| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
GEMPAR… Misteri sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang masih ‘sarat’  
dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin  
tersebut akhirnya terbongkar. 
Sebelum itu, pihak juruteknik mengesahkan bahawa tiada kerosakan dikesan pada
 
sistem mesin berkenaan manakala pihak polis tempatan di India juga tidak mendapati  
sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.
 Bagaimanapun ternyata, ia sebenarnya berpunca daripada perbuatan balas dendam
 
oleh sekumpulan tikus yang mungkin mengamuk apabila haiwan mamalia comel itu  
gagal ‘curi’ wang tunai disimpan dalam ATM tersebut. 
Hal pelik itu pada mulanya disedari oleh seorang pegawai cawangan bank berkenaan 
selepas beberapa penduduk tempatan membuat aduan bahawa mesin tersebut sebagai  
rosak dan langsung tidak mengeluarkan wang.
 “Pegawai bank datang untuk periksa ATM itu dan mendapati ada bangkai tikus dan
 
wang kertas yang koyak menjadi cebisan kecil,” kata Superintenden Polis Daerah  
Mugdhajyoti, Dev Mahanta kepada agensi berita asing AFP.
 Menurutnya, wang tunai berjumlah lebih 12 lakh rupee (kira-kira RM71,000) dalam
 
mesin berkenaan yang terletak di daerah Tinsukian, Assam itu hancur akibat digigit  
oleh tikus yang barang kali terdesak mencari makanan.
 “Kami sudah periksa dan mendapati tiada penjenayah atau unsur konspirasi dalam
 
insiden kerosakan ATM ini. Kemungkinan tikus berjaya bolos masuk mesin tersebut  
melalui lubang kecil bagi wayar,” tambah Mahanta.
 Gambar tular menerusi media sosial tempatan menunjukkan timbunan wang dalam
 
mesin seolah-olah dicarik-carik dan ia juga kes kedua di dunia selepas berlaku di  
Astana, Kazakhstan awal tahun ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 MR : Bila emosi tindakan menjadi tidak bijak, sepatutnya tikus tu ambil duit beli
 
keju, entah berapa banyak keju dapat dnegan duit RM71k.... he he pimpinan PH pun  
ada bersifat macam tikus. Sebelum ini UMNO dah jadi 'tikus tanah'... 
 
Sumbr MR - 28-6-2018 
 
KEPAK ayam biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi sebuah restoran telah menaikkan 'martabat' makanan jalanan itu kepada kepada status mewah dengan memperkenalkan kepak ayam bersalut emas pertama di dunia.
 
Dicipta oleh sebuah restoran di bandar New York, 'The Ainsworth' dengan kerjasama bintang realiti TV Jonathan Cheban, FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings melambangkan kemewahan.
 
Selepas direndam dalam mentega kelapa, 'chipotle', dan adunan madu selama 24 jam, ia digoreng dalam minyak panas dan kemudian disalut dengan sos emas metalik yang membuatkan ia kelihatan berkilat seperti disalut emas.
 
Akhirnya sekali hidangan ini ditabur dengan habuk emas yang boleh dimakan.
 
Menurut The Ainsworth, kepak ayam mewah ini boleh didapati dalam tiga harga: 10 ketul kepak berharga AS$30 (RM119.56), 20 kepak untuk AS$60 (RM239.13) atau 50 kepak dan sebotol Champagne Armand de Brignac dijual pada harga AS$1,000 (RM3985.50).
 
Kepak ayam bersalut emas ini menjadi perhatian ramai sejak bulan lalu, selepas pereka bersama, Jonathan Cheban aka 'Foodgod' memuat naik gambar hidangan ini di Instagram.
 
"Kamera saya juga bergetar, ia sangat menyerlah," kata Cheban dalam klip pendek. Sukar untuk dipercaya."
 
"Saya tak sangka orang ramai mahu membayar untuk makan sesuatu yang kelihatan macam logam."
 
Kepak ayam emas FOODGOD 24k dilancarkan di Ainsworth's Chelsea dan East Village bulan lepas dan dijangka menjadi menu tetap di lokasi lain rantaian restoran itu pada masa akan datang. 
 
Sumber MR - 16-6-22018 
 
 
Jutawan Muslim Sumbang Semua Harta Meninggal 
RAMAI yang tidak mengenali Ali Banat, seorang pemuda Islam yang berasal dari Sydney, Australia. Dia hidup dalam kemewahan, memakai pakaian berjenama dan memandu kereta mewah.
 Tiga tahun lalu, Ali, yang merupakan seorang ahli perniagaan telah disahkan menghidap kanser dan diberikan masa selama tujuh bulan untuk hidup.
 
Namun Ali dipanjangkan usia oleh Allah sehingga tiga tahun selepas disahkan menghidap kanser.
 
Sejak itu dia menukar gaya hidup dan membelanjakan wangnya untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan. 
 
Namun semalam, bintang YouTube popular, Adam Salleh telah mengumumkan berita kematian Ali menerusi akaun sosial Twitternya.
 
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un! Ali Banat adalah inspirasi kepada saya dan untuk dunia ini! Beliau mempunyai kisah emosi untuk memberitahu dunia bagaimana beliau diberkati dengan kanser!! Beliau selalu senyum. Saya terkesan bagaimana beliau tewas dalam perjuangan dengan kanser, Tolong doakan beliau,’’ demikian tulis Adam.
 
Ali mula dikenali selepas videonya Gifted With Cancer atau `Diberkati Dengan Kanser’ menjadi tular.
 
Video itu memaparkan kehidupan Ali sebelum ini yang dilimpahi dengan kemewahan. Bilik tidurnya dipenuhi dengan kasut Louis Vuitton iaitu satu-satunya jenama yang dipakainya, gelang bernilai RM180,000 serta salah satu kereta yang dimilikinya termasuk Ferrari Spider yang berharga RM1.7 juta.
 
Bagaimanapun selepas Ali jatuh sakit, dia menyedari kemewahan itu tidak memberi makna kepadanya.
 
“Apabila anda jatuh sakit atau anda tidak mempunyai banyak masa untuk hidup, ini adalah perkara terakhir yang anda ingin kejar. Dan itulah bagaimana kita perlu menjalani kehidupan kita setiap hari,’’ katanya dalam video itu.
 
Ali kemudiannya menderma hartanya menerusi organisasi kebajikan iaitu Muslims Around the World (MATW) yang diasaskannya.
 
Dengan wang yang ada, dia membina 200 rumah untuk ibu tunggal, masjid, sekolah untuk 600 anak yatim, klinik dan perniagaan untuk penduduk setempat di Togo, Ghana dan Burkina Faso.
 
Selain itu, Ali juga melawat negara-negara di benua Afrika berkenaan dan bekerja keras untuk mengutip sumbangan. – MYNEWSHUB.CC 
 
Sumber MR - 1-6-2018 Demo La Ni Dok Serupa Dulu, Tak Berani Kawe No Tego
 Posted on Sunday, May 06 @ 17:09:21 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39583
 |  
 
 
 Demo La Ni Dok Serupa Dulu, Tak Berani Kawe No Tego. Tengok kerling hujung mato. Nyo mari angin sekak demo Amanah. Makin Lok Makin Punoh.
 
