Beberapa-berapa hari lalu, Mahfuz Omar berkata, beliau akan mengumumkan pendirian sebenar politik beliau dalam masa 45 hari lagi. Dia ditanya nak masuk parti mana? Rupanya nak masuk parti dia dilemma macam dia nak keluar PAS juga.
Kalau keluar PAS dia dilemma, lebai faham. Ya ada ba'iah dan sumpah setia dengan PAS. Sumpah itu hanya boleh dibatalkan dengan dia meletak jawatan sebagai MP Pokok Sena. Takkan nak letak. Kalau letak tak boleh bertanding. Kalau tak letak, keluar PAS menyalahi sumpahnya kepada Allah taala. Kena laknat drp ALlah dan gajinya jadi haram mengikut apa dia sumpah. (Untuk makluman pembaca sumpah talak 3 isteri hanya di Kelantan sahaja atas permintaan TGNA. Dulu ada di Selangor 2 kes, termasuk Khalid Samad. Tapi PRU-13 Khalid tak lepas talak isteri setelah ditegur oleh PAS Pusat. Kenapa Kelantan tak ikut Pusat anda boleh baca di sini)
Jadi Mahfuz membuat onar dengan harapan dia kena pecat macam Hussam Musa, mungkin ada sikit alasan bahawa dia keluar PAS. Tapi PAS Kedah tak buat apa-apa laporan pun terhadap dia (ini mesti benci sangat). Bila tak ada laporan kepada badan tatatertid PAS, maka tak ada kes. Terbiar menyakitkan seperti duri yang tersemat tapi terbiar tak dibuang. Sakit juga PAS dikerjakan oleh si Mahfuz. Lebai tak setuju dengan sikap PAS Kedah, tapi tak tahu apa dia punya perbincangan.
Mula-mula di ceramah atas pentas AMANAH (PAN) supaya PAS marah. PAS tak layan. Dia tukar strategi dia fitnah Presiden PAS dengan RM10 juta kontrak. Anda boleh baca di sini, lebai dah mengulasnya. Fitnah tu kantoi, makan diri.
Fitnah tak berjaya. Kemudian Mahathir dan 'tension' dengan pertemuan BERSATU-PAS tak mendatangkan hasil Akhirnya Mahathir cut, istihar penyertaan HARAPAN dan putus terus dengan PAS. Semasa putus dengan PAS, Mahathir minta Mahfuz istihar keluar PAS kerana BERSATU ada perancangan nak tawan KEDAH.
Mahfuz memang minat dengan BERSATU. Tapi dia kalau boleh nak biar habis 'endah' supaya sumpah bai'ahnya tak makan diri. (takut juga). Tapi desakan Mahathir serta janji (dedak), akhirnya dia akur dan istihar keluar PAS. Tercabutlah duri dalam daging PAS, alhamdulillah.
Bagaimana lebai dapat maklumat Mahfuz minat dengan BERSATU bukan PAN?
Lebai kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta... macam Zuraidah tak ambil AP bodoh kan?). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.
Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Lebai juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin. Mereka ini menggunakan Harakah untuk menyebar luas pengaruh. (Ingat selepas puak ini keluar PAS, Harakah ok, tapi kini ada timbul pula beberapa orang pimpinan PAS nak kontrol Harakah nak cari pengaruh... Jangan lebih nanti lebai bongkar)
Mahfuz ada bercerita kepada bekas staf utama Harakah (anda boleh tanya Zul Sulong, Taufik atau Lutfi) dia melihat sokongan kepada BERSATU sangat baik. Kata Mahfuz setiap DUN, Bersatu mendaftar lebih 3,000 ahli (nilai ini tiada fakta tapi itu yang Mahfuz percaya dan diceritakan). Pada awal ada kekosongan jawatan Naib Presiden Bersatu. Mahfuz kata itu untuk dia, tapi Bersatu tak umum kerana BERSATU-PAS sedang mengadakan perbincangan. Untuk tidak menganggu perbincangan jawatan itu tak diumumkan lagi dibiarkan kosong. Tapi akhirnya jawatan itu diisi, Mahfuz terlepas. --- Ini versi bekas staf Harakah yang bersama PAN.
Setelah pembahagian kerusi HARAPAN, Poko Sena dapat kepada AMANAH (PAN).
Bersatu dapat 6 kerusi iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Jerai, Pendang dan Baling. Amanah (pan) dapat 3 iaitu Padang Terap, Sik dan Pokok Sena. PKR pula dapat 6 kerusi dan DAP tak bertanding untuk kerusi Parlimen Kedah.
Mahfuz tension! Nak berjinak dengan PAN, sebelum ini dah jaja nak masuk BERSATU. Dilemma lagi..
Kalau dia istihar masuk PAN agaknya PAN bagi tak Mahfuz bertanding di Pokok Sena? PAN dahlah dapat ciput... nak beri kepada Mahfuz?? Takkan berlaku, mereka keluar PAS pun kerana kerja duniawi dijanjikan Putrajaya. Takkan mudah nak lepas bodoh. Mereka ni pun berebut sesama sendiri. Kalau tak percaya tanyalah Hisomuddin boss Ilham Centre.
Kalau tak percaya tanyalah Aris Awang, SU Amanah (PAN) Kedah.
Amanah (PAN) melobi untuk mendapat kerusi bagi Dun Bukit Pinang dan Dun Bukit Lada mungkin akan bagi lalu kepada PKR untuk Dun Derga. 3 Ni adalah Dun dalam parlimen Pokok Sena.
Takkan bodoh-bodoh mereka nak beri kepada Mahfuz sedangkan mereka dah bersiap dengan 16 cawangan di parlimen Pokok Sena. Cawangan Kg. Bukit Lada baru bulan lepas ditubuhkan dengan 30 orang menjadikan ahli. Dengan itu Dun Bukit Lada kini 147 orang ahli. (ramailah tu). Maka kini Pokok Sena dah ada 304 orang ahli PAN.
Timbalan Naib Ketua Amanah (Pan) Pokok Sena, Juhari Hanafiah antara mereka yang sangat aktif cari ahli baru. Takkan dia nak serah bodoh kepada Mahfuz, habis apa kata ramai pimpinan lain PAN yang berkorban keluar PAS??
Dulu Cikgu Juhairi bengang dah kepada Mahfuz, semasa program beri bantuan di Kg Aman. Mahfuz tunjuk muka semasa program dan beri beras kepada penduduk. Yang nak mampus buat kerja Cg Juhairi. Apa tak tensionnya.
Kesian sekali lagi kepada Mahfuz!! Adakah Mahfuz akan bertanding atas tiket DAP. DAP tak ada kerusi parlimen pula di Kedah.
Akhirnya lebai rasa Mahfuz akan bertanding atas tiket bebas di Pokok Sena. Masa tu seronoklah kita lihat pertandingan 4 penjuru. Lagi kita seronok apabila Mahfuz daripada MP Pokok Sena terus hilang deposit. Ini baru 'bala bai'ah".
Atau Mahfuz boleh jadi tukang bawa beg Boboi....
Sumber TKO - 6-2-2018
Berapa kali Saifuddin Nasution nak buat kenyataan bodoh?
Posted on Tuesday, February 06 @ 07:07:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38121 |
Pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bakal bertanding di parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), merupakan kemuncak kebencian PAS terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR secara keseluruhannya kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
"Dari segi politik itu adalah petanda jelas kemuncak kebencian Haji Hadi terhadap Anwar Ibrahim dan parti Keadilan (PKR). Sehingga beliau sendiri turun (ke Permatang pauh) untuk mengumumkan PAS bertanding," katanya.
Lebai nak tanya, Saifuddin Nasution hadir tak konvensyen PKR tahun lalu Mei 2017? Takkan Setiausaha Agung tak hadir kerana konvesyen adalah dibawah tangungjawab SUA sesuatu parti.
Mungkin juga boleh berlaku apabila SUA parti PKR bekerja menjadi macai parti DAP. Terlalu banyak makan dedak DAP terlupa apa berlaku dalam parti sendiri.
Patutlah semenjak akhir-akhir ini kerja Saifudin Nasution menyerang PAS. Hari-hari dia kutuk PAS. Rupanya DAP beri dia ini dedak (memijam istilah Tun Mahathir). Saifudin Nasution ini adalah "pemakan dedak tegar". Semua jenis dedak dia makan DEDAK UMNO, Kemudian DEDAK PAS (Dalam PAS pun ada juga pemberi dedak tapi semuanya dah jadi PAN), DEDAK PKR dan terakhir DEDAK DAP
Lebai pernah menulis sebelum ini, Saifudin Nasution ini pernah menjadi ahli PAS, bukan sekali malah dua kali. Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan. Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.
Semasa belajar dulu dia terlibat dengan demostrasi bersama dengan Zulkifli, Johan, Idris Ahmad, Lutfi Othman dan lain-lain. Setelah habis u dia bisnes. Bisnes lingkup dia jumpa Anwar Ibrahim, Anwar beri jawatan pensyarah u dan terlibat dengan Pemuda UMNO. (Ini cerita mula-mula dia makan dedak UMNO). Pasal itu dia ikut Anwar 1998 terhutang "dedak" dengan Anwar!
Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang. (Dia terpaksa mendaftar semula sebagai ahli PAS kerana keahlian PAS pertamanya gugur setelah dia masuk UMNO)
Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan termasuk memperkukuhkan diri Husam di Kelantan bagi melobi menjadi MB selepas TG Nik Abdul Aziz. Husam semasa dia menjadi exco Kelantan dia banyak duit dan ramailah dapat "dedak" Husam.
Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Ini pun menyalahi TAHALUF SIYASI yang Anwar tak faham kenapa PAS putus hubungan tahaluf. Apa janji "dedak" kepada SaifuddinNasution sehingga dia tinggalkan PAS kali kedua entahlah.
Anwar memang hebat PRnya. Lebai akui. Yang ini pimpinan PAS kurang dan banyak kena belajar. Lebai ambil contoh bagaimana Dato' Fauzi Abdul Rahman yang mula berjinak dengan PAS dan nak masuk PAS tiba-tiba masuk PKR.
Ceritanya ketika Anwar ceramah di pentas PAS di Kuantan, pihak pengajur sedia tempat tinggal untuk Anwar, tapi Anwar berseleroh nak kencing rumah Dato' Fauzi. Jadi malam itu Anwar tidur di rumah Dato' Fauzi. Beberapa hari kemudian Anwar umum Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang baru ialah Dato' Fauzi Abdul Rahman. Telompong pimpinan PAS Pahang.
Kita tutup cerita sikap hipokrit dan tiada penderian Saifuddin Nasution, kita balik semula kepada isu perbahasan artikel kali ini.
20 Mei 2017 Ahmad Azri Zainal Nor, Perwakilan Wilayah Persekutuan AMK yang juga merangkap Setiausaha AMK Pusat mencabar PAS supaya bertanding di kerusi yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Katanya "Jika mereka bertanding di kerusi kita lagi pastikan mereka hilang deposit."
Perlu diingat bahawa pada PRK yang lepas, yang ditandingi oleh Wan Azizah, PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh tidak membantu. Sebenarnya PAS tidak membantu Keadilan dah lama dah. PKR boleh memang dan hakikatnya Permatang Pauh kekal sebagai kubu kuat PKR.
Bila berkumpul semasa sendiri, cabar PAS bertanding di kawasan mereka.
Bila PAS bertanding Mereka kata PAS benci yang kemuncak.
Semasa kamu khianat pertolongan dan sokongan PAS kamu lupa.
Bila kamu ada sedikit kesenangan kamu sombong.
Saifuddin Nasution jangan buatlah kenyataan-kenyataan bodoh.
Terima hakikat bahawa PAS tak bersama HARAPAN dan PAS akan bertanding sendirian bersama dengan Gagasan Sejahtera dan NGO.
Jika kamu ambil kawasan PAS, PAS ambil kawasan kamu. Itu "fair"
Sumber TKO - 6-2-2018
Telinga yang mendengar 2
Posted on Monday, February 05 @ 18:45:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38110 |
Dukacita di maklumkan bahawa masih ada puncuk kepimpinan parti Pan yang tidak dapat kerusi untuk bertanding pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa sahaja daripada sekarang.
Puncuk kepimpinan itu, termasuk presiden Parti Pan, Mohammad Sabu, Salehuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.
Macam tidak munasabah Mohammad Sabu dan dua rakan akrabnya tidak diberi tempat oleh pakatan Harapan yang pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohammad.
Kalau benar mereka itu tidak diberi tempat untuk bertanding pada PRU 14 nanti macam mana hendak dilantik sebagai menteri sepertimana yang dinyatakan dalam kabinet bayangan pakatan harapan tempoh hari.
Penulis rasa sedih jugak dan kesian dengan Mohamad Sabu, Sallehuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.
Mereka ini adalah nama besar bukan sahaja dalam parti Pan malah dalam pakatan harapan yang punya cita cita untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU 14 nanti.
Jika benar berita yang telinga ini dengar, maka amat malang sekali mereka diketepikan dan amat tidak patut diperlakukan sedemikian rupa.
Mohammad Sabu dan Dr Hatta Ramli kelihatan belum marah lagi. Tapi Salehuddin Ayub kelihatan sudah belang marah benar dan berkata pembahagian kerusi dalam pakatan harapan tidak adil.
Kesian mereka, di perlakukan sedemikian rupa.Jangan marah dan jangan kecil hati .jangan susah hati masih ada peluang untuk bertanding pada PRU 14 ini.
jika benar mereka bertiga ini tidak ada tempat untuk bertanding di Selangor yang barangkali amat susah untuk menang,Hatta Tun Dr Mahathir yang akan bertanding di parlimen putrajaya.
Kan, Kelantan masih banyak kerusi kosong dan sedia bila bila menunggu mereka ini.Isilah yang kosong itu dengan mereka ini.
Mustahil Datuk Husam Musa tak benar Mohamad Sabu, Salehuddin Ayub dan Dr hatta Ramli bertanding di negeri Kelantan yang sudah ada kelab penyokong untuk jatuhkan kerajaan Pas.
Mohammad sabu boleh bertanding di parlimen Rantau Panjang dan pernah jadi MP Kubang Krian selama dua penggal. Demikian juga dengan Sallehuddin Ayub.
Beliau boleh diberi bertanding pada kerusi parlimen Kubang kerian. Lebib lebih lagi parlimen itu adalah parlimen yang diwakilnya selama dua penggal.
Apa apa pun Dr Hatta boleh bertanding semula sebagai percubaan terakhir di parlimen Kula Kerai tempat asal dia jadi MP.
Orang Kelantan tak lupa dengan jasa mereka. Lebih lebih lagi Pas Kelantan dikatakan hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 ini.
Jadi harapan untuk ketiga tiga pucuk pemimpin ini memang cerah dan realistik boleh dilantik jadi menteri pada kabinet pakatan harapan selepas ini.
Sumber TKO- 5-2-2018
Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.
Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.
Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).
Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar... balahlah dalam "kelabu".
Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.
Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.
Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.
Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.
"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]
"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.
Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.
Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!
Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".
Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!
Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.
Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.
Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.
Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor 010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.
Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.
Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.
Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.
Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.
Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.
Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?
PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.
Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.
Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.
Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.
Sumber TKO - 5-2-2018
Tidak mustahil masih ada ahli Pas yang mahu membunuh Pas. Malah bukan perkara pelik,kerana masih ada lagi saki baki orang orang Mat sabu dalam parti Islam semalaysia.
Kalau dahulu pengarah strategik Pas Pusat Dr Zulkify Ahmad sendiri nampak dengan jelas sangat berminat mahu membunuh pas.
Hari ini mungkin ada lagi orang besar dalam pas yang ada gelaran PHD juga mahu bunuh pas secara sembunyi yang barang kali sudah dapat dibaca oleh Setiausaha Agung.
Dahulu dahulu penulis nampak dari jauh bahawa setia usaha agung sendiri yang bergabung dengan pengarah strategik berusaha untuk bunuh pas daripada dalam.
Bukti kukuh, Datuk Dr Harun Din ketika membentang kertas kerja anjuran dewan ulama pernah berkata, Awas api dalam sekam , gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimaut.
Api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut sudah pun lari dan tubuh parti Islam baru konon.
Dalam pada itu Pas tidak boleh pandang ringan dengan ahli ahli yang seangkatan dengan api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut itu.
Pada hemat penulis, Mereka masih ada dan bersembunyi dan tunggu masa ayang sesuai untuk membunuh Pas pada PRU 14 ini yang bakal di adakan pada Mei 2018 .
Bercakap pasal bunuh pas ini teringat nama Dr Mahathir Mohammad sewaktu jadi perdana menteri dan kini jadi ketua Pakatan harapan tak pernah lekang mahu membunuh pas dari luar.
hari ini Tun Dr Mahathir yang sudah bersama dengan musuh ketat Lim Kit Siang bergiat cergas bertindak untuk bunuh pas yang dikatakan bersendirian dan mudah dibahan harimau
Dua tiga hari lepas Majlis Syura Ulamak mengingatkan ahli Pas yang tidak lagi dipilih sebagai calon pada PRU14 tidak ‘membunuh’ parti Islam itu secara sembunyi dari belakang.
Seingat penulis sudah tidak ada lagi ahli yang tidak terpilih jadi calon mahu membunuh pas,kerana mereka sudah lari dan menubuhkan parti PAN.
Rupa rupanya masih ada lagi ahli yang seangkatan dengan mereka yang duduk dalam parti Pan yang akan membunuh pas selepas pru 14 ini.
Patut pun, ahli majlis syura ulamak Datuk Dr Johari Mat berkata, jika sekalipun senarai nama calon PRU14 yang tular sejak beberapa hari lalu benar, adalah sangat tidak manis apabila ahli keluarga Pas sendiri membalas dendam terhadap partinya.'
Menurutnya, pemilihan calon dibincangkan secara berjemaah, dengan adanya Majlis Syura Ulamak, maka individu yang terpilih itu sebenarnya adalah terbaik dan bukannya Pas mahu menganiaya mana-mana pihak.
Betullah kata Dr Johari Mat itu. Tetapi masih ada ahli pas yang tidak faham erti perjuangan Islam atau tidak dengar keputusan yang di buat oleh syura ulamak.
Tak pelik, kerana sahabat nnabi ketika perang uhud juga ada yang tidak ikut keputuisan syura yang dibuat. Bukan setakat itu itu sahaja malah tidak patuh dengan rahan Rasulullah SAW,
Jika zaman Rasulullah SAW ada yang tidak patuh dengan perintah Nabi yang mulia maka pada zaman apalah sangat dengan keputusan yang syura yang dibuat oleh manusia biasa yang tidak lekang dengan dosa.
Penulis setuju sangat dengan cakap Dr Johoiri Mat, bahawa Bagi saya kita hendaklah menerima seadanya jika nama kita digugurkan dan tidak lagi diangkat untuk bertanding pada PRU14.
Ini sudah ketentuan ALLAH SWT.Tambahnya, Yang dipilih itu adalah sahabat kita, orang kita, bukan orang luar bertanding untuk Pas,
Sementara itu katanya, beliau menyifatkan tular itu sebagai provokasi pihak tertentu menghangatkan suasana menjelangnya PRU14, selain usaha mengucar-ngacirkan ketenangan Pas
Sumber TKO - 4-2-2018
Beruntung jadi penceroboh tanah di Malaysia atas nama agama
Posted on Friday, February 02 @ 08:07:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38050 |
ISU ini amat sensitif kerana melibatkan campur tangan pihak istana dan sensitiviti agama. Hakikatnya, tanah telah diceroboh. Pedang hanya mampu berkongsi beberapa komen di Facebook berkenaan isu ini.
“Beruntungnya penceroboh tanah di Malaysia, dengan syarat atas nama agama. Tidak dihukum, bahkan dapat tanah dan duit lagi.”
“Hakikat yang pening difikir. Dah dapat tanah baru untuk pindah. Tapi tapak lama makin aktif. Tapak baru makin meriah. Double untung.”
“Buat ‘ikut dan’ aja depa ni. Jumpa pokok tang mana-mana, ikat kain, bertahun-tahunlah duk tang tu. Lepaih ni kena ada enakmen ‘ikat kain secara haram di batang pokok atas tanah orang’, itupun kalau pemerintah berani ambil tindakanlah.”
“Di sekitar negeri xxxxx ,depa buat binaan di reserve jalan.. menjadi-jadi.. bila peniaga Melayu berniaga tepi jalan cukup laju dihalau dan dirobohkan kedai-kedai.”
“Manual dah hilang ni. Manual digunakan sekarang manual hawa nafsu.”
Pedang ISMAWEB
Sumber TKO - 2-2-2018
Menyembelih Babi Dengan Bismillah
Posted on Thursday, February 01 @ 16:12:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38032 |
YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, maafkan saya jika artikel ini menyinggung Tun. Saya sangat menghormati Tun, apatah lagi Tun adalah ketua saya dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), selaku Yang Di-Pertua (YDP), manakala saya adalah salah seorang Naib YDP.
Paling kurang, kita akan bertemu lima kali dalam setahun untuk bermesyuarat. Saya akan duduk bersebelahan dengan Tun. Saya sedar, saya bukan siapa-siapa berbanding Tun. Tetapi izinkan saya bercakap sedikit pandangan mengenai artikel berkaitan sembelihan babi dengan nama Tahun.
Memang tidak akan berlaku atau tidak pernah berlaku, ada orang Islam akan menyembelih babi, apatah lagi menggunakan nama Tuhan atau membaca Bismillah. Usahkan sembelih, pegang pun tidak tergamak, apatah lagi menternak.
Ketika Tun mempengerusikan mesyuarat Perkim, sudah menjadi kebiasaan Tun akan memulakannya dengan ucapan aluan. Ada kalanya kami sebagai ahli mesyuarat ingin menegurkan beberapa perkara berkaitan dengan Islam yang dilontarkan, tetapi kami diamkan sahaja kerana kami amat menghormati Tun.
Misalnya, dalam mesyuarat Perkim yang lalu Tun ada berkata, kenapa Tun tidak benarkan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) tidak memakai tudung. Tun merujuk kepada surah An-Nisa bahawa wanita yang berumur (tua) tidak perlu memakai tudung atau menutup aurat.
Sebagai mualaf, jawapan yang Tun lontarkan itu menimbulkan tanda tanya, tetapi kami diamkan sahaja. Tertanya-tanya pula, kenapa ketika Tun Dr Siti Hasmah masih muda, tidak ditudungkan? Tun mungkin boleh bertanya kepada mufti yang agak terbuka seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut. Mungkin saya sebagai mualaf tidak layak untuk menjawab.
Jika begitu keadaannya, tidak perlu orang tua menutup aurat (memakai telekung atau tudung) ketika solat atau mengerjakan umrah dan haji, atas alasan sudah tua. Saya tidak tahu bagaimana Tun menafsirkan ayat ini. Mungkin Tun boleh bertanya kepada Wan Azizah, ketua PKR, bertanya kenapa beliau masih bertudung sedangkan beliau sudah tua. Mungkin suami Wan Azizah, saudara Anwar Ibrahim ada jawapannya.
Perbandingan menyembelih babi dengan bacaan bismillah, dan membandingkan duit haram yang dicuri (1MDB), bagi mengerjakan umrah dan haji, saya fikir agak keterlaluan dan ekstrem atau tidak sepatutnya dilakukan kerana melibatkan dua isu berlainan.
Kes 1MDB sehingga kini tiada negara yang berani membawa ke Mahkamah Antarabangsa. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sendiri menafikan. Begitu juga kerajaan Arab Saudi. Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan diakui oleh YAB Perdana Menteri. Tetapi janganlah melebih-lebihkan cerita.
Kebimbangan saya jika kes 1MDB ada unsur tokok tambah sehingga menjadi fitnah dan rekayasa cerita semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada. Maka dosanya lebih berat daripada memakan daging babi yang disembelih. Dalam dunia hari ini pelbagai cara mampu dilakukan untuk membenarkan rekayasa cerita seperti 1MDB.
Kalau dilihat fakta kes 1MDB sama seperti kes tuduhan kerajaan pimpinan Saddam Hussin menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) bagi membenarkan kerajaan pimpinan AS melakukan penjajahan ke atas negara tersebut. Mungkin Tun sudah lupa kisah tersebut yang berlaku tahun 1990-an. Lihat apa yang berlaku ke atas Iraq hari ini.
Kita tidak mahu negara yang pernah dibina Tun suatu masa dulu dimusnahkan angkara kes 1MDB yang sudah diakui sebagai satu kesilapan dan saya sendiri tidak pasti kesahihan penghujungnya.
Insya-Allah, jika ada kesedaran yang tinggi, tidak mustahil berakhir dengan baik. Justeru, muhasabahlah Tun. Lihatlah masa akan datang dengan hati yang terbuka.
Jasa yang Tun tinggalkan memang tidak dapat dilupakan oleh generasi saya yang pada waktu itu masih belajar di universiti.
Tidak ada masalah untuk Tun memberi pandangan dan mengkritik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Orang seperti Tun perlu ada supaya berlakunya ‘check and balance’. Tidak semua yang dilakukan oleh pimpinan hari ini semuanya baik.
Saya mohon, jangan dibuat perbandingan babi sembelih menggunakan kalimah Allah dengan duit curi. Cukuplah babi dengan duit curi. Tidak perlulah ditambah dengan sembelihan babi dengan kalimah Bismillah. Hodoh sangat rupanya.
Sama juga isu jika orang bukan Islam memberi sedekah kepada fakir miskin untuk menunaikan umrah atau haji. Boleh atau tidak?
Perlukah kita bertanya kepada bukan Islam tersebut, wang diberikan itu haram ke tidak. Wang hasil jual beli babi atau bukan?
Babi tersebut disembelih guna nama Tuhan ke tidak? Tidak perlulah dikaitkan dengan nama Tuhan, semua orang tahu, babi tidak disembelih kerana sifatnya sedemikian. Apatah nak dikaitkan dengan sembelihan dengan nama Tuhan dan orang Islam
Pada saya, penerima itu tidak bersalah dalam menerima wang tersebut berbanding dengan pemberi atau mereka yang bersedekah. Sepatutnya pemberi yang berasa bersalah atau berdosa sama ada wajar atau tidak tindakan tersebut dilakukan.
Saya fikir perbandingan ini agak keterlaluan. Pertama, babi adalah binatang yang haram dimakan dan diternak oleh umat Islam, meskipun kita perlu menghormati babi sebagai makhluk ciptaan AllahSWT. Jadi, membaca nama Tuhan ketika sembelih babi sukar untuk diterima.
Kedua, babi adalah binatang yang sukar disembelih kerana tidak mempunyai tengkuk. Jika adapun tengkuk, ia terlalu pendek. Sebab itu penyembelihan babi dilakukan oleh penternak dengan cara menyucuk lehernya. Mungkin sebab itu juga babi diharamkan makan.
Ketiga, saya memang tidak nafikan haramnya babi. Jika dibanding dengan haramnya rasuah, rasuah lebih berat haramnya. Dalam maksud, makan rasuah lebih hina daripada makan babi. Begitu juga perbuatan mencuri wang rakyat lebih haram daripada makan babi.
Jika tidak ada pilihan antara keduanya, saya lebih rela makan babi. Apapun, saya tidak pernah mendengar mereka yang menyembelih babi, makan rasuah, mencuri wang rakyat, dan bermain judi memulakan dengan kalimah Bismillah.
Keempat, saya tidak fikir ada halangan untuk orang bukan aliran agama bercakap soal agama. Saya pun bukan aliran agama. Tetapi saya masih boleh bercakap. Tiada siapa menghalang selagi apa yang saya cakapkan masih dalam ruang lingkup kefahaman agama.
Tetapi perlu diingat, ilmu ini sangat luas. Perlukan kepada pengkhususan. Berbanding dengan orang agama, sudah tentu kefahaman mereka lebih lagi daripada kita sebab mereka mengkhusus. Sama juga seperti Tun, seorang yang berilmu dalam bidang perubatan.
Saya sangat menghormatinya kerana itu adalah kepakaran Tun. Dalam maksud, bidang ilmu ini ada kepakaran. Selaku ahli akademik, saya amat menghormati.
Begitu juga bidang agama Islam. Keperluan kepada pengkhususan amat diperlukan, seperti ilmu tauhid, akidah, syariah, usuludin, termasuk juga ilmu-ilmu moden seperti kenderaan bermotor. Semua perlukan kepada kepakaran, hormati lah kepakaran tersebut.
Keempat, soal berserban dan berjubah hari ini orang bukan agama pun juga ada memakainya. Tidak kurang juga orang agama yang tidak berserban dan berjubah. Ikut cita rasa masing-masing.
Pokoknya kita jangan memandang rendah atau mempunyai persepsi buruk terhadap cita rasa mereka. Biarkanlah selagi tidak menghalang kualiti dan produktiviti.
Saya tidak fikir kita dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung. Orang agama pun pada masa kini tidak mahu memandai-mandai dalam perkara di luar bidangnya, terutama dalam bidang teknikal.
Masyarakat hari ini jauh lebih baik kefahaman Islamnya, pemahaman fundamental mereka tinggi.
Saya tidak tahu apa yang berlaku sewaktu proses pemakaman jenazah Almarhum Tunku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang telah mangkat pada 30 April 1934, ketika ayahandanya masih lagi bergelar Sultan, yang dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Menurut Tun, jenazah dimuat di atas sebuah kereta yang ditarik dengan dua tali oleh beberapa orang atas alasan haram memuat jenazah di atas kereta bermotor. Sebabnya ialah kerana motor adalah buatan orang kafir.
Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak pemahaman seperti itu. Mungkin kerabat diraja tersebut boleh tampil menjelaskan akan kesahihannya. Jika pun berlaku, mungkin pada zaman dan ketika itu. Tetapi saya yakin, tidak ada lagi pemahaman seperti itu pada masa kini.
Setelah saya kira, maknanya ketika itu Tun masih berusia 9 tahun, darjah tiga lah kalau ikut masa kini. Apakah ketika itu, Tun benar-benar dapat memahami situasi pemakaman yang berlaku atau sekadar mendengar cerita orang. Cerita seperti ini amat menggusarkan saya akan tujuan cerita ini dibangkitkan.
Jika Tun masih ragu, sila rujuk Mufti Perlis, bolehkah kanak-kanak usia 9 tahun diterima kata-katanya. Mereka yang berkata ketika itu yang mungkin didengari Tun ketika usia 9 tahun bolehkah dipercayai autoriti ilmunya.
Jika berlaku pun, saya tidak fikir kefahaman sedemikian masih wujud lagi pada hari ini. Jika ada mungkin jenazah selepas ini perlu menggunakan kereta Proton yang Tun sediakan dahulu. Itupun enjinnya menggunakan teknologi dari Jepun.
Akhirnya, saya mungkin celupar dan melanggari adat menegur budaya Melayu tetapi sudah sampai masanya kita bersangka baik kepada semua pakar yang ada. Saling memberi sumbangan antara satu sama lain. Saya merayu dan memohon kepada Tun, supaya elakkanlah membuat perbandingan yang sedemikian ekstrem.
Rakyat marhaen termasuk saya amat menghormati Tun sebagai negarawan dan juga sebagai pemimpin PERKIM. Saya bimbang sekiranya Tun terus memberikan pandangan sedemikian, kepercayaan dan keyakinan mereka semakin pudar.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Sumber TKO - 1-2-2018
Umno berdosa menyebabkan 'murtad' melalui pindaan Akta164
RANG UNDANG-UNDANG (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat pada 10 Ogos 2017.Pindaan RUU ini dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan tiada bantahan oleh mana-mana ahli Parlimen Umno.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) memohon untuk diadakan undi belah bahagi, namun tidak dibenarkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana tidak cukup 15 Ahli Parlimen yang berdiri menyokong.
Pindaan akta 164 membenarkan pasangan berlainan agama seperti Islam dan bukan islam merujuk mahkamah Sivil untuk pembubaran perkahwinan dan menuntut hak penjagaan anak.
Dengan kuasa baru ini, ia sekali gus menguatkan kedudukan Mahkamah Sivil untuk overule kuasa Mahkamah Syariah yang sebelum ini memberikan hak mutlak kepada ibu bapa beragama Islam menjaga anak mereka.
24 April 2009 - Indira Gandhi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh mendapatkan hak penjagaan tetap ke atas tiga anaknya.
29 September 2009 -Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan anak kepada Muhammad Ridhuan.
11 Mac 2010 - Mahkamah Tinggi Ipoh beri hak penjagaan anak kepada Indira Gandhi, bapa diberikan hak lawatan sekali seminggu.
30 Mei 2014 - Muhammad Ridhuan dikenakan perintah menghina mahkamah, waran tangkap dikeluarkan terhadapnya selepas dia gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. Indira Gandhi dapat perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan polis mencari Muhammad Ridhuan.
17 Disember 2014 - Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya Ketua Polis Negara (KPN) menahan Muhammad Ridhuan dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isteri.
22 April 2015 - Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Indira Gandhi merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perintah ke atas Ketua Polis Negara (KPN).
29 April 2016 - Mahkamah Persekutuan memerintahkan KPN menahan Muhammad Ridhuan.
Keputusan ini sekaligus mengenepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.
Mahkamah Persekutuan memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bersama bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.
Sijil penukaran agama kepada Islam tiga anak itu adalah tidak sah kerana sijil tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan Indira Gandhi. Secara automatik anak-anak itu didesak kembali kepada agama asal, dalam bahasa lain menjadi murtad.
Saya juga kesal selepas melihat beberapa ahli kumpulan yang menyokong gerakkan Islam Liberal hadir meraikan 'kemenangan' Indira. Tindakan mereka itu sangat memalukan dan serupa macam Umno.
Pihak Polis di arah oleh Mahkamah untuk mencari anak-anak Indira bagi melaksanakan keputusan tersebut.
Hingga kini kanak-kanak ini bersama bapa mereka Muhammad Riduan Abdullah masih gagal ditemui dan mereka masih beragama Islam.
Pindaan Akta 164 menjadi jalan pemudah kepada tuntutan Indira dalam pertikaian panjang sebelum ini. Jelas Umno telah mengambil tindakan yang salah kerana memfokuskan kepada pindaan Akta 164 tanpa memikirkan kesannya.
Sepatutnya Umno memfokuskan bagi menaiktaraf bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menguruskan isu sebegini.
Pindaan Akta 164 hanya merendahkan kedudukan Mahkamah Syariah sahaja. Umat Islam ramai yang kecewa, dan kesal dengan sikap Umno yang tidak jujur dalam memperjuangkan nasib umat Islam.
Kelemahan perundangan kita juga jelas kerana kita menetapkan bahawa hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh menentukan agama mereka. Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun tidak punya kuasa khususnya bila melibatkan pasangan ibu bapa yang bercerai.
Kita juga memahami hak dan tuntutan masyarakat bukan Islam. Tapi sebaiknya perlu ada klausa kelonggaran untuk Mahkamah memberikan peluang kanak-kanak ini memilih untuk kekal agama asal atau mengikut agama baru. Jika dalam sesetengah kes tuntutan penjagaan anak, kanak-kanak dibenarkan memilih nak tinggal dengan siapa, mengapa tidak boleh benarkan mereka memilih agama. Malah undang-undang juga wajar menetapkan hak penjagaan yang seimbang supaya tiada pihak yang tertindas.
Saya percaya, jika anak-anak ini kuat imannya walaupun mereka kembali kepada ibunya mereka masih mahu bersama Islam. Saya juga percaya yang kedua ibu bapa ini perlu bertemu dan berbincang bersama anak-anak mereka. Lagi pun anak-anak mereka kini sudah remaja.
Kita usaha dan doakan semoga hidayah Allah kekal dalam hati anak-anak Indira, tetapi jika mereka ingin kembali kepada agama asal kita serah pada Allah.
Saya juga harap dalam melayani kesedihan ini umat Islam dapat kawal perasaan, kita tidak mahu isu ini mengugat keamanan dan perhubungan antara kaum dan agama. Kita hormati hak beragama Indira, dan harap mereka juga hormati kita.
Apa pun, umat Islam tetap kesal kerana Umno gagal kali ini. Dan ini membuktikan bahawa Umno bukanlah sandaran terbaik untuk umat Islam dinegara ini. PAS adalah satu-satunya parti yang benar-benar serius memperjuangkan nasib umat Islam. Maka dalam PRU-14 umat Islam perlu meramaikan pemimpin Islam di parlimen dengan memastikan calon-calon PAS menang majoriti kerusi Parlimen. -HARAKAHDAILY 1/2/2018
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
Sumber HD -1-2-2018
PAS sudah berkali-kali mengisytiharkan bahawa ia tetap akan bersaing menentang Umno dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU). Malah keadaan itu sesuatu yang lumrah bagi parti itu sejak mulai menyertai PRU 1955 – lawan Umno.
Bagaimanapun apabila melihat kebarangkalian PAS bekerjasama dengan Umno akan menyebabkan parti-parti lawan terutama Pakatan Harapan (PH) kalah teruk, perkara itu perlu digembar-gemburkan agar ia tidak menjadi kenyataan.
Malah mesej yang terselit dari ura-ura itu mempunyai serampang dua mata. Pertama, jika PAS terus memusuhi Umno, maka tentu ia tidak akan menjadi faktor ‘pemecah’ yang akan memenangkan Umno jika berlaku persaingan tiga penjuru.
Kedua, PH masih menyandarkan harapan bahawa pada saat akhir PAS akan menarik diri atau memperlahankan kempen supaya ia (Amanah, PKR dan DAP) hanya berhadapan dengan Umno sahaja dalam PRU 14 kelak. Peluang PH lebih besar jika ini berlaku.
Bagaimanapun reaksi PAS terhadap sergahan PH itu agak hambar. Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kelihatan lebih cenderung pada Umno dalam membuat pilihan di antara PH dan Umno.
Ini menggusarkan PH. Justeru jalan pintas untuk mengetahui kedudukan sebenar dalam meneka pilihan PAS ini, PH cuba “menekan” PAS supaya memberi isyarat lebih jelas – pilih PH atau Umno.
Namun reaksi PAS tetap sama. Ia akan menyebelahi mana-mana pihak yang bersedia untuk bekerjasama dengannya mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Justeru pilihan yang tinggal pada PH ialah menyebarkan tuduhan bahawa Umno dalam memujuk PAS supaya cenderung padanya ketika lemas diasak serangan dan fitnah PH, “menawarkan” supaya PAS terus berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan.
Di kawasan-kawasan undi negeri lain, PAS sebagai balasannya, akan “sengaja memecahkan undi” PH supaya ia dapat memenangkan calon-calon Umno. Dalam perkataan lain PH cuba menghunjamkan dalam hati rakyat bahawa PAS dan Umno bekerjasama.
Kelantan lambang kekuatan PAS
Pengatur strategi PH dalam PBBM amat gusar dengan keadaan ini. Jika Kelantan, simbol kekuatan PAS masih dapat dipertahankan parti itu dalam PRU14 ia membawa mesej bahawa PAS masih kuat dan Umno akan mendapat manfaat besar di negeri-negeri lain.
PH dikatakan cuba menanam bibit keraguan terhadap PAS. Maka berterusanlah saman PAS di Mahkamah Britain terhadap portal Sarawak Report yang kononnya digunakan PH untuk menuduh PAS menerima bantuan kewangan RM90 juta daripada Umno.
Kes itu belum selesai maka sukar dijadikan ukuran terhadap kebarangkalian kerjasama PAS-Umno ini benar-benar wujud.
Jika diamati, memang wajar PAS bersikap membisu begini. Ini kerana ia tahu bahawa soal berbaik semula dengan PH sudah lama tertutup. Asasnya, tiada satupun kerabat PH yang boleh diharapkan untuk menyokong perjuangan Islamnya,
DAP yang mula-mula mentalak PAS dari Pakatan Rakyat. Sementara PKR pula tidak membela PAS dengan menyatakan pendirian tegas bahawa ia boleh diharapkan bekerjasama membela Islam. PAS kemudian memutuskan tahaluf siayasi dengan PKR.
PAS memilih menjadi jalur kuasa ketiga politik Malaysia. Bersama Berjasa, Parti Ikatan Rakyat dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), PAS bersetuju bekerjasama untuk berkongsi kuasa jika jalur pemikiran politik itu berjaya dalam PRU14.
Ramai yang memomokkan impian PAS itu. Namun ia sebenarnya meletakkan PAS pada kedudukan politik yang lebih selesa. Walaupun PH mengungkit bahawa PAS mencatatkan kemenangan banyak kerusi dalam PRU13 pada 2013 kerana sokongan PH, PAS masih tekal.
Bagi PAS kenyataan bahawa undi penyokong DAP dan PKR, terutamanya pengundi bukan Melayu, yang memenangkan PAS itu adalah lumrah. Pengundi penyokong PAS juga membantu kedua-dua parti berkenaan menang pada 2013..
PH terus burukkan PAS
Isu PAS dan PH ini ialah soal kasih sayang. Bila hilang rasa hormat, maka pelbagai ungkitan negatif dibuat. PH kini berusaha membunuh wibawa PAS. Ia cuba menggunakan “penghijrah PAS” dalam parti Amanah untuk memburukkan PAS, namun kurang berkesan.
Langkah munasabahnya ialah memburukkan imej PAS sehina mungkin sebelum PRU14 dan berharap ia dapat “memotong” sokongan Melayu pada PAS dan menjadikan ia tidak berkesan untuk menjadi “penyumbang” pula pada kemenangan PH.
Namun Haji Hadi sedar permainan PH itu. Awal-awal lagi beliau sudah mengingatkan ahli-ahli PAS supaya usah keliru dengan taktik PH ini yang mahu mengendurkan semangat mereka menyertai PRU14 dengan memboikot pengundian.
