BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, October 18, 2015

SIDANG PARLIMEN KETIGA,KEEMPAT PENGGAL KETIGABELAS : MULA 19-10-2015 - 3 DIS 2015 DAN SIDANG KHAS TPPA MULA 7 MAC 2016

MP PAS Marang bahas RUU Dadah Berbahaya

Posted on Wednesday, April 06 @ 21:16:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?v=8dFZtbZG3e4&feature=player_embedded

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan seumpamanya membuat kajian apakah undang-undang yang lebih baik bagi mengatasi masalah dadah di negara hari ini.

Katanya, Jakim perlu diberi peluang untuk membuat kajian yang mendalam bagi menggubal undang-undang baharu menggantikan undang-undang yang gagal.

Jelasnya, kegagalan undang-undang sekarang kerana ia hanya mempunyai aspek lahiriah sahaja tanpa wujud spiritual atau kerohanian seperti undang-undang Islam.

"Perlu diketahui bahawa perkara yang berkait dengan pencegahan dadah adalah termasuk dalam undang-undang jenayah. Islam membahagikan udang-undang jenayah kepada tiga bahagian iaitu qisas, hudud dan takzir.

"Qisas dan hudud adalah dinaskan di dalam al Quran dan hadis. Takzir diserah kepada budi bicara pihak berkenaan dan badan kehakiman untuk menjalankan urusan ini. Sudah tentu undang-undang yang berkait dengan dadah adalah undang-undang takzir," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang merupakan orang pertama membahaskan usul itu, berkata, pendekatan yang perlu diambil adalah mendidik bukannya menghukum.

Ini kerana, katanya, dengan menghukum sahaja ianya tidak memberi kesan mendalam kepada masyarakat apatah lagi sekadar membayar denda khususnya mereka yang terlibat dengan dadah.

"Undang-undang yang ada sekarang tidak akan mendatangkan kesan yang sebaik-baiknya kerana mereka mempunyai duit dan membayar dengan senang bagitu juga hukuman penjara," katanya.

Oleh yang demikian, jelas Ustaz Abdul Hadi, hukuman takzir adalah yang paling tepat mengikut perundangan Islam iaitu hukuman sebat, bagi memalukan bukannya menyiksa dan mencederakan pesalah.

"Sebat di khalayak ramai dirasakan oleh penjenayah, ditakuti kepada bakal penjenayah dan disedari oleh masyarakat," katanya. 


Sumber TKO - 6-4-2016




Kaji undang-undang lebih baik atasi masalah dadah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan seumpamanya membuat kajian apakah undang-undang yang lebih baik bagi mengatasi masalah dadah di negara hari ini.

Katanya, Jakim perlu diberi peluang untuk membuat kajian yang mendalam bagi menggubal undang-undang baharu menggantikan undang-undang yang gagal.

Jelasnya, kegagalan undang-undang sekarang kerana ia hanya mempunyai aspek lahiriah sahaja tanpa wujud spiritual atau kerohanian seperti undang-undang Islam.

"Perlu diketahui bahawa perkara yang berkait dengan pencegahan dadah adalah termasuk dalam undang-undang jenayah. Islam membahagikan udang-undang jenayah kepada tiga bahagian iaitu qisas, hudud dan takzir.

"Qisas dan hudud adalah dinaskan di dalam al Quran dan hadis. Takzir diserah kepada budi bicara pihak berkenaan dan badan kehakiman untuk menjalankan urusan ini. Sudah tentu undang-undang yang berkait dengan dadah adalah undang-undang takzir," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang merupakan orang pertama membahaskan usul itu, berkata, pendekatan yang perlu diambil adalah mendidik bukannya menghukum.

Ini kerana, katanya, dengan menghukum sahaja ianya tidak memberi kesan mendalam kepada masyarakat apatah lagi sekadar membayar denda khususnya mereka yang terlibat dengan dadah.

"Undang-undang yang ada sekarang tidak akan mendatangkan kesan yang sebaik-baiknya kerana mereka mempunyai duit dan membayar dengan senang bagitu juga hukuman penjara," katanya.

Oleh yang demikian, jelas Ustaz Abdul Hadi, hukuman takzir adalah yang paling tepat mengikut perundangan Islam iaitu hukuman sebat, bagi memalukan bukannya menyiksa dan mencederakan pesalah.

"Sebat di khalayak ramai dirasakan oleh penjenayah, ditakuti kepada bakal penjenayah dan disedari oleh masyarakat," katanya. - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016



Mohamed Hanipa Maidin pengsan ketika persidangan

Posted on Monday, April 04 @ 19:39:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa dibawa keluar dari Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini setelah beliau dipercayai pengsan secara tiba-tiba.

Difahamkan, Hanipa di bawa keluar bagi mendapatkan rawatan awal di klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.


  Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau.

Sumber TKO - 4-4-2016


Finas perlu diberi autoriti kritik filem kontroversi



SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu diiktiraf sebagai badan yang berautoriti untuk mengeluarkan kritikan dan pandangan terhadap filem-filem yang menimbulkan kontroversi.

Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, Finas boleh mengkritik filem antarabangsa misalnya filem Muhammad SAW yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Majid Majidi dengan menelan belanja RM164 juta.

Bahkan katanya, filem tersebut telah mendapat bantahan umat Islam di seluruh dunia kerana bertentangan dengan prinsip agama, walaupun ia tidak ditayangkan di dalam negara.

"Saya merasakan Finas ini bukan sahaja lembaga penafisan filem di dalam negara juga perlu diberi autoriti mengkritik filem di peringkat antarabangsa," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, rakyat boleh memuat turun dari internet dan ia juga perlu garis panduan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menetapkan mana-mana filem yang boleh dan tidak boleh ditonton terutama bertentangan dengan prinsip agama.

Malangnya, jelas beliau banyak filem yang berunsurkan tahyul yang sangat melampau daripada negara jiran ditayangkan di saluran televisyen termasuk Astro.

"Syarat-syarat begitu ketat untuk filem dalam negara tetapi bukan untuk filem daripada negara jiran. Jadi saya rasakan pihak kerajaan perlu melihat secara holistik terhadap penyebaran filem yang bertentangan dengan agama Islam," jelas beliau.

Beliau turut meminta Finas menyatakan indikator yang digunakan untuk mengukur kejayaan atau kegagalan sesebuah filem sama ada melalui jualan tiket dan sambutan atau mesej yang hendak disampaikan.

"Kerana pembikinan filem juga menjadi medium untuk menyebarkan dakyah dan perkara yang tidak sepatutnya disampaikan," jelas beliau.

Di dalam soalan asal Marzuk meminta Menteri Dalam Negeri  menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk memanfaatkan fungsi Lembaga Penapisan Filem memastikan filem yang ditayangkan kepada umum menepati syariat Islam. – HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016

Haiwan ceroboh lebuh raya akibat kecuaian manusia




SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kejadian kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang membabitkan haiwan liar dan ternakan perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hasan Mohd Ramli berkata, misalnya baru-baru ini telah berlaku kemalangan yang membabitkan seekor harimau belang telah menggemparkan negara ini.

Katanya, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak lebuh raya melakukan penyelenggaran dari semasa ke semasa khususnya membaik pulih pagar-pagar di tepi lebuh raya.

"Bukan sahaja haiwan liar bahkan haiwan ternakan juga seperti lembu dan kerbau boleh bolos ke jalan raya.

"Kerana kita tahu banyak sangat penternakan haiwan ini dibuat ditepi lebuh raya yang mana kita boleh jangka akan berlaku pada bila-bila masa," katanya ketika sesi soal jawab di Palimen hari ini.

Jelasnya, terdapat kawasan ragut yang dibuat di tepi LPT2 yang melibatkan kawasan tanaman sawit oleh Felda.

"Tentu-tentu perkara ini perlu diberi tindakan segera bagaimana kita hendak tangani ternakan sedangkan ia wujud di tepi lebuh raya,"tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin menegaskan hanya 12 peratus sahaja kes kemalangan yang dilaporkan membabitkan haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau.

Namun, beliau tidak menafikan haiwan liar boleh bolos ke jalan raya kerana terdapat pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kejadian yang berlaku disebabkan faktor manusia. Pagar dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab. Kejadian berlaku lebih kepada faktor manusia," jawab beliau.

Wan Hassan di dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah-langkah untuk mengelakkan pencerobohan haiwan demi keselamatan pengguna LPT2. – HARAKAHDAILY 31/3/2016

Sumber HD - 31-3-2016

Harga getah jatuh, kesan besar kepada warga marhaen

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kerajaan tidak prihatin dengan nasib pekebun kecil yang membabitkan kira-kira 3.5 juta rakyat ketika ini ketika menghadapi penurunan harga getah dan kelapa sawit yang begitu ketara.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, rata-rata mereka yang terlibat di dalam sektor ini adalah rakyat marhaen yang bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan hasil daripada menoreh.

"Sektor komoditi melibatkan ramai rakyat marhaen terutama sawit dan getah mereka yang terlibat. Getah pula 450,000. Satu keluarga kita ambil 5 orang bermakna hampir 700 keluarga yang terlibat kalau keseluruhan bermakna seramai 3.5 juta rakyat negara ini terlibat dalam sektor komoditi ini," katanya ketika mengajukan soalan tambahan kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Tegasnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, penurunan harga komoditi hari ini memberi kesan besar kepada pekebun kecil malangnya sehingga hari ini tidak nampak usaha kerajaan untuk membantu golongan ini.

Ketika dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, beliau menegaskan PAS pernah mencadangkan kepada kerajaan harga getah distabilkan dengan RM4 sekilo dan kerajaan membeli dengan harga itu sebagaimana dibuat oleh kerajaan Thailand.

"Nampaknya pandangan kita tidak mendapat perhatian kerajaan untuk membantu supaya golongan marhaen ini tidak terjejas pendapatan mereka," tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan bahawa kerajaan telah memberi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada harga bulanan yang boleh dituntut oleh pekebun.

Bagaimanapun beliau mengakui mungkin ada sedikit masalah kepada pekebun kerana kaedah pelaksanaannya, tetapi pihak kerajaan sedang memperhalusi dan menambah baik bagi memudahkan mereka mendapat bayaran insentif itu. - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016



Pandikar selar Azalina pikul kuasa speaker

Posted on Friday, March 25 @ 15:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman kerana didakwa mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh dibangkitkan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis.

Menurut Pandikar, tindakan yang dilakukan Azalina itu dilihat cuba melangkaui atau 'pre-empt' kuasanya sebagai seorang speaker.

"Di sini, menteri telah pre-empt isu ini. Anda memikul kuasa speaker yang mana ia salah. Jadi, jangan ada mana-mana menteri yang mengulanginya. Itu adalah kuasa speaker.

"Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk speaker," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung ‘derma politik’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh dibangkitkan di Parlimen.
Beliau berkata ini kerana perbincangan itu adalah subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Badan Peguam mengheret Apandi ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan ‘membersihkan’ perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International.
Tiada niat ambil alih tugas speaker

Sementara itu, Azalina dalam kenyataan media selepas itu berkata beliau tiada niat langsung untuk mengambil alih tugas Speaker Dewan Rakyat.

"Kenyataan saya sebelum ini pada 16 dan 17 Mac 2016 adalah atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjawab isu berkaitan RM2.6 Bilion.

Katanya tuduhan pembangkang adalah tidak benar kerana kerajaan telah menjawab isu berkenaan di parlimen melalui pernyataan menteri pada 3 Disember tahun lalu

Katanya lagi, jawapan bertulis diberikan sebanyak enam kali kepada pertanyaan-pertanyaan di Dewan Rakyat pada 8, 9, 10 dan 15 Mac 2016 iaitu sehari sebelum Majlis Peguam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

"Keadaan ini dikuatkan lagi apabila Tun Dr. Mahathir turut memfailkan writ saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Sumber TKO - 25-3-2016


Perang mulut di parlimen, Lim diarah keluar dewan

Posted on Thursday, March 24 @ 06:59:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Penggunaan perkataan "bohong" mencetuskan perang mulut selama sejam di parlimen malam ini, yang berakhir dengan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) diarah keluar dewan.

Kekecohan bermula apabila Lim menuntut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik balik satu kenyataan yang dibuat minggu lepas, yang menuduhnya berbohong.

Rahman bagaimanapun, mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau bermaksud kenyataan Lim mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.

Timbalan speaker Datuk Ismail Mohamad Said bersetuju dengan Rahman dan mengatakan bahawa perkataan "bohong" tidak ditujukan kepada Lim.

Ia menyebabkan perang mulut selama sejam dalam dewan, dengan Lim menegaskan bahawa perkataan "bohong" adalah tidak berparlimen dan Rahman harus menarik balik kenyataannya.

Ismail berulangkali meminta Lim mengemukakan usul jika tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat, namun gagal menenangkan keadaan.

Ia berakhir apabila Ismail mengusir Lim dari Dewan Rakyat.

Juga diarahkan keluar ialah Teo Kok Seong (DAP-Rasah) apabila timbalan speaker mengatakan beliau merakamkan kekecohan itu dengan telefon bimbitnya.

Bercakap kepada pemberita selepas diusir, Lim berkata beliau kecewa dengan keputusan Ismail.
Beliau menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya mempertahankan hujah melalui Peraturan Mesyuarat.                                                                                                                

Sumber TKO - 24-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemuda PAS sokong tubuh kaukus parlimen hapus judi

HARAKAHDAILY | .


Isu perjudian menjadi perhatian utama perbincangan dalam sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Dalam sesi tersebut, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri juga menyatakan bahawa Negeri Kelantan seharusnya menjadi contoh dalam menghapuskan segala bentuk perjudian di negeri tersebut.

Langkah itu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1992 dibawah pemerintahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan legasi itu diteruskan sehingga kini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pendirian kerajaan untuk menubuhkan sebuah kaukus parlimen bagi meneliti dan menghapuskan segala amalan perjudian yang berlaku dalam negara.

Cadangan itu dibangkitkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS.

Langkah tersebut begitu signifikan bagi memastikan suatu penelitian yang mendalam dilakukan terhadap setiap sudut amalan perjudian yang berlaku dalam negara seterusnya memastikan Malaysia bersih dari amalan perjudian yang telah terbukti meruntuhkan keharmonian kekeluargaan dan sistem sosial masyarakat.

DPPM juga menggesa agar kaukus yang dibentuk meneliti aspek pendidikan dan perundangan sebagai pelengkap kepada langkah menghapuskan amalan perjudian di samping memupuk nilai kefahaman agama yang sebenar kepada masyarakat keseluruhannya.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | Ahli Parlimen Pasir Mas
23 Mac 2016 | 14 Jamadil Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016

---------------------------------------------------------------------------
TPP mungkin berkubur jika Trump jadi Presiden AS

Posted on Tuesday, March 22 @ 08:29:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membayangkan yang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mungkin berkubur sekiranya calon Parti Republikan, Donald Trump, menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru bagi menggantikan Barack Obama.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berikutan pendirian Trump yang jelas tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

"Kita tidak mahu buat ramalan apa yang akan berlaku di AS, tetapi sekiranya ini berlaku (Trump menjadi Presiden AS) dan Kongres AS tidak bersetuju dengan TPPA, maka TPPA akan berkubur," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Mustapa berkata, terdapat peruntukan di dalam Bab 30 TPP yang menyatakan keperluan penyertaan AS dalam TPP kerana negara itu merupakan ekonomi terbesar dunia, iaitu kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran dunia.

"Apabila kita merundingkan TPP, kita merasakan tanpa AS, ia kurang bermakna dan kurang berkesan," katanya.

Mengenai hasrat Trump yang ingin meminda TPP, termasuk memasukkan peruntukan berkaitan manipulasi mata wang, Mustapa berkata, perkara berkenaan tidak akan berlaku kerana TPP telah ditandatangani.
"Tidak akan ada apa-apa pindaan terhadap apa yang kita telah tandatangani bulan lepas," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. - Bernama

                                                                                                                                                   Sumber TKO - 22-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kita kalah, kita rebah, kita bangun

SYED AHMAD FADHLI | .


SEMENJAK saya mula bertugas di Parlimen pada Ogos 2013 dahulu, suasana ketika Tuan Guru Presiden PAS berbahas Titah Diraja semalam adalah kenangan terindah dan detik bersejarah yang tidak akan dapat saya lupakan.

Sudah menjadi kebiasaan apabila giliran Tuan Guru berbahas, saya akan bersedia dengan pen dan kertas untuk terus mencatat isi penting ucapan beliau.

Bahkan, pernah juga dahulu berkesempatan dapat bersembang dengan beliau di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Menara Parlimen, waktu sembang santai begitu pun penuh dengan suasana ilmiah dan terasa begitu kerdilnya diri ini hendak dibandingkan dengan beliau yang juga merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.

Namun, semalam oleh kerana begitu teruja dengan perbahasan, saya letakkan sahaja pen dan kertas ke tepi demi menumpukan sepenuhnya setiap bait kata yang dilafazkan beliau. Berdebar juga dalam hati kecil ini tatkala ada Ahli Parlimen DAP, PKR dan BN yang bukan beragama Islam bangun mencelah itu bertanyakan soalan.

Manakan tidak, Tuan Guru dengan beraninya menyampaikan mesej Islam secara terbuka dan pastinya ia agak sensitif pada pihak tertentu.

Apa yang berlaku? Mereka yang bangun itu bertanya dengan beradab tatasusila, bahkan ada yang memanggil dengan nama Tuan Guru. Persoalan yang dibangkitkan oleh mereka dapat dijawab oleh Tuan Guru dengan begitu kemas dan terang serta disandarkan hujjah kepada dalil nas, sirah dan realiti semasa. Bukan mudah menjawab persoalan yang membabitkan hal agama dan undang-undang melainkan orang yang sudah mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman yang mantap.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil? Tuan Guru telah menunjukkan contoh yang nyata buat sekalian para pendakwah betapa pentingnya ilmu, akhlak dan hikmah dalam menyampaikan mesej keindahan Islam. Tuan Guru mengulang beberapa kali ayat, orang bukan Islam usah risau apabila disebut hendak dikuatkuasakan undang-undang Islam.

Beliau memetik ayat Quran berkenaan hak kebebasan beragama yang dijamin dalam sistem pemerintahan Islam dan menunjukkan bukti bagaimana rumah ibadah agama lain yang wujud dalam negara yang diperintah oleh orang Islam masih tetap ada dan tidak dirobohkan sehingga ke hari ini.

Tuan Guru menzahirkan kepada kita bagaimana hendak mempraktikkan ayat 125:Surah An Nahl yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

Apabila dilihat secara keseluruhan inti perbahasan, kita akan dapat lihat begitu indah dan sempurnanya Islam iaitu Ad-Din mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah. Tuan Guru memanfaatkan sepenuhnya peluang di medan demokrasi berparlimen ini untuk menyampaikan mesej Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.

Beliau mengajak sekalian Ahli Dewan sama ada di Kerajaan mahupun Pembangkang bahawa "kita boleh berbeza, tapi jangan sampai berpecah", ini adalah iktibar daripada Arab Spring yang berlaku di rantau Asia Barat. Pemerintah zalim tumbang tetapi negara musnah, huru-hara dan perang yang tidak berkesudahan akibat daripada perpecahan dan campurtangan asing.

Tuan Guru mengakhiri ucapan beliau dengan kata-kata yang begitu mendalam maksudnya terutama bagi mereka yang cuba memahami rentak politik PAS;

"Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar. PAS menyertai arena politik negara sejak sebelum merdeka sehingga hari ini. Parti-parti lain ini banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, tidak ada kerusi langsung, tidak kisah. Apa yang penting ialah jangan mengacau rakyat. Ini yang kita perlu jaga betul-betul.

Ini saya tidak mengampu sesiapa dalam perkara ini. Orang hendak sokong, sokong. Tidak mahu sokong, sudah." – HARAKAHDAILY 11/3/2016

**Saya tumpang gembira apabila melihat catatan intipati dan rakaman video perbahasan beliau semalam telah viral dan dikongsikan oleh ribuan orang yang merentasi batas umur, latar belakang dan fahaman politik.

Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Sumber HD - 11-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lebih 800,000 rakyat Malaysia disenarai hitam sejak 2011




BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Seramai 827,921 orang warganegara tempatan telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sejak 2011 sehingga sekarang.
  
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memaklumkan 200,727 orang disenarai hitam atas kesalahan bankrap; 118,892 orang atas kesalahan pinjaman pendidikan; 520 orang atas kesalahan keselamatan dan 507,782 atas kesalahan-kesalahan lain.
  
"Semua yang disenaraihitamkan adalah dilarang daripada meninggalkan negara kecuali mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan dengan kesalahan yang dimaksudkan," menurut KDN dalam jawapan yang diedarkan di lobi Parlimen, di sini hari ini.
  
Er meminta penjelasan berhubung bilangan warganegara yang disenaraihitamkan dan dilarang daripada meninggalkan negara sejak 2011. - Bernama

Sumber HD - 14-3-2016                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemerintah mesti tunai empat perkara

USTAZ NASRUDIN HASSAN | .


SAYA mengambil kesempatan untuk ucap terima kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disempurnakan pada hari pembukaan Dewan tempoh hari yang mana pasti sahaja banyak perkara yang boleh kita bincang dan boleh kita bahas di sepanjang sidang ini untuk kepentingan dan kebaikan bersama.

Apa yang saya minta ialah supaya apa sahaja yang kita ungkapkan ataupun kita bahaskan dalam bentuk pandangan, kritikan atau nasihat, maka hendaklah ia dijadikan sebagai satu - terutama daripada pihak pembangkanglah - sebagai satu check and balance. Jangan apabila kami daripada rakan-rakan pembangkang mengemukakan pandangan dan juga mengkritik ataupun menegur pihak kerajaan, maka itu ditelaah sebagai mempolitikkan sesuatu perkara sedangkan inilah ruang untuk kita mengambil bahagian dalam memberikan teguran ataupun nasihat.

saya memulakan ucap bahas saya ini dengan Firman Allah SWT; Surah Al-Haj Ayat 41. Maksudnya, orang-orang yang diberikan kuasa, orang-orang yang diberikan kesempatan untuk memerintah ataupun berkuasa di atas bumi ini, mereka mempunyai empat perkara yang mesti mereka tunaikan, iaitu yang pertama, mendirikan sembahyang; kedua, mengeluarkan zakat; ketiga, menegakkan yang makruf; dan yang keempat, mencegah kemungkaran.

Yang pertama mendirikan sembahyang. Mendirikan sembahyang ini asasnya rukuk dan sujud iaitu tunduk dan patuh, taat kepada Allah SWT. Dalam ayat ini, difokuskan kepada mereka yang berkuasa, orang-orang yang memerintah, orang-orang yang mempunyai kesempatan berkuasa, diberikan mandat untuk berkuasa. Maka, bukan sahaja individunya sembahyang rukuk dan sujud tetapi kerajaan itu sendiri juga mesti rukuk dan sujud kepada Allah SWT. Ertinya, mesti taat dan mesti patuh kepada Allah SWT.

Dalam erti kata lain, pentadbiran, pemerintahan, pengurusan, pelaksanaan dasar dan sistem, rang undang-undang yang hendak dibentangkan dan diluluskan di Parlimen ini mestilah ia dalam frame ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Sebab itu kita diajar... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kemudian Kami telah jadikan engkau atas syariat ini daripada segala urusan yang kamu laksanakan. Maka hendaklah kamu ikut syariat Allah SWT dan jangan sekali-kali mengikut hawa nafsu mereka yang tidak mengerti.” Itu yang pertama, asas yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang berkuasa.

Kedua ialah mengeluarkan zakat dan mengagihkan zakat seluas-luasnya dan juga secara saksama. Ini merupakan satu sistem ekonomi yang saya kira mampu untuk mencipta kitaran ekonomi yang mampan dan juga seimbang dalam negara kita yang mana ia juga adalah adil dan memuaskan semua pihak. Meletakkan orang yang kaya, orang yang memiliki harta, menginfakkan, mengeluarkan harta mereka pada kadar yang tertentu kepada pihak-pihak tertentu yang memerlukan sebagaimana yang telah disenaraikan dalam asnaf yang lapan yang termaktub dalam Al-Quran Nul karim.

Pelaksanaan sistem zakat ini sebenarnya boleh kita perluaskan kepada semua termasuklah juga kepada non-muslim dengan kita menetapkan kadar yang serupa iaitu pada 2.5 peratus diambil daripada harta simpanan sebagai top of saving yang mana ini pernah saya cadangkan dalam sesi yang lalu di Parlimen ini bagi menggantikan pelaksanaan GST yang kita lihat GST sebagai cukai yang dikenakan kepada semua pihak termasuk orang-orang miskin sehingga orang-orang miskin dalam negara kita ini berasa tertekan sementara dengan kos sara hidup, peningkatan harga barang dan seumpamanya, ditambah pula dengan
cukai GST ini.

Jadi kalau kita mengambil kaedah cukai pada simpanan ini kepada mereka yang memiliki harta, yang memiliki kekayaan dikenakan pada cukai pada kadar tertentu, maka ia adalah lebih baik, lebih adil dan lebih saksama dan apa yang paling penting ialah tidak ada elemen penindasan kepada mereka yang tidak berkeupayaan. Itu yang kedua.

Kemudian yang ketiga ialah amar makruf ataupun...[Berucap dalam Bahasa Arab] Iaitu menguatkuasakan amal kebajikan dan juga melaksanakan syariat Islam yang mana saya minta supaya pihak kerajaan, pihak yang berkuasa supaya serius, sebagaimana awal yang saya sebut tadi, supaya kita tidak terlalu berpolitik ataupun tidak teragak-agak untuk kita melaksanakan apa yang disebut sebagai syariat Islam ataupun amal kebajikan yang telah pun diajar oleh agama kepada kita.

Malah, apa yang menarik dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dapat melihat bagaimana Yang di-Pertuan Agong juga telah memberikan sokongan yang penuh kepada inisiatif untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama, agama yang lain dalam negara kita ini boleh diamalkan secara bebas dan damai dalam negara kita.

Termasuklah juga sokongan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memperkasakan mahkamah syariah yang saya lihat tentu sahaja ia dapat dilunaskan dengan kita mempertingkatkan bidang kuasa mahkamah syariah dalam negara kita ini yang setakat ini kalau kita lihat, bidang kuasa mahkamah syariah hanya terhad kepada ‘tiga, lima, enam’ iaitu tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan. Bidang kuasa mahkamah syariah ini perlu dipertingkatkan supaya dilihat lebih efektif terutamanya supaya dia mematuhi dan menepati kehendak syariat itu sendiri. Ini kerana kita tidak ada pilihan yang lain melainkan apa pun keadaan, kita mestilah... [Berucap dalam Bahasa Arab] Mengikut syariat yang telah ditentukan, ditetapkan oleh Allah SWT.

Kemudian perkara yang keempat ialah... [Berucap dalam Bahasa Arab] Ataupun nahi mungkar, mencegah kemungkaran ataupun kerosakan di atas tanah air kita. Saya hendak menekankan, sebagaimana seriusnya pihak kerajaan menangani gejala militan ataupun budaya pemikiran militan dalam negara kita, maka demikian juga selayaknya pihak kerajaan serius untuk menangani kemungkaran-kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, membasmi segala bentuk dan segala kategori kemungkaran yang berlaku dalam negara kita. Kita kena ingat bahawa kemungkaran ini bukan sekadar pada perkataan khalwat, zina, dedah aurat semata-mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan, tetapi kemungkaran itu adalah suatu yang lebih luas dalam semua perkara, dalam ekonomi, dalam politik, dalam sosial apabila perkara-perkara itu bertentangan dengan syarak ataupun bertentangan dengan syariat Islam.

Jadi, pihak penguatkuasaan ataupun pihak kerajaan, pihak yang berkaitan, sama ada Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri mestilah serius untuk mencegah kemungkaran ini.

Terutamanya kalau kita lihat, kemungkaran dalam ekonomi ialah rasuah. Rasuah yang semakin hari semakin berleluasa, semakin hari semakin meningkat dan indeks rasuah sangat membimbangkan. Sedangkan, negara kita rata-ratanya daripada pemimpin sampailah kepada anggota-anggota kabinetnya dan juga Ahli-ahli Parlimen, rata-ratanya ialah mereka yang beragama Islam. Kemudian, agama Islam agama rasmi dan sementara rasuah itu juga adalah suatu yang ditentang oleh semua pihak tanpa kira agama kerana ini adalah merupakan satu mungkar, satu jenayah yang ditolak, yang merosakkan tamadun, yang meruntuhkan negara kita.

Termasuklah juga penyalahgunaan kuasa dan juga jenayah-jenayah lain seperti judi, pelacuran dan seumpamanya yang mesti ditangani secara berkesan.

Baik, itu empat perkara daripada ayat yang saya jadikan sebagai mukadimah ucapan saya pada kesempatan ini.

Saya ada beberapa isu ingin diutarakan pada kesempatan ini sehubungan dengan saranan yang dikemukakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Baginda yang mana isu yang pertama yang saya hendak sebut di sini ialah berkaitan dengan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Saya kira ini adalah suatu yang perlu diberikan perhatian dan tentu sahaja isu yang hangat mutakhir ini ialah berkait dengan program pelaksanaan dwibahasa ataupun dual language programme atau DLP yang mana isu DLP ini telah mendapat liputan meluas daripada media dalam negara kita berikutan diumumkan bahawa tahun ini, tahun 2016 merupakan tahun projek rintis DLP yang dilaksanakan pada 300 buah sekolah menengah dan juga sekolah rendah di seluruh negara.

Kita tahu bahawa DLP ini adalah suatu yang dijadikan sebagai gelombang kedua bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang melibatkan RM38.5 juta.

Jadi pelaksanaan ini melibatkan Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi yang mana ia akan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris bagi projek rintis di 300 buah sekolah yang saya sebutkan tadi.

Walaupun DLP ini disebut bahawa bersifat pilihan, tetapi apa yang membimbangkan kita, yang menjadi perbahasan umumnya ialah ia akan nantinya wujud apa yang disebut sebagai dualisme dalam sistem pendidikan negara. Nanti ada sekolah yang menggunakan bahasa Malaysia, bahasa ibunda dan ada sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris dan tentunya secara umum akan dilihat sekolah-sekolah bandar, mereka akan lebih memilih menggunakan bahasa Inggeris dan mungkin sekolah-sekolah di pedalaman atau pun di kampung-kampung yang tidak mempunyai kemudahan, prasarana yang cukup, kemahiran yang baik, mereka akan memilih bahasa ibunda.

Jadi kaedah ini akhirnya akan mewujudkan dualisme dalam sistem pendidikan negara dan ini kembali pada era 70-an yang lalu atau pun kembali ke belakang. Ini adalah suatu yang tidak baik sebenarnya untuk peningkatan sistem pendidikan dalam negara kita dan lebih malang lagi bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa kelas kedua, tidak dipilih oleh peringkat yang lebih maju ke hadapan, di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa. Jadi secara tidak langsungnya Tuan Yang di-Pertua, ini juga akan melebarkan kesenjangan sosioekonomi antara bandar dan juga luar bandar.

DLP ini umumnya memang kita tahu bahawa ini adalah merupakan jelmaan semula kepada PPSMI yang telah pun diperkenalkan tahun 2003 yang lalu dan kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2009. Dimansuhkan itu setelah ia terbukti gagal dalam pelaksanaan. Terbukti gagal. Sebab kalau kita lihat pada kajian yang dibuat, dia ada dua fasa kajian yang saya dimaklumkan dan kita pun boleh lihat pada data kajian tersebut. Kajian fasa pertama ialah kesan dasar PPSMI ini yang mana penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik memang melemahkan pembelajaran dan juga prestasi pelajar dalam negara kita yang mana disebut sini ialah 75 peratus pelajar sukar untuk memahami Matematik dan Sains
menggunakan bahasa Inggeris.

Kemudian 10 hingga 15 peratus sahaja guru yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam subjek yang berkenaan. Itu kajian yang pertama. Kajian fasa kedua, kesan dasar PPSMI ini di sekolah menegah dan juga rendah sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak pengkaji yang diketuai oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron daripada UPSI yang mana jelas conclusionnya atau pun kesimpulannya ialah dasar PPSMI itu adalah gagal kerana 10 hingga 12 peratus sahaja guru-guru yang menggunakan bahasa Inggeris ini dalam dasar PPSMI tadi.

Kemudian hanya 6.2 peratus murid tahun lima berasa selesa dengan PPSMI dan hanya 11.8 peratus murid Tingkatan 2 rasa selesa dengan dasar PPSMI. Ertinya, ini gagal. Jadi apabila gagal, kemudian dijelmakan dengan nama baru tetapi dalam konsep yang hampir serupa dan ini sekali lagi saya bimbang dia akan menjurus kepada kegagalan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, forum pendidikan antarabangsa yang melibatkan UNESCO dan juga World Declaration on Education for All (EFA) dan lain-lain turut menekankan pentingnya pendidikan pelajar menggunakan bahasa ibunda walaupun apa sahaja subjek yang diajarkan.

Jadi apa pun alasan yang dikemukakan oleh kerajaan, mengenai dengan pelaksanaan DLP ini, antaranya disebut kerana kegagalan pelajar-pelajar atau graduan-graduan menguasai bahasa Inggeris sehingga membawa kepada faktor pengangguran yang banyak dalam negara kita. Saya kira alasan seperti ini satu alasan yang tidak berasas. Pengangguran bukan kerana kegagalan untuk menguasai bahasa Inggeris, terlalu banyak lambakan pengangguran di luar dalam banyak faktor antaranya ialah peluang pekerjaan yang sangat sukar untuk mereka miliki.

Baik, jadi apa yang saya lihat sekarang ini ialah DLP ini ibarat ubat untuk merawat penyakit yang tak kena dengan ubat yang diberikan. Sakitnya lain tetapi ubat yang diberikan adalah lain. Kalau faktor bahasa Inggeris yang menjadi isu, kenapakah tidak mempertingkatkan pengajian bahasa Inggeris itu sendiri? Kenapa harus menyasarkan Matematik, Sains dan lain-lain subjek untuk digunakan pengajian, pembelajarannya dalam bahasa Inggeris yang akhirnya menyukarkan pelajar untuk menguasai subjek tersebut.

Satu lagi saya lihat Kementerian Pendidikan ini selalu sahaja, sering sahaja terburu-buru dan tergesa-gesa dalam membuat satu-satu dasar dan juga satu-satu polisi. Selain daripada PPSMI yang saya sebutkan tadi, kita juga kalau kita ingat tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akhirnya tukar kepada PT3, Pentaksiran Tingkatan 3.

Jadi, dia beralih, bertukar dalam tempoh yang singkat, mengorbankan wang yang begitu banyak, memeningkan pelajar dan guru dalam perubahan sistem dalam tempoh masa yang dekat. Jadi ini banyak perkara yang akhirnya mengganggu dan tidak memberikan kesan yang positif kepada pendidikan dalam negara kita. Jadi apa yang mahu saya tegaskan di sini, Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang Mulia ini, janganlah akhirnya nanti sampai orang mendakwa bahawa perkara-perkara macam ini, dasar dan juga polisi seperti ini hanyalah kerajaan hendak create satu projek yang hendak diberikan kepada orang-orang tertentu atau pun rakan-rakan, kroni-kroni tertentu sahaja yang akhirnya akan memberikan imej yang salah dan buruk kepada kerajaan sendiri. Jadi, oleh sebab itu saya mencadangkan di sini supaya pihak kerajaan tarik baliklah pelaksanaan DLP ini, insya-Allah.

Isu kedua yang saya angkat pada kesempatan ini ialah berkait dengan saranan dan juga penegasan daripada Yang Dipertuan Agong untuk kita mengamalkan satu yang disebut sebagai budaya politik yang sihat dan aspirasi politik yang bermanfaat kepada rakyat keseluruhannya yang mana saya lihat ini adalah merupakan satu prinsip yang mesti menjadi tonggak utama dalam pemerintahan dan juga pentadbiran kerajaan negara kita. Setiap peringkat, bermula dari pusat kemudian sampai ke negeri dan sampai kepada kerajaan tempatan.

Budaya politik sihat dan bermanfaat ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri-ciri yang tersendiri, dan juga pendekatan yang tersendiri. Antaranya ciri-ciri yang boleh saya utarakan di sini ialah konsep sama rata. Konsep sama rata kepada rakyat yang diberikan kepada pihak kerajaan dengan penuh tanggungjawab dan juga sikap matang kerajaan dalam berpolitik untuk mengurus pentadbiran dan pemerintahannya.

Malangnya hari ini saya lihat suatu yang menyebabkan kita sangat terkilan dalam amalan politik tanah air. Masih ada lagi politik pilih bulu, politik tindas, politik membalas dendam. Sebagai contoh mudahlah saya sebut di sini, sehari dua baru ini, kecoh negara kita, viral satu print screen, bagaimana ada guru sekolah. Dihantar dalam satu group, diminta supaya ambil tindakan, catat nama mana-mana guru yang pro pembangkang, hantar kepada mereka, guru mana, sekolah mana, subjek apa yang diajar, hantar kepada dia atau pun hantar kepada pejabat DUN untuk pejabat DUN mengambil tindakan kepada pihak yang propembangkang ini.

Jadi ini satu contoh yang sangat memalukanlah dalam kita berpolitik pada hari ini, dia adalah merupakan satu yang sangat mengaibkan negara kita.

Saya mengharapkan sungguh-sungguh supaya kita setelah mencecah usia 60 tahun negara kita merdeka, pula dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya supaya kita mengamalkan politik yang sihat, yang matang ini supaya kita hentikan perkara-perkara yang seperti ini. Saya tidak pastilah apakah ini terhenti pada DUN yang terbabit, di peringkat DUN terbabit ataupun dia ada arahan dari atas. Saya harap tidak begitulah dalam kita menganjak politik maju, politik moden pada hari ini.

Jadi apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah apa yang berlaku ini sangat bertentangan dengan budaya politik matang dan sejahtera dan juga bertentangan dengan politik sihat yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kisah guru dan juga penjawat awam yang sokong pembangkang yang akhirnya ditukar ke pendalaman, diambil tindakan. Ini sebenarnya sudah menjadi satu sejarah hitam dalam politik tanah air kita dan budaya seperti ini sebagaimana saya sebutkan tadi sangat-sangat tidak selayaknya berlaku tapi malanglah kalau masih ada. Zaman moden pada hari ini kita masih lagi mahu mengamalkan amalan politik purba yang seperti ini.

Ini saya lihat ia berlaku dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Termasuklah juga politik pilih bulu ini yang dalam memberi bantuan sebagai contoh kepada pihak yang memerlukan.

Kadang-kadang dipilih colour, dia pilih parti hendak bagi bantuan. Kalau colour itu PAS, hijau, maknanya sukar untuk mendapat bantuan. Ini saya sebut ini apa yang berlaku di Temerloh sebagai contoh di kawasan yang saya wakili. Berapa kalilah saya dengan pegawai-pegawai saya panjat ke jabatan-jabatan, panjat kepada pihak kementerian supaya menghulurkan bantuan umpamanya berlakunya jalan rosak, hakisan tebing yang berlaku di tepi-tepi Sungai Semantan, kotornya Sungai Pahang sehingga menjejaskan nelayan-nelayan sungai sehingga kekeruhan Sungai Pahang ini sangat luar biasa sehingga nelayan-nelayan sungai terancam dan mereka tidak lagi mudah untuk mencari makan.

Jadi saya bawa kes-kes ini untuk diambil pertimbangan, untuk diberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuklah bekalan anak ikan dan seumpamanya tetapi sebahagiannya tidak mendapat satu respons yang sebaiknya dan positif. Jadi inilah, saya tidak mahu ini dijadikan sebagai politik balas dendam. Ada yang menyebut oleh kerana kamu undi pembangkang, kamu pergi minta dengan pembangkang. Saya kalau sekiranya pihak kerajaan memberikan peruntukan, tidak ada masalah jawapan itu tetapi apabila kita pembangkang, tidak ada sebarang peruntukan, jadi bila jawab macam itu, yang teraniayanya, yang tertindasnya ialah rakyat itu sendiri.

