjejaskan kerajaan Selangor yang menguasai majoriti dua pertiga sekarang. Majoriti dua pertiga itu suatu yang pembangkang tidak perkenan sepanjang kemerdekaan kita 61 tahun dulu.
Yang seronok ialah parti yang memerintah. Elok logiknya Perikatan Umno, MCA dan MIC menang 51 daripada 52 kerusi yang dipeertandingkan dalam Pilihan Raya 1955, kerana dengannya memudahkan tuntutan kemerdekaan. Tetapi tidak lagi sihat politiknya dua pertiga diulangi sehingga PRU 2004. Majoriti demikian kerajaan demokratis berjiwa rakyat semasa menuntut kemerdekaan menjadi kerajaan berhati batu sejak 1980 hingga ia digantikan dalam PRU14 lalu.
Mungkin hati keras itu bukan salah dan kehendak mereka, tetapi keghairahan pengundi menyokongnya tanpa semak dan imbang boleh menjadkan hati yang lembut keras berdentung. Kerajaan itu bukan sekadar keras kepala tetapi korup, rap-rap-rap! Negara yang kaya tahun 1957 jadi kerajaan yang bangsat tahun 2018.
Maka, justerunya pengundi demokrasi di negara maju di barat, Jepun dan Korea Selatan tidak memikirkan kemenangan partinya saja tetapi mengutamakan kepentingan rakyat, menukar ganti kerajaan dari semasa ke semasa.
Maka pengundi yang pintar dan merdeka di Seri Setia dan Balakong jangan biarkan Harapan yang menang besar dalam PRU lalu mengulangi kerosakan BN dulu kerana kepincangan itu merosakkan semua termasuklah penyokong dan parti yang berkuasa itu dulu.
Mengelak petaka itu mestilah semasa rebungnya.
Pembangkang mesti mengekalkan setiakawan sesama pembangkang seperti yang pembangkang 60 tahun dulu itu. PAS dan DAP saling tidak cocok dari awal. Demi setiakawan pembangkang mungkin tidak holistik, mereka boleh sekata bagi mengelakkan sistem kuku besi kerajaan.
PAS masih pembangkang. Umno dan MCA adalah pembangkang baru. Demikian juga MIC. Yang memenangkan Tuhan. Setiakawan pembangkang tidak mustahil pengundi berubah dalam masa empat bulan.
Mengundi pembangkang kali ini, PAS dan Umno di Balakong mengundi MCA. Cina, India termasuk yang pintar dari DAP kali ini bersama Umno menyokong PAS di Seri Setia demi mengelak berulang korup-rap-rap.
Mengundi pembangkang kali ini demi bertegas terhadap gejala LGBT supaya wabaknya tidak merosakkan kemanusiaan kepada semua.
Mengundi pembangkang ada demi berwaspada kepada cukai SST yang mengeliru dan mencemas pengguna. Beban cukai itu dipercaya adik beradik saja dengan GST. Jika GST zalim yang teruk, SST zalim kurang teruk tetapi tetap teruk.
Jangan tanya pengundi cukai mana yang dikehendaki. Bukan kerja pengundi menentukan cukai macam mana, ia kerja kerajaan. Jika kerajaan tidak tahu apa patut dibuat, serahkan kerajaan kepada pengundi. Biarlah dan barulah pengundi tentukan.
Kerja pengundi ialah demi mendapatkan kerajaan yang terbaik.
Jika Cina dan India mengundi PAS di Seri Setia dan PAS pula mengundi MCA di Balakong, tidakkah ia satu perkembangan baru yang baik untuk masyarakat dan negara selepas 60 tahun merdeka dan selepas perubahan yang tidak diduga empat bulan lalu. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Dongeng Cheng Ho datang dengan 80,000 kapal
TELAH acap saya dengan Laksamana Cheng Ho dihikayatkan belayar dari Negeri China dan singgah di Melaka bagi menikahkan Hang Li Po dengan Sultan Melaka.
Dia datang dengan banyak bahtera saya terima. Dia bawa Hang Li Po sebagai hadiah Maharaja China untuk jadi permaisuri Sultan Melaka pun saya terima.
Tetapi dia belayar diiring oleh 80,000 kapal suatu yang tidak masuk akal. Ia karut. Ia dongeng. Kalau dongeng pun biarlah masuk akal sikit.
Kalau dia datang ke Melaka dengan 80,000 pun sudah tidak masuk akal. Penduduk Melaka pun masa itu mungkin tidak sampai 80,000 orang.
Jika separuh saja mendarat, nescaya kota Melaka jadi sesak. Bayangkan 40,000 tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Mat Sabu, Kuala Lumpur sudah padat.
Jika 80,000 itu mendarat semua nescaya kita tidak nampak muka orang Melayu. Penuh dengan Cina belaka. Pengiring Laksamana Cheng Ho itu akan melimpah hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan sempadan Johor.
Yang bersamanya bukan 80,000 orang tetapi 80,000 kapal. Kalau 100 saja dalam sebuah kapal jumlahnya 8,000,000 orang. Dipercayai sebuah kapal memuat lebih daripada seratus orang. Biasanya Cina yang datang dari beribu-ribu batu, mereka payah balik. Jika separuh saja dari anak kapal Cheng Ho tidak balik, nescaya Melaka sejak 500 tahun berakyatkan Cina belaka.
Di mana 80,000 kapal itu hendak berlabuh di Melaka? Muatkah perairan Melaka untuk menampung kapal yang banyak itu. Nescaya pantai Selat Melaka dari Johor hingga ke Negeri Sembilan penuh dengan kapal Cina, bahkan boleh membanjiri pantai Sumatera.
Saya tidak hendak bercakap dengan bekalan makanan mereka. Mungkin bekalan yang dibawa dari Negeri China cukup untuk lebih dari setahun. Tetapi bekalan air terpaksa diambil di tengah jalan. Melaka nescaya kering demi menampung keperluan air untuk 80,000 kapal.
Bala tentera Iskandar Zulkarnain dari Yunanistan - Greece - yang menakluk benua Asia hingga ke India pun tidak sampai 80,000 kapal.
Maka hikayat Laksamana Cheng Ho dengan 80,000 kapal itu adalah dongeng. Mungkin kapal yang ada di seluruh Negeri China pada masa itu tidak sampai 80,000. Jika yang berangkat bersama Laksamana Cheng Ho 80,000 kapal, tentu semuanya sebahagian kecil dari semua kapal yang dimiliki China.
Perairan Shanghai dan Kanton pun tidak dapat menampung keperluan kapal yang banyak itu.
Saya agak Cheng Ho tidak sempat membilang kapal yang hendak bersamanya. Dia mungkin menerima laporan dari pegawainya. Kita tidak fikir pegawai hendak berbohong dengannya atau memberi angka palsu kepadanya.
Dia dipercayai membuat kesilapan seperti yang terjadi kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Jumlah bayaran GST yang kerajaan dulu dikatakan tidak langsaikan berbilion. Sedang jumlah yang dikatakan dirompak jutaan saja.
Guan Eng terpaksa membetulkan kesilapan itu. Pegawai yang menyediakan angka itu tersalah letak titik perpuluhan. Jadilah yang sekadar jutaan itu dikatakan billion.
Mungkin pegawai Cheng Ho tersalah letak titik atau terletak lebih sifar. Angka sifar itu jika banyak pun mungkin dua saja bukan empat. Jika dua saja ia berjumlah 800. Kalau satu sifar saja ia jadi 80. Bila diletakkan empat sifar jadilah ia 80,000.
Kesilapan Guan Eng sudah dibetulkan, tetapi membetulkan angka armada Cheng Ho seperti mensejarahkan sebuah dongeng. – HARAKAHDAILY 2/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018
Hujung telunjuk kiri masih hitam
GARA-gara PRU14 pada 9 Mei lalu, hujung telunjuk kiri saya masih hitam oleh celupan dakwat pada hari mengundi itu.
Sudah lebih 100 hari pengundian itu, PM Najib sudah dibuang dan GST sudah dimansuhkan, hujung telunjuk kiri saya masih hitam seperti tidak turunnya harga barang sekalipun GST sudah ditalkin.
Nasib baik saya tidak menjadi pengundi Dun Seri Setia atau Balakong. Jika jadi pengundi di situ lebih 200 harilah kuku jari itu hitam. Atau lebih enam bulan jari itu begitu.
Ketika rencana ini ditulis dua minggu lagi PRK Seri Setia pada 8 September akan berlangsung. Tidak pasti kesan hitamnya habis. Kira-kira dua kali lagi kuku itu dikerat, mungkin habislah hitamnya.
Saya kerat kuku setiap hari Jumaat. Habiskah hitamnya dua kali Jumaat lagi? Hari Sabtu 8 September itu hari mengundi. Habiskah hitamnya sehari sebelum mengundi? Itulah yang saya tunggu. Takut pada hari mengundi itu ia menunggu sekali Jumaat lagi.
Demikian istimewanya kimia yang digunakan pada dakwat SPR itu hingga kesan pada kuku kekal lebih daripada 100 hari. Semuanya berdebar-debar menunggu 100 hari kerajaan Pakatan Harapan. Terpenuhkah janji manifeso untuk 100 hari itu. Setiap hari menunggu 100 hari itu saya melihat kuku telunjuk kiri itu. Bila ia akan berakhir?
Mengenakan dakwat di hujung jari bagi mengundi itu adalah satu kemenangan demokrasi kita. Lama kumpulan pro demokrasi menuntutnya sebagai yang diamalkan oleh banyak negara demokrasi di Asia dan Afrika. Dakwat yang dicalit di kuku atau hujung jadi dicelup ke botol tidak akan padam hingga beberapa hari. Ini mengelakkan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
Disyaki ada yang mengundi lebih daripada sekali dalam sistem pilihan raya kita. Setiap kali kumpulan pro demokrasi menuntutnya, SPR yang bebal dan keras kepala menolaknya. Tiga PRU sebelum ini SPR setuju hendak mengadakannya. Dakwat sudah ditempah. Dipercayai ia sudah diedar ke kawasan pengundi. Sekonyong-konyong kurang daripada 48 jam ia dibatalkan.
Hanya dua PRU yang terakhir ini kepala SPR sudah lembik seperti ubun-ubun kanak-kanak. Mengapa ia diberi laluan? Rupanya kerajaan yang SPR dipercayai pertahankan itu membawa isyarat kerajaan Umno/BN tidak dapat dipertahankan lagi.
Dalam PRU13 dakwaan yang digunakan tahan dua tiga hari. Kali ini ia terkesan hingga lebih 100 hari. Ada yang menggunakan klorox atau limau berasid tinggi bagi memadamkan kesan hitam di hujung jari dan kuku itu. Ia berkesan.
Demikiian saya dinasihatkan. Tetapi reaksi saya ialah saya hendak melihat ia padam sendiri. Berapa lama ia boleh bertahan? Ia bertahan selama tahannya inai di jari pengantin perempuan. Mungkin tidak ramai yang mengamati berapa lama inai bertahan di kuku? Mungkin tiada yang perasan ia bertahan tiga bulan.
Jika tidak disebabkan sekaliannya teruja dengan penungguan 100 hari kerajaan PH, tiada yang peka berapa lama kukunya terus hitam setiap kali pilihan raya selepas ini.
Pengundi Sungai Kandis sudah menjadi yang pertama menyambung kuku telunjuk kirinya dihitamkan lebih 100 hari lagi. Yang tidak mengundi mungkin senang kukunya tidak didakwat lagi sekalipun tidak menunaikan kewajipan demokrasinya.
Bagi pengundi Seri Setia dan Balakong yang mengundi bersedialah telunjuk kirinya hitam hingga akhir tahun 2018. Jika ada yang mati, masing-masing mati dengan kukunya hitam. Jangan mati dengan rambut berwarna! – HARAKAHDAILY 1/9/2018

Sumber HD - 1-9-2018
Seri Setia tentukan ECRL diterus
MUNGKIN ECRL, Laluan Keretapi Pantai Timur bukan isu dan kepentingan penduduk Seri Setia dan Balakong dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 8 September ini.
Tetapi pembatalan projek gergasi itu adalah isu panas yang menarik semua orang dalam negara kita sekarang.
Ketika ia dirancang kerajaan dulu rakyat tidak dapat bercakap banyak, kerana kerajaan BN yang gila dengan projek mega tidak dapat disekat nafsunya. Seperti kerajaan Mesir purba. Ia mahu bina banyak piramid, tidak kira ia bermanfat kepada rakyat atau tidak, piramid mesti dibina. Demikian juga Maharaja China purba, dia mahu tegak Tembok Besar China, baik ia disenangi atau tidak oleh rakyat, tembok mesti dibina.
Sekalipun rakyat bising atas projek mega, kerana kerajaan megah dengannya, bantahan tidak dipedulikan. Maka rakyat biarkan kegilaan projek mega termasuk ECRL.
Tiba-tiba kerajaan gila itu dihukum rakyat. Pengundi ikut kemahuan Pakatan Harapan menegakkan kerajaan dan masyarakat yang peka kemahuan rakyat. Rakyat sekarang dapat hak menyatakan setuju atau tidak atas tindakan kerajaan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu segera gantikan Mahathir kerana dia hendak Parlimen dulu, setiap suara rakyat dipeduli. Biar Mahathir jaga kerajaan, dia jaga Parlimen dan kedaulatan rakyat.
Antara yang Kerajaan PH tangani sekarang meneruskan atau tidak ECRL yang dikatakan berat sebelah, lebih menguntungkan pelabur iaitu China, dan terlalu mendera tuan negeri – Malaysia dan rakyatnya.
Najib dan BN dikira kalah dalam rundingan dengan China dalam menentukan harga projek. Mahathir setuju diteruskan kiranya harga boleh dirunding semula. Jika tidak boleh ia dibatalkan sekalipun terpaksa membayar pampasan tinggi. Projek hangus dan dibeban denda besar. Jika diteruskan beban duitnya berganda tetapi kita dapat ECRL yang amat mahal.
Ia jadi isu besar ketika PRK di dua Dun Selangor sekarang. Mahathir umumkan di Beijing, ia dibatalkan dengan denda yang besar dan duit kita habis. Kita tidak dapat apa-apa.
Rakyat sekarang sudah diberi kemerdekaan untuk setuju atau tidak. PH pun mahu rakyat menyatakan sokong atau tidak.
Dengan peluang bersuara yang diberi itu eloklah PRK Seri Setia dan Balakong dijadikan referendum setuju atau tidak ia dibatalkan yang akibatnya kita rugi besar dan tidak dapat apa-apa. Jika diteruskan bebannya berganda tetapi dapat ECRL. Baik batal atau terus kita kerugian besar dan terbeban.
Setakat ini projek sudah berjalan. Beban sudah ditanggung. Bila dibatal semuanya lesap.
Maka PRK ini boleh menentukan ECRL batal atau terus. Siapa suka batal, undi PH. Siapa suka terus, undilah PAS iaitu pembangkang.
Tiga negeri pembangkang terlibat Pahang, Terengganu dan Kelantan mahu diteruskan kerana kita sudah berbelanja. Dari hilang semua, jangan hilang semua.
Bagi PH biar hilang semua asal beban dikurangkan.
Pengundi Balakong dan Seri Setia boleh tentukan ia dibatalkan dan kita tidak dapat apa-apa, jika ia diteruskan kita menanggung beban mungkin seratus tahun. Tapi lepas 100 tahun, jika belum kiamat, kawasan kiri kanan rel keretapi itu tumbuh banyak kota dan bandar, rakyat untung.
Macam Mesir dan China purba. 5,000 tahun dulu rakyat tidak dapat apa-apa dari piramid dan Tembok Besar China, tetapi sekarang penduduk Kaherah dan Beijing beroleh rezeki yang setimpal atas tenaga hamba abdi Firaun dan maharaja gila projek mega zaman purba dulu.
Seri Setia elok sekat PH bermaharaja mega 60 tahun pula. – HARAKAHDAILY 30/8/2018

Sumber HD - 30-8-2018
Perginya rakanku cerpenis Ahmad Mahmud
SAYA mengetahui cerpenis Ahmad Mahmud sejak saya sekolah lagi. Dia dari Beruas dan saya dari Sitiawan.
Saya senang mengingatinya kerana namanya sama dengan orang muda filem Melayu zaman P.Ramlee.
Saya mula bertemunya bila saya ke Ipoh membua liputan berita. Terakhir saya menemuinya di Masjid Kota Damansara dua tahun dulu. Lebih 50 tahun saya mengenalinya. Bila saya ke Ipoh dan dia tahu saya datang, dia akan datang bertemu saya.
Banyak karyanya diterbitkan di Utusan Zaman yang saya pernah jadi penyuntingnya dan Berita Minggu. Saya sentiasa melihatnya senyum. Senyum itu sedekah. Setiap kali saya berjumpanya saya dapat sedekah itu daripadanya.
Bila saya membantu Tan Sri Khir Johari menerbitkan tabloid Watan saya ambil dia bekerja. Dia bukan wartawan tetapi boleh menyempurnakan tulisan fiksyen dan bukan fiksyen.
Saya senang dengannya kerana dia dapat memenuhi apa yang saya anjurkan untuk ditulis. Dia tidak pernah menolak apa yang diarah dan dapat segera menyempurnakannya.
Satu kejadian menarik ialah tentang pesara ketua setiausaha sebuah kementerian yang penting jadi peneraju akhbar perdana yang menerbitkan harian Inggeris dan Melayu. Dia menulis setiap hari dalam dua harian itu.
Sasaran utamanya ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, seorang pimpinan penting Umno yang bebas mengkritik pimpinan partinya termasuk presidennya dan Perdana Menteri. Watan yang sama pimpin banyak memberi liputan kepada Albar.
Hubungannya dengan Albar pada persepsi saya tidak rasional lagi. Satu hari dia memuatkan dalam tulisannya agak panjang tentang sebuah harian tabloid. Masa itu Watan saja harIan tabloid yang ada.
Tulisannya itu adalah hikayat riadhah berjalan kakinya satu pagi. Dari jauh dia nampak anjing lapar menyelongkar sampah yang dibuang. Bila dia hampir dengan ajing itu didapatinya ia merobek makanan yang terbuang yang dibalut dengan akhbar tabloid. Koyak rabaklah kertas akhbar itu.
Kesimpulannya demikianlah nilai tabloid itu yang sesuai untuk anjing kurap saja.
Saya panggil Ahmad Mahmud. “Kamu sambung tulisan ini!”
Sebutkan pejalan kaki itu sampai ke kawasasn setinggan yang ada pasar borong berhampirannya. Sekarang kawasan itu jadi tapak PWTC dan Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Kawasan setinggan mana ada tandas pam. Di sana sini tandasnya pondok papan saja. Gelap lagi tong najis itu dipungut pengangkut dicurahkan ke lori membawanya dari situ. Bau tandas dan lalat tak terkira lagi.
Di beberapa dinding tandas ditampal poster pilihan raya Perdana Menteri dan poster calon-calon lain.
Pejalan kaki itu tentu nampak poster yang tertampal di tandas-tandas kawasan setinggan. Apa komen si pejalan kaki tentang poster dan tandas itu?
Adakah tandas itu naik taraf kerana dibalut poster Perdana Menteri atau taraf Perdana Menteri itu memang layak di situ.
Dengan bahasa dan jalan cerita Ahmad Mahmud itu, padan dengan saya mahu. Ia disiarkan Watan esoknya. Ramai yang minat tulisan Ahmad Mahmud itu. Saya kira Jaafar Albar dan Khir Johari puas hati dengan sindiran itu.
Saya dapat tahu Tan Sri pesara PTD itu tahu moral tulisan Ahmad Mahmud lebih bernilai daripada catatan jalan kakinya.
Itulah kelebihan rakanku Ahmad Mahmud yang seusia dengan saya – kurang dua tahun 80. Karyanya tak terbilang. 20 tahun terakhir ini dia kurang terdedah. Pada saya dia sasterawan terbilang. – HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 29-8-2018
Tak jadi Islam Nga Kor Ming bersongkok
SETIAP kali Nga Kor Ming duduk kerusi Speaker di Dewan Rakyat kepalanya bersongkok. Tidak jadi Islam dan tidak jadi Melayu pun. Tetap dia orang Cina. Tidak sedikit pun luak Cina dan darah Cina yang mengalir dalam tubuhnya.
Kuatnya jiwa Cina Lim Guan Eng, menteri keweangan bukan alang kepalang. Kerana Cina, sebagai pemimpin DAP dia jadi menteri kewangan. Dan kerana Cinanya setakat ini dia jadi Setiausaha Agung DAP. Setakat ini, selepas pengasasnya Devan Niar, Cina saja yang dijadikan Setiausaha Agung partinya.
Dia juga bersongkok mengangkat sumpah menteri di depan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Padahal dalam konteks di Malaysia songkok itu pakaian orang Melayu dan orang Islam. Mengapa elok saja dia bersongkok? Dan tidak jadi Islam pun!
Maka bisinglah di Dewan Rakyat apabila dibangkitkan supaya pramugari menutup aurat. Hendak memaksa orang bukan Islam berpakaian Islam. Ia satu penindasan. Mahu memelayukan orang bukan Melayu dan mahu mengIslamkan orang bukan Islam. Orang bukan Islam, rakyat keturunan Cina dan India didiskriminasi, disekat kebebasannya berpakaian.
Itulah dilema dan tertekannya hati nurani pembesar Islam apabila hendak menyeragamkan pakaian yang dibenarkan Islam bagi warganegaranya.
Pada hal sang nyonya yang bekerja mendulang di lombong-lombong bijih timah di Lembah Kelang dan Lembah Kinta 100 tahun dulu lengkap berpakaian menutup aurat dan pakaian kepalanya bukan sekadar macam berjilbab - berpurdah seperti wanita Islam sekarang - tetapi bermuncung melindungi dahi dan mukanya dari panah matahari dan dari habuk.
Tidak mukanya dilihat ketika mereka berbasikal dari rumah ke lombongnya. Dan semasa mendulang tidak ditanggal pakaian kepadanya. Begitu juga jika mereka menoreh getah. Orang Melayu dan orang Islam ketika itu tidak berpakaian begitu jika bersawah dan berladang. Cina saja. Dan pakaian si nyonya itu adalah menepati dengan kehendak Islam.
Dan perempuan Cina tidak lagi yang berpakaian begitu sejak industri bijih timah dikuburkan bila Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu.
