BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, January 20, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 11)


Bot Pelancong Terbalik; Penyelesaian Segera dan Jangka Panjang Amat Perlu Di Muara Sungai Merang


Kemalangan bot terbalik berlaku sekitar jam 10.00 pagi Sabtu, 1o Mac
Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu (DPPKS) terpanggil untuk menyuarakan suara hati warga nelayan dan pengusaha bot di muara Sungai Merang, Setiu yang berdepan dengan masalah muara yang cetek.

Apatah lagi kebimbangan masalah berkenaan telah mengakibatkan musibah menimpa sebuah bot pelancong yang terbalik semalam. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, pengusaha bot terbabit mengalami kerugian yang tidak sedikit.

Isu muara sungai Merang ini bukanlah isu baru. Ini kerana muara sungai ini menjadi laluan keluar bot nelayan dan pelancong ke Pulau Redang dan pulau berdekatan. Saban tahun juga isu ini dihadapi oleh pengusaha bot dan nelayan. Alhamdulillah, tindakan menggali muara yang dilakukan pihak berwajib membantu sedikit sebanyak masalah.
Penumpan bot terpaksa berenang bagi menyelamatkan diri sebelum di selamatkan oleh sebuah bot lain
Namun, sampai bila permasalahan ini mahu diselesaikan dengan menggali atau mengorek pasir di muara sungai berkenaan? Kos yang dikeluarkan bukan sedikit, namun pasir kembali menutup muara sungai tersebut.

Keadaan di sana bertambah menyedihkan bila air surut. Bot tidak boleh keluar dan masuk. Kadangkala terpaksa menunggu beberapa jam sebelum keadaan mengizinkan. Bot pelancong terlepas trip. Aktiviti harian nelayan juga terhalang. Kesannya, pendapatan mereka menjadi tidak menentu

Sudah sampai masanya pihak berwajib seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merangka pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini. Penyelesaian tersebut perlu memandangkan masyarakat pengusaha bot dan nelayan sangat bergantung kepada laluan bot yang baik.'

Semoga penyelesaian yang baik dapat dicapai dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Muhammad Zaidan Abdullah
Ketua Pemuda DPPKS
11 Mac 2018


Sumber BO - 11-3-2018


Terengganu VS JDT; Kain Rentang ‘Lucah’ Hakis Nilai Islam

Oleh : Faizal Ghani

KUALA TERENGGANU – Para pemuda Islam yang bersemangat kesukanan tidak harus beremosi sehingga mengeluarkan atau mempamirkan kata-kata ‘tidak senonoh’.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, tindakan menaikkan kain rentang pada perlawanan semalam antara Terengganu dan JDT di Stadium Sultab Ismail Nasiruddin Shah adalah amat tidak wajar.

“Kini terhakisnya nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak muda. Kita Pemuda Islam tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu,” ujarnya.

Beliau yang turut, turun padang memberi sokongan kepada pasukan ‘tuan rumah’ berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dengan tindakan sekumpulan penyokong yang menaikan kain rentang bertulis ‘Fuck Politic This Is Football’.

Menurutnya, pihak yang terlibat memaparkan sepanduk itu sudah pun dikenalpasti dan tindakan susulan akan diambil.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh penyokong bola sepak Terengganu agar tersu memberikan sokongan padu, walau pun tewas kepada JDT pada permainan semalam, 0 – 1.

“Walaupun Terengganu tidak mendapat kemenangan, tapi saya ucap syabas kepada seluruh penyokong Terengganu kerana menjaga disiplin,

“tapi kita tetap semangat malam bukan malam kita,Insyallah akan datang pasukan kita akan buktikan.Insyaallah kemenangan milik Terengganu,” tegasnya.

“Syabas kepada penonton yang kawal perasaan dan terus kita sokong Terengganu FC.” tegasnya.

Kekalahan semalam, menjadikan kedudukan pasukan Terengganu, jatuh ke tangga ke empat dengan lapan mata.

Manakala kedudukan JDT masih di tangga pertama, dengan 12 mata dan Pahang serta PKNS FC di tangga ke dua dan ketiga masing-masing dengan 10 mata.

Sumber BO - 11-3-2018


Litar Lumba Tidak Kurangkan Aktiviti ‘Rempit’ Seberang Takir



Ustaz Zakaria menunjukkan lampu isyarat yang telah rosak kerana aktiviti 'vandalisme'
KUALA NERUS – Walaupun kerajaan Umno dan Barisan Nasionl (BN) menghabiskan duit bernilai RM 12.7 juta membina litar lumba, namun tidak dapat mengatasi dan mengurangkan masalah aktiviti ‘rempit’.

Lebih malag lagi, litar tesebut yang ‘dimasyhurkan’ sebagai bertaraf antarabangsa, menyebabkan anak-anak muda khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir memilih alternatif lain.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, mereka menjalankan aktiviti tersebut atas jalan separuh siap berhampiran jambatan angkat (Drawbbrige).


Sebuah kereta yang mengalami kemalamgan kerana aktiviti ‘merempit’
“Laluan jalan selepas jambatan Drawbridge bahagian sebelah utara di Seberang Takir telah pun siap kira-kira dua tahun yang lalu dengan segala lampu isyarat dan tanda jalan semuanya lengkap,

‘’tapi oleh kerana benda ini terbiar lama tanpa disiapkan seterusnya dijadikan peluang untuk mereka jadikan sebagai litar lumba pada hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu,

“Dan mereka mari berlumba disini dan difahamkan acap (kerap) kali berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan lokasi tersebut di muara Hujung Tanjung, pada Jumaat, 9 Mac.

Menurutnya, apa yang mendukacitakan beliau adalah berlakunya perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam di kawasan itu.

Katanya, lampu isyarat yang ada di sekitarnya, telah dirosakkan oleh golongan ‘vandalisme’.

Selain daripada itu, berlaku juga aktiviti gejala negatif, pada waktu malam seperti kecurian dan juga maksiat.

Sehubungan itu, beliau juga turut melahirkan kebimbangan terhadap projek membina dan menaik taraf jalan baharu yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) melalui jambatan angkat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

“Saya difahamkan bahawa masalah yang menghubungkan sini ke ‘airport’ itu baru sekitar dalam sebulan atau dua bulan ini dipecah tanah dan baru sahaja bermula projek itu,

“tempat pembinaan jalan yang baru dipecah tanah oleh YB menteri besar baru ini yang menghubungkan KTCC dengan airport Sultan Mahmud…….yang difahamkan jalan itu kos RM 60 juta,

“Kawasan ini (pernah ditambak) ditambak untuk masalah hakisan dan kita bimbang akan berulang balik yang sudah tentu merugikan,

“Dan saya tak pasti dari segi setakat mana kajian alam sekitar yang di ambil pandangan mereka bagi projek ini,” ujarnya.

Setiausaha PAS Kuala Nerus itu menambah, kawasan pembinaan sebelah utara yang dicadangkan terlibat dengan kawasan yang ditanam dengan pokok rhu.

Katanya, ia ditanam khusus dan diselenggara oleh Jabatan Hutan akhirnya terpaksa ditebang untuk pembinaan jalan raya.

“Dan sekarang ini pembinaan sedang bermula di tepi pantai dan kita bimbang masalah hakisan itu akan berulang……..takkan selesai masalah,

“Apa yang dilihat sekarang ini sepatutnya kerajaan kena ada alternatif lain contohnya menggunakan jalan sedia ada dengan membesarkan jalan (itu) walaupun mungkin melibatkan sedikit pengambilan rumah di sekitar pantai,” kata beliau.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini supaya dimanfaat dengan baik yang tidak merugikan duit rakyat.



Sumber BO - 11-3-2018



Fastaqim Kembalikan Kemenangan Kijal

KEMAMAN: PAS MTD Kijal telah menganjurkan Fastaqim Kijal bertema "Kembalikan Kemenangan Kijal" di tiga tempat iaitu Meraga Beris, Teluk Kalung dan perkarangan Masjid Lama Bukit Kuang, di sini kelmarin.
Program dua hari itu bermula dengan konvoi motosikal mengiringi pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ke majlis Kuliah Dhuha selain turut diadakan Hi-Tea bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Wan Ramli. 
Antara acara lain adalah pertunjukan ular, tarian singa, acara mewarna, pertandingan masakan, dikir Barat, bicara santai bersama Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Xuar XPDC dan kemuncaknya Ceramah Perdana.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dalam ucapannya memaklumkan bahawa PAS memakai slogan "Malaysia Sejahtera" sebagai tema gerak kerja, aktiviti dan perjuangan semasa dalam menghadapi PRU14.
"PAS mahu membentuk sebuah negara yang rakyatnya, pentadbirannya, pengurusannya dan kepimpinannya adalah sejahtera, sejahtera pada apa yang dimaksudkan oleh syariat Islam. Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur, Negara yang sejahtera, yang diampunkan oleh Allah," ujarnya.
Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata antara objektif program adalah untuk melihat kekuatan jentera pilihan raya dan sejauh mana sambutan masyarakat.
Dalam program yang sama juga di adakan Majlis Jamuan Rakyat dan 50 Cabutan Bertuah yang hadiah utamanya merupakan sebuah motosikal, serta Ikrar Petugas Pilihan Raya.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Ustaz Husein Awang, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Adun Chukai, Hanafiah Mat, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood. - HARAKAHDAILY 11/3/2018








S
Sumber HD - 11-3-2018





Kerajaan Tidak Sepatutnya ‘Umpan Duit’ Kepada Imam Dan Bilal

KUALA NERUS – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya jadikan duit sebagai ‘umpan’ kepada iman dan bilal yang memaksa mereka hadir ke Expo Terengganu minggu lalu.

Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, imam dan bilal bukan budak sekolah tetapi sepatutnya dihormati dan dihargai serta bukan menyusahkan mereka.

“Di expo baru-baru ini berebut-rebut terima duit sehingga viral dalam facebook……Kenapa Umno BN buat begitu pada mereka,

“Kesian kita tengok beribu-ribu mari sepatutnya dah ada akaun masing- masing buat masuk je la (ke dalam akaun),

“Jemput je la…..kalau nak suruh dengar ceramah Perdana menteri Najib…. Nak mari marilah… tak nak mari nak buat macam mana,

“Dan jangan mari belaka…….siapa dia nak azan……siapa dia nak jadi tok imam di masjid dan surau kalau) masing-masing takkan kosong belaka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz Unit peti Undi (UPU) Kampung Baru Seberang Takir, Khamis, 8 Mac, disini.

Menurutnya, sewaktu Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar, beliau telah menaikkan gaji imam dan bilal, yang sebelumnya pada pemerintahan kerajaan Umno-BN adalah rendah.

Namun katanya, PAS tidak buat sebagaimana yang Umno-BN lakukan di Expo, baru-baru ini.

“Bila PAS menang sahaja tok guru sebagai menteri besar tengok gaji imam bilal rendah dok oh (murah) ….tok guru kata tak boleh ni……kita negeri Terengganu negeri kaya dengan duit royalti yang banyak,
“dan tok imam tok bilal ni merupakan satu anggota masyarakat yang sangat penting di kampung-kampung dan dimana-mana……nak sembahyang……tok imam dan tok bilal lah yang berperanan,

“serta tok bilal panggil orang sembahyang dan tok imam mengimamkan sembahyang…….ada kenduri ada akikah, ada sembahyang hajat……ada sakit dan sebagainya tok imam dan tok bilal yang akan dipanggil,” ujar beliau, menceritakan peranan PAS semasa memerintah Terengganu.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu menambah, bantuan penerima kebajikan masyarakat negeri juga ditambah oleh kerajaan PAS.

Katanya, duit kerajaan negeri dibahagikan kepada rakyat supaya sama-sama merasai kekayaan hasil bumi negeri ini.

“Kita tak nak negeri kaya tetapi rakyat susah…….kita nak seperti mana neger kaya rakyat pun tumpang sama hak ini yang kita nak,

“Sebab itu jangan lupa sebab tidak pelik Umno BN lihat bagaimana kerajaan PAS menggunakan sungguh-sungguh duit royalti negeri ini untuk dikongsi dengan rakyat sehingga Umno BN berkata sekiranya royalti diteruskan pembayaran kepada kerajaan PAS dan guna dengan betul duit royalti ini,

“Maka pada waktu itu Umno BN boleh mengucapkan selamat tinggal kepda rakyat negeri Terengganu,” kata beliau lagi.

Kata beliau lagi, kerajaan Umno-BN akan lenyap di bumi Terengganu sebab rakyat berasa sangat gembira dengan pentadbiran kerajaan PAS yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sebab itu pada tahun 2000 terus dipotong dan di nafikan hak royalti (petroleum) sehingga sekarang dan rakyat Terengganu jangan lupa,

“Inilah diantara pengkhianatan Umno BN paling besar yang menafikan hak royalti kepada rakyat sehingga sekarang.

“Dan sekarang duit tersebut telah ditukar kepada ‘dana khas’ dan bila dana khas duduk dengan kerajaan pusat terpulang pada kerajaan pusat nak beri banyak mana,

“Kuasa nak belanja tidak lagi terletak kepada kekuasan kerajaan negeri terengganu,” ujar beliau lagi.

Sumber BO - 11-3-2018






PAS Mampu Mengurus Tadbir Negara

Oleh : KAM

DUNGUN – Rakyat dan pengundi khasnya perlu yakin dengan kemampuan PAS bagi mengurus dan mentadbir negara ini dengan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik mengingatkan rakyat usah terpengaruh dengan dakwah dan persepsi bahawa PAS hanya parti ‘Tok Lebai’.

Bahkan, katanya PAS sebuah parti yang turut disertai golongan ulamak dan profesional boleh mengurus tadbir negeri serta negara ini.

“Jangan ingat kita (PAS) ini parti tok-tok lebai sahaja tetapi turut disertai oleh golongan profesional. Dalam parti kita ini adanya pakar-pakar, peguam, doktor, jurutera, ahli-ahli pakar ekonomi, saintis dan pelbagai bidang kemahiran yang ada dalam PAS.

“Dengan gabungan para ulamak dan profesional ini. Insya’Allah, kita (PAS) mampu mengurus dan mentadbir negeri dan negara ini.

“Rakyat kena yakin bahawa PAS ini telah terbukti mampu untuk mengurus tadbir negeri dan negara ini. Kita dapat mengurus ekonomi negara dengan jujur dan amanah seperti di Kelantan selama hampir 28 tahun,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz PAS Unit Peti Undi (UPU) Tepus, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Dungun, pada Khamis 8 Mac.

Cikgu Wan Hapandi yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Dungun, menjelaskan bahawa PAS bukan parti bermusim seperti parti-parti pembangkang lain.

“PAS bukan parti bermusim, apabila hampir pilihan raya baharulah masing-masing (parti) tampil menonjol diri, sibuk nak masuk kampung, jumpa masyarakat dan buat macam-macam program.

“Kita (PAS) tak kira masa, tenaga-tenaga kita di kalangan ustaz-ustaz tanpa mengira musim sentiasa hadir di masjid, surau-surau, mengajar, kuliah maghrib, kuliah subuh dan sebagainya.

“(PAS) Mengajar masyarakat memahami ilmu agama, soal-soal yang berkait dengan akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain. Jadi tidak ada tarikh luput kita dalam kerja-kerja parti ini,” ujarnya.

Menurut beliau, rakyat perlu bijak memilih pemimpin dan parti yang jujur serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Sumber BO - 10-3-2018







Pindah ‘Parking Bertingkat’; Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu perlu beri penjelasan dan alasan yang munasabah kepada rakyat, mengapakah tempat letak kereta (perking) bertingkat perlu dirombak dan dipindahkan.

Naib Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, ‘bangunan besi’ itu telah dibina, dan memulakan operasi pada 3 Februari 2011, tidak sampai tempoh 10 tahun.

”ia menelan belanja menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.8 juta……mengapa ia akan dirombak dan mahu dipindahkan,

”ke medan bersebelahan dengan ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu di Padang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT)?,” soal beliau.

Katanya, sistem Automatik (Rotary Type) bermekanikal yang digunakan pada tempat letak kereta itu pasti akan mengalami masalah apabila ia ‘dipecat’ dan dibuka satu persatu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau lokasi ‘parking’ tersebut di tapak bekas gelanggang tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Jalan Batas Baru, pada Khamis 8 Mac.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, tapak tempat letak kerata bertingkat itu yang dimiliki oleh MBKT akan dibangunkan satu lagi projek ‘kondominium mewah’.

“Padang MBKT adalah kawasan terletak jauh daripada (pusat) Bandaraya Kuala Terengganu dan telah pun dijadikan kawasan tempat meletak kereta secara umumnya,

“adakah sebenarnya (keputusan itu) semata-mata untuk memindahkan sahaja (parking) ini ke sana yang mana kita tahu ia tidak akan di manfaatkan sepenuhnya,”

“Sudah tentu pembukaan sistem ini dipecat balik melibatkan kos……pemindahan dan pemasangan serta menguji kembali akan melibatkan kos,” ujar beliau.







Padang MBKT Jalan Sultan Omar
Menurutnya, orang ramai perlu kepada sebuah tempat letak kereta yang luas dan selesa ditengah-tengah bandar raya yang memudahkan mereka berjalan terus untuk berurusan.

Sebaliknya apabila dimansuhkan kawasan ‘parking’ tersebut, ia tentu akan menyukarkan warga Kuala Terengganu dan rakyat serta para pelancong.

”Disebelah sana (Jalan Sultan Ismail) menempatkan deretan institusi kewangan yang utama di Kuala Terengganu seperti Maybank, Arab Malaysia bank, CIMB, Hong Leong……pun sebelah sini (ada) Affin bank (dan lain-lain),

”Kuala Terengganu (sudah pun) mempunyai masalah dengan tempat meletak kereta yang serius dimana rakyat pengunjung banyak merungut, susah untuk meletakkan kenderaan,

“dalam masa yang sama pihak majlis bandaraya menguatkuasakan berhubung dengan saman dan sebagainya yang (juga) mendapat rungutan daripada rakyat,” jelasnya.







Jalan Sultan Ismail – sebelum ini dibenarkan meletak kereta di pinggir jalan, tetapi kini menjadikan orang ramai sukar mencari ‘parking’ apabila dijadikam ‘KT Walk’
Orang ramai, kata beliau, terpaksa bepusing-pusing sampai dua tiga kali kerana tiada tempat untuk meletakkan kenderaan mereka.

“Dan dalam masa yang sama apabila ada ruang sikit mereka parking tinggal sekejap kereta balik sudah ada kad saman majlis bandaraya,”ujarnya kesal.

Oleh itu, beliau sangsi tentang keputusan kerajaan mahu mengalihkan tempat letak kereta bertingkat itu yang disifatkan sebagai tidak munasabah.

”adakah kajian yang telah dibuat secara sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri? Sama ada ia memberi pulangan yang munasabah ataupun tidak kepada rakyat?

“Ini rungutan yang mana sepatutnya saya rasa satu penyelesaian yang lebih baik iaitu pihak kerajaan perlu ‘telus’ kerana jadi buah mulut di kalangan rakyat sampai di kedai kopi,” tegas beliau.
S
udah tentu, kata beliau, akan timbul pertikaian kerana rakyat perlu tahu, adakah ini satu lagi dasar kerajaan negeri.

”Dimana tanah milik kerajaan diambil daripada rakyat untuk kegunaan (dan) kepentingan awam yang ada pada hari ini (mahu) dimajukan (membina sebuah kondominium),

“Dan lebih-lebih lagi melibatkan aset milik negeri dan saya rasa mungkin, tanpa kita kata salah ataupun betul kerajaan perlu, memberi penjelasan sebab kita tidak mahu projek yang tiba-tiba ada,
“Seolah-olah projek wahyu tiba-tiba ada dalam keadaan melibatkan kepentingan awam dan kepentingan rakyat serta akan menjejaskan ramai pihak,”ujar beliau lagi.

Justeru, beliau berkata, PAS menggesa supaya kerajaan bersikap telus berhubung pemindahan ‘parking’ tersebut dan cadangan memajukan kondominium di tapak tanah milik MBKT itu.

Sumber BO - 10-3-2018









‘Strawberry Park’; Wang Rakyat RM27 Juta Dibazirkan Kerajaan Umno

KEMAMAN – Pelaburan wang rakyat sebanyak RM27 juta membeli membeli ‘Strawberry Park Resort’ pada lapan tahun yang lalu bukan sahaja tidak membawa pulangan, bahkan sudah menjadi pembaziran dan sia-sia.

Tapak pusat percutian yang terletak Teluk Senajang, Mukim Kijal, sehingga kini, tidak diuruskan dan masih terbiar serta ditumbuhi semak samun.

Pengarah Majlis Tindakan Dewn Undangan Negeri (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, wang Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), satu tabung khusus untuk masa hadapan anak-anak negeri, menjadi sia-sia.

“Ini adalah satu pembaziran yang sangat ketara……..ke mana perginya duit rakyat (tabung amanah) RM 27 juta,

“Dulu kawasan ini meriah dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan tetapi lihat pada hari ini apa yang berlaku,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau premis tersebut, yang pernah didakwa oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), akan djadikan sebuah Institut Jantung bagi negeri Terengganu.

Menurutnya, Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said berkata demikan pada 5 Januari 2010.
”Agensi Bernama melaporkan Ahmad Said berkata, kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera,









Ustaz Hazri Jusoh
“agensi berita yang sama pada 10 Julai, 2010 turut melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan selesai,” ujarnya pada Rabu 7 Mac.

Ia jelas kini, kata beliau, satu demi satu projek melibatkan jutaan duit rakyat dibazirkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu,

”sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang mana banyak lagi rumah yang bocor dan (rakyat) tiada tempat kediaman.

“Tetapi kerajaan Umno BN melaburkan duit berpuluh-puluh juta untuk projek yang membazir akibat tidak amanah dalam pengurusan dan pentadbiran,” jelasnya.

Bangunan resort itu, kata beliau, dahulunya disewa oleh pengunjung-pengunjung dan pelancong-pelancong tempatan dan luar negeri,

“Dan hari ini cuba kita lihat duit rakyat yang dibazirkan oleh Umno BN… nak masuk pun rasa takut,”ujar beliau.

Oleh itu, Ketua Penerangan PAS Kemaman itu menggesa agar Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan kepada rakyat tentang kedudukan perkara tersebut.

”MB (Ahmad Razif) berkata, ‘Terengganu Molek Doh’…..jadi kita mahu beliau jelaskan (kepada rakyat) apakah peranan dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan ini.

“Mungkin pada pihak kerajaan Umno-BN berasa kecil tapi kami (rakyat) amat terasa terlalu besar RM 27 juta itu duit kita (semua),

“Ini duit kami……ini hak kami…..kami tak reda, kami tak rela…….pembaziran seumpama ini dilakukan oleh pemerintah pada hari ini,”tegas beliau lagi.




















Masjid Rusila

Sumber BO - 8-3-2018

Satu lagi bangunan terbiar!

DUNGUN: Satu projek yang gah dan tersegam indah, dipercayai untuk dijadikan asrama pelajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teja Putra, hampir 10 tahun masih lagi kosong dan terbiar begitu sahaja. 
Pegawai Seranta Felda PAS Terengganu, Naraza Muda berkata, persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat ialah agensi yang membiayai projek pembinaan asrama tersebut. 
Beliau mahu Kerajaan Umno-BN atau agensi berkaitan yang menguruskan kelulusan binaan bangunan tersebut tampil memberi jawapan mengenai status bangunan terbiar itu. 
“Apakah Kerajaan Pusat ataupun Ketengah ataupun Felda? Ketiga-tiga (pihak) ini sewajarnya memberi satu jawapan (kepada) tanda tanya rakyat negeri Terengganu khasnya penduduk Ketengah Jaya ini," tegasnya. 
Menurut Naraza, rakyat tidak mahu mendengar berita sebagaimana berlaku ke atas Sekolah Menengah Alor Limbat yang dirobohkan, baru- baru ini yang melibatkan RM18.5 juta, kerana tidak selamat digunakan. 
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan ke kawasan bangunan terbabit yang terletak di belakang SMK Teja Putra, Ketengah Jaya baru-baru ini.
Sehubungan itu, Naraza menggesa pihak bertanggungjawab agar memeriksa bangunan tersebut yang dilaporkan telah dibina sekitar tahun 2008 atau 2009.
“Jadi sebab itulah kami turun kami minta sangat-sangatlah Menteri Besar dengan slogannya "Terengganu Molek Doh". Apakah membiarkan duit rakyat sebanyak jutaan ringgit ini perkara yang betul, perkara yang molek? Itulah soalan yang kita bangkitkan.
”Dan sewajarnya kalau bangunan ini masih selamat pihak berwajib Kementerian Pendidikan contohnya (atau) kerajaan negeri contohnya (atau) Felda contohnya boleh duduk sekali memikirkan bagaimana untuk mengambil manfaat dengan bangunan yang ada,” jelasnya lagi.
Beliau mencadangkan, sekiranya bangunan tersebut masih selamat dan boleh digunakan, kerajaan boleh mengambil pelajar-pelajar terpilih untuk mendudukinya. 
Kata beliau, ia bagi mengelakkan bangunan itu menjadi satu lagi projek ‘gajah putih’ sebagaimana yang berlaku kepada Taman Ilmu di Besut.
“Kami tidak mahu siri-siri pembaziran ini berterusan khasnya di negeri Terengganu (kerana) penduduk tempatan sendiri terkejut (dan) mereka sendiri tak tahu adanya terbina bangunan ini,” tambah beliau. 
Siapa bina?
Generasi Kedua Felda, Wan Aziz Wan Long, 52, berkata, beliau baru mengetahui wujudnya bangunan itu dan tidak tahun siapakah yang membinanya.
”Setakat ini, baru saya tahu bahawanya ada satu bangunan yang dibuat oleh kerajaan tak tahu siapa yang buat. Setakat hari ini saya datang tengok tersegam indah. 
“Saya bimbang bangunan ini tiada penghuni dan dijadikan satu sarang (gejala sosial) pemuda-pemuda yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau.
Generasi kedua Felda berkenaan, Abdul Karim Mohamad pula memaklumkan, beliau juga tidak pernah tahu bangunan itu wujud sehinggalah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat. 
”Saya sebenarnya selaku pemuda sini orang tempatan ni kita pun tak pernah tahu wujudnya asrama ini dan saya dapat tahu bila Ustaz Satiful pernah ‘up’kan (ketengahkan) isu ini dalam Facebook beliau dan saya dapat info dalam sidang DUN pun, dia pernah bangkitkan isu ini.
"Jadi bila tahu akan wujudnya bangunan ini kita orang pun marilah selidik, dan bagi saya sayanglah bangunan begini dengan bajet tingginya tapi tiada penghuni," kesalinya. -HARAKAHDAILY 8/3/2018




















Sumber HD - 8-3-2018












Lombong Silika; Mengapa Kilang Kaca Tidak Dibina?












Aktiviti lombong silika di Rantau Abang dirakam pada Rabu 7 Mac, 2018
DUNGUN – Pelombongan pasir silika yang rancak berjalan di Bukit Senyamok, Rantau Abang tidak memberikan impak ekonomi kepada penduduk tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, beliau dimaklumkan pasir yang berharga dan boleh diproses menjadi kaca itu diekspot ke luar negeri Terengganu.

Oleh itu, beliau mempersoalkan hala tuju perlombongan tersebut dan mengapakah tidak dibina kilang bagi memproses pasir itu.

”saya mendapat maklumat….hasil silika ini diangkut pada waktu malam ke luar dari kawasan tersebut, dihantar ke luar,











Kawasan loji memprpses membasuh silika mentah di Kampung Sungai Bari, Setiu
”mengapa tidak didirikan kilang di kawasan tersebut agar dapat memberikan peluang keperjaan kepada penduduk tempatan?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perusahaan lombong pasir silika itu yang dijanjikan kerajaan negeri tidak akan mengekspot hasil galian itu, secara mentah keluar.

Sekiranya kawasan perkampungan itu tidak sesuai dibina kila, beliau mengesyorkan supaya kilang memproses silika di kawasan Perindustrian Batu Tujuh Dungun.

”mungkin dari sudut ‘infra’ tidak tidak sesuai di situ……sepatutnya dibawa ke kawasan industri Batu Tujuh….kawasan itu masih luas lagi yang belum diterokai (boleh dijadikan kilang),

”amat malanglah kepada rakyat Terengganu (kerana tidak mendapat manfaat dari lombong silika),” kata beliau kesal.

Oleh itu, jelas kata beliau, pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu begitu lemah dan tidak mengotakan janji mereka.

”mereka berjanji….. industri silika akan mengujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan, (tetapi) nampaknya,

”selagi kita meletakkan (kepercayaan) kepada Umno dan BN memerintah negeri Terengganu, selagi itulah tidak banyak manfaat kepada rakyat dan para pemuda untuk mengisi peluang pekerjaan,” tegasnya.

Berita berkait;

Silika; Kerajaan Terengganu Mungkir Janji

Sumber BO - 8-3-20118












Akibat Syariah Tidak Dilaksanakan

Akibat daripada kerajaan negeri tidak melaksanakan undang-undang syariah yang telah pun menjadi hukum yertinggi undang-undang tubuh negeri Terengganu, pelbagai maksiat dan jenayah semakin meningkat.

Yang tebaru, akhbar Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas tiga pertuduhan jenayah, termasuk meliwat bapa saudaranya sendiri.

Tertuduh yang berusia 25 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa telah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa tanpa kerelaannya yang ketika itu berusia 28 tahun, pada bulan Mac 2016, antara jam 12 malam hingga 2 pagi di sebuah rumah di Batu Rakit.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan berkenaan pada pertengahan Januari lalu, antara jam 7.30 malam hingga 8.30 malam di rumah yang sama, juga tanpa kerelaannya.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.

Pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kekerasan terhadap neneknya, 70, pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 2.30 petang di Batu Rakit.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah kecuali atas bangkitan marah yang besar, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Sebaik pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Mohamad Haldar menetapkan 27 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Sumber BO - 7-3-2018













Bekas pelajar PASTI antara terbaik STPM

SETIU: PAS Kawasan Setiu menzahirkan penghargaan tahniah atas kecemerlangan akademik diraih oleh pelajar dari Sekolah Menengah Agama Maarif Besut, Nurul Atikah Ab Manaf. 
Anak kepada Setiausaha PAS Cawangan Tempinis, Jabi, Ab Manaf Mamat dan ibunya, Zainab Husin itu merupakan antara pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Negeri Terengganu 2017. 
Anak ke sembilan dari 11 beradik yang juga bekas penuntut PASTI Tenpinis tahun 2004 itu telah mendapat 4 flat dengan memperolehi keputusan 4A 1B pada keputusan diumumkan semalam. 
Berkongsi kebanggaan itu dan sebagai dorongan kepada Nurul Atikah, Timbalan Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berziarah ke kediaman keluarga itu di Kampung Tempinis, Jabi.\ 
Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut menyampaikan sumbangan penghargaan dan mendoakan kecemerlangan pelajar itu akan terus diraih dalam segenap bidang diceburinya. -HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018 














Umno gelabah manifesto PAS

KUALA TERENGGANU: Lima lagi tawaran akan diisytiharkan selepas 15 tawaran awal Manifesto PAS Terengganu diumum sebelum ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, manifesto itu akan diumumkan sebagai tawaran baharu kepada rakyat. 
Menurutnya juga Umno Terengganu kini terdesak mengenai tawaran PAS sehingga terpaksa menganjurkan Ekspo Terengganu 2018. 
"Ekspo Terengganu itu berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak 25 Februari hingga 3 Mac lepas dengan pelbagai tawaran hadiah lumayan kepada rakyat. 
"Antaranya sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, sebuah lot tanah perumahan, sebuah lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda 
"Penganjur juga menawarkan hadiah sepanjang ekspo berlangsung seperti motosikal, barangan elektrik dan elektronik," katanya. 
Muhyidin juga berkata, tawaran PAS bagi membuka semula permohonan lot tanah kediaman dan pertanian kepada seluruh rakyat Terengganu. 
Katanya, PAS hendak beri tanah kepada rakyat yang diumumkan beberapa bulan lalu. 
"Sedangkan Umno hanya hendak beri satu lot sahaja, ribuan orang serbu Ekspo Terengganu itu," ujarnya. 
Menurutnya juga tawaran manifesto PAS telah sampai kepada pengetahuan rakyat sehingga menyebabkan Umno menjadi gelabah. -HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018 
















PAS Gesa Kerajaan Selesaikan Segera Masalah Muara Sungai Merang Yang Cetek





























Membahayakan! penumpang termasuk kanak-kanak terpaksa turun daripada bot pelancong dan mengharung sungai kerana muara sungai Merang yang cetek
SETIU – PAS menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mengambil tindakan
yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah muara sungai Merang yang cetek.

Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd kadir, ia telah menjejaskan aktiviti
pelancongan yang tidak masuk ke jeti walaupun jeti dah dibina prasarana yang lengkap.

Katanya, syarikat yang telah diberi kontrak, gagal mendalamkan kuala sungai itu dan kedaannya
sangat sangat teruk sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, kerja yang dibuat ‘sekerat jalan’ oleh syarikat terbabit menambun pasir yang ang
dikorek di pinggir sungai, menyebabkan muara sungai semakin cetek.




























Bot pelancong terpaksa ditolak bagi melepasi kawasan yang terlalu cetek
“Ini memang memalukan kita kerana dimaklumkan tadi ada pelancong sendiri turun untuk menolak
bot mereka,

“Dan saya cukup kesal apa yang berlaku apatah lagi dalam dun yang ada Ahli dewan Undangan
Negeri merupakan Exco bahagian pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh pihak media di muara sungai Merang, Ahad, 4 Mac,
disini.

Menurutnya, satu lagi isu yang ditimbulkan oleh pengusaha bot pelancong disini berkait dengan caj y
ang dikenakan kepada pelawat yang mah ke Pulau Redang.

















YDP Setiu Ustaz Saharizukirnain
”(caj) RM5.00 yang dikenakan oleh pihak Majlis Daerah Setiu kepada seorang pelancong……dulu RM1.00 sekarang (caj) naik (kepada) RM 5.00.,

“dimaklumkan (kepada saya) pelancong kalau pergi dekat (melalui) Jeti Shah Bandar nak pergi ke Pulau Redang tidak dikena caj,

“(ini) yang menyebabkan pelancong beralih ke Jeti Shah Bandar untuk ke pergi ke Pulau Redang,” ujar beliau.

Oleh itu, kata beliau, ia menimbulkan masalah menjejaskan pendapatan dan mata pencarian pengusaha pelancongan,

Justeru, beliau mengharapkan tindakan segera dibuat kerana ia telah memberikan satu gambaran yang negatif terhadap negeri Terengganu khususnya dimata para pelancong dari luar datang.

“Saya mengharapkan sekiranya ada penyelewengan dalam projek ini supaya siasatan dapat dilakukan dengan segera,” tegas beliau lagi.

Sumber BO - 7-3-2018

















Benarkah MB Terengganu Ada Tujuh Buah Rumah?

Oleh : Aqilla

KUALA NERUS – Benarkah Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memiliki tujuh buah rumah walaupun tidak sampai sepenggal memerintah negeri Terengganu?

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, sebelumya Razif adalah hanya seorang guru yang dikatakan ada lima buah rumah sahaja.

“Semua perbandingan kita rasa Terengganu jauh (keinggalan berbanding) dengan negeri lain dan salah satu faktor ialah salah urus dan salah guna kuasa serta isu rasuah,

“Dimana ada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan….. di situlah ada penyelewengan………termasuk (dakwaan terhadap) MB tuan puan, ada laporan menyebut dia ada tujuh buah rumah?,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata demikian, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, pada Sabtu, 3 Mac, disini.

Kata beliau, Umno dan Barisan Nasional menjanjikan pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara maju.

Sedangkan katanya, pelbagai masalah dan kesusahan yang menimpa masyarakat pada hari ini dengan hutang negara telah mencecah lebih RM800 bilion.

Kata beliau, negara Malaysia di peringkat dunia telah dipintas Indonesia yang sudah maju ke hadapan.

Menurutnya, skor Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transperancy International (TI) tahun 2017 jatuh daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara dengan penurunan dua mata iaitu daripada 49 kepada 47.

”Sehari dua kita lihat Indonesia (tlah) merampas kapal layar Jho Low (dan) bank Singapura telah menyita akaun bank Jho Low dan ayahnya.

”Amerika sita beberapa aset Jho Low (yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB), Bank Switzeland rampas keuntungan daripada perniagaan 1MDB ni lebih daripada 400 juta dolar,” tegasnya.

Oleh itu, beliau yang juga ADUN Paka, menyeru agar rakyat membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datng yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Sebab itulah bebanan yang ditanggung oleh generasi akan datang……sebab itulah rakyat perlu buat perubahan. Sekarang ini adalah tugasan dan tanggunggjawab kita, sudah masuk zaman yang akan menghadapi pilihan raya,

“Terengganu merupakan antara negeri sasaran PAS untuk kita memerintah pada PRU akan datang. Pada PRU 13 ada dua negeri majoriti Melayu yang memberi undi yang tinggi kepada PAS yang pertama Selangor kedua adalah Terengganu,” jelas beliau

Sumber BO - 6-3-2018

















PRU14:Tok Mun sedia lawan Hadi
Posted on Monday, March 05 @ 12:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38511



KUALA TERENGGANU - Walaupun hilang wang pertaruhan selepas dua kali kalah teruk, Maimun Yusuf, 99, atau lebih dikenali sebagai Tok Mun sedia bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini.

Malah misinya kali ini ibarat cerita wayang ‘mission impossible’ apabila berhasrat untuk bertanding di Parlimen Marang ditambah dengan masalah kewangan yang masih belum mencukupi.

“Lawan Presiden…Presiden Haji Hadi…tok ambil (undi) hok tok je…Dia (Presiden) tahulah hok (hak) tok,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampung kelahirannya di Atas Tol, Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Katanya, pemerintahan sekarang sudah jauh lari daripada landasan kerana orang Melayu sekarang hanya berada di hadapan sahaja sedangkan belakang mereka adalah bangsa lain dan bukan Islam.
Bagaimanapun katanya, beliau akan bertanding sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkannya menggunakan simbol istana serta ada yang bersedia menyediakan bantuan kewangan.

“Kalau tanding, guna simbol lain dok (tidak) jadilah.  Sebab yang lain dok (tidak) betul. Kita buat nak jadi betul, sebab atas dunia dah tak betul nanti akhirat pun tak betul.

“Sebab simbol istana itu adalah amanah orang dulu-dulu yang meminta tok menggunakan simbol itu bagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.

“Tapi sekarang ni tok tak dok pitih (duit) dan kalau ada rezeki, tok ambil selagi ada hayat.  Menang dok menang, suku kiralah,” katanya yang yakin menang pada PRU14 sekiranya menggunakan simbol istana.

Beliau menjelaskan masa bertanding dahulu, beliau menggunakan duit simpanannya sendiri untuk tujuan kempen termasuk wang deposit sebanyak RM10,000 dan ketika itu hanya menunggang basikal.
Kini, Tok Mun memiliki sebuah kereta namun kenderaan itu hanya dibawa keluar apabila ada orang lain yang memandunya.

“Tok tak reti nak bawak (memandu), kalau tok nak ke mana-mana tok mintak tolong kawan bawak (memandu), tok bagilah sikit pitih (duit) kat dia,” katanya.

Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU12 itu dianggap sesetengah pihak berjaya memecah undi tokoh Pas pada PRU ketika itu, Mohamad Sabu.

Tok Mun menentang Mohamad Sabu dan BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail dan beliau hilang wang pertaruhan selepas memperoleh undi hanya sebanyak 685 undi.

Pada PRU13 pula, Tok Mun hanya berkempen dengan menaiki basikal tanpa bantuan jentera kempen sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila hanya sekadar meraih sebanyak 182 undi.

Ketika itu, kerusi parlimen Kuala Terengganu dimenangi calon Pas, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang kini memimpin Parti Amanah.

Sekiranya hasrat Tok Mun mahu bertanding pada PRU14 di Parlimen Marang tertunai maka sudah pastinya warga emas itu akan bertanding dalam saingan empat penjuru termasuk berdepan Presiden Pas.
Sumber TKO - 5-3-2018

‘As-Sabiqun’ Tidak Akan Menyerah Kalah

DUNGUN – Kumpulan ‘orang lama’ PAS, As-Sabiqun Dungun akan memastikan generasi mereka tidak akan menyerah kalah walau apapun yang berlaku kepada PAS.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli menegaskan mereka tidak akan sekali-kali berehat kerana rehat sebenarnya adalah adalah ‘kematian’.

“Rehat kita adalah dengan mati kita dalam perjuangan…..Walhal setakat ni, kita tak akan berehat….dan orang ini tidak sekali-kali akan berasa letih dalam perjuangan”, ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Program Sarapan Pagi As-Sabiqun Bersama Pemimpin PAS Kawasan Dungun, di Warong Alias, Kampung Sura di sini pada Sabtu 3 Mac.
Oleh itu, beliau berharap golongan veteran PAS itu dapat membantu dalam kemaraan dan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam majlis yang sama, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun pula mengajak mereka yang sebelum ini berkhidmat sebagai penjawat awam atau pekerja swasta menggunakan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki untuk perjuangan menegakkan islam.

“ (perjuangan Islam)tidak terhenti selagi Islam tidak ditegakkan dalam bumi Malaysia ini amnya dan Terengganu khususnya..itulah agenda utama kita,” jelas beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu juga menyeru agar mereka yang pernah membantu menyumbang tenaga dan wang ringgit, tidak meminggirkan anak muda yang ada sekarang untuk meneruskan agenda perjuangan.

“PAS memerlukan As-Sabiqun bagi memberi semangat dan galakan kepada generasi baru untuk terus istiqamah dengan memberi tunjuk ajar
”dan bantuan mengikut kepakaran yang ada pada diri masing-masing”, katanya kepada seramai 65 orang anggota As-Sabiqun yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi As-Sabiqun Kawasan Dungun Ustaz Muhammad Radzuan bin Othman berkata, As-Sabiqun dianggotai oleh ahli-ahli PAS yang berumur 55 tahun ke atas.

”tetapi ada juga yang tidak sampai 55 tahun (namun) disebabkan mereka tidak dapat kembali aktif di dalam PAS, mereka juga menjadi ahli As-Sabiqun,” ujarnya.
Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ia adalah program julung-julung kali diadakan selepas beliau dillantik sebagai sebagai pengerusi organisasi itu oleh PAS Kawasan Dungun, pada November tahun lepas.

Turut sama di dalam majlis tersebut ialah ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik

Sumber BO - 5-3-2018






















Mana Kolej Matrikulasi Terengganu?

Terdapat lagi projek Barisan Nasional (BN) yang gagal iaitu Kolej Matrikulasi Terengganu.

Pada tahun 2009, Rancangan Malaysia ke-9 (RMK), kerajaan telah umumkan untuk membina Kolej Matrikulasi Terengganu dan Kolej Matrikulasi Kelantan.

Kelantan dah siap pada 2013, tapi Terengganu ?

Tahun 2016, telah dijanjikan Kolej Matrikulasi Terengganu akan dibuka di Ajil tetapi akhirnya tak jadi jugak. Rakyat Terengganu terus dibohongi lagi.
Tahun 2017, dijanjikan pula Kolej Matrikulasi Terengganu akan dibuka di Serating, Marang tetapi sampai sekarang masih tiada apa-apa pun lagi.
Sampai bila Rakyat Terengganu harus diperbodohkan dan dipermainkan oleh BN !!!!!!!!!!!

Ahmad Ilham
Kuala Terengganu























Sumber BO - 5-3-2018























Mendalamkan Muara Sungai Belanja Kecil Berbanding Bajet























Bot nelayan yang tersadai dan pelanggan bot pelancong terpaksa turun,, kerana air cetek di muara Sungai Merang
MARANG – Perbelanjaan untuk mendalamkan beberapa Muara sungai yang cetek dan bermasalah dalam negeri ini adalah kecil berbanding kewangan yang dibentang dalam bajet kerajaan pada setiap tahun.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya ia tidak dapat dilaksanakan kerana, ”buat kerja tidak betul”.

Bahkan kemudahan bantuan yang diberikan kerajaan kepada para nelayan, harga ikan di pasaran dan bantuan bot diberikan ‘tak tentu hala’.

“Kita menghadapi keadaan yang sangat menyusahkan kita…… makin hari makin susah walaupun ada hasil bumi dan di laut yang (yang banyak),

”menandakan banyak urusan yang dilaksanakan secara tidak betul dan salah serta tidak ikut Islam,

“tanahnya (negeri ini) yang subur (boleh) tumbuh macam-macam pohon kayu…….lautnya yang luas hasil laut terlalu banyak…..tetapi mengapa kita menghadapi kekusahan hidup berbagai-bagai kekangan,”ujar beliau kesal

Beliau berkata demikian ketika mersamikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan pengedaran (3P) Hasil Laut MS Agrotrade, Pasir Puteh dekat sini, pada Jumaat 2 Mac

Menurutnya, di negara jiran Indonesia, penduduknya berjumlah 250 juta orang dan 40 pratus daripadanya adalah orang Islam serta rakyat berada dalam keadaan yang susah.

Beliau berkata, lautnya juga banyak ikan berbanding Malaysia tetapi keadaan ekonomi tidak baik kerana salah memilih pemimpin.

