Selepas enam jam, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor masih berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya untuk diambil keterangan.
Rosmah yang hadir memberi keterangan bagi kali kedua dalam tempoh tiga bulan ditemani peguamnya K Kumaraendran tiba di bangunan SPRM seawal 9.50 pagi.
Memakai baju kurung berwarna hijau, Rosmah dilihat tenang. Seorang pembantunya turut dilihat hadir.
Rosmah sempat tersenyum dan berbual dengan pegawai SPRM ketika menghampiri lobi bangunan suruhanjaya itu.
Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.
Spekulasi mengatakan bahawa beliau mungkin ditahan hari ini dan didakwa esok.
Ditanya tentang perkara ini, Kumaraendran berkata dia tidak mengetahui sama ada Rosmah akan ditahan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun menafikan spekulasi itu.
"Tidak benar," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, pada 5 Jun, Rosmah disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan SPRM ke atas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Semalam, pegawai SPRM ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta bagi memberi notis kepada Rosmah untuk dipanggil ambil keterangan kes sama.
Media sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.
Sumber MR - 26-9-2018
Kenyataan Media Peguam kepada Dato Hasanah Abdul Hamid, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM.
1. Ketika di mahkamah semalam, semasa pendengaran permohonan reman oleh SPRM terhadap anakguam kami, kami telah di nafikan untuk memperolehi sebarang maklumat berkaitan penyiasatan SPRM ke atas anakguam kami atas alasan kononnya jika di bekalkan maklumat tersebut kepada kami, ianya akan mengganggu proses siasatan dan mungkin akan menyebabkan gangguan kepada saksi2 lain atau menyebabkan apa2 bukti kes di hapuskan.
2. Kami memahami “alasan” yang di berikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM berkenaan dan menghormatinya.
3. Namun pada hari ini, kami di kejutkan dengan pengumuman demi pengumuman yang di buat oleh SPRM kepada media iaitu berkaitan rampasan duit USD6.3 juta yang di katakan dari sumber timur tengah melalui anakguam kami.
4. Kami terkejut dengan “pendedahan maklumat siasatan” oleh SPRM sendiri kepada pihak media dan berita ini di sensasikan media sehingga memprejudiskan hak anakguam kami untuk membela diri.
5. Bukankah pendedahan melalui media ini akan menjejaskan siasatan oleh SPRM sendiri dan mungkin beberapa jejak bukti akan di musnahkan oleh orang yang belum di tangkap dan mungkin akan menyebabkan mrk melarikan diri apabila mereka telah mendapat maklumat percuma dari media bahawa penyiasatan ke atas anakguam kami adalah berkaitan dengan urusan rasmi antara mereka selama ini.
6. Jika SPRM merahsiakan daripada kami semua maklumat ini atas alasan “boleh mengganggu siasatan”, mengapa SPRM boleh pula membocorkan ” bukti siasatan” kepada media?
7. Adakah menjadi trend agensi penyiasat sekarang ini untuk mendedahkan semuanya di media untuk di perdebatkan oleh “rakyat hakim negara” yang tak mengetahui hujung pangkal kes ini?
8. Ketika di soal Majistret semalam di mahkamah, Dato Hasanah secara terbuka memaklumkan kepada mahkamah bahawa tugas2 beliau ketika menjadi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi dan beliau tidak boleh mendedahkan sebarangan maklumat berkaitan tugas rasmi beliau kepada SPRM.
9. Kami memahami adalah fokus utama Kerajaan Malaysia Baru untuk membuka seberapa banyak pekung pentadbiran kerajaan lama dan pendedahan sensasi melalui media massa adalah cara yg kerap di gunakan.
10. Seseorang itu tidak bersalah selagi belum di sabitkan kesalahan oleh Mahkamah.
11. Setakat hari ini, Dato Hasanah dan 7 orang lagi pegawai beliau yang sedang di tahan reman BELUM DI TUDUH MELAKUKAN APA2 KESALAHAN DI MAHKAMAH.
12. Jadi setiap spekulasi yang melibatkan kesemua anakguam kami adalah tidak berasas buat masa ini kerana siasatan masih berjalan dan belum selesai.
13. Kami akan memantau keghairahan SPRM mensensasikan segala2nya di media ini dan pastinya kami telah bersedia untuk membela kesemua anakguam kami mengikut hak mrk yang di jamin perlembagaan berdasarkan tugasan rasmi mrk sebagai penjawat awam yang telah bertindak menurut perintah.
Sekian terima kasih.