Jadi sukalah saya memperingatkan perkara ini... [Membaca beberapa potong ayat Al-Quran] Bermaksud, ketahuilah kata Rasulullah SAW, setiap kamu pemimpin dan kamu nantinya akan dipertanggungjawab, akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu. Maka pemerintah itu, pemimpin yang diberikan amanah untuk menjaga kebajikan dan juga kesejahteraan rakyat, maka dia akan dipersoalkan di atas apa tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.

Budaya politik sihat mesti menjadi dasar dan mesti menjadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Sebagai contohlah saya hendak sebut sekali lagi, dasar kerajaan dalam aspek pengubahsuaian dan juga pemotongan bajet kerajaan dan juga merasionalisasikan subsidi.

Apabila tiba dalam bab ini saya lihat masih lagi kerajaan menyasarkan rakyat. Sebagai contoh pemotongan subsidi tepung dan lain-lain. Kenapa tidak kita mengambil langkah menyelamatkan rakyat ataupun tidak menyasarkan rakyat. Ya saya tahu slogan kerajaan ialah rakyat didahulukan, jadi jangan maksud rakyat didahulukan itu membebankan rakyat dulu. Sehingga akhirnya rakyat sentiasa menjadi tersepit dalam keadaan ini. Kenapa tidak untuk memulangkan kembali ataupun untuk menyuburkan semula potensi pertumbuhan ekonomi negara dengan kita mengamalkan sistem jimat cermat, tidak membazir, membatalkan projek-projek besar, projekprojek mewah yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.

Mengamalkan langkah jimat cermat itu di peringkat pentadbiran dan pengurusan. Menamatkan ketirisan, kebocoran sebagaimana yang kita baca dalam Laporan Audit saban tahun berlaku pada kementerian, berlaku pada GLC. Ambil tindakan-tindakan itu pada jangka pendek dan jangka panjang ini dia boleh menyelesaikan tidak hanya sekadar nampak rakyat kena, rakyat kena. Kena bayar cukai, kena potong itu, kena potong ini. Sedangkan rakyat sekarang ini sedang berdepan dengan apa yang selalu kita ulang, selalu kita sebut dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan juga dengan tekanan kekangan ekonomi yang begitu tenat.

Jadi saya juga mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan kita apa yang pernah disebut oleh Saidatina Aisyah RA., dia dengar Nabi kita Muhammad SAW berdoa dalam satu doa... [Membaca sepotong doa] Bermaksud, ya Allah, siapa-siapa yang bertanggungjawab memimpin dan mengurus urusan umat ku, tiba-tiba dia menyusahkannya, dia menyusahkan umat ku, dia menyusahkan rakyatnya sendiri dalam keadaan dia pemimpin... [Menyebut dalam Bahasa Arab] Nabi doa supaya Ya Allah, Engkau susahkan balik pemimpin itu. Engkau kembalikan semula segala kesusahan yang berlaku kepada rakyat itu kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat yang akhirnya pemimpin akan mengalami kesusahan dalam pelbagai aspek, dalam pelbagai perkara.

Kalau kita muhasabah balik kenapa pemimpin hidup dalam keadaan susah, terganggu dengan tekanan, dengan begitu hebat, hendak tidur malam pun tidak lena, diugut, diancam dan macam-macam masalah melingkari kehidupan. Kita muhasabah balik antara puncanya ialah kerana pemimpin sering kali menyusahkan rakyatnya dengan pelbagai perkara. Sebaliknya Nabi sebut, barang siapa ataupun pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan urusan umat ku, kemudian dia menyudahkan urusan itu. Maka nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya pula untuk memimpin negara, menjadikan pemimpin yang baik dan akhirnya selesa. Bukan saja di dunia tetapi juga sampailah di akhirat. – HARAKAHDAILY 14/3/2016

Petikan ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan ketika membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama, Khamis, 10 Mac 2016.

Sumber HD - 14-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pelarian Syria: Kerajaan masih dalam proses saringan




HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Bagi kemasukan migran Syria pada ketika ini, kerajaan hanya memberikan fokus kepada calon yang mempunyai penaja iaitu ahli keluarga atau waris yang telah menetap secara sah di Malaysia serta dapat membuktikan kemampuan menyediakan tempat tinggal dan kemudahan asas yang berkaitan.

Demikian dinyatakan Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Dewan Rakyat, hari ini.

Nasrudin dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan keadaan terkini pelarian-pelarian Syria telah tiba di Malaysia sejak bulan Disember 2015.

Menurut menteri itu lagi, penetapan syarat melibatkan penaja ini adalah bagi memastikan kebajikan (well being) migran Syria akan terpelihara sepanjang keberadaan mereka di Malaysia.

Lanjutan dari itu, jelasnya ingin dimaklumkan bahawa kumpulan pertama bagi fasa pertama migran Syria yang terdiri dari 3 buah keluarga (11 orang) yang terdiri daripada 5 orang lelaki dewasa dan 6 orang wanita telah selamat tiba di Malaysia pada 8 Disember 2015 yang lalu telahpun bersama ahli keluarga mereka yang telahpun berada di Malaysia untuk meneruskan kehidupan sedia ada.

"Status terkini adalah kerajaan masih dalam proses tapisan atau saringan ke atas penaja dan migran Syria lain yang bakal dibawa masuk ke Malaysia kelak," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/3/2016

Sumber HD - 14-3-2016                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkasakan tugas sebagai isteri, ibu di samping kerjaya

HARAKAHDAILY | .


TULISAN saya beberapa hari lepas dalam menghuraikan fenomena perceraian yang semakin meningkat mendapat perhatian banyak pihak termasuk pergerakan wanita.

Berita asal boleh dirujuk di pautan berikut: http://pas.org.my/artikel-berita-dupp/7836-penceraian-institusi-kekeluargaan-makin-rapuh.

Beberapa portal lain turut membuat liputan terhadap kenyataan saya itu antaranya boleh dirujuk di pautan berikut:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/08/pas-desak-kerajaan-pandang-serius-isu-perceraian/

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-ulama-says-womens-place-is-at-home-as-wives-and-mothers

Memperkasakan fungsi dan tugasan sebagai isteri dan ibu tidak bermaksud para isteri dan ibu perlu meninggalkan pekerjaan dan kerjaya di luar rumah mereka. Tetapi ia dilakukan dengan meletakkan tugasan sebagai isteri dan ibu sebagai tugasan utama di samping kerjaya seharian sebagai tugasan kedua.

Kerjaya adalah satu medium untuk mendapatkan rezeki bagi membantu membahagiakan sesebuah keluarga menerusi rezeki yang lebih lapang dan baik.

Tugasan sebagai isteri dan ibu pula adalah tugasan utama yang jika tidak dilaksanakan keluarga tidak mungkin bahagia meskipun harta membukit dan menggunung.

Hatta, kerjaya bersifat fardhu kifayah yang menyumbang kepada umat dan bangsa seperti pendidikan sekalipun tetap menjadi tugasan kedua selepas tugasan sebagai ibu dan isteri yang bersifat fardhu ain.

Kerjaya yang bertujuan mencari rezeki sepatutnya menjadi alat dan medium dan bukannya matlamat. Ia bertujuan membantu memenuhi keperluan jasadiyyah makan dan minum serta kehidupan fizikal. Tetapi menjadi seorang isteri dan ibu pula adalah keperluan batiniyyah dan kejiwaan yang tidak mungkin manusia mendapat kesempurnaan bahagia tanpanya bahkan institusi bermasyarakat pasti rosak tanpanya.

Kerosakan sosial hari ini ialah apabila para wanita berkeluarga mengutamakan kerjaya lalu mengabaikan tugasan utama sebagai isteri atau ibu.

Lebih merosakkan apabila sebahagian pergerakan wanita hanya menyeru wanita untuk berkerjaya tetapi tidak menyeru wanita memperkasakan institusi "keisterian" dan "keibuan". Malah ada yang bergerak songsang seolah memperkecilkan kedua-dua institusi tersebut.

Namun, yang lebih utama diperdebatkan ialah bagaimana masyarakat dan sistem bernegara boleh membantu para ibu dan wanita memperkasakan tugasan sebagai isteri dan ibu?

Saya mencadangkan antaranya dengan mengurangkan tempoh masa bekerja para wanita berkeluarga daripada 8 jam sehari kepada 5 atau 6 jam sehari tetapi dengan gaji yang sama seperti lelaki yang bekerja selama 8 jam sehari.

Meskipun kelihatan sukar kerana melibatkan kos, ia adalah satu hadiah bagi wanita yang sudah berkeluarga.

Bahkan, kerjaya sebagai usahawan di bidang yang tidak menuntut mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka di luar lingkungan keluarga perlu diperkasakan dan menjadi sebahagian sasaran kempen pergerakan wanita.

Ia boleh dilaksanakan menerusi konsep memanfaatkan "masa berkualiti" dan bukan hanya "kuantiti masa".

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 12 Mac 2016 | 3 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 12/3/2016

Sumber HD - 12-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beri latihan kepada pembantu rumah, taska kendali bayi



SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya mengakui pembantu rumah, tadika atau taska tidak mempunyai latihan dalam hal-hal keselamatan dan kesihatan secara formal.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan mereka tidak mempunyai pengetahuan misalnya bagaimana kaedah memberi susu kepada bayi menyebabkan banyak kes-kes kematian bayi kerana tersedak susu.

"Pembantu rumah, tadika atau taska tidak ada latihan langsung malah ada yang tidak tahu mencuci botol susu dan beri susu kepada bayi hanya lampik bantal dan biarkan tiba-tiba meninggal. Ini berlaku," katanya ketika di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat, Hilmi berkata, kerajaan perlu memandang serius soal keselamatan anak-anak di taska malangnya kemudahan tidak mencukupi sehingga seorang pembantu terpaksa mengasuh lebih 10 orang kanak-kanak.

Katanya pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memberi latihan atau kursus kepada pembantu sama ada dalam kalangan warga asing atau tempatan.

Terdahulu Che Rosli menyarankan agar Kementerian Kesihatan memberi kursus formal kepada pembantu rumah, tadika atau taska memandangkan statistik menunjukkan seramai 176,559 pembantu rumah asing berdaftar di negara ini.

"Saya fikir di masa akan datang perlunya pembantu rumah dan tadika yang mempunyai pengetahuan dari segi aspek kesihatan kerana banyak kes-kes penjagaan kanak-kanak terabai misalnya penyakit berjangkit, keperluan ini juga boleh diterapkan kepada penjagaan warga emas," katanya.

Katanya, kerajaan boleh mewujudkan program sains bersekutu iaitu memberi latihan kepada anak-anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka boleh mengikuti kerjaya yang lebih terjamin di masa akan datang. – HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016                                                                                                                      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biarlah orang tidak suka dengan PAS hendak kata

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sudah terpahat di kepala ahli PAS bahawa perjuangan parti akan menghadapi cabaran dan dugaan di dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kebenaran akan terserlah walaupun cuba hendak dipadamkan dengan berbagai cara.

Tambahnya, tidak ada jalan selesa untuk mencapai tujuan itu.

"Biarlah apa orang yang tidak suka dengan PAS hendak kata.

"Insya Allah, PAS terus teguh dengan prinsip yang tidak pernah berganjak," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Transformasi Parlimen: Perkukuh institusi semak, imbang k'jaan

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan sokongan terhadap transformasi Parlimen yang telah mendapat pandangan bernas daripada tokoh-tokoh akademik terutamanya melalui Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara Komanwel ke-23 yang berlangsung minggu lalu.

Ia merupakan suatu langkah yang bukan sahaja memulihkan kepercayaan terhadap institusi Parlimen, malah memperkukuhkan serta memperkemaskan lagi keberadaannya dalam perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini.

Di sebalik gesaan terhadap transformasi Parlimen ini, perkara yang perlu diberi perhatian adalah mengenai institusi semak dan imbang yang penting bagi meningkatkan kecekapan dan menjamin integriti kerajaan sebagai pemegang amanah dalam menguruskan hal ehwal negara.

Meskipun kerajaan mempunyai mekanisme semak dan imbang yang terdiri daripada institusi Parlimen itu sendiri, Jawatankuasa Audit Awam dan Jabatan Audit Negara, namun, ia hanya bersifat menilai kedudukan akhir kewangan dan tidak mempunyai kuasa untuk menilai perjalanan keseluruhan aspek kewangan negara.

Keadaan ini telah menyebabkan aspek ketirisan, pembaziran dan kelemahan dalam pengurusan kewangan kerajaan sekadar menghiasi laporan tahunan Ketua Audit Negara dan tiada pencegahan mampu dilakukan.

DPPM menggesa agar institusi semak dan imbang ini diperhalusi peranannya supaya ia mempunyai kuasa khas untuk meneliti setiap perjalanan kewangan di samping mempunyai capaian yang lebih mendalam terhadap urusan kewangan pihak kerajaan.

Ini merupakan suatu langkah bagi memastikan kerajaan bersikap ‘transparent’ dalam melaksanakan tugasnya dan dalam masa yang sama, masalah ketirisan dan pembaziran dapat ditangani dengan lebih effisyen.

Tambahan lagi, pemusatan kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan juga sangat terdedah kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Akta yang berada di bawah Kementerian Kewangan dianggap terlalu meluas melibatkan Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406), Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Akta 403), Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498) dan akta-akta yang lain mencecah 24 akta kesemuanya.

Maka, dengan akta yang begitu banyak melibatkan satu kementerian, ditambah pula Perdana Menteri sebagai Menteri yang bertanggungjawab, adakah unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dibendung daripada berlaku?

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUH AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 4-2-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dewan Rakyat lulus usul TPPA



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) malam ini.

Melalui undian secara belah bahagi yang dijalankan pada jam 7.15 malam menyaksikan 127 ahli dewan menyokong sementara 84 tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rayat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan itu pada jam 7.27 malam.

Sebelum itu, beliau membenarkan pihak media masuk ke dalam dewan untuk mengambil gambar.

Usul penyertaan Malaysia dalam TPPA itu dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam. - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber  HD - 27-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Shafie Apdal bimbang Malaysia senasib Mexico

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Hari terakhir perbahasan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen hari ini satu-satunya Ahli Parlimen daripada BN menyatakan kebimbangan terhadap kerajaan yang sangat teruja untuk menandatangani perjanjian itu.

Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan itu menyuarakan kerisauan beliau terhadap nasib peniaga tempatan selepas perjanjian itu ditandatangani.

"Saya tidak mahu selama ini perjuangan kita hendak membela masyarakat Melayu dan Bumiputera negara ini, kerana TPPA ini akan mengubah dasar dan struktur negara kita.

"Kita perlu mengubah 26 akta yang ada selepas kita persetujui di peringkat parlimen ini," katanya.

Bahkan tegas beliau, sehingga kini belum ada jaminan apa akibatnya kelak sekiranya hasil daripada perjanjian ini  terhadap golongan Bumiputera dan Melayu.

"Kalau tidak ada jaminan apa akibatnya?", soal beliau diikuti sokongan daripada Ahli Parlimen Pembangkang.

Shafie turut mengakui penyertaan Malaysia di dalam TPPA secara umumnya adalah untuk kepentingan negara tetapi isu domestik seperti persaingan pertikaian pelaburan negara dan harta intelek syarikat milik kerajaan perlu diberi perhatian secukupnya.

"Tidak boleh dipandang ringan, yang perlu kita lihat secara mendalam tidak bererti saya bangkitkan persoalan ini kerana saya menidakkan menyokong. Tidak," tegas beliau.

Yang penting jelasnya, kerajaan perlu ada pendekatan untuk memantapkan dari segi struktur perundangan yang ada kerana pencegahan di peringkat awal bagi mengelakkan Malaysia senasib seperti Mexico dan Kanada.

"Kita harus akui kenapa China harus menyertai TPPA, ia merupakan produk yang dikeluarkan milik Amerika melalui China, barangan hampir bukan keseluruhan yang dikeluarkan daripada Amerika dikeluarkan oleh negara-negara seperti China kita perlu teliti generasi yang datang iaitu rakyat.

"Saya tidak mahu cakap panjang, Amerika negara yang berkuasa besar dalam kemelut ekonomi dunia sedang berlaku ini. TPPA ini dapat ditimbang supaya dan apa yang saya cakap dapat dimanfaatkan tidak bererti saya menolak," katanya mengakhiri ucapannya di Dewan Rakyat hari ini. – HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



TPPA: Parlimen jadi 'rubber stamp' bukan majoriti rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan kesal apabila Persidangan Parlimen dijadikan 'rubber stamp' untuk melaksanakan hasrat kerajaan untuk meluluskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau ketika berucap pada Persidangan Khas Parlimen hari ini turut menggesa agar kerajaan mengambil kira suara rakyat terutama dalam isu TPPA kerana rakyat akan lebih terkesan jika perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya.

"Secara tersurat sidang parlimen ini hanya sebagai 'rubber stamp' untuk melaksanakan hasrat kerajaan dalam isu TPPA.

"Walaupun kita tahu kerajaan mendapat undian majoriti tapi itu sebenarnya tidak menzahirkan sokongan rakyat, kerana majorit rakyat menolak TPPA," ucap beliau.

Ketua Whip Parlimen PAS itu menggesa agar kerajaan mengambil suara rakyat sebagai satu resolusi tentang persetujuan atau tidak pelaksanaan perjanjian ini.

"Kita hendak masuk dalam perjanjian yang besar ia perlu persetujuan rakyat, saya hairan kenapa kerajaan tidak sabar dan tergesa-gesa untuk menyertai TPPA sedangkan kita sendiri tidak mengetahui kedudukan Malaysia selepas tandatangan perjanjian tersebut.

"Kerajaan perlu ambil ikhtibar daripada suara-suara rakyat dan hujah yang kita utarakan ini, perlu dinilai sebelum sertai TPPA," ucap beliau lagi.

Takiyuddin yang turut meminta kerajaan menjelaskan tentang penglibatan Peguam Negara dalam perbincangan draf perjanjian tersebut.

"Kalau Amerika menggunakan barisan peguam mereka yang bertaraf antarabangsa untuk berbincang dalam draf perjanjian tersebut, bagaimana pula Malaysia.

"Adakah ada penglibatan Peguam Negara, sehingga sekarang tidak ada kenyataan daripada Peguam Negara dalam isu TPPA. Peranan mereka perlu bagi memastikan ia tidak memberi impak yang buruk kepada negara," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa Malaysia tidak menjadi mangsa disaman oleh negara-negara lain serta dapat melindungi syarikat-syarikat di dalam negara.

"Mewakili kerajaan Kelantan, sehingga sekarang tidak ada sebarang perbincangan dilakukan dan apabila dihubungi Kementerian Penerangan tentang TPPA hanya akan diadakan selepas persidangan parlimen ini.

"Apa jaminan kita belum pasti, mewakili PAS kita tidak bersama untuk menyokong TPPA dan gesa kerajaan mencari pilihan lain untuk memperkasakan ekonomi negara.

"Saya juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Marang untuk melaksanakan Satu Asean atau pun Satu Ummah dalam mengembangkan ekonomi negara dengan negara-negara jiran," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016                                                                                                                      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen PAS berucap, undi menentang TPPA

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dua hari, bermula hari ini parlimen bersidang untuk meminta ahli parlimen bersetuju supaya Malaysia menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Insya Allah PAS istiqamah menentang TPPA.

"Ahli parlimen PAS yang diamanahkan, akan berucap menentang TPPA dan akan undi menentang," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, beliau berharap agar mendoakan semoga Ahli Parlimen PAS diberi kekuatan dan kesihatan untuk menggalas amanah ummah dan negara.

Menyentuh himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, Sabtu lalu, Naib Presiden PAS itu menyatakan 90 peratus yang hadir adalah ahli PAS.

"Alhamdulillah, 90 peratus yang hadir himpunan Bantah TPPA ahli PAS." ujarnya menerusi laman facebook.

Katanya, mereka hadir kerana walak kepada arahan parti dan pimpinan.

"Ingat kami yang bergelar pemimpin, ahli walak selagi pemimpin walak kepada Allah, Rasul dan perjuangan.

"Jika pemimpin lari, kami tidak akan walak sama sekali," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 2-1-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mengapa TPPA wajib ditolak




DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .





FIRMAN Allah SWT: “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Ar-Rum: 41)

Sebenarnya, pengertian Globalisasi (al-‘Awlamah) adalah hampir sama dengan nilai Kesejagatan (al-‘Alamiyyah) yang dibawa oleh Islam, sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

Namun, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti membaratkan dunia (Westernisation) atau mengamerikakan dunia (Americanisation), dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu Globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

Kini dunia hanya mengenali dua pendekatan ideologi ekonomi, sama ada dalam satu negara atau antara negara, iaitu sama ada Liberal Kapitalisma atau Sosialisma. Abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan ideologi sosialisma, sehingga kuasa besar yang mendukungnya paling ekstrem seperti China dan Rusia serta negara ikutannya melakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang didukung oleh Liberal Kapitalisma, sehingga yang dikatakan tabir besi dahulu sudah tidak ada lagi, kerana semuanya sudah bergerak kepasaran bebas dalam aspek ekonomi.

Kini kita menyaksikan tanda-tanda kegagalan liberal kapitalisma dengan krisis ekonomi dunia yang kita juga ikut menumpang dan terpalit. Maka diciptakan gagasan baru bernama TPPA, yang arkiteknya ialah Amerika, yang tidak boleh diberi keyakinan dapat menyelamatkan ekonomi dunia, bahkan menjadi salah satu punca masalah. Kalau kita menumpang bahtera ini kita akan bersama melakukan kesilapan yang sama dan tenggelam bersama.

Kita sama-sama mengikuti ucapan Presiden Obama ketika menjelaskan kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika. Jelasnya, TPPA akan menjadi penyelamat kepada ekonomi Amerika dengan menjadikan peraturan perdagangan yang mereka tulis sebagai terma yang dipaksakan ke atas negara anggota blok TPPA bagi membantu Amerika berdepan dengan perkembangan mendadak ekonomi negara besar China.

Ini dapat dilihat berdasarkan negara anggota TPPA yang merentasi beberapa benua bermula dari lautan Hindi ke Pasifik dan turut melibatkan negara anggota Asean seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. TPPA ingin mengukuhkan geopolitik dan pengaruh Amerika di Asia Pasifik dan Laut China Selatan. Lebih-lebih lagi, kedudukan Malaysia yang strategik amat penting untuk Amerika menguasai sebahagian Selat Melaka dan kawasan tertentu di Laut China Selatan.

TPPA adalah gagasan perdagangan berkonsepkan Liberal Kapitalisma yang diketuai oleh barat yang pernah menjajah dengan gabungan kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan yang pernah membawa penderitaan ke seluruh pelusuk dunia. TPPA adalah pembaharuan daripada Syarikat Hindia British dan Belanda yang pernah menakluk rantau ini, menjajah tanah air, memperhambakan rakyat, dan mengangkut hasil buminya.

Hujah ini dikuatkan apabila merujuk kepada artikel 25.7 Perjanjian TPP menyebut negara anggota TPPA perlu lebih telus dan bertukar-tukar maklumat negara. Kita kena sedar ini satu bahaya besar terhadap keselamatan negara dan membuka ruang kepada ancaman kuasa asing. Sejauh manakah Kerajaan Malaysia mampu mengawal maklumat negara dari diserahkan kepada negara luar secara ‘halal’ sedangkan negara anggota terpaksa akur dengan langkah perundangan? Benarlah TPPA akan membuka ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara dan menjajah negara bermula dengan penguasaan ekonomi.

Ideologi Liberal Kapitalisma masih menjadi ideologi yang dianut, maka perjanjian yang dimeteraikan oleh gagasan ini tetap berkonsepkan ekonomi bebas yang tidak beriman dan budiman, kerana konsep ekonomi bebas walau pun berpakat, tetap berpandukan siapa cepat dia dapat, di atas nama menggalakkan kemajuan ekonomi.

Di samping itu, Langkah Perlindungan Sementara yang diperuntukkan hanya untuk tempoh maksima 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempoh itu, tiada lagi perlindungan dibenarkan untuk melindungi industri tempatan dan pampasan mestilah dibayar kepada pihak yang terjejas. Kesan daripada Perjanjian TPP ini boleh membunuh industri tempatan.

Pakatan ini, kita yang diajak, serta dengan draf perjanjian yang disediakan, bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran yang mungkin sangat menarik hasilnya pada zahir. Tetapi dalam perlumbaan berkonsepkan liberalisma ekonomi, sudah tentu lapangannya lebih berpihak kepada mereka, kita hanya sekadar menumpang kelajuan kenderaannya yang lebih besar dan canggih jenteranya, lebih laju perjalanannnya dan sudah pasti kita bukan pemandunya yang asasi, apabila aset mereka lebih besar, modal mereka lebih besar, pasaran mereka lebih besar.

Ini terbukti apabila tidak semena-mena, dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian berat sebelah ini ditandatangani, kita terpaksa meminda tidak kurang daripada 26 akta dan beberapa pekeliling atau aturan kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, supaya mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam TPPA (patuh-TPPA). Inilah satu bentuk penjajahan undang-undang dan ekonomi yang berselindung di balik tirai pemulihan demokrasi dan keterbukaan ekonomi, yang wajib kita selaku Ahli Dewan Rakyat mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

Ya!, kita akan mendapat limpahan ekonomi yang kaya raya dengan sebab menumpang, tetapi percayalah bahawa kita laksana kolam kecil yang membekalkan air untuk kolam tasik yang besar melaut, akan menjadikan air kita surut kering, kalau disedut, atau apabila dibuka tanpa sempadan air pasang tasiknya boleh menggelamkan kita sehingga mati lemas.

Segala-galanya berlaku nampaknya mudah di atas kertas, kerana Amerika yang menjadi arkitek utama perjanjian ini menjanjikan gagasan ekonomi alaf baru, berbeza dengan yang berlaku selama ini, kerana dikatakan sangat membantu negara anggota. Pihak kita pula terus berkempen bahawa syarikat-syarikat tempatan akan menembusi pasaran antara bangsa. Kebenarannya, percayalah bahawa ia akan bergantung kepada kemampuan kita berlumba dan bertanding dengan syarikat-syarikat gergasi, kerana sifat perlumbaan adalah konsep ekonomi liberal kapitalisma, ditambah pula dengan tidak ada akhlak.

Malangnya lagi, Malaysia sudah tidak lagi boleh menentukan dasar cukai dan duti, walaupun untuk kepentingan sendiri. Merujuk kepada perjanjian TPP, hanya diperlukan dua negara asing untuk memohon supaya duti Malaysia dikurangkan dan Malaysia mesti akur dan patuh. Malaysia juga harus memberikan layanan kepada pelabur asing setara dengan layanan yang diberikan kepada pelabur rakyat Malaysia, sama rata dan tiada pilih kasih.

Malah, hasil analisa pihak Price Waterhouse Coopers (PWC), konsultan yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat ekonomi terhadap Malaysia mendapati kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu signifikan – hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada 2027, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang perlu berkembang pada kadar 5%-7% setahun.

Di samping itu, kajian PWC mendapati tiga sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat Bumiputera.

Manakala, tiga sektor yang bakal mendapat manfaat pasaran terbuka di bawah TPPA kelak adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik, di mana sektor ini kebanyakannya dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah.

Semua syarat-syarat perjanjian adalah ditulis oleh mereka untuk mendapat persetujuan kita, walaupun kita boleh tidak bersetuju, tetapi tentu sahaja perundingan yang sebegitu besar jangkauannya itu mempunyai agenda tersembunyi oleh kuasa besar. Kerisauan ini adalah berasas apabila meneliti perjanjian TPP yang menyebut tentang satu entiti Penyelesaian Pertikaian Negara-Pelabur (ISDS) akan memberi kesan dan membuka lebih ruang untuk Kerajaan Malaysia disaman dengan alasan “keadilan dan kesamarataan”.

Langkah-langkah perundangan yang terpaksa diakur oleh kerajaan Malaysia apabila TPPA dilaksanakan juga adalah bercanggah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang sepatutnya bersifat sukarela dan atas dasar kontrak moral. Ditambah pula, ia nanti akan dikawal oleh undang-undang perdagangan antara bangsa dan mahkamahnya adalah laksana sarang labah-labah. Akhirnya hanya dapat menghukum syarikat syarikat kecil dari negara kecil seperti kita. Apakah jaminan negara besar yang menjadi anggota boleh mematuhinya dan bersedia diambil tindakkan undang-undang yang adil?.

Adalah lebih berhikmah kita membina gagasan ‘Masyarakat Madani Global’ bersama negara serantau (Agenda 1-Asean) dan sesama negara Islam (Agenda 1-Ummah) dengan konsep kita yang adil dan saksama. Kita bina kekuatan sendiri terlebih dahulu dengan sumber kita, kemudian boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, bukan sahaja terikat dengan pintu TPPA bahkan lebih banyak pintu yang boleh dimasuki dan dibuka tanpa ikatan dengan sesiapa.

Adalah lebih baik diperkenalkan konsep Islam kepada dunia, setelah kegagalan sosialisma dan tanda kelemahan liberal kapitalisma. Di antaranya ialah penyakit muamalah riba, senjata zionis yang sedang meruntuhkan ekonomi Amerika sendiri. Inilah Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279)

Inilah kerja Tabung Kewangan Antara Bangsa (IMF) yang dibayangi Zionis dan inilah juga urusan institusi kewangan yang memangkin TPPA bersama Amerika. Maka TPPA adalah ibarat menjadikan negara anggotanya laksana tongkat untuk berdepan dengan krisis ekonomi dan berdepan dengan gagasan kuasa besar ekonomi yang baru iaitu China, Rusia dan kumpulannya dalam gagasannya, bukan untuk berpakat secara saksama dan adil.

Sepatutnya kerajaan kita menunaikan yang wajib terlebih dahulu daripada sumber sendiri, iaitu mengolah hasil bumi kita dengan baik, dan bumiputera yang menjadi sumber manusia terbesar, tetapi masih terkebelakang kerana program pembangunan manusia yang salah, sehingga kaum bumiputera masih ketinggalan, walaupun sudah merdeka lebih daripada setengah abad.

TPPA tidak mampu menjadikan sumber kita untuk kemajuan kita sendiri, tetapi lebih menjadi khadam atau abdi sekali lagi kepada pihak yang lebih besar dalan konsep ekonomi liberal ini. Pembahagian kelas masyarakat dalam negara kapitalis juga menjadi acuan dalam masyarakat antara negara. Mereka sudah membahagikan kepada Kumpulan Negara Maju dan kumpulan yang dinamakan sedang membangun, dalam konsep kapitalis tetap meneruskan sumber kekayaan berpusing di kalangan yang kaya dan maju sahaja. Al Quran menyebut:

“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” (Al-Hasyr: 7)

Sepatutnya negara bekas tanah jajahan ini sedar dan insaf, betapa peranan yang zalim daripada negara bekas penajah, sejak zaman mereka memerintah kita secara langsung, sehinggalah selepas dikatakan kita sudah merdeka dan diletakkan di dalam bakul bekas jajahan dengan berbagai nama yang disenaraikan dalam negara sedang membangun yang tidak diizinkan bangun sendiri.

Bersamalah kita selaku Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara, menghalang sebarang bentuk campurtangan asing dalam menentukan urusan politik dan ekonomi tanah air, dengan menolak usul penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini, demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Saya sangat yakin akan kemampuan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan begitu optimis terhadap kebolehan yang ada di kalangan generasi muda negara, untuk mencorak kejayaan di abad ini dan melakar kecemerlangan di masa akan datang, mengikut acuan dan kebijaksanaan kita sendiri. – HARAKAHDAILY 26/1/2016

Ucapan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan khas Dewan Rakyat mengenai TPPA pada 26 Januari 2016.

Sumber HD - 26 - 1-2016                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Usul mesyuarat khas parlimen dikeluarkan esok

ANAS ABU HASSAN | .


KUALA LUMPUR: Usul bagi Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dibahaskan pada Mesyuarat Khas, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 minggu depan, akan dimuatkan ke dalam aturan urusan mesyuarat esok.
  
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata notis berhubung mesyuarat khas itu sudah diedarkan kepada semua Anggota Parlimen pada 7 Jan lepas yang memaklumkan bahawa sidang khas Dewan Rakyat akan berlangsung pada Selasa dan Rabu depan.
  
Beliau berkata mesyuarat khas itu akan berlangsung seperti waktu biasa persidangan bermula pukul 10 pagi hingga 5.30 petang, melainkan ada usul untuk melanjutkan tempoh mesyuarat ke waktu ditetapkan.
  
"Ia bergantung kepada jumlah Anggota Parlimen yang akan berbahas berdasarkan persetujuan Speaker Dewan Rakyat, kalau ada lanjutan maka pihak kerajaan akan usulkan lanjutan waktu sidang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Roosme berkata dokumen lengkap berhubung TPPA telah diberikan kepada semua Anggota Parlimen sebelum mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 ditangguhkan pada Disember tahun lepas.

"Sebelum mereka (Anggota Parlimen) beredar, setiap orang telah menerima dokumen TPPA, dan Anggota Parlimen juga mempunyai beberapa sesi dalam kalangan mereka (untuk berbincang tentang TPPA), termasuk sesi bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya.
  
Berdasarkan takwim Parlimen, Mesyuarat khas Dewan Negara akan menyusul sehari selepas Mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membincangkan sebelum meluluskan usul bagi Malaysia menyertai TPPA.
  
Malaysia adalah antara 12 lagi negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015.
  
Kali terakhir Parlimen mengadakan persidangan khas, iaitu di luar waktu penggal persidangan, adalah pada 23 Julai 2014, iaitu sidang tergempar bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun sama yang mengorbankan 298 nyawa.
  
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk. - Bernama

Sumber HD - 21-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KPT diminta fokus isu graduan pendidikan

NASRUDIN HASSAN | .


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi perangkaan unjuran jumlah purata kekosongan jawatan guru menjelang tahun 2020. Hal ini bagi memastikan penawaran jumlah semasa graduan dan pelajar ijazah pendidikan dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi adalah selari dengan permintaan.

Berdasarkan anggaran peruntukan perbelanjaan 2016, hampir semua universiti awam di Malaysia mengunjurkan peningkatan enrolmen dan pengambilan pelajar baru pada tahun 2016 kecuali Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berlaku penurunan sekitar 20 peratus bagi kedua-dua statistik tersebut.

Sebelum ini, isu lambakan graduan pendidikan telah disuarakan sejak tahun 2010. Antaranya, pada tahun 2012, Naib Canselor UPSI pernah mendakwa seramai 13,000 graduan yang mengajar subjek sains dan matematik telah dihantar semula ke universiti untuk dilatih semula dalam subjek yang lain bagi mengelakkan pengangguran.

Begitu juga isu graduan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang mengalami masalah penempatan mesti turut diberikan perhatian penting.

Jika graduan pendidikan di IPTA pun sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan, bagaimana pula nasib graduan-graduan dari IPTS?

Oleh hal yang demikian, kerajaan harus memberikan unjuran yang permintaan yang tepat dalam hal ini. Kita tidak mahu para mahasiswa dan graduan aliran ini mengalami masalah pengangguran yang serius termasuk masalah ‘missed match’ dalam penawaran. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

Sumber HD - 4-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dewan lulus akta baru MKN beri Najib kuasa ‘besar’
Posted on Friday, December 04 @ 10:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.

Kerajaan secara tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu ketika melalui peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan ketiga sepanjang enam jam hari terakhir Parlimen bersidang

Ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang hingga memaksa perbahasan berlarutan hampir enam jam, sebelum diluluskan melalui undi belah bahagian.

Pembangkang menuntut undi blok semasa peringkat jawatankuasa tetapi dikalahkan dengan 107 undi menyokong manakala 77 undi menolaknya.

Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

Tindakan mereka hanya boleh dicabar jika mahkamah memutuskan ia dilakukan dengan "niat jahat".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rang undang-undang itu perlu bagi memudahkan perkongsian risikan serta tindak balas secara bersepadu oleh pasukan keselamatan negara terhadap sesuatu ancaman.

Beliau pada masa yang sama, menafikan tuduhan pembangkang kononnya rang undang-undang tersebut digubal untuk merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong atau bagi memperluaskan kuasa perdana mMenteri.

“MKN kena ada undang-undang kerana selama ini, sejak ditubuhkan MKN hanya bertindak sebagai badan pentadbir sahaja.

“Jadi inilah undang-undang yang bakal menentukan hala tuju MKN untuk menyelaraskan aktiviti risikan dan sebagainya,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan itu.

Bagi pengkritik, rang undang-undang itu juga mencerobohi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mereka juga khuatir akta baru itu akan digunakan khususnya untuk bertindak tegas ke atas kumpulan atau individu yang tidak sependapt dengan kerajaan.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Najib selaku perdana menteri terus dicabar oleh pelbagai pihak.

Sumber TKO - 4-12-2015                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat marah tambang ERL, LRT, Monorel, Komuter naik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan dalam membenarkan kenaikan tambang ERL, LRT, Komuter dan Monorel hingga 50% sangat mendukacitakan.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata, rakyat terus marah dan mempersoalkan kewajaran kenaikan mendadak tersebut.

Katanya, alasan ERL bahawa kenaikan itu perlu kerana sejak April 2002 tiada kenaikan dan kerugian berkumpul telah sebanyak RM671.7 juta adalah tidak dapat diterima.

"Kenapa kenaikan tambang 4 pengangkutan ini dibuat hampir serentak dan pada kadar yang sangat tinggi?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan kenapa pula kerugian berlaku terhadap satu perniagaan yang sebenarnya kosong risiko, pelaburan melibatkan bilion duit rakyat dan dikenakan pula kepada rakyat untuk menanggungnya.

Tambahnya, di Sao Paulo Brazil, akibat kenaikan tambang bas, ratusan ribu rakyat Brazil telah bangkit melakukan protes.

"Saya gesa Polis, SPRM, SPAD, KDNKK dan Ketua Audit Negara melakukan siasatan terhadap kesemua 4 pengangkutan utama yang telah menaikkan tambang secara melampau dan serentak ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/12/2015

Sumber HD - 4-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RM2.6b: Jawapan Zahid tidak menjawab persoalan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang dana RM2.6 bilion di Parlimen semalam sebenarnya tidak menjelaskan apa-apa, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, penjelasan Zahid itu juga tidak boleh membantu merungkaikan segala kekalutan, kekusutan dan keraguan rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu penerimaan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau.

"Penjelasan ringkas Zahid yang tiada penjelasan, betulkah RM2.6 bilion itu derma dan siapakah penderma," soal Mahfuz.

Bahkan katanya, penjelasan yang tanpa menjelaskan itu sebenarnya terus meninggalkan persoalan demi persoalan yang cenderung mengesyaki bahawa Najib Tun Razak melakukan kesalahan rasuah dan salahguna kuasa menerima suapan daripada pihak yang menjadi rahsia.

"Apakah TPM sengaja memberikan penjelasan yang bertujuan untuk Najib terus dipersoalkan rakyat? Apakah ini juga sebagai isyarat untuk perwakilan Umno pada PAU minggu depan jangan menjadi tunggul sebaliknya menekan Najib untuk berundur daripada jawatan Presiden Umno dan PM? Semua ini terus menjadi tanda tanya di sebalik rahsia besar Skandal RM2.6 bilion.

"Apa pun terima kasih kepada TPM Datuk Zahid di atas penjelasan isu RM2.6 bilion yang terus menambah persoalan tanpa penyelesaian," jelas Mahfuz.

Semalam, Zahid Hamidi menjelaskan semuanya mengenai dana RM2.6 bilion itu dalam masa tiga minit.

Menurut beliau dana di akaun bank Najib itu kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nurul Izzah sebak selepas dibawa ke jawatankuasa Parlimen

Posted on Thursday, December 03 @ 17:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebak selepas dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan puteri kepada bekas pemimpin pengganas yang mencoroboh Lahad Datu di Sabah, Jacel Kiram. 