“Kita biarkan kuasa kehidupan berniaga di tangan orang tengah…….yang beli daripada orang kelaut dengan harga yang murah dan dia jual dengan harga yang mahal,

“Untung boleh (kepada) dia sokmo……..dan orang kelaut dalam keadaan yang begitulah (dengan) kadar boleh hidup,” tegas beliau.

Justeru itu, Ahli Parlimen Marang itu bekata, kerajaan negeri dengan belanjawan lebih RM 1 bilion setahun perlu membuat perancangan yang lebih baik.

Katanya, pihak berwajib perlu mendengar pandangan daripada pakar untuk menambahkan meningkatkan hasil ikan serta menghahalang pukat tunda dari memasuki kawasan pembiakan.

“Ini tidak!….. habis licin dengan telurnya habis……hak laut……hak darat.…Ini keadaan yang sangat menyusahkan kita dan kita tak boleh mengubah melainkan kita dapat kuasa pemerintah,

“makanan adalah penting sama ada dari segi pertanian ataupun hasil laut dan cara Jepun merintah ialah 90 peratus daripada usaha (modal) petani dan nelayan kerajaan bayar serta RM99…..dimana petani dan nelayan bayar RM1 sahaja,

“Kerajaan bayar dan bagi duit … ambil pitih mana……ambil duit daripada kilang-kilang daripada industri, ambil cukai kenakan tinggi cukai bayar untuk bantu nelayan,” jelasnya.

Selain daripada itu, katanya, jumlah orang Islam di Asia Tenggara seramai 300 juta orang adalah satu pasaran yang yang cukup besar.

Sekiranya kerajaan menguruskan penangkapan dan pengeluaran ikan atau hasil tanaman dan produk makanan, ia akan dapat membantu para nelayan

“Ini semua kerja yang bercelaru dan tak patut menyebabkan kita dalam keadaan yang susah, dan ini menyebabkan berlakunya penyelewengan,

“Jadilah dengan perangai ini dan ubahlah…..selagi tak ubah pemerintahan dengan cara yang betul selagi itulah kita duduk dalam keadaan susah,” tambah beliau.

Sumber BO - 5-3-2018























Kawasan Perindustrian Batu Tujuh Gagal!
























Bangunan dalam kawasan industri Batu Tujuh dijadikan penternakan burung layang-layang
DUNGUN – Kawasan Perindustrian Batu Tujuh Dungun Gagal dan hanya indah khabar dari berita, apabila data yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak menepati apa yang berlaku ‘diatas tanah’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh DUN sebanyak 37 buah syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi.

”mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri daripada 37 buah syarikat yang diluluskan untuk operasi kawasan industri ini,

”yang dimaklumkan dalam jawapan bertulisnya ialah lima buah syarikat sahaja yang beroperasi, itu pun sebahagian terdiri daripada Majlis Daerah, TNB, PUSPAKOM, dan juga adalah satu dua daripada syarikat yang diluar daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke kawasan tersebut pada Khamis petang, 28 Februari.

Oleh itu, beliau menyifatkan, kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal memajukan kawasan industri itu.

”Jadi saya kira dalam tempoh yang begitu lama….tiga (orang) Menteri Besar dah……. daripada Dato’ Seri Idris, kepada Ahmad Said, kemudian Dato’ Seri Ahmad Razif,

”sekarang ini sehingga ini kita melihat kawasan ini masih lagi tidak mempunyai daya maju sebagai kawasan industri,

”sehingga hari ini bermakna projek ini masih lagi kita anggap sebagai gagal dalam memenuhi hasrat pihak kerajaan, dalam menyediakan peluang- peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Dungun ini,” tegasnya.

Oleh itu, pihak PAS kawasan Dungun, beliau mengharapkan supaya pihak berkuasa khususnya dapat mengambil suatu langkah bagi memastikan kawasan itu benar-benar menjadi kawasan industri yang dapat membekalkan sumber pekerjaan kepada rakyat di sekitar kawasan Dungun.

”Dari keseluruhannya saya merasakan projek ini masih gagal kerana yang beroperasinya hanya sekitar 20% sahaja daripada 37 syarikat yang di senaraikan dalam senarai projek di Kawasan Industri Batu Tujuh ini,

“Jadi itulah gambaran yang saya boleh lihat hasil tinjaun kita petang ini yang menunjukkan projek yang dirancang oleh pihak kerajaan negeri masih gagal beroperasi sepenuhnya,” jelas beliau.


Sementara itu, data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan berbeza-beza dan meragukan.

Berdasarkan kertas Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu untuk Seminar Pelaburan pada September 2016 mencatatkan, kesemua tanah industri kawasan terbabit telah djual.

Sejumlah 14 hektar keseluruhan kawasan itu, termasuk yang baru, hanya enak hektar sahaja yang berbaki.

Sebaliknya tinjauan yang dibuat membuktikan, sebahagian lot-lot industri itu tidak dijalankan sebarang perusahaan, menjadi penternakan sarang burung layang-layang dan sebahagiannya menjadi tempat tinggal.

Sumber BO - 4-3-2018

















































Selain Dungun Dan Merchang, Muara Sungai Merang Juga Cetek Dan Sempit

Oleh : DMS

SETIU – Selain muara sungai Merchang dan Sungai Dungun yang bermasalah, nelayan dan pengusaha bot pelancongan juga semakin sukar untuk keluar mencari rezeki, kerana muara Sungai Merang yang semakin cetek.

Mohamad Sulaiman, 59, kesal kerana beliau terpaksa menjual bot kayunya dan terpaksa membeli sampan kerana masalah muka kuala sungai itu.

Beliau mendakwa kerja-kerja mendalamkan sungai itu tidak berjaya bahkan tidak memberikan kesan langsung.

“kuala (Merang) air tohor (cetek) saya sampai jual bot kayu sebab tak boleh keluar (menangkap ikan)…….jual bot kayu dan beli sampan untuk saya ke laut,
























Mohamad Sulaiman
”yang mana orang korek, pihak kerajaan korek (kuala itu tetapi) tak menjadi, tak memberi kesan ‘sikit habuk (langsung) buat masa sekarang,” ujarnya.

Sekiranya masalah tersebut berterus, beliau tidak pasti tentang masa depannya dan tidak tahu apa jenis pekerjaan yang boleh beliau lakukan.

Katanya, walaupun sekarang menggunakan bot kaca gentian yang kecil, beliau terpaksa turun ke dalam sungai dan menolak perahunya, agar dapat masuk ke muka kuala.

Rakan sekerja beliau, Hazlin Mohamad menjelaskan, keadaan muka kuala yang sempit lebih membahayakan, terutama ketika air surut.
























Nelayan terpaksa menolak bot
“masalah ni jadi susah kita orang kampung (nelayan) nak keluar masuk, orang pelancong pun bermasaalah, masalah sokmo,” jelasnya.

Katanya, walaupun kerja mengorek pasir yang dibuat oleh syarikat T-Titian Nerus Sdn.Bhd, namun masih gagal mendalam sungai itu.

Bahkan, beliau dan rakan-rakanya menyifatkan, syarikat terbabit hanya ‘menipu’ rakyat.
“Titian Nerus ni, tipu-tipu terus rakyat kampung Merang kita ni.

“Hok pasir hok stambung tu hok ada, hok pasir tu ia korek naik timbung supaya ada kerja…..memang tipu terus la, sebab kita tahu la.……sebab kita tengok sendiri dengan mata kita,sebab kita orang kampung ni,” tegas beliau.

Hazlin juga menegaskan projek yang didakwa menelan belanja dekat sejuta ringgit itu ada terlalu mahal berbanding usaha yang pernah dibuat penduduk kampung bagi mendalamkan muara tersebut.

“projek (korek pasir kalau RM1 juta) mahal…….sedangkan orang kampung buat dulu tak mahal mana…boleh tembuh (lalu),
”Sekarang ni bunyi kata dekat sejuta lebih (RM) tak boleh pakai langsung pasir koho (betambah) banyak ada,” katanya lagi.
























Abdul Rahim Abdullah
Manakala seorang pengusaha bot pelancong, Nasoha Mat Yasin, 46, berkata, masalah yang sama menyukarkan beliau untuk mengangkut pelanggannya ke Pulau Redang dan destinasi lain.

“ada masanya pelancong terpaksa dibawa dengan bot kecil dan dipindahkan ke bot lain selepas melalui muara,

”kami terpaksa tolak bot melalui muara ini…….bayangkanlah,” kata beliau.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Abd Rahim Abdullah, 38, berkata, beliau terpaksa meletakkan bot nelayannya di Pulau Duyong di sebabkan keadaan laluan muara di Merang yang tidak boleh keluar dan masuk untuk aktiviti menangkap ikan.

Berita berkait;

Muara Cetek Ancam Nyawa Nelayan

Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki

Sumber BO - 3-3-2018

























Pasukan Perubatan KT (KT Medical Team)

Tiga tahun lepas, Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah diwujudkan oleh Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu yg bermula buat pertama kalinya pada 14 april 2016 di Pejabat Penyelaras, jalan Banggol, Kuala Terengganu.

Ketika itu, hanya seorang doktor yang berkhidmat iaitu Doktor Fadzilah Ismail.

Bermulanya program pemeriksaan kesihatan percuma hanya satu kali setiap bulan di pejabat penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, seterusnya pihak pejabat menyusun untuk turun ke semua dun-dun didalam parlimen kuala terengganu pula.

Bermula september 2016, program pemeriksaan kesihatan percuma di buat di setiap dun pada setiap minggu. Bermakna satu kali satu dun setiap bulan.

Selepas itu program ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kuala terengganu dan disertai oleh beberapa orang doktor lagi, iaitu Doktor Wan Mohd Amirudin Wan Abdullah, Doktor Nor Adinah Mohamad dan ramai lagi.

Tiga tahun sudah berlalu, program ini hampir dibuat di seluruh kampung didalam kuala terengganu. Pada hari ini 3 Mac 2018 sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu kali ke 43 dengan rasminya ditubuhkan satu NGO yang bernaung di bawah PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Dinamakan KUALA TERENGGANU MEDICAL TEAM dianggotai oleh 14 orang doktor dan seorang jururawat yang telah dirasmikan pelancaran oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar tadi.

Mohd Soud Said

Setiausaha PAS Kuala Terengganu

























Sumber BO - 3-3-2018




















































Satu Lagi Bangunan Terbiar!

DUNGUN – Satu projek yang gah, tersegam indah, dipercayai untuk dijadikan asrama pelajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teja Putra, hampir 10 tahun masih lagi kosong dan terbiar begitu sahaja.

Pegawai Seranta Felda PAS Terengganu, Naraza Muda berkata, persoalan yang timbul di kalangan masyarakat ialah, siapakah yang membiayai projek pembinaan asrama ini?

“Apakah kerajaan pusat ataupun Ketengah ataupun Felda? Ketiga-tiga (pihak) ini sewajarnya memberi satu jawapan (kepada) tanda tanya rakyat negeri Terengganu khasnya penduduk Ketengah Jaya ini,

”siapakah agensi…..manakah yang membiayai projek ini…….yang kita lihat satu lagi projek pembaziran yang berlaku,” ujar beliau.

Katanya, rakyat tidak mahu mendengar berita sebagaimana berlaku keatas Sekolah Menengah Alor Limbat yang dirobohkan, baru- baru ini yang melibatkan belasan juta ringgit RM18.5 juta, kerana tidak selamat digunakan.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan ke kawasan bangunan terbabit yang terletak di belakang SMK Teja Putra, Ketengah Jaya pada Rabu 28 Januari.

Oleh itu, beliau mebggesa pihak bertanggungjawab agar memeriksa bangunan tersebut yang dilaporkan telah dibina sekitar tahun 2008 atau 2009.

“Jadi sebab itulah kami turun kami minta sangat –sangatlah Menteri Besar dengan slogannya ‘Terengganu molek doh’,

”apakah membiarkan duit rakyat sebanyak jutaan ringgit ini perkara yang betul… perkara yang molek? itulah soalan yang kita bangkitkan,

”dan sewajarnya kalau bangunan ini masih selamat pihak berwajib Kementerian Pendidikan contohnya (atau) kerajaan negeri contohnya (atau) Felda contohnya boleh duduk sekali memikirkan bagaimana untuk mengambil manfaat dengan bangunan yang ada,” jelasnya.

Beliau mencadangkan, sekiranya bangunan tersebut masih selamat dan boleh digunakan, kerajaan boleh mengambil pelajar-pelajar terpilih untuk mendudukinya.

Ia adalah. Kata beliau, bagi mengelakkan bangunan itu menjadi satu lagi projek ‘gajah putih’ sebagaimana yang berlaku kepada Taman Ilmu di Besut.


























Wan Aziz Wan Long
“kami tidak mahu siri-siri pembaziran ini berterusan khasnya di negeri Terengganu (kerana) penduduk tempatan sendiri terkejut (dan) mereka sendiri tak tahu adanya terbina bangunan ini,” tambah beliau.
Generasi Kedua Felda Wan Aziz Wan Long, 52, berkata, beliau baru mengetahui wujudnya bagunan itu dan tidak tahun siapakah yang membinanya.

”Setakat Ni baru saya tahu bahawanya ada satu bangunan yang dibuat oleh kerajaan tak tahu siapa yang buat. Setakat hari ini saya datang tengok tersegam indah,

“Saya bimbang bangunan ini tiada penghuni dan dijadikan satu sarang (gejala sosial) pemuda-pemuda yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau.

Seorang anak muda Felda, Abdul Karim Mohamad pula memberitahu, beliau juga tidak pernah tahu bangunan itu wujud sehinggalah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paha Ustaz Satiful Bahri Mamat.


























Abdul Karim Mohamad
”Saya sebenarnya selaku pemuda sini orang tempatan ni kita pun tak pernah tahu wujudnya asrama ini dan saya dapat tahu bila YB Ustaz Saiful pernah ‘up’kan (ketengahkan) isu ini dalam facebook beliau dan saya dapat info dalam sidang DUN pun, dia pernah up dia pernah bangkitkan isu ini,

“Jadi bila tahu akan wujudnya bangunan ini kita orang pun marilah ‘usha’ (selidik)….sayanglah bangunan lawa begini dengan bajet tingginya tapi tiada penghuni,

“kalau beri pada budak-budak (anak-anak generasi Felda) duduk lah….insyaAllah tapi dengan keadaan dengan lamanya…….tiada orang duduk (tiada) penghuni jadi macam banyak infrastruktur dia macam kabel kemungkinan besar sudah rosak,” katanya.

Menurutnya, Penyelaras Umno DUN Paka pernah menyatakan kos membina banguna itu adalah bernilai RM5 juta.

Sumber BO - 3-3-2018



























Beri PAS menang untuk jaga rakyat - Wan Hassan

DUNGUN: Rakyat umumnya termasuk pengundi kaum Tionghoa khususnya di Dungun ini agar dapat memilih PAS sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU14). 
Kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli  kemenangan PAS penting bagi menjaga kebajikan rakyat seluruhnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sempena Tahun Baharu Cina di perkarangan SJK (C) Sin Chone Dungun, Kampung Batu Lima, Paka, di sini semalam. 
Menurut Wan Hassan lagi, penyertaan parti itu dalam pilihan raya juga kerana mahu menang serta memerintah negeri dan negara ini.“PAS bila kita masuk pilihan raya, kita nak menang. Sebab, nak memerintah negeri dan negara. 
"Tujuannya, kita nak jaga kebajikan rakyat dan rakyat kita pula ada yang Muslim, ada yang non-Muslim. Tetapi tetap kita (PAS) kena jaga mereka semua. “Di antara yang pernah kita lulus semasa pemerintahan kerajaan PAS tahun 1999-2004 iaitu tapak Tokong (Cina) di Kampung Batu Lima ini diluluskan oleh kerajaan PAS di zaman ketika saya jadi Exco Kerajaan Negeri (Terengganu). 
“Kita (Islam) mesti rai orang bukan Islam kerana mereka juga adalah rakyat kita. Maka, mesti dijaga kebajikan hak yang melibatkan agama mereka. Hak yang melibatkan kesihatan mesti diraikan, yang melibatkan pendidikan mesti diraikan kerana mereka adalah rakyat kita. “Pesanan Nabi saya, Muhammad SAW menyebut, barang siapa yang menyakiti orang yang bukan Islam, yang baik, yang mereka itu sebagai rakyat. 
"Maka, dia sama seperti menyakiti aku (Nabi SAW). “Oleh itu, kita wajib jika kita (PAS) memerintah (mesti) melakukan keadilan kepada semua,” jelasnya dihadapan 400 masyarakat Tionghoa. 
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang,  Alias Harun, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dungun, Puan Sarena Lim Abdullah. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Sumber HD- 2-3-2018 

PAS bukan parti diskriminasi

DUNGUN: PAS bukan sebuah parti yang mendiskriminasikan rakyat dan telah terbukti dalam pemerintahannya di Kelantan serta Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan kembali masyarakat Tionghua di negeri ini yang diberi layanan adil oleh kerajaan PAS Terengganu.
Katanya, sepanjang tempoh satu penggal PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999-2004 tidak berlaku sebarang diskriminasi parti itu.
"Ini kerana, katanya ajaran Islam tidak membenarkan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat termasuk di kalangan non-Muslim.
Semasa pemerintahan PAS Terengganu tahun 1999-2004, tidak ada diskriminasi yang dilakukan kepada masyarakat Tionghua di negeri ini. 
"Kita (PAS) tidak pernah halang hak beragama dan berkebudayaan untuk masyarakat Cina. Mereka juga boleh tanya kawan-kawan Cina di Kelantan, apakah kerajaan PAS khianat terhadap warga Tionghua di Kelantan. 
"Kita (di Terengganu) ada agihkan lot-lot tanah kepada rakyat termasuk masyarakat Tionghua tetapi dirampas kembali oleh pemerintahan Umno-BN selepas itu," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat PAS Kawasan Dungun di perkarangan SJK (C) Sin Chone Dungun, Kampung Batu Lima, Paka, di sini semalam. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
(Ikuti bicara lanjut beliau yang disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2328 edisi Isnin)
Sumber HD- 2-3-2018 





























Cari Penaja Zoo Bukit Takal, Elak Pembaziran

KEMAMAN – PAS mencadangkan agar kerajaan mencari penaja bagi membiayai kos mengurus dan menyelenggara dan Zoo Bukit Takal bagi mengelakkan pembaziran dana awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, ia juga boleh bagi mengurangkan pengaliran wang keluar daripada hasil cukai dan pelbagai caj, yang dikutip daripada rakyat, khususnya oleh Majlis Perbandaran Kemaman.

”Perbelanjaan (Zoo Bukit Takal) setahun hampir M3 juta yang melibatkan kos makanan dan kos penyelenggaraan dan juga kos operasi. Manakala pendapatannya saya difahamkan sekitar RM7 ratus hingga ke lapan ratus ribu setahun.

“(Defisit) Ini menandakan bahwa Majlis Perbandaran Kemaman terpaksa mencari kewangan lain bagi memastikan Zoo Bukit Takal berjalan dengan baik.

“Saya pernah mencadangkan supaya sebahagian daripada binatang ini diswastakan kepada syarikat-syarikat sebagaimana yang dibuat oleh zoo negara contohnya Harimau (ditaja oleh) Malayan Banking,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Zoo tersebut di Pekan Ibok, di sini pada Rabu, 28 Februari.

Menurutnya, adalah lebih wajar hasil MPK dibelanjakan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat khususnya di bandar Chukai.

Ia adalah kerana, kata beliau, terlalu banyak kemudahan yang rosak dan perlu dibaiki dalam kawasan Zoo terbabit.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, ia akan memberikan masalah kewangan kepada MPK sekiranya kos mengurus zoo itu terus dibiayai oleh kerajaan.

Antara kerosakan yang perlu diperbaiki, kata beliau, ialah Taman Permainan Kanak-kanak yang berkarat dan reput serta Taman Tema Air yang tlah menelan perbelanjaan RM 2,690,000.00.

”banyak yang berkarat…….reput, Taman Permain Kanak-kanak telah ditutup……perlu diperbaiki segera,

”gelongsor air dah rosak….. lebih lima tahun lalu masih belum dibaik pulih, apabila banyak kemudahan tidak ada dan binatang pun tak banyak,

”zoo ni jadi tidak menarik untuk dikunjungi,” jelas beliau.

Katanya, ia tidak ‘menaikkan semangat’ dan rasa orang ramai untuk datang, seperti Zoo Negara Malaysia.

“Sedangkan projeknya sangat mahal dan kewangan banyak dah habis……tetapi inilah keadaan dan ada….harimau ada tigas ekor, gajah ada dua ekor,

”ada itik angsa……di rumah orang pun boleh tengok (tak perlu ke Zoo)….saya rasa tidak boleh menarik minat kanak-kanak ataupun orang ramai untuk melihat,” kata beliau..

Justeru itu, beliau mengharapkan supaya kerajaan melihat dan menilai kembali perjalanan zoo tersebut.

“(mungkin) menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memastikan operasi ini tidak membebankan Majlis Perbandaran Kemaman yang pada hari ini pendapatan MPK pun sangat berkurangan,

”akibat banyaknya kilang-kilang yang ditutup menyebabkan tidak tidak dapat mengambil cukai-cukai pintu daripada mereka semua,” tambah beliau.

Sumber BO - 1-3-2018

Rakyat Sangat Memerlukan Mini Zoo ?































Gelongsor Air Taman Tema Zoo Kemaman rosak sejak lima tahun lalu
PAS bukan tidak setuju dengan projek pembangunan perlancongan dan rekreasi. Bahkan PAS juga menawarkan projek perlancongan dan rekreasi yang lebih sejahtera dan bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan rakyat dan pelancong domestik dan luar negara.

2. Pembinaan Mini Zoo Bukit Takal Kemaman tidak diurus dengan baik, yang menyebabkan kerajaan Negeri terpaksa berbelanja dengan kos yang tinggi dan tidak mendapat pulangan hasil yang setimpal.

3. PAS mencadangkan supaya penjagaan spesies haiwan dan penyelenggaraan zoo perlu diurus oleh pihak penaja, agar Kerajaan Negeri, khususnya Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) tidak menanggung beban.

5. Hasil cukai dan caj ‘parking’ yang yang dikutip MPK dari orang ramai sepatutnya digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk, bukan dihabiskan untuk menguruskan zoo.

4. Penyata Kewangan Negeri 2016 pada P03940 Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal tercatat jumlah anggaran harga projek RM 64,576,801.38. Anggaran bagi tahun 2016 – 2020 sebanyak RM 80,000,000 (RM80 juta).

5. Terdapat pembaziran dalam pembinaan ‘gelongsor air’ di Taman Tema Air, Mini Zoo Bukit Takal yang dibina pada tahun 2009 dengan kos RM 2,690,000.00, mula beroperasi sekitar Februari 2011. Setelah dua tahun zoo tersebut dirasmikan, gelongsor dan taman tema air itu telah rosak.
6. Sehingga kini, setelah lebih enam tahun berlalu, ia masih tidak diperbaiki dan masih ditutup kepada orang ramai.

7. Persidangan DUN pada 11 – 14hb Disember 2017, Mantan Menteri Besar membuat tawaran kepada kerajaan negeri agar mengambil gelongsor air tersebut dan dibawa ke Taman Tema Air di Pulau Poh Tasik Kenyir.

8. Ia bermakna, wang yang rakyat yang digunakan untuk membina gelongsor air itu ‘hangus’ begitu sahaja, kerana pelawaan Ahmad Said itu bermakna, gelongsor dan Taman Tema Air, Mini Zoo Kemaman tidak akan dibaik pulih.

9. MPK membelanjakan hampir RM3 juta setahun untuk menampung pengurusan zoo Bukit Takal, sedang hasil yang diperolehi hanya sekitar RM1 juta sahaja setahun. Bahkan anggaran perbelanjaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo pada tahun 2018 sebanyak RM5 juta.

10. Perbelanjaan keseluruhan pembinaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal adalah seperti berikut;

I. Membina Akuarium pada 4 Ogos 2008 bernilai RM 595,000.00,
ii. Membina Tempat Letak Kereta pada 3 Mei 2009 berjumlah RM 100,000.00,
iii. Pembangunan Pakej 7 : African Savana sebagaimana tender yang diberikan pada 14 September 2011 berjumlah RM9,450,000.00,
iv. Pembangunan Pakej 9 : Wild Asia pada 18 Mac 2012 sebanyak RM 9,000,000.00,
v. Membina pencawang elektrik sebanyak RM172,000,
vi. Pembinaa Pakej 8; Water Reticulation bernilai RM3.6 juta,
vii. Pembinaan pakej 5 jalan dan longkang yang berjumlah RM2 juta.

10. Mantan MB Dato Seri Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 April 2012 ketika menjawab soalan berkata pembinaan zoo terbabit hanyalah kira-kira RM14 juta sahaja.

11. Rakyat mesti menilai ketidakupayaan Kerajaan BN mengurus Taman Rekreasi dan Mini Zoo dengan baik sehingga kelihatan ‘hidup segan mati tak mahu’. Lihat bagaimana Zoo Negara dan Zoo Melaka telah diswastakan. Kaedah penswastaan adalah terbaik untuk menjadikan pengurusan zoo lebih efektif dan terjamin serta dapat mengurangkan beban Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri boleh menggunakan peruntukan pengurusan zoo untuk tujuan urusan lain dan kepentingan yang langsung untuk rakyat..

Jika rakyat bersedia melihat perubahan dalam mengurus Taman Rekreasi dan Mini Zoo, rakyat boleh menyerahkan mandat PRU 14 kepada PAS.. Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
13 Jamadil Akhir 1439H / 1 mac 2018
KHAMIS

Sumber BO - 1-3-2018































Beri Tanah Tanggungjawab Kerajaan, Bukan Hadiah ‘Cabutan Bertuah’

DUNGUN – Tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan rakyat mempunyai rumah atau tanah untu tempat tinggal dan bukannya dijadikan sebagai hadiah ‘cabutan bertuah’.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Expo yang dianjurkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan kelakar dan ‘memperolok-olokkan’ orang ramai dengan menawarkan berbagai macam hadiah.

“Ni saya tengok expo dok ke kelakar…… expo Terengganu cabutan bertuah (hadiahnya) tanah satu lot rumah…….mu parti kerajaan,

”patut kena buat …..bukan cabutan bertuah (tapi) bagi terus (tanah)…….cari pluang rakyat nak memiliki tanah. Ini baru betul! bukan nya beri cabutan bertuah buat expo cabutan bertuah (hadiah) rumah,” jelasnya.

Tetapi kata beliau, ianya adalah munasabah, kalau sekiranya ia dibuat oleh PAS kerana ia bukan parti yang memerintah.

Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Markaz Unit Peti Undi (UPU) Sungai Buaya, Isnin 26 Februari, disini.

Tegasnya, pemerintah wajib memikirkan kebajikan rakyat sepanjang masa bukan hanya sekadar waktu hampir pilihan raya.

Katanya, ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ selama empat jam yang dibuat oleh BN tidak akan mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat seanjang tahun, sekarang.

Justeru itu, kata beliau, rakyat perlu melihat pemimpin yang sesuai dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

”bukan (jangan) memilih pemimpin yang cakap lain (tapi) buat lain…….tengok ketika mana dekat dengan PRU (sahaja mereka) berjanji kepada rakyat untuk membela,jaga agama serta kebajikan rakyat,

“Dan bila kita sebut nak jaga kebajikan rakyat (mereka mestilah) nak buat rumah…..beri tanah….nak jaga kebajikan rakyat (dengan) tengok peluang pekerjaan. Jadi kita kena fikir untuk rakyat biar untuk rakyat (semata-mata),” katanya

Sehubungan itu, kata beliau, 80 % rakyat hari ini bercakap tentang kos sara hidup dengan peningkatan harga barang kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak sepadan dengan perbelanjaan.

Beliau kesal kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaa menarik balik peruntukan sebanyak RM 10 juta untuk membuat kajian berkaitan kos sara hidup.

“Sepatutnya peruntukan yang dicadang kalau boleh kajian (dibuat tentang) harga minyak,” tambah beliau.
Kenaikan harga berdasarkan mingguan, katanya, menyulitkan pengusaha dan pengguna,

“Dan pada hari (kenaikan) mingguan tiada sorang cara nak naik… naik.. nak turun… turunlah ikut pandai yang (yang) menyulitkan kehidupan rakyat,”ujar beliau.

Beliau berpendapat, kadar GST sebanyak peratus adalah sangat tinggi kerana katanya, orang miskin tidak mampu dan hanya berbelanja mengikut keperluan.

Sumber BO - 28-2-2018
































Media PAN penegak fitnah dan propaganda

CEPAT sungguh media Malaysia Dateline yang terkenal alat propaganda PAN melaporkan tentang audio suara Nik Abduh. Lagi laju dari media lain. PAN adalah satu-satunya parti yg justifikasi kewujudannya adalah atas fitnah UG yang dilontarkan kepada PAS. Tanpa tertegaknya kepercayaan orang bahawa UG itu wujud, PAN hampir tiada asas untuk kekal relevan. 
Baca molek-molek apa ditulis dalam video itu. Ustaz Zaharuddin dan beberapa rakannya dikatakan membuat perjumpaan tertutup dengan Nik Abduh minta penjelasan. Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan 'beberapa orang'kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar. Suara yang kononnya Nik Abduh itu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar. 
Jadi jika pertemuan 'beberapa orang' mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu? Content, isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah. 
Biasanya kita kesan kandungan itu, satu-satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodoh saja yang cerita dedahkan sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit! 
Suara Nik Abduh pula dipertikai oleh orang yang rapat dan biasa dengan beliau. Tak sama. Dalam prinsip BPMS PAS, kita tolak politik fitnah. Jika kita pun nak layan fitnah. Lagi terhormat dan cerdik jika kita percayakan fitnah liwat Anwar yang dah turun naik mahkamah dengan perbicaraan awam beserta segala bukti pendakwaan dan keputusan mahkamah berbanding fitnah tak berhujung pangkal lontar batu sembunyi tangan yang dibuat terhadap PAS. 
Tak ada bukti apa, reka bukti pun low class, main pakat sebar aku dengar dia kata...hearsay semata-mata, dan tak disokong dengan realiti sebenar yang berlaku PAS tetap lawan Umno, dari atas sampai akar umbi masih terpaksa berkorban harta benda untuk jayakan perjuangan. Kalau ada duit 90 juta, kita tak ceramah bawah khemah murahan. Kita sewa dewan hotel besar macam PAN buat konvensyen atau PH buat sidang meja bulat. 
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD - 28-2-2018 

































Muara Cetek Ancam Nyawa Nelayan

DUNGUN – Kerajaan digesa menyelesaikan masalah muara sungai Dungun yang cetek dengan segera kerana ia mengancam keselamatan nyawa dan harta benda kepada lebih 1,000 orang nelayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, ia bukan satu yang baru, sudah berlarutan sekian lama.

Katanya, perkata tersebut sangat kritikal bagi nelayan Dungun, kerana pada setiap tahun pasti akan ada kemalangan yang berlaku akibat daripada muara sungai yang cetek itu.

“pada persidangan DUN yang lalu, saya ada kemukakan soalan……tetapi soalan lisan saya tidak sempat dijawab,

“saya dimaklumkan ada kajian yang dibuat, jadi apakah hasil kajian tersebut, dan bilakah ia akan dilaksanakan?” soal beliau.

Menurutnya, saban tahun pasti ada kemalangan yang berlaku di kuala sungai tersebut yang melibatkan kematian.

“pada bulan Disember tahun lalu…..kemalangan melibatkan empat orang ‘tekong’ dan sebelum itu,

“pada bulan Ogos empat orang nelayan…..botnya tenggelam dan hanya satu mayat dijumpai, tiga lagi hilang terus tidak dijumpai sehingga hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama beberapa orang nelayan di Tanjung Kuala Dungun pada Isnin, 26 Februari.
Sehubungan itu, seorang Nelayan Bahyuddin Mohd berkata, selain kerja-kerja mendalam muara tersebut, penyelesaian kekal mesti dibuat oleh pihak berwajib.

Katanya, muara sungai yang begitu lebar perlu ‘disempitkan’ supaya mengelakkan gelombang kuat dimuka kuala terutama musim ‘angin tenggara’ dan musim tengkujuh.


































Kapal Korek Pasir
Katanya, bila air cetek, risiko adalah tinggi kerana keadaan laut terpengaruh dengan angin, yang akan menyebabkan gelombang besar.

“untuk (kerja) mendalamkan (muara) memang hak tu memang tetap dah (perlu dibuat) tetapi kena ada usaha lain pula selain mendalam tu,

“sebab kita rasa selagi (kuala) sungai ni tak sempit selagi itu makna isu ini tak habis…… setahun ke setahun daripada generasi ke genarasi,” tegas beliau.

Menurutnya, penyelesaian yang terbaik adalah membina benteng penecah ombak (break water’ sebagaimana telah dibuat di Kuala Terengganu dan muara sungai Marang

Sumber BO - 28-2-2018


































Pangsapuri Ladang Tanjung Untuk Siapa?

Pangsapuri setinggi 30 tingkat dibina di kawasan seluas 15 hektar di Ladang Tanjung Kapur, Kuala Terengganu.

Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, “Projek perumahan di Ladang Tanjung Kapur itu kelak akan diberi keutaman kepada penduduk Ladang, Ladang Sahak, Ladang Tok Pelam dan Kampung Tanjung yang terlibat dengan penstrukturan semula bandar raya Kuala Terengganu.”

“Ia akan dijual dengan harga subsidi yang munasabah.”

Semua janji manis di atas hanya untuk meredakan kebimbangan rakyat, khusus penduduk Kampung Tanjung yang diambil tanah-tanah mereka.
Tapi iklan memeranjatkan kita daripada Tabung Amanah Warisan Terengganu tentang harga lot pangsapuri dengan tiga kategori seperti berikut ;

1- Lantai Jenis A – harga RM470,000.00
2- Lantai Jenis B – harga RM530,000.00
3- Lantai Jenis C – harga RM510,000.00
'
Harga ini sangat jauh beza, jika dibandingkan harga satu lot di pangsapuri Ladang Gemilang 1 dan Ladang Gemilang 2 yang hanya sekitar RM150,000.00 – RM175,000.00.

Itu pun sudah membebankan rakyat di ketika mana kos sara hidup yang tinggi di masa kini.
Adakah orang melayu mampu beli atau tidak ?

Adakah penduduk kg Tanjung mampu memilikinya atau tidak ?

Berapakah subsidi yang dijanjikan ? Molek dah, kalau rakyat nok ubah pada PRU kali ini..

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ktua Penerangan PAS Terengganu.
11 Jamadil Akhir 1439H / 27 februari 2018
SELASA

Sumber BO - 27-2-2018



































































Pemuda PAS Dun Chukai lancar markas induk

KEMAMAN: Markas Induk Pemuda PAS Dun Chukai telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam majlis di perkarangan kediaman Adun Chukai, Hanafiah Mat, di sini kelmarin.

Pelancaran markas sebagai pusat pengumpulan tenaga kerja Pemuda PAS itu adalah dalam usaha mengorak langkah mendepani PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid menyatakan, sokongan kepada PAS kini kian meningkat dan ini adalah kerana PAS konsisten dengan dasar dan matlamat perjuangannya. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah pula dalam ucapannya menyenaraikan projek-projek pembaziran Kerajaan Umno-BN yang tidak menguntungkan rakyat. 
"Jika duit ini digunakan untuk membantu rakyat, betapa banyak manfaat yang rakyat akan dapat. Tidak ada kerajaan yang lebih baik melainkan PAS yang cakna dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya. 
Manakala Hanafiah Mat dalam ucapannya menyeru seluruh penduduk Kemaman hingga ke Besut untuk memberi undi kepada PAS bagi memberi laluan kepada PAS memerintah Terengganu Darul Iman. 
Dalam majlis yang sama juga, diadakan Majlis Jamuan Rakyat, cabutan bertuah dan edaran risalah manifesto.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik; Bendahari PAS Kemaman, Johan Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood. -HARAKAHDAILY 27/2/2018



Sumber HD - 27-2-2018 




Dun Chukai diyakini kekal milik PAS

KEMAMAN: PAS berkeyakinan penuh untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Chukai dalam PRU akan datang berdasarkan kepada gerakerja dan sambutan yang sangat memberangsangkan terutama dari golongan muda.
Demikian penegasan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Dun Chukai, Ustaz Osmarizal Omar, 37, ketika ditemui ketika Majlis Perasmian Markas Pemuda Dun Cukai di sini kelmarin.
Keyakinan beliau adalah berdasarkan sambutan oleh anak-anak muda terhadap program-program anjuran PAS Chukai yang bukan sahaja datang daripada penyokong PAS, malah turut dikesan anak-anak orang Umno dan PH juga menyertainya.
“Persiapan berbanding PRU dahulu sangat berbeza dan kita melihat bukan sahaja sokongan biasa malah kita sekarang sudah mendapat menarik ahli-ahli yang sanggup berkerja untuk parti.
"Saya yakin sokongan yang penting ini datang dari sikap Adun Chukai, Hanafiah Mat sendiri yang mana beliau sangat mesra pemuda dan banyak program-program dia akan turun memberi sokongan.
"Bukan itu sahaja, beliau juga suka bertanya pandangan pemuda dan meraikan pemuda, samada Pemuda PAS ataupun orang muda dari luar parti,” terang beliau.
Osmarizal yang akan mengetuai jentera PRU Pemuda Dun Chukai buat kali kedua juga percaya akan dapat mengatasi cabaran daripada gerakan pemuda parti-parti lawan dan sangat bersedia walau terpaksa menghadapi tiga penjuru.
Melalui pemerhatian beliau, tiada persiapan besar daripada parti lain, malah ada sesetengah parti, masih belum ada penggeraknya, seperti tiada tenaga kerja yang mahu menjalankan kerja-kerja PRU.
"Berbeza dengan PAS, bukan sahaja pemuda-pemuda dari kalangan Islam, tetapi juga pemuda-pemuda bukan Islam dalam banyak pertemuan, berjanji akan menyokong Hanafiah, wakil rakyat yang mereka sukai.
"Namun begitu, saya dan pasukan Pemuda Cukai tetap tidak memandang rendah keupayaan lawan, walaupun PAS diyakini akan menguasai kembali Dun Chukai bagi PRU yang bakal menjelma dengan membuat kerja sambil lewa.
Dan bagi memastikan impian itu direalisasikan, Pemuda Chukai telah, sedang dan akan mengorbankan segala bentuk keperluan seperti kewangan, tenaga fizikal dan kemudian bertawakal kepada Allah diatas usaha mereka itu," akuinya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Adun Cukai, Haji Hanafiah Mat dan Ketua Pemuda Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD - 27-2-2018 

Komuniti Pendidikan Sedia Bantu PAS

MARANG – Badan bukan kerajaan (NGO) sedia membantu PAS dalam usaha pendidikan sekiranya parti itu diberi mandate oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Seorang pensyarah, Prof. Madya Dr Burhanuddin Abdullah mencadangkan agar Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) menubuhkan Komuniti Pendidikan bagi tujuan tersebut

“PAS (melalui KAWAN) akan (boleh) mewujudkan Komuniti Pendidikan dalam masyarakat terus kepada rakyat sebagai tambahan kepada institusi sedia ada seperti sekolah agama,

“sekolah pondok, surau, masjid serta rumah-rumah yang boleh dijadikan medan berusrah, tazkirah dan majlis bacaan Yassin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Dan Dialog Pendidikan serta perasmian Pusat Pendidikan Komuniti Marang di Sungai Kerak, di sini pada Sabtu 24 Februari.

Oleh itu, beliau menyeru agar aemua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing, menyuburkan amalan baik dalam komuniti tetmasuk tegur- menegur dan bergaul rapat sesama mereka dalam bentuk kolektif atau berjemaah.

“Ianya adalah antara bentuk sistem kaunseling dalam masyarakat. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi merealisasikannya seperti gotong-royong, bengkel untuk ibu bapa, kemahiran dalam masyarakat bagi anak muda,

“bengkel khusus untuk orang muda dalam mencari jodoh dan sebagainya. Akan tetapi, semuanya perlu merujuk kepada asas agama dan ketuhanan yang menjadi garis panduan,” saran beliau.

Turut menjadi panel dalam program tersebut ialah mantan Naib Canselor UNISEL Prof. Dr Anuar Ahmad.
Beliau memberikan penekanan agar isu-isu pendidikan diutamakan dalam masyarakat dan turut menyebut perbandingannya dengan negara lain.

“Sistem pelajaran di Malaysia dilihat gagal membentuk modal insan dalam membina masyarakat yang beriman dan bertakwa,

“Ianya amat berbeza berbanding sistem pendidikkan di Jepun, Morocco dan Turki. Morocco dan Turki menawarkan sistem pendidikan percuma di semua peringkat di samping turut memberikan sagu hati kepada pelajar,” jelasnya.

Menurutnya, banyak hutang dan pembaziran yang berlaku di negara ini menyebabkan peluang peningkatan pendidikan terbatas.

“Peruntukan bajet per kapita untuk bahagian pelajaran hanyalah 15% jika dibandingkan dengan negara lain yang memperuntukkan sehingga 30%.” tegas beliau.

Program yang dianjurkan oleh Gabungan NGO’s Marang dan KAWAN Terengganu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah NGO PAS Marang Haji Mohd Deraman merangkap Ketua Sektor Pendidikan KAWAN

Sumber BO - 27-2-2018







































Dampingi Ulamak Hindari Perangkap ‘Syaitan’




MARANG- Muslimat diingatkan sentiasa mendampingi ulamak kerana ianya antara cara atau petua bagi menghindari perangkap syaitan tanpa memandang ringan amalan-amalan sunat.

Timbalan Ketua Halwa DUN Rhu Rendang, Ustazah Faridah Omar, berkata daripada ulamak kita mendapat peringatan tentang perjalanan hidup beragama.

“Dengan menghadiri majlis ilmu kita sentiasa berada dalam peringatan, dan dapat menginsafi diri kita yang melakukan dosa”, jelas beliau ketika menyampaikan tazkirah sempena Jaulah Muslimat  Ru Rendang ke Kelantan pada 24 Februari di Pantai Bari Besar, Setiu.

Rombongan seramai 120 orang yang diketuai oleh Ketua HALWA Dun Ru Rendang, Hajah Azizah Mohd Yusof singgah bersantai  di pantai peranginan tersebut untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.

“Detikkan dalam hati masing-masing, jaulah ini untuk merenung ciptaan Allah, hayati nikmat dan kebesaran Allah dengan alam sekeliling seperti laut, kecantikan tubuh badan…untuk dapatkan pahala, agar perjalanan…jaulah tidak sia-sia”, terang beliau lagi.

Ustazah Faridah juga menerangkan kelebihan Kad Sejahtera yang bernilai RM500 untuk membantu golongan warga emas dan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan yang lebih cepat di klinik swasta agar tidak terlalu lama menunggu pengurusan di hospital atau klinik kerajaan.

“ Itu antara manifesto PAS, kalau PAS menang, mengambil alih kerajaan Terengganu, selain akan adakan Karnival Kahwin Secara Percuma..bagi mereka yang nak kahwin…majlis percuma diadakan…kahwin beramai-ramai”, tambah beliau lagi kepada ahli rombongan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Rombongan sebanyak tiga buah bas itu bertolak jam 8.00 pagi dari Pejabat Majlis Tindakan DUN di Kijing, dan bergerak meninggalkan Pantai Bari Besar sekitar jam 11.00 pagi untuk ke destinasi utama Rantau Panjang dan kemudiannya berangkat pulang pada jam 6.00 petang.

Sumber BO - 27-2-2018






































Banggol FC Johan Futsal Tertutup DUN Telemong







































Johan, Banggol FC
Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Pasukan Banggol FC dari Kampung Durian Bador dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM600 menewaskan 32 pasukan lain yang bertanding dalam Kejohanan Futsal Tertutup Telemong 2018.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda PAS DUN Telemong dengan kerjasama Department Arts and Culture (DACS) dan Purnama FC itu disertai oleh 32 pasukan dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong .

Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, Ustaz Yusuf Abdullah berkata penganjuran kejohanan Futsal ini menjadi wadah yang baik bagi mengeratkan silaturahim terutama kepada golongan muda.





































Ustaz Yusuf Abdullah
“Sukan adalah ‘platform’ yang baik untuk kita mendekati golongan muda, justeru itu kita akan perbanyakkan aktiviti sukan seperti ini supaya pemuda PAS sentiasa dekat di hati anak muda,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang di ABS Futsal Kampung Butut, Kuala Berang pada Sabtu 24 Februari.

Tambah beliau, kejohanan ini mendapat sambutan hangat dikalangan anak muda.
“Setiap kejohanan yang kita anjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.





































Naib Johann Kuala Telemong A
“Pada awal bulan februari lepas kita telah anjurkan satu kejohanan takraw, pada mulanya kita cuma membuka hanya 24 penyertaan, oleh kerana permintaan penyertaan terlalu tinggi kami terpaksa buka sebanyak 32 pernyertaan lagi.

“Pada kejohanan futsal ini pula, setelah tidak sampai seminggu diiklankan, kami terpaksa tutup penyertaan kerana jumlah 32 yang kami had kan telah penuh.” katanya penuh semangat.

Sehubungan itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana secara kesuluruhan penganjuran kali ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu semua pihak terlibat terutama Jawatankuasa pelaksana, dan para dermawan yang tidak putus-putus menyumbang tenaga dan harta bagi menjayakan program ini.

