BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, December 18, 2017

SUDUT PANDANG.........(8)




Kelantan terus buktikan kecemerlangan pemerintahan PAS

SEORANG pengarang kanan dalam akhbar harian The Star baru-baru ini telah memberikan analisis beliau berkenaan keadaan politik di negeri Kelantan dan bacaan beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. 
Beliau berpandangan PRU 14 nanti di negeri berkenaan hanya akan tertumpu pada pertembungan antara dua kuasa politik tradisi iaitu Umno dan PAS. Bagi beliau parti-parti lain termasuklah PBBM dan Pan akan menghadapi laluan sukar.  
Menurutnya lagi PBBM yang dikepalai Tun Dr Mahahtir Mohamad akan menempuh jalan sukar kerana Tun tidak mempunyai rekod yang baik dikalangan rakyat Kelantan. Sebahagian besar permasalahan yang melanda negeri berkenaan disumbang oleh Mahathir terutama sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM dahulu yang banyak menekan negeri dan rakyat berkenaan. 
Pan juga dijangka memiliki nasib yang sama lantaran permasalahan  pimpinan mereka dengan istana Kelantan. Pan selaku parti serpihan PAS hanya dijangka mengikis di sini sana pengaruh PAS tetapi tidak mampu merampas kuasa di Kelantan sebagaimana digembar-gemburkan. 
Atas itu pengarang berkenaan membuat kesimpulan besar kemungkinan Kelantan akan bertukar kuasa dengan rakyat negerinya memberikan kembali kuasa kepada Umno dan BN setelah hilang genggaman kuasa lebih 28 tahun lalu. 
Tiada alasan dan hujah kukuh dikemukakan. Beliau sekadar memetik isu pembangunan yang kononnya ketandusan di Kelantan selain ketiadaan al-Marhum Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai satu faktor penyumbang kepada kejatuhan PAS, seolah tanpa Tok Guru PAS tidak mampu mengekalkan kuasanya. 
Itu hujah dan pandangan beliau. Mungkin atas arahan atau sebab tertentu beliau sengaja menyepi dan menyembunyikan beberapa pencapaian besar kerajaan negeri PAS yang tidak mampu diperolehi Umno BN sebelum ini. 
Beliau gagal mengenengahkan bahawa kerajaan negeri Kelantan diiktiraf sebagai salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai rekod aspek pengurusan yang terbaik. Pada tahun 2017 kerajaan negeri yang diketuai PAS memperolehi pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun pemerintahannya. 
Kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.9 juta pada tahun 2017 berbanding 2016 dan berjaya mencatatkan lebihan atau “surplus” sebanyak RM38.76 juta pada tahun 2017 berbanding defisit RM33.47 juta pada tahun 2016. 
Malah hasil kerajaan negeri sesungguhnya meningkat dari RM497.20 juta pada tahun 2016 ke RM566.52juta iaitu peningkatan sebanyak RM69.32 juta.  
Bagi pengarang berkenaan mungkin apa yang dinyatakan ini tidak penting, tetapi buat rakyat Kelantan dan para pemerhati politik serta rakyat Malaysia umumnya inilah bukti kekuatan parti memerintah dalam menguruskan sebuah negeri tambahan berjhadapan dengan pelbagai tekanan dan kekangan dari pihak persekutuan terutama sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahahthir dulu. 
Kemampuan ini menunjukkan PAS berjaya melahirkan saf kepimpinan negeri yang dinamik, berintegriti dan paling penting bertaqwa sehingga sanggup dan mampu meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana pihak, kroni atau individu kerana mentaati titah perintah Allah SWT. 
Inilah kekuatan unik yang melonjakkan PAS sebagai satu-satu parti politik yang menjadi tumpuan dan perhatian ramai, terutama saat dan ketika rakyat dan negara menghadapi pelbagai ujian dan tekanan hasil dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. 
Kelantan melalui kepimpinan ulamak yang diwarisi dari zaman Almarhum Tok Guru sehinggalah kini ke era Ustaz Dato' Ahmad Yakob, pewaris yang ditunjuk sendiri oleh al-Marhum Tok Guru, ternyata berjaya menzahirkan kepimpinan Islam yang menjadi kebangaan semua umat Islam bukan hanya di Kelantan malah seluruh negara. 
Di Kelantan tiada kebimbangan tentang ketirisan, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan kerana bumi Serambi Mekah ini melalui PAS telah melahirkan modal insan khususnya di saf kepimpinan negeri yang berkualiti dan mampu memacu Kelantan menjadi sebuah negeri yang bersih dan bebas rasuah. 
Kerajaan negeri yang berintegriti seumpama ini telah menarik minat para pelabur dan pemaju, kerana tiada lagi sogokan bawah meja atau komisyen gelap yang perlu dibelanjakan untuk masuk ke negeri ini. 
Pembangunan hartanah dan gedung-gedung serta kompleks membeli-belah dan pasaraya banyak menukar landskap negeri Kelantan berbanding semasa ia pada zaman BN dahulu, itu pun kerana kerajaan persekutuan dipegang BN.\ 
Apa pun kesimpulannya akhbar berkenaan berhak membuat apa sahaja bacaan dan tilikan politik sesuka mereka, hakikatnya rakyat Kelantan sendiri tahu kemana arah tuju dan haluan mereka. Di negeri-negeri lain pimpinan negeri berhadapan dengan pelbagai pertuduhan dan kes rasuah dan penyelewengan tetapi di Kelantan segalanya lancar dan bermoral. 
Masakan rakyat Kelantan mahu kembali ke pangkuan Umno yang telah mereka kenal berdekad sebelum ini apatah lagi Pakatan Harapan yang kini dinaungi Mahathir yang punya rekod tempang dan pincang yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja oleh rakyat Kelantan malah rakyat seluruh negara. 
Kekallah PAS untuk terus memerintah Kelantan, biar kekal sejahtera ia berpayungkan Islam sebagai model buat rakyat dan negeri lain malah negara kita Malaysia. Rakyat Kelantan tidak akan tertipu dan semoga begitulah rakyat Malaysia keseluruhannya dengan izin Allah SWT. -HARAKAHDAILY 22/2/2018
Sumber HD-22-2-2018

Jangan cepat melatah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sebulan yang lepas, dunia dikejutkan dengan berita bahawa seorang ahli parti berhaluan kiri di negara Jerman telah memeluk Islam. Parti tersebut, Alternatif untuk Jerman (AfD) adalah yang ketiga terbesar di parlimen, Bundestag.  
AfD amat terkenal dengan pendirian anti-Islam dan anti-immigrasi dan slogannya ialah tiada tempat untuk Islam di negara Jerman. AfD juga berusaha keras untuk mendapatkan pengharaman semua pembinaan serta perjalanan masjid.  
Parti itu antara lain juga pernah menjalankan kempen iklan berbentuk ala Nazi untuk menakutkan masyarakat terhadap Islam dan cuba mengarahkan agar polis sempadannya menembak semua pendatang tanpa izin yang cuba menyelinap masuk ke negara itu.   
Namun Arthur Wagner, salah seorang dari pemimpin tertinggi AfD, mendapat hidayah Allah SWT dan memilih Islam setelah selalu berinteraksi dengan kelompok masyarakat yang sepatutnya beliau tentangi. 
Dalam sebuah temuramah, beliau mengatakan bahawa keputusan untuk memeluk Islam sudah dipertimbang sejak tahun 2015 ketika berada di bandar bermajoriti masyarakat Islam di Ufa, Rusia, namun hanya pada bulan Oktober tahun lepas ianya menjadi rasmi. 
Nama Arthur, atau nama Islamnya, Ahmed, kini tiada lagi dalam senarai ahli jawatankuasa partinya.  Dia juga telah meletakkan jawatannya dalam parti atas sebab-sebab peribadi.  
Di dalam sejarah Islam, dari awal ketika zaman Rasulullah s.a.w. lagi, situasi sebegini banyak berlaku. Seseorang yang asalnya berbangsa Quraisy dan amat menentang Islam, akhirnya menjadi antara pejuang Islam yang terhebat. 
Saidina Umar Al-Khattab contohnya, sebelum memeluk Islam, boleh dikatakan orang nombor satu Quraisy yang amat anti-Islam. Beliau seorang yang berani dan tegas.  
Pada waktu beliau dalam perjalanan ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan hasrat untuk membunuhnya, beliau telah bertemu rakannya yang memaklumkan bahawa beliau perlu bertemu adiknya dahulu kerana adiknya juga telah memilih Islam. 
Beliau terus ke rumah adiknya, dan di sana baru dapat mengenali Islam dengan sebenar dan dengan lebih dekat, dan Umar telah memeluk Islam pada hari yang sama. 
Kita sebagai ahli sebuah gerakan dakwah dan parti politik Islam, haruslah jangan cepat melatah dan ingin bertindakbalas atas semua provokasi serta serangan dari pihak lain. Janganlah layan sangat perasaan ingin menyelesaikan rintangan dengan seorang diri atau dengan cara tersendiri. 
Jika dirasakan sangat tercabar dengan apa yang berlaku, berbincanglah dengan rakan-rakan, ahli jemaah dan keluarga dan cari jalan penyelesaian. Jika masih buntu, bertanyalah pendapat orang-orang yang lebih berilmu dan InsyaAllah pastinya mereka akan dapat memberikan dalil dan nas serta pendapat mereka untuk menguraikan permasalahan yang dihadapi. 
Pada awal 90an ketika belajar di MRSM Kuala Terengganu, saya ada beberapa rakan yang disegani dan berilmu tinggi, antaranya Mohd Hazrul Hashim dan Abdul Fattah Abdul Wahab (kini Dr). Antara tip yang mereka kongsikan ialah, apabila sesuatu kisah, pengalaman atau idea yang tidak elok mula masuk ke minda dan cuba merosakkan fikiran, cuba bayangkan kisah atau pengalaman tu dibuang jauh-jauh. 
Setiap kali ia cuba masuk kembali ke dalam minda, buang cepat-cepat. Setelah berulang kali dilakukan, insyaAllah, akhirnya kita sendiri akan lupa mengapa kita boleh begitu terkesan pada mula-mulanya. 
Kita jangan lupa mengapa kita diturunkan di muka bumi ini, dan teruskan dengan gigih misi dakwah dan menyebarkan mesej Islam. Apa pun dihadapi dan sebagaimana hebat pun cabaran yang dihadapi dari semua sudut, kita akan kekal terus mendukung mesej Islam, dan ingatlah, hanya Allah yang boleh membuka hati-hati manusia untuk menerima hidayahnya. -HARAKAHDAILY 22/2/2018
Sumber HD - 22-2-2018 

Pertikaian Manifesto: Indikasi perbalahan besar PH?

DI DALAM Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam, 20 Februari 2018, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyebut bahawa “sebelum kita menyiapkan manifesto ramai jugak daripada pemimpin-pemimpin PH yang telah buat kenyataan tertentu”, bahawa “kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan”, bahawa “kita harap kita akan dapat melaksanakan (60 janji-janji yang sudah dibuat) walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat” dan bahawa “kita berpendapat bahawa dana kerajaan mungkin tidak boleh menampung janji-janji yang keterlaluan sebab itu kita akan membuat janji cuma setakat yang kita mampu sahaja”.
Bagi mereka yang sentiasa mengamati dari dekat perkembangan politik semasa tanah air seperti saya, tidak sukar untuk menelah siapakah pemimpin-pemimpin PH yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini dan apakah janji-janji keterlaluan yang telah pemimpin-pemimpin PH ini buat yang tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir.
Salah satu nama pemimpin tertinggi PH yang biasa membuat janji-janji keterlaluan ini adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, khususnya membabitkan janji untuk menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang jika PH berkuasa. Nampaknya janji untuk menghapuskan tol ini sangat penting kepada Lim Guan Eng kerana ia telah berulangkali diumumkan oleh beliau kepada rakyat seperti yang di antara lainnya pernah dilaporkan oleh portal berita Malay  Mail  Online pada 20 Oktober 2015 dan oleh akhbar rasmi DAP, Roket Kini, pada 16 Januari 2017. Janji untuk menghapuskan tol yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini juga dilihat didokong penuh oleh pemimpin DAP yang lain seperti terbukti melalui kenyataan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, di dalam akhbar rasmi PAN, Amanah Daily, pada 25 Januari 2017, dan kenyataan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, di dalam akhbar rasmi DAP, Roket Kini, pada 28 November 2017.
Malangnya, Tun Dr Mahathir, selaku Bapa Tol Malaysia, di dalam dalam satu sesi bual bicara mengenai dasar PH pada 10 Januari 2018 telah mempertahankan pengenaan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang ini dengan berkata: “Masih ramai orang yang tidak puas hati dengan tol yang dikenakan tetapi kalau tol tak dikenakan langsung sukar bagi kita untuk menyelenggara Lebuh Raya Utara-Selatan ini dan tol sebenarnya di Malaysia kalau dibanding dengan negara lain memang pun lebih jauh lebih murah. Di negara Jepun saya dapati bahawa satu jambatan yang dibina, untuk menggunakan jambatan itu satu hala bayarannya adalah sebanyak RM270, sehala, pergi balik lebih daripada RM500. Tetapi kita tahu bahawa Jambatan Pulau Pinang toll rate-nya ialah RM7 sejak ia dibina pada tahun 80-an, tak naik sekali pun, dan yang baru ini pun jugak RM7. Jadi saya berpendapat bahawa walaupun ada yang mengeluh kerana agak terlalu tinggi toll  rate ini tapi sebenarnya ini two  way, pergi balik, kita bayar cuma RM7, sedangkan jambatan yang lebih kurang sama di negara Jepun toll rate-nya ialah lebih daripada RM500. Fikir-fikirlah sama ada kita terlalu tamak mengenakan toll rate yang terlalu tinggi.”
Bagi saya, kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam Sidang Media Majlis Presiden PH semalam, selain merupakan satu tamparan terbuka kepada pemimpin-pemimpin PH yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini, khususnya kepada Lim Guan Eng dan pemimpin DAP, sebenarnya mencerminkan satu masalah besar yang dijangka akan berlaku jika PH berkuasa, iaitu pertembungan di antara Mahathirisme dan aspirasi pemimpin-pemimpin PH yang lain. Tun Dr Mahathir mungkin sahaja boleh berpura-pura untuk merombak kembali segala legasi beliau dengan kononnya berjanji untuk “melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik” seperti yang diumumkan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu, pada 18 Februari 2018, tetapi yakinkah kita bahawa, seperti yang ditanyakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 27 Januari 2018,“do you think leopard will change its spots?”
Pengenaan tol adalah salah satu legasi Tun Dr Mahathir dan salah satu komponen Mahathirisme, dan jika di dalam isu seperti pengenaan tol ini pun Tun Dr Mahathir masih bertegas mempertahankan legasi beliau, apa jaminan beliau tidak akan mempertahankan komponen-komponen lebih penting Mahathirisme jika PH berkuasa? 
Seronok juga untuk dilihat reaksi pemimpin-pemimpin PH yang kononnya berjiwa populis yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini ke atas pengakuan terbuka Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto PH “mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat”.
Kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Lim Guan Eng dan pemimpin DAP mempunyai maruah untuk mempertahankan cadangan janji untuk menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini. - HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 






LKS dan Zolkharnain Abidin kaki putar?

DI DALAM kenyataan media beliau semalam, 19 Februari 2018, Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, mempersoalkan penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) dari tahun 2008 ke tahun 2015 yang didakwa tidak selari dengan penegasan pemimpin PAS sekarang bahawa DAP adalah bersifat anti-Islam.
Di dalam kenyataan beliau semalam juga, Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, menyalahkan pemimpin PAS kerana memecahkan PR pada tahun 2015 di mana tindakan ini didakwa memberikan talian hayat kepada Umno sekali gus didakwa mewajarkan penubuhan Pan untuk menggantikan PAS.
Perlu diingati bahawa penyertaan PAS di dalam PR adalah digantungkan kepada kelulusan Majlis Syura Ulama’ PAS yang berpegang teguh kepada kertas kerja “Tahaluf Siasi (Kerjasama Politik): Garis Panduan Dari Perspektif Islam” yang menyenaraikan enam perkara yang menjadi syarat kepada penyertaan PAS di dalam PR tersebut.
Syarat pertama dan terpenting kepada penyertaan PAS di dalam PR tersebut adalah bahawa “tahaluf (kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam”.
Turut dinyatakan di dalam kertas kerja ini ialah: “Sekalipun atas titik persepakatan seperti menentang kezaliman Umno dan BN, tahaluf dengan parti non-Islamik atau pihak non-Islamik perlu dikaji semula sekiranya ia boleh menyebabkan berlakunya: 
1. Halangan kepada penegakan negara Islam.
2. Kedudukan orang Islam tergugat.
3. Disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam.”
Sepanjang penyertaan PAS di dalam PR, tidak terlalu berbangkit soal DAP adalah bersifat anti-Islam kerana penyertaan PAS ini memang “dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam” serta tidak “disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam”.
Ini kerana selama ini ruang untuk PAS melaksanakan syari’at Islam, khususnya melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan, adalah agak tertutup ekoran pemberian amaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam surat rasmi beliau pada 15 Julai 1994 bahawa Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan jika Kerajaan Kelantan cuba juga melaksanakannya.
Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan ini berbangkit semula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, memberi jaminan di Parlimen pada 27 Mac 2014 bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya.
Setelah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengumumkan pada 2 April 2014 bahawa Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk menyiapkan Rang Undang-undang Persendirian bagi mendapat kebenaran dan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan barulah belang sebenar pemimpin DAP mula terdedah.
Tanpa mengambil kira penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 11 April 2014, bahawa semua pihak, terutamanya yang beragama Islam, wajib menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang akan dibentangkan itu, pemimpin DAP, khususnya Gobind Singh Deo, Teo Nie Ching dan Lim Guan Eng, terus sahaja menyuarakan penentangan terbuka mereka ke atasnya dengan pelbagai alasan yang mereka cipta sendiri.
Lebih teruk lagi ialah tindakan pemimpin DAP, khususnya Anthony Loke Siew Fook, Datuk Mohamad Arif Sabri Abdul Aziz, Gobind Singh Deo dan Tan Kok Wai, yang menggesa secara terbuka supaya PAS keluar dari PR jika ia terus berkeras dengan agendanya untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan ini.
Paling jelas menggambarkan kebencian pemimpin DAP terhadap usaha untuk melaksanakan syari’at Islam ini ialah kenyataan Lim Guan Eng di Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014, bahawa “hudud adalah sangat penting (kepada DAP)” di mana “DAP sedia untuk melihat Pakatan Rakyat berpecah jika pemimpin PAS menyerahkan Usul Rang Undang-Undang Persendirian untuk melaksanakan hudud di Parlimen.”
Sebab itulah bila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyerahkan Usul Rang Undang-Undang Persendirian ini kepada Parlimen pada 18 Mac 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac 2015 terus sahaja memutuskan bahawa“DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau”.
Sebab itulah juga belum pun sempat Majlis Syura Ulama’ PAS bermesyuarat bagi membincangkan kelulusan satu usul yang dikemukakan di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 pada 6 Jun 2015 yang mendesak agar diputuskan hubungan dengan DAP, Mesyuarat CEC DAP pada 15 Jun 2015 dengan segera memutuskan bahawa “usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat, justeru kini tiada lagi Pakatan Rakyat”.
Sebab itulah juga Lim Guan Eng mengumumkan pada 26 Disember 2017 bahawa “DAP mengambil posisi yang betul untuk memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS selepas persaraan bekas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz” dan bahawa “DAP sanggup untuk membayar apa sahaja harga politik untuk menegakkan prinsip-prinsip kami dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memutuskan hubungan dengan PAS”.
Kepada Lim Kit Siang, sila amati betul-betul syarat penyertaan PAS di dalam PR ini, khususnya bahawa ia perlu dikaji semula sekiranya ia “disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam”.
Kepada Zolkharnain Abidin, sila amati betul-betul ayat yang digunakan oleh Lim Guan Eng ini, iaitu “DAP memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS” dan “DAP memutuskan hubungan dengan PAS”.
Kepada pemimpin PAN, sila jawab soalan ini: Ada tak anda meletakkan syarat bahawa penyertaan PAN di dalam Pakatan Harapan perlu dikaji semula sekiranya ia “disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam”? - HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 




Agenda PAN "Memartabat dan Menegak Islam" hilang?

TERGELAK seketika saya bila membaca kenyataan media Presiden PAN, Mohamad Sabu, bertajuk “PAS Ambil Alih Tempat Umno?” hari ini, 18 Februari 2018.
Jelas sekali kenyataan media ini adalah maklum-balas Mohamad Sabu terhadap kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada PAN di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Kata Mohamad Sabu di dalam kenyataan media ini, “bagi saya, kita bersama Pakatan Harapan (PH) akan bertanding mengikut kesesuaian dan cita-cita untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya dalam pilihan raya yang akan datang”.
Ini kerana, kata beliau lagi, “kita mempunyai agenda besar untuk melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik demi negara dan rakyat”.
Seperti diketahui, antara enam “dasar dan tujuan PAN” yang digariskan di dalam Fasal 3 Perlembagaan PAN, terpenting daripadanya adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” (Fasal 3(1)).
Malangnya, di dalam kenyataan media beliau ini, langsung tidak disebut walau sepatah pun agenda untuk “memartabat dan menegakkan Islam” di dalam senarai agenda besar PAN jika PH menguasai Putrajaya.
Kalau setakat “untuk melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik demi negara dan rakyat” sahaja, tidak perlulah wujud PAN kerana melalui DAP pun ia boleh dibuat.
Kalau agenda PAN sudah sama dengan agenda DAP, dan kalau agenda untuk “memartabat dan menegakkan Islam” tiada di dalam senarai agenda besar PAN, maka bagaimanakah agaknya umat Islam akan yakin untuk mengundi PAN? - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 

Tuan Guru punca PAS kalah Terengganu 2004?

SEKALI lagi saya tergelak bila membaca kenyataan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, bertajuk “Akhirnya Abdul Hadi Akur Kewujudan PAN Adalah Ijtihad” hari ini, 18 Februari 2018.
Seperti kenyataan media Presiden PAN sebelumnya, kenyataan Zolkharnain Abidin ini juga adalah maklum-balas PAN terhadap kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada PAN di dalam akhbar Mingguan  Malaysia hari ini.  
Kata Zolkharnain Abidin di dalam kenyataan ini: “Bukankah lebih baik Abdul Hadi mengaku kesilapannya dalam memimpin PAS daripada menyalahkan pihak lain terutamanya DAP? Terengganu tewas selepas sepenggal dia pimpin salah DAP juga?”
Sebenarnya, kenyataan Zolkharnain Abidin yang meletakkan kekalahan PAS di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 4 Mac 2004 ke atas pundak Datuk Seri Abdul Hadi ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibuat oleh pemimpin DAP sebelum ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, juga pernah menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi di atas kekalahan PAS di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 ini kerana kononnya tindakan beliau memperkenalkan hukum hudud pada tahun 2003 adalah puncanya.
Dakwa Lim Guan Eng pada 29 April 2014:“Abdul Hadi should not forget that he was the Terengganu Menteri Besar that passed the hudud law in Terengganu in 2003 and immediately thereafter lost Terengganu in the 2004 general elections to Umno”.
Dakwaan sama turut dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang dilaporkan pada 31 Januari 2017 sebagai menyebut Datuk Seri Abdul Hadi hanya Menteri Besar sepenggal sahaja, sambil menanyakan, “apakah penjelasan Hadi mengenai kekalahan (pada 2004) ini?”
Tujuan semua kenyataan ini adalah amat mudah sekali, iaitu untuk memperlekehkan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi di mata rakyat umum kerana kononnya gagal di negeri sendiri sekali gus bagi mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PAS.
Malangnya, semua mereka ini, termasuk Zolkharnain Abidin sendiri, cepat lupa bahawa Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, pernah menulis pada 8 Mac 2013 bahawa kekalahan PAS di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 ini adalah berpunca daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dakwa Liew Chin Tong di dalam tulisan yang dimuatkan di dalam buku beliau bertajuk “Middle Malaysia: Centre Ground Is Battle Ground” ini: “The redelienation exercise of 2003 clearly favoured BN. The influx of dubious new voters in Terengganu ended PAS’ rule there.”
Malah, Naib Presiden PAN, Husam Musa, di dalam satu laporan portal berita Free Malaysia  Today bertajuk “Husam: Terengganu Jadi Bukti Penipuan SPR” pada 18 Julai 2011, mendakwa kekalahan itu adalah berpunca daripada penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dakwa Husam di dalam laporan itu, “statistik PRU 11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia” dan “pertambahan pengundi muda yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004”.
Begitu juga dengan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, yang direkodkan oleh portal berita The Mole pada tahun 2014 sebagai mendakwa kekalahan itu berpunca daripada manipulasi undi, khususnya “high number of new voters and higher turnouts”.
Soalnya sekarang ialah kenapakah Zolkharnain Abidin begitu teraba-raba sekali sehingga begitu berani sekali menyanggah Liew Chin Tong, Husam Musa dan Khalid Samad sendiri di dalam perkara ini? - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 

Teknokrat Di Dalam Al-Quran
Posted on Sunday, February 18 @ 22:50:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38298



Apa yang menarik, sebenarnya konsep kerajaan teknokrat adalah bertepatan dengan sistem politik Islam. Di dalam Islam, syarat utama untuk menjadi pemimpin adalah memiliki kepakaran dalam bidang yang diamanahkan. Firman Allah SWT:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya).
[An-Nisa':58]

Juga boleh merujuk kepada perintah Allah kepada NabiNya supaya melantik Talut sebagai raja bagi membebaskan Bumi Palestin. Ini berdasarkan kelayakan yang dimiliki walaupun bukan dari kalangan bangsawan dan politikus. Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
[Al-Baqarah:247]

TEKNOKRASI DAN DEMOKRASI


Secara teori, konsep kerajaan teknokrat agak bercanggah dengan demokrasi. Ini kerana demokrasi tidak mensyaratkan sebarang merit untuk tercalon sebagai pemimpin. Hatta orang bodoh dan jahil boleh menjadi pemimpin. Kalau semua rakyat bodoh atau berjaya diperbodohkan, maka tidak mustahil si bodoh akan menjad pemimpin.

Populariti dan kemampuan membeli pengundi antara kriteria utama untuk menang dalam PRU. Tidak hairanlah selebriti seperti Arnold Schwazenegger dan Donald Trump boleh terpilih di US. Dan tidak mustahil Oprah Winfrey juga boleh terpilih sebagai presiden US akan datang.

BEZA TEKNOKRASI MODEN DAN ISLAM

Kerajaan teknokrat menurut kacamata Islam bukanlah sebuah kerajaan sementara yang akan tamat tempoh setelah objektifnya berjaya. Sebaliknya ia adalah syarat utama sesebuah kepimpinan dan akan kekal selagi mana kelayakan itu masih belum hilang. Tidak kiralah samada ianya menggunakan konsep syura seperti pemilihan Abu Bakar dan Uthman dan Ali ataupun konsep wasiat seperti pemilihan Umar dan raja-raja dinasti Islam lain, meritokrasi mestilah menjadi panduan setiap pemilih.

Apa yang penting, pemilihan pemimpin mengikut merit tidaklah sampai membenarkan seseorang yang menolak pemartabatan Islam dalam pentadbiran negara dipilih. Walaupun mereka dianggap pakar dan mampu dalam menyelesaikan masalah semasa negara, tetapi PAS mempercayai hanya ajaran Islam sahaja yang boleh menyelesaikan.

Teknokrat yang dipilih hanya berkuasa menentukan dasar kerajaan dan melaksanakannya, tetapi parti yang terpilih dalam PRU masih berkuasa menentukan undang-undang dan dasar negara. Jika PAS diizinkan sebagai peneraju politik negara, wakil-wakil rakyat PAS akan bertindak sebagai penasihat kepada teknokrat supaya sentiasa selari dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Setidaknya inilah solusi PAS dalam mengatasi ketepuan sistem demokrasi. Bukan sekadar menolak demokrasi mentah-mentah namun tidak memiliki sebarang alternatif tuntas untuk memartabatkan Islam.

#Alang_Ibn_Shukrimun
2 Jumadal Ukhra 1439
18 Februari 2018


Sumber TKO - 18-2-2018















PAN hanya 'kacau daun' di Kelantan - IDEAS

SIKAP kritikal sahabat saya Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (the Institute for Democracy and Economic Affairs), terhadap PAS umumnya dan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khususnya, memang sudah sedia diketahui umum.
Seawal 28 April 2011 lagi, Wan Saiful telah menukilkan satu rencana bertajuk “Hadi Wajib Tolak Pencalonan Semula, Jangan Jadi Tunggul” di dalam portal berita The  Malaysian Insider, di mana rencana ini beliau angkat balik di Facebook beliau pada 29 Ogos 2014.
Rencana yang ditulis di saat PAS Bukit Bintang mencalonkan Husam Musa sebagai calon Presiden PAS untuk pemilihan parti di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-57 pada 3-5 Jun 2011 ini menggesa Datuk Seri Abdul Hadi berundur dari menjadi Presiden PAS.
Kata Wan Saiful, “Hadi bukanlah individu terbaik untuk terus menjadi Presiden PAS”, “Hadi tidak mempunyai ketrampilan ataupun ketokohan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia”, “Hadi tidak dilihat sebagai seorang pemimpin untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan” dan “Hadi bukan pembawa imej “pemimpin negara””.
Dengan menyebut nama “Husam Musa dan Nizar Jamaluddin” sebagai “individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baru”, Wan Saiful pun menggesa, “demi memastikan PAS boleh terus mara ke hadapan, Hadi wajib segera mengumumkan bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden dan menolak semua pencalonan”.
Apabila gesaan beliau ini tidak mendapat sokongan, tidak sukar untuk ditelah hala tuju Wan Saiful seterusnya, di mana pada 20 September 2014 umpamanya beliau menulis di dalam Facebook beliau “Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat” ke atas Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 pada 18-20 September 2014.
Begitu juga dengan pemilihan bersejarah di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 pada 4-6 Jun 2015, dalam mana Wan Saiful mengomen di dalam portal berita The  Malaysian  Insider pada 2 Jun 2015 bahawa jika Ustaz Ahmad Awang kalah untuk jawatan Presiden PAS maka PAS akan menjadi “a small party which could only get support in the kampong”.
Sebelum itu, pada 24 Januari 2015, Wan Saiful, mungkin di dalam usaha untuk mempengaruhi undian di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 ini, dengan kerasnya menulis di dalam Facebook beliau satu kenyataan berbunyi "Wah! Kebodohan apakah ini?" ke atas laporan portal berita The  Malaysian  Insider bertajuk "Pilihan Raya PBT Boleh Cetus 13 Mei, Kata Hadi Kepada DAP".
Bila para pemimpin PAS yang tewas di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 ini keluar dari PAS untuk menubuhkan PAN, Wan Saiful dengan bangganya memaklumkan di Facebook beliau mengenai keterlibatan beliau dan Dr Maszlee Malik di dalam Bengkel Perancangan Strategik PAN di Hotel Bangi-Putrajaya pada 5 September 2015.
Berdasarkan kepada latar belakang inilah, maka saya agak terkejut bila Wan Saiful mengomen, di dalam rencana The  Sunday  Star bertajuk “Silence Is Golden On Palace Move” hari ini, dengan menyebut bahawa PAN telah diberikan “a terrible blow” ekoran penarikan balik darjah kebesaran Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Selain dengan yakinnya menyebut bahawa PPBM langsung tiada pengaruh di Kelantan (“has almost no traction in the state and would not be able to dent Umno’s support”), Wan Saiful juga menyebut bahawa peranan PAN di Kelantan hanyalah setakat menjadi pengacau daun terhadap PAS sahaja (“the classic spoiler in the event of a three-corner fight”).
Berbeza dengan pemimpin PAN yang mendakwa kononnya akan wujud persefahaman politik antara PAS dan Umno di Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, Wan Saiful juga menyatakan bahawa pertembungan di Kelantan hanyalah antara “PAS dan Umno” (“the battle in Kelantan is once again squarely between PAS and Umno”).
Boleh diperdebatkan hujah Wan Saiful bahawa “berdasarkan kepada sentimen di bawah, Umno mempunyai kelebihan kali ini (“going by the sentiment on the ground, Umno has the upper hand this time”) kerana “Kelantan tidak menikmati pembangunan dan peluang ekonomi” (“Kelantan has not enjoyed economic development and opportunities”).
Sebagai contohnya, seorang pengkaji politik, Dr Amer Saifude Ghazali, di dalam tesis PhD beliau bertajuk “Politik Pilihan Raya Dan Gelagat Pengundian Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Di Kelantan” pernah menulis: “Pengundi Kelantan juga tidak semuanya terpengaruh dengan kempen-kempen politik yang bersifat materialisme seperti menjanjikan kemajuan dan pembangunan, membawa projek-projek yang besar serta akan menjadikan Kelantan sebuah negeri yang maju daripada aspek kebendaan semata-mata yang bersifat keterlaluan.”
Begitupun, apa yang jauh lebih penting di sini, bagi saya, ialah tamparan terbuka yang diterima oleh bukan sahaja PKR Kelantan, yang langsung tidak disebut (“tidak masuk buku”), dan PPBM Kelantan, yang didakwa langsung tiada pengaruh, tetapi khususnya oleh PAN Kelantan bila tokoh seperti Wan Saiful yang sebelum ini kelihatan turut mendokongnya kini menidakkan terus peluang PAN di Kelantan. - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 








Kenapa PAN terlalu obses dengan PAS?

MENJELANG berlangsungnya Konvensyen Nasional PAN pada 10-11 Disember 2016, portal berita Free  Malaysia  Today telah mengeluarkan, pada 7 Disember 2016, satu laporan yang memetik Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS, sebagai menasihatkan parti politik itu supaya mengurangkan serangan bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada BN jika ia benar-benar mahu mendapatkan sokongan daripada rakyat.
Kata Wan Saiful, yang turut dikongsi oleh Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), PAN perlu menunjukkan ia berbeza dari parti-parti politik lain dengan menawarkan penyelesaian sebenar kepada permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan menggariskan perubahan-perubahan yang ia akan bawa jika ia berada di dalam kerajaan, dan bukan hanya menjadi sebuah lagi parti politik yang hanya tahu komplen sahaja.
Begitu juga dengan arahan rasmi pimpinan tertingginya sendiri seperti yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir, kepada ahli dan penyokong parti politik itu di dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) pada 5 Februari 2017 yang berbunyi “maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong PAN agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk PAS”.
Bagaimanapun, nasihat dan arahan penganalisis politik mahupun pimpinan tertinggi PAN ini tetap tidak dihiraukan oleh bukan sahaja ahli dan penyokong parti politik itu, malah oleh pimpinannya sendiri, di mana saban waktu kita dapat menyaksikan serangan bertali arus dibuat oleh pimpinan PAN terhadap PAS mahupun BN tanpa menawarkan penyelesaian sebenar kepada permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Selain daripada penggunaan istilah "PIGS" yang pernah digunakan oleh pemimpin PAN ke atas PAS, satu lagi kata-kata kesat bercorak sindiran terhadap parti lawan PAN yang kerap digunakan oleh pemimpin PAN, khususnya oleh Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, ialah penggunaan istilah “parti suci” ke atas PAS dan “parti sarkas” ke atas Umno.
Di dalam tulisan terbaru beliau bertajuk “PAN Dihentam, Parti Sarkas Tak Tercuit” di laman Facebook beliau hari ini, Peguam PAS – Dulu, Hanipa menyelar “pemimpin tertinggi parti suci” semata-mata kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “diberi ruang oleh akhbar Mingguan Malaysia dalam satu wawancara penuh” yang didakwa digunakan “untuk bantai PAN dan DAP khususnya” manakala “parti sarkas dan MO1 tak tercuit”.
Sebagaimana Wan Saiful dan Dr Jeniri, saya tidak dapat melihat bagaimana PAN boleh mendapatkan sokongan daripada rakyat melalui serangan, dengan menggunakan istilah “parti suci” ke atas PAS dan “parti sarkas” ke atas Umno, pemimpin PAN seperti Hanipa ini. Di mana salahnya Datuk Seri Abdul Hadi menggunakan ruang di dalam akhbar yang menjadi milik parti lawan PAS untuk menyebarkan dasar dan matlamat perjuangan PAS?
Adalah menjadi bukti kebijaksanaan Datuk Seri Abdul Hadi bila beliau boleh menjelaskan pendirian PAS di dalam pelbagai isu ke khalayak yang lebih luas, malah boleh pula memberikan nasihat seumpama “dosa politik tidak boleh dihapuskan dengan menunaikan umrah dan haji, masuk Kaabah dan ziarah maqam Nabi semata-mata”, “jika ada hak rakyat diambil secara salah, maka bertaubat dengan memulangkan kembali kepada rakyat” dan “jika ada dasar yang digubal secara batil dan merosakkan, maka dibetulkan dengan kembali kepada dasar Islam”.
Melalui budaya politik matang dan sejahtera PAS-lah maka PAS kini mampu menyampaikan pandangan dan memberikan tazkirah ke medan yang lebih luas. Tiada sebab PAN perlu cemburu dengannya, malah keobsesan PAN dengan PAS ini akan sukar membolehkannya bergerak lebih jauh. Lebih eloklah pemimpin PAN menjaga kain sendiri seperti yang dinasihatkan dan diarahkan oleh penganalisis politik mahupun pimpinan tertinggi PAN. - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 

Kelantan mustahil mahu toleh ke belakang

AKHBAR The  Star dalam satu artikelnya hari ini mengulas isu politik Kelantan. Dalam laporan satu muka itu pengarang kanannya Joceline Tan menyatakan bahawa pertempuran PRU14 di Kelantan sesungguhnya akan tertumpu pada pertembungan Umno dan PAS sahaja.
PBBM diketuai Tun Dr Mahathir sukar kerana Tun adalah personaliti yang sukar diterima rakyat Kelantan. Manakala PAN yang berkrisis dengan istana hanya dilihat mampu mengikis pengaruh PAS di sana sini.
Kesimpulannya kata Tan BN-Umno punya harapan cerah berkuasa kembali.
Tan tidak sentuh pencapaian dan pengiktirafan pelbagai badan dan agensi terhadap kerajaan negeri di bawah PAS. Kerajaan negeri PAS paling bersih dan penuh berintegriti dan ia sesuatu yang BN-Umno gagal tingkatkan selama ini.
Mungkin hakikat itu tidak disentuh dan disembunyikan kerana ia akan melarikan matlamatnya untuk menjulang Umno yang telah lebih 28 tahun tidak berkuasa di Kelantan.
Tan tidak sedar walau Kelantan kini punya Umno, Bersatu, PAN yang masing-masing lapar kuasa, tetapi rakyat Kelantan kenal sangat mereka dan sejarah di belakang mereka masing-masing.
Semuanya punya rahsia silam yang bukan rahsia lagi buat rakyat Kelantan.
Sebagaimana dipetik Naib Presiden PAS dan Timbalan MB Kelantan, Ustaz Dato' Mohd Amar Nik Abdullah dalam artikel berkenaan, kedua-dua Pakatan dan BN punya rekod yang terlalu tercalar.
Kedua-duanya kata beliau di mata rakyat Kelantan adalah umpama: "kuali dan belanga hitam".
Tercemar dan tercalar, tidak wajar diberi peluang kecuali menempah padah.
PAS kata beliau menawarkan diri sebagai perkakas 'stainless  steel' bersih dan terbukti.
Apapun rakyat Kelantan telah sejak 1990 mempertahankan bumi "Serambi Makkah" ini dari dikotori pihak yang tempang dan pincang.
Dan PRU14 ini insyallah bumi bertuah ini bakal kekal sejahtera bersama Islam kekal sebagai ikon kebangaan ummah. - HARAKAHDAILY 18/2/2018


















Sumber HD - 18-2-2018











DAP dilatih ejen Israel untuk tawan Putrajaya?

NAMPAKNYA cerita kehadiran Diplomat Kanan Israel, Davit Roet yang mengetuai delegasi Israel ke World Urban Forum (WUF) ke-9 di Kuala Lumpur begitu seronok dimainkan berulang-ulang oleh pemimpin dan ahli Pakatan Harapan (PH).
Saya setuju pandangan mereka yang menyelar kegagalan Wisma Putra dan Kerajaan BN untuk menghalang kemasukan Roet ini. Memang sukar dipercayai bahawa dia boleh masuk dengan mengunakan pasport Israel dan hadir atas kapasiti mewakili Kerajaan Zionis Israel.
Hubungan sulit Kerajaan Malaysia - Israel bukan baru. Walaupun banyak penafian dibuat, namun bukti surat-menyurat pada zaman Mahathir serta hubungan dagangan secara rahsia yang turut melibatkan beberapa syarikat dalam negara sudah banyak didedahkan. Ini ditambah lagi dengan pendedahan penglibatan APCO sebagai perunding Kerajaan BN, segalanya memang sangat jelas.
Sebenarnya bukan BN sahaja mempunyai hubungan dengan Israel. Pembongkaran Mohamad Razali Abdul Rahman mengenai perancangan-perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya pada 31 Disember 2015 melalui bantuan ejen Israel memang sangat mengejutkan.
Razali yang mendakwa dirinya adalah bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng mewujudkan kumpulan G17 bagi merangka strategi untuk DAP menguasai Putrajaya mengunakan Pakatan.
Beliau mengatakan bahawa kumpulan G17 yang di ketuai oleh Tony Pua ini dilatih selama 3 tahun oleh ejen Israel dan pernah mengadakan sesi latihan sulit di Pulau Pinang, di Hotel Shangg, Johor dan di Hotel Quality Shah Alam, Selangor. Tidak cukup dengan latihan mereka juga diberikan bantuan kewangan dari Israel ketika PRU-13.
Sehingga kini DAP hanya menafikan yang mereka tiada menerima wang RM1.2 bilion dari Israel. Tapi bila disemak semua kenyataan Razali memang beliau tidak kata DAP terima wang RM1.2 bilion masa PRU-13. Tapi itulah nilai yang dijanjikan Israel jika mereka berjaya tawan Putrajaya dan benarkan Israel bina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson. Namun DAP hingga kini masih gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh Israel.
LGE juga enggan memberikan respon bila ditanya mengenai kebenaran dakwaan Razali yang kumpul G17 dilatih oleh Israel. Beliau mengelak dan tidak menjawab soalan wartawan mengenai hal ini. LGE hanya fokus untuk mendedahkan kedudukkan Razali yang dikatakan hanya ahli biasa dan bukan Pengarah Strategik seperti yang didakwa Razali.
Pada 2 Januari 2016, Lim Kit Siang berkata, DAP akan mengemukakan saman terhadap Razali atas pendedahan yang dibuat. Namun pada 4 Januari 2016 Kit Siang mengubah fikiran dan menjelaskan bahawa DAP tidak jadi saman Razali. Kit Siang menyifatkan Razali tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah, tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental. Jawapan dan tindakan Kit Siang ini sangat tidak masuk akal.
DAP kemudian menyerang dan mengugut untuk menyaman pemimpin PAS, Dr Zuhdi Marzuki kerana menyebarkan pendedahan yang dibuat oleh Razali. Namun hingga kini DAP tak berani kemuka saman pada beliau kerana tulisan Zuhdi tidak memberikan locus standi yang kuat untuk DAP bawa ke mahkamah. Zuhdi hanya mengulas kenyataan Razali, bukannya mencipta apa-apa yang boleh di sabitkan sebagai fitnah.
Hingga ke hari ini, dah 2 tahun, DAP masih membisu mengenai hubungan parti itu dengan Israel. Sikap membisu dan keengganan DAP untuk menyaman Razali dilihat masyarakat seolah-olah satu pengakuan bahawa benarlah DAP dilatih oleh ejen Israel untuk tawan Putrajaya bersama Pakatan. DAP tidak boleh salahkan masyarakat jika menganggap parti itu bekerjasama dengan Israel. Kerana mereka pun tidak menafikan yang mereka ada menerima latihan dari ejen Israel.
Hubungan DAP dan Mahathir serta Anwar juga begitu unik walaupun mereka pernah jadi musuh ketat. Nampaknya jarum isu Israel ini berjaya menyulam hubungan 3 kumpulan seteru politik ini untuk bergandingan.
Dan seperti biasa, PAS yang pernah dilabel teroris oleh CIA yang juga rakan akrab Mossad menjadi sasaran mereka. Pelik kan? PAS bukan Kerajaan di Putrajaya tapi diserang bertalu-talu oleh DAP dan Mahathir. Ini kerana Israel dan mereka melihat PAS juga berpeluang untuk menguasai Putrajaya dan mungkin boleh jadi kuasa penentu dalam PRU14.
Inilah beza antara Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS berbanding PH dan BN yang sebenarnya masih dibawah bayang-bayang Israel. Hanya PAS bersama Gagasan Sejahtera satu-satunya kumpulan yang masih gagal dipengaruhi oleh Israel.
Jika anda marah pada Israel, pastikan PRU14 nanti anda menolak BN dan PH. Undilah PAS, undilah Gagasan Sejahtera.
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD- 18-1-2018 











Cabar Mat Sabu senarai kediktatoran UFN dan TGNA

SAYA tidak akan pelik jika Presiden PAN, Mohamad Sabu, mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah diktator. PAS sekarang ini adalah musuh ketat parti yang beliau ketuai, iaitu PAN, maka sudah tentulah beliau akan cuba memperburukkan ke tahap maksima PAS dan pemimpin tertingginya.
Namun begitu, untuk Mohamad Sabu menyatakan bahawa bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor, dan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga diktator adalah satu perkara yang sukar dijangkau oleh akal fikiran biasa kerana rekod-rekod sejarah membuktikan bahawa mereka, malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekalipun, bukanlah diktator dan kehebatan mereka juga bukanlah kerana mereka diktator.
Memberikan gambaran bahawa PAS di bawah pimpinan Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan perundingan, perbincangan dan musyawarah adalah satu perkara yang sangat tidak betul, apatah lagi bila ia dibuat oleh Mohamad Sabu yang merupakan seorang bekas pemimpin PAS yang pernah dinaungi dan dididik oleh kedua-dua tokoh itu sendiri. Tambahan pula, gelaran diktator kepada kedua-dua tokoh ini sangat tidak selari dengan dakwaan para pemimpin PAN sendiri sebelum ini kononnya PAN adalah pewaris kepada perjuangan kedua-dua tokoh ini.
Bagaimanapun, inilah yang diucapkan oleh Mohamad Sabu di dalam ucapan beliau pada majlis Ceramah Pakatan Harapan (PH) Kelantan di Pengkalan Chepa malam tadi, 16 Februari 2018, bila mana beliau menyebut:
"Sekarang saya menjadi Presiden Parti PAN. Saya tidaklah sehebat Ustaz Fadzil Mohd Noor, tidak langsung sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga tidak sehebat Tok Guru Haji Hadi. Saya hanyalah pemimpin kecil, memimpin sebuah parti. Sebarang keputusan kami ambil secara perundingan, secara perbincangan. Kerana dalam PAN tak ada pemimpin yang boleh 'dictate', yang boleh mengatakan "ini", "buat ini", "jangan tak buat itu". Kerana kita cuba selesaikan dalam bentuk musyawarah dan keputusan terbaik kita ambil. Sebab itulah saya tidaklah menjadi ketua setahap pemimpin-pemimpin yang saya sebut tadi."
Adalah satu perkara yang baik untuk kita dilihat cuba bersikap merendah diri dengan menyatakan kita tidaklah sehebat pemimpin dan bekas pemimpin parti kita dahulu seperti yang dilakukan oleh Mohamad Sabu ini, malangnya adalah satu perkara yang tidak baik bila di dalam usaha kita untuk menonjolkan 'kehebatan' kita sendiri itu maka kita memperlekehkan pula pemimpin dan bekas pemimpin parti kita dahulu dengan memberikan gambaran kononnya mereka tidak mengamalkan perundingan, perbincangan dan musyawarah.
Berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah, PAS di bawah pimpinan mereka memang mengamalkan perundingan, perbincangan dan musyawarah, baik pada peringkat cawangan, kawasan, negeri dan pusat, di mana kemuncak kepadanya ialah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS dan Muktamar Tahunan PAS Pusat.
Berpolitik itu tidak ada salahnya, tetapi janganlah di dalam usaha kita untuk berpolitik itu kita bersikap keterlaluan pula dengan menidakkan fakta-fakta sejarah malah dengan menggelarkan bekas pemimpin parti kita dahulu dengan istilah yang tidak baik.
Jika Mohamad Sabu adalah orang yang benar, saya mohon beliau senaraikan kejadian dalam mana Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah 'dictate' pimpinan dan ahli PAS sebelum ini. - HARAKAHDAILY 17/2/2018
Sumber HD - 17-2-2018 












Semua salah Abdul Hadi Awang?

KEHADIRAN Diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia Ke Sembilan (WUF9) di Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan kegusaran dan kemarahan terutamanya kepada umat Islam di dalam negara. 
Kegusaran dan kemarahan tersebut terbentuk takala rakyat masih lagi terkesan dengan program MyAqsa yang diadakan di Putrajaya sebelum ini di mana umat Islam bersolidari untuk mendukung dan berdiri sama teguh dengan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penjarahan yang dilakukan Israel termasuk merampas bumi Palestin dari rakyatnya.
Namun yang menjadi kehairanan, disalahkan pula Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di atas kemasukkan Diplomat Israel tersebut ke dalam negara, logikkah tuduhan murah sebegitu? Berhentilah menjadi pelacur politik murahan!
PAS konsisten bersama Palestin
Isu Palestin ialah isu umat Islam sejagat. PAS sejak dari dahulu konsisten menentang apa yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan penjajahan ke atas bumi Palestin. Sudah berpuluh program sama ada di dalam negara mahupun luar negara disertai PAS ataupun yang dianjurkan PAS dan belum pernah PAS kendur walau sedikitpun dalam isu Palestin. Sejarah membuktikan PAS sememangnya memperjuangkan nasib Palestin dan warganya.
PAS menentang keras kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, pendudukan secara haram oleh Israel ke atas Palestin, penutupan sempadan Gaza dan Mesir yang menyukarkan urusan harian rakyat Palestin dan pelbagai lagi kekejaman Israel ke atas Palestin. Kesatuan Ulama Islam Sedunia melalui Tuan Guru Presiden PAS adalah di antara suara utama dunia Islam dalam menentang pendudukan haram Israel ke atas Palestin dan kekejaman yang dilakukan mereka ke atas warga Palestin.
Bukan sekadar solusi dua negara ditentang seperti yang diperjuangkan kebanyakkan pihak, malah PAS mahu Israel berundur sepenuhnya dari bumi Palestin. Sebaliknya diiktiraf negara Palestin serta menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Bermula dari Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sehinggalah Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, perjuangan PAS terhadap Palestin tidak pernah berubah.
Bila membenci tidak ketahuan
Menjadi kemusykilan mengapa dikaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara seolah-olah Tuan Guru Presiden PAS yang menjemput Diplomat tersebut. Ada juga yang tiba-tiba menghentam Tuan Guru Presiden PAS kerana tidak bersuara menentang kemasukan Diplomat Israel seolah-olah beliau tahu jadual mahupun program PBB atau pun beliau Menteri Luar Negeri.
Bukan menjadi bidang kuasa Tuan Guru Presiden PAS untuk diberitahu kepada beliau mengenai program tersebut, kerana beliau bukan sebahagian dari kerajaan atau wakil kerajaan di dalam PBB.
Menolak dengan konsisten
Seharusnya sebelum menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah forum tersebut, kerajaan sepatutnya menyemak dahulu senarai negara yang akan menghantar wakil dalam forum tersebut. 
Maka apabila Israel terbabit dalam forum tersebut, satu sudut kerajaan seolah menerima kehadiran Diplomat Israel. Pada pandangan umum nampak seperti kerajaan hanya beretorik dalam memperjuangkan nasib Palestin dan warganya, berlawanan dengan apa yang diucapkan dalam bantahan dan program terdahulu.
BPMS lebih mulia dari kebencian
PAS mengajak seluruh masyarakat agar berpolitik dengan matang, politik yang berpaksikan kebenaran, berfakta serta membawa kesejahteraan kepada masyarakat. Berpolitik dengan kebencian, tipu daya, memfitnah, menghasut, mengeluarkan kata-kata kesat dan menimbulkan prasangka buruk hanya akan merosakkan masyarakat dan negara. 
Walau berbeza pandangan mahupun ideologi, keharmonian dan kesejahteraan rakyat patut diberi keutamaan. Jangan kerana hendak menang sokongan rakyat dan pilihan raya, digunakan segala jenis tipu daya dan helah licik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal terjadi kepada masyarakat dan negara. Maka disebabkan itu PAS mengajak seluruh pihak agar mengamalkan BPMS agar masyarakat dan negara terpelihara.
Mengaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara ataupun dengan mengatakan Tuan Guru Presiden PAS berdiam diri membiarkan Diplomat Israel menjejakkan kaki di dalam negara akan menghakis sokongan masyarakat terhadap PAS, sebenarnya ia tidak akan berlaku dan hanyalah kerja sia-sia.
Rakyat makin celik dan sedar realiti politik semasa kerana segala maklumat hanya di hujung jari sahaja. Setiap kali difitnah, PAS makin kuat. Setiap kali dihenyak, PAS makin hebat.
SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik
Sumber HD - 16-2-2018 













Teori Rukun Hajarul Aswad

 MASYARAKAT Islam di Malaysia hari ini terpengaruh dengan satu teori berkait dengan Rukun (sudut) Kaabah. Teori ini menyatakan bahawa Tanah Melayu akan menjadi tempat kebangkitan Islam berdasarkan petunjuk arah rukun Hajarul Aswad. Ini kerana jika diteliti semua rukun-rukun lain iaitu rukun Iraqi, Syami dan Yamani, kesemuanya telah dihuru-harakan oleh Zionis laknatullah. Hanya kawasan arah Rukun Hajarul Aswad sahaja yang masih selamat.
Berdasarkan reaksi di media sosial, ramai juga yang mempercayainya. Setakat saya menyampaikan kuliah yang berkait dengan eskatologi, ramai juga jemaah yang bertanya berhubung teori ini. Tidak kurang yang menghubungi melalui talian elektronik.
Saya belum pernah menemui teori ini di alam pengajian mahupun sekarang. Justeru bagi saya, teori ini amat lemah kerana ia hanya berdasarkan telahan akal semata-mata tanpa disokong oleh sebarang nas. Perkara yang melibatkan akidah (kepercayaan) sama ada yang usul mahupun furu' perlu kepada nas. Nas pula mestilah difahami mengikut kaedah yang betul. Syarat-syaratnya begitu ketat sehingga memerlukan ilmu-ilmu asas yang banyak sebelum layak berpendapat ke atas sebarang nas.
Mengukur ketepatan arah Rukun Hajarul Aswad satu perkara yang perlu dipertikaikan.  Jika dilihat pada rukun Yamani, ia tidak menunjukkan arah Yaman secara tepat. Yaman di sebelah tenggara Kaabah sedangkan rukun Yamani di sebelah Selatan. Rukun Syami lebih jauh dari arah Syam kerana ia menunjuk ke arah Barat sedangkan Syam di arah Utara Kaabah. Lalu bagaimana kita boleh menganggap Rukun Hajarul Aswad memaksudkan Tanah Melayu dengan alasan ianya menunjukkan ke arah Nusantara ini secara tepat?
Walaubagaimanapun, memang terdapat hadis di akhir zaman bahawa panji hitam akan bangkit dari arah Timur, tetapi tidak semestinya Tanah Melayu. Dalam hadis yang lain, ada menyebut mereka dari wilayah Khurasan, nama bagi kawasan yang dikongsi oleh Iran, Pakistan dan Afghanistan. Dalam hadis yang lain juga, dinyatakan juga mereka adalah dari keturunan Bani Tamim. Keturunan Bani Tamim menjadi pemerintah Qatar pada hari ini, dan negara tersebut juga berada di sebelah Timur Kaabah, arah rukun Rukun Hajarul Aswad.
Kesimpulannya, teori ini tiada sokongan dalil naqli dan tidak kukuh dari sudut aqli. Tetapi tidaklah menafikan kalau benar bangsa Melayu boleh menjadi watak utama di akhir zaman nanti. Tuhan boleh menjadikan mana-mana kaum mulia dan hina dengan izin-Nya. Sejarah merekodkan panji Islam sering bertukar tangan daripada Arab, Parsi, Rom, Kurdis dan Turkis. Hanya Allah yang mengetahui bangsa manakah yang seterusnya layak menerima kemenangan Islam.
Wallahualam..
30 Jumadal Ula 1439
16 Februari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 16/2/2018


























Sumber HD - 16-2-2018














Sahabat seiman, menginspirasi kekuatan

SETELAH sepuluh tahun bermastautin di Madyan, Allah S.W.T mengilhamkan Nabi Musa as agar kembali ke Mesir. Dalam perjalanan pulang tersebut baginda singgah di Wadi Thuwa. 
Tempat bersejarah tersebut menjadi saksi Nabi Musa A.S berbicara dengan Allah S.W.T secara langsung. Baginda turut diperlihatkan beberapa mukjizat yang dikurniakan Allah S.W.T iaitu tongkat dan tangan baginda. Seterusnya baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul, serta menerima perintah agar menyampaikan dakwah kepada Firaun dan kaumnya. 
Kegusaran Pesuruh Allah
Nabi Musa diperintahkan berdepan dengan Firaun, Raja yang paling berkuasa dan zalim pada era tersebut. Memiliki kekuatan tentera yang terlalu ramai. Kekuatan Nabi Musa adalah kerana baginda mendepani Firaun sebagai seorang Rasulullah.
Namun baginda tetap meluahkan kebimbangan baginda kepada Allah S.W.T. Baginda risau sekiranya dakwah baginda didustakan bahkan baginda tidak menolak kemungkinan baginda bakal dibunuh. 
Musa berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah membunuh seorang manusia dari golongan mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku. Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan mendustakanku.”
(al-Qasas: 33-34) 
Berkata Musa,"Ya Tuhanku, sesungguh­nya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku. Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.”
(asy-Syu'ara: 12-14)
Ibrah Musa dan Harun A.S
Situasi genting dapat diharungi dengan tenang apabila emosi kita berada dalam keadaan stabil. Perasaan yang terkawal, memudahkan untuk kita berbicara dengan tertib dan difahami audiens. 
Sebaliknya rasa gemuruh, debaran yang memuncak  menyebabkan nafas tidak teratur. Lebih parah lagi, kondisi sebegini menjadikan suara tersekat dan sukar difahami. Inilah gambaran senario yang berlaku kepada Nabi Musa dan Harun A.S. 
Rekod silam terbunuhnya seorang Qibti menimbulkan pelbagai kerisauan kepada Nabi Musa. Kekurangan yang dirasakan baginda membawa kepada doa agar baginda diteguhkan oleh seorang saudaranya, Harun A.S. 
Dua permintaan Nabi Musa
Pertamanya, Nabi Musa A.S memohon agar Allah melapangkan dadanya, merungkai simpulan lidahnya agar pertuturan baginda mudah difahami pendengar.
Kemudian, baginda turut meminta agar diutuskan saudaranya Harun as sebagai pembantu dan penguat baginda. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas". 
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (Iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah aku; dengan dia sebagai kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku 
Sahabat: Antara faktor penguat 
Nabi Musa turut menerangkan doa baginda dengan terperinci. Baginda memohon diutuskan saudara yang bersama-sama menjadi Nabi. Tujuannya agar mereka saling memperingati dalam perkara keimanan.  
"Supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingati Engkau." Permintaan yang mendidik kita bahawa selaku manusia, kita mempunyai kekurangan dan kelemahan yang akan ditampung oleh sahabat kita yang lain. 
Jangan kita nafikan fitrah manusia yang memerlukan sahabat. Namun, tatkala manusia menghalangi kita di jalan kebenaran, Allah S.W.T akan mencukupkan keperluan kita daripada manusia lain. 
Saidatina Aisyah membenarkan Arab Badwi
Suatu hari ketika Saidatina Aisyah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah. Di dalam perjalanan tersebut, beliau singgah beristirehat di sebuah perkampungan Badwi. Lalu beliau terdengar perbualan mereka. Seorang daripada mereka berkata; "Di dalam dunia ini, siapakah yang paling besar mamfaatnya kepada saudaranya?" Rakan-rakannya menjawab, "Kami tidak tahu." Lelaki itu berkata, "Kalau saya, demi Allah, saya mengetahui jawapannya." Lelaki itu menyambung, "Dia adalah Musa. Saat dia meminta agar saudaranya diangkat menjadi Nabi." 
Aisyah R.A berkata, "Dia benar, demi Allah." Kerana itulah Allah S.W.T berfirman memuji sikap Musa A.S: 
"Dan adalah dia(Musa), seorang yang mempunyai kedudukan yang terhormat di sisi Allah."
(al-Ahzab: 69) 
- HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 






























Pemuda PAN WP akui pemimpin PAN layak dikutuk

DALAM keghairahan beliau untuk mempertahankan PAN dan menyerang PAS di dalam isu panggilan PAS dengan gelaran "PIGS" oleh pemimpin PAN tertentu, Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, yang sebelum itu menyelar keras Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, kerana mewajarkan tindakan ini di atas alasan bahawa pemimpin PAS juga memanggil parti itu dengan gelaran PAN, menulis pula begini: 
“Ya, beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk).” 
(“Yes, a few of PAN's leaders are undisciplined and fail to live up to its slogan of Rahmatan Lil 'Alameen (hence deserve to be condemned).)” 
Bagaimanapun, kata beliau, “di atas perkiraan sama, PAS secara keseluruhannya busuk hingga ke umbi” (“by the same measure, PAS as a whole are rotten to the core”) kerana “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan Parti Amanah Negara”. 
Soal “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan Parti Amanah Negara” adalah satu soal lain yang boleh dihujahkan kewajarannya, bagaimanapun pujian perlu diberikan kepada Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan ini kerana berani mengakui: 
(1) PAN memenangi “Perlumbaan siapa lebih bangang” kerana “membabi-babikan satu pihak hanya kerana mereka meng-kuali-kan kita”. 
(2) Beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk). 
Kita tunggu dan lihat sahaja apakah pemimpin tertinggi PAN akan menyokong atau menegur Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan dalam isu ini. 
Jika benar beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk), maka sudah tentulah akan ada tindakan atau teguran ke atas “beberapa orang pemimpin PAN” ini. 
Jika tiada sebarang tindakan atau teguran yang diambil ke atas “beberapa orang pemimpin PAN” ini maka ia boleh membawa makna bahawa suara Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan tidak laku di dalam PAN dan hanyalah suara di pinggiran.
Sumber HD - 13-2-2018 
















Panggilan "PIGS" serlah celaru, lemah dan disiplin PAN

AGAK hangat juga nampaknya reaksi penyokong PAS dan penyokong PAN ke atas tindakan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memanggil PAS dengan gelaran "PIGS" (PAS IKATAN Gagasan Sejahtera) dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Pasir Mas pada 10 Februari 2018.
Turut mengulas mengenai tindakan memanggil PAS dengan gelaran "PIGS" ini ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, yang menulis di dalam Facebook beliau pada 12 Februari 2018 satu komentar yang mewajarkan tindakan ini di atas alasan bahawa pemimpin PAS juga memanggil parti itu dengan gelaran PAN.
Tulis Ustaz Zolkharnain, di bawah “PIGS dan PAN”: 
“1. Sebaik saja Amanah tertubuh, setahu aku, tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang menyebut Amanah. Semuanya menyebut PAN. Pengikut mereka juga begitu.”
“7. Jadi, orang PAS tak perlulah kecil hati sangat apabila disebut "PIGS" untuk merujuk kepada PAS - Ikatan - Gagasan Sejahtera. Lagi pun gabungan "PIGS" memang wujud pun.” 
“8. Kalau kalimat itu bermaksud babi-babi sekali pun, binatang itu juga makhluk Tuhan. Ia cuma haram dimakan, tapi tak haram disebut dan dipegang.”
Pada hemat saya, tindakan Pengerusi PAN Kelantan memanggil PAS dengan gelaran PIGS dan tindakan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN mempertahankannya adalah manifestasi kepada kecelaruan hala tuju serta kelemahan organisasi dan disiplin parti yang terdapat di dalam PAN walaupun PAN sudah mencapai usia dua tahun.
Seperti diketahui, Fasal 2.3 Perlembagaan PAN menyebutkan bahawa “cogan kata PAN” adalah “AMANAH, PROGRESIF, PEDULI”:
Seperti diketahui, Fasal 3 Perlembagaan PAN menggariskan bahawa “dasar dan tujuan PAN” adalah untuk: 
(1) Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan. 
(2) Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen). 
(3) Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan. 
(4) Mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan prinsip demokrasi di dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.
(5) Menggembleng seluruh segmen masyarakat dalam wadah perjuangan politik inklusif, merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan agama.
(6) Menghormati dan meluhuri Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta mempertahankan kebebasan asasi dan kedaulatan undang-undang.
Terlalu sukar untuk tindakan Pengerusi PAN Kelantan memanggil PAS dengan gelaran PIGS dan tindakan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN mempertahankannya disifatkan sebagai selari dengan “cogan kata PAN” serta “dasar dan tujuan PAN”.
Ini kerana di dalam al-Qur’an yang menjadi sumber utama ajaran Islam sendiri tercatat jelas larangan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk (Surah al-Hujurat: 11) dan kecelakaan besar bagi mereka yang suka mencaci dan mengeji (Surah al-Humazah: 1).
Apatah lagi bila Penasihat Umum PAN, Ustaz Ahmad Awang sendiri, telah, di dalam kenyataan media rasmi beliau pada 2 April 2017, memberikan arahan rasmi:  
“Saya menasihatkan ahli PAN di semua peringkat agar sentiasa bersabar dalam menghadapi pelbagai tohmahan dan karenah pihak tertentu dalam menangani perbezaan pendapat dan pendekatan politik semasa. Biarlah apa orang lain nak kata, namun kita tetap dengan pendekatan dan manhaj yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan perintah Allah seperti firman-Nya dalam surah Al-Imran ayat 159.”
Lebih jelas lagi adalah arahan rasmi Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir, di dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam pada 5 Februari 2017 yang berbunyi: 
“Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong PAN agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk PAS. Ini arahan rasmi daripada parti. Jika anda berada dalam grup Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari grup itu.”
Soalnya sekarang ialah kenapakah Pengerusi PAN Kelantan dan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN berani mencabar arahan rasmi Penasihat Umum PANdan arahan rasmi Setiausaha Agung PAN?
Tidakkah ini semua adalah manifestasi jelas kepada kecelaruan hala tuju serta kelemahan organisasi dan ketiadaan disiplin parti di dalam PAN?
Tidak peliklah bila hari ini Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, menyelar keras Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN dengan menulis di dalam Facebook beliau begini:  
“Takda kelas. Membabi-babikan satu pihak hanya kerana mereka meng-kuali-kan kita. Perlumbaan siapa lebih bangang telah jelas siapa pemenangnya. Tahniah Pak Ustad!” - HARAKAHDAILY 13/2/2018
































Sumber HD - 13-2-2018

Pemuda yang tidak mudah terpengaruh (Al-Kahfi)

SIFAT matang remaja ataupun pemuda Islam terdahulu lebih menonjol walaupun umur mereka ketika itu baru sahaja belasan tahun. Ada dalam kalangan mereka yang sudah dilantik menjadi pemimpin dan panglima Islam. 
Terdapat banyak kisah yang menceritakan mengenai pemuda sebegini yang boleh diambil pengajaran. Salah satu darinya ialah kisah Pemuda Ashabul Kahfi; bagaimana kita melihat mereka tidak mudah terpengaruh walaupun ketika itu bilangan mereka minoriti.
Allah S.W.T berfirman:
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk.
(A-Kahfi: 13) 
Di hadapan raja zalim, para pemuda tersebut berhujah mempertahankan iman dan prinsip aqidah yang mereka yakini dengan penuh berani dan bersemangat. Mereka mengakui bahawa hanya ada satu Tuhan yang layak disembah dan diminta pertolongan. Dia-lah Allah S.W.T yang Esa, Yang Maha Menguasai alam semesta beserta isinya yang kekal abadi dan padaNya tidak ada sebarang kekurangan. Dia-lah tempat kita meminta pertolongan dalam apa jua keadaan; susah ataupun senang, suka mahupun duka. 
Apabila mendengar hujah demikian, raja zalim itu menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk mengancam dan memaksa para pemuda meninggalkan agama mereka dalam tempoh masa yang diberikan. Jika mereka gagal berbuat demikian dan tidak mahu mengubah keyakinan dalam tempoh masa tersebut, para pemuda tersebut akan dipaksa untuk beriman dengan raja zalim atau bakal dijatuhkan hukuman mati. 
Pemuda tersebut terdiri daripada remaja berumur belasan tahun dan mereka bersatu kerana iman. Mereka tidak takut dengan ancaman tersebut dan bertekad untuk saling membantu serta mempertahankan keimanan mereka. Bagi mereka, lebih baik mati menggenggam iman daripada mengikuti jejak raja yang menyekutukan Allah S.W.T. 
Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama, pemuda-pemuda tersebut berbincang sesama sendiri untuk mencari satu keputusan muktamad. Kumpulan pemuda itu akhirnya bersepakat untuk bersembunyi. 
Allah S.W.T berfirman:
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi: 10) 
MOHAMAD FAROUK HAMZAH
12 Februari 2018
-HARAKAHDAILY 12/2/2018


































Sumber HD - 12-2-2018


















Di mana Tentera Islam Bersekutu?

