| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
  
 PETALING JAYA: Rakyat boleh menerima Tun Dr Mahathir Mohamad kembali  menjadi perdana menteri walaupun usianya lebih tua daripada Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
 Bekas menteri penerangan itu berkata ini kerana walaupun menjangkau  usia 90-an, pemikiran Dr Mahathir jauh lebih segar, dinamik dan sezaman  dengan harapan generasi baru.
 “Rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan,” tulisnya, sambil  berkata Dr Mahathir berjaya melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20  tahun lalu.
 
 Antaranya, kata Zainuddin ialah menjalinkan kerjasama dengan DAP  melalui penggabungan parti terbaharunya PPBM dalam Pakatan Harapan (PH),  dan menjalinkan semula persahabatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim  “yang kini meringkuk di dalam penjara kerananya”.
 Zam turut berkata Anwar juga tidak kurang licik seperti bekas bosnya itu.
 
 “PAS yang pernah mengkafirkan Umno tiba-tiba bersekongkol dengan DAP  yang sah kafirnya selepas menerima ‘petunjuk dan hidayah’ daripada  Anwar,” katanya, menyorot kembali usaha Anwar menyatukan pembangkang  dalam menghadapi Barisan Nasional.
 “Anwar bertindak sebagai moderator untuk interaksi dan dialog antara pelampau agama dan perkauman,” tambah Zam.
 
 Beliau berkata kejayaan Dr Mahathir di gelanggang pembangkang setakat  ini menunjukkan tidak mustahil Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri  atas tiket PH, sebelum diserahkan kepada Anwar.
 
 Sumber TKO - 13-5-2017
 
 
 
 
 
  
 AIDCNews– 09/05/17 –Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
 dilihat berpihak kepada dua tokoh untuk menjadi Perdana Menteri (PM)  Malaysia
 sama ada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ataupun penasihat DAP,  Lim Kit Siang.
 “Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan, dia juga diangkat sebagai calon PM.
 “Kalau ikut “bertahun berjuang”, Lim Kit Siang patut jadi PM.
 
 “Kemampuan over “seniority”,” kata Syed Saddiq dalam Twitter semalam.
 Walaupun Syed Saddiq berpendapat Anwar lebih berkemampuan daripada  Kit Siang
 untuk menjadi PM, namun secara realitinya, Ketua Umum PKR itu  masih berada
 di Penjara Sungai Buloh dan tidak boleh bertanding pilihan  raya sebelum lima tahun
 selepas dibebaskan.
 
 Kit Siang pula masih bebas bertanding di mana-mana parlimen yang  diminatinya
 dan beliau dilantik sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP di Dewan  Rakyat apabila
 DAP memenangi kerusi majoriti di kalangan pembangkang  selepas PRU 13.
 
 Seorang peguam, Mohd Harris Abdullah pula berpendapat walaupun  Pakatan
 Harapan terdiri daripada empat parti, DAP, PKR, PAN dan PPBM,  tetapi dari segi
 kekuatan DAP mendominasi ketiga-tiga parti tersebut.
 
  “DAP akan pegang Malaysia dengan dibantu oleh PKR, PPBM dan PAN …
 “Itu tafsiran saya …,” katanya dalam Facebook.
 
 Sumber TKO - 12-5-2017
 
 
 
 
 Kajian yang dijalankan oleh beberapa anggota pengasas Parti Pribumi  Bersatu
 Malaysia (BERSATU) mendapati PAS menjadi parti paling popular  pada
 pertengahan tahun lepas, malah mengatasi popularti BN.
 
 
 Kaji selidik ke atas 3,000 responden itu mendapati 44.4 peratus  menyatakan
 
 sokongan kepada PAS, berbanding 36.2 peratus kepada BN dan  25.9 peratus
 terhadap PKR.
 
 Sementara itu, 16.7 peratus berkata mereka menentang PAS berbanding  BN dan
 PKR yang masing-masing menerima tentangan daripada 27.2 peratus  responden.
 Baki selebihnya berkata mereka tidak pasti.
 
 Bagaimanapun, kajian itu juga mendapati pemimpin yang mengetuai BERSATU
 menjadi pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.
 
 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih digemari untuk  jawatan
 perdana menteri dengan sokongan 37.3 peratus daripada responden,  diikuti
 pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad (35.9 peratus) dan  Presiden PAS,
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang (34.3 peratus).
 
 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin keenam  paling
 popular dengan 27.0 peratus sokongan, manakala Perdana Menteri,  Datuk Seri
 Najib Razak di tangga kesembilan paling popular (20.0  peratus) dengan sebahagian
 besar daripada responden (52.0 peratus)  menentang beliau.
 
 Di kalangan pemimpin BN, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin  Hussein
 (26.4 peratus) adalah lebih popular daripada Najib dan juga  Menteri Belia dan
 Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (23.3 peratus).
 
 Hanya 15.2 peratus responden bersetuju dengan kenyataan bahawa  Timbalan
 Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus menjadi  perdana menteri.
 
 Ini meletakkan kedudukan Zahid di bawah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit  Siang
 (15.9 peratus), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali (17.2  peratus) dan
 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (17.6 peratus).
 
 Sementara itu, 38.1 peratus responden bersetuju bahawa Umno perlu  bekerjasama
 dengan PAS dan 32.6 peratus juga bersetuju bahawa kedua-dua  parti perlu
 bergabung.
 
 Apabila ditanya sama ada MIC atau MCA perlu keluar BN, hanya  kira-kira 20
 peratus daripada responden bersetuju dengan pernyataan  tersebut.
 
 Kajian itu dijalankan pada bulan Julai dan Ogos tahun lepas, meliputi  sampel yang
 mewakili 30 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.
 
 Ia didahului oleh beberapa siri fokus perbincangan kumpulan dan  kajian awal yang
 bermula pada bulan April tahun yang sama. Hasil kaji  seldiik itu telah disampaikan
 oleh Ketua Biro Dasar dan Strategi  BERSATU, Datuk Rais Hussin pada sidang
 akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
 
 Beliau berkata sembilan pensyarah universiti turut membantu dalam  menjalankan
 kajian ini dan telah diberitahu untuk membongkar "kebenaran  kejam" bagi
 mengumpul maklumat yang tepat kepada strategi pilihan raya  BERSATU.
 
 Satu kajian susulan akan dijalankan pada bulan Ramadan yang akan datang.
 
 Mengenai PAS pula, sebanyak 38.4 peratus daripada responden berkata  parti Islam
 itu perlu meletakkan ulama sebagai calon pilihan raya,  berbanding 14.5 peratus
 yang tidak bersetuju.
 
 Apabila ditanya sama ada pelaksanaan hudud seharusnya berada di dalam  manifesto
 pilihan raya PAS, 35.2 peratus bersetuju manakala 17.6  peratus tidak bersetuju.
 
 Hanya 14.8 peratus bersetuju bahawa PAS perlu menyertai Pakatan  Harapan,
 berbanding 29.5 peratus yang merasakan parti itu perlu berjuang  bersendirian.
 
 Sumber TKO - 10-5-2017
 
 
 
 
  
 KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia
 (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan parti itu mula dilanda
 badai perpecahan setelah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz  Mahathir
 membawa masuk rakan-rakannya sebagai pemimpin parti.
 
 Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Kamarul Azman berkata, sejak  perkara
 itu berlaku ramai ahli, terutamanya pengasas parti itu, tidak  senang dengan tindakan
 Mukhriz.
 
 “Ketika PPBM mula ditubuhkan kita tidak mempunyai masalah dalaman  parti,
 sehinggalah rakan-rakan pemimpin utama di dalam parti dibawa  masuk, kemudian
 dengan mudah mengatur kepimpinan bahagian. Ini  menimbulkan rasa tak senang
 di kalangan ahli,” ujar Kamarul Azman.
 
 “Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika  beliau
 benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu  menjadi rasional,
 jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,” katanya  memetik laporan
 Antarapos.
 
 PPBM sebelum ini menerima tamparan hebat apabila Kamarul Azman yang  juga
 antara pengasas parti itu mengisytiharkan keluar parti dan  melepaskan semua
 jawatan, berkuatkuasa serta-merta pada Khamis lalu.
 
 Tindakan itu diambil beliau apabila melihat perjuangan PPBM sudah  terpesong,
 malah banyak ahli yang hilang kepercayaan kepada kepemimpinan  yang
 memandang ahli-ahli parti mengikut ‘darjat’ dan ‘kasta’.
 
 Mukhriz semalam mengesahkan wujud pihak menjual pangkat dan jawatan
 peringkat bahagian parti sebagaimana yang didakwa Kamarul Azman.
 
 Walaubagaimanapun Mukhriz berkata, tiada tindakan akan diambil ekoran  individu
 yang ‘menjual’ pangkat berkenaan sudah meninggalkan parti.
 
 “Jika beliau (Mukhriz) tujukan kenyataan itu terhadap saya, beliau  adalah seorang
 yang paling tidak jujur di dalam perjuangan PPBM.  Sedangkan Mukhriz merupakan
 antara orang yang menimbulkan masalah dengan  membawa masuk orang-orangnya,
 kawan-kawan bermasalah di dalam parti.
 
 “Mukhriz tidak perlu putar-belit. Mukhriz kena jelas siapakah yang  dimaksudkan.
 Dan saya mencabar Mukhriz dalam debat terbuka, jika beliau  kata ada bukti, saya
 pun ada bukti untuk mengatakan antara perkara yang  merosakkan parti adalah
 rakan-rakannya sendiri,” jawab beliau mengenai  tuduhan Mukhriz.
 
 Terdahulu, pemimpin kanan PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin menafikan  dakwaan
 bahawa terdapat individu yang ditawarkan menjadi Ketua Bahagian  PPBM di Johor
 dengan syarat perlu membayar RM250,000.
 
 Selain menyediakan pejabat kekal bagi tujuan operasi parti, mereka  perlu
 mengekalkan ahli jawatankuasa parti tertinggi sedia ada selain  membayar elaun
 bulanan serta gaji kepada setiausaha parti. – MalaysiaGazette.
 
 Sumber TKO - 27-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
  
 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir  Mohamad
 berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu dialu-alukan  untuk berbuat
 demikian.
 "Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai BERSATU) kerana  mempunyai
 dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang  akhbar di ibu pejabat
 parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
 
 
  Beliau  berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian BERSATU tidak secara automatik  melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum akan  datang. 
 “Kita ingatkan semua sekali lagi - menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.
 “Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini  mungkin daripada parti-parti gabungan atau BERSATU,” kata Mahathir.
 
 Kenyataannya itu dibuat selepas salah seorang pengasas BERSATU, Kamarul
 Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti minggu lalu.
 
 Kamarul Azman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang  dilihat
 terpesong serta mendakwa BERSATU kini mengamalkan kronisme dan  'kasta'.
 Bagaimanapun ini dinafikan oleh stiausaha agung parti itu,  Datuk Shahruddin Md
 Salleh.
 
 Mahathir, sebelum ini, mengakui bahawa terdapat beberapa masalah  berhubung
 dengan peraturan parti itu tetapi berkata, masalah berkenaan  sedang diselesaikan.
 
 “Sudah tentu ada orang yang tidak akan berpuas hati. Tetapi jika kita  terima
 penyelesaian mereka, akan ada orang (lain) yang tidak berpuas  hati.
 
 “Jadi kita akan kekal dengan keputusan kita,” katanya.
 
 Mahathir berkata parti itu sedang menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
 pelantikan pemimpin parti.
 
  “Didapati  bahawa sementara ada sikit
 masalah dengan
 BERSATU dewasa ini
 di negeri  tertentu tetapi
 Armada (Pemuda) dah
 selesaikan semua
 pelantikan,  Srikandi
 (Wanita) ada sikit sahaj
 masalah.
 
 “Dari segi organisasi,
 BERSATU adalah
 teratur,” katanya.
 
 Dalam perkembangan lain, Mahathir menafikan bahawa jawatan kepimpinan
 bahagian parti itu boleh dijual-beli.
 
 “Tidak timbul sama sekali. Ada orang nak bagi duit tak tahu la.
 
 “Kalau dia nak jadi ketua bahagian, kita terima la duit(nya),” kata Mahathir secara
 sinis.
 
 Malah, bekas perdana menteri itu sempat berseloroh dan berkata untuk  menyertai
 BERSATU, ahlinya terpkasa membayar yuran keahlian sebanyak  RM4.
 
 “Bukan sahaja nak dapat jawatan, nak masuk parti pun kena bagi duit,  RM4. Semua
 kena bayar duit, dia masuk lepas itu nak jawatan dia punya  hal la. Kita mengaku
 parti kami miskin,” katanya.
 
 Sumber TKO - 27-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa orang ramai tidak
 mempercayai dakwaan kononnya jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu  Malaysia
 (PPM) untuk dijual kepada ahli.
 
 Beliau menjawab laporan Sinar Harian memetik seorang ahli PPBM yang  tidak
 dinamakan sebagai berkata seseorang menawarkan jawatan ketua  bahagian di Johor
 melalui WhatsApp.
 
 Mereka yang berminat cuma perlu membayar RM250,000, menyediakan  sebuah
 ruang pejabat tetap, mengekalkan semua ahli jawatankuasa sedia  ada dan elaun
 bulanan mengikut pangkat, membayar gaji setiausaha dan  meneruskan – serta
 menambah – program di peringkat bahagian.
 
 Ketua pemuda PPBM mengatakan pelantikan dirinya membuktikan tuntutan seperti
 itu tidak berlaku.
 
 “Saya pengasas bersama, ketua pemuda, dan naib presiden parti.  Simpanan hidup
 saya tidak mampu cecah RM250,000, tetapi saya diamanahkan  jawatan-jawatan itu,
 ” katanya kepada FMT.
 
 
 Beliau menepis dakwaan itu sebagai “mengarut dan tidak berasas” dan mendakwa
 sumber cerita itu mempunyai motif lain.
 
 “Ini tanda-tanda langkah terdesak melemahkan momentum PPBM.
 
 “Tidak ada tuntutan seperti itu di mesyuarat majlis presiden dan majlis tertinggi
 yang saya hadiri.”
 
 Minggu lalu seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur  Rahman,
 meletakkan keahlian dan mendakwa parti itu “dirampas bekas ahli  Umno yang
 mahu mendapatkan kuasa dan kedudukan”.
 
 Kamarulazman, yang sebelum ini mengetuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia,
 salah seorang daripada 7 pengasas PPBM.
 
 Kamarulazman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli  majlis
 tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan  menolak
 tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan pada  19 April.
 
 Sumber TKO - 24-4-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Dari Mana Ezam Dapat Dana Beli Parti Bebas
 Rasuah – RPK
 Posted on Monday, April 24 @ 14:37:51 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34671
 |  
  
 Mohamad Ezam Mohd Nor kini menunggu masa dan mula mengira hari ajalnya.
 Bukan sahaja beliau kemungkinan besar tidak lagi akan menerima kira-kira  RM100
 juta dari penaja yang sepatutnya memberikan kepadanya tetapi dia  akan menghadapi
 pertuduhan rasuah dan penipuan serta mungkin bakal  didakwa dalam pengubahan
 wang haram juga.
 
 Adakah ini bermakna partinya, Parti Bebas Rasuah, benar-benar tidak  wujud dan
 merupakan hanya penyamaran semata-mata, tiada lagi paluan gong  untuk
 mengalu-alukannya sebagai ahli Pakatan Harapan? Bagaimanapun,  anda boleh
 membaca lebih lanjut mengenai perkara itu di sini: Ezam scams his party sponsor, yet
 again.
 
 G. Kumaar Aaman, yang merupakan ketua Parti Generasi Baru (NewGen  Party)
 sebenar yang Ezam sepatutnya beli dan menukarkannya menjadi Parti  Bebas
 Rasuah, telah meminta SPRM untuk menyiasat dari siapa Ezam  mendapat wang.
 Seseorang memberi Ezam RM10 juta jadi Kumar mahu tahu  siapa yang menderma
 atau penajanya.
 
  Menurut  Ali, pemandu beliau, akhir-akhir ini Ezam telah bertemu Tun Daim
 beberapa kali jadi adakah ini boleh menjadikannya sebagai penaja beliau?
 
 “Bagaimana beliau (Ezam), sebagai bekas kakitangan awam, mampu untuk
 membayar untuk itu dan ini. SPRM perlu melihat kepada sumber  pendapatannya,
 sama ada ia datang dari ‘penaja’ atau daripada rasuah,  “kata Kumaar.
 
 Kumaar juga berkata, “Saya adalah presiden parti NewGen. Saya tidak  tahu di mana
 maruah Ezam ketika dia menyamar sebagai presiden parti.  “Kumaar menambah
 terdapat pihak tertentu (bermaksud orang dalam parti  yang Ezam telah rasuahkan)
 yang bersubahat dengan Ezam dan telah  menggunakan alamat pejabat yang palsu,
 tandatangan palsu dan ahli-ahli  parti palsu untuk merampas atau ‘mencuri’ parti.
 
 Ini adalah tuduhan yang amat serius sekali. Kumaar juga mendakwa  bahawa Ezam,
 yang kononnya sebagai presiden parti dan timbalannya,  Khairuddin Abu Hassan,
 telah menukar nama parti itu kepada Parti Bebas  Rasuah tanpa kelulusan Pendaftar
 Pertubuhan atau 300 ahli berdaftar  parti. Tiada satu pun daripada 300 ahli telah
 menghadiri sebarang EGM  untuk meluluskan perubahan pemegang jawatan atau
 pertukaran nama.
 
  Ezam palsukan EGM, mereka Minit, memalsukan tandatangan dan menukar nama
 parti itu tanpa kelulusan
 
 Untuk memburukkan lagi keadaan, tiada EGM pernah diadakan. Minit  Mesyuarat
 EGM telah dipalsukan dan alamat EGM yang sepatutnya telah  diadakan sebenarnya
 dibuat alamat kedai jubin. Dan kerana itulah  lahirnya nama ‘Parti Kedai Jubin’.
 Kalau mengikut Akta Pertubuhan, tidak  ada sebab untuk Pendaftar Pertubuhan
 boleh mengabaikan jenayah ini atau  mengelak daripada mengambil tindakan
 terhadap Ezam.
 
 Satu laporan polis juga telah dibuat terhadap bekas setiausaha agung  parti
 sebelumnya, S. Gobi Krishnan, berhubung kehilangan RM105,000 wang  parti. Gobi
 juga orang yang telah disogok oleh Ezam dan yang  bersekongkol untuk mereka
 Minit EGM yang tidak pernah diadakan di kedai  jubin dan senarai hadirin palsu
 dengan tandatangan palsu.
 
  Mohamad Zaini Jaafar, Huan Cheng Guan dan Kumaar Aaman menuduh Ezam
 mencuri parti melalui EGM palsu dan dokumen yang direka
 
 Ezam boleh dengan mudah mengelakan semua masalah ini dengan  menghabiskan
 sedikit daripada RM10 juta mengadakan EGM sebenar dengan  kehadiran ahli betul.
 Walau bagaimanapun, kerana tamak, dia cuba untuk  menyelamatkan wang dengan
 memalsukan minit mesyuarat dan kehadirin palsu  serta tandatangan palsu di alamat
 kedai jubin.
 
 Bak kata pepatah English “penny-wise-pound-foolish”? Hanya untuk
 menyelamatkan beberapa ribu dari RM10 juta, Ezam mungkin baru sahaja
 kehilangan baki RM90 juta, jumlah yang dia sepatutnya menerima. Sekarang  dia
 telah memperbodohkan diri sendiri dan mungkin perlu menghabiskan  pilihan raya
 umum akan datang dalam penjara, sekali lagi.
 
  
  – Malaysia Today
 
 Sumber TKO - 24-4-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
  
 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian  urus
 niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar  1990-an.
 
 Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu berkata setakat ini beliau belum
 dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung isu itu.
 
 " Mereka (pasukan petugas khas) boleh menghubungi saya bila-bila  masa...saya
 sentiasa bersedia untuk pergi ke mahkamah atau mana-mana,"  katanya kepada
 pemberita selepas Program Bual Bicara Tun M di Tasek  Gelugor malam tadi yang
 turut dihadiri Naib Presiden Parti Amanah  Negara, Datuk Husam Musa dan Naib
 Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 
 Febuari lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas yang
 dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan  untuk menjalankan siasatan awal berhubung isu itu.
 
 Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berhubung perkara itu berkata  tindakan
 kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi  memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus  tadbir yang ditetapkan.
 
 Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin dan anggota PPBM  keluar
 parti sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata mereka bebas  untuk keluar parti
 sekiranya merasakan parti itu tidak lagi mempunyai  hala tuju dan hilang keyakinan
 terhadap kepimpinan parti.
 
 "Dia nak keluar dia keluar lah...tiada paksaan tapi yang anehnya  orang inilah yang
 pertama marah kepada Datuk Seri Najib (Datuk Seri  Najib Tun Razak) kononnya...
 tapi la ni puji, marah kat kita (pula) pasal  (kata) kita menjatuhkan ekonomi...,"
 katanya.
 
 Minggu lepas, Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang  juga
 pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mengumumkan  keluar
 parti bersama 821 anggota PPBM di seluruh negara.
 
 Kamarul Azman, yang merupakan antara tujuh pengasas PPBM, dilapor  berkata
 mereka membuat keputusan itu kerana PPBM tiada hala tuju untuk  membela rakyat
 dan memartabatkan negara serta tiada agenda lain kecuali  menjatuhkan Perdana
 Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 - Bernama
 
 Sumber HD - 24-4-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 KUALA LUMPUR: Bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM)
 Kamarulazman Habibur Rahman menyoal kembali Tun Dr  Mahathir Mohamad
 apabila Pengerusi parti berkenaan mendakwa perletakan  jawatannya disebabkan
 kroni.
 Ujarnya, sungguhpun tidak kecewa dengan  dakwaan oleh orang nombor satu PPBM
 itu, Kamarulazman berkata, kenyataan  yang dibuat oleh Dr Mahathir adalah cubaan
 untuk menyembunyikan krisis  dalaman parti yang semakin kronik.
 
 "Saya tak kecewa (dengan kenyataan Dr  Mahathir) pun, kerana saya tahu mereka
 akan buat kesimpulan begitu, saya  berpendapat mereka tak berani menyatakan
 perkara yang sebenar.
 
 "Dalam  apa-apa perkara pun kita akan dapati ada perbezaan pendapat dan kita  kena
 raikan perbezaan pendapat itu," ujarnya dipetik Antarapos.
 
 Kamarulazman berkata demikian sebagai  mengulas kenyataan ringkas Dr Mahathir
 berhubung perletakan semua  jawatannya dalam PPBM serta keahlian partinya.
 
 “Kroni dia tak pilih dia kot,” kata Dr  Mahathir ringkas selepas ceramah di Kampung
 Pandan Dalam sebelum berlalu  tanpa memberi penjelasan lanjut.
 
 Justeru itu, Kamarulazman menyoal kembali kepada Dr Mahathir dengan bertanya,
 "siapa yang mengamalkan kroni ini (sebenarnya)?".
 
 Kamarul pada Selasa mengumumkan  perletakan semua jawatannya dari PPBM
 ekoran Presidan dan Timbalan  Presiden PPBM - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
 Datuk Seri Mukhriz Mahathir  hanya melantik kroninya bagi jawatan dalaman parti.
 
 Mengulas mengenai perletakan jawatannya  kepada Antarapos, Kamarulazman
 menegaskan bahawa beliau sangat kecewa  dengan pentadbiran pemimpin utama
 PPBM yang mengamalkan budaya  berkenaan.
 
 "Saya kecewa, sangat-sangat kecewa sebab  mundurnya bangsa Melayu kerana
 amalan berpolitik yang sukar ditegur.  Dan saya sudah jangka bila saya tegur dan
 buat keputusan ini, maka ada  kata-kata sumbang seperti pemakan dedak.
 
 "Kumpulan ini bila kita buat keputusan,  mereka tak cuba menyelami mengapa
 keputusan ini dibuat, tetapi mereka  membuat andaian-andaian sebegini. Mereka tak
 pernah menyelesaikan  masalah, tetapi mengenepikan masalah," kata beliau lagi.
 
 Tambahnya, ada dalam kalangan ahli parti  cuba berbuat baik dengan pemimpin
 utama PPBM demi meraih kedudukan  dalam parti sekaligus mengenepikan ahli-ahli
 dan pemimpin yang bekerja  keras dan berkorban demi parti tetapi tidak mendapat pengiktirafan  sewajarnya.
 
 Jelasnya, ramai lagi pemimpin yang masih  bersama PPBM mengakui parti
 berkenaan mengalami masalah kronisme kronik  tetapi enggan bersuara.
 
 
 Tanpa mendedahkan individu berkenaan,  Kamarulazman menjelaskan bahawa akan
 ada lebih ramai lagi pemimpin PPBM  bakal mengikut jejaknya meninggalkan parti
 teraju Dr Mahathir itu.
 
 Sumber TKO - 21-4-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Dek kerana gagal mendapat sebarang sumbangan, Pengerusi Parti Pribumi  Bersatu
 Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri  Najib Tun
 Razak kononnya menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang  orang ramai
 menderma kepada PPBM.
 
 Bekas perdana menteri itu berkata, PPBM gagal mendapat sebarang  sumbangan
 kononnya kerana penderma bimbang akan disiasat Lembaga Hasil  Dalam Negeri
 (LHDN).
 
 “Masalah yang kami hadapi ialah Najib mahu mencapai kemenangan, jadi  untuk
 mengalahkan pembangkang, khasnya PPBM, kami tak terima sebarang  sumbangan.
 
 “Sesiapa pun yang hendak menderma kepada Bersatu akan disiasat LHDN.
 Walaupun sudah bayar balik, mereka akan disiasat juga,” dakwa Mahathir.
 
 Beliau berkata demikian ketika menghadiri Jelajah Semarak Kasih Felda  Bersama
 Tun Dr Mahathir di Parlimen Sekijang, Segamat, Johor, pada Sabtu  lalu.
 
 Pengerusi PPBM itu mendakwa, ia adalah taktik perdana menteri untuk
 menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi
 seperti biasa.
 
 Mahathir juga berkata, jika Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan  persekutuan,
 negara termasuk ekonomi kononnya akan dipulihkan secepat  mungkin, termasuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  secara beransur-ansur.
 
 Tak cukup dengan itu, bekas perdana menteri itu turut menyeru ahli UMNO  untuk
 keluar parti kerana mendakwa ia kononnya bukan lagi parti yang  diasaskan oleh
 Tunku Abdul Rahman, sebaliknya ia adalah parti Najib.
 
 “Saya berada dalam UMNO lebih lama daripada anda, saya sudah keluar parti,
 kamu semua pun keluarlah,” katanya.
 
 Sumber TKO - 20-4-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
  
 SHAH ALAM -  Parti Bersatu menafikan dakwaan salah seorang bekas  pengasas
 parti tersebut, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengatakan  wujudnya
 amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian  Bersatu yang menyebabkannya meninggalkan parti.
 
 Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata,  Bersatu
 pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang  terlibat dalam
 menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan  prinsip musyawarah.
 
 Menurutnya, ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan  bersedia
 untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian parti di seluruh  negara dan kata
 sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat.
 
 “Pucuk pimpinan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam  pelantikan
 Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambil kira faktor  sumbangan seseorang
 calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat  kepimpinan dan penerimaan oleh
 masyarakat setempat.
 
 “Setakat ini sebahagian besar ketua penaja bahagian parti telah  dilantik dan hanya
 beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan  lanjut dengan beberapa
 pihak di akar umbi,” katanya dalam satu  kenyataan, hari ini.
 
 Semalam, Kamarul Azman yang pernah menyandang Pengerusi Perhubungan
 Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu  mengumumkan
 peletakan semua jawatannya dalam parti kerana kabur dengan  perjuangan Bersatu.
 
 Shahruddin berkata, Kamarul Azman sendiri telah dilantik sebagai ketua  penaja
 parti Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat  dengan pelbagai
 pihak di akar umbi.
 
 “Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambil kira  faktor
 sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli  parti.
 
 “Bagaimanapun, saya bagi pihak pimpinan tertinggi parti merakamkan  ucapan
 jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan  beliau (Kamarul
 Azman) selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk  beliau bagi masa hadapan,”
 katanya.
 
 Sumber TKO - 20-4-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Anina adalah mangsa krisis politik PPBM - Kamarulazman
 Posted on Wednesday, April 19 @ 22:04:30 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AnisahOmar
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34612
 |  
 
 
 
 
 KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia  
(PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa berlaku kepincangan dalam  
pengurusan parti, lebih-lebih lagi ketika ia dilanda isu-isu dalaman.
 
 
Mengambil contoh pengguguran Anina Saaduddin daripada jawatan sementara Ketua Srikandi PPBM yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu, Kamarulazman menyifatkan wanita berkenaan menjadi mangsa kepada perebutan kuasa di dalam
 PPBM.
 
 
 
 
 
"Anina merupakan orang pertama menjadi mangsa politik, perebutan kuasa dalam  
PPBM. Malangnya nasibnya tidak terbela. Saya merasakan sepatutnya Ainina  
ditangani secara baik, rasional, bermusyawarah, namun ia tak berlaku.
 
 
 
"Saya lihat banyak perkara diputuskan di dalam PPBM dibuat oleh beberapa orang  
sahaja," ujarnya.
 
 
 
Sebelum ini 'pelucutan' jawatan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM menjadi  
kontroversi apabila beliau didakwa disingkirkan daripada memegang jawatan itu  
selepas dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan intim dengan bekas  
pembantunya.
 
 
 
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan soal pengguguran  
jawatan di dalam parti adalah satu perkara biasa, malah Presidennya, Tan Sri  
Muhyiddin Yassin mendakwa Anina gagal mencapai sasaran yang ditetapkan parti. 
 
Anina kini kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.
 
 
 
Kamarulazman terlebih dahulu mengadakan sidang media mengumumkan  
tindakannya keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman yang membabitkan  
PPBM, dan melepaskan kesemua jawatan yang dipegangnya dalam parti itu. 
 
Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas awal PPBM.
 
 
 
Sementara itu dalam masa yang sama, Kamarulazman juga hairan bagaimana  
pimpinan parti seolah ambil mudah dalam soal rundingan kerjasama PPBM dengan pembangkang, termasuk Pakatan Harapan (PH).
 
 
 
"Saya sangat tidak berpuas hati apabila keputusan menghantar wakil daripada  
PPBM untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen PH, adalah  
terdiri daripada mereka yang sama setiap kali dalam apa sahaja urusan.
 
 
 
"Sedangkan mereka yang dihantar itu adalah yang tidak mempunyai kebolehan  
dalam perbincangan, diplomasi," tegasnya.
 
 
 
PPBM pada Mac lalu menyertai PH bagi menguatkan barisan pembangkang untuk  
mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan  
datang. 
 
 
PPBM terlebih dahulu mengadakan rundingan bersama PAS bagi membentuk  
kerjasama politik, namun ia menemui jalan buntu selepas parti pimpinan Datuk Seri  
Abdul Hadi Awang itu tegas dengan pendirian enggan menjalin hubungan dengan  
mana-mana parti yang berbaik dengan DAP dan Amanah. 
 
Sumber TKO - 19-4-2017 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------- 
| 
| 
| 
 
 
  
 Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
 Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.
 
 Kamarulazman Habibur Rahman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi
 BERSATU turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.
 
 
 
  
 "Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja
 bahagian BERSATU Teluk Kemang.
 
 "Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan BERSATU  Negeri
 Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja  BERSATU pusat.
 
 "Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi  BERSATU. Dan
 akhir sekali saya undur diri dari jadi ahli BERSATU,"  katanya.
 
 Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
 
 
  
 Sumber TKO - 19-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Ezam & Khairuddin Dituduh ‘Mencuri’, Presiden
 New Gen Party Lapor Polis
 Posted on Thursday, April 13 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34482
 |  
  
 Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam
 Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dituduh ‘mencuri’ parti
 menyebabkan Presiden New Gen Party, Dato G Kumar telah membuat laporan
 polis.
 Dalam laporan polis itu, G. Kumar memberitahu bahawa Setiausaha Agung  parti pimpinannya, S Gobi Krisnan telah menjual parti New Gen Party  kepada pihak
 ketiga dan ditukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR)  yang diketuai oleh Ezam
 dan Khairuddin.
 
 Manakala S Gobi Krisnan pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PBR
 .
 G. Kumar turut menuduh S Gobi Krisnan seorang korup yang pernah memeras
 ugutnya untuk mendapatkan sejumlah wang tertentu.
 
 “Saya juga mendapati Encik Gobi cuba untuk menjual parti ini (New Gen  Party)
 kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri,”  kenyataan
 laporan polis G. Kumar dipetik.
 
 Pendedahan ini dilakukan sendiri oleh G Kumar kepada Datuk Huan Cheng Guan,
 Parti Cinta Malaysia (PCM).
 
 “Minggu lepas Presiden sebenar New Gen Party telah berjumpa dengan  saya dan
 meluahkan keluhannya situasi yang sebenar berlaku dalam  partinya.
 
 “Presidennya Dato Kumar telah memberitahu saya, beliau sendiri pun  tidak tahu
 macam mana partinya telah boleh dipindah tangan kepada orang  lain, sedangkan
 tanpa ada apa-apa Mesyuarat Agung yang beliau sedia  maklum.
 
 “Beliau juga amat terkejut macam mana pihak luar boleh suka-suka mahu  menukar
 nama partinya (New Gen Party) kepada Parti Bebas Rasuah. Dia  pun Pening.
 
 “Susulan dari itu, satu laporan polis telah dibuat . Maka beliau  berharap ROS dan
 PDRM mengambil tindakan yang sewajarnya,” dedah Huan  dalam Facebook.
 
  Presiden New Gen Party, Dato G Kumar mengadu masalah partinya telah ‘dicuri’
 kepada Datuk Huan
 
  
 
 
  
 Sumber TKO - 13-4-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
  
 Seramai 500 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian  Rembau, 
malam tadi mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan  serta-merta.
 
 Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai 
 kumpulan berkenaan, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam  satu 
mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap  pucuk 
pimpinan PPBM, yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana  PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan  Muhyiddin dan 
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain  anggota jawatankuasa 
yang dilantik masih anggota Umno serta hala tuju  parti yang kabur.
 
 
  
 "Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan  PPBM 
Rembau lumpuh 99 peratus. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan  1,500 lagi 
akan keluar parti dalam masa terdekat," katanya dalam satu  sidang media di 
Seremban.
 
 Mohd Anas yang menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016, berkata surat keluar 
 parti secara beramai-ramai itu, bagaimanapun akan diserahkan kepada Ibu  Pejabat 
PPBM selewat-lewatnya 15 April ini. - Bernama
 
 Sumber TKO - 6-4-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dicadangkan supaya menjadi penasihat bersama Pakatan Harapan.
 
 Menurut Timbalan Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Khairuddin Abu  Hassan, ini kerana Mahathir dilihat akan dapat membantu meringankan  bebanan tanggungjawab Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai  banyak komitmen.
 
 
 "Saya amat simpati dengan bebanan kerja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan  Ismail yang sekian lama berjuang menerajui barisan pembangkang," katanya  dalam satu kenyataan hari ini.
 
 Ujarnya lagi, begitu juga dengan bebanan tanggungjawab yang sedang  dipikul oleh Mahathir selaku pengerusi parti Bersatu yang berkempen  hampir setiap malam.
 
 "Kita harus memberi banyak ruang kepada Mahathir  dan  Wan Azizah untuk  tumpu pada perancangan strategik kerja-kerja Pakatan Harapan," katanya.
 
 Mengulas lanjut, Khairuddin berkata langkah ini amat penting kerana  semua parti-parti politik pembangkang akan bertanding di bawah Pakatan  Harapan secara satu lawan satu dengan menggunakan satu logo pada PRU14  kelak.
 
 "Minda dan tenaga harus diberikan secara lebih kepada Pakatan Harapan  agar menjaminkan kejayaan cemerlang barisan pembangkang pada PRU14 yang  akan datang," katanya.
 
 Sumber TKO - 6-4-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini melantik  bekas 
exco Puteri Umno, Rina Mohd Harun, sebagai ketua sayap wanitanya,  Srikandi.
 
 Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasssin turut mengumumkan Shamsilah  Siru
 sebagai timbalan Rina, di samping mengumumkan seramai 20 ahli  jawatankuasa
 pusat dan 7 ketua penaja negeri bagi sayap wanita parti  itu.
 
 Menurut Muhyiddin, perlantikan berkenaan merupakan langkah yang penting dalam usaha memantapkan PPBM.
 
 “Kita mengiktiraf kepentingan wanita dalam PPBM untuk berjuang  bersama barisan kepimpinan yang lain dengan satu agenda untuk  menyelamatkan Malaysia,” kata
 Muhyiddin.
 
 Beliau berharap pemimpin wanita PPBM dapat menarik sokongan rakyat  dan
 menambah bilangan ahli parti sejak ia ditubuhkan 7 bulan lalu.
 
 Rina yang merupakan bekas ketua Puteri Umno Sepang, berkata antara cabaran
 pihaknya adalah menambah keahlian wanita.
 
 “Kita mahu ahli wanita mengajak ahli keluarga lain bersama-sama menyokong
 PPBM,” katanya.
 
 Sebelum ini, isu mengenai ketua sayap Srikandi PPBM kecoh seketika  apabila ahli
 Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin, mendakwa  beliau disingkirkan
 daripada jawatan itu.
 
 Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun berkata  Anina
 tidak “dipecat” daripada jawatan itu kerana parti itu tidak pernah  melantik Anina
 mengetuai sayap wanita secara rasmi.
 
 Sumber TKO - 5-4-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Jahat sungguh polis Malaysia. Sementara menteri-menteri dan Najib  sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah  pandai-pandai menyekat.
 
 Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku,
 ada protes daripada rakyat dan bermacam-macam lagi.
 
 Semua ini kerenah polis. IGP (Ketua Polis Negara) pun tidak ada  halangan.
 Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan  ialah ketua daerah
 polis (OCPD).
 
 Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat.  Bukankah
 YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan?  Bahkan dia sokong
 debat diadakan.
 
  Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh 
 pegawai rendah polis. Ia tak beri atau
 tarik balik kelulusan.
 
 Sesungguhnya pegawai rendah polis
 sudah mengambil alih negara ini.
 Kerajaan, menteri-menteri dan Najib
 begitu demokratik, hendak beri
 kebebasan sepenuhnya kepada rakyat.
 
 Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.
 Sekarang IGP sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai di bawahnya. IGP pula tidak
 bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.
 
 Mujurlah Menteri Kewangan II, (Johari) Abdul Ghani mencadangkan supaya
 debat diadakan di hotel.
 
 Demikianlah minat kerajaan untuk melihat debat diadakan.
 
 Syabas Malaysia
 
 Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salahkan
 kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan.
 
 Jangan salahkan Nazri pun kerana menteri kerajaan ini menawarkan antartika dan
 penguin yang penyokong saya tidak mampu pergi.
 
 Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.
 
 Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau.
 
 Najib hilang peluang untuk menceritakan  bagaimana kawan Arabnya memberi
 kepadanya hanya AS$681 juta (RM2.6  bilion pada waktu itu) dan membisik
 bahawa ia patut masuk ke dalam akaun  peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.
 
 Kerana IGP bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat membersihkan
 dirinya daripada tuduhan tak berasas.
 
 Kata Nazri, Malaysia sudah jadi “police state”. Ya benar. Benang-benang halus
 yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak
 ada.
 
 Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.
 
 TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 Sumber TKO - 4-4-2017
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KOTA BHARU - Parti Bersatu Kelantan kini giat mengenal pasti calon di  setiap 
parlimen di negeri ini untuk bertanding pada PRU14.
 
 Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, pemilihan 
 berkenaan memberi keutamaan kepada calon yang disenangi rakyat.
 
 
 “Calon yang dipilih biarlah boleh diterima rakyat dan kita tawar calon  popular 
yang disenangi rakyat, malah calon berkenaan juga perlulah tidak  ada rekod hitam.
 
 “Bersatu menilai calon berkenaan mestilah memiliki kewibawaan, sensitif  untuk 
selesaikan masalah rakyat dan memiliki integriti tinggi,” katanya  kepada media 
selepas mesyuarat kali pertama di Kubang Kerian, semalam.
 
 Beliau berkata, parti berkenaan mahu bertanding dalam PRU14 dengan menetapkan keutamaan bertanding di parlimen.
 
 “Sudah pasti kita (Bersatu) bertanding, tetapi di mana, tempat mana,  masih dalam 
kajian dan dapati selepas berunding dengan anggota parti  komponen Amanah dan 
PKR.
 
 “Kita bertanding bukan berdasarkan bilangan jumlah kerusi yang akan  bertanding, sebaliknya bilangan kerusi yang akan menang. Semua ini  penting kerana kita akan bertanding dalam kawasan parlimen yang diyakini  berpotensi menang,” katanya.
 
 Pada mesyuarat berkenaan, beliau mengumumkan mengenai pelancaran siri 
 ceramah seluruh Malaysia iaitu jelajah Selamat Malaysia, Selamat Rakyat 
 (Semarak) yang mana di Kelantan, ia akan diadakan pada malam 14 April  ini 
bertempat di Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh.
 “Program jelajah ini dilakukan di seluruh negara oleh pimpinan  tertinggi parti; 
Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden, Tan Sri  Muhyiddin Yassin dan 
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
 “Pada malam 14 April nanti, program Semarak ini, Presiden  akan turun  bagi memperkenalkan barisan pemimpin kepada rakyat dan pengundi di  negeri ini, 
malah pada hari tersebut beliau juga akan merasmikan pejabat  Bersatu negeri dan 
Ketereh,” katanya.
 Mengulas mengenai keahlian terkini, pihaknya belum dapat perkiraan yang  tepat 
mengenai jumlah pendaftaran ahli, bagaimanapun menganggarkan  sudah ada 
sekitar  40,000 ahli.
 Sumber TKO - 3-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
  
 Semalam saya mendengar ceramah Tun Mahathir di Cheng, Melaka. Tun Mahathir mempersenda keputusan polis membatalkan  kebenaran terhadap penganjuran debat 
antara beliau dengan Menteri  Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
 
 Kata Mahathir "Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak  boleh, kononnya 
ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru  hara.
 
 "Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali  lagi dibatal. 
Dibatal kerana apa, kerana takut," kata Mahathir.
 
 Memetik pepatah Melayu dalam lirik lagu BERSATU, "Berani kerana  benar, takut 
kerana salah", Mahathir berkata kerajaan takut kerana tahu  ia telah melakukan 
kesilapan.
 
 
 Manakala Datuk Zainuddin Maidin, kaki bodek dan merapu berkata Mahathir 
sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling  bermaruah dan bergaya' apabila 
debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan  Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz 
dibatalkan.
 
 Apabila Mahathir kata orang takut sahaja yang cuba batalkan debat, lebai  teringat 
akan kisah silam debat antara UMNO-PAS zaman Tun Mahathir  "kuku besi" 
memerintah Malaysia dibatalkan.
 
 
 Untuk makluman pembaca, oleh kerana ini kisah silam, lebai rasa ada  baiknya 
lebai memberi sedikit info tentang debat UMNO-PAS atas isu PAS  mengkafirkan 
UMNO.
 
 Isu Debat Umno-PAS ini adalah lanjutan isu kafir-mengkafir yang berlaku  sejak 
awal 1980-an. Beberapa tindakan yang dikenakan ke atas pemimpinan  PAS seperti pendakwaan di mahkamah, penahanan ISA dan tuduhan  mengkafirkan Umno, 
termasuk manipulasi isu Amanat Haji Hadi telah  mewarnai hubungan politik 
PAS-Umno selepas 1980.
 
 Ekoran itu, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
dalam satu interview dengan Asiaweek telah mendakwa Umno enggan bertemu 
PAS untuk menyelesaikan masalah ini.
 
 Ekoran itu, pada 25 Ogos 1984, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir 
 Mohamad telah menyatakan kesediaannya berdebat dengan PAS. Setiausaha 
 Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri pada hari sama juga telah menyatakan 
 kesediaan PAS untuk berdebat dengan Umno dengan bersyarat.
 
 Syarat yang dikemukakan oleh PAS ialah perlu ada pertemuan pertama  melibatkan 
lima pemimpin tertinggi kedua-dua parti. Setiap orang  daripada mereka mestilah 
membaca dan menghuraikan makna Surah al-Fatihah  dan ayat 1-16 Surah 
al-Baqarah untuk menentukan kebenaran tuduhan Umno  bahawa PAS 
memutarbelitkan agama.
 Syarat PAS ini telah menyebabkan Umno  berdiam diri sehingga Datuk Seri 
\Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan  pada 15 September 1984 bahawa 
Umno sedia berdebat  dengan PAS dalam isu  tuduhan PAS mengkafirkan Umno 
dan hanya menunggu persetujuan PAS sahaja.
 
 Pada 17 September 1984, PAS telah mengirimkan surat kepada Umno kerana 
 persetujuan debat ini, dan ia dijawab oleh Datuk Sanusi Junid,  Setiausaha Agung 
Umno pada 15 Oktober 1984 dengan mencadangkan debat ini  atas tajuk "PAS 
mendakwa ahli Umno kafir, dan menentangnya jika mati,  adalah mati 
syahid."
 PAS yang bersetuju dengan cadangan tajuk  oleh Umno itu telah bersepakat 
supaya debat diadakan pada 11 November  1984. PAS telah melantik wakilnya 
dalam debat tersebut terdiri dari Tuan  Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz 
Mohd Nakhaie Ahmad dan Ustaz Harun  Taib, sedangkan Umno diwakili oleh 
Dato' Wan Mokhtar Ahmad, Ustaz  Ibrahim Azmi Hassan dan Anwar 
Ibrahim.
 
 Ketika PAS sedang membuat  persiapan rapi tentang dalil dan hujah bagi 
menghadapi Umno, pada 8  November 1984, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, 
Datuk Ahmad Zainal  Abidin Yusof telah  mengisyharkan bahawa Yang di-Pertua 
Agong dengan  perkenan Majlis Raja-raja telah mengarahkan pembatalan Debat 
Umno-PAS  atas alasan isu kafir-mengkafir ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis 
 Raja-raja dan debat ini hanya boleh memecahkan umat Islam.
 
 PAS percaya  pembatalan ini dibuat dengan kehendak Umno. Kerana pembatalan 
ini, Debat  Umno-PAS yang dijadualkan pada 11 November 1984 ini tidak menjadi  kenyataan.
 
 
 
 Apa bezanya UMNO guna polis untuk batalkan debat Mahathir-Nazri dengan 
 Mahathir guna Penyimpan Mohor Besar Raja-raja batalkan debat UMNO-PAS 
 sehari sebelum debat?? Biasanya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hanya  keluar 
nak puasa dan raya tiba-tiba terkeluar di TV 1984 hanya NAK BATAL  DEBAT 
UMNO-PAS.... itulah Mahathir yang mungkin orang baru tak kenal!
 
 Kalau ikut logik Mahathir memang dia takut kerana bersalah dan  membatalkan 
debat isu kafir mengkafir. Ini jelas isu kafir mengkafir  adalah TAJAAN UMNO 
untuk menjauhkan orang UMNO dengan PAS.
 
 Apa nak hairan Nazri itu adalah anak didik UMNO, anak didik Tun Mahathir 
 sendiri. Sama juga dengan Najib anak didik Mahathir. Mereka semuanya  adalah 
penyamum dan perompak wang rakyat.
 
 Lebai menulis ini bukan nak sokong Nazri. Nazri dan Najib itu PEROMPAK 
 manakala Mahathir pula adalah PENYAMUN. Sekarang ini adalah isu KETUA  PENYAMUN tak setuju dengan KETUA PEROMPAK.
 
 Jangan kita lupa Mahathir 22 tahun menyamun duit kita sehingga kaya raya  anak beranaknya, tak percaya tanya Rafizi, dia ada fakta bagainama anak  Mahathir boleh 
beli Petron dan kilang arak!
 Takkan kerana kesatuan perompak bertelagah kita nak tolong ketua penyamun.
 
 Dosa-dosanya terhadap Anwar sehingga lahirnya refromasi rakyat tidak  boleh 
dipadam hanya Mahathir berkata Najib kleptokrasi dan kita mesti  jatuhkannya. 
Jangan kita bodoh dan tertipu dengan politik licik Tun  Mahathir!
 
 
 
 
Sumber TKO - 2-4-2017 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
 
  
 BANDARAYA MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 melahirkan rasa kecewa apabila polis menarik balik kebenaran untuk  beliau dan
 Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz  berdialog pada 7
 April ini.
 Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat  akhbar
 Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dibatalkan  atas alasan
 polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.
 
 Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut
 bagaikan orang yang takut.
 
 "Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja.  Berani
 kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di  hadapan kira-kira
 4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran  Parti Bersatu di Taman
 Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.
 
 Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi  Bersatu
 Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq  Naizamohideen serta
 beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri  Melaka.
 
 Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir
 menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.
 
 "Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu
 sekiranya ada peluang lain," katanya.
 
 
 Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin
 Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat  daripada
 Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.
 
 Sumber TKO - 2-4-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 KUALA LUMPUR – Penaung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr
 Mahathir Mohamad meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan  diadakan sekitar September tahun ini sehingga Mac tahun depan  berdasarkan beberapa petanda awal.
 
 Dr Mahathir membuat ramalan itu berdasarkan pemerhatian melibatkan  kekerapan
 majlis dan program yang diadakan oleh kerajaan, selain cuti  penjawat awam yang
 sudah dibekukan berdasarkan daripada surat yang bocor  di laman media sosial.
 
 “Berdasarkan daripada jadual cuti yang dibekukan, majlis dan sambutan  ulang-tahun, ia sepatutnya diadakan antara September tahun ini ke Mac  tahun depan. Ia akan
 diadakan sebelum berakhir tamat mandatnya,” kata Dr  Mahathir semasa ditemui
 di Parlimen selepas mesyuarat Majlis Presiden  Pakatan Harapan (PH) hari ini.
 
 Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal berakhir pada Jun 2018, selepas kali
 terakhir PRU diadakan pada 2013.
 
 BN dilihat berada pada landasan selesa susulan kejayaan pada Pilihan  Raya Negeri
 Sarawak 2016, di samping kemenangan selesa semasa Pilihan  Raya Kecil (PRK)
 Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
 
 Malah, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 lalu, Perdana Menteri,  Datuk
 Seri Najib Razak menggesa para perwakilan untuk bersiap-sedia di  medan juang
 PRU14.
 
 Terdahulu, Dr Mahathir berkata, mesyuarat dengan PH hari ini  membincangkan
 mengenai pembahagian kerusi secara prinsip dan bukan  menentukan jumlah kerusi
 yang akan ditandingi oleh parti dalam gabungan  pembangkang itu.
 
 Selain itu, mesyuarat juga membincangkan mengenai manifesto pembangkang
 yang akan dibawa dalam PRU nanti. – MalaysiaGazette.
 
 Sumber TKO - 27-3-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------Dr M: Orang kampung mungkin tak faham 1MDB
 tapi...
 Posted on Saturday, March 25 @ 07:42:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34170
 
 
 
 |  Masyarakat luar bandar mungkin tidak memahami isu-isu seperti skandal  1MDB,
 tetapi mereka merungut berkaitan kenaikan kos sara hidup di negara  ini, kata
 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Dr  Mahathir
 Mohamad.
 
 "Ada beberapa isu yang sukar untuk mereka (penduduk luar bandar) fahami.
 
 "Sebagai contoh, 1MDB dengan berbilion-bilion ringgit. Walaupun satu juta pun
 sukar bagi mereka untuk faham.
 
 "(Tetapi) ada beberapa isu yang mereka faham. GST mereka faham,  kenaikan harga
 barang mereka faham, kenaikan kos petrol mereka faham,  anak-anak tidak
 mendapat biasiswa mereka faham," kata Mahathir.
 
 Bekas perdana menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar di Alor Star,
 Kedah yang disiarkan di Facebook Live, hari ini.
 
 Terdahulu, Mahathir berkata, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak
 kini lebih tidak menentu berbanding pilihan raya umum ke-13  dengan munculnya
 isu-isu baru seperti 1MDB dan GST.
 
 Semua ini adalah isu besar, jelasnya, yang akan menarik sokongan rakyat kepada
 parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
 
 "Saya yakin keadaan sekarang berbeza dan kita mempunyai peluang lebih besar
 untuk menang," katanya.
 