 
XOXO - Husam Musa ibarat duri  tersemat dikaki, kian menanh, jika dibiarkan akan buruk dan berulat.  Tolak Husam untuk selamatkan Kelantan... 
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/ 
 
Sumber TKO - 6-5-2018
 
 
 Saintis Tertua Australia Kesal Hidup Sampai 104 Tahun
 Posted on Thursday, May 03 @ 06:40:52 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39519
 |  
  
 SAINTIS tertua di Australia, Dr. David Goodall, yang berusia 104 tahun, merancang ke Switzerland minggu depan bagi mengakhiri hidupnya menerusi ‘eutanasia' iaitu kaedah menamatkan hayat seseorang dengan mengambil ubat khas.
 Dr. Goodall, bekas pensyarah universiti dari barat Australia, tidak  mempunyai penyakit tenat namun dia mahu mati kerana menyesal hidup  sehingga usia 104 tahun.
 
 “Saya kesal kerana hidup sampai umur ini. Saya tidak gembira.  Saya mahu mati. Ia bukan menyedihkan tapi apa yang menyedihkan ialah  apabila seseorang itu dihalang.
 
 “Jika seseorang itu memilih untuk membunuh diri, maka orang lain tidak patut masuk campur,” katanya.
 
 ‘Euthanasia’ sering dilakukan oleh pesakit yang mengalami penyakit  yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara  yang sengaja (unnatural means).
 
 Tidak semua negara membenarkan kaedah ini. Dr. Goodall yang  dilahirkan di London pada 1914, merupakan pakar botani dan ekologi.  Beliau berhijrah ke Australia pada 1948.
 
 Dr. Goodall menyambut hari jadinya yang ke-104 pada awal April lalu dan memutuskan untuk melakukan eutanasia secara sukarela.
 
 Kerajan Australian sebelum ini menolak penggunaan kaedah berkenaan ke  atas Dr. Goodall kerana beliau tidak mempunyai sebarang penyakit yang  tenat.
 
 Dr. Goodall kemudiannya meminta bantuan Exit International, yang kemudian melancarkan laman web GoFundMe untuk membantu menaikkan status tiket penerbangan Dr. Goodall dari kelas ekonomi ke kelas perniagaan.
 
 Beliau dijadual meninggalkan Perth awal bulan Mei dengan ditemani kawan lamanya, Carol O’Neil. – MYNEWSHUB.CC
 
 
 Note: Cerita ini tak ada kaitan dengan kekesalan calon tertua di Malaysia dalam PRU-14 ini - TKO
 Sumber TKO - 3-5-2018
 
 
 Perpatah Cina Kata Kalau Kepala Ikan Busuk, Seluruh Ikan Busuk
 Posted on Tuesday, May 01 @ 23:24:35 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39499
 |  
 
 
 
 NAK BERITAHU BERSALAM BUKAN MAHRAM SALAH
 DI SISI ISLAM PUN TAK BOLEH, BAGAIMANA NAK PERJUANG
 LAIN-LAIN PERATURAN ISLAM.
 MANA SLOGAN RAHMATAN LIL ALAMI??
 INI YANG NIK OMAR KATA “ORANG LAIN ADA CARA
 LAIN NAK BUAT ISLAM”
 
 XOXO - Ni Bukti Yang Nik Omar Nak Capai Untuk Menghadapi Banjir Besar...
 
 Sumber TKO - 15-5-2018
 
 
 Gerakan Dalaman Untuk Anak Muda Undi PAS, Walaupun Bersama HARAPAN
 Posted on Monday, April 30 @ 18:53:14 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39478
 |  
 
 
 Dulu anak muda ramai bekerja di bilik gerakan BN @ UMNO, di Markaz-markah BN tetapi mereka mengundi PAKATAN RAKYAT (PR). Sekarang trend baru mereka ahli PKR, berkerja dengan PKR dan HARAPAN tapi bila mengundi mereka mengundi PAS.
 
 Mengundi PAS untuk menyelamatkan agama Islam di bumi Malaysia. Walaupun kurang ilmu dan amalan Islam mereka sekurang-kurangnya ada azam untuk selamatkan Islam dan selamatkan bangsa Melayu daripada dijajah secara halus 10 atau 20 tahun akan datang.
 
 Untuk selamatkan Bangsa dan Agama, PAS satu-satu pilihanya. Untuk nak dapat duit boleh bersama HARAPAN kerana HARAPAN dan BN tak ada beza besar.
 
 
 
Sumber TKO - 30-4-2018 
 
 
| 
 
 
 Politik Bijaksana.
 
 (Ditulis pada 01.05.2017 - Ulang Tayang)
 Selamat Mengundi.
 
 1.  Topik ini bukanlah topik yang digemari ramai terutama kaum wanita.  Tetapi saya ingin kongsikan dua petikan termahan ayat al Quran dan satu  petikan hadis yang saya baca agar menjadi renungan bersama.
 
 Satu hadith bermaksud;
 
 "Kebijaksanaan adalah seperti barang  tercicir bagi umat Islam, lalu di mana muslim menjumpai kebijaksaan,  maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya"
 
 Allah berfirman yang maksudnya :
 “Sebagaimana  Kami telah mengutus seorang Rasul di antara kamu supaya membacakan  ayat-ayat Kami, mensucikanmu dan mengajarkanmu al-kitab dan  kebijaksanaan (al-hikmah) dan mengajarkanmu apa-apa yang belum kamu  ketahui.” (Surah al-Baqarah; 151).
 
 “Serulah (manusia) kepada  jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka  dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih  mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang  lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl;  125)
 
 Hari ini ramai orang membincangkan hal politik. Kemungkinan  pilihanraya sudah dekat. Parti-parti politik sudah mula membuat  persidangan tahunan. Maka kali ini saya tertarik untuk membicarakan  tentang politik. Hanya sekadar fikir2 dari pemikiran saya sendiri yang  diadun daripada pembacaan saya.
 
 Ustaz Zaharuddin..
 
 
XOXO - Ingat ahli UMNO bukan musuh kita tapi "sasaran" kita untuk mengajak mereka ke jalan yang betul. Musuh kita ialah parti UMNO... 
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/ Sumber TKO - 30-4-2018
 
 
 Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa
 Posted on Sunday, April 29 @ 15:47:33 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39454
 |  
 
 
 Iman adalah mutiara
 Di dalam hati manusia
 Yang meyakini Allah
 Maha Esa, Maha Kuasa
 
 Tanpamu iman bagaimanalah
 Merasa diri hamba padaNya
 Tanpamu iman bagaimanalah
 Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
 
 Iman tak dapat diwarisi
 Dari seorang ayah yang bertaqwa
 Ia tak dapat dijual-beli
 Ia tiada di tepian pantai
 
 Walau apapun caranya jua
 Engkau mendaki gunung yang tinggi
 Engkau berentas lautan api
 Namun tak dapat jua dimiliki
 Jika tidak kembali pada Allah
 
 Jika tidak kembali pada Allah
 
 Sumber TKO - 29-4-2018
 
 
 
 
 
 Setiap perbuatan kita hendaklah mendapat restu ibu kerana keberkatan itu  berada pada ibu, apatah lagi bila ayah tiada.. ibu hilang sebahagian  kasih sayang... jangan perbuatan kita membelakangi mereka apatah  menghilang diri... jangan sekali-kali membuatkan ibu kita sedih dan  sangat buruk jika kita menghampakan mereka.. hebat mana ilmu kita, tinggi pengajian kita,  warak mana kita jika ibu menitis air mata kerana kita..
 
 hidup kita tidak ada makna lagi. buruk & hudoh jika ada orang yang mengeruhkan
 kehormanian hubungan antara ibu & anak.
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 Doa Ustaz Fadhir Harap Mahathir Panjang Umur
 Posted on Saturday, April 28 @ 07:08:34 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39431
 |  
 
 
 
 Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS,  pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat  kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum  mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?
 
 Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah  berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri.  Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di  dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh  masyarakat.
 
 Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh  rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang  dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya.
 
 Tidak  mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu  yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau  ketika berkuasa selama lebih 22 tahun. Mereka yang dulu mendiam diri  kini bangkit berani bersuara.
 
 Dari bersifat penikus sudah  menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan serta ugutan nakal.  Senarai salah laku Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari .
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 Rumah Mahathir Lebih Sederhana Berbanding Rumah Haji Abdul Hadi
 Posted on Saturday, April 28 @ 06:59:09 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39430
 |  
 
 
 Terkejut dengan satu poster daripada HARAPAN yang mengatakan Tun  Mahathir lebih sederhana daripada Abdul Hadi pasal rumah Mahathir  tiangnya bukan simen. Aku tergolek gelak lihat bertapa bongoknya hujkah  mereka... tak percaya??
 
 Masih nak gelak
 
 
 XOXO - Mahathir kan dah suci macam  kisah yang bunuh 100 orang..
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 Ustaz Azhar Minta Pilih Islam
 Posted on Saturday, April 28 @ 06:41:44 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39429
 |  
 
 
 “… Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku  cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu…”  [al-Mâidah/5:3]
 
 Sebagai bukti syukur seorang Muslim atas nikmat ini adalah dengan  menjadikan dirinya sebagai seorang Muslim yang ridha Allâh sebagai  Rabb-nya, Islam sebagai agamanya, dan Rasûlullâh Muhammad Shallallahu  ‘alaihi wa sallam sebagai Nabinya. Seorang Muslim harus menerima dan  meyakini agama Islam dengan sepenuh hati. Artinya ia dengan penuh  kesadaran dan keyakinan menerima apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengamalkan sesuai dengan apa yang  diajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika seseorang  ingin menjadi Muslim sejati, pengikut Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi  wa sallam yang setia, maka ia harus meyakini Islam sebagai satu-satunya  agama yang haq (benar). Ia harus belajar agama Islam dengan  sungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas karena Allâh Azza wa  Jalla dengan mengikuti contoh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa  sallam .
 
 Awasi fitnah jahat parti AMANAH/HARAPAN
 
 
 Nak fitnah jangan bodoh...
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 
 
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya  perl pilih 3 iaitu PENCURI DUIT RAKYAT. Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG  RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. Atau  pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah.  Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi.
 
 XOXO - Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah..
 
 Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
 Sumber  TKO - 26-4-2018
 
 
 Awasi DAP di sebalik Logo PKR
 Posted on Thursday, April 26 @ 07:00:48 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39386
 |  
 
 Dalam situasi PKR, PPBM dan AMANAH masih terkial-kial menempatkan calon, berebut sama sendiri. Malah ada bantahan dan boikot kerana team tersingkir, DAP bukan sahaja telah mengesahkan calon di kawasan kemahuan mereka, malah mereka sudah pun mempunyai senarai bakal-bakal Menteri Kabinet.
 
 
DAP juga sudah mendahului parti-parti sekutunya dalam banyak perkara lain kerana memanfaatkan kesempatan daripada pelbagai masalah dalaman parti-parti komponen dalam gabungan yang tidak rasmi tersebut. DAP juga sanggup mengorbankan LOGO RASMI ROKET demi tujuan mengaburi 
PENGUNDI MELAYU ISLAM
 XOXO - Demi kedaulatan Islam, Awasi perancangan musuh Islam...
 
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
 Sumber TKO - 26-4-2018
 
 
 Penyelama hampir lemas selamatkan wanita terjun Jambatan P Pinang
 Posted on Thursday, April 19 @ 06:34:07 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39238
 |  
  
 GEORGE TOWN: Beberapa jam selepas menyelamatkan seorang wanita yang  terjun dari Jambatan Pulau Pinang Ke-2, polis bantuan, Zaidi Salleh  menggigil memikirkan bagaimana beliau hampir lemas dalam arus deras  Selat Selatan.
 Tetapi beliau tidak menyesal kerana perbuatannya menyelamatkan nyawa seorang wanita.
 
 “Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya penyelam terlatih dan saya melakukannya atas sebab kemanusiaan,” kata Zaidi.
 
 Zaidi, 52, seorang sarjan tentera udara bersara, bekerja untuk pihak  konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd, dan sedang bertugas apabila seorang  rakan sekerja menghubunginya lebih kurang 11.00 pagi, memberitahu  seorang wanita terjun dari jambatan.
 
 Bapa kepada 3 anak itu terus menunggang motosikalnya yang terletak di  pejabat pengendali jambatan di Batu Kawan dan memecut ke KM9.9 jambatan  itu dan tiba 10 minit selepas wanita itu terjun.
 
 
 
Wanita itu boleh dilihat berpaut pada satu tiang di jambatan itu. 
 “Saya sangka air tenang dan saya boleh selamatkannya. Saya mengambil  kabel penunda daripada kenderaan penyenggaraan lagi satu dan turun ke  tiang itu,” katanya kepada FMT.
 
 Beliau kemudian berenang ke arah wanita berusia 28 tahun itu dan kedua-dua mereka berpaut pada tiang selama 20 minit.
 
 Apabila arus semakin deras, Zaidi dapati ianya sukar untuk kedua-dua  mereka berpaut pada tiang itu atau kabel penunda itu, jadi mereka  berpaut pada sesama sendiri.
 
 Mereka kemudian dibawa arus deras ke tengah-tengah selat. Katanya,  beliau hampir lemas pada waktu itu, tetapi kemudian mereka terlihat  bekas ikan yang dibuang dan menggunakannya sebagai pelampung.
 
 
  “Saya beritahu wanita itu untuk berpaut pada bekas itu. Saya sudah  semakin lemah pada masa itu. Saya beritahu wanita itu untuk mengingati  yang ia petanda dari Allah bahawa kita sentiasa ada sesuatu untuk  bergantung dan hidup sangat berharga,” kata Zaidi.
 
 Selepas 20 minit bertarung di laut dan cuba mengapungkan diri, mereka  diselamatkan oleh nelayan dari jeti Pulau Aman yang diberitahu oleh  pihak berkuasa.
 
 Mereka kemudian dibawa ke jeti berhampiran di mana dia diberi perhatian segera oleh pasukan paramedik bomba dan penyelamat.
 
 Dalam kejadian jam 11.13 pagi itu, wanita terbabit memberhentikan  keretanya, Toyota Avanza di KM9.9 jambatan tersebut. Dia dilihat berdiri  di belebas lalu terjun ke laut.
 
