PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Sunday, January 14, 2018
KELANTAN DARUL NAIM (JILID 10)
50 pondok sepakat pertahan Kelantan
BACHOK: Institusi pengajian pondok yang
terdapat di Kelantan malam tadi sepakat
mempertahankan kerajaan negeri di bawah
kepimpinan ulama.
Di Kelantan sekarang terdapat 50 pusat
pengajian pondok trasional yang menjadi
benteng kekuatan PAS.
Bekas Mudir Pusat Pengajian Pondok Kandis, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang
berkata, 50 institusi pondok sepakat berada di belakang kerajaan negeri sekarang.
“Pada 9 Mei ini kita pakat pangkah bulan, usah hendak fikir panjang lagi. Adalah menjadi
kewajiban kita sebagai seorang Islam kena sokong parti yang membawa wadah Islam.
“Masa mengundi nanti hanya nampak bulan bulan yang berwarna hijau sahaja. Saya
juga berharap bekas-bekas pelajar pondok yang berada di luar hendaklah pulang pada
9 Mei ini bagi mempertahankan kerajaan negeri.
“Kita sebagai seorang Islam wajib kena undi parti Islam,” katanya sambil menegaskan
kehadiran pelajar dan guru pondok pada program itu begitu luar biasa.
Menurutnya juga ulama ketika zaman penjajah lagi membuat dasar orang luar tidak boleh
memiliki tanah di Kelantan.
Katanya, ulama termasuk Tok Kenali sudah nampak masa hadapan orang Melayu sehingga
mencadangkan dasar pemilikan tanah di Kelantan hanya untuk orang tempatan sahaja. –
HARAKAHDAILY 22/4/2018
Sumber HD - 22-4-2018
Ramai pengundi Cina tinggalkan PH
TUMPAT: Ada kajian mengambarkan
peralihan sokongan pengundi Cina kepada
Pakatan Harapan (PH) merosot kepada
kurang 60 peratus berbanding 85 peratus
pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim
Tuan Man berkata, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pakatan Harapan
menjadi antara faktor peralihan pengundi Cina.
Katanya, golongan pengundi terbabit cenderung melihat kepada sejarah yang
berlaku ketika negara di bawah kepemimpinan Dr Mahathir.
“Bagaimanapun situasi berbeza pula PAS apabila sokongan rakyat tidak banyak
berubah walaupun berlaku sedikit perpecahan sehingga lahir Parti Amanah
Negara,” katanya pada ceramah pra-pengisytiharan calon di perkarangan Pasar Wakaf
Bharu, Tumpat dekat sini malam semalam.
Turut hadir Adun Wakaf Bharu, Dato' Che Abdullah Mat Nawi; Ketua Dewan Ulama
PAS Kelantan, Dato' Hassan Mohamood; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad
Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Tumpat, Mohd Hushaimi Hussain. –
HARAKAHDAILY 20/4/2018
Sumber HD - 20-4-2018
PPR Kota Bharu pula dinama pemimpin
Umno
KOTABHARU: Selepas gagal menamakan
Dataran Tok Pa di Jalan Dato’ Pati, kini
Umno menamakan pula Perumahan Rakyat
Kota Bharu (PPR) dengan nama ‘PPR Tan Sri
Fatmi Kota Bharu’.
Tindakan pihak terbabit bertentangan dengan
persetujuan pada mesyuarat 28 Disember
lepas yang bersetuju menamakan projek tersebut sebagai PPR Kota Bharu.
Mesyuarat tersebut tuut dihadiri pegawai Jabatan Perancang Bandar dan Lanskap, Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).Bagaimanapun MPKB-BRI
menerima aduan papan tanda PPR tersebut telah diubah tanpa persetujuan mesyuarat dan
dinamakan sebagai ‘PPR Tan Sri Fatmi Kota Bharu’.
Jurucakap MPKB BRI berkata, tindakan pemaju projek tersebut bertentangan Jawatankuasa
Kebangsaan Geografi, Jabatan Ukur dan Pemetaan yang memutuskan nama orang tidak
digalakkan dalam sesuatu entiti geografi.
Katanya, pelaksanaan garis panduan tersebut telah diterima dan disahkan di melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama-Nama Geografi yang diurusetia Unit Perancang
Ekonomi Negeri Kelantan.
“MPKB-BRI akan mengeluarkan notis kepada pemaju bagi meremedikan kesalahan papan
tanda PPR tersebut.
“Notis tersebut dinyatakan tindakan remedi membuang nama ‘Tan Sri Fatmi’ yang terdapat
pada papan tanda tersebut yang perlu dilakukan pemaju kerana pelanggaran
peraturan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 20/4/2018
Sumber HD - 20-4-2018
Usah tuduh PAS tanpa bukti
KOTABHARU: "Bila orang tuduh PAS
mengambil duit Umno tanpa bukti, saya
jawab mudah mudah sahaja, maka kita kena
juga percaya, Dato' Seri Anwar Ibrahim ada
kaitan kes liwat.
“Ini kerana dibawa bukti tilam masuk
ke Mahkamah dan kini beliau dipenjarakan," kata Dato' Mohd Amar Abdullah.
Naib Presiden PAS itu berkata, kaedah analogi itu bagi menjawab tuduhan pemimpin
Pakatan Harapan terutamanya PAN yang sering melempar tuduhan PAS terima duit Umno.
Katanya, ahli PKR juga kena percaya ketua umum terbabit kes liwat kerana sudah dibukti
dengan tilam dan video yang dibawa ke mahkamah.
“Saya berharap ahli serta pendokong PKR menghentikan tindak tanduk yang dilakukan
rakan mereka terutamanya PAN yang terus menerus memburukkan PAS,” katanya pada
ceramah isu semasa berhampiran Masjid Mukim Panji, Pengkalan Chepa malam semalam.
Turut hadir Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dan Presiden Kelab
Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdul Razak Abas. – HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2018
Fenomena sertai PAS di Kelantan
PASIR MAS: Fenomena luar biasa berlaku
di Kelantan sekarang ketika Barisan
Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)
beriya-iya mahu menumbangkan kerajaan PAS.
Malam tadi seramai 168 ahli dan penyokong
Umno di Dun Tendong keluar parti
beramai-ramai dan menyerah borang
menyertai PAS.
Mereka diketuai Yusof Wook, yang menyerah borang menyertai PAS kepada Naib
Presiden, Dato’ Mohd Amar Abdullah sempena program ceramah di Bunut Susu.
Mohd Amar berkata, situasi yang berlaku di Kelantan begitu luar biasa kerana fenomena
menyertai PAS berlaku di seluruh kawasan parlimen.
“Saya percaya ramai lagi akan mengikut jejak langkah bekas-bekas ahli Umno, PPBM, PAN
dan PKR menyertai PAS.
“Malah malam 24 April ini lebih 100 lagi ahli dan penyokong Umno di Gua Musang juga a
kan menyerah borang menyertai PAS,” katanya.
Hadir sama pada ceramah itu Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Dato’ Hanifa Ahmad,
Adun Tendong, Rozi Muhamad, Setiausaha PAS kawasan, Ustaz Suhaimi Daud, Mudir
Pondok Gelang Mas, Tuan Guru Awang Yusof dan Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman.
Aktivis Umno, Sarmizi Mohd Zain berkata, keluarganya merupakan pendokong kuat Umno
sejak zaman berzaman.
“Saya cemburu tengok program PAS sentiasa nampak meriah dengan kehadiran orang
ramai. Pada kempen Pilihan Raya Umum lepas saya berada pada tempoh bertenang.
“Dan sekarang membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS,” katanya. –
HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2018
Kelantan istimewa berbanding negeri lain -
Sheikh Ekrima
KOTABHARU: Kelantan mempunyai
keistimewaan yang tersendiri berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia, kata Imam
Besar Masjid al Aqsa, Palestin, Sheikh Ekrima
Said Sabri.
Katanya, dasar Membangun Bersama
Islam dilaksanakan sejak PAS mengambilalih
tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada
1990.
“Sekarang saya difahamkan ditambah baik pula dengan dasar Merakyatkan Membangun
Bersama Islam.
"Negeri ini juga sangat istimewa kerana istiqamah dengan dasar kerajaan negeri serta
pendiriannya terhadap isu Palestin, selain tidak terpengaruh dengan agenda golongan
memusuhi Islam.
"Saya melihat sendiri ada kemajuan dan pembangunan selepas datang tiga kali ke negeri
ini seperti juga wilayah-wilayah lain di Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita
selepas mengadakan kunjungan ke Perbadanan Muzium Negeri Kelantan hari ini. -
HARAKAHDAILY 17/4/2018
Sumber HD - 17-4-2018
Dakwaan Husam: Jabatan Hutan akan lapor
polis
KOTABHARU: Jabatan Perhutanan
Kelantan akan membuat laporan polis
terhadap Husam Musa yang mendakwa
kerajaan negeri meluluskan kawasan baru
pembalakan di negeri ini.
Pengarahnya, Dato’ Zahari Ibrahim berkata
tuduhan yang dibuat oleh Naib Presiden PAN itu tidak benar sama sekali bahkan
memandang serius dakwaan tersebut.
"Dakwaaan kononnya ada kelulusan baru kawasan pembalakan dalam mesyuarat
adalah tidak benar, justeru kita memandang berat dakwaan palsu ini.
"Kita akan membuat laporan polis dalam masa terdekat mengenai berita palsu ini dibawah
Akta Anti Berita Tidak Benar 2018," katanya dalam satu kenyataan, di sini. (Foto di atas
hanya hiasan.)
Jelas beliau, kerajaan negeri tidak membuat sebarang kelulusan kawasan pembalakan,
bahkan hanya perkara biasa dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan.
Tambahnya, ia seperti mengesahkan minit mesyuarat lalu, mengesahkan serta
melaksanakan keputusan dari mesyuarat lepas, menimbang permohonan industri
pemprosesan kayu dan membincang isu berkaitan.
"Saya menegaskan kerajaan negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi
kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam hutan
simpan kekal dari 2013 lagi," katanya.
Husam sebelum ini menghantar nota dan surat bantahan kepada Menteri Besar, Ustaz Dato'
Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Beliau mendakwa kerajaan negeri sementara memberi kelulusan pembalakan itu pada
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan yang diadakan di Kota Darulnaim, pagi tadi. –
1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Husam Musa dalam Nota bantahan dan surat yang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018, yang berkisar dengan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang diadakan pada pagi ini.
2. Dakwaan kononnya ada kelulusan baru kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini adalah tidak benar sama sekali. Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memandang serius tentang dakwaan palsu ini dan akan membuat Laporan Polis mengenai berita palsu ini di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.
3. Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan baru kawasan pembalakan yang dibincangkan. Hanya beberapa perkara-perkara biasa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan kali ini meliputi perkara berikut :
i) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas.
ii) Mengesah dan melaksanakan keputusan-keputusan daripada mesyuarat yang lepas.
iii) Menimbang permohonan industri-industri pemprosesan kayu di Negeri Kelantan.
iv) Membincangkan isu-isu semasa perhutanan berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan di Kelantan.
4. Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal sejak dari tahun 2013 lagi.
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
16 APRIL 2018
Sumber TKO - 16-4-2018
Medan Ilmu: Pemimpin Umno langgar
peraturan PBT
KOTABHARU: Tindakan Pengerusi
Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri
Mustapa Mohamed menamakan Medan
Ilmu sebagai Dataran Tok Pa menyalahi
peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’
Abdul Fattah Mahmood berkata, setiap nama jalan atau dataran di tempat awam
perlu memohon kepada PBT terlebih dahulu.
Namun, katanya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar
Raya Islam (MPKB BRI) tidak pernah menerima
permohonan daripada menteri terbabit bagi menamakan
dataran terbabit dengan namanya.
“Mana-mana pihak yang mahu menamakan jalan atau
dataran perlu terlebih dahulu membuat permohonan kepada
PBT.
“Jadi apa yang berlaku semalam jelas melanggar peraturan
PBT apabila tiba-tiba dilekat nama Dataran Tok Pa pada tugu
yang dibina.
“Sedangkan dataran itu sudah dikenali sebagai Medan Ilmu sejak 2005,” katanya dihubungi
di Kuching, Sarawak.
Semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan merasmikan Dataran Tok Pa dan Astaka
Padang Perdana di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu.
Abdul Fattah juga berkata, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ada mengundang
pegawai MPKB BRI hadir pada program berkenaan semalam, namun mereka tidak hadir.
Malah orang ramai juga menganggap tindakan pemimpin Umno terbabit menamakan
dataran terbabit dengan namanya sebagai ‘hidung mancung pipi tersorong-sorong’.
“Pemimpin Umno seperti bankrap idea sehingga menamakan semula Medan Ilmu yang
sudah dikenali umum sejak lebih 10 tahun lepas dengan namanya sendiri,” kata bekas guru
Wan Abdul Halim Wan Yusof.
Sebelum ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengindahkan Medan
Ilmu di Jalan Dato’ Pati dengan memasang bata merah membabitkan kos kira-kira
RM450,000. – HARAKAHDAILY 15/4/2018
Sumber HD - 15-4-2018
PAS tegak keadilan antara kaum
KOTABHARU: Masyarakat bukan Islam
tidak perlu takut terhadap PAS walaupun parti \
itu memperjuangkan Islam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata, PAS sering mengajak
masyarakat bukan Islam berjuang bersama parti itu demi untuk kesejahteraan negara.
Katanya, situasi itu dapat dibuktikan di Kelantan di mana masyarakat bukan Islam dilayan
sama rata dan adil.
"Kerajaan Kelantan yang ada sekarang dibentuk hampir 28 tahun lalu juga hasil
sokongan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini," ujarnya pada majlis ramah mesra \
antara kaum di sebuah hotel, di sini malam tadi. (Foto atas: Tuan Guru Abdul Abdul
Awang bersama pimpinan kerajaan negeri dan ketua masyarakat bukan Islam.)
Turut hadir anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Dato’
Abdul Fattah Mahmood, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Dato’ Dr Ramli Mamat, Yang
Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Dewan Himpunan
Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, pentadbiran kerajaan Kelantan diakui bersih
hampir 28 tahun lalu yang diasaskan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tidak ada sebab kerajaan ini harus ditolak kerana kecemerlangannya semakin menyerlah
tanpa sebarang salahlaku kuasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/4/2018
TUMPAT: PAS Kelantan hari ini mengesahkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kelaboran Mohamad Zaki Ibrahim direhatkan dan tidak akan bertanding bagi kerusi
berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan PAS Pusat selepas
PAS Kelantan menyerahkan senarai calon untuk disemak oleh badan berkenaan baru-baru ini.
“Apabila jemaah (PAS Pusat) memutuskan seseorang itu direhatkan, kita rehatkanlah. Samalah
dalam kes Mohamad Zaki ini antara senarai yang direhatkan, bukan digugurkan.
Kerehatan ini diberikan untuk kebaikan dia. Maka kita sebagai ahli jemaah hendaklah mematuhi
arahan daripada jemaah dan saya sebagai pesuruhjaya (PAS Kelantan) kena akur atas kehendak
jemaah (PAS Pusat),” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Alor Pasir,
Wakaf Bharu hari ini.
Terdahulu, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan menerima memorandum daripada kira-kira
100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pergerakan Prihatin Rakyat Kelaboran, yang diketuai
Pengerusinya Mohd Shafie Abdullah.
Memorandum itu diserahkan bagi memberi sokongan kepada Mohamad Zaki supaya dikekalkan
untuk bertanding di kerusi DUN Kelaboran.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata NGO berkenaan berpendapat tiada calon lain yang sesuai
untuk bertanding di kerusi berkenaan kerana Mohamad Zaki menjalankan tugasnya dengan baik
sejak 3 penggal lalu.
Sumber TKO - 14-4-2018
Pakar Qiraat yakin Kelantan kekal di bawah
ulama
KOTABHARU: Ketua Bahagian Iqra' dan Qiraat di Pertubuhan Natadabbarah Makkah
al-Mukarramah di Arab Saudi, Syeikh Hisham Abdel Bari yakin kerajaan Kelantan kekal
di bawah kepimpinan ulama.
"Saya mahu memberitahu berita gembira kepada kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat
Kelantan bahawa pemerintahan ini terus kekal di bawah pemerintahan yang ada sekarang.
"Ini adalah kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam pemerintahan,
pastinya kerajaan dan rakyatnya akan dijaga Allah kerana kita menjaga al-Quran,"
katanya pada perasmian Akademi al Quran Bandar Raya Islam MPKB-BRI di pekarangan
Masjid Taqwa di Bandar Satelit Pasir Tumboh hari ini.
Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Abdul Fattah Mahmood dan Yang
Dipertua MPKB BRI, Dato’ Zamri Ismail.
Syeikh Hisham juga mengendali Pusat al Quran Ibnu Nafi' di Iskandariayh, Mesir.
Menurutnya, beliau diminta gurunya, Prof Dr Isa al Mi'sharawi tinggal di Kelantan
sekarang kerana negeri ini ada potensi untuk membangunkan ilmu-ilmu al-Quran. –
HARAKAHDAILY 13/4/2018
Sumber HD -13-4-2018
Bekas ahli akui PPBM berdepan masalah Posted on Wednesday, April 11 @ 17:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KOTA BHARU: Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu mengakui terpaksa menggunakan duit poket sendiri bagi
mewujudkan parti itu. Bekas Naib Ketua PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min berkata, parti itu sejak peringkat awal lagi berdepan masalah kewangan bagi menggerakkan parti. (Foto: Ketua Srikandi PPBM menyerah borang menyertai PAS Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim.)
Katanya, setiap parti memerlukan dana untuk memastikan pengurusan parti berjalan lancar terutamanya jentera pilihan raya.
“Tetapi apabila dana itu tidak ada macam mana kita hendak menjalankan kerja. Ini menyebabkan saya sedikit dukacita.
“PPBM bukan parti seperti PAS yang tidak ada duit sejak dahulu lagi. Pimpinan PAS juga tidak seperti pimpinan PPBM yang lahir dari Umno, merupakan parti kaya dan pemimpinnya juga kaya.
“Sepanjang berada bersama parti itu duit tidak turun ke bawah. Saya kesian kepada bahagian dan jentera yang melakukan kerja di peringkat akar umbi.
“Kadang-kadang mereka terpaksa mengeluarkan dana sendiri, jadi inilah yang saya rasa seolah-olah berlaku penindasan,” katanya di sini.
Menurutnya juga mana-mana ketua bahagian PPBM orang yang tiada duit, bahagian itu akan berdepan masalah.
Baru-baru ini PPBM dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan akibat kelemahan pentadbiran dan bantahan daripada ahli parti itu sendiri. – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber TKO - 11-4-2018
Lebih 200 penyokong Umno sedia undi PAS
KOTABHARU: Mantan Ahli Jawatankuasa
Umno Tanah Merah, Che Mood Che Mamat
yang mengetuai seramai 60 ahli Umno
menyertai PAS beramai-ramai hari ini.
Malah kata beliau, lebih 200 penyokong
Umno sudah menyatakan kesediaan mereka untuk mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ini.
"Yang hadir pada hari ini 60 orang tetapi di Gual Ipoh ada 200 lebih tetapi saya tidak bawa
semua, nama-nama mereka ada pada saya.
"Kami menyertai PAS secara sukarela kerana bosan dengan penyelewengan, salah guna
kuasa, rasuah dan sebagainya kerajaan BN hari ini," katanya.
Langkah Che Mood itu disambut bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Tanah Merah,
Yakezan Ibrahim, 54, apabila turut menyertai PAS.
Menurutnya, hasrat untuk menyertai PAS sudah lama selepas ramai kawan dan sahabat
terdekat turut berbuat demikian menyertai PAS.
Che Mood menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Dato'
Abdul Fattah Mahmood. Hadir sama Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah,
Setiausaha Agung, Dato' Takiyuddin Hassan dan Setiausaha PAS Kelantan, Dato'
Che Abdullah Mat Nawi. – HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sumber HD - 10-4-2018
Kelantan simpan 10 kg emas setahun
TANAHMERAH: Kerajaan negeri
menyimpan 10 kilogram emas setahun
bagi menjana keuntungan jangka panjang
dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan
rakyat terus terjamin.
Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan,
Ahmad Yakob berkata, beliau menjangka\
kerajaan negeri dapat menyimpan sebanyak
10 kilogram emas setahun.
“Setakat ini kita sudah ada 5 kilogram emas
yang disimpan. Ini merupakan usaha baik yang kita lakukan supaya kita mempunyai
simpanan emas.
“Kalau ada simpanan emas kita mempunyai kedudukan ekonomi yang baik," katanya
selepas merasmikan lombong dan kilang pemprosesan emas milik Prima Warisan Venture
Sdn Bhd di Kampung Sokor hari ini.
Menurutnya juga kerajaan negeri memberi kelulusan kepada lima syarikat untuk melakukan
aktiviti perlombongan emas di Kelantan.
Turut hadir pada program itu anggota Exco, Dato' Hanifa Ahmad; Penasihat
Undang-undang, Dato' Shahidani Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
PKINK, Dato' Dr Wan Zawawi Wan Ismail. – HARAKAHDAILY 9/4/2018
Sumber HD - 9-4-2018
Bertanding pilihan raya satu jihad
TANAHMERAH: PAS Kelantan akan
mengumumkan pelancaran manifesto Pilihan
Raya Umum (PRU) 14 dalam masa terdekat.
Jawatankuasa manifesto PAS Kelantan
dipengerusikan Timbalan Pesuruhjaya, Dato'
Mohd Amar Abdullah.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, manifesto
tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun katanya, pengumuman calon PAS akan dibuat selepas mendapat lampu hijau
daripada PAS Pusat.
“Sebab kita bersama PAS Pusat dalam apa sahaja keputusan. Saya juga mengepalai jentera
pilihan raya PAS Kelantan.
“Dan Insya Allah akan bertanding dalam pilihan raya ini kerana ia merupakan satu jihad,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang pemprosesan
emas milik Prima Warisan Venture Sdn Bhd di Kampung Sokor hari ini. -
Exco kerajaan Kelantan tidak perlu menyerahkan kenderaan rasmi mereka seperti di Selangor, kata timbalan menteri besar sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata ini kerana mereka masih menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.
"Tak perlu serahkan sebab kerajaan masih ada iaitu kerajaan sementara, dan exco masih berhak
menggunakan kenderaan ini untuk urusan-urusan rasmi.
"Kita masih lagi exco sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Menurut amalan sistem Parlimen Westminster, sebaik pembubaran Parlimen di peringkat pusat dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri, kerajaan sedia ada menjadi 'kerajaan sementara'
sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif dilantik.
Azmin serta barisan exco kerajaan Selangor hari ini menyerahkan kembali kereta rasmi kepada
kerajaan negeri susulan pembubaran DUN.
Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata lagi, harta milik kerajaan negeri hanya tidak
boleh digunakan untuk urusan politik.
"Apa yang tak boleh adalah guna untuk urusan parti dan berkempen, itu tak bolehlah," katanya
lagi.
Sumber TKO - 9-4-2018
Usah keliru, Tun M sekadar mahu jatuhkan
Najib
TUMPAT: Orang Melayu di negara ini usah
keliru terhadap perjuangan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebenarnya sekadar mahu
menjatuhkan Dato’ Seri Najib Razak.
Bekas Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Nor
Hashim Che Min berkata, berdasar kepada perjumpaan bersama Pengerusi PPBM terbabit
sebelum ini beliau menjelaskan mahu menjatuhkan Najib bagi menyelamatkan Malaysia.
Oleh itu, katanya bagi mencapai misi tersebut beliau bergabung dengan DAP, Parti Amanah
Negara (PAN) dan PKR.
“Sedangkan semua orang masih ingat PKR diwujudkan kerana penganiayaan yang
dilakukan Dr Mahathir terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat.
“Hari ini bekas perdana menteri terbabit bersama pula dengan PKR yang diwujudkan
sebelum ini kerana semata-mata penganiayaannya terhadap Anwar,” katanya pada
ceramah di Dun Wakaf Bharu malam semalam.
Menurutnya, tindak tanduk Dr Mahathir banyak memecah belah orang Melayu sehingga
melahirkan parti lain seperti PKR.
Pada Mac lepas, Mohd Nor bersama 33 lagi bekas Armada dan Srikandi PPBM Kota Bharu
menyertai PAS beramai-ramai. (Foto atas) – HARAKAHDAILY 9/4/2018
Faced with three-cornered fights in its
stronghold, Islamist party PAS is urging
Kelantan voters to “rise up and defend”
what it claims to be the only “Islamic
government” in the country.
PAS’s new campaign, called “Bangkit
Pertahan”, is aimed at both Barisan
Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH).
The Islamist party has accused both parties of trying to undo its efforts at Islamising the state —
the former by oppressive federal powers, and the latter by alleged treachery.
“Bangkit Pertahan may not be easy to understand except by those who understand the struggles of
Islam. Only by understanding that they can feel the need for Muslims to rise up and defend the only
Islamic government in Malaysia.
“It is an obligation to fight, to rise up is a religious obligation,” Datuk Che Abdullah Mat Nawi,
Kelantan PAS communications secretary and a state exco, told Malay Mail in a recent interview at
the state secretariat office here.
Che Abdullah said the PAS government has tried its best to Islamise the state with its limited
powers, from banning gambling and the sales of alcohol in public premises, and placing the state’s
coffers in Bank Islam that does not practise usury.
He said even with Kelantan’s vibrant past as a centre of Islam expansion in the region — being
among the places dubbed the “Veranda of Mecca” — such major steps could not have been done
until PAS achieved a political victory.
“That’s why Tok Guru said whoever gave its ballot to PAS in 1990, even if he has passed away, he
keeps getting rewarded by God.
“Takda sebab demo nak lawe kawe,” Che Abdullah said, referring to and quoting the late statesman
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat in the Kelantanese dialect, meaning “There is no reason for them to
oppose us.”
PAS had governed Kelantan since 1974
as part of BN, before losing control of it
in the 1977 state
emergency. It was not until 1990 that
PAS retook Kelantan, under Nik Aziz’s
stewardship in the state and as part of the
Angkatan Perpaduan Ummah coalition.
Nik Aziz was appointed Kelantan mentri besar after the victory and became the party’s spiritual
leader the following year — positions he held until the 2013 polls, and his death in 2015,
respectively.
Warding off ‘backstabbers’
PAS achieved its biggest victory in 2008 as part of then Pakatan Rakyat, winning 38 out of 45 state
seats in Kelantan. By 2013, it lost five of those seats to BN.
Since Nik Aziz’s death, Pakatan Rakyat is no more. The party was split in two in 2015, with most
of its progressive faction forming splinter Parti Amanah Negara.
PAS not only decided to refrain from joining PR’s successor PH, but will now go against it.
For Che Abdullah, his colleagues-turned-rivals in Amanah were the “treachery” that Nik Aziz had
allegedly warned of in his final days, prompting the latter to caution against those who “sow chaos
in the state”.
While Che Abdullah did not mention any names, his colleague Datuk Takiyuddin Hassan was more
direct in his barbs, when speaking at a casual rally in the Kota Lama state constituency under his
Kota Baru federal seat last month.
“There is somebody who was part of the state secretariat and a leader, who suddenly ran away from
our fight,” Takiyuddin told a crowd of dozens, while explaining the “Bangkit Pertahan” campaign.
The PAS secretary-general proceeded to tell the crowd of PAS supporters that to be a Kelantan
mentri besar, one must not only win a state seat and his party commands the majority in the state
assembly, but he must also receive assent from the Kelantan sultan.