ISRAEL telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap Syria selepas pesawat F-16 milik entiti haram itu terhempas dalam misi ke atas negara tersebut. Kerajaan Syria mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut. Beberapa kawasan strategik disasarkan oleh Israel di sekitar Damsyik, seperti kompleks ketenteraan Syria dan pengkalan-pengkalan yang menempatkan fasiliti ketenteraan Iran.
Teknologi dron
Tindakan nekad Israel tersebut ekoran dron milik Iran telah dikesan memasuki ruang udara Israel sebelum ini. Mengikut laporan pakar, dron tersebut dipercayai menggunakan sistem dron yang direka US, salah satunya ditangkap oleh Iran pada tahun 2011 di ruang udara mereka. Iran memiliki teknologi dron yang boleh dikira maju. Salah satu siri model yang hebat dinamakan sebagai Ababil. Ababil-T memiliki keupayaan mengebom, mengganggu sistem kawalan musuh dan mengumpul maklumat perhubungan dengan kawalan kira-kira 2,000km. Namun menurut jurucakap ketenteraan Iran, ianya bukanlah model tercanggih yang mereka miliki. Sehingga kini, siri-siri Ababil telah digunakan oleh Hamas, Hezbollah, Houthi dan Sudan.
Walaupun dron tersebut telah berjaya ditembak jatuh dan dirampas, tetapi ia menjadi satu peristiwa memalukan kerana Israel melalui syarikat Rafael Avanced Defense Systems sebelum ini mengumunkan memiliki teknologi anti-dron yang hebat termasuk drone dome. Mengikut rekod, Israel memiliki sistem pertahanan udara paling hebat di dunia dengan bantuan dana daripada US. Antara yang dibanggakan adalah Iron Dome. Malangnya roket-roket Hamas telah beberapa melewati sistem pertahanan tersebut dengan jayanya.
Rekod Israel-Syria
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa bahawa mereka berjaya menghancurkan beberapa premis ketenteraan Syria dan Iran termasuk pusat kawalan dron milik Iran di Damsyik. Penganalisis berkata, serangan ini adalah yang paling besar dilancarkan terhadap Syria sejak Perang Israel-Lubnan tahun 1982.
Syria pernah beberapa kali menyerang Israel sejak negara haram itu ditubuhkan. Antaranya pada tahun 1948 sejurus selepas negara haram Israel ditubuhkan. Seterusnga Perang Enam Hari pada tahun 1967 menyaksikan kekalahan memalukan pasukan Arab yang dianggotai Syria, Mesir dan Jordan. Syria kehilangan Bukit Golan dalam peristiwa tersebut. 
Tahun 1973, sekali lagi Syria dan Mesir melancarkan serangan terhadap Israel dalam Perang Yom Kippur, perang yang menjadi latar belakang kepada pengasasan sistem Petro-Dollar. Tahun 1982, Syria terlibat membantu Lubnan dalam perang menghadapi penjarahan Israel di wilayah selatan negara tersebut. Perang ni adalah lanjutan kepada serangan Iraq terhadap Iran, sebagai sebahagian daripada agenda US mengekang pengaruh Iran selepas revolusi 1979.
Syria juga menjadi hos kepada akitiviti musuh ketat Israel, Hamas di luar negara. Selain menjadi pusat perhubungan Hamas dengan dunia luar, Syria turut dijadikan sebagai tapak latihan dan pembangunan teknologi Briged al-Qassam dan pusat pengumpulan bantuan kebajikan dan ketenteraan. Namun krisis Arab Spring  2011 telah memaksa Hamas menutup operasi mereka di Syria, setelah beberapa kali diancam serangan militan.
Kerjasama ketenteraan Iran-Syria
Sejak krisis Arab Spring, Syria telah membentuk pakatan dengan Rusia dan Iran bagi menghalang agenda Barat terhadap negara tersebut seperti yang berlaku ke atas Iraq dan Libya. Kekuatan ketenteraan Syria banyak dibiayai dua negara terbabit. Pada 2017, Iran dan Rusia telah mengumumkan akan membina pangkalan tentera di Syria. Israel yang sudah hampa mengharapkan US untuk campurtangan dalam konflik ini, akhirnya bertindak sendiri mengecam hasrat Rusia dan Iran, dan akhirnya bertindak ke atas Syria.
Jurucakap Rejimen Al-Quds, sebuah pasukan elit milik Pengawal Revolusi Iran telah membuat kenyataan bahawa mereka telah mengenalpasti semua sasaran-sasaran serangan terhadap Israel di Tel Aviv dan Haifa. Tambah beliau, mereka memiliki peluru berpandu jarak jauh yang boleh sampai ke Israel dalam tempoh 7 minit setengah. Mereka akan bertindak bila-bila masa sahaja sekiranya kedaulatan dan keselematan Iran tercabar. Dipercayai misil tersebut berada di Syria.
Di mana negara Islam lain?
Sehingga ke hari ini, tiada mana-mana negara Islam yang membuat kenyataan mengecam tindakan Israel terhadap Syria. Berdasarkan pendirian terkini, pemimpin-pemimpin politik Islam mendokong pendiring Rumah Putih bahawa pengganas yang perlu dihapuskan adalah ISIS, Iran dan Syiah seperti resolusi yang dicapai pada Riyadh Summit Mei 2017. Tetapi tiada satupun kenyataan terhadap dikeluarkan dalam program tersebut. Persidangan Kemuncak Liga Arab di Kaherah beberapa bulan selepas itu turut mengulang fatwa US itu, dan membisu terhadap Israel.
Pada tahun 2015, Putera Mahkota Saudi Muhammad bin Salman telah menubuhkan Tentera Islam Bersekutu yang dikenali sebagai Nato Arab. Gabungan yang berpusat di Riyadh itu dianggotai oleh tentera dari 41 buah negara Islam.Tujuannya adalah bagi membasmi keganasan di rantau umat Islam. Namun sehingga ke hari ini, pengganas yang ditentang hanyalah sebagaimana yang didefinisikan US iaitu ISIS dan negara di bawah pengaruh Syiah. Tiada langsung agenda memerangi Israel.
Pejuang-pejuang Islam yang berperang sesama sendiri di Syria sama ada Kurdis, IS, FSA, Jabhat dan lain-lain juga sehingga kini hanya berdiam diri daripada menyatakan pendirian mereka terhadap musuh utama umat Islam, Israel. Semangat jihad tidak menampakkan tanda-tanda untuk tercetus seperti era Arab Spring dahulu.
Masyarakat muslim dunia? Pertubuhan Ulama? Gerakan Islam? Kebanyakan sukar untuk menyatakan pendirian. Ini kerana yang terlibat dalam pertempuran bersama Israel adalah dari kalangan Syiah. Sentimen anti-Syiah sangat menebal dalam penganut Sunni sama ada yang beraliran Salafi/Wahhabis mahupun Sufi/Tradisionalis. Kebanyakannya dilihat buntu kerana mengecam Israel dalam isu ini menggambarkan pengiktirafan terhadap pendirian kerajaan Syria dan Iran, golongan yang sudah dicop terkeluar dari kelompok Islam.
25 Jumadal Ula 1439
11 Februari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD -12-2-2018



















Penggunaan gelaran PIGS oleh pemimpin PAN PPBM

TERKEJUT juga saya mendengar ucapan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Pasir Mas malam tadi, 10 Februari 2018, yang memanggil PAS dengan gelaran PIGS (PAS IKATAN Gagasan Sejahtera).
Kata Cikgu Wan Abdul Rahim: “Kita akan mengalahkan PAS IKATAN Gagasan Sejahtera, PIGS. Ha, PIGS. Ambo tak sebut, ambo eja jah. Sebut bahaya, eja tak apa. PIGS.”
Panggilan PAS dengan gelaran PIGS ini turut dibuat oleh penceramah yang berceramah selepas Cikgu Wan Abdul Rahim, iaitu Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Pada hemat saya, memanggil PAS dengan gelaran PIGS ini bukanlah satu tindakan yang baik kerana ia boleh meningkatkan lagi suhu politik malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.
Jika gelaran sebegini digunakan oleh ahli bawahan maka ini mungkin boleh diterima sesuai dengan taraf mereka sebagai ahli bawahan, tetapi tidak patut jika mereka yang bergelar Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Negeri turut berbuat demikian.
Apatah lagi kerana penggunaan gelaran PIGS ini adalah sesuatu yang tidak tepat kerana Gagasan Sejahtera sebenarnya bukan sahaja dianggotai oleh PAS dan IKATAN tetapi oleh parti lain seperti BERJASA. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD - 11-2-2018 




















PAS diingatkan tidak guna strategi sama

YAKIN untuk menang itu tak salah, tapi jangan sampai over confident, kena terus berdoa dan berusaha. Bilangan yang ramai tak guna, kalau kita sekadar syok berkumpul ramai-ramai sesama kita. Bilangan ahli yang ramai juga bukan jaminan mutlak untuk suatu kemenangan. 
PAS bukan parti yang eksklusif untuk ahli sahaja. Dekati semua jiran tetangga dan rakyat secara inklusif, buat aktiviti kerjasama dengan rakyat, NGO, Persatuan Penduduk setempat yang membuka ruang rakyat bersama. Tidak dnafikan dalam era sekarang ini masih ada lagi rakyat yang fobia dgn PAS akibat dakyah fitnah BN dan DAP. 
Ziarah rakyat dari rumah ke rumah. Fahami masalah dan isu mereka. Beberapa wakil rakyat PAS sudah tunjukkan bagaimana cara betul untuk bekerja. Perlu strategi, fokus pada segmen pengundi untuk tingkatkan kepercayaan rakyat. 
Masa ziarah jangan datang bramai-ramai macam rombongan mak jemah, cukup beberapa orang. Kalau serbu ramai-ramai ini bikin rakyat tak selesa. Hormati keadaan hidup dan privacy tuan rumah. Hormati perbezaan pendapat, berlapang dada terima kritikan secara berdepan, jangan buang masa berdebat, jangan paksa mereka undi PAS, biar mereka undi secara sukarela atas kefahaman. Jangan lupa doakan mereka. Tugas kita menyampaikan, mohon Allah beri hidayah. 
Pacak banner, bunting, billboard dan bendera perlu strategi juga. Jangan habiskan wang buat hiasan kempen melampau, kita bukan sertai pertandingan replika PRU paling hebat, gunakan bahan buangan yang boleh direcycle. 
Jangan tampal banyak bahan kempen di tempat yang tak ramai orang atau penuh dipacak dekat rumah sendiri sahaja, jika clash dengan bendera lawan yang terlalu banyak di persimpangan jalan, jangan gusar, bubuh saja sehelai bendera besar bulan atau billboard dekat situ. 
Masa gantung bendera hati-hati. Memang seronok buat kerja parti, tapi keselamatan diri jgn diabaikan. Bila kemalangan, cedera bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, takut menyusahkan orang lain. Kalau strategi kempen dalam bandar dan luar bandar berbeza. Strategi dekat lapangan dan alam maya pun berbeza. 
Yang penting kurangkan buang masa berdebat berjela-jela dalam ruangan komen. Berdebat itu tak ada faedah pun. Kena lagi kalau yang berdebat dengan kita itu orang PH atau BN. Kita dah tahu stand mereka, bagi fakta banyak pun dia dah buta hati. Yang penting banyakkan buat status untuk menerang dan serang secara bijak dan berfakta. Promo info tentang parti, promo calon-calon.
Memang bagus komen up. Lepas baca saja komen up. Tapi lebih bagus kalau sahabat-sahabat klik butang share. Share info-info yang sudah dibaca di wall sendiri atau dalam group, viralkan setiap bahan menarik yang kita jumpa. Wajibkan diri anda untuk share sekurang-kurangnya lima status di wall sendiri. 
1000 orang share lebih baik dari 10 ribu orang komen up dan berjuta-juta like. Selain komen up, jangan lupa komen Allahuakbar, ini slogan PAS. Selain itu banyakkan buat komen doa, dan lebih baik buat solat malam dan bermunajat mohon kemenangan. Jangan pula sibuk selfie berdoa bagi pimpinan, kurangkan selfie di meja makan, kurangkan share benda-benda peribadi kat facebook. Banyakkan selfie gambar-gambar buat kerja atau jumpa rakyat. Untuk ubah keputusan PRU13 dalam PRU14 kita kena muhasabah banyak. Jangan guna strategi yang sama kalau mahu keputusan yang berbeza. Sekian, bersambung... 
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
10 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 

Ugutan: Husam ulangi taktik lapuk Tun M?

DALAM ucapan beliau pada Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bachok di Pejabat PAN Bachok malam tadi, 9 Februari 2018, Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa, mengeluarkan ugutan untuk menyiarkan rakaman ucapan sulit seorang pemimpin PAS yang mengakui kononnya “PAS secara senyap telah bekerjasama dengan Umno dan telah menerima wang daripada Umno” menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Kali Ke-14 ini. 
Kata Haji Husam: “Saya dulu mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno, sekarang nampak PAS nak bertanding sendiri, jadi apakah yang saya katakan dulu salah? Insya Allah, kalau Parlimen dibubarkan, saya yakin akan ada rakaman pengakuan seorang pemimpin PAS dalam sebuah pertemuan sulit bahawa PAS secara senyap telah bekerjasama dengan Umno dan telah menerima wang daripada Umno, termasuk bagi Pilihan Raya Sarawak yang lepas, PAS telah menerima wang daripada Umno, ini ada rakamannya yang saya kira akan tersiar apabila tiba masanya.” 
Ugutan Haji Husam ini mengingatkan saya kepada perkara sama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden Umno waktu itu terhadap Presiden S46 waktu itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, dan rakan kerjasama S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah waktu itu, iaitu PAS, menjelang PRU Kali Ke-8 pada 21 Oktober 1990. 
Ia berlaku bila Tun Dr Mahathir mengumumkan, pada 21 September 1990, bahawa beliau memiliki satu pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh, di dalam satu perjumpaan para pemimpin S46 di kediaman Tengku Razaleigh di Kuala Lumpur, yang menyebut rancangan Tengku Razaleigh untuk 'membunuh' PAS, di samping menghidupkan kembali Umno asal, setelah pakatan pembangkang memenangi PRU8. 
Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai ke sudah pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh ini gagal untuk didedahkan oleh Tun Dr Mahathir walaupun setelah beliau dicabar untuk berbuat demikian oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Presiden PAS waktu itu, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan oleh Tengku Razaleigh sendiri. 
Ugutan sebegini adalah cubaan paling mudah untuk memberikan persepsi negatif terhadap lawan politik kerana ia tidak memerlukan apa-apa pengeluaran modal atau hanya memerlukan pengeluaran modal yang sangat minimal. 
Munasabah jika Haji Husam selaku Pengerusi PH Kelantan mengguna pakai taktik sama yang pernah dibuat oleh boss beliau di dalam PH kerana Pengerusi PH ialah Tun Dr Mahathir. - HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 






















Benarkah Tun M tidak pernah diskriminasi Kelantan?

TERKEJUT besar saya bila mendengar ucapan Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa, dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Pakatan Harapan Parlimen Bachok di Pejabat PAN Bachok malam tadi, 9 Februari 2018, yang berbunyi “Tun Dr Mahathir ni tidak pernah diskriminasi Kelantan”.
Ini kerana ucapan Haji Husam ini jauh bertentangan dengan kenyataan beliau sendiri sebelum ini, dengan kenyataan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang merupakan Pengerusi PAN Kelantan sebelum ini, malah dengan kenyataan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sebelum ini.
Dalam kenyataan beliau sempena 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan pada tahun 2012, Haji Husam telah menyebut: “Sikap diskriminasi Umno yang berterusan, seperti penafian pembayaran royalti petroleum, pembinaan lebuh raya, lapangan terbang yang masih tidak diberikan status antarabangsa, pelabuhan yang belum benar-benar dimajukan oleh Kerajaan Pusat dan wujudnya pelbagai diskriminasi yang lain.”
Dalam kenyataan beliau pada tahun 2011, Haji Wan Abdul Rahim telah menyenaraikan 17 diskriminasi Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan, termasuk:
(1) Menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990 bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.
(2) Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan.
(3) Baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan.
(4) Menteri Besar tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(5) Geran Persekutuan dalam bentuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat.
(6) Peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.
(7) Permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.
(8) Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi. 
(9) Royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga Kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.
(10) Apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri
Penegasan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai diskriminasi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kerajaan Kelantan pula telah terlalu banyak direkodkan dan tidak jauh berbeza daripada kenyataan-kenyataan Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim yang merupakan bekas Setiausaha-Setiausaha Politik beliau sebelum ini.
Malah, bekas pemimpin Umno seperti Datuk Zaid Ibrahim juga turut mengakui diskriminasi Tun Dr Mahathir terhadap Kerajaan Kelantan ini di mana di dalam satu tulisan beliau pada tahun 2009 beliau telah menyebut: “Bila BN kalah kepada PAS sejak 1990, setiap kali Pilihan Raya Umum BN berjanji nak buat macam-macam kebaikan untuk rakyat di Kelantan. Tapi setiap kali BN kalah, orang Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi pembangunan BN.”
Lebih jauh lagi, diskriminasi Tun Dr Mahathir terhadap Kerajaan Kelantan ini juga turut disebut di dalam tesis PhD Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada tahun 1998 bertajuk “Federalism in Malaysia:Study of the Politics of Centre-State Relations” dalam mana beliau telah menyebut:
(1) “This centralisation of constitutional powers has been used by the federal government in a discriminatory manner to gain leverage against state governments under opposition control.”
(2) “The federal government refused to cooperate with the PAS-led state government in administering the state and also limited its assistance to the state’s economic development programmes in order to undermine the credibility of PAS claims to be a legitimate alternative to Umno rule.”
(3) “Mahathir’s Umno discriminated against Kelantan in terms of cultural development.”
Tidak saya sangka sama sekali sampai ke tahap ini cubaan mensucikan Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan selaku calon Perdana Menteri PH boleh berlaku di kalangan pemimpin PH Kelantan, termasuk oleh Haji Husam selaku Pengerusi PH Kelantan sendiri. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 























Dakwa ada pihak 'lobi' penarikan Darjah Kebesaran

LAPORAN berita akhbar The Star yang ditulis oleh Sira Habibu semalam, 8 Februari 2018, bertajuk “PAS-Led State Govt Lobbied For Titles To Be Revoked, Claims PAN” (Terjemahannya: “Kerajaan Negeri Kelantan Yang Diketuai Oleh PAS Melobi Supaya Darjah-Darjah Kebesaran Ditarik Balik, Dakwa PAN”) adalah dirujuk. 
Di dalam laporan ini ada terkandung tiga perenggan berikut: “PAN believes that the PAS-led state government lobbied for the revocation of the Datukship titles bestowed upon its leaders. This is because Kelantan State Secretary Datuk Mohd Faudzi Che Mamat wrote in the letters addressed to the affected parties that Sultan Muhammad V had “agreed” (bersetuju) to revoke the awards and titles. PAN leaders believe that the word “agreed” could be construed as agreeing to a proposal made by another party.” (Terjemahannya: “PAN percaya bahawa Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh PAS melobi supaya darjah-darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada pemimpin-pemimpinnya ditarik balik. Ini kerana Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat menulis di dalam surat-surat yang dialamatkan kepada pihak-pihak terbabit bahawa Sultan Muhammad V bersetuju untuk menarik balik darjah-darjah kebesaran dan gelaran-gelaran itu. Pemimpin-pemimpin PAN percaya bahawa perkataan “bersetuju” boleh membawa maksud bersetuju kepada satu cadangan yang dibuat oleh pihak lain.”) 
Sebenarnya, adalah menjadi adat pihak istana untuk menggunakan perkataan beradab seperti “berkenan” atau “bersetuju” bila ahli-ahli keluarga diraja, termasuk Sultan, mahu melakukan sesuatu perkara walaupun perkara itu lahir dari kemahuan ahli-ahli keluarga diraja itu sendiri. Pemimpin-pemimpin PAN seharusnya lebih peka dengan penggunaan bahasa istana, atau merujuk kepada pihak-pihak yang lebih arif mengenainya, sebelum membuat dakwaan semberono bahawa penggunaan perkataan “bersetuju” untuk menarik balik darjah-darjah kebesaran dan gelaran-gelaran kepada pemimpin-pemimpinnya membawa maksud penarikan balik itu adalah berpunca daripada satu cadangan yang dibuat oleh pihak lain.
Dakwaan sebegini tidak sewajarnya dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAN mahupun oleh mana-mana pihak lain kerana ia seolah-olah cuba memperlekehkan keupayaan Sultan Muhammad V untuk membuat pertimbangan sendiri dalam soal penting seperti penarikan balik darjah-darjah kebesaran dan gelaran-gelaran ini sedangkan ia adalah kuasa prerogatif Sultan Muhammad V yang tidak didorong oleh mana-mana pihak lain selaras dengan peruntukan Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.-HARAKAHDAILY 9/2/2018
Sumber HD - 9-2-2018 

























Medan utama persaingan kuasa dunia

RANTAU Asia Barat dan Afrika Utara telah mencatat sejarah tersendiri apabila kekal sebagai kawasan paling menyaksikan persaingan sengit di dunia, mengatasi rantau-rantau lain sepanjang berdekad lalu. 
Sejak pembahagian menurut peta baharu Sykes-Picot, penubuhan Israel, hingga ke perang yang dicetus oleh kebangkitan Arab Spring, rantau Asia Barat dan Afrika Utara tidak pernah sunyi daripada krisis. 
Pertembungan Turki dengan Arab, Arab dengan Parsi, sekular dengan Islamis, dan sebagainya, terus menjadi satu ciri utama persaingan di rantau penting dunia Islam ini, yang dipanaskan lagi oleh percaturan kuasa-kuasa besar yang bersaing.
Selama ini, sejak kejatuhan Soviet, hanya Amerika Syarikat yang mendominasi rantau ini, tetapi kini Rusia melalui kuasa politik, China melalui kuasa ekonomi merancakkan lagi politik serantau di sebelah sini. 
Lima pertembungan ini kekal menjadi ciri utama rantau ini, rantau utama persaingan kuasa-kuasa dunia, dan semakin menghampirkan rantau ini kepada satu konflik berskala besar. 
Arab Saudi dengan Iran
Takdir geografi telah meletakkan Arab Saudi dengan Iran berseberangan dalam perkiraan di rantau ini, lebih-lebih lagi selepas Iran dikuasai Syiah pada 1979, dan Saudi kekal dalam orbit AS. Persaingan kedua-dua negara meliputi kuasa melibatkan wilayah - paling utama Teluk Parsi yang dinamakan Teluk Arab oleh negara-negara Arab - aliran agama dan ideologi politik, dan segala isu yang berkaitan. Riyadh berjaya menguasai kepimpinan dunia Islam Sunni melalui kedudukan Makkah dan Madinah, dan sehingga kini dapat menyatukan banyak negara Islam di bawah satu agenda dipimpinnya. Walau bagaimanapun, Saudi semakin tercabar oleh Iran yang meningkatkan pengaruh selepas 1979 dan sekitar sedekad kebelakangan ini, pada masa sama Saudi merasakan semakin resah dengan perkembangan serantau. 
Israel dengan Palestin
Israel menerima sokongan kuat kuasa besar dunia AS, manakala Palestin terpecah kepada dua kumpulan besar, Fatah dan Hamas. Sejak penubuhan Israel pada 1948, wilayah dikuasainya bertambah dan kini semakin menghampiri satu impian 'Israel Raya' dan pada masa sama mula membina hubungan baik dengan beberapa negara Arab. Sejak tahun lalu, Palestin berdepan cabaran yang semakin getir, apabila Gaza yang dikepung semakin lemah dan Hamas yang menguasainya terpaksa berkompromi dengan Fatah dan Mesir yang berhubungan baik dengan Israel. Akibat perkembangan sepanjang kebangkitan Arab, perjuangan pembebasan Palestin semakin terpinggir akibat hab di Syria yang digugat, pada masa sama AS meningkatkan sokongan kepada Israel.

Kurdistan lawan Turki, Parsi, Arab
Perjuangan kemerdekaan Kurdistan mencapai kemuncaknya pada tahun 2017, apabila Wilayah Autonomi Kurdistan di Iraq melaksanakan referendum untuk merdeka. Kurdistan Iraq juga semakin bertindak sebagai sebuah negara berdaulat walaupun tidak diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara. Ekoran kebangkitan dan perang di Syria, Kurdi Syria yang berhubungan baik dengan militan berhaluan kiri Parti Pekerja Kurdistan, PKK, telah menguasai beberapa kawasan di sepanjang sempadan Syria-Turki, memperlihatkan potensi satu wilayah Kurdistan yang bersambung dan membina sebuah Kurdistan meliputi Iraq dan Syria hingga ke Laut Mediterranean. Kurdi juga menerima sokongan dan bantuan daripada AS, dengan alasan untuk memerangi ISIS. 
Arab Saudi-UAE dengan Turki-Qatar
Dua pakatan ini selama ini telah menunjukkan perbezaan yang ketara dalam banyak isu di rantau Asia Barat dan Afrika Utara. Walaupun kesemuanya sekutu rapat Washington, perkembangan sejak setahun dua lalu terutamanya telah meletakkan Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi bertembung hebat dengan Qatar, pendukung utama Ikhwan Muslimin. Tahun lalu, Turki menunjukkan kesediaannya membantu Qatar, dan menjadikan persaingannya dengan Saudi dan Emiriyah semakin terbuka. Kedua-dua Emiriyah dan Turki juga bersaing dalam melaksanakan projeksi kuasa di seluruh rantau Asia Barat hingga ke Tanduk Afrika. Terbaru, ekoran episod cubaan rampasan kuasa di Turki dan kepungan terhadap Qatar, persaingan ini menjadi semakin sengit.


Militan dengan Syria
Sejak 2011, kumpulan-kumpulan militan dan pemberontak telah terlibat dalam perang terhadap kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad. Didukung oleh Arab Saudi, Qatar, dan Turki - dan kuasa besar AS - kumpulan-kumpulan militan ini muncul sebagai kuasa penting di Syria pada masa ini, hasil gerakan mereka sejak tujuh tahun lalu. Walaupun kuasa yang menyokong ada yang telah menarik atau mengurangkan sokongan, Turki pada masa ini kelihatan meningkatkan semula sokongan untuk menguasai wilayah sempadan Syria-Turki. Melalui operasi memerangi militan Kurdi YPG di Syria, Turki menggunakan kumpulan-kumpulan militan yang disokong untuk membantu kempen. Kumpulan-kumpulan ini kini kembali berusaha membina kedudukan di Syria.-HARAKAHDAILY 8/2/2018
















































Sumber HD - 8-2-2018


















































Keindahan ‘ideologi’ politik Islam

ARTIKEL ini sebagai menjawab salah faham daripada inti pati pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India pada 4 Februari 2018 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. 
Tidak sunyi dari serangan
Sejak PAS ditubuhkan, parti tertua negara ini tidak pernah sunyi dengan serangan musuh politik. Bermacam-macam peluru cuba dibenam ke dalam jasad PAS. Ada juga anggota PAS yang tersungkur dengan peluru-peluru tersebut, keluar menubuhkan wadah baru atau bersama wadah musuh. Tetapi tuhan takdirkan PAS tidak pernah terkorban dengan serangan itu. Malah mereka pula yang menanggung rugi kerana sentiasa kehabisan peluru.
Kali ini mereka beroleh peluru baru untuk membantai PAS iaitu isu dua kabinet. Sudah menjadi kerja mereka, kalau tak cari salah PAS maka tidak ada maknalah mereka terlibat dalam ruang politik. Berkecimpung dalam politik Malaysia bermaksud wajib serang PAS.
Kenapa mereka tidak kemuka cadangan solusi untuk membantu negara? Sebab bagi mereka politik bukan untuk mencari solusi, tapi untuk menghentam orang sahaja. Bila orang yang dihentam jatuh, merekalah yang akan naik. 
Apa mereka nak buat bila naik? Tak penting. Biarlah apa nak jadi pada negara. Yang penting dapat kuasa. 
Sambutan India kepada PAS
Ucapan Presiden PAS yang diputar belit itu adalah sebahagian dari pengisian PAS dengan komuniti India di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang pagi 4 Februari lalu. Sambutan yang diterima sangat hebat. Dewan penuh. Penonton live facebook mencecah 14000 orang, atau mungkin lebih jika dikira secara unik. Sesi soal jawab meriah dengan berbagai respon yang mengharapkan PAS mampu membawa perubahan untuk kaum mereka.
Walaupun Pulau Pinang dikenali sebagai kubu kuat DAP, sambutan kaum India memberikan signal bahawa DAP dalam bahaya. Seandainya PAS mampu menjadi platform atau faktor penyatu kepada semua pihak yang tidak berpuas hati dengan urus tadbir pincang DAP termasuk bangsa Cina sendiri, tidak mustahil maruah DAP akan terlondeh di satu-satunya negeri harapan mereka. 
Dua Kabinet rekaan media
Berhubung dua Kabinet, tidak ada satu pun ayat yang keluar dari mulut Tuan Guru menyebut terma tersebut. Kenyataan beliau yang dikelirukan adalah dari penjelasannya tentang kandungan kitab _Ahkam Sultaniah_ yang ditulis oleh Imam Mawardi. Beliau menjelaskan bahawa Islam membahagikan peranan Badan Eksekutif iaitu Kabinet atau Jemaah Menteri kepada dua bentuk iaitu Wizarah Tafwidh dan Wizarah Tanfiz. Wizarah Tafwidh adalah Menteri yang berkuasa menentukan dasar umum dan polisi yang berkait dengan kedaulatan dan hala tuju depan negara. Wizarah Tanfiz pula adalah Menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan perlaksanaan (eksekutif) terhadap dasar-dasar kerajaan dan undang-undang negara. 
Ia bukan sistem Kabinet baharu yang perlu dibentuk. Kerajaan yang dibentuk oleh BN selama ini sudah mengamalkan pembahagian sedemikian tetapi bukan atas dasar agama, sebaliknya lebih kepada kedudukan kaum. Ada Kementerian yang perlu orang Melayu pegang, ada Kementerian yang wajar diberikan kepada Cina dan begitu juga India, dan wakil etnik Sabah dan Sarawak. Bukan sesuatu yang pelik.
Kesemua Menteri samada Tafwidh atau Tanfiz berada di dalam satu kabinet yang sama dikenali sebagai Jemaah Menteri. Sebarang perkara yang memerlukan keputusan bersama akan turut melibatkan Menteri bukan Islam. Keputusan Menteri adalah tanggungjawab bersama (collective responsibility) setiap anggota Kabinet. 
Bukan Islam jadi Menteri
Tujuan perbincangan ini dimasukkan dalam Ahkam Sultaniah adalah bagi memberikan tempat kepada bukan Islam untuk terlibat dalam pemerintahan negara iaitu pada kumpulan Wizarah Tanfiz, sesuai dengan waqi' beliau dalam masyarakat berbilang agama di Iraq. Dari segi prinsip, pemisahan ini perlu agar kita jelas di mana batas-batas penglibatan bukan Islam di dalam sesebuah pemerintahan bagi menjamin ideologi negara.
Mengikut Kabinet yang ada sekarang, hanya beberapa portfolio yang berada di bawah klasifikasi Wizarah Tafwidh seperti Menteri Ekonomi, Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Luar dan Pendidikan. Adapun yang lain, kebanyakannya bersifat Wizarah Tanfiz. Ini bermakna Islam membuka ruang yang besar di dalam kepada bukan Islam untuk turut bersama di dalam pentadbiran sekiranya mereka memiliki merit yang sepatutnya sebagai seorang Menteri. 
Senang cerita, apa yang Presiden PAS cuba sampaikan adalah bagi menjelaskan bahawa Islam membenarkan orang bukan Islam terlibat dalam pentadbiran. Tidak sama dengan sistem teokrasi ataupun negara Mullah, negara Taliban atau Islamic State yang dibawa IS yang tidak menepati fikah Islam. Malangnya musuh politik PAS pantas memainkan isu kononnya PAS telah melakukan diskriminasi terhadap penganut agama lain. 
Keterbukaan Islam dari idealogi lain
Jika difahamai secara lebih murni, Islam merupakan satu-satunya 'ideologi' perjuangan yang membenarkan penganut ideologi lain bersama di dalam pentadbiran negara. Mengikut amalan negara-negara maju lain, jika Parti Liberal memerintah, semua Kabinet akan dipilih dari mereka yang berideologi Liberal bagi memastikan Liberalisme menjadi ideologi negara. Jika Konservatif memerintah, seluruh menteri Kabinet adalah pejuang Konservatisme. Begitulah dengan Komunisme, Sosialisme dan Fasisme. 
Jika ada yang sedikit terbuka seperti di UK, paling tinggi pihak berlainan ideologi hanya berada di tahap ketua jabatan sahaja. Tidak di peringkat Kabinet, melainkan jika pembentukan kerajaan berlaku dengan gabungan beberapa parti. 
Inilah apa yang cuba dijelaskan oleh Tuan Guru Presiden berkenaan akidah negara. Akidah merujuk kepada ideologi dalam bahasa arab.
Policy Maker dan Decision Maker
Seperkara yang mungkin tidak disedari adalah, pemisahan antara wizarah tafwidh dan tanfiz hanya berlaku di dalam Badan Eksekutif. Di badan Legislatif iaitu Parlimen, Islam turut membenarkan bukan Islam terlibat dalam mesyuarat bahkan mempunyai suara dalam menggubal atau meminda undang-undang dan perlembagaan. Rasulullah S.A.W telah menunjukkan perkara ini apabila kalangan Yahudi yang minoriti turut dijemput sebagai 'panel penggubal' piagam Madinah selain dari musyrikin Arab sendiri. 
Begitu juga di Badan Kehakiman, oleh kerana Islam menerima amalan dua kepelbagaian set undang-undang sebagaimana yang sudah diamalkan di dalam negara menerusi sistem federalisme, Islam turut membenarkan hakim dilantik dari kalangan bukan Islam bagi kes-kes yang tidak melibatkan orang Islam. Bagi jawatan peguam dan pengamal undang-undang lain juga, tidak ada masalah bagi bukan Islam terlibat. 
Audiens jelas, orang luar pula keliru!?
Sekiranya kita berada di dalam dialog tersebut, tentu sekali kita akan jelas bagaimana rahmatnya 'ideologi' Islam yang dibawa oleh PAS untuk semua kaum dan agama. Walaupun sesi soal jawab rancak dengan persoalan, tetapi tidak ada satupun soalan yang ditimbulkan berkenaan wizarah itu. Menunjukkan mereka tidak ada masalah dari sudut itu. Polemik ini timbul selepas laporan media disebarkan oleh portal-portal yang tidak bertanggungjawab. 
Malangnya yang menimbulkan kekeliruan adalah orang Islam sendiri. Lebih menyedihkan, ia dijaja oleh kalangan agamawan dari parti PKR, PAN dan juga yang mendakwa diri sebagai ahli akademik Islam dan pendakwah bebas tetapi sentiasa bias ke atas PAS. Mustahil mereka yang sudah ditahap PhD tidak pernah membaca Ahkam Sultaniah yang begitu masyhur itu. Mustahil mereka tidak faham apa itu tabayyun bila didatangi sebarang berita. 
Martabat bahasa Ibunda
Suka untuk saya kongsikan, antara perkara menarik yang dijelaskan oleh Tuan Guru Presiden di dalam dialog adalah nasib pendidikan kaum India. Mereka mengeluh dengan tahap pendidikan kaum mereka yang masih lemah kerana SJK India hanya di tahap Sekolah Rendah sahaja. Menyebabkan ramai generasi India tidak mampu kedepan kerana tidak menguasai bahasa kaum lain. 
PAS memberikan komitmen untuk menangani masalah ini kerana PAS percaya, untuk mengilmukan sesuatu bangsa mesti dengan bahasa mereka sendiri. Perkara ini bertepatan dengan dapatan UNESCO yang menunjukkan bahawa pembelajaran dalam bahasa asing gagal mengilmukan sesuatu bangsa. Negara patut belajar dari sejarah Islam, dan juga mencontohi dasar pendidikan berkait dengan bahasa di Jepun, Jerman, Perancis, China dan lain-lain. Mereka maju dengan bahasa ibunda masing-masing. 
Dialog Interfaith
Di dalam dialog ini, Presiden menyampaikan mesej akidah Islam dengan sangat harmoni. Beliau menerangkan konsep ketuhanan Islam yang menolak penyembahan patung-patung dan batu walaupun di hadapannya adalah penganut Hindu. Beliau turut berkongsi beberapa kaitan agama Islam syariat terdahulu dengan Hindu seperti asal usul Brahma, Shiva dan upacara bakar mayat. Beliau tidak sesekali bersikap apologetik menyembunyikan kebenaran Islam demi menjaga hati orang kafir. 
Dalam waktu yang sama, beliau menjelaskan bahawa Islam tidak memaksa seseorang meninggalkan agama mereka. Islam mesti dianut dengan kerelaan dan kesedaran. Bahkan Islam menjaga hak-hak agama lain dengan membenarkan mereka mendirikan rumah-rumah ibadat dan mengamalkan upacara mereka selagi tidak melampaui hak asasi manusia. 
Untuk maklumat semua, Kelantan telah memperkenalkan elaun untuk Sami-sami yang menjaga rumah ibadat di sana. Satu perkembangan yang baik dalam menggambarkan penghormatan PAS terhadap agama lain. 
Demokrasi wasilah dakwah
Majlis tersebut benar-benar membuktikan PAS memanfaatkan wasilah politik bagi tujuan dakwah. Ruang demokrasi yang diberikan ini diolah bagi menguntungkan Islam bukan sekadar bagi mencapai matlamat kuasa sahaja. 
Perkongsian Presiden PAS sama sepertimana siri-siri kuliah Dhuhanya di Rusila. Cuma lebih fokus kepada info-info yang wajar diketahui kaum India. Menunjukkan bahawa apa yang disampaikan di Masjid Rusila itu tidak hanya untuk orang yang biasa ikuti kuliah beliau sahaja, tetapi umum untuk semua. Tiada apa yang sensitif dan tidak perlu bimbang untuk berkongsi. 
Ikuti rakaman asal
Banyak lagi perkara-perkara menarik yang boleh didapati dalam program tersebut. Sesiapa yang mengikutinya, pasti akan terpaku dan terpesona dengan keindahan Islam. Tidak hairanlah sepanjang program berlangsung, jumlah penonton sentiasa meningkat hingga mencecah 14000 orang pada masa kemuncak. 
Saya cadangkan yang masih belum mengikutinya untuk berbuat demikian menerusi Facebook PAS Pulau Pinang. Baik bagi bukan Islam yang selama ini masih skeptikal dengan Islam dan baik juga bagi orang Islam yang merasa diri masih jahil tentang agama sendiri.
Klik link dibawah untuk redirect ke rakaman tersebut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1678627502200591&id=209205819142774 
Islam benar, penganutnya boleh salah
Untuk akhir, saya kongsikan satu lagi perkara menarik yang dinyatakan Presiden PAS. Untuk memahami agama ini, perlu melihat kepada inti pati ajaran Islam sendiri. Jangan melihat kepada penganutnya sahaja. Kerana manusia bersifat lemah dan sentiasa melakukan kesilapan.
Jangan melihat kepada rekod pemerintah yang mendakwa Islam sama ada dalam sejarah lalu atau di zaman moden, kerana mereka juga manusia. Tidak semestinya Islam itu bertepatan dengan setiap tindakan mereka. Rujukan utama Islam hanyalah al-Quran dan Sunnah. PAS memberi komitmen untuk sentiasa bergerak di arena politik selari tuntutan al-Quran dan Sunnah, tetapi tidak terikat dengan mana-mana amalan orang Islam lain. Hanya yang selari dengan tuntutan Islam sahaja dicontohi. Yang salah dijauhi. 
Apatah lagi, pemerintah Islam yang ada sekarang hampir semuanya adalah mereka yang mendapat restu dari kuasa Barat yang tidak mahu Islam yang sebenar didaulatkan. Kalau ada kalangan Islam yang sebenar meraih tampuk kekuasaan, pasti Barat akan berusaha menggagalkannya seperti yang pernah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki. 
Ya. Tekanan antarabangsa. Kalau faham bab ini, pasti dapat membaca kenapa PAS mengambil pendekatan mempersadakan diri sebagai King Maker dan memperkenalkan konsep Kerajaan Teknokrat, bukannya untuk terus muncul sebagai kepimpinan tertinggi.
ALANG IBN SHUKRIMUN -        HARAKAHDAILY 8/2/2018


















































Sumber HD - 8-2-2018


























Elak bazirkan undi, PAS pilihan terbaik

BULAN Febuari kini sudah menghampiri pertengahan usianya bermakna tarikh pembubaran Parlimen yang ditunggu-tunggu sudah semestinya semakin hampir. Parlimen penggal ke-13 ini tamat tempoh usianya pada 24 Jun 2018 dan jika tidak dibubarkan sebelumnya Pilihan Raya Umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran wajib itu.
Apa pun sudah pasti semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya ini mahupun badan dan agensi yang berkaitan kesemuanya sedang giat mempertingkatkan tahap persiapan mereka masing-masing. Penyediaan jentera yang lengkap, terlatih dan teratur adalah keutamaan parti-parti politik selain mengenal-pasti kerusi-kerusi yang mahu ditandingi serta calon-calonnya.
Pemilihan kerusi serta calon-calon bukanlah perkara mudah jika satu-satu parti itu terlibat dalam satu-satu gabungan atau pakatan politik malah kadangkala ia menjadi rumit dan mencemaskan. Ini bakal dan sedang kita saksikan berlaku pada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. 
Tindakan sabotaj atau cah keting memang lazim dan sinonim dalam BN khususnya dalam Umno. Apabila sahaja seorang calon dipilih, sudah barang pasti calon lain yang tidak terpilih akan meluahkan ketidakpuasannya dan ini sering diterjemah dalam gerak-kerja sabotaj dan pemulauan. Akibatnya ia menjejas perjalanan dan kelancaran jentera BN, dan jika tentangannya terlalu hebat ia malah mampu melumpuhkan jentera diperingkat Dun atau Parlimen. 
Begitu juga kebelakangan ini kita dengar contohnya di Selangor. Pan salah sebuah komponan PH di Selangor dengan angkuh bangkit menyerang pengerusi PH Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali atas isu pembahagian kerusi di Selangor. Azmin dihamburkan dengan kata-nista, kononnya tidak layak memimpin bukan sahaja dari pimpinan Pan malah termasuklah dari DAP semata-mata kerana kononnya tidak cekap. 
Sebelum itu kita dengar majlis pengisytiharan pembahagian kerusi PH di Negeri Sembilan menjadi tegang dan huru-hara apabila wakil-wakil PBBM atau Bersatu bangkit memprotes keputusan pembahagiannya. 
Dan adalah dijangkakan semakin hampir tarikh pilihanraya umum, akan semakin sengitlah perbalahan berkaitan isu pembahagian kerusi dan mengenal-pasti calon-calon ini, dan ianya sudah pasti menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti-parti berkaitan. Tatkkala itulah akan berlaku drama dedah-mendedah, serta serang-menyerang yang kesudahannya akan mendidik rakyat agar menjauhi dari kelompok dan parti bermasalah ini, kerana nasib dan masa depan negara terancam kiranya mereka ini dinaikkan.
Berlainan dengan PAS. Melalui Gagasan Sejahtera, gerak kerja jentera pilihan raya serta proses mengenal pasti kerusi-kerusi dan calon-calon PAS dan GS kelihatan berjalan lancar dengan tenang dan teratur. Pengalaman mengajar PAS betapa pentingnya persiapan jentera pilihanraya selain mengenal pasti calon-calon yang benar-benar winnable dan mampu menarik minat rakyat pada PAS. PAS menyertai pilihanraya sejak dari tahun 1955 lagi. 
Proses di dalam PAS sungguh matang dengan masing-masing memberikan komitmen dan pengorbanan, manakala calon-calon pula melalui berbagai proses saringan dalaman parti sehingga akhirnya yang muncul adalah nama-nama yang benar-benar terbaik antara yang baik-baik dans ering nama-nama ini diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak.
Kerana itu bolehlah dikatakan dalam keadaan tiada lagi kerjasama politik dengan PKR dan DAP kali ini, PAS kelihatan lebih fokus dan gerak kerja pilihan rayanya lebih teratur dan tersusun dan tidak mustahil akan terbit sebagai parti paling berpotensi meraih kemenangan terbesar dalam PRU ini kerana mereka parti yang stabil dan meyakinkan. 
Dalam pada itu, timbul juga kebelakangan ini gesaan dari sekalangan pengundi khususnya para pengundi baru untuk merosakkan undi mereka dalam satu kempen yang dikenali sebagai Kempen "UndiRosak". Kononnya pilihan raya umum kali ini cuma menawarkan rakyat dua alternatif iaitu sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan. 
BN menurut kempen ini perlu ditolak kerana mereka bermasalah, manakala PH pula gagal mengemukakan alternatif yang meyakinkan kerana mereka kelihatan lebih berminat menonjolkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal PM mereka sedangkan beliau juga diketahui penuh bermasalah semasa beliau PM dahulu. 
Lantas kempen ini menggesa rakyat untuk merosakkan undi masing-masing agar kedua-duanya tidak naik. Sesungguhnya idea ini "UndiRosak" ini tidaklah memberi keuntungan dan manfaat buat mana-mana pihak malah ia sebenarnya bakal merugikan semua dan melatkkan negara dalam suasana tidak menentu.  
Apa yang berlaku hari ini, rakyat bukan punya hanya dua alternatif iaitu BN dan PH semata-mata tetapi di sana ada Gagasan Sejahtera dan PAS yang bertindak sebagai third force yang menjanjikan kepimpinan dan kerajaan yang terbukti bersih. Lebih penting PAS bersedia memperjuangkan nasib dan masadepan rakyat dan negara dengan sentiasa meletakkan ketaatan pada Allah S.W.T di hadapan.
Rakyat jangan sekali-kali membazir atau mempersiakan undi mereka. Katakan “tidak” pada BN dan PH kerana mereka memang telah dan sedia terpalit samada dengan ketempangan mahupun kepincangan yang baru ataupun lama. Tidak seperti PAS yang punya rekod cemerlang baik di Kelantan mahupun bersama di Selangor dan di Terengganu dan Kedah sebelum ini.
Kita punya pilihan yang terbaik, kerana itu kita semua wajar berani bangkit menuntutnya. Jangan rosakkan undi anda, jangan juga bazirkannya dengan mengundi mereka yang tempang dan pincang. Pilihan terbaik adalah PAS, biar selamat kita semua di dunia hingga ke akhirat. -HARAKAHDAILY 8/2/2018
Sumber HD - 8-2-2018 






















































Piagam Madinah: Keadilan sosial untuk bukan Islam

Islam memimpin umat
Kejayaan Baginda S.A.W membawa mesej Islam ke bumi Madinah tidak terhenti setakat ditikar solat, bahkan Baginda menterjemahkannya ke dalam masyarakat melalui sistem pemerintahan Islam yang menawarkan keadilan sosial buat semua penduduk. Sebab itu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sering menegaskan, Islam ini bukan diterjemahkan mengikut fahaman Barat iaitu religion, (agama yang sempit pemahamannya) tetapi ia adalah suatu cara hidup yang meliputi segenap aspek. 
Untuk membentuk kesepakatan sebuah negara yang unggul, Baginda S.A.W memperkenalkan perjanjian yang melibatkan semua pihak, Muhajirin dan Ansar dari kalangan umat Islam, qabilah Bani Nadhir, Qainuqa' dan Quraizah yang mewakili masyarakat bukan Islam (Yahudi) bahkan golongan Munafiq juga turut dibenarkan menyertainya. Persefahaman ini dipanggil Piagam Madinah yang kita sebut pada hari ini sebagai Perlembagaan.
Asas utama bagi piagam ini berdasarkan frasa perjanjian:
- وانه ما كان من بين هذه اهل الصحيفة من حدث او استجار يخاب فساده فمرده الى الله والى رسول الله.
"Dan apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan mereka yang terlibat dengan perjanjian ini sama ada daripada orang Islam ataupun bukan Islam, yang dibimbangi merosakkannya, hendaklah dikembalikan kepada Allah ( Al Quran) dan kepada Nabi S.A.W (Hadith)."
Ini menunjukkan asas utama bagi sebuah Negara Islam adalah meletakkan Al Quran dan Hadith sebagai rujukan utamanya. Apa-apa yang bercanggah dengan keduanya dikira terbatal, sama ada di pihak pemutus ataupun pelaksana.
Jaminan keadilan sosial
Tidak disangkal lagi bahawa dasar keadilan sosial adalah asas tertegaknya negara Islam. Berikut disebutkan beberapa prinsip kandungan piagam yang membela dan memberikan keluasan untuk orang bukan Islam.
Prinsip kelapan: Orang bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta mereka. Mereka tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam dan harta mereka tidak boleh dirampas.
Prinsip kedua belas: Kerajaan mestilah membantu orang bukan Islam yang dizalimi sebagaimana kerajaan melindungi orang Islam yang diganggu.
Prinsip keempat belas: Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada kedamaian, semua rakyat wajib menerima perdamaian samada Islam mahupun bukan Islam.
Prinsip kelima belas: Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau kesalahan orang lain. Seorang penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap diri dan keluarganya sendiri.
Prinsip keenam belas: Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan untuk keluar negara adalah terpelihara di bawah perlindungan negara.
Prinsip kelapan belas: Masyarakat ditegakkan diatas dasar kerjasama dalam kebajikan dan takwa, bukan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.
Kesemua prinsip ini dipelihara dengan dua kekuatan iaitu kekuatan spiritual (pengawasan Allah) dan kekuatan material (keadilan, kerjasama, kebenaran, kebajikan) 
Kebimbangan tiada asas
Daripada prinsip di atas sangat jelas bahawa tidak ada satu sebab pun orang bukan Islam perlu bimbang mereka ditindas mahupun di zalimi. Bahkan inilah sistem keadilan sosial tidak ada tandingnya yang wajar diterima oleh bukan Islam berbanding sistem pada hari ini.
Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(al-Mā'idah: 8)
Prinsip-prinsip ini amat bertepatan dan seiring dengan perkembangan pemikiran manusia berkenaan dengan definisi sebuah negara. Untuk menaungi seluruh manusia boleh dikatakan inilah prinsip yang paling sempurna, kerana Madinah bukan hanya diduduki oleh umat Islam, bahkan ia model kerajaan masyarakat majmuk yang amat berjaya. 
Sebab itu kebimbangan yang timbul, bukan kerana Islam tidak mampu memerintah, tetapi jarum Islamophobia yang keterlaluan dan kebencian untuk melihat Islam dipratikkan secara menyeluruh. 
Andai hari ini PAS dengan kesungguhannya mahu mengulangi keunggulan piagam Madinah di Malaysia, ia wajar disambut orang bukan Islam dengan lapang dada. Sudah tiba masanya sistem yang 'baru' mentadbir bumi Malaysia. Tanah air kita semakin tenat, bukan semata-mata diperintah oleh individu yang rosak, bahkan sistemnya juga adalah sistem yang gagal. Fitrah manusia mestilah kembali pada yang menciptakannya, bermaksud bersedia untuk mengikut aturan Tuhan.
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah"."
(az-Zumar: 38)
Lalu, bagaimana untuk mengembalikan keberkatan di bumi?
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(al-'A`rāf: 96)
Rujukan:
* Durus Wa Ibar min Sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie
* Kuliah Tuan Guru Hj Hadi Piagam Madinah
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
7 Februari 2018
-HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018 




























Tarik Darjah Kebesaran: Siapa sebenarnya berpolitik?

TERDAPAT pihak-pihak tertentu yang dilihat cuba mempertikaikan tindakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D. J. M. K.) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa, dan Pengerusi PAN Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. 
Kata mereka, tindakan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ke atas Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim ini tidak sepatutnya dibuat kerana ia kononnya merupakan satu campur-tangan pihak istana di dalam urusan politik negeri Kelantan, kerana ia kononnya mempunyai motif politik tertentu atau kerana ia kononnya dibuat di atas cadangan dan desakan lawan politik kepada PAN di Kelantan.

Lebih teruk ialah komen Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang bukan pun anak Kelantan tetapi adalah anak Pulau Pinang yang mencari makan di Perak, yang berlagak lebih sudu dari kuah dengan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran ini dibuat kerana ketegasan Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim dalam menegaskan prinsip mereka seolah-olah mereka menjadi mangsa kepada perjuangan mereka. 
Seperti sedia dimaklumi, penarikan balik darjah kebesaran ini adalah kuasa prerogatif Sultan Muhammad V yang diperuntukkan di dalam Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menyatakan Baginda boleh berbuat demikian jika pada pertimbangan Baginda “ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan (oleh penerima darjah kebesaran ini) yang mengharuskan diperbuat demikian itu”.
Dr Mujahid dan pihak-pihak tertentu ini tidak sepatutnya meletakkan kesalahan ke atas Sultan Muhammad V dengan memberikan gambaran seolah-olah Baginda berbuat demikian kerana Baginda tidak senang dengan ketegasan prinsip Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim kerana tidak menjadi kelaziman adat istiadat Melayu Kelantan untuk pihak istana menzahirkan kesalahan atau dosa yang telah dilakukan (oleh penerima darjah kebesaran ini). 
Adalah sangat tidak wajar untuk penarikan balik darjah kebesaran ini dipolitikkan oleh mana-mana pihak semata-mata kerana ia melibatkan orang politik kerana sebelum ini pun tiga orang bekas Menteri Besar dan seorang bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, iaitu Tan Sri Mohd Asri Muda, Datuk Ishak Lotfi Omar, Tan Sri Mohamed Yaacob dan Tan Sri Hussein Ahmad, juga pernah ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Sultan Ismail Petra. 
Di sebalik menjulang tanpa usul periksa pihak yang ditarik balik darjah kebesaran ini dengan cuba memberikan persepsi tertentu ke atasnya, apatah lagi bila pihak yang ditarik balik darjah kebesaran ini sendiri menyebut mereka sendiri tidak mengetahui punca penarikan balik ini dibuat, Dr Mujahid dan pihak-pihak tertentu ini sepatutnya menggunakan ruang ini untuk menggesa pihak yang ditarik balik darjah kebesaran ini melakukan sedikit muhasabah diri.
Tidakkah pemimpin PAN Kelantan pernah terfikir bahawa tindakan mereka menjaja Tengku Mohamed Sultan Yahya Petra di atas nama beliau sebagai “bapa saudara Yang di-Pertuan Agong” di dalam majlis-majlis politik PAN di Kelantan, sebagai satu contoh, bukanlah satu cubaan untuk mempolitikkan istana dan satu cubaan untuk memberikan persepsi tertentu terhadap Sultan Muhammad V hanya untuk kepentingan politik PAN? 
Sebagaimana pemberian anugerah mewajarkan kita untuk melakukan muhasabah diri, maka begitulah juga penarikan balik anugerah yang sepatutnya memerlukan kita turut berbuat demikian.-HARAKAHDAILY 7/2/2018
DR KAMARUL ZAMAN YUSOF
Sumber HD - 7-2-2018 

Musuh 'talibankan' PAS?

SEKALI lagi semalam, cubaan meracuni masyarakat bahawa PAS seumpama Taliban dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah sekian lama doktrin tersebut ditanam namun tidak berjaya, ia dimainkan sekali lagi di saat semakin hampir Pilihan Raya Umum sebagai kaedah untuk menjauhkan masyarakat dari PAS. 
Apabila berbicara mengenai Taliban dan mahu membuat persamaan terhadap PAS, perlu terlebih dahulu membuat perbandingannya. Terutama dari segi sosio politik, budaya, gaya pemerintahan serta struktur pemerintahan sama ada sebelum dan semasa pemerintahan Taliban itu sendiri. Namun hakikatnya ia sama sekali tidak serupa seperti yang di doktrin oleh pihak tidak bertanggungjawab. 
Pemerintahan Taliban
Pemerintahan Taliban siapa pun tidak dapat pastikan bagaimana ia beroperasi secara tepat. Namun seperti banyak kajian dan laporan yang di lakukan, pemerintahan Taliban ditakrifkan oleh Barat sebagai "Commander of Faithful" yang tidak sama seperti dengan dokongan PAS mahupun apa lakukan di Kelantan sekarang. 
Adapun terma "Commander of Faithful" itu di takrifkan sama dengan Amirul Mukminin seperti gaya pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Hakikatnya ia langsung tidak sama dengan zaman pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Ini kerana kaedah pemerintahan Taliban hanya bersandarkan kepada seorang pemerintah yang membuat semua keputusan dan wajib di patuhi 
Contoh pemerintahan PAS paling jelas ialah Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 dan PAS secara jelas mengangkat serta mengikuti sistem yang ada sekarang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Di Kelantan, PAS tidak pernah mendiskriminasi mana-mana pihak, bangsa, kaum mahupun agama. 
PAS mendokong sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, menerima kepelbagaian budaya dan kaum serta tidak pernah menafikan hak mahupun keperluan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sekali lagi jelas ia adalah tohmahan terhadap PAS dengan mereka cereka yang tidak benar dengan tujuan untuk memburuk-burukkan PAS. 
Dua modul kerajaan
Bagaimana boleh di tafsir atau dikatakan Taliban mengamalkan dua modul kerajaan sedangkan ia kabur dan menjadi kemusykilan dari mana sumber yang diambil? Walaupun ketika pemerintahan Taliban di Afghanistan terdapat struktur pemerintahan seperti menteri dan sebagainya, jelas sama sekali ia jauh berlawanan dengan sikap, pegangan serta dokongan PAS terhadap sistem pemerintahan dan Perlembagaan Negara. 
Apa pun ingin digambarkan terhadap Taliban, ia langsung tiada bersamaan dengan apa yang ada mahupun akan berlaku di Malaysia. Maka gambaran bahawa PAS mengamalkan dua modul kerajaan atau mahu mengamalkannya adalah dusta semata-mata. 
Digambarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa Taliban ataupun pemerintahan Khalifah Islam zaman dahulu 'menginstitusi pembunuhan' hingga yang melawan arus di hukum bughah, adakah ia benar ataupun khabar dusta semata-mata? 
Taliban biarlah, itu soal dia dan langsung tiada kaitan namun bila menyentuh sistem Khalifah Islam terdahulu, pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin lupa atau pun buta sejarah barangkali. Mereka lupa Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan lain-lain kerajaan besar dahulu, apakah yang mereka lakukan jika ada negeri, kumpulan atau orang perseorangan yang berpaling tadah dari mereka, tidakkah di takrif derhaka dan di hukum bunuh serta di perangi? 
Buta penglihatan tidak mengapa namun buta hati sedikit pun tidak berguna! 
Bukan Islam hanya eksekutif
Sekali lagi bagaimana pihak-pihak ini mengetahui bahawa Taliban meminggirkan bukan Islam ketika memerintah Afghanistan lalu membuat persamaan terhadap PAS? Jika tidak di teliti, kita akan terpedaya selama-lamanya. 
Di Afghanistan 99 peratus penduduknya beragama Islam, namun ada juga kajian yang dijalankan mendapati hampir keseluruhan penduduk Aghanistan beragama Islam. Etnik Pashtun adalah kaum majoriti di Afghanistan sebanyak 43 peratus, di ikuti oleh Tajik sebanyak 27 peratus, Uzbek 9 peratus, Hazara 8 peratus, Aimaq 4 peratus, Turkmen 3 peratus dan lain-lain etnik 5 peratus. 
Hampir 84 peratus bermazhab Sunni dan 15 peratus bermazhab Syiah. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja Yahudi, Sikh, Parsi dan Hindu di bandar terutamanya Kabul dan Kandahar. Sekali lagi perlu di ketahui bagaimana sosio politik Afghanistan berpaksi sejak dahulu serta peranan Loya Jirga dalam struktur masyarakat Afghanistan yang menjadi pegangan majoriti rakyat Afghanistan sehingga kini. 
Loya Jirga ialah sistem diguna pakai di Afghanistan sejak tahun 1747 untuk memerintah di mana ketika itu semua etnik dan puak yang ada di Afghanistan berkumpul di Kandahar untuk melantik seorang Raja. Loya Jirga atau 'Grand Council' ialah sistem di mana semua etnik dan puak menghantar wakil untuk menduduki Loya Jirga yang mana terdapat hampir 2500 wakil dari 17 daerah. 
Jika dikaji daripada maklumat di atas, kita akan menjadi musykil bagaimana dikata bukan Islam di Afghanistan dipinggirkan ketika Taliban memerintah. Kerana adapun Taliban memerintah dengan seorang pemerintah mutlak atau mengikut sistem Loya Jirga yang mendominasi Aghanistan sejak sekian lama, kita dapati memang tidak akan ada bukan Islam dalam pemerintahan Afghanistan. Baik Taliban atau bukan yang memerintah disebabkan struktur sosio politik Afghanistan itu sendiri. 
Jadi bagaimana pihak-pihak tidak bertanggungjawab boleh membuat andaian salah mengenai Afghanistan tanpa mengetahui keadaan di Afghanistan dan sosio politik mereka? Lebih jijik, mereka membuat persamaan yang langsung tidak lojik dan masuk akal dengan PAS. Jelas sekali, ia muslihat dan tipu daya yang kotor untuk mendoktrin masyarakat dengan memburukkan PAS sedemikain rupa. 
PAS pegang teguh Perlembagaan
Sekali lagi, PAS jelas berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan, berpegang kepada sistem Demokrasi Berparlimen serta Raja Berperlembagaan. PAS sejak awal lagi menyertai Pilihan Raya Umum sebelum wujud mana-mana parti 'pucuk muda' yang ada sekarang. Modul yang paling baik untuk dijadikan contoh ialah Kelantan yang sekian lama diperintah PAS. 
Maka untuk mengaitkan PAS dengan gaya pemerintahan Taliban adalah sesuatu yang tidak masuk akal serta berniat jahat. Sudahlah berkaitan Taliban pun tidak betul dan benar, banyak persepsi dan rekaan dari fakta lalu mahu dikaitan PAS dengan cerita murah sebegitu, cukup sedih dengan permainan kotor pihak sebegitu.
Jika mahu menang pilihan raya dan mengalahkan parti lain, buatlah cara bermaruah dan profesional, bukan dengan cerita dongeng yang cukup murah dan tragis. Ia cukup melambangkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan rendahnya mentaliti mereka, inikah orang-orang yang akan kita pilih untuk memimpin kita? Usah mudah tertipu, pilih pemimpin sebenar, bukan yang membuat cereka dan berpersepsi seburuk rupa kerana kelak kita dan negara binasa dan huru hara. -HARAKAHDAILY 7/2/2018 
SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik
Sumber HD - 7-2-2018 

Aktor bukan negara dalam politik dunia Islam

SELAIN kuasa-kuasa global dan serantau yang menguasai dan mencorakkan politik antarabangsa, kuasa-kuasa kecil terdiri daripada aktor bukan negara turut menyumbang kepada perkembangan rancak politik dunia Islam sejak beberapa tahun lalu, dan semakin menampakkan pengaruhnya kebelakangan ini. 
Kumpulan-kumpulan ini telah menjadi subjek utama atau berperanan dalam peristiwa-peristiwa besar dilaporkan dalam berita-berita antarabangsa, walaupun masih ramai yang kurang menyedari kehadiran atau kepentingannya dalam perkembangan serantau di dunia Islam. 
Di Asia Barat, rantau paling rancak persaingan geopolitik antara kuasa-kuasa utama, kumpulan-kumpulan ini berperanan sebagai proksi kepada kuasa-kuasa luar, tetapi pada masa sama mempunyai kepentingan tersendiri yang mahu dipertahankan dan dicapai, dan bukan sepenuhnya semata-mata alat kepada kuasa terbabit. 
Lima kumpulan ini ialah aktor bukan negara paling menonjol sepanjang tahun-tahun lalu dan paling utama pada 2017, dan akan memainkan peranan lebih luas pada tahun 2018 ini, hasil pengaruh yang telah dibina.

Pasukan Mobilisasi Rakyat
Pasukan Mobilisasi Rakyat, dalam bahasa Arabnya Hashd as-Shaabi ialah satu gabungan puluhan militia Iraq yang ditubuhkan oleh Kerajaan Iraq pimpinan Perdana Menteri, Haider al-Abadi. Tetapi kumpulan ini sering dilihat sebagai sepenuhnya proksi Iran, disebabkan kumpulan Syiah yang mendominasinya. 
Pasukan ini dibentuk oleh semua etnik termasuk Arab dan Turki. Baghdad kini berusaha menyerap elemen dalam pasukan ini ke dalam tentera Iraq, tetapi pada masa sama beberapa kumpulan yang didanai dan disokong Iran bertindak untuk kepentingannya dan kepentingan Iran. 
Dalam kalangan kumpulan-kumpulan Syiah, selain yang dinaungi Tehran, sebahagian menurut kepimpinan Ayatullah Ali al-Sistani. Hasil kejayaan memerangi ISIS dan peranan dalam menangani militan Kurdi, Hashd al-Shaabi kini mempunyai pengaruh politik tersendiri di Iraq, melibatkan masyarakat Syiah dan juga Sunni.


Taliban
Taliban kekal sebagai kumpulan paling dominan di Afghanistan walaupun selepas pemerintahannya di Kabul dihapuskan, disebabkan sokongan pihak luar terutama Pakistan dan juga Iran kemudian. 
Sejak 2016, penguasaan Taliban semakin luas di seluruh Afghanistan, dan semakin diiktiraf peranannya oleh pihak luar. Taliban dibina dan disokong oleh etnik utama, Pashtun, dan perkembangan sejak beberapa tahun ini meningkatkan lagi pengaruhnya. 
Kajian BBC baru-baru ini mendapati Taliban kini aktif di 70 peratus wilayah Afghanistan. Pada Oktober tahun lalu, sebuah kumpulan pemerhati Amerika Syarikat mendapati Taliban semakin meluaskan pengaruh sepanjang enam bulan hingga Ogos tahun lalu, dan telah menguasai 13 peratus daripada 407 daerah di Taliban. 
Pakistan pada hujung tahun lalu mendakwa pengaruhnya terhadap Taliban semakin terhakis, dan pihak lain seperti Rusia kini mungkin lebih mampu mempengaruhi Taliban. 



Houthi
Kumpulan Houthi kini menguasai ibu negara Yaman, Sanaa, dan telah muncul sebagai kumpulan terkuat di Yaman, menguasai kawasan paling ramai populasi dan didiami kabilah-kabilah utama. Selepas Ali Abdullah Saleh dibunuh dan kumpulan Islah merosot pengaruhnya, Houthi yang sebelum ini mara dan menguasai Sanaa hasil kerjasama dengan tentera yang setia dengan bekas presiden kini berada di kedudukan paling selesa untuk menjadi pemerintah Yaman, walaupun hanya Yaman sebelah utara yang dikuasainya. 
Walau bagaimanapun, Houthi tidak dijangka dapat memainkan peranan sebagai pemerintah dan pentadbir Yaman secara bersendirian ekoran ketiadaan pengalaman. Pada masa sama, Arab Saudi kekal menyokong kempen ketenteraan dan kepungan yang semakin melumpuhkan Yaman, memberi kesan pada keupayaan Houthi untuk terus mendominasi, dan di sebelah selatan, kumpulan pemisah telah mengukuhkan kedudukan dan sedang menuju pemisahan seperti sebelum tahun 1990.


Militan Kurdi
Dua kumpulan utama Kurdi berperanan di medan masing-masing, iaitu Peshmerga di utara Iraq dan Pasukan Pertahanan Rakyat atau YPG di utara Syria bersempadan dengan Turki. Kedua-duanya berpegang pada ideologi berbeza, tetapi mempunyai persamaan dalam perjuangan kemerdekaan etnik Kurdi. 
Peshmerga ialah pasukan bersenjata pihak berkuasa Kerajaan Wilayah Kurdistan di utara Iraq, dan YPG ialah pasukan militia Kurdi di Syria yang kini menuntut autonomi, ditubuhkan oleh badan politik Kurdi Syria tetapi turut disertai etnik lain dan sukarelawan luar terutama dari Barat. 
Tidak seperti Kurdi Iraq, YPG dan Kurdi Syria mempunyai hubungan rapat dengan Parti Pekerja Kurdistan di Turki yang dianggap sebagai teroris. Kedua-dua militia Kurdi ini berperanan cemerlang dalam perang dengan ISIS dan terus menerima bantuan daripada Amerika Syarikat, terutama Kurdi Syria pada masa ini. 
Kurdi Syria kini sedang diperangi oleh Turki, yang menganggap mereka yang bersekutu dengan PKK sebagai satu ancaman. 