Pada kejohanan kali ini pasukan Banggol FC menewaskan pasukan Kuala Telemong A di pentas akhir dengan penentuan sepakan penalti 4 -3. Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Ulu Sat yang menewaskan Peterson FT dari Kampung Basong 3-

Sumber BO - 26-2-2018






































PAS mahu lakar sejarah menang Seberang Takir

KUALA NERUS: PAS mahu melakar sejarah kemenangan pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, ini.
Meskipun, Dun Seberang Takir itu menjadi kubu Umno yang mempunyai jumlah pengundi Pos agak besar tetapi sejarah PRU14, bakal merubah segala-galanya.
Sehubungan itu, Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir telah berjaya menganjurkan Himpunan Fastaqim Peringkat Dun Seberang Takir di perkarangan Pasti Al-Husna, Kampung Tok Jembal, pada 23 Februari dan berakhir kelmarin. 
Pengarah MTD PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menegaskan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 tidak menjadi masalah besar kepada partinya.
Ini kerana, katanya PAS telah mempunyai pengalaman bertanding tiga penjuru di Dun tersebut pada PRU13 yang lalu antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
"Pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah besar bagi kita (PAS) sebab semua orang tahu sejarah PRU13 lalu pun berlaku pertandingan tiga penjuru di Dun Seberang Takir. 
"Parti (PKR) yang pernah bersama kita dalam Pakatan Rakyat ketika itu hilang wang pertaruhannya. 
"Rakyat dan pengundi boleh menilai dengan perkembangan politik semasa yang ada jika berlaku tiga, empat penjuru pun, rakyat secara umumnya melihat pertandingan sebenar antara PAS lawan BN. Parti-parti itu sebagai pengacau undi sahaja," jelasnya kepada Harakah.
Menurutnya, penganjuran Fastaqim itu khusus untuk menghimpun para petugas, ahli dan penyokong PAS bagi menghadapi PRU14 ini.
"Kita himpunkan para petugas parti kita (PAS) dan hendak gempur masyarakat kita di Dun (Seberang Takir) ini. Sambutannya, Alhamdulillah cukup ramai walaupun fokus utama kita adalah untuk peringkat Dun ini sahaja. 
"Warga dan ahli-ahli serta penyokong kita (PAS) ramai yang hadir termasuk dari Dun-Dun yang lain terutama anak-anak muda," ujarnya.
Menurutnya, selepas pelancaran Countdown 100 Hari PRU14 pada 16 Disember tahun 2017 lalu, pelbagai program dan persiapan parti dilaksanakan.
"Kita (PAS) mempunyai azam yang kuat untuk menang PRU14 ini di Dun Seberang Takir. Kita ada sembilan Unit Peti Undi (UPU) dan 17 Cawangan PAS dalam Dun Seberang Takir ini. 
"Sebahagiannya telah dilancarkan penubuhan markaz UPU untuk pilihan raya," jelasnya.
Pada PRU13 lalu, Dun Seberang Takir ini dimenangi oleh calon BN, Ahmad Razif Abdu Rahman (Dato Seri) dengan mendapat 7,731 undi. Calon PAS, Ustaz Zakaria Dagang (6,221 undi dan calon PKR hanya 73 undi serta hilang wang pertaruhannya.
PAS telah menguasai Parlimen Kuala Nerus melalui wakil rakyatnya, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan tiga Dun iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh.
Setahun selepas itu pada Mei 2015, Dato Seri Ahmad Razif dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Dato Seri Ahmad Said. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018 










































PRU14: Kenapa rakyat perlu sokong PAS

KUALA NERUS: Rakyat dan pengundi mesti menyokong dan memilih PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, bukan kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) berdasarkan track record.
Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Hanafi Syeikh Hassan berkata PAS mempunyai track rekod yang cemerlang memerintah kerajaan Kelantan selama 27 tahun.
Malah, katanya PAS juga pernah memerintah Terengganu dan Kedah satu penggal termasuk Perak ketika kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita PAS telah ada track rekod itu yang cemerlang. Kita pernah memerintah Terengganu satu penggal dan 27 tahun memerintah Kelantan. 
"Kita (PAS) pernah memerintah Kedah satu penggal dan memimpin Perak sebelum dijatuhkan termasuk bersama memimpin Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat. 
"Mudah-mudahan modal ini benar-benar berjaya dipasarkan dan diterima oleh masyarakat rakyat. 
Inilah (PAS) pilihan terbaik, apatah lagi sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi mata rantai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Chit-Chat Bersama Ustaz Syeikh Hanafi Sempena Fastaqim Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, di perkarangan Pasti Al-Husna, Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin dahulu.
Menurutnya, pemimpin Umno-BN dan Pakatan Harapan pula mempunyai track rekod yang tidak baik untuk dipilih serta wajar direhatkan.
Sehubungan itu, Syeikh Hanafi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu yakin PRU14 ini bakal berlaku satu perubahan yang besar dinamakan Tsunami politik.
"Saya percaya Pemuda Dun Seberang Takir ini juga tidak kurang tahap keinginan untuk berubah ini. Bila kita hendak buat perubahan apa yang hendak dijanjikan kepada rakyat? 
"Umno-BN dengan Transformasi Negara (TN50) dan parti ini telah rakyat beri peluang memerintah puluhan tahun. Maka, sudah tiba masanya untuk rakyat beri rehat kepada Umno-BN pada pilihan raya kali ini. 
"Adapun Pakatan Harapan pula, tidak mempunyai agenda yang baik. Apatah bekas diktator ketuanya hendak dijadikan Perdana Menteri Malaysia semula. 
"Apa yang kita hendak harapkan kepada orang (pemimpin) yang telah ada track rekod politiknya selama 22 tahun jadi PM (Tun Dr Mahathir)," tegasnya.   
Beliau turut mengakui keupayaan PAS yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.
"Apa buktinya? Bukti paling besar ialah tidak pernah ada seorang pun pimpinan-pimpinan kita (PAS) kerajaan di Kelantan yang didakwa rasuah dan inilah ibu segala ibu mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan. 
"Kerajaan yang berintegriti dan inilah yang kita (PAS) hendak pasarkan kepada rakyat. InsyaAllah, jika berlaku perubahan sungguh baik di peringkat negeri mahupun pusat," jelasnya.
Moderator program itu, Raja Arizal Raja Arif dan hadir sama Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD- 26-2-2018 










































PAS santuni pesakit di wad Hospital Kemaman

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan ziarah menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di wad Hospital Kemaman, di sini semalam.
Lawatan atas keprihatinan PAS terhadap hal ehwal masyarakat itu bertujuan memberikan semangat dan dorongan kepada pesakit serta keluarga yang terbabit.
Selain motivasi dan nasihat untuk tabah menempuh ujian, serta doa untuk kesembuhan, PAS Kemaman turut menghulurkan sumbangan kepada pesakit.
Pada lawatan diketuai Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid itu, pihaknya turut berharap pembinaan hospital baru perlu disegerakan.
Beliau mengingatkan pihak kerajaan agar tidak menjadikan janji tersebut hanya gula-gula PRU14, sedangkan keperluan untuk menangani jumlah pesakit kian bertambah.
Turut sertai Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik; Ketua Penerangan, Ustaz Hazri Jusoh dan beberapa lagi pimpinan PAS Kemaman. -HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018 











































Kita gajah dibelenggu besi di kaki

SAYA beberapa kali pernah masukkan foto kaki gajah terikat rantai ini. Orang tanya apa cuba saya maksudkan dari simbolik gajah berantai ini. Hari ini saya nak ceritakan apa yang terbakar dalam hati saya sekian lama. Saya lahir dan membesar di Kuala Terengganu. Saya dan rakan-rakan saya bersekolah di sini. Kami di Terengganu mendapat keputusan peperiksaan antara terbaik dalam negara. 
Saya bersekolah di sekolah asrama penuh seperti juga mereka yang terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terkenal di seluruh negara seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, STAR, SDAR, MTD, KTK, STF, KIK dan pelbagai sekolah sains seluruh negara. 
Kami ada acara tahunan pertandingan antara SBP-SBP ini. Bahas, Sukan, Kuis Sains Matematik. Adakala kami mengatasi mereka, adakala kami diatasi. Kami punya daya saing dan tidak berani direndah-rendahkan orang. Mereka leka, kami potong mereka. 
Kami masuk ke universiti pun sama. Anak Terengganu ramai jadi jagoan dalam pelbagai bidang. Saya bersama Wan Zainuddin (peguam kanan sekarang) dan Hj Ramli Nuh (bekas YB Umno) pernah satu pasukan debat di peringkat universiti. Kami jadi johan kalahkan pasukan negeri-negeri lain. Pemimpin Mahasiswa jika datang dari Terengganu dipandang, 'lantang dan bekeng', tegas, berprinsip. Gerakan Mahasiswa dilihat berbisa. 
Kami membesar dalam keadaan mengetahui bahawa Terengganu bukanlah 'basat tere', papa kedana tak ada apa apa. Kami tahu Terengganu kaya-raya. Dalam perut bumi, atas permukaan bumi, dalam sungai, dalam laut. Serba-serbi Allah kurnia. 
Tun Mahathir tulis Terengganu penyumbang terbesar petroleum negara. Tapi dia suruh semua yang nak berurusan industri petroleum pergi Kuala Lumpur, KLCC, Dayabumi. Ratusan kapal dalam industri petroleum datang dari Johor, Singapura, Lumut, Port Kelang, Pulau Pinang. Yang kaya raya logistik cari gali petroleum adalah Sapura Kencana, Mokhzani Mahathir. Yang kaya raya berdagang petrol, diesel, kerosene adalah Petron Mirzan Mahathir. 
Mana ada taikun industri petroleum dari Terengganu. Sikit-sikit celah gigi adalah! Kita Gergasi Besar yang terantai oleh skim aturan politik yang merugikan diri. Ditambah pemimpin dipilih rakyat Terengganu dari kalangan yang kononnya terpilih hok paling bagus dalam Umno jelas sifatnya berjiwa 'hamba' yang taat mengkhinzir buta terhadap apa-apa yang diputuskan berkaitan ehwal harta hatta kedaulatan Negeri Terengganu oleh kepala mereka di Umno pusat. 
Tiada pemimpin Umno Terengganu yang punya gigi di kalangan pemimpin teratas Umno. Jauh sekali dalam BN. Yang ada dilantik untuk sekadar penyeri pemenuh kuota 'wat lawo' sahaja. Tajinya tiada. Orang agih peruntukan pembangunan tak setimpal pengorbanan Terengganu serahkan hak petroleum. Sebanyak 5 peratus royalti mula-mula dikawal pusat. 
Zaman Tun Mahathir wang royalti diarah belanja untuk Perwaja Steel. Buka kilang billion ringgit di Gurun Kedah. Angkut billet besi dari Terengganu melalui Lebuh Raya Timur Barat hantar ke Gurun. Berpuluh treler berat setiap hari. Sampai Samy Vellu pening lebuh raya Jeli Grik asyik runtuh. 
Kemudian episod royalti petroleum dinafikan bayaran kepada kerajaan negeri oleh kotornya amalan diskriminasi politik Umno sehingga mungkir perjanjian. Wang Ehsan dikawal Umno. Kena lalui meja Tan Sri Shamsudin Hitam di Treasury. Kena pohon minta sedekah. Selanjutnya dijenamakan sebagai Dana Khas. Hinggalah zaman Razif jadi MB, kenyataan "Tiada minyak di Terengganu" berani diungkapkan tanpa sikit habuk pun bantahan dari Umno Terengganu. Celaka sungguh. 
Kita ada pelabuhan antara paling dalam di Teluk Kalong Kemaman. Ada pakar pelabuhan berbisik, sayang sungguh mengapa ditimbus begitu luas, kalau tidak bakal jadi tumpuan dunia. Pelabuhan Kemaman yang ada pernah diletak di bawah Kuantan Port Konsortium yang memiliki pelabuhan Kuantan. Sudahnya pelabuhan Kuantan segar bermaya, pelabuhan Kemaman setakat ada-ada saja. 
Seluruh Pantai Timur Semenanjung, industri pembinaan dan pembaikan kapal moden sudah sedia maju di Kuala Terengganu. Tapi yang dihargai dan diberi publisiti adalah cuma industri bot tradisional kayu yang penuh estetik dan eksotik. "Bot Terengganu bina tak pakai paku, tak pakai skru! Kita pakai pasak saja, hebat!". Dalam industri kapal komersil hari ini, siapa peduli paku atau pasak? Yang penting 'fitness for purpose'. Kesesuaian untuk tujuan apa ia dibina. 
Orang luar hargai kita. Tapi orang kita, tak hargai aset yang ada di kalangan kita. Tenaga kepakaran yang ramai berhijrah merata sampai Singapura dan Timur Tengah. Yang lebih malang, pakar eletrikal, pakar kemasan dalam paip akhirnya tukar profesion. Jual nasi bajet pun ada. Nelayan kita paling ramai bilangan di Malaysia. Tapi miskin. Penghasilan ikan tak munasabah dengan bilangan nelayan. 
Saya teringat laporan Ketua Audit Negara berkenaan bagaimana duit petroleum Terengganu digunakan lebih RM100 juta untuk bina rumah rakyat dalam Negeri Terengganu, yang peliknya belanja lebih RM700 juta untuk bina rumah di negeri-negeri lain luar dari Terengganu. 
Kontraktor Melayu pun paling ramai di Malaysia. Sebab itu begitu lama Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia datang dari Terengganu. Tapi mana ada kontraktor yang besar yang gah melaksanakan projek di Terengganu? Hari ini kalau ada projek, orang duduk bercakap, lepas dapat dekat liziz, liziz lagi. Lepas tu barulah dapat dekat syarikat lain, proksi liziz lagi! Itu jadi buah mulut kalangan kontraktor. 
Mungkin jika ada senarai panjang anugerah projek di Terengganu, nilai, nama kontraktor, kita boleh telitikan satu persatu, soheh atau tidak. Sekarang perhatikan pembinaan 50,000 unit rumah rakyat PRIMA yang diumumkan MB Terengganu. Belum apa-apa sudah umumkan beri peluang kepada syarikat berpangkalan di Beijing China untuk bina. "Jika berjaya disempurnakan, kesemua rumah PRIMA akan dibina oleh mereka" ujar MB Terengganu pada tahun 2015. 
Gergasi dari Negara China ini tak buang masa. Buka kilang keluarkan komponen pasang siap IBS secara besar-besaran di Hulu Terengganu. Adalah penyusunan korporatnya agar tak nampak sangat 'beri saja-saja' kepada kontraktor asing. Tapi moral of the story adalah sama. Beruk di hutan disusukan. Anak sendiri mati kelaparan. 
Macamlah tiada orang Terengganu yang pandai bina rumah setingkat dua. Ia bukan kondominium, bukan apartment. Sayang sungguh Negeri Terengganu. Kita kaya, ramai orang pandai-pandai, tapi rakyat pilih mereka yang tidak selayaknya menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Sedangkan orang Terengganu dihormati dan berposisi selayaknya dalam PAS dan Gagasan Sejahtera. 
Presiden PAS jadi antara tokoh terpenting dalam dunia Islam Antarabangsa. Punya pengaruh yang boleh menarik rangkaian perekonomian Islam Dunia ke Malaysia dengan dukungan Gerakan Islam seluruh dunia. Punya hubungan Institusi-institusi Pengajian Tinggi dunia. Kita gajah yang kaki kita terbelenggu rantai besi. Putuskan ikatan. Kita akan bergerak gagah menggegarkan dunia. 
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
26hb Februari 2018 - HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018 

























































































Penduduk Lega Ancaman Babi Selesai

KUALA NERUS – Penduduk sekitar Mengabang Telipot, di sini, akhirnya dapat menarik nafas lega apabila masalah ancaman babi yang dihadapi sejak beberapa bulan lalu selesai dengan pemasangan sebuah perangkap, semalam.

Inisiatif untuk memasang perangkap bagi membasmi musuh tanaman serta turut mengancam keselamatan penduduk itu diambil Sahabat Cakna dengan kerjasama Pejabat Adun Tepuh, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan lain-lain agensi setelah beberapa kali menerima aduan.

Pengarah Program Sahabat Cakna Kesihatan Persekitaran, Mohd Sidek Abdullah berkata, pemasangan perangkap di kawasan yang dikenal pasti menjadi sarang haiwan liar itu dibuat secara bergotong-royong bersama penduduk.

Katanya lagi, sejak beberapa bulan lalu penduduk kerap mengadu mengenai babi yang kerap muncul di kawasan rumah penduduk serta turut memusnahkan tanaman mereka.

“Kita memilih kawasan Mengabang Telipot ini sebagai perintis bagi program ini memandangkan kawasan berkenaan paling serius diancam binatang liar ini.

“Sahabat Cakna sebagai badan bukan kerajaan (NGO) merasakan amat perlu untuk kita bertindak mengekang ancaman babi ini kerana bukan sahaja masalah kemusnahan tanaman tetapi kita juga bimbang dengan keselamatan jika berlaku wabak berpunca daripada binatang ini.

“Jadi, selaku penganjur program ini kita ingin mengucapkan terima kasih semua pihak terutamanya Pejabat Adun Tepoh dan Perhilitan kerana sama-sama turun padang untuk menyesaikan masalah yang dihadapi penduduk ini,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Sidek lagi, perangkap yang dipasang pada program itu merupakan hasil sumbangan Adun Tepuh, Hishamuddin Abd Karim.

Dalam pada itu, YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim turut meluangkan masa untuk sama-sama memasang perangkap berkenaan. – SH

Sumber BO - 25-2-2018













































Bandar Baru Kijal Jadi Bandar ‘Hantu’

Oleh : Mariam Humaira’

KEMAMAN – Bandar Baru Kijal yang mula dibangunkan lapan tahun lalu kini terbiar, umpama sebuah ‘bandar hantu’.

Ahli Jawatan Kuasa Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Sazali Mohd Noor berkata, pembangunan yang menelan kos sebanyak RM143.7 juta, masih belum membawa perubahan kepada masyarakat setempat.

“ia melibatkan l2 komponen projek dianggarkan menelan kos sebanyak RM143.7 juta, ada tiga buah bangunan besar sekarang terbiar,

“Kompleks Tekstil, Kompleks Paya Lasir dan Kompleks rumah Kedai, dulu kata nak buat Gedung jualan tekstil, tapi pelabur China yang dijanjikan kerajaan tak muncul,” katanya.













































Kompleks Tekstil masih kosong setelah Ranaco yang membuka kolej terpaksa dilaporkan menutupnya kerana ketiadaan pelajar
Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan pada Program Kupasan Isu, Manifesto dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) di pekan Kijal, pada Sabtu 24 Februari.

Menurutnya, projek mega yang dilancarkan sewaktu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menjadi Menteri Besar itu dibangunkan diatas tanah seluas 222.82 hektar.

“Pembinaan 12 unit rumah kedai yang menelan kos RM7.3 juta, 40 unit lagi termasuk premis pejabat bernilai RM40.7 juta, pasar raya besar bernilai RM21 juta,

“Kompleks Usahawan Mara Kompleks Paya Lasir RM20 juta, perparitan fasa 1 sepanjang tiga kilometer bernilai RM15 juta, loji rawatan kumbahan bernilai RM9 juta,” jelasnya.













































Kompleks Usahawan Mara Kompleks Paya Lasir RM20 juta yang dibina untuk IKS juga masih ‘sunyi’
Beliau menyifatkan projek tersebut gagal kerana sehingga kini ratusan premis perniagaan tidak disewa kecuali dua buah, Pejabat ADUN Kijal dan Pejabat Agensi Transformasi Terengganu (ATRA).
“sebelum ini Ranaco sewa untuk buat kolej swasta…..hidup sekejap kawasan itu, sekarang saya dimaklumkan oleh ADUN Chukai, Ranaco dah tutup…..tak ada pelajar,

“resotarn nasi kandar pun dah ‘tapau’….gulung tikar, pasar raya besar tu pun, ‘hidup segan, mati tak mahu’,” tambah beliau.

Sementara itu, dalam program yang sama, Ketua Muslimat PAS Dungun Hajah Lhairiah Mokhti kesal kerana apa yang dikatakan oleh pemimpin kerajaan BN hari ini, yang tidak menepati janji.

“bas dua alam ‘amphicoach’ adalah salah satu projek kartun……kerajaan BN berjanji untuk beli dua buah tapip berjaya beli (sampai) satu bas sahaja,

“tu pun dalam masa tiga tahun baru sampai,” ujarnya yang menambah, klip video uji pandu kenderaan tersebut yang tersebar di ‘alam maya’ amat menakutkan.

“agak menakutkan bila tengok macamana bas tu beroperasi……bila ditular di media sosial,” ujar beliau.

Turut hadir pada program anjuran Muslimat PAS Kemaman itu ialah Ketuanya, Hajah Fainah Mat.

Sumber BO - 25-2-2018




























































































Taman Ilmu Bukan Asrama Pelajar Sahaja!

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu cuba menutup kegagalan mereka dalam mengurus kewangan rakyat dan TAMAN ILMU.

Mereka terus menjaja keupayaan Kerajaan BN menggunakan dua blok asrama di TAMAN ILMU. Mereka berteriaklah : “Taman ilmu selesai. Jangan politikkan isu Taman Ilmu”.

Hakikatnya, pembangunan Taman Ilmu terdiri daripada parcel-parcel berikut :-

1. PARCEL A – Masjid dengan kos 46.8 juta.
2. INFRASTRUKTUR di kawasan Taman Ilmu dengan kos RM 31.3 juta.
3. PARCEL H1 – Bangunan Kediaman
4. PARCEL H2 – Bangunan Kediaman
5. PARCEL H3 – Bangunan Kediaman
6. PARCEL H4 – Bangunan Kediaman
7. PARCEL H5 – Bangunan Kediaman
8. PARCEL H6 – Bangunan Kediaman.
9. PARCEL D – PUSAT PELAJAR.
10. PARCEL F – DEWAN KONVOKESYEN.
11. PARCEL B – PERPUSTAKAAN 5 TINGKAT.
12. PARCEL C – KOMPLEKS SUKAN.
13. PARCEL H – BANGUNAN PENTADBIRAN.


Pembinaan 2 blok asrama hanya beberapa peratus sahaja daripada keseluruhan perancangan pembinaan 6 parcel bangunan kediaman pelajar di TAMAN ILMU.

Bahkan pembangunan seluruh asrama masih lagi terbengkalai dan terbiar.

TAMAN ILMU bukan terdiri daripada asrama sahaja tetapi terdiri 13 parcel pembangunan.
Dua blok asrama diperuntukkan kos RM37 juta yang dijangka siap 2008.

Setelah 10 tahun terbiar, 2018 baru beroperasi.

Itupun terpaksa dilakukan baikpulih dengan kos tambahan sebanyak RM10 juta.

Walaupun, kos baikpulih daripada UniSZA tapi pengecualian sewa 10 tahun merupakan gantian kos yang didahulukan.

Taman ilmu bukan asrama sahaja !!

Penyiapan asrama berlaku penambahan kos !!!

Asrama yang beroperasi, bukan keseluruhan bangunan asrama. !!!

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
ketua Penerangan PAS terengganu.
9 Jamadil Akhir 1439H / 25 februari 2018
AHAD

Sumber BO - 25-2-2018






























































































HKC beri mesej pertahan kemenangan

KEMAMAN: Himpunan Kekalkan Chukai (HKC) telah dilangsungkan dengan kehadiran ramai ahli dan penyokong PAS menyertainya Dataran Tok Guru, Geliga Besar, di sini sejak kelmarin.
Program selama tiga hari itu bermula dengan acara anak muda antaranya tukar minyak enjin motosikal percuma dan sebelah malamnya jamuan makan serta berhibur bersama Busker dan cabutan bertuah. 
Semalam diadakan pertandingan memancing, sepak penalti, sukan anak-anak yatim, rawatan kesihatan percuma, sukan Ameerah dan Muslimat serta pertunjukan ular.
Pada sesi malam pula akan berlangsung ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.
Penolong Setiausaha II Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Wan Zawawi Wan Hassan selaku pengarah program tersebut berkata, himpunan diadakan bagi mengumpul kekuatan serta memimpin kebangkitan dengan istiqamah, dalam mendepani PRU14.
"Alhamdulilah, sambutan sangat baik, kehadiran lebih 5,000 orang sepanjang program kelmarin," ujarnya.
Menurut beliau, acara kemuncak akan berlangsung hari ini adalah pelancaran Markas Pemuda PAS Dun Chukai di perkarangan kediaman Hanafiah Mat dan akan dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 
















































Kita Semua Sama!

KUALA TERENGGANU – Kita semua adalah sama yang diciptakan oleh Allah SWT yang menjadikan manusia, bumi, udara, dan air serta cahaya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Haji Hussain Awang berkata, ‘nyawa’ adalah penciptaan Allah yang tidak boleh diberi oleh sekelian makluk lain.

“satu benda yang paling mahal yang tak boleh diberi oleh sesiapa…….tiada siapa boleh beri…….Menteri besar tak boleh beri……..Perdana menteri tak boleh beri… yang boleh beri ialah Allah iaitu nyawa.,

“kita hidup kerana dia (Allah) beri nyawa kepada kita……ertinya kita sama taraf dan tidak ada beza serta kita sama-sama mendapat nyawa daripada Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jamuan Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hadapan pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, Khamis, 22 Februari, di sini.

“Hidup daripada Tuhan dan bukan daripada diri kita dan bukan daripada orang lain,

“cuma bezanya ialah ada melayu dan cina tetapi semuanya Allah yang jadikan dan kita sama taraf dari tuhan,” tambah beliau.

Oleh itu, beliau menyeru agar kaun Tionghua tidak merasa takut untuk melakukan sebarang perubahan khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita sama sahaja…….apabila berada di atas jalan yang betul dan semua adalah baik serta orang yang akan sama-sama membina kehidupan yang sejahtera di atas muka bumi Tuhan, insya Allah,

“Saya mewakili seluruh pemimpin PAS di peringkat negeri Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan mengucapkan Salam Sejahtera bersama dan salam persaudaraan,”kata beliau.

Lebih 200 orang hadir pada majlis tahunan tersebut yang dianjurkan oleh PAS Kuala Terengganu dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sumber BO - 25-2-2018

















































KT Bypass Jalan Persekutuan Tapi Negeri Tanggung!

Kerajaan Persekutuan terus memperbodohkan Kerajaan BN Terengganu. KT BYPASS merupakan jalan persekutuan yang mesti dibina oleh Kerajaan Persekutuan daripada peruntukan mereka.

Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi Persekutuan tidak pernah lupa dan berkecuali untuk memungut GST dan segala bentuk cukai bawah bidangkuasa mereka daripada rakyat Terengganu. http://www.kkr.gov.my/ms/node/38680

Penyata Kewangan Negeri Terengganu 2016 bawah perbelanjaan pembangunan iaitu P 04910 anggaran perbelanjaan projek sebanyak RM250 juta.

Jika projek ini dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri boleh menggunakan sebahagian daripada RM250 juta untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak memadai dengan bayaran pampasan pengambilan tanah dan rumah mereka kerana projek ini.

Kerajaan Negeri juga boleh menggunakan RM250 juta untuk kepentingan rakyat di bawah bidangtugas Kerajaan Negeri.

Antaranya, Kerajaan Negeri boleh menaja biasiswa RM25,000 setiap mahasiswa yang berjumlah seramai 10,000 orang untuk menamatkan Ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi.

Kerajaan Persekutuan terus mengabaikan tanggungjawabnya dan Kerajaan Negeri terus pening dalam mengurus pembangunan negeri.

Ini adalah salah satu senarai projek Persekutuan dengan menggunakan peruntukan Negeri.. Senarainya panjang.. Tunggu siri BONGKAR ISU yang seterusnya..

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS terengganu.
8 Jamadil Akhir 1439H / 24 februari 2018
SABTU.

Sumber BO - 24-2-2018

PAS Tegas, DAP Tak Pernah Lawan Umno

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat penegasan lagi, bagaimana mungkin parti Islam itu akan bergabung dengan Umno, sebuah parti ‘sekular’.

Mungkin ramai yang tidak menyedari, fitnah yang ‘dihamburkan’, bahawa PAS akan bergabung dengan Umno yang dimainkan DAP dan ‘khadamnya’ Parti Amanah Nasional (PAN).
Tohmahan itu bukan sahaja tidak benar, bahkan suatu perkara yang tidak masuk akal.
“adakah PAS menyokong Umno…..bekerjasama dengan Umno?,” tanya orang lama, Mr. Lee, Cina Kuala Terengganu pada majlis makan petang semalam.

Pertanyaan itu terus dijawab oleh Dato’ Seri Tuan Guru dengan spontan menurut berkata, bagaimana PAS menyokong Umno sedangkan hanya PAS yang berlawan dengan Umno.

Tegasnya, yang tidak pernah lawan Umno ialah DAP.

“saya nak sebut hari ini, kita akan lawan Umno…..PAS akan bertanding 130 kerusi. Sudah tenteu kerusi yang PAS (akan) berlawan ialah (kerusi) Umno,

“DAP tak lawan Umno…..DAP lawan MCA. PKR lawan semua (yang lain) kita lawan Umno,” jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS akan bertanding kesemua 32 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh kaum Tionghoa pada Majlis Makan Petang Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Jalan Banggol, di sini pada Khamis 23 Februari.

Lebih 300 orang hadir pada Majlis yang dianjurkan bersama PAS Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, Pengerusinya Jefri Chua yakin sokongan orang Cina akan meningkat, berikutan kemasukan 60 orang ahli baru kepada sayap PAS dari kalangan bukan Islam itu.

“program ini berjaya……sambutan tahun ini meriah sangat (lebih baik dari tahun lalu) kaum Cina ramai sokong kita berbanding enam bulan lepas,

“kira dalam 20 peratus…..tengok kepada isu semasa….(sebagaimana) Tuan Guru beritahu tadi, saya ingat (jangka) sokongan akan meningkat mungkin sampai 40 peratus,” katanya.

Bahkan beliau yakin, PAS akan dapat ‘menawan’ negeri Terengganu dan mengam alih DUN Bandar yang sekarang di menangi oleh PKR.

Sumber BO -24-2-2018



















































Kerajaan Membazir, Rakyat Terpaksa Mengemis Untuk Belajar!

BESUT- Kerajaan Terengganu Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diterajui Umno, sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat dengan pelbagai projek yag kurang bermanfaat.

Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Che Faridah Ismail berkata, akibatnya rakyat yang susah dan terpaksa ‘mengemis’ untuk belajar.

Katanya, isu pembaziran kerajaan Umno-BN terlalu banyak, antaranya adalah Projek Taman Ilmu yang menelan belanja sehingga RM400 juta.

“Dengan cukai (GST) yang membebankan rakyat, dari segi hukumnya haram,” ujar beliau, yang menurutnya, tidak ada lagi biasiswa yang diberikan kepada para pelajar melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau yang berucap dalam berucap di dalam Majlis Kupasan Isu, Manifesto dan WINS bertempat di Perkarangan Markas Halwa DUN Jerteh di sini pada Rabu 21 Februari.

Di dalam program yang sama, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegakan, kadar pengangguran di Terengganu adalah nombor satu di Semenanjung Malaysia.

“Selain pengangguran, berbagai masalah yang wujud dalam Negeri Terengganu ni, gejala sosial dan kemiskinan,

“In syaa Allah sekiranya PAS diberikan kemenangan kita akan selesaikan masalah-masalah itu,” katanya.

Program anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri itu telah dihadiri seramai 80 orang muslimat daripada seluruh kawasan Besut.

Sumber BO - 24-2-2018

Bogus Dental Op By Three Women Smashed

KUALA TERENGGANU – Health authorities here smashed a bogus dental operation after they caught two young women illegally attending to patients during a raid.

Officers from the state Health Department caught the 21-year-olds fitting braces on their clients in Kampung Losong on Wednesday.

It is learnt they were part of a three-woman crew who had been running the illegal dental service for about two months.

However, the third suspect, believed to be the leader of the group, managed to escape the raid.

State health director Dr Mohammad Omar said the women posed as qualified dentists and offered to fit braces for as low as RM550 compared to the thousands of ringgit patients would have to spend to get it done by a certified professional.

“They offered their services on social media and even rescheduled appointments at the last minute to throw off the authorities,” he said.

According to Dr Mohammad, the women travelled from Kuala Lumpur to meet clients who had made appointments online.

“They were here to see 17 patients, so it shows you how popular these fake braces are,” he said.
He said his team has been tracking the group since learning about their operations in Kemaman last month.

The case is being investigated under Section 4 of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998.

The department has handled four similar cases in Terengganu since 2015, all involving women.
Three perpetrators in those cases were charged and fined between RM20,000 and RM40,000.
However, one of them remains on the run after fleeing to Australia.

Dr Mohammad warned patients not to be deceived by the attractive low prices offered by unqualified dentists as it could lead to serious problems – thestar

Sumber BO - 24-2-2018





















































Ikan Mahal, Orang Tengah ‘Kaut’ Untung?

DUNGUN – Kenaikan harga ikan yang mahal terutama di negeri Terengganu yang sebenarnya bukanlah ditentukan oleh para nelayan itu sendiri yang turun ke laut.

Harga ikan dan hasil tangkapan laut itu ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga sebelum sampai kepada pembeli sebenar sebagai penggunanya.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Encik Alauddin Ali, 46, menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyalahkan para nelayan kerana harga ikan mahal.

Katanya, harga ikan dan hasil tangkapan laut lain bukan ditentukan oleh para nelayan tetapi kuasa pihak kedua dan ketiga yang menjadikan ikan itu mahal.

Menurutnya, hampir kesemua para nelayan yang turun ke laut membawa hasil tangkapan dan dijual kepada orang tengah pihak kedua sebagai ‘taukeh’.





















































Alauddin memberi penerangan sambil diamati oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi
“Tidak betul dan saya menafikan sama sekali jika ada dakwaan kata kami (nelayan) yang tentukan harga ikan mahal atau murah, bukan kami tentukan.

“Orang tengah atau taukeh di pihak kedua yang tentukan harga ikan atau hasil tangkapan laut itu dan pihak ketiga pula yang berniaga di pasar-pasar atau penjaja.

“Kuasa (tentu harga) itu 100 peratus kepada orang tengah dan harga sebenar nelayan adalah harga yang taukeh itu ambil (bayar) daripada nelayan, tak mahal,” ujarnya kepada ketika ditemui di Kompleks Perikanan LKIM Dungun, Tanjung Kuala Dungun, pada Jumaat 23 Februari.

Beliau berkata, meskipun para nelayan terpaksa menanggung sendiri kos minyak dan air batu tetapi hasil tangkapan itu dijual kepada orang tengah terbabit.

Beliau mendakwa para nelayan juga tertekan dan tidak berpuas hati dengan harga yang rendah ditetapkan oleh ‘taukeh’ tetapi mereka tiada pilihan.

Sumber BO - 24-2-2018












































































































Tuduhan PAS terima RM90 juta itu bohong

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi penegasannya bahawa tuduhan parti itu menerima RM90 juta dari Umno satu pembohongan. 
Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, saman terhadap pihak yang membuat tuduhan bohong itu diteruskan hingga selesai di Mahkamah England. 
Katanya, terdapat petanda awal perbicaraan itu akan selesai tidak berapa lama lagi dan keputusan bakal memenangkan PAS.
"Jika kita (PAS) ambil duit RM90 juta, kita tak pakai khemah ini. Kita pakai khemah molek lagi. Kita telah saman mereka yang tuduh kita (PAS) terima RM90 juta daripada Umno. 
"Orang (yang buat tuduhan) itu duduk di England bukan duduk di sini (Malaysia). Orang sini yang ajar dia, orang sini yang upah dia. Jadi, kita (PAS) saman di Mahkamah England. 
"Kita telah masuk fail di mahkamah itu dan sehingga ini kita (PAS) menang dan pada bulan April akan datang ini akan ada satu keputusan (mahkamah) dan ada tanda-tanda yang kita (PAS) akan menang dan tuduhan itu pelawok (bohong).
"Dan (ada pihak) dia pujuk kita (PAS) tarik (saman) dan kita akan lawan saman itu sampai habis, InsyaAllah," tegasnya di hadapan hampir 500 hadirin. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang warga Tionghua dalam dialog Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di perkarangan Pejabat Penyelaras PAS Parlimen Kuala Terengganu, di Jalan Banggol, di sini, semalam.
Menjawab persoalan lain sama ada PAS ingin bersama dengan Umno, kata Dato' Seri Abdul Hadi bahawa PAS tetap akan lawan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini. 
"Kita dah sebut kita nak lawan Umno pada pilihan raya ini. Kita (PAS) tanding 130 kerusi dan sudah tentulah kerusi yang PAS lawan itu ialah (kerusi) Umno. 
"DAP tak lawan Umno, DAP lawan MCA. PKR lawan semua, kita (PAS) lawan Umno untuk pilihan raya ini. Di Terengganu, kita (PAS) akan tanding 32 kerusi Dun dan lapan Parlimen semua," jelasnya ketika menjawab persoalan itu. 
Masyarakat Tionghua di negara ini dimomokkan dengan beberapa isu fitnah dan pembohongan terhadap PAS bagi menghakis kepercayaan rakyat terhadap parti itu di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. -HARAKAHDAILY 23/2/2018
Pada majlis itu, Presiden PAS turut menerima serahan borang keahlian baharu anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu sebanyak 60 orang. 
Sempena majlis itu, kehadiran pemimpin nombor satu PAS disambut dengan tarian Singa dan pembakaran mercun sebagai satu penghormatan masyarakat Tionghua. 
Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Hussain Awang dan seluruh kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Ketua Muslimat dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustazah Zarani Othman dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Jefri Chua.
Sumber HD - 23-2-2018 























































PAS Dun Sura buat laporan polis

DUNGUN: Satu laporan polis dibuat oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura terhadap tindakan provokasi dan pengkhianatan pihak yang tidak bertanggungjawab kepada PAS. 
Setiausaha MTD Sura, Muhamed Ibrahim Sini Muhamed melahirkan rasa dukacita di atas tindakan provokasi itu terhadap PAS.
Menurutnya, ada pihak cuba mencetuskan provokasi dengan merosakkan banner dan pintu gerbang PAS sempena majlis Pelancaran Unit Peti Undi (UPU) Alor Tembesu dan Sura Gate di Jalan Yahaya Ahmad, Bandar Dungun. 
"Saya mewakili pihak MTD Sura rasa amat dukacita dengan apa yang berlaku yang boleh mencetuskan kemarahan dan pergaduhan. 
"Mereka buat khianat terhadap banner dan pintu gerbang yang dipasang oleh pihak pemuda-pemuda PAS Dun Sura. Apatah lagi kini sudah hampir musim pilihan raya," ujarnya kepada Harakah selepas membuat laporan polis di Ibu Penjabat Daerah (IPD) Polis Dungun, semalam. 
Katanya, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan sekitar jam 3.30 hingga 4.30 pagi setelah kerja-kerja persiapan itu selesai pada jam 2.00 pagi. 
Namun, menurutnya program itu diteruskan oleh PAS dan sekali gus telah membangkitkan semangat ahli-ahli parti dengan tindakan itu. 
"Kita (PAS) mahu politik matang yang boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh bergaduh dan berperang antara satu sama lain. Perbuatan ini telah mencetuskan kemarahan ahli-ahli parti yang tidak berpuas hati," jelasnya. 
Harakah dimaklumkan, Dun Sura mempunyai 11 UPU yang terdiri dari UPU Sungai Penaga, Sungai Buaya, Kampung Nibong, Bukit Catak, Alor Tembesu, Tanah Lot, Kampung Molek, Teluk Lipat, Sura Gate, Sura Utara dan UPU Padang Jambu. 
PAS Dun Sura akan mengadakan pelancaran markaz-markaz UPU yang lebih banyak pada bulan Februari ini sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura ini disandang oleh PAS sejak beberapa penggal lalu yang kini diwakili oleh Cikgu Wan Hapandi Wan Nik sebagai wakil rakyatnya. -HARAKAHDAILY 23/2/2018














































































































Sumber HD- 23-2-2018

Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki

MARANG – Seramai 500 orang nelayan masih tidak dapat keluar mencari rezeki ke laut secara tetap kerana masalah muara sungai Mercang yang cetek dan kerap terkambus, masih belum selesai.

Ketua Penerangan PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong kesal, kerana pihak bertanggungjawab tidak mengambil usaha yang bersunggu-sungguh bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sekian lama.
Katanya, kerajaan hanya meletakkan sebuah jengkaut yang disifatkan hanya sebagai penyelesaian jangka pendek.
























































Muara Sunga Mercang dari udara, pada Rabu 21 Februari, 2018
“kita mendengar pada tahun lalu kerajaan meluluskan peruntukan RM43 juta bagi penyelesaian jangka panjang samada mendalam atau membina pemecah ombak,

“tapi (malangnya) sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang kelihatan ia akan dilaksanakan,” ujar beliau.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan berkata demikian ketika meninjau kedaan kuala sungai itu pada Rabu 21 Februari.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan memberi penjelasan mengapa orojek tersebut masih lagi belum dimulakan.

“persoalannya ialah dimanakah janji (tersebut masih belum ditunaikan) kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11).
“untuk melaksanakan projek bagi penyelesaian jangka panjang,” tegas beliau

Sehubungan itu, beliau berkata, nelayan yang tidak turun ke laut menyebabkan jumlah ‘penganggur bermusim’ bertambah.

Katanya, ia akan menambahkan beban kerajaan negeri yang sudah pun mengalami kadar pengangguran yang tinggi.

“ia akan menjadi masalah yang lai (apabila) nelaya ini tidak mempunyai pekerjaan yang kini fahami Terengganu ini penganggurannya agak tinggi,

“melihat kepada data asas Terengganu 2016 kadar pengangguran Terengganu antara yang tertinggi di negara kita,” jelasnya.

Berita sebelum ini;

Kerajaan Masih Gagal Selesaikan Masalah Muara Sungai Mercang

Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang

Sumber BO - 23-2-2018


















































































































PAS Mahu Malaysia Aman

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – PAS mahu selamatkan negara ini dengan memperkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) agar tidak berlaku ‘peperangan’ dan pergaduhan.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dalam berpolitik dibenarkan berbeza pendapat tetapi tidak boleh berperang dan bergaduh.

OLeh itu, katanya melalui BPMS yang diperkenalkan itu boleh menghalang dari menimbungkan pergaduhan di kalangan rakyat.

“Hari ini, PAS hendak perkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera. Politik kita boleh berbalah, berkelahi tetapi tidak boleh ‘berperang’ dan tak boleh bergaduh.

“Beza pendapat boleh tetapi bergaduh tidak boleh dan kita (PAS) nak halang sebab-sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan itu.

“Islam sebenar mengajar pengikut-pengikutnya bagaimana kaum Cina, kaum India mereka boleh hidup di kampung-kampung Melayu. Boleh hidup berkedai satu keluarga Cina di kampung Melayu.

“Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan di Perlis. Ketika berlakunya huru-hara dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terengganu tidak ada 13 Mei, di Kelantan tiada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei.

“Tetapi, huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura bergaduh kaum. Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam, tak ada gaduh dan tak ada huru-hara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di perkarangan Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, Jalan Banggol, pada Khamis 22 Februari.

Justeru, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini PAS berusaha menang untuk memerintah Terengganu semula dan Malaysia amnya.

“Kita (PAS) cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah tetapi kita tidak kuasa yang lebih. Jika boleh, kita (PAS) hendak kuasai sampai ke kerajaan pusat.

“Dalam pilihan raya ini (PRU14), PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen, kerana untuk memerintah negara kita (PAS) memerlukan 112 kerusi. Jika PAS boleh 112 kerusi Parlimen, PAS boleh memerintah negara.

“Maka, kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS, bukan sahaja di Terengganu juga kita mahu peringkat Malaysia.

“Kita (PAS) mahu menjadi sebuah parti yang kuat, parti yang gagah, yang boleh menghalang orang yang hendak buat huru-hara, buat kacau dalam negeri kita ini,” jelasnya disambut dengan tepukan gemuruh warga Tionghua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengimbau kembali ketika pemerintahan PAS Terengganu tahun 1999-2004 lalu.

“PAS pernah memerintah (Terengganu) tahun 1999 dan saya dilantik menjadi Menteri Besar ketika itu. Banyak benda yang kita buat antaranya kita (PAS) hapus cukai pintu rumah kediaman.

“Kita hapus cukai peniaga-peniaga kecil. Kita beri geran tanah kepada rakyat tidak kira kaum apa termasuk orang Cina, India, Melayu.

“Di sana ada Kampung Baru Cina Bukit Berangan (Tepoh), ada Kampung Batu Lima, Dungun dan ada Kampung Air Putih, Kemaman. Mereka (orang Cina) ‘dikurung’ oleh British dahulu.

“Walaupun (negara) kita telah merdeka, kerajaan tidak beri mereka geran tanah sehinggalah kita memerintah, kita (PAS) beri geran tanah. Kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong,” ujarnya.


























































Sumber BO - 23-2-2018


Menuju ke Pasar Chabang Tiga yang terabai oleh Pemerintahan UMNO Terengganu
Posted on Thursday, February 22 @ 20:19:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38362


3 hari lalu pukul 10 pagi menuju ke Pasar Chabang Tiga yg terletak atas longkang besar Sungai Hiliran ini. Saya tak pasti masih adakah papan iklan yg minta rakyat hargai Sungai ini?