8.20 pm
30 Ogos 2018
Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co
MR : Nampaknya kerajaan baru cuba untuk mensensasikan kononnnya kerajaan sedang membenteras penyelewengan tapi pada hakikatnya kerajaan cuba tutup kelemahan pentadbiran yang ada dengan banyak kesilapan pentadbiran....
Sumber MR 31-8-2018
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan didakwa atas kes penyalahgunaan dana sebanyak RM1.5 bilion yang dikaitkan dengan beliau ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.
Malah, kata beliau, Pejabat Peguam Negara memutuskan kes tersebut sebagai `tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan `kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi.
Pendakwa Raya memutuskan pada 28 Jun lalu bahawa tiada pendakwaan diteruskan kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang meminta menyatakan kedudukan kes penyalahgunaan dana yang dikaitkan dengan Mohd. Shafie dan sama ada pendakwaan akan diteruskan atau tidak.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri DS Najib Razak tetap akan didakwa pada tahun hadapan walaupun bukti masih lagi tidak mencukupi mengenai tuduhan di atas penggubahan wang haram.
Ini adalah kerana DS Najib bukan pemimpin Pakatan Harapan.
MR : Sehari dua ini kita lihat beberapa kes mahkamah yang melibatkan pimpinan atau orang PH telah dibebaskan atau dibuang kes. Nampaknya PH tak kurang hebatknya macam BN pasal kroni....
Sumbeer MR - 30-8-22018
BANGI, 12 Zulkaedah 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.
Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan bahawa badan itu tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan demikian bagi mana-mana kes pendakwaan.
Sebaliknya, suruhanjaya itu berkata, tindakan penarikan kes hanya tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, hari ini.
“Dimaklumkan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” katanya.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan dakwaan bahawa SPRM akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Guan Eng.
Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM4.27 juta.
MR : Kalau tak tarik balik bermakna ada kes dan perlu perbincaraan untuk menentukan salah atau tidak....
Sumber MR - 26-7-2018
MACC Has Frozen Umno Bank Accounts
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has frozen Umno’s bank accounts for its national headquarters as well as Selangor chapter.
Umno acting president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he received a call today regarding the move by the national anti-graft agency.
“It is almost certain that following this latest action, Johor Umno’s account will also be frozen.
“There is no guarantee that any of the Umno leaders from the ranks of the party’s supreme council, vice-presidents, deputy presidents and even the former Johor mentri besar will not be investigated by the MACC,” he said at a Johor Umno Hari Raya Aidilfitri gathering at M Suites Hotel here today.
Ahmad Zahid, who will be contesting the Umno presidency this Saturday, said this at a Johor Umno Hari Raya Aidilfitri gathering at M Suites Hotel here.
He was accompanied by Johor Umno chief and former state mentri besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin and other senior party members.
Over 1,000 Umno and party supporters attended the afternoon event.
The 65-year-old Bagan Datuk MP also reminded Umno members that even those who win the party’s election this time around risk being investigated by the MACC.
“This also included former mentri besar due to the fact that our party is no longer part of the ruling government,” said Ahmad Zahid.
Two days ago, the federal police Commercial Crime Investigation Department said nobody from Umno had come forward to claim the RM116 million cash in 26 denominations seized from properties connected to former party president and prime minister Datuk Seri Najib Razak.
Bukit Aman CCID director Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh said the police have to record the statements of representatives from the political party on the matter as Umno needs to prove the validity of its claim.
Najib had last month said that the money seized by the police was meant for the party in the 14th general election.
Ahmad Zahid said in such testing times, only the strongest Umno members would remain loyal to the party no matter what happens.
He also claimed that the new home minister, within this short time, would request the Registrar of Societies (RoS) to cancel Umno’s registration.
Earlier, in his speech, Ahmad Zahid warned party delegates that they should not be influenced by money politics as such practices would destroy Umno.
“Umno must be strong now as it is not strange for the party to be in Opposition, as this was the case during its early years,” he said.
Ahmad Zahid explained that when Umno was formed in 1946 at Istana Besar here, members then were fighting for the country’s independence and opposed the British Empire, who wanted to introduce the Malayan Union.
“It is not impossible for Umno to rise and form the government again because this party has fought against the might of the British before,” he said.
Sumber BO - 28-6-2018

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Suria Strategic Energy Resources (SSER) susulan pendedahan oleh kerajaan berhubung skandal projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa laporan sudah dibuat dengan suruhanjaya berkenaan.