Memang Umno-BN banyak mengisi keperluan dan keutamaan PAS. Kini lebih banyak model pembangunan Islam dan prasarana lain seperti maqasid syariah; indeks syariah, perbankan Islam, pendidikan Islam, bantuan pada negara-negara Islam, diusahakan Umno-BN.
Ini semua mendekatkan PAS pada Umno. Barbanding dengan Amanah yang dianggap “pengkhianat” perjuangannya, dan PKR yang semakin “liberal” dengan konsep muslim demokratnya, PAS memang mudah tertarik mendampingi Umno.
Soalnya, wajar dan tuluskah pendekatan Umno itu? Ada masih ramai pemimpin Umno pelbagai peringkat yang tidak mahu Umno sendiri meninggalkan konsep perjuangannya yang lebih inklusif. Namun Umno sendiri kterdesak menjadi “lebih Islam”.
Yang menjengkelkan PH ialah, Umno lebih banyak berusaha menampilkan produk cara-hidup Islam berbanding yang mampu ditawarkan oleh PH. Lantas, sama ada sebab “dedak” atau tidak, PAS semakin selesa dengan pendiriannya. Ini menjadikan PH lebih irihati.
Umno nampaknya mempunyai ‘magnet agama’ untuk menggamit kesefahaman PAS.
Zainal Salleh ANTARAPOS
Sumber TKO - 1-2-2018
Analisis undi pun orang PAN nak berbohong
Analisis undi pun orang PAN nak bohong
MEMBACA tajuk artikel Zulkifli Sulong "Pengundi senyap tidak akan undi PAS dalam PRU14" dalam The Malaysian Insight jelas mengambarkan ianya artikel sampah yang penuh halusinasi dan pembohongan.
Nama pun 'Pengundi Senyap' atau 'Silent Voter'...macam mana Zulkifli dan macai PAN yang kononnya pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali boleh membuat kesimpulan bahawa pengundi senyap ini tidak undi PAS.
Kalau yang bercakap dan bising, kata tak undi PAS tu...itu bukan 'Pengundi Senyap' namanya. Pengundi Senyap ini siapa pun tak tahu apa yang mereka akan pangkah masa PRU, sebab mereka senyap.
Fakta Mazlan bahawa 35 peratus ahli PAS telah keluar parti menyertai PAN juga satu pembohongan dan tidak berfakta. Jika ikut fakta Mazlan ni, sepatutnya dah 350,000 ahli PAS masuk PAN dari lebih satu juta ahli yang ada sekarang.
Hakikatnya, sehingga kini PAN masih gagal menyatakan jumlah sebenar keahlian mereka. Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, sebelum ini mendakwa bahawa PAN berjaya mengumpulkan sekitar 80,000 ahli. Ini pun tiada bukti yang pasti. Setiausaha PAN pun tak boleh sahkan. Kalau pun betul 80,000, jumlah tu masih jauh dari anggaran Mazlan sebanyak 350,000.
Sebagai pensyarah, Mazlan sepatutnya mengunakan data-data yang lebih berintegriti sebelum membuat hipotesis bukan berdasarkan andaian semata-mata kerana itu adalah satu pengkhianatan kepada title 'Drr yang dimilikinya. Malulah seorang yang ada PhD membuat hipotesis berdasarkan maklumat yang tidak sah dan mungkin masa dia buat tesis PhD pun banyak menipu dan tidak guna kaedah yang betul dalam membuat hipotesis. Kalau macam tu, sama sahaja nilai PhD tu dengan orang yang beli sijil PhD sahaja.
Memang tidak dinafikan bahawa ada ahli PAS yang keluar parti dan masuk PAN tapi tidaklah seramai yang mereka dakwa. Dan pendaftaran keahlian baru PAS pun cukup ramai sejak 2015.
Tahun 2015 : 41,431
Tahun 2016 : 23,559
Tahun 2017 : 41,813
Jumlah di atas sudah lebih dari jumlah pendaftaran keahlian PAN seperti yang didakwa oleh Salahuddin. Itu belum kira pertambahan keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS lagi.
Pengundi Senyap kini memerhati sikap-sikap orang politik dan diharapkan, kurang-kuranglah tunjukkan statistik yang berdasarkan andaian ini. Cakap biar ada fakta.
Selain itu, Pengundi Senyap ni bukan buta. Mereka boleh lihat beza jumlah kerusi yang PAS bertanding,130 kerusi berbanding PAN 27 kerusi sahaja. Macam mana mereka nak undi PAN kalau PAN bertanding 27 kerusi sahaja.
Ahli PAS tidak akan undi DAP sebab parti itu tolak Islam dan jelas sekular. Ahli PAS juga tak akan undi PPBM sebab parti itu juga sekular di bawah Mahathir, malah parti itu juga banyak masalah dalaman dan calon-calon mereka majoriti adalah bekas-bekas ahli Umno yang tidak dikenali dan entah dari mana mereka kutip.
Ahli PAS mungkin memilih PKR, tapi jika calon PAS bertanding melawan PKR pastilah mereka akan undi PAS kerana pemimpin PKR juga telah khianati perjuangan Reformasi 1998 dan mencium kaki Mahathir yang dulunya mereka kata nak heret ke mahkamah. PKR juga bersama-sama DAP menjulang sekularisma dan LGBT.
Terpulang pada pengundi senyap nak undi siapa, tapi kalau ahli PAS Insya-Allah mereka lebih bijak dalam memilih siapa yang sepatutnya diundi. Dan PAS tidak pernah takut untuk bertanding 3 penjuru dengan PAN dan Umno. 27 kerusi???..silakan...PAS sudah sedia.
Dan jika PAS bertemu 3 penjuru dengan PPBM dan Umno, yang banyak pecah undi adalah Umno kerana orang Umno pergi kepada PPBM sebahagiannya. Jadi teori undi PAS pecah tu tak berapa tepat.
Insya-Allah, semua jentera pilihan raya PAS sudah bersedia dan kempen-kempen juga sudah berjalan. Kita merancang, Allah merancang dan kita redha dengan apa yang Allah rancang. -
HARAKAHDAILY 31/1/2018
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
Sumber HD - 31-1-2018
Perlu 'recycle' Tun M menjadi Perdana Menteri?
SELEPAS saya menulis artikel dalam kolum Kalam Perantau bertajuk, “Mencari PM selepas Najib”, seorang pembaca dari Pantai Dalam bernama Jalil Yusof menghantar salinan keratan artikel dari akhbar Mingguan Kota yang ditulisnya membincangkan tentang teori RAHMAN bertarikh 14 Ogos 1998.
Saya mengucapkan terima kasih di atas titipan beliau, “Hati-hati dengan ramalan” terutama bila saya menyebut dalam mencari Perdana Menteri baru selepas Najib kemungkinan muncul teori HAMKA atau MAHA?
Untuk rekod, jika diteliti semula tulisan tersebut yang disiarkan ( Harakah Bil: 2315/15-18 Januari, 2018) saya mengambil tulisan Ruhanie Ahmad dari blognya, Kuda Kepang bertarikh 5 April, 2009 menyebut, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang.
Disebutnya mungkin muncul teori HAMKA, dengan ‘H’ tersebut akan dimulai oleh Hishamuddin Tun Hussein sebagai PM Ke-7 selepas Najib.
Melihat kepada realiti politik semasa, jika Umno-BN masih lagi diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti kemungkinan Najib diganti oleh Hishamuddin tidak dapat ditolak begitu sahaja, walaupun Ahmad Zahid Hamidi, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menjalan tugas-tugas Timbalan Presiden Umno bila Tan Sri Muhyiddin Yasin dipecat dari kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini.
PH umum Tun M jadi PM ‘recycle’
Kesediaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh dinyatakan dalam temu bual `Hang Tanya Che Det Jawab’ menerusi siaran langsung Facebook rasminya sebelum ini.
“Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (memilihnya menjadi Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (jawatan Perdana Menteri).
“Tetapi buat masa ini saya tidak bersetuju jadi Perdana Menteri, selepas saya bersara saya takkan jadi Perdana Menteri lagi,” katanya.
Dr Mahathir menjawab soalan dikemukakan pemilik akaun Facebook yang mengikuti sesi temu bual berkenaan yang mahu mengetahui sama ada beliau masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU-14.
Menjawab soalan jika beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri, apakah peranan yang akan diambil jika PH berjaya menumbangkan Kerajaan BN, Dr Mahathir berkata sekurang-kurangnya pandangan beliau diambil kira oleh parti yang memerintah berhubung isu atau masalah dihadapi negara.
“Ini kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya mempunyai banyak pengalaman dan maklumat mungkin berguna… kalau saya diberi peluang untuk memberi pendapat, kalau ada soalan (isu/masalah) yang memerlukan perbincangan, saya bersedia mengambil bahagian untuk mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, perkara pertama yang akan dilakukan beliau bagi membantu ekonomi negara jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri atau penasihat kerajaan, beliau akan menubuhkan jawatankuasa dianggotai pakar dalam bidang berkaitan.
Melihat kepada kesungguhan Pakatan Harapan (PH) dalam konvensyennya pada 7 Januari 2018 lepas yang mencalonkan Tun Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri selepas PRU ke-14 nanti, andainya PH menang, jadi pada saya teori HAMKA yang disebut oleh Ruhanie atau lebih mesra dipanggil Ron tertolak dengan sendirinya.
Saya pun sebut dalam tulisan tersebut, dengan Mahathir sebagai PM ‘recyle’, tidak mustahil wujud pula teori MAHA dan selepas itu, Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika tidak dikhianati sekali lagi.
Saya tidak pasti, logik yang digunakan PH bila calon Perdana Menteri ini adalah bekas Perdana Menteri berumur 93 tahun yang dah meletak jawatan selepas memerintah selama 22 tahun.
Tidak pernah wujud senario seumpama ini, bukan saja di Malaysia tetapi juga dunia.
Malah muslihat apa pula terutama dari PKR, bila diwar-warkan bahawa calon Perdana Menteri de facto PH masih Anwar. Kedudukan Dr Mahathir sebagai calon PM adalah hanya untuk memberi jalan kepada Anwar.
Senario ini tidak pernah berlaku di mana-mana pun di dunia di mana penetapan calon Perdana Menteri dan timbalannya dari PH itu dibuat dalam kerangka bahawa kesemua proses itu adalah untuk akhirnya menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang jawatan Perdana Menteri.
Memang Anwar Ibrahim diumumkan sebagai PM Ke-8 oleh PH walaupun Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presden PKR dan PH diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas PRU Ke-14.
Saya tidak bercadang untuk membincangkan baik buruknya Tun M menjadi Perdana Menteri sekali lagi atau lebih baik disebut PM recycle. Pada saya sekalipun PH berjaya menang, jawatan Perdana Menteri tak sesuai lagi diberikan pada Tun M sebab zamannya dah berlalu. Umurnya sekarang pun dah 93 tahun.
Saya boleh bersetuju dengan cadangan seorang pemimpin wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, jawatan yang sesuai untuk Tun M adalah sebagai Menteri Mentor atau Menteri Kanan seperti yang yang dibuat oleh Kerajaan PAP di Singapura yang menjadi parti asal atau 'sekutu' DAP. Saya pun ada sebut dalam artikel berkenaan, jika bukan Mahathir PM recycle, teori ini juga tertolak.
Malah dalam tulisan tersebut, saya ada menulis juga teori RAHMAN tersebut adalah dua pusingan atau berkembar. Ini berdasarkan kepada pasangan Yang Dipertuan Agong pertama dan Perdana Menteri yang pertama bernama Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman.
Melihat kepada realiti politik semasa berlaku pertandingan 3 penjuru, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS) sebagai ‘third force’. Katalah tiada mana-mana pihak yang dapat 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan simple majority.
Kalau PH menang pun, ia sudah cukup untuk menjadi suatu peristiwa bersejarah. Ini kerana Malaya dan Malaysia tidak pernah menyaksikan kemenangan pihak pembangkang. Jika berlaku ‘hung’ parlimen bila mana sebagai contoh PH mendapat 92 kerusi, BN mendapat 90 kerusi dan GS (atau lebih tepat lagi PAS) mendapat 40 kerusi parlimen yang disasarkan.
Dalam keadaan begini, andaikan tiada Ahli Parlimen yang melompat. PAS menjadi kuasa penentu atau 'king maker’ dalam menentukan kerajaan.
Ini memberikan peluang kepada PAS berusaha mendapatkan 40 kerusi parlimen yang disasarkan bagi menentukan kerajaan yang hendak dibentuk pasca PRU ke-14 nanti. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD -31-1-2018
Melayu screw Melayu kini boleh bersama Tun Mahathir
Posted on Tuesday, January 30 @ 14:45:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37994 |
Kita tidk lupa dan masih menginggati bagaimana DAP menggunakan penceramahnya memainkan isu perkauman di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai 'Superman DAP' semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa di dalam PRN Sarawak membakar sentimen perkauman, apabila mengungkapkan 'Melayu screw Melayu'.
Yang ini puak PAN dan HARAPAN tak faham maksud 'Melayu screw Melayu' iaitu menggunakan Melayu untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. Kini DAP memperluaskan kepada menggunakan MELAYU ISLAM untuk menjatuhkan PARTI ISLAM lain.
Jangan hairan DAP begitu bermurah akan memberikan peruntukkan kewangan kepada institusi Islam kononnya mereka juga sayang Islam. Lihat cybertropper HARAPAN dan PAN kata, DAP lebih Islam daripada UMNO dan PAS.
Mahathir yang dah lama jual ISLAM maka tidak hairanlah kalau bersama DAP untuk mengukuh sikaap anti ISLAMnya.
Apakah penyokong HARAPAN tidak merasai bersalah dihadapan Allah s.w.t nanti atas apa yang dilakukan nanti dalam PRU-14 nanti?
XOXO - Allah telah mengunji hambanya dengan kemiskinan, kezaliman dan ada ditahan ISA mereka berjaya melepas ujian ALlah tapi bila ALlah nampakan mereka dengan kebendaan, pangkat dan kedudukan dalam politik mereka mula lari daripada Jalan Allah.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 30--2018
Najib & Husam sama-sama buli PAS
Posted on Tuesday, January 30 @ 11:30:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37988 |
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Datuk Husam Muda membidas lontaran janji Perdana Menteri di hadapan orang ramai untuk memberi peruntukan tambahan kepada negeri Kelantan.
"Beri wang, kemudian ungkit, itu buli namanya.
"Apa lagi diungkit depan khalayak ramai. Sangat kurang sopan. Dilarang oleh Islam," kata Husam dalam suatu kenyataan media hari ini.
Apa lagi penuh dan sarat media sosial dengan komen cybertropper AMANAH (PAN) yang kononnya Husam membelas PAS, nak harap orang lain mana ada. Mereka pun buat perbandingan kononnya itulah hebatnya "TOKOH MB Sementara" HARAPAN di Kelantan.
Kenapa cybertropper PAN & HARAPAN kurang menggunakan akal?
Apa beza Najib dan Husam? Kedua-duanya kali buli Mereka cuba nak buli PAS.
Husam kata beri wang ungkit itu buli namanya. Habis Husam sendiri beri sumbangan dulu kepada PAS kini bangkit apa yang dia buat dalam PAS. Itu tak nama ungkit. Itu bukan "buruk siku" namanya.
Sedap nak hentam Najib. Tak sedar diri sendiri bergelumang taik.
Sebenarnya Najib dan Husam sama spesis, sama-sama tidak mahu kepada Islam, walaupun beragama Islam. Sama-sama berbaik dengan bukan Islam (DAP, MCA, MIC). Bukan berbaik sahaja tapi jual agama untuk kepentingan politik.
Sumber TKO - 30-1-2018
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengaku ambil dedak daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih berkhidmat dalam kerajaan.
“Tidak sedikit jasa Dr Mahathir kepada saya. Ketika saya sertai Umno, tak sampai sebulan saya dilantik jadi ahli majlis tertinggi Umno.
“Beliau sayang dan tolong saya dalam hidup saya. Saya dapat dua atau tiga projek yang saya minta dan Dr Mahathir luluskan.
“Jadi maknanya, saya makan dedak lebih awal daripada yang lain,” katanya dalam satu forum yang disertai Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Dedak dalam bahasa Melayu bererti kulit padi yang dijadikan makanan ayam atau itik. Ia juga membawa erti rasuah atau habuan yang diberikan atas kesetiaan.
Ibrahim menyertai Umno pada 1981 dan dilihat rapat dengan Dr Mahathir. Bagaimanapun, beliau menyertai parti serpihan Umno iaitu Semangat 46 pada 1988 dan 1991 ketika terjadi rebutan kuasa antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Kembali kepada Umno
Ibrahim berkata beliau tetap mendapat layanan baik daripada Dr Mahathir selepas kembali kepada Umno pada 1991.
“Pada 1992, saya dihantar ke mesyuarat sidang kemuncak di Rio De Jeneiro meskipun saya tak ada jawatan politik selain sebagai anggota parlimen,” katanya.
“Saya boleh berjalan seluruh dunia.. termasuk Argentina, Brazil, Uruguay dan Paraguay,” katanya.
Oleh kerana itu, menurut Ibrahim lagi, ramai yang dengki terhadap beliau.
Beliau juga menegaskan masih menghormati Dr Mahathir, namun untuk kepentingan orang Melayu dan Islam, beliau tidak dapat menyokong bekas perdana menteri itu.
Ibrahim disingkirkan dari Umno oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi empat bulan sebelum pilihan raya umum 2004 kerana bertegas untuk bertanding meski tidak dicalonkan oleh Umno.
Ibrahim bertanding sebagai calon bebas melawan Umno dan PAS di Pasir Mas namun tewas.
Beliau kemudian bertanding dengan tiket PAS pada pilihan raya umum 2008 dan menjadi anggota parlimen Pasir Mas.
Ibrahim seterusnya menubuhkan badan pejuang hak Melayu PERKASA.
Pada PRU 2013, Ibrahim sekali lagi bertanding sebagai calon bebas menentang PAS selepas berjaya meyakinkan calon Umni untuk tarik diri, namun beliau tewas.
Sumber TKO - 28-1-2018
Antara Belit Mufti Dengan Lawak IKSIM
Posted on Saturday, January 27 @ 23:52:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37946 |
Felo kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali menyarankan para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam. Katanya, fatwa seperti itu perlu kerana ia melibatkan umat Islam yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi tujuan yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Apa pula pandangan Mufti Pulau Pinang, kubu dan terowong DAP?
Muftinya, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan cadangan itu tidak perlu. Justifikasinya, menyokong dan mengundi sesebuah parti politik adalah hak individu. Bagi mufti negeri kubu chauvanis dan terowong evangelis ini, seolah-olah apabila melibatkan hak individu maka tak perlu diberi hukum.
Beginilah jadinya apabila tembolok tersumbat dedak dan memasung diri dengan kepentingan pangkat dan duniawi.
Memang peliklah politik mutakhir kini. Parti-parti sekular dan liberal masing-masing ada ulama sendiri. Sorry, bukan ulama tetapi terompah kayu. PAN ada terompah kayu rahmatan lil alamin. Tugasnya untuk membaca doa. Kemudian jadi kera sumbang di kerusi belakang.
PKR ada Wan Ji. Terompah kayu ini berjawatan tinggi hasil transaksi sewa-beli antara PKR dan DAP. Tugasnya belek al-Quran untuk cari jawaban sekiranya DAP dituduh anti Islam.
Hasilnya DAP sudah berani kata PAS kesesatan. Hebat. PPBM pula baru saja mewujudkan jawatan terompah kayu. Konon untuk lawan salah faham terhadap Islam mengikut kacamata parti ayah Mirzan.
Berbalik kepada gesaan felo IKSIM tersebut, penulis tertanya-tanya, “tak mahukah dicadangkan juga fatwa melibatkan sokongan kepada parti sekular nasionalis UMNO?” Maklumlah mana boleh berpilih-pilih hukum?
Konklusinya, jangan haraplah agensi bawah kerajaan akan buat sesuatu yang merugikannya walaupun benar pada hakikatnya.
Saranan Engku Ahmad Fadzil amat wajar demi Islam dan akidah umatnya. Tetapi kerajaan mana rela dicangkuk kelingking sendiri?
Umat yang celik tak nanti fatwa untuk dapat pencerahan. Segalanya ada dalam al-Quran. Al-hadis dan sirah menjadi panduan. Ulama muktabar telah menafsirkannya di sepanjang kehidupan.
BDA
27/1/2018
Sumber TKO - 27-1-208
Presiden Perkasa itu berkata, DAP turut memainkan peranan penting kerana bersuara lebih lantang daripada Pemuda Umno dan MCA dalam isu pendidikan Cina sehingga mencetuskan kontroversi perkauman dan 106 orang ditahan.
Ibrahim ialah antara aktivis yang ditahan ketika itu mendakwa selain Pemuda Umno dan MCA, DAP turut memainkan peranan penting kerana bersuara lebih lantang sehingga menyebabkan tangkapan besar-besaran itu yang turut dikenali sebagai Operasi Lalang.
Yang nak dilawan ialah Umno bermindakan Mahathir!
Posted on Friday, January 26 @ 18:08:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37929 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Mahathir ketika menjadi presideng Umno dan PM telah menanamkan satu minda yang kukuh kedalam jiwa setiap ahli Umno. minda yang mengutamakan mengaut harta negara kedalam kantong sendiri.Mahathir pernah dalam satu pertemuan dengan ahli JKKK kampung di Terengganu memberitahu setiap ahli JKK itu supaya mengumpul harta selagi mereka berkuasa dan melalui anak anak dan kroninya, menguasai sepenuhnya Petronas untuk mengaut hasil minyak negara ke dalam kantong Umno.Inilah sebenarnya Umno yang dilawan PAS sejak keluar dari BN di zaman Tun Hussien yang ketika itu Umno lebih kepada minda sekular tetapi selepas itu Umno dididik supaya menjadi penyamun harta negara, bapaknya Mahathir.
Minda inilah yang menjadi punca tertubuhnya 1MDB dan berbagai bagai lagi agency atau syarikat milik Umno untuk merompak harta negara.Najib sendiri sebelum jadi PM sudahpun menjadi perompak atau penyamun, siapa boleh lupa dengan komisyen kapal selam, dan pembelian jet pejuangan serta kapal selam yang tak boleh terbang dan menyelam? Semuanya ini adalah hasil dari minda yang dipupuk Mahathir.
Mnda inilah yang dilawan dan mahu dihapuskan oleh PAS malah sebenarnya ada satu Amanat ATGN yang sebenarnya lebih releven dari Amanat Hadi yang masih dipegang kuat oleh PAS, yang kalau Umno mahukan Islam, kita pakat bubar PAS dan masuk Umno.Itu kalau Minda Islam benar benar dianuti oleh Umno, dipimpin oleh Islam sepenuhnya.Kalau Islam yang diserap oleh Umno tidak algi menyeluruh, Amanat Itu tidak terpakai sebab syarat yang diberikan Islam yang bermakna Islam sepenuhnya, bukan Islam sekerat sekerat.
Pun begitu, kalau Islam sudah mula menyusupi Umno walaupun sekerat sekerat maka PAS juga perlu beri respon kepadanya.Kalau Umno mula berlembut kepada beberapa perkara dalam perlaksanaan peraturan Islam maka PAS juga perlu berlembut dengannya.
Bermakna pendekatan untuk melawan Umno perlu diubah kalau Umno mula berubah.Lagipun tidaklah waras dan bijak untuk terus rigid dengan pendekatan lama sedangkan ada perubahan yang berlaku.Lagi tidak munasabah untuk menjadikan Mahathir sebagai ketua untuk melawan Umno sedangkan Umno yang dilawan sampai tak rak itu ialah Umno yang berminda Mahathir.
Juga tidak munasabah untuk menuduh PAS berpakat atau mahu Ug dengan Umno sebab seperti dikatakan tadi semua pendekatan bergantung kepada tindak tanduk Umno, kalau mereka berlembut maka PAS berlembut, Amanat ATGNA akan sentiasa menjadi panduan sama seperti Amanat Hadi dijadikan panduan dalam berpolitik.
Maka kepada sesiapa yang menuuduh PAS mahu Ug dengan Umno, ianya satu tuduhan tidak berasas dan tidak bijak serta menunjukkan pihak yang menuduh itu tidak progresif dan pleksiable atau rigid dan tidak layak menjadi pengganti Umno.Kita melawan ikut keadaan dan Ug dalam erti kerajaan campuran ikut keperluan, kalau ada keperluan maka PAS akan menyertai kerajaan campuran bukan UG yang dirancang dari awal dan ketika melihat segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku, PAS juga komited untuk mengubah minda Umno kepada minda yang lebih Islam walaupun tidak sepenuhnya.
Ini adalah fakta yang kalau nak dselewengkan pun insyaalah akan kantoi juga..
Sumber TKO - 26-1-2018
Pepsi atau Coke, Kenapa Tak Memilih Mineral Water?
Posted on Friday, January 26 @ 09:24:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37918 |
Tun Mahathir menulis dalam blognya...
Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah. Jika kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita bezakan antara yang bertanding. Dan mustahil kita akan maju.
Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam pilihan raya 14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca pun kita tak dapat, apatah lagi antara BN dengan HARAPAN. Tentu terlalu berat bagi kita.
Oleh itu jangan pilih. Selamatlah kita.
Selamatkah?
Saya pula mengulas....
Saya tertarik dengan satu komen daripada Omar, seorang perempuan nak kena rogol, .buat apa nak melawan kalau kesudahannya kena rogol juga. Perempuan itu boleh redha sahaja ketentuan yang telah diazalikan kepadanya. Kalau redha maybe dalam keperitan dirogol ada sedikit nikmat.
Islam mengajar jika perempuan yang nak dirogol mempertahankan kesuciannya sehingga mati sangat besar ganjarannya. Walaupun Islam membenarkan mengambil pilihan untuk terus hidup.
Isu Pepsi dan Coke bermula apabila satu kumpulan sangat kecewa dengan pemilihan Tun Mahathir sebagai PM jika HARAPAN menang PRU14 nanti. Bagi mereka Mahathir dan Najib sama sahaja kedua-duanya adalah perompak wang rakyat.
Malangnya kumpulan ini cuba menyembunyikan hakikat ada satu pilihan lagi iaitiu block 3 GAGASAN SEJAHTERA (GS) yang dipimpin oleh PAS.
Tapi mereka semua fobia dengan Islam sedangakan dalam GS itu terdapat DHPP dan PCM yang bukan Islam menerima Islam sebagai keadah penyelesaian masalah masyarakat di Malaysia.
Manusia lumrah mengambil pilihan melawan jika hendak dirogol. Pilihan yang mana kurang "damaging leader"
Saya rasa tidak perlu memeilih pepsi atau coke, pilihlah mineral water (PAS dan GS) kerana itu sebaik-baik pilihan. PAS tidak perfect dan sukar kita nak cari suatu kesempurnaan tetapi PAS dan GS adalah pilihan terbaik. Jika kita tak mengundi kita ibarat rela dirogol.
Jika kita pilih pepsi atau coke sama seperti kita melanggan 'pelacur'.
XOXO - Ada yang baca komentar ini pandai grafik. Boleh tolong buatkan poster Pepsi, Coke dan Mineral Water... dengan letak simbol dan tandakan memilih mineral water adalah pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan yang berpanjangan..
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 26-1-2018
Babi disembelih dengan nama Allah & perempuan botak menutup kepala
Posted on Friday, January 26 @ 08:09:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37916 |
Mahathir Mohamad menulis dalam blognya...
Tetapi saya tidak dilarang bertanya jika ada perkara-perkara yang saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam.
Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.
Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?
Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah.
Saya juga ada beberapa soalan yang sama seperti Tun Dr Mahathir...
Jika seorang perempuan yang kepalanya sudah botak. Adakah wajib baginya menutup kepala (aurat) atau kewajipan dalam Islam hanya menutup rambut?
Bagaimana perempuan botak itu menggunakan rambut palsunya sebagai tudung untuk menutup kepala?
Akal saya berfikir lagi... Kalau agama ini sekadar berfikir dengan akal, menyapu khuf sepatutnya ditapak bukan diatas untuk berwuduhuk.
Tapi malangnya ada manusia merasai akal itu lebih daripada segala-galanya maka timbul isu tak cukur janggut kerana zaman dulu kala tak ada gillate. Syaidina Hamzah syahid tak dimandikan kerana tak ada air dipadang pasir.
Kalau kita rasa akal sudah cukup, maka tak perlulah Al Quran menerangkan tentang dosa rasuah kerana orang barat bukan Islam pun memerangi rasuah sedangkan mereka tak tahu pun ada ayat dosa rasuah??
XOXO - Penyakit manusia ialah apabila rasa diri sudah pandai, maka mula dia nak mengajar Allah bagaimana nak membuat peraturan hidup.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 26-1-2018
Relavenkah Hasil Kajian Dr. Mazlan Ali?
Posted on Friday, January 26 @ 07:15:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37913 |
Dua minggu lalu lebai ada berjumpa dengan bekas Ketua Pemuda PAS kawasan lebai. Dia tanya lebai, "Tak menulis sekarang?".
Lebai menjawab "Tak". Mungkin sehingga PRU-14. Masih ada minat nak menulis, tapi kekangan masa mungkin tidak mengizinkan.
Semalam nampak Ilham Centre menggunakan kajiannya untuk mempengaruhi pengundi menyokong parti Amanah. Kononnya kajian mereka menepati 100% untuk dua PRK sebelum ini.
Sebelum ini terbaca beberapa kali isu tentang perbentangan Dr Mazlan Ali berkenaan analisis politik serta kajian yang juga nampak menyerang PAS. Lebai tak berapa berkenaan dengan ulasan Dr Mazlan Ali atas beberapa isu kajian. Kita tak pertikaikan rekabentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen dan pengumpalan data tetapi kita ada sedikit keraguan atas kesahihah pengumpulan data yang mungkin melibatkan integriti Dr. Mazlan itu sendiri.
Kita tak menuduh Dr Mazlan buat sendiri data, kerana lebai percaya data itu mungkin juga datang daripada sumber lain di UTM tempat dia bekerja.
Lebai juga terlibat dengan beberapa kajian yang melibatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO. Kadang kala kesimpulan kajian sudah wujud sebelum kajian dilakukan atas kehendak exco tertentu di atas maksud tertentu.
Jadi ada kajian yang team lebai buat sudah tahu akan hasilnya. Kebetulan pula lebai bolehlah sikit-sikit berkenaas SPSS. Jadi kita manipulasi data atas kehendak tukang sponser kajian. Itu menyebabkan lebai "left group" kajian (bukan kena remove)
Lebai juga ada terbaca tulisan Dr Kamarul Yusof berkenaan Dr Mazlan Ali yang menyatakan rasa terkilan beliau bila Dr. Kamarul merujukkan beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam satu komentar Facebook pada 4 November 2017 lalu.
Lagi lucu difahamkan Dr. Mazlan juga mencari pengurus laman Tranungkite untuk menarik balik satu tulisan yang menyebut Dr. Mazlan Ali adalah MACAI AMANAH.
Sehebat Dr. Mazlan Ali boleh keliru antara tulisan Tranungkite atau tulisan daripada sumber lain yang dipetik oleh Tranungkite. Setahu lebai yang mengeluarkan artikel itu adalah Blog Gagasan Sejahtera buka Tranungkite.
Ini bukan nak merendah-rendahkan Dr Mazlan. Lebai sangat suka "Ustaz Mazlan Ali" bila dia bercakap berkenaan Firman Allah dalam Kitab Veda yang bersumberkan Kitab Zabur Nabi Allah Daud dan kemudiannya diselewengan menjadi agama Hindu. Itu memang seronok...
Tapi ramai ahli PAS panggil dia Macai Amanah. Kenapa ya? Sehingga blog Gagasan Sejahtera menukar tajuk petikan artikel daripada The Malaysia Insight kepada tajuk seperti gambar di atas. Siapa XOXO yang menukar itu sehingga Tun Dr Mahathir pun mencarinya??
Dr Mazlan Ali ini "Macai Amanah" atau tidak?
Mari kita buat sedikit kajian ringkas.
Sering kali kita mendengar dan membaca tentang perkataan “macai” di laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, dan sebagainya. Apabila kita melihat komen-komen di ruangan “page”, terutama sekali di “page” yang bersifat politik, kita akan melihat banyak perkataan “macai” yang muncul.
Jadi apa makna sebenarnya "macai" yang dimarahi oleh Dr Mazlan Ali?Tiada perkataan “macai” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, tidak dijumpai maksud perkataan “macai” dalam laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Mengikut laman web PRPM, perkataan “macai” tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka dan belum diterima sebagai perkataan rasmi bahasa Melayu. Selain itu dalam laman web Malay Concordance Project juga tiada perkataan “macai” ditemui.
Sering kali kita mendengar bahawa perkataan “macai” itu sebenarnya didenotasikan kepada perkataan “pencacai”. Namun malangnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan laman web PRPM, perkataan “pencacai” atau “cacai” merupakan perkataan yang tidak wujud.
Untuk pengetahuan pembaca, Tan Sri P. Ramlee telah menggunakan perkataan “pencacai” ini di dalam filem 3 Abdul pada tahun 1964.
Jadi boleh disimpulkan perkataan ini lebih merujuk kepada orang yang terlalu taksub dengan sesuatu parti politik tertentu. Parti politik yang dimaksudkan ini bukan sahaja parti kerajaan yang memerintah ketika ini, tetapi juga merujuk kepada parti pembangkang di Malaysia.
Sekali lagi kita tanya adakah Dr. Mazlan Ali Macai Amanah?
Lebai ada beberapa orang sahabat IKRAM di kawasan Kelana Jaya. Lebai tanya kawan-kawan tersebut, Dr. Mazlan Ali ni ahli parti AMANAH atau tidak? Mereka jawab menjadi ahli.
Ada bukti ke? tanya lebai. Sekarang ni orang tak cakap tanpa sebarang bukti, kata lebai. Semak di pejabat kawasan Amanah.
Malam tu lebai dapat masej.
MAZLAN BIN ALI 530520****** No. Ahli : 010000245 Tarikh menjadi ahli : 6 Disember 2015 Dun : SERI SETIA Parlimen : KELANA JAYA
Ada lagi tapi lebai letak sebahagian yang penting aje.
Terkejut juga lebai, kerana Dr Mazlan Ali adalah antara ahli terawal parti AMANAH. 3 huruf pertama pada nombor ahli adalah menunjukkan kod negeri. Jadi 010 itu menunjukan 10 mewakili negeri Selangor.
Selangor ada 22 Kawasan yang mana ahli parti Amanah terkini ialah 7,866 orang. Lebih kurang 350 orang setiap kawasan.
Bayangkan Dr Mazlan Ali adalah orang yang ke 245 mendaftar menjadi ahli daripada 7,899 orang. Ini menunjukkan DR MAZLAN ALI adalah MACAI mengikut kajian ringkas lebai.
Itu mengikut maklumat daripada kawan IKRAM lebai. Takkan puak IKRAM pembohong??
Untuk berlaku adil, lebai tunggu reaksi balas daripada Dr Mazlan Ali, betul tak dia ahli parti AMANAH?? Kita hanya mendapat maklumat daripada sumber Amanah Kawasan. Hanya Dr Mazlan boleh mengsahkannya.
Jika benar Dr Mazlan Ali ahli parti AMANAH memang sah integriti perbentangan kajiannya yang kononnya Abdul Hadi dan PAS akan kalah sangat meragukan.
Sumber TKO -26-1-2018
Bila Mahathir berlagak jadi mufti
MAHATHIR hendak bercakap bab halal haram lihat diri sendiri dulu. Cucu pegang anjing, anak niaga arak, macamana beliau nak jawab?
“Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji?
“Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam. Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?” soal Tun M, 23 Januari kelmarin.
Inikah dikatakan Tun M seorang yang peka dalam hal Islam? Segala statement beliau adalah menjurus kepada kekeliruan ilmu agama. Rupanya selama ini Tun M hidup dalam terawang-awng antara dunia dan akhirat, masih jahil atau buat-buat jahil.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak jadi ‘mufti’ apabila dakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram! Adakah beliau mahu mempertikaikan dosa dan pahala sedangkan penentu semua itu hanya Yang Maha Kuasa.
Telatah Tun M mempermainkan hukum agama bukan baharu. Malah ada anak beliau sendiri perlekeh ajaran Islam dan lebih malang, tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya tetapi suara mereka ‘tenggelam’.
Terbaharu tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila kecoh memperkatakan gelagat jelik salah seorang cucu kesayangan kepada Pengerusi PPBM itu yang hanya dikenali namanya sebagai Othman Mirzan.
Dia dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar terbaharu dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara umum.
Beginikah gaya hidup orang Melayu yang beragama Islam? Padahal Muslim diharamkan menyentuh anjing yang merupakan najis berat Mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelainya manja.
Justeru tindakan Othman memanipulasikan hukum Islam untuk menghalalkan gaya hidup ternyata kurang ajar tetapi paling aib, Mahathir tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu sengaja pegang anjing sebagai haram..
Untuk rekod bapanya, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina manakala ibu saudaranya bernama Marina pula sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram selain bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan demi menunjukkan dia sahaja suci!
Walhal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011.
Bukan nak menyokong Umno, tetapi perkara yang baik untuk umat Islam itu kita sokong. Saya tak nafikan benda yang baik kita nak tentang juga. Itu dah melanggari prinsip kita sebagai Islam.
Mahathir nak tentukan 'halal' dan 'haram' beliau kena imbas kembali pada kedudukan beliau semasa menjadi PM dulu. Berapa banyak beliau mentadarah duit 'haram' (bahasa kasar)? Adakah beliau mudah lupa? Atau beliau merasakan beliau sudah sesuci kain putih?
Dana beliau yang ada di sekitar dunia adakah 'halal' untuk dijadikan pendapatan beliau sekeluarga? Saya tak nak komen banyak sebab Mahathir bab agama Islam memang beliau cukup suka mempertikaikan.
Satu soalan saya sebelum Mahathir membuat pelbagai spekulasi bodoh sebagai bekas PM yang bertauliah, "Adakah dari hasil penjualan arak yang dihasilkan anak beliau 'halal'?
Harap PAN menjawap sebab PAN adalah bala tentera Mahathir sekarang. Orang jahil akan bertanya soalan yang jahil sehingga membuatkan orang lain terikut jahil.
Usah terlalu taksub sehingga sanggup menjadi manusia busuk hati dan menyusahkan orang lain demi mencapai hasrat dan telunjuk pihak tertentu sehingga sanggup menjadi anjing suruhan untuk menggigit dan menimbulkan perasaan tidak tenteram ramai pihak.
SAL NASIR
24012018 - HARAKAHDAILY 25/1/2018
Sumber HD - 25-1-2018
Undi Tun M umpama telan kaca - Dr. Azmi Shahrom
Posted on Thursday, January 25 @ 14:26:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37897 |
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Langkah mengundi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), disifatkan bagaikan sesuatu yang sukar dan pahit untuk ditelan.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Dr. Azmi Sharom turut mempertikaikan usaha Pakatan Harapan diketuai DAP yang memberi mandat kepada Dr. Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri sementara jika menang dalam PRU-14.
“Jadi dengan hasrat mahu mengubah kerajaan sedia ada... mengubah apa sehingga membawa balik pemimpin lama. Ia bagaikan seperti menelan ‘kaca’ dengan mengundi Dr. Mahathir.
“Walaupun saya secara peribadi tidak puas hati dengan pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara, namun saya masih terpaksa mengundi parti pembangkang,” katanya pada sesi forum Pasca 1MDB di Malaysia: Apa Masa Depan Yang Kita Ada, di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan; Felo Institut Pulau Pinang, Dr. Wong Chin Huat dan Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Zaid Kamaruddin. – UM
Sumber TKO - 25-1-2018
PAS dikatakan lupa jasa DSAI, tapi Mahathir tidak dituduh apa apa..
Posted on Thursday, January 25 @ 10:39:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37894 |
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Saya terbaca komen seorang macai Kuali yang mendakwa PAS sudah lupa jasa DSAI yang memenangkan PAS di Terengganu pada tahun 1999 dan seterusnya membawa PAS menjadi lebih kuat dari sebelumnya.Sekali imbas ada benarnya dakwaan ini tetapi dua kali imbas ianya nampak longgar dan tidak begitu tepat faktanya.Sebabnya, kesinambungan kepada jasa DSAI tidak bejalan di landasan yang diharapkan PAS.PAS mengharapkan landasan Islam yang syumul diikuti oleh DSAI tetapi akhirnya DSAI memilih jalan untuk menguasai pemikiran PAS agar menurutinya kearah liberal dan sejagat.
Maka inilah kesilapan DSAI yang tidak boleh dituruti oelh PAS walaupun ada segelintir ahli ahli yang jadi anwarinas kemudiannya mufarakah dari PAS untuk menubuhkan Kuali yang didakwa sebagai parti Islam porgresif, progresif menurut kamus mereka termasuk menubuhkan unit perang saikologi yang dianggotai oleh macai macai untuk melemahkan semangat juang PAS.