Pemisah Yaman Selatan
Majlis Transisi Selatan ialah gabungan kumpulan di selatan Yaman yang menuntut pemisahan daripada Yaman yang disatukan pada 1990, penyatuan yang meneruskan  penguasaan Ali Abdullah Saleh ke atas Yaman selama 30 tahun. 
Kumpulan pemisah ini dipimpin oleh Mejar Jeneral Aidarus al-Zubaidi, yang memegang jawatan gabenor Aden dari Disember 2015 hingga April 2017. Kumpulan pemisah selatan ini semakin menggiatkan usaha membebaskan diri daripada Yaman yang bersatu kebelakangan ini dan menerima sokongan daripada Emiriyah Arab Bersatu, yang memasuki Yaman menerusi kempen ketenteraan pimpinan Arab Saudi pada 2015. 
Abu Dhabi melalui kuasa ketenteraan dan bantuan kewangan mengukuhkan penguasaan pihak pemisah, sehingga meminggirkan pemerintah yang diiktiraf pimpinan Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi. Minggu lalu, pihak pemisah selatan merampas pusat pemerintahan di Aden yang dijadikan pusat pemerintahan sementara kerajaan Yaman selepas Sanaa ditawan Houthi.-HARAKAHDAILY 6/2/2018




























































Sumber HD - 6-2-2018































Iman dan takwa, kunci istiqamah dalam perjuangan

ALLAH SWT memerintahkan Bani Israel pengikut Nabi Musa A.S berjihad membuka Kota Palestin. Taklifan yang jika dilaksanakan, akan meninggikan martabat Bani Israel. Daripada kaum yang ditindas Firaun menjadi kuasa pemerintah Palestin. 
Manfaat jihad untuk umat
''Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.'' 
Apabila umat Islam diarahkan berjihad, Allah S.W.T menjamin kemenangan jika kita beriman dan bersabar. 
Sebaliknya apabila umat ini meninggalkan kewajipan jihad, kita akan menjadi rugi dan terhina. 
Kun fayakun
Allah S.W.T boleh memberikan kemenangan secara percuma kepada Bani Israel. Perkara tersebut telah pun berlaku ketika Bani Israel diburu Firaun dan bala tenteranya. Bani Israel selamat menyeberangi laut, sebaliknya Firaun dan khadam-khadamnya tenggelam lemas di tengah lautan. 
Tetapi Allah memerintahkan mereka berjihad membuka Palestin. Ketika itu Palestin dikuasai Kerajaan Jabbarin yang besar dan gagah. 
Biadap dan ragu janji kemenangan
Pelbagai peristiwa ajaib telah berlaku sebagai pertolongan Allah kepada mereka. Mereka juga menyaksikan pelbagai mukjizat Nabi Musa A.S.  
Akan tetapi, perkara tersebut tidak menambah keimanan dan tawakkal mereka kepada Allah S.W.T.  
Bukan sahaja ingkar terhadap perintah jihad, bahkan mereka menyuruh Nabi Musa A.S sahaja yang berjihad dengan bantuan Allah. Sebaliknya mereka hanya mahu duduk berehat, menunggu kemenangan tersebut berlaku. Seolah-olah menyindir janji kemenangan dan pertolongan Allah. 
Istiqamah natijah dari iman
"Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: 'Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya pasti kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman'." 
Pengikut Nabi Musa A.S yang istiqamah pada masa tersebut hanyalah dua orang. Bilangan yang sangat sedikit. 
Kunci istiqamah mereka bersama perjuangan Nabi Musa A.S adalah iman dan takwa kepada Allah. Untuk membina iman yang kukuh, manusia mesti dididik dengan ilmu dan tarbiyah. Kerana iman tersebut akan berdepan ujian dan godaan yang menggugat keyakinan mereka terhadap Islam. 
Kerana degil dan malas berjihad
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu."  
Sebagai hukuman ke atas maksiat kedegilan mereka, Allah S.W.T menghukum mereka dengan disesatkan selama empat puluh tahun di padang pasir Sinai. 
Dalam tempoh tersebut, wafat Nabi Harun dan Nabi Musa A.S. 
Generasi tua yang pengecut juga mati dan digantikan Allah dengan generasi baru dan beriman. 
Contohi akhlak Sahabat
Perangai hodoh Bani Israel tersebut dirakamkan di dalam al-Quran supaya menjadi sempadan bagi kita. 
Sikap mereka berbeza dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. 
Dalam menghadapi Perang Badar yang serba kekurangan tenaga dan kelengkapan persenjataan, mereka tetap bersama-sama perjuangan Nabi S.A.W 
Al-Miqdad berkata, "Wahai Rasulullah, teruskan saja sebagaimana yang diperlihatkan oleh Allah kepada engkau, kami akan tetap bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana Bani Israil berkata kepada Musa, tetapi kami katakan: "Pergilah engkau berperang bersama Tuhanmu, kami akan turut berperang bersama." Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau berjalan dengan kami ke arah pasukan berpedang, tentu kami akan tetap menyerang dengan pedang bersamamu melawan mereka, sehingga engkau dapat menyampaikan dakwah kepada mereka." 
Sa’ad bin Mu’adz pula berkata: “Kami telah beriman kepada engkau dan membenarkan engkau. Kami bersaksi bahwa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami berikan kepada engkau janji kami untuk selalu taat kepada engkau. Oleh kerana itu, teruslah wahai Rasulullah dengan apa yang engkau kehendaki, kami akan tetap bersamamu. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau bentangkan lautan di hadapan kami, lalu engkau mengharunginya, tentu kami akan turut mengharunginya bersamamu dan tidak satu pun dari kami yang tertinggal. Sesungguhnya kami akan bersabar dalam peperangan dan jujur dalam pertemuan. Semoga Allah memperlihatkan kepada engkau apa-apa yang menggembirakan dari kami." 
Di sinilah terletaknya kemuliaan umat Nabi Muhammad S.A.W. "Sanggup pergi ke mana sahaja, kerana kami bukan seperti Bani Israel." 
Kejujuran dalam beriman.-HARAKAHDAILY 6/2/2019
Sumber HD - 6-2-2018 
































































Mana kejantanan Dr Afif dan PKR P.Pinang

KETEGANGAN antara PKR dan DAP Pulau Pinang berhubung dengan isu agihan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bukanlah sengaja diada-adakan kerana ia sebenarnya betul-betul berlaku.
Selewat 28 Januari lalu pun, portal berita The Malaysian Insight telah memetik Ketua Peneragan PKR Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia, Dr Afif Bahardin, sebagai memberi amaran kepada DAP Pulau Pinang: “Jika PKR perlu lepaskan kerusi, kami mahu DAP juga lakukan yang sama bagi memberi ruang kepada PPBM dan PAN. Jika DAP enggan berbuat demikian, PKR mahu semua 16 kerusinya.”
Ketegangan ini adalah berpunca daripada pelbagai kenyataan pemimpin PPBM dan PAN yang menuntut kerusi DUN Pulau Pinang bagi parti mereka.
Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, telah beberapa kali menyebut hasrat PPBM untuk meletakkan calon di 10 kerusi DUN Pulau Pinang yang kini diwakili oleh Umno. Enam daripada 10 kerusi ini ialah kerusi yang PKR tandingi dalam PRU 13, iaitu N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh dan N39 Pulau Betong. 4 kerusi lagi ialah kerusi yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas.
Dalam pada itu, pemimpin PAN pula, termasuk Timbalan Ketua Pemuda PAN Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil, yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, telah membayangkan minat PAN untuk bukan sahaja bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, malah di empat kerusi lain yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas, kerana, kata beliau, PAN akan mampu merampas kelima-lima kerusi ini dari PAS dan Umno.
Berhadapan dengan tuntutan berterusan PPBM supaya PKR melepaskan kerusinya inilah maka amaran Dr Afif Bahardin ini boleh difahami kerana PKR kini telah terpaksa melepaskan tiga kerusinya, iaitu N2 Bertam, N6 Telok Ayer Tawar dan N40 Telok Bahang, kepada PPBM, selain berhadapan dengan kemungkinan terpaksa melepaskan satu lagi kerusinya, iaitu N21 Sungai Acheh, sama ada kepada PPBM atau kepada PAN.
Kita lihat sahaja nanti sejauh manakah jantannya pemimpin PKR Pulau Pinang, khususnya Dr Afif Bahardin sendiri, di dalam berhadapan dengan pemimpin DAP Pulau Pinang ini. Apakah PKR Pulau Pinang akan mengotakan janjinya bahawa ia tidak akan melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusinya kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR?-HARAKAHDAILY 5/2/2018
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Sumber HD 0 5-2-2018 

































PKR-DAP bertegang di P. Pinang pasal kerusi

MALAM tadi, bertempat di SP Arena, Seberang Jaya, telah berlangsung Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang 2018 yang dihadiri oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, serta Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah. 
Banyak pihak, termasuk ahli-ahli PPBM, PKR, PAN dan DAP sendiri, apatah lagi penganalisis politik seperti saya, yang menjangkakan bahawa agihan 40 kerusi DUN Pulau Pinang antara parti-parti komponen PH Pulau Pinang akan diumumkan malam tadi selaras dengan amalan di negeri lain bahawa Konvensyen PH Negeri akan mengumumkan agihan kerusi DUN.
Malangnya semua yang menunggu hampa belaka bila Pengerusi DAP Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi DUN Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengakhiri ucapan beliau malam tadi dengan menyebut “saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi (DUN Pulau Pinang), ini bukan senarai dia, akan mengumumkan (agihan 40 kerusi DUN Pulau Pinang) apabila siap”.
Ucapan Chow Kon Yeow yang memberikan gambaran bahawa agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini n diliputi masalah diikuti pula oleh ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyebut bahawa agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini terpaksa dirujukkan ke peringkat nasional untuk diselesaikan oleh pemimpin tertinggi keempat-empat parti-parti komponen.
Kata Lim Guan Eng: “Itulah sebabnya kita nak bincangkan pengagihan kerusi ini secara teliti, kerana sungguhpun di peringkat Parlimen sudah ditentukan, di peringkat Negeri pun sama-sama penting untuk menyokong usaha untuk menang kerusi Parlimen. Dan untuk membolehkan kerja ini berjalan dengan lancar, maka perbincangan kerusi akan dibawa ke peringkat nasional ke paling tinggi diusahakan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing, iaitu daripada DAP saya atau Saudara Chow, daripada Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin ataupun Datuk Seri Mukhriz, daripada Parti PAN, Tuan Haji Mat Sabu sendiri dan daripada PKR Datuk Seri Kak Wan sendiri. Barulah dengan menggemblengkan tenaga yang sedia ada, bukan sahaja kita boleh menang dalam kerusi DUN BN-Umno, kita pun boleh menang dekat kawasan Parlimen Balik Pulau, Tasik Gelugor dan yang paling susah sekali Kepala Batas. Ingat, ingat, sekiranya kita menang Kepala Batas pasti Tun Dr M akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh Malaysia.”
Alasan Lim Guan Eng kononnya agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini terpaksa dirujukkan ke peringkat nasional bagi membolehkan tiga kerusi kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Umno di Pulau Pinang, iaitu kerusi-kerusi P41 Kepala Batas, P42 Tasek Gelugor dan P53 Balik Pulau, dirampas sebenarnya hanyalah alasan untuk mengelabui mata rakyat dari mengetahui mengenai krisis serius dalam PH Pulau Pinang.
Maklumat berwibawa yang saya perolehi dari sahabat-sahabat saya menunjukkan bahawa rundingan terakhir PH Pulau Pinang berdepan dengan masalah kerana PKR berkeras mahukan DAP melepaskan beberapa kerusi miliknya kepada PKR sebelum PKR melepaskan kerusi-kerusi tertentu miliknya kepada PPBM dan PAN, manakala DAP pula berkeras untuk tidak melepaskan walau satu pun kerusi miliknya kepada PKR.
Seperti yang ramai sedia ketahui, hubungan antara Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor adalah agak tegang dengan Azmin contohnya pernah mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng menggugurkan dua wakil PKR Pulau Pinang daripada menganggotai Lembaga Pengarah GLC Pulau Pinang.
Seperti yang ramai sedia ketahui juga, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, adalah kroni rapat Azmin yang, selain pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah tersohor satu waktu dahulu kerana kelantangan beliau mengkritik Lim Guan Eng dengan menggelarkan Lim Guan Eng, di dalam satu rakaman ucapan pada majlis tertutup yang dibocorkan kepada masyarakat awam, sebagai “tokong”.
Walaupun banyak pihak yang sudah meramalkan bahawa DAP tetap tidak akan berganjak dari mempertahankan semua kerusi miliknya dan tidak akan sesekali bertolak-ansur untuk memberikan mana-mana kerusi miliknya kepada mana-mana parti komponen PH Pulau Pinang, walaupun kepada PAN selaku anak emasnya, kita lihat sahaja apakah kesudahan pertikaian antara PKR dan DAP di Pulau Pinang ini.
Tidak lupa juga tahniah kepada PAN kerana sekali lagi kekal tercorot.
Agihan kerusi DUN P. Pinang yang dipersetujui DAP setakat ini
DAP 19 (19 dalam PRU 13):
N7 Sungai Puyu DAP PRU13
N8 Bagan Jermal DAP PRU13
N9 Bagan Dalam DAP PRU13
N13 Berapit DAP PRU13
N15 Paang Lalang DAP PRU13
N16 Perai DAP PRU13
N19 Jawi DAP PRU13
N22 Tanjong Bunga DAP PRU13
N23 Air Puteh DAP PRU13
N25 Pulau Tikus DAP PRU13
N26 Padang Kota DAP PRU13
N27 Pengkalan Kota DAP PRU13
N28 Komtar DAP PRU13
N29 Datok Keramat DAP PRU13
N30 Sungai Pinang DAP PRU13
N31 Batu Lancang DAP PRU13
N32 Seri Delima DAP PRU13
N33 Air Itam DAP PRU13
N34 Paya Terubong DAP PRU13
PKR 13 (16 dalam PRU 13):
N3 Pinang Tunggal PKR PRU13
N4 Permatang Berangan PAS PRU13
N10 Seberang Jaya PKR PRU13
N12 Penanti PKR PRU13
N14 Machang Bubuk PKR PRU13
N17 Bukit Tengah PKR PRU13
N18 Bukit Tambun PKR PRU13
N20 Sungai Bakap PKR PRU13
N24 Kebun Bunga PKR PRU13
N35 Batu Uban PKR PRU13
N36 Pantai Jerejak PKR PRU13
N37 Batu Maung PKR PRU13
N39 Pulau Betong PKR PRU13
PPBM 4:
N1 Penaga PAS PRU13
N2 Bertam PKR PRU13
N6 Telok Ayer Tawar PKR PRU13
N40 Telok Bahang PKR PRU 13
PAN 3 (5 PAS dalam PRU 13):
N5 Sungai Dua PAS
N11 Permatang Pasir PAS PRU13
N38 Bayan Lepas PAS PRU13
Jadi rebutan antara PKR, PPBM dan PAN:
N21 Sungai Acheh
Sumber HD - 5-2-2018 

Perlekehan PAS perintah Terengganu Kedah sepenggal dijawab

UNTUK artikel kali ini saya tak nak tulis tentang jasa dan sumbang PAS semasa perintah Terengganu dan Kedah sebab itu sudah banyak ditulis oleh penulis lain. Saya hanya ingin kongsi kisah sejarah tempoh perjawatan pemimpin PAS berbanding pemimpin PH yang kebanyakannya tersungkur lebih awal.
Setiap kali macai PH ingin perlekehkan Presiden PAS mereka akan ungkit kisah kekalahan PAS di Terengganu pada 2004. Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang jadi MB Terengganu dari 2 Disember 1999 hingga 25 Mac 2004. Nampak tak? Beliau berjaya memerintah selama sepenggal sebelum PRU 11. Manakala Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak jadi MB Kedah dari 9 Mac 2008 hingga 6 Mei 2013, pun perintah satu penggal.
Kedua-dua pemimpin PAS ini berjaya harungi sepenggal pemerintahan dengan melakukan banyak perubahan. Dan lebih menarik lagi pemerintahan mereka berjaya menyatukan kepimpinan pelbagai  parti bukan BN untuk bekerjasama dengan PAS tanpa sebarang pengkhianatan dari ahli atau rakan-rakan komponen. Walaupun ada yang cuba khianat tapi berjaya ditangani dan kekal memerintah hingga akhir penggal.
Kita lihat pula rekod perjawatan pemimpin PH. Walaupun ianya rekod semasa mereka di parti lama, tapi itulah fakta sebenar bagaimana mereka tumbang selepas dikhianati oleh rakan sendiri sebelum mereka pula jadi pengkhianat pada parti sendiri.
Mohammad Nizar Jamaluddin jadi MB Perak atas tiket  PAS pada 17 Mac 2008 hingga 12  Mei 2009. Disingkir dari kerusi MB selepas tiga adun PKR dan satu Adun DAP sokong BN. Hanya sempat memerintah 1 tahun 2 bulan sahaja, sekali gus menjadikan beliau MB paling pendek tempoh pemerintahannya di Malaysia. Kini bersama PAN selepas beliau juga khianat kepada PAS.
Seterusnya Mukhriz Mahathir. Beliau jadi MB Kedah dari 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016 atas tiket Umno mengunakan pengaruh bapanya. Tapi disingkir selepas undi tidak percaya oleh Adun BN yang diketuai Ahmad Bashah. Hanya sempat memerintah 2 tahun 5 bulan sahaja. Kini menjadi Timbalan Presiden PPBM tapi mengaku orang Brunei.
Selain dari itu, PH juga dianggotai oleh pemimpin yang suka berangan-angan tinggi. Namun angan-angan itu musnah dengan tragedi yang diluar jangkaan mereka. Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin, dua bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang tersungkur sebelum sempat menjadi Perdana Menteri.
Anwar dipecat Mahathir pada 1998 atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Hingga ke hari ini masih berangan-angan nak jadi Perdana Menteri dengan harapan Mahathir letak jawatan lepas dirinya keluar dari penjara. 
Namun populariti Anwar merudum kalangan orang Melayu selepas mengkhianati perjuangan otai Reformasi yang sebelumnya mendokong perjuangan PKR untuk singkir Mahathir. Kini PKR duduk berlutut dan mengangkat Mahathir jadi calon Perdana Menteri. Dan cara politik ini sangat memualkan rakyat.
Mahathir masih enggan membersihkan nama Anwar sebagai lelaki peliwat dan gay. Kini Anwar menunggu hari pembebasannya dari penjara dan masih menyambung angan-angan untuk jadi Perdana Menteri pada 2019.
Muhyiddin pula disingkir dari Umno pada 2016 selepas beliau menyerang Najib secara terbuka dalam isu 1MDB. Beliau yang terkenal dengan gambar mengangkat sepanduk "I Love PM" di hadapan Najib, tak sempat nak jadi Perdana Menteri juga. Cuma nasib beliau baik sikit dari Anwar kerana Najib tak fitnah beliau meliwat.
Kini Muhyiddin menjadi Presiden PPBM, tapi semua orang tahu yang beliau hanya jadi Presiden boneka dan bila-bila masa sahaja ditendang Mahathir yang bercita-cita meletakkan Mukhriz di jawatan itu. Muhyiddin tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk survive dalam politik rencam PPBM. Beliau terpaksa akur dengan pengaruh Mahathir yang lebih kuat dan perlu berhati-hati jika tidak mahu ditendang Mahathir keluar sebagaimana pengasas PPBM yang lain.
Mahathir adalah diktator PPBM, sesiapa sahaja yang tidak puashati dengan beliau akan diserang dan ditendang keluar dengan penuh penghinaan. Maka jadilah Muhyiddin "Mr Yes Man" walaupun hatinya kecewa sebab tidak dipilih jadi calon Perdana Menteri PH.
Seterusnya terdapat dua nama lagi yang juga gagal mengapai angan-angan mereka selepas pemimpin PAS mengetahui sikap sebenar mereka. Husam Musa dan Wan Azizah Wan Ismail, dua nama yang kekal tercatat dalam sejarah sebagai bekas bakal MB yang tiada pencen.
Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz sempat mencium sikap sebenar Husam yang kuat melobi untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Akhirnya Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dipilih menjadi MB Kelantan. Maka kempunanlah Husam hingga kini. Penat melobi dengan pelbagai idea dan projek yang terbengkalai, namun Nik Aziz malas nak layan beliau. Hanya beliau yang terhegeh-hegeh menumpang nama dan legasi Nik Aziz walaupun sudah dipecat dari PAS dan sertai PAN.
Wan Azizah yang mulanya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh atas alasan ingin menjaga cucu membuat kejutan bertanding di DUN Kajang selepas itu. Namun, percubaannya selepas itu untuk menjadi Menteri Besar wanita pertama Selangor gagal selepas PAS mencalonkan Azmin.
Inilah antara 6 individu dalam PH yang gagal menamatkan penggal pemerintahan selepas dikhianati dan gagal dalam angan-angan mereka meraih tampuk kuasa. Mereka juga sanggup mengkhianati rakan-rakan seperjuangan demi mencapai impian untuk berkuasa.
PAS walaupun hanya perintah Terengganu dan Kedah satu penggal sebelum ini, tapi berjaya mentadbir hingga akhir penggal dengan baik. Malah lebih penting lagi PAS tidak khianat dan tidak dikhianati oleh siapa-siapa semasa memerintah. Legasi PAS sepanjang tempoh pemerintahan tercatat dalam sejarah dan insya-Allah PAS masih berpeluang memerintah sekali lagi dalam PRU-14.
HERMAN SAMSUDEEN
Gombak
3 Februari 2018
Sumber HD - 3-2-2018 



































BPMS sudah menjangkau peringkat benua dan dunia

Fenomena apologetik PAS
Tidak dinafikan suara-suara sinis sentiasa kedengaran sepanjang PAS menggunakan pendekatan matang dan sejahtera (BPMS). BPMS sengaja dipotretkan dalam bingkaian bergabung dengan Umno walaupun acap kali PAS menafikan. Sejak 2014 suara-suara menuduh ada pemimpin PAS cuba membawa parti untuk membentuk pakatan dengan Umno. Sehingga ke tahun 2018, tiada apa yang berlaku tetapi tuduhan terus dimainkan.
Kerana hebatnya ratib PAS mahu bergabung dengan Umno, sebahagian orang PAS mula menyalahkan pendekatan BPMS. Mereka jadi takut kalau-kalau dituduh bersama Umno. Sampaikan bila nampak pemimpin PAS berdakap atau minum sekali dengan Umno sudah gelabah. Kalau tak serang Umno, rasa macam bersalah sangat. Bersungguh nak buktikan kita tiada apa-apa dengan Umno!
Strategi musuh Islam berjaya
Dengan rasa tidak senang itu, sebenarnya kita sudah termakan dakyah musuh. Mereka memang sahaja mahu PAS menjauhi Umno. Mereka mahu kita sentiasa mencemuh dan berbencian dengan Umno. Kerana mereka sangat takut dua parti terbesar ini bekerjasama. Mereka akan habis! Sejak zaman penjajahan, mereka hanya hidup dengan perpecahan orang Islam dan orang Melayu.
Pernahkah kalian dengar strategi pecah dan perintah? Sudahkah kalian baca tentang agenda Balkanization? Mereka tak akan suruh umat Islam berlawan. Itu hanya akan buat kita semakin bersatu. Sebaliknya mereka bina kebencian menggunung terhadap satu pihak, supaya kita jijik untuk mendekati.
PAS di arena negara
PAS memiliki misi yang sangat penting bagi ummah bukan sahaja di peringkat nasional, malah regional dan internasional. Kalau sekadar bergerak sebagai sebuah parti pembangkang, PAS tidak boleh pergi jauh. PAS akan terus kekal sebagai parti kampungan dan kedai kopi. PAS akan berada di takuk 60-an.
PAS memiliki wawasan khusus (WINS2051) untuk membina semula negara yang sedang dilanda masalah. PAS punya solusi untuk menangani masalah kos sara hidup dan sistem ekonomi negara yang pincang (Dokumen Hijau). Untuk melaksanakan semua ini, PAS perlukan kuasa yang lebih dari sekadar yang ada pada parti pembangkang.
Untuk masuk ke ruang-ruang yang sering didominasi parti pemerintah seperti di dalam komuniti penjawat awam dan rangkaian media arus perdana, PAS perlu mengubah pendekatan. Untuk menerobos ke gelanggang yang belum pernah ditembusi, strategi Blue Ocean perlu diambil. Anjakan paradigma perlu berlaku untuk mengubah kedudukan yang masih di takuk lama.
Dengan BPMS yang diperkenalkan, siapa sangka PAS akan diberi penghormatan mengepalai program mega di lubuk penjawat awam, Putrajaya? Siapa sangka presiden parti bukan kerajaan boleh duduk sama tinggi dengan ketua kerajaan Malaysia? Siapa sangka, liputan agenda PAS semakin diulas dengan jujur?
Berfikirlah sebagai seorang negarawan. Jangan selama-lamanya rasa diri sebagai pembangkang. Bimbang terkeliru menjadi 'pembangang'.
PAS di persada antarabangsa
Untuk terlibat dengan lebih berkesan di peringkat internasional, PAS perlu kerjasama dari entiti politik antarabangsa yang rasmi iaitu kerajaan. Seandainya mengambil sikap berpatah arang dengan pemimpin kerajaan, agenda PAS tidak akan ke mana. Sekadar bergerak atas nama NGO atau parti, tidak akan memberi apa-apa kesan. Justeru PAS memerlukan platform kerajaan sebagai wadah.
Siapa sangka dengan BPMS, PAS berjaya melobi kerajaan sehingga rekod misi kemanusiaan terbesar di Asia iaitu Food Flotilla For Myanmar berjaya dibuat? Siapa sangka hasil desakan persidangan tergempar Negara Asean yang diuruskan oleh proksi PAS berjaya menghentikan misi ketenteraan Myanmar di Arakan?
Berfikirlah untuk jaga ummah. Jangan sekadar fikir nak jaga hati seorang dua di sekeliling sahaja.
Dunia perlukan PAS
Peranan PAS di peringkat regional dan global sangat diperlukan. Disaat orang arab yang dikagumi dunia Islam sudah tidak mampu mengawal nasib diri mereka, umat Islam mula menoleh kepada Presiden PAS. Dahulu semasa Arab Spring, Presiden PAS sendirian menegur Arab agar berhati-hati dengan kebangkitan yang tidak terkawal ini. Tetapi Arab yang ego dengan kedudukan mereka menolak mentah nasihat ajam. Akhirnya dihanyutkan dengan Arab Spring yang dicipta musuh.
Sudah terhantuk, baru mereka teringat akan nasihat Presiden PAS dahulu. Kerana itu kini beliau sering dikunjungi berbagai pihak antarabangsa meminta nasihat dan bimbingan. Keadaan dirinya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh seperti dahulu, menyebabkan pemimpin masyarakat dan entiti Islam bukan sahaja Arab, tetapi dari serata benua sanggup terbang ke Malaysia.
PAS sudah terlibat menangani konflik umat sejak Perang Teluk Pertama lagi. Kini Tuan Guru Ayah Chik sahaja yang masih tinggal dalam PAS di kalangan generasinya. Beliau juga antara yang paling senior di barisan pemimpin gerakan Islam serata dunia. Maka tidak hairanlah, beliau dipilih sebagai satu-satunya ajam berada di barisan tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Masyarakat Islam nusantara ini turut menumpang bangga dengan wakil rumpun mereka di peringkat global itu.
BPMS di landasan yang tepat
Jadi usah terlalu defensif mempertahankan diri bila diserang konon PAS sudah bergabung Umno. Jangan bersikap apologetik sehingga hilang keyakinan terhadap jalan yang sedang PAS usahakan. Jangan terlalu paranoid untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam hal yang memberi manfaat buat masyarakat. Jangan bimbang untuk menampakkan diri mesra kerajaan, kerana kita ada prospek tersendiri yang ingin disasarkan.
Kita sudah jauh di depan dengan BPMS. Pedulikan sahaja suara-suara sumbang yang sengaja mahu melihat PAS tidak pergi jauh. Suara-suara itu sebenarnya hanya 2 peratus dari rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka diupah dan diarah untuk membentuk suasana sedemikian. Mereka pandai manipulasi media sosial, menampakkan diri kononnya mewakili gerakan massa.
Tidak perlu takut kepada persepsi yang dibuat-buat. Kalau apa yang kita buat adalah benar dan memberi manfaat untuk ummah, untuk apa mengelak? Perlu yakin bahawa politik damai dan diplomasi ini amat sesuai dengan jiwa lembut orang Melayu dan tingkah santun rakyat Malaysia. Politik berasaskan fakta bukan persepsi adalah dambaan golongan intelek. Politik rasional dan profesional adalah keterujaan buat masyarakat moden.
✳ Menilai persepsi yang dicanang PH
Persepsi yang mereka bawa tidak mesti betul. Bahkan sudah banyak yang menyimpang. Dulu mereka menyalahkan PAS sebagai punca perpecahan. Sampai ada kalangan kita yang bersikap apologetik masih mahu menyambung hubungan yang telah terputus secara hukum. Takut digelar macam-macam. Tapi hakikatnya tanpa PAS, mereka terus berantakan. Di Selangor, PKR gaduh dengan PAN. Di Terengganu, PAN gaduh dengan PPBM. Di Negeri Sembilan, PPBM lawan pembahagian PH. DAP juga bertepuk tangan. Siapa sebenarnya punca perpecahan?
Dulu PAS mereka gambarkan Mahathir bakal bawa 'impak maksima' untuk PH. Ada orang kita terpesona dengan nista tersebut, sampai cuha heret PAS untuk bersekongkol. Tapi hakikatnya, pengundi Cina mula menjauhi diri dari PH. Ada yang mencetuskan kempen "UndiRosak". Sekarang merebak kepada SAMM pula. PSM bertekad untuk lawan PH dalam PRU14 kali ini.
Sudah-sudahlah percaya persepsi yang jauh dari realiti. Jangan beralasan konon persepsi harus diurus dengan baik. Sebenarnya apa yang kita namakan persepsi itu tidak wujud pun! Tertipu dengan bayang-bayang sendiri.
BPMS politik Sunnah
Teruskan dengan BPMS. BPMS adalah politik sunnah. Politik berlandaskan  syarak. Pilih jalan untuk menuju redha tuhan walau zahirnya manusia tampak memurkai. Bila Allah redha, lambat laun manusia juga akan redha. Sabda Rasulullah S.A.W:
مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس
"Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.
Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua."
[HR Ibn Hibban]
Sepatutnya orang kata kita nak bergabung dengan Umno. Jawab balik dengan tenang kepada mereka, "Kalau ya, apa salahnya? Jika ini memberi kesan positif untuk ummah?"
Kalau tak jawab lagi bagus. Diam dan terus melangkah. Bukan semua benda boleh dijawab dengan lisan dan tulisan.
Biarkan sahaja. mereka meroyan. Sebarkan kebaikan. Lambat laun orang akan nampak peranan PAS yang sebenar.
17 Jumadal Ula 1439
3 Februari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 3/2/2018
Sumber HD - 3-2-2018 








































































PAN hina MB Selangor

BILA Dato' Seri Azmin tuduh PAN sebagai tidak amanah dan berbohong, ianya mengejutkan. Ia suatu tuduhan serius yang sudah pasti mencemarkan imej parti dokongan DAP itu.
Sepantas kilat PAN yang dituduh pengkhianat bangkit bertindak-balas. Pengerusinya yang sebelum ini mendapat ihsan MB apabila dilantik sebagai Ahli Majlis MPSJ menyerang dan menuduh Azmin sebagai badut.
Kata Izham, Azmin tidak layak menjadi MB. Ini satu penghinaan.
Tidak pernah sepanjang PAS berada dalam Pakatan Rakyat dahulu PAS beri penghinaan sedemikian rupa pada MB Selangor, tetapi PAN yang tiada jasa dan sumbangan pada kerajaan negeri, mudah-mudah menggelar Azmin sebegitu.
PAS yang tidak berada dalam PH pun merasakan PAN sudah keterlaluan dan melampau.
Kalau begitulah anggapan PAN pada MB, apa kata PAN bertindak berani dan keluar sahaja kerajaan. Duduk dalam kerajaan pun ikut pintu belakang lebih baik angkat kaki dan berambus sahaja.
Selangor aman tanpa PAN. - HARAKAHDAILY 3/2/2018
Sumber HD -3-2-2018 





































Hubungan PKR-PAN: Retak menanti belah?

MENGIKUT Fasal 3.3 dan Fasal 3.4 Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 9 Januari 2016, hendaklah wujud dalam PH itu "sebuah Badan Perantara (yang) dilantik oleh Majlis Presiden" di mana badan yang dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti ini berfungsi "untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam PH dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya".
Mengikut Fasal 3.2 Perjanjian PH ini pula, "setiap anggota dari setiap parti berhak membuat aduan terhadap anggota dari parti lain di dalam PH sekiranya perbuatan anggota parti lain itu melanggar peruntukan-peruntukan Fasal 2.2 dan Fasa 2.3 sehingga mengakibatkan kerugian, memalukan atau mencemar nama baik anggota atau parti yang membuat aduan itu."
Semalam, beberapa perbuatan yang mengakibatkan kerugian, memalukan dan mencemar nama baik anggota PAN dan PKR sebagai pemimpin parti politik serta nama baik PAN dan PKR sebagai parti politik telah dilakukan oleh kedua-dua pemimpin PKR dan PAN.
Ia bermula dari tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggelarkan PAN sebagai pembohong dan tidak amanah yang diikuti oleh tindakan Pengerusi PAN Selangor, Izham Ramli, menggelarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PH Selangor.
Terbaru adalah tindakan Pegawai Khas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Muhammad Hilman Idham, yang menggelarkan PAN sebagai "parti 2 peratus" dan tindakan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang menggelarkan PAN sebagai "parti 1.4-1.5 peratus".
Perbuatan gelar-menggelar yang sudah bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan PAN ini memberikan imej yang sangat tidak baik terhadap kesatuan politik dalam PH di mana PH seolah-olah langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.
Benar, Perjanjian PH memberi hak kepada setiap anggota dari setiap parti untuk membuat aduan terhadap anggota dari parti lain melalui Badan Perantara, tetapi malangnya sehingga kini Badan Perantara ini tidak diketahui telah diwujudkan oleh Majlis Presiden PH menyebabkan aduan begini tidak dapat dibuat di samping tiadanya tindakan proaktif dari pimpinan tertinggi PH sendiri untuk menyelesaikan pertikaian.
Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai retak menanti belahlah.
Ini kerana hanya parti politik yang tidak bermaruah sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati. - HARAKAHDAILY 3/2/2018
Sumber HD - 3-2-2018 

Buat Tabligh, Arqam, Hizbu Tahrir, Tarekat

SAYA ingin ajak kepada semua Muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap Muslim. 
Kenapa saya berkata begitu? Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini sama ada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihan raya. 
Benar. Demokrasi adalah ciptaan Barat (walaupun ideanya diambil dari Tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihan raya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini. 
Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus Muslim. Bermakna non-Muslim 40 peratus. Jika kita boikot, mungkin peratus Muslim akan berkurang hingga ke 30-20 peratus. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam. 
Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihan raya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam. 
Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga. 
Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar. 
Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi, maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.

Allah berfirman kepada semua orang beriman:




إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya)."
[An-Nisa:58]
Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya? Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.
Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.

Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah S.A.W:


لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة

"Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang."
(HR Ahmad)
Saya merayu.
ALANG IBN SHUKRIMUN
-HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 2-2-2018 







































Tiga penjuru: Opurtunistik yang diperlukan

PELUANG PAS untuk meraih sokongan yang disasarkan semakin cerah setelah faktor penolakan terhadap Mahathir semakin kuat di dalam PH. Kalangan yang terpengaruh dengan kempen "UndiRosak" antara prospek penting yang perlu didekati bagi menawarkan mereka alternatif PAS. Ramai mereka adalah anak muda. Tidak terbelenggu dengan kepentingan yang banyak. Mudah menerima jika dijelaskan dengan baik.
Kerajaan yang ada pula semakin dilihat lemah untuk mempertahankan agama sendiri. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes pengislaman keluarga berbangsa India semakin menyerlahkan kelemahan tersebut. Bakal menyebabkan pengundi Umno sebelum ini yang masih pedulikan agama, beralih kepada PAS. mereka sebelum ini tidak memilih PAS kerana bersama DAP yang dilihat sangat anti-Islam.
Negara kita majoriti Islam dan kesedaran Islam semakin tinggi. Kebencian dan ancaman terhadap Islam pula di peringkat antarabangsa pula semakin meningkat. Menyebabkan orang yang berjiwa luhur semakin peduli dengan nasib agama. Sesiapa yang dilihat menjuarai umat Islam bakal menjadi pilihan. Sesiapa yang dilihat mengancam Islam pula akan ditolak.
Kini PAS tidak perlu lagi banyak menyerang pihak itu dan pihak ini. BN sudah terlalu banyak serang PH. PH juga sudah buat kerja menyerang BN. Serang menyerang memang prinsip mereka berpolitik sejak dulu. Biarkan mereka menyerang sesama sendiri. 
Peluang begini bukan selalu datang. Perlu pandai manfaatkan keadaan. Politik perlu bersifat oportunisitik dalam kerangka yang tidak bercanggah dengan syarak. Pertembungan lebih dari dua penjuru banyak juga manfaatnya. Antaranya menjimatkan tenaga kita. Memberi ruang untuk kita fokus agenda yang lebih penting untuk rakyat dan negara.
Ayuh fokus kepada menerang agenda dan produk yang ada kepada rakyat. Olah WINS, Dokumen Hijau, Kerajaan Teknokrat dan manifesto dengan pelbagai bentuk kreatif agar dapat sampai ke semua pihak daripada kalangan urban di kota metropolitan, hingga ke rural di hulu desa. Jelaskan apa itu King-Maker dan BPMS dengan berbagai medium supaya difahami berbagai peringkat umur.
Biarkan BN dan PH main peranan meruntuhkan sesama mereka. Biar kita fokus untuk membina semula atas tapak runtuhan mereka. Dengan solusi ajaran Islam.
Biarkan mereka kekal dengan politik kebencian. Biar kita bawa masyarakat ke arah politik yang matang. Dengan politik ajaran Islam.
15 Jumadal Ula 1439
1 Februari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD -1-2-2018 








































Bilakah muncul jelmaan Tuan Guru Harun Taib

PADA detik ulangtahun pemergian Tuan Guru Dato' Harun Taib 25 Januari ini, terbayang-bayang kenangan berada di bawah pimpinan beliau. Bukan mengenang sosok tubuhnya, tapi mengenang 1001 mutiara dari pemikiran dan tindakannya yang belum sempat diwarisi, namun telah pergi bersama jasadnya buat selamanya. 
Tuan Guru Harun Taib adalah arkitek tarbiyah yang sangat berjasa. Beliau sangat tegas dari sudut pemikiran dan akidah perjuangan. Panduannya kejap bersama al-Quran dan Sunnah, mendahului semua pandangan manusia. 
Dengan dua sumber nas ini, beliau membina kader-kader Islam. Bukan sekadar bergimik dan beretorik, tidak memerlukan pelancaran demi pelancaran, bergerak secara low profil tanpa liputan dan populariti, tetapi gigih tanpa erti penat letih. 
Arena mahasiswa seringkali menjadi sasaran pertembungan fikrah. Yang tidak bergelumang dengan dunia mahasiswa, atau tidak terlibat dengan organisasi pelajar mungkin tidak merasai, tetapi bagi yang berkecimpung, tentu mengetahui bagaimana teruknya pertembungan antara jemaah-jemaah atas nama Islam. 
Mendakwa Islam, tetapi berusaha menjatuhkan antara satu sama lain. Berebut kader, mencipta tuduhan, hi-jack program, sehingga ke tahap membunuh karektor, semuanya pernah berlaku di alam siswa. 
Di sinilah letaknya kepakaran Tuan Guru Harun Taib. Beliau boleh dianggap pahlawan dalam mempertahankan PAS dari dirosakkan fikrah yang bertentangan. Sejak pulang dari Mesir, universiti dan kampus-kampus menjadi rumah kedua beliau. Berulang alik ke Jordan, Mesir, UK, Amerika, dan di mana sahaja pusat pengajian pelajar Malaysia adalah menjadi rutin beliau. Membawa mesej perjuangan dan vaksin mujarab bagi menangkis kecelaruan fikrah. 
Oleh kerana PAS adalah gerakan paling berpengaruh di tanahair, memiliki ahli dan penyokong melebihi angka juta kini, maka ia menjadi sasaran utama semua jemaah lain sejak dahulu untuk menumpang kelebihan yang ada. 
Sukar untuk dicerita, kerana yang tidak faham pasti menyangka PAS tidak meraikan kepelbagaian. Namun padah apabila terlalu merai adalah episod-episod krisis jemaah yang baru sahaja berakhir pasca muktamar lepas. 
Tuan Guru Harun Taib adalah orang yang tegas menentang kemasukan Saari Sungib ke dalam PAS. Namun mengalah dengan keputusan majoriti yang bersangka baik. Pandangan beliau dianggap kolot pada waktunya, tetapi lama selepas pemergiannya, dan Saari menjadi duri dalam daging mengucar-kacirkan PAS dari dalam, barulah orang mula kenangkan apa yang dikata al-marhum. 
Walaupun orang menganggap cara Tuan Guru Harun Taib terlalu rigid, tetapi rigid itulah yang melahirkan maestro dakwah, siasah dan dakwah seantero Malaysia hari ini, yang membawa PAS ke tahap terbaik kini sejak ia ditubuhkan. Dalam isu perkaderan, beliau langsung tidak berkompromi denga Abim, Jim, IRC, Ikram atau mana-mana jemaah sekalipun hatta yang mendakwa sebagai Ikhwanul Muslimin.
Saya masih menyimpan rapi pesanan al-marhum ketika berusrah dengannya di hujung usia beliau: 
"PAS bukan Ikhwanul Muslimin. PAS bukan PKS. PAS bukan Hamas. PAS adalah PAS" 
Kini, rigid itu kembali dirindu. Entah siapa yang boleh mewarisi wataknya sekarang. Isu mahasiswa dan perkaderan tidak pernah habis. Pertembungan fikrah Islam juga terus berlaku. Namun hero itu telahpun pergi. 
Kini, atas nama BPMS yang disalah erti, pertembungan itu seolah dihalalkan dan diraikan hingga ke peringkat yang tidak sepatutnya. Keaslian perjuangan Islam ditabrak dengan kekaguman terhadap tokoh-tokoh penghafal kitab tertentu, yang tidak pernah kenal apa itu perjuangan Islam. 
Pada tarikh penuh nostalgia ini, cuma satu yang diharap hati. Semoga lahir ramai lagi jelmaan Harun Taib. Jemaah ini semakin kehausan sentuhannya. -HARAKAHDAILY 1/2/2018
















































































Sumber HD - 1-2-20118









































Kemenangan yang tertangguh, menzahirkan sikap munafik

KETIKA Bani Israel berada di bawah kezaliman Firaun, mereka masih boleh bertahan dengan ujian itu. Lalu Allah S.W.T beri kemenangan kepada mereka dengan menyelamatkan mereka dalam peristiwa terbelahnya laut.
Peristiwa ini jelas berlaku depan mata mereka menjadi bukti kekuasaan Allah.
Ketika Bani Israel berjalan di padang pasir yang tandus, tiada sebarang makanan, mereka masih boleh bertahan dengan ujian itu.
Lalu Allah S.W.T beri kemenangan kepada mereka dengan turunnya makanan daripada syurga.
Peristiwa ini jelas berlaku depan mata mereka menjadi bukti kekuasaan Allah.
Ketika Bani Israel sampai di kaki Bukit Sinai, Nabi Musa A.S. minta mereka tunggu sementara Nabi Musa naik menghadap Allah selama sebulan, menunggu arahan seterusnya. 
Apabila diminta untuk bertahan dengan kemenangan yang tertangguh ini, Bani Israel mula tidak tahan dengan ujian ini.
Apabila Allah S.W.T tangguhkan kemenangan ini selama 10 hari tambahan (menjadi 40 hari), muncullah munafiq dalam kelompok itu. 
Mereka tidak mampu menahan ujian ditangguhkan kemenangan, dan akhirnya pada hari ke 40 mereka sudah pun terpesong dari prinsip perjuangan apabila menyembah patung anak lembu.
Muhasabah, ramai orang yang mampu bertahan dengan ujian kezaliman, kepayahan dan kelaparan. 
Namun, tidak ramai yang mampu bertahan dengan ujian ditangguhkan kemenangan. Para munafik sekalipun boleh bertahan sepanjang kesusahan, namun apabila kemenangan itu ditangguhkan, mereka pasti kalah dengan ujian itu. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 




















































































Merindui "Natrah"

PADA tanggal 11 Disember 1950 Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan untuk mengembalikan seorang gadis Belanda yang telah masuk Islam dan menikahi seorang lelaki Melayu kepada suaminya. Hak penjagaan gadis tersebut diperintah diberikan kepada ibu-bapanya pasangan Roman Katolik Belanda.
Ini bermakna mahkamah yang didominasi penjajah itu membatalkan pengislaman gadis berkenaan sekali gus perkahwinannya dan beliau dengan itu kembali menjadi seorang Katolik mengikut agama ibu-bapanya.
Keputusan mahkamah berkenaan telah mencetuskan rusuhan besar-besaran dalam kalangan masyarakat Islam di Singapura yang mengakibatkan 18 orang terkorban dan 173 orang tercedera dengan 778 orang khususnya aktivis dan pejuang Muslim ditahan pihak polis.
Itu kes Natrah atau Maria Hertogg yang berlaku kira-kira 68 tahun dahulu dan sebahagian kita termasuk penulis belum lahir pun ke dunia lagi.
Betapa umat Islam pelbagai keturunan berani bangkit sewaktu penjajah British berkuasa  lantaran tidak redha dan rela melihat seorang gadis Muslim dimurtadkan oleh campur tangan mahkamah.
Terbaru diwaktu hidup kita ini. Tatkala bumi bertuah ini sudah Merdeka dengan kuasa dan pemerintahan berada di tangan anak bangsa dan umat Islam rupanya keputusan mirip Natrah lebih 60 tahun dahulu berulang.
Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi memutus membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dengan mengisytiharkan ianya  tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya yang masih Hindu iaitu Indira Gandhi.
Keputusan ini memberi maksud bahawa kedudukan Islam tiga orang anak Muhammad Ridhuan Abdullah yang di Islamkan sejak tahun 2009 tidak sah dan terbatal. Ketika mereka diislamkan tahun tersebut, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Keputusan ini juga memaksa si bapa, Muhammad Riduan Abdullah, memulangkan anak bongsu mereka kepada ibunya.
Pihak polis kini sedang memburu Muhammad Riduan untuk mendapatkan anak bongsunya itu untuk diserahkan kepada Indira Gandhi untuk dikembalikan sebagai seorang Hindu sebagaimana kakak dan abangnya yang kini bersama-sama ibu mereka.
Tanahair tercinta tenang dengan keputusan berkenaan. Seorang Muslim bakal dimurtadkan atas perintah mahkamah.
Kita bukan minta umat Islam keluar ke jalanraya dan merusuh sebagaimana dalam kes Natrah dahulu. Ia tidak perlu.
Dahulu kita di bawah penjajah yang sedia menjajah agama, bangsa, budaya dan pemikiran kita. Kita lesu dan tiada daya.
Hari ini bumi dipijak milik sendiri namun murtad berlaku berlalu begitu sahaja.
Semoga perkara ini membuka mata dan perasaan semua pihak yang memegang kuasa dari Istana hinggalah kuasa yang dimandatkan rakyat.
Mana maruah dan harga diri kita kalau dalam kes kecil ini pun kita tumpas. 
Berani lagi rupanya moyang dan datuk nenek kita sewaktu zaman penjajah dahulu berbanding kita hari ini yang kononnya bevas Merdeka.
Hari ini kuasa ditangan tetapi maruah hilang tah ke mana. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 











































Rampasan Harakah cubaan sekat maklumat

KUALA LUMPUR: Harakah edisi terbaharu di pasaran yang dijual dibeberapa tempat telah dirampas oleh pihak berkuasa. 
Jabatan Editorial dimaklumkan, terdapat rampasan di beberapa kedai sekitar Kerdau, Temerloh dan selain itu di Hulu Langat sejak dua hari selepas ia dikeluarkan. 
Harakah edisi 2316 antaranya memaparkan cerita muka depan bagaimana Kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak gagal memberi perbandingan adil mengenai ekonomi Malaysia berbanding Arab Saudi.
“Dah nak dekat pilihan raya umum, inilah trendnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harakah, Zainal Abidin Kidam dalam mesej ringkasnya kepada editorial.
Tindakan tidak demokratik dan halangan kebebasan maklumat itu dilihat sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihan raya. -HARAKAHDAILY 29/1/2018
Sumber HD - 29-1-2018












































MyAqsa: Ulama pengganti umara sebagai ulil amri

TAHNIAH Malaysia! Satu pendekatan yang baik diambil apabila menjadi tuan rumah kepada persidangan ulama Islam dalam menyelesaikan isu al-Aqsa. Satu pendekatan baharu dan baik untuk masa depan Islam. Sebelum ini, persidangan yang dianjurkan hanyalah di perbatasan pemimpin politik sahaja. Walaubagaimanapun, hasilnya sangat mengecewakan.
Ulama sebagai Ulil Amri
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil-Amri' dari kalangan kamu."
Menerusi ayat ini, Allah menekankan pihak ketiga yang perlu ditaati adalah Ulil Amri. Namun ketaatan kepada mereka tidak mutlak, tetapi terikat dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Mengenai Ulil Amri, para ulama menafsirkan mereka adalah pengganti peranan Rasul, terdiri dua golongan iaitu Ulama dan Umara. Umara adalah pemimpin politik manakala Ulama adalah pemimpin spiritual. Kedudukan kedua-dua mereka sepatutnya sama tinggi dan bersifat check and balance. Kedua-duanya mesti memimpin umat dengan berpandukan syariat Islam.
Umara tidak boleh diharap
Hari ini kita melihat kepincangan Umara dalam menyelesaikan isu Palestin. OIC lesu tanpa mampu berbuat apa-apa. Begitu juga Liga Arab. Paling menyedihkan, ketika Riyadh Summit yang diadakan di Saudi tahun lepas bersama 57 pemimpin negara Islam bersama Presiden US Donald Trump, kesemuanya membahaskan masalah umat Islam dari pandangan US iaitu ancaman Iran. Tidak ada satu pun perbahasan mengenai ancaman Zionis Yahudi.
Saudi membawa suara US dalam menawarkan wilayah Abu Dis kepada penduduk Palestin sebagai ganti kepada Baitulmaqdis yang akan dijadikan ibu negara Israel. Mesir pula didedahkan ada mencadang Ramallah sebagai ganti Baitulmaqdis. Negara-negara lain walaupun tidak bersetuju, tetapi tidak memiliki apa-apa tindakan politik terhadap Israel. Malah Turki yang mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Israel jika Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis milik Israel, kini senyap seribu bahasa.
Al-Quds Aulawiyatul 'Asr
Umara sudah tidak boleh diharapkan. Kini umat perlu berpaut pada institusi Ulama dalam menguruskan isu Palestin. Ulama juga perlu berperanan pro-aktif dan berani. Mereka mesti meletakkan aulawiyat menyatukan umat dalam isu al-Quds, bukan memecah belahkan dengan isu-isu khilafiah yang tidak berkesudahan.
Isu al-Quds adalah isu yang disepakati semua Ulama Islam baik Timur dan Barat. Kerana paksi isu ini adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru ia wajar menjadi perkara utama yang ditumpukan oleh semua Ulama tanpa mengira aliran. Kisah Rasulullah S.A.W mengimami solat seluruh Nabi dan Rasul di Masjidil Aqsa memberi isyarat bahawa al-Aqsa adalah lambang penyatuan.
Alihkan ke tepi dahulu percanggahan aliran. Musuh sedang bersatu menghancurkan Islam tanpa mengira mazhab, aliran atau bangsa. Yang ekstrim, yang bidaah, yang tasaahul, semuanya diletakkan dalam bakul bernama Islam. Lalu kenapa kita tidak boleh bersatu atas tujuan yang sama? Kenapa perlu berpaut dengan kuffar kiri dan kanan, dan menjadikan sesama Islam sebagai musuh yang perlu diperangi?
Ulama wajib ditaati
Peranan ini perlu dimainkan Ulama. Tidak ada orang lain yang lebih layak. Tidak ada orang yang lebih bertanggungjawab. Himpunan MyAqsa adalah satu langkah awal yang baik. Tetapi tidak boleh terhenti setakat ini. Bukan sekadar suara kecaman terhadap US dan Zionis yang mahu didengar. Tapi langkah susulan yang lebih strategik sehingga dapat menyelamatkan al-Aqsa.
Umat Islam pula perlu menyedari kewajipan mereka taat kepada Ulama adalah sama sebagaimana kewajipan mereka taat kepada Umara. Walaupun Ulama tidak ada sebarang jawatan tinggi, suara mereka tetap perlu dipatuhi. Malah jika Umara berpandangan bercanggah dengan nas dan Ulama pula berpandangan selari dengan nas, wajib umat Islam menentang Umara dan bersama dengan Ulama!
Yang menjadi masalah kepada umat Islam adalah ulama sendiri yang tidak bersatu. Ada ulama yang tidak mahu bersama aspirasi ulama lain, menjadikan pengikut turut berpecah. Sebilangan Ulama menjadi punca perpecahan!
Ulama agen penyatu
Dalam saat-saat genting ini, Ulama seharusnya mengenepikan ego dan merujuk kembali aulawiyat semasa. Aliran pondok, aliran Timur Tengah, aliran Universiti Tempatan, aliran salaf mahupun khalaf, bahkan aliran sunni serta syiah perlu meletakkan ditepi perbezaan kerana kita ada misi yang sangat besar untuk ditangani.
Ikuti resam bagaimana Salahuddin al-Ayyubi menyatukan umat sebelum membebaskan al-Quds. Beliau menyatukan dahulu antara Abbasiyah dan Fatimiyyah. Isu-isu perbezaan antara umat Islam dari sudut perbezaan Sunni dan Syiah tidak ditangani secara perang, sebaliknya secara perbahasan ilmu. Akhirnya, Baitumaqdis berjaya dibebaskan dan ajaran sesat Syiah tenggelam dengan harmoni di Mesir dan Afrika Utara.
Insafi Firman Allah S.W.T yang menyempurnakan perintah mentaati Ulil Amri dalam ayat terdahulu:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Dan jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
[An-Nisa':59]
Perpecahan punca kekalahan
Kenapa hari ini Islam berada di pihak yang kalah? Allah telah menjawab persoalan ini sejak lama dahulu. Puncanya adalah sikap kita yang melayan perpecahan. Firman Allah S.W.T:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan kalah dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Anfal:46]
11 Jumadal Ula 1439
28 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 28/1/2018






















































































Sumber HD - 28-1-2018
Melayu Berisiko Hilang Kuasa Politik Di Perak?
Posted on Sunday, January 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37950



KUALA LUMPUR - Orang Melayu tetap berisiko hilang penguasaan politik di Perak jika Pakatan Harapan yang kini disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia berdasarkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang Pakatan Harapan sasarkan untuk dimenangi bagi membentuk Kerajaan Perak dalam PRU14.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pemimpin Pakatan Harapan Perak baru-baru ini mengumumkan pembangkang menyasarkan untuk menang 32 kerusi DUN.

Jelas beliau, sebanyak 24 kerusi DUN Perak yang mahu dimenangi itu sememangnya dikuasai pembangkang dalam PRU13, namun 22 daripadanya adalah milik wakil rakyat bukan Melayu.

Menurut beliau, lapan lagi kerusi yang disasarkan tetapi sukar dimenangi pula diserahkan kepada calon Melayu beragama Islam daripada PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk ditandingi.

“Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan Perak jika Pakatan Harapan menguasai DUN Perak pada PRU14?

“Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kerusi yang diberi kepada PPBM 14 kerusi dan kerusi yang diberi kepada PAN (13) lebih tinggi daripada kerusi diberi kepada DAP?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman Naib Pengerusi PAN Perak, Dr. Muhaimin Sulam terhadap kajian beliau baru-baru ini bahawa Perak bakal dikuasai DAP jika Pakatan Harapan menang di negeri itu.

Muhaimin malah mendakwa kajian Kamarul itu suatu gerakan ‘mendodoi’ orang Melayu agar terus tidur nyenyak serta tidak membina dan membangkitkan martabat akal malah diperhamba dengan kebodohan diri sendiri.

“Saya hairan dengan Muhaimin ini yang mengkritik saya cuma daripada sudut emosi kosong (tanpa fakta)

“Tiada pun sebarang penafian diberikan oleh Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 28-1-2018

Umno-BN dan PH, dua-dua terdesak















































MENGHAMPIRI Pilihan Raya Umum Ke-14, Umno-BN dan PH dilihat cukup terdesak hingga membuat tindakan yang amat memalukan di mata rakyat.
Dipihak Umno-BN dapat dilihat gambaran yang berlaku selepas melihat banyak program membabitkan agensi kerajaan kini digunakan oleh Ketua-ketua Umno Bahagian khasnya dalam menunjukkan kononnya mereka cakna rakyat.  
Tidak kira platform sekolah, institusi pendidikan, majlis rasmi kerajaan, dan sebagainya Umno-BN mengambil kesempatan untuk berkempen.
Ini amalan yang memang dilakukan Umno-BN sejak sekian lama, tidak sahaja sejak zaman Tun Mahathir Mohamad malah mungkin sejak pimpinan terdahulu.

Sumber HD - 27-1-2018 

Syed Saddiq sombong, konon PH 'confirmed' ke Putrajaya

SOMBONG dan takbur sekali nampaknya Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, waktu berucap dalam majlis Sidang Media Pelancaran Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak di Ipoh pada 25 Januari 2018 yang saya dengar rakamannya sekejap tadi.
Kata Syed Saddiq, tanyalah mana-mana pimpinan tertinggi PH sekalipun, mereka akan berkata bahawa PH sudah confirmed menang di Perak dan Kedah dalam PRU 14, selain turut confirmed akan menang di Selangor dan Pulau Pinang.
Kata Syed Saddiq lagi, beliau yakin jika kejayaan datang di Perak, maka kejayaan tersebut akan sampai ke seluruh Malaysia dan PH akan berjaya menawan Putrajaya dalam PRU14 kerana uniknya Perak ini ia berbilang bangsa dan berbilang agama.   
Kesimpulan dari ucapan Syed Saddiq ini adalah, bagi beliau dan bagi mana-mana pimpinan tertinggi PH lain, PH sudah confirmed akan berjaya menawan Putrajaya kerana PH sudah confirmed akan berjaya menawan Perak.
Sombong dan takbur Syed Saddiq ini seolah-olah mahu mendahului ketetapan Allah pula sedangkan di dalam al-Qur’an sendiri, contohnya di dalam Surah al-Nahl: 23, ada disebutkan betapa“sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur”. 
Apalah gunanya kemenangan itu, wahai Syed Saddiq, jika ia adalah ibarat “menang sorak kampung tergadai”? Tidakkah anda selaku, Ketua Pemuda PPBM, tahu bahawa di dalam projeksi DAP Perak, PPBM hanya akan menang di tiga kerusi DUN sahaja di Perak?
Tidakkah anda tahu, wahai Syed Saddiq, bahawa, di dalam projeksi DAP Perak, yang akan berkuasa dalam Kerajaan PH Negeri Perak jika PH menguasai DUN Perak pada PRU14 adalah bukan Melayu bukan Islam?
Tidakkah anda tahu, wahai Syed Saddiq, bahawa yang berkuasa di dalam Pakatan Harapan Negeri Perak adalah pemimpin DAP, bukannya pemimpin PPBM, atau PAN, walaupun Pengerusi PH Negeri Perak adalah Pengerusi PPBM Negeri Perak?
Dr Muhaimin Sulam, selaku Ketua Sekretariat PH Negeri Perak dulu, mungkin boleh ceritakan betapa PH Negeri Perak dulu beroperasi dari Pejabat PAS Perak, di mana Setiausahanya juga adalah pemimpin PAS Perak, Dr Khairudin Abdul Malek.
Bandingkan pula keadaannya sekarang di mana PH Negeri Perak kini beroperasi dari Pejabat DAP Perak dan di mana Setiausahanya juga adalah pemimpin DAP Perak yang turut merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, iaitu V Sivakumar.
Teringat pula saya kepada peribahasa “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.
Petikan ucapan Syed Saddiq:
“Walaupun saya ini orang Johor ya, tapi saya takut sikit kat Johor, sebab kalau tengok ni bukan cakap syok sendiri, kat Perak ni rasa macam dah confirmed boleh menang. Ini seriuslah, tanyalah mana-mana pimpinan tertinggi, dia ada beberapa negeri yang, dua negeri memang confirmed kita akan menang, Selangor dengan Penang, dan selepas itu orang kata apa lagi dua negeri, kalau kita kena rank lagi dua negeri tu orang kata Perak, Kedah, right after that. Dan memang Perak Kedah ni dah confirmed menang, sekarang ni statusnya pun kita dah menang.”HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD - 27-1-2018 

Malang bagi AbdullahJones “Melukis” Gerakan Islam dengan ‘Berus Bulu Babi’
Posted on Saturday, January 27 @ 16:00:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37942



Lebai terbaca satu tulisan AbdullahJones seorang pelukis dan penulis dalam akhbar Malaysiakini yang memang sangat suka menyerang Islam dan gerakan Islam terutama PAS.


PAS tidak maksum, tidak sempurna tetapi tidak lah kerana itu mereka yang anti PAS boleh membuat fitnah sewenang-wenangnya atas penulisan atau syair atau pun atas perjuangan kebebsan. Kita kena batas dan etika agar orang pula tidak melihat kita 'bodoh dan buta' dengan fakta yang benar dan sahih.

AbdullahJones menulis pada awal tulisannya.

Malang besar bagi pas adalah bila ianya memusuhi semua.
Siapa sahaja yang tidak turut serta dalam perjuangan mereka adalah musuh nyata.
PAS beranggapan bahawa hanya mereka yang berkerja dalam jalur perjuangan suci. Hanya mereka yang berada di jalan yang lurus. Dan sorga adalah hak mutlak mereka sama ada mereka menang atau kalah pilihan raya.
Buka penulisan terus AbdullahJones membuat suatu kenyataan yang sangat buruk kepada dengan gambaran PAS adalah musuh semua orang, jumud, berasa dirinya betul dan ahli syurga dan seolah-olah-lah PAS mengawal pintu syurga.

Itu suatu kenyataan, lebai belum dapat lagi apa hujahnya.

Mari kita analisis tulisan 'hebat' AbdullahJones untuk baris seterusnya,
Bekas rakan sekerja yang ‘lari dari perjuangan’ adalah munafik yang disamakan dengan para fasik pada zaman dahulu. Dan balasan paling setimpal adalah neraka paling bawah yang tiada hujung penderitaan.
PAS jadi rugi apabila melepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat undi simpati daripada bekas ahlinya apabila mereka sering memperlekehkan sesiapa yang tidak sekata.

Kemudian dari itu, PAS juga mungkin kehilangan undi golongan atas pagar apabila saban hari kerja mereka tidak lain adalah mencari salah semua orang.

AbdullahJones berhujah PAS label yang keluar parti sebagai munafik, fasik dan balasan neraka. Ini kepada geng Amanah (PAN) mudah cerita.

Sebelum lebai menjawab lebih jauh, kita lihat sejarah PAS ada tak yang keluar daripada PAS sebelum ini?

Zulkifli Nordin misalnya keluar PAS, masuk PKR. Ada PAS label dia munafik, fasik dan balasan nereka?

Mohamad Imran Abd Hamid ahli Parlimen Lumut. Jadi calon PKR juga ada PAS label dia munafik?

AbdullahJones, lebai boleh senarai lebih daripada 17 orang pimpinan besar yang keluar PAS tapi PAS tak memunafikkan mereka dan tak kata pun dia ni fasik.

Itu pimpinan, belum masuk yang berada di kawasan dan cawangan, ramai juga.

AbdullahJones anda boleh berfikir lebih matang kenapa??

AMANAH (PAN) ni kenapa PAS kata mereka ini munafik. Abdullah tahu tak 4 ciri munafik? Jadi tak perlu lebai perincikan bahawa mereka ini telah berjanji dengan sumpah setia tapi mereka membelakanginya. Selepas itu mereka fitnah PAS sehingga orang macam AbduillahJones boleh tertipu. Itu bukan cirik fasik? Munafik dan fasik sudah pasti balasannya neraka melainkan mereka bertaubat.

Apa yang tak betul?

Siapa kata PAS rugi? Adakah AbdullahJone boleh jamin mereka akan mengundi PAS? Jadi membuang terus mereka dalam 'culaan' PAS adalah sebaik-baiknya. Malah ada kawasan-kawasan PAS membuat culaan membuat anggapan bukan Islam tidak sokong PAS dan mereka berusaha untuk mencari undi untuk menyaigi undi bukan Islam yang ada di kawasan mereka. Jika ada sedikit sokongan dengan bantuan DHPP kawasan itu mendapat bonus. Itu gerakerja PAS yang sangat tinggi daya juangnya.

Untuk makluman AbdullahJones kerana anda tidak tahu daripada 32 unit dalam Jentera Piliharaya PAS ada satu unit Bilik Gerakan. Daripada pemantauan sepanjang akhir 2017 (Disember 2017) menunjukkan ada peningkatan sekitar 8.6 % undi atas pagar kepada PAS melibatkan 5 negeri dan 3.2% melibatkan 3 negeri. Ini suatu data menunjukkan PAS mampu bersaing untuk pertandingan 3 penjuru nanti.

Lebai nak bagi satu perbandingan agar AbdullahJones boleh berfikir lebih baik dalam membuat perbandingan. Misalnya AbdullahJones ada Galari Lukisan yang ada pekerja bekerja di situ. Jika pekerja nak berhenti dan bekerja dengan Galari lain. Adakah AbdullahJones marah dan maki dia??
Kata dia akan masuk nereka??

Tentulah tidak. Kalau Abdullah kata memang AbdullahJones seorang yang gila!

Katakanlah pekerja itu curi barang dalam galeri, ambil lukisan dan dia kata dia dah 30 tahun kerja perkakas tu macam dia punya.

Sudah tentu Abdullah kata dia ni munafik dan akan masuk neraka kerana curi barang AbdullahJones. Begitulah terjadi antara PAS dan AMANAH (PAN). PAS Tak marah yang sebelum kerana mereka tak curi harta PAS. Tapi yang oren ni banyak harta dia kata harta dia. Tok Guru Nik Abdul Aziz pun dia kata dia punya juga. AbdullahJones ada akal tak nak fikir ini semua??

AbdullahJones menulis lagi,
Hukum neraka sentiasa bermain di bibir mereka apabila memperkatakan mengenai sesiapa yang tidak memberi sokongan.
Kumpulan-kumpulan agama yang giat juga sering diperlekeh oleh PAS. Al-Arqam atau tabligh adalah dua kumpulan yang sepatutnya dengan jaminan akan memberikan undi kepada PAS, namun disebabkan sifat permusuhan yang seakan-akan menjadi amalan biasa, kedua-dua kumpulan terbabit menjauhkan diri.

Tabligh adalah musuh utama PAS kerana katanya kumpulan ini meninggalkan politik.

Itu tentu sekali tidak benar.

Daripada tinjauan, didapati sebahagian besar mereka yang tabligh juga merupakan ahli kepada banyak partai politik negara termasuk yang sangat aktif dalam PAS!


PAS sebagai partai yang berteraskan Islam sepatutnya lebih bijak mengatur strategi bagi memikat orang supaya mengundi mereka.

Buang sifat suka bermusuh dengan semua orang. Perjelaskan desus-desas. Berhemah dalam ceramah dan berhenti menyalahkan semua orang.
Lebai tak menulis pasal Al-Alqam kerana ada melibat tariqat dan aqidah. Bukan tak boleh menulis tapi tak cukup untuk memfokus jawapan tulisan si AbdullahJones.

PAS tolak tabligh?
Mana engkau dapat fakta ini?
Mungkin engkau ada ikut tabligh dan tidak cermat dalam membuat penitian sehingga mendapat sumber yang tak benar.