“So our friend here, think he can get that assent? … If his ‘Datuk’ title was thrown away, does that
mean the Sultan agrees with him?” he said, mentioning the Salor state seat.
Salor was won by Husam Musa, a former Kelantan PAS leader and one of Nik Aziz’s protegés who
was tipped to succeed him. He has since joined Amanah and is now leading PH’s assault on the east
coast state.
In February, Sultan Muhammad V revoked Husam’s “Datuk” title, and also that of Kelantan Amanah chief Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Long fight against BN
Despite that, Che Abdullah downplayed PH and Amanah’s chances in Kelantan, and warned that a
BN victory would spell a downfall of the Islamic government.
“If not PAS, surely Umno [would win]. Amanah is not capable. The public can see and then
compare us, in whatever sense, from the top to the bottom of their leadership,” he said.
“They can see that the suitable culture for Muslims and non-Muslims in Kelantan is with PAS.
Even if they’re not involved in Kelantan administration — to defend the government, they would
defend PAS.”
The Wakaf Baru assemblyman said PAS’ fight against BN has been going on for a long time, and
the former is being curtailed, especially by the lack of funding for the state — manifesting itself in
the absence of physical development for the state’s airport, ports and highways.
In 2015, Kelantan had passed its Syariah Criminal Code (II) Enactment 1993 that would allow
severe punishments under the Islamic penal code of hudud, such as amputation of limbs for thefts,
stoning for illicit sex or death for apostasy.
PAS is currently seeking in Parliament to amend the Syariah Courts (Criminal) Jurisdiction Act
1965 which limits such punishments from being implemented, but seems to find itself at the mercy
of the ruling coalition to table it.
“We have opposed BN, Umno for a long time. This new conflict, this new treachery, it would
present a win to Umno if we don’t go all out fighting it,” he said, referring to PH.
Earlier last month, PAS held a mega rally in the state capital here called “Himpunan Bangkit
Pertahan” meant to rouse exactly this spirit among Kelantan voters.
The day-long rally kicked off with a religious lecture by popular Islamic scholar Azhar Idrus in the
morning, and ended with speeches from top party leaders such as president Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob and Che Abdullah himself as the chairman of the
campaign.
The campaign is using the #BangkitPertahan hashtag on social media, and several giant billboards
have already been erected across the state with the same message.
It has also printed “Bangkit Pertahan” stickers, which shows Ahmad wearing a white skullcap over
the red Kelantan flag, and the name of the campaign in both the Latin alphabet and Jawi script.
The stickers were meant to be displayed on each supporters’ motorcycles and cars, akin to a
previous campaign prior to the 13th general election — which had a green “K” symbolising the
Malay word “kekal”, that means “to remain” with PAS.
However, “Bangkit Pertahan” stickers are yet to strike a chord with Kelantan folks. Che Abdullah
admitted as much and said he hoped that it would become more visible once the election draws
closer as the message trickles down to the grassroots.
“We will defend Kelantan forever, until we are called by God [to the afterlife],” he said. -Mmail
Sumber BO - 4-4-2018
Korea, China sertai Karnival Bio Kelantan
KOTABHARU: Peminat durian kunyit
berpeluang mendalami mengenai spesis
pokok terbabit yang akan dibincangkan pada
Karnival Antarabangsa Bio Kelantan.
Karnival terbabit yang bertema 'Bioteknologi:
Anugerah Ilahi Untuk Semua' diadakan
bermula hari ini hingga 8 April diadakan
di Kelantan Trade Centre (KTC).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi
Hijau negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, pakar dalam bidang penanaman
durian kunyit dijemput khas mendedah potensi pokok tersebut.
Katanya seminar mengenai durian kunyit akan diadakan sempena karnival terbabit yang
berpotensi dikomersialkan.
“Selain itu seminar penternakan naimbif, kecantikan, kesihatan dan penggunaan herba juga
diadakan. Aktiviti lain yang diadakan termasuk pertandingan inovasi dan bio grafiti.
“Sebanyak 24 agensi dan syarikat swasta tempatan dan antarabangsa menyertai program
terbabit. Pesertanya dari luar negara seperti Thailand, Korea dan China juga hadir sama,"
katanya di sini.
Karnival terbabit turut diadakan Anugerah Inovasi dan Tokoh Bio Kelantan. -
HARAKAHDAILY 4/4/2018
Sumber HD - 4-4-2018
100 ahli Umno, PKR keluar parti
KOTABHARU: Minggu ini semakin ramai
ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama
dan menyertai PAS.
Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli
PKR menyerah borang menyertai PAS
kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato'
Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Mereka diketuai mantan Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd
Noor dari Dun Nengiri.
Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan
komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang
Melayu.
“Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak
kebelakangan ini.
"Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang
yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. –
HARAKAHDAILY 3/4/2018
Sumber HD- 3-4-2018
Bekas pekerja ladang dapat lot rumah
TANAHMERAH: Penantian lebih 150
penduduk di Ladang Keralla di sini sejak
28 tahun lalu berakhir apabila kerajaan negeri
memberi lot kediaman di kawasan seluas 38
ekar.
Mereka terdiri daripada penduduk Cina \
seramai 176 orang, Melayu (50 orang) dan
India (37 orang). Mereka merupakan bekas pekerja ladang.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berharap bekas pekerja ladang
dapat membina kediaman yang lebih baik di lot berkenaan di Kampung Gobek.
"Kita berusaha untuk mempercepatkan proses pengeluaran hak milik kepada rakyat.
"Kita juga harap dengan penyediaan lot-lot tanah tersebut membolehkan mereka membina
rumah yang lebih baik berbanding apa yang ada sekarang," katanya ketika merasmikan
majlis penyerahan lot tanah kepada bekas pekerja ladang Kerilla dekat Gual Ipoh di sini
semalam.
Turut hadir anggota-anggota Exco, Dato' Abdul Fattah Mahmood dan Mejar (B) Dato'
Md Anizam Abd Rahman, Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa serta
Pengarah Tanah dan Galian, Dato' Nazran Muhammad dan Ketua Jajahan Tanah Merah,
Norazman Abdul Ghani.
Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta bagi menyedia lot tersebut yang turut
dilengkapi surau, taman permainan dan pasar malam. – HARAKAHDAILY 3/4/2018
KUALA LUMPUR: Jika jahil ilmu agama, lebih baik Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanya alim ulama dan bukannya memberikan ulasan secara semberono, tegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Jelas Mohamad Shukri, itu lebih baik daripada akhirnya dilihat memberikan pandangan
bertentangan Islam seperti mana dalam catatan di blog Dr. Mahathir kelmarin berhubung tafsiran
mengenai maksud sunnah.
Katanya, Dr. Mahathir perlu mengakui yang beliau tidak arif dalam soal hukum dan teguran ini
perlu diterima dengan hati yang terbuka bagi mengelakkan kredibiliti beliau sebagai tokoh Pakatan
Harapan diketuai DAP terjejas.
Merujuk kepada catatan di blog chedet.cc itu, kata Shukri, perbuatan atau kenyataan yang menolak
sunnah ber-makna individu berkenaan menolak ajaran Islam yang sebenar kerana sunnah merupakan
sumber hukum yang wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam.
“Kalau hendak berselisih mengenai isu-isu ranting dalam ilmu fikah seperti cara-cara mengambil
wuduk, tidak men-jadi masalah kerana ia turut berlaku dalam kalangan empat imam mazhab Islam.
“Namun kedudukan sunnah sebagai sumber hukum tidak boleh dipertikaikan, jangan keliru dalam
bab ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai catatan Pengerusi PPBM dalam blognya, chedet.cc kelmarin
mengenai hadis Nabi Muhammad SAW bahawa mengamalkan sunnah adalah baik dan mendapat
pahala manakala tidak menga-malkannya tidak berdosa.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Shukri berkata, al-Quran dan sunnah merupakan sumber
hukum utama kepada orang Islam manakala ijmak dan qias sumber hukum yang menggabungkan
antara al-Quran dan sunnah.
“Jadi, al-Quran dan sunnah ini adalah sumber hukum utama yang wajib dipercayai oleh orang Islam
untuk menunaikan kewajipan yang diperintahkan Allah,” katanya.
Sumber TKO - 2-4-2018
Peniaga enggan pindah kutip sewa?
PASIRPUTEH: Tindakan sekumpulan
peniaga yang enggan berpindah ke pasar
baru yang dibina kerajaan negeri dilihat
seperti ada udang di sebalik batu.
Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Daerah
Pasir Puteh (MDPP), Drs Saiful Bahrin
Muhammad mendakwa peniaga di pasar lama mengambil tindakan sendiri memasukkan
peniaga baru di pasar terbabit.
Katanya, mereka menggunakan ruang yang ditinggalkan peniaga yang sudah berpindah ke
Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh Sentral dengan mengenakan bayaran tertentu.
“Kita difahamkan mereka mengutip sewa seperti bayaran bakul yang dikenakan MDPP. Ada
yang menyebut mereka mengutip sehingga RM15,000 sebulan.
"Tindakan mereka itu tidak sah. Kita akan bawa kumpulan peniaga terbabit kemuka
pengadilan kerana ingkar arahan MDPP termasuk notis perpindahan dan menghalang
penjawat awam melaksanakan tugas," katanya di sini.
Pada 29 Mei tahun lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi
peniaga bagi membolehkan mereka berniaga di Pasar Lama Pasir Puteh.
Ekoran itu Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengarahkan peniaga pindah berkuatkuasa
19 Julai 2017 selepas perbicaraan kes writ saman terhadap tuntutan ganti rugi.
Bagaimanapun pada 9 Ogos sekumpulan peniaga yang enggan berpindah mengemukakan
rayuan ke Mahkamah Rayuan. – HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018
Artis ajak rakyat pertahan Kelantan
BACHOK: Ketika ramai penjawat awam
merahsia komitmen politik takut ditukar
atau kehilangan jawatan, namun tidak
bagi selebriti terkenal, Mustapha Kamal.
Beliau tidak bimbang terhadap rezekinya
biar pun menzahirkan sokongan terbuka bagi mengekalkan kerajaan Kelantan yang ada
sekarang.
“Ambo ajak adik kakok untuk pertahan kerajaan negeri yang ada sekarang. Tetap istiqamah
bagi mempertahankan kerajaan Kelantan.
“Biar pun tidak ramai artis buat macam ambo naik pentas, namun kita kena yakin rezeki
datang daripada Allah SWT,” katanya pada program ceramah dan hiburan alernatif di
Padang Bola Masjid Neman, Hujung Repek malam semalam.
Ceramah Bangkit Pertahan dan prabubar Dewan Rakyat itu turut dihadiri Adun
Perupok, Mohd Huzaimy Che Husin; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Timbalan
Presiden Pertubuhan R, Abdul Shakur Sharrie.
Orang ramai memenuhi padang di sebelah Masjid Neman bagi mengikuti ceramah
tersebut. Sebelum itu mereka mengikuti nasyid kumpulan Ar Rasy dan dikir barat bersama
Jen Endoro.
Mustapha yang dikenali sebagai Dato’ Sohok dalam telefilem Pakya Cong Codel berkata,
beliau tetap mengajak rakyat mengekalkan kerajaan Islam di Kelantan sekarang. –
HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018
PRM: Kelantan buka pintu 25 jam sehari
KEMAMAN: Rakyat Terengganu ditawarkan
memilih Kerajaan PAS memerintah negeri
ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14,
jika mahu melihat prestasi pentadbiran dan
kewangan diurus dengan bersih dan amanah.
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz
Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kerajaan
PAS Kelantan yang memerintah selama 28 tahun hingga kini bebas dari unsur rasuah.
Bahkan kata beliau lagi, Kerajaan PAS Kelantan sedia membuka pintu 25 jam sehari
kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jika kita (rakyat) mahu kewangan Terengganu bersih, rasuah tidak ada, penyelewengan
tidak ada, bebas dari sebarang skandal. Rakyat kena tukar Kerajaan Negeri
Terengganu bagi kepada PAS memerintah, InsyaAllah.
"Di Kelantan, kita (PAS) jadi kerajaan 28 tahun tidak ada siasatan oleh SPRM. Kerajaan
PAS Kelantan buka pintu 25 jam sehari untuk pihak SPRM boleh masuk bila-bila masa
sahaja.
"Terbukti tidak ada langsung pemimpin politik Kerajaan PAS Kelantan disiasat oleh
SPRM berbanding dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan
(PH)," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana Himpunan Kekalkan Dun
Chukai (HKDC) 2.0 di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini kelmarin.
Ustaz Ahmad Fadhli turut menjelaskan prestasi kewangan Kerajaan PAS Kelantan
mendapat pujian dari Laporan Ketua Audit Negara.
"Apa yang kita (PAS) buat 28 tahun "Membangun Bersama Islam" di Kelantan. Bila kita
jadi kerajaan, prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan dipuji oleh laporan Ketua Audit
Negara setiap tahun.
"Laporan kewangan kerajaan negeri sentiasa mencatat kenaikan dari sudut
pendapatan. Pada tahun 2013, pendapatan negeri Kelantan dianggarkan RM535.95 juta
termasuk royalti minyak RM200 juta.
"Ini ucapan Bajet Kelantan yang ditulis dalam teks Bajet 2012 lalu. Tapi, hakikatnya royalti
minyak Kelantan masih tidak dibayar oleh Kerajaan Pusat hingga hari ini. Maknanya,
pendapatan kerajaan negeri cuma RM335.95 juta sahaja.
"Tahun 20018 ini, kita (PAS) berjaya meletakkan anggaran pendapatan kita RM696.9
juta dan naik lebih sekali ganda iaitu meningkat 107.44 peratus.
"Pendapatan kerajaan negeri Kelantan tahun 2017 sebanyak RM566 juta dan kita
belanja RM527 juta dan ada lebihan RM39 juta atau surplus. Kami di Kelantan,
royalti minyak dinafikan," jelasnya.
Sehubungan itu katanya, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 juga meletakkan 99
peratus markah Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan
Negeri) seluruh Malaysia.
Oleh itu menurut beliau, tidak ada sebab bagi rakyat Kelantan mahu menukar Kerajaan
PAS kepada mana-mana parti lain yang terbukti terlibat rasuah. -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu tiada larangan terhadap wanita untuk berucap menggunakan mikrofon di Kelantan.
"Dulu masa saya jadi exco tak ada macam itu (larangan wanita tak boleh berucap guna mikrofon),
saya rasa sekarang pun tak ada.
"Malahan artis wanita pun boleh buat persembahan untuk penonton wanita," katanya dipetik
Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan seorang wanita- Ameera Aida- yang
mendakwa dia dihalang menjadi pengacara bagi sebuah program yang melibatkan kanak-kanak
di Kelantan.
Ameera Aida mendakwa, dia ditugaskan untuk menjadi pengacara selama lima hari namun
dipendekkan kepada dua hari kerana larangan sebuah majlis perbandaran di Kelantan.
Menulis di Twitternya, Ameera berkata dia dimaklumkan bahawa wanita tidak boleh menjadi
pengacara kerana suara mereka adalah aurat walaupun program berkenaan dibuat secara tertutup.
Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata beliau bersedia untuk
berjumpa dengan Ameera bagi membincangkan tentang perkara berkenaan.
"Saya rasa lebih baik periksa fakta tentang kes ini macam mana sebenarnya.
“Saya pun bersedia jumpa dengan Ameera ini," katanya lagi.
KOTA BHARU - Pas Kawasan Tanah Merah membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku unsur penipuan terhadap daftar pemilih melibatkan pemindahan dan pengaturan pengundi di Dun berkenaan.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Bukit Panau, Shaari Hamzah berkata, dalam laporan tersebut,
beliau mengemukakan senarai 316 pengundi yang jelas menunjukkan mereka dipindahkan secara
tersusun dari kawasan lain ke Dun itu.
“Nama pemilih ini pernah dibantah dalam Rang Kedua Daftar Pemilih 2017 dan pihak pembantah
dari Dun Bukit Panau telah memenangi bantahan tersebut sehingga semua nama itu telah dikeluarkan daripada rang berkenaan.
“Namun kita terkejut apabila dalam senarai rang tambahan bagi tahun lalu, semua nama ini muncul
kembali sebagai pemilih,” katanya.
Terdahulu, beliau bersama lebih 30 ahli parti itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Bharu membuat laporan berkenaan, semalam.
Hadir sama memberi sokongan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Ariff Abdullah dan
Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri, Nazman Che Iberahim.
Sehubungan itu, Shaari berharap pihak berkuasa menyiasat perkara itu bagi mengenal pasti punca
kemasukan semula pengundi terbabit.
“Kita juga percaya pengundi terbabit mungkin bertindak atas dasar ingin menipu SPR (Suruhanjaya
Pilihan Raya),” katanya.
Sumber TKO - 29-3-2018
Difitnah rakan PH selepas keluar PKR
KOTABHARU: Bekas Timbalan Ketua
Cabang PKR Gua Musang, Syed Azhar Syed
Alwi dituduh pelbagai dakwaan tidak masuk
akal setelah membuat keputusan meninggalkan
parti itu.
Antaranya konon diberi tanah seluas 100 ekar oleh kerajaan negeri sebagai habuan menyertai
PAS kelmarin.
“Ada rakan dalam parti kompenan Pakatan Harapan membuat tuduhan tidak masuk akal
terhadap saya selepas meninggalkan PKR.
“Ada juga yang menuduh mahu menjadi calon pada pilihan. Macam-macam lagi termasuk
bekas rakan-rakan seperjuangan dalam PKR,” katanya di sini semalam. (Foto: Syed Azhar
Syed Alwi ceramah sulung di pentas PAS.)
Syed Azhar bersama 83 penyokong di Dun Nenggiri Gua Musang menyerah borang
menyertai PAS pada petang Selasa lepas.
Beliau terbabit dengan PKR semasa era reformasi, 20 tahun lampau semasa berkhidmat di
sebuah kementerian di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun setelah ditukar bertugas di Gua Musang beliau dilantik sebagai ahli majlis
Majlis Daerah Gua Musang pada 2010.
Dan selepas meletak jawatan sebagai penjawat awam, beliau dilantik sebagai Penyelia Dun
Nenggiri selama empat tahun sehingga 31 Disember 2017.
Manakala ketika ceramah sulung di pentas PAS di Pengkalan Kubor malam tadi katanya biar
pun tidak disambung khidmat sebagai Penyelia Dun akhir tahun lepas beliau tetap mahu
mempertahankan kerajaan negeri.
“Saya tahu apa yang kerajaan negeri buat untuk rakyat. Ketika bertugas sebagai Penyelia
Dun saya terbabit secara langsung mengagihkan bantuan kerajaan negeri.
“Skim beras percuma setiap bulan, takaful Kifaalah warga emas, skim az Ziwaaj bagi belia
yang kurang mampu untuk berkahwin.
“Program-program tersebut sudah cukup untuk menggambarkan Kelantan benar-benar
sebagai sebuah negeri berkebajikan,” katanya.
Hadir sama pada ceramah malam tadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che
Abdullah Mat Nawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi,
Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lau Chin Chua dan
Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Ruslan Wan Hamat. –
HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber HD - 29-3-2018
Persempadanan semula kukuhkan kedudukan
BN
TUMPAT: Biar pun kerajaan dan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menyifatkan kajian semula
persempadanan kawasan pilihan raya telus,
namun mesej bagi memenangkan BN tidak
mampu disembunyikan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,
Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, walau
pun SPR menafikannya, namun hakikat sebenar ramai sudah maklum.
“Sebagai contoh dua Pusat Daerah Mengundi iaitu Kota Kubang Labu dan Alor Pasir
dimasukkan ke Dun Pasir Pekan.
“Sedangkan kedudukan kawasan itu di sekitar pekan Wakaf Bharu. Tidak ada sebab PDM itu
ditukar memandangkan setiap pegundi mesti melalui Wakaf Bharu untuk sampai ke Alor
Pasir dan Kota Kubang Labu,” katanya selepas majlis penyampaian suratan hak milik tanah
2018 di sini hari ini.
Semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membentang kajian semula
persempadanan kawasan pilihan raya dan dilulus secara tergesa-gesa.
Kajian persempadanan semula itu melibatkan 12 kawasan parlimen dan 28 Dun di seluruh
negara. – HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber hD - 29-3-2018
300 NGO OKU turut pertahan Kelantan
KOTABHARU: Kira-kira 300 pertubuhan
Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh negara
berhimpun di Kota Bharu hari ini bagi
menyatakan sokongan kepada kepimpinan
kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi
berkata, persidangan OKU Muqarrabun dihadiri wakil pertubuhan itu dari seluruh negara.
"Persidangan ini khusus untuk mengabung dan menghubungkan semua pertubuhan orang
kurang upaya bagi membolehkan mereka memberi maklumat dan mendedah masalah
dihadapi.
"Jadikan wadah ini sebagai 'direct to the source' dan apa sahaja yang boleh kita lakukan,
InsyaAllah kita akan lakukan," katanya selepas merasmikan Persidangan OKU Muqarrabun
di sebuah hotel di sini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Faizal
Che Yusof yang juga seorang peguam.
Pada 18 Mac lepas PAS melancar Unit Pengupayaan Orang Kelainan Upaya (Upaya) di
Tawau, Sabah. – HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber HD - 29-3-2018
Kelantan lancar Dasar Kanak-Kanak Fikrah
KOTABHARU: Kelantan melancar Dasar
Kanak-Kanak Fitrah (DKF) yang memberi
tumpuan khusus kepada pembangunan dan
perlindungan kanak-kanak menurut garis
panduan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi
berkata, dasar berkenaan mempunyai tujuh
bahagian dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan perlindungan kanak-kanak.
“Kerajaan negeri berharap dasar itu menjadi satu garis panduan bagi membina satu tamadun
generasi soleh yang cemerlang dunia akhirat,” katanya pada pelancaran dasar tersebut di Kota
Darulnaim hari ini.
Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar.
Kira-kira 600 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO hadir pada
program yang diadakan di Dewan Teratai.
Mohd Amar pula berkata, kanak-kanak sebagai individu penting dalam pembinaan generasi
akan datang perlu dijaga sebaik mungkin. – HARAKAHDAILY 28/3/2018
Sumber HD - 28-3-2018
Sekatan dana Persekutuan punca isu air
Kelantan
ISU air Kelantan adalah isu yang sengaja
dinaikkan dan dihangatkan oleh Umno-
Barisan Nasional dalam meraih sokongan
rakyat Kelantan. Walhal sebenarnya,
faktor terbesar yang menyebabkan isu air
Kelantan adalah sekatan peruntukan dana dari
Kerajaan Persekutuan. Namun Umno-Barisan Nasional masih lagi mengapi-apikan isu air di Kelantan.
Hakikatnya kualiti air Kelantan yang dikendalikan oleh Air Kelantan Sendirian Berhad,
AKSB semakin baik dari semasa ke semasa.
Exco Perumahan, Kerja Raya, Utiliti Dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’
Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan
terhadap perkara itu.
“Kerajaan juga menyedari bahawa air itu merupakan satu keperluanlah untuk kehidupan
dan bekalan air bersih adalah satu khidmat kerajaan kepada rakyat.
"Di mana jua di Semenanjung Malaysia ini kerajaan telah berusaha sedaya upaya
mungkin untuk memastikan sebahagian besar rakyat negeri ini menikmati bekalan air
bersih, yang terawat," jelasnya.
Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) Ir Mohamad Hanapi Mahmud
juga menyatakan dedikasi pihaknya.
“Sumber air kita ada kuman. Bila kita masuk loji, lepas daripada loji setakat ini kita tak
ada E. coli. Sebelum (ini) ada. Dan selepas kita rawat tidak ada E. coli.”
Faktor utama masalah kualiti air loji rawatan air AKSB adalah implikasi pembekuan
pinjaman dari Kerajaan Persekutuan dari tahun 1990 sehingga tahun 2000 yang
menyebabkan kerja-kerja naik taraf mega tidak mampu dilaksanakan.
Hanya komponen mekanikal dan elektrikal sahaja dinaik taraf secara dalaman kerana
kosnya yang lebih murah. Majoriti loji rawatan air terpaksa beroperasi melebihi
kapasiti reka bentuk asal menyebabkan timbul isu kualiti air iaitu kekeruhan dan baki klorin.
Bagi mematuhi piawaian air bersih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, binaan struktur
baru loji rawatan air perlu ditambah atau dibina semula.
Kos tinggi diperlukan iaitu sekitar RM2 juta bagi setiap satu juta liter sehari, tidak termasuk
tangki dan paip agihan. AKSB mempunyai 32 buah loji rawatan air. 27 loji rawatan air
mempunyai komponen rawatan yang lengkap.
Lima loji rawatan air pula tidak mempunyai rawatan yang sempurna kerana tiada
infrastruktur yang sepatutnya. Tetapi mempunyai air mentah.
Menurut laporan pencapaian pematuhan kualiti air terawat bagi parameter QAP seluruh
negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi
kurang memuaskan adalah Perlis, Pahang, Sabah dan Kelantan.
Tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika kandungan E. coli melebihi 4 peratus.
Mengikut data daripada laporan tersebut, Sabah berada pada kedudukan yang paling teruk
dengan peratusan 2.02 peratus. Diikuti oleh Pahang 1.01 peratus. Perlis 0.96 peratus. Dan
Kelantan 0.90 peratus.
Dalam usaha untuk memastikan kualiti air Kelantan terus berada pada keadaan yang lebih
berkualiti, AKSB sentiasa memantau kualiti air Kelantan dengan menjalankan ujian kualiti
air ke atas air Kelantan di Makmal Pusat Air Kelantan Sendirian Berhad.
Antara analisis yang dilakukan adalah ujian kimia bukan organik, mikrobiologi,
kandungan besi, dan kandungan organik. Dengan menggunakan teknologi terkini yang ada
di Makmal Pusat AKSB, kualiti air Kelantan akan terus dapat ditingkatkan seterusnya
dapat menjamin kehidupan yang lebih sihat. -HARAKAHDAILY 28/3/2018
Sumber HD - 28-3-2018
Tambah baik dasar MBI penggal ke-14
KOTABHARU: Kerajaan negeri akan
menambah baik dasar Membangun Bersama
Islam (MBI) sekiranya rakyat terus memberi
mandat kepada PAS untuk terus mentadbir
Kelantan.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan
Ahmad Yakob berkata, penjenamaan baru dilaksanakan sekarang iaitu Merakyatkan
Membangun Bersama Islam.
Katanya, dasar MBI diilhamkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diteruskan
sehingga sekarang.
“MBI yang mempunyai tiga prinsip utama iaitu ubudiyah, masuliyah dan itqan (UMI). Dasar
itu mampu mendidik rakyat serta penjawat awam terhadap ketelusan dan integriti dalam
urusan harian.
"Kita mengerakkan jentera kerajaan untuk melaksanakan prinsip UMI berterusan sehingga
sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan Adun Kelaboran, Mohd Zaki
Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. –
HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018
80 ahli PKR Gua Musang sertai PAS
KOTABHARU: Ketika Umno dan Barisan
Nasional (BN) mengimpikan mahu menawan
Kelantan, hari ini 80 orang pula pemimpin dan
penyokong PKR menyertai PAS.
Kumpulan terbabit diketuai bekas penyelia Dun
Nengiri, Syed Azhar Syed Alwi. (Foto atas:
Syed Azhar menyerah borang menyertai PAS.)