Progresif yang sebenarnya liberal yang pula mengiyakan semua pendapat dan fatwa dari rakan bukan Islam mereka yang bernaung dalam DAP.Inilah juga Islam yang nak dibawa oleh DSAI yang tidak boleh diterima oleh PAS sama sekali.Lantaran itu PAS telah membuat pilihan yang betul, memilih untuk bergerak sendiri tanpa bantuan PKR dan DAP, rakannya dalam PR kerana kedua duanya tidak seiring lagi dalam fikrah.Fikah yang berbeza ini yang menyebabkan PAS tidak lagi terikat dengan jasa DSAI dan dalam politik kehidupan ianya tidak salah sekali sebab yang patut diingati terlebih dahulu ialah perintah ugama, jasa manusia jatuh ke tempat kedua.
Pun begitu di pihak macai Kuali, mengapa mereka tak pernah menyoal soal perbuatan Mahathir terhadap DSAI? Kalau mereka cuba melemahkan PAS dengan membawa dakwaan jasa DSAI kenapa mereka tidak pernah mempertahankan maruah DSAI dengan mendesak Mahathir mengakui perbuatan tidak bermoralnya terhadap DSAI?
Sehingga kini Mahathir yang sudahpun dipersetujui menjadi PM sementara kalau PH menang PRU, tidak pernah membuat pengakuan atas apa yang dilakukan ke atas DSAI.Masakan macai Kuali lupa kenyataan akhbar Mahathir yang menyebut DSAI ketika meliwat mangsanya turut mastubating mangsanya? Kenyataan yang mengiabkan DSAI sampai sekarang tidak diakui tidak benar oleh Mahathir.Macam mana macai Kuali boleh diam akan perkara ini sedangkan dengan sombong menuduh PAS lupa jasa DSAI?
Nampaknya nilai sebenar PH sudah kelihatan.Entahlah bagaimana pengundi dan rakyat boleh terima gabungan parti seperti ini untuk memerintah negara? Cara mereka cuba mendapatkan negara hampir sama dengan cara Umno/BN dengan cara menyebarkan kekeliruan di kalangan pengundi dengan harapan akan mendapat undi.Bezanya Umno bukan mengharapkan undi dari cara ini kerana mereka sudahpun ada pengundi di kalangan hantu yang sedia memberi undi kepada mereka, PH pula bagaimana ada hantu atau jin yang akan mengundi untuk mereka?
Sumber TKO - 25-1-2018
Kalau Amanat Hadi jadi menyebabkan perpecahan PAS dan Umno, kenapa PH pula sibuk?
Posted on Thursday, January 25 @ 09:26:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37892 |
Assalamualaikum,Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Amanat Hadi masih menjadi hujah bagi pendokong terutama oleh macai PH yang wajahnya sama dengan macai Umno sebagai punca perpecahan melayu di antara PAS dan Umno.Hujah yang sudah lama kantoi kerana kini tiada lagi ciri ciri perpecahan melayu seperti pernah dipromosikan secara besar besaran oleh Umno yang ketika itu diterajui oleh PM sementara PH, Mahathir.Hari ini berkumandang lagi kejadian solat 2 imam, orang PAS tak makan daging sembelihan orang Umno, suami isteri bercerai berai kerana berlainan parti antara PAS dan Umno dan kejadian kejadian yang menjadikan perpecahan berlaku di kalangan orang melayu.
Tetapi satu yang agak pelik dan janggal, kesemua yang didakwa berlaku itu sudah tidak kedengaran lagi berlaku di kalangan orang melayu dewasa ini.Tak ada lagi solat 2 imam, tak ada lagi orang PAS pulau kenduri orang Umno dan seumpamanya.
Jadi kenapa macai PH gatal tangan nak sebut lagi perkara yang tak berlaku lagi kononnya nak menyalahkan TGHH sebagai perosak bangsa hasil Amanatnya itu tetapi saya sering bertanya kalau Amanat Hadi itu punca perpecahan antara PAS dan Umno, kenapa pula ianya menjadi penyakit berjangkit kepada PH,Bukankah perpecahan ini baik untuk PH dan sepatutnya mereka mempertahankan Amanat Hadi bukan menjadikannya peluru kosong untuk menyerang PAS.
Sebenarnya macai PH sendiri yang mengkantoikan dakwaan UG PAS Umno dari serangan peluru kosong Amanat Hadi.Sepatutnya yang perlu dibuktikan oleh PH ialah penyatuan PAS dan Umno sebagai bukti UG PAS dan Umno, bukannya mencari peluru untuk menyerang dengan medakwa berlakunya perpecahan antara PAS dan Umno.Kalau perpecahan ini didakwa perpecahan yang sudah lama berlaku, di mana munasabahnya untuk masa sekarang di mana PAS dituduh mahu Ug dengan Umno.
Nampaknya macai PH hilang punca dengan Amanat Hadi yang sebenarnya terbukti menjadi sumber inspirasi penyatuan melayu.Kerana amanat Hadi, orang melayu semakin faham kenapa ugama tidak boleh dipisahkan dengan ugama, semakin faham bahawa perbualan politik tidak salah dalam masjid kecuali perkara perkara berkaitan politik yang melalaikan atau menjadi punca untuk tindas menindas antara manusia serta politik politk yang menjadi dorongan untuk mengaut harta dunia.Hari ini juga masjid masjid sudah penuh setiap kali kuliah agama diadakan termasuk juga di Penang yang menjadi negri yang diperintah oleh PH(DAP).
Pendek kata kesan Amanat Hadi cuba diselewengkan oleh PH semata mata mahu membuktikan TGHH salah tetapi tanpa sedar PH sendiri mekantoikan dakwaan mereka sendiri, dakwaan Ug PAS dan Umno.
Apa yang jelas sekarang ini, PAS dan Umno sudah tidak ada masaalah untuk bersosial malah apa yang berlaku ialah penyatuan melayu yang semakin kemas dan jitu kecuali direncakkan sedikit oleh PH yang semacam tidak dapat mengikuti tren ini yang mungkin bersebab ada lagi melayu yang terlena dengan pujukan dunia hasil dari dakyah liberal seperti terpengaruh dengan LGBT, Athies dan kuasa.Itulah melayu yang ada dalam PH yang tak dapat menerima penyatuan melayu melaui Ugama yang sedang berlaku...
Sumber TKO - 25-1-2018
10 Tanda Akhir Zaman Yang Berlaku Di Negara Kita
Posted on Wednesday, January 24 @ 19:16:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37888 |
Tak perlu tinjau jauh-jauh. Cukup sudah apa yang berlaku di depan mata sendiri. Apabila berlaku tanda-tanda akhir zaman ini, maka berhati-hatilah. Jauhilah keburukan dan golongan-golongan yang menyebabkan keburukan bermaharalela. Nabi s.a.w. bersabda bahawa umatnya berpecah kepada 73 puak. Hanya sepuak yang selamat. Dekatilah golongan yang menetapi ciri-ciri puak yang selamat itu. Berikut adalah 10 tanda akhir zaman yang berlaku di tanah air kita seniri.
1. Golongan kafir mengatakan golongan beriman sesat. DAP mengatakan PAS sesat. Lim Guan Eng yang jelas sesat tidak sedar akan kesesatannya. Tiba-tiba meroyan sakan apabila menuduh parti Islam, PAS pula yang sesat.
2. Berlumba membina bangunan tinggi. Najib buat bangunan yang lebih tinggi dari KLCC. KLCC setinggi 88 tingkat. Dalam beberapa tahun lagi bangunan Najib, KL118 pula yang jadi bangunan tertinggi mengatasi bangunan KLCC Mahathir.
3. Fitnah berleluasa. Fitnah RM90 oleh pemimpin PH terhadap pemimpin PAS. Fitnah pemimpin PKR terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim. Fitnah Husam terhadap kerajaan Kelantan. Fitnah gambar dan video edit oleh cybertrooper dajjal terhadap para ulama dan pemimpin gerakan Islam.
4. Golongan agama bersetongkol dengan kafir dan para munafikun. Mufti seblok dengan DAP dalam mempertikaikan dan menentang RUU355. MAZA dan RORA senada dengan DAP apabila mahkamah syariah hendak diperkasakan melalui RUU355.
5. Si jahil mengkafirkan ulama. Mahathir mengkafirkan TGHH. Mahathir pertikai janggut nabi. Pertikai tutup aurat. Pertikai hukum hudud. Orang macam ini hari ini mengkafirkan ulama yang diiktiraf dunia.
6. Konspirasi untuk menjatuhkan Islam. Dajjal akan membawa huru-hara melalui anak didiknya. Hari ini anak didiknya cuba menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan. Nak ganti pemerintahan Islam kepada sekular dan liberal.
7. Si jahil mengikut amalan si kafir. Pemimpin PAN dan PKR bersolidariti dengan nyalaan lilin. Ini dikuti oleh peminat artis Korea yang berkumpul dengan nyalaan lilin.
8. Rasuah bermaharajalela. Sejak era Mahathir, rasuah mendarah daging. Dalam UMNO dikenali sebagai politik wang. Dalam projek pembangunan Negara, duit tiris kerana rasuah. Dari pegawai peringkat paling rendah sampai peringkat tertinggi pemimpin politik, rasuah berbudaya.
9. Orang benar dipandang bohong dan orang bohong dipandang benar. TGHH dikata pembohong. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng si pembohong tegar dikata benar. Golongan yang berjuang untuk menegakkan Islam dikata bohong. Yang menentang agama itulah dianggap benar.
10. Pemimpin menimbunkan harta. Keluarga Najib kaya-raya. Keluarga Mahathir harta tak terkira. Keluarga menteri hidup mewah dengan deretan kereta mewah,banglo berjuta harga,bot mewah dan main golf di luar negara.
Fikir-fikirkanlah. Timbang-timbangkanlah. Kalian mahu menjadi sebahagian daripada sepuak yang selamat atau tergolong dalam 72 puak lagi yang tak selamat. Sedangkan di depan mata kita sudah bertimbun tanda-tanda dunia di akhir zaman.
BDA
24/1/2018
#UP
#NekadBersamaIslam
#MAMPUCentre
Sumber TKO - 24-1-2018
Buruk dan teruk
Posted on Wednesday, January 24 @ 19:14:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37887 |
Selesai membaca rencana bertajuk; Dr Badrul Amin tuduh PAS Sesat, Mahathir Sudah Bertaubat
Penulis buat kesimpulan bahawa Jika dorongan hawa nafsu lebih hebat daripada jiwa sabarnya dia akan bersatu dengan golongan syaitan, Inilah punca Dr Badrul Amin berkata Pas sesat dan kebanyakan golongan yang seangkatan dengannya berkata pas sesat dan Mahathir bertaubat kerana sudah baik konon.
Barangkali atas sebab para pemimpin Pas tak mahu ikut orang kafir dan tak mahu jadi macam orang kafir maka dituduh parti Pas sebagai sesat.
Macam mana Tun Mahathir dikatakan sudah bertaubat dan baik sedang sehingga hari ini masih menpersenda sendakan undang undang Islam.
Bukan Dr Badrul Amin seorang sahaja yang menuduh pas sesat, malah mereka yang tinggalkan Pas dan tubuh Pan tergamat bertindak demikian..
Mereka menamakan pas dengan jenama PIS (parti islam sesat) dan tergamak berkata presiden Pas, ulamak su’ beri ceramah tu.
Yang buruk dan teruk, termasuk Datuk Dr Mohd Asri Zainul Aidin Mufti Perlis yang sangat berkenaan dan berkata Tun Mahathir tokoh yang baik dan masih boleh jadi perdana menteri.
Dahulu dia kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Haji Abdul Awang tua tak layakjadi bos dalam parti. bersaralah.hari ini dia sokongan Tun Mahathir dan layak jadi perdana dalam usia 93 tahun. Pelik kan.
Teringat penulis, jika dorongan nafsu makan minum dan seksualnya lebih tinggi daripada kesabaran yang berada dalam dirinya,dia termasuk dalam golongan binatang.Nau'zubillah min zalik.
Alangkah buruk dan teruknya mereka yang ada gelaran PHD yang duduk dalam parti politik dan duduk dalam kerajaan. Lebih lebih lagi sebagai mufti yang ada autoriti mengeluarkan fatwa.
Kalau Tun Mahathir baik sudah bertaubat mana mungkin beliau memusuhi syariat Allah yang perjuangkan oleh Pas untuk didaulatkan di Negara Malaysia ini.
Sumber TKO - 24-1-2018
DAP dan Pimpinan Mereka Sangat Anti Kepada Islam
Posted on Tuesday, January 23 @ 23:22:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37883 |
PAS menegaskan untuk tidak akan menerima agenda anti-Islam yang dibawa oleh parti rasis dan cauvinis, DAP sekaligus mengulangi pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan parti berkenaan. Pengalaman bertahaluf dengan DAP sudah membuka mata pimpinan PAS kerana DAP pandai bermain kata-kata serta menyembunyikan agenda sebenar mereka,
Memang Tahaluf adalah pilihan terbaik PAS daripada bertanding sendirian, tetapi jika tahaluf dengan DAP akan merugika Islam adalah l;ebih baik PAS mencari kaedah lain dalam menjatuihkan kerajaan BN.
XOXO - Orang Islam mudah dibeli jadi tak hairanlah beberapa pimpinan parti Islam baru Amanah (Pan) telah dibayar lebih daripada 15k sebulan oleh DAP atas nama Kerajaan PP.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 23-1-2018
Ustaz BERSATU kena nasihat Tun Mahathir dulu supaya benarkan Siti Hasmah bertudung
Posted on Tuesday, January 23 @ 22:58:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37882 |
Hari ini parti Bersatu melalui seorang ustaznya berkata bahawa parti Bersatu akan menyediakan ustaz-ustaz mereka untuk lawan salah faham terhadap Islam.
Malaysiakini menyiar "Langkah menyertai politik untuk melawan salah faham tentang Islam adalah cabaran baru buat pelajar kedoktoran Pengajian Islam, Abu Hafiz Salleh Hudin.
Anak muda berusia 30 tahun itu berkata, ada keperluan untuk melawan hujah dan pandangan ahli politik yang memperalatkan agama demi kepentingan peribadi.
Dan beliau merasakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah platform terbaik untuk melawannya.
"Ada yang mengatakan jika semua mahu berada di luar politik kerana mahu kekal jujur dan berkata benar, usaha dan pandangan mereka akan ditutup oleh orang (politik) yang sesuka hati menggunakan jawatan dan apa saja peluang untuk memenuhi hawa nafsunya. "Ini adalah tanggungjawab besar kerana dari dulu lagi saya merasakan berada di luar (gelanggang politik) lebih mudah dan neutral (dalam mengutarakan pandangan)," katanya pada sidang media pengumuman rasmi penyertaannya dalam BERSATU. "InsyaAllah, saya bersedia untuk dilabel atau dianggap (secara salah), selagi saya mengingatkan diri untuk sentiasa bercakap atas nama kebenaran," katanya.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Rais Hussin yang mengumumkan penyertaan itu, turut mengesahkan pelantikan Abu Hafiz sebagai timbalannya dalam Biro Strategi dan Dasar.
Berdasarkan kelayakan akademik, Rais menyifatkan kemasukannya sebagai 'aset penting' bagi BERSATU, terutama untuk meningkatkan kebolehan mereka melawan "naratif menyeleweng" tentang Islam yang dibuat PAS dan Umno.
"Melayu dan Islam sentiasa menjadi asas BERSATU. Kini kami mengukuhkan lagi naratif ini dan paling penting untuk memberikan penjelasan yang betul bagi 'naratif yang menyeleweng'," katanya.
Beliau berkata, isu berkenaan Islam adalah amat penting kerana amat dekat dengan 42 peratus pengundi luar bandar yang menjadi faktor penentu untuk kira-kira 65 peratus kerusi Parlimen.
Sebelum bersatu nak lawan salah faham terhadap Islam sepatutnya si Abu Hafiz Salleh ini pergi nasihat dulu Tun Mahathir Mohamad untuk membenarkan isterinya Tun Hasmah memakai tudung.
Kalau itu pun tak boleh nak buat tak payah sembang kencang tentang kesalahan orang lain. Lihat dan cermin diri adalah sebaik-baik tindakan yang perlu dibuat oleh USTAZ BERSATU.
Sumber TKO - 23-1-2018
PH kata nak selamatkan negara dari penyamun Najib!
Posted on Tuesday, January 23 @ 10:50:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37871 |
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Itu PH kata.Betul ker tidak perlu dinilai terlebih dahulu dan jawaban sebenar perlu dicari.Najib cuma memerintah dalam tempoh tak sampai 10 tahun jadi benarkah kerosakan yang berlaku dalam negara, dalam sistem politik dan pentabdiran negara disebabkan oleh Najib atau Najib sendiri mewarisi negara yang sudah rosak semasa mengambil alih pemerintahan? Soalan ini perlu dijawab terlebih dulu sebelum sewenang wenangnya menuding jari kepada Najib sebagai perosak walaupun dalam setengah kes, ada benarnya Najib menyamun harta negara.
Untuk penjelasan, AUFN pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kerosakan yang dibuatnya kepada negara.Ini penjelaskan bahawa asas kepada kerosakan sudahpun dimulakan dan dipanjangkan oleh Mahathir sewaktu 22 tahun pemerintahannya.Kerosakan yang berlaku bukannya baru dan bukan berlaku dalam tempoh kurang 10 tahun Najib memerintah.
Negara sudahpun rosak sebelum itu, rakyat sudahpun menangggung sengsara sebelum itu dan kalau diteliti sejak Mahathir memperkenalkan dasar pensawtaan negara sudahpun mula rosak.Penswastaan Lembaga Letrik Negara dan Telekom serta Pejabat Pos telah terbukti menyebabkan rakyat terbeban dengan bil yang melampau dan bayaran stem pos yang meningkat.Tak masuk lagi penswastaan menerusi hak yang diberi kepada kroni kroninya dalam banyak syarikat yang menjadi lubuk penyamun untuk menyamun harta negara.Syarikat yang diberi hak untuk membeli arus letrik dari TNB dengan harga rendah dan menjualnya kembali kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi sedikit sebanyak sudahpun merompak harta negara dan sebenarnya syarikat syarikat ini bukan berniaga tetapi merompak hasil negara.
Proton menjadi bebanan besar kepada rakyat sehingga hari ini Najib terpaksa menjualnya kepada China sebab tanpa sedar ianya meniriskan pendapatan negara saban tahun.Proton adalah hasil dari kegilaan Mahathir yang menyebabkan berbillion ringgit, jauh lebih banyak dari 3.2 billiion yang Najib curi menerusi 1MDB wang negara hangus ,Akibatnya hanya dilihat apabila pendapatan negara menyusut kerana kejatuhan harga minyak mentah dunia di mana hasil pengeluaran minyak negara menjadi berkurangan, ketika inilah baru kerajaan sedar akan kemampuan mereka untuk menanggung proton sudah tiada.Cuma kejadian ini belaku ketika Najib menjadi PM bukan Mahathir.
Jadi bukankah pelik menuding jari kepada Najib sedangkan orang yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan kerosakan ini turut sama menuding jarinya kepada Najib?
Najib semacam dijadikan kambing hitam dalam kes proton sementara perwaja pula hilang terus dari peta dunia bersama berbilian ringgit lagi.Siapa yang menubuhkan perwaja yang kononnya pelaburan stratejik negara? Najib atau Mahathir?Ketirisan yang berlaku dalam pendapatan kerajaan menjadi penyakit jangka panjang di mana kesan sebenarnya hanya dirasai ketika pemerintahan bertukar tangan.Orang yang sebenarnya bertanggungjawab sudah melepas kuasanya dan kini menjadi pembangkang yang pula bersama orang orang yang pernah membangkangnya ketika kerosakan dibuat untuk menyalahkan orang yang mengambil alih kerana sedikit kesilapan yang dibuatnya.IMBD dijadikan punching beg untuk menyalahkan Najib padahal yang sebenarnya kerosakan negara sudah lama berlaku.
Itu antara analisa yang boleh dibuat mengenai punca sebenar kerosakan negara yang berlaku di mana kalau nak dipanjangkan lagi, lihat saja aktiviti yang berlaku dalam sektor oil dan gas ketika harga minyak dunia sedang melambung,Petronas menjadi lubuk penyamun yang terdiri dari kroni dan keluarga Mahathir yang pernah pula didedahkan oleh orang orang yang bersama Mahathir hari ini.Jumlah pendapatan negara yang disamun jauh lebih banyak dari 3.2 Billion 1MBD yang menjadi wirid pembangkang sekarang.
Nasib kaulah Najib yang bukanlah seorang yang baik juga.Perangai sebenar Najib sebenarnya dipupuk oleh didikan Mahathir, sifat penyamunnya juga diajar oleh Mahathir yang merupakan raja segala penyamun, Jadi apa nak dihairankan sangat cuma saya ingin mengingatkan para macai PH supaya tidak terus meniru cara macai Umno terutamanya mahu menuduh saya membela Najib.Seperti mana saya meletakkan kesalahan kepada kerosakan negara ini ke atas Mahathir maka seperti itu jugalah saya tetap meletakkan kesalahan kepada Najib kerana menjadi penyambung kepada kerajaan yang rosak.
Dalam masa yang sama, saya menegaskan tugas menyelamatkan negara dari kerosakan ini bukan boleh diambil oleh PH yang secara jelasnya sudah dipimpin oleh makhluk yang membuat kerosakan tersebut.Kalau Mahathir berjaya menjadi PM sementara PH selepas PRU 14 nanti, dia bukan mengambil alih kerajaan yang dirosakkan Najib tetapi kerosakan yang dimulakan olehnya sendiri.Itu fakta dan dengan fakta ini, saya ingin bertanya kepada semua rakyat Malaysia, sanggupkah kita berPMkan orang yang sama ia itu orang yang merosakkan negara dan orang yang membaiki kerosakan tersebut.Munasabah kah kalau ini berlaku?
Oleh itu alternatifnya ditawarkan oleh blok ketiga....fikir fikirkan lah.
Sumber TKO - 23-1-2018
#UndiRosak musuh baru HARAPAN
Posted on Monday, January 22 @ 23:07:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37864 |
Penggal parlimen semakin menghampiri tarikh luputnya. Baik pemerintah mahupun pembangkang sedang mengatur pelan dan strategi untuk menghadapi pilihanraya umum ke empat belas (PRU14). Sebuah pilihan raya yang dijangka paling epik.
Barisan pembangkang yang selama ini menghadapi masalah keterbatasan akses di media arus perdana dalam semua pilihan raya umum sejak enam puluh tahun yang lalu, sedang giat mempromosi pakej tawaran mereka kepada rakyat.
Penjenamaan semula perikatan pembangkang dari namanya Pakatan Rakyat (yang kemudiannya sah menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas mengikut jejak mendiang Barisan Alternatif sekitar 2005) kepada Pakatan Harapan (akronimnya HARAPAN) dijangka dapat menggugat kerajaan BN.
Apatah lagi kali ini, ikon reformasi 1998 - Anwar Ibrahim melalui partinya PKR bersatu semula dengan musuh politiknya yang paling ketat iaitu Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri selama dua puluh dua tahun. Beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Ini sudah cukup menakutkan BN yang saban hari menjalankan jarumnya di kaca televisyen dan akhbar, menghentam Dr Mahathir, bekas presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu.
Selain DAP yang mantap kerja akar umbinya dan Parti Amanah Negara (AMANAH), parti serpihan PAS yang lahir selepas kalah dalam pemilihan dalaman parti – kelihatan di atas kertas, perikatan ini bakal meratah mudah BN yang sudah terlalu tua, korup dan membebankan rakyat terbanyak itu. Tak semena-mena, suasana tertekan menyelubungi HARAPAN apabila tawaran mereka yang menganjurkan idea Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika berjaya menguasai kerajaan pusat ditolak oleh sebahagian penyokong pembangkang sendiri.
Penolakan ini menjelmakan sebuah kempen baru di alam maya dengan hashtag #UndiRosak. Trend ini pada mulanya kecil, tetapi semakin lama semakin merebak dan disambut oleh warga Internet, khususnya anak muda non partisan.
Status dengan hashtag itu yang dimainkan oleh 'pahlawan papan kekunci' kebanyakannya bernada sinis, sarkastik, berbau nakal, 'menganjing' telah dibalas dengan kasar, serius dan marah-marah oleh penyokong HARAPAN.
Pendukung HARAPAN melabelkan mereka sebagai bodoh! Entah kenapa, status nakal-nakal, melawak ini dilihat mampu mengancam, mengganggu, 'kacau daun' dan wajib dipatahkan segera.
Antara satu cara untuk membanteras mereka adalah dengan melemparkan tuduhan yang mereka ini budak 'upahan' Najib dan agenda Umno.
Turut menulis tentang bahayanya kempen #UndiRosak ini kepada sistem demokrasi dan hak asasi ialah aktivis-aktivis serta NGO yang pro-HARAPAN.
Akhirnya, pimpinan HARAPAN juga telah turut terheret sama memberi komentar. Mereka mula menaikkan status mengajak rakyat mengundi dan jangan sesekali terpengaruh dengan 'langkah tidak patriotik' kumpulan #UndiRosak ini.
Ada juga pimpinan tertinggi parti pembangkang sampai mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemain kempen #UndiRosak ini.
Ternyata kempen #UndiRosak ini semakin tidak boleh dipandang enteng.
Siapa di belakang #UndiRosak
Kebanyakan ' keyboard warrior' ini amat dikenali oleh pemimpin HARAPAN itu sendiri. Mereka ini terdiri daripada aktivis, ahli parti politik, bekas ahli parti, penulis blog yang pernah bersama-sama berkempen sama ada menulis, melukis, mahupun menjalankan siri ceramah bersama Pakatan Rakyat menjelajah ke seluruh pelosok negara menumbangkan BN pada beberapa pilihan raya umum yang lalu.
Mereka ini dahulu ketika era blog, membina blog-blog mengutarakan pandangan sama ada bernas, berbentuk akademik mahupun gosip politik ataupun hanya sekadar melepaskan geram mengutuk BN dan kepimpinannya.
Tujuan mereka berblog ketika itu adalah untuk membunuh kerajaan BN. Parti-parti pembangkang mendapat dukungan kuat dari aktivis-aktivis ini. Mereka membina blog atas daya usaha mereka sendiri secara sukarela tanpa bayaran.
Mereka membuat poster, grafik, video pendek, juga turut berceramah, mengedar risalah dengan tanpa diupah. Dan hari ini, ketika mereka menghentam HARAPAN, mereka dituduh menerima 'dedak' daripada Najib.
Ini kesilapan besar pembangkang dalam melayan secara angkuh kumpulan #UndiRosak ini. Jika pemain kempen #UndiRosak ini dilabel sebagai pemakan dedak Najib, adakah tentera-tentera baru pembangkang hari ini adalah 'kontraktor-kontraktor kenyang' yang berasa terpanggil untuk mempertahankan tuannya?
Makan dedak jugakah?
Mengapa mereka gerakkan kempen #UndiRosak
Satu sahaja. Kerana HARAPAN menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Tidak perlu berhujah tentang realpolitik, agenda masa depan, reformasi total dan segala teori ataupun memetik sirah dan nas, jawapan mereka cuma satu; tolak bapa segala kemusnahan negara selama ini!
Jalur yang senada
Sebenarnya kempen undi rosak telah dijalankan oleh segolongan kaum Cina penghujung tahun lalu kerana tidak puas hati dengan DAP serta kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dianggap angkuh.
Gelaran 'tokong' yang diberikan kepada Guan Eng telah menular dengan lebih kuat lagi selepas kejadian banjir besar di Pulau Pinang tahun lalu yang menyaksikan keangkuhan ketua menteri itu menanganinya.
Wakil rakyat DAP sendiri yang prorakyat diketepikan. Belum lagi isu kilang haram yang amat jelas, kerajaan DAP terlalu menyebelahi tauke besar, bukan rakyat.
Kempen undi rosak oleh kaum Cina ini ditulis oleh Yeoh Cheong Ee di portal atas talian The Malaysian Insight pada 5 Disember 2017 lalu.
Blog, laman sesawang dan 'Facebook Page' dalam bahasa Cina telah tumbuh membawa kempen ini.
Selain faktor tolak Mahathir, antara lainnya ialah tidak percaya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Boikot pilihan raya atau undi rosak disebabkan oleh rasa kurang yakin rakyat dengan ketelusan SPR ini telah ditulis oleh penulis terkenal Faisal Tehrani, “Mengapa Shali tidak mahu mengundi” di Free Malaysia Today, 18 Januari yang lalu.
Jelaslah, permasalahan ini semakin menggusarkan HARAPAN.
Mengapa HARAPAN gusar?
Kerana hal-hal berkaitan persempadanan semula, pendaftaran pemilih dan lain-lain masih belum selesai.
Lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya umum yang adil dan telus masih di jalan buntu. Dalam keadaan terhad dibuli jentera BN termasuklah SPR yang didakwa oleh mereka sepanjang masa sebagai berat sebelah, kehadiran tentera #UndiRosak semakin menjerut tengkuk.
Kealpaan pembangkang untuk konsisten memperjuangkan ketelusan pilihan raya kerana khayal berbulan madu sepenggal dengan kenaikan seratus peratus elaun dan gaji sebagai 'wakil rakyat' kini menjadi momok yang menghantu fikiran.
Berpengaruhkah 'keyboard warrior' ini?
Imbas kembali tsunami politik 2008 yang membuatkan BN hampir tersungkur, antara sebabnya ialah gagalnya mereka mengikut trend 'berblog' pada waktu itu kerana menyangka media cetak dan media elektronik mereka sudah cukup kuat.
Ekoran dimalukan sebegitu teruk, Umno telah mengeluarkan biaya yang besar menubuhkan skuad cybertrooper untuk menangkis keyboard warrior pro-Pakatan Rakyat.
Inilah yang harus dikenang oleh pimpinan pembangkang.
Ketika cybertrooper mendapat upah menyerang mereka, keyboard warrior membela mereka dengan sukarela. Mengapa hari ini ada di dalam kepala mereka, askar-askar alam maya ini yang dahulunya membela mereka tanpa mereka bayar kini telah diupah oleh musuh untuk menghentam mereka pula?
Jika mahkamah tidak menyebelahi mereka, mahkamah korup. Jika lepas, mahkamah baik. Jika menang pilihanraya, baik. Jika kalah, SPR tipu.
Benar, kempen #UndiRosak ini hanya berlegar di alam maya, tetapi seperti kata Mahatma Gandhi ( bawah).
“Mulanya mereka mengabaikan kamu, kemudian mereka tertawakan, lepas itu mereka lawan kamu, dan akhirnya kamu menang.”
Pada awalnya memang mereka memperlekehkan kempen #UndiRosak ini. Mungkin mereka menyangka ia hanya parodi atau tidak serius seperti kempen 'PUNDAK (Parti Undi Rosak') yang wujud penggal yang lalu.
Tetapi sekarang HARAPAN sudah mula goyang. Anehnya, sehingga tempoh ini yang kelihatan tidak menunjukkan respon tergugat dek kempen #UndiRosak ini adalah parti gergasi seperti Umno dan PAS.
Sebab itulah ada tuduhan bahawa gerakan ini adalah gerakan tajaan kedua parti tersebut. Taktik menuduh sebagai askar upahan Najib untuk memberikan nama busuk kepada pemain gerakan #UndiRosak ini tidak akan menyelesaikan mimpi ngeri HARAPAN.
Sebaliknya, cabaran HARAPAN dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi lebih getir apabila terpaksa berhadapan dengan dua musuh serentak iaitu BN dan gerakan undi rosak.
HARAPAN yang masih berharapan
Namun begitu, HARAPAN masih punya masa untuk menyusun semula strategi sama ada mengambil langkah berkompromi dan berunding semula dengan 'gerakan yang tidak disusun dalam bentuk organisasi' ini demi untuk lebih fokus kepada matlamat asalnya.
Apa formulanya, bagaimana penyelesaiannya, masa menentukan. Tetapi jika HARAPAN berasa tidak perlu melayan, HARAPAN masih mempunyai kelebihan dan mampu menjelajah ke seluruh negara menyampaikan mesej melalui kempen kesedaran mengajak rakyat menggunakan hak mereka keluar membuang undi.
Sementara gerakan #UndiRosak hanya setakat berlegar di alam maya sahaja kerana gerakan ini tidak disusun sebagai sebuah badan organisasi. Mereka belum pasti akan muncul di medan nyata untuk menemui rakyat dan mengajak rakyat untuk rosakkan undi.
Tetapi tidak mustahil, gerakan maya #UndiRosak yang sekarang ini menjadi hantu di dalam mimpi HARAPAN tiba-tiba boleh menjelma di alam nyata dan merasuk rakyat khususnya pengundi muda sehingga memberikan impak besar kepada keputusan pilihanraya.
Ya, undi rosak tidak memihak kepada HARAPAN tetapi undi rosak juga tidak menambahkan undi BN. Yang nyata, dalam keadaan pilihan raya yang penuh tempang, undi rosak akan membenam HARAPAN. Inilah sebabnya mengapa #UndiRosak menakutkan HARAPAN. Masihkah HARAPAN ada harapan?
RONASINA Penulis, aktivis
Sumber TKO - 22-1-2018
Jangan-jangan selepas ini pembangkang yang kena minta maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana asyik fitnah beliau berpuluh-puluh tahun!
Sudah dua RCI dibuat bagi mencari dosa-dosa (jenayah) Dr Mahathir, sampai sekarang beliau masih steady, tidak diseret ke mahkamah, oleh itu tidak bersalah.
Jangan-jangan memang betullah keputusan Dr Mahathir memecat DS Anwar Ibrahim kerana rendah akhlaknya. Cuma Tun dulu kurang bukti tetapi zaman DS Najib Razak makin jelas. Ada video sekali!
Saya sudah mula percaya Tun ini memang baik dan bagus tetapi kerjaya politiknya selalu kena fitnah pembangkang. Dahsyat rupa-rupanya politik fitnah ini. Tidak cukup fitnah Tun dan demonstrasi, bela pula perut kempes Anwar untuk tunjukkan dia jadi mangsa.
[ii]
Kalau pembangkang menang dalam PRU14, ternyatalah selama ini mereka menyebar fitnah semata-mata, konon pilihan raya tidak bebas, tidak adil, dan senget sebelah.
Rupa-rupanya sebelum ini pilihan raya difitnah tidak betul sebab orang Felda dan orang kampung tidak sokong! Selepas menang nanti, selepas dapat undi Felda dan orang kampung, apa perlu lagi reformasi sistem pilihan raya, kan?
Macam di mahkamahlah. Kalau pembangkang menang kes, hakim adil dan berani. Kalau pembangkang kalah, ada campur tangan eksekutif dan undang-undang diperalatkan!
Saya insaf atas tanggapan silap saya pada Tun ini selepas membaca sekelian banyak orang yang boleh menerima Tun. Seperti orang ramai, saya juga ingin ikut angin dan ikut arus semasa. Saya ingin bersama majoriti.
Jika saya kecam Tun dulu, itu juga kerana saya terpedaya dengan fitnah pembangkang. Maafkan saya
Fathi Aris Omar
Penulis buku ‘Agong Tanpa Tengkolok’
Sumber TKO - 22-1-2018
Kisah pak lebai ditipu syaitan
Posted on Monday, January 22 @ 17:42:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37859 |
Pada zaman dahulu kala, ada seorang pemimpin yang bermadah daripada bahasa asing yang menjadi kebanggaannya menyebut, “adalah lebih baik bersama syaitan yang dikenali daripada bersama malaikat yang tidak dikenali”.
Kenyataan yang mengejutkan seseorang yang beriman, kerana kita disuruh beriman kepada malaikat makhluk yang baik dan mulia walaupun kita tidak pernah melihatnya dengan mata.
Adapun syaitan itu telah ditetapkan sifat wajibnya, jahat dan menipu walaupun dia berupa manusia yang segak dan menarik.
Allah yang wajib bersifat Maha Benar dan Rahmat menyuruh kita beriman kepada adanya makhluk malaikat yang berada di alam ghaib, yang sangat suci peribadinya. Allah berfirman:
“Para Malaikat itu tidak sekali-kali durhakakan Allah terhadap apa-apa sahaja yang diperintah kepada mereka supaya melakukannya dan mereka mesti melakukan apa sahaja yang diperintah (Allah) kepada mereka supaya dilaksanakan” (Surah At-Tahrim: 6)
Sebaliknya syaitan pula, Allah menyuruh hamba-Nya supaya memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya dalam surah yang terakhir daripada Kitab Suci Al-Quran dan setiap kali memulakan bacaan Al-Quran.
Ia menunjukkan betapa bahayanya syaitan itu dalam kehidupan manusia, sehingga orang membaca al-Quran boleh ditipunya, termasuk yang bersembahyang, apatah lagi yang buta Al-Quran atau kurang sembahyangnya dan lebih lagi kalau tidak sembahyang, kerana terus boleh dikerah bila-bila masa dan di mana sahaja menjadi khadam atau ejennya.
Mungkin yang mengenali syaitan itu sudah bersahabat dengannya. Oleh kerana tidak pernah melihat malaikat, maka dirasakan syaitanlah yang lebih berjasa dan berbudi, atau dia juga berperangai menipu dan berputar belit seperti syaitan.
Adapun orang yang beriman sudah cukup percaya dengan pesanan Al-Quran dan nasihat Rasulullah S.A.W. Kalau dia pernah ditipu atau disesatkan oleh syaitan, maka dengan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Akibat percaya syaitan
Satu kisah menarik dalam kitab tasawuf menceritakan pada zaman dahulu bagaimana seorang lebai yang kuat beragama ditipu oleh syaitan walaupun sembahyangnya tidak ditinggalkan.
Apabila diketahuinya penduduk sebuah kampung memuja pokok yang disangka penunggu daripada syaitan yang berbudi kepada mereka sehingga menjadikan hasil pertaniannya subur, maka pokok itu menjadi tempat pemujaan. Maka si lebai yang kuat bersemangat agama itu mahu mencegah kemungkaran syirik memuja syaitan membawa kapak dengan niat ikhlas kerana Allah, bersemangat menebang pokok yang dipuja.
Apabila tiba di tempatnya muncullah syaitan yang disangka menjadi penunggu itu menghalangnya. Maka bergelutlah dia dengan syaitan itu, kerana tujuannya kerana Allah, syaitan dapat dikalahkannya.
Tiba-tiba syaitan yang pandai menipu itu merayu supaya dia dibebaskan dengan tawaran yang menarik, menjanjikan kepada pak lebai bahawa dia akan meletakkan duit di bawah tikar sembahyangnya setiap pagi.
Dengan tawaran duit ini, maka pak lebai sedia membebaskan syaitan yang sudah dikenali dengan janjinya yang menarik itu.
Arakian kisah cerita berikutnya, pak lebai mendapati memang ada duit yang dijanjikan di bawah tikar sembahyangnya, maka terikat kasih kepada syaitan yang dikenali kerana duit itu.
Alkisah setelah beberapa hari tiba-tiba duit tidak ada lagi. Maka marahlah pak lebai kerana syaitan sudah menipunya dan mungkir janji. Terus dipikul kapaknya dengan penuh semangat berhasrat untuk menebang pokok kerana marahnya kepada syaitan yang memungkiri janji tidak ada lagi duit yang diberikan, bukan lagi kerana mencegah kemungkaran yang akan dicatat oleh malaikat yang tidak dilihatnya akan amal pahala menentang syaitan itu.
Apabila dia sampai, syaitan terus menghalang dan berlaku pergelutan yang sengit, tiba-tiba kali ini syaitan yang menang dan pak lebai menyerah kalah.
Demikianlah akibat percaya kepada syaitan yang dapat dilihat dan tidak percaya kepada malaikat yang tidak dapat dilihat.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Sumber TKO - 22-1-2018
Ada juga orang puji penghina Nabi?
Posted on Monday, January 22 @ 12:24:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37857 |
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Junjungan Nabi ialah manusia terpilih, diutus sebagai penyelamat manusia dan terbukti sebagai insan yang terbaik dari segala yang terbaik.Tetapi di zaman ini masih ada manusia yang nak tunjuk ianya lebih pandai dengan selambanya menghina Baginda Nabi dengan kisah pisau cukur yang kononnya tidak ada di zaman Nabi yang menyebabkan Nabi tidak bercukur dan tidak menjadi insan segak seperti dirinya.Itulah Mahathir yang dengan sombongnya menghina Nabi dan sehingga sekarang tidak kedengaran bahawa dia menarik balik penghinaannya dan kembali bersahadah seperti mana diperuntukan di bawah undang undang Riddah kalau negara berada di bawah pemerintahan Islam.Inilah manusia yang kembali mahu dijadikan PM negara oleh PH dan inilah manusia yang dipuji melangit oleh setengah manusia yang samaada bebal jahil atau sengaja memuji kerana dedak manis yang ditaburkan.
Untuk apa memuji Mahathir yang sudah terang dan jelas menghina Nabi dan keluarganya yang nampak semakin jelas menentang perintah Allah.Sebut saja nama anaknya, akan terserlah penentangan demi penentangan terhadap perintah Allah.
Kenapakah masih ada orang yang mengaku Islam masih memuji Mahathir dan mengenepikan perintah mendengar dan mentaati yang sepatutnya dimiliki oleh setiap insan yang mengaku Islam.Islam adalah pengakuan yang datang dengan ikhlas seperti mana dikehendaki ketika mengucap sahadah bagi seseorang yang baru menerima hidayah, mengucap dengan mulut dan mengaku dengan hati yang ikhlas.Pengakuan ini pula seperti sering diceramah dan dikuliahkan oleh UAI bermakna menerima semua perintah dan larangan Allah tanpa perlu dipersoalkan, inilah perintah mendengar dan mentaati yang dikehendaki dimiliki oleh semua orang Islam.Bukan hanya mendakwa sesetengah golongan itu mendakwa mereka Islam sedangkan orang yang mendakwa itu sendiri tidak mahu mengikuti perintah mendengar dan mentaati malah dalam kes yang exterim, mereka langsung tidak mendengar(dalam erti tidak mahu belajar hukum hakam Islam) tetapi membantah ketaatan orang lain.itulah Mahathir dan keluarganya dan itulah juga golongan pemuji Mahathir yang sekarang terlalu teruja mahu menjadikan dia PM sementara.