Saya ambil gambar pada kedudukan tepi Bangunan Jabatan Parit Saliran JPS yang tersergam indah tidak jauh dari pasar itu..






Kredit
Ahmad Amzad Hashim 
Sumber TKO - 22-2-2018

KhutbahJumaat 23 Feb. 2018; Usaha Penentangan Musuh Islam








































































Masjid Kampung Rhu Muda

Sumber BO - 22-2-2018




























































Apakah Kesudahan Bas Amfibia ?

Kerajaan BN Terengganu di bawah Menteri Besar, YAB Dato Seri Ahmad Said berjanji membeli 2 buah bas amphicoach ( 2 alam) daripada Malta.

Tapi hanya satu buah sahaja yang dibeli dan sampai dengan harga RM3.3 juta melalui syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd.

Kontrak telah dtandatangani pada 2014 supaya syarikat tersebut membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1.

Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif berjanji bahawa bas akan mula beroperasi mei 2015, kemudian terus berjanji dalam sidang DUN bahawa dijangka sampai jun 2017.

Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan mendapat pampasan kerana kelewatan dan tidak mematuhi kontrak itu.

Beberapa persoalan yang perlu diberi penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti beikut;

1. Kenapa hanya sebuah?
2. Berapakah harga sebenar atau harga kilang seunit bas ini?
3. Kenapa penghantaran lewat sehingga hampir 3 tahun?
4. Berapakah kos pampasan yang diterima daripada kelewatan dan tidak patuh kontrak?
5. Adakah bas ini berupaya untuk digunakan di musin banjir dengan arus yang kuat?
6. Bila bas ini akan dihantar ke Tasik Kenyir?
7. Bagaimana penyelenggaraan atau membaiki kerosakan bas ini serta berapa anggaran kosnya?
8. Adakah Kerajaan Terengganu telah membuat kajian yang lengkap dan menyeluruh sebelum pembelian ini dibuat?

KERAJAAN TERENGGANU MESTI MENJAWAB SEGERA SEMUA PERSOALAN INI..
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH

Ketua Penerangan PAS Terengganu
6 JamadilAkhir 1439 / 22 februari 2018
Khamis

Sumber BO - 22-2-2018





























































Rumah AJK PASTI Musnah Dalam Kebakaran

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rumah yang didiami Ahli Jawatan Kuasa PASTI Batu Tujuh, Mohd Shamrizal Mat Jusoh, 34, dan keluarganya di Kampung Binjai Che Lijah telah musnah dalam satu kebakaran.

Beliau kini tinggal sehelai sepinggang, bersama isterinya Rozizailani Abdul Ghani serta tiga orang anak, menumpang di rumah ayahnya di Kampung Balai Besar.

Tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan pada kejadian yang berlaku hari Ahad itu.

Menurut Mohd Shamrizal (gambar bawah) kebakaran yang berlaku pada kira-kira 11.30 pagi, 18 Februari, dipercayai berpunca daripada litar pintas.

“Ia merebak hanya dalam masa 30 minit sahaja dan hampir melibatkan rumah nenek (terletak bersebelahan) yang kebetulan tiada di rumah,” ujarnya.

Sehubungan itu, kedukaan Mohd Shamrizal telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan juga ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Kedua-dua wakil rakyat tersebut menyampaikan sedikit sumbangan awal, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang malang itu.
Cikgu Alias mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil, membantu Mohd Shamrizal.
“Dari segi bantuan pakaian dan peralatan sekolah sudah pun ada sahabat-sahabat yang membantu,

“kita cubalah sekadar kemampuan yang ada dan membantu sekadar yang kita boleh bantu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut pada Isnin 19 Februari.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Peneragan DUN Rantau Abang Tuan Shafie Tuan Agil
.
Beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan, membuat amal jariah, menyumbang untuk membantu Mohd Shamrizal.

“sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank Rozizailani bt. Abdul Ghani bernombor 1640-2587-9189,” katanya.

Sumber BO - 22-2-2018






























































































































Tutup Sepenuhnya Blok Bangunan SK Jerangau Yang Runtuh Sebahagian

Merujuk kepada kejadian stuktur kelas tingkat atas bangunan Sekolah Kebanggsaan Jerangau yang runtuh pada petang selasa lalu, saya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun mendesak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengambil tindakan drastik menutup keseluruhan blok bangunan terbabit.
Jika dirujuk kenyataan Pengarah pendididikan negeri seperti mana disiarkan oleh Berita harian https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/391115/siling-sekolah-runtuh-guru-dan-pelajar-selamat , jelas Pengarah pendidikan memaklumkan sebahagian tingkat atas dijadikan kawasan larangan.

Tindakan ini dilihat tidak serius atau tidak sepadan dengan faktor keselamatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah terlibat.
Walaupun kejadian selasa lalu tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana runtuhan berlaku selepas sesi persekolahan, sewajarnya tindakan menutup kesemua kelas di blok bangunan terlibat diambil.

Oleh kerana rasa bimbang kami semua, saya membuat satu laporan Polis di Balai Polis Jerangau hari ini ( rujukan report – DUNGUN/001070/18) agar satu tindakan segera diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini sehingga satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berkaitan dengan keselamatan bangunan sekolah ini dikeluarkan .

Naraza Muda
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun
22 Februari 2018

Sumber BO - 22-2-2018































































Siling Kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Runtuh

DUNGUN – Pelajar dan guru terselamat apabila siling bangunan sebuah kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Dungun, dekat sini, runtuh selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat petang semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang.

“Siling yang runtuh itu menyebabkan kerosakan pada struktur binaan dan bumbung bangunan. JPNT sudah mengeluarkan arahan supaya tingkat atas bangunan itu dijadikan kawasan larangan,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk siasatan lanjut.

“Penilaian kos kerosakan dan tahap keselamatan bangunan keseluruhan juga sedang dilakukan. JPNT sudah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah yang dibina oleh kontraktor supaya diperiksa.

“Kejadian sebegitu tidak boleh dipandang remeh dan pemeriksaan harus dibuat terhadap bangunan sekolah lain bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Sumber BO - 21-2-2018
































































Peruntukan RM30 Juta; Jalan Kampung Tidak Dibaiki?

SETIU – Rakyat terkilan kerana peruntukan yang bernilai RM30 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar pada tahun 2016 lalu, tidak digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan kampung yang rosak.

Sebaliknya, kata seorang bekas Bekas pemimpin Belia, Ahmad Sori Zakaria, hanya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sahaja dapat dilihat manfaatnya

“Jadi yang saya tahu……jalan sekitar kawasan menteri Besar Terengganu Ahmad Razif, yang saya tengok jalan hak ada semua bertar walaupun di sekitar itu tiada rumah pun,

“jalan comel dan tar besar….kenapa jalan kawasan sini tak seperti Kawasan Ahamad Razif….rakyat kena fikir kenapa jadi begini,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengulas usahanya, memberitahu orang ramai dengan menularkan perkara tersebut mendapat kritikan terutamanya oleh pemimpin Umno tempatan.

“saya terkilan ramai yang komen selepas perkara selepas saya viralkan berkenaan jalan kampung yang berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Anak Ikan dan perkampungan Kampung Tok Dor (Jabi),

“banyak komen dari orang Umno….mungkin mereka ada kepentingan politik kerana (mereka) mengatakan saya menyebarkan (isu jalan itu) sebab ada kepentingan peribadi dan juga kepentingan politik,

“saya sanggah….lah sebab jalan-jalan itu semua ada laha untuk kepentingan orang ramai, termasuk orang Umno sendiri,” katanya kesal.

Tegas beliau jalan tersebut yang dibina sejak empat tahun lalu oleh JKKK tidak dibaik pulih dan tidak ‘bertar’ sehingga sekarang.

Bahkan katanya, beliau mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menambun pasir lopak dengan pasir.

“(batu) kisaran hak ada sekarang sampai tenggelam masuk dalam tanah dan tengoklah hari ini jalan masih berselut,

“apabila lecah (becak) saya tambun pasir dan kalau saya tak buat mungkin saya rasa jadi kolam ikan….barangkali,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, jumlah kampung dalam DUN Jabi adalah sebanyak 28 buah sahaja.

Sekiranya agihan RM30 juta dubuat dengan baik, tidak ada lagi jalan-jalan kampung yang rosak, kata beliau.

“sebagai rakyat ‘marhaen’ kita nak tahu soal peruntukan….kalau nak kkira dalam DUN Jabi ada 28 kampung dan kalau betul-betul digunakan duit itu,

“satu kampung akan dapat RM1 juta….jadi saya personal…..ke mana duit(RM30 juta) itu pergi?” soal beliau lagi.
Berita berkait;

Agihkan RM30 Juta Satu DUN, Telus Dan Terus kepada Rakyat

Mana RM30 juta?

Sumber  BO -20-2-2018


































































PAS sedia rampas kembali Dun Batu Rakit





































































SETIU: Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Rakit kini sedang mengumpul kekuatan parti di semua peringkat Unit Peti Undi (UPU), Pemuda PAS dan Cawangannya bagi merampas kembali Dun tersebut dari tangan Umno-BN.

Pengarah MTD Batu Rakit, Ustaz Nazari Alias berkata PAS kini berada dalam keadaan siap sedia bagi mengambil kembali kerusi Dun Batu Rakit pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ini sekali gus katanya, dapat membantu PAS Terengganu kembali memerintah negeri ini setelah dijatuhkan pada pilihan raya 2004 lalu.

Menurutnya, Umno-BN Terengganu kini berada dalam keadaan tidak stabil, lemah dengan 1001 masalah kepincangan.

"Dengan segala kepincangan yang sangat jelas dilakukan oleh Umno dan kerajaan BN Terengganu, rakyat tidak ada pilihan lain lagi kecuali memberikan mandat kepada PAS.

"Isu-isu bukan sahaja berlegar dengan isu setempat seperti isu pembaziran Kompleks Taman Ilmu, Kenyir tetapi juga dengan isu-isu peringkat nasional seperti GST, 1MDB, skandal Felda dan terbaharu berkaitan dengan isu akidah (agama) anak-anak Indera Ghandi.

"Semua ini mesti dijelaskan oleh PAS dan rakyat mesti difahamkan supaya tidak lagi ketinggalan dan masih menyokong Umno. Apatah lagi dengan bantuan kemudahan teknologi yang ada, PAS akan berjaya InsyaAllah," tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Markas  PRU14 Unit Peti Undi (UPU) Kampung Bukit Wan, yang merupakan salah satu kubu kuat Umno di Dun Batu Rakit, di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung dan Ketua Pemuda PAS Dun Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail.

Sehubungan itu kata Ustaz Nazari, bagi merealisasikan harapan PAS kembali ke Wisma Darul Iman, pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dapat merapatkan jurang dengan ahli serta penyokong Umno.

"Kita (PAS) di Dun Batu Rakit ini tidak ketinggalan mengamalkan BPMS yang boleh mendekatkan jurang antara PAS dengan penyokong Umno-BN," jelasnya.

Menurutnya, antara program yang sentiasa diutamakan dan diberi perhatian seperti aktiviti kebajikan, kuliah ilmu, motivasi dan juga kegiatan pengukuhan jentera parti. -HARAKAHDAILY 19/2/2018
Sumber HD - 19-2-2018 

































































Pemuda hidupkan kembali cawangan yang lemah

SETIU: Gendang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang semakin dekat telah menaikan semangat Pemuda Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit dengan mengaktifkan kembali Cawangan Pemudanya di Kampung Pengkalan Atap.
Ketuanya, Ustaz Shafizi Ismail berkata, Pemuda PAS Batu Rakit telah berjaya menghidupkan kembali Pemuda PAS Cawangan Pengkalan Atap yang tidak aktif sejak 14 tahun lamanya.
Malah, katanya perkembangan lebih manis lagi apabila cawangan itu berada di tempat yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.
"Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menghidupkan kembali Pemuda PAS Cawangan Pengkalan Atap yang sudah tidak aktif kira-kira 14 tahun lamanya.
"Kejayaan menghidupkan semula Cawangan Pemuda ini lebih manis lagi kerana cawangan ini juga berada di cawangan Adun Batu Rakit (BN), Bazlan Abdul Rahman yang diyakini bakal memberi impak besar kepada beliau.
"Memandangkan cawangan ini berada di cawangan wakil rakyat BN, maka usaha yang giat telah dijalankan dan hasilnya amat memberangsangkan kerana berjaya mengumpul ratusan anak muda yang cintakan Islam," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Markas PRU14 Unit Peti Undi (UPU) Bukit Wan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kelmarin.
Ustaz Shafizi yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri Terengganu mendakwa Pemuda Cawangan Pengkalan Atap juga merupakan peserta teramai menyertai konvoi bermotor Dun Batu Rakit dua minggu lalu.
Mengimbau kenangan lalu, katanya selepas kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004, Cawangan PAS Pengkalan Atap seperti ketandusan tenaga muda bagi membantu jentera parti peringkat Dun Batu Rakit.
Menurutnya, Pemuda PAS Dun Batu Rakit menyahut cabaran pimpinan PAS Terengganu yang mensasarkan Dun terbabit mesti dimenangi bagi membantu parti kembali memerintah negeri ini. - HARAKAHDAILY 19/2/2018
































































































































Sumber HD - 19-2-2018

































































Orang Lama, ‘As-Sabiqun’ Kekal Bersemangat

Oleh : MNA

MARANG – Diwaktu rakan seangkatan memilih untuk berehat bersama anak cucu, as-Sabiqun atau ‘orang lama’ PAS, masih memerah tenaga dan menyumbang buah fikiran bagi memastikan kemenangan PAS di Terengganu.

Rata-rata mereka yang ditemui masih bersemangat dan sebahagiannya masih lagi bergerak dan berjawatan dalam parti walaupun sudah menginjak usia emas.

Seorang pesara guru, Ghazali Che Omar (Gambar bawah) daripada Wakaf Tembesu, Kuala Nerus yang sudah bersama dengan PAS semenjak awal 80-an.

Beliau yang ditemui berkata, sangat yakin PAS akan terus kukuh dengan adanya gabungan baharu, lama dan berpengalaman di dalam pelbagai bidang.

Ditanya berkenaan peluang PAS pada PRU yang bakal menjelma dan mungkin menyaksikan calon daripada berbagai penjuru, beliau dengan tegas menjawab PAS akan dapat mengatasi ‘persaingan’ itu.

“InsyaAllah, saya dah beritahu, walau empat lima calonpun, hati kita mesti bulan (PAS), tak kiralah banyak manapun (calon yang bertanding).

“saya dah banyak buat kempen di kampung, sudah tidak ada balasan (hujah) daripada orang ramai, tidak macam dahulu yang sentiasa ada jawapan,” katanya.

Cikgu Ghazali berkata program Himpunan as-Sabiqun Negeri Terengganu yang diadakan, sangat baik dan menunjukkan sifat kecaknaan PAS kepada golongan ‘veteran’.

Seramai kira-kira 150 orang lama PAS hadir ke Majlis diadakan di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang pada Jumaat 16 Februari.

Sehubunga itu, Cikgu Ghazali yang juga Ketua Cawangan PAS Wakaf Tembesu berkata, beliau turut membawa isteri beliau untuk berjuang bersama PAS.

Bahkan katanya, beliau membeli sebuah kereta dan menyediakan perbelanjaan bagi mengongkosi khidmat isterinya kepada rakyat, dari wang persaraannya.

Manakala Raja Harun Raja Abdullah, 65, (Gambar bawah) daripada Air Putih Kemaman pula meluahkan rasa gembira kerana dapat hadir dalam program tersebut.

Katanya, menghargai orang lama dan memanggil dalam satu prpgram khusus, kepada beliau sangat penting bagi PAS menjaga ikatan dengan orang lama.

Katanya, beliau masih berkerja dengan parti dan dalam ‘proses’ secara perlahan-lahan menyerahkan tugasan beliau kepada penggantinya.

Mantan JSR Bukit Mentok yang telah bersama dengan PAS lebih 35 tahun itu, turut berpesan kepada golongan muda agar berkerja dengan lebih kuat.

Raja Harun menegaskan, jangan ada berpaling tadah sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian ahli PAS tahun 2015 lalu.

“Ikut macam Tuan Guru pesan tadi, kalau boleh kita nak menang di sini, sampai ke syurga sama-sama, jangan terikut dengan rentak orang,” pesan beliau.

Majlis dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan turut disertai oleh Pengerusi as-Sabiqun PAS Pusat, Haji Subky Latif, Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato’ Husein Awang dan juga Pengerusi as-Sabiqun Terengganu Dr Muhammad Abdullah.






































































Sumber BO - 19-2-2018










































































































































Agihkan RM30 Juta Satu DUN, Telus Dan Terus kepada Rakyat







































































Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu digesa mengagihkan projek-projek dan bantuan daripada peruntukan Ahli Dewan Undangan (ADUN) bernilai lebih RM30 juta, rakyat secara telus dan terus.

ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Pegawai Penyelaras DUN Rantau Abang serta Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mesti bertanggungjawab, di dunia dan akhirat

Katanya, wang tersebut yang tidak disalurkan melalui ADUN tetapi menerusi pemimpin Umno yang dilantik, sepatutnya dibahagi-bahagikan dengan adil dikalangan rakyat.
“agihan bantuan kepada rakyat hendaklah tidak bermusim dan tidak memilih hanya penyokong Umno-BN sahaja,
“Biar semua akan merasa hasil……jangangn zalimi rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program kebajikan ‘Sekampit Beras Seekor Ayam’ yang diadakan di Perkarangan Surau Haji Jusoh, Batu Tiong, Pulau Serai di sini pada Jumaat, 16 Februari.
Seramai lebih 140 orang penerima daripada kalangan penduduk di Batu Tiong, Seberang Pintasan, Kampung Tok Kah, Kuala Abang, Rhu Bhatil dan Kampung Baru Kuala Abang, dipilih mengikut zon pantai melalui PAS cawangan terlibat.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu menambah, PAS sentiasa berusaha untuk memberi bantuan sekadar kemampuan, kepada semua yang layak tanpa ada ‘pilih kasih’.

Menurutnya, rakyat di kampung-kampung sedang menghadapi kesukaran kerana keadaan ekonoinegara yang tidak menentu.

“kerana sekarang kesempitan makin ketara terutama (selepas perlaksanaan) GST, peluang kerja kurang (dan pengangguran semakin meningkat),” jelas beliau.

Sehubungan itu, Pengarah Program tersebut, Mohamad bin Ali berkata, program yang telah bermula selepas PAS menang di Rantau Abang pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sebelum ini dikenali (sebagai) ‘Dapur Rakyat’…..sejak dua tahun yang lalu, kita namakan ‘Sekampit Beras Seekor Ayam’……,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Kebajikan DUN terbabit ketika dihubungi berkata, masih ramai lagi orang Melayu di kalangan masyrakat yang masih fakir dan miskin.

“dan ramai di kalangan mereka (susah) yang tertunggu-tunggu kehadiran ataupun ziarah dan sangat-sangat mengharapkan sumbangan daripada tok wakil kita,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, selain sumbangan yang diberikan secara berpusat, PAS Rantau Abang juga menyusun jadual ziarah rumah ke rumah.

“tiga hari seminggu ziarah bersama YB. Cikgu Alias ke rumah-rumah golongan kurang bernasib baik ini dan menyampaikan sumbangan barang dapur dan sedikit wang,

“ianya (program sebegini) akan berterusan sebab (sentiasa ada) sumbangan daripada ahli PAS, jemaah dan surau-surau PAS serta masyarakat prihatin,” katanya yakin.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang dan Jawatankuasa Parlimen itu, merupakan edisi kedua setelah diadakan pada Jumaat lepas, 9 Februari di zon darat yang melibatkan Kmpung Padang Pulut, Serdang dan Delong.
Berita berkait sebelum ini;

RM30 Juta, Lebih Daripada Cukup Untuk Bina Masjid Kubur Timah!

Mana RM30 Juta?







































































Sumber BO - 19-2-2018

Tanah Rizab Melayu Tidak Boleh Dipajakkan Kepada Bukan Melayu







































































Umno gadai tanah rizab Melayu di Kuala Berang kepada sebuah syarikat bukan Melayu dari Pulau Pinang
Cadangan UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) supaya kerajaan membenarkan Tanah Rizab Melayu (TRM) dipajakkan kepada bukan Melayu untuk meningkatkan kebolehpasaran tanah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini ekoran sekatan dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), enakmen itu menyekat sebarang pelupusan sama ada dalam bentuk pajakan atau pindah milik kepada bukan Melayu, dan ia perlu dipinda jika kerajaan mahu melaksanakan cadangan berkenaan.

“Namun begitu, kaedah penyewaan tanah boleh diguna pakai tetapi tertakluk kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun selaras peruntukan yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing,” menurut kenyataan itu merujuk kepada cadangan UDA Holdings berhubung rancangan syarikat itu untuk membangunkan TRM.

Kementerian itu turut menjelaskan bahawa Kanun Tanah Negara 1965 tidak menghalang TRM kategori pertanian untuk dibangunkan melalui proses pecah bahagi kepada lot-lot yang lebih kecil bagi meningkatkan nilai tanah orang Melayu, namun ia tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Mengenai kelonggaran daripada segi syarat pemilikan, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan ‘Tanah Simpanan Melayu’ sebagai tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu.

“Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan tafsiran ‘Melayu’ dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri. Dalam hal ini mengenal pasti siapakah yang diiktiraf sebagai ‘Melayu’ dalam setiap Enakmen Rizab Melayu adalah penting bagi mengenal pasti siapakah yang dibenarkan berurusan dengan TRM ini.

“Kelonggaran juga tertakluk kepada peruntukan yang ada dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan semakan kementerian, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mengguna pakai Enakmen Rizab Melayu (FMS Cap 142), sementara Kelantan, Kedah, Perlis, Johor serta Terengganu mempunyai Enakmen Rizab Melayu masing-masing manakala tiada Enakmen Rizab Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.- BERNAMA
Artikel berkaitan;

Umno ‘Jual Maruah’ Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu

Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang Bertukar Milik

Sumber BO - 18-2-2018

20 Meter Padu Air Percuma; Umno ‘Kecek’ Rakyat?

KUALA NERUS – Umno ‘kecek’ atau tipu rakyat apabila mengisytiharkan dalam Bajet Terengganu 2018 akan memperuntukkan pemberian air percuma 20 meter padu untuk penggunaan domestik.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS menawarkan 15 Manifesto Awal, termasuk janji akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sebaliknya menurut beliau, Umno yang cuba meniru Manifesto PAS itu telah mengelirukan rakyat, pada hakikatnya tidak ada pemberian air secara percuma.

“janji kita kepada rakyat, bukan janji kosong, Umno tak mampu nak buat…..contohnya janji kita nak beri air percuma 20 meter padu kepada rakyat,

“bila kita isytihar awal, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) isytihar dalam Bajet 2018 nak beri (juga) air percuma bermula (bulan) Januari ,

“tapi bila sampai bil air (ia tak berlaku)…..rupanya (ia hanya) apabila (seorang pengguna) hanya menggunakan 20 meter padu air sahaja,

“contohnya kalau pakai lebih 25 meter, (rakyat) bukan kena bayar 5 meter padu, tetapi kena bayar 25 meter padu juga…..jaga, Umno ‘kecek’ rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, berkata demikian pada program ceramah Sempena Majlis Pelancaran Markaz PRU14 UPU Kampung Batin pada Jumaat 16 Februari.







































































‘Rumah Tol Jambatan Sultan Mahmud’ masih tegak sehingga kini, jasa kerajaan PAS Terengganu 1999-2004, memansuhkan pembayarannya
Menurutnya, PAS akan tunaikan janji sebagaimana ketika menjadi kerajan tahun 1999-2004, tol jambatan Sultan Mahmud tela dihapuskan dan kekal sehingga sampai sekarang.

“Begitu juga (PAS) mengecualikan cukai pintu pada rumah-rumah kediaman tetapi apabila kerajaan Umno BN memerintah balik ia dikenakan kembali,

“sesuatu perkara yang kita buat ‘jejak bumi’ (berkesan) dan memberi manfaat kepada rakyat walaupun (ketika itu) dalam keadaan kewangan yang terhad tanpa royalty (petroleum),” tegasnya.

Katanya, bayaran wajib hasil minyak sebanyak lima peratus berddasarkan undang-undang telah ditarik balik oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir, dan kekal tiada sehingga kini.

Sebaliknya menurut beliau, Sabah dan Sarawak yang juga mempunyai hasil minyak dibayar lebih daripada Kelanta dan Terengganu.

Oleh itu, beliau yakin, walaupun dalam keadaan kewangan yang terhad, PAS mampu menjana hasil dari sumber dibawah bidang kuasa negeri, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru beliau menyeru agar rakyat bangkit dan memilih PAS dan Gagasan Sejahtera pada pRU ke-14 nanti kerana kehidupan rakyat semakin terhimpit.

“dan kita tengok Kerajaan Umno-BN memerintah 60 tahun lebih dalam keadaan kita hari ini…..semakin hari semakin teruk kehidupan,

“serta rakyat semakin tertekan dengan macam-macam (kenaan) terutama masalah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang menekan rakyat hari ini,” tambah beliau.

Sumber BO - 18-2-2018








































































PAS Dukacita Atas Apa Yang Berlaku Terhadap Taman Ilmu

BESUT – PAS sangat dukacita keatas apa yang berlaku ke atas Taman Imu yang dianggap sebagai penggani kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, kolej ugama milik kerajaan negeri iti ditubuhkan oleh Umno pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tetapi telah ‘dibunuh’ juga oleh Umno pda zaman Dato’ Seri Idris Jusoh.

Kata beliau, tindakan ‘mematikan’ KUSZA yang selama ini adalah hak dan maruah serta harga diri kepada rakyat negeri Terengganu, adalah amat menyedihkan..

“KUSZA adalah milik negeri Terengganu yang telah berjaya mendidik anak negeri dan anak negara mengeluarkan beribu cedik pandai,

“dimana menjadi salah satu daripada polisi KUSZA membuka pintu kepada anak-anak Terengganu sebanyak 70% manakala 30% sahaja kepada anak-anak di luar Terengganu,

“tetapi dimatikan kononnya untuk menunaikan janji BN, sebuah pusat pengajian tinggi atau universiti,” ujar beliau.
Sedangkan kata Mantan Speaker kerajaan Terengganu itu, sedangkan di negeri lain, semuanya dibina universiti yang berasingan, bukan mematikan yang sedia institusi sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pembongkaran projek Imu Besut, pada Khamis, 15 Februari, disini.

Oleh itu kata beliau, tidak ada pilihan lain kepada PAS, mesti menang pada pilihan raya umum akan datang untuk memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang dilakukan oleh Umno dan BN.

“Kita yakin seluruh rakyat inginkan perubahan dan benci teramat sangat terhadap kerajaan Umno BN, punca (kemarahan) paling besar ialah (rakyat) tidak berkenan dengan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST),

“tiada seorang pun yang berkenan termasuklah pegawai tinggi kerajaan sehinggalah penoreh getah dan juga rakyat marhaen di kampung,” tegas beliau.
Namun begitu, katanya, semua usaha yang dilakukan tidak menjamin kejayaan PAS kecuali mendapat restu dan pertolongan dari Allah.
Justeru itu, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu mengajak seluruh rakyat untuk berhimpun dan bermunajat kepada Allah.

“seluruh pencinta Islam berharap dan mempunyai cita-cita untuk menang, dan kemenangan itu bergantung pada pertolongan dan restu daripada Allah,

“oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu akan menadakan Majlis Munajat Perdana pada 23 Februari, pada hari Jumaat bertempat di masjid Rusila, bermula pada jam 4.00 pagi,” katanya.

Beliau menyeru seluruh pemimpin dan ahli PAS hadir beramai-ramai untuk menunjukkan rasa lemah dan rendah diri kepada Allah.

Katanya, solat hajat dan munajat itu akan dipimpin oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sumber BO - 17-2-2018









































































Taman Ilmu Terbengkalai Sejak 2008, 10 Tahun Yang Lalu










































































Gambar Taman Ilmu pada Tahun 2017
BESUT – Projek Taman Ilmu yang menggunakan peruntukan kerajaan negeri Terengganu terbengkalai sejak 2008, 10 tahun yang lalu.

Ketua Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor menyifatkan, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu ‘tidak cerdik’ kerana menggunakan duit negeri sedangkan sepatutnya, ia dibangunkan dengan belanja kerajaan persekutuan.

“Semasa bawah pemerintahan Dato Seri Idris Jusoh, sepatutnya peruntukan kerajaan persekutuan pada masa itu tetapi projek diambil (dibuat) dengan menggunakan duit Terengganu hampir RM300 juta…….guna duit negeri Terengganu buat projek bawah ECER kerajaan pusat,” jelasnya.

Menurutnya, banyak pakej dalam pembangunan Taman Ilmu itu seluas 280 ekar mengalami masalah samada lewat siap, tergendala atau tidak siap sehingga hari ini.









































































Taman Ilmu Februari 2018
“(contohnya) projek pertama ialah (pembinaan) masjid yang besar sekali dalam negeri Terengganu yang bernilai RM46.8 juta,
“sepatutnya bangunan ia siap pada Mac 2009 tetapi masjid itu hanya boleh digunakan pada tahun 2014,”katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pembongkaran Projek Taman Ilmu Besut, pada Khamis, 15 Februari.









































































Ustaz Mohd Nor ketika meninjau Taman Ilmu pada Oktober 2017
Katanya, selain itu, projek infrastruktur buat longkang, ‘jalan tar’ dan lampu jalan serta menambun tanah telah menghabiskan RM31.3 juta.
“Sepatutnya longkang dan jalan serta lampu jalan semua siap termasuk pagar siap pada Mac 2008,
“(tapi) kerajaan baru ini isytihar pula) peruntukan baru RM2.7 juta untuk buat pagar pula……tambah pula duit nak buat pagar,
“Bangunan kediaman pelajar iaitu asrama yang bernilai RM37 juta sepatutnya siap Disember tahun 2008 (tetapi) terbiar begitu lama (dan) akhirnya UniSZA mengambil dua blok,”ujarnya.









































































Asrama pelajar gambar tahun 2016
Beliau mendakwa, kerajaan negeri menyerahkan dua blok asrama itu untuk dibaik pulih kerana kerajaan tidak ada kemampuan untuk meperbaikinya.
“beri kepada UniSZA dan dibaik pulih dengan belanja satu blok RM5 juta… dua blok RM10 juta. Bangunan itu sekarang siap ini dan pelajar masuk 500 orang serta (UniSZA) tak perlu bayar sewa selama 10 tahun,
“10 tahun terbengkalai projek rosak hancur, kemudian beri ke UniSZA, tak payah bayar kerajaan negeri Terengganu boleh apa….UniSZA di bawah Dato’ Seri Idris Jusoh, bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
“Duit kerajaan negeri tak masuk……… jadi siapa yang cerdik,”soalnya.









































































Taman Ilmu gambar tahun 2010
Tambah Ustaz Mohd Nor, Dewan Konvokesyen Taman Ilmu yang dibina dengan kos RM31.8 juta dan Perpustaakan bernilai RM49.9 juta sepatutnya siap pada 2008, namun sehingga kini masih tergendala.
“Kompleks Sukan belanja RM30.6 juta sepatutnya siap Disember 2008….. sampai sekarang tiada (kecuali) hanya pokok tengah padang dan lembu tengah main bola,
“Bangunan pentadbiran yang bernilai RM23.8 juta sepatutnya siap Disember 2008 tetapi bila tengok tiada bangunan……kita (rakyat) tak sedar kerajaan runtuhkan bangunan kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) maklum tidak cukup dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.
Kerajaan negeri juga, kata beliau, telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM45 juta, kerana disaman oleh kontraktor yang melaksanakan pembangunan Taman Ilmu itu.









































































Taman Ilmu gambar tahun 2009
“salah satu syarikat POSC TI Sdn Bhd yang di serahkan kerajaan negeri dengan banyaran tertentu untuk menguruskan (pembinaan) projek tersebut,
“Menteri Besar (Dato’ Seri) Ahmad Razif membatalkan dan menamatkan (kontrak) dengan syarikat tersebut, syarikat ini menyaman kerajaan negeri menyelesaikan diluar (mahkamah) perlu bayar kepada syarikat tersebut RM45 juta,” jelasnya lagi.
Juteru itu, dengan pendedahan tersebut, beliau menyeru agar rakyat ‘membuka mata’ dan melihat, siapakah yang sebenarnya sedang menipu rakyat.
“yang menipu……Menteri Besar ataupun rakyat menipu,” tegas beliau lagi.

Berita berkaitan;
Laporan paling awal www.buletinonline.net Projek ‘Taman Ilmu Tergendala’

Sumber BO - 17-2-2018










































































PRU 14; Penentu Masa Depan Anak Cucu

Oleh : DMS

SETIU – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila daipada sekarang, dilihat sebagai pilihanraya bagi menentukan masa depan anak cucu kemudian hari.

Seorang pengundi Cina Teo Heng Sing, melahirkan kebimbangan, kadar cukai GST mungkin akan dinaikkan selepas PRU akan datang.

“sekarang Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM), satu Malaysia dapat bukan Terengganu sahaja…sudah naik,

“nanti GST pun boleh naik tau……boleh naik sampai 10% tau……tapi kita tak tau orang mahu pangkah siapa,” ujar beliau yang dikenali sebagai ‘Ah Seng’.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program ziarah dan agihan limau Mandarin meraikan sambutan Tahun Baru Cina, PAS Batu Rakit, pada Rabu 14 Februari.

Sehubungan itu, Exco Pemuda PAS Terengganu Ustaz Shafizi Ismail menyifatkan kebimbangan Ah Seng sebagai suatu perkara yang munasabah.
Menurutnya, penguatkuasaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) 1 April 2015, adalah berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang mendapat mandapat pada PRU ke-13 lalu.

“apabila menang pada pilihan raya lepas dan mendapat mandat, Umno yang menjadi tunjang BN telah menekan kehidupan rakyat dengan melaksanakan GST,

“tidak mustahil sekiranya mereka menang pada PRU kali ini, akan dinaikkan kadar GST kerana kos pengurusan kerajaan yang meningkat kerana penyelewengan dan kebocoran dalam perbelanjaan,” jelas beliau, yang juga Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia aga menolak Umno dan BN pada PRU akan datang.
Katanya, PAS telah mengemukakan janji untuk melaksanaka ‘Dokumen Hijau’ yang akan membebaskan rakyat daripada GST, sekiranya diberi mandate pada PRU depan.

“PAS akan hapuskan GST dan diganti degan Cukai Simpanan Syarikat dan Korporat (Taxation on Deposits),

“GST dienakan kepada semua orang termasuk fakir dan miskin, ia bertentangan dengan syariat…..tapi ‘Cukai Koperat’ hanya dikenakan kepada orang-orang kaya,” jelasnya.


Oleh itu katanya, PAS memberi pilihan kepada rakyat samada mahu GST dikekalkan atau mahu GST dihapuskan.

Berhubung program ziarah sempena ‘Gong Xi Fa Cai’ itu, beliau berkata, ia adalah rutin tahunan PAS yang diadakan setiap tahun.

Katanya, ia membuktikan PAS sentiasa bersama masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“walaupun mereka (orang Cina) minoriti di sini, kita tetap meraikan mereka yang telah menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia terutama pada ‘hari besar’ mereka,” ujarnya.

Program agihan limau kepada lima buah rumah masyarakat Cina sekitar DUN Batu Rakit turut disertai oleh Ketua Ulamak PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Ketua Muslimat Wan Ramlah Wan Abdul Rahman serta Ketua Lujnah Perpaduan Nasional, Adnan Omar

Sumber BO - 15-2-2018
























































































































































Bersama Meraikan Tahun Baru

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sentiasa menjaga hubungan kebersamaan dan meraikan kegembiraan masyarakat Tionghoa menjelang tahun baru pada tahun ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah berkata, perkongsian itu terus mengikat hubungan akrab PAS dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama anutan mereka.

“Macam-macam aktiviti kita diadakan untuk meneruskan hubungan yang sekian lama terjalin menjadi semakin akrab,” katanya

Beliau yang ditemui ketika sibuk membuat persiapan untuk membungkus limau ‘Mandarin’ sempena Sambutan ‘Gong Xi Fa Cai’.

Menurutnya, ‘ole-ole’ itu itu akan di kepada setiap warga Tionghoa dalam kawasan Parlimen Dungun.
Serena, yang juga Naib Ketua Muslimat Dungun berkata, PAS juga telah meraikan seramai sebelas orang pelajar Tionghua yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2017.

“Ini sebagai memberi suntikan semangat untuk mereka terus maju jaya dalam apa saja bidang mereka,

“selain (PAS) memberikan ‘buah tangan’ pada musim perayaan,” jelas beliau.

Katanya, setiap aktiviti akan disertai oleh Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.

“Program ziarahpun kita pergi, baru-baru ini, ziiarah mangsa langgar lari, budak oku (sydrom down umur 10 tahun,

“pesakit strok, program anak angkat masih berjalan, kita juga ada ada ‘mooncake’,” tambah beliau

Sementara itu, ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun telah mengedarkan ‘Ole-ole’ tersebut kepada hampir 60 buah kedai, dalam program ziarah selama dua hari pada 10 dan 11 Februari.

Beliau mengucapkan, “Selamat Tahun Baru, semoga tahun ‘anjing tanah’ yang disambut pada tahun ini memberikan kebaikan dan kemakmuran kepada seluruh warga Tionghoa

Sumber BO - 14-2-2018













































































Khutbah Jumaat 15 Februari 201; Cabaran Untuk Mendapat Petunjuk


Masjid Jabi.










Sumber BO - 14-2-2018















































































 PAS usaha jaga keharmonian kaum

DUNGUN: PAS sentiasa menjaga hubungan perpaduan dengan masyarakat bukan Islam terutama kaum Tionghua dalam usaha menyampaikan mesej Islam. 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Dungun, Serena Lim Abdullah berkata, PAS juga ingin berkongsi kegembiraan dengan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama anutan mereka. 
Menurutnya, sambutan Tahun Baharu Cina merupakan kebudayaan warisan masyarakat tersebut.
"Macam-macam aktiviti diadakan untuk memastikan hubungan yang sekian lama terjalin menjadi semakin akrab antara kita," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program agihan limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Dungun, kelmarin.
Menurut Naib Ketua Muslimat PAS Dungun itu lagi, selain mengagihkan limau di musim perayaan, lajnahnya juga turut meraikan pelajar Tionghua yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2017.
"Ini (sumbangan) untuk kita (PAS) memberi suntikan semangat kepada mereka (pelajar) supaya terus maju jaya dalam apa saja bidang diceburi kelak," ujarnya. 
Serena yang juga berketurunan Cina itu berkata, setiap aktiviti akan disertai oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS.-HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 

Kerajaan Hanya Beri ‘Ikan’……..

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan hanya memberi ‘ikan’ kepada rakyat apabila meluluskan jutaan ringgit bantuan ‘one off’.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, tindakan itu tidak membantu golongan keluar dari daripada ‘kemelut’ kehidupan itu.

“Bila memberi ikan sekali…..rakyat akan makan habislah……jadi tidak ada lagi sumber yang boleh membantu mereka untuk masa akan datang,

“sepatutnya kerajaan harus fikir macam mana nak memberi pancing kepada rakyat supaya rakyat boleh menangkap ikan pada hari esok dan seterusnya,

“dan mereka boleh mencari sumber rezeki tanpa ada berlaku kemiskinan selepas bantuan daripada pihak kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di HARAP TV dalam bicara kebajikan dan Wanita, Isnin, 12 Februari, disini.

Menurut beliau, yang juga Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Negeri Terengganu (Khairunnisa’), kerajaan seharusnya memikirkan penyelesaian kepada rakyat secara menyeluruh.

Antara yang membebankan orang ramai, kata beliau, ialah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan rakyat sangat tertekan dengan kenaikan harga barang.

“GST harus dihapuskan supaya rakyat hidup dalam keadaan sara hidup mereka yang terkawal. Dalam keadaan harga barang barang mkin naik tetapi gaji masih di tahap yang sama malah kita dengar elaun banyak yang dipotong,

“barang semakin naik dan itu yang mengekalkan keadaan masyarakat sekarang dalam kemiskinan,”ujar beliau.

Justeru, beliau menggesa agar kerajaan hari ini dan akan datang, memikirkan suatu kaedah yang benar-benar berkesan bagi mengurangkan kemisiknann.

“kita (PAS) mengharapkan kerajaan memikirkan sesuatu yang menjadikan rakyat setelah diberi bantuan,

“rakyat akan mampu untuk terus hidup dalam keadaan yang selesa tanpa menghadapi kemiskinan lagi,”tambah beliau, yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim.

Sumber BO -14-2-2018

















































































PAS Hormati Budaya Berbilang Kaum

Oleh KAM

HULU TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak pernah membeza-bezakan malah sentiasa menghormati budaya kaum lain dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Justeru, kata Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid sebab itu amalan menyantuni kaum Tionghua sempena menyambut Tahun Baharu Cina turut diraikan oleh partinya.

Katanya, ucapan Gong Xi Fa Cai yang ditujukan kepada kaum Tionghua sempena hari kebesaran mereka dibenarkan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kenalan warga Tionghua yang ada di negeri ini terutama di sekitar bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu ini.

“Mereka tetap rakyat kita (Malaysia) dan menjadi pengundi di Terengganu, lahir dan dibesarkan di negeri ini,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan agihan limau kepada 31 buah keluarga Tionghua sempena Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Kuala Berang, di sini, pada Isnin 12 Februari.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu tahun 1999 menyifatkan penerimaan masyarakat bukan Islam itu terhadap kunjungannya memberangsangkan.

“Sambutan masyarakat Tionghua terhadap kami (PAS) sangat mesra sekali. Semua yang kami temui menerima baik sumbangan kami, malah tiada yang menolak.

“Kami (PAS) juga bertukar-tukar maklumat dan sempat menjelaskan isu-isu berbangkit yang mengelirukan mereka sebelum ini,” ujarnya.

Menurutnya, faktor ekonomi dan cukai GST antara punca masyarakat Tionghua tidak selesa lagi dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Hampir semua yang ditemui di kalangan peniaga mengeluh tentang kemerosotan perniagaan mereka malah ada yang memberitahu pernah satu minggu tiada seorang pun yang membeli di kedai mereka.

“Alhamdulillah, rata-rata mereka bersetuju perubahan perlu dibuat oleh seluruh rakyat untuk memperbetulkan kepincangan dalam mengurus negeri dan negara ini,” jelasnya yang ditemani Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terenggan, Jefri Chua.

Katanya, PAS Kawasan Hulu Terengganu akan meneruskan program menyantuni masyarakat Cina kerana mereka sebahagian daripada penduduk Hulu Terengganu yang juga penyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat.

Sumber BO - 13-2-2018




































































































































































Tahun Baharu Cina bersama warga Tionghua Air Jernih

KEMAMAN: Majlis Tindakan Dun (MTD) Kemasik telah mengadakan agihan buah limau sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Perkampungan Cina Air Jernih, Kemasik, di sini semalam. 
Program ini antara lain bagi menyatakan bahawa PAS tidak pernah menafikan kewujudan kaum Cina di Terengganu selain memperkukuhkan hubungan Cina dan PAS khususnya di Kemasik. 
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid, program agihan limau kepada warga Cina Air Jernih sempena Tahun Baharu Cina merupakan program tahunan dan sentiasa mendapat maklumbalas yang cukup positif kepada PAS.
"PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) perlu digerakkan semaksima mungkin bagi membantu kemenangan di kerusi yang mempunyai pengundi Cina dalam PRU 14," tambahnya. 
Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat ketika ditemui turut menyatakan keyakinan kebersamaan masyarakat Cina di Air Jernih untuk memberikan sokongan kepada PAS Kemasik dalam PRU14. 
Hadir sama, Wakil Muslimat Kawasan Kemaman, Ustazah Rohasni Husin; Timbalan Pengarah MTD Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili; wakil Pemuda Dun Kemasik, Ibrahim Mamat; wakil Ameerah Dun Kemasik, Izana Alisah dan pimpinan setempat.-HARAKAHDAILY 13/2/2018




































































































































































Sumber HD - 13-2-2018



















































































PAS Tidak Pilih ‘Fahaman Politik’ Hulur Bantuan

KUALA NERUS – PAS tidak memilih ‘fahaman’ politik, bangsa dan agama, untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya II, Dr. Alias Razak berkata, PAS tidak peduli apa persepsi parti lawan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan apa ia lakukan.

Katanya, beliau yakin, ia juga termasuk dalam tangungjawab yang dianjrkan Islam iaitu memberi keadilan pada semua bangsa dan agama.

“Kita yakin golongan Tionghua bukan semuanya kaya. Orang Cina pun ada yang susah sama juga macam orang Melayu…….ada yang senang dan ada yang susah dan mereka yang susah sudah tentu perlukan bantuan,

“dan kita pergi ke rumah mereka memberi buah limau sebagai buah tangan dan sedikit duit ‘angpau’ sebagai sumbangan agar mereka rasa kita juga turut merainkannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika menyantuni kaum Cina dalam DUN Bukit Tunggal, sempena kedatangan Tahun Baru mereka, pada Ahad, 11 Februari.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu, sebagaimana PAS memberikan bantuan kepada orang Melayu, begitu jugalah kepada kaum lain.