 Difahamkan, wanita itu mengalami kemurungan akibat masalah keluarga.
 Menurut pegawai Bomba Pulau Pinang, wanita itu dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
 
 
 Bagi Zaidi, beliau tidak menganggap dirinya seorang wira dan gembira dapat menyelamatkan nyawa wanita itu.
 
 Sumber TKO - 19-4-2018
 
 
 Mana nak letak muka puak-puak hentam Abdul Hadi pasal Pil Kuda??
 Posted on Tuesday, April 17 @ 18:42:11 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39208
 |  
  
 Kredit
 Abdullah Othman
 
 Sumber TKO - 17-4-2018
 
 
 Janda viral akui tak takut pertaruhkan jantina
 Posted on Saturday, April 14 @ 18:28:17 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39124
 |  
 
 
 
 
PETALING JAYA: Meskipun  teka-teki majoriti calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) hanya akan diketahui 28 April ini, bahang 'raya' kali ini  semakin dirasai dengan warna-warninya yang tersendiri. 
 
 
Bukan sahaja koleksi jenaka menghiburkan  menjadi tular di media sosial bahkan ada dalam kalangan penyokong  fanatik sesebuah parti begitu ghairah 'bertaruh' untuk melakukan sesuatu  perkara yang tak tercapai dek akal.
 Terbaharu, seorang wanita berusia 22 tahun kembali mencetuskan  kontroversi apabila memuat naik posting berani dan mengejutkan di laman  Facebook (FB) miliknya mengenai PRU14.
 
 Siti Amiza Baharuddin, yang pernah dikecam sebelum ini gara-gara aksi  lucah menerusi penstriman video secara langsung di halaman media sosial  itu mendakwa dia sanggup membuang jantinanya jika parti pilihannya  kalah pada pilihan raya 9 Mei nanti.
 
 Sokongan padu terhadap parti itu dibuktikan dengan pertaruhan itu,  selain melukis logo parti politik berkenaan menggunakan alat solek  diwajahnya.
 
 "Saya sanggup buang jantina kalau BN kalah. Saya yakin BN menang.  Jangan mimpi pembangkang dapat ganti tempat BN. Buang jantina jadi laki  pun tak pa," tulisnya di laman Facebook Siti Amiza Ratu Rapat.
 
 Bagaimanapun wanita berstatus janda dari Sungai Petani, Kedah itu ketika dihubungi mStar Online berkata, posting tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata.
 
 "Memang saya akui saya tulis posting tu tapi saya hanya melawak saja.  Lagipun saya amat yakin BN akan menang sebab itu saya berani (buat  posting tu)," katanya yang juga penyokong tegar BN.
 
 Susulan posting itu, Siti Amiza turut menerima kecaman hebat daripada  netizen sehingga ada yang menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya.
 
 "Saya tengok banyak komen negatif mengenai kerajaan, jadi saya tak  berapa suka sangat. Saya rasa posting tu tak patut dijadikan isu kerana  kita sebagai rakyat Malaysia bebas menyokong mana-mana parti," katanya.
 
 Jelas Siti Amiza, dia juga seperti insan lain yang menggunakan cara  tersendiri untuk menyatakan 'keterujaannya' terhadap sesebuah parti.
 
 "Ini cara saya. Depa kutuk kerajaan tak apa pula, tapi bila saya  sokong BN marah pula. Tak bestlahkan... bukan saya kutuk parti lain.  Saya hanya mahu buktikan saya penyokong kuat BN," katanya.
 
 Ditanya sekiranya taruhan itu menjadi realiti, Siti Amiza berkata, ia  mustahil kerana peluang kerajaan untuk kembali memerintah amat tinggi.
 
 "Saya tak takut.. saya memang tak takut sebab amat yakin BN akan  menang," katanya yang teruja untuk menunaikan tanggungjawab keluar  mengundi pada 9 Mei ini.
 
 Terdahulu, Siti Amiza turut dikecam kerana mengeluarkan kata-kata  keterlaluan membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh  sensitiviti kaum.
 
 Sumber TKO - 14-4-2018
 
 RABU
 Posted on Tuesday, April 10 @ 14:54:49 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39061
 |  
 
 
 Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa  tarikh pengundian untuk pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada Rabu, 9  Mei, satu ungkapan baru menjadi tular di media sosial.
 
 Warga maya menjadikan “Rabu” sebagai akronim - “Rakyat Akan Buang Umno”.
 
 Sumber TKO - 10-4-2018
 
 
 Ayam ‘Tanpa Kepala’ Masih Boleh Hidup
 Posted on Friday, March 30 @ 10:44:35 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AnisahOmar
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38863
 |  
  
 BANGKOK: Seekor ayam ‘tanpa kepala’ di Thailand masih  hidup selepas seminggu haiwan itu ‘hilang’ anggota penting itu dan lebih  menakjubkan, unggas terbabit tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan  mati.
 Mail Online melaporkan, ayam luar biasa  ditemukan di daerah Mueang Ratchaburi di wilayah Ratchaburi di tengah  Thailand dan ia kini dipelihara seorang doktor haiwan dengan  menyifatkannya sebagai wira sebenar.
 
 Gambar yang tular merakamkan ayam itu  dengan hanya pangkal kepala tanpa wajah serta berdarah masih bebas  bergerak seperti unggas lain.
 
 Haiwan malang itu kini dipelihara doktor  haiwan yang dikenali sebagai Supakadee Arun Thong dan dia dilapor  memberikan ayam berkenaan makan menerusi lehernya selain memberikannya  antibiotik.
 
 Kata doktor wanita itu, ayam itu agak jinak dan masih memberikan tindak balas yang baik.
 
 “Haiwan mempunyai kehidupannya sendiri dan jika ia mahu terus hidup, kami akan memberinya makan,” kata Supakadee.
 
 Bagaimanapun pencinta haiwan itu  berkata, dia bimbang lidah ayam itu lambat laun akan tercabut kerana  organ tersebut terus mengering.
 
 Namun masih tidak jelas bagaimana  haiwan itu hilang kepalanya namun menurut penduduk tempatan unggas  terbabit mungkin telah diserang haiwan lain.
 
 Supakadee berkata, dia berharap akan ada pihak yang mahu mengambil dan menjaga haiwan itu.
 
 “Siapa yang mahu mengambil dan  menjaganya? Ayam itu perlukan penjagaan sepanjang hayat. Saya perlu akui  haiwan ini adalah wira sebenar dengan jiwa yang kental,” katanya.
 
 Untuk rekod, ayam yang terus hidup  paling lama di dunia dikenali sebagai Mike. Ia bertahan selama 18 bulan  setelah kehilangan kepalanya di Utah, Amerika Syarikat (AS) antara  tahun 1945 hingga 1947.
 
 Sumber TKO - 30-3-2018
 
 
 Tak Rela Dimasak, Ketam ‘Bertarung’ Guna Pisau (bersama video)
 Posted on Sunday, March 25 @ 16:16:07 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38786
 |  
  
 ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu sentiasa menjadi santapan peminat makanan laut tidak kira di Malaysia atau di luar negara.
 Rasanya yang enak dan lembut membuatkan orang ramai sanggup  mengotorkan tangan semata-mata untuk menikmati santapan meliurkan itu.
 