Sejak wanita Islam rata-rata bertudung, bermula sejurus selepas 13 Mei 1969 dulu menutup aurat bagi wanita menjadi isu. Di pejabat-pejabat, di gedung perniagaan dan di mana-mana tempat pekerjaan cuba diseragamkan bagi kaum wanita sesuai dengan etika berpakaian Islam.
Di zaman sistem jahiliah masih pekat sebelum merdeka dan lebih sedekad selepas merdeka, isteri dan anak-anak tok-tok guru, tok mufti tidak kisah kepalanya bertelanjang. Dan purdah masuk bukan atas peraturan tetap pejabat dan sekolah.
Tetapi setelah bertambah wanita begitu mulalah kerajaan memperatur dan menseragamnya.
Kelantan ditadbir PAS bukan tahun 1970. Sejak tahun 1959 lagi. Tetapi tiada diperaturan kepada cek mek moleknya. Ia sebagai pilihan individu.
Tetapi yang bertudung merata, maka pimpin Tok Guru Nik Aziz seragamkan untuk semua. Tidak dapat diperaturkan kepada bukan Islam. Dikatakan mahu memaksakan Islam kepada bukan Islam. Apa yang dapat dibuat disebutkan berpakaian sopan.
MAS menggantikan MSA selepas Singapura dipisahkan dari Malaysia. MAS memilih seragam kebaya ketat berbelah dari lutut dan betis. Aurat atas leher terdedah. Mari pula sistem penerbangan murah antara lutut dan leher tidak terdedah.
Dibangkitkan PAS di Parlimen. Kementerian tidak dapat etikakan. Pramugari boleh menutup aurat jika syarikat penerbangan tidak menghalang.
Isu sekarang apa hak Islam yang jahiliah dapat beri. Bersongkok buat Kor Ming dan Guan Eng bukan penindasan tetapi ia satu disiplin. - HARAKAHDAILY 15/8/2018
Sumber HD - 15-8-2018
Ujian lebih besar daripada tiga Adun mati
TAKZIAH buat PKR dan Pakatan Harapan (PH) atas tiga kematian Adunnya di Selangor dalam masa kurang daripada 100 kemenangannya dalam PRU14.
Saya setuju dan simpati dengan kenyataan Dr. Wan Azizah yang menyifatkan tiga kematian Adun itu Mat Shuhaimi Shafie (Adun Sungai Kandis), Ng Tien Chee (Adun Balakong) dan Prof. Dr. Shaharudin Badaruddin (Adun Seri Setia) sebagai satu ujian besar kepada Pakatan Harapan.
Moga-moga sekalian kerabat parti itu tabah atas ujian itu.
Tetapi ada lagi ujian yang lebih besar dari tiga kematian itu buat semua, bukan sekadar warga PH, bahkan sekalian rakyat iaitu Perdana Menteri Dr. Mahathir menjadikan dirinya sebagai Pengerusi Khazanah. Malah ia ujian yang tidak terhingga buat diri Mahathir yang seusia 93 tahun itu.
Sekalian terkejut, mungkin isterinya sendiri dengan kejadian itu, kebanyakannya menerimanya sebagai suatu yang negatif.
Mungkin ada positifnya seperti kebaikan arak, tetapi sangkaan negatifnya lebih banyak. Apapun kebaikan sesuatu itu terletak pada doa seumumnya, tetapi reaksi spontan kebanyakan atas tindakan Perdana Meneri itu ia tidak elok. Jika reaksi spontan jadi doa semua, maka maksud doa yang tidak disengajakan itu tidak menggalakkan.
Tidak perlu disenaraikan satu persatu akan negatifnya, dorongan yang dialami oleh 1MDB yang jadi puaka skandal terbesar adalah gara-gara Perdana Menteri menjadi pengerusi badan pelaburan terpenting negara.
Mungkin semuanya tidak berniat buruk mengambil jawatan terbesar itu, tetapi ujiannya nescaya tidak terkendali apabila sesuatu amanah itu diminta, apa lagi bila ia diambil sendiri seperti Mahathir dengan Khazanah.
Antara yang memburukkan pentadbiran sebelum ini ialah Perdana Menteri menjadikannya Menteri Kewangan. Dua jawatan yang sepatutnya dijawat oleh dua orang, boleh menutup pintu selidik dan imbang bahkan membuka peluang PM jadi diktator atau separuh tirani.
Saya baca biografi Tun Abdullah Ayub, mantan KSN. PM Tun Razak bercadang menjadi Menteri Kewangan menggantikan Tun Tan Siew Sin. Sebagai pegawai kanan Perbendaharaan dinasihatkannya Perdana Menteri, jika Menteri Kewangan ada masalah, Perdana Menterilah tempat rujukan. Bila Menteri Kewangan itu PM, kepada siapa hendak merujuk? Tun Razak membatalkan hasratnya.
PM yang mula jadi Menteri Kewangan ialah Mahathir bagi menggantikan Tun Daim Zainuddin yang berundur. Diadakannya Menteri Kewangan kedua. PM selepasnya menyambungnya.
Islam tidak mahu seseorang jawatan beramanah. Dibimbangan dia tidak terkendali tanggungjajwabnya. Akan ada fitnahnya. Apabila amanah itu tidak dimohon, tetapi masyarakat mengamanahkannya, nescaya Allah limpah pertolongan ke atasnya. Umat berdoa, moga-moga pemegang amanah berjaya memikul amanah.
Warga Khazanah menangis apabila Tan Sri Azman Mokhtar menamatkan khidmatnya di Khazanah. Ini tanda dia disenangi di sebalik kelemahannya sebagai manusia. Jika keadilan diberi kepadanya, adalah hikmahnya. Jika berlaku kezaliman celakalah padahnya.
Umumnya Malaysia gembira Najib digantikan supaya wujud pemerintahan yang telus. Meskipun Mahathir dulu tidak 100 peratus telus tetapi melampau batasnya tidak seteruk yang digantikannya. Penampilan kali kedua ini selain boleh menampak kekurangan lampau, jangan mengulangi barang sedikit kesilapan.
Mungkin tindakan 100 harinya baik belaka dengan izin Allah. Tetapi dengan menjadi Pengerusi Khazanah boleh memadamkan kerja baik 100 harinya. Sebagai PM berpengalaman dan sementara, dia patut jadi contoh godfather yang menyenangkan penyokong dan penentang.
Mungkin ada kebaikannya bagi Khazanah. Setakat ini ujiian kepada semua khususnya Harapan lebih besar daripada tiga Adun yang pergi. - HARAKAHDAILY 9/8/2018

Sumber HD - 9-8-2018
Umno beri PAS Seri Setia
http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/13-pimpinan/kolumnis/7688-umno-beri-pas-seri-setia
SAYUGIA bersyukur kepada Allah kerana membuka hati Umno memberi PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, Selangor yang dikosongkan oleh kematian Adun PKR, Prof. Shaharudin Badarudin.
Ini adalah kali ketiga dalam sejarah 60 tahun Umno memberi laluan kepada PAS dalam pilihan raya. Pertama pada PRU 1974, justeru PAS adalah kerabat Barisan Nasional. Kedua PRK mengisi Dun yang dikosongkan oleh kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Pada PRU 1974 itu PAS bersatu dengan Umno. Dua PRK itu pula justeru Umno tidak makan cekak gara-gara kesan pimpinan lemah Datuk Najib.
PAS terima tawaran Umno itu kerana ijtihad Majlis Syura Ulamak selepas PRU14 mengelak pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS, BN dan PH. Majlis Syura dipercayai akan mengadakan mesyuarat jika PRK berlaku di kawasan yang diwakili PAS dan di negeri yang PAS berkuasa sekalipun ia dikosongkan baik BN mahupun PH.
Kerana Umno memilih bertanding di Sungai Kandis, PAS menarik diri. Sikap itu sesuai dengan amalan PAS selama ini sentiasa bersama pembangkang. 60 tahun dulu Umno bukan pembangkang, maka PAS tidak bersamanya. Kali ini Umno pembangkang, maka harus PAS bersamanya.
PAS bersama pembangkang bukan suka sangat parti-parti berkenaan, tetapi ia boleh mengurangkan kekuatan dan pengaruh parti pemerintah. Jika ia boleh dilemahkan, maka ia mudah dikalahkan.
60 tahun Umno tidak dapat dikalahkan, berbagai kepincangan dan kerosakan dilakukannya. Jika PAS tidak bersama pembangkang di Sungai Kandis, ditakuti PH akan berkuasa sampai 60 tahun pula, maka akan menambah lebih banyak kerosakan.
Pembangkang yang kuat di Selangor atau di mana-mana saja boleh mengurangkan kerakusan kerajaan.
Sikap PAS di Sungai Kandis itu untuk PRK saja. Bagi PRU15 akan ditentukan masa itu. Ia tidak mesti sama.
Tetapi jika Umno menolak Sungai Kandis tentulah yang bertanding itu PAS. Seperti di PRK Seri Setia ini PAS terima tawaran itu dengan harapan pembangkang dapat dikuatkan di Selangor. Mungkin PAS tidak berjaya di Seri Setia seperti Sungai Kandis, tetapi ia mungkin menang dengan izin Allah. Tiada siapa tahu secara tepat masa akan datang selain Allah.
PAS setia dengan sikap sejak lebih 60 tahun, ia buat kerja. Yang memenangkannya Allah.
Dengan perkembangan terbaru Allah buka hati Umno untuk memberi laluan kepada PAS. Syukur kepada-Nya dan terima kasih pada Umno, kerana sikapnya itu PAS tidak perlu berlawan dengan banyak pihak. Ia dapat tumpukan urusan PH saja, moga-moga ia permulaan bagi menjadikan PAS pembangkang yang terkuat. Jika boleh biarlah ada satu parti pembangkang saja.
Laluan yang Umno beri itu berpeluang bagi PAS berdakwah politik di Seri Setia khususnya dan semua. PAS tidak seperti YADIM yang berdakwah saja. Tetapi ia berdakwah dan berpolitik. Tentunya ia dapat menggandakan dakwah kepada semua. Ia peluang terbaik berdakwah kepada Umno dan PH.
PAS bersama Pakatan dulu berserampang dua mata. Berpolitik dan berdakwah. Ia peluang terbaik berdakwah kepada DAP dan PKR. Percubaan itu gagal. Bukan DAP dapat didakwah, tetapi ia pula dapat dakyah di kalangan PAS.
Kegagalan itu tidak bererti gagal seterusnya. Peluang terbaik dapat bersama Umno, moga-moga dapat menambah dekatkan Umno kepada PAS. Kempen PAS nanti boleh jadi iklan bagi menjadikan Umno lebih banyak tahu tentang PAS. Dakwah politik kepada PH diteruskan juga. – HARAKAHDAILY 7/8/2018
Sumber HD - 7-8-2018

UEC: Bahasa menyamakan BN dan PH
Sumber HD - 5-8-20118MEMAHKAMAHKAN PM Najib betul. Menyelongkar misteri 1MDB betul. Memansuhkan GST pun betul. Apa kesan jangka pendeknya terpaksa dilalui tetapi setiap yang berhantu mesti hantunya dimasukkan ke dalam botol seperti jin zaman purba tersimpan dalam botol zaman purba.
Kerajaan Pakatan Harapan telah memerdekakan rakyat dan negara dari puaka yang berhantu itu. Berbulan madu sekaliannya justerunya.
Tetapi sekalian yang merdeka tadi boleh diserang angin ahmar apabila kerajaan PH bermain mata dengan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) yang seolah-olah pro Taiwan dan mengancam jiwa bahasa yang sudah separuh nyawa ikan itu. Pemuja Mahathir kata, PH tak gagal. Tetapi sekaliannya boleh masuk hospital.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke hospital luar negeri atas sakit yang diidap lama, tetapi jangan isu UEC itu dia tidak discaj atau dimasukkan semula ke wad.
Saya terharu atas aduan jasawan kementerian pendidikan tentang main mata menteri Maszlee Malik atas isu UEC yang berpuaka itu. Sekoman-koman menteri pelajaran Hishammuddin Hussein dulu memo itu tidak dibawa ke mejanya.
Saya sangsi aduan awam atas Maszlee yang sedang diuji itu. Tetapi saya ikut wacana Karangkrafnya di TV, saya rasa dia boleh meyakinkan politik UECnya, tidak seperti yang dibimbangkan oleh jasawan kementerian itu. Tetapi setiap yang bermain mata itu tetap berisiko.
Selepas itu saya terima persepsi umum, Maszlee konfiden bila tiada DAP. Bila didatangi DAP dia dikatakan longlai.
Wabak puaka UEC merebak HFMD tentang tangan, kaki dan mulut. Semua boleh dilanggar sakit jantung. Jangan itu pecah di perut ada perhimpunan ribuan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ia dikuti oleh lambakan rencana terasa hampas dengan kerajaan PH yang belum disahkan gagal. Ia boleh menjadikan perlembagaan kosong dan satu bahasa mati meragam.
Semuanya menyimpulkan kerajaan BN menghampakan kerana takut kepada kaum saudagar. Tetapi kerajaan PH juga tidak dapat diharap. Perkembangan PH setakat ini masuk minggu kesepuluh sama hampas dengan kerajaan BN 60 tahun.
Bila-bila dua sama - dari sistem yang satu - mungkin itulah natijahnya memandang remeh kepada pihak yang ketiga yang menjadi pihak ketiga dalam lawanan tiga penjuru.
Menteri Maszlee melalui wacana di Karangkraf seolah-olah terhandal dari semua menteri pelajaran yang terdiri dari Khir Johari, Hamid Khan, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Hussein Onn, Anwar Ibrahim, Abdulah Badawi, Najib, Hishammuddin Hussein, Muhyiddin Yassin dan Mahdzir Khalid. Bahasa Melayu akan diperkasa bersama Inggeris sebagaimana Inggeris itu perkasa di England.
Apabila PH dikatakan sehampas BN, yang menjadikan ia hampas iaitu Maszlee masuk bakul yang sama dengan semua mantan menteri pelajaran.
Dirasa dasar pelajaran itu hebat justeru menteri pelajaran yang pertama Tun Razak. Dia hebat dengan Penyata Razaknya dan ditambah kemas dengan Penyata Rahman Talib. Yang hebat hanya penyata dan dasar. Pelaksanaan tetap hampas.
Selepas 13 Mei 1969, Rahman Yaakub jadi menteri pelajaran. Disediakannya dasar satu bahasa pengantar di semua sekolah dari rendah hingga ke universiti. Tun Razak yang menggantikan Tunku ragu bukan Melayu akan menghantar anak sekolah luar negeri.
Dia minta Rahman Yaakub menangguhkan. Berapa ramai mampu hantar anak sekolah rendah luar negeri. Rahman Yaakub tidak berganjak. Menangis siswa bila Rahman dihantar balik ke Sarawak. Mereka usir dari kampus Hussein Onn yang menggantikan menteri pelajaran.
Sekolah satu bahasa terkubur. Tun Razak rupanya nasonalis separuh masak juga. - HARAKAHDAILY 5/8/2018
Sumber HD - 4-8-2018KERAJAAN BN/Umno sudah dibuang dan Kerajaan Pusat sudah tidak ada kerajaan atas kerajaan lagi di Kelantan. Sekalipun Umno tidak memerintah Kelantan, tetapi ia ada anggota parlimen dan Adun di Kelantan.
Maka dengan benih-benih Umno itulah BN membentuk Kerajaan Pusat atas Kerajaan Kelantan bagi mengurus urusan Kerajaan Pusat di Kelantan. Apa jua peruntukan dan jabatan persekutuan di Kelantan dikecualikan dari Kerajaan Kelantan sedang di negeri-negeri yang diperintah BN tidak semestinya ditangani secara menangani Kelantan.
Kuasa itu dikira sebagai wujudnya kerajaan atas kerajaan.
Sekarang kerajaan Harapan tidak ada apa-apa di Kelantan. Adun tak ada, MP pun tidak ada. Adakah Kelantan itu dibiarkan saja kepada kebijaksanaan Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Pusat wujudkan pula adakan juga satu sistem menyambung sistem Umno dulu dengan menyerahkan bantuan dan peruntukan ke Kelantan kepada urusan parti Harapan Kelantan?
Antara yang Harapan Kelantan bernafsu besar moga-moga ia diperkenan PM Dr. Mahathir ialah pemberian 5 peratus royalti petrol/gas kepada negeri itu yang persetujuan pada dasarnya terkandung dalam manifesto Harapan.
Selamanya Umno dan Mahathir tiada sebarang takwil atas hak royalti kepada Terengganu dulu hinggalah Terengganu ditadbir PAS tahun 2000. Atas nafsu dan hasutan Umno Terengganu, Mahathir setuju merampasnya dari Kerajaan Terengganu.
Ada tanda-tanda Harapan Kelantan menghasut Perdana Menterinya, orang yang sama merampas royalti Terengganu itu dulu menyekat hak itu diserahkan kepada Kerajaan Kelantan. Jika Mahathir itu Mahathir dulu juga kalis reformasi dan kalis transformasi, maka sistem Umno yang sudah dibuang oleh rakyat itu akan diteruskan dan diserahkan kepada pemimpin Harapan Kelantan.
PAS menolak jemputan Mahathir untuk menumbang Najib pra PRU14 dulu, kerana PAS bukan sekadar untuk membuang orang tetapi membuang sistem. Orang dan parti yang beramal negatif itu sudah dibuang, sistemnya mahu diteruskan.
Bagai yang dipercayai, yang bertukar orang dan parti, sistem pakai yang lama juga. Sistem itulah yang menjerumuskan kerajaan rasuah, kebocoran dan selewengan.
Jika urusan Kelantan diserahkan kepada Harapan, itulah kemahuan Mahathir supaya royalti 5 peratus yang war-warkan bukan atas pengeluaran tetapi atas keuntungan. Yang PAS, rakyat dan Kelantan mahu ialah atas pengeluaran.
Apakah hak yang Sabah, Sarawak dan Terengganu peroleh dulu atas pengeluaran atau atas keuntungan?
Jika sistem yang tidak bertunjang kepada hak dan keadilan itu dipakai lagi untuk Kelantan, maka Harapan bukan sekdar ditolak di Kelantan, bahkan ia ditolak di Terengganu, Pahang dan Perlis. Apakah Harapan Terengganu, Pahang dan Perlis akan diberi hak mentadbir mengendalikan urusan kerajaan federal di negeri-negeri itu?
Harapan tidak diberi mandat di Kelanan. Atas kapasiti apa mereka diberi hak? Tentunya ia atas jawatan politik. Kerajaan baru membuang berbelas ribu penjawat politik di Jabatan Pedana Menteri, maka sekarang mahu memberi jawatan politik pula kepada orang Harapan?
Jika Mahathir setuju, mungkin faktor usia dia tidak seimbang dalam semua perkara. Dan jika Harapan Kelantan pula setuju, itu nama tidak pemalu.
Demi memastikan kerajaan baru berada dalam sistem yang betul, Mahathir melantik beberapa orang penasihat diketuai oleh Tun Daim Zainuddin bagi menyediakan urusan pokok, maka Tun Daim wajar beri nasihat yang tepat kepada rakan sepanjang hidupnya itu.
Biar Harapan Kelantan belajar pahit maung perjuangan dulu supaya belajar payahnya perjuangan. – HARAKAHDAILY 4/8/2018
Tuntut merdeka untuk tegak kuasa komunis
TIADA siapa dapat menghalang komunis ikut sama memperjuangkan kemerdekaan kerana dunia komunis sudahpun berkuasa di Rusia, Eropah Timur, China dan lain-lain. Komunis juga bangkit di England, Perancis dan Jerman.
Untuk kata komunis tidak campur menuntut kemerdekaan, tidak boleh. Orang Melayu dan Islam menentangnya adalah perkara lain.
Majoriti orang Melayu/Islam menolak perjuangan komunis baik itu secara bersenjata mahu pun tidak. Tentangan itu ialah kerana kemerdekaan yang dituntutnya adalah demi menegakkan kuasa komunis. Komunis itu adalah satu jenis jahiliah juga.
Tidak ada apa ertinya, kita berjaya mengusir jahiliah Inggeris dan sudah dapat merdeka, diganti pula dengan jahiliah komunis.
Sumber HD - 4-8-2018ULASAN LANJUT DALAM HARAKAH CETAK EDISI ISNIN INI.
PRK Sg Kandis: PAS sebelah pembangkang
Sumber HD - 2-8-2018HUJUNG kuku telunjuk kiri saya masih hitam celupan dakwat pada PRU 9 Mei lalu. Pada hari membuang undi PRK Sungai Kandis 4 Ogos ini baki kuku berdakwat itu belum habis. Bahkan pada 9 Ogos nanti ada lagi dakwat itu.
Keperluan jari didakwat bagi mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali pada pengundian itu. Dakwat itu tdak akan padam dalam masa 24 jam seperti pengundian pada PRU13 dulu.
Apa kimia yang SPR guna hingga tiga bulan kuku telunjuk kiri berdakwat lagi. Jika SPR guna warna merah nescaya ia seperti berinai. Mahu saya syorkan guna dakwat merah pula jika tidak berinai dilarang bagi laki-laki kecuali rambut. Setiap yang dilarang berdosa.
Belum habis kuku berdakwat, pengundi Sungai Kandis akan mencelup jari ke botol dakwat lagi. Mungkin hingga awal November kuku orang Sungai Kandis berdakwat lagi.
Maka Majlis Syura Ulamak PAS, untuk PRK itu PAS hanya menyertainya jika satu lawan satu. Jika tiga penjuru PAS mengundi saja. Keputusan itu dipercayai berubah jika PRK itu di Kelantan, Kedah dan Terengganu atau di mana-mana kerusi yang ‘berwaibikan’ PAS. Di situ sepuluh penjuru PAS tetap lawan.
Bila PAS tidak bertanding, ada juga yang latah mengapa PAS tidak bertanding. Biarlah yang latah itu bukan orang PAS yang mungkin tidak berpolitik matang. Tapi orang PAS ada yang sama latah. Dua tiga kerat yang gatal lidah termasuk yang jadi Exco dan berjawatan tinggi parti diserang sindrom penafian.
Biar Presiden atau Timbalannya atau Setiausaha Agung sekali saja membuat penjelasan, mengapa tidak bertanding atau sudah beradik beradik dengan Umno/BN. Katakan saja kebarangkalian itu tidak berbangkit dan selepas itu diam.