 Sumber TKO -25-3-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Semalam keluar minum dengan rakan-rakan UMNO (betul-betul UMNO bukan
 Bersatu). Bukan  bincang nak berUG dengan mereka tetapi sekadar bertukar
 pandangan dan pendapat tentang politik semasa.
 
 Kami banyak berbual pasal kehebatan politik Tun Mahathir. Saya akui Tun  bukan
 sebarangan orangnya dalam politik Malaysia. Dia sangat licik  orangnya.
 
 Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat  oleh Ku Li dengan
 menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja.  Itupun undi tipu hasil dari
 perwakilan haram yang dieksploitasi oleh  Sanusi Junid yang ketika itu menjadi
 Setiausaha Agung UMNO.
 
 Kemenangan  dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu
 oleh  kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno
 sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan  juak-juaknya
 dengan imej Islamiknya.
 
 
Tun  Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi  berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi  itu  
 
datang? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya  daripada Pemuda  
 
 
 
UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.Ini  bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu  karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan  bertahan selama
 6 tahun sahaja (1981 – 1987).
 
 Menyedari  yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team
 B  yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk
 menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan
 kunco-kunconya.
 
 UMNO Baru di lahirkan.
 
 Kuli dan kunconya terpaksa memnunbuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.
 
 Mahathir berjaya dalam misinya.
 
 Kini  Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada  dalam
 UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin  untuk
 misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.
 
 PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU
 Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
 
 Indigenous = Natives
 Malaysian United Natives Party (UMNO)
 
 Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN.
 
 Kalau  kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak dan cara gaya dia bercakap
 semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
 
 Persoalan timbul.
 Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar  dalam
 misi kali ini seperti dia perlukan Anwar dalam misi jatuhkan Kuli?
 
 Artikel saya kali ini bersifat santai sekadar meleparkan idea dan pandangan untuk
 para pembaca berbincang.
 
 Sumber TKO - 22-3-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam facebooknya memaklumkan dia telah
 menerima tawaran untuk menyambung pelajaran diperingkat Sarjana dalam  bidang
 Polisi Awan di Universiti Oxford.
 
 Dia diura-urakan bakal meletakkan jawatan  sebagai Ketua Pemuda Parti Pribumi
 Bersatu Malaysia (PPBM) dengan alasan  melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 
 “Ini merupakan satu keputusan yang sukar, membincangkang sama ada  untuk
 meninggalkan bidang politik buat sementara waktu di saat (parti)  berdepan dengan
 saat yang paling penting tahun ini. Atau menolak tawaran  untuk melanjutkan
 pelajaran ke Oxford,” tulisnya di status berkenaan.
 
 Syed Saddiq mempunyai pemikiran politik yang berbeza dengan spesis yang  lahir
 daripada 'usus UMNO'. Politiknya matang berbanding mereka yang  keluar daripada
 UMNO kerana benci Najib.
 
 
 
 
 Februari lalu Syed Saddiq, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda  (Armada),
 mencadangkan supaya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan  mengatur  pertemuan
 dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediaman presiden Pas  itu menjelang
 Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
 Katanya "Bukan sekadar keluar kenyataan contohnya ajak mereka (Pas) datang ke
 sini (dewan The Clubs, Petaling Jaya). Pergi ke rumah dia sendiri ke  rumah (Abdul) Hadi."
 
 Pandangan Syed Saddiq dilihat tidak selari dengan Tun Mahathir oleh sesetengah
 mereka yang berada dalam parti BERSATU.
 
 Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JK63j
 Whs8TU
 
 
 Pada Februari lalu juga Syed Saddiq menyebut bahawa ada halangan  dikalangan
 parti BERSATU dan juga PAKATAN HARAPAN untuk dia berceramah  di Kelantan
 di atas pentas PAS.
 
 Mengikut sumber dalaman BERSATU memang ada wujud percaturan politik  untuk
 menukar Syed Saddiq kepada timbalannya Mohd Aizad Roslan untuk  menerajui
 ARMADA.
 
 
 Adakah BERSATU bakal mengalami krisis lagi selepas Khairuddin dan Ainina
 Saadudin? Kita lihat ajelah...
 
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 22-3-2017 
 
 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
| 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 PUTRAJAYA - Penubuhan parti baharu akan memberi kesan kepada gabungan pembangkang sekiranya silap percaturan. Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
 Mohamad berpandangan, sekiranya  sesebuah parti baharu itu bercita-cita
 bertanding bukan atas tiket  gabungan, ia seolah-olah sengaja memberi kemenangan
 kepada BN.
 
 Beberapa hari lalu, bekas Senator, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor dan  bekas
 ahli  Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan  penubuhan
 sebuah parti parti baharu yang memfokuskan kepada satu  matlamat iaitu
 memerangi rasuah.
 
 "Saya tak pasti apa sebab dia (Khairuddin) nak tubuh parti baharu,  kalau dia
 bertanding bukan mewakili gabungan, dia seperti mensabotaj  parti gabungan,"
 katanya pada satu sidang media, di Yayasan Kepimpinan  Perdana di sini, semalam.
 
 Difahamkan, parti yang diasaskan oleh Mohamed Ezam dan Khairuddin itu  akan
 membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  (Ros) dalam
 masa terdekat.  Sejurus pengumuman itu, mereka juga  menyatakan pendirian untuk
 
 menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan,  yang kini dianggotai PKR, Amanah
 dan Bersatu.
 
 Khairuddin sebelum ini menafikan desas-desus yang mengaitkan  tindakannya
 keluar Bersatu disebabkan berlaku konflik bersama Presiden  Bersatu, Tan Sri
 Muhyiddin Yassin, sebaliknya pengunduran itu bagi  menyelesaikan kes Akta
 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012  (Sosma).
 
 Sementara itu, berhubung cadangan Bersatu untuk membuat beberapa
 pembaharuan dalam gabungan pembangkang, Mahathir berkata, semua itu  boleh dilaksanakan kerana apa-apa tiada larangan ke atasnya.
 
 “Bersatu adalah anggota keempat, kita akan bertanding sebagai parti  dalam
 Pakatan Harapan dan sebab itu perlu ada satu logo. Kita perlu  pastikan rakyat
 kenal simbol atau logo yang digunakan,” katanya.
 
 Bagaimanapun, Mahathir berkata, sekiranya, Pendaftar Pertubuhan tidak
 membenarkannya, Bersatu sedia bertanding atas logo sendiri.
 
 
 
 Sumber TKO - 22-3-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
  
 "Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan  pendaftaran
 oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan  adalah untuk
 memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan,” Kata Datuk Seri
 Khairuddin Abu Hassan.
 
 
 Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam  pembangkang
 hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi BERSATU, Tun  Dr Mahathir
 Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan  pembangkang.
 
 Betul ke ada usaha nak satukan pembangkang?
 
 Kenapa PAKATAN HARAPAN ketepikan parti PSM?
 Sehingga merajuk mereka dengan sikap PAKATAN HARAPAN.
 
 Sebelum Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan meramalkan PH yang
 terdiri  daripada PKR, DAP serta PAN akan berunding dengan PSM pada saat-saat
 akhir “dan kemudian mengemukakan pelbagai permintaan”.“Kemudian ia akan
 kelihatan seolah-olah PSM adalah parti yang sukar,” kata Arutchelvan.
 
 “Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi  dengan
 kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami  bertanding
 menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang  kami dengan
 serius,” kata Arutchelvan.
 
 Akhirnya PSM merajuk dan bersendirian.
 
 
 LIM KIT SIANG tak pula menasihatkan PSM macam nasihat PAS tak boleh
 bersendirian nanti tak boleh menang.
 
 Nampak sangat PAKATAN HARAPAN adalah pakatan masing-masing nak tunjuk
 ego. Masing-masing nak tikam belakang kawan.
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 21-3-2017 
 
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
MINGGU lalu, bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik baharu bertujuan membongkar salah guna kuasa dan penyelewengan rasuah di negara ini.  
 
 Difahamkan, parti anti rasuah itu akan dipelopori Ezam bersama bekas anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa orang lagi aktivis yang pernah masuk penjara dalam usaha memerangi rasuah.
 
 
 
 
Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan parti baharu ditubuhkan kerana kekecewaan Ezam dan Khairuddin yang sebelum ini tidak mendapat tempat dalam Bersatu. 
 
Bagi mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan Ezam dan Khairuddin berhubung isu berkenaan. 
 
Ikuti wawancara khas yang dikendalikan oleh wartawan Noor Azura Shahril dan Asyraf Muhammad bersama jurufoto, Asril Aswandi Shukor, semalam. 
 
Boleh jelaskan apakah asas penubuhan parti baru itu? 
 
Ezam :  Parti baru ini memang ramai yang terkejut dan kenapa saya tubuhkan parti baru? Saya pun terkejut. Saya pun tak rancang untuk tubuh parti baru. Memang lepas saya tinggalkan Kementerian Kewangan (MOF), saya tumpu kepada NGO Hisbah. 
 
Tak timbul soal politik dan saya yakin bahawa saya akan menyumbang kepada negara melalui apa yang saya boleh lakukan berdasarkan pengalaman saya melalui Hisbah. (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad selepas itu, panggil saya dan ajak saya masuk Bersatu untuk bantu beliau. Saya sahut undangan beliau dan serah borang jadi ahli. Lepas tiga bulan, saya rasa itu bukan tempat saya.  
 
Bersatu ini ditubuhkan sebagai sebuah parti besar yang akan memerintah dan memimpin negara. Itu OK tapi tak sesuai dengan saya kerana saya hanya nak fokus pada isu rasuah. Dan bila you masuk parti besar, you tak lari daripada percaturan politik, politiking, perebutan jawatan dan sebagainya. Kebanyakan ahli Bersatu datang daripada Umno dan mereka masih terbawa-bawa lagi cara dan budaya Umno. 
 
Kalau tanya saya, hanya Tun Mahathir yang dah really transform dan reform. Memang dia macam (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun mereka lama memimpin Umno, sekali menjadi pembangkang, mereka pembangkang terus. Saya tengok ramai dalam Bersatu tak begitu, termasuk pimpinannya. 
 
Mereka masih dalam kelompok dan kepompong Umno. Jadi susah dan saya rasa saya tak boleh bergerak banyak.  
 
Maka saya buat keputusan untuk keluar dengan cara baik dan masih kekalkan hubungan dengan Bersatu dan tumpukan kepada NGO Hisbah. Sehinggalah Datuk Seri Khairudin dan beberapa kawan datang bertemu saya dan berbincang dengan saya dengan mengatakan saya tidak boleh hanya berada di pinggiran dengan NGO. Mereka kata, saya perlu adalam dalam mainstream. 
 
Parti memang banyak tapi fokus kepada rasuah semakin lama semakin pudar disebabkan oleh persiapan-persiapan lain. Bila dekat PRU, fokus parti kepada kerusi, siapa nak bertanding, siapa calon perdana menteri dan disebabkan itu isu 1MDB dan SRC International semakin pudar. 
 
Mereka (Khairuddin dan rakan-rakan) rasa perlu tubuhkan parti baru. Saya boleh bergerak bawah NGO Hisbah tapi impaknya minima. Media sendiri pun kalau parti politik minat nak dengar dan laporkan tapi kalau setakat NGO, impak dia adalah minima. Jadi ada beberapa opsyen. Opsyen pertama adalah saya boleh masuk mana-mana parti politik sedia ada dalam Pakatan Harapan, termasuk Bersatu. 
 
Tapi bagi kami, untuk meneruskan agenda reform dengan Bersatu susah. Jadi, lebih selesa rasanya kalau agenda reform ini dimainkan dalam parti-parti Pakatan Harapan yang sedia ada dan dah lama dalam agenda reform. Kita mula bercakap dengan mereka. 
 
Saya sendiri jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Harapan dan bincang tentang idea macam mana nak memperkukuhkan dan peranan kami dalam ruang yang mereka ada. Tapi akhirnya kita buat keputusan lebih baik jika kita tubuhkan satu parti politik sendiri dan fokus kepada isu rasuah.  
 
Kita dah mula menelaah semula sejarah. Parti anti rasuah terbaru ditubuhkan dalam dunia ini adalah di Bulgaria pada akhir Januari lalu, bagi menghadapi pilihan raya. Kami adalah orang yang pernah melalui perjuangan melawan pemerintah dalam isu rasuah ini. 
 
Kita percaya bahawa kita kena berani melakukan sesuatu yang baru dengan menubuhkan parti ini yang tumpu kepada rasuah dan kekal sebagai single objective. Kami tak berminat selain daripada itu. 
 
Kami kekal kecil. Sebab kalau besar kita  hilang fokus. Kami tak berminat dengan kuasa tapi berminat dengan (memerangi) salah guna kuasa. Biar party lain yang besar tumpukan bagaimana mahu dapat kuasa.  
 
Rasuah semakin membarah di negara ini. Kita ada masalah krisis keyakinan. Tidak pernah Malaysia menghadapi masalah krisis keyakinan sebegini berat. Ini masalah yang melibatkan seluruh ekonomi dan rakyat. Dan insya-ALLAH dalam minggu ini, kita akan selesaikan segala maklumat yang kita perlu hantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan serahkan pendaftaran kita dengan mereka. 
 
Adakah parti baru ini didorong perasaan kecewa selepas tidak terpilih dalam kepimpinan Bersatu? 
 
Ezam : Saya pun ketika masuk PKR, saya hanya sekali bertanding dalam pilihan raya. Saya bertanding pun di kawasan yang susah, iaitu Shah Alam.                       
 
Sekarang ini, Shah Alam kuat pembangkang. Masa saya bertanding, Shah Alam adalah kawasan paling kuat BN (dengan) 40,000 (kemenangan) majoriti. Saya ketua pemuda masa itu dan boleh pilih kawasan yang paling mudah untuk saya menang. Saya juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR. Tapi saya ambil kawasan yang paling susah nak menang kerana kampung saya adalah di Shah Alam.  
 
Kedua kerana saya terpaksa buktikan untuk jadi ketua pada perjuangan ini, saya kena lawan yang paling susah. Selepas itu saya tidak bertanding. Tapi saya terus berjuang. Malah dokumen Akta Rahsia Rasmi pada waktu itu juga, dia kata saya tak boleh keluarkan tapi saya keluarkan juga. Sehingga hari ini, semuanya kerana perjuangan. Saya buat kerana perjuangan.  
 
Saya tubuhkan parti baru kerana percaya antara jalan yang boleh bina momentum baru ke arah perjuangan untuk kita fokus tukar kepimpinan sedia ada. Kalau nak kata kecewa, saya sebenarnya kecewa dengan anak-anak muda sekarang ini yang serangan mereka pada kerajaan tiada apa-apa.  
 
Serangan paling kuat hari ini adalah daripada orang-orang tua seperti Tun Mahathir sahaja.  
 
Yang muda-muda ini saya tengok tak ada apa-apa. Kita tumpu kepada kuasa kerana orang yang berkuasa beri kesan besar pada rakyat. Dia boleh buat sesuatu yang beri kesan. Balik kepada soalan tadi, bukan sebab saya kecewa tapi parti baru ini mungkin salah satu cara kita kumpul momentum baru fokus jatuhkan kerajaan sedia ada. 
 
Adakah parti baharu ini pelengkap kepada Pakatan Harapan? 
 
Ezam :  Kita hanya sebuah parti kecil. Kita bukan hebat sangat. Kita rasa kita mungkin akan lebih fokus kepada isu rasuah. Kerana isu rasuah ini crucial dalam negara kita. Bagi saya, isu-isu lain itu tidak apa, kita boleh tangani lagi. Tapi rasuah ini tak terkawal.  
 
Masa saya di MOF pun saya nampak benda ini. RUU 355 itu juga tidak crucial sekarang. Yang lebih crucial adalah good governance  dan masalah rasuah. Saya tengok dalam perolehan MOF, segala-galanya adalah tentang projek dan tender. Sebab itu kita fokus kepada MOF lepas ini. 
 
Di mana sebenarnya Datuk letak diri Datuk?Pejuang rakyat atau puaskan diri? 
 
Ezam : Memang sebagai manusia saya dah tutup buku dan tak mahu lagi terlibat dalam agenda masyarakat. Saya nak buat kerja antara saya dengan ALLAH sahaja. Sebab itu saya tubuhkan Hisbah. Secara am, saya memang boleh dikatakan kecewa dengan perjalanan saya dalam politik dan terpaksa menghadapi jalan-jalan sukar.  
 
Politik adalah mengenai persepsi, bukan mengenai kebenaran. Kalau you terlalu berpegang pada prinsip, you akan susah sebab persepsi.  
 
Sebelum ini, saya juga dah bina kehidupan baru di Indonesia. Tapi bila kawan-kawan datang dan Datuk Khairuddin sendiri pujuk saya, maka saya kata ini last call  untuk saya sertai politik. Itu pun secara bersyarat. Syarat pertama saya tetapkan ialah parti itu mesti kecil. Dan syarat kedua ialah saya boleh berlawan dengan Najib secara berdepan.  
 
Pakatan Harapan dilihat belum dapat momentum tambahan pula tanpa Pas. Macam mana peluang yang ada? 
 
Ezam : Kita sekarang hidup dalam suasana pantas. Sebab itu, kalau dilihat pada pilihan raya di luar negara, perubahannya sangat cepat. Saya rasa dengan rencam manusia serta pendedahan kepada maklumat yang pelbagai, saya fikir proses membuat keputusan itu berlaku dalam keadaan yang saya tidak rasa sesiapa pun dapat fahami lagi.  Kita tak tahu.  
 
Kehadiran Tun Mahathir ini, saya rasa faktor penambah ke arah itu. Tun Mahathir adalah seorang yang very season dan telah menang banyak kali pilihan raya. Tun Mahathir adalah kapten yang telah memenangi pilihan raya sebanyak lima ke enam kali sebelum ini.  
 
Kalau kali ini dia commander in chief dalam Pakatan Harapan, tentunya dia merupakan satu faktor luar biasa. Cara Tun Mahathir menggarap isu yang dimainkan, ini semua game beliau untuk dapat menggarap imaginasi rakyat. 
 
 
Saya rasa masih ada peluang untuk Pakatan Harapan tukar kerajaan. Memang kalau Pas bersama, kita memang tak ada masalah. Saya dah lama dalam politik ini. Sampai di saat akhir pun boleh berlaku apa-apa. Masih lagi. 
 
Sumber TKO - 21-3-2017 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 Saya setuju BERSATU sertai Pakatan Harapan
 Posted on Saturday, March 18 @ 12:04:20 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34076
 |  
  
 Apabila Tun Mahathir menyatakan parti Bersatu secara rasmi mengumumkan
 penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) saya  sangat
 bergembira.
 
 Apatah lagi bila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya gabungan  itu
 diberi beberapa pembaharuan. Katanya Bersatu mencadangkan agar  gabungan
 menggunakan nama baharu, satu logo,  satu simbol dan satu manifesto untuk
 menghadapi pilihan raya. Lagi baik  jika simbol BERSATU jadi simbol PAKATAN HARAPAN. Ini baru dikatakan  betul-betul 'hijack'.
 
 Seperti kita maklum, Mahathir ni kalau dia bergaduh dia akan lanyak  musuh sampai
 mati. Nak lanyak Najib dia sanggup buat apa sahaja. Sifat  Mahathir mana boleh jadi
 boleh jadi 'kuli', dia mesti "bos". Orang lain  mesti ikut dia. Semasa dia jadi PM
 berapa orang TPM dia lanyak. Bila dia  pencen pun dia pun masih rasa dirinya bos,
 dia akan lanyak siapa lawan  dia.
 
 Jadi bila dia masuk PH sudah barang tentu parti PAN akan jadi kulinya dan akan
 dilanyak sampai longlai.
 
 
 Dulu saya fikir Rafizi nak perkenakan PAN bila dia keluarkan keputusan  kajian
 INVOKE. Apa taknya PAS dapat 21% Pakatan Harapan 24% dengan DAP  10%,
 PKR 8%, BERSATU 4% dan PAN hanya 2%.
 
 Saya fikir Rafizi nak bolot kerusi untuk PKR dan nak kecilkan kerusi  peruntukan
 untuk PAN dengan alasan PAN tak ada sokongan. Bekas ketua  pengarang Harakah
 yang menulis dalam akhbar PAN pun sebut perkara yang  sama PAN kena buli oleh
 rakan PH.
 
 Tapi setelah saya menerima maklumat keahlian BERSATU pada akhir Februari  lalu
 saya dapati fakta menunjukkan kajian INVOKE itu betul bahawa  angka-angka
 kedudukan bilangan sokongan parti adalah seragam dengan  angka-angka keahlian
 parti.
 
 Saya ambil contoh Kedah negeri kuat Bersatu, BERSATU berjaya mendaftar  ahli
 seramai 6,214 orang ahli berbanding dengan parti PAN hanya 2,356  orang ahli
 sahaja. Sedangkan PAN lebih awal daripada Bersatu.
 
 Jadi dengan kemasukan Bersatu dalam PH, maka dengan tak langsung  kedudukan
 parti PAN akan tersingkir secara perlahan-lahan. PKR dan DAP  lebih mesra
 BERSATU berbanding dengan PAN yang hala tuju masih tak tentu  hala,
 
 Jadi kita tunggu masa bagaimana PKR, DAP dan BERSATU 'SEMBELIH' PAN
 sebagaimana pernah PKR dan DAP buli PAS semasa Pakatan Rakyat dahulu.
 
 Itulah hukum KARMA.
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 18-3-2017 
 
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
| 
  
 Parti Bebas Rasuah - itu bayangan nama parti baru yang ditubuhkan oleh bekas
 ketua pemuda PKR, Datuk Ezam Mohd Nor.
 Tidak seperti parti politik lain, Ezam menyatakan, pertubuhan yang  digagaskannya
 itu bersifat sangat sederhana kerana mempunyai satu  objektif saja, iaitu memerangi
 rasuah habis-habisan.
 
 Dan fokus parti baru itu adalah Kementerian Kewangan kerana, menurut  Ezam,
 di situlah "lubuk kejahatan" dan salah guna kuasa berlaku.
 
 Memberikan contoh 1MDB dan SRC International, bekas senator itu  berkata,
 di kementerian berkenaan juga berlaku "kejahatan" lain seperti  penyelewengan
 tender kerajaan.
 
 "Parti baru ini akan fokus dan membongkar lubuk kejahatan salah guna kuasa ini,"
 katanya dalam kenyataan hari ini.
 
 Ia adalah pengesahan pertama dibuat Ezam sejak khabar mengenainya
 diperkatakan beberapa hari lalu. Antara pihak yang membayangkannya ialah
 bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
 
 
  Ezam  yang sebelum ini menyertai Umno semula
 pada Mei 2008 dan
 berkhidmat  dengan
 kerajaan berkata, 'Parti
 Bebas Rasuah' itu tidak
 berminat untuk  membentuk kuasa seperti parti politik lain.
 
 Justeru, katanya, parti
 itu akan kekal menjadi
 parti kecil dan
 berobjektif tunggal.
 
 "Parti akan hilang tumpuan apabila ia menjadi besar. Parti yang besar  juga akan menyebabkan ianya tertumpu kepada perebutan kuasa.
 
 "Justeru, parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi parti besar," katanya.
 Berapa perdana menteri gugur
 
 Untuk rekod, perjalanan politik Ezam memang berwarna-warni.
 
 Namanya mula menjadi perhatian ramai pada era reformasi selepas Anwar
 digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan  timbalan
 presiden Umno.
 
 Ketika mengetuai Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (GERAK), Ezam  pernah
 mendakwa memiliki enam kotak berisi dokumen sulit kerajaan.
 
 Bagaimanapun pada Mei 2009 beliau menafikan perkara itu.
 
 Selain Umno dan PKR, Ezam juga pernah memohon menyertai Parti Pribumi
 Bersatu Malaysia (BERSATU) walaupun ia dipimpin tokoh yang pernah
 ditentangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 Borang permohonan itu diserahkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri
 Muhyiddin Yassin pada 12 Oktober 2016.
 
 Bagaimanapun penghujung Disember tahun lalu - atau tiga bulan selepas
 memohon menyertai BERSATU - Malaysiakini melaporkan Ezam meninggalkan
 parti berkenaan.
 
 Jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah Pengarah Komunikasi di Kementerian
 Kewangan mulai 15 Mac 2014.
 
 Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata,  sejarah
 dunia banyak menyaksikan beberapa parti kecil berjaya dengan  komited kepada
 hanya satu objektif.
 
 "Kejayaan parti seperti ini bukan diukur kepada berapa orang perdana  menteri
 yang dilahirkan, tetapi berapa perdana menteri yang gugur oleh  kerana fokus
 mereka kepada isu besar negara," katanya.
 
 Kata Ezam, Khairudin dan beberapa aktivis lain yang pernah merengkok  dalam
 penjara akan mempelopori parti baru itu dan sedia bekerjasama  dengan mana-mana
 pihak yang mahu melawan rasuah.
 
 "Maklumat khusus parti, nama, jawatankuasa penaja dan lain-lain akan  kami
 kongsikan setelah segala urusan berkaitan dengan Pendaftar  Pertubuhan selesai,"
 katanya
 
 Sumber TKO - 17-3-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Sebuah parti politik baharu sedang dirancang, dan dipelopori bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Ezam Mohd Nor.  
 
 Bercakap kepada FMT, Khairuddin berkata parti yang belum diberi nama itu akan tertumpu kepada anak muda, terutamanya Generasi Y, membentuk mereka menjadi ahli politik masa depan, yang pertama sekali, menolak sebarang amalan rasuah.
 
 
 
“Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu. 
 
Beliau menambah Generasi Y (lahir 1980an hingga awal 1990an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka. 
 
Khairuddin memberitahu FMT partinya tidak akan bersaing melawan pakatan pembangkang terbesar, Pakatan Harapan. 
 
Sebaliknya, mereka mahu melengkapkan PH dan sekutu baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
 
“Apa sahaja kelemahan PH, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu. Untuk pilihan raya umum ke-14 nanti, kami hanya minta diberi 2 kerusi,” katanya. 
 
Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari. 
 
“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada PH dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen. 
 
“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara. 
 
“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu.” 
 
Khairuddin berkata beliau dan Ezam belum memaklumkan pimpinan PH dan Dr Mahathir tentang rancangan mereka, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. 
 
Ini kerana beliau rasa terhutang budi kepada mereka kerana membantu beliau dan aktivis lain menjayakan gerakan Deklarasi Rakyat. 
 
“Kami tidak mahu pemimpin pembangkang yang lain salah faham objektif kami. 
 
“Jadi kami akan bertemu mereka tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka dan kami harap mereka akan bantu kita dalam pilihan raya umum akan datang.” 
 
Menurut Khairuddin, sejak Ezam mengumumkan rancangan untuk membentuk parti baharu semalam, mereka menerima “ribuan panggilan” daripada anak muda dan aktivisi yang berminat menyertai mereka. 
 
Walaupun anak muda tidak cukup pengalaman untuk bertanding pilihan raya umum akan datang, mereka boleh menjadi sebahagian daripada jentera pilihan raya PH dan belajar mengenai bagaimana dunia politik berfungsi. 
 
Pada pilihan raya umum ke-15 nanti, mereka akan bersedia mengambil peranan sebagai pemimpin negara masa depan, tambah Khairuddin. 
 
“Ini bukan lagi mengenai kami. Kami hanya mahu membentuk mereka menjadi pemimpin berwibawa yang akan mengambil tempat kita suatu hari nanti. 
 
“Sebab itu kami tidak terburu-buru menjadi sebuah parti yang besar. Itu cerita kemudian hari, mungkin pada PRU-15.” 
 
Sumber TKO - 15-3-2017 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 PETALING JAYA: Tun Dr  Mahathir setuju untuk berdebat dengan Menteri
 
 
Pelancongan dan Kebudayaan  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan berharap  
menteri berkenaan 'berani'  muncul pada hari yang ditetapkan. 
 
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM) itu berkata, walaupun terdapat 
sedikit perubahan dibuat di mana  format debat ditukar kepada format wacana, 
beliau tetap akan  menghadirkan diri.
 
"'Setakat ini yang kita tahu tak batal, 'confirm', sebelah kita saja...sebelah sana kita 
tak tahulah.
 
"Saya percaya Nazri dia berani, dia akan pergi," katanya pada sidang media di ibu 
pejabat PPBM di sini, Selasa.
 
Bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima kehadiran Nazri  dalam 
program tersebut walaupun atas kapasiti 'persendirian' dan tidak  mewakili kerajaan.
 
"Tapi dia (Nazri) datang bukan atas tanggungjawab kerajaanlah sebab  kerajaan dah 
tolak awal-awal kata ia 'personal'. 'Personal' pun tak apa  kita terima semua," katanya.
 
Dr Mahathir bagaimanapun berharap agar mereka yang hadir ke program  tersebut 
supaya tidak melakukan kekecohan sebaliknya mendengar apa yang  disuarakan 
oleh beliau dan Nazri.
 
"Harap mereka yang hadir akan tertib dan dengar apa yang disuarakan, nak tanya 
soalan pun boleh juga," katanya.
 
Wacana yang melibatkan Dr Mahathir dan Nazri ini dijangka akan  membincangkan 
isu 1MDB dan beberapa isu lain dan bakal berlangsung pada  25 Mac ini di Padang 
Rengas, Perak.
 
Sumber TKO - 15-3-2017
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
PETALING JAYA - Parti Bersatu tidak akan menyatakan pendirian terhadap pindaan rang undang-undang (RUU) 355, sehingga kandungannya dibentangkan di Parlimen.  
 
 
 Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan hanya boleh dinyatakan setelah semua pihak jelas dengan perkara tersebut.
 
 
 
 
 
 
"Sebenarnya usul ini tidak begitu jelas, kita tak boleh buat apa-apa keputusan. Beberapa kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh pihak lain, bukan daripada saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya di sini, hari ini. 
 
 
 
Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Presiden Bersatu menyatakan sokongan terhadap pindaan. 
 
 
 
"Kita sendiri tidak tahu sama ada kerajaan nak bentang atas nama kerajaan atau Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkannya. 
 
 
 
"Dan lepas tu tentulah ada perbahasan-perbahasannya, selagi perkara itu belum sampai ke tahap itu, saya yakin tidak berapa tepat untuk Bersatu ambil pendirian dalam soal ini," katanya. 
 
 
 
Tegas Muhyiddin, Bersatu tidak akan terburu-buru menyatakan sokongan kerana ia bukan perkara kecil. 
 
 
 
"Saya perlukan satu waktu yang sesuai untuk buat keputusan muktamad," katanya. 
 
 
 
Sumber TKO - 15-3-2017 
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
 
 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN), tetapi meminta nama itu ditukar.  
 
 "Kita (BERSATU) akan menyatakan pada mereka pendirian BERSATU untuk menyertai (HARAPAN) dengan tujuan mungkin menyesuaikan sedikit nama dia.
 
 
 
"(BERSATU) juga bersetuju bahawa polisi yang kita persetujui ialah, kita perlu - selain daripada mengadakan nama yang baru - kita juga ingin ada suatu logo dan simbol untuk (menghadapi) pilihan raya dan mempunyai satu manifesto," kata Tun Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya hari ini. 
 
Pengerusi BERSATU itu berkata, secara dasarnya BERSATU bersetuju selain nama pakatan baru, mereka juga ingin suatu logo bersama yang baru serta manifesto untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. 
 
Menurut Dr Mahahir, pemimpin HARAPAN sudah mengetahui niat BERSATU mahu menyertai gabungan berkenaan. 
 
Justeru, katanya, beliau berharap, penyertaan rasmi parti berkenaan dalam HARAPAN dapat menjadi kenyataan tidak lama lagi. 
 
Dr Mahathir juga berkata, mereka belum lagi membincangkan isu pembahagian kerusi dengan HARAPAN. 
 
"Kami belum sertai gabungan itu, macam mana kami nak berbincang mengenai pembahagian kerusi?" katanya. 
 
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata, BERSATU bersetuju dengan prinsip bahawa formula satu lawan satu mesti direalisasikan bagi memastikan pembangkang dapat mencabar BN pada pilihan raya umum akan datang. 
 
Dr Mahathir turut menyatakan keyakinannya bahawa HARAPAN akan menyokong cadangan BERSATU. 
 
 
"Sebab mereka tahu kekalahan mereka dulu disebabkan pembangkang tidak cukup bersatu," katanya. 
 
Sumber TKO - 15-3-2017 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
| 
| SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mungkin  berdepan dengan masalah dengan rakan Pakatan Harapan sekiranya menyokong  pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah atau RUU355 yang  dibawa oleh Pas.
 Bukan hanya Bersatu, kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul  Rahman berkata, rakan Pakatan lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah)  dan PKR juga sedang mempertimbangkan tentang RUU tersebut.
 
 "Rakan dalam Pakatan Harapan seperti Amanah dan PKR pun sedang  mempertimbangkan perkara sama (RUU355) sama ada mereka mahu menyokong  atau tidak.
 
 “Saya kira buat masa ini mereka juga sedang memperincikan kandungan  yang terdapat dalam RUU tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar  Online.
 
 Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dilaporkan berkata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong  cadangan RUU355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
 
 Tuan Ibrahim berkata Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama Pas  menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang  berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355  itu.
 
 Sumber TKO - 13-3-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 SHAH ALAM - Armada Bersatu menyifatkan kebanyakan kes rasuah yang berlaku di negara ini adalah dari kalangan pemimpin.
 
 Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, orang yang kononnya  lantang memperjuangkan hak Melayu tetapi orang yang sama inilah  menggadaikan hak-hak Melayu.
 
 “Ini bukan kali pertama kes rasuah yang melibatkan individu-individu di dalam politik.
 
 Sebelum ini kes-kes rasuah seperti penukaran status rumah Bumiputera.
 
 “Kes-kes yang melibatkan hak-hak asas yang sepatutnya disalurkan kepada  rakyat untuk kesenangan dan kemudahan rakyat sendiri tetapi  diselewengkan demi kepentingan duit poket sendiri,” katanya dalam  kenyataan media, hari ini.
 
 Syed Saddiq berkata demikian mengulas beberapa tangkapan yang dibuat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan beberapa  pemimpin dan pegawai kerajaan.
 
 Mengambil contoh bekalan air di Sabah, Syed Saddiq berkata, umum  mengetahui betapa susahnya untuk mendapatkannya dan betapa sengsaranya  anak-anak muda bergelut untuk membeli rumah mampu milik.
 
 “Jika perkara-perkara asas seperti ini pun mampu diselewengkan, belum  lagi projek-projek mahupun tender-tender besar yang berada di luar  pengetahuan kita.
 
 “Ini baru ikan kecil, belum yang besar lagi. Mahukah kita  individu-individu yang sebati dengan budaya korupsi menjadi pemimpin  kita pada masa hadapan?” katanya.
 
 Sumber TKO - 10-3-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 "SAYA bukan pelakon, saya cuma nyatakan pendirian dan  pandangan saya seperti biasa," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir Mohamad mengenai penglibatan beliau dalam filem pendek  bertajuk Sikap.
 Menurutnya, pada mulanya beliau agak takut untuk mengambil bahagian dalam projek ini.
 
 "Mula-mula takut nak terlibat tetapi melihatkan tujuan filem ini adalah  untuk beri panduan pada generasi muda, saya sahut cabaran.
 
 "Diharapkan bahawa mesej daripada filem pendek ini sampai ke golongan  muda dan dapat dijadikan panduan, bagaimana mereka ingin mengatasi  masalah yang ada kini," katanya ketika ditemui di Tayangan Perdana dan  Bicara Filem Pendek, Sikap.
 
 Sikap membicarakan tentang isu-isu semasa yang dihadapi anak muda masa  kini seperti peningkatan kos sara hidup, kesukaran mendapat pekerjaan  dan lain-lain.
 
 Tambah Mahathir lagi, beliau menerangkan perbezaan seorang pelakon dengan dirinya.
 
 "Pelakon akan menjadi seorang karakter lain yang bukan dirinya, buat sesuatu yang tidak neutral.
 
 "Penglibatan saya dalam filem pendek ini, saya beritahu apa yang saya  faham, penting untuk disuarakan dan mesej tersebut dapat disampaikan,  sebab itu saya bukan pelakon,"katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 10-3-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan cadangan DAP  supaya melantik Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya  akan datang.
 
 “Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri).  Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk  suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) itu.
 
 “Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota  gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di  Yayasan Kepimpinan Perdana.
 
 
 Semalam, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata Wan Azizah, yang  juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh menjadi perdana menteri  wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.
 Loke berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy  Jamaluddin mengimpikan seorang perdana menteri wanita di Malaysia  menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
 
 “Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana  menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke  ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.
 
 Sumber TKO - 10-3-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------Hubungan BERSATU-PAS bertambah baik - Muhyiddin
 Posted on Thursday, March 09 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33918
 |  
  
 Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk  rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
 "(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.
 
 "Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.
 
 
 "Ini satu kemajuan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.
 
 Sumber TKO - 9-3-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 BANGI: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir  Mohamad pula mencabar Datuk Seri Nazri Aziz supaya beliau bertanding di  Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.
 
 “Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau pada sidang media.
 
 Kata Dr Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas.
 
 “Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
 “Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja.”
 
 Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mencabar bekas Dr.  Mahathir selepas mendapat tahu bekas Perdana Menteri itu akan menyertai  lawatan PPBM ke Padang Rengas lewat bulan ini.
 
 
 Nazri berkata, cabaran itu akan diberikan kepada Presiden PPBM, Datuk  Seri Muhyiddin Yassin jika Dr. Mahathir enggan berbuat demikian.
 
 “Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
 
 “Lawatan itu melambangkan betapa hebatnya saya sebagai seorang ahli  politik kerana mereka perlu datang ke sini untuk mengalahkan saya, maka  lebih mudah untuk mereka menjatuhkan Umno.
 
 “Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan  datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan  datang.”
 
 Nazri berkata, adalah lebih baik jika Dr Mahathir yang bertanding,  jika bekas Perdana Menteri itu tidak dapat maka terpaksalah beliau  bertanding dengan Muhyiddin.
 
 Bulan lalu, dr Mahathir dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Langkawi, Kedah.
 
 Sepanjang tempoh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981,  beliau meletakkan tumpuan yang banyak kepada pembangunan Langkawi.
 
 Beliau mengisytiharkan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai untuk  menggalakkan aktiviti perdagangan dan menubuhkan Lembaga Pembangunan  Langkawi untuk membawa pembangunan di pulau itu.
 
 Sumber TKO - 6-3-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------Saya pernah tolak tawaran jadi KM - Shafie
 Posted on Saturday, March 04 @ 13:37:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33839
 |  
  
 Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie  Apdal berkata beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi  ketua menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu dari Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau akan bertanding di kerusi  negeri jika beliau mahu menjadi ketua menteri Sabah, dan bukan di kerusi  parlimen.
 
 "Siapa pernah dengar seorang ketua menteri bertanding di kerusi Parlimen?" tanya beliau.
 
 Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah menegaskan demikian di satu majlis parti itu di Sabah hari ini.
 
 Semalam Najib berkata, seorang bekas menteri persekutuan, yang kini mengetuai sebuah parti pembangkang, telah meminta jawatan ketua menteri Sabah.
 
 Najib menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri itu.
 
 Walaupun beliau tidak menyebut nama, tapi Najib dipercayai merujuk kepada Shafie.
 
 Sumber TKO - 4-3-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat  'pusingan U' dengan menyebelahi pakatan pembangkang dan menggunakan  analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan tersebut.
 
 "Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu  apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh  dilalui.
 
 "Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang  dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan  menjadikan saya pengkhianat kepada negara.
 
 "Oleh itu, buat pusingan U," kata Dr Mahathir dalam catatan di blognya malam ini.
 
 Tambah beliau, hanya orang 'bodoh atau rasuah' akan menyokong Najib  dan mengabaikan kecaman antarabangsa berhubung dengan skandal 1MDB.
 
 Mahathir turut memberi maklum balas kepada Pembantu Perdana Menteri,  Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menuduh bekas perdana  menteri itu untuk merosakkan negara ini.
 
 Mahathir menyenaraikan berjela-jela laporan berita antarabangsa yang  menonjolkan rasuah yang serius di Malaysia sambil menekankan bukan  beliau sahaja yang membangkitkan kebimbangan tersebut.
 
 Tengku Sariffuddin sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir  diibaratkan sebagai seekor 'harimau tua' yang digeruni selama 22 tahun  sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan  kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan  politik atau nyanyuk.
 
 Kata Tengku Sariffuddin, bekas perdana menteri sepatutnya bersara  sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.
 
 "Dulu ada 'harimau Asia' bernama Dr Mahathir yang digeruni semua  orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang  memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.
 
 "Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (pemimpin  supremo DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang  dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi timbalan  perdana menteri," kata beliau lagi.
 
 Sumber TKO - 3-3-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 Harap lawatan Raja Salman rungkai isu ‘derma'
 Posted on Tuesday, February 28 @ 09:26:54 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  budakjalanan
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33760
 |  
  Oleh Roslinda Hashim
 
 ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir  menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa satu perjumpaan akan diadakan  antara Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dengan Pengerusi  Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 
 
Menurutnya, setakat ini, tiada pertemuan rasmi diatur oleh kedua-dua pihak.
 “Tiada permohonan daripada pihak Raja Salman untuk bertemu Mahathir atau sebaliknya,” katanya.
 
 Mukhriz berkata, lawatan itu diharap dapat merungkai persoalan  melibatkan wang derma AS$681 juta melibatkan 1MDB, namun bimbang lawatan  itu disalahguna oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk  mengaburi dakwaan yang menjadi krisis politik terbesar dalam negara.
 
 “Sudah pasti kerajaan pimpinan Najib ambil kesempatan atas lawatan itu  bukan untuk kepentingan Malaysia, namun kepentingan peribadi beliau  dengan muslihat untuk mengiakan dakwaan AS$681 juta yang dimasukkan ke  akaun peribadi miliknya adalah derma seorang Putera Raja Arab Saudi,”  katanya.
 
 Menurutnya, rakyat  mengharapkan agar isu berkenaan diperjelaskan Raja Salman supaya rakyat mengetahui kebenarannya.
 
 “Betulkah itu wang derma kerana jumlahnya terlalu banyak. Jika ya,  adakah wang itu untuk dana pilihan raya Umno? Atau untuk membiayai  gerakan menentang ancaman Isis dan Yahudi seperti dikatakan beberapa  Menteri Kabinet?,” katanya.
 
 Katanya, rakyat masih tertanya-tanya sama ada sejumlah AS$620 juta  dipulangkan kepada penderma kerabat diraja itu seperti diumumkan.
 
 “Persoalan ini perlukan pengesahan Raja Salman sendiri. Isu ini perlu  diselesaikan kerana Najib dan jentera propaganda beliau akan wujudkan  gambaran kononnya tiada masalah dengan Arab Saudi, selain dapat  mengesahkan dakwaan wang tunai itu sememangnya sumbangan ikhlas Kerabat  Diraja Arab Saudi,” katanya.
 
 Menurutnya, pengesahan itu amat perlu kerana turut melibatkan isu penyelewengan wang 1MDB.
 
 “Demi nama baik Malaysia yang kini terpalit dengan skandal politik  terburuk, Raja Salman perlu mengesahkan dakwaan, seorang Putera Raja  Arab Saudi telah menderma wang kepada Najib.
 
 Sekiranya tidak disahkan, isu itu akan berlarutan dan Najib terus  menyalahgunakan kuasa walaupun kehilangan kepercayaan rakyat,” katanya.
 
 Katanya, pihaknya tidak mahu Najib menyalah guna lawatan itu untuk  menutup jenayah yang beliau lakukan dan sudah diketahui dunia.
 
 “Saya harap isu itu diperjelaskan baginda kerana isu berkenaan turut  jejaskan nama baik kerajaan Arab Saudi, kerana dikaitkan wang derma,”  katanya.-S/H
 
 Sumber TKO - 27-2-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| 
 
The Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) wants an election pact with PAS to avoid three-cornered fights during the coming 14th General Election (GE14).
 
Its deputy president, Datuk Seri Mukhriz Mahathir said PPBM would hold talks with PAS to form an election pact.
 
“Like it or not, we (PPBM) need to have a date to finalise if we can have a pact with PAS, even if it is an electoral one,” he told reporters here today.
 
Mukhriz was here to attend the four-day PPBM retreat programme which began on Monday.
 
Also attending the programme were party chairman, Tun Dr Mahathir Mohamad and president, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was reported saying that PAS would stick to its decision not to work with PPBM for as long as it collaborated with DAP and Parti Amanah Negara.
 
Meanwhile, Mukhriz said for the GE14, PPBM would concentrate on Malay-majority areas. — Bernama
 
Sumber BO - 24-2-2017
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, boleh menjadi perdana menteri jika ia  diingini masyarakat Melayu, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 Berucap di Balik Pulau malam tadi, bekas perdana menteri itu  bagaimanapun berkata, buat masa ini Lim tidak dapat menjadi perdana  menteri kerana DAP adalah "parti kecil".
 
 "Dulu ada dengar (orang cakap), kalau Umno jatuh, Kit Siang akan jadi PM.
 "DAP parti kecil, (ia) tak akan berlaku... lainlah kalau orang Melayu  (yang) nak," kata Dr Mahathir di depan kira-kira 1,500 orang yang hadir  di ceramah berkenaan.
 
 Sejak akhir-akhir ini Umno mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia  sebuah negara sekular jika BN kalah pada pilihan raya umum akan datang.
 Pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga  tahun depan walaupun beberapa pihak menjangkakan ia boleh diadakan  seawal tahun ini.
 
 Lim menganggap tuduhan kepada DAP itu sebagai fitnah dan tidak pernah  terfikir untuk menjadi perdana menteri sejak terlibat dalam politik  lebih 50 tahun lalu.
 
 Pada masa sama Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama  22 tahun menawarkan BERSATU sebagai alternatif kepada Umno.
 
 "Kalau nak selamatkan Melayu, sokong parti Pribumi (BERSATU)," katanya lagi.
 
 Sepanjang ucapannya selama kira-kira 40 minit itu, Dr Mahathir mengulangi kritikan kerasnya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
 
 Perkataan seperti "pencuri", "penyanggak" dan "perompak" diucapkan  beliau untuk merujuk kepada Najib dan sesekali hadirin bersorak  mendengarnya.
 
 Pada suatu ketika ada hadirin yang menjeritkan ungkapan "Tangkap dia!" selepas Dr Mahathir membuat kecaman kepada Najib.
 
 Bagaimanapun Dr Mahathir membalas: "Macam mana kita nak tangkap dia?  IGP (ketua polis negara) tak mau, peguam negara akan cakap dia tak buat  salah apa-apa..."'
 
 Beliau juga memberi jaminan pakatan pembangkang - melibatkan DAP,  PKR, Parti Amanah Negara dan BERSATU mempunyai rancangan konkrit untuk  menyelamatkan Malaysia.
 
 Sumber TKO - 20-2-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 Sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk
 Posted on Thursday, February 16 @ 12:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33626
 |  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr  Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu  bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan  kerjasama antara parti itu dengan Pas.
 Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat  cara bekas Perdana Menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' Pas untuk  kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.
 
 "Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang  buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah)  tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk,"  katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan  Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
 
 Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada Pas untuk  menyertai Pakatan Harapan, namun Pas memutuskan untuk tidak menyertai  pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah  Negara (PAN).
 
 Beliau kemudiannya menyelar tindakan Pas dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi BN pada PRU14.
 
 Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan  berkata, jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya  membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti  membawa hala tuju masing-masing.
 
 "Kita (Pas) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa  Pas tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan  Harapan.
 
 
 "Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata  kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan  masing-masing," katanya. - Bernama
 
 Sumber TKO - 16-2-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi tempoh sebulan dari  hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai  Pakatan Harapan ataupun tidak, kata pengerusinya, Tun Dr Mahathir  Mohamad.
 
 Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan  dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas,  keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
 
 "Kalau PAS tak nak masuk (Pakatan Harapan) pun, terpulanglah,"  katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana BERSATU-DAP di Alor  Setar hari ini.
 
 Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan  Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai  perkara itu.
 - Bernama
 
 Sumber TKO - 12-2-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
 PMSP mahu Interpol beku aset Tun M
 Posted on Saturday, February 11 @ 12:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33554
 |  
  
 KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) mahu Interpol  membuka semula kes siasatan Allahyarham Jalil Ibrahim dan skandal BMF.
 Pegawai Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah berkata, pembunuhan Jalil  yang juga juruaudit BMF pada tahun 1983 itu ada kaitan dengan skandal  BMF.
 
 Selain itu, PMSP juga mahu Interpol siasat kes kerugian Bank Negara  Malaysia akibat urusniaga mata wang sepanjang tahun 1991 hingga tahun  1993.
 
 Siasatan semula perlu memandangkan ada perkembangan terbaharu seperti  dilaporkan oleh CIA dan pengakuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara  Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini, katanya.
 
 “PMSP juga mahu tindakan membekukan aset Perdana Menteri ketika itu  (Tun Mahathir Mohamad) termasuk dakwaan beliau ada jongkong emas di  Itali seperti tular di media sosial,” ujarnya ketika ditemui di Kedutaan  Besar China di sini petang tadi.
 
 Mahathir kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
 
 Menurut Shafik, proses menyita aset merupakan prosedur biasa dalam sesuatu kes siasatan.
 
 
 Menurut Shafiq, dokumen dan surat desakan itu disampaikan kepada  wakil kedutaan itu memandangkan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China,  Meng Hong Wei juga merupakan Presiden Interpol.-MalaysiaGazette
 
 Sumber TKO - 11-2-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu selama 45 minit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
 
 Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
 
 Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
 
 Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
 
 "Kita (BERSATU) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata Pengerusi BERSATU itu.
 
 "Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini," katanya.
 
 Mahathir membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 hari ini dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
 
 Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
 
 Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.
 
 Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula presiden BERSATU yang juga bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
 
 Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu Hakim Azizul Azmi Adnan di mahkamah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memanggil Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi mereka.
 
 "Kami sedang mempertimbangkan memanggil Mahathir dan Muhyiddin. Ini selain saksi lain (MB Selangor) Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail dan (bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang) Mansor Othman," katanya.
 
 Dilaporkan sebelum ini bahawa Khairy dan tiga saksi beliau memberi keterangan bagaimana Anwar berusaha menjatuhkan Mahathir pada tahun 1998, di mana bekas ketua pembangkang itu menafikannya.
 
 Hakim Azizul mengarahkan Sivarasa dan peguam Anwar yang lain memfailkan kenyataan saksi Mahathir dan Muhyiddin pada 16 Februari, jika mereka memilih untuk memberi keterangan pada tarikh perbicaraan akan datang pada 20 Februari.
 
 Sumber TKO - 10-2-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
 Rakyat tak terbeban jika kerajaan jaga kebajikan
 Posted on Friday, February 10 @ 07:44:01 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33535
 
 
 
 |  SHAH ALAM - Rakyat tidak akan terbeban dengan kos sara hidup sekiranya  masyarakat bernaung di bawah kerajaan yang telus menjaga kebajikan  rakyat.
 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, sekiranya kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib  rakyat, kerajaan akan lebih berhati-hati dalam menangani kos kenaikan  harga minyak negara ini.
 
 "Saya menerima maklum balas keluhan rakyat berkaitan kenaikan harga  petrol pada awal bulan ini ketika kos barang-barang keperluan semakin  meningkat.
 
 Perkara ini mampu ditangani jika kerajaan lebih  bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
 
 "Sebaliknya, pentadbiran kerajaan dilihat tidak telus, pembaziran yang  melampau dan pengurusan kewangan yang tidak efisien sehingga  mengakibatkan ekonomi negara tidak menentu," katanya dalam kenyataan,  hari ini.
 
 Harga petrol dan diesel kini berada pada paras tertinggi sejak Januari  2016 ekoran kenaikan terbaru sebanyak 20 sen mulai 1 Februari lalu.
 
 RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.60 seliter. Diesel pula berada pada harga RM2.15 seliter.
 
 Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya berani bertekad serta  bersatu hati melakukan perubahan yang sedang melanda dan merosakkan  negara.
 
 "Segala kemungkaran pula harus ditentang supaya kehidupan generasi akan datang lebih terjamin," katanya lagi
 
 Sumber TKO - 10-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony  menggesa Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) supaya membuat laporan  terhadap semua syarikat Sabah yang dianugerahkan tender oleh Kementerian  Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan bukan hanya memberi tumpuan  kepada syarikatnya sahaja.
 Peter berkata, syarikatnya, Asli Jati Engineering, telah mempunyai  rekod prestasi yang baik sebagai kontraktor bagi kerajaan selama lebih  satu dekad dan semua kontrak diperolehi melalui proses tender terbuka.
 