Inilah golongan yang sama ada bebal jahli atau pemakan dedak manis tetapi mahu menunjukkan pandai tak bertempat sebab mereka hanyalah melondehkan kebodohan sendiri apabila memuji orang yang menentang ugama dengan jelas, menyokong kebathilan dan menolak kebenaran sedangkan mereka semacam lupa satu hari mereka juga akan mati seperti Kasim Ahmad dan apabila mati nanti talkin yang dibaca dikubur mereka itu adalah talkin dari apa yang disampaikan oleh Nabi tentang kehidupan di alam barzakh.
Tak ada istimewanya Mahathir kalau nyawanya sampai ke halkum nanti, mati itu pasti, tidak ada seorangpun boleh melepaskan diri mereka.Untuk apa puji melangit manusia seperti ini?
Sumber TKO - 22-1-2018
Bapa, Anak Sama Aje... Itu belum masuk Cucu... Penentang Islam!
Posted on Sunday, January 21 @ 23:58:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37856 |
Kuala Lumpur: Keganasan akan subur dan masyarakat negara ini akan berpecah belah sekiranya agenda Islamisasi yang berlaku di Malaysia berterusan, demikian menurut Datin Paduka Marina Mahathir ketika melancarkan buku ‘Illusions of Democracy: Malaysian Politics and People Volume II’ di Kuala Lumpur pada 17 Januari baru-baru ini.
Menurut Marina Mahathir, Islamisasi adalah satu penjajahan dan konsep yang diketahui ganas. “Ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.” Marina menggunakan satu kes terpencil seorang lelaki menampar seorang wanita tidak bertudung, lalu membuat dakwaan bahawa Islamisasi akan merobek Malaysia dan menjadikan negara ini merosot.
Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight, sekiranya seseorang itu tidak arif, kata-kata Raof Husin di Konvensyen Kebangkitan Ummah berkenaan bantuan pendidikan dihadkan kepada kaum Bumiputera sahaja dan cadangan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi berkenaan kabinet Melayu itu akan kedengaran seperti dilaungkan oleh kumpulan pengganas IS.
“Kalau kita tidak tahu, tidakkah kita akan berfikir bahawa IS (Daesh) juga berkata perkara yang sama?” dakwa Marina Mahathir lagi. Selain daripada itu, Marina Mahathir turut membuat dakwaan bahawa terdapat juga nada toksik kumpulan Islam yang paling ganas di dunia yang kedengaran di negara ini.
Penyunting buku tersebut, Sophie Lemiere sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa pertubuhan bukan kerajaan seperti Pekida dan badan-badan yang bersekutu dengannya merupakan fenomena yang serupa seperti ‘Preman’ atau ‘samseng’ di Indonesia.
XOXO - Benar peribahasa Melayu Bapak Borek, anak rintik. Tapi Mahathir Melayu sudah lupa. Jadi Mudahlah Mahathir dan anak beranak memanipulasi kebodohan Melayu.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 21-1-2018
Berburu Ke Padang Datar, Dapat Rusa Berbelang Kaki
Posted on Sunday, January 21 @ 23:10:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37854 |
Siapa Datuk Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pendidikan yang menggesa guru yang tidak menyokong kerajaan (sebenarnya ‘tidak menyokong UMNO/BN’) supaya meletakkanjawatan? Siapa speaker Dato’ Seri Ahmad Razif, MB Terengganu? Siapa Datuk Zubir Embong, speaker DUN-nya? Bukankah mereka asalnya guru? Apakah lepas masuk bertanding pilihanraya baru mereka bergiat dalam politik?
Semasa bertugas sebagai guru dulu tidakkah mereka merupakan penggiat politik dan memegang jawatan tertentu di dalam UMNO? Persoalannya, apakah sikap Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan waktu itu?
Menteri Pendidikan patut belajar politik matang dan sejahtera daripada PAS.
Era pendidikan makin maju. Bukan saja guru, pelajar juga semakin educated. Institusi yang paling ramai pemegang ijazah ialah sekolah dan IPT. Hampir semua guru sekolah baik menengah atau rendah kini adalah pemegang ijazah. Kalau sesebuah sekolah ada 100 orang guru, 95 orang adalah pemegang sarjana muda dan sarjana. Apakah sebuah institusi yang cemerlang begini rela diperbodohkan pak menteri?
Bodoh bagi guru hanya dalam dua situasi; bodoh kerana menyokong parti yang cakap tak serupa bikin atau buat-buat bodoh. Memang ada segelintir guru yang terus menyokong UMNO/BN walaupun UMNO/BN tipu rakyat dengan GST. Mereka terus sokong UMNO/BN walaupun rasuah dan ketirisan ekonomi menyebabkan rakyat menanggung bahananya pada hari ini.
Mereka terus memuja UMNO/BN walaupun parti keris telanjang dan dacing itu menyebabkan tanah rezab Melayu tergadai. Malah mereka bangga melihat bendera-bendera keris terpacak di pagar-pagar sekolah walaupun pemimpin merekalah berkata jangan bawa masuk politik ke sekolah.
Manakala golongan kedua yang buat-buat bodoh memang ramailah. Pengetua suruh guru sediakan tempat untuk UMNO buat program di sekolah, guru buat. Buat-buat bodoh. Pengarah JPN suruh guru berikrar sokong kerajaan walaupun sebenarnya sokong UMNO/BN, guru ikrar. Buat-buat bodoh. Menteri kata kalau nak berpolitik ( sebenarnya berpolitik di pihak pembangkang) , sila letak jawatan, guru angguk. Buat-buat bodoh. Satu tindakan yang amat padan dengan Pengetua, Pengarah dan Menteri Pendidikan yang bodoh.
30 tahun aku menitiskan ilmu di sekolah. Berbagai-bagai karenah pengetua, PPD, Pengarah dan Menteri Pendidikan aku dan rakan-rakan hadapi. Kami yang disyak menyokong pembangkang, disenaraikan nama untuk rekod Jabatan Pelajaran Negeri. Ugutan. Kalau borang Prestasi Tahunan, jangan tulis penglibatan dalam masyarakat sebagai ahli atau AJK PAS. Nahas. Tetapi ramai guru kategori bodoh tadi rasa teruja ketika menulis “ahli atau AJK UMNO”. Bertuah.
Jemput wakil rakyat rasmi mesyuarat agung PIBG, dia cakap soal sokong kerajaan (sokong UMNO sebenarnya). Jemput menteri rasmi sesuatu program di sekolah, dia cakap tentang parti pembangkang tak pandai memerintah Kelantan. Datang PM, apalagi penuh bersusun bendera dan manusia yang beruniform UMNO/BN mencemar alam sekitar sekolah. Setiap majlis atau program di sekolah, apabila dijemput wakil rakyat atau orang politik berucap bersedialah kita untuk dengar ceramah politik. Dalam situasi berbeza, mereka inilah juga yang berkata jangan berpolitik di sekolah.
Kalau ada dalam kalangan kami yang dilihat selalu hadir ceramah atau aktiviti politik PAS, kami dipanggil ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Kami disoal itu ini, diugut dan diperli – itu biasa. Klimaksnya, kami ditukar kehujung negeri atau ke pulau. Lebih teruk lagi mereka sanggup tukar kami ke pedalaman Sabah dan Sarawak walaupun mereka tahu kami sudah ada anak isteri. Banyak kes seperti ini kerana campur tangan orang politik, khususnya JKKK.
Kami pernah diperlekeh konon serebeh (kalau ada yang berserban). Kami dituduh banyak berpolitik daripada mengajar. Kami dituduh mengajar murid membenci pemimpin negara? Gesaan Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid agar guru yang menentang kerajaan (sebenarnya tidak menyokong UMNO/BN) meletakkan jawatan itu hanyalah lagu ulangan yang mengungguli carta bangsat politik.
PAS telah lama mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS). Sebab itulah kerajaan PAS tak pernah menganaktirikan, memperlekeh apalagi mensabotaj sekolah kementerian di Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika ada kuasa. Anehnya, pemimpin PAS disekat daripada merasmikan mesyuarat agong PIBG di sekolah di mana sekolah itu duduk dalam dalam negeri di bawah pentadbiran PAS. Jangan ketawa kalau aku katakan ada pentadbir sekolah melarang guru menerima kek Hari Guru yang dihantar oleh pihak PAS. Jika ada yang baik hati melayan, terpaksalah jawab panjang lebar ke pihak PPD.
PAS sudah lama matang dalam politik. Kini gagasan BPMS adalah produk rasmi PAS di pasaran terbuka. Belum terkesankah pemimpin UMNO? Atau betulkah kata orang, “ UMNO tertinggal 10 tahun di belakang”?
Berguru ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Guru bersikap kurang ajar,
Kerana sikap pak menteri.
BDA
21/1/2018
#UP
#NekadBersamaIslam
#MAMPUCentre
Sumber TKO - 21-1-2018
Suasana terbalik! dulu ada macai Umno sekarang diambil alih oleh macai PH...
Posted on Sunday, January 21 @ 19:00:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37851 |
Assalamualaikum,,,
Teringat saya pada ketika kita sedang asyik berjemaah dan berkempen untuk kemenangan PAS pada tahun 2004 dulu, tiba tiba kita berdepan dengan satu kejutan besar besaran, kejutan yang datang seperti ribut pasir menyerang kita sehingga kita seperti kaku dan tidak berdaya melawan.Kemudiannya apabila suasana begitu berterusan baru kita sedar kita sebenarnyya diserang oleh segerombolang spesis macai yang dicitpa oleh Umno menerusi idea licik bekas presidennya Tun Mahathir.
Ciri ciri macai kemudiannya dikenal pasti dan kita mula berdepan dengan mereka sehingga mereka pupus.Mykmut ialah laman sosial mereka yang menjadi tempat buang tahi para macai Umno ini kemudiannya hilang terus dari persada siber.Tetapi kehilangannya diganti oleh satu lagi spesis yang hampir serupa dan menjadikan jemaah PAS sebagai target seperti macai Umno juga serta ciiri ciri mereka juga hampir sama.Gerombolang baru muncul ini kemudiannya dikenalpasti sebagai macai PH yang seperti macai Umno menjadikan fitnah sebagai alat propaganda untuk menyerang jemaah PAS.
Kita boleh dengar dan lihat sampai hari ini, Macai macai PH masih mendendangkan pasal dedak Umno yang PAS terima,Sekalipun PAS sudahpun menyahut cabaran mereka untuk menyaman SR kerana mengeluarkan artikal fitnah itu.
Kita juga boleh mendengar macai PH mengenchokan suara suara pemimpin mereka yang fobia dengan Ug PAS Umno walaupun dalam suasana yang nyata dan jelas tidak ada tanda tanda Ug akan berlaku kecuali kemungkinan pembentukan kerajaan campuran yang diperlukan oleh sistem negara, itu saja sebenarnya tetapi bagi macai PH seperti pemimpin mereka juga itu tanda PAS mahu ug dengan Umno, apatah lagi PAS menerusi TGHH sudah menjelaskan pendirian mereka dengan sejelas jelas, ia itu tidak akan membentuk kerajaan dengan PH dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tidak cukup dengan perangai macai Umno yang sudah pupus itu, macai PH juga meniru cara macai Umno menfitnah sex.Masa macai Umno berleluasa dulu, kita dihidangkan dengan video sex DSAI, Cikgu Pa dan ada juga gambar dan cerita sex Azmin Ali dan Ustaz Badrul Amin, tiba tiba bila tiba giliran macai PH ada pula cerita sex Ustaz Mokhtar Senik.
Paling lucu ialah kesungguhan macai PH mengajak kita semua lawan Umno tetapi dalam masa yang sama mereka yang tiru Umno, mereka mengajak kita jangan ikut Umno yang kuat fitnah tetapi mereka sendiri yang kuat fitnah sehingga kepada perkara perkara yang jelas kantoipun mereka masih lagi buat fitnah.
Selama ini munculnya kumpulan yang disebut walaun oleh macai PH adalah kerana asalnya diusik dengan biadap oleh macai Umno dan kemudiannya apabila macai Umno mula pupus muncul pula macai PH yang didahului oleh macai Kuali, PAN meneruskan usikan biadap macai Umno itu.Kumpulan yang digelar waluan ini sebenarnya mereka yang istiqamah mempertanahkan Jemaah dari fitnah dari segenap penjuru dan dalam mempertahankan jemaah itu, ada diantara mereka yang memberi respon kepada macai PH mengikut bahasa macai PH dan kelihatan seperti badap dan maki hamun.Kemudiannya macai PH akan mendakwa walaun ini biadap dan suka maki hamun walhal mereka yang memulakan segalanya.
Inilah lawak king dari macai PH yang kekal sampai hari ini menggantikan macai Umno yang telah pupus.
Sumber TKO - 21-1-2018
Hindari Budaya Politik Fitnah
Posted on Saturday, January 20 @ 09:45:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37830 |
“FITNAH itu besar (dahsyat) daripada melakukan pembunuhan.” - (Surah al-Baqarah ayat 217). Tafsiran ayat al-Quran pada surah berkenaan jelas memberi maksud kepada kita khususnya orang Muslim bahawa dosa ke atas seseorang melakukan fitnah bukan suatu perkara yang boleh dikompromi.
Budaya fitnah bukanlah satu penyakit baharu, malah wujud sejak berkurun lamanya. Ketika zaman pemerintahan Rasulullah SAW, isteri baginda dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Maa’thal pada tahun kelima Hijrah. Penyebaran fitnah didalangi Abdullah bin Ubai itu telah menggemparkan masyarakat Madinah ketika itu menyebabkan Saidatina Aishah r.a jatuh sakit selama sebulan.
Walaupun masyarakat seringkali diingatkan melalui pelbagai siri ceramah ataupun kuliah agama tentang bahaya dan dosa melakukan fitnah, namun pesanan para agamawan itu seolah-olah mencurahkan air ke atas daun keladi. Amalan fitnah yang dibandingkan dosanya lebih berat daripada membunuh bagaikan tidak memberi erti. Mereka hanyut dengan gejala penyebaran berita palsu itu dan seakan-akan puas apabila fitnah yang dicetuskan itu tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Jika zaman sebelum ini khabar berbaur fitnah tidak mudah disebarkan kepada orang kedua, ketiga dan seterusnya, namun dengan munculnya pelbagai platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan Telegram telah menjadikan penyakit fitnah ini semakin kritikal hingga sukar dibendung.
Walaupun Malaysia telah mengambil langkah proaktif sejak sekian lama dengan memperkenalkan Akta Fitnah 1957 untuk membolehkan tindakan diambil terhadap si pemfitnah termasuk penjara ataupun saman ganti rugi, namun ia seolah-olah tidak menghalang segelintir individu yang mempunyai pengaruh dan kekayaan berhadapan dengan sebarang bentuk hukuman.
Mereka ini melempar fitnah kemudian didakwa dan dijatuhkan hukuman dan seterusnya membayar denda kemudiannya mengulangi kembali perbuatan keji tersebut. Matlamat mereka hanya mahu mencalarkan imej musuh dan fitnah dijadikan senjata utama.
Pentas politik tanah air akhir-akhir ini terlalu banyak dikotori dengan fitnah hanya kerana untuk mencapai matlamat peribadi masing-masing. Ironinya, rakyat bagaikan menyokong permainan politik fitnah ini apabila ada dalam kalangan mereka sanggup menderma kepada pelaku fitnah yang disahkan bersalah mengikut saluran undang-undang bagi tujuan membayar saman.
Kesalahan memfitnah melibatkan pemimpin politik yang dimaksudkan itu bukanlah kali pertama terjadi, bahkan beliau pernah membuat kenyataan berbaur fitnah seperti isu cincin, namun dalam sesi pendakwaan di mahkamah, politikus pembangkang tersebut berkata fitnah yang dilemparkan hanyalah gurauan atau seloroh semata-mata.
Pada Disember 2017, politikus yang sama sekali lagi memfitnah hanya kerana memiliki nama bapa sama dengan seorang pemilik syarikat yang mendapat tender daripada kerajaan.
Budaya politik fitnah mungkin dianggap berkesan bagi sesetengah pihak untuk menjatuhkan pihak lawan apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat dan media sosial sekarang. Namun, matlamat tidak menghalalkan sesuatu cara dan jika tidak dibendung kesan buruknya adalah kepada keselamatan masyarakat dan negara ini.
Kita mungkin tidak lupa dengan apa yang pernah terjadi kepada Saddam Hussein al Tikriti iaitu Presiden Iraq yang mati digantung pada 2006. Pakatan Britain dan Amerika Syarikat telah menggunakan segala saluran media milik Barat bagi membunuh karakter (character assassination) pemimpin Islam tersebut.
Bukan hanya difitnah memiliki ramai isteri, malahan beliau telah didakwa sebagai anak luar nikah. Media Barat turut menuduh anak beliau sebagai pengedar dadah antarabangsa. Usaha pembunuhan karakter oleh pakatan Britain dan AS terhadap Saddam tidak mampu mempengaruhi masyarakat dunia sehinggalah mereka berjaya membuat tuduhan palsu bahawa Iraq menyimpan senjata kimia yang boleh mengancam masyarakat dunia.
Berpunca daripada fitnah itu, maka tercetusnya perang Iraq 2003 dan serangan secara besar-besaran dilakukan oleh AS dan United Kingdom (UK) ke atas negara teluk itu dan ini seolah-olah dipersetujui majoriti masyarakat dunia yang termakan dengan fitnah Barat.
Modus pembunuhan karakter pakatan rejim AS dan UK ke atas Saddam Hussein melalui fitnah atau berita palsu kelihatan turut digunakan segelintir ahli politik pembangkang Malaysia sama ada secara sedar ataupun tidak.
Pakatan mereka bergerak secara tersusun untuk merosakkan kredibiliti pemimpin negara melalui beberapa siri serangan fitnah yang dibuat secara teratur dan strategik. Tuduhan dibuat tanpa bukti konkrit berterusan dilemparkan terhadap pemimpin negara dan membiarkan berita tersebut tersebar ke seluruh negara melalui pelbagai saluran media.
Justeru, sebagai individu bertanggungjawab khususnya orang Islam, sikap mencari kebenaran (tabayyun) perlu ada dalam diri. Sebarang bentuk berita diterima sama ada melalui media sosial dan sebagainya, perlu disemak kesahihannya terlebih dahulu agar tidak tergolong dalam kalangan mereka menyebarkan berita palsu atau fitnah.
Diharapkan pihak kerajaan juga perlu mengkaji Akta Fitnah 1957 supaya hukuman ditetapkan perlulah sejajar dengan cabaran fitnah zaman media sosial yang dilihat lebih mudah mengancam keselamatan negara tercinta.
Muhamad Saifulbakri Yusoof
Sumber TKO - 20-1-2018
Ini pula kata veteren Umno!
Posted on Saturday, January 20 @ 09:23:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37827 |
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Beberapa hari lepas saya terserempak dengan seorang Veteren Umno, seorang bekas Polis yang terlalu banyak dibrainwash oleh Umno dan BTN sehingga beliau dikenali sebagai seorang yang telan keris di kalangan penduduk tempatan.Kisah berlaku ketika saya berbual dengan seorang rakan jemaah mengenai kata kata Mahfuz yang mendakwa TGHH mahu berUg dengan Umno di mana veteren Umno berkenaan menghampiri kami dan mendengar perbualan kami.Lalu dia menyampuk dan bertanya kenapa pula PH sibuk pasal UG, ikut suka PASlah nak UG dengan sapa sapa pun.
Dia lalu berkata Mahathirpun orang tak pakai dah tapi PH ambil apa ker hal?
Mahathir yang banyak tinggal tahi untuk Najib basuh mana boleh pakai lagi.Hari ini semua orang mahu kepada Islam, jadi apa ker hal nak angkat lagi Mahathir yang sudah nyata tahap keIslamannya.
Dalam hati, saya berbisik, kalaulah Negara kita sebuah negara Islam dengan melaksanakan seluruh undang undang Islam, sudah tentu Mahathir sudah ditangkap dan dibicarakan serta diminta untuk mengucap shahadah kembali ketika dia menghina sunah Nabi dulu dan kalau enggan sudah tentu dihukum bunuh di bawah kesalahan Riddah yang dilakukannya.Setakat ini, belum ada apa apa berita yang mengatakan Mahathir sudahpun mengucapkan shahadah ekoran kata kata hinaannya kepada sunnah Nabi dulu.
Inikah orang yang nak kita angkat kembali sebagai pemimpin tertinggi negara?
Bayangkan kalau seorang yang dibrainwash sebegitu rupa seperti veteren Umno itu yang pernah pula sanggup mengeluarkan kata kata hinaan yang dasyat terhadap TGHH malah lebih dasyat dari hinaan macai macai PH hari inipun tak sanggup mengangkat Mahathir kembali, di mana akal puak puak PH yang pernah pula satu ketika dulu melawan Mahathir sampai tak rak?
Saya boleh menjangkakan tidak ada macai PH yang tampil memberi respon kepada tulisan saya dengan waras dan adil sebaliknya mungkin ada yang terus menggunakan pendekatan mereng untuk menafikan apa yang saya tulis.Bukan menafikan apa yang dikatakan oleh veteran Umno tersebut atau memberi hujah yang menjustifikasikan pemilihan Mahathir yang boleh diterima oleh semua.Tak percaya tengok nanti kegilaan macai PH yang akan menyerlahkan mereka lebih gila dari macai Umno yang sudah pupus, macai yang dikawal selia oleh Mahathir ketika dia masih lagi Umno dan mungkin sekarang dia juga menyelia macai PH.Macai Umno memang sudah dilatih untuk jadi gila, tapi bagaimana macai PH?
Itu tidaklah penting mana, yang lebih penting rakyat terutamanya pengundi tidak harus diperbodohkan.Rakyat harus lebih bijak memilih dan kerana itu jugalah saya terpanggil untuk menyumbang sedikit maklumat yang boleh dipertimbangkan oleh pengundi dalam membuat pilihan.Islam bukan sekadar percakapan di mulut atau tulisan di kertas sahaja tetapi Islam adalah petunjuk yang jelas terhadap apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, Islam ada petunjuk yang jelas mengenai jalan untuk ke syurga dan jalan untuk ke neraka.Semuanya mesti diikuti kalau benar benar kita mahu Islam memerintah.
Tidak perlu untuk mendakwa PAS itu Islam atau Islam itu PAS yang pernah dibuat oleh macai Umno satu ketika dulu dan kini nampaknya macai PH pula mengambilnya.Sebaliknya PAS perlu difahami hanyalah sebuah Jemaah Islam yang ditubuhkan untuk mematuhi perintah Allah dan Nabi, perlu dibezakan dengan jelas mengenai PAS dan Islam, bukan menjadi bebal terus sedangkan perkara ini adalah terlalu asas untuk difahami oleh seluruh orang Islam atau yang mengaku Islam.
\
Kalau veteran Umno yang satu ketika begitu taksub dan teruja dengan Mahathir boleh menolaknya sekarang, kenapa pula orang orang yang pernah menjadi lawannya sanggup pula mengangkatnya?
Fikir fikirlah dengan waras....
Sumber TKO - 20-1-2018
Grand Design Mahathir dan UMNO?
Posted on Friday, January 19 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37822 |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya mereka tulis Malaysian United Indigenious Party (MUIP)
Orang tidak sedar 'Pribumi' itu terjemahan bahasa 'orang putih' yang selalu orang pakai selain 'Indigenious' adalah 'Native', yang bermaksud orang asal.
Sebenarnya asalnya mahu diletak Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia. Yang terjemahannya Inggerisnya adalah United Malaysian Natives Organization. Ringkasnya UMNO! Kerana mereka sungguh sungguh sayangkan UMNO.
Tetapi mereka menyamar dulu sementara jatuhkan lawan politik mereka, Najib, dengan memperkudakan parti parti politik yang terdesak mahu mencari sokongan orang Melayu kerana PAS tetap tegas tidak mahu bersama mereka.
PRU14, jika Najib gagal, ahli UMNO akan desak beliau letak jawatan. Pemimpin baru yang gantikan Najib akan isytihar mahu membuka lembaran baru dengan mempelawa bekas pemimpin pemimpin UMNO yang berada dalam PPBM agar pulang ke pangkuan UMNO.
Itulah yang diperkatakan ahli UMNO di bawah. Yang diluar UMNO yang bersama dengan Mahathir, mahupun yang masih ahli UMNO tapi mahu beri tekanan supaya Najib meletak jawatan. Mereka berpakat. Yang dalam akan sabotaj dengan mengundi 'UMNO' Mahathir.
Sudah PRU14, Mahathir akan mula tunjuk wajah sebenar yang akan memulakan perselisihan dan pergaduhan dengan parti parti lain dalam Pakatan Harapan.
Dia akan mulakan dengan bergaduh dengan DAP. Beliau cukup benci DAP sejak dari dulu sepertimana ahli ahli UMNO yang lain yang sejak dari kecil diasuh memusuhi DAP.
Dia akan menghasut bekas ahli UMNO dalam PKR untuk bersamanya menentang DAP dengan membangkitkan rasa tak puas hati sikap DAP yang tamak dan mahu tentukan banyak perkara hingga mencampuri urusan yang berkait sensitiviti orang Melayu.
Dengan mula kembali bermusuh dengan DAP, dia tahu akan dengan cepat mengembalikan sokongan ahli UMNO kepada beliau.
Atas alasan tiada persefahaman lagi, Mahathir sendiri yang akan merundingkan 'kepulangan beramai ramai' ahli PPBM dan sebahagian PKR ke dalam UMNO.
PH yang awal awal lagi telah mengagihkan bilangan kerusi paling besar kepada PPBM sebenarnya telah hilang 52 kerusi PPBM itu kepada Barisan Nasional. Itu belum lagi termasuk bilangan kerusi di Sabah yang paling besar akan diperuntukkan kepada parti pimpinan mantan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang bila dijumlahkan nanti begitu besar bilangannya mengatasi parti PKR, PAN, DAP.
Akhirnya, pelan besar Mahathir untuk menyelamatkan Barisan Nasional akan tercapai.
Hampa dan kecewalah rakyat yang gigih berjuang inginkan perubahan. Mereka yg berkorban di era Reformasi.
PAS yang menjadi 'musuh politik tradisi' UMNO ini telah cukup masak dengan psikologi politik UMNO. PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 sudah berdepan dengan UMNO sejak pilihanraya 1959. Malah sebelum itu lagi perjuangan Islam yang dibawa parti yang asal sebelum tertubuh PAS iaitu Hizbul Muslimin diharamkan penjajah British yang rapat dengan UMNO.
Lagikan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah berikrar tidak akan kembali kepada UMNO dengan ungkapan 'sudah bakar jambatan', akhirnya pulang beramai beramai dipimpin oleh beliau sendiri ke dalam UMNO.
Inikan pula Mahathir yang punya begitu banyak kepentingan berkait masa depan politik dan perniagaan anak anak beliau, rakan rakan rapat beliau dari kalangan rangkaian ahli ahli perniagaan kroni beliau.
Jika rakyat betul betul tidak mahu budaya kerosakan yang di bawa oleh UMNO terus merosakkan negara sehingga akhirnya rakyat menjadi susah, tiada guna kita jatuhkan UMNO Najib tetapi akhirnya yang naik berkuasa adalah UMNO Mahathir pula yang sudah terang lagi bersuluh acuan yang sama.
Banyak kerosakan yang berlaku adalah hasil didikan UMNO era Mahathir. Kepimpinan UMNO hari ini mengikut Teladan yang ditunjukkan Mahathir sendiri.
PAS menyeru perubahan dengan meletakkan Islam memimpin. Ia satu jaminan yang akan memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada orang Melayu, malah juga orang Cina , India, Iban, Kadazan serta semua kaum lain.
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM 19 Januari 2018
Sumber TKO - 19-1-2018
PAS Perlu menangani Segera Isu Keyboard Warrior
Posted on Friday, January 19 @ 14:25:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37814 |
Alam siber politik semakin berdebu di ambang PRU14. Debu-debu tapak kaki kuda perang mujahid turut diselaputi oleh debu kotor para munafikun. Pemimpin dan ahli PAS telah mengesan penyamaran cybertrooper musuh yang konon pro-PAS. Tetapi karat jarumnya telah tercicir bersama kata nista, kotor, adu domba dan menyerang pemimpin terpilih.
Yang tiada nombor ahli PAS mengaku penyokong bebas PAS. Yang ada pula jadi lesen untuk jadi CT PAN/PH/UMNO/BN yang menyamar sebagai CT PAS. Dekat-dekat PRU begini, golongan musuh sudah ambil kaedah bertopeng watak-watak Mission Impossible. Kalau penonton biasa terkeliru dengan watak penyamaran dalam filem Yahudi itu, samalah juga di alam siber yang sesiapa sahaja boleh berdaftar dengan identiti palsu.
Memang di dalam grup-grup ini ada ahli atau penyokong PAS tulen. Mereka dikenali oleh pemimpin tempatan. Namun watak-watak yang disangsikan nampak dominan dengan gaya bahasa bukan ahli tarbiyah.
Perbalahan mula timbul apabila sudah ada tuduh-menuduh dan cabar-mencabar. Masing-masing menampilkan diri sebagai cybertrooper bebas pro-PAS. Namun, tupai yang pandai melompat ada masanya terjatuh ke tanah juga. Lebih-lebih lagi apabila di ambang PRU14 ini. Masing-masing cuba memberi impak maksimum objektif mereka berkeyboard.
Kelibat mereka semakin terang di suluh mentari fajar yang mula menyingsing. Bahasa carut maki mereka, adu domba dan serangan ke atas pemimpin terpilih menyerlah rupa paras malah bau busuk mereka turut menerawang ke udara.
Tulisan-tulisan mereka memberi imej yang buruk kepada PAS. Strategi mereka sebenarnya adalah untuk backfire kepada PAS.
Justeru, di sini penulis mencadangkan beberapa tindakan yang dirasakan perlu diambil oleh pemimpin terutama melalui Lajnah Penerangan PAS Pusat.
1. PAS perlu mengarahkan ahli dan penyokong mengisytiharkan diri keluar daripada grup-grup yang diragui. Sekiranya grup-grup bebas masih perlu wujud atas inisiatif sendiri atau sebab-sebab tertentu, pastikan ada jawatankuasa yang dipimpin oleh pemimpin atau ahli PAS yang dikenali dan ahli-ahli grup hendaklah dikenali oleh jawatankuasa dengan kaedah tertentu. Grup-grup ini pula hendaklah di bawah seliaan atau pemantauan Lajnah Penerangan atau Mujahid Siber Pusat.
2. Mujahid siber PAS hendaklah dikenali oleh pemimpin di peringkat DUN dan Kawasan lagi sebelum diserap atau diterima masuk sebagai mujahid siber.
3. Lajnah Penerangan atau Ketua Mujahid Siber Negeri perlu memberi nombor identiti seperti MST 142 ( Mujahid Siber Terengganu dengan nombor siri yang ke 142). Ini memudahkan semakan apabila berlaku sesuatu kes yang meragukan.
4. Perlu ada ikrar tidak menggunakan bahasa maki, carut, gambar edit yang jelik dan tidak menyerang pemimpin dan parti secara terbuka atau sindiran.
Walallahu’alam.
BDA
19/1/2018
#UP
#NekadBersamaIslam
#MAMPUCentre
Sumber TKO - 19-1-2018
Sekadar Menjawab Pertanyaan Mahathir... Juga... Memperingati Dia... Mana tahu Di
Posted on Thursday, January 18 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37788 |
Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya tentang calon perdana menteri PAS.
“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.
Mahathir politiknya memang bijak, apabila ramai orang mempersoalkan kenapa HARAPAN meletakkan dia sebagai calon Presiden dan pendedahan daripada Khalid Samad bahawa Mahathir sendiri mencadangkan dirinya sebagai calon PM dalam mesyuarat HARAPAN dia alih isu ini kepada PAS.
Tapi memang dia mudah lupa. Dulu dia juga bercakap bahawa Hadi lebih baik daripada Anwar jadi PM. Daripada dia nak ganti Anwar selepas dia jadi PM ke-7 baik dia ganti Hadi.
Mahathir makin dia bercakap makin jelas dia ini sudah nyanyuk dan menjilat ludahnya, Atau setidak-tidaknya dia mencangahi apa dia cakap semasa dia belum nyanyuk!
Sumber TKO - 18-1-2018
Baru Keluar Daripada PAS Terus Hina Sultan....
Posted on Wednesday, January 17 @ 15:37:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37771 |
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilapor terguris dengan kenyataan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkaitan ayahandanya.
Tengku Abdullah bertitah, Mahfuz melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan seorang raja, lapor Utusan Malaysia.
"Sebagai orang Melayu, kita diasuh menghormati orang tua. Ayahanda saya lebih tua dari beliau dan seorang raja, jangan (bercakap) tidak bertempat.
"Saya juga amat marah, tersinggung kerana (penyebaran) video berkenaan yang diambil oleh pihak istana sendiri.
“Saya akan ambil tindakan," baginda dilapor sebagai bertitah selepas berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 di Kuantan hari ini.
Mahfuz didakwa menghina Sultan Ahmad dengan menjadikan baginda jenaka dalam ceramah politik dan menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.
Berdasarkan petikan ceramah dimuat naik di Youtube, Mahfuz membandingkan usia calon perdana menteri Pakatan HarapanTun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Ahmad.
Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kritikan terhadap pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan di usia 93 tahun.
Mahfuz, wakil bebas yang baru keluar PAS itu bagaimanapun menafikan menghina pemimpin tertinggi Pahang itu.
Beliau sebaliknya berkata beliau sebenarnya “memuji” sultan Pahang dan Mahathir yang masih boleh memimpin walaupun di usia tua.
Sumber TKO - 17-1-2018
Pertemuan sulit Hadi/Najib terbongkar?
Posted on Tuesday, January 16 @ 19:52:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37758 |
Datuk Seri Mustapa Mohamed, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dikatakan marah dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Mengapa pulak marah dengan bosnya. Kalau marah dengan bos alamat tak panjang usia politik Mustapa Mahameh kali ini
Mengapa? Kerana tali hayat politik seseorang berada ditangan bos, Jika marah bos pasti marah juga di balasnya, sudah ramai tokoh umno dipecat
Zaman Dr Mahathir Mohamad orang marah kepadanya pasti dikerat hidup hidup. Berapa ramai timbalan perdana yang di keratnya hidup hidup
Demikian juga dizaman Datuk Seri Najib Razak jadi perdana menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin timbalanya di kerat hidup hidup.
Oleh itu, sangat tidak munsabah Datuk Seri Mustapa Mohamed marah dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak, hatta dalam hal ehwal politik umno dan Pas yang sangat tidak disenangi kebanyakan orang umno Kelantan.
Orang umno Kelantan rata rata dikatakan tidak senanghati dengan Presiden umno yang tidak mahu rampas kerajaan Pas di negeri miskin rakyat kaya itu.
Sangat tidak munasabah Datuk Seri Mohd Najib Razak tak mahu rampas Kelantan dari tangan Pas.
Inilah yang dikatakan punca Datuk Seri Mustapa Mohamed marah dengan bosnya.
Lainlah dengan rakyat jelata Kelantan. Rakyat kelantan memang tidak suka umno memerintah dan lebih suka Pas yang memerintah.
Apabila umno memerintah akan wujud puak puak. Kalau mustapa Mophamed jadi menteri besar puak puak dia sahaja yang dapat projek, manakala puak puak lain diketepikan.
Presiden Umno di kata kan tak mahu rampas Kelantan pada PRU 14 ini, manakala Pengerusi Badan perhubungan Kelantan sudah menyatakan yang umno boleh menang kali ini.
Bermakna umno boleh menang pada PRU 14 nanti. Tiba tiba presiden umno tak mahu rampas.
Mengapa? Kerana dalam pertemuan sulit antara Najib dan Hadi termentera satu perjanjian yang dikatakan para pemimpin umno tak tahu dan para pemimpin pas sahaja yang tahu.
Dikatakan diketahui oleh para poemimpin sahaja, manakala para pemimpin umno tidak tahu manhu bahawa Kelantan hendaklah di perintah oleh Pas.
Yang peliknya macam mana Datuk Mustapa Mohamed boleh tahu. Siapa yang memberitahu kepadanya.
Mungkin orang orang Pas yang beritahu kepada orang orang umno ketika bersembang di kedai kedai kopi, minum kopi O dengan nasi berlauk yang sangat popular di negeri Cek siti Wan kembang .
Cerita Perdana menteri tak mahu rampas, mustapa Mohamed marah semacam tak munasabah dan pelik sikit.
Mengapa? Pas tetap memutusakan tidak akan bekerjssama dengan umno pada PRU 14 nanti. Tiba tiba muncul cerita Datuk Seri Mohd Najib Razak tak mahu rampas Kelantan dari tangan Pas.
Datuk Seri Mustapa Mohamed kata umno boleh menang. Bermakna boleh rampas. Mengapa tak mahu rampas.Semacam tidak masuk akal.Boleh menang tak mahu menang.
Sumber TKO - 16-1-2018
Bukan Mahathir Sahaja Nyanyuk... Rupanya Kadir Jasin pun sama..
Posted on Tuesday, January 16 @ 19:20:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37757 |
SHAH ALAM - Pas berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, parti itu kelihatan lemah disebabkan beberapa faktor, sekali gus menyukarkan mereka untuk mempertahankan Kelantan.
“Sebelum ini, kemenangan yang dimiliki mereka, antara salah satu faktor adalah Pakatan Rakyat.
Banyak kerusi yang dimenangi oleh mereka adalah dibantu dengan undian daripada pengundi bukan Islam yang menyokong pembangkang.
“Tetapi, apabila Pas keluar daripada pakatan itu, Pas tidak boleh mengharapkan sokongan daripada kumpulan ini. Mereka perlu berdiri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, selepas pemergian bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kira-kira tiga tahun laluantara faktor hilangnya pengaruh Pas di Kelantan.
Oleh itu, perjanjian sulit mungkin dibuat oleh kedua-dua parti supaya Pas sekurang-kurangnya dapat mempertahankan negeri Cik Siti Wan Kembang itu daripada dirampas mana-mana parti.
“Jika ada pihak yang menyatakan ada satu perjumpaan yang berlaku, saya rasa ia bukan satu perkara luarbiasa.” ujarnya.
XOXO - Kadir Jasin cerita kononnya kajian menunjukkan PAS Kelantan akan jatuh, Kalau Jatuh apa perlunya UMNO nak serah kenapa PAS? Sepatutnya Najib bertepuk tangan biar PAS - HARAPAN bergaduh. Itu nampak cerita ini adalah cerita bodoh nak bodohkan pembaca sahaja.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 16-1-2018
Transisi pemerintah: PH atau PAS?
Posted on Monday, January 15 @ 15:35:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37748 |
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Saya diberikan satu Video temuramah Rapiji mengenai konvensyen PH yang melantik PM dan pembahagian calon oleh seorang kawan menerusi whatsapp dan meminta saya mendengarnya sampai habis.Sayapun mendengarnya dan ketawa sendiri memikirkan Rapiji dengan Invokenya yang pernah menuduh PAS terima Rm90 juta menerusi bekas pemimpinnya yang sudah tidak ada lagi bersama PAS.Rapiji antara lain berkata perlantikan Mahathir sebagaii PM adalah perlu untuk memenangi PRU 14 nanti.
Kata Rapiji Mahathir berupaya menarik sokongan sebahagian besar peyokong Umno yang bersama Mahathir dulu di mana kata Rapiji PH hanya perlukan tambahan 2% sahaja pengundi untuk menang terutamanya di kerusi marginal.Aura Mahathir dirasakan oleh Rapiji dan PH sehingga melantik dia sebagai calon PM.
Itu fasa pertama kata Rajipi, fasa kedua ialah keupayaan untuk menjadi PM kalau PH menang pada ketika yang amat sukar dengan segala masalah yang ditinggalkan oleh Najib,Kata Rajipi Najib mungkin dah terbang ke Kazakhtan apabila tewas PRU nanti dan yang tinggal ialah PM yang terpaksa memikul segala masalah yang ditingalkan.Di sinilah terletaknya kelebihan Mahathir yang diakui mempunyai kepakaran mentabdir serta pengalaman luasnya dalam pemerintahan.Sebab itu PH pilih Mahathir.
Bukan faktor umur yang menjadi pilihan tetapi kelebihan yang ada pada Mahathir yang boleh memberikan tambahan 2% undi yang diperlukan PH untuk menang.Itu kata Rapiji yang menyadarkan hujahnya kepada hasil kajian invoke yang antara lain menemui bahawa PH perlu tambahan 2 % undi untuk menang.