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan undi belah bahagi selepas perbahasan berhubung perkara itu selesai.


Sebanyak 105 undi menyokong membawa Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan, manakala sejumlah 77 undi menolak.




Melalui jawatankuasa itu, Nurul Izzah akan diberi peluang memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakannya di Manila, Filipina.



Malah, sekiranya perlu, anggota jawatankuasa itu juga turut membenarkan beliau membawa saksi.



Usul berkenaan di bawa ke Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said.



Ketika sesi perbahasan, Nurul Izzah yang diberi peluang berucap juga turut sebak menjelaskan tujuan dan maksud beliau bersama Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berada di negara itu. 
Sumber TKO - 3-12-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zahid rumus derma RM2.6b Najib dalam 3 minit

Posted on Thursday, December 03 @ 16:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Jawapan ataupun penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Dewan Rakyat menjadi anti-klimaks.


Pertama, bukan sahaja Najib yang tampil bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku tetapi tanggungjawab itu diserahkan kepada ayam tambatan barunya, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Kedua, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan.



Ketiga, Ahmad Zahid ‘menjelaskan’ semuanya mengenai dana RM2.6 bilion itu dalam masa tiga minit.



Katanya, dana di akaun bank Najib itu kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.



Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.                                                                                                                       
Sumber TKO - 3-12-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------     

Usul rujuk Nurul Izzah ke JK Hak, Kebebasan dipersetujui




SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat memutuskan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas membuat undi belah bahagi di Dewan Rakyat tengah hari ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan perkara itu apabila seramai 105 Ahli Parlimen menyokong usul membawa Nurul Izzah ke jawatankuasa tersebut manakala seramai 77 ahli parlimen yang tidak bersetuju.

"Dengan yang demikian usul untuk merujuk Lembah Pantai ke jawatankuasa adalah dipersetujui, terima kasih," ujarnya sebelum menangguhkan sidang ke sesi sebelah petang.

Usul yang dikemukakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membawa Nurul Izzah kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran sekeping gambar pertemuan Naib Presiden PKR itu dengan anak perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menjadi viral di media sosial.

Antara kandungan usul itu menyifatkan pertemuan Nurul Izzah telah menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara pada tahun 2013.

"Lembah Pantai sedia maklum Jacel menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik kesultanan Sulu.

"Pertemuan bersama dengan anak dalang kepada pencerobohan negara dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia yang berikrar untuk menumpahkan taat setia sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi, dan mempertahankan perlembagaannya," katanya.

Lima anggota parlimen yang mengambil bahagian membahaskan usul tersebut, iaitu Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Majigoh.

Sebelum itu, Nurul Izzah berucap menjelaskan berhubung isu pertemuannya dengan Jacel Kiram. - HARAKAHDAILY 3/12/2015

Sumber HD - 3-12-2015                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                            

Hak eksklusif Astro kekal hingga Feb 2017

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali 'ASTRO' iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Feb 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
  
Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan 'no worse off' semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.
  
"Hak eksklusif ini telah diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada tahun 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98).
  
"MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas tahun 2017, tetapi bukan secara eksklusif," kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).
  
Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif ASTRO yang akan tamat pada tahun depan.
  
Selain itu, kementerian itu menyebut syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Feb 2017. - Bernama

Sumber HD - 1-12-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Judi, berlesen atau tidak tetap salah



NASRUDIN HASSAN | .


REALITINYA judi ini sama ada berlesen atau tidak, dia memang mendatangkan masalah besar kepada negara kita terutamanya menumbuhkan kesan-kesan sampingan gejala sosial dan juga jenayah rompakan.

Saya ambil contoh ialah di kawasan Temerloh antara daerah yang begitu subur dan banyak industri ataupun operasi judi sama ada yang berlesen ataupun tidak.

Menjelang negara kita untuk melaksanakan Indeks Syariah ini, saya hendak tanya apakah pelan kerajaan. Tidak adakah hasrat untuk memansuhkan judi ini dan membatalkan semua premis judi sama ada berlesen atau tidak, supaya negara kita lebih selamat dan terjamin. Kalaupun tidak mampu hendak hapuskan keseluruhan di peringkat awal ini, kita kurangkan dahulu kadar pemberian lesen itu, itu yang pertama.

Kemudian yang kedua tentang yang tidak ada lesen. Di premis-premis di Temerloh sebagai contoh sudah diserbu beberapa kali tetapi mereka masih lagi beroperasi. Kenapa tidak kali ketiga atau kali keempat itu batalkan sahaja permit perniagaan mereka itu walaupun berselindung di sebalik salon, cafe dan seumpamanya.  Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMAD [Timbalan Menteri KDN] Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Soalan itu soalan baik, tetapi tidak ada kena mengena dengan Kementerian Dalam Negeri. Soal hendak mengharamkan judi secara keseluruhan itu di bawah kementerian lain. Akan tetapi saya hendak ulas sedikit mengenai pandangan dari Yang Berhormat Temerloh, iaitu mengenai kenapa tempat-tempat judi yang tidak berlesen ini berkali-kali diserbu, tetapi ia masih boleh beroperasi semula ditempat judi yang sama.

Jawapan terletak pada kerajaan negeri yang menguasai pihak berkuasa tempatan kerana kebenaran untuk menggunakan premis tersebut terletak kepada kuasa PBT. Jadi kalau PBT tidak boleh ambil tindakan untuk menyita, kalau ada tempat-tempat yang digunakan untuk aktiviti judi yang tidak berlesen ini, sepatutnya pihak PBT menggunakan kuasa mereka dibawah Akta PBT untuk menutup lokasi tersebut.

Polis hanya buat penguatkuasaan, kita buat raid, selepas itu kita rampas, tetapi kita tidak ada kuasa hendak tutup tempat tersebut atau sita tempat yang telah dikenal pasti sebagai tempat untuk melaksanakan judi tanpa lesen ini.

Jadi saya rasa selepas ini kementerian pun, seperti saya sebutkan tadi dalam jawapan saya, kita telah menghantar dua nota makluman kepada Mesyuarat Menteri Besar supaya isu ini dapat ditangani secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri supaya tempat-tempat judi tanpa lesen ini agar dapat diambil tindakan yang efektif dan ditutup supaya mereka tidak diberi peluang untuk beroperasi semula.

Ulasan Lanjut dari saya:

Pihak kerajaan perlu mewujudkan Tindakan selaras antara pihak berkuasa sama ada melibatkan kementerian terlibat juga pihak berkuasa tempatan supaya masaalah dan barah sosial yang berakar dari judi ini dapat ditangani secara berkesan.

Jika kementerian dan jabatan atau agensi berkuasa bermain "tendang bola" ke sana ke mari dan masing-masing menyebut ini bukan bidang kuasa kami, maka sampai bila ia akan dapat dibasmi.

Laporan telah dibuat. Isu juga telah diangkat ke parlimen, sewajarnya pihak kementerian mengambil maklum dan bertindak secara selaras dan sepadu dgn agensi lain yang terlibat untuk menangani isu judi ini. – HARAKAHDAILY 1/12/2015

Sumber HD - 1-12-2015                                                                                                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS cadang skim gaji doktor bermula UD48

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula skim gaji doktor.

"Ketika bertanya soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat kepada Kementerian Kesihatan semalam, saya minta supaya skim gaji doktor bermula dengan UD48, bukannya UD41," kata Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang).

Ini, ujarnya memandangkan pengorbanan seorang doktor begitu tinggi daripada belajar hinggalah mereka bekerja.

Menurutnya, semua orang sedar pengajian doktor memakan masa begitu lama sehingga 6 tahun.

Justeru, kata beliau, apa salahnya pihak kerajaan letakkan mereka di skim yang berbeza dengan sektor lain.

Ini, ujarnya sebagai insentif dan penghargaan kerajaan kepada profesion mereka.

"Apabila kebajikan doktor dijaga ia akan memberi kesan langsung untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata, kajian pada tahun 2009 mendapati 68.7 peratus doktor mengalami tekanan manakala 30-40 peratus menyatakan waktu bekerja dan beban kerja yang tinggi sehingga tidak ada masa untuk bersosial.

Ini, ujarnya sehingga ada di kalangan mereka yang tinggal profesion doktor.

"Oleh itu layaklah cadangan skim doktor ini dikaji semula," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 27/11/2015

Sumber HD - 27-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Doktor pelatih: Adakah benar dakwaan ini




USTAZ IDRIS AHMAD | .


Saya hendak membicarakan berkenaan dengan B.42 Butiran 010400 – Perancangan tenaga Manusia dan Latihan.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Melaka yang menyebut, dia kata ada 1,000 doktor pelatih tidak meneruskan kerjaya sebagai pegawai perubatan kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris.

Soalan saya adakah benar dakwaan ini? Tidak logik pada saya kerana kebanyakan pembelajaran yang diajar, jadi rujukan kepada doktor-doktor ini ialah dalam bahasa Inggeris.

Kemudian yang keduanya ialah berkenaan dengan waktu doktor pelatih. Berapakah waktu kerja doktor pelatih yang mengikuti housemanship?

Ini kerana pernah suatu ketika dahulu diberikan satu peraturan iaitu waktu doktor pelatih ini bertugas ialah dahulunya 90 jam kepada 50 jam. Adakah benda ini dipraktikkan?

Saya juga hendak bertanya berapa ramai doktor pelatih yang mengikuti housemanship tetapi kemudiannya meninggalkan profesion kedoktoran ini?

Kemudian B.42 Butiran 031900 – Radioterapi dan Onkologi.

Soalan saya ialah hendak bertanya berkenaan dengan berapa satu kelengkapan untuk radioterapi ini?

Kalau boleh biarlah setiap negeri itu adanya kelengkapan radioterapi untuk merawat penyakit barah pada hari ini. Ini kerana misal kata di negeri Perak, mereka terpaksa pergi ke Pulau Pinang ataupun ke Kuala Lumpur. Itu pun saya pelik juga kerana ada seorang pengundi di kawasan saya yang membuat radioterapi sebanyak 35 kali.

Sepatutnya dia buat di Hospital Pulau Pinang, cuma dia hanya transit duduk di Hospital Pulau Pinang, sebaliknya dia kena berulang-alik ke hospital swasta Mount Miriam.

Ini suatu perkara yang pelik, saya hendak minta penjelasan, adakah di Pulau Pinang sendiri tidak ada, sehinggakan terpaksa ditransfer ke hospital swasta?

Akhir sekali ialah saya hendak minta supaya kementerian mengeluarkan juga satu pekeliling supaya membolehkan kami sebagai Ahli Parlimen ataupun Adun untuk melawat pesakit-pesakit terutamanya orang yang berada dalam kawasan kami pada bukan waktu-waktu biasa kerana ini memberikan peluang.

Ini kerana kita tidak boleh mengikut jadual yang ada kepada orang ramai memandangkan kita mempunyai jadual-jadual yang lain. - HARAKAHDAILY 26/11/2015

Ucapan Ahli parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di bawah Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada 25 November 2015.

Sumber HD - 26-11-2015                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hapus subsidi elektrik, rakyat miskin teraniaya

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Satu yang sangat tidak wajar apabila kerajaan menghapuskan subsidi yang selama ini diberikan kepada rakyat miskin.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, terlalu banyak subsidi pemberian yang selama ini dinikmati rakyat sebagai suatu mekanisma pengagihan kekayaan negara dirampas semula oleh kerajaan.

Katanya, jika sebelum ini subsidi petrol, subsidi gula, subsidi beras ST 15 dan insentif peningkatan hasil padi dimansuhkan serta pengurangan-pengurangan peruntukan yang dikurangkan dalam Bajet 2016.

"Kini, subsidi bil elektrik RM150 juta dimansuhkan dalam Bajet 2016. Ini bermakna rakyat miskin akan terpaksa membayar mengikut jumlah sebenar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penghapusan subsidi bil elektrik untuk rakyat miskin adalah satu penganiayaan kepada mereka sedangkan dalam bil elektrik rumah Perdana Menteri pun berjumlah RM2.2 juta setahun manakala rumah Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM800,000 setahun.

"Semua ini malangnya ditanggung oleh wang rakyat," katanya lagi.

Beliau berkata. penghapusan subsidi dan pengurangan peruntukan insentif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat menjadikan orang miskin tanpa subsidi dalam suasana harga getah sekerap hari ini RM1.90 sekilo. - HARAKAHDAILY 26/11/2015

Sumber HD - 26-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS gesa kaji semula pemberian lesen judi




MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula pemberian lesen perjudian kerana ia memberi implikasi buruk kepada masyarakat dan negara.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata isu perjudian telah meningkatkan indeks jenayah dalam negara terutamanya rompak, samun dan pecah rumah.

"Sejajar dengan hasrat kerajaan mahu memperkenalkan Indeks Syariah, adakah kerajaan berhasrat untuk membatalkan kesemua lesen perjudian atau setidak-tidaknya sepatut dari yang telah diluluskan.

"Aktiviti perjudian tidak dapat membina tamadun yang hebat sebaliknya ia meruntuh sistem nilai dan sekaligus merugikan negara secara spiritual dan material," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap premis perjudian yang tidak berlesen.

"Fokus umum kepada judi tidak berlesen yang sememangnya juga tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

"Walaupun serbuan telah dilakukan namun mereka tetap beroperasi seperti biasa, kenapa tidak ada tindakan menyita permis tersebut," soal beliau.

Beliau juga berharap semua kementerian termasuk Kementerian Kewangan yang berurusan secara langsung meluluskan lesen judi dapat diselaraskan secara sepadu untuk memerangi aktiviti tidak bermoral itu.

"Sudan sampai masanya negara memerangi judi sebagaimana kita memerangi dadah dan lain-lain musuh negara yang merosakkan akhlak rakyat," sambung beliau lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Temerloh itu berkata isu pemberian lesen perjudian adalah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dikawal sepenuhnya kerajaan negeri.

"Pihak polis hanya membuat pemeriksaan, PBT sepatutnya menggunakan sepenuhnya kuasa mereka untuk menyita premis yang tidak mempunyai lesen.

"Namun kita akan terus bekerjasama dengan PBT bagi memastikan setiap premis perjudian tanpa lesen ini dikenakan tindakan dan ditutup sepenuhnya operasi mereka," kata beliau.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad Wasali dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah jangka panjang membanteras kegiatan perjudian haram, termasuk menerusi online dan kafe siber bagi mengelak generasi muda terjebak kegiatan tersebut. - HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015                                                                                                                    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul Izzah dirujuk JK Hak dan Keistimewaan Parlimen

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu bersenjata yang menceroboh Sabah pada 2013.

Perkara ini dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membentangkan usul di bawah Perintah Tetap 27(3) dan 80 untuk merujuk naib presiden PKR itu kepada jawatankuasa berkenaan.

Keputusan itu akan memberi peluang kepada Nurul Izzah untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu bersenjata, yang menceroboh Lahad Datu, katanya.

Azalina berkata gambar Nurul Izzah bersama seorang anggota keluarga diraja Sulu terkenal itu yang bertanggungjawab dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara".

Beliau berkata teras kepada perkara ini adalah Nurul Izzah gagal menjawab dengan jelas persoalan yang dibangkitkan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram.

"Berikutan wujudnya tingkah laku kurang baik oleh Anggota Parlimen tertentu, kod perilaku atau lebih tepat lagi, kod etika perilaku, perlu menjadi keutamaan memandangkan ia bertujuan mengawal selia anggota parlimen kita, terutamanya dalam mengadakan pertemuan dengan kumpulan dari luar negara," kata Azalina.

Beliau berkata meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf, sebagai anggota parlimen, perilaku beliau itu tidak boleh diterima.

Ini, katanya, bertentangan dengan sumpah yang diikrarkan beliau yang berjanji untuk melindungi negara dan mendukung Perlembagaan, oleh itu bermaksud beliau menyedari sepenuhnya tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam perkara berkaitan kedaulatan negara.

"Tidak akan ada kompromi di sini ataupun tolak ansur terhadap apa jua percubaan oleh mana-mana anggota parlimen untuk melanggari sumpah mereka kepada dewan yang mulia ini," katanya.

Jacel memuat naik empat gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah pada 9 Nov, dalam akaun Facebook beliau. - Bernama

Sumber HD - 25-11-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa perkembangan Majlis Harga Negara




USTAZ IDRIS AHMAD | .


Saya hendak menyentuh berkenaan dengan B.25 030200 – Gerakan Kepenggunaan iaitu ini ialah merupakan isu supaya ada di sana kesedaran di kalangan pengguna supaya standard dalam masyarakat ke arah untuk mewujudkan masyarakat civil society, dengan izin, supaya gerakan kepenggunaan ini mesti diaktifkan dan sudah tentulah di antaranya perlukan kepada bantuan daripada kementerian.

Maka saya mengharapkan supaya NGO-NGO yang aktif di dalam bidang kepenggunaan ini perlu diberikan kerjasama untuk memantau dan memberikan kesedaran kepada pengguna.

Keduanya ialah isu yang sama iaitu berkenaan dengan pendidikan pengguna ini mesti diberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar sejak sekolah rendah sampai kepada IPTA ataupun kepada IPTS dan ketiganya saya hendak tanya juga berkenaan gerakan kepenggunaan ini.

Apa perkembangan Majlis Harga Negara yang pernah dipengerusikan oleh idea dicetuskan oleh mantan Datuk Seri Abdullah Badawi untuk menangani soal isu-isu kepenggunaan dan kenaikan harga barang iaitu Majlis Harga Negara.

Keduanya berkenaan dengan Butiran 030400 – Standard Kepenggunaan.

Saya hendak tanya berkenaan dengan bagaimanakah status penggunaan minyak masak. Adakah berlaku minyak masak yang dikitar semula yang digunakan?

Keduanya adakah penggunaan penjualan minyak masak yang dikitar semula ini dibenarkan oleh kementerian? Kalau dibenarkan, adakah ia memenuhi piawaian daripada segi standard kesihatan kepada pengguna?

Kalau tidak diizinkan, kalau satu kesalahan, berapakah berlakunya tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam penjualan minyak masak yang dikitar semula ini?

Kemudian saya hendak menyentuh tentang tadi B.25 berkenaan dengan isu subsidi tepung gandum.

Pada tahun lepas kita dapat sebanyak RM150 juta. Jadi tahun ini tiba-tiba peruntukan ini tidak ada. Walaupun kita tahu GST tepung gandum tidak kena tetapi apabila sudah jadi roti ia kena GST. Itulah dalam keadaan GST tidak kena dan waktu itu subsidi ada lagi.

Sekarang subsidi tidak ada. Jadi saya harapkan ini keadaan yang perlu diberi perhatian kembali supaya ini merupakan makanan di kalangan masyarakat ramai di negara kita.

Akhir sekali ialah berkenaan dengan B.25 070600 – Kempen-kempen Kementerian.

Jadi kita mengharapkan dalam dunia yang penuh moden ini kementerian mesti menggunakan kemudahan media sosial untuk mengenai barang-barang kawalan dan harga barang standard yang perlu digunakan dengan secara meluas.

Projek ini perlu diberikan perhatian kerana dunia hari ini boleh dikatakan semua masyarakat Malaysia ini ada smart phone, maka sudah tentu kempen-kempen kesedaran ini boleh digunakan dengan kos yang tidak berapa mahal tetapi memberikan kesan yang baik dan media sosial ini juga perlu highlightkan syarikat-syarikat yang menipu pengguna dan menaikkan harga kepada pengguna yang tidak sepatutnya. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Ucapan Ahli Parlimen Bukit gantang, Idris Ahmad semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Rakyat pada 24 November 2015.

Sumber HD - 24-11-2015                                                                                                                   -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Kereta sapu' Lembah Klang menekan pemandu teksi

HAFIZAH TAN | SUZIELA CHE MAT | .


KUALA LUMPUR: Kewujudan 'kereta sapu' di Lembah Klang amat menekan pemandu teksi yang mendakwa ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan mereka tapi turut menggalakkan wujudnya pengendali kereta sapu tanpa kawalan.

Mereka mendakwa kewujudan kereta sapu seperti GrabCar dan Uber yang tidak memerlukan permit selain tidak mengikut piawaian pengangkutan awam, turut menarik pelajar universiti yang hanya memegang lesen pemandu P untuk ikut serta membawa penumpang.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin menggesa pihak berkuasa agar bersikap proaktif dalam mengendalikan isu lambakan perkhidmatan kereta sapu yang jelas tidak mengikut piawaian pengangkutan awam.

Jika tiada tindakan diambil, beliau percaya ramai pemandu teksi yang sah akan bertukar kerjaya dengan menjadi pemandu kereta sapu kerana tidak perlu menanggung kos yang tinggi seperti membayar permit dan menyewa kenderaan khas untuk membawa teksi.

Ketika ditemui Bernama baru-baru ini, Zailani berkata setiap tahun pemandu teksi terpaksa memanggung beban kewangan lebih RM30,000 termasuk membaharui lesen memandu, menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, sewa teksi, memperbaharui permit dan penyelenggaraan kenderaan.

Beliau berkata pemandu teksi juga perlu memastikan pemeriksaan kenderaan mereka dilakukan dua kali setahun di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mengesahkan kenderaan dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Selain itu, mereka juga perlu membayar deposit kereta lebih RM6,000, selain bayaran sewa antara RM57 hingga RM65 setiap hari.

"Sekiranya pemandu teksi tidak dapat bekerja kerana sakit, bayaran sewa masih perlu dilunaskan malah jika tiada bayaran dalam tempoh 14 hari, teksi akan ditarik syarikat dan duit deposit dianggap hangus," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertindak tegas terhadap kereta sapu ini.

SKMM juga, katanya, perlu mengharamkan aplikasi seperti GrabCar dan Uber yang secara tidak langsung menggalakkan anak-anak muda mencari sumber pendapatan dengan cara salah di sisi undang-undang.

"Saya lihat Uber dan GrabCar juga secara terang-terangan mengiklankan aplikasi mereka di internet, kenapa tiada tindakan apa-apa pun diambil, bukankah ia salah di sisi undang-undang," katanya.

Zailani berharap SPAD dapat menangani perkara ini secara menyeluruh dan bukannya secara bermusim kerana "isu ini sudah menjadi semakin buruk sehingga ada berlaku pergaduhan antara pemandu teksi dan kereta sapu ini."

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Aslah Abdullah berkata isu ini perlu dipandang serius dan diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Perkhidmatan tanpa permit ini perlu dihentikan kerana tidak memberi jaminan keselamatan kepada orang awam sekiranya berlaku kemalangan lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian.

"Pemandu teksi yang sah akan memastikan aspek keselamatan penumpang berada di tahap optimum. Namun bagaimana kita mahu jamin penumpang selamat jika perkhidmatan tanpa permit ini tidak perlu melalui pemeriksaan dan mendapat pengesahan daripada Puspakom," katanya.

"Lebih teruk lagi ada antara pemandu GrabCar ini adalah pemandu teksi yang telah ditarik lesen dan permit memandu teksi atas kesalahan jalan raya dan jenayah. Jadi ia jelas membahayakan keselamatan," dakwa beliau.

SPAD sebelum ini menyatakan walaupun aplikasi Uber dan GrabCar tidak menyalahi undang-undang, namun kesalahan berlaku apabila pemandunya tidak mempunyai lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam. - Bernama

Sumber HD - 24-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


3 saintis Malaysia disenarai pakar terkemuka dunia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Malaysia hebat. Rakyat Malaysia hebat," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya kerana pada tahun 2014  terdapat yang saintis Malaysia yang disenarai sebagai pakar terkemuka dunia oleh Agensi Thomson Reuters yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat

Menurutnya, mereka ialah Prof Dr Abdul Latif Ahmad dari USM), Prof Dr Ishak Hashim dari Fakulti Sains Dan Teknologi UKM dan Prof Dr Saidur Rahman Fakulti Kejuruteraan UM.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Thomson Reuters ketiga-tiga mereka dipilih berdasarkan penerbit artikel paling kerap digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik-penyelidik seluruh  dunia.

"Adakah hasil kajian mereka dipelihara paten intelek mereka?

"Adakah hasil penyelidikan mereka dikomersialkan ke luar negara dengan kerjasana MITI untuk dipasarkan dan sebagainya. Kerana ia boleh menjadi bahan komoditi negara," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi di Dewan Rakyat, malam ini.

Naib Presiden PAS itu turut menyentuh Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak tahun 1998 yang bertujuan untuk mengumpulkan saintis-saintis muda dari seluruh sekolah berasrama  penuh.

Katanya, program itu untuk melahirkan ramai pelajar yang berbakat besar dalam dunia penyelidikan dan telah menghasilkan projek sains dan kejuruteraan bertaraf dunia.

Tambahnya, seramai 12 pelajar tingkatan 4 dan 5 memasuki pertndingan di Intel International Science and Engineering Fair pada 10 hingga 15 Mei 2015  di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

"Adakah kementerian mempunyai data base sebagai pelajar yang perlu dijaga dan diberi biasiswa untuk dibangunkan pada masa akan datang?" tanya beliau.

Menurut beliau, mereka itu ialah modal insan pada masa akan datang untuk menjadi saintis. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015
-----------------------------------------------------------------------------
PAS gesa semak semula urus tadbir YaPEIM

Posted on Saturday, November 21 @ 14:30:01 MYT by paktam

Oleh NASRUDIN HASSAN

Merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dr Asyraf Wajdi di Dewan Rakyat, 17 November lalu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpendapat urus tadbir Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) harus disemak semula bagi memastikan institusi Islam itu bebas daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Desakan ini berasas setelah beberapa isu yang melibatkan pengurusan YaPEIM dipersoalkan dan juga pelantikan ahli politik Umno di peringkat pengurusan tertinggi yang boleh dipertikaikan.


Tiada ketelusan maklumat dan berlaku konflik kepentingan sehingga ia telah memalitkan wibawa negatif terhadap perbadanan institusi Islam tersebut.

Meskipun YaPEIM adalah perbadanan di bawah ikatan amanah, namun ia juga merupakan sebahagian daripada milik rakyat yang menyumbang melalui skim caruman gaji pekerja.

Oleh itu, ia wajib bertanggungjawab terhadap isu-isu yang dipersoalkan oleh rakyat.

PAS menggesa pihak kerajaan mengambil iktibar kes Lembaga Tabung Haji dan kes pelaburan dana daripada anak syarikat pelaburan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

PAS sama sekali tidak menafikan sumbangan YaPEIM dalam membela golongan fakir miskin dan anak yatim di negara ini, namun ia juga bukan satu tiket yang mutlak untuk digunakan bagi membiayai sebarang program tanpa melihat nilai yang sewajarnya.

Walaupun mungkin prosedurnya betul, tetapi moralnya tidak tepat. Urus tadbir ini harus diteliti dengan cermat dan bertanggungjawab.

PAS mahu pihak kerajaan segera melihat semula polisi serta urus tadbir YaPEIM bagi memastikan ia berada pada landasan yang betul.

PAS turut mengalu-alukan laporan audit tahunan YaPEIM didedahkan supaya ia dapat dipertimbangkan oleh rakyat.

PAS dan rakyat tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang penyelewengan dan korupsi terhadap YaPEIM.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber DD - 21-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pembunuhan Then: Islam tak ajar sedemikian, kata MP PAS

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Pembunuhan rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen yang diculik empat lelaki bersenjata di Sandakan, Sabah pada Mei lepas, menarik perhatian anggota Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mereka turut melahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) berkata isu penculikan rakyat Malaysia oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kita minta Menteri Luar membawa isu ini ke peringkat ASEAN sempena persidangan ASEAN kali ini dan minta komitmen jelas dengan Kerajaan Filipina. Ini supaya mereka juga menjaga sempadan mereka bukan kita sahaja.

"Kita habiskan beratus juta ringgit untuk wujudkan agensi Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) menjaga perairan kita. Filipina juga harus bersama-sama menjaga sempadan supaya jenayah rentas sempadan tidak lagi berterusan. Ia akan menjejaskan industri pelancongan dan nelayan kita juga terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Kementerian Luar di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) berkata pembunuhan itu dikaitkan dengan kumpulan militan Islam tetapi penganut agama Islam sebenar tidak akan membuat tindakan yang kejam itu.

"Ini bukan ajaran Islam. Islam tak ajar sikap sedemikian walaupun kepada bukan Islam. Ajaran seperti ini tidak boleh diterima. Ini perlu dicegah," katanya pada perbahasan sama.

Terdahulu pada awal persidangan, Dewan Rakyat turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga Then, yang dipercayai telah dibunuh oleh militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo di selatan Filipina semalam.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee melahirkan ucapan takziah beliau kepada keluarga mangsa.

Singapore Straits Times, melalui berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan bahawa "Brigadier-General Alan Arrojado, commander of the Joint Task Group Sulu said Bernard Then was beheaded at around 4pm at a remote Abu Sayyaf stronghold in Jolo island, in Sulu province, some 1,400km south of the capital Manila."

(Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan Manila.")

Pada 14 Mei lepas, Then, 39, seorang jurutera elektrik merupakan antara dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari Selatan Filipina yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada 7.45 malam.

Seorang lagi mangsa culik ialah Thien Nyuk Fun, 50 yang juga pengurus restoran berkenaan.

Bagaimanapun pada 8 Nov lepas, Thien dibebaskan oleh kumpulan penculik berkenaan melalui rundingan antara kerajaan Malaysia bersama kumpulan berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 18-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Keganasan: Perketat kawalan kemasukan pelancong




MUHAMMAD FAIZAL |

.


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperketatkan kawalan kemasukan pelancong luar ke negara ini bagi tujuan mengelak berlakunya keganasan yang membabitkan warga asing.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata Malaysia perlu mencontohi negara lain yang mengawal ketat setiap pintu masuk untuk memastikan pelancong yang masuk itu tidak terlibat dengan mana-mana pengganas antarabangsa.

"Kita bila pergi ke negara luar mendapati terlalu ketat kawalan yang diberikan kepada pelancong yang ingin memasuki negara mereka.

"Pemeriksaan dan kawalan yang diberikan kadang kala menyusahkan kita, tapi itu langkah terbaik dan Malaysia perlu mencontohinya dalam kita mengawal keganasan melibatkan warga asing," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, petang ini.

Naib Presiden PAS itu turut mendedahkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 telah mendapati ada pegawai Imigresen telah menerima rasuah sebanyak RM2,000 sehari.

"Ini boleh mengundang bahaya kepada negara, bagaimana sikap pegawai Imigresen yang sepatutnya mengawal atau pun memeriksa mereka yang masuk negara ini diperiksa sebaik mungkin tetapi telah menerima rasuah.

"Kita harap perkara ini dipandang serius oleh kerajaan agar negara ini terus berada dalam keadaan aman," katanya lagi.

Beliau turut meminta agar kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat dalam mengamalkan prinsip demokrasi.

Namun, katanya dalam masa rakyat mengamalkan demokrasi untuk berpolitik dan bersuara, pemantauan perlu dilakukan supaya tidak berlaku perkara yang melanggar undang-undang negara. - HARAKAHDAILY 18/11/2015

Sumber HD -18-11-2015                                                                                                                    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Industri teksi negara tenat - Nasrudin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Ketua Penernagan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) gagal menangani industri teksi negara yang terjejas teruk.

Ini, katanya sehingga pendapatan mereka merosot 50 peratus ekoran wujudnya perkhidmatan kereta sapu haram dan aplikasi haram seperti Uber dan Grabcar.

Menurutnya, Uber dan Grabcar didakwa sebagai perkhidmatan haram kerana SPAD menyalahgunakan kuasa memberi kebenaran dan promosi kepada My Teksi dan Uber untuk memberi perkhidmatan kereta sapu haram beraplikasi Uber dan Grabcar sebagai pengangkutan awam seperti teksi sedia ada.

Beliau berkata, perkhidmatan teksi bermeter kian tertekan atas beberapa faktor, antaranya kebanyakan pemandu teksi telah disenaraihitam oleh CTOS kerana gagal membayar sewa beli teksi yang semakin tinggi iaitu RM65 hingga RM75 sehari.

Di samping itu, tambahnya, kenaikan bahan api, NGV sedangkan kenaikan tambang meter hanya dinaikkan 25 peratus.

Selain itu, kata beliau GST dikenakan kepada pemandu-pemandu teksi oleh syarikat-syarikat teksi sedang pemandu tidak boleh mengenakan GST kepada penumpang.

"Turut terbeban dengan GST berangkai yang dikenakan ke atas mereka oleh Puspakom, kedai alat ganti kereta dan bengkel kereta," ujarnya yang Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau menambah, SPAD memberi promosi luas kepada perkhidmatan Uber sedang teksi bajet terpaksa meronda sendiri mencari penumpang.

"Negara-negara lain telah mengharamkan Uber yang memusnahkan industri teksi negara. Justeru kerajaan Malaysia mesti segera bertindak sebelum parah," tegasnya.

Katanya lagi, kerajaan mesti sedia bertemu dan menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JKBPTLK).

Mereka juga, ujar beliau rakyat yang turut berperanan untuk membangunkan sosial dan ekonomi negara.

"Malah sektor perkhidmatan awam ini mesti diselaraskan serta dikendali dengan bijak dan berkesan agar tidak menindas khas pemandu teksi," katanya. - HARAKAHDAILY 18/11/2015

Sumber HD - 18-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


B40: Jangan wujud diskriminasi politik




SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Diskriminasi politik dalam kalangan mereka berpendapatan isi rumah B40 tidak seharusnya wujud kerana soal miskin dan kaya perlu dianggap seperti 'buta warna', demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad.

Katanya, golongan berpendapatan rendah seperti itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memberikan tumpuan ke arah penambahbaikan taraf dan kualiti hidup rakyat.

"Perkara yang wajar diambil kira oleh menteri untuk atasi B40, orang miskin ni dia miskin segala-galanya," kata beliau semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Idris turut meminta pegawai kerajaan yang mengendalikan golongan itu sama ada di Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak sepatutnya menjadi pegawai di meja semata-mata.

Tambahnya, pegawai perlu turun di segenap pelosok untuk mencari sasaran kerana tidak semua golongan itu tahu akan hak-hak mereka.

"Jumpa dan bantu mereka, kadang-kadang mereka tidak tahu apa yang perlu mereka buat," ujarnya.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menafikan wujudnya diskriminasi politik kepada golongan B40 sebagaimana didakwa.

"Diskriminasi ini tidak wujud, tetapi persepsi orang masih ada. Isu ini kita tidak tahu maklumat dan kita tidak dapat kerana perkara ini bukan menjadi keutamaan kita.

"Kalau ia menjadi tumpuan usaha untuk kita buang B40 akan terjejas," ujarnya yang sebelum itu menjawab soalan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi.

Dalam soalan asal, Ahli Parlimen Tenom itu meminta Perdana Menteri menyatakan jaminan kerajan akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan traf dan kualiti hidup rakyat termasuk di Sabah terutama melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah B40, memperluaskan penyediaan infrastruktur asas luar bandar serta meningkatkan jariang perhubungan antara luar bandar dan bandar. - HARAKAHDAILY 18/11/2015

Sumber HD - 18-11-2015                                                                                                                    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JPM digesa pantau elaun, gaji pegawai tinggi YaPEIM

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menggesa Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat pemantauan terhadap elaun serta gaji pegawai tertinggi di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau berkata, dua pegawai tertinggi di dalam agensi tersebut dikatakan menerima elaun dan gaji sehingga mencecah RM80,000 sebulan.

"Bagaimana JPM memantau YaPIEM sehingga pegawai-pegawai ini mendapat gaji yang begitu lumayan. Ada elaun tertentu sehingga mencecah jumlah yang terlalu besar.

"Saya mohon penjelasan bagaimana JPM memantau agensi di bawah mereka ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mahfuz, jumlah gaji dan elaun yang diterima pegawai tertinggi terbabit sangat lumayan berbanding gaji menteri dan Speaker Dewan Rakyat sedangkan tugasnya tidaklah terlalu besar.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mempersoalkan apa rasionalnya YaPIEM mengadakan kursus perkahwinan di luar negara yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar.

"Apa munasabahnya buat kursus kahwin di luar negara? Tak kan tidak ada pengawai agama di sana? Apa keperluan buat di sana?," soalnya.

Mahfuz turut meminta sama ada YaPIEM turut mengadakan kursus kahwin kepada golongan miskin di dalam negara dan berapa ramai mereka yang terlibat. – HARAKAHDAILY 17/11/2015

Sumber HD - 17-11-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perkongsian Dari Parlimen: Tangkapan rasuah

NASRUDIN HASSAN | .

Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri)
Maksud Bekalan 9 (B9) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

1. Secara spesifiknya saya ingin merujuk kepada: Butiran 020000 (Perundangan & Pendakwaan), Butiran 030000 (Siasatan dan Perisikan) serta Butiran 040000 (Pencegahan).

2. Berdasarkan statistik tangkapan dari tahun 2011 hingga Oktober 2014, tren menunjukkan penurunan tetapi pada tahun ini, sehingga bulan Oktober 2015, seramai 766 orang telah ditangkap dan ia merupakan jumlah kedua tertinggi dalam tempoh lima tahun.

3. Mengapa kes tangkapan terlalu tinggi pada tahun ini?

4. Daripada 3,446 kes tangkapan yang dibuat pula, sebanyak 1,495 kes adalah daripada orang awam manakala 1,034 adalah kakitangan kumpulan sokongan.

5. Saya agak terkejut kerana hampir 50% kes tangkapan secara keseluruhan yang dibuat adalah terdiri daripada penjawat awam kumpulan sokongan.

6. Saya minta penjelasan daripada pihak Perdana Menteri, apakah kes-kes rasuah atau salah guna kuasa yang melibatkan mereka?

7. Saya mohon juga butiran kes mengikut kementerian atau agensi kerajaan yang terlibat.

8. Ini kerana sekiranya merujuk kepada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, antara isu besar yang berlaku adalah melibatkan perolehan dan pembayaran pembelian aset-aset kerajaan.

9. Adakah ia berkaitan? Jika berkaitan, maka apakah keputusan-keputusan perolehan dan pembayaran ini diputuskan oleh kakitangan sokongan?

10. Selain itu, saya juga telah merujuk kepada pangkalan data pesalah rasuah yang telah memuatnaik butiran terperinci 726 pesalah rasuah yang lengkap dengan nombor kad pengenalan diri dan butiran kesalahan serta hukuman ke atas pesalah-pesalah tersebut di laman rasmi SPRM.

11. Terdapat sebahagian kes tersebut masih di peringkat rayuan, tetapi segala butirannya telah terpampang dalam laman rasmi SPRM. Apakah motif tindakan tersebut? Sedang ia masih di peringkat rayuan?

12. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung keberkesanan dan perkembangan terkini mengenai Program Pegawai Integriti Bertauliah yang telah ditempatkan di jabatan kerajaan dan GLCs.

13. Adakah program ini memberikan impak yang tinggi untuk mencegah salah guna kuasa atau penyelewengan amanah di lokaliti masing-masing? Atau sekadar bentuk program tetapi tidak berfungsi sehingga rasuah masih berleluasa melibatkan kakitangan awam. - HARAKAHDAILY 17/11/2015

Sumber HD - 17-11-2015
----------------------------------------------------------------------------
PKR tarik balik satu daripada dua usul tak percaya ke atas PM
Posted on Monday, November 16 @ 13:26:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) telah menarik balik usul tidak percaya yang dibawanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said di dewan hari ini.
"Hee menarik balik usulnya melalui notis bertulis," kata Ismail.
Usul Hee adalah salah satu daripada dua yang dikemukakan terhadap Najib. Usul satu lagi dibawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Usul Hee berada pada kedudukan 27 di atas Kertas Perintah Parlimen manakala usul Wan Azizah pula adalah pada nombor 31.
Usul itu pertama kali difailkan oleh Hee tetapi Pakatan Harapan kemudian memutuskan bahawa Wan Azizah seharusnya membentangkannya.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan kepada pembangkang supaya menyenaraikan ahli parlimen yang akan mengundi menentang Najib.
Katanya, tindakan itu bagi membolehkannya mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi keutamaan kepada usul itu.
Di bawah peraturan Dewan Rakyat, usul kerajaan didahulukan dan mesti dibentangkan terlebih dahulu.
Selain usul undi tidak percaya, satu lagi cara yang dicadangkan untuk menumbangkan Najib adalah mengundi tidak menyokong Bajet 2016.