 Beliau berkata laporan GAUM, yang mengaitkan syarikatnya, pada  asasnya mempersoalkan proses yang diamalkan oleh kerajaan semasa BN.
 
 GAUM telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) pada 2 Februari terhadap presiden WARISAN, Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal kerana didakwa menganugerahkan kontrak kepada seorang  sekutu rapat apabila beliau menjadi menteri pembangunan luar bandar dan  wilayah.
 
 Peter berkata terdapat banyak syarikat lain yang mendapat kontrak  yang berkaitan dengan industri air apabila Mohd Shafie merupakan menteri  dan mempersoalkan sama ada GAUM mengambil berat tentang mereka.
 
 "Adakah (pengerusu GAUM Datuk) Zulkarnian (Mahdar) akan membuat  laporan SPRM yang sama terhadap mereka?" tanya Peter dalam satu  kenyataan semalam.
 
 Beliau berkata Asli Jati Engineering memperolehi dua kontrak apabila  Mohd Shafie merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah  melalui proses tender terbuka.
 
 "Jadi beritahu saya apa yang salahnya dianugerahkan projek oleh  kementerian luar bandar dan wilayah? Saya lebih daripada bersedia untuk  bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan oleh SPRM.
 
 
 "Jika mereka memerlukan bantuan saya, saya boleh beri setiap butiran termasuk dokumen tender jika diperlukan," kata Peter.
 
 Sumber TKO - 8-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 PETALING JAYA -  Bersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama  dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN  dapat direalisasikan.
 
 Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata,  setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang  keputusan.
 
 "Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.
 
 "Tetapi kita harap Pas akan bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu  supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat,  terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja  bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
 
 Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang  dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli  Umno.
 
 "Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut  dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap  untuk memudahkan diri mereka.
 
 "Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi  kalau mereka dengar penjelasan kita,  mereka terpaksa berfikir dan  proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh  mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.
 
 
 
 Sumber TKO - 8-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 PETALING JAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari  ini menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan  hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 Syed Saddiq berkata, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.
 
 "Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan  Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak  mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara  peribadi," katanya pada sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di The  Club, di sini, hari ini.
 
 
 Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sekiranya pemimpin tertinggi  Pakatan Harapan tidak bersedia untuk berbuat demikian, beliau sendiri  akan melakukannya.
 
 "Saya akan pergi sendiri kalau mereka tak nak," katanya.
 
 Ujar Syed Saddiq, cadangannya itu mengambil contoh pendekatan yang  digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya  mendekati Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan cara  tersebut.
 
 
 "Anwar bukan senang hendak dekati Tok Guru tetapi dia hampir setiap minggu mengunjungi rumah Tok Guru," katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 8-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Bekas menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini  memfailkan saman fitnah terhadap bekas timbalan pengerusi DAP Tunku  Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 Saman itu dibuat susulan kenyataan Tunku Aziz bahawa wujud pakatan  sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen  DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.
 Kenyataan Tunku Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.
 Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui tetuan Haniff Khatri.
 Dalam penyata tuntutannya, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku  Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya  politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.
 Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.
 
 Plaintif juga menegaskan telah memfailkan tindakan undang-undang  kepada setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad  atas dakwaan komplotnya bersama Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.
 
 Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan  cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan  jahat yang diungkapkan.
 
 Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.
 
 Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus  mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.
 
 Sumber TKO - 7-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR, Datuk Ezam Mohd. Noor  menafikan dakwaan akan menyertai DAP sebaliknya mahu menumpukan sepenuh  masa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hisbah Centre For Reform.
 Katanya, keputusan tidak menyertai mana-mana parti itu kerana beliau  memilih untuk terus mengekalkan jawatan selaku pengerusi dalam NGO  berkenaan yang beribu pejabat di Indonesia.
 
 “Tumpuan saya sekarang sepenuhnya kepada Hisbah Centre dalam isu rasuah negara.
 
 “Buat masa ini, tidak timbul untuk menyertai mana-mana parti lain  kerana saya telah mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan selaku  Pengerusi Hisbah Centre,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada  Utusan Online di sini hari ini.
 
 Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan  mahu menyertai parti DAP selepas kecewa dengan arah tuju Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) yang disertai pada 12 Oktober lalu.
 
 Sumber TKO - 2-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.
 
 Perkara tersebut disahkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM),  Datuk Azwanddin Hamzah dan berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu  akan dipanggil dalam masa terdekat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
 
 
 Ia setelah pihaknya berjaya menyerahkan semua dokumen yang lengkap  melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkaitan  dengan kes berprofil tinggi berkenaan kepada pihak jabatan tersebut di  sini Khamis.
 
 “Saya difahamkan oleh Penolong Pengarah Bahagian  Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil  (Muhyiddin) kerana telah pun menerima beberapa dokumen dan bukti  daripada pihak JMM sendiri.
 
 
 
 
“Ia sekali gus cukup syarat untuk memanggil Muhyiddin supaya  dapat hadir. Fail berkaitan kes ini juga telah dibuka dan diteliti oleh  JAIJ malah pihak kami akan membantu untuk menyalurkan segala dokumen dan  bukti yang ada. 
 “Justeru, JAIJ akan panggil Muhyiddin untuk bantu siasatan dalam masa terdekat,”  katanya yang hadir memberi keterangan dan menyerahkan dokumen dan bukti  mengenai kes tersebut di Bahagian Penguatkuasaan JAIJ di sini.
 
  Azwanddin kelihatan tiba di pejabat bahagian tersebut pada pukul  10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Shaiful  Najib berhubung kes skandal Muhyiddin dengan wanita bukan Muslim  tersebut.
 
 Pada 2 September tahun lalu, Azwanddin pernah menggesa Muhyiddin  supaya segera tampil memfailkan saman malu terhadap seorang peguam  terkenal, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Nika Gee Siew  Yee.
 
 Pasangan itu berkahwin pada 2007 sebelum Augustin memfailkan  perceraian pada 2014. Beliau mempunyai tiga anak daripada perkahwinan  terdahulu manakala Siew Yee pula dua anak hasil perkahwinan sebelum itu.
 
 Kes perceraian berprofil tinggi pasangan itu menarik perhatian ramai  kerana turut melibatkan dengan jelas nama Muhyddin sebagai alasan mantan  timbalan pendakwa raya berkenaan mahu berpisah daripada pasanganya.
 
 Terdahulu pada 2 Jun tahun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah berhubung skandal antara Muhyiddin dan isterinya.
 
 Ahli Parlimen PPBM Pagoh itu pernah menafikan dakwaan tersebut tetapi  enggan mengulas lanjut isu berkenaan apatah lagi bersumpah menjunjung  al-Quran bagi membersihkan namanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 Sumber TKO - 2-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Kerjasama antara PAS dan Parti Pribum Bersatu Malaysia (BERSATU) akan  merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh  antara parti-parti pembangkang, kata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.
 “BERSATU sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.
 
 “Persefahaman yang dicapai dengan PAS ini akan melengkapkan usaha ke  arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan  InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang  menjelang PRU-14,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
 
 PAS dan BERSATU, semalam mengadakan mesyuarat tertutup di mana  kedua-dua parti bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa induk  bersama bagi merangka kerjasama bagi menghdapi pilihan raya akan datang.
 
 “Saya berdoa semoga perjanjian BERSATU-PAS akan dapat dimeterai oleh  saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam tempoh  beberapa hari akan datang,” katanya.
 
 BERSATU sebelum ini berusaha keras bagi memujuk PAS supaya pada  pilihan raya akan datang hanya menyaksikan pertanding satu penjuru di  antara pembangkang dan BN.
 
 Bagaimanapun, PAS tidak sehaluan dan mempunyai masalah dengan sekutu  BERSATU dalam Pakatan Harapan, iaitu parti serpihannya, AMANAH dan DAP.
 
 AMANAH dan PAS dikatakan berkemungkinan besar menentang satu sama lain.
 
 Begitu juga, Mahathir menjadikan keadaan lebih tegang dengan PAS, dengan berkata pembangkang tidak memerlukan mereka.
 
 Sumber TKO - 2-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 Rakyat Malaysia begitu dibayangi dgn momentum kejayaan secara kolektif 22 tahun pentadbiran Tun M... momentum ini kemudiannya diambil dan dijadikan bench mark untuk dibuat perbandingan dengan keadaan semasa, iaitu senario 2015-2017...
 
 Apa kata untuk kali ini, kita sebagai rakyat Malaysia bersikap bijak dan adil dlm membuat perbandingan... letakkan satu 'bench mark' yg lebih kukuh dan spesifik, sebagai contoh... perbandingan 7 tahun awal antara kepimpinan Tun M (1981-1988)
 
 TUN MAHATHIR...
 
 
Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama beliau berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran kita... 
 
Mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia... 
 
Menggandakan hutang kita atas tahap 100% nisbah Hutang kepada KDNK... 
 
Menggandakan hutang luar negera kita, lebih dari dua kali ganda kadar pengangguran, menjunam negara kita ke dalam kemelesetan... 
 
Menyalahgunakan Maminco dan memusnahkan industri bijih timah - industri eksport utama kita... 
 
 
Salah urus kejadian tragis Memali yang mengakibatkan kematian 18 orang awam dan pegawai polis... 
 
Memaksa peletakan jawatan Timbalan PM beliau, Menteri Kewangan, memecat 3 Menteri kabinet lain dan 4 Timbalan Menteri semasa bulan Ramadhan... 
 
Memusnahkan sistem kehakiman... 
 
Menipu berbilion-bilion pemilikan Bumiputera dalam KWSP melalui Makuwasa... 
 
Membenarkan BMF lingkup dengan RM2.5 bilion hutang... 
 
 
Hampir membenarkan rusuhan kaum besar-besaran sebelum mencampak lebih daripada 100 orang ke dalam penjara di bawah ISA melalui Ops Lalang... 
 
 
 
 
 
 
 
Menutup 4 akhbar utama termasuk Sin Chew, Watan dan The Star... 
 
Memecahkan UMNO pada dua bahagian dan menyebabkan ia diisytiharkan haram. 
 Dan pada masa itu, bukan satu tetapi DUA bekas PM - Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn, Timbalan PM dan Menteri Kewangan beliau berkata dia tidak berguna.
 Sumber TKO - 28-1-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Skandal BMF antara Mahathir dan Tengku Razaleigh (video)
 Posted on Friday, January 27 @ 08:23:58 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=3334
 |  
 Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=88_WuB5N8h8
 
 
 
Luahan  Tengku Razaleigh ketika di tuduh oleh Mahathir berkenaan skandal  BMF... tapi sekarag skandal BMF memanggil² nama Mahathir pula... 
 Dalam Ucapan di Gua Musang pada 1987, Tengku Razaleigh Hamzah menjawab  tuduhan rasuah & skandal BMF ketika beliau sebagai Menteri Kewangan.
 
 Sekarang kita tahu mungkin disedari bahawa PENYANGAK WANG RAKYAT masih hidup dan akan menerajui rakyat untuk melawan PEROMPAK WANG RAKYAT.
 
 Siapa pilihan anda?
 Anda mahu bersama siapa?
 
 
 
 Sumber TKO - 27-1-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil mengucapkan “Kong Hee Fatt Choy”, berkata beliau bukan anti-Cina.
 
 Bekas perdana menteri dalam catatan blog terbaharu berkata ada usaha  “pihak tertentu” yang mempunyai agenda politik mahu melabel beliau  seorang anti-Cina.
 
 Beliau berkata: “Saya tidak anti-Cina. Saya pro-rakyat dan Malaysia yang berbilang kaum.”
 
 Dr Mahathir berkata pihak yang cuba menggambarkan beliau sebagai anti-Cina itu sebenarnya mahu orang Cina tidak menyokong DAP.
 
 
 Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihak itu lupa beliau juga tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
 
 “Saya menentang penghijrahan besar-besaran dari mana-mana negara.  Mana ada negara yang benarkan penghijrahan besar-besaran. Menjual tanah  kepada orang asing supaya mereka boleh bina bandar untuk orang asing  bukan FDI.”
 
 Bekas perdana menteri menambah: “Rekod menunjukkan semua bangsa  makmur semasa saya menjadi perdana menteri. Malah, Malaysia dikenali  sebagai Harimau Asia.
 
 “Saya dan isteri mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ kepada semua kawan  berbangsa Cina, termasuklah mereka yang menegur kami di pusat beli belah  dan majlis keramaian.”
 
 Dr Mahathir mengucapkan terima kasih di atas sokongan kawan dan  penyokong berbangsa Cina semasa dan selepas tempoh beliau sebagai  perdana menteri.
 
 Sumber TKO - 27-1-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| 
  
 Isu 1MDB jauh lebih serius berbanding dokumen Agensi Perisikan Pusat  (CIA)
 yang mengandungi dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam  skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF), kata Lim Kit  Siang.
 
 Pemimpin veteran DAP itu memberitahu, dokumen CIA yang dibatalkan
 kerahsiaannya itu tidak mengandungi sebarang maklumat baru.
 
 Malah kata Lim, beliau sendiri sudah mendedahkan lebih banyak  mengenai isu berkenaan berkenaan melalui kenyataan akhbar serta ucapan  di parlimen.
 
 "Laporan tu tidak menyatakan apa-apa yang belum pernah saya katakan  sebelum ini," katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.
 
 Melalui laporan CIA yang tidak lagi diletakkan di bawah kategori  rahsia, skandal kewangan yang menyebabkan kerugian AS$1 bilion pada awal  1980-an lalu ada
 kaitan dengan dengan Umno.
 
 Dr Mahathir adalah presiden Umno dan perdana menteri ketika itu.
 
 Ia menjadi isu besar kerana institusi kewangan itu adalah anak syarikat Bank
 Bumiputra Malaysia Bhd yang dimiliki kerajaan.
 
 Seorang juruaudit BMF, Jalil Ibrahim, ditemui mati dibunuh di Hong Kong ketika
 dia menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
 
 Hari ini Dr Mahathir mendakwa maklumat yang terkandung dalam dokumen itu bertujuan untuk memburuk-burukkannya.
 
 Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah berkata beliau sudah  membahaskan laporan BMF itu namun berbeza keadaannya dengan 1MDB.
 
 "Saya tak dibenarkan membangkitkan isu 1MDB di parlimen pun (dan)  saya
 mungkin tak dibenarkan menyebut perkataan kleptokrasi," katanya.
 
 Sementara itu Naib Presiden DAP, Dr Ariffin Omar yang turut hadir  pada sidang
 media hari ini berkata kerajaan mendedahkan laporan skandal  BMF berkenaan
 kepada umum.
 
 Katanya, keadaan berbeza dengan 1MDB yang diklasifikasikan di bawah Akta
 Rahsia Rasmi.
 
 "Laporan CIA itu juga tidak pernah mendakwa wang (BMF) berkenaan  masuk ke
 akaun persendirian Dr Mahathir, berbeza dengan skandal 1MDB,"  katanya.
 Sumber TKO - 26-1-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 "Apa salah saya? Adakah saya mencuri duit berbilion dan menjual tanah untuk mengadakan bandar kepada orang asing?", demikian mafhum kata-kata mantan PM, mujadid zaman ini, Dr Mahathir Mohamad.
 
 
 Hebat mujadid ini mensucikan dirinya dari segala dosa.
 
 Dia tuduh PAS makan dedak tapi dia juga melutut merayu PAS untuk bergabung. Dia mengajak PAS bergabung tetapi dia juga mahu menjadi juru arah dengan melatakkan syarat PAS jangan terlalu tegas dengan prinsip yang ada sekarang.
 
 Penulis tidak hairan dengan perangai Dr Mahathir ini. Cakap berbelit-belit. Tak hairan kerana umurnya sudah sampai tahap extra. Sebab purata umur orang malaysia antara enam puluh ke enam puluh lima. Dr Mahathir sudah melebihi umur purata sebanyak tiga puluh tahun. Allah telah memberi umur extra supaya Dr Mahathir melihat sendiri kebobrokan yang dia cipta. Itupun masih tak sedar diri lagi.
 
 Dalam hal skandal ini Dr Mahathir lebih baik dari Tok Najib. Syabash penulis katakan. Sebab skandal kewangan 1MDB Tok Najib melibatkan akaun peribadinya sedang skandal MBF Dr Mahathir tidak melibatkan akaun peribadinya. Ertinya skandal Tok Najib gred D dan skandal Dr Mahathir gred A. Dr Mahathir tidak terlibat dengan skandal MBF sebab ia tidak meliabtkan akaunnya. Maka bersihlah Dr Mahathir.
 
 Namun harus ingat, pemimpin negara maju seperti Jepun, jika menteri kabinet terlibat skandal, PMnya mengambil tanggungjawab meletak jawatan, apa lagi jika yang terlibat akan dihumban rakyat ke dalam tong sampah. Dr Mahathir macam tidak punya rasa tanggungjawab apabila negara kerugian bernbilon ringgit akibat duit macam air dicurah ke Carrien group, kemudian hilang. Sampai sekarang Dr Mahathir seperti tercekik tulang ayam tidak mampu menjelaskan kemana wang itu dilesapkan.
 
 Dosa Dr Mahathir yang paling besar ialah mencela hukum hudud. Tidak ada dosa yang paling besar selain mencela hukum Allah, selain murtad dan syirik. Dalam kes tajaan haji 1MDB, pandai pulak DR Mahathir berfatwa mabrur tak mabrurnya haji dengan wang curi. Cuma Dr ini malu-malu alah, malu-malu kucing untuk berkata "Sepatutnya tangan Tok Najib dikerat kerana mencuri wang rakyat". Dan harus Dr ini akan berkata demikian di masa depan, kerana walau Dr ini penentang hudud tegar tahap gaban, dia bukan ada rasa malu untuk spin 360 darjah demi memuaskan nafsu serakahnya untuk mencapai apa juga hajatnya.
 
 DR Mahathir memang pandai bercakap. Ayatnya berbunga. Nadanya membuat orang terpesona. Dia boleh memutar kata hingga yang salah menjadi benar. Itulah kelebihanya. Namun orang yang kurang cerdik sahaja yang boleh dipukaunya, orang berakal tidak.
 Wassalam.
 
 Sumber HD - 26-1-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| PUTRAJAYA – Masa depan hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (Bersatu) bakal dimuktamad pada 2 Februari depan. 
 Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah  mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada Pas dan sedang menungggu  maklum balas.
 
 Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan Pas dan Bersatu  akan diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir  Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan  tersebut.
 
 “Bentuk kerjasama antara Pas dan Bersatu hanya lebih kurang sama dengan  kerjasama yang kami (Bersatu) meteraikan dengan Pakatan Harapan.
 
 “Rundingan yang akan berjalan antara Mukhriz dengan Timbalan Presiden  Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan menentukan pendirian kami  dengan Pas, ” jelas Tun Mahathir dalam sidang media di sini, hari ini.
 
 Sumber TKO - 25-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir  Mohamad, mendakwa ada beberapa pimpinan PAS "mensabotaj" rundingan bagi  membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.
 
 Kata Dr Mahathir, antara pemimpin yang dimaksudkannya ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
 
 Menurut bekas perdana menteri itu, pemimpin PAS yang bertindak begitu  "lebih teruk" daripada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya tidak  dikritik parti berkenaan atas pelbagai isu, termasuk skandal 1MDB.
 
 "Bagi pemimpin itu - mungkin bukan pemimpin lain tetapi yang  menyuarakan serangan terhadap saya - bagi dia, yang jahat adalah saya.
 "Jadi saya nak tahu di mana saya jahat?
 
 "(Adakah kerana) saya mencuri duit berbilion-bilion, ataupun saya  tubuhkan syarikat berbilion-bilion, lepas itu duit hilang; ataupun saya  jual negara ini kepada negara lain untuk mereka mengadakan bandar-bandar  untuk orang asing ini?" katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
 
 Selain Mohd Zuhdi, Dr Mahathir tidak menamakan sebarang tokoh PAS  yang dimaksudkannya cuba mensabotaj rundingan kerjasama antara parti itu  dengan BERSATU.
 Malaysiakini sudah menghubungi Mohd Zuhdi dan sedang menunggu reaksinya terhadap kenyataan Dr Matahir itu.
 Pada 22 Januari lalu Mohd Zuhdi mendakwa kenyataan pernah dibuat Dr  Mahathir mengeai PAS bukan disebabkan beliau memandang rendah kepada  parti berkenaan.
 
 Bertemu PAS awal Februari
 
 Sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Dr Mahathir bimbang terhadap pengaruh PAS  dan ia adalah sebahagian daripada strategi politik bekas perdana  menteri itu.
 
 "Dr Mahathir adalah seorang diktator politik,  dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana  menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga  perdana menteri sekarang.
 
 "Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua  pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya,  daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.
 
 "Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah raja-raja Melayu," katanya dalam kenyataan terbuka itu.
 
 Sementara itu Dr Mahathir berkata, delegasi BERSATU diketuai timbalan  presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertemu wakil PAS untuk  membincangkan pendirian parti berkenaan terhadap cadangan membentuk  gabungan rasmi pembangkang.
 
 Pertemuan itu, katanya, akan diadakan pada 2 Februari ini.
 
 Mukhriz pula memberitahu BERSATU sudah menghantar draf rangka kerja  persefahaman untuk diteliti dan menjangkakan reaksi mereka pada  pertemuan akan datang.
 
 Kata bekas menteri besar Kedah itu, draf berkenaan adalah sama seperti yang ditandatangani BERSATU dengan Pakatan Harapan.
 
 Sumber TKO - 25-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KUALA LUMPUR: Pencetus Deklarasi Rakyat, Tun Dr  Mahathir Mohamad yang  menggunakan isu 1MDB bagi mendesak Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan didakwa telah  menggelapkan dana Bank Bumiputra sewaktu tempohnya sebagai  Perdana  Menteri pada era 1980-an.
 Laporan Asian Correspondent memetik fail  Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) Amerika  Syarikat mendedahkan, Dr  Mahathir terlibat secara langsung dengan spekulasi  hartanah oleh anak  syarikat Bank Bumiputra yang berpangkalan di Hong Kong -  Bumiputra  Malaysia Finance Ltd (B.M.F.).
 
 Modus operandi jenayah kleptokrasi yang  dikenali sebagai Skandal BMF itu  menggunakan Carrian Investment Limited  (Carrian Group) sebagai salah satu  penilik hartanah di Hong Kong  antara 1979 dan 1983.
 
 Bank Bumiputra dan anak syarikatnya BMF  membiayai berbilion ringgit kepada  Carrian untuk membeli hartanah di  negara berkenaan sebelum dana berkenaan lesap dan Ketua  Pegawai  Eksekutif syarikat berkenaan, George Tan mengumumkan status bankrap.
 
 "Sewaktu BMF membiayai pinjaman dengan  banyak kepada spekulator hartanah semasa  peningkatan nilai hartanah  Hong Kong lewat 70-an, BMF kata CIA - tidak seperti  bank British lain -  terus mengeluarkan pinjaman perumahan sungguhpun amaran  pasaran lemah  dikeluarkan," tulis laporan berkenaan.
 
 "Hasilnya, Bank Malaysia yang awalnya  ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup  orang miskin Malaysia  terutama dari komuniti Melayu telah kehilangan USD 1  bilion dan  siasatan skandal berkenaan mengambil masa yang begitu panjang  sekali".
 
 Dokumen CIA bertajuk  “The Bank  Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for  Malaysia’s Mahathir?” adalah  antara 13 juta dokumen siasatan yang didedahkan  badan penyiasat itu  untuk rujukan umum.
 
  Fail CIA: “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”
 
 Bekas Perdana Menteri itu menerusi  sidang media pada 2015 menafikan  terlibat dalam skandal berkenaan  dengan berkata: "Saya tidak curi duit itu. Duit  itu hilang dan ianya  duit bank," katanya.
 
 Ujarnya, tidak seperti Najib yang memegang jawatan sebagai Penasihat 1MDB,  beliau tidak memegang jawatan dalam Bank Bumi.
 
 "Saya bukan pengurus bank berkenaan, bukan juga penasihat".
 
 Walaubagaiamanapun dokumen CIA  menerangkan bahawa, sebagai syarikat berkaitan  kerajaan, Bank Bumiputra  melaporkan terus operasinya kepada Kementerian Kewangan  dan Bank  Negara Malaysia (BNM) dan kemudian menyampaikan laporan berkenaan kepada  Dr  Mahathir sebagai Perdana Menteri.
 
 "Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan (Dr  Mahathir).
 
 "Tak mungkin kerajaan tidak mengetahui  peningkatan had pinjaman Bank Bumi kepada  cawangan luar negaranya bagi  membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong  Kong," kata dokumen  berkenaan.
 
 
  Jalil IbrahimKemelut  skandal BMF juga didakwa menjadi punca kepada pembunuhan salah seorang   Pegawai Bank Bumiputra, Jalil Ibrahim, 'yang tahu terlalu banyak'  mengenai  pelaburan antara Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan. 
 Portal citvasia.com berkata, Jalil  ditemui mati pada Julai 1983 dengan kesan  jerut dileher di salah satu  ladang di Hong Kong, tanpa pengenalan diri kecuali  beberapa duit  syiling mata wang Malaysia didalam poket seluarnya.
 
 "Pihak polis tidak mempunyai banyak  maklumat untuk meneruskan siasatan, sehingga  mereka menemui diari  peribadi dan surat pegawai bank berkenaan. Mereka mendapati  pegawai  berkenaan menghadapi kecelaruan minda dan berpendapat bahawa beliau   mengetahui sesuatu rahsia besar.
 
 "Setelah polis mengkaji dokumen  berkenaan, mereka mulai mengesyaki Jalil mungkin  mengetahui rahsia  besar - penyelewangan kewangan dan hubungan merbahaya yang  bukan sahaja  boleh mengancam nyawanya bahkan memusnahkan bank dan negaranya.
 
 "Dan nampaknya, kebimbangangan Jalil  menjadi kenyataan - pegawai bank itu  disenyapkan sebelum beliau boleh  mendedahkan perkara tersebut," kata portal  berkenaan.
 - Malaysian Digest
 
 Sumber TKO - 25-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
| 
| SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui sukar untuk pembangkang menawan  kembali negeri yang pernah diterajuinya sebelum ini.
 Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali Kedah akan  diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan ia kembali ke tangan  pembangkang.'
 
 "Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di  pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di  negeri itu.
 
 "Jadi pihak lawan ini (pembangkang) tidak mudah. Kita tahu yang kita  sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan BN,"  katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dipetik sebagai  berkata, Umno Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di  bawah pimpinan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
 
 Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara kesukaran yang terpaksa  ditempuh Bersatu di negeri itu termasuklah sukar untuk mendapatkan  tempat untuk berceramah dan berkempen.
 
 "Saya ingat semua pihak tentu akan kerja kuat untuk meyakinkan rakyat  supaya memihak kepada parti masing-masing pada pilihan raya nanti.
 
 
 "BN ada kelebihan dengan memegang kerajaan sedia ada. Semua kemudahan  kerajaan disediakan bagi kemudahan BN. Kita sebagai pembangkang perlu  berusaha lebih gigih dalam menangani kelemahan yang ada. Nak cari tempat  pun tidak mudah di sini (Kedah)," katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 23-1-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
GUA MUSANG - Kerjasama  antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP,  Lim Kit Siang, tidak boleh dipandang enteng kerana apa jua boleh  berlaku dalam politik. 
 
 
Ahli Parlimen Gua  Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sama ada kerjasama itu berkesan  atau tidak, ia satu perkara yang sukar untuk digambarkan. 
 
"Semua kerjasama adalah  bagus, namun berkesan atau tidak, kita tengoklah macam mana nanti. Saya  bukan ahli nujum untuk meramalkannya. 
 
"Namun, perlu ingat, itu  Dr Mahathir, apa sahaja boleh berlaku," katanya selepas mengadakan  Majlis Perjumpaan Bersama Warga Hospital Gua Musang, di sini. 
 
Sebelum itu, Tengku  Razaleigh juga sempat meninjau perjalanan pembinaan Masjid Razaleigh di  Mukim Bandar Lama, di sini, yang dijangka siap sepenuhnya Mac tahun  hadapan. 
 
- Sinar Harian Sumber TKO - 22-1-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jawatan Timbalan PM, Mahathir atau Guan Eng Cakap Bohong? http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43979-tapi-mahathir-bukan-peduli-semua-ini
DARIPADA  baca dapatan gempak Rafizi yang dah terbukti beberapa kali meleset, baik baca dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Semalam Dr Zuhdi selaku CEO PPP merangkap AJK PAS Pusat membuat kesimpulan dari pendedahan tak sengaja Mahathir tentang persetujuan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan.
 
PPP melihat laluan untuk PAS bekerjasama dengan parti Mahathir PPBM semakin sukar setelah pengakuan itu dibuat. Ini kerana keadaan tersebut sangat mengancam keharmonian negara sekarang. Tanpa menafikan ketempangan yang ada pada kerajaan sedia ada, dengan meletakkan sebuah parti Chauvinis dan Rasis Cina di posisi kerajaan sebuah negara majoriti Melayu akan membuatkan krisis perkauman sekali lagi akan meletus.
PAP Borek, DAP rintik 
DAP sehingga kini masih lagi berideologikan PAP, parti pro-Israel yang kini mentadbir Singapura. Bukan sahaja hubungan antara mereka masih intim, bahkan Lim Kit Siang sendiri pernah cuba menghidupan semula kempen Malaysian Malaysia, sebuah gagasan PAP yang menyebabkan Singapura terkeluar dari Malaysia.
 
Lihatlah apa yang berlaku pada Singapura selepas 50 tahun di bawah pemerintahan PAP sekarang. Dahulu, populasi kaum Cna di Singapura hanya sekitar 50%. Tapi kini sudah sampai 77%! Ironinya, daripada ketiga-tiga bangsa utama di sana iaitu Melayu, Cina dan India, Cina merupakan bangsa paling sedikit melahirkan anak. Bagaimana boleh jadi ramai mendadak itu?
 
Politik di sana juga teruk. Walaupun mendakwa mengamalkan demokrasi, tetapi sebarang usaha untuk menyaingi pengaruh PAP akan disekat berbagai cara, sama sebagaimana Israel di peringkat antarabangsa. PAP didakwa menggunakan akta ala ISA bagi menyekat sebarang usaha yang menggugat kedudukan mereka Badan antarabangsa seperti Asian Legal Resource Centre dan Human Right Watch turut tidak terlepas dari belenggu akta ini.
 
Dahulu Singapura diperintah di bawah kesultan Johor. Selepas wilayah itu diserahkan kepada penjajah, cahaya Islam di Singapura kian kelam. Kini, umat Islam tinggal minoriti, kira-kira 15% sahaja di sana. Pendidikan Islam sangat terhad mengakibatkan ramai muslim tidak mengenal Islam, lebih terpengaruh dengan kehidupan barat.
 
Paling mengejutkan, Singapura kini menjadi pengkalan tentera dan risikan terbesar Israel di Asia Tenggara. Hubungan kedua negara tersebut sangat rapat, walaupun cuba disembunyikan sedaya upaya. Tahun lepas Presidennya telah ke Tel Aviv dan merakamkan penghargaan kepada Israel kerana menyelia pertahanan Singapura sejak kemerdekaan tahun 1965. Februari ini, Perdana Menteri Israel pula dijadualkan ke Singapura.
Taktik Singapura berulang di Malaysia 
Bagaimana PAP boleh menukar Singapura sampai jadi begitu? Panjang ceritanya. Tetapi titik permulaannya seakan seperti apa yang sedang diusahakan DAP sekarang. Mereka tidak gelojoh. Mula-mula mereka berikan jawatan ketua pentadbir negara kepada orang Melayu Islam. Mereka cuma ambil posisi nombor dua.
 
Dahulu selepas Singapura ditubuhkan, orang pertama menjadi Presiden ialah Yusof Ishak. Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri sahaja.
 
Namun selepas sahaja Yusof Ishak meninggal, sehingga kini tiada lagi orang Islam yang diberikan jawatan tersebut. Bukan sahaja parti Islam sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan, malah daripada 20 orang menteri kabinet, hanya dua orang melayu, tiga India manakala 15 selebihnya Cina.
 
Pasti anda dapat membaca apa permainan DAP daripada tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Oleh sebab itu amat wajar PAS menimbang semula kerjasama dengan PPBM, sebagai tekanan untuk mereka menilai semula perjanjiannya dengan parti Chauvinis Cina yang sangat rakus itu.
Di ambang ketengangan kaum 
Jika DAP meneruskan sikap politiking dan cauvinisnya, tentu sekali umat Melayu tidak akan redha dengan DAP nanti. Oleh sebab negara ini diperintah begitu lama dengan ideologi nasionalisme, NGO yang memperjuangkan ketuanan Melayu pula bersepah-sepah kini, maka perlantikan Kit Siang tentu sekali akan mencetuskan ketegangan kaum. Seorang Melayu ditipu di Low Yatt sahaja, beribu anak muda Melayu mengepung bangunan tersebut!
 
Untuk sebuah kestabilan politik, sesebuah negara mesti diperintah oleh kaum yang paling berpengaruh. Menafikan hakikat ini ibarat menafikan fitrah manusiawi, juga bakal mengulang kesilapan sejarah.
 
Kerana itu Nabi bersabda dalam sebuah hadis, pemimpin mesti daripada kalangan Quraisy. Bukan kerana hanya kaum itu yang layak, tetapi kerana kaum itu adalah kaum paling berpengaruh pada zaman tersebut. Lalu dalam konteks Malaysia, kaum manakah yang anda fikir sebagai teras politik?
 
Tapi Mahathir bukan peduli semua ini. Asal saja keturunan dan kroni dia berkuasa, semua halal! – HARAKAHDAILY 21/1/2017 Sumber HD - 2-1-2017
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Posted on Thursday, January 19 @ 23:01:23 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33239
 |  
  
 Hari ini melalui lidah rasmi Malaysiakini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menafikan parti itu mahukan  jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang  memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
 
 Malah, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang itu menegaskan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara berkenaan.
 
 "Kami tidak pernah bercakap tentang jawatan dalam kerajaan," kata Lim dalam sidang medianya di George Town hari ini.
 
 Sebelum  ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir  Mohamad berkata DAP ‘sedar diri’ dan tidak pernah meminta jawatan  Perdana Menteri  sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
 Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak  bahawa DAP akan memerintah negara ini sekiranya pengundi memilih Pakatan  Harapan (PH), adalah tindakan yang mahu menakut-nakutkan rakyat  khususnya kaum Melayu.
 
 “Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia  (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak  menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
 
 “Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti  dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
 
 “Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana  Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,”  katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan  Kepimpinan Perdana.
 
 Saya tak ulas panjang.
 Salah seorang mesti bohong.
 
 Tapi saya lebih suka dua-dua tak boleh percaya kaki bohong. Dulu Lim  Guan Eng sebelum DAP menguasai Pulau Pinang cakap hudud itu adalah  untuk perjuangan PAS, tapi kita bila DAP dah ada kuasa kemudia ada pula  barua PAN dan sekutunya menyokong akhirnya mereka serang PAS sehingga  PAS terpaksa keluar daripada Pakatan Rakyat.
 
 
 
 Walaupun ada video Lim Guan Eng pun masih tak mengaku. Hanya puak PAN  sahaja masih lembab untuk memahami politik DAP dan Mahathir.
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 19-1-2017 
 
 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 PUTRAJAYA: DAP ‘sedar diri’ dan tidak pernah meminta jawatan Perdana  Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) kelak, dakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak  bahawa DAP akan memerintah negara ini sekiranya pengundi memilih Pakatan  Harapan (PH), adalah tindakan yang mahu menakut-nakutkan rakyat  khususnya kaum Melayu.
 
 “Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia  (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak  menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
 
 “Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti  dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
 
 “Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana  Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,”  katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan  Kepimpinan Perdana, di sini, malam tadi.
 
 Mantan Perdana Menteri itu berkata, gambaran yang diberikan terhadap  parti pimpinan Lim Guan Eng itu begitu buruk dan ia seolah seperti  ‘ditanam’ dalam diri orang Melayu.
 
 Namun katanya, DAP tidak cauvinis sebagaimana yang ditanggapi pelbagai pihak.
 
 “DAP ini bukanlah kuat sangat. Masa dalam Umno kita beri gambaran  mereka ini sangat jahat, terlalu kecinaan dan sebagainya. Ia bukan parti  Cina, ia parti pelbagai kaum.
 
 “(Ketika hadiri satu majlis DAP), depan saya mereka berikrar  menyokong Perlembagaan. Maknanya dia memperakui kedudukan raja Melayu,  sokong bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai  agama rasmi negara dan keistimewaan Melayu,” ujar beliau.
 
 Semalam, Najib menyatakan bahawa DAP merupakan ketua sebenar yang menguasai pembangkang.
 
 Kata beliau, menjadi lumrah politik apabila parti yang mendapat  kerusi lebih di Parlimen berperanan menentukan hala tuju pakatan  disertainya.
 
 Ketika Perhimpunan Agung Umno 2016, Disember lalu, Najib berkata PRU  akan datang bakal memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan  keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP  yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.
 
 
 Beliau berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan  syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis  sekiranya pengundi memilih PH pimpinan DAP pada PRU14 – AP
 
 Sumber TKO - 19-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin Yassin berkata, apa yang sedang dijalankan di Forest City  sekarang bukanlah pelaburan asing seperti yang didakwa sesetengah pihak  tetapi sebenarnya penjualan tanah kepada syarikat asing.
 
 Beliau menjelaskan, pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita.
 
 Syarikat asing akan membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan, katanya.
 
 Manakala kerajaan pula menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini.
 
 "Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan.
 
 "Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.
 
 Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya.
 "Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China.
 "Malah, para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Justeru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
 Muhyiddin berkata, apabila beliau mengkritik dasar tersebut beliau dituduh anti pelaburan asing, malah ada media tempatan yang melabel beliau sebagai anti-Cina.
 Walhal, beliau arif mengenai maksud pelaburan asing kerana kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
 
 "Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.
 
 "Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
 "Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
 
 "Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.
 
 Mengulas lanjut, beliau berkata, isu pokok di sini ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara kerana apa yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya.
 
 "Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?
 
 "Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia daripada jatuh dimiliki oleh orang asing.
 
 "Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya!
 
 "Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir," tegasnya.
 
 Sumber TKO - 18-1-2017
 
 [-------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor
 Posted on Tuesday, January 17 @ 14:49:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33210
 |  
  
 PETALING JAYA: The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr  Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim  Sultan Iskandar kerana cuba “menakutkan” rakyat berkenaan pelaburan  China di negeri itu.
 
 “Saya berharap dengan menjawab cabaran Sultan, saya tidak akan  ditangkap atau dipenjara tanpa bicara. Sekiranya saya akan dibicarakan,  saya mengalu-alukan ditangkap,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini  mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan  menggadaikan Malaysia kepada China.
 
 “Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya  dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa  yang saya katakan, biarlah.”
 
 Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, yang bukan pertama  kali berselisih pendapat dengan keluarga diraja dan pihak istana,  berkata apa yang diutarakan beliau itu adalah berdasarkan laporan  Bloomberg, yang antara lain melaporkan usaha giat mempromosikan hartanah  di Forest City kepada beratus ribu warga China.
 
 Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru akan  menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli  kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
 
 “Saya tidak rasa Melayu atau Cina Johor membeli atau akan membeli  pangsapuri itu. Tidak ramai rakyat Malaysia membeli semua hartanah ini,”  katanya dalam suratnya kepada The Star.
 
 Semalam, Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir cuba memainkan “politik perkauman” dalam kritikannya terhadap pelaburan China.
 
 “Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat  di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
 
 “Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya  mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara  lain termasuk Australia dan United Kingdom,” katanya dalam wawancara  bersama The Star.
 
 Menurutnya, Dr Mahathir sudah lupa banyak perkara yang dilakukan sebelum ini.
 
 “Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala  apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat  sebelum ini.”
 
 Dr Mahathir bagaimanapun berkata beliau sudah biasa dituduh mengamalkan perkauman Melayu sempit.
 
 “Sikap melabel, memburukkan saya hanya menyerlahkan kekurangan hujah  berasas bagi menangkis tindakan dan kenyataan saya,” katanya
 
 Pelaburan asing zaman saya
 
 Dr Mahathir dalam jawapannya mempertahankan dasarnya membawa masuk  pelaburan asing, dengan menambah ia bertujuan mengembangkan industri dan  bukan mengenai hartanah.
 
 “Pelaburan asing langsung (FDI) adalah mengenai pelaburan dalam  industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat  Malaysia akan bekerja dalam industri. Mereka akan pelajari kepakaran dan  memulakan kilang mereka sendiri,” kata Dr Mahathir, yang terkenal  dengan Dasar Pandang ke Timur bagi mencontohi keusahawanan Jepun.
 
 “Pandang ke Timur bukan menyuruh negara timur beli tanah di Malaysia,  atau memajukannya dan menjualnya kepada rakyat mereka. Ya, kami  menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia rumah kedua mereka. Tetapi  bilangan mereka amat sedikit,” kata Dr Mahathir.
 
 Menurutnya, pemaju tempatan berkemampuan dalam bidang hartanah.
 “Lihatlah Malaysia hari ini. 90% atau lebih daripada binaan dan  pembangunan dilakukan syarikat Malaysia. Majoriti pembeli adalah rakyat  Malaysia, dan mereka tinggal di situ.
 
 “Tetapi apabila warga asing beli tanah, ia tidak mendatangkan modal.  Sebahagian besar wang dipinjam dalam negeri, dan mereka pula berurusan  dengan bank mereka sendiri,” kata Dr Mahathir.
 Sumber TKO - 17-1-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 SHAH ALAM - "Umno hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," demikian ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 Menurutnya, budaya politik dalam parti itulah yang merosakkan parti rumpun Melayu itu.
 
 "Sebenarnya, Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh dan jiwa  perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.
 
 "Yang ada hanyalah jasad Umno yang layu, lemah dan longlai. Umno takkan  pulih lagi dari sakitnya yang tenat. Hanya tunggu masa untuk  ditalkinkan sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, di sini, hari  ini.
 
 Berbeza dengan Umno, menurutnya lagi, perjuangan Bersatu adalah bukan  untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk  orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.
 
 Jelasnya, Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.
 
 "Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama  tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap  rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.
 
 "Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi  matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan.
 
 Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan  parti kita," katanya lagi
 
 Katanya, Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti dan perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.
 
 "Masih banyak ranjau, duri dan liku yang mesti kita tempuh. Akan ada  ribut, taufan, ombak dan gelombang besar yang perlu kita redah.
 
 "Tak kurang juga fitnah dan adu domba yang cuba memecahkan kesatuan kita. Yang irihati dengan pencapaian kita," katanya.
 Sumber TKO - 15-1-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| 
  
 Yg benar tetap benar walau dari siapapun. Inilah prinsip yg diajar Islam. Yg tidak benar tidak akan menjadi benar hanya yg berkata itu agamawan sekalipun, walau diolah secantik manapun.
 
 Dulu menteri agama berkata tidak siapapun boleh menentukan mabrur tidaknya haji seseorang, skrg mufti Johor pula. Dulu dr Wajdi, skrg Sahibul Fadhilah Noh Gadot. Ia mengulas dakwaan dr Mahathir bhw haji menggunakan wang tajaan 1MDB adalah tidak mabrur kerana wang tajaan itu diambil dari sumber yg dipertikaikan, dlm maksud dr Mahathir, dicuri dari 1MDB.
 
 Pokoknya ialah bukan apalah benar wang tajaan itu diambil dari 1MDB tapi ialah sumber perbelanjaan haji dari wang haram. Ertinya kalau duit menang judi dibelanjakan utk pergi haji, bukan lg tak mabrur tapi haram terus. Mungkin sah jk rukun syarat haji dipenuhi tapi tak mabrur kerana perbelanjaan dari sumber haram.
 
 Dan antara syarat haji ialah perbelanjaan mesti dari sumber yg halal. Sbb kalau dari sumber haram, hajinya mungkin sah tapi tak mabrur.
 
 Jadi syarak dengan menyatakan dengan jelas hal ini.
 
 Apa yg susah sgt nak memahami sampai muftipun mengatakan "Hanya Allah menentukan mabrur tidaknya haji"? Allah jg yg menetapkan syarak bab haji, perbelanjaan mesti dari sumber yg halal supaya hajinya mabrur.
 
 Inilah yg dikatakan fatwa bergantung kpd pehak mana yg disokong, hingga bab rukun syarat yg jelas diabaikan. Mungkin esok ada yg memakai jubah dibuat dari kulit babi dan solat, bila dikatakan haram dia menjwb "Hanya Allah menentukan solat aku sah atau tidaknya".
 
 Parah!
 
 Sumber TKO - 13-1-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti telah memecat  Anina Saaduddin sebagai Ketua Srikandi dan masih dikekalkan Ahli Majlis  Tertinggi parti, namun terserah kepadanya untuk meletakkan jawatan  tersebut.
 Beliau juga turut membayangkan, parti tidak gentar jika Anina  mengambil sikap drastik mengumumkan keluar parti, namun berharap perkara  itu tidak berlaku.
 
 “Namun beliau (Anina) adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, jawatan  itu masih kekal, itu terserah kepada Anina sama ada untuk meneruskan  (pegang jawatan Ahli Majlis pimpinan Tertinggi parti) atau sebaliknya.
 
 “Kita harap, walaupun beliau tidak dilantik (Ketua Srikandi), kita harap beliau akan terus kekal (dalam parti),”katanya.
 
 Muhyiddin menjelaskan Anina pada awalnya diberi tugas untuk membentuk  sayap wanita parti itu, namun Anina tidak mencapai piawaian untuk terus  kekal sebagai Ketua Srikandi.
 
 “Keputusan ini telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Ini bukan soal peribadi (Anina) tetapi soal berkaitan kepimpinan.
 
 “Apabila kita mulakan dahulu, kita beri ruang untuk beliau (Anina) membantu supaya Srikandi dapat dibentuk.
 
 “Tetapi kita tidak ada memutuskan (untuk menyambung) pelantikan (Anina) secara rasmi jawatan Ketua Srikandi.
 
 “Kita dapati mungkin disebabkan keadaan tertentu, Puan Anina tidak  mencapai sasaran yang kita harapkan. Keputusannya, dia tidak lagi  dilantik menjadi Ketua Srikandi,”katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 10-1-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 PUTRAJAYA - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu), Anina Saadudin mengadakan pertemuan 'hati ke hati' dengan  pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan  Perdana, di sini, hari ini.
 
 Difahamkan pertemuan itu diadakan selepas Mahathir memberi pesanan  kepada Anina, supaya tidak patah semangat selepas beliau tidak dilantik  menjawat jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
 
 "Saya baru selesai jumpa Tun (Mahathir).Pertemuan lebih sejam antara saya dan Tun berlangsung di YKP Putrajaya tadi.
 
 "Saya akan menulis dari hati saya selepas ini. Izinkan saya uruskan  beberapa hal dahulu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
 
 Sebelum ini, Sinar Online melaporkan Mahathir meningatkan Anina supaya  tidak patah hati dan mengutamakan perjuangan parti melebihi perkara  lain.
 
 Sementara itu, menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
 keputusan untuk tidak melantik Anina sebagai ketua srikandi dibuat  seluruh kepimpinan parti.
 
 Menjelaskan perkara itu, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut bukan dibuat atas sebab peribadi mana-mana pihak dalam parti.
 
 Terdahulu, pada November lalu, nama Anina menjadi sebutan untuk  menduduki jawatan Ketua Srikandi, namun menjelaskan perkara ini  setiausahanya, Dr Shahruddin Md Salleh menegaskan, parti itu masih belum  menubuhkan sayap Srikandi.
 
 Oleh itu ujarnya, kedudukan Anina yang dirujuk pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
 
 Sumber TKO - 9-1-2017
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------
 'Haji guna duit curi macam tahu makanan haram tapi makan juga'
 Posted on Saturday, January 07 @ 22:46:41 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33127
 |  
  
 Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai  wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke  Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 "Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
 
 Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan  1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada  sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
 Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.
 
 Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.
 
 "Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
 
 "Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
 "Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.
 
 Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
 
 Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa,  termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil  pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada  1MDB.
 
 DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa  menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana  berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya.
 
 Sumber TKO - 7-1-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin tidak  dipilih sebagai ketua Srikandi (wanita) parti itu kerana prestasinya  yang tidak memenuhi jangkaan, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 "Apa yang berlaku ialah Anina tidak memenuhi sasaran yang kita  harapkan, jadi keputusan itu adalah bahawa dia tidak akan dilantik  sebagai Ketua Srikandi," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Shah Alam.
 
 Anina bulan lalu mendakwa dia dilucutkan jawatan sebagai Ketua Wanita  BERSATU dan percaya ia mungkin disebabkan dakwaan skandal seks  terhadapnya.
 
 Muhyiddin bagaimanapun berkata ia adalah perkara peribadi dan  menegaskan bahawa Anina merupakan ahli pengasas penting yang masih dalam  majlis tertinggi parti.
 
 Beliau berharap Anina akan terus kekal dengan BERSATU.
 
 Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Anina tidak sepatutnya kecewa dengan parti itu hanya kerana perkara kecil.
 
 "Saya sendiri sudah biasa ditendang keluar daripada parti-parti politik, tetapi akhirnya saya menjadi Perdana Menteri.
 
 "Jangan tinggalkan perjuangan parti hanya kerana kita kecewa," kata Mahathir.
 
 Sumber TKO - 7-1-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr  Mahathir Mohamad berharap Ahli Majlis Tertinggi parti, Anina Saadudin  tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan parti.
 
 Mahathir berkata, perjuangan parti sepatutnya perlu sentiasa menjadi  keutamaan dan didahulukan melebihi perkara lain berkaitan parti.
 
 Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan parti untuk  tidak memberikan jawatan Ketua Srikandi Bersatu kepada Anina.
 
 Anina sebaliknya hanya kekal dengan jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut.
 
 "Saya sendiri biasa dibuang daripada parti. Namun akhirnya saya juga yang jadi Perdana Menteri.
 
 "Janganlah kerana sedikit dugaan yang berlaku kepada kita, kita begitu  kecewa sehingga tidak mahu meneruskan perjuangan parti yang lebih  utama," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
 
 Bersatu dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
 
 Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu,  kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua  Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
 
 Sumber TKO - 7-1-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
 PPBM gesa Anina buat laporan dakwaan skandal mesej seks
 Posted on Wednesday, January 04 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33081
 
 
 
 |  PETALING JAYA: Anina Saadudin perlu membuat laporan polis berhubung  dakwaan skandal mesej seks yang dikaitkan kepadanya, kata ahli Majlis  Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail.
 
 Tariq percaya hal peribadi tidak patut disiarkan kepada orang ramai,  tetapi memandangkan dakwaan itu sudah tersebar, Anina perlu cuba  mematikan semua spekulasi dengan mengambil tindakan undang-undang.
 
 “Ia sudah tak terkawal. Dia perlu jawab dakwaan itu dan membuat  laporan polis supaya pihak terbabit dipertanggungjawabkan,” katanya  kepada FMT.
 
 Skandal itu didakwa didedahkan oleh bekas pembantu Anina dan menurut  Anina, ia menjadi sebab kepimpinan PPBM melucutkan jawatan ketua  srikandi yang disandangnnya.
 
 Tariq bagaimanapun menafikannya dan berkata sayap srikandi belum ditubuhkan.
 
 
 Seorang lagi ahli MT, Kamarulazman Habibur Rahman tidak bersetuju  dengan gesaan Tariq dan berkata Anina tidak perlu cari polis jika dia  merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
 
 “Bergantung kepada dia, kalau dia mahu buat laporan polis atau tidak.  Bagi saya, takkanlah saya perlu cari polis setiap kali ada orang  bercakap buruk mengenai saya.
 
 “Saya tak perlu beri perhatian kalau orang itu bercakap tanpa fakta,” katanya ketika dihubungi FMT.
 
 Ketika ditanya tindakan PPBM seterusnya dalam menangani skandal yang  mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli, dan adakah MT akan menyiasat  siapa yang bertanggungjawab, Tariq berkata:
 
 “Ramai pemimpin parti tiada di sini ketika ini. Sekembalinya semua  ahli MT nanti, kami akan bersidang dan membincangkan perkara berbangkit.
 
 “Saya nasihatkan ahli parti supaya bertenang dan biarkan Pengerusi  PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bantu kita selesaikan masalah ini.”
 Beliau juga mendakwa ada desakan dalam kalangan aktivis parti, yang menyebabkan wujudnya puak dalam parti.
 