Seru saja orang PAS mengundi! Untuk mengundi siapa? Macam yang 60 tahun lalu sentiasa bersama pembangkang kecuali sekali ia bertahaluf dengan BN pada PRU 1974.
Katakan satu saja. Ia tidak bertanding justeru ia sebahagian dari kaedah politik matang dan sejahtera. Tidak bertanding kali ini justeru matang. Tidak gatal lidah kerana matang. Tidak dilanda sindrom penafian kerana matang.
Kata-kata hikmat yang PAS masyhurkan di ambang PRU14, politik matang dan sejahtera, sudah diulang sebut oleh politikus di luar PAS baik yang tumbang mahupun yang baru tegak. Ia seolah-olah kebijaksanaan PAS sudah jangkit keluar. Tidak mungkinkah ia isyarat awal PAS itu parti masa depan Malaysia. Amin!
Pada pasca PRU14 ini banyak cakap dan gatal lidah menjadikan PAS tidak dilihat dewasa. PAS mesti akui, ia cukup dikelirukan dari kiri kanan dan dari depan belakang. Dalam semua isu ia dikelirukan. Ia amat tidak elok bagi PAS. Kesan kekeliruan itu PAS dapat 18 Parlimen saja dan menguasai dua kerajaan negeri saja.
Jika bukan gara-gara mengelirukan itu ia dipercayai dapat lebih baik dari PRU13 yang tidak bersendirian itu.
Sekarang masa PAS keluar dari kekeliruan itu. Jangan gatal lidah hingga menambah lagi kekeliruan dulu. Banyak cakap mengaitkan hubungan dengan Umno dan PH tidak disukai orang. Kikis lidah yang gatal orang tidak marah lagi dan tidak keliru lagi.
Tidak sertai PRK Sungai Kandis kerana dakwat belum habis padam dan sebahagian dari program matang dan sejahtera. Katakan kepada semua, PAS sentiasa bersama pembangkang. – HARAKAHDAILY 31/7/2018
Pemilihan PKR: Rafizi lebih menarik dari Anwar
YANG menarik dalam politik terkini PKR itu ialah tawaran Rafizi Ramli, tokoh muda PKR yang lincah sejak 10 tahun lalu yang dikira sentiasa berada di bawah dagu Anwar. Sejak menjadi Menteri Kewangan lagi yang di bawah dagu Anwar itu adalah Azmin Ali tetapi akhir-akhir ini yang di bawah dagu Anwar itu selain dari janggutnya sudah bergayut pula Rafizi.
Yang mencadangkan dia jadi timbalan presiden pula sudah ada. Bukan perkembangan membeli Anwar tidak menarik sangat, tetapi tawaran baru Rafizi lebih menarik. Suka atau tidak suka Anwar akan menggantikan isterinya sebulan lagi. Suka atau tidak suka, kata PM Mahathir, Anwar akan menggantikannya. Apa lagi yang lebih menarik tentangnya?
Tetapi tawaran Rafizi untuk menjadi pengganti mutlak Anwar adalah lebih menarik. Ada yang mengira kesediaan Anwar menggantikan isterinya bagi mengelakkan isterinya dicabar Azmin. Mungkin belaka.
TULISAN PENUH DALAM HARAKAH CETAK EDISI JUMAAT INISumber HD - 1-8-2018
Gerhana bulan terpanjang, malam hari jadi saya
Sumber HD - 1-8-22018SYUKUR. Malam gerhana bulan yang terpanjang seabad ini terjadi pada malam hari jadi saya yang ke-78. Dua tahun lagi jika ada usia jadilah saya 80 tahun.
Langsungnya gerhana itu di angkasa Australia tetapi meliputi hingga ke angkasa Malaysia, bermula di Malaysia sekitar pukul dua pagi membawa ke pukul tujuh. Pagi hari jadi saya itu redup dan diikuti hujan lebat dari pukul 10 pagi.
Tiada apa hubungan gerhana itu dengan hari jadi saya. Bukan kerana hari jadi saya gerhana itu berlaku. Dengan kebesaran dan izin Allah tiga cakerawala yang terkesan dengan manusia – matahari, bumi dan bulan – berada sebaris dan bumi di tengah. Maka pantulan cahaya matahari ke atas bulan yang menghadap ke alam kita terlindung oleh bayang bumi. Lalu gelaplah ia yang sepatutnya terang pada kita.
Kaum jahiliah dulu dan sekarang berkata begitu dan begini tentang bumi dan bulan atas kejadian gerhana itu, tetapi umat Islam menumpukan kebesaran dan kebijaksanaan Allah yang mencipta bumi dan bulan yang digerhana itu dengan mendirikan solat sunat muakad dan membanyakkan bertasbih.
Saya syukur atas gerhana itu yang terjadi bukan kerana menyambut hari jadi saya, tapi saya ada peluang menyambut hari jadi pada hari gerhana terpanjang itu.
Kami sekeluarga tidak membuat sebarang sambutan pada hari jadi itu. Saya pun tak ingat melainkan seorang anak ucap selamat hari jadi selepas solat fajar.
Syukur yang tidak terhingga atas kejadian itu kerana menyambut hari jadi saya dengan solat sunat khusuf di dataran terbuka KUIZM Taman Melewar, Kuala Lumpur. Syukurnya kerana dapat memulakan hidup 78 tahun itu dengan solat gerhana bulan dan mendengar khutbah.
Gerhana itu tidak hebat dan tidak ajaib. Yang ajaib ialah Allah yang mencipta bumi, bulan, matahari dan gerhana itu.
Ia mengajak kita memerhatikan tentang ciptaan Tuhan tentang makhluk-Nya yang tidak pernah ingkar kepada Sang Pencipta sejak mula penciptaannya mungkin lebih lama dari trilion tahun dulu.
Samalah dengan kesetiaan malaikat yang tidak pernah melanggar apa jua yang Allah titah. Bumi dan bulan sejak dicipta terus menerus beredar mengikut orbitnya, tiada henti-henti barang sedetik. Itulah kepatuhan makhluk itu. Tidak pernah bumi dan bulan lalai dari ibadatnya.
Adapun kita manusia, Adam dan keturunannya, istimewanya dimaklumkan Allah kapada malaikat. Tidak diketahui ada lain makhluk Allah maklumkan bakal penciptaannya kepada malaikat. Untuk ciptaan bumi dan bulan memadai disebut saja Kun faya kun.
Tetapi manusia tidak senasib dengan bulan dan bumi yang tidak tergelincir dari kepatuhannya, bahkan makhluk manusia itu terdedah kepada kesetiaan atau keingkaran, beribadat atau tidak beribadat, pelupa dan ingatkan Allah sepenuhnya, taqwa atau derhaka. Pernah manusia ditransitkan di syurga, justeru kelemahannya, Allah pindahkan ke bumi jadi tempat kediaman tetapnya, di bumilah dia mati dan di bumi juga dibangkitkan kembali.
Adapun iblis yang lebih tua daripada manusia, pernah berada di syurga, justeru sombongnya dan bencinya kepada manusia, ia memilih jadi penderhaka tegar kepada Allah. Diusir dari syurga kerana syurga bukan tempat makhluk penyombong.
Paling istimewa ialah makhluk malaikat tidak terabai kepatuhan kepada Allah, sama seperti bumi dan bulan beredar yang Allah tentukan. Bila diperintahkan gerhana, bulan gerhana. Padanya adalah tanda kebesaran Allah. Kita syukur kerana menyaksikan gerhana terpanjang di abad ini. – HARAKAHDAILY 1/8/2018
LGBT: Kerajaan, menteri wajar dikaunseling
RAKYAT dan lain-lain makhluk tukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat yang Allah limpahkan di alam kita. Masing-masing berbulan madu kerana rejim Najib dan partinya digantikan.
Sumber HD - 29-7-2018Mandat yang diberi demi menyelamatkan rakyat dan pemastuatin dan generasi akan datang dari pemerintahan tidak bertanggungjawab, bukan untuk memberi laluan selesa pemaju lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyebarkan benihnya.
PM Mahathir menamatkan pentadbiran pertamanya dengan dakwaan membersihkan perangai buruk - liwat - dari kalangan kerajaan. Dia tidak mahu kerajaan yang menggantikan terdiri dari pemaksiat paling terkutuk dalam sejarah manusia.
Sama ada sasarannya menjadi mangsanya atau menerima hukuman seadilnya, adalah isu yang terus didebatkan. Tetapi dakwanya dia mencegah gejala kaum Lut.
Tetapi pentadbiran barunya dalam masa kurang dari 100 hari membenarkan gejala LGBT menuju sasarannya sendiri dan kerajaannya mempertahankan anasir yang dikutuk Allah dan dibenci sekalian makhluk.
Orang beri mandat demi hentikan penyelewangan, basmi rasuah, pulihkan kesejahteraan dan ekonomi negara. Orang tidak yakin pemerintahan boleh menyelamatkan akidah umat, tetapi memberi laluan kepada LGBT menuju sasarannya.
Menterinya adalah melaksanakan dasarnya. Dasarnya tentulah diluluskan oleh kabinetnya dan disahkan oleh parti gabungannya. Orang berbulan madu atas berakhirnya satu rejim yang zalim tetapi kini seolah-olah lepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.
Nabi Lut tidak terlibat perangai kaumnya. Baginda dan puterinya saja benci atas kejadian itu. Bahkan isterinya bersama kaumnya. Kejadian itu melibatkan orang kafir sepenuhnya. Baginda cuba cegah tidak sekadar dalam hati, tapi dengan lidah dan tangan.
Allah kirim malaikat utama tidak sekadar membinasakan kaumnya, bahkan menterbaliknya wilayah menjadi Laut Mati di Jordan, supaya jadi pengajaran kepada manusia sehingga kiamat. Umat Islam Malaysia, kerajaannya dan menteri mesti mengambil iktibar dari ajaran itu.
Penyakit kaum Lut itu bukan terjadi serenak dengan tiba-tiba. Ia bermula dari seorang dua. Tetapi ia berkembang hingga Nabi Lut dan puterinya saja yang Allah pelihara. Penyakit jahiliah yang bermula di Norway, Sweden yang cepat merebak ke Eropah, Amerika dan lain-lain itu sudah tiba ke Malaysia. Jangan tunggu malaikat datang lagi untuk menghapuskannya.
Tanggungjawab umat, kerajaannya dan menterinya mencegahnya sejak ia bertunas. Barat tidak dapat berbuat apa-apa, bukan kerana mereka suka, tetapi mereka tidak mampu cegah. Bila ia tidak dapat dicegah, maka mereka halalkan.
Kita jangan sekadar menyatakan ia haram, tetapi mesti bertindak. Tidak boleh dengan tangan, dengan lidah. Tidak boleh dengan lidah, benci ia dalam hati. Ini adalah selemah-lemah iman. Selemah iman itu adalah di sisi tidak beriman.
Umno/BN tahu rasuah itu haram. Ia biarkan ketika seorang dua menteri melakukannya. Sesudah ia jadi penyakit baru hendak dicegah. Yang mencegahnya ada kuman itu. Tidak lagi dapat dicegah bila ia jadi watak kerajaan. Seolah-olah malaikat datang pada 9 Mei lalu membinasakan rejim itu.
Kerana ia diganti oleh sistem yang sama, wabak LGBT yang menunggu lama, masuk ke saraf kerajaan baru, nampaknya benci Mahathir atas gejala itu tidak sama dengan bencinya dengan hujung pentadbiran pertamanya dulu.
Dia pertahan kerajaannya akan selamatkan Islam dengan kembali kepada al-Quran. Tetapi saranannya seolah-olah selari dengan Islam yang Kassim Ahmad fahami. Mereka kata LGBT itu haram. Membiarkannya seperti membenarkan sawa naik katil dan mula membelitnya.
Kerajaan/menteri berkeras. Sewajarnya mereka dikaunseling. – HARAKAHDAILY 29/7/2018
Apa untung politik Zakir-Ramasamy dipolemik?
Sumber HD - 25-7-2018TIDAK nampak apa untungnya pada politik Malaysia dan Islam mempolemikkan siapa lebih pengganas antara pendakwah Dr Zakir Naik yang dituntut kerajaan India dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof. Ramasamy.
Mendebat terbukakan keduanya lebih banyak mengganggu Kerajaan Malaysia dan pendakwah itu, sedang kerajaan dulu dan kerajaan sekarang telah menangani isu itu secara berhikmah iaitu memberi perlindungan kepada pendakwah itu menetap di sini selama dia pandai membawa diri.
Tidak berbangkit hubungan antara Malaysia dan India patut terganggu jika tuntutan ekstradisi terhadapnya tidak dilayan selagi kita berpegang kepada amalan yagn diterima antarabangsa, negara yang memberi perlindungan atas tuntutan negara yang menuntut atas sebab perikemanusiaan, keadilan dan lain-lain.
Jika hubungan Malaysia dan Australia dan Komanwel tidak terganggu apabila Australia menolak supaya Sirul Umar dipulangkan sedang kes yang Sirul hadapi adalah jenayah pembunuhan. Rejim Najib menghormati sikap Australia dan kerajaan baru Pakatan Harapan tidak bercadang memintanya dipulangkan.
Jika yang mendorong sikap Austraia bimbang Sirul tidak mendapat layanan adil mengikut keepercayaan Australia, maka demikian kebimbangan Malaysia terhadap Zakir.
Jika Ramasamy tidak berfikir keindiaan sebagai yang disangsikan oleh simpatisan Zakir Naik, sebaliknya kemalaysiaan bagi mengharmonikan kehidupan berbagai kaum di Malaysia, maka semua patut ada sikap terbuka terhadap kecenderungan pemikiran majoriti dalam perkara itu.
Saya kenal Ramasamy sebelum dia jadi calon DAP dan PAS mendapatkan kepakaran ilmu dalam wacana anjuran PAS.
Saya tidak tahu dia disangsikan oleh simpatisan Zakir Naik dikatakan cenderung dengan orang Tamil Eelam yang memberontak di Sri Lanka dulu. Saya boleh terima keterangan tidak bersumpah Ramasamy betapa hubungannya dengan isu di Sri Lanka adalah dalam rangka mendamaikan penduduk berbagai kaum di sana selepas perdamaian antarabangsa dicapai.
Dan dia juga mengaku terlibat jua dalam menyelesaikan krisis Aceh Merdeka atas permintaan masyarakat antarabangsa. Jika kita boleh terima hubungan Ramasamy dengan orang Tamil Eelam adalah selepas perang itu selesai, maka kita boleh kompromi hubungan baiknya dengan Tamil Eelam itu sebagai saudara sesama Tamil yang bebas dari politik Tamil Sri Lanka itu.
Jika kita boleh kompromi dengan hubungan baik Dr. Burhanuddin al-Helmy dengan pemimpin komunis semasa memperjungkan kemerdekaan itu, tidaklah beliau menjadi komunis dan memperjuangkan cita-cita komunis.
Jika Ramasamy dapat menggunakan kepakaran meredakan krisis antarabangsa kompromi dengan pemikiran Kerajaan Malaysia dulu dan sekarang tentang Zakir Naik, dia akan menguntung politik dan harmoni penduduk Malaysia menangani masalahnya.
Tunku Abdul Rahman Putra adalah anti komunis tegar. Demi mengekang ancaman pengganas komunis, dia tolak pengiktirafan Parti Komunis tetapi menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis. Ramai menyerah diri hidup rukun bersama masyarakat. Bahkan ada bekas pengganas komunis masuk MCA, jadi calon Perikatan dan menang. Sampai mati Tunku anti komunis tapi komunis hapus di Malaysia.
Najib pernah menawarkan pemimpin Hindraf jadi menteri. Dia terima dan kemudian meletak jawatan. Mahathir pula lantik ketua Hindraf jadi menteri penuh. Hindraf itu dikatakan berunsur keganasan juga. Tetapi pemimpin Malaysia cuba berkompromi, cuba menyelesaikan isu keganasan itu dengan membawanya kehidupan harian rakyat.
Jika Ramasamy dapat tengok pendekatan Tunku dan apa Najib dan Mahathir fikir tentang pelampau Hindraf, maka Ramasamy patut guna kepakaran berfikirnya menjadikan Zakir Naik menguntungkan politik keharmonian Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/7/2018
Tiada yang mengejut Anwar ganti isterinya
Ssumber HD - 24-7-2018SAMA ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atau bebas dari penjara – dulu dan sekarang – dialah pemimpun agung PKR sekalipun penubuhan parti itu diisytiharkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Wan Azizah, presiden penubuhannya dan presiden selama-lamanya tetapi hakikatnya dia menjalankan tugas suaminya sebagai pengawal jarak jauh.
Mungkin Wan Azizah itu ada daya kepimpinannya, tetapi Anwar dengan keupayaan semula jadi, tiada yang menghalang Wan Azizah itu pemimpin sebenar PKR. Selama-lamanya Anwarlah presiden dengan apa jua nama jawatan yang diberi kepadanya.
Dr. Mahathir yang mengguna pakai nama Pengerusi Bersatu sedang parti itu ada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mahathirlah menakhodai Bersatu seperti Anwar mengemudi PKR.
Apabila Anwar mula dicalonkan untuk menjadi presiden baru menggantikan Wan Azizah, tiada benda yang baru selain dari ketua umum tidak dipakai lagi atau presiden tidak diguna, kerana di tanah seberang ketua umum itulah presiden.
Jika Wan Azizah sudah tidak jadi presiden, apa pula kedudukannya bagi melayakkan terus jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) selama Anwar belum menjadi Perdana Menteri. Azizah akan turun sebaik saja ditakdirkan ganti Mahathir.
Sekalipun Wan Azizah TPM tetap Anwar membayanginya. Orang rasa Anwarlah TPM sebenar walaupun bukan anggota kabinet. Lazimnya tidak boleh kertas kabinet ke tangan bukan anggota kabinet. Boleh ke penjara semula jika disabitkan memegang kertas kabinet. Tetapi bagaimana hendak menjamin Anwar tidak menengoknya? Lainlah jika Anwar dijadikan ahli kabinet tanpa portfolio bagi menghalalkannya memiliki kertas kabinet. Payah difikirkan Anwar sedia masuk kabinet selagi Azizah TPM.
Apa yang memerlukan Anwar menggantikan Wan Azizah sedang pimpinannya tidak terganggu selama ini. Mungkin sekarang dia tidak dibayangi lagi untuk ke penjara yang menghalalnya memegang jawatan awam. Tetapi Anwar pernah bebas. Dia selesa jadi ketua umum saja. Tidak terlintas untuk menggantikan Azizah ketika itu seperti keadaan sekarang.
Apakah dia terfikir untuk dipenjara lagi, maka biarlah Azizah saja jadi pemimpin rasmi.
Jika dia hendak menggantikan Azizah, dia boleh bila-bila masa saja.
Memang ajaib juga sebagai pemimpin besar reformasi bagi membawa perubahan politik dan pemerintahan, Anwar menjadikan isterinya yang tiada pengalaman politik dan organisasi menjadi pengasas dan pemimpin parti yang ditubuhkan. Ramai yang pintar yang menyokong Anwar yang boleh dijadikan pemimpin semasa Anwar tidak dibenarkan memimpin dalam keadaan apa jua.
Ketika Erdogan dilarang menjawat jawatan awam atas tohmah jenayah yang dikenakan ke atasnya, dia tidak menjadikan isterinya menubuh dan memimpin parti AK yang diasaskannya. Dia jadikan Abdullah Gul dan lain-lain menjalankan kerja Erdogan. Anwar lain, diamanahkannya isterinya, tidak orang lain. Mengapa?
Mungkin banyak fitnah jika orang lain jadi orang kanan Anwar. Mungkin orang lain semuanya tidak boleh dipercayai seperti setianya seorang isteri. Memang dalam sejarah PKR, tidak ramai pengasas PKR kekal dalam PKR melainkan Azizah dan Azmin Ali. Ramai yang mengkhianati.
Mungkin itu faktor Wan Azizah jadi orang nombor duanya.
Jika masa bebas dulu Anwar tidak rasa perlu jadi presiden, mengapa sekarang pula dia setuju? Mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan dan mencabar parti itu yang memerlukan Anwar tidak boleh guna selain dirinya sendiri. Tambahan pula usianya lanjut dan selalu ke hospital, maka PKR perlu dipasak di sana sini.
Azizah perlu digantikan bagi membolehkan Anwar menyediakan pengganti yang benar-benar anwariyin. – HARAKAHDAILY 24/7/2018
Mana muslim tak mahu anak hafaz Quran?
KITA suka kalau anak hafal semua sajak Usman Awang atau mahir semua lirik lagi Siti Nurhaliza. Jika semua ibu bapa ditanya apa mereka pilih bagi anaknya antara hafal lagu Siti Nurhaliza dan hafaz Quran.Sumber HD - 20-7-2018
Ibu bapa yang muslim akan memilih hafaz Quran. Siti Nurhaliza tentu suka anaknya hafal semua lirik lagunya, tapi jika anak boleh hafaz Quran, tentu baginya ia lebih baik. Bahkan Datuk K yang gila dengan lagu Nurhaliza, merasa lebih bahagia jika anaknya dengan izin Allah boleh hafaz Quran dari hafal semua lagu isterinya.
Almarhum Datuk Aziz Singah seorang seniman wayang. Dihantarnya anak ke sekolah tahfiz dan khatam. Bahagia jenazahnya solatnya diimam oleh anaknya sendiri. Norman Hakim juga pernah jadi orang wayang dihantarnya anaknya menghafaz Quran di Turki.
Pada benak setiap ibu bapa muslim bercita-cita jika boleh setiap anaknya hafaz Quran. Biar anak itu jadi doktor, jurutera, pengurus bank, saudagar sekaya Robert Kuok, tapi yang eloknya itu juga hafaz Quran. Muslim yang tak betul otaknya saja tak suka anak cucunya hafaz Quran dan tak suka wujudnya sebarang maahad tahfiz.
Yang macam ini, bukan sekadar tak mahu anak cucunya jadi hufaz, anak orang lain pun jangan hafaz Quran. Demokrasi sekular memberi pilihan menyekolahkan anaknya di sekolah, sekolah Tamil atau sekolah Bangla. Jika ibu bapa memilih pondok atau sekolah tahfiz, itu hak mereka.