Bagaimanapun, pembangkang tidak bersatu dalam perkara ini, dengan PAS berkata ia akan berkecuali dalam undian terhadap bajet.
Sumber TKO - 16-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Takrif kemiskinan, tidak gambar realiti sebenar

DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


ISLAM sangat memberikan perhatian kepada golongan miskin dan miskin tegar (fakir) sehinggakan kedua-dua golongan ini disenaraikan sebagai asnaf penerima zakat [at-Taubah : 60 ] dan fai’ [al-Hasyr : 6] yang merupakan 2 sumber ekonomi utama dalam Islam.

Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada Kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tidak dapat memenuhi keperluan hidup mereka; meliputi makanan, pakaian dan tempat tinggal serta pendidikan dan kenderaan.

Pada Jun lalu, DS Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3% pada 1970 kepada 0.6% pada 2014; senada dengan Bajet 2016 yang mengumumkan bahawa kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8% pada 2009 kepada 0.6% pada 2014.

Suatu perkara yang meragukan saya ialah kadar kemiskinan ini – yang ditentukan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) – adalah tidak selari dengan kadar pengangguran sedangkan pekerjaan adalah punca pendapatan bagi seseorang.

Dengan penetapan PGK bagi Semenanjung Malaysia iaitu RM930, Sabah RM1,170 dan Sarawak RM990, tidak hairanlah jika hanya 0.6% sahaja dikategorikan sebagai miskin.

Dalam keadaan kejatuhan nilai Ringgit dan kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan khususnya yang melibatkan kerperluan asas seperti makanan dan pengangkutan ditambah lagi dengan GST, nilai PGK ini adalah tidak lagi sepadan dengan realiti semasa.

Isu sebenar yang perlukan perhatian ialah bukan kadar kemiskinan yang menurun tetapi indikator atau ‘poverty measurement method’ yang digunapakai ini sudah lagi tidak berkesan untuk menilai keadaan sebenar kemiskinan.

Buktinya, jika diukur dengan kaedah yang disarankan oleh pakar ekonomi yang dimuatkan di dalam ‘The Malaysian Human Developement Report 2013’ – oleh United Nations Development Programme (UNDP) – iaitu berdasarkan separuh daripada median pendapatan, didapati 1.3 juta isi rumah di negara ini boleh dikategorikan sebagai miskin.

Pilihan lain untuk menentukan kategori miskin tegar pula, saya mencadangkan dan menyarankan agar Kerajaan menggunakan kaedah ‘had al-kifayah’ seperti yang digunakan oleh institusi-institusi zakat di negara ini.

Dua kelebihan menggunakan kaedah ini ialah, pertamanya ia secara automatik turut mengambilkira perbelanjaan bukan makanan (non-food spending) seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan berdasarkan Maqasid al Syariah (Objektif Syariah) dan keduanya cara pengiraannya lebih mudah.

Had al-Kifayah secara umumnya adalah kadar keupayaan ekonomi yang selayaknya bagi menjamin kelangsungan kehidupan seorang individu serta mereka yang di dalam tanggungannya. Ia bukan sekadar penentuan had minimum semata-mata tetapi ia menjangkaui persoalan tahap yang selayaknya bagi memastikan kelangsungan kehidupan seseorang serta tanggungannya.

Pengkategorian pendapatan – rendah, menengah, tinggi – juga harus disemak semula dan diselarikan dengan takrif miskin dan miskin tegar supaya insentif yang betul dapat disampaikan kepada kumpulan sasar yang sebenar.

Selain itu, punca kemiskinan seperti amalan ekonomi liberal kapitalis dan monopoli yang menyuburkan jurang antara golongan kaya dan miskin; penyusutan nilai mata wang Ringgit yang dipunyai oleh golongan miskin samada akibat perubahan pada kadar pertukaran mata wang asing atau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan; dan pinjaman riba’ mestilah diberikan perhatian dan diberikan penyelesaian berpandukan Islam.

Kelemahan utama konseptual kemiskinan konvensional ialah ialah ia menafikan hak ketuhanan sebagai salah satu komponen penting untuk mengurus fenomena kemiskinan yang berlaku dan tidak melibatkan golongan kaya secara sepenuhnya sebagai satu golongan yang turut bertanggungjawab menyelesaikan masalah kemiskinan. Bahkan, ekonomi kapitalisme hanya semakin membesarkan jurang antara kaya dan miskin.

Suka saya tegaskan bahawa Islam adalah lebih awal dan lama mengemukakan penyelesaian berkesan terhadap masalah kemiskinan ini antaranya ialah dengan pengsyariatan zakat dan pengharaman riba serta larangan monopoli dan pencatutan. – HARAKAHDAILY 12/11/2015

Siri Bicara Bajet 2016 ini adalah daripada draf asal teks Ucapan Perbahasan Bajet 2016 oleh YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber HD - 12-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengangguran: Pekerja asing, peluang kerja tak sepadan pendidikan, kemahiran




DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


1. Bagi tahun 2015, Bajet 2016 menyatakan anggaran purata kadar pengangguran ialah 2.9% dan Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.

2. Menurut ‘Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia, Januari 2015’ jumlah tenaga buruh yang menganggur ialah berjumlah 442,000 orang daripada 14,043,600 orang.

3. Sepatutnya, jumlah peluang pekerjaan yang disediakan tersebut telah memadai dan lebih daripada cukup untuk menempatkan semua tenaga buruh yang masih menganggur ini.

4. Tetapi, realitinya ialah masih ramai tenaga buruh samada berkategori siswazah dan bukan siswazah masih tidak mendapat tempat dalam pasaran kerja.

5. Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia, bagi tempoh Januari hingga Mei 2015, Jabatan Tenaga Kerja telah menempatkan 66,650 pencari kerja iaitu hanya 14,314 orang kategori siswazah dan 52,336 orang kategori bukan siswazah.

6. Portal JobsMalaysia pula melaporkan, bagi tempoh Mac hingga Mei 2015, terdapat sebanyak hanya 12,625 kekosongan jawatan bagi kategori siswazah dan 145,828 bagi kategori bukan siswazah.

7. Sedangkan, sejak tahun 2002 hingga 2012, secara puratanya tidak kurang 200,000 orang mahasiswa bergraduasi dan jumlah graduan ini pastinya lebih ramai bagi tahun 2015 dan seterusnya.

8. Demikian, tidak hairanlah jika suatu dapatan lain ada menyatakan bahawa seramai 216,048 orang atau 56% graduan universiti adalah penganggur daripada sejumlah 385,800 penganggur di Malaysia.

9. Dapatan kajian oleh Manpower Staffing Services (M) Sdn. Bhd. turut melaporkan bahawa 3 daripada 5 graduan universiti perlu mengambil masa melebihi 6 bulan untuk mendapat pekerjaan dan 40% yang lain lagi memerlukan masa yang lebih lama daripada itu.

10. Realiti ini lebih jelas lagi dapat dilihat kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sangat sukar dan perlu menunggu untuk tempoh yang lama untuk mendapat tempat di sekolah sedangkan setiap tahun Kerajaan mengumumkan pembinaan sekolah-sekolah baru.

11. Selain itu, jumlah pekerja asing yang mencecah kira-kira 6 juta orang di negara ini termasuk sehingga 50% daripadanya yang tiada permit, telah menjejaskan kebolehdapatan tempat pekerjaan oleh warga tempatan.

12. Lebih utama ialah menerusi pelbagai insentif dan projek yang digariskan dalam Bajet 2016 ini, peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan mengikut tahap kemahiran dan tahap pendidikan mestilah berkadaran dengan bilangan populasi mengikut tahapan tersebut.

13. Namun, saya khuatir dengan terlalu banyak ‘hard-infrastructure project’ yang diumumkan, peluang-peluang pekerjaan yang dimaksudkan sebahagian besarnya hanya mencakupi sektor perburuhan/pembinaan. - HARAKAHDAILY 9/11/2015
_____

Siri Bahas Bajet 2016 ini adalah daripada teks asal Ucapan Perbahasan Bajet 2016 oleh YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Bahagian Media & Berita
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber HD - 9-11-2015                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu 1MDB dominasi sidang Dewan Rakyat minggu ini




VOON MIAW PING | .


KUALA LUMPUR: Isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung antara anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Presiden serta Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, mendominasi persidangan Dewan Rakyat minggu ini.
  
Jangkaan terhadap debat itu mendapat reaksi positif daripada anggota Parlimen kedua-dua pihak, dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersetuju supaya debat itu diadakan secepat mungkin dan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  
Bagaimanapun, isu itu mendapat reaksi sebaliknya daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membuat keputusan bahawa ia tidak boleh diadakan bagi mengekalkan ketelusan siasatan dan prosiding yang dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB selaras dengan peraturan-peraturan Dewan Rakyat.
  
Beliau berkata penglibatan Pua dalam debat itu, yang juga anggota PAC sebelum laporan akhir penyiasatan dibentangkan di Dewan Rakyat, akan menjejaskan integriti Parlimen, selain Arul Kanda yang juga merupakan saksi utama dalam siasatan itu.
  
Mengumumkan keputusannya sejurus selepas sesi soal jawab selesai pada persidangan Selasa lepas, Pandikar Amin meletakkan syarat sekiranya debat itu diteruskan, Pua harus meletak jawatan sebagai anggota PAC ataupun tidak terlibat sama sekali dalam penyiasatan PAC terhadap 1MDB.
      
Beliau berpendirian bahawa debat berkenaan boleh diadakan selepas PAC mengemukakan penyata akhir siasatan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat akhir tahun ini.
  
Pua akhirnya akur dengan keputusan Speaker untuk tidak meneruskan perdebatan, namun, ia masih gagal meletakkan titik noktah pada isu itu apabila Pakatan Harapan masih mahu meneruskan debat dan menggantikan Pua dengan anggota parti itu yang lain.
  
Mereka menamakan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha PKR untuk menggantikan Pua, yang merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.
  
Arul Kanda yang turut akur dengan keputusan Pandikar Amin itu berkata beliau hanya boleh mengambil bahagian dalam sebarang debat mengenai 1MDB selepas pendengaran PAC.
  
Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat minggu ini juga melihat sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 oleh kementerian-kementerian bermula Rabu lepas, selepas ia dibahaskan selama enam hari sejak 26 Okt.
      
Rang undang-undang itu telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Okt lepas.
  
Semasa giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggulung rang undang-undang itu pada Khamis lepas, menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed mendapat perhatian ramai apabila mengumumkan bahawa kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang dinanti ramai pihak, dikeluarkan untuk rujukan umum pada petang itu.
  
Beliau berkata langkah itu akan memberi ruang kepada anggota-anggota Parlimen untuk membincang dan membahaskan serta membuat keputusan mengenai perjanjian itu di Parlimen.
  
Mustapa berkata TPPA akan dibentangkan pada persidangan khas Dewan Rakyat awal tahun depan, sama ada Januari atau Februari.
  
Setakat Khamis lepas, 17 kementerian telah menggulung perbahasan bagi kementerian masing-masing dan lapan lagi kementerian dijadualkan akan menggulung perbahasan pada 16 Nov setelah persidangan berehat minggu depan kerana sambutan perayaan Deepavali.
  
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada 3 Dis. - Bernama

Sumber HD - 7-11-2015                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Proton ditutup selepas TPPA?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kereta nasional keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) mungkin akan menghadapi cabaran lebih besar selepas kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata selepas berlaku perjanjian itu banyak kereta keluaran luar negara akan memasuki negara sekali gus akan menggugat pasaran kereta Proton di dalam negara.

"Apa yang dijangka kerajaan mungkin Proton akan ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan pengeluaran kereta yang masuk ke negara selepas TPPA," soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa sesi penggulungan Bajet 2016 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Dewan Rakyat hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut membangkitkan sama ada kerajaan telah mengadakan perbincangan bersama pekerja tempatan berkenaan perlindungan mereka sebelum menandatangani TPPA.

"Apa jaminan kerajaan kepada pekerja tempatan selepas perjanjian itu dibuat," tanya beliau.

Bagaimanapun, menurut Mustapa selepas perjanjian itu dimeterai kereta luar negara tidak akan dikenakan duti import bagitu juga dengan kereta Proton yang memasuki negara TPPA.

Beliau tidak menafikan Proton dan syarikat-syarikat lain mungkin akan menghadapi tekanan selepas ini.

"Tetapi dasar kita adalah untuk mengimbangi kepentingan negara dan pengguna.

"Kita yakin Proton akan terus beroperasi. Proton hebat banyak perbezaan lagipun Proton selalu mengadakan perbincangan dengan kerajaan," katanya. - HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


GST tanggung 35 anggota jemaah menteri




DATUK MAHFUZ OMAR | .


BAJET 2016 sepatutnya dibentangkan dengan diiringi pengecilan jumlah anggota jemaah menteri. Pengurangan ini sangat penting kerana jumlah anggota kabinet kerajaan Malaysia terlalu besar jika dinisbahkan dengan jumlah penduduk Malaysia yang hanya berjumlah 30 juta orang berbanding dengan negara negara maju di dunia.

Persoalannya, apakah negara Malaysia memerlukan sejumlah 35 orang Menteri seperti yang sedia ada untuk menguruskan negara yang rakyatnya tidak melebihi 30 juta penduduk.

Berbanding dengan negara maju dan besar seperti Jepun 16 Menteri untuk rakyatnya 127 juta, Amerika Syarikat 18 Menteri untuk rakyatnya 313 juta penduduk, United Kingdom dengan hanya 25 orang Menteri dengan rakyatnya 63 juta penduduk, manakala India dengan memiliki penduduk  1.2 bilion hanya mempunyai 32 Menteri. Sedangkan Malaysia dengan rakyat tidak melebihi 30 juta mempunyai 35 orang Menteri Kabinet dan 27 Timbalan Menteri.

Jadi kenapa Malaysia perlu berbelanja mewah untuk menanggung 35 orang Menteri dan 27 Timbalan Menteri dengan mengguna wang pembayar cukai termasuk pembayar cukai GST. Wang pembayar cukai disalahguna untuk menyuap mulut dan mengembung perut Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri.

Sedangkan mereka gagal meningkat taraf hidup rakyat sebaliknya rakyat dan negara terpaksa menanggung beban daripada penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang negara dengan pelbagai skandal kewangan yang berlaku.

Apa perlu Malaysia mempunyai dua orang Menteri Kewangan? Apa perlu dilonggokkan 10 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apa perlu kita pisahkan kembali Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan kembali Kementerian Pendidikan Tinggi?

Malaysia seharusnya mencontohi negara besar dan maju dengan saiz kabinet yang kecil dan jumlah menteri yang sedikit tetapi mampu melonjak pencapaian negara mereka. Malaysia dengan jumlah 35 orang Menteri dan 27 Timbalan Menteri sekadar berjaya mencari dan menambah pendapatan negara melalui GST ke atas rakyat serta melonjakkan pencapaian  dengan satu demi satu skandal-skandal besar negara.

Saya menuntut pengurangankan saiz kabinet dan mengurang jumlah Menteri daripada 35 orang kepada minimumnya 15 dan tidak melebihi 19 orang. PM juga tidak wajar lagi memegang Menteri Kewangan. Buang Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak berkualiti dan berintegriti.

Pengecilan saiz kabinet dan jumlah Menteri ialah untuk mengurangkan perbelanjaan negara, apatah lagi pada waktu rakyat sedang menanggung beban sara hidup yang tinggi akibat daripada GST dan kenaikan harga minyak.

Pengurangan perbelanjaan ini boleh diguna untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Cadangan ini juga untuk meningkatkan kecekapan bekerja dalam kalangan anggota kabinet dengan memilih mereka yang benar-benar berkebolehan dan berjiwa Malaysia. Cukuplah kerajaan berlagak mewah selama ini sedangkan rakyat hidup menderita. – HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Kerajaan berhasrat adakan pungutan suara?

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan meminta kerajaan mengadakan pungutan suara rakyat untuk melihat sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan pungutan suara rakyat bagi mengetahui sama ada TPPA ini perlu ditandatangani atau tidak?

"Selain itu juga menteri mengatakan TPPA akan dibawa pada persidangan parlimen, adakah ia sekadar untuk perbahasa semata-mata," soal beliau ketika sesi penggulungan Bajet 2016 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut mempersoalkan TPPA sedangkan Malaysia sudah pun menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Mustapa ketika menjawab pertanyaan itu berkata kerajaan tidak memerlukan pungutan suara rakyat untuk membuat keputusan, hanya perlu keputusan di parlimen sahaja.

Katanya,  walaupun perjanjian antarabangsa tidak perlu dibentankan atau dibahaskan di parlimen dan hanya memerlukan kepeutusan di peringkat eksekutif, namun kerajaan tetap membentangkannya di parlimen pada Januari atau awal Februari tahun depan. - HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Usul tak percaya Wan Azizah di Kertas Perintah Parlimen

Posted on Thursday, November 05 @ 12:36:11 MYT by paktam

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibawa pleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dimuatkan dalam Kertas Perintah Parlimen.

Walau bagaimanapun, usul itu adalah yang terakhir dalam senarai dan berada pada nombor 31.


Usul undi tidak percaya yang difailkan oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) sebelum ini, masih dalam senarai dan berada pada nombor 27.

Usul itu pertama kali difailkan oleh Hee tetapi Pakatan Harapan kemudian memutuskan bahawa Wan Azizah seharusnya membentangkannya.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan kepada pembangkang supaya menyenaraikan ahli parlimen yang akan mengundi menentang Najib.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkannya mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi keutamaan kepada usul itu.

Di bawah peraturan Dewan Rakyat, usul kerajaan didahulukan dan mesti dibentangkan terlebih dahulu.

Selain usul undi tidak percaya, satu lagi cara yang dicadangkan untuk menumbangkan Najib adalah mengundi tidak menyokong Bajet 2016.

Bagaimanapun, pembangkang tidak bersatu dalam perkara ini, dengan PAS berkata ia akan berkecuali dalam undian terhadap bajet.-Mkini

Sumber DD - 5-11-2015                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RM51 juta rebat tol PLUSMiles belum dituntut

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM51 juta rebat tol bagi program ganjaran rebat PLUSMiles masih belum dituntut pengguna, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah rebat tol yang layak dituntut pengguna sejak dilancarkan dari 2009 hingga 30 September 2015 ialah sebanyak RM72 juta.
  
"Bagaimanapun, setakat ini hanya RM21 juta sahaja rebat tol atau 29 peratus yang dituntut pengguna," katanya menjawab soalan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) yang meminta kementerian menyatakan jumlah yang telah dituntut pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
  
Rosnah berkata tuntutan rebat tol PLUSMiles itu sah untuk tempoh 12 bulan sahaja, justeru rebat yang tidak dituntut selepas tempoh berkenaan akan dianggap terbatal.
  
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mansor yang mahu tahu adakah PLUS bercadang memberi rebat secara terus, Rosnah berkata setakat ini mekanisme berkenaan masih belum dilaksanakan, mengambil kira kekangan dalam sistem sedia ada.

"Namun PLUS dengan kerjasama Touch 'n Go akan sentiasa terbuka terhadap cadangan dan penambahbaikan kepada perkhidmatan yang diberikan dan PLUS akan terus mengkaji mekanisme pemberian rebat terbaik untuk pengguna," katanya.
  
Sementara itu, Rosnah berkata untuk tujuan penebusan, setiap pengguna PLUSMiles perlu mendaftar setiap kali membuat pembelian kad bagi melayakkan mereka mendapat rebat.
  
Beliau berkata proses pendaftaran boleh dilakukan sama ada di kaunter khidmat pelanggan PLUS atau secara atas talian.
  
"Namun untuk menebus rebat, pengguna perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk proses verifikasi iaitu semakan sebelum rebat dapat dikreditkan ke kad masing-masing. Kalau tiada masalah, proses penebusan hanya ambil masa lima minit," katanya. - Bernama

Sumber HD - 5-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perkongsian Parlimen: Jumlah aliran dana asing

NASRUDIN HASSAN | .


Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah dana asing yang mengalir keluar dari negara ini ekoran daripada penjualan saham-saham oleh pelabur antarabangsa sejak April hingga September 2015. (Tarikh: 3 Nov 2015)

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam tempoh separuh pertama 2015, negara telah mencatat aliran keluar wang bersih dalam akaun kewangan sebanyak RM27.4 bilion.

Jumlah ini adalah kurang berbanding aliran keluar wang sebanyak RM32.4 bilion yang dicatatkan dalam tempoh separuh kedua 2014.

Daripada jumlah ini, pelaburan portfolio yang merupakan urusniaga antarabangsa dalam sekuriti ekuiti (seperti saham) dan sekuriti hutang (seperti bon, sukuk) mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM19.6 bilion atau USD5.4 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama 2015.

Angka ini adalah lebih rendah berbanding RM31.5 bilion yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing kekal positif dan mereka terus mempelbagaikan aset kewangan dalam negeri untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai perbandingan aliran keluar bersih negara sebanyak USD5.4 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama 2015 ini jauh lebih rendah berbanding aliran keluar bersih pelaburan portfolio di negara Singapura (USD21.9 bilion) tetapi selari dengan Thailand sebanyak USD5.1 bilion.

3. Sungguhpun terdapat aliran keluar dalam pelaburan portfolio, namun begitu negara terus mencatat aliran masuk pelaburan asing terutamanya berikutan asas makro ekonomi yang kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, tabungan negara yang tinggi, rizab antarabangsa yang mencukupi dan hutang kerajaan yang terkawal.

Kerajaan senantiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran kompetitif serta mesra perniagaan yang seterusnya akan menaikkan sentimen pasaran dan pelabur.

Salah satu inisiatif kerajaan termasuklah menggesa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengkaji semula pelan pelaburan dan pembelian aset di luar negeri agar melabur semula pendapatan dalam negara.

Di samping itu, dalam usaha melindungi pelabur daripada kesan turun naik (volatility) mata wang ringgit, Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau secara terperinci jumlah dan jenis aliran keluar sama ada oleh pemastautin dan juga bukan pemastautin. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MP Baling tersasul sebut 'Pekan pondan'




SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tersasul menyebut 'Pekan pondan' berkali-kali ketika mengemukakan penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketika memberi penjelasan berhubung perbahasannya semalam Azeez pada awalnya mahu merujuk kepada Batu Kawan sebaliknya telah tersasul menyebut 'Pekan pondan'.

Tindakannya itu menyebabkan Ahli Parlimen Pembangkang menyedari perkataan tersebut dikeluarkan oleh Azeez sekali gus membuatkan dewan menjadi gamat.

Terdahulu Azeez telah mengeluarkan perkataan seksis seperti 'balik tongsan'dan 'apek' yang ditujukan kepada ahli parlimen dari kalangan DAP.

Ekoran itu beberapa Ahli Parlimen bangun melahirkan rasa tidak berpuas hati antaranya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto, Ahli Parlimen Batu Tian Chua  dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Wong Sze Phin.

Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook bangun mengemukakan peraturan mesyuarat yang melarang Ahli Parlimen mengeluarkan perkataan seksis.

"Bagi orang Tiong Hwa perkataan balik tongsan sangat sensitif.

"Perkataan seksis ini dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji?" tegas Siew Fook berulang kali.

Justeru Pandikar Amin meminta Azeez menarik balik perkataan tersebut selain meminta barisan Ahli Parlimen pembangkang juga berjanji tidak akan mengeluarkan perkataan seksis di dalam perbahasan selepas ini.

"Pihak di sebelah sini (pembangkang) jangan mengeluarkan perkataan seperti itu. Apabila saya menggunakan Peraturan Mesyuarat ia dilarang sama sekali. Jika berulang saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa saya. Faham semua?" tegas Pandikar.

"Faham...," sambut Ahli Parlimen pembangkang. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015                                                                                                                      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mangsa banjir seronok tinggal dalam khemah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak wujud segelintir mangsa banjir di Kelantan yang masih tinggal di khemah kerana mahu menagih simpati umum.

Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mereka telah diberi tawaran rumah sementara  bagaimanapun enggan berpindah kerana unit rumah itu jauh daripada jalan utama.

"Kalau di rumah sementara ia unit persendirian dan orang ramai agak jauh untuk melawat mereka.

"Apabila khemah dekat dengan jalan. Simpati orang ramai sangat luar biasa. Individu seronok tinggal di sana. Orang ramai datang lahirkan simpati," katanya menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketika mengajukan soalan, Takiyuddin membangkitkan perkara itu apabila seramai 14 keluarga mangsa banjir masih tinggal di khemah sehingga hari ini telah menjadi viral di media sosial.

"Mangsa sendiri telah ditawarkan rumah sementara. Duduk di khemah, ramai datang menderma. Bagaimana kita hendak ubah sikap masyarakat seperti ini," katanya.

Sebelum itu dalam soalan asal Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah jumlah sasaran sebanyak 1225 unit rumah bakal terlaksana dan apakah bentuk kekangan yang dihadapi dalam menyiapkan projek tersebut.

Shahidan turut mengakui kelewatan pembinaan rumah mangsa banjir kerana banyak kekangan yang dihadapi termasuklah soal pemilikan tanah dan pertindihan status tanah dengan pihak berkuasa.

Sebanyak 130 buah Rumah Kekal Baharu (RKB) telah siap diserahkan kepada mangsa, sebanyak 271 unit dalam proses pembinaan dan 40 unit lagi dalam proses pra pembinaan. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber : HD - 4-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Awas! Impak globalisasi ekonomi, liberalisasi kewangan

NASRUDIN HASSAN | .


SEBAHAGIAN isu ekonomi yang mula merajah kebimbangan awal kepada kita ialah mengenai percambahan institusi kewangan asing yang beroperasi di negara kita. Saya kemukakan beberapa asas untuk berkongsi kebimbangan saya terhadap perkara yang agak fundamental iaitu impak daripada globalisasi ekonomi dan liberalisasi kewangan.

Saya beri sedikit gambaran kasar mengenai dasar liberalisasi kewangan yang secara agresif telah dilakukan oleh kerajaan sejak tahun 2009. Ia adalah berpunca daripada keluasan tren globalisasi ekonomi yang telah distruktur sejak sekian lama. Secara rawak, saya memberikan beberapa contoh dampak tren tersebut. Antaranya:

i - lambakan barang dan perkhidmatan import,
ii - pengurangan atau penghapusan tarif
iii - juga secara spesifik kepada sektor pembuatan adalah kebanjiran pekerja asing yang kini hampir mencecah seramai 5 juta orang di Malaysia.

Terkini, Bank Dunia membuka pejabat operasi dan penyelidikannya di Kuala Lumpur. Adakah ia hanya melibatkan operasional, tidak struktural mahupun fundamental ekonomi? Masa akan membuktikan kelak.

Ia bukan satu tanggapan simplistik ataupun sinikal. Agenda globalisasi bukan hanya dinilai daripada aspek kuantitatif semata-mata, sebaliknya juga kualitatif. Ia juga secara halus dan tajam merombak sosio-ekonomi serta sosio-politik negara.

Produksi transnasional termasuk kapital internasional telah menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara. Sejak dari dulu, negara terikat dengan dasar dependensi (kebergantungan) yang keterlaluan terhadap aktor global.

Disebabkan itu, jika disorot daripada sejarah, pada tahun 1980-an, 1990-an, 2007/2008 dan tahun yang mutakhir ini, ekonomi negara terjejas teruk natijah daripada volatiliti (ketidak stabilan) ekonomi global.

Kesannya, ia telah menjadi faktor kritikal dalam penentuan dan penggubalan dasar politik, ekonomi dan sosial negara. Ia telah mencorak pelbagai dasar termasuk polisi buruh, institusi sosial keluarga, pendidikan dan lain-lain. Kita harus mencantumkan puzzles untuk melihat "the big picture."

Kita harus ingat bahawa indikator pembangunan dalam Islam bukan tertakluk secara mutlak kepada ringgit dan sen. Objektif pembangunan bukan hanya untuk memenuhi konsumsi (penggunaan) massa semata-mata.

Kita harus berbeza dengan barat, iaitu doktrin mereka bahawa skala keberjayaan pembangunan mesti mengikis tradisi tempatan dan menurut telunjuk mereka.

Atas dasar itulah saya mengemukakan kebimbangan ini. Kerajaan mesti jelas sikap dan langkah yang diambil bagi mendepani cabaran globalisasi ekonomi agar negara kita tidak "terjajah" dibawah penguasaan ekonomi kapitalis ini. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Vape: 3 ml 'solution' sama dengan 20 batang rokok?





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dr Izani Husin kesal dengan keputusan Kabinet meneruskan penggunaan rokok tiruan (vape) dan perniagaan itu dengan alasan kehendak remaja dan elemen perniagaan dengan membelakangkan pandangan perubatan, nasihat ataupun fatwa.

"Pada saya, Kabinet agak gopoh dalam membuat keputusan," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, rokok vape mempunyai apa yang dikatakan vape solution.

Katanya, tiga ‘ml’ kandungan solution itu mengandungi 14.4 miligram formaldehyde bersamaan dengan 20 batang rokok sehari.

Tambahnya, kalau lima ‘ml’ dihabiskan sehari, sebanyak 24 miligram formaldehyde yang bahaya itu diserap yang boleh menyebabkan kanser.

"Ia equal ataupun sama dengan 33 batang rokok sehari," ujarnya.

Beliau berkata, ada kajian yang menunjukkan bahawa 20 batang rokok boleh menyebabkan kanser dengan nisbah 900 orang per million tetapi 14.4 miligram formaldehyde daripada vape boleh menyebabkan 4,200 orang per million.

"Ertinya lima kali ganda menghisap vape lebih tinggi kejadian kanser berbanding dengan rokok.

"Jadi saya rasa perkara ini sepatutnya tidak dipermainkan, seharusnya diteliti dengan lebih serius sebelum membuat apa-apa keputusan," kata beliau. - HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Speaker Dewan Rakyat izin debat 1MDB tetapi bersyarat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kedua-dua individu yang akan terlibat dalam perdebatan isu 1MDB dikenakan syarat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar Amin ketika mengemukan Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat hari ini membenarkan perdebatan tetapi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dikehendaki meletak jawatan sebagai aggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) manakala saksi siasatan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy tidak lagi terlibat dalam mana-mana PAC.

"Saya tidak akan menghalang debat secara langsung yang hendak diteruskan. Saya benarkan tetapi bersyarat," tegas Pandikar.

Bahkan katanya, apa-apa pendedahan keterangan Jawatankuasa PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat Seksyen 23.

Katanya, kedua-dua pihak itu sekali gus bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) E di mana perdebatan itu akan melibatkan kenyataan dan perjalanan jawatankuasa .

"Perkara yang hendak diperdebatkan suatu perkara masih dalam siasatan PAC. Keterangan yang dikeluarkan adalah perkara yang belum matang.

"Kenyataan yang dikeluarkan dalam debat cenderung kepada tuduhan yang tidak dibenarkan dalam Peraturan Mesyuarat 23 (1) 0. Sekali gus ia mengganggu dan menjejaskan siasatan PAC," jelas beliau.

Bagaimanapun, Pandikar Amin menegaskan beliau akan mengundurkan diri daripada menjadi Speaker sekiranya kerajaan mahu meneruskan debat itu.

Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun meminta penjelasan daripada Speaker antaranya Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, dan Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan turut meminta penjelasan daripada Speaker.

"Adakah Tan Sri sebagai Speaker membuat  'gap order' iaitu mana-mana orang yang disenaraikan untuk jadi saksi iaitu Arul, untuk panggil beliau dan PAC memberi notis selama 14 hari kerana apa-apa boleh berlaku," soal beliau. - HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Menteri Kata Vape ‘Aspirasi Anak Muda’, Ini 9 Jawapan Kami - The Vocket

Posted on Monday, November 02 @ 21:13:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Baru-baru ini kecoh sebentar kerana kerajaan bercadang mengharamkan vape. Mengikut kajian yang telah dijalankan setakat ini, nampaknya vape lebih selamat berbanding rokok. Salah seorang menteri yang bersuara menentang pengharaman vape adalah Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, iaitu Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Akhirnya, kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan vape, dan ini apa yang dikatakan oleh Dato' Sri Ismail Sabri dalam Facebook beliau.

ismail-sabri
Facebook

Tentang vape, we reserve our comments. Tetapi agak sedih kerana 'aspirasi anak muda' telah diturunkan menjadi hanya memperjuangkan vape. Kami ada aspirasi lebih besar dan penting daripada itu.

Dan harapnya menteri-menteri dengar 9 aspirasi anak muda ini:

1. Internet laju lebih murah


Youtube

Internet bukannya lambang kemewahan, tetapi sudah menjadi keperluan hidup zaman kini. Zaman sekarang, Whatsapp atau apa-apa messaging app lain telah menjadi nadi komunikasi. Setakat ini, hanya U Mobile sahaja yang tawarkan data 3GB pada harga kurang daripada RM30.

Dan, kami perlukan jalur lebar 100MB seperti servis syarikat Singapura ini.

2. Menguasai bidang keusahawanan


Hmetro

Dulu-dulu, bila bercakap tentang keusahawanan, orang pasti akan terfikir buat pinjaman yang banyak, 'terpaksa' pakai kot dan kereta besar.

Zaman internet, bisnes dapat dimulakan kurang daripada RM2000. Mungkin sudah masa menteri memulakan program sokongan untuk bisnes yang bermula dengan modal rendah tetapi berpotensi besar.

Ekonomi baru sudah pasti mengubah arena bisnes yang kita kenali zaman sekarang.

3. Tidak naikkan lagi harga perkhidmatan yang menyokong bisnes


Mstar

Pada tahun 2013 sudah naik, tahun 2015 naik lagi sedikit. Ramai peniaga online terperanjat. Ya, kami sedang bercakap tentang harga Pos Malaysia yang meningkat.

Rata-rata orang muda adalah peniaga online. Ada yang baru mula berniaga.

Kalau mahu pos ke luar negara, kosnya lebih tinggi. Kami cadangkan Pos Malaysia kekal atau turunkan harga untuk lebih menyokong bisnes-bisnes tempatan seperti China Post lakukan.

China Post disubsidi dengan banyak oleh kerajaan China, dan kini, penjual China mempunyai kelas tersendiri dalam marketplace Ebay antarabangsa.

4. Menyerlah dan meluaskan bakat


Youtube

Atas faktor inilah kami perlukan internet yang laju.

Buat mereka yang ada bakat nyanyian atau lakonan, orang muda akan upload hasil kerja mereka ke Youtube dan terus dipamerkan ke seluruh dunia.

Tetapi ia masih tidak cukup. Kami teringin lihat bakat-bakat seperti Mat Luthfi atau Shazreen Fazlynda ada show mereka sendiri di media arus perdana.

Kami juga ingin lihat pengkarya seni, pelukis, pengarca, peminat sains, penggubah automotif – apa-apa sahaja bakat – mempunyai tempat yang lebih tinggi dalam masyarakat.

It's about time to reduce politic stories and bad news – dan mula letakkan cerita tentang bakat-bakat di ruang penting dalam surat khabar.

5. Alam sekitar yang sihat



Orang bercakap, tapi tiada siapa yang peduli.

Masalah jerebu, bauksit di Kuantan, pembalakan di Kelantan – adakah ini legasi yang mahu ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin zaman sekarang kepada orang-orang muda?

Kami hanya minta udara, air dan daratan yang sihat untuk kami tinggal dengan selesa.

6. Pendidikan lebih relevan dengan keperluan zaman sekarang


Youtube / Alt School

Dengan kos dan inflasi yang semakin meningkat, keusahawanan bukan sahaja medium untuk menjadi kaya, tetapi merupakan cara untuk survive.

Cabaran masa hadapan membuat keperluan mempelajari kemahiran hidup menjadi lebih penting.

Kemahiran seperti bagaimana hendak mencari kerja, membayar cukai, mengurus kewangan peribadi, pemahaman asas undang-undang, cara membeli kereta dan rumah, keibubapaan atau first aid, tidak diajar di sekolah.

Ramai yang terlanggar pintu dahulu, barulah tahu cara yang betul, kerana perkara-perkara ini tidak diajar di sekolah.

Apa yang penting, pendidikan sepatutnya dapat membentuk seorang manusia menjadi insan, dan bukan sekadar untuk menjawab peperiksaan.

7. Rumah selesa pada harga berpatutan


HGTV

Usaha menyediakan rumah berpatutan untuk orang muda telah berlangsung dengan baik dan harus diteruskan.

8. Lebih peluang untuk memimpin


Facebook

Apabila melihat Perdana Menteri baru Kanada, dan menteri termuda di Sweden, kami tertanya, adakah Khairy Jamaluddin satu-satunya menteri muda yang dinamik di Malaysia ini?

Baru-baru ini, kita lihat hasil HRH Tunku Ismail yang muda memimpin pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. Menang Piala AFC 2015. What can we say more?

9. Hiburan yang berisi

Apabila menyebut "hiburan yang berisi" mesti kita terbayangkan berita, drama, filem atau gambar yang hambar atau tidak relevan dengan masyarakat setempat. C'mon, kita lebih kreatif dari itu.

Orang muda kena cabar diri untuk hasilkan konten yang dinamik dan berdaya saing. Menteri pula kena bantu.

Kalau menteri boleh tolong dalam hal vape, takkan dalam hal kreatif tak boleh bantu?-thevocket
Sumber TKO - 2-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahfuz kecewa 'mesej celaru' pembangkang

Posted on Monday, November 02 @ 20:55:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini membidas tindakan pemimpin parti pembangkang "memberi mesej celaru" kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibahaskan di Parlimen.

Tanpa merujuk kepada mana-mana isu, Mahfuz menggesa pemimpin parti pembangkang berlapang dada dengan duduk semeja supaya rakyat mendapat "satu mesej terarah"

"Apa yang penting dalam Parlimen. Pembangkang harus memberi mesej yang betul dan tepat kepada rakyat.

"Pembangkang hari ini telah memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.

“Ini tak mustahil akan menyebabkan rakyat give up dengan politik parti-parti pembangkang khususnya... untuk pilihan raya umum akan datang," katanya kepada media di lobi parlimen.

Mahfuz itu dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berhubung cadangan menolak Bajet 2016 dan undi tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Bertembung sama sendiri, lemah'

Beliau yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena turut menyuarakan kekecewaannya berhubung situasi pembangkang yang menurutnya dilihat sebagai "pertembungan sesama sendiri" dan "lemah".



"Rakyat yang harap pembangkang ambil alih Putrajaya tak mahu melihat pertembungan sama sendiri, sudah tentu mereka lihat BN juga akan menang.

"Apa yang saya lihat sekarang mesej pembangkang sesuatu yang mengecewakan saya," katanya sambil menegaskan kenyataan beliau berikan itu adalah kenyataan umum dan tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin.

Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk berkecuali menolak bajet 2016, Mahfuz berkata:

"Itu terpulang kepada ahli parlimen. Tunggu pada hari pengundian nanti."

Katanya, beliau menunggu keputusan muktamad melalui arahan yang akan dikeluarkan oleh parti.-mk 
Sumber TKO - 2-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seharusnya Gembira Rakyat & Sejahterakan Negara





KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan Bajet 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai ‘Bajet Bunga Api’ yang tidak akan membawa perubahan dan kejayaan kepada negara.

“Bagi saya Bajet 2016 tidak lebih daripada seperti permainan kerajaan menghadiahkan rakyat dengan bunga api. Satu majlis bunga api besar-besaran di sebelah malam, sehingga apabila dilancarkan bunga api, tersebut semua rakyat akan berkata “woww” alangkah cantiknya bunga api tersebut.