“kalau kita buat baik dengan mereka bukan bererti kita mengemis undinya tetapi kerana agama Islam mengarahkan kita berbuat baik sesama manusia,
“Soal undi terpulang kepada mereka sama ada mereka nak sokong kita atau tidak tetapi kita pergi jumpa mereka bukan nak kempen mereka undi PAS,

“Itu adalah hak mereka dan mereka bebas buat pilihan,”ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau yakin dapat mengekalkan kemenangan di parlimen Kuala Nerus khususnya DUN Bukit Tunggal kerana katanya, PAS mendapat sokongan padu dari setiap lapisan masyarakat.

“Pentingnya kita berbuat baik dan menghulurkan tangan sesama manusia dan mendekati mereka diatas jalan dakwah,
“pan harapan kita agar mereka memahami dan bersangka baik dengan Islam dan memberi kepercayaan pada kita untuk memberi naungan pada mereka,”jelas.

Sumber BO - 13-2-2018

Tumpukan Usaha Selesai Masalah Pengangguran

Oleh : Najmiah Kasim

KUALA TERENGGANU – Ameerah negeri Terengganu menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah wanita muda yang menganggur.

Ketua Ameerah Kuala Nerus Puan Khairunnajjah Mohd berkata, ramai antara mereka yang berpelajaran tinggi tetapi terpaksa menganggur setelah tamat pengajian.

“ada yang punyai Ijazah, Master dan Phd…..saban tahun meningkat, tapi peluang pkerjaan yg setaraf dengan kelulusan mereka tiada,

“inilah punca meningkatnya kes penggaguran dalam negara ini, bebanan kos pinjaman (pendidikan) tidak mampu dibayar, meningkat dengan bunga (riba),” jelasnya.

Menurutnya, kadar pengangguran peringkat negeri Terengganu adalah lebih tinggi daripada kadar nasional.
Katanya, untuk tahun 2015 (4.0 peratus berbanding 3.2 peratus) dan pada tahun 2016 (4.2 peratus berbanding 3.4 peratus).

“Saya menggesa kerajaan khususnya negeri Terengganu yang meluluskan bajet lebih RM1 bilion setiap tahun agar mengatsai masalah ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bengkel Membuat Roti di Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal disini pada Sabtu, 10 Februari.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Ameerah DUN Bukit Tunggal berharap, program tersebut memberikan kaedah berikhtiar kepada penduduk, bagi berusaha meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan dalam mengahadpi keadaan ekonomi yang gawat.

Katanya, Ameerah terus komited dalam melaksanakan gerak kerja dan memperkenalkan organiasi dan aktivitinya kepada penduduk.

“ini diantara inisiatif yang diambil melalui program-program berbentuk santai dan menarik minat wanita kini khususnya golongan muda dan salah satu yang disukai pemudi sekarang ialah Bengkel Roti,

“masih ramai anggota masyarakat yang belum mengenali apa itu Ameerah………jadi kita masuk dan dekati warga dimana-mana sahaja,” ujar beliau.

Sumber BO - 12-2-2018





















































































‘Jaulah Mahabbah’ : Harapan Kepada Muslimat Muda

Oleh : Sarah Aqilla

KUALA NERUS – ‘Jaulah Mahabbah’ membuka harapan yang tinggi kepada muslimat muda khususnya di Dun Seberang Takir dalam menggalas tanggungjawab besar dakwah ke arah kesedaran beragama dalam kalangan rakan sebaya.

Pengarah Majlis Tindakan DDUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, muslimat muda boleh berperanan dengan lebih berkesan untuk membawa suatu imej baharu yang lebih baik dan menonjolkan watak muslimat yang solehah.

“Program ini semoga dapat mencapai matlamat ke arah melebarkan kesedaran dan kefahaman terhadap perkembangan politik negara kini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan program Jaulah Mahabbah ke Kuala Lumpur 9hb dan 10 Februari 2018 di Surau Markaz Seberang Takir, pada umaat, 9 februari, di sini.

Menurutnya, semoga semua ahli rombongan jaulah mahabbah ini dapat membetulkan niat masing- masing kerana Allah supaya setiap amal di kira sebagaI ibadat.

“Saya juga turut mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan Muslimat Dun Seberang Takir atas inisiatif menganjurkan Jaulah Mahabbah ini,

”Dan semoga usaha murni ini dirahmati dan diberkati Allah,” ujar Ustaz Zakaria lagi.

Sehubungan itu, Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd berkata, kerajaan seharusnya berfikir dengan lebih realistik tentang isu pengangguran golongan wanita muda kerana rakyat bukan bahan ujikaji.

“Institut Pengajian Tinggi (IPT) samada awam atau swasta terlalu banyak mengeluarkan pelajar siswazah saban tahun,
“Tetapi peluang pekerjaan tidak sehebat produk siswazah yang ada,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hutang belajar terus bertambah dan untuk menceburi bidang keusahawanan.
“Dana modal dan kemahiran turut menjadi masalah,” tambah Khairunnajjah lagi

Sumber BO - 12-2-2018












































































































































































Bermusuh Dengan Umno Kerana Dasar Dan Prinsip

BESUT – PAS bermusuh dengan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan kerana benci ‘batang tubuh’ mereka, tetapi kerana dasar dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti pemerintah itu.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Adam Said berkata, kerajaan Umno-BN sudah tidak mampu lagi untuk mengendalikan urusan masyarakat untuk bawa manusia kepada Allah.

Sebab itulah katanya, tidak ada pilihan lain kepada PAS, perlu mengambil posisi sebagai kerajaan untuk membawa urusan rakyat kepada kehidupan yang lebih sejahtera.

“Kita lihat pada hari ini tugas utama kerajaan (Umno-BN) mesti (dan) wajib ia bawa rakyat yang beragama Islam untuk kenal agama,

“Kalau kita sebagai ayah……maka kewajipan kita terhadap anak yang menjadi rakyat dalam rumah kita ialah wajib perkenalkan kepada anak-anak siapa itu Allah dan urusan dalam agama tanpa bertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Pelancaran Markaz Pilihan Raya Unit Peti Undi (UPU) Padang Landak, Sabtu, 10 Februari, di sini.

Menurutnya, menjadi satu kewajipan bagi kerajaan menyediakan prasarana tempat-tempat yang boleh menjadi sumber ilmu.

“Hari ini kita tengok tak banyak dan kalau ada sekalipun di ‘anak tiri’ kan,

“Kerajaan Umno-BN tak cuba nak tolong sekolah agama kerana bagi mereka ini mungkin menyusahkan hidup kita,”ujar beliau.

Katanya, dalam soal pilihan raya, Umno dan BN telah melakukan perlbagai ‘tipu daya’ untuk memastikan mereka terus menguasai negeri dan negara.

Beliau berkata, pengalaman semasa menjadi ‘counting Agent’ di pusat pengiraan undi pada satu pilihan raya kecil beliau mendapati, kertas undi yang mahu dikira telah dimanupulasi.

“apabila masa angkat kertas undi…..macam mana kertas undi boleh bersusun dua tiga dalam satu lipat,
“kalau setakat masuk sekaligus ke dalam kotak undi) memang tak masuk……mana boleh masuk dan memang tak masuk tetapi macam mana apabila diangkat tersusun,

“ini bentuk penipuan dan saya pernah bilang undi di Negeri Sembilan, Bagan Pinang…..saya tukang bilang undi peti yang terakhir sampai dan peti itu dekat seminggu dah…. tetapi masa bilang tak sampai-sampai peti,

“Sepatutnya peti itu dah sampai awal lagi dan apabila saya buka sendiri peti, berpeti-peti bilang tiada satu pun pembangkang,” jelas beliau.

Selain itu, tegas beliau, kerajaan Umno-BN telah melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melaksanakan Cukai Barangan Dan Perkhkidmatan (GST).

Justeru itu, kata beliau, pilihan raya umum ke-14ini adalah inilah masa yang terbaik kepada rakyat untuk tunjukkan kehebatan dan jatuhkan Umn-BN.

“Di Kuala Lumpur nak ‘parking’ kereta pun kena GST…….nak parking kereta tempat persendirian pun tulis termasuk GST,

“Mak cik pergi kedai nak beli (pencuci) mangkuk jamban (tandas) … nak beli clorox jamban pun GST juga…. zalimnya kerajaan Umno BN,” ujar beliau, kesal.

Sumber BO - 12-2-2018























































































PAS Batu Rakit Yakin Menang
























































































Ketua UPU Bukit Wan, Mohd Chik menerima replika kunci sempena perasmian Markaz Pilihan Raya UPU tersebut
SETIU – PAS yakin berjaya dalam usaha merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang sekarang ini dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit, Ustaz Nazari Alias berkata, PAS sudah bersedia mengambil kembali kerusi Batu Rakit bagi membantu PAS Terengganu memerintah negeri ini.

“Dengan dengan segala kepincangan yang sangat jelas dilakukan oleh Umno, rakyat tidak ada pilihan lain lagi kecuali memberikan mandat kepada PAS,

“isu-isu bukan sahaja berlegar dengan isu setempat seperti isu pembaziran Taman Ilmu, Kenyir tetapi juga dengan isu-isu peringkat nasional seperti GST, 1MDB, Felda dan terbaharu berkaitan dengan isu agama anak-anak Indera Ghandi,

“semua ini mesti dijelaskan oleh PAS dan rakyat mesti difahamkan agar tidak lagi ketinggalan dan masih menyokong Umno, apatah lagi dengan bantuan kemudahan teknologi yang ada, PAS akan berjaya insyaallah,” katanya,

Beliau berkata, jentera PAS bekerja keras sepanjang tempoh sepenggal yang lalu dan kini dipertingkatkan lagi dalam tempoh yang sangat mendekati PRU 14.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program kunjungan muhibah oleh PAS Bukit Payong yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada Jumaat 9 Februari.

Sehubungan itu, katanya, pertemuan jentera kedua-dua DUN tersebut, dijadikan sebagai medan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi jentera PRU bagi keseluruhan organisasi dan untuk membantu kemenangan.











































































Ustaz Shafizi Ismail
Turut diadakan sempena lawatan Ketua Penerangan PAS negeri itu ialah Majlis Perasmian Markas Pilihan Raya Unit Peti Undi (UPU) Bukit Wan.

Menyentuh kejayaan Batu Rakit Nazari berkata, Pemuda PAS yang diketuai oleh Ustaz Shafizi Ismail, telah berjaya menubuhkan kembali Cawangan Pengkalan Atap yang sudah tidak aktif selama 14 tahun.

Shafizi yang ditemu dalam Majlis yang sama berkata, kejayaan itu tanda kemenangan awal kerana adalah kampung kepada ADUN Batu Rakit, yang akan memberi impak besar kepada beliau.

Bahkan, tambah beliau lagi, Pemuda Pengkalan Atap adalah peserta teramai yang menyertai konvoi bermotor DUN Batu Rakit yang diadakan kira-kira dua minggu lalu dengan penyertaan seramai 80 orang.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Terengganu menjelaskan selepas kekalahan PAS tahun 2004, Pengkalan Atap seperti ketandusan tenaga muda untuk membantu jentera parti peringkat Dun.
Namun katanya, memandangkan cawangan ini adalah cawangan ADUN Batu Rakit, maka usaha yang giat telah dijalankan dan hasilnya amat memberangsangkan kerana berjaya mengumpul ratusan anak muda yang cintakan Islam.

Ustaz Shafizi yang berkelulusan dari Universiti Lampeter, Wales, turut berkeyakinan pemuda-pemuda ini akan terus bersama PAS kerana pengisian program tidak hanya tertumpu kepada hal dunia sahaja, malah ilmu akhirat turut ditekankan dalam program PAS.

“Kami Pemuda Dun Batu Rakit menyahut cabaran YB Ketua Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah untuk Batu Rakit menjadi salah satu Dun penyumbang kerusi bagi PAS Terengganu kembali menguasai kerajaan,” tegas beliau.

Sumber BO - 11-2-2018

Saluran 1 (Satu)……

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Pagi ini saya hantar anak yang menuntut di UMT di rumah sewanya berhampiran dengan Masjid Kg Tok Jembal. Sedang saya mengundurkan kereta, kelihatan seorang wanita lanjut usia sekitar 80-an menuju ke arah kereta. Berkain batik, berbaju kurung singkat dengan tuala good morning di atas kepalanya, saya memberhentikan kereta sambil menurunkan cermin tingkap kereta dan memberi Salam kepada nenek ini.

“Mari mmana lagi,” soal nenek tadi sambil membetulkan tuala putih atas kepalanya.

“Ator anak tok,” jawab isteri saya yang kebetulan ikut sekali.

“Doh, duduk mmana ni,” soal dia lagi.

“Duk Gong Benjok Tok,” jawab isteri .

“Doh kerja apa ni,” tanya Nenek tadi sambil mukanya memandang saya.

“Saya kerja dengan Parti PAS Tok,” jawab saya cuba meninjau market seperti biasa.

Tiba tiba Nenek itu terdiam beberapa saat, sambil melihat lihat kereta saya. Nenek itu berkata selepas beberapa ketika ,

“Kerja dengan Parti PAS tu ke ? Yaa dokk ni,” ? Soal Nenek itu seperti tidak percaya dengan jawapan terus terang saya itu.

“Sungguh Tok, saya kerja dengan Parti PAS,” jawab saya dengan bersungguh.
Nenek itu diam lagi beberapa saat, seperti tidak percaya dengan jawapan saya itu.

“Tok kekgi mari pilihanraya Tok Undi PAS dehh….” saya cuba pancing.

Sambil menggeleng kepala dan menggangkat tangan kanannya kekiri dan kekanan tanda tidak, beliau memberi isyarat dengan kepalanya ke arah dinding rumahnya yang berada betul betul di hadapan rumah sewa anak saya. Saya lihat poster saiz A4 berlambang dacing BN tertampal di rumahnya. Lalu saya senyum.

“Dok apalah Tok, biar rumah Tok penuh poster BN pun, Ngundi kekgi Tok pakoh PAS deh,” kempen saya lagi.

“Dok boleh, Tok terima bantuan dari Kerajaan Awang weehhh, mana boleh sokong PAS, Tok Ngundi BN sokmoo,” jawab Nenek tadi beria-ia.

“Dok apalah Tok, Pitis bantuan tu hok Kerajaan, bukan hoK UMNO Tok, tu semua pitis rakyat Tok, termasuk pitis saya jugok'” jawab saya lagi.

“Tok Pakoh bulan terik ning deh Tok'” rayu saya lagi.

“Dok boleh awang, Tok sokong UMNO,” jawab nenek tadi berulang kali.

“Llening Tok, orang pakat Undi PAS belaka doh Tok, Orang cerdik panda, Orang Bandar , Orang muda semua pakat Undi PAS belaka doh Tok,” Kata saya lagi.

Nenek tadi terdiam bila saya kata begitu.

“Doh, dok apa deh Tok, saya gi dulu, saya nok gi Jjabat PAS pulop ni,” kata saya sambil minta izin untuk berlalu.

“Ya lahh…..mari jjalang pulop deh drumoh,” jawab nenek itu.

Begitulah keadaan masyarakat Kampung yang jauh dari maklumat sebenar. Mereka hanya dapat berita melalui sumber berita TV dan Radio. Bantuan dari kerajaan itu dianggapnya dari UMNO.

Sebagai petugas kempen, kita perlu sentiasa dampingi orang seperti nenek ini, tunjukkan akhlak Islam yang baik kepadanya. Tawan hatinya insyaallah dia akan bersama kita. Tidak perlu berhujjah panjang. Hidayah itu milik Allah swt. Kita hanya berusaha.

Insyaallah saya akan ziarah lagi nenek ini walau dia dari Saluran 1 (SATU) yang diibaratkan seperti Kopi O Pekat.

Sumber BO - 11-2-2018

























































































PAS Kemasik giat laksana projek kebajikan masyarakat

KEMAMAN: Lajnah Kebajikan PAS Dun Kemasik sedang meluaskan agenda kebajikan kepada masyarakat dengan mengadakan sumbangan kepada golongan memerlukan.
Antara bantuan diberikan dalam usaha tersebut adalah membaikpulih secara gotong-royong lantai rumah seorang penduduk yang menetap di Lorong Seroja 5, Kampung Baru Kemasik, di sini semalam.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, sumbangan itu sebagai meringankan beban keluarga tersebut agar mempunyai keadaan lantai lebih tetap dan selesa.
Maklum beliau, usaha seumpama sedang giat dilaksanakan pihaknya bagi membantu masyarakat dan sememangnya usaha itu tidak terhad atau bermusim masa pilihan raya sebagaimana dilakukan pihak lain.
Hasil gotong-royong tersebut membolehkan projek dijalankan dalam masa singkat dan hadir sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kemasik, Shahrim Ibni Hajar dan Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kemasik. - HARAKAHDAILY 11/2/2018

Sumber HD - 11-2-2018











































































Balik mengundi, lebih terjamin

MARANG: Para pengundi yang berada di luar negara disyorkan pulang ke kampung dan mengundi secara ‘manual’ serta tidak perlu mengundi melalui pos.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ia kerana sistem pengundian tersebut tidak adil dan tidak selamat.
Beliau berkata, pengalaman pada beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan juga Pilihan Raya Umum (PRU) membuktikan undi secara pos, tidak menyebelahi PAS.
“Sememangnya ada sistem dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan mereka untuk undi pos di ‘safara’ ataupun kedutaan (luar) negara masing-masing,
“Tetapi yang menjadi masalahnya undi pos ini memakan masa hanya tiga hari sahaja untuk diproses dan dibawa balik ke tempat di mana mereka mengundi di seluruh negara,” jelasnya kelmarin.
Menurutnya, untuk undi tentera yang mengundi di kem pun PAS hanya mendapat sekitar dalam lima hingga 10 peratus sahaja undi.
Tetapi katanya, bagi undi pos tentera atau polis yang tiada di tempat mereka bertugas, biasanya PAS tidak mendapat undi yang banyak dan pernah tidak mendapat apa-apa.
“Suatu perkara yang tidak munasabah, jadi maknanya undi ini tidak sampai tapi dia diundi oleh pihak yang lain.
“Begitu juga apabila kita berada di luar negara, apabila kita mengundi di luar, adakah kita yakin undi ni akan sampai?
“Contohnya kita duduk di Pendang, Kuala Lumpur, di Johor ataupun di Perak undi kita yang sampai dan saya bimbang yang sampai adalah undi yang lain,” soalnya lagi.
Justeru itu, Adun Alor Limbat itu mengesyorkan supaya para pengundi yang berada di luar negara agar pulang untuk mengundi.
Katanya, ia lebih selamat walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.
“Mestilah berkorban untuk balik mengundi, dan kali ini adalah PRU yang sangat penting untuk negara kita khususnya PAS.

“Jadi ini kebimbangan saya dan sebab itulah penyokong PAS mesti balik walau dengan apa cara dan berapa nilai sekalipun.

"Serta di mana (mereka) berada (sekali pun) harus pulang dan tidak mengundi sebagai pengundi pos,” serunya. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 












































































Rampas Tanah Pertanian; Kerajaan Umno-BN Bodoh Dan Zalim

MARANG – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) isifatkan sebagai ‘bodoh dan zalim’ kerana merampas kembali tanah-tanah, termasuk tanah pertanian yang diberi oleh PAS kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang berkata, kerajaan PAS menganugerahkan tiga ekar tanah pertanian kepada rakyat yang mempunyai kelayakan dan keupayaan untuk memajukan tanah semasa memerintah negeri Terengganu pada 1999 – 2004.

“Usaha yang kita (PAS) lakukan itu adalah langkah untuk memajukan pertanian dan menggembleng seluruh tenaga rakyat untuk menyediakan makanan serta bekalan yang mencukupi bagi negara,
“dan rakyat dalam menghadapi apa jua situasi yang mungkin akan berlaku,” tegasnya.

Malangnya, kata beliau, Umno dan BN yang kembali memeritah selepas pilihan raya umum kali ke 11 telah merampas kembali tanah itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program pelancaran benih ubi keledek ‘Sweet Latas’ oleh Presiden PAS Dato; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Jumaat, 9 Februari, di sini.

Menurutnya, bidang pertanian adalah satu bidang yang besar, bukan sahaja kita boleh berbakti kepada masyarakat tetapi kemuncaknya, adalah merupakan ibadat kepada Allah SWT.

“Tanggunjawab sesebuah kerajaan ialah menjaga keselamatan negara dan rakyat, faktor yang membawa kepada keselamatan ialah apabila wujudnya kestabilan dari segi politik,

“dan mempunyai pertahanan dan persenjataan yang mencukupi dan mampu untuk mempertahankan negara,” jelas beliau.

Tambah Dato Husain lagi, faktor keselamatan negara ialah mempunyai makanan yang mencukupi merupakan faktor utama menentukan kesejahteraan dan keselamatan kepada negara dan rakyat.

“Oleh itu apa yang dilakukan dan produk hasil yang kita cipta pada hari ini adalah merupakan langkah pertama,

“untuk membuktikan bahawa kita mempunyai wawasan ke arah membina sebuah negara yang selamat dan bahagia terutama menerusi penyediaan makanan yang mencukupi kepada rakyat,

“tahniah kepada Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) berjaya mencipta satu produk baru dan semoga satu sumber pekerjaan kepada rakyat,” ujar beliau.












































































Sumber BO - 10-2-2018











































































Kejohanan merentas desa SRIDAR meriah

KEMAMAN: Sekolah Rendah Islam Darul Rahman (SRIDAR), Kerteh berjaya melangsungkan Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama dengan jayanya, kelmarin.
Kejohanan ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Amal Malaysia Dun Kemasik dalam mengawal lalulintas dan kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.
Menurut Mudir SRIDAR, Ustaz Asri Kadir, acara julung kali diadakan ini berjaya membawa SRIDAR untuk terus maju seiring sekolah kerajaan.
"Pelbagai acara lain turut menjadi tumpuan dan agenda dalam memastikan pelajar SRIDAR dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah lain,antaranya akhir bulan Februari akan dilangsungkan Kejohanan Sukaneka SRIDAR," ujarnya.
Turut hadir Ketua Jabatan Amal Kawasan Kemaman, Wan Faisal Abdullah. -HARAKAHDAILY 10/2/2018

Sumber HD- 10-2-2018











































































PAS peka terhadap jaminan keselamatan makanan negara

MARANG: Kerajaan Umno-BN nyata tidak bijak dan telah menzalimi rakyat kerana merampas kembali tanah pertanian yang pernah diberi oleh Kerajaan PAS kepada penduduk.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Ustaz Husain Awang berkata, PAS menganugerahkan tiga ekar tanah pertanian kepada rakyat yang mempunyai kelayakan dan keupayaan untuk memajukan tanah semasa pemerintahan PAS pada 1999-2004.
"Tetapi Kerajaan Umno-BN merampas kembali tanah itu adalah merupakan kejahatan dan kebodohan mereka. Usaha yang kita (PAS) lakukan itu adalah langkah untuk memajukan pertanian.
"Dan mengembleng seluruh tenaga rakyat untuk menyediakan makanan serta bekalan yang mencukupi bagi negara dan rakyat dalam menghadali apa jua situasi yang mungkin akan berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program pelancaran Sweet Latas di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam.
Menurutnya, pertanian adalah satu bidang yang besar bukan sahaja boleh berbakti kepada masyarakat tetapi kemuncak kepada bidang ini adalah merupakan ibadat kepada Allah S.W.T.
"Tanggungjawab sesebuah kerajaan ialah menjaga keselamatan negara dan rakyat. Faktor yang membawa kepada keselamatan ialah apabila wujudnya kestabilan dari segi politik.
"Dan mempunyai pertahanan dan persenjataan yang mencukupi dan mampu untuk mempertahankan negara," ujar beliau.
Tambah Dato' Husain lagi, faktor keselamatan negara termasuk mempunyai makanan yang mencukupi merupakan faktor utama menentukan kesejahteraan dan keselamatan kepada negara dan rakyat.
Kerana itu ujarnya, menghasilkan produk makanan dari hasil pertanian juga menjadi sebahagian kepada usaha dimaksudkan di mana PAS sentiasa ke arah langkah tersebut dijayakan.
"Untuk membuktikan bahawa kita mempunyai wawasan ke arah membina sebuah negara yang selamat dan bahagia terutama menerusi penyediaan makanan yang mencukupi kepada rakyat.
"Dan tahniah kepada Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) berjaya mencipta produk baru dan semoga satu sumber pekerjaan kepada rakyat," tambah beliau lagi. -HARAKAHDAILY 10/2/2018

Sumber HD - 10-2-2018











































































Isu Taman Ilmu: MB Perlu Buka Untuk Lawatan Dan Tatapan Umum

Telah bertahun-tahun PAS menekankan tentang betapa pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Terengganu dengan kegagalan mereka menyiapkan dan memanafaatkan fasiliti di Taman Ilmu yang berjumlah kira-kira RM400 juta itu.

Tiba-tiba semalam, YAB MB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah memberikan komen tentang viral gambar-gambar berkaitan Taman Ilmu itu adalah gambar lama.

Saya kurang tahu samada MB tidak pernah ke sana atau tidak? atau beliau telah di “lipat” (ditipu) oleh pegawai beliau sendiri.

Namun, saya lebih percaya bahawa beliau tidak mendapat maklumat yang betul tentang keadaan terkini Taman Ilmu yang hampir-hampir menjadi ‘tugu peringatan’, kegagalan Umno menguruskan wang rakyat.

Saya pernah ke sana pada awal 2017 lalu bagi melihat sendiri bangunan-bangunan “tinggal” yang suatu ketika dahulu pernah dijanjikan oleh dua orang bekas MB Terengganu akan menjadikan Taman Ilmu ini sebagai pusat kegemilangan perkembangan ilmu di negeri Terengganu.

Apa yang saya lihat dalam tinjauan itu ialah, ia tidak banyak berubah berbanding dengan gambar-gambar yang diambil oleh rakan-rakan saya seawal tahun 2015 dan 2016.

Mungkin ini juga menjadikan Dato’ Seri Ahmad Razif keliru dan mengatakan gambar terbaharu yang ditularkan dalam media sosial itu sebagai foto lama kerana tiada nampak apa-apa perubahan pun.

Oleh itu bagi mengelakkan fitnah terus berlegar, MB perlu diberi peluang bagi membersihkan Umno yang dituduh gagal dengan projek itu, dengan membuka seluas-luasnya pintu Taman Ilmu bagi membolehkan setiap rakyat Terengganu melawat dan meninjau sendiri Taman Ilmu itu.

Ia bagi memberi peluang seluruh rakyat untuk melihat dengan mata kepala mereka sendiri keadaan terkini Taman Ilmu.

Saya mencadangkan agar ia dilakukan bermula hari ini dan rakyat boleh membuat keputusan samada dibawah Umno “Terengganu Molek Doh” atau “Lok Koho Punoh”.

Terima kasih. Wallahua’lam.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
24 Jamadilawwal 1439/10 Februari 2018

Sumber BO - 10-2-2018

































































































Dedahkan Hasil Siasatan ‘Sekolah Tergantung’ Kepada Rakyat

MARANG – PAS menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan siasatan dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat berhubungan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat yang retak dan ‘tergantung’ dan kini telah dilupuskan.

Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman kesal sehingga kini, seteleh 10 tahun bangunan tersebut diisytiharkan tidak selamat, tiada sebarang tindakan oleh pihak berwajib.

“Kos pembinaannya lebih daripada RM18 juta dan saya difahamkan sekiranya kerajaan nak baiki kosnya mahal sehingga boleh mencecah RM24 juta (jadi ia telah dirobohkan) dan hari ini saya datang semula ke sini melihat hanya ‘padang jarak padang tekukur’,

“jadi saya mendesak walaupun perkara ini dah hampir 10 tahun dah…..maksudnya ianya berlaku tetapi kita mengharapkan supaya pihak berwajib menjalankan siasatan,
“sepatutnya bila berlaku begini pihak SPRM dan pihak kerajaan menyiasatlah sebenar apa yang berlaku sehingga sekolah ini terjadi seumpama ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak sekolah terbabit yang telah diratakan di Kampung Alor Limbat dekat sini pada Rabu 7 Februari.

Menurutnya, tiada apa-apa tindakan dan tiada apa-apa pendakwaan yang telah dibuat keatas ‘pembaziran’ harta rakyat bernilai puluhan juta itu.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara yang sama tidak berulang kepada mana-mana projek kerajaan, terutama dalam pembinaan sekolah menngah baharu yang akan dibangunkan di Kampung Baru Serada.

































































































Bangunan SMK Alor Limbat ketika siap pebinaannya, tetapi diisytiharkan tidak boleh digunakan, kerana tahnya mendap
“yang kedua apabila esok (8 Februari) ada pecah tanah Sekolah Menengah Kampung Baru (Serada)….walaupun dia masih dalam DUN Alor Limbat (yang) sebenarnya tiada kaitan dengan pembinaan Sekolah Menengah Alor Limbat kerana jaraknya sangat jauh,
“kita tak mahu perkara yang sama berulang, sebab sekarang ini zaman teknologi zaman canggih sepatutnya kajian dilakukan peringkat awal samada sesuai ataupun tidak tanah (terbabit),” jelasnya.

Justeru itu, beliau memohon agar kerajaan mendirikan semula Sekolah Menengah Alor Limbat yang telah dirobohkan, di mana-mana Kawasan yang selamat di kampung itu.

Beliau berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada yang akan didirikan adalah dalam daerah Kuala Terengganu dan bukannya dalam daerah Marang.

































































































tapak SMK Alor Limbat kini hanya ‘Padang Jarak Padang Tekukur’ setelah ia dorobohkan, RM1 juta hanya tinggal ‘batu dan debu’
“Jadi keperluan yang sangat mendesak (supaya kerajaan membina semula sekolah) saya berjalan sekitar kampung Rawai, Pok Badar dan (kampung) Alor Limbat……mereka mendesak kerajaan supaya menggantikan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat,
“kita tak halanglah (pembinaan) sekolah baharu itu kerana telah di ‘gazat’ agak lama pembinaannya,” tambah beliau.
Beliau difahamkan ada masih banyak sama ada tanah kerajaan ataupun tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan, yang sesuai untuk di bina sekolah.

Sumber BO - 10-2-2018






























































































200 warga nelayan dapat perhatian PAS

DUNGUN: Kerajaan Umno-BN Terengganu disifatkan tidak demokratik apabila menafikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat PAS di peringkat Dun dan Parlimen. 
Sedangkan, kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli setiap wakil rakyat yang mewakili PAS membawa misi bagi menyelesaikan masalah rakyat walaupun menghadapi pelbagai kekangan. 
Menurutnya, antara masalah besar bagi wakil rakyat PAS di peringkat Dun dan Parlimen kerana ketiadaan peruntukan.
"Bukan sahaja Adun pembangkang yang disekat peruntukan, malah peruntukan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang juga dinafikan oleh Kerajaan Umno-BN," jelasnya ketika berucap pada Majlis Bantuan Nelayan di Surau Pak Malik, Seberang Pintasan, di sini.
Namun, katanya meskipun wakil rakyat PAS dinafikan peruntukan itu, tetapi misi bantuan kepada golongan miskin dapat dilaksanakan.
Menurutnya, pencarian dana diusahakan dipelbagai tempat seperti di surau-surau dan di tempat kuliah agama.
Walaupun tanpa peruntukan, kita (PAS) tetap berusaha mengumpul dana daripada sumbangan di surau-surau dan sebagainya, untuk kita bantu rakyat marhaen walaupun sedikit ujarnya kepada 200 orang nelayan. 
Beliau selaku Yang Dipertua PAS Dungun berharap agar warga nelayan mampu menilai kesungguhan wakil-wakil rakyat PAS dalam membantu terutamanya ketika musim tengkujuh. 
Katanya, ketika musim cuaca yang tidak mengizinkan para nelayan ke laut, PAS turut mengagihkan sumbangan mengikut kemampuan parti itu.
Majlis itu anjuran bersama Jawatankuasa Parlimen PAS Dungun dan Lajnah Kebajikan Dun Rantau Abang yang turut dihadiri Adun Rantau Abang, Alias Harun.-HARAKAHDAILY 9/2/2018
Sumber HD - 9-2-2018 






























































































Mengapa ADUN Kuala Berang Bersungguh Sangat Nak buat Hotel Depan Masjid?

HULU TERENGGANU – PAS mempersoalkan, mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, bersungguh sangat mau membina hotel dihadapan masjid Sultan Mahmud?

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, ramai yang tidak puas hati dan menzahirkan kemarahan mereka terhadap projek tersebut, namun Tengku Putera tetapberkeras mahu melaksanakannya.

“Saya nak tanya…….kalau adalah Ketua Umno (yang hadir pada mala mini) saya nak tanya (mengapa) YB Kuala Berang bersungguh sangat nak buat hotel (depan masjid) pasal apa?

“ke…..ada kepentingan juga…..ke ada apa-apa, dia itu yang bersungguh sangat. Patutnya Exco Agama yang jawab di (dalam) Dewan (Undangan) Negeri……tapi YB Kuala Berang yang jawab,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Perasmian Markas UPU (Unit Peti Undi) Pantai Ali disini pada Selasa malam, 6 Februari.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Terengganu berkata, ia buka satu tudahan, tetapi beliau mahu mendengar, apakah jawapan yang akan diberikan oleh pihak itu sendiri.

“Saya bukan nak tuduh apa-apa tapi saya nak tanya biar dia jawab…….yang sungguh sangat (kenapa), (sedangkan) banyak tempat lagi Kuala Berang,

“tepi sungai nuh……bawah nuh…..RM4 juta juga (dah) tambung (tanah) tepi sungai ada ‘tambung pelantar’ gitu…….tambung tanah sahaja RM4 juta habis (tapi tak buat apa-apa),” jelasnya.

Katanya, sekiranya didirikan hotel tersebut disitu sangat menarik dan cantik, berlatarbelakangkan air sungai Terengganu yang mengalir.

Beliau juga berkata, kes pembinaan hotel itu, mungkin ada kaitan dengan perletakan jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) kerana pengurusan masjid adalah dibawah institusi tersebut.

“dua hari ini keluar berita…….heboh keluar berita di Kuala Terengganu, masjid ni dibawah MADAM, Yang DiPertua MAIDAM diarahkan letak jawatan, khabarnya kerana tanda tangan meluluskan pembinaan hotel (itu),
“kita sedang cari maklumat…..tapi maklumat hari ni, ada kaitan dengan pembinaan hotel (dalam kawasan masjid Sultan Mahmud),” ujarnya.

Berita sebelum ini;
MDHT Tidak Pernah Luluskan Pembinaan Hotel Di atas Tapak Masjid Sultan Mahmud

Sumber BO - 9-2-2018




































































































Pulang Mengundi Lebih Selamat

MARANG – Para pengundi yang berada di luar negara disyorkan pulang ke kampung dan mengundi secara ‘manual’ serta tidak perlu mengundi melalui pos.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ustaz Ariffin deraman berkata, ia kerana sistem pengundian tersebut tidak adil dan tidak selamat.

Beliau berkata, pengalaman pada beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) dan juga pilihan raya besar (PRU) membuktikan undi secara pos, tidak menyebelahi PAS.

“Sememangnya ada sistem dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan mereka untuk undi pos di ‘safara’ ataupun kedutaan (luar) negara masing-masing,

“Tetapi yang menjadi masalahnya undi pos ini memakan masa hanya tiga hari sahaja untuk diproses dan dibawa balik ketempat di mana mereka mengundi di seluruh negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media berkait isu tersebut pada Rabu, 7 Februari.
Menurutnya, kalau tentera akan mengundi di kem di mana kita PAS hanya dapat sekitar dalam lima hingga 10 peratus sahaja undi.

Tetapi bagi undi pos untuk dimana dikalangan tentera atau polis yang pengundi tiada di tempat mereka bertugas, biasanya PAS tidak mendapat undi yang banyak dan pernah tidak mendapat apa-apa.

“Suatu perkara yang tidak munasabah jadi maknanya undi ini tidak sampai tapi dia diundi oleh pihak yang lain,

“begitu juga apabila kita berada di luar negara, apabila kita mengundi di luar adakah kita yakin undi ni akan sampai,

“contohnya kita duduk di Pendang, Kuala Lumpur, di Johor ataupun di Perak undi kita yang sampai dan saya bimbang yang sampai adalah undi yang lain,” soalnya lagi.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan negeri Alor Limbat itu mengesyorkan supaya para pengundi yang berada di luar negara agar pulang untuk mengundi.

Katanya, ia lebih selamat walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

“mestilah berkorban untuk balik mengundi, dan kali ini adalah pilihan raya umum (PRU) yang sangat penting untuk negara kita khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS).

“jadi ini kebimbangan saya dan sebab itulah penyokong PAS mesti balik walau dengan apa cara dan berapa nilai sekalipun,

“serta di mana (mereka) berada (sekali pun) harus pulang dan tidak mengundi sebagai pengundi pos,” tegasnya.

Sumber BO - 8-2-2018





































































































PAS Kemaman Santuni Kaum Tionghua Menjelang Tahun Baru

KEMAMAN – PAS kawasan kemaman menyantuni kaum Tionghua menjelang Tahu Baru Cina yang akan disambut pada Jumaat minggu hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai , YB Haji Hanafiah Mat berkata, semua rakyat berlainan agama dan kaum diraikan sebagai tanda ucapan perayaan dan persahabatan sempena hari kebesaran masi.g-masing.

Beliau berkata, kunjungan Muhibbah’ hantaran kad ucapan dan pemberian buah limau Mandarin adalah pengiktirafan PAS dan penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan mereka kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Di samping menyambut Tahun Baru……. mengikut kalendar Cina ini adalah ‘tahun anjing tanah’ dan negara akan menyambut satu lagi perayaan yang akan menentukan nasib rakyat untuk lima tahun yang mendatang,

“pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan menjelma selepas tahun Baru Cina adalah satu perayaan rakyat dalam bentuk demokrasi berparlimen,

“dan di sinilah rakyat keseluruhannya akan menikmati kegembiraan sebenar apabila kerajaan yang ‘korup’ dan menyusahkan rakyat dapat ditumbangkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui oleh pihak media, selepas menziarah warga Tionghua sekitar Pasar Borong Dusun Nyior Chukai, pada Rabu 7 Februari, di sini.

Menurutnya, beliau meluangkan masa sejak awal minggu ini untuk bertemu mata dengan kaum yang sentiasa bersama-sama dengan PAS untuk merubah landskap politik negeri dan negara.

“Sebahagian besar kaum Cina menyatakan kebersamaan dengan PAS dan banyak rungutan daripada masyarakat …..tentang Good and Sevice Tax (GST) dan kenaikan harga barang,

“hari ini saja harga ikan Kembung pun dijual pada harga RM20.00 sekilo di Pasar Borong Dusun Nyior,” ujar beliau.
PenolongSetiausaha PAS Terengganu itu menambah, kaum Cina khususnya dan rakyat keseluruhannya hendaklah membuat perubahan secara total agar kerajaan ‘yang merompak harta’ rakyat dapat digantikan, dengan sebuah kerajaan yang adil dan bertimbang rasa serta prihatin terhadap masalah rakyat.

“Kita juga hendaklah bergabung tenaga dengan semua kaum untuk mengeratkan perpaduan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat,
“masalah GST dan pengangguran serta kos sara hidup akan dapat diselesaikan sekiranya PAS dan Gagasan Rakyat diberi kepercayaan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung tidak berapa lama selepas Tahun Baru Cina nanti,” kata beliau.






































































































Sumber BO - 8-2-2018

Khutbah Jumaat 9 Februari 2018; Pemimpin 

Bertakwa Negara Sentosa












































































Masjid Nur Iman Kampung Padang Hangus, Tepoh, Kuala Nerus










Sumber BO - 8-2-2018











































































Pembohongan ADUN Kuala Berang Tengku Putera Tengku Awang Terhadap PAS

Pada November tahun 1999, PAS telah berjaya mengambilalih pemerintahan Terengganu apabila menang PRU pada peringkat negeri.

2-Pada tahun 2003 satu tender pembalakan telah diluluskan oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Riyapadu.

3-Tujuan pembalakan ialah bagi membersihkan kawasan hutan untuk membina Empangan Kenyir 2 seluas kira-kira 16 ribu hektar.

4-Akan tetapi perkembangan kerja-kerja pembersihan itu tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki kerajaan negeri serta masalah pembayaran premium syarikat kepada kerajaan

5-Kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS telah meminta nasihat daripada Pegawai Penasihat Undang-Undang (L.A) Negeri Terengganu ketika itu atas isu tersebut.

6-L.A telah menasihati kerajaan agar menamatkan kontrak syarikat terbabit dan kerajaan telah mengambil nasihat tersebut dengan menamatkan kontrak itu.

7-Syarikat Riyapadu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri atas tindakan penamatan kontrak itu. Mereka mengemukakan saman sebanyak RM1 billion terhadap kerajaan Terengganu pada tahun 2007 iaitu 4 tahun selepas berlaku penamatan kontrak itu dan kerajaan Terengganu telah bertukar kepada Umno.

8-Mahkamah Tinggi telah mendapati kerajaan negeri Terengganu bersalah tanpa diberikan alasan yang sepatutnya. Tidak sempat orang-orang berkenaan undang-undang mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan keputusan kehakiman, Yang Arif Hakim yang mengendalikan perbicaraan itu ditakdirkan meninggal dunia.

9- Mengikut perlembagaan Malaysia, ada dua lagi mahkamah bagi merayu keputusan ini iaitu Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Namun disebalik membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan, kerajaan Terengganu pimpinan Umno sebaliknya menawarkan penyelesaian di luar kamar.

10-Kerajaan Terengganu telah menawarkan pampasan berjumlah RM50 juta kepada Riyapadu.

Riyapadu tanpa berlengah, telah menerima tawaran itu walaupun sebelum itu telah menyaman sebanyak RM1 billion dan telah menang pada pusingan pertama. Pelik bukan? RM50 juta sahaja diambil walaupun telah menang RM1 billion sebelumnya. Kenapa Riyapadu hanya bersetuju selesai di luar kamar?

11-Jadi kerajaan Terengganu pimpinan Umno hanya membayar RM50 juta dan bukannya RM1 billion seperti tuduhan Adun Kuala Berang. Manakala kerajaan pimpinan PAS pula menamatkan kontrak itu berasaskan nasihat daripada L.A.

12-Tuduhan oleh Adun Kuala Berang Tengku Putera ini, selain cuba mengaitkan PAS dengan kegagalan, ia sebenarnya jelas cuba menjadikan pegawai kerajaan yang berkelayakan kelihatan seperti orang bodoh, tidak pandai memberi nasihat.

Rakyat boleh menilai sendiri, Umno ketika ini hanya mampu cuba mencalarkan imej PAS dengan membawa cerita hampir 20 tahun lepas. Cerita itu bukan sekadar basi malah cerita itu juga bohong. PAS insyaAllah hanya satu-satunya gerakan yang tidak membawa budaya politik persepsi, berbeza dengan perangai Umno dan kumpulan yang sejenis perangai dengan Umno.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS
21 Jamadilawwal 1439/7 Februari 2018

Sumber BO - 8-2-2018











































































Reaksi Kunjungan Muhibbah ADUN Chukai Sempena Tahun Baru Cina
Posted on Wednesday, February 07 @ 16:14:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38140




Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi, PAS Kawasan Kemaman melalui ADUN Chukai, YB Hanafiah Mat dan rombongannya telah menyantuni kaum Tionghua sekitar Bandar Kemaman.


Dua hari berturut-turut beliau meluangkan masa untuk bertemu mata dengan kaum yang sentiasa sama bangkit bersama-sama dengan PAS untuk merubah landskap politik negeri dan negara. 

Semalam beliau bertandang ke Sek Jenis Keb Cina Chukai yang warganya terdiri daripada lebih 50 orang guru dan 800 orang murid. Manakala pagi ini Pasar Borong Dusun Nyior menjadi destinasi seterusnya di mana Tuan Haji Hanafiah dapat memesrai seramai 200 orang kaum Cina.

Dalam kunjungan muhibbah itu, beliau dan rombongan telah mengagihkan kad ucapan dan buah limau mandarin sebagai tanda ingatan PAS dalam menghargai jasa kaum tersebut yang terus memberi kepercayaan kepada PAS.

“Suatu perkara yang menarik dalam kunjungan itu ialah seorang Cina berpangkat Datuk berjanji untuk terus memberi sokongan kepada PAS.  Beliau mengharapkan PAS berjaya dalam PRU14 nanti agar GST dapat dihapuskan,” ujar YB Hanafiah ketika diminta kenyataannya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, “malah sebahagian besar kaum Cina yang ditemui menyatakan kebersamaan dengan  PAS. Mereka banyak bersungut tentang GST dan kenaikan harga barang. Hari ini saja harga ikan kembung pun dijual pada harga RM20.00 sekilo di Pasar Borong Dusun Nyior.”

Di samping menyambut Tahun Baru Cina pada Tahun Anjing mengikut calendar Cina ini, negara akan menyambut satu lagi  perayaan yang akan menentukan nasib rakyat untuk lima tahun yang mendatang. Pilihanraya ke-14 yang akan menjelma selepas Tahun Baru Cina adalah satu perayaan rakyat dalam bentuk demokrasi berparlimen. Di sinilah rakyat keseluruhannya akan menikmati kegembiraan sebenar apabila kerajaan yang korup dan menyusahkan rakyat dapat ditumbangkan.