 Sumber TKO - 4-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Nak kemana Ezam selepas ini?
 Posted on Monday, January 02 @ 19:39:14 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33061
 
 
 
 |  Dari UMNO pindah ke PKR. Dari PKR pindah ke Gerak. Dari Gerak pindah ke UMNO semula. Dari UMNO pindah ke Bersatu. Dan sekarang ke Hisbah pula.
 Demikianlah perjalanan hidup politik Ezam Mohd Nor. Berpindah randah. Lebih kurang Ibrahim Ali juga.
 
 Kemana hala tuju si Ezam Mohd Nor ini?
 
 Dari UMNO masuk PKR kerana membela Anwar Ibrahim. Kemudian keluar PKR tubuhkan Gerak kerana kunun nak membenteras entah apa ke bendanya.
 
 Dan kemudian menunjukkan sikap mesra UMNO, dan hasilnya diangkat jadi senator. Kemudian tak jadi juga dengan jawatan senator, tak taulah kenapa, mungkin senator tunggul kayu. Kemudian menyertai Bersatu mungkin kerana merasakan sesuai dengan karenah Dr Mahathir. Tapi tak lama, keluar juga.
 Dan terkini menubuhkan pula Hisbah, kunun nak memperjuangkan keadilan, bagi Felda dan lain-lain, yang telah rosak teruk.
 
 Berjayakah Hisbah Ezam ini? Penulis rasakan tidak. Sebab Geraknya dulupun terkubur, dan Hisbahpun lebih kurang Gerak juga, tak akan diperdulikan orang. Ezam akan bercakap sorang-sorang aja. Melalaklah sorang-sorang. Perkasa Ibrahim Alipun macam dah nak terkubur aja, walau disetiap negeri ada cawangannya.
 
 Penulis katakan, buang masa ajalah Ezam. Sebab UMNO, Bersatu dan PKR tidak memenuhi citarasa Ezam, cuma tinggal PAS aja yang Ezam belum cuba masuk. Apa kata Ezam masuk PAS aja. Boleh mendengar tarbiah tuan-tuan guru dalam PAS. Jangan masuk PAN, nanti menghabiskan beras aja.
 
 Hai! Parah Ezam ni.
 
 
 Sumber TKO - 2-1-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 IPOH: Parti Makkal Sakti Malaysia berhasrat untuk bertanding dalam  pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Presidennya, Datuk R S  Thanenthiran.
 
 
 Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan  Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan sama ada parti itu akan diberi  peluang bertanding pada PRU14.
 
 Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang.
 
 
 “Kalau diberi peluang kepada Makkal Sakti kami akan menerimanya  tetapi jika tidak diberi kerusi pun kami tetap akan menyokong BN,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan  Tahun Baharu 2017 parti itu di sini hari ini yang turut dihadiri  kira-kira 1,000 orang.
 
 Thanenthiran berkata setakat ini parti itu mempunyai 123,000 anggota  di seluruh negara dan 75% daripadanya adalah golongan belia.
 
 Katanya 4,000 anggota parti itu yang terdiri daripada pemuda dan  wanita menggerakkan jentera pilihan raya di seluruh negara demi  memastikan BN mampu menang majoriti 2/3 dalam PRU-14.
 
 “Kami tetap menyokong penuh gandingan pemimpin BN, walaupun sering  dihimpit tohmahan dan fitnah, ia tidak mampu menggugat keyakinan  masyarakat India,” katanya.
 
 Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
 
 Sumber TKO -2-1-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
 Keluar parti: Ezam nafi ada konflik dalaman
 Posted on Monday, January 02 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33054
 
 
 
 |  SHAH ALAM - Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad  Ezam Mohd Noor menafikan tindakannya keluar daripada Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah disebabkan oleh konflik dalaman.
 Menurut beliau, tindakannya mengundur diri adalah untuk memberikan  tumpuan terhadap gerak kerja Hisbah khususnya dalam isu 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) dan Felda pada tahun hadapan.
 
 “Keputusan ini bukan dibuat saya seorang sahaja namun ia melibatkan  ahli lembaga pengarah Hisbah yang lain melalui mesyuarat tahunan sebelum  ini di mana mereka mahukan saya tumpu kepada dua isu tersebut pada  tahun hadapan.
 “Kalau saya terikat dengan parti (Bersatu), ia akan menyukarkan gerak  kerja pada masa hadapan,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
 
 Menjelaskan lebih lanjut mengenai pengundurannya itu, Ezam memaklumkan  bahawa pihaknya juga telah menghantar surat kepada kepimpinan Bersatu  pada minggu lalu bagi menyatakan hasratnya tersebut.
 
 Menurut Ezam, walaupun beliau telah mengundurkan diri, pihaknya akan  meneruskan sokongan kepada Bersatu khususnya pengerusi parti, Tun Dr  Mahathir Mohammad selepas ini.
 
 “Hubungan saya dengan Tun Mahathir masih baik dan saya akan meneruskan sokongan kepada beliau selepas ini,”katanya.
 
 Sebelum ini, Datuk Khairuddin Abu Hassan turut mengumumkan keluar daripada Bersatu pada 27 Oktober lalu
 
 Sumber TKO - 2-1-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang  melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad  (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.
 
 Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang  haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
 "Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit  curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji,  bagus ke tidak?
 
 "Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat  kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji  kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi  Bersatu (BERSATU).
 Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://www.azmykelanajaya.com/
 
 Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.
 Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.
 
 Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.
 
 Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
 
 Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk  menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada  tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
 
 Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan  dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai  program ini.
 
 Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.
 
 "Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang  cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini  kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.
 
 Sumber TKO - 1-1-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 BR1M Rasuah, Mahathir Nyanyuk atau Lupa?
 Posted on Saturday, December 31 @ 00:07:16 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33043
 |  
  
 Hari ini Tun Mahathir mengatakan dia kecewa kerana ada orang masih  menganggap BR1M bukan satu bentuk rasuah. Saya masih tegas mengatakan  bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah katanya.
 
 R1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk  mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam  Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang  menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.Ini secara nyata, membeli undi pengundi kata Mahathir.
 
 Saya sama sependapat dengan Azmin bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir  Mohamad bahawa BR1M adalah rasuah kerajaan UMNO untuk membeli undi  dengan merasuah rakyat miskin.
 
 Hanya saya tak pasti sama ada Mahathir ni NYANYUK atau LUPA?
 
 Zaman dia duhulu semasa hendak menjatuhkan kerajaan pembangkang di  Terengganu (PAS) dia khianat harta rakyat, dia tarik Royalti Petroleum  kerajaan negeri, dia berikan kepada Perhubungan UMNO untuk urus duit  berkenaan.
 
 
 Dia dan Idris Jusoh RASUAH rakyat dengan WANG EHSAN. Bukan penyokong  kerajaan tidak diberikan bantuan WANG EHSAN. Malah bukan itu sahaja,  rakyat yang hantar anaknya di PASTI ditarikh WANG EHSAN sehingga nak ke  Masjid atau surau pun ada yang takut di tarik WANG EHSAN.
 
 Siapa punya ANGKARA kalau bukan MAHATHIR Presiden UMNO?
 
 Tapi kini dia serang Najib seolah-olah dia adalah Makhluk SUCI yang tak  ada dosa dan nista. Siapa Najib kalau bukan "dedak" Mahathir sebelum  ini.
 
 Saya hairan rakan-rakan pembangkang seolah-olah tidak mengambil kisah  tentang prilaku Mahathir sebelum ini semata-mata dia menyerang Najib.  Hilang rasional dan kewarasan dalam mengolah halatuju suara rakyat.
 
 Kita sedang berada dalam situasi KETUA PENYAMUM menyerang  KETUA  PEROMPAK sama seperti Si  Jamal Md. Yunos, Ketua Gengstar UMNO sedang  menyerang dan membongkar pusat perjudian HARAM di Selangor.
 
 Kenapa si Jamal menyerang rakan gengstarnya?
 Begitu Mahathir.
 
 Sumber TKO - 31-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan beliau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 Ia hanya berlaku selepas tiga bulan beliau memohon menyertai parti yang ditubuhkan itu setelah meninggalkan Umno.
 
 “Ya, betul,” kata Ezam kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan perkara itu hari ini.
 
 Memetik sumber, Free Malaysia Today hari ini melaporkan  bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah memaklumkan  pendiriannya kepada setiausaha agung BERSATU melalui sepucuk surat.
 
 Ezam yang kedua berbuat demikian selepas bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
 
 FMT juga melaporkan sumber mendakwa Ezam sebagai kecewa dengan arah  tuju parti itu, terutamanya selepas isu berkaitan jawatan Anina Saadudin  dalam sayap Srikandi.
 
 Sumber itu juga dilapor mempersoal tindakan Presiden BERSATU Tan Sri  MuhyiddinYassin yang didakwa “bercuti di Eropah” ketika pembangkang  berhempas pulas menarik anggota baru.
 
 Ezam bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
 
 Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
 
 Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya  menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB  dan dakwaan berkaitan Felda.
 
 “Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari BERSATY kepada setiausaha agung.
 
 “Tidak ada sama sekali soal masalah dalaman parti. Saya tidak pernah  terlibat dalam pimpinan parti sama sekali dan saya tidak mahu  dilibatkan,” katanya.
 Untuk misi antirasuah melalui Hisbah itu, kata Ezam lagi, beliau akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk BERSATU.'
 
 Ezam berkata telah menghantar surat pengundurannya seminggu lalu.
 
 Bagaimanapun, beberapa pemimpin BERSATU yang dihubungi Malaysia  petang ini berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu.
 
 Malah ada juga yang berkata belum menerima surat peletakan jawatan itu.
 
 Sumber TKO - 30-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Anina Saadudin memberi amaran agar tidak terlalu ghairah mempermainkan  dirinya kerana beliau juga mempunyai rahsia dalaman yang tidak  didedahkan kepada umum.
 
 “Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan.
 
 “Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua.
 
 “Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun,”katanya dalam Facebook hari ini.
 
 Kenyataan ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata itu dipercayai  merujuk kepada isu mesej screenshot ‘skandal seks’ dalam aplikasi  WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan  yang tersebar kira-kira seminggu sebelum beliau digugurkan daripada  jawatan Ketua Srikandi PPBM.
 
 “Saya sudah cukup baik selama ini. Saya tidak melayan isu sampah,  namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat.
 
 “Jika benar saya mahu kebahagiaan, saya akan pilih lelaki budiman,  bukan sampah yang bertaburan apabila tidak dapat apa yang dihajati.  Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha  Penyayang.
 
 “Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah  tangan.
 
 Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu  bukan manusia yang baik. Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang  ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya.
 
 “Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan  perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk  umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan.
 
 “Diam tidak beerti saya kalah. Kalah juga tidak beerti saya hilang  semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak beerti saya dapat  semuanya,”katanya.
 
 Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Anina, Haiyan Uqba telah  laporan satu laporan setebal 196 muka surat kepada pimpinan PPBM yang  mendakwa bekas ketuanya itu seorang pemimpin yang tidak bersih.
 
 Sumber TKO - 30-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Muhyiddin pilihan terbaik jadi PM, kata pemimpin BERSATU
 Posted on Thursday, December 29 @ 16:41:10 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33020
 |  
  
 Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  berpendapat presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih merupakan  calon terbaik untuk jawatan perdana menteri jika pembangkang menawan  Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
 
 "Saya kenal rapat dengan Muhyiddin, saya percaya beliau layak jadi  perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu  namanya disiarkan.
 
 Ini di sebalik dakwaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu  terpalit dalam hubungan sulit dengan isteri seorang tokoh perniagaan.
 
 "Saya tidak melihat ini sebagai satu skandal, hanya dakwaan. Saya tidak fikir ini akan menjadi masalah, "katanya.
 
 Beliau diminta mengulas jika BERSATU sedia menerima Muhyiddin sebagai  timbalan perdana menteri sementara, manakala ketua pembangkang Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat menjadi perdana menteri interim  seperti yang dicadangkan oleh pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
 
 Beliau bagaimanapun, berkata parti itu tidak akan mendesak supaya  Muhyiddin dipilih sebagai calon perdana menteri pada mesyuarat Pakatan  Harapan.
 
 Namun, menurutnya, BERSATU, hanya akan membincangkan perkara itu jika  rakan-rakan dalam Pakatan Harapan membawa isu itu pada mesyuarat nanti.
 "Berikan kami masa berbincang secara kolektif dahulu. Saya rasa kita boleh mencapai keputusan dengan cara yang baik," katanya.
 
 Pemimpin kanan itu enggan mengulas apabila diajukan soalan jika  BERSATU sedia menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di  penjara atas kesalahan meliwat sebagai calon perdana menteri.
 
 Sumber TKO - 29-122-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| 
  
 BERSATU tidak akan membuat siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin yang didakwa terbabit dalam skandal seks.
 Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Shahruddin Md Salleh ketika memberitahu  Sin Chew Jit Poh, isu Anina kononnya dipecat sebagai ketua srikandi  parti itu kerana terbabit dalam skandal seks adalah tidak benar,  memandangkan majlis pimpinan tertingginya belum lagi menubuhkan sayap  berkenaan.
 
 Kata beliau, kedudukan Anina yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak  sebagai ketua srikandi Bersatu tidak timbul sama sekali, sebaliknya  beliau ketika ini hanya menyelaras aktiviti wanita dalam parti itu.
 
 Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut  yakin Anina bukan dipecat dan beliau masih salah seorang ahli Majlis  Tertinggi Bersatu.
 
 Syed Saddiq percaya, Anina telah menjadi mangsa fitnah dan beliau  bersedia menentang taktik kotor yang dilakukan oleh orang-orang  tertentu.
 
 Sementara itu, dua hari lalu Sinar Online melaporkan, pembantu peribadi  kepada Anina, Kasih Alyza Mohd meminta semua pihak memberikan masa  kepada Anina untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.'
 
 Menurutnya,  semua pihak perlu bertenang dan berikan masa kepada Anina  sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  untuk mengatur sidang media untuk menjelaskan semua perkara kepada semua  pihak.
 
 Dalam perkembangan berkaitan, dua minggu lalu, Anina dilaporkan  berkata, skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan  ahli politik.
 
 
 Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.
 
 Sumber TKO - 29-12-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 'MAIJ teliti dakwaan skandal seks Muhyiddin'
 Posted on Wednesday, December 28 @ 07:53:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33004
 |  
  
 Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti 'bukti'  berkaitan dakwaan skandal seks bekas timbalan perdana menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin.
 Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah  berkata pihaknya sudah pun menerima surat daripada majlis itu menyatakan  komitmen mereka.
 
 “Menurut surat tersebut pihak MAIJ akan memperhalusi dan meneliti  semua dokumen bukti laporan untuk tindakan selanjutnya berdasarkan  laporan yang telah dikemukan oleh pihak JMM kepada MAIJ,” katanya dalam  kenyataan.
 Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi MAIJ berkaitan perkembangan itu.
 
 JMM juga melaporkan dakwaan sama kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu.
 
 Kes itu membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya  Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan  isterinya Nika Gee Siew Yee.
 
 Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu.
 
 Muhyiddin pada 1 September lalu berkata dakwaan kecurangannya dengan  isteri orang itu membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu  boleh bergantung kepada “cerita seks” untuk mempertahankan perdana  menteri.
 
 
 Muhyiddin juga berkata pendukung Najib bankrap idea dengan membawa  cerita seks “yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu  lakukan.”
 
 Sumber TKO - 28-12-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
 
 Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu,  kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua  Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
 
 "Beliau (Anina)  kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu  yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga  sayap parti ditubuhkan secara rasmi," katanya dalam satu kenyataannya  hari ini.
 
 Dalam pada itu, katanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan   menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan  prosedur dalaman parti dipatuhi.
 
 "Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian  pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah  pandangan semua pihak diperolehi.
 
 "Adalah diharapkan ahli-ahli Bersatu terutamanya Srikandi dapat  bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan  parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia," katanya.
 
 Menurut Perkara 21 Perlembagaan Bersatu, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.
 
 Sumber TKO - 27-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
 BERSATU belum ada sayap Srikandi, kata SUA
 Posted on Monday, December 26 @ 14:25:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32988
 |  
  
 Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk  Shahruddin Md Salleh berkata, isu ketua Srikandi parti itu tidak  seharusnya wujud kerana majlis pimpinan tertingginya belumpun menubuhkan  sayap berkenaan.
 Justeru, kata beliau, kedudukan Anina Saadudin yang sering dirujuk  oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi BERSATU tidak timbul sama  sekali.
 
 "Berhubung isu kedudukan ketua srikandi BERSATU, ingin saya  menjelaskan bahawa majlis pimpinan tertinggi masih belum menubuhkan  sayap Srikandi.
 
 "Menurut Perkara 21 Perlembagaan BERSATU, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.
 
 "Justeru, kedudukan Anina yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai  Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul," ujar beliau dalam  kenyataannya.
 
 Semalam, Anina yang merupakan antara pengasas BERSATU berkata, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.
 
 Ujar Anina, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari  lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan  Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.
 
 "Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.
 
 Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.
 
 Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan  hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan  pemimpin lain telah disahkan.
 
 Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku  seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal  seks.
 
 Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
 Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:
 
 "Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila  dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu  saya jawab apa perasaan saya.
 
 "Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan  mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang,"  tambah Anina.
 
 Mengulas lanjut, Shahruddin berkata, Anina kekal sebagai ahli majlis  pimpinan tertinggi parti itu yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras  kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi.
 
 "Majlis pimpinan tertinggi akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa  terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.
 
 "Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian,  pemilihan ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah  pandangan semua pihak diperolehi.
 
 
 "Adalah diharapkan ahli-ahli BERSATU terutamanya Srikandi dapat  bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan  parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia," tambah beliau.
 
 Sumber TKO - 26-12-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin  Yassin digesa 'membersihkan' namanya daripada dakwaan mempunyai hubungan  sulit dengan wanita berkahwin.
 
 Bekas ahli BERSATU, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia  berdasarkan dakwaan ahli pengasas parti, Anina Saadudin yang dilucutkan  jawatan sebagai ketua Srikandi (wanita) kerana didakwa terbabit dalam  skandal seks.
 
 "Ia tidak harus dilihat sebagai isu remeh. BERSATU mesti mengambil  langkah-langkah pro-aktif untuk mengatasi serangan Umno (berkenaan  dakwaan skandal Muhyiddin) pada pilihan raya akan datang.
 
 "BERSATU perlu dilihat sebagai bersih dan adil...untuk kebaikan  parti, presiden perlu membersihkan namanya," kata Khairuddin dalam  kenyataan, hari ini.
 Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu merujuk kepada kes  perceraian dengan bekas timbalan pendakwa raya mendakwa isterinya  mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.
 
 Sumber TKO - 26-12-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Anina dakwa dia dipecat jawatan ketua Srikandi BERSATU
 Posted on Sunday, December 25 @ 23:26:23 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32985
 
 
 
 |  Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina  Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti  itu.
 
 Anina berkata, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari  lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan  Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.
 
 "Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.
 
 Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.
 Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan  hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan  pemimpin lain telah disahkan.
 
 Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata Anina sejak awal tidak pernah menjadi ketua Srikandi.
 
 "Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika dihubungi.
 
 Beliau berkata pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.
 
 Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku  seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal  seks.
 
 Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
 
 Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:
 
 "Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila  dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu  saya jawab apa perasaan saya.
 
 "Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan  mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang,"  katanya.
 
 Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 
 Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata
 beliau "setia kepada orang ramai."
 
 Sumber TKO - 25-12-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 "Jika kita menamakan PM (sekarang), akan ada orang lain yang kecewa dan  berlaku pertelingkahan antara kami. Pada masa ini, kita tidak boleh  namakan PM," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui Malaysiakini, malam tadi.
 
 Beliau yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) berkata, calon PM pilihan pembangkang sepatutnya dinamakan  ketika semakin hampir dengan pilihan raya umum.
 
 "(PM) mesti (dipilih) dengan sokongan popular semua (pembangkang)  parti, bukan hanya satu parti," kata bekas perdana menteri keempat itu.
 
 Mahathir ditemui selepas forum anjuran kumpulan belia Challenger  mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini.
 
 Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan  Harapan (HARAPAN) yang kini disekutui oleh BERSATU akan menamakan calon  pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
 
 Persetujuan di kalangan parti dalam HARAPAN iaitu PKR, DAP dan Parti  Amanah Negara (PAN) masih mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai calon terbaik untuk jawatan nombor satu negara itu.
 
 Hari ini, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, HARAPAN  mesti membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana  menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan  kuasa.
 
 Tambahan pula, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
 
 "Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
 
 Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, HARAPAN harus  menghentikan cakap-cakap mengenai calon perdana menteri, dan sebaliknya,  menumpukan kepada isu-isu lain.
 
 Sumber TKO - 22-12-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Allah tidak cipta dunia hanya untuk orang Islam, kata Dr Mahathir
 Posted on Saturday, December 10 @ 19:40:36 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32786
 |  
  
 KUALA LUMPUR: Allah tidak menjadikan dunia hanya untuk orang Islam dan  tidak menginginkan semua manusia menjadi orang Islam, kata bekas perdana  menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi penekanan akan keperluan  pemahaman serta kerjasama lebih baik di kalangan penganut pelbagai  agama.
 “Ia bukan kehendak Allah agar seluruh penduduk dunia menjadi Islam.  Jika Allah mahukannya, sudah pasti semua orang akan menjadi orang Islam.  Bagi Allah ia mudah, Dia hanya berkata, ‘kun fa ya kun’ dan semuanya  akan terjadi mengikut apa yang dimahukan
 
 “Tetapi Allah tidak memberitahu semua orang untuk menjadi Islam.  Terdapat mereka yang berbilang kaum dan agama. Semua orang boleh hidup  bersama dengan aman dan mesra kepada semua,” katanya kepada pemberita  semasa Konvensyen Kebangsaan Amanah 2016, hari ini.
 
 Dr Mahathir berkata, mereka yang berdakwah tentang Islam perlu  menggunakan pendekatan sederhana walaupun ramai orang Islam tidak akan  bersetuju dengannya kerana kebanyakan cenderung dengan cara ekstremis.
 
 Sebelum itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu mewakili  semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan rakyat harus  menolak sebarang bentuk ekstremisme.
 
 Beliau berkata walaupun Amanah mempunyai kepimpinan yang majoriti  beragama Islam, parti itu menggalakkan perpaduan di kalangan semua kaum.
 
 Beliau juga berkata, semua parti politik perlu menjauhkan mentaliti berpuak.
 
 “Apabila kita memilih untuk bersama-sama, kita harus mengelak  daripada berfikiran secara berpuak dan jumud, memberikan kepentingan  hanya kepada kumpulan sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan.
 
 
 Beliau menambah yang perjuangan politik parti itu adalah untuk menggalakkan semangat perpaduan di kalangan semua orang.
 
 Sumber TKO - 10-12-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir  mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat  peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
 Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno  itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu  1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun  lalu.
 
 “Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk  berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam.  Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada  saksi.
 
 “Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami  dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum  ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat  kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di  peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan  Najib,” katanya.
 
 Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian  ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden  PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.
 
 Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak  mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu  1MDB dan derma RM2.6 bilion.
 
 “Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk  akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion,  dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja  pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh  dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
 
 “Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan  setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak  jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu  salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke  dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.
 
 Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah  menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib  dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
 
 “Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr  Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti,  sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
 
 “Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno  (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat  Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah  tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik  kononnya,” katanya.
 
 Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan  pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.
 
 “Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh  dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu.   Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang  mereka bangkitkan itu,” katanya.
 
 Sumber TKO - 10-12-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Dr Mahathir, Muhyiddin gagal beri kelebihan kepada pembangkang
 Posted on Monday, December 05 @ 00:11:39 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32712
 |  
  
 Oleh Timmy Say
 
 Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamed and Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam  blok pembangkang sepatutnya memberikan keuntungan politik yang besar  kepada mereka.
 
 Persoalannya, mengapa ini tidak berlaku?
 
 Jawapannya mudah. Imej Dr Mahathir dan Muhyiddin dirosakkan dengan  teruk oleh pembangkang, terutamanya DAP ketika mereka berada di dalam  Umno.
 
 Dr Mahathir dituduh sebagai punca kepada ketidakserataan kaum dan budaya rasuah yang punah di Malaysia.
 
 Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan beliau, gelaran “Mahafiraun” diMahkotakan kepadanya.
 
 Dr Mahathir juga dituduh sebagai seorang rasis dan pelampau ketika beliau menjadi penyokong utama kepada Perkasa.
 
 
 Muhyiddin pula diserang teruk pembangkang ketika beliau mengaku beliau adalah “Malay First atau Melayu dulu, Malaysian second”.
 
 Penasihat DAP Lim Kit Siang bertubi-tubi menekan Muhyiddin sehingga  persepsi timbul di kalangan pengundi bukan Melayu yang Muhyiddin juga  tergolong dalam kumpulan rasis.
 
 Disebabkan serangan pembangkang terutamanya DAP begitu berkesan, kini  pembangkang terpaksa menghabiskan masa mencuci dan menggilap semula  imej Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk diterima rakyat dan penyokongnya.
 
 Kemasukan Dr Mahathir dan Muhyiddin ke dalam blok pembangkang ketika ini masih membawa nilai defisit.
 
 Begitu juga serangan efektif terhadap DAP dan himpunan Bersih yang  dilakukan Dr Mahathir selama ini memaksa beliau menghabiskan masa  menjelaskan kepada ahli Umno mengapa beliau kini boleh bersama DAP dan  Bersih 2.0.
 
 Pusingan “U” Dr Mahathir yang sebesar ini memudahkan lawannya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan.
 
 Menggunakan video “skrew Melayu” dan “menggunakan kuda (Ma dalam  bunyi bahasa Mandarin untuk membunuh ayam (Ji dalam bunyi bahasa  Mandarin)”
 penceramah kontroversi Superman, Hew Kuan Yew, bekas ahli DAP  yang masih mengikuti aktiviti DAP, Najib secara efektifnya mematikan  semua hasrat ahli Umno yang ingin bersama Dr Mahathir.
 
 Apapun, terdapat satu pengajaran yang besar di dalam episod ini.
 
 Janganlah ada sesiapa yang beriman dengan budaya “musuh kepada musuh  ialah kawan” bersikap keterlaluan menghentam lawan politik kerana  silap-silap kalian terpaksa menghabiskan masa mencuci tahi yang disapu  di muka masing-masing tatkala musuh bersama kalian mengorak langkah  mematikan langkah catur kalian.
 
 Sumber TKO -5-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Di mata Umno Datuk Seri Najib Razak adalah 'insan terpilih' oleh Allah untuk memimpin parti itu dan negara.
 Namun pada tafsiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah berbeza sama sekali.
 Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah  serta sikap walak, Dr Mahathir berkata ia seolah-olah menyamakan perdana  menteri dengan nabi.
 
 "Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB," katanya disambut ketawa orang ramai.
 
 Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Shah Alam selepas menghadiri perhimpunan tahunan DAP hari ini.
 
  Terdahulu bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengejutkan orang ramai apabila hadir dan dibawa duduk bersama pimpinan tertinggi DAP di atas pentas. 
 Sebelum ini DAP mengesahkan mereka tidak menjemput wakil BERSATU ke  program berkenaan kerana parti berkenaan belum menjadi anggota Pakatan  Harapan (HARAPAN).
 
 Turut hadir di majlis itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan  Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
 
 Sentimen takutkan Melayu
 
 Perhimpunan tahunan Umno baru saja berakhir di PWTC semalam.  Sepanjang tempoh persidangan berlangsung beberapa perwakilan menyatakan  puji-pujian mereka kepada Najib sebagai perdana menteri dan presiden  parti.
 
 Ungkapan mengaitkan Najib sebagai "pilihan Allah" pernah diucapkan  wakil dari Kedah, Datuk Othman Aziz pada perhimpunan agung Umno tahun  lalu.
 
 Semasa merasmikan persidangan tahunan pemuda, wanita dan puteri Umno  pada 29 November lalu Ahmad Zahid berkata sekarang adalah waktu "Allah  SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai presiden" parti berkenaan.
 
 "Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru  kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwalak hanya di bibir.  Walak saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana  itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita," katanya.
 
 Dr Mahathir berkata Najib juga menyatakan jika Umno kalah pada  pilihan raya umum akan datang, Lim Kit Siang akan menjadi perdana  menteri.
 
 "Inilah cara Najib gunakan sentimen perkauman untuk menakut-nakutkan  pengundi Melayu sedangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya  diubah (menjadikan) Cina (diletakkan dalam kawasan sama) dengan Cina,  Melayu dengan Melayu, India dengan India," katanya.
 
 Mengenai dakwaan DAP mengamalkan dasar liberal Dr Mahathir berkata  tidak ada sesiapa yang akan membawa fahaman itu sama seperti di AS.
 
 "Kita tidak akan lihat sama sekali Lim Guan Eng berkahwin dengan lelaki," katanya, disambut ketawa orang ramai sekali lagi.
 
 Sumber TKO - 4-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr  Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menghadiri persidangan  kebangsaan DAP hari ini.
 
 Beliau tampil meskipun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony  Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan Dr Mahathir dan parti baharunya  tidak dijemput persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL  (IDCC).
 
 Anthony menjelaskan PPBM tidak dijemput kerana parti itu belum  memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan. Kesemua pimpinan  perikatan itu dijemput menghadiri persidangan hari ini.
 
 
 Turut membuat penampilan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
 
 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya pagi ini berkata  kehadiran Dr Mahathir merupakan petanda positif “musuh menjadi kawan  demi kebaikan negara”.
 
 Di Twitter, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkongsi gambar bekas  presiden Umno itu berdiri ketika lagu rasmi DAP dimainkan, dengan  ucapan: “Esok selangkah menghampiri kejatuhan rejim MO1 (Malaysian  Official 1)”.
 
 PPBM mahu bekerjasama dengan PH untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
 
 Bagaimanapun, ketidaktentuan masih menyelubungi pembentukan perikatan  pembangkang baharu kerana Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin masih  dalam rundingan dengan PAS.
 Sumber TKO - 4-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 SHAH ALAM, 4 DIS: Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung hari ini  menerima kejutan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr.  Mahathir Mohamad sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
 
 Beliau ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah serta pemimpin-pemimpin  Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan  Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
 
 Turut hadir adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
 
 Tun Dr. Mahathir merupakan pengkritik terbesar Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Razak sejak Presiden UMNO itu didakwa mempunyai kaitan rapat  dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
 Sumber TKO -4-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Raja Petra dedah SD kaitkan Muhyiddin dengan skandal
 Posted on Saturday, December 03 @ 07:27:33 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32690
 |  
  
 Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah  (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya  dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya  Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh  berkenaan menjadi menteri besar Johor.
 
 Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa  isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita  terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
 
 SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan  menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek  kewangan.
 
 Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan  dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman  sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil  langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.
 
 "Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit
 
 "Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman  sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau  mesti menyaman Nika Gee.
 
 "Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain," katanya.
 
 Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan  berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.
 
 Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang "cukup menjijikkan".
 
 Dalam kenyataan terbukanya Semalam anggota parlimen Pagoh itu berkata  tuduhan itu lebih tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.
 
 SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.
 
 
 Bagaimanapun ketika dihubungi, Augustin menolak daripada memberikan sebarang komen.
 
 Sumber TKO - 3-12-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Setelah mendapat serangan puitis 'Melayu mudah lupa' dua hari berturut-turut, Dr Mahathir Mohamad ini tampil mengulas isu sama.
 
 Berbeza dengan nada sajak popularnya sebelum ini, beliau hari ini mengecilkan skop Melayu yang dirujuknya kepada “Melayu Umno”.
 
 
“Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan agung Umno dahulu.
 “Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.
 
 “Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” katanya.
 
 Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendakwa pilihan raya kali ini  akan memperlihat “duit-duit yang dicuri” dikongsi bersama oleh mereka  yang terus menyokong Najib.
 
 “Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat  dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion  ringgit.
 
 
“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa,  agama dan tanah air,” kata Mahathir yang terkenal dengan sindiran  tajamnya itu. 
 
 
 
Sumber TKO - 2-12-2016 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
  
 Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semasa pentadbirannya sebagai perdana  menteri dituduh sebagai dalang 'Projek IC', hari ini menuduh kerajaan  semasa terbabit dalam skim memberi kerakyatan negara untuk ditukarkan  dengan undi.
 
 Beliau membuat dakwaan itu ketika mengulas mengenai bagaimana pilihan  raya demokratik boleh disalahgunakan untuk mewujudkan diktator  demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik.
 
 “Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa.
 
 “Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara  kerana sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan  warganegara dan didaftar sebagai pengundi.
 
 “Sudah pun dikesan orang asing yang memiliki pasport negara lain  tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia,” katanya dalam blognya hari  ini.
 
 Sepanjang tempoh pemerintahan Mahathir, beliau dituduh memberikan  kerakyatan sewenang-wenangnya kepada warga asing yang beragama Islam di  Sabah sebagai pertukaran untuk undi mereka, yang sekali gus mengubah  demografi negeri itu.
 
 Ini dirujuk sebagai '' Projek IC 'dan mendorong Suruhanjaya Siasatan  Diraja ditubuhkan pada tahun 2012 selepas desakan oleh rakyat Sabah  tempatan sejak sdekian lama.
 
 Siasatan itu membuat kesimpulan bahawa 'Projek IC' "mungkin" wujud tetapi menyalahkannya kepada sindiket jenayah.
 
 Kehadiran warga asing dalam daftar pemilih malah memaksa Mahkamah  Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya di Likas  sebagai batal dan tidak sah pada pilihan raya negeri 1999.
 
 Berikutan keputusan itu, pentadbiran Mahathir meminda perlembagaan  persekutuan untuk tidak membenarkan mahkamah daripada menyemak daftar  pemilih.
 
 Sumber TKO - 2-12-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sultan Johor bertemu pemimpin muda PPBM di istana unik
 Posted on Monday, November 28 @ 17:05:18 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32627
 |  
  
 PETALING JAYA: Selepas suratnya mempersoalkan larangan Sultan Johor  mengadakan demonstrasi di negeri itu, pemimpin muda Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abul Rahman semalam menerima  nasihat daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas pertemuan di  istana unik yang diinspirasikan daripada siri kartun Flinstone.
 Saddiq yang mengetuai sayap pemuda PPBM itu turut memuat naik  sekeping gambar menunjukkan Sultan Johor selesa berpakaian baju T sambil  duduk di istana bertemakan zaman purba ala-Flinstone di Mersing, Johor.
 
 “Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup  takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan  surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu  menyinggung perasaan DYMM Tuanku,” tulis Saddiq menceritakan  pertemuannya.
 
 “Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa  Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sangat memahami  diri kecil patik, rakyat biasa.”
 
 Menurut Saddiq, pertemuan itu diatur oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
 “Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa  yang dititahnya. Bola sepak, kesepakatan Bangsa Johor dan masa depan  anak muda Johor,” tulis Saddiq dalam catatan menghargai keluarga diraja  itu.
 
 “Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila DYMM  Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik  dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa.
 
 “Memang benar kata orang dulu-dulu, raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya.
 
 Saddiq sebelum ini disoal siasat polis selepas surat terbuka dimuat  naik di laman Facebooknya, mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di  Johor yang dititahkan Sultan Johor.
 
 Ia susulan laporan yang memetik kenyataan Sultan Johor sebagai tidak  membenarkan sebarang tunjuk perasaan jalanan diadakan di Johor.
 
 “Ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi mereka untuk  berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin dan individu tertentu.
 
 “Saya ingin menegaskan yang beta tidak akan membenarkan sebarang jenis demonstrasi diadakan di Johor,” menurut laporan The Star.
 
 Sumber TKO -28-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak  bercadang memberi kad pengenalan kepada kira-kira 5,000 warga asing bagi  memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan  datang.
 
 “Ini adalah cerita menakutkan, saya dengar ada percubaan mengeluarkan  kad pengenalan kepada warga asing untuk menyokong Najib pada pilihan  raya umum akan datang,” katanya dalam satu majlis di Kampung Krubong  Tengah, Melaka, Sabtu lalu.
 Acara yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dimuat naik ke Facebook Kelab Che  Det.
 
 Bekas perdana menteri itu mendakwa 5,000 pengundi itu akan diagihkan ke setiap kerusi marginal bagi memastikan kemenangan BN.
 
 “Kerusi-kerusi ini boleh dimenangi dengan majoriti beberapa ratus  undi tetapi 5,000 undi akan memberi kemenangan kepada Najib,” katanya  sambil menambah Najib akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya  susulan skandal 1MDB.
 
 
 Dakwaan sama dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kononnya  ribuan warga asing dijadikan warganegara untuk membolehkan mereka  mengundi pada 2013.
 
 Pengerusi PPBM itu juga bimbang dengan pembinaan penempatan asing di  Iskandar, Johor susulan laporan mendakwa pemaju China menyasarkan warga  asing, khasnya dari Singapura membeli hartanah di negeri selatan itu.
 
 “Kira-kira 700,000 rumah berharga RM1 juta hingga RM5 juta akan  dibina di Forest City, Johor yang mungkin direbut warga asing. Orang  tempatan tidak mampu membeli hartanah ini,” katanya.
 
 Baru-baru ini, Bloomberg melaporkan syarikat China kini memfokuskan Johor untuk membina kompleks gergasi kediaman.
 
 “Pemaju China ini membina beribu-ribu rumah pada satu masa dan mereka  menakutkan semua orang,” kata Siva Shanker, bekas Presiden Institut  Ejen Hartanah Malaysia kepada Bloomberg.
 
 “Tuhan sahaja yang tahu siapa akan beli semua unit ini dan apabila ia  siap nanti, soalan lebih besar ialah siapa yang akan tinggal di  dalamnya?”
 
 Sumber TKO - 28-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Siapa Boleh Lupa? Melayu Tidak Lupa
 Posted on Saturday, November 26 @ 22:02:07 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32603
 
 
 
 |  Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.
 
 Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak  ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia  yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib  kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.
 
 Mengkritik Najib  sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir  terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah  hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang  juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance  (BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang  di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan  soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.
 
 Manakala  bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal  dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur  membawa rahsia Mahathir.
 
 Berlakunya peristiwa berdarah Memali  juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga  keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional  terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya  Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan  tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara.  Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain  memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.
 
 Musa Hitam  mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir  berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan  sebelum ini.
 
 
 Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib  jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa  permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang  menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau  mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.
 
 Tun  Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau  dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu  akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang  mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar  masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah.  Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin  Maidin. .
 
 Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang  ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini,  Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun  1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman  tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan,  seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan  pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.
 
 RM  2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil  dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai  seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.
 
 Semasa  skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia,  rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin  tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan  pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.
 
 Rakyat takut  berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan  berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini  dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah  menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB. Beliau membuat  tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.
 
 Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.
 
 Dikala  Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia  beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk  memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk  maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.
 
 Biarpun  1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544  juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi  sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.
 
 Namun  keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana  menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini  banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak  lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya  menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni  beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti  kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.
 
 Ramai  para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB,  Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih  menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit  menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka  kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan  mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.
 
 Tengku  Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi  sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan  skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat,  tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan  BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam  skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.
 
 Mahathir  merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan masih lagi percaya  bahawa, dengan mengguna pakai model ekonomi berasaskan mega, Malaysia  bukan sahaja boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi  juga akan menjadi negara yang kukuh setanding dengan negara-negara Barat  dari segi ekonomi dan politik.
 
 Malahan Bank Negara di bawah  pentadbiran Mahathir, telah terlibat dalam aktiviti spekulasi global  sulit seawal tahun 1980-an untuk menguji pasaran.
 Pada tahun 1992,  kadar pertukaran wang satu pound sterling British telah ditetapkan di  bawah Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah (ERM).
 Berbeza pula dengan  krisis ekonomi Asia 1997-1998 yang teruk, mata wang Asia jatuh. Namun  Pound sterling British tidak akan jatuh walaupun krisis ekonomi British  merudum.
 
 Seorang ahli politik yang tamak tidak akan lepaskan  peluang yang baik ni. Mahathir telah mengarahkan Bank Negara untuk  membuat spekulasi mengenai pound sterling British. Apabila kebenaran  terbongkar pada 16 Sept, 1992 British pun keluar dari ERM akibat tak  tahan dengan tekanan ekonomi dan pasaran terhadap pound yang dinilai  terlalu tinggi, British tidak mengapungkan mata wang pound sebaliknya  secara rasmi menurunkan nilai mata wangnya dan menyebabkan kejatuhan  mata wang pound.
 
 Kerugian yang dialami Bank Negara tidak pernah  didedahkan. Mahathir telah rugi kira-kira AS $ 4 bilion. Pada tahun 1993  pula, Bank Negara sekali lagi mengalami kerugian sebanyak AS $ 2.2  bilion untuk aktiviti menspekulasikan matawang. Jumlah kerugian Malaysia  pada masa ini berjumlah AS $ 6.2 bilion bersamaan dengan RM15.5 bilion  (berdasarkan kadar pertukaran wang pada tahun 1992. September AS $ 1 =  RM2.5).
 Walau bagaimanapun, angka sebenar kerugian Bank Negara tidak  pernah didedahkan. Sebaliknya, bank pusat apabila ia diletakkan di  bawah penelitian untuk aktiviti yang meragukan, memberikan data yang  bercanggah dan mengelirukan, ianya sukar untuk pembangkang untuk  mengetahui apa yang berlaku. Bank Negara telah menyalahgunakan rizab  luar negara yang bertujuan untuk membiayai import, menstabilkan wang  ringgit dan membayar hutang luar negara.
 
 Mahathir orang yang kuat  berjudi telah diam-diam melibatkan Bank Negara dan menggunakan rizab  asing untuk perkara yang tidak beretika dan dilarang. Apa yang lebih  serius adalah dia telah memperjudikan berbilion-bilion wang negara  dengan aktiviti spekulasi global yang berisiko tinggi.
 
 Seorang  lelaki yang pandai menabur pembohongan dan andaian yang tidak masuk akal  mengenai kerajaan, 1MDB dan juga Malaysia tanpa bukti yang kukuh.  Mahathir, seorang yang dihormati sesuatu masa dahulu kini dirinya telah  dilihat sebagai seorang yang nyanyuk.
 
 Dengan tuduhan yang tak  berkonsisten dan bercanggah setiap kali 1MDB keluar dari mulutnya  mengenai RM 42 billion yang hilang, itu hanyalah fiksyen yang bermain di  mindanya. Pinjaman Syarikat sebenarnya adalah sebahagian operasi  perniagaan yang biasa dipraktikkan dan Mahathir sendiri sepatutnya arif  mengenai perkara ini. Semasa Mahathir menjadi PM dia menepikan isu  akauntabiliti dan menjelaskan bahawa pinjaman yang diberikan oleh Bank  Bumiputra Finance (BMF) kepada Kumpulan Carrian dan 2 syarikat Hong Kong  adalah sah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah “amat terkemuka”.
 
 Mahathir  mungkin terlupa kerana umurnya, semasa dia PM negara ini Malaysia  nyaris kekurangan wang akibat beberapa kes penipuan kewangan yang  melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan KWSP. Salah  satu skandal terbesar yang pernah dilakukan oleh Mahathir dalam sejarah  dunia perbankan ialah urusan BMF yang mengakibatkan Malaysia kehilangan  AS $ 800 juta. Pinjaman lain yang berjumlah AS $ 163 juta telah dibuat  oleh syarikat di Hong Kong. Ini adalah kerugian di awal tahun 80-an dan  kerugian ini jika dinyatakan dalam nilai pasaran hari ini akan menjadi  lebih daripada jumlah yang dikenakan 30 tahun yang lalu.
 
 Mahathir  lupa akan pepatah Inggeris: Kamu boleh menipu seseorarig dalam semua  masa. Kamu boleh menipu semua orang dalam suatu masa. Tapi kamu tidak  boleh menipu semua orang dalam semua masa.
 
 Dia lupa zaman kuku  besinya telah tamat. Dia tidak sedar bahawa akhbar di zaman sekarang  lebih bebas. Ahli-ahli politik pembangkang tidak lagi dirantai. Adakah  Mahathir lupa?
 
 Mahathir mungkin terlupa kisah lamanya ketika  mengatakan Najib terlalu tunduk kepada Singapura dan Amerika. Setiap  kali Mahathir ulang pekara sama pasti ada yang memberi tepukan, jadi  tidak hairanlah jika bersin pun ada yang sorak asalkan dari Mahathir.
 
 Tidak  kesemua rakyat pada masa Mahathir menjadi PM tahu kisah di sebalik  pertemuan beliau dengan presiden Amerika George Bush pada masa itu.  Media sosial tidak berkembang seperti sekarang malah internet juga tidak  wujud di kampung-kampung.
 
 Kisah Mahathir bersalaman degan Bush  pada 2002 rakyat desa hanya tahu melalui penceramah politik bukan pro  BN, sedangkan hal itu bukan pekara rahsia,namun keterbatasan maklumat  tidak semua rakyat tahu. Mahathir menggunakan pelobi bernama Jack  Abramoff. Abramoff adalah yahudi Orthodox dan penyokong kuat Isreal.
 
 Abramoff  telah mengatur perjumpaan itu melalui penasihat George Bush iaitu Karl  Rove dan akhirnya Mahathir mendapat peluang bertemu Bush pada Mei 2002  dan pertemuan itu diadakan di ''Ovel office'', White House.
 
 Ketika  itu heboh rakyat bercerita dengan berbagai persepsi tetapi tidak  sehebat sekarang hanya berputar dan hilang dalam sekelip mata kerana  medium media sosial belum pun sehebat sekarang. Pada Februari 2006,  Mahathir mendedahkan dia membayar $1.2 million kepada pelobi Israel di  USA bagi tujuan bertemu Bush. Bukan kah duit yang dibayar tu juga duit  rakyat?
 
 Namun rakyat dibayangi bahawa Mahathir adalah pemimpin  utama anti Israel dan seolah-olah dia juga musuh Bush yang suka membuli  pemimpin negara Islam dan Dunia Ketiga. Mahathir telah menyelar Bush,  USA, dan Israel di pentas dan forum antarabangsa. Ketika itu rakyat  begitu bangga dengannya malah melihat beliau adalah satu-satunya  pemimpin beragama Islam yang berani membela pemimpin-pemimpin yang  dibuli oleh ketua polis dunia bernama Bush.
 
 Mahathir lupa yang  rakyat masih ingat beliau membenarkan pasukan kriket Israel datang  menyertai pertandingan di Malaysia. Rakyat menuntut supaya menolak  kehadiran pasukan Israel. Mahathir hanya pekakkan telinganya. Akhbar  pula tidak membuat liputan sebagaimana berita-berita lain. Mahathir cuba  menyorok berita itu dari rakyat.
 
 Tidak puas hati dengan  kedegilan Mahathir sekumpulan rakyat yang diketuai PAS telah  berdemostrasi. Oleh kerana ISA adalah taring pembanteras semasa Mahathir  sebagai PM, beberapa pemimpin aktivis PAS ditangkap.
 
 Berkait  dengan demonstrasi bantah pasukan kriket Israel, bapa saudara Hishamudin  Rais bernama Jalaludin turut ditahan. Walaupun Mahathir merayu melutut  sehingga menggunakan pelobi untuk bertemu presiden Amerika, sesedap  mulut pula dia mengatakan Najib tunduk pada Singapura dan negara yang  dia pernah guna pelobi untuk bertemu presidennya.
 
 Ungkapan "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya sudah lama bertampal di atas batang hidungnya sendiri.
 
 Sumber TKO - 26-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mendesak peguam Tun Dr.  Mahathir Mohamad, Matthias Chang menafikan dakwaan beliau punca  kekalahan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
 Presidennya, Ramesh Rao berkata, Mahathir melalui Matthias dikatakan  membantu DAP mendapatkan sokongan Cina pada PRU-12 kerana mahu  'menjatuhkan' Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
 Dalam satu kenyataan hari ini, Ramesh berkata, DAP kini sedang  mengugut Mahathir supaya akur dengan mereka atau satu rahsia besar  perbuatan bekas Presiden UMNO itu pada PRU-12 akan didedahkan.
 
 "Jadi Matthias harus menafikannya. DAP kini ugut Mahathir untuk  bocorkan rahsia jika enggan tunduk. Apa itu rahsia besar? Kumpulan  Mahathir adalah dalang utama yang bantu DAP pada 2008 dalam kemenangan  dan mengalihkan undi kaum Cina kepada DAP dan Pakatan," kata Ramesh  lagi.
 
 Ramesh berkata, semua perancangan bermula pada tahun 2006 apabila  Abdullah enggan tunduk kepada permintaan Mahathir dalam pentadbiran.
 
 "Sudah ada niat dalam diri Mahathir untuk memulakan perancangan untuk  mendesak Abdullah meletakkan jawatan tetapi ia mesti berasaskan sesuatu  sebab atau faktor.
 
 "Segalanya bermula 2006, selepas Pak Lah (Abdullah) enggan tunduk  kepada Mahathir. Mahathir rancang gulingkan Pak Lah dengan menafikan  kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen BN.
 
 "Jika BN gagal raih dua pertiga, Mahathir mempunyai alasan kukuh  untuk desak Pak Lah letak jawatan dan digantikan dengan Najib (Perdana  Menteri kini) dengan harapan Najib akan tunduk dengan kehendak  Mahathir," katanya dalam kenyataan yang sama.
 Beliau berkata, perancangan berkenaan diaturkan dengan teliti melibatkan Matthias dan DAP.
 
 "Matthias dan Tun Ling Liong Sik diberi tugas untuk bantu DAP bersama  dana dan segala keperluan untuk menaikkan kebencian kaum Cina terhadap  BN dan Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah)," katanya.
 
 
 "Misi nafikan dua pertiga BN berjaya dan gulingkan Pak Lah berjaya," kata Ramesh.--MalaysiaGazette
 
 Sumber TKO - 26-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim  Ali menegaskan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah boleh  menerima Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan agenda reformasi apa keperluan  lagi mereka menubuhkan parti baharu, sepatutnya sudah cukup sekadar  menyertai parti-parti yang sedia ada.
 
 “Macam parti Bersatu (PPBM), kalau sudah boleh terima Kit Siang,  boleh terima Anwar Ibrahim, boleh terima agenda reformasi, tubuh apa  lagi parti (PPBM), masuk parti (yang sedia) ada lah,” soalnya dalam  sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini.
 
 Ibrahim menjelaskan penolakan beliau terhadap DAP bukan suatu perkara  yang baharu, malah katanya sebelum penubuhan PPBM lagi, beliau sudah  memberitahu Tun Mahathir Mohamad bahawa jika parti baharu yang bakal  ditubuhkan itu akan bekerjasama dengan DAP, beliau akan menarik diri  daripada menyokong parti tersebut.
 
 “Pada awal lagi saya beritahu kat Tun (Mahathir), belum lagi PPBM  ditubuh.(Saya bercakap) di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk  Shafie Afdal (sendiri) dengar (apa yang saya cakap) bahawasanya kalau  tubuh parti (dan) bekerjasama dengan DAP tolong keluarkan saya. Saya  tidak mahu bersama (dalam kumpulan parti baharu itu),” jelasnya.
 
 Beliau mengibaratkan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR  dan PAN sebagai sebuah kapal yang dipenuhi dengan musuh dalam selimut
 
 “Saya tidak boleh menyertai kapal yang dalam kapal ini, ada musuh-musuh yang saya anggap musuh dalam selimut, musuh tradisi.
 
 “Nanti kapal yang baharu buat ini pun belum apa-apa sudah nak tenggelam.”
 
 Ibrahim turut menjelaskan kenapa beliau menolak DAP, sebuah parti serpihan parti Singapura, PAP yang mempunyai doktrin.
 
 “DAP ini, ia ada doktrin. Doktrinnya Malaysian Malaysia (Malaysia  untuk rakyat Malaysia).DAP adalah parti yang keluar daripada rusuk PAP,  selepas Singapura keluar daripada Malaysia.
 
 “Peringatan daripada Tun Tan Siew Sin (bekas Presiden MCA)  sendiri…ucapan Lim Kit Siang di Bombay, Peristiwa 1987 Operasi Lalang,  Isu Ketuanan Melayu, semua ini saya ingat dan saya tak (akan) lupa. Ini  yang saya tidak boleh terima.”
 