“Tetapi dalam beberapa minit sahaja, maka yang kita tengok adalah kegelapan sebelah malam, langit gelap yang ada hanyalah bintang-bintang yang jauh untuk dicapai. Inilah bajet, bajet bunga api ataupun panadol kalau saya buat satu perumpamaan,” ujarnya ketika membahaskan Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini.


https://www.youtube.com/watch?v=3aJ74w0mzBU&feature=player_embedded


Menurut beliau, hubungan negara adalah hubungan di antara orang-orang yang kuat dengan orang lemah, orang kaya dengan orang-orang miskin, di mana kewujudan mereka adalah menjadi sunnah Allah Taala di muka bumi.

Jelasnya, tiada negara yang tidak ada orang miskin dan orang kaya, justeru kekayaan dan kemiskinan ada hubungan di antara keduanya.

Lebih menarik katanya, kemiskinan adalah satu kemuliaan kerana Allah SWT telah melahirkan Rasulullah SAW dalam keadaan menjadi anak yatim dan dengan rahmat-Nya, Dia menukar Rasullah SAW daripada miskin kepada kekayaan.

Iaitulah terangnya, kekayaan jiwa dan kekayaan apabila Baginda memperolehi kerajaan untuk menyusun kehidupan rakyat di dunia sampailah hari akhirat.

“Dalam perbincangan buku-buku ekonomi oleh para pakar ekonomi, antara yang menarik disebut ialah sesebuah negara akan menjadi bahagia dan berjaya apabila pengurusan politik terutama sekali urusan ekonominya diuruskan dengan cara berfikir orang miskin. Apabila orang kaya menguruskan sebuah negara, maka dia tidak akan mampu membawa negara tersebut kepada kejayaan dan kebahagiaan.

“Itulah nilai kemiskinan yang ada pada sesebuah negara yang perlu kita bincang dalam perbincangan kita, dalam bajet negara kita dan saya rasa adalah betul kalau kerajaan meletakkan golongan 40 peratus ke bawah menjadi tumpuan,” aju beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia.


Ekonomi Mensejahterakan

Ujar Nik Abduh, dunia ekonomi hari ini menyaksikan keruntuhan negara-negara maju dan kaya yang sentiasa berbicara mengenai pendapatan tinggi negara di mana semua itu telah berakhir.

Ahli-ahli ekonomi katanya, mula bercakap bahawa negara yang benar bukanlah negara yang berpendapatan tinggi, tetapi menjanjikan rakyat kehidupan yang makmur, sejahtera dan bahagia.

Beliau menyebut beberapa ukuran oleh para ulama ataupun para sarjana ekonomi mengenai negara sejahtera dan mampu membahagiakan rakyat.

Pertama jelasnya, dilihat pada kadar pengangguran, sebagai petunjuk sebuah negara yang berjaya mempelbagaikan sumber rezeki nan luas untuk rakyat.

“Kedua adalah jurang ataupun kesenjangan pendapatan ekonomi antara golongan kaya dan golongan miskin. Ia adalah sebagai petunjuk wujudnya ehsan dan wujudnya agihan yang adil dalam sumber pendapatan negara. Ketiga adalah tahap kuasa ataupun pendapatan boleh guna rakyat. Ia menjadi petunjuk kebebasan rakyat untuk berbelanja apa yang mereka mahu tanpa bebanan hutang dan ikatan.

“Dan terakhir yang keempat ialah kadar jenayah dalam negara yang boleh kita sebut sebagai dua; satu jenayah dalam masyarakat, dan yang kedua ialah jenayah di kalangan kolar putih ataupun di kalangan pemimpin peringkat atas. Ia sebagai petunjuk benarnya ataupun betulnya pekerjaan ataupun sumber rezeki, halalnya sumber rezeki yang dijana oleh rakyat.

“Ini termasuklah jenayah kolar putih, korupsi yang melanda pegawai atasan dan pemimpin politik. Apa yang saya ingin sentuh ialah kerajaan kita Malaysia gagal dan agak teruk dalam memenuhi dan menepati etika ataupun petunjuk di atas,” bidasnya.

Menyentuh mengenai pengangguran, beliau berkata, walaupun kerajaan menyatakan kadar di negara ini masih rendah, tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripadanya adalah pemegang ijazah.

Malah jelasnya, ramai anak muda berijazah terpaksa bekerja dengan gaji yang lebih rendah berbanding dengan kelulusan mereka iaitulah bermakna tawaran pekerjaan aadalah cukup sedikit.

Agak dahsyat bagi beliau, apabila Malaysia berada pada jurang kaya miskin yang paling teruk dari kalangan negara rantau Asean.

Perkara tersebut juga ujarnya, melibatkan jurang antara kaum dalam negara yang menjadi petanda bahawa pengagihan sumber rezeki gagal ditangani oleh pihak kerajaan.

“Kemudian mengenai pendapatan boleh guna kita berhadapan dengan kenaikan harga barang yang mencekik pengguna hari ni dan kerajaan tak mampu untuk memberikan sebarang solusi bagaimana untuk menyelesaikan kenaikan harga barang.

“Begitu juga hutang isi rumah yang besar, bukan sahaja mereka payah atau agak sukar untuk membayar rumah yang mereka beli, bahkan agak sukar sekarang ni untuk anak muda mendapatkan sebuah rumah sehingga mereka terpaksa hidup dalam rumah kotak yang sempit,” ajunya lagi.

Menyebut mengenai kajian dibawa oleh Frost and Sullivet yang dilantik oleh pihak kerajaan, Nik Abduh menyatakan, kajian itu menunjukkan bahawa indeks rasa selamat negara hanyalah berada pada tahap 39 peratus.

Lebih malang lagi katanya, hanya 10 peratus orang awam percaya kadar jenayah di Malaysia menurun.

Perkara itu ujarnya, bermakna walaupun pihak keselamatan menunjukkan turunnya jenayah, tapi di sisi rakyat hanya 10 peratus percaya perkara yang disebut oleh pihak kerajaan tersebut.

“Perkara ini berlaku, saya nak sebut beberapa perkara ini gagal, kerana kerajaan melakukan suatu banyak kesalahan-kesalahan besar. Pertama saya nak sebut mengenai perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dengan pihak syarikat-syarikat besar. Sebagai kerajaan, syarikat-syarikat ni sebagai anak, tapi apabila perjanjian diadakan, anak mengikat ayah, bukan ayah mengikat anak.

“Isu yang pertama ialah konsensi lebuh raya yang sampai hari ni hari-hari rakyat bercakap mengenai kenaikan harga tol dan baru ni tol naik lagi dan ia menggambarkan janji Perdana Menteri adalah gagal bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu tol.

“Begitu juga perjanjian dengan Syarikat IPP yang menyebabkan kenaikan harga barang, elektrik dan isi rumah dan yang ini terakhir mengenai perjanjian yang akan dibuat oleh kerajaan Malaysia, perjanjian yang lebih besar,” ujarnya merujuk TPPA yang ditakuti akan terus mengikat negara dan bahang panasnya pasti akan dirasai oleh rakyat nanti.


PM Gembira, Rakyat Derita

Menurut beliau, Perdana Menteri kelihatan gembira menyebut mengenai kejayaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat mengimbangi turunnya harga minyak.

Tetapi katanya, dilihat rakyat semakin hari semakin tertekan hidup mereka dan dalam kesempitan yang meragut kebahagiaan hidup.

Jelas beliau, dalam Islam apabila kerajaan mengenakan cukai, pihak yang paling gembira ialah orang miskin.

“Ini dalam Islam, kerana apabila cukai dikutip bermakna kerajaan ingin memenuhkan perbendaharaan mereka, kerana tak cukup dan mereka yakin perbendaharan itu, hasil itu akan dihantar balik kepada orang miskin.

“Tetapi dinegara kita sebaliknya. Perdana Menteri begitu gembira dengan pelaksanaan GST, tetapi adakah kegembiraan dia dikongsi oleh rakyat? Saya yakin 80 peratus rakyat tidak gembira dengan kegembiraan Perdana Menteri. Asas dalam Islam ialah “Diambil cukai itu daripada orang kaya dan dihantar balik kepada orang miskin.”

“Sebab itulah GST ini adalah tidak dibenarkan oleh Islam dan dia lebih teruk daripada SST yang juga mempunyai konsep yang hampir sama,” tempelaknya.

Ustaz Nik Abduh memetik perbahasan Imam as-Syatibi yang menjelaskan bahawa percukaian tidak dibincangkan para ulama semasa Kerajaan Islam awal memandangkan kekayaan Baitulmal adalah mencukupi.

Tetapi jelasnya, perbincangan berlaku kemudian dan dibahaskan oleh para ulama apabila negara dan kewajipan-kewajipannya semakin membesar dan dilaksanakan dalam negara-negara Islam.

“Inilah wujudnya contoh yang besar dalam sejarah Islam bagaimana menguruskan sebuah negara yang telah mencapai satu tahap kesejahteraan rakyat yang dahsyat. Sehingga sebuah negara itu, tidak lagi memerlukan cukai tambahan selepas dilaksanakan sistem Islam yang lebih mudah.

“Iaitu mengambil zakat daripada orang-orang kaya dan juga jizyah daripada orang-orang bukan Islam pada masa itu. Saya sebut sejarah lepas, jadi tinggal lagi ialah adakah kita bersedia, adakah kerajaan hari ni bersedia untuk beriman untuk yakin, untuk melihat pada sistem Islam yang baik, ataupun kita masih lagi was-was?

“Masih lagi dalam keadaan bingung sama ada untuk menoleh ke depan kepada Islam ataupun kita menoleh kepada Barat ataupun kepada Timur?” aju beliau.


Beliau juga memetik surah Quraisy menyentuh mengenai nikmat rezeki dan keamanan di mana ia menjadi faktor yang diukur ahli ekonomi sebagai kejayaan sesebuah negara.


Mohon Untuk Kelantan

Dalam perbahasan itu juga, beliau mengajukan agar Kerajaan Persekutuan membantu Kelantan untuk pertumbuhan ekonomi lebih besar.

Katnya, rakyat Kelantan sudah bersedia dengan ilmu, kemahiran dan kekuatan untuk menjadikan Kelantan sebagai titik ekonomi penting dalam negara ini.

“Maju Kelantan insyaa-Allah majulah negara Malaysia. Rakyat Kelantan menuntut hari ni pertama lebuh raya yang selesa di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Yang kedua naik taraf lapangan terbang ke peringkat ‘international’. Yang ketiga pembinaan pelabuhan.

“Bagi projek pembinaan kereta api laju di antara Kelantan Kuala Lumpur melalui Terengganu dan Pahang, walaupun kosnya disebut mungkin lebih besar daripada kereta api laju Kuala Lumpur dan Singapura, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Saya juga nak sebut rakyat Kelantan terus yakin bahawa royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan dan kami akan terus berjuang untuk mendapatkan royalti minyak tersebut. Saya mohon supaya Stadium Mini Pasir Mas dapat ‘upgrade’ sama menjadi stadium kedua di Negeri Kelantan,” ujarnya mengakhiri perbahasan.



Sumber PP - 2-11-2015

---------------------------------------------------------------------------

Jangan jadi kerajaan yang angkuh




NASRUDIN HASSAN | .



PENGURUSAN ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara.


Tapi kita kena sedar! Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya.

Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain daripada kemahiran, kreativiti, inovasi, pengalaman dan sebagainya.

Seringkali masaalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah SWT dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya.

Masaalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan. Akhirnya membentuk persepsi yang buruk kepada negara dan pemerintah.

Sebagai penyelamat ummah dan tamadunnya, Nabi kita Muhammad SAW telah diutuskan oleh Allah SWT dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini  menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus (Good Governence).

Sabda Rasulullah SAW:

   انّما بُعثت لأُتمِّمَ مكارمَ الأخلاق
Sesungguhnya Aku dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak.

Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku inflasi jika ia diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak, sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik. Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak.

Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan pengurus dan pentadbir ekonomi yang rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir.

Perhatikan bagaimana kisah sang penguasa yang angkuh dan bagaimana pula kesudahannya yang telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quranil Kareem.

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ
فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ
مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ
إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

“Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

“dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي
أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ
مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا
وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

“Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku".

(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ?

Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78

Semoga negara kita terus makmur. Tidak dibinasakan oleh Allah SWT. Sementara pemimpin dan kita semua tidak menjadi angkuh tatkala berada dipuncak kuasa. Tunaikan tanggungjawab sebagaimana ia diperintah oleh Allah SWT. Berlaku adil dan pulangkan hak kepada mereka yang berhak memilikinya. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015

------------------------------------------------------------------------------

Kemalangan LPT2, gesa tubuh suruhanjaya siasatan




MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menubuhkan satu Suruhjaya Siasatan bagi mengkaji dan mengenalpasti punca kemalangan yang kerap berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata suruhanjaya ini bagi menilai keadaan jalan, kelengkapan dan persekitaran LPT2 dan seterusnya mencadangkan kepada kerajaan dan agensi-agensi berkaitan langkah-langkah penambahbaikan dan menangani punca-punca kemalangan di sepanjang jajaran LPT2.

Beliau yang sebelum itu mengemukakan usul di Parlimen pada 26 Oktober lalu bagi menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) bagi penubuhan suruhanjaya tersebut, namun telah ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat semalam.

"LPT2 mula beroperasi sejak Ogos 2011 dan sehingga Oktober 2016, ia telah mencatatkan 1,989 kes kemalangan membabitkan 85 kematian.

"Kemalangan maut terbaru ialah pada 14, 18 dan 19 Oktober yang membabitkan 6, 2 dan 1 kematian masing-masing.

"Insiden kemalangan maut yang kerap dalam tempoh kurang seminggu ini harus diberi perhatian serius dan diteliti secara mendalam bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan melakukan langkah pencegahan segera bagi mengelakkan ia berulang." katanya.

Menurut beliau, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hanya menyenaraikan kemalangan berpunca dari cara pemanduan yang melebihi had laju dan mengantuk disamping faktor haiwan.

Malah,  Kementerian Kerja Raya (KKR) pula menegaskan bahawa LPT2 adalah dibina mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan dan ia bukan punca kemalangan. Begitu juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga menyatakan bahawa faktor manusia adalah punca kemalangan.

"Sebaliknya, berdasarkan pemantauan dan kajian lapangan oleh sebuah NGO iaitu Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) mendapati bahawa tidak kurang 28 lokasi sepanjang jajajaran LPT2 dari Gemuroh ke Kijal adalah tidak sekata dan beralun serta merbahaya kepada para pengguna.

"Selain itu, wujud juga keadaan ada kawasan tidak berpagar atau pagar rosak, pencahayaan yang tidak mencukupi, ketiadaan dan kerosakan papan tanda, garisan dan pembalikcahaya di tengah dan tepi jalan yang tidak jelas dan faktor-faktor lain," katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berkata, kajian bersama oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini mengisytiharkan bahawa sruktur dan aspek keselamatan lebuh raya itu berada dalam keadaan baik dan menegaskan bahawa kemalangan-kemalangan yang berlaku sebelum ini tidak dipuncakan oleh faktor ini.

"Saya berpandangan bahawa kajian ini adalah tidak bersepadu dan tidak menyeluruh serta berkemungkinan tidak telus sepenuhnya memandangkan institusi tersebut adalah agensi kerajaan.

"Serta telah diketahui pendirian mereka berhubung masalah ini sementelah lagi kajian ini dibuat dalam tempoh yang amat singkat iaitu hanya seminggu. Mustahil semua aspek telah dapat diambil kira dalam tempoh yang sesingkat itu," tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ukuran PGK diguna kerajaan sudah lapuk

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan oleh kerajaan pada hari ini sudah lapuk, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ketika membahaskan Bajet 2015 petang ini, beliau berkata ukuran PGK yang diguna pakai oleh kerajaan hanya diukur berdasarkan kemampuan dari segi makanan semata-mata.

"Kerajaan sentiasa sebut kadar kemiskinan semakin menurun iaitu tinggal 0.6 peratus. Ukuran ini berdasarkan paras kemiskinan sudah lapuk.

"Ukuran yang betul sepatutnya perlu mengambil kira adakah rakyat mampu beli rumah? Beli kenderaan? Belajar di universiti?

"Apabila kita guna PGK ini bererti kita telah menipu rakyat," tegas beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Keadaan ini, katanya seumpama memasukkan sampah di bawah karpet akhirnya diri sendiri yang tersepak karpet itu.

Justeru katanya, kerajaan perlu memperbetulkan balik PGK ini dan mengemukakan ukuran yang tepat untuk mengukur garis kemiskinan rakyat negara ini.

Dengan cara lapuk ini, tegas beliau kerajaan sebenarnya mahu menutup berapakah sebenarnya kadar kemiskinan rakyat negara ini. - HARAKAHDAILY 29/10/2015

Sumber HD - 29-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1MDB dan RM2.6b: Siar jawapan secara langsung

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa disiarkan sesi soalan jawab di Dewan Rakyat mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion secara langsung melalui TV.

Menurutnya, mesyuarat Parlimen kali ini yang bermula pada 19 Oktober lalu memperlihatkan satu fenomena yang sangat berminat.

Katanya, dalam tempoh dua minggu persidangan (8 hari) yang telah berlalu, perdebatan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah muncul dalam tempoh soal-jawab menteri, iaitu satu setengah jam pertama setiap hari persidangan berlangsung, di mana perdebatan disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kebangsaan.

"Jika kita meneliti dengan betul-betul, pertanyaan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah dimasukkan dalam 15 soalan yang pertama pada setiap hari persidangan, walaupun terdapat banyak soalan yang telah dilontarkan tentang dua isu tersebut. 15 soalan pertama biasanya sempat dijawab oleh para menteri," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengikut kajian beliau, sebanyak 41 soalan telah ditanya oleh ahli-ahli Parlimen sepanjang 8 hari yang lepas.

Tambahnya, secara purata lebih 5 soalan telah ditanya setiap hari, atau bersamaan dengan lebih kurang 10% soalan yang ditanya, tetapi, secara ajaibnya, ia tidak pernah masuk dalam 15 soalan utama.

"Hanya 1 soalan berkenaan 1MDB yang berjaya masuk soalan ke-26, yang selainnya 30 dan ke atas. Adakah ia cuma satu kebetulan?" tanya beliau yang juga Pengarah Strategi PKR.

Katanya lagi, isu 1MDB dan RM2.6 bilion adalah dua skandal terbesar dalam sejarah Malaysia di mana ahli-ahli parlimen ingin membawa soalan-soalan dari rakyat ke Dewan Rakyat.

Maka, ujarnya timbul kemusykilan adakah menteri-menteri tidak bersedia menjawab isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion secara 'live' melalui kaca TV kepada rakyat.

"Ingin kita mengingatkan Perdana Menteri bahawa semua Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia masih menunggu Perdana Menteri untuk menjawab siapa penderma RM2.6 bilion, sebab-sebab ‘derma’ dan ke mana pergi duit sekarang," ujarnya.

Manurut beliau lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Pengerang juga memaklum bahawa pertanyaan-pertanyaan itu akan dijawab secara serentak bersama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga.

"Saya ingin menyeru menteri menyiarkan sesi tersebut secara langsung atau 'live' melalui kaca TV untuk sekali gus menyelesaikan kemusykilan rakyat terhadap isu-isu ini," katanya. - HARAKAHDAILY 29/10/2015

Sumber HD - 29-10-2015

---------------------------------------------------------------------------

Aset keselamatan berusia 30 tahun - Shahidan






SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Memiliki aset keselamatan negara yang berusia 30 tahun merupakan standard bagi negara ini, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim.

"Standard Malaysia 30 tahun itu tidak lama, kalau negara luar setakat 15 tahun sudah lupus, janji ia boleh beroperasi sebab penyelenggaraan yang dijalankan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan aset keselamatan negara yang sudah tua.

King Sing turut mempersoalkan peralatan yang dimiliki oleh Esscom ketinggalan zaman dan tidak cukup canggih sehingga tidak dapat mengesan musuh yang berjaya membolosi.

"Macam mana kita boleh kawal dan kerajaan bagi jaminan kepada rakyat Malaysia. Orang Sabah mahu satu jaminan daripada kerajaan," katanya.

Jelas Shahidan sebanyak 92 bot laju yang akan diperoleh pada tahun 2016 memandangkan Esscom dibenarkan untuk dapat aset terus. – HARAKAHDAILY 29/10/2015

Sumber HD - 29-10-2015                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sukan tradisional: Wajar contohi Jepun, Korea

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk mengkaji dalam memperkenalkan sukan tradisional di sekolah-sekolah sukan agar ia dapat dibawa ke peringkat antrabangsa.

Ahli Parlimen Korta Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan ketika mencelah pada soalan tambahan berkata, Malaysia sepatutnya mengikuti apa yang dilakukan di Jepun dan Korea.

"Kedua-dua negara tersebut, Jepun dan Korea walaupun maju dalam sukan-sukan moden tetapi terus memperkenalkan sukan tradisi mereka.

"Kita lihat bagaimana sumo di peringkat antarabangsa, begitu juga di Korea. Jadi atas itu apa kata kita perkenalkan silat, wau, batu seremban mahupun gasing di Sekolah Sukan, ia dapat mempromosikan negara," katanya.

Sebelum itu, pada soalan asal jawab lisan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz meminta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah sasaran yang telah diletakkan oleh Kementerian terhadap Sekolah Sukan di negara ini telah tercapai bagi melahirkan golongan atlet muda sebagai pelapis wira sukan negara dan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar menepati pelan jangka panjang Dasar Sukan Negara dan apakah Kementerian bercadang untuk menambah bilangan Sekolah Sukan di masa hadapan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon yang menjawab pertanyaan Setiausaha Agung PAS Pusat berkata, setakat ini kokurikulum di sekolah-sekolah sukan sudah mencukupi dan akan padat jika sukan-sukan tradisional dimasukkan dalam kokurikulum.

Namun beliau menyambut baik cadangan serta mempertimbangkan cadangan yang diberikan itu. – HARAKAHDAILY 29/10/2015

Sumber HD - 29-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

87 peratus bahan vape berpotensi sebabkan kanser
Posted on Wednesday, October 28 @ 14:35:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hilmi Yahya bersetuju dengan kecaman Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) bahawa masih ramai anggota parlimen yang terus merokok di sebalik kempen menangani tabiat itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sejauh keberkesanan kempen 'Tak Nak Merokok" dan jumlah perbelanjaan serta sejauh mana kerajaan melibatkan MP yang menurutnya masih ramai yang merokok.


"Kita sebagai pengubal dasar, tapi suruh rakyat berhenti hisap rokoh," kata Siti Zailah dalam soalan lisan tambahannnya.

"Dalam hal ini saya bersetuju dengan (YB) Rantau Panjang (berkaitan) ada ahli Parlimen juga merokok," jawab Hilmi di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai perangkaan jumlah kes, individu yang telah berhenti merokok termasuk kos perbelanjaan kempen memandangkan ia sudah lama dilaksanakan dan beliau akan memaklukan secara bertulis.

Ditanya mengeni kesan kempen itu di kalangan pelajar dan kanak-kanak yang bersekolah, Hilmi berkata beliau mengakui wujud usaha untuk melibatkan kumpulan itu yang terjebak dengan merokok.
Jualan sisha

Ketika ini, katanya, terdapat kebimbangan pihkanya mengenai usaha penjualan sisha berbentuk pen pada harga RM10 kepada kanak-kanak sekolah.

"Kementerian Kesihatan Malaysia hantar orang. Kita nak beli dia tak mahu jual. Hantar budak sekolah pergi beli, dia jual. Ada usaha melihbatkan kanak sekolah, dan untuk akhirnya dia merokok.

"Ini yang membimbangkan sebab dia mula dengan sisha jenis pen, kemudian (hisap) vape. Dia juga (akhirnya) terlibat dengan mula merokok," katanya.

Menurutnya lagi, masyarakat peru mempunyai kesedaran tentang bahaya merokok dan menghisap vape yang juga mengandungi nikotin turut memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Ada hujah menyatakan vape, dia bukan asap, tapi ia vapor. Tapi dia ada nikotin. Kalau tak ada nikotin tak ada 'kick'. Kalau ada nikotin, juga melibatkan orang lain, dan orang lain dapat hidu asap dan risiko juga yang sama (dengan rokok).


"Ada (juga) hujah, kalau rokok ada 7,000 bahan kimia, dalam rokok, 87 peratus daripada bahan itu boleh menyebabkan kanser. Vaper juga ada bahan yang boleh menyebabkan cancer," katanya.

Sumber TKO - 28-10-2015                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hapus GST, PAS cadang kaedah Islam





SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR:  PAS mencadangkan kerajaan supaya mengenakan cukai kepada lebihan simpanan orang kaya serta syarikat-syarikat yang mempunyai modal pusingan yang besar sebanyak 2.5 peratus setahun.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, hasil cukai tersebut kerajaan dapat mengagihkan kepada fakir miskin dengan kadar sekurang-kurangnya 30 peratus .

Katanya, pendekatan ini sekali gus dapat merapatkan kembali jurang pendapatan antara orang miskin dengan orang kaya yang kini semakin melebar.

"Mengambil harta rakyat terutama golongan miskin sama ada melalui GST adalah satu penindasan dan penganiayaan apatah lagi ia bercanggah dengan syarak.

"Dalam masa yang sama kita dapat hapuskan GST dan kita akan rapatkan kembali jurang antara miskin dan kaya," katanya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat.

Beliau juga percaya dengan memansuhkan GST kerajaan akan dapat pulangan RM30 bilion melalui cukai lebihan simpanan yang dikenakan.

"Kekurangan RM30 bilion daripada GST kita boleh ganti balik dengan sumber kompetitif daripada cukai atas simpanan tersebut," jelas beliau yang juga Ketua Penerangan PAS.

Tambahnya, PAS sangat komited untuk mansuhkan GST dan merayu kepada kerajaan agar melaksanakan pendekatan ini yang selari dengan prinsip Islam iaitu "harta kekayaan tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya semata-mata".

Justeru beliau dan PAS bersedia untuk berbincang lebih lanjut bagaimana kerajaan boleh mengetengahkan konsep cukai simpanan ini. – HARAKAHDAILY 28/10/2015

Sumber HD - 28-10-2015

-----------------------------------------------------------------------------

NFC Gagal: Kerajaan wajar guna konsep AIM

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dilihat sebagai konsep terbaik dalam mengatasi ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad ketika mencelah pada soalan tambahan berkata, apa yang dilaksanakan AIM menunjukkan hampir 97 peratus membayar pinjaman yang disediakan.

"Jawapan menteri di Parlimen pada 2013 menunjukan import makanan dari 2002 hingga 2012 sebanyak RM221.81 bilion iaitu lebih kurang RM22 bilion setahun, ia meliputi termasuk import daging dan tenusu.

"Jawapan yang diberikan kerajaan hari ini menyatakan dalam isu memelihara lembu terutamanya projek pawah dan juga NFC telah menemui kegagalan dan ini amat mendukacitaan.

"Adalah lebih baik kerajaan memikir konsep AIM kerana mereka ada usrah iaitu perjumpaan, apa salahnya diberi kepada mereka melalui konsep 'bela-bela' termasuk penerima e-kasih, mereka ada perjumpaan untuk pastikan lembu tersebut tidak dijual,"  katanya.

Naib Presiden PAS itu juga berpendapat dengan konsep ini bukan hanya dapat membantu ekonomi rakyat tetapi juga dapat mengawal kenaikkan harga daging lembu setiap kali tiba Hari Raya Korban.

"Ini cara untuk kita beri kail bukan ikan, mengurangkan kadar kemiskinan dan kita juga dapat mengawal kadar import yang dihadapi sekarang ini," katanya lagi.

Sebelum ini, soalan asal Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan perkembangan usaha yang dilaksanakan oleh kementerian dalam menggalakkan lebih banyak pembangunan pusat ternakan lembu bagi meningkatkan industri pengeluaran bekalan daging lembu serta kebergantungan kepada daging dan lembu import.

Timbalan Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, kerajaan menyambut baik serta akan pertimbangkan cadangan tersebut. – HARAKAHDAILY 28/10/2015

Sumber HD - 28-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Macam mana penggubal dasar sendiri merokok - Zailah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menegur ahli parlimen yang masih ramai merokok sedangkan mereka merupakan pembuat dasar-dasar kerajaan termasuk kempen 'Tak Nak Merokok'.

Menurut Zailah, kesan daripada asap rokok mengundang pelbagai penyakit kepada orang di sekelilingnya apa lagi ia melibatkan pelajar.

"Sejauh mana keberkesanan kempen 'Tak Nak Merokok'?

"Malah MP kita pun masih ramai yang hisap rokok. Macam mana penggubal dasar sendiri yang merokok?" soal Zailah ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di Dewan Rakyat pagi ini.

Hilmi dalam jawapannya bersetuju dengan Zailah dan sedang berusaha untuk menangani masalah perokok tegar yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Malah katanya, pihak kementerian sedang mengesan satu lagi gejala baru yang termasuk penggunaan shisha dikhaskan untuk pelajar sekolah.

"Kalau orang tua pergi belia dia tak jual. Budak beli, dia jual. Biasa mereka ini mula dengan shisha akhirnya merokok," katanya.

Bahkan Hilmi mengakui kempen 'Tak Nak Merokok' sudah lama selain menyeru masyarakat sedar akan bahayanya merokok.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng dalam soalan asal meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara dab apakah usaha kementerian bagi memastikan pelaksanaan ini tercapai dan pada masa sama tidak mengundang implikasi negatif terhadap masyarakat. - HARAKAHDAILY 28/10/2015

Sumber HD - 28-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara Isu Menarik Perbahasan YB Ust Idris Ahmad

Posted on Wednesday, October 28 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang YB Ust Idris Ahmad baru sahaja selesai berucap membahaskan Bajet 2016.

Antara isu menarik yang dibawa adalah memohon kerajaan menaikkan elaun kepada penerima anugerah kepahlawanan tertinggi negara iatu Seri Pahlawan Gagah Perkasa atau SP.

Menurut beliau kini cuma ada 8 penerima anugerah ini 6 dari PDRM dan 2 ATM yang masih hidup.


Mereka ini telah berkorban untuk negara sebahagian besar menentang pengganas kominis dulu. Sewajarnya elaun mereka dinaikkan selaras dengan kenaikkan kos hidup hari ini.

Menurut protokol SP adalah anugerah tertinggi negara lebih tinggi dari Darjah Kerabat Malaysia DK atau Tun.

Beliau juga mencadangkan pencen anggota polis dan tentera yang pernah terlibat bertempur dengan pengganas kominis dahulu dinaikkan 50% demi mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang besar buat negara.

Mereka ini semua telah pencen sebahagian besar dan sedang meniti usia tua setelah berkorban untuk negara.

Syabas dalam keprihatinan PAS terhadap isu ini. Semoga cadangan yang dikemukakan dipertimbangkan kerajaan.

Kredit:
Roslan Sms


Sumber TKO - 28-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perkongsian dari Parlimen: Isu 1MDB

NASRUDIN HASSAN | .


Tuan Nasrudin Bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah pelupusan kepentingan yang telah diambil untuk menstabilkan kewangan 1MDB.

JAWAPAN

Untuk makluman dewan yang mulia ini, pada 18 Februari 2015, 1MDB telah mengumumkan hasil kajian strategik atau strategic review (dengan izin) syarikat tersebut.

Pelan Rasionalisasi ini menggariskan strategi dan langkah-langkah yang akan diambil oleh 1MDB untuk membayar balik hutang syarikat.

Antara pencapaian yang telah dicapai oleh 1MDB setelah Pelan Rasionalisasi dibentangkan adalah seperti berikut :

i. Pembayaran semula hutang sebanyak AS$975 juta dan debt for asset swap (dengan izin) dengan IPIC di mana pelaksanaan binding term sheet (dengan izin) dengan IPIC dijangka akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM 16 bilion

ii. Lebih RM 1 bilion nilai tanah pembangunan di TRX telah dijual

iii. Tawaran bidaan terakhir daripada pembida tempatan dan antarabangsa bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia akan diterima pada akhir bulan oktober 2015 di mana Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi kedua-dua aset tersebut dijangka akan dilaksanakan pada bulan Disember 2015

iv. Tanah di Pulau Indah, Selangor sedang dalam proses penjualan

v. 1MDB sentiasa memenuhi komitmen pembayaran balik prinsipal dan faedah pinjaman dengan konsisten. – HARAKAHDAILY 28/10/2015

Sesi soal jawab
27 Oktober 2015
Sumber: Hansard Parlimen

Sumber HD - 28-10-2015                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Muhyiddin punca guru sokong pembangkang
Posted on Tuesday, October 27 @ 23:46:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Dalam serangan terbaru terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, portal MyKmu.net membidas sistem 1Bestari.Net.

Menurut portal itu, sistem yang diperkenalkan oleh Muhyiddin yang jugaadalah Menteri Pelajaran sebelum pemecatannya cukup membebankan guru di seluruh negara sehingga menyebabkan mereka beralih kepada pembangkang.


Guru-guru, katanya, bukan sahaja terpaksa mengendalikan pelajaran tetapi melakukan kerja-kerja perkeranian dengan memasukkan data pelajar ke dalam sistem komputer.

"Tujuan itu memang baik tapi masalahnya infrastruktur tidak lengkap lagi.

"Ramai guru mengeluh kerana sistem ini memakan masa mereka akibat talian yang sibuk bila terlalu ramai guru hendak memasukkan data pada masa yang sama.

"Ironinya, penyedia perkhidmatan bagi sistem ini adalah kroni Mahathir, tuan baru Muhyiddin sekarang," kata portal yang adalah penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut MyKmu, lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan mereka.

Katanya, seperti mana biasa apabila guru tidak boleh meminta pertolongan, mereka mengalihkan perhatian kepada pembangkang untuk mendesak kerajaan.

"Institusi perguruan yang dulu terkenal menghasilkan pemimpin hebat Umno seperti Tan Sri Isa Samad dan lain-lain, akhirnya bertukar menjadi lubuk pembangkang.

"Lebih teruk lagi ada yang mengambil peluang memburukkan kerajaan dalam masa yang sama, terhasillah generasi kurang ajar yang ramai kita lihat hari ini," kata MyKmu.


Projek 1BestariNet telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama konglomerat perniagaan YTL.

Sumber TKO - 27-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1BestariNet: Kerajaan Perlu Bertanggungjawab, Bukan Salahkan Bekas Menteri

Posted on Tuesday, October 27 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tidak berdolak-dalik dalam isu kelemahan projek rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet, demikian tegas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata sikap kerajaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dengan menyalahkan bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan amat dkesali.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya…mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa.


Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya.

Sehubungan itu Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengaitkan projek berkenaan dengan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

"Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.

"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan dimana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications," katanya.

Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin.

Sumber TKO - 27-10-2015                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Samseng: Penyokong bola mungkin disenarai hitam





BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak yang mempunyai rekod gejala samseng berkemungkinan disenarai hitam dari memasuki stadium bagi menonton perlawanan bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu akan dicadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Kementerian turut mempertimbang supaya penonton menulis nama dan kad pengenalan pada tiket masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja mengenal pasti samseng," katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) yang ingin tahu usaha kementerian mengatasi masalah disiplin penyokong bola sepak Harimau Malaya.


Berkenaan punca dan faktor kekalahan skuad Harimau Malaya kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Sept lepas, Khairy berkata kelemahan utama yang dikenal pasti adalah tahap kecergasan kebanyakan pemain ketika itu berada pada tahap rendah.


Ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi perlawanan liga yang mempunyai jadual padat serta jadual perlawanan persahabatan antarabangsa, kata Khairy.


"Beberapa pemain utama juga tidak disenaraikan dalam perlawanan tersebut kerana mengalami masalah kecederaan seperti Junior Eldstal dan Joseph Kalang Tie," katanya.


Dalam perlawanan pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bulan lepas, pasukan Harimau Malaya tewas 0-10 kepada pasukan UAE.


Tambah Khairy, pihak kementerian juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan proses pemilihan pemain pasukan kebangsaan kerana ia terletak di bawah jurulatih kebangsaan yang dilantik FAM. - Bernama


Sumber HD - 27-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS bela penghuni rumah FRISB Lurah Bilut

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

Razman menyantuni warga rumah bekas kakitangan FRISB yang sampai di Parlimen jam pagi tadi.


Wakil penduduk, Hosman Mat Ali menyampaikan aduan kepada Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan semasa pertemuan di Felda Lurah Bilut 26 Oktober lalu
KUALA LUMPUR: PAS komited membawa dan membela nasib 30 penduduk rumah bekas kakitangan Felda Rubber Industries Sendirian Berhad (FRISB) di Felda Lurah Bilut yang menerima notis pengosongan rumah baru-baru ini.

Menurut Naib Presiden, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang PAS, Ustaz Idris Ahmad, pihaknya membawa isu itu dalam perbahasan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober selepas pada sebelah paginya sekumpulan 30 penduduk terbabit datang ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum rayuan kepada kerajaan dan Ahli-ahli Parlimen PAS.

Bersama penduduk datang ke penyerahan memorandum itu adalah Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Ustaz Roslan Md Esa dan Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria.

Enam ahli Parlimen PAS menyambut kehadiran rombongan yang rata-ratanya wanita dan warga emas. Mereka adalah, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan (Setiausaha Agung PAS), Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia), Ustaz Nasrudin Hassan (Temerloh- Ketua Penerangan PAS Pusat), Datuk Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus- Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Ustaz Marzukh Shaari (Bachok).

Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, kesemua penghuni rumah bekas kakitangan  FRISB sebenarnya tidak menolak pembangunan yang dirancang kerajaan untuk projek Rumah Generasi Kedua Felda.

"Malah mereka ini sangat berjasa kepada Felda sewaktu awal operasi kilang berkenaan di kawasan Felda Lurah Bilut yang merupakan Felda pertama di Malaysia," katanya.

Namun tambahnya, sekiranya kawasan itu dirobohkan untuk tujuan itu,  penduduk mahu jaminan kepada mereka agar rumah yang bakal dibina diberikan keutamaan kepada penduduk asal untuk membeli dan memilikinya.

Pun begitu tambahnya, penduduk amat mengharapkan agar kerja-kerja perobohan yang dijadualkan tidak lama lagi (terkini 28 Oktober membabitkan dua buah rumah) tidak diteruskan.

"Kita menerima aduan ini, dan kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Saya akan bahas isu ini dalam perbahasan Bajet 2016 petang ini (petang 27 Oktober), dan saya amat mengharapkan tuntutan penduduk didengari pihak bertanggungjawab," kata Ustaz Idris lagi.

Sementara itu, Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa berkata, pihaknya dimaklumkan sejak beberapa minggu lalu oleh penduduk mengenai notis pengosongan rumah yang diberi pihak pengurusan bagi tujuan pembangunan projek rumah generasi kedua Felda.

Kata beliau, ia berikutan satu rancangan menyambut kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ke Felda Lurah Bilut pada hujung November ini untuk merasmikan rumah contoh.

"Kita merayu kepada kerajaan, kita tidak tolak pembangunan, tidak tolak pun pembinaan rumah kedua generasi Felda. Malah kita memang perjuangkan agar rumah generasi kedua ini diperbanyakkan.

"Namun dalam masa yang sama, nasib penghuni asal rumah bekas kakitangan FRISB ini harus diperhatikan dan diselesaikan, sama ada pilihan pertama mengiktiraf rumah mereka sebagai rumah generasi kedua kerana rata-rata penduduk adalah anak generasi kedua Felda.

"Keduanya, penduduk sanggup membayar pada harga semasa rumah berkenaan untuk dinilai. Ketiganya mereka merayu kerajaan menyediakan rumah untuk mereka (membeli) khasnya rumah generasi kedua, dan menangguh sementara perobohan tersebut," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 27/10/2015

Dapatkan berita penuh penderitaan dan rayuan penduduk tentang masalah dan masa depan mereka dalam harakah cetak.

Sumber HD - 27-10-2015                                                                                                                      -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Potong subsidi IPTA, kerajaan nekad kawal universiti





HARAKAHDAILY | .