Jelas Lim, pihaknya sudah mengambil alih pejabat SSER yang dimiliki Kementerian Kewangan.
Dalam kenyataan untuk memaklumkan perkembangan tindakan ke aras pegawai perbendaharaan, Lim berkata Presiden SSER Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin sudah dipecat dari jawatan sebagai pengarah syarikat berkenaan.
"Kementerian Kewangan sedang melantik satu jawatankuasa eksekutif (exco) yang akan diketuai oleh sebuah firma perakaunan.
"Jawatankuasa ini akan mengambil alih operasi syarikat serta menyiasat semua transaksi dan urusan yang dilakukan oleh SSER," katanya.
Sumber MR - 12-6-2018
KP sahkan SPRM rampas dokumen kementerian Pelancongan
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab hari ini mengesahkan bahawa SPRM telah merampas dokumen-dokumen tertentu semasa kunjungan ke ibu pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Putrajaya minggu lalu.
Mirza berkata demikian kepada wartawan selepas di temui selepas pertemuannya dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur.
"(Maklumat) ini adalah sesuatu yang harus kamu dapatkan dari SPRM.
"Mereka telah merampas dokumen itu dan (kini) mengkajinya. Itu sahaja," kata Mirza yang juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai cadangan yang dibangkitkan semasa pertemuannya dengan majlis itu.
Jumaat lalu, akhbar bahasa Inggeris The Star melaporkan bahawa SPRM melawat kementerian itu untuk mengemukakan beberapa soalam mengenai perjanjian promosi yang ditandatangani dengan syarikat swasta.
Laporan itu memetik sumber SPRM yang mengesahkan bahawa lawatan berkenaan dilakukan pada Rabu lalu.
The Star sebelum ini melaporkan bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong pada 31 Mei lalu menimbulkan persoalan mengenai perjanjian RM99 juta itu antara syarikat tempatan dan Tourism Malaysia yang didakwa ditandatangani dalam masa satu hari.
Wee, yang melabelkan kontrak itu sebagai “perjanjian Speedy Gonzales” juga mendakwa ia dibuat tanpa pematuhan ketetapan pemerolehan kementerian.
Sumber MR - 11-6-2018
Sabtu, 2 Jun 2018
SPRM panggil Rosmah siasatan SRC International
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Rosmah Mansor ke ibu pejabatnya di Putrajaya Selasa minggu depan bagi membantu siasatan isu skandal SRC International Sdn Bhd.
Menurut notis SPRM itu, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir pada jam 11 pagi bagi merekodkan keterangannya.
Minggu lalu, SPRM menyoal-siasat Najib dua kali berhubung kes SRc International itu.
Pada 2015, SPRM telah mengendalikan kes yang berkaitan dengan SRC International berhubung dana yang mengalir masuk ke akaun bank peribadi Najib.
Pada masa itu, laman web Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa kad kredit yang digunakan berkait dengan akaun peribadi tersebut.
SRC International telah memperoleh dua pinjaman RM2 bilion berasingan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP pada tahun 2011 ketika SRC masih lagi menjadi anak syarikat 1MDB dan pada tahun 2012 selepas ia diserap oleh Kementerian Kewangan.
Dana pinjaman tersebut dibelanjakan untuk pelbagai pelaburan di luar negara.
Pentadbiran Najib tidak mengumumkan jika mana-mana pelaburan ini telah menghasilkan hasil.
Malaysiakini melaporkan pada Rabu lalu, SRC International tidak mampu membayar hutang dan asetnya tidak dapat menghasilkan pulangan yang diperlukan bagi membayar pinjaman RM4 bilion daripada KWAP.
Oleh itu, Kementerian Kewangan telah membuat pembayaran tetap kepada KWAP.
Sumber MR - 2-6-2018
Rabu, 23 Mei 2018
Shukri sudah minta maaf panggil saya pengkhianat negara
PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menerima permohonan maaf daripada penggantinya, Datuk Seri Shukri Abdull yang melabelkannya “pengkhianat negara” semalam.
Dzulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata, tuduhan itu teramat berat kerana hampir 25 tahun berkhidmat kepada kerajaan, beliau menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab, profesional serta komitmen tinggi.
“Saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai ‘pengkhianat negara’.
“Bagaimanapun, saya amat terharu dan ingin memaklumkan Datuk Seri Shukri menghubungi saya pagi ini melalui WhatsApp dan sebagai seorang yang berjiwa besar, beliau memohon maaf kepada saya di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap diri saya dalam sidang media semalam.”