Demokrasi pendidikan membuat peruntukan perkepala untuk setiap anak Malaysia. Peruntukan itu ikut sekolah mana anak itu belajar. Kerajaan Umno pernah tidak menunaikan hak anak yang ke sekolah pondok. Laporan Jawatankuasa Murad Mohd Nor tentang kebakaran sekolah rakyat Padang Lumat, Yan mentakwil perkara itu.
Muslim apa jika mahu sekolah tahfiz ditutup. Ini mesti muslim Kamal Ataturk. Semua sekolah Arab ditutup. Quran naskah Usmani diharam. Yang dibenarkan Quran rumi. Orang Turki kata, dia tidak sekadar anti Islam, bahkan anti Turki, bangsanya sendiri.
Ataturk bertindak begitu supaya Turki diterima sebagai orang Eropah. Sampai hari ini Eropah tolak Turki masuk komuniti Eropah.
Ketika Turki menuju arah membuang Ataturk ke bakul sampah sejarah, ada orang Islam hendak jadi Ataturk kecil. Biarkan dia dengan labu-labunya.
Moga-moga roh Aziz Singah bahagia kerana ada sekolah anaknya hafiz. Anak yang hafaz itu membwa syafat kepada ibu bapa. Ada pendapat ulama mengatakan seorang hafiz membantu 20 keluarga terdekat menjadi ahli syurga. Moga-moga pendapat itu betul. Amin!
Turki sejak tahun 50-an menuju arah generasi al-Quran. Ribuan remaja hafaz Quran setiap tahun. Sebuah negara yang mundur beberapa dekad setelah kejatuhan empayr Othmaniah, kini ekonomi dan kewangannya antara yang terkukuh di Eropah. Generasi al-Quran dipercayai mengangkat ketahanan umat.
Yang kita mahu ialah syafaat dari penguasaan al-Quran. Semasa rombongan meminang anak saya, saya ditanya syarat peminangan. Maksudnya hantaran. Saya tidak meletak harga kerana bukan hendak menjual anak. Berapa kupang pun tak mengapa. Kalau bawa selori atau 60 kotak dinar emas, saya tidak marah.
Satu syarat kepada bakal besan, setiap cucu saya mesti jadi calon hufaz. Saya tidak tahu apakah syarat itu disampaikan oleh wakil rombongan kepada besan. Itu wasiat saya untuk cucu-cucu saya. Seramai hufaz yang boleh. – HARAKAHDAILY 20/7/2018
Malaysia sebagai Negara Islam contoh
Sumber HD - 18-7-2018SELAMA-lamanya sejak merdeka baik semasa pentadbiran 22 tahun Dr. Mahathir Malaysia mendakwa daulah Islam contoh tetapi di bawah pentadbirannya yang baru dia tidak puas hati prestasi Pusat Islam hingga jika ikut hari terasa dia hendak menutupnya.
Apapun kerajaan baru itu kini mahu Islam di Malaysia kaedahnya sendiri, tidak terikut dengan lain Negara Islam, biar menjadi model bagi dunia Islam.Suatu yang baik itu sayugia dialu oleh semua tetapi apakah kaedah yang tidak seperti Saudi, Mesir, Turki, Brunei Darussalam, Indonesia dan rantau Teluk yang hendak dicari itu.
Apakah sedikit sebanyak yang terlaksana di Kelantan sejak tahun 1990 tidak dimasukkan dalam perhatian? Jika Pusat Islam menghampakannya, apakah Perkim sejak diambilnya dari Tun Taib Mahmud dapat jadi perhatian. Logiknya pencapainya di Perkimlah model ikutan.
Memang Islam Mesir, Saudi dan lain-lain tidak dapat jadi model daulah Islamiyah semesta, dan tidak juga pengurusan kerajaan dan demokrasinya. Mesir yang seribu tahun Universiti Azharnya mengeluar ribuan ulama seluruh dunia tidak lagi jadi tumpuan umat.
Tetapi yang Mahathir mahu sekrang, biar Malaysia tidak Syiah, tidak WAhabi, tidak seperti Mesir, idak macam Jordan dan lain-lain. Tetapi ada pegangan contoh sebagai ahli sunnah wal jamaah, mungkin tidak terikat dengan fiqah empat mazhab yang diterima kini – Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi dan tidak terkeluar daripadanya.
Kita tunggu apa nasihat jamaah penasihat Islamnya bersama menterinya. Tidak diketahui wakil Majlis Syura Ulamak PAS diperlukan, tetapi lembaga penasihatnya itu tidaklah seperti Penasihat Agama Perdana Menteri sejak zaman pentadbirannya dulu yang tidak dipastikan dia penasihat Perdana Menteri atau Perdana Menteri menasihatkannya.
Ternyata kini tidak diketahui kesan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program islamisasi dan penerapan nillai Islam dalam semua bidang, Islam Hadhari dan Wasatiyah dan maqasid syariyah Najib tidak banyak menolong. Semuanya itu adalah mahu menjadikan Malaysia Negara Islam contoh.
Islam itu sudah sempurna setelah 23 tahun kerasulan Nabi Muhammad SAW, Negara Islam Madinah yang baginda asaskan itu adalah model untuk semua sepanjang zaman, pentadbiran dan sirah Khalifah ar-Rasyidin model siyasah dan pemerintahan yang wajar dipelajari dan ditambah pula dengan pencapaian Khalifah Umar Abdul Aziz (bukan Nik Omar Nik Aziz) yang jadi kegembiraan sekalian umat.
Adalah benar zaman mereka tidak secanggih dan sepantas kemajuan dunia sekarang, tetapi Nabi dan khalifahnya yang empat itu adalah model untuk dunia Islam hingga kiamat. Tidak perlu al-Malik Faisal kata Islam Saudi lebih baik dari Mesir dan Anwar Sadat kata Islam Mesir lebih baik dari Saudi.
Maka kita pula terikut-ikut menjadi model Islam serba serbi bagi semua dunia. Jika kita manfaatkan Pusat Kajian al-Malik Salman yang dicadangkan di Malaysia, gunakan semua kemudahan membuat kajian semua perkembangan ilmu dan kemajuan dunia dan akhiat di semua zaman sejak Plato hingga pencapai Tabung Haji, maka Islam banyak perkara yang baik bagi sepanjang semesta.
Jangan Islam yang hendak jadi contoh itu tidak berani mengatakan anti hadis Kassim Ahmad itu salah dan biar jelas antara Mahathir dan Kasim seiras. Biar ada ketegasan Islam itu tiada liberal dan pluralnya. Yang dirasakan sebelum ini Perdana Meneri itu sendiri keliru.
Biar Islam yang hendak diperkasa itu yang bermodel kepada Rasulullah SAWdan bukan yang Mahathir fikir semirip Kassim dulu. – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Kejaksaan negara, kebijaksanaan Mahathir ditakwil
Sumber HD - 17-7-20118PAS mendahului mentakwil kebijaksanaan PM Mahathir dan kerajaan Harapannya menyerahkan pengurusan kejaksaan negara kepada tiga serangkai pakar undang-undang kepada warga bukan Melayu/Islam – Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum yang lain mengandaikan ia membimbangkan masa depan Islam, telah disarankan media arus perdana betapa banyak pihak bimbang terhadap masa depan Islam apabila tiga bukan Islam dilantik mengetuai badan kehakiman negara.
Saya cari yang dikatakan banyak itu bagi megetahuan komennya, tak jumpa. Yang jumpa PAS saja. Mahaguru undang-undang UIA mengira takwil PAS itu berasas. Yang lain kata jangan bimbang kerana mereka dilantik sekejap saja, antara dua tahun dan bagi menteri mungkin panjang sedikit.
Saya tidak berhajat kali ini bagi menghuraikan apakah kebimbangan itu? Cuma mungkin tindakan Mahathir itu mahu mencontohi Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat bukan Melayu memegang jawatan penting mula-mula merdeka dulu. Bukan Melayu mungkin tidak minta seperti Tommy Thomas tidak minta jadi Peguam Negara. Mahathir dan kerajaan Harapan yang gatal mengangkatnya.
Tunku demi membuktikan kesaksamaannya, keterbukaan dan tidak perkaumannya menawarkan bukan Melayu jadi Gabenor Pulau Pinang pertama setelah merdeka dan Melayu jadi Gabenor Melaka. Cina jadi Ketua Menteri Melaka dan Cina jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Orang Islam Pulau Pinang tidak setuju. Gabenor mesti Melayu, Cina jadi Ketua Menteri tidak mengapa. Maka Tunku terpaksa batalkan Leong Yew Koh jadi Gabenor Pulau Pinang jadikan dia Gabenor Melaka. Raja Tun Uda tidak jadi Gabenor Melaka tapi jadi Gabenor Pulau Pinang.
Melayu Pulau Pinang terima Ketua Menteri Cina dengan andaian sekejap. Tetapi jadi sepanjang masa.
Gabenor Cina baik bagi Pulau Pinang atau Melaka, tidak jadi masalah bagi Tunku dan orang yang sefikiran dengannya kerana Gabenor tiada kuasa esekutif.
Bising Melayu seluruhnya bergabenorkan bukan Islam kerana ia jawatan simbolik dan dia ahli dalam majlis dan Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Boleh pula bukan Melayu duduk setaraf dengan Raja-Raja. Kerana Gabenor itu adalah ganti Yang di-Pertuan Agong di negeri yang tidak beraja, maka boleh pula bukan Islam jadi ketua agama di negeri yang bergabenor.
Semuanya mentakwil kebijaksanaan Tunku dan Umno. Sikap Tunku itu dikira bukan kesaksamaan tetapi keterbukaan yang keterlaluan dan melampau batas. Dia dikira memberi muka. Yang kuat mentakwil Tunku itu ialah Dr. Mahathir sampai mengeluarkan buku Malay Dilemma.
Lepas penggal itu Tun Leong Yew Koh tidak jadi gabenor lagi. Tapi bila Malaysia dibentuk, Tunku beri peluang kepada bukan Islam jadi Yang Dipertuan Negeri tetapi mereka hendak jadi Islam. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sememangnya pintar. Semasa Singapura dalam Malaysia, diangkatnya Yusuf Ishak jadi Yang Dipertuan Negeri Singapura dan kemudian jadi Presiden. 50 tahun kemudian baru ada Melayu jadi Presiden kedua Singapura.
Mungkin bangsa-bangsa tidak berbangkit isu Islam dan bukan Islam. Tunku angkat bekas hakim Ramani dari kaum India jadi wakil tetap di PBB. Kerana bukan Islam dia sokong India dalam perbalahannya dengan Pakistan. Jatuh status diplomasi kita dalam kalangan negara Islam.
Tunku dan Mahathir cuba buktikan tidak perkauman. Pro Islam PM dan kerajaan tidak meningkat suhu perkauman tetapi dengan kesaksamaan Mahathir dan Tunku api perkauman merayap semula dalam dedak.
Jika Tunku ada mungkin dia minta Tommy masuk Islam untuk jadi Peguam Negara. – HARAKAHDAILY 17/7/2018
Zambry ajak Umno belajar dari kekalahan
Sumber HD - 14-7-2018DEMI melakar kebangkitan semula Umno bagi berkuasa semula, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengajak Umno belajar dari kekalahannya.
Itulah kunci saranannya pada wacananya di gedung Krangkraf bersama Timbalan Presiden baru dan Ketua Pemuda baru Umno.
Bila dia ajak semua belajar dari kekalahan dan mengapa ia kalah, maka tiga juta ahli Umno diajak belajar itu mungkin memberi tiga juta dapatan masing-masing. Habis bercelaru Umno dengan ratus ribuan persepsi itu.
Jika Zambry sendiri mula mempelajarinya, dia boleh dapat satu lagi PhD dan dengannya besar harapan Umno bangkit semula.
Adakah Zambry sendiri sudah belajar kekalahan Umno yang lebih dari sekali di Perak, negeri yang dia jadi menteri besar secara rampas kuasa tahun 2009?
Bagi Zambry kekalahan 9 Mei 2018 bukan kekalahan pertama Umno Perak dan baginya. Dia ketua Pemuda Umno Perak dan Adun pra PRU 2008. Partinya sudah kalah pada PRU itu. Adakah dia sudah belajar dari kekalahan itu dan adakah dia belajar dengan rampasan yang menjadikannya menteri besar?
Jika dia belajar dia tidak paut jadi menteri besar yang kalah 9 tahun selepas rampasan kuasanya. Jika dia belajar, belajarnya tidak habis.
Zambry boleh ambil PhD baru dengan mempelajari sejarah kekalahan Umno di Perak. Di Perak saja Umno kalah satu kerusi PRU1955 di Kerian. Umno menang 51 kerusi tapi merekodkan satu kekalahan Federal dan satu Dun di Perak. Adakah dia belajar mengapa Banjar Kerian tolak Umno?
PRK pertama selepas merdeka telah memberi isyarat pengundi Cina Ipoh tidak mengundi calon MCA bagi mengisi kekosongan kerusi Leong Yu Koh yang jadi Gabenor Melaka. Tahun 1955 mereka mengundi Perikatan Umno /MCA. Tahun 1957 mereka tidak lagi menyokong parti yang mengajak mereka sama-sama menuntut kemerdekaan.
Sejak itu Lembah Kinta jadi kawasanyang tidak setia kepada Umno.
Zambry baru masuk sekolah masa PRU1969. Umno kalah kepada PPP pimpinan D.R. Seenivasagam di Perak dan beberapa kerusi Parlimen termasuk empat di Lembah Kinta. Umno tidak cukup satu kerusi untuk membentuk kerajaan. Pembangkang PPP dapat kerusi terbanyak – 12. Pembangkang PPP, Gerakan, DAP dan PAS idak bersatu mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan.
Beberapa hari Perak tidak ada kerajaan. Tercetus tragedi 13 Mei, Tun Razak membentuk kerajaan Mageran mengisytiharkan darurat berkurung seluruh negera. Umno mengambil kesempatan di luar demokrasi memaksa Adun tunggal Melayu PPP menjadi Adun Umno, maka pun berkuasa semula.
Dua kali Umno kalah di Perak – PRU1969 dan PRU2008 – Umno mengatasinya, berkuasa tanpa sokongan majoriti rakyat. Ia membeli Adun pembangkang secara paksa. Zambry jadi Menteri Besar tahun 2009 seperti kaedah Umno membentuk kerajaan tahun1969 dengan mengepung Samsudin Harun, Adun PPP yang dijadikan Umno. Dia berkuasa tetapi majoriti rakyat Perak tidak bersama Umno.
Saya naik bot ke Pangkor tahun 2017. Seorang penumpang memberitahu saya, Zamby kalah dari peti undi Pulau Pangkor PRU 2013. Tetapi dia menang dengan undi TLDM. Ertinya dia bukan wakil rakyat tapi wakil TLDM.
Pada PRU14 Zambry menang Dun Pangkor tapi kalah Parlimen Lumut. Dipercayai pengundi bukan Melayu di Pangkor tidak seramai di Lumut. Zambry boleh belajar 95 peratus undi Cina tidak undi Umno dan PAS di kebanyakan kawasan. Ia tidak membantu Umno menang tapi ia membantu Umno kalah.
Aliran undi Cina begitu sejak 1957. Adakah patah ke belakang selepas ini? – HARAKAHDAILY 14/7/2018
BAIK meninggalkan PAS atau menjauhkan diri dari parti dibimbangi sama dengan kesilapan meninggalkan jemaah. Meninggalkan jamaah adalah satu kesiapan yang tidak ditakwil lagi.
Kita selalu mengira tindakan tentera Islam meningalkan Bukit Uhud, satu lokasi strategik mujahidin dalam perang Uhud adalah satu kesilapan besar dan itulah punca kekalahan tentera Nabi Muhammad s.a.w. dalam perang itu.
Pasukan berkuda itu adalah satu unit dalam angkatan mujahidin dalam medan Uhud itu. Ia adalah satu unit dalam jemaah.
Jemaah adalah jentera penting dalam membangunkan Islam.
Islam tidak memadai tanpa jemaah. Islam itu adalah satu medan subur ibarat tanah lapang.
Tidak boleh tegak sendiri tanpa jamaah. PAS adalah jemaah Islam untuk umat negara ini. Setiap bumi yang subur ada tumbuhan bagi memenuhi keperluan penghuninya.
Seperti Eropah ada kebun epal dan anggur, benua Arab ada tumbuhan kurmanya, maka hiasan bagi bumi Islam kita di sini ialah langsat dan rambutannya.
Langsat dan duku itu makan bagi menghidupkan penghuninya, sama seperti hidupnya Islam itu oleh jemaahnya.
Maka PAS adalah jamaah induk umat Islam di sini, diamanahkan kepada umat Islam di sini. Jadi satu keperluan umat Islam adanya jemaah. Keutamaan umat berada di satu komuniti, mengikut pesan Nabi seperti yang diriwayatkan oleh Huzaifah al-Yaman ialah mendahulukan mncari jemaah Islam.
Jika tidak ada, jadi kewajipannya mewujudkannya.
Jika tidak upaya mengadakannya, pesan Nabi, lebih baik menggigit perdu kayu dari menyertai pasukan tidak Islamik.
Maka keupayan PAS sebelum mendakwahkan umat bahawa PAS adalah jemaah umat di sini, ia mesti yakinkan orang PAS sendiri bahawa PAS itu adalah jemaah yang mereka tidak boleh tinggalkan dan jangan berenggang dengannya.
Seperti sempurna solat berjamaah itu justeru rapat safnya, maka lemah jemaah jika renggang anggota daripadanya dan cacatlah anggota yang merenggangkan diri itu. Apa lagilah silap dan salah jika meninggalkan jemaah dan memecah jemaah.
Saya pernah meletak jawatan dari jamaah pimpinan PAS justeru menyokong tindakan Haji Yusof Rawa yang tersinggung dengan satu keputusan muktamar semasa pimpinannya. Tindakan atas hak demokrasi saya itu ditegur oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor kerana pada fahamannya tiada ruang meletak jawatan dalam Islam.
Justeru saya mematuhi tok guru, saya tarik perletakan jawatan saya. Seorang yang status ulama yang sama meletak jawatan bersoal jawab dengan Ustaz Fadzil atas isu tidak letak jawatan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi itu. Tetapi dia pun menarik balik letak jawatannya. Saya puas hati dengan teguran Ustaz Fadzil kerana Pak Yusof Rawa juga bersetuju meneruskan pimpinannya sebagai Presiden/Mursyidul Am.
Tindakan Ustaz Fadzil itu adalah bagi menghalang saya jadi orang yang rugi merenggangkan diri dari jemaah. Sekadar saya seorang meletak jawatan, nescaya PAS tidak berkudis, tetapi bila saya renggang dengan jemaah masuklah syaitan mencelah. Jika sasya tidak dengar teguran Ustaz Fadzil, boleh diertinya saya memberi peluang kepada syaitan mencelah.
Barang dilindung Allah! Apapun silap dan rugi renggang dari PAS itu akan didebat orang.
Mungkin ada hujah dan nas apa yang dibenarkan oleh demokrasi itu mugkin tidak bersalahan dengan Islam.
Akan tetapi rasa sayang terhadap keberadaan berpuluh tahun dalam PAS, tiba-tiba di hari tua mencari jemaah lain atas apa jua sebab. Ada yang lebih dulu dari saya menyertai PAS. Ketika usia muda saya bergelumang dengan penganut sekular dan harmoni dengan dunia demokrasi, mereka sudah memberi jiwa, tenaga dan ringgit kepada perjuangan Islam melalui jemaah yang mereka percaya betul, tetapi sesudah habis masa di situ, ketika tulang telah reput dan kulit sudah kendur, bercadang pula untuk merasa udara jemaah lain.
Tiada suatu yang luar biasa bagi seorang pemain boleh bertukar kelab, tiada dosa dan pahala berbuat demikian. Tetapi kira PAS itu adalah sebuah jemaah yang dimaksudkan oleh apa yang Huzaifah al-Yaman riwayatkan tadi, ada isu akidah dan istiqomah di situ yang perlu diberi perhatian berbeza dengan keberadaan dalam mana-mana parti poltik demokrasi.
PAS adalah badan siasah Islam yang keramat. Tuan Guru Nik Abdul Aziz kata ada dosa politik dan pahala politiknya. Mungkin kita ada pandangan lain, tetapi tiada pernah saranan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu dibincang dan dipertikai oleh penyokong sebelum ini. Sikap senyap ahli-ahli PAS itu boleh dikira bersetuju dengannya.
Dan ketika krisis PAS pasca kerajaan campuran/BN hujung 1970- an, banyak suara sumbang mengira halatuju PAS ketika itu lebih nasionalis dari Islam, ada orang PAS tinggalkan parti, ada masuk DAP dan ada yang ikut Umno, ada yang membentuk al-Arqam atau bergiat dengan Tabligh, dan lainlain, tetapi Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang tidak membentuk jemaah sendiri.
Mereka bukan sekadar mengadakan kuliah yang didengar tetap oleh belasan ribu, tetap mereka adalah penceramah PAS yang diminati ramai.
Kekal mereka dalam PAS yang krisis dan pemimpinnya yang menghadapi krisis kepimpinan.
Mungkin mereka tidak jumpa hujah yang melayakkan boleh jemaah dipecah. Mereka sabar, istiqamah, mengajak diri meeka bertenang dan mereka berjaya mengubah PAS dari dalam dan megambil pimpinan PAS malah berjaya memacu PAS keluar dari krisis dan berjaya membina kekuat an baru atas kelemahan berbelas tahun itu.
Memng ada jemaah baru tadi merasa senang dan bebas setelah berada dalam NGO yang merdeka dari PAS. Malah ada yang lebih ke depan dari PAS dalam banyak hal, tetapi setelah kekuatan dan perpaduan PAS tersohor semua, kebanyakan jemaah tadi hilang dan PAS seorang jemaah induk utuk semua.
Betapa lemahnya PAS masa itu bukan sekadar itu bukan sekadar justeru krisis dan pertikaian ia nasionaliskah atau Islamkah, tetapi antara yang melemahkannya ialah tindakan penyokongnya membentuk jemaah dan NGO sendiri. Gara-garanya melambatkan kemenangan PAS.
Bukan NGO bersendirian itu tidak elok, tetapi NGO yang disertai sama oleh penyokong PAS justerunya ia menjanjikan lonjakan moral kepada PAS adalah lebih bertenaga dari NGO yang tidak disama rancakkan oleh orang orang PAS.