Kerajaan Masih Nekad Mengawal Universiti Sementara Memotong Subsidi IPTA Menerusi Manipulasi Autonomi - Adakah Pengecualian UKM Bukti Campur Tangan Politik dan Pilih Kasih?
Pada 2012, Mantan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Khaled Nordin telah menjanjikan autonomi penuh menjelang 2015 kepada 5 universiti penyelidikan – yang bermula dengan audit terhadap pengurusan kewangan, pengurusan institusi, pengurusan akademik dan pengurusan sumber manusia. UKM dan USM merekodkan lebih 80 peratus bagi kesemua indikator – yang menyimpulkan kesediaan kedua-dua universiti untuk menerima autonomi penuh[1].

Dalam kenyataan yang sama, Datuk Khaled Nordin menjanjikan bahawa autonomi penuh tidak bermaksud universiti punyai kebebasan dalam mengenakan peningkatan yuran mahupun penswastaan semata-mata.

Tambah beliau lagi, “kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawab menyediakan pendidikan yang mampu milik dan yang berkualiti buat rakyat. Universiti yang punyai autonomi masih akan diberi peruntukan pengurusan oleh kerajaaan untuk mengurangkan kos pendidikan, dan walau pihak universiti dijangka akan menaikkan yuran, kemasukan pelajar haruslah berteraskan kualiti bukan kapasiti membayar.”

Audit Rintis Kementerian Pendidikan Tinggi ketika itu dilaksana oleh sebuah pasukan yang dipimpin oleh Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Pasukan yang sama telah menghasilkan instrumen pelaksanaan audit khasnya Kod Pengurusan Baik Universiti dan Indeks Pengurusan Baik Universiti.

Bajet yang diperuntukkan untuk IPTA pada tahun 2013 adalah sebanyak RM7,275,972,600; meningkat ke RM8,466,340,300 pada tahun 2014; kemudiannya RM8,753,564,300 pada tahun 2015; dan sekarang menurun ke RM7,311,337,500 dalam Bajet 2016[2].

Malangnya, yang berlaku adalah kenaikan yuran universiti sebelum pun rejim cukai GST dilaksanakan. Sebagai contoh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yuran kemasukan pelajar meningkat sebanyak 13% daripada RM310 (2014) kepada RM410 (2015). Yuran Kolej juga meningkat sebanyak 13% dari RM432.50 (2014) kepada RM 552.50 (2015). Keadaan menjadi lebih sukar buat para mahasiswa apabila kebanyakan barangan di dalam Universiti naik jua pasca GST.

Akhirnya, terma autonomi dimanipulasi kerajaan apabila peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dipotong sebanyak 13% daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion terkini.

Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiayaan iaitu, RM175 juta atau 27.3 peratus. Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong 23 peratus. Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10 dan 20 peratus, manakala empat lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10 peratus berbanding peruntukan sebelum ini.

Pun begitu, terdapat satu anomali apabila UKM satu-satunya IPTA yang peruntukannya tidak dipotong malah dinaikkan sebanyak 5%. Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga seiringan dalam anomali ini apabila semua kementerian lain dipotong dananya.

Mengapa? Hanya Perdana Menteri yang mampu menjawab persoalan ini. Yang pastinya, pada tahun 2012 Naib Canselor UKM telah mempengerusikan Jawatankuasa Audit Rintis Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menilai kesediaan autonomi semua IPTA di Malaysia.

Jika justifikasi peruntukan IPTA dipotong adalah kerana autonomi kewangan IPTA, adakah pengerusi Jawatankuasa ini mengatakan UKM sahaja satu-satunya IPTA yang belum bersedia untuk autonomi? Jelas terdapat konflik kepentingan di sini sama seperti JPM dan kementerian-kementerian yang lain.

Autonomi yang dituntut adalah dalam lima bidang autonomi, iaitu pengurusan kewangan, pengurusan institusi, pengurusan akademik dan pengurusan sumber manusia. Autonomi yang dituntut adalah dalam mengurus kewangannya dalam maksud perbelanjaan IPTA bukan dalam maksud mencari sumber kewangannya sendiri. Autonomi yang wajib diberi kerajaan untuk memastikan IPTA Malaysia membangun dengan jayanya ialah autonomi akademik, pengurusan institusi dan sumber manusia. Naib-Naib Canselor di IPTA adalah ahli akademik bukannya pakar-pakar ekonomi ditugaskan untuk mencari dana buat IPTA.

IPTA sekarang masih diikat dengan peraturan-peraturan yang pastinya mengikat minda mereka dengan telunjuk pemerintah. Hakikat ini terbukti apabila mahasiswa/i diambil tindakan digantung dari pembelajaran hanya kerana menganjurkan forum GST.

Kerajaan wajib menghentikan manipulasi autonomi IPTA dan mengembalikan keutamaan dana negara untuk membina pendidikan berkualiti khususnya dalam bidang tertiari; dan melaksana autonomi minda, akademik dan pengurusan dalam erti kata sebenarnya buat IPTA kita. Keutamaan kita buat pendidikan anak-anak, bukan untuk mengisi tabung JPM yang bertambah 507% daripada RM4 bilion pada 2006 kepada RM20.3 bilion menjelang Bajet 2016. - HARAKAHDAILY 27/10/2015                                                                                  

NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan raya PKR

[1] http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2011%2F7%2F13%2Fnation%2F9087293
[2] Jawapan parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, 26 Oktober 2015

Sumber HD - 27-10-2015                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asing kuasa agar tidak wujud kekeliruan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meminta pengasingan kuasa dilakukan agar tidak wujud kekeliruan.

Presiden PAS ketika mengemukakan soalan tambah berkata ini bagi memastikan tidak ada campur tangan dalam badan kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary).

"Secara keseluruhan kita masih lagi mengamalkan undang-undang yang ditinggalkan penjajah.

"Kita ada undang-undang Islam namun ia meminggirkan roh dan akhlak, hukum qisas dan hudud pengampunan kepada persalah diberikan kepada keluarga mangsa dan bukannya mereka yang dilantik," katanya.

Menurut beliau lagi, dalam isu rasuah dan riba terus berulang, sejauh mana ia diambil tindakan dalam pelaksanaannya oleh kerajaan.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam soalan asal meminta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang sudah dilakukan oleh Panel Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah dalam mengukur tahap komitmen Kerajaan dalam 8 sektoral iaitu Perundangan, Pendidikan, ekonomi, Budaya, Prasarana, Kesihatan, Politik dan Sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menjawab pertanyaan Presiden PAS berkata Jawatankuasa ini merupakan inisiatif Perdana Menteri dalam Indeks Syariah dalam mengkaji ke semua lapan sektrol mengikut Syariah Islam sepenuhnya. - HARAKAHDAILY 27/10/2015

Sumber HD - 27-10-2015                                                                                                                    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------             

Presiden PAS cadang kerjasama serantau ganti TPPA





PAS memberi amaran terhadap agenda Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan menurutnya menghilangkan sempadan bumi dan perairan, sekali gus sifat kemanusiaan sejagat.



Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penjajahan baru 'berlandaskan' undang-undang itu ibarat cacing dalam perut ular atau ikan dalam mulut jerung.



Anggota parlimen Marang itu membangkitkan bagaimana golongan seperti petani dan nelayan kecil akan bersaing selepas perjanjian itu dilaksanakan.



“...sama sahaja nasibnya para kontraktor tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk kerana perjanjian yang merobekkan sempadan ekonomi negara,” kata presiden parti Islam itu



“Belum lagi dikira dolar Amerika yang tidak diketahui cagarannya tetap perkasa, mungkin dengan kertas kosong, kerana kuasa besar bersemangat penjajah melindunginya dengan kadar ringgit yang tidak mampu dipertahankan.”



Bercakap ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang semalam, Hadi justeru berkata TPPA bukan penyelesaian terhadap masalah ekonomi global.



Ia, sebaliknya, kata Hadil ebih bersifat penjajahan baru dalam aspek ekonomi kerana ia didakwa tidak mewujudkan kerjasama yang saksama dan adil.



“Adalah lebih baik bagi negara kita mengadakan kerjasama serantau dan negara yang yang terdekat diutamakan,” katanya.



Rundingan TPPA melibatkan 12 negara telah dimuktamadkan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.



Ia akan dibincangkan di parlimen sebelum ditandatangi negara terlibat.



Dalam perkembangan berkaitan, Presiden AS Barack Obama  dijadual sekali lagi melawat Malaysia bulan depan.



Ia dilihat antara langkah melobi Malaysia menerima perjanjian itu, walaupun berdepan bantahan hebat pembangkang dan masyarakat sivil.



Sumber PP - 27-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peruntukan IPTA dipotong, macam mana nak bersaing





KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan kepada rakyat seperti pukat sorong, ikan bilis dan ikan jerung semuanya kena.

"Kaya, miskin, kanak-kanak, pelajar semuanya terlibat," tulisnya menerusi laman facebook.

Paling malang, katanya peruntukan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Bajet 2016 sebanyak RM7.3 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM1.44 bilion berbanding tahun 2015 yang berjumlah RM8.7 bilion.

Justeru, ujar beliau macam mana kualiti pendidikan tinggi negera hendak bersaing di peringkat antarabangsa. 

"Inilah bahana membazir dan tidak beringat ketika kaya," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), katanya ia telah dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 di Atlanta.

Baginya, perjanjian dagang yang melibatkan 12 buah negara itu, atas apa alasan sekalipun, TPPA ialah bentuk penjajahan baru.

Menurutnya, walaupun ada kebaikan, tetapi mudarat lebih besar daripada manfaat.

"PAS tegas menolak TPPA jika dibentang di dalam parlimen," katanya. 



Sumber PP - 27-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa PAS menolak GST?





Dari Dewan Rakyat;



Kenapa PAS menolak GST?



Oleh : Dato' Dr Khairuddin at-Takiri



Antara isu yang paling hangat dibahaskan dalam sesi perbahasan bajet yang bermula semalam di Dewan Rakyat ialah isu GST. Hal ini kerana Perdana Menteri dalam ucapa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu menyebut nasib baik ada GST yang boleh menampung kekurangan hasil negara kerana kemerosotan harga minyak!!!



Kenapa PAS menolak GST???



Pertama, kerana system cukai GST itu sendiri. GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan. Islam menegaskan konsep percukaian sebagaimana difahami menerusi konsep Zakat ialah cukai mestilah berdasarkan pendapatan bukannya perbelanjaan. Di situlah kita boleh membezakan siapakah yang mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dicukai dan siapakah yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tiada pendapatan.



Pendapatan yang dikenakan cukai ialah pendapatan oleh orang-orang kaya yang melebihi daripada keperluan asas kehidupan. Orang-orang miskin yang mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian tidak dikenakan cukai.



Adapun perbelanjaan tidak patut dikenakan cukai.



Ada yang menyatakan baguslah jika berdasarkan perbelanjaan kerana orang kaya akan berbelanja banyak dan orang miskin berbelanja sedikit!



Isunya ialah Islam menegaskan orang yang miskin tidak patut dikenakan cukai walaupun sedikit!



Cukai GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan yang tentunya tidak boleh membezakan antara yang berpendapatan lebih daripada keperluan harian atau tidak. Si miskin akan dizalimi apabila perbelanjaannya juga dikenakan cukai.



Dari Dewan Rakyat
Selasa 27hb Oktober 2015



Sumber PP - 27-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana RM2.6b?: MP Pas masih beradab

Posted on Tuesday, October 27 @ 15:56:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - "Ahli-ahli Parlimen kita beradab," demikian reaksi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas isu mengangkat plakad 'Mana RM2.6b' di Parlimen ketika Bajet 2016 dibentangkan, Jumaat lalu.

"Pas akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu pendekatan yang kita ambil.

"Kita ahli-ahli Parlimen bukan tunjuk perasaan (dlm parlimen)...kita MP yang beradab," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Jumaat lalu, barisan pembangkang bangun memegang plakad 'Mana RM2.6b?' di Parlimen selepas Najib selesai membentangkan Bajet 2016.

Namun, beberapa ahli Parlimen Pas menarik perhatian apabila dilihat tidak bangun sama.

Dalam sidang media sama, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan parti itu mahukan agar proses demokrasi yang berlaku adalah berakhlak dan beradab serta tidak melupakan konsep Raja Berperlembagaan.

"Pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk," katanya.

Sementara itu mengulas soal rang undang-undang persendiriannya berkaitan hudud, Abdul Hadi mengesahkan masih menanti urusan mahkamah selesai.

"Kita tunggu keputusan mahkamah. Ini ada kaitan dengan mahkamah kerana bukan sahaja saya, Speaker dan Timbalan Speaker juga dibawa ke mahkamah oleh pihak tertentu.

"(Jika dibawa juga ke dewan) Tak boleh bincang juga walau bawa ke Parlimen kerana perkara mahkamah tak boleh bincang di Parlimen," katanya. - SH 
Sumber TKO - 27-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Si Miskin Dizalimi Dengan GST


Antara isu yang paling hangat dibahaskan dalam sesi perbahasan yang bermula semalam di Dewan Rakyat ialah isu GST.

Hal ini kerana Perdana Menteri dalam ucapa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu menyebut nasib baik ada GST yang boleh menampung kekurangan hasil negara kerana kemerosotan harga minyak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali menegas PAS menolak GST kerana system cukai GST itu sendiri adalah cukai berdasarkan perbelanjaan.

“Islam menegaskan konsep percukaian sebagaimana difahami menerusi konsep Zakat ialah cukai mestilah berdasarkan pendapatan bukannya perbelanjaan.

“Di situlah kita boleh membezakan siapakah yang mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dicukai dan siapakah yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tiada pendapatan,”ujarnya yang turut mencelah pada sesi pagi perbahasan.

Kata beliau, pendapatan yang dikenakan cukai ialah pendapatan oleh orang-orang kaya yang melebihi daripada keperluan asas kehidupan.

Sebaliknya, jelas beliau, orang-orang miskin yang mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian tidak harus dikenakan cukai.

“perbelanjaan (rakyat yang membeli barangan dan perkhidmatan) tidak patut dikenakan cukai.
“Ada (ahli parlimen BN) yang menyatakan baguslah jika berdasarkan perbelanjaan kerana orang kaya akan berbelanja banyak dan orang miskin berbelanja sedikit!

“Isunya ialah Islam menegaskan orang yang miskin tidak patut dikenakan cukai walaupun sedikit,”tegas beliau lagi.

Cukai GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan, tambah beliau, sudah tentu tidak boleh membezakan antara rakyat berpendapatan lebih daripada keperluan harian atau yang tidak mempunyai pendapatan lebihan.

“Si miskin akan dizalimi apabila perbelanjaannya juga dikenakan cukai,”kara beliau mempertegaskan bahawa GST adalah tidak selari dengan ajaran Islam

Sumber BO - 27-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Perbahasan Bajet 2016 oleh YB Marang

Posted on Tuesday, October 27 @ 11:10:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
https://www.youtube.com/watch?v=uAFwVJ9SOKc&feature=player_embedded

Sidang Dewan Rakyat 26 Oktober 2015

Kredit
TV PAS 

Sumber TKO - 27-10-2015


Kebajikan mahasiswa: MP PAS ketengah tuntutan Gamis

Posted on Tuesday, October 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan memorandum Tuntutan Mansuh GST dan Tangani Isu Kebajikan Mahasiswa kepada Ahli Parlimen PAS.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen PAS, Ustaz Idris Ahmad di lobi Parlimen.

Menurut Idris, Ahli Parlimen PAS akan membawa tuntutan Gamis di dalam perbahasan mereka pada sesi kali ini.

Presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak yang ditemui berkata, langkah penyelesaian kerajaan bersifat pukul rata sehingga mahasiswa terpaksa memikul beban pelbagai jenis cukai.

"GST yang dikenakan kepada rakyat juga dikenakan kepada mahasiswa maka secara atomatik kos sara hidup mahasiswa meningkat.

"Tahun ini sahaja kerajaan telah mengurangkan kadar pinjaman PTPTN dari 100 peratus kepada 75 peratus. Satu pengurangan yang besar yang  mana mahasiswa selama ini bergantung kepada PTPTN," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, Perdana Menteri dalam Bajet 2016 turut mengurangkan peruntukan universiti awam sebanyak RM7.3 bilion berbanding RM8.7 bilion pada 2015.

Pengurangan ini katanya, akan memberi pelbagai implikasi terhadap pengurusan dan pembangunan pendidikan di peringkat pengajian tinggi khususnya membabitkan yuran pengajian.

"Kerajaan mahu mewujudkan sistem pendidikan terbaik, mana mungkin hasrat ini tercapai jika kehidupan mahasiswa ditekan sebegini?" soal beliau.

Justeru katanya, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa dengan pemotongan peruntukan ini mahasiswa tidak terkesan atau kerajaan mesti menarik balik pemotongan bajet universiti awam dan kemukakan cadangan solusi lain.

Turut bersama menerima memorandum itu Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary. - HARAKAHDAILY 



Sumber TKO - 27-10-2015                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                   

Islam Telah Beri Panduan Penyelesaian Masalah Dunia Sejak 15 Abad Lalu

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap di Parlimen Malaysia membahaskan Bajet 2016 yang telah bentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Beliau membuat teguran, kritikan dan cadangan penyelesaian dengan berlandaskan dalil nas al-Quran dan Hadis serta Sirah Nabawiyah dalam konteks realiti semasa hari ini.

Beliau menegaskan PAS tidak ada masalah sekiranya kalah teruk dalam pilihan raya demi memegang prinsip Islam, kemenangan dunia dan akhirat.

“Di atas konsep ini, maka PAS sanggup bertahan kalah teruk dan sedikit kemenangan walaupun kemenangan yang dikejar kelihatan terlalu jauh.

“Kerana kami berpegang kepada janji Allah iaitu dua kemenangan dunia dan akhirat,”jelas beliau.
Ketika menegaskan soal keselamatan negara, Ustaz Hadi menjelaskan pendirian PAS dan berani berjanji tidak akan mengundang musuh dan akan mempertahankan negara dari mana-mana musuh dari luar.

“kita berjanji tetap bersama menentang musuh luar dan sesiapa sahaja yang mahu menggangu urusan negara kita walaupun dalam perkara masalah yang wajib kita betulkan.

“Biar kita sendiri dan kebijaksanaan kita sendiri. Jangan sesekali menjemput musuh datang ke sini,”katanya disambut dengan perhatian dari semua ahli parlimen yang hadir.

Ikrar beliau itu merujuk kepada Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan beliau menegur dengan lantang agar negara ini tidak dijajah sebagaimana pernah dikuasai oleh pihak barat masa dahulu.

“Kita mahu mengharamkan peristiwa penjajahan berulang lagi kerana Nabi Muhammad S.A.W bersabda; ‘Tidak seharusnya orang mukmin itu disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang.”kata beliau.

Antara isu dunia dan pendirian Islam yang dijelaskan oleh Ustaz Hadi adalah berkaitan dengan perkara paling penting dan strategik iaitu isu masjid al-Aqsa.

Katanya, PAS tidak bersetuju sama sekali dengan penyelsaian dua negara di tanah Palestin, yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.



“Langkah penyelesaian secara kewujudan dua negara adalah mustahil dan tidak lebih daripada mengiktiraf negara rompakan terhadap bumi Palestin dan penubuhan negara haram Israel yang menjaga kepentingan kuasa besar di Asia Barat.,

“al-Quran telah pun memberikan penyelesaiannya dalam ayat 40; Surah Al Haj yang menyebut berkenaan masyarakat majmuk. Islam telah mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai tanah suci kepada penganut tiga agama Samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi,”tegasnya lagi.

Dalam keadaan peperangan yang berlaku dan dunia menghadapi isu pelarian, Ustaz Hadi menjelaskan, Islam telah memberikan jawapan sejak 15 abad yang lalu.

“Isu pelarian kini menjadi isu global apabila berlakunya politik dan ekonomi yang zalim meminggirkan sesama manusia. Islam memberi penyelesaian kepada isu ini seperti terkandung di dalam ayat 6; Surah At Taubah.

Walaupun pelarian yang datang itu dalam kalangan penganut bukan Islam,

“mereka wajib diberi perlindungan dan menunjukkan Islam memberi jaminan hak kemanusiaan sehingga merentasi sempadan agama yang berbeza dan mereka juga tidak dipaksa memeluk Islam.

“Konsep Islam inilah menjadi panduan undang-undang antarabangsa dan Piagam Geneva yang berkait dengan pelarian,”katanya

Ucapan Tuan Guru Presiden selama lebih 40 minit itu telah disiapkan dan ditaip oleh beliau sendiri dengan teks penuh setebal 36 muka surat

Menurut Pegawai Hal Ehwal Parliemn PAS, Syed Ahmad Fadhil, seluruh ahli-ahli parlimen mendengar beliau berucapdan tidak ada celahan bahkan speaker memberi laluan masa selama lebih 10 minit kepada Ustaz Abdul Hadi dari masa sebenar selama 30 minit.

Sumber BO - 27-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perkongsian dari parlimen: Tangguhkan PLKN

NASRUDIN HASSAN | .


Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Tuan Yang Dipertua,  Soalan tambahan saya ialah Yang Berhormat  Menteri, saya minta  supaya Program PLKN ini sebaiknya ditangguhkan pada tahun hadapan. Ini bukan bertujuan untuk menjimatkan sahaja kos operasi yang dianggarkan sebanyak RM400 juta tetapi untuk memberi lebih banyak ruang penelitian terhadap modul-modul yang akan diperkenalkan pada tahun 2016.

Saya juga berharap supaya Kementerian Pertahanan dapat membentangkan satu hasil kajian makmal transformasi PLKN ini yang telah diadakan pada bulan Februari dan juga Mac yang lalu di Dewan Rakyat ini. Ia sangat penting memandangkanProgram PLKN ini telah pun menjangkau 11 tahun sejak dilancarkan pada tahun 16 Februari 2004 yang lalu.

Jadi adakah ia telah berjaya menyelesaikan masaalah yang sedang melingkari golongan belia pada hari ini dan enam modul baru yang akan diimplementasi terhadap pilot project itu harus dikonsultasikan bersama dengan rakyat terlebih dahulu dan...

Timbalan Yang Dipertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, banyak soalan Yang Berhormat.

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Sedikit lagi, malah pelbagai isu yang menghantui program ini perlu diselesaikan terlebih dahulu antaranya mengenai dengan proses seleksi peserta, pemborosan perbelanjaan dalam perolehan seperti mana yang dilaporkan dalam LKAN hanya 70% tahap efisien dalam pengurusan serta isu-isu penyelenggaraan kem dan termasuklah masaalah moral di kalangan pelatih dan juga jurulatih. Terima kasih

Jawapan:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein: Pertamanya saya tidak setuju dengan cadangan Yang Berhormat untuk kita tangguhkan transformasi ini.

Keduanya kalau sekiranya itu pandangan Yang Berhormat, Yang Berhormat harus dalam satu tahun ini tampil ke hadapan bersama-sama kita dalam makmal, dalam perbincangan kita sebelum ini saya tidak tengok pun Yang Berhormat tampil ke hadapan. Sudah penghujung baru hendak cadang sebegitu rupa, orang Johor kata tidak acilah.

Perkara yang penting sekarang ialah kita hendak lihat ke hadapan. Bukan untuk hendak menuding jari dan saya tidak menyatakan bahawa apa yang kita buat dalam PLKN ini kita selesaikan semua masaalah belia.

Akan tetapi ini satu perkara yang boleh membantu cara-cara lain yang dibuat oleh parti Yang Berhormat dan daripada pembangkang pun boleh membantu tetapi tidak bermakna bahawa apa yang telah kita buat selama ini, kita tahu bahawa mungkin ada kekangan-kekangan tertentu tetapi kita kena atasinya.

Hendak tolak sebulat-bulatnya sebelum ini tidak terlibat dalam perbincangan kita, saya rasa tidak wajar dan saranan Yang Berhormat untuk kita bincangkan dan bentangkan di dalam Dewan ini memang kita akan lakukan.

Kita boleh bincang dalam perbahasan belanjawan, kita akan bawa kepada  perbincangan dengan wakil-wakil rakyat tetapi tidak bolehlah pagi ini soal jawab hendak ceritakan kesemuanya. Banyak lagi yang saya hendak bangkitkan.

Kita telah libatkan seramai mungkin. Penting sekarang jangan kita politikkan benda ini, jangan kita tengok yang jadi mangsa nanti ialah anak-anak kita yang tidak berdosa. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Sesi Soal Jawab
21 Oktober 2015
Sumber: Hansard Parlimen

Sumber HD - 26-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Vaksin ada bahan berbahaya ancam kesihatan, nyawa

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada benar atau tidak wujudnya Gerakan Antivaksin.

Ini kerana katanya, gerakan itu telah mempersoalkan status halal vaksin  khususnya kepada bayi yang baru lahir.

"Antara hujah Gerakan Antivaksin yang wujud di media sosial adalah berhubung status halal sesuatu vaksin bagi orang beragama Islam serta program imunisasi bertujuan melemahkan umat Islam dengan mengandungi bahan haram," katanya.

Di dalam soalan tambahannya, Che Rosli berkata, amalan perubatan homeopati dan tradisional yang dipercayai lebih selamat dan lebih berkesan, tetapi vaksin yang mengandungi bahan berbahaya boleh mengancam kesihatan dan nyawa.

Katanya, gerakan ini juga menyuarakan kerisauan mereka terhadap kesan sampingan vaksin, dan menyatakan tiada lagi penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksinasi serta pengaruh sosial media tentang keburukan vaksin.

"Sejauh mana kebenaran ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi," katanya.

Menjawab soalan tambahan itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan kepada bayi baharu lahir mengandungi sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA haiwan itu.

"Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh KKM dan memang tak ada langsung DNA khinzir, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Sumber HD - 26-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bukan bermakna PAC tidak boleh cakap isu 1MDB

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan yang baru dilantik menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersetuju setiap ahli jawatankuasa itu mengangkat sumpah.

Bagaimanapun katanya, peraturan itu bukan bermakna anggota PAC langsung tidak boleh bercakap tentang 1MDB.

"Ada perkara melibatkan subjek 'metal' yang disiasat perlu didedahkan kepada rakyat tetapi ada tahap-tahapnya," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di lobi Parlimen.

Katanya, peraturan ini turut dilakukan untuk jawatan-jawatan penting seperti menteri, Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri sebagai sumpah kerahsiaan.

"Yang paling penting kerahsiaan perkara yang perlu dirahsiakan demi kepentingan negara.

"Menjadi tanggungjawab ahli PAC untuk mereka agar tidak terlalu terbuka dan mendedahkan kerahsiaan. Ini satu tanggungjawab yang besar kepada ahli PAC termasuk saya," katanya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar setiap anggota PAC yang baru dilantik dikehendaki mengangkat sumpah kerahsiaan. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Sumber HD - 26-10-2015
----------------------------------------------------------------------------
TPPA agenda besar penjajah - Presiden PAS

Posted on Monday, October 26 @ 21:03:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
CERAMAH PERDANA SEMPENA KEMERDEKAAN KE-58
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilihat sebagai satu agenda kuasa besar penjajah untuk kembali memerintah negara ini.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpendapat, Malaysia seharusnya memulakan kerjasama dengan rakan serantau yang dekat terlebih dahulu dalam mengembangkan ekonomi mengikut hasil negara yang sama.



"TPPA adalah agenda baru penjajah, di sebalik perjanjian ini dilaksanakan kita akan terus berada dalam kuasa penjajah.



"TPPA buklan penyelesaian kepada ekonomi global tetapi penjajahan baru kuasa asing," ucap beliau ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang ini.



Beliau turut meminta agar kerajaan tidak terus bergantung kepada nilai Dollar Amerika dalam setiap urusan kerana ia mampu dimanupulasi oleh kuasa besar.



"USD adalah kertas kosong yang dicetak sesuka hati mereka dan kita sendiri tidak pernah bertanya adakah cetakan tersebut bersandarkan pada emas.



"Kita sekarang terkena tempias pada krisis yang dicipta mereka, isu kejatuhan mata wang yang melanda negara ini. Katanya lagi



Sumber TKO - 26-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tolak usul gantung Kit Siang bukan bermakna PAS sokong Pakatan Harapan
Posted on Monday, October 26 @ 20:58:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




 PAS hari ini menafikan kesediaan parti Islam itu untuk menyertai Pakatan Harapan susulan sokongan mereka menolak penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Dewan Rakyat minggu lalu.



Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menolak usul penggantungan pemimpin DAP itu tidak harus dilihat sebagai isyarat penyatuan antara parti Islam itu dan Pakatan Harapan.



"Tidak akan ada selepas ini (PAS dan Pakatan Harapan). Ini tidak bermaksud (sokongan tolak usul gantung) akan ada penyatuan antara PAS dan Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini.





Katanya tindakan 3 ahli Parlimen PAS menyokong usul menolak penggantungan Lim hanyalah tanda solidariti parti Islam itu kepada pembangkang.



"Sikap kita adalah solidariti sebagai ahli Parlimen pembangkang. Kita menolak walaupun kita ada kritik Lim yang bagi kita amat kasar terhadap speaker dalam menyatakan pendirian.



"Kita tidak suka suasana keras dalam dewan, tapi dalam penggantungan itu adalah tidak adil bagi beliau, Lim bangkitkan perkara yang benar, tapi kita memang tidak setuju dengan cara perbahasan," katanya.



DAP dan PAS sebelum ini bergaduh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah.



Pertelagahan PAS dengan DAP bermula isu hudud hingga krisis menteri besar Selangor sehingga PR berkubur.



Peranan parti Islam itu diganti dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam gabungan pembangkang baharu namun PKR tegas mahu PAS menyertai Pakatan Harapan.



Pada masa sama ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menasihati anggota Dewan Rakyat supaya menghormati speaker kerana ia selaras dengan reformasi institusi itu.



"Saya menyokong reformasi Parlimen, sebagai ahli Parlimen kita perlu hormat speaker. Jangan jadikan speaker seperti 'punching bag," katanya.                                                                                  
Sumber TKO - 26-10-2015                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebajikan mahasiswa: MP PAS ketengah tuntutan Gamis

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan memorandum Tuntutan Mansuh GST dan Tangani Isu Kebajikan Mahasiswa kepada Ahli Parlimen PAS.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen PAS, Ustaz Idris Ahmad di lobi Parlimen.

Menurut Idris, Ahli Parlimen PAS akan membawa tuntutan Gamis di dalam perbahasan mereka pada sesi kali ini.

Presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak yang ditemui berkata, langkah penyelesaian kerajaan bersifat pukul rata sehingga mahasiswa terpaksa memikul beban pelbagai jenis cukai.

"GST yang dikenakan kepada rakyat juga dikenakan kepada mahasiswa maka secara atomatik kos sara hidup mahasiswa meningkat.

"Tahun ini sahaja kerajaan telah mengurangkan kadar pinjaman PTPTN dari 100 peratus kepada 75 peratus. Satu pengurangan yang besar yang  mana mahasiswa selama ini bergantung kepada PTPTN," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, Perdana Menteri dalam Bajet 2016 turut mengurangkan peruntukan universiti awam sebanyak RM7.3 bilion berbanding RM8.7 bilion pada 2015.

Pengurangan ini katanya, akan memberi pelbagai implikasi terhadap pengurusan dan pembangunan pendidikan di peringkat pengajian tinggi khususnya membabitkan yuran pengajian.

"Kerajaan mahu mewujudkan sistem pendidikan terbaik, mana mungkin hasrat ini tercapai jika kehidupan mahasiswa ditekan sebegini?" soal beliau.

Justeru katanya, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa dengan pemotongan peruntukan ini mahasiswa tidak terkesan atau kerajaan mesti menarik balik pemotongan bajet universiti awam dan kemukakan cadangan solusi lain.

Turut bersama menerima memorandum itu Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary. -

Sumber PP - 26-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tok Guru tak hadir parlimen

DR AZMAN IBRAHIM | .


Asalnya saya tak berminat untuk nak ulas isu hal kehadiran Tok Guru Presiden PAS ke sidang Parlimen. Sebabnya terlalu ketara unsur kebudak-budakan dari mereka yang menimbulkan perkara ini. Tapi bila nampak melarat dan ramai sangat yang tak faham, saya tulis sikit.

Satu-satu sidang parlimen mengambil tempoh masa yang lama untuk berakhir. 5 hari seminggu dari pagi dan ada ketikanya sampai tengah malam. Seorang pemimpin utama parti seperti Tok Guru Presiden mempunyai komitmen jadual tugasan yang sangat padat. Sama sebagaimana pemimpin utama parti lain. Sebab itulah seseorang pemimpin dibantu oleh ramai pegawai dan setiausaha untuk melicinkan tugasannya.

Najib tak selalu berada di Parlimen malah kehadiran Tok Guru ke Parlimen melebihi kehadiran Najib. Itu biasa. Sebagai PM, Najib ada ramai pegawai yang akan menyempurnakan apa yang perlu semasa beliau tak hadir ke Parlimen. Menteri-menteri pun ramai yang tak hadir ke parlimen. Mereka ada timbalan yang akan mengambil alih tugasan.

LGE juga begitu. Bukan selalu ada di Parlimen. Saya tak berminat untuk turut menjadi bodoh dengan membandingkan jumlah kehadiran LGE dengan Tok Guru walau saya yakin Tok Guru lebih kerap hadir. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Adalah suatu yang bangang kalau orang ingat Tok Guru ponteng parlimen untuk pergi memancing!

Tanggungjawab Tok Guru bukan hanya sebagai Ahli Parlimen. Beliau juga Adun Rhu Rendang dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Komitmen Tok Guru bukan setakat atas muka bumi Malaysia, tetapi menjangkau ke dunia Islam lain.

Seseorang ahli parlimen ada masa dan waktu untuk mereka berucap. Bila soalan mereka akan dijawab juga ada waktunya. Bila tiba giliran, biasanya ahli parlimen akan hadir ke dewan.

Hadir ke parlimen adalah tugas seseorang MP. Tetapi hadir ke parlimen bukan satu-satunya tugas sebagai MP! Bila tak hadir ke parlimen bukan maknanya makan gaji buta. Banyak lagi tugasan yang perlu disempurnakan oleh seorang MP. Sebab itu peraturan parlimen tak menetapkan semua MP mesti hadir setiap hari!

Maaf... saya yang bukan MP tulis jawapan. - HARAKAHDAILY 24/10/2015

Sumber HD - 24-10-2015
----------------------------------------------------------------------------
Polis Buka Tiga Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir - TPM

Posted on Thursday, October 22 @ 18:12:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

"Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk ulasan dan arahan lanjut setelah siasatan selesai dijalankan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang meminta Timbalan Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang diambil ke atas Dr Mahathir.

Menurut Ahmad Zahid, satu lagi kertas siasatan berkaitan Jinjang Report dan ia telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 Okt lepas untuk arahan selanjutnya.


"Pihak polis juga menjalankan siasatan berkait Jinjang Report 18448/2015 dan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya. -Mstar

Sumber TKO - 22-10-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KWSP-I : Beberapa isu perlu diberi perhatian 





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


DPPM menyokong penuh penubuhan KWSP Islamik (KWSP-I) seperti yang diluluskan di dalam RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat hari ini. Penubuhan ini akan menyaksikan KWSP-I sebagai sebuah tabung simpanan persaraan terbesar di dunia yang mempunyai operasi patuh syariah.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan World Bank bertarikh 31 Mac 2015, 'Islamic Finance' atau Kewangan Islam telah berkembang 10 sehingga 12 peratus setiap tahun manakala aset kewangan yang patuh syariah pula mencecah jumlah USD 2 trilion seluruh dunia.

Perkembangan positif ini menunjukkan sokongan dan penerimaan masyarakat dunia terutamanya dalam menceburkan instrumen kewangan ke dalam industri kewangan Islam. Sistem kewangan Islam bukan sahaja diterima dan berkembang di negara-negara umat Islam malah ia juga berkembang di negara-negara bukan islam seperti di UK, Luxembourg, Afrika Selatan dan Hong Kong.

Walaubagaimanapun, DPPM menggesa kerajaan meneliti beberapa perkara supaya aspek pengurusan KWSP-I berada pada landasan syariah yang jitu. Antaranya adalah;

i) Pembentukan jawatankuasa penasihat syariah bukan hanya sebagai penasihat kepada aspek pelaburan semata-mata, malah ia juga seharusnya bertindak mengawal pelaburan yang terdapat campur tangan politik disebabkan masalah korupsi dan penyalahgunaan tabung kepentingan awam. Sistem kewangan Islam tidak hanya merangkumi aspek penghapusan sistem riba atau 'interest' tetapi ia juga sangat berkait rapat kepada faktor moral dan nilai.

ii) Gesaan kerajaan agar mempertimbangkan cadangan bagi mewajibkan setiap pencarum yang beragama Islam untuk mencarum di KWSP-I. Ini adalah tanggungjawab utama kerajaan bagi memastikan rakyat terutamanya yang beragama Islam bersih dari segala perkara-perkara yang tidak diizinkan agama.

iii) Kerajaan juga digesa mempertimbangkan pembayaran zakat perniagaan sepertimana yang telah difatwakan. Ini sudah pasti menjadi tanggungjawab kerajaan memandangkan kerajaan berkuasa menguruskan pelaburan wang simpanan persaraan tersebut.

Semoga dengan penubuhan KWSP-I ini akan mengukuhkan industri kewangan Islam bukan sahaja diperingkat domestik malah turut berkembang di peringkat global. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes pembunuhan

NASRUDIN HASSAN | .


Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan laporan kes pembunuhan Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini Mohamad dan Hussain Ahmad Najadi.

JAWAPAN

PDRM akan menjalankan siasatan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 yang mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dalam Inkues Kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah kematian dalam tahanan apabila ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menolak dakwaan bahawa mangsa membunuh diri. Mahkamah juga menyatakan bahawa punca kematian mangsa disebabkan oleh seseorang atau lebih dari seorang.

Satu pasukan khas ditubuhkan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat punca dan perkara ini dengan mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan dalam semua perkara yang melibatkan PDRM. Kementerian tidak bercadang mengulas lanjut berkaitan kes ini memandangkan siasatan kes ini masih lagi berjalan dan ianya dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan tersebut.

Di dalam kes Ahmad Sarbaini Mohamad, Mahkamah Koroner telah membuat keputusan pada September 2011 sebab kematian mangsa dipercayai akibat kemalangan. Siasatan pihak polis telah pun selesai.

Bagi kes Hussain Ahmad Najadi, pihak polis telah mendakwa suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dan 18 tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan pada 5 September 2014. Pada masa ini pihak tertuduh telah membuat rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Sumber HD - 22-10-2015                                                                                                                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dakwaan Timb Ketua Caw Khas, mana siasatan?




MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak melakukan apa-apa siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Beliau sebelum itu melalui jawab lisan terhadap Menteri Dalam Negeri yang menanyakan apakah hasil siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM, Datuk Abd Hamid Bador.

"Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri terhadap soalan saya mengenai siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Abd Hamid.

"Jawapan yang diberikan adalah tiada siasatan dijalankan kerana tiada laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah suatu yang tidak boleh diterima," katanya merujuk jawapan bertulis.

Tambah beliau, tuduhan yang dilakukan Abd Hamid telah dibuat terhadap kerajaan dan PDRM di bawah tanggungjawab Ahmad Zahid.

"Tuduhan dan dakwaan tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa kerajaan dan Polis melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jika persoalan tiada laporan Polis dibuat, sepatutnya Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara (KPN) bertindak membuat  laporan Polis untuk membolehkan siasatan dilakukan bagi membersihkan nama baik Najib, kenapa mereka tidak lakukannya," soal beliau.

Mahfuz yang turut berpendapat Ahmad Zahid cuba bermain politik supaya masyarakat terus mempersoalkan Najib tanpa usaha membantu membersihkan nama baik Najib.

"Jika Menteri Dalam Negeri menafikan untuk tidak membersihkan nama Najib mungkin Ahmad Zahid dan KPN sememangnya mengakui kebenaran dakwaan tersebut.