Abdul Hadi Presiden PAS telah membuat kunjungan dan bertemu pimpinan jamaah tabligh dan berbincang dengan mereka bagaimana untuk menegakkan Islam dan sama-sama berkerja dalam jalur perjuangan Islam ini.



Malah Tabligh yang dulunya dikatakan Jamaah yang tidak menghiraukan politik kini telah di dekati oleh PAS. Tuan Guru Abdul Hadi berjumpa dan berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah  Tabligh.


Bukan sahaja PAS, malah Pemuda PAS juga berbuat demikian. Kerena PAS ingin mengerakkan
jalur perjuangan Islam ini tanpa mengira apa jamaah mereka. Pasal itu antara pecahan seteru PAS dulu IRC, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam pecahan JIM yang pro kepada UMNO sebelum ini kini lebih pro kepada PAS. Sebahagian daripada mereka kini menguasai parti BERJASA dan menjadi rakan Block ke-3 bersama PAS dan akan bertanding di beberapa kawasan Melayu yang diwakili bukan Islam.

Jadi menuduh PAS memusuhi Jamaah Tabligh adalah suatu yang silap bersumber maklumat yang tidak sah. Memang PAS berbeza dengan dalam pendekatan dakwah, tapi dalam jalur gerakan PAS bersama Jammah Tabligh, sama-sama mencari kederahaan Ilahi.

Lebai hairan macam mana AbdullahJones cuba "melukis" PAS dengan pemikiran salah dan prasangka jahat?



Sumber TKO - 27-1-2018

















































Politik murahan Presiden PAN sensasi pertemuan diplomat

TULIS Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin di dalam Facebook beliau hari ini: “Semalam, 25 Januari, (Tun) Dr Mahathir berjumpa dan berbincang selama dua jam dengan diplomat Kesatuan Eropah (European Union) di kediaman Duta EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernández. Hadir adalah 14 Duta dan tiga Charge de Affairs negara-negara EU. Selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan turut diwakili oleh Mohamad Sabu, (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman, Tan Kok Wai, Dr Xavier Jayakumar dan (Datuk) Saifuddin Abdullah. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pemerhatian pilihan raya umum akan datang oleh EU (atas jemputan kerajaan Malaysia) dan perkembangan tindakan negara-negara EU tertentu bersabit skandal 1MDB.”
Bagaimanapun, lebih awal mendedahkan mengenai pertemuan ini adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu, yang berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Bilik Operasi PH DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan, semalam. Ucapan Mohamad Sabu ini dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini hari ini di bawah tajuk “PH Gesa Duta Eropah Tekan Najib” di mana PH dikatakan “menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil”.
Tatkala soal PH “menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil” adalah satu perkara yang boleh dipersoalkan kewajarannya, lebih boleh dipersoalkan kewajarannya lagi ialah tindakan Mohamad Sabu mempolitikkan pertemuan ini dengan menyebut pertemuan ini kononnya berlangsung kerana diplomat Kesatuan Eropah “nampak bahawa PRU14 kerajaan akan bertukar tangan”.
Dakwa Mohamad Sabu: “Selalunya mereka akan jumpa presiden parti atau setiausaha, ini berlainan (secara berasingan). Kenapa duta negara Eropah tidak bertemu kita melalui satu per satu setiap parti? Sebaliknya mereka berkumpul sekali dan menjemput kami untuk berdialog. Saya nampak daripada isyarat itu, mereka nampak bahawa PRU14 kerajaan akan bertukar tangan.”
Laporan sama turut dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight hari ini di bawah tajuk “Diplomat Kesatuan Eropah Terima Kunjungan Pemimpin Pakatan” yang sekali lagi memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: “Kebiasaannya, duta negara Eropah bertemu dengan kita melalui parti masing-masing. Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput. Tetapi kali ini kami dijemput sebagai PH. Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan.”
Pada pendapat saya, cubaan Mohamad Sabu mengheret diplomat Kesatuan Eropah ke dalam kancah politik dalam negara kita dengan mendakwa kononnya mereka nampak atau yakin bahawa PH akan memenangi PRU14 adalah satu perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab dan menampakkan seolah-olah PH sudah cukup terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.    
Adalah lumrah untuk diplomat negara luar mendapatkan perkembangan terkini yang berlaku di negara mereka ditempatkan dan ini diperolehi melalui pertemuan dengan pelbagai segmen masyarakat, termasuk pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun pemimpin masyarakat sivil. Untuk mendakwa mereka bertemu PH kerana mereka nampak atau yakin bahawa PH akan memenangi PRU14 adalah satu politik murahan. - HARAKAHDAILY 27/1/2018






































































































Sumber HD - 27-1-2018



Persamaan dan perbezaan antara Pan dan Berjasa tapi PAS tetap sama
Posted on Saturday, January 27 @ 09:56:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37936



Assalamualaikum...
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,

Apabila ada artikal sejarah yang menceritakan sejarah Dato Asri Muda dan penglibatan politiknya dalam PAS dan negara, tiba tiba saya teringat akan tertubuhnya berjasa, Hamim dan Pan, yang kesemuanya merupakan parti serpihan PAS.Hamim tidak berjaya dan dibubarkan kemudian dan Dato Asri masuk Umno di mana akhirnya dia mati dalam Umno(pinjam ungkapan Mat Sabu).Untuk Berjasa pula, parti ini berjaya di awalnya dengan memenangi beberapa kerusi dalam PRU dan menyertai kerajaan Kelantan tetapi akhirnya turut berkubur sehingga sekarang muncul pula untuk bersama PAS dalam GS.Pan pula semua dah maklum berada di mana sekarang ini.Oleh kerana Hamim sudah jadi sejarah dan tidak pernah relevan kepada poitik tanah air, maka artikal ini tidak akan membicarakan pasalnya.

Antara kedua parti Berjasa dan Pan, persamaannya yang jelas ia itu merupakan parti serpihan PAS yang bersebab dengan pengaruh luar, bezanya Berjasa ditubuhkan dengan pengaruh Umno tetapi PAN pula dipengaruhi DAP dan PKR.

Sejarah mencacatkan punca PAS keluar dari BN kerana Umno mahu mempengaruhi parti agar tidak lagi berjuang untuk carhidup Islam.Pak Subky Latif seingat saya pernah menulis di Harakah dengan memetik kata kata Dato Asri, ketika itu presiden PAS yang menyebut PAS jadi parti Islam kerana ahlinya terdiri dari orang Islam bukannya kerana parti itu berjuang atas prinsip prinsip Islam.Inilah ucapan yang menjelaskan kepada kita bagaimana Umno cuba mengubah PAS menerusi ahli ahlinya sendiri dan untuk lebih terserlah, Umno juga menaja ahli PAS untuk jadi MB Kelantan ketika itu.Dato Mohd Nasir digunakan Umno untuk menguasai PAS dan inilah punca sebenarnya kenapa PAS bangkit menentang yang akhirnya membawa terpisahnya PAS dari BN dan keluarya Dato Moh Nasir menubuhkan Berjasa yang ditaja oleh Umno dan menyertai BN sebagai ganti PAS.

Itu pasal Berjasa, sementara Pan pula,tertubuh ketika PAS cuba diubah oleh rakannya dalam PR, dengan menjadikan beberapa pemimpin yang lebih kepada pegangan Islam yang liberal serta yang teruja dengan DSAI.Apabila Kajang Move yang menjadi kemuncak kepada percubaan DAP dan PKR untuk mempengaruhi dan mengubah PAS, maka bermulalah segala galanya.PAS akhirnya tersingkir dari PR dan sesudah itu dalam muktamar berikutnya, tewasnya puak Anwarinas atau Ergodan dari menjadi barisan kepimpinan PAS yang sepenuhnya diambil alih oleh ulamak, berikutan ketewasan itulah PAN terhasil.Terhasilnya PAN disokong kuat oleh DAP.

Maka nampaklah perbezaan antara Berjasa yang disokong oleh Umno dan PAN yang disokong oleh DAP.Berjasa akhirnya hilang dari peta politik untuk tempoh yang agak panjang sehingga membuat come back dengan menyertai GS.PAN pula baru nak mencuba nasib dalam PRU 14 dan nasibnya masih belum diketahui.

Berdasarkan sejarah Berjasa dan perkembangan semasa, sesiapa pun bolehlah menjangka apa yang bakal dihadapi  oleh PAN dan juga masa depan PAS.PAS sudah dibuktikan sejaran di mana ketika ia keluar dari BN kedudukan PAS cukup tenat tetapi hari ini semua boleh lihat kedudukan PAS.Berjasa ditubuhkan ketika PAS tenat tetapi di manakah kedudukan Berjasa hari ini.Di manakan pula kedudukan PAN yang tertubuh ketika PAS sudah kuat di masa akan datang, hanya ALLAH yang tahu tetapi tidak salah untuk kita membuat jangkaan bersadarkan sejarah dan situasi semasa.

Sumber TKO -27-1-2018


















































Pemimpin DAP akui parti itu akan kuasai Perak!

BARU terbaca tulisan sahabat saya Naib Pengerusi PAN Perak, Dr Muhaimin Sulam, yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Date Line pagi tadi bertajuk “Yang Corot Dan Yang Dominan Dalam Pakatan Harapan Perak”. 
Tulisan Dr Muhaimin ini adalah maklum balas beliau kepada komentar Facebook saya pada 22 Januari 2018 bertajuk “Agihan Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak: DAP Mendominasi Pakatan Harapan Perak, PAN Pula Di Tempat Tercorot."
Kata Dr Muhaimin, komentar Facebook saya ini: “Sudah beratus-ratus di'likes’, di 'share’ dan kemudian disiarkan oleh akhbar politik di talian. Selanjutnya merebak menjadi bualan yang langsung tidak membina negara. Orang kampung kata ‘buang beras’.”
Kata Dr Muhaimin lagi: “Tajuk itu sudah ada unsur propaganda dan provokasi. Pemilihan terma ‘dominasi’ dan ‘corot’ bukan kebetulan tetapi adalah usaha pembenihan doktrin kepada pembaca. Manakala DAP dan PAN menjadi objek utama untuk ‘dikerjakan’ sebaik-baik yang mungkin demi kepentingan tertentu.”
Saya hairan dengan Dr Muhaimin ini yang banyak mengkritik saya dari sudut emosi kosong semata-mata dengan menyebut kononnya “'maklumat' yang dihuraikan itu adalah mentah dan lebih bersifat imaginasi” atau bahawa “politik tidak semudah itu untuk difahami dan difikirkan, kawan”,.
Disebutkan juga “posting sebegitu hanyalah suatu gerakan mendodoi orang Melayu agar terus tidur nyenyak” dan “tulisan seharusnya membina dan membangkitkan martabat akal dan mengelakkan diri diperhamba dengan kebodohan diri sendiri dan kejahatan sang cerdik pandai”.
Masa sama, tiada sebarang penafian diberikan oleh Dr Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu, malah beliau sendiri mengakui “hujah (PAN dikatakan tercorot dalam pengagihan kerusi di Perak) kelihatan agak munasabah untuk PAN kecewa...”.
Hanya yang beliau sebutkan adalah:
Kononnya PAN akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit: “Ada eloknya difikirkan tentang kewajaran analogi ‘kecil-kecil cili api’. Begitulah juga dalam politik yang serba memungkinkan. Perlu berfikir secara ‘kuih lapis’, jangan berfikir lurus bendul.”
Kononnya pengagihan kerusi ini masih boleh berubah: “Tarikh penamaan calon masih jauh lagi. Ada seribu satu kemungkinan yang akan berlaku.”
Saya harap Dr Muhaimin dan para pemimpin PAN lain, mahupun sesetengah penganalisis politik lain, tidak terus dibuai mimpi yang keterlaluan dengan mengharapkan DAP tidak akan mendominasi Pakatan Harapan (PH) Perak.
Usahlah para pemimpin PAN terus berimaginasi bahawa PAN akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit dan usahlah para pemimpin PAN terus mengharap para pemimpin DAP Perak akan memberikan kerusi mereka kepada PAN.
Baru semalam, 25 Januari 2018, akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Canning, Wong Kah Woh, selepas pelancaran Pemuda PH Perak di Ipoh bahawa Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan di Perak dengan 32 kerusi secara keseluruhannya.
Ini kerana, kata Wong Kah Woh, DAP yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang selain dapat merampas lapan kerusi lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Baik, mari kita sama-sama lihat komposisi 24 kerusi DUN Perak yang dimiliki oleh PH sekarang.
Daripada 24 kerusi DUN Perak yang dimiliki oleh PH sekarang, 18 adalah dimiliki oleh DAP, iaitu melalui:
(1) Teh Kok Lim di N17 Pokok Assam
(2) Leow Thye Yih di N18 Aulong
(3) Loh Sze Yee di N22 Jalong
(4) Wong Kah Woh di N25 Canning
(5) Ong Boon Piow di N26 Tebing Tinggi
(6) Lee Chuan How di N27 Pasir Pinji
(7) Cheong Chee Khing di N28 Bercham
(8) Nga Kor Ming di N29 Kepayang
(9) Sivasubramaniam A/L Athinarayanan di N30 Buntong
(10) Teh Hock Ke di N31 Jelapang
(11) Lim Pek Har di N32 Menglembu
(12) Yong Choo Kiong di N33 Tronoh
(13) Wong May Ing di N37 Pantai Remis
(14) Leong Cheok Keng di N40 Malim Nawar
(15) Chen Fook Chye di N41 Keranji
(16) Datuk Ngeh Koo Ham di N50 Sitiawan
(17) Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu di N55 Pasir Bedamar
(18) Sivanesan A/L Achalingam di N57 Sungkai
Daripada 24 kerusi DUN Perak yang dimiliki oleh PH sekarang, 5 adalah dimiliki oleh PKR, iaitu melalui:
(1) Abdul Yunus Jamahri di N9 Kuala Kurau
(2) Chua Yee Ling di N13 Kuala Sapetang
(3) Tan Kar Hing di N44 Simpang Pulai
(4) Chang Lih Kang di N45 Teja
(5) Kesavan A/L Subramaniam di N54 Hutan Melintang
Daripada 24 kerusi DUN Perak yang dimiliki oleh PH sekarang, 1 adalah dimiliki oleh PAN, iaitu melalui:
(1) Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di N14 Changkat Jering
Sekarang mari kita sama-sama lihat pula komposisi lapan kerusi DUN Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh PH pada PRU14 bagi membolehkan PH membentuk kerajaan di Perak.
Daripada lapan kerusi DUN Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh PH pada PRU14, lima adalah dimiliki oleh PAN, iaitu:
(1) N6 Kubu Gajah
(2) N16 Kamunting
(3) N20 Lubok Merbau
(4) N 23 Manjoi
(5) N35 Manong
Daripada lapan kerusi DUN Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh PH pada PRU14, tiga adalah dimiliki oleh PPBM, iaitu:
(1) N51 Pasir Panjang
(2) N53 Rungkup
(3) N56 Changkat Jong
Akhirnya, mari kita sama-sama lihat pula komposisi bangsa dan agama pemegang 32 kerusi DUN Perak yang DAP sasarkan untuk PH menangi pada PRU14 bagi membolehkan PH membentuk kerajaan di Perak ini.
22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli DUN Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli DUN Perak dari PKR.
10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli DUN Perak dari PAN.
(2) 3 Ahli DUN Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli DUN Perak dari PKR.
Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam Kerajaan PH Negeri Perak jika PH menguasai DUN Perak pada PRU14?
Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kata-kata bahawa gabungan kerusi yang diberi kepada PPBM (14) dan kerusi yang diberi kepada PAN (13) adalah lebih tinggi daripada kerusi yang diberi kepada DAP?
Dr Muhaimin, bila menulis asaskanlah tulisan anda kepada fakta. Tidak baik anda meremahkan komentar saya yang berasaskan kepada fakta sebagai “ada unsur propaganda dan provokasi” dan “usaha pembenihan doktrin”.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 


Mahathir Sudah Kena Pancung Oleh Dr Zuhdi
Posted on Friday, January 26 @ 18:11:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37930



Bagi Dr Zuhdi, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), sekiranya parlimen tergantung kerana tiada satu blok pun mendapat majoriti mudah dalam PRU14 nanti, PAS hanya ada dua pilihan. Sama ada PAS menjadi kerajaan dengan BN atau PAS rela kekal sebagai pembangkang meskipun rakan gabungan BN nanti ialah PH.



Kenyataan Dr Zuhdi itu jelas melepaskan tetakan  di tengkuk Mahathir. Sebelumnya badut tua itu sengaja menghulurkan batang leher untuk dipancung apabila menyindir PAS.PAS dikatakan berangan-angan Mat Jenin apabila hanya mensasarkan 40 kerusi.

Pancungan Dr Zuhdi secara automatik juga terkena batang tengkuk PH. Sedang darah bersembur di urat merih, PH sudah nampak Mahathir yang sedang  ‘memandang’ -   menjadi Mat Jenin yang jatuh dengan pelepah kelapa kering.

Maka pemuka-pemuka PH yang rasa selamat mula create angan-angan baru untuk  jadi menteri dengan melompat parti biarpun terpaksa bayar RM20 juta. Apa masalah dengan RM20 juta kalau tawaran jauh lebih lumayan dari itu. Kalau beruk-beruk di Perak dan di Selangor pandai melompat, apa salahnya untuk diturut. Sumpah dan bai’ah lagi berani dilanggar, takkan  janji dengan manusia tak tega dirempuh.

Juga jangan diherankan jika PH secara en bloc berUG dengan BN? Tiada terminologi ‘malu’ bagi bangsat politik.  Alergik boleh berkalih paih . Similenya, macam Nurul Izzah yang alergik dengan Mahafiraun. Hari ini jadi parut luka kecil saja. Yang berdosa besar kalau berUG hanyalah PAS. Pemuka-pemuka PH yang suci-suci  dan murni-murni maksum belaka. Amat tidak mustahil  apabila kulit muka sudah ditampal dengan kulit khinzir.

Apa saja boleh berlaku selepas PRU nanti.Khinzir pun khinzirlah. Asal jangan dikatakan babi. Rakyat dan pengikut hendak maki-hamun apa peduli.

BDA
26/1/2018


Sumber TKO - 26-1-2018  






















































Umno-BN dan PAN berpakat di Kelantan?

AGAK mengelirukan kenyataan Ketua Umno-BN Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto, Gua Musang, semalam, 25 Januari 2018.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, "kita  tiada  masalah  kerana  kita  akan  sokong  siapa  sahaja  yang  menentang  seteru  kita", yang diterjemahkan oleh pemberita akhbar itu sebagai membawa makna “BN akan menyokong siapa sahaja yang menentang seteru parti termasuk PAN”.
Sementara agak jelas bahawa istilah 'seteru parti' yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada “PAS”, agak kurang jelas:
Apakah istilah "kita tiada masalah” dan “kita akan sokong” yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada 'Umno-BN Gua Musang' sahaja atau 'Umno-BN Kelantan' mahupun 'Umno-BN Malaysia'?
Apakah bentuk sokongan yang akan Umno-BN berikan kepada PAN yang tergambar di dalam ayat “kita akan sokong siapa sahaja yang menentang seteru kita" yang disebut oleh Tengku Razaleigh ?
Apakah kenyataan Tengku Razaleigh ini petanda wujudnya pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan? Dan apakah implikasi kewujudan pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan ini, jika ia benar, kepada bentuk hubungan antara Umno-BN dan PAN di Pusat? 
Agak melucukan juga bila dalam keadaan PAS yang sering diuar-uarkan oleh PAN sebagai mahu ber-UG dengan, atau menyokong serta mempertahankan, Umno-BN, tiba-tiba pemimpin Umno-BN sendiri menyebut mengenai pakatan antara Umno-BN dan PAN. HARAKAHDAILY  26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 























































Tun M berangan di Pulau Fantasi buatan sendiri

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) melihat hasrat Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua dengan mendambakan sokongan DAP, umpama berangan-angan di Pulau Fantasi buatan sendiri. Dengan mengambil kira realiti politik Malaysia, seseorang politikus atau sesebuah parti yang mahu mendapat mandat membentuk kerajaan mestilah mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu.
Berdasarkan situasi semasa, sokongan majoriti pengundi Melayu hanya datang melalui dua parti terbesar Melayu, iaitu Umno atau PAS. DAP dan parti-parti komponen PH yang lain termasuk PPBM, diyakini tidak mampu menarik sokongan majoriti pengundi Melayu sebagaimana yang terbukti dalam keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, justeru hasrat Dr Mahathir sukar dicapai.
PPP berpendirian, pandangan Dr Mahathir yang cuba memperlekehkan kenyataan Presiden PAS tentang hasrat PAS untuk membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan selepas PRU 14 nanti, menandakan dia sudah menutup pintu untuk mendapatkan sokongan PAS sekiranya beliau memperolehi kurang kerusi bagi membentuk majoriti mudah di parlimen nanti.
Dr Mahathir seharusnya menyedari dalam senario pertandingan tiga penjuru atau lebih seperti yang bakal berlaku, sukar untuk mana-mana parti atau gabungan politik memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Dalam konteks global, keputusan seperti ini kerap berlaku mutakhir ini termasuk di United Kingdom, yang dahulu lebih dikenali sebagai negara yang mengamalkan sistem dua parti.
Sekiranya keputusan ini terhasil selepas PRU 14 nanti, apabila gabungan BN, GAGASAN (PAS) atau PH masing-masing tidak boleh membentuk kerajaan, melainkan bergabung dengan gabungan yang lain, maka sikap angkuh Dr Mahathir ini menandakan beliau sudah tutup pintu dengan PAS. Dengan sikap beliau menutup pintu ini, cita-citanya untuk kembali menjadi PM akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin pula.
Sehingga setakat ini PAS belum menetapkan apa-apa keputusan, jika situasi 'hung parliament' berlaku, adakah PAS akan bersama BN atau PH untuk membentuk kerajaan campuran atau PAS akan terus menjadi pembangkang yang kuat di parlimen. Dengan sikap bongkak Dr Mahathir ini, maka pilihan yang tinggal kepada PAS hanya tinggal dua sahaja, terus kekal menjadi pembangkang utama atau membentuk kerajaan campuran dengan BN. 
Oleh sebab itu, sasaran minima PAS untuk memenangi 40 kerusi ini jangan diperkecilkan. Di samping itu, dengan bertanding 130 kerusi PAS akan terus berusaha membuat keputusan upset sehingga memungkinkan PAS boleh mencapai jumlah kerusi majoriti mudah di parlimen. Kedua-dua situasi membolehkan PAS membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan selepas PRU 14 nanti, justeru ia bukanlah angan-angan Mat Jenin seperti yang didakwa.
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
25 Januari 2018
8 Jamadilawal 1438 - HARAKAHDAILY 26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 


Cukup sampai di sini wahai Umno BN...
Posted on Friday, January 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37917



TAHUN lalu negara menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-60. Ini juga bermakna sudah 60 tahun Umno BN (dulunyanya Perikatan) memerintah negara ini kerana sejak Merdeka pada 1957 hingga kini hanya Umno BN yang memegang tampuk pemerintahan.

Tahun ini (2018) PRU ke-14 akan diadakan dalam masa terdekat, persoalannya akan berjayakah Umno BN melanjutkan mandatnya?

Selepas 60 tahun rasanya amat layak untuk Umno BN bersara kerana sebagai perbandingan, bagi kakitangan kerajaan umur 60 tahun adalah tempoh maksimum untuk berkhidmat. Ertinya jika pekerja perlu bersara wajib, Umno BN pun patut 'dibersarakan' selepas usia 60 tahun ini!

Umur pencen pekerja asalnya 55 tahun, hanya tidak lama dulu dinaikkan kepada 56, kemudian 58 dan akhirnya-akhir ini 60 tahun. Umno BN juga telah diberi banyak peluang untuk memerintah negara sekalipun ia sewajarnya 'pencen' selepas PRU ke-13 pada Mac 2013 dulu kerana gagal melepasi 50 peratus undi popular.

Namun sistem undian 'first-past-the-post' (FPTP) memberi kelebihan kepadanya untuk kembali memerintah. PRU ke-14 akan diadakan dalam tempoh terdekat, dan kalau komponen parti ini kalah maka akhirnya terpaksalah Umno-BN pencen selepas memerintah negara ini selama 60 tahun.

Tetapi jika Umno menang, ia boleh melanjutkan umur persaraannya, mungkin sampai 'ganyut' umurnya menepati slogan 'berkaratnya' - dulu, kini dan selamanya. Namun sudah tentu Umno-BN tidak mahu pencen setelah 60 tahun memerintah. Ada pekerja pun tidak mahu pencen pada usia 60 tahun.

Mereka mahu 'extra' - mungkin setahun dua lagi. Masih muda, kata kebanyakannya, terutama daripada sektor awam. Masih banyak boleh disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara, dakwa sesetengahnya. Demikianlah betapa banyak alasan diberi sedangkan jika mereka tidak pencen, macam mana ada kekosongan bagi membolehkan anak cucu masuk dalam dunia pekerjaan.

Itulah antara sebabnya puluhan ribu graduan kini menganggur! Ini kerana di ofis berlaku lambakan ‘datuk’ dan ‘nenek’. Masakan tidak ramai golongan veteran membanjiri dunia pekerjaan kerana hampir tiada yang mahu bersara pada usia 55 tahun dulu kerana bimbang tidak dapat imbuhan malah ada ura-ura tidak boleh keluar wang KWSP sepenuhnya pada usia itu sebaliknya 60 tahun.

Dulu, ramai juga pekerja tak mahu pencen pada usia 56 dan 58 tahun dan boleh dikatakan hampir semua kakitangan kerajaan ‘sign’ akan pencen pada usia 60 tahun. Jika pekerja yang ‘tiada kepentingan sangat’ enggan pencen pada usia 'muda' tahun tentunya Umno-BN tidak mahu kerusi empuk yang didudukinya direnggut pada PRU ke-14 nanti.

Mestilah Umno BN mahu berganjak ke angka 65, 70, 80 atau 100 tahun. Atau lebih baik lagi dulu, kini dan selamanya…Apabila Umno-BN tidak sedia pencen pada usia 60 tahun ini (berdasarkan propaganda hebat dilancarkannya terutama melalui media massa), apakah rakyat boleh berterusan berdiam diri?

Seorang kakitangan (pekerja) yang mahu usia persaraannya dilanjutkan mestilah menunjukkan prestasi baik bahawa dia masih boleh menyumbang bakti sekali pun badannya sudah sakit sana sakit sini.

Tidak guna ‘sign’ kontrak bersara lewat tetapi tahun-tahun terakhir bekerja dipenuhi MC, terlantar di wad hospital, ponteng, termenung sana termenung sini kerana kaki sudah dipotong kerana diabetes, tak larat bekerja dan sebagainya yang pasti menjejaskan operasi jabatan atau syarikat. Hal ini akan menyusahkan pihak pengurusan dan rakan-rakan sekerja. Lebih buruk lagi, dalam usia senja itu terbabit pula dalam amalan buruk seperti rasuah.

Jika seorang pekerja boleh disemak rekodnya sama ada dia layak bekerja sehingga lanjut usianya, Umno-BN juga boleh diperiksa prestasinya sama ada ia layak dipencenkan pada usia 60 tahun ini atau boleh terus bekerja sehingga usia kemerdekaan negara 65 atau 70 tahun.

Akhir-akhir ini apabila Umno-BN sudah ada tanda-tanda kena pencen pada usia selepas 60 tahun, dirinya semakin gelisah sehingga terpaksa ‘masuk bakul angkat sendiri’. Maklumlah takut dipencenkan pada ‘usia muda’ kononnya! Tukang kempennya seperti media massa sarat dengan puji-pujian melangit, membodek Umno BN sebaliknya menjadi kaki kutuk paling dahsyat terhadap lawannya.

Ketakutan Umno BN untuk pencen pada usia selepas 60 tahun ini juga menyebabkan ia begitu tak ketentuan; hakikatnya tubuh badan Umno-BN sudah rosak teruk, menjadi sarang penyakit, oleh itu bersedialah untuk bersara wahai Umno BN selepas PRU ke-14 nanti!

....
http://lanh14.blogspot.my 


Sumber TKO - 26-1-2018


Untuk Rosakkan Imej PAS, Hadi dicabar kerabat isteri (PAN) di Marang?
Posted on Thursday, January 25 @ 09:31:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37893


Kerusi parlimen Marang yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan dicabar oleh anak saudara isteri presiden PAS itu sendiri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Pencabar itu adalah Miqdad Zakaria yang merupakan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Marang, seperti didedahkan timbalannya Suhaimi Sulaiman.

"Pertandingan di Parlimen Marang, kita tetapkan Miqdad sebagai calon untuk berdepan dengan siapa sahaja calon PAS di Parlimen Marang. InsyaAllah kita tengok setakat ini kita (AMANAH) boleh," kata Suhaimi seperti dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang dihubungi media berkenaan menafikan perkara itu dan berkata pihaknya belum memutuskan senarai muktamad calon.

"Kita belum (putuskan) apa-apa lagi... keputusan kita belum buat lagi. Tunggulah seminggu dua lagi. Setakat ni sudah 70 peratus (siap menamakan calon)," katanya.

Bukan kerusi selamat Abdul Hadi
Sementara itu, ketika ditemui media Miqdad menegaskan penyertaannya ke dalam parti itu bukan untuk bertanding semata-mata tapi untuk mengubah keadaan politik di Marang.

Menurut Miqdad lagi, dia merasakan masih terlalu awal memikul tanggungjawab sebagai calon lebih-lebih lagi jika diminta untuk berhadapan Abdul Hadi.

Miqdad yang meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH sebelum ini pernah menyuarakan kesediaannya jika dipilih untuk bertanding dalam PRU ke-14 akan datang.

Untuk rekod, parlimen Marang merupakan parlimen kegemaran Abdul Hadi yang menyaksikan beliau bertanding di kerusi itu sejak PRU ketujuh (1986).

Hadi pernah kalah di kerusi itu dua kali kepada calon BN Datuk Abdul Rahman Bakar pada 1986 dan 2004 sebelum menang kembali dalam PRU 2008 dan 2013 apabila PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Pada PRU ke-13 Abdul Hadi mengekalkan kerusi itu setelah menewaskan calon BN Datuk Yahya Khatib dengan majoriti 5,124 undi. Hadi mendapat 42,984 undi manakala Yahya memperolehi 37,860 undi.

Penganalisis berpendapat Marang bukanlah kerusi yang benar-benar selamat bagi Abdul Hadi selepas perpecahan dalaman PAS yang menyaksikan penubuhan AMANAH.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang turut disandang Abdul Hadi, Suhaimi berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu belum ada keputusan sama ada akan meletakkan calon AMANAH atau BERSATU.

Suhaimi menambah, HARAPAN Terengganu bagaimanapun bersetuju meletakkan calon PKR di DUN Alur Limbat, calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di DUN Pengkalan Berangan dan calaon AMANAH di DUN Bukit Payong.

Sumber TKO - 25-1-2018


























































Kerusi Parlimen: PAN sudah telan kata-kata sendiri?

KITA akan menang semua, dapat kerusi gred A, kata PAN selepas dapat kerusi paling sikit”, inilah tajuk laporan portal berita Malaysia Date Line tulisan Arif Atan pada 7 Januari 2018 bila PAN diumumkan hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada hari itu. Laporan portal berita ini memetik Presiden PAN, Mohamad Sabu, sebagai berkata beliau “yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PAN pada Pilihan Raya Umum ke-14  nanti” selain memetik Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, sebagai berkata “kerusi yang PAN dapat adalah kerusi yang berpotensi tinggi boleh menang”.
Alih-alih semalam, 23 Januari 2018, portal berita The Malaysian Insight, dalam laporan yang ditulis oleh Zulkifli Sulong, memetik “sumber PAN” sebagai memaklumkan bahawa “mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27 kerusi Parlimen yang akan ditandingi PAN” di mana “daripada 27 kerusi yang diperolehi PAN, mereka meletakkan enam kerusi di gred A, 16 di gred B manakala lima kerusi di gred C dan D”.
Ke mana perginya kata-kata Presiden PAN dan Pengarah Komunikasi PAN sebelum ini bahawa PAN yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepadanya kerana kesemua 27 kerusi Parlimen ini adalah “kerusi gred A”?
Kenapa sekarang, setelah dua minggu agihan kerusi ini diumumkan, baru disebut bahawa sebenarnya bukan kesemua 27 kerusi Parlimen PAN ini adalah “kerusi gred A”, tetapi hanya enam kerusi sahaja “kerusi gred A” manakala 21 kerusi lagi “kerusi gred B, C dan D”?
Inilah bahananya bila lebih lajak dari laju bila bercakap sehingga belum apa-apa lagi pemimpin tertinggi PAN sudah terpaksa menelan kata-kata sendiri pula.
Jangan nanti selepas ini bilangan enam kerusi yang dikategorikan sebagai “kerusi gred A” ini juga akan bertukar menjadi “kerusi gred B, C dan D” sudahlah. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD- 24-1-2018 

Penjual Kaset, Omar Khalid Yang Cipta Amanat Hadi
Posted on Wednesday, January 24 @ 01:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37884



Seorang penjual kaset ceramah PAS sekitar 80-an dikatakan pencipta kapada Amanat Hadi, dedah penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.


Memetik laporan Antarapos, Dr Kamarul mendakwa penjual kaset, Omar Khalid sendiri pernah mengaku kepadanya bahawa dialah yang bertanggungjawab ‘mencipta’ Amanat Hadi sehingga ia disebarkan ke seluruh negara ketika itu.
“Saya sendiri pernah bertemu beliau dan beliau mengaku kepada saya, beliaulah yang mewujudkan amanat ini. Beliau ‘cut and paste’ dan cetak seterusnya diedarkan ke seluruh negara. Beliau adalah penjual kaset, waktu itu tahun 1980-an. Sudah jadi trend, ceramah pemimpin PAS, direkod dan dijual (ketika itu).

“Jadi saya sempat berjumpa dengan beliau beberapa kali dan beliau mengakui malah berbangga bahawa hasil usaha beliaulah maka terhasilnya Amanat Hadi,” katanya ketika ditemubual Antarapos baru-baru ini.

Menurut Kamarul,  Amanat Hadi adalah ringkasan daripada ucapan ceramah panjang Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.
Ceramah Datuk Seri Abdul Hadi yang ketika itu, berkisar tentang soal iman dan kufur serta bagaimana seseorang itu boleh terkeluar daripada imannya, jika melanggar batas- batas tertentu.
Sepanjang ceramahnya juga, Hadi tidak melabel sesiapa atau mana-mana pihak sebagai kafir, sekali gus mencetuskan budaya kafir mengkafir sesama umat Islam seperti mana yang berlaku selepas itu.

Hadi juga pernah menjelaskan pendiriannya menerusi akhbar mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000 bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk Umno Barisan Nasional (BN).
Selain Hadi, pemimpin PAS serta alim ulama yang lain juga melihat tiada salahnya mengenai ceramahi yang dipendekkan itu justeru tiada antara mereka yang menggesa agar amanat itu ditarik balik.

Hadi turut mendapat sokongan  Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pandangan itu disokong Kamarul yang mengekori rapat perkembangan politik PAS berikutan beliau ketika itu menjadikan parti politik itu sebagai subjek tesis Doktor Falsafahnya (PHD) di Universiti Malaya berjudul “PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama (1982-2004)”.

“Tidak ada di dalam amanat ini ungkapan orang Umno itu kafir. Yang ada hanya ‘kita akan jadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku’.

“Ini kenyataan umum yang boleh dibaca dalam mana-mana kitab termasuk kitab Mustika Hadis yang dikeluarkan pejabat perdana menteri,” ujarnya.

Kamarul juga bertegas, Hadi tidak perlu tunduk pada mana-mana pihak yang menggesanya menarik balik amanat itu.

“Memang (amanat itu) ucapan (ceramah panjang) Hadi. Cuma dipendekkan (yang) menampakkan (perkataan-perkataan) ‘kita mati’, ‘berlawan puak ini’ (dan lain-lain) seolah-olah (menampakkan) Umno ini kafir.

“(Tapi amanat itu) tak menyebut bahawa ‘Umno kafir’. Tak ada disebut begitu,” tegas Kamarul.
Justeru bagi Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) itu, adalah tidak adil jika Hadi terpaksa bertanggungjawab ke atas segala tindakan tidak rasional pihak yang terlampau memberi reaksi berhubung isu itu, sehingga mengkafirkan orang lain sesuka hati.



Sumber TKO - 24-1-2018



























































Syria sedang difaraid

KEDUDUKAN terkini Syria 50 peratus masih dikuasai Kerajaan Syria, termasuk Damascus, 40 peratus dikuasai Kurdi, 10 peratus dikongsi IS dan pejuang revolusi lain.
Kalau diikuti sejak 2011, kumpulan yang awal menakluk Syria daripada kerajaan adalah kumpulan-kumpulan revolusi seperti FSA, Jabhat Nusra dan lain-lain. Kemudian datang IS lalu menguasai kawasan tersebut. Kini, hampir semua kawasan yang IS tawan didominasi oleh Kurdi.
Kalau masih ingat, beberapa pendedahan membuktikan Saudi dan Qatar terlibat membiayai pejuang revolusi Syria termasuk IS. Hillary Clinton dalam kongres pernah menyatakan mengenai pembiayaan US kepada IS. Emel yang didedahkan Julian Assange semasa kempen pilihan raya Presiden US ada menyatakan Saudi dan Qatar turut terlibat dengan IS. Kini, IS secara terbuka mendokong perjuangan Kurdi.
Kesimpulannya, inilah game mereka. Mendanai semua kumpulan di Syria untuk mereka berbantaian sesama sendiri. Mula-mula baton diberi kepada pejuang revolusi. Kemudian baton diserahkan kepada IS. Daripada IS, bertukar ke tangan Kurdi pula.
Sekarang kepercayaan Zionis adalah Kurdi. Rancangan pertama US untuk menguasai akses ke Iraq dan Iran sudah berjaya. 100 peratus sempadan Barat Syria yang menghubungkan Iraq sudah dikuasai Kurdi. Kini mereka sedang bergelut di Afrin dengan tentera Turki. Matlamatnya supaya sampai ke perbatasan Laut Mediterenean. Supaya Kurdistan Raya memiliki akses laluan laut. Kempen yang didokong penuh oleh US dan Israel.
Kurdistan juga jangan harap akan aman. Selagi mereka bergelar Muslim, lambat laun akan diganggu juga sama seperti nasib Saudi. Walaupun memberi wala' kepada Zionis, mereka tidak akan redha selagi tidak mengikut agama mereka. Matlamat mereka adalah Israel Raya seperti yang dinyatakan Theodore Herzl dan Rabbi Fishcmann, dari Sungai Nil ke Sungai Furat.
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم....
6 Jumadal Ula 1439
23 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD- 23-1-2018 



























































Kenapa PH beria-ia mahu jaga kepentingan negara asing?

HAMPIR tergelak saya membaca Kenyataan Bersama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani oleh Liew Chin Tong dari DAP, Dr Dzulkefly Ahmad dari PAN, Datuk Dr Rais Hussin dari PPBM dan Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR hari ini, 21 Januari 2018.
Di dalamnya, mereka “menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk memberi taklimat kepada calon Perdana Menteri PH, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara untuk menjamin konsensus dwiparti dan peralihan kuasa yang sempurna jika atau bila berlaku perubahan kerajaan.”
Kata mereka lagi: “Pada ketika Malaysia memasuki pusingan terakhir menuju PRU14, yang bakal berlaku dalam masa seratus hari akan datang, dan untuk menjamin dasar-dasar luar negara yang telah ditetapkan kerajaan sekarang akan diteruskan kerajaan yang akan datang jika berlaku perubahan kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab DS Najib untuk memberi taklimat kepada calon Perdana Menteri PH serta Ahli-Ahli Parlimen untuk membina konsensus dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada rakan-rakan negara asing.”
Tambah mereka: “Dalam mana-mana demokrasi matang, Ahli-Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak akan duduk bersama di dalam jawatankuasa dasar luar negara Parlimen atau Kongres yang cukup berkuasa untuk meneliti dasar-dasar luar negara kerajaan sedia ada dan membina konsensus yang luas. Dan, untuk menjamin negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan, dalam mana-mana demokrasi matang Ketua Pembangkang biasanya akan diberi taklimat oleh kerajaan berhubung dasar luar negara dan isu-isu keselamatan.”
Kenyataan Bersama Majlis Setiausaha PH ini, bagi saya, adalah sangat kelakar sekali kerana mana ada di dalam mana-mana peruntukan undang-undang negara obligasi bahawa Perdana Menteri perlu memberi taklimat kepada calon Perdana Menteri lawan berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara mahupun keputusan-keputusan lainnya. 
Calon Perdana Menteri adalah tidak diiktiraf di dalam mana-mana peruntukan undang-undang negara, malah jawatan Ketua Pembangkang pun hanya wujud di dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sekadar menyebut, di dalam Fasal 4a (1), bahawa “maka hendaklah ada... seorang Ketua Pembangkang”, di dalam Fasal 4a (2), bahawa “Ketua Pembangkang ertinya berhubungan dengan Majlis Mesyuarat, ahli Majlis Mesyuarat yang sedang menjadi Ketua Kumpulan pihak Pembangkang”, tanpa apa-apa obligasi. 
Jika sekalipun Majlis Setiausaha PH terlebih yakin bahawa ia akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, keterlebihyakinan, yang sebenarnya tidak disertakan dengan sebarang bukti ini, tidaklah sampai boleh mewajarkan ia melakukan sesuatu yang tidak pernah pun dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri (PM) sebelum ini, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu memberi taklimat kepada mana-mana calon PM berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara mahupun keputusan-keputusan lainnya.
Lebih perlu difikirkan lagi ialah Kenyataan Bersama Majlis Setiausaha PH ini menzahirkan bahawa, bagi PH, kepentingan negara asing adalah lebih penting berbanding kepentingan negara sendiri kerana apa yang tercatat di dalam kenyataan bersama ini ialah hasrat PH “untuk tidak mendatangkan kesan negatif kepada rakan-rakan negara asing” dan “untuk menjamin negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan” bukannya “untuk tidak mendatangkan kesan negatif kepada negara sendiri” dan “untuk menjamin negara sendiri tidak terkesan akibat perubahan kerajaan”.
Soalan yang perlu kita jawab bersama sekarang ialah: Kenapa PH terlalu gelojoh dengan kuasa sedangkan bayang kuasa pun masih jauh dari kelihatan dan kenapa pula PH kelihatan terlalu fokus untuk menjaga kepentingan negara asing? - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018 






























































Menangkan PAS supaya Islam memerintah

KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Malaysia kembali kepada Islam dan memulakan langkah memenangkan PAS supaya dapat menegakkan Islam di negara ini.
Perkara itu diutarakannya ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Pahang, Fastaqim 2.3 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini semalam.
Menurut beliau, unik sekali Islam ialah satu-satunya agama yang memberi perhatian kepada politik di mana tidak ada agama lain memberi petunjuk cara berpolitik.  
Jelasnya, apabila Allah mencipta Adam sebagai khalifah di muka bumi, Dia juga menjadikan Rasul dan kitab untuk memberi petunjuk dan panduan yang mesti dipatuhi ketika memerintah umat manusia. 
Terang Tuan Guru, bermakna Nabi dan Rasul dihantar untuk mengajak manusia supaya mematuhi Allah dan memerintah dengan petunjuk Allah yang menyaksikan Islam berjaya memerintah di serata pelusuk dunia.
Katanya, pemerintahan Islam berlangsung dengan berkesan walaupun dalam keadaan masyarakat yang majmuk, namun malangnya ada kaum yang dengki dan berusaha menjatuhkan Kerajaan Islam. 
"Sebagai bukti itulah yang menyebabkan jatuhnya Melaka, jatuh Kerajaan Islam India, Andalusia kemudian Kerajaan Uthmaniyah. Orang yang membenci Islam ini sedar, selagi ada al-Quran, sembahyang Jumaat didirikan, dan ibadah haji di Makkah, Islam tidak akan dapat dihapuskan.
"Maka mereka melakukan berbagai strategi melemahkan Islam. Anak Melayu yang mendapat pendidikan di Makkah telah menubuhkan Gerakan Islam yang diharamkan oleh British sebaik penubuhannya. Tetapi akhirnya PAS berjaya juga ditubuhkan pada 1951. 
"Malangnya ada org Melayu yang jahil agama, mengaji al-Quran tetapi tidak tahu makna sehingga ada yang menghina hukum Islam; busuk sungai akibat potong tangan, kata mereka," bidasnya.
Melanjutkan ceramah katanya, pertembungan pemikiran antara yang faham agama dengan jahil berterusan selepas Merdeka sehingga tahun 1969 apabila berlaku peristiwa 13 Mei.
Barulah ketika itu maklumnya, Islam hendak dibawa ke dalam pemerintahan dan PAS masuk menyertai kerajaan kerana mahu kerajaan kembali kepada Islam, namun selepas BN mempunyai kedudukan yang kukuh, PAS ditendang keluar. 
Setelah itu ujarnya, BN terus meminggirkan syariat Islam dan kemuncaknya berlakulah peristiwa Memali di mana mereka tetap dengan dasar yang tidak mematuhi Islam. 
"Jika mereka tidak mahu kepada Islam biarlah PAS yang memimpin negara. Tugas kita ialah untuk mengajak orang supaya keluar memenangkan Islam. 
"Jika kamu tidak keluar memenangkan Islam, Allah akan menyeksa kamu di akhirat," ujarnya mahu petugas PAS komited berdakwah dan berusaha memenangkan PAS.
Menurutnya lagi, terdapat kumpulan lain juga begitu berminat untuk memerintah negara, tetapi bertelagah dan berebut dalam menentukan calon yang akan menjadi Perdana Menteri, sedangkan bagi PAS itu adalah ketentuan Allah.
Katanya, pilihan raya adalah sistem yang boleh memelihara hubungan antara kaum, sedangkan perang walaupun satu cara untuk memperolehi kuasa, tetapi sebagai cara terakhir, tetapi Islam mendahulukan perdamaian. 
Maklumnya, ada negara Arab memilih berperang walaupun terpaksa berlawan sama sendiri, tetapi sebaliknya PAS tetap pilih demokrasi dan memasuki pilihan raya yang dijalankan di negara ini. 
"Kalau Islam menang, di situ ada pahala tetapi jika Islam kalah, di situ ada dosa. PAS masih memimpin Kelantan dan pernah memimpin Terengganu dan Kedah, kejayaan yang kita perolehi ialah pemerintahan yang bersih. 
"Kerajaan PAS berterusan didiskriminasi. Negeri Kelantan pernah diugut supaya tidak melaksanakan hudud dan Terengganu pula ada hasil minyak tetapi dirampas dari negeri. Orang yang melakukan tindakan itu masih menawarkan diri untuk kembali berkuasa," ujarnya mengingatkan. - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD- 21-1-2018 































































DAP label Mahathir murtad, diktator dan Maha Firaun

TERKEJUT saya bila membaca tulisan editor akhbar rasmi DAP, Roketkini, Izmil Amri Ismail, bertajuk “Mahu Menang Bersama Dr Mahathir, Atau Tewas Di Tangan Najib?” pada 19 Januari 2018 yang menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” kerana kedua-dua pernyataan ini, iaitu 'murtad' dan 'Pope masuk Islam', seringkali dikaitkan dengan konotasi keagamaan. 
Menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” adalah satu perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh akhbar rasmi DAP ini.
Begitu juga dengan rumusan Izmil Amri di dalam tulisannya itu yang berbunyi: “Maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?”
Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai 'mantan diktator tua' dan 'si mahafiraun yang kita benci' maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir sebagai alat yang terpaksa digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sahaja.
Dengan penghinaan sebegini teruk yang ditunjukkan oleh DAP terhadap Tun Dr Mahathir ini, tidak sukar untuk diagak ke mana Tun Dr Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau. - HARAKAHDAILY 21/1/2018
































































































































Sumber HD - 21-1-2018


































































































































Beza 'Zero-Rated' GST (PH) dengan 'Mansuh' GST (PAS)

KETIKA satu poster disebarkan, ramai bertanya apa beza cadangan PAS yang mahu GST dihapuskan dengan PH yang mahu menetapkan 0 peratus cukai GST? Saya sendiri termangu untuk menjawab. Saya bukan ahli di bidang ekonomi.
Setelah lama mencari, akhirnya bertemu satu jawapan. Walaupun dua solusi ini tampak sama, tapi bezanya sangat besar. Ia adalah isu prinsip. Perbezaannya adalah berkaitan dengan syariat Islam. Solusi PAS adalah patuh syariah manakala apa yang ingin dibawa oleh PH adalah bertentangan dengan syariat malah maqasid syariat.
PAS menolak GST kerana konsepnya bersalahan dengan Islam kerana mengambil cukai daripada semua orang termasuk si miskin yang tidak berkemampuan. Sedangkan di dalam ajaran Islam, cukai hanya diambil daripada orang berada bertujuan untuk membantu yang tidak berkemampuan. Oleh itu PAS menolak GST secara total dan tidak boleh dilaksanakan sekali-kali. Akta GST perlu dihapuskan.
Cadangan PH pula adalah untuk tidak mengenakan GST buat masa ini. Tetapi mereka mengakui bahawa GST adalah sistem cukai yang berkesan. Ia dikenakan 0 peratus kerana masih mahu mengekalkan Akta GST. Cuma kadarnya sahaja direndahkan kepada sifar sehingga masa tertentu. Ia bersifat sementara. Ini bermakna, pada suatu masa nanti GST bakal dikenakan semula.
Suka untuk saya katakan idea PH adalah suatu yang sangat bodoh. Mengekalkan sistem cukai tetapi tidak memungutnya hanya akan menambah beban kos kepada peniaga dan kerajaan walaupun dalam tempoh tertentu. Negara akan ditertawakan kerana menjadi satu-satunya negara yang mengenakan GST tetapi 0 peratus. Tetapi lebih malang, jika ada rakyat yang berjaya diperbodohkan oleh mereka.
Inilah padah apabila memahami konsep makro-ekonomi melalui neraca Barat. Mereka hanya nampak penjanaan ekonomi hanya melalui percukaian semata-mata mengikut kaedah polisi fiskal. Soal mengurus kewangan negara difikirkan seputar naik turun nilai cukai dan kaedah kutipan yang efisyen sahaja. Saidina Uthman pernah menyebut di dalam suratnya kepada para Gabenor beliau:
 فإن الله أمر الأئمة أن يكونوا رعاة، ولم يتقدم إليهم أن يكونوا جباة، وإن صدر هذه الأمة خلقوا رعاة، ولم يخلقوا جباة، وليوشكن أن يصيروا جباة، ولا يكونوا رعاة، فإذا عادوا كذلك انقطع الحياء والأمانة والوفاء،
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada para pemimpin supaya menjadi pemelihara, bukan menjadi pengutip cukai. Sesungguhnya kalangan terdahulu dari umat ini diciptakan sebagai pemelihara, bukan pengutip cukai. Dan akan tiba suatu masa nanti pemerintah menjadi pengutip cukai bukan lagi pemelihara. Apabila berlaku demikian, maka hilanglah sifat malu, amanah dan menepati janji.."
Mereka mengenakan cukai secara samarata (equality) dengan menganggap ia bertepatan konsep keadilan (justice). Sedangkan keadilan dan kesamarataan satu perkara yang berbeza. Walaupun tanggungan cukai boleh diperkecilkan kerana dikongsi semua penduduk negara, tetapi kesannya berbeza antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah. RM6 mungkin tiada nilai bagi sesetengah pihak, tetapi ia adalah nilai sara hidup untuk sehari bagi sesetengah golongan.
Tetapi yang lebih malang, kebanyakan konsep percukaian yang dikenakan lebih bersifat mesra kapitalis. Transaksi dan urusniaga golongan korporat bernilai trillion ringgit langsung tidak diusik bagi menjaga hati golongan 1 peratus ini. Barangkali kerana kapitalis inilah yang membela politikus-politikus ini. Rakyat teramai yang sentiasa bergelut dengan kos hidup pula diperas setiap hari.
Kesudahannya, yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus miskin. Jumlah miskin semakin bertambah. Kuasa beli rakyat teramai sebagai pengguna pula menurun mendadak, menyebabkan hasil GST turun menurun kerana kelembapan pasaran. Perniagaan kapitalis turut terjejas lalu akhirnya ekonomi bertambah tenat. Inilah yang berlaku di Greece.
Malaysia bukan negara yang kekurangan sumber pendapatan. Negara sebenarnya kaya dengan pelbagai galian dan tanah yang subur. Semuanya bernilai tinggi dan bermanfaat untuk kehidupan. Masalah sekarang adalah sistem yang menguruskan hasil negara yang tidak efisyen, menyebabkan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan sebilangan kecil sahaja. Ia tidak akan selesai hanya sekadar merubah individu, tetapi sistem masih begitu.
Justeru itu PAS menawarkan solusi tuntas melalui Dokumen Hijau agar kitaran ekonomi negara berlaku secara lebih adil mengikut ajaran Islam. Cukai simpanan korporat dan cukai urusniaga saham BSKL adalah alternatif kepada GST dalam menambah pendapatan negara. Bezanya, cukai ini diambil dari golongan kaya yang membentuk kurang 1 peratus daripada keseluruhan 30 juta rakyat Malaysia sahaja. Itupun boleh mengutip lebih daripada hasil GST hari ini.
Bagi menjayakan perkara ini, PAS mengamalkan salah satu kriteria BPMS iaitu Politik Mengutamakan Rakyat. PAS mengemukakan Dokumen Hijau kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara buat pertama kali sebelum dipaparkan kepada rakyat. Menunjukkan PAS benar-benar ikhlas mahu membantu negara. Dokumen Hijau bukan semata-mata modal politik PAS. Namun hanya sebahagian kecil kandungan Dokumen Hijau yang dipertimbangkan.
Sehingga kini PAS masih percaya hanya Islam sahaja yang mampu menyelesaikan masalah negara. PAS memiliki berbagai lagi solusi selain ekonomi. Kesemuanya terkandung di dalam dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051). Membuktikan PAS tidak hanya pandai bercakap mengenai hudud sahaja sebagaimana yang digambarkan media. PAS sudah bersedia jika diberi amanah memerintah!
"Sejahtera Bersama Islam"
2 Jumadal Ula 1439
20 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD - 20-1-2018

Siapa calon PM PAS?
Posted on Friday, January 19 @ 09:06:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37806



Sebenarnya kita tak perlu bertanya siapa calon perdana menteri PAS? Sama seperti kita tak perlu bertanya siapa PM Umno-BN?

Menjadi tradisi politik di dalam PAS, Umno dan umumnya demokrasi di negara ini sejak merdeka, presiden sesebuah parti majoriti itulah yang secara automatik menjadi calon PM.

Amalan demokrasi di negara ini tidak sama seperti di Amerika Syarikat atau Indonesia. Di kedua negara berkenaan, misalnya, calon presiden tidak semestinya ketua parti. Kita lihat bagaimana misalnya Jokowi yang dipilih sebagai presiden, sedangkan dia bukan ketua Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P). Ketua umum PDI-P ialah Megawati Seokarno Putri.

Amalan di Malaysia selama ini lebih menghampiri apa yang wujud di United Kingdom apabila ketua parti — sama ada Konservatif atau Buruh — secara sendirinya adalah calon PM. Bertanya siapa calon PM daripada parti Konservatif, sebenarnya satu soalan lawak seram.

Sekiranya amalan ini mahu dirombak — katakanlah atas nama 'reformasi' sekalipun —maka wajib setiap parti memanggil satu perhimpunan atau kongres khas bagi akhirnya memilih satu sahaja calon.

Tidak munasabah kalau seorang ketua cabang, bahagian atau ahli biasa misalnya boleh sesuka hati menamakan dirinya sebagai calon. Seseorang calon perlulah melalui satu proses pemilihan dalaman untuk mendapat persetujuan majoriti anggota parti.

Melihat kepada pemilihan calon PM Pakatan Harapan baru-baru ini, proses pemilihan dalaman tersebut tidak berlaku. Calon yang dipilih bukan pula datang daripada parti majoriti. Parti-parti seperti PKR, AMANAH dan BERSATU bukanlah parti majoriti.

Parti majoriti di dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) kini ialah DAP. Walaupun PKR dan BERSATU dikatakan bertanding lebih banyak kerusi, tetapi itu tak bermakna mereka boleh menang lebih daripada DAP.
Keputusan menamakan seorang calon hanya di kalangan pemimpin tertinggi adalah sama sepertimana amalan parti di negara bekas Soviet Union, China atau negara-negara Komunis.


  Biasanya pemilihan berkenaan hanya melibatkan satu jawatankuasa elit tertinggi yang dinamakan 'biro politik'. Kaedah ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman selain tidak pernah menjadi kelaziman di Malaysia.

Pemilihan calon PM daripada parti minoriti tidak boleh dijadikan alasan kononnya mahu mengekang kediktatoran, sedangkan sistem pemilihan itu sendiri bersifat tertutup. Seseorang calon yang terpilih dengan cara pemilihan peringkat atas sebenarnya membuka kemungkinan lebih besar menjadi seorang diktator kerana dia dipilih oleh kerana namanya. Sistem ini seakan-akan sama seperti kaaedah pelantikan maharaja di zaman dulukala.

Sekiranya raja itu berbuat zalim selepas menjadi raja, dia sesungguhnya tak bertanggungjawab kepada rakyat. Dia menjadi raja kerana diri dan namanya, yang dipercayai ada keistimewaan oleh para bangsawan terdekat. Dia menjadi raja bukan kerana dipilih secara demokratik dan terbuka.


  Boleh dikatakan idea memilih seorang calon 'PM minoriti' hanya bermula selepas PRU ke-13 lalu. Waktu itu, PKR tidak lagi menjadi parti majoriti di dalam gabungan. Hanya memenangi 31 kerusi parlimen, sedangkan DAP menang 39 kerusi.

DAP bukan sahaja mempunyai kerusi lebih banyak di peringkat persekutuan, tetapi juga jauh menguasai PKR di banyak negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Pahang.

Di Johor hari ini, DAP mempunyai 13 kerusi dan PKR hanya 1 sahaja. Bahkan di Selangor, DAP juga sudah memiliki 2 kerusi lebih banyak. Dalam kata mudah, PKR sebenarnya sudah tewas di dalam persaingan dalaman berbanding DAP.

DAP berjuang dapatkan kuasa
Menamakan calon PM minoriti tidak akan menambah baik sistem dan lunas demokrasi sedia ada.  Sedangkan sudah menjadi kelaziman dalam amalan demokrasi di negara ini, seseorang PM dipilih daripada parti majoriti dan bukannya parti minoriti.

Di dalam HARAPAN, parti majoriti itu kini adalah DAP. Maka DAP lah yang paling berhak menamakan calon PM.

DAP tak pula boleh berkata yang mereka tidak mahu kerana perjuangan DAP selama 49 tahun adalah untuk mendapatkan kuasa.

DAP berbeza dengan PAS, kerana PAS dikatakan bukanlah berjuangan untuk mendapat kuasa melainkan hanya untuk mendapat 'redha Allah'. Selepas bersusah payah dengan ada pemimpin yang dipenjara, tidak munasabah DAP berjuang hanya untuk mendapat redha Allah sepertimana PAS.
Di dalam perlembagaan negara tidak ada halangan bagi seorang Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng menjadi PM walaupun mereka bukan seorang Melayu-Islam. Halangan bangsa dan agama seumpama hanya wujud di beberapa negeri di Semenanjug dan bukannya di peringkat persekutuan.

Menamakan seorang pemimpin Melayu di saat tidak ada parti Melayu yang menguasai gabungan pembangkang juga bukan sebagai ‘strategi’, tetapi terlihat lebih kepada hanya mahu mengaburi mata pengundi. Jarang sekali sesuatu strategi itu diberitahu kepada umum.

Tentulah mereka yang mengundi DAP cukup kecewa apabila parti yang mereka sokong selama ini mahu mengendurkan langkah untuk tidak mengambil peluang menjadi PM.

Di mata orang Melayu pula, tidak terlalu susah untuk difahami bahawa strategi berkenaan seakan-akan sandiwara sedangkan kerajaan baharu kelak sebenarnya didokong oleh DAP sepertimana yang wujud di Perak selepas PRU 2008.
Sekiranya kaedah melantik ketua negara di kalangan parti minoriti memang mahu diterima, maka tentu tiada halangan bahawa di Pulau Pinang, ketua menteri Melayu daripada PKR juga boleh dipilih.


  Kalau keadaan berkenaan tidak dilakukan, secara sendiri HARAPAN tidak akan dilihat konsisten di dalam amalan demokrasi baharu yang mahu diterapkan.

Ya, tidak wujud satu tafsiran tunggal berkenaan demokrasi. Namun di dalam ruang bernegara yang sebebas mana pun, tentulah ada satu sistem yang tetap dan tak diubah-ubah.

Bayangkan kalau di dalam perlawanan bola sepak apabila tiang gol diubah-ubah bahkan ditambah menjadi lebih daripada dua, maka permainan itu akan menjadi huru-hara. Pergaduhan dan perang saudara dalam stadium boleh tercetus.
Samalah halnya dalam penggiliran raja-raja Melayu. Sekiranya tradisi berkenaan dipecahkan di mana ada giliran yang tidak dihormati, maka selepas itu tentulah berkemungkinan ada melanggar giliran yang lain sehingga menyebabkan sistem tidak boleh berlangsung dengan baik dan sempurna. Keutuhan sistem penggiliran Raja-raja Melayu di negara ini adalah contoh yang terbaik.

Selepas dua dekad, perjuangan reformasi adalah untuk membaiki sistem yang rosak, atau menambah baik sistem yang sediakala baik.

Reformasi sama sekali bukan bermaksud menambah rosak sistem yang memang sudah rosak, atau merosakkan sistem yang sediakala baik. Reformasi tidak pernah bertujuan untuk menimbulkan huru-hara di dalam ‘stadium negara’.

Maka calon PM PAS tentulah Hadi Awang, dan calon PM Umno BN ialah Najib Razak.



HASMI HASHIM
atau Budi Hekayat
Penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Sumber TKO - 19-1-2018

Perihal WINS (siri 9)

Ekonomi: Solusi masalah kos sara hidup 
1. Teras ketiga negara yang dikenalpasti adalah sektor ekonomi. Bagi kebanyakan negara moden, ekonomi dianggap sebagai urusan terpenting bagi sesebuah negara. Agenda-agenda politik yang diambil biasanya ditentukan oleh kepentingan ekonomi. Hatta kolonialisasi yang pernah melanda negara dipercayai atas pengaruh perluasan ekonomi barat. Teori Marxisme menyatakan bahawa konflik sosial antara manusia didorong oleh kepentingan ekonomi. 
2. Walaupun ekonomi bukan segala-galanya di dalam Islam, tetapi ia tetap dikira sebagai aspek penting yang perlu diuruskan. Ekonomi yang tidak diurus dengan betul boleh merebak kepada masalah sosial, agama, keselamatan malah mengancam boleh kedaulatan negara. Justeru Islam banyak menekankan aspek ekonomi dalam kehidupan bernegara. Ayat terpanjang di dalam al-Quran (al-Baqarah:282) berkait dengan kegiatan ekonomi. 
3. Secara umumnya, PAS melihat masalah ekonomi negara tidak boleh diselesaikan melainkan dengan cara Islam. Ianya adalah sistem yang adil, mengutamakan rakyat, seimbang dan bersifat lestari. Sistem beteraskan kapitalisme hanya menambah jurang antara kaya dan miskin yang akhirnya membawa kepada polarisasi dan perkastaan. Sosialisme pula boleh melembapkan aktiviti ekonomi dan akan menyebabkan negara terus ketinggalan dalam arus modenisasi global. 
Islam membenarkan individu mengejar kekayaan seberapa banyak yang mereka mahukan, tetapi mereka tetap perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Islam mengambil berat tentang keseimbangan sosio-ekonomi, tetapi tidak sampai terlalu mengongkong sehingga membantutkan perkembangan sektor swasta.
4. Aspirasi WINS 2051 pada fasa pertama dari sudut ekonomi adalah bagi mengurangkan kos sara hidup, menghapuskan monopoli agar agihan hasil dibahagikan secara adil, dan tidak mewujudkan persaingan antara rakyat dan kerajaan dalam perniagaan. Asasnya adalah Firman Allah SWT: 
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ 
supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
[Al-Hashr: 7] 
Juga hadis Nabi SAW:
أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
[HR Bukhari] 
5. Dari sudut kos sara hidup, perkara ini menjadi masalah utama yang melanda ekonomi negara hari ini. Dasar-dasar yang diambil kerajaan bagi menampung kekurangan hasil negara akibat kejatuhan harga petroleum, seperti dasar percukai GST telah memberi kesan kepada pendapatan bolehguna rakyat. 
PAS menentang perlaksanaan cukai GST kerana ia bertentangan dengan konsep percukaian Islam walaupun GST memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Justeru, bagi menghapuskan GST, WINS 2051 melalui Dokumen Hijau telah mencadangkan alternatif kepada GST iaitu mengenakan cukai simpanan korporat dan cukai dagangan saham untuk mengganti hasil yang hilang kerana penghapusan GST.
Cukai yang dicadangkan ini bersifat lebih adil kerana hanya dikenakan kepada golongan berada. Dianggarkan hasil kutipan cukai ini lebih besar daripada hasil kutipan GST iaitu sekitar 50 billion setahun fiskal. 
6. Solusi kos sara hidup yang lain diperkenalkan melalui Dokumen Hijau adalah skim Mampu Memiliki Rumah. Ini kerana perbelanjaan rumah menjadi kos paling besar yang ditanggung oleh setiap isi rumah di Malaysia. Ia memberi kesan secara langsung kepada baki pendapatan boleh guna dan kuasa beli rakyat. 
Skim ini berbeza dengan skim Rumah Mampu Milik yang ditawarkan kerajaan. Ia tidak memfokuskan kepada pembinaan rumah berkos rendah, tetapi lebih kepada menstruktur semula kaedah pembiayaan rumah berdasarkan konsep Islam. Kaedah yang dicadangkan adalah Musyarakah dan Sukuk al-Ijarah. 
Solusi ini bukan sahaja mampu menyelesaikan bebanan kos pembiayaan rumah yang tinggi, bahkan mampu menyelesaikan masalah kelembapan urusniaga hartanah negara yang dihadapi oleh pemaju dan bank. Beban kerajaan juga akan lebih rendah dengan cadangan ini. 
7. Ini hanya beberapa contoh yang boleh dibentangkan secara ringkas. Bagi mereka yang mahu memahami solusi yang dinyatakan secara lebih mendalam, dicadangkan agar membaca Dokumen Hijau siri 1 yang telah dikeluarkan. Dokumen ini menerangkan tentang konsep ekonomi Islam dan turut menyenaraikan beberapa lagi solusi lain seperti cadangan menyelesaikan masalah kejatuhan matawang.
8. Kesimpulannya, masalah ekonomi negara tidak boleh diselesaikan hanya dengan menukar individu. Masalah utama adalah berkait dengan sistem yang tidak diperkenankan oleh Tuhan Sekalian Alam. Inilah punca mengapa negara terus dihimpit musibah dan segala jalan yang diambil seolah-olah tidak mendapat keberkatan. Semuanya berkait dengan Firman Allah SWT: 
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ 
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. [Al-A'raf: 96]






































































































































Sumber HD - 16-1-2018




































































Kurdis jadi 'ayam sabung' Zionis

TURKI melancarkan serangan ke atas tentera Kurdi Syria, YPG. Tentera tersebut dibiayai oleh US. Mereka antara kumpulan yang mengeruhkan keadaan di Syria. Turki juga telah menggunakan unit altileri bagi menggempur kumpulan militia Kurdi Turki, PKK/PYD. Semua ini adalah kesinambungan daripada misi khas yang dinamakan sebagai Operation Euphrates Shield.
Tentera Kurdi Syria YPG bekerjasama dengan Kurdi Turki PKK. Dengan YPG menguasai utara Syria, dan PKK menguasai selatan Turki, gabungan kedua kumpulan ini sangat mengancam kerajaan Syria dan Turki. Di tambah dengan sokongan US, Israel serta kumpulan Kurdi Iraq di sempadan kedua negara ini, membuatkan Kurdi bertambah kuat. Di Iran juga, bantahan terhadap kerajaan oleh Kurdi turut didokong oleh US.
Keadaan bertambah kompleks kerana US dan sekutu (Israel, Saudi, UAE, NATO) menaja hampir semua gerakan revolusi di Syria. Dalam waktu yang sama, gerakan-gerakan ini berbantaian sesama mereka. Nampak jelas agenda mereka bukan untuk mengamankan, sebaliknya untuk menambah porak-peranda Asia Barat.
Kurdi sekarang sedang dalam rangka menubuhkan negara baru di wilayah Iraq. Keputusan referendum telah menyebelahi mereka. Mengikut perancangan, negara Kurdistan akan melebar ke selatan Turki, Utara Syria dan utara Iran, Armenia dan Azerbaijan. Agenda Kurdistan disokong penuh oleh US dan Israel. Mudah cerita, Kurdi dah jadi ayam sabung Zionis di Asia Barat.
Walaupun Turki sebelum ini mendokong pejuang revolusi Syria tetapi negara tersebut telah bekerjasama dengan Rusia dan Iran bagi menamatkan krisis di Syria. Mereka nampaknya telah sedar permainan kuasa besar di Syria akan memakan Turki juga akhirnya. Pengaruh Kurdi di Turki semakin kuat sekarang.
Namun, Turki bekerjasama dengan beberapa kumpulan revolusi di sempadan Syria seperti FSA bagi menghapuskan ISIL. Menyukarkan kerajaan Syria bagi menerima pelan perdamaian. Apatah lagi peperangan kembali berlaku di Idlib walaupun sebelum ini hampir semua pihak telah bersetuju untuk berdamai.
Ahli politik senior Kurdi, Aldar Khalil menjangkakan bahawa krisis di Syria akan terus berlanjutan ke dekad yang akan datang. Allahu mustaan.
27 Rabiul Akhir 1439
15 Januari 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 15/1/2018








































































































































Sumber HD- 15-1-2018

Mahfuz: Tak perlu 'bajet' bagus, fikrah pun tak jelas

MEMBACA kenyataan-kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap bekas Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru keluar dari PAS pada 31 Disember 2017 lalu, Datuk Mahfuz Omar, yang tersiar di dalam media sejak kebelakangan ini, nampak semacam beliau sedang berusaha kuat memprojeksikan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, di dalam erti kata tidak menggunakan bahasa yang kasar ke atas lawan-lawan politik beliau.
Memang Datuk Mahfuz tidak patut terasa hati dengan kata-kata ibarat seperti “orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam” atau “harumanis bila dah busuk dia jatuh sendiri”, apatah lagi untuk menjawabnya. Kerana ia hanyalah kata-kata ibarat yang kebetulannya pula sangat sesuai dengan diri beliau ekoran keperibadian beliau dan lebih-lebih lagi perlakuan beliau sendiri terhadap lawan-lawan politik beliau mahupun kepada PAS selama ini.
Saya sendiri kerapkali bersikap kritikal terhadap Datuk Mahfuz sejak beliau masih menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat lagi kerana, pada hemat saya, pembawaan beliau yang suka menggunakan bahasa yang kasar ke atas lawan-lawan politik beliau, sama ada di dalam ucapan lisan mahupun di dalam kenyataan bertulis beliau, selain daripada banyaknya insiden keterbabasan dari segi fakta, tidak sesuai dengan imej PAS sebagai sebuah parti politik Islam.
Antara contoh yang segera muncul dalam fikiran saya mengenai pembawaan Datuk Mahfuz ini ialah kenyataan beliau yang dilaporkan oleh KiniTV pada 29 Julai 2014 yang, sewaktu mengulas penstrukturan semula kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak, mengkritik keras kabinet Najib itu dengan menggunakan bahasa kasar, tanpa hujah ilmiah, dengan menyifatkannya sebagai “kabinet yang hanya layak menjaga tandas awam”.
Tidak cukup dengan itu, sewaktu beliau masih menjadi ahli PAS sekalipun, beliau kerapkali menggunakan bahasa kasar yang tidak selayaknya digunakan oleh seorang ahli parti terhadap parti yang dianggotainya, dengan umpamanya menyebut, pada 25 Disember 2016, PAS sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai kerana kononnya mengamalkan “strategi yang cuba ‘makan keliling’” dan “budaya politik tak tentu hala”.
Lebih jauh daripada ini, Datuk Mahfuz juga bagi saya tidak mempunyai fikrah perjuangan yang jelas, di mana antara contoh yang segera muncul dalam fikiran saya mengenai perkara ini ialah tindakan Datuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan atas nama Ketua Penerangan PAS Pusat pada 10 Disember 2014 yang menyokong surat terbuka Kumpulan G25 sedangkan surat terbuka ini menyeru penilaian semula Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.
Bahawa Datuk Mahfuz tidak mempunyai fikrah perjuangan yang jelas juga tergambar di dalam satu ucapan beliau di Kuala Kedah pada 30 April 2017 lalu yang mewajarkan kerjasama antara PAS dengan parti-parti yang pernah mengkhianati PAS selama ini asal sahaja“kerjasama dengan pengkhianat itu boleh menjamin kemenangan kepada PAS”, di mana ucapan ini melayakkan beliau untuk dinobatkan sebagai Machiavelli baru Malaysia.
Tahap dan fikrah perjuangan Datuk Mahfuz terkini, seperti tercatat dalam page beliau pada 10 Januari lalu, hanyalah: “KEDAH TEMPAH SEJARAH ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM 2 KALI MENJADI YANG DIPERTUAN AGONG DAN TUN MAHATHIR AKAN BAKAL 2 KALI MENJADI PERDANA MENTERI. Syabas dan tahniah orang Kedah. Saya bangga jadi anak Kedah kerana Umno bakal dihumban oleh gabungan bekas Presiden dan 2 Timbalan Presiden Umno bersama rakan-rakan pembangkang yang lain”.
Sebab itulah, pada hemat saya, Datuk Mahfuz berlagak baik ini sebenarnya bukan sangat kerana beliau tidak mahu menjawab kata-kata ibarat yang diberikan kepada beliau, tetapi kerana beliau sebenarnya tidak mampu untuk menjawabnya kerana kata-kata ibarat ini memang sangat tepat mengena diri beliau ekoran keperibadian beliau dan lebih-lebih lagi perlakuan beliau sendiri selama ini sehingga menyebabkan ia tidak boleh dijawab. - HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD - 15-1-2018 







































































Berita Tak ada dalam Malaysiakini, Bekas Hakim Negara dipecat Tun Mahathir ziarah Abdul Hadi
Posted on Saturday, January 13 @ 18:54:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37727




MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak asing lagi dengan sejarah hitam krisis kehakiman dan perlembagaan tahun 1988 sehingga beliau dipecat sewaktu ‘Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan’ memerintah negara," katanya sinis yang dipetik menerusi Facebooknya.