 Turut dijelaskan beliau berkenaan agenda reformasi yang bakal dilakukan DAP, PKR, PAN dan PPBM.
 
 “Kata PKR. Kata DAP. Kita (PKR dan DAP) bekerjasama dengan Bersatu  (PPBM) bukan sahaja setakat nak tukar Perdana Menteri tetapi juga mesti  menerima aganda reformasi.
 
 “Dan agenda reformasi (yang terkandung dalam PH) sebahagian besar,  saya tak boleh terima. Kerana agenda reformasi ini juga ada menyentuh  soal kedudukan pribumi.
 “Dasar-dasar (hak istimewa pribumi) yang dahulu nak diubah. Kononnya  dunia sudah berubah, tiada lagi pengenalan bumiputera dan tidak  bumiputera.
 
 “Jadi kalau saya masuk Bersatu (dan) Bersatu (pula) bekerjasama  dengan DAP. Ia (PH) ada manifesto bersama, saya pula tengok (dalam)  manifesto itu ada agenda reformasi (yang saya) tidak boleh terima. Saya  (akan) gayang nanti.
 
 “Akhirnya sekali akan menjejaskan mereka (PH dan PPBM). Patutnya saya tidak masuk (PPBM), mereka berterima kasih.” - AIDCNews
 
 Sumber TKO - 24-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali membayangkan beliau mungkin kembali ke  bertanding di kerusi tradisinya, Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14).
 
 Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, jika bukan kerusi  Parlimen Pasir Mas, beliau akan memilih kawasan lain di Kelantan.
 
 “Saya akan bertanding kembali di Pasir Mas, mungkin juga Rantau  Panjang, di Kelantanlah (sebagai calon Bebas). Tiada ada kena-mengena  dengan Perkasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa hari  ini.
 
 Ibrahim pernah memenangi kerusi Pasir Mas pada 1986 di bawah tiket Umno dan 1990 ketika bersama Semangat 46 pada 1995.
 
 Beliau bagaimanapun tewas pada 1999 dan 2004, sebelum menang semula  di kerusi sama pada 2008 di bawah tiket PAS dan kemudiannya bertanding  sebagai calon bebas dan kalah di tangan muka baharu PAS, Nik Mohamad  Abduh Nik Abdul Aziz pada 2013.
 
 
 Ahad lalu, Ibrahim mengumumkan Perkasa akan menghantar 50 calon Bebas  untuk bertanding pada PRU14 dan menyanggah kritikan bekas Perdana  Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang penyertaan Perkasa dalam PRU bakal  memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada BN.
 
 Beliau berkata, beberapa pihak mencadangkan Perkasa menyertai PRU14 selaku parti politik, tetapi beliau menolaknya.
 
 Beliau berkata, calon Bebas tidak terikat dengan pendirian parti,  sebaliknya bebas bersuara dan mengundi dalam Dewan Rakyat mengikut  prinsip sendiri.
 
 “Jika lawan anda akan dipecat. Malaysia tidak sama dengan Amerika  Syarikat, di mana ahli kongres Parti Republican boleh bercanggah dan  mengundi menentang keputusan partinya, begitu juga dengan Parti  Democratic.
 
 “Mana tahu jika berlaku Parlimen tergantung (tiada pihak boleh  membentuk kerajaan secara sendiri), ahli Parlimen Bebas (dari Perkasa)  akan menjadi penentu. Ketika itu, kita akan berunding tetapi bukan untuk  jawatan, sebaliknya agenda kita,” katanya.
 
 Sumber TKO - 24-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Perkasa letak 50 calon bebas untuk PRU14
 Posted on Sunday, November 20 @ 16:33:45 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32484
 
 
 
 |  KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengumumkan  akan meletakkan 50 calon bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum  ke-14 (PRU14).
 Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon bebas memberi alternatif  kepada pengundi untuk membuat pilihan, khususnya pengundi Melayu.
 
 “Kita tidak tolak kemungkinan Perkasa akan membariskan sekumpulan  calon-calon bebas yang kita namakan ‘calon barisan bebas Perkasa’ untuk  bertanding dalam pilihan raya akan datang.
 
 “Tumpuan kita ialah kerusi Parlimen majoriti Melayu, (yang) sudah  tentu ditandingi barisan PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk,”  katanya dalam satu sidang media di Stadium Titiwangsa.
 
 Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dasar dalam  Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa 2016 yang disertai oleh 2,000  orang ahlinya.
 
 Mewajarkan rancangan itu kepada perwakilan Perkasa, Ibrahim yakin ia  tidak akan menjejaskan kepentingan pengundi Melayu seluruhnya  memandangkan semua parti akan meletakkan calon Melayu di kawasan  majoriti Melayu.
 
 “Kita percaya sesiapa yang menang di kawasan Melayu, ia tidak akan jejas orang Melayu.”
 
 Terdapat 5 parti berteraskan Melayu-Islam popular ketika ini iaitu  Umno, PAS, PKR, PPBM dan Amanah manakala parti lain seperti DAP juga  mempunyai ahli berbangsa Melayu.
 
 Ibrahim menjelaskan rasional disebalik rancangan Perkasa untuk menurunkan calon bebas.
 
 “Pasal sistem di Malaysia ini bergantung kepada parti yang menang.  Jika jadi ahli Parlimen…tak kira Umno, DAP atau PAS…anda tidak bebas.  Anda boleh bercakap apa anda nak cakap, tetapi bercakap pun ditentukan  oleh parti mereka,” katanya.
 
 Tambahnya calon yang dipilih mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang meyakinkan.
 
 “Bagi peluang kepada calon bebas, sebab barisan yang kita kenalpasti  adalah mereka yang berkelayakan seperti bekas pegawai tinggi kerajaan,  peguam pengalaman, golongan profesional dan tokoh agama,” katanya.
 
 Sumber TKO - 20-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,, Terkejut dan tak  percaya bila baca ayat Mahathir yang mahukan rakyat turun sokong demo Bersih 5.0 untuk dapatkan pilihanraya yang bersih.Sejak bila pulak Mahathir mahu pilihanraya yang bersih? Tak ingat ker dengan projek IC di Sabah dulu?
 
 Siapa ketua pengangaknya? Ingat tak kisah Mahathir yang hantar rombongan  ke USA untuk belajar menipu dalam pilihanraya dan pelajarannya  digunapakai oleh Pak Lah dan kemudian Najib sampai hari ini? Mahathir  nak pilihanraya yang bersih pulak, tak ada lagi laungan nak jatuhkan  Najib yang menyangak duit rakyat dalam 1MDB, tak ada lagi laungan nak  turunkan Najib menerusi pertolongan Bersih 5.0? Semuanya hilang, yang  timbul pilihanraya yang bersih, cantiK Mahathir!
 
 Lebih syok lagi bila baca pula kisah Mahathir mungkin tak akan sertai Bersih 5.0 kerana berada di luar negara pada tarikh itu tetapi Mahathir mahu rakyat hadir untuk dia.Macamlah Mahathir pejuang keadilan sejak awal penglibatan politiknya.Rakyat diminta melupakan apa saja yang Mahathir buat selama bertahun tahun, rakyat diminta melupakan kemusnahan yang diuruskannya selama bertahun tahun, melupakan kisah Memali, Lubuk Merbau, operasi lalang dan banyak lagi.
 
 Yang hairannya ada juga ahli politik yang menjadi mangsa kepada operasi Lalangnya yang bodoh bodoh sokong Mahathir sekarang, malah ada pemimpin politik dilapurkan berkata dia bimbang Mahathir akan ke penjara, di mana pemimpin yang sama pernah berkata dia mahu Mahathir dipenjarakan satu ketika dulu.
 
 Apa sudah jadi dengan perjuangan pemimpin pemimpin ini? Macam mana seorang bekas diktator yang menyebabkan banyak kemusnahan kepada negara sekarang boleh disokong sebegitu rupa? Malah masih sanggup dijual Mahathir dengan tindakan terbarunya, sokong Bersih tapi tak boleh hadir.
 
 Macam mana mereka senang senang jer percaya Mahathir mahu piihanraya yang bersih? Pokoknya Mahathir yang berubah atau pemimpin politik yang sokong dia sesudah mengelarkannya dengan berbagai bagai gelaran jahat seperti Maha Firaun yang berubah?
 
 Alahi benda senang kenapa nak susah susah..............
 
 Sumber TKO - 18-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43219-kenapa-relakan-diri-diperbodohkan-mahathir
 TARIKH
  1 Mac 2016, untuk ke sekian kalinya, Tun Mahathir mengumumkan keluar parti. Taktik sama yang pernah dibuat semasa protes terhadap Tun Abdullah Badawi dahulu. Apa pula yang bakal dilakukan selepas ini, kita pun sukar untuk menjangka. Tapi keluar masuk parti bukanlah perkara besar bagi dirinya. Cuma bagi yang cetek jangkauan politiknya sahaja melihat ia satu tsunami gergasi.
 
Orang tua itu memang licik berpolitik. Tak padan dengan usianya yang hampir mencecah satu kurun. Langkahnya sentiasa mengejutkan dan kontroversial. Sampaikan yang muda pun boleh terkena 'serangan jantung' dan tersentak urat otak. Terus terpukau dengan gerak tarinya, dan terus lupa siapa diri dia sebenar.
 
Tun M perlu diakui sebagai antara pencatur utama politik negara. Walaupun tanpa kuasa politik, tetapi pengaruhnya berjaya menundukkan ramai pemegang kuasa. 22 tahun sebagai PM, pasti dimana-mana sahaja orang kuatnya wujud. Anwar, Najib, Mat Sabu, Lim Kit Siang mahupun siapa sahaja pasti tenggelam apabila Tun memainkan peranannya.
 
Siapa yang kenal Tun M sebenarnya, nescaya dia akan tahu apa matlamat beliau dalam politik. Walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri.
 
Sepanjang karier politik Tun M, sudah banyak kali Umno dipergunakannya. Tahun 1969, beliau pernah dipecat dari Umno atas surat protesnya terhadap Tunku Abdur Rahman. Namun tahun 1972 selepas Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau kembali menyertai Umno.
 
Atas percaturannya, pada tahun 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri menjadikannya PM paling singkat dalam sejarah iaitu tidak sampai 6 tahun. Tun Hussein menyerahkan jawatan PM kepada Mahathir.
 
Bermulalah era autokratiknya dengan kekebalan yang dicipta sendiri. Pada zamannya dipinda Akta AUKU, akta keselamatan dalam negeri, diaktifkan ISA, sekatan kebebasan akhbar, tangkapan politik besar-besaran, memansuhkan hak raja-raja Melayu hinggalah kepada tragedi pembunuhan musuh politiknya di Memali. Dengan tindakannya itu, beliau berjaya menyandang gelaran PM paling lama berkuasa.
 
Sepanjang tempoh itu, terbinalah empayarnya yang sangat besar. Berbagai jenis syarikat gergasi didaftarkan atas nama anak-beranak beliau. Berpuluh-puluh jawatan-jawatan penasihat anak syarikat kerajaan mahupun swasta disandang oleh keturunan beliau. Apa jua lapangan dan industri, tentu ada nama kaum kerabatnya yang tersenarai.
 
Antara peristiwa besar bagi Umno yang berlaku pada zamannya adalah pengharaman parti itu sendiri. Ini berlaku akibat protes penyokong Ku Li terhadap Mahathir yang didakwa menang jawatan Presiden secara tidak sah. Kes tersebut dibawa ke mahkamah lalu akhirnya Umno diharamkan.
 
Mahathir kemudiannya menubuhkan Umno baru beberapa bulan selepas itu dengan Mahathir berdaftar sebagai ahli yang pertama. Krisis dalaman Umno terus selesai selepas itu. Walaupun pengharaman Umno berpunca dari salah lakunya, tetapi beliau bijak memutar fakta sehingga ahli melihat dalang pengharaman tersebut adalah daripada sekumpulan 11 orang yang memprotes salah laku dalam pemilihan Umno waktu itu.
 
Walau bagaimanapun, kerana kebencian rakyat yang dibina begitu lama sepanjang 22 tahun sebagai PM, akhirnya tahun 2003 beliau terpaksa meletak jawatan dan diserahkan kepada Timbalannya Tun Abdullah. Tetapi sebelum menyerahkan jawatan, Tun M sudah memasang orangnya iaitu Najib Razak sebagai Timbalan Pak Lah.
 
Sejak Pak Lah menjadi PM, Tun M sentiasa mengganggu pentadbiran negara sehingga pada tahun 2008, beliau mengisytiharkan keluar Umno sebagai protes. Umno pada waktu itu sudah sangat tenat kerana 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang serentak. Tindakan keluar parti itu berjaya membuatkan ahli menyalahkan Pak Lah sehingga memaksa dirinya berundur.
 
Seperti dirancang, anak buah Mahathir iaitu Najib menjadi penggantinya. Mahathir kembali kepangkuan Umno. Selepas Pak Lah yang dikambinghitamkan sebagai perosak parti dijatuhkan, parti itu kembali stabil. Dua buah negeri yang sebelum ini diperintah pembangkang kembali dirampas parti tersebut.
 
Hari ini, setelah melihat kegagalan Najib Razak mengekalkan kepercayaan rakyat, ditambah sikap Najib yang lunak dengan rancangan Konsensus Nasional dari musuh utamanya iaitu Anwar Ibrahim, Mahathir menarik kembali sokongan terhadap Najib. Walau bagaimanapun Najib juga tidak mudah mengalah. Maka berlakulah apa yang kita lihat hari ini.
 
Setiap tindakan besar Mahathir terhadap Umno menjadi sangat popular. Dan selepas setiap tindakannya itu, Umno kembali stabil dan memiliki kekuatan yang padu untuk menarik kembali sokongan rakyat yang hilang. Walaupun beberapa kali melakukan hal sama, namun rakyat terutama ahli Umno mudah terperdaya.
 
Lebih kelakar, pihak yang selama ini mendabik dada sebagai penentang Umno turun-temurun pun turut terikut-ikut dengan tiupan seruling tipudayanya bagai ular tedung yang bergelek dengan tiupan seruling Punjabi. Mereka menjadi pihak yang mendokong penuh setiap rancangan Mahathir memulihkan sokongan terhadap Umno. 
 
Segala kelakuan Mahathir selama ini begitu mudah dilupakan seolah-olah dipukau oleh orang tua tersebut, meletakkan kesalahan 100% ke atas musuh politik Mahathir sahaja dan lainnya terus bersih sesuci malaikat subuh.
 
Dalam bersih 4 yang menuntut keadilan pilihan raya, beliau hadir secara mengejut lalu diangkat sebagai wira sehingga menenggalamkan matlamat asal bersih 4. Padahal dalam ucapannya, secara jelas beliau menyatakan beliau hadir bukan untuk menyokong tuntutan bersih, tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap musuh politik semasanya iaitu Najib.
 
Kini team Mahathir merancang himpunan menjatuhkan Najib pula. Selepas gagal memobilisasi orang Melayu untuk turun bersama Bersih 4, sesetengah pembangkang yang gelojoh berkuasa lekas bergabung dengan team Mahathir dengan harapan pengaruh orang tua itu mampu meraih penglibatan Melayu yang selama ini ditagih.
 
Namun, mereka cukup kecewa apabila PAS tidak mahu bersekongkol dengan rancangan Mahathir menyelamatkan Umno. Mereka tahu, tentu sukar menyeru kehadiran orang Melayu tanpa PAS. Diserang bertubi-tubi Presiden PAS kononnya sayangkan Umno, walaupun sebenarnya merekalah yang jadi keldai penyelamat Umno tanpa sedar.
 
Sampai bila lagi mahu jadi boneka Mahathir? Selagi mana kebencian terhadap individu dijadikan sasaran politik, bukan kerana dasarnya atau pertubuhannya. Selagi kuasa jadi matlamat, bukan lagi nasib rakyat.
 
Tidak perlulah lagi layan Mahathir itu. Biarlah beliau berhempas pulas bersama ahli Umno menyelesaikan masalah mereka sendiri. Mahathir tidak akan mengalah. Najib juga nampaknya bukan seperti Tun Hussein dan Tun Abdullah. 
 
Biarlah mereka terus bertelagah. Kita orang luar tidak perlu memihak kepada sesiapa. Tanpa penglibatan pihak luar, sudah tentu Umno lebih cepat runtuh dan binasa. Tapi bila orang luar masuk sekali ke gelanggang, pasti Mahathir gunakan mereka untuk ditunggang bagi menjimatkan tenaganya! – HARAKAHDAILY 16/11/2016 Sumber HD - 16-11-2016
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Muhyiddin berharap beliau tidak Dipenjara
 Posted on Tuesday, November 15 @ 16:15:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32392
 |  
  
 Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang  disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), berharap dirinya tidak akan  menerima nasib yang sama seperti Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli yang  dihukum penjara, semalam.
 "Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya  harap saya tidak akan menerima nasib yang sama," katanya selepas  menghabiskan dua jam di Bukit Aman untuk merakamkan kenyataannya.
 
 "Ini kerana saya percaya apabila saya bercakap di Parlimen, saya mempunyai hak untuk bercakap dan saya mempunyai imuniti.
 
 "Saya berharap pihak berkuasa memahami keseluruhan latar belakang apa yang saya katakan," katanya.
 
 Beliau ditanya sama ada dirinya bimbang akan menerima nasib yang sama  seperti Rafizi, yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 18  bulan di bawah OSA kerana mendedahkan halaman sembilan laporan Audit  Negara mengenai sisatan 1MDB.
 
 Muhyiddin sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta OSA dan Seksyen 4  Akta Hasutan kerana perbahasan bajet yang dibuatnya pada 26 Oktober yang  menyentuh mengenai 1MDB.
 
 
 Beberapa  anggota parlimen pembangkang hadir untuk bersetiakawan dengan  Muhyiddin. Antaranya termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad  Azmin Ali dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
 
 Sumber TKO - 15-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 KUALA LUMPUR – “Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh  Nik Abdul Aziz) pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan  nak pilih ke jalan syurga firdausi!”
 
 Itu kata-kata kesat dilemparkan oleh orang kuat Tun Dr. Mahathir  Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Nik Mohamad Abduh  dan PAS gara-gara berang `pemimpinnya’ itu ditempelak oleh Nik Mohamad  Abduh hari ini.
 
 Khairuddin mendakwa kononnya Nik Mohamad dan PAS  melakukan banyak dosa kerana bersengkongkol dengan kerajaan, manakala  Pakatan Harapan sedang melaksanakan kerja-kerja Tuhan.
 
 
 
 
“Nik  Abduh banyak melakukan dosa kerana bersubahat dengan kerajaan dalam  pelbagai kemungkaran serta salah laku. Nik Abduh dan PAS bersekongkol  dengan jenayah. 
 Mahathir dan dan kami semua dalam Pakatan Harapan sedang  melawan kemungkaran.
 
 “Jadi saya nak tanya Nik Mohamad Abduh siapa  yang lebih melakukan dosa? Beliau dengan PAS yang lebih berdosa dari  kami semua yang menentang kemungkaran seperti yang dituntut oleh ajaran  agama islam yang tulen,” dakwanya dalam satu kenyataan yang tersebar di  media sosial hari ini.
 
 Justeru, Khairuddin meminta Nik Mohamad  Abduh supaya muhasabah diri serta cermin muka terlebih dahulu dan tidak  mengajak orang ramai supaya memilih jalan ke neraka jahanam bersamanya.
 
 “Apa  Nik Abduh ingat dia lebih bertaqwa dari Mahathir? Siapa dia Nik Abduh  nak nasihat Mahathir ke tikar sembahyang? Pada realitinya, Nik Abduh  yang harus ke tikar sembahyang untuk anjurkan solat taubat nasuhah  setiap hari,” katanya.
 
 
 
 
Nik  Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini menyindir  Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan  yang bertentangan dengan pemerintahannya satu waktu dahulu. 
 Sehubungan  dengan itu, Nik Mohamad Abduh menasihatkan supaya pemimpin berusia 91  tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik  negara.
 
 “Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik  kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu  lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama.
 
 “Bagi saya dia  hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya  menyusahkan,” kata Nik Mohamad Abduh. -MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 15-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mampukah Mahathir Menyatukan Pembangkang?
 Posted on Tuesday, November 15 @ 09:30:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32387
 |  
  
 Beberapa orang kawan saya daripada PAN sangat teruja dengan kesungguhan Tun Mahathir bersama dengan pembangkang walaupun umurnya sudah masuk 92 tahun. Katanya Tun Mahathir akan menyatukan pembangkang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
 
 Tambahnya UMNO akan tumbang dalam PRU-14 nanti kerana rakyat akan merasai suara reformasi.
 
 Malas saya nak komen, buat habis tenaga aje. Tapi memandangkan ramai 'penganut' PAN mempercayai perkara ini saya rasa perlu saya berhujah untuk mencari kesahihah apa yang ada dalam 'kepala' mereka.
 
 Sebelum Tun Mahathir nak satukan pembangkang mampukah Tun Mahathir sebelum ini satukan UMNO. Setahu saya UMNO beberapa kali pecah belah disebabkan oleh Mahathir. Sebelum dia menjadi PM dia pecahkan UMNO. Selepas dia menjadi PM pun di pecah UMNO kerana tiada Timbalan UMNO atau TPM yang disukainya.
 
 Sejarah tak bohong Mahathir ni sebenar 'kaki pecah perintah' untuk kekalkan kuasa.
 
 Itu kita bercakap pasal UMNO. Sekarang dia keluar UMNO tubuh BERSATU.
 
 BERSATU ni bersatu ke?
 
 Khairuddin Abu Hassan seorang penaja parti BERSATU dan dia memecah rekod menjadi penaja yang paling cepat keluar dari parti yang ditubuhkannya.
 
 BERSATU juga tidak dapat menarik ahli PERKASA untuk bersama sedangkan pada awalnya PERKASAlah yang mengerakkan pendafataran BERSATU. Krisis ini bermula atas sikap dengan DAP yang mana PERKASA tidak setuju BERSATU rapat dengan DAP.
 
 Tun Mahathir hadir dalam kumpulan pembangkang bukan untuk satukan pembangkang tapi untuk menjadi jaguh. Lihat sahaja Konvesyen Harapan beberapa hari lalu, dia jadikan konvensyen itu untuk medan menghentam sesiapa yang tak setuju dengannya termasuk PAS sedangkan dia tahu TS Muhyiddin sangat memerlukan PAS.
 
 Dengarlah mana-mana ucapan, ceramah atau forum termasuk yang terbaru bersama dengan Husam
 kuasa 10  kuasa 15 beberapa kali TS Muhyiddin sebut BERSATU memerlukan PAS.
 Saya tak tahu apa yang Pakatan Harapan nak pada orang tua ini? Adakah janji wang 500 juta untuk dana PRU-14 nanti sehingga ramai pemimpin Pakatan Harapan menjadi makin keliru dan celaru dengan perjuangan Reformasi.
 
 Adakah dosa-dosa Mahathir boleh dihapuskan dengan begitu mudah kerana dia bercakap pasal Najib dan dedak sehingga kita lupa bagaimana dedak yang disebut-sebut itu sebenarnya Mahathirlah yang memulakannya. Tahukan kita bahawa Najib itu pun adalah sebahagian daripada dedak Mahathir yang tidak mendengar kata, lari daripada tuan dedak!
 
 
 
Sumber TKO - 15-11-2016 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP saling  mempergunakan sesama sendiri demi meraih sokongan pengundi menjelang  Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz  Tunku Ibrahim.
 
 
Ujar Tunku Aziz, PPBM dan DAP akan berbuat apa sahaja untuk meraih undi  termasuk menjalin kerjasama dengan musuh ketat mereka suatu ketika  dahulu.  
 
 
 
"Memang, kerana mereka (sedang) bersama. (Ia) bukan kerana kekuatan  prinsip, tetapi masing-masing saling mempergunakan sesama sendiri. 
 
 
 
"Saya pergunakan kamu, kamu pergunakan saya. Apa yang mereka cari cuma  undi, tidak kiralah mereka bekerjasama dengan siapa, asalkan dapat  meraih undi. Jadi tiada asas untuk mereka bersama," katanya dalam satu  sidang media di Petaling Jaya, hari ini. 
 
 
 
Beliau berkata demikian mengulas jaminan Pengerusi PPBM, Tun Dr  Mahathir Mohamad bahawa parti itu bersetuju 'secara langsung' untuk  menyertai Pakatan Harapan (PH). 
 
 
 
Dr Mahathir juga berkata permusuhannya dengan Penasihat DAP, Lim Kit  Siang suatu ketika dahulu adalah 'terlalu kecil' jika dibandingkan  dengan hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Razak. 
 
 
 
Dr Mahathir berkata demikian ketika sidang media selepas ucaptamanya dalam Konvensyen PH hari ini. 
 
 
 
Turut sama dalam sidang media itu, Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. 
 
 
 
Mengulas lanjut, Tunku Aziz berkata biarpun Dr Mahathir dan Kit Siang  cuba menggambarkan hubungan baik antara mereka, namun ianya kelihatan  'mencurigakan'. 
 
 
 
"Sekarang pun, Kit Siang dan Mahathir menunjukkan kepada awam mereka bekerjasama, namun mencurigakan. 
 
 
 
"Dalam hubungan mereka sejak berpuluh tahun, untuk bekerjasama memang  susah, tapi untuk agenda politik, tiada masalah," tambahnya. 
 
 
 
Sumber TKO - 13-11-2016 
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
  
 SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN PENDIRIAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MOHON  PENANGGUHAN TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN PAKATAN HARAPAN  DI KONVENSYEN PAKATAN
 
 Saya amat tidak terkejut dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin  untuk memohon penangguhan tandatangan perjanjian persefahaman di antara  parti-parti dalam Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan yang sepatutnya  berlangsung esok di Shah Alam.
 
 
 
 
Bagi  saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda serta  strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi  hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih  dahulu. 
 Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke arah itu!!
 
 Malahan  Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat di dalam gerakan Deklarasi  Rakyat yang dianjurkan serta diterajui oleh YABhg Tun Dr Mahathir  Mohamad sebelum ujudnya Parti Bersatu.
 
 Mungkin di atas faktor ini keserasian Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan parti-parti dari Pakatan Harapan agak dingin.
 
 Deklarasi  Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi merupakan  gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua  tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara  cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama ke arah mencapai  matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri  paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan ‘total reform’ di  tanahair kita yang tercinta ini.
 
 Pada waktu itu kami telah  bekerjasama secara amat akrab dan mula mengenal hati budi masing-masing  di bawah Deklarasi Rakyat dengan berbekalkan satu niat dan tekad bagi  Selamatkan Malaysia.
 
 Di kala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang  membabitkan dirinya dengan Deklarasi Rakyat dan sudah nampak kurang  selesa dengan parti DAP.
 
 Saya tidak pernah membantah untuk  melipatgandakan daya-usaha bagi menarik PAS ke dalam perkumpulan Pakatan  Harapan semula tetapi apa yang perlu dibuat pada masa ini ialah kita  perlu menguatkan perpaduan sesama Parti Bersatu, PKR, Amanah serta DAP  terlebih dahulu.
 
 Tokoh-tokoh pemimpin dari parti-parti ini telah  membuktikan kesetiaan bersama kita di peringkat awal menjayakan  Deklarasi Rakyat!!
 
 Segala daya usaha untuk membawa masuk PAS ke  pangkuan Pakatan Harapan mesti ada had tarikh tempohnya!! Sekiranya PAS  asyik main tarik-tarik tali; kemungkinannya ia akan menyukarkan Pakatan  Harapan untuk memperkemaskan gerak-kerja mulai kini bagi menghadapi pru  14 kelak yang sudah tidak lama lagi.
 
 Seandainya Parti Bersatu  boleh memantapkan kedudukan dan hubungannya dalam Pakatan Harapan  sehingga menampakkan blok pakatan begitu mantap; yakinilah pada waktu  itu parti PAS dengan sendirinya akan memasuki gabungan pembangkang ini.
 
 Tan  Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya teruskan dengan menandatangani  perjanjian dengan semua parti-parti dari Pakatan Harapan terlebih dahulu  esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan  sesama blok pakatan amat mantap kali ini.
 
 Rakyat akan lebih yakin  sekiranya dapat melihat satu perjanjian secara formal boleh ujud
 di  antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
 
 Permohonan dari Parti  Bersatu untuk menangguhkan perjanjian di dalam konvensyen pakatan  harapan esok di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit kesan kurang yakin  di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan.
 
 Parti Warisan  yang diterajui oleh YB Dato Seri Shafei Apdal untuk tidak hadir kurang  memberi kesan negatif kerana ianya sebuah parti berteraskan kenegerian  dari Sabah dan bukannya ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.
 
 Pada  pendapat peribadi saya selaku ahli akar umbi yang pernah menganggotai  sekejap Parti Bersatu; situasi ini tidak harus berlaku pada konvensyen  pakatan esok!!
 
 Sesungguhnya, ia tidak memberi satu gambaran serta impak positif kepada blok pakatan di Semenanjung Malaysia khususnya.
 
 Asasnya,  blok pakatan di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mesti  dimantapkan secara sekukuh-kukuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru  secara kolektif pujuk PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
 
 Pendapat  peribadi saya mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan dapat  membuktikan satu gabungan yang amat kuat yang boleh meyakini hati-nurani  seluruh rakyat Malaysia menyokong blok pakatan pada waktu itu PAS  dengan sendirinya akan balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
 
 KHAIRUDDIN ABU HASSAN
 11 Nov 2016
 
 Sumber TKO - 13-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Calon PM? Tun Mahathir Cuba Menyisih Anwar Secara Halus
 Posted on Sunday, November 13 @ 07:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32358
 |  
 ![]()   
 Belum masanya - itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya  mengenai calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).
 
 Bercakap pada sidang media di Shah Alam hari ini bekas perdana  menteri itu berkata calon perdana menteri mestilah datang daripada parti  yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU) akan  datang.
 
 "Kita tak boleh namakannya sekarang," katanya.
 
 Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai calon perdana menteri  daripada pakatan pembangkang itu jika mereka berjaya menumbangkan BN  pada PRU ke-13 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
 
 Sebelum ini HARAPAN menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon  mereka. Bagaimanapun kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu yang  masih dipenjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan  secepat mungkin.
 
 Justeru dalam keadaan begitu seorang tokoh lain perlu dipilih untuk  menggalas tanggungjawab berkenaan - sekurang-kurangnya secara sementara.
 
 Dalam keadaan begitu beberapa nama telah disebut, termasuk Presiden  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 HARAPAN mengadakan konvensyen pertamanya di Shah Alam hari ini dan BERSATU hadir sebagai sekutu baru pakatan berkenaan.
 
 Terdahulu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin  Ayub berkata HARAPAN perlu menyediakan seorang tokoh perdana menteri  sementara ekoran kekangan perundangan dihadapi Anwar.
 
 "Dalam pilihan raya akan datang calon utama adalah Anwar. Ini  perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi nak bebaskan Anwar kita  perlu pergi ke Putrajaya.
 
 "... sebelum Anwar dibebaskan kita perlu ada seorang perdana menteri  yang menunggu dulu, setuju?" soal Salahuddin disambut sorakan setuju  dari perwakilan.
 
 Mengulas lanjut Salahuddin berkata bagi tujuan tersebut konvensyen  Pakatan Harapan hari ini boleh memutuskan siapa perdana menteri  sementara itu.
 
 "Tua atau muda, siapa mereka mungkin ada dalam dewan ini rakyat nak lihat, siapa dia sebelum Anwar bebas?
 
 'Kita tegaskan perdana menteri kita adalah Anwar tetapi konvensyen  ini boleh putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahuddin.
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari  ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama'  dengan  gabungan  itu.
 
 Ujarnya,  ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin  yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana  parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.
 
 "Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang  tapi saya baca  kenyataan  akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya  dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
 
 Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.
 
 Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan  Ibrahim Tuan Man yang  bertegas Pas  tidak akan menghadiri konvensyen  tersebut.
 
 Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
 
 Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat  terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi  mewujudkan kekuatan pembangkang.
 
 Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.
 
 “Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.
 
 "Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan  sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,”  katanya.
 
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 Seperti hanya selangkah lagi untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN)  namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta sedikit masa  tambahan sebelum memuktamadkan penyertaan mereka ke dalam gabungan  berkenaan. (Lihat aje LKS nampak macam tak mahu lihat muka TSMY pasal tak nak tt)
 Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masa itu diperlukan untuk mereka meneliti keseluruhan perjanjian berkenaan.
 
 "Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf," katanya  semasa memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari  ini.
 
 Kata bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu BERSATU berasakan  masa secukupnya diperlukan terutama membabitkan hal sepenting itu.
 
 "Dalam urusan dan hal-hal penting seperti perjanjian pertama yang  kami akan tandatangani, saya dah minta tangguh untuk beri masa  secukupnya kepada pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan berbincang dengan  lebih lanjut," katanya.
 
 
  Bagaimanapun mengulas lanjut, Muhyiddin berkata BERSATU secara dasarnya bersetuju dengan sebahagian perjanjian tersebut. 
 "Ada pihak kata, saya tarik diri daripada tandatangani perjanjian  dengan HARAPAN, tetapi sebenarnya saya tidak berundur, saya amat serius.
 
 "Pada dasarnya saya setuju dengan sebahagian besar perjanjian  tersebut termasuk kedudukan Sabah dan Sarawak, hal kedudukan agama Islam  dan agama kaum-kaum lain, bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa  kemuliaan dan institusi raja Melayu," kata Muhyiddin.
 
 Sementara itu, mengulas apakah penangguhan pemeteraian perjanjian  kerjasama dengan HARAPAN oleh BERSATU dibuat ekoran perbincangan mereka  dengan PAS, ini jawab Muhyiddin: "Bukan kerana itu, tapi saya sengaja  minta (lebih masa) kerana mahu beri peluang kepada kepimpinan BERSATU  mengadakan pertemuan pertama kali dengan pucuk pimpinan HARAPAN yang  belum dibuat sebelum ini."
 
 Perlu pertemuan pakar
 
 Awal November lalu PAS mengesahkan bahawa parti itu berbincang dengan  Muhyiddin mengenai jalinan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya akan  datang.
 
 Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan bentuk kerjasama itu  masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada  kedua-dua belah pihak.
 
 Terdahulu semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan harapan pagi tadi  Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir berharap parti yang dinaunginya itu  bersetuju untuk memeterai perjanjian kerjasama dengan HARAPAN.
 
 Kata Dr Mahathir lagi adalah tidak benar Muhyiddin menentang penyertaan parti berkenaan ke dalam HARAPAN.
 
 Sebaliknya kata Dr Mahathir, Muhyiddin dan beliau bersependapat untuk  menyertai gagasan berkenaan secara langsung kerana berkongsi pandangan  bahawa negara ini perlu dibebaskan daripada kepimpinan Najib.
 
 Menurut Muhyiddin beliau juga turut mencadangkan satu perjumpaan bersama pakar mewakili kesemua parti kompenan HARAPAN.
 
 "Saya mahu keputusan mengadakan kerjasama dibuat secara komprehensif (dan) ini memerlukan proses perbincangan yang luas.
 
 
 "Saya juga telah meminta sekreteriat HARAPAN untuk tentukan tarikh  dan masa yang sesuai untuk perbincangan tersebut dan apabila semua capai  (kata sepakat) baru kita akan tandatangani," kata Muhyiddin.
 
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat  – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin  Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang  perlu ditandatangani pada konvensyen Sabtu ini (hari ini), ditangguhkan.
 
 Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
 
 Dilaporkan, keputusan penangguhan itu secara tidak langsung menjejaskan konvensyen kali pertama pakatan harapan ekoran majlis menandatangani perjanjian bagi mengalu-alukan BERSATU sepatutnya menjadi acara kemuncak.
 
 Menurut sumber, Muhyiddin sebelum ini bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat bersama pimpinan tertinggi pakatan harapan.
 
 Bagaimanapun, dua hari selepas mesyuarat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghubungi pemimpin pakatan harapan bagi meminta penangguhan menandatangani perjanjian kerjasama.
 
 Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
 
 Beliau juga dilaporkan lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya yang terdiri daripada BERSATU, PKR dan PAS, namun cadangan itu ditolak oleh pemimpin pakatan harapan.
 
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Akibat keputusan PPBM menangguh keputusan menyertai Pakatan Harapan (PH)  yang sepatutnya ditandatangani dalam Konvensyen PH esok (hari ini), Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan telah mengambil kesempatan menibai presiden parti  itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 Berikut merupakan kenyataan media Khairuddin yang disiarkan di Facebook Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini.
 
 Saya amat tidak terkejut dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin  untuk memohon penangguhan tandatangan perjanjian persefahaman di antara  parti-parti dalam Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan yang sepatutnya  berlangsung esok di Shah Alam.
 
 Bagi saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda  serta strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk  memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM)  terlebih dahulu.
 
 Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin kearah itu!!
 
 Malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat di dalam gerakan  Deklarasi Rakyat yang dianjurkan serta diterajui oleh YABhg Tun Dr  Mahathir Mohamad sebelum ujudnya Parti Bersatu.
 
 Mungkin di atas faktor ini keserasian Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan parti-parti dari Pakatan Harapan agak dingin.
 
 Deklarasi Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi  merupakan gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua  tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara  cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama kearah mencapai  matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri  paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan ‘total reform’ di  tanahair kita yang tercinta ini.
 
 Pada waktu itu kami telah bekerjasama secara amat akrab dan mula  mengenal hati budi masing-masing di bawah Deklarasi Rakyat dengan  berbekalkan satu niat dan tekad bagi Selamatkan Malaysia.
 
 Di kala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang membabitkan dirinya  dengan Deklarasi Rakyat dan sudah nampak kurang selesa dengan parti DAP.
 
 Saya tidak pernah membantah untuk melipatgandakan daya-usaha bagi  menarik PAS ke dalam perkumpulan Pakatan Harapan semula tetapi apa yang  perlu dibuat pada masa ini ialah kita perlu menguatkan perpaduan sesama  Parti Bersatu, PKR, Amanah serta DAP terlebih dahulu.
 
 Tokoh-tokoh pemimpin dari parti-parti ini telah membuktikan kesetiaan  bersama kita di peringkat awal menjayakan Deklarasi Rakyat!!
 
 Segala daya usaha untuk membawa masuk PAS ke pangkuan Pakatan Harapan  mesti ada had tarikh tempohnya!! Sekiranya PAS asyik main tarik-tarik  tali; kemungkinannya ia akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk  memperkemaskan gerak-kerja mulai kini bagi menghadapi pru 14 kelak yang  sudah tidak lama lagi.
 
 Seandainya Parti Bersatu boleh memantapkan kedudukan dan hubungannya  dalam Pakatan Harapan sehingga menampakkan blok pakatan begitu mantap;  yakinilah pada waktu itu
 parti PAS dengan sendirinya akan memasukki  gabungan pembangkang ini.
 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya teruskan dengan menandatangani  perjanjian dengan semua parti-parti dari Pakatan Harapan terlebih dahulu  esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan  sesama blok pakatan amat mantap kali ini.
 
 Rakyat akan lebih yakin sekiranya dapat melihat satu perjanjian  secara formal boleh ujud di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
 
 Permohonan dari Parti Bersatu untuk menangguhkan perjanjian di dalam  konvensyen pakatan harapan esok di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit  kesan kurang yakin di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan.
 
 Parti Warisan yang diterajui oleh YB Dato Seri Shafei Apdal untuk  tidak hadir kurang memberi kesan negatif kerana ianya sebuah parti  berteraskan kenegerian dari Sabah dan bukannya ditubuhkan di Semenanjung  Malaysia.
 
 Pada pendapat peribadi saya selaku ahli akar umbi yang pernah  menganggotai sekejap Parti Bersatu; situasi ini tidak harus berlaku pada  konvensyen pakatan esok!!
 
 Sesungguhnya, ia tidak memberi satu gambaran serta impak positif kepada blok pakatan di Semenanjung Malaysia khususnya.
 
 Asasnya, blok pakatan di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP  mesti dimantapkan secara sekukuh-kukuhnya terlebih dahulu dan kemudian  baru secara kolektif pujuk PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
 
 Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan  dapat membuktikan satu gabungan yang amat kuat yang boleh meyakini  hati-nurani seluruh rakyat Malaysia menyokong blok pakatan pada waktu  itu PAS dengan sendirinya akan balik ke pangkuan
 
 Pakatan Harapan.
 
 KHAIRUDDIN ABU HASSAN
 11 Nov 2016
 
 Sumber AIDCNews
 
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 WARISAN tak sertai Konvensyen HARAPAN esok,
 Sama Seperti PAS
 Posted on Friday, November 11 @ 13:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32333
 |  
  
 Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengesahkan mereka tidak menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Shah Alam esok.
 Keputusan itu menjadikan WARISAN sebuah lagi parti pembangkang yang mengambil langkah sama selepas PAS.
 
 Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking berkata parti itu tidak  dapat menyertai konvensyen berkenaan kerana dua pemimpin tertinggi parti  berkenaan terpaksa menghadiri siri jelajah di Kudat dan Maruju.
 
 "Kami dijemput tetapi malangnya Datuk Seri Shafie Apdal dan saya akan  menghadiri majlis jelajah di Kudat dan Marudu yang sudah dirancang  lebih awal," katanya melalui mesej pesanan ringkas.
 
 Shafie - juga bekas naib presiden Umno - adalah presiden WARISAN.
 
 Sementara itu semakan di akaun Facebook WARISAN menyatakan parti itu  mempelawa orang ramai menghadiri Festival Gong yang akan dihadiri  Shafie.
 
 Semua pemimpin parti itu serta wakil rakyat masing-masing pula digerakkan untuk melawat pelbagai lokasi di Sabah.
 
 Sementara itu Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin  Abdullah berkata gabungan pembangkang itu sudah dimaklumkan mengenai  kedudukan WARISAN.
 
 "HARAPAN mempelawa semua parti pembangkang. Saya sudah bercakap  dengan Shafie
 dan Darrel. Mereka mengucapkan terima kasih atas jemputan  itu namun tidak dapat hadir," katanya.
 
 Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sebelum ini menyatakan parti itu tidak menyertai konvensyen berkenaan atas sebab ia turut membabitkan DAP.
 
 Bekas perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden parti itu Tan Sri  Muhyiddin Yassin sudah mengesahkan kehadiran mereka.
 
 Menurut kenyataan dihantar Saifuddin, Dr Mahathir akan memberikan syarahan khas di majlis berkenaan, manakala Muhyiddin akan memberikan ucapan bersama pimpinan pembangkang lain.
 
 Sumber TKO - 11-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 KUALA LUMPUR - Empat resolusi berjaya dirumuskan, hasil daripada  mesyuarat bersama di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad dengan ahli parlimen pembangkang di bangunan sementara Parlimen  semalam.
 
 Resolusi yang dibentangkan oleh Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari  Abdul dipersetujui  sebulat suara oleh kesemua 30 ahli parlimen  pembangkang yang hadir.
 
 Empat resolusi itu adalah untuk meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri  Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan  tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen  yang berucap dalam Parlimen yang menyentuh isu 1Malaysia Development  Berhad (1MDB), DOJ dan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam  akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
 Resolusi kedua pula adalah meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia  menghormati dan mempertahankan hak dan kebebasan Parlimen sepenuhnya  seperti yang diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa dan seperti yang  diamalkan di semua parlimen-parlimen ala Westminister.
 
 Ketiga, meminta YDP Dewan Rakyat mengkaji semula petua yang beliau keluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober 2016.
 
 Bersandarkan kepada petua yang beliau keluarkan ini Ahli Parlimen tidak  dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ dan wang RM2.6  bilion dan menteri-menteri juga tersekat dan terbatas dalam memberi  jawapan kepada soalan-soalan berhubung dengan perkara tersebut.
 
 Resolusi terakhir adalah mereka meminta semua pihak mengiktiraf dan  kembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas dan  menyuarakan masalahan rakyat dalam Dewan Rakyat dan jangan ada mana-mana  pihak menyekat kebebasan ini agar rakyat dan negara mendapat faedah  dari kegiatan ini dan kedudukan Parlimen Malaysia dipandang tinggi oleh  masyarakat antarabangsa.
 
 Difahamkan, Mahathir  berada di Parlimen bagi menyertai perbincangan  bersama ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai rasa tidak puas hati  mereka terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang  dianggap memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan  ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
 
 Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Presiden Parti Pribumi Malaysia  (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk  Seri Shafie Apdal; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan  Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit
 Siang.
 
 Sumber TKO - 10-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43124-1mdb-syarikat-bermasalah-di-china-dibawa-ke-sini
 PASIR PUTEH:
  Mungkinkah kerana wang bagi membayar timbunan hutang 1MDB pemimpin negara tidak lagi memiliki keberanian bagi mempertahankan wilayah kepunyaan kita.
 
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menyerah syarikat dari China membangun Bandar Malaysia.
 
“Kita perlu ingat syarikat dari China datang membawa segala peralatan mereka apabila datang ke sini.
 
“Bahkan tukang masak dan tukang cuci pun mereka akan bawa sekali ke Malaysia. Gaji pekerja di China lebih murah 5 kali ganda berbanding dengan kita di sini.
 
“Kalau syarikat China mengguna pekerja tempatan mereka terpaksa membayar lebih. Kerajaan pula benarkan mereka bawa semuanya,” katanya di sini.
 
Sebelum ini kerajaan dikatakan menjual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
 
Dan baru-baru ini pula syarikat Malaysia dan China memanterai 14 perjanjian yang bernilai RM144 bilion semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing.
 
Perjanjian berkaitan kejuruteraan dan pembinaan ditandatangani antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM).
 
Selain itu, China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan dengan modal berbayar awal USD200 juta bagi membiayai pembangunan prasarana Malaysia.
 
Kamaruddin berkata, rakyat Malaysia dijangka tidak mendapat banyak manfaat kerjaya daripada projek tersebut.
 
“Kerajaan BN beri lesen untuk tubuh bank lagi di Malaysia sedangkan lesen bank sudah beku. Namun kerana hutang 1MDB kerajaan sanggup beri lagi lesen bank.
 
“Bagaimana pula dengan bank yang sedia ada di negara kita. Lebih pelik lagi syarikat CCCC disenaraihitam semua institusi kewangan dunia termasuk Bank Dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/11/2016 Sumber HD -7-11-2016
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PETALING JAYA: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal akan ke Bukit Aman pagi Isnin untuk memberi  keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru  ini.
 
 Sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pihak  polis telah menghubungi bekas naib presiden Umno itu pada Rabu lalu.
 
 "Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju untuk Datuk Seri  Shafie ke Bukit Aman pada 10 pagi Isnin ini," katanya ketika dihubungi  di sini, Ahad.
 
 Sumber itu berkata, Shafie akan hadir bersama peguamnya untuk memastikan sesi merakamkan keterangan itu berjalan lancar.
 
 Kata sumber itu lagi, pemimpin itu juga sedia memberi kerjasama bagi membantu pihak polis menyiasat kes berkenaan.
 
 Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan  pihaknya mempunyai asas yang cukup untuk menyiasat tiga bekas menteri  di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.
 
 Kata Khalid, kes 1MDB masih dalam siasatan dan mendedahkan beberapa  perkara yang membabitkan dakwaan salah laku terhadap Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak diklasifikasikan sebagai Akta Hasutan.
 
 Tiga bekas menteri berkenaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan  Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II,  Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 Bagaimana pun, sesi merakamkan keterangan  bekas Menteri Kewangan II,  Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin lalu telah ditangguhkan.
 
 Dilaporkan, semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 di Dewan Rakyat,  Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama  ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana  menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".
 
 Beliau juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada 2020  bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia  kepada sebuah syarikat Cina.
 
 Ahmad Husni juga menyoal kerajaan sama ada imej Malaysia akan  terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara di London berhubung  tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi, yang  menuntut lebih daripada AS$6.5 bilion daripada 1MDB.
 
 Sumber TKO- 6-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed  Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan  surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim  Sultan Iskandar.
 
 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
 
 Polis telah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya.
 
 "Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam  membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja," katanya.
 
 Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq  yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain  dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang  dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas. - BERNAMA
 
 Sumber TKO - 6-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mahathir Tak Peduli Dana Dari Soros
 Posted on Sunday, November 06 @ 10:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32256
 
 
 
 |  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peduli sumber dana  yang diterima oleh BERSIH malah bertegas akan tetap menyertai  perhimpunan haram itu pada 19 November ini.
 Katanya, walaupun gerakan itu mengakui menerima dana sumbangan  daripada penyangak matawang, George Soros, namun Mahathir berkata beliau  dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan tetap menyertai  perhimpunan itu.
 
 Walaupun ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir amat sensitif  terhadap Soros, namun kini penyangak matawang itu bagaikan tiada apa  makna buat beliau.
 
 “Saya tidak peduli mengenai punca kewangan BERSIH. Saya utamakan ialah tunjuk perasaan terhadap Najib.
 
 “Saya yakin dia (Najib) nak batalkan tunjuk perasaan itu dengan buat macam-macam tuduhan,” katanya.'
 
 Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dan ahli  PPBM akan menyertai BERSIH meskipun pengerusinya, Maria Chin Abdullah  sebelum ini mengakui menerima dana daripada George Soros bagi tujuan  mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
 
 Memetik laporan portal liberal, Maria mengakui menerima RM70,000 dari  Open Society Institute – pertubuhan kelolaan Soros – antara tahun 2010  dan 2011.
 
 Malah, laman web DC Leaks mendedahkan dokumen dalam bentuk minit  mesyuarat Open Society Foundation (OSF), turut menaja Merdeka Center dan  portal liberal, Malaysiakini.
 
 
 Sumber TKO - 6-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri  Zaeinal
 
 
Abidin Omar hari ini mempersoalkan keputusan pucuk pimpinan  parti yang melantik bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri  Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden. 
 Beliau juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari  sebagai
 naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai itu.
 “Sejak bila mereka ini berjuang lawan Najib?
 
 “Bila rumah (parti) dah siap mereka senang saja masuk dapat jawatan.  Adakah mereka mempunyai rekod menentang Najib?” katanya kepada Malaysiakini.
 
 Zaeinal Abidin berkata seperti beberapa pemimpin dalam BERSATU beliau  mahu tahu sama ada Abdul Rashid mempunyai keberanian untuk berjuang.
 
 “Adakah si Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup  pergi masuk hutan belantara dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan  negara?” soalnya.
 
 Zaeinal Abidin berkata beliau pada tahun 2008 mencadangkan supaya  Tengku Razaleigh mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan  adalah antara yang paling lantang menentang Najib.
 
 Beliau berharap pucuk pimpinan parti akan menerima kritikannya dengan hati yang terbuka.
 
 Zaeinal Abidin berkata kritikan itu perlu kerana beliau tidak mahu  BERSATU menjadi satu lagi Umno, di mana ahli hanya mengikut kerana itu  adalah budaya Umno.
 
 Sumber TKO - 2-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Pertemuan pembangkang permulaan baik untuk Bersatu
 Posted on Wednesday, November 02 @ 22:36:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32207
 
 
 
 |  PUTRAJAYA - Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk  mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan dalam masa  terdekat.
 Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan tersebut  merupakan permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan  parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
 
 "Berita baik yang pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk  adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi  kami, itu satu langkah ke hadapan.
 
 "Kedua, Pakatan Harapan sudah memberikan jemputan untuk kami hadir  dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh  terdekat. Dari situ kita boleh dapat mengorak langkah bagi bentuk  kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," katanya dalam sidang media  selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, di  sini, hari ini.
 
 Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam pertemuan tersebut, Bersatu  akan memulakan proses rundingan bagi kerusi-kerusi yang boleh  ditandinginya dalam PRU14.
 
 "Bersatu dah teliti semua kerusi di negara ini yang berada di bawah  Pakatan Harapan dan Pas. Jadi kita akan lihat kepada asas 'winnability'.
 
 "Apa pun kita kena bincang dan ini mungkin ambil masa. Tetapi kita  harap dapat penyelesaian yang dipersetuju oleh semua parti mengenai  jumlah kerusi patut ditandingi Bersatu," katanya.
 
 Menyentuh mengenai pertemuan dengan Pas, katanya, ia akan diadakan dengan pimpinan Pas secara beberapa peringkat.
 
 "Ada beberapa pimpinan Pas yang telah diberikan amanah. Ada beberapa  peringkat nanti, ini peringkat pertama. Kemudian disusuli peringkat  tertinggi," katanya.
 