Al-Arqam ditubuhkan oleh beberapa orang aktivis PAS yang tidak senang dengan krisisnya dulu dan ia adalah untuk membantu PAS dari luar. Ia penuh semangat PAS ketika munculnya, tetapi setelah ia besar, ia senang dan bebas dari ikatan dengan PAS, akhirnya ia mahu menyaingi PAS.
Mungkin ia tidak memecahkan PAS tetapi ia menyebabkan orang Islam ada pilihan selain PAS.
Dengan demikian jemaah Islam sudah tidak tunggal lagi. Bila tidak tunggal, maka ia sukar menghadapi jemaah tidak Islamik yang tunggal.
Mungkin tiada rugi orang PAS bergiat dalam badannya sesndiri.
Tetapi membebaskan diri dari PAS itu adalah pemulaan merenggangkan diri dari PAS. Payah bagi yang renggang itu terus rapat, tetapi bila renggangnya bertambah lebar, ia akan berakhir dengan bertembung dengan jemaah asal. Itulah rugi dan silap cuba berjuang dengan jemaah yang satu.
SUBKY LATIF
MR : Istiqamah dalam perjuangan suatu ungkapa mudah diucap tapi sukar dilakukan apatah lagi setiap perjuangan pasti akan diuji dengan pelbagai tipudaya....
Ssumber MR - -7-018
Tahniah, takziah Asyraf Ketua Pemuda Umno
Sumber HD - 26-6-2018TIDAK pasti apakah patut diberi tahniah atau takziah kepada Asyraf Wajdi Dusuki atas pemilihannya menjadi Ketua Pemuda Umno menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Khairy Jamaludin?Awalannya boleh diberi tahniah jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia itu, satu jawatan politik yang ketiga pengaruhnya bagi parti sekular Melayu/Islam itu selepas Presiden dan Timbalan Presidennya.
Pada zaman parti itu berkuasa, ia selalu dilihat pada Umno dan kerajaan kerana ia memang satu sayap yang penting dan kedudukannya Ketua Pemuda dilihat sebagai pelapis yang terdekat dengan tampuk kekuasaan.
Tetapi Asyraf adalah Ketua Pemuda Umno yang pertama sesudah ia tidak berkuasa dan sesudah parti itu tidak dipastikan berduit lagi atau tidak. Keadaannya mungkin boleh disamakan pembentukan sayap itu di bawah Kapten Hussein Onn seletah ia ditubuhkan. Tiada kuasa dan perjungan parti itu adalah untuk menegakkan kerajaan sendiri. Setelah ketiadaan Dato Onn dan Kapten Hussein perjuangannya ditingkat kepada kemerdekaan.
Lepas kemerdekaan ia sepatutnya mengisi kemerdekaan dengan cita-cita penubuhan Umno. Tidak pasti perjuangan itu ada atau tidak tetapi yang dilihat ia jadi tempat orang cari makan, makan gaji dan mencari kekayaan.
Sekarang ia sudah bukan jadi empat orang cari makan. Berlambak anak muda tidak dapat makan gaji. Apa lagi ia sudah tidak berkuasa dan tidak dipastikan jadi parti berduit lagikah selepas ini.
Apakah anak muda sedia bersukarelawan jadi Pemuda Umno tidak mengutamakan duit seperti Unit Amal Pemuda PAS? Unit Amal keutamaannya amal, duit kedua atau ketiga.
Jika tiada kuasa itu setakat menjelang PRU15 boleh tahan lagi. Jika menunggu PRU16, takut Asyraf dibawa gelombang dulu dari Pemuda Umno.
Ia antara cabaran yang Asyraf terpaksa hadapi dan lalui. Jika boleh bertahan seperti Pemuda PAS sudah cukup, tetapi takut jadi Pemuda Parti Rakyat, hujung hilang pangkal lesap.
Hari-hari menjelang dua bulan tidak berkuasa ada saja orang keluar Umno, pemimpin Umno memberi laluan kepada anak muda dan mengumum diri bersara dari politik. Setiap pagi membaca akhbar bagi mengetahui siapa pula keluar Umno. Jika ini tidak dapat disekat, maka kita kena beri takziah kepada Asyraf.
Asyraf adalah anak muda beragama dan ahli agama dari Kelantan. Ibu bapanya membesar di tengah rakyat Kelantan yang menolak Umno. Orang Kelantan khususnya yang beragama berkampung bersama PAS. Amat kurang benih beragama di Kelantan bersama pimpinan Umno. Tun Razak pergi ke Mesir mencari benih beragama untuk bersama Umno. Dia dapat bapa Asyraf. Dia tidak jadi pemimpin Umno tetapi hingga pencen makan gaji dengan Umno.
Paling lama anak muda bersama Umno di Kelantan Tengku Razaleigh. Dia dikenali sebagai pemimpin Umno Gua Musang, bukan Kelantan atau persekutuan. Umno ambil Awang Adek dari Bank Negara untuk memimpin Kelantan. Orang lain jadi Gabenor Bank Negara, dia makan gaji dengan Mara.
Sekarang Umno ambil ahli agama memimpin Pemuda Umno. Ahli agama yang lain di Kelantan memilih PAS. Dia dilihat antara beragama yang rasional tetapi memilih Umno. Sudah dua kali dia mencuba nasib di Kelantan, rakyat Kelantan belum mahu Umno.
Bila orang persekutuan pula tidak mahu Umno lagi, bagaimana Asyraf hendak suap Umno kepada Kelantan. Jika dia memilih Pemuda PAS, politiknya mungkin senang. Tetapi dia memilih Umno ketika orang tak mahu Umno. Mungkin perlu diucap takziah. – HARAKAHDAILY 26/6/2018
Umno di ambang revolusi
Sumber HD - 24-6-2018UMNO dengan tiga juta ahlinya yang dilihat padat menjelang PRU14 tidak siapa dapat menduga ia boleh diumbang-ambingkan dalam waktu yang terdekat. Demikian juga tidak siapa dapat meremehkan PKI – Partai Komunis Indonesia – yang anggotanya dua juta – disokong pula oleh Presiden Sukarno boleh diapa-apakan sebelum kegagalannya merampas kuasa yang dinamakannya Gestapu (Gerakan September Tiga Puluh), 1965.
Kegagalan Gestapu itu menjadikan dua juta ahli PKI itu hancur tidak berbenih hingga hari ini.
Umno nampak padat itu seolah-olah lompang di dalam. Berikut kekalahan yang tidak disangka ramai malam 10 Mei lalu, tiga juta ahlinya termangu-mangu, hilang taring dan melutut kepada kehendak demokrasi.
Ada suara terpinggir dari mereka menuntut Najib berundur justeru menerima tanggungjawab atas kekalahan pertama kali itu. Sebelum suara itu merebak seperti reaksi umum terhadap suara seorang kanak-kanak yang bertanya mengapa Raja tidak berbaju dalam cerita rakyat Raja Berbaju Baru, maka Najib melepaskan jawatan Presidennya.
Jika Najib tidak cepat berundur mungkin ruap panas hati Umno meletup. Najib tinggalkan Umno kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein bagi menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno Jun 30 ini. Tidak tahan dengan ujian itu Hishammudin tinggalkan Zahid seorang diri.
Justeru Majlis Tertinggi Umno bubar berikutan pemilihan pimpinan pada Jun 30 ini, semua ahli Umno bangun memburukkan amalan dan tradisi kepimpinan lamanya kecuali yang di Pekan, buruk baik mereka bersama Najib seperti setianya Hang Tuah kepada Raja Melaka.
Tidak pernah jawatan Presiden itu dicabar kecuali ia kosong dalam dua sejarah. Pertama ketika ia dikosongkan oleh Dato Onn. Tunku Abdul Rahman Putra dan Haji Ahmad Fuad bertanding. Ada yang kata calon ketiga Mustapa Hussein dari Larut-Matang. Sejarah kedua berikutan kematian Tun Razak. Pemangku Presiden Perdana Menteri Hussein Onn dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.
Tiada yang berani mencabar pemimpin kecuali Sulaiman Palestin. Sama tidak beraninya orang menegur Najib termasuk Khairy Jamaluddin. Semuanya takut jadi macam TS Muhyiddin Yassin.
Sesudah Umno tidak berketua, Zahid yang digerun semasa Najib berkuasa dan diamanah Najib sebagai warisan pertamanya memimpin parti tidak dipeduli lagi oleh setengah Umno. Enam orang mencabar Zahid dan yang popularnya Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaludin.
Kebanyakan ahli berbagai lapisan menyalah dan memburukkan pimpinan selama ini. Kerana Najib melepaskan diri dari awal, Zahid yang setia itulah memikul luahan semua terhadap Umno selama ini. Ku Li tawar diri jadi calon Presiden dari zaman Mahathir hingga zaman Abdullah Badawi setiap kali ada pemilihan. Tetapi tidak pernah tawar diri semasa Najib. Sesudah tinggal Zahid dan dipercayai selepas istikharah, dia jadi calon.
Khairy melepaskan diri dari belenggu yang ditinggalkan Najib, menggunakan politik beri laluan kepada anak muda untuk memenangi pertandingan Presiden itu. Politik anak muda ini mendominasi seruan semua parti politik dalam PRU14.
Khairy tinggalkan TN50, tumpu isu anak muda. Zahid tiada pilihan bergantung kepada siapakah agaknya yang masih setia kepada Najib. Satu cara mudah menang ialah memburukkan Najib, tetapi Zahid tidak mampu memburukkan Najib. Jika dia memburukkan Najib, seperti memburukkan diri sendiri.
Selepas Umno dan Najib tumpas ini, semua oang Umno bangun. Mana-mana ketua bahagian pertahankan jawatan dicabar. Shahidan Kassim dan Noh Omar kiranya masih kekal, belum tentu selamat tiga tahun lagi.
Umno kini berada di ambang revolusi dalaman. – HARAKAHDAILY 24/6/2018
Tanjung bagi Pulau Pinang dicadang tahun 1965
Sumber HD - 22-6-2018PROFESOR Datuk Murad Merican dari USM dalam tulisannya di Sinar Harian menyarankan Pulau Pinang dikenang dengan sejarahnya yang sudah bermula seawal tahun 1734 lagi berdasarkan Masjid Jamek Batu Uban dibina tahun itu, 52 tahun sebelum British mengambil kuasanya dari Kedah tahun 1786.
Sudah ada tamadun Melayu/Islam di pulau itu masa itu. Jika tidak masakan boleh dibina di situ masa itu?
Jika nama Dr. Lim Chong Eu dan Karpal Singh boleh diabadikan bagi jalan dan lokasi tertentu, tanyanya, mengapa nama orang awal mendiaminya seperti Haji Muhammad Saleh @ Nakoda Nan Intan dan lain-lain sebelum kedatangan Kaptan Francis Light ke situ.
Lalu Prof Datuk Murad mencadangkan nama Bandar Georgetown dikembalikan kepada nama asalnya Tanjung atau Tanjung Penaga. Bukan demi menafikan kewujudan majoriti besar penduduk Cina di negeri itu sekarang tetapi semata-mata sebagai pengiktirafan sejarah seperti yang diinginkan oleh UNESCO.
Sebaik merdeka kita ubah kota yang memakai nama penjajah kepada nama tempatan seperti Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang dan Jeselton kepada Kota Kinabalu dan lain-lain. Maka Dr.Murad suka Tanjung digantikan bagi Georgetown kerana nama asal sejarahnya.
Saranan beliau bukan yang pertama. Kami dari Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang sudah cadangkan nama itu tahun 1965. Haji Sulaiman Palestin, Speaker Pulau Pinang dalam kenyataan medianya mencadangkan agar tahun 1966 dijadikan tahun peralihan penggunaan bahasa kebangsaan sebelum ia dirasmikan tahun 1967 seperti yang disetujui oleh perlembagaan iaitu Bahasa Melayu akan jadi bahasa rasmi sepuluh tahun selepas merdeka.
Rang usul itu dibentangkan di Dun Pulau Pinang oleh Adun Ismail Hashim dari Sungai Dua, Bayan Lepas dan diluluskan.
Menjelang pembentangan itu beberapa orang peminat bahasa diketuai oleh Cikgu Mohd Nor, mantan Yang Dipertua Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung dan mantan Ahli Majlis Tertinggi Umno menubuhkan badan ad-hoc Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang. Saya jadi ahli. Anggota lain ialah Harun Hasan, wartawan kanan Utusan Melayu di Pulau Pinang dan setiausahanya Zakri Abadi. Beberapa yang lain saya tidak ingat.
Antara yang kami putuskan ialah menamakan semula Bandaraya Pulau Pinang kepada Tanjung. Sekalipun British menamakan bandar itu Georgetown, nama Raja Inggeris masa Pulau Pinang diambil tetapi semua orang memanggilnya Tanjung. Penduduk Cina yang mulai ramai itu sendiri menyebutnya Tanjung. Pejabat kerajaan saja memakai Georgetown.
Apabila Pulau Pinann diisytiharkan bandaraya sebelun merdeka ia dipanggil Bandaraya Pulau Pinang. Saya tidak ingat ia dipanggil Bandaraya Georgetown. Semua Datuk Bandar yang dipilih dipanggil Datuk Bandar Pulau Pinang. Pilihan raya ahli majlis bandaraya pulau diketahui dengan pilihan raya Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Bila kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Wong Pau Nee mengambil alih kuasa Majlis Bandaraya untuk ditadbir oleh kerajaan negeri iaitu disebut Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Georgetown tidak diguna langsung.
Saya tidak tahu apa Cikgu Mohd Nor buat atas keputusan menamakan semula sebagai Tanjung kerana saya pindah ke Kuala Lumpur. Demikian juga Harun Hasan dan Zakri Abadi. Adakah Tan Sri Yusuf Latif Setiausaha Politik Ketua Menteri masa itu tahu hal itu?
Apabila Gerakan mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri dan Haji Ahmad Badawi, Timbalan Ketua Menteri, Bandaraya Pulau Pinang jadi Georgetown semula. Tanjung tidak diketahui lagi. – HARAKAHDAILY 22/6/2018
Beraidilfitri di negeri Umno
Sumber HD - 21-6-2018BIASANYA Hari Raya Aidilfitri kedua saya sekeluarga berhari raya di kampung barang dua tiga hari. Tetapi tahun ini hari kedua itu kami ke Pahang kebetulan ipar yang paling kanan tinggal di Kuantan.
Di samping mahu berhari raya bersama keluarganya, saya memilih Pahang kali ini ialah untuk berhari raya di negeri yang masih diperintah Umno. Di situ saja di samping sebuah negeri lagi iaitu Perlis dimenangi Umno /BN dalam PRU14 lalu.
60 tahun negara ini dan kebanyakan negerinya diperintah Umno/BN kecuali Kelantan dan Pulau Pinang. Pada PRU kali ini seminggu sebelum puasa habis berguguran kecuali di Pahang dan Perlis saja, dua negeri yang paling rendah pendapatannya mengikut suasana ekonomi sekarang.
Dulu ia bersama Terengganu dan Sarawak sebagai negeri termiskin tetapi Terengganu dan Sarawak negeri yang berminyak yang jika ditunaikan royaltinya 5 peratus nescaya jadi negeri yang berada dan jika ditunaikan manifesto Harapan hendak memberi 15 peratus royalti maka lebih makmurlah ia.
Akan tetapi Pahang yang dipercayai jutaan tahun dulu antara wilayah bergunung berapi kerana tanah sekeliling Beserah adalah jenis tanah yang ada gunung berapi. Maka hidup Pahang selepas merdeka ditampung oleh pemerintahan bapa angkatnya Barisan Nasional yang berkuasa di pusat.
Tetapi sekarang bapa angkat itu sudah kalah di pusat dan negeri-negeri lain selain dari Pahang dan Perlis. Dan jika Harapan pula jadi macam BN selama 60 tahun lalu menganak tiri kerajaan bukan BN seperti yang dialami Kelantan dan Terengganu 1999-2004, maka nescaya mengemislah Pahang kecuali Adun Umno itu beramai-ramai meninggalkan Umno dan masuk Harapan.
Suasana sekarang sudah tiada BN lagi. Yang tinggal adalah Umno dan Pahang sekarang adalah negeri terakhir Umno. Umno pula nasibnya lebih teruk dari PAS. Umno dan PAS sama-sasma dapat dua kerajaan negeri, tapi negeri yang dapat dua-duanya berminyak. Pahang dan Perlis terpaksa ikat perut.
Maka eloklah beraya di Pahang untuk melihat keadaan di Pahang dan kebarangkalian kali terakhir untuk Umno. Masa depan belum tentu ada lagi. Selama ini kita diperintah Umno. Apabila Umno yang tinggal di Pahang saja, untuk menghilangkan gian dedak Umno itu kami beraya di Pahang sebelum ia tiada lagi.
Oleh kerana negeri itu saja yang Umno masih berkuasa tidak terasa berbeza sangat. Di Pahang saja yang ada hari terbuka yang tuan rumahnya kerajaan Umno. Di negeri lain hari terbuka dituanrumahkan oleh kerajaan Harapan dan PAS. Bagi Umno di mana saja yang hendak hadir ke rumah terbuka anjuran Umno kena pergi ke Pahang saja. Sekalipun di Kedah dan Perak kerajaan Harapan masih macam telur di hujung tanduk, tapi Umno bukan jadi tuan rumah terbuka di Ipoh dan Alor Setar.
Rakyat Pahang tidak terasa sangat kerana hari rumah terbuka masih besama dengan Menteri Besar Umno dan MB Umno boleh memberi duit raya kepada kanak-kanak. Cuma Menteri Besar lama Datuk Seri Adnan Yaakob tidak ke depan lagi. Dia ke tepi sikit. Tidak bersalam dengannya. Semua orang hendak bersalam dengan Menteri Besar dan exco baru.
Tapi Tok Nan masih bersama, cuma dia di tepi seperti orang lain yang ramai itu.
Orang berhari raya di Pekan masih beduyun-duyun ke rumah terbuka Datuk Najib. Macam masa Perdana Menteri juga. Diapun tidak hendak ke mana lagi. Dua tiga hari berada di Pekan. – HARAKAHDAILY 21/6/2018
Jangan sanggup tanggung dosa orang lain!
Tambah kapsyen |
Sumber HD - 14-6-2018BEKAS Perdana Menteri Najib sudah jadi macam Tunku Abdul Rahman Putra sanggup menanggung dosa orang lain.
Semasa jadi Perdana Menteri dulu Tunku sanggup menanggung dosa sekalian orang yang duit keuntungan loteri masyarakat atas tujuan agama Islam seperti membina dan membantu kelengkapan sekolah agama rakyat dan lain-lain.
Demikian reaksi Tunku atas bantahan umat Islam isu itu. Ulama yang memfatwa wajar duit itu diguna ialah dari ia banyak digunakan oleh agama lain, baiklah ia digunakan juga untuk kebajikan Islam.
Najib pula di akhir pentadbirannya menghantar imam dan pegawai masjid menunaikan haji dengan duit 1MDB. Hingga ada yang mentakwilkan sahkan haji 1MDB itu? Ada yang membandingkan haji dengan duit loteri sah tapi tak elok. Jika ibarat itu digunakan haji 1MDB itu sah tapi adakah dapat haji mabrur?
Untuk dapat haji mabrur pak-pak haji 1MDB itu eloklah cari duit yang elok menunai haji sunat pula!
Apapun sama ada berdosa atau tidak menggunakan duit yang dipertikai itu untuk tujuan ibadat biar tok-tok mufti menjelaskannya. Tetapi bagi orang Islam tidak elok menanggung dosa orang lain. Dosa kita sendiri sudah tidak tertanggung, maka tambah lagi dengan menyanggupi dosa orang lain.
Kita dikehendaki mengumpul sebanyak pahala atas setiap yang kita lakukan dan menumpang pahala dari ibadat orang lain yang ada hubungannya ibadat mereka berpunca dari kebaikan kita. Jangan sekali kita beroleh dosa atas apa juga kerja kita.
Kita dianjurkan sentiasa mohon keampunan Allah jika di luar sedar kita berdosa dari kerja kita. Sama ada kita terlibat dosa atau tidak kita disuruh taubat sepanjang masa. Nabi SAW yang maksum itu beristighfar 70 kali sehari. Maka yang tidak maksum sentiasa mohon diampun Allah.
Tidak disuruh sama sekali kita menanggung dosa orang lain. Jika orang lain berdosa kerana kita, maka kita mesti minta maaf kepadanya dan mengingatkan orang itu supaya minta taubat dari Allah atas kejadian itu. Jika Alllah tidak ampunkan mereka, maka payah bagi bebas dari dosa itu.
Dan dengan mereka tidak taubat, kita sanggunp tanggung dosa mereka, mereka tidak lepas dari dosa itu dan dosa itu tetap kita tanggung sebab kita sudah menyanggupinya. Jangan fikir sesudah kita sanggup tanggung dosa mereka, mereka bebas dari dosa itu.
Jika menghantar haji 1MDB itu tidak berdosa, tetap kena minta juga keampunan Allah dan dengan demikian kita dapat mengumpul sebanak-banyak pahala daripadanya. Najib akan dapat pahala haji sama banyak dengan pahala haji setiap orang. Jika dia hantar 100 orang, Najib akan dapat 100 pahala haji dan setiap orang tidak luak pahala hajinya.
Tetapi apabila didapati tidak betul, bahkan mendatangkan dosa, maka kita cepat-cepat bertaubat dan minta sekaliannya mohon ampun jika mereka juga mendapa dosa sambil minta sama-sama berdoa moga-moga diampunkan dosa kita itu. Jangan sekali-kali senangkan hati mereka dengan janji sedia menanggung segala dosa itu!
Allah Maha Pemurah dan Maha Pengampun, dengan taubat itu moga-moga ia diterima sebagai taubat nasuha.
Makhluk yang sangat suka menanggung dosa orang lain ialah iblis. Dijanjikannya kepada sekalian manusia, semua yang dibisikkannya adalah berpahala. Semuanya dosa dan kembalinya adalah neraka. Kerjanya mahu semua masuk neraka bersamanya, kerja kita supaya semua terlepas dari dosa. Mengambil dosa mereka tak melepaskannya dari dosa. – HARAKAHDAILY 14/6/2018
Boleh melambatkan Rosmah masuk syurga
Sumber HD - 13-6-2018KETIKA rencana ini ditulis, sudah dua minggu polis masih belum selesai mengira harta yang dirampas dari Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.