Justeru sambung Hanafiah lagi, “ kali ini kaum Cina khususnya dan rakyat keseluruhan umumnya hendaklah membuat perubahan secara total agar kerajaan kleptokrasi yang merompak harta rakyat dapat digantikan oleh sebuah kerajaan yang adil , bertimbang rasa dan prihatian terhadap masalah rakyat.”


“Kita juga hendaklah bergabung tenaga dengan semua kaum untuk mengeratkan perpaduan demi kestabilan dan kesejahteraan trakyat. Masalah GST, pengangguran dan kos sara hidup  akan dapat diselesaikan sekiranya PAS dan Gagasan Rakyat diberi kepercayaan dalam PRU14 yang akan berlangsung tidak berapa lama selepas Tahun Baru Cina nanti,”tambah beliau lagi.

Sumber TKO - 7-2-2018



































































































Dan Kerajaan BN Berjanji Lagi……

BESUT – Kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh parti Umno dab Barisan Nasional (BN), tidak bersungguh untuk selesaikan masalah rakyat.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Cikgu Sholahuddin Jaafar berkata, mereka hanya berjanji setiap kali setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“Setiap kali menjelang pilihan raya kerajaan akan berjanji untuk menyelesaikan berbagai perkara., terbaru kerajaan berjanji untuk membina rumah rakyat sebanyak 300 unit setiap DUN,

“Mengapa baru sekarang kerajaan umum nak laksanakannya? (sedangkan) usia kerajaan BN hanya tinggal dua atau bulan sahaja lagi,” soal beliau.

Cikgu Solah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee yang berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pembinaan sekitar 300 unit di setiap Dun di negeri ini.

Oleh itu, beliau berkata, ia hanya bertujuan memancing undi rakyat, kerana ‘nyawa kerajaan’ sudah hampr berakhir, barulah kerajaan menyatakan mahu membina rumah tersebut.

“Mana cukup masa untuk melaksanakan projek itu dalam tempoh yang ada………. yang amat singkat. rakyat menganggap janji ini…..hanya janji dekat pilihan raya yang bertujuan memancing undi rakyat,” tegas beliau.

Menurut beliau, pada tahun 2015, Menteri Besar Dato’ Seri Razif telah pergi ke Pulau Perhentian dan berjanji mahu siapkan projek pembinaan 150 unit rumah rakyat, yang terbengkalai.

Namun selepas dua tahun berlalu, projek terseut masih ‘tersadai’ dan rumah yang dijanjikan hanya umpama ‘angan-angan Mat Jenin’.

“Jerteh…….adalah satu-satunya bandar yang tidak ada pasar tempat peniaga kecil berniaga…..sampai ke hari ini mereka berniaga di tapak ‘parking’ kereta,

“yang terletak di kawasan rendah yang selalu ditenggelami air pada musim banjir. Projek pembinaan pasar ini pun pernah dijanjikan oleh MB…… tetapi ternyata janji itupun tidak dilaksanakan oleh kerajaan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan rumahan yang dijanjikan kerajaan dengan keluasan 750 kaki adalah tidak sesuai dengan keperluan semasa rakyat.

Katanya, saiz yang dicadangkan itu hanya sesuai untuk menempatkan sepasang warg emas sahaja.
“Ruang dapur dan ruang tamu akan menjadi sangat sempit….bayangkan jika bilangan anak seramai lima orang dicampur dengan orang tua menjadi tujuh orang yang akan menghuni rumah ini.
“sepatutnya keluasan yang sesuai sekurang-kurangnya 1200 kaki dengan tiga bilik tidur dan satu tandas,” saran beliau.
Berita berkait;

Kerajaan Buat ‘Rumah Rakyat’ Nak Bunuh Orang

Sumber BO -6-2-2018











































































































Penerimaan Kaum Tionghua Bertambah Baik

Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – Penerimaan kaum Tionghua bertambah baik dan ada perubahan reaksi mereka terhadap PAS berbanding sebelumnya.
Aktivis masyarakat Dr Ann Wan Seng@ Ann Abdullah berkata, situasi komuniti Cina tidak berubah, namun hakikat yang tidak boleh dielakkan, PAS berdeoan dengan cabaran untuk menyakinkan mereka.

“Bila kita berjumpa dengan mereka……..maka kita dapat berdialog dengan mereka dan adakala kita buat majlis soal jawab, (ia) ruang untuk mereka mengeluarkan perasaan rasa hati serta apa yang terbuku dalam fikiran,

“jadi, sebab itulah kita kena lebih banyak turun padang berjumpa dengan masyarakat Cina secara terus dalam majlis-majlis yang berupa ramah mesra, majlis yang santai, majlis yang tidak formal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu selepas Majlis Jamuan Petang anjuran NGO Sahabat Cakna Kuala Nerus, di sini pada pada Sabtu 3 Februari.

Oleh iti, beliau mencadangkan agar PAS memperbanyakkan ziarah mengunjungi kaum tersebut, terutama pada hari-hari kebesaran seperti Tahun Baru Cina.

“Itu suatu cara untuk kita (PAS) menghubungkan kita orang Islam dengan mereka. Dan saya rasa ini cukup berkesan, pada hari-hari besar mereka contohnya Tahun Baru Cina,

“kita ziarah terus ke rumah dia (dan) kita bagi buah tangan,” kata bekas Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu.

Beliau menegaskan, PAS tetap akan berjuang berjuang untuk kaum kedua terbesar di negera ini itu.
Namun katanya, terdapat perubahan perubahan dari segi lanskap politik ataupun berlakunya perubahan dari segi kerja yang menyebabkan mereka seolah-olah ‘terumbang ambing’.

“Sebab itulah pentingnya kita ini dekati mereka untuk menyatakan dasar perjuangan dan juga sebagainya…… bahawa parti PAS kita tidak anti Cina,
“sebab daripada apa…….kebanyakan yang saya jumpa dengan Cina (sebenarnya) pada anggapan mereka PAS tidak anti cina,” jelasnya.

Ia bermakna, kata beliau, dakwaan terhadap PAS merupakan satu ‘tohmahan’ yang tidak betul, yang disampaikan kepada mereka.

“sedangkan dari segi sejarah penubuhan PAS pun kita (PAS) tak pernah ambil pendekatan anti Cina dan kita tak pernah pun kacau orang Cina.
“Kalau kita tengok daripada dulu sampai sekarang ini kita tak pernah ambil hak orang Cina dan sebagainya.
“Jadi dengan kata lain bahawa, usaha untuk mendekati masyarakat Cina perlu diperhebatkan lagi,” jelasnya lagi.

Beliau menambah, ia perlu diberi tumpuan kerana faktor kaum Cina dalam politik tanah air, merupakan satu faktor yang tidak boleh diabaikan.
Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, kata beliau, walaupun bilangan kaum Tionghua ada kecil tetapi ia perlu didekati.
“dekati mereka bukan sekadar untuk dapatkan undi tetapi untuk menambat hati mereka….sebab kita bukan sahaja berkempen tapi kita nak berdakwah pada dia (mereka),

“jadi maknanya dalamnya ada unsur-unsur dakwah, tak kira sama ada sokong atau tak sokong dakwah mesti sampai pada mereka,” kata pemenang anugerah saudara muslim cemerlang 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

Sumber BO - 5-2-2018

Penyertaan Wanita Muda ‘Luar Biasa’


Oleh : Zainun M

KUALA NERUS – Sambutan luar biasa golongan ‘wanita muda’ pada program Karnival Dakwah Kawasan Kuala Nerus, adalah diluar jangkaan.

Ketua Ameerah Kuala Nerus Khairunnajjah Mohd berkata, ia memaksa penganjur menutup penyertaan lebih awal.

“kita dapat menyaksikan kebangkitan wanita muda, tanpa disangka setiap acara (anjuran) Muslimat dan Ameerah mendapat sambutan luar jangkaan,

“sehingga terpaksa kita tutup awal pengambilan peserta semua acara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Karnival Dakwah itu, yang berakhir pada Sabtu malam, 3 Februari.
Sebagai contoh, kata beliau, bagi ‘Acara Bayi Cergas’, begitu ramai ibu muda bersama bayi mereka menyertai pertandingan tersebut.

Begitu juga dalam program ‘Langkah Dakwah 10K, mereka bersama muda bersama keluarga berpusu-pusu, melangkah bersama pemimpin, sebagai tanda sokongann.

Oleh itu, beliau yakin, perkembangan baik tersebut akan berterusan sehingga pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang.
“insyaAllah kebangkitan ini akan berterusan untuk menghadapi PRU14,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, lebih 1000 orang menyertai ‘Langkah Dakwah 10K’ yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Menurutnya, aktiviti itu menghimpun lebih kurang seribu orang perserta yang komited melangkah bersama pemimpin, membayangkan lebih 1000 petugas sudah bersiap siaga.

“aktiviti berjalan sepuluh ribu langkah ini, tujuan melatih mesyarakat dengan aktiviti sihat dan cergas untuk mengekalkan kesihatan badan juga mengeratkan silaturrahim,

“ukhuwah diantara pemimpin dengan semua lapisan masyarakat, sudah bersedia menghadapi PRU14,” jelas beliau, yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, selaku tuan rumah program

Manakala Ketua Penerangan Muslimat Kuala Nerus Hajah Fadilah Muhamad bersyukur kerana program ‘mega’ tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“walaupun PAS belum lagi menjadi kerajaan tapi kita boleh mengatur program yang berbentuk ‘mega’ dan mampu menyajikan pengisian terbaik kepaa masyarakat,

“serta menyediakan berbagai hadiah menarik dalam acara perlabagai acara,” katanya

Sumber BO - 5-2-2018












































































































Futsal hindar anak muda dari gejala negatif

KEMAMAN: Pemuda PAS Dun Kijal telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Kijal melibatkan pertandingan antara 16 pasukan yang diadakan di gelanggang futsal Kampung Tengah, di sini semalam.
Kejohanan untuk merebut Piala Ketua Pemuda PAS Dun Kijal itu diadakan dalam usaha mengeratkan hubungan PAS dengan generasi muda dan memupuk gaya hidup positif.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Azman Mohamed, program itu juga dilihat telah mencungkil bakat-bakat baru.
Kejohanan menyaksikan pasukan Kampunh Telok Kalong muncul juara menewaskan pasukan Kampung Ibai, diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Kampung Darat Kijal A dan B.
Para pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan hamper, manakala penyertaan 12 lagi pasukan menerima hamper sebagai saguhati.
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh yang turut diiringi Ketua Pemuda Kijal, Ustaz Zulkifli Nara. - HARAKAHDAILY 4/2/2018
Sumber HD - 4-2-2018 


Hikam 2.0 di Terengganu
Posted on Sunday, February 04 @ 16:45:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38095



Hikam 2.0 di Terengganu juga turut mendapat sambutan yang memberangsangkan.

#istiqamah
#up












Kredit
Mohd Zubir Mohd Zubir


Sumber TKO - 4-2-2018

















































































































































































































Anak Muda Bantu PAS Tawan Destinasi Tersohor

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kejayaan anak muda ‘menawan’ sepenuhnya Pantai Kuala Kemasik yang menjadi destinasi tersohor aktiviti ‘outing’ kepada peminat fotografi tempatan dan luar negara sangat membanggakan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Kemasik, Mohd Shahrim Ibni Hajjal berkata demikian sebaik sahaja selesai mengetuai tugasan berkenaan pada pagi Jumaat, 02 Februari, semalam.

“Kita mengorak langkah membuat persiapan menaikkan panji-panji parti di beberapa lokasi strategik di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kemasik sebagai sebahagian persiapan menjelang pilihan raya.
“Lokasi ini (Pantai Kuala Kemasik) adalah paling menarik, kerana ianya menjadi tumpuan orang ramai mengambil gambar kerana keunikan serta keindahan yang telah popular sejak sekian lama.

“Bendera besar parti telah berjaya kita dinaikkan di sebuah bukit yang merupakan mercu-tanda dengan latar belakang keindahan sebenar Pantai Kuala Kemasik, cukup menarik….!” kata Mohd Shahrim.

Beliau juga memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh hampir 15 orang anak muda dari Unit Peti Undi (UPU) Tok Kaya yang telah berjaya membuat perancangan hingga segala kerja-kerja berjaya disiapkan dalam tempoh masa singkat.

“Mereka sangat bersemangat untuk melakukan tugasan pilihan raya, segala kepakaran mereka akan kita cuba manfaatkan…..insyaAllah,” kata Mohd Shahrim lagi.

Usaha golongan anak muda ini mengangkat imej parti dengan mula memasang bendera parti di beberapa lokasi menarik juga mendapat pujian Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik.

“Meskipun bendera-bendera ini ha­nyalah secarik kain yang akan berkibar bila tertiup angin, akan tetapi di hati musuh ianya laksana sambaran tombak dan panah yang berdesup sepantas kilat,” kata Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik, Ustaz Muhammad Asri Kadir

Sumber BO - 4-2-2018

















































































































































































































Jom…..Pakat Sokong PAS!











































































































HIKAM 2.0
Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Pagi tadi ketika minum bersama Ustaz Kamarudin Yunus di Warung Mok Teh hadapan pejabat Perhubungan PAS Terengganu.

Saya lihat beberapa orang jururawat hospital, kira-kita 10 orang sedang minum di meja sebelah saya.
Saya menyapa mereka dan mereka balas dengan baik.

Terus saya ambil peluang mengedarkan risalah Manifesto PAS kepada mereka.
Saya menerangkan serba ringkas manifesto itu kepada mereka.









































































































Manifesto AWAL PAS PRU14 muka hadapan
“Ustaz dok gi ke program Hikam 2.0 semalam, ramai sunggh orang Ustaz ork ?,” denga selamba saja salah seorang daripada mera bertanya saya.

“Saya dok gi, kebetulan ada perasmian Mesyuarat Agong Cawangan malam tadi di Cawangan ‘Algha Trg’, ” balas saya.

“Saya sokong parti Ustaz,” lancar aje jururawat itu membuat pengakuan.

“Alhamdulillah, doh tolong ‘royat’ ke ‘saing-saing’ kat tempat kerja deh, mari PRU 14 ni, pakat Undi PAS belaka,” jawab saya semangat.









































































































Manifesto AWAL PAS PRU14 muka belakang
“Insyaallah Ustaz, terimakasih ya……. kerana bagi Risalah Manifesto ni, ” kata mereka.

Saya berlalu dengan gembira, sambil saya dengar di hujung perbualan mereka memuji muji tawaran PAS apabila memerintah Negeri Terengganu nanti, insyaAllah.

Alhamdulillah ramai kakitangan kakitangan kerajaan telah bersama PAS.

Antara yang mereka puji ialah tawaran menyediakan ‘Nursery’ di setiap jabatan Kerajaan Negeri.
Jommm….Sokong dan Undi PAS !

Sumber HD - 4-2-2018









































































































Jualan Murah ‘Gimik’ Kerajaan Kaburi Mata Rakyat



BESUT – Tindakan wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) membuat jualan murah selama tiga hari di Bandar Jerteh baru-baru ini hanyalah gimik kerajaan Umno BN untuk mengaburi mata rakyat.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Solahhuddin Jaafar berkata, rakyat hari ini rata-rata tertekan dengan kenaikan harga barang terutama barangan keperluan asas.

“Saya sangat kecewa dengan sikap YB Umno Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang mengambil kesempatan untuk mempermainkan perasaan rakyat,

“Jualan murah hanya diadakan tiga hari sahaja daripada 356 hari setahun. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi setiap hari untuk meneruskan kehidupan,” katanya ketika mengulas perkara tersebut.

Katanya, bayangkan penduduk yang tinggal di Kampung Keruak atau di Hulu Besut terpaksa keluar ke Jerteh sejauh 30 km bagi memdapatkan sekati gula, sekilo ikan, ayam atau sekilo minyak masak yang dijual oleh wakil rakyat mereka.

“sudah tentu tidak ekonomik…..program ini tidak dapat dimanafaatkan oleh rakyat secara menyeluruh, sepatutnya sebagai wakil rakyat kerajaan mereka hendaklah memikirkan secara serius masalah rakyat,

“Punca kenaikan harga barang adalah kerana kenaikan kos pengeluaran dan kejatuhan nilai wang.
“Kerajaan sepatutnya mencari jalan mengurangkan kos pengeluaran dan pengangkutan barang-barang,” tegas beliau.

Tambah Cikgu solah lagi, kerajaan boleh mengurangkan kos ini dengan memberi semula subsidi disel dan petroleum seperti sebelum ini.

Selain dari itu katanya, kerajaan hendaklah menghentikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana cukai ini telah menyebabkan harga barang naik secara langsung.

“Kejatuhan nilai ringgit juga telah menyebabkan barang-barang import mengalami kenaikan harga.

Dan kerajaan seharusnya melaksanakan dasar fiskal yang boleh menaikkan semula nilai ringgit,

“saya memberi ingata kepada wakil rakyat kerajaan, jangan berlakon sebagai tok wakil yang prihatin masalah rakyat kerana rakyat dah cerdik menilai,

“Dan saya percaya rakyat sedang menunggu saat mengundi untuk menghukum kerajaan yang barisan nasional dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti,” kata beliau lagi.

Sumber BO - 3-2-2018









































































































PAS Kemaman kehilangan pemimpin komited

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman telah kehilangan Ahli Jawatankuasanya, Ustaz Zulnurdin Ismail yang disahkan meninggal dunia di rumahnya, di Sungai Cendor, di sini jam 12:30 tengah malam tadi.
Allahyarham, 46 tahun yang juga Bendahari Urusan Ulamak PAS Kemaman dan Ketua Urusan Ulamak PAS Dun Air Putih meninggalkan balu, Ustazah Suraini Yaakob, 46 dan tiga anak lelaki berusia 4, 11 dan 16 tahun.
Menurut Timbalan Pengarah MTD Air Putih, Zulkifli Mat Yakim, Allahyarham ada mengadu sesak nafas kepada isterinya sebelum meninggal dunia dan solat jenazah telah diadakan sekitar jam 10:30 pagi tadi, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Kapor, Binjai, di sini.
Ketua Penerangan PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh yang menyifatkan pemergian itu sebagai mengejutkan turut memaklumkan bahaws Allahyarham sepatutnya bermalam bersama dalam Tamrin Qiadi PAS Kemaman di Kertih.
Namun katanya, Allahyarham yang cukup istiqamah dan komited bekerja untuk Islam hingga akhir hayatnya itu meminta izin tidak bersama kerana mengadu tidak sihat dan mendoakan rohnya bersama para anbiya. - HARAKAHDAILY 3/2/2018
Sumber HD - 3-2-2018

Pancing Ikan, Bukan Pancing Undi…..

Oleh : Zainun M

Kuala Nerus – Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Dan Sukan Pemuda Kawasan Kuala Nerus, Suhaimi Taib, berkata program memancing yang diadakan sempena Karnival Dakwah Kuala Nerus, bukan untuk ‘pancing undi’

“peserta program memancing kali ini adalah terdiri daripada semua lapisan masyarakat, tidak kira siapa dia orangnya, status politik dan juga umur,

“semuanya diterima……. kita mengharap para peserta dapat bergembira dan berpuas hati dengan syarat-syarat yang ditetapkan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setiap penyertaan dikenakan yuran pedaftaran sebanyak RM 10.00 seorang dengan sasaran awal penganjur, seramai hanya 300 orang.

“Tapi alhamdulillah……. peserta yang hadir mendaftar melebihi 500 orang. Tempat memancing ini di sepanjang tali air berhampiran tapak program karnival dakwah diadakan,

“dijampung Buloh Gading, DUN Telok Pasu pada hari ni hari kedua Karnival berlangsung,” jelasnya.
Kata beliau, sebanyak RM4,000 diperuntukkan sebagai hadiah dalam bentuk wang tunai dan bukan barangan.

“Johan pemancing diberi RM 1000.00, Naib Johan RM 500.00, ketiga RM 300.00 dan tempat keempat RM100.00.

“Ada lagi……setiap pemenang, sehingga tempat ke 10, diberi hadia ‘hamper’ setiap orang,” tambah beliau.

Pertandingan yang berjalan selama dua jam itu, kata beliau, telah dimenangi oleh Abdul Khadir., dengan tangkapan seberat 175 gram.

Justeru beliau menegaskan, program yang dianjurkan adalah hanya untuk rekerasi dan hiburan, mengisi masa lapang.

“pancing ikan, bukan pancing pengundi………. tidak sebagaimana pemimpin BN, pancing……sebab itu meraka mengagihkan duit dana khas hanya dikalangan sesama sendiri,

“program memancing ini membuka ruang kita bermesra dengan masyarakat dalam kawasan Kuala Nerus, disamping melihat komitmen para petugas PAS dalam menunaikan peranan yang diarahkan,” tambah beliau.

Katanya, ia dalah latihan, menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.









































































































Sumber BO - 3-2-2018









































































































Kekalkan Momentum PAS Untuk Ke Wisma Darul Iman

MARANG – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yakin jika momentum gerak kerja parti dapat diteruskan, parti itu akan berjaya menawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan.

Ini kerana, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bahawa PAS telah berjaya menguasai tiga Dun dan Parlimen Marang.

“Dun Pengkalan Berangan ini menjadi satu-satunya Dun yang tak berjaya kita (PAS) tawan pada PRU13 yang lalu.

“Momentum untuk kita (PAS) kekalkan Parlimen Marang. Mengekalkan Dun-Dun yang telah kita menangi iaitu Dun Alor Limbat, Dun Bukit Payung, Dun Rhu Rendang dan Insya’Allah, kita merampas semula Dun Pengkalan Berangan.

“Seterusnya meneruskan momentum kemaraan PAS ke Wisma Darul Iman, Insya’Allah,” tegasnya ketika berucap pada Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM) 2.0 di Kampung Padang Mengkuang, Batu 10, Pengkalan Berangan, di sini, pada Khamis 1 Februari.

HIKAM 2.0 telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dengan beberapa gimik oleh anggota Jabatan Amal Marang dan Pemuda PAS Marang.

Ustaz Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan menjelaskan bahawa Parlimen Marang sangat istimewa kerana diwakili oleh presiden parti yang menjadi tunggak kekuatan PAS.

“Maka, menjadi suatu cabaran kepada kita (PAS) untuk kita mengekalkan kemenangan di parlimen (Marang) ini dan jangan sesekali membiarkan selain dari bendera bulan tegak berdiri selepas PRU14 nanti, Insya’Allah.

“Sama ada bendera itu berwarna biru (Barisan Nasional) mahu pun berwarna oren (Parti Amanah Negara). Insya’Allah, kita (PAS) akan hanyutkan ke Laut China Selatan,” ujarnya disambut laungan takbir hadirin.

Menurutnya, momentum pertambahan kerusi PAS berlaku pada setiap kali pilihan raya sejak tahun 2004 hingga 2013.

“Jika tahun 2004, PAS Terengganu ini menang dengan empat kerusi Dun. Tahun 2008, kita (PAS) menang lapan kerusi Dun. Tahun 2013, kita (Pakatan Rakyat) menang 15 kerusi Dun.

“Maka, tak pelik tahun 2018 ini jika momentum berjaya diteruskan, Insya’Allah, yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu baharu ialah Adun dari PAS,” tegasnya.

Beliau menaruh keyakinan bahawa rakyat Terengganu sedia menerima perubahan bagi menukar kerajaan Umno-BN yang lemah dan korupsi.

Sumber BO - 3-2-2018

Cawangan Semayor bermesyuarat agung kali ke-32

KEMAMAN: Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 PAS Cawangan Semayor telah dilangsungkan dengan jayanya dan dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh. 
Motivasi untuk menempuh PRU14 yang bakal diadakan bila-bila masa menjadi antara perhatian para perwakilan mesyuarat agung tersebut yang diadakan di Markaz Tarbiah Al-Huda, Surau Al-Huda, Semayor di sini sebentar tadi. 
Ketua PAS Semayor, Ustaz Alias Hamid dalam ucapannya merangsang semua hadirin betapa tanggungjawab untuk membela Islam dan memperjuangkan hak rakyat hanya tersandar di bahu PAS. 
Sebaliknya tegas beliau, terbukti Umno-BN mahupun Pakatan Harapan tidak boleh diberi kepercayaan apatah lagi melihat kedua-dua komponen membiar dan menyebabkan Islam dihina. 
Ustaz Hazri dalam ucapannya menyeru seluruh jentera mengambil iktibar kisah Perang Tabuk dan mengadakan persiapan sewajarnya untuk hadapi PRU14 dengan meletakkan keikhlasan dan keyakinan kepada perjuangan. 
Hadir sama Ketua Ameerah Dun Kemasik, Nur Izana Alisah dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Semayor. -HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 2-2-2018









































































































Mengorak langkah menangi Dun Pengkalan Berangan

MARANG: Dewan Pemuda PAS Malaysia yakin jika momentum gerak kerja parti dapat diteruskan, parti itu akan berjaya menawan kembali Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana PAS telahpun ketika ini berjaya menguasai tiga Dun dan Parlimen Marang. 
"Dun Pengkalan Berangan ini menjadi satu-satunya Dun yang tak berjaya kita (PAS) tawan pada PRU13 yang lalu. 
"Momentum untuk kita (PAS) kekalkan Parlimen Marang. Mengekalkan Dun-Dun yang telah kita menangi iaitu Dun Alor Limbat, Dun Bukit Payung, Dun Rhu Rendang dan insya-Allah, kita merampas semula Dun Pengkalan Berangan. 
"Seterusnya, meneruskan momentum kemaraan PAS ke Wisma Darul Iman, insya-Allah," tegasnya ketika berucap pada Himpunan Anak Muda Marang (Hikam) 2.0 di Kampung Padang Mengkuang, Batu 10, Pengkalan Berangan, di sini, semalam. - HARAKAHDAILY 2/2/2018

(Ikuti hujahan lanjut beliau yang akan disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin depan)
Sumber HD - 2-2-2018 









































































































Himpunan Pemuda HIKAM 2.0
Posted on Friday, February 02 @ 12:57:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38057



Tahniah kepada semua pemuda dan pengunjung HIKAM 2.0.

Disini kita bermunajat, berdoa dan bermohon kepadaNya Agar perjuangan ini mendapat keredhaan dariNya, mengekalkan Kemenangan di Parlimen Marang, Dun Alor limbat, Dun Bukit Payong, Dun Rhu Rendang dan seterusnya menang di Pengkalan Berangan InsyaAllah.

Disini Juga kita buktikan bahawa kita tidak hanya semata-mata bekerja mengikut strategi malah paling utama ialah meletakkan sepenuh pergantungan kepadaNya.

#HIKAM2_0 

Sumber TKO - 2-2-2018









































































































PRU14: Beri Peluang PAS Jaga Rakyat

Oleh KAM

MARANG – PAS menyarankan kepada rakyat dan pengundi yang berhasrat mahu merosakkan undi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini agar bertindak bijak dengan memberikan undi itu kepada PAS.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata ada di kalangan rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) serta kecewan dengan Pakatan Harapan.

Justeru, katanya golongan tersebut mahu mengadakan protes dan berkempen bagi merosakkan undi pada pilihan raya kali ini.

“Kali ini biar PAS pula jaga rakyat khususnya di Terengganu selepas PRU14 kerana Umno telah rosak, BN tidak boleh diharapkan lagi.

“Mereka (rakyat) juga kecewa dengan Pakatan Harapan. Oleh itu, berilah undi kepada PAS pada pilihan raya nanti.

“Kita sekarang bukan bincang untuk diri kita, bukan untuk pimpinan yang ada sekarang di pentas ini. Tapi, kita bincang untuk masa depan anak-anak kita yang berumur satu, lima tahun akan datang ini,” ujarnya di hadapan ratusan anak muda.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Anak Muda Marang (Hikam) 2.0 di Kampung Padang Mengkuang, Batu 10, Pengkalan Berangan, di sini, malam tadi.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin PAS hari ini mengenai nasib dan masa depan generasi akan datang.

Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berharap agar ‘mood’ yang ada kepada rakyat hari ini kekal bersama PAS hingga berlakunya PRU14.

“Kita (PAS) telah menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payung, Dun Alor Limbat, Dun Rhu Rendang dan Parlimen Marang mesti dikekalkan.

“Kita (PAS) kena tekad untuk rampas kembali Dun Pengkalan Berangan yang gagal dimenangi pada PRU13 lalu, Insya’Allah,” tegasnya.

Oleh itu, kata Ustaz Idris pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) supaya mendekati orang Umno supaya agar bersama dengan PAS.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Yusof Abdul Hadi dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.










































































































Sumber BO - 2-2-2018

Karnival Dakwah Kikis Persepsi Negatif

KUALA NERUS – Karnival dakwah yang sedang berjalan di sini diharap dapat mengikis persepsi negatif masyarakat pada hari ini, khususnya golongan bukan Islam (non-muslim) yang kurang faham tentang Islam agama yang syumul.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak berkata, pemikiran salah itu dibentuk oleh musuh-musuh PAS sehingga tanpa mereka sedari, turut menyerang Islam itu sendiri.

“PAS bukan sahaja satu politik tetapi merupakan rantai gerakan Islam seluruh dunia yang mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam ini, sejak daripada zaman Rasulullah SAW,

“Dan PAS mempunyai tiga asas tunggak perjuangan yang menjadi tanggungjawab utama, iaitu dakwah dan tarbiyah serta siasah (politik),

“Maka bagaimana mereka nak merosakkan imej kita dengan menyerang PAS (yang) tunggak atau rujukannya adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias,” jelasya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Dakwah Kuala Nerus di Padang Bola Buluh Gading, Teluk Pasu, pada Khamis, 1 Februari.

Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab semua pihak, khususnya ahli dan penyokong, untuk menolak gejala negatif itu, yang sengaja dilakukan untuk menyerang PAS.

Menurutnya, suasana politik negara sekarang sentiasa ‘panas’ dan beliau menjangka, suhunya akan menjadi lebih tinggi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Justeru itu, Timbalan Yang DiPertua Kuala Nerus itu berkata, PAS mengadakan Karnival secara besar-besaran bagi emberi penerangan kepada orang ramai.

“Oleh itu, PAS Kawasan (ini) mengambil satu pendekatan yang agak besar-besaran dalam satu program perjumpaan dengan masyarakat (dan) komuniti non-muslim,

“Kita pergi ke kampung mereka…….(kawasan) perumahan mereka untuk berjumpa dengan mereka (untuk) menjelaskan kepada komuniti ini, apa itu Islam yang sebenarnya,” tambah beliau.

Katanya, masyarakat Islam dilihat ‘tidak betul’ hari ini kerana ramai Melayu Islam yang terlibat dengan jenayah rasuah dan ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Namun menurutnya, PAS adalah sebuah parti yang berpegang dengan ajaran Islam sebenar dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh ajarannya.

“Parti Islam (PAS) mengharamkan rasuah dan tak benarkan minum arak serta pergaulan bebas. Islam juga tak membenarkan perzinaan,

“Baru tidak timbul konfliks dan tidak timbul salah faham antara agama. Kita juga mesti berubah dan ubah negara kita daripada terus diterajui oleh pemimpin yang mengamalkan amalan yang bercanggah dengan Islam,” tegasnya.

Sumber BO - 2-2-2018










































































































SRIDTK mengorak langkah bina bangunan 4 tingkat

KEMAMAN: Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman (SRIDTK) telah mengadakan majlis makan, solat hajat dan pelancaran derma bagi pembinaan bangunan 4 tingkat di Bakau Tinggi, di sini semalam. 
Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, SRIDTK bermula sekitar 29 tahun lalu dengan 13 pelajar dan kini 425 pelajar, menunjukkan masyarakat sudah menerima sistem persekolahan berteraskan Pendidikan Islam. 
Menurut Mudir SRIDTK, Ustaz Zahari Draman, dalam tempoh itu, sekolah tersebut telah tiga kali berpindah iaitu lokasi awalnya di Pasir Minal, kemudian Injin Gergaji, sebelum beralih ke Bakau Tinggi. 
“Ketika ini, kadar pengambilan pelajar untuk tiga kelas adalah 90 hingga 100 pelajar. Namun sekarang permintaan mencecah sehingga 150 pelajar dan kita terpaksa tolak. 
“Atas sebab inilah, kami mengambil inisiatif untuk membina bangunan 4 tingkat yang menelan belanja RM2.8 juta dan bangunan ini dilengkapi dengan 23 bilik pelajar, satu bilik mesyuarat, satu bilik komputer, satu perpustakaan, satu makmal sains, tandas dan dua bilik guru.
“Ketika ini kami mempunyai 425 orang pelajar, 28 orang guru. Pencapaian kami tahun lalu, tiga orang pelajar mendapat 13A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah Islam (UPSRI) dan seorang 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRIDTK, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek mengharap semua pihak terus mendokong usaha ke arah memajukan institusi pendidikan yang menyumbang jasa kepada pembangunan ummah itu. 
Sebarang sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun Maybank 563028615148 (Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa) atau Bank Islam 13026020421257 (Tabung Kebajikan Darul Taqwa). 
Sebarang pertanyaan hubungi, Ustaz Zahari, 011-37529678 atau Ustaz Shukri, 019-9855895. -HARAKAHDAILY 2/2/2018

Sumber HD - 2-2-2018 


Konvoi Anak Muda & Jentera PAS Setiu mengiringi Tuan Guru Presiden di Setiu
Posted on Thursday, February 01 @ 23:41:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38043



Konvoi Anak Muda & Jentera PAS Setiu mengiringi Tuan Guru Presiden YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Ijtimak Pilihanraya PAS Kawasan Setiu.









Kredit
Hawk 


Sumber TKO - 1-2-2018









































































































Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok
Posted on Thursday, February 01 @ 20:34:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38036



DUNGUN - Dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas didapati hilang ketika bermain di tali air,kampung Limbong di sini, semalam ditemui dalam keadaan selamat dan berpelukan di atas pokok.

Mangsa, Muhammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dan abangnya Muhammad Zaidanie Amsyar Zaidi, 6 disedari hilang oleh ahli keluarga sejak jam 4 petang.

Penemuan selipar serta baju mereka di tebing tali air menyebabkan penduduk beranggapan mereka hilang dan dikhuatiri lemas.


Bagaimanapun, tiada siapa menduga kanak-kanak pada usia itu mampu  menyelamatkan diri daripada tenggelam di dalam air pasang sedalam kira-kira dua meter.

Nenek mangsa, Rogayah Ibrahim, 60, berkata, dia sekeluarga cemas apabila dua beradik itu hilang dan usaha mencari di sekitar tali air tidak berhasil.

Menurutnya, lebih menambah keresahan apabila sepasang selipar dan seluar yang dipakai mereka ditemui di tebing tali air.

Kawasan tali air dan lokasi selipar serta seluar mangsa ditemui.

"Ibu mereka tinggalkan anak-anak di rumah ibu saudaranya  berhampiran rumah saya.
"Apabila ibu mereka pulang keduanya telah hilang dan laporan polis dibuat kerana bimbang mereka lemas ketika bermain di tali air," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, kedua-dua mangsa ditemui selamat selepas beberapa jam disyaki hilang.

"Seramai 14 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kedua beradik ini.

"Kita menggunakan teknik "Fan Searching" untuk mencari mangsa dan akhirnya mereka berjaya ditemui pada jam 9.47 malam.

"Mereka ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi selipar ditemui,"katanya," katanya.

Bacaan doa selamat dilakukan sebaik sahaja mangsa ditemui pada jam 9.47 malam.

Beliau berkata, sewaktu ditemui kedua mangsa dalam keadaan berpelukan di atas pokok menandakan mereka berusaha menyelamatkan diri daripada air pasang.

"Untuk makluman pada malam ini air pasang agak besar iaitu mencecah 3.4 meter.

"Paras air yang tinggi lebih kurang dua meter, mangsa berusaha memanjat pokok sehinggalah ditemui.

"Keseluruhannya operasi kali ini berjaya dengan kekuatan anggota yang ada dan dibantu penduduk," katanya.

Kedua-dua mangsa yang juga murid Sekolah Tadika Kemas Gong Gemia turut dibawa ke klinik Kesihatan Paka untuk pemeriksaan lanjut.


Video - https://youtu.be/odSRU5HodLc

Sumber TKO - 1-2-2018









































































































Umno Tidak Mampu Mempertahankan Islam Dan Orang Melayu

MARANG – Kerajaan Malaysia yang ditunjangi pemimpin Umno, berada daLam keadaan yang sangat lemah kerana tidak mampu mempertahan kesucian agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, walaupun sudah lebih 50 tahun menjadi pemerintah, parti itu tidak mampu menggubal undang-undang mempertahankan syariah.
“berhubung isu yang terbaru berkait dengan orang sudah masuk Islam, tetapi telah disytiharkan oleh mahkamah sivil sebagai tidak sah,


“Umno yang memerintah negara ini begitu lama tidak mampu menyediakan rangka undang-undang mempertahankan hak kuasa mahkamah syariah,” tegasnya.

Bahkan, kata beliau, ayah kepada anak-anak yang membawa mereka masuk Islam, sedang diburu oleh kerana dikatakan melakukan satu perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmia Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM) di Padang Mengkuang dekat sini semalam, Khamis 2 Februari.

Oleh itu beliau mengajak ribuan para pemuda yang hadir pada Himpunan tersebut agar bekerja keras, menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS Terengganu telah membua kajian dan yakin dapat mengumpulkan pendapatan negeri sebanyak RM1 bilion ringgit setahun.

Justeru itu, PAS menawarkan melalui janji manifestonya pelbagai program untuk menuruskan kepentingan rakyat di negeri ini.

“saya nak mengajak anak-anak muda sekelian mengambil kesempatan peluang terbaik ini, menyeru semua rakan-rakan, ‘saing rodong’ kita untuk bersama-sama dengan PAS,

“kita telah menawarkan pelbagai program yang menarik, dengan bajet (tersebut),” jelas beliau.

HIKAM yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, berlangsung selama tiga hari bermula Khamis dan berakhir pada Sabtu 3 Februari.

Sumber BO - 2-2-2018

Mengapa Jalan Kuala Telemong Ke Kuala Jeneris Masih Belum Dibuat?

HULU TERENGGANU – PAS mempersoalkan keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mengapakah jalan dari Kuala Telemong Ke Kuala Jeneris masih belum dibuat?

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, bajet kerajaan negeri yang melebihi RM 1 bilion setiap tahun, sedangkan jalan tersebut hanyalah kira-kira 10 kilometer sahaja panjangnya.

“hanya kira-kira jaraknya 10 kilometer sahaja…..walaupun ia dinatakan sebagai pakej ke lapan, apa salahnya kalau ia dibuat dan disiapka,

“apabila siapnya jalan ini, sudah pasti akan merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat, walaupun bajet banyak setiap tahun tetapi perkara yang menjadi keselesaan rakyat dibelakangkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat melihat sendiri kedua-dua sisi jalan yang tergendala tersebut, di Kuala Telemong dan Kuala Jeneris pada Rabu 31 Januari.

Menurutnya, di sebelah kampung Kuala Jeneris, jambatan yang bernilai jutaan ringgi telah pun siap, namun jalan tersebut yang telah dibina sebahagiannya, terbiar begitu sahaja,

“ini diantara sambungan jalan dari Kuala Telemong sekiranya disambung, papan tanda (penunjuk arah) telah siap dibina tetapi dibiarkan begutu sahaja ditenggelami semak.

“sekiranya jalan ini disiapkan, betapa singkatnya perjalanan, pengguna dari Kuala Lumpur boleh terus mengambil jalan pintas setelah keluar dari (Lebuh Raya Pantai Timur 2) terrus ke Kuala Jeneris dan Tasik Kenyir,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat negeri Terengganu boleh melihat sendiri bagaimana sekarang ini, pembinaan Politeknik Hulu Terengganu sangat pesat dan dijangkakan akhir tahun ini disiapkan.

Oleh itu, kata beliau, alangkah baik, sekiranya jalan ini dapat disegerakan kerana ia sudah pasti meringankan beban perjalanan ibu ayah dan pelajar-pelajar serta tenaga pengajar yang terlibat.

“Begitu jugalah bandar baru bebas cukai Tasik Kenyir……rakyat Terengganu lihat sendiri bagaimana ‘signboard’ Gua Musang, Simpang Pulai, Sungai Tong, Kuala berang dah siap di bina tetapi dibiarkan sahaja ditumbuhi dengan semak samun,” katanya.

Beliau menasihatkan agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu
berwaspada dan mengurus hasil negeri yang begitu banyak, sedangkan dari sudut kebajikan rakyat tidak diberi kecaknaan.

“Kita mohon sungguh- sungguh kepada yang bertanggungjawab khususnya pemimpin Umno-BN……..selamilah keperluan rakyat,

“kenapakah jalan ini tidak di segerakan sedangkan sudah bertahun-tahun perkara ini di war-warkan pada wakil rakyat di sini.

Justeru, beliau mendesak supaya pemimpin Umno dan BN yang memimpin negeri Terengganu pada hari ini, agar menyegerakan projek tersebut, untuk keselesaan rakyat jua.

Sumber BO - 2-2-2018









































































































TDM Land Grant Will Mean ‘Large-Scale Deforestation’ In Malaysia, Warns WWF











































































































TDM Bhd’s vast plantation estate. RSPO says TDM has denied receiving any land title from the Terengganu state government and acknowledged that it would comply to RSPO rules and criteria before developing any land. Image: TDM Bhd
Malaysian state-owned plantation company TDM Berhad has been accused by a green group of accepting forest-covered land from the provincial government, with the alleged intent to clear it to develop oil palm plantations.

In a press statement, the Malaysian arm of World Wide Fund for Nature (WWF) said TDM acquired 4,515 hectares of forest reserve land offered by the Terengganu state government earlier this month.

The state government has switched the status of the land from forest reserve to government land, and to compensate will award other forested areas with reserve status, according to local media reports.

The deal—which WWF has said will amount to “large-scale deforestation”—will also see TDM pay RM250 (US$63) per hectare per year to a trust fund for wildlife conservation and conflict management.

“WWF-Malaysia strongly opposes this conversion of forest reserve land, as the conversion of primary or secondary forests to oil palm plantations, which is tantamount to large-scale deforestation, leads to significant loss of biodiversity, multiple direct and indirect socioeconomic impacts, and disruption of delicate ecosystems,” a WWF statement read.

It added that the removal of legal restrictions in protected areas has led to many occurrences of unnecessary deaths of iconic and endangered species such as elephants and tigers in 2017 alone.

As a member of the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO)— an industry association that promotes the use of sustainable oil palm products through certification— a plan to develop more plantations by TDM will contradict one of RSPO’s main missions: to minimise deforestation.
The RSPO is already undergoing an investigation to ensure that the company continues to comply with its principles and criteria.

Membership principles include not clearing any primary forest and High Conservation Value (HCV) land and for any new planting or development to comply with RSPO’s New Planting Procedure (NPP). This ensures that new oil palm plantings will not negatively impact forests and biological diversity in the surrounding areas.

“Non-compliance with RSPO principles and criteria, if not rectified, can result in termination of TDM Berhad’s RSPO membership,” commented Stefano Savi, RSPO global outreach and engagement director.

In a meeting with RSPO officials that took place in Terengganu last week, TDM Berhad assured the industry group that the company is committed to RSPO standards and practices.

Savi told Eco-Business that TDM informed them that it had not received any land title from the state government and acknowledged that prior to any new development, they will comply to RSPO’s new planting procedures.

On its website, TDM Bhd has announced a rise in share price after obtaining a land grant for “domestic plantation expansion”.

The Terengganu state government had not responded to Eco-Business’s requests for comment at the time of publishing. – eco-business.com

Sumber BO 2-2-2018 









































































































Ahli PAS tidak terpengaruh kempen 'Undi Rosak'

KUALA TERENGGANU: Ahli dan penyokong PAS lebih cerdik dan tidak mudah terpengaruh dengan idea karut yang berkempen bagi merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Terengganu, Dr Alias Razak berkata kempen undi rosak itu perkara baharu dan belum tentu kesannya.
Namun, katanya pengundi muda yang ramai hari ini masing-masing berpendidikan serta tahu baik buruk kesan dari kempen tersebut.
Beliau turut menyifatkan kempen undi rosak itu sebagai idea karut yang bakal merugikan masa depan generasi muda dan negara.
"Kempen (undi rosak) itu pun baru dan kita tidak tahu lagi kesannya kepada para pengundi. Tapi saya rasa, anak-anak muda sekarang sudah berpendidikan dan saya rasa mereka tidak terpengaruh dengan idea-idea yang karut sedemikian.
"Pengundi PAS lagi cerdik sebab selalu dengan ceramah dan penerangan dari pimpinan PAS. Saya serulah kepada pengundi-pengundi muda supaya berfikir secara matang, waras bahawa kita merosakkan undi itu tidak memberikan untung kepada sesiapa. 
"Malah, merugikan kita dan merosakkan masa depan kita sendiri, tegasnya kapada media selepas menghadiri Mesyuarat Lajnah Politik PAS Terengganu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam. 
Justeru, katanya pilihan terbaik yang ada di hadapan rakyat sebagai pengundi bagi memilih parti pada PRU14 adalah PAS dan Gagasan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal mendakwa golongan profesional yang istiqamah menyertai PAS bukan kerana habuan kebendaan.
"Apa yang ada pada hari ini dan yang terbaik ialah PAS. Sebab PAS yang terbaik yang saya pilih PAS dan kita orang profesional ini main politik bukan untuk cari kepentingan.
"Profesion kita selama ini pun padan (cukup) doh. Tapi kita nak membantu rakyat dan membina masa depan anak muda kita, negeri dan negara tercinta ini. 
"Kita ada anak, ada generasi kita dan kita tidak mahulah mereka ini hidup dalam keadaan yang menderita suatu masa kelak akibat dari kesilapan yang dibuat pada hari ini," jelasnya merujuk kepada kempen undi rosak tersebut. 
Dr Alias menggesa kepada pengundi yang hilang keyakinan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan agar memilih PAS kelak.
Katanya, PAS akan bertanding seberapa banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU14. - HARAKAHDAILY 1/2/2018

Sumber HD - 1-2-2018









































































































Amphicoach Yang Ditempah Terengganu Kini Berada Di Pelabuhan Klang - Bolehlah UMNO Terengganu guna semasa PRU14 nanti!
Posted on Thursday, February 01 @ 15:47:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38029



KUALA NERUS – Kenderaan bas amfibia (amphicoach) buatan Malta yang ditempah kerajaan negeri Terengganu telah sampai di Pelabuhan Klang beberapa hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan ketibaan kenderaan dua alam itu diharap dapat menghentikan semua 'serangan' yang dibuat terhadap kerajaan negeri selama ini.