Semalam, Shukri berkata, beliau memohon persaraan awal pada 2016 dengan alasan mahu menyambung pengajian kerana tidak mahu berkhidmat di bawah Dzulkifli yang dianggapnya pengkhianat.
“Di akhir perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan saya, kami dengar desas-desus ketua setiausaha negara (KSN) tidak suka Tan Sri (Abu Kassim). Saya berusaha bersungguh-sungguh yakinkan KSN untuk letakkan Datuk Seri Mustafar Ali sebagai pengganti.
“Kemudian Dzulkifli dilantik sebagai ketua SPRM, saya takkan bekerja di bawah seorang pengkhianat.
“Dzulkifli datang pada 1 Ogos 2016 dan saya keluar bulan Oktober. Saya tidak akan kerja di bawah beliau.
“Saya buat permohonan berhenti awal dan pergi ambil kursus. Anda tahu saya ambil kursus apa? Saya ambil kursus bahasa Arab di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya tak kisah, asal dapat keluar dari SPRM.”
Sumber MR - 23-5-2018
Isnin, 14 Mei 2018
Bekas pegawai SPRM buat laporan terhadap Najib
Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM Datuk Abdul Razak Idris berkata laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Saya sebenarnya diminta bos saya dulu buat laporan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksi mereka tak sempat lari, dan tindakan diambil sebelum sempat lari.
“Jadi itu antara sebab saya buat laporan, hari ini,” katanya menerusi siarang langsung di Facebook sebuah portal, hari ini.
Abdul Razak turut berkata, laporannya itu dibuat antara lain menggesa SPRM menyiasat Najib dan rakan-rakanya yang disyaki menggunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes berkenaan dan menuntut supaya bekas perdana menteri itu mengisytihar hartanya.
"Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan.
“Harta-harta ini dibandingkan dengan emolumen yang sah, bila ada perbezaan itu, harta yang berlebihan itu, yang disebut unexplained properties itu perlu di perjelaskan oleh Najib.
“Jika dia tak boleh jelaskan, ia akan menjadi satu kesalahan dan hukuman 20 tahun penjara dan denda 5 kali ganda nilai harta yang tak boleh diperjelaskan,” katanya.
Abdul Razak berkata beliau akan membuat dua laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.
Satu lagi laporan dibuat di bawah Seksyen 36, dihukum di bawah Sek 36 (3) Akta SPRM 2009.
Abdul Razak bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bekas bosnya itu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lalu sekaligus menamatkan pemerintahan BN di Malaysia selama 61 tahun.
Susulan kemenangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Mei mengangkat sumpah jawatan perdana menteri buat kali kedua.
.......
Imbas kembali...
25 Jun 2012, Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Razak Idris telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh 2 akhbar arus perdana milik UMNO, NST dan BH, mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beliau untuk mengeluarkan suatu akuan berkanun bersumpah yang membersihkan bekas Timbalan Perdana Menteri kononnya RM3 bilion akaun bank tidak wujud seperti didakwa.
Apa yang dilaporkan oleh New Straits Times dan Berita Harian pada 21 Jun 2012 adalah tidak benar sama sekali.
Sebaliknya Datuk Abdul Razak Idris berkata itu arahan untuk mengeluarkan akuan berkanun bersumpah datang dari Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, dalam usaha untuk mengelakkan suatu sepina oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah saman terhadap NST pada tahun 2009 yang difailkan oleh DSAI..
Sumber MR - 14-5-2018
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis bersama dua individu, dipercayai terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah berusia 60 tahun itu disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS negeri kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik sejak 2014 hingga 2017.
Dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat, masing-masing berusia 50 dan 39 tahun, dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut. Berdasarkan hasil siasatan, SPRM telah merampas RM3.8 juta termasuk wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah salah seorang pemilik syarikat. Menurut sumber, ia termasuk menyita empat akaun bank berjumlah RM2.9 juta, dipercayai diperolehi melalui wang rasuah dan salah guna kuasa. Sumber memberitahu, pasukan penyiasat mendapati pengarah tersebut juga menggunakan nama sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan projek-projek yang dianugerahkan oleh JPS. “Dia juga didapati menjalani kehidupan mewah hasil daripada wang rasuah yang diterima daripada kontraktor-kontraktor sejak 2014,” tambah sumber. Difahamkan, siasatan turut mendapati suspek pengarah itu memindahkan sejumlah wang yang diperoleh dengan menyalahgunakan jawatannya itu ke beberapa akaun miliknya dan saudara-mara. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan sambil menambah bahawa siasatan dilakukan selepas SPRM menerima laporan berhubung tindakan pengarah tersebut. Beliau berkata, siasatan masih di peringkat awal dan pasukan penyiasat kini dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang dirampas bagi membantu siasatan. Ketiga-tiga suspek yang ditahan di SPRM Kedah dijangka dihadapkan di Mahkamah Alor Setar pada Selasa untuk direman bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sumber TKO - 29-1-2018 Ewein nafi terlibat projek terowong dasar laut Posted on Wednesday, January 17 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37767 |
GEORGE TOWN: Ewein Bhd (Ewein) hari ini menjelaskan bahawa ia serta anak syarikatnya tidak terbabit langsung dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ewein berkata anak syarikatnya, Ewein Land Sdn Bhd, hanya memeterai perjanjian usaha sama dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (dikenali Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebelum ini).