 Ditanya sama ada Bersatu bersetuju dengan syarat Pas yang hanya ingin  bekerjasama dengan pihak yang boleh menerima dasar Islam, beliau  berkata, Bersatu tiada halangan.
 "Saya fikir tak menjadi masalah jika mereka kata memperjuangkan Islam.  Itu pun sebahagian yang penting dalam perjuangan Bersatu.
 
 "Tetapi kita  juga tahu dalam Perlembagaan, hak agama lain memang  terjamin. Dengan pertemuan ini, banyak perkara boleh kita rungkai dan  bincangkan dari segi bentuk kerjasama dan sebagainya," katanya.
 
 Malah, Muhyiddin berkata, Pas juga secara prinsipnya telah bersetuju dengan strategi satu lawan satu.
 
 
 "Jadi, kalau itu sudah dijadikan asas kerjasama, ia satu kemajuan. Kita  harap itu dapat diputuskan apabila kita adakan pertemuan rasmi,"  katanya.
 
 Sumber TKO - 2-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 PAS kini bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Parti Bumiputera  Bersatu Malaysia (BERSATU), kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 Menurutnya, persetujuan itu bagi membincangkan soal kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
 "Berita baik bahawa PAS telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan  perbincangan dengan kita (BERSATU), tarikh juga telah ditetapkan dan itu  bagi bagi kami satu langkah ke hadapan.
 
 "Ada beberapa pimpinan mereka yang telah diberikan amanah dan akan  disusuli dengan peringkat kepimpinan tertinggi,” kata Muhyiddin pada  sidang media BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
 
 Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan juga menjemput BERSATU untuk menyertai mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang itu.
 
 "HARAPAN pula telah menyatakan jemputan untuk kita hadir dalam mesyuarat  pimpinan mereka dalam tempoh beberapa hari ke hadapan dan di situ kita  dapat mengorak langkah bagaimana bentuk kerjasama yang sesuai yang boleh  kita jalinkan.
 
 "Kita juga pada masa itu nak ambil kesempatan untuk memulakan proses  rundingan untuk meletakkan kerusi yang mungkin boleh dijadikan kerusi  BERSATU," kata Muhyiddin.
 
 
Sementara itu, beliau juga tidak melihat masalah  bekerjasama dengan PAS sebagai parti Islam memandangkan BERSATU juga  tidak berbeza. 
 
 
 
"Saya fikir itu tidak menjadi masalah lebih lagi kalau  mereka katakan mereka memperjuangkan Islam, sebab itu (Islam juga)  sebahagian yang penting dalam parti kita. 
 
 
 
"Tapi kita tahu dalam perlembagaan hak agama lain memang  terjamin dan dengan ada pertemuan akan datang banyak perkara akan  dirungkaikan, kerjasama yang bagaimana, bentuk seperti apa dan sejauh  mana kita nak bekerjasama," kata Muhyiddin. 
 
 
 
Bekas timbalan perdana menteri itu juga berharap  kerjasama dengan PAS akan dapat diputuskan sewaktu pertemuan rasmi dalam  tempoh terdekat. 
 
 
 
"Jadi, kalau itu dah dijadikan asas kerjasama, itu satu kemajuan. 
 
 
 
"Kita harap itu dapat diputuskan bila kita adakan pertemuan rasmi dalam tempoh terdekat. 
 
Terbaru, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilapor berkata  mereka bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan  rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti. 
 
 
 
Hashim berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran  positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara  rakan-rakan parti pembangkang. 
 
 
 
Sementara itu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad  sekali lagi menegaskan kerjasama parti pembangkang amat penting bagi  menjatuhkan kerajaan Umno-BN. 
 
 
 
"Kita berharap ia dapat diselesaikan dan kita dapat isytiharkan dengan parti lawan.
 “Mungkin ada parti lawan yang tidak ingin sertai, tapi kia harap kalau nak kalahkan Najib kita kena bersatu," tegas Mahathir.
 
 
 
 
Sumber TKO - 2-11-2016 
 
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU Posted on Wednesday, November 02 @ 16:20:51 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32201
 
 
 
 |  Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai  naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).
 Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk  Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.
 
 
 Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.
 
 Sumber TKO - 2-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir  dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu,  hari ini.
 
 Manakala, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR), Tan  Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk  Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin dipilih sebagai Naib  Presiden.
 
 Jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.
 
 Sumber TKO - 2-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Saya Minta Maaf Tun M - Khairuddin
 Posted on Tuesday, November 01 @ 11:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32188
 
 
 
 |  KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu  berjumpa dan memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di atas  keputusannya keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 Bekas naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu mengakui tidak  memaklumkan mengenai keputusan tersebut terlebih dahulu kepada Dr  Mahathir selaku pengerusi parti.
 "Saya dengan rendah diri nak minta maaf banyak-banyak kepada Tun M.
 
 "Saya nak jumpa dengan Tun M dan bincang dari hati ke hati. Saya juga  nak minta maaf kerana saya tak sangka bila umum keluar parti, ia viral  sedemikian rupa, bukan niat saya untuk mencemarkan imej parti," katanya  kepada pemberita di luar pekarangan Bukit Aman pada petang Isnin.
 
 Khairuddin hadir di Bukit Aman bagi memberi sokongan kepada bekas  Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dipanggil  untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kerana ucapan  perbahasannya berkaitan 1MDB  di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
 
 Bagaimanapun sesi itu ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.
 
 Khairuddin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keputusan keluar  parti itu terpaksa dibuat sebagai persediaannya untuk menghadapi  beberapa kes di mahkamah.
 
 Bagaimanapun Dr Mahathir pada Jumaat memberitahu pemberita beliau tidak tahu mengenai pengumuman Khairuddin itu.
 
 Ditanya adakah beliau dihubungi Dr Mahathir selepas keluar parti,  Khairuddin berkata: "Belum dihubungi setakat ini. Tak apalah, lebih  tertib sekiranya saya yang bertemu Tun M."
 Khairuddin berkata, antara sebab tidak memaklumkan mengenai keputusan  itu terlebih dahulu kepada Dr Mahathir kerana beliau hanya sebagai ahli  biasa dalam PPBM.
 
 "Bila saya umum keluar parti, sepatutnya tidak ada impak (dalam parti).  Kecuali kalau saya dalam majlis tertinggi parti, tentulah ada impak,"  katanya.
 
 Dalam pada itu, Khairuddin mengulangi pendiriannya akan tetap memberi sokongan kepada PPBM walaupun bukan sebagai ahli parti.
 
 "Saya akan membuat pertimbangan sama ada akan bertindak menggunakan  platform politik atau tidak untuk meneruskan wadah perjuangan," katanya.
 
 Awal Ogos lalu mStar Online pernah mengeluarkan kenyataan Khairuddin  berhubung pendiriannya untuk tidak menyertai PPBM yang diterajui Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebagai presiden.
 
 Bagaimanapun Khairuddin memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan  menyertai PPBM pada September lalu sebagai tanda sokongan kepada Dr  Mahathir yang bertindak sebagai pengerusi parti berkenaan.
 
 Sumber  TKO - 1-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Dalam  ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu  Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu kisah yang menarik yang belum  pernah saya dengar sebelum ini .... menarik sebab ia melibatkan Najib  hehe
 
 Menurut  Muhyiddin, tahun lepas ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana  Menteri, beliau telah merasmikan Pavilion ( 'khemah' penyertaan )  Malaysia di Ekspo Dunia Milan 2015.
 
 Katanya, di situ terpampang gambar YDP Agong dan juga gambar Najib .
 
 Cerita  yang saya terima sahih, daripada seorang kawan yang mana isterinya  adalah seorang pegawai di Kementerian Perlancongan. Dia berkata bahawa  gambar Najib itu diletakkan di hadapan.
 
 Ketika  pameran berlangsung, ramailah yang datang berkunjung ke Pavilion  Malaysia yang sememangnya unik ( kena saksikan videonya, memang unik dan  canggih ! ) Ramai juga pengunjung yang berhenti melihat gambar Najib  sambil memberi komen ( yang didengar oleh pegawai itu ) -
 
 I  think i know this man. Dia kata dia kenal bukan kerana cerita baik tapi  cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak !
 Video-https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=05hd5OKSnCA
 
 Bila dah ramai yang beri komen sebegitu, dia terpaksa menurunkan gambar itu dan simpan di tempat yang lain.
 
 Ini  gambar Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik gambar saya takde kat situ  .... Jadi, apa maknanya ini ?  Ini cerita ringan tapi maknanya cukup  mendalam.
 
 Bahawa  ' kehebatan ' Najib ni sudah menjadi seantero dunia ! Semua orang  tahu.  Dan ini suatu yang agak memalukan satu hal,  tetapi ia mempunyai  implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.
 
 Kesan daripada situasi dan keadaan yang negara sedang hadapi ini .... cukup buruk.
 
 
 Jika  benarlah seperti apa yang diceritakan oleh Muhyiddin di atas ..... tak  tahulah di mana lagi nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia bila  berdepan dengan orang luar !
 
 DI MANA MARUAH KITA ? ?
 
 Kalau  dah SATU DUNIA duk menuduh PM kita terlibat dalam rasuah dan  penggubahan wang haram yang nilainya merupakan satu rekod dunia  peradaban manusia, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia masih mengekalkan  beliau sebagai PM ?
 
 Begitu  juga tatkala satu dunia mentertawakan alasan Derma Pak Arab yang  mengikut logik akal manusia, ia sesuatu yang tidak mungkin berlaku tapi  kita di Malaysia pula boleh percaya kepada cerita dongeng sebegitu ....  agak2 apa pandangan orang luar terhadap rakyat Malaysia ?
 
 Ini  bukan kes dakwaan biasa ..... di mana kita boleh kata selagi tidak  didapati bersalah oleh mahkamah maka Najib tidak perlu letak jawatan.  Tapi ini kes yang diperkatakan seluruh dunia ! Dan pihak2 penyiasat luar  ( yang berstatus pihak berkuasa negara2 tertentu ) pula telah menemui  bukti salah laku dalam skandal 1MDB dan sedang dalam proses menyaman  pihak2 yang terlibat dalam lingkungan kuasa mereka.
 
 PALING  TIDAK PUN ..... Najib, jika beliau seorang pemimpin yang  bertanggungjawab, seharusnya meletakkan kepentingan negara dan maruah  rakyat Malaysia di depan, mendahului kepentingan peribadinya. Antara  caranya adalah dengan BERDEPAN dengan segala dakwaan itu dan BUKTIKAN  bahawa semua dakwaan itu tidak benar.
 
 Kalau  mereka ada bukti seperti contohnya DOJ dengan money trailnya, maka  Najib juga seharusnya tunjukkan money trailnya sebagai bukti yang dana  yang beliau terima itu adalah dari sumber sah sebagaimana yang didakwa  beliau. Juga membuktikan bahawa penderma Arab yang satu dunia percaya  sebagai satu cerita dongeng itu sememangnya wujud !
 
 Adalah  tidak logik juga kalau difikirkan, jika niat pak Arab itu murni, demi  membantu saudara se Islam, seharusnya ketika Najib selaku orang yang  dibantunya sedang berdepan dengan cemuhan dan hinaan dari seluruh dunia,  beliau tampil bagi membuktikan cerita dongeng itu adalah betul.
 
 Tapi  kenapa pak Arab itu masih bersembunyi ? Kalau dah mati sekalipun,  takkan saudara mara terdekatnya tidak tahu apa2 ? Yang paling penting -  tunjukkan BUKTI yang wang itu memang datang dari beliau,
 
 Semuanya  ada bukti dalam bentuk dokumen transaksi dan penyata bank. Yang ini tak  boleh lari. So ...... DI MANA BUKTINYA DARI PIHAK NAJIB ?
 
 Begitu juga dengan pihak 1MDB. Kenapa tidak tampil dengan bukti2 bagi menafikan dakwaan DOJ dan beberapa pihak lain lagi ?
 
 ADA ATAU TIDAK BUKTI2 ITU ?
 
 Najib mungkin sudah tidak ada maruah yang mahu dipertahankan lagi tapi kita rakyat Malaysia masih punya maruah ! - Sumber: dinturtleoriginal
 Sumber TKO - 31-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Tun M Pening Khairuddin Pula Tiba-Tiba Keluar PPBM
 Posted on Saturday, October 29 @ 19:22:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32165
 |  
  
 KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sendiri pening tidak tahu ‘orang kuatnya' sendiri, Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar parti itu.
 Menurut bekas perdana menteri itu, beliau perlu berjumpa dan  mendengar penjelasan terlebih dahulu, sebelum menjawab persoalan misteri  mengapa Khairuddin tergamak bertindak sedemikian rupa secara tiba-tiba  pula.
 
 
 “Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari dia. Tidak  tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena cakap dengan beliau  dahulu,” kata Mahathir yang turut kelihatan terpinga-pinga apabila  diajukan soalan cepumas itu.
 
 Beliau yang juga mantan presiden UMNO dan Barisan Nasional selama 22  tahun itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis  pelancaran dua buku yang dihadirinya di Yayasan Al Bukhary di sini lewat  Jumaat.
 
 
 
Semalam, Khairuddin dalam kenyataannya mengumumkan keluar daripada  PPBM secara mengejut dan mendakwa konon terpaksa berbuat demikian untuk  mempersiapkan dirinya menghadapi beberapa kes besar di mahkamah. 
 “Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada  semua sahabat yang masih lagi berada bersama parti Bersatu (dibaca:  PPBM) dan berharap mereka menggalaskan tanggungjawab secara beramanah.
 
 “Saya kini perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi  beberapa perbicaraan penting di mahkamah (kononnya) untuk melawan segala  bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.
 
  
 
“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti tidak boleh  berpuak dan jangan sama sekali tiru budaya serta amalan buruk UMNO ke  dalam Bersatu (dibaca: PPBM),” kata Khairuddin dalam kenyataannya pada  Khamis. 
 Tindakan itu turut mengejutkan pelbagai pihak memandangkan ‘tiada  angin atau ribut’ membadai PPBM dan ia cetus spekulasi bahawa parti  tersebut sebenarnya sedang menghadapi masalah dalaman yang cuba  disorokkan.
 
 Khairuddin hanya berani menyertai PPBM pimpinan Mahathir dengan  presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu walhal sebelum itu  beliau berulang kali menegaskan tidak akan sama sekali menyertai parti  kecil tersebut.
 
 PPBM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9  September namun setakat ini tidak menyertai Pakatan Harapan dianggotai  DAP, PKR dan PAN atau Gagasan Sejahtera yang disertai PAS, Ikatan dan  Berjasa.
 
 Sebelum PPBM ditubuhkan, nama Khairuddin disebut-sebut sebagai bakal  setiausaha agung parti namun akhirnya, ‘orang kuat’ Muhyiddin,  Datuk Shahruddin Md. Salleh dilantik mengisi jawatan penting berkenaan  awal bulan ini.
 
 ADUN Jorak di Johor itu bertindak keluar UMNO setelah terdengar  ura-ura beliau ditawarkan jawatan tersebut sebelum disingkirkan  Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku  Malaysia (ITBM).
 
 
 Ini kerana jawatan di ITBM itu dicadangkan Muhyiddin sewaktu menjadi  Menteri Pendidikan dan kebetulan Shaharuddin dipecat susulan isu  kontroversi institut tersebut di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia. –  Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 Sumber TKO - 29-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan  Rakyat),  Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti 'mencuri' ahli parti dalam  kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.
 
 Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana  parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan  Sabah.
 
 "Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu)  sekarang mencari  orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini  sama-sama pembangkang tetapi ada juga  yang mencuri ahli kita.
 
 "Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana  parti," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan  tertinggi parti itu di sini hari  ini.
 
 Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober lalu.
 
 Menurut Lajim, partinya itu tidak akan 'mencuri' ahli-ahli dari parti  pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari  Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai  parti berkenaan.
 
 Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua  parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima  perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.
 
 Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat  perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan),  Lajim berkata "kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya  'highlight' strategi itu".
 
 Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah  parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14  kelak. - Bernama
 
 Sumber TKO - 28-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 ROS lulus Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim
 Posted on Tuesday, October 25 @ 19:42:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32127
 |  
  
 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putarajaya, hari ini, meluluskan  pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah yang bakal diterajui  bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
 Lajim yang ditemui selepas kelulusan berkenaan, berkata parti itu  juga akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu tanda rasa  bangga rakyat Sabah dan Malaysia.
 
 Menurutnya, permohonan menubuhkan parti baru itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan  diluluskan hari ini.
 
 Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama  dua ADUN lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.
 
 Mereka ialah ADUN Moyog yang mewakili PKR dalam pilihan raya sebelum ini, Terrence Siambun dan Junz Wong (DAP - Likas).
 
 Siambun bagaimanapun, menyatakan beliau akan menyertai Parti Warisan  Sabah (WARISAN) pimpinan bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
 Manakala Wong belum membuat keputusan rasmi.
 
 
  Lajim yang juga ADUN Klias dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu  Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada  mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk  ke Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai  wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.
 
 Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi  faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP dan PKR Sabah meninggalkan parti  masing-masing.
 
 Bercakap kepada media Lajim menjelaskan partinya itu kini dalam proses menyusun kepimpinan majlis tertingginya.
 
 "Patrick Sadom sekarang presiden penaja (Parti Harapan Rakyat Sabah)  saya dan akan ambil alih parti ini dalam masa terdekat dan akan menyusun  majlis tertinggi," katanya.
 
 Mengulas mengenai kerjasama dengan pakatan pembangkang Lajim yang  sebelum ini menjadi ahli PKR berkata beliau tidak boleh menjanjikan  apa-apa buat masa ini.
 
 
 "Saya tidak boleh janjikan (kerjasama) buat masa kini kerana asas  kami ialah memperjuangkan (kepentingan) Sabah terlebih dulu sebelum  memikirkan membuat sebarang kerjasama dengan mana-mana parti yang  berpusat di semenanjung," kata Lajim.
 
 Sumber TKO - 25-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi  memuatnaik 2 surat yang menyangkal cerita Tun Musa Husam berhubung sebab  sebenar peletakan jawatannya.
 
 Musa, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dari 1981 hingga  1986, dalam bukunya Frankly Speaking (Terus Terang Saya Katakan) berkata  peletakan jawatannya tiada kena-mengena dengan Ahli Parlimen Gua Musang  Tengku Razaleigh Hamzah.
 
 “Saya setuju peletakan jawatan Musa tidak ada kena mengenai dengan  Tengku Razaleigh,” kata Dr Mahathir dalam blognya. Beliau juga secara  sinis “bersetuju” dengan Musa yang dirinya seorang diktator.
 
 “Bagi membuktikannya saya lampirkan 2 surat yang ditulis Musa kepada  saya mengenai sokongannya kepada pelantikan Tengku Razaleigh ke jawatan  Menteri Perdagangan dan Industri.”
 
 “Saya tidak boleh lagi penuhi permintaannya untuk berahsia kerana beliau sekarang ini mahu berterus berterang.”
 
 Salah satu surat itu, bertarikh 5 Julai 1984, mempunyai tanda  PERIBADI dan RAHSIA PENTING. Dr Mahathir mencadangkan yang Musa  sebenarnya membantah pelantikan Razaleigh atas sebab integriti politik.
 
 
 Dr Mahathir turut menunjukkan yang Musa sendiri mahu menilai semula  kedudukannya dalam kerajaan sekiranya pelantikan Razaleigh diteruskan.
 Razaleigh dilantik ke portfolio itu pada 1984.
 
 Dr Mahathir, melalui surat kedua yang bertulisan tangan dan bertarikh  31 Julai 1984, menunjukkan yang Musa sendiri bercadang untuk bersara  daripada jawatan timbalan perdana menteri mulai 1 Ogos 1985.
 
 Musa secara rasmi meletak jawatan pada 1986.
 
 “Sayang sekali, sekiranya saya tewas di tangan Tengku Razaleigh, kita  boleh saksikan betapa baik hubungan antara Tengku Razaleigh dan Musa  dalam kerajaan,” kata Dr Mahathir.
 
 Berkenaan tuduhan diktator yang dilemparkan terhadapnya, Dr Mahathir  berkata hakikatnya beliau meletak jawatan secara sukarela, berbeza  dengan nasib yang menimpa Adolf Hitler (Jerman), Benito Mussolini  (Itali) dan Joseph Stalin (Rusia).
 
 “Agak misteri bagaimana saya boleh terpilih lima kali. Sekarang kita  tahu seorang perdana menteri yang terpilih juga boleh menjadi seorang  diktator.”
 
 Sumber TKO - 25-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Kerajaan sudah kekurangan dana - Tun Mahathir
 Posted on Thursday, October 20 @ 15:51:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32083
 
 
 
 |  SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan  Bajet 2017 yang akan dibentang esok, tidak bermakna memandangkan  kerajaan tidak mempunyai wang.
 “Tidak syak lagi sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada  kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan  bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan  yang mempunyai majoriti di Parlimen.
 
 “Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan telah tidak mendapat wang untuk  memenuhi bajet.
 
 Mereka tahu bahawa kementerian dalam tempoh dua tahun  yang lalu telah diberitahu bahawa wang itu tidak boleh didapati dan oleh  itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.
 
 “Bajet ini sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak akan  mempunyai wang,” katanya dalam status terbaru di blognya.
 
 Dakwa Mahathir, kekurangan dana kerajaan itu adalah kerana wang yang  ada tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik,  pembangunan negara dan  kesejahteraan rakyat.
 
 “Wang itu digunakan untuk memenangi populariti untuk perdana menteri.  Untuk ini perdana menteri telah mewujudkan peluang pekerjaan gaji buta  untuk banyak pengikut setia. Kini terdapat sembilan menteri, tiga  timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
 “Terdapat 51 jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan bajet untuk  Jabatan Perdana Menteri telah meningkat daripada RM5.2 bilion pada  tahun 2000 kepada RM20 bilion pada 2016, peningkatan empat kali ganda.  Ia adalah 13 peratus daripada Bajet 2016 daripada RM267 bilion. Ia  adalah kurang daripada empat peratus antara tahun 2000 dan 2008,”  katanya.
 
 Mahathir juga mendakwa sebahagian besar daripada dana Jabatan Perdana  Menteri pergi kepada program yang ditentukan perdana menteri.
 
 “Di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja boleh menyebabkan kos RM7 bilion  oleh kerajaan,” katanya,
 
 Sehubungan itu, beliau  mencadangkan adalah lebih baik untuk memberi  elaun bulanan yang mencukupi kepada mereka yang benar-benar layak untuk  menyokong kehidupan.
 
 Beliau menegaskan bahawa emolumen telah meningkat daripada RM26 bilion pada tahun 2003 kepada RM89 bilion pada 2016.
 
 “Tetapi hasil persekutuan semakin berkurangan berbanding dengan KDNK  (Kadar Dalam Negara Kasar). Kerana kerajaan percaya kepada berpendapatan  tinggi sebagai penunjuk tahap pembangunan, gaji yang meningkat tanpa  mengambil kira hasil atau produktiviti,” katanya.
 
 Mahathir berkata, pendapatan per kapita bukanlah kriteria sebenar tahap  pembangunan, namun  apa yang penting ialah kuasa beli pendapatan.
 
 “Peningkatan kos sara hidup telah menafikan manfaat berpendapatan  tinggi. Bajet baru mungkin menyebabkan kos sara hidup meningkat. Ia akan  memberi kesan kepada taraf hidup yang teruk. Ini akan menjadi lebih  sukar jika kadar GST meningkat.
 
 “Kejatuhan nilai dalam nilai ringgit juga akan memberi kesan kepada  kuasa beli pendapatan. Oleh kerana kerajaan tidak percaya kepada  industri tempatan yang boleh mendapat manfaat daripada ringgit yang  lebih murah tetapi menggalakkan import, kos ini akan meningkat kerana  menurunkan nilai ringgit.  Akan ada aliran keluar yang lebih besar dana,  mengakibatkan defisit perdagangan,” katanya.
 
 
 Menurutnya, peningkatan gaji minimum akan meningkatkan kos pengeluaran,  yang seterusnya akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan di  Malaysia.
 
 Sumber TKO - 20-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,  Kerajaan Kelantan hanya boleh menikmati hasil royalti minyak yang  diperjuangkan selama ini sekiranya pembangkang menguasai Pusat.
 
 Berucap dalam ceramah umun di Tunjung semalam, Penasihat  Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sekiranya  kerajaan pusat gagal  dikuasai, mereka yang menuntut hanya boleh 'memekik' dari luar tanpa  mendapat ihsan daripada kerajaan pusat.
 
 “Saya dengar kenyataan (Datuk) Husam mengenai royalti, saya tahu  perasaan orang Kelantan, Terengganu,  Sabah dan Sarawak, selagi kita  berada dalam parti lawan, orang kita hanya boleh menjerit  dan mereka  (kerajaan pusat) pekak, kalau nak buat sesuatu, kita kena ada dalam  kerajaan Malaysia, bukan kerajaan kelantan saja," ucapnya di hadapan  kira-kira 5,000 hadirin.
 
 Ceramah tersebut dianjurkan bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid  Ibrahim yang  dihadiri Penasihat Parti Amanah Kelantan,  Datuk Husam  Musa dan Pengerusi PKR Negeri, Aziz Kadir.
 
 Ucapan Tun Mahathir mengenai isu royalti menarik perhatian kerana  beliau didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan  minyak semasa menjadi Perdana Menteri.
 
 Berucap di majlis itu, Tun Mahathir menjelaskan semasa mengetuai BN,  faktor memudahkan kerja beliau adalah sikap pembangkang  yang tidak  bersatu sekaligus menjadi penyebab utama BN tidak mampu ditewaskan sejak  60 tahun yang lalu.
 
 “Selama saya memimpin kerajaan BN , saya selalu menang,  bukan kerana kita menang,  tetapi parti lawan kalah.
 
 "Mereka berpecah, selagi tak menang, selagi itu dasar dan tuntutan  tidak dapat dihasilkan, hanya dapat mendirikan kerajaan  pusat kita  dapat apa yang kita mahu  termasuk dalam tuntutan royalti,
 
 “BN menang kerana mereka guna satu simbol sahaja, satu menisfesto dan  yang paling  utama satu calon dan semua 14 parti sokong calon itu,   dengan  cara  itu mereka mendapat undi terbanyak,” katanya.
 
 Justeru itu, bekas Presiden Umno itu mengesa parti pembangkang supaya  bersatu  dan perlu membuat pengorbanan termasuk melihat kembali  dasar  dan hasrat yang diperjuangkan.
 
 “Selama ini (pembangkang) menang di peringkat negeri termasuk  di  Kelantan Terenggangu,  Pulau Pinang  dan  Sabah tetapi semua perlu  bergantung kepada pusat, kalau kita jadi kerajaan pusat, kita tidak  perlu  minta orang lain, kita minta kepada diri(kumpulan) kita,  takkan  kita tak bagi.
 
 “Dalam politik tidak  semua berjaya, ada yang menang ada yang kalah,  kalau nak menang,  kita kena korban  sedikit dasar dan hasrat  supaya  kita dapat bersatu dan kuat,” katanya.
 
 Sumber TKO - 16-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Dalam dua sesi bajet yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk di  barisan hadapan di sebelah kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,  bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua kerajaan  pada masa itu.
 
 Apabila Parlimen bersidang pada Oktober tahun lepas, tempat itu  diambil alih oleh MP Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang  menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.
 
 Pergeseran antara Muhyiddin dan Najib menyaksikan ahli Parlimen Pagoh itu dipecat daripada kerajaan.
 
 Tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain.
 
 Muhyiddin menduduki kerusi ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir  Samad yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN, yang telah dipindahkan  satu barisan di belakang.
 Di sebelahnya ialah Ahli Parlimen Keningau, Datuk Joseph Pairin Kitingan, pemimpin Parti Bersatu Sabah.
 
 Bagaimanapun, landskap politik negara mengalami perubahan yang lebih drastik pada tahun lalu.
 
 Muhyiddin, yang terus lantang mengkritik cara Najib pengendalikan isu  1MDB, telah dipecat dari Umno pada 24 Jun, menjadikannya wakil rakyat  tanpa parti.
 
 Pada 8 September, Muhyiddin menjadi pemimpin Parti Pribumi Bersatu  Malaysia selepas Pendaftar Pertubuhan diluluskan pendaftaran parti  tersebut.
 
 Bagaimanapun, Parlimen masih belum mengiktiraf parti yang baru  didaftarkan itu dan Muhyiddin dianggap sebagai ahli Parlimen Bebas  apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini untuk sesi Bajet 2017.
 
 Beliau akan ditempatkan di sebelah belakang Dewan, bersebelahan  dengan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga  ahli parlimen Bebas selepas dipecat daripada PKR.
 
 Kerusi yang akan diisi oleh Muhyiddin itu kosong sejak awal sesi Parlimen selepas pilihan raya umum ke-13.
 
 Kerusi di sebelah kiri Muhyiddin akan diisi oleh Ahli Parlimen  Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, yang turut mengalami nasib yang sama  dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
 
 Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu dipindahkan  untuk duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain selepas beliau  disingkirkan daripada kerajaan kerana mengkritik penglibatan Najib dalam  1MDB.
 
 Keahlian Shafie dalam Umno digantung pada 24 Jun, mendorongnya untuk keluar parti.
 
 Beliau kini dalam proses menubuhkan sebuah parti berasaskan Sabah  tetapi buat masa ini dianggap sebagai seorang ahli Parlimen Bebas,  mengambil tempat di sebelah Muhyiddin di sebelah hujung Dewan.
 
 Tempat duduknya itu, juga telah kosong sejak Parlimen bermula selepas pilihan raya umum ke-13.
 
 Yang menariknya, tempat duduk MP Penampang Darell Leiking dalam Dewan  tidak akan berubah, walaupun Leiking telah keluar PKR untuk bekerjasama  dengan Shafie.
 
 Parlimen kini mengiktiraf Leiking sebagai ahli Parlimen Bebas tetapi  dia masih ditempatkan di barisan kedua kerusi pembangkang, di belakang  Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
 
 Kedudukan kerusi untuk ahli-ahli Parlimen adalah seperti di atas  berdasarkan pelan tempat duduk yang disediakan di laman web Parlimen  pada 16 Oktober.
 
 Sumber TKO - 15-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BERSATU Jangan buat Kerja bodoh Macam Parti PAN  http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42841-kukuhkan-kelantan-bukan-cari-cacat-cela-bersatu
 PASIR PUTEH:
  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu pakatan pembangkang mengukuhkan kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya mencari cacat cela di sana sini.
 
Ketua Penerangannya Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata kalau sengaja pembangkang lain mencari kelemahan kerajaan negeri tentunya ada.
 
“Kelemahan sedikit sebanyak kerajaan negeri memang tidak boleh hendak dinafikan kalau sengaja kita hendak cari.
 
“Sepatutnya kita tumpu perhatian bagi menggantikan urus tadbir negara di bawah BN yang begitu pincang sekarang kerana rakyat sedang berada dalam keadaan bahaya,” katanya selepas ceramah isu semasa di Cherang Ruku malam tadi.
 
Program itu dianjurkan Kelab Veteran Semerak yang menghimpunkan pemimpin PAS, Umno, Bersatu dan AKIM di satu pentas. Kelab itu dipengerusikan Awang Ismail.
 
Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, Timbalan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Yuganu Yunus, Ketua Penerangan PAS kawasan Drs Zainuddin Awang Hamat, Setiausaha Agung AKIM Aslah Mamat, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Rahim dan bekas Adun Semerak Othman Wahab.
 
Bekas pemimpin PAS yang menyertai PAN kini dilihat berhempas pulas mencungkil kelemahan kerajaan negeri termasuk membongkarkan isu pembalakan di Gua Musang.
 
Kamaruddin juga berkata kerajaan Kelantan di bawah Ustaz Datuk Ahmad Yakob dianggap antara tokoh terbaik bagi meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz.
 
Katanya Menteri Besar seorang pemimpin yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasnya.
 
“Saya sudah lama mengenali terutamanya ketika berkhidmat Adun Semerak selama dua penggal. Beliau seorang yang jujur. Saya amat menghargai sikapnya selama ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 16/10/2016 Sumbere HD - 16-10-2016
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Posted on Friday, October 14 @ 15:05:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32023
 |  
  
 Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Naib  Presiden Bersatu berkata BERSATU mendapat sambutan menggalakan apabila  penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
 
 Kenyataan ini adalah susulan daripada kenyataan Jawatankuasa Penaja  Bersatu, Anina Saadudin yang berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) mengulang cetak borang keahlian  berikutan sambutan keahlian parti luar biasa yang diterima pihaknya.
 
 
 Pasal ahli setengah juta, saya rasa kita patut berpada-pada dan jangan  keterlaluan dalam membuat kenyataan. Banyak parti-parti baru sebelum ini  telah membuat kenyataan seperti ini tapi kesudahannya tak kemana pun.
 
 Kita tidak lupa, dulu 1983 parti Hamim yang keluar daripada PAS mendakwa  10,000 borang habis dan terpaksa ulang cetak. Tapi sekarang mana  perginya parti bernama HAMIM ini?
 
 PAN pun sama, Mat Sabu buat  kenyataan, Salahuddin Ayub buat kenyataan kononnya ahlinya telah  mencapai 100,000 orang seluruh negara. Tapi hakikatnya ahli hanya  meningkat daripada 17k kepada 20k sahaja itu ada arahan setiap ahli  IKRAM diwajibkan menyertai parti PAN.
 
 Pendedahan oleh Raja Petra dengan statistik parti PAN sangat mengaibkan  Salahudin Ayub kerana berbohong dalam membuat kenyataan. (sila ruju di sini)
 
 
 
 
 
 
 
 Oleh itu saya sangat berharap parti BERSATU jangan buat kerja bodoh macam parti PAN.
 
 
 
Sumber TKO - 14-10-2016 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
 Setelah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri  Malaysia 3 minggu lepas (tanpa mengambil kira kenyataan terbaru dengan  Malaysiakini), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan pula Datuk  Seri Shafie Afdal sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan  pembangkang berjaya memerintah Malaysia selepas PRU14.
 
 Menurut sumber Yayasan Kepimpinan  Perdana, Tun berpuas hati dengan pencapaian Shafie selama menjadi  Menteri kabinet dan Naib Presiden UMNO Malaysia dulu dan jawatan ini  juga setaraf dengan kedudukan Shafie sebagai Presiden parti baru  tempatan Sabah yang bakal ditubuhkan kelak.
 
 Begitu pun, perlantikan ini adalah  dengan syarat Shafie tidak terbabit dengan skandal air Sabah yang hebat  diperkatakan sekarang.  Tun bagaimanapun dikatakan yakin Shafie adalah  bersih dan tidak pernah membuat dosa, tak seperti Menteri-Menteri  kabinet lain yang pernah beliau lantik/kenali.
 
 Perkara ini juga disebut-sebut turut  dimasukkan dalam wasiat Tun, sekiranya beliau tidak sempat menyaksikan  kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU14 kelak.  Bila sudah dimasukkan dalam  wasiat, nak tak nak, perkara ini mesti dilaksanakan juga tidak kira  apa.
 
 Sumber Pakatan Harapan pula menyebut,  tidak dimaklumkan tentang penamaan Shafie sebagai Timbalan Perdana  Menteri terlebih dahulu oleh Tun tapi menyatakan tidak ada sebarang  masalah kerana dibawah pemerintahan Pakatan Harapan, Timbalan Perdana  Menteri tak semesti seorang, boleh jadi 3 atau 5 atau lebih.
 
 Kuota Timbalan Perdana Menteri mewakili  Sabah dan Sarawak memang sudah diperjuangkan Pakatan Harapan sejak dulu  lagi bagi mengiktiraf sumbangan kedua wilayah berkenaan kepada negara.
 
 Seperti juga penamaan Muhyiddin sebagai  Perdana Menteri, itu juga tidak ada masalah kerana sememangnya, seorang  Perdana Menteri interim perlu dilantik sementara menunggu Datuk Seri  Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan pengampunan diraja diperolehi  beliau untuk membolehkannya aktif dalam politik semula.
 Sumber TKO - 14-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Keterbatasan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah faktor utama mengapa bekas  ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Datuk Seri Najib Razak  sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
 
 Menurut Dr Shahruddin yang juga ADUN Jorak berkata keterbatasan itu  dilihat ekoran kekangan undang-undang untuk Anwar bertanding.
 
 
  Sehubungan  itu, katanya, calon berpotensi pakatan pembangkang untuk jawatan  perdana menteri adalah presiden penaja BERSATU, Tan Sri Muhyiddin  Yassin. 
 "Keterbatasan. Dia (Anwar) mempunyai beberapa keterbatasan yang mana banyak benda beliau lalui. (Anwar) kena tunggu lima tahun.
 
 "Keadaan tidak bersama beliau setakat ini dan itu realistiknya.
 
 "Kalau PRU akan diadakan tahun depan, yang layak bertanding dengan  hukum undang-undang yang ada adalah Tan Sri Muhyiddin, walaupun Anwar  layak dan saya tak nafikanya, tetapi ada kekangan undang-undang untuk  Anwar bertanding," kata Shahruddin dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini.
 
 Pengerusi parti serpihan Umno itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum  ini dilaporkan berkata Muhyiddin ialah pilihan utama sebagai perdana  menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
 
 Bercakap di London beberapa minggu lalu, Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung sama ada ia dipersetujui barisan pembangkang.
 
 
  Namun, Ketua Publisiti DAP Tony Pua menegaskan calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri kekal Anwar. 
 Mengulas lanjut,
 Shahruddin berkata dalam BN Muhyiddin pernah  menjawat jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai timbalan perdana  menteri.
 
 Oleh itu, adalah tidak menjadi masalah kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai perdana menteri, kata Shahruddin.
 
 "Dia (Muhyiddin) telah lama mentadbir negara dan mempunyai pengalaman  yang luas dalam parti, kementerian bahkan dia dikenali di dalam dan  luar negara.
 
 "Jadi, saya kira beliau mempunyai kebolehan dan ketokohan untuk  menjadi PM. Saya juga rasa tidak ada orang dalam parti lain yang  mempunyai ketokohan begitu," tegas Shahruddin.
 
 Bahkan, beliau yakin 100 peratus dengan kemampuan dan kebolehan  Muhyiddin untuk menyelesaikan segala krisis yang membelit negara hari  ini.
 
 "Sudah pasti boleh dan saya yakin 100 peratus," kata Shahruddin  ketika diminta mengulas sejauhmana Muhyiddin mampu membawa Malaysia  keluar dari krisis sedia ada.
 
 Tambah Shahruddin, berdasarkan pemerhatian beliau, Muhyiddin adalah  seorang pemimpin yang berjiwa kental dan tidak mudah mengalah meskipun  seringkali dilihat bersikap tenang dan tidak melawan setiap kali  berdepan kritikan.
 
 "Saya sendiri tak terfikir Muhyiddin boleh menubuhkan parti dengan  cara dia sebegitu, tapi dia mempunyai karekter yang tak pernah mengalah  dan beliau juga seorang menteri yang paling menonjol," kata Shahruddin.
 
 Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas disabit atas tuduhan  liwat. Beliau secara konsisten menafikan pertuduhan itu, dan mendakwa ia  adalah konspirasi politik.
 
 Sumber TKO - 14-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Ezam tinggalkan Umno, sertai Bersatu
 Posted on Thursday, October 13 @ 18:44:21 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32003
 
 
 
 |  SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kini dilaporkan  menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Memetik laporan portal berita Astro Awani, Ezam telah mengadakan  pertemuan dengan Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin  bagi menyerahkan borang keahlian parti.
 
 "Saya bertemu Mahathir pada Selasa dan menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pagi semalam (Rabu)," katanya.
 
 Mohamad Ezam sebelum ini lantang menentang pentadbiran Mahathir sejak  era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
 
 Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan  menyertai Umno pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang  pembangkang.
 
 Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar Umno dengan alasan  parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.
 
 Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.
 
 Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.
 
 Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.
 
 Sumber TKO - 13-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Tun Dr Mahathir Mohamed tetap positif untuk meneruskan perbincangan  bersama PAS meskipun parti Islam itu menolak kerjasama dengan mana-mana  parti pembangkang yang menjalin hubungan dengan DAP.
 
 Ini kerana, tegas Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  itu, PAS sebelum ini telah sekian lama menjalin hubungan dengan  parti-parti pembangkang itu.
 Malah, bekas pemimpin veteran Umno itu berkata, kemenangan PAS di  kebanyakan kerusi yang dimenangi parti Islam itu juga dibantu oleh rakan  komponen Pakatan Harapan itu.
 
 "Ini adalah sangat menyedihkan (penegasan PAS tolak kerjasama dengan  pembangkang) tetapi seperti mana yang kita PAS sebelum bekerjasama  dengan DAP dan PAS dipilih serta mendapat sokongan ahlinya juga kerana  DAP dimana pengundi Cina membantu PAS untuk menang dikawasan majoriti  pengundi Cina.
 
 "Saya berharap kita akan dapat mengadakan pertemuan dengan PAS untuk  menjelaskan jika mereka tidak bersama kita dalam pilihan raya mereka  sebenarnya akan membantu kerajaan untuk menang sebab mereka akan  kehilangan banyak kerusi," kata Mahathir ketika menghadiri sidang  Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.
 Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan sebelum ini dilaporkan sebagai  berkata bahawa parti-parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan  PAS mesti meninggalkan DAP sebelum rundingan boleh diadakan.
 
 "Realitinya adalah DAP masih menentang perjuangan Islam PAS.
 
 "Oleh itu, dasar semasa PAS adalah untuk menolak DAP dan semua pihak  yang bekerjasama dengan DAP," katanya dalam satu kenyataan, demikian  menurut satu laporan dalam Harakah Daily.
 
 Oleh itu, Nasruddin berkata persamaan yang mudah untuk pihak-pihak  yang mahu bersama dengan PAS adalah untuk meninggalkan DAP dan mematuhi  syarat yang mudah - menghormati perjuangan teokratik parti.
 
 Bagaimanapun, ketika diminta mengulas apakah BERSATU akan meneruskan  kerjasama itu sedangkan mereka menentang hudud, ini jawab Mahathir:
 
 "Ada perbezaan antara kita, tetapi jika kita menekankan perbezaan, kita tidak akan boleh bekerja bersama-sama.
 
 "Oleh itu, jika kita mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang  sangat kuku besi dan tidak liberal kita harus mengendalikan masalah ini  bersama-sama," ujar Mahathir lagi.
 
 Sumber TKO - 9-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Datuk Dr Shahruddin dipecat serta merta sebagai pengerusi ITBM
 Posted on Saturday, October 08 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31952
 
 
 
 |  Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh  dipecat serta merta sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut  Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berkuatkuasa semalam.
 Kementerian Pendidikan mengumumkan pemecatan itu dalam kenyataannya lewat malam tadi, kira-kira 24 jam selepas beliau dilantik sebagai setiausaha agung serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.
 
 Menurut kementerian, penamatan perkhidmatan beliau dibuat berdasarkan  kuasa menteri pendidikan bawah Artikel 135(1) Tataurusan Syarikat ITBM.
 
 “Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa YB Datuk Dr  Shahruddin Md Salleh telah ditamatkan serta merta sebagai pengerusi  Lembaga Penagrah ITBM,” kata kementerian.
 
 Shahruddin pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Februari 2010.
 
 Pelantikan Shahruddin ke jawatan kanan BERSATU dipercayai secara  automatik membuatkan beliau gugur keanggotaan Umno dan menjadi wakil  pembangkang dalam dewan negeri.
 
 Malah, lebih buruk bagi BN, ia menyebabkan parti itu hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyukarkannya meminda undang-undang Johor.
 Dengan itu, ADUN BN Johor berkurangan daripada 38 kepada 37, manakala pembangkang bertambah daripada 18 kepada 19 orang ADUN.
 
 ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara  Malaysia) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1993 untuk menyediakan  prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di negara ini.
 
 Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki  sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala  pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan.
 
 Sumber TKO - 8-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin  Yassin mencadangkan agar pakatan pembangkang mewujudkan barisan kabinet  bayangan dan menamakan nama perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum  akan datang.
 
 Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, hal itu  penting untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan pembangkang  telah bersedia menerajui negara sekiranya mereka dipilih.
 
 "Soal calon PM saya tak patut sebut, pasal saya tak nak nanti  menggegarkan banyak pihak,saya fikir perkara ini ada di sebut dalam  Perlembagaan untuk menjadi perdana menteri mereka seorang yang mempunyai  sokongan dan keyakinan daripada ahli-ahli Parlimen.
 
 "Kalaulah katalah Barisan (pembangkang) sini menang maka kita kena  fikirkan siapa yang paling sesuai ataupun mungkinkah sebelum pilihan  raya...ini bukan kepada saya,kepada semua presiden pemimpin parti yang  bersama-sama bergabung untuk memutuskan siapakah bakal (PM),” katanya  kepada Sinar Harian.
 
 Beliau berkata, sudah sampai masa untuk pembangkang mengumumkan siapa  yang akan menjadi perdana menteri jika BN berjaya dikalahkan.
 
 "Saya sebut ini bukan atas keghairahan saya atau apa...pasal kalau  sudah sampai masa kita boleh tawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah  kerajaan baharu, persoalan yang orang akan tanya siapa bakal PM.
 
 "Maka isu soal kabinet bayangan bagaimana berlaku di negara lain akan  timbul, siapa dia? BN kita tahu tapi, barisan pembangkang siapa dia?  Kalau tak terjawab rakyat akan kurang pasti...tiada muafakat," katanya.
 
 Katanya, oleh itu pemimpin dalam barisan pembangkang perlu menyelesaikan perkara ini seawal yang mungkin.
 
 "Pimpinan dalam muafakat baharu yang kita hendak bentuk ini mestilah  menyelesaikan dan memutuskan seawal mungkin sebelum pilihan raya supaya  rakyat tidak tertanya-tanya.
 
 "Ia akan membantu kita dan rakyat agar lebih yakin daripada kita  berunding selepas pilihan raya (sudah menang) itu tidak membantu untuk  memberi keyakinan pengundi yang menyokong kita," katanya.
 
 Sumber TKO - 7-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bekas setpol Muhyiddin dilantik Setiausaha Agung PPBM
 Posted on Thursday, October 06 @ 23:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31929
 |  
  
 PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk  Shahruddin Md Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM).
 Presiden PPBM mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
 
 Perlantikan Shahruddin yang merupakan Adun Jorak menjadikan PPBM  memiliki tiga kerusi, selepas Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan DUN Ayer  Hitam (Datuk Seri Mukhriz Mahathir).
 
 Jawatan terakhir beliau adalah Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh. Beliau  meletak jawatan pada 4 Julai lepas sebagai membantah pemecatan  Muhyiddin dalam Umno.
 
 Shahruddin pernah menjadi setiausaha politik Muhyiddin semasa beliau  memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan (1998-1999), Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Kementerian  Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).
 
 Selain Shahruddin, turut dilantik memegang jawatan kanan parti itu  adalah Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohamed  Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung.
 
 Kamarudin merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh dan Adun Semarak bagi tempoh 1997-1999 dan 2004-2008.
 
 Salleh pula sebelum ini terlibat dalam beberapa badan bukan kerajaan  dan pernah menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Kebajikan SDARA dan  Tabung Anak-anak Melayu Pontian.
 
 Sumber TKO - 6-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, pertemuan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, merupakan satu pertemuan  bersejarah.
 
 Muhyiddin berkata, pertemuan itu merupakan perjumpaan pertama kali  beliau sejak puluhan tahun lalu, dengan bekas ketua pembangkang itu.
 
 "Mungkin inilah pertemuan pertama kali sejak puluhan tahun saya harus  berjumpa, saya berjumpa bagi memberi sokongan moral dan untuk merapatkan  semula perhubungan saya kerana beliau (Anwar) adalah de facto PKR.
 
 "Kini saya sudah tubuh parti baharu...pada peringkat awal walaupun  tidak melibatkan Anwar, tetapi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain kami menyatakan hendak  bekerjasama jadi saya fikir sudah sampai masa setidak-tidaknya kita  (Bersatu) hendak bekerjasama," katanya kepada Sinar Harian dalam  wawancara eksklusif bersama beliau di Kompleks Kumpulan Media  Karangkraf, hari ini.
 Katanya lagi, pertemuan itu telah membibitkan momentum positif antara partinya dengan PKR dan Anwar secara peribadi.
 
 "Adalah sedikit masa di berikan tadi untuk menyatakan beberapa perkara  yang saya fikir tidak perlu saya nyatakan, tetapi pertemuan itu agak  bersejarah, dan mempunyai pengertian yang besar serta memberikan satu  prospek yang agak baik untuk bagaimana kita boleh jalin kerjasama yang  subjektif.
 
 "Jadi apa-apa tindakan selepas ini bolehlah kita (Bersatu) mulakan  termasuk kerjasama dalam soal pembahagian kerusi;persempadanan (contoh  sahajalah saya tidak kata di situ ada perbincangan, tetapi ini satu  lebaran baru dalam perhubungan ini)," ujarnya lagi.
 
 Sebelum ini, Muhyiddin bertemu Anwar di bilik saksi pada perbicaraan  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini  kira-kira 30 minit.
 
 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengadakan  pertemuan bersama Anwar, pertemuan yang dianggap bersejarah itu turut  disulami dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang  dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
 
 Sumber TKO - 6-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabelkan sebagai rasis, kini  mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga seorang rasis.
 
 "Dia memecah belahkan umat Islam daripada Islam dan Islam daripada bukan Islam.
 "Pada mulanya dia tidak peduli tentang orang Melayu, tetapi hari ini menjadi rasis dan juga Islami, itu ditulis dalam The Economist, bukan (kata) saya," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
 
 Beliau mengulas kenyataan di blog Najib pada Jumaat lalu yang  mendakwa seorang ‘pemimpin lama’ yang telah bersara memecah-belahkan  umat Islam di negara ini.
 
 Tidak jelas artikel Economist mana yang dirujuk oleh  Mahathir, tetapi laporan April 2015 oleh majalah perniagaan itu berkata  kerajaan menggalakkan PAS untuk melaksanakan hudud yang sekali gus  "menyemarakkan perbezaan kaum dan agama."
 
 Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir berkata  pilihan raya akan datang akan berteraskan perkauman kerana  "gerrymandering" beberapa kawasan pilihan raya.
 
 Suruhanjaya Pilihan Raya telah menafikan tuduhan ini.
 
 Ditanya sama ada helah sama digunakan semasa beliau adalah perdana  menteri, Mahathir berkata ketika itu kawasan pilihan raya memberi  perwakilan lebih besar kepada kawasan luar bandar.
 
 "Pada masa saya, saya harus mengakui kami memberikan wajaran kepada  kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar tidak diwakili dengan  sewajarnya.
 
 "Kami terpaksa mengimbangkan antara pengaruh kawasan bandar dan luar bandar," katanya.
 
 Mengenai persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menghadapi  pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Bukan BERSATU seorang  diri, tapi kita akan bekerjasama dengan parti lain yang merasakan bahawa  kerajaan sedia ada perlu diganti."
 
 Mahathir bagaimanapun berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
 
 "Kamu tahu, saya sudah tua, ma... ma ..," katanya sambil berpura-pura gagap.
 "Najib kata saya sudah lama. Dia tidak pernah memanggil saya Tun atau Dr M. Dia panggil saya orang tua," katanya.
 
 Sumber TKO - 6-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran berhubung pertemuan  empat matanya dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 September lalu tetapi  mengakui bahawa beliau gagal untuk meyakinkan Seri Paduka.
 
 Menjawab soalan mengenai pertemuan berkenaan, bekas perdana menteri  itu berkata, Seri Paduka dan beliau berbincang panjang lebar apabila  dirinya mengemukakan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat yang menggesa  tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
 "Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada  akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata  apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya  kepada pemberita.
 
 Mahathir enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dititahkan oleh  Seri Paduka kerana pertemuan itu adalah sulit, tetapi mengulangi bahawa  baginda tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.
 
 "Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.
 
 Ditanya jika Yang di-Pertuan Agong ada menasihatkannys supaya menjaga  tingkah-lakunya, Mahathir menjawab: "Tidak, tidak ada nasihat."
 
 "Dia tidak beritahu saya untuk tutup mulut atau sesuatu seperti itu," katanya.
 
 Mahathir juga mendakwa bahawa Seri Paduka tidak mempersoalkan  kesahihan Deklarasi Rakyat itu dan tidak berkata bahawa ia adalah satu  tindakan yang tidak mengikut perlembagaan.
 
 Bekas perdana menteri itu juga menolak dakwaan Najib bahawa beliau bertindak di luar batasan undang-undang.
 