"Buat masa sekarang, terdapat beberapa urusan perlu dibuat termasuk yang berkaitan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kita juga perlu mendapatkan kelulusan dari Pelabuhan Klang sebelum kenderaan dua alam itu dapat dihantar ke Terengganu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan jalan baharu pesisir pantai yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata apabila amphicoach itu sampai ke Terengganu, ia akan menjadi pemangkin dan memberi impak yang sangat besar terhadap sektor pelancongan di negeri itu.

"Selain amphicoach, Program Transformasi Bas Henti-henti - MyBAS juga akan melonjakkan lagi sistem pengangkutan untuk kemudahan pelancong di negeri ini.

"Amphicoach milik Terengganu ini sangat istimewa dan unik kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan Malaysia amnya...sudah pasti ia akan menjadi tarikan terbaharu untuk menarik pelancong datang ke Terengganu," katanya.

Sebelum ini, amphicoach sering menjadi isu terutama di kalangan pembangkang yang sering menjadikan kelewatan penghantarannya untuk 'menyerang' pentadbiran kerajaan negeri.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk digunakan sebagai daya tarikan pelancong dan pada masa sama menyelamatkan mangsa banjir di kawasan air bertakung yang tidak mempunyai arus bahaya.

-- BERNAMA


Sumber TKO - 1-2-2018









































































































Khutbah Jumaat 2 Feb 2018; Hasutan Musuh-musuh Islam

Masjid al furqan, cherdering.










Sumber BO - 12-2018

Karnival Dakwah Kuala Nerus; Medan Memperkenalkan Budaya Islam

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Nerus buat julung kalinya mengadakan Karnival Dakwah Kuala Nerus 2018 bagi menarik minat golongan masyarakat kepada budaya Islam.

Karnival Dakwah itu akan diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Februari ini di Padang Bola Buloh Gading, Teluk Pasu, Kuala Nerus.

Pengarah Programnya, Dr Alias Razak berkata PAS merupakan sebuah parti yang merangkumi tiga aspek iaitu dakwah, tarbiah dan siasah.

Justeru, katanya dalam aspek dakwah PAS cuba menarik minat serta memperkenalkan kebaikan Islam kepada golongan non-muslim yang hidup dalam satu komuniti ini.

Menurutnya, kesyumulan Islam sebenar telah banyak diselewengkan hingga menimbulkan persepsi negatif terhadap agama itu.

“Itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin bertujuan untuk menyerang PAS yang membawa dasar Islam dan mesej Islam. Tapi, dalam masa yang sama ianya telah memberi gambaran yang negatif tentang Islam terhadap non-muslim.

“Ini perkara yang amat membimbangkan kita. Oleh kerana, kita hidup dalam negara yang berbilang agama, berbilang kaum dan memang kita tidak boleh hendak menolak takdir suasana di Malaysia hari ini.

“Kita kena terima keadaan itu dan sesuaikanlah supaya orang Islam juga memahami budaya agama lain.

“Orang non-muslim juga perlu memahami Islam yang sebenar dan bukan seperti yang digambarkan dan bukan melihat kepada amalan umat Islam hari ini yang banyak juga tersasar daripada ajaran sebenar (Islam),” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS II Terengganu berkata demikian dalam satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.
Katanya, tujuan lain penganjuran karnival dakwah itu bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam serta menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat non-muslim.
Ini kerana, kata Dr Alias bahawa dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus terdapat tiga penempatan besar golongan non-muslim tersebut.

“Di Kuala Nerus ini, ada tiga menempatan golongan non-muslim iaitu di Kampung Pulai Baru Bukit Berangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, Taman Perumahan Sri Manir dalam Dun Teluk Pasu dan di Taman Semarak dalam Dun Bukit Tunggal.

“Kita tinggal dalam satu komuniti yang sama maka kita tidak mahulah timbulnya salah faham antara satu sama lain akibat persepsi yang tidak betul dan fitnah,” tegasnya.

Beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berharap agar masyarakat setempat yang terbabit sama-sama menjayakan usaha murni itu.

Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha PAS II Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang

Sumber BO-31-1-2018









































































































Penduduk tagih janji projek kilang silika

KUALA TERENGGANU: Ketika projek perlombongan silika dilulus kerajaan negeri empat tahun lalu, penduduk dijanjikan dibina sebuah kilang kaca.
Bekas Ketua Kampung Bari Besar Setiu, Hasan Basri berkata, pegawai kerajaan dan pemaju ketika itu bertemu pemduduk kampung berkaitan cadangan membina kilang di Kampung Saujana atau Bari Besar.
Bagaimanapun katanya, terdapat dakwaan pasir yang dilombong di situ dibawa ke Melaka dengan menggunakan lori besar.
"Bahkan tidak kurang tiga kali kapal berlabuh di jeti khas di pantai kampung tersebut bagi memunggah Silika mentah.
"Lori yang mengangkut pasir silika hantar ke jeti untuk dihantar ke kapal. Sedangkan projek lombong silika diuar-uarkan kerajaan negeri memberi manfaat kepada penduduk," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya juga cadangan membina kilang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. 
Pada 8 September 2014 Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melakukan pecah tanah projek pembinaan kilang memproses silika di Bari.
Sedangkan mantan menteri besar, Dato Seri Ahmad Said sebelum ini memberitahu kerajaan negeri tidak membenarkan silika di Setiu dan Marang dibawa keluar.
Menurutnya industri tersebut mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 
Tapak projek silika seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang terletak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 










































































































200 Warga Nelayan Dapat Perhatian ADUN Tepoh

Oleh KAM

KUALA NERUS – Pada setiap tahun musim tengkujuh warga nelayan yang terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh tidak pernah dilupakan oleh wakil rakyatnya sejak lima tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata setiap tahun pada bulan Januari warga nelayan akan diberi sedikit sumbangan.

Katanya, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Tepoh tidak pernah mengabaikan golongan nelayan yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh ini.

Menurutnya, proram bersama para nelayan itu berkonsepkan kekeluargaan dan santai sambal minum petang.

“Ini program tahunan kita (PAS) bersama nelayan yang berada dalam Dun Tepoh. Kita ada seramai 200 orang nelayan pelbagai kategori keseluruhan. Ada yang ke laut di Mersing, di Kuantan tetapi dia orang asal sini (Tepoh).

“Ada mereka (nelayan) yang tak dapat hadir dia hantar wakil anak atau isteri. Program kita ini lebih kepada konsep kekeluargaan, santai dan boleh dikatakan mereka ini macam anak-beranak semua walaupun berbeza fahaman politik.

“Kita (PAS) tidak memilih ‘bulu’ asalkan mereka itu orang ‘ke laut’ (nelayan) kita terima belaka dan diberi sedikit sumbangan untuk mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia berkata demikian selepas program Sepetang Bersama Nelayan di Perkarangan Markaz Tarbiyyah PAS Wakaf Tengah, Tepoh pada Ahad 28 Januari.

Katanya, meskipun sumbangan tidak besar tetapi sekadar untuk meringankan beban pada musim tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut.

Sehubungan itu, seorang nelayan warga emas, Ismail Omar, 68, dari Kampung Gong Datok merakamkan ucapan terima kasih kepada Adun PAS yang disifatkan ‘cakna’ rakyat.

“Alhamdulillah, rezeki dari Allah dan saya ucap terima kasihlah kepada wakil rakyat kita (Tepoh) yang walaupun pembangkang tetapi cakna kepada semua rakyat.

“Kami orang ‘ke laut’ (nelayan) memang tak dapat turun cari rezeki pada musim ombak besar dan berangin ini untuk nelayan pantai bot fiber. Bulan Mac atau April baru boleh ke laut,” ujarnya.
Beliau lebih dikenali ‘Pok Zali’ telah terlibat bekerja sebagai nelayan ini sejak lebih 50 tahun lalu pada usia remajanya belasan tahun.

Rakannya, Encik Yusop Osman, 67, dari Kampung Gong Sekolah telah berkecimpung sebagai nelayan pada usia 22 tahun hingga sekarang.

Beliau mengakui tidak mempunyai kemahiran lain kecuali ke laut menangkap ikan dengan menggunakan bot fiber sendiri.

“Pok Sop kerja ke laut ini lama dari muda pada usia 22 tahun lagi sampailah sekarang, nak buat kerja lain tak pandai dan musim tengkujuh menganggurlah.

“Enam orang anak membesar dengan hasil ke laut sahaja dan kini tinggal seorang lagi anak yang belum kahwin masih tinggal dengan Pok Sop,” ujarnya.

Katanya, kehidupan rakyat hari ini semakin terbeban dengan kenaikan harga minyak dan barangan yang dikenakan cukai GST.

Menurutnya, keputusan di tangan rakyat jika mahukan perubahan yang lebih baik buatlah pilihan yang tepat pada hari pilihan raya nanti.

Sumber BO - 31-1-2018

















































































































































































































Bebas Dadah Menjelang 2016; ADUN Seberang Takir Gagal?












































































TIMBALAN Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam satu serbuan di rumah suspek di Kampung Batin Seberang Takir, Kuala Nerus,, pada sidang media di IPD Kuala Terengganu, Rabu, 5 Julai 2017
KUALA NERUS – Kegiatan pengedaran dan penagihan dadah masih berterusan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir walaupun peruntukan yang agak besar telah diberikan.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut, Ustaz Zakaria Dagang berkata, bagi tujuan membanteras gejala itu, ADUN yang juga Menteri Besar Terengganu telah melancarkan kempen Seberang Takir Diisytihar Bebas Dadah 2016.

“Kita mengalu-alukan usaha yang dibuat dan pihak PAS sendiri sentiasa memberi kerjasama dalam turut membantu mengatasi masalah ini.

“(tetapi) dalam satu laporan akhbar pada tahun lepas (2017), Seberang Takir disebut sebagai kawasan hitam dadah di negeri Terengganu. Laporan itu walaupun kemudiannya dinafikan, tetapi pada kenyataannya ia adalah satu kebenaran.

“Penduduk Seberang Takir sendiri memperakui perkara ini berdasarkan kegiatan para penagih dan pengedar dadah di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara tersebut, semalam Isnin 29 Januari.

Sebagai contoh, kata beliau, pada tahun lepas juga, satu tangkapan dibuat melibatkan seorang remaja di sebuah kampung di DUN Seberang Takir yang terlibat dengan pengedaran dadah berskala besar.











































































“Kita mengharapkan agar pihak kerajaan lebih serius dalam membanteras gejala buruk ini yang bukan sahaja merosakkan anak bangsa, ” kata Ustaz Zakaria
“Seorang remaja lelaki yang dipercayai menjadi pembekal pil kuda di sekitar bandar raya dan Kuala Nerus, ditahan dalam satu serbuan di rumahnya bersama 2,200 biji pil kuda.

“remaja berusia 18 tahun dari Kampung Batin Seberang Takir, Kuala Nerus itu, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu ketika sedang tidur di ruang tamu, pada kira-kira jam 12 tengah hari,” ujar beliau, memetic laporan akhbar media Perdana.

Zakaria yang juga Setiausaha PAS Kuala Nerus berkata, banyak lagi operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di beberapa lokasi yang merupakan sarang penagih dadah di sekitar kawasan Seberang Takir.

Katanya, walaupun pada operasi tersebut, tiada tangkapan dilakukan, namun ia bukan bererti masalah itu telah selesai.

“Mungkin ketiadaan tangkapan itu (adalah) bagi tujuan agar dilihat Zon Seberang Takir Bebas Dadah itu telah berjaya, sedangkan gejala ini terus menghantui penduduk setempat.

“Kejadian pecah rumah dan kecurian masih berleluasa di sekitar kawasan Seberang Takir ini. Ia memang berpunca dari aktiviti penagihan dadah,” jelasnya.

Justeru itu beliau berharap kerajaan bersungguh-sunguh menangani isu tersebut, bukan hanya sekadar untuk mendapat publisiti sahaja.

“Kita mengharapkan agar pihak kerajaan lebih serius dalam membanteras gejala buruk ini yang bukan sahaja merosakkan anak bangsa,

“tetapi lebih parah lagi (ia) menggangu keharmonian masyarakat,” tegas beliau

Sumber BO - 30-1-2018











































































Adun Tepoh sentiasa hargai nelayan

KUALA NERUS: Pada setiap tahun musim tengkujuh warga nelayan yang terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh tidak pernah dilupakan oleh wakil rakyatnya sejak lima tahun lalu. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata setiap tahun pada bulan Januari warga nelayan akan diberi sedikit sumbangan. 
Katanya, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Tepoh tidak pernah mengabaikan golongan nelayan yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh ini. 
Menurutnya, proram bersama para nelayan itu berkonsepkan kekeluargaan dan santai sambal minum petang. 
"Ini program tahunan kita (PAS) bersama nelayan yang berada dalam Dun Tepoh. Kita ada seramai 200 orang nelayan pelbagai kategori keseluruhan. Ada yang ke laut di Mersing, di Kuantan tetapi dia orang asal sini (Tepoh)," ujarnya. -HARAKAHDAILY 30/1/2018 
(Ikuti kisah lanjut berkenaan dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat nanti)
Sumber HD - 30-1-2018 

80 Peserta ‘Bertarung’ Pertandingan Memanah Tradisional Piala Presiden PAS

Oleh KAM

MARANG – Seramai 80 peserta dari Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Piala Presiden PAS anjuran Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Malaysia dengan kerjasama Dewan Tok Guru di Rusila, Marang.

Pengerusinya, Norafendi Zabiri berkata AHRAC mahu menjadikan aktiviti berkuda dan memanah sebagai salah satu seni bela diri.

Selain itu, katanya memanah dan berkuda juga merupakan aktiviti riadhah sama seperti acara sukan-sukan yang lain.

“Sebab itu pada pandangan kita, jika kita memanah untuk sukan, kita akan berlatih untuk kita masuk pertandingan atau sukan. Memanah ini juga untuk kita riadhah.

“Kita mahu bila sebut AHRAC sahaja orang akan ingat PAS. Kita sebagai gerakan Islam, jamaah Islam tidak tertinggal atau ketinggalan untuk menjadi penggerak utama bagi memaju dan mengembangkan sukan ini.

Khususnya kepada para pemuda kita, anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan lain-lain.
“Sukan ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyihatkan badan selain mengamalkan sunah Nabi (Muhammad) SAW. Harap masyarakat boleh menyokong dan mendokong usaha kita ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Malaysia oleh Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Yusof Abdul Hadi, pada Sabtu 27 Januari.

Menurutnya, AHRAC mahu membawa sukan memanah berkuda ini boleh disertai oleh semua orang walaupun dianggap permainan yang mahal.

Sehubungan itu, Ustaz Muhammad Yusof menerangkan bahawa aktiviti memanah merupakan salah satu sukan kegemaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Memanah merupakan salah satu dari sukan kegemaran baginda Nabi (Muhammad) SAW, sehingga beliau menyuruh umatnya berlatih atau bersedia untuk memanah.

“Sukan memanah ini sangat digalakkan oleh agama (Islam) kita, bukan sahaja memanah secara berseorangan tetapi juga memanah secara berkuda dan memanah memerlukan latihan yang secukupnya,” jelas beliau.

Menurutnya, tiga jenis sukan yang dituntut diamalkan kepada orang Islam iaitu memanah, berkuda dan berenang.

Ustaz Muhammad Yusof merasmikan program tersebut bagi menggantikan ayahandanya yang juga Presiden PAS kerana menghadiri Himpunan 100K Solidariti dan Munajat Al-Aqsa di Dataran Putrajaya.











































































Sumber BO - 30-1-2018













































































PRU14: PAS Bina Kekuatan Sendiri


Oleh KAM

KUALA NERUS: PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah bahawa parti itu akan bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dilemparkan oleh musuh.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata sikap lunak PAS terhadap Umno itu merupakan satu strategi yang menguntungkan partinya.

Katanya, berdasarkan perkembangan politik semasa PAS telah membawa Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dalam masyarakat.

“PAS tidak akan bergabung dengan Umno tetapi PAS telah mengubah strategi politiknya daripada suatu ketika dahulu kita (PAS) tegang dengan Umno dan pada hari ini kita lunak dengan ahli-ahli Umno untuk tarik dia.

“Sebab ramai di kalangan orang Umno sendiri yang kecewa dengan Dato’ Seri Najib (Perdana Menteri) dan kecewa dengan parti Umno,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Markaz PRU14 bagi Unit Peti Undi (UPU) Gong Datok, N09 Tepoh, di Cawangan PAS Pak Tuyu, Tepoh, Sabtu 27 Januari.

Menurutnya, pada PRU13 lalu PAS berada dalam satu Pakatan Rakyat bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP atas prinsip Tahaluf Siasi.

Namun, katanya PAS terpaksa keluar gabungan itu kerana DAP secara terang-terangan menentang agenda parti yang sebelum ini dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat.

“PAS sebelum ini berada dalam satu gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP atas prinsip Tahaluf Siasi.

“Tetapi, sekarang PAS keluar dari pakatan itu kerana DAP telah melangar syarat-syarat dalam Pakatan Rakyat. Antara bukti paling jelas DAP lawan termasuk dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 baru-baru ini.

“Apabila mereka lawan, mereka tentang. Maka, itulah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) terpaksa PAS ambil keluar dari Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menjelaskan PAS sebuah parti dinamik yang sedang membina kekuatannya sendiri.

“Apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat, PAS tidak bersendiri. Sebaliknya kita buat tranformasi imej yang membawa satu budaya politik baharu dalam PAS iaitu BPMS.

“Kita buat baik dengan orang Umno sebab nak tarik orang Umno kepada PAS. PAS buat kerjasama dengan parti-parti kecil lain seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“Kita (PAS) bina kekuatan dengan NGO-NGO dengan lebih 200 NGO (Badan Bukan Kerajaan) seluruh negara yang boleh duduk bersama dengan PAS.

“Kita ada NGI iaitu individu berpengaruh yang bukan orang kerajaan. Kita tarik mereka ini untuk bersama dengan PAS,” jelasnya.

Oleh itu, katanya PAS kini sangat bersiap sedia untuk memerintah bukan sahaja dalam negeri juga negara Malaysia.

Menurutnya, PAS telah buat satu dokumen yang dinamakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 dan bukan hanya manifesto PRU14 sahaja.

Sumber BO - 30-1-2018


Politik Diskriminasi dan Pengkhianatan Tun Mahathir terhadap Rakyat Terengganu
Posted on Monday, January 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37969



Dalam tulisan Mahathir ini dia beritahu Terengganu adalah pengeluar terbesar petroleum yg menerima royalti 5 %. Punca disekat bayaran kerana takut PAS yg memerintah Terengganu menjadi kuat.

"satu cara perlu dicari untuk menafikan wang ini dari boleh digunakan oleh negeri"

Politik Diskriminasi Politik dalam soal sumber petroleum ini sehingga tidak menghormati dokumen perjanjian dimulakan zaman mahathir dan berjangkit bila petroleum ditemui di Kelantan.

Hari ini Mahathir jika ikhlas kena betulkan balik fakta ini yg menjadi asas pendirian kerajaan masa ini. 


Sumber TKO - 29-1-2018











































































Awas Dadah ‘Gula-gula’

Media tempatan melaporkan, seramai 679 pelajar negeri Terengganu telah ditangkap di seluruh negara pada tahun 2017 kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Cendering, berkata, bagi negeri Terengganu, 38 pelajar atau bersamaan lapan peratus daripadanya adalah daripada begeri Terengganu.

Walaupun jumlah tangkapan tidak besar jika dibandingkan dengan jumlah pelajar tetapi ia ditahap merisaukan kerana isu dadah merupakan isu yang sukar ditanggani kerana trend kesalahan dadah setiap tahun berubah-ubah.

Beliau menambah, Kalau dahulu kita didedahkan penggunaan dadah jenis ganja, heroin, morfin dan sebagainya tetapi kini ada dadah jenis sintetik seperti pil kuda, syabu, ais dan sebagainya.

Sementara itu, antara dadah terbaharu ialah jenis New Psychoactive Substances (NPS) campuran bahan kimia bermula Eropah telah dikesan sejak tiga tahun lalu.

Terdapat hampir 800 jenis jenama yang berunsurkan NPS telah dikenal pasti di benua tersebut, tetapi hanya 20 jenis di kesan di Malaysia dan yang berdaftar di bawah akta racun hanya tujuh jenis sahaja.
Mohmad berkata dadah jenis baharu itu mudah dijual dalam pelbagai bentuk seperti minuman dan gula-gula dengan harga semurah RM5 berbanding dadah sintetik sebelum ini yang harganya ialah RM30 hingga RM50.

Katanya dadah tersebut dijual dengan harga yang murah kerana pengeluarannya dilakukan dalam kuantiti yang banyak dengan penggunaan kos sedikit, selain mudah mendapatkan bahan-bahan campuran.

“Dadah tersebut boleh meninggalkan kesan kegusaran dan ketakutan pada orang awam kerana mereka yang menambil dadah sebegini akan menjadi berani sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang awam,” katanya.

Mengenai kerjasama PDRM dengan pihak sekolah, Mohmad berkata hubungan erat antara kedua-duanya bukan setakat di peringkat negeri tetapi juga kebangsaan bagi menangani masalah jenayah di kalangan pelajar – sumber Bernama

Sumber BO - 29-1-2018











































































Himpunan MyAqsa; PAS Terengganu Ucap Tahniah

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengycapkan tahniah atas penganjuran ‘Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummat Islam Memperjuangkan Isu Palestine’ (Himpunan MyAqsa).

Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program tersebut telah berjaya meghimpunkan para ilmuan Islam seluruh dunia dan memggamit ribuan peserta, atas satu semangat mahu membebaskan Al-QAqsadan Palestin.

“Tahniah! Atas kejayaan himpunan MyAqsa di Putrajaya yang menghimpunkan pemimpin ulama dunia serta beribu kehadiran orang ramai dalam menyatakan solidariti terhadap Palestin,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Riduan Mohamad Nor menafikan, program itu ada satu program politik kepartian.

Beliau menegaskan, sempadan orang-orang Islam yang beriman tidak dibatasi dengan politik, sempadan negeri dan negara serta geografi.

Menurutnya, ia adalah program solidariti yang menunjukkan kesatuan umat Islam dalam isu Baitulmaqdis dan Al-Aqsa.

“tetapi sempadan umat Islam adalah ‘kalimah syahadah’…..(barang siapa yang) mengucapkannya ada menjadi kewajipan kepada kita untuk membantunya,

“dalam Al-Quran dan Hadis nabi juga menegaskan, umat Islam adalah bersaudara dan wajib bagi setiap orang Islam mementingkan hal yang menimpa saudaranya,” jelasnya.

Beliau berkata kepada pihak media demikian, ketika mengulas dakwaan ‘netizen’ yang merujuk Himpuan sehari suntuk pipsat pentadibiran negara pada Sabtu 27 Januari itu, sebagai satu program berunsur politik.

Justeru itu katanya, Himpunan tersebut adalah berdasarkan ajaran Islam yang menuntu seluruh umat Islam bersatu menentang kezaliman.

“Himpuna pada malam ini ‘menatijahkan’ di atas sabda Nabi SAW diatas ambil peduli…..cakna umat Islam pertama (terutamanya) dalam isu masjid al-Aqsa,

“yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan tempat ‘Israk dan Mikraj’ nabi,” katanya

Sumber BO - 28-1-2018











































































Malaysian Nature Society; Stop Converting Forests To Palm Oil Plantations

Recently 4,515 hectares of a permanent forest reserve was degazetted in Terengganu, allowing for it to be turned into an oil palm plantation by a government-linked company, TDM Berhad. That means that on an area the size of more than 4,500 football fields where now trees stand will soon be lost, along with a large chunk of biodiversity.

The move has some Malaysian environmentalists up in arms, and rightly so. WWF-Malaysia has slammed the decision and so has the Malaysian Nature Society. “Instead of converting more forests to oil palm estates, properly managed forests can provide Terengganu with a sustainable source of income in the form of timber, traditional herbal products and ecotourism,” stressed Wong Chee Ho, the local chairman of the Malaysian Nature Society (MNS).

Deforestation by palm oil cultivators has scarred landscapes in forested areas across Borneo. Photo Credit: Wikimedia Commons

Rather than continue to fell forests, the state should keep them intact and opt for other sources of revenue to boost its economy, the environmentalist said. “Solutions, where revenue can be generated from forests which remain intact, is now available, the state should start adopting this in order to provide a better future for everyone,” he noted.

Agreed. According to researchers cited by MNS, converting inland forests to oil palm not only decimated biodiversity but significantly boosted the chances of devastating flash floods. “[T]he conversion of 1 per cent of inland forest to oil palm increased the number of flooded days by 26.8 per cent,” MNS explains.

The loss of biodiversity, along with unique endemic species, will be no less severe if forests continue to be cut down. “Malaysia is also on the edge of losing its tigers, and the world is one step nearer to losing another tiger subspecies: the Malayan tiger (Panthera tigris jacksoni),” the society says.

“Camera trap surveys from 2010-2013 have estimated that only 250-340 Malayan tigers remain, potentially a halving of the previous estimate of 500 individuals.”

A sad state of affairs, but we can still do something. For starters, we can start signing a petition aimed at stopping trees from being cleared for the sake of yet more oil palms

Sumber BO - 27-1-2018











































































PAS K. Terengganu ganti peranan MP

KUALA TERENGGANU: Ekoran Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu, Dato' Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah menyertai parti lain, khidmat kepada rakyat kini dilaksanakan PAS Kawasan berkenaan. 
Hampir dua tahun berlalu khidmat kepada masyarakat pengundi di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan parlimen berkenaan dilaksanakan Penyelarasnya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Tumpuan juga diberikan kepada Dun Bandar yang diwakili Parti KeADILan Rakyat (PKR), Azan Ismail dan Dun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Jefri Chua berkata, program khidmat masyarakat sudah dua tahun dilaksanakan PAS Kawasan.
Katanya, peranan DHPP menjadi penghubung antara masyarakat bukan Islam dengan PAS.
"Selaku Ketua DHPP di sini saya mengambil tanggungjawab mengagihkan nasi percuma kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa.
"Masa sangat cepat berlalu, setelah dua tahun kita buat kerja itu sambutan daripada rakyat cukup baik dan memberangsangkan," ujarnya ketika ditemui kelmarin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, turut memainkan peranan mengagih akhbar Harakah kepada warga Dun Bandar.
Katanya, penerimaan warga Tionghua yang mana sebelum ini memandang serong kepada PAS semakin terhakis setelah mendapat maklumat sebenar.
"Sejak enam bulan lalu saya mengagih Harakah kepada warga Dun Bandar mengikut sasaran tertentu termasuk orang atas pagar, penyokong Barisan Nasional (BN), PKR dan DAP.
"Hasilnya, mereka tidak lagi memarahi PAS dalam beberapa isu termasuk tuduhan pimpinan PAS makan dedak Umno, isu RM90 juta dan isu hudud," katanya.
Pada PRU 13 Parlimen Kuala Terengganu dimenangi PAS melalui wakilnya, Raja Kamarul Bahrin menewaskan calon BN, Dato Mohd Zubir Embong  dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 10,785 undi.
Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu juga melaksanakan khidmat pemeriksaan kesihatan dan khidmat guaman percuma kepada warga Dun Bandar. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD- 27-1-2018 











































































Perasmian Ijtima' Pondok (25 Jan 2018)























































































(Teks transkrip penuh dari ucapan perasmian oleh Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia dalam Ijtima’ Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu pada 25 Januari 2018 di Pondok Ibtidai, Hulu Terengganu disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
“Maka alangkah baiknya kalau ada satu kumpulan daripada mereka itu yakni daripada orang-orang yang beriman, yang keluar (meninggalkan rumah, meninggalkan keluarga)”
لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ
“Supaya mereka itu bertafaqquh, (mengaji dan memahami dalam perkara ad-Din, perkara Islam).”
وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ 
“Dan supaya mereka itu memberi peringatan kepada kaum mereka (bila balik ke kampung ke tempat masing-masing). Mudahan mereka itu beringat-ingat”
(at-Taubah: 122)

Sumber HD - 27-1-2018











































































Ucapan perasmian Ijtima' Pondok (25 Jan 2018)

Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dato' Seri Syeikh Abdul Hadi Awang berkata:
"Mereka bukan sahaja menubuhkan pondok-pondok, mereka menubuhkan Jamaah untuk menggerakkan orang Islam menentang penjajah. Ini tak ditulis dalam buku. Mereka tidak boleh tipu orang Islam selama-lamanya. Apa yang berlaku Allah Taala jadikan ajaran yang lain daripada Islam lemah, sama ada agama ataupun idealogi ataupun teori yang manusia reka, lemah, tak boleh menyelesaikan masalah. Manusia dalam keadaan huru-hara, menyebabkan orang Islam nak balik semula kepada Islam. Sehingga tumbuh pondok-pondok, tumbuh balik sekolah-sekolah agama sehingga orang banyak nak hantar anak-anak di sekolah agama lebih dipercayai, tak cukup tempat. Ini berlaku pada hari ini di seluruh dunia Islam. Tak cukup tempat.
"Dua tiga hari lepas, saya didatangi oleh Penasihat Perdana Menteri Turki. Penasihat Perdana Menteri Turki datang jumpa saya. Dia beritahu di Turki juga ditubuh pusat-pusat pengajian sekarang. Oleh kerana mereka berkuasa dalam kerajaan, mereka bersedia untuk menubuhkan pusat pengajian supaya anak-anak kita di seluruh dunia Islam boleh menyambung mengaji di sana, bukan di Azhar sahaja, bukan di Makkah sahaja kerana banyak ulama-ulama Arab berhijrah.Daripada Mesir, daripada Syria, daripada Yaman berhijra. Di Turki ramai, mereka tubuh pusat-pusat pengajian di sana. Boleh menyambung semua mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hambali, Maliki. Orang Mazhab Syafi’ie boleh belajar Mazhab Syafi’ie.
Ini satu harapan baru kepada kita. Menyebabkan banyak tempat kita boleh sambung mengaji sehingga setinggi-tingginya. Ini satu perkembangan yang baru. Apa yang penting ialah kita menubuhkan akar-akar yang banyak, tunas-tunas yang banyak. Maka usaha mendirikan pondok hendaklah disokong, diusahakan, menguatkan, meneguhkan, kerana ini adalah benih Islam yang dapat meninggalkan faedah dunia sampai ke akhirat."
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan perasmian oleh beliau dalam Ijtima’ Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu pada 25 Januari 2018 di Pondok Ibtidai, Hulu Terengganu yang disiarkan di ruangan  E-Harakah  dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah).
Sumber HD - 27-1-2018 











































































Waspada Terhadap Serangan Pemikiran

Oleh KAM

HULU TERENGGANU – Umat Islam hari ini diingatkan agar lebih berwaspada dengan bentuk serangan pemikiran yang cuba ditanam bagi melemahkan Islam selepas serangan ketenteraan.
Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata musuh-musuh Islam telah melancarkan serangan baharu bagi merosakkan pemikiran umat Islam.

Menurutnya, terdapat beberapa eleman yang cuba diterapkan agar kekuatan umat Islam itu dapat dilemahkan.

“Umat Islam menghadapi serangan baru setelah berlakunya serangan ketenteraan. Mereka (musuh) melancarkan serangan pemikiran.

“Pertama, mereka menjalankan gerakan Tansiriyah iaitu gerakan menasarakan orang Islam dan kedua, gerakan Taghribiyah iaitu membaratkan orang Islam,” tegas ketika merasmikan Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu di Pondok Ibtidai, Batu 22, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Khamis 25 Januari.

Katanya, bagi menjayakan misi tersebut pihak musuh-musuh Islam cuba menerapkan kefahaman itu dalam bidang pendidikan.

“Mereka membina sekolah-sekolah ‘misionari’, sekolah-sekolah Kristian sama ada jajahan Inggeris, jajahan Belanda, jajahan Perancis untuk mengkristiankan orang Islam.

“Mereka gagal tak berjaya kerana sebodoh-bodoh orang Islam, sejahil-jahil orang Islam tak meninggalkan agama mereka. Sejahil-jahil orang Islam tak baca Quran tapi (orang) buat hina Quran tak boleh, akan marah. Sayangnya kepada Islam,” jelasnya.

Presiden PAS itu juga menegaskan sekolah-sekolah Kristian dibuka dengan meluas dan mereka yang lulus diberikan pangkat besar serta gaji mahal.

Namun, kata Dato’ Seri Abdul Hadi masih ramai di kalangan orang Islam tidak terpengaruh dan berpegang teguh dengan pendidikan Islam.

“Mereka buka sekolah Kristian dan yang lulus sekolah ini jadi orang besar, gaji mahal (tapi) orang tak pergi, sikit sahaja. (mereka) Yang bodoh sahaja pergi, cerdik mengaji (pelajaran) tapi bodoh akal. Hidup dengan penjajah,” tegasnya dihadapan 500 hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa gerakan Taghribiyah berlaku di seluruh dunia bagi membaratkan umat Islam agar berfikiran barat.

“Mereka tubuh sekolah-sekolah kebangsaan yang mengikut bangsa masing-masing. Sekolah Melayu di Tanah Melayu, sekolah Arab di negara Arab, sekolah Parsi, sekolah India di India dan sekolah Indonesia di Indonesia.

“Belajar bahasa masing-masing dengan cara yang licik dan licin. Mereka (penjajah) tukar Bahasa Melayu dari huruf Jawi kepada huruf Rumi. Bahasa Indonesia bahasa Jawi huruf Rumi. Bahasa Turki huruf Arab ditukar huruf Latin, huruf Rumi. Ini supaya orang Islam belajar dengan bahasa masing-masing dengan huruf Rumi,” jelasnya.

Apa yang berlaku, kata Ustaz Abdul Hadi bahawa ajaran yang lain dari Islam sebenarnya lemah sama ada agama, ideologi atau teori ciptaan manusia.

Sumber BO - 27-1-2018











































































Ulamak Pondok pencetus semangat kemerdekaan

HULU TERENGGANU: Golongan ulama yang lahir dari Institusi Pengajian Pondok, suatu ketika dahulu menjadi pencetus semangat perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan tanah air ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, golongan ulama juga menjadi benteng dan pertahanan paling utama menentang penjajah. 

"Benteng dan pertahanan yang paling utama ketika negara dan umat kita dijajah oleh penjajah. Mereka (ulama) yang menyemarakkan semangat perjuangan untuk memerdekakan tanahair dan mengembalikan semula maruah bangsa dan maruah Islam. 
"Merekalah yang mencetuskan perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika itu kita (rakyat) semua bencikan penjajah tetapi kepimpinan untuk menghadapi penjajah, menghalau penjajah dan memerdekakan kita adalah di kalangan para ulama," jelasnya. 
Beliau berkata demikian ketika ucapan aluannya di Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu di Pondok Ibtidai, Batu 22, Jalan Kuala Berang, di sini semalam.
Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam itu dirasmikan oleh Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Menurutnya, institusi pengajian pondok juga telah melahirkan ramai tokoh di kalangan kepimpinan yang hebat.
"Pusat pengajian pondok ini telah melahirkan ramai kepimpinan sama ada kepimpinan orang politik yang sekali gus menjadi pemimpin masyarakat dan pemimpin agama seperti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
"Inilah kejayaan yang dilahirkan di sekolah pondok yang mereka inilah menjadi pemimpin ummah pada suatu ketika dahulu dan kita menjadi pengikutnya. 
"Kita (rakyat) dipayungi oleh ulama-ulama yang diasuh dan dibentuk oleh Sistem Pengajian Pondok," jelasnya.
Sehubungan itu, Ustaz Husain mengajak seluruh warga pendidikan pondok dapat bersama menuntut perubahan bagi memerdekakan semula bangsa dan tanahair ini.
Katanya, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan tetapi masih dibelenggu dengan sistem yang tidak selaras dengan Islam. HARAKAHDAILY 26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 

Tahniah PAS Terengganu 1 Daripada 14 Manifesto PAS Terengganu Dah Ditunaikan Sebelum PRU14
Posted on Friday, January 26 @ 11:19:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37920&mode=thread&order=0&thold=0



Pagi Ini di pejabat SATU, datang seorang pengguna air, tanya di kaunter SATU, sebab apa bacaan di bil jadi O?

Pegawai bertugas menyatakan kerajaan beri 20m padu air percuma dan tidak kena bayar, Jika guna lebih, baru kena bayar yang digunakan (20m padu + yang lebih)

Tahniah kepada PAS Terengganu, Dato PJ Pas Terengganu, dato Ustaz hj Hussin Awang khususnya selepas melancarkan manifesto PRU 14, dan selepas merata tempat dan Pasar dibuat roadshow mengenai pemberian 20m padu air percuma, Akhirnya Kerajaan BN Terengganu beri juga 20m padu air percuma kepada Rakyat. ini membuktikan idea PAS terengganu lebih kedepan Dari pihak Kerajaan yang sedang memerintah. PAN? usahkan Manifesto, calon pun takde.

Tahniah PAS Terengganu dan kerajaan Negeri Terengganu, masih ade 14 tawaran dari PAS Terengganu. Jikalau boleh laksanakan, laksanakanlah. Jadilah buat projek kalo setakat nok rombok semula macam sekoloh alor limbat.

13 lagi TUNGGU Bila BN Terengganu jatuh


Kredit
Amar Ibni Jaafar


Sumber TKO - 26-1-2018











































































Kos Pengurusan ‘Mati’ Pun Mahal?

OLeh : Ahmad Amzad Hashim

Semalam sebelum Isya’ 25hb Januari 2018, saya selaku Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu telah menziarahi kematian Mendiang Soh Kit Cheng (103 tahun) Pemilik Perniagaan Letrik di Jalan Banggol, Kuala Terengganu.

Mendiang sekeluarga adalah sahabat baik kami dan berjiran dengan Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu.

Mengiringi sama oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah, Ketua DHPP Kuala Terengganu, Jefri Chua dan pegawai Parlimen PAS Tuan Syed Ali.

Sebelum itu diwaktu tengahari saya berkesempatan berbual dengan anak mendiang, Encik Koh Kim Huat yang sudah pun berumur 70 tahun.

Dia berseloroh sambil berkata, “susah jadi orang cina ni……Nak idup banyok pakai pitih. Nok matipun banyok pakai pitih”

Saya tahu walau dia berseloroh, ada kesungguhannya dalam ucapannya.

Beliau mengeluh tentang kos pengurusan jenazah kematian kaum Cina di Terengganu yang pada masa ini sekitar RM20 ribu setiap seorang. Ia meliputi kos rumah mayat, keranda, kubur dan pelbagai lagi.


Ia adalah 10 kali ganda kos pengurusan jenazah bagi orang Islam.

Kalau di KL, lagi mahal kosnya.

Hari ini berlaku lagi kematian seorang bekas anggota polis, Mendiang Tan Hai Ann.

Ada yang cadangkan supaya dikemukakan cadangan manifesto bantuan meringankan beban urusan kematian bukan Islam.

Saya berpendapat mengapa tidak?

Sama seperti orang Islam. Bukan Islampun ramai yang miskin dan tidak mampu yang perlu dibantu.
Mungkin perlu ulama beri pandangan bidang mana boleh dibantu selain bidangkuasa bawah kerajaan negeri berkaitan kemudahan yg mereka perlukan, kawasan misalnya.

Di Kelantan, PAS memperkenalkan Skim Kifalah untuk membantu rakyat semua kaum dalam pengurusan kematian. Ada bantuan sehingga RM1,500.00.

Terengganu mungkin berupaya berbuat lebih baik lagi. Mengapa tidak?

Sumber BO - 26-1-2018











































































Illegal Dumping Adds To Dengue Challenge In Terengganu

KUALA TERENGGANU: Abandoned houses and plots pose a great challenge to the Terengganu health department’s fight against dengue as the local community tends to treat such areas as illegal dumping grounds.

Terengganu health director Dr Mohammad Omar said such irresponsible acts can create breeding grounds for the Aedes mosquito, the vector that carries the dengue virus.

“The problem is further aggravated during the rainy season, when there will likely be spaces for water to stagnate among the rubbish dumped there.

“The community needs to be aware of their actions. We need to work together to curb the disease,” he said when met at an anti-dengue programme in Kg Pengkalan Berangan, Marang.

He said the first dengue case in the state this year involved a 47-year old father, Mohd Aris Sulaiman, and his two children, 20-year-old Norhafizah and eight-year-old Muhammad Amir Mirza, who live about 10m away from an abandoned house in the village.

Empty food containers filled with water were found at the abandoned house which was almost hidden by thick undergrowth.

“Our checks found five more such places in the village so we organised a ‘gotong-royong’ (communal effort) to clear these places as one of the steps to stop the disease from spreading any further,” Dr Mohammad said.

He however said that measures to control the disease in Terengganu have been effective with the number of cases dropping by 85.5% last year compared to 2016.

In 2017, 292 dengue cases were recorded in Terengganu, with one fatality compared to the previous year when there were 2,009 cases and 20 deaths.- thestaronline

Sumber BO - 26-1-2018











































































“Alhamdulillah, Saya Hampir Pulih Sepenuhnya”

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Penyayang
Assalamu `alaykum warohmatuLLOH

Segala Puji bagi ALLAH TUHAN Sekelian Alam. Solawat dan Salam buat JunjunganNYA dan ke atas keluarganya dan sohabat2 baginda sekelian.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadhrat ILAHI kerana dengan inayah dan keredhaanNYA dapat saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada semua yg menghulurkan bantuan kpd saya dan isteri di atas musibah yg menimpa kami, bermula dari saat ianya berlaku hingga ke detik ini.

Ucapan khusus ingin saya sampaikan kpd dua insan yang sgt saya kasihi dan sanjungi; Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Presiden dan Timbalan Presiden PAS kerana dapat meluangkan masa keemasaan mereka dalam suasana yang sangat sibuk, menziarahi saya yang kerdil ini.

Ucapan khusus yang kedua ingin saya tujukan kepada Yang Berhormat Nasiruddin Hassan Ahli Parlimen Temerloh yang sanggup hadir dalam keadaan keuzuran yg beliau sendiri alami di samping kesibukan.

Ketiganya kepada pemimpin yang lain samada di peringkat Pusat, Negeri, Kawasan atau Cawangan, keempatnya kpd rakan2 yang hadir buat kesekian kalinya, kelima kpd saudara mara dan sanak saudara dan seterusnya kpd semua yg telah memberikan apa jua bantuan kpd kami : ziarah, doa, wang ringgit dan kata2 semangat.

Akhirnya, kepada dua orang rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian dan telah menguruskan penghantaran kami ke hospital iaitulah Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Mohd Alghazali Abu Bakar serta Kepada semua saya doakan agar diberi ganjaran yg setimpal olehNYA.

Saya boleh dikatakan pulih hampir sepenuhnya (kecuali gout) dan dibenar keluar dari wad pd ptg ini Khamis 25 Januari. Walau bagaimana pun saya masih menginap dlm kawasan hospital kerana isteri saya masih ditahan disebabkan keadaannya yg masih perlu mendapat rawatan rapi.
Sekian, Wassalamu `alaykum warohmatuLLOH

M. Shukrimun bin Shamsudin
Bendaharai PAS Terengganu
Yang Dipertuan PAS Kawasan Kuala Nerus.

Sumber BO - 26-1-2018











































































Warga Pondok Dan Pusat Pengajian Diseru ‘Memerdekakan’ Islam

HULU TERENGGANU – Seluruh warga pondok dan Pusat Pengajian Islam diseru bersama-sama memperjuagkan dan ‘memerdekakan Islam’ yang masih terbelenggu dalam pemerintahan kerajaan sekarang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, sebahagian wasilah atau jalan terlah dibuka luas oleh kepemimpinan negeri ketika memerintah pada tahun 1999 hingga 2004.
Katanya, Terengganu telah memartabatkan Islam, dengan meminda perlembagaan negeri dan menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai rujukan tertinggi.

Malangnya, menurut beliau, ia masih tidak dilaksanakan sepenuhnya sehingga kini oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

“berpandukan rujukan tertinggi itu, undang-undang tubuh kerajaan negeri telah dipinda dan membuka ruang untuk dilaksanakan syariat Allah,

“maka kita yang berada di pondok-pondok dan puast pengajian Islam ini seharusnya dan semestinya, bangun dan bangkit untuk mempastikan ia terlaksana,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Kali Pertama di Pondok Ibtidai Batu 22 Kuala Berang, di sini pada Khamis, 25 Januari.