Beliau bersama 80 ahli dan kepimpinan PKR Cabang Gua Musang menyerah borang
menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad.
Hadir sama pada program bersejarah di JKR 10 petang ini Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz
Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dato’
Che Abdullah Mat.
Syed Azhar juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang. –
HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018
Dr Mahathir diundang ke forum di Kota
Bharu
KOTABHARU: NGO Pertahan hari ini
menyerah surat jemputan kepada Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli panel
forum yang akan diadakan di sini, 29 Mac ini.
Timbalan Pengarah Forum Anak Muda, Abdul
Shakur Sharie berkata, forum tersebut akan
mengupas tajuk "Layakkah Tun Mahathir
Menjadi PM Sekali Lagi".
“Saya hadir ke Ibu Pejabat Parti Pribumi
Bersatu Malaysia pagi tadi adalah untuk menyampaikan surat jemputan kepada Tun.
“Besar harapan kami agar pihak Tun dapat hadir ke program yang bakal dilangsungkan pada
29 Mac ini di Dewan Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa,” katanya di sini.
Abdul Shakur yang juga Timbalan Presiden R hadir kepada pejabat PPBM di Petaling Jaya
bersama Ahli Jawatankuasa NGO Pertahan, Mohd Suhaizi Kadir, dan Ustaz Muizzudin Muda.
Forum tersebut juga akan menampilkan pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff; Ketua
Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan bekas aktivis PKR, Badrul Hisham
Shahrin atau Chegubard.
Abdul Shakur juga berkata, walaupun Tun dikatakan mempunyai komitmen lain pada tarikh
tersebut, namun pihaknya berharap PPBM mewakilkan kepada mana mana pimpinan yang
layak.
“Semoga budaya wacana sebegini terus segar dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. –
HARAKAHDAILY 26/3/2018
Dewan Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa
Sumber HD - 26-3-2018
Potongan bayaran premium tanah 70 peratus
KOTABHARU: Biar pun kenaikan kadar premium tanah agak tinggi di Kelantan bermula
2015, namun rakyat boleh membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah premium yang
terpaksa dibayar.
Malah pada akhir tahun lepas kerajaan negeri memberi potongan sehingga 90 peratus kepada
rakyat miskin bagi menjelaskan premium tanah.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kadar premium agak tinggi
kerana pemohon dikenakan premium asas dan premium denda.
“Namun rakyat masih lagi berpeluang membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah premium
sehingga 70 peratus dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Tanah dan Galian.
“Malah kerajaan negeri juga menimbangkan bayaran ansuran sehingga lapan kali bagi rakyat
miskin,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas)
pada persidangan Dun hari ini.
Sebelum kenaikan premium berlaku pada 2015, kadar premium tanah di Kelantan paling
rendah di negara ini iaitu hanya RM750 bagi satu ekar.
Kenaikan tersebut meliputi tanah yang bertanam getah dan kelapa sawit serta dusun.
Bagaimanapun tiada kenaikan bagi tanah lot kediaman, industri atau perniagaan.
Menjawab soalan tambahan Dato’ Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong) katanya, pemohon
yang sudah membuat bayaran premium tanah 100 peratus sebelum 2015, namun belum
mendapat geran juga berpeluang membuat rayuan.
Mohd Amar berkata, penduduk terlibat boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri bagi
mereka yang sudah membayar penuh premium sebelum 2015. –
Setelah puluhan tahun lamanya Majlis Daerah PASIR MAS menyewa tanah rezab KTMB setelah pasar besar lamanya yg berada di tengah bandar terbakar....bagi menghimpunkan peniaga berniaga ... kini para peniaga dapat premis yg baru yg disediakan oleh PBT yg selesa dari tempat asalnya...
Lokasi baru nya terletak di lebuhraya Pasir MAS Rantau Panjang.. dibuka pada awal tahun 2016 yg.
lalu setelah tergendala sekian lama akibat bantahan nitezen yg korup dlm soal pembangunan
kerajaan negeri...
(Wow .... Lama bbenar aku tak balik ke PASIR Mas..dan berkunjung ke PASAR ...sesat aku
dibuatnya.)..
إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أو شك أن يعمهم الله بعقاب منه
Maksudnya: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang perbuatannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukuman daripada-Nya.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
Saya berserta seluruh saff kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sempena Sambutan Hari Polis Ke-211.
Sesungguhnya tugas polis adalah suatu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat. Dengan gerak kerja yang dilaksanakan oleh polis ini, ianya dapat menghindarkan masyarakat daripada kemungkaran dan jenayah. Islam sebagai agama keamanan sentiasa mengutamakan jaminan keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Semoga seluruh anggota polis dapat meneruskan tanggungjawab dan menjalankan tugas dengan penuh integriti demi rakyat tanpa bias kepada mana-mana pihak. Sentiasalah bersama masyarakat khasnya dalam membendung jenayah yang agak berleluasa agar kepercayaan rakyat kepada pihak polis dapat kekal terpelihara.
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada anggota polis diatas pengorbanan yang telah dicurahkan. Saya berharap semua anggota PDRM dapat meneruskan tugasan dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT, agar ianya menjadi amal soleh untuk kejayaan hidup dunia dan akhirat.
"Merakyat Membangun Bersama Islam"
"Kelantan Sejahtera Untuk Islam"
YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan 7 Rejab 1439H/25 Mac 2018M
Sumber TKO - 26-3-2018
Isu bekalan air bersih di Kampung Bechah
Laut
AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) amat
menyedari permasalahan yang dihadapi oleh
penduduk di Kampung Bechah Laut dan
sekitarnya dalam jajahan Tanah Merah dan
di pihak AKSB sedang menjalankan gerak
kerja seperti berikut bagi membekalkan air
bersih kepada penduduk setempat.
Untuk makluman, bekalan air yang disalurkan adalah dari Loji Bukit Remah
melalui Tangki Setambung Tulang. Langkah awal yang diambil adalah dengan
menyediakan Pam Booster dan telah siap dibina, namun disebabkan aliran air (flow)
tidak mencukupi akibat penghantaran air bersih ke Temangan sebanyak 3 juta liter sehari
dan permintaan di Bechah Laut adalah 1.5 juta liter sehari.
Di pihak AKSB juga telah dan sedang giat melaksanakan projek Loji Merbau Chondong
(jangkaan siap adalah di bulan April 2018) hingga boleh membekalkan sehingga 75
juta liter sehari dan akan digunakan untuk penghantaran air ke Temangan menggunakan
Tangki Kweng Hitam, Machang.
Setelah itu, penghantaran air ke Temangan yang menggunakan air dari Loji Bukit Remah
akan dihentikan sepenuhnya nanti dan aliran air tersebut akan di bawa ke Tangki
Setambung Tulang dan InsyaAllah permasalahan air di Bechah Laut akan selesai
sebaik mungkin kerana sistem agihan telah sedia untuk digunakan.
Sekian, terima kasih.
IR WAN MOHD ZAMRI WAN ISMAIL
Pengurus Besar
Air Kelantan Sdn Bhd - HARAKAHDAILY 24/3/2018
Sumber HD - 24-3-2018
Air keruh sambut Le Tour tiada kaitan AKSB
KOTABHARU: Air Kelantan Sdn Bhd
(AKSB) menjelaskan pancutan semasa acara \
etibaan peserta Le Tour de Langkawi 2018 Isnin
lepas tiada kaitan dengan agensi itu.
Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan
Ismail berkata, pada awalnya air yang dipancut
jernih, kemudian bertukar keruh selepas itu.
Katanya, penyelenggaraan pili bomba di bawah
seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“AKSB tidak mempunyai kuasa untuk
menjalankan pembersihan pili bomba dan
kekeruhan air yang berlaku mungkin disebabkan
tiada pencucian saluran paip bomba pada masa
ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu katanya, AKSB berharap mana-mana pihak tidak lagi menular kejadian
tersebut dan menyalahkan AKSB secara perse dan tidak bertanggungjawab.
Klip video yang ditularkan di media sosial berkaitan pancutan air keruh oleh anggota Bomba
dan Penyelamat ketika ketibaan peserta Le Tour de Langkawi. – HARAKAHDAILY 21/3/2018
Sumber HD - 21-3-2018
PPBM Dun Kota Lama lumpuh
KOTABHARU: Berikutan 34 pemimpin kanan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kota
Bharu meninggalkan parti itu semalam, lebih
200 anak muda mengambil langkah serupa.
Ketua Armada Dun Kota Lama, Mohd Azwan
Mohd Sabri, berkata beliau dan rakan-rakan
mengambil waktu agak lama untuk keluar parti.
Bagaimanapun katanya beliau bersama pimpinan
bahagian Kota Bharu mengambil keputusan menyertai PAS beramai-ramai.
“Dengan penyertaan itu membuatkan PPBM Dun Kota Lama berkenaan lumpuh.
“Saya akan berusaha lagi untuk mengajak rakan-rakan kami yang masih tinggal beberapa
orang lagi untuk bersama PAS,” ujarnya di sini.
Semalam Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengetuai
ahli dan pendokong parti itu menyerah borang menyertai PAS.
Mohd Azwan juga berkata, Pemuda PAS begitu aktif menyusun pelbagai program yang cukup
menarik.
“Sedangkan pimpinan PPBM tiada program yang serupa untuk anak-anak muda. Parti itu
tenggelam dengan masalah dalaman.
“Kami mengambil langkah keluar dari kemelut itu dengan menyertai PAS.
“Selepas ini insya-Allah kami akan menyertai program anjuran Pemuda PAS bagi
mengukuhkan benteng kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2018
Sumber HD - 21-3-2018
33 pemimpin PPBM Kota Bharu sertai PAS
KOTABHARU: Krisis melanda Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) kini menular ke
Kelantan apabila 33 pimpinan utama parti itu
di bahagian Kota Bharu menyertai PAS
beramai-ramai.
Mereka juga mengisytiharkan hilang keyakinan
kepada PPBM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim bin Che Min berkata, mereka
juga hilang kepercayan terhadap Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman
yang mengetuai PPBM Kelantan.
Katanya, beliau bersama enam ahli jawatankuasa termasuk Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu,
Noormala Abdul Kadir, Setiausaha Srikandi Bahagian, Hamidah Yaacub bertindak keluar parti.
“Lebih puluhan ahli yang lain turut sama menyatakan ketidakyakinan kepada PPBM Kota
Bharu.
“Ada 12 ketua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut sama bersama sama saya.
Kami cukup kecewa dengan sikap Tun yang kelihatan terlalu mengutamakan parti chauvinis
DAP,” katanya pada persidangan media di sini petang ini.
Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’
Takiyuddin Hassan.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan
PAS Negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan
timbalan YDP Kota Bharu, Dato’ Dr Ramli Mamat. – HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018
50 ahli Umno di Tendong keluar parti
KOTABHARU: Impian Ketua Umno Pasir Mas, Dato’ Hanapi Mamat mencari Dun selamat
untuk ditanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) terbantut apabila penyokongnya bertindak
keluar parti.
Seramai 50 ahli dan penyokong Umno akan mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai
PAS beramai-ramai.
Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata, pihaknya akan
mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan kemasukan
beramai-ramai ahli Umno terbabit.
"Ada dalam kalangan mereka bekas Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“InsyaAllah kita akan mengumumkan kemasukan mereka
dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Malam ini akan diadakan ceramah di perkarangan pejabat
Pusat Khidmat Dun Tendong di Kampung Perangkap yang dijangka dihadiri Ketua
Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan Yang Dipertua PAS Pasir
KOTA BHARU: Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan
meletakkan calon daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk bertanding di mana-mana
kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Ikatan akan membantu PAS di
mana-mana kerusi yang ditandingi oleh parti berkenaan.
“Ikatan ini saya sebut secara jelas, daripada apa yang disampaikan oleh presidennya (Tan Sri Abdul
Kadir Sheikh Fadzir), dia sendiri pun tak berminat nak bertanding, tapi dia akan bantu untuk PAS
menang.
“Kalau dia bertanding pun, mungkin dalam 1 atau 2 kerusi sahaja (di luar Kelantan). Itu pun akan
diputuskan di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Bangkit
Pertahan Kelantan di Padang Perdana malam tadi.
Ditanya mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pada PRU14, Mohd Amar
berkata, secara umum perkara itu telah diselesaikan, namun belum diperincikan.
“Sasaran kita ialah kita nak memerintah, sebab itu kita akan bertanding lebih daripada 130 kerusi.
Kita ada sasaran maksimum dan sasaran minimum.
“Maksimum (menang kerusi) ialah menjadi kerajaan, tapi minimumnya kita mesti menang
sekurang-kurangnya 40 kerusi supaya kita boleh mencorakkan hala tuju dan juga masa depan
politik negara,” katanya.
Sumber TKO - 18-3-2018
BN, PH tiada komitmen terhadap agenda
Islam
KOTABHARU: PAS mengambil keputusan
bergerak bersama NGO dan Gagasan Sejahtera
pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini kerana
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan
(PH) tiada komitmen terhadap Islam.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang berkata, langkah itu dibuat selepas melihat kedua-dua parti berkenaan tidak ambil
peduli terhadap kepentingan Islam.
Menurutnya, Islam mesti memerintah tidak seperti sekarang Islam diperintah yang menjadi
bukti komitmen serta perbezaan antara PAS dengan BN dan PH.
"Kita lawan BN kerana lebih 60 tahun memerintah, mereka tidak memperkasakan Islam.
Selagi pendekatan itu tidak diubah kita lawan mereka.
"DAP parti kompenan dalam PH juga secara terang-terangan menentang Islam, parti lain
seperti lembu kenyang tidak berani bersuara untuk mempertahankan Islam," katanya pada
ceramah kemuncak Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana malam tadi.
Program anjuran kerajaan negeri itu dihadiri puluhan ribu rakyat Kelantan yang
menggambarkan kesungguhan mereka mempertahankan kerajaan negeri di bawah
kepimpinan ulama.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, bagi pemilihan bakal calon PAS pada pilihan raya ini,
diambil kira mereka yang menjaga hubungan dengan Allah.
"Ini merupakan tunggak kita, kepimpinan yang dipilih wajib mendapat kelulusan Majlis
Syura Ulamak, kenal dosa pahala dan mengutamakan solat.
"Mereka yang dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya mesti melakukan baiah, kerana ia
adalah rukun politik Islam sebagai mana dilakukan Nabi Muhammad SAW di Madinah,"
katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
Kelantan tetap utama syariat Islam
KOTABHARU: Kelantan yang dipimpin ulama
dan profesional berusaha memacu pentadbiran
negeri selaras dengan kehendak syariat.
Menteri Besaar, Ustaz Dato' Bentara Kanan
Ahmad Yakub berkata, langkah diambil kerajaan
Kelantan agak berbeza dengan negeri-negeri lain.
Katanya, sebahagian besar kerajaan yang ada sekarang menolak pemerintahan secara Islam.
“Tetapi kita di Kelantan tetap berusaha merealisasikan hasrat tersebut.
"Kita memilih laluan yang dilalui pejuang-pejuang Islam biar pun susah dan senang tetap
diusahakan ketika sebahagian besar dunia menolak Islam," katanya pada ceramah sempena
Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana malam tadi.
Menurutnya juga usaha untuk memperkasakan Islam dilakukan bermula di bidang pendidikan.
"Kita menggunakan wang yang disatukan untuk anak-anak kita yang belajar di sekolah
kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
"Selain itu, kita juga menggunakan wang bagi melaksanakan program kebajikan seperti skim
beras al Itam, az Ziwaaj, Takaful Kifaalah dan sebagainya," kata beliau. –
HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
Gagasan Sejahtera bakal dominasi politik
negara
KOTABHARU: PAS bersama Gagasan
Sejahtera dijangka mendominasi politik di
negara ini memandangkan ada parti dalam
gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan
Harapan (PH) bermasalah dengan Pendaftar
Pertubuhan (ROS).
Setiausaha Perhubungan Ikatan Negeri Kelantan, Wan Yusri Wan Yusof berkata, Umno
berdepan dengan masalah kerana belum mengadakan pemilihan pada Perhimpunan Agung
Umno tahun ini.
Katanya, tarikh akhir perhimpunnan Umno sepatutnya diadakan pada 14 April depan setelah
beberapa kali ditunda.
“Berdasar kepada peraturan ROS sekiranya Umno masih tidak mengadakan perhimpunan
agung, kemungkinan parti itu boleh diharamkan.
"Begitu juga nasib yang menimpa Parti Pribumi Bersatu Malaysa (PPBM) juga akan
menghadapi nasib serupa," ujarnya pada Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana
malam tadi.
Hadir sama Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub; timbalannya,
Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Speaker Dun, Dato’ Abdullah Yakob.
Wan Yusri juga berkata, sekiranya Umno dan PPBM dibubarkan, Gagasan Sejahtera akan
mendominasi kedudukan kerusi di parlimen nanti.
"Cuma kita bimbang adakah ROS nak laksanakan undang-undang tanpa mengira pihak mana
yang langgar undang-undang,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
JAM lancarkan Himpunan Bangkit Pertahan
Kelantan
KOTA BAHRU: Jabatan Amal Malaysia
menjadi pelengkap dan saksi disebalik
kelancaran dan kejayaan Himpunan Bangkit
Pertahan Kelantan yang diadakan di Padang
Perdana, Kota Bahru, di sini malam tadi.
Dengan kekuatan seramai 80 anggota bertugas, mereka telah melakukan kawalan trafik dan
lalulintas seawal jam 8 pagi sehingga semua pimpinan dan peserta bersurai dari dari kawasan
program.
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan, Tuan Asmawie Abdullah telah memimpin
sendiri tugasan dengan melaksanakan pelbagai rutin termasuk pemantauan keselamatan
pimpinan.
Menurut beliau, program yang agak padat sejak awal pagi itu memerlukan penyusunan
jadual bertugas yang lebih sistematik dan teratur dengan menyaksikan anggota Jabatan Amal
setia berkhidmat hingga selesai.
Program tersebut turut diberi kerjasama oleh agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia
dan Majlis Perbandaran Kota Bahru yang berganding bahu bersama Jabatan Amal Malaysia.
Kemuncak himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang di hadapan puluhan ribu peserta yang memenuhi Padang Perdana. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
Pertahan Islam di Kelantan demi masa depan
SAYA nak sebut sebab apa kita ini mesti
mempertahankan kerajaan “Membangun
Bersama Islam” yang telah dimulakan oleh
Almarhum Tok Guru pada tahun 1990.
Sebabnya banyak.
Cuma dalam kesempatan yang ada pada
malam ini ada dua perkara yang besar. Yang pada pandangan saya sudah cukup untuk
menjadi alasan sebab apa kita kena pertahankan Kerajaan Kelantan. Saya pernah sebut
perkara ini sekali dua dalam ceramah-ceramah yang lepas. Tetapi boleh jadi sebahagian
daripada kita tidak ingat dan ada yang mungkin tidak dengar.
Dua perkara yang penting ini ialah, 20 tahun dulu, ataupun 27 tahun dulu, orang tidak
fikir dan orang tidak yakin bahawa Islam ini boleh menjadi dasar pentadbiran dan dasar
pemerintahan di dalam dunia moden pada hari ini.
Islam sebagai dasar kerajaan
Tetapi bila kita menang tahun 1990 di Kelantan, kita berjaya memecahkan pemikiran ini
dan kita setelah 27 tahun, kita berjaya membuktikan kepada bukan hanya orang Kelantan,
bukan hanya masyarakat di Malaysia. Tetapi kita berjaya membuktikan kepada seluruh dunia
bahawa Islam ini boleh menjadi dasar kepada kerajaan dan boleh menjadi dasar kepada
pemerintahan sebuah negara dalam dunia moden dan dalam masyarakat majmuk sepertimana
yang ada di Malaysia.
Rekod 27 tahun ini bukan rekod yang pendek. Satu rekod yang panjang dan kita telah
membuktikan kemampuan Islam. Sejarah dulu telah buktikan Islam ini boleh menguasai dunia.
Bermula di tanah yang kering kontang di Makkah, berkembang menjadi satu empayar
pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, dan akhirnya berjaya memerintah dunia pada zaman
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Sehinggalah Kerajaan Uthmaniyah jatuh pada tahun 1924.
Lepas daripada itu, orang tidak nampak Islam ini boleh naik. Tetapi kita ini menjadi satu
benih yang baru, cetusan yang baru pada zaman moden, bagaimana menggunakan pendekatan
demokrasi melalui peti undi kita boleh menguasai kerajaan. Dan kita boleh bergerak dalam
sistem demokrasi moden, mendapat sokongan yang meluas daripada masyarakat
sebagaimana yang kita tengok pada malam ini.
Bukan sahaja orang Melayu, bukan sahaja orang Islam, orang yang bukan Islam sendiri,
ucapan Cikgu Lau itu sudah cukup menjadi bukti penerimaan orang-orang bukan Islam
terhadap dasar “Membangun Bersama Islam”.
Kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam, hat duduk dalam biru, hat duduk dalam
oren, hat duduk dalam merah patut malu dengan Cikgu Lau. Walaupun dia bukan seorang
Islam, tapi dia nampak, dia nampak dan dia yakin dengan kebaikan yang ada dalam dasar
dan juga sistem Islam. Ini satu kejayaan yang besar yang telah kita capai dalam masa 27
tahun.
Ulama boleh memimpin
Yang kedua yang besar dulu, orang tak boleh fikir ustaz ataupun kita guna istilah ulama ini
boleh menjadi pemimpin kerajaan. Orang duduk fikir orang hat jenis mengaji ilmu-ilmu
moden sahaja yang boleh jadi Menteri Besar, yang boleh jadi Perdana Menteri, yang boleh
jadi Menteri, yang boleh jadi Exco. Tetapi dengan dasar "Membangun Bersama Islam",
kita pecahkan sekali lagi benda ini. Kita lantik seorang ulama menjadi Menteri Besar di\
Kelantan. Dan ulama ini berjaya memecahkan banyak pemikiran-pemikiran negatif dan
mencetuskan suatu aura perubahan yang besar, bukan hanya di Kelantan, tetapi di seluruh
negara.
Dan hari ini kepimpinan ulama ini disambung pula oleh orang yang dipilih oleh Tok Guru.
Menteri Besar hat ada hari ini ini, orang yang Tok Guru pilih. Dan orang ini meneruskan
yang sudah dibina oleh Tok Guru.
Jadi dua benda besar ini, adalah kejayaan kita di Kelantan. Hasil daripada kebijaksanaan
pengundi-pengundi yang ada di Kelantan. Bukan sahaja orang Melayu, bukan sahaja
orang Islam, tapi daripada berbagai bangsa daripada berbagai ugama.
Pertahan Kerajaan Kelantan
Maka sebab itulah tanggungjawab kita hari ini selepas 27 tahun, tahun ini masuk 28 tahun,
kita kena pertahankan kerajaan ini bukan untuk siapa-siapa, bukan untuk Menteri Besar,
bukan untuk Timbalan Menteri Besar, bukan untuk Exco. Tapi kita kena pertahankan untuk
diri kita semua, untuk kita, untuk anak kita, untuk cucu kita, dan yang lebih besar ialah untuk
seluruh masyarakat yang ada di Kelantan dan masyarakat yang ada di Malaysia.
Kita yakin dengan dasar Islam ini kalau kita boleh kukuh di Kelantan, kita boleh
melebarkan pengaruh ini di luar daripada Kelantan, dan kita insyaa Allah dengan izin tuhan
akan menguasai negara ini pada masa yang akan datang.
Perubahan-perubahan yang berlaku pada hari ini menambahkan lagi keyakinan kita.
Walaupun boleh jadi orang kata bila agaknya PAS ini nak boleh benih? Pakat dengan orang
pun kalah, sampai hari ini PAS ini seolah-olah duduk seorang.
Kita dalam Gagasan Sejahtera ini orang anggap kita ini bersendirian seorang. Tetapi kita
kena kalau kita baca dalam sejarah, Rasulullah S.A.W bermula seorang diri saja di Gua
Hira’. Lepas itu isteri dia Khadijah. Lepas itu anak angkat dia Saidina Ali, sepupu dia,
anak angkat dia. Lepas itu seorang, lepas seorang, lepas seorang masuk Islam, walaupun
dia dihalau keluar daripada Makkah, tapi akhirnya berjaya menubuhkan negara Islam di
Madinah.
Dan akhirnya Islam ini tersebar bukan hanya seluruh Tanah Arab, tapi seluruh dunia
sampai kita yang ada di Semenanjung Tanah Melayu di Asia ini pun menerima Islam tersebut.
Berdasarkan sejarah ini kita yakin dengan tapak yang ada di kita di Kelantan ini, kalau
kita boleh pakat-pakat pertahan, kita boleh jaga dengan baik, insyaa Allah tapak ini akan
berkembang...
Peluang PAS dan Gagasan Sejahtera
Dan hari ini kita tengok orang sudah kecewa dengan Kerajaan Barisan Nasional. Bukan
orang lain, Mahathir sendiri pun frust dah dengan Barisan Nasional. Walaupun penyakit
yang ada dalam Barisan Nasional itu hat dia buat. Tapi dia sendiri sudah kecewa. Dan
orang pun bila dia masuk Pakatan Harapan, Pakatan Harapan ini hilang harapan.
Waktu Mahathir tak ada boleh jadi ada harapan. Bila Mahathir masuk harapan, hilang.
Sebab Mahathir ini bawa penyakit yang banyak. Orang kata baggage politiknya terlalu
banyak. Dia nak cuba ganti Kerajaan Barisan Nasional yang ada baggage politik,
sedangkan dia sendiri pikul baggage politik. Orang yang berpenyakit kurap, nak berubat
orang berpenyakit kurap? Tak boleh. Tak boleh. Sebab dia berpenyakit kurap, bukan se (satu)
ya, penuh lagi tubuh dia. Dia nak berubat kurap Barisan Nasional? Dia sendiri ada kurap.
Jadi sebab itulah timbul dalam masyarakat kita hari ini undi rosak. Idea undi rosak ini
ialah tanda protes generasi muda terutamanya terhadap Barisan Nasional dan juga Pakatan
Harapan. Orang kecewa dengan dua-dua ini.
Di sinilah peluang yang ada pada kita PAS bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera untuk
menawarkan pilihan yang lebih baik kepada masyarakat. Insyaa Allah kalau kita boleh
bertahan di Kelantan ini, mengekalkan kerajaan yang ada, usaha kita untuk berkuasa di
Malaysia akan menjadi lebih mudah.
Mahathir perang bayang sendiri
Pilihan yang ada pada pengundi yang ada pada hari ini hanya PAS dengan Gagasan
Sejahtera sahaja. Sebab Barisan Nasional semua orang tahu, tak payah cerita dah. Pakatan
Harapan pun ada masalah. Nak lantik pula Mahathir jadi Perdana Menteri. Orang tahu
belaka 22 tahun dah dia jadi Perdana Menteri. Sebahagian besar kerosakan Malaysia
ini bermula pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.
Sebab itulah Almarhum Dato’ Fadzil Noor pernah sebut dalam ceramah dia, dia minta supaya
Dr Mahathir ini panjang umur, supaya Dr Mahathir dia boleh tengok masalah-masalah
berlaku di Malaysia yang dicetuskan oleh tangan dia sendiri. Tuhan makbul doa Almarhum
Ustaz Fadzil. Hari ini Mahathir perang dengan bayang dia sendiri.
Najib ini umpama bayang Mahathir, orang hat dia pilih sebagai Perdana Menteri. La ni dia
duduk berlawan dengan bayang dia. Bayang dia ini turut rata dia nak pergi, nak berlawan lagu
mana?