Salleh Abas seorang yang cukup dikenali sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya.

Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.

XOXO - Mahathir kata bukan dia nak pecat tapi Sultan, kerana Sultan sudah meninggal tak boleh bela diri. Malaysiakini pula tak nak wawawcara Tun Saleh kerana dia tahu apa sebenarnya berlaku. Wawacara Mahfuz supaya mudah hentam PAS.... Itu akhbar suka fitnah kini kena bayar sama 350k.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 13-1-2018







































































Mengapa persepsi DAP anti-Melayu anti-Islam semakin membarah?

PADA 7 Januari 2016, Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mengumumkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 bahawa 64 peratus daripada 1,716 responden Melayunya di Selangor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
Ekoran itu, pemimpin DAP, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, secara terbuka menyalahkan kempen Umno dan PAS sebagai punca semakin meningkatnya sentimen kebencian orang-orang Melayu Islam terhadap DAP di samping menggesa pemimpin, ahli dan penyokong DAP merasa bimbang dan mengambil berat mengenai perkara ini.
Antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang bagi menangkis persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam adalah supaya pemimpin, ahli dan penyokong DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam dan memberikan penerangan bahawa DAP bukan anti Melayu dan anti Islam.
Bagaimanapun, langkah-langkah ini kelihatan tidak memberikan sebarang kesan bila pengumuman terbaru Wan Saiful Wan Jan mengenai dapatan kaji selidik ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura, antara Mei dan Jun 2017 bahawa 71 peratus daripada 1,104 responden Melayunya di Johor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
Persepsi DAP adalah anti Islam khususnya adalah begitu meluas sekali, malah dinyatakan secara terbuka bukan sahaja oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah oleh pelbagai tokoh Melayu Islam lain, termasuklah di dalam khutbah Aidil Adha Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 2015.
DAP malangnya gagal berbuat apa-apa dan seolah-olah 'helpless' untuk menangani perkara ini selain hanya membuat laporan polis yang tidak bererti atau membuat ugutan yang tidak terkota untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebut DAP anti Islam, termasuk ugutan Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Abdul Hadi.
Persepsi DAP anti Islam yang dipersetujui oleh 64 peratus daripada Melayu Selangor pada November 2015 dan dipersetujui oleh 71 peratus daripada Melayu Johor antara Mei dan Jun 2017 sepatutnya sangat membimbangkan pemimpin DAP dan pemimpin parti-parti Melayu yang bersekutu dengannya di dalam Pakatan Harapan.
Ini kerana, pertamanya, walaupun melibatkan dua negeri yang berbeza, secara kasarnya terdapat peningkatan yang ketara di dalam persetujuan orang-orang Melayu Islam bahawa DAP adalah anti Melayu dan anti Islam antara 2015 dan 2017, iaitu 64 peratus pada 2015 dan 71 peratus pada 2017, walaupun pelbagai usaha dibuat oleh DAP bagi mengatasinya.
Keduanya adalah kerana kedua-dua kaji selidik yang menunjukkan wujudnya persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam ini bukanlah dikendalikan oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP, tetapi dikendalikan oleh pihak-pihak yang sama ada bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP.
Bila kaji selidik yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP atau memihak kepada musuh-musuh DAP.
Ketiganya adalah kerana kedua-dua kaji selidik ini dikendalikan di negeri-negeri bukan 'Malay-belt' di sebelah Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia tetapi di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, khususnya melalui 15 Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor.
Bila kaji selidik yang dikendalikan di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, membolehkan DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam, pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat di negeri-negeri 'Malay-belt'.
Soalnya ialah mengapa persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini semakin membarah tatkala Lim Kit Siang sendiri telah menyarankan pemimpin, ahli dan penyokong DAP berbuat sesuatu mengenainya? Bolehkah ini diatasi hanya dengan menyalahkan Umno dan PAS sedangkan DAP sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah konkrit ke atasnya? - HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018 

Menang dulu baru siasat PM 'sekejap'?

SAYA ingin memetik laporan media pada 26 Julai tahun yang lalu bahawa Pakatan Harapan sedia menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat skandal pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri seperti yang didesak "Otai Reformasi". 
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menjulang Putrajaya, saya dan rakyat marhaen yang lain tertanya-tanya bagaimanakah sebuah Kerajaan yang dipimpin seorang Perdana Menteri akan diheret oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinetnya sendiri ke suruhanjaya yang berkaitan, dan bagaimana pula seorang Perdana Menteri yang berkuasa ketika itu, lebih-lebih lagi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mudah merelakan dirinya dibicarakan di hadapan sebuah Jawatankuasa suruhanjaya yang akan ditubuhkan olehnya sendiri hanya kerana beliau sendiri mahu dirinya disiasat?. 
Bukankah ini Pelik dan Gila? 
Setahu saya, sebuah Suruhanjaya Bebas malah Suruhanjaya DiRaja memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri untuk mengadap serta memohon perkenan daripada Yang Di Pertuan Agong.
Daripada rekod pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun, saya tertanya-tanya kenapakah DS Wan Azizah dilihat begitu mudah untuk mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa Tun akan pasti menyokong saranan yang telah dibuat beliau kepada "Otai Reformasi" apabila berkuasa nanti, malah lebih lucu, pelik dan ajaib juga apabila ada dari kalangan "Otai Reformasi" yang mempercayai cadangan calon Timbalan Perdana Menteri itu dengan menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri di Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini. 
Yang pasti, pemimpin Pakatan Harapan telah menzahirkan satu sikap 'bias' atau berat sebelah dalam soal keadilan apabila mengambil sikap untuk menangguhkan desakan agar skandal-skandal yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat diadili dengan segera walaupun mereka tahu kerajaan yang adil dan saksama kepada rakyatnya memerlukan mereka untuk tidak sesekali memilih bulu apabila melibatkan salahlaku terhadap kepentingan rakyat, walaupun melibatkan rakan politik, ahli keluarga dan sanak saudara. 
Lihatlah sendiri sikap bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap besannya sendiri kerana tuduhan rasuah, jauh sekali untuk menangguhkan proses keadilan terhadap saudaranya itu walaupun beliau adalah pemimpin yang paling berkuasa di negara itu. – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD - 11-1-2018 










































































PAN kecundang sebelum masuk gelanggang

SERONOK juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) memfaraidkan sesama mereka 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS sewaktu PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dahulu.
Paling menyedihkan tentulah PAN yang para pemimpinnya sebelum ini berdegar-degar melaungkan ke seluruh negara kononnya PAN akan mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu dengan menandingi kerusi-kerusi yang PAS tandingi.
Walhasilnya, daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS yang PAS tandingi dahulu, PAN hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38 peratus), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.
Markah 38peratus yang diperolehi oleh PAN ini adalah bukti nyata kegagalan awal PAN di dalam misi yang dilaung-laungkannya untuk kononnya menggantikan peranan PAS di dalam PH dengan konsep Islam Rahmatan lil Alaminnya.
Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa PAN diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam PH sehingga menyebabkan pemimpin PAN meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.
Keluhan Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hasan, di dalam portal berita Free Malaysia Today, mencerminkannya: “Hanya PAN yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.”
Kata Aminolhuda mengenai agihan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Kita (PAN) korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.”
Begitu juga dengan agihan kerusi Parlimen di Johor dalam mana Aminolhuda berkata: “Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada PAN hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.”
Turut dibangkitkan oleh Aminolhuda adalah pengorbanan PAN “yang ke depan membentuk PH”, “menjadi tonggak PH di Johor”, “isytihar Johor negeri barisan depan PAN” tetapi terpaksa menyerahkan Johor kepada PPBM.
Begitu juga dengan pendedahan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, di dalam portal berita The Malaysian Insight, bahawa Konvensyen Pakatan Harapan hampir sahaja tidak mampu dilangsungkan bila timbul kebuntuan di dalam agihan kerusi tersebut.
Kata Khalid, kebuntuan yang berlaku ekoran ketegasan semua parti mempertahankan kerusi masing-masing ini hanya berjaya dipecahkan sekali gus membolehkan konvensyen itu dilangsungkan setelah PAN setuju menyerahkan kerusi Titiwangsa kepada PPBM.
Kesemua ini mendedahkan mengenai ketidaktegasan para pemimpin PAN memperjuangkan kepentingan mereka sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai bagaimana konsep Islam Rahmatan lil 'Alamin dapat diperjuangkan oleh PAN.
Paling ketara memperbudak-budakkan PAN ialah PPBM yang membolot kedua-dua kerusi PAN di Wilayah Persekutuan dan kedua-dua kerusi PAN di Perlis sehingga PAN langsung tidak memperolehi sebarang kerusi di dua negeri ini.
Lebih jelas lagi ialah bila kedua-dua kerusi yang PAN tandingi di dalam Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun 2016 dahulu dan yang telah PAN jagai sejak detik itu, iaitu kerusi-kerusi P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar, pun turut dirampas oleh PPBM.
Ketamakan PPBM ini terserlah di dalam kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, kepada portal berita MalaysiaKini bahawa PPBM meminta diperuntukkan bilangan kerusi Parlimen paling banyak di Semenanjung Malaysia, malah asalnya meminta sebanyak 80 kerusi.
Turut memperbudak-budakkan PAN ialah DAP yang, mengikut laporan portal berita The Malaysian Insight, menyerahkan kerusi-kerusi P135 Alor Gajah dan P165 Tanjong Piai kepada PPBM hanya untuk mendapatkan kerusi P148 Ayer Hitam milik PAN.
Jika betul DAP menghormati PAN dan konsep Islam Rahmatan lil 'Alaminnya, mengapa tidak diberikan sahaja mana-mana kerusi milik DAP kepada PAN, bukan kepada PPBM, sebagai tukaran kepada kerusi P148 Ayer Hitam milik PAN itu?
Tidak hairanlah bila Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hasan, Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi, Timbalan Pengerusi PAN Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed, dan lain-lain lagi membangkitkan layanan teruk terhadap PAN ini secara terbuka.
Semoga layanan teruk terhadap PAN dalam soal agihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia ini mampu menyedarkan sebahagian pendokong PAN betapa perjuangan Islam yang cuba mereka bawa sukar terlaksana melalui PH.
Markah Prestasi PAN Ganti PAS Mengikut Negeri
Markah penuh ialah 38 peratus (25 daripada 65)
Perlis (0 peratus): 0 daripada 3
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 3 daripada 3 kerusi di Perlis, iaitu P1 Padang Besar, P2 Kangar dan P3 Arau.
Dalam PRU 14, 2 daripada kerusi PAS ini diserahkan kepada PPBM, iaitu P1 Padang Besar dan P3 Arau, meninggalkan PAN dengan 0 kerusi.
Wilayah Persekutuan (0 peratus): 0 daripada 2
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 2 daripada 12 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, iaitu P119 Titiwangsa dan P125 Putrajaya.
Dalam PRU 14, kedua-dua kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, meninggalkan PAN dengan 0 kerusi.
Melaka (0 peratus): 0 daripada 1
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 1 daripada 6 kerusi di Melaka, iaitu P134 Masjid Tanah. 
Dalam PRU 14, kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM. 
PAN bagaimanapun diberikan kerusi P139 Jasin milik PKR dalam PRU 14.
Pahang (17 peratus): 1 daripada 6
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 6 daripada 14 kerusi di Pahang, iaitu P79 Lipis, P81 Jerantut, P86 Maran, P87 Kuala Krau, P88 Temerloh dan P91 Rompin.
Dalam PRU 14, 4 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P79 Lipis, P81 Jerantut, P86 Maran dan P87 Kuala Krau, manakala 1 lagi diagihkan kepada PKR, iaitu P91 Rompin, meninggalkan PAN dengan 1 kerusi, iaitu P88 Temerloh.
Johor (25 peratus): 2 daripada 8
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 8 daripada 23 kerusi di Johor, iaitu P143 Pagoh, P147 Parit Sulong, P148 Ayer Hitam, P151 Simpang Renggam, P154 Mersing, P155 Tenggara, P156 Kota Tinggi dan P161 Pulai.
Dalam PRU 14, 5 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P143 Pagoh, P151 Simpang Renggam, P154 Mersing, P155 Tenggara dan P156 Kota Tinggi, manakala 1 lagi diagihkan kepada DAP, iaitu P148 Ayer Hitam, meninggalkan PAN dengan 2 kerusi, iaitu P147 Parit Sulong dan P161 Pulai.
Kedah (38 peratus): 3 daripada 8
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 8 daripada 14 kerusi di Kedah, iaitu P5 Jerlun, P6 Kubang Pasu, P7 Padang Terap, P8 Pokok Sena, P11 Pendang, P12 Jerai, P13 Sik dan P16 Baling.
Dalam PRU 14, 5 daripada kerusi PAS ini diserahkan kepada PPBM, iaitu P5 Jerlun, P6 Kubang Pasu, P11 Pendang, P12 Jerai dan P16 Baling, meninggalkan PAN dengan 3 kerusi, iaitu P7 Padang Terap, P8 Pokok Sena dan P13 Sik.  
Perak (43 peratus): 3 daripada 7
      
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 7 daripada 24 kerusi di Perak, iaitu P54 Gerik, P55 Lenggong, P56 Larut, P57 Parit Buntar, P59 Bukit Gantang, P67 Kuala Kangsar dan P69 Parit.
Dalam PRU 14, 4 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P54 Gerik, P55 Lenggong, P56 Larut dan P67 Kuala Kangsar, meninggalkan PAN dengan 3 kerusi, iaitu P57 Parit Buntar, P59 Bukit Gantang dan P69 Parit.
PAN juga diberikan kerusi P74 Lumut milik PKR dalam PRU 14.
Terengganu (43 peratus): 3 daripada 7
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 7 daripada 8 kerusi di Terengganu, iaitu P33 Besut, P34 Setiu, P35 Kuala Nerus, P36 Kuala Terengganu, P37 Marang, P38 Hulu Terengganu dan P39 Dungun.
Dalam PRU 14, 3 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P33 Besut, P34 Setiu dan P38 Hulu Terengganu, manakala 1 lagi diagihkan kepada PKR, iaitu P39 Dungun, meninggalkan PAN dengan 3 kerusi, iaitu P35 Kuala Nerus, P36 Kuala Terengganu dan P37 Marang.      
Kelantan (45 peratus): 5 daripada 11
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 11 daripada 14 kerusi di Kelantan, iaitu P19 Tumpat, P20 Pengkalan Chepa, P21 Kota Bharu, P22 Pasir Mas, P23 Rantau Panjang, P24 Kubang Kerian, P25 Bachok, P28 Pasir Puteh, P30 Jeli, P31 Kuala Krai dan P32 Gua Musang.
Dalam PRU 14, 5 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P19 Tumpat, P25 Bachok, P28 Pasir Puteh, P30 Jeli dan P32 Gua Musang, manakala 1 lagi diagihkan kepada PKR, iaitu P22 Pasir Mas, meninggalkan PAN dengan 5 kerusi, iaitu P20 Pengkalan Chepa, P21 Kota Bharu, P23 Rantau Panjang, P24 Kubang Kerian dan P31 Kuala Krai.      
Pulau Pinang (50 peratus): 1 daripada 2
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 2 daripada 13 kerusi di Pulau Pinang, iaitu P41 Kepala Batas dan P42 Tasek Gelugor.
Dalam PRU 14, 1 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P42 Tasek Gelugor, meninggalkan PAN dengan 1 kerusi, iaitu P41 Kepala Batas.
Negeri  Sembilan (67 peratus): 2 daripada 3
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 3 daripada 8 kerusi di Negeri Sembilan, iaitu P126 Jelebu, P127 Jempol dan P133 Tampin.
Dalam PRU 14, 1 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P127 Jempol, meninggalkan PAN dengan 2 kerusi, iaitu P126 Jelebu dan P133 Tampin.
Selangor (71 peratus): 5 daripada 7
Dalam PRU 13, PAS bertanding di 7 daripada 22 kerusi di Selangor, iaitu P93 Sungai Besar, P95 Tanjong Karang, P96 Kuala Selangor, P101 Hulu Langat, P108 Shah Alam, P111 Kota Raja dan P113 Sepang.
Dalam PRU 14, 2 daripada kerusi PAS ini diagihkan kepada PPBM, iaitu P93 Sungai Besar dan P95 Tanjong Karang, meninggalkan PAN dengan 5 kerusi, iaitu P96 Kuala Selangor, P101 Hulu Langat, P108 Shah Alam, P111 Kota Raja dan P113 Sepang. HARAKAHDAILY 10/1/2018
Sumber HD- 10-1-2018 










































































Pandangan fiqh Islam tentang isu Cikgu Azizan

BEBERAPA hari lalu aktiviti ziarah orang susah dan ziarah orang sakit. Berbangkit pula isu Cikgu Azizan tampar murid dan usaha sesetengah pihak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Cikgu Azizan. Keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan selepas timbalan pendakwa raya, Hazeelya Muhammad, memberitahu pihak pendakwaan menerima arahan daripada Peguam Negara supaya tuduhan terbabit ditarik balik. Kes ini kemudiannya menyepi tanpa sesiapa dapat menafikan kesan psikologi kepada guru-guru untuk mengambil tindakan disiplin kepada murid-murid bermasalah. 
Walaupun isu ini sudah hampir sebulan berlalu, tetapi saya rasa masih belum terlambat untuk saya ulas dari perspektif Fekah dan penyelesaian islam justeru perkara paling asas yang menjadi 'blind spot' dalam isu ini ialah masalah remaja sekolah dan tindakan guru adalah responsif kepada masalah disiplin (baca dengan jenayah) murid-murid pada hari ini. Kes curi, pukul, buli, hisap gam dan lain-lain kes jenayah diyakini tidak akan berakhir. Siapa yang nak mendakwa dan menyiasat murid yang ditampar oleh Cikgu Azizan berkenaan dakwaan hisap gam, buli dan lain-lain kesalahan berulang yang dilakukannya? Sebaliknya menyiasat dan menghukum cikgu lebih diminati oleh sistem kehakiman pada hari ini. 
Jika undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia maka: 
1. Murid yang melakukan kesalahan menghisap gam akan sabit kesalahan dibawah kategori arak dan hukumannya disebat 40 kali sebatan. 
Jika murid tersebut di dapati bersalah membuli dan memukul orang lain, maka ia akan dikenakan hukuman qisas dengan dipukul semula (dengan kadar yang sama) oleh mangsa buli. Perlaksanaan boleh dilakukan di dalam perhimpunan dengan disaksikan oleh murid-murid lain sebagai pengajaran untuk tidak melakukan perkara yang sama.
Hukuman ini berlaku disebabkan had umur tertakluknya seseorang kepada undang-undang Islam (hudud, qisas, takzir dan hisbah) ialah akil dan baligh, bukan umur 18 tahun ke atas sebagaimana undang-undang konvensional. 
Tetapi dalam undang-undang hari ini, kes murid sekoleh menengah (tingkatan 5 ke bawah) melakukan kesalah berat seperti di atas, maka mereka hanya dianggap kes juvana dan kerapkali dianggap 'buang kes' sebab kadangkala polis sendiri pun anggap sebagai 'kes kecil'. Jadi yang menanggung beban jenayah ini ialah guru dan murid-murid yang menjadi mangsa mereka. 
2. Pendakwa dalam kes pukul menurut Islam ialah si mangsa dan keluarganya, bukan pihak kerajaan atau pihak mahkamah sebagaimana hari ini. Jika keluarga mangsa tidak mahu memanjangkan kes, maka tiada kuasa yang dapat memanjangkannya dan jika si mangsa ingin memanjangkan kes, maka tiada kuasa yang dapat menariknya. 
Tetapi dalam konteks undang-undang konvensional, kuasa dakwa dan kuasa tarik kes adalah kuasa pendakwaraya. Oleh itu, apabila pihak peguam negara mengarahkan pihak timbalan pendakwa raya, Hazeelya Muhammad, menarik balik kes, maka kes itu ditarik. sebaliknya jika peguam negara atau pihak pendakwaraya meminta untuk meneruskannya, maka pihak keluarga tidak boleh menghentikannya. 
Kes ini bukan hanya kes murid dipukul oleh guru, tetapi bagaimana dengan mangsa buli dan pukul oleh murid yang ditampar oleh guru? Siapa yang mahu mendakwa mereka apabila polis sibuk dengan banyak kes yang lebih besar, pendakwaraya yang banyak kes-kes yang nak didakwa? 
Maka masalah buli dan pukul dikalangan pelajar tak akan selesai. Guru takut nak bertindak, murid-murid samseng terus exercise 'kuasa samseng' mereka ke atas pelajar lemah. Dan jika mereka bijak, maka gurulah yang akan dihadapkan ke mahkamah justeru umur atas 18 tahun manakala mereka pula bawah 18 tahun. 
Betapa zalimnya undang-undang hari ini apabila kuasa pendakwaan dan kuasa penyiasatan yang diberikan oleh Allah kepada keluarga mangsa bunuh dan mangsa pukul sebagaimana ayat 178 surah Al-Baqarah, ditarik daripada mereka oleh manusia yang bernama kerajaan dan pemerintah. Dalam kes ini mungkin anda tidak melihat kezaliman dengan jelas, tetapi bagaimana kes Altantuya, kes Norita, kes Ahmad Sarbani, kes Datuk Shaharuddin Ibrahim dan lain-lain kes yang melibatkan suspeknya dalam kalangan 'jerung'? 
Insya-Allah jika berkesempatan, saya akan post berita-berita berkaitan bagaimana gengster-gengster melatih budak remaja bawah 18 tahun sebagai penjenayah tegar sehingga remaja perempuan seawal umur 15 tahun sudah menjadi pembunuh. – HARAKAHDAILY 10/1/2018
Sumber HD - 10-1-2018 

2018 dan masa depan umat Islam (Bah.4)

HEGEMONI DAJJAL
PERTEMBUNGAN antara Islam dan Yahudi akan berlanjutan sehinggalah tiba saat munculnya pemimpin yang ditunggu oleh kedua pihak. Orang Islam percaya turunnya al-Masih Isa bin Maryam sebagai pemimpin umat ini selain khalifah al-Mahdi. Yahudi pula percaya kemunculan pemimpin daripada bangsa mereka bergelar al-Masih Dajjal.
Cerita berkenaan Dajjal diberitakan oleh Nabi Muhammad S.A.W menerusi hadis-hadis yang begitu banyak sehingga mencapai darjat mutawatir (maknawi). Oleh itu sebagai Muslim, kita bukan sahaja perlu beriman dengan kemunculan Dajjal, bahkan perlu mengambil tahu mengenai Dajjal bagi mengelakkan diri terjerumus ke dalam fitnah yang dibawanya.
Zahir Dajjal
Dajjal merupakan kesinambungan daripada eskatologi peristiwa Malhamah yang disusun pada bahagian lepas. Tempoh antara berlakunya Malhamah dan munculnya Dajjal sangat dekat sebagaimana hadis Nabi S.A.W:
بين الملحمة وفتح المدينة ست سنين ويخرج المسيح الدجال في السابعة
"Tempoh diantara berlakunya Malhamah dan pembukaan kota (Constantinople) adalah enam tahun. Dajjal akan muncul pada tahun ke tujuh."
[HR Abu Daud]
Sabda Rasulullah S.A.W menjelaskan tempat kemunculan Dajjal:
الدجال يخرج من أرض بالمشرق يقال لها: خراسان
"Dajjal bakal muncul di bumi sebelah Timur dipanggil Khurasan"
[HR Tirmizi & Ibnu Majah]
Khurasan merujuk kepada wilayah antara Afghanistan, Turkmenistan dan Iran. Dari segi geo-politik, negara ini adalah sasaran utama kuasa Barat. Mereka menimbulkan kekacauan dan berjaya campu rtangan dalam politik.
Afghanistan secara khusus menjadi medan perang utama bagi kuasa Barat dikepalai oleh Amerika selepas tragedi 11 September 2001 di Washington. Tindakan Amerika mendapat restu PBB. Badan antarabangsa itu turut membentuk International Security Assistance Force (ISAF) khusus bagi misi pencerobohan Afghanistan, melibatkan NATO dan negara-negara bersekutu lain.
Iran pula menghadapi saat-saat getir dalam pentadbiran mereka sejak revolusi 1979. Kebangkitan rakyat menentang kerajaan didokong oleh Amerika dan Saudi. Israel turut menggesa UK campurtangan dalam menyokong protes di Iran. Walaupun Kerajaan Iran meminta rakyat supaya bertenang, tetapi masih belum ada tanda-tanda keadaan itu bakal reda.
Oleh kerana Kerajaan Iran beraliran Syiah, maka misi Barat terhadap negara tersebut akan menjadi lebih mudah. Terlebih dahulu Amerika telah berjaya mencapai kata sepakat majoriti negara umat Islam menerusi Riyadh Summit 2017 untuk memerangi Iran yang dianggap sebagai pengganas. Sidang Liga Arab di Kaherah beberapa bulan selepas itu mengulang perkara sama. Dianggarkan negara-negara umat Islam bakal dilibatkan dalam misi ketenteraan menghadapi Iran sedikit masa lagi.
Dalam satu hadis yang lain, Nabi menyebutkan lokasi kemunculan Dajjal diantara Syria dan Iraq. Sabda Rasulullah S.A,W:
إنه خارج خلة بين الشام والعراق
"Dia (Dajjal) keluar diantara Syam dan Iraq."
[HR Muslim]
Syam dan Iraq merupakan kawasan bergolak umat Islam. Di sana terdapat tentera yang bergelar ISIS\ISIL\IS. Mereka adalah ciptaan Amerika dan dibiayai oleh negara-negara proksi Amerika seperti Saudi, UAE dan Qatar. Dicop sebagai pengganas yang perlu dihapuskan, maka Amerika dan kuasa Barat mendapat lesen untuk menceroboh Iraq dan Syria atas nama memerangi keganasan.
Malangnya, kedatangan mereka hanya mengeruhkan lagi keadaan di sana. Umat Islam berbantaian sesama sendiri antara Sunni dan Syiah, antara Arab dan Kurdi, antara kerajaan dan rakyat, dan antara sesama kumpulan-kumpulan militan.
Perkembangan ini selari dengan hadis yang menyatakan bahawa Dajjal akan muncul disaat umat Islam berpecah belah. Sabda Rasulullah S.A.W:
إِنَّ الأَعْوَرَ الدَّجَّالَ مَسِيحَ الضَّلاَلَةِ يَخْرُجُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فِي زَمَانِ اخْتِلاَفٍ مِنَ النَّاسِ وَفُرْقَةٍ
"Sesungguhnya al-Masih Dajjal yang sesat akan keluar daripada arah timur, pada waktu perselisihan dan perbalahan berlaku."
[HR Ibn Hibban]
Pengikut Dajjal
Dajjal merupakan pemimpin yang ditunggu oleh bangsa Yahudi yang mengenalinya sebagai The Messiah. Apabila Dajjal muncul, mereka lantas menjadi pengikutnya yang setia. Sabda Rasulullah S.A.W:
يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفاً عليهم الطيالسة
"Dajjal bakal diikuti oleh Yahudi daripada Esfahan seramai 70000 orang. Mereka memakai ‘selendang’."
[HR Muslim]
Esfahan merupakan lokasi yang terletak di tengah Iran. Ramai beranggapan bahawa ini menunjukkan Iran bakal menjadi pengikut kepada Dajjal. Hujah ini mengapikan lagi sentimen antara Sunni dan Syiah. Tetapi jika dikaji secara teliti, terdapat banyak andaian lain yang perlu diambil kira.
Walaupun keberadaan Yahudi di Esfahan bermula sebelum permulaan Empayar Parsi, tetapi dari masa ke semasa, jumlah Yahudi di sana semakin mengecil. Ketika penubuhan negara Israel, jumlah mereka masih sekitar 150,000 orang. Namun kemudian berhijrah keluar sedikit demi sedikit ke Israel, Amerika dan Eropah. Jumlah mereka menurun mendadak selepas Revolusi Iran 1979, menyebabkan kini tidak sampai 30,000 yang tinggal di seluruh Iran. Di Esfahan secara khusus, Yahudi kini tinggal sekitar 1500 orang sahaja.
Menurut Syeikh Imran Hosein pada tahun 2012, beliau berpendapat akan berlaku peperangan di Iran yang menyebabkan kerajaannya bertukar daripada anti-Israel kepada pro-Israel. Maka saat ini adalah masanya di mana Yahudi akan kembali mendiami Iran terutamanya Esfahan bagi menunggu kedatangan Dajjal.
Terdapat juga pandangan bahawa yang dimaksudkan dengan Yahudi daripada Esfahan adalah mereka-mereka yang telah berhijrah keluar dari Esfahan suatu masa dahulu. Kebanyakan mereka kini berada di Israel, Amerika dan Eropah barat. Kemungkinan juga merekalah pengikut Dajjal yang dimaksudkan.
Selain Yahudi, pengikutnya juga merupakan orang-orang kafir dan Munafiq. Secara lebih khusus, mereka adalah kalangan penduduk Madinah sebagaimana hadis Nabi S.A.W:
“لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ ، إِلَّا مَكَّةَ ، وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ، ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ ، فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ”
"Tiada tempat yang selamat daripada Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Tiada mana-mana terowong dan lubang melainkan ada malaikat berbaris menjaganya. Kemudian Madinah mengalami gegaran sebanyak tiga kali, mengakibatkan semua orang kafir dan munafik keluar mendapatkan Dajjal."
[HR Bukhari & Muslim]
New World Order
Sebagaimana disebutkan dalam hadis terdahulu, tiada tempat yang tidak didatangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Menunjukkan betapa berkuasanya dia ketika itu. Fitnahnya bakal melanda semua manusia. Sesiapa yang tidak kuat iman, bakal tertipu oleh Dajjal.
Sabda Rasulullah S.A.W:
يخرج الدجال في خفة من الدين ، وإدبار من العلم ، وله أربعون يوما يسيحها ، اليوم منها كالسنة ، واليوم كالشهر ، واليوم كالجمعة ، ثم سائر أيامه مثل أيامكم ، وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه أربعون ذراعا ، يأتي الناس فيقول : أنا ربكم وإن ربكم ليس بأعور ، مكتوب بين عينيه ك ف ر يقرأه كل مؤمن كاتب وغير كاتب ، يمر بكل ماء ومنهل إلا المدينة ومكة حرمهما الله عليه ، وقامت الملائكة بأبوابهما
"Dajjal akan muncul pada saat orang meringankan urusan agama dan tidak mementingkan ilmu. Dia menguasai dunia selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpana sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari lain umpama hari biasa kamu. Dia memiliki keldai tunggangan. Lebar telinganya adalah empat puluh hasta.  Dia mendatangi manusia dan berkata: “akulah tuhanmu”, sedangkan tuhan tidak cacat sebelah matanya. Tertulis diantara kedua matanya ;Kaf Fa Ra', boleh dibaca oleh orang beriman walaupun buta huruf. Mendatangi setiap laut dan darat kecuali Mekah dan Madinah. Kerana Malaikat mengawal pintu kedua kota tersebut."
[HR Ahmad & al-Hakim]
Seorang penulis televangelist Pat Robertson pernah mengeluarkan satu buku bertajuk The New World Order. Buku ini memperincikan tentang teori konspirasi menakluk dunia yang dijayakan oleh Amerika. Terdapat tangan-tangan belakang yang mengawal polisi negara kuasa dunia itu yang berkait dengan agenda Iluminati, Freemason, CIA, Mossad dan beberapa pertubuhan peringkat antarabangsa lain.
Banyak kritikan dihalakan kepada kandungan buku ini. Tetapi yang jelas, Barat sememangnya cuba menguasai politik dunia sejak era kolonialisme lagi. Propaganda Order Dunia Baru dipopularkan secara meluas oleh ramai politikus Barat. Terma lain yang digunakan adalah One World Government dan juga Globalisasi.
Dari Petrodollar ke Cryptocurrency
Proksi yahudi, Amerika kini memperhambakan dunia melalui undang-undang antarabangsa yang mengharamkan urusniaga menggunakan emas sebagai wang. Julai 1944, telah diadakan Persidangan Kewangan PBB yang menghasilkan beberapa resolusi Kapitalis. Selain pengharaman emas, turut diperkenalkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia (World Bank) dan Pasaran Matawang Asing (ForEx).
Sistem ini dikenali sebagai Sistem Kewangan Bretton Woods. Amerika yang ketika itu memiliki rizab emas terbesar dunia berjaya memartabatkan dollar sebagai matawang yang diperakui seluruh dunia (hard currency).
Malangnya, Dollar telah dicetak sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira nilai emas yang dimiliki. Pada tahu 1970, sistem Bretton Woods mengalami kejatuhan apabila negara-negara bermula daripada Perancis menebus emas daripada Amerika serentak. Bagi menangani masalah itu, pada tahun 1973 diperkenalkan pula sistem kewangan Petrodollar. Ianya adalah hasil perjanjian antara Saudi dan Amerika yang kemudian diikuti oleh Negara-negara Teluk (GCC) dan kemudiannya negara pengeksport petroleum (OPEC). Sistem ini telah menggantikan emas kepada petrol sebagai penentu nilai matawang dollar. Kedudukan dollar semakin kukuh hingga Amerika menjadi kuasa ekonomi terulung.
Kini timbul teori mengatakan Israel akan mengambil alih peranan Amerika menguasai dunia secara langsung, dengan bertukarnya sistem kewangan Petrodollar kepada sistem berbentuk digital (cryptocurrencies). Sistem yang dipusatkan kepada kawalan satu pihak sahaja yang boleh dimanipulasi sewenang-wenangnya. Transaksi yang berlaku di seluruh dunia pada setiap tahap dapat dipantau dengan mudah.
Penguasaan Yahudi terhadap matawang dunia menjadikan manusia terpaksa memperhambakan diri kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dengan monopoli kewangan, Yahudi mampu menundukkan seluruh dunia dengan umpanan material dan fatamorgana kesenangan. Inilah mukaddimah penguasaan Dajjal.
Baitul Maqdis dan Dajjal
Sekiranya hanya Makkah dan Madinah yang terselamat daripada Dajjal, maka Baitul Maqdis sendiri tidak terselamat daripadanya. Cita-cita Yahudi mendirikan Kuil Nabi Sulaiman bagi menjadi pusat pemerintahan Dajjal bakal menjadi kenyataan. Israel Raya yang dicita-citakan pada wilayah antara Sungai Nil dan Sungai Furat sedang giat diusahakan. Bibit-bibitnya penguasaan Baitul Maqdis secara unilateral sudah kita lihat sekarang, apabila Amerika sudah berani mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Perkara ini disokong dengan hadis yang menyebut secara spesifik akan kedudukan Dajjal ketika kemunculannya. Sabda Rasulullah S.A.W:
حتى يأتي المدينة فيغلب على خارجها ويمنع داخلها ، ثم يأتي إيليا فيحاصر عصابة من المسلمين
"Sehingga dia mendatangi Madinah maka dia menguasai setiap orang yang keluar daripadanya dan menghalang setiap orang cuba memasukinya. Kemudian dia pergi ke Iliya (Baitul Maqdis) maka dia mengepung satu pasukan Islam."
[HR Ahmad & al-Hakim]
Kebinasaan Dajjal
Selepas empat puluh hari berkuasa, akhirnya hayat Dajjal dan kaum Yahudi akan berakhir. Sabda Rasulullah S.A.W:
أنَّهُ إذا خرج مسيحُ الضَّلالةِ الأعورُ الكذَّابُ نزل عيسَى ابنُ مريمَ على المنارةِ البيضاءِ شرقيَّ دِمشقَ بين مَهْرودَتَيْنِ ، واضعَا يديهِ على منكبيْ ملَكينِ ، فإذا رآهُ الدَّجَّالُ انماعَ كما ينماعُ المِلحُ في الماءِ ، فيدركهُ فيقتلهُ بالحَربةِ عندَ بابِ لُدٍّ الشَّرقيِّ على بضع عشرةَ خطواتٍ منه
"Apabila muncul al-Masih yang sesat dan cacat matanya lagi pendusta, turunlah Nabi Isa bin Maryam di atas menara putih sebelah timur kota Dimashq di iringi dua malaikat yang indah. Baginda meletakkan tangannya ke atas bahu dua malaikat. Apabila Dajjal melihatnya maka menggelupurlah dia seperti garam yang larut di dalam air. Maka Nabi Isa mendapatkan Dajjal lalu dibunuh  menggunakan senjata tajam di timur Bab Lud. Jaraknya hanya beberapa langkah daripadanya."
[Sahih menurut Ibn Taimiyah]
Bab Ludd merupakan sebuah kawasan di dalam jajahan Israel. Menunjukkan juga bahawa Dajjal menguasai kawasan berkenaan pada tempoh kekuasaannya.
Hadis ini menjadi berita gembira buat umat Islam bahawa masa depan adalah milik kita. Walau sehebat manapun musuh, yakinlah bahawa mereka tidak mampu melawan kuasa tuhan. Allah telah menjanjikan kemenangan buat golongan yang memperjuangkan Islam.
Nabi S.A.W juga memberikan berita bahawa akan tiba masa Yahudi akan dihapuskan. Seluruh alam bersatu menentang mereka. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يختبئ اليهودي وراء الحجر والشجر فيقول الحجر والشجر: يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله، إلا الغرقد
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga Yahudi diperangi, sehingga mereka bersembunyi di balik pokok dan batu. Maka berkatalah pokok dan kayu: “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia.” Kecuali Gharqad."
[HR Bukhari & Muslim]
Khilafah Tertegak
Kejatuhan hegemoni Dajjal bermakna kejatuhan kuasa dunia pada waktu itu. Ia sekali gus memaksudkan bahawa Islam bakal mengambil alih tampuk pemerintahan dunia. Al-Mahdi bakal menjadi al-Imam dengan maksud pemimpin kerajaan. Khilafah Islam bakal tertegak di bawah kepimpinan al-Mahdi, kemudian diteruskan oleh Nabi Isa A.S. Ini adalah janji Allah sebelum berlakunya kiamat.
Khilafah persis Khulafa ar-Rasyidin bakal muncul sekali lagi memayungi umat Islam. Ini disebut jelas daripada hadis yang berbunyi:
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة
"Tempoh sistem kenabian pada kamu akan berlanjutan hingga tempoh yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya pada masa yang Dia kehendaki. Kemudian tertegak sistem khilafah di atas manhaj kenabian, dan berlanjutan hingga tempoh yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya pada masa yang Dia kehendaki. Kemudian tertubuh sistem monarki dan berlanjutan hingga tempoh yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya pada masa yang Dia kehendaki. Kemudian tertubuh pula sistem rebuplik dan berlanjutan hingga tempoh yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya pada masa yang Dia kehendaki. Kemudian tertegak kembali sistem khilafah di atas manhaj kenabian."
[HR Ahmad]
Kenapa perlu bercerita mengenai Dajjal?
Kerana Nabi S.A.W bersabda:
لا يخرج الدجال حتى يذهل الناس عن ذكره
"Tidak akan muncul Dajjal melainkan setelah manusia lalai dari membicarakan tentangnya."
[HR Ahmad dan sahih menurut al-Haithami]
Juga kerana Nabi S.A.W bersabda:
يخرج الدجال في خفة من الدين ، وإدبار من العلم
"Dajjal akan muncul pada saat orang meringankan urusan agama dan tidak mementingkan ilmu."
[HR Ahmad & al-Hakim]
21 Rabiul Awwal 1439
8 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD-9-1-2018 


Presidean Pas suruh pilih umno?
Posted on Tuesday, January 09 @ 10:00:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37657



Ramai ahli Pas tidak setuju dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang suruh rakyat jelata satu Malaysia pilih umno.



Sesetengah ahli pas tidak percaya yang Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian rupa terhadap parti yang menjadi musuh politiknya selama ini.

Sangat tidak munasabah presiden Pas yang masih enggan bekerjasama dengan umno mengatakan pilihlah umno kalau mahu selamatkan Negara ini.


Jika ia benar, bermakna pada PRU 14 ini pengundi kena pilih calon calon umno dan pas yang bertanding baik kerusi DUN ke, dan kerusi parlimen.



Penulis ada dengar memang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata dalam suatu wawancara di media massa bahawa kita kena pilih umno dan Pas pada PRU 14 nanti Kalau mahu selamat.

Bermakna lain lain parti tidak boleh selamatkan Negara ini, kecuali dua parti iaitu umno dan Pas yang punya visi dan misi untuk menyelamatkan Negara ini.

 jika semua dun dan parlimen berlaku pertandingan tiga penjuru tidak jadi masalah, kita boleh undi calon umno dan Pas.

 jika DUN dan parlimen yang pertandingannya umno lawan Pas memang agar susah hendak buat penentuan, kata salah seorang kawan penulis.

Tak jadi masalah pun, Kalau Kubu kuat umno sudah pasti calon umno dipilih. Demikian juga kubu kuat Pas. Sudah tentu paslah yang di pilih.

Maka selesai dan sangat relevan akan kata kata presiden Pas suruh kita pilih umno dan tidak jadi sebarang kesalahan daripada segi politik.

Kepada mereka yang tidak setuju dengan kata kata presiden Pas suruh rakyat jelata pilih umno boleh setuju, kerana Pas tidak akan rugi dan umno juga tidak untung.

Yang membuat pas rugi apabila rakyat jelata mengundi pakatan Harapan, kerana Barisan pakatan harapan dari parti BERSATU, DAP dan PKR dan PAN menentang agenda Islam

 Sebut Tun Dr Mahathir domenasinya, ia sangat benci dengan agenda Islam yang dibawa oleh PAS.
Sebut sahaja DAP domenasinya ia sangat anti Islam dan menentang undang undang Islam yang di perkasakan di Malaysia ini.

Sebut PKR domenasinya ia adalah berfahaman Islam liberal dan memberi sokongan padu kepada NGO NGO anti islam dan gerakan ajaran sesat seperti sisters in Islam.

Sebut PAN,domenasinya ia menamakan partinya sebagai parti islam baru yang segala tindakannya kebanyakannya bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, amat wajar presiden Pas mengatakan pilihlah dua parti sahaja iaitu umno dan Pas pada PRU 14 nanti jika mahu selamatkan Negara satu Malaysia.

Jika rakyat jelata satu Malaysia pilih selain dari dua parti yang bertanding pada PRU 14 nanti sudah tentu Negara ini tidak akan selamat.

Bukan sahaja tak akan selamat. malah, Negara ini akan bertukar menjadi Negara yang agama ramsinya bukan lagi agama Islam.


Kalau mahu menyelamatkan Negara satu Malaysia wahai rakyat jelata pilihlah umno dan Pas  pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa daripada sekarang.

Sumber TKO - 9-1-2018



























































































































































Jangan tertipu, DAP dominasi agihan kerusi PH!

BERAPA ramai agaknya rakyat Malaysia yang tertipu dengan persepsi yang cuba dibina oleh persepakatan dan persetujuan yang terhasil daripada Konvensyen PH di IDCC, Shah Alam, hari ini, khususnya yang membabitkan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen antara PPBM, PKR, DAP dan PAN?
Berdasarkan “Muafakat PH” yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden PAN, Mohamad Sabu, jelas dinyatakan bahawa:          
“Sebagai persiapan PH menghadapi dan memenangi PRU 14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu yang melibatkan 165 kerusi, seperti berikut:
a. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 52 kerusi
b. Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 51 kerusi
c. Parti Tindakan Demokratik (DAP) – 35 kerusi
d. Parti Amanah Negara (PAN) – 27 kerusi”
Ada yang terdiam dan terpesona dengan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen ini kerana kononnya ia adalah bukti bahawa yang akan mendominasi PH ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP kerana kononnya jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP hanyalah 35 berbanding jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM, iaitu 52.
Walaupun begitu, perkara penting pertama yang perlu diingati adalah bahawa, daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 31 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP di dalam PRU 13 lalu, iaitu:
(1) Kerusi-kerusi P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjong, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor di Pulau Pinang.
(2) Kerusi-kerusi P60 Taiping, P64 Ipoh Timor, P65 Ipoh Barat, P66 Batu Gajah, P68 Beruas, P70 Kampar dan P76 Telok Intan di Perak.
(3) Kerusi P80 Raub di Pahang.
(4) Kerusi-kerusi  P102 Serdang, P103 Puchong, P106 Petaling Jaya Utara dan P110 Klang di Selangor.
(5) Kerusi-kerusi P114 Kepong, P117 Segambut, P120 Bukit Bintang, P122 Seputeh dan P123 Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
(6) Kerusi-kerusi P128 Seremban dan P130 Rasah di Negeri Sembilan.
(7) Kerusi P138 Kota Melaka di Melaka.
(8) Kerusi-kerusi P145 Bakri, P152 Kluang, P162 Gelang Patah dan P163 Kulai di Johor.
Ini jauh berbeza dengan PPBM di mana daripada 52 kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 0 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh PPBM di dalam PRU 13 lalu (tetapi 1 daripadanya adalah kerusi yang telah dimenangi oleh calon PPBM di atas tiket BN , iaitu kerusi P143 Pagoh di Johor).
Jadi, walaupun bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini adalah lebih banyak berbanding bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP, iaitu pada kadar 52:35, status quo kemenangan kedua-dua parti di Semenanjung pula adalah 31:0 untuk DAP.
Perkara penting kedua yang perlu diingati adalah bahawa PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14. Ini menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 kekal pada tahap 52.
Sebaliknya, di dalam PRU 13 lalu, DAP telah meletakkan 4 calon di Sabah, iaitu di kerusi-kerusi P171 Sepanggar, P172 Kota Kinabalu, P173 Putatan dan P186 Sandakan (dan menang di kerusi-kerusi P172 Kota Kinabalu dan P186 Sandakan).
Pada 30 Disember 2016 lalu pula, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU 14 di Sabah, bermakna bahawa bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.
Di dalam PRU 13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak, iaitu di di kerusi-kerusi P192 Mas Gading, P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P199 Serian, P208 Sarikei, P211 Lanang, P212 Sibu, P213 Mukah, P215 Kapit, P217 Bintulu dan P222 Lawas (dan menang di kerusi-kerusi P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P208 Sarikei, P211 Lanang dan P212 Sibu).
Pada 30 April 2016 lalu juga, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa strategi DAP Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 adalah bagi menyediakan DAP Sarawak untuk memenangi Kerajaan Negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021, sekali gus menjadikan kemungkinan untuk DAP menandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak di dalam PRU 14 itu ada.
Oleh itu, paling tidak sekalipun, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14 ini adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 meningkat menjadi 54.
54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia, apatah lagi dengan status quo kemenangan kedua-dua parti di seluruh Malaysia adalah 38:0 untuk DAP.
Berdasarkan kepada penjelasan ini, nyatalah bahawa cubaan “Muafakat PH” yang diumumkan oleh Konvensyen PH semalam untuk mengelabui mata rakyat Malaysia bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, jelas gagal.
Ini kerana yang akan kekal mendominasi Pakatan Harapan ialah parti bukan Melayu bukan Islam DAP.
Apa pula ceritanya dengan sebuah parti lagi, iaitu PKR?
Memang betul PKR juga meletakkan calon di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 13, tetapi PKR di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjug pun, bukanlah parti Melayu Islam. Lihatlah sahaja siapa Pengerusi PKR Sarawak, bukankah beliau si evangelis Kristian tegar yang bernama Baru Bian?
Lihatlah sahaja nama-nama yang tertera di dalam senarai 15 calon Parlimen PKR di Sarawak di dalam PRU 13 ini:
P193 Santubong: Zulrusdi Bin Mohamad Hol
P194 Petra Jaya: Ahmad Nazib Bin Johari
P198 Mambong: Willie Anak Mongin
P201 Batang Lupar: Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh
P202 Sri Aman: Nicholas Mujah Anak Ason
P203 Lubok Antu: Nicholas Bawin Anak Anggat
P204 Betong: Cecilia Siti Una @ Sittie Endek
P205 Saratok: Ali Anak Biju
P209 Julau: Wong Hong Yu
P210 Kanowit: Thomas Laja Anak Besi
P214 Selangau: Joshua Anak Jabing @ Joshua Jabeng
P216 Hulu Rajang: Abun Sui Anyit
P. 219 Miri: Michael Teo Yu Keng
P. 220 Baram: Roland Engan
P. 221 Limbang: Baru Bian
Apatah lagi dengan PKR Sabah yang akan menghadapi PRU 14 dengan diketuai oleh seorang yang bernama Christina Liew setelah ia di dalam PRU 13 dulu diketuai oleh seorang yang bernama Datuk Lajim Ukin.
Bagaimana pula dengan sebuah parti lagi, iaitu PAN?
Sampaikan salam takziah pun sudah cukup agaknya. - HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD - 8-1-2018 


Bila Pak Lebai (PAN) mula berhujah macam golongan liberal dalam isu hudud
Posted on Sunday, January 07 @ 18:10:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37628



BUDAYA popular yang digunakan oleh pihak yang mahu menolak perlaksanaan syariat Islam di Malaysia adalah dengan menggunakan hujah Maqasid Syariat. Bagi kumpulan ini, setiap bentuk syariat mestilah bermatlamatkan mendatangkan maslahah (kebaikan) kepada manusia. Sekiranya maslahah boleh dicapai tanpa menjalankan syariat, maka tidak perlu lagi melakukan syariat tersebut.

Contohnya dalam isu syariat menutup aurat. Matlamat menutup aurat ialah mengekang hawa nafsu. Sekiranya orang tidak lagi bernafsu apabila melihat aurat, maka tidak perlu lagi menutup aurat. Maka tidak hairanlah golongan yang bercakap isu maqasid syariat ini seperti Sister in Islam, auratnya ke laut.


Dusta Terhadap Umar
Antara hujah utama yang digunakan adalah mendakwa Saidina Umar mendahulukan maslahah dari syariat yang terdapat dari nas al-Quran, kononnya kerana beliau menggunakan kaedah Maqasid. Pemikiran ini sebenarnya bukanlah perkara baru, sebaliknya ia telah ditimbulkan lebih awal oleh para orientalis untuk menjauhkan pemikiran umat Islam dari Islam yang sebenar. Ia hanya diulang-ulang supaya umat Islam terus keliru dan jauh dari Islam sebenar.

Antara penulisan yang menyebutkan perkara ini adalah buku bertajuk (المصلحة في التشريع الإسلامي) karangan Dr Mustafa Zaid. Juga buku (أصول التشريع الإسلامي) karya Prof Ali Hasbullah dan buku (فجر الإسلام) tulisan Ahmad Amin. Ini termasuklah buku Maqasid Syariah oleh Dr Jasser Auda yang kini sangat diagung oleh PAN.

Banyak contoh yang diberikan dalam pentadbiran Saidina Umar, tetapi yang selalu diulang-ulang sehingga kini adalah mengenai kes tidak memotong tangan pencuri di zamannya ketika berlaku tahun kemarau. Hujahnya kerana matlamat mencuri pada waktu itu untuk menjaga nyawa bimbang mati kebuluran, sedangkan matlamat potong tangan adalah untuk menjaga harta. Maka mengikut konsep maqasid dalam bab dhoruriyat al-khams, menjaga nyawa didahulukan daripada menjaga harta.

Menurut Jasser Audah, menjalankan hukum tersebut pada waktu itu tidak bertepatan dengan maqasid hukuman Islam iaitu keadilan. Dengan kata lain, hukuman Islam ini tidaklah adil sepanjang zaman.

Perkara ini telah dijawab oleh as-Syahid Dr Ramadhan al-Buthi lewat tesis PhD beliau bertajuk (ضوابط المصلحة). Menurut Dr al-Buthi, Saidina Umar merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan ketegasannya berpegang kepada nas. Beliau hanya menggunakan ijtihad akal dalam perkara yang tidak ada nas. Bahkan sekiranya terjumpa nas setelah ijtihad dikeluarkan, beliau akan serta merta menarik ijtihad dan berfatwa mengikut nas.

Contohnya dalam isu diyat. Saidina Umar berfatwa bahawa isteri tidak mewarisi diyat suaminya. Tetapi setelah diberitahu oleh ad-Dhohhak bin Sufyan bahawa Nabi pernah mengarahkan diyat Usyaim ad-Dhobabiy diwarisi oleh isterinya, maka Umar menarik balik fatwanya.

Hanya dengan satu hadis ahad, Saidina Umar menarik balik fatwanya yang dibina atas dasar maslahah. Maka adakah logik orang seperti itu mahu mendahului nas al-Quran yang qat`iy?

Menjawab Kekeliruan
Antara jawapan kepada keraguan orientalis dalam isu pencuri di atas, sebenarnya saidina Umar tidak menghukum orang mencuri bukan kerana mendahulukan maslahah, sebaliknya kerana memahami dengan mendalam perintah dari ayat al-Quran. Ayat yang menyebut tentang arahan melaksanakan hukuman potong tangan adalah:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

[Al-Maidah:38]

Saidina Umar faham apakah definisi sariqah (pencuri) di dalam ayat di atas. Secara ringkasnya pencuri ialah mereka yang mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin. Kalau ambil dengan izin tak dipanggil pencuri. Kalau diambil secara terang juga bukan dipanggil pencuri. Ambil hak sendiri lagilah bukan kategori mencuri.

Dalam situasi hari kemarau, wajib bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan makanan untuk berkongsi dengan golongan miskin yang kebuluran. Ada orang kaya yang tidak membayar zakat pada tahun itu. Jadi pada harta orang kaya itu, terdapat hak orang miskin yang wajib ditunaikan.

Oleh itu apabila si miskin mencuri, kemungkinan ia mencuri harta dia sendiri yang tidak ditunaikan oleh si kaya!

Bila timbul keraguan pada status hak harta tersebut, maka ia kembali kepada hadis Nabi SAW:

ادرؤوا الحدود بالشبهات

Tertolak hudud dengan keraguan-keraguan.

Namun ia bukanlah bermakna Islam membenarkan orang miskin mencuri sewenang-wenangnya. Cuma hukuman potong tangan sahaja gugur. Mereka tetap boleh didakwa, cuma akan diadili di mahkamah berdasarkan situasi masing-masing. Faktor kemiskinan akan diambilkira.

Dalam situasi yang sama, di zaman Umar sekiranya pencuri itu adalah orang kaya yang tidak kebuluran, mereka tetap akan dikenakan hudud. Ini menunjukkan bahawa undang-undang hudud tetap ada di zaman itu. Cuma dalam kes-kes tertentu hukuman tersebut tidak cukup syarat untuk dilaksanakan. Bukan undang-undang itu langsung tidak ada.

Pas dan Nas
Apa yang saidina Umar lakukan tepat sebagaimana kehendak syarak. Dan apa yang cuba diperjuangkan oleh PAS juga (bukan isu RUU355) juga selari dengan pegangan saidina Umar. Maknanya undang-undang Islam perlu diwujudkan, tetapi dari kaedah perlaksanaan kepada undang-undang itu, ia perlu melihat kepada satu persatu kes. Perlu dibezakan antara taqnin (penggubalan undang-undang) dan tatbiq (perlaksanaan undang-undang).

Premis yang menyatakan undang-undang syariat tidak kondusif di zaman ini kerana ramai rakyat miskin sebenarnya secara tidak langsung telah menghina golongan miskin. Seolah-olah semua yang miskin itu jahat dan pencuri. Sebaliknya sekiranya kita melihat kepada fakta-fakta kes kecurian, kebanyakannya pencuri bukan golongan miskin. Orang miskin lebih bermaruah dan berintegriti daripada pencuri yang ada hari ini.

Tambahan pula dalam isu menghukum pencuri miskin, usahkan potong tangan, mengenakan hukuman konvensional hari ini pun sudah tidak patut. Kerana terdesak mencuri setin susu anak di pasaraya, seorang lelaki dihukum sehingga dua tahun (sama hukuman dengan kes seorang ahli politik menyeleweng jutaan ringgit)! Siapa mahu menanggung keluarganya selama dua tahun itu?!

Penyelesaian Islam jauh lebih rasional dari kes di atas. Islam tidak terhad sekadar hudud. Hudud hanya sebahagian dari hukuman syarak yang besar, walau bagaimanapun ia tetap wajib diwujudkan berdasarkan nas yang jelas.

Malangnya kisah saidina Umar diputarbelit untuk menjadi hujah menolak implementasi syariah Islam di zaman ini. Mengambil kira isu kondusiviti dan sebagainya. Sehingga lupa isu sebenar yang diketengahkan adalah kewajipan mewujudkan undang-undang tersebut, bukan kewajipan memotong tangan setiap pencuri sebagaimana kumpulan ekstremis di luar sana.

Sebenarnya tujuan ulama meletakkan ilmu maqasid ini adalah untuk membantu perlaksanaan syariat. Tetapi pihak tidak bertanggungjawab in berusaha menolak syariat Islam melalui hujah maqasid. Itu tidak boleh dipanggil maqasid syariat, tetapi lebih sesuai digelar maqasid syaitan (pinjam ayat Dr Faisal).

Maqasid adalah ilmu takmiliy, iaitu ilmu untuk menyempurnakan ilmu-ilmu syariat yang lain. Kalau ilmu syariat pun masih tunggang langgang, bagaimana nak faham maqasid dengan betul? Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menjadikan ia ilmu doruri, iaitu ilmu asas yang perlu ada pada setiap orang awam.

Harap kita berhati-hati dengan pihak sebegini. Fahamilah agama mengikut metodologinya yang sebenar.

ALANG IBN SHUKRIMUN
HARAKAHDAILY

GS - Yang pelik semasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih hidup merekalah yang memperjuangkan Hudud dengan hujah yang sangat bernas dan bersungguh. Tapi bila TGN tak ada mereka bertukar topeng jadi liberal dan berhujah semacam "SISTER IN ISLAM"

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 7-1-2018

Mufti Perlis aktif dalam politik anti-kerajaan?

SAYA merasa teruja bila mendapati tulisan saya pada 4 Januari 2018 bertajuk “Amanat Maza Jauh Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi” yang memaparkan tulisan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), di laman web DrMaza.Com pada 6 Februari 2014 yang, selain menghina keturunan raja/sultan, bercakap mengenai kritikan dan pembuangan institusi raja/sultan, mendapat sambutan yang memberangsangkan dari masyarakat umum.
Sehingga tengahari ini, 6 Januari 2018, tulisan saya ini telah mendapat 856 perkongsian (shares) di muka buku peribadi saya, Kamarul Yusoff, selain 542 perkongsian (shares) di halaman Dr. Kamarul Yusoff yang dikendalikan oleh seorang sukarelawan, dan ini mengatasi jumlah perkongsian (shares) tulisan Dr Maza pada 2 Januari 2018 bertajuk “Benarkah “Amanat Hadi: ‘Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri’?” di halaman DrMaza.Com, iaitu 841
Pada hemat saya, sambutan yang memberangsangkan dari masyarakat umum terhadap tulisan saya ini sudah cukup untuk memberikan bayangan terhadap dua perkara, iaitu pertama, ketidaksetujuan dan kemarahan mereka terhadap Dr Maza sendiri dan, kedua, ketidaksetujuan dan kemarahan mereka terhadap tindakan Dr Maza yang, selain menghina keturunan raja/sultan, bercakap mengenai kritikan dan pembuangan institusi raja/sultan.
Tidak pelik bila ramai yang tidak setuju dan marah terhadap Dr Maza kerana banyak sekali suara-suara tidak puas hati yang sering kedengaran mengenai tindakan beliau mahu menunjuk pandai dalam semua perkara dengan mengkritik hampir semua orang di negara ini, khususnya, selain sasaran terbaru beliau, iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suara-suara tidak puas hati ini timbul kerana, seperti diketahui umum, Dr Maza adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis sejak 2 Februari 2015 di mana jelas disebut di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006, di bawah Seksyen 45, bertajuk “Fungsi Mufti”, bahawa “Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak...” sahaja.
Malah, di bawah Seksyen 51 (1) dan 51 (2) jelas disebut bahawa kuasa Mufti Perlis hanyalah terhadap kepada ruang lingkup Perlis sahaja di mana perbincangan mengenai fatwa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional umpamanya hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk disyorkan kepada Raja Perlis supaya dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.
Definisi “fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional” ini diberikan oleh Seksyen 51 (3), iaitu “suatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada hubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensi-agensinya.”
Begitupun, tidak sampai seminggu selepas beliau menjawat jawatan Mufti Perlis, terus sahaja Dr Maza, di dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 8 Februari 2015, mengisytiharkan “kemerdekaan” Perlis dari segi fatwa dengan menyebut: “Negeri sebenarnya tidak terikat dengan fatwa kebangsaan, agama di bawah negeri. Cuma fatwa kebangsaan sebagai makluman kita hadir ke Majlis Fatwa Kebangsaan.”
Sikap angkuh ini selari dengan kritikan Dr Maza ke atas Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam satu lagi wawancara yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 4 Mei 2013 berbunyi: “Hari ini fatwa mengenai individu dalam parti politik kita rasa macam sangat naif, ada isu-isu besar yang membabitkan negara ini majlis fatwa mungkin tidak dapat mengeluarkan fatwanya kerana dia tidak ada keberanian dalam melakukan perkara itu”.
Antara yang pernah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Dr Maza ini ialah Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob, yang, pada 28 Ogos 2016, mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perlis dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ekoran sokongan beliau ke atas perhimpunan 'Tangkap Malaysian Official 1' oleh sekumpulan pemimpin mahasiswa di Kuala Lumpur sehari sebelumnya.
Bahawa Dr Maza terlibat aktif dalam politik anti-kerajaan, khususnya dengan menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah, setelah beliau menjawat jawatan Mufti Perlis pada 2 Februari 2015, boleh diketahui dengan jelas melalui semakan ke atas segala tulisan Dr Maza selama ini, sama ada yang disiarkan di halaman DrMaza.Com atau di laman web DrMaza.Com selepas tarikh itu.
Di sini diberikan 10 contoh tulisan Dr Maza yang menunjukkan keterlibatan aktif beliau dalam politik anti-kerajaan selepas beliau menjawat jawatan Mufti Perlis, khususnya melalui persekongkolan beliau dengan Pengerusi PPBM yang kini adalah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semua tahu agendanya adalah untuk menggulingkan kerajaan:
(1) Kenyataan beliau di dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian pada 8 Februari 2015 yang disiarkan di laman web DrMaza.Com pada 10 Februari 2015 yang berbunyi: “Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad). (Sekarang) dekat nak bertumbuk, baru nak buat keputusan. Itu pun tak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik. Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tak akan henti dengan masalah.”
(2) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 7 April 2015 yang berkongsi tulisan Tun Dr Mahathir di laman web Tun Dr Mahathir yang mengkritik Datuk Seri Najib, yang disertakan dengan tulisan: “Hebat juga bantuan untuk tokoh Melayu dan Bumiputera seperti Jho Low, berbillon ringgit. Bertuahnya seorang bumiputera di negara ini. Terima kasih ayahanda Tun atas maklumat.”
(3) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 27 April 2015 yang berbunyi: “Pagi ini sebelum bertolak ke Acheh bersama DYTM Raja Muda Perlis, saya sempat membuka buku A DOCTOR IN THE HOUSE karya agung Yang Berbahagia Tun Mahathir. Saya terpandang tulisan tangan Tun Mahathir memberikan kata-kata peransang kepada saya beberapa tahun lalu. Beliau menulis ketika dalam penerbangan ke Cairo. Semoga Tun Mahathir terus sihat untuk membimbing negara dan rakyat.”
(4) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 7 Mei 2015 yang berbunyi: “Sebagai rakyat, saya berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara saya seperti orang lain juga. Banyak soalan yang tidak diberikan jawapan yang jelas. Isu 1MDB yang dibangkit oleh Ybg. Tun Mahathir yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri. Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'? Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang. Sekarang Tabung Haji pula dilaporkan akan membeli dari 1MDB dengan satu pembelian luar biasa. Saya lihat pihak ABIM telah menuntut penjelasan kerajaan. Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan.” 
(5) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 31 Julai 2015 yang berbunyi: “Pagi ini berbual panjang dengan negarawan lagi wira negara Tun Dr Mahathir. Agak sudah lama tidak bersembang dengan ayahanda Tun M. Alhamdulillah, banyak perkara hari ini saya dengar sendiri dari mulut Tun M. Semoga Allah memberkati hidup beliau dan memberinya kesihatan yang baik sentiasa.”
(6) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 4 Ogos 2015, yang dikaitkan oleh laman web Astro Awani hari itu sebagai merujukkan kepada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib, yang berbunyi: “Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah.”
(7) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 30 Ogos 2015 yang berbunyi: “Teriak mereka: “"Kita mesti membela pemimpin perjuangan Melayu!!!". Jeritan slogan itu 'bagaikan' menyedarkan saya bahawa Jho Low, Paul Phua Wei Seng, Arul Kanda dan yang sewaktu dengan mereka merupakan tokoh-tokoh melayu yang sejati lagi soleh.”
(8) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 27 Julai 2016, yang dikaitkan oleh banyak pihak sebagai menyokong dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah penjenayah, yang berbunyi: “Menakutkan jika seseorang terpaksa hidup dalam sebuah masyarakat yang menjadikan orang-orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah. Sementara, penjenayah pula ditabalkan sebagai ketua dan dibela.”
(9) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 28 Ogos 2016, yang dikaitkan oleh banyak pihak sebagai menyokong perhimpunan 'Tangkap Malaysian Official 1' oleh sekumpulan pemimpin mahasiswa di Kuala Lumpur sehari sebelumnya, yang berbunyi: “Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!”.
(10) Tulisan beliau di halaman DrMaza.Com pada 1 November 2017, yang membela Tun Dr Mahathir, berbunyi: “Namun untuk menyatakan Tun M itu pengkhianat Melayu, rasanya patut dinilai semula. Setahu dan seingat saya, ditambah dengan pengenalan saya secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007, beliau lebih fikir tentang nasib Orang Melayu dibandingkan ramai yang lain. Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau sejak dahulu. Saya kata 'hati nurani beliau sangat Melayu'.”
Mengapa agaknya Dr Maza boleh bebas hingga ke hari ini untuk menyalahguna dan mencemarkan jawatan Mufti Perlis dengan mencampuri urusan politik kepartian, bukan sahaja dengan menyerang Presiden PAS, malah juga menyerang Presiden Umno yang merupakan Perdana Menteri, termasuk dengan menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah? - HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-22018 
















































































Manifesto siaran EPL di RTM; populis!