Kira-kira 1000 orang hadir pada program yang dirasmikan oleh Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu berkata, ia menjadi harapan semua umat Islam di negeri dan negara ini untuk melihat syariat Allah itu dilaksanakan dalam pemerintahan.

“marilah kita bersama-sama berada di landasan dan memperjuangkan dan memerdekakan Islam dan syariatnya di atas muka bumi Allah ini,

“bersama-sama kita berazam untuk meneruskan kesatuan dan tekad kita dalam memikul anah kita sebagai hamba Allah,” jelasnya.

Sumber BO - 26-1-2018











































































Chit Chat Dun Chukai kupas isu semasa

PEMUDA PAS Dun Chukai telah menganjurkan Chit Chat Dun Chukai dalam mengupas isu semasa di Markas Induk Dun Chukai, Kemaman, semalam. Program santai dengan format dua soalan itu menampilkan ahli panel iaitu Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Hanafiah Mat. Ikuti semula jawapan dan penjelasan kedua ahli panel yang disediakan oleh Wartawan Rakyat, NORSAFWAN KHAIRI.

Adakah PAS Terengganu bersedia atau PAS parti 'Angan-angan Mat Jenin'?
Hanafiah berkata, PAS bersedia untuk mengambil alih pemerintahan di Terengganu dan PAS telah lancarkan 15 manifesto.

Menurutnya, dua manifesto PAS telah Kerajaan BN Terengganu laksanakan iaitu 20 meter padu air percuma dan kahwin perdana percuma menunjukkan PAS lebih terkedepan daripada mereka.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan PAS parti 'Angan-angan Mat Jenin' kerana kenyataan itu tidak berpijak di bumi yang nyata.

“PAS ada 195 kawasan, 7000 cawangan, ahli hampir satu juta dan pengalaman 13 kali pilihan raya. Bersatu belum pernah masuk pilihan raya, sepatutnya dia halakan tikaman pada Kerajaan BN tetapi kita (PAS) menjadi sasarannya.

“Sangkaan PAS mahu berkerjasama bersama Kerajaan BN juga tidak berasas, situasi politik berubah, strategi perlu berubah, pendekatan yang kita gunakan sekarang mengikut situsi politik semasa, lawan PAS tetap Kerajaan BN,” tambahnya.

Razif vs Ahmad Said, Bas 'Amphicoach' dan anak tiri
"Hari ini, berlaku pertelingkahan antara Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Ahmad Said di mana ini menguntungkan pihak kita walau siapa yang menang," katanya.
Berkenaan bas 'Amphicoach' katanya, PAS pernah beberapa kali menyuarakan kewajaran pembeliannya, namun pihak Kerajaan Negeri Terengganu bermegah dan mendabik dalam hal ini.

Menurutnya lagi, PAS juga menyuarakan waktu bas itu akan tiba. Malangnya mereka menjawab bas itu mengalami masalah sistem hidraulik dan menyebabkan penghantarannya tertangguh, satu jawapan yang tidak munasabah.

Beliau juga menjawab tuduhan terhadapnya yang di siarkan di Terengganu Times berkenaan takut kehilangan gaji RM11,000.

"Untuk pengetahuan semua, PAS telah membuat satu keputusan 50 tahun dahulu setiap wakil rakyat pas di Terengganu wajib memberi 20 peratus daripada gaji kepada parti.
"Selebihnya kami gunakan untuk makan anak- beranak dan hidupkan aktiviti-aktiviti di Dun masing kerana kami tiada peruntukan untuk rakyat, kami di terengganu di anak tirikan," katanya kesal.

Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), sasaran pencapaiannya dan manfaat untuk rakyat
Ustaz Khalil Abdul Hadi berkata WINS merupakan kerangka atau konsep negara yang akan PAS bentuk menjelang 2051.

“Apa yang berlaku hari ini, negara kita tidak ditadbir mengikut syariat Allah, tidak ada dosa pahala dan kesannya negara dibelengu dengan masalah politik, masalah ekonomi, salahguna kuasa, kronisme, rasuah, kos sara hidup, kesempitan hidup, masalah sosial, jenayah, dan keruntuhan akhlak.

“Penyelesaian kepada masalah-masalah ini merupakan sasaran utama kita (PAS) dalam WINS dan apa yang kita tawarkan adalah penyelesaian berlandaskan ajaran Islam.
“Kita ada PASTI, SRITI, sekolah-sekolah menengah sehingga peringkat Diploma, ARC, Jabatan Amal, DACS, Ameerah, dan lain-lain.

“Apa yang kita buat adalah persiapan dan persediaan untuk meneraju negara sekiranya diberi mandat oleh rakyat,” ujarnya.

PAS sebagai 'King Maker'
"Kita meletekkan sasaran untuk menang 40 kerusi dan bertanding minima 130 kerusi dan sekiranya berjaya, disinilah kita akan menjadi ‘King Maker’.

"Parti-parti yang hendak membentuk kerajaan akan bertanya pada kita, dan di sinilah PAS akan meletakkan asas utama kita iaitu perlu hormati perlembagaan Negara iaitu Islam sebagai agama rasmi.

"Senario hari ini, kuasa politik Melayu Islam tergugat disebabkan tiada penambahan kerusi dikawasan majoriti Melayu Islam dan faktor persempadan semula oleh BN menyebabkan kuasa politik Islam lemah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/1/2018
Sumber HD - 25-1-2018 











































































“Aku Hanya Mahu Perjuangkan Islam Bersama PAS”

Oleh : Hajar Kamaruddin

MARANG – Bekas Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Klang, Selangor, Wan Asshima Kamaruddin berkata, beliau hamya mahu memperjuangkan Islam bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Beliau yang tidak tahu tentang dasar PAS sebelum ini, mengakui ia suatu pilihan yang tepat dalam memperjuangkan Islam.

“Bahkan ada kawan seperjuangan (saya dalam) Umno dahulu berkata (menuduh) PAS ini telah menjual agama, sedangkan saya sendiri pelik kenapa PAS macam tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Isu Semasa di Kampung Surau Haji Daud pada Selasa, 23 Januari 2018.

Menurutnya, semasa Himpunan Fastaqim 2.0 pada 29 dan 30 September tahun lalu di Tok Jembal, beliau membuka ‘booth’ atau gerai sebuah NGO dikenali sebagai ‘Alif Ba Ta’.

Di situlah katanya, beliau melihat sendiri dan sedar bahawa PAS itu bukan seperti yang diperkatakan orang.

“Pulang ke rumah saya terus beritahu ibu saya……saya (nak keluar Umno) nak tukar parti iaitu PAS,” ujarnya.

Pada mulanya, kata beliau, emaknya tidak bersetuju, bahkan terus tidak menegurnya selama dua hari., namun kini sudah berbeza.

“Selepas pada itu, ibunya dan ahli keluarga tukar parti daripada Umno kepada PAS,” tambah beliau
Justeru, beliau mengucapkan syukur kepada Allah, kerana memberi petujuk kepada beliau dan berdoa agar tetap istiqamah.

Katanya, banyak ujian yang dihadapi oleh beliau, kerana bersama-sama PAS, termasuk ujian terhadap kerja, harta, kawan-kawan dan lain-lain.

“Aku tidak kisah dengan semua itu, sama ada jawatan, duit dan lain-lain. Yang aku mahukan Islam yang syumul,

“kamu hanya menyediakan masjid tapi tidak pandai meramaikan orang,” tegasnya dengan jelas.

Sumber BO - 25-1-2018











































































Silika; Kerajaan Terengganu Mungkir Janji


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu disifatkan sebagai ‘mungkir’ apabila gagal membangunkan kilang kaca, sebagaimana dijanjikan ketika mahu memulakan projek lombong silika, kira-kira empat tahun yang lalu.

Bekas ketua Kampung Bari Besar, Setiu, Hasan Basri berkata, pegawai kerajaan dan pemaju etika bertemu pemduduk kampun berjanji akan memdirikan kilang tersebut samada di kampubg Saujana atau Bari Besar.

“Isu tentang (nak buat) kilang berapa kali dah bunyi……..kerajaan kata nak buat dekat (kampung) Saujana la… nak buat (di kampung) Bari,












































































Loji untuk membasuh silika sebelum dimuatkan, samada ada dalam lori atau atau kapal, untuk dibawa keluar dari negeri Terengganu
“asal mula-mula (kata) nak buat kilang cermin di Saujana tetapi sekarang lain….buat lari (bawa keluar) pasir it uke tempat lain…… dengar pada orang lori kata, alah (dibawa) ke Melaka,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembagan dan perrjalanan lombong pasir Silika di kampungnya, pada Rabu 24 Januari.

Menurutnya , kira-kira empat hingga lima lori besar atau ‘treler’, mengangkut hasil bumi Terengganu itu, keluar dari kawasan memprosesnya, pada setiap hari.











































































Jati khas yang dibina untuk mengangkut silika mentah terus ke kapal dan diekspot keluar negara
Bahkan, kata beliau, tidak kurang daripada tiga kali, kapal berlabuh di jeti khas di pantai kampung tersebut bagi memunggah Silika mentah.

“Kalau tengok masa RELA jaga masa (itu) dia angkut pasir itu…..RELA jaga (dalam tempoh) 24 jam (lori) lalu di jalan besar, nak lintas lalu jalan utama,

“Lori yang mengangkut pasir Silika akan hantar ke jeti untuk dihantar ke kapal dan kalau ada gelombang (laut gelora) kapal untuk mengambil silika tak boleh masuk kerana air (besar) untuk kapal lalu tak padan (sesuai),” jelas beliau.











































































Bekas Ketua Kampubg Bari Besar, Hasan Basari
Justeru itu, beliau berkata, projek perlombongan Silika yang diperbesar-besarkan oleh kerajaan negeri itu, adalah berlaku sebalikya.

Kata beliau, projek tersebut tidak membawa faedah dan keuntungan ini tiada keuntungan kepada orang kampung.

“nampaknya orang kampung taka da keuntungan daripada projek (lombong silika) ini…..tak ada harapan apa-apa,











































































Kawasan loji memprpses membasuh silika mentah di Kampung Sungai Bari, Setiu
“kalau ada (buka) kilang (cermin) boleh tahan sikit (untuk orang kapung bekerja),” kata beliau, kesal.
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Pemprosesan Silika di Bari telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 8hb September, 2014.

Sebelum itu, mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan sumber asli silika yang terdapat daerah di Setiu dan Marang di bawa keluar, sebaliknya pelabur luar perlu melabur dan memprosesnya di negeri ini.

Berkata, langkah itu bertujuan menjaga kepentingan rakyat tempatan kerana industri tersebut mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan jika ia dimajukan serta merangsang pembangunan industri hiliran berkaitan.

Katanya, tapak projek silika seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang itu terletak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk sektor berkaitan silika.

“Projek ini akan dibangunkan oleh Terengganu Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) dengan kerjasama syarikat-syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 20 Februari, 2012.

Sumber BO - 25-1-2018











































































Khutbah Jumaat 26 Jan 2018; Nasib Menimpa Orang Yahudi




























































































Masjid At-Taqwa Batu Enam Kuala Nerus

Sumber BO -25-1-2018





















































































































































PAS terkehadapan selesaikan kemelut rakyat

KEMAMAN: Kerajaan yang diterajui BN kini sedang mengalami masalah integriti dan kelemahan tadbir urus yang kritikal hingga tidak berupaya menangani isu rakyat di Terengganu. 

Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyenaraikan masalah Kerajaan BN Terengganu antaranya isu bas 'Amphicoach', penafian royalti, Perindustrian Telok Kalong yang malap dan corak perbelanjaan boros. 
“(Berbeza) PAS terbukti mampu selesaikan masalah. Kita dah terbit 15 manifesto dan bersedia untuk melaksanakannya. Malah, ada yang telah disambut oleh Umno hasil tawaran manifesto oleh PAS,” katanya ketika Pelancaran UPU Gong Pauh di Chukai, di sini semalam.
Menurutnya, PAS juga telah memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau yang menyenaraikan solusi terhadap pelbagai masalah negara
Hal itu, tegas Ustaz Hishamuddin yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, menunjukkan bahawa parti Islam itu sedang merangka kekuatan paling berwibawa dalam menuju pilihan raya akan datang.
“Susun semula gerak kerja. Kita sangat memerlukan jentera dari bawah yang melipat-gandakan lagi gerak kerja. Selebihnya kita serahkan kebergantungan kita pada Allah,” katanya.
Turut hadir Adun Chukai, Hanafiah Mat; Bendahari PAS Kawasan Kemaman, Johan Ismail dan Ketua UPU Gong Pauh, Mahadi Mahmud. - HARAKAHDAILY 24/1/2018

Sumber HD - 24-1-2018











































































Tuan Guru akan rasmi Ijtimak Pondok di Terengganu

HULU TERENGGANU: Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam Terengganu.
Pengarahnya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, objektif program itu bertujuan menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama rakyat di negeri Terengganu.
Katanya, ia adalah bagi mengeratkan sebuah ikatan hubungan, supaya mereka melahirkan satu inisiatif berkumpul di bawah satu badan.
"Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Khamis, 25 hingga 27 Januari 2018 di Pondok Ibtidai Batu 22, Jalan Kuala Berang, (Akan berakhir) jam lima petang pada hari Sabtu dengan resolusi yang akan dibawa untuk pelancaran Rabitah Sekolah-sekolah Agama," ujarnya ketika ditemui.
Sehubungan itu, Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiah (MTT) Tok Jiring itu berkata, pelbagai program akan mengisi Ijtimak itu antaranya, kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para ulama dari Pattani, Thailand, Kelantan dan Kedah.
Menurutnya, di antara tokoh-tokoh pondok yang utama hadir ialah Babali Sekam dan Baba Mat Nawi dari Pattani, Tuan Guru Haji Abdullah dari Bukit Lada.
"Kita juga ada tetamu darI luar negara iaitu Dr. Mohd Al Fateh daripada Yaman yang merupakan Timbalan Rektor Jamiah Iman yang akan memberi pengisian. Dan sepetang bersama dengan tokoh ulamak di Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus, pada jam lima petang hari Jumaat," jelasnya.
Justeru itu, beliau mewakili Jawatankuasa Panitia mengharapkan Ijtimak yang diadakan Kali Pertama memberikan satu impak yang besar kepada institusi pendidikan agama keseluruhannya.
"Kita menghimpunkan tenaga-tenaga mereka yang sayangkan Islam dan cintakan Islam serta cintakan agama untuk sama-sama bergabung untuk menjayakan Ijtimak ini, Insya-Allah," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD- 24-1-2018 

Umno Cuba ‘Alih Tiang Gol’

DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional cuba mengubah persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang apabila mereka merasakan akan kalah pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, sebab itu Tarikh bubar parlimen dan isytihar pilihan raya lewat

“Kita sedang berlawan dengan parti yang ‘mengelat’ (menipu)…….kerana apa dia buat (adakan PRU14) antara bulan April dengan Mac?,

“kerana pertama dia akan buat Sidang Parlimen mungkin untuk menjayakan persempadanan yang dia nak buat pada (alih) ‘tiang gol ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Pelancaran Markas UPU Gong Pasir di sini pada Ahad, 21 Januari.

Namun begitu, katanya, apa jua tindakan ‘helah’ Umno itu, PAS tetap akan memperolehi kejayaan dalam pilihan raya kali ini.

“ia alih tiang gol mana-mana pun…….kita buat gol belaka……mereka boleh buat macam-macam tipu daya, Allah akan balas tipu daya itu Insya Allah”,

“Barang politik ni kalau tiada akidah, boleh semua jadi, semua……khususnya orang-orang yang bertuhankan kuasa…sampai tak kira siapa-siapapun,

“hatta kita sendiripun……kalau kita mementingkan (dan) kuasa itu (jadi) sebagai tuhan kita….(sekiranya) tidak kira haram halal, redha dari Allah,”jelas beliau.

Beliau berharap semua petugas parti tidak menangguhkan kerja-kerja untuk kemenangan Islam kerana masa sudah suntuk.

Jusyeru itu, beliau memninta rakyat supaya bijak memilih wakil, seorang yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat.

“dan bukannya (pilih mereka) sekadar ingin ‘membeli hati ’ pilihan raya umum kali ke-14 nanti,
“selepas menang, mereka yang menjadi ‘Yang Berhormat’ itu ‘merompak’ (rakyat) sekali lagi,”tegasnya.

Sumber BO - 24-1-2018











































































PRU14; Ratusan NGO Bersama PAS













































































Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun menyerahkan bendera kepada petugas, sempena Pelancaran Markas Pilihanraya Unit Peti Undi (UPU) Gong Pasir
DUNGUN – PAS dan Gagasan Sejahtera menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) bersama ratusan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjanji, bukan sahaja akan menyokong, bahkan akan bekerja memenagi parti itu.

Pengerusi Lajnah Dakwah, Kebudayaan dan Kesenian PAS Terengganu, Ustaz Azman Shafawi Abd. Rani berkata, NGO ini bukan merupakan parti politik, tetapi mempunyai keahlian di seluruh negara.
“Mereka lebih ramai daripada ahli parti UMNO, PKR dan malah lebih ramai daripada ahli BERSATU,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pelancaran Markas Pilihanraya Unit Peti Undi (UPU) Gong Pasir pada Ahad, 21 Januari.

Menurutnya, hampir 70 peratus orang Melayu menerima dan bersama dengan PAS pada pilihan raya yang akan datang.

Sehubungan itu, dalam Majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun kesal dengan sikap dan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beliau berkata, pemimpin parti yang memerintah itu ‘khianat’ kepada rakyat apabilan memindahkan projek yang sepatutnya dilaksanakan di DUN tersebut.

Menurutnya, pemimpin Umno telah mengalihkan projek pembangun dari Rantau Abang ke DUN yang dimenangi BN.

“Pada tahun 2006, (diatas) tanah ‘Pintu Gerbang’ Batu Tiong bersebelahan dengan Tanjung Jara telah pun diperuntukkan untuk pembinaan MRSM yang kelima di negeri Terengganu,
“(tetapi) sekarang 2018 (masih tidak dilaksanakan),“ jelas beliau.

Katanya, walaupun kerajaan Negeri Terengganu mengambil balik tanah seluas tiga hektar itu untuk pembangunan tersebut, namun rakyat hampa.

Sedangkan katanya, penduduk Dungun ternanti-nanti sebuah MRSM bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan, terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Sumber BO - 24-1-2018











































































Dua Pelanduk Bergaduh Dipijak Gajah

Saya menerima satu gambar daripada seorang teman seperjuangan. Ia adalah satu keratan akhbar tempatan yang menyiarkan berita berkenaan pertikaian berkenaan hal wang royalti negeri Terengganu diantara dua pihak iaitu satu di pihak kerajaan Terengganu dengan sebuah gabungan pembangkang yang baru bertapak di Terengganu. Saya tidak berminat mengulas panjang berkenaan perbalahan mereka. Tetapi saya sangat berminat untuk menerangkan kepada rakyat bahawa kedua-dua belah pihak ini sama sahaja mengkhianati rakyat dalam isu royalti ini.

PAS sudah belasan tahun berjuang bagi mendapatkan kembali royalti petroleum iaitu hak mutlak dan maruah bagi negeri Terengganu yang kita cintai ini. Tidak kira samada PAS ketika menang menjadi kerajaan, mahupun ketika menjadi pembangkang, PAS mengira maruah ini mahu tidak mahu, wajib kita kembalikan kepada Terengganu. Sedang mereka bersedap-sedapan menyedut minyak dan gas kita, kita hanya menjadi pemerhati bisu yang lemah yang tiada dapat berbuat apa-apa.

Bagi menjelaskan kembali perkara ini, Umno pada tahun 2012, melalui penggubalan Akta Laut 750 telahpun menukar status perairan negeri-negeri dengan meletakkan sehingga tiga batu nautika sahaja.

Jika royalti tidak diiktiraf bermula daripada tahun pertama perjanjian dibuat, kenapa perlu takrifan perairan negeri-negeri diubah? Setelah puluhan tahun Petronas membayar royalti itu sebagai tanggungjawab perjanjian antara negeri-negeri, kenapa tiba-tiba ia diubah tanpa persetujuan negeri Terengganu yang ketika itu ditadbir oleh PAS?

Bukan setakat itu, mereka juga mendakwa tiada royalti, tetapi yang ada hanyalah wang ehsan daripada kerajaan persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kepada rakyat negeri Terengganu, tanpa melalui kerajaan negeri yang dipilih secara sah. Sekiranya benar tiada royalti, kenapa tidak juga diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai pentadbir wang itu? Adakah dalam perlembagaan JPP dibenarkan berperanan mengambil alih tugas kewangan kerajaan negeri? Dan jika benar tiada royalti, kenapa telaga minyak Bertam diumumkan diserahkan kepada Pahang? Bukankah sepatutnya ia menjadi milik pusat?

Jangan kita lupa bagaimana tidak terlepas juga dari ingatan kita ketika mantan MB Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan akan mendapatkan kembali wang royalti itu daripada pusat, sehinggalah beliau diturunkan dengan cara yang memalukan. Menunjukkan bahawa sememangnya royalti itu hak Terengganu. Begitulah jelasnya penipuan Umno.

Alhamdulillah sekarang MB Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman jelas menyebut kembali ‘royalti’ merujuk kepada wang hasil perolehan petroleum di negeri Terengganu, tidak lagi wang ehsan. Bermakna royalti itu sememangnya wujud dan diketahui umum kewujudannya. Tiada alasan lagi, bagi Umno dan sekutu-sekutunya menafikan kebenaran itu. Sangat keji permainan Umno, sudahlah royalti tidak mahu diberikan kepada yang berhak, orang lain juga boleh menggunakan sewenang-wenangnya wang royalti kita. Maruah negeri Terengganu tercalar kerana Umno.

Oleh itu, anda semua janganlah terpedaya dengan sandiwara kedua-dua Umno dan gabungan pembangkang yang baharu bertapak ini yang kononnya berkelahi mempertahankan maruah dan hak rakyat Terengganu melalui isu royalti ini. Jelas kerana orang yang mula-mula mencadangkan untuk royalti disekat ialah wakil Umno Terengganu di dalam Perhimpunan Agung Umno, orang yang melaksanakannya pula ialah Tun Dr Mahathir, bakal PM dari Harapan sekarang dan yang meneruskan kezaliman ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Umno sekarang.

Rakyat seharusnya bertenang dan ketawa dengan cerita komidi yang dilakonkan oleh kedua-dua belah pihak. Tidak mudah bagi mereka mencari bakat-bakat pelakon yang baik untuk melakonkan watak-watak penipu dan pembelit ini. Saya yakin dan percaya rakyat Terengganu sangat bijak dalam menilai siapa yang menipu mereka. Jadi Umno dan Harapan sekarang diibarat sebagai dua ekor pelanduk yang sedang bergaduhi dan di tengah-tengah sekawan gajah iaitu rakyat. Pastinya kedua-dua pelanduk itu akan dipijak gajah kerana hanya mengganggu dan tidak mendatangkan manafaat kepada gajah. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
4 Jamadilawwal 1439/23 Januari 2018

Sumber BO - 23-1-2018





















































































































































Sedia Menerima Kemenangan

Oleh : Afini Yahaya

MARANG – Muslimat PAS Marang perlu bersedia dan melakukan persiapan jentera parti untuk menerima kemenangan negeri Terengganu khususnya pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14).

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, gerak kerja kempen meraih undi bukanlah suatu tugas yang mudah.

Oleh itu, menurut beliau, penyampaian yang baik dan kekuatan diri para petugas kempen mestilah dibina dan diperkukuh, dari masa ke semasa.

“lebih-lebih lagi dalam situasi PRU14 akan diumumkan tempoh terdekat, tambahan pula, sasaran yang kita dekati ialah dari pelbagai latar belakang,

“Petugas kempen harus bijaksana dalam menyesuaikan keadaan dan menyampaikan sesuatu yang bermaklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam Kursus Tenaga Kempen yang diadakan di Dewan Banat Darul Quran, Rusila pada Sabtu, 20 Januari 2018.

Justeru beliau berharap para peserta dapat mengambil peluang mempelajari teknik kempen dan sekaligus mempraktikkannya di medan sebenar.

“Sekiranya kita ikhlas dalam menyampaikan kebenaran, insya-Allah kerja buat kita akan dipermudahkan,” ujarnya.

Program anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Marang tersebut telah dihadiri oleh 170 orang lebih dalam kalangan petugas di semua peringkat di kawasan Marang.

Sumber BO - 23-1-2018











































































Kenangan ‘Nasi Tomato’



Oleh : Nurhidayah Ali

Waktu malam hari, balik dari kelas ‘perasan’ beberapa kelompok anak muda dan ada juga orang dewasa yang jual nasi lemak bungkus di tepi jalan.

Waktu mereka beroperasi hanya waktu malam sahaja.

Ada yang jual siap dengan ‘kanopi’, malah ada antara mereka yang berjualan dengan menumpang teduh di hentian bas, ditemani cahaya suram lampu jalan.

Hari ini, dalam perjalanan pulang, terpandang dua orang pemuda menanti pelanggan nasi lemak mereka dalam separa cerah cahaya.

Tiba-tiba rasa sebak dan terharu……terfikir dalam benak kepala, jualan mereka malam ni laku ke tidak?

Siang bekerja, malam pun mereka terpaksa bekerja mencari sesuap nasi. Tak kaya atau jadi jutawan pun jual tepi jalan gitu, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah menampung sikit sebanyak belanja tertentu.

Teringat kenangan semasa belajar di Universiti dulu.

Tiap-tiap petang saya jual nasi tomato. Sedap sangat nasi tomato tu, sampai sudi sudi jadi orang tengah menjaja di setiap bilik asrama perempuan.











































































Gambar hiasan
Upahnya biasa-biasa sahaja, malah dapat nasi tomato ‘free’ setiap petang, Alhamdulillah!

Sebagai pelajar ketika itu, memang saya sangat bersyukur kerana tak perlu keluar duit untuk makan malam.

Selain dapat jumpa ramai kenalan, walaupun menjual nasi tomato dengan ‘malu-malu begitu….he …he.

Namun yang kelakarnya, orang akan ingat saya sebagai ‘nasi tomato’ tiap kali jumpa. Sampai dah habis kontrak jual pun, orang masih duk sebut-sebut lagi ‘nasi tomato’.

“Moga Allah murahkan rezeki kamu,” bisik dalam hati saya.

Itu yang selalu saya ucapkan dalam diam kalau berjumpa ‘penjual jalanan’.

Setiap orang punya kisah dan dugaan berlainan, berdoalah selalu agar kita tetap pendirian di jalan yang Allah redha, cari rezeki halal.

Syukur selalu atas apa yang kita dapat, moga berkatNya membawa kita ke SyurgaNya, InsyaAllah

Sumber BO - 23-1-2018

Contractor Remanded For Rude Remarks Against MB

KUALA TERENGGANU — A 45-year-old female contractor was remanded for three days from today to assist investigations into alleged rude remarks made by her against Terengganu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, via social media.

The remand order was granted by the Kuala Terengganu Lower Court Senior Assistant Registrar Noradila Abd Latif.

The contractor, represented by lawyer Che Muhammad Amir, is being investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Commission Act for leaving behind the comment ‘MB Bengong’ on the Facbook page of ‘Gabungan Anak Terengganu’.

The woman is also being investigated for a crude comment made against Ahmad Razif in a private group on WhatsApp, of which a screenshot had been taken.

A total of 30 police reports have been filed against the woman following the two statements made by her. — Bernama

Sumber BO - 23-1-2018











































































Bendahari PAS Terengganu Beransur Pulih

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TETENGGANU – Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu Cikgu M Shukrimun Shamsuddin yang diserang angin ahmar minggu lepas, kini beransur pulih.

Beliau yang di temui di wad Kenanga 12, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh semalam, mengucapkan syukur kepada Allah.

“saya bersyukur kerana Allah saya beransur sihat……semasa saya berhenti di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh bersama isteri saya, tiba tiba tangan saya terasa kebas,

“dan tak mampu kancing baju saya…..cepat cepat saya ke kereta dan beritahu isteri saya dan terus tak sedar diri……sedar sedar dah kat katil hospital,” ujarnya menceritakan peristiwa yang berlaku.

Beliau berkata demikian ketia dikunjungi oleh Ahli Jawatankuasa Lunjah Kebajika Muslimat PAS Kuala Terengganu pada Ahad 21 Januari.

Cikgu Shukrimun juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus telah dibawa ke hospital dengan ambulan ke hospital tersebut pada Selasa 16 Januari.

Isteri beliau Normaizan Hashim, yang ada ketika kejadian turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Beliau yang juga Setiausaha Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Terengganu, mengalami masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah (Diabetes).

“(sebelum itu) saya dah tiga empat hari tak selera makan dan tak sihat tapi tak sangka pulak bacaan gula dalam darah saya tinggi,

“menyebabkan saya terlalu lemah dan tidak dapat bertahan sehingga sampai Terengganu,” kata Normaizan.

Sumber BO - 22-1-2018











































































Jaga Kebajikan Rakyat Bukan Agenda 

Bermusim













KEMAMAN – Menjaga kebajikan rakyat dari segenap aspek telah menjadi tanggungjawab PAS
sejak dahulu lagi dan ia bukan dilakukan secara bermusim.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili menolak dakwaan sesetengah
pihak bahawa segala kerja kebajikan yang dilaksanakan pihaknya adalah bersifat sementara dan '
ha­nya bersifat retorik menjelang pilihan raya sahaja.

Menurutnya lagi, program ziarah kebajikan telah berjalan sejak sekian lama hingga ke hari ini malah
kaedah serta pendekatan yang dilaksanakan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Ada pihak cakap ini kerja untuk pilihan raya sahaja tetapi kita berani nafikan kerana kita sentiasa
melaksanakan kerja kebajikan ini sepanjang masa.
















“Lumrah Umno-BN memang kerjanya mahu mencari kesalahan kita (PAS) dan mereka se­benarnya
yang ‘be­kerja kuat’ untuk pilihan raya dengan menyebarkan be­rita tidak benar serta
memburuk-burukkan imej PAS,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tilam angin kepada pesakit
strok dan parkinson, Ramli Muda, 61, yang terlantar sejak dua tahun lalu, di sini, malam tadi.

“Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat mempu­nyai hubungan akrab dengan kepimpinan PAS
malah sangat disenangi hingga membuatkan pihak Umno-BN tidak senang duduk.

“Inilah yang ditakuti kerajaan kerana mereka sedar kita adalah sebuah organisasi parti yang ‘buat
kerja’ serta dipercayai oleh masyarakat,” ujarnya.

“Sebenarnya inilah yang kita dukung ini, cara hidup yang tidak ada perbezaan antara pemimpin
\dengan masyarakat malah mempunyai hubungan yang sangat akrab antara kedua-duanya,” katanya.

Sumber BO -22-1-2018





















































































































































10 Divorce Cases Filed In Terengganu Syariah Court Daily

KUALA TERENGGANU – An average of 10 divorce cases are filed daily in the State Syariah Court, of which five or six are due to Whatsapp chatting and social media problems.

State Communication, Multimedia and Special Duties committee chairman Ghazali Taib said the couples were under 30-years-old and some of them had been married for only a year.

“One of the common reasons is that couples blame each other for spending too much time on their handphones.

“We try our best to save their marriage by referring them to councilors under the Religious Department for counselling sessions and we have saved three or four marriages,” he told reporters today after visiting the house of ex-Bernama stringer Ibrahim Abu Bakar who suffered health problems.

Ghazali said he had suggested that the Religious Department reviews the module of the marriage course as it was important to ensure that couples understand their responsibilities before getting married.

“We should support them (the couple) to start a new chapter of their life with new responsibilities,” he said.

Ghazali, accompanied by several Kelab Wartawan Media Terengganu members visited Ibrahim’s house in Kampung Ladang here and handed over a basket of essential items to cheer Ibrahim and his family.

Ibrahim Abu Bakar, 75, a stringer with Bernama Kuala Terengganu since 1973, has been covering sports and news for the agency. Ibrahim left the agency in January last year following health problems.

“I am touched with the effort made by the media to visit Ibrahim as he is a veteran journalist who should be remembered for his service with Bernama, “ Ghazali said. – NST

Sumber BO - 22-1-2018











































































Ramai Sedang Menunggu-menunggu Peluang Tukar Kerajaan

Oleh : Haji Yahaya Ali

Kita sekarang berada di ambang PRU14 dan dengan keputusan terbaru kerajaan untuk adakan sidang parlimen terakhir mulai 5 Mac hingga 5 April bermakna dalam bulan Febuari selepas Hari Raya Cina hingga Mac tidak mungkin diadakan pilihanraya umum jika sidang parlimen tidak ditangguhkan lebih awal.

Adalah dijangkakan kerajaan UMNO-BN akan meminda sempadan pilihanraya (tidak melibatkan tambahan kerusi) yang memerlukan kelulusan ‘simple majority’ sahaja sebagai usaha terakhir memanjangkan talian hayat mereka.

Soal parti mana dan pemimpin mana yang kita hendak pilih, ia terpulanglah kepada hak masing-masing dan tidak perlu diperlekehkan keputusan mana-mana pihak. Bagi penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak ada khilaf apabila PAS bertanding, mereka akan tolak samada UMNO-BN atau Pakatan Harapan (PH).

Ia sekaligus bermakna mereka akan tolak samada Najib atau Mahathir. Mereka ini adalah Perdana Menteri (PM) atau bekas PM yang bermasalah, punyai lebih banyak rekod buruk di zaman masing-masing. Rakyat sekarang ini dahagakan perubahan yang menyeluruh.

Mereka sudah muak dengan dua tiga kerat pemimpin yang mendominasi politik Malaysia sejak berpuluh tahun, seolah-olah mereka sahaja yang layak dipilih sebagai pemimpin dan tahu memerintah negara ini.

PAS masuk bertanding sejak tahun 1955 (pilihanraya kali pertama sebelum merdeka) menentang UMNO sehingga PRU13 dan punyai banyak pengalaman politik termasuk mengadakan kerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan parti-parti lain.

Apa pun pendirian yang diambil oleh pemimpin PAS adalah berdasarkan prinsip Islam dan natijah pengalaman yg telah dilalui. Parti-parti yang baru ditubuhkan khususnya PAN dan PPBM yang belum teruji dan baru belajar menentang UMNO tidak perlulah bersikap terlalu arif dalam sepak terajang politik Malaysia seolah-olah mereka adalah parti yang punyai pengalaman yang banyak dalam pilihanraya.

Kajian yang dibuat menunjukkan penubuhan parti-parti baru ini turut memecahkan lagi kekuatan politik dan masa depan orang Melayu-Islam dalam jangka panjang. Timbul persoalan secara logiknya mengapa perlu ditubuhkan parti-parti baru yang dipimpin oleh orang Melayu-Islam kalau tidak kerana kepentingan dan agenda politik pemimpin masing-masing.

Apabila PAS mengambil keputusan bertanding secara bersendirian melalui Gagasan Sejahtera (GS), jangan pula dari awal-awal lagi PAS dituduh bersekongkol dengan UMNO untuk mengalahkan PH. Kalau PH yang baru ditubuh dan belum lagi rasmi statusnya, dari awal lagi sudah ada sikap seumpama ini bermakna mereka tidak punyai keyakinan diri untuk menang.

Apa yang menjadi hasrat PAS ialah untuk mengajak rakyat pada kali ini untuk menolak UMNO dan menggantikan sokongan mereka kepada PAS. PAS berhasrat untuk ganti UMNO sebagai parti tulang belakang dalam pembentukan kerajaan persekutuan yang akan datang.

Tidak ada perkara mustahil dalam dunia politik. Ini bukan soal PAS tidak ada ‘track record’ yang baik apabila bersendirian. Kajian yg dibuat, dapatannya ialah org Melayu mahu ada satu parti yang betul-betul mewakili orang Melayu-Islam jika mereka mahu melepaskan sokongan terhadap UMNO yang sudah begitu korup dan lemah. Maka disinilah PAS dilihat akan menjadi pilihan, insya Allah.
Apa yang penting dalam perjuangan PAS ialah membawa agenda Islam yang boleh diterima oleh majoriti rakyat terutama yang beragama Islam. Untuk menyelamatkan Malaysia bukan sekadar menjatuhkan Najib atau menaikkan Mahathir kerana mereka ini dari spesies yang sama (UMNO) yang ada sejarah hitam masing-masing. Apabila kita tolak UMNO bukan sekadar pemimpinnya tetapi dasar pragmatik UMNO itu sendiri.

Dalam kemarahan kita kepada Najib dengan pelbagai skandal terutama 1MDB, jangan pula kita cepat lupa pelbagai skandal besar yang berlaku dalam zaman Mahathir yang tidak kurang kerosakannya kepada negara.

Zaman beliaulah berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya yang merugikan kekuatan politik orang Melayu-Islam sebagaimana berlakunya penyalahgunaan kuasa terhadap tahanan ISA tanpa bicara, campur tangan secara serious dalam insitusi kehakiman, kes Perwaja, MAS, Memali dan lain-lain. Kemarahan rakyat kepada Najib tidak jauh bedanya dengan kemarahan mereka terhadap Mahathir.

PH tidak mungkin boleh membawa agenda Islam bersama DAP dan Mahathir dengan pendirian mereka selama ini. DAP sangat sensitif dengan agenda Islam sebagaimana mereka pernah putuskan hubungan dengan PAS di zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Mohd Nor sewaktu Allahyarham Tuan Guru Nik Abd Aziz masih hidup.

Sikap Mahathir yg sangat alergik terhadap hukum Islam semua orang tahu. Sebab itu kita tidak mahu hanya sekadar hendak ke Putrajaya dan menjatuhkan Najib, kemudian kita berbalah lagi sesama kita dan mengambil suatu masa yang lebih lama lagi untuk membawa agenda Islam.

Terpulanglah kepada rakyat dan takdir Allah SWT tentang perjuangan Islam yg dibawa oleh PAS. Apa yang jelas perjuangan politik PAS adalah berdasarkan kepada prinsip Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah. Ia bukan sekadar perjuangan menegakkan hukum hudud tetapi perjuangan untuk mengubah seluruh sistem dan perundangan kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan disunnahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sebagai seorang Islam, kita kena yakin hanya dengan kembali kepada Islam sahaja yang boleh menyelesaikan semua masalah termasuk soal ekonomi dan keselamatan hidup rakyat Malaysia. Inilah yang selalu dikatakan utk mendapat redha Allah bukan semata-mata diukur berdasarkan cepat atau lambat mencapai kemenangan.

Tidak semua perjuangan Rasul-Rasul yang diutuskan oleh Allah dihubungkan dengan kejayaan menguasai kerajaan. Di antara yang menegakkan kerajaan Islam termasuk Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusof dan Nabi Muhammad SAW. Demi untuk mendapat redha Allah, kita tidak boleh mengatakan perjuangan Islam melalui Nabi Nuh umpamanya adalah gagal dan tidak kena dari segi pendekatan dan strategi kerana tidak ramai pengikut (setengah riwayat mengatakan hanya 80 orang sahaja) walau pun berjuang selama 950 tahun, suatu tempuh yang begitu lama.

Sedangkan Rasul-Rasul yang dipilih oleh Allah adalah manusia yang paling pintar di zaman masing-masing. Tetapi apa yang penting mereka mendapat redha Allah kerana berjaya menyampaikan risalah Islam dengan menempuh pelbagai cabaran dan ujian.

Nabi Muhammad sendiri dalam usaha untuk mengajak kabilah-kabilah Arab kepada Islam sebelum hijrah menolak kerjasama yang merugikan perjuangan Islam. Nabi menolak kerjasama dengan Bani Amir yang sanggup menerima Islam tetapi menetapkan syarat untuk menjadi ketua sekiranya Islam menang.

Nabi juga menolak kerjasama dengan Bani Syaiban yang sanggup menerima Islam tetapi tidak mahu bersusah payah berhadapan dengan kuasa besar pada waktu itu iaitu Farsi. Hanya kabilah dari Yathrib sanggup sehidup semati bersama RasuluLlah dengan berlakunya ‘Bai’atul Aqabah’ untuk mempertahankan Islam. Ini adalah seerah Nabawiyyah yang kita wajib mengambil iktibar bahawa Nabi mengambil sikap tegas dlm soal bertahalluf dengan mana-mana pihak.

PAS sudah tentu bebas untuk bertanding di mana-mana saja kawasan pilihanraya terutama di kawasan yang UMNO bertanding tanpa terikat kepada pembahagian kerusi. PAS akan bertanding melebihi bilangan untuk mendapat ‘simple majority’ (112 kerusi) bagi membentuk kerajaan. Dalam konteks politik Malaysia dan dari segi sejarahnya tidak ada mana-mana parti yang menang dengan bilangan ‘simple majority’ dan membentuk kerajaan sendiri.

UMNO sendiri terpaksa bergabung dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan BN. Sebab itu apabila Presiden PAS mensasarkan sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen untuk dimenangi bukan bermakna kawasan-kawasan pilihanraya lain mustahil untuk dimenangi. Ia adalah suatu ukuran bahawa dengan bilangan tersebut PAS mampu berunding dengan mana-mana pihak yang juga memerlukan sekurang-kurangnya ‘simple majority’ untuk membentuk kerajaan. Tetapi pada waktu itu PAS hanya bersedia terlibat dalam kerajaan dengan syarat ada konsensus untuk melaksanakan agenda Islam.

PAS tidak bercakap kosong apabila bercita-cita menawan beberapa negeri dan menjadi ‘King Maker’ dalam pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan.

Sebagai persediaan, selain dari tawaran dalam manifesto, PAS negeri Terengganu umpamanya sudah mempunyai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) dalam pelbagai sektor bagi membangunkan negeri Terengganu sebagai negeri ‘Maju, Berkat, Sejahtera’.

Begitu juga di peringkat nasional, PAS Pusat sudah bersedia dengan pelan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau untuk membangunkan negara ini sekiranya ditakdirkan Allah mendapat mandat rakyat. Ramai penyokong PAS dari kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, golongan profesional dan teknokrat sedang menunggu-menunggu peluang keemasan ini bagi menterjemahkan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, insya Allah.

***Haji Yahaya ialah Timbalan Perusuhjaya III PAS Terengganu

Sumber BO - 21-1-2018

Jangan Hilang Walau Satu Undi!

KUALA TERENGGANU – Semua anggota jentera kempen Muslimat perlu bersedia dan yakin untuk turun ke lapangan dengan matlamat tidak akan kehilangan, walaupun satu undi.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, setiap pengundi wajib didekati untuk menarik sokongan, bukan menjauhkan mereka daripada PAS.

“pakaian dan penampilan……kita kena kemas, percakapan yang bijak dan ‘kena’ pada sasaran perlu supaya dapat menarik bukan menjauhkan sasaran dari kita,

“sikap berhati-hati dan berilmu itu perlu ada pada semua petugas kerana kita tidak mahu kehilangan satu undi yang ada di depan kita,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat petugas kempen Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu pada Jumaat, 19 Januari.

Sehubungan itu, beliau memberi ingatan tentang perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan yang tidak perlu, semasa betemu para pengundi.

“semua jentera kempen sepatutnya sudah maklum akan apa yang perlu dan tidak perlu ketika turun bertemu sasaran,

“persiapan tidak boleh di pandang remeh, imej dan ketrampilan itu mencerminkan parti yang kita wakili,” tegas beliau.

Lebih 400 orang peserta Muslimat dan Ameerah hadir pada program tersebut, mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Kuala Terengganu.

Sumber BO - 21-1-2018











































































Markas Induk PRU14 Dun Chukai dilancar

KEMAMAN: Markas Induk PAS Dun Chukai telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Pemuda PAS Negeri
Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dalam satu majlis di Simpang Tiga Gong Limau, Chukai, di sini 
kelmarin.
Markas tersebut akan dijadikan bilik gerakanndan operasi PRU14 yang bakal diadakan pada 
bila-bila masa sekali gus membawa isyarat siap siaga PAS Dun Chukai mempertahankan 
kemenangan.
Perasmian itu diadakan juga serentak dengan pelancaran UPU Gong Limau dan Majlis Jamuan 
Rakyat yang dihadiri oleh masyarakat pengundi daripada Dun tersebut.
Ustaz Kamaruzaman dalam ucapannya menegaskan PAS sebagai pilihan terbaik untuk rakyat 
yang komited memperjuangkan Islam dan terzahir dengan bukti selaku parti integriti dan 
berkeupayaan.
Manakala Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid dalam ucapannya 
menutur nasihat agar pengundi membuat pilihan parti yang benar-benar akan melaksanakan 
tanggungjawab kepada rakyat dan perintah Allah.
Sementara Adun Chukai, Hanafiah Mat menegaskan pendirian bahawa PAS akan tetap 
menentang BN pada PRU14 serta menyenaraikan sekian banyak masalah telah dibebankan 
BN terhadap negeri dan negara. - HARAKAHDAILY 20/1/2018

Sumber HD -20-1-2018











































































Khutbah Jumaat 12 Januari; Hidayah Allah

























































































Masjid Jamek Tok Jiring

Sumber BO - 11-1-2018






































































































































































































































































































Sumber HD- 20-1-2018

No comments:

Post a Comment