Sebab itu saya kata hari ini pengundi yang cerdik di Malaysia ini tidak ada pilihan, kecuali
mari bersama-sama dengan kita dalam Gagasan Sejahtera. Ini peluang yang besar
yang ada pada kita untuk memastikan kita boleh menang di Malaysia, Kelantan mesti kita
pertahankan.
Orang putih kata At what ever cause, tak payah terjemah betul tak? Ke kena terjemah?
Dengan apa-apa bayaran sekalipun kita mesti pertahankan Kelantan. Ikut mana pun, kita
kena pertahankan Kelantan. Kalau guna istilah yang ganasnya, by hook or by crook. Tapi tak
sesuailah kita nak guna hat itu. Kita kena pertahankan Kelantan sebab ini masa depan kita.
Kita sebagai orang Islam, inilah masa depan kita, anak kita, cucu kita. Bagi orang bukan Islam
pun inilah masa depan. Kerana kita telah beri peluang kepada Barisan Nasional lama dah
memerintah Malaysia, bukan sehari dua hari.
PAS bawa idea baru
Pakatan Harapan itu pun ada di Pulau Pinang, ada di Selangor, tuan-tuan boleh buat
perubahan ini berlaku. Kita boleh tengok hat mana lebih hat mana kurang. Hat mana baik,
hat mana buruk. Dan kita nampak Barisan Nasional ini semakin tidak mampu untuk
membuat perubahan di bumi Malaysia ini.
Maka beri peluang kepada kita dalam Gagasan Sejahtera dengan dasar ”Membangun
Bersama Islam” yang kita mulakan di Kelantan ini untuk membuat perubahan besar di
Malaysia.
Kita ada apa yang kita panggil sebagai WINS, Wawasan Induk Negara Sejahtera. Program \
pemulihan Malaysia ini tidak kurang daripada 15 tahun. Kalau tuhan takdir kita memerintah
Malaysia, inilah program yang kita buat dalam masa tidak kurang daripada 15 tahun
untuk memulihkan semula Malaysia. Parti lain tak ada. Pakatan Harapan itu sendiri dalam
manifesto dia, duduk ulang barang lama. Tiru hat orang, ulang barang lama.
Tapi kita satu-satunya parti yang membawa satu idea orang kata fresh idea, pemikiran baru,
idea baru, wawasan baru melalui WINS, Wawasan Induk Negara Sejahtera. Kita ada
Dokumen Hijau. Sebagai suatu penyelesaian kepada isu ekonomi, isu masyarakat, isu
pengangguran. Kita ada benda-benda itu.
Orang kata sebab apa tak buat di Kelantan? Ini masalah di peringkat negara, bukan masalah
di Kelantan. Kelantan ini sebahagian daripada negara. Kalau negara ini tak boleh pulih,
punah, Kelantan pun payah kita nak perbetul.
Kalau kita kata ... Dekat rumah ada 14 bilik dalam rumah. Kelantan ini salah satu bilik
daripada 14 bilik. Kalau bilik kita sahaja bersih, bilik kita comel, 13 bilik lagi punah, 13
bilik lagi tercemar, 13 bilik lagi rosak, rumah itu sendiri akan rosak. Se bilik hat bilik
bersih ini pun akan turut rosak bersama-sama dengan rumah.
Begitulah bandingan kita dengan Malaysia. Masalah besar hari ini duduk di peringkat
Persekutuan. Sebab itu kita PAS kita tak boleh cukup dengan di Kelantan sahaja.
Kita mesti bawa pemikiran ”Membangun Bersama Islam” ini sehingga ke peringkat nasional,
peringkat negara dengan Dokumen Hijau dan juga WINS yang kita sebut tadi.
Ini benda penting untuk kita ingat. Dan ini semua untuk ini anak-anak muda kita untuk
generasi kita akan datang. Ambo (saya) ini umur banyak dah, tahun ini 59 tahun. Tua dah.
Janggut pun putih. Tapi sebab apa kita bersungguh? Sebab apa kita ... Ialah untuk masa depan
rakyat yang ada dalam negeri ini rakyat Malaysia.
Orang-orang muda, anak kita, cucu kita, cicit kita, keturunan kita yang sudah melihat
keruntuhan, kemusnahan dalam negara ini kerana dasar sekular yang diamalkan dalam
semua peringkat. Kita tawarkan benda baru melalui Islam yang merupakan pilihan Allah
S.W.T yang tuhan kata:
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“Aku redha kepada kamu Islam ini menjadi pilihan.”
(al-Maidah: 3)
Dasar Islam ini pilihan Allah, bukan pilihan PAS, bukan pilihan Tok Guru. Tetapi Islam ini
pilihan tuhan. Mana ada benda lebih baik daripada Islam.
Jadi hat benda hat kita bawa ini benda yang orang semua tak boleh challenge, cuma atas kita.
Lagu mana kita bawa? Lagu mana kita laksana? Ini menjadi tanggungjawab kita.
Permulaannya pilihan raya ini ikut mana pun, pastikan PAS kekal memerintah Kelantan,
dasar "Membangun Bersama Islam" terus menjadi dasar kerajaan yang ada di Kelantan ini
insyaa Allah.
(Teks transkrip dari ucapan Naib Presiden PAS dalam Ceramah sempena Himpunan Bangkit
Pertahan di Padang Perdana Kota Bharu semalam yang disediakan oleh Pelatih
Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
2,000 muslimat sokong Bangkit Pertahan
KOTABHARU: Lebih kurang 2,000 muslimat
dari seluruh Kelantan menyatakan sokongan
terhadap perhimpunan 'Bangkit Pertahan' yang
dianjur kerajaan negeri.
Program itu sarat dengan amanat dan taujihat
dimulakan dengan solat hajat berjemaah yang
dipimpin Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan
Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Hafizah Abdullah.
Hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan
amanat kepada muslimat yang hadir.
Kalam taujihat pula disampaikan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Yusoff.
Persembahan oleh Pencetus Ummah (PU) Rozi dengan alunan zikir, nasyid serta motivasi
menarik perhatian orang ramai yang hadir.
Jemputan khas dari Sudan, Dr Kawthar Bayoumi Abdullah turut berkongsi pengalaman
dalam memperjuangkan isu wanita di Sudan.
“Saya bangga dan gembira atas jemputan daripada negeri Kelantan. Empat tahun lepas pernah
datang ke Malaysia tidak tahu budaya sini.
“Saya percaya Allah pilih Malaysia berkongsi pengalaman, sekarang sedang menyiapkan
tesis PhD di UTM Skudai, katanya.
Manakala di Padang Perdana yang terletak bersebelahan, orang ramai mulai memenuhi
ruang padang. Perarakan motosikal anak muda diadakan selepas solat Asar. –
HARAKAHDAILY16/3/2018
Sumber HD - 1-3-2018
Parti laksana Islam wajib dipertahan – Ustaz
Azhar
KOTA BHARU: Pendakwah terkenal, Ustaz
Azhar Idrus berharap rakyat Kelantan
mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang
pada PRU14 tidak lama lagi.
Serunya, parti yang memerintah mengikut
kehendak Islam wajib dipertahankan di mana
Kelantan telah menjadi contoh dalam aspek
pentadbiran Islam di Malaysia.
"Perkara yang baik mesti dipertahankan termasuk kerajaan Kelantan. Insya-Allah ada
ganjarannya kerana membantu menyebarkan agama Allah," ujarnya ketika menyampaikan
kuliah Jumaat sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana hari ini.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan
Dato’ Abdul Fattah Mahmood serta para pimpinan PAS.
Ustaz Azhar juga mahu rakyat di negeri itu menolak pemimpin yang memperlekehkan
undang-undang Islam pada PRU14 ini.
“Golongan itu mesti ditolak kerana mereka lebih pandai daripada Allah Yang Maha Esa.
Adakah patut mendakwa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan?
"Kenyataan itu menggambarkan dia lebih pandai dari Allah. Golongan ini mesti ditolak,”
ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018
SPM: 17 sekolah Yik lulus 100 peratus
KOTA BHARU: Sebanyak 17 sekolah bawah
Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencatat
keputusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM
yang diumum hari ini.
Seramai 137 pelajar memperolehi 9A hingga
12A dan daripada jumlah tersebut seramai 36
pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’
Muhammad Awang berkata, peratus kelulusan penuh SPM 2017 ialah 93.80 peratus berbanding 91.81 tahun sebelumnya.
“Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak 1.99 peratus,” ujarnya ketika mengumumkan
keputusan tersebut di Pejabat Yik, di Nilam Puri hari ini.
Pelajar cemerlang Yik dalam peperiksaan tersebut yang mendapat 12A iaitu Amiruk shazwan
Mohd Zul dari Maahad Amir Indera Petra 2 dan Aqilah Hadhirah Hazizi dari Maahad
Muhammadi Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 15/3/2018
Sumber HD - 15-3-2018
Blockade: 100 penduduk Orang Asli hilang
pendapatan
GUA MUSANG: Ekoran sekatan laluan
lori balak berhampiran Pos Tohoi
menyebabkan lebih 100 pekerja ladang
di kawasan berhampiran hilang punca
pendapatan.
Mereka sekarang berdepan dengan
kesukaran membeli keperluan harian
kerana sudah lama tidak dapat keluar
bekerja.
Penghulu masyarakat Orang Asli Dun
Galas, Jumak berkata, untuk sampai ke
ladang tersebut pekerja terpaksa melalui
sekatan yang dibina sekumpulan masyarakat Orang Asli.
Katanya, penduduk Orang Asli yang bekerja di ladang tersebut tinggal di beberapa penempatan
termasuk Pasik, Simpul, Jerak dan Kuala Betis.
“Mereka hampir sebulan tidak dapat keluar bekerja kerana tidak dpat melepasi sekatan laluan
yang dibina sekumpulan penduduk Orang Asli.
“Orang ramai yang mahu melalui sekatan itu terpaksa menulis nama, nombor kad pengenalan
dan dari mana,” katanya di sini.
Mulai pertengahan bulan lepas masyarakat Orang Asli terbabit yang dipercayai didalangi
Jaringan mendirikan sekatan laluan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok.
Ketika tinjauan semalam didapati terdapat kira-kira 50 belia Orang Asli berada di sekatan
laluan lori balak. - HARAKAHDAILY 15/3/2018
( Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2332 edisi Isnin\
nanti )
Sumber HD - 15-3-2018
Isu Pasar P. Puteh: Kenapa sukar berubah?
PASAR Lama Pasir Puteh ditutup setelah
pembinaan Pasar Baru siap. Penjenamaan
semula Pasar Awam dilakukan seluruh
Kelantan dengan pembinaan bangunan
baru yang lebih luas bagi menampung peniaga
yang ramai dan pembeli semakin bertambah ekoran pertambahan penduduk.
Kedudukan Pasar Lama Pasir Puteh yang
sesak dengan ruang letak kenderaan sedikit serta keadaan kebersihan pasar yang kurang
memuaskan serta aliran longkang tersumbat menyebabkan kerajaan merancang pembinaan
Pasar Baru Pasir Puteh dan pasar lain di seluruh Kelantan.
Bagaimanapun konflik timbul apabila ada sebilangan peniaga dengan campur tangan politik
telah enggan berpindah walau sebahagian besar peniaga telah berpindah. Peniaga
Engkar memfailkan kes di mahkamah namun ditolak kerana tiada asas bagi bantahan
mereka kerana lot niaga baru telah kerajaan sediakan.
Namun peniaga mengemukakan rayuan dan menunjukkan surat dari peguam mereka yang
kes akan disebut 15 Mac 2018 dan bukan arahan mahkamah menyebabkan ia tidak
diterima sebagai alasan perpindahan oleh Pejabat Daerah Pasir Puteh yang
bertanggungjawab ke atas harta Pasar. Tindakan peniaga menghalang penjawat awam
menjalankan tanggungjawab meletakkan mereka dalam risiko hadapi pendakwaan.
Khabarnya konflik timbul kerana ada penyewa lama menyewakan kepada peniaga lain
dengan kadar sewaan yang tinggi menjadikan harga barangan dijual peniaga di Pasar
Lama mahal. Selain keadaan pasar yang sesak dan kotor dengan perniagaan luar kawalan,
tempat letak kereta yang terhad menjadikan faktor pihak Majlis Daerah merancang satu
kawasan baru yang strategik di tepi laluan Bypass Pasir Puteh - Kota Bharu - Machang.
Difahamkan 80 peratus peniaga lama telah berpindah ke Pasar Baru dan selebihnya masih
berdegil. Degil kerana peluang menyewakan gerai kepada peniaga lain kini tertutup
kerana Pasar Baru mampu menampung peniaga yang lebih ramai. Ali Baba berjaya
dihapuskan kerajaan Kelantan. - HARAKAHDAILY 14/3/2018
Sumber HD - 14-3-2018
Pasar P. Puteh sengaja dikecohkan sebagai isu
politik
PENGKALAN CHEPA: Kekecohan mengenai perpindahan para peniaga dari Pasar Pasir
Puteh ke Pasar Siti Hajar yang baharu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu sebagai isu
politik menjelang pilihan raya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata,
pihak berkenaan cuba memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menyebabkan salah
faham pihak luar terhadap perkara tersebut.
"Kerajaan buat dah market baru. Market baru ini lebih comel lagi, lebih luas lagi parking,
lebih mudah, lebih bersih. Kerajaan bertolak ansur setahun, lebih kurang setahun
dah minta supaya pindah, takse (tidak mahu) pindah.
"Bincang habis cara dah. Dia (peniaga) dakwa di mahkamah. Mahkamah tolak dah
permohonan dia. Maka kerajaan buat keputusan, dah demo (mereka) takse itu juga, kita kena
rombak (roboh) jugalah.
"Duk gege (kecoh), gege kerajaan nak rombak hak kerajaan, dia pula pergi marah. Bukan
rombak rumah dia. Bukan rombak kedai dia," ujarnya yang juga Adun Panchor ketika
berceramah sempena program Pemuda Masuk Kampung di Pengkalan Datu, di sini
kelmarin.
Menurutnya, Pasar Pasir Puteh itu adalah hak kerajaan dan disewakan kedainya kepada
para peniaga, di mana bangunan baharu Pasar Siti Hajar yang lebih strategik telah disiapkan
sebelum peniaga diminta berpindah.
Namun, peniaga yang enggan berpindah menuduh kerajaan mahu merobohkan kedai
mereka dan membuat kecoh walaupun tolak ansur, rundingan, nasihat dan notis telah
dilaksanakan lebih kurang setahun.
Tambahnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, mereka yang salah maklumat
dalam memahami perkara itu juga telah menuduh Kerajaan PAS Kelantan kini tidak
seperti semasa pemerintahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tok Guru waktu mula jadi Menteri Besar, orang pergi teroka tanah secara haram
dia suruh igat (tangkap). Ambo (saya) ingat lagi mula menjadi Menteri Besar kes di Rantau
Panjang.
"Orang kampung pergi teroka tanah kerajaan dengan secara haram, tak ada kebenaran
kerajaan. Suruh tubik (keluar), takse tubik. Tok Guru arah pergi igat, tiga orang masa itu
kena igat, bubuh dalam lokap.
"Tolong oyak (bagitahu), sebab langgar undang-undang. Langgar undang-undang. Dah nasihat
takse tubik, tegur takse, tak dengar. Igat lah nak kata guane (macamana)?" ujar Naib Presiden
PAS itu.
Pada majlis yang turut dihadiri Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah
itu juga, enam ahli Umno Cawangan Padang Kiat telah menyerahkan borang menyertai
PAS. - HARAKAHDAILY 14/3/2018
Sumber HD- 14-3-2018
BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar
KOTA BHARU: Veteran Umno, Tengku
Razaleigh Hamzah dianggap mulai sedar
pengundi luar yang pulang membuang undi
di Kelantan punca BN kalah pada Pilihan Raya
Umum (PRU) lepas.
Manakala, PAN pula risau PAS terus kekal
mentadbir Kelantan selepas PRU Ke-14 tidak
lama lagi.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, BN
dan PH berharap anak Kelantan tidak lagi mengundi PAS pada PRU14.
“Menyedari pengaruh pengundi luar menyebabkan Umno berkempen di luar supaya pengundi
anak Kelantan tidak balik mengundi.
“Begitu juga PH khasnya PAN, mereka juga berkempen supaya anak Kelantan tidak pulang
mengundi pada PRU 14.
“Sedangkan PAS menjelajah ke seluruh negara berkempen supaya anak rantau pulang
mengundi," katanya pada sidang media di sini semalam.
Sebelum itu beliau meninjau persiapan program Bangkit Pertahan di Dewan Jubli Perak
MPKB BRI yang akan berlangsung Jumaat ini. - HARAKAHDAILY 13/3/2018
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sudah berlembut dan memberi tempoh selama setahun
untuk para peniaga pasar Pasir Puteh untuk berpindah ke tapak baharu iaitu di Pasar Siti Hajar.
Namun, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sehingga
tarikh ini, sebahagian peniaga masih enggan berpindah dengan pelbagai alasan selain memfailkan
perintah injuksi di Mahkamah Kota Bharu.
Katanya, walaupun permohonan mereka sudah ditolak di mahkamah, peniaga berkenaan masih lagi
degil dan enggan berpindah ke tempat baharu hingga memaksa kerajaan negeri tiada pilihan selain
merobohkan pasar lama itu.
“Kerajaan dah buat pasar baharu lebih bersih dan sudah setahun bincang suruh pindah, peniaga bawa
kes ke mahkamah, mahkamah tolak dah, lagi pun pasar lama tu kerajaan bina lepas tu pasar baru pun
kerajaan juga bina, bukan milik peniaga itu, apa masalahnya dia tak mahu pindah” katanya ketika
menyampaikan ceramah di Kampung Sering malam tadi.
Situasi di kawasan pasar Pasir Puteh tenang hingga memaksa pasukan polis untuk meredakan
keadaan. - Foto Astro AWANI/ Vivi Sumanti
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa sebahagian dari peniaga sudah berpindah
tinggal sebahagian lagi peniaga yang dipercayai penyokong UMNO yang bertindak menentang
tindakan kerajaan negeri.
“Mereka kata kerajaan kita zalim, mereka jadikan sebagai isu politik dekat pilihan raya sedangkan
semasa era Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengarahkan untuk
menangkap tiga orang yang menceroboh tanah kerajaan secara haram,” katanya.
Mohd Amar berkata demikian sebagai memberi reaksi insiden kekcohan dan ketegangan yang
berlaku semalam melibatkan lebih 300 peniaga yang menghalang operasi merobohkan pasar lama
oleh anggota penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh, MDPP.
Operasi merobohkan pasar berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tegang tersebut yang
memaksa sepasukan polis campur tangan untuk meredakan keadaan.
Situasi tenang di pasar Pasir Puteh memaksa pasukan polis untuk meredakan keadaan. - Foto Astro
AWANI/Vivi Sumanti
Sumber TKO - 12-3-2018
Roboh Pasar Pasir Puteh tidak patuhi
undang-undang?
SEMALAM gempita seluruh alam, puak
pembenci kerajaan negeri berteriak lagak
pahlawan, kononnya membela para peniaga
yang masih tersisa di Pasar Lama Pasir Puteh,
yang enggan berpindah ke Pasar Baharu Siti
Hajar.
Ramai yang menuduh kononnya kerajaan negeri
seperti Zionis, seakan-akan Yahudi dan segala
bagai watak antagonis atas kerana kekecohan di tanah Tok Janggut semalam. Husam pula
bersiaran dari nun jauh di bumi London, memperlihatkan keprihatinan beliau akan isu ini.
Dan beliau menasihatkan juga agar kerajaan negeri menangguhkan tindakan tersebut sehingga
selepas PRU nanti.
Adakah Husam fikir kerajaan Negeri Kelantan ini bersikap hipokrit? Menangguhkan
tindakan hanya kerana mahu menempuh PRU? Ini bukan cara PAS. Sekiranya kebenaran
itu pahit, namun memberi kebaikan kepada rakyat, maka PAS akan terus tempuh dan tangani.
Lantas, mari kita lihat sebentar, adakah kebisingan semalam berlaku kerana pihak Majlis
Daerah tidak mengikut aturan undang-undang? Adakah pihak berkuasa tempatan melanggar
arahan mahkamah? Atau apa isu sebenarnya? Ayuh ikuti baris demi baris kronologi kes ini.
Kronologi kes mahkamah Pasar Lama Pasir Puteh
Kes permohonan injunksi oleh peniaga
1 Februari 2017 : Notis dikeluarkan oleh MDPP mengenai penutupan dan perpindahan
premis Pasar Besar Pasir Puteh ke Pasar Siti Hajar berkuatkuasa 1 Mac 2017. Pemotongan
bekalan elektrik dan air akan dilakukan pada 2 Mac 2017.
28 Februari 2017 : Notis permohonan secara ex parte oleh peniaga memohon perintah
injunksi seperti berikut:-
a) MDPP dilarang menghalang operasi perniagaan di premis Pasar Besar Pasir Puteh dari
beroperasi seperti biasa bermula 1 Mac 2017 sehingga selesai keputusan kes ini.
b) MDPP dilarang memotong bekalan elektrik dan air di Pasar Besar Pasir Puteh.
c) MDPP dilarang mencagar, memajak, memberi sewa atau melupuskan Pasar Besar Pasir
Puteh kepada mana-mana pihak.
d) MDPP dilarang meluluskan sebarang kontrak pembinaan semula apa-apa bangunan
komersial di tapak Pasar Besar Pasir Puteh.
Mahkamah perintahkan permohonan didengar secara inter parte. Mahkamah tetapkan
tarikh 1 Mac 2017 supaya MDPP memasukkan kehadiran.
MDPP melantik Tetuan Aini Hayati sebagai panel peguam MDPP.
1 Mac 2017 : Mahkamah tetapkan permohonan didengar secara inter parte dan kedua-dua
pihak dibenarkan untuk memfailkan affidavit masing-masing. 7 Mac 2017 : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.01/2017. Perbincangan
mengenai affidavit jawapan MDPP. 26 Mac 2017 : Bicara Tangguh - peniaga minta pengesahan Juru ukur bagi keluasan pasar
lama. 16 April 2017 : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak berbincang dengan cadangan
masing-masing. 27 April 2017 : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak kemukakan gambar
perbandingan pasar lama dan pasar baru. 29 Mei 2017 : Keputusan - Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi\
dengan kos. Arahan pindah berkuatkuasa selepas 19 Julai 2017 selepas perbicaraan kes Writ
Saman Tuntutan Ganti Rugi.
9 Ogos 2017 : Kes telah difailkan peniaga ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan Kes kali-1. 6 September 2017 : Pengurusan kes kali 2. Peniaga bersetuju menarik balik rayuan injunksi
mereka terhadap MDPP dengan kos sebanyak RM2,500.
25 September 2017 : Notis penarikan balik rayuan.
Kes injunksi selesai
Ini membawa maksud, injunksi yang dibawa oleh peniaga untuk menghalang empat perkara
seperti dalam catatan di atas telah gagal. Malahan peniaga sendiri menarik balik rayuan
mereka di Mahkamah Rayuan. Berikut adalah Saman kedua oleh peniaga kepada MDPP
yang juga berlangsung sejak tahun lepas.
Kes saman tuntutan ganti rugi oleh peniaga
27 Februari 2017 : Notis Permohonan tuntutan Persatuan Peniaga terhadap MDPP:-
a) Gantirugi Am
b) Gantirugi Khas
c) Gantirugi Teladan
d) Gantirugi Teruk
e) Faedah 8 peratus ke atas semua jumlah gantirugi dari tarikh penghakiman sehingga
selesai
f) Kos anakguam dan peguamcara
g) Apa-apa relief dan perintah yang suai manfaat Mahkamah ditafsirkan sesuai dan adil.
29 Mac 2017 : Pengurusan kes 1.
12 April 2017 : Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.
11 Mei 2017 : Pengurusan kes bagi Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.
29 Mei 2017: Notis Permohonan Persatuan Peniaga untuk meminda pernyataan tuntutan iaitu
MDPP dikehendaki menyediakan pasar baru.
6 Jun 2017 : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.2/2017. Perbincangan
mengenai jawapan defendan .
3 Julai 2017 : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan MDPP untuk membatalkan
tuntutan peniaga.
13 Julai 2017 : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan peniaga untuk meminda
tuntutan mereka.
19 Julai 2017 : Bicara bagi notis permohonan MDPP batal tuntutan peniaga.
Pengurusan kes bagi permohonan peniaga pinda tuntutan mereka. Kes ditangguh
berikutan pertukaran peguam peniaga.
21 Ogos 2017 : Bicara bagi Notis Permohonan MDPP bagi membatalkan tuntutan peniaga.
Pengurusan kes bagi permohonan peniaga meminda Pernyataan Tuntutan mereka. 27 Ogos 2017: Keputusan - Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan MDPP
membatalkan tuntutan peniaga dengan kos RM2000.
Kes tuntutan peniaga terhadap MDPP secara automatik adalah terbatal tanpa perlu perbicaraan.
15 September 2017 : MDPP telah membuat hebahan melalui banner.
"Pemberitahuan pengosongan, penutupan, dan perpindahan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh
Sentral akan mula beroperasi pada 15hb Oktober 2017 dan Pasar Lama akan ditutup
sepenuhnya pada 22hb Oktober 2017. Para peniaga diminta berurusan dengan Majlis Daerah
Pasir Puteh."
Nah, melihat kepada kronologi kes di atas, maka jelas bahawa kes ini bukanlah berlaku
secara tiba-tiba. Bukanlah MDPP bertindak secara wewenang dan menonong. Apatah lagi
bertindak di luar kerangka undang-undang negara. Malahan rentetan kes ini memperlihatkan
bahawa notis demi notis telah diberi kepada peniaga.
Pihak berkuasa tempatan telah bertahun lamanya berbincang dan memberi masa kepada
saki baki peniaga yang enggan berpindah ini. Dan apa pula kaitan dengan kes mahkamah
yang kononnya akan ada injunksi baharu oleh peniaga untuk menghalang MDPP merobohkan
pasar lama ini? Kes itu hanya akan dimulakan pada hari khamis ini. Ia belum ada
keputusan. Belum ada apa-apa injunksi. Justeru atas dasar apa menuduh MDPP
bertindak bertentangan dengan keputusan mahkamah?
Persepsi demi persepsi dibina untuk mencalarkan imej kerajaan negeri menjelang
PRU ini. Nasib peniaga diperjudikan oleh politikus yang bersifat desperado. Ia harus
menjadi lebih mudah. Pindah sahaja ke Pasar Baharu Siti Hajar. Pakat meniaga, pakat cari
samah seriyal. Lebih bagus daripada menjadi buah catur pihak tertentu.
Moga pihak peniaga mendapat yang terbaik dalam 'perjuangan' mereka. Bincang dan
cari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. Kita pakat bina ekonomi Pasir
Puteh.
Insya Allah.
Catatan di Bachok
NAZMAN CHE IBRAHIM - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018
Peguam sangkal propaganda Kelantan mundur
KUALA KRAI: Disebalik agenda pembangunan yang sering dilaungkan BN, negeri Kelantan pula dimomokkan mundur, namun realiti dan statistik pencapaian menunjukkan sebaliknya.
Penyelia PAS Dun Guchil, Mohd Hilmi Abdullah berkata, sekiranya diukur dengan jumlah kuasa beli rakyat dan kehadiran kunjungan pelancong ke Kelantan, ia nyata mengatasi negeri lain.