 
ANTARA contoh pendekatan populis dalam politik adalah apa yang ditawarkan oleh pemuda PH sebagai janji jika menang PRU14. Mereka mahu berikan hak penyiaran EPL kepada RTM. Dengan erti kata lain, siaran tersebut bakal diberikan percuma kepada rakyat.
Persoalannya, 
1. Apakah keperluannya anak muda dengan EPL? Apakah ianya satu perkara bersifat doruri? Apakah ia adalah masalah utama anak muda yang membawa kepada pengangguran dan ketirisan intelektualiti? 
2. Apakah berbaloi untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 1 bilion ringgit untuk mengambil alih hak penyiaran EPL daripada astro? Apakah sudah tiada keperluan lain untuk dibelanjakan jumlah wang sebesar itu? Apakah rakyat sudah kaya raya?
3. Apakah PH mampu melakukannya secara realiti? Ia terikat dengan kontrak dan pihak swasta. Atau apakah ia hanya sandiwara PRU sebagaimana janji DAP untuk menghaluskan tol di Penang semasa PRU13 dahulu? 
4. Kenapa perlu menjanjikan hiburan kepada anak muda sebagai manifesto PRU? Adakah itu menggambarkan wawasan pemuda PH? Hedonisme? Bukan menolak hiburan, tetapi adakah ianya prioriti dan fundamental dalam membina generasi masa hadapan?
5. Bukankah dalam PH ramai so called profesional, progresif, proton? Takkan ini sahaja tawaran untuk anak muda? Bukankah Pemuda PH ada armada, ada AMK, ada macam-macam lagi nama bombastik? Kenapa tidak ada langsung idea membina untuk generasi masa depan negara?
Inilah pendekatan politik populis yang ditentang oleh PAS. Asal sahaja satu perkara disukai oleh (sebahagian) rakyat, kita gunakan untuk raih sokongan tanpa ambil kira baik buruk untuk negara. 
Inilah bentuk politik populis yang memperbodohkan rakyat. Mereka hanya menabur janji tetapi ia sangat kabur dari realiti. Sangat tak logik. Percayalah, ia hanya pembohongan sebagaimana yang selalu BN taburkan dalam kempen pilihan raya. Sama sahaja.
Inilah populis yang merosakkan negara. Menjulang demokrasi sampai hanyut dengan kehendak jahiliah. Sepatutnya pemimpin perlu memimpin, bukan mengikut trend pengikut. 
Maaf. Populis bukan budaya politik Islam. Ia budaya politik barat yang sedang menuju kehancuran. Belajarlah dari keruntuhan yang sedang melanda Amerika. 
Dunia sudah bercakap mengenai Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dunia sudah berwacana mengenai Fourth Political Theory. Jangan bawa rakyat ke medan politik primitif lagi. – HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-2018 

















































































Kisah Ka'ab bin Malik: Muhasabah Untuk Penyokong dan Ahli PAS
Posted on Saturday, January 06 @ 08:25:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37606





Nak tengok PAS menang. Sukanya hati jika PAS menang. Bukan kerana apa. Tapi kerana nak tengok tertegaknya pemerintahan Islam. Tapi masalahnya, usrah tak nak join. Mesyuarat tak nak hadir. Kerja dan aktiviti parti dibiarkan dua tiga orang bereskan. Duit payah dikeluarkan. Masalah juga ini.

Sepanjang aku ceburkan diri dalam parti secara langsung, aku tengok 20-30% sahaja ahli akar umbi peringkat cawangan yang sejati. Sejati sanggup utamakan kerja parti. Sejati ambil kewajipan menghadiri usrah dan mesyuarat. Sejati keluar duit sendiri dan tolong pula cari duit untuk menguruskan keperluan parti.



Manakala sebanyak 70-80%  ahli dan penyokong beranggapan kerja parti adalah kerja sukarela. Yelah sukarela. Siapa boleh paksa masuk PAS. Dah masuk siapa boleh paksa hadir usrah. Siapa boleh paksa hadir mesyuarat. Siapa boleh paksa turun bantu kerja parti.  Siapa boleh paksa bagi duit untuk urusan dan aktiviti parti. Siapa?



Siapa awak nak tegur-tegur. Siapa awak nak merungut. Aku sokong PAS pun dah mujur. Aku jadi pengundi PAS pun dah bermakna tolong naikkan Islam. Tak cukup lagi aku hentam BN di kedai kopi? Tak cukup lagi aku bedal PH di pesbuk?



Benar. Kerja parti ini kerja sukarela. Tak ada upah. Tak bergaji.Tapi ini kerja Islam. Bermakna kerja ini berkait dengan tuan agama ini. Allah. Justeru, masing-masing jawablah sendiri dalam hati di depan Allah.



Ingat kisah Ka’ab bin Malik? Ka’ab tidak turun ke medan Tabuk. Beliau tak berani kemukakan  apa-apa alasan kepada Nabi. Marahnya Rasulullah s.a.w. sehingga baginda tak mahu pandang muka Ka’ab. Para sahabat turut memboikotnya. Rasululah s.a.w. meminta dia menjauhi isterinya. Beratnya terasa sesalan dan hukuman di hati Ka’ab.



Beliau bertaubat. Lima puluh hari wahyu tidak turun-turun sehingga para sahabat berasa rindu. Akhirnya taubat Ka’ab diterima dengan turunnya wahyu. Apa erti kisah Ka’ab ini  kepada kita penyokong dan ahli PAS? Masing-masing fikirlah sendiri. Aku tak mampu nak kata apa. Kerana kalian beranggapan kerja ini keja sukarela.

BDA

5/1/2018



[ Share dan viralkan agar sampai kepada setiap penyokong dan ahli PAS]
Sumber TKO - 6-1-2018


















































































Berfikir gaya Mahathir

DUA puluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan bersama DAP dan Lim Kit Siang, pasti anda akan kata saya gila. Semua orang tahu macam mana bermusuhnya Mahathir dan Kit Siang. Kalah anjing dan kucing.
Sepuluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan bersama Anwar dan Mat Sabu, pasti anda katakan saya naif. Semua orang tak boleh fikir macam mana orang yang pernah sumbat kedua ini dalam penjara boleh dimaafkan.
Tapi sekarang, siapa gila? Siapa naif?
Itulah dia Mahathir. Sangat licik berpolitik. Bab ini saya memang akui dia hebat. Musuh politiknya ditundukkan dengan cara yang tidak pernah terjangkau akal. Setakat sejarah Malaysia, belum ada ahli politik yang boleh mengalahkan Mahathir.
Sampai sekarang, kelicikannya masih belum pudar. Orang susah membaca langkah gerinya. Setiap kenyataannya diperhatikan. Setiap tingkah buatnya diteliti. Dia sentiasa berubah-ubah. Membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya apa langkah politik Mahathir seterusnya?
Mari kita kaji serba sedikit tentang langkah politik beliau.
Dipecat Umno zaman Tunku
Pada PRU 1969, prestasi Umno dan parti komponen Perikatan MCA dan MIC merudum teruk di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Mereka hanya memperoleh 74 kerusi daripada 144 yang dipertandingkan. Kerajaan terbentuk hasil majoriti yang sangat goyah iaitu 51 peratus sahaja.
Dengan kedudukan Umno itu, beliau bimbang Umno akan jatuh bila-bila masa sahaja. Jika Umno jatuh, segala perancangan membina empayar politik dalam Umno dan kerajaan akan musnah. Justeru dia harus berbuat sesuatu.
Ketika itu Mahathir lantang mengkritik kepimpinan Tunku secara terbuka, dan pernah mengutuskan surat mendesak Tunku melepaskan jawatan sebagai PM. Tunku bertindak balas memecat Mahathir, tetapi Mahathir menumpang pentas PAS bagi terus menyerang Tunku. Beliau turut berpakat dengan Tun Abdul Razak.
Akhirnya atas tekanan yang dirancang pakatan Mahathir-Tun Razak, Tunku terpaksa meletakkan jawatan. Tun Razak naik sebagai pengganti.
Setelah rancangan menurunkan Tunku berjaya, Mahathir memohon untuk masuk kembali kepada Umno. Di bawah kepimpinan Tun Razak, dan dibantu faktor penyertaan PAS dalam kerajaan, Umno kembali mendapat kepercayaan dan menang besar untuk PRU 1974.
Rancangan menyingkir Hussein Onn
Tun Hussein Onn menaiki takhta Perdana Menteri (PM) pada tahun 1976 menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia. Tun Hussein sebenarnya lebih tua daripada Tun Abdul Razak, dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi PM. Namun kuasa tuhan, Tun Razak meninggal lebih awal dan beliau berpeluang menjadi PM.
Ramai yang berpendapat bahawa Tun Hussein meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan. Tetapi sumber dalaman mengatakan ianya adalah disebabkan tekanan kuat daripada Mahathir yang menjadi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Beliau mahu menjadi PM, lalu menggunakan kes pemecatan Menteri Besar Selangor, Harun Idris yang terlibat dengan rasuah sebagai isu untuk menjatuhkan Hussein Onn.
Pada tahun 1981, Tun Hussein meletak jawatan dan Mahathir berjaya mencapai cita-cita menjadi PM. Angkara Mahathir, Tun Hussein direkodkan sebagai PM paling singkat dalam sejarah.
Namun Tun Hussein dan Tunku Abdul Rahman tidak membiarkan Mahathir begitu sahaja. Pada tahun 1987, mereka bersama Team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir dalam pemilihan Umno. Team ini mendapat sokongan yang kuat diperingkat akar umbi Umno dan diyakini mampu mengalahkan Team A.
Umno diharamkan, Ketua Hakim dipecat
Mahathir sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kedudukannya. Dengan memanipulasi proses pemilihan, Team A yang dipimpin Mahathir menang dalam pemilihan Umno 1987. Semua Team B disingkirkan dari kerajaan.
Team B yang dikenali sebagai Umno 11 membuat aduan penipuan Mahathir dalam pemilihan yang akhirnya membawa kepada pengharaman Umno tahun 1988. Mahathir terus menubuhkan Umno Baru menggunakan logo, bendera, aset dan Perlembagaan Umno lama. Dengan Umno Baru, kuasa Mahathir semakin kukuh.
Tunku dan Tun cuba menubuhkan Umno Malaysia, tetapi dibatalkan oleh Mahathir dengan penubuhan Umno Baru. Tidak berpuashati, mereka menubuhkan pula parti Melayu Semangat 46, mengambil nama sempena penubuhan Umno 1946. Tetapi Semangat 46 gagal menyaingi politik Mahathir dan akhirnya akur untuk masuk Umno Baru.
Mereka sebelum itu cuba membuat rayuan ke mahkamah soal pengharaman Umno dan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas telah melantik panel hakim untuk meneliti kes ini. Malangnya Mahathir menggunakan kuasa untuk menggantung, seterusnya memecat Tun Salleh Abas daripada jawatan, menyebabkan rayuan itu tidak dibicarakan. Demi kuasa, Mahathir sanggup mencabar demokrasi negara dengan campur tangan politik terhadap institusi kehakiman.
Keluar Umno zaman Pak Lah
PRU 2008 memperlihatkan BN berada pada prestasi terburuk apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan gagal mempertahankan lima negeri. Mahathir merasakan jika dibiarkan berlarutan, Umno pasti akan kecundang dalam PRU seterusnya.
Jika Umno jatuh, Mahathir juga akan beroleh sakit. Banyak kes-kes beliau akan diheret ke muka pengadilan dan empayar keluarganya hancur. Justeru ia tidak boleh dibiarkan.
Mahathir mula menyerang kepimpinan Tun Abdullah Badawi secara terbuka. Kemuncaknya, Mahathir mengisytiharkan diri keluar daripada Umno. Beliau terus menyerang Tun Abdullah menyebabkan ahli Umno mula hilang kepercayaan pada PM itu.
Akhirnya Tun Abdullah mengalah. Beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Najib. Itu merupakan rancangan Mahathir kerana Najib merupakan orang kepercayaan beliau pada waktu itu.
Turunnya Tun Abdullah bermakna misi menyelamatkan Umno berjaya. Beliau pun mengisytiharkan diri kembali menyertai Umno.
Ulang perangai di zaman Najib
Mahathir menjadi antara juru kempen kuat BN dalam PRU13. Tetapi keputusan, BN di bawah kepimpinan Najib tidak berjaya memulihkan sokongan kepada Umno. Malah majoriti semakin menurun.
Mahathir terpaksa melakukan sesuatu demi menyelamatkan Umno. Najib tidak mampu membawa Umno ke depan. Jadi Najib mesti ditukar.
Mahathir menggunakan taktik sama terhadap Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah, dengan mengkritik kepimpinan Najib. Kemuncaknya, Mahathir keluar daripada Umno.
Rancangan tidak menjadi
Mahathir menjangkakan tindakan beliau itu bakal menjadi tekanan buat Najib supaya turun. Malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Najib mengambil langkah mencantas orang-orang Mahathir di dalam Umno termasuk kroni-kroninya yang selama ini menjadi penyumbang dana Umno.
Mahathir tidak mengalah. Beliau tubuh parti baru. Tarik seberapa ramai ahli Umno untuk bersamanya. Beliau cuba berpakat dengan pembangkang, untuk terus memberi tekanan kepada Najib supaya mendengar kata-katanya, atau ditumbangkan dalam PRU.
Tetapi Mahathir gagal mencapai apa yang dikehendaki. Pertama kerana Najib tidak mahu menurut kehendaknya. Kedua, kerana PAS tidak mahu menjadi buah caturnya lagi sebagaimana pernah berlaku zaman beliau berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu.
Yang lebih memilukan, semua kes-kes lama beliau dan orang-orangnya dibongkar kembali. Ini membuatkan orang-orangnya takut bertindak ke atas Najib untuk menjaga periuk nasi.
Kuburkan Umno
Setelah tidak ada jalan untuk membuat Najib berundur, Mahathir akhirnya tekad untuk menumbangkan Umno dan BN. Jika bahtera BN sudah tidak boleh diselamatkan, baiklah ia dikuburkan terus. Yang penting dia segera membina bahtera lain yang bakal menggantikan Umno. Dengan cara itu, empayarnya akan terus selamat. Khazanah Mokhzani, Mukhriz, Marina dan Mirzan perlu dilindungi.
Beliau sanggup buat Umno diharamkan dulu. Lalu apa yang boleh menghalangnya untuk beliau kuburkan Umno?
Strategi memperbodohkan PH
Atas kelicikannya, Mahathir berjaya memperdaya pemimpin PH untuk menerimanya. Pemimpin yang dulunya bermatian melawan beliau sampai meringkuk di penjara, lebam biji mata dan tempang dibalun FRU kini boleh mencium kaki beliau. Segala kesalahannya sepanjang memerintah sudah dibersihkan tanpa perlu membayar balik ganti ruginya.
Kemuncak kehebatan beliau memperbodohkan penentangnya dahulu adalah, beliau diterima untuk menjadi PM semula selepas ini.
Namun perkiraannya silap. Disangkakan penglibatannya dalam PH boleh melemahkan sokongan kepada BN. Rupanya makin memperkuatkan BN pula. Kalangan sosialis seperti PSM menolak beliau sehingga sanggup melawan PH dalam PRU nant. Non-Muslim pula semakin meninggalkan DAP kerana bersekongkol dengan Mahathir, selain isu-isu kegagalan pentadbiran dan salah laku pemimpinnya. MCA pula yang semakin pulih.
PAS masih tegas dengan Gagasan Sejahtera. Tidak mahu tertipu dengan rancangan Mahathir, selain tidak mahu berkompromi dengan kepentingan Islam.
Nampak gaya, PH tidak mampu ke depan. PAS pula yang bakal mengambil manfaat. BN tidak terjejas. DAP mungkin beroleh keuntungan, untuk menarik sedikit lagi sokongan Melayu di beberapa kawasan Parlimen bagi menambah bilangan kerusi mereka. Itupun terancam dengan gerak kerja MCA yang semakin proaktif sekarang.
Kembali kepada Umno
Rancangan terakhir Mahathir mungkin berunding kembali dengan Umno. Jika parti itu dapat tawarkan kedudukan yang baik untuk anaknya Mukhriz di jawatan tertinggi kerajaan, itu sudah cukup daripada terus lenyap dalam pertarungan politik sekarang.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 pun sudah memadai. Tapi kalau terdesak, cukup untuk minta segala kes beliau yang dalam siasatan dilupuskan.
Tak mungkin Mahathir akan berada bersama parti yang berisiko untuk kalah. Beliau tidak mahu karier politiknya berakhir dengan cara yang memalukan. Bersama PAS, tak mungkin dapat jadi pemimpin. Justeru lebih baik beliau kembali kepada Umno sahaja.
Dengan menawarkan beberapa syarat, tentu sekali Umno akan tertarik dengan tawaran Mahathir. Inilah peluang mereka untuk melenyapkan PH. DAP, PKR dan PAN telah mengangkat Mahathir terlalu tinggi, lebih tinggi daripada Anwar, Mat Sabu dan Lim Kit Siang sendiri. Jika Mahathir kembali kepada Umno, habis parti-parti itu nak menjawab pada penyokong PH yang sudah menjadi peminat fanatik Mahathir.
Tidak mustahil sebelum pilihan raya, Mahathir buat tindakan pelik menyertai Umno kembali. Bermain dengan Mahathir, kita mesti berfikir jauh ke depan. Tak boleh fikir selapis sahaja. Beliau sangat licik dan penuh helah.
Sebagaimana saya katakan di awal tulisan, jangan cepat melabel telahan ini sebagai tidak masuk akal. Dalam politik segalanya masuk akal. Yang penting jangan terlalu naif, nanti hilang akal pula. Baca sejarah, manfaatkan akal sebaiknya.
18 Rabiul Akhir 1439
4 Januari 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 4/1/2018




































































































































































Sumber HD - 4-1-2018

Kak Wan dah lupa?





















































































KAK Wan, penegasan mahukan DS Najib kekal ini telah dibuat oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2015 bagi membidas suara-suara yang kononnya mahu menjadi pembangkang yang cerdik, tetapi hanya mahu menukar PM sahaja, bukan parti yang memerintah dengan dasar memeras itu. Akhirnya suara-suara sumbang itu juga bersetuju dengan idea TG Presiden PAS supaya Najib kekal, agar mudah dikalahkan dalam PRU nanti. Kerana jika naik PM baharu yang juga dari Umno, maka makin sukar untuk pembangkang mengalahkan Umno. Bijak fikiran TG Presiden PAS.
Kak Wan, mengapa suara Kak Wan seirama dengan Tun Mahathir di kala ini sedang galak berkokok menyerang PAS berbanding Umno? Sedangkan Umno yang dikatakan sebagai pasukan yang tidak berbuat dengan sepatutnya atas amanah rakyat yang memilih mereka? Jika Umno yang bersalah, lojikkah PAS pula diacukan senapang? Jika PAS lemah, tidak menjadi ancaman kepada PH, kenapa PAS diletakkan sebagai sasaran? Politik cacamarba apakah ini? 
Kak Wan, sedarkah Kak Wan yang Lim Guan Eng juga turut memuntahkan peluru bagi menyerang PAS? Orang ini yang memeluk erat Timbalan Perdana Menteri dan menangis merayu meminta bantuan dari Umno ketika banjir tempoh hari? Dia juga turut menelan segala peruntukan Pusat dalam bajet yang dia tentang akhir tahun lalu. Jika kerjasama PAS yang tiada bukti bersama Umno itu dikatakan UG, maka apakah pula patut kita panggil dengan pelukan LGE dan Zahid Hamidi itu? Dan apa pula gelaran bagi LGE yang memotong peruntukan Adun dari PKR sendiri di Pulau Pinang? Oh lupa, Kak Wan pun dilihat terhegeh-hegeh mengejar DS Najib pada waktu banjir tempoh hari. Ada apa-apa ke? 
Kak Wan, tidak cukup Kak Wan tiga sekawan, ditambah juga beberapa orang yang mengejar populariti, turut menari mengikut rentak bikinan Tun Mahathir dengan galian cerita lapuk dan lama yang masih relevan barangkali bagi mereka dengan isu Memali dan kafir mengkafir. Agak malang kerana penggali isu lapuk itu adalah golongan agamawan yang mendakwa tanpa parti. Tetapi sekarang mereka membisu apabila Tun menuduh TG Presiden PAS kafir. 
Kak Wan, jika PAS benar tersisih dari persada pentas politik Malaysia, biarkanlah kami begini. Tak usah diganggu PAS yang boleh dianggap sebatang kara ini. Kami tiada kudrat untuk bersaing dengan BN dan PH. Tetapi agak janggal di kepala ini kerana makin dikata lemah, semakin PAS dikerumuni dan ditekan, bagaikan ketakutan. Tambah ajaib apabila semakin dituduh, semakin berduyun-duyun rakyat memohon menyertai kami.
Kak Wan, apa agenda Kak Wan sebenarnya bersama DS Najib sehingga bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan PAS? Mahu membebaskan DS Anwar? Mahu mengangkat Tun Mahathir sebagai PM sementara? Atau masih berangan mahu menjadi MB Selangor? Apa sekalipun impian Kak Wan, ia tidak akan menjatuhkan PAS insya Allah. Kami semakin hari, semakin bersemangat dan istiqamah dalam menghadapi PRU. Lawan PAS dan Gagasan Sejahtera adalah BN. PH juga boleh turut serta bersama BN untuk melawan PAS dan Gagasan Sejahtera jika mahu. 
Ada lebih baik Kak Wan menyambung semula bermain teka-teki apakah makanan, penyanyi atau apa sahaja kegemaran Nurul Izzah. Daripada turut menyertai Tun yang sememangnya membenci PAS sejak dahulu lagi. Bermain teka-teki seperti itu jauh lebih baik kerana dapat mengenal anak sendiri. Jika mengenal anak sendiri gagal, bagaimana mahu mengenal pengundi yang lima tahun sekali berjumpa dengan hanya menjanjikan resepi kuih bengkang ubi? 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
16 Rabiulakhir 1439 / 4 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Bertanding hak demokrasi kami, PAS jawab Dr Mahathir
Posted on Thursday, January 04 @ 17:28:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37574



PETALING JAYA: PAS hari ini mempertahankan keputusannya untuk tidak bertanding di kerusi yang bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH), selepas tindakan itu diserang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “khianat” dan usaha membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

“PPBM akan bertanding, PH akan bertanding, BN bertanding. Itu hak kita mengundi. Nak bertanding hak masing-masing. Bukan nak mengkhianati sesiapa,” kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PH hari ini berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar partinya akan tewas teruk pada pilihan raya umum akan datang, dan oleh itu bertindak memecahkan undi pembangkang lain dan bekerjasama dengan Umno.

“Itu niat dia. Itu bukan Islamik. Dalam Bahasa Melayu kita panggil ia pengkhianat,” kata Dr Mahathir yang menyindir Hadi kerana pernah mendakwa Umno kafir.

“Dia akan bantu kafir ini yang mana dia kata kalau kerja dengan kafir, akan jadi kafir. Sekarang mereka (PAS) bekerjasama dengan Umno, maknanya dia sedang kafirkan diri sendiri,” katanya.
Mahfodz menolak dakwaan Hadi bekerjasama dengan Umno.

“Nak katakan kafirkan diri macam mana, pasal semua yang bertanding itu kita lawan. Sama ada 2 penjuru, 3 penjuru itu hak masing-masing. Yang menentukan menang kalah adalah selain daripada usaha masing-masing, Allah akan menentukan. Jadi tak timbullah soal khianat,” katanya kepada FMT.

Menurut Mahfodz, kafirnya seseorang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurutnya, Dr Mahathir cuba ambil alih tugas mufti dengan dakwaan terbaru itu.

“Adalah terlampau semua itu dia nak kawal. Tentang hukum pun dia… Bagi saya lebih baik diam kalau tak tahu soal hukum.”


PAS sebelum ini berkata akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen. Parti itu tidak menyertai PH, sebaliknya mahu bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, sebuah parti kecil dipimpin bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Sumber TKO - 4-1-2018

Isu Memali: Dr Asri perlu lebih teliti - Kata Mangsa Memali
Posted on Thursday, January 04 @ 12:41:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37572



BALING - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dinasihati merujuk Peristiwa Memali 1985 secara mendalam dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguriskan hati mangsa dan waris peristiwa itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tragedi Memali 1985, Datuk Muhammad Yusuf Husain berkata, Dr Asri perlu meneliti kes itu secara teliti dan bukan hanya bersandar kepada fakta Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.

Muhammad Yusuf
"Bukan hanya beliau, tetapi siapa sahaja yang mahu mempersoalkan peristiwa Memali perlulah dapat gambaran sebenar terutamanya daripada mangsa masih hidup.

"Kami melalui pengalaman yang begitu pahit. Kami ditindas, dizalimi dan dilakukan pelbagai perkara, sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental," katanya ketika mengulas kenyataan Dr Asri yang bersetuju Amanat Hadi berbahaya, di kediamannya Kampung Memali, hari ini.

Menurutnya, kenyataan yang mengaitkan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan peristiwa itu tidak wajar dikeluarkan seorang ilmuan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Kedah berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menyalahkan mufti berhubung tragedi itu kerana tidak dapat menerima hakikat atas kesalahan pernah dilakukan.

"Mahathir sampai hari ini tiada keinsafan dan kesedaran, beliau sanggup menyalahkan mufti kerana tidak dapat menerima apa yang pernah dilakukan.

"Pembunuhan penduduk dan ulama dalam tragedi itu bukan kerana amanat haji Hadi, tetapi atas arahannya dan Menteri Dalam Negeri ketika itu," katanya.

Sumber TKO - 5-1-2018

Tuduhan kafir: Antara saya dan Mahathir, saya maafkan, kata Hadi
Posted on Thursday, January 04 @ 12:31:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37571


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu yang dilaporkan menyindirnya 'kafir'.


Dalam rakaman video yang dikongsi di Fcebooknya, Abdul Hadi juga berharap agar Dr Mahathir insaf dengan perbuatannya memandangkan beliau sudah berusia.

"Antara saya dan dia saya maafkan. (Antara) dia dan tuhan, dia kena bertaubat.
"Dia orang tua, biar dia insaf sendiri.

"Kita ingat biar dia insaf sendiri. Dia duduk sorang-sorang, fikir sendiri. Dia kena banyak baca buku. Jangan baca buku perubatan je. Buku Islam pun dia kena baca," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung sindiran Mahathir terhadap anggota parlimen Marang itu semalam.

Pada sidang media semalam, negarawan itu dilaporkan menyindir Abdul Hadi yang bekerjasama dengan Umno- yang menurut Dr Mahathir, presiden PAS itu pernah menggelar mereka sebagai “kafir”.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata: “Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah.

"Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah,” kata Dr Mahathir.

Pada sidang media sama, Dr Mahathir turut menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhianat kerana didakwa memecahbelahkan undi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, ditanya sama ada kenyataan bekas perdana menteri berkenaan dilihat sebagai terdesak, Abdul Hadi menasihatkan Dr Mahathir supaya “tidak memecahkan kepala sendiri”.

"Dia (Dr Mahathir) macam orang terdesak yang rapat ke dinding. Bila rapat ke dinding, tak boleh pergi dah. Dia (akan) tempuh dinding itu, tak pasal-pasal pecah kepala sendiri.

"Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya.

Sumber TKO - 4-1-2018























































































Mahfuz ibarat ‘orang dah lama mati, tapi baru tanam’
Posted on Thursday, January 04 @ 12:28:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37570


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengibaratkan Datuk Mahfuz Omar sebagai 'orang yang dah lama mati' di dalam parti.


"(Dia) ibarat orang dah lama mati, baru tanam," katanya ringkas dalam sebuah video yang dikongsi di Facebooknya.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas tindakan Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena keluar daripada PAS.

Mahfuz pada 31 Disember lalu mengumumkan dirinya meninggalkan parti itu selepas menjadi ahli selama lebih 30 tahun.

Alasannya, PAS hanya memperalatkan agama bagi melipat-gandakan hukuman kesalahan syariah - melalui Rang Undang-undang 355.

Beliau turut tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran PAS untuk hanya memenangi 40 kerusi dalam PRU14.

Selain Mahfuz, turut sama mengambil keputusan berkenaan ialah isteri serta anak-anaknya.

Beliau bagaimanapun masih belum memutuskan parti mana yang akan disertainya kelak.

Mahfuz sebelum ini adalah antara pemimpin PAS yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan khususnya AMANAH.

Kecenderungan itu menyebabkan beliau digelar sebagai ahli kumpulan 'Harum Manis' dalam parti Islam itu. Harum Manis merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luar tetapi berisi oren di dalam yang terkenal di Perlis.

Pada Oktober tahun lalu, PAS Kedah menggugurkan Mahfuz daripada senarai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sumber TKO - 4-1-22018























































































Amanat Maza jauh lebih bahaya dari Amanat Hadi

SUNGGUH melucukan sekali membaca tulisan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), bertajuk “Benarkah “Amanat Hadi: ‘Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri’?”, yang disiarkan di halaman DrMaza.Com dan di portal berita MalaysiaKini pada 2 Januari 2018.
Tulisan Dr Maza ini adalah reaksi kepada “satu artikel tulisan seorang penulis PAS” di portal berita HarakahDaily pada 1 Januari 2018 yang sebenarnya merupakan tulisan saya, bertajuk “Amanat Haji Hadi: Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri”, yang disiarkan di muka buku saya.
Saya telah lama memerhatikan ciri-ciri penakut dan tidak ilmiah Dr Maza yang tidak suka menyebut seseorang dengan nama sebenarnya tetapi menyelindungkannya dengan gelaran lain, di mana ciri-ciri ini tidak melambangkan beliau ahli akademik dan Mufti yang baik.
Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 31 Mei 2012 umpamanya, Dr Maza menyebut mengenai tindakan “istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM500,000”, yang mendorong beliau menulis “‘jika’ golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka”. Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah Istana Johor, khususnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 3 Oktober 2013 pula, Dr Maza menyebut mengenai “bagaimana ada rakyat di negeri ‘entah berentah’ yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung” sedangkan “dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata”. Ini beliau jelaskan lagi secara lisan di dalam satu kuliah dengan berkata, “saya sebut, ada di negeri Antah Berantah kan, Antah Berantah ni tak kiralah, mana-mana, orang puji sultan dia pasal bini dia pakai tudung, orang kata bagus la, nak Islam, soleh, dekat-dekat nak jadi Wali Songo, dekat nak jadi wali dah maksudnya, tapi dalam masa yang sama dia ambik duit rakyat bina istana hampir 2 bilion.” Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah pembinaan Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Begitu juga dengan tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 7 Mei 2015 dalam mana beliau menyebut mengenai tindakan “media antarabangsa (yang) tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu”. Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bila saya, yang bukan merupakan 'penulis PAS', digelarkan oleh Dr Maza sebagai 'penulis PAS' kerana tulisan saya tersiar di portal berita HarakahDaily, maka apakah pula yang boleh saya gelarkan Dr Maza kerana tulisan beliau yang tersiar di portal berita MalaysiaKini?
Tulisan Dr Maza yang panjang lebar ini cuba mempersoalkan tulisan saya yang menyebut beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri dengan mendakwa kononnya saya memetik tulisan awal beliau bertajuk “Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil” secara tidak seimbang.
Begitupun, penjelasan Dr Maza di dalam tulisan beliau ini gagal menyanggah dakwaan saya bahawa beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri supaya “semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir” dan “kembali kepada politik yang dapat membina negara”.
Dr Maza mendakwa bahawa “(beliau) sebenarnya bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi”, tetapi “(beliau) menjawab kenyataan Tun Mahathir”, khususnya “menafikan dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut”.
Bagaimanapun, pelik bila penelitian kepada laporan akhbar New Straits Times menunjukkan bahawa Dr Maza direkodkan sebagai “enggan memberi komen ke atas dakwaan Dr Mahathir terhadap para mufti” (“refusing to comment on Dr Mahathir’s accusation against muftis”).
Sebaliknya, apa yang lebih ditonjolkan oleh laporan akhbar New Straits Times ini ialah sokongan Dr Maza terhadap dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Peristiwa Memali, yang berlaku pada 19 November 1985, adalah berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.
Ini jelas tertera di dalam ayat pertama digunakan, iaitu Dr Maza “percaya bahawa 'Amanat Hadi' telah memainkan peranan yang membawa kepada tragedi berdarah (Memali) itu” (“believed that 'Amanat Hadi' had played a role leading up to the bloody (Memali) tragedy”).
Tidak dinafikan ada disebut pada hujung laporan akhbar New Straits Times ini ayat Dr Maza bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan waktu itu mengisytiharkan 'Amanat Haji Hadi' adalah 'misguided (sesat)', tetapi ini sebenarnya bukanlah sanggahan kepada Tun Dr Mahathir.
Begitulah juga dakwaan terbaru Dr Maza, berpandukan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 22 April 2001 dan 7 Januari 2013, kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 November 1984 mengisytiharkan 'Amanat Haji Hadi' sebagai “bercanggah dengan ajaran Islam”.
Sangat menghairankan sekali bagaimana seorang pemegang ijazah PhD, apatah lagi seorang Mufti, seperti Dr Maza boleh menerima bulat-bulat berita yang diasaskan kepada sumber kedua tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya dengan mana-mana sumber pertama.
Penelitian saya kepada sumber pertama, malah termasuk kepada buku “Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.
Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, bukannya mengenai 'Amanat Haji Hadi'.
Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:
“a. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli Umno atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.”
“b. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.”
Tiada langsung rujukan mengenai 'Amanat Haji Hadi' di dalam Muzakarah Khas ini dan keputusannya juga meliputi pengkafiran oleh “ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua” dan oleh “ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam”.
Tindakan Dr Maza memarakkan kembali isu 'Amanat Haji Hadi' yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir, khususnya dengan menyokong dakwaan beliau bahawa Peristiwa Memali adalah berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi', adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Lebih tidak bertanggungjawab adalah tindakan Dr Maza menyatakan “Amanat Hadi punca kafir-mengkafir” dengan menyandarkannya kepada Datuk Dr Mujahid Yusuf, kononnya sebagai “pihak yang terlibat”, kerana beliau “anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS”.
Sedangkan ramai tahu bahawa Datuk Dr Mujahid hanya aktif di dalam PAS pada akhir tahun 1990-an dan tidak mengetahui mengenai perjalanan PAS sebelum tempoh itu serta ramai tahu bahawa Dr Maza, Datuk Dr Mujahid dan Dr Maszlee Malik adalah 'tiga sekawan'.
Apatah lagi bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah secara terbuka, umpamanya melalui satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000, menyebut bahawa ucapan beliau itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk Umno.
Kata Datuk Seri Abdul Hadi, ucapan beliau itu “lebih menjurus kepada memberi kefahaman dan kesedaran secara ilmu tanpa membuat tuduhan kepada sesiapa” membabitkan “kaedah-kaedah hukum syarak mengenai perkara-perkara yang merosakkan iman seseorang”.
Begitulah juga penegasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sewaktu mempertahankan 'Amanat Haji Hadi' pada 28 Disember 2012, bahawa “Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja”.
Jika menjelaskan batasan iman dan kufur ini boleh dikatakan punca kafir-mengkafir, bagaimanakah pula dengan tindakan sama yang dibuat oleh Dr Maza sendiri sebelum ini, umpamanya di dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 9 Julai 2010 yang menyebut bahawa “sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam” selain menyebut bahawa “demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan seumpamanya”?
Sebenarnya membuat 'Amanat' bukanlah satu kerja yang terlalu sukar jika anda kreatif. 'Amanat Haji Hadi', seperti diakui oleh penciptanya, Omar Khalid, di rumah beliau kepada saya, adalah keratan daripada ucapan Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 April 1981.
'Amanat Haji Hadi' ini bagaimanapun tidaklah merbahaya seperti yang didakwa oleh Dr Maza, kerana ia hanya bercakap mengenai soal pertentangan antara parti-parti politik dan, seperti diakui oleh Dr Maza dan Dr Maszlee sendiri, tidak pun mengkafirkan Umno.
Apa yang jauh lebih merbahaya adalah “Amanat Maza” yang merupakan keratan daripada tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 6 Februari 2014 yang, selain menghina keturunan raja/sultan, bercakap mengenai kritikan dan pembuangan institusi raja/sultan.
Ini kerana, tidak seperti parti-parti politik, institusi raja/sultan diberikan kedudukan dan perlindungan yang istimewa, baik di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri, tambahan pula dengan kedudukan raja/sultan sebagai Ketua Agama Islam.
Sangat pelik bagaimana Dr Maza boleh terus-terusan dilantik memegang jawatan sebagai Mufti bila terang-terang kenyataan beliau di dalam 'Amanat Maza' ini dilihat cuba menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap institusi raja/sultan.
Apatah lagi, bila disemak dengan teliti segala tulisan Dr Maza selama ini, sama ada yang disiarkan di halaman DrMaza.Com atau di laman web DrMaza.Com, turut didapati penanaman bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah.
Di bawah ini adalah kandungan 'Amanat Maza' tersebut:
“Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.”
“Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.”
“Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.”
“Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.”
“Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.”HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018
























































































2018 dan masa depan umat Islam (Bah.3)

MENGHURAI ESKATOLOGI
Sebenarnya, segala unjuran yang saya buat pada bahagian dua tidak hanya berdasarkan perkembangan semasa dan perancangan geo-strategis sahaja. Tetapi yang utama adalah meletakkan nas-nas Islam sebagai panduan. Sungguh apa yang berlaku tidak lari sedikitpun daripada apa yang telah dinyatakan oleh Hadis mahupun al-Quran. Malah satu persatu menunjukkan kebenaran agama ini.
Kepesatan Kota Baitul Maqdis
Sabda Rasulullah S.A.W:
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
"Kepesatan Baitul Maqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda berlakunya pembukaan Kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."
[HR Abu Daud]
Merujuk kepada hadis di atas, sebelum berlakunya perang besar Baitul Maqdis akan menjadi pesat. Ia boleh dikira sebagai mukaddimah kepada semua peristiwa penting yang bakal mencatat sejarah dunia.
Ramai berpandangan bahawa maksud pesat (عمران) daripada hadis bermaksud Islam bakal menguasai kembali Baitulmaqdis sebelum perang besar. Tetapi saya berpendapat sebaliknya. Pesat di situ tidak menunjukkan kepada kota tersebut akan ditawan umat Islam atas beberapa sebab.
Pertama kerana Nabi S.A.W tidak menggunakan perkataan pembukaan (فتح) sebagai yang digunakan dalam hadis yang sama merujuk kepada Constantinople. Kedua, lafaz (عمران) sendiri tidak bermaksud pembukaan atau penawanan. Sebaliknya ia lebih kepada pembangunan ataupun kepesatan. Dan ketiga, situasi semasa tidak menunjukkan tanda-tanda demikian.
Perjuangan umat Islam membebaskan Baitul Maqdis banyak bergantung harap kepada bantuan dari negara sekeliling. Benar terdapat hadis yang menyatakan bahawa pejuang di sana akan sentiasa wujud. Tetapi ia cuma menunjukkan penentangan terhadap musuh akan sentiasa berlaku. Ia tidak bermakna musuh tidak berjaya menguasai Baitul Maqdis.
Negara sekeliling Palestin seperti Turki, Iraq, Jordan, Lubnan, Iran dan Mesir akan menghadapi kekacauan di tempat sendiri menyebabkan mereka sibuk menguruskan konflik. Bantuan persenjataan dan politik dan akan terganggu. Dan ia akan memudahkan Zionis menguasai Baitul Maqdis.
Telahan ini bertambah kuat apabila Donald Trump pada Disember 2017 telah membuat pengisytiharan bersejarah yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Presiden Amerika sebelumnya, iaitu mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau begitu rakus dengan pendiriannya sehingga tidak mempedulikan suara komuniti antarabangsa, walaupun PBB melalui perhimpunan agungnya telah mencapai keputusan menolak pengisytiharan Trump.
Tempoh penangguhan (waiver) untuk melaksanakan Akta Kedutaan Jerusalem 1995 Amerika akan berakhir Jun ini. Seawal Julai, mungkin kita akan melihat Baitul Maqdis benar-benar menjadi ibu negara Israel. Sekali gus membenarkan hadis Nabi mengenai Baitul Maqdis bakal menjadi pesat. Namun pesatnya sebagai pusat pemerintahan Yahudi yang bercita-cita besar mahu mendirikan Kerajaan Nabi Sulaiman dan menguasai dunia, bukan di tangan Islam buat masa ini.
Kehancuran Tanah Arab
Nabi S.A.W menyebutkan kepesatan Baitul Maqdis merupakan tanda kepada keruntuhan Yahtrib ataupun Madinah. Runtuh bukan bermaksud binasa dan padang jarak padang tekukur, tetapi lebih kepada ditinggalkan dan tidak lagi dikunjungi. Berkemungkinan ianya disebabkan konflik dalaman Kerajaan Saudi sekarang.*
Sabda Rasulullah S.A.W:
يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ ، كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ - ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ - فَقَالَ : فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
"Akan bertempur di sisi khazanahmu (Kaabah) tiga pihak. Ke semuanya putera pemerintah. Tiada seorang pun yang akan menang. Kemudian akan muncul panji hitam dari arah hitam, maka mereka akan menyerang kamu dengan serangan yang tidak pernah dilakukan pihak lain. – kemudian Nabi S.A.W menyebut sesuatu yang perawi tidak menghafaznya. – Apabila kamu melihatnya maka berbaiahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji."
[HR Ibn Majah]
Menurut Rasulullah, akan berlaku pergelutan antara tiga putera raja. Saya berpandangan perkara ini akan berlaku sejurus kemangkatan Raja Salman yang bakal menjadi raja terakhir dari anak pengasas kerajaan Arab Saudi, Abdul Aziz bin Saud. Setelah itu akan berlaku krisis perlembagaan dalam menabalkan raja seterusnya.
Jika diikutkan turutan, raja seterusnya adalah adinda Salman, Talal bin Abdul Aziz. Tetapi Salman tidak melantik beliau sebagai Putera Mahkota, sebaliknya takhta itu diberikan kepada anak saudaranya Muhammad bin Nayef. Pada Julai 2017, Salman memecat Muhammad bin Nayef daripada takhta tersebut dan menggantikan dengan anaknya pula Muhammad bin Salman. Beberapa bulan lalu, Kerajaan Arab Saudi telah menyita dan membekukan aset salah seorang putera Saudi, al-Waleed bin Talal.
Muhammad bin Salman dalam satu kenyataannya berikrar untuk menghapuskan semua yang menghalang jalannya. Al-Waleed pula menyatakan tidak akan berdiam diri. Isu Muhammad bin Nayef sehingga kini menjadi liputan hangat di media Saudi. Kes beliau sangat misteri dan sensasi!
Dari segi perundangan, ketiga pihak ini memiliki 'locus-standi' untuk menuntut hak sebagai raja. Muhammad bin Salman adalah Putera Mahkota, al-Waleed pula adalah anak kepada Putera Mahkota sebenar mengikut giliran, manakala MBN pula adalah bekas Putera Mahkota yang dipecat.
Dari segi politik pula, ketiga-tiga mereka memiliki pengaruh yang besar. Muhammad bin Salman selain menduduki takhta Putera Mahkota dan Menteri Pertahanan, beliau merupakan pemimpin 'de facto' Arab Saudi. Muhammad bin Nayef pula adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan juga pemimpin politik senior negara tersebut. Al-Waleed bin Talal merupakan ahli korporat bertaraf billionaire. Dengan kuasa wang, beliau mampu melakukan apa sahaja.
Sengketa ini dijangka akan berlarutan. Tiada siapa akan dapat menguasai keadaan secara mutlak. Arab Saudi bakal huru-hara. Rakyat dan umat Islam yang berkunjung ke sana untuk beribadat bakal menjadi mangsa kerakusan. Tidak mustahil akan menjemput kuasa asing campur tangan dalam hal ini.
Barat sememangnya memiliki kepentingan yang sudah lama terhadap Semenanjung Arab. Bahkan penubuhan negara Arab Saudi, Qatar, UAE dan Kuwait adalah ‘jasa’ kolonial British yang sebelum itu telah menghasut negara-negara tersebut memberontak terhadap Khilafah Uthmaniah di Turki, dalam peristiwa Revolusi Arab Agung 1916. Sehingga kini, negara-negara terbabit ‘terhutang budi’ dengan British seterusnya Amerika, sehingga banyak kepentingan negara Arab dikuasai oleh Barat.
Kerjasama erat antara Arab dan Amerika telah membentuk sistem kewangan baru yang dikenali dengan Petrodollar. Sistem ini menguatkan lagi hegemoni Amerika menuju ke arah Order Dunia Baru (New World Order). Justeru tanah arab menjadi fokus utama dasar luar Amerika dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan politik mereka terjamin.
Umat Islam menjadi mangsa kerakusan nafsu materialistik Barat. Mereka buntu memikirkan jalan penyelesaian. Berbagai inisiatif diambil oleh individu mahupun kumpulan tertentu bagi mengawal keadaan. Namun tidak berjaya kerana tidak memiliki kuasa dan pengaruh. Umat Islam amat mengharapkan seorang pemimpin yang boleh menghentikan semua masalah ini.
Maka dalam keadaan inilah, bakal muncul satu kumpulan umat dari arah Timur. Mereka bakal memerangi golongan yang melakukan kerosaan di tanah Arab dan menyelamatkan umat Islam. Pemimpin kumpulan ini bakal ditabalkan sebagai pemimpin bagi seluruh umat Islam. Beliaulah yang Nabi S.A.W nyatakan sebagai al-Mahdi.
Hakikat ini disokong oleh hadis yang menyatakan bahawa Semenanjung Arab bakal diserang. Serangan bukan bertujuan untuk menghancurkan Arab, tetapi untuk menyelamatkan umat Islam ketika kalangan orang arab sudah tidak dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri
Sabda Rasulullah S.A.W:
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ
"Kamu akan memerangi Semenanjung Arab, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Parsi, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Rom, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Dajjal, maka Allah akan membukanya untuk kamu."
[HR Muslim]
Wilayah Parsi dijarah
Selain peperangan di Semenanjung Arab, hadis di atas turut menyebutkan beberapa tempat lain yang bakal diserang atau diselamatkan. Mengikut turutan, tempat kedua adalah Parsi yang kini adalah kawasan antara Iraq, Iran dan Asia Tengah. Sabda Nabi S.A.W:
ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ
"Kemudian Parsi, maka Allah akan membukanya untuk kamu."
Tidak dipastikan secara spesifik di manakah peperangan itu bakal berlaku. Tetapi jika kita melihat kepada keadaan semasa, kekacauan sudah berlaku sangat dahsyat di Iraq. Keadaan di Iran juga hari ini semakin meruncing. Bantahan rakyat terhadap kerajaan revolusi turut didokong oleh kuasa besar seperti Amerika dan Kerajaan Arab Saudi. Bermula daripada kawasan Timur Utara, kini protes telah merebak ke wilayah Kurdistan, Tehran, Shiraz, Esfahane, Sari, Qazvin, Ahvaz, Hamadan malah sudah menjengah ke Qom.
Kekacauan di negara yang menjadi ancaman buat Amerika tentunya memberi keuntungan buat mereka. Akhbar Israel Maariv sendiri menyatakan mereka akan beroleh laba dari kejatuhan kerajaan Iran sekarang. Peluang yang terbuka pasti akan diambil manfaat sepenuhnya oleh kuasa besar ini. Inilah yang kita lihat pernah berlaku di Iraq, Libya, Syria, Yemen, Turki dan Mesir. Bermula dari protes rakyat, ia kemudian bertukar menjadi campurtangan asing dan akhirnya menjadi medan perang saudara dan perang proksi.
Jika diambil kira strategi kuasa besar ini menghuru-harakan negara, mereka akan turut menggunakan sentimen perbezaan aliran di kalangan umat Islam sebagai medium. Kekacauan di Iraq, Yemen dan Syria telah berjaya dipotretkan dengan bingkai pertembungan Sunni dan Syiah. Menggunakan tentera upahan seperti al-Qaeda dan ISIS, mereka menyerang kawasan Sunni dan Syiah dan kemudian menuduh ataupun membuat pengakuan palsu kononnya satu aliran bertanggungjawab melakukan terhadap aliran lain. Malah Amerika turut berjaya menghimpunkan hampir seluruh negara OIC dalam Persidangan Riyadh 2016 bagi mencapai kata sepakat pemimpin politik negara Sunni memerangi Syiah.
Jika diteliti peta baharu Asia Barat yang dicadangkan oleh Armed Journal Forces bagi menggantikan peta pasca Sykes-Picot sekarang, mereka bakal memecahkan lagi kawasan bekas taklukan Parsi, dengan mewujudkan negara baru berunsur bangsa seperti Kurdistan di bahagian Utara dan Balochistan di Selatan. Selain itu mereka juga akan menambah negara berunsur mazhab seperti Sunni Iraq dan negara Arab Syiah. Negara seperti Azerbaijan dan Armenia bakal diperluaskan manakala negara Afghanistan, Iran dan Pakistan bakal kehilangan sebahagian wilayahnya.
Seandainya diteliti menerusi hadis di atas, keadaan di sana tidak dapat ditangani melainkan setelah datangnya tentera al-Mahdi. Mereka datang setelah membebaskan dahulu Semenanjung Arab dari kekacauan.
Turki ditakluk
Selepas Parsi, Nabi S.A.W menerangkan Rom sebagai wilayah seterusnya. Rom di zaman Nabi S.A.W telah terpecah kepada dua, iaitu Rom Barat di Eropah dan Rom Timur yang lebih dikenali sebagai Roman Byzantine. Pusat pemerintahan Rom Timur adalah di Constantinople yang hari ini dikenali sebagai Istanbul, salah sebuah bandar utama di Turki.
Peperangan seterusnya yang bakal dihadapi oleh umat Islam adalah di Turki. Nabi S.A.W dalam sebuah hadis menggambarkan bahawa Constantinople akan sekali lagi dibuka oleh umat Islam di akhir zaman, iaitu selepas kemunduran Madinah.
Petikan sabda Rasulullah S.A.W:
عُمْرَانُ...وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
"Perang besar adalah tanda adalah berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."
[HR Abu Daud]
Ini menunjukkan bahawa Turki juga bakal menjadi negara konflik di era Perang Dunia ketiga. Jika dilihat sejarah dan situasi politik negara tersebut, ia tidak pernah lekang daripada kontroversi. Turki menjadi antara negara paling banyak berlaku kudeta. Setiap kali pemimpinnya ingin membawa Islam, tentera akan merampas kuasa atas alasan bercanggah dengan perlembagaan sekular negara tersebut. Sultan Abdul Hamid, Adnan Manderes, Erbakan antara mangsa penggulingan kuasa sepanjang sejarah Turki moden. Terbaru, cubaan kudeta terhadap pemerintahan Erdogan pada 2016 didalangi oleh gerakan Gulen yang kini mendapat suaka politik daripada Amerika.
Selain dari kebimbangan terhadap negara yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar terbesar dunia itu, Turki menjadi tumpuan utama kuasa besar atas faktor ekonomi, politik dan juga ketenteraan. Turki merupakan negara yang strategik menghubungkan antara Asia Barat dan Eropah. Ianya sangat kritikal buat Barat dalam menjamin kepentingan mereka di tanah Arab terutamanya telaga-telaga minyak dan gas. Kewangan Amerika sangat bergantung kepada sistem Petrodollar yang berkait dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Selain itu Turki terletak di antara Laut Hitam dan Laut Mediterenean yang sangat strategik dari segi ekonomi. Mereka turut memiliki Selat Bosphorus yang menghubungkan antara Asia Tengah, Eropah dan Afrika.
Dari segi politik, Turki boleh dianggap sebagai 'buffer state' yang memisahkan antara kuasa Barat dan Timur. Peralihan blok daripada Barat ke Timur mengakibatkan ianya menjadi ancaman buat Barat. Turki berkongsi sempadan dengan banyak negara yang berbeza haluan politik seperti Ukraine, Rusia, Cyprus, Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Syria, Iraq dan Iran.
Dari segi ketenteraan pula, Turki menjadi zon penampan kuasa Timur kerana berada paling hampir dengan barat dibandingkan dengan negara blok Barat yang lain. Walaupun Amerika berjaya menguasai Ukraine bagi mengekang pengaruh Rusia, namun Rusia berjaya mengambil kembali Crimea. Dengan Turki berada di pihak Rusia, Laut Hitam telah didominasi blok Timur dan bakal menjadi ancaman buat Eropah dan NATO.
Turki kini sedang bergelut dengan pengaruh gerakan Gulen yang begitu hebat. Pengikut tarikat sufi yang pro-Amerika itu dianggarkan melebihi dua juta orang. Selain itu, Turki berhadapan dengan ancaman kaum Kurdi yang sering melakukan kekacauan politik dan keselamatan terutama di bahagian Tenggara. Bangsa Kurdi memiliki hubungan rapat dengan Zionis Israel.
Lemahnya satu persatu blok Timur di Asia Barat meletakkan kedudukan Turki semakin terancam. Tidak mustahil Turki bakal menjadi medan perang seterusnya yang akan menyaksikan negara tersebut jatuh ke tangan musuh Islam.
Namun pada akhir zaman, hadis Nabi S.A.W menunjukkan bakal jatuh semula ke tangan Islam. Pembukaannya bakal dipimpin sekali lagi oleh sebaik pemimpin dan dibantu oleh sebaik-baik tentera. Tetapi ianya akan berlaku selepas pembebasan Semenanjung Arab dan juga Parsi.
Sabda Rasulullah S.A.W:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ ، فَإِذَا تَصَافُّوا ، قَالَتِ الرُّومُ : خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ . فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ : لَا ، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا . فَيُقَاتِلُونَهُمْ ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا ، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا ، فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ : إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ ، فَيَخْرُجُونَ ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga orang Rom turun di Kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (berhampiran Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan dari Madinah, yang merupakan penduduk pilihan di muka bumi kala itu. Ketika mereka sudah berbaris untuk berperang, maka berkatalah orang Rom: “Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Maka berperanglah kedua pihak ini. Pusingan pertama, mati satu pertiga dari mereka yang Allah tidak akan menerima taubatnya. Pusingan kedua, mati pula satu pertiga yang merupakan sebaik-baik syuhada. Pusingan ketiga, dimenangi oleh satu pertiga yang baki. Kemudian mereka berjaya membuka kota Constantinople. Mereka membahagikan harta rampasan perang dan menggantungkan pedang-pedang dengan zaitun. Ketika itu muncul satu khabar dari syaitan, mengatakan Dajjal telahpun keluar bagi mengganggu anak isteri mereka. Maka mereka pun keluar mendapatkannya. Walhal ianya adalah batil. Ketika mereka berbaris mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Ketika waktu solat sudah masuk dan mereka bersedia mendirikan solat, tiba-tiba turunlah Nabi Isa Ibn Maryam A.S."
[HR Muslim]
Pembukaan Vatican City
Selain Constantinople, umat Islam juga akan membuka Kota Rome. Keduanya merupakan mercu kebanggaan bangsa Rom kerana Constantinople yang terletak di Turki adalah kubu pemerintahan Roman Byzantine manakalah Rome di Itali adalah pusat gereja Katolik, atau lebih dikenali sebagai Vatican City.
بينما نحن حول رسول الله صلى الله عليه وسلم نكتب إذ سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم أي المدينتين تفتح أولا قسطنطينية أو رومية؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم لا بل مدينة هرقل أولا ـ يعني القسطنطينية.
Sahabat bertanya bandar manakah yang bakal dibuka dahulu, Constantinople atau Roma? Jawab Nabi S.A.W:
"Bandar Heraclius yang pertama dibuka."
[HR Hakim]
Tidak dinyatakan tentang bilakah kota Rome akan dibuka oleh Islam. Boleh jadi sebelum membuka Baitul Maqdis, iaitu sebelum Yahudi dan Dajjal ditumpaskan, dan boleh jadi juga selepas Islam menegakkan Khilafah di atas manhaj Nubuwwah. Apa yang pasti, ia akan dibuka juga oleh orang Islam.
Perkembangan di Eropah hari ini menunjukkan perkembangan yang sangat pesat.  Menurut kajian Pew Research, Islam merupakan agama yang mengalami pertambahan penganut paling mendadak. Bahkan menjelang 2050, jumlah penganut Islam akan menyamai penganut Kristian, dengan 10 peratus populasi Muslim dunia adalah daripada Eropah. Tetapi menurut Monsgnor Formenti, jurnalis sebuah akhbar Vatican L`Osservatore Romano mencatatkan bahawa Muslim telah mengatasi populasi Katholik dengan 19.2 peratus berbanding 17.4 peratus.
Perkembangan di Vatican City sejak akhir-akhir ini juga semakin menarik. Pope John Paul II sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam bakal menguasai Eropah. Bahkan beliau memiliki sikap yang sangat terbuka dengan Islam sehingga digelar Pope Of Islam.
Jolokan yang sama turut diberi kepada Pope Francis kini. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan tidak ada apa-apa kaitan dengan Islam. Malah beliau dengan lantang mengkritik Amerika yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai milik Israel.
Pope Benedict XVI pula walaupun sebelum ini lantang mengaitkan Islam dengan keganasan, tetapi di akhir jawatannya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kristian bukan agama Bible. Selepas mengeluarkan kenyataan, beliau memecahkan rekod sepanjang zaman apabila menjadi Pope pertama meletakkan jawatan. Khabar angin mengatakan beliau telah memeluk Islam.
Dari segi agama Kristian, mereka telah berpecah kepada beberapa mazhab. Yang paling masyhur adalah Katholik, Ortodoks dan Protestan. Kristian yang menguasai dunia pada hari ini terdiri daripada penganut Protestan dan juga anggota gerakan radikal Evangelikan, atau disebut sebagai Kristian-Zionis.
Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa golongan yang paling baik terhadap umat Islam adalah orang yang mengaku dirinya Kristian. Firman Allah:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."
[al-Maidah:82]
Ada ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan Kristian ini adalah merujuk kepada Kristian Ortodoks yang dianuti oleh Roman Byzantine. Sehingga kini ia menjadi anutan di Syria, Mesir, Eropah timur tetapi kebanyakannya berada di Rusia.
Ada juga yang berpandangan simplistik, dengan mengatakan semua kristian adalah baik termasuk Amerika yang dikuasai oleh Protestan Sekular dan Evangelikan. Sedangkan sifat mereka dengan mafhum nas jauh panggang daripada api.
Saya pula berpandangan Kristian yang dimaksudkan oleh al-Quran meliputi Kristian Ortodoks dan Katholik hari ini. Ciri-ciri yang disebutkan dalam ayat tersebut lebih kurang sama antara Katholik dan Ortodoks. Tetapi tidak termasuk Protestan yang menganut fahaman Sekular dan Evangelikan yang menyokong agenda Zionis.
Justeru melatari pembukaan kota Rome, penganut Katholik di Vatican City akan menerima Islam. Boleh jadi mereka juga termasuk dalam hadis mereka yang akan berdamai dengan Islam bagi menghadapi musuh yang sama. Sabda Rasulullah S.A.W:
ستصالحون الرومَ صُلحًا آمنًا، فتغزون أنتم وهم عدوًّا من ورائهم
"Kamu bakal berdamai dengan Rom. Maka kamu dan mereka akan memerangi musuh di belakang mereka."
[HR Ibnu Majah]
Namun perkaitan dengan Kristian Ortodoks adalah lebih kuat. Ini berdasarkan hadis bahawa umat Islam akan bergabung sebelum berperang dengan Bani Asfar. Di dalam hadis konteks berlainan, Nabi memaksudkan Bani Asfar sebagai keturunan Heraclius iaitu Maharaja Rom Byzantine. Keturunan beliau kini berada di Rusia.
Apa yang pasti, antara hikmah diturunkan Nabi Isa A.S menurut ulama adalah untuk menyatukan kembali penganut Kristian. Simbolik mematahkan salib yang dilakukan oleh Nabi Isa nanti menjadi tanda bahawa anutan mereka selama ini salah, dan akhirnya membawa mereka memeluk Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا تقوم الساعة حتى ينزل فيكم ابن مريم حكما مقسطا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Ibn Maryam turun kepada kamu sebagai pemimpin yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah. Maka ketika itu harta melimpah ruah sehingga tiada orang yang mahu menerimanya lagi."
[HR Bukhari]
Syria turut terlibat
Pembukaan semula Constantinople sangat berkait dengan wilayah Syam. Sebelum peta Sykes-Picot, wilayah syam merupakan gabungan negara Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan. Sebahagian ulama berpandangan inilah tanah Baitul Maqdis yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W. Bahkan ada yang berpandangan Baitul Maqdis lebih besar daripada itu, bermula daripada Sungai Furat ke Sungai Nil. Sama sebagaimana yang didakwa oleh Zionis sebagai The Promised Land.
Beberapa hadis menunjukkan bahawa Syria bakal dibebaskan oleh Islam. Pertamanya, Sabda Rasulullah S.A.W:
إن فسطاط المسلمين يوم الملحمة بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها دمشق من خير مدائن الشام
"Sesungguhnya kem umat Islam pada hari perang dunia adalah di Ghutah, berhampiran bandar yang dikenali sebagai Damsyik. Ianya antara bandar terbaik di dunia."
[HR Abu Daud]
Hadis ini disokong dengan satu hadis yang mauquf riwayat Ibn Abi Syaibah, menyatakan bahawa akan tiba zaman semua orang Islam akan berhimpun di Syam. Berkemungkinan mereka akan berkubu di Ghutah. Menunjukkan bahawa Syria bakal ditawan oleh umat Islam. Hadis berkenaan turun Nabi Isa di masjid Dimasyq memperkuatkan lagi kenyataan ini. Sabda Rasulullah S.A.W:
 بعث الله المسيح ابن مريم فينزل عند المنارة البيضاء شرقي دمشق بين مهرودتين واضعاً كفيه على أجنحة ملكين
"Allah mengutuskan Ibn Maryam maka dia turun di sisi menara putih di Timur Dimasyq dengan rupa yang indah, sambil meletakkan dua tangannya pada sayap dua malaikat."
[HR Muslim]
Namun sebelum itu, Syria sebagaimana Iraq bakal menjadi perang yang dahsyat sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:
لا تقوم الساعة حتى يَحِسر الفرات عن جبل من ذهب يقتتل الناس عليه، فيُقتل من كل مائة تسعة وتسعون، ويقول كل رجل منهم: لعلي أكون أنا الذي أنجو.
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Sungai Furat bakal memperlihatkan gunungan emas. Manusia akan berperang kerananya. Akan terbunuh 99 daripada 100. Setiap yang menyertainya mengatakan: “moga-moga akulah yang akan selamat”."
[HR Muslim]
Walaupun ramai berpandangan ianya adalah sebenar-benar gunung emas seperti makna zahir hadis, namun mengikut perkiraan saya, ia adalah majaz. Sebenarnya perkara ini sedang berlaku hari ini dan akan terus berlaku. Mengikut konteks semasa, berkemungkinan ia bermaksud sumber petroleum. Ini kerana petrol hari ini telah menggantikan peranan emas dari sudut nilai. Semuanya disebabkan sistem Petrodollar yang diguna pakai hari ini. Wang kertas yang kita gunakan tidak lagi bersandarkan kepada emas sebagaimana yang sepatutnya. tetapi lebih kepada transaksi petrol di pasaran.
Peperangan yang berlaku di Iraq dan Syria antara lain adalah bagi menguasai telaga minyak di sana. Jika dilihat kawasan yang menjadi serangan ISIS adalah sekitar punca telaga minyak. Dalam keadaan peperangan itu, penyeludupan minyak dilaporkan terus berjalan. Minyak dan gas daripada ISIS dan pelampau Kurdi disalurkan melalui Turki, Jordan dan juga Israel.
Disebut dalam Hadis yang lain, akan muncul tentera Sufyani yang jahat. Sabda Rasulullah S.A.W:
يخرج رجل يقال له السفياني في عمق دمشق ، وعامة من يتبعه من كلب ، فيقتل حتى يبقر بطون النساء ويقتل الصبيان ، فتجمع لهم قيس فيقتلها حتى لا يمنع ذنب تلعة ، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحيرة فيبلغ السفياني فيبعث إليه جنداً من جنده فيهزمهم ، فيسير إليه السفياني بمن معه ، حتى إذا صار ببيداء من الأرض خسف بهم ، فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم
"Akan muncul lelaki bergelar As-Sufyani akan datang dari tengah Kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah (Imam Mahdi) dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga sampai di kawasan antara Mekah dan Madinah, lalu mereka ditelan oleh bumi."
[HR Al-Hakim]
Semua ini menunjukkan walaupun kubu umat Islam akhir zaman berada di Syria, tetapi tidak bermaksud semua yang ke sana akan menjadi tentera Islam yang dimaksudkan. Boleh jadi mereka menjadi alat kepada pihak yang merebut gunung emas di Sungai Furat. Boleh jadi juga mereka mengikut tentera Sufyani. Giliran tentera yang sebenar hanya akan muncul bila tiba masa yang Allah tetapkan. Kemungkinan besar, ianya berlaku selepas tentera Sufyani ditelan oleh bumi.
Perang melawan India
عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام
"Dua pasukan daripada umatku yang akan dipelihara daripada api neraka: pasukan yang memerangi India dan pasukan yang bersama Isa bin Maryam A.S."
[HR Nasaie]
India, merupakan negara bekas jajahan British. Negara yang pernah dilanda konflik agama yang sangat teruk sehingga membawa kepada penubuhan negara Pakistan dan kemudian Bangladesh. Sehingga kini, permusuhan antara India dan Pakistan masih berlanjutan. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Pakistan merupakan antara negara umat Islam yang memiliki tenaga nuklear dengan kerjasama China dan Jepun selain Amerika sendiri. Sebelum ini Pakistan menerima banyak bantuan dana daripada Amerika dan hubungan antara kedua negara ini baik sehingga zaman Obama. Namun baru-baru ini Trump sengaja cari balah dengan Pakistan setelah negara tersebut menentang dasar luar Amerika melalui undian berkenaan Baitul Maqdis di PBB. Kenyataan-kenyataan terbaru Presiden Amerika dilihat sengaja menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara dua negara ini.
India pula menjadi antara sekutu paling rapat Israel. Menjadi negara dengan pembelian kelengkapan ketenteraan Israel terbesar di dunia. Israel juga merupakan pembekal pertahanan kedua terbesar kepada India. Dari sudut perdagangan, India adalah negara ke-10 terbesar bagi Israel. Yang paling penting, India telah membenarkan negaranya menjadi tempat ujian senjata Israel.
Perang Dunia Ketiga seringkali dikaitkan dengan perang nuklear. Hadis-hadis Nabi S.A.W turut menunjukkan perkara serupa mengenai Malhamah Kubra. Justeru sebagai negara nuklear, pastinya Pakistan akan turut diheret ke kancah konflik Asia Barat. India dijangka akan memainkan peranan sebagai anjing Amerika bagi mengekang kemaraan Pakistan. Umat Islam akan bangkit menentang India dan akhirnya kemenangan adalah milik umat ini.
Para ulama berpendapat peperangan antara Islam dan India berlaku pada waktu berdekatan dengan turunnya Nabi Isa berdasarkan riwayat-riwayat lain. Selepas peperangan itu, mereka akan menuju ke Syam dan mendapati Nabi Isa telah pun turun. Kedua pasukan ini bergabung membentuk ketumbukan yang bakal menghadapi musuh seterusnya.
Ini hanyalah sebahagian daripada hadis-hadis Nabi yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku dalam masa terdekat. Banyak lagi hadis-hadis yang menceritakan dengan lebih terperinci detik-detik akhir zaman yang telah, sedang dan bakal berlaku. Cuma fokus saya dalam tulisan ini adalah bagi memberi gambaran secara kasar tentang kemungkinan yang bakal berlaku. Perkara-perkara yang berkait dengan geo-politik.
Sekiranya diberi kesempatan, insya-Allah saya akan menceritakan tentang hegemoni Dajjal. Beberapa pandangan akan dilontar berdasarkan pemahaman nas dan pengamatan semasa. Juga akan disusuli dengan beberapa saranan dalam menghadapi keadaan-keadaan yang dinyatakan. Semoga ianya memberi manfaat di zaman yang penuh pancaroba ini.
17 Rabiul Akhir 1439
3 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 3/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018 

Politik 'desperado' apakah ini wahai DSAI?