"Adakah mereka berdua bimbang jika Abd Hamid didakwa di mahkamah maka akan terbongkar penglibatan mereka berdua dalam salahguna kuasa melindungi Najib," soal  beliau lagi. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS sokong Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


SIDANG Dewan Rakyat pada 20, 21dan 22 Oktober membahaskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan 2015). Antara perkara penting yang dicadangkan untuk dipinda ialah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen. Nasihat Jawatankuasa Penasihat Syariah pula adalah mengikat Lembaga dan Panel Pelaburan menurut seksyen 23D (2).

Pelaburan Haram KWSP

Selama tiga hari perbahasan saya berpeluang untuk berucap dan mencelah ketika penggulungan Timbalan Menteri terbabit. Dalam ucapan perbahasan, saya menyokong usaha pindaan ini kerana ia bakal menyelamatkan caruman orang-orang Islam daripada terlibat dengan pelaburan yang haram. Pelaburan KWSP ialah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrument Pasaran Wang yang kedua-duanya berasaskan faedah Riba. Begitu juga pinjaman korporat yang sebahagiannya berasaskan faedah Riba. Pelaburan dalam Ekuiti juga ada yang tidak mematuhi Shariah.

Untuk tahun 2014 pelaburan KWSP berjumlah RM597 bilion. Sebanyak RM157 bilion (26%) dilaburkan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, RM13 bilion dalam Instrument Pasaran Wang, RM154 bilion (25%) dalam Pinjaman dan Bon Korporat, RM257 bilion (43%) dalam Ekuiti dan RM14 bilion dalam Hartanah.

Pencarum di kalangan muslim yang prihatin dengan hukum-hakam Islam terpaksa membersihkan Dividen yang mereka terima kerana sebahagiannya adalah daripada hasil keuntungan pelaburan yang tidak patuh Syariah.

Zakat KWSP

KWSP adalah tabung simpanan wang yang tentunya terikat dengan hukum zakat bagi wang simpanan menurut Islam namun KWSP sebagai pengurus dana sebelum ini tidak membayar zakat bagi wang tersebut.

Fatwa-fatwa yang ada oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri lebih fokus kepada tanggungjawab pencarum yang tidak mempunyai kuasa penuh atau sempurna milik terhadap caruman mereka. Berdasarkan situasi itu, fatwa-fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa beberapa negeri menfatwakan bahawa pencarum tidak perlu membayar zakat melainkan apabila mengeluarkan caruman mereka daripada KWSP.

Alasan Syariahnya ialah wang caruman dalam pemilikan KWSP “tidak sempurna milik” bagi pencarum. Hal ini kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP untuk mengeluarkan caruman menunjukkan pencarum tidak mempunyai kuasa ke atas wang simpanan tersebut untuk dibelanjakan bagi keperluan dirinya kecuali apabila telah tiba masa yang ditetapkan atau dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.  Ia hanya sempurna milik apabila dikeluarkan oleh pencarum sekiranya cukup nisab. Justeru, kewajipan membayar zakat ialah apabila pencarum mengeluarkannya daripada KWSP.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1982 dan jawatankuasa fatwa negeri seperti Selangor pada 2001 dan Johor pada 2008 dan 2012 mensyaratkan zakat dikeluarkan selepas cukup “haul” setahun wang tersebut dikeluarkan.

Tetapi fatwa terakhir oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006  dan Selangor pada 2007 ialah menggalakkan pencarum membayarnya sebaik dikeluarkan tanpa menunggu tempoh setahun.

Apa yang dijelaskan di atas ialah berhubung tanggungjawab pencarum di saat mereka tidak mempunyai milik penuh terhadap pengurusan wang simpanan mereka. Bagaimana pula dengan KWSP sendiri sebagai pemegang amanah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan caruman tersebut? Jika mahu, mereka mampu bertindak bagi pihak pencarum bagi mengeluarkan zakat simpanan para pencarum yang sepatutnya dibayar.

Bayangkan sekiranya KWSP mengambil tanggungjawab membayar zakat bagi wang simpanan orang Islam yang diuruskan oleh mereka. Sekiranya diandaikan 600 bilion dana pelaburan KWSP sekarang dengan 60% nya adalah milik caruman orang Islam tentu sahaja zakat tahunan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang layak untuk mendapat zakat setiap tahun menjangkau 9 bilion setahun. Zakat ini boleh digunakan untuk manfaat pencarum KWSP yang termasuk dalam Asnaf Zakat.

Jawatankuasa Syariah Perlis pernah menfatwakan pada 1 Disember 1990 bahawa KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum Islam. Teks fatwanya ialah: “Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 Disember 1990. Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.”

( rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/zakat-kwsp )

Saya dimaklumkan oleh Timbalan Menteri terbabit dalam perbincangan di luar Dewan Rakyat bahawa tabungan KWSP tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Justeru, secara dasarnya tiada peruntukan untuk dikenakan zakat. Oleh itu saya mengambil peluang dalam sesi celahan penggulungan oleh Timbalan Menteri pada petang ini mencadangkan agar pindaan akta berkaitan jika perlu wajar dibuat untuk membolehkan KWSP membayar zakat. Ia bukan sahaja memudahkan urusan pencarum melibatkan tanggungjawab zakat malah memberi keuntungan kepada umat Islam khususnya pencarum sendiri yang mungkin sebahagiannya termasuk dalam kategori yang layak menerima bantuan zakat. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber HD - 22-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin sahkan wujud pertemuan rahsia pembangkang dengan ahli Parlimen BN

Posted on Thursday, October 22 @ 18:04:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beberapa pertemuan rahsia diadakan antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sejak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak heboh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

The Star Online melaporkan, timbalan presiden PKR itu juga berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi bagi undi tidak percaya terhadap Najib.

"Ya, pertemuan. Beberapa pertemuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu ketika ditanya sama ada pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu.

Bagaimanapun Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen daripada pembangkang dan BN yang akan menyokong usul itu, yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.

"Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan.

"Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Azmin juga dilaporkan berkata, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang untuk turut serta dengan pembangkang menyokong usul itu.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, Dr Wan Azizah berkata usul itu hanya berkaitan kehilangan keyakinan terhadap Najib dan bukan kerajaan.

Beliau berkata, percaya majoriti ahli Parlimen termasuk daripada BN sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri.

Sumber TKO - 22-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wan Azizah kemuka usul undi tidak percaya

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Usul itu diperuntukan di bawah perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Wan Azizah percaya beliau mempunyai sebab munasabah dan berkeyakinan bahawa majoriti di dalam Dewan Rakyat bukan sahaja 88 Ahli Parlimen Pembangkang tetapi juga bilangan Ahli Parlimen BN yang mencukupi dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, usul tersebut hanya berkenaan dengan kehilangan kepercayaan terhadap Najib bukannya terhadap kerajaan.

"Saya dan ramai lagi tanpa mengira fahaman politik yang percaya krisis ekonomi, sosial dan politik semakin tenat sedang dihadapi negara ini berpunca dari krisis kepimpinan negara," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen.

Justeru, beliau yakin Ahli Parlimen akan mengundi menurut hati nurani dan mesti mengetepikan perbezaan politik serta meletakkan kepentingan negara mengatasi segalanya. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS sokong tolak usul gantung Kit Siang

SALMIYAH HARUN | FOTO WAN ZAHARI | .


KUALA LUMPUR: PAS menyokong penolakan usul menggantung Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, isu yang besar di sebalik insiden hari ini adalah isu negara bukan isu penghinaan.

"Kalau kita tengok isu fitnah ia ada kecuali. Tetapi bagi kita Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan hujah untuk pertahankan diri," katanya pada sidang media bersama-sama Kit Siang termasuk ahli parlimen pembangkang yang lain.

Justeru katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, keadilan sebenar di dalam isu ini tidak ditegakkan sebaiknya.

Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Pokok Sena, Idris Ahmad dan Datuk Mahfuz Omar.

Sidang media diadakan sebaik sahaja Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengumumkan usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Said disokong melalui undi belah bahagi.

Kit Siang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen ekoran beliau didakwa menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin ketika perbahasan usul pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 19 Oktober lalu. - HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Keretapi laju perlu kajian menyeluruh





MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji secara menyeluruh kesan yang dihadapi berikutan cadangan projek kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata kajian ini perlu agar syarikat penerbangan mahupun Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak terkesan dalam pelaksanaan projek tersebut.

"Kita minta kerajaan mengkaji semula pembinaan projek kereta api laju antara Singapura ke Kuala Lumpur.

"Dana yang besar itu boleh dibelanjakan untuk kebajikan rakyat terbanyak, malah ia akan turut memberi implikasi kepada syarikat penerbangan mahupun KTMB serta pengangkutan awam yang lain," katanya juga Ketua Penerangan PAS Pusat pada soalan tambahan di parlimen hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin meminta Perdana Menteri menyatakan adakah projek kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Singapura akan diteruskan. Apakah kesan keuntungan ekonomi yang dapat diperoleh kepada negara kita.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim ketika menjawab pertanyaan Nasruddin berkata projek tersebut telah dibincangkan antara kedua-dua belah pihak meliputi semua perkara.

"Kedua-dua negara telah meneliti tentang implikasi atas pelaksanaan projek tersebut termasuk melihat tarikh selesai projek.

"Kos projek ini amat besar dan memberi keuntungan kepada ke dua-dua buah negara, jika kita kata implikasi kepada sektor penerbangan kita, Singapura juga melihat perkara yang sama," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Ssumber HD - 22-10-2015                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan digesa perluas sekolah sukan setiap negeri

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperluaskan sekolah sukan sekurang-kurangnya di setiap negeri bagi mewujudkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, budaya bersukan bukan hanya dilihat dari segi pencapaian semata-mata tetapi kelangsungan usaha itu mestilah dikaitkan dengan aspek pendidikan.

"Apakah mekanisma yang dilaksanakan oleh kementerian sukan untuk wujudkan budaya sukan seperti dititikberatkan di Amerika Syarikat.

"Kita perlu ada kolej sukan atau universiti di dalam negara," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS ketika mengajukan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam jawapannya menegaskan usaha menyediakan sekolah-sekolah sukan di bawah Kementerian Pendidikan.

Katanya, setakat ini hanya Sekolah Sukan Bukit Jalil mempunyai kerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Usaha mewujudkan sekolah atau kolej sukan telah dimajukan ke Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Sebelum itu, Khairy menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah keberkesanan Program Fit Malaysia yang giat dijalankan di seluruh negara dan adakah ianya mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan nyatakan langkah pemantapan program berkenaan pada masa hadapan. - HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dewan Rakyat: Lim Kit Siang digantung enam bulan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Usul untuk menggantung Lim dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee pada jam 1.12 petang selepas undi belah bahagi anggota ahli parlimen setelah lebih 45 minit mereka berbahas.

Ahli Parlimen yang mengambil bahagian membahaskan usul itu ialah Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Gobind Singh (Puchong), Datuk Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Lim Kit Siang (Gelang Patah).

Jumlah ahli parlimen yang bersetuju usul itu seramai 107 dan tidak bersetuju seramai 77 orang dan seorang berkecuali.

Ketika membaca usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini selepas Kit Siang tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan terhadap ‎Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sehingga jam 11.30 pagi ini.

Menurut Azalina, Kit Siang telah mengeluarkan tuduhan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat (YDP) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia antaranya YDP tidak ada kuasa di bawah peraturan Dewan Rakyat.

"Gelang Patah dakwa YDP salah guna kuasa, YDP juga melakukan sabotaj terhadap penyiasatan 1MDB, YDP diktator dalam pentafsiran peraturan mesyuarat dan mempolitikan kedudukannya.

"Tuduhan Gelang Patah satu dakwaan serius terhadap YDP sekali gus satu penghinaan kepada Majlis Dewan Rakyat. Maka Gelang Patah hendaklah digantung selama enam bulan bermula tarikh usul ini dibuat," tegasnya.

Kit Siang didakwa mengeluarkan tuduhan itu dalam perbahasan ketika usul melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 19 Oktober 2015.

Notis penggantungan ahli Parlimen DAP itu merupakan usul pertama yang didebatkan dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini. - HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Speaker boleh pertimbang usul undi tidak percaya

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh dipertimbang untuk dibahaskan jika pembangkang dapat menunjukkan mereka mempunyai lebih sokongan terhadap usul berkenaan.

Pandikar Amin berkata, jika jumlah anggota Parlimen yang bersetuju dengan usul itu melebihi daripada mereka yang tidak bersetuju, beliau boleh meminta kepada pihak kerajaan supaya perkara itu dibahaskan di Parlimen.

"Setakat ini saya masih menunggu lagi berapa senarai yang pembangkang hantar di meja saya kerana saya tahu mereka mempunyai 89 (wakil) sahaja belum berganjak.

"Sekiranya mereka beri saya senarai mungkin sekarang sudah 90 atau 100 orang, mungkin saya boleh tekan kepada kerajaan untuk bahas kerana majoriti (kerajaan) hanya tinggal berapa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini Rabu.

Beliau turut mempersoalkan jumlah anggota Parlimen pembangkang yang akan bersetuju dengan usul itu selepas PAS tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan pembangkang.

Pandikar Amin menjelaskann, mana-mana anggota Parlimen berhak membawa sebarang usul, namun ia tidak semestinya akan dibahaskan kerana urusan kerajaan perlu didahulukan.

"Biar saya jelaskan. Apa-apa usul boleh dibawa oleh sesiapa tetapi memenuhi syarat peraturan 26 dan 27 iaitu perlu ada notis. Kalau itu dipenuhi, maka usul itu kita boleh masukkan dalam aturan mesyuarat.

"Tetapi tidak semestinya usul yang dibawa itu terutama sekali dibawa oleh bukan kerajaan dapat dibahas kerana terpaksa lihat kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 yang menyatakan setiap hari bermesyuarat, urusan kerajaan perlu didahulukan," katanya.

Beliau berharap pembangkang dapat segera memperoleh senarai anggota yang bersetuju dengan usul berkenaan, agar ia tidak dipersoalkan lagi. - Bernama

Sumber HD - 21-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Profesion Kesihatan: Lengkapkan dengan tasawur Islam

NASRUDIN HASSAN | .


1. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota staf perkhidmatan Kementerian Kesihatan kerana telah berupaya mencadangkan satu RUU untuk mengawal selia dan meningkatkan piawaian kumpulan profesion kesihatan bersekutu di Malaysia.

2. Penggubalan RUU ini diharap mampu mengukuhkan dan meningkatkan tahap keberkesanan sektor perubatan di Malaysia terutamanya mengisi kelompangan sumber tenaga manusia dalam bidang kedoktoran, kejururawatan, para medik dan klinikal.

3. Saya ingin merujuk kepada Jadual Kedua RUU ini yang telah menyenaraikan 23 jenis profesion kesihatan bersekutu. Saya berharap agar pihak kementerian sentiasa merevisi jenis-jenis profesion yang terkini bagi memastikan ia melengkapi keperluan semasa negara.

4. Perkara yang paling penting dalam profesion ini adalah promosi dan penerangan yang meluas kepada rakyat untuk memahami keperluan bidang-bidang yang kritikal seperti penjagaan mental yang merangkumi psikologi klinikal, kaunseling dan kerja sosial serta sains forensik yang masih baru di negara kita.

5. Selain itu, terdapat beberapa kepentingan yang difikirkan wajar agar anggota-anggota dalam profesion ini turut dilengkapkan dengan tasawwur Islam seperti dalam bidang pemakanan, kaunseling dan sains biologi klinikal bagi memberikan impak yang lebih kukuh.

6. Saya turut ingin mendapatkan perincian daripada pihak kementerian berhubung jumlah sebenar tenaga kerja yang terlibat dalam profesion ini. Adakah bidang pendidikan di negara ini telah bersedia untuk menawarkan sumber tenaga kerja berkemahiran sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang?

7. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung kod etika atau garis panduan tatatertib yang akan diaplikasikan dalam profesion ini memandangkan bahagian-bahagian dalam RUU ini tidak menyatakan perkara tersebut.

8. Saya juga ingin menekankan supaya fi (fee) yang akan dikenakan untuk pendaftaran tidak membebankan mereka. Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan, adakah pihak majlis juga berperanan untuk menentukan kadar fi (fee) perkhidmatan profesion ini yang akan dikenakan kepada pelanggan?

Antara isu yang berbangkit dalam isu ini dan memerlukan penjelasan dari kementerian ialah :
a. Birokrasi pendaftaran sebagai ahli, selalunya apabila ada badan macam ini, urusan birokrasi akan menyusahkan para pengamal dari sudut kewangan untuk latihan dan lain-lain.

b. Isu perbezaan atau substandard antara graduan PKB dari universiti awam, swasta dan luar negara, bagaimana hendak diselarikan? Perlu kepada latihan lanjutan atau bagaimana?

c. Jika kemudian daripada RUU ini ada kelompongan dan tidak cukup syarat kepada graduan atau pengamal sedia ada, apa akan jadi pada kursus-kursus pengajian dan pengamal senior /lama? – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Tulisan di atas ialah petikan ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat pada 20 Okt 2015.

Sumber HD - 21-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Profesion Kesihatan: Ambil kira emosi mereka juga

WAN HASSAN MOHD RAMLI | .


Firman Allah yang bermaksud;

“Makanlah kamu dan minumlah kamu dan jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampaui batas”.

Terima kasih kepada mengizinkan untuk saya bersama dalam membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.

Di mana tujuan rang undang-undang ini ialah untuk mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini untuk membantu meningkatkan perkhidmatan profesion kesihatan yang juga bertujuan melindungi pesakit-pesakit dan juga kesihatan individu dan penduduk. Oleh itu kita melihat kepada asas kesihatan ialah apa yang disebut oleh Allah SWT.

Fitrah manusia memerlukan kepada makanan dan minuman. Punca daripada berlakunya penyakit-penyakit ialah datang daripada perut. Apabila tidak mengikuti cara pemakanan, diet yang betul, maka berlakulah apa yang kita lihat pada hari ini.

Masalah kesihatan rakyat Malaysia bukan sahaja berlaku di kalangan orang-orang dewasa, bahkan kanak-kanak pun sudah menghadapi penyakit kronik dan serius. Oleh sebab berapa ramai kita dapati yang sudah menghidap penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan lain-lain penyakit kronik. Tentulah kalau kita melihat kepada corak pemakanan, ia daripada mungkin makanan-makanan segera dan minuman-minuman bergas yang diambil oleh anak-anak ini.

Oleh itu, soal pokok ini saya ingin untuk menarik perhatian kepada perbahasan rang undang-undang ini. Ada tiga pihak yang terlibat secara langsung dalam cadangan rang undang-undang yang akan diluluskan ini. Pertama ialah penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu. Itu salah satu daripada organisasi yang akan diwujudkan. Kedua ialah pengamal-pengamal profesion yang disebutkan di dalam fasal yang ada ini, 23 bahagian profesion yang ada.

Ketiga ialah pesakit-pesakit dan juga kesihatan individu dan penduduk. Di mana ketiga-tiga ini adalah disebutkan dalam rang undang-undang ini untuk kita melihat kuasa-kuasa yang akan diberi kepada majlis dan melindungi pengamal undang-undang itu sendiri untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dan juga melindungi pesakit-pesakit.

Pesakit-pesakit juga mempunyai hak mereka. Oleh kerana apa yang kita lihat kadang-kadang, pernah berlaku walaupun mungkin kes yang terpencil. Akan tetapi ketika adanya seorang doktor yang telah mengambil gambar secara selfie ketika menyambut kelahiran seorang bayi menyebabkan ia menjadi viral. Walaupun kes terpencil tetapi ia menimbulkan polemik masyarakat. Bagaimana kerahsiaan pesakit yang sepatutnya dijaga telah tidak diberikan perhatian.

Sebab itu kuasa-kuasa yang akan diberi kepada majlis digariskan dalam rang undang-undang yang dicadangkan ini. Akan tetapi di sana kita kena juga lihat walaupun kita mempunyai rang undang-undang tetapi rang undang-undang itu mesti juga mempunyai roh dan semangat.

Dengan tujuan supaya pelaksanaannya benar-benar menjadi suatu rang undang-undang yang berfungsi dan berwibawa.

Soal yang kita lihat kadang-kadang di dalam rang undang-undang yang dibentangkan ini ialah bagaimana jika berlakunya salah laku maka penalti am akan dikenakan kepada pengamal profesion ini, tetapi yang akan mendapat denda penalti itu ialah kerajaan dengan tidak mengambil kira pesakit-pesakit yang kadang-kadang mengalami masalah daripada preskripsi yang salah menyebabkan mereka tidak mendapat apa-apa bahagian.

Oleh sebab itu, saya hendak sebutkan bukan sahaja kita memberi kuasa undang-undang tetapi juga mesti dilihat kepada roh undang-undang itu supaya tidak berlaku apabila ketika penalti dikenakan, mungkin kepada pengamal undang-undang yang melibatkan syarikat-syarikat yang besar, maka mungkin tindakan mereka berdasarkan kepada budi bicara Menteri seperti yang disebutkan dalam rang undang-undang ini, tetapi kalau orang-orang perseorangan yang kecil yang menjadi pengamal profesion ini, mungkin tindakannya yang tegas akan dikenakan.

Oleh sebab itu saya minta supaya apabila kita lihat kepada satu undang-undang, biarlah rang undang-undang yang diluluskan itu menjadi rang undang-undang yang berwibawa dan rang undang-undang yang mempunyai kuasa dengan tidak melihat siapa di hadapan berdasarkan kepada kelulusan yang dinyatakan daripada akta yang dibincangkan pada hari ini.

Kedua, saya juga hendak sebutkan kadang-kadang pengamal-pengamal profesion ini mereka bertugas mengikut apa yang telah diputuskan daripada standard prosedur kerja mereka tetapi emosi mereka mesti juga dijaga dan dipelihara.

Ramai di kalangan pengamal-pengamal profesion ini khususnya di kalangan yang bertugas di pihak kerajaan yang sebahagiannya dipisahkan di antara isteri dan suami mereka, daripada keluarga dan anak-anak mereka. Emosi mesti diambil kira. Jika ada ruang dan peluang untuk mereka bertugas berhampiran, maka hendaklah diletakkan di dalam kawasan yang berhampiran.

Berlaku di Dungun sebagai contoh. Isteri bertugas di Kota Bharu, beberapa kali minta pertukaran tidak dapat, suami di Dungun. Ini menyebabkan timbul satu suasana emosi yang tidak sihat yang kadang-kadang emosi ini juga mesti diambil kira. Oleh sebab itu seorang hakim tidak boleh menghukum ketika marah, ketika lapar dan ketika hendak buang air besar kerana emosi yang akan terlibat dalam melibatkan hukuman yang akan dikenakan.

Oleh sebab itu saya hendak minta supaya Kementerian Kesihatan sendiri melihat pengamal-pengamal profesion di bawahnya yang bertugas supaya kalau boleh tidak dijauhkan hubungan di antara mereka dengan keluarga mereka.

Ketiga, yang melibatkan pesakit iaitu supaya diberikan juga satu ruang jika mana mereka menghadapi kesulitan daripada kesilapan, nasihat yang diberikan oleh pengamal-pengamal profesion ini, maka kita dapati mereka tidak mempunyai apa-apa hak dalam rang undang-undang ini. Saya cadangkan supaya diberikan juga perhatian kepada pesakit-pesakit ini.

Bagi mereka yang ada tempat untuk mengadu kerana mereka sudah dapat PERKESO umpamanya atau mereka mungkin ada Pencen Ilat umpamanya, itu adalah merupakan yang baik yang boleh terus dilaksanakan. Akan tetapi bagaimana kalau pesakit-pesakit yang tidak mempunyai apa-apa ruang dan peluang untuk mendapatkan bantuan?

Maka saya cadangkan supaya ditubuhkan satu tabung untuk melihat kepada kepentingan pesakit-pesakit ini dan begitu juga satu tabung kepada pesakit kronik juga jika boleh diwujudkan untuk jika berlaku sesuatu, mereka mempunyai tempat untuk mereka membuat pengaduan dan dapat bantuan dan sumbangan.

Itu yang sebenarnya kita lihat profesional-profesional lain pun, contohnya guru di peringkat tadika, tabika, PASTI dan lainlain, memang mesti diberikan tugasan kepada mereka yang memahami hasrat dan emosi anakanak.

Apabila kita berurusan dengan melibatkan hubungan dengan orang lain, emosi ini mesti diambil kira. Mesti dikawal dan dijaga emosi kerana emosi ini akan menentukan sikap ketika mana kita berurusan itu, akan menyebabkan- apatah lagi kita melambangkan satu tugasan profesion yang sangat penting.

Kadang-kadang kita melihat di bidang hadapan institusi kewangan, diberikan kadang-kadang bayaran dua kali sebulan. Satu gaji penuh, kemudian di pertengahan bulan diberikan sekali lagi sebabnya supaya mereka sentiasa dalam suasana ceria dan riang dan boleh berpakaian dengan indah, baik dan bagus untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir.

Ini adalah frontliner yang juga bukan sahaja kita melibatkan emosi pesakit tetapi juga bagaimana kadang-kadang pelawat-pelawat yang hadir melihat kedudukan bagaimana apa yang berlaku. Mungkin yang berlaku itu kes yang terpencil, sebenarnya perkhidmatan yang dilakukan oleh pengamal-pengamal profesion perubatan ini adalah sangat baik dan sangat bagus. Akan tetapi mungkin dalam suasana-suasana yang tertentu walau bagaimanapun apa yang didedahkan itu sepatutnya menjadi contoh dan ingatan kepada kita sekalian. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana mengizinkan kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Petikan daripada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 oleh Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2015

Sumber HD - 21-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Usul undi tidak percaya hanya sia-sia Jika Pembangkang Tiada Kesepatan - PAS

Posted on Wednesday, October 21 @ 19:05:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen mungkin menjadi sia-sia kerana tiada kesepakatan antara parti pembangkang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas langsung tidak dirujuk mahupun dimaklumkan oleh parti pembangkang lain berhubung rancangan membawa usul berkenaan ke Parlimen sebelum ini.

“Kalau tak ada persediaan yang baik, tiada perbincangan, tiada kata sepakat, maka usul itu akan jadi usul biasa sahajalah. Sebab itu usul ini tak boleh buat main-main macam tu,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Semalam (selasa), anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR dipetik sebagai berkata, dia akan menarik balik hasrat membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan jika Wan Azizah memfailkan usul pada minggu ini, ia tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.
  - FMT 
Sumber TKO - 21-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Speaker ronyok kertas usul menteri, arah Lim beri penjelasan

Posted on Wednesday, October 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dewan Rakyat petang ini panas lebih setengah jam apabila sekumpulan anggota parlimen pembangkang khususnya wakil rakyat DAP membantah keras dan mempertikaikan notis usul untuk menggantung Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) .

Ini susulan ketua anggota parlimen DAP itu didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bantahan itu dibuat kerana notis penggantungan itu - yang sepatutnya akan dibentangkan petang ini - diedarkan kepada anggota Dewan Rakyat lebih awal sebelum tokoh DAP itu memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

Sebelum kekecohan itu berlaku, Lim bangun memberi penjelasan panjang lebar dan berhujah beliau tidak berniat dengan sengaja untuk mempertikaikan integriti Pandikar.

Kemudian Anthony Loke dan beberapa wakil rakyat kemudiannya bangun mempertikai notis usul itu dan mahu ditarik balik kerana diedar lebih awal sebelum penjelasan diberikan.

"(YB) Pengerang telah mengemukakan (notis) usul untuk menghukum Gelang Patah. Ini zalim. Ia tidak menghormati kerusi speaker. Kerana Speaker minta Gelang Patah memberi penjelasan.

"Sebelum beri penjelasan, (notis) usul ini diluluskan sebelum Gelang Patah untuk beri penjelasan. Ini zalim, tergesa-gesa. Ini keterlaluan," katanya yang disambut dengan sorakan daripada barisan pembangkang.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusi debat itu cuba menenangkan kekecohan tersebut dan menegaskan beliau berpegang kepada keputusan Pandikar semalam bahawa Lim diberikan peluang awal hari ini untuk menarik balik dan memohon maaf tanpa syarat dengan dakwaan itu.

Namun Anthony menjawab: " Beliau balik Pulau Pinang semalam, pagi ini jerebu (di sana)".
Kemudian beberapa wakil rakyat Parit Buntar, Ipoh Timor, Bukit Mertajam, Shah Alam turut bangun mencelah sambil mendesak supaya kerajaan menarik balik notis itu.

Selepas itu, Ronald memaklumkan memanggil setiausaha Dewan Rakyat untuk memberi penjelasan kepadanya mengenai hal itu.

Kemudian kelihatan setiausaha dewan berbisik-bisik dengan Ronald sambil beberapa anggota parlimen melaungkan "tarik balik usul itu" dan "kerajaan kemuka usul dengan niat jahat".
'Ini pemberitahuan, bukan usul'

Kemudian di tengah-tengah kekecohan itu, Pandikar muncul menggantikan Ronald, menjadikan suasana Dewan diam dan wartawan di luar dewan bertepuk tangan dan bersorak sementara ramai pemerhati mengerumuni depan televisyen bagi mengikuti kekecohan yang berlaku.

"Ini hanya pemberitahuan, notis... supaya esok Yang Berhormat boleh bahas. Ini bukan usul," katanya sambil diiringi sorakan tidak puas hati di kalangan pembangkang.

"Kalau Gelang Patah ikut cakap saya semalam, yang ini saya boleh buat begini," tegas Pandikar sambil meronyok kertas notis dan menunjukkannya kepada semua wakil rakyat.

"Apa pun kesilapan, ia adalah yang terbaik (minta maaf), atau tarik balik, bukan kita nak tunjuk siapa berani," katanya sambil mengarahkan wakil rakyat lain yang berdiri supaya duduk daripada mencelah.

Selepas itu, perdebatan dan bantahan masih berlaku perdebatan anggota parlimen pembangkang termasuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang merayu kerajaan menarik balik.

Bagi mengakhiri perdebatan itu, Pandikar mengingatkan insiden hari ini perlu diambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan mengarahkan menteri menarik balik usul itu.

"Saya menarik balik pemberitahuan usul ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sambil mengecam tindakan Lim yang menurutnya mempunyai masa untuk menarik kenyataannya semalam.

Kemudian Pandikar menamatkan perdebatan itu ketika jam 4.30 sehingga usul mengenai jerebu selesai dibahaskan sehingga jam 5.30 petang ini dan selepas itu beliau mahu Lim memberi penjelasan sama ada mahu menarik balik atau pun tidak.

Bagaimanapun sehingga jam 5.30 petang Lim tidak ada dalam Dewan Rakyat, dan Timbalan Speaker Ronald Kiandee menganggap tokoh DAP itu tidak mahu memberi penjelasan sekalipun dibantah oleh anggota pembangkang lain.

Perbahasan kemudiannya diteruskan dengan membahaskan Rang Undang-Undang KWSP (pindaan) 2015 sehingga jam 6.30 petang. - MK

Sumber TKO - 21-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid Ibrahim tidak yakin undi tidak percaya Najib boleh menang

Posted on Wednesday, October 21 @ 18:41:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak yakin usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjaya dibahaskan di Parlimen.

Ketika ditemui The Malaysian Insider di Parlimen, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, daripada berbincang berkenaan usul tersebut, lebih baik sekiranya isu pembangunan negara diberikan keutamaan, lebih-lebih lagi Bajet 2016 akan dibentangkan pada Jumaat.

"Itu terpulang kepada sesiapa nak kemukakan, saya tidak terfikir perkara itu boleh dapat kemenangan.

"Sebab itu lebih baik kita berbincang bagaimana menentukan bajet dapat diurus dengan baik dan tunjukkan perkara yang boleh diperbetulkan dalam pembangunan negara," katanya.

Susulan gesaan DAP, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Najib di Dewan Rakyat, walaupun usul sama dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR sudah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul persendirian dibawa Hee itu kini berada di tempat ke-25 daripada keseluruhan 28 usul yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata, sekiranya Dr Wan Azizah ingin menghantar notis berkenaan usul berkenaan, ia mungkin tidak akan berjaya untuk dibahaskan kali ini dan hanya akan dibawa ke sidang Parlimen pada Mac tahun depan.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barusan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad memberitahu The Malaysian Insider, mengikut konvensyen yang menjadi amalan Parlimen, perdana menteri boleh diturunkan sekiranya bajet dibentangkan gagal untuk diluluskan.

Shahrir berkata, blok pembangkang juga sedar usaha mereka membawa usul undi tidak percaya kepada Najib sia-sia memandangkan ia bukan tindakan yang mustahak.

"Ada cara nak bawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, tambah-tambah lagi perdana menteri turut menjawat jawatan menteri kewangan....gunakannya sewaktu pembentangan bajet.

"Saya nampak usul ini hanya cakap politik, nak keluarkan dalam surat khabar. Nak kelirukan rakyat. Ini bukan mesyuarat jawatankuasa NGO, ini Parlimen negara, ada peraturan, ada konvensyen," kata Shahrir.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, sekiranya bajet gagal diluluskan di Dewan Rakyat, secara automatik perdana menteri akan melepaskan jawatannya.

Shahrir menjelaskan, tanpa kelulusan, bajet yang dibentangkan tidak dapat diluluskan dan kerajaan ketika itu ditafsir tidak dapat bergerak kerana tiada sumber kewangan.

"Masa bajet, kalau bajet tidak lulus, kerajaan tiada, kewangan tiada, macam mana kerajaan nak ditadbir membayar gaji dan peruntukan kalau bajet tidak lulus.

"Ini bukan saya cadang. Itu konvensyen dalam Parlimen. Kalau bajet tidak lulus itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti pemerintah.

Khalid turut bersetuju dengan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan menyokong atau tidak sekiranya ia berlaku.

"Boleh kalau mereka (pembangkang) nak gunakan bajet, (tapi) saya belum lihat bajet lagi," katanya.
Sumber TKO - 21-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pandikar: Beri senarai anti-Najib, saya percepatkan usul

Posted on Wednesday, October 21 @ 18:39:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta pembangkang menyerahkan senarai nama-nama ahli parlimen yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tindakan itu akan membantu memberi tekanan kepada kerajaan supaya membahaskan usul undi tidak percaya itu.

“Setakat ni saya masih menunggu senarai pembangkang di atas meja saya kerana saya tahu mereka ada 89 sahaja belum berganjak.

“Apa bila mereka (pembangkang) boleh beri saya senarai itu. Mungkin sekarang (mereka) sudah ada 90 atau 100 (sokongan), mungkin saya saya boleh tekan kepada kerajaan supaya membahaskan usul itu,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini. - MK

Sumber TKO - 21-10-2015                                                                                                                     ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parlimen digesa kutuk pencerobohan Masjid al-Aqsa

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) menggesa sidang Parlimen Malaysia yang sedang berjalan sekarang segera meluluskan usul untuk mengutuk pencerobohan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa dan pembunuhan melebihi 50 rakyat awam Palestin sejak beberapa hari yang lalu.

Keganasan oleh penduduk haram Yahudi bersama pihak keslematan Israel adalah jenayah dan provokasi jelas untuk menimbulkan ketegangan yang berterusan di Tebing Barat khususnya di Baitul Maqdis.

Kematian lebih 50 rakyat awam Palestin dan lebih 2,000 yang tercedera sejak awal Oktober  adalah keadaan yang bakal mencetuskan keganasan yang lebih besar dan tidak terkawal.

Kami mendesak Parlimen Malaysia dalam sidang ini tidak membisu dan mengenepikan keadaan yang sedang bergolak di Tebing Barat Plaestin sekarang ini.

Sebagai anggota penting OIC dan ahli Majlis Keselamatan PBB, Malaysia bertanggungjawab untuk mengambil inisatif menyuara dan bertindak untuk menghentikan keganasan dan memberi tekanan yang kuat keatas pihak berkuasa Israel.

Penolakan Israel dan US terhadap cadangan supaya agensi antarabangsa masuk ke Juruselem (Al-Quds) untuk menghentikan pertembungan dan keganasan yang dicetuskan oleh Israel, jelas menjadi alasan kepada ahli Parlimen Malaysia agar menyatakan pendirian yang tegas mengutuk penolqkan dua negara tersebut.

Tuntutan supaya kerajaan Malaysia mengambil daya usaha yang lebih nyata bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari terus diceroboh oleh penduduk haram Yahudi perlu digerakkan segera.

Institusi Parlimen Malaysia adalah institusi penting untuk mewakili bukan sahaja rakyat malah juga kerajaan Malaysia dengan  memberi respon yang tegas kepada isu ini.

Malaysia tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya memerhati dan menyuarakan pandangan keprihatinan. Melalui Parlimen,  pendirian yang tegas yang mewakili rakyat Malaysia perlu disuarakan. Usul supaya OIC bersidang segera perlu disampaikan segera. Sekaligus Malaysia perlu mengusulkan agar Majlis Keselamatan PBB bertindak mengeluarkan resolusi khusus mengenai pencerobohan Yahudi ke Atas Masjid Al Aqsa.

Semua ahli Parlimen Malaysia perlu bersatu untuk memberi sokongan penuh kepada pejuang Palestin bagi menuntut kebebasan dan hak mereka menuntut tanah air mereka yang dirampas oleh Yahudi dikembalikan semula. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS gesa KWSP selesai isu penama bukan Islam

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta kerajaan menyelesaikan isu penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan orang bukan Islam.

Katanya, ketika membahas Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2015 berkata perkara ini amat penting bagi memastikan tuntutan yang dilakukan dapat diselesaikan.

"Kerajaan perlu selesaikan isu penama membabitkan orang bukan Islam, perkara ini perlu ditelitikan kembali.

"Mungkin dengan membuat penambahan kepada beberapa nama bagi memudahkan proses untuk menyerahkan wang setelah pencarum meninggal dunia," ucap beliau di Dewan Rakyat, petang ini.

Nik Abduh turut meminta agar kerajaan menyumbang zakat perniagaan setiap simpanan caruman yang diperolehi KWSP.

"KWSP perlu menyumbang kepada zakat perniagaan, ini perlu kepada setiap simpanan yang dicarum oleh ahli.

"Dengan cara ini ia dapat mematuhi syariah yang telah ditetapkan oleh Islam," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Beliau menyambut baik cadangan mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai langkah menjadikan agensi itu tabung terbesar di dunia mematuhi syariah Islam.

"Saya harap cadangan penubuhan jawatankuasa ini akan memperkukuhkan kedudukan kewangan KWSP pada masa akan datang.

"Dalam pada itu kita tidak mahu campur tangan politik dalam setiap urusan yang boleh bertentangan ajaran Islam," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penasihat Syariah KWSP perlu ada autoriti

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diberi autoriti yang efektif dalam intervensi urusan yang berkaitan dengan maslahah pencarum yang beragama Islam.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika berbahas Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2015 berkata ia bukan hanya terhad kepada mandat untuk menasihati semata-mata tetapi semua perkara.

"Dalam urusan pelaburan dana akaun umat Islam ini, saya berharap agar pelaburannya tidak banyak terlibat dalam perkara-perkara yang mencetuskan polemik atau konflik.

"Contohnya, perbahasan di kalangan ulama terhadap parameter peratusan penilaian Syariah yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti," ucap beliau.

Beliau yang menyambut baik kepada pihak pengurusan dan pentadbiran KWSP kerana telah menunaikan hasrat majoriti umat Islam untuk diberikan pilihan dana persaraannya diurus mengikut lunas syariah.

"Hasrat ini telah lama diutarakan dan kini diambang realiti pelaksanaan, saya juga mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa yang bertujuan untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan KWSP dalam memastikan segala urusan berkaitan caruman, pelaburan dan dividen pencarum mematuhi Syari’ah.

"Jangan hanya istilah Islam tetapi perlaksanaan dan operasinya tidak menepati syariah kerana ia akan mendatangkan kesan negatif," sambung beliau lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mencadangkan agar jawatankuasa dan sekretariatnua untuk menyelesaikan wang KWSP yang tidak dituntut sama ada pencarum telah meninggal dunia atau tidak menamakan penama.