"Jumlah kuasa jual beli yang berlaku (di Kelantan) pada tahun lepas RM300 juta dengan kehadiran tiga juta pengunjung. Di Perlis RM300 ribu sahaja, Terengganu RM3 juta sahaja.
"Maknanya walaupun kata kita (Kelantan) susah, insyaAllah rakyat pitih (wang) ada. Tiap-tiap hari kita (rakyat Kelantan) bayar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)," sindirnya ketika berceramah di Kampung Tualang, Guchil, di sini kelmarin.
Sedangkan katanya, BR1M yang diberi Kerajaan Persekutuan cuma sekali dapat, tetapi rakyat Kelantan membayar setiap hari ke kantung Pusat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Negeri Kelantan menyangkal propaganda kemunduran Kelantan dimainkan BN.
Antara bukti lain dikemukakannya ialah jumlah 212 firma guaman yang terdapat di negeri itu yang memiliki tidak kurang dua peguam dalam satu firma, bahkan terdapat hingga 20 peguam.
Jelasnya, jika Kelantan tidak membangun, sudah tentu para peguam juga 'lari' ke Kuala Lumpur kerana akan sukar menjalankan perkhidmatan mereka di negeri itu.
Bahkan sebaliknya ujar beliau, ramai peguam dari Kuala Lumpur turut membuka firma mereka di Kelantan. - HARAKAHDAILY 11/3/2018
Sumber HD - 11-3-2018
STPM: Kerajaan negeri rakam tahniah
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada tiga sekolah di negeri ini yang dianugerah sebagai sekolah terbaik peringkat nasional.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tiga sekolah tersebut merupakan 10 daripada sekolah terbaik seluruh negara.
Katanya, sekolah berkenaan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, SM Kangkong dan dan SM Sultan Ibrahim (2).
“Ia adalah pencapaian yang amat memberangsangkan dan menjadi kebanggaan rakyat Kelantan. Lebih menarik lagi ketiga-tiga sekolah tersebut dari jajahan Pasir Mas,” katanya di sini.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Dato’ Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak kelmarin berkata, antara 10 sekolah terbaik STPM2017, lima sekolah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurutnya sekolah-sekolah di Pantai Timur mengungguli senarai sekolah terbaik bagi keputusan tersebut.-HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018
5 saman menanti Adun PAN Salor
KOTA BHARU: Sekurang-kurangnya lima saman sedang menunggu Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa berikutan pelbagai dakwaan fitnah terhadap kerajaan negeri dan PAS.
Oleh itu Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Adun PAN terbabit ‘jangan lari’ daripada menerima notis saman nanti.
“Sebelum ini ada notis daripada peguam yang mahu disampaikan kepadanya tidak mahu diterima,” katanya pada ceramah jelajah Bangkit Pertahan di Kampung Badang malam tadi.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Nassurudin Daud, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin, Adun Chempaka, Ustaz Fathan Mahmood, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar dan Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Md Azmi Nor.
Tahun lepas wakil pejabat peguam gagal menyerah notis mengosongkan Wisma Tok Guru di Pendek Salor, yang dibeli PAS daripada pemiliknya.
Wisma tersebut pada awalnya sebagai Pusat Khidmat PAS Dun Salor, bagaimanapun bertukar menjadi pusat khidmat PAN selepas Husam menyertai parti tersebut.
Berikutan kegagalan itu notis pengosongan beberapa kali dihantar namun gagal, menyebabkan notis ditampal di pagar pada 12 Oktober lepas.
Terbaru Adun PAN terbabit dilapor mendakwa sebuah syarikat belum wujud dianugerah tender bagi mereka bentuk projek bekalan air di Kelantan.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad. -HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018
Kelantan sumbang RM49,600 pelajar ke Timur Tengah
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan sejumlah RM49,600 untuk diberikan kepada 248 orang pelayar Yik yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.
Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebagai cenderahati kerajaan negeri di atas kejayaan mereka.
Majlis yang turut dihadiri ibu bapa kepada pelajar berkenaan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini semalam.
Berucap pada majlis itu, Ahmad mengingatkan pelajar supaya mencari ilmu sebanyak mungkin khususnya berkaitan Bahasa Arab.
Menurutnya, rujukan perlu diperbanyakkan tidak hanya tertumpu pada kelas semata-mata.
Katanya, Bahasa Arab amat penting untuk berkomunikasi selain Bahasa Inggeris. -HARAKAHDAILY 8/3/2018
Sumber HD - 8-3-2018
Non-muslim turut pertahan Kelantan
KOTA BHARU: Masyarakat Cina, Siam, India dan Orang Asli di Kelantan turut mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.
Mereka akan menzahirkan komitmen tersebut pada Himpun Bangkit Pertahan anjuran kerajaan negeri pada 16 Mac ini di Padang Perdana.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, masyarakat terbabit akan hadir pada program berkenaan bagi sama-sama mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Katanya, penduduk Orang Asli dari Gua Musang akan menyewa bas untuk datang pada program tersebut dengan kerjasama PAS kawasan tersebut.
“Begitu juga masyarakat Cina, Siam dan India akan turut mempamerkan kesungguhan mereka mempertahan kerajaan negeri,” katanya di sini.
Himpunan Bangkit Pertahan bermula jam 9 pagi dengan kuliah selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus.
Sebelum ini orang ramai yang hadir akan mengikuti kemerduan bacaan al Quran oleh johan tilawah al Quran antarabangsa, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Johan Tilawah Peringkat Negeri 2017, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
Pada sebelah petang pula akan diadakan program belia di Padang Perdana dan muslimat di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).
Pada 6.30 petang akan diadakan jamuan rakyat. Kuliah Maghrib akan disampaikan mantan Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Dr Muhammad Baderuddin Ahmad.
Solat hajat pula akan diimamkan Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.
Acara kemuncak dimulakan persembahan lagu tema Bangkit Pertahan oleh Shoutul Amal dan wakil kaum dan NGO pula akan berucap mewakili kelompok masing-masing.
Ucapan pimpinan pula membariskan bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, wakil masyarakat Cina dari Pulau Pinang.
Selain itu Timbalan Menteri, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. -HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018
Dakwaan Husam Musa tersasar
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan tuduhan Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa yang mendakwa sebuah syarikat yang belum wujud diberi tender projek menaik taraf Loji Air Merbau Chondong.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat tawaran tender terbuka projek Merbau Chondong pada 12 November 2014.
Katanya, sebanyak lima syarikat mengemukakan tawaran tender berkenaan.
"Setelah melalui peringkat penilaian tender oleh perunding bertauliah, kesemua tawaran tender diangkat untuk kelulusan dan pelantikan kontraktor bagi projek tersebut," katanya pada sidang media di Wisma Air hari ini.
Semalam Husam yang juga Naib Presiden PAN mendakwa sebuah syarikat usaha sama dianugerah surat setuju sedangkan ia ditubuh dua bulan kemudian.
Hanifa juga berkata, keputusan dibuat untuk meluluskan syarikat Cdah Construction Sdn Bhd JV Jangka Prestasi Sdn Bhd selepas melepasi tiga tahap utama. -HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD - 6-3-2018
AKSB tingkat bekalan air bersih
KOTA BHARU: Pelbagai usaha dilaksanakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mempertingkatkan bekalan air bersih kepada pengguna di negeri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, antara usaha dilakukan termasuk menaiktaraf Loji Merbau Chondong Fasa ll.
Katanya, pengambilan tanah dilaksana bagi membolehkan loji tersebut dinaik taraf.
"Kita akan mempertingkatkan lagi bekalan air mengikut keperluan di beberapa jajahan.
“Biar pun pelbagai usaha dilakukan namun masih ada pihak yang mendakwa Kelantan gagal mengurus bekalan air," katanya pada majlis penyampaian cek kepada penduduk yang terbabit dengan pengambilan tanah di Merbau Chondong di Wisma AKSB, di sini hari ini.-HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018
Mangsa bom ikan terima bantuan Kerajaan Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut melahirkan simpati ke atas nasib yang menimpa Mohd Fadil Abdullah, 27, mangsa bom ikan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi dan rombongan mengunjungi Mohd Fadil semalam.
Selepas sehari Mohd Fadil menerima rawatan di Hospital Jeli, akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll, di sini petang kelmarin.
Mumtaz, melahirkan rasa sedih berikutan kejadian itu dan meminta keluarga malang itu bersabar menghadapi ujian tersebut.
Pada kunjungannya di hospital tersebut, Mumtaz menyampaikan sumbangan pada kedua ibubapa Mohd Fadil.
Kejadian berlaku ketika Mohd Fadil dan kawan-kawannya menangkap ikan di Kampung Chegar Bedil, Jeli sekitar jam 2.30 petang kelmarin dahulu.
Bom yang dipasang mereka tidak meletup menyebabkan Mohd Fadil cuba untuk melihat dengan lebih dekat, namun tiba-tiba meletup dan mengenainya.
Ekoran kejadian itu, beliau mengalami cedera parah putus pergelangan tangan kanan, manakala tangan kiri, muka dan kedua kakinya menerima jahitan.-HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018
NGO pertahan kepimpinan ulama
KOTA BHARU: Kerajaan negeri yang ada sekarang perlu dipertahankan berdasar kecemerlangan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama sekarang.
Presiden NGO Royalti Kelantan, Nazri Deraman berkata, markah tertinggi 99 peratus diberi Audit Negara bagi prestasi pengurusan kewangan 2016 membuktikan kejayaan itu.
Katanya, NGO Royalti Kelantan turut menyokong usaha mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 tidak lama lagi.
“Kami menyeru rakyat di negeri ini menghadiri program kemuncak Himpunan Bangkit Pertahan pada 16 Mac ini di Padang Perdana sebagai menyatakan sokongan padu,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya juga rekod hampir 30 tahun kerajaan negeri bebas rasuah dan penyelewengan membuktikan kemampuan kerajaan negeri yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Sumber HD - 2-3-2018
Wajib pertahan Kelantan - Iskandar
KOTABHARU: Kerajaan PAS Kelantan mesti dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, tegas Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad.
Kata beliau, ini kerana negeri yang digelar Serambi Makkah ini adalah contoh kepada negeri lain.
Beliau berkata jika Kelantan jatuh, negeri mana lagi bakal menjadi ‘guru’ untuk diikuti oleh negeri-negeri lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Ke-51 di Gelanggang Seni, di sini hari ini.
Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan.
Iskandar seterusnya berkata, sejak 28 tahun lalu Kelantan menjadi rujukan semua pihak khususnya dalam pentadbiran.
“Termasuk kerajaan Pusat sendiri seperti cuti dua hari seminggu, cuti bersalin, rumah tiga bilik dan berbagai lagi,”ujarnya.
Tambahnya, Kelantan bukan sahaja destinasi untuk dilawati, sebaliknya menjadi tempat ‘mengadu’ rakyat seluruh negara. - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD- 3-3-2018
Orang Asal: Kelantan sedia runding dengan Pusat
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu berbangkit membabitkan Orang Asal di negeri itu.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata.
Malah menurutnya, ia juga melibatkan beberapa isu lain termasuk berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA).
“Mengikut maklumat yang diperolehi ia bukan soal pembalakan sahaja. Mereka juga tidak puas hati berkenaan pengurusan JAKOA khususnya isu kebajikan.
"Isu ini berkait, jadi kalau Kerajaan Pusat hendak jumpa dengan kerajaan negeri kita alu-alukan," ujarnya selepas mesyuarat mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.
Baru-baru ini sekumpulan Orang Asal di Gua Musang mendirikan sekatan sebagai protes terhadap aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan terbabit.
Tiga sekatan dibina di Cawas, Pos Bihai, Pos Tohoi dan Kuala Wook.
Mohd Amar memaklumkan tidak semua Orang Asal bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (Jaringan) melakukan sekatan tersebut.
“Kerajaan negeri tidak boleh mengadakan rundingan dengan Jaringan memandangkan mereka pertubuhan tidak berdaftar,” jelasnya. -HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD - 28-2-2018
Kelantan simpan 10 kg jongkong emas setahun
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperkenalkan kaedah pungutan baharu royalti emas dengan menetapkan 2 peratus daripada 10 peratus bayaran royalti dibuat dalam bentuk jongkong emas.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kaedah itu dilaksana bermula tahun lepas.
Katanya, kerajaan negeri menjangka sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas boleh disimpan setiap tahun.
“Ia akan menjadi sebanyak 50 kilogram rizab simpanan emas untuk tempoh lima tahun,” katanya pada majlis penyerahan royalti jongkong emas kepada kerajaan negeri di sebuah hotel hari ini.
Program itu disempurnakan Pemangku Raja Kelantan dan turut hadir Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Nazran Muhamad, Mufti Kelantan, Dato’ Muhd Shukri Muhammad dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
Perlombongan emas berskala besar dilaksanakan PKINK dengan usahasama CNMC Mining Sdn Bhd sejak 2014 di Sokor Tanah Merah. -HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD - 28-2-2018
50,000 dijangka berhimpun pertahan Kelantan
KOTA BHARU: Mobilisasi ke arah Himpunan Bangkit Pertahan pada 16 Mac ini, pihak penganjur mengedar pelekat Bangkit Pertahan kepada orang ramai di Pasar Besar Siti Khatijah semalam.
Pengedaran pelekat itu diketuai anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.\
Hadir sama Pengarah Sekretariat Bangkit Pertahan, Dr Izani Hussin, Setiausahanya, Nazman Che Ibrahim dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Md Ashari Mamat.
Sebanyak 5,000 pelekat Bangkit Pertahan disediakan kepada orang ramai sebagai simbolik untuk menyatakan sokongan bagi mempertahan Kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
Che Abdullah berkata, dianggar kira-kira 50,000 rakyat Kelantan bakal membanjiri Padang Perdana bagi mengikuti program tersebut 16 Mac ini.
Program itu akan bermula dengan kuliah pagi Jumaat disampaikan selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus dan himpunan Pemuda dan Muslimat pula diadakan pada sebelah petang.
Acara kemuncak ceramah Bangkit Pertahan oleh pemimpin utama Gagasan Sejahtera.-HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber hD - 28-2-2018
Masyarakat bukan Islam tetap diutama
KOTABHARU: Masyarakat bukan Islam di Kelantan tidak pernah disisih, malah mereka sering diberi perhatian kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, adalah menjadi tuntutan Islam bagi menjaga keharmonian kaum di negeri tersebut.
Menurutnya, kaum bukan Islam perlu dijaga sebaiknya dan setiap tindak tanduk yang dilakukan diharap tidak menimbulkan rasa kurang selesa sehingga menjejaskan kesejahteraan masyarakat.
"Alhamdulillah di Kelantan kita telah terapkan usaha sedemikian sejak awal pentadbiran kerajaan negeri pada 1990.
"Program kesejahteraan rakyat diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan anutan agama," ujarnya pada jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Cheng Ho malam tadi.
Turut berangkat menghadiri program itu Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Dato’ Zamri Ismail dan Presiden Gabungan Tiong Hwa Kelantan, Oie Poh Chun.
Lebih 6,000 orang masyarakat Cina dan penduduk tempatan memeriahkan program tersebut di mana ia dianjurkan MPKB-BRI dan Gabungan Teong Hwa Kelantan. -HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD- 28-2-2018
BR1M umpama ubat panadol
KOTA BHARU: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menjadi kebanggaan Kerajaan Persekutuan sebenarnya belum dapat meringankan bebanan ekonomi rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, peruntukan BR1M hanya dapat mengurangkan sementara bebanan ekonomi yang dihadapi rakyat.
Menurutnya, ia seumpama ubat panadol yang hanya mampu bertahan dan bukannya menyembuhkan penyakit.
"Mungkin usaha itu satu perkara yang baik bagi kerajaan, tetapi ia belum dapat menyelesaikan masalah rakyat berikutan kegawatan ekonomi sekarang," katanya di sini.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilapor berkata, BR1M dapat merangsangkan ekonomi negara dengan kuasa beli oleh rakyat.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, punca masalah ekonomi yang ditanggung rakyat sekarang berikutan GST yang dipaksa ke atas semua rakyat.
Katanya, kadar GST sebanyak 6 peratus merupakan jumlah yang begitu tinggi.
"Sekiranya GST masih lagi diperlukan lagi kerajaan sewajarnya kadar itu diturunkan lebih rendah atau 4 peratus," ujarnya.
Beliau juga menegaskan, PAS akan menghapuskan GST sekiranya dapat mentadbir negara.
Katanya, penghapusan GST adalah sebahagian daripada manifesto parti itu bagi menghadapi PRU 14 tidak lama lagi.
"Langkah tersebut dibuat berikutan rakyat di negara ini di semua peringkat dibebani masalah ekonomi yang semakin teruk angkara GST," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD -28-2-2018
Mohon maaf terbuka sebaiknya untuk Neelofa
KOTA BHARU: Artis terkenal, Neelofa diminta memohon maaf secara terbuka kepada netizen di samping memohon keampunan Allah berikutan kaedah pelancaran tudung barunya yang menjadi kontroversi.
Neelofa atau nama sebenar Nor Neelofa Mohd Noor, perlu berbuat demikian kerana ianya menjadi satu penghinaan terhadap Islam itu sendiri.
Timbalan Pengerusi Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi juga turut melahirkan dukacita apabila artis itu memilih pusat hiburan Zoùk sebagai medan melancarkan tudung terbarunya.
“Pada masa yang sama mengadakan pertunjukan melampau menampilkan mereka yang bertudung, tetapi cukup galak menyanyi dan menari.
“Ianya langsung tidak menggambarkan identiti seorang yang bertudung sebenar,” ujarnya.
Menurutnya, Islam telah mengajar bagaimana kaum Muslimat menutup aurat cara yang betul.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri itu lagi, amat wajar setelah ditegur netizen, beliau memohon maaf.
Namun, katanya dengan angkuh Neelofa mengatakan beliau tidak hirau dengan teguran.
Malam tadi artis itu melancarkan koleksi tudung terbarunya Be Lofa di sebuah pusat hiburan terkenal di Ibu Kota. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD - 27-2-2018
Bangunan baru MTM Panchor perlu sumbangan
PENGKALAN CHEPA: Hampir RM500,000 masih diperlukan bagi menampung hutang kos pembinaan bangunan baru Madrasah Tarbiah Mardhiah (MTM) Panchor yang masih tertunggak.
Pembinaan yang melibatkan bangunan baru, kantin dan asrama lelaki itu bernilai keseluruhan RM1.5juta.
“Saya menyeru kepada mana-mana pihak yang sudi menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian serta menghubungi pihak sekolah,”ujar Adun Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Sementara itu, Bendahari PIBG sekolah berkenaan, Tuan Soh Raja Salleh berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia.
Katanya, sumbangan melalui cek boleh dibuat melalui atas nama Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah SMU (A) Tarbiah Mardhiah nombor akaun 03018010052085. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018
Worshop SEO bantu usahawan luaskan perniagaan
KOTA BHARU: Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan menerusi Gerakan Usahawan Kelantan (GU Kelate) telah menganjurkan Workshop SEO Google.
Seminar sehari penuh tersebut dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dilangsungkan di Makmal Komputer, PKINK, di sini kelmarin.
Bengkel di bawah kelolaan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) itu bertujuan memberi pendedahan teknik berkesan meletakkan laman web di senarai teratas capaian carian Google dikenali sebagai 'Search Engine Optimization' (SEO).
Menurut Timbalan Pengerusi portfolio itu, Zulkifli Mamat, bengkel tersebut mensasarkan penyertaan dalam kalangan usahawan dan pengendali web khususnya anak Kelantan.
"Bengkel ini bagi memberi input penting ke arah memudahkan pelanggan mendapat maklumat perniagaan dari web.
"Semua tunjuk ajar pada pada bengkel tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Monaliza, Wan Yusof Wan Jeffery yang berpengalaman 8 tahun dalam pemasaran digital dan juga konsultan SEO," maklumnya.
Sementara itu menurut Presiden DUKE, Ustaz Mohd Zaki Zakaria, pihaknya komited membimbing para usahawan Kelantan melalui seminar dan bengkel seumpama bagi membantu mereka berdaya saing dan maju.-HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018
Bakal wujud kolej wanita pertama di M'sia
PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama yang akan memperkenalkan kolej pendidikan wanita di negara ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun ianya masih di peringkat perbincangan di mana kini dalam langkah mempersiapkan kertas kerja untuk tindakan seterusnya.
Menurutnya, idea untuk menubuhkan kolej itu sudah lama dan beberapa kali perbincangan melibatkan beberapa pihak diadakan.
Jelas Amar lagi, beberapa perbincangan sudah dilakukan pihak kerajaan negeri bersama Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibubapa Guru Madrasah Tarbiah Mardhiah (MTM) Panchor kelmarin.
Amar mewakili Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi merasmikan pembukaan bangunan sekolah itu.
“Pada dasarnya kita telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Bagaimanapun ianya masih dalam perancangan, banyak lagi perkara yang perlu diketahui untuk melaksanakannya,”ujarnya.
Sambungnya, perkara paling utama adalah berkaitan kos penubuhan disamping kos yang ditawarkan.
Beliau memberitahu, ada pandangan yang mahu Maahad Muhammadi Perempuan sekarang dijadikan kolej wanita.
Beliau turut memberitahu, langkah itu dibuat sebagai mengambil idea beberapa buah negara luar yang telah mengadakan kolej khas untuk wanita sejak sekian lama.
“Kita dapat tahu juga di Korea ada 19 kolej melibatkan wanita dan kami juga tertarik dengan idea Princess Noura Universiti, Riyadh.
“Insya-Allah banyak manfaat akan kita ambil daripada pelaksanaan yang telah mereka lakukan,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, hasrat itu juga akan membantu kaum wanita memilih kos dan pembelajaran yang bersesuaian dengan minat serta kelayakan mereka.
Malah Kelantan juga katanya, mempunyai ramai wanita yang boleh ditonjolkan lagi kehebatan mereka dari segi pendidikan, kerjaya dan sebagainya.
Setakat ini pihaknya belum dapat membuat keputusan pelajar peringkat mana yang sesuai diambil untuk mengikuti kolej tersebut.
Tambahnya, sama ada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018
Pelajar Yik berpeluang belajar di Madinah
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bakal menghantar pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Universiti Islam Madinah (UIM) bermula tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bakal calon akan diambil dari pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017.
Menurutnya, 25 orang pelajar yang akan dipilih dikalangan mereka untuk meneruskan pengajian di sana tahun ini.
Katanya, perjumpaan dengan pelajar yang berkelayakan telah dibuat.
“Mereka dikehendaki membuat permohonan melalui online. Kemudian pihak UIM sendiri akan turun untuk menemuduga calon-calon berkenaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian Pelancaran Pendidikan Rabbani semalam.
Majlis berkenaan dirasmikan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob, mewakili Menteri Besar Kelantan. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018
Kenyataan Ku Li bersifat dendam politik
KOTA BHARU: Kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah yang mendakwa Kelantan mundur memperlihatkan dendam pemimpin terbabit terhadap PAS.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan bekas Presiden Semangat 46 itu hanya bersifat politik.
Menurutnya, kenyataan terbabit sebagai mengarut serta lebih kepada dendam politik sehingga mahu menafikan fakta sebenar.
“Berdasar maklumat Jabatan Perangkaan penduduk Kelantan sekarang seramai 1.7 juta orang, namun pemimpin Umno terbabit pula menyebut seramai 1.2 juta,” ujarnya pada program penyampaian dermasiswa anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) di Gelanggang Seni hari ini.
Hadir sama Pengerusi Purnama, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan wakil-wakil rakyat.
Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh baru-baru ini mendakwa hampir separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan berhijrah. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018
Hijau tema rasmi Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan
KOTABHARU: Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang membawa mesej bahawa rakyat negeri itu akan mempertahan kepimpinan ulama bakal disemarakkan dengan warna hijau sebagai temanya.
Tema itu bukan sahaja mewakili warna sunnah, malah membawa maksud kemenangan yang akan mewujudkan gelombang hijau menyerlahkan himpunan bakal berlangsung di Padang Perdana, di sini Jumaat, 16 Mac depan.
Sehubungan itu, Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) menyeragamkan penampilan peserta ke himpunan itu dengan mengeluarkan t-shirt rasmi khas yang telah mula dijual dengan harga RM30 sehelai berlengan panjang.
T-shirt dengan kualiti kain jenis jersi fiber mikro itu telah dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Kuliah Dhuha di Medan Ilmu, di sini kelmarin.
Orang ramai diseru melakar sejarah dengan menyertai suasana hijau kemeriahan himpunan itu nanti dan mendapatkan t-shirt stok terhad tersebut dengan menghubungi Ustaz Zaki di talian 019-986 3003. - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018
Ku Li perlu ditunjuk ajar mengira dengan betul
SAYA membaca kenyataan YBM Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa hampir separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan berhijrah untuk mencari pekerjaan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu. Ia disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada 23 Februari 2018.
Suka untuk saya perbetulkan fakta Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu bahawa jumlah terkini rakyat Kelantan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2015 ialah seramai 1.75 juta orang. Ia bukan 1.2 juta seperti yang dinyatakan oleh Ku Li yang merupakan perangkaan yang telah ketinggalan zaman. Barangkali angka-angka asas tentang Kelantan ini tidak merupakan satu isu penting kepada Ahli Parlimen Gua Musang ini.
Jika diandaikan bahawa Ku Li benar-benar memaksudkan angka 1.2 juta jumlah rakyat Kelantan dan hampir separuh daripadanya telah berhijrah, berapakah angka tepat yang dikatakan ‘hampir separuh’ itu? Mungkinkah 500,000 orang? Angka itulah yang paling logik untuk frasa ‘hampir separuh’. Jika kurang daripada angka tersebut maka ia tidak tepat disebut sebagai ‘hampir separuh’.
Untuk maklumat Ku Li, jumlah pelajar di Kelantan mengikut data rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ialah 315,908 orang. Letakkan sahaja 300,000. Jika dicampur 500,000 yang berhijrah dan 300,000 maka ia menjadikan jumlah 800,000 orang. Perlu 400,000 lagi untuk mencukupkan bilangan rakyat Kelantan (mengikut Ku Li) seramai 1.2 juta orang.
Lihat pula angka jumlah tenaga buruh di Kelantan, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2014, Kelantan mencatatkan jumlah tenaga buruh seramai 637,700 orang. Jika dikira dengan angka Ku Li, ia sudah mencatat lebihan seramai 237,700 (637,700 – 400,000) orang. Jadi apa asasnya dakwaan Ku Li yang menyebut bahawa hampir separuh (500,00 orang atau lebih) daripada 1.2 juta rakyat Kelantan telah berhijrah?
Jumlah rakyat Kelantan pada angka semasa (yang berada di Kelantan) pun sudah menghampiri angka 1 juta jika belum dicampur statistik mereka yang terkeluar daripada golongan pelajar dan tenaga kerja. Justeru, dakwaan Ku Li ini ialah dakwaan yang tidak betul. Beliau perlu diajar untuk mengira dengan betul. Jika Umno bahu bergantung kepada individu yang ditarik gelarannya dari Istana Kelantan pada tahun 2010 ini, saya kira Umno Kelantan menempah langkah yang silap. Lebih baik Ku Li menumpukan perhatian ke arah usaha mengagihkan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang siap dibina di Jalan Persiaran raya di Bandar Baru pada tahun 2015. Adakah benar sampai ke hari ini ia gagal dipenuhkan hanya semata-mata pemilihan antara kem yang ada di dalam Umno Gua Musang? Saya hanya bertanya sahaja.