 "Apa yang saya lakukan tidak salah, baginda tidak perlu hanya  mendengar kepada PM sahaja. Tidak seperti apa yang Najib kata bahawa  saya bertindak melampaui undang-undang ... Agong mempunyai hak untuk  melantik PM... kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk memecat.
 
 "Apa yang saya lakukan bukan di luar perlembagaan (persekutuan).  Adalah jelas bahawa raja-raja mempunyai kuasa, sebab itu kami merayu  kepada mereka.
 
 "Malangnya, kami gagal mendapatkan jawapan positif tetapi kita perlu teruskannya," katanya.
 
 Sambil menekankan bahawa raja-raja bertanggungjawab terhadap nasib  rakyat, Mahathir mendedahkan bahawa salinan surat juga dihantar kepada  semua Raja-raja Melayu supaya mempertimbangkan rayuan mereka untuk  bertindak terhadap Najib.
 
 "Kami mahu tahu pendapat Raja-raja mengenai 1MDB dan saman DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat),” katanya.
 
 Sumber TKO - 6-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bersatu dedah jumlah ahli dua minggu lagi
 Posted on Wednesday, October 05 @ 07:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31898
 
 
 
 |  SHAH ALAM – Jumlah sebenar penyertaan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan didedah dalam masa dua minggu lagi.
 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata,  buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar  memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap  negeri.
 
 "Secara jujurnya saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
 
 "Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik,  tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti Bersatu) datang dari  golongan anak muda," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
 Menurut Syed Saddiq lagi, kebanyakan ahli Bersatu didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
 
 "Setakat ini pihak kami sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan kami masih terima pendaftaran secara atas talian.
 
 "Bila semua borang sudah dikumpulkan kami akan umumkan jumlah sebenar ahli," katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 5-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 BERA, 2 OKT : Program Jelajah Penerangan 1Malaysia Development Berhad  (1MDB) di Pahang sebentar tadi didakwa berlakunya sentimen sabotaj oleh  pihak tidak bertanggungjawab.
 
 Ia susulan bunyi siren yang menyamai siren polis ketika bekas Perdana  Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil berucap pada sesi ceramah.
 
 Bagaimanapun, Tun Mahathir tenang dengan insiden berkenaan dan tetap  meneruskan ucapan beliau berhubung pendedahan skandal kewangan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
 
  “Mereka nak buat bunyi apa pun, saya tetap teruskan,” katanya mendapat tepukan meriah hadirin.
 
 Siren yang dibunyikan selama 15 saat itu berakhir tanpa berlakunya sebarang insiden tidak diingini.
 
 
  Namun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung sumber bunyi siren berkenaan.
 Dalam perkembangan itu, penganjuran siri jelajah kali ini berjaya  menghimpunkan hampir 5,000 hadirin walaupun ia diadakan di salah satu  kubu kuat Umno Barisan Nasional.
 
 Perkembangan positif ini diyakini mampu meruntuhkan legasi Umno BN di Pahang sebagai negeri yang sinonim dengan Perdana Menteri.
 
 
  
 Komen: Hanya teringat semasa ceramah PAS zaman dulu yang selalu diganggu oleh UMNO zaman Tun Mahathir Jadi Bos UMNO. Sekarang apa yang disebut oleh Ustaz Fadhil Nor telah dirasai oleh Tun sendiri.
 -nR-
 
 Sumber TKO - 4-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Zaid Ibrahim Mungkin Minta Insan bertanding atas tiket DAP atau PAN
 Posted on Tuesday, October 04 @ 17:07:46 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31893
 |  
  
 Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan beliau  mempunyai peluang 50 peratus untuk bertanding pada pilihan raya umum  akan datang.
 
 Perkiraan itu, ujar beliau, berdasarkan kepada beberapa sebab.
 
 "Satu, saya mempunyai kes jenayah yang belum selesai, didakwa kerana  menghina perdana menteri apabila saya kata beliau berbahaya dan perlu  berundur.
 
 "Walaupun peguam saya dikalangan yang terbaik, saya masih mempunyai  peluang 50 peratus untuk didapati bersalah dan hilang kelayakan untuk  bertanding," katanya.
 
 Jika itu tidak berlaku, tambah Zaid, beliau akan mempunyai peluang 50  peratus untuk menyertai sama ada DAP atau Parti Amanah Negara (PAN).
 
 "Saya harap mereka akan terima saya dan memberikan kerusi jika saya memohon untuk menyertai mereka," katanya.
 
 Akhirnya, Zaid menambah, walaupun beliau mahu bertanding, hanya ada  peluang 50 peratus untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiayai  pilihan raya.
 
 "Sekarang terdapat cadangan di bawah undang-undang baru yang  menetapkan tiada had kepada berapa banyak calon boleh menghabiskan  semasa pilihan raya, cadangan yang membawa bencana kepada calon-calon  pembangkang dengan sedikit wang," jelasnya.
 
 Sumber TKO - 4-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 ALOR SETAR - Bersatu tidak berhasrat menuntut penjelasan daripada Istana  Negara mahupun Jabatan Perdana Menteri berhubung titah Yang di-Pertuan  Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkaitan Deklarasi Rakyat yang  diserah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 September lalu.
 Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya enggan  mencampuri urusan melibatkan pihak istana kerana menganggap pertemuan  empat mata itu sebagai perbincangan sulit antara Mahathir dengan Tuanku  Abdul Halim.
 
 “Kami hormati institusi istana dan ia adalah perbincangan tertutup,  inti patinya tidak perlu didedah kepada umum. Biarlah setakat itu  sahaja, Bersatu tidak mohon sebarang penjelasan, namun terkilan kerana  kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengenai titah baginda tidak tepat,” katanya.
 
 Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pada kenyataan dikeluarkan  Jabatan Perdana Menteri pada 21 September itu, di  mana bercanggah  dengan fakta sebenar.
 
 “Antara kesalahan ketara ialah lokasi pertemuan, jawatan Mahathir dan  parti diwakili. Malah Gerakan Selamatkan Malaysia diasaskan sebelum  Bersatu diwujudkan. Saya juga hairan bagaimana individu yang menjadi  tajuk perbincangan sulit itu boleh mengeluarkan kenyataan media dengan  menegaskan baginda menolak Deklarasi Rakyat,” katanya.
 
 Mukhriz berkata, sebarang kenyataan rasmi Tuanku Abdul Halim sepatutnya  dikeluarkan oleh Istana Negara, Istana Anak Bukit atau melalui  Setiausaha Sulit baginda.
 
 “Mahathir sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan apabila Tuanku  Abdul Halim tidak mendedahkan intipati perbincangan untuk pengetahuan  umum.
 
 Menurutnya, pihaknya kesal wujud cubaan mengheret pihak istana bagi meredakan kemelut  melibatkan Najib.
 
 “Sekiranya pendirian Yang di-Pertuan Agong dianggap penting dan perlu  diambil serius, kenapa dua kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja  sebelum ini  tidak diendahkan? Teguran terhadap 1MDB (6 Oktober 2015) dan Akta  Majlis Keselamatan Negara (17 Februari 2016) telah dibuat Majlis  Raja-Raja namun tiada respons daripada Najib dan kerajaan BN sebagai  menunjukkan ketaatan kepada titah Tuanku,” katanya.
 
 Mukhriz berkata, sebaliknya Najib pantas mengeluarkan kenyataan rasmi  sebagai titah baginda terhadap usaha Mahathir yang mewakili suara rakyat  itu.
 
 “Jika benar Najib menghormati pendirian baginda, kenapa tiada satu  permohonan maaf dipersembahkan oleh beliau selaku Presiden Umno apabila  seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan melulu bahawa mengikut  Perlembagaan Persekutuan, Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong,”  katanya.
 
 Pada 16 September, Mahathir menghadap Tuanku Abdul Halim bagi  menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat mengandungi 1.3 juta tandatangan  rakyat Malaysia, di Istana Anak Bukit, Kedah, yang berlangsung selama  satu jam 15 minit.
 
 Jabatan Perdana Menteri pada 21 September, mengeluarkan kenyataan  dengan memetik Najib sebagai berkata, Tuanku Abdul Halim telah  menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa  Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 
 Baginda juga bertitah tidak boleh mencampuri usaha dijalankan Bersatu  dan sebarang tindakan seharusnya menerusi Parlimen atau pilihan raya.
 
 Sumber TKO - 4-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun  peribadi pemimpin nombor satu negara itu.
 
 Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan  Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun  tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.
 
 Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam  dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
 “Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan.  Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan  maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan  kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.
 
 “Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM,  beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan  ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau  membelanjakan wang itu,” katanya.
 
 Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang  bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri  melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang  dibuat ke akaun perdana menteri.
 
 Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana  daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia  Development Berhad (1MDB).
 
 Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.
 
 Ceramah anjuran Pas Terengganu itu dibanjiri lebih 3,500 orang.Turut  menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Pengarah  Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.
 
 Sumber TKO - 3-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 PKR Sabah Sudah Lama Bermasalah - Datuk Seri Lajim Ukin
 Posted on Monday, October 03 @ 17:11:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31883
 
 
 
 |  SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak mendapat gambaran sebenar  tentang apa yang berlaku dalam PKR Sabah, kata Pengerusi Perhubungan  PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
 Menurut Lajim, apa yang didengar Tian Chua hanya mengenai kestabilan  parti yang dimomokkan walaupun sebenarnya pada hakikatnya ramai telah  meninggalkan parti itu di negeri tersebut.
 
 “Tian Chua tidak dapat gambaran sebenar. Dia hanya dengar yang pimpinan  di Sabah mengatakan parti masih berada di tahap stabil sedangkan pada  saya memang sudah ramai yang keluar parti.
 
 “Malah dari semasa ke semasa, pasti akan ramai yang akan keluar  meninggalkan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari  ini.
 
 Lajim juga yakin ramai akan mengikut jejaknya selepas beliau mengumumkan untuk keluar parti secara parti semalam.
 
 Untuk langkah seterusnya, kata Lajim, beliau akan turun padang  mengadakan siri jelajah memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah  tentang kepentingan penyertaan rakyat Sabah dalam parti tempatan.
 
 Katanya lagi, siri jelajahnya yang akan merangkumi kawasan-kawasan di seluruh Sabah.
 Ujar Lajim lagi, beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan  mana-mana parti pembangkang sekiranya berjaya membentuk parti tempatan  di Sabah.
 
 Bagaimanapun kerjasama dengan PKR hanya akan diputuskan selepas rundingan diadakan dengan Pakatan Harapan.
 
 “Kami akan rundingkan tentang hasrat rakyat Sabah, peluang ekonomi dan  pekerjaan rakyat Sabah serta pengambilalihan jawatan-jawatan dalam  kerajaan di Sabah.
 
 “Seharusnya rakyat Sabah juga diberi peluang memegang jawatan peringkat tertinggi Persekutuan,” katanya lagi.
 
 Sumber TKO - 3-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Tan Sri Gani Patail  semasa menjadi peguam negara menemui perdana menteri untuk bertanyakan  tentang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
 
 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat dakwaan itu di  satu majlis ceramah anjuran PAS di Kemaman, Terengganu malam tadi.
 FMT masih dalam usaha mengesahkan dakwaan itu dengan Gani.
 “Saya juga diberitahu oleh peguam negara (Gani) mengenai wang  sejumlah RM42 juta yang masuk dalam akaun perdana menteri. Jumlah itu  hasil daripada suntik yang masuk ke dalam akaun perdana menteri menerusi  2 buah syarikat, dan ia masuk ke dalam akaun berasingan perdana menteri  dan disahkan oleh peguam negara.
 
 “Diberitahu pada saya, peguam negara berjumpa dengan perdana menteri  dan beritahu dalam siasatan oleh pihak SPRM, wang sejumlah itu ada dalam  akaun (Najib),” kata Muhyiddin.
 Seterusnya Muhyddin berkata Najib nafi wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
 
 
 
 
“Apabila diberitahu kepada perdana menteri, dia kata: Dak (tidak),  tak ada. Tapi disahkan oleh peguam negara, Tan Sri Gani Patail ada.
   
 “The money is in your account sir (Wang itu ada dalam akaun tuan),  tapi dia (Najib) masih berkata: Tak ada. Terbukti wang itu ada di situ  kerana beliau (perdana menteri) membelanjakan wang itu,” kata Muhyiddin.
 
 Presiden PPBM itu tidak menyatakan secara jelas bila dan di mana pertemuan antara Gani dan Najib itu berlaku.
 
 Sebelum ini, Gani dilaporkan tidak mencabar penamatan khidmatnya  kerana terikat dengan Perintah Am. Menurut beliau, jawatan peguam negara  dianggap sebagai penjawat awam.
 Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun sejak 2003 dan  perkhidmatannya ditamatkan secara mendadak pada 27 Julai tahun lalu.
 
 Pada masa itu beliau terbabit dalam pasukan bertindak khas pelbagai  agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan  RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Razak.
 
 Sumber TKO - 3-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Lajim tinggalkan PKR dan Junz Wong tinggalkan DAP untuk Sabah
 Posted on Sunday, October 02 @ 16:46:47 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31878
 
 
 
 |  Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan keluar dari  parti itu bersama dua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Terrence Siambun  (PKR) serta Junz Wong (DAP).
 Siambun adalah ADUN Moyog manakala Wong mewakili DUN Likas.
 
 Kata Lajim keputusan itu dibuat dengan rasa berat hati selepas kira-kira tiga tahun memimpin PKR di Sabah.
 
 Berucap di sebuah majlis di Kota Kinabalu Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.
 
 "Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu.
 "Kita juga berkuasa sendiri, tidak perlu lagi meminta kebenaran  daripada orang lain. Itulah suara rakyat Sabah sekarang," katanya semasa  menyampaikan ucapan dan mengumumkan pengundurannya daripada PKR  sebentar tadi.
 
 Lajim yang juga ADUN Klias memberitahu Sabah perlu dibebaskan  daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada mana-mana kuasa politik yang  "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya" tanpa  menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf  dengan negeri lain dalam Malaysia.
 
 Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi  faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP Sabah meninggalkan parti  masing-masing.
 
 Menurut bekas timbalan menteri itu beliau serta beberapa pimpinan  parti pembangkang berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri diadakan  pada Mei lalu.
 
 Katanya pilihan raya itu menunjukkan parti-parti tempatan mendapat  kemenangan besar, manakala PKR hanya mampu mempertahankan tiga kerusi  sedia ada.
 DAP pula katanya kehilangan separuh daripada apa yang pernah mereka kuasai sebelum pilihan raya negeri berkenaan.
 
 "Parti-parti tempatan seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu),  PRS (Parti Rakyat Sarawak) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak  dianggap wira oleh rakyat Sarawak walaupun mereka berada dalam BN.
 
 "Ketegasan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga presiden PBB  memberikan keyakinan dan harapan kepada rakyat Sarawak. Oleh itu mereka  mendapat kemenangan besar," katanya.
 
 
 Di akhir ucapannya Lajim turut mengumumkan 11 pimpinan PKR peringkat  cabang yang menyertainya meninggalkan parti berkenaan, termasuk dari  Kota Marudu, Tuaran, Putatan, Kimanis dan Keningau.
 
 Sumber TKO - 2-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS menyerahkan beberapa  kerusi tradisi parti itu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
 
 
Bagaimanapun kerusi yang dituntut PPBM adalah kerusi yang gagal dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lepas. 
 
 
 
"Lepas ini saya nak beri amaran pada PAS, kalau ada kerusi-kerusi  PAS...boleh bagi pada BERSATU (PPBM) berilah. Bukan bagi yang dah ada  (menang), yang dah menang itu, menanglah tak usah kacau.  
 
 
 
"Tapi bagi yang mana PAS tanding tapi kalah, Umno menang. Yang itu bagi  kita cabar. Kalau letak BERSATU (PPBM), InsyaAllah, boleh menang,"  ujarnya ketika berceramah di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno  (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, malam tadi.       
 
 
 
Muhyiddin malam tadi buat pertama kalinya tampil di atas pentas ceramah  PAS memberitahu, dirinya mewakili PPBM sudah mengadakan beberapa  pertemuan dengan pemimpin PAS dan berbincang mengenai usaha ke arah  kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang. 
 
 
 
Ujarnya, pertemuan itu amat positif dan tidak menolak hasrat untuk  pakatan pembangkang menjamin pertandingan satu lawan satu pilihan raya  akan datang, akan menjadi kenyataan. 
 
 
 
"Sebelum saya gerakkan BERSATU (PPBM), saya runding dua kali dengan  Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS). Saya jumpa dengan (Datuk)  Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presien PAS) dan saya juga berunding  Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa minggu lepas.  
 
 
 
"Saya rasa peringkat pertama pertemuan antara BERSATU (PPBM) dengan PAS  jelas terbukti minat untuk bersama-sama bergabung dalam satu pakatan  untuk tentukan banyak kawasan yang bakal kita tandingi adalah 'satu  lawan satu'," Ujar Muhyiddin. 
 
 
 
PPBM boleh jadi orang tengah  
 
 
 
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata beliau yakin, PPBM  boleh memainkan peranannya membantu PAS dan Pakatan Harapan (PH), agar  bekerjasama menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya  kali ini. 
 
 
 
"Saya nak alu-alukan kerjasama (antara PAS) dengan parti-parti  pembangkang termasuklah BERSATU (PPBM), kami bersedia untuk duduk  bersama-sama. 
 
 
 
"BERSATU (PPBM) bersedia untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan  sekalipun. BERSATU (PPBM) mengharapkan kerjasama PAS, adalah kerjasam  antara dua hubungan parti yang paling kami hargai," katanya.        
 
 
 
Muhyiddin dalam ucapannya berkali-kali menyatakan penghargaannya  apabila dijemput untuk berceramah dalam program PAS, yang suatu ketika  dahulu menjadi musuh politiknya. 
 
 
 
Malah penampilan sulungnya ini dikatakan banyak pihak sebagai usaha  bekas timbalan presiden Umno itu untuk meraih sokongan PAS terhadap  penubuhan PPBM, bulan lalu. 
 
 
 
"Saya berada disini buat pertama kali, saya duduk dengan kawan-kawan  yang pakai baju hijau, saya pakai merah, tapi matlamat kita sama. 
 
 
 
Dalam sejarah hidup saya tak pernah saya mimpikan berada dalam suatu  himpunan bersama pimpinan PAS. Selama lebih 45 tahun saya berada politik  Umno, PAS adalah parti yang saya tentang," ujarnya disambut laungan  takbir oleh hadirin yang hadir. 
 
 
 
PAS sebelum ini dilihat menjarakkan diri daripada mengulas kerjasamanya  dengan PPBM, selepas parti tajaan bekas perdana menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad itu berikrar mahu menjatuhkan kepimpinan penggantinya,  Datuk Seri Najib Razak. 
 
 
 
PAS berulang kali menegaskan, menerusi slogan terbarunya, Budaya  Politik Matang Sejahtera (BPMS), parti itu tidak menyokong usaha  menjatuhkan kerajaan pemerintah melalui cara yang tidak demokratik. 
 
 
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam sidang medianya berkata, kenyataan  Muhyiddin bahawa pertemuan PPBM dengan PAS ke arah kerjasama politik,  cukup positif adalah pandangan peribadinya. 
 
 
 
PAS masih bincang kerjasama dengan pembangkang 
 
 
 
Ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, sehingga kini proses rundingan  masih berlaku, malah katanya, keputusan berhubung isu ini tidak akan  dicapai dalam masa terdekat. 
 
 
 
"Sebenarnya kita belum ada keputusan lagi berkenaan isu ini. Saya tidak  boleh beri kenyataan peribadi (dalam isu ini). Ini babitkan polisi dan  strategi politik pilihan raya.  
 
 
 
"Berkenaan satu lawan satu (pada pilihan raya umum), memang kita (PAS)  berkehendak macam itulah. Cuma jangan orang pula datang dengan tanpa  minta izin dan sebagainya. Konsep kita konsisten," ujarnya kepada  pemberita.    
 
 
 
Sumber TKO - 2-10-2016 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
 Pekung UMNO: Mahathir Dakwa Najib Berperanan Singkir Pak Lah
 Posted on Friday, September 30 @ 19:42:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31843
 |  
  
 SHAH ALAM - Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara demokratik  sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang  tampuk pemerintahan.
 
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Najib sebelum ini  yang mengatakan bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang  percubaan menyingkirkan beliau merupakan amalan menolak demokrasi  dianggap sebgai satu kenyataan tidak berasas sama sekali. 
 
“Satu dari amalan yang diterima  demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan  sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. 
 
“Di mana-mana sahaja dalam negara  demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya,” katanya  menerusi kemas kini di blog chedet.cc hari ini. 
 
Dalam pada itu, Mahathir yang juga  merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa bahawa sebelum ini, Najib  juga berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah  Ahmad Badawi sebelum beliau tamat edah. 
 
Beliau berkata, terdapat banyak bukti  menunjukkan bahawa Najib sendiri sebagai Perdana Menteri telah menolak  amalan demokrasi di negara ini. 
 
“Yang pertama perpisahan kuasa antara  pihak pembuat undang-undang (legislative) , eksekutif (pentadbir, polis  dan tentera) dan penghakiman (judiciary) setelah menguasai jabatan  Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. 
 
“Najib telah menguasai ketiga-tiga badan ini dan ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi,” katanya. 
 
Selain daripada itu, Mahathir  memaklumkan bahawa ahli Parlimen BN juga tidak bebas dan turut dipaksa  melalui berbagai-bagai cara supaya menyokong dan meluluskan apa sahaja  yang dikemukakan oleh beliau (Najib). 
 
Tambah Mahathir, undi tak percaya juga tidak boleh dilaksanakan terhadap Najib berikutan atas sebab yang sama. 
 
“Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. 
“Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang,” katanya. 
 
- Sinar Harian 
 
Sumber TKO - 30-9-2016 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi Perdana Menteri  jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr  Mahathir Mohamad.
 
 "Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang  menang, besar kemungkinan Perdana Menteri adalah Muhyiddin.
 
 "Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan  pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi Perdana  Menteri," katanya menerusi satu ceramah di London minggu lalu.
 
 Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan  mengenainya tidak akan dibuat sekarang kerana "sesetengah orang akan  kecewa dan akan menyebabkan parti berpecah".
 
 Dr Mahathir juga bercakap mengenai kuasa bakal Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.
 
 "Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti  baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga  pengerusi," katanya.
 
 Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu  berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa Perdana  Menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.
 
 "Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang  menjadi terlalu patuh kepada Perdana Menteri kerana beliau melantik  mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.
 
 "Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada  perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.
 Sumber HD - 27-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Presiden PERKASA Bakal Dilantik Timbalan Presiden PPBM ?
 Posted on Tuesday, September 27 @ 17:38:37 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31825
 |  
  
 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim  Ali dikhabarkan bakal dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin  Yassin.
 Perlantikan Ibrahim itu dibuat bagi mengimbangi pengaruh Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin.
 
 “Segala kerja keras Ibrahim bakal dibalas dengan dianugerahkan  jawatan paling tinggi di dalam parti Pribumi. Semua anak buahnya di  dalam PERKASA dikerahkannya untuk mendaftar masuk parti baru ciptaan  Mahathir. Akan tetapi hanya Ibrahim sahaja yang masih tidak membuka  mulut kemana hala tuju perjuangannya selepas ini. Namun, orang di luar  sudah tahu habuan Ibrahim adalah bakal dilantik sebagai Timbalan  Presiden PPBM.
 
 “Dengan kehadirannya di dalam kem Muhyiddin, maka Presiden Pribumi  itu cukup lega dan berpuas hati kerana penasihat Mahathir iaitu  Khairuddin Abu Hassan akan melopong apabila Muhyiddin akan menjadi  seorang Presiden yang angkuh dan totok berbanding Khairuddin yang  bertindak hanya di luar parti dan tidak mempunyai sebarang jawatan  tertinggi di dalam PPBM,”dakwa Malaysian Patriots.
 
 Semalam, satu kisah yang bersumberkan Md Kamal Hj Salleh dari Batang  Kali Selangor menceritakan Ibrahim  pada mulanya merajuk dengan Tun Dr  Mahathir Mohamad tidak menggunakan platform PERKASA sebagai sebuah parti  politik.
 
 Kisah lengkap Md Kamal Hj Salleh adalah seperti berikut :
 
 Semalam saya sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali  berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan kami, berikut yang  saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.
 
 Belum sebulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.
 
 Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut  mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri  hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah  sepertimana yang dijanjikan.
 
 Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun  Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi  sebuah parti. Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan  parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih  parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk  berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib.
 
  
 
 Dari kiri: Robin Tan ( Anak Jutawan Vincent Tan ) dan Tooi Kooi Ong ( Proksi YTL )
 
 Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali,  Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi  menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini  menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM.
 
 Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini  menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa.  Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan  beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar  parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan  Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu  tidak berjaya.
 
 Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru.  Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan  negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik.  Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses  permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta  Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.
 
 Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi,  Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak  Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu  menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk  Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY. Di Kelantan  proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai  pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan  impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di  Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya  sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati  dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil  keputusan untuk bergerak berasingan.
 Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin  Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak.
 
 Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media  maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan  promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau  menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah  (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya.  Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji  bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah.
 
 Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan membawa diri ke  London untuk beberapa ketika. Difahamkan setelah segala usaha  menumbangkan PM gagal, terbaru (semalam) Tun M meminta PM kekal tetapi  melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan  Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat  Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai  senator sementara menunggu PRU 14.
 
 Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO.  Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang  dn kpd umno mereka akn kembali
 Md Kamal Hj Salleh
 Btg Kali sgor
 
 Sumber AIDCNews
 
 Sumber TKO - 27-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Satu perkataan merumuskan syarahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad di kota London pada 21 September lalu - ‘menyedihkan’.
 
 Tidak ada yang terlalu menghentam, meskipun masa depan negara yang menjadi pertaruhan.
 Rakyat Malaysia yang datang hanya mahu mendengar satu perkara dari  mulut Mahathir - harapannya - namun terlalu sedikit yang  diperkatakannya. Syarahannya meliputi banyak perkara, namun tidak ada  yang baru.
 
 Sesi itu tidak mencerminkan keupayaan atau standard tinggi Mahathir  seperti lazimnya. Untuk berlaku adil, ia bukan salah Mahathir. Beliau  seperti biasa, tangkas, cekap dan bersahaja. Staminanya ibarat orang  yang 30 tahun lebih muda daripada dirinya.
 
 Kelesuan berpunca daripada kualiti soalan yang diajukan. Peserta  tidak mencabar dan tidak mengemukakan soalan yang sukar mahupun tajam.
 
 Analogi acara Mahathir di London adalah mudah. Rakyat Malaysia yang  menjangkakan hidangan masakan rumah yang enak terpaksa berpuas hati  dengan sandwic malam semalam. Rotinya kering dan lembik. Tidak menarik,  tidak sedap.
 
 Adakah budaya Asia bagi menghormati golongan berusia membantutkan  hasrat rakyat Malaysia daripada mengasaknya di depan khalayak dengan  soalan-soalan berhubung pembahruan negara ini yang mahu  diperkenalkannya?
 
 Sumber TKO - 27-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Shafie Apdal beli parti Kebangsaan Sabah PKS?
 Posted on Sunday, September 25 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31806
 |  
  
 Tun Mahathir tidak berjaya mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) setelah usaha pihak Tun untuk mempengaruhi Presiden  BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut tidak berjaya. Akhirnya parti  BERJASA bersama dengan PAS untuk gabungan block ke-3.
 
 
 Akhirnya mereka tubuh PPBM (BERSATU).
 
 Dulu PAN pun nak ambil parti  KITA melalui Zaid Ibrahim tetapi ditentang oleh ramai dikalangan ahli  jawatankuasa KITA, akhirnya mereka beli parti PERKEJA dan tukar kepada  AMANAH (PAN).
 
 Parti KEADILAN juga begitu, mengambil Parti  Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) daripada Haji Wahab Yunos yang  menubuh parti ini setelah keluar daripada PAS bersama dengan Dato' Asri  bersama parti HAMIM dan kemudian kalah pemilihan HAMIM maka ditubuhnya  IKATAN.
 
 Di Sabah sahaja ada 11 parti, siapa banyak duit boleh beli dulu buat  pelaburan, mana tahu jika ada perpecahan pula, misalnya Husam Musa  jatuhkan Mat Sabu. Mat Sabu dan gengnya nak buat parti baru, boleh kita  offer.
 
 11 Parti Politik Baru yang diluluskan  di Sabah iaitu
 
 
 
1. Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
 
2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru. 
3. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA). 
4. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN). 
5. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN). 
6. Parti Bersatu Bugis Sabah. 
7. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS). 
8. Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party. 
9. Parti Cinta Sabah (PCS). 
10. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU). 
11. Parti Damai Sabah (PARTI SPP). 
Dikatakan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dibeli dengan harga RM3 juta dan  akan ditukar kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS).
 PKS  telah diluluskan pendaftarannya pada 2  Ogos 2013 dan telah  dilancar pada 18 April 2015 di Keningau. Presidennya ialah Thomas  Anggan.
 
 Mengikut sumber Datuk Peter Anthony adalah proksinya yang akan membiayai  dana parti baru ini RM200 juta. Sel;ain digunakan untuk membeli dan  'setup' parti baru duit ini dikatakan untuk membeli pimpinan PKR yang  mana ada diantara mereka terikat dengan aku janji PKR yang tidak  membenarkan ahli keluar parti.
 
 Nampaknya PRU-14 sangat menarik.
 
 
 
Sumber TKO - 25-9-2016 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
  
 Anggota parlimen Penampang Darell Leiking menafikan dakwaan bahawa dia membayar atau menerima RM5 juta untuk meninggalkan PKR.
 "Saya menafikan semua tuduhan itu dan saya mencabar penyebar khabar angin itu supaya menunjukkan bukti," kata Leiking kepada Malaysiakini.
 
 Leiking kelmarin mengumumkan keluar dari PKR untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dalam sebuah "platform Sabah" yang anti-BN.
 
 Beliau juga hadir ke pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya  bersama Shafie dalam usaha mereka mengambil alih sebuah parti sedia ada  di Sabah.
 
 Kata Leiking beliau tertanya-tanya bagaimana tuduhan tersebut boleh tersebar.
 
 "Saya mencabar sayangsabah.com menunjukkan bukti dan bersedia  menjelaskan (dakwaan berkenaan)," katanya merujuk kepada sebuah portal  yang mendakwa seseorang wakil rakyat PKR mesti membayar RM5 juta jika  keluar dari parti berkenaan.
 
 Portal itu memetik bekas orang kuat PKR Badrul Hisham Shaharin yang  membuat kenyataan di Facebook kelmarin, bagaimana PKR pernah menyatakan  bahawa ADUN dan ahli Parlimennya perlu membayar RM5 juta jika mereka  meninggalkan parti..
 
 "Hari ini seorang lagi melompat parti. Berapa banyak dipungut PKR  sejak pilihan raya umum ke-13?" soalnya yang lebih dikenali dengan  panggilan Chegubard.
 
 Sumber TKO - 24-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 Seorang  lagi wakil rakyat PKR di Sabah dijangka menyertai parti diketuai bekas  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Selepas Ahli Parlimen  Penampang, Darell Leiking mengesahkan meninggalkan PKR untuk bersama  Mohd Shafie, timbul desas-desus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog,  Terrence Siambun, bakal mengikut jejaknya.
 
 Bagaimanapun,  Terrence ketika dihubungi hari ini, enggan mengesahkan khabar itu  tetapi memberitahu akan membuat pengumuman berhubung masa depan  politiknya dalam masa terdekat.
 
 “Saya  simpan dulu komen ini (menyertai parti Mohd Shafie). Saya tidak mahu  mengeluarkan apa-apa kenyataan. Saya akan buat pengumuman bila tiba  masanya,” katanya. Difahamkan, Terence akan membuat pengumuman berhubung  kedudukannya dalam PKR selewat-lewatnya minggu depan.
 
 Semalam,  Darrel yang menjadi Ahli Parlimen Penampang sejak tahun 2013,  mengesahkan meninggalkan PKR untuk menyertai Mohd Shafie yang  menghidupkan semula sebuah parti politik sedia ada di Sabah. – BH Online
 
 Sumber TKO - 23-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Kerajaan Rugi Kerana Saya Tapi Saya Tak Lesap Duit Rakyat - Tun Mahathir
 Posted on Friday, September 23 @ 07:20:54 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31777
 
 
 
 |  Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.
 Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).
 
 Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
 
 
  Sekarang  bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah  dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, 
 Jabatan Keadilan Amerika  Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1”  (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman  Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih  dari AS$3.5 bilion.
 
 Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak  benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat  saman malu terhadap mereka.
 
 Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah  tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu  akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
 
 Miliki 24 kereta
 
 Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara  bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan  oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun  untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
 Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa  saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu  saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
 
 Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya  dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit  rakyat) berbilion ringgit.
 
 Saya  biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan  lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik  tuduhan ini adalah perkara biasa.
 
 Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.
 
 Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku  oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya  mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.
 
 Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
 
 Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak  jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24  biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
 Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.
 
 Kerugian akibat Mahathir
 
 Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana  segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang,  perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
 
 Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang  yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
 
 Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli  saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan  pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
 
 Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
 
 Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.
 
 Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka  berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk  dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
 
 Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan  terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya  mereka akan rugi.
 
 Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli  berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the  market”.
 
 Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.
 
 Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.
 
 Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian  itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah  kerugian perniagaan.
 
 Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang
 
 Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB?  Apakah ada bukti yang kerugian kerajaan disebabkan saya masukkan duit  kerajaan dalam akaun peribadi saya?
 
 Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi RM2.6 bilion  untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya dan dibelanja sesuka hatinya.  Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.
 
 Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib  tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik  Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.
 
  Jika  Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan  Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan  Ketua Audit Negara. 
 Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh  polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan  dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.
 
 Apakah sebabnya yang Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali?
 
 Kenapakah undang-undang negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada  Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang  memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.
 Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya,  jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong  dan pegawai.
 
 Jangan guna jabatan kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan  cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti  dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
 
 Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari  dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.
 
 Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.
 
 Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat.  Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap  perbicaraan mahkamah keadilan.
 
 TUN DR MAHATHIR MOHMAD
 Bekas perdana menteri dan presiden Umno.
 
 Sumber TKO - 23-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Naib Ppesiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk  bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal  membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.
 
 "Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan  sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah,"  katanya kepada Malaysiakini hari ini.
 
 Darell yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang  dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di  Putrajaya pagi tadi.
 
 Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan  mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk  didaftarkan ROS.
 
 
  Sebelum  ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan  perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti  dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya. 
 Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam  usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih  berada dalam Umno.
 
 Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri  Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau  kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.
 
 Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.
 
 Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada  pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri  Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216  undi.
 
 Darell juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.
 
 Ditanya mengenai parti baru itu Darell, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.
 
 Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama  dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN  akan diteruskan.
 
 "Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.
 
 Sumber TKO - 22-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari  ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya  bagi memperbaharui sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.
 
 Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata,  kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu  sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula  menjadi partinya.
 
 "Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS... bukan pendaftaran  parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan... cuma ada  perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya,
 sekarang ini parti  itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah  kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan  peraturan Jabatan itu," katanya.
 
 Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.
 Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau  sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar  daripada Umno.
 
 Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.
 
 Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun  enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga  urusan dengan ROS selesai.
 
 "Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah  ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum," katanya.
 
 Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu  sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.
 
 "Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit," katanya.
 
 Sumber TKO - 2-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie  Apdal tiba di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini pagi Khamis,  difahamkan bagi menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran parti baharu.
 
 Ahli Parlimen Semporna itu memasuki pejabat RoS bersama empat lagi individu pada pukul 9.35 pagi.
 
 Beliau yang mengumumkan keluar Umno pada Julai lalu susulan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menggantung keahliannya.
 
 Susulan itu, Shafie turut memaklumkan beliau bakal menubuhkan parti baharu yang berpangkalan di Sabah.
 
 
 Selain hukuman terhadap Shafie, MT Umno telah memecat Timbalan  Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk  Seri Mukhriz Mahathir.
 
 Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah  mengumumkan untuk keluar Umno.
 
 Bagaimanapun, Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kini bersama dalam  perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diluluskan RoS  baru-baru ini.
 
 Sumber TKO - 22-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tun M Hanya Serah 45 Tandatangan Kepada Agong, Kata Raja Petra
 Posted on Wednesday, September 21 @ 19:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31763
 |  
  
 PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya membawa Deklarasi Rakyat  asal mengandungi 45 tandatangan ke Istana Anak Bukit, Khamis lalu, kata  Raja Petra Kamarudin.
 Blogger itu menerusi artikelnya di Malaysia Today mempersoalkan apa  yang berlaku kepada lebih sejuta tandatangan diuar-uarkan diperolehi  daripada rakyat.
 
 Bekas Perdana Menteri itu gagal menemui Yang di-Pertuan Agong di  Istana Negara untuk mengemukakan deklarasi itu yang mahu campur tangan  Agong untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
 
 “Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap  baginda. Dan Mahathir bawa satu salinan asal Deklarasi Rakyat dengan 45  tandatangan dalam satu sampul kecil untuk diserahkan kepada Agong,”  tulisnya semalam dalam artikel bertajuk ‘Bagaimana Agong Mengakali  Mahathir’.
 
 “Tetapi, kenapa Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal, ada di  antaranya seperti Datuk Tamrin Ghafar yang sejak itu mengumumkan mereka  tarik diri? Apa berlaku kepada baki 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan?  Kenapa ia tidak diserahkan kepada Agong?” soalnya.
 
 Raja Petra berkata, Dr Mahathir hanya menyerahkan “satu sampul kecil  tidak mengandungi 1.4 juta tandatangan seperti didakwa” yang mungkin  menjadikannya satu dokumen “setebal sebuah dan mungkin beberapa jilid  ensiklopedia”.
 
 Jumaat lalu, Raja Petra menyifatkan pertemuan dengan Agong yang  dinanti-nantikan itu sebagai “satu bencana” buat Dr Mahathir, apabila  Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mempersoalkan kesahihan 1.3 juta atau  1.4 juta tandatangan diperolehi daripada orang ramai seperti  diumumkannya.
 
 Beliau memulakan Deklarasi Rakyat pada Mac lalu dan ia ditandatangani  secara terbuka oleh 45 individu terdiri daripada beberapa penyokong Dr  Mahathir yang kebanyakannya ahli politik pembangkang dan beberapa  aktivis sosial.
 
 Sebuah kempen dilancarkan untuk mendapatkan tandatangan orang ramai  yang kemudiannya mencetuskan kontroversi di mana kempen itu didakwa  membeli sebuah pangkalan data nama dan butiran peribadi daripada seorang  pengaturcara komputer, menyebabkan kesahihan senarai itu diragui.
 
 Raja Petra berkata, penyerahan kononnya deklarasi itu kepada Agong  hanyalah publisiti untuk Dr Mahathir dan kekurangan gambar publisiti  adalah tanda kegagalan bekas Perdana Menteri itu.
 
 Beliau berkata, tujuan pertemuan itu dibenarkan adalah untuk  menyangkal dakwaan Dr Mahathir pada Mei lalu yang Agong “diletakkan di  bawah tahanan rumah” oleh kerajaan persekutuan.
 
 Raja Petra memetik Dr Mahathir sebagai berkata: “Kami sudah dapat 1.4  juta tandatangan dan kami cuba tunjukkan kepada Agong. Tetapi, setakat  ini, saya tidak dapat bertemu Agong kerana kemungkinan baginda  diletakkan di bawah tahanan rumah. Raja-raja Melayu mungkin dihadkan di  istana mereka.”
 
 Beliau berkata, dalam pertemuan Khamis lalu, “Mahathir sedar ia bukan misi berjaya, tetapi misi gagal” – FMT
 
 Sumber TKO - 221-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Awal September lalu, dua musuh politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bersalaman selepas 18 tahun dan ini  semenangnya satu perkara yang menggemparkan.
 
 Sekali lagi, negara dapat melihat kesungguhan dua musuh politik ini  apabila membuat kenyataan bersama menolak pelaksanaan Akta Majlis  Keselamatan Negara (Akta MKN) yang ditubuhkan di bawah pimpinan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak .
 
 Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh  kedua-dua pemimpin itu mendakwa akta tersebut mengancam sistem demokrasi  dalam negara.
 
 “Akta ini telah mengenepikan secara langsung kuasa secara langsung  kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu  dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini.
 
 “Oleh kerana krisis negara inilah, kami bersama dengan rakyat  menentang akta ini dan membawa perubahan dan reformasi demi  menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara  tercinta kita ini,” kata kenyataan bersama tersebut hari ini.
 
 Agak pelik juga apabila Tun Mahathir bercakap mengenai mengenepikan  kuasa raja dan agong. Kelihatan agak terdesak juga untuk mengherat  institusi beraja dalam matlamat politik kedua mereka.
 
 Tun Mahathir dan Anwar yang selama ini menjadi musuh politik dilihat  berbaik dan bekerjasama semula setelah Tun Mahathir hadir ke mahkamah  baru-baru ini untuk memberi sokongan terhadap permohonan Anwar bagi  mencabar Akta MKN 2016. -MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 20-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) menawarkan lapan  calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
 Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut berkata kesemua  lapan calon tersebut dikenalpasti untuk bertanding di lapan Dewan  Undangan Negeri (DUN) Selangor.
 
 Menurut beliau lapan kawasan tersebut meliputi DUN Batang Kali, Kota  Damansara, Semenyeh, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu  Bernam.
 
 "Sebagai sebuah parti koperasi BERJASA bersedia memberi pilihan baru  kepada rakyat di samping parti-parti lain sama ada di pihak kerajaan  atau pembangkang.
 
 "BERJASA dengan ini ingin memberi keyakinan kepada rakyat bahawa di  tangan mereka mempunyai kuasa memilih pemimpin terbaik sebagai wakil  mereka," katanya pada sidang media di Batu Caves hari ini.
 
 Ditanya mengapa lapan DUN tersebut menjadi pilihan, Mustapa berkata  pihaknya telah mengkaji dan mengenalpasti peluang meraih kemenangan di  kawasan itu.
 
 "Kita memilih bertanding di kawasan yang kita boleh menang berdasar pemerhatian dan dikaji oleh ahli strategi kita.
 
 "Dengan kemenangan itulah membolehkan BERJASA memberi sumbangan sebagai pembela rakyat," jelasnya.
 
 Sehubungan itu tambah beliau, BERJASA menyeru kepada parti-parti dalam kalangan Pakatan Harapan khususnya supaya memberi laluan.
 
 "Ini susulan kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang turut  menyeru supaya rundingan supaya mewujudkan bertanding satu lawan satu  untuk melawan Barisan Nasional pada PRU14.
 
 "Kita juga bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak ke arah tujuan tersebut," katanya.
 
 Pada PRU13, BERJASA digunakan sebagai tiket oleh Ikatan Muslimin  Malaysia (Isma) untuk bertanding di tujuh Parlimen dan dua DUN.
 
 Bagaimanapun penyertaan Isma pada pilihan raya lalu tewas di kesemua kerusi yang dipertaruhkan.
 
 Sumber TKO - 18-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 BANGI, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad  dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim  Muadzam Shah untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat.
 
 Memetik laporan The Star Online, Pembantu khas kepada bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusuf sebagai berkata, pertemuan di antara Tuanku Abdul Halim dan Dr Mahathir berlangsung semalam di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
 
 Bagaimanapun Sufi berkata, setakat ini Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendedahkan apa yang dibincangkan dengan baginda.
 
 Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat itu pada 4 Mac lalu yang turut mendapat sokongan pemimpin pembangkang bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatannya berikutan terpalit pelbagai skandal.
 
 Ia juga termasuk menyingkirkan ke semua individu yang terlibat dengan Najib dan memansuhkan semua undang-undang serta perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
 
 Deklarasi itu juga menuntut supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh pimpinan Datuk Seri Najib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
 
 Sumber TKO - 16-9-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad  merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan  bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
 Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden  PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan  hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
 
 "Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang
 kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
 
 "Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita  akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr  Mahathir di  Kuala Lumpur hari ini.
 Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan  Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali  ke-55.
 
 Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk  menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada  perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
 Sementara itu mesyuarat dua hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.
 
 Dr Mahathir menang tanpa bertanding mengekalkan jawatannya sebagai  Yang Dipertua Perkim bagi sesi 2016-2019 dan Datuk Dr Abu Bakar Shaari  kekal sebagai pengerusi tetap menewaskan calon dari cawangan Kuala  Langat, Husain Anjang Pulau.
 
 Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Naib  Yang Dipertua Perkim Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 'Bebaskan
 
 Anwar' tidak patut dijadikan agenda perjuangan dan jika ia dilaksanakan,  maka pembangkang juga perlu memperjuangkan pembebasan tahanan lain di  negara ini.
 
 "Kalau nak bebaskan Anwar, kena bebaskan semua. Jika perjuangan nak  bebaskan individu tertentu sahaja bagaimana pula nasib ramai lagi  tahanan lain.
 
 "Mungkin mereka (tahanan lain) kecil jadi mereka tidak dilihat," katanya.
 -Bernama
 
 Sumber TKO - 15-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terpinga-pinga ketika diajukan soalan  berhubung permintaan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha  yang mahu bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf secara  terbuka.
 
 Malah, Dr Mahathir yang kelihatan letih turut berkata, beliau tidak tahu tentang perkara berkenaan.
 "Tak tahu," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan  Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di  ibu negara, malam tadi.
 
 Malaysiakini memetik laporan portal The Malay Mail Online yang melaporkan Nurul Nuha mahu Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini meringkuk di penjara.
 
 Menurut Nurul Nuha, Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan  rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang  membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
 
 Sementara itu, mengulas mengenai jumlah keahlian parti barunya itu,  bekas pemimpin selama 22 tahun itu berkata masih terlalu awal untuk  mengetahui bilangan ahli BERSATU.
 
 Bagaimanapun beliau berkata, sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap parti baru tersebut memberangsangkan.
 
 "Borang-borang pun kita tak dapat edar banyak lagi. Jadi terlalu awal nak jumlah bilangan (ahli BERSATU).
 
 "Penerimaan, di mana-mana saya pergi semua sokong (BERSATU)," katanya lagi.
 Selepas diluluskan 8 September lalu, parti BERSATU mula mengedarkan borang keanggotaan mereka hari ini.
 
 Mahathir turut menjadi anggota terawal mendaftar sebagai anggota seumur hidup dan membayar yuran RM100.
 
 BERSATU juga mendapat anggota bukan bumiputera pertama mereka hari ini.
 
 Sumber TKO - 15-9-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed  akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.
 
 Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah  selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua  Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa  Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi  Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.
 
 PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September  lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang  turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Presiden Tan  Sri Muhyiddin Yassin.
 
 "Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli  Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya  mengumumkan keluar daripada  parti Umno.
 
 "Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
 
 Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah  dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu  kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab  Universiti Malaya.
 
 Beliau dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang  akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd  Najib Razak meletakkan jawatan.
 
 Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius  kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang  kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan  kepimpinan parti.
 
 Bagaimanapun sehingga kini tindakan tata tertib tidak dikenakan ke atas  beliau walaupun beliau telah memberikan keterangan bela diri kepada  Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu.
 
 Mengulas mengenai tiadanya sebarang tindakan dikenakan oleh parti  terhadapnya setelah dipanggil membela diri, Rushdan berkata mungkin Umno  kini semakin gentar kerana ramai ahli Umno yang mahu bertindak keluar  parti.
 
 "Saya rasa mungkin Umno takut...saya rasa mereka takut kekurangan satu  ahli, jika mereka buang saya jadi tidak sampai 3juta jadi 2,999,999 ahli  Umno sahaja.
 
 "Jadi pada tarikh bersejarah pada malam ni (semalam) untuk keluar  daripada Umno dan jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seumur  hidup," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
 
 Malah Rushdan berkata, dengan tertubuhnya PPBM, akan lebih ramai ahli  Umno dijangka akan meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.
 
 "Saya rasa mereka akan ambil keputusan yang sama akan keluar daripada Umno dalam masa terdekat," dakwanya.
 
 Tindakan Rushdan membakar buku perlembagaan itu kerana kegagalan parti  itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat  bekas timbalan presidennya,  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri  Mukhriz Mahathir tanpa dipanggil membela diri padahal ia termaktub dalam  perlembagaan parti itu.
 
 Tindakan membakar buku perlembagaan oleh Rushdan adalah dianggap selari  dengan tindakan Umno yang tidak lagi mematuhi buku perlembagaan Umno
 Sumber TKO - 15-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Muhyiddin Setuju Bebaskan Anwar Selepas Gulingkan BN
 Posted on Tuesday, September 13 @ 14:15:48 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Editor
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31647
 
 
 
 |  KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk meletakkan agenda  pembebesan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara  sebagai agenda bersamanya bersama pakatan pembangkang.
 Bercakap sewaktu ceramah di Kampung Geylang Simpang Pertang,  Muhyiddin berkata, beliau akan bersama-sama memikirkan cara untuk  membebaskan Anwar sekiranya mendapat mandat daripada penyokong  pembangkang.
 
 “Ada yang minta (tanya) saya boleh ke bebaskan Anwar?
 
 “Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan  rakyat menerusi sistem pilihan raya maka jika ada pimpinan baharu  daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar.
 
 “Nak harapkan Najib bebaskan Anwar?” katanya dipetik portal The Malaysian Mirror.
 
 Berucap dihadapan kira-kira 200 penduduk sempena Jelajah Selamatkan  Malaysia anjuran PKR kawasan berkenaan, Muhyiddin menyatakan simpatinya  terhadap pemenjaraan Anwar.
 
 “Saya rasa amat kasihan apa yang ditangung Anwar sama ada betul atau  tidak betul terserah pada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam  penjara.
 
 “Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,” ujarnya.
 
 Ucapan Muhyiddin dihadapan penyokong pembangkang itu dilihat  cubaannya untuk meraih sokongan pembangkang sedangkan agenda berkenaan  ditentang bekas Timbalan Presiden UMNO itu sewaktu menjadi sebahagian  daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).
 
 Lantas, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta pembangkang  menyokong parti baru PPBM terajunya bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr  Mahathir Mohamad yang bertindak sebagai Pengerusi PPBM.
 
 “Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan," ujarnya lagi.
 
 Beliau dalam pada itu turut menegaskan dirinya tidak akan kembali  menyertai UMNO yang disifatkan beliau dipenuhi "budaya tidak elok,  korupsi, sekatan sana sini …buat rakyat takut."
 
 - Malaysian Digest
 
 Sumber TKO - 13-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pembangkang dan juga parti  serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang  kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
 Ini  susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri  Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.
 
 “Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti bebas, parti-parti  pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad akan  berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam  pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
 
  Lim  berkata MCA harus menerima cadangan Nazri dan meninggalkan BN serta  juga melepaskan semua jawatan kerajaan termasuk sebagai menteri, exco  kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan lain. 
 “Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai  pengkhianat terhadap perjuangan MCA dan hanya mementingkan poket dan  tembolok sendiri,” katanya.
 
 Lim berkata, bidasan Nazri ke atas MCA mengesahkan persepsi bahawa MCA adalah budak suruhan Umno.
 
 “MCA akan mendiamkan diri ketika Umno mengeluarkan arahan, kerana  inilah caranya BN beroperasi. MCA akan ditendang keluar sekiranya ia  tidak lagi berperanan sebagai ‘khadam’ kepada Umno.
 
 “MCA adalah parti yang kecil dan langsung tidak penting di mata Umno.  Ia juga tidak relevan di mata pengundi Cina dan MCA hanya menang dalam  pilihan raya kerana ia diselamatkan oleh Umno dengan membenarkannya  bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.
 
 “Justeru, MCA bukanlah berada di kedudukan untuk membuat sebarang  permintaan terhadap Umno. Pimpinan MCA hanya boleh bertanya ‘berapa  tinggi?’ apabila diarah Umno supaya melompat,” katanya.
 
 Semalam, Nazri berkata adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung yang memiliki 88 kerusi parlimen berbanding MCA, yang hanya mempunyai tujuh kerusi.
 
 Beliau mengulas gesaan Ti supaya Umno mengubah strategi dan mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.
 
 Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan  memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya  menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan  mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.
 
 
 Nazri bertindak dengan menjawap mendakwa “Umno bongkak pun kita menang” pilihan raya dan mencabar MCA untuk keluar daripada BN.
 