TERPEGUN seketika saya selepas membaca laporan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu tuntutan undang-undang di Mahkamah Persekutuan memohon supaya Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 (selain Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan) dan Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan)) diisytiharkan sebagai tidak sah kerana melanggar struktur asas Perlembagaan Persekutuan. 
Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 berbunyi: 
"Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda— 
(a) dengan menggantikan Fasal (4) dan (4A) dengan Fasal yang berikut: 
"(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.  
(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya."; 
(b) dengan memotong Fasal (4B); dan (c) dalam Fasal (5), dengan menggantikan perkataan "Fasal (4B)" dengan perkataan "Fasal (4A)"."
Huraian kepada Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 berbunyi: 
"Fasal 8 Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Perkara 66 Perlembagaan untuk menggantikan peruntukan Fasal (4) dan (4A). Peruntukan Fasal (4) dan (4A) yang sedia ada menetapkan suatu prosedur yang menurutnya Yang di-Pertuan Agong, selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda untuk perkenan baginda, boleh, dalam masa tiga puluh hari, mengembalikan Rang Undang-Undang itu kepada Majlis Parlimen di mana Rang Undang-Undang itu bermula supaya Rang Undang-Undang itu ditimbangkan semula oleh kedua-dua Majlis Parlimen dan kemudiannya dikemukakan semula kepada Yang di-Pertuan Agong. Fasal (4) dan (4A) yang menjadi ganti itu sebaliknya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda, memperkenankan Rang Undang-Undang itu. Jika baginda tidak berbuat demikian, Rang Undang-Undang itu akan menjadi undang-undang apabila habis tempoh itu seolah-olah baginda telah memperkenankannya."
Individu yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 di Dewan Rakyat pada 9 Mei 1994 adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu. 
Tercatat jelas dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat pada 9 Mei 1994 betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994, mengucapkan begini: 
“Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 bertujuan memperkukuhkan dan memperjelas prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang. Dari segi semangat dan cita-cita, pindaan yang dicadangkan juga akan memastikan perundangan dan sistem kehakiman berkembang sehaluan dengan arus negara serta nilai dan kenyataan masyarakat setempat.
Pindaan ini perlu dilihat sebagai langkah berterusan untuk memantapkan semua usaha pembaharuan yang menjurus ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh, dinamis dan bertunjangkan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan. Inilah iltizam Kerajaan, kesungguhan yang berasaskan hasrat untuk menunaikan amanah rakyat kerana Malaysia terbentuk dari gerakan rakyat untuk membebaskan masyarakat dari belenggu penjajahan, untuk menjayakan cita-cita pembaharuan tajdid dan reformasi islah. Pemikiran rakyat semakin matang setelah kita memasuki dekad keempat sebagai bangsa dan negara merdeka. Seterusnya dituntut penegasan terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan berhubung kedaulatan undang-undang dan rakyat. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan untuk menghasilkan satu muafakat dalam bentuk Perisytiharan Raja-Raja dan Pindaan Perlembagaan Menghapuskan Kekebalan Raja-Raja. 
Fasal 4 Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 bertujuan memaktubkan muafakat tersebut dengan memasukkan Perkara 40 ke dalam Perlembagaan. Pindaan ini akan menjelaskan maksud sebenar nasihat, ungkapan dengan izin, act in accordance with advice, supaya tidak ada lagi kesamaran terhadap prinsip demokrasi berparlimen dan prinsip bahawa Kerajaan perlu bertindak mengikut kehendak rakyat. 
Fasal 8 dalam Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Perkara 66. Pindaan ini akan memastikan agar suatu Rang Undang-Undang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjadi undang-undang setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen dan disembahkan untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. 
Dengan pindaan kepada Fasal (4A) seperti yang dicadangkan, melainkan dalam hal-hal yang menyentuh secara langsung keistimewaan Raja-Raja, sesuatu Rang Undang-Undang akan tetap menjadi Rang Undang-Undang setelah berakhir tempoh 30 hari ianya diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Agar tidak ada yang akan cuba memutarbelitkan pindaan ini sebagai langkah untuk menggugat kemuliaan Raja-Raja, saya ingin mengulangi pendirian Kerajaan bahawa pindaan dari segi hakikinya bukanlah baru. Ianya merupakan pindaan berbangkit atau, dengan izin, consequential amendment dari pindaan-pindaan sebelum ini. Tujuannya ialah sekadar memaktubkan prinsip yang disepakati iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif yarig mewakili kehendak rakyat. Kemuliaan Raja-Raja akan terus dipertahankan dalam konteks Raja Berperlembagaan.” 
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 ini telah ditentang hebat oleh Ahli Parlimen Kok Lanas dari Semangat 46, Datuk Sukri Haji Mohamed yang berucap begini: 
“Tuan Yang di-Pertua, nampaknya dengan pembentangan suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk Bacaan Kali Kedua pada hari ini yang mana Bacaan Kali Pertamanya telah dibentangkan pada hari Khamis lepas, Kerajaan sekali lagi telah secara sengaja melanggar Perlembagaan dan Perintah Tetap Dewan Rakyat. Kerajaan nampaknya sudah hilang rasa tanggungjawab dan sikap untuk menghormati Perlembagaan Negara.  
Tuan Yang di-Pertua, kami tidak bersetuju bahawa pindaan yang dibentangkan di hadapan Dewan pada hari ini, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekejap tadi, adalah sebenarnya pindaan berbangkit daripada pindaan-pindaan terdahulu. Sesugguhnya pindaan yang dibentangkan pada petang ini adalah suatu pindaan baru yang secara langsung menyentuh prinsip-prinsip asas Perlembagaan termasuk Kedaulatan Raja-Raja Melayu.  
Tuan Yang di-Pertua, perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan ini jelas menyentuh kedudukan Raja-Raja kita, terutamanya Perkara 40 dan Perkara 66, mengenai nasihat dan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa adalah salah dari segi Perlembagaan mahupun adab untuk kita mengemukakan serta meluluskan Rang Undang-Undang ini tanpa terlebih dahulu dikemukakan serta mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa, "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja". 
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana perkara yang akan kita bahaskan ini secara langsung menyentuh kedudukan Raja-Raja, seperti mana yang tertakluk dalam Perkara 38(4) tadi, saya ingin bertanya: Apakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dimaklumkan mengenai pindaan ini? Kalau sudah, apakah Majlis itu telah memberi persetujuannya? Sekiranya belum, atas peruntukan manakah pihak Kerajaan boleh membentangkan Rang Undang-Undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja ini tanpa terlebih dahulu dibawa ke pengetahuan Majlis tersebut dan mendapat persetujuan Majlis tersebut? Tidakkah perbuatan meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang ini bukan sahaja bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat tetapi juga bertentangan dengan Perlembagaan Negara? Apakah kita ingin dicap sebagai golongan yang mengkhianati Perlembagaan kerana turut mengambil bahagian dalam Perbahasan yang tidak menurut lunas-lunas Perlembagaan?  
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan tentang kesahihan Perkara 66 pada hari ini. Perkara ini menyebut tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menerima serta menolak sesuatu Rang Undang-Undang, adalah pindaan yang dibuat dalam tahun 1983 sehingga mencetuskan krisis Perlembagaan ketika itu, ianya adalah merupakan perkara yang tidak sah. Perkara ini tidak sah kerana ia juga melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menuntut persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Malangnya sehingga kini, Perkara ini tidak pernah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Oleh kerana itu, saya ingin mengingatkan di sini bahawa Perkara 66 yang hendak dibincangkan ini juga sebenarnya adalah perkara yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut yang kami anggap adalah tidak sah dan terbatal.” 
Bangkangan Datuk Sukri Haji Mohamed ke atas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 ini bagaimanapun telah ditepis tajam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi penggulungan pada 10 Mei 1994 dengan berucap begini: 
“Saya terima pandangan-pandangan yang dikemukakan dan ini, umumnya yang memberikan sokongan kerana melihat kepada beberapa masalah yang telah berbangkit, dan ini ada hubungan juga dengan menghadkan 30 hari untuk diperkenankan dan terus sah sebagai undang-undang, seolah-olah telah diberikan perkenan. Memang bukan maksud saya pada hari ini untuk membawa masalah dan menimbulkan beberapa perbalahan yang berlaku, tetapi kita menerima semangat dan convention bahawa nasihat akan diterima dan keputusan Parlimen dihormati. Kita tidak terdesak untuk mengemukakan pindaan peruntukan ini jika kita tidak menghadapi apa-apa masalah. 
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyebut perkara ini termasuk dari Jerai, Arau, Pasir Mas dan Jelutong. Apakah ada insiden yang berlaku yang menyebabkan kita terdesak untuk melakukan pindaan ini? Nyata ada, walaupun tidak di peringkat Persekutuan, ia telah kita alami di peringkat negeri.  
Bukan maksud Kerajaan untuk mengadakan pindaan sewenang-wenang tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan rakyat, Kerajaan dan juga Raja-Raja Melayu. Cuma saya berasa dukacita mendapat teguran daripada Yang Berhormat Kok Lanas yang tentunya agak berlainan sedikit dari semua Wakil Rakyat yang ada, termasuk daripada DAP dan PAS, selain daripada Ahli-Ahli Barisan Nasional yang memberikan pandangan. Kerana nyata Parti Semangat 46 ini mempertahankan sistem feudal. Sistem feudal ini mengukuhkan kedudukan Raja dan memberikan hak dan kuasa yang nyata mutlak kepada Raja. Kita mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan, menghormati prinsip kemuliaan Raja-Raja tetapi tidak mengenepikan kehendak dan kedaulatan rakyat. Ini yang berlaku. 
Untuk Yang Berhormat dari Kok Lanas menganggap bahawa ini mencemar kedudukan Raja-Raja dan menganggap bahawa Raja-Raja sahaja berkuasa dan seolah-olah kita mahu merampas kuasa Raja-Raja dan seluruh kuasa hendak dipindahkan daripada Raja-Raja kepada Perdana Menteri. Ini tentulah satu kenyataan yang keterlaluan dan tidak berasas dan menampakkan satu keghairahan untuk mengembalikan kedudukan kepada satu zaman feudal 100-200 tahun yang lalu. Rakyat bangun menentang penjajahan, memang benar. Tetapi rakyat menentang penjajahan, mahu memerdekakan negara, bukan untuk mempertahankan sistem fuedal - penindasan oleh golongan atau kelompok. Ia mahu supaya kebebasan dan demokrasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira pendirian dan sikap rakyat. Perdana Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen. Perdana Menteri bertanggunjawab kepada rakyat. Kalau rakyat merasakan tidak senang dengan Kerajaan dan parti Kerajaan, rakyat boleh memilih untuk menolak parti Kerajaan. Sebab itu ada bezanya kalau dikatakan bahawa kuasa pada Menteri itu mutlak justeru kerana pindaan ini dikemukakan. Ini pandangan seorang peguam muda tetapi pemikiran usang dan lapuk, seolah-olah menyokong ungkapan "reks non protes pekare - the King can do no wrong". I hope the pronunciation is correct.” 
Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntutan undang-undang di Mahkamah Persekutuan memohon supaya Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 diisytiharkan sebagai tidak sah kerana melanggar struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka bolehlah dibayangkan betapa terdesaknya beliau di dalam berpolitik sehingga beliau tergamak untuk menelan balik segala kata-kata yang beliau sendiri ucapkan sewaktu membentangkannya di Dewan Rakyat pada 9 Mei 1994 dan sewaktu mempertahankannya dari asakan Datuk Sukri Haji Mohamed di Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994.  
Lebih melucukan lagi adalah hakikat bahawa tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dibuat dengan menggunakan hujjah yang digunakan oleh Datuk Sukri Haji Mohamed yang beliau sendiri bantai habis-habisan pada waktu itu.HARAKAHDAILY 3/1/2018
Sumber HD - 3-1-2018 




























































































Bersama politik berprinsip

SELANG beberapa hari setelah calon PM mereka menyerang PAS dengan memainkan isu "kafir", mufti-mufti dikatakan kafir malah orang yang para mufti nasihati juga "kafir" kerana tidak bertindak terhadap PAS, hari ini giliran Presiden PKR pula. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam akhbar Sinar Harian hari ini menuduh kononnya PAS mahu Najib kekal sebagai PM. Beliau membuat andaian itu kerana PAS kononnya menolak cadangan PH melantik Tun Dr Mahathir sebagai PM "interim" dan kerana Najib memuji Presiden PAS dalam ucapan tahun barunya. 
Sejak putus hubungan PAS dengan PKR dan DAP, makin kalut kelihatan bacaan politik mereka sedang PAS terus tegap belayar ke hadapan sebagai alternatif terbaik buat rakyat. 
Berkali PAS telah nyatakan akan melangkah masuk PRU14 bersedia menghadapi BN dan PH dalam pertandingan pelbagai penjuru.
Ini bermakna calon PH pun PAS tolak begitu juga calon BN. Mungkin Kak Wan masih asyik dan melayan rekod buruk yang diulang-ulang orang-orang Pan. 
PAS membawa politik Islam. Ia tidak pernah minta dipuji sesiapa. Jika BN puji PAS mungkin kerana ia sedar politik Islam semakin relevan begitu juga PH berulang kali menyerang PAS kerana mungkin mereka gelisah dan tidak selesa dengan politik Islam apatah lagi punya kawan seperti DAP. 
Janganlah kerana musuh puji PAS maka PAS dikata bersama musuh, itu politik kanak-kanak. 
PAS bersungguh mahu menjadi kuasa penentu dalam PRU14 ini sehingga Islam diterima sebagai formula penyelesaian permasalahan ummah dan negara. 
Siapa sahaja mahu puji atau keji silakan yang penting rakyat Malaysia mesti dibawa keluar dari kemelut nestapa mereka.
Kak Wan dan PH pun tumpulah serang BN mengapa marah BN tapi PAS juga dibelasah. 
Ayuh rakyat Malaysia keluar dari politik kepura-puraan dan adu-domba, sekejap ke kiri sekejap ke kanan.
Kembalilah ke politik yang punya prinsip dan konsisten fokus pada membela rakyat dan negara bukan berjuang untuk kepentingan dan agenda peribadi orang tertentu. 
Ini masa untuk PAS, marilah kita menunaikannya bersama. – HARAKAHDAILY 3/1/2018
Sumber HD -3-1-2018

Kenapa PAS menjadi mangsa fitnah?
Posted on Tuesday, January 02 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37551



Tubuh PKR sebab Anwar dipenjara dan difitnah oleh Mahathir...alasan nak lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah adalah PAS....

Tubuh pula PAN sebab tidak berjaya menjadikan PAS mengikut telunjuk DAP, alasan untuk lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah adalah PAS...

Tubuh lagi PPBM kerana anak kesayangan dan kuncu2nya dipecat dari Umno, alasan nak lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah, PAS juga....

Datang pula juak2 wahabi yang serangannya juga tetap pada jemaah Islam PAS...

Cuba kita lihat mereka yang memusuhi jemaah Islam PAS semakin lama semakin berpecah dan semakin banyak kumpulan tanpa mereka sedar...

Jadi jangan kita pelik seandainya jemaah Islam PAS mendapat kemenangan satu hari nanti dengan izin Allah... Istiqomah Hingga Kemenangan... Allahu Akbar....

Kredit kepada Adam Muzaffar

Tentera Semut


Sumber TKO - 2-1-2018



























































































Memo Memali: Perjuangan PAS yang belum selesai

MASIH tersimpan kemas dalam rekod saya salinan satu memorandum yang telah PAS kemukakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri mengenai Peristiwa Memali, satu tragedi hitam yang mengorbankan 18 nyawa rakyat yang tidak berdosa di Kampung Memali, Baling, pada 19 November 1985.
Di dalam memorandum yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Agung PAS, Haji Yusof Rawa, pada 19 Februari 1986 ini, PAS telah menuntut tiga perkara, iaitu supaya:
(1) Kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang berkecuali dan berwibawa dengan seberapa segera untuk menyerlah kebenaran di sebalik Peristiwa Memali.
(2) YAB Datuk Musa Hitam yang bertanggungjawab hingga tercetusnya peristiwa berdarah di Memali itu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
(3) Mereka yang ditahan di bawah ISA akibat Peristiwa Memali itu dibebaskan tanpa syarat dengan segera atau dibawa secepat mungkin ke mahkamah pengadilan.
Dengan kehendak Allah, tuntutan kedua PAS di dalam memorandum ini terjadi dengan sendiri hanya sebulan selepas memorandum ini dikemukakan bila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 16 Mac 1986 akibat perbezaan pendapat yang berlaku antara beliau dan Tun Dr Mahathir.
Walaupun begitu, di dalam sepucuk surat Tun Musa kepada Tun Dr Mahathir bertarikh 31 Julai 1984 yang Tun Dr Mahathir dedahkan pada 24 Oktober 2016 Tun Musa sendiri sebenarnya telah "dengan perasaan begitu keberatan dan dukacitanya" memberikan notis untuk berbuat demikian dalam tempoh setahun, iaitu "bermula daripada 1 Ogos 1985".
Begitu juga dengan tuntutan ketiga PAS di dalam memorandum ini, iaitu supaya mereka yang ditahan di bawah ISA akibat Peristiwa Memali itu dibebaskan tanpa syarat dengan segera atau dibawa secepat mungkin ke mahkamah pengadilan, yang telah terjadi walaupun memakan masa bila mereka yang ditahan di bawah ISA itu akhirnya dibebaskan.
Oleh itu, setelah 32 tahun Peristiwa Memali berlaku, sesatunya tuntutan PAS di dalam memorandum ini yang masih belum terlaksana ialah tuntutan pertamanya, iaitu supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang berkecuali dan berwibawa dengan seberapa segera untuk menyerlah kebenaran di sebalik Peristiwa Memali.
Menjadi harapan saya dan semua pencinta kebenaran di negara ini, bukan sahaja dari PAS tetapi dari semua golongan, supaya suruhanjaya siasatan diraja ke atas Peristiwa Memali ini dapat ditubuhkan segera bagi mendedahkan tangan-tangan hitam yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan terkorbannya 18 nyawa rakyat yang tidak berdosa.
Paling kami mahu tahu ialah apakah kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika Peristiwa Memali berlaku, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, bahawa, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, dalam sidang Dewan Rakyat pada 25 Mac 2002, arahan untuk operasi serangan itu dibuat secara terus oleh Tun Dr Mahathir, adalah benar.
Masanya sudah tiba untuk keadilan ditegakkan. - HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018 

2018 dan masa depan umat Islam (Bah.2)

KE ARAH MALHAMAH
Berdasarkan fenomena yang berlaku pada 2017, kita melihat akan berlaku beberapa lagi peristiwa mengejutkan tahun ini. Ianya adalah kesinambungan daripada dasar luar dan perancangan yang telah lama diatur.
Perang Sunni-Syiah
Ketegangan antara dua kutub umat akan semakin meruncing. Satu pihak diketuai oleh Arab Saudi, dibantu negara-negara Arab lain seperti UAE dan Bahrain. Satu lagi diketuai oleh Iran, didokong oleh Syria dan Turki. Qatar, Jordan, Kuwait dan negara Arab di benua Afrika mungkin akan mengambil jalan berkecuali pada awalnya, tapi tidak pasti sampai bilakah mereka mampu bertahan dengan tekanan yang bakal diterima.
Blok Saudi akan didokong oleh Zionis Israel, Amerika dan Nato. Blok Iran pula akan dibantu oleh Rusia, Turki dan mungkin Korea Selatan. Setakat ini belum ada tanda-tanda untuk China terlibat secara langsung dengan politik Asia Barat, tetapi mereka juga sudah bersedia dengan kekuatan ketenteraannya terutama di Laut Merah. Tidak mustahil mereka akan turut berperanan jika keadaan mengancam kepentingan ekonomi mereka.
Perang antara Sunni dan Syiah menjadi taktik Barat yang dimaklumi. Selepas Francis Fukuyama menyatakan bahawa musuh utama kuasa besar kini adalah Islam, Rand Corporation melalui jurnal Unfolding Future of The Long War telah mencadangkan agar konflik Sunni-Syiah dipanjangkan bagi meneruskan cita-cita hegemoni Amerika.
Iran terkesan
Peperangan ini akan didorong atas sentimen memerangi Syiah. Iran sedikit sebanyak akan terkesan dengan serangan beberapa kumpulan ini. Wilayah Utara yang menjadi kediaman penduduk berbangsa Kurdi dijangka menjadi kawasan pertama tercetusnya konflik di negara tersebut.
Kini kerajaan Iran berhadapan tentangan rakyatnya yang bangkit menentang beberapa polisi dan undang-undang negara. Antaranya undang-undang berhijab yang ditentang golongan liberal. Ramai yang menggerakkan demonstrasi daripada bangsa Kurdi. Selain itu mereka turut menimbulkan isu kos sara hidup. Dijangka fenomena ini akan berlanjutan.
Donald Trump menyatakan sokongan penuh kepada penunjuk perasaan. Saudi pula dikatakan bersubahat dalam propaganda. Media antarabangsa menjadikan isu ini sebagai bahan utama, menampakkan 'havoc' yang berlaku. Sama ada benar atau tidak mereka terlibat, pastinya kekacauan ini menguntungkan musuh Iran.
Kurdistan diperluas
Hasrat bangsa Kurdi untuk memiliki sebuah negara sendiri mungkin akan tercapai pada 2018. Referendum telah memihak kepada mereka, bakal menjadi hujah besar bagi menuntut pengiktirafan rasmi. Militia Kurdi mungkin akan terus melebarkan kuasa di Tenggara Turki, Utara Syria malah Utara Iran. Zionis dan blok Saudi akan mendokong segala hasrat Kurdistan.
Mengikut peta baru Asia Barat cadangan Amerika yang dibentangkan oleh Condoleeza Rice di Knisset Israel tahun 2016, negara Kurdistan yang ingin dibentuk adalah merangkumi empat buah negara iaitu Syria, Turki, Iraq dan Iran.
Iraq semakin berpecah
Akibat dari kebangkitan Kurdi dan pertembungan Sunni-Syiah yang semakin hebat, negara yang paling terkesan adalah Iraq. Kedudukan negara ini masih belum stabil walaupun sudah hampir 20 tahun dilanda peperangan. Negara ini bakal dipecahkan tiga; satu menjadi Kurdistan, satu menjadi wilayah Arab Sunni dan satu menjadi wilayah Arab Syiah sebagaimana peta baru yang dicadangkan Amerika-Zionis.
Iraq pada asalnya merupakan negara bermajoriti Sunni. Namun apabila Sunni sendiri berperang antara satu sama lain atas semangat kebangsaan Arab dan Kurdi, maka selepas Kurdistan diberikan wilayah autonomi, Sunni menjadi minoriti lalu hak memerintah diraih oleh Syiah.
Saudi gawat
Pertembungan Sunni-Syiah akan memberi kesan secara langsung kepada Saudi. Mereka berjiran dengan Yaman yang majoritinya adalah Syiah. Mereka juga dekat dengan Iran dan Lubnan. Di Saudi sendiri terdapat berbagai kabilah yang beraliran Syiah. Pembantaian Syiah oleh Kerajaan Saudi di negara tersebut bakal membangkitkan reaksi balas yang dikhuatiri akan membawa kepada ketidakstabilan kronik.
Ditambah pula dengan konflik DiRaja Bani Saud yang semakin hebat sekarang. Putera DiRaja Saudi masing-masing memiliki pengaruh sendiri. Putera Mahkotanya, Muhammad bin Salman merupakan Menteri Pertahanan kini menjadi pemimpin 'de facto' Saudi. Sepupunya Muhammad bin Nayef, bekas Putera Mahkota dan Menteri Dalam Negeri yang telah dipecat memiliki pengaruh tidak boleh dinafikan berdasarkan kedudukan beliau dalam kerajaan sebelum ini. Juga al-Waleed bin Talal, bilionaire yang sering berulang alik ke Israel dan Amerika, berikrar tidak akan berdiam diri setelah ditahan, dipecat dan hartanya disita oleh kerajaan.
Raja Salman pula berada pada usia yang sangat tua. Beliau tidak mampu lagi mengawal Saudi mengikut kehendaknya. Anak beliau rakus mengubah beberapa polisi dan dasar Saudi yang diperkenalkan oleh Salman. Berkemungkinan selepas mangkatnya raja terakhir dari lapis anak pengasas Kerajaan Saudi ini, negara tersebut akan jadi huru hara. Perebutan takhta akan membawa kepada krisis perlembagaan, dan bakal mengheret penglibatan pihak keselamatan dan pertahanan.
Turki dibantai
Negara ini sering dijadikan sasaran dalam perbalahan kuasa besar. Peristiwa kudeta dan tembakan tentera Turki ke atas pesawat Rusia menunjukkan peranan tangan-tangan ghaib yang disebut 'deep state' masih berlaku di sana. Walaupun secara zahirnya ia sedikit reda selepas cubaan kudeta 2016, tetapi kerajaan masih bergelut dalam mengekang pengaruh Gulen yang masih kuat di kalangan masyarakat dan penjawat awam. Mereka juga sedang bergelut dengan gerakan Kurdis yang semakin radikal. Kedua gerakan ini didokong oleh Amerika dan Zionis.
Turki merupakan negara yang paling hampir dengan kuasa Barat dari sudut geografi. Mereka menjadi 'buffer state' antara kuasa Barat dan Timur. Kedudukannya yang berada di antara Laut Hitam dan Laut Mediteranian menjadi sasaran seterusnya Barat dalam mengekang pengaruh Rusia selepas berjaya menguasai Ukraine dan Greece.
Dengan kekacauan di Iraq, Syria dan Iran seputar isu penubuhan negara Kurdi, Turki akan menjadi lemah kerana terkepung di tengah antara kawasan konflik dan blok seteru. Tidak mustahil Barat akan jadikan negara tersebut sasaran utama serangan. Mustahil barat membiarkan sahaja negara yang pernah menjadi pusat khilafah Islam itu.
Baitul Maqdis ditawan
Segala kekacauan yang bakal berlaku ini hanya adalah satu jaminan keamanan untuk Zionis Yahudi meluaskan kekuasaan mereka di tanah jajahan Palestin. Masing-masing pemimpin politik Islam akan disibukkan dengan isu di negara sendiri. Menyebabkan kepentingan penduduk Palestin dan Baitul Maqdis serta perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa terabai.
Gerakan jihad akan menjadi lebih sukar sekiranya bantuan yang selama ini diperoleh daripada negara-negara luar terhenti. Paling terkesan adalah Hamas kerana mereka terlibat secara langsung dalam politik dan kebergantungan terhadap umat Islam sekitar.
Trump nampaknya tidak bercakap kosong. Dia penuh yakin akan dapat menghadiahkan Baitul Maqdis kepada Israel. Seawal Julai 2018, kita bakal melihat kedutaan pertama Amerika di sana walaupun ditentang hebat komuniti antarabangsa. Trump tampak tidak mempedulikan langsung PBB dan imej Amerika. Beliau bakal heret negara kuasa besar itu kepada masalah yang rumit.
Armageddon
Protokol Zionis yang diisytiharkan pada 1897 nampaknya masih berjalan dengan amat terancang. Walaupun lambat, tetapi semakin menunjukkan hasil. Yahudi bakal memiliki negara yang mereka idam-idamkan, di tengah kegawatan umat Islam berbantaian sesama sendiri.
Semua unjuran ini mungkin tidak akan berlaku sekali gus pada 2018. Tetapi proses ke arahnya sudah bermula sejak beberapa tahun dahulu, dan akan terus berjalan dan berjalan hingga mencapai matlamat.
Melalui apa yang dinyatakan ini, ia adalah gambaran mengenai isu  yang disebut oleh Nabi S.A.W sebagai al-Malhamahah al-Kubra. Penganut Kristian mengenalinya sebagai Armageddon. Perang besar pasti akan berlaku kerana Nabi S.A.W tidak akan menipu. Cuma masanya sahaja kita tidak tahu.
Untuk bahagian ketiga nanti, suka untuk saya bawakan beberapa hadis yang menjadi panduan dalam melakar bacaan unjuran ini. Perkara yang dikatakan sebagai teori eskatologi. Kita akan melihat kebenaran sabda Rasulullah S.A.W dan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku mengikut perkembangan semasa geo-politik yang telah dibentangkan.
15 Rabiul Akhir 1439
1 Januari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 2/1/2017
Sumber HD- 2-1-2018 



Sebaran Berunsur Fitnah Kepada Yab. Menteri Besar Kelantan
Posted on Tuesday, January 02 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37540


Tersebar di beberapa laman facebook dan whatsapp suatu berita berkaitan anak YAB Menteri Besar Kelantan ditahan kerana kes dadah.

Sebaran berkenaan adalah tidak benar dan berniat jahat serta memburukkan maruah YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan serta keluarganya.


Pihak yang suka menyebarkan sebaran palsu dan fitnah ini diajak kembali kepada ajaran Islam dan gerun kepada ancaman neraka kerana sengaja mencipta pembohongan untuk meraih sokongan politik serta menjatuhkan orang lain.

Semua sebaran yang tidak mempunyai bukti adalah dusta dan fitnah sebagaimana penegasan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:

أن الكذب هو الإخبار بالشيء على خلاف ما هو عليه سواء كان عمدا أم خطأ

“Bahwasanya dusta itu adalah memberitakan (menyebarkan) sesuatu yang berbeza dengan keadaan sebenar, sama ada dilakukan secara sengaja atau kerana keliru.” [Kitab Fathul Bari]

Orang yang selalu hidup dengan pendustaan dan menyebarkan fitnah ditulis sebagai pembohong besar disisi Allah. Sabda Rasulullah S.A.W:

وما يزال الرجل يكذب ويتحرى الكذب حتى يكتب عند الله كذابا

"Dan tiadalah seseorang itu sentiasa berbohong dan berusaha untuk melakukan pembohongan, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”. [Riwayat Muslim]

Zaman ICT dan penularan media baru pada hari ini menjadikan sebaran fitnah dan pembohongan tersebar dengan pantas ke seluruh pelusuk dunia.

Hal ini telah diberi peringatan oleh Rasulullah S.A.W tentang gerangan pendusta yang sentiasa membuat posting atau sebaran saraf jahat dengan sekelip mata tersebar ke seluruh dunia:

يكذب بالكذبة تحمل عنه حتى تبلغ الآفاق

"Dia sentiasa berdusta dengan mencipta pendustaan lalu disebar sehingga sampai ke seluruh u*****". [Riwayat Bukhari]

Sekali lagi ditegaskan kepada penyebar fitnah ini agar berhenti daripada perbuatan keji tersebut dan bertaubat kepada Allah serta memohon maaf kepada pihak YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

~Mohd Asri bin Mat Daud
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan

Sumber TKO- 2-1-2018































































































Panahan syaitan
































































































MEJAR (B) Johan Mulia terbayang-bayang busur panah idamannya. Busur berwarna hitam berjenama Black Hunter  itu pasti akan menjadi miliknya nanti. Hendak membeli secara tunai, pastinya diluar fikirannya yang sihat. Mustahil! Pencennya hanya cukup untuk belanja bulanan dia dan keluarganya. Namun dia akan berdikit-dikit menjimatkan belanja dan busur itu akan dibelinya juga dengan bayaran ansuran.

Sepanjang masa, dia memaksa diri mengikat perut. Sarapan paginya hanya air kosong dan roti canai kosong sekeping cuma. Makan tengah harinya hanya beberapa keping biskut lemak atau beberapa keping roti Gardenia. Petang dan malam, dia makan apa yang disediakan oleh isterinya atau apa yang ada di dapur.

Sumber HD - 1-1-2018
































































































































































































Amanat Hj Hadi: Dr Maza lupa nasihat sendiri

BERLEGAR luas dalam media sosial kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), mengenai Amanat Haji Hadi yang asalnya tersiar di dalam laporan akhbar New Straits Times bertajuk “Muftis prefer to stay away from politics, says Harussani”.
Kata laporan akhbar itu: “Beliau (Dr MAZA) percaya bahawa 'Amanat Hadi' telah memainkan peranan yang membawa kepada tragedi berdarah Memali di samping menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Islam dalam negara ini."
(Petikan asal laporan akhbar itu adalah berbunyi “Perlis Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin said he believed that 'Amanat Hadi' had played a role leading up to the bloody (Memali) tragedy as well as causing disunity among Muslims in the country”.)
Membaca kenyataan Dr MAZA ini segera sahaja fikiran saya teringat kepada satu tulisan beliau pada 3 Januari 2013 bertajuk “Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil” kerana dalam tulisan ini beliau dengan tegas menggesa: “Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.”
Tema ini jugalah, iaitu “berhenti memainkan isu kafir-mengkafir” atau “berhenti bangkit balik benda (lama)”, dan satu tema lain, iaitu beri ruang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk memberi penerangan mengenai Amanat Haji Hadi dalam media awam, yang sering kelihatan dalam kenyataan dan ucapan Dr MAZA sebelum ini.
Dalam tulisan beliau pada 3 Januari 2013 ini, Dr MAZA menulis: “Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.”
Dalam ucapan beliau yang dimuat naik pada 29 Disember 2012, Dr MAZA berkata: “Dari segi politik, kalau betul-betul untuk perpaduan, benda ni tak patutlah. Hangpa pi tibai dia buat apa? Pasal apa hang pi cari gaduh dengan dia, nampak dia macam tak berapa keras sangat, tiba-tiba pi bangkit balik benda hak 30 tahun lepas nu untuk pukul dia, saya rasa yang tu macam tak berapa kena.”
Dalam ucapan beliau yang dimuat naik pada 5 Januari 2013 pula, Dr MAZA berkata: “Saya hatta Amanat Haji Hadi saya kata, siang malam pagi petang duk serang dia, mana aci? Bagilah dia jawab sekali dalam tv kita nak dengar macam mana, bagi dia hurai dulu, lepas tu tak apalah kita jawab, kalau nak suruh kita jawablah, kalau dah tak ada jawapan tak apalah. Mungkin dia ada huraian yang kita tak tahu. Ni 24 jam hentam dia, dia sekali pun tak bagi, bagilah setengah jam kat dia.”
Bahawa Amanat Haji Hadi tidak mengkafirkan Umno juga disebut oleh Dr MAZA dalam tulisan beliau pada 3 Januari 2013 melalui ayat “Mungkin DS Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas”, begitu juga dalam dalam ucapan beliau yang dimuat naik pada 29 Disember 2012 melalui ayat “tapi dalam amanat tu sendiri dia tak kata sebijik Umno tu kafir, dia tak kata”.
Pada hemat saya, bila isu Amanat Haji Hadi ini ditimbulkan kembali oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika betul Dr MAZA konsisten, berprinsip dan tidak cuba berpolitik, maka Dr MAZA seharusnya menasihatkan Tun Dr Mahathir supaya “berhenti memainkan isu kafir-mengkafir” dan “kembali kepada politik yang dapat membina negara” atau “berhenti bangkit balik benda (lama)” seperti yang sering beliau sebut sebelum ini.
Bila Dr MAZA semakin memarakkan api dengan menyokong dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa Peristiwa Memali berpunca daripada Amanat Haji Hadi selain menyalahkan amanat ini sebagai punca kepada perpecahan di kalangan orang-orang Islam dalam negara ini, tanpa terlebih dahulu memberi ruang kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk memberi penerangan mengenainya dalam media awam, maka nampak jelaslah tidak betulnya Dr MAZA ini.
Bagaimanakah boleh dikatakan Dr MAZA betul jika pada suatu masa beliau bercakap dalam nada lain mengenai Amanat Haji Hadi sedang pada suatu masa lain beliau boleh pula bercakap perkara yang bercanggah dengan apa yang beliau sendiri cakapkan sebelum ini? - HARAKAHDAILY 1/1/2018
Sumber HD - 1-1-2018 

































































































Tolak perdana menteri boneka


































































































SEDANG masing-masing parti giat memastikan jentera pilihan raya mereka tersusun, cekap dan berupaya, bagi menghadapi saingan Pilihan Raya Umum ke-14 ini, ada juga parti yang masih ghairah memberi tumpuan dan fokus kepada jawatan dan kedudukan. Imbuhan jika menang jadi perebutan pada waktu ini, walaupun hakikatnya jentera mereka masih serba kekurangan dan penuh bermasalah.

Isu siapa menjadi perdana menteri kiranya BN tumbang dan Pakatan Harapan kononnya menang menjadi lagu yang dimainkan berulang-kali sehingga terkadang membosankan sesetengah pihak malah ada yang mula mempertikaikan adakah PH ini benar-benar mahu membawa perubahan dan menyelamatkan rakyat dan negara atau sekadar mahu merampas jawatan Perdana Menteri semata-mata?

Sumber HD - 1-1-2018

Bekas pemimpin, usah lagi 'menyibuk' pada hari tua



































































































PENULIS  ke Segamat dari Melaka baru-baru ini; ketika memandu di kaki Gunung Ledang terkenang penulis akan kisah Laksamana Hang Tuah. Selepas gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka, Hang Tuah yang telah tua, 'ghaib' - cerita-cerita mengenainya selepas itu tiada.

Kisah 'kehebatan' pahlawan ini setakat itu saja, mungkin segala perkara mengenai 'kesedihan dan kelemahan' dirinya pada waktu tua sengaja tak dirakam agar orang akan mengenang dirinya hanya sebagai seorang pahlawan gagah perkasa. Bagi menambah 'keluarbiasaan' Hang Tuah, dia dikhabarkan sebagai ghaib dan tidak mati sebagaimana orang biasa.

Sumber HD - 1-1-2018



































































































Menjawab fitnah terbaharu Mahathir mengenai tragedi Memali

DALAM ucapan penggulungan beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menyebut:
“Saya tertarik dengan ucapan daripada (perwakilan) Kelantan. Baru dia sedar bahawa PAS itu jual agama, bukan Parti Islam, dia parti yang memperalatkan Islam. Saya ingin bertanya kepada Mufti-Mufti yang menjadi penasihat kepada Raja kita, apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah Mufti-Mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju, setuju dengan pendapat Parti PAS ini. Kalau mereka setuju dengan pendapat Parti PAS, mereka tidak masuk Parti PAS, maka Mufti-Mufti kita juga kafir, dan orang yang dinasihati oleh Mufti-Mufti kita juga kafir. Tapi tak berani siapa cakap, senyap seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikutnya, Ibrahim Libya, merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang kita lihat ialah Peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir. Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh Mufti-Mufti. Saya fikir Mufti-Mufti patutlah bertanggungjawab. Kenapa berlakunya Peristiwa Memali? Ianya tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi Mufti-Mufti mencabar. Kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka?”
Secara ringkasnya, melalui ucapan beliau ini, Tun Dr Mahathir telah:
(1) Memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir”.
(2) Memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan”.
(3) Memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir”.
(4) Memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali.
Suka saya tegaskan bahawa sepanjang penelitian menyeluruh saya, sebagai pengkaji PAS, ke atas dokumen-dokumen, kenyataan-kenyataan dan ucapan-ucapan PAS dan pemimpin PAS selama ini, tidak pernah saya temui mana-mana dakwaan yang dibuat oleh PAS atau pemimpin PAS bahawa “orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir”. Jika Tun Dr Mahathir bertanggungjawab, beliau sepatutnya memberikan bukti spesifik bila, siapa dan di mana wujudnya dakwaan sebegini jika beliau tidak mahu dikatakan berbohong.
Jika yang mahu dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa yang mengkafirkan “orang yang tidak menyertai PAS” ini adalah 'Amanat Haji Hadi' maka ia jelas adalah satu pembohongan kerana apa yang terkandung di dalam 'Amanat Haji Hadi' hanyalah ayat “kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku” sahaja. Jika pengikut Tun Dr Mahathir tidak menerima pandangan saya maka mereka boleh sahaja merujukkan kepada Dr Maszlee Malik, seorang pengkagum Tun Dr Mahathir, yang pernah menulis pada 1 Januari 2013 bahawa beliau “tidak nampak ada isu mengkafirkan Umno dalam Amanat Haji Hadi”.
Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir” adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan Mufti-Mufti dan Raja-Raja kerana tidak pernah dalam sejarahnya PAS mengkafirkan Mufti-Mufti dan Raja-Raja. Cubaan mengheret Mufti-Mufti dan Raja-Raja di dalam isu politik ini, khusus bagi membolehkan PAS dihentam, adalah satu perbuatan yang sangat tidak sihat, apatah lagi bila yang bermasalah dengan Mufti-Mufti dan Raja-Raja bukanlah PAS, tetapi Tun Dr Mahathir.
Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan” juga adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana ia tidak disertakan sebarang bukti. Malah, OCPD Baling waktu Peristiwa Memali ini berlaku, iaitu Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, telah menulis di dalam buku “Memali: A Policeman Remembers” bahawa Ibrahim Libya bukan seorang penjenayah dan bukan seorang pengganas komunis (“was not a criminal nor was he a communist terrorist”) tetapi adalah seorang ahli politik yang dihormati dan seorang pemimpin agama yang disanjungi (“a respected politician and revered religious leader”).
Surat Ketua Polis Kedah/Perlis kepada Ketua Polis Negara pada waktu itu juga menyebut bahawa “sasaran (Ibrahim Libya) bukanlah ‘criminal fugitive’ yang mesti ditangkap dengan apa cara dan kekerasan beserta dengan ‘harbourer’nya yang sama bersalah, tetapi sasaran adalah sasaran politik yang sudah tidak lagi ada pengaruh dan tidak boleh bergiat lagi di luar kawasan rumah yang lebih terseksa daripada orang yang kena sekatan tempat kediaman”.
Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir” pula adalah jelas satu tuduhan liar yang turut tidak disertakan sebarang bukti. Soal siapa yang memulakan tembakan dan atas motif apa, serta siapa yang bunuh empat orang polis dan atas motif apa, adalah isu-isu yang memerlukan kepada wujudnya suruhanjaya siasatan diraja.
Tindakan Tun Dr Mahathir memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali juga adalah jelas satu lagi tuduhan liar yang merupakan satu tindakan untuk melepaskan tanggungjawab ke atasnya.
Bahawa pihak polis tidak bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali ini juga tergambar di dalam buku Tunku Muszaffar Shah itu yang menyebut cubaan menangkap Ibrahim Libya di kampung beliau sendiri (Kampung Memali) adalah tindakan bodoh (“had been foolhardy”) dan bukan satu langkah yang baik (“was not a wise move").
Begitu juga dengan surat Ketua Polis Kedah/Perlis itu yang menyebut bahawa “tindakan lanjut terhadap sasaran (Ibrahim Libya) perlulah dirancang dengan penuh kebijaksanaan supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’ dan kesan-kesan negatif tidak dipikul oleh polis serta tidak mendatangkan sebarang ancaman keselamatan” dan yang hanya mengesyorkan supaya “sasaran (Ibrahim Libya) ditangkap bila dia keluar dari kawasan rumahnya di tempat dan masa yang sesuai yang tidak mendatangkan huru-hara atau pertumpahan darah”.
Sangatlah tidak munasabah bahawa Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu berlakunya Peristiwa Memali tidak terlibat di dalam insiden ini kerana beliau sendiri pernah mendedahkan, dalam satu majlis tertutup dengan pemimpin tempatan di Kuala Terengganu pada 26 Ogos 2017, bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sepatutnya telah ditahan di bawah ISA selepas berlakunya Peristiwa Memali, malah Tun Dr Mahathir sendiri telah direkodkan memberikan amaran untuk menahan Datuk Seri Abdul Hadi (lihat umpamanya “Amaran kepada pengikut PAS di Rusila”, dalam Berita Harian, 31 Januari 1986).
Malah, dalam sidang Dewan Rakyat pada 25 Mac 2002, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, menyatakan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika Peristiwa Memali berlaku, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, pernah mendedahkan bahawa “arahan untuk operasi serangan (terhadap Ibrahim Libya di Memali) itu dibuat secara direct, terus oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kepada pihak yang berkuasa”.
Kenapa sehingga sekarang Tun Dr Mahathir gagal memberikan sebarang maklum-balas kepada dakwaan Datuk Mahfuz dan Tan Sri Mohd Radzi bahawa beliaulah yang sebenarnya memberikan arahan untuk operasi serangan terhadap Ibrahim Libya di Memali ini? - HARAKAHDAILY 31/12/2017
Sumber HD- 31-12-2017 








































































































































































































2018 dan masa depan umat Islam (Bah.1)

RUMUSAN 2017
Sebelum berbicara mengenai 2018, ada baiknya untuk kita muhasabah dahulu keadaan ummah sepanjang tahun ini. Pasti ada kaitan antara satu sama lain. 2017 meninggalkan kita dengan berbagai episod mengejutkan. Berikut adalah ringkasan babak-babak penting geo-politik mengikut kronologi.
Trump
Didahului dengan pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang sah pada 20 Januari. Beliau mengorak langkah yang agak pelik berbanding Presiden-presiden lain. Amalan biasa Presiden Amerika adalah melawat negara-negara sekutu terdekat mereka dalam masa sebulan selepas mereka menaiki takhta. Antara negara yang biasa dilawati adalah jirannya Canada, Mexico, dan negara-negara Eropah.
Berbeza dengan Trump, beliau menangguhkan lawatan pertama ke luar negara kira-kira empat bulan lamanya. Kelewatan itu dipercayai disebabkan proses 'grooming' yang dilalui Trump untuk bergerak selari dengan agenda Zionis.
Beliau merupakan calon bukan Zionis yang berjaya menjadi Presiden menewaskan calon pilihan Hilary Clinton. Selepas beberapa bulan, banyak sikap Trump berubah terutama berkait politik luar Amerika yang pada masa kempennya bersifat isolationist dan protectionist.
Ismael Haniyeh
6 Mei 2017, bekas Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu menggantikan Khaled Mesyaal. Pertukaran jawatan tersebut menyebabkan berlakunya perubahan dasar Hamas terhadap Iran. Hubungan antara Hamas dan Iran kembali utuh selepas beberapa bulan terjejas ekoran Hamas yang terpengaruh dengan politik Arab mengecam Iran.
Ketika hubungan antara Hamas dan Qatar yang semakin lemah waktu itu, Haniyeh mengambil tindakan berani memperbaiki semula hubungan dengan Iran menerusi kunjungan rasmi dan mengeluarkan kenyataan penghargaan terhadap bantuan negara tersebut sehingga kini.
Riyadh Summit
Pada 20 Mei 2017, Trump memilih Arab Saudi sebagai destinasi pertama lawatan antarabangsanya sebelum ke Israel dua hari selepas itu. Di Riyadh, Trump telah mengumpulkan semua pemimpin negara umat Islam dari seluruh dunia dalam sebuah persidangan. Daripada 57 negara OIC, sebanyak 55 wakil negara Islam terlibat dalam persidangan ini termasuk Saudi. Hanya Iran dan Syria yang tidak diundang.
Dalam persidangan tersebut, Trump menekankan soal pengganas dan menganggap Iran sebagai pengganas utama dunia yang perlu dihapuskan. Walaupun beliau menyatakan keganasan tidak ada kena mengena dengan mazhab atau fahaman, tetapi beliau menuduh Iran dan Hezbollah sebagai punca utama konflik di Asia Barat. Ironinya, ia tidak ditujukan sama sekali kepada ISIS.
Persidangan telah mencapai satu resolusi penting iaitu berikrar untuk memerangi keganasan. Ini bukan suatu yang pelik kerana sejak zaman George W.Bush lagi telah mengisytiharkan War On Terror. Cuma bezanya, kali ini Amerika telah berjaya mengumpulkan pemimpin Islam bagi melakukan pengisytiharan yang sama.
Nato Arab
Persidangan itu telah berjaya menggerakkan pakatan tentera bersekutu Arab yang dikenali sebagai Nato Arab atas alasan memerangi keganasan. Dipimpin oleh Saudi atau lebih spesifiknya Menteri Pertahanannya, Muhammad bin Salman, objektif pertamanya adalah untuk menyokong misi ketenteraan pakatan tentera Saudi ke atas Yemen yang dilancarkan sejak 2015.
Dengan penglibatan Nato Arab, serangan ke atas Yemen menjadi semakin dahsyat. Fokus utama mereka adalah untuk menyekat kemaraan pengaruh Iran yang kini berjaya melobi kabilah Houthi. Houthi adalah satu kabilah yang sebelum ini didanai oleh Saudi bagi mencetuskan huru-hara sejak perang saudara sekitar 60-an.
Yemen
Yemen menjadi lokasi kritikal buat kuasa Barat kerana ia terletak di Selat Bab el-Mandab, Selatan Laut Merah. Selat itu menjadi laluan laut utama Barat ke Timur melalui Terusan Suez di sebelah Utara. Penguasaan Iran ke atas Yemen melalui Houthi mengancam kepentingan ekonomi Amerika dan juga Zionis. Teknologi ketenteraan yang dimiliki Iran mampu menghantar misil ke seluruh permukaan Selat Bab el-Mandab.
Kerana itulah pada 2015, Nentanyahu pergi ke Kongres Amerika mengutuk tindakan Obama membiarkan Yemen dikuasai Houthi. Di Washington, Saudi mengisytiharkan perang terhadap Syiah bagi menghalalkan tindakan terhadap kabilah Houthi.
Qatar
Tanggal 5 Jun, dua minggu selepas Persidangan Riyadh, beberapa negara Arab termasuk Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Difahamkan kerana Qatar tidak mengambil pendekatan selari dengan kemahuan Saudi kerana masih menjalin hubungan baik dengan Iran dan Hamas. Bahkan melindungi beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin.
Pendirian Qatar adalah dipengaruhi faktor geo-ekonomi dan geo-politik. Ini kerana negara tersebut berkongsi sempadan dengan Iran di Teluk Arab. Di sana terdapat medan gas terbesar di dunia. Mengambil sikap bermusuh bukan sahaja merugikan ekonomi, bahkan negara kecil itu akan menjadi korban pertama seandainya berlaku perang antara Arab dan Iran.
Krisis DiRaja Saudi
Pada 21 Jun, anak saudara Raja Salman Muhammad bin Nayef (MBN) dipecat dari takhta Putera Mahkota dan jawatan Menteri Dalam Negeri. Takhta tersebut digantikan oleh Muhamad bin Salman (MBS), anak Raja Salman yang juga merupakan Menteri Pertahanan Saudi. Perkara tersebut mencetuskan konflik diraja Saudi sehingga menyebabkan dua sepupu MBS iaitu Mansour bin Muqrin dan Abdul Aziz bin Fahd terbunuh pada 5 dan 6 November dalam insiden berprofil tinggi.
Seramai 11 kerabat yang lain turut ditahan selepas itu termasuk sepupunya yang terkenal sebagai bilionaire, al-Waleed bin Talal. Namun krisis tersebut sehingga kini masih tidak terhenti. MBS berikrar akan menghapuskan semua pesaingnya manakala al-Waleed pula berikrar tidak akan berdiam diri.
Masjidil Aqsa
Pada 14 Julai 2017, Israel telah mengambil tindakan menutup Masjidil Aqsa setelah dua tenteranya mati ditembak di kawasan masjid, walaupun penembak itu telah juga terbunuh. Tindakan Israel mengundang kemarahan seluruh umat Islam dan protes berlaku di seluruh dunia.
Namun dua hari selepas itu, Israel membuka kembali tetapi memasang peranti pengesan senjata di pintu masuk masjid. Umat Islam memprotes tindakan tersebut. Israel khuatir intifadhah bakal meletus.
Kurdistan
Berlaku tanggal 14 September, satu referendum diadakan bagi membentuk negara Kurdistan merdeka di Utara Iraq. Majoriti bangsa Kurdi di Iraq bersetuju menubuhkan negara baru itu. Tetapi sehingga kini, ia masih belum ditubuhkan secara rasmi.
Bangsa Kurdi sudah lama bercita-cita mahu menubuhkan negara bangsa tersendiri. Selain Iraq, mereka turut menuntut hak ke atas utara Syria dan tenggara Turki. Mereka didokong penuh oleh Zionis Yahudi dan menduduki kawasan hulu Sungat Furat.
Hariri dan Liga Arab
Pada 4 November, Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri meletak jawatan atas alasan berlaku campur tangan Iran ke atas negara tersebut melalui Hezbollah. Rentetan itu pada 19 November 2017, diadakan Persidangan Liga Arab di Kaherah, Mesir. Saudi dan Bahrain mengkritik Iran sebagai dalang kekacauan di Timur Tengah dan menggesa semua negara Arab bersatu menentang Iran.
Fatwa Hamas Teroris
Tarikh 13 November, Menteri Komunikasi Israel Ayoub Kara mengucapkan terima kasih kepada Mufti Saudi, Abdul Aziz Al Syaikh atas fatwanya mengharamkan serangan ke atas Israel, dan menyatakan Hamas sebagai pengganas. Beliau turut dijemput ke Tel Aviv sebagai tetamu kehormat. Kenyataan ini dpercayai ekoran kebimbangan Israel terhadap Intifadhah selepas peristiwa Masjidil Aqsa pada Julai sebelum itu.
Tiada sebarang kenyataan rasmi dari mufti tersebut sama ada mengiyakan atau menafikan perkara tersebut. Tetapi serangan agamawan pro-Saudi terhadap Hamas menjadi viral sekelip mata di media sosial dan sebagainya. Antara peluru ditabur adalah kerana Hamas bekerjasama dengan Iran yang dianggap sebagai pengganas.
Syria-Rusia
Detik 20 November, Presiden Vladimir Putin mengumumkan bakal mengakhiri operasi ketenteraan mereka di Syria. Media melaporkan mereka telah menang dalam pertempuran di negara tersebut. Namun begitu, US menyangkal kenyataan Rusia dengan berkata bahawa ISIS masih belum kalah.
Secara umumnya Syria kembali didominasi oleh rejim Bashar. ISIS hanya membuat kacau di sempadan Turki dan Iraq sahaja. Iran pula sedang membina pangkalan tentera mereka berhampiran Damsyik, ibu negara Syria. Perkara ini mendapat kecaman hebat dari Tel Aviv malah pihak media melaporkan cubaan serangan daripada Israel terhadap pangkalan yang berjiran dengan kem ketenteraan Syria.
Senarai pengganas
Tanggal 21 November, satu kenyataan bersama dibuat antara Saudi, UAE dan Bahrain dengan menyenaraikan beberapa individu dan agensi yang berkait pengganas. Antara yang disebut adalah Dr Yusof al-Qardawi, bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin dan beberapa pemimpin Gerakan Islam lain, selain agensi media dan organisasi Syiah di Bahrain. Selepas itu ditambah beberapa nama lagi termasuk Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang berpusat di Qatar.
Masjid Mesir diserang
Pada 24 November, Masjid Rawda di Semenanjung Sinai, Mesir telah diserang mengakibatkan kira-kira 150 orang terkorban. Mesir sebelum itu telah menarik balik sokongan ketenteraan kepada Nato Arab bagi memerangi Iran walaupun masih menyokong tindakan Saudi dan negara terbabit dari segi politik. 
Pengeboman di Sinai dipercayai berkait dengan perkembangan tersebut, selain desakan agar menerima perjanjian penyelesaian Israel-Palestin yang disebut sebagai Deal of The Century. Ia melibatkan Mesir dengan Israel, Amerika dan Jordan.
Baitulmaqdis
Seluruh dunia bertumpu tarikh 6 Disember, Trump mengisytiharkan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibunegara Israel dan akan memindahkan kedutaan mereka daripada Tel Aviv ke sana. Sekali lagi umat Islam seluruh dunia memprotes, tetapi pemimpin politik Islam menunjukkan reaksi yang berbagai ragam.
Kerajaan Mesir menghalang sebarang himpunan bantahan diadakan di negara terbabit. Saudi pula mencadangkan agar dilepaskan sahaja Baitulmaqdis kepada Zionis, dan mencadangkan Abu Dis sebagai ibunegara ganti Palestin. Turki pula sebelum itu menyatakan akan memutuskan hubungan dengan Amerika jika mengisytiharkannya, tetapi sehingga kini tiada kenyataan susulan selain mengkritik di persidangan OIC di Istanbul pada 13 Disember.
Ali Saleh
Kejutan berlaku pada 10 Disember, bekas Pesiden Yaman Ali Abdullah Saleh mati dibunuh. Beliau setelah jatuh dari takhta, telah berpakat dengan Houthi bagi menimbulkan kekacauan di Sanaa bagi menggugat kepimpinan Presiden Robuh Mansour Hadi. Namun beliau disyaki belot apabila menyalurkan maklumat kepada Saudi tentang kedudukan Houthi, menyebabkan dirinya terbunuh.
Beliau merupakan Presiden pertama Republik Yaman sejak penggabungan antara Utara dan Selatan tahun 1990. Terkenal dengan ayat 'menari di atas kepala ular' kerana kebijaksanaannya 'menyatukan' pelbagai kabilah berpengaruh di sana dengan berbagai taktik yang pragmatik. Tetapi akhirnya segala tembelangnya pecah.
Itulah beberapa perkara yang melatari ambang 2018. Semua perkara ini perlu diambil kira dalam membaca unjuran politik dan masa depan umat Islam pada 2018. Insya-Allah saya akan sambung tulisan ini, khusus mengenai ramalan perkara-perkara penting yang bakal berlaku pada bahagian kedua nanti.
12 Rabiul Akhir 1439
30 Disember 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 31/12/2017
Sumber HD - 21-12-2017 





































































































Husam wujudkan pakatan PAN - Umno di Kelantan?

BULAN lalu, seorang rakan memaklumkan kononnya Naib Presiden PAN, Dato' Husam Musa, telah mendapat restu daripada seorang pemimpin veteran Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru selepas PRU 14. 
Berita ini bagaimanapun tidak saya pandang serius kerana kesukaran untuk memikirkan logik bagaimana Tengku Razaleigh, yang bukan pun menjawat jawatan Pengerusi Umno Kelantan, boleh mempengaruhi Umno Kelantan untuk menyokong Dato' Husam.
Pada masa yang sama, dakwaan bahawa wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno di Kelantan di dalam PRU 14, selain ditepis berkali-kali oleh Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Seri Mustapha Mohamed, turut dinafikan oleh para pemimpin PAS Kelantan.
Di dalam menafikan kerjasama antara PAS dan Umno di Kelantan di dalam PRU 14 ini, kerap kali pula para pemimpin PAS Kelantan menyebut bahawa PAN dan Umno-lah yang sebenarnya sedang berpakat untuk menjatuhkan PAS di Kelantan di dalam PRU 14.
Malam kelmarin, 28 Disember, Dato' Husam, yang merupakan bekas Ahli EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, hadir sebagai tetamu di dalam majlis “Bicara Anak Kelantan” anjuran portal berita Sokmo.Net di Dewan Kayangan, Hotel Crystal Lodge, Kota Bharu.
Moderator di dalam majlis ini ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, yang bertindak keluar dari PKR untuk menyertai Umno pada 22 April 2010, tiga hari sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor.
Desas-desus yang berlegar kuat di kalangan orang ramai ialah portal berita Sokmo.Net ini mendapat pembiayaan daripada Umno Kelantan dan ini diperkuatkan lagi dengan paparan pelbagai gambar dan aktiviti Dato' Seri Mustapha di dalam laman portal berita ini.
Penyertaan Dato' Husam di dalam majlis anjuran portal berita yang dikaitkan dengan Umno Kelantan dan yang dimoderatorkan oleh aktivis Umno Kelantan menguatkan lagi dakwaan wujudnya pakatan antara PAN dan Umno untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.
Persepsi orang ramai adalah bahawa Dato' Husam dan Umno Kelantan saling cuba mempergunakan di antara satu sama lain bagi membolehkan kritikan-kritikan keras terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dapat disuarakan dengan lebih berkesan dan lebih meluas.
Itulah yang kelihatan berlaku pada malam tadi di mana Dato' Husam telah membuat pelbagai pendedahan mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di samping mendorong moderator mengemukakan tuntutan tertentu terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
Malah, Dato' Husam juga telah menyerahkan dokumen Kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, membabitkan Jambatan Kedua Sdn Bhd kepada moderator “sebagai akuan dan saksi bahawa (beliau) ada dokumen ini”.
Menariknya, ketika ditanya oleh moderator yang kelihatan bimbang kemungkinan dokumen ini melanggari Akta Rahsia Rasmi, “Tidak OSA ni dih?”, Dato' Husam telah menjawab, “Tak apalah OSA pun, berjuang kan, kalau kena jel sekali dengan moderator masuk”.
Lebih dari itu, Dato' Husam juga kelihatan cuba memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Dato' Ahmad pada waktu ini lebih teruk berbanding Kerajaan Negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Mohamed Yaacob dulu.
Antara lain, kata Dato' Husam: “KELKON yang dulunya ditinggalkan oleh Tan Sri Mohamed Yaacob ada cash, kalau tak silap saya ada dalam fixed deposit KELKON hampir RM60 juta kalau tak silap saya, tetapi pada hari ini KELKON sudah tidak wujud”.
Tambah Datuk Husam lagi: “KPK (Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd) semasa Tan Sri Mohamed Yaacob (ada) beratus orang pekerja, hari ini ada lapan orang sahaja pekerja KPK, jadi bermakna rakyat Kelantan anak muda telah dinafikan peluang kerja.”
Kesimpulannya, majlis malam kelmarin kelihatan menepis terus dakwaan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno di Kelantan sebaliknya menguatkan lagi dakwaan wujudnya pakatan antara PAN dan Umno untuk menjatuhkan PAS di Kelantan di dalam PRU 14.
Bagaimanapun, sama ada Umno mendapat laba daripada majlis ini adalah soal lain pula kerana beberapa kali juga Dato' Husam kelihatan turut membedal Umno, termasuk dengan menyebut “orang marah kor PAS tapi marah kor Umno tu berat lagi pada marah kor PAS”. - HARAKAHDAILY 30/12/2017
Sumber HD- 30-12-2017 

PKR pencuri kepimpinan rakan?