Jangan menjadi seperti seorang Menteri yang minggu minggu lepas mendakwa bahawa 25 peratus daripada 657,000 (angka beliau) tenaga kerja di Kelantan ialah penganggur. Bermakna 164,250 orang penganggur sedang berada di Kelantan pada masa ini! Sedangkan perangkaan penganggur di seluruh negara ialah 504,100 orang pada tahun 2016 dan adalah tidak munasabah angka di Kelantan pun melebihi 30 peratus dari angka tersebut! Ditambah pula kadar pengangguran di Kelantan pada tahun 2014 ialah 3.3 peratus menyamai angka nasional juga pada tahap 3.3 peratus pada tahun lepas! Bandingkan pula dengan Terengganu yang kadar penganggurannya pada tahun 2014 ialah pada angka 4.2 peratus!
Apakah semestinya menjadi pemimpin Umno itu perlu gagal dalam kira mengira?
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
25 FEBRUARI 2018 - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018
Kerajaan negeri tunggu laporan Jabatan Hutan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menunggu laporan Jabatan Perhutanan Negeri
berkaitan sekatan laluan lori balak oleh sekumpulan masyarakat Orang Asal di pedalaman Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, laporan itu perlu bagi mendapat gambaran sebenar melibatkan Orang Asal di Kampung Peralong, Pos Bihai, Gua Musang.
“Kerajaan negeri perlu menunggu hasil laporan berkaitan perkara itu sebelum membuat sebarang ulasan.
"Kita tunggu hasil laporan Jabatan Perhutanan kemudian baru tindakan susulan boleh diambil," katanya selepas perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Maahad Muhammadi Perempuan, di sini semalam.
Mesyuarat agung itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob.
Baru-baru ini sekumpulan penduduk Orang Asal mengadakan sekatan di laluan lori balak di Kampung Cawas, Pos Bihai.
Bagaimanapun tindakan tersebut yang dipercayai didalang NGO Jaringan tidak disenangi masyarakat Orang Asal suku Temiang apabila mereka membuat laporan polis terhadap sekatan terbabit.-HARAKAHDAILY 23/2/2018
Sumber HD - 23-2-2018
Masej dakwah di ARC Bike Fest
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperluaskan skop dakwah melangkaui sempadan masjid atau surau.
Kali ini konsep dakwah mengunakan pendekatan ukhuwah dan persaudaraan sempena ARC Bike Fest yang akan bermula hari ini sehingga 25 Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebelum ini kefahaman masyarakat terhadap dakwah agak sempit.
"Kadang-kadang orang rasa berat sangat perkataan dakwah, ingat hendak pergi mengajar agama sahaja. Sedangkan banyak lagi kegiatan lain dalam bentuk uhkuwah juga boleh menjadi salah satu cara berdakwah.
"Konsep dakwah kali ini diserlahkan di ARC Bike Fest. Pemilik motosikal berkumpul dengan melakukan pelbagai aktiviti," katanya di persidangan di Kota Darulnaim semalam.
Sempena program itu esok, peserta akan berkonvoi ke Pondok Beta Hulu yang terbakar baru-baru ini bagi melaksanakan program kebajikan.
Manakala petangnya akan diadakan program bual bicara bersama selebriti dakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Manakala pada hari terakhir peserta akan diraikan pada majlis makan malam bertempat di Putik.
Abdul Fattah berkata, sebelum ini pernah dianjur Bike Weeks atau Bike Fest, namun kali ini ARC Bike Fest dengan matlamat merapatkan ukhuwah dan persaudaraan.
"ARC Bike Fest penting kerana anjakan baru kepada anak-anak muda khususnya peminat-peminat motosikal," katanya.
Menurutnya juga program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan (U-bes) dengan kerjasama ARC Malaysia, dirancang sejak tahun lepas.
Dijangka seramai 5,000 peserta menyertai program berkenaan termasuk dari Thailand. -HARAKAHDAILY 23/2/2018
Sumber HD - 23-2-2018
Himpunan Bangkit Pertahan Kerajaan Islam Kelantan
KOTA BHARU: Kali terakhir rakyat Kelantan berhimpun pada 22 Julai tahun lepas sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah, lautan manusia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Momentum yang berlaku itu memberi isyarat jelas sebahagian besar rakyat Kelantan bersama kepemimpinan ulama bagi meneruskan legasi ditinggalkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menjelang wisel Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang hanya menanti detik dan ketika sekarang, sekali lagi rakyat Kelantan akan berhimpun.
Program Himpunan Bangkit Pertahan sebagai mobilisasi bagi mempertahankan survival kepimpinan ulama yang bertapak di Kelantan sejak Oktober 1990.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, Himpunan Bangkit Pertahan menghantar isyarat Kerajaan Islam Kelantan perlu dipertahankan.
Katanya, perhimpunan itu bertema "Sejahtera Untuk Islam" akan diadakan di Padang Perdana dan Dewan Jubli Perak MPKB BRI pada 16 Mac depan.
“Himpunan Bangkit Pertahan bertujuan membangkit kesedaran bersama dalam kalangan masyarakat sebagai pendokong kepimpinan ulama.
“Setiap pendokong Kerajaan Islam perlu bekerja keras bagi mempertahankan dasar Merakyat Membangun Bersama Islam. Ia juga bagi meneruskan agenda pembangunan Kelantan Sejahtera Untuk Islam,” katanya di sini.
Himpunan Bangkit Pertahan bermula jam 8.30 pagi dengan persembahan nasyid, diikuti kuliah perdana oleh selebriti dakwah Ustaz Azhar Idrus bertempat di Padang Perdana.
Kuliah mingguan pagi Jumaat di Medan Ilmu dipindahkan ke Padang Perdana pada hari tersebut.
Himpunan Bangkit pada sebelah petang bermula jam 3 dengan himpunan Pemuda dan Muslimat, manakala pada 6.30 petang turut diadakan jamuan rakyat.
Program malam bermula dengan solat Maghrib, kuliah, Isya, munajat dan solat hajat. Kuliah Maghrib difahamkan turut mengundang tokoh ulama terkenal.-HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018
RM4.5 juta bantu armalah, OKU
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta bagi membantu lebih 41,000 armalah dan OKU di negeri tersebut setiap tahun.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan terbabit.
"Kita bantu golongan armalah dan OKU mengikut kemampuan kita. Sebab itu kita minta semua pihak terutamanya NGO, badan berkanun dan korporat turut membantu," katanya selepas merasmikan Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) di Bazar Siti Aisyah, kelmarin.
Hadir sama anggota Exco, Mumtaz Md Nawi, isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan wakil-wakil rakyat.
Ustaz Ahmad juga berkata, kerajaan negeri turut membantu Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di 45 Dun.
Sehingga kini lebih 30,000 OKU berdaftar di Kelantan. -HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018
Rakyat Kelantan berhimpun Bangkit Pertahan
KOTA BHARU: Anak Kelantan yang berada di perantauan dapat merasai perbezaan yang lebih jelas suasana kehidupan beragama di Kelantan berbanding di tempat mereka bekerja.
Di Kelantan tidak ditemui premis perjudian dan kedai 24 jam yang menjual arak secara terbuka sejak Oktober 1990 sehingga sekarang.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengambil kira suasana kehidupan yang berbeza di Serambi Makkah berbanding tempat-tempat lain menyebabkan rakyat bangkit mempertahankan Kerajaan Kelantan.
Oleh itu katanya, Himpunan Bangkit Pertahan akan diadakan di Padang Perdana Kota Bharu pada 16 Mac hadapan bagi membangkitkan kesedaran bersama bagi memastikan kepimpinan ulama terus kekal sebagai tonggak kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Program tersebut bagi menggerakkan program merakyatkan kejayaan pembangunan negeri yang bermula di peringkat akar umbi, Dun, Parlimen sehingga ke negeri.
“Memperkasakan rasa kebersamaan semua organ politik kerajaan negeri ke arah membangkitkan usaha menangkis sebarang serangan dan tohmahan negetif terhadap kepimpinan ulama yang menerajui kerajaan negeri sekarang,” katanya pada sidang media di sini petang ini yang turut dihadiri sama Pengarah Himpunan, Dr Izani Hussin.
Program Bangkit Pertahan akan bermula jam 8.30 pagi dengan persembahan nasyid, kemudian diikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus di Padang Perdana jam 9 pagi. Pada jam 3 petang diadakan Himpunan Anak Muda Pertahan Kelantan di Padang Perdana dan Himpunan Muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.
Pada sebelah malam pula dimulakan solat Maghrib dan kuliah Maghrib, solat Isyak, munajat dan solat hajat.
Selepas itu ucapan wakil-wakil masyarakat serta pemimpin Gagasan Sejahtera yang mewakili Berjasa, Ikatan, wakil kerajaan negeri dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. -HARAKAHDAILY 19/2/2018
Sumber HD - 19-2-2018
Tok Guru berjaya urus kemelut politik
KOTA BHARU: Biarpun berlaku kemelut awal dalam kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan pada 1990, namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya mengurusnya.
Polemik awal berlaku apabila Semangat 46 menuntut jawatan Timbalan Menteri Besar selepas Angkatan berjaya membentuk kerajaan pada Oktober 1990.
Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, PAS berjaya keluar daripada kemelut tersebut yang berlaku di awal pentadbiran Angkatan Perpaduan Ummah.
Katanya, Tok Guru Nik Abdul Aziz mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar II bagi melantik wakil Semangat 46 mengisi jawatan tersebut.
“Begitu juga tuntutan jawatan Exco oleh Semangat 46 selepas Berjasa gagal pada PRU 1995. Sebelum itu wakil Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad berada dalam barisan Exco kerajaan negeri.
“Namun selepas Berjasa gagal mempertahankan kerusi pada 1995, Semangat 46 pula mahu calon daripada parti itu dilantik bagi mengisi kuota
Berjasa,” katanya di sini semalam.
Menurutnya juga krisis agak menggemparkan negara berlaku apabila Tok Guru mengarah laluan masuk ke projek Empangan Hidro Elektrik Pergau
disekat selepas Kerajaan Pusat enggan membayar pampasan.
Katanya, kerajaan negeri menuntut pampasan sebanyak RM90 juta daripada projek tersebut.
“Pada awalnya Kerajaan Pusat enggan membayar pampasan. Namun selepas sekatan ke tapak projek dilakukan agensi kerajaan negeri menyebabkan Kerajaan Pusat terpaksa akur,” katanya. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018
RM15.7 juta bantu pengantin baru
KOTA BHARU: Seramai 438 pengantin baru menerima sumbangan Skim Az Ziwaaj sebanyak RM438,000 mulai September lepas sehingga Januari tahun ini, di mana setiap pasangan pengantin menerima sumbangan sebanyak RM1,000.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak RM3 juta diperuntuk kerajaan negeri setiap tahun bagi melaksana program berkebajikan tersebut.
"Skim Gerbang Az-Ziwaaj dilaksanakan kerajaan Kelantan sejak 2011," katanya.
Menurutnya juga program tersebut dikendalikan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) bertujuan membantu golongan muda yang kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.
Abdul Fattah juga berkata, pada peringkat awal kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta.
Maklumnya juga, sejak program itu dilaksana sehingga 31 Disember 2017 seramai 15,700 pasangan pengantin mendapat manfaat skim tersebut melibatkan kos RM15.7 juta.
KOTA BHARU: Sebelum ini Skuad Kita Cakna yang turut disertai wakil rakyat sering dilihat turun naik rumah penduduk terutamanya mereka terlantar sakit.
Skuad tersebut dianggotai Muslimat, Penghulu dan Paramedik berkunjung ke rumah penduduk dan menghulur sedikit sumbangan kepada mereka.
Tetapi mulai tahun ini pula, dicetus program Mesra Kasih yang turut disertai anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menziarahi warga emas.
Program berkenaan dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan.
Sehingga sekarang sebanyak 40 rumah warga emas di peringkat Dun terpilih dilawati.
Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, program berkenaan bermula akhir Januari lepas.
Katanya, anak-anak PASTI diajar menghormati dan menyentuh warga emas di samping mendoakan kesejahteraan untuk mereka.
"Ia bertujuan untuk menyemai sikap menyantuni warga emas. Warga emas seronok melihat kehadiran kanak-kanak.
"Kita adakan program tersebut serentak di seluruh Dun," ujarnya di sini.
Beliau juga berkata, sekiranya ada rumah warga emas yang perlu dikemas atau dibaiki, ia akan diambil tindakan Adun kawasan terbabit.
Program berkenaan turut disertai Majlis Tindakan Dun, Muslimat, Skuad Kita Cakna, Ameerah, Briged Muslimat dan Mesra (Sukarelawan Remaja) dan guru PASTI.
Adun Tendong, Rozi Muhammad pula berkata, program berkenaan begitu berkesan dan mendapat sambutan masyarakat khasnya warga emas.
"Program ziarah mesra kasih begitu baik dan berkesan di hati warga emas apabila kita datang bertanya khabar di samping menyampai sumbangan keperluan harian," ujarnya.-HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018
Tidak elok pertikai hak Sultan
KOTA BHARU: Amat tidak bijak mana-mana pihak mempertikai hak keistimewaan Sultan berkaitan penarikan darjah kebesaran yang dianugerah kepada seseorang.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ia juga tidak elok untuk membuat sebarang ulasan mengenainya.
“Dalam konteks Kelantan pula ada yang dakwa parti politik telah melobi tuanku. Kalau melobi macamana pula penarikan pingat Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor sebelum ini,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilapor menyifatkan anugerah darjah dan bintang kebesaran sudah tidak bernilai di mata rakyat.
Baru-baru ini tiga pemimpin Pakatan Harapan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamed, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan.
Mohd Amar juga berkata, dalam konteks Selangor kerajaan diwakili PKR dan mustahil cadangan penarikan balik pingat Anwar dilakukan parti itu.
“Berdasar pengalaman sebelum ini Sultan Kelantan ada penilaian sendiri.
Baginda akan kurniakan kepada siapa sahaja yang baginda inginkan dan boleh menarik darjah itu,” ujarnya.-HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018
‘Pok Ya Cong Codei’ tarik minat kajian IPT
KOTA BHARU: Telefilem bertajuk ‘Pok Ya Cong Codei’ yang tular di media sosial turut menarik minat beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) mengupas drama tersebut.
Drama berkenaan disiarkan 21 Januari lalu mendapat pujian pelbagai lapisan masyarakat kerana keunikan sentuhan anak jati Kelantan, Sabri Yunus.
Sabri berkata, beliau langsung tidak menyangka drama berkenaan menjadi tular di media sosial.
"Sehingga sekarang walaupun hampir sebulan disiarkan di Astro Citra, namun ia masih menjadi sebutan.
"Sampai satu peringkat saya sendiri menjadi takut dengan perkembangan itu," ujarnya pada sidang media di sini.
Drama berkenaan dibintangi sebahagian besarnya anak jati Kelantan dan menggunakan diailek negeri tersebut.
Antaranya Mustapha Kamal, Uqasha Senrose dan Sabri sendiri selaku watak utama.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018
Syarikat minat zon ‘Auto City’ di Tunjung
KOTA BHARU: Bandar Baru Tunjung bukan sekadar dibangunkan projek rumah kedai dan pusat membeli belah, sebaliknya turut dilengkapi zon ‘Auto City’.
Antara syarikat automobil yang sudah beroperasi di ‘Auto City iaitu Honda Ban Chu Bee Sdn Bhd yang dilengkapi ruang pameran dan bengkel dengan mendapat sambutan menggalakkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, semua lot di zon berkenaan sudah dibeli syarikat.
Katanya juga infrastruktur di kawasan itu dilaksanakan PMBK Development Sdn Bhd.
“Begitu juga jalan di kawasan zon tersebut sudah disiapkan. Lot-lot telah dibeli pelabur dalam industri automobil,” katanya di sini.
Zon ‘Auto City’ terletak di laluan Kota Baru ke Pasir Mas, di mana kawasan berdekatan juga sedang giat dibangunkan pejabat Yayasan Islam Kelantan, pencawang milik Tenaga Nasional Bhd dan pejabat-pejabat kerajaan.
Abdul Fattah juga berkata, Bandar Baru Tunjung sekarang semakin rancak pembangunannya.
Menurutnya di Bandar Baru Tunjung terdapat Giants biarpun di negeri lain pusat membeli belah itu dilapor menghentikan operasi.
“Ini menggambarkan keyakinan pelabur begitu tinggi sekali kepada Kelantan. Kerajaan negeri mudah memberi kerjasama dengan mengamalkan sikap mesra pelabur,” katanya.-HARAKAHDAILAY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018
PKINK rintis program kebajikan
KOTA BHARU: Kelantan merintis lagi program berkebajikan apabila melaksanakan almari makanan food cupboard dengan mengagih keperluan harian secara percuma kepada penduduk miskin.
Program itu dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di 17 masjid di Kelantan bermula Ramadan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pihaknya menghantar makanan ke masjid terbabit secara berkala.
Katanya, pegawai PKINK akan pergi menambah secara berkala dalam almari yang disediakan di masjid terlibat.
"Keperluan asas yang disediakan termasuk beras, minyak, gula di mana ia mencakupi enam keperluan harian.
"Penduduk miskin yang tinggal berdekatan masjid boleh pergi mengambil secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran," katanya di sini.
Di antara masjid terlibat dengan program itu termasuk Masjid As Salam di Pengkalan Chepa.
Dr Wan Zawawi berkata, sehingga sekarang PKINK membelanjakan kira-kira RM50,000 bagi membekalkan keperluan asas di masjid yang terlibat.
Setiap cupboard belanja menyediakan keperluan harian yang dihantar sekitar RM400.
Apabila bekalan itu habis kita akan pergi hantar bekalan baru pula.
Penduduk kampung di kawasan itu boleh pergi mengambil bekalan makanan asas tersebut dengan diselaraskan imam.
"Pihak masjid boleh membahagi kepada sesiapa sahaja orang miskin yang memerlukan bantuan," ujarnya.
Menurutnya juga penduduk miskin tidak perlu mendaftar untuk mendapat bantuan tersebut.
"Konsepnya orang susah pergi ambil. Kalau mana-mana keluarga yang merasakan keperluan asas di rumah mereka tidak mencukupi mereka boleh mengambilnya," kata beliau. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018
R Perantauan perjuang royalti
KOTA BHARU: Royalti Kelantan (R) melancar R Perantauan bagi menggerakkan aktiviti dan kempen menuntut royalti petroleum di sekitar kawasan Lembah Klang.
Presiden R, Nazri Deraman berkata, pelancaran R Perantauan bagi menggerakkan kempen tuntutan royalti petroleum di seluruh negara.
"Isu tuntutan royalti adalah antara isu paling banyak disentuh pimpinan kerajaan negeri dan wakil perantau yang menyampaikan ucapan," ujarnya merujuk himpunan anak perantau yang diadakan baru-baru ini.
Antaranya melibatkan kehadiran NGO Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan), Persatuan Kaum India Kelantan, Persatuan Taxi Anak Kelantan-KL, Ukhwatun, ILMU dan Markas Siswazah Kelantan (MSK).
"Berdasar perkembangan itu sekaligus menolak tohmahan pimpinan kerajaan negeri tidak serius dalam perjuangan menuntut royalti petroleum," ujar Nazri.
Beliau juga berkata, aktivis R yang berasal dari Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Sabri Mahmud dilantik sebagai pengerak R Perantauan.
Tambahnya, R juga bercadang untuk membuat pelantikan baru NGO tersebut bagi memperkemaskan organisasi di semua peringkat sama ada di Kelantan dan luar Kelantan.-HARAKAHDAILY 9/2/2018
Dianggarkan terdapat 7100 bahasa yang wujud di dunia. Angka ini semakin hari semakin kecil kerana globalisasi yang menyebabkan anak muda tidak mempelajari bahasa ibunda mereka. Kami sendiri tidak tahu berbahasa minang dan bowean walaupun kedua-dua bahasa ini digunakan oleh ibu bapa kami. Jumlah bahasa di dunia meningkat minggu dengan penemuan bahasa baru di Kelantan.
Bahasa Jedek digunakan oleh sebuah komuniti kecil Orang Asli yang tinggal di Sungai Rual di daerah Jeli negeri Kelantan. Hanya 280 individu masih menggunakan bahasa ini. Pengumuman penemuan Bahasa Jedek diumumkan oleh Niclas Burenhult, pelajar kedoktoran linguistik dari Lund University Sweden.
Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja kerana pada asalnya beliau sedang melakukan kajian ke atas Bahasa Jahai yang juga merupakan bahasa Orang Asli. Beliau menyedari perbezaan perkataan, bunyi dan struktur bahasa dalam Bahasa Jadek dengan Bahasa Jahai. Antara ciri unik Bahasa Jedek ialah mereka tidak mempunyai perkataan untuk berjual beli sebaliknya mempunyai kosa kata yang banyak untuk berkongsi.
Bahsa Jedek walaupun tidak digunakan oleh jumlah yang banyak tidak dikategorikan sebagai bahasa yang terancam kerana anak muda masih lagi diajar dan menggunakannya.
Paling menarik mengenai penemuan ini bagi kami ialah ia ditemui oleh penyelidik luar dan bukan Universiti tempatan. Ini membuka kebarangkalian mungkin terdapat banyak lagi penemuan menarik di negara kita yang terlepas pandang kerana kurangnya penyelidik tempatan.
KOTA BHARU: Selain projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, kerajaan negeri pula merancang membina lapangan terbang di Sungai Bagan, Machang.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, kerajaan negeri merezabkan seluas 500 ekar cadangan pembinaan lapangan terbang bertaraf antarabangsa di kawasan tersebut.
"Selain itu kita juga akan bangunkan projek perumahan dan padang golf di lokasi berkenaan," katanya di sini.
Oleh itu beliau mempelawa pelabur yang pelabur berminat membangunkan Sungai Bagan untuk diwujudkan bandar baru memandangkan lokasinya begitu strategik.
Menurutnya juga Ladang Sungai Bagan milik syarikat luar yang dijual syarikat British ketika menjajah Tanah Melayu.
Kata beliau bagi membangunkan kawasan itu perlu pengambilan semula tanah oleh kerajaan negeri daripada syarikat terbabit.
Baru-baru ini ketika melawat Kelantan, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengumumkan projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail.-HARAKAHDAILY 8/2/2018
Sumber HD - 8-2-2018
Kelantan sedia geran untuk usahawan bengkel motosikal
KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat, telah merasmikan Seminar Pengurusan Bengkel Motor.
Seminar anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kelolaan Gerakan Usahawan Kelantan - GU Klate itu dengan kerjasama Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK) dan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) diadakan di Kelantan Trade Centre, di sini kelmarin.
Kerajaan negeri melalui GU Klate di bawah portfolio tersebut berusaha membantu usahawan-usahawan sedia ada dan melahirkan usahawan baharu khususnya dalam kalangan anak muda melalui pelbagai inisiatif.
Antara usaha telah dilaksanakan GU Klate ialah membina platform perniagaan dan pemasaran kepada usahawan melalui Siri Jelajah Ekspo GU Klate sebelum ini seluruh Kelantan.
Manakala GU Klate turut menyediakan platform atas talian di bawah kelolaan Bahagian Usahawan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi membuka peluang kepada usahawan yang mahu memasarkan perniagaan dan produk.
Selain daripada platform ini, GU Klate komited mengadakan siri-siri bimbingan dan seminar kepada para usahawan.
Zulkifli pada perasmian itu juga mengumumkan satu program Usahawan Bantu Usahawan (UBU) Kerajaan Negeri dengan kerjasama DUKE dan MERAK.
Melalui UBU, kerajaan negeri menyalurkan sedikit geran kepada peserta yang terdiri daripada pemilik bengkel motor di seluruh jajahan.
Bagi usahawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat semasa dan bersama program seumpama boleh menghubungi Presiden DUKE, Mohd Zaki Zakaria talian 019-986 3003.-HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018
Gazet kawasan rayau ikut suku kaum
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengazetkan kawasan rayau mengikut suku kaum Orang Asli.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, proses pewartaan tempat rayau Orang Asli mengambil masa kerana prosesnya agak lambat.
"Kita sedang berusaha mempercepatkannya. Kita ambil kira pandangan masyarakat Orang Asli untuk menetapkan kawasan tersebut mengikut suku kaum mereka," katanya di sini.
Beliau juga berkata, masyarakat Orang Asli kurang berminat memiliki geran secara individu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Menurutnya mereka mahu geran untuk masyarakat secara umum mengikut suku kaum tertentu.-HARAKAHDAILY 7/2/2018
( Ikuti penerangan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini )
Sumber HD - 7-2-2018
Tarik darjah kebesaran hak mutlak Sultan
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan anugerah darjah kebesaran adalah hak atau privilege (keistimewaan) Sultan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata baginda boleh menganugerah kepada sesiapa dan boleh juga menarik daripada penerimanya.
“Kami tidak boleh membuat sebarang komen berhubung perkara itu kerana ia menjadi hak Sultan,” katanya sebagai mengulas penarikan darjah kebesaran bergelar Datuk kepada dua pemimpin PAN Kelantan.
Semalam Istana Kelantan menarik darjah kebesaran Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mereka sebelum ini menerima Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D. J. M. K.) (Al-Ismaili II).
Husam dan Wan Rahim dilapor mendakwa mereka menerima surat penarikan tersebut dari Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam.
“Itu hak istimewa Sultan atau Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan, kita tidak berani nak komen lanjut,” ujar Mohd Amar ketika ditemui pemberita selepas majlis pelantikan penghulu mukim dan tanpa mukim seluruh Kelantan hari ini. -HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018
Mangsa kebakaran tagih janji pemimpin Umno
KOTA BHARU: Mangsa kebakaran di Kampung Bechah Kura, Peringat, Majet Awang Ali, 47 masih lagi menunggu janji anggota Parlimen Ketereh yang mahu membina rumah baharu kepada keluarganya.
Pada kejadian malang 24 Januari lepas, sebahagian rumah mangsa hangus terbakar, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Beliau yang bekerja sebagai tukang rumah kini bersama isteri dan enam anak terpaksa berteduh di bahagian dapur dengan membina atap menggunakan sisa zink terbakar.
Majet juga telah menyerah segala dokumen diperlukan wakil Tan Sri Annuar Musa yang datang bagi membolehkan rumah baharu dibina.
Sehingga kini lebih dua minggu kejadian itu berlaku mangsa tidak mendapat perkembangan status rumah baru yang dijanjikan anggota Parlimen Ketereh.
Bagaimanapun selepas kejadian itu Majet menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM1,000 disampaikan Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof
"Saya difahamkan mangsa sehingga sekarang belum dihubungi wakil anggota Parlimen Ketereh untuk memastikan pembinaan semula rumah mangsa.
"Saya juga dimaklumkan mangsa pemimpin Umno terbabit berjanji untuk membina semula rumah sehingga teduh dan bukan siap sepenuhnya.
"Manakala bakinya hendaklah disiapkan mangsa sendiri," kata Dr Yusnan di sini.
Beliau juga berkata, memandangkan pemimpin Umno telah berjanji membina rumah kepada mangsa, beliau tidak mahu berebut untuk mengikhtiarkan pembinaan semula rumah terbabit.
"Ini memandangkan janji telah dibuat lebih awal oleh anggota Parlimen Ketereh. Lagi pun beliau mempunyai sumber kewangan yang banyak," ujarnya.