Bukan seorang dua polis membilang, bahkan sepasukan, masih meneruskan mengira duit tunai dan nilai lain harta. Demikian banyaknya harta Rosmah yang dirampas.
Banyaknya harta itu, jika ia adalah hasil sepencarian antara Rosmah dan suaminya, Najib nescaya boleh melambatkan mereka masuk syurga. Terpaksa menunggu di pintu syurga kerana semuanya diaudit dulu, dari mana ia didapati dan cara ia dibelanjakan.
Saya tidak kata harta itu haram. Katakanlah ia hartanya yang sah, tetapi begitulah syarat untuk mauk syurga, semuanya diaudit dulu sebelum dibenarkan masuk syurga.
Saya teringat kisah yang disebutkan oleh seorang Tok Guru dalam kuliahnya di masjid, betapa Nabi S ulaiman terpaksa menunggu selama 40 tahun justeru audit atas hartanya baru selesai.
Nabi adalah maksum. Kalis dosa. Tetapi baginda adalah Raja sealam dunia, maka kekayaannya tidak terkira. Tentulah Nabi itu mendapatkan semua harta secara sah. Nabi dipelihara Allah dari melakukan kesalahan. Tidak diragukan lagi semuanya ahli syurga. Boleh dimasukkan ke syurga tanpa hisab.
Tetapi itu peraturan hendak masuk syurga, semua harta itu diaudit dulu. Hatta Nabi Sulaiman sendiri terpaksa menunggu 40 tahun.
Itulah untungnya orang miskin yang soleh seperti Abu Zar al-Ghafiri yang tidak meninggalkan sebarang, sebaik masuk ke Mahkamah Rabbul Jalil, tiada hartanya yang hendak ditimbang kecualilah lain-lain dosa, maka tidak perlu menunggu lama di pintu syurga. Demikianlah senang orang miskin di dunia untuk masuk ke syurga.
Tetapi orang kaya, sekalipun semua harta diperoleh secara halal terpaksa jenuh menunggu di pintu syurga. Sedang syurga oleh semua tidak mahu menunggu dan bertangguh-tangguh. Jika boleh masa itu juga sekaliannya mahu masuk syurga.
Apakah orang kaya yang dijamin syurga terpaksa bersabar kerana syurga tidak lari daripadanya? Bersabar itu bagi orang di dunia. Lagi tinggi sabarnya lagi besar pahalanya. Tempat membuat pahala adalah di dunia. Di akhirat bukan tempat membuat pahala. Maka semuanya tidak sabar untuk masuk syurga.
Jika Nabi Sulaiman yang tidak diragukan caranya mendapatkan kekayaan terpaksa menunggu 40 tahun, maka apa yang dapat hendak dibayang bagi kita orang awam yang ada sedikit harta dan apa lagi dengan yang sekaya Rosmah itu. Tidak dapat hendak diagak berapa lama audit di Mahkamah Rabbul Jalil itu ditunggu.
Sedang harta yang kita ada itu tidak dapat kita tentukan sah dan batalnya. Sedang yang bersih seperti Nabi Sulaiman terpaksa menunggu tiap-tiap hartayang dimilikinya, auditnya tentulah tidak payah sangat. Tetapi kita orang awam ini diagak banyak sangkut-sangkutnya.
Harta kita tidak setanding dengan harta Nabi Sulaiman. Mungkin tidak perlu menunggu 40 tahun, tetapi percayalah akan menunggu lama juga sesuai dengan jumlah harta yang dimiliki.
Dan bagi harta terkumpul dalam simpanan Rosmah, polis dengan pasukannya mengambil masa berminggu untuk membilangnya, maka berapa belas tahun pasangan Najib dan Rosmah terpaksa menunggu di luar syurga.
Apa yang kita sebut ini adalah atas harta-harta yang sah bersih. Tak termasuk yang didapati secara tidak sah.
Apabila polis mengambil masa yang lama untuk mengira duit yang dirampas, maka lama mana pula terpaksa menunggu audit di Mahkamah Allah itu? – HARAKAHDAILY 13/6/2018
Surat terbuka Anthony Loke
Sumber HD - 11-6-2018SAYA mengikuti beberapa siaran TV Waibi setelah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan. Saya dapati Waibi amat fasih dan petah dengan bahasa dan isu di Kementerian Pengangkutan.Pandangan awal saya, saya tertarik dengan isu yang dekat dengan hati rakyat yang anda sarankan, moga-moga dapat menyelesaikan beberapa maslah yang kalut selama ini.
Harapan saya dari sikap terbuka itu, Waibi dapat menyelesaikan dasar laknat MAS, syarikat penerbangan negara yang menghidang arak percuma atas permintaan penumpang dalam penerbangan sejak ia diasaskan. Kenyataan yang kerajaan buat di Parlimen adalah tegas ia tidak akan dibatalkan.
Lebih membelenggu rakyat timbalan menteri kerajaan yang ditolak rakyat itu dalam kenyataannya di Parlimen memaklumkan setiap tiket yang ditempah penumpang telah dimasukkan peruntukan arak yang disajikan tidak kira penumpang meneguknya atau tidak.
Tidak kira arak itu menjadi budaya kepada setengah manusia yang beragama dan tidak seperti komunis dan tidak mengaku wujudnya Tuhan, tetapi bagi Islam arak adalah bahan yang dilaknat. Segala yang dilaknat Allah itu tempat kembalinya dalam neraka.
Antara makhluk yang dilaksana itu ialah iblis, penganut agama Yahudi dan sesiapa saja yang terlibat dengan pengedaran arak.
Yang terlaknat bersabit dengan arak bukan sekadar kaki botol, bahkan meliputi siapa saja yagn terlibat dalam urusannya bermula dengan kebun yang menanam bahan yang boleh menghasilkan arak dengan tujuan untuk membuat arak.
Tidak dilaknat pekebun anggur dan kurma sebagai bahan makanan, tetapi bila kebun itu bagi menyediakan bahan arak, laknatlah pekebun itu. Dan siapa yang terlibat dengan proses penghasilannya adalah warga laknat belaka termasuk mengambil upah memasukkan ke dalam lori.
Bukan sekadar penyediaan arak dalam penerbangan MAS dilaknat, pramugari yang mengedarkannya kepada penumpang juga laknat tidak kira dia rela atau tidak rela. Bukan sekadar pembuat dasar membenarkan arak diedarkan dalam MAS, pesawat yang membawa arak itu sendiri jadi barang yang dilaknat.
Sesiapa yang menaiki pesawat yanag dilaknat, sama ada dia tahu atau tidak tahu, sesungguhnya dia sudah berada dalam risiko benda-benda yang dilaknat.
Risiko bagi yang tidak tahu itu boleh diibaratkan seperti seorang yang diupah membawa dadah ke satu destinasi sedang dia tidak tahu apa yang dibawanya, apabila ditahan polis atau kastam, dia terpaksa menerima hukuman risiko itu.
Jika kita sudah terima tempat kembali makhluk yang dilaknat itu adalah neraka, maka kita sudah boleh agak betapa pesawat MAS ke Beijing yang hilang beberapa tahun lalu dan tidak dapat dikesan di Samudera Hindi, kerana tentunya ia ada arak dalam pesawat itu, nescaya ia boleh ditemui di neraka nanti.
Saya tidak kata semua penumpang dalam pesawat yang hilang itu adalah ahli nereka, kerana Allah adalah Maha Pengampun, tetapi pesawat yang memuat sekalipun seliter arak, tempat kembalinya di neraka.
Kita jangan sangka kesan bahan laknat itu orang Islam saja, bukan Islam tidak terlibat. Iblis sebagai makhluk maksiat dan kafir di dunia, adalah ahli neraka kekal kerana dosa laknatnya itu.
Mendiang Nehru, Dag Hammarsjold, SU Agung PBB kedua dan Lee Kuan Yew adalah non-alkoholik, maka menteri DAP yang Kuan Yew adalah ikonnya boleh hormati non-alkoholiknya dengan mengharamkan arak dari MAS tidak kira SIA mengedarkan arak atau tidak.
Loke boleh jadi penjunjung perlembagaan Malaysia yang Islam adalah agama rasminya membuang arak dari MAS supaya semua terkeluar dari senarai laknat Allah. – HARAKAHDAILY 11/6/2018
Dua watak Dol Keropok selepas PAS
DOL Keropok adalah watak penting yang pernah menjadi pimpinan penting semasa dalam PAS dan selepas keluar dari PAS menjadi jurucakap lawan mengenai PAS.
Ada dua Dol Keropok yang seakan-akan sama wataknya dalam sepanjang sejarah PAS.
Mula-mulanya disangka satu watak itu saja yang terjadi kira-kira selepas tahun 1964 dulu. Rupanya menjelang patahnya kuasa Barisan Nasional ada juga watak itu lagi. Peranannya dalam politik lebih kurang sama.
Dol Keropok yang pertama boleh dikira orang penting mempromosikan PAS selepas tertubuhnya Parti Islam Se-Tanah Melayu itu. Dia pernah menjadi pentadbir utama parti itu dan pernah juga mengepalai jentera publisitinya yang penting.
Memang dia orang penting yang berjasa yang dikenal oleh semua dan disegani oleh semua. Hebatnya perjuangannya hingga terpilih menjadi anggota Parliman PAS dalam PRU tahun 1959.
Dalam PRU pertama sebelum merdeka dia sudah menjaadi seorang dari sebelas calon parti itu. Semua tahu seorang saja calon PAS menang iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husein di Kerian.
Tahun 1959 dia dicalonkan lagi. Masa itu PRU tidak serentak. Pilihan raya Negeri-Negeri dulu. Selepas itu baru PRU pusat. Keputusan PRN itu PAS berjaya di Pantai Timur saja. Beberapa orang penting dari Pantai Barat diletakkan di Kelantan dan Terengganu termasuklah Dol Keropok. Ini mencerminkan pentingnya Dol Keropok dalam PAS. PAS dari Pantai Barat diterima jadi calon di Pantai Timur dan dia menang.
Dia seorang diri pembahas rang undang-undang pembentukan Malaysia.
Lepas itu dia keluar PAS dan Umno terima pula jadi calon Perikatan. Nasib memihak kepadanya.
Sebagai MP Perikatan kerjanya mengganti Umno mentakwil PAS baik dalam Dewan Rakyat dan di luar dewan. Senanglah Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri dan timbalannya Tun Razak kerana kerja utamanya seolah-olah mempertikai hujah MP PAS.
Boleh dikira penyokong Perikatan yang penting di Parlimen menghujah buah fikiran MP PAS.
Hingga Dato’ Asri Muda sebagai seorang MP PAS pernah menyindir, betapa Yang Berhormat itu adalah jurucakap kerajaan tentang PAS.
Setelah lama Dol Keropok tiada ada lagi orang penting PAS jadi Dol Keropok yang baru, macam patah tumbuh hilang berganti. Watak kedua ini pun penting dalam PAS. Seperti Dol Keropok yang pertama, memilih sendiri untuk berada di luar PAS.
Tidak dipastikan Dol Keropok pertama mengira dia menyambung perjuangan Islam melalui wadah lain, tetapi watak kedua Dol Keropok meletak keutamaan kepda perkhidmatan kepada rakyat.
Oleh kerana Umno sudah hilang peranan selepas PRU14 tiada apalah sejarah Umno untuk diperkata. Yang ada sebagai penyokong kerajaan baru pula untuk dijawab ialah PAS juga.Kebetulan PAS jadi pembangkang juga baik dalam kerajaan lama mahupun kerajaan baru.
Bila PAS buka mulut Dol Keropak baru pun komen. Jurucakap lawan terhadap hal ehwal PAS juga.
Hari-hari akhir Dol Keropok suka kalau dapat bercakap selalu dengan al-marhum Ustaz Hassan Shukri, orang penting PAS yang mati dalam PAS. Dia dikatakan lebih senang berkongsi pandangan dengan rakan PAS lamanya.
Watak kedua baru dalam pengalamannya. Allah saja tahu masa depannya.
SUBKY LATIF
Sumber MR - 10-6-2018
Peguam Negara, apa hendak dikesalkan
Sumber HD - 9-6-2018TIADA apa yang hendak dikesalkan dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru yang tentunya sudah dimusyawarahkan oleh Top Enam pimpinan Pakatan Harapan.
Tiada Perdana Menteri Mahathir memandai memutuskannya sendiri menamakan Peguam Negara bukan Melayu/Islam melainkan dirundingkan sesama Top Enam itu dengan harapan tiadalah ia jadi Top Enam Jahanam, imbasan satu jodol wayang Enam Jahanam yang menarik satu masa dulu.
Tiada apa yang hendak dikatakan kerana semuanya tidak bercanggah dengan perlembagaan. Jika orang Melayu dukalara hanya terhadap perlembagaan yang terlepas pandang rasa hati orang Islam. Jika hendak marah dan kesal, marahlah kepada perlembagaan yang disetujui oleh Tunku Abdul Raman dan Tun Razak yang mengepalai rombongan rundingan kemerdekaan di London menjelang kemerdekaan dulu.
Dr. Burhanuddin al-Helmy pemimpin PAS masa itu minta ditangguhkan dulu kemerdekaan itu kerana syarat yang British beri menjadikan ia merdeka separuh masak. Dato Onn sependapat dengan Dr. Burhanuddin. Ada kelemahan pada perlembagaan itu.
Orang Melayu – raja-raja dan rakyatnya – sentiasa bersangka baik kepada semua. Tiada syak dan ragu atas syarat kemerdekaan dan perlembagaan gubalan Inggeris itu. Dari dulu hingga sekarang sekaliannya bersangka baik bahawa perlembagaan dan pengemudinya menjamin kedaulatan, keselamatan, Negara, Melayu, Islam, rakyat dan lain-lain.
Tetapi banyak cerita orang Melayu tertipu. Yang masyhur, rombongan pelayar perang Portugis dikatakan bertemu dengan Raja Melaka minta membeli tanah sebesar belulang lembu di kawasan strategik dengan harga yang luar biasa tingginya. Tidak dipastikan cerita itu benar tapi orang Melayu tahu cerita itu. Moralnya ia adalah satu sindiran kepada bangsa Melayu.
Raja setuju kerana tanah sebesar belulang lembu tidak sebarang kesan. Tetapi Peringgi menjadikan belulang itu tali yang apabila disambung ia menjadi kawasan yang luas. Ia jadi tapak kubu Peringgi menyerang Melaka. Raja dan rakyat tak terkata-kata. Melaka ditawan.
Jaminan Inggeris, Tunku dan Tun Razak tentang perlembagaan itu mungkin dirasai orang ramai kerana kita tidak dapat pastikan penjawat Peguam Negara itu seorang yang peka Islam dan Melayu seperti yang PAS harapkan.
Rakyat gembira kerana baru merayakan pemerintahan BN yang merugikan negara ditumbangkan. Hanya Umno yang terkedu akan kekalahannya. Kini ia terkedu kali kedua kerana pelantikan Peguam Negara yang baru itu. Kebanyakan orng Melayu terkedu sama.
Terkedu itu terkejut. Masing-masing terkejut krana perlembagaan tidak menjadikannya hak istimewa orang Melayu. Bukan semua jaminan orang Melayu itu mesti disebut dalam perlembagaan. Tetapi pemimpin mesti peka apa rakyat majoriti mahu dan tak mahu. Apa yan tiada dalam perlembagaan, pemimpin yang ada wawasan melengkapkan keperluan yang tidak termsuk dalam perlembagaan asal tidak dibuat kerana kezaliman.
Mereka jangan ambil kesempatan atas kekurangan perlembagaan meletak rakyat kecil hati dan jatuh semangat. Kecil hati itu tidak dapat diubat dengan mandi bung atau mandi dengan air dari tujuh kolah masjid.
Orang Melayu yang diasak oleh Umno dengan sikap anti Malaysian Malaysia masih dibelenggu oleh fobia itu. Tidak ganjil bagi DAP meneruskan cita-citanya. Tapi Top Enam Pakatan Harapan seolah-olah memulakan pengisian Malaysian Malaysia itu.
Tommy Thomas seorang pakar undang-undang berwibawa, tetapi rakyat akar umbi mahu penjawat penting dapat menambah motivasi dan inovasi, maju dan membangun. Bagi Islam, Islam itulah sumber motivasinya. Jika tidak percaya tanya DS Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 9/6/2018
Tersenyum tengok Anwar cium tangan
Sumber HD - 8-6-2018SETELAH mendapat pengampunan dan bebas di bawah langit terbuka DS Anwar Ibrahim mengadap Orang-Orang Bergelar di istana-istana.
Saya tengok dalam TV Anwar cium tangan orang bergelar. Saya senyum sendirian.
Lebih 30 tahun lalu semasa Anwar berpolitik non-partisan dia pernah kritik gambar pemimpin saya kerana membongkok kepada seorang bergelar di negara di atas angina.
Ini bukan cara pemimpin Islam, katanya. Saya senyum mendengarnya seperti saya senyum melihatnya mencium tangan seorang bergelar.
Saya tidak tahu adab seorang pemimpin, khususnya pemimpin Islam mengadap orang bergelar. Saya tidak tahu bagaimana Jaafar bin Abu Talib, muhajirin di Habsyah bila dipanggil Najasyi yang masih jahiliyah Nasrani. Adakah dia bersalam saja? Atau berdiri tegak tidak membongkok? Atau membongkok juga macam pemimpin yang dikritiknya?
Nabi SAW banyak menghantar utus sahabat menemui raja-raja jahiliyah menyeru mereka menerima Islam. Cara mana mereka berdepan dengan pembesar asing itu?
Sepanjang Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri saya tidak melihatnya mengangkat sembah raja-raja yang ditemui. Dia tunduk membongkok saja. Mungkin dia pun anak raja juga.Tun Razak pun tidak menyembah. Membongkok saja.
Saya melihat video TG Nik Aziz mengangkat sumpah jadi Menteri Besar Kelantan. Lazimnya pembesar istana mengadakan raptai bagi acara seperti itu.
Tun Datu Mustapa, Ketua Menteri Sabah dulu memberitahu saya, ulama memahamkan kepadanya mengkat dua tangan menyembah orang bergelar tdak dibenarkan Islam. Dia minta Tun Razak memaklumkan kepada sekalian raja. Tun Razak enggan tetapi ayuh kiranya Tun Mustapa sanggup.
Tun Mustapa sanggup. Katanya, mula-mula dia mengadap al-Marhum Sultan Pahang. Baginda tiada masalah tapi tidak sedia bercakap mengenainya dengan lain-lain raja. Beliau mengadap pula Sultan Selangor. Reaksinya positif.
Lepas itu Tun mengadap Raja Perlis. “Aku kena marah,” terang Tun Mustapa. “Lepas itu aku tidak berani lagi,” ujarnya.
TG Haji Hadi pernah membangkitkan isu semasa menjadi Menteri Besar Terengganu. Istana dikatakan tiada masalah tetapi belum bersedia memulakan perbincangan. Mufi Terangganu ketika berpendapat menyembah tidak berdosa tapi tidak berpahala. Bagi TG Haji Hadi, biarlah semua yang kita lakukan berpahala.
Tetapi mencium tangan orang yang dihormati bukanlah satu isu. Keturunan Arab yang dirasakan dekat dengan adab Islam. Peka bagi yang berpangkat muda mencium tangan yang peringkat tua. Bahkan orang sosialis juga mencium tangan orang tua.
Kata Pak Melan, tak biasa anaknya mencium tangannya. Tetapi katanya tentang seorang sosialis Melayu yang pernah didakwa komunis, setiap kali anaknya dan keluarganya yang berpangkat muda mencium tangannya.
Saya pun serba salah kerana setengah penceramah di masjid mencium tangan saya.
Justeru sekalian yang bertemu Khomeini mencium tangannya, peliklah kalau saya terkecuali. Tapi saya kekal mazhab Syafie.
Tidak jadi isu Anwar cium tangan orang bergelar, tetapi ia lebih ketara dari sekadar membongkok. Membongkok tidak seberat menyembah. Jauh lebih ringan dari mencium tangan.
Kritiknya itu 40 tahun dulu. Masa itu politik non-partisan. 40 tahun kemudian politik reformasi pula. Mungkin cium tangan itu gara-gara reformasi yang sudah 20 tahun sekarang.
Jangan transformati sudahlah! – HARAKAHDAILY 8/6/2018
Akhirnya Kutty ganti Bugis
Sumber HD - 4-6-2018JIKA pujangga Inggeris yang paling agung sepanjang zaman Wiliam Shakespeare ada di zaman kita di Malaysia apa karya yang dapat dihasilkan tentang komedi politik kartun anak Kutty dan anak Bugis menjelang kempen PRU14 dulu.
Silat anak Kutty dan Bugis itu kini dimenangi oleh anak Kutty walaupun atmosfera politik ketika banyak berkesan kepada anak Kutty yang menyindir gurau Perdana Menteri Najib yang berketurunan Bugis.
Saya tidak berhajat menurunkan apa yang bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kata tentang anak keturunan Bugis itu dan apa yang sebelumnya puak pro Najib kata tentang keturunan Kutty itu.
Saya telah mengulas betapa tidak sihat dan tidak rasionalnya ditimbul dan didedahkan isu Mahathir yang nama famili nenek moyang di India dulu. Hingga dikatakan salinan kad pengenalan menggunakan nama Kutty itu ditunjukkan sebagai bukti di kalangan tertentu.
Justeri ia satu gurauan yang tidak popular dari golongan puak atasan dalam politik kita, seperti meremahkan baka seseorang, maka terhenti sendiri. Memang memalukan pihak yang menimbulkannya.
Tidak diketahui apa reaksi sekalian berdarah Kutty dan suku sakat sekaum Kutty.
Akan tetapi diam saja bila Mahathir pula tidak lama kemudian mengkomedikan darah Bugis pada pemimpin Malaysia masa itu. Saya tidak ulas justeru reaksi keturunan Bugis dari akar umbi hingga ke istana-istana begitu riuh.
Saya sekadar saksikan saja komedi yang tidak sihat itu. Sikap saya terhadap remeh Mahathir tentang suku Bugis itu sama dengan tidak suka saya bila Kutty dibangkitkan. Diam saya itu kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang PAS keturunan Bugis seperti Dr. Daeng Sanusi Mariok.
Istana Johor dan istana Selangor ikut murka atas kejadian itu. Mahathir bukan bukan saja dilihat rendah tetapi menuntut dia minta maaf. Mahathir mana pernah minta maaf secara terbuka. Dan tidak dengar dia minta maaf dan menarik balik gurauannya.