Menjawab soalan lain, Rapiji berkata transisi pemerintahan akan berlaku dalam masa 10 tahun yakni 2 PRU di mana pemimpin pemimpin muda akan mengambil alih dan kepada soalan apakah ada kemungkinan Mahathir akan mengkianati perjanjian selepas menang PRU nanti dan akan berpaling kepada Umno Rapiji berkata PH sudah mengambil semua perkiraan tentang ini dan sudahpun meminima risikonya dengan kaedah pembahagian kerusi di mana nanti semua parti akan memilik kerusi yang tidak mencukupi untuk berpaling tadah dan kalau Mahathir ada niat nak kianati perjanjian PH, Mahathirpun tidak mempunyai cukup kerusi utnuk berbuat demikian dan nak tak nak terpaksa akur dengan 13 perkara dalam perjanjian PH tersebut.
Itulah antara lain justifikasi yang diberikan Rapiji tentang pemilihan Mahathir sebagai calon PM kalau PH menang PRU 14 dan nada percakapan Rapiji kedengaran konfiden PH akan menang PRU.Yang jelas sekarang DSAI dikemudiankan,Mahathir diutamakan.Percaturan PH diletakkan kepada Mahathir yang turut diakui oleh Rapiji sebagai seorang pentadbir yang cekap dan sekelip mata semua perlakuan jahat dan ganas Mahathir selama 22 tahun menjadi PM dan Presiden Umno dilupakan begitu saja.Bolehkah rakyat jelata menerima percaturan sebegini?
Belum tentu, kalau brdasarkan kajian Invoke kelihatan seperti rakyat terima tetapi kalau melihat kepada ceramah dan program yang dianjurkan oleh PH nampak macam kelaut.Kalau ikut dakwaan macai kapcainya nampak macam PH juga akan menang tetapi berdasar hujah dan fakta yang mereka berikan nampak macam rakyat meluat!
Tetapi yang lebih penting temuramah Rapiji dan lain lain kempen PH selama ini
meninggalkan satu perkara, ya itu agenda Islamnya di mana? Apa yang kelihatan ialah LGBT dan athies akan diberi tempat oleh PH dan kesemua perkara dalam agenda PH menekankan kepada kebobrokan Najib menghabiskan wang negara dan menekan rakyat, tiada satupun dalam hal hal permasalahan ugama yang dihadapi rakyat, jelasnya PH tidak mesra ugama dan sudah tentu perkara ini akan diambil kira rakyat yang berugama bukan sahaja Islam tapi lain lain ugama juga dalam memberi undi.
Ada juga antara rakyat yang terpengaruh dengan propaganda PH bahawa hanya PH yang nak tumbangkan BN, PAS tidak kerana PAS bersendirian dan tidak akan mampu menumbangkan BN di mana antara yang terpengaruh, kawan saya yang hantar video Rapiji dan cuba pula berkempen pada saya.Sebaliknya saya pula yang berkempen padanya, semuga beliau akan menjadi lebih jelas selepas ini dan tidak lagi berkempen untuk PH dengan maklumat yang tidak tepat dan benar itu.
Tetapi nampaknya PH berharap untuk menang dengan maklumat yang tidak tepat dan benar, bermakna kalau kita dapat kerajaan dari PH selepas PRU 14, kita juga akan diperintah oleh kerjaaan yang tidak jujur, menang juga seperti BN, menipu PRU!
Sumber TKO - 15-1-2018
PAS, Umno muktamad tidak bersama, kekal bermusuh di Kelantan
Posted on Monday, January 15 @ 14:32:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat |
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37746
PETALING JAYA: PAS dan Umno Kelantan nampaknya kekal bermusuh apabila pemimpin yang dihubungi bertegas tidak akan menjalin kerjasama pilihan raya di negeri itu untuk pilihan raya umum ke-14.
Dua seteru tradisi itu dilihat tidak akan berganjak walaupun pemimpin PAS dan Umno nasional dilihat semakin mesra.
“Buat masa ini tidak nampak ada kerjasama politik di Kelantan antara PAS dan Umno dan itu keputusan yang kita buat di peringkat parti,”kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat kepada FMT.
Hanafi menambah sebarang kesepakatan antara Umno dan PAS Kelantan bersifat terhad dan untuk kepentingan masyarakat terbanyak.
“Pakatan PAS dan Umno kita akan wujud untuk kepentingan rakyat sahaja melibatkan soal pembangunan, agama dan kebajikan,” katanya
Hanafi juga berkata mustahil Umno Kelantan membentuk kerajaan campuran dengan PAS Kelantan selepas pilihan raya umum nanti, sepertimana Semangat 46 dan parti Islamis itu sebelum ini.
Di pihak PAS Kelantan pula, Ketua Penerangan Datuk Nasaruddin Daud berkata mereka juga membuat keputusan muktamad untuk tidak menjalin kerjasama pilihan raya dengan Umno.
“Kita akan bertanding di semua kerusi di Kelantan, macam mana kita nak bersatu? Jadi isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi,” katanya kepada FMT.
Beliau mendakwa isu kerjasama pilihan raya Umno dan PAS di Kelantan sengaja dicetuskan oleh Amanah untuk menakut-nakutkan pengundi memandangkan rakyat Kelantan sangat sensitif tentang perkara itu.
“Ini semua orang Amanah yang suka buat fitnah. Isu ini lama dibangkitkan tapi sampai sekarang kita belum bersatu,” kata Nasaruddin.
Isu kerjasama PAS dan Umno hangat dibincangkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR April tahun lalu dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Keputusan PAS untuk memaksakan pertandingan 3 penjuru di beberapa kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan menguatkan lagi spekulasi itu.
Ia disusuli apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib dilihat berkongsi pentas termasuklah Himpunan Solidariti Ummah Rohingya dan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis
Komentar : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan tahu apa tentang UMNO, yang tahu tentang UMNO Mahfuz dan Husam Musa. Dua orang ni kata PAS bertanding 40 kerusi itu menunjukkan kerjasama. Makin hari bodoh kenyataan dua orang ini, tapi malangnya masih ada orang percaya PAS-UMNO nak UG. Bila PRU-14 nanti tak juga berUG engkau orang percayalah kaki fitnah HARAPAN & PAN akan kata PAS akan UG selepas PRU-14. Maka engkau orang akan di'perbodohkan' samapai kiamat... he he
Sumber TKO - 15-1-2018
Nasib MARA - Pemimpin dan Konflik Kepentingan Peribadi lagi
Posted on Monday, January 15 @ 14:20:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37745 |
Sejak kebelakangan ini, sibuk keluar media dimana salah satu institusi pengajian tinggi di bawah MARA akan bertukar daripada sebuah institusi pembuatan kepada institusi Malaysia-Itali ( unikl-building-design-excellence). Yang tidak pelik lagi, institusi tersebut akan menjadi hub rekabentuk dan fesyen, dengan gelaran baru "Malaysia Italy Design Insitute" atau MIDI.
Melalui beberapa sumber, mengatakan bahawa kebanyakkan bercadang untuk meletakkan MIDI cuma sebagai sub-komponen atau salah satu jabatan dibawah institusi tersebut. Tetapi, kerana mengikut hasrat dan perintah dari seorang 'menteri atasan' MARA. Institut baru tersebut perlu juga di ujudkan, walaupun dari segi faktor kemampanan, ianya tidak begitu baik.
Mengapa mahukan Itali dan dunia Fesyen? Inilah yang boleh kita katakan sebagai, kemahuan dan kepentingan peribadi, mengatasi segala-galanya, walaupun projek tersebut bakal musnah dan lesu.
Mengapa saya katakan sebagai kepentingan peribadi? Mari kita kaji kaitan Itali, Fesyen dan MARA.
Kita ketahui, ada seorang anak menteri yang berpengaruh di MARA, telah berkahwin dengan seorang pereka fesyen yang kononnya terkenal, dan kini menetap di Itali (foto-sekitar-majlis-nikah-jovian-mandagie-dengan-anak-dato-ismail-sabri). Jelas nampak bukan, "KONFLIK KEPENTINGAN PERIBADI" disini.
Untuk kebanyakkan, mungkin rasa, tidak salah. Tetapi dari aspek etika dan moral. Memang sudah salah.
Bagi saya, tidak salah sekiranya MARA berhasrat untuk meningkatkan kemahiran Fesyen di Malaysia. Saya setuju dan menyokong. Tetapi, mengapa pula perlunya bidang Fesyen dijadikan "Ijazah Sarjana Muda"? Bukankah lebih sesuai sekiranya bidang ini di serapkan kedalam institusi kemahiran MARA, seperti IKM ataupun GiatMARA?
Di mana-mana negara maju, malahan di Itali. Bidang Fesyen ini cuma di tawarkan di akademi dan sekolah fesyen sahaja; tetapi tidak di IPT. Cuma semak kembali sejarah bidang kemahiran, seperti wujud nya beberapa badan seperti GUILD dan "Chamber of Commerce" di Eropah. Bidang kemahiran adalah dibawah selia mereka sehingga kini, dan yang paling sesuai di Malaysia mungkin Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan bukannya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Martabatkan taraf dan pelajar kemahiran melalui saluran yang lebih sesuai, seperti mewujudkan program "Master of Craftmen", dan memberi kelayakan setimpal seperti graduan akademik, sepertimana dilakukan di kebanyakkan negara maju.
Nampaknya, banyak menteri mengenepikan fakta demi kepentingan peribadi.
Jangan pula MARA ranap lagi, akibat menerima menteri-menteri sebegini.
Sumber TKO - 15-1-2018
Pas puji umno,umno puji pas
Posted on Monday, January 15 @ 14:18:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37744 |
Sebelum ini umno hentam pas, Pas hentam umno. Akan tetapi hari ini berbeza. umno puji pas - pas puji umno.Masing masing boleh puji memuji satu sama lain.
Puji memuji antara umno dan pas mula berlaku selepas PAS ditendang oleh DAP dalam pakatan rakyat dan Malaysia di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sejarah membuktikan bahawa pas adalah musuh ketat umno dan umno musuh ketat pas yang disifat sebagai musuh politik tanah air selepas umno tendang parti Islam itu daripada BN.
Cuma setakat ini para pemimpin kedua parti itu masing masing belum boleh duduk semeja berbincang untuk bekerjasama. Dalam kata lain hati hati mereka belum boleh disatukan lagi.
InsyaAllah suatu mana nanti kita menghadap Allah akan satu hati hati mereka atas nama akidah untuk selamatkan rakyat jelata Malaysia ini.
Namun demikian pas dikatakan oleh banyak pihak sudah bekerjasama dengan umno parti pemerintah yang banyak melakukan kemungkaran politik sepanjang di beri amanah memerintah Malaysia.
Pada hemat penulis, pujian presiden umno Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap pas itu belum boleh kita katakan yang pas sudah bekerjasama dan memaafkan dosa besar yang pernah dilakukan terhadap Pas.
Demikian juga pujian naib presiden Pas Datuk Nik Amar Nik Abdullah terhadap umno dan kerajaan Barisan baru baru ini juga bukan bermakna pas sudah bekerjasama dengan umno.
Pujian itu dibuat kerana umno/BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak banyak menyalurkan bantuan kepada negeri Kelantan berbanding ssebelum ini.
Kerajaan umno/BN ketika diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohammad mengharamkan sebarang bantuan kepada kerajaan Kelantan yang diperintah oleh parti Islam Semalaysia.
Bukan itu sahaja, malah ketika pas hendak melaksanakan undang undang Islam di negeri miskin rakyat kaya itu, perdana menteri waktu itu memberi amaran akan menyaman.
Sehubungan dengan, menteri di jabatan perdana menteri bertindak menyaman hudud di luluskan dan wartakan sebagai undang undang negeri oleh kerajaan negeri Kelantan
Sesungguhnya segala bentuk bantuan hanya diberi kepada umno Kelantan, termasuk 5 perastus royalty minyak di nafikan hak kerajaan negeri sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu pas tetap menghentam umno/BN yang masih menafikan hak 5 peratus royalty minyak yang disalurkan kepada umno negeri Kelantan.
Hal ini telah dinyatakan oleh Datuk Mustapa Mohammad tidak lama dahulu bahawa pas masih menghentam umno walaupun banyak bantuan di berikan oleh umno.
Puji kena puji dan hentam kena hentam. Yang baik kena puji dan buruk kena hendak. Lebih lebih lagi royalty minyak yang 5 paerstus itu yang bukan milik umno tetapi milik kerajaan Kelantan untuk dimanfaatkan kepada rakyat jelata masih diberi kepada umno.
Oleh itu, pujian yang di buat Datuk Nik Amar terhadap umno/BN baru baru ini bukan bermakna pas sudah bekerjasama dengan umno yang mana para pemimpinnya begitu rakus dengan salahgunakuasa.
Tahniah Datuk Nik Amar Nik Abdullah kerana berupaya berbuat apa yang sukar dibuat oleh kebanyakan para pemimpin umno dahulu.
Memuji umno/BN tidak salah, malah wajar, malah Islam memerintah kita berbuat demikian miskipun seseorang itu pernah melakukan kejahatan kepada kita.
Mungkin kaedah ini menguntungkan Pas dalam menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU 14 yang bakal diadakan bila bila masa sahaja dari sekarang.
Berbetulan pula dengan seruan yang dibuat oleh presiden pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, jika mahu selamat pilihlah umno dan Pas pada PRU 14 nanti.
Sumber TKO - 15-1-2018
Assalamualikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Ada orang dakwa mesti buat kajian sebelum menulis sesuatu artikal.Betulkah? Untuk satu kajian ilmiah dan komprehensif seperti menghasilakan satu jurnel perubatan atau kitab fekaq yang komprehensif ianya perlukan kajian.Sebab itu seorang yang layak digelar ulamak atau ilmuan adalah seorang yang cermat dalam setiap hasil kajiannya dalam bidang bidang kepakarannya.Itu mesti, tapi untuk sebuah penulisan yang berbentuk pengetahuan umum dan ringkas, apakah perlu kepada kajian?
Perlu atau tidak bergantung kepada tajuk yang mahu diutarakan dalam artikal tersebut.Asas utamanya ialah maklumat yang hendak disampaikan samaada benar atau tidak.Kalau ambil contoh artikal terbaru MSO mengenai hutang Harakah dan maklumat mengenai PAS mahu menjual ibu pejabatnya, apakah MSO buat kajian tentang maklumat ini?Sebab
kemudiannya Dr. Azman dan Dr.Iskandar yang merupakan dua orang personel yang berbabit dengan maklumat MSO itu tampil memberitahu cerita sebenarnya dan menafikan dakwaan MSO mengenai penjualan ibu pejabat di mana boleh disimpulkan maklumat MSO itu tidak benar tetapi MSO menulis juga dengan erti MSO melanggar etika penulisan yang menyatakan setiap maklumat yang disampaikan mesti benar.
Itu yang jelasnya, bukan kajian yang diperlukan dalam penulisan bentuk ini tetapi ketepatan maklumat yang disampaikan.Kita boleh membezakan seorang penulis yang menyampaikan maklumat yang benar dengan penulis upahan untuk menyebarkan fitnah.Oleh itu tak kira apa kita sokong kalau kita adil kita harus terima apa saja maklumat yang benar sekalipun kita tidak selesa dengannya.
Maka itu jugalah yang saya pegang dalam menghasilkan sesuatu artikal.Etika penulisan yang berpaksikan kepada kebenaran berfakta sekalipun saya memberi pendapat, bukan pendapat semberono atau bias atau berpihak kepada mana mana pihak.Asasnya adalah kebenaran yang ditunjukkan oleh Islam.Artikal tentang Tabligh sudah lama saya mahu tulis tetapi saya mengambil masa yang lama kerana pengolahan artikal supaya sesuai dengan maklumat yang saya ada dan sedikit sebanyak sebenarnya artikal itu ditulis berdasarkan kajian menerusi pemerhatian dan perbahasan saya dengan kawan Tabligh saya itu.
Semuga kita semua tidak jadi bias sehingga membawa kepada penampilan orang gila dalam menilai dan memberi respon kepada sesuatu artikal kalau benar kita tergolong kepada pihak yang sentiasa berpihak kepada yang benar.Sedarlah juga bahawa selama ini pemimpin dan cybertrooper PAS menjadi sibuk menjawab segala tohmahan dan fitnah dari Umno dulu dan kini PH yang kemudiannya menuduh pula kita sebagai waluan dan walaunta, entah apa maknanya entah!
Sumber TKO - 15-1-2018
Kalau benar PAS pernah menuduh Umno parti kafir dan sesiapa yang bekerjasama dengan Umno maka ia juga akan turut kafir, maka sudahkah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat?
Ini kerana ketika menjadi Presiden Umno, beliau pernah bekerjasama dengan PAS untuk menyuarakan kesepaduan mengecam penganiayaan Israel terhadap rakyat dan bangsa Palestin. Kerjasama ini ditayangkan secara langsung di kaca televisyen.
Bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9 Mei 2002 Mahathir berpidato bersama Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadhil Nor mengutuk kekejaman rejim Zionis dan bersepadu mahu kezaliman itu dihentikan segera.
Ketika itu tidakkah Haji Abdul Hadi sudah ‘kafir’ kerana bekerjasama dengan Umno? Malah Umno sendiri sudah dihukum PAS sebagai kafir. Ketika Presiden Umno ialah Mahathir!
Jika Mahathir mahu menggunakan ‘fatwa” PAS, beliau wajib mengamalkan keseluruhannya. Bahawasanya beliau adalah ‘kafir’ dan bukan memperakui pendapat PAS apabila ia serasi dengan pandangan dan peluang politiknya buat satu-satu masa.
Kini Dr Mahathir bukan lagi presiden Umno malah sebaliknya mahu meruntuhkan Umno. Namun beliau menggunakan ‘fatwa’ lama kononnya pihak mana bekerjasama dengan Umno akan turut kafir. Maka sekarang, katanya, Hadi ‘mengkafirkan’ dirinya sendiri.
Adalah jelas sekali yang memanipulasi hukum Allah ialah Mahathir. Beliau menggunakan apa jua ‘fatwa' menurut persepsinya boleh menjatuh dan memburukkan lawan sahaja.
Lantas tindakan PAS dan Umno kini bekerjasama demi kepentingan Islam dan umatnya dalam isu Rohingya dan Palestin, kata Mahathir, sudah menyebabkan kedua-dua parti dan pemimpinnya kafir.
Jika ini bukan manipulasi politik, apakah namanya? Siapakah sebenarnya yang guna agama untuk mengumpul markah politik?
Dr Mahathir wujudkan salah faham Amanat Hadi?
Soalnya, adakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat hukuman demikian? Atau, Mahathir itu sekadar ‘melarikan mesej’ Amanat Hadi?
Soal takfir atau mengkafirkan orang lain adalah dosa besar. Jika yang dituduh tidak kafir, maka yang si-penuduhlah kafir. Sudahkah Mahathir bertaubat dan kembali ke jalan Allah?
Kerakusan Mahathir menyerang PAS dan pemimpinnya sebagai menggunakan Islam untuk kepentingan politik mutakhir ini amat mengerikan. Beliau berpolitik dengan soal iman – bukan sahaja memperjudikan imannya sendiri malah melibatkan iman orang lain.
Apakah motifnya? Mahathir mungkin mahu mencerca kepincangan iman orang lain agar dilihat rakyat “keberanian dan keyakinannya” akan ‘kekufuran’ pihak lawannya dan lantas menyokong beliau. Amat berbahaya tingkahnya ini.
"Hadi adalah orang yang hanya menggunakan Islam. Dia pernah kata Kerajaan kafir dan perlu ditentang, jika anda mati dalam penentangan itu, anda akan masuk syurga.
"Itu yang dijanjikan (Hadi) dan ia bertentangan dengan ajaran Islam, namun mereka yang pakar agama hanya berdiam diri. Mengikut kata PAS, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu akan menjadi kafir.
"Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, jadi dia 'mengkafirkan' diri sendiri," katanya.
Sekali lagi, sebagai bekas pemimpin Umno, sudahkah beliau bertaubat?
Amanat Hadi tidak pernah mengkafirkan Umno, sebaliknya kandungan ucapan Abdul Hadi adalah bagi menjelaskan dasar dan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar serta perkara yang boleh membatalkan syahadah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dakwaan Mahathir kononnya Amanat Hadi 'mengkafirkan' Umno, adalah tohmah bagi menamam kebencian rakyat serta menjarakkan masyarakat dari PAS.
"PAS sudah jauh menapak ke depan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan sejak akhir 2015 bagi menyantuni masyarakat muslim pelbagai peringkat sesuai dengan realiti semasa kefahaman masyarakat tentang Islam.
"Dr Mahathir pula mahu undur ke belakang melihat senario dakwah hampir 40 tahun lalu," katanya.
Amanat Hadi kembali hangat
Amanat Hadi adalah petikan ucapan Abdul Hadi ketika berceramah di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Dr Mahathir menuduh Amanat Hadi punca tragedi Memali, di mana dakwanya pengikut guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terlalu taksub dengan amanat berkenaan.
Mantan perdana menteri itu juga mendakwa sikap berdiam diri mufti yang tidak menyangkal fatwa ekstrim ini menghangatkan polemik kafir mengkafir sesama Islam.
"Usah diharap untuk seorang yang mempunyai rekod yang kurang baik terhadap agenda Islam seperti menghapuskan geran perkapita sekolah agama rakyat untuk kembali ke tampuk pemerintahan. Usah undur ke belakang," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Dalam masa yang sama Mohd Khairuddin juga mengingatkan para ilmuwan Islam termasuk mufti agar tidak terikut dengan rentak Dr Mahathir menyerang PAS.
Pada hakikatnya, intipati 'Amanat Hadi' secara keseluruhannya bercanggah dengan tuduhan Mahathir yang mendakwa ia mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS, kata penganalisis politik, Azmi.
Beliau berpendapat ucapan Abdul Hadi disalah tafsir apabila diambil secara berkelompok dan bukannya difahami secara keseluruhan.
"Jikalau kita tinjau dan teliti amanat itu sendiri; kalau kita ambil dua tiga perenggan maka itu dikatakan boleh menimbulkan kekecohan.
“Tetapi kalau kita menghayati keseluruhan amanat itu yang sebenar, ianya tidak menjerumus kepada apa yang dikatakan mengkafir. Sebenarnya tidak.
“Kita perlu buka minda dan baca amanat itu secara keseluruhan apa yang berlaku (dalam) keadaan politik pada ketika itu,” tegasnya.
Mahathir bukan sahaja perlu membuka minda dan memahami Amanat Hadi menurut konteksnya tetapi wajib membuka hati supaya berkata benar dan bukan putar belit hakikat untuk mencapai kemenangan politik semata-mata.
ANTARAPOS
Sumber TKO - 15-1-2018
PELBAGAI cara pelik dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan unik Ketua Menterinya, Lim Guan Eng kreatif memperdayakan rakyat negeri itu tanpa disedari sesiapa pun.
Cakap politik kedai kopi mendakwa banyak perkara tidak masuk akal dilakukan selagi mana dana wang rakyat dapat diagihkan sesama mereka yang berada dalam kepimpinan DAP. Semua akan diambil asalkan menjadi duit sendiri.
Terbaharu Voir Holdings Berhad, sebuah syarikat berkaitan penganjuran urusan fesyen sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak selain terkenal menerusi pasar raya bernama Voir Gallery dengan harga berpatutan mula tular!
Jenama itu amat pakar dalam bidang fesyen tetapi satu perkara amat mengejutkan apabila syarikat tersebut terlibat secara langsung dalam pembinaan terowong dasar laut sehingga banyak menimbulkan pelbagai urusan diragukan.
Perkara ini amat memeranjatkan pelbagai pihak bagaimana penipuan yang tidak masuk akal dilakukan oleh DAP untuk ‘rompak’ wang rakyat secara terang dengan menggunakan sebuah syarikat tiada kaitan dengan pembinaan.
Persoalannya apakah kekuatan atau kredibiliti dan keupayaan sebuah syarikat fesyen untuk menjadi pemegang saham. Sedangkan pemegang saham yang lain telah menghilangkan diri. – Ke manakah perginya mereka ini?
Perkara pelik tapi benar ini sudah berlaku di Pulau Pinang, mungkin Guan Eng sedang mewujudkan imej fesyen tertentu untuk pengguna kenderaan apabila mereka terkesima masuk ke dalam terowong yang bakal dibina itu.
Ironi, semua maklum projek prasarana pembinaan mega itu langsung belum bermula, waima sudah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk kertas kajian kebolehlaksanaan dan kemudian melibatkan sebuah syarikat fesyen pula.
Bukan itu sahaja, paling lucu dalam isu kos cadangan dan rekabentuk terperinci pembinaan terowong bawah dasar laut tersebut didakwa Guan Eng konon lebih murah berbanding kos jalan berkembar di kawasan tanah berbukit.
Nilainya adalah satu pertiga daripada kos pembinaan sebenar. Ajaib apabila projek dasar laut pula jauh lebih murah daripada darat. Guan Eng terus tipu rakyat Pulau Pinang dan penyokong mereka asalkan dapat kaut wang rakyat.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri malah turut mempertikaikan perkara sama menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan semalam:
Why is a fashion company building the Penang Tunnel?
In early 2013, amidst allegations that the Special Purpose Vehicle company awarded the mega RM6.3 billion Penang Tunnel was heavily under-capitalized and lacked experience, the DAP Penang State Government issued a statement to reassure the public that two giant and experienced China construction companies will be shareholders of the SPV and is backed by RM4.6 billion in paid-up capital.
But today, our checks show that the two China construction companies are nowhere to be seen as shareholders of the SPV.
In their place is a small local fashion company called by VOIR Holdings while 39% of the shares of the SPV are held under nominees. Did the DAP Penang Government lie to the public and did a “bait and switch”?
Does this very material change in ownership and experience means that the project award made under the Request for Proposal exercise (not open tender) is now null and void?
The DAP Penang Government must answer as the Penang people have a right to know why their mega-billions undersea tunnel will now be built with the participation of a small local fashion company instead of two experienced and well-funded construction companies as originally promised.
Nampaknya makin parah kes songlap wang rakyat. Selain kisah lazim kebas tanah rakyat marhaen dan seleweng dana termasuk projek tebatan banjir daripada Pusat, DAP juga halang bina banyak rumah murah oleh agensi pusat.
Kejahatan DAP ini hanya sedikit tertutup dek kejayaan Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad cuba alih tumpuan rakyat kepada pelbagai isu bodoh ciptaannya termasuk konon tol lebuh raya Malaysia termurah di dunia.
Mahathir, 93, yang lari dari satu isu kepada isu lain kerana isunya hanyalah permainan persepsi jahat dan rekaan, kini dijangka perlu mencipta isu lain pula demi menutup penyelewengan DAP dan Guan Eng di Pulau Pinang.
Namun kantoi apabila terbongkar nama syarikat pembina terowong itu yang tidak pernah siap dibina dan belum bermula, melakar sejarah kerana laporan yang mahal iaitu kertas kosong A4 bernilai RM302 juta pun tidak ada.
Malah didapati nama pemaju pun sudah bertukar kepada nama syarikat fesyen pakaian pula. Penyokong DAP dan Mahathir yang terkenal sinis jika ada isu melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak atau UMNO kini terlihat bodoh.
Tiada sedikit bunyi pun datang dari mereka. Jika mereka sering perbodoh penyokong Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO di alam maya, kini kebodohan dan bahan gelak ketawa itu adalah untuk pihak mereka sendiri.
Ada pula syarikat kilang buat baju menjadi syarikat pembina terowong bernilai berbilion ringgit. Macam mana boleh beralih tukar secara tiba-tiba pun tiada siapa yang tahu bak kata ungkapan popular Mahahir: “Saya tidak tahu!”
Paling malu tentulah Mahathir kerana dia tidak langsung tahu apa cerita sebenarnya tahu tetapi kerana DAP telah beri laluan untuk beliau menjadi Perdana Menteri sementara, maka Mahathir kenalah pura-pura jadi bodoh.
Banyak juga blog yang melaporkan hal penipuan mega ini , namun hingga kini semua netizen yang berpihak kepada DAP dan Guan Eng menikus daripada menjawab. Mungkin mereka sedar penipuan itu, cuma takut dengan DAP.
Antara paling kuat kritik DAP berhubung isu terowong mega ini ialah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Datuk Huan sehinggalah pihak SPRM mula tampil bertindak balas. Tahniah! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 14-1-2018
GOMBAK: Amanah memang layak menerima hanya 27 kerusi Parlimen kerana kekuatan parti itu tidak setanding parti komponen Pakatan Harapan lain, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Penyelidik PAS itu berkata Amanah tidak mempunyai kawasan yang banyak dan pemimpin kawasan yang sedikit berbanding parti PH lain.
“Kalau dapat 27 kerusi, pada saya memang layak, sebagai sebuah parti kecil seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar hari ini.
Beliau menambah walaupun Amanah mempunyai beberapa personaliti politik yang terkenal, mereka tidak disokong jentera yang kuat.
“Mereka ini kuat sewaktu dalam PAS. PAS yang menguatkan pemimpin mereka. Presiden mereka, Mohamad Sabu, (timbalan presiden) Salahuddin Ayub, bila mereka keluar PAS mereka tiada kekuatan,” katanya.
Zuhdi percaya Pakatan Harapan menyedari Amanah tidak akan mampu menarik sokongan pengundi Islam sepertimana PAS.
“Diantara PKR dan Amanah, PKR lebih kuat sebenarnya tarik undi Melayu,” katanya.
PH sebelum ini mengumumkan agihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia sudah selesai di kalangan 4 parti, Selain 27 untuk Amanah, PPBM akan bertanding di 52 kerusi, PKR di 51 kerusi manakala DAP di 35 kerusi.
Keputusan itu mencetuskan rasa tidak puas hati Amanah Johor, yang bertindak memboikot konvensyen Pakatan Harapan 7 Januari lepas.
Sumber TKO - 14-1-2018
Tindakan PAS untuk menjadi 'king maker' (penentu) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal mendatangkan krisis politik baru negara, kata anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, PAS akan mengganggu proses pembentukan kerajaan selepas pilihan raya sekiranya memenangi 40 kerusi yang disasarkan ketika parti lain tidak mampu membentuk kerajaan.
"Sepatutnya selepas PRU14 kita ada proses angkat sumpah perdana menteri dan seterusnya bentuk kabinet. Jika PAS jadi penentu ini bermakna PAS akan (buat pilihan) dan melambatkan proses pembentukan kerajaan.
"Ini satu keadaan yang tidak baik kepada masa depan negara dan tindakan PAS itu akan mencetuskan ketidakstabilan politik Malaysia.
"Bila tak boleh bentuk kerajaan, politik jadi tak stabil, pada waktu itu jika ada pihak cuba mencetuskan provokasi yang boleh mendatangkan kepada krisis politik baru yang boleh membawa keadaan tegang," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Undang campur tangan tentera
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.
Ini kerana menurut Abdul Hadi, sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan.
"Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam," katanya.
Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata, susulan tidak boleh membentuk kerajaan, keadaan itu juga bakal mengundang campur tangan tentera.
"Ini sangat berbahaya terhadap masa depan negara, ekonomi tidak stabil dan negara akan terjerumus ke jurang yang merosakkan akibat tindak-tanduk PAS.
"Jadi bagi saya rakyat tidak wajar untuk memberikan undi kepada PAS," jelasnya.
Sumber TKO - 14-1-2018
Tindakan PAS menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai petanda awal kerjasama parti itu dengan BN, kata Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Malah Mahfuz menyifatkan kenyataan terbaru presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai penipuan kepada anggota parti selepas mengatakan PAS akan menjadi kuasa penentu (king maker) dalam PRU14.
"Kononnya PAS nak jadi penentu apabila tiada parti yang boleh membentuk kerajaan selepas PRU14.
"Bagi saya ini adalah penipuan awal PAS. Saya minta maaf pada tok guru (Abdul Hadi), saya terpaksa menganggap ini adalah penipuan awal PAS kepada pengundi-pengundi," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, Abdul Hadi menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan. Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata, meskipun PAS menentang BN pada PRU14 namun kenyataan Abdul Hadi memberi gambaran kedua-duanya akan bekerjasama selepas pilihan raya.
"PAS kata tidak akan bersama BN, jauh sekali untuk bersama HARAPAN.
"Ini bermakna, mereka memberi gambaran selepas PRU14 kalau tiada parti dapat bentuk kerajaan, PAS akan jadi penentu," kata Mahfuz yang mengumumkan keluar daripada parti itu pada malam tahun baru lalu.
'PAS tidak akan pilih HARAPAN'
Bagaimanapun Mahfuz percaya PAS tidak akan memilih untuk bersama HARAPAN yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Saya percaya PAS tidak bersedia untuk dilihat sebagai penjilat ludah sendiri selepas memutus hubungan dengan DAP dan PKR kerana dianggap menentang agenda Islam PAS, menganggap BERSATU parti penyangak dan AMANAH parti pengkhianat," katanya.
Tambahnya, kenyataan Abdul Hadi itu diperkukuhkan dengan pendirian terdahulu bahawa PAS lebih senang dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam membawa agenda Islam. Selain itu jelasnya, PAS Kelantan juga mengakui BN di zaman Najib lebih banyak membawa pembangunan kepada negeri itu berbanding sebelum ini.
Mahfuz berkata, keadaan itu menunjukkan PAS lebih bersedia menerima BN malah sudah mengisytiharkan taawun dengan parti yang sudah lebih 60 tahun mentadbir Malaysia.
"Sudah tentu alasan-alasan inilah yang akan menjadi faktor untuk PAS bersama BN selepas PRU14 sekiranya berjaya menang 40 kerusi.
"Inilah bagi saya penipuan awal yang dilakukan oleh PAS dengan menjual undi dan menjadikan pengundi sebagai barang dagangan politik.
"Kita minta supaya rakyat berfikir bahawa inilah bahayanya politik yang dibawa oleh PAS yang akhirnya akan mengekalkan kerajaan BN dan Najib terus menjadi perdana menteri," tegas beliau.
Sumber TKO - 14-1-2018
Teka-teki terhangat sejak beberapa bulan lepas telah terjawab, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang dipilih oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) memimpin Malaysia.
Dr Mahathir akan didampingi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri sekiranya HARAPAN menang kelak.
Pengumuman itu disertai dengan pembahagian kerusi HARAPAN yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memiliki kerusi terbanyak diikuti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dua aksi yang paling menjadi perbualan pemain dan pemerhati politik ialah Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, dan bilangan kerusi AMANAH yang sedikit.
Sebelum Dr Mahathir menubuhkan BERSATU, siapa yang dapat menjangka bekas perdana menteri itu akhirnya menjadi calon perdana menteri blok pembangkang?
Kehebatan beliau menyusun strategi berjaya membawanya diangkat menjadi Pengerusi HARAPAN.
Beri peluang kedua
Ramai kalangan ahli politik dan aktivis telah berkompromi dengan apa yang mereka perjuangkan demi mendapatkan “pengaruh” Dr Mahathir yang dipercayai mampu menjadi elemen penting dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Apabila kita ingin menilai figura politik, wajib kita melihat “kerosakan” yang pernah dilaluinya berbanding hanya melihat jasa-jasa sahaja.
Saya percaya kita semua setuju Dr Mahathir memberi sumbangan besar terhadap negara ini ketika berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
Atas faktor “kenang jasa” ramai yang berfikiran Dr Mahathir harus diberikan peluang kedua untuk memimpin negara.
Ramai juga yang menyebutkan pada waktu-waktu beliau menjadi orang nombor satu negara, kos sara diri lebih murah dan kehidupan lebih mudah. Mereka inginkan masa-masa ini dikembalikan.
Untuk berlaku adil, saya fikir elok jika kita melihat kepada beberapa isu yang meragukan pernah timbul semasa Dr Mahathir memerintah.
Antaranya isu salah guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Operasi Lalang dan peristiwa Memali.
Sekiranya kita menimbang dengan adil dan melakukan pembacaan lanjut, kita bakal menemui beberapa lagi elemen buruk yang pernah dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu.
Saya turut bimbang kebebasan bersuara dan berekspresi akan semakin tertutup sekiranya Dr Mahathir menjadi perdana menteri kelak.
Bukankah kita sudah tahu bagaimana penentang kerajaan ketika zaman Dr Mahathir berkuasa diladeni?
Namun itu bukanlah hujah utama untuk menolak beliau kerana pada hari ini sukar untuk kita menyebutkan nama politikus yang tidak terlibat dengan “kekotoran”.
Kuasa akan memuncak
Saya berpandangan isu utama yang perlu dilihat oleh HARAPAN sebelum memutuskan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ialah bagaimana untuk mengawal dominansi beliau dalam gabungan politik itu.
Walaupun beberapa tokoh daripada HARAPAN mengatakan mereka mampu mengurangkan kuasa perdana menteri kelak, saya tetap ragu.
Lihat sahaja apabila HARAPAN menawarkan belanjawan yang meletakkan “tol percuma”, Dr Mahathir tetap bertegas bahawa tol di Malaysia antara yang termurah.
Bagaimana mungkin mereka boleh mengawal Dr Mahathir ketika berkuasa jika menahan beliau mengeluarkan kenyataan kontradik dengan pendirian HARAPAN sahaja sudah tidak mampu?
Saya melihat HARAPAN cuba menjadikan BERSATU sebagai Ummno 2.0 dengan memberikan kerusi terbanyak sebagai simbolik “kuasa Melayu” dan membuang imej HARAPAN dikuasai DAP.
Saya berpandangan hal ini bertujuan untuk memastikan undi Melayu berpihak kepada HARAPAN, terutamanya kepada mereka yang sebelum ini mengundi Umno.
Sifir ini sebenarnya agak bahaya. Sekiranya ditakdirkan HARAPAN menang dengan kerusi terbanyak dimenangi BERSATU, maka “kuasa” Dr Mahathir akan memuncak.
Bukan sahaja beliau bertindak sebagai perdana menteri, tetapi parti beliau memiliki bilangan kerusi terbanyak di parlimen. Ini bermaksud parti-parti lain akan berada dalam tekanan untuk mematuhi permintaan Dr Mahathir.
Sebagai pemegang kerusi terbanyak, ancaman seperti bertukar pakatan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dijadikan modal supaya parti-parti lain bersetuju kehendak parti dominan.
Lebih-lebih lagi saya percaya objektif utama Dr Mahathir ialah menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Jika objektif itu tercapai, saya mempunyai kebimbangan berlaku “tsunami politik” selepas itu.
Kita bimbang keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya
Kebanyakan rakyat pada hari ini hidup dengan tekanan, terutamanya dalam isu kos sara hidup, pengangguran dan pemilikan rumah. Oleh itu, kelompok ini berfikiran menukar kerajaan mungkin mampu untuk membebaskan mereka daripada tekanan yang wujud.
Bagi saya meletakkan Dr Mahathir pada usia 92 tahun sebagai calon perdana menteri bukanlah satu langkah ke arah “pembebasan” tersebut.
Walaupun dikatakan sementara, saya tidak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti beliau kelak.
Untuk menjadi perdana menteri, Anwar perlu menjadi ahli parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jika pada masa itu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, disokong kerusi terbesar milik BERSATU, saya amat ragu jawatan itu akan diberikan kepada orang di luar BERSATU.
RAHMAN IMUDA aktivis mahasiswa.
Sumber TKO - 14-1-2018
Kenapa Najib tiba-tiba bebaskan Anwar?
BERITA pembebasan Anwar Ibrahim pada 8 Jun 2018 nanti merupakan berita paling mengembirakan keluarga beliau dan penyokong-penyokong reformasi. Mengikut keputusan Mahkamah, Anwar dipenjarakan selama 5 tahun sejak 10 Februari 2015 atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari dan sepatutnya keluar pada 9 Februari 2020. Namun berita pembebasan awal Anwar ini sedikit pelik dan penuh tanda tanya disebabkan pada 23 Mac 2016 Nurul Izzah mengumumkan bahawa keluarga Anwar tidak akan memohon parol untuk membolehkan Anwar keluar awal kerana yakin beliau tidak bersalah.
Mahathir serap masuk PH gusarkan Anwar-Najib
Sebelum cerita tentang pembebasan Anwar kita lihat dulu sejarah kemasukkan Mahathir ke dalam Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan menjadi punca pembebasan Anwar oleh Najib.
Setelah bergaduh dengan Najib, Mahathir bersama Isterinya mengumumkan keluar Umno pada 29 Februari 2016. Sejak Mahathir keluar Umno beliau bersama pengikutnya menyerang Najib secara terbuka dan ini menarik minat PH untuk memujuk Mahathir menyertai mereka.
24 Jun 2016 Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari Umno, manakala Shafie digantung. Ini menjadi pemula kepada gerakan mewujudkan satu parti serpihan Umno.
4 hari sebelum penubuhan parti baru Mahathir, perjumpaan kali pertama Anwar-Mahathir berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September 2016. Selepas 18 tahun mereka berpisah iaitu mulai kes Liwat I, akhirnya Mahathir mendekati Anwar sebagai signal memohon restu untuk menyertai PH dalam tempoh terdekat.
Mahathir bersama Muhyiddin Yasin telah menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 9 Ogos 2016 dan pendaftaran pertubuhan (ROS) telah meluluskan pendaftaran parti ini pada 9 September 2016.
Pada 14 Mac 2017 PPBM pimpinan Mahathir akhirnya mengumumkan menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk bersama DAP, PKR dan PAN setelah gagal mengajak PAS untuk bekerjasama.
Ketika menghadiri Kongres Tahunan Nasional PKR pada 21 Mei 2017, Mahathir memerhatikan PKR mengumumkan Anwar sebagai calon PM Ke-7 dengan senyuman.
Secara perlahan-lahan Mahathir mengukuhkan cengkamannya di dalam PH dan pada 14 Julai 2017 Mahathir diumumkan sebagai Pengerusi PH hanya 3 bulan selepas parti PPBM menyertai PH.