Bagaimanapun beliau bimbang politik janji pilihan raya ditabur pemimpin Umno di segenap kampung menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak lama lagi.
"Saya bimbang janji manis untuk kempen pilihan raya sahaja kerana penduduk di Ketereh memberitahu mereka banyak dijanjikan dengan pelbagai habuan sekarang," ujarnya.
Oleh itu beliau berharap anggota Parlimen Ketereh memastikan janji yang dibuat dikota memandangkan mangsa sekeluarga hidup dalam keadaan daif. -HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018
Projek Bandar Baru Dabong diteruskan
KOTA BHARU: Bandar Baru Dabong yang pernah diletak batu asas sebelum ini akan diteruskan semula dengan dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, syarikat yang terbabit dengan projek pembangunan tersebut sebelum ini berdepan masalah kewangan.
Selain itu katanya kawasan terlibat ditenggelam banjir besar pada Disember 2014.
“Tiada kawasan lain yang sesuai untuk dibangunkan bandar baru di Dabong melainkan kawasan tersebut.
“Pada perbincangan akhir kita kekalkan projek bandar baru di tempat yang sama,” kataya di sini.
Pada 8 Oktober 2012 bekas Menteri Besar, Allayarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek tersebut yang merangkumi kawasan seluas 112 ekar.
Projek tersebut hasil usaha sama anak syarikat kerajaan negeri, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dengan DPS Group of Companies membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.
Kompenannya membabitkan projek perumahan iaitu 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglo) dan 20 unit (rumah kedai).
Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglo.
Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri merancang membangunkan Bandar Baru Sungai Terah, Gua Musang.
“Kawasan seluas 1,000 ekar daripada kawasan ladang akan dijadikan lokasi bandar baru,” maklumnya. -HARAKAHDAILY 6/2/2018
Sumber HD - 6-2-2018
Hubungan kaum kekal harmoni di Kelantan
HARMONI. Majlis Makan Malam Penyayang 2018 sempena sambutan Tahun Baru Cina diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan, Khamis lepas. Ia dianjur Pusat Khidmat Dun Kota Lama.
Turut hadir pada program itu anggota parlimen Kota Bharu, Dato Takiyuddin Hassan; Adun Kota Lama, Dato Anuar Tan Abdullah; Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dato Zamri Ismail dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Eng.
Pada program itu warga emas Tionghua menerima angpau daripada pemimpin PAS. - HARAKAHDAILY 4/2/2018
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, beliau kekal dengan dakwaannya sebelum ini berhubung kerjasama dan pertemuan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno Kelantan.
Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan bukti yang dimilikinya.
"Dia boleh nafikan tapi kita ada maklumat dan ada saksi yang mengatakan ada perjumpaan antara pimpinan AMANAH dan Umno.
"Kita sebut gitu jelah. Tak ada, tak ada (nak tunjukkan bukti).
"Dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam di Bangi hari ini.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mendakwa beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara AMANAH dan Umno.
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bagaimanapun Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Manakala AMANAH turut menafikan dakwaan berkenaan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata AMANAH tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS kerana ia akan jatuh dengan sendiri.
Abe Hassan Chekok, Timbalan Ketua Cawangan UMNO Gertak Sagu merupakan seorang yang berpengaruh di kalangan ahli UMNO Pengkalan Chepa isytihar menyertai PAS bersama 35 Ahli Umno yang lain.
Kuliah YAB ustaz Dato Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan semperna 27 tahun kerajaan Membangun Bersama Islam di Masjid Magfirah Felda Ciku 1, Gua Musang.
Beliau turut mengimami Solat Gerhana Bulan sejurus solat Isya' dan khutbah telah disampaikan oleh Dato' Pengarah JAHEIK.
KOTA BHARU: Tidak berbangkit belanjawan Kelantan defisit sekiranya Kerajaan Pusat tidak menyekat bayaran royalti petroleum yang dianggar RM900 juta setahun.
Presiden R (Royalti) Kelantan, Nazri Deraman berkata, Kelantan mempunyai pendapatan daripada hasil royalti yang dinafikan Kerajaan Pusat.
“Ia adalah bayaran tunai yang dikenali sebagai royalti terhadap pengeluaran petroleum di perairan Kelantan.
“Perkara itu termaktub di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak ketika datang ke Kelantan memberitahu negeri itu perlu suntikan kewangan daripada Kerajaan Pusat bagi membayar gaji. HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD - 1-2-2018
Kerajaan negeri sedia bantu penduduk
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi jaminan membantu penduduk yang terbabit projek pembangunan Lembah Binjai dengan mendapat tawaran harga tanah yang berpatutan.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggunakan kaedah biasa membuat penilaian harga tanah.
“Bagaimanapun pemilik tanah ada hak untuk menuntut harga yang lebih baik dan dijamin di bawah Akta Pengambilan Tanah.
"Mereka boleh meminta harga yang lebih baik dan munasabah untuk dirundingkan," ujarnya di sini semalam.
Media semalam melaporkan penduduk yang terbabit dengan projek Lembah Binjai tidak berpuas hati terhadap penilaian harga tanah dicadangkan.
Mohd Amar berkata, beliau difahamkan purata harga tanah di kawasan tersebut RM1.88 sehingga RM7 sekaki. Harga tersebut pula tertakluk kepada kedudukan tanah tersebut," katanya. -HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD - 1-2-2018
Projek lembangan sungai 15 tahun berlalu
KETIKA merasmikan jambatan yang menghubungkan Tendong dengan Pendek, Salor 15 tahun lepas diumumkan projek lembangan Sungai Kelantan.
Malah mereka yang datang ke program tersebut dapat melihat lakaran projek yang diedarkan. Disebut akan dibina empangan bagi menakung air di kawasan hulu Kelantan.
Janji itu disebut Perdana Menteri ketika itu di hadapan lebih 15,000 rakyat Kelantan, lapor sebuah akhbar. Rakyat hadir pada perasmian jambatan berharga RM166.3 juta yang disempurnakan Sultan Kelantan.
Siapa perdana menteri ketika itu. Oghe Kito masih ingat, tidak lain lagi iaitu Dr Mahathir Mohamad (Tun).
Kata perdana menteri tahkala itu, rakyat Kelantan perlu menoleh ke belakang bagi menilai semula mandat yang diberi kepada PAS.
Kalau kita tidak berhati-hati dan memilih kerajaan yang tidak mampu, mustahil (janji-janji) hendak dilaksanakan, katanya.
Hari ini selepas 15 tahun berlalu, Oghe Kito puas intai di mana projek tersebut. Dari Gua Musang ke Tumpat, tidak pula ditemui bayangnya.
Siapa yang tidak tunai janji, Umno atau PAS. Tokoh yang dianggap negarawan itu hari ini mengimpikan lagi menduduki kerusi perdana menteri.
Kasihan Oghe Kito melihat lagaknya. Pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti penuh mulut menyifatkan Dr Mahathir antara pemimpin terbaik bagi mereka.
Mereka tidak mahu membelek sejarah. Dek politik emosi dan dendam mereka lupa susur galur sejarah negara.
Oghe Kito tidak mahu mengungkit satu-satu penderaan politik terhadap Kelantan di era itu. Biarlah pemimpin PH sekali sekala belajar sejarah.
Apa pun kalau ditakdir impian mereka menjadi kenyataan, Dr Mahathir akan dicatat pemimpin paling tua di dunia di saat itu.
Rekod pemimpin paling tua sekarang dimenangi Beji Caid Essebsi pengasas Parti Nidaa Tounes di Tunisia. Beliau sekarang berusia 91 tahun. Menang pilihan raya Presiden Tunisia pada 2014.
Mungkinkah negarawan terbabit mahu mencipta rekod baru lagi. Bukan niat Oghe Kito mahu mempersenda sesiapa. Jasa dan ketokohan Dr Mahathir sebagai harimau Asia sedia dimaklumi.
Apa pun selepas 15 tahun projek lembagan Sungai Kelantan tiada bayangnya, tiba-tiba Ahad lalu ia dinukilkan kembali.
Apakah Dato' Sri Najib Razak mahu menjejaki jejak dicipta Dr Mahathir. Oghe Kito berbaik sangka, mungkin tidak.
Cuma rakyat Kelantan bimbang projek yang disebut bernilai RM9.6 bilion mungkinkah sekali lagi diheret pelabur dari Tembok China.
Sedangkan projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sudah lama dilulus di kertas tetapi bukan di lapangan.
Oghe Kito yakin rakyat Kelantan kenal antara kaca dan permata.-HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD- 1-2-2018
Rakyat Kelantan dibantu memiliki rumah
DETIK Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terlalu hampir sekarang. Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi mengekalkan kaedah lama, mengumpan rakyat dengan janji projek.
Kehadiran Dato Seri Najib Razak ke Kelantan Ahad lepas sekali lagi mengulangi janji politik. Projek Lembangan Sungai Bersepadu diuar-uarkan dengan kos RM9.6 bilion.
Biar pun begitu kerajaan negeri pula tidak pernah mengabaikan program pembangunan untuk rakyat. Antaranya rumah mampu milik dan pelbagai lagi program lain.
Oleh itu bagi melihat dari dekat usaha tersebut ikuti temubual LANJUSOH bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail ketika ditemui baru-baru ini. -HARAKAHDAILY 1/2/2018
(Ikuti temubual penuh tersebut yang disiarkan dalam Harakah cetak terbaharu Bil.2320 edisi Jumaat dengan mendapatkannya di pasaran
Sumber HD- 1-2-2018
PAS Kelantan siap senarai calon
KOTA BHARU: PAS Kelantan telah siap menyenarai nama-nama calon yang bakal bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, PAS tidak menetapkan kuota khas kepada muslimat, pemuda atau ulama sebagai calon setiap kali PRU.
Bagaimanapun menurutnya pemilihan calon hanya dibuat melalui senarai nama yang diangkat kepada pimpinan negeri.
“Senarai calon itu bagaimanapun bukan keputusan muktamad kerana ia kemungkinan boleh berubah. Calon hanya muktamad bakal bertanding pada hari penamaan calon sahaja,” ujarnya di sini.
Senarai nama calon PAS kebelakangan ini diviral di media baharu oleh pihak tertentu.
“Bukan pihak kami yang viral, kalau kita senanglah kita jawab,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018
Ikrar Bebas Rasuah hampir serupa baiah
KOTA BHARU: Usaha PAS memperkenalkan lafaz baiah kepada bakal calon yang bertanding kini turut dijejaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila menganjur Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kepada calon pilihan raya.
Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, langkah PAS memperkenalkan baiah bertujuan mengawal calon menggunakan kedudukan untuk tujuan yang salah.
Bagaimanapun katanya, pada masa itu semua pihak mengkritik langkah tersebut.
“Sekarang SPRM pula bersedia untuk mewujudkan perkara serupa sempena PRU 14. Kami buat baiah semua orang bising, sekarang SPRM pula yang nak buat,” katanya di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha SPRM memperkenalkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas untuk calon pilihan raya jika ada permintaan daripada mana-mana parti politik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilapor berkata, tidak kira parti politik mana sekali pun bebas untuk memohon IBR.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya peraturan itu menjadi arahan SPR, PAS akan akur walaupun setiap kali pilihan raya lafaz baiah dilakukan calon.
“Buat masa ni kami tak boleh nak ulas apa-apa, kita tengok dulu macam mana, nak komen sekarang benda belum nampak lagi. Entah jadi atau tidak kita tak tahu,” ujarnya. HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018
Kelantan sokong peraturan kawal berita palsu
KOTA BHARU: Langkah Kerajaan Pusat mahu memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penularan berita palsu disambut baik Kerajaan Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut sangat penting bagi memastikan ketulenan berita yang disampaikan tidak dipesongkan.
Menurutnya, masyarakat kini sering dihidangkan dengan berita-berita palsu yang tersebar di media sosial dan internet.
“Kami sokong dengan harapan undang-undang itu dapat mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan persepsi negatif.
“Pada masa yang sama ada juga berita berkaitan Kelantan diselewengkan media dan pihak tertentu,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak baru-baru ini dilapor berkata, kerajaan akan mengkaji menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD- 31-1-2018
Memalukan...Apa standard PM macam ni?
MEMALUKAN... Inikah standard yang ada kepada seorang Perdana Menteri seperti Dato' Seri Najib Tun Razak apabila langsung tidak memahami konsep federalisme dengan mengungkit di hadapan penjawat awam Kelantan mengenai bantuan yang dihulur Kerajaan Pusat.
Bukan duit kamu wahai Perdana Menteri dan bukan duit dari poket sanak saudara kamu kalau nak mengungkit hingga ke tahap ini.
Katakanlah kalau rakyat mengungkit setiap kerjabuat PM yang tidak menyebelahi rakyat selama ini kerana rakyat membayar cukai yang dikutip kerajaan dan gaji PM sebenarnya dari kantung wang rakyat? Apa perasaan PM?
Usahlah dipermainkan slogan "bantuan" kalau PM dan partinya pun menang kerana banyak "bantuan" termasuk bantuan agensi kerajaan, SPR, dan segala macam bantuan luar dan dalam semata mata bagi memenangkan Umno-BN untuk Najib bergelar PM.
Apakah nilai rakyat Kelantan di sisi PM hanya 'picisan' sahaja walhal lebih 90 peratus rakyat Kelantan adalah orang Melayu yang berjasa kepada negara membangunkan sama-sama sama ada dalam sektor ekonomi, sosial dan sebagainya.
Jasa Kelantan membiarkan "rompakan siang hari" oleh kerajaan BN terhadap hasil mashul bumi Kelantan termasuk gas asli, GST dan cukai lapangan terbang.
Usah dilupa bahawa rakyat Kelantan memang kerap menghukum pemimpin angkuh dan sombong seperti Najib ini. Suatu masa lalu, Khairy Jamaluddin telah dihukum oleh rakyat Kelantan kerana datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan slogan "pade doh 18" tahun, dan kemudian anak Kelantan mengusir keras kempen tidak beradab Khairy ketika mula mula dia bergelar Ketua Pemuda Umno.
Jangan hingga tahap nanti rakyat Kelantan menunjukkan jalan keluar total kepada parti Umno dalam PRU14 ini kerana kesilapan besar PM ini.
Mungkin ia akan berlaku, dan natijahnya nanti bumi Kelantan tidak boleh langsung menerima kehadiran PM yang bernama Najib.
Usahlah sombong ketika di mercu kuasa kerana ingatlah bahawa kuasa tidak akan kekal lama, suatu masa Allah akan tunjukkan kamu pengajaranya.
Ingat bahawa ahli Umno pun meluat dengan kaedah begini apatah lagi kalau mereka atas pagar dan penyokong pembangkang.
PM mungkin tak sedar bahawa kalangan ahli Umno pun sudah mula bosan dengan sikap beliau, dan usaha kelompok kedua bagi menjatuhkan beliau sebenarnya sudah bermula dari dalaman walaupun tembakan Tun Dr Mahathir Mohammad "Bapa Kleptokrasi" tak menjadi kepada anak didiknya itu.
Sekali lagi diingatkan bahawa Najib adalah pemimpin besar dan bukannya pemain politik kampung hingga buat kenyataan macam budak budak 'balas membalas' bila main baling selipar. Inikah standard seorang PM di negara ini?...Rosaklah negara...-HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018
Mangsa kemalangan dibantu penyelia Dun
PASIR PUTEH: Mangsa kemalangan jalan raya Ibrahim Mat Ali, 56, yang koma sejak18 bulan lalu turut mendapat perhatian Majlis Tindakan Dun (MTD) Semerak.
Ibrahim yang mengalami kecederaan teruk di kepala sekarang dijaga anaknya, Ahmad Sabri Ibrahim, 24 sehingga terpaksa berhenti kerja.
Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, beliau begitu kagum terhadap Sabri yang bersedia berhenti kerja bagi menjaga bapanya.
Saya begitu terharu keprihatinan Sabri yang sanggup berkorban untuk menjaga ayahnya. Kami juga turut membantu meringankan bebanan keluarganya.
Sumbangan disalurkan melalui Skuad Kita Cakno sama ada bentuk kewangan dan keperluan harian, katanya selepas melawat ayah Sabri di Kampung Tok Bali, Semerak baru-baru ini.
Beliau juga berkata, segala perbelanjaan keluarga Sabri ditanggung abang yang sulung, Mohd Sufian, 29, dan kakaknya, Salehah, 28. Manakalatiga lagi adik beradiknya tidak bekerja.
Sabri pula berkata, beliau berhenti kerja untuk menjaga ayahnya memandangkan ibunya Samsiah Jusoh, 61 tidak mampu menjaga bersendirian.
Saya perlu sedut kahak ayah, masukkan susu melalui tiub dan mandikannya setiap hari.
Selama ini ayah berkorban untuk kami, kali ini biar kami berkorban walau pun tak setanding jasanya, katanya.
Menurutnya, sebelum ini beliau bekerja dengan gaji lebih RM1,000 sebulan.
Ayahnya juga mendapat bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Manakala sumbangan kos susu serta lampin pakai buang daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan masalah kewangan ditanggung kami sekeluarga," katanya. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno di Kelantan.
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu di Kelantan yang bertujuan untuk menjatuhkan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Ambo (saya) ada maklumat, pimpinan AMANAH di Kelantan pergi jumpa pimpinan Umno Kelantan dan berpakat.
"Dalam masa sebulan dua yang lepas mereka berpakat untuk jatuhkan PAS di Kelantan," katanya ketika berceramah di majlis Perasmian Bilik Operasi PAS cawangan Panchor, di Kota Bharu, malam tadi.
Timbalan menteri besar Kelantan itu mendakwa, Umno sudah bersetuju untuk memberikan sejumlah wang kepada AMANAH Kelantan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.
"Umno setuju nak bagi duit kepada AMANAH untuk buat kerja pilihan raya.
"Saya tak mahu sebut pada malam ini siapa pergi jumpa dengan siapa, tetapi maklumat itu ada," katanya ketika mengulas dan menepis dakwaan mengenai wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno.
Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, itu maklumat terbaru yang berlaku dalam senario politik negeri itu hari ini.
Malah beliau memberi jaminan akan bertanggungjawab dengan pendedahan yang dibuat itu.
"Sampai peringkat itu jahatnya puak-puak AMANAH, saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan ini.
"Ini nak bagitahu keadaan (sekarang), mereka tuduh kita tak ada bukti, kita ada maklumat. Maklumat itu ada dengan kita.
"Maka sebab itu kita sekarang kena percaya pada pimpinan. Jangan percaya pada media, nak tahu kenyataan sebenar pimpinan kena baca Harakah," ujarnya merujuk akhbar rasmi PAS.
PAS Kelantan diingatkan supaya berwaspada dengan gerak kerja dilakukan musuh politik mereka dan tidak memandang mudah cabaran berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga timbalan menteri besar Kelantan.
Menurut beliau, walaupun menyedari parti lawan khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berada dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak kuat, namun PAS tidak boleh berasa selesa.
"Walaupun kita tahu pengaruh parti AMANAH dan BERSATU ini tidak kuat, tetapi dalam kaedah kita berlawan kita tidak boleh pandang mudah dengan musuh.
"Kita kena sentiasa berasa bimbang dan bersiap-sedia menghadapi musuh walaupun musuh itu kecil," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Bilik Operasi PAS Cawangan Panchor, di Kota Bharu, malam tadi.
Iktibar kisah arnab dan kura-kura
Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, musuh PAS itu pada zahirnya lemah, tetapi jika mereka kerana ralit mungkin akan melakukan perhitungan yang silap berisiko untuk tewas.
Jelas beliau, pengajaran dalam cerita warisan dalam kisah perlumbaan arnab dan kura-kura perlu dijadikan iktibar.
"Arnab berlumba dengan kura-kura, dari segi hukum akal kura-kura takkan menang. Sebab dia berjalan lambat, tetapi dalam cerita itu kura-kura boleh menang, menang bukan kerana laju tetapi kerana dia berjalan tak berhenti.
"Arnab pula kalah bukan sebab ia perlahan tapi dia tak fikir kura-kura boleh pintas. Maka dia sambil lewa, makan roti canai dulu, hisap rokok dan akhirnya tertidur.
"Cerita ini tak tahu betul atau tidak, tapi ada pengajaran besar supaya kita tak memandang rendah pada lawan," ujarnya.
Mohd Amar pada PRU lepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Panchor dengan majoriti 5,036 undi menewaskan calon BN Che Rosli Hassan.
Mohd Amar yang dijangka berdepan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan, selain calon BN pada PRU ke-14 turut mengakui Hazmi seorang yang kuat bekerja.
"Kita tak boleh rasa sedap sebab lawan kita buat kerja sokmo (selalu). Dia cari dan usaha tempat di mana dia boleh turun.
"Di Panchor, ketika kita rasa selesa mereka dapat buat ceramah di situ ceramah di sini, jumpa dia cari lubang. Cari tapak untuk dia singgah dan turun.
"Maknanya lawan politik kita buat kerja, tak duduk diam, maknanya kita pun kena kerja kuat juga dengan cara kita, perancangan dan strategi yang disusun oleh parti," katanya sambil menegaskan PAS perlu mempertahankan DUN Panchor dan Kelantan.
Sumber TKO - 31-1-2018
PM lupa cukai dibayar rakyat Kelantan
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak seolah-olah lupa pungutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari Kelantan antara yang tertinggi dipunggut Kerajaan Pusat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sumbangan rakyat Kelantan itu turut membantu menyelamatkan kewangan kerajaan.
Sebaliknya kata beliau, ketika datang ke Kota Bharu Ahad lepas, Perdana Menteri mengungkit pemberian Kerajaan Pusat di hadapan rakyat Kelantan.
“Kelantan juga ada hasil bumi iaitu petroleum, namun royalti diguna Kerajaan Pusat,” katanya ketika merasmikan program Dapur Hijau Dun Salor di sini hari ini.
Hadir sama Penyelia Dun Salor, Ibrahim Isa. -HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-1-2018
Kelantan anjur daurah pembacaan Hadis
KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mencatat sejarah apabila menganjur program Daurah Pembacaan Hadis al-Nabawi al-Syarif yang disertai ulama besar dari India.
Pengijazahan Sanad dilakukan Maulana Salman Al Husaini Al Nadwi dari Lucknow India di mana program tersebut disertai lebih 300 peserta termasuk dari Indonesia.
Salman, 60 dilahirkan daripada keluarga ulama besar di India dan beliau pemegang Ijazah Sarjana Hadis di Darul Uloom Nadwatul Ulama pada 1976, selain memiliki Ijazah Kajian Hadis.
Tujuh hadis diberi sanad oleh beliau pada program terbabit antaranya hadis diriwayatkan Sahih Bukhari, Ibnu Majah Abu Dawud, Baihaqi dan At- Tirmidzi.
Perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Arab.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-11-2018
PM gagal hormati konsep federalisme
KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak di Kelantan semasa lawatan seharinya ke negeri itu kelmarin merupakan catatan sejarah yang memalukan, demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari hari ini.
Dakwaannya bahawa Kelantan tidak akan dapat membayar gaji kakitangannya tanpa bantuan Kerajaan Pusat menunjukkan Najib gagal memahami konsep federalisme yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.
"Ia bagaikan seakan mengulangi cerita '7 Janji' yang dilontarkan beliau juga di Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
"Adalah perlu untuk difahami bahawa kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa masing masing mengikut jadualnya yang tersendiri.
"Kerajaan Pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri," kata beliau lagi.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
( Ikuti kritikan ditujahkan beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini nanti )
Sumber HD- 30-1-2018
Fitnah: Ketua Pemuda PPBM Kelantan mohon maaf
KOTA BHARU: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Asran Alias akhirnya akur dan memohon maaf di atas dakwaan fitnah terhadap Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail.\
Asran sebelum ini didakwa membuat kenyataan fitnah di Facebook pada 8 Jun 2017 terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terbabit.
Asran didakwa memfitnahnya melobi untuk menjadi calon pilihan raya.
Ekoran itu Dr Wan Zawawi memfailkan saman terhadap pemimpin terbabit Ogos lepas.
Pada prosiding kelmarin, Dr Wan Zawawi diwakili peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Azwan Mat Hussain, manakala peguam Hisham Fauzi dan Intan Nor Nadhirah Ismail mewakili Asran.
Kes tersebut dikendalikan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Persetujuan luar mahkamah dicapai dengan syarat defendan hendaklah menulis permohonan maaf kepada plaintif di laman facebooknya di bawah nama Asran Bin Alis selama seminggu.
Selain itu pihak defendan bertanggungjawab tidak akan mengulangi kesalahan yang sama terhadap plaintif.
Dengan penyelesaian defendan bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM1,000 kepada plaintif.
Bagaimanapun defendan memohon membayar dua kali kerana mendakwa tidak mempunyai pendapatan tetap.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
PENGKALANCHEPA: Ketika PAS berhadapan fitnah berterusan daripada pihak lawan, seramai 80 anak muda berpakat menyertai PAS bagi mempertahankan kerajaan negeri.
Anak-muda terbabit dari Tanjung Kuala Sabak di Dun Chempaka telah menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah pada program ceramah di Chabang Tiga, di sini.
Mohd Faizal Rashid, 38, dari Kampung Tanjung Kuala Sabak berkata, PAS di bawah kepimpinan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diteruskan kepimpinan sekarang.
Katanya, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob meneruskan setiap yang telah dilaksanakan Tuan Guru selama ini.
"Sekarang saya lihat PAS kembali utuh setelah berlaku salah faham sebelum ini sehingga tertubuhnya PAN.
"Kita anak muda sewajarnya sama-sama mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum 14 tidak lama lagi. Anak muda mesti mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam," katanya ketika ditemui.
Beliau juga memberitahu akan berusaha mengaktifkan program bersama anak muda di kampungnya.
(Ikuti pandangan anak muda dan kesediaan mereka mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dalam siaran Harakah cetak terbaharu edisi Isnin yang akan berada di pasaran esok) - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD - 27-1-2018
Lebuh Raya Rakyat 40 peratus siap
MACHANG: Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat sedang berjalan lancar di mana kini melewati 40 peratus siap.
Laluan sejauh 10 kilometer yang dibina bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu iaitu berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, sedang giat dijalankan sekarang.
Pembinaannya sekarang berada di titik hujung di simpang Jalan Raya Pasir Puteh-Machang dan Berangan Mek Nab.
Kerja-kerja tanah hampir siap kecuali di beberapa lokasi yang berlaku runtuhan tanah akibat musim tengkujuh baru-baru ini.
Malah tiga jambatan di sepanjang laluan tersebut juga sedang dalam pembinaan sekarang. Sebuah jambatan dikenali Jambatan Rakyat dibina hasil sumbangan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato Hanifa Ahmad berkata, jambatan itu dianggar melibatkan kos sebanyak RM3.1 juta berbentuk wau bulan.
Projek lebuh raya Kota Bharu Kuala Krai pernah disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke Lima pada 1986, namun tidak menjadi kenyataan.
Sebelum ini Lebuh Raya Rakyat pernah dibina syarikat Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC), namun terpaksa menarik diri difahamkan akibat gangguan Umno Machang.
Pembinaannya sekarang dijalankan HRA Teguh Sdn Bhd dan dijangka siap pada Mac tahun hadapan dengan menyambung projek lebuh raya dibina Kerajaan Pusat.