“Ewein tidak membeli sebarang tanah daripada kerajaan negeri. Tanah itu dimajukan secara bersama dalam transaksi komersial di antara Ewein Land dan Consortium Zenith menerusi syarikat usaha sama Ewein Zenith Sdn Bhd,” katanya.
Ewein menerusi anak syarikatnya, Ewein Zenith II Sdn Bhd memeterai 1 perjanjian bagi pembelian tanah (Lot 713) seluas 1.78 hektar di Bandar Tanjong Pinang bernilai RM162 juta pada 2015.
“Tanah itu dibeli daripada Consortium Zenith dan bukannya kerajaan negeri. Ini merupakan transaksi komersial dan butiran pembelian itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia,” katanya.
Menurut syarikat itu, Ewein Zenith II memutuskan untuk membatalkan perjanjian dengan Consortium Zenith BUCG berikutan keluasan tanah yang lebih kecil sebanyak 0.81 hektar. Pembatalan itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.
Ewein menjelaskan, syarikat itu memeterai 1 memorandum perjanjian dengan Consortium Zenith bagi mendapatkan hak pembelian tanah kira-kira 20.2 hektar yang akan ditebus guna di Gurney Drive pada 2016.
“Tanah 20.2 hektar itu adalah sebahagian daripada projek tebus guna oleh sebuah syarikat yang tiada kaitan dengan Ewein atau mana-mana anak syarikatnya,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tahanan reman 2 pemimpin syarikat bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan terowong dasar laut itu.
Sumber TKO - 17-1-2018
Naib presiden WARISAN Peter Anthony direman 3 hari Posted on Saturday, January 06 @ 14:11:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37613 |
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony hari ini direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod bernilai kira-kira RM155 juta.
Perintah reman selama tiga hari mulai hari ini dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas membenarkan permohonan SPRM Sabah.
Peter yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam merupakan antara dua individu dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.
Seorang lagi peguam Michael Persius Ubu yang diminta tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah masih belum berbuat demikian.
- Bernama
Sumber TKO - 6-1-2018

Bauxite Moratorium Extended To June 30, 2018
The moratorium on bauxite mining in Pahang which was set to expire on December 31 has been extended for another six months until June 30 next year, with some changes.
According to the Natural Resources and Environment Ministry, the Cabinet made the decision for the extension after the announcement by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) that it would withdraw its seizure order on bauxite stockpile in Pahang.
On December 21, the MACC announced that it would withdraw its seizure order on the estimated 10 million tonnes of bauxite after the ministry and the Department of Minerals and Geoscience (JMG) as well as the state government agreed to introduce new rules to crack down on illegal mining of bauxite,” it said in a statement today.
According to the statement, the new rules will be implemented based on the input from the related agencies including the MACC to improve monitoring of the clearance of bauxite for export purposes.
This includes thorough checks on every application of approved permit (AP) for bauxite including the location and amount of stockpile which will be exported based on the approval by the state government and technical analysis by the JMG, as well as amendments to the Mineral Development (Licensing) Regulations 2016 for the process of clearing the bauxite for export.
The statement said that with the withdrawal of the seizure order on bauxite stockpile, the ministry agreed to consider the application for the export of bauxite during the moratorium period under certain conditions.
These include clearing the bauxite stockpile in Kuantan Port, Pahang, and Kemaman, Terengganu; the companies which have paid royalty to the state government but have not carried out any export activities; and collecting the bauxite stockpile at the proposed site for the state government’s new administrative centre in Kota SAS (Sultan Ahmad Shah), subject to the state government’s approval. — Bernama
Sumber BO - 24-12-2017

No comments:
Post a Comment