Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui soal duit kerana seluruh kepimpinan parti
memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya pengarah saja, duit pun saya tak tengok (sebab) Presiden ini ada kelebihannya, kita percaya pada dia, sebab itu saya tidak mengetahui soal duit ini, kalau nak, saya pun nak tahu juga.

"Bila sudah terdedah, dan terburai, maka apa jadinya? Saya pun tak tahu, ya ALLAH banyaknya duit," katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian bertajuk 'Berani Kerana Benar' 
di Hotel Bluewave, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas pendedahan Wall Street Journal (WSJ) berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya bertanyakan soal derma tersebut
selepas pendedahan yang dibuat WSJ.

"Bila saya bertanya? Bila Wall Street Journal keluar berita RM2.6 bilion dalam akaun bank
Perdana Menteri.

"Pagi itu saya masih ingat saya teks Najib dengan telefon bimbit murah saya Nokia, saya beritahu
dia, ini satu cerita yang menggemparkan, besar dan kita tak boleh biarkan begitu," katanya lagi.