 Sumber TKO - 12-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pembangkang  termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk menentang kemungkaran  dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
 Malah, naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata perbuatan Dr  Mahathir melawan kejahatan Najib untuk selamatkan Malaysia disuruh  Islam.
 
 “Tun Mahathir pada usia 91 tahun sedang bangun melawan kemungkaran,  korupsi serta salah guna kuasa Najib, serta Umno, demi selamatkan  Malaysia.
 
 “Tindakan Tun Mahathir disuruh oleh agama Islam. Islam suruh kita tentang kemungkaran, rasuah, serta salah guna kuasa.
 
 “Tetapi malangnya pemimpin Umno macam Rahman Dahlan yang tidak waras  serta gila, demi pertahan poket, pangkat dan perut kalangan kaki bodek,  mereka sanggup bersekongkol dengan kemungkaran yang bertentangan dengan  ajaran Islam,” katanya kepada FMT.
 
 Kem Dr Mahathir hari ini mengutuk Pengarah Komunikasi Strategik BN  Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila menyifatkan bekas perdana menteri itu  seorang yang tidak waras apabila sanggup bekerjasama dengan musuhnya,  Anwar.
 
 Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata kenyataan Rahman itu biadab.
 
 “Kesian kerana menteri Najib hari ini bukan setakat biadab dan kurang ajar tapi bebal dan dungu.
 “Teruskanlah sebelum kamu semua ditalkinkan oleh rakyat jelata yang  sudah jemu, muak, menyampah dengan perangai menteri kaki jilat dan ampu  ini,” katanya kepada FMT.
 
 Terdahulu, Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi berkata tindakan Dr  Mahathir ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.
 
 Beliau berkata apa saja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri  itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan Anwar, sudah  menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
 
 Sumber TKO - 12-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Tanpa meletakkan sasaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin Parti Pribumi  Bumiputera Malaysia, PPBM dapat mendaftar ramai ahli apabila kempen  pendaftaran mula digerakkan di seluruh negeri dan kawasan Parlimen. Presiden  penaja PPBM, memberitahu mereka yang berminat boleh  mendaftar dengan menggunakan borang disediakan atau secara 'on-line'.
 
 Katanya lagi dengan bayaran RM2 ramai orang akan menyertainya.
 
 Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan oleh golongan kecewa, sama  seperti parti PAN dan hanya parti serpihan daripada UMNO kerana  kegagalan mendesak Najib turun daripada PM.
 
 Asas penubuhan parti  PPBM ini tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat untuk pembelaan  nasib mereka kerana PPBM lebih bersifat peribadi dan hanya  menguntungkan atau memenuhi hasrat segelintir ahlinya sahaja.
 
 PPBM  dianggotai pemimpin kecewa itu dijangka bersifat sementara dan akan  berdepan masalah diantaranya mereka akan ditekan dengan pelbagai  skandal.Lihat sahaja TSMY yang telah teraib dengan skandal perempuan  Cina.
 
 Saya melihat hala tuju dan objektif parti PPBM ini masih  bercelaru, ini akan menjadikan gerak kerja pakatan pembangkang semakin  kabur. Memecah undi di kawasan Melayu yang kini didominasi oleh PAS.  Jika wujud pecahan PPBM, PAS dan PAN sudah pasti akan memberikan  kelebihan kepada UMNO/BN.
 
 Satu yang saya nampak paling jelas  kewujudan PPBM ini bukan melemahkan UMNO tetapi akan membunuh PARTI PAN.  PAN akan tersempit dengan PKR, PAS dan PPBM sebagai parti pembangkang,
 
 Kalau yuran PPBM free lagi cepat parti PAN akan mampus (bahasa kasar untuk dewasa sahaja).
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 11-9-2016 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani  mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian  berkenaan pagi ini.
 
 Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.
 
 "Umno  bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan  sebagai Adun 1995-2004...  ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa  berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang  Patah 10 Sep 2016," tulis Datuk Baharom pada satatus facebooknya.
 
 Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno  telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang.
 
 "Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti  milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi," katanya.
 
 Sumber TKO - 10-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PUTRAJAYA - "Kalau saya boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang  (Penasihat DAP) kenapa pula tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas  Ketua Pmbangkang)" demikian kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 Menurutnya, parti-parti pembangkang perlu bergabung dalam satu bentuk kerjasama bagi mengalahkan BN.
 
 "Daripada pengalaman saya dulu iaitu, kalau parti pembangkang ini tidak  bersatu dan bekerjasama, mereka akan kalah seperti yang berlaku kepada  mereka sejak 59 tahun lalu.
 
 "Jadi sekiranya mahu menukar kerajaan sekarang atau menetukan  kepimpinan baharu, mereka perlu bekerjasama rapat," katanya ketika  ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pendaftar  pertubuhan (ROS), hari ini.
 
 Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan adakah beliau  berbincang dengan Anwar mengenai kerjasama antara PKR dengan parti  baharu itu ketika bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
 Mengulas lanjut, Mahathir mendakwa sekiranya ada parti pembangkang  tidak bekerjasama sehingga berlaku pertembungan tiga penjuru dalam  pilihan raya, parti itu sebenarnya berjuang untuk BN.
 
 "Besar kemungkinan BN akan menang. Sebab itu mana-mana parti yang tidak  mahu bergabung atau bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang  mereka sebenarnya berjuang untuk BN dan mahu mengekalkan BN memerintah.
 
 "Sebab itu kita akan berusaha memastikan parti-parti pembangkang bekerjasama dan bergabung menentang BN," katanya.
 
 Beliau turut menyarankan Pas agar turut serta bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi mengalahkan BN.
 
 Sumber TKO - 9-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
 
 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lampu hijau diberikan kepada parti itu pada Khamis.
 
 “Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan akronim Bersatu,  tetapi dikenali sebagai PPBM,” katanya selepas menghadiri perhimpunan  bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
 
 Menurut Ahmad Zahid, perkara itu disebabkan terdapat enam lagi parti  politik dan organisasi mempunyai perkataan “Bersatu” pada nama  pertubuhan mereka.
 
 Bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan  Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi  Bersatu Malaysia pada 5 Ogos lalu.
 
 Muhyiddin merupakan presiden parti itu manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PPBM – Mstar
 
 Sumber TKO - 8-9-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Mahathir; Dari Bapa Pembangunan Kepada ‘Bapa Pengkhianat’!
Tun Dr Mahathir Mohamad dahulunya digelas sebagai ‘BapaPembangunan’ oleh kerajaan Umno tetapi kini dianggap sebagai ‘Bapa Pengkahanat’.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menulis dalam blognya berkata, Mahathir komited kepada pengkhianatan utama Malaysia apabila beliau meminta kuasa-kuasa asing untuk campur tangan dan menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia
 
Semua ini, katanya, adalah kerana kepentingan politik yang mementingkan diri sendiri bekas perdana menteri itu.
 
“Malaysia di bawah kerajaan ini tidak akan membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman kita. Semua mereka percubaan telah gagal, dan akan terus gagal, “katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di beliau sskeruak.blogspot.my blog .
 
Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. 
 
Dalam tulisan bertajuk ‘Gangguan Asing, Sabotaj sengaja dan Bermuka Dua’ (Foreign Interference, Deliberate Sabotage And Double Standards) beliau berkata: “Ia mesti menjadi sangat 
mengecewakan bagi WSJ (Wall Street Journal) dan orang-orang di belakang mereka bahawa dengan setiap serangan, Malaysia, kerajaan, Barisan Nasional dan Perdana Menteri menjadi lebih kuat. ” 
Salleh berkata selama lebih setahun, akhbar Amerika telah melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.
 
“Tetapi tidak dalam satu pun serangan ini telah Wall Street Journal telah dapat menyediakan dokumen, bukti kukuh atau menamakan orang-orang yang membuat dakwaan ia melaporkan. Jadi bagaimana kita boleh percaya apa-apa yang mereka tulis? “katanya.
 
Salleh berkata, WSJ kini telah mengakui bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merancang Tawaran Awam Permulaan (IPO) tidak meneruskan disebabkan laporan negatif. 
“Yang benar adalah bahawa IPO sengaja disabotaj. media tertentu seperti WSJ menjalankan kempen global, yang bertindak sebagai kenderaan sanggup tentera bermotifkan politik seperti Tun Mahathir Mohamad.
 
“Mereka tahu IPO disabotaj akan membawa kepada masalah kewangan 1MDB. Jika syarikat itu dibiarkan sahaja untuk meneruskan program rasionalisasi, ia akan berjaya, “kata menteri itu. 
Salleh berkata ironinya adalah bahawa kempen menentang Malaysia datang pada satu masa apabila soalan serius telah dibangkitkan tentang hubungan antara perniagaan dan politik di negara ini WSJ sendiri.
 
“Adakah kita untuk mempercayai bahawa Jabatan siasatan hanya Kehakiman daripada berkaitan dengan Malaysia? Berapa banyak individu dan entiti AS Jabatan Kehakiman menyiasat? Mengapa tidak WSJ mempunyai pasukan khusus untuk melaporkan ini dengan obsesi yang sama? “Fikirnya. 
Semua ini, beliau membuat kesimpulan, mengkhianati hakikat bahawa terdapat ‘double standard’ – satu set peraturan bagi Barat dan satu lagi untuk negara-negara membangun seperti Malaysia yang enggan tunduk.
 
Sumber BO - 6-9-2016
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
  
 SABAK BERNAM: Barisan Nasional tidak sekuat yang dilihat kerana ia boleh  kehilangan 45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang,  kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, apa yang diperlukan  ialah sebilangan kecil pengundi beralih angin kepada pembangkang.
 
 “Kajian saya menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah.
 
 “Satu kajian dijalankan pakar yang saya lantik mendedahkan anjakan 4%  peratus undi akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan  pembangkang,” katanya dalam jerayawara anti-1MDB anjuran PKR yang  dihadiri kira-kira 500 orang, malam tadi.
 
 Sehubungan itu, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) itu menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu bagi  memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan  datang.
 
 
 Dalam siri jelajah memfokuskan 1MDB yang dilabelkan “1Malaysia Dalam  Bahaya” itu, Muhyiddin turut menjawab persoalan beberapa pihak berhubung  kesahihan dakwaannya yang Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1  bilion dalam akaun peribadinya sebelum menerima RM2.6 bilion.
 
 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mahu  bukti mengenai dakwaan Muhyiddin itu yang dikatakan diberikan bekas  Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
 
 “Tidak perlu tanya dari mana saya dapat maklumat itu. Saya beritahu  anda ia datang daripada bekas peguam negara. Jika mahu tahu lebih  banyak, pergi tanya beliau,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.
 Ini adalah pusingan pertama siri jelajah seluruh negara yang  bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk di pinggir dan luar bandar  mengenai skandal 1MDB serta kesannya kepada kehidupan rakyat.
 
 Ia turut dihadiri ketua pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri  Mohamed Azmin Ali.
 
 Sumber TKO - 3-9-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.
 
 Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.
 
 “Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.
 
 “Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku  Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak  kamu.
 
 “Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 Sumber TKO - 1-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan  perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan  Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai  undang-undang.
 
 Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak  meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih  perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.
 
 “Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut  yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih  30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
 
 “Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam  perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong,  sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata  bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.
 
 Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan  darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana  implikasinya amat serius.
 
 “Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang  di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku  yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman  awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka  baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat  dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
 
 “Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang  mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di  dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong  berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.
 
 Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong  untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh  dipertikaikan.
 
 “Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas  nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan  ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.
 
 “Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak  terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk  membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah  keselamatan,” tegasnya.
 
 Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah  menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang  yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau  kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
 
 “Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis  Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk  mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan  Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.
 
 Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas  berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang  bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain  menurut budi bicaranya.
 
 “Pengisytiharan darurat adalah perkara yang ditentukan perlembagaan  sebagai atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Apabila Akta MKN  pindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada perdana menteri sebagai  Pengerusi Majlis Keselamatan, keperluan baginda laksanakan hak untuk  memutuskan darurat tidak lagi bermakna.
 
 “Secara dasarnya MKN telah merampas kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong  untuk melaksanakan perkara ini, sedangkan persetujuan baginda dan  Majlis Raja-Raja perlu diperolehi dahulu.
 
 “Apabila kerajaan ketepikan permintaan raja-raja dan Yang di-Pertuan  Agong supaya Akta MKN diperhalusi dan disemak semula, maka jelas pindaan  tersebut tidak mematuhi perlembagaan. Oleh itu Akta MKN tidak boleh  dimeterai sebagai undang-undang,” jelasnya.
 
 Selain itu, Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai bidang kuasa untuk  menasihati Mahkamah Persekutuan tentang apa-apa soal dan kesan mana-mana  peruntukan perlembagaan yang berbangkit atau mungkin berbangkit.
 
 “Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa  soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah  terbuka.
 
 “Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk  ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan  ataupun ketidaksahihan Akta MKN yang tidak pun mendapat persetujuan  serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” ulasnya.
 
 Katanya, pelantikan perdana menteri juga merupakan kuasa budi bicara  Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang individu yang mempunyai  sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, namun calon itu tidak semestinya  diterima oleh baginda.
 
 “Berdasarkan peruntukan sama di Terengganu, Perlis dan Selangor, calon  yang dikemukakan parti menang ditolak dan raja-raja membuat keputusan  menerima calon lain. Mereka ini dilantik sebagai menteri besar dan  diterima Majlis Mesyuarat Negeri.
 
 “Jelas, baginda mempunyai hak melantik perdana menteri atas budi  bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan itu,  calon tersebut terpaksa berhenti daripada jadi perdana menteri. Yang  di-Pertuan Agong akan menamakan calon baharu,” ujarnya.
 
 Pelantikan Ketua Audit Negara juga merupakan bidang kuasa Yang  di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding  dengan Majlis Raja-Raja.
 
 “Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan  menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh  undang-undang Persekutuan berhubung dengan akaun bagi persekutuan dan  negeri-negeri.
 
 “Manakala berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain  dan badan yang dinyatakan melalui perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan  Agong,” katanya.
 
 Beliau berkata lagi, Ketua Audit Negara perlu mengemukakan  laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ia boleh  dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
 
 “Perdana Menteri, Datuk Sri Najib telah memerintahkan Ketua Audit  Negara untuk mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong  sebaliknya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),”  jelasnya.
 
 Beliau berkata, tindakan kepimpinan Najib yang menyerahkan laporan PAC  dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara yang kemudiannya  diisytiharkan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi bertentangan  dengan peruntukan perlembagaan
 
 “Amat jelas kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bukan sahaja mengabaikan  peruntukan perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya,  dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ia kemudian  diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi,” katanya.
 
 Sumber TKO - 25-8-2016
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Anina tarik balik tiga kes mahkamah
 Posted on Wednesday, August 24 @ 22:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31449
 
 
 
 |  PETALING JAYA - Ahli jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin menarik  balik tiga kes mahkamah berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli Umno.
 "Semua kes itu dibuat ketika saya bergelar ahli Umno. Tapi sekarang  saya bersama parti baharu dan perjuangan saya telah melalui fasa baharu  yang lebih serius. Saya mahu pastikan parti Najib tumbang," katanya  dalam satu sidang media di firma guaman Tetuan Haniff Khatri, di Kota  Damansara, hari ini.
 
 Anina melalui peguamnya akan mengambil langkah menghentikan kesemua  tindakan yang wujud sama ada ada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,  mahupun Mahkamah Tinggi berhubung isu yang berbangkit ketika zaman  keahliannya dalam Umno.
 
 Bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu akan menarik tiga kes yang telah  difailkan terhadap Najib Razak berhubung dengan pengembalian wang derma  RM2.6 bilion kepada Umno.
 
 Kedua, berhubung pemecatan keahlian Anina yang kini rujuk pada Mahkamah  Persekutuan dan permohonan untuk kebenaran merayu kepada mahkamah  persekutuan telah ditetapkan pada 14 September 2016.
 
 Ketiga, kes di Mahkamah tinggi yang baru difailkan selepas keputusan  mahkamah rayuan berhubung rayuan terhadap pemecatan tersebut, iaitu  permohonan untuk deklarasi membatalkan kesahihan Seksyen 18 (C ) Akta  Pertubuhan 1966.
 
 Tarikh yang ditetapkan adalah 22 Oktober 2016 untuk permohonan pihak responden membatalkan permohonan tersebut.
 
 Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, selewat-lewatnya  minggu depan beliau akan berhubung dengan peguam cara Najib atau  responden lain dan juga pejabat peguam negara berhubung kes 18 (C)  sebelum tarikh kes tersebut melalui prosedur undang-undang, bagi tujuan  menarik balik ketiga-tiga kes tersebut.
 
 "Dalam tindakan undang-undang, mahkamah akan meneruskan kes dan pihak  dalam pertikaian perlu teruskan sekiranya kes atau isu itu masih hidup,  memandangkan Anina mengumumkan untuk bersama landasan parti baharu  (Bersatu), adalah tidak wajar kes ini diperdengarkan lagi di mahkamah.
 
 "Sebagai peguam, kami perlu menepati prinsip-prinsip kemahkamahan  walaupun bagi saya ada isu undang-undang yang boleh diperdebatkan  lagi,"katanya.
 
 Sumber TKO - 24-8-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.
 Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan  mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani  masalah rasuah dalam negara.
 "Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar  pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.
 "Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang  bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang  mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.
 9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di  Putrajaya.
 Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu  bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden  Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman,  pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan  bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
 
 Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.
 
 Sumber TKO - 21-8-2016
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| 
 https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dXPm8ZAVLz8
 
 Rundiang pembahagian kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU) dan pembangkang lain akan dimulakan sebaik saja pendaftaran  parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
 
 Presiden penaja BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia adalah  antara agenda utama parti berkenaan sebaik saja pendaftarannya diterima.
 "Untuk itu mesti diadakan proses perbincangan bagi menentukan kerusi  mana yang akan ditandingi BERSATU," katanya di sidang media di Kuala  Lumpur hari ini.
 Sidang media itu diadakan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.
 Menurut Muhyiddin bertujuan untuk membentuk gabungan bersatu  pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14 yang mesti  diadakan selewat-lewatnya 2018.
 Berdasarkan maklumat dan data diperoleh, kata bekas timbalan perdana  menteri itu, ada beberapa kawana yang dikenal pasti sesuai untuk  diletakkan calon BERSATU.
 "Mungkin beberapa kerusi sudah diperuntukkan kepada PAS dan PKR namun  jika mereka memahami matlamat kita ialah bekerjasama, justeru atas  dasar itu kita akan berunding," katanya.
 Menurut beliau mana-mana parti yang mempunyai peluang paling cerah  untuk menang wajar diberikan kerusi berkenaan untuk ditandingi.
 Ia juga bergantung kepada sokongan dan populariti Umno yang semakin  merosot walaupun di kawasan dianggap kubu kuat parti berkenaan.
 "Kita perlu selesaikan apa saja perbezaan yang ada. Kita boleh duduk (dan berbincang)," katanya.
 Ditanya sama ada beliau akan mencabar Datuk Seri Najib Razak di  kerusi Pekan, Muhyiddin yang kini anggota parlimen bebas mewakili Pagoh  berkata: "Insya-Allah, sama ada BERSATU atau mana-mana sekutu (akan  diturunkan bertanding di kawasan itu)."
 
 Sumber TKO - 21-8-2016
 -------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Mukhriz: PM Minta Saya Tanah Di Kedah
 Posted on Sunday, August 21 @ 19:16:25 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31433
 |  Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XHlhzlt6wDM
 Ahli Jawatankuasa Parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,  ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah, Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak ada meminta tanah di negeri itu untuk bangunkan projek,  katanya di sidang media Barisan Penaja Bersatu di Bangsar, hari ini.
 
 Kredit:
 Sinar Harian TV
 
 Sumber TKO -21-8-2016
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
 SELAYANG: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menegaskan  pihaknya menolak 'pinangan' Persatuan Pribumi Perkasa dan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia yang mahu mengambil alih parti itu bagi berdepan  Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
 
 
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut, berkata BERJASA  juga tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau  rundingan dengan PERKASA dan parti yang sedang menunggu pengesahan  penubuhannya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).  
 
 
 
"Orang hendak rampas 'rumah' kita, mestilah kita tentang habis-habisan.  Kami tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dengan PERKASA dan  Parti Pribumi.  
 
 
 
"Saya menyeru mereka supaya berhenti 'merisik' BERJASA kerana tindakan  mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai peringkat  merimaskan," katanya pada sidang media sebentar tadi.  
 
 
 
Mustapa Kamal berkata, alasan utama BERJASA menolak hasrat kedua-dua  pihak itu kerana mereka mahu mengubah 90 peratus Perlembagaan parti  selain mahu meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.  
 
 
 
"Usaha mereka ini tidak demokratik dan tidak menghormati ahli BERJASA," katanya. 
 
 
 
Sumber TKO - 21-8-2016 
 
 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 Tun M nafi pernah buang pemimpin
 Posted on Saturday, August 20 @ 07:11:05 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31402
 
 |  SHAH ALAM – Ada beberapa pemimpin yang menentang semasa pemerintahannya,  namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau  tidak membuang mereka.
 
 Sebaliknya menurut Mahathir, beliau melantik pemimpin-pemimpin tersebut menyertai kabinetnya.
 “Dalam tempoh kempen untuk presiden dan timbalan presiden, ramai  menteri-menteri saya dan timbalan menteri menentang saya. Mereka  termasuklah (Tun) Abdullah Badawi, (Tan Sri) Rais Yatim dan (Tan Sri)  Syed Hamid (Albar).
 “Rekod menunjukkan bahawa saya melantik semula mereka dalam kabinet.  Adakah ini cara seseorang yang tidak boleh bertolak ansur bertindak  terhadap mereka yang jelas tidak setia?,” katanya dalam catatan  terbaharu di blognya.
 Dalam pada itu, beliau sempat mengaitkan perkara itu dengan situasi  yang berlaku hari ini di mana dakwanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak bertindak menurunkan pangkat dan membuang pemimpin yang tidak  sehaluan dengannya.
 “Sesiapa yang tidak menyokong beliau sepenuhnya, sama ada  menteri-menteri atau penjawat awam telah dikeluarkan atau dipindahkan  atau terpaksa bersara atas alasan kesihatan. Beliau tidak bertolak ansur  seperti saya.
 “Kesetiaan kepada pemimpin adalah penting bagi sesuatu organisasi untuk  berfungsi tetapi apabila pemimpin menyimpang atau melakukan jenayah,  tindakan terus berpaut padanya adalah salah.                                        Malahan menjadi kewajipan pengikut yang setia untuk menasihati dan  mengkritik pemimpin itu dan jika pemimpin berkenaan tidak mengendahkan  nasihat, mereka harus berhenti menjadi setia kepadanya,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber   TKO -  20-8-2016                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PETALING JAYA: Bercakap terus terang tidak bermakna  bercakap benar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada buku oleh  bekas timbalannya Tun Musa Hitam.
 
 Musa yang menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986  di bawah Dr Mahathir, mengkhususkan keseluruhan bab dalam bukunya 'Frankly Speaking' kepada  pentadbiran bekas perdana menteri itu, memanggilnya sebagai 'kegagalan  sendiri' apabila tidak dapat melahirkan pengganti yang sesuai.
 
 Dr Mahathir membidas buku itu, yang dikatakan telah meletakkan seluruh  kesalahan terhadap dirinya berhubung apa yang berlaku dalam Umno dan  kerajaan.
 
 "Musa secara semula jadi tidak menyalahkan dirinya untuk apa-apa. Dia  seperti bayi baru lahir tanpa kesalahan. Yang menjelaskan mengapa dia  begitu popular," tulisnya di blog, chedet.cc .
 
 Menurut Dr Mahathir, Musa telah bertanding jawatan timbalan presiden Umno menentang Tengku Razaleigh.
 
 "Musa datang berjumpa saya bagi mendapatkan sokongan saya untuk  usahanya. Saya sedia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia melakukannya,"  katanya.
 
 Dr Mahathir juga membalas dakwaan Musa bahawa beliau menuntut 'kesetiaan  mutlak', memetik banyak peristiwa yang membawa kepada peletakan jawatan  Musa sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
 
 "Saya marah kerana saya fikir dia adalah orang yang akhirnya tepat untuk  menggantikan saya sebagai PM. Saya tidak mengharapkan untuk menjadi  perdana menteri selama 22 tahun pada masa itu. Tiada siapa melakukannya.  Sudah tentu tidak Musa," katanya.
 
 Walaupun Musa 'jelas tidak setia' kepadanya sama sekali, Dr Mahathir  berkata beliau menerima keputusan Musa untuk hanya kembali sebagai  timbalan presiden parti.
 
 Beliau juga akhirnya menjadi 'lebih tidak setia', seperti tindakan Musa  memujuk Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno  pada pemilihan parti seterusnya dan beliau sendiri bertanding jawatan  timbalan presiden.
 
 "Dalam erti kata lain jika mereka menang dia akan menjadi timbalan perdana menteri dan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri.
 
 "Walaupun begitu saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.  Apabila dia tidak menyertai Tengku Razaleigh dalam Semangat 46, saya  melantiknya sebagai duta khas ke PBB dengan taraf menteri.
 
 "Adakah ini membuatkan saya dikatakan seorang lelaki yang tidak boleh  dan tidak mahu bertolak ansur dengan apa-apa melainkan kesetiaan  peribadi mutlak seperti yang didakwa oleh Musa?" katanya.
 
 Menurut Dr Mahathir, beliau 'tidak pernah berkelakuan seperti Najib yang  menurunkan pangkat, memindahkan dan memecat pemimpin walaupun hanya  dengan mempersoalkan tentang 1MDB kepadanya'.
 
 "Najib kini bercakap tentang kesetiaan kepada institusi presiden Umno.  Beliau tidak membiarkan pertandingan untuk pemilihan presiden seperti  yang saya lakukan apabila Musa dan Tengku Razaleigh mencabar saya dan  Tun Ghafar Baba.
 
 "Sesiapa yang tidak memberi sokongan penuh kepadanya, sama ada  menteri-menteri atau penjawat awam, mereka telah dikeluarkan atau  dipindahkan atau bersara perubatan. Beliau tidak bertolak ansur seperti  saya dulu. Saya mempunyai hak untuk mengkritik sikap tidak  bertoleransinya terhadap pembangkang," katanya.
 
 Dr Mahathir berkata Musa sepatutnya memetik peristiwa atau merujuk  kepada dokumen, termasuk laporan berita pada masa itu, jika dia mahu  berterus-terang.
 Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 1. Kami, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili pihak  pembangkang, amat terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen Langkawi, YB  Dato' Ir Nawawi Ahmad di laman Facebook miliknya bahawa Malaysian  Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat  (DOJ) adalah sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan  bukannya Dato' Seri Najib Tun Razak.
 
 2. Beliau telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
 
 
 
3. Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak  rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak  Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen". Tidak ada seorang  pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu.Tarikh : Rabu, 17 Ogos 2016                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 17-8-2016                                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4. Kami dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon  sembah keampunan daripada Yang DiPertuan Agong atas tuduhan itu kerana  ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan  Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.
 5. Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada  seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa  kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ. Segala  butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang  disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1.  Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk  kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan  MO1 yang dimaksudkan.
 6. Kami mendesak agar Najib Razak  menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai  Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang  membelenggu negara.
 
 
  
 Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai timbalan perdana menteri  kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi, orang yang sama didesaknya untuk  melepaskan jawatan perdana menteri, dedah veteran politik, Tun Musa  Hitam.
 
 Dalam bukunya 'Frankly Speaking', Musa berkata pelantikan Muhyiddin  sebagai orang nombor dua adalah antara syarat-syarat Abdullah sebelum  beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib  Razak.
 
  "Apabila  Abdullah bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri,  saya menjadi orang tengah antara beliau dan Najib semasa perbincangan  berkaitan pemindahan kuasa. "Abdullah mempunyai beberapa syarat, yang utama adalah supaya Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.
 "Najib segera bersetuju, perkara yang perdana menteri baru itu kini menyesali," tulis Musa.
 Najib dan Muhyiddin menerajui negara dari tahun 2009 hingga 2015.  Tahun lalu, Najib menggugurkan Muhyiddin dalam rombakan kabinet,  berikutan kritikan lantang timbalannya terhadap 1MDB.
 Muhyiddin kemudiannya dipecat daripada Umno, dan kini bekerjasama  dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (BERSATU) untuk menentang Najib dan BN pada pilihan raya umum  akan datang.
 Sebelum pemecatannya, Muhyiddin berulang-kali mempersoalkan mengapa  Umno bertindak terhadapnya kerana menentang Najib, tetapi tidak berbuat  apa-apa apabila beliau bertindak ke atas Abdullah.
 Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009 berikutan tekanan dari  Umno kerana prestasi hambar BN pada pilihan raya umum 2008, dengan  pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.
 BN juga hilang lima negeri pada pilihan raya itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO -  16-8-2016                                       -
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 SHAH ALAM - Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri  Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang  Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.
 
 Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan  Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi  ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.
 “Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari  Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti  serpihan umpama parti nyamuk.
 “Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?
 “Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan  menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab  serta pra-matang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk  bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong  perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.
 Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan  merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu  di negara ini.
 “DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk  mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.
 “Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu,” katanya.
 Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan  ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan  semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan  parti itu.
 Beliau berkata, daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu, tiga  daripadanya ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan  menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut serta mengamalkan agama  masing-masing secara aman harmoni.
 “Selain itu, matlamat Bersatu adalah bagi menjunjung kemuliaan dan  kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan  kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah serta Sarawak dan  hak-hak sah untuk semua kaum,”katanya.
 Tambah beliau, sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan ingin  membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran bekas Perdana  Menteri, Tun Dr Mahathir untuk berdebat.
 “Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan  pihak lain. Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi," katanya. - Sh
 Sumber TKO - 16-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 KETIKA tulisan ini disiarkan, tidak pasti sama ada Tun  Dr. Mahathir masih di IJN ataupun sudah pulang. Apa yang hampir pasti  ialah dia akan dapat kenderaan baharu untuk menggerakkan kempen  menumbang Najib – Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama pendeknya,   Bersatu.
 
 Saya yakin, meskipun dilantik pengerusi parti itu, Dr. Mahathir tidak  akan bertanding pada PRU14, jauh sekali untuk kembali ke Sri Perdana.  Apa yang jadi matlamatnya adalah menggantikan PM Najib dengan pemimpin  lain. Najib pada pandangannya sudah melakukan banyak kerosakan dan tidak  boleh dibiarkan.
 Ketika memilih Pak Lah untuk menggantikannya, Dr. Mahathir sebenarnya  lebih berminat kepada Najib. Pada masa itu, hubungan Najib – Pak Lah  tidak begitu jernih dan dikatakan, Dr. Mahathir terpaksa mendapatkan  jaminan Pak Lah untuk memastikan Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana  Menteri apabila dia (Pak Lah) dinamakan sebagai Perdana Menteri.  Tujuannya adalah supaya selepas Pak Lah, Najib yang akan naik.
 Mahathir bukan jenis lupa jasa orang kepadanya. Ada cerita, Tun Razak  berpesan kepada birasnya, Tun Hussein Onn supaya melantik Dr. Mahathir  jadi timbalannya setelah dia (Hussein) dilantik Perdana Menteri. Jika  cerita ini benar, ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Dr.  Mahathir.
 Hussein memang tidak menggemari Mahathir sejak awal. Dia yang jadi  Perdana Menteri selepas kematian mengejut Tun Razak di London akibat  kanser pada 1976,  lebih mahukan Tun Ghazali Shafie yang dianggap antara  orang Melayu paling pintar dan berpengetahuan (hingga dilantik  menganggotai Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan)  untuk jadi timbalannya.
 Bagaimanapun Ghazali bukan Naib Presiden Umno. Mengikut tradisi dan  berdasarkan senioriti, Hussein seharusnya melantik seorang daripada tiga  naib presiden iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba atau  Dr.  Mahathir sebagai timbalannya.
 Kata dua
 Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden Umno yang paling popular ketika  itu. Dia mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti, diikuti Ghafar  dan Dr. Mahathir.
 Bagaimanapun menurut Sanusi Junid, Hussein tidak berkenan untuk  melantik Ku Li barang kali disebabkan status bujangnya ketika itu  manakala Ghafar pula kerana Ghafar menyokong Tunku Abdul Rahman ketika  krisisnya dengan bapa Hussein, Onn Jaafar pada 1951.
 Berikutan ura-ura Hussein mahu melantik Ghazali sebagai timbalannya,  ketiga-tiga naib presiden itu menemuinya dan memberi kata dua: “Lantik  salah seorang daripada kami ataupun kami bertiga akan boikot Kabinet!”
 Lantaran itu, Hussein akhirnya memilih Dr. Mahathir meskipun Dr.  Mahathir ketika itu adalah naib presiden yang ketiga dari segi kedudukan  dalam parti yang berasaskan pungutan undi.  Yang membantu Hussein  membuat keputusan itu ialah Abdul Kadir Yusuf, Menteri Pembangunan Tanah  dan Pembangunan Wilayah. Abdul Kadir sahabat karib Hussein sejak  sama-sama menuntut di London.
 Perihal keruhnya hubungan Hussein – Dr. Mahathir berlarutan hinggalah Dr. Mahathir dilantik Timbalan Perdana Menteri.
 Tokoh wartawan, A.R. Kamaludin  yang juga anggota Exco Pemuda Umno  ketika era Suhaimi Kamaruddin pernah menceritakan hal keluhan Dr.  Mahathir mengenai hubungannya dengan Hussein.
 Menurut Kamaludin, ketika dia bersama beberapa anggota Exco Pemuda Umno  menunggu giliran untuk menghadap Perdana Menteri di pejabatnya, mereka  terserempak dengan Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Timbalan Perdana  Menteri. Dia menyapa mereka.
 Apabila diberitahu tujuan mereka adalah mahu menghadap Perdana Menteri,  Dr. Mahathir berkata: “Lagi untung jadi Exco Pemuda daripada Timbalan  Perdana Menteri. Saya dah dua minggu buat appointment nak jumpa PM, tak  dapat-dapat lagi.”
 Pada penghujung pentadbirannya, Hussein dikatakan memanggil  Tengku  Razaleigh. Hussein beritahu Ku Li dia mahu letak jawatan dan Ku Li  dipilih untuk menggantikannya.
 Memanglah tiada peruntukan dalam Perlembagaan hanya Timbalan Perdana  Menteri  yang boleh menggantikan jika Perdana Menteri meletak jawatan  namun secara tradisi, seharusnyalah begitu. Dr. Mahathir adalah Timbalan  Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Pengerusi BN.
 Ku Li bagaimanapun dikatakan menolak tawaran itu, Dia yakin masa  untuknya (jadi Perdana Menteri) akan tiba jua memandangkan usianya yang  jauh muda berbanding Dr. Mahathir.
 Apabila Ku Li menolak, Hussein memanggil pertemuan enam mata – Hussein,  Dr. Mahathir dan Ku Li –  untuk membincangkan perkara itu. Dia mahukan  jaminan daripada Dr. Mahathir untuk melantik Ku Li sebagai timbalannya  apabila dia dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri.
 Benar atau tidak kenyataan ini tidak dapat dipastikan namun apa yang  berlaku kemudiannya bukanlah begitu. Apabila Dr. Mahathir jadi Perdana  Menteri, Tun Musa Hitam dipilih sebagai gandingannya.
 Retak
 Kemudian daripada itu, berlaku keretakan dalam hubungan Ku Li dengan  Musa, dan kemudian Ku Li dengan Mahathir dan Musa. Bagaimanapun selepas  Musa meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1986, dia bergabung  dengan Ku Li pula untuk menentang gandingan Mahathir - Ghafar yang  menggantikan tempatnya.
 Kemuncaknya, pada pemilihan 1987, kedua-dua regu itu bertembung yang  menyaksikan kekalahan tipis Ku Li di tangan Dr. Mahathir dalam perebutan  kerusi Presiden Umno manakala Musa tumpas kepada Ghafar bagi kerusi  Timbalan Presiden.
 Bagaimanapun dalam pemilihan pada 1993, Ghafar membuat keputusan   menarik diri daripada mempertahankan jawatan apabila pencalonan untuk  Anwar Ibrahim jauh mengatasi pencalonan untuk dirinya.
 Sejak itu, Ghafar dikatakan menyimpan rasa terkilan terhadap Dr.  Mahathir yang dikatakan terang-terangan menyokong Anwar. Hal rasa  terkilannya itu disampaikan kepada beberapa rakannya.
 Daripada empat individu yang pernah jadi timbalan Dr. Mahathir, hanya  Pak Lah yang lepas naik ke kerusi Perdana Menteri. Itu pun, selepas  beberapa tahun memegang jawatan, Pak Lah turut hadapi tekanan daripada  Dr. Mahathir kerana dianggap tidak berkeupayaan untuk terus memikul  tanggungjawab memimpin negara.
 Sebagaimana sekarang, yang seiring dan sejalan dengan Dr. Mahathir  adalah Muhyiddin Yassin. Najib – yang diangkat menggantikan Pak Lah –  meskipun awalnya dilihat sebagai pilihan Dr. Mahathir, kini didesak oleh  dia sendiri untuk  melepaskan jawatan!
 Rekod politiknya mencatatkan;  Mahathir berperanan dalam mendesak Tunku  Abdul Rahman meletak jawatan.  Ketika Hussein Onn, pun dia dikatakan  ada peranan juga meskipun tidak begitu terbuka. Perdana Menteri yang  tidak disentuh langsung oleh Dr. Mahathir hanyalah Tun Razak.
 Apa yang berlaku selepas Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana  Menteri yang disandangnya selama 22 tahun, dia digantikan oleh pemimpin  yang bermasalah. Kaliber dan karismatik Pak Lah, juga  Najib jauh rendah  berbanding kesemua Perdana Menteri yang terdahulu, termasuk dirinya  sendiri.
 Di mana silapnya, dan apa punca yang menyebabkan hal ini berlaku? Ada  pihak menyifatkan puncanya adalah Dr. Mahathir sendiri. Dia dianggap  tidak berusaha melahirkan pelapis yang berkelayakan untuk mengambil alih  kemudi negara selepasnya.
 Kalaupun ada, mungkin Anwar tetapi Anwar sendiri telah melakukan  kesilapan besar tatkala laluan sudah dibentang luas untuknya. Itulah  satu-satunya anak didik yang dibenihkan  oleh Dr. Mahathir meskipun  kesudahannya tidak berakhir seperti apa yang diharapkan!
 Tun Razak telah mendidik Ku Li dan Musa untuk menyambung legasinya  selepas giliran Dr. Mahathir,  namun tempoh pemerintahan Dr. Mahathir  yang begitu lama telah 'mengorbankan' mereka.
 Saya teringat kata-kata seorang bekas menteri dalam Kabinet Dr.  Mahathir ketika kami bertemu di rumahnya beberapa tahun lalu: "Lama  memerintah itu bagus, tetapi terlalu lama, tidak bagus!"
 Dia merujuk pada tempoh pemerintahan Dr. Mahathir yang menurutnya telah  membawa nasib yang kurang baik kepada negara apabila tokoh seperti Ku  Li terpaksa dikorbankan.
 "Ku Li antara ahli politik terbaik pernah dilahirkan di negara kita.  Saya tidak kata pemerintahan Dr. Mahathir tidak bagus. Dia meninggalkan  legasi yang begitu besar namun tempoh pemerintahannya yang terlalu lama  telah menyebabkan ada lompang dari segi pelapis dalam kepimpinan negara  untuk menyambung apa yang telah dibawanya," katanya.
 Jika umurnya panjang, dan jika pembangkang menang PRU14, apakah  Muhyiddin akan jadi satu-satunya Perdana Menteri selepasnya yang dapat  diterima oleh Dr. Mahathir?Muhamad Mat Yakim                                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 12-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak  suka dengan gaya hidup suaminya yang sangat aktif dan tertekan. Beliau  merasakan bahawa pada usia Mahathir sekarang ini, beliau tidak  seharusnya  “burn his candle from both ends”. Dan apa yang dia paling  takuti berlaku pagi semalam pada jam 9 pagi. Mahathir dimasukkan ke IJN  dan dilaporkan sakit dada atau jangkitan dada.
 
 
Siti Hasmah tahu bahawa Mahathir menolak  tuah dan tekanan memang boleh membunuh beliau. Menurut Siti Hasmah,  sejak 26 Julai 2016 ketika mereka masih di Jakarta, Mahathir sangat  gelisah dengan keadaan huru-hara terutama apabila sidang akhbar yang  sepatutnya diadakan pada hari yang sama perlu dibatalkan. Sejak itu  Mahathir resah dan tidak tidur dengan baik. 
 
Serangan jantung pertama Mahathir  berlaku pada tahun 1989 apabila beliau mengalami tekanan yang melampau  dan hampir disingkirkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan ‘Team B’.  Kemudian dia mengalami serangan jantung kedua semasa Hari Raya tahun  2006. Pada masa itu Mahathir sedang giat berkempen habis-habisan  seluruh Malaysia untuk menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
 
Pada petang hari tersebut beliau  membincangkan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah telah bersedia untuk  mengambil alih jawatan daripada Abdullah dan yang lebih penting, sama  ada beliau akan akur, apabila pada jam 3 pagi Mahathir mengalami  serangan jantung dan dikejarkan ke hospital. 
 
Para doktor memutuskan beliau perlu  menjalani pembedahan jika Mahathir mahu terus hidup. Tetapi Mahathir  mengalami komplikasi selepas pembedahan dan jangkitan serius, oleh  kerana itu mereka terpaksa membedah beliau lagi. Kali ini, bagaimanapun,  mereka memberi Mahathir peluang kurang daripada 50% untuk hidup dan  keluarga bersiap sedia untuk perkara yang terburuk. 
 
Namun Mahathir terselamat walaupun ramai  meramalkan beliau tidak akan terus hidup. Sejak serangan jantung pada  tahun 2006, Mahathir mendapat banyak tanda-tanda amaran serangan  jantung. Ini menurut salah seorang Blogger Umno, ‘Big Dog’, dalam  artikel pada September 2007. 
 
Sejak 8 November tahun lepas (2006), Tun Dr. Mahathir  telah mengalami tiga serangan jantung dan dimasukkan ke hospital di  IJN. Beliau telah dimasukkan ke IJN selepas pulang dari Johor Bahru pada  10 Februari 2007, di mana beliau telah menyeru pemimpin-pemimpin UMNO  agar tidak takut kepada perubahan kepimpinan dan sekali lagi pada 15 Mei  2007, semasa lawatan peribadi ke Langkawi. Serangan jantung yang  terakhir agak serius dan dia telah diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur  dan dimasukkan segera ke IJN selepas pakar IJN yang diterbangkan ke  Langkawi merawat beliau, berjaya menstabilkan Mahathir dan dia  boleh diterbangkan. 
 
Itu adalah apa yang dilaporkan pada  tahun 2007. Sejak itu Mahathir dimasukkan ke hospital di Australia pada  tahun 2010 dan sekali lagi pada 2013 kerana sakit dada – dan sekali lagi  semalam pada jam 9 pagi atas sebab yang sama. Ada yang mengatakan ia  mungkin lebih daripada sekadar sakit dada berdasarkan beberapa peristiwa  sebelum mereka terpaksa menghantar Mahathir ke hospital. 
 
Pagi semalam, Mokhzani, sarapan  bersama Mahathir pada awal pagi di mana beliau memberitahu bapanya dia  mungkin menghadapi tuduhan”insider trading”. Pada 29 Julai 2016, bekas  rakan kongsi beliau, Datuk Yeow Kheng Chew dan dua yang lain – Paulene  Chee Yuet Fang dan Tan Yee Chee, remisier beliau – didakwa kerana  “insider trading”. Ketiga-tiga mereka bertindak atas arahan beliau, jadi  ini bermakna dia juga menghadapi risiko nasib yang sama. 
 
Ketika itu Mahathir “blew his top” dan  merungut pada Mokhzani mengapa dia melakukan perkara yang bodoh seperti  itu mengetahui yang mereka bergantung kepada mereka yang berkuasa.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasti tidak akan melepaskan  mereka dengan mudah memandangkan apa yang mereka telah lakukan terhadap  beliau. Hukuman terhadap dakwaan tersebut adalah maksimum penjara  sepuluh tahun dan jika Mokhzani dihantar ke penjara selama sepuluh tahun  Mahathir tidak akan dapat melihat hari Mokhzani dibebaskan. 
 
Perbincangan Mokhzani Mahathir bertukar  panas dan anak menyalahkan bapa atas masalah tersebut. Jika Mahathir  tidak begitu beria-ia menyingkirkan Najib, maka Mokhzani tidak akan  menghadapi masalah ini. Mokhzani kemudian berlalu dalam keadaan marah.  Kemudian Mahathir menelefon Tun Daim Zainuddin dan merungut mengenai  langkah bodoh yang Kadir Jasin lakukan hingga menyebabkan sidang akhbar  yang dirancang – yang sepatutnya telah diadakan ekoran pengumuman oleh  Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat –  terpaksa dibatalkan. Mahathir berkata jika pelan pada 26 Julai tidak  dirosakkan maka Mokhzani tidak terjerumus dalam masalah tersebut. 
 
Malaysia Today telah mengeluarkan artikel berkenaan perkara ini, anda boleh baca di bawah:I am no moron, says Kadir Jasin Khairul’s brilliant pre-emptive strike against the three Tan Sri
 Mahathir’s near heart attack in Jakarta
 The trap that Khairul set up for Abu Kassim, Gani and Zeti
 Are Abu Kassim, Gani and Zeti going to face charges of treason?
 Abu Kassim caught in his own web of deceit
 
 
 
Mahathir juga memberitahu Daim dia telah  cuba menghubungi bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan  bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz tetapi ketiga-tiga mereka  tidak menjawab panggilan beliau. Mereka nampaknya telah menghentikan  semua komunikasi dengan beliau dan Mahathir terlampau marah kerana ini  bermakna dia tidak boleh melaksanakan rancangan dan disekat. 
 
Semua perkara dilihat tidak memihak  kepada beliau. Semalam Muhyiddin Yassin pergi ke pejabat Pendaftar  Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru mereka. Nampaknya penerimaan  parti baru ini adalah suam-suam kuku dan tidak mendapat sambutan seperti  yang beliau jangkakan. Malah nama yang dicadangkan parti baru mungkin  tidak diluluskan kerana mereka menggunakan nama ‘Bersatu’ pada nama,  yang juga digunakan oleh Umno. Jika ‘Bersatu’ dalam nama itu tidak  dibenarkan maka hanya tinggal ‘Pribumi’. 
 
Mahathir “juggling too many balls in the  air” pada masa yang sama dan dia menjadi sangat gelisah. Daim  tidak membantu kerana dia tidak begitu yakin dan agak negatif. Malah,  Daim seolah-olah mentertawakan orang tua itu memandangkan bantahan  tidak akan ke mana-mana. 
 
Ketika itulah Mahathir mula berasa tidak  sihat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pada mulanya mereka  menyangka dia mengalami satu lagi serangan jantung atau strok.  Berita rasmi adalah bahawa dia sakit dada. Sumber dalaman mengatakan dia  berada di hospital hanya untuk pemeriksaan rutin. Tetapi mengapa  menjalani pemeriksaan rutin kesihatan pada hari parti barunya  didaftarkan? 
 
Berita Mahathir telah dikejarkan ke IJN  pada mulanya mengundang panik. Masanya amat tidak sesuai. Mereka mahu  fokus pada pendaftaran parti baru Mahathir dan tidak kepada berita  Mahathir dikejarkan ke hospital.  OrangCina yang percaya pada feng shui  mengatakan bahawa ini bukanlah satu petanda yang tidak baik untuk parti  baru Mahathir. 
 
Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila  Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, tergelincir dan jatuh  ketika dia melangkah untuk memasuki pusat penamaan calon di Kemaman  bagi memfailkan kertas pencalonannya. Orang Cina berkata ia adalah  petanda yang tidak baik dan feng shui yang buruk. Ini bermakna Wan  Mokhtar akan jatuh. Benar bagai dikata, bukan sahaja dia jatuh tetapi  seluruh negeri itu pun tumbang juga. 
 
Apa yang lebih menarik tentang semua ini  adalah Mahathir benar-benar marah pada Mokhzani. Beliau dikatakan  menyalahkan Mokhzani kerana bertindak bodoh dan tertangkap atas  kesalahan “insider trading” ketika mereka perlu menyerang Najib  habis-habisan dalam cubaan menggulingkan beliau. 
 
Pendek kata, tindak balas Mahathir  seolah-olah mempercayai bahawa Mokhzani bersalah. Tindakannya  menunjukkan tuduhan ke atas Mokhzani bukan palsu dan bukan direka tetapi  Mokhzani sebenarnya melakukan jenayah “insider trading”. Dan kerana itu  dia kini beliau merosakkan apa yang mereka cuba lakukan dengan  mendedahkan kelemahan mereka yang membolehkan mereka diserang. 
 
Kemungkinan yang mencetuskan serangan  jantung Mahathir semalam adalah bila Mokhzani menyalahkan Mahathir atas  masalah tersebut. Jika Mahathir tidak cuba “membunuh” Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak perlu takut. Jadi ia  merupakan kesalahan Mahathir menyerang Najib dan bukan salah Mokhzani  kerana melakukan jenayah “insider trading”. Saya rasa walaupun hati yang  kuat seperti Mahathir pun tidak boleh menerima dakwaan tersebut.– Malaysia Today Sumber TKO -  12-8-2016
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga  cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Razak.
 
 “Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil,” tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk ‘Frankly Speaking’.
 Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah  selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya,  Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin  parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.
 Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.
 “Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).
 
 “Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil.”
 Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu,  tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai  berkata bahawa Malaysia kini terpaksa “membenarkan campur tangan asing  dalam hal ehwal tempatan” kerana semua saluran di negara ini telah  ditutup.
 Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.
 Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat  keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui pilihan  raya umum akan datang.
 Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana  menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.
 Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan  mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
 Ia juga dinamakan “Malaysian Official 1” mendapat manfaat daripada  firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.
 Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk  kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang  ingin menggulingkannya.
 Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
 Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul,  beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri  supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.“Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib  secara lawak memberitahu, ‘Saya masih belum bercuti’,” katanya. –  Malaysiakini                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 12-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
The Polls Will Be Held Soon
“I was witnessing the Philippines in the past. It was going towards a failed state … I used to say, ‘My God, security, arms, in any settlement of grouses … this did not happen in our country,” he said, adding that it was now becoming “normal” in Malaysia too.                                                                                                                                                                                                                            Sumber BO  - 12-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The newly-formed Parti Pribumi Bersatu Malaysia must align itself with the Opposition if it aims to win the next general election, which should be “very soon”, said Tun Musa Hitam.                                                      
He predicted that the elections will come “very soon”, before the new could get a foothold in the country.                                                                                                                                                                                          
“I think BN will call for election very soon. If it is true, then this is one of the biggest challenges for those who want to oppose the Government – to get together and become a cohesive force.                                          
“Whether this party is going to stand alone or together with Opposition, I don’t know yet. I would have to assume that if they want to be successful, they have to be together with the Opposition,” he told reporters after the launch of his new book Frankly Speaking here yesterday.                                                
Musa said past experiences had shown that attempts to become a cohesive force was a challenge on its own as there were bound to be arguments on seat allocation.                                                                            
“They must be unanimous in their allocation of seats. Most of the time in the past, it never worked. They may allocate certain seat numbers for Party A and a certain number for Party B but each individual party will always say it is the most qualified to contest for that seat.”                                                          
He said some people saw the removal of the sitting Prime Minister as the only way to solve the problems in the country.-thestaronline                                                                                                                        
“The Bersih (rally) is coming up, you could mess it up or you could make it a success. As long as you allow people to express their views, as long as you don’t look for excuses to lock people up,” he said.                                                                                                                                                                                                  
On the problems faced by the country, Musa said he was fearful about security. He said Malaysia was going downhill and could end up like the Philippines, which was almost lawless for some time. 
He said there were big scandals and shootings in broad daylight.                                                                                            
“I think the country is moving downhill. The speed is slow, but it could develop into a fast slide. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,  Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di  Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).
 
 Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
 Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.
 
 Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.
 
 "Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau," kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini.
 
 Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman. - Bernama
 
 ...........
 Gambar di atas adalah gambar lama
 
 Sumber TKO - 11-8-2016                                                                               ----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                             Dari katil hospital, Tun M tulis surat buat Najib
 Posted on Thursday, August 11 @ 21:05:39 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31329
 
 | 
No comments:
Post a Comment