TERTARIK dengan komen beberapa pemimpin PKR mengenai desas-desus yang ditimbulkan oleh portal berita The Malaysian Insight 23 Disember lalu kononnya 10 Adun PAS di Selangor akan menyertai PKR dan bertanding menggunakan tiket PKR menjelang PRU14.
Pada 25 Disember, Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika ada (Adun PAS di Selangor) yang berminat (menyertai PKR), kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada”.
Kenyataan Dr Daroyah ini dibuat di sebalik kesedaran beliau bahawa “memang semalam Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber”, tetapi, mengikut Dr Daroyah, “itu pendapat (Datuk Iskandar) saja”.
Semalam, 27 Disember, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pula, ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Adun PAS di Selangor akan menyertai PKR, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”.
Tambah Shamsul Iskandar lagi, “walaupun ada penafian (daripada para pemimpin dan Adun PAS di Selangor), saya fikir kita mesti beri komen berdasarkan fakta”, dan “kalau ada keseriusan ke arah itu (Adun PAS di Selangor mahu menyertai PKR), kami alu-alukan”.
Masalah utama dengan kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini adalah bahawa kenyataan mereka ini tidak diasaskan kepada apa-apa bukti yang konkrit, apatah lagi bila telah wujud beberapa penafian daripada para pemimpin dan Adun PAS di Selangor terhadapnya.
Perumpamaan “jika tiada angin masakan pokok bergoyang” juga tidak boleh dipakai sepenuhnya kerana boleh dihujahkan bahawa, walau tiada angin pun, pokok masih boleh bergoyang juga jika umpamanya di atas pokok itu ada makhluk tertentu seperti monyet yang menggoyangnya.
Pada hemat saya, kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini akan hanya lebih menyerlahkan lagi imej PKR sebagai Pencuri Kepimpinan Rakan setelah ia umpamanya bertindak mencuri Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dari PAS pada 11 September 2015.
Sebagai rekod, PKR pernah bergaduh besar dengan DAP sewaktu ia masih bersama dengan PAS, DAP dan PRM di dalam Barisan Alternatif pada awal tahun 2001 dulu kerana tindakan PKR mengambil bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Teoh Teik Huat, menjadi ahlinya.
Ekoran tindakan PKR ini, Pengerusi DAP Pulau Pinang pada waktu itu, iaitu Chow Kon Yeow, mengumumkan, pada 26 Februari 2001, bahawa DAP Pulau Pinang akan menjarakkan hubungan mereka dengan PKR (“will 'loosen' their relationship with PKR) sehingga isu ini diselesaikan.
Begitu juga dengan Pengerusi DAP pada waktu itu, iaitu Lim Kit Siang, yang mengumumkan, pada 27 Februari 2001, bahawa beliau tidak lagi akan menghadiri mana-mana perbincangan dan mesyuarat Barisan Alternatif yang menyentuh hubungan PKR-DAP.
Turut dibangkitkan pada waktu itu adalah mengenai persetujuan Majlis Kepimpinan Barisan Alternatif pada 28 April 1999 bahawa mana-mana parti komponen Barisan Alternatif tidak dibenarkan sama sekali mencuri ahli (atau bekas ahli) mana-mana parti komponen lain.
Bagaimanapun, ternyata hingga sekarang perbuatan mencuri ahli, malah mencuri pemimpin, parti rakan, sama ada sesama parti Pakatan Harapan atau sesama parti pembangkang, terus menjadi amalan di dalam parti yang cogan perjuangannya ialah “Keadilan Untuk Semua” ini. - HARAKAHDAILY 29/12/2017












































































































































































































Sumber HD - 29-12-2017







































































































Cari makan dengan fitnah

MANUSIA tak boleh hidup kalau tak makan. Maka pergerakan manusia seharian adalah untuk cari makan. Ke laut dalam, ke awan tinggi, ke hutan belantara, ke tengah kota, malah seluruh pelosok alam, manusia jelajah untuk mencari sesuap makanan. 
Keperluan untuk makan memang mendesak. Ada yang tak peduli halal dan haram. Asal boleh makan dan kena dengan selera, maka mereka makan semahunya. Asal kenyang dan sendawa, maka puas hati mereka. 
Makanan asasi negara kita ialah nasi. Ada negara makanan asasi mereka ialah roti. Zaman dulu-dulu, saya biasa dengar kisah orang makan orang di daerah pedalaman Amazon. Apakah masih wujud spesies kanibal itu di zaman moden ini, saya tidak pasti. 
Tapi ternyata, himpitan ekonomi dan pergolakan politik serta krisis kemanusiaan di beberapa negara dan daerah dalam dunia ini mencetus situasi payah nak cari makan. 
Ramai yang mati kebulur seperti yang pernah berlaku di Sudan, Somalia dan kini Syria dan Yemen. 
Krisis begini, rupanya mengembalikan semula spesies “kanibal” dalam dunia moden. Lahirnya golongan kawan makan kawan. Dunia jadi saksi, penghuninya makin kejam dan rakus. Asal boleh cari makan, mereka sanggup buat apa sahaja. 
Saingan pekerjaan mungkin sukar. Era digital mutakhir ini menjadikan industri asas tani dan pembangunan tidak popular. Susah nak jana duit. Hasil tak lumayan. Ada yang beralih ke “Industri Fitnah” sebagai sektor baru yang dilihat mudah jana income. 
Berbekalkan smartphone sahaja, mereka boleh jana ribu riban pendapatan bulanan melalui industri fitnah ini. Hanya “create and viral” atau “copy and paste”, industri fitnah ini menawarkan pendapatan lumayan kepada mereka. 
Saya dapati industri fitnah kian pesat dan dinaik taraf dari masa ke semasa. Pengasas industri ini iaitu Syaithan bin Iblis memang usahawan terkenal yang cekap dan gigih bekerja. Banyak award diperolehi pada peringkat antarabangsa. Ia lebih berjaya dan kaya dari Mark Zuckerberg. 
Sektor manufacturing mereka berjaya menghasil ribuan fitnah dalam jangka pendek dan mampu “membunuh” sasaran mereka dengan pantas. Facebook, twitter, instagram, whatsapp group dan youtube menjadi mekanisme marketing mereka. 
Menyertai industri ini tidak perlu degree atau diploma. Faktor ini antara sebab ramai yang mencebur diri. Tak lulus UPSR pun boleh apply kerja. Kalau ada PHD (Penyakit Hasad Dengki), resumenya pantas ke meja pengarah. Lagi bodoh, lagi cerah potensi diterima sebagai penjawat di pelbagai sektor dalam industri fitnah ini. 
Andai industri ini terus kukuh, ia bukan sahaja menjadi ancaman kepada industri lain, tetapi boleh jadi mereka akan gulung tikar dan tamadun masyarakat dan negara akan runtuh. Empayar Syaithan akan bermaharajalela menakluki setiap jengkal tanah warisan ini. 
Melestari Hidup Positif
Pendekar Sakti
09 Rabiul Akhir 1439 / 28 Dis 2017 – HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-1-2017 
















































































































































































































Akui DAP sebenarnya putuskan hubungan dengan PAS

SEBELUM ini, naratif popular yang selalu digunakan oleh para pemimpin DAP mahupun para pemimpin PAN di dalam menjelaskan mengenai punca berkuburnya Pakatan Rakyat pada tahun 2015 adalah PAS yang menguburkannya kerana PAS didakwa memutuskan hubungan antara PAS dan DAP.
Alih-alih, semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu menghentam Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu, mendedahkan DAP-lah yang memutuskan hubungan ini.
Kata Lim Guan Eng semalam: “Jelas DAP mengambil posisi yang betul untuk memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS selepas persaraan bekas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz” (“Clearly DAP took the correct position to break off with PAS leaders after the retirement of former Kelantan Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz”).
Kata Lim Guan Eng lagi: “DAP sanggup untuk membayar apa sahaja harga politik untuk menegakkan prinsip-prinsip kami dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan untuk memutuskan hubungan dengan PAS (“DAP is willing to pay any political price to uphold our principles and defend the Federal Constitution by breaking off with PAS”).
Tambah Lim Guan Eng: “Ini berbeza dengan MCA, Gerakan dan SUPP yang tidak berani memutuskan hubungan dengan Umno yang cuba bekerjasama dengan PAS untuk menyelamatkan sokongan Umno” (“This is unlike MCA, Gerakan and SUPP that dare not break off ties with an Umno that sought co-operation with PAS to save Umno’s support”).
Maka jelaslah sekarang bahawa para pemimpin DAP mahupun para pemimpin PAN berbohong dengan menyalahkan PAS kerana menguburkan Pakatan Rakyat setelah Lim Guan Eng sendiri kini mengakui bahawa DAP-lah yang bertanggungjawab ke atas berkuburnya Pakatan Rakyat dengan memutuskan hubungan antara DAP dan PAS.
Dakwaan Lim Guan Eng bahawa punca DAP memutuskan hubungan dengan PAS adalah kerana ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pula adalah jauh tersasar kerana sehingga kini tidak ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa agenda perlaksanaan syariat PAS bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ini jauh berbeza dari agenda pemulihan pilihan raya tempatan DAP, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP dan masih terpahat di dalam Perlembagaan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa perlaksanaan pilihan raya tempatan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ternyatalah kini bahawa, selain DAP menjadi punca terkuburnya Pakatan Rakyat, laungan DAP kononnya ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah satu omongan kosong, apatah lagi bila matlamat Malaysian Malaysia DAP adalah menghasut dan bercanggah dengan Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. - HARAKAHDAILY 2812/2017
Sumber HD - 28-12-2017 









































































































Kalau PAS menghasut, DAP jauh kuat menghasut

PANAS berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.
Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Dato' Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.
Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).
Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.
Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Dato' Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.
Apa yang mahu ditunjukkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.
Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Dato' Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.
Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.
Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara "Bumiputera" dan "bukan Bumiputera", pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.
Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.
Sumber HD- 27-12-2017 

Mengulas kritikan Dr Rozaimi Ramli

TULISAN Dr Rozaimi Ramli (RORA) mengkritik artikel DSTG Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bertajuk "Mengapa Kalau Islam Tidak boleh?" yang ditularkan di dalam media sosial dengan tajuk "Jom kita tengok Dr Rozaimi sekolahkan Hj Hadi". 
Pada asalnya, saya tak berminat nak mengulas kritikan RORA tersebut. Ia terlalu dangkal, tidak ilmiah, tidak objektif dan diselaputi kebencian berterusan RORA terhadap PAS dan Presiden PAS. Oleh itu, ia tak perlu dijawab dan diulas.
 Patut dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. 
Namun kritikan itu diberi tajuk, "Jom kita tengok Dr Rozaimi sekolahkan Hj Hadi" di media sosial. Tajuk itu adalah terlalu kejam, sombong dan melampaui batas perbincangan ilmiah, bahkan melampaui batas perdebatan politik. 
Topik Kritikan Rora
Kritikan RORA adalah seputar hadis berkaitan jawapan Baginda Rasulullah SAW kepada ketua kabilah Bani Amir yang meminta baginda SAW menjanjikan kepada mereka kuasa atau jawatan tertentu, jika mereka sanggup membantu perjuangan Rasulullah SAW sehingga perjuangan itu, pada suatu tahap berjaya mencapai kemenangan. 
Di mana jawapan baginda Rasulullah SAW ialah, "Itu urusan Allah, Dia yang menentukan dengan kehendak-Nya” 
Kesimpulan RORA Tentang Maksud Hadis Ialah Ia Tiada Kaitan Dengan Masalah Menamakan Calon PM 
RORA menyimpulkan bahawa DSTG Abdul Hadi berpendapat tindakan menamakan calon PM adalah haram atau tidak mengikut adab Islam berdasarkan hadis tersebut. Seterusnya RORA merumuskan hadis tersebut sebenarnya bukan berkaitan meletakkan nama calon PM, tetapi mengenai masalah meminta jawatan. 
RORA menulis, "Jika dilihat ia tidak berkaitan dengan penamaan calon pemimpin. Sebaliknya ia berkaitan dengan isu meminta jawatan. Jika dilihat dari teks ini jelas bahawa Bani Amir sudah dapat gambaran bahawa Nabi akan menjadi pemimpin mereka. Ini seolah mereka sudah dapat gambaran calon pemimpin apabila menang dan membentuk kerajaan nanti. Justeru mereka mahu berkuasa setelah Nabi." 
Tulis beliau lagi, "Cubaan menggunakan riwayat ini untuk mengatakan menamakan calon pemimpin bukan adab Islam adalah tersasar bagi saya. Perlu diingatkan bahawa ulama tidak sepakat terhadap isu larangan meminta jawatan secara mutlak. Sebahagian ulama memperincikan hukumnya. Ia dibenarkan bagi mereka yang layak. Dan inilah pandangan yang kuat bagi sebahagian pengkaji moden." 
Tulisan DSTG Abdul Hadi Sebenarnya Menjelaskan Tentang Kepentingan Perjuangan Islam Mendaulatkan Dasar-Dasar Islam, Bukan Setakat Mengubah PM 
Jika kita membaca artikel DSTG Abdul Hadi, ia bukanlah mengenai haramnya menamakan calon bakal PM. Ia juga bukan berbicara mengenai haram atau tidak meminta jawatan. 
Tetapi ia menegaskan tentang pentingnya memperjuangkan dasar-dasar pemerintahan Islam dan dasar-dasar itu nanti perlu ditegakkan dalam kerajaan yang baru dibentuk. Tentang siapa calon PM, PM mestilah orang yang sanggup memikul dan menggalas tanggungjawab merealisasikan sistem pemerintahan berasaskan sistem politik Islam tersebut. 
Presiden PAS menjelaskan, PAS bukan hanya mahu menukar PM sahaja. Noktah. Tanpa mengambil kira pertimbangan bahawa PM baru itu nanti, tetap akan meminggirkan syariat Islam daripada arus perdana sistem politik negara kita. Ini tidak mungkin. 
Namun malangnya RORA hanya setakat membuat kesimpulan mudah tentang tulisan DSTG Abdul Hadi, tulis beliau, "Namun setelah itu penulis (TGHH) seolah membayangkan bahawa adab Islam tidak meletakkan calon PM. Sebab itulah partinya tidak meletakkan calon PM." 
Anda Boleh Baca Sendiri Petikan Tulisan DSTG Abdul Hadi Di Sini
"Maka PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal Perdana Menteri yang bakal menjadi bangkai sahaja. Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya. Lantas Baginda SAW bersabda: 
“Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya” 
Seterusnya Rasulullah SAW menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam yang diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah setelah memenuhi syarat-syarat yang diperintahnya. 
Begitulah PAS boleh menerima dan bersama sesiapa sahaja termasuk DAP yang menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem) serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya juga."
Hentaman Demi Hentaman Berdasarkan Kesimpulan Syok Sendiri
RORA seterusnya mempersoalkan kenapa PAS menyertai pilihan raya, jika meminta jawatan adalah haram seperti kefahaman meleset beliau tentang artikel Presiden PAS itu.
Antaranya tulis beliau, "kenapa masuk pilihan raya dan kenapa letak manifesto?"
Antaranya lagi, "Jika meletakkan calon PM itu dikira sebagai meminta jawatan, mengapa penulis tidak terus sahaja katakan bahawa bertanding dalam pilihan raya juga meminta jawatan dan ia dilarang juga? Bahkan ia lebih direct meminta jawatan dari pengundi."
Antaranya lagi, "Jika meletakkan calon PM dikatakan menyalahi adab Islam, bagaimana pula dengan meletakkan manifesto? Bukankah kedua-dua isu ini berkait rapat iaitu meyakinkan pengundi tentang visi dan misi parti yang bertanding untuk meraih undi dan keyakinan dari pengundi?" 
Tak Faham Politik Semasa
RORA barangkali tidak faham komen berbentuk sindiran DSTG Haji Abdul Hadi tentang penamaan bakal PM yang akan menggantikan DS Najib dan golongan yang ghairah mahu ke Putrajaya. 
Masalah meletakkan calon nama PM ialah masalah dalaman PH, jika PH memerintah. Ia bukan masalah BN. BN sudah tentu mengekalkan PM sedia ada, jika kekal memerintah.
PAS pula, ia tidak mahu bercakap lagi tentang isu itu. PAS lebih menekankan aspek praktikal tentang isu ini. Iaitu berusaha memenangi sebanyak-banyak kerusi dalam PRU nanti. Jika banyak kerusi dimenangi, ketika itu bolehlah PAS mencadangkan nama PM yang sesuai mengikut agenda politik Islam yang ia perjuangkan. 
Jika tidak banyak kerusi, cadangan nama PM daripada PAS tidak banyak mempunyai erti. Jadi PAS menekankan kepentingan berusaha memenangi banyak kerusi dahulu.
PH pula terdesak menamakan bakal PM mereka. Ini kerana mereka dianggotai oleh beberapa parti komponen bagi membentuk gabungan mereka. Setiap parti mempunyai falsafah politik yang agak berlainan, walaupun ada kesatuan suara dalam soal mahu menjatuhkan BN. 
PBM dan DAP mahukan Dr Mahathir kembali menjadi PM. PKR kurang sokong. PAN tidak mempunyai calon PM daripada parti sendiri. PAN berharap semua komponen PH boleh bersatu di bawah Dr Mahathir. 
Dr Mahathir pula, hanya bermain telefon ketika pimpinan PH lain mengangkat tangan, mahukan Anwar sebagai PM. 
Jika PH meletakkan Dr Mahathir sebagai calon PM mereka, umum mengetahui sikap Dr Mahathir terhadap Islam, hadis Rasulullah SAW dan demokrasi adalah sangat tidak menguntungkan perjuangan Islam di dalam negara kita. 
Penutup
Kita lihat kesimpulan RORA tentang isu ini. 
"Maka kenyataan yang mengatakan menamakan calon PM bukan adab Islam itu sebenarnya yang menyalahi adab Islam. Jangan digunakan nama Islam untuk tindakan kita sewenangnya kerana bimbang nanti bila kita tukar pandangan nama Islam akan dibawa tukar juga." 
Kesimpulan yang entah apa-apa... pada pendapat saya.
Anda boleh membaca sendiri tulisan DSTG Abdul Hadi di http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kolumnis/presiden/4493-mengapa-kalau-islam-tidak-boleh  - HARAKAHDAILY 25/12/2017
Sumber HD - 25-12-2017 











































































































Patutkah calon PM diperbincangkan?

SAYA tidak berhasrat untuk membalas pertikaian mengenai tulisan terbaru Presiden PAS soal calon PM. Beliau berpandangan sikap itu tidak selari dengan prinsip politik Islam berasaskan ijtihad, berpandukan dialog Baginda Nabi S.A.W dengan Bani Amir sebelum peristiwa hijrah.
Cuma suka untuk saya bawakan dari naratif prinsip dan sikap dalam menguruskan perbezaan ijtihad. Juga sudut pandang politik.
Ijtihad Politik
Perkara bersifat ijtihadi sepatutnya tidak perlu dipertikaikan apatah lagi dikecam. Sebaliknya ia perlu dihormati walaupun kita berbeza pandangan. Sikap terbuka dan meraikan pendapat perlu diamalkan. Kita nyatakan pandangan kita dan kalian nyatakan pandangan kalian. Kemudian bincang secara ilmiah tanpa ayat-ayat provokatif.
Tidak setuju dengan pandangan Presiden PAS bukan menjadi satu masalah bagi pihak lain. Yang menjadi salah adalah mengatakan pandangan kita adalah absolute truth, dan pihak lain absolute wrong. Ini jelas menyimpang dari prinsip ijtihad.
Apatah lagi menuduh orang yang berijtihad sebagai mempergunakan agama demi menghalalkan tindakan. Ia juga menggambarkan sikap tidak terbuka dalam berkhilaf. Sememangnya berijtihad perlu menggunakan agama, kerana agama sahaja yang mengajar disiplin ini. Ia tidak ada dalam disiplin ilmu geografi apatah lagi ilmu perbidanan.
Kelayakan berijtihad
Tuan Guru Presiden PAS bukan sekadar alim dalam ilmu sejarah dan feqah, malah beliau juga mahir dalam ilmu siasah dan menjadi tempat rujuk berbagai gerakan Islam lain di dunia. Beliau sendiri terlibat di bidang politik sebagai pemimpin parti dan pernah mengetuai kerajaan. Lebih jauh dari itu, beliau turut terlibat secara langsung dalam politik antarabangsa sudah puluhan tahun. Sudah tentu segala pandangan beliau tidak mengambil kira literal nas semata-mata, bahkan memahaminya berdasarkan real politics.
Justeru bagi saya, ijtihad beliau lebih pantas untuk dipersetujui berbanding pihak lain yang hanya melihat isu politik dari jauh dan tidak faham selok terajang apatah lagi tidak bergelumang dengan liku-liku perjuangan politk. Pihak lain bebas berijtihad di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, tetapi ijtihad mereka yang terlibat secara langsung lebih diyakini.
Contoh yang boleh diberikan, berkenaan ijtihad Imam Abu Hanifah berbanding imam-imam lain dalam bab muamalat. Pandangan beliau menjadi pilihan pakar-pakar muamalat moden kerana lebih praktikal untuk keadaan semasa. Ini kerana beliau juga merupakan peniaga yang terlibat secara langsung dalam bab muamalat.
Prinsip berjemaah
Bagi saya sebagai ahli jemaah, ijtihad Presiden sebagai pemimpin dalam perkara melibatkan bidang kuasa beliau adalah wajib didokong. Pandangan beliau mewakili pandangan jemaah. Ini prinsip berjemaah yang perlu difahami berasaskan hadis perintah beriltizam dengan jemaah dan pemimpinnya. Walaupun kita memiliki pandangan berbeza, kita perlu mengenepikannya dan menyokong pandangan beliau.
Dalam isu Brexit, beberapa orang MP baik dari Parti Konservatif mahupun Parti Buruh  tidak bersetuju. Tetapi setelah referendum dicapai, semua mereka mendokong keputusan ini di Parlimen. Apabila ditanya, mereka menjawab bahawa walaupun berbeza pandangan, tetapi mereka berada di Parlimen mewakili rakyat bukan mewakili diri sendiri. Nah! orang kafir pun faham konsep 'aqliah jamaiah' dalam berorganisasi.
Walaubagaimanapun, ia tidaklah bermakna keputusan jemaah itu menutup ruang perbincangan. Kita masih boleh berbincang dengan beliau secara beradab dan mengikut saluran yang sepatutnya.
Siapa calon PM kamu?
Berbalik kepada calon PM. Walaupun ada berpandangan tidak menjadi salah untuk menamakan calon, tetapi secara realitinya perkara tersebut tidak membawa kebaikan apa-apa. Yang timbul hanya pertikaian yang menemui jalan buntu. Sejak berada dalam Pakatan Rakyat lagi, PAS tidak bersetuju membincangkan isu PM.
Kerugiannya boleh dilihat jelas hari ini. Dalam satu pakatan politik seperti PH, masih tidak dapat menentukan siapa PM secara muktamad. Masing-masing berebut memposisikan diri. Ada yang berpandangan Anwar masih relevan, ada yang mengangkat bekas PM Mahathir, dan DAP pula pernah membayangkan non-Muslim sebagai PM.
Ke mana mahu bawa isu calon PM ini? Apa untungnya kepada rakyat?
Mungkin itulah hikmahnya Nabi tidak melayan tuntutan Bani Amir, walaupun terpaksa menggadaikan dokongan kaum tersebut terhadap Islam. Nabi seolah sudah boleh membaca polemik yang akan tercetus.
Polemik khilafiah Mat Jenin
Siapa calon PM ibarat isu khilafiah yang perlu dihindarkan bagi mengelak perpecahan. Perkara khilaf bukan wujud dalam kitab feqah sahaja. Aplikasi Feqh Aulawiyat juga perlu diperluaskan ke segenap ruang kehidupan.
Biar menang dahulu baru bincang tentang jawatan. Kalau awal-awal lagi sudah larut dengan isu ini, ia tidak membantu ke arah kesatuan amal menjelang PRU, bahkan boleh membawa kepada perselisihan yang merugikan dalam pakatan. Makin menyukarkan jalan untuk menang.
Kalau pilih Anwar, penyokong Mahathir tak setuju. Kalau pilih Mahathir, geng reformasi tak setuju. Kalau pilih Kit Siang, majoriti orang Melayu tolak. Tak semena-mena pakatan berantakan.
Bak kata Ayah Chik suatu masa dahulu, perbincangan perkara ini hanya ibarat angan-angan Mat Jenin. Padahnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Barah Populisme
Dari sudut politik, tindakan menamakan calon PM hanya bersifat populis. Oleh kerana rakyat bertanya siapa akan jadi PM, maka politikus pun menjawab mengikut kehendak rakyat tanpa mengira apakah ianya baik atau buruk, perlu atau tidak kepada rakyat.
Berdasarkan kriteria BPMS, PAS menentang budaya populis dalam politik. Kerana itu fokus PAS adalah berkenaan dasar dan prinsip dalam menguruskan negara. Siapa calon PM tidak penting kerana siapa jua yang naik, mereka perlu menjalankan tanggungjawab berasaskan dasar dan prinsip yang telah digariskan. Segala keputusan akan dibuat secara kolektif dan tidak akan lari dari rangka perancangan WINS 2051.
Siapa sahaja yang naik, sama sahaja. Ini bukan zaman autokratik atau diktator yang mana hala tuju negara ditentukan oleh individu. Justeru dasar dan visi pemerintahan yang perlu diketengahkan kepada rakyat, bukan siapa calon PM.
Hakikat individu
Mengetengahkan individu sebagai kempen politik adalah budaya yang tidak kompeten dan tidak memiliki unsur sustainability. Individu adalah objek yang sering berubah dan mudah dipengaruhi. Hari ini mereka mungkin boleh berkata macam-macam sebelum jadi PM. Tetapi bila sudah berkuasa, segalanya boleh berlaku. Tiada indikator yang jelas mereka akan berpegang kepada prinsip perjuangan sampai ke akhir.
Lihat sahaja Stalin. Sebelum naik sebagai pemimpin Komunis, beliau membawa perjuangan rakyat bawahan terutama golongan buruh. Retoriknya adalah untuk menentang monopoli kapitalis dan membahagikan kekayaan negara kepada rakyat secara adil. Tetapi apabila menaiki takhta, mereka membolot harta negara dengan sangat rakus.
Lihat juga Aun San Suu Kyi. Sebelum menang, beliau memperjuangkan demokrasi. Tetapi setelah menang, beliau menafikan hak demokrasi etnik Rohingya. Sebelum menang beliau dianggap pejuang kebebasan. Tetapi setelah menang, beliau begitu prejudis kepada kebebasan kaum Rohingya.
Pilihan Raya tanpa calon; Satu idea
Pencalonan PM tidak boleh disamakan dengan pencalonan wakil rakyat dalam pilihan raya atau pemilihan parti. Kedua perkara ini merupakan tuntutan undang-undang yang wajib dipatuhi untuk bertanding. Jika tidak dilakukan, maka mana-mana parti politik tidak boleh diundi. Justeru ia termasuk dalam bab kewajipan yang perlu dilakukan bagi mencapai kewajipan sebenar, iaitu mencapai kekuasaan.
Sedangkan pencalonan PM tidak menjadi syarat dari sudut perundangan pada peringkat ini. Justeru menyamakannya adalah sangat tersasar.
Menuju ke arah kemajuan politik, suka untuk dicadangkan satu kaedah baru dalam pilihan raya. Pengundian berasaskan parti semata-mata tanpa menamakan calon. Rakyat hanya menilai berasaskan dasar, idea, visi dan manifesto parti tanpa perlu melihat kepada peribadi seseorang. Soal siapa yang akan menjadi wakil di kawasan yang menang ditentukan sendiri oleh parti.
Kaedah ini mirip pengundian straight-ticket yang diamalkan di beberapa wilayah di US. Tetapi ia masih mengetengahkan calon. Idea yang saya datangkan pula adalah berasaskan parti semata-mata, tanpa dinamakan calon.
Ini bermakna anggota parti bertanggungjawab secara kolektif terhadap kawasan yang dimenangi. Di dewan Parlimen atau Dun, parti boleh memilih wakil yang dikehendaki dan boleh menukarnya.
Selain memberi kelebihan kepada parti dalam menjaga dasar dan halatuju mereka dari digugat kepentingan individu, ia juga dapat menangani isu lompat parti yang sering menimbulkan masalah buat negara.
Balik jadi nelayan
Ringkasnya, isu pencalonan PM tidak boleh dilihat dari sudut akademik semata-mata. Bahkan isu-isu lain juga begitu. Ia perlu dipandang secara holistik. Walaupun aspek akademik juga penting, tetapi ia hanyalah sebahagian dari proses penentuan tindakan. Banyak lagi yang perlu diteliti dan dijadikan pertimbangan.
Sebagai penutup, suka untuk saya bawakan pendirian Presiden PAS sewaktu dalam Pakatan Rakyat dahulu berhubung siapa bakal menjadi PM. Jawab beliau kepada wartawan,
"Terserah kepada keputusan perbincangan lepas menang nanti, siapa yang akan jadi PM. Kalau dah ada orang yang sanggup dan boleh jadi PM, saya balik jadi nelayan pun tak apa."
Apapun, ia satu perbincangan yang baik ke arah kematangan berpolitik. Semoga lontaran ini memberi manfaat.
6 Rabiul Akhir 1439
24 Disember 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 24/12/2017
Sumber HD - 24-12-2017 
























































































































































































































Abdul Hadi semarakkan kembali obor perjuangan PAS

BANYAK juga kata-kata negatif, khususnya daripada para pemimpin PAN, yang dilemparkan terhadap Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, ekoran kenyataan beliau bahawa “kali ini insya-Allah kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih daripada 130 kerusi Parlimen”.
Kenyataan spesifik yang dibuat oleh beliau di dalam majlis Countdown 100 Hari PRU 14 di Rusila, Marang, Terengganu, pada 16 Disember 2017 ini adalah menyusuli kenyataan umum beliau bahawa “insya-Allah, pilihan raya kali ini PAS akan bertanding sebanyak-banyak kerusi”.
Bagi saya, selaku pengkaji PAS, kenyataan ini sebenarnya langsung tidak mengejutkan, malah ia sekadar menyemarakkan kembali ingatan saya terhadap beberapa kenyataan sama yang dibuat oleh pimpinan PAS terdahulu semenjak PAS ditubuhkan pada tahun 1951.
PRU 1959
Penyertaan PAS di dalam PRU 1 pada tahun 1959 adalah didasarkan kepada satu ketetapan yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-7 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 25, 26 dan 27 Disember 1958.
Mengikut ketetapan Dewan Ulamak PAS Pusat ini, yang pada asalnya merupakan satu kertas kerja yang disediakan oleh Dewan Ulamak PAS Kelantan, sesiapa yang tidak menegakkan negara Islam adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang fasiq, zalim atau kafir.
Berpandukan ketetapan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Februari 1959, yang dipengerusikan sendiri oleh Dr Burhanuddin al-Helmy, telah memutuskan bahawa PAS akan “menandingi tidak kurang daripada dua per tiga kerusi” di dalam PRU 1.
Keputusan ini adalah didorong oleh pertimbangan para pemimpin PAS pada waktu itu bahawa penegakan negara Islam (dan pengembalian kedaulatan Melayu) memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan pula dua per tiga kerusi ini.
Bagaimanapun, kekalahan 158 daripada 200 calonnya di dalam Pilihan Raya Dewan-Dewan Undangan Negeri yang dilangsungkan lebih awal menyebabkan PAS menukar sasaran ke satu tahap yang lebih rendah, iaitu “menandingi tidak kurang daripada satu per dua kerusi”.
Perkiraan PAS di dalam PRU 1 ini ialah, berdasarkan kemenangan calon-calon Dewan Undangan Negerinya di Terengganu dan Kelantan pada bulan Jun, maka calon-calon Parlimennya di Terengganu dan Kelantan juga dijangkakan akan menang pada bulan Ogos.
Sebab itu strategi lain PAS ialah meletakkan tujuh tokoh terkemukanya yang bukan merupakan anak Terengganu dan Kelantan menandingi kerusi-kerusi Parlimen di Terengganu dan Kelantan bagi membolehkan PAS bersuara dengan lebih berkesan di dalam Parlimen.
Empat tokoh terkemuka PAS yang diletakkan bertanding, dan menang, di Kelantan ini ialah Othman Abdullah (Tanah Merah), Zulkiflee Muhammad (Bachok), Datuk Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani (Pasir Mas Hulu) dan Ahmad Abdullah (Kota Bharu Hilir).
Tiga tokoh terkemuka PAS yang diletakkan bertanding, dan menang, di Terengganu ialah Dr Burhanuddin al-Helmy (Besut), Hasan Adli Arshad (Kuala Terengganu Utara) dan Khadijah Mohd Sidek (Dungun) (kerusi Kuala Terengganu Selatan pula diberi kepada Datuk Onn Jaafar).
Kemenangan hanya 13 daripada 58 calon PAS (berbanding jumlah 104 kerusi keseluruhan) di dalam PRU 1, diikuti oleh penyatuan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963, mengendurkan sedikit hasrat PAS untuk memerintah.
PRU 1986
Hasrat PAS untuk memerintah ini kembali bernyala sesudah PAS dikuasai oleh kepimpinan ulama bila Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat pada 21 Januari 1986 memutuskan PAS akan “menandingi lebih daripada dua per tiga kerusi” di dalam PRU 7 pada tahun 1986.
Keputusan untuk “menandingi lebih daripada dua per tiga kerusi” yang dibuat pada 21 Januari 1986 ini bagaimanapun diubah menjadi hanya “menandingi lebih daripada satu per dua kerusi” oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 22 Januari 1986.
Penyertaan PAS di dalam PRU 7 ini pula adalah didasarkan kepada satu ketetapan yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 30 April dan 1 Mei 1983.
Ketetapan Dewan Pemuda PAS Pusat ini adalah berbunyi “bahawa Muktamar Tahunan PAS yang bersidang pada hari ini bersetuju supaya PAS mengambil langkah mengadakan program mendekatkan perjuangan PAS kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia”.
Dijuarai oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, PAS menubuhkan Majlis Perunding Hal Ehwal Orang-Orang Cina atau “Chinese Consultative Council” (CCC) bagi mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam kepadanya melalui pelbagai simposium, dialog dan ceramah.
Usaha bagi mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam ini dipergiatkan lagi setelah Haji Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor tertipu oleh ajakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertemu secara sulit di Seri Perdana pada 9 April 1986.
Dijuarai oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, PAS turut memeteraikan perisytiharan persefahaman bagi menubuhkan satu barisan pembangkang baru yang dikenali dengan nama Harakah Keadilan Rakyat bersama-sama NASMA, PSRM dan SDP pada 14 Julai 1986.
Dengan meletakkan kerusi yang jumlah pengundi Melayunya melebihi 30 peratus sebagai sasaran, PAS pun meletakkan calon di 98 daripada 177 kerusi yang dipertandingkan di dalam PRU 7, berbanding 19 SDP, 4 NASMA dan 4 PSRM (bertembung sesama sendiri di lapan kerusi).
Malangnya, kemenangan hanya seorang calon PAS di dalam PRU 7 ini menyebabkan PAS mengkaji semula pendekatan politiknya dengan menurunkan bilangan kerusi yang ditandingi olehnya di dalam PRU-PRU seterusnya walaupun masih menyertai pakatan politik.
Setelah bersama dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif, di dalam PRU 13 pada tahun 2013, PAS, yang bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, bertanding di 73 daripada 222 kerusi dan memenangi 21 daripada 73 kerusi ini.
PRU 2018
Kini, PAS tidak lagi di dalam Pakatan Harapan kerana, seperti ditegaskan oleh Dato' Seri Abdul Hadi pada 25 Mac 2017, “di dalam Pakatan Harapan ada parti dan pemimpin yang terus-menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau opportunis”.
Penegasan sama juga dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, pada 19 Januari 2017, bahawa PAS tidak boleh bersekongkol dengan Pakatan Harapan kerana “perbuatan menolak syariat dan menentang agama Allah juga suatu kemuncak dalam tindak kezaliman”.
Masa sama, Dato' Seri Abdul Hadi menegaskan betapa “PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS”. 
Begitu juga dengan Haji Hashim yang turut menyebut mengenai wujudnya “golongan pemerintah yang zalim, korup dan menindas rakyat” dan mengenai betapa “kita tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kezaliman, korupsi dan penindasan” di dalam negara ini.
Lalu, bila sudah sangat jelas pendirian PAS terhadap Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, yang diibaratkan seperti “biawak hidup” dan “biawak hidup yang lebih besar”, maka apakah perlu lagi dibuat tohmahan terhadap PAS sebagai pemakan dedak Barisan Nasional?
Sesungguhnya pengumuman Dato' Seri Abdul Hadi bahawa PAS “akan bertanding seboleh-bolehnya lebih daripada 130 kerusi Parlimen” adalah sangat selari dengan tuntutan masa, malah menyemarakkan kembali obor perjuangan PAS yang tidak pernah terpadam.
Keputusan “menandingi tidak kurang daripada satu per dua kerusi” bersama-sama pihak-pihak lain yang boleh menerima dasar perjuangan PAS di dalam Gagasan Sejahtera adalah satu langkah konkrit bagi membolehkan tuntutan perjuangan PAS akhirnya terlaksana.
Pimpinan PAS terdahulu mungkin telah gagal mencapai matlamat mereka di dalam PRU 1 dan PRU 7, tetapi sekali gagal tidak bermakna selamanya gagal, mungkin pendekatan berbeza, yang lebih sederhana, matang dan sejahtera, akan lebih membuahkan kejayaan.
Paling tidak, pimpinan PAS sentiasa mencuba dan berusaha, malah, seperti dinyatakan oleh Dato' Seri Abdul Hadi pada 22 Disember 2017, “PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam”. - HARAKAHDAILY 24/12/2017
Sumber HD-24-12-2017 













































































































PRU 14, Rakyat perlu berani buat perubahan

RAKYAT Terengganu hendaklah berfikiran matang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 memandangkan banyak isu tidak diselesaikan kerajaan sekarang. 
Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, antara isu besar termasuk perjanjian royalti minyak pada 1974. 
Selain itu katanya, persempadanan telaga minyak Bertam PM307 dan kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur II (LPT2) masih belum selesai. 
“Rakyat Terengganu perlu membuat keputusan yang berani bagi menegakkan kebenaran. 
“Saya berdoa dan harap rakyat Terengganu berfikir secara matang memberanikan diri untuk menegakkan kebenaran,” katanya Kuala Terengganu semalam. 
Menurutnya juga dahulu negeri tersebut terkenal dengan jolokan ‘Terengganu Kaya Rakyat Miskin’ dan ‘Kuwait Malaysia’. 
“Fikirlah sematang-matangnya menjelang PRU 14 ini. Buatlah keputusan dengan adil dan berani. Jangan jadi menang sorak kampung tergadai,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Sumber HD - 22-12-2017

Isu Israel: Beranikah LGE, Mahfuz selar Tun M?

MENGUJAKAN sekali bila membaca perbahasan ke atas Usul Mengutuk Tentera Rejim Zionis Yang Menyerang Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 7 Jun 2010. 
Usul ini di antara lainnya meminta sidang Dewan Rakyat itu mengambil ketetapan seperti berikut: 
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam; 
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut; 
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata; 
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat, untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza; 
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC); 
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ); 
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC); 
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak; 
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010 supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini; 
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; 
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka Sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan; 
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghiraukan dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis; 
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis; 
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan 
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat. 
Berucap menyokong usul ini adalah Timbalan Perdana Menteri [Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin], Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh], Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai], Tuan Lim Guan Eng [Bagan], Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam], Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang [Marang], Tuan Zukifli Noordin [Kulim Bandar Baharu], Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Haji Fadillah Yusof], Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak], Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan [Keningau], Tuan Haji Nasharudin Mat Isa [Bachok], Datuk Richard Riot anak Jaem [Serian], Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera], Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu], Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam], Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas], Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan], Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup], Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entulu anak Belaun], Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput], Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong], Datuk Bung Mokhtar Radin [Kinabatangan], Prof. Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan], Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat], Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang], Dato’ Mahfuz Haji Omar [Pokok Sena], Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai], Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] dan Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff [Balik Pulau]. 
Paling menarik di dalam perbahasan usul ini adalah ucapan Lim Guan Eng yang berbunyi: 
“Dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menyatakan bahawa sungguhpun kita memberikan sokongan kepada usul ini, saya harap bahawa daripada pihak kerajaan kerana ada satu peristiwa rasa saya perlu sebutkan iaitu dalam satu demonstrasi terhadap kedatangan pasukan kriket dari Israel. Ada beberapa yang membantah kedatangan pasukan kriket dari Israel ke Malaysia telah didakwa dan dipenjarakan oleh Kerajaan Malaysia. Saya rasa itu mungkin pada masa rejim yang lainlah di mana mereka mendukung Israel. Kalau boleh, kita betulkan ketidakadilan ini dan meminta maaf kepada mereka yang menentang kemasukan atau kedatangan pasukan kriket Israel supaya kita betulkan keadaan. Ini saya rasa akan memberikan keadilan kepada mereka yang menentang Israel dan sekurang-kurangnya menebus balik maruah Malaysia yang pada masa itu tidak sepatutnya membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke tanah air Malaysia.” 
Ini disusuli oleh ucapan Dato’ Mahfuz Haji Omar yang berbunyi: 
“Yang ketiga, kenapa kita masih lagi memakai dan menerima minit Kabinet 20 Mac 1996 yang membenarkan urusan perdagangan antara Malaysia dengan Israel? Sehingga sekarang saya katakan bahawa urusan perdagangan itu masih diluluskan oleh bahagian import eksport dan kelulusan itu dibuat secara rahsia mengikut Kabinet tahun 1996 itu, dibenarkan hal-hal dalam perkara-perkara yang tertentu untuk diberikan kelulusan secara rahsia, secara sulit. Kenapa ini? Kenapa kita hendak berahsia, kenapa kita hendak bersulit dalam soal ini?” 
Sewaktu Menteri Luar Negeri [Dato’ Sri Anifah bin Aman] menggulung perbahasan usul ini pula, berulangkali Dato’ Mahfuz Haji Omar menyebut: 
“Pada waktu itu Perdana Menterinya ialah ayahanda kepada Yang Berhormat Jerlun. Ayahanda kepada Yang Berhormat Jerlun menjadi Perdana Menteri pada waktu itu.” 
“Perdana Menteri pada ketika itu ialah ayahanda Yang Berhormat Jerlun. Ayahanda Yang Berhormat Jerlun.” 
“Perdana Menteri pada waktu itu yang meluluskan.” 
“Yang mempengerusikan Kabinet pada tahun 1996 ialah ayahanda Yang Berhormat Jerlun.” 
“Ayahanda Yang Berhormat Jerlun menjadi Perdana Menteri dan mempengerusikan Kabinet pada waktu itu.” 
Sekarang, bila Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, kita mahu tahu sama ada: 
(1) Beranikah lagi Lim Guan Eng mendakwa rejim Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa dan memenjarakan beberapa (pemimpin) yang membantah kedatangan pasukan kriket dari Israel ke Malaysia, sebagai rejim yang “mendukung Israel”? 
(2) Beranikah lagi Dato’ Mahfuz Haji Omar menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pada 20 Mac 1996 kerana didakwa “membenarkan urusan perdagangan antara Malaysia dengan Israel”? 
Jawapan kepada soalan ini akan membolehkan kita tahu apakah Lim Guan Eng dan Dato’ Mahfuz Haji Omar adalah ahli-ahli politik yang berpegang kepada prinsip ataupun tidak. – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Sumber HD - 22-12-2017 















































































































Palestin: Isu yang amat dekat di hati PAS

HARI ini akan berlangsung Himpunan Perdana Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis di Masjid Putra, Putrajaya, bagi memprotes cadangan untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel seterusnya bagi mengembalikan hak rakyat Palestin ke atas Baitul Maqdis. 
Bahawa himpunan ini dianjurkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, bukannya oleh mana-mana parti politik, bagaimanapun tidak mampu untuk menghalang pihak tertentu dari menyindirnya sebagai Himpunan Perdana Solidariti Selamatkan Perdana Menteri. 
Paling teruk mendapat kecaman ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang di”cis” dan di”haramjadah”kan oleh Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, kerana kononnya “rela menjadi penjilat kepada penguasa yang menindas rakyat”. 
Saya tidak mahu mengulas mengenai tindakan men”cis” dan meng”haramjadah”kan Presiden PAS ini, mahupun tindakan Setiausaha Organisasi AMANAH, Suhaizan Kayat, memperlekehkan Presiden PAS hanya kerana jemputan yang diterima ke himpunan ini.
Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa kehadiran mana-mana pemimpin mahupun mana-mana ahli PAS tidak sepatutnya diperlekehkan apatah lagi dihina oleh mana-mana pihak kerana isu pencerobohan Israel ke atas Palestin adalah isu yang amat dekat di hati PAS. 
Jika kita ingin tahu isu apa yang paling dekat di hati sesebuah parti politik, maka antara cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan menyemak senarai usul yang diluluskan oleh mesyuarat agung, perhimpunan agung, konvensyen atau kongres parti politik tersebut. 
Ini kerana, berbanding ucapan atau kenyataan pemimpin parti politik tersebut dan berbanding keputusan mana-mana badan di dalam parti politik tersebut, usul yang diluluskan ini lebih bersifat menyeluruh memandangkan ia perlu mendapat persetujuan daripada perwakilan. 
Bagi PAS, selain isu dalam negara, isu luar negara juga sentiasa mendapat perhatian mesyuarat agungnya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 di mana dalam banyak-banyak isu luar negara, isu yang paling dekat di hati PAS ialah isu pencerobohan Israel ke atas Palestin. 
Hakikat ini dapat dilihat di dalam penelitian ke atas peringatan setiap Mesyuarat Agung PAS, yang sejak tahun 1977 diubah namanya menjadi Muktamar PAS, di mana Mesyuarat Agung Tahunan PAS atau Muktamar Tahunan PAS kerap meluluskan isu membabitkan Palestin. 
Usul-usul tersebut adalah:
(1) Usul “mengingatkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu supaya tidak menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Israel, baik berupa bantuan kewangan ataupun hadiah biasiswa (scholarship), kerana perbuatannya itu akan menjatuhkan nama Malaya pada Perikatan Afro-Asia” yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-5 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember 1956. 
(2) Usul (perwakilan Dewan Ulama' PAS Pusat, dengan pindaan Jawatankuasa Kerja Agung PAS) “supaya PAS bekerjasama pada menubuhkan atau menganjurkan di Malaysia ini badan bertindak membantu Palestin daripada penjajahan dan penindasan” yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-14 di Bangunan YMCA, Jalan Stesyen, Taiping, Perak, pada 12, 13 dan 14 Ogos 1966. 
(3) Usul (perwakilan Rungkup Bagan Datok) “supaya menganjurkan atau memberi kerjasama penubuhan barisan bertindak membantu perjuangan pembebasan kaum Muslimin di Palestin” yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-14 di Bangunan YMCA, Jalan Stesyen, Taiping, Perak, pada 12, 13 dan 14 Ogos 1966. 
(4) Usul “mendesak Kerajaan Pusat memberhentikan hubungan perniagaan dengan Israel, terutamanya daripada mengimportkan barang-barang Israel ke Malaysia” yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-15 dan Ke-16 di Dewan Syarikat Pegawai-Pegawai Kerajaan Perlis, Kangar, Perlis, pada 19, 20, 21 dan 22 April 1968. 
(5) Usul “mendesak Kerajaan Pusat menghantar tentera Malaysia ke Timur Tengah untuk memberi sokongan kepada negara-negara Arab melawan pencerobohan Israel yang terus-menerus itu” yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-15 dan Ke-16 di Dewan Syarikat Pegawai-Pegawai Kerajaan Perlis, Kangar, Perlis, pada 19, 20, 21 dan 22 April 1968. 
(6) Usul “mengulangi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan merebut kembali Baitul Maqdis” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-25 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 7, 8 dan 9 September 1979. 
(7) Usul (perwakilan Teluk Anson) “mengutuk dengan sekeras-kerasnya sikap biadab Israel merampas Palestin dan menjadikan Baitul Maqdis sebagai pusat pemerintahan Zionis untuk terus mencabul hak dan kedaulatan negara umat Islam” dan “menyeru Sekretariat Persidangan Negara-Negara Islam supaya menubuhkan pasukan mujahidin Islam yang dianggotai oleh sukarelawan daripada negara-negara anggota untuk membantu gerakan pembebasan umat Islam seluruh dunia” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-26 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 26, 27 dan 28 September 1980. 
(8) Usul “mendesak Kerajaaan Malaysia supaya mengambil langkah menubuhkan pasukan komando jihad bagi membantu perjuangan pembebasan bumi Islam dari sebarang bentuk penjajahan, khususnya bumi Palestin” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 23 dan 24 Oktober 1982. 
(9) Usul “mengutuk sekeras-kerasnya atas kekejaman Israel/Yahudi di Lebanon dan Palestin yang melakukan pembunuhan terhadap umat Islam di sana baru-baru ini dan mengutuk sebarang apa jua rupa bentuk campurtangan asing di negara-negara umat Islam” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 23 dan 24 Oktober 1982. 
(10) Usul (perwakilan-perwakilan Dungun, Titiwangsa, Bukit Gantang, Kepong, Lumut, Parit, Temerloh, Arau, Tasik Gelugor dan Tanjung Karang) “menggesa umat Islam supaya meyakini bahawa isu Palestin adalah tanggungjawab umat Islam sejagat dan menggesa pejuang-pejuang Palestin supaya mengambil Islam sebagai dasar dan berjihad menegakkan sistem Islam sebagai objektif perjuangan bagi memastikan perjuangan Islam di Palestin itu mendapat keredhaan Allah” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-34 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor, pada 9 dan 10 April 1988. 
(11) Usul (perwakilan Dewan Ulama' PAS Pusat) “menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia supaya menyokong dan menerima pakai fatwa yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak, termasuk Majma' Buhuth di Mesir, Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Ahmad Yassin, iaitu mereka yang mengamalkan isytihadiyyah (berani mati) (di Palestin) adalah mati syahid” dan “dengan itu PAS juga hendaklah menyangggah mana-mana pihak yang menganggap sebagai pengganas perjuangan mempertahankan tanah air umat Islam” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 31 Mei, 1 dan 2 Jun 2002. 
(12) Usul (perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat) “mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera haram komando Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan untuk Gaza (Lifeline For Gaza Talian Hayat Untuk Gaza) khususnya ke atas kapal induk Mavi Marmara yang telah mengakibatkan 19 orang sukarelawan dibunuh, dan 12 orang sukarelawan Malaysia dalam Mavi Marmara ditawan”, “berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Zionis Israel dengan siap siaga untuk membantu mereka dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan Muslimat ke Gaza”, “menetapkan agar PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara-negara lain dengan mensasarkan 1000 armada misi bantuan kemanusiaan berlepas ke Gaza pada satu-satu masa”, “mendesak Kerajaan Malaysia melaksanakan ketetapan dalam usul yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Jun 2010 yang berkaitan isu keganasan Israel”, “mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan dan wakil yang sah” dan “menggesa rakyat Malaysia supaya melakukan boikot barangan Israel sebagai usaha melumpuh ekonomi negara Israel” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11, 12 dan 13 Jun 2010. 
(13) Usul (perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat) “mendesak Kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan juga Rohingya yang sedang meringgis”, “menggesa supaya pihak OIC, Liga Arab dan PBB mengambil tindakan serta-merta terhadap isu ini yang sedang menjadi duri di hati ummah” dan “mendesak Kerajaan Malaysia menyatakan sikap yang tegas serta menggunakan seluruh mekanisme operasi yang paling optima untuk membantu krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza serta Arakan” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 16, 17 dan 18 November 2012. 
(14) Usul (perwakilan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat) “supaya kepemimpinan dan ahli PAS, pihak kerajaan, NGO, tokoh masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum bagi meneruskan usaha mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqdis” yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, pada 29 dan 30 April serta 1 Mei 2017. 
Oleh itu, tindakan pemimpin mahupun ahli PAS menghadiri himpunan ini sangat wajar dialu-alukan kerana ia adalah sangat selari dengan segala usul membabitkan isu Palestin yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS atau Muktamar Tahunan PAS selama ini. 
Begitulah juga dengan pelbagai tindakan lain yang menzahirkan keprihatinan tinggi PAS terhadap isu Palestin ini, termasuk cubaan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, mengemukakan usul tergempar mengenai isu ini di dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 Julai 2017. 
Berbanding hanya menyeru, menggesa atau mendesak dari jauh, mana-mana ruang yang diberikan untuk berbuat demikian dari dekat seharusnya dipergunakan dengan sepenuhnya kerana ia akan membolehkan seruan, gesaan dan desakan ini lebih memberikan impak. 
Tindakan memandang sesuatu isu dari kaca mata politik kepartian semata-mata, walaupun isu itu adalah isu yang merentasi politik, agama, bangsa mahupun negara, adalah menyedihkan kerana ia menggambarkan betapa tidak matangnya ahli-ahli politik yang berkenaan.

Takkanlah tidak boleh dibezakan antara Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis dengan Solidariti Selamatkan Perdana Menteri, apatah lagi bila pemimpin PAS sendiri sudah berkali-kali menegaskan mereka hanya bekerjasama dalam perkara kebaikan (ta'awun), bukan dalam pilihan raya!
Sumber HD - 22-12-2017


Guru Tak Ikut SOP? Mari Hadam Baik-baik
Posted on Wednesday, December 20 @ 14:38:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37384



”Memang patut pun cikgu tu didakwa. Siapa suruh sentuh murid? Siapa suruh tak ikut peraturan? 

Siapa suruh langgar SOP? Peringatan buat semua cikgu, lain kali sila ikut SOP. Jangan main langgar sahaja.”

Begitulah antara hantaran dan komen yang mendapat sambutan hangat. Suka bebenar mereka bila cikgu didakwa. Alasan utama, padan muka cikgu sebab langgar SOP.

Baik. Kau nak cerita pasal SOP dengan aku kan? Kau dengar sini. Cikgu adalah makhluk yang paling banyak melanggar SOP. Bahkan kalau tak langgar kau orang maki hamun kata cikgu tak ada hati perut pula. Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar.

1. Kalau ikut SOP, guru tak perlu basuh kencing berak murid. Tak perlu salin pakaian baharu. Biasanya pakaian baru itu pun cikgu yang akan beli di Koperasi Sekolah sekiranya tiada baju kecemasan yang sesuai dengan saiz budak tu. Guna duit poket sendiri.

Ikut SOP, guru hanya perlu call parent. Tunggu mereka yang datang bawa pakaian bersih, basuh berak dan kencing anak. Mop lantai dalam kelas, salin pakaian anak mereka dan bawa pulang atau teruskan pembelajaran.

Tapi pernah kau dengar ibu bapa datang ke sekolah tengok anak dalam keadaan hancing dan busuk? Tahi dah mengeras kat bontot sebab tak ada cikgu basuh?

Pernah dengar ke tak? Kenapa tak pernah dengar? Sebab guru seluruh Malaysiamelanggar SOP!

2. Ikut SOP, cikgu tak perlu bagi duit belanja pada murid yang duitnya tercicir. Atau yang ibu bapa lupa bagi duit belanja. Atau duit murid itu kena curi.

Cukup maklumkan pada ibu bapa yang anak mereka tak ada duit belanja hari itu. Biar ibu bapa datang hantar duit belanja atau bekal makanan.

Tapi cikgu-cikgu mana sanggup biar anak murid mereka berlapar. Walau melanggar SOP, walau duit poket sendiri tak banyak, tapi mereka takkan pastikan murid mereka kelaparan!

3. Kalau ikut SOP, guru tak perlu pun beli kasut dan pakaian untuk murid yang kasut dan pakaiannya koyak rabak. Khususnya murid miskin. Tak perlu pun belikan alat tulis bagi murid yang seringkali tiada alat tulis.

Bukan peraturan dan bukan kewajipan bagi guru untuk buat semua itu. Itu bukan SOP nya. Namun, berapa ribu murid di seluruh negara cikgu bantu beli pakaian, kasut dan alat tulis?

Kenapa cikgu langgar SOP? Kau fikirlah sendiri.

4. Kalau ikut SOP, guru tak payah hantar murid sakit ke klinik. Bukan boleh claim duit minyak. Bahkan habis masa di klinik menunggu pula.

Sama juga bawa murid mewakili sekolah ke pertandingan sukan, drama, sajak, pantun, nasyid dan sebagainya. Mana boleh guna kereta guru. Salah SOP tu. Patut ibu bapa yang hantar sendiri. Pernah berlaku kemalangan bila guru bawa murid untuk wakili sukan, akhirnya guru itu didakwa dan didapati bersalah!

Tapi sehingga hari ini, guru menggadaikan kerjaya sendiri melanggar SOP demi melihat kejayaan muridnya dalam sukan dan apa-apa pertandingan.

5. Kalau ikut SOP 100%, sudah beribu-ribu murid kena masuk sekolah pemulihan akhlak. Sudah beribu murid di dakwa mencalarkan kereta guru, memukul guru, memecahkan cermin kereta guru, menggugut guru, serangan seksual, mesej lucah dan sebagainya.

Murid walau melawan, walau nakal, walau bermasalah cikgu sebolehnya tidak mahu buat report polis. Guru percaya itu hanya jalan terakhir. Guru percaya muridnya masih boleh dipulihkan.

Paling penting, guru risau masa depan muridnya gelap bila mereka dilibatkan dengan kes polis dan ada rekod mahkamah.

Kalau nak dituliskan semua SOP yang dilanggar para guru seluruh Malaysia, status aku ini akan menjadi lebih tebal dari novel Lagenda Budak Setan.

Cukup kau orang fahamkan apa yang aku tulis ini sahaja.

Dan ingat, aku pun tidak menyokong kekerasan pada murid seperti lempang atau sepak terajang kerana kesalahan mereka.

Cuma bila sesekali cikgu terlanggar SOP seperti melempang anak kalian, datanglah berjumpa dan minta penjelasan lanjut dengan berhemah. Gaya orang matang datang berbincang.

Bukan terus ke balai polis membuat laporan dan mendakwa di mahkamah.

Kerana terlampau banyak SOP yang cikgu langgar demi kecintaan mereka pada profesion pendidikan. Demi kasih sayang mereka pada murid-murid mereka.

Guru juga manusia. Sesekali tersilap juga. Datang dengan berhemah, bincang dengan baik. Bukan terus nak menyalahkan, terus nak saman bagai.

Jikalah seluruh guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak-anak kalian.

Kau yang mulakan sebut pasal SOP, maka hadamlah hal ini baik-baik. Sekian.
Aku guru yang selalu langgar SOP
Sumber TKO - 20-12-2017

Kesugguhan ulama silam pertahan Al-Quds



















































































































Rahmat khilaf
Para ulama berbeza pandangan dalam bab kawasan yang diperolehi hasil peperangan. Sama ada ia dibahagikan kepada tentera yang berperang atau diserahkan kepada pemerintah. Bahkan empat mazhab masing-masing dengan kepelbagaian khilaf. Begitu juga dengan pelbagai permasalahan cabang agama, para ulama dalam setiap mazhab membimbing umat sesuai dengan tempat dan realiti masing-masing yang menjadikan Islam boleh dipraktikkan dalam semua tempat dan keadaan. 
Kesepakatan yang unggul
Namun begitu, ketika membincangkan perihal bumi Palestin, para ulama bersepakat seakan-akan ijmak bahawa Al-Quds adalah hak milik umat Islam secara pasti, tidak boleh diabaikan dalam apa jua keadaan. Bahkan haram hukumnya orang Islam membuat perjanjian bersama orang Yahudi untuk diberikan kepada mereka satu bahagian daripada bumi Al-Quds. Sekali gus haram mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Adalah amat malang andai ada lagi di kalangan umat Islam yang berpandangan dibahagikan Palestin kepada dua umat Islam dan Yahudi supaya dapat hidup dengan aman! 
Fatwa Mufti Sheikh Amin Husaini
Fatwa pengharaman menggadai bumi Palestin bermula seawal tahun 1922 oleh Mufti Al-Quds pada waktu itu iaitu Sheikh Amin Al Husaini (1897 - 1975). Bahkan sepanjang hayatnya sentiasa memimpin dan menegaskan jihad mempertahan bumi Al-Quds. 
Pada tahun 1935 sekali lagi para Ulama Al-Quds dan dunia Islam mengeluarkan fatwa yang amat tegas: 
"Sesungguhnya menjual Palestin kepada Yahudi sama ada secara perjanjian terus, atau melalui agen, kesemua yang terlibat secara langsung dan yang menjadi pemudah cara dalam apa jua bentuk dalam keadaan ia tahu akibat daripada perbuatannya, maka haram solat ke atas jenazahnya, haram dikuburkan di perkuburan orang Islam, bahkan wajib menjauhi dan memulaukannya sekalipun mereka adalah dalam kalangan ahli keluarga kita. Sesiapa yang tahu akan perbuatan mereka tetapi mendiamkan diri dan redha juga hukumnya haram." 
Fatwa Al-Azhar dan Ulama Dunia
Ulama Al-Azhar juga turut mengeluarkan fatwa  terhadap keharaman menggadai walau sehasta daripada bumi Palestin. Di antara isi pentingnya: 
"Tutuplah jalan-jalan bagi mereka, tunggulah di setiap tempat intipan mereka, pulau (boikot) mereka dalam urusan perniagaan dan ekonomi, siapkanlah dalam kalangan kalian ketumbukan (batalion) jihad untuk melaksanakan kefardhuan yang telah Allah tetapkan bagi kita." 
"Ketahuilah, sesungguhnya jihad telah menjadi Fardhu Ain ke atas setiap kita yang mampu ke atas dirinya dan hartanya. Barangsiapa yang membelakangi kefarduan ini sesungguhnya ia telah mengundang kemurkaan Allah dan dosa yang besar." 
Hakikat yang wajib diimani
Ketahuilah, Palestin tidak sama keadaannya dengan tempat lain. Ia adalah hak umat Islam tanpa diragukan lagi. Sama ada kita mengimani ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabawiyah mahupun sejarah Al-Quds yang diiktibar syarak akan kebenarannya, ataupun kita mahu mempercayai fakta-fakta yang diseleweng oleh musuh Islam.
Yang menjadi lebih parah apabila ada dalam kalangan umat Islam yang berpendapat memang Palestin akan kekal berada ditangan Yahudi hinggalah turunnya Nabi Isa A.S. Walhal jika diamati hadis akhir zaman, Palestin akan berada di tangan umat Islam sewaktu memerangi mereka bersama Al-Masih yang palsu. 
Usah memangsakan rakyat Palestin kerana mereka sanggup berkorban demi mempertahankan seinci bumi itu. Itu janji Nabi S.A.W, bahawa akan sentiasa ada dalam kalangan mereka yang terus berjuang hingga akhir zaman. Intifadhah demi intifadhah terus digerakkan dari masa ke semasa, namun pemimpin dunia Islam dilihat masih bermain wayang dan tarik tali dengan Yahudi Zionis. 
Semoga para ulama ummah terus menerus memimpin umat mempertahankan Al-Quds sebagaimana sebelumnya sepanjang zaman. Kemuliaan Islam terletak di tangan kalian yang menjadi ikutan umat seluruhnya. Kalaulah Allah pernah membebaskan AlzQuds ditangan Umar Al Khattab, Salahuddin Al Ayyubi, Qutuz, Zhahir Baybrus dan Muhammad Al Fateh, mengapa tidak adanya lagi tokoh seperti mereka? Hanya kita perlu menyempurnakan syarat kemenangan seperti yang dikehendaki Allah Taàla. 
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN - HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD- 19-12-2017 


















































































































Transkripsi wawancara TGHH buktikan LKS, LGE memfitnah

DISEBABKAN kehangatan yang melanda ekoran tersiarnya laporan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times pada 16 Disember 2017, saya telah mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri sekali gus membuat transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi yang dilangsungkan pada 15 Disember 2017 itu. 
Wawancara ini sebenarnya hanya merangkumi empat soalan sahaja. 
Kepada soalan pertama berbunyi "Apa persediaan PAS untuk pilihan raya umum yang dilihat dah semakin hampir sekarang ini". 
Jawapan Datuk Seri Abdul Hadi adalah: "Ya, kita telah mengambil pendekatan budaya politik matang dan sejahtera. PAS akan bertanding secara bersendirian. Keutamaan PAS ialah untuk menjadikan orang Islam memimpin negara. Ini sangat penting. Kita mahu supaya dikekalkan kepimpinan Islam dalam negara ini. Yang kedua, untuk melaksanakan Islam itu sendiri. Ini agenda kita yang mesti kita laksanakan secara berperingkat. Dengan sebab itu PAS akan bertanding sebanyak kerusi mengikut kemampuannya. Dan kita menyeru rakyat supaya memberi kepercayaan kepada kita untuk menunjukkan apa yang kita nyatakan menjadi satu kenyataan. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat apakah penyelesaian Islam terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini, sama ada masalah politik, masalah ekonomi, masalah sosial dan masalah-masalah yang lain." 
Kepada soalan kedua berbunyi "Datuk Seri sebut tadi, kita nak tegakkan agenda Islam dan mahu pemimpin Islam akan terus menerajui Malaysia, jadi ada hasrat-hasrat daripada contohnya pemimpin DAP mahu jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya, pandangan Datuk Seri sikit". 
Jawapan Datuk Seri Abdul Hadi adalah: "Itu bercanggah dengan realiti di Malaysia, realiti Malaysia bercanggah, di mana konsep Islam mestilah Islam itu berkuasa. Ini sangat penting. Hanya Islam yang boleh menunjukkan adil untuk semua. Yang lain pada Islam tak boleh adil untuk semua. Ini dapat dirasakan sendiri perbezaan di antara kerajaan negeri Kelantan yang kita memerintah sehingga kini, pemerintahan Terengganu yang kita memerintah tahun 1999 hingga 2004, pemerintahan Kedah, PAS memimpin, sangat berbeza dengan pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Rakyat merasai sendiri. Ini dapat dinilai. Kita telah berjaya menunjukkan kerajaan yang bersih, sehingga hari ini, kerajaan yang bersih. Dan DAP tidak mampu untuk menunjukkan satu kerajaan yang bersih kerana banyak cerita-cerita yang dilaporkan oleh media. 
Adapun kita, alhamdulillah, selamat daripada segala perkara yang dianggap sebagai negatif. Ini contoh yang perlu dilihat oleh rakyat." 
Kepada soalan ketiga berbunyi "tadi Datuk Seri cakap kita perlu untuk terus memperjuangkan Islam sebagai agenda kita, jadi mungkin ada hasrat untuk melakukan macam sebelum ni pun Datuk Mustafa Ali ada mencadangkan supaya PAS dan Umno duduk semeja membincangkan apakah sebarang bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan terutama untuk pilihan raya umum". 
Jawapan Datuk Seri Abdul Hadi adalah: "PAS telah mengemukakan satu konsep baru, ta'awun, kerjasama dalam perkara baik, tak ada kerjasama perkara yang tak baik. Dan kita sudah membuktikan melalui kerjasama dalam isu Myanmar sebagai contoh, dalam isu Palestin sebagai contoh, isu yang berkait dengan rakyat, isu bersama. Masih banyak ruang-ruang yang berbeza antara kita dengan kerajaan, ini perlu dilihat, perlu diselesaikan. Dan kita perlu melihat kerajaan itu sendiri bagaimana mereka sanggup melakukan perubahan. Dan kita tak gopoh dalam perkara ini. Dan kita mengambil sikap yang tidak putus dengan semua pihak, termasuk dengan kerajaan." 
Kepada soalan keempat berbunyi "soalan terakhir, bagaimana Datuk Seri melihat peluang PAS untuk dalam pilihan raya ini, maksudnya kemenangan PAS itu". 
Datuk Seri Abdul Hadi menjawab: "Kita melihat berlaku satu perubahan yang sangat positif di kalangan rakyat. Kaji selidik dibuat oleh semua pihak menunjukkan PAS maju dari segi mendapat sokongan rakyat, sangat maju, alhamdulillah, insya-Allah, dan kita tingkatkan lagi sehingga pilihan raya." 
Berdasarkan kepada transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi ini maka adalah jelas bahawa: 
(1) Penasihat DAP, Lim Kit Siang, melakukan pembohongan apabila menyatakan, di dalam blog beliau dan di dalam portal berita Malaysia Kini pada 16 Disember 2017, bahawa "Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang telah menyertai Najib, menyebarkan pembohongan bahawa saya mahu menjadi Perdana Menteri dan bahawa jika Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia". Lebih jelas lagi ialah kenyataan Lim Kit Siang yang disiarkan di dalam portal berita Malaysia Kini yang dipendekkan menjadi "Presiden PAS sedang menyebarkan pembohongan bahawa saya mahu menjadi Perdana Menteri dan bahawa jika Umno kalah, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia". 
(2) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga adalah anak kepada Lim Kit Siang, turut melakukan pembohongan apabila menyatakan, di dalam laporan portal berita The Malaysian Insight pada 17 Disember 2017, bahawa Datuk Seri Abdul Hadi bermain sentimen perkauman tebal atau asabiyyah, yang beliau dakwa adalah haram dalam Islam dan tak boleh diterima bila dibuat oleh pemimpin agama dan ulama, yang bertujuan untuk mencipta sentimen ketegangan kaum di kalangan rakyat, antara Melayu dan bukan Melayu, dengan mendakwa DAP mahukan jawatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan dakwaan Lim Guan Eng bahawa "Hadi telah membuat kenyataan tak beretika dan tidak bermoral yang bertentangan dengan prinsip kebenaran, walaupun Hadi sering menggambarkan dirinya sebagai pemimpin agama dan ulama” yang merupakan satu pembohongan. 
Berdasarkan kepada transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi ini juga maka adalah jelas bahawa: 
(1) Tidak seperti Lim Kit Siang yang mendakwa pada 13 Jun 2016 bahawa Datuk Seri Abdul Hadi mahu menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hadi sendiri tidak mendakwa Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, Datuk Seri Abdul Hadi sekadar mengulas dakwaan wartawan mengenai hasrat pemimpin DAP untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dengan berkata "itu bercanggah dengan realiti di Malaysia, realiti Malaysia bercanggah, di mana konsep Islam mestilah Islam itu berkuasa". Dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi sendiri kepada DAP pula hanyalah bahawa "dan DAP tidak mampu untuk menunjukkan satu kerajaan yang bersih kerana banyak cerita-cerita yang dilaporkan oleh media". 
(2) Datuk Seri Abdul Hadi juga tidak mendakwa bahawa "jika Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia" seperti yang dikatakan oleh Lim Kit Siang. Menyebut "keutamaan PAS ialah untuk menjadikan orang Islam memimpin negara" dan "kita mahu supaya dikekalkan kepimpinan Islam dalam negara ini" tidak boleh difahami sebagai menyokong pengekalan Umno kerana "orang Islam" dan "kepimpinan Islam" itu jauh berbeza dengan "orang Umno" dan "kepimpinan Umno". Malah, jelas disebutkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi bahawa "dan kita menyeru rakyat supaya memberi kepercayaan kepada kita untuk menunjukkan apa yang kita nyatakan menjadi satu kenyataan" serta "kaji selidik dibuat oleh semua pihak menunjukkan PAS maju dari segi mendapat sokongan rakyat, sangat maju, alhamdulillah, insya-Allah, dan kita tingkatkan lagi sehingga pilihan raya" menunjukkan dengan jelas mengenai hasrat Datuk Seri Abdul Hadi untuk melihat PAS sendiri memerintah. 
(3) Datuk Seri Abdul Hadi langsung tidak memainkan sentimen perkauman yang bertujuan untuk mencipta sentimen ketegangan kaum di kalangan rakyat, antara Melayu dan bukan Melayu, seperti yang dikatakan oleh Lim Guan Eng kerana tiada walau sepatah pun istilah "kaum/bangsa" yang digunakan oleh beliau di dalam wawancara itu yang sebaliknya memperkatakan isu kepimpinan dari sudut agama semata-mata. Begitu juga tidak terdapat apa-apa kandungan wawancara yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi "telah membuat kenyataan tak beretika dan tidak bermoral yang bertentangan dengan prinsip kebenaran" seperti yang dikatakan oleh Lim Guan Eng. 
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan kepada transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi ini, wujud asas-asas yang sangat kukuh bagi menunjukkan bahawa bukan sahaja Lim Kit Siang malah Lim Guan Eng juga telah berbohong di dalam kenyataan-kenyataan yang mereka buat sekali gus mewajarkan kedua-dua mereka didakwa di mahkamah kerana membuat fitnah tidak berasas terhadap Datuk Seri Abdul Hadi. – HARAKAHDAILY 18/12/2017
Sumber HD -18-12-2017 

No comments:

Post a Comment