Tindak tanduk Mahathir ini sememangnya mengusarkan Anwar dipenjara dan Najib di Putrajaya. Walaupun PKR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke 7, namun kedudukan Mahathir sebagai Pengerusi PH memberikan signal yang merbahaya kepada Anwar.
Sepanjang Anwar bersama Pakatan Rakyat dahulu tidak pernah ada jawatan Pengerusi Pakatan, yang ada hanya jawatan Ketua Pembangkang. Bila ada Pengerusi Pakatan bermakna, orang yang memegang jawatan itu adalah calon paling utama untuk menjadi Perdana Menteri PH.
Najib dan konco mulai langkah dekati Anwar
Pada 17 November 2017, Najib bersama Rosmah secara tiba-tiba muncul di HKL melawat Anwar yang baru selesai menjalani pembedahan di bahu akibat kemalangan yang menimpanya pada 22 September 2017. Najib sempat merakamkan gambar selfie sempena lawatan itu yang tular dimedia sosial.
Keesokkan harinya, 18 November 2017 Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi bersama isteri pula hadir melawat Anwar. Urusan banduan dan Penjara adalah dibawah bidang kuasa Zahid.
Selepas itu Menteri Pelancongan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno hadir menziarahi Anwar di HKL pada 26 November 2017.
Kemunculan 3 pemimpin senior Umno secara berturut-turut ini menimbulkan pelbagai polemik. Ada yang mengatakan itu adalah strategi Najib dan konco-konconya untuk menunjukkan sifat prihatin. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa lawatan ini bukan lawatan biasa, kerana pemimpin-pemimpin ini tidak pernah melawat Anwar dipenjara atau pun di Hospital selama ini.
Ada yang mengatakan bahawa disebalik pertemuan ini, Najib hadir menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Anwar setelah melihat pengaruh Mahathir turut mengancam kedudukan Anwar dalam PH. Kiranya mereka kini mempunyai common enemy untuk ditewaskan memandangkan peluang Anwar untuk jadi PM sangat tipis jika Mahathir menjadi PM, kerana Mahathir sertai pembangkang hanyalah untuk menjatuhkan Najib bukan untuk bebaskan Anwar.
Lim Guan Eng yang melihat tindak tanduk pemimpin Umno ini tidak duduk senang dan beliau juga tiba-tiba hadir mengunjungi Anwar pada 29 November 2017.
Pengumuman Anwar dibebaskan
Pada 14 Disember 2017 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamad membuat pengumuman yang mengejutkan dengan mengatakan Anwar akan dibebaskan pada 2018. Walaupun tidak menyatakan tarikh namun ianya satu signal jelas bahawa satu keputusan telah dibuat selepas pertemuan Anwar-Najib sebelumnya dan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.
Ini kerana, sepanjang tempoh dipenjarakan Anwar tidak pernah menerima sebarang pengampunan atau memohon parol.
Semasa Konvesyen Wanita PH pada 6 Januari 2018, Azizah akhirnya mengesahkan yang Anwar akan bebas pada 11 Jun 2018 tanpa menyatakan sebab dan bagaimana Anwar boleh bebas awal sedangkan beliau sendiri tidak pernah memohon secara rasmi kepada pihak Kerajaan sebarang parol.
Akhirnya, pada 7 Januari 2018 Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk seri Zulkifli Omar secara rasminya mengumumkan yang Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu 2 hari lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan sebelumnya oleh Azizah.
Beliau juga mendedahkan bahawa Anwar dibebaskan bukan kerana pengampunan atau parol. Anwar dibebaskan atas perintah Peremitan Hukuman dibawah Seksyen 4 (1) Akta Penjara 1995 pindaan 2009 yang menyatakan:
"Dengan tujuan untuk menggalakkan kelakuan baik dan kerajinan dan untuk memudahkan pemerlakuan pemulihan, seseorang banduan yang dihukum penjara selama lebih daripada sebulan, adalah berhak diberi remitan daripada hukumannya."
Dalam bahasa mudah, peremitan adalah Pengurangan Tempoh Tahanan yang diputuskan oleh pihak berkuasa penjara selepas menilai kelakuan banduan. Dan dalam kes ini Anwar dikatakan berkelakuan baik sepanjang tempoh tahanan.
Tapi agak kontradik alasan ini kerana sebelum ini Anwar, banyak mengeluarkan kenyataan rasmi menghentam BN dan nota kenyataan itu berjaya melepasi tirai besi penjara walaupun Ketua Pengarah Penjara mengatakan itu sebagai satu kesalahan dan sebenarnya tidak pernah berlaku. Apa pun rakyat menjadi saksi bahawa banyak kenyataan Anwar tersebar sepanjang beliau dipenjarakan.
Jadi kenapa peremitan ini tiba-tiba berlaku untuk Anwar iaitu hampir 2 bulan selepas Najib menemui Anwar di HKL. Ini sesuatu yang luar biasa bagi orang yang dikategorikan sebagai tahanan politik yang sudah lebih 18 tahun melawan BN.
Mahathir tidak dibenar temui Anwar
Setelah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH dalam Konvensyen PH pada 7 Januari 2018, Mahathir telah cuba mengunjungi Anwar di Hospital Rehabilitasi di Cheras pada 10 Januari 2018. Walaupun ditemani oleh Nurul Izzah, namun Mahathir dihalang bertemu dengan Anwar atas alasan tiada permohonan dibuat kepada pihak Jabatan Penjara.
Ini menimbulkan polemik kerana sebelum ini pemimpin lain boleh bertemu Anwar walaupun tiada permohonan rasmi. Mahathir menjelaskan yang beliau hanya perlukan 1 minit untuk ucapkan terima kasih kepada Anwar kerana merestui beliau sebagai calon PM PH.
Jika itulah tujuannya, maka polemik yang mengatakan Anwarlah sebenarnya yang tidak mahu menemui Mahathir kerana kecewa Mahathir merampas kerusi Perdana Menteri dari PKR adalah benar. Anwar pasti kecewa mengetahui berita ini dari mulut Mahathir sendiri, kerana sepanjang beliau ditahan tidak pernah pun Mahathir melawatnya di penjara mahu pun di Hospital. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada 5 september 2016 iaitu ketika Mahathir belum ada parti baru dan belum menyertai PH. Itu pun pertemuan di mahkamah bukan dipenjara. Jadi macam tak kena, dah rampas kerusi calon PM baru dia muncul lagi selepas setahun lebih.
Dan pastinya perjumpaan mesra Anwar-Najib turut memberikan kesan pada hubungan Mahathir dan Anwar. Malah pengumuman pembebasan awal Anwar satu tamparan buat Mahathir, walaupun Anwar dijangka bebas selepas PRU-14. Pembebasan ini bukan mudah dilakukan jika tidak ada campurtangan Najib dan Zahid. Sama ada BN atau PH memerintah selepas PRU 14, Anwar pasti mempunyai perancangan semasa keluar nanti.
Tidak dinafikan, Anwar seorang yanglicik dan akan melakukan apa sahaja untuk bebas. Walaupun PH selalu sebut Anwar telah memaafkan Mahathir, itu mungkin dibibir. Didalam hati siapa yang tahu. Dipecat, difitnah, dibogelkan, dipukul, dimalukan, dipisahkan dengan keluarga dan dipenjarakan oleh Mahathir bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan begitu sahaja.
Ramai mengatakan Anwar berjiwa besar kerana maafkan Mahathir. Namun ramai yang lupa, Anwar sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa dan menjatuhkan Mahathir termasuk dalam Langkah Kajang iaitu menukarkan Khalid Ibrahim seorang Menteri Besar yang terbaik pernah Selangor miliki.
Cerita hubungan Anwar-Najib bukan baru
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa, sebelum PRU 2013 Anwar pernah memintanya menjadi broker untuk deal dengan Najib sekiranya keputusan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat dengan simple majoriti.
Walaupun kerjasama itu tidak terlaksana kerana kemenangan BN pada 2013 yang diluar dugaan Anwar, namun Anwar juga diberitakan cuba mengatur strategi untuk deal dengan Najib tentang kedudukan Umno di selangor semasa krisis Menteri Besar. Pada ketika itu, Anwar juga terdesak untuk bekerjasama dengan Najib bagi mengelakkan beliau dipenjara atas tuduhan Liwat 2.
Namun semua perancangan itu tidak berjaya. Malah Najib sebenarnya lebih licik membalas permainan Anwar. Ingat lagi, pada 2008 Anwar beria-ria umumkan 30 ahli Parlimen BN akan lompat sertai Pakatan pada 16 September. Tapi yang berlaku akhirnya Kerajaan Pakatan Perak tumbang pada 4 Februari 2009 apabila Najib berjaya pujuk 3 Adun PKR dan 1 Adun DAP keluar Parti.
Rekod ini membukti Najib lebih mampu mengubah nasib Anwar berbanding Mahathir dan orang-orang Anwar sendiri. Kelicikkan Najib untuk memanipulasikan kuasa dan kedudukan diambil peluang oleh Anwar untuk membebaskan dirinya untuk kembali melawan Mahathir.
Jika ini semua benar, maka sesuatu yang lebih menarik akan berlaku selepas 8 Jun 2018. Mungkin lebih awal dari itu kerana bunyi bising dari kartel Azmin kerana pencalonan Mahathir sebagai PM juga telah sampai ke telinga Anwar.
Apa pun permainan politik Anwar-Najib-Mahathir ini, yang bakal jadi mangsa adalah rakyat dan pengikut-pengikut mereka. Jika anda bijak, pilih pemimpin yang benar-benar jujur dalam memimpin dan memulihkan keadaan politik dinegara ini.
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD - 13-1-2018
KUALA LUMPUR - Amanah (PAN) bertegas akan bertanding di beberapa kerusi kubu Pas kerana mereka mewarisi kerusi tersebut.
Bagaimanapun Pengarah Pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli berkata, keputusan itu hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, minggu depan.
“Semua kerusi yang Amanah bertanding adalah kerusi yang dahulu Pas bertanding. Ertinya kita tidak ambil kerusi milik DAP ke PKR.
“Bila ada Bersatu, sebagai pihak yang bertanggungjawab sesetengah daripada kita perlu berkongsi, majoriti daripada kami dari Pas, jadi kita anggap kita lah mewarisi kerusi tersebut. Pas itu Pas lah, dia punya hal lah,” katanya pada sidang media, semalam.
Terdahulu timbul dakwaan bahawa 27 kerusi yang akan ditandingi Amanah adalah kubu kuat Pas selain menganggap partinya mewarisi kerusi tradisi milik parti Islam itu.
Menurutnya, dalam menghadapi PRU14, Amanah berkeyakinan dengan jentera dan persiapan yang kuat.
“Kami berada di sini untuk menentukan siapa yang akan menjadi yang terbaik untuk membawa negara ke hadapan. Bukan untuk tujuan sentimental sahaja,” katanya.
Beliau berkata, sejarah adalah satu faktor tetapi rakyat inginkan keperluan sekarang.
“Sekarang ni memang kita tak patut bincang soal Pas dalam sidang media ini.
“Sejarah memang penting kita kena lihat semula tetapi yang akan tentukan kita bagaimana kita pandang ke hadapan.
“Biarlah Pas dengan kerusi dia. Dia nak bertanding pun memeriahkan. Inilah demokrasi,” katanya.
Pada Konvensyen Pakatan Ahad lalu, diumumkan Bersatu akan bertanding di 52 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan Amanah di 27 kerusi.
XOXO - Amanah (PAN) ini sekadar umpan hidup nak tarik ahli dan penyokong PAS. Biasalah umpan hidup ini tidak bernilai, kalau dah dapat pancing kadang kala umpan hidup dibuang aje...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 13-1-2018
Malaysiakini memohon bantuan orang ramai untuk membantunya mengumpul RM350,000 selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam satu kes fitnah.
Jumlah yang dianugerahkan oleh Mahkamah Rayuan kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM) terdiri daripada gantirugi RM200,000 dan kos perundangan RM150,000.
"Peguam kami akan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, Sementara menunggu keputusannya, kami perlu menyediakan wang itu," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.
"Dan sekiranya penangguhan itu tidak diberikan, kami perlu membayar RM350,000 pada minggu-minggu akan datang. Jika tidak, RAGM boleh mengambil tindakan penggulungan terhadap Malaysiakini," katanya.
Gan berkata Malaysiakini akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu kerana ia akan memberi kesan buruk kepada wartawan dalam menjalankan tugas mereka.
Kalau tidak, tegas Gan, keputusan mahkamah itu akan menjadikan sangat sukar bagi para wartawan untuk membuat liputan, khususnya sidang akhbar.
Pada 23 Mei 2016, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Rosnani Saub menolak tuntutan RAGM terhadap Malaysiakini dan tiga kakitangan editorialnya.
Penduduk di Bukit Koman di Raub, Pahang mendakwa penggunaan bahan kimia berkaitan sianida untuk mengeluarkan emas di lombong RAGM telah memberi kesan kepada kesihatan mereka. RAGM mengemukakan saman fitnah selepas Malaysiakini melaporkan mengenai aduan mereka, yang melibatkan tiga laporan berita dan dua video.
Salah satu daripada laporan berita itu adalah mengenai penduduk kampung menyuarakan kebimbangan terhadap kegiatan perlombongan dekat kampung mereka manakala dua lagi adalah sidang akhbar yang diadakan oleh penduduk kampung. Klip video itu adalah dari sidang akhbar tersebut.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa portal berita itu berjaya dalam pembelaannya berasaskan 'qualified privilege' - Reynolds privilege - yang memboleh kewartawanan dan reportage yang bertanggungjawab.
Ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan semalam berikutan rayuan dari syarikat perlombongan emas itu.
Gan berkata sejak penubuhannya pada tahun 1999, Malaysiakini tidak pernah mengelak daripada melaporkan isu-isu kepentingan awam.
"Malaysiakini percaya bahawa media independen adalah penting untuk kemajuan negara. Tanpa media sedemikian, yang berkuasa boleh cenderung bertindak untuk kepentingan segelintir pihak.
"Tindakan sedemikian membawa kepada kerosakan masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai wartawan untuk memberitahu kebenaran kepada yang kuasa dan untuk dipertanggungjawabkan, sama ada mereka pemimpin politik atau pemimin perniagaan.
"Kami telah membiayai operasi kami selama 18 tahun yang lalu tanpa bantuan penyokong yang kaya atau berkuasa. Orang ramai telah menyokong kami sebelum ini dan kami harap mereka akan membantu kami sekali lagi."
Gan berkata jika portal itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, wang yang dikutip akan disimpan dalam Defend Malaysiakini Fund untuk digunakan bagi berdepan kes mahkamah pada masa depan yang melibatkan Malaysiakini.
XOXO - Malaysiakini adalah portal anti Islam, bila ada isu Islam maka akan dijadikan berita dan isu serta dimanipulasi agar Islam dilihat kejam dan zalim. Akhirnya mereka terperangkap dengan mainan sendiri.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 13-1-2018
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah mendapatkan keredhaan Allah serta jadi insan terpilih kerana diberi kebenaran masuk ke dalam Makam Nabi Muhammad SAW, di Malaysia Pakatan Harapan (PH) masih sibuk berebut dan pilih-pilih jawatan yang mana mahu direbut menjelang PRU ke-14 nanti.
Yang sudah pasti, Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dah diumumkan sebagai calon PM jika pakatan menang selepas hari mengundi nanti.
Jika Mahathir insan terpilih dan diterima untuk jadi Perdana Menteri, pasti rakyat Malaysia dan para pemimpin dalam pakatan akan menerima dengan hati terbuka.
Sebaliknya, mereka semua membantah dan bukan sahaja pemimpin muda, yang senior pun menentang pemilihan Mahathir.
Bagaimanapun, Mahathir yang pernah jadi PM selama 22 tahun tak rasa apa-apa. Tetap tersengih dan tersenyum malahan seperti sukarela mahu sangat jadi PM biarpun dia sendiri kata tak mau jadi PM dah masa letak jawatan pada 2003 dulu.
Baginya, dia sudah dipilih dan akan lakukan habis-habisan untuk dapat juga jawatan sebagai PM biarpun di peringkat akar umbi sudah kedengaran suara membantah.
Paling lantang, anak kepada mendiang pemimpin veteren DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo berang apabila mengetahui nama Mahathir yang dinamakan sebagai calon jawatan ketua kerajaan itu.
“Sekiranya bapa saya masih hidup, beliau pasti tidak akan terima keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.
Kemudian, parti PAN pula sibuk mempersoalkan keadilan dalam pembahagian kerusi yang seakan-akan mencacatkan kempen pilihan raya mereka.
Dalam pengagihan kerusi di Semenanjung sebanyak 165 kerusi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu hanya diberikan 27 kerusi sahaja yang paling sikit untuk bertanding pada PRU nanti. Sedangkan parti baru PPBM, pimpinan Mahathir dapat 52 kerusi, PKR 51 kerusi dan DAP 35 kerusi.
Padahal, banyak pihak sudah beri amaran kepada PAN bahawa mereka hanya jadi alat untuk DAP menarik undi dari orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada PAS supaya beralih arah dan sokong PAN yang berjuang ala-ala PAS. Bukannya, DAP ada keyakinan yang tinggi pada PAN pun.
Bagi isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula, selepas sudah jadi Ketua Pembangkang kini ada peluang pula beliau hendak merasa jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dulu dalam Langkah Kajang, gagal hendak jadi Menteri Besar Selangor kerana Sultan Selangor tidak perkenan. Siapa tidak berangan-angan kalau sudah tahu ada peluang jadi Timbalan Perdana Menteri.
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mungkin juga pasang angan-angan, bahawa PH akan menolak nama Mahathir dan kemudian lantik dirinya jadi PM sementara nanti. Sudah lama sangat Muhyiddin jadi Timbalan masa dengan Najib dulu, mesti dia pun sudah merancang strategi untuk hasut orang tertentu untuk buka ruang Muhyiddin mungkin jadi PM.
Najib jadi insan terpilih, tapi pembangkang masih sibuk berebut sana sini dan pilih-pilih jawatan apa nak sandang kalau menang. Kemenangan itu pun ketika ini hampir pasti sudah jauh dari jangkauan.
pru14.tv"
Sumber TKO - 12-1-2018
Politik ludah meludah, jilat menjilat....
Posted on Friday, January 12 @ 08:12:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37690&mode=thread&order=0&thold=0 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Politik hari ini, di negara kita diwarnai oleh pemain pemain yang gemar ludah meludah dan jilat menjilat yang menyandarkan kepada falsasah Aristorle, yang menyebut tiada musuh dan kawan yang kekal dalam politik.Inilah falsasah yang menerbitkan parti parti yang bertanding dalam PRU negara kita di mana kalau kita perhatikan dari jauh sekarang ini musuh yang paling kekat satu ketika dulu sudah menjadi kawan baik.
Itu politik yang sedang dimainkan dalam PH.Mader yang satu ketika dulu terkenal kerana kezalimannya dan ditentang hebat oleh tokoh tokoh PH kini sudah dilantik mengepalai PH dengan barisan tokoh tokoh yang terkenal menentang Mader dulu berada dibawah pimpinannya.Itu kehebatan Mader yang dulu meludah ke muka tokoh tokoh PH ini dan sekarang menjilat satu demi satu air liurnya sendiri.Begitu juga tokoh tokoh PH yang begitu kuat meludah Mader kini sedang menjilat air liurnya sendiri demi menyucikan Mader.
Antara yang sedang menjilat itu ialah LKS dan LGE yang pada ketika dulu antara tokoh yang paling banyak melemparkan tuduhan kepada Mader, seperti tuduhan LGE dengan tuduhan Mader kaki klentong nombor satu negara dan tak perlu disebut di sini apa apa tuduhan LKS kepada Mader dulu kerana segalanya ada dalam arkib politik negara, sesiapa boleh merujuk kalau mahu.
Mat Sabu pula adalah yang paling kuat meludah Mader dari kem PAS di mana antara ludahan paling dasyat Mat Sabu ialah gelaran Mahazalim dan Mahafiraun sementara Mader juga tak kurang dengan ludahannya kepada Mat Sabu seperti ketika kes khalwat Mat Sabu dulu, Mader dengan sombongnya menyuruh Mat Sabu menyimpan kopiahnya dalam poket.
Inilah budaya ludah meludah yang kemudiian bertukar kepada jilat menjilat di mana antara pemimpin PH sekarang dan Mader, saling jilat menjilat sesudah mereka saling ludah meludah.
Tak lupa juga DSAI.Kalau dulu DSAI dikerjakan cukup teruk oleh Mader sehinggakan dijatuhkan maruah kemanusiannya dengan kes usung tilam ke mahkamah.Pendek kata dalam dunia biasa, kalau seseorang dimalukan ke tahap ini maka tiada maaf bagimu.Tapi sebab DSAI dan Mader berada dalam dunia politik yang menghalalkan ludah meludah dan jilat menjilat maka seperti tak ada apa apa berlaku sekarang antara keduanya.Kini sesudah Mader memberi idea kepada Najib tentang apa yang perlu dilakukan kepada DSAI, Mader pula tampil untuk membuat rayuan ampun bagi pihak DSAI dan nampaknya DSAI bersetuju untuk menjadikan isterinya sebagai TPM dengan Mader sebagai PM sementara.Ada unsur jilat menjilat antara keduanya yang mungkin bolih difahami untuk mendapatkan kuasa yang agak liat diperolehi oleh DSAI.Asalnya yang menghalang DSAI ialah Mader tapi kini Mader pula menolong DSAI.Politik ludah meludah dan jilat menjilat juga jadi ikutan.
Namun di sana dalam politik negara ada satu lagi pilihan yang disediakan oleh PAS dan Gagasan sejahtera(GS).Bukan politik ludah meludah dan jilat menjilat tetapi pilihan yang GS sediakan untuk dipilih pengundi ialah politik sejahtera untuk semua orang.GS tidak terlibat dengan politik ludah meludah dan jilat menjilat sebaliknya mengajak mana mana kumpulan untuk menyediakan satu platform pentabdiran negara ke arah kesejahteraan.
Kalau politik ludah meludah dan jilat menjilat tidak menjamin kesatabilan pemerintahan negara, di mana setiap parti yang bergabung dalam kerajaan bila bila masa boleh berpecah dan boleh ludah meludah antara satu sama lain, GS pula bakal merancang kearah peniingkatan kualiti pentadbiran menerusi antara lain saranan kerajaan teknokrat, kerajaan berkebajikan dan seumpamanya.Bukan seperti poitik ludah meludah dan jilat menjilat PH yang hanya menumpukan kepada hal hal yang melibatkan rasuah dan penyalahan guna kuasa kerajaan sekarang untuk diperbaiki tetapi jaminan ianya tidak akan berulang sesudah diperbaiki terlalu samar.
Sambil ludah meludah antara parti parti PH boleh berlaku bila bila masa saja, maka apakah sebenarnya pilihan terbaik untuk politik negara dewasa ini?
Sumber TKO - 12-1-2018
Macam macamlah PH Kuali ning!!PAS relex jer!
Posted on Thursday, January 11 @ 17:29:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37685 |
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Dah macam naik muak layan kerenah PH Kuali ni.Lepas satu, satu datang sehingga tak tahu nak cakap macam mana! Sembang besar, fitnah, tohmahan, presepsi, andaian dan sejenisnya semuanya ada.Itulah PH, dari parti DAP, PKR ,Kuali dan PPBM kesemuanya datang dalam satu pekej! Mengatakan PAS! dengan fitnah, tohmahan, persepsi, andaian dan seumpamanya.Semuanya ada tetapi tak satupun betul! Ini yang geram ni, kalau dulu kita sering sakit hati kepada macai macai Meno, kini tempat macai macai Meno diambil alih oleh macai kapcai PH pulak! Dunia dunia....
Berbagai kerenah pulak PH ning, dari pemimpin atasan mereka sampailah kepada macai kapcai yang suka cakap sampahnya.Pemimpin atasan mereka bercakap berdegar degar nak hapus rasuah alih alih, ada pulak khalifah tertingginya dituduh rasuah, anak buah pemimpin kakannya dituduh curi pasir dan pengikut parti duduk rumah besar hanya dengan jawatan yang diberi oleh partinya.Pelik bukan!tapi itulah PH Yang nak selamatkan Malaysia.
Kemudian dibuatnya cerita menerusi SR bahawa PAS terima dedak 90 juta dari Meno dan bukan main berdegar degar cabar supaya TGHH dan PAS saman SR kalau itu fitnah tetapi lepas saman difailkan, lain pulak ceritanya sedangkan cerita dedak 90 juta dicanang terus sehingga menjadi 200 juta.Gemarnya nampaknya PH reka cerita dongeng.Macam macam lah PH ning....
Kemudian giliran Mader pulak ambil peranan mengata kat PAS, dibawanya cerita lama mengenai Memali dan Amanat Hadi sambil menuding jari kononnya semuanya salah PAS atas apa yang berlaku di Memali dan kemudian berpusing untuk menuduh PAS pengkianat kerana enggan memberi jalan PH bertanding lawan Meno.Cantik! Siapa Mader dan PH sehingga boleh mendakwa PAS mesti ikut PH dan kerana tak nak ikut PAS dikatakan pengkianat.Muka tak malu sungguh Mader PH ning!Suka PASlah nak beri atau tidak kepada PH lawan Meno.Kalau PAS nak lawan juga Meno apa PH peduli?
PH peduli betul pasal PAS nak lawan Meno.Sebab pedulilah Yidin pula ambil giliran menuduh PAS berkhalwat dengan Meno.Makin bodoh ker apa Yidin ning? Sekali lagi apa Yidin mahu kisah pasal PAS khalwat dengan Meno kalau betul pun.Suka PASlah bukannya khalwat yang melibatkan manusia yang pula terikat dengan hukum ugama, PAS dan Meno kalau khalwatpun mana ada salahnya? Jadi Yidin yang sibuk tu nak panggil apa?
Nampaknya sejak bermulanya kekalutan akibat Kajang Move sampai sekarang PAS tidak boleh hidup senang, diserang dengan rakus sekali oleh PH, oleh semua parti dalam PH, bermula dengan serangan DAP yang membawa perpecahan dalam PR kemudian diteruskan oleh Kuali dengan kempen Oren ganti Hijaunya dan oleh PKR dengan tuduhan Rapiji Ramli tentang bekas pemimpin PAS terima 90 juta bagi pihak PAS dan akhir akhir ini oleh Mader dengan kisah Memali dan Amanat Hadi serta PAS pengkianatnya, juga oleh Yidin dengan cerita dongengnya PAS khalwat dengan Meno.
Macam macamlah PH ni, mungkin lepas PRU 14 baru PH diam....
Sumber TKO - 11-1-2018
Telinga yang mendengar
Posted on Thursday, January 11 @ 16:41:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37684 |
Mohammad Sabu presiden PAN teramat marah dengan PAS dan berkata yang bukan bukan kepada presiden PAS yang sebelum ini sangat menghormati bekas bosnya itu.
Yang peliknya Mat Sabu tidak marah pun dengan Lim Guan Eng yang berkata Macam mana AMANAH nak tuntut lebih banyak kerusi tanya Lim Guan Eng.
Macam mana nak marah sedangkan Mat Sabu dapat dedak sejumlah RM 15K sebulan dan dapat jawatan ahli lembaga pengarah penang halal.
Kebarangkalian, dia (mat Sabu) tak marah jika tidak diberi tempat bertanding mana mana parlimen pada PRU 14 ini yang akan diadakan bila bila sahaja dari sekarang.
Kalau tak bertanding dan menang pada PRU 14 nanti, macam mana nak jadi menteri pertahanan sepertimana tercatat senarai dalam cabinet bayangan Pakatan harapan tempoh hari.
Lazimnya, sifat Mat Sabu cepat naik marah. Bayangkan seorang yang ada penyakit pana baran. Pantang ada yang tak kena dengan parti yang diterajuinya pasti melatahlah dia.
Hari ini, Mat Sabu diam dan membisu seribu bahasa dan boleh bertindak macam syaitan bisu setelaj PAN di perrlakukan sedemikian rupa oleh Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng.
Betapa bisanya dedak yang diberikan DAP sehingga boleh tutup mulut Mat Sabu yang begitu celupar sebelum ini.
Saudara Salehuddin Ayub tak puashati dan bersuara apabila negeri Pahang yang begitu besar dan luas hanya dapat satu kerusi sahaja.
Mat Sabu boleh diam dan tak berkata apa apa apabila pembahagian kerusi pada PRU 14 dilakukan sedemikian rupa oleh BERSATU dan DAP.
Peliknya dia boleh setuju apa sahaja yang dilakukan oleh BERSATU dan DAP. Ke dia sedar suara PAN tak laku dalam isu membuat keputusan dalam pakatan harapan.
Jika demikian, apalah guna duduk dalam pakatan harapan kalau ideal dari para pemimpin PAN tidak tidak didengari dan tidak boleh digunapakai dalam pakatan Harapan.
Namun demikian, sah PAN akan dijadikan kambing hitam oleh Tun Dr Mahathir dan Lim guan Eng.
Dengar cerita Dr Hatta Ramli “Frust Tunggeng” dah letak jawatan. Pasti tidak puashti dengan apa apa yang dilakukan Pakatan harapan.
Mat Sabu, yang dikatakan puashati apa apa sahaja itu akan diberi tempat bertanding di salah satu Parlimen negeri selangor, besar kemungkinan tidak jadi kenayataan, kecuali Khalid kena korban untuk bosnya.
Sumber TKO - 11-1-2018
Macam Dah Tiada Calon Lain, Kata Anak Karpal Singh
Posted on Wednesday, January 10 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37677 |
KUALA LUMPUR: Langkah Pakatan Harapan yang diketuai DAP menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara terus dipertikaikan penyokong gabungan pakatan pembangkang itu.
Hari ini, anak perempuan kepada mendiang pemimpin kanan DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan mengumumkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika gabungan pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sangeet Kaur berkata, langkah menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri seolah-olah menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ketandusan calon lain untuk menjawat jawatan tersebut selain kekurangan strategi gabungan itu pada masa depan.
Menurutnya, tumpuan seharusnya diberikan pada soal dasar dan prinsip malah pemimpin juga perlu diasuh untuk memastikan kesinambungan kepimpinan.
“Dia (Dr. Mahathir) akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirisme.
“Walaupun ia mungkin satu tindakan terdesak seperti gabungan kita dengan Pas satu ketika dahulu, adakah kita terbuka untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak satu hari nanti sekiranya keadaan terdesak,” katanya dalam kenyataan seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.
Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai DAP semalam mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak.
Sangeet Kaur berkata, hujah bahawa kerjasama dengan Dr. Mahathir hanya untuk memastikan perubahan berlaku di negara ini tidak lagi boleh diguna pakai.
Selain itu, katanya, permohonan maaf Dr. Mahathir mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kesalahan lain yang dilakukan semasa menjadi Perdana Menteri juga tidak dilakukan dengan sepenuh hati.
“Ini bukan mengenai pengampunan, ia adalah soal akauntabiliti kerana orang yang mempunyai kedudukan serta kuasa harus bertanggungjawab terhadap kedudukan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Sangeet Kaur turut mempersoalkan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang seolah-olah berdiam diri seperti menerima permohonan maaf Dr. Mahathir itu.
Sumber TKO - 10-1-2018
Strategi Harapan Yang Tidak menjadi
Posted on Wednesday, January 10 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37672 |
SAYA tertarik dengan artikel mengenai manipulasi Presiden Pas berkaitan orang bukan Islam dan jawatan menteri dalam kerajaan. Malahan banyak artikel hari ini menjurus kepada serangan ke atas Pas oleh Pakatan Harapan (Harapan). Isu kafir mengkafirkan menerusi Amanat Haji Hadi yang sudah lama ditutup kesnya pun dibuka semula.
Sememangnya tidak berkesan ke atas Presiden Pas. Ahli Pas masih setia dan percaya akan amalan politik musyawarah Majlis Syura. Setiap keputusan Presiden Pas perlu merujuk kepada Majlis Syura dan bukan diri presiden sendiri. Inilah dinamakan kerajaan teknokrat yang dipegang oleh setiap ahli Pas.
Harapan mungkin lupa akan maksud legasi Mahathirisma. Yang lebih menghairankan isu permohonan maaf oleh Tun Dr Mahathir yang dimainkan oleh Harapan tidak menjadi, khususnya oleh ahli-ahli Pas.
Manakan tidak, ramai ahli Pas menjadi mangsa disebabkan akta ISA yang digunakan oleh Tun M. Ramai yang hilang keluarga dan kehidupan disebabkan tahanan politik ISA dan bukannya tahanan keselamatan negara semasa zaman 80, 90-an.
Permohonan maaf ini tidak hanya berkaitan dengan isu Memali. Ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas menjadi mangsa dalam sektor awam sehinggakan ada di antara mereka kehilangan pekerjaan disebabkan politik.
Mungkin ramai terlupa siapakah yang menyebabkan pembangunan di Kelantan terbantut selama sedekad. Bukankah Tun M yang menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan bermula 1989 hingga 1999 sebelum menyerahkan kepada Tengku Razaleigh pada masa itu. Akibatnya, Kelantan dipinggirkan pembangunan dan serangan ke atas Almarhum Tuan Guru Nik Aziz adalah satu contoh legasi Mahathirisma.
Apabila Terengganu berjaya dirampas oleh Pas pada 1999, Tun M telah membuat satu perubahan ke atas royalti minyak Terengganu. Sehingga hari ini royalti minyak yang diperuntukkan ke atas Kelantan turut menjadi mangsa. Ini disebabkan royalti minyak boleh bertukar menjadi wang ihsan Persekutuan. Situasi ini seperti menafikan apa yang berhak ke atas saudara seagama digunakan dalam politik.
Mungkin Harapan terlupa sejarah politik pembangkang. Ini disebabkan Harapan hari ini merupakan pembangkang mantan ahli Umno dan bukannya pembangkang tulen. Ramai mantan ahli Umno kini bertukar wajah menjadi Harapan disebabkan legasi Mahathirisma.
Wajah Reformasi tidak akan muncul kalau bukan disebabkan peristiwa tahun 1998. Masih ramai lagi yang ingat akan kisah dramatik politik yang berlaku dalam negara ini bermula 1998 sehingga kini tiada penghujung penyelesaiannya. Apa yang memburukkan suasana hari ini adalah perpecahan Melayu semakin parah dan tidak mampu lagi disatukan dalam politik ummah. Malahan isu Islam dijadikan sasaran politik Malaysia hari ini.
Serangan ke atas BN oleh Harapan ini hanya berkisar kepada isu 1MDB dan kleptokrasi. Sedangkan, politik kleptokrasi yang berlaku di negeri Harapan adalah amat berat sekali. Lihatlah isu rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin PKR di Selangor. Mungkin ramai boleh menafikan isu rasuah yang berkaitan Lim Guan Eng tetapi hakikatnya prinsip CAT dinodai oleh Harapan sendiri.Jika ingin menjadi pemimpin perlu menjadi teladan. Maka sekuasa manakah seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab atas laungan idealismenya sendiri. Kalau tidak siapakah yang perlu mempercayainya.
Situasi ini menyebabkan rakyat mula tidak mempercayai Harapan kerana kata-kata Harapan hari ini sama seperti apa yang digambarkan oleh Harapan.
Strategi demi strategi Harapan pada BN hanya berkisar kepada soal kleptokrasi yang sudah mual didengar. Ini disebabkan bukti tiada dan penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan. Akibatnya untuk mengelakkan kurang percaya daripada rakyat, maka isu hari ini difokuskan kepada veteran ahli politik yang sudah dikenali akan latar belakangnya.
Apabila strategi ini tidak menjadi dan menyebabkan banyak permasalahan berlaku. Mahu tidak mahu, politik kiasu digunakan dalam mencorakkan semula aliran pemikiran politik rakyat Malaysia.
Wajah politik kiasu hari ini mempersoalkan kedaulatan agama Islam dalam Perlembagaan dan mempertikaikan amalan-amalan Islam di negara ini. Seolah-olah menggambarkan Islam adalah permasalahan dalam pendemokrasian negara ini.
Serangan ke atas Jakim, Iksim dan lain-lain institusi agama dilaksanakan agar tercapainya matlamat politik kiasu. Mereka menganggap kerajaan hari ini adalah rejim diktator sedangkan mereka dibenarkan bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Mungkin ramai terlupa kata-kata Clive Klesser bahawa dalam politik Melayu di Malaysia hanya Umno dan Pas yang menjadi dominan dan bukannya dummi. Teori domino Umno dan Pas masih relevan sehingga hari ini. Inilah mitos yang perlu disedari oleh Harapan. Perbaikilah strategi apabila semakin dekatnya PRU14.
🐝
Adios
DR ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH
Sumber TKO - 10-1-2018
Penulis selalu mengingatkan diri sendiri bahawa “Suatu hari nanti, anak-cucu-cicit saya akan membaca apa-apa yang mereka tulis dan mereka harus berbangga dengan hasil tulisan tersebut.”
Etika penulisan memang menjadi salah satu perkara yang perlu ditekankan dalam setiap penulis agar kebenaran yang hakiki dapat ditonjolkan dan menutupi sifat palsu dan dusta.
Namun begitu ada penulis yang menghasilakn tulisan yang agak menyimpang daripada norma “etika penulisan" demi mengemis sesuap rezeki dalam penghujung kehidupan.
Ada penulis yang sanggup melacurkan diri demi untuk menegakkan fahaman dan pengangnya supaya orang menerima sebagai kebenaran. Malah penulis pelacur ini akan cuba menyeleweng maklumat dan memburukkan musuhnya dengan pelbagai persepsi negetif agar masyarakat menolok musuh. Sanggup mereka cerita, membesarkan berita bersifat "hearsay" dan mewarnai dengan corak pemikiran songsang demi mencapai hajat nafsu.
Mohd Sayuti Omar antara penulis pelacur yang saya maksudkan. Anda boleh baca artikelnya di bahwa dan lihat maruah diri sudah berada dalam "rubbish beg".
.......
ADA CADANGAN JUAL IBU PEJABAT PAS? Kewangan parti Islam seMalaysia (Pas) kini dikatakan tenat. Paling dirasai ialah di Jabatan Penerangan yang menerbitkan akhbar tabloid Harakah. Kegatawan kewangan sangat dirasai sehingga langkah-langkah awal diambil mengurangkan kakitangan akhbar berkenaan bagi mengatasi masalah itu.
Beberapa hari lalu sebilangan kakitangan sudah diarah berhenti secara tektikal apabila mereka diberhentikan dan diberikan kontrak baru dengan maslahat agar berhenti.
Misalnya tawaran gaji baru sebanyak RM1,000 dengan tempoh kontrak enam bulan. Tawaran itu dianggap tidak adil dan bertentangan dengan semangat parti itu berprinspkan Islam, sejahtera dan matang bila mana tangga gaji (kontrak) itu tidak sampai separuh dari mata gaji asal.
Seorang penata hias yang gaji dulunya RM4,000 setelah bekerja lebih 10 tahun ditawar kontrak baru dengan RM1,000 sahaja. Kakitangan itu juga pembayaran gaji bulan sejak dari Nomber tersangkut-sangkut masam motor kapcai kehabisan minyak.
Parti itu juga kini sedang menanggung hutang penerbitan akhbar berkenaan. Difaham sejumlah RM2.4 juta hutang tertangguh dengan sebuah percetakan di Shah Alam Selangor risiko itu sungguh membebankan.
Sehubungan itu pihak pengurusan telah mengambil berbagai langkah dan membawa kepada penyelesaian dipihak eksekutif parti sendiri. Salah satu pelan ialah memaksa wakil rakyat Pas atau Pas kawasan membeli akhbar berkenaan untuk diagihkan kepada ahli. Namun usaha penambahan pendapatan ini menerusi kempen 3B (entah apa?) tidak menjadi dan kurang mendapat sambutan.
Difahamkan terbaru ada cadangan dikemukakan untuk Pas menjual mana-mana aset hartanah yang dibeli dizaman parti itu mewah dahulu untuk melunasi segala hutang serta menyelesaikan masalah berbangkit.
Salah satu aset yang dicadangkan dijual ialah Ibu Pejabatnya terletak di Jalan Raja Laut. Langkah menjual ibu pejabat berkenaan dikira tepat dan sesuai. Perkara ini khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Tuan Presiden.
Sebelum ini veteran Pas Subky Latif pernah mempertikaikan pembelian bangunan berkenaan dianggap tidak relevan kerana kedudukannya di tengah-tengah bekas kawasan pelacuran.Mengambil kira pandangan Subky itu molek kalau Pas menjual bangunan berkenaan.
Bukan itu sahaja bangunan itu perlu dijual kerana sedikit sebanyak ada imej pemimpin Amanah di situ kerana ia khabarnya diusahakan atas inisiatif bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah. Difahamkan pemegang amanah bangunan berkenaan juga termasuk pemimpin AMANAH.
Menaakuli masalah dihadapi parti itu kini ia menjawab tuduhan bahawa parti itu menerima RM90 hingga RM200 juta dari penyonglapan wang 1MDB mungkin tidak benar? Mustahil kalau Pas memiiki jutaan ringgit hutang dibiarkan bertepekan.
Atau pun mungkin segala hutang piutanganya sengaja tidak mahu diselesaikan kerana ada motif tersendiri?
Hutang harus dijelas walaupun tidak dituntut. Trims.