Bising anak-anak Bugis sampai ke peringkat antarabangsa. Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kala yang berasal dari Bugis memberitahu wakil Malaysaia dalam sidang kemuncak di Istanbul betapa dia tidak senang dengan gurau Mahathir itu.
Sidang kemuncak itu tidak dihadiri oleh Presiden Indonesia dan tidak juga oleh Perdana Menteri Najib. Tetapi acara yang padat itu sempat juga pemimpin Malaysia yang pro Najib menyebutnya kepada Yusuf Kala.
Mungkin kejadian membayang marahnya penyokong Najib terhadap serangan Mahathir kepada Najib dan marahnya Mahathir terhadap politik dan pimpinan Najib. Mungkin sifat orang marah agaknya begitu. Keturunan orang dimarah dibabitkan sama. Tetapi tidak dapat mengawal marah itu bukan sifat bagi bangsawan dan negarawan.
Orang bawah dan berpendidikan rendah tidak wajar terlanjur sampai begitu.
Tidak diketahui nama Mahathir di sisi orang bergelar negeri-negeri dan sekalian yang tidak senang dengan keturunan Kutty yang meremah keturunan Bugis sekarang. Keturunan Kutty itu menjadi Perdana Menteri semula sekarang.
Anak Bugis iu sudah tidak ada apa-apa lagi sekarang. Masa depannya tidak diketahui. Anak Kutty dapat jadi Perdana Menteri semula. Anak Bugis rasanya tiada akan jadi Perdana Menteri lagi.
Bagaimana orang kata Kutty padanya dan bagaimana pula kedudukan sekalian anak Bugis terhadapnya. Pada Idilfitri ini lupakanlah. Anak Kutty lupakan anak Bugis dan anak Bugis pun lupakan anak Kutty. Anak Kutty dan anak Bugis adalah sebahagian dari anak Malaysia. – HARAKAHDAILY 4/6/2018
Mereka masuk Umno bukan kerana Allah
Sumber HD - 2-6-2018MENGAPA tiga Adun BN Johor, belum sempat angkat sumpah, keluar Umno untuk menyertai Bersatu dan di Perak ada yang jadi Adun Bebas?
Mereka menyertai Umno kerana Umno sentiasa menang, bukan kerana ia parti keramat memperjuangkan politik orang Melayu.
Jika masuk Umno untuk menang, maka Umno boleh kalah dan sudah kalah. Yang tiga masuk Umno itu menang, tetapi Umno di negeri Johor kalah. Mereka pun cari parti yang menang. Jika menang iu kalah pula lima tahun nanti dan ditakdirkan PAS pula menang akan masuk PASkah mereka?
Jika masuk Umno kerana ia menang, ia sudah kalah. Jika masuk dulu kerana Allah dia tidak akan kalah. Tidak diketahui yang dalam Umno sekarang kerana apa mereka masuk Umno dan bagaimana apabila Umno kalah ssekarang. Jika masuk Umno bukan kerana Allah, bila ia kalah akan habislah Umno, kalau masuk Umno itu kerana Allah seperti masuk PAS, Umno tidak habis sseperti PAS payah habis.
Kalau masuk Umno kerana Allah dan kalau keluar, keluarlah kerana Allah. Atau kerana masuk Umno bukan kerana Allah, bila ia kalah boleh keluar kerana Allah tetapi bukan kerana hendak masuk Bersatu. Jika Umno ditinggalkan kerana Allah, pilihlah PAS kerana PAS ditubuhkan kerana Allah.
Tetapi ada juga orang masuk PAS bukan kerana Allah, tapi kerana mereka sendiri yang tahu. Al-Marhum Haji Hassan Adli pernah bermasalah dengan PAS hingga terlucut jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya.
Dalam ucapan penangguhannya dia berkata, “Hasan Adli masuk PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin. Hasan Adli masuk PAS bukan kerana Zulkifli Mohamad. Hasan Adli masuk PAS kerana Islam.” Bergemuruh sorak dn takbir, Hasan Adli dinobatkan sebagai Panglima Jihad. Belum ada yang lain dari PAS jadi Panglima Jihad kedua.
Masuklah PAS kerana Allah! Kalau masuk PAS kerana Haji Yusof Rawa. Haji Yusof Rawa mati. Bila Yusof Rawa mati, ada anaknya keluar PAS. Masuklah PAS bukan kerana Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil juga mati. Bila dia mati ada anaknya tidak jadi PAS lagi. Ramai yang sangat senang dalam PAS kerana dapat bersama TG Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz juga mati. Bila Tok Guru Nik Aziz mati, anaknya lawan calon PAS di Dun Cempaka, kawasan Tok Guru dulu.
Masuklah PAS kerana Allah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersama Islam. Apabila Rasulullah SAW wafat, Saidina Umar al-Khatab mengangkat pedang berkata, siapa kata Muhammad wafat nescaya lehernya dipenggal.
Maka berkata Saidina Abu Bakar, siapa menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Siapa menyembah Allah, Allah tidak mati.
Jadilah seperti Saidina Abu Bakar bersama Islam bukan kerana Muhammad SAW tetapi kerana Allah. Jadilah seperti Hassan Adli jadi PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin dan Prof. Zulkifli Mohamad tetapi kerana Islam.
Ramai anak-anak pemimpin bersama PAS kerana bapanya pemimpin PAS. Selepas bapanya tiada lagi ramai meninggalkan parti bapa mereka. Mengapa?
Antaranya mereka jadi PAS kerana bapanya. Bila bapanya sudah tidak ada, maka komitmennya pun habis. Hanya yang menyertai PAS kerana Allah kekal dalam PAS setelah perginya sekalian pemimpin PAS tadi.
Berbagai dalih diberi kerana keluar PAS, tetapi sejuta yang menyertai PAS kekal bersama PAS, setengah anak pemimpinnya saja meninggalkan PAS. Sejuta itu kekal bukan kerana dipimpin TG Haji Hadi. Jangan masuk PAS kerana Haji Hadi. Masuklah kerana Islamnya. Haji Hadi akan pergi, PAS tidak pergi. – HARAKAHDAILY 2/6/2018
Mengapa kes Guan Eng tidak diselesai sebelum PRU?
Sumber HD - 1-6-2018MENJADI tanda tanya buat mahkamah dan SPRM tidak menyegerakan kes rasuah terhadap Lim Guan Eng hingga Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah jadi Menteri Kewangan sekarang.
Guan Eng sudah didakwa di mahkamah dan DAP pun sudah menyediakan calon ganti Ketua Menteri jika belaku sesuatu yang tidak memihak kepadanya.
SPRM tentulah yakin ia ada hujah kuat untuk mensabitkannya. Ia tidak sekadar main-main atau berjenaka untuk menyusahkan politik pemimpin DAP itu. Kes yang melibat maruah seseorang dan parti politik baik pembangkang atau orang yang tidak digemari kerajaan tidak dijadikan mainan kerana ia melibatkan kerajaan kehidupan rakyat.
Guan Eng sebagai orang politik maka kesnya perlu disegarakan, tidak boleh ambil masa selesa untuk menyelesaikannya. Bila berlama-lamaan kes iu ditangguh menyebabkan rakyat gelisah apakah mereka diperintah orang rasuah atau tidak?
Kita sudah ada pengalaman dengan kes DS Anwar Ibrahim. Sekitar 20 tahun rakyat berteka teki tentang maruahnya, sahihkah atau tidak?
Bila Guan Eng didakwa ia mesti diselesai segera kerana dia adalah calon yang dalam PRU14. Maka ia seboleh-bolehnya diselesaikan sebelum PRU.
Soal BN dan Najib ditohmah berpolitik dengan kes itu tidak berbangkit lagi. Bila seorang politik besar didakwa rasuah tentu menyebabkan ada tohmah politik. Itulah yang kata terhadap kes Dato’ Harun Idris dan Anwar dulu. Betul politik atau tidak, tidak dapat hilang sangkaan orang ia bermotif politik. Tetapi SPRM dan mahkamah atas peranan mengatasi semua prasangka politik. Apa orang sangka adalah masalah lain. Mahkamah dan SPRM bebas jalankan kerjanya.
Kes Guan Eng dikatakan cukup saksi, ada tuan rumah yang disewanya menjual rumah itu dikatakan dengan harga yang murah dari harga pasaran. Payah memikir orang lain boleh dapat harga serendah yang disetujui.
Bagi masyarakat yang peka rasuah kejadian dikatakan berlaku itu menarik perhatian untuk ditakwil, apa lagi Guan Eng dan partinya DAP adalah juara anti rasuah. Ada yang mengira ia seimbas kes Dr. Khir Toyo dulu. Biarlah apa orang kata tapi mahkamah kearifan tak sama mentafsir dan menghakimi yang seimbas. Lain hakim lain tafsirnya. Umumnya mengira apapun keputusan hakim ada arif.
Masa cukup bagi kes itu dibicarakan sebelum PRU. Hakim Raja Azlan Shah tidak teragak-agak menghakimi kes Dato’ Harun yang disayangi ramai masa itu. Kerajaan dan hakim-hakim tidak teragak-agak membicara dan menghakimi kes Anwar yang ditangis ribuan orang.
Tetapi mengapa kes Guan Eng dilambat-lambatkan. Kita bukan hendak melihat Guan Eng dipenjarakan, tetapi kita tidak mahu Guan Eng tergantung-gantung menunggu kesnya. Dia banyak kerja dan jika boleh jangan ia mengganggu tugas dan gerak politiknya.
Jawapan tidak ada.
Dengan dia sudah dijadikan menteri kewangan sekarang, maka lebih memayahkan semuanya untuk mengendalikan perkara itu.
Adakah kesnya akan terus sedang dari sekarang menghadapi tugas besar menyelesaikan kes 1MDB dan pemulihan ekonomi negara yang dikatakan tenat?
Perdana Menteri Mahathir adalah pintar dengan dalih-dalih mengapa ia mesi diteruskan dan mengapa tidak diteruskan. Tiada kisah baginya kerajaan ada moral atau tidak. Tetapi dia yang membersihkan apa yang sangka para penyangkat masa lampau, memulakan kerajaan baru dengan membiarkan menteri kewangan memikul kes rasuah yang tidak selesai.
Apakah pantas mahkamah dan SPRM memeram saja kes itu dan membiarkan Guan Eng mati dengan rasuah yang tidak selesai? – HARAKAHDAILY 1/6/2018
Setuju Mahathir rang berita palsu
Sumber HD - 31-5-2018SAYA bersetuju dengan sikap Dr. Mahathir yang tidak setuju dengan rang undang-undang berita tidak benar yang tergesa-gesa diluluskan Parlimen sebelum ia dibubarkan baru-baru ini.
Tentang Mahathir itu banyaklah yang saya tidak setuju tetapi penolakannya terhadadp rang yang baru diluluskan itu saya setuju sepenuhnya dengannya. Bukanlah saya suka dengan amalan dan penularan berita palsu, tetapi negara kita sudah banyak undang-undng yang boleh dikenakan terhadap kecurangan itu. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk mengekang perbuatan itu.
Pengamal media dipercayai menunggu Mahathir membatalkannya bila Parlimen bersidang nanti.
Sebagai pegamal media saya sudah penat pantang larang yang diberi kuasa kepada menteri mengganggu kebebasan bersuara dan berakhbar. Rang yang terbaru itu bukan saja mengerat kuku pengamal media, bahkan ia boleh mengerat jari masing-masing.
Masing-masing berlapang dada kerana kerajaan Mahathir melalui lidah menteri Muhyiddin Yassin, banyak akta membelenggu hak dan kebebasan manusia akan dimansuhkan. Semua ini disuarakan oleh setiap pembangkang.
Mungkin orang rasa pelik kebanyakan undang-undang zalim yang hendak dimasuhkan diterima pakai Umno dan kerajaan di bawah Mahathir dulu. Bila dia jadi Perdana Menteri kali kedua dia batalkan pula apa yang dia tidak batal dulu.
Saya tidak bercadang unuk membelanya tetapi sepanjang sikap Mahathir terhadap media dia tidak begitu kerenah. Saya boleh kira dia antara yang tidak bermasalah dengan amalan media.
Saya tidak banyak pengetahuan dengan pengalaman Tun Razak tentang lidah rasmi PAS. Sepatutnya sebagai parti politik/pertubuhan, pakej yang patut ada padanya ialah lidah rasmi. Itulah antara hak semua parti politik sebelum merdeka. Ia tidak perlu diminta.
Sepanjang pentadbiran Tun Hussein Onn PAS tidak diberi hak itu. Sebelumnya, semasa pimpinan Dr. Burhanuddin/Zulkifli Mohamad PAS menerbit risalah bulanan Suara Islam dan lepas iu Suara PAS. Zaman Hussein Onn ia tidak diberi. Bahkan DAP tidak boleh menerbitkan kedua Roketnya.
Tetapi bila Mahathir jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, PAS diberi permit penerbitan Harakah sebagai siaran dalaman. PAS minta permit terbuka. Mahathir buktikan dia lebih terbuka. Sebelum siaran dalam pun tak, tetapi di masanya diberi siaran dalaman. Dari tidak ada lebihlah ada walau masih banyak sekatan.
Harakah masa itu laku tetapi tidak boleh diedar dalam pasaran terbuka. Untuk kalangan bukan PAS terpaksa melalui pasaran gelap. Mamak penjual akhbar tidak menggantungnya kepada umum. Kerana ada yang mengaku polis mengganggu penjulan. Haram dijual kepada orang luar. Mamak tidak pamerkan tetapi kenal pelangan tetapnya. Polis dapat menyekat ia diberi orang. Akhir KDN setuju dicetak di muka depan UNTUK AHLI SAHAJA.
Hingga sekarang dengan lan Untuk Ahli Sahaja ia boleh dijual kepda sesiapa. Bila DAP tahu PAS dapat permit terhadap itu ia pun dapat permit Roket.
Apa Harakah tidak kata tentang Mahathir. Timbalan Menteri Megat Junid ngeri dengan kecaman terhadap Mahathir. Dia ingatkan jangan teruk sangat. Kalau Mahathir membantah, dia akan bertindak. Saya tanya, adakah Mahathir bersungut? Jawab tidak ada.
Mahathir tidak pernah kacau, tapi polis dan kementerian selalu mengacau.
Bila dia bersara, diganti Abdullah Badawi. Permit Harakah digantung dari dua kali semingga jadi dua kali sebulan. Jelas Mahathir yang garang itu lebih liberal dari Abdullah yang lembut. Bila Najib naik diberinya semula dua kali seminggu.
Hanya dengan Star dia gantung berbulan-bulan hingga Star setuju tulisan Tunku Abdul Rahman tidak lagi disiarkan. – HARAKAHDAILY 31/5/2018
Kerajaan perpaduan sudah dicuba Tun Razak
Sumber HD - 30-5-2018APAKAH sama kerajaan campuran yang PAS-Perikatan yang Tun Razak dan Dato’ Asri cuba tahun 1973 dengan kerajaan perpaduan yang PAS cadangkan negeri-negeri yang tidak cukup majoritii dalam PRU14 pada 9 Mei lalu?
Semua parti yang ada Adun di negeri-negeri tersebut membentuk kerajaan bersama yang tiada pembangkang.
Semua kata cadangan PAS kartun dan satu konsep sempurna mengapa PAS tidak wujudkan itu di negeri yang dikuasainya di Kelantan dan Terengganu.
Pemikir poltik tidak ingat, itulah pemikiran yang ada pada pemimpin PAS dan Perikatan apabila Dato’ Asri dan Tun Razak setuju membentuk kerajaan campuran di Kelantan dan Terengganu tanpa pembangkang tahun 1973. Kira-kira ia tidak terbatas di Kelantan dan Terengganu saja, bahkan konsep itu terpakai di seluruh negara sekalipun PAS tiada Adun di setengah negeri.
Cuma keperluan tahun 1973 itu tidak sama dengan tahun 2018. Tahun 1973 itu PAS punya majoriti yang cukup di Kelantan dan Umno cukup majoriti di Terengganu. Keperluan tidak berbangkit tiada pihak dapat membentuk kerajaan. Sekolah dan guru politik belum membuat kajian akademik mengapa Tun Razak dan Dato’ Asri mewujudkan sistem itu.
Adapun kerajaan perpaduan yang dikenal dengan UG telah lama disaran oleh TG Haji Hadi, maka itu juga yang menimbulkan persepsi PAS hendak masuk Umno/BN. TG tak pernah menarik balik gagasannya sekalipun ada orang PAS tidak bersama PAS dalam PRU14.
Keperluan kerajajan perpaduan itu timbul semua apabila Perak dan Kedah tidak dapat majoriti mudah untuk membentuk dan Adun PAS boleh menentukan kerajaan. Bagi Kelantan dan Terengganu yang PAS punya majoriti besar perkara itu tidak berbangkit dan keperluannya belum difikirkan masa ini.
Yang terdesak ialah Perak dan Kedah tidak boleh membentuk kerajaan. Kedah boleh bentuk kerajaan yang selesa kiranya PAS setuju bentuk kerajaan campuran dengan Harapan. Bagi membentuk kerajaan campuran dengan BN yang ada tiga saja tidak memberi kelebihan kepada Harapan yang ada 18. PAS dan BN 18 juga. Bila seorang jadi Speaker tinggal 17. Siapa jadi kerajaan akan buntu dengan keadaan demikian.
Di situlah PAS boleh jadi kingmaker jika dibentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang. Siapa hendak jadi Menteri Besar? Boleh dirundingkan. Sebulan seorang atau enam bulan seorang. Atas nama perpaduan, Umno yang tiga saja boleh ada gilirannya.
Bagi Perak dengan Adun Harapan teramai memerlukan sokongan PAS dan BN juga boleh membentuk kerajaan jika disokong tiga Adun PAS. PAS boleh memilih tetapi unjuran terbaik ialah ketiga-tiga parti membentuk kerajaan perpaduan. Jika ia disetujui dan diperkenan oleh istana, Perak boleh menjadi contoh dan perhatian dengan Islam dan demokrasi. Sultan boleh jadi pengaman cara.
Saranan PAS itu terbaik jika tidak sebarang opotunis dari Umno. Oleh kerana Umno sentiasa ada opotunis, cadangan PAS tidak sempat ditimbangkan oleh pari-parti yang terlibat.
Saranan PAS adalah untuk suasana dan masa tertentu. Pada waktu yang singkat ini tiada keperluan untuk menjalannya di negeri yang dikuasainya, pertama ia belum diperlukan dan kedua untuk berkongsi kuasa dengan Umno dengan belenggunya yang tidak terpikul, membebaskan PAS menanggung dosanya yang banyak. Dengan Umno pula tiada berkuasa kecuali dan Kuantan dan Kangar tidaklah bijak PAS menanggung biawak hidup.
Perak dan Kedah keadaannya dharurat. Belenggu Umno ada, tapi negeri itu mesti diselamatkan. – HARAKAHDAILY 30/5/2018
Tak ditanya profesional muda ramai PAS
Sumber HD - 27-5-2018HARI-hari awal kejatuhan BN di Putrajaya dan kemenangan bergaya PAS di Pantai Timur dan hampir menawan Kedah, ulasan sepanjang masa stesen TV Sinar-Awani ikut membincangkan kejayaan mengejut PAS oleh dua tetamu dari universiti.
Seorang laki-laki dan seorang Syarifah. Namanya tak ingat dan universitinya tak ingat. Jika tidak silap Syarifah itu dari Universiti Malaya. Saya puas hati atas ulasan bebas, akademik dan profesional. Rancaknya ia dihostkan dua penyiar tetap dan terkenal TV itu. Perbincangan itu tidak lagi pobia BN.
Hostnya yang menghidupkan perbincangan itu.
Menyentuh prestasi PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, keempat-empatnya – dua host dan dua tetamu – seolah-olah terkejut dan mengkagumi kemenangan bergaya PAS itu.
Lama menjelang PRU 9 Mei itu negara diwar-warkan PAS akan tersepit hingga sifar Parlimen dan negeri Kelantan terlepas justeru aura Tok Guru sudah tiada. Sekalipun ada yang tidak pasti PAS tersungkur teruk tetapi tidak menyangka kejayaannya pda PRU itu kedua selepas Harapan.
Selepas Harapan menawan Putrajaya dan beberapa kerajaan negeri, PAS menang besar di Kelantan, merampas Terengganu dengan kemenangan besar juga serta ada peluang jadi kingmaker di Kedah. Jika tiada yang meninggalkan PAS selepas berpisah dengan Pakatan, nescaya Kedah jadi genggamannya.
Tiada mereka itu tahniah atas pencapaian PAS itu tetapi perbincangannya menghargai kejayaannya dalam PRU itu dan ia menggambarkan PAS masih relevan dan ada masa depan. Tidaklah ia mati kering bagai yang diharap oleh para pelariannya.
Syarifah itu megaku membuat banyak kajian dan tinjauan termasuk PAS. Baginya kini tiadalah boleh diperkecil parti Islam itu.
Dari kajiannya dia mendapati ramai orang profesional dalam parti itu termasuk yang muda-muda. Mana-mana parti yang ramai anak muda, maka masa depannya tidak dipandang sepi.
Dan dia kagum profesional muda itu tegar pegangannya terhadap Islam. Jika lepasan pondok begitu tidak ganjil tetapi yang tidak mendapat pendidikan formal Islam sama saja sikap dan fahamannya dengan lepas pondok ia adalah suatu menarik bahkan luar biasa.
Bukan baru anak muda lulusan konvensional cenderung dan berpendirian jelas Islam. Sebelum Abim disambar Umno, sudah ramai yang begitu dan setengahnya sudah jadi PAS tegar. Gerakan Islam ada tarbiyah, usrah dan tamrinnya. Tentu ia menyumbang perkembangan itu.
Syarifah itu menerima kewujudan aliran Islam dalam politik yang demokrasi sekarang. Yang dimahunya jangan PAS jadi Islam konservatif. Biarlah maju dengan Islam yang progresif. Tidak pula dia ditanya apa Islam progresif dan konservatif itu? Adakah Islam itu terbagi kepada lebai dan tidak lebai seperti sangkaan di zaman penjajah dan penjajah cuba bentuk?
Dalam Islam mana ada hadhari dan tidak hadhari. Arab Baduwi yang tahu Islam sikit-sikit lainlah pengertiannya dengan orang yang mendapat tarbyah dari Rasulullah SAW. Nasionalis ada tua dan mudanya. Islam tidak kolot dan tidak moden.