 Namun satu rakaman video menyaksikan seekor ketam memegang sebilah  pisau dengan sepitnya tular di media sosial dengan tindakan haiwan itu  seolah-olah bertarung dengan seorang lelaki dipercayai tukang masak di  sebuah restoran.
 
 Video - https://youtu.be/r7cO0Nl5zBQ
 
 Lapor media luar negara seperti metro.co.uk dan The Sun,  kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Malaysia, namun jika dihayati  tutur percakapan perakan video itu, ia bukanlah bahasa yang biasa  didengari di Malaysia.'
 
 Menerusi ruangan komen di YouTube, seorang pengguna mengatakan bahawa  bahasa yang dituturkan oleh perakam tersebut merupakan bahasa dialek  utara Brazil namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video berkenaan  dirakam.
 
 Video mencuit hati berdurasi 30 saat itu menyaksikan lelaki tersebut  juga memegang pisau dan seolah-olah melakonkan adegan aksi lawan pedang  bersama ketam berkenaan.
 
  Lebih menarik lagi, ketam yang berada di dalam sinki itu dilihat  mengubah kedudukan pisau dari sepit kanannya ke sepit kiri sewaktu  ‘pertarungan’ tersebut.
 
 Setelah menunjukkan sifat kepahlawanannya mempertahankan diri, ketam  itu kemudiannya melepaskan pisau berkenaan dan mengangkat kedua sepitnya  seolah-olah menyerah diri untuk sebelum video itu tamat.
 
 Nasib ketam itu selepas rakaman tersebut ditamatkan masih tidak  diketahui sama ada haiwan laut tersebut berjaya menyelamatkan diri atau  pun sudah menjadi sajian di atas meja.
 
  Untuk makluman, rakaman video ketam menggunakan pisau sebagai senjata ini bukanlah kali pertama berlaku.'
 
 Sekitar dua tahun lalu, tular satu rakaman video di YouTube seekor  ketam mengacukan sebilah pisau kepada seorang lelaki sebelum cuba  menyelamatkan diri.
 
 Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman apabila dikatakan  pisau tersebut sengaja digamkan kepada sepit ketam bagi menunjukkan  seolah-olah mengacah-acah pisau kepada musuhnya.
 
 Perkara sama juga kemungkinan dilakukan ke atas ketam dalam video  terbaru ini sebagai hiburan kepada umum namun kebolehan ketam itu  menukar pisau ke sepit yang lain ternyata menunjukkan identiti  kepahlawanan yang terdapat di dalam dirinya.
 
 
 Apa-apa pun, video yang tersebar ini nyata menggelikan hati sesiapa  yang melihatnya dan sekiranya tiada kemalangan berlaku, anggaplah ia  sebagai satu hiburan santai di hujung minggu. – MYNEWSHUB.CC/EZ
 
 Sumber TKO - 25-3-2018
 
 
 Apa Nak Jadi… Berhijab Tapi Makan Babi! -- Kalau HARAPAN & PAN Menguasai Kerajaan Perkara macam ini mungkin berluasa pasal hak kebebasan kononnya
 Posted on Wednesday, March 14 @ 22:21:13 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38638
 |  
  
 AGAMA Islam ini unik kerana mewajibkan penganutnya untuk mengikuti garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah makanan.
 Antara makanan yang menjadi larangan atau haram di sisi Islam adalah  daging babi.
 
 Namun, seorang wanita Islam dengan ‘bangga’nya telah  merakam videonya menikmati hidangan masakan babi dan memuat naik video  berkenaan di media sosial!
 
 Wanita lengkap bertudung dan dipercayai merupakan seorang warga  Indonesia itu dilihat menyantap penuh berselera daging babi yang dimasak  dengan kicap dan bahan tumisan lain.
 
 “Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya  tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk  dan tidak keras.
 “Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti,” katanya pada permulaan video.
 
 Wanita itu dipercayai sedang bekerja di Hong Kong dan terpaksa makan  daging babi kerana dalam keadaan ‘darurat’. Dia juga mengatakan bahawa  keadaan di negara bukan Islam itu yang memaksa dirinya dan rakan-rakan  lain untuk menjamah daging babi sebagai sumber protein harian mereka.
 
 “Sebenarnya, jika sesiapa yang pernah bekerja di Hong Kong,  Taiwan dan Singapura berkata dia tidak pernah makan daging babi, dia  sebenarnya menipu. Mereka cuma tidak mahu mengaku.
 
 “Mengapa perlu tipu? Mengaku sajalah! Daging babi enak. Malah, daging babi lebih enak (daripada daging lain).
 
 “Kalau daging lembu dan kambing kan perlu diletakkan pelbagai rempah-ratus dan santan, tetapi daging babi tidak.
 
 “Ini saya cuma campurkan halia, kicap masin, garam dan gula. Itu saja! Mudah.
 “Perlu diambil kira keadaan kami di sini. Jadi jangan malu kita makan daging babi. Sama saja.
 
 “Malah orang Cina kan umurnya panjang-panjang. Selepas bersalin, kemalangan atau sakit kan diberi makan babi dan dijadikan ubat.
 
 “Daging babi di sini tidak seperti di Indonesia. Di sini  penternakannya bersih dan babinya tidak diberi makan sembarangan, jadi  ianya organik.
 
 “Jangan diingatkan rupa babi yang buruk tu semasa makan  kerana sama sahaja dengan daging lembu dan kambing. Malah, daging lembu  dan kambing berbau hamis tetapi daging babi tidak,” katanya sambil melahap daging haram tersebut dengan gelojohnya.
 
 Video itu kini sedang tular di laman sosial Indonesia yang menerima  kritikan hebat daripada masyarakat negara yang mempunyai jumlah umat  Islam terbesar di dunia itu.
 Tak tahu lah apa nak jadi dengan wanita itu. Elok bertudung dan menutup aurat, tapi sebarkan ‘ajaran sesat’! – MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 14-3-2018
 
 
 Kaki Putus Jadi Bantal Pesakit Nahas Jalan Raya
 Posted on Monday, March 12 @ 12:07:34 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38593
 |  
  
 NEW DELHI - Kaki seorang lelaki yang terputus akibat kemalangan jalan raya dijadikan bantal ketika dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana hospital di Jahnsi itu kekurangan bantal.
 Susulan itu, pihak kerajaan mengarahkan supaya siasatan dilakukan  terhadap kejadian pelik yang berlaku di Hospital Kolej Perubatan  Maharani Laxmi Bai Jhansi kelmarin.
 Menurut laporan media India, Ghanshyam, 28, yang bekerja sebagai  pencuci bas sekolah dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal selepas  terbabit dalam kemalangan di Mauranipur.
 
 Hindustan Times melaporkan, pengetua kolej itu, Dr Sadhna  Kaushik berkata, jawatankuasa empat ahli ditubuhkan untuk mengenal pasti  kakitangan hospital yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.
 
 “Dr Rajeev Sinha (ketua jabatan pembedahan) yang mengetuai  jawatankuasa itu akan menyediakan laporan dalam tempoh 48 jam. Tindakan  akan diambil berdasarkan keputusan laporan terbabit.
 