📝 Mohd Sayuti Omar II
GS - Bukan sahaja penulis pelacur... Dalam facebook juga remove friend jika tak boleh berhujah. Itulah hebatnya kalau etika kewartawan dah berada dibawah lapik punggung.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 9-1-2018
Sebesar-besar Negeri Pahang, Amanah (PAN) dapat satu kerusi aje??
Posted on Tuesday, January 09 @ 17:49:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37664 |
TEMERLOH - Parti Amanah Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk Amanah negeri ini iaitu di Temerloh bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Timbalan Pengerusinya, Syed Hamid Syed Mohamed berkata, walaupun gembira kerusi Parlimen Temerloh diberikan kepada Amanah tetapi permintaan Amanah Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan.
Menurutnya, daripada sebanyak 165 kerusi Parlimen di Semenanjung hanya 27 kerusi diberikan kepada Amanah, lebih malang tidak ada satu kerusi pun untuk Wilayah Persekutuan dan juga Perlis.
"Tetapi kita akur dengan keputusan ini dan akan bekerja kuat, kami banyak toleransi dan muafakat demi kemenangan Harapan, ini bukan soal parti sahaja...DAP pun banyak bertolak ansur mereka hanya tinggal 35 kerusi," katanya.
Syed Hamid (gambar baju oren) yang juga Adun Kuala Semantan berkata, beliau berkemungkinan besar akan bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU14 nanti dan bersedia melepaskan kerusi Dun Kuala Semantan yang disandang selama dua penggal kepada calon baharu yang sesuai.
Katanya, beliau juga bersedia melepaskan kerusi Parlimen Temerloh kepada calon dari luar sekiranya ada yang lebih layak mewakili parti itu khususnya tokoh di peringkat pusat tetapi ia bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi Harapan.
Syed Hamid 65, turut melahirkan keyakinan untuk menang di kerusi Parlimen Temerloh yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Amanah, BN dan Pas kerana semua jentera Amanah akan memberi tumpuan di kerusi itu selain disokong jentera Harapan.
Syed Hamid berkata, isu mengenai pelantikan Mahathir sebagai calon perdana menteri langsung tidak ada masalah bagi Amanah dan parti itu menyokong penuh keputusan Harapan. Menurutnya, Amanah dan DAP tidak ada masalah dengan Mahathir yang dijadikan calon perdana menteri jika menang PRU14 nanti.
Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu, Bersatu akan bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala Amanah (27).
GS - Amanah (PAN) ni dah bersedia untuk bertanding semenjak 2 tahun lalu. Bersatu baru tubuh pun dapat 6 kerusi. Ini menunjukkan PAN adalah parti balaci layak jadi kuli macai aje. Ini standard yang ada parti parti pengkhianat rakan sendiri pun tahu PAN hanya angan aje lebih.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 9-1-2018
Assalamualaikum,,
selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Cerita Mahathir merancang untuk bawa Bersatu kembali ke Umno sudah banyak saya dengar terutama dalam group whatsapp tetapi saya mula tertarik dengannya apabila diumumkan pembahagian kerusi PH yang meletakkan Bersatu dengan peruntukan yang banyak meninggalkan PAN parti pencetus PH dengan peruntukan yang ciput dan menyedihkan.Apakah ini langkah awal Mahathir dalam perancangan untuk kembali kepada Umno?
Mahathir merancang agar bersatu menang kerusi yang agak banyak dan kerana itu dia mahu Bersatu bertanding banyak kerusi juga.Ini bermakna kalau Bersatu menang banyak kerusi, kuasa tawar menawarnya juga akan kuat ketika kedudukan kerusi parti parti yang bertanding tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.
katakan selepas PRU nanti, bersatu ada 40 kerusi dan BN dapat 62 kerusi, maka kalau Bersatu berpaling tadah kepada Umno untuk menyertai BN, maka Umno akan kembali menjadi kerajaan.Mungkin ada kebenaran cerita ini dan dengan kuasa tawar menawar yang kuat Mahathir boleh minta Najib berundur dan meletakkan mukhris sebagai PM.
Katakan juga PAS menang 40 kerusi dan dengan kerusi itu PAS juga ada kuasa tawar menawar dan Najib boleh berpaling kepada PAS untuk mengelakkan dia dijatuhkan Mahathir.Oleh itu Mahathir mungkin melihat PAS sebagai halangannya untuk mencapai cita citanya.Kerana itu serangan Mahathir sekarang ditujukan kepada PAS.Walaupun belum tentu PAS akan menjadi penyelamat Najib, Mahathir dengan menggunakan pakatan PH terus mendakwa PAS adlaah menyelamat Najib.
Kemungkinan kembali kepada Umno nampaknya ditujukan kepada Mahathir dengan menggunakan PH dan kuali.Kalau perancangan ini perancangan Mahathir maka nanti yang melopong ialah Mat Sabu, Husam Muda dan geng kualinya.Sementara PKR dan DSAI akan turut terkapai kapai kerana jumlah kerusi yang diberi kepada Bersatu menyebabkan mereka tak mampu menghalang Mahathir dari menikam mereka dari belakang.
Berseronoklah macai kapcai kuali nampaknya dan macai kapcai Mahathir yang berwajah macai kapcai Umno akan kembali ke kapal lama mereka!
Sumber TKO - 9-1-2018
Kehebatan Firaun sebagai pemerintah Mesir Memang tidak dapat dinafikan.Piramid yang dibina beliau sehingga hari ini tak mampu ditiru saintis moden.Mesir dibawah
pemerintahan Firaun aman dan makmur.Dipendekkan cerita syaitan pun respect dengan firaun kerana keberaniannya mengisytihar dirinya sebagai tuhan.
Apabila krisis kepercayaan yang ditimbulkan Nabi Musa AS .Majoriti rakyat Mesir tetap bersama Firaun kerana Naluri Manusia ini majoritinya takut &harap pada kekuasaan makhluk yang dapat dilihat didepan mata.Namun dengan Mukjizat diturunkan AllahSWT kepada Musa AS sebahgian percaya namun yang ragu lebih ramai.Sehinggalah Nabi Musa AS ditekan dgn rungutan pengikutnya bila terkepung di persisir Laut Merah.
Seperti Yang kita sedia maklum Firaun sempat bertaubat sebelum lemas,Namun segalanya telah terlambat.
Hari ini tiada lagi Nabi akan diutus maka mukjizat pun sudah tiada.Tidaklah pelik sekiranya manusia yang mempunyai kekuatan harta & pengaruh ramai pengikutnya.Apatah lagi manusia hebat seperti Firaun pasti disanjung meskipun sepanjang pemerintahannnya penuh dengan kezaliman dan penderhakaan pada Allah SWT.
Saudaraku yang mulia,
Janganlah kita terkesan dengan ramainya pengikut dan kuatnya pakatan dan kuasa mereka.Istiqamahlah dalam saf kebenaran.Jagalah solat berjemaah.Hiasilah malam dengan air mata keinsafan .Gigitlah Sunnah Nabi SAW dengan gigi geraham kerana Golongan yang terselamat di zaman fitnah amat sedikit.
Sumber TKO - 9-1-2018
Ulasan yang mencerminkan kekecewaan yang ternyata menggelojak di dalam hati dan jiwa.
Dahlah kecewa sebelum ini kerana kecundang dalam pertandingan pucuk pimpinan PAS dulu, kini terperosok pula di tangga tercorot dengan peruntukkan cuma 27 kerusi daripada 165 yang PH bakal bertanding di Semenanjung.
Husam dan Pan memang wajar kecewa dan marah.
Lalu untuk melepaskan diri dari bahana jiwa kacau itu dicarilah mangsa, dan siapa lagi jika tidak PAS.
PAS kata Husam jangan perlekeh Pan tetapi perlu tanya Umno BN berapakah kerusi yang PAS nanti diberi bertanding.
PAS tanya Umno? Di bumi manakah Husam ni berpijak? Masih di kayangan lagikah?
Janganlah menggadai apa sahaja baki maruah dan harga diri yang ada. Malu dipersanda dan ditertawa nanti.
Dulu masa dalam PAS pun tuduh kononnya ada pihak nak bawa PAS sertai Umno. Kempen habis-habisan dulu membawa isu ini.
Kini bertahun berlalu namun terus meratib dan menyanyikan lagu lapok yang sama.
PAS wahai Husam bukan Pan. Tidak duduk bawah ketiak mana-mana parti. Tidak ditindik dan di cucuk hidung.
PAS berada pada platform "Third force" bersama Gagasan Sejahtera dan kini menyediakan diri berhadapan BN dan PH.
Kenapa tanya Umno sedang Tuan Guru Presiden PAS sudah isytihar mahu bertanding lebih 130 kerusi.
Ada 27 tu selesailah segera pembahagian sesama sendiri, jangan cah keting dan sabotaj pula sesama sendiri maklumlah yang diperuntukkan cuma 27 kerusi tetapi yang dakwa hebat dan layak ramai.
Jangan pula keciwa sampai dibakar kelambu lagi. Kelambu yang ada pun dah rentung dan hangus.
ROSLAN SMS
Sumber TKO - 8-1-2018
Wajarkah Azmin, Zuraida, Hizwan, Aminolhuda dan Hatta dipecat?
SAYA tertanya-tanya bagaimanakah pemimpin PKR Selangor boleh menggunakan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam isu pencalonan Tun M sebagai PM. Memetik kenyataan Hizwan Ahmad selaku Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor seperti yang dilaporkan media semalam bahawa pihaknya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan pengumuman menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM Pakatan Harapan.
Bukankah ketika Rafizi menjawat jawatan SUA PKR pada tahun 2016 lagi, beliau telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
"Pakatan Harapan tidak lagi akan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan mana-mana parti yang melanggar konsensus gabungan itu akan dipecat, 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak lagi menjadi prinsip Pakatan Harapan."
Jika prinsip ini terpakai, maka PKR seharusnya terlebih dahulu memecat Zuraida dan Hizwan jika PKR benar-benar ikhlas dalam mendokong prinsip baru Pakatan Harapan seperti yang diucapkan Rafizi pada awal tahun 2016 yang lalu.
Malah satu lagi persoalan yang timbul adalah pendirian DS Azmin Ali sendiri terhadap kenyataan demi kenyataan dari pemimpin-pemimpin bawahannya di negeri yang ditadbirnya itu. Diam bermakna DS Azmin sendiri merestui desakan itu dan seharusnya Pakatan Harapan mengambil tindakan yang sama terhadap DS Azmin.
Tidak ketinggalan juga satu tindakan yang sama terhadap pemimpin PAN yang menentang pengagihan kerusi yang diumumkan pemimpin Pakatan Harapan di Konvensyen mereka dua hari yang lalu.
Jika prinsip ini tidak diangkat secara serius oleh Pakatan Harapan, maka rakyat boleh menafsirkan bahawa kenyataan Rafizi berkenaan prinsip Pakatan Harapan itu adalah omongan kosong semata-mata. Maka prinsip-prinsip lain yang diangkat Pakatan Harapan pada hari ini juga boleh dipersoalkan.
Ayuh sama-sama kita saksikan sama ada Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Mahathir serius dan tegas dalam mendokong prinsip-prinsip yang mereka ucapkan itu atau polemik ini hanyalah satu lagi sandiwara murahan untuk memancing undi dan sokongan Rakyat pada gabungan itu. – HARAKAHDAILY 9/1/2018
Wajarkah Hadi tolong Najib?
Posted on Monday, January 08 @ 12:08:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37638 |
Ramai yang beri jawapan, memang sangat tidak wajar, kerana Najib telah melakukan penyelewengan dan salahgunakuasa setelah diamanahkan sebagai perdana menteri, termasuk skandal 1MDB yang telah beri kesan buruk kepada ekonomi negara.
Bagaimana mungkin presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh cenderung menolong Datuk Seri Moh Najib Razak yang dikatakan terbabit dengan jenayah calar putih.
Di pandang sepintas lalu sememangnya sangat tidak wajar presiden pas bertindak demikian.
Persoalan sekarang apakah benar presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang tolong Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pada hemat penulis, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hanya berniat untuk selamatkan Negara satu Malaysia agar kekal ditangan orang melayu beragama islam.
Kebetulan Negara Malaysia yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak seorang yang dikatakan terbabit dengan jenayah colar putih disifatkan sebagai zalim dan sangat tidak wajar tolong orang zalim.
Bercakap pasal nama Haji Hadi yang dikatakan tolong Najib pernah dipanggil tok guru Haji Hadi ini teringat penulis dengan ungkapan jika kesabaran seseorang itu dapat mengalahkan hawa nafsu, maka dia akan masuk ke dalam golongan malaikat.
Namun demikian, jika dorongan hawa nafsu lebih hebat daripada jiwa sabarnya, dia akan bersatu dengan golongan syaitan.Jika dorongan nafsu makan dan minum dan seksualnya lebih tinggi daripada kesabaran yang berada dalam dirinya, dia termasuk dalam golongan binatang.
Oleh itu, jika dorongan iman bertempur dengan dorongan hawa nafsu, akan lahirlah tiga kemungkinan.
Kemungkinan pertama, jika kemenangan berpihak kepada iman dan dia berjaya mengundurkan bala tentera hawa nafsu dirinya. Maka kemenangan ini diraih atas kesabaran yang berterusan dan jadi golongan yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah sepertimana firman Allah yang maksudanya:
“Sesungguhnya orang orang yang menegakkan keyakinan dengan berkata Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa kesemasa (dengan memberi ilham) janganlah kamu bimbang (dari berlaku kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan jangan kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pada hari akhirat,apa yang diingini oleh nafsu kamu serta kamu akan beroleh, pada hari itu, apa yang kamu cita citakan mendapatnya” (surah Fussilat ayat 30-31)
Mereka ialah golongan yang memperoleh kurnia Allah disebabkan kesabaran. Mereka ialah golongan yang berjihad di jalan Allah secara bersungguh sungguh sehingga mendapat keistemewaaan hidayah yang tidak diberikan kepada orang lain.
Kemungklinan kedua, jika hawa nafsu memperoleh kemenangan dan kekuatan iman telah hancur secara mutlak. Orang yang berada dalam keadaan ini akan menyerahkan diri kepada syaitan dan bala tenteranya, sehingga mereka akan membawa diri mereka kemana sahaja syaitan inginkan.
Keadaan orang yang kalah itu akan turut menjadi bala tentera dan pengikut syaitan kerana mudah terpedaya dan lemah jiawanya. Keadaan apabila syaitan bersama mengikut segala perbuatannya, iaitu dimana orang berdosa yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan seperti pebuat bidaah yang menjadi ikutan orang, pemerintah yang zalim dan orang kaya yang kedekut.
Syaitan serta bala tenteranya akan menjadi anak buah dan pengikut setia. Manusia seperti ini adalah manusia yang dikuasai hawa nafsu dan mengutamakan kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat. Dia berkeadaan demikian akibat krisis kesabaran dalam jiwanya.
Ini merupakan musibah yang besar, takdir yang buruk, dan kemenangan mutlak pihak musuh. Kekuatan orang sepertimana terletak pada muslihat dan tipu daya angan angan kosong bangga diri berharapan yang jauh daripada kenyataan dan mengutamakan yang sementara daripada yang abadi.
Orang seperti ini disebut oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang maksudnya: “orang lemah itu ialah orang yang jiwanya tunduk pada hawa nafsu dan berangan angan kepada Allah” (Hadis Riwayat at- Tirmizi)
Penulis yakin anda yang membaca tulisannya sudah peroleh jawapan apakah benar presiden Pas menolong Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih menjadi teka teki kebanyakan rakyat jelata, terutama sekali ahli Pas akar umbi yang susah nak faham politik matang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu.
Sumber TKO - 8-1-2018
Jangan Tertipu Dengan Agihan Kerusi Pakatan Harapan Kerana Dap Tetap Akan Mendominasi
Posted on Monday, January 08 @ 07:01:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37637 |
Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang tertipu dengan persepsi yang cuba dibina oleh persepakatan dan persetujuan yang terhasil daripada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, hari ini, khususnya yang membabitkan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen antara PPBM, PKR, DAP dan AMANAH?
Berdasarkan “Muafakat Pakatan Harapan” yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, jelas dinyatakan bahawa:
“Sebagai persiapan Pakatan Harapan menghadapi dan memenangi PRU 14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu yang melibatkan 165 kerusi, seperti berikut:
a. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 52 kerusi b. Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 51 kerusi c. Parti Tindakan Demokratik (DAP) – 35 kerusi d. Parti Amanah Negara (AMANAH) – 27 kerusi”
Ada yang terdiam dan terpesona dengan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen ini kerana kononnya ia adalah bukti bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, kerana kononnya jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP hanyalah 35 berbanding jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM, iaitu 52.
Walaupun begitu, perkara penting pertama yang perlu diingati adalah bahawa, daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 31 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP di dalam PRU 13 lalu, iaitu:
(1) Kerusi-kerusi P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjong, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor di Pulau Pinang. (2) Kerusi-kerusi P60 Taiping, P64 Ipoh Timor, P65 Ipoh Barat, P66 Batu Gajah, P68 Beruas, P70 Kampar dan P76 Telok Intan di Perak. (3) Kerusi P80 Raub di Pahang. (4) Kerusi-kerusi P102 Serdang, P103 Puchong, P106 Petaling Jaya Utara dan P110 Klang di Selangor. (5) Kerusi-kerusi P114 Kepong, P117 Segambut, P120 Bukit Bintang, P122 Seputeh dan P123 Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (6) Kerusi-kerusi P128 Seremban dan P130 Rasah di Negeri Sembilan. (7) Kerusi P138 Kota Melaka di Melaka. (8) Kerusi-kerusi P145 Bakri, P152 Kluang, P162 Gelang Patah dan P163 Kulai di Johor.
Ini jauh berbeza dengan PPBM di mana daripada 52 kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 0 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh PPBM di dalam PRU 13 lalu (tetapi 1 daripadanya adalah kerusi yang telah dimenangi oleh calon PPBM di atas tiket BN, iaitu kerusi P143 Pagoh di Johor).
Jadi, walaupun bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini adalah lebih banyak berbanding bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP, iaitu pada kadar 52:35, status quo kemenangan kedua-dua parti di Semenanjung pula adalah 31:0 untuk DAP.
Perkara penting kedua yang perlu diingati adalah bahawa PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14. Ini menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 kekal pada tahap 52.
Sebaliknya, di dalam PRU 13 lalu, DAP telah meletakkan 4 calon di Sabah, iaitu di kerusi-kerusi P171 Sepanggar, P172 Kota Kinabalu, P173 Putatan dan P186 Sandakan (dan menang di kerusi-kerusi P172 Kota Kinabalu dan P186 Sandakan).
Pada 30 Disember 2016 lalu pula, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU 14 di Sabah, bermakna bahawa bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.
Di dalam PRU 13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak, iaitu di di kerusi-kerusi P192 Mas Gading, P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P199 Serian, P208 Sarikei, P211 Lanang, P212 Sibu, P213 Mukah, P215 Kapit, P217 Bintulu dan P222 Lawas (dan menang di kerusi-kerusi P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P208 Sarikei, P211 Lanang dan P212 Sibu).
Pada 30 April 2016 lalu juga, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa strategi DAP Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 adalah bagi menyediakan DAP Sarawak untuk memenangi Kerajaan Negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021, sekali gus menjadikan kemungkinan untuk DAP menandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak di dalam PRU 14 itu ada.
Oleh itu, paling tidak sekalipun, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14 ini adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 meningkat menjadi 54.
54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia, apatah lagi dengan status quo kemenangan kedua-dua parti di seluruh Malaysia adalah 38:0 untuk DAP.
Berdasarkan kepada penjelasan ini, nyatalah bahawa cubaan “Muafakat Pakatan Harapan” yang diumumkan oleh Konvensyen Pakatan Harapan hari ini untuk mengelabui mata rakyat Malaysia bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, jelas gagal.
Ini kerana yang akan kekal mendominasi Pakatan Harapan ialah parti bukan Melayu bukan Islam DAP.
Apa pula ceritanya dengan sebuah parti lagi, iaitu PKR?
Memang betul PKR juga meletakkan calon di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 13, tetapi PKR di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjug pun, bukanlah parti Melayu Islam. Lihatlah sahaja siapa Pengerusi PKR Sarawak, bukankah beliau si evangelis Kristian tegar yang bernama Baru Bian? Lihatlah sahaja nama-nama yang tertera di dalam senarai 15 calon Parlimen PKR di Sarawak di dalam PRU 13 ini:
P193 Santubong: Zulrusdi Bin Mohamad Hol P194 Petra Jaya: Ahmad Nazib Bin Johari P198 Mambong: Willie Anak Mongin P201 Batang Lupar: Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh P202 Sri Aman: Nicholas Mujah Anak Ason P203 Lubok Antu: Nicholas Bawin Anak Anggat P204 Betong: Cecilia Siti Una @ Sittie Endek P205 Saratok: Ali Anak Biju P209 Julau: Wong Hong Yu P210 Kanowit: Thomas Laja Anak Besi P214 Selangau: Joshua Anak Jabing @ Joshua Jabeng P216 Hulu Rajang: Abun Sui Anyit P. 219 Miri: Michael Teo Yu Keng P. 220 Baram: Roland Engan P. 221 Limbang: Baru Bian
Apatah lagi dengan PKR Sabah yang akan menghadapi PRU 14 dengan diketuai oleh seorang yang bernama Christina Liew setelah ia di dalam PRU 13 dulu diketuai oleh seorang yang bernama Datuk Lajim Ukin.
Bagaimana pula dengan sebuah parti lagi, iaitu AMANAH?
Sampaikan salam takziah pun sudah cukup agaknya.
Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).
GS - Bagaimana DAP mendominasi sesuatu kerjasama sangat mudah lihat sahaja di Perak bagaimana Ahmad Awang dan Nizar Jamaluddin hanya menjadi 'boneka' dan ini membuatkan Sultan Perak sangat marah atas beberapa keputusan sebagaimana disampaikan kepada Presiden PAS.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 8-1-2018
PM : Kenapa ‘Agong Tanpa Tengkolok’ Mahu Dinobatkan Sekali Lagi -Fathi Aris Omar
Posted on Sunday, January 07 @ 21:45:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37632 |
Tun Dr Mahathir Mohamad bukan pertama kali melawan perdana menteri. Dulu beliau menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi, pengganti pilihannya sendiri.
Tidak pula Dr Mahathir mahu semula jawatan itu. Ia diserahkan kepada DS Najib Razak, pilihan yang beliau kemudiannya terpaksa hadapi dengan berat.
Susulan itu, beliau mahu menjatuhkan Najib habis-habisan. Mula-mula melalui Deklarasi Rakyat, kemudian tubuh parti, kemudian mendominasi gabungan PH dan terkini mahu dijulang sebagai PM baru pula.
Padahal bekas pemimpin atasan negara boleh terus mengkritik, malah menentang, tokoh kerajaan tanpa perlu jawatan utama itu.
Tunku Abdul Rahman Putra juga menentang Dr Mahathir. Tidak pula beliau mahu jawatan PM semula. Malah, sebelum 2008, Dr Mahathir juga menentang Abdullah tapi tiada pula projek memerintah semula.
Jadi, apa game Dr Mahathir kini? Apa game juak-juak PPBM kini? Apa game DAP dan PAN di balik tabir penobatan kembali “agong tanpa tengkolok” ini? Siapa sebenarnya yang beriya-iya mahukan bekas diktator ini? Dr Mahathir sendiri atau tangan ghaib lain?
[ii]
Kalau setakat mahu menentang kelepektokkerasi atau menentang dasar kerajaan tertentu, Dr Mahathir boleh bergerak sebagai seorang tokoh atau pemimpin NGO sahaja, tidak perlu bergerak sebagai pemimpin parti.
Proses perlawanan politik sejak 2014 atau 2015, sejak tertonjol jelas isu 1MDB, nampaknya membuka semula nafsu berkuasa Dr Mahathir dan orang-orangnya.
Jika hal ini menjadi kenyataan, jelas beliau ingin berkuasa semula, bukan setakat membetulkan kesilapan Najib seperti didakwa-dakwa.
Jika ia menjadi kenyataan, jelas sekali pembangkang termakan pujuk rayu politik Dr Mahathir — yang sudah serik, insaf dan bertaubat, kononnya — sehingga ditarik perlahan-lahan dengan senyap dan halus.
Mungkin ada pemuja Dr Mahathir menganggap beliau sahajalah “penyelamat” bangsa ini. Demi menjatuhkan Najib, Dr Mahathirlah satu-satunya pilihan. Tetapi sejarah tidak membuktikan rekod itu.
Pemimpin tidak dinilai atas jasa dan sumbangan sahaja. Pemimpin juga harus dinilai pada onar dan kebinatangan mereka. Jadi, jangan tersilau dengan kehebatan semata-mata tanpa menyelami sisi keji seseorang tokoh.
[iii]
Negara sudah ada enam perdana menteri. Mereka mungkin daif seperti Tun Hussein Onn atau Abdullah tetapi kita boleh terus bergerak. Yang kita mahu kawal, pemimpin yang keji atau mempunyai rekod keji.
Kata orang, lebih baik ada pemimpin lemah daripada tiada pemimpin langsung. Bagi saya, lebih baik ada pemimpin lemah yang tidak korup daripada pemimpin hebat yang keji.
Maksud saya, tokoh seperti TS Muhyiddin Yassin juga OK, kalaulah calonnya bukan DS Anwar Ibrahim. Kenapa perlu Dr Mahathir?
Sejarah politik kita banyak menunjukkan pemimpin baru menguasai jawatan tinggi. Ada yang bagus dan ada yang tidak bagus. Semua perdana menteri kita “baru” sewaktu penggal pertama.
Begitu juga menteri besar-menteri besar dan ketua-ketua menteri kita. Mereka juga “baru” pada pengalaman awal, mentah dan tidak teruji. Semua orang harus lalui saat-saat itu.
Apa masalahnya sehingga ketandusan tokoh, terpaksa menjilat semula Dr Mahathir? Apa masalahnya kita ini?
NOTA: Saya tidak percaya PH boleh menang; malah merosot berbanding 2013. Tahun ini tahun Barisan Nasional dan Najib, suka atau tidak. Sebab itu saya tidak fikir debat calon PM pembangkang ini bermanfaat.
Fathi Aris Omar
Penulis buku ‘Agong Tanpa Tengkolok’
Sumber TKO - 7-1-2018
Episod Memburukkan Imej PAS kini masuk agenda kaum dan agama
Posted on Sunday, January 07 @ 17:57:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37627 |
Dua buah rumah ibadat bukan Islam di Kota Bharu, Kelantan, dibaling objek sehingga bahagian bangunan kedua-duanya mengalami kerosakan, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Dua buah rumah ibadat itu adalah Gereja Methodist dan kuil Hindu, Kuil Arulmigu Siva Subramaniyar yang terletak di Jalan Hamzah, pusat bandar Kota Bharu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (gambar) berkata, perbuatan khianat itu menyebabkan empat bahagian cermin tingkap di tingkat dua dan tiga gereja pecah, manakala tingkap kuil retak.
Katanya, polis menemui dua komponen tapisan dalam alat penapis air yang disyaki dibaling suspek ke dua bangunan itu.
"Suspek membaling dari jejantas dengan jarak antara enam hingga tujuh meter. Alat penapis yang ditemui mempunyai kesan dibakar (hangus)," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian di Jalan Hamzah, sebentar tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat.
Hasanuddin berkata, kejadian tersebut pada mulanya disedari paderi yang tinggal di gereja itu.
Berdasarkan laporan awal, katanya, suspek yang merupakan seorang lelaki dilihat berada di tempat letak kereta berhampiran jejantas dan membaling objek itu ke arah gereja, sebelum beredar dengan Nissan Grand Livina.
"Saya difahamkan ini kejadian kedua yang berlaku terhadap gereja ini. Kita akan menyiasat setiap sudut untuk mengenal pasti motif sebenar suspek.
"Justeru kita minta mereka masyarakat yang menjadi saksi kejadian ini supaya tampil membantu pihak polis," katanya lagi.
GS - Politik menjadi kotor jika yang bercita-cita besar ingin menguasai politik. Perjlanan politik menjadi makin pelik jika yang mnerajui politik terdesak untuk menguasai kerajaan untuk memimpin. Awas mainan politik kotor kerana rakyat akan menjadi mangsa tanpa batas dan belas insan.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 7-1-2018
Kenapa Mahathir harus terus dilanyak!
Posted on Sunday, January 07 @ 13:26:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37623 |
Assalamualaikum,,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Mahathir sejak lebih 30 tahun dulu menjadi sasaran serangan ramai penyokong PAS.Kenapa? Apakah kerana penyokong PAS benci Mahathir? Dan apa yang ketara hari ini, penyokong PAS pula jarang menyerang Najib.Kenapa? Apakah kerana penyokong PAS suka Najib? Sekali imbas, apatah lagi kalau diprovoke terus terusan oleh geng kuali, nampak seperti penyokong PAS suka Najib kerana TGHH juga nampak macam sudah termakan dedak Najib.Itu yang geng kuali duk provoke dari dulu sampai sekarang.
Ingatkan kita kisah Nabi Khaidir dan Nabi Musa seperti diceritakan dalam Quran? Kisah yang nampak seperti Nabi Khaidir jahat dan ganas tetapi akhirnya ternyata apa yang dibuat Nabi Khaidir itu bersebab dan betul.Nampaknya kita perlu belajar dari kisah yang diceritakan Al Quran ini untuk melihat kenapa Mahathir dikutuk dan Najib tidak.Sebab akhirnya ianya kembali kepada perjuangan asal dan istiqamah PAS sejak dulu sampai sekarang.
Mahathir sejak zaman dia memegang kuasa lagi menunjukkan sikap anti perjuangan Islam dan sikap buruk ini diterjemahkan dengan berbagai bagai tindakan tidak menghormati hak PAS.Dia pernah menuduh PAS pengganas, cuba merampas kuasa dengan kekerasan dan keganasan serta menuduh PAS mengkafirkan orang Umno.Berbagai bagai lagi tohmahan jahat dilemparkan kepada PAS dari pemimpin utama PAS sampailah ke akar umbi.Tindakan Mahathir keterlaluan dan melampau.
Sebab itu ramai ahli dan penyokong PAS yang tidak selesa dengan perbuatan Mahathir tampil untuk membela dan membuat counter attack kepada Mahathir.Ketika Mahathir menuduh Ustaz Ibrahim Libya penjenayah, penyokong PAS tampil menuntut dia membuktikannya tetapi Mahathir bertindak licik dengan cuba membawa penyokong PAS lari dari topik tuntutannya sehingga Tabung Memali yang ditubuh oleh penyokong PAS akhirnya terbiar tergantung sampai lebih 30 tahun.
Kalau Mahathir terus menyerang PAS maka Mahathir juga layak diserang oleh penyokong PAS.Bermakna apa yang penyokong PAS lakukan hanyalah respon kepada perbuatan Mahathir.Kerana itu apabila Mahathir cuba membohongi sejarah dengan dakwaan Memali sebagai kesan dari Amanat Hadi dan Ustaz Ibrahim hanyalah penjenayah yang mahu memberontak dan mengajar ajaran sesat maka layak bagi Mahathir menerima serangan balas dan kutukan dari penyokong yang sudah lama menuntut perbicaraan yang telus terhadap kes Memali.
Di sini jugalah mesej yang perlu diambil oleh macai kapcai PH terutamanya kuali yang sering menuduh ahli dan penyokong PAS suka maki hamun, mengeluarkan kata kata kesat.,Mesejnya, semua maki hamun dan kata kata kesat itu keluar dari ahli dan penyokong PAS hanya ditujukan kepada macai kapcai PH dan kuali yang terlebih dahulu memprovoke ahli dan penyokong PAS.Tanpa provoke yang sebahagian besarnya merupakan fitnah dan cerita bohong, tak ada ahli dan penyokong PAS nak maki hamunpun.Maknanya maki hamun itu hanya ditujukan kepada macai kapcai PH dan kuali bukan kepada untuk semua orang.
Ini juga menjawab kenapa ahli dan penyokong PAS tidak lagi mengutuk Najib dan Umno.Sebabnya Najib bukan seperti Mahathir yang terus menerus menghentam dengan cerita dongengnya, sebaliknya Najib bermain sedikit saikologi dengan tujuan meraih sokongan PAS.Sebab itu Najib tidak lagi kurang ajar dengan PAS dan kerana itu ahli dan penyokong PAS memberikan sedikit rasa hormat kepada Najib dengan tidak lagi bertindak kasar dengannya.Tetapi seorang manusia yang waras tidak cepat menuduh ahli dan penyokong PAS sudah kena kencing dengan Najib, sudah termakan dedak Najib dan seumpamanya.RUU 355 tidak dibahaskan bukan bermakna PAS sudah kena kencing atau apa apa sebab RUU 355 masih belum mendapat sokongan 100% MP Islam dan RUU 355 perlukan kepada pembaharuan dalam komposisi MP yang hanya mungkin boleh dicapai selepas PRU 14.Maka PAS bekerja kearah mengubah MP selepas PRU 14.PAS berusaha menggantikan MP mereka yang kianat serta menggantikan MP Islam lain yang tolak RUU 355 dengan MP yang sokong RUU 355.Umno pula semakin ketara perubahannya.Macai mereka yang dulu tidak beradab kini diambil laih oleh macai PH kuali, ahli ahli mereka semakin ramai yang sudah u turn kepada PAS, maka sebab itu ahli dan penyokong PAS tidak lagi biadap dengan Umno seperti zaman Mahathir.
Pendek kata tuduhan mengatakan ahli dan penyokong PAS sudah tunduk dengan Najib kerana tidak lagi mengutuk Najib seperti mereka mengutuk Mahathir dan Kuali PH adalah tuduhan ornag pendek akal, justeru saya ingin bertanya layakkan orang pendek akal begini mengambil alih pemerintahan negara dari Najib dan Umno?
Sumber TKO - 7-1-2018
Kini Hishamuddin Rais menjilat ludahnya sendiri. Bukan itu sahaja prinsip dan maruah dirinya juga digadai...
Posted on Saturday, January 06 @ 18:33:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37618 |
Tak banyak nak komen pasal Hishamuddin Rais yang dulu banyak mendedahkan keburukan Mahathir kini menjadi pengampu Mahathir. Anda baca aje artikel terakhir Hishamuddin Rais anda akan tahu bahawa dia ni sekarang dah jilat ludahnya. Malah dia gadai semua prinsip dan maruah diri kerana sedikit DEDAK yang dihulurkan oleh bekas musuhnya.
MAHATHIR DENGAN LABU LABINYA
Ketika saya membaca laporan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini, saya tiba-tiba menyedari bahawa jiwa saya telah diresapi oleh satu perasaan. Sebenarnya, perasaan yang ada dalam hati saya ini adalah perasaan yang 'hitam'. Dari kitab-kitab suci yang pernah saya baca, perasaan 'hitam' ini tidak seharusnya wujud dalam roh saya.
Al-Quran melarang manusia memiliki perasaan ini. Kitab suci Gautama Buddha banyak memperkatakan bagaimana insan wajib melawan perasaan hitam ini. Malah sama seperti ajaran Sufi, Sidarhata juga mengajukan pelbagai bentuk cara dari zikir, bermeditasi, bernafas dan pergerakan badan agar perasaan
hitam ini lupus.
Tetapi dalam masa yang sama, saya mesti berlaku jujur terhadap susuk saya sendiri. Agihan kejujuran yang utama daripada saya adalah untuk roh dan tubuh badan saya. Saya tidak dapat melarikan diri daripad perasaan ini. Kalau saya melarikan diri, ertinya saya tidak jujur kepada roh dan tubuh badan saya.
Perasaan ini ialah perasaan gembira saya begitu gembira dan cukup senang hati apabila melihat apa yang sedang terjadi kepada Dr Mahathir pada ketika ini. Saya tidak dapat menyorokkan kegembiraan ini. Tidak mungkin. Kenapa saya perlu berbohong dan tidak ketawa terbahak-bahak apabila melihat Dr Mahathir dalam kesesakan. Pernah di surahkan di Hollywood 'Saya bukan sahaja gembira kerana berjaya mendapat oskar tetapi saya juga ingin melihat orang lain gagal...' Ha ha ha.
Saya gembira kerana saya percaya terhadap hukum karma. Apa yang sedang terjadi kepada Dr Mahathir ini adalah hasil perbuatan dirinya sendiri. Kalau ada insan yang diberitahu bahawa getah ipoh itu adalah racun, tetapi dia masih ingin memakannya, maka tidak ada apa yang boleh kita lakukan...hanya kita sama-sama bergotong-royong menggali kuburnya.
Pada petang di hari Dr Mahathir menangis meletakkan jawatan di Perhimpunan Agung Umno pada 2002 dahulu, saya sedang melakukan senaman di luar sel tahanan saya di Kamunting. Satu habuk pun saya tidak percaya terhadap apa yang dituturkannya oleh Dr Mahathir pada petang itu. Malah perkataan akan, yang, dan, di, nya yang muncul dari mulut Dr Mahathir itu pun, saya tidak percaya.
Malah titik di huruf 'i' dan sengkang pada huruf 't' jika huruf-huruf ini datang dari mulut Dr Mahathir juga saya tidak akan percaya.
Tidak berterima kasih
Saya memiliki pengalaman sendiri. Dr Mahathir menghebohkan kepada media bahawa saya menangis dan berlelehan air mata meminta untuk pulang ke Malaysia. Dia juga menuduh saya tidak berterima kasih. Jawapan saya cukup senang. Saya amat jarang menangis ketika berada di luar negara. Ketika saya menulis surat rasmi untuk memohon pulang ke Malaysia itu, saya berada di kota London.
Justeru, saya tidak mungkin menangis kerana keseronokan hidup saya pada ketika itu mencurah-mencurah lebih hebat daripada curahan ombak tsunami di Acheh. Kemudian saya dituduh tidak berterima kasih. Ini tepat dan betul. Saya tidak menafikan ini. Saya tidak pernah berterima kasih kepada Dr Mahathir dan tidak mungkin dalam masa terdekat ini, saya akan melakukannya.
Ini adalah hasil didikan daripada kaum keluarga saya. Kami sekeluarga hanya akan berterima kasih kepada orang yang kita kasih. Kita, sebagai warga negara, harus mengakui bahawa bumi Malaysia ini bukan hak milik Dr Mahathir. Bumi ini hanya kita pinjam untuk sementara. Jadi, kehadiran saya di bumi ini ataupun di mana saja, tidak ada sangkut-paut dengan Dr Mahathir.
Justeru, tidak mungkin saya akan berterima kasih kepada Dr Mahathir walaupun dia akan menghadiahkan kontrak membuat jambatan emas dari Kubang Pasu ke Singapura. Ataupun saya diagihkan kontrak untuk membuat tiga laluan jalan keretapi dua tingkat dari Kuala Lumpur ke Sinkiang.
Di media, saya juga telah dituduh oleh Dr Mahathir sebagai dalang yang menghasut rakyat keluar berdemonstrasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuang daripada kerajaan. Sebenarnya, pada ketika itu, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak kenal siapa yang keluar berdemonstrasi. Apa yang saya
lakukan ialah mengumpul semua bahan sebaran dan mengambil gambar. ( Semua bahan ini dirampas polis ketika saya ditahan).
Bila tuduhan dalang itu sampai, maka saya cukup yakin bahawa manusia yang bernama Dr Mahathir ini tidak boleh dipercayai. Rasa saya, kata-kata, ucapan dan janji Datuk Paduka Ibrahim Ali, lebih senang untuk saya yakini daripada ucapan Dr Mahathir.
Hukum karma
Pada ketika ini, saya ketawa kerana balasan karma telah sampai ke pangkuan Dr Mahathir. Sebenarnya, apa yang sedang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri kita itu adalah menyeksa dirinya sendiri di hadapan mata rakyat Malaysia.
Menyeksa diri sendiri wujud dalam mitologi agama. Dari mazhab Syiah, kita akan melihat apabila bulan Muharam sampai, para penganut Syiah akan memukul diri mereka sendiri hingga berdarah-darah dan ada yang sampai mati. Dari apa yang saya dengar, ini dilakukan kerana mereka menyesali di atas kematian
Saidina Ali.
Dalam mitologi Kristian pula, pada bulan April, ada penganut yang soleh tetapi elah merasa berdosa, lalu mereka merantai kaki mereka dengan bola besi dan mengheret bola besi ini dari gereja untuk mengelilingi bandar. Dalam agama Hindu pula, para Syahdu akan tidur di atas paku, di atas kaca atau berdiri sebelah kaki untuk menyeksa diri sebagai tanda kesetiaan terhadap agama.
Waspada, Dr Mahathir menyeksa dirinya sendiri bukan kerana mengikut mitologi agama. Dia diseksa oleh hukum karma perbuatan dirinya sendiri. Mari kita melihat satu persatu hukum karma yang sedang menyeksa Dr Mahathir.
Dr Mahathir merancang untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui pemilihan dalam parti. Dr Mahathir mungkin telah berjaya memujuk Tan Sri Megat Joned ataupun Tan Sri Sanusi Junid untuk bertanding melawan Abdullah. Tetapi perlembagaan Umno telah berpuluh kali diubahsuai untuk mempertahankan kedudukan Dr Mahathir sendiri. pada satu ketika dahulu. Lalu, peluang Sanusi atau Megat untuk mendapat pencalonan melawan Abdullah hanya tinggal angan-angan Mat Jenin seperti Sanusi menanam padi di atas bumbung.