Syarifah sudah banyak mengkaji dan tinjauan. Tapi dia belum tinjau profesional muda itu mengapa ramai yang suka PAS? Adakah konservatif dan progresif dalam Islam.
Syarifah akan dapat jawapan yang memuaskan dari kajian lanjutnya nanti. Mungkin ia tidak sekadar puas hati justeru akademiknya, mungkin keterangan profesional muda itu mendorongnya mengisi borang keahlian PAS.
Jika kajian itu dibincang pula oleh TV Sinar-Awani tidak mustahil bertambah penyertaan PAS. - HARAKAHDAILY 27/5/2018
Bolehkah Umno bangkit semula?
Sumber HD - 24-5-2018SEMUA bertanya boleh dan mampukah Umno bangkit semula dan bila?
Setakat ini ahli Umno memang ramai bukan saja di akar umbinya, bahkan yang status korporatnya pun ramai. Tetapi para saudagar yang ramai itu tidak pasti berhati Umno, sebaliknya dengan menjadi Umno itu masing-masing beroleh banyak peluang.
Jika pembangkang Umno tidak lagi dapat memberi apa-apa peluang, apakah mereka sedia menunggu?
Umno itu tidak dipastikan berhartakah? Mungkin di tiap-tiap tempat ada bangunannya. Bangunan itu adalah aset. Tetapi dapatkah aset itu dapat menampung keperluan kewangan Umno?
Dipercayai ia boleh menampung keperluan pentadbiran, tetapi hendak bermewah lama seperti dulu, tidak dapat difikirkan.
Dulu dirasakan Umno hidup atas sumbangan tak terhingga para saudagar yang dapat mengaut berbagai peluang tadi dan rata-rata merasakan tiap-tiap projek kerajaan ada harga tambahan, bukan harga sebenar. Harga tambahan kadang-kadang berganda dari harga asal adalah untuk Umno dan poket orang Umno.
Kalau duit itu sudah tiada payahlah Umno membeli orang masuk Umno dan jika peluang sudah payah, payah orang berlumba-lumba masuk Umno.
Umno itu dilihat rasuah. Jika kerajaan baru betul-betul dapat mengikis rasuah pada lima tahun pemerintahan pertamanya ini, hingga semua rakyat benci pada rasuah, maka parti yang dirasakan rasuah payah bangkit.
Kemudian bergantung pula kepada pemimpin-pemimpin selepas tiada Najib. Jika tindakan ke atas Najib atas bermacam-macam dakwaan, melibatkan terseretnya ramai pemimpin sekitar Najib, dan tidak ramai yang terlepas, maka menyebabkan orang belum Umno tidak jadi menyertai Umno dan orang Umno berjuang semata-mata Melayu dan Islam, bertambah ramai malu kekal dalam Umno.
Bagi mana-mana parti politik apabila pemimpinnya ditolak, orang-orang yang orang pemimpin itu lazimnya ditolak sama tidak kira mereka salah dan bersekongkol dengan pemimpin itu atau tidak.
Jika dalam pelan kebangkitan itu pemimpin dilihat geng pemimpin yang pergi, maka payah bagi Umno untuk bangkit semula.
Tunku dulu tidaklah teruk sangat, tetapi apabila Tun Razak mengambil alih Umno dan kerajaan, sekalian yang dikatakan orang Tunku semua tercicir. Jika yang setia kepada Tunku dipinggirkan oleh Umno Tun Razak, maka bagaimana Umno ditinggal Najib boleh terima orang Najib?
Umno hanya boleh bangkit kiranya pemimpin Umno selepas ini bersih dari sekongkolan Najib dan mereka yang dirasa/dilihat tidak rasuah. Jika kerajaan Harapan ini dapat mewarisi imej tidak rasuah Kerajaan PAS Kelantan, payah bagi Umno kembali berkuasa.
Jika Selangor dapat dijadikan contoh, tiada pemimpin Umno negeri itu meninggalkan parti apabila ia kalah. Umno kalah di negeri Selangor saja. Kerajaan pusat masih Umno. Noh Omar terus menyalurkan bantuan kepada Umno, tetapi sudah berturut-turut tiga PRU Umno tidak bangkit.
Sekarang Umno sudah tidak berkuasa di pusat dan kebanyakan negeri. Ajaib jika ia menang PRU15. Jika terpaksa tunggu tiga PRU lagi, siapa lagi tinggal dalam Umno. Ertinya ia tidak bangkit-bangkit.
Siapa Presiden Umno selepas ini? Apa nasib Najib boleh diagak. Payah memikirkan orang lupa kepadanya. Jika dia payah dilupakan, payah membayangkan bagaimana Zahid Hamidi dan Hishammuddin selera memimpin Umno. Harapan Zahid ialah melonggokkan kesalahan kepada Najib.
Siapa tidak menyalahkan Najib tidak mudah dapat jadi pemimpin Umno. Khairy Jamaludin Nampak masalah itu. Dia mengaku silap tidk menegur Najib. Tegur selepas kalah seperti tidak tegur. – HARAKAHDAILY 24/5/2018
Kembalilah ke pangkuan politik keluarga
Sumber HD - 23-5-2018SEKALIPUN politik itu pilihan sendiri mengikut siyasah dunia, tetapi PAS adalah siyasah jamaah yang umat Islam dikehendaki bersamanya. Namun dalam politik duniapun rata-rata anak-anak orang politik bersama politik keluarganya.
Amerika adalah paling bebas politiknya, anak-anak keluarga Kennedy akan bersama politik keluarganya Parti Demokrat baik mereka Katolik atau Protestan. Anak-anak mendiang Karpal Singh adalah bersama politik bapanya. Anak Kit Siang tidak akan memilih MCA. Payah bagi anak-anak para pemimpin MCA yang dekat mendiang itu menyertai DAP.
Falsafah politik Mahathir tidak bersama siyasah syariyyah. Anak-anaknya tidak lari politik ayahnya baik dalam Umno atau keluar Umno. Najib bakal bermasalah dengan Umno, tapi anak cucu Tun Razak selain dari zuriat Najib, kalau politik Umno itu ada lagi, bersama Umnolah mereka.
Pemimpin PAS baik semasa Asri dan selepasnya acap mengingatkan ahlinya akan maksud hadis riwayat Huzaifah ibni Yaman akan keutamaan umat bersama jamaah Islam. Jika tidak ada cari dulu jamaah Islam. Jika tidak ada juga baru adakan jamaah lain tapi Islam juga. Tiada sama sekali dibenarkan bersama jamaah non-Islamic.
Tetapi anak-anak pemimpin PAS sebelum TG Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan mafhum hadis itu. Contohnya Nik Omar dari Kedai Lalat, Pulau Melaka, mengaku ahli PAS tetapi tidak lagi bersama politik keluarga Mursyidul Am PAS itu sejak PRU14, suatu yang tidak disenangi keluarga itu jauh dan dekat.
Sejak bila dia bersama politik yang disertainya itu? Orang-orang yang keluar PAS memulakan NGO bernama Pasma beberapa bulan sebelum TG Nik Aziz meninggal dunia. Mereka yang keluar PAS sebelumnya menjelajah bersama NGO itu tentang pembentukan parti menggantikan PAS. Beberapa bulan selepas itu baru parti itu ditubuhkan. Politik yang disertai Nik Omar iu dirancang semasa TG Nik Aziz masih hidup.
Tiba-tiba saja Nik Omar berpisah dari politik keluarganya menjelang jadi calon PRU14. Keluarganya terperanjat. Dipercayai ia tidak bermula dari kecenderungan Nik Omar sendiri tetapi dia dipersilakan. Keluarga itu tidak setuju dengannya tetapi baginya politik itu pilihan sendiri.
Dia ke situ kerana diajak. Diajak oleh orang-orang yang pernah menyokong dan setia kepada ayahnya.
Tindakan Nik Omar itu dengan sendirinya pertama bukan sekadar memecahkan politik keluarga, tetapi memecahkannya dari keluarga itu. Kedua, ia mengganggu kesatuan fikrah dan keamanan keluarga itu. Ketiga, ia menghina Tok Guru yang disanjung oleh semua kawan dan lawan. Keempat, Nik Omar sendiri terperangkap sebagai mangsa.
Telah saya sebutkan sebelum ini akan kepayahan Nik Omar sebagai imam di masjid Tok Guru itu dan sebagai mudir madrasah Tok Guru itu. Orang sudah payah berimamkannya dan kalau dia jadi imam penyokong Tok Guru yang mana redha berimamkan dia. Satu dari syarat imam yang elok itu diredha oleh makmum.
Orang belajar di sekolah itu kerana menyokong Tok Guru dan perjuangannya. Bila mudir tidak disenangi, bagaimana ibu bapa hendak menghantar anak bersekolah di situ?
Akan ada kesan hubungan isteri dan anak-anaknya dengan keluarga Tok Guru sepenuhnya. Boleh dikata tidak apa-apa, tetapi tidak sesenang psikologinya.
Tdak kurang pula ia mengganggu ketenangan ibunya Datin Tuan Sabariah yang disanjung oleh semua rakyat dan penyokong PAS. Tdak dapat dibayangkan gangguan yang dialami oleh seorang ibu.
Ubatnya ialah Nik Omar kembali kepada kesatuan keluarga dan politiknya. – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Angkara Najib boleh dicegah
Sumber HD - 21-5-2018KERAJAAN baru di bawah sistem yang sama pimpinan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Mahathir mula menjalankan pembersihan – bahasa kerajaan PAS Terengganu pimpinan TG Haji Hadi dulu disebut pemutihan.
Selain dari Najib dan isterinya dalam proses penyiasatan, pegawai-pegawai tinggi yang disyaki bersubahat menyorokkan fakta dicuti dan digantung, ratusan pegawai kontrak ditamatkan perkhidmatan serta merta. Semuanya dikatakan dalam rangka meletakkan pemerintahan kembali dalam keadaan yang betul.
Semua nampak laju dan keras tetapi pembetulan memerlukan tindakan segera. Melambatkan tindakan bererti membenarkan kepincangan berjalan lagi. Keburukan sekalipun kecil mesti dihenti segera.
Ia adalah pencegahan dan pemulihan. Pengamal perubatan seperti Dr. Mahathir sepatutnya faham pencegahan lebih baik dari pemulihan. Najib itu tidaklah rosak serta merta, tetapi sistem yang tidak peka dengan dosa dan pahala membenarkan karut yakni korup berperanan. Pencegahan tinggal kata-kata, tindakan tiada.
Angkara Najib bukan bermula ketika menjadi Perdana Menteri. Gema besar sejak jadi Menteri Pertahanan lagi. Urusan tempahan dua kapal selam Perancis dan pembunuhan nyonya Altantuya. Nama baiknya remuk serata dunia. Kerajaan di bawah pemerintahan Tun Abdullah Badawi tidak sungguh-sungguh menanganinya, bahkan di hujung pentadbirannya PM Abdullah melepaskan Menteri Kewangan kepadanya sedang pekung tempahan kapal selam sudah ribut.
Najib bukan pilihan Abdullah sebagai TPM. Mahathir mengenakan tekanan supaya mengambilnya juga. Ketika pekung kapal selam bergema dan kes pembunuhan Altantuya sudah dimahkamahkan, Mahathir mahu Najib menggantikan PM Abdullah. Pertukaran PM berlaku ketika pekung pembunuhan Altantuya bergema.
Penyakit sudah ada, doktor – Mahathir, Umno dan kerajaan - tidak peka dengan pencegahan, bahkan membenar orang yang dilihat karut menjadi pemimpin.
Najib itu sudah dilihat buruk lama sebelum Khairy Jamaluddin mendapati nama Najib di akar umbi Umno dan rakyat seluruhnya buruk. Khairy baru mengetahuinya selepas Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal disingkir sedang ia sudah berakar di akar umbi dan Mahahir sudah keluar lagi dari Umno.
Khairy itu adalah menteri dan orang Umno terpintar, bukan macam Hishammuddin Hussein dan Tengku Adnan Mansor. Orang ramai sudah lama tahu Khairy baru saja tahu. Tetapi dia tidak maklumkan pada Najib. Sesudah Najib ditawan baru dia mengaku menyesal tidak menyampaikan kepada Najib yang di kemuncak kekuasaannya masa itu.
Tun Musa Hitam semasa jadi TPM mengingatkan Umno jangan dirasuk sindrom bisu. Khairy jadi macam itu kerana penyaki sindrom bisulah. Jika yang pintar macam Khairy kena wabak sindrom bisu, apa diharap pada Umno yang lain.
Saidina Abu Bakar as-Siddq dan Saidina Umar al-Khatab ketika mula memegang jawatan khalifah berpesan, tegur aku bila berlaku silap.
Inilah silap orang politik berkuasa tidak berminat mengkaji dan beramal dengan akhlak dan pentadbran Islam. Yang mahukan politik dan kerajaan Islam hanya PAS.
Bila Umno gagal cegah Najib kerosakan bukan pada Najib saja. Negara rosak, rakyat rosak, kerajaan rosak, pegawai rosak, semuanya rosak. Sesudah semua rosak barulah Mahathir datang mencegah keburukan, sedang negara sudah cedera dan kerugian besar dalam segala sesuatu.
Yang menjadikan Najib rosak ialah Umno yang rosak, memakai sistem yang rosak yang merosakkan rakyat dan pentadbiran. Jangan hukum Najib saja. Umno juga dihukum. Pemulihan baru bermula buat negara yang sudah cedera. Mencegah lebih senang dari memulih.
Pemulihan berjaya jika sistem berubah. Jika sistem lama juga, akan berulang kecederaan selepas Najib cedera. – HARAKAHDAILY 21/5/2018
Dari hal tiga Abdul Umno
ADA tiga watak yang boleh dikira tiga Abdul Umno dalam musibah yang menimpa dalam parti yang Umno kira keramat dalam PRU14 9 Mei lalu.
Paling menarik ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor. Kedua Dr. Salleh Keruak, Menteri Multimedia dan yang ketiga Dr. Asyraf Wajidi Dasuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selepas tragedi yang dialaminya berkait dengan kes duit tunai berkilo-kilo di lapangan terbang Australia, beliau melepaskan jawatan Menteri Besar. Dia menang kes itu. Perdana Menteri Abdullah Badawi menjadikannya Menteri Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno. Dia masih dikira ketua de facto Umno Selangor.
Bila PM Abdullah digulingkan Najib, Najib mengambil ketua Umno Selangor dan Tan Sri hilang dalam politik. Dia tidak dicalonkan Najib di Selangor.
Tiba-tiba dia jadi ahli PAS. Dia aktif dalam PRU13 dan PRK Kajang membantu calon Dr. Wan Azizah. Pandangannya dikatakan tidak sama dengan PAS yang memihak kepada Menteri Besar Khalid Ibrahim. PAS berbeza pandangan dalam usaha PKR menyingkir Khalid sebagai Menteri Besar.
Ketika sekumpulan pimpinan PAS cuba menggulingkan pimpinan ulama PAS, dia mulai renggang dengan PAS. Dalam krisis PAS itu TG Haji Hadi dan pimpinan ulama selamat.
Sumber HD - 20-5-2018Sekumpunan 18 pimpinan yang gagal menggulingkan pimpinan TG Haji Hadi berkumpul di Muar bersetuju menubuhkan parti baru. Muhammad dikatakan ikut dalam perjumpaan itu.
Bila parti baru itu ditubuhkan, dia tidak serta sebaliknya menyertai PKR. Tidak diketahui kegiatannya dalam PKR. Tetapi ketika Najib mulai tidak disenangi oleh akar umbi Umno, Mahathir dan Muhyiddin Yassin mulai membentuk parti baru, Muhammad pula kembali ke pangkuan Umno. Tidak banyak yang didengar apa bantuannya atas Umno. Dalam PRU14 tidak kedengaran.
Dan PRU Umno kalah, Harapan menang besar, PKR sebagai komponennya beraya besar di Selangor. Muhammad mewarisi Umno/BN hilang kuasa. Mulai ada Umno meninggalkan Umno, menjadikan dia betul-betul Abdul.
Bila kepimpinan Najib dan Umno ditakwil Muhyiddin dan Shafie Apdal, Najib buang mereka dari Umno. Najib pungut Dr. Salleh Keruak yang pernah jadi Ketua Menteri puluhan tahun lalu. Salleh adalah orang Umno yang terbiar. Ketika Shafie Apdal dibuang, Najib ambil Salleh jadi menteri pusat dan Bendahari Agung Umno.
Sebagai menteri dia bercakap banyak juga. Dalam PRU14 dia kalah, Umno Sabah kalah, Umno Malaysia kalah dan Najib tak jadi Perdana Menteri lagi dan tak jadi pemimpin Umno/BN lagi. Berapa hari saja merasa jadi menteri? Itulah Abdul yang kedua.
Seorang cendekiawan dan agamawan berfikiran luas. Najib dikatakan terpesona mendengarnya bercakap. Dr. Asraf Wajidi. Anak Kelanan yang pintar ini tidak berpolitik bersama majoriti rakyat Kelantan. Hampir 50 tahun Kelantan di bawah PAS, dia lawan PAS.
Umno calonkan dia dalam PRU13. Kalah. Kalau dia masuk PAS tentu dia jadi orang penting PAS dan orang ada masa depan dalam politik. Walaupun dia anak orang Umno yang bukan calang-calang tetapi dia keturunan orang PAS sebelum bapanya dipujuk Tun Razak jadi Umno.
Dia orang yang tahu Islam tetapi memilih parti yang berlawan dengan PAS yang berjuang kerana Islam.
Ketika Najib mulai tenat, Najib jadikan dia ahli Majlis Tertinggi Umno dan jadikan pula timbalan menteri. Jadilah dicalon BN. Kalah. Umno kalah di Kelantan dan kalah di Putrajaya.
Berapa hari saja jadi menteri. Jika Umno tak pulih, macam mana?
Demikianlah kisah tiga Abdul Umno. – HARAKAHDAILY 20/5/2018
Untung Melayu bila BN kalah
Sumber HD - 19-5-2018SEORANG dermawan menyumbang cat hijau tua di bahagian tertentu sebuah masjid. Tidaklah sepenuh bangunan itu dicat dengan warna syurga itu.
Beberapa ketika kemudian orang Umno tidak senang kerana ia dikatakan warna PAS. Jawatankuasa masjid yang dipengerusikan oleh Umno tidak senang dengan hijau itu memutuskan masjid di bahagian hijau dicat kuning muda.
Ahli khariah tidak hirau ia hijau atau kuning. Tetapi masjid sudah menggunakan wang sumbangan mingguan orang ramai bagi menukar cat sedang masjid perlu wang demi berbagai kegiatan dan kebajikan. Banyak bangunan syiar Islam di dunia berwarna hijau tetapi pemimpin kecil Umno tidak tahan dengan hijau. Bagaimana dia di syurga nanti sedang sekitarnya adalah kehijauan?
Tentunya dia tidak selesa dengan syurga yang demikian warnanya.
Mengapa tidak tunggu PRU yang tidak sampai seminggu lagi? Dalam PRU itu Umno kalah. PAS tidak menang tetapi ia seri dengan Umno. PAS dapat dua negeri – Kelantan dan Terengganu. Umno pun tinggal dua negeri juga – Perlis dan Pahang.
Manifesto Harapan menjanjikan memulangkan royalti minyak kepada negeri yang berhak. Dua negeri PAS itu berminyak belaka, sedang dua negeri Umno tidak berduit. Dulu negeri Umno yang tidak berduit disokong kerajaan pusat. Kerajaan pusat sekarang di bawah Harapan.
Justeru semua negeri dulu Umno yang punya kecuali Kelantan, maka merajalela diskriminasi Umno dan semua bidang. Pejabat agama Umno kuasai, semua jawatankuasa masjid/surau monopoli Umno. PAS layak jadi makmum saja. JKKK semua Umno. Guru PAS ditukar ke sana sini, pegawai yang dikenali PAS terhalang kenaikan pangkat.
Sekalipun Kelantan berkerajaan PAS tetapi kerajaan pusat Umno mengisi jawatan dan jabatan persekutuan dengan Umno yang kerjanya memencilkan PAS.
Berlaku perpecahan orang Melayu/Islam yang amat teruk dalam semua perkara. Semuanya kerana PAS dan Umno. Bukan Umno dan PAS yang menyebabkan perpecahan tetapi diskriminasi Umno punca ketidakadilan itu.
Sekarang Umno sudah kalah di pusat dan negeri kecuali Perlis dan Pahang. Kerajaan pusat Harapan yang berperdana menterikan Mahathir tentu tidak akan membuatkan kerajaan Perlis dan Pahang memonopoli semua institusi masyarakat.
Umno sudah tidak menguasai pejabat agama. Masjid dan JKKK mesi dikongsi bersama Umno, PAS dan Harapan.
PAS tidak kalah sangat dalam PRU tetapi Umno tak menang. Kalahnya Umno menyebabkan ia tidak ranggi lagi, tidak lagi boleh memadam cat hijau pada bangunan dan menebang pokok berdaun hijau.
Di setiap tempat setiap malam dalam kempen PAS bermunajat moga-moga Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mencabut kuasa dari sesiapa yang dikehendakiNya mencabut kuasa itu dari Umno/BN dan gantikan dengan PAS.
Dalam PRU itu Allah kabulkan sebahagian dari doanya dan tangguh dulu sebahagiannya. Kuasa Umno iu Allah cabut, tapi kuasa belum dibagi sepenuhnya kepada PAS, sebaliknya diberi kepada Harapan.
Setakat ini keputusan adil untuk Islam dan Melayu, kerana Umno tidak lagi bolrh monopoli institusi masyarakat dan pemerintahan. Umno dan PAS boleh berkongsi dalam semua perkara. Ia menyekat Umno dari meneruskan kezaliman dan kedua-duanya boleh bersama menegakkan keadilan. Harapan jangan pula gantikan Umno menindas PAS dan Umno.
Walaupun Umno rasa sakit dengan kekalahan teruknya tetapi ia mengajar Umno untuk mengenali keadilan. Kalau Umno itu sudah lama dulu kalah, maka perpecahan umat itu tidaklah teruk sangat.
Doa para mufti mahu Islam bersatu terkabul dengan kekalahan Umno sekarang. – HARAKAHDAILY 19/5/2018
No comments:
Post a Comment