 “Saya sudah menemui 30 orang di wad kecemasan terbabit namun, tidak  seorang pun mengaku ada melihat siapa melakukannya,” katanya yang  menganggap kes itu sebagai khianat.
 
 Kolej perubatan itu juga akan melihat rakaman kamera litar tertutup  untuk mengesan kakitangan yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang  disifatkan sebagai memalukan.
 
 Menurut akhbar Times of India, Sadhna berkata, ahli keluarga  mangsa termasuk abang dan ibunya menemani ke hospital tersebut sambil  membawa kakinya yang terputus itu.
 
 Namun menurutnya, seorang daripada mereka tidak menyerahkan kaki itu  kepada doktor atau kakitangan lain selepas selesai urusan formaliti  undang-undang.
 
 Keluarga itu membawa sebiji bantal yang digunakan pihak hospital untuk melapik paha mangsa yang berada di atas pengusung.
 
 Ibu mangsa, Devki memberitahu pihak berkuasa, doktor meletakkan kaki  yang terputus itu untuk mengalas kepala memandangkan mereka tidak cukup  bantal.
 
 Ketua perubatan, Harish Chandra Arya berkata, pihaknya tidak akan  teragak-agak mengambil tindakan tegas sebaik selesai siasatan. – Agensi/myMetro Online
 
 Sumber TKO - 12-3-2018
 
 
 Babi pun pergi Masjid...
 Posted on Wednesday, March 07 @ 15:24:10 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38532
 |  
  
 KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor babi hutan yang sakit dipercayai dari hutan berhampiran pada malam Selasa.
 Ia bukan sahaja mencetuskan keadaan kecoh dalam kalangan penduduk  setempat, bahkan umat Islam di seluruh negara apabila berita pelik ini  kemudian tular secara luas menerusi media sosial sejak malam tadi.
 
 Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu  dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan  sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.
 
 Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba’diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.
 
 Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin  berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha  menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat.
 
 “Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan  memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu  menenangkan keadaan,” katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.
 
 Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh  tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian  dalam masjid dan sekitar kawasan beranda.
 
 “Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi  Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini. Wakil  mereka akan hadir bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan  karpet masjid.
 
 “Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di  ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutama ahli  kariah agar dapat berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik  mungkin,” ujarnya.
 
  Berikut kenyataan penuh Ungku Ahmad Hazwan:
 
 SAYA mewakili Tuan Nazir dan Pegawai Masjid Jamek Sungai Plong  mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara  langsung atau tidak langsung bantu pihak masjid ketika berlaku musibah  di masjid ini.
 
 Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang  melakukan solat sunat Ba’diah maghrib, masjid kami telah ‘dikunjungi’  oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar  masjid.
 
 Ia mengejar jamaah dan kanak-kanak di luar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya… Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.
 
 Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah  yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..
 
 Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal. Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah.
 
  
 
  
 
  Pihak Balai Polis Sungai Plong juga dihubungi bagi membantu  menenangkan keadaan. Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda  masjid terjejas akibat masalah ini.
 Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi  pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesaikan  masalah ini.
 
 Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid. Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..
 
 Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat  bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik  mungkin..
 
 Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..
 
 Sekian.
 
 Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin,
 Imam 1
 – MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber HD - 7-3-2018
 
 
 Pakcik Tu Tak Raba, Saya Tak Dibayar! Itu Fitnah
 Posted on Monday, March 05 @ 05:59:13 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38505
 |  
 
 
 
 
PETALING JAYA: Video seorang  lelaki warga emas yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita di  dalam transit aliran ringan (LRT) tular di media sosial baru-baru ini  sehingga mencetuskan kemarahan netizen.  
 
 
Lelaki itu yang kononnya meraba paha  seorang wanita yang duduk di sebelahnya dan sedang tidur, dirakamkan  seorang penumpang lain yang duduk bertentangan. 
Pelbagai kecaman dan hinaan ditujukan netizen kepada warga emas itu, termasuklah yang mengaitkannya dengan isu perkauman.
 
Namun seorang pemuda yang mendakwa dirinya turut berada di tempat  kejadian tampil menafikan lelaki warga emas itu meraba wanita tersebut.
 
Seorang lelaki warga emas didakwa meraba paha seorang penumpang wanita. 
 
Karl Jeffrey Ramesh, 24, berkata, ketika kejadian dia menaiki LRT  dalam perjalanan dari KL Sentral ke USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.
 
Dia menjelaskan berada di dalam gerabak yang sama ketika kejadian  tetapi berdiri di ruang hadapan pintu, bersebelahan dengan tempat duduk  perakam dan warga emas itu. 
“Saya nampak dengan mata saya sendiri, pakcik tu tak meraba tapi dia  hanya menarik kain jubahnya yang tertindih di bawah paha perempuan itu.
 
“Pakcik tu tarik secara perlahan-lahan sebab tak mahu kejutkan  perempuan tu yang tengah tidur. Netizen kena tengok video tu  betul-betul, jangan buat tuduhan sehingga memfitnah,” katanya kepada mStar Online .
 
Dakwaan yang mencetuskan kemarahan netizen. 
 
Ramesh yang berasal dari Klang berkata, dia tampil membuat penafian  kerana berang dengan kecaman netizen terhadap warga emas berkenaan, yang  masih berterusan sehingga kini.
 
Menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘mangsa’, Ramesh meminta supaya  netizen menghentikan fitnah dan tidak lagi menyebarkan video tersebut.
 
“Anda tidak berada di tempat kejadian dan anda tidak tahu hal  sebenar, jangan fitnah dan tuduh macam-macam sehingga menyentuh isu  perkauman.
 
“Bayangkan ahli keluarga atau saudara anda berada dalam situasi  pakcik tu yang tak bersalah, apa yang anda rasa kalau video tu tular?  Mesti sakit hati kan,” katanya.
 
Ramesh merupakan saksi kejadian. 
 
Ramesh turut menafikan dakwaan dia dibayar untuk memberi sokongan  kepada lelaki tersebut sambil menegaskan dirinya sebagai saksi kejadian.
 
“Saya hanya memperjuangkan nasib pakcik tu yang lemah dan ketika ini tidak bersuara untuk mempertahankan dirinya,” katanya.
 
Ramesh turut mempersoalkan tindakan perakam itu yang hanya merakam  dan memuat naik video tersebut di laman sosial sehingga tular.
 
“Kenapa si perakam tidak tegur pakcik tu kalau betul dia meraba?  Kenapa dibiarkan saja? Rakaman dibuat untuk dijadikan bukti dan buat  laporan kejadian kepada pihak berkuasa, bukannya terus memalukan orang.
 
“Saya minta si perakam supaya tampil membuat kenyataan dan permohonan maaf di atas tuduhan tersebut,” katanya dengan nada kesal.Sumber TKO - 5-3-2018
 
 
 Gambar Naib Presiden PKR Potong Rumput Jadi Tular
 Posted on Saturday, March 03 @ 23:31:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38491
 |  
  
 AIDCNews -02/03/18 –Sekeping gambar yang menunjukkan Naib Presiden  Presiden Shamsul Iskandar Md. Akin sedang memotong rumput di kawasan  perkuburan menjadi tular di media sosial.
 
 
  
 
  
 
  
 
  
 
  
 
  
 
  
 
  
 
   Sumber TKO - 3-3-2018
 
 
 Viral Video Goyang Gerudi Di Majlis Anjuran PPBM
 Posted on Friday, February 23 @ 10:56:45 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38375
 |  
  
 KUALA LUMPUR – Satu rakaman video aksi goyang gerudi seorang wanita yang  dipercayai dirakamkan di sebuah majlis anjuran sebuah parti politik di  Masai, Johor, kini menjadi viral di media sosial sejak semalam.
 Memetik status di laman blog THE DEVOURED SAVIOUR, aksi tersebut  dikatakan berlaku di Masai, Johor sempena majlis hiburan karaoke anjuran  PPBM cawangan Masai Utama.
 “Semalam (18 Februari 2018), antara jam 2:30 petang sehingga 10:00  malam, bertempat di bawah Blok B, Jalan Masai Utama 2, Taman Masai Utama  2, Masai, Johor, satu program untuk meraikan para penyokong telah  diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.
 
 “Program Jom Karaoke Suka-Suka telah dihadiri seramai lebih kurang 40  orang pemimpin dan ahli-ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang serta penduduk  setempat,” kata penulis blog itu.
 
 Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah Zamrin Hamzah yang  merupakan Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua PPBM  Cawangan Seri Alam dan Norzri Mokhtar yang merupakan Setiausaha Kerja  PPBM Bahagian Pasir Gudang.
 
 Menurut blog itu lagi, program tersebut bertujuan merapatkan hubungan parti itu dengan penduduk setempat.
 
 “Difahamkan, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan  antara PPBM dengan penduduk setempat, sekaligus dapat meraih sokongan  dan memberi peluang kepada PPBM untuk berkomunikasi secara terus dengan  penduduk setempat,” jelasnya lagi.
 
 Sementara itu, laman facebook TV14 secara sinis menyifatkan acara  goyang gerudi itu mungkin akan diraikan di Johor jika PPBM dan pakatan  berjaya menguasai negeri berkenaan.
 
 “Goyang Gerudi Anjuran PPBM di Masai, Johor… Kalau mereka menang  nanti tak mustahil ada perayaan goyang gerudi seluruh Johor nih… Apa  khabar penyokong #PPBM?,” tertera status sinis tersebut.
 
 Netizen turut memberikan pelbagai reaksi pro kontra berhubung video berkenaan.
 “Comel betul bendera kat tiang tu.. bendera ape ye.. hahaha,” komen  Ahmad Mustaqim Ibon merujuk kepada bendera PPBM yang terpampang di  sekitar majlis tersebut. – SuaraTV
 
 Video : https://www.facebook.com/tv14.my/videos/1302473016520836/
 
 Sumber TKO - 23-2-2018
 
 
 Lawak Mahathir, Anak Kaya Tapi Selamba Minta Derma!
 Posted on Saturday, February 17 @ 08:05:37 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38274
 |  
  
 KELAKAR... Musykil apakah agenda sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila rakaman video beliau muncul merayu derma orang ramai konon untuk perjuangan parti kecilnya iaitu PPBM?
 Walhal semua maklum taraf kekayaan luar biasa anak-anaknya yang tidak  dapat disorok sehingga menjadi bahan politik ramai pemimpin pembangkang  sendiri suatu ketika sebelum Mahathir menyertai blok pakatan  antikerajaan.
 
 Adakah Mahathir yang berusia 92 tahun itu sengaja cuba alih perhatian  rakyat sekali gus cuba sorok hakikat anak-anaknya hidup dalam keadaan  yang serba mewah sejak beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun  dahulu.
 
 Justeru, Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk  Zulkarnain Mahdar menyifatkan langkah Pengerusi PPBM itu sebagai  propaganda murahan demi menumbangkan kerajaan pusat Barisan Nasional  (BN).
 
 “Tindakan mutakhir Mahathir ini dilihat sebagai satu usaha menarik  simpati rakyat Malaysia untuk undi PPBM. Namun rakyat bijak membaca  taktik ini dan tidak sesekali terpedaya dengan permainan politik murahan  sebegini.
 
 “Harus diingat penggunaan jet persendirian oleh Mahathir turut  dilihat bahawa PPBM sebenarnya tidak pun susah sangat sehingga terdesak  memerlukan bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia,” katanya dalam  satu kenyataan.
 
 Zulkarnain juga berkata, umum turut mengetahui melalui terbitan majalah kewangan antarabangsa ternama Forbes bagi keluaran 2017 melaporkan anak Mahathir, Mokhzani merupakan tujuh individu Melayu terkaya di Malaysia.
 
   
  “Mokhzani duduki tempat ke-34 terkaya bagi seluruh rakyat Malaysia  dengan nilai harta AS$420 juta atau RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk  Mirzan yang juga bekas ahli lembaga pengarah kilang arak terbesar San  Miguel di Filipina.
 
 “Persoalan yang timbul sekarang sehingga menjadi perdebatan umum  bagaimana anak-anak Mahathir boleh kaya sebegini,” dedahnya yang turut  hairan dengan propaganda pembangkang selama ini konon Malaysia sudah  muflis.
 
 Zulkarnain mengulas rakaman video Mahathir yang berdurasi dua minit  45 saat dimuat naik menerusi laman sosial Youtube merayu orang ramai  memberikan sumbangan kepada PPBM konon bagi menjatuhkan kerajaan  kleptokrasi.
 
 Selain Mahathir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut terpampang dengan imej  muka sedih sambil merayu kepada masyarakat Malaysia dalam rakaman video  berkenaan.
 
 Bagaimanapun Zulkarnain menggesa Mahathir agar lebih baik sahaja  menghulurkan bantuan kewangan itu kepada golongan ibu tunggal, anak  yatim dan pelajar miskin dengan menggunakan sumber kekayaan anak-anaknya  sendiri.
 
 “Beliau tidak sepatutnya membuat retorik politik konon meminta  sumbangan derma untuk membantu PPBM bagi menumbangkan kerajaan BN sedia  ada, sedangkan anak-anaknya mempunyai kekayaan luar biasa,” katanya  lagi.
 
 Untuk rekod, kroni Mahathir pernah anjur majlis hari kelahiran beliau  dengan gaya mewah ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  pula sekadar bacaan doa selamat dengan pelajar tahfiz. –  Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 Sumber TKO - 17-2-2018
 
 
 Wanita Masuk Mesin X-Ray Takut Beg Hilang
 Posted on Thursday, February 15 @ 23:55:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38260
 |  
  
 CHINA - Seorang wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api di China kerana bimbang beg tangan miliknya hilang ketika melalui pemeriksaan keselamatan berkenaan.
 Petugas keselamatan di stesen kereta api di Dongguan, selatan China  terkejut apabila melihat imej wanita berkenaan pada skrin mesin  pengimbas X-ray itu.
 
 Menurut laporan Pear Video, kejadian luar biasa itu berlaku  pada Ahad lalu ketika jutaan penduduk China pulang ke kampung halaman  masing-masing sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina yang disambut esok.
 
 Media di China turut menyiarkan imej X-ray yang menunjukkan wanita  itu yang masih memakai kasut tumit tinggi berlutut ketika masuk ke dalam  mesin pengimbas berkenaan bersama barangan miliknya.
 
 Satu rakaman video turut menunjukkan wanita itu keluar dari mesin  pengimbasan dan seorang petugas kelihatan terkejut dan ketawa melihat  gelagatnya.
 
 Wanita itu kemudian memeriksa beg tangan dan bagasinya seperti tiada  apa-apa yang berlaku sebelum meninggalkan pusat pemeriksaan berkenaan.
 
 Penumpang wanita itu dilaporkan bertegas untuk masuk ke dalam mesin  pengimbas X-ray berkenaan kerana bimbang beg tangan miliknya dicuri atau  hilang.
 
 Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 1 Februari lalu di China dan dianggap penghijrahan tahunan manusia terbesar di dunia.
 
 Di China saja, kira-kira 390 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan kereta api dalam tempoh 40 hari.
 
 China Central Television Station melaporkan, sejumlah 2.98  bilion perjalanan pula dilakukan oleh 1.4 bilion penduduk China  menggunakan kereta api, bas dan pesawat sepanjang tempoh perayaan itu. –  Agensi/myMetro Online
 
 Video - https://youtu.be/LckBeju8_KE
 
 Sumber TKO - 15-2-2018
 
 
 Dron Selamatkan Budak Dari Dibaham Jerung
 Posted on Wednesday, February 14 @ 13:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38226
 |  
  
 SETIAP kali bermandi-manda di laut, perkara yang paling terakhir yang dimahukan oleh orang ramai tentunya adalah kehadiran ikan jerung!
 Kebanyakan perenang profesional serta pelayar sedia maklum tentang  ancaman yang dibawa jerung menjadikan mereka sentiasa berhati-hati  ketika berada di lautan.
 
 Sebelum ini, sudah terlalu banyak kisah serta video yang menunjukkan  manusia dibaham jerung ketika berenang atau bersantai di tengah lautan.
 
  Satu rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berenang di  perairan tenang di Bahamas sebelum dikelilingi sekumpulan jerung  tersebar.
 
 Video berdurasi 32 saat itu dirakamkan menggunakan sebuah dron,  menyaksikan kanak-kanak lelaki itu berlari ke dalam permukaan air cetek  pantai tersebut untuk berenang.
 
  Sejurus masuk ke dalam air, empat ekor ikan jerung mula menghampiri  kanak-kanak tersebut dan seekor daripada jerung tersebut hanya berada  beberapa meter sahaja daripadanya.
 
 Kanak-kanak tersebut, yang tidak menyedari akan perkara itu, dilihat  berlari naik ke pantai, selepas operator dron tersebut, Artem Tkachenko  menjerit dan mengarahkannya untuk keluar daripada air itu.
 
 Tkachenko, yang sedang melancarkan dron miliknya bagi mendapat  pemandangan menakjubkan kawasan laut Bahamas daripada udara nyata  terkejut apabila merakam sekumpulan jerung mendekati kanak-kanak  tersebut.
 
 “Mujurlah dia mendengar jeritan saya,’’ kata Artem.
 
  Jerung-jerung tersebut tidak dapat dilihat kanak-kanak itu dari pantai oleh kerana mereka berada dekat dengan dasar laut.
 
 Kejadian mengerikan jerung membaham manusia bukanlah pertama kali  berlaku apabila baru-baru ini seorang wanita telah diserang jerung  ketika sedang terapung selepas melakukan aktiviti menyelam.
 
 Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kebetulan Tkachenko sedang melancarkan dronnya di kawasan sama.
 
 Jikalau operator dron tersebut itu tidak berada di situ, kanak-kanak itu pasti menjadi ‘santapan’ sekumpulan jerung tersebut.
 
 Saksikan video rakaman dron tersebut yang dikongsi Tkachenko sendiri di Youtube. – MYNEWSHUB.CC/EZ
 
 Sumber TKO -14-2-2018
 
 
 
 Bukan Salah Aku....
 Posted on Friday, February 02 @ 15:39:57 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38061
 |  
  
 Tun on line siapa yang berkelayakan. Tak payah lah janji janji manis. Tapi sebenar nya untuk menampung kekayaan keluarga.
 
 Nanti  Ada yang jadi mangsa seperti Dsai dan kes sauk Almaunah. Rakyat rakyat  Malaysia dan faham. Membantah sumbat dalam penjara bila lakukan  kesalahan tuduh orang yang paling rapat dgn tun.inilah fakta sebenar.
 
 Kredit
 Abd Raahib Kadir
 
 Sumber TKO -2-2-2018
 
 
 Beza PAS dan DAP dalam isu siasatan SPRM
 Posted on Friday, February 02 @ 00:05:52 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38049
 |  
  
 Kredit
 Hanisya Abdul Hamid
 
 Sumber TKO -2-2-2018
 
 UMNO dan HARAPAN sama-sama jual negara
 Posted on Thursday, February 01 @ 21:18:42 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38037
 |  
  
 Orang Pakatan Harapan tentu jelas mengenai perkara ni
 
 Kredit
 Gahar
 
 Sumber TKO - 1-2-2018
 
 
 Mahathir tak lupa, tapi Melayu Mat Sabu Lupa
 Posted on Thursday, February 01 @ 11:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38026
 |  
  
 Selama  22 tahun Mahathir Kutty mentadbir negara semuanya dah masuk kubur dan  pada kali ini didalam PRU yang akan datang, Sekali lagi si anak Kutty  ini mahu mencuba untuk mendapatkan kuasa. Kepada rakyat Malaysia  keseluruhannya, apakah anda mahu bagi anak Kutty ini bawa lagi khazanah  negara kedalam kubur lagi bersamanya dimasa akan datang.
 
 "BUKA MINDA GUNAKAN AKAL DAN FIKIR2KAN"
 
 DUA-DUA PEROMPAK JADI PILIHLAH PAS
 
 
  
 Kredit
 Mohd Noor
 Sumber TKO - 1-2-2018
 
 
 Matlamat DAP yang dihadam oleh puak HARAPAN
 Posted on Thursday, February 01 @ 07:14:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38022
 |  
  
 Memperjuang hak agama sama rata ini bercanggah dengan pelembangan negara tak apa. Dalam masa sama menghalang Islam daripada mengikut peraturan agamanya.
 
 Kredit
 Shabri Sharus
 
 Sumber TKO - 1-2-2018
 
 
 Kesiannnn Midin ditipu madey
 Posted on Thursday, February 01 @ 07:06:39 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38021
 |  
  
 Perjuangan  madey utk jadikan Boboi PM. Dlm hal ini penyokong dan macai Bunga  diantara penyokong dan macai paling bodoh, bangang dan bahalul itu kata  Madey kita jadikan macai kita kuda, anjing, barua utk tujuan kita.
 
 
 Kesiannnnn ahli Bungaraya
 
 Kredit
 Ramli Osman
 
 Sumber TKO - 1-2-2018
 
 
 So you're an Art Director?
 Posted on Monday, January 29 @ 23:03:55 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
 http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37980
 | 
No comments:
Post a Comment