Dr Mahathir telah menyuarakan harapan sedihnya agar dia dapat dijemput untuk berucap di hadapan ahli-ahli parti. Seorang YB dari Perlis telah bersedia untuk menjemput Dr Mahathir merasmikan mesyuarat bahagian. Sayang, seribu kali sayang, rupa-rupanya, dengan senyap-senyap tanpa diketahui umum bahawa orang politik yang boleh merasmikan mesyuarat bahagian hanya menteri dan ahli Majlis Tertinggi sahaja.
Siasat punya siasat, yang membuat peraturan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tiba-tiba menjadi marah kerana media dan akhbar tidak memberi ruang untuk dia berleter. Dia marah kerana dia seorang Tun, bekas Perdana Menteri, wira dunia ketiga dan Raja Seluruh Afrika. Dr Mahathir dengan begitu cepat sekali terlupa bahawa akhbar dalam negara ini hanyalah akhbar 'sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu bagi makan aku makan yang lain aku tak tahu'.
Mahathir terlupa bahawa dalam negara ini ada pelbagai undang-undang dan akta yang mengawal dan mengekang kebebasan akhbar daripada membuat laporan yang berwibawa. Sebenarnya kemerosotan akhbar menjadi bertambah buruk dalam zaman pemerintahan Dr Mahathir sendiri.
Membunuh tradisi
Ketawalah kita sekali lagi kerana Mahathir terlupa tentang Akta Percetakan. Penyokong dan pembodek Dr Mahathir telah cuba mencari dewan hotel, dewan orang ramai, agar Dr Mahathir dapat diberi ruang untuk berleter. Ha ha ha...sin sa la bin...satu pun tempat tidak dapat mereka sewa. Rasa saya, Dr Mahathir terlupa atau buat-buat lupa tentang tabiat tidak memberi ruang umum kepada sesiapa yang tidak menyokong kerajaan ini.
Perangai menekan orang lain dari bersuara ini telah diperkenalkan oleh dirinya sendiri. Malah, selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, tabiat menekan rakyat daripada bersuara ini telah dijadikan seni. Saya rasa pasti Dr Mahathir teringat kepada dewan kuliah F di fakulti sastera Universiti Malaya atau di Dewan Tunku Canselor yang pernah memberikan ruang untuknya berucap ketika suasana demokrasi kampus gilang-gemilang.
Siapa yang membunuh tradisi debat in orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir sendiri. Kerana itu, pada hari ini, jangan harap Dr Mahathir akan dijemput untuk berleter di Dewan Tunku Canselor, hendak mencium bau surau Kolej Kelima pun tidak mungkin dapat.
Yang paling lawak bagi saya ialah apabila Dr Mahathir merungut yang dia tidak dapat bertemu dengan para pelajar Malaysia di kota London. Dr Mahathir juga telah gagal untuk mendapat peluang berleter di hadapan ahli kelab Umno London. Bukankah cara ini juga telah digunakan ketika penyokong Anwar ingin menerangkan kepada para pelajar Malaysia di luar negara dahulu. Pelajar yang ingin mendengar. telah diugut, ditarik biasiswa dan ada yang dihantar pulang.
Apabila dia pulang dari London pada 22 haribulan lepas, saya tersenyum gembira kerana hanya ada 300 orang sahaja yang datang menyambut wira dunia ini. Inipun akhbar tempatan telah membesarkan angkanya seperti 1.000 orang mengikut laporan akbar MCA The Star. Ini kerana mereka masih ada belas kasihan melihat Dr Mahathir sedang menyeksa dirinya sendiri.
Wow ! Tiba-tiba bekas Perdana Menteri ini bangun dengan gagah berani dan menuduh anak menantu Abdullah 'menyamun' pelbagai bentuk kontrak dan projek dari kerajaan. Oh la la...kata orang Perancis, bila terperanjat. Saya pun terperanjat sama.
Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan kerana ini adalah aturcara dan jalan kerja ekonomi yang pernah disusun oleh Dr Mahathir sendiri. Macamlah sudah terlupa tentang berbilion duit Petronas dirembatnya untuk menyelamatkan anak dan suku-sakatnya. Paling gembira hati saya ialah apabila saya terbaca tentang cadangan agar nama 'precint' yang digunakan oleh Dr Mahathir di Putrajaya akan disunatkan untuk masuk Melayu. Ini satu perli yang amat besar.
Tindakan ini adalah cara terhormat untuk memperlekehkan wira dunia ketiga. Kalau sayalah Dr Mahathir, pasti saya merasa berbulu. Kerana telah nampak jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa semua yang telah dilakukannya. sedang dirombak satu persatu oleh Abdullah. Apabila saya menulis tentang Abdullah ini, saya akan ketawa terbahak-bahak dan berguling-guling di atas lantai. Abdullah ini mungkin kerana dia insan yang warak, maka dia telah tidak ambil 'pot' tentang apa sahaja yang dileterkan oleh Dr Mahathir. Saya rasa Dr Mahathir cukup terseksa dengan langkah tepat yang diambil oleh Abdullah ini.
Mahathir keseorangan
Saya teringat zaman rock saya dahulu. Ada juga orang tua penjaga moral yang cuba berleter terhadap pakaian dan gerak-geri saya. Saya langsung tidak ambil 'pot'. Apa yang dia boleh lakukan. Saya muda, tambang bas dan duit tiket 'fun fair' yang saya gunakan, bukan duit dia. Saya biarkan dia menyalak hingga kering air liur.
Saya cukup senang hati dan gembira apabila Dr Mahathir diseksa oleh jawapan sunyi sepi dari Abdullah. Adakah ini satu strategi yang dirancang atau kerana Abdullah sendiri tidak memiliki jawapan...tidak akan saya pedulikan. Apa yang pasti ialah Dr Mahathir sedang menyeksa dirinya sendiri kerana Abdullah tidak menjawab.
Tup...tup...tiba-tiba semuanya lengang. Tidak ada lagi orang datang berpusu-pusu mencium tangan Dr Mahathir. Cuma Ibrahim kini telah menjadi orang kanan Dr Mahathir. Ini bukan kerana rotan tidak ada maka akar pun boleh digunakan. Ibrahim ini bukan berstatus akar tetapi berstatus daun lalang. Saya lihat Dr Mahathir ini betul-betul 'desperate'. Apabila Dr Mahathir dalam keperitan seperti ini, sayalah orang yang paling gembira.
Lalu saya bertanya ke mana perginya wira-wira anak didikan Dr Mahathir sendiri. Datuk Seri Rafidah Aziz telah berpaling tadah, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak bersuara, Datuk Abdul Ghani Othman tidak berkata apa-apa dan Datuk Seri Nazri Aziz pula sudah menjadi tukang pukul boss yang baru.
Maka yang tinggal hanyalah Ibrahim dan Tan Seri Abdullah Ahmad a.ka Dolah Kok Lanas. Hasilnya, apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika menyeksa dirinya sendiri ialah dia juga turut menyeksa orang-orang pencen dan orang-orang bekas itu dan bekas ini. Mungkin ada yang akan menuduh saya tidak memiliki perasaan kerana ketawa melihat orang tua menyeksa diri sendiri. Ini tidak betul. Dalam hal seperti ini kita tidak perlu ada belas kasihan.
Tulisan saya ini akan terus tersimpan dalam alam siber untuk menjadi ingatan kepada generasi yang akan datang. Mereka akan melihat bagaimana Dr Mahathir dengan licik telah menyusun strategi, undang-undang dan peraturan agar dia dapat berkuasa selama 22 tahun.
Dia menggali lubang dan memasang banyak perangkap untuk menimbuskan musuh-musuh politiknya. Tetapi lihatlah apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Biarlah saya reka sebuah pantun untuk mengingati orang yang bernama Dr Mahathir ini:
Gali punya gali
Jerat punya jerat
Pandai-pandai tupai melompat
Mahathir tersembab di lubang Katak.
Mahathir hanyut dengan labu labinya...Biarkan...biarkan.
GS - Biasalah manusia yang tidak berpegang dengan agama mudah cair dengan nafsu duniawi. Sedikit dedak boleh ubah penderian, gadai prinsip dan jual diri.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 6-1-2018
Makna Minta Maaf Tun Mahathir
Posted on Saturday, January 06 @ 10:04:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37610 |
Dari hadits Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda :
ْﺐِﺒْﺣَﺃ َﻚَﺒﻴِﺒَﺣ ﺎًﻧْﻮَﻫ ﺎَﻣ ﻰَﺴَﻋ ْﻥَﺃ َﻥﻮُﻜَﻳ َﻚَﻀْﻴِﻐَﺑ ﺎًﻣْﻮَﻳ ،ﺎَﻣ ْﺾِﻐْﺑَﺃَﻭ َﻚَﻀْﻴِﻐَﺑ ﺎًﻧْﻮَﻫ ﺎَﻣ ﻰَﺴَﻋ ْﻥَﺃ َﻥﻮُﻜَﻳ َﻚَﺒﻴِﺒَﺣ ﺎًﻣْﻮَﻳ ﺎَﻣ
“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Bisa jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti harus kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, bisa jadi di satu hari nanti dia menjadi orang yang harus kamu cintai.”
[HR. At-Tirmidzi no.1997 dan dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani
dalam Shahih Al-Jami’ no. 178]
Umar bin Al-Khaththab ra berkata, “Wahai Aslam, janganlah rasa cintamu berlebihan dan jangan sampai kebencianmu membinasakan.” Aslam berkata, “Bagaimana itu?” Umar radiallohu anhu berkata, “Jika engkau mencintai seseorang, janganlah berlebihan seperti halnya anak kecil yang menyenangi sesuatu dengan berlebihan. Jika engkau membenci seseorang, jangan sampai kebencian menimbulkan keinginan orang yang kamu benci celaka atau binasanya.”
Al-Hasan Al-Bashri ra berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”
[Ni’matul Ukhuwah hal. 41]
MAHATHIR NI BENCI KEPADA NAJIB MACAM MANA? ANDA BENCI KEPADA UMNO DAN NAJIB MACAM MANA?
Amalkan lah politik matang sejahtera yang diperkenalkan oleh Presiden PAS menepati apa yang ALlah dan Rasulnya ajar.
GS - Mahathir minta maaf tak lagi atas tuduhan liwat kepada Anwar Ibrahim. Siapa yang benar Mahathir atau Anwar? Hanya mereka berdua ada jawapannya. Rakyat dan penyokong HARAPAN sekadar bermain persepsi sahaja.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 6-122-2018
Apabila seorang Mufti menjadikan petikan akhbar sebagai sumber maklumat untuk “memperkenakan” satu Jamaah Islam yang tidak sependapat dengannya
Posted on Saturday, January 06 @ 09:08:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37609 |
Dengan menyiarkan satu petikan akhbar Utusan Malaysia tanpa sebarang komen dengan harapan akan wujud satu persepsi yang negetif satu perkara diluar adab-adab Islam. Tapi 'halal' bagi mereka yang selalu mengkritik orang lain tidak sya'ire.
Sumber TKO - 6-1-2018
Untung jika bakal PM yang kaya raya hasil usaha semenjak dibangku sekolah lagi tanpa bantuan keluarga
Posted on Saturday, January 06 @ 08:49:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37608 |
KUALA LUMPUR – Pengasas Opcom Holdings Bhd Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjual 43,600 saham dan 605,000 saham syarikat, masing-masing pada 2 Jan dan 3 Jan, 2018.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat gentian optik itu berkata kepentingan langsung Mukhriz dalam syarikat berkenaan kini sebanyak 40.61 juta saham yang bersamaan 25.18 peratus selepas penjualan berkenaan.
Opcom ditutup setengah sen lebih tinggi kepada 37.50 sen dengan 2.19 juta unit diniagakan hari ini. – BERNAMA
GS - Jika Mukhriz bukan anak Tun Mahathir Mohamad adakah dia memiliki 128 Syarikat seperti sekarang? Adakah dia ini orang macam Syed Bukhari? Mahathir membina kekayaan secara halus tanpa disedari dengan imej kononnya bersih, buka kedai Roti dengan hasil titik peluh menjadi PM selama 22 tahun. Kita tak lagi cerita pasal anak-anak Mahathir yang lain. Satu lakonan yang sangat baik untuk memperbodohkan rakyat.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 6-1-2017
Hakikat mengenai pasport Malaysia ini hanya akan dapat dirasai sekiranya kita selalu mengembara, ataupun pergi ke negara-negara orang atas tujuan-tujuan tertentu. Untuk memasuki negara orang lain, kita memerlukan satu pengenalan diri bagi membolehkan kita masuk ke negara tersebut. Pengenalan diri ini dikenali sebagai pasport. Sebagai warganegara Malaysia, pasport kira merupakan sebuah buku kecil berwarna merah bersaiz poket yang mengandungi maklumat mengenai diri kita dan buku kecil ini perlu ditunjukkan semasa melintasi pintu masuk/keluar sesebuah negara.
Saya rasa semua sudah tahu tentang itu.
Ok berbalik kepada hakikat. Apabila kita memiliki buku merah ini, kita harus merasa bangga. Mengapa saya berkata sedemikian? Ini adalah kerana pasport Malaysia berada di kedudukan 10 pasport yang paling laku di dunia. Kedudukan ke-5! (Kemaskini 2 Januari 2018)
Ada yang menyatakan 10 pasport yang paling laku, ada yang menyatakan 10 pasport yang paling berkuasa, ada yang menyatakan 10 pasport yang paling hebat, terpulanglah kepada kehendak masing-masing. Pokoknya, untuk maklumat anda semua, setakat ini, dengan memiliki pasport Malaysia, kita boleh masuk ke 157 negara tanpa memerlukan visa ataupun visa akan diberi semasa ketibaan.
Orang yang tidak mengembara tidak akan faham erti kelecehan apabila memohon visa. Dengan kena isi borang permohonannya lagi, dengan kena bayarnya lagi, dengan kena pergi temuduganya lagi dan macam-macam. Sebab itu kita harus berasa bangga kerana untuk masuk ke 157 negara, kita tidak perlu melalui proses ini.
Saya yang kini belajar di eropah, saya dapati sangat senang untuk mengembara kerana kita tidak memerlukan visa untuk masuk ke negara-negara eropah. Hanya beli tiket kapal terbang, tempah penginapan dan anda dah bersedia. Apabila sampai ke pemeriksaan imigresen, hanya tunjukkan pasport anda, pasport anda akan dicop dan selesai.
Kebanyakan pasport negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi ini adalah negara-negara eropah. Ini adalah disebabkan keistimewaan yang dimiliki penduduk-penduduk negara-negara ini yang mempunyai kelebihan pergerakan bebas di dalam negara-negara eropah. Memandangkan kedudukan ini berdasarkan unit negara jadi sudah tentu negara-negara eropah akan memiliki kelebihan. Kita harus berbangga kerana pasport kita dan Singapura merupakan pasport dari negara ASEAN yang berada di kedudukan 10 terbaik ini dan tempat pertama di kalangan negara-negara Islam sedunia.
Mula-mula saya tak ambil tahu sangat pun pasal ranking-ranking ni. Namun selepas bersembang dengan rakan-rakan dari negara lain, ada yang perlu visa untuk masuk ke UK, negara paling dekat dengan Ireland. Ada yang perlu visa untuk ke negara-negara eropah, yang memerlukan mereka melalui proses permohonan visa. Sedangkan saya tidak perlu melalui semua itu. Sedikit sebanyak membuatkan saya merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Tapi macam yang saya cakap tadi lah, hanya orang yang mengembara ke negara orang sahaja akan faham kelebihan ranking pasport ni. Yang tidak ada urusan melibatkan pasport memang tidak akan faham. Itulah hakikat pasport Malaysia yang harus kita banggakan.
Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Sumber TKO - 6-1-2018
Tun Mahathir adalah ‘Keramat Hidup’ Yang Tak Terkalah?
Posted on Friday, January 05 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37598 |
Bila Mahathir membangkitkan isu Memali ada penganalisis politik kata perkara ini akan merugikan HARAPAN termasuk penulis upahan Sayuti Omar.
Maka para pengtaksud Mahathir pula membela kononnya ini tindakan bijak, bahgaiamana Mahathir boleh membesarkan semua isu yang telah berlalu 30 tahu lalu. Mereka kata Tun Mahathir adalah ‘Keramat Hidup’ yang berbisa kata-katanya, selalu betul dalam segala tindakannya, terlalu mendalam pandangannya dan jarang dari kita membaca gerak hatinya. Pengalaman panjang sebagai seorang negarawan yang "ikhlas jiwanya" (betul ke?) tidak seharusnya diketepikan.
Kata mereka lagi sanjungan untuk Tun Mahathir tidak pernah luntur dari kebanyakkan rakyat Malaysia dan hampir diseluruh dunia khususnya dunia Islam. Adakah kita sedar dalam 22 tahun pemerintahnya berapa ramai rakyat Malaysia mendapat pekerjaan dan mampu menyara keluarga dan mengeluarkan zakat?
Mereka juga menyebut Mahathir tak pernah kalah dalam apa-apa situasi dan keadaan. Bila berlaku pertembungan maka Mahathir mesti menang. Lihat bagaimana Mahatir menghadapi Kuli. Bagaimana Mahathir menghadapi Anwar Ibrahim zaman reformasi.
Hebat kata mereka, tak terkalah.
Tapi mereka tak ada fakta bagaimana Presiden UMNO 22 tahun ini pernah kalah dengan Presiden PAS Yusof Rawa dalam PRU 1969 di Kota Setar Selatan, kawasan kelahiran Tun Mahahir sendiri, sedangkan Yusof Rawa adalah orang Pulau Pinang yang datang bertanding di situ.
Mereka hanya lihat pimpinan PAS, termasuk Abdul Hadi Awang sebagai Pak Lebai, berketayap, jubah dan serban. Mereka fikir serban dikepala pimpinan PAS menyebab otak pemimpin PAS tak hebat. Tapi jika mereka mendalami kehebatan pimpinan PAS, walaupun daif, tak cukup tenaga, tak ada bantuan, tak ada pakar, tak ada wang, tak ada kemudahan dan sentiasa ditekan serta ditindas oleh kerajaan UMNO, PAS mampu bergerak atas KEHABATAN MURABBI.
GS - Budak-budak kelahiran selepas zaman reformasi tidak merasai bagaimana kepincangan hidup di zaman Mahathir. Mereka tidak boleh membanding bagaimana semasa itu barang murah, tanah murah tapi duit tak ada nak membeli.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 5-1-2018
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) digesa menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti memainkan isu kafir-mengkafir berhubung peristiwa Memali dan Amanat Haji Hadi.
Menurut ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff, Dr Maza perlu bertindak sedemikian bagi membuktikan dirinya benar-benar konsisten, berprinsip dan tidak cuba berpolitik.
"Pada hemat saya, bila isu Amanat Haji Hadi ini ditimbulkan kembali oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika betul Dr Maza konsisten, berprinsip dan tidak cuba berpolitik, maka Dr Maza seharusnya menasihatkan Tun Dr Mahathir supaya berhenti memainkan isu kafir-mengkafir dan kembali kepada politik yang dapat membina negara atau berhenti bangkit balik benda (lama) seperti yang sering beliau sebut sebelum ini.
"Bila Dr Maza semakin memarakkan api dengan menyokong dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa Peristiwa Memali berpunca daripada Amanat Haji Hadi selain menyalahkan amanat ini sebagai punca kepada perpecahan di kalangan orang-orang Islam dalam negara ini, tanpa terlebih dahulu memberi ruang kepada (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi untuk memberi penerangan mengenainya dalam media awam, maka nampak jelaslah tidak betulnya Dr Maza ini," Dr Kamarul dipetik sebagai berkata.
Untuk rekod, Dr Mahathir secara terbuka telah mengkafirkan mufti negara kerana berdiam diri tidak membidas amanat Abdul Hadi yang dikatakan mencetus Tragedi Memali 1985.
“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.
“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini," kata Dr Mahathir menyampaikan ucapan pergulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, hujung bulan lalu.
Dr Maza di dalam mengulas mengenai ucapan Dr Mahathir itu percaya Amanat Hadi adalah pencetus kepada tragedi malang lebih 30 tahun lalu.
"Amanat (Hadi) jelas mengisytiharkan perlembagaan negara, sebagai kafir dan (ahli PAS) untuk pergi berjihad menentang sesiapa yang patuh kepada perlembagaan.
"Amanat tersebut, jika ianya dilaksanakan, akan menjadi lebih merbahaya daripada kepercayaan pengikut Islamic State (IS) sekarang," ujar Dr Maza dipetik The Malay Mail Online.
Pandangan Mufti Perlis itu amat berbeza dengan apa yang pernah disuarakannya sebelum ini, kata Dr Kamarul.
Jelasnya, Dr Maza pada tarikh 29 Disember 2012 memuatnaik kenyataan dengan mempertikaikan tindakan pihak yang memainkan isu lama, seterusnya pada 2 Januari 2013 menulis bahawa Presiden PAS itu telah diserang tanpa diberi peluang untuk menjelaskan kandungan sebenar 'Amanat Hadi'.
Seterusnya, pada 5 Januari 2013, Dr Maza sekali lagi menggesa Abdul Hadi diberi peluang untuk menjelaskan kandungan sebenar ucapan yang dikatakan telah mencetus Tragedi Memali.
Sumber TKO - 5-1-2018
Oleh : Suhaimi Taib
Teori percaturan politik mudah ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin, masuk Pakatan Harapan (PH) tujuannya untuk menghancurkan gabungan longgar pembangkang itu.
Mereka sebenarnya adalah proxy Umno, berhasrat untuk mempastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
PAS sahaja terselamat dalam permainan politik Umno ini manakala parti-parti pembangkang lain, mengatur langkah sumbang menerima kedua-dua proxy parti itu untuk menghadapi BN.
Buktinya sampai sekarang Datuk Seri Mohd. Najib Razak, tidak bertindak secara agresif terhadap bekas kedua-dua tokoh Umno itu untuk mematikan kerier politik mereka seperti Tun Mahathir lakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan kes lewat.
Bukan tidak ada kes yang boleh dibawa ke mahkamah tetapi Najib tidak berbuat demikian.
Ertinya, keberadaan Muhyidin dan Mahathir dalam PH menguntungkan Najib dan Umno.
Yang ruginya, puak-puak yang gila nak jadi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika mana, PRU14 belum tiba lagi, tidak tahu lagi siapa yang jadi Ahli Parlimen dan siapa tidak.
Najib mempunyai strategi membunuh kerier politik seseorang dalam diam. Mungkin ini terjadi kepada Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Felda, yang dipercayai menyimpan beberapa bukti skendal seks Najib.
Watak ini berbeza dengan Dr. Mahathir yang suka mencatas musuh politik secara terang-terangan sebagaimana berlaku kepada Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hitam dan Arwah Tun Ghafar Baba.
Umno tidak perlu menyerang PAS, dengan isu panas seperti kafir mengkafir, cukuplah dengan Dr. Mahathir berbuat demikian.
Apabila demikian tenaga Najib dan Umno tidak dihabiskan untuk menyerang PAS. Mahathir dan pemujanya, akan memainkan peranan ini.
Saya peringatkan kepada mana-mana parti pembangkang, jangan buang masa dengan proxy Umno ini.
Kamu sudah masuk perangkap Najib dan Umno, kamu akan rasai hasil perancangan politik ini.
Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas PRU14 nanti
Sumber BO - 4-1-2018
Tun Mahathir Si Mantan Diktator Tua Yang Mudah Lupa
Posted on Thursday, January 04 @ 05:32:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37564 |
1) Semua kesilapan yang berlaku pastinya akan dipersalahkan orang lain, bukan dirinya sendiri. Dia juga sering memberi alasan tidak tahu dan terlupa apabila ditanya pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.
a. Isu Memali: Amanat Haji Hadi dan para Mufti yang dipersalah
b. Isu Pemecatan Ketua Hakim Negara: Peguam Negara yang dipersalah
c. Isu Tangkapan Ops Lalang ISA: Polis yang dipersalah
d. Isu Kerugian RM 32 billion Skandal Forex: Gabenor Bank Negara yang dipersalah
Media Pro PH punyalah bersungguh melaporkan kononnya Tun M meminta maaf di penghujung ucapan dasar PPBM sedangkan ketika sidang media selepas itu, Tun M berkata permohonan maaf secara umum itu hanyalah kerana memenuhi tradisi bangsa Melayu dan ianya bukanlah tanda mengakui sebarang kesalahan.
Hebat bukan.? Mohon maaf tetapi tidak mengaku salah.
2) Hebat sungguh Tun M ini kerana sesiapa sahaja yang tidak mengikut kehendaknya pasti akan dilawan sehabisnya.
Mungkin ada yang sudah terlupa ketika zaman Tun M menjadi PM selama 22 tahun dulu, sekalian TPM tersingkir samada secara sukarela atau paksa.
a) TPM Tun Musa Hitam (1981-1986): letak jawatan
b) TPM Tun Abdul Ghafar Baba (1986-1993): letak jawatan
c) TPM Dato' Seri Anwar Ibrahim (1993-1998): dipecat
d) Tun Abdullah (1999-2003): terselamat
Walaupun Tun Abdullah berjaya menjadi PM yang baru tetapi, nasibnya tidakkah lama.
19 Mei 2008: Tun M isytihar keluar UMNO sebagai tanda protes kepimpinan Tun Abdullah
Selepas Tun Abdullah berundur pada Mac 2009, PM Najib dilantik sebagai pengganti dengan restu dan sokongan padu Tun M sendiri.
Apabila PM Najib tidak membantu Mukhriz Mahathir untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan MB Kedah, Tun M memulakan kempen mendesak PM Najib berundur.
29 Februari 2016: Tun M isytihar keluar UMNO sebagai tanda protes kepimpinan PM Najib pula
3) Hebat sungguh Tun M ini kerana dulu dia begitu dibenci dan dimusuhi oleh pemimpin PKR, DAP, dan PAN. Sekarang, dia begitu disanjungi dan disucikan pula oleh pemimpin Pakatan Harapan di samping memberikannya peranan sebagai Pengerusi PH.
Bahkan, Tun M bakal dinobat sebagai PM Idaman Pakatan Harapan.
Lawak apakah ini.?
Bukankah dulu, pemimpin PH juga yang menggelar Tun M sebagai diktator yang mahazalim.
PM Najib yang ada pada hari ini adalah pewaris legasi kepimpinan Tun M juga.
4) Sungguh amat geli hati ini apabila melihat Tun M bercakap mengenai kebebasan bersuara, hak berpolitik, sistem demokrasi, anti rasuah sedangkan selama 22 tahun dia berkuasa dahulu, apa yang dia tidak buat.?
Rekod sejarah berikut tidak pernah terpadam bahawa;
a) Tun M menggunakan ISA untuk menahan tanpa bicara para musuh politiknya
b) Tun M menggunakan OSA untuk menyekat penyebaran dokumen perjanjian berat sebelah kerajaan yang menguntungkan kroninya
c) Tun M menggunakan Akta Mesin Cetak untuk menyekat penerbitan akhbar dan majalah yang menentangnya
d) Tun M menggunakan Polis, FRU untuk menyekat demontrasi dan ceramah pembangkang
e) Tun M meminda Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-Raja dan kuasa Agong bagi memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang
f) Tun M menyusun atur pelantikan Ketua Hakim Negara (judisiari) agar mengikut selera institusi eksekutif
g) Tun M menggunakan wang Petronas bagi menyelamatkan (bail-out) syarikat anaknya, Mirzan Mahathir
h) Tun M melantik rakannya, Eric Chia untuk mengetuai Perwaja Steel yang akhirnya kerugian sehingga RM 10 billion
i) Tun M berpakat secara rahsia dengan Tun Daim mengarahkan Tan Sri Tajuddin Ramli membeli saham MAS bagi membantu Bank Negara Malaysia mengatasi kerugian sebanyak RM 32.5 billion akibat skandal tukaran asing (Forex) pada tahun 1992.
j) Tun M menganugerahkan projek kepada sekalian kroni dan proksinya sehingga kekayaan negara berpusing di kalangan jutawan seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan.
5) Setelah puas Tun M memusnahkan institusi negara, kini dia mahu kembali memerintah Malaysia.
Kasihan melihat pemimpin Pakatan Harapan yang begitu terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga tidak sedar diri mereka sedang dipergunakan dan diperbodohkan oleh Tun M.
Segala ludahan dan cacian mereka terhadap Tun M sudah dijilat kembali dan digantikan dengan semburan wangian dan hamparan permaidani indah untuk Tun M.
6) Hanya PAS yang tidak mampu ditipu oleh Tun M.
Oleh sebab itu, janganlah kita terkejut apabila saban hari Tun M menyerang dan memfitnah PAS kerana PAS yang dipimpin oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak mengikut selera dan kehendak nafsu Tun M.
Hari ini Tun M menggelar Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengkhianat kerana tidak mahu bersama PH menjatuhkan PM Najib.
Tun M sepatutnya cermin dirinya sendiri dahulu.
Adakah dia menyangka rakyat sudah lupa dengan pengkhianatan amanah yang dilakukan olehnya selama 22 tahun dahulu.?
UMNO yang rosak membarah hari ini pun adalah hasil warisan gaya pemerintahan Tun M juga.
PAS memperjuangkan perubahan dasar bukannya sekadar menukar individu.
Islam hanya akan tertegak dengan keruntuhan sistem jahiliyyah bukannya digantikan pula dengan sistem jahiliyyah yang baru.
Malaysia akan meniti hari kegelapan bukannya sinar harapan yang cerah seandainya Mantan Diktator Tua ini kembali ke puncak kuasa.
Catatan Oleh; Syed Ahmad Fadhli Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 3 Januari 2018
Sumber TKO - 4-1-2018
Tun Mahathir dianggap suci dan semua dosanya telah terhapus malah tuduhan liwat kepada Anwar pun sudah tak mengapa kononnnya demi RAKYAT. Hanya orang tidak berakal sahaja boleh tertipu mainan politik murahan dan tidak berprinsip ini.
GS - DAP amal politik hipokrit, dulu sokong hudud kerana hudud untuk menbenteras perompak macam UMNO. Tapi bila dia ada sedikit kuasa mula serang Islam.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 3-1-2018
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....
Isu kafir mengkafir sudah bermula lama dulu,ketika PAS yang dipimpim oleh ulamak besar negara memulakan ikthiarnya untuk mengajak umat Islam kembali kepada carahidup Islam.Carahidup rakyat negara ketika itu sudah lama menyimpang dari Islam dengan antara propaganda yang digunakan Umno ialah jangan campuradukkan ugama dengan politik.
Dengan usaha keras dari Tok Tok Guru yang ada dalam PAS, umat Islam diberi kesedaran sedikit demi sedikit.Ketika kesedaran ini disampaikanlah munculnya Amanat Hadi yang turut menjadi pemangkin kepada kesedaran itu.Tidak timbul soal Tok Tok Guru mengkafirkan orang kerana Tok Tok Guru hanya menyampaikan apa yang disampaikan oleh Baginda Nabi tentang bagaimana ciri ciri seseorang yang gugur imannya atau jatuh kafir untuk memberi kesedaran kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga batas batas iman agar tidak tergelincir.Makna kata kalau Tok Tok Guru menyebut seseorang akan jatuh kafir kalau buat begini, begini maka menjadi tanggungjawab kita semua supaya menjaga agar tidak membuat perlakuan tersebut.Ciri ciri seseorang yang gugur iman sudah banyak dihuraikan oleh ulamak muktabar menerusi kitab feqahnya, maka tak sepatutnya seseorang yang tidak ada pengetahuan yang cukup tentang ajaran Islam cepat melatah dan menuding mana mana Tok Guru atau Ustaz mengatakan orang itu kafir atau tidak.Sebab politik yang dipelajari dari scholar yang salah, maka lahirlah ahli politik yang gemar mencari alasan untuk menaikan partinya dan menjatuhkan parti lawan.Itu yang berlaku ketika Umno memulakan isu kafir mengkafir, bukannya PAS.
Amanat Hadi dijadikan punching beg yang besar dalam menuding jari kepada PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang.Tanpa mereka sedar, ulamak yang dinaungi oleh pemimpin mereka telah menghasilkan sebuah kitab bernama Mastika Hadis yang mana di dalamnya ada satu bab pasal kafir dan ciri ciri mereka yang gugur iman dan sebenarnya banyak ciri ciri ini terdapat kepada ahli ahli parti mereka.
Begitu juga ketika Mahathir menghina Nabi dengan kisah blade dan janggutnya dulu, sah ciri ciri ini juga terdapat dalam kitab Mastika hadis sebagai ciri ciri gugur iman dan perlu kepada mengucap syahadat semula.Persoalannya siapakah antara pemimpin PAS yang menuduh Mahathir kafir?
Yang jelasnya, Mahathir dan Umno menggunakan isu kafir mengkafir ini hanyalah sekadar meraih sokongan dari pengundi.Sebab itu ketika debat mahu diadakan antara PAS dan Umno berkenaan isu ini, ianya dibatalkan dengan nama YDPA dan alasan keselamatan.Itu kerja siapa?sudah tentu kerja politik Umno untuk mendapatkan kelebihan dari isu kafir mengkafir ini.
Hari ini situasi sudah berubah.Umno di bawah Najib sudah tidak lagi menyerang PAS dengan isu kafir mengkafir tetapi peliknya isu ini dihidupkan kembali oleh Mahathir untuk menyerang PAS.Serangan kali ini bukan lagi serangan Umno tetapi serangan parti PPBM yang sedang mengetuai PH.Nampak sangat Mahathir mahu meraih sokongan menerusi isu kafir mengkafir ini dan untuk itu Amanat Hadi dihidupkan kembali.
Amanat Hadi yang merupakan ucapan politik TGHH di Banggol Peradong pada tahun 1981 hanyalah satu pesanan untuk dijadikan motivasi oleh ahli PAS cuba digarap oleh Mahathir dan kuncunya termasuk seorang mufti glamour sebagai amanat yang memecah belahkan umat melayu.Apa, perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini bukan perpecahan melayu? Umno di era Mahathir menjadi dua dan selepas Mahathir menjadi tiga.Bukankah itu menunjukkan melayu sudah berpecah tiga?
Nak bercakap pasal perpaduan lagi? PAS ada alternatifnya, yakni menjadikan tali ALLAH sebagai mekanisma penyatuan.Kalau semua melayu menerima tali ALLAH dengan seikhlas ikhlasnya, insyaalah melayu boleh bersatu tetapi kalau melayu masih ada yang bebal dengan liberal dan sekular atau melayu yang terpengaruh dengan fikrah fikrah yang kabur maka sampai bila bila pun melayu tak akan bersatu.
Tak timbul isu kafir mengkafir kerana apa yang disebut oleh Tok Tok Guru dan ustaz mengenai seseorang yang jatuh kafir itu berdasarkan perbuatan dan perkataan mereka sahaja dan seharusnya ianya menjadi panduan agar umat Islam menjaga sempadan perbuatan dan perkataannya.
Semuga dilindungi ALLAH jua dari sebarnag niat jahat.
Sumber TKO - 2-1-2018
Selesai membaca tulisan DR Kamaruzaman Yusof bertajuk Amanat Haji Hadi: Dr MAZA lupa nasihat sendiri teringat sebelum ini kita ada dengar pasal ulamak.
Ada ulamak baik dan ada ulamak jahat. Yang baik sinonim dengan kata ulamak. Tapi yang jahat sah tidak sinonim dengan ulamak. kerana ulamak orang banyak ilmu Islam didalam dadanya.
Rupanya rupa ulamak terbahagi kepada dua golongan macam manusia biasa juga. Ada yang baik dan ada yang jahat.
Jika manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Maka wajarlah ulamak juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kan mereka juga manusia. Tak maksum.
Oleh itu tidak pelik, jika ada ulamak yang jahat, kerana mereka manusia biasa bukan macam nabi dan rasul rasul yang sah tak jahat.
Baru baru ini, seorang ustaz dalam TV 9. Ustaz bukan ustaz Dr (PHD) . beliau ustaz biasa yang cakap dalam rancangan tanyalah ustas Jam 7 pagi tiap tiap hari kecuali hari jumaat.
Apa ustaz itu kata? Beliau kata ada ulamak fasik. Pulak dah. Kan jahat itu juga fasik. Jahat dan fasik dua kali lima sahaja.
Ulamak fasik tak salah penulis, mereka solat lima waktu. Pendek kata tak tinggal satu waktu pun, tapi dalam pada itu dia juga buat maksiat.
Solat solat, maksiat maksiat. Solat ditunaikannya dan maksiat dibuat juga. Itulah ulamak fasik yang sinonim dengan istilah jahat.
Sebelum ini penulis ada dengar perkataan munafik. Cuma belum ada disebut ulamak munafik. Yang pernah penulis dengar, Abdullah Ubay seorang Munafik.
Ada yang berkata bapa munafik zaman Rasulullah SAW memerintah Madinah al Munawarrah.
Kalau ada manusia yang jadi munafik tak mustahil ulamak juga ada yang manafik, kerana munafik itu jahat tindakannya kepada Islam yang disempurnakan oleh Rasulullah SAW.
Sumber TKO - 2-1-2018
Assalamualaikum... Entah apa gerangan, tiba tiba Mahathir muncul untuk meneruskan legasi menentang PAS.Menyambung apa yang pernah dibuatnya selama lebih 22 tahun dulu,kini dia kembali meneruskan mainannya dengan PAS di pentas yang berbeza.Kalau dulu dia bermain dengan PAS sebagai seorang yang berkuasa kini dia bermain sebagai seorang yang sedang mencari kuasa.Nampaknya PAS sudah menjadi igauan kepada Mahathir sejak dulu dan kini dan mungkin selamanya.
Siapa boleh lupa permainan debat kafir mengkafir yang dibatalkan oleh YDPA? Mahathir memulakan permainan dengan menuduh dan mereka cerita TGHH dan PAS mengkafirkan orang orang Umno, mereka cerita solat 2 imam, mereka cerita orang PAS tak makan kenduri orang Umno, tak makan sembelih orang Umno dan macam macam cerita lagi bagi mendakwa PAS mengkafirkan Umno.
Apabila PAS mengajak Umno berdebat, Mahathir tunjuk genteman dengan manyambutnya tetapi di saat akhir, gunakan nama YDPA untuk membatalkan debat atas alasan keselamatan.Liciknya Mahathir untuk menjadikan PAS kelihatan buruk di mata rakyat.
Kemudiannya, arwah Ustaz Ibrahim Libya dijadikan target untuk memburukan PAS dan Amanat Hadi.Arwah Ustaz Ibrahim adalah antara ramai guru guru agama yang membuka kelas ugama di kampung kampung untuk mengajar ilmu ugama kepada orang kampung yang sebelum itu sudah jauh disesatkan oleh ilmu sekular ikutan Mahathir.Mahathir dengan bijaknya menggunakan salah satu taktik politik sekular meletakkan target kepada Arwah dengan menuduhnya mengajar ajaran sesat.Satu pasukan lengkap dengan senjata dan kereta perisai dihantar ke Memali untuk menangkap arwah dibawah ISA.
Itulah cerita permainan Mahathir yang ke luar Negara ketika tangkapan nak dibuat dan menyerahkan kepada penolongnya Musa Hitam untuk menyelesaikan tugas untuknya.Tetapi setelah selesai dan setelah lebih 30 tahun Mahathir kembali untuk mendakwa arwah sedang menyusun satu pasukan bersenjata untuk memberontak kerana terpengaruh dengan amanat Hadi.Dakwaan Mahathir disokong pula oleh seorang mufti glamour walaupun terdapat sejarah yang menrekodkan dia beberapa kali memihak kepada Amanat Hadi.
Inilah permainan baru Mahathir yang disertai bersama mufti glamour itu.Tambah menarik kali ini dia mendakwa PAS mengkafirkan orang orang yang tak jadi ahlinya tanpa sebarang bukti atau fakta yang boleh disandarkan.Tuduhan hanya tuduhan dan dengan tuduhan itulah dia mahu rakyat percaya cakapnya.Malanglah rakyat Malaysia yang boleh jadi begitu bodoh untuk mempercayai Mahathir dan malanglah orang Islam yang percaya kepada mufti glamour itu juga.
Apa kata untuk merancakkan lagi permainan ini kita sarankan agar debat yang terbatal dulu disambung kembali.Ada berani ker Mahathir dan mufti glamour itu untuk menyambung kembali debat itu?
Sumber TKO - 2-1-2018
Sudah lama Mahfuz diduga keluar PAS
KEPUTUSAN Datuk Mahfuz Omar meninggalkan PAS dianggap memberi ruang mudah untuk PAS terutamanya di Pokok Sena mengatur persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan anggota Parlimen Pokok Sena adalah tepat kerana sudah diduga sejak dahulu lagi.
“Jika tidak beliau diibaratkan seperti duri dalam daging. Saya gembira apabila Mahfuz keluar daripada PAS, umpama kita cabut duri dalam daging.
“Sebab bila beliau duduk dalam PAS dan mengkritik pimpinan, macam duri dalam daginglah. Lebih baik beliau di luar bebas nak kata apa sebab dia bukan ahli PAS lagi,” katanya di sini.
Beliau pemberita ditemui selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baru dan Perhimpunan Penjawat Awam di Kota Darulnaim hari ini.
Amanat disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Mahfuz yang menjadi ahli PAS lebih 30 tahun mengumumkan keluar parti berkuat kuasa 11.59 malam pada 31 Disember lepas. – HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018
Amanat Hadi lagi.....
Posted on Monday, January 01 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37530 |
No comments:
Post a Comment