Menurut beliau, di Amanah Raya Berhad, jumlah akumulatif wang tidak dituntut telah mencecah RM60 bilion, manakala bagi KWSP pula, sejumlah RM378 juta wang tidak dituntut sehingga Disember 2010 yang melibatkan seramai 188,733 orang ahli.

"Jumlah wang yang banyak ini perlu diselesaikan mengikut kaedah yang dibenarkan dalam Islam.

"Selain itu juga porfolio pelaburan KWSP juga mestilah lebih banyak menumpukan kepada bisnes sebenar yang memberikan kesan langsung kepada rakyat dan tidak hanya berfokus kepada ekuiti semata-mata.

"Apatah lagi, ia hendaklah tidak boleh digunakan untuk ‘bailout’ syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang bermasalah seperti 1MDB dan subsidiari-subsidiarinya," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KWSP digesa keluar zakat pencarum

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mengeluarkan zakat daripada pencarum khususnya yang beragama Islam sebagai memenuhi tuntutan syariah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, jawatankuasa syariah KWSP hendaklah bertanggungjawab untuk mengeluarkan zakat bagi pencarum.

"Ini kerana wang KWSP yang ada bukan menjadi hak milik sepenuhnya pencarum. Jadi KWSP wajib mengeluarkan bagi pihak pencarum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang KWSP 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika mencelah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata kebanyakan pencarum tidak keluarkan zakat dengan alasan wang itu bukan milik pencarum sepenuhnya.

Oleh sebab itu katanya, KWSP tidak menekankan pencarumnya yang beragama Islam untuk mengeluarkan zakat.

Bagi Idris, KWSP boleh melaksanakan perkara itu, misalnya bagi pencarum yang mengeluarkan akaun dua wajib mengeluarkan zakat.

"KWSP hanya keluarkan zakat sewaktu pencarum keluarkan akaun dua misalnya RM20,000 untuk bayar rumah maka zakatnya adalah RM500 sebab ia sudah jadi milik sepenuhnya pencarum," katanya. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------              

Pampasan: Bolehkah waris jemaah bawa ke mahkamah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary meminta kerajaan menjelaskan mekanisme yang disediakan  bagi mendapatkan tuntutan pampasan mangsa kren runtuh di Mekah baru-baru ini.

Dalam soalan tambahan, Marzuk turut mempersoalkan sama ada benar atau tidak kerajaan Arab Saudi menyediakan pampasan SAR1 juta kepada waris mangsa yang meninggal dan SAR500,000 kepada mangsa yang cedera.

"Apakah mekanisme kerajaan bagi mangsa memperoleh tuntutan ini," soalnya ketika dalam sesi soal jawab di dewan hari ini.

Kejadian kren runtuh ketika umat Islam mengerjakan ibadat haji baru-baru ini telah mengorbankan tujuh jemaah daripada Malaysia.

Ekoran itu, pihak kerajaan Arab Saudi segera mengumumkan pampasan sebanyak 1 juta SAR kepada waris mangsa.

Bagaimanapun Marzuk turut mempersoalkan sama ada waris mangsa boleh membawa tuntutan mereka ke mahkamah Arab Saudi walaupun selepas memperoleh pampasan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pampasan juga bergantung kepada kecederaan mangsa yang perlu dilihat secara teliti sama ada kecederaan kekal atau sebaliknya. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penasihat Syariah KWSP perlu diberi kebebasan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS meminta agar kerajaan memberi sepenuhnya kebebasan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar operasi agensi itu mematuhi syariah sepenuhnya.

Bercakap pada perbahasan Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2015, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz mengingatkan jawatankuasa ini bukan hanya tertumpu kepada pelaksanaan sesuatu produk sahaja tetapi secara keseluruhan operasi.

"Kita mahu KWSP melaksanakan syariat Islam sepenuhnya dan bukannya hanya tertumpu kepada produk tertentu sahaja.

"Dalam setiap operasi, jawatankuasa penasihat ini perlu terlibat sama untuk kita mendengar nasihat mereka," ucap beliau pada perbahasan di Parlimen hari ini.

Menurut beliau lagi, jawatankuasa ini tidak seharusnya dijadikan sebagai pengesahan status halal tetapi perlu terlibat sama dalam perbincangan-perbincangan penting.

"Menteri perlu pastikan nasihat daripada jawatankuasa ini dipatuhi sepenuhnya, kerana mereka menasihati mengikut pandangan Islam.

"Kita mahu setiap perkara yang diputuskan di dalam KWSP adalah yang terbaik serta mematuhi syariah Islam sepenuhnya," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015
------------------------------------------------------------------------------
Usul yang membenamkan imej PM

Posted on Tuesday, October 20 @ 09:34:32 MYT by paklang

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Ini kali pertama dalam sejarah politik negara, bilamana usul undi tidak percaya dibawa ke Parlimen bagi menyatakan isi hati rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usul ini boleh diterjemahkan sebagai kekecewaan rakyat terhadap PM dalam mengurus isu utama seperti 1MDB, terasa tertipunya dengan penjelasan derma dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi PM, gaya kehidupan mewah serta kegagalan kerajaan mendengar rintihan rakyat berhubung imej negara yang semakin ditertawakan, bebanan kos hidup yang ditanggung seperti cukai GST, kenaikan tol terlampau dan kejatuhan nilai ringgit.


Usul ini agak sukar untuk diberi kebenaran oleh speaker sebagaimana jangkaan umum. Walaupun demikian, usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, sama ada diterima untuk dibahas atau tidak, telah membenamkan imej Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang semakin ditolak rakyat.

Usul ini tidak akan dibawa seandainya beberapa kritikan pelbagai pihak dapat ditangani oleh PM sebelum ini.

Namun, hakikatnya kegagalan kerajaan hari ini ini bukan hanya terletak di atas bahu PM sahaja kerana sebagai sebuah pasukan pentadbiran semua ahli kabinet seharusnya bertanggungjawab. Memandangkan kebanyakan fokus terletak pada isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion, maka semua ahli kabinet kelihatan semua berlepas tangan dan membiarkan PM keseorangan kerana tiada siapa selain PM sahaja yang tahu skrip atau jawapan sebenar kepada 1MDB dan dana derma RM2.6 bilion. Tidak mengejutkan jika ramai ahli BN yang bakal menyokong usul ini untuk menyelamatkan diri dan parti daripada terus dicemari pelbagai skandal PM sekiranya usul ini dikemukakan.

Isu usul tidak percaya terhadap PM telah menyebabkan timbulnya pelbagai pandangan di kalangan pembangkang. Apakah perlu menukar PM sekarang atau menuntut perubahan parti yang menerajui kerajaan ini ditukarkan secara demokratik melalui pilihan raya umum ke-14 nanti? Siapa yang bakal mengganti PM sekiranya usul ini berjaya?

Keuntungan yang menyebelahi pembangkang dan kerosakan terhadap Malaysia sekiranya Umno BN terus diterajui PM menjadi pertimbangan khusus di minda semua ahli parlimen termasuk BN. Namun, umum juga mengetahui, asalkan Umno BN yang memerintah, segala permasalahan negara tidak akan selesai malah akan bertambah.

Dalam masa kita menanti perkembangan usul undi tidak percaya terhadap PM, usul ini akan terus dibahas dan dibincang secara awam. Walaupun kemungkinan besar usul ini tidak berjaya di parlimen,  tapi saya percaya usul ini sudah berjaya mencapai matlamatnya di mahkamah rakyat.

Timbalan Presiden PAS
19 Oktober 2015

Sumber DD - 20-19-2015
---------------------------------------------------------------------------
Tumpu masalah rakyat bukan terlalu berpolitik

Posted on Tuesday, October 20 @ 12:57:25 MYT by paktam

Oleh HASSAN MOHD. NOOR

BANYAK perkara untuk diselak minggu ini. Paling menarik perhatian tentulah di Parlimen. Hari ini Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 bermula. Agenda yang menjadi tumpuan tentulah pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan. Rakyat menantikan berita baik untuk mereka. Selain bajet, apakah isu-isu yang bakal menjadi perhatian? Mungkinkah kadar tol lebuh raya, Jawatankusa Kira-kira Wang Negara (PAC), isu RM2.6 bilion, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), jerebu, jenayah akan menjadi tumpuan anggota Parlimen?


Turut menjadi perbualan ialah sama ada akan berlaku undi tidak percaya terhadap Najib. Laporan akhir persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak juga dijangka menarik perhatian bagi membolehkan 82 kerusi dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11. Sepanjang 25 hari, diharapkan anggota-anggota Dewan Rakyat dapat memainkan peranan untuk menyuarakan harapan dan hasrat rakyat bagi menangani pelbagai cabaran yang menyentuh kehidupan seharian mereka. Banyak isu semasa yang perlukan perhatian, bukan sekadar berpolitik untuk mengukuhkan pengaruh parti masing-masing.

WAJAH BAHARU DI DEWAN

DI Dewan Rakyat, bukanlah kali pertama seseorang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri akan berubah tempat selepas `kehilangan’ jawatan. Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim pernah mengalaminya. Kini Muhyiddin Yassin terpaksa meninggalkan tempat duduk di sebelah kanan Perdana Menteri.

Tempat Muhyiddin diisi oleh Zahid Hamidi. Begitu juga dengan menteri-menteri Kabinet yang tidak dilantik semula dalam rombakan pada 28 Julai lalu. Hari ini, turut berpindah tempat ialah Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal dan anggota Majlis Tertinggi, Hasan Malek. Bagi komponen Barisan Nasional (BN) pula, bekas Presiden MIC, G.Palanivel tidak lagi berada di barisan hadapan di blok A bersama Perdana Menteri selepas penyingkirannya daripada jawatan No.1. Kini Menteri Kesihatan, S.Subramaniam yang juga Presiden MIC mengambil alih kedudukan di sebelah Presiden MCA, Liow Tiong Lai.

Muhyiddin akan berada di blok E bersama Presiden PBS, Pairin Kitingan dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Ewon Ebin juga berada di blok E.

Di sebelah pembangkang turut menyaksikan perubahan besar apabila Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas disisihkan daripada barisan utama pemimpin pembangkang. Beliau dipindahkan dari Blok I ke Blok G. Ini berikutan Pas tidak lagi bersama pakatan yang dulunya dikenali Pakatan Rakyat (gandingan DAP-PKR-Pas). Hadi yang pernah menjadi ketua pembangkang berpindah tempat untuk memberi ruang kepada `anak-anak didik Pas’ yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah) yang bergandingan dengan PKR-DAP dalam Pakatan Harapan. Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa duduk sebaris dengan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Pembangkang). Orang No.1 Amanah, Mohamad Sabu @ Mat Sabu bukan anggota Parlimen. Begitu juga orang No.2 Salahuddin Ayub. Mujahid diapit oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Pas kini mempunyai 14 anggota Parlimen berbanding 21 sebelum ini selepas enam `melompat’ ke Amanah dan seorang ke PKR. Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw turut dipindahkan ke Blok F.

Selain melibatkan kenaikan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri, Dewan Rakyat turut menyaksikan muka-muka baharu yang dilantik sebagai Senator untuk menganggotai Kabinet.

KETEGASAN PRESIDEN PAS

KETIKA Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR masih mengharapkan sokongan Pas, Abdul Hadi dilihat bertegas dengan pendirian untuk tidak bersama DAP dan Amanah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pas menolak cadangan pembahagian kerusi oleh bekas rakan sekutunya, DAP.

Presiden Pas menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, tidak terhad di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis seperti disarankan DAP. Siapa DAP yang mahu mengemukakan cadangan kepada Pas setelah memutuskan hubungan dengan parti Islam itu? Pas juga akan menambah kerusi untuk ditandingi.

Abdul Hadi dan Pas masih yakin dapat meneruskan perjuangan secara bersendirian. Adakah pada PRU14 ini, pertandingan tiga penjuru - BN-Pas-PH tidak dapat dielakkan?

Isu ini disentuh dalam Selak minggu lepas di bawah tajuk Langkah redakan jerebu politik menjelang PRU14. Ketegasan Abdul Hadi (jika kekal sehingga hari penamaan calon) akan menyaksikan Pas bersedia mempertahankan kerusi yang ditandinginya pada PRU lalu termasuk tujuh yang dimenanginya tetapi kini di tangan Amanah dan PKR. Pastinya Pas mahu berpegang kepada amanah anggota parti untuk bertanding di kerusi tradisi mereka termasuk Kuala Krai, Kuala Terengganu, Parit Buntar, Shah Alam, Kota Raja, Sepang dan Tumpat. Pas tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan, tidak memberi laluan mudah kepada Amanah untuk bertanding di kerusi tradisi parti.

Jika tujuh bekas anggota parti itu mahu bertanding di kerusi yang dipegang sekarang, Pas tidak ada masalah. Jika mereka boleh `melompat’ kepada parti lain, mereka juga boleh `melompat’ kawasan.
Lebih berani lagi jika Pas tidak segan silu untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditandingi sebelum mencapai kompromi dengan sekutunya sama ada PKR atau DAP. Banyak kerusi yang diserahkan kepada PKR. Contohnya di Pulau Pinang, mungkin Pas boleh mengambil semula kerusi Parlimen Permatang Pauh serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah menjadi kubu kuat parti itu. Menyelak kembali prestasi Pas, Permatang Pauh pernah menjadi kubu kuat parti itu sebelum ditawan oleh UMNO melalui calon BN, Anwar Ibrahim. Pas mempunyai kekuatan tersendiri di Permatang Pauh. Begitu juga kerusi lain yang terlepas kepada PKR. Tidak dapat dinafikan, sesetengah kerusi PKR yang dimenangi parti itu juga bergantung harapan kepada sokongan pengundi-pengundi setia Pas. Bagi Pas, kehadiran Amanah pada ketika ini bukan satu cabaran besar kepada parti itu.

HARAPAN BAJET RAKYAT

BAGAIMANA Bajet 2016 boleh membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi?

Satu kajian menunjukkan 79 peratus mencadangkan pengurangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diikuti 68 peratus tumpuan kepada kawalan harga lebih ketat dan 51 peratus mahu lebih banyak subsidi.

Turut mendapat perhatian ialah 41 peratus mencadangkan penurunan kadar tol; 31 peratus meningkatkan gaji minimum; 23 peratus perbanyakkan bantuan untuk golongan kurang berkemampuan dan 6 peratus lebih banyak pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Apakah langkah yang bakal diumumkan oleh Najib dalam pembentangan bajet Jumaat ini?

Setakat ini cadangan untuk menurunkan kadar tol tidak menjadi kenyataan selepas 12 lebuh raya di Lembah Klang mengenakan kadar baharu mulai Khamis lalu. Beberapa lebuh raya di Pulau Pinang dan Johor turut mengambil tindakan yang sama. Jika kadar baharu itu ditarik balik, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Pampasan itu juga datang daripada wang rakyat yang tidak semuanya pengguna lebuh raya bertol. Wang pampasan itu sepatutnya diagihkan kepada keperluan lain termasuklah BR1M. Berkaitan subsidi, rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan dengan pengurangan subsidi bahan api dan gula.

Kita harus bersedia untuk menerima pengurangan subsidi ini kecuali dalam hal berkaitan pendidikan dan kesihatan.

Program subsidi menjadi tidak efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya atau yang kurang bernasib baik. Subsidi akhirnya turut dinikmati golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar.

Di samping membantu golongan kurang berkemampuan, bajet kali ini diharap dapat memberi perhatian terhadap usaha mengurangkang kos sara hidup rakyat. Kawalan harga barang dan perkhidmatan perlu dilakukan dengan lebih baik. Kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam juga perlu dipertingkatkan jika mahu membantu rakyat mengurangkan kos harian mereka. Diharapkan Bajet 2016 melegakan rakyat di setiap peringkat. - www.utusan.com.my

Sumber DD - 20-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



GST: Bayaran balik jejas aliran tunai peniaga

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Semenjak GST diperkenalkan April lalu kerajaan masih belum dapat menguruskan sistem GST ini dengan baik, akibatnya peniaga dan rakyat terus menjadi mangsa.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, dengan adanya mekanisma serta gerak kerja yang ditubuhkan sebaik GST diperkenalkan, sepatutnya sistem ini tidak wajar dipertikaikan.

Malangnya kata beliau, pihak kerajaan mengakui peniaga lewat menerima bayaran balik GST yang membawa kesan kepada aliran tunai (cashflow) peniaga.

"Sudahlah waktu perkenalkan GST harga barang sudah naik 20 hingga 30 peratus tambah lagi enam peratus GST.

"Ini pula lambat bayar balik kepada peniaga menyebabkan aliran tunai peniaga terjejas, ini meningkatkan kos perniagaan yang boleh menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan," katanya ketika ditemui.

Tambahnya yang juga Naib Presiden PAS, pengguna akhirnya akan menanggung kenaikan harga dua kali ganda.

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya menghapuskan pelaksanaan GST ini kerana ternyata kerajaan gagal untuk melaksanakan sistem ini dengan baik.

"Kononya buat GST hendak kembalikan balik wang kepada rakyat. Malangnya permulaan sudah ternyata gagal. Kerajaan hanya fikir mereka mesti dapat duit sahaja," ujarnya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong semalam semasa menjawab soalan lisan telah mengesahkan bahawa sejak GST dilaksanakan, hanya 41% daripada bayaran balik GST (GST refund) yang dibuat mengikut undang-undang iaitu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh borang GST (GST return) difailkan.

Ini bermakna 59% dari bayaran balik GST setakat ini tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

59% daripada peniaga lewat menerima bayaran balik GST yang membawa kesan kepada aliran tunai peniaga.

Malah kerajaan turut mengesahkan selama ini kerajaan lewat membayar balik GST kepada peniaga-peniaga. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Profesion Kesihatan: Jangan ulangi hingga zalimi pelajar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Islam mengutamakan kesihatan berdasarkan maksud hadis Nabi s.a.w. iaitu dua nikmat yang banyak manusia abaikan iaitu sihat dan waktu lapang.

"Ini menunjukkan Islam mengutamakan kesihatan. Berdosa jika kita mengabaikan kesihatan sehingga menimbulkan mudarat diri manusia," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika membahaskan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan jangan pula apabila kerajaan meluluskan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu ada orang yang mengambil kesempatan berniaga untuk bidang Kesihatan Bersekutu sehingga berlaku lambakan di pasaran.

Beliau membawa contoh, satu ketika dahulu banyak kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan sehingga berlaku lambakan di pasaran.

Tambahnya, pelajar terpaksa membelanja untuk mendapat diploma antara RM60,000 hingga RM70,000 di mana mangsanya adalah pelajar sedangkan pihak kolej swasta sudah kaya.

"Saya minta supaya Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kita pantau supaya perkara ini tidak berulang apabila rang undang-undang ini diluluskan sehingga menzalimi pelajar," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. - HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Usul undi tidak percaya Najib mungkin tidak dibahaskan
sesi ini, kata speaker


Posted on Tuesday, October 20 @ 13:58:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah.

Sumber TKO - 20-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ku Li Nafi Akan Sokong Undi Tak Percaya Terhadap PM

Posted on Tuesday, October 20 @ 10:43:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri.

Ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen pada Isnin, Tengku Razaleigh berkata beliau tiada kaitan dengan sekumpulan MP Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya tiada kaitan dengan perkara itu. Saya tidak ada mata-mata dalam kumpulan itu, jadi bagaimana saya tahu apa yang mereka bincangkan?

"Marilah kita lihat apa yang mereka sedang rancang untuk lakukan. Saya yakin mereka ada idea sendiri. Namun, setakat apa yang saya tahu, saya tiada kaitan dengannya," kata beliau.


Tengku Razaleigh turut berkata peluang usul undi tidak percaya itu untuk dikemukakan di Dewan Rakyat sangat tipis, melihat kepada fokus kini lebih tertumpu kepada perkara lain seperti Bajet 2016.

Ditanya mengenai harapan beliau terhadap Bajet 2016, Tengku Razaleigh berkata: "Ia sukar untuk diperkatakan. Kita tunggu sehingga 23 Oktober ini." - Mstar                                                                
Sumber TKO - 20-10-2015                                                                                                                     -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Rohingya: Libatkan soal agama dan kemanusiaan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan sikap "double standard" yang ditunjukkan oleh negara antarabangsa dalam menangani konflik etnik Rohingya di Myanmar.

Katanya, hanya kerana ia melibatkan golongan Islam yang minoriti di negara tersebut ia kurang mendapat perhatian serius dari mana-mana pertubuhan.

Beliau dalam soalan tambahannya hari ini mendesak satu langkah yang lebih tegas melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) supaya mengambil tindakan terhadap negara Myanmar.

Katanya, isu ini hakikatnya melibatkan soal agama dan kemanusiaan sejagat bahkan ia sudah melampaui batas kemanusiaan.

"Sikap keras yang belarutan menekan mereka dan keadaan ini berbeza dengan peristiwa di Bosnia di mana PBB membuat keputusan yang sangat tegas," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau juga membangkitkan peranan kerajaan dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) khususnya pelarian Rohingya yang berada di dalam negara ini.

"Mereka yang sudah datang ke sini hadapi masalah kehidupan dan pendidikan. Bagaimana kerajaan membantu mereka melalui NGO," katanya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman turut bersetuju bahawa isu pengiktirafan taraf kewarganegaraan etnik Rohingya sangat rumit.

Namun, katanya usaha perundingan melalui Myanmar sering berjalan dan mereka turut berjanji akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

"Kita akan terus berusaha. Penglibatan masyarakat antarabangsa juga penting. Saya akui setiap perjumpaan yang diadakan, topik Rohingya selalu dibangkitkan," katanya ketika menjawab soalan Presiden PAS itu.

Dalam soalan asal, Tuan Guru meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan rakyat Rohingya di Arakan. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015
------------------------------------------------------------------------------
Setuju Wan Azizah bawa usul tidak percaya

Posted on Monday, October 19 @ 16:34:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara bersetuju untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sendiri akan membawa usul tersebut dalam masa terdekat.

"Kita akan adakan satu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh saya sendiri selaku Ketua Pembangkang.

"Kita akan ikut peraturan 26, kena beri notis 14 hari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di menara Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan-PKR, Hee Loy Sian mengemukakan usul tidak percaya beliau terhadap Najib untuk dibahaskan pada persidangan Parlimen kali ini.

Perkara itu dapat dilihat menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi persidangan ketiga bagi penggal ketiga Parlimen ke-13 yang bermula, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, melalui keputusan itu, beliau akan meminta wakil rakyatnya itu menarik balik usul tersebut bagi memberi laluan kepada usul bersama itu.

"InsyaALLAH dia akan tarik balik kerana ini tunggu Majlis Pakatan untuk semua parti-parti dalam Pakatan bersetuju bahawa saya akan bawa usul itu.

"Semua parti pembangkang bersetuju," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata lagi, Majlis Presiden bersetuju untuk melantik bekas tokoh Umno, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai ketua setiausaha untuk menggerakkan sekretariat Pakatan Harapan yang ditubuhkan, hari ini.

"Kita juga bersetuju untuk membuat satu polisi framework dengan perjanjian coalition yang dipersetujui bersama.

"Kita akan ada Task force, tiga orang dari setiap parti untuk meneliti semua ini," katanya lagi.  - Sinar Harian
 




Mengikut penganalisis politik, Majlis Presiden Pakatan Harapan lebih mengikut tekanan daripada DAP  - PG


Sumber TKO - 19-10-2015                                                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP mahu Wan Azizah kemuka undi tidak percaya, bukan orang lain
Posted on Monday, October 19 @ 16:32:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP hari ini tegas dengan pendiriannya mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili semua ahli Parlimen parti pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sidang Parlimen kali ini.

Susulan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan dari PKR Hee Loy Sian mengemukakan notis mencadangkan usul itu sebelum ini, Lim Guan Eng berkata, ketua pembangkang harus diberi tanggungjawab tersebut kerana usul itu satu perkara serius.

Setiausaha agung DAP itu berkata, kegagalan Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berbuat demikian akan membuatkan pembangkang dianggap tidak bersungguh dalam usaha tersebut.

"Apabila anda melihat usul sebegitu penting, amat wajar sekiranya ketua pembangkang yang membawa perkara tersebut.

"Sekiranya anda hanya ingin melihat usul tersebut dikemukakan, maka saya juga boleh menghantar usul tersebut.

"Tetapi saya fikir, apabila ia berkaitan dengan keputusan menentukan masa depan negara, ia harus dibuat ketua pembangkang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempertahankan Hee yang mengemukakan usul tersebut.

Ahli Parlimen Batu berkata, tidak ada sebab untuk Hee menarik kembali usul undi tidak percaya terhadap Najib.

"Tidak ada perkara itu (tarik kembali usul tidak percaya) kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri letak jawatan.

"Bagi saya setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk membawa apa sahaja usul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ketua menteri Pulau Pinang itu turut memberi amaran tidak akan terlibat dengan usul undi tidak percaya itu jika ia tidak dianggap serius rakan pembangkang.

"Ini bukan permainan, ia bukan seperti main guli, tetapi jika anda mahu juga menjejaskan usul seperti bermain guli, maka teruskan. DAP tidak akan terlibat.

"Sekiranya ia tidak dibawa ketua pembangkang, ia akan memberikan persepsi anda tidak yakin usul tersebut akan diluluskan.

"Anda perlu menghormati ketua pembangkang. Beliau mewakili semua pembangkang. Jadi, jangan bermain dengan perkara ini," katanya.

Notis yang dikemukakan Hee merupakan perkara ke-25 dalam senarai usul untuk dicadangkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan pada hari pertama mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13 hari ini.

Bagaimanapun, ahli PKR dipercayai tidak sependapat dalam perkara itu di mana satu kumpulan dalam parti itu mahu Najib disingkirkan serta-merta, manakala satu kumpulan lagi mahu beliau menghabiskan tempoh perkhidmatannya.

Sumber TKO - 19-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usul undi tak percaya serlah ketidak-yakinan Pakatan

Posted on Monday, October 19 @ 16:29:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian menyifatkan Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir.

Menurutnya, perbezaan pendapat mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan betapa rapuhnya penyelarasan mereka.
"Apa yang kita saksikan hari ini merangkumkan masalah pembangkang sekarang.

"Ia membuktikan ketika BN sedang mengalami beberapa masalah, pembangkang tidak mampu mengunakan kesempatan daripada kelemahan BN," katanya kepada Malaysiakini.

Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa ahli parlimen PKR Hee Loy Sian supaya menarik balik usul undi tidak percaya itu dengan mengingatkannya bahawa ia bukan "permainan guli".

Sebaliknya, Lim mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawa usul yang sebegitu penting dan bukannya dibentangkan oleh mana-mana anggota biasa Parlimen.

Jika tidak, beliau membayangkan DAP mungkin tidak menyokong usul berkenaan.
Hee bagaimanapun tetap berkeras mahu berbuat demikian dengan menempelak Lim bahawa beliau bukan presiden partinya.
Mengulas perkembangan itu, Ibrahim mengakui beliau tidak pasti sama ada terdapat protokol tertentu mengenai pembentangan usul. Bagaimanapun, katanya, mana-mana Ahli Parlimen hendaklah bebas mengemukakan usul.

"Tetapi jika pembangkang melihat ia sebagai sesuatu yang penting, mereka sepatutnya mengadakan pertemuan sebelum ini," katanya.
"Ini hanya menunjukkan mereka kurang persediaan dan tidak mampu untuk bersatu.

"Bagaimana rakyat boleh menaruh keyakinan terhadap mereka?” soalnya.

Wan Azizah tak layak jadi ketua pembangkang

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik berkata keadaan itu membuktikan bahawa hubungan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang longgar.

"Ia menunjukkan bagaimana longgar mereka sekarang. Malah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai membentangan usul itu.

"Pakatan Harapan terlalu longgar... Dengan PKR menghadapi masalah bersetuju dengan parti-parti komponen, ini punca apa yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Mazlee tidak berdolak-dalik dan terus-terang menyalahkan Wan Azizah.

"Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

"Sebagai ketua pembangkang, sebelum meminta Hee membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu," katanya.

Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.

"Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi ketua pembangkang," katanya. - MK



Sumber TKO - 19-10-2015                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM senyum berdepan soalan undi tak percaya


Posted on Monday, October 19 @ 16:25:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya tersenyum ketika berdepan soalan berkaitan usul undi tidak percaya yang dikemukakan padanya.

Beliau memberikan reaksi itu ketika ditanya sama ada beliau bimbang terhadap usul yang dibuat terhadapnya itu.

Usul itu dikemukakan oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) susulan wang RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.


Perdana menteri hadir di parlimen hari ini untuk menjawab soalan berkaitan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - MK

Sumber TKO - 19-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



1MDB: PAC masih ada struktur jawatankuasa

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad menegaskan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedia ada terus berfungsi kerana masih mempunyai struktur jawatankuasa.

Katanya, walaupun pengerusi PAC meletakkan jawatan namun dalam masa yang sama timbalannya masih ada sekali gus menunjukkan PAC terus berfungsi.

"Korum masih cukup, cuma pengerusi sahaja yang tidak ada. Timbalan ada dan dia boleh mengganti untuk meneruskan mesyuarat," katanya ketika mencelah dalam sesi perbahasan usul pelantikan pengerusi PAC yang baru di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau bagaimanapun, menolak pandangan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar bahawa PAC tidak terpakai kerana pengerusinya meletakkan jawatan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatannya pada 29 Julai 2015 setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sekaligus siasatan terhadap kes 1MDB terpaksa ditangguhkan.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Pelantikan ini juga termasuk pelantikan ahli jawatankuasa baharu PAC yang terdiri daripada enam Ahli Parlimen daripada BN dan Pembangkang.

Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Ketiga Belas sebelum ini, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bertanggungjawab melantik Ahli Jawatankuasa PAC.

PAC yang baharu ini akan memulakan kembali siasatan terhadap 1MDB selepas laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai syarikat pelaburan negara itu disiapkan untuk diteliti oleh PAC. – HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015                                                                                                                        -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JKNMPP, perlu bertindak lebih adil – TG Hadi

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta agar kerajaan lebih telus dan adil dalam pelaksanaan bidang Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayai Politik (JKNMPP).

"Bolehkah dinyatakan proses bertindak lagi telus dan adil dalam menyiasat supaya ia tidak berlakunya pemisahan kuasa supaya penyiasatan itu tidak diganggu." soal beliau pada soalan tambahan.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang parlimen pagi ini meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana bidang kuasa JKNMPP dan bagaimana jawatankuasa ini mampu mengawal penggunaan jentera kerajaan, sumbangan membeli undi dan pengisytiharan projek dalam kempen pilihan raya.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyambut baik saranan Ahli Parlimen Marang dan menjadi ketentuan dalam menjadikan ia lebih baik.

Razali dalam jawapannya turut menjelaskan di dalam negara ini telah wujud pemisahan kuasa dalam setiap pelaksanaan.

Namun dalam isu pengumpulan dana yang dilakukan oleh mana-mana parti politik tidak ada undang-undang yang khusus bagi membolehkan setiap kutipan atau dana itu menjelaskan bagaimana ia dibelanjakan. – HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MP kemuka usul undi tidak percaya terhadap PM

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion.

Usul itu berada pada giliran ke-25 di bawah aturan urusan mesyurat dan usul-usul pada Persidangan Parlimen Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas yang bermula hari ini.

Hee dalam usul itu menyatakan Najib pada mulanya menafikan penerimaan wang tersebut kemudian mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal, namun akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.

Menurutnya, Perdana Menteri dalam kenyataannya juga tidak menjelaskan mengapa 'wang derma' itu dimasukkan ke akaun peribadi dan bukannya atas nama parti.

Beliau turut tidak berpuashati ke atas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilakukan di mana 'Special Task Force' yang sepatutnya menyiasat skandal itu dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan.

Tambah beliau, disebabkan masalah tersebut, Perdana Menteri telah menjejaskan imej negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sehingga ekonomi menjadi tidak stabil serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Atas sebab tersebut, ujarnya rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap Najib sebagai Perdana Menteri dan dewan perlu mengambil ketetapan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015
--------------------------------------------------------------------------
PKR ‘berpecah’ dalam isu usul undi tidak percaya Najib??

Posted on Monday, October 19 @ 08:58:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian mungkin berjaya membuatkan Parlimen menerima usul undi tidak percayanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi partinya berpecah dalam menyokong langkah itu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sumber parti berkata, satu kumpulan dalam parti itu percaya Najib perlu disingkirkan serta-merta, manakala satu kumpulan lain mahu beliau menghabiskan tempoh perkhidmatannya.

Perpecahan di kalangan PKR ini terjadi walaupun ahli Parlimen pembangkang secara terbuka menyeru pemecatan Najib melalui Parlimen sepanjang 3 bulan lalu.

"Kumpulan pertama percaya, lebih lama Najib menjadi perdana menteri, lebih hancur Malaysia," kata sumber PKR dengan syarat tidak dinamakan.

"Kumpulan kedua pula percaya, lebih baik Najib kekal sehingga PRU14 kerana ia akan memudahkan pembangkang menawan Putrajaya," tambah sumber itu.

Menurut sumber, perpecahan ini juga mengenai sama ada PKR harus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik paling lantang Najib, atau tidak.

"Dr Mahathir adalah paling lantang menggesa ahli Parlimen agar menjatuhkan Najib melalui undi tak percaya, ada pemimpin PKR yang berpendapat usaha ini tidak seharusnya disokong," kata sumber itu.

"Sementara satu kumpulan lagi berpendapat, kerjasama dengan Dr Mahathir adalah terbaik pada waktu ini agar Najib dapat disingkirkan segera."

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pada Jumaat lalu adalah sukar untuk undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Najib dan pembangkang tidak dapat menentukan usul berkenaan akan berjaya atau tidak.

"Kita kena realistik. Ia (undi tidak percaya) bukan mudah, kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya, dan menambah "Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker."

Usul yang dicadangkan Hee itu, disenaraikan sebagai perkara ke-25 dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata, walaupun ia turut tersenarai, urusan kerajaan akan diberi keutamaan berbanding usul persendirian ahli Dewan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR N Surendran berkata selain ahli Parlimen pembangkang iaitu DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Nasional (Amanah), ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan turut menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

"Kami rasa ia boleh dilakukan dan ahli Parlimen BN akan utamakan kepentingan negara, itu isunya.

Kami tidak risaukan jumlah ahli Parlimen pembangkang," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, keberanian speaker Dewan Rakyat menjadi kunci kepada usaha menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Malaysia.

"Prasyarat pertama adalah keberanian dan laluan oleh speaker, dalam senario di mana hanya agenda eksekutif diutamakan di Parlimen.

"Dan kedua, kalau diluluskan, ia memerlukan keberanian ahli Parlimen kerajaan mendokongnya ketika pasca perbahasan di dalam Dewan Rakyat," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang dilihat enggan terlibat dalam "perpecahan" parti itu.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata, semua pihak perlu "tunggu dan lihat" sama ada semua ahli Parlimen pembangkang akan turut sama menyokong usul tersebut, atau tidak.

Pengarah Strategi PKR Sim Tze Zin pula berharap tekanan yang kuat akan menyebabkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibentang sekali gus dibahaskan.

"Saya berharap, kalau ada tekanan yang cukup, speaker akan benarkan usul dipercepatkan.

"Berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, sebenarnya speaker ada kuasa percepatkan usul dibahaskan dan kalau mengikut Peraturan 18(1) usul itu boleh dibenarkan untuk dibahaskan, bergantung kepada budi bicara speaker," kata ahli Parlimen Bayan Baru itu.



Terserah kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkann sekali gus dibahaskan. - Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.
Terserah kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkann sekali gus dibahaskan.

- Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.

Sim berkata, melalui peraturan sedia ada, adalah sukar untuk usul berkenaan dibahaskan di dalam Dewan Rakyat apabila tidak mendapat kebenaran speaker.

Perpecahan dalam isu menjatuhkan Najib ini terjadi seminggu selepas PKR dilaporkan bertelagah berhubung pelancaran Pakatan Harapan.

Surendran bagaimanapun percaya, isu membabitkan perpecahan dalam PKR seperti yang dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini tidak berkaitan, dan ia sudah berjaya diselesaikan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini menerima sokongan teguh daripada ahli dan pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin PKR di Parlimen akan memberikan sokongan penuh kepada usul seperti itu dan menafikan PKR berpecah susulan penubuhan blok pembangkang itu sebelum ini.

"Itu tidak ada kena mengena. Itu kita minta diadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan tiada perpecahan dalam PKR.

"Kami bersatu teguh di belakang presiden. Perbincangan itu tiada kena mengena dengan usul undi tidak percaya," katanya.

Sim berkata, Dr Wan Azizah kini menerima sokongan penuh kepimpinan parti tersebut.

"Tiada isu. Isu itu sudah pun diselesaikan dan presiden menerima sokongan penuh. Saya berharap tidak mustahil usul itu dibahaskan. Kita berdoa semoga akan menerima sokongan ahli Parlimen BN," katanya. - TMI
Sumber TKO - 19-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib

Posted on Sunday, October 18 @ 22:22:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.

"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

"Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."

Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain.

"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya.

"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya.                   
Sumber TKO - 18-10-2015                                                                                                                        ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      

Dewan Rakyat: Kedudukan MP berubah Isnin ini

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa angota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

Kedudukan barisan anggota Parlimen PAS, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov,my.

Tempat duduk PAS kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Naib Pengerusi parti itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kini duduk sebaris dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan ketua pembangkang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok I, iaitu di I-3.

Turut berada dalam Blok I tersebut adalah ahli jawatankuasa parti itu Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ahli jawatankuasanya Khalid Abd Samad (Amamah-Shah Alam), ketua wanitanya Siti Mariam Mahmud (Amanah-Kota Raja) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu).

Seorang lagi anggota parti itu iaitu ahli jawatankuasa parti itu, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) ditempatkan di Blok H sebaris dengan Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

PAS kini hanya mempunyai 14 anggota Parlimen berbanding 21 sebelum ini.

Selain anggota Parlimen PAS yang menyertai Amanah, seorang lagi anggota Parlimen PAS dari Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar telah menyertai PKR pada 11 Sept lepas.

Sementara itu, anggota Parlimen DAP veteran, Dr Tan Seng Giaw kini telah dipindahkan ke Blok F. Sebelum ini, beliau adalah antara anggota Parlimen DAP yang ditempatkan bersama pemimpin kanan parti pembangkang di Blok I.

Kedudukan tempat duduk ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat turut berubah berikutan pengguguran lima anggota Parlimen BN daripada Kabinet pada rombakan 28 Julai lepas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kini ditempatkan di barisan pertama Blok A sebelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Muhyiddin diletakkan di barisan pertama Blok E, bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut ditempatkan di Blok E ialah bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas presiden MIC dan bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Tempat Palanivel sebelum ini di Blok A, diganti oleh Presiden MIC baharu, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan.

Sementara kedudukan kerusi barisan menteri yang baharu dilantik turut berubah termasuk Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

Selain beberapa perubahan dengan pelantikan baru jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir anak Kujat, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh anak Gumbek

Selain itu, muka baharu dalam Dewan Rakyat terdiri daripada Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan.

Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini akan berjalan selama 25 hari dijangka hangat dengan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Najib serta isu-isu semasa.

Najib juga dijangka mengemukakan usul untuk menamakan anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu bagi menggantikan Nur Jazlan yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka dibentangkan pada persidangan kali ini berikutan kemungkinan ia akan diadakan awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dipetik sebagai berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan dan diwartakan, sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11.

Dalam pada itu, lima rang undang-undang dijadual untuk dikemukakan bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2016, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Syarikat 2015 dan dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015.

Empat lagi rang undang-undang yang dibawa dari mesyuarat lepas turut disenarai untuk dikemukakan bagi bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014. - Bernama

Sumber HD - 17-10-2015

No comments:

Post a Comment