Difahamkan kerajaan negeri juga akan membina laluan keluar dari Berangan Mek Nab ke jalan Kuala Krai-Machang di Kampung Banggol Kulim sejauh 3 kilometer melibatkan kos RM9 juta. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD- 27-1-2018
Johan tilawah al-Quran dapat hadiah banglo
MACHANG: Kelantan sekali mencatat sejarah apabila menghadiahkan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2016 sebuah banglo bernilai lebih RM190,000.
Banglo tersebut disumbang kepada Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, yang berjaya mengharumkan nama Kelantan pada tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 2006.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, di atas kejayaan itu kerajaan negeri menyumbang sebuah rumah sebagai tanda penghargaan.
"Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) berbesar hati menyumbang sebuah rumah kepada Ustaz Wan Ainuddin," katanya pada program penyerahan kunci banglo terbabit di Kampung Sungai Mas, hari ini.\
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota anggota Exco, Adun Kemuning, Ustaz Roseli Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
Ustaz Ahmad berkata, sumbangan itu sebagai mengiktiraf jasa dan komitmen qari serta qariah berjaya meletak kehebatan al-Quran pada tempat yang sewajarnya.
Menurutnya hadiah banglo sebagai galakan masyarakat di semua peringkat mendekati al-Quran melalui bacaan dan penghayatannya. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD- 24-1-2018
Projek perumahan RM70 juta di Ketereh
KOTA BHARU: Projek perumahan bernilai RM70 juta bakal dinikmati Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam tempoh tujuh tahun.
Peruntukkan itu diperoleh hasil projek pembangunan dengan pemaju Masmeyer Timur Sdn Bhd.
Bagi merealisasikan kejayaan projek itu, hari ini majlis perjanjian persefahaman atara keduanya dimenterai.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Sementara itu, Yang Dipertua MDKBI, Ahmad Robert Ab Rahim berkata, projek perumahan berkenaan akan mula dibangunkan Mac ini.
Katanya, kawasan seluas 14.45 ekar itu terletak berhampiran Kem Desa Pahlawan dekat sini.
Menurutnya, projek pembinaan tersebut akan mengambil masa selama lima tahun yang membabitkan 182 unit keseluruhannya.
“Ia membabitkan pembinaan rumah teres dan semi D sebanyak 160 unit serta 22 unit rumah kedai,” katanya.
Turut hadir, Pengarah Masmeyer Timur Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Tajuddin Bakar dan Setiausaha MDKPI, Md. Yani Mat Zin. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018
Tengku Temenggong rasmi Pusat Sumber Sayyidatina Habsah
KOTA BHARU: Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah, mencipta sejarah baru apabila penubuhannya mengumpul koleksi kejayaan wanita Kelantan dalam pelbagai bidang.
Pusat sumber itu terletak di tingkat bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, di sini.
Pusat sumber itu dilancarkan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang diadakan di perkarangan perpustakaan.
Turut berangkat pada majlis itu, Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Antara bahan yang terdapat di pusat itu buku, tesis, jurnal, artikel, manuskrip yang berkaitan wanita Kelantan.
Tengku Rizam, memuji langkah kerajaan negeri mewujudkan pusat sumber itu.
Katanya, kehebatan dan sejarah wanita Kelantan itu jika disoroti akan menyerlahkan kehebatan mereka.
Katanya pusat sumber ini ditubuhkan sebagai pusat rujukan khas yang mengumpulkan segala bentuk dokumentasi berkaitan wanita Kelantan.
“Moga dengan cara itu dapat dijadikan rujukan dari semasa ke semasa oleh masyarakat kini dan akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018
Janji tebatan banjir sejak RMK-11
TUMPAT: Sebelum berjanji untuk membina stadium bertaraf antarabangsa
di Kelantan, Kerajaan BN diminta menyiapkan dahulu projek tebatan banjir yang sudah lama dijanjikan.
Penyelaras Dun Pengkalan Kubur, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok sering berdepan dengan banjir setiap kali musim tengkujuh.
Katanya, banjir mudah berlaku memandangkan tiada tebatan banjir sehingga aliran Sungai Golok mudah melimpah ke sebelah Kelantan.
"Sedangkan sebelah Thailand mereka sudah lama membina benteng bagi menghalang Sungai Golok melimpah," katanya di sini.
Baru-baru ini Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, stadium antarabangsa antara menifesto PRU 14 Umno.
Wan Roslan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata, tidak perlu berjanji hendak membuat stadium, sedangkan janji projek tebatan sejak Rancangan Malaysia ke-11 lagi.
"Walaupun banjir sudah berlalu, namun kawasan tertentu di Pengkalan Kubor masih digenangi air bah.
"Kesusahan rakyat turut dikongsi kerajaan negeri dengan memberi keperluan asas bagi membantu mengurangkan bebanan mereka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
PENGKALAN CHEPA: Kerajaan negeri akan memperbanyakkan sekolah aliran tahfiz di Kelantan dengan pertambahan sekolah baharu setiap tahun.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga sekarang sebanyak sembilan sekolah tahfiz diwujudkan di negeri tersebut yang diurus di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Katanya, sembilan sekolah tersebut mempunyai seramai 2,685 pelajar.
“Tahun ini kerajaan negeri membuka Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah untuk pelajar perempuan di Beta Hulu,” katanya pada majlis Graduasi Tahfiz Yik Ke-8 2017.
Pada program berkenaan seramai 347 pelajar dari tujuh maahad tahfiz berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran tahun lalu.
Seorang pelajar Muhammad Hazim Zahari dianugerah Tokoh Tahfiz dan Hafiz Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3 Ke Bawah 2017. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018
RM4.05 juta untuk program pendidikan dan bina insan
KOTA BHARU: Sebanyak RM 4.05juta diserahkan pada wakil-wakil rakyat dan Penyelia Dun seluruh Kelantan.
Peruntukkan sumbangan kerajaan negeri itu disalur untuk program pembangunan insan dan pendidikan di peringkat Dun.
Sebanyak RM1.575 juta diperuntukkan untuk program pembangunan Insan, manakala pendidikan RM2.475 juta.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Ketika berucap pada majlis itu, Fadzli berharap setiap wakil rakyat mengadakan program sebagaimana yang dirancang.
Katanya, peruntukan untuk rakyat tetap sama, bukan hanya ketika untuk berhadapan pilihan raya.
“Program kebajikan di bawah kerajaan negeri diadakan sentiasa bukan hanya ketika berhadapan pilihan raya,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018
PAS berjuang bukan hanya dalam politik
PENGKALAN CHEPA: PAS bukan hanya berjuang dalam parti, sebaliknya program pendidikan.\
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed, berkata ia turut menjadi program parti itu dalam memberi penekanan Islam dan aqidah pada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ijtima Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Program yang menghimpunkan guru-guru sekolah agama seluruh negara itu diadakan di Putik, dekat sini hari ini.
Beliau juga berharap guru-guru SAR dapat melahirkan insan yang berilmu dan berintegriti.
“Pendidikan amat penting dalam pembangunan modal insan,”ujarnya.
Lebih 1,000 orang hadir pada majlis yang diadakan di Kelantan selaku tuan rumah. – HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018
Anak muda sedia pertahan Kelantan
MACHANG: Momentum kebangkitan anak anak muda bagi mempertahankan Kelanran semakin marak sekarang.
Ijtimak tarbawi pemuda PAS yang diadakan di Markas Dewan Ulama Pas Kelantan di Labok hari ini dihadiri ramai Pemuda PAS dari seluruh Kelantan.
Biarpun cuaca mendung dan hujan sekali sekala lebat tidak menghalang anak-anak muda memenuhi Dewan Madu, di sini
Program pertama bermula dengan tafsir surah al-Taubah yang disampaikan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassurudin Daud.
Program sehari dipenuhi dengan agenda menarik termasuk penjelasan isu semasa, fikrah fiqh al-Nasr Wal al-Tamkin dan bicara pemuda tarbawi tunggak kemenangan Kelantan.
Ustaz Nassurudin berkata, sejarah munafik dalam kalangan umat Islam bukan perkara baru.
Katanya, peristiwa yang dirintis Abdullah Bin Ubai berulang sekarang apabila ada pemimpin yang gagal mendapat jawatan sanggup belot dalam perjuangan.
"Dahulu lagi ada orang yang menjadi munafik kerana gagal mendapat jawatan yang diimpikan," katanya. – HARAKAHDAILY 20/1/2018
KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.
Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mulut musuh-musuh parti itu akan terus menyerang Pas bertujuan menumbangkan kerajaan itu di Kelantan.
"Kami tidak pernah dengar satu kenyataan atau bayangan sekali pun daripada pemimpin Pas sendiri, atau dari mulut presiden sama ada secara terus, atau secara kiasan bahawa adanya pakatan ini.
"Kenyataan-kenyataan ini keluar dari mulut musuh Pas yang kononnya presiden yang kata. Semua ini dilakukan musuh Pas, nak percaya tidak, itu terpulang," katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menerusi blog rasminya mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dikatakan membuat perbincangan sulit dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan Pas terus menguasai Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu, Che Abdullah berkata, Amanah pula tidak berbuat apa-apa bagi menghalang usaha Umno merampas negeri ini daripada Pas. "Apa yang mereka buat, sering mempertikaikan kesungguhan Pas melawan Umno, malah seolah-olah berperanan membantu Umno menang di Kelantan.
"Contoh pada hari ini, berlaku rayuan di Tumpat mengenai daftar pemilih, yang Pas daftar, Umno bantah, yang Umno daftar, Pas bantah, tetapi Amanah tidak bantah apa-apa. Pas sahaja yang berlawan dengan Umno," katanya.
Beliau turut mendakwa Amanah berkomplot dengan Umno dan sememangnya mahu melihat kejatuhan Pas.
"Dalam perbicaraan persempadanan semula di negeri ini, kita sertai dan buat bantahan mana-mana taktikal yang beri kelebihan kepada Umno, tetapi Amanah tidak bantah. Mereka ini (Amanah) memang setuju Umno menang dan nak tengok kekalahan Pas," katanya.
XOXO - Apabila mereka tak berjaya menguasai PAS dalam usaha nak jatuhkan Najib, mereka mula menyebar fitnah kepada PAS. Usaha ini diterajui oleh Bersatu melalui Kadir Jasin.
Tahniah ahli2 PAS kuala krai sempena pelancaran bilik gerakan PAS kawasan Kuala Krai.. Mereka akan mempertahankan kemenangan PAS di Kelantan daripada Usaha sama PAN dan UMNO untuk menjatuhkan PAS Kelantan.
Sumber TKO - 18-1-2018
Keputusan STAM sekolah Yik meningkat
KOTABHARU: Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan itu sebanyak 0.93 peratus apabila seramai 1,217 orang atau 62.22 peratus daripada keseluruhan 1,956 calon lulus peperiksaan itu.
Seramai 139 pelajar mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), manakala
seramai 343 pelajar JayyidJiddan (amat baik), Jayyid (baik) - 587 pelajar dan Maqbul (lulus) - 148 orang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Muhammad Awang berkata, seramai 19 pelajar mendapat 10 Mumtaz untuk semua mata pelajaran.
“Berdasar Gred Purata Sekolah (GPS) Maahad Muhammadi Perempuan menduduki tempat pertama apabila memperolehi (2.15), Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (2.46) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat (2.73),” ujarnya pada sidang media di Pejabat Yik di Nilam Puri hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan pegawai kanan Yik. - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD - 18-1-2018
PAS mampu tadbir negara lebih baik daripada BN
ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah, sepanjang 27 tahun PAS mentadbir Negeri Kelantan dengan amanah dan adil berdasarkan slogan Membangun Bersama Islam. PAS berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam program amanat YAB Menteri Besar Kelantan 2018.
Antara kejayaannya:
1. Peningkatan pungutan hasil sebanyak RM566.52 juta berbanding RM497.20 juta pada tahun 2016
2. Penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.9 juta berbanding tahun 2016
3. Anggaran lebihan atau surplus Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM33.47 juta.
4. Tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun
5. Hasil daripada proses pendaftaran tanah meningkat kepada RM44 juta atau 58% melebihi anggaran RM28 juta.
6. Agensi Kerajaan Negeri Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia
7. 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016.
8. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%
9. Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat penarafan cemerlang lima bintang anugerah khas keselamatan perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.
10. Sehingga kini Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang mentadbir negeri berasaskan taqwa, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A'raf 96:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Maksudnya: Sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya Kami buka keberkatan rezeki dari langit dan bumi kepada mereka.
PAS sangat yakin bahawa dengan menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara insya Allah semua masalah negara dapat ditangani dengan baik dan berkat. Jom bersama PAS bina negara dengan Islam. – HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD- 18-1-2018
PPBM, PAN cenderung bantu Umno di Kelantan
BANYAK tindak tanduk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang menggambarkan parti terbabit lebih cenderung membantu Umno.
Antaranya PAN dan PPBM langsung tidak membuat sebarang bantahan terhadap usaha Umno memindahkan pengundi ke kawasan tertentu di Kelantan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAN dan PPBM langsung tidak membuat bantahan terhadap usaha dilakukan Umno dengan melonggok pengundi ke Dun tertentu.
“Sepatutnya kalau parti pembangkang terbabit serius bagi menghadapi Umno mereka juga perlu membuat bantahan serupa seperti dilakukan PAS,” katanya di sini semalam.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin dilapor mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan membuat perbincangan sulit dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membenarkan PAS terus menguasai Kelantan pada PRU 14.
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, maklumat seperti itu keluar daripada musuh untuk memburukkan PAS dengan tujuan menumbangkan kerajaan yang ada.
Lagi pun katanya, beliau tidak pernah mendengar satu pun kenyataan atau bayangan daripada pemimpin PAS berhubung pakatan sulit Umno-PAS. – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD - 17-1-2018
Suasana sejuk masih dirasai di Lojing
BIARPUN cuaca sejuk yang melanda banyak tempat di negara ini sudah beransur hilang, namun keadaan di Tanah Tinggi Lojing masih lagi terasa dingin.
Paling jelas kelihatan suasana berkabus terutamanya di sekitar Masjid Long Tan yang bersempadan dengan Kampung Raja, Cameron Highlands.
Kabus begitu tebal pada sebelah petang sehingga pagi. Imam Masjid Long Tan Lojing, Muhamad Abdul Kadir berkata, keadaan di Lojing masih lagi sejuk sekarang.
“Suhu memang sejuk lagi, cuma sehari dua hujan tidak lebat lagi. Sebelum ini suasana di Lojing tenggelam dalam kabus sepanjang hari.
“Pada sebelah malam awal minggu ini catat suhu sekitar 15 darjah Celcius. Tetapi di Tanah Rata ketika itu lebih sejuk iaitu 13 darjah Celcius,” katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu suhu minimum yang direkodkan baru-baru ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah.
Manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang kebiasaan berlaku pada awal pagi.
Pada 16 Januari lepas suhu di sekitar Kota Bharu dicatat 26 darjah Celsius manakala Cameron Highlands – 18 Darjah Celcius. - HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD - 17-1-2018
Adun Salor gagal fahami perintah ‘Erinford’
ADUN Salor Datuk Husam Musa dianggap keliru dengan keputusan mahkamah perintah injunksi ‘Erinford’ pada perbicaraan kes Wisma Tok Guru Dun Salor baru-baru ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kandungan perintah injunksi Erinford tersebut sama sekali tidak menentukan pemilikan bangunan berkenaan secara sah.
Sebaliknya kata beliau, perintah injunksi berkenaan mengarah supaya kedua-dua belah pihak supaya tidak mengganggu dan memprovokasi antara satu sama lain.
“Perintah itu diberikan sementara menunggu hak pemilikan premis berkenaan diputuskan oleh mahkamah nanti.
"Kita sebenarnya tidak berminat pun nak layan Adun PAN tetapi ucapan dibuatnya begitu angkuh, sombong dan bersifat provokatif.
“Ia juga bercanggah dengan keputusan mahkamah dalam aspek perintah injunksi Erinford," katanya di Kota Bharu hari ini.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu minggu lepas memutuskan kedua-dua pihak Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS boleh menggunakan bangunan itu selagi tidak berlaku sebarang provokasi.
Bagaimanapun pada satu ceramah 13 Januari lalu Husam berulang kali mengaku sebagai pemilik bangunan berkenaan. – HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD - 16-1-2018
Anak perantau sokong tuntutan royalti
PERJUANGAN menuntut royalti petroleum yang gagal dilunas Petronas sehingga sekarang turut mendapat dokongan ramai anak Kelantan di perantau.
Presiden Pertubuhan Royalti Kelantan Nazri Deraman berkata, setiap kali program menuntut royalti dianjurkan di luar Kelantan ramai anak perantau hadir.
“Saya melahirkan rasa syukur memandangkan program R di luar Kelantan disertai ramai anak perantau di mana mereka turut bangkit menuntut hak royalti,” katanya di Kota Bharu.
Sabtu lalu ramai anak Kelantan di Kuala Lumpur hadir pada kempen menuntut hak royalti yang diadakan di Ampang, Selangor.
Program berkenaan diadakan sempena pelancaran program Bangkit Pertahan. – HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD- 16-1-2018
PAN umpan Umno ‘peluru’ percuma
KEHADIRAN Parti Amanah Negara (PAN) yang berterusan menyerang PAS di Kelantan dianggap memberi ‘peluru’ percuma kepada Umno bagi menggugat kerajaan negeri.
Pengarah Pusat Khidmat Dun Pasir Pekan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, tindak tanduk pemimpin parti itu memperlihatkan mereka berada di medan sama dengan Umno untuk berdepan dengan PAS.
Sedangkan katanya pemimpin parti serpihan terbabit sebelum ini mendakwa mahu menumbang Umno untuk membolehkan Pakatan Harapan menjejaki Putrajaya.
“Sebaliknya mereka menggunakan kelebihan pernah berada bersama PAS bagi mengorek isu lama bagi mengelirukan rakyat Kelantan,” katanya ketika ditemui di Tumpat semalam. – HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD - 15-1-2018
Kelantan Tanam Eucalyptus, PAN Bising
KELIHATAN galak sangat beberapa pemuda parti oren menyindir kerajaan negeri yang kononnya sudah tidak berjuang untuk royalti minyak, tetapi giat menanam pokok kayu putih untuk minyak urut.
Tahukah mereka mahupun Adun Salor sendiri yang Eucalyptus akan menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar kayu khas untuk pembuatan papan lapis (plywood)? Projek ladang hutan jenis Eucalyptus ini akan menghasilkan 'peeling venir' atau lapisan kayu untuk dijadikan papan lapis dan minyak kayu tersebut yang banyak khasiatnya hanyalah satu produk sampingan.
Bahkan, teruk sangatkah jika Kelantan mampu membekalkan bahan mentah untuk produk minyak urut dan minyak angin di negara ini? Adakah orang PAN jika terseliuh kaki, menyapu minyak diesel untuk mengurut? Ataupun jika anak kecil mereka kembung perut, mereka tidak menggunakan minyak Mestika, tetapi hanya menyapu minyak petrol ke tubuh anak mereka?
Anak pokok 400,000 dan berapa luas diperlukan?
Dato' Husam juga merisaukan luas kawasan tanaman untuk 400,000 anak benih seperti dalam tulisan awalnya sebelum ini, yang menyandarkan kepada rencana Utusan Online mengenai tanaman Eucalyptus tulisan Ahmad Zuhaidi Yahya, bertarikh 8 Februari 2017, yang menyebut jumlah anak pokok untuk setiap hektar adalah 833 pokok. Ini pandangan penulis sahaja. Sedangkan amalan biasa untuk tanaman Eucalyptus bagi mendapatkan 'peeling venir' hanyalah 2m x 2m dengan kiraan 10000/2/2 akan membawa jumlah 2,500 pokok setiap hektar. Ia juga membawa maksud sekiranya 400,000 pokok "telah pun sampai" seperti dakwaan Dato', maka ia hanya akan mengambil ruang sebanyak 160 ha sahaja.
Eucalyptus Tiada Kesan Buruk?
Lalu gempitalah alam maya Facebook dengan laungan 'pejuang alam sekitar jadian' Kelantan akan bahayanya pokok Eucalyptus ini. Katanya ia akan menyebabkan sungai, tasik, mata air di hulu akan mengering kesan daripada akar pokok ini yang akan menyerap air jauh ke dalam perut bumi.
Disandarkan pula kepada keputusan mahkamah di India yang telah mengharamkan pokok ini di sana. Padahal, dari segi taburan hujan antara India dan Malaysia pun sudah banyak berbeza. Apatah lagi jaringan sungai besar yang mengalir turun dari banyak jajaran gunung di Kelantan, Pahang dan Terengganu, yang tidak pernah kering sekalipun sebelum ini, dan ini amat jauh berbeza dengan India. Tahukah mereka bahawa Sungai Lebir dan Sungai Galas yang bertemu di Kuala Krai sehingga membentuk satu sungai baharu iaitu Sungai Kelantan sebenarnya adalah cantuman dan gabungan daripada puluhan sungai lain yang juga besar, jauh nun di hulu Kelantan?
Jadi, menakut-nakutkan rakyat dengan keringnya sungai dan tasik akibat tanaman eucalyptus amat melucukan sekali.
Dan sebetulnya, benarkah pokok ini menyerap air dengan kadar yang tinggi? Ya, ia adalah spesis pokok yang cepat membesar dan menggunakan air dengan cukup banyak, namun tidak akan menyebabkan kandungan air bawah tanah hutan asli terjejas. Apatah lagi di Malaysia yang mana taburan hujannya cukup tinggi. Bahkan jika dibandingkan dengan tanaman ladang hutan yang lain seperti Akasia dan Dalbergia Sissoo, pokok Eucalyptus lebih kurang menyerap air bawah tanah berbanding dua spesies tadi. Sindir Kelantan keluarkan minyak kayu putih?
Ramai yang memperlekehkan usaha Kelantan bangunkan ladang hutan Eucalyptus. Katanya jual minyak urut.
Sebenarnya minyak kayu putih ini hanyalah bersifat 'by product' sahaja sedangkan hasil utama adalah untuk pembuatan papan lapis, 'chips' untuk penghasilan kertas, industri fiber, bahkan digunakan juga sebagai bahan utama untuk pintu, tingkap, lantai, perabot rumah dan bahan asas di kebun atau ladang.
Mengejutkan juga akan fakta bahawa negara China pada April 1989 sehingga Mac 1990, pernah mengeksport 171,000 meter padu 'chips' ke Oji Paper Cooperation di Jepun. Dan jumlah pengeluaran tahunan kayu Eucalyptus bagi negara komunis ini adalah sehingga 5 juta meter padu.
Dan mengejek penghasilan minyak kayu putih sebagai produk sampingan tanaman Eucalyptus adalah amat cetek sekali pandangannya. Pada saat China telah mengeluarkan 2,000 tan setahun minyak kayu putih ini dan menjadikan pendapatan hasil minyak ini senilai 20 peratus daripada jumlah keseluruhan tukaran asing negara China, kita baru mulai bertatih. Mereka sudah menjadi negara kedua pengusaha dan pengeluar kayu spesis ini selepas Brazil.
China serius bangunkan Eucalyptus
Rombongan kerajaan Kelantan ke Nanning adalah satu tindakan yang tepat. China telah mengusahakan ladang hutan ini sejak awal 1900 dan kini terdapat 460,000 hektar tanaman Eucalyptus dengan jumlah pokoknya melebihi 1.5 billion batang. Sejak 1960, China membangunkan 10 ladang hutan Eucalyptus untuk memenuhi permintaan bidang pengangkutan keretapi negara mereka iaitu kayu pelapik landasan (railway sleepers).
Manakala di Pulau Hainan, penanaman Eucalyptus meliputi 100,000 ha tanah yang mana 80 peratus daripadanya adalah untuk pembalakan dan selebihnya digunakan sebagai pokok perisai/penghadang daripada angin taufan.
Dan, lebih mengujakan di sekitar daerah Sichuan, pokok ini ditanam sekitar kampung dan kawasan perumahan, sepanjang jalanraya dan terusan atau sungai sebagai pokok yang ada nilai industri dan juga sebagai pokok perhiasan landskap.
Di selatan China pula, Eucalyptus digunakan secara meluas sebagai hutan perlindungan di sepanjang pesisiran pantai dan juga tebing tebing sungai besar. Banyak kajian menunjukkan pokok ini mampu menyerap kesan kemusnahan akibat taufan sehingga 80 peratus seperti berlaku di Guandong. Dan di sungai Nanliu dalam kawasan Guangxi, ia ditanam di sepanjang 84 km aliran tebing sungai lalu memberikan keselamatan kepada lebih 92,000 orang rakyat sekitar.
Pihak berkuasa tempatan di Yunnan pula menjadikan pokok Eucalyptus ini sebagai tanaman yang boleh memperbaiki komposisi tanah. Ketumpatan tanah dapat diperbaiki dan aliran serta pergerakan selut dan pasir dapat dikawal dengan wujudnya tanaman ini.
Semua ini menunjukkan bahawa tanaman Eucalyptus adalah satu produk yang bagus dan banyak yang boleh dipelajari oleh Kelantan di negara China.
Dan kajian oleh Universiti Putra Malaysia sebelum daripada ini di dalam pembentangan bertajuk "Potential of The Eucalyptus Plantation in Malaysia" juga ada menyebut bahawa kerajaan seharusnya menyokong industri penanaman Eucalyptus kerana ia dijangka akan berkembang sebagai spesies utama dan penting di negara ini.
Rujukan lanjut mengenai penanaman pokok ini dengan mengambil kira pengalaman oleh Research Institute of Tropical Forestry Chinese Academy of Forestry, Longdong, Guangzhou boleh dibaca di pautan berikut: http://www.fao.org/docrep/005/AC772E/ac772e04.htm
Kesimpulan
Pihak yang suka mengkritik kerajaan negeri perlu banyak membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum melemparkan tohmahan dan fitnah seperti sedia kala. Kalau dituduh kononnya kerajaan negeri hanya mahu 'memberi balak' semata mata kepada syarikat sekian dan sekian, tanpa dihadirkan bukti kukuh, ia hanya akan mengulangi sikap biasa sesetengah parti yang tiada idea untuk membangunkan ekonomi rakyat dan juga pembangunan negeri, akhirnya hanya pandai mengkritik.
Mereka tidak sedar bahawa projek tanaman Eucalyptus ini adalah untuk menghijaukan lagi bumi Kelantan. Memulihkan kawasan hutan miskin dan terosot.
Alhamdulillah seperti mana kata YAB Menteri Besar Kelantan, sehingga kini, Kelantan masih dilitupi kawasan berhutan seluas 53.7 peratus, yang mana 40 peratus darinya adalah Hutan Simpanan Kekal. Ini merupakan satu pencapaian yang dapat dibanggakan kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam aspek pemeliharaan, pengurusan dan pembangunan hutan secara profesional telah, sedang dan akan sentiasa teguh.
Dan bercakap mengenai kelestarian hutan, keseimbangan ekologi, kebaikan untuk alam sekitar, dan lain lainnya, Kelantan yang saban tahun terlibat dengan musim hujan dan banjir, penanaman Eucalyptus seperti ini yang boleh tumbuh subur di kawasan cerun dan kawasan kurang subur, ia sudah pasti akan berfungsi menghalang hakisan, memperkukuh struktur tanah dan mengurangkan kelajuan air deras. Ini semua telah terbukti dengan kajian dan pengalaman di banyak tempat yang melaksanakan projek tanaman Eucalyptus. – HARAKAHDAILY 14/1/2018
No comments